BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, August 28, 2016

DEWAN ULAMAK PAS MALAYSIA DAN DATO' DR KART (JILID 2)

Sg Kandis: Isyarat mahu pembangkang lebih kuat 




http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7672-sg-kandis-isyarat-mahu-pembangkang-lebih-kuat


BERIKUT adalah beberapa data penting daripada PRK N49 Sungai Kandis yang diadakan pada hari semalam:
▪ Jumlah pengundi bertambah sebanyak 417 orang dari 50,800 orang pada PRU14 kepada 51,217 orang pada PRK ini.
▪ Jumlah keluar mengundi pula merosot dari 85.6% kepada 49.4%.
▪ Jumlah undi rosak kekal pada 0.7%.
▪ Penguasaan undi PRK berbanding PRU14 bagi PH ialah 64.3% manakala BN ialah 83.2%.
▪ Perbezaan undi antara PH dengan BN semakin mengecil iaitu dari 28.7% kepada 23.1%.
Rumusan:
1. Pertambahan jumlah pengundi sepatutnya menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap amalan sistem demokrasi berparlimen.
2. Pun begitu, kadar keluar mengundi pada PRK ini yang merosot sebanyak 36.2% berbanding PRU14 lalu ini menyebabkan PH hilang 8,571 undi (35.7%) sebaliknya hanya BN hilang 1,933 undi (16.8%) menunjukkan bahawa protes terhadap Kerajaan yang diterajui PH pada hari ini adalah lebih besar.
3. Prestasi BN pula adalah lebih baik apabila berjaya mengekalkan 83.2% daripada jumlah undi yang diterima pada PRU14 lalu berbanding PH yang hanya mengekalkan 64.3%. Sudah tentu undi PAS antara yang menyumbang kepada peningkatan tersebut.
4. Perbezaan undi antara PH dengan BN yang semakin mengecil iaitu dari 28.7% kepada 23.1% sehingga menjadikan majoriti undi yang diraih PH merosot sebanyak 5.6% pula menunjukkan bahawa PH semakin hilang sokongan.
Kesimpulan:
Keputusan PRK N49 Sungai Kandis ini adalah signal terang daripada pengundi bahawa pembangkang perlu mengukuhkan kedudukan dan pengaruh dalam badan perundangan untuk menjalankan peranan semak dan imbang yang berkesan terhadap Kerajaan. PRK Balakong dan Seri Setia boleh sekali lagi menjadi ujian kerjasama strategik antara parti-parti pembangkang meskipun berbeza dasar dan polisi.
Keputusan ini juga adalah petunjuk bahawa kerjasama antara parti-parti pembangkang adalah boleh dan perlu digembleng serta merupakan pendekatan yang amat strategik untuk berhadapan dengan PH.
”Sejahtera Bersama Islam"

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
5 Ogos 2018 | 23 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 5/8/2018

Sumber HD - 5-8-2018

LGBT: Pandangan Menteri Agama silap

KENYATAAN YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) adalah bersalahan dengan sudut pandang Islam dan peruntukan Undang-undang Negara. 
Pandangan yang beliau kemukakan itu dilihat sebagai mengiktiraf perlakuan LGBT sebagai hak seseorang selama ia dilakukan dalam ruang peribadi masing-masing. 
Beliau berpendirian demikian kerana menganggap kesalahan tersebut semata-mata urusan antara individu terbabit dengan Tuhan sahaja; tidak ada kena mengena dengan orang lain. Kefahaman ini ternyata sangat silap kerana LGBT melibatkan pencerobohan terhadap hak masyarakat dan sifat tabii kemanusiaan. 
Perlakuan liwat sebagai contoh merupakan satu jenayah dalam Islam dan juga jenayah dalam Undang-undang Negara sama ada dibuat secara sembunyi apatah lagi terang-terangan. 
Jenayah liwat sangat keras dalam Islam sehingga Nabi S.A.W bersabda : 
 مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
"Sesiapa yang kamu temuinya melakukan amalan kaum Lut maka bunuhlah pelaku dan orang yang diperlakukan" 
(Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah dinilai sahih oleh al-Albaani)
Meskipun negara kita tidak menjadikan hukuman tersebut sebagai undang-undang, tapi ia menunjukkan betapa besarnya jenayah liwat. 
Menurut tokoh ulamak terkenal Imam Ibnu Qayim dalam karya beliau al-Jawaab al-Kaafi: 
 "Oleh kerana kerosakan perlakuan liwat antara kerosakan terbesar maka hukumannya di dunia dan akhirat juga adalah antara hukuman yang paling besar." 
Azab Allah ditimpakan kepada seluruh umat Nabi Lut A.S akibat perbuatan sebahagian mereka yang berkelakuan sumbang. Ini menunjukkan, perlakuan tersebut adalah suatu bencana kepada semua orang sekiranya ia tidak dicegah. 
Undang-undang Negara juga ada memperuntukkan beberapa kesalahan jenayah berkaitan perlakuan LGBT. Antaranya ialah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan yang menyatakan berkenaan kesalahan hubungan seks luar tabii. 
Berdasarkan statistik Jabatan Peguam Negara dan polis, sebanyak 171 kes telah didakwa mengikut Seksyen 377B dari 2010 hingga 2014, sementara sebanyak 489 kes didakwa mengikut Seksyen 377C dalam tempoh lima tahun tersebut. 
Seksyen 25 dan Seksyen 26 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 pula menyatakan berkenaan kesalahan liwat dan musahaqah iaitu melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan. Begitu juga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain. 
Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan dalam Seksyen 25, "Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu". 
Seksyen 26 pula memperuntukkan, "Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu". 
Ini menunjukkan Undang-undang Negara sama ada Sivil atau Syariah memperakui bahawa perlakuan LGBT ini adalah merupakan jenayah dan pelakunya boleh dikenakan tindakan tanpa mengira sama ada ia dilakukan secara tersembunyi atau terangan-terangan. 
Saya khuatir, pendirian longgar oleh seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam dalam isu ini akan membuka ruang selesa dan meyakinkan kepada golongan LGBT untuk terus mendesak agar perlakuan dan golongan LGBT diiktiraf di negara ini. 
Lebih saya bimbang, jika sikap Menteri seperti itu akhirnya menjadikan Malaysia menerima syor supaya mengiktiraf orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia sejagat; meminda Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat kerana menganggap ia tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman; dan memansuhkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkaitan yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi” seperti yang dituntut oleh Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango). 
Sekali lagi saya mengharapkan agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak memberi mesej kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama malah bersikap Liberal melampau dalam isu-isu agama dan undang-undang yang bertujuan memelihara keharmonian awam. 
Mandat kepada PH di peringkat Persekutuan oleh rakyat adalah untuk merobohkan kezaliman dan penindasan bukannya merobohkan agama Islam dan undang-undang.
Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada pelbagai bencana akibat usaha menghalalkan LGBT. 
Sekian. 
”Sejahtera Bersama Islam” 
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus - HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 



Hormati Agong, Raja-raja: Jangan hina

SAYA menyeru semua pihak agar sentiasa menunjukkan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-raja di negara ini yang menjadi sumber perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat dan kemakmuran negara sejak sekian lama. 
Tindakan menghina dan menuduh YDPA dengan pelbagai perkataan dan dakwaan yang bukan-bukan serta tidak berasas oleh beberapa individu dan pihak mutakhir ini adalah amat mengecewakan dan dilihat sebagai suatu fenomena yang sangat membimbangkan kerana juga berunsurkan hasutan. 
Sesunggunya Islam melarang keras perbuatan mencela terhadap makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. apatah lagi mencela seorang Muslim dan beriman kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w., maksudnya “Mencela orang Muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah perbuatan kufur” (HR Bukhari). 
Tambahan pula, perbuatan seperti itu juga bersalahan dengan budaya kita sebagai orang Timur yang terkenal dengan adab kesopanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada YDPA selaku Ketua Negara. 
Sungguhpun Raja-raja juga adalah manusia biasa yang tidak bebas daripada kelemahan dan kekurangan, namun kerana kedudukan dan peranan yang disandang oleh Baginda, hendaklah kita bersantun sekali mengenainya. 
”Sejahtera Bersama Islam” 
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 07 Jun 2018 | 22 Ramadhan 1439 – HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sumber HD - 7-6-2018 





Kerajaan PH Gagal Kemuka Calon Peguam Negara Yang Bebas Kontroversi, Tidak Berkepentingan

Masalah pelantikan Peguam Negara sepatutnya kekal menjadi urusan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sahaja.

2. Ia perlu diselesaikan secara tertib mengikut peruntukan dalam perlembagaan. PM berperanan menasihati manakala YDPA tetap berkuasa menentusahkan pelantikan yang perlu dibuat.

3. Amat tidak wajar sekali isu ini sengaja didedahkan menjadi polemik awam sehingga boleh mencemarkan nama YDPA dan Majlis Raja-raja yang mempunyai kedudukan dan peranan istimewa yang diiktiraf oleh perlembagaan dan sejarah.

4. Lebih teruk lagi, ada pihak sengaja mengasosiasikan agama dengan sifat zalim, dengan berhujah bahawa lebih baik memilih orang kafir yang baik daripada orang Islam yang zalim seolah tiada lagi yang adil dan baik di kalangan muslim.

5. Islam dijadikan kambing hitam semata-mata mahu merasionalkan pelantikan seseorang yang bukan Islam. Ini adalah antara bentuk serangan pemikiran tajaan kumpulan liberalisme dan pluralisme agama yang sedang mengancam umat Islam di negara ini

6. Meneliti kuasa dan tanggungjawab Peguam Negara yang digariskan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, tanpa menafikan kepakaran Tommy Thomas mengenai undang-undang dan perlembagaan, saya berpendirian bahawa beliau tidak sesuai menduduki jawatan itu* kerana pemikiran sekular tegar beliau boleh menjejaskan kedudukan dan peranan Islam yang telah dijamin oleh perlembagaan Persekutuan sendiri serta bakal membantutkan usaha memartabatkan agenda Islam yang menjadi teras kedaulatan negara ini.

7. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab menyatukan masyarakat berteraskan asas-asas bernegara yang telah dipersetujui antaranya kedaulatan Islam dan kedaulatan Raja-raja dan Sultan.

8. Adalah amat mengecewakan sekali apabila Kerajaan di era Malaysia Baharu hari ini gagal
mengemukakan calon yang bebas kontroversi dan tidak berkepentingan untuk mejawat posisi sepenting itu. Kelihatannya sikap itu sama sahaja dengan kerajaan sebelum ini yang sering melantik individu bermasalah untuk memegang jawatan-jawatan penting.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 4hb Jun 2018

Sumber BO - 4-6-2018

Perutusan Badar Al-Kubra Ketua Dewan Ulamak PAS

Badar al-Kubra: Saksi kekuatan ummah
Firman Allah SWT: 
{وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} 
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” [Aali Imran: 123] 
Ramadhan yang sinonim dengan pensyariatan berpuasa mempunyai banyak pengajaran ke atas umat Islam dalam membina nilai taqwa dan kekuatan. Madrasah Ramadhan yang dilalui bukanlah sebagai alasan untuk lesu dan tidak produktif. Namun, fakta sejarah menunjukkan Ramadhan adalah bulan umat Islam mencapai kejayaan dengan kekuatan yang luar biasa sebagaimana dalam peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. 
Jika kita soroti kembali sirah peperangan Badar al-Kubra, maka didapati tentera Islam berada dalam keadaan serba kekurangan sama ada daripada sudut bilangan dan persiapan alat perang. Di sinilah Allah SWT mengingatkan umat Islam bahawa nusrah kemenangan itu hanya datang dengan bantuan Allah SWT. 
Puasa pada hakikatnya, menjadi sumber kekuatan kepada umat Islam. Malah dalam persiapan menuju ke medan peperangan Badar al-Kubra, para sahabat menunjukkan keyakinan serta kepatuhan mereka kepada Rasulullah SAW. Antara ucapan Sa'ad bin Muadz RA pada ketika itu: 
«فَقَدْ آمَنَّا بِكَ وَصَدَّقْنَاكَ، وَشَهِدْنَا أَنَّ مَا جِئْتَ بِهِ هُوَ الْحَقُّ، وَأَعْطَيْنَاكَ عَلَى ذَلِكَ عهودَنا وَمَوَاثِيقَنَا، عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، فَامْضِ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَا أَرَدْتَ فَنَحْنُ مَعَكَ، فَوَاَلَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ، لَوْ اسْتَعْرَضْتَ بِنَا هَذَا الْبَحْرَ فخُضته لَخُضْنَاهُ مَعَكَ، مَا تخلَّف مِنَّا رَجُلٌ وَاحِدٌ ...» 
“Maka sesungguhnya, kami telah beriman kepadamu dan membenarkan segala perjuanganmu, dan kami saksikan bahawa apa yang kamu bawa itu adalah benar. Untuk itu, kami telah ikatkan janji dan padukan kesetiaan kami. Maka majulah wahai Rasulullah, laksanakan apa yang kamu kehendaki dan kami akan pasti bersamamu. Maka, demi yang telah mengutus kamu membawa kebenaran, sekiranya kamu membawa kami menerjuni dan mangharungi lautan ini, akan kami terjuni dan harungi bersama, tidak akan ada seorang pun daripada kalangan kami yang akan berpaling.” 
Sehubungan itu, berpuasa di bulan Ramadhan sebenarnya mendidik ummah untuk bersabar dan membina kekuatan jatidiri. Sifat sabar inilah menunjukkan nilai kebergantungan kepada Allah SWT sepenuhnya. Dengan kesabaran ini, pertolongan Allah SWT akan mendampingi umat Islam. Dalam peperangan Badar al-Kubra, kesabaran yang ditunjukkan oleh para sahabat itulah antara asbab besar datangnya bantuan tentera Malaikat dalam berhadapan dengan tentera musyrikin.
Allah SWT berfirman: 
{إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُنْزَلِينَ • بَلَىٰ ۚ إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ} 
“(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera daripada Malaikat yang diturunkan?," Bahkan, jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu Malaikat yang mempunyai tanda masing-masing.” [Aali Imran: 124-125] 
Sesungguhnya Ramadhan menerusi peristiwa Badar al-Kubra menjadi saksi ke atas kekuataan ummah. Kekuatan ini bukanlah lahir semata-mata dengan makan minum. Walaupun secara fitrahnya makan dan minum adalah sumber tenaga bagi manusia, namun hakikat kekuatan adalah datang dari Allah SWT. 
Justeru, untuk bekerja dan berjuang memerlukan kekuatan keimanan yang utuh. Tambahlah kekuatan iman untuk memperjuangkan kebangkitan Islam di negara kita. Sesungguhnya, kejayaan era awal pembinaan Negara Islam di Madinah adalah dengan kebangkitan atas dasar keimanan dan bukannya atas dasar kebencian dan dendam kesumat. Kita ingin membina negara kita dengan kesejahteraan hakiki tanpa meninggalkan jahiliah yang merosakkan tuntutan Islam. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
“Membina Negara Sejahtera” 
USTAZ DATO' DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
16 Ramadhan 1439H / 1 Jun 2018 (Jumaat) – HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018 







Tarbiah pasca kemenangan

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami (Allah) berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Al-Haj: 41) 
Isi kemenangan lebih payah dari mencapai kemenangan. 
Walaupun kita kuasai negeri Terengganu, tetapi kita tidak kuasai negara. Namun, kuasa yang terbatas itu tetap mesti diisi.
Untuk menjadi sebuah negeri, ada lima syarat - tanah, rakyat, pemimpin, perlembagaan, kedaulatan.
Tahap kita sekarang ialah menguasai kerajaan negeri, di bawah konsep persekutuan (federalisme), terhad, tapi ada perkara yang kita boleh buat, tanpa merencatkan perjuangan dan matlamatnya.
Menurut kaedah fiqh: 
ما لا يدرك كله، لا يترك جله 
'Perkara yang tidak didapati semuanya, tidak ditinggalkan sebahagiannya'
Allah berfirman: 
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ 
"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah semampu kamu." (At-Taghabun: 16)
Justeru, kita masukkan ciri-ciri kemenangan Islam dalam negeri yang kita kuasai. Pada tahun 1999, kita letakkan Qur'an, Hadis, Ijmak, Qias sebagai Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu. 
Dalam ayat pertama tadi, Allah sebut, pertamanya dirikan solat. 
Kerajaan yang dibentuk mesti ada hubungan dengan Allah atau disebut kerajaan Rabbaniyah. Sheikh Ali An-Nadawi, seorang tokoh ulama menyebut sebagai negara hidayah (mendapat petunjuk), bukan jibayah (memungut hasil cukai), tanpa menafikan hasil untuk negara penting.
Inilah rahsianya Allah mulakan Islam lahir di Mekah, lembah tanpa tanaman. Islam meletakkan jadual yang diatur oleh Allah, bermula dengan pembangunan manusia dahulu. Perkara ini tiada dalam agama yang lain. Allah turunkan Quran di Mekah, prosesnya berterusan hingga tegak negara Islam di Madinah. 
Solat, bukan sahaja ketika mahu mengerjakan solat, tetapi mengaitkan dengan seluruh hidup manusia. Solat dikaitkan dengan Allah, ada perkara dosa pahala, termasuk dalam pentadbiran, termasuk dalam ucapan kita: 
الحمد لله رب العالمين 
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. 
Perkaitan inilah yang menjadikan sebuah negara itu mendapat berkat dari Allah. 
Allah berfirman: 
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami (Allah) akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Al-A'raf: 96) 
Istilah berkat tiada dalam agama lain, hanya ada dalam Islam. 
Kita perintah Kelantan selama 28 tahun. Kita dapat tangani isu rakyat, di mana sifat iman dan taqwa ditanam walaupun hasil negeri kurang, sehingga Kelantan dapat dipertahan. Terengganu masih belum sampai ke tahap seperti Kelantan. 
Diisebut dalam ayat itu: iqamatussolati (mendirikan solat), bukan mendirikan masjid sahaja. Allah berfirman:
انَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
"Hanyasanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18) 
Tanggungjawab kita ialah memakmurkan masjid. Nabi dirikan masjid yang menjadi institusi mengilmukan insan. Apabila manusia ada ilmu yang memimpin mereka, maka tarbiah melalui masjid akan diberi keberkatan. 
Perkara kedua ialah zakat. Ia mengajar konsep ekonomi dalam Islam, di antaranya harta tidak beredar di kalangan orang kaya sahaja.
تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
Zakat diambil dari orang kaya di kalangan mereka dan dikembalikan kepada orang miskin di kalangan mereka. (Riwayat Bukhari)
Konsep nisab (kadar tertentu) berlaku dalam aspek ekonomi secara umum. Hasil lain juga boleh dikenakan zakat menurut pendapat ulama dalam mazhab yang lebih luas. 
Konsep cukai di kalangan bukan Islam seperti jizyah (cukai kepala), kharaj dan usyur juga boleh dikenakan. Apabila bentuk ini dibuat, maka tiada (cukai yang zalim seperti) GST, tol, atau bentuk penswastaan. 
Kerajaan tidak boleh berniaga dengan rakyat. Apa yang berlaku, kerajaan juga berniaga dengan rakyat. Berlakulah inflasi. Kita juga diperkenalkan dengan welfare state (negara kebajikan). Islam bukan sahaja kebajikan, tetapi berkebajikan. 
Perkara berikutnya dalam ayat di atas ialah amar makruf (suruh yang baik). iaitu dakwah ilassolah, mengajak kepada keharmonian, dengan ucapan, tulisan, amalan. Begitu juga dengan cegah mungkar. Ini melibatkan bidangkuasa kerajaan negeri, melibatkan kerajaan dan rakyat juga berperanan.
Nabi SAW bersabda: 
من رأى منكم منكرًا، فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان
Sesiapa di kalangan kamu melihat satu perkara mungkar, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim) 
Rakyat diajar untuk mencegah mungkar. Kita didik rakyat supaya bersama dengan kerajaan dalam menjalankan tugas ini.
Di akhir ayat itu Allah menyebut: "Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." 
Ini menunjukkan adanya muhasabah di sisi Allah. Kita meyakini bahawa pemerintah yang adil berada di bawah naungan Arasy Allah. Ia disebut sebagai golongan pertama dari 7 golongan dalam sebuah hadis, yang mendapat naungan Allah. 
Cabaran luaran pula ialah kita menghadapi golongan Ahzab (Pakatan kumpulan yang berbeza). PAS menang di Kelantan dan Terengganu bersendirian (walaupun berada dalam Gagasan Sejahtera). Ujian Ahzab, di mana semua kumpulan yang tidak setuju dengan Islam menghadapi kita. Kepungan ini menambahkan iman kita kepada Allah. 
Kuasa dunia tidak bersama dengan Islam. Parti Islam, Masyumi, pernah menang di Indonesia, namun dikalahkan. Parti Islam di Algeria pernah menang, juga dijatuhkan. Begitu juga Mesir (yang melihat kebobrokan rejim tentera yang sangat zalim, menjatuhkan Mursi).
Kita tidak gopoh dalam pemerintahan, menjadikan kita boleh berterusan dengan Islam. Pemerintahan kita bukan seperti cara Taliban atau ISIS. Kita perintah ikut jadual, kita berjaya Insya Allah. 
Intisari ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Tamrin Qiadi PAS Terengganu.
Catatan: 
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu.
Jumaat 25 Mei 2018, Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018 








Non Muslim lebih terjamin di bawah payungan Islam

1.PERJUANGAN Islam adalah berbeza dengan ideologi barat yang berkonsepkan kebebasan mutlak. Perjuangan Islam memayungi semua manusia termasuk kalangan non muslim. Ini kerana semua hamba Allah layak mendapat rahmat-Nya di dunia ini atas ihsan-Nya. Sebab itu, Islam tidak bersifat sebagaimana nasionalisme yang memperjuangkan blok perkauman dan bangsa. Tetapi Islam meninggikan aqidah dan menyelamat ummah daripada sebarang penindasan dan kezaliman. Allah SWT berfirman sebagaimana dalam hadith Qudsi:
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا 
"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas Ku dan Aku jadikannya di antara kamu juga haram, maka janganlah kamu saling melakukan kezaliman." [Riwayat Muslim]
2. Sehubungan dengan itu, tuntutan berbuat baik tidak hanya kepada sesama muslim, bahkan meliputi ke atas non muslim. Allah SWT berfirman: 
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [al-Mumtahanah: 8]

3. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang terdapat pelbagai kaum dan anutan kepercayaan bukanlah menjadi suatu kekangan dalam pelaksanaan tuntutan Islam. Negara Islam di Madinah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW, juga terdapat ramai kalangan Yahudi dan bukan Islam. Payungan Islam di Madinah memberikan hak mereka mendiami, bekerja, melakukan aktiviti di Madinah selagi tidak mengganggu gugat keamanan negara. Bahkan Nabi Muhammad SAW secara tegas melindungi non muslim di bawah pentadbiran negara Islam sebagaimana sabdanya:
من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى اللهَ 
"Siapa yang menyakiti zimmi maka dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku maka dia menyakiti Allah." [Riwayat at-Tabrani]
4. Semasa PAS mengusulkan RUU 355, secara jelas ia hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja. Islam tidak memaksa non muslim malah mereka diberi ruang dibicara mengikut kaedah anutan agama mereka. Secara praktikalnya, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya غير المسلمين في مجتمع إسلامي semasa di zaman Khilafah Uthmaniyyah juga terdapat dua mahkamah yang berbeza mengasingkan perbicaraan antara kaum muslim dan non muslim. 
5. Melalui kisah pertikaian baju perang antara Sayyidina Ali dengan seorang yahudi, dapat dilihat hak keadilan kepada non muslim dalam pengadilan. Hakim Syuraih menetapkan hak baju besi kepada yahudi tersebut setelah Sayyidina Ali tidak mempunyai bukti kukuh bahawa baju tersebut miliknya. Hal ini menjadikan yahudi yang sebenarnya mencuri baju tersebut kagum dengan keadilan sistem kehakiman dalam Islam yang tidak bersifat kroni dan berkepentingan tertentu. 
6. Pengundi non Muslim tidak perlu khuatir dan usah terpedaya dengan mana-mana provokasi yang disebar melalui media sosial. Jika mahu lihat kehidupan non Muslim yang sejahtera dan terjamin haknya, silalah hadir ke Negeri Kelantan Darul Naim melihat pentadbiran di bawah kepimpinan PAS sejak 1990 sehingga kini yang memberi hak kebajikan sama rata dan keadilan kepada masyarakat bukan Islam.
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
17 Syaaban 1439H / 3 Mei 2018 (Khamis)
Terbitan: Jabatan Pilihan Raya Ulamak Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/5/2018


















Sumber HD - 2-5-2011




















PRU14: Wasilah perkasa kuasa Mahkamah Syariah

FIRMAN Allah SWT: 
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا 
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, lalu mereka mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." [Al-Ahzab: 36] 
Selaku umat Islam, kita tiada pilihan lagi melainkan taat melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Dalam aspek PRU, maka undi yang diberikan mestilah untuk memastikan pelaksanaan syariat Allah SWT menerusi kuasa eksekutif iaitu pemerintahan. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya جريمة الردة وعقوبتها bahawa kewajipan dalam pemerintahan itu terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab individu dan tanggungjawab pemerintah. 
Kita mesti serius dalam menyokong ke arah pemerintahan untuk menegakkan perundangan Islam. Di sinilah, wajibnya kita memilih parti yang komited untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Ini kerana memiliki kuasa yang menjadi wasilah tertegaknya syariat Islam adalah suatu perkara wajib sepertimana kaedah fiqh: 
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب 
"Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia turut menjadi wajib".
PAS adalah jemaah Islam yang menyertai medan politik bermatlamatkan penegakan syariat Allah SWT di negara ini. Ia dapat dilihat kepada dasarnya yang jelas termaktub dalam perlembagaan parti iaitu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga pada pelaksanaannya sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan dalam menyediakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) pindaan 2015 Negeri Kelantan.
Kesungguhan ini lebih terserlah pada 2016 menerusi Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang apabila membawa usul persendirian mengenai RUU 355 bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan. Usaha ini merupakan langkah serius yang dilakukan oleh PAS secara berperingkat. Kaedah fiqh ada menyebut: 
ما لا يدرك كله لا يترك جله 
"Sesuatu yang tidak mampu dilakukan semuanya jangan ditinggalkan semuanya". 
Dalam 20 tawaran manifesto PAS, turut dimasukkan agenda memperkasakan peruntukan Islam dan ini termasuklah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan kehendak syariat. Dengan itu, betapa pentingnya undi diberikan kepada calon PAS bagi membolehkan undang-undang syariah dapat dikuatkuasakan sepenuhnya selaras dengan tuntutan syariat di negara kita. 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Diterbitkan oleh Jabatan Pilihan Raya Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/5/2018
Sumber HD - 33-5-2018 











Selamat wang negara dengan pemerintahan Islam

FIRMAN Allah SWT:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
"(Yang bermaksud:) Yusuf berkata; Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
[Yusuf: 55] 
Tindakan Nabi Yusof A.S memohon berada ditampuk kepimpinan adalah untuk menyelamatkan perbendaharaan negara dengan panduan Ilahi berdasarkan wahyu yang diturunkan ke atas Baginda A.S. Ibnu al-Arabi menyatakan bahawa tindakan Baginda A.S tersebut adalah bagi memastikan hak-hak golongan fakir miskin dapat disalurkan kepada mereka dan supaya tiada orang yang dapat memakan harta perbendaharaan dengan sewenang-wenangnya. 
Implikasi positif dengan menyelamatkan wang negara ialah lebihan sumber dapat digunakan untuk kebaikan rakyat secara umum. Sebab itu, dalam manifesto PAS ada tawaran melupuskan hutang peminjam PTPTN, bantuan bulanan makanan kepada fakir miskin dan sebagainya yang melibatkan kos yang besar mampu direalisasikan apabila wang negara dapat diselamatkan. 
Pelbagai skandal dalam pentadbiran BN pada hari ini, jika di urus dengan cara Islam, akan mampu memberikan manfaat kebajikan yang besar kepada rakyat. Begitu juga ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan yang saban tahun menunjukkan pemborosan melibatkan billion ringgit dapat diatasi. 
Masalah korupsi ini tidak mampu diubati melainkan dengan kembali kepada dasar pemerintahan Islam. Rakyat perlu membuka minda agar memilih kerajaan yang bebas dari korupsi kerana ia dilarang oleh Allah S.W.T dan juga demi menyelamatkan wang negara bagi kemaslahatan serta kebajikan umum rakyat. 
PAS menerusi kerajaan Kelantan telah berjaya menunjukkan model pentadbiran ekonomi Islam yang boleh dibanggakan dan patut diangkat ke tahap pelaksanaan pentadbiran peringkat Persekutuan dengan memberikan PAS mandat untuk memerintah pada PRU14 ini. 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/5/2018
Sumber HD - 2- 5-2018 

Kuasa politik untuk bina negara sejahtera

NEGARA yang sejahtera ialah negara yang melaksanakan segala dasar dan tuntutan agama. Negara yang sejahtera ini akan menjadikan dasar tuntutan Islam sebagai teras serta menjadi tapak pelaksanaan Islam lebih meluas sebagaimana yang telah ditunjukkan menerusi sirah Nabi Muhammad SAW ketika di Madinah. 
Mereka yang diberikan kuasa pemerintahan pada dasarnya adalah untuk melaksanakan kewajipan agama serta tanggungjawab berkaitan amar makruf dan nahi mungkar. Berdasarkan firman Allah SWT: 
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ 
"Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." [al-Hajj: 41]
Ayat di atas menerangkan mengenai kemenangan Islam di dalam peperangan Badar al-Kubra yang menjadi motivasi kepada umat Islam untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kemenangan tersebut merupakan bantuan Allah di saat tentera Islam dalam serba kekurangan dan bilangan yang lebih sedikit berbanding musuh apatah lagi dalam keadaan berpuasa. 
Inilah tanggungjawab kekuasan dan pemerintahan dalam Islam. Ia berdasarkan panduan wahyu Ilahi membawa manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mendatangkan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.
Jelaslah bahawa asas perjuangan Islam yang dibawakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat adalah bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan akan terus tertegak dengan menyelamatkan manusia daripada pengabdian sesama makhluk kepada Allah SWT yang Maha Esa. 
Ungkapan yang masyhur oleh Ruba'i bin Amir kepada panglima Farsi, Rustum dengan penegasannya:
اللهُ ابْتَعَثَنَا لِنُخْرِج مَنْ شآءَ مِنْ عِبادَةِ العِبادِ إِلٰى عِبادَةِ اللهِ وَحْدَه، وَمِنْ جَورِ الْأَدْيانِ إِلى عَدْلِ الإسْلامِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلى سِعَةِ الآخِرَة
"Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja kalangan manusia daripada penyembahan makhluk kepada pengabdian hanya kepada Allah Maha Esa, daripada penyelewengan agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat." 
Inilah perbezaan kuasa politik Islam dengan politik barat. Kuasa politik Islam memimpin manusia tidak hanya untuk kesejahteraan di dunia malah sehingga ke akhirat. 
Al-Imam al-Ghazali turut menjelaskan betapa penting kuasa politik dalam Islam bagi memastikan tuntutan Islam terus dapat dipertahankan. Beliau menyebutkan: 
الإِسْلامُ وَالسُّلْطَانُ أَخَوَانِ تَوْأَمٌ ، لا يَصْلُحُ وَاحِدٌ مِنْهُمَا إِلا بِصَاحِبِهِ ، فَالإِسْلامُ أُسُّ وَالسُّلْطَانِ حَارِسٌ ، وَمَا لا أُسَّ لَهُ مُنْهَدِمٌ ، وَمَا لا حَارِسَ لَهُ ضَائِعٌ 
"Islam dan pemerintahan umpama dua saudara yang kembar. Tidaklah satu itu menjadi elok melainkan bersama yang satu lagi. Maka Islam itu asas dan pemerintahan itu penjaga. Apa yang tiada asas maka ia akan runtuh dan apa yang tiada penjaga maka ia akan lenyap." 
Maka, seluruh pengundi mesti berfikir dengan kacamata iman dan demi kesejahteraan generasi kita untuk masa akan datang. Pastikan undi kita diberikan kepada calon-calon yang dapat membangunkan sebuah negeri dan negara yang sejahtera sebagaimana contoh pentadbiran Kerajaan Islam Kelantan di bawah PAS. – HARAKAHDAILY 1/5/2018
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 1-5-2018 













Politik PAS Untuk Kedaulatan Islam Dan Kesejahteraan Ummah

BERPOLITIK atau dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Siyasahلسياسة) merupakan tugasan manusia selaku khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. Menerusi firman Allah dalam Surah al-Baqarah pada ayat ke-30: 
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً 
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 
Berdasarkan perkataan 'khalifah' yang terdapat pada ayat tersebut, Syeikh Abu Hasan Ali al-Nadwi menyatakan ia membawa maksud: 
إقامة الدين وسياسة الدنيا به
"Mendirikan agama dan menguruskan dunia dengan (panduan) agama"
Perkataan al-siyasah juga digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W menerusi sabdanya iaitu:
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ
"Kaum Bani Israel pada zaman dahulu pemimpin siasah (politik) mereka ialah para Anbiaa." [Riwayat al-Bukhari & Muslim] 
Jelas menunjukkan para Rasul berdakwah dan berpolitik menghadapi rakyat dan kerajaan pada zaman masing-masing. Para Rasul juga mengumpulkan pengikut bagi membentuk jamaahnya yang diikat dengan bai’ah kepada kumpulan yang berjuang bersamanya supaya rakyat menerima Islam dan meminta kerajaan memerintah dengan syariat Allah di zaman masing-masing. 
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen. Menjadi satu ketetapan dalam tempoh 5 tahun akan berlakunya Pilihan Raya Umum bagi rakyat mengundi dalam memilih pemimpin. Sementara parti yang menang dengan jumlah majoriti akan diberi mandat bagi memerintah negara. 
Penyertaan PAS sejak PRU kali pertama pada 1955, adalah merupakan ijtihad siyasi bagi memilih pendekatan muwajahah silmiyyah iaitu penentangan secara harmoni. Ia lebih sesuai dengan realiti semasa di samping PAS bertegas tidak bersetuju dengan apa sahaja penipuan yang berlaku kerana ia bercanggah dengan batasan syariah dan nilai murni dalam kehidupan manusia. 
Malah dalam kerangka di Malaysia, keterlibatan dalam PRU menjadi wasilah bagi menegakkan syariat Allah untuk memastikan penggubalan sesuatu undang-undang yang selaras dengan kepatuhan syariah. 
Ia disebut dalam kaedah: 
ما لا يتم الواجب إلا به فهو الواجب
"Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan sesuatu itu, maka ia menjadi wajib" 
Justeru, kemenangan yang dikejar dalam PRU bukanlah semata-mata kemenangan kekuasaan yang melibatkan bilangan kerusi. PAS dengan dasar dan prinsipnya yang teguh bahawa kemenangan dalam PRU merupakan medium sebagai menyebarkan dakwah lebih meluas dan usaha menegakkan syariat Allah secara menyeluruh. Inilah prinsip semua gerakan Islam dalam menyertai PRU yang ada di negara masing-masing. Marilah bersama-sama PAS untuk menyumbang ke arah kebangkitan Islam secara syumul. 
Oleh: 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Syaaban 1439H / 24 April 2018 (Selasa) 
Terbitan: 
Jabatan Pilihan Raya Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 26/4/2018


























Sumber HD - 26-4-2018














PAS tawar cukai Islam yang lebih adil

DI ANTARA 20 tawaran Manifesto PAS adalah menghapuskan cukai GST yang memberikan bebanan ke atas seluruh rakyat termasuk kalangan orang miskin dalam kehidupan seharian mereka. Pada peringkat awal kerajaan mahu melaksanakan GST, PAS telah membantah dan menganggap ia satu cukai yang zalim dan berorientasikan Sistem Kapitalis. 
Firman Allah S.W.T: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan dengan redha di antara kamu."
[an-Nisa': 29] 
PAS telah menawarkan satu alternatif cukai Islam yang berkonsepkan panduan zakat yang lebih dinamik dan adil. Ini kerana cukai Islam yang berpandukan model zakat mengemukakan prinsipnya: 
i.     Harta tidak boleh berlegar kalangan kronisme orang kaya sahaja. Berdasarkan firman Allah SWT:
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
"Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu."
[al-Hasyr: 7]
ii.     Golongan yang kaya sahaja dikenakan cukai, tidak ke atas orang faqir miskin. Berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W:
أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
"Sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas mereka sadaqah (zakat) pada harta mereka, diambil dari kalangan orang kaya mereka dan diagihkan kepada kalangan faqir mereka."
[Riwayat Imam al-Bukhari] 
Cukai alternatif yang dicadangkan oleh PAS adalah lebih adil dan berkebajikan ke atas rakyat terutamanya yang faqir miskin. Malah hasil kutipannya berpotensi melebihi RM 50 billion setahun. 
Jelas tanpa GST, bukanlah kerajaan tidak mampu mendapatkan sumber hasil daripada cukai tetapi di dalam Islam ada percukaian yang lebih adil. Inilah yang mesti dilaksanakan dalam negara agar kemudharatan yang sedia ada dapat dihilangkan. 
Dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara, 1 undi adalah amat penting bagi memastikan kuasa politik itu diuruskan oleh pihak yang membawakan manfaat ke atas agama, ummah dan negara. 
Oleh sebab itu, kewajipan mengundi adalah mustahak kerana apabila ia digunakan untuk kebaikan dan mencegah kemungkaran yang sedia ada, maka ia termasuk dalam konteks hadis Rasulullah S.A.W: 
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإيمَانِ
"Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangan (kuasa), jika tidak berkemampuan maka dengan lisan, jika tidak mampu maka dengan hati, demikian adalah selemah-lemah iman."
[Riwayat Muslim] 
Selagimana kerajaan yang sedia ada terus mentadbir Malaysia, maka GST akan terus menjadi salah satu faktor utama cengkaman ekonomi ke atas rakyat marhaen. Sedangkan Islam memiliki sistem tersendiri yang lebih baik dan mendatangkan kebajikan untuk umum. Buatlah pilihan terbaik pada PRU14 ini. 
Oleh: 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
7 Syaaban 1439H / 23 April 2018 (Isnin) 
Terbitan:
Jabatan Pilihan Raya Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 24/4/2018
Sumber HD - 24-4-2018 






























Nasihat kepada semua pengundi

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi ber-Parlimen. Menjadi satu ketetapan dalam tempoh 5 tahun akan berlakunya Pilihan Raya Umum bagi rakyat mengundi dalam memilih pemimpin dan parti yang memenangi dengan jumlah majoriti untuk diberikan mandat bagi memerintah negara. 
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, pilihan raya memberikan maksud membuat pilihan dengan cara mengundi yang dilakukan oleh semua orang. Dalam konteks Negara Malaysia, pilihan raya ialah satu sistem yang dilakukan oleh warganegara yang telah mencukupi syarat-syarat untuk melakukan undian ke atas calon-calon yang bertanding sama ada yang di peringkat negeri (Dun) atau Parlimen (Dewan Rakyat). 
Sejak 1955, PAS menyertai PRU kali pertama yang diadakan dengan ijtihad siyasi bagi memilih pendekatan Muwajahah Silmiyyah yang lebih harmoni. Ia lebih sesuai dengan realiti semasa di samping PAS bertegas tidak bersetuju dengan apa sahaja penipuan yang berlaku kerana ia bercanggah dengan batasan syariah dan nilai murni dalam kehidupan manusia. 
Kemenangan yang dikejar dalam PRU bukanlah semata-mata kemenangan kekuasaan yang melibatkan kerusi. PAS dengan dasar dan prinsipnya yang teguh bahawa kemenangan dalam PRU merupakan medium sebagai menyebarkan dakwah lebih meluas dan usaha menegakkan Syariat Allah secara menyeluruh. Inilah prinsip semua gerakan Islam dalam menyertai PRU yang ada di negara masing-masing. 
Syeikh umar al-Timisani, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin menegaskan:
“Sesungguhnya kita tidak mengejar kemenangan yang dinamakan dengan kemenangan politik semata-mata. Akan tetapi kita mengejar kemenangan yang hakikatnya pertolongan dari Allah. Maka apabila kita memasuki Dewan Rakyat atau Parlimen, kita tidak menganggap ia sebagai satu kemenangan mengikut pertimbangan manusia, akan tetapi ia sebagai mimbar atau medium untuk menyampaikan dakwah” 
Bagi konteks mengundi dalam PRU, para Ulama menyifatkan ia mengambil hukum penyaksian menurut perpektif syariah. Ia sebagaimana yang ditegaskan oleh para Ulama dunia yang Muktabar seperti Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaily, Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni dan lain-lain lagi. 
Maka, pengundi hendaklah memastikan undian yang diberikan adalah untuk agama dan kepentingan Maslahah negara yang umum. Bukannya atas dasar kepentingan peribadi, maslahat duniawi yang bertentangan dengan agama atau disogok dengan habuan material. Dalil penegasan penyaksian adalah mesti semata-mata kerana Allah dan kepentingan yang diperintah oleh Allah ialah: 
وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ
“Dengan hendaklah kamu memberikan penyaksian kerana Allah”
[al-Tolaq: 2] 
Adapun memberikan penyaksian yang tipu juga adalah diharamkan termasuk undian diberikan kepada calon yang diketahui tidak layak. Ini kerana undiannya tersebut menunjukkan bahawa ia memberikan saksi bahawa calon tersebut baik dan layak mentadbir, sedangkan tidak. 
Ini berdasarkan umum Firman Allah yang melarang mana-mana perkataan termasuk penyaksian yang dusta:
وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
“Dan jauhilah perkataan yang dusta”
[al-Hajj: 30] 
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat memperingatkan setiap pengundi agar memberikan saksi dalam pengundian dengan benar yang memberikan manfaat kepada agama, ummah dan negara. Setiap pengundi hendaklah ingat bahawa setiap undi yang diberikan akan ditanya oleh Allah kelak. 
Al-Syahid Imam Hasan al-Banna menyatakan:
“Memberikan undian adalah satu penyaksian, manusia akan ditanya mengenainya. Maka putuskanlah untuk memberikan undian berdasarkan hati dan akal kamu. Dan jadilah orang yang membantu kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik”. 
Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan kefahaman kepada semua pengundi khususnya untuk keluar mengundi dalam melunaskan tanggungjawab mereka dari sudut agama dan sebagai seorang warganegara. Rakyat harus melihat perjuangan PAS yang komited dalam memperjuangkan agama dan maslahat negara seterusnya memberi mandat kepada PAS untuk mentadbir Malaysia pada PRU-14 ini. 
Oleh:
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
5 Syaaban 1439H / 21 April 2018 (Sabtu) - HARAKAHDAILY 22/4/3018
Sumber HD - 22-4-2018 
















2 tawaran istimewa PAS kepada siswazah

KUALA LUMPUR: PAS menawarkan dua solusi kepada para siswazah berhubung isu pendidikan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. 
“Isu pendidikan yang menjadi persoalan kini adalah bebanan yang ditanggung oleh rakyat untuk mereka masuk ke alam pengajian tinggi disebabkan oleh yurannya yang di luar kemampuan rakyat, 
“Oleh kerana itu, rakyat hari ini terpaksa pinjam dengan satu tabung yang namanya PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan apabila mereka habis belajar mereka terbeban dengan hutang tersebut.” kata beliau dalam rancangan Bicara Malaysia Sejahtera yang disiarkan di FB Live, malam tadi. 
Menurutnya, jika hutang tersebut tidak dibayar dalam tempoh setahun, maka mereka boleh disenaraihitamkan.
Sehubungan itu, katanya PAS menawarkan dua penyelesaian kepada isu pendidikan itu kepada golongan siswazah khususnya anak muda. 
“Pertama, berhubung dengan PTPTN, kita akan hapuskan. Kita lupuskan segala hutang yang sedang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang baru habis pengajian ini. Ini adalah bagi jangka masa pendek,” ujarnya. 
Beliau menambah, manakala bagi perancangan jangka masa panjang pula adalah berkenaan tabung yang bersifat hibah.

Kaedah itu, kata beliau akan membawa ke arah menjadikan yuran pengajian di peringkat universiti awam secara percuma. 
“Macam mana seseorang yang nak berlari dengan membawa beban, boleh untuk berlari laju? Ini satu sekatan kepada rakyat muda khususnya. Kerana itu kita tawarkan kepada rakyat,” kata beliau menerangkan lagi konsep PTPTN yang membebankan para siswazah kini. – HARAKAHDAILY 21/4/2018
Sumber HD - 21-4-2018

















Malaysia Sejahtera: Rakyat mudah beli kereta

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri memetik sebuah hadis yang menyebutkan bahawa salah satu daripada sumber kebahagiaan adalah dengan memiliki kenderaan yang laju. 
“Mendapatkan kenderaan yang baik dan juga laju ini adalah hak rakyat kerana kenderaan adalah keperluan untuk kita sampai ke satu tempat. 
"Kalau kenderaan yang baik, kenderaan yang laju maka kita akan potong masa, menjimatkan masa,” ujar beliau dalam program bual bicara yang disiarkan FB Live malam ini. 
Menurut calon PAS di Parlimen Kuala Nerus itu, antara penghalang bagi anak muda mendapatkan kenderaan pada masa sekarang antaranya adalah duti eksais yang dikenakan kepada semua jenis kereta sama ada yang diimport mahupun kereta yang dibuat di Malaysia. 
Manifesto PAS turunkan harga kenderaan
“Kita buat tawaran kepada rakyat Malaysia untuk PRU ke-14 iaitu pelepasan ataupun rebat duti eksais untuk mereka yang digelar sebagai B40. 
“Mereka yang berpendapatan rendah ini yang nak beli kereta untuk kali yang pertama iaitu kereta 1.3 cc ke bawah,” katanya. 
Mengulas lanjut beliau berkata, manifesto PAS ini memberikan peluang kepada anak muda terutamanya lepasan universiti untuk memiliki kenderaan tanpa perlu membayar harga yang terlalu tinggi. 
Katanya, PAS juga menawarkan pembiayaan pembelian kereta dengan kaedah ‘qardhul hasan’ iaitu pinjaman tanpa faedah. 
Tambahnya, kerajaan mesti membantu rakyat bagi mendapatkan keperluan mereka seperti kediaman dan kenderaan. 
“Hari ini rakyat tiada pilihan. Mereka terpaksa membuat pinjaman di bank walaupun mereka orang yang tidak mempunyai pendapatan yang besar dan mereka tentulah terpaksa membayar untung kepada perbankan yang sedia ada. 
"Tetapi untuk kita bantu B40 kita tawarkan konsep pembiayaan ‘Qardhul Hasan’ khusus untuk mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah seumpama ini,” sambung beliau. – HARAKAHDAILY 20/4/2018
Sumber HD - 20-4-2018 


















PAS tawar solusi atasi isu perumahan rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri menjelaskan PAS mempunyai solusi terbaik terhadap masalah perumahan yang dimasukkan dalam Manifesto Malaysia Sejahtera. 
Katanya, dalam Islam disebutkan bahawa rumah sebagai salah satu sumber kebahagiaan manusia. 
Menurutnya lagi, fakta daripada Bank Negara yang menyebutkan bahawa rumah di Malaysia tidak mampu dimiliki oleh rakyat sendiri dengan purata jualan rumah pada tahap RM313,000 sedangkan rumah mampu milik hanya sekitar RM282,000 sahaja. 
Katanya, rumah mampu milik itu pun hanya mampu dimiliki oleh isi rumah yang pendapatannya sekitar RM7,000 hingga RM8,000. 
Beliau menyebutkan bahawa antara solusi daripada Bank Negara Malaysia adalah dengan pemberian tanah awam. 
Tawaran PAS kepada rakyat 
“Kita di peringkat PAS, di Negeri Terengganu kita tawarkan manifesto 20 yang awal juga ialah hak rakyat untuk mendapat lot kediaman secara percuma. 
“Bila kita bagi lot kediaman tadi memberi peluang untuk dia mendapat kediaman dengan harga yang rendah kerana kita dah selesaikan harga tanah tadi,” ujarnya dalam siaran langsung di facebook hari ini. 
Tambahnya lagi, Manifesto Terengganu ini juga selari dengan Manifesto PAS Pusat yang meletakkan sekiranya PAS memerintah maka Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membuka tanah rancangan baru. 
Mengulas lanjut beliau berkata, tanah rancangan baharu ini adalah penempatan-penempatan baharu yang bersifat kampung yang bukan sahaja akan memberi rumah kepada rakyat malah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. 
“Untuk Negeri Terengganu sebagai contoh, kita tawarkan mereka berhak untuk mendapat pinjaman bagi membina rumah dengan kadar sekitar RM65,000. Ini untuk B40, mereka yang pendapatan RM5,000 ke bawah secara ‘Qardhul Hasan’, pinjaman tanpa sebarang faedah,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 20/4/2018


































Sumber HD - 20-4-2018



















Bertindak ikut strategi dan matlamat

PAS tidak membuat sesuatu keputusan politik untuk sekadar memuaskan hati manusia tetapi dengan berpandukan panduan daripada Allah, Tuhan yang mencipta manusia. Manusia yang bertuhankan akal sentiasa melihat tindakan orang lain serba tidak kena dan jarang benar-benar berpuashati. 
Seumpama cerita dua beranak dengan keldai. 
Apabila keldai ditunggang si anak, diheret si bapa, orang berkata; anak tak kasihankan bapa.
Apabila keldai ditunggang si bapa, diheret si anak, dikatakan bapa tidak kasihankan anak.\ 
Apabila keldai ditunggang si anak dan bapa, dikatakan pula si anak dan bapa tidak kasihankan keldai.
Apabila keldai tidak ditunggang sesiapa, hanya diheret mereka berdua, dikatakan pula tidak cerdik kerana tidak dimanfaatkan keldai. 
Sebenarnya semua situasi itu boleh berlaku berdasarkan tuntutan keperluan, matlmat dan keadaan yang berbeza.
Entah siapa manusia dan siapa keldai! 
Demikianlah, apabila PAS mengumumkan bertanding 80 kerusi, dikatakan PAS tidak serius menjadi kerajaan.
Apabila diumumkan pula bertanding 130 kerusi dikatakan pula ia bertujuan memenangkan BN.
Apabila diumumkan pula bertanding 160 kerusi, ditanya pula, di mana dana diperolehi? 
Demikianlah manusia. Apa yang penting PAS bertindak mengikut strategi tersendiri berperingkat bagi mencapai matlamat tersendiri. Insya Allah PRU ke-14 milik PAS! – HARAKAHDAILY 17/4/2018
Sumber HD - 17-4-2018 








































PAS: ‘Kingmaker’ atau berkerajaan?

PAS bakal mencipta sejarah pada PRU ke 14. Dengan calon-calon berlatarbelakangkan akademik yang baik dan profesional tarbawi berwibawa yang bekerja keras di peringkat akar umbi sejak 5 tahun lalu ditampilkan untuk kerusi-kerusi parlimen Melayu khususnya berhadapan dengan Umno di lebih 110 kerusi parlimen majoriti Melayu, PAS boleh membuat kejutan. 
Umno pula berhadapan dengan risiko penyokong yang dibawa lari oleh PPBM yang sudah pasti menguntungkan PAS. Bukan calang-calang pemimpin Umno yang bersama PPBM. Rafidah Aziz dan Rais Yatim adalah tokoh-tokoh berwibawa. Tiga penjuru PAS vs BN vs PH yang menguntungkan PAS berbanding Umno! 
Umno berhadapan dengan isu-isu ketelusan dan ketirisan yang menghantui rakyat sejak berzaman dari zaman Tun Mahathir lagi. Skandal kewangan seperti BMF, Forex, PKFZ, PERWAJA dan terkini 1MDB mencapai kemuncaknya.
Isu tadbir urus kewangan dengan hutang kerajaan Persekutuan yang semakin meningkat dari zaman Tun Mahathir yang berjumlah RM90 bilion pada 1997 kepada RM188 bilion pada 2003, seterusnya meningkat kepada RM376 bilion ketika berakhirnya zaman Tun Abdullah pada 2009 dan meningkat kepada RM685 bilion terkini sememangnya menjadi bahan bicara rakyat.
Umno juga dilihat *tidak gagah membawa aspirasi Islam berbanding PAS dalam persimpangan mereka menjaga hati dan aspirasi parti-parti lain dalam BN. RUU 355 yang menjadi aspirasi dan harapan masyarakat Islam yang melazimi masjid dan surau terutamanya warga pengamal undang-undang Islam masih di pertengahan jalan. 
Umno menyertai PRU ke-14 dengan menanggung bebanan cukai GST yang dibenci oleh rakyat termasuk sebahagian besar penyokong BN sendiri. Turunlah ke kampung-kampung mendengar rintihan rakyat berkaitan GST dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat akibat GST. Sejarah parti-parti pemerintah di beberapa negara yang tersungkur dalam pilihanraya umum pasca pelaksanaan GST menghantui juga benak pimpinan BN. Adakah BN mampu mencipta sejarah berbeza dengan terselamat pada pilihanraya umum kali ini? 
Keberanian rakyat elit dan pertengahan di kalangan ahli perniagaan, profesional di kalangan pengamal undang-undang, jurutera dan pengamal perubatan, ahli akademik bertaraf profesor, guru-guru, bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai pemerintah tentera dan pegawai tinggi pasukan keselamatan *mengkritik kerajaan secara terbuka di media sosial* benar-benar menakutkan BN.
Media sosial berjaya membawa mesej pembangkang sehingga ke akar umbi rakyat menerobos masuk ke Felda-Felda. Segala berita dan cerita sampai kepada mereka 24 jam sehari sejak bertahun-tahun. 
Anak-anak muda yang menjadi pengundi kali pertama serta pengundi bawah umur 50 tahun mendominasi bilangan pengundi seramai hampir 15 juta. Mereka generasi yang terdedah dengan keterbukaan dan maklumat. Mereka berani untuk menyatakan tidak kepada kerajaan. Zaman kerajaan mengetahui segala-galanya telah berlalu. 
Semua senario ini meletakkan PAS yang mempunyai dominasi penyokong terbesar Melayu Islam selepas Umno sebagai parti yang mempunyai peluang besar pada PRU ke 14 apabila berhadapan dengan Umno dan PH secara tiga penjuru.
Dengan imej bersih pimpinan PAS, dengan kekuatan jentera akar umbi PAS, dengan kekuatan idea yang rasional dan profesional dikemukakan oleh PAS, dengan gabungan kepelbagaian kepimpinan PAS antara yang berilmu agama yang tinggi, latar belakang akademik yang baik, profesional pelbagai bidang, anak muda berketrampilan dan aktivis masyarakat maka PAS sebenarnya berhak untuk menjadi pilihan utama rakyat pada PRU ke 14. 
Tinggal lagi setelah segala usaha dan strategi dilakukan, setiap ahli dan pimpinan PAS perlu berserah, bertawakkal kepada Allah agar diberikan kemenangan terbaik pada PRU ini demi menobatkan Islam dan demi memberikan kebahagiaan buat rakyat pelbagai bangsa dan agama menerusi penyelesaian Islam. 
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WA LILLAHIL HAMD
Malaysia_Sejahtera 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Isnin 16hb April 2018 – HARAKAHDAILY 16/4/2018








































Sumber HD - 16-4-2018





















PRU14: Lagi kejutan menanti rakyat

KUALA LUMPUR: PAS akan membuat lebih banyak kejutan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini selepas menyaksikan pertambahan bilangan kerusi yang ditandingi bermula 80 kerusi dan kini mencecah 160 kerusi parlimen. 
“PAS bertanding sebanyak 80 kerusi, kemudian naik kepada 130 kerusi dan kini bertambah jumlahnya sehingga 160 kerusi," kata Pengarah Institut Strategi PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam program FB live Sinar Harian siang tadi. 
Beliau juga menyatakan akan ada kejutan PAS buat rakyat khasnya semasa mengisytiharkan calon-calonnya tidak lama lagi. 
Mengulas lanjut beliau menyatakan, PAS mensasarkan minimum 40 kerusi parlimen untuk membolehkan parti itu sebagai ‘kingmaker’. 
"Kalau ada 40 buah kerusi parlimen, tiada parti boleh tubuh kerajaan melainkan mesti berbincang secara bersama.
"Sasaran maksimumnya membolehkan PAS mentadbir secara bersendirian atau tadbir bersama dengan parti-parti lain," tambahnya. 
Oleh kerana itu, kata beliau, PAS menyatakan bahawa yang paling potensi adalah PAS kerana PPBM akan mengambil 10 peratus undi Melayu keluar bersama mereka yang keluar Umno dan menyokong mereka. 
"Tetapi PAS kekal dengan pengundi dia, ditambah pula dengan pengundi di atas agar dan pengundi Umno,” ujar beliau. 
Beliau juga ada memetik kata-kata seorang pimpinan Umno ketika berforum lebih kurang sebulan lalu.
“Hari ini rakyat Islam bukan lagi Islam. Mana-mana kelompok, gerakan,parti yang tidak boleh menawarkan Islam pada PRU14 maka dia akan kecundang," kata Dr Khairudin memetik kenyataan seorang pemimpin Umno sebelum ini. 
Justeru itu beliau menegaskan, PAS akan menang dan sekali gus menggalas tanggungjawab untuk mengubah negara ke arah yang lebih baik. – HARAKAHDAILY 16/4/2018
Sumber HD - 16-4-2018 

PAS Punyai Dominasi Penyokong Terbesar Melayu Islam

Oleh : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

PAS bakal mencipta sejarah pada PRU ke 14. Dengan calon-calon berlatarbelakangkan akademik yang baik dan profesional tarbawi berwibawa yang bekerja keras di peringkat akar umbi sejak lima tahun lalu ditampilkan untuk kerusi-kerusi parlimen Melayu khususnya berhadapan dengan UMNO di lebih 110 kerusi parlimen majoriti Melayu, PAS boleh membuat kejutan.

UMNO pula berhadapan dengan risiko penyokong yang dibawa lari oleh PPBM yang sudah pasti menguntungkan PAS. Bukan calang-calang pemimpin UMNO yang bersama PPBM. Rafidah Aziz dan Rais Yatim adalah tokoh-tokoh berwibawa. Tiga penjuru PAS vs BN vs PH yang menguntungkan PAS berbanding UMNO!!!

UMNO berhadapan dengan isu-isu ketelusan dan ketirisan yang menghantui rakyat sejak berzaman dari zaman Tun Mahathir lagi. Skandal kewangan seperti BMF, Forex, PKFZ, PERWAJA dan terkini 1MDB mencapai kemuncaknya.

Isu tadbir urus kewangan dengan hutang kerajaan Persekutuan yang semakin meningkat dari zaman Tun Mahathir yang berjumlah RM90 bilion pada 1997 kepada RM188 bilion pada 2003, seterusnya meningkat kepada RM376 bilion ketika berakhirnya zaman Tun Abdullah pada 2009 dan meningkat kepada RM685 bilion terkini sememangnya menjadi bahan bicara rakyat.

UMNO juga dilihat tidak gagah membawa aspirasi Islam berbanding PAS dalam persimpangan mereka menjaga hati dan aspirasi parti-parti lain dalam BN. RUU 355 yang menjadi aspirasi dan harapan masyarakat Islam yang melazimi masjid dan surau terutamanya warga pengamal undang-undang Islam masih di pertengahan jalan.

UMNO menyertai PRU ke 14 dengan menanggung bebanan cukai GST yang dibenci oleh rakyat termasuk sebahagian besar penyokong BN sendiri. Turunlah ke kampung-kampung mendengar rintihan rakyat berkaitan GST dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat akibat GST.

Sejarah parti-parti pemerintah di beberapa negara yang tersungkur dalam pilihanraya umum pasca pelaksanaan GST menghantui juga benak pimpinan BN. Adakah BN mampu mencipta sejarah berbeza dengan terselamat pada pilihanraya umum kali ini?

Keberanian rakyat elit dan pertengahan di kalangan ahli perniagaan, profesional di kalangan pengamal undang-undang, jurutera dan pengamal perubatan, ahli akademik bertaraf profesor, guru-guru, bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai pemerintah tentera dan pegawai tinggi pasukan keselamatan mengkritik kerajaan secara terbuka di media sosial benar-benar menakutkan BN.

Media sosial berjaya membawa mesej pembangkang sehingga ke akar umbi rakyat menerobos masuk ke felda-felda. Segala berita dan cerita sampai kepada mereka 24 jam sehari sejak bertahun-tahun.

Anak-anak muda yang menjadi pengundi kali pertama serta pengundi bawah umur 50 tahun mendominasi bilangan pengundi seramai hampir 15 juta. Mereka generasi yang terdedah dengan keterbukaan dan maklumat. Mereka berani untuk menyatakan tidak kepada kerajaan. Zaman kerajaan mengetahui segala-galanya telah berlalu.

Semua senario ini meletakkan PAS yang mempunyai dominasi penyokong terbesar Melayu Islam selepas UMNO sebagai parti yang mempunyai peluang besar pada PRU ke 14 apabila berhadapan dengan UMNO dan PH secara tiga penjuru.

Dengan imej bersih pimpinan PAS, dengan kekuatan jentera akar umbi PAS, dengan kekuatan idea yang rasional dan profesional dikemukakan oleh PAS, dengan gabungan kepelbagaian kepimpinan PAS antara yang berilmu agama yang tinggi, latar belakang akademik yang baik, profesional pelbagai bidang, anak muda berketrampilan dan aktivis masyarakat maka PAS sebenarnya berhak untuk menjadi pilihan utama rakyat pada PRU ke 14.

Tinggal lagi setelah segala usaha dan strategi dilakukan, setiap ahli dan pimpinan PAS perlu berserah, bertawakkal kepada Allah agar diberikan kemenangan terbaik pada PRU ini demi menobatkan Islam dan demi memberikan kebahagiaan buat rakyat pelbagai bangsa dan agama menerusi penyelesaian Islam.

Sumber BO - 16-4-2018























Perjuangan PAS dalam kerangka demokrasi

1. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah di Malaysia telah memilih jalan muwajahah silmiyyah (kaedah pertentangan secara aman) iaitu dengan jalan demokrasi sebagai parti yang menyertai pilihan raya. 
2. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125, yang menceritakan pendekatan hikmah dan kebijaksanaan dalam usaha menyampaikan Islam merupakan pendekatan yang terbaik. PAS melihat jalan demokrasi merupakan method atau pendekatan terbaik dalam usahanya untuk menyampaikan dakwah Islam dan memerintah dengan adil. 
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." 
3. PAS menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Segenap aspek PAS berusaha untuk menterjemahkan dasar dan nilai Islam dalam kerangka sebuah parti yang memerintah dan membangkang. 
4. PAS memilih jalan demokrasi kerana menyedari jalan yang lain selain dari demokrasi, seperti revolusi, peperangan akan menimbulkan pertembungan di kalangan rakyat sesama sendiri sehingga boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan negara. Semestinya ia bukan amalan dan budaya yang cocok dengan peradaban Malaysia dari sudut sejarah. 
5. PAS istiqamah menyertai pilihan raya daripada pilihan raya umum yang pertama sejak tahun 1955 sehingga Pilihan raya Umum ke 14 yang akan datang ini. PAS tetap istiqamah menghantar calon bertanding walau belum diizinkan Allah untuk berkuasa dan memerintah di peringkat kerajaan persekutuan. Sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah sekalipun PAS tidak mempunyai kerusi dalam Dewan Rakyat. Dalam masa yang sama, PAS telah membuktikan kemampuan memerintah dengan adil dan saksama di beberapa negeri yang pernah dimenangi PAS sama ada dengan gabungan beberapa parti atau bersendirian seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor. 
6. PAS telah menunjukkan perjuangan yang konsisten dalam usaha perlaksanaan syariat serta undang-undang Islam melalui kerangka demokrasi. Setelah memenangi negeri Kelantan pada tahun 1990, PAS secara beransur-ansur melaksanakan syariat Islam dalam pelbagai segmen dan ruang lingkup, termasuklah berkaitan perundangan.
7. Pemerintahan di Kelantan sebagai contoh menyaksikan PAS berjaya melaksanakan dasar dan polisi berteraskan syariat. Kelantan menjadi negeri pertama yang tidak menggunakan perbankan konvensional dalam pentadbiran negeri. Selain itu, perlaksanaan Ar-Rahn pertama sebagai pusat pajak gadai emas berkonsepkan Islam. Penetapan polisi pembinaan rumah 3 bilik bagi kesejahteraan keluarga Islam, perlaksanaan cuti bersalin 90 hari, cuti khas bagi perempuan dalam iddah, dasar Bertani Satu Ibadah dan pelbagai lagi yang sebahagiannya akhirnya dilaksanakan diseluruh negara apabila terbukti kebaikannya. 
8. Dalam pada itu, PAS tidak melupakan aspek Nahi Mungkar dan Hisbah rakyat sebagai dengan melaksanakan pelbagai polisi termasuklah menutup tempat judi dan kedai arak kepada orang Islam, mengenakan kompaun kepada rakyat berpakaian menjolok mata, memberi amaran keras kepada lelaki yang tidak hadir solat Jumaat, dan pelbagai lagi. Usaha ini dilengkapkan dengan usaha penerangan dan dakwah melalui pemerkasaan masjid dan pondok, pembinaan ratusan pusat pendidikan dan program Halaqah peringkat negeri yang melibatkan semua kawasan. 
9. Sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan perintah Allah kepada pemerintah dalam melaksanakan undang-undang, PAS melalui Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sepanjang memerintah Terengganu dan Kelantan. Namun begitu, ia tidak dapat dilaksanakan atas faktor punca kuasa yang terhad diperingkat peringkat persekutuan. Namun, PAS tetap berusaha walaupun sebagai pembangkang di Parlimen dengan Usul Persendirian bagi pindaan akta 355 dalam usaha memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah. 
10. Apa yang menarik, dasar Islam melalui slogan 'Membangun Bersama Islam' tidak langsung mendatangkan kemudaratan kepada bangsa dan agama lain. Bahkan, kesejahteraan dan keharmonian jelas terpancar di bumi Kelantan. Tidak pernah walau sekali, timbul isu diskrimimasi atau perbalahan antara kaum, secara tidak langsung memberi gambaran rahmah yang dibawa oleh Islam kepada semua. 
11. Dengan pencerahan ringkas ini, dapatlah disimpulkan bahawa perjuangan PAS dalam memperjuangkan sebuah negara yang terdiri di dalamnya dasar dan nilai Islam dalam konteks demokrasi adalah suatu komitmen dengan bukti, bukan sekadar slogan. Rakyat harus memberi kepercayaan kepada PAS bagi melihat sebuah negara sejahtera dengan acuan Islam. 
"Membangun Negara Yang Sejahtera" 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
29 Rejab 1439H / 15 April 2018 – HARAKAHDAILY 15/4/2018
Sumber HD - 15-4-2018 
























PAS sasar perintah Malaysia

KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan untuk memerintah Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini. 
“Sasaran kita adalah kita nak memerintah Malaysia. 
“Berapa kerusi, tunggu dan lihat kerana kita bertanding pada PRU kali ini kalau dulu kita isytiharkan 130, tunggulah pada 19 April ini kita akan isytiharkan berapa kerusi kita akan bertanding bukan hanya oleh PAS tapi oleh rakan-rakan dalam gabungan Gagasan Sejahtera,” tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri dalam temuramah beliau bersama Hijau.fm, semalam. 
Menurutnya, kerusi-kerusi yang ingin ditandingi oleh PAS adalah kerusi-kerusi majoriti Melayu Islam yang mana pertembungannya adalah antara PAS dengan Umno. 
“Siapa yang dapat menguasai undi Melayu Islam maka dia boleh jadi raja. Kalau Umno menang sebelum ini 80 kerusi boleh jadi raja, maka tidak pelik PAS boleh menjadi raja menggantikan Umno jika menang sekurang-kurangnya 88 kerusi seperti Umno sekarang,” ujar beliau menerangkan peluang PAS dalam PRU14.
Beliau sebelum itu menyatakan bahawa PAS mensasarkan sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen untuk dimenangi pada PRU14. 
“Kita meletakkan sasaran 40 kerusi paling minima maknanya minima itu kalau tak ada satu parti boleh bentuk kerajaan,” kata beliau lagi. 
"Tentu dia akan mengalami satu keadaan akan datang dipanggil ‘hung parliament’, parlimen yang tergantung memerlukan kerjasama semua pihak dan kerjasama semua pihak untuk bentuk negara adalah sesuatu yang baik, dia akan meredakan pertembungan dan dia akan bawa kebaikan kepada rakyat,” ujar beliau menerangkan kemungkinan keadaan kerusi parlimen selepas PRU14. – HARAKAHDAILY 13/4/2018
















































Sumber HD - 13-4-2018


























Manifesto PAS: Hapus GST ganti cukai orang kaya ikut model zakat

GST yang dikenakan berdasarkan perbelanjaan adalah cukai zalim yang mesti dihapuskan. Ia menambah pendapatan negara dengan cara yang salah, mencekik 6% pemilikan dari poket rakyat termasuk golongan miskin dan menyebabkan kenaikan harga barang. 
Alternatif yang dikemukakan oleh PAS ialah cukai terhadap pemilikan orang kaya sebagaimana model zakat Islam terhadap pegangan saham di Bursa Malaysia dan simpanan korporat dengan dikenakan cukai 2.5% apabila cukup tempoh setahun pemilikan dan melepasi nisab nilai harta RM17,500. Cukai ini adalah hak milik rakyat miskin pada pemilikan golongan kaya. 
Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia ialah RM1.9 trilion untuk Disember 2017. Pada kadar cukai serendah 2.5% ini sahaja pun, Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM47.5 bilion; melepasi jumlah kutipan GST pada tahun 2017 yang hanya berjumlah RM44 bilion sahaja. 
Simpanan rakyat Malaysia di bank pula untuk 2017 ialah RM1.7 trilion berbanding 2015 sebanyak RM1.66 trilion. Dengan anggaran RM500 bilion dimiliki oleh korporat, jika dikenakan cukai 2.5% mengikut model zakat Islam terhadap wang simpanan apabila cukup tempoh setahun dan melepasi nisab RM17,500, maka Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM12.5 bilion. Menjadikan jumlah keseluruhan pendapatan negara dari kedua-dua sistem cukai alternatif ini ialah RM60 bilion bagi 2017. 
Sebenarnya, inilah nilai pendapatan yang hilang akibat Kerajaan gagal mengenakan cukai kepada pemilikan harta orang kaya menurut model zakat dan sistem ekonomi Islam yang menjadi hak milik rakyat marhaen. 
PAS mengemukakan manifesto yang sangat praktikal menurut kaedah ekonomi Islam. Apabila sistem ekonomi Islam diterima pakai, rakyat dan negara mendapat manfaat dan keadilan. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
Ustaz Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
AJK Kerja PAS Pusat
Rabu, 11 April 2018 | 24 Rejab 1439 – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 


























Manifesto BN; Apa Yang Hilang?

Oleh : Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

BN baru sahaja melancarkan manifesto kelmarin. Pelbagai janji yang dihidangkan kepada rakyat melibatkan beberapa segmen adalah perkara biasa yang mampu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan sekiranya pengurusan kewangan dilakukan secara berhemah tanpa sebarang ketirisan.

2. Pada masa rakyat sedang berhadapan dengan peningkatan kos hidup yang mencengkam kewangan mereka tentulah besar harapan rakyat agar kerajaan pasca PRU ke-14 mampu menyelesaikan sebahagian masalah ekonomi yang dihadapi mereka.

3. Namun, apa yang perlu disedari oleh rakyat ialah kemelut ekonomi memuncak apabila percukaian GST diperkenalkan. Usaha menambah nilai pendapatan boleh guna akan kehilangan impaknya selagi percukaian tersebut diteruskan.

4. Menyedari hakikat itulah tawaran awal PAS ialah menghapuskan percukaian GST. Bagi meningkatkan pendapatan maka alternatif pada percukaian GST ialah cukai bermodelkan sistem zakat Islam yang dikenakan kepada golongan kaya iaitu cukai pegangan saham di Bursa Malaysia dan cukai simpanan korporat yang kedua-duanya mampu menambah pendapatan negara sekitar RM60 bilion, jauh melepasi pendapatan GST yang hanya RM44 bilion pada 2017. Namun, manifesto BN gagal membuat tawaran penghapusan GST sebagaimana harapan rakyat.

5. Segala perancngan yang baik juga asasnya ialah tadbir urus yang baik (good governance). BN sekali lagi menjanjikan tadbir urus yang baik di saat mereka tercalar dengan pelbagai isu ketirisan.
6. Namun, PAS bergerak selangkah ke hadapan dengan menawarkan Tadbir Urus Rabbani yang mengikat para pentadbir sebagai hamba kepada Tuhan yang meletakkan pertimbangan dosa dan pahala, syurga dan neraka serta pemantauan Malaikat yang mencatat perlakuan baik dan jahat.
7. Tadbir Urus Rabbani telah menunjukkan kejayaannya dalam pentadbiran PAS di Kelantan sehingga diiktiraf sebagai kerajaan bebas rasuah dan ketirisan serta mempunyai akauntabiliti.

8. BN juga menawarkan kesinambungan projek kediaman mampu milik yang telah dibuat oleh kerajaan sekarang dan menawarkan penubuhan bank khusus untuk pembiayaan kediaman. Namun, PAS lebih kehadapan menawarkan peluang pembiayaan kediaman mampu milik antara RM50k sehingga RM180k menerusi Qard al-Hasan, iaitu pinjaman tanpa faedah bagi B40.

9. Malah, PAS juga menawarkan usahasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi membuka rancangan-rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda. Ia ke arah pemilikan lot dan rumah kediaman mampu milik di samping membuka peluang baru pekerjaan.

10. Manifesto BN tidak menyentuh tawaran melibatkan pemilikan kenderaan rakyat B40. Ia barangkali kerana BN telah gagal menunaikan janji manifesto 2013 bagi menurunkan harga kereta sehingga 30%. Berbeza dengan PAS yang membuat tawaran khusus bagi pembelian kenderaan 1.3 cc ke bawah untuk kali pertama bagi golongan B40 dengan pengecualian duti eksais di samping kaedah pembiayaan Qard al-Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah.

11. Antara tawaran BN ialah pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah serta pemerkasaan Mahkamah Syariah. Namun, PAS bergerak ke hadapan secara lebih komprehensif bagi menegaskan dasar bernegara iaitu Islam sebagai ad-Din yang perlu diperkasakan dalam peruntukan perlembagaan. Ia bukan hanya merangkumi undang-undang dan mahkamah tetapi merangkumi segala aspek polisi bernegara yang mesti selaras dengan Islam.

12. Namun, apa yang membimbangkan ialah tawaran BN bagi memperluaskan program dwi-bahasa yang mengancam usaha memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Ia berbeza dengan PAS yang membuat tawaran bagi menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.

13. Setelah meneliti manifesto BN, saya sangat yakin bahawa apa yang ditawarkan oleh PAS dan Gagasan Sejahtera jauh lebih menyeluruh pada gagasan bernegaranya. Manifesto GAGASAN seterusnya melibatkan segmen anak muda, wanita, petani dan lain-lain akan menyusul insyaAllah terdekat sebelum penamaan calon PRU ke-14.

Sekian.
Isnin, 9 April 2018

Sumber BO - 9-4-2018





























Urustadbir Rabbani Perangi Rasuah : Contohi Konsep Umi Kelantan

Perbincangan politik hari ini tidak dapat lari daripada isu penyelewengan, rasuah dan korupsi yang sukar untuk dibendung. Ia ibarat barah yang menambah luka ketika permainan politik bukan lagi di atas dasar menguntungkan rakyat secara keseluruhan, tetapi demi kepentingan kantung pihak tertentu.

2. Di dalam riuh rendah hiruk pikuk masyarakat bercakap soal sebuah urustadbir kerajaan yang baik (good governance), kerajaan negeri Kelantan selepas memerintah selama 27 tahun bermula Oktober 1990, telah membuktikan bahawa melahirkan “Good Governance” (Urustadbir Baik) yang cemerlang dari sudut pengurusan serta jauh dari rasuah bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi hendaklah berasaskan “al-Hukmu al-Rabbani” iaitu “Urustadbir Rabbani” yang meletakkan asas agama dan perhambaan diri kepada Tuhan sebagai dasar rujukan.

3. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 79:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ (79)

“Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah SWT kurniakan kepadanya Kitab, Hukum (kebijaksanaan dan pemerintahan) dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada orang ramai; “Jadilah kamu semua hamba-hamba kepadaku lain daripada Allah SWT”, tetapi hendaklah dia berkata; “Jadilah kamu semua Rabbaniyyin”, dengan sebab apa yang kamu ajarkan menerusi Kitab dan dengan sebab apa yang kamu pelajari”.

4. Rabbani adalah orang yang dinisbahkan kepada Rabb Tuhan. Sebagaimana ditafsirkan oleh para ulamak, ia bermaksud orang yang berilmu, faqih, ahli ibadah dan ahli taqwa, yang sentiasa menyedari pengawasan Allah SWT terhadap dirinya dan yang mengikut Rabb iaitu Tuhan. Perkataan “rabbani” juga berasal dari perkataan “rabba” bermaksud mentadbir dan memperelokkan keadaan. Justeru, Rabbani menurut Qurtubi bermaksud orang yang disamping berilmu dia juga cekap dalam urustadbir.

5. Kesimpulannya Rabbani boleh ditafsirkan sebagai orang yang ada ilmu, kuat beribadah mengabdikan diri kepada Tuhan, bertaqwa dan menyedari pengawasan Allah SWT terhadap dirinya serta cekap mentadbir dengan menjadikan Rabb Tuhan sebagai ikutan dan panduan. Konsep Rabbani inilah yang perlu diterapkan dalam urustadbir negara.

6. “Good Governance” yang dikeluarkan oleh World Conference on Governance pada tahun 1999 mendefinisikannya sebagai

“a system that is transparent, accountable, just, fair, democratic, participatory and responsive to people’s needs”. Ia menggariskan 3 asas urustadbir yang baik iaitu accountability (kebertanggungjawaban) , transparency (ketelusan) danefficiency and effectiveness (kecekapan).

7. Namun, Urustadbir Rabbani lebih jauh meletakkan semua tiga asas itu bersumberkan kesedaran bahawa manusia yang melaksanakan urustadbir negara adalah:

i. Hamba kepada Tuhan yang mesti berilmu dan terikat dengan hukum hakam dan peraturan Tuhan.
ii. Dipertanggungjawabkan menerusi konsep Hisab di Hari Akhirat

iii. Dinilai oleh Allah SWT berasaskan kualiti setiap urustadbir untuk diganjari dengan Syurga.

8. Atas kesedaran “Urustadbir Rabbani” berasaskan konsep perhambaan diri kepada Tuhan, kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan prinsip UMI merujuk kepada ‘Ubudiyyah (Perhambaan kepada Allah SWT), Mas’uliyyah’ (Kebertanggungjawaban juga berkait dengan prinsip dosa dan pahala) dan Itqan (Kesungguhan dan Kecekapan) sebagai dasar urustadbir negeri.

9. Urustadbir berasaskan prinsip UMI menjadi tunjang penting kepada pengurusan yang cekap serta jauh daripada penyelewengan.

Hasilnya, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bebas dan bersih daripada sebarang rasuah mahupun korupsi. Ini merupakan kejayaan terbesar bagi sesebuah kerajaan yang memerintah sebuah negeri.

10. Malah, seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016, Pejabat Menteri Besar dan SUK Kerajaan Negeri Kelantan memperolehi markah 99 peratus dalam laporan berhubung prestasi pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti jabatan/agensi pada 2016.

11. UMI sebagai satu konsep Urustadbir Rabbani sepatutnya menjadi rujukan kerajaan-kerajaan negeri lain termasuk kerajaan pusat sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan. Misi menjadi sebuah negara yang bebas dari amalan rasuah kini sebenarnya tidak lagi mustahil dan Kerajaan Negeri Kelantan telah dahulu membuktikannya.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
27 Februari 2018 | 11 Jamadilakhir 1439H

Sumber BO - 28-2-2018


































































PAS Terajui Dasar Buruh Berkebajikan

Panduan PAS adalah Islam; dengan merujuk kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber hukum yang tertinggi.

2. Prinsip utama dasar buruh PAS ialah bahawa manusia itu adalah makhluk yang mempunyai akal dan nafsu serta roh dan jasad yang perlu dibina dan dibajai serta digunakan sesuai dengan fitrah penciptaannya yang telah ditetapkan.

3. Manusia perlu memberikan hak kepada jasadnya untuk makan dan minum, berehat dan berhibur. Perlu memberikan hak kepada roh dan akalnya untuk mendapatkan ilmu. Perlu memberikan hak kepada ahli keluarga anak, isteri, ibu, bapa dan sanak saudara untuk bermesra dan berziarah. Perlu memberikan hak kepada jiran tetangga dan masyarakat untuk berhubung kasih dan bersosial serta melakukan kebajikan sesama manusia.

4. Manusia hidup bukan hanya untuk bekerja mencari nafkah. Tetapi dia perlu juga memakmurkan kehidupan dengan aktiviti ibadah khas beragama, aktiviti berkeluarga, aktiviti bermasyarakat dan pelbagai aktiviti yang boleh melapangkan akal, menenangkan minda dan merehatkan jasad. Bukan hanya terpenjara dalam ruang lingkup pekerjaan mencari nafkah semata-mata.

5. Perbezaan jantina makhluk bergelar manusia justeru menatijahkan hak dan tanggungjawab yang berbeza juga adalah suatu bentuk kemuliaan dan bukannya diskriminasi terhadap mana-mana jantina.

6. Berlainan dengan teori buruh yang dibangunkan berasaskan ideologi ciptaan manusia yang hanya menganggap bahawa manusia adalah semata-mata alat (machinery) bagi memacu produktiviti kebendaan dalam kehidupan; dan, lelaki dan perempuan pula adalah sama sahaja sehinggakan syariat Islam yang memperihalkan perbezaan antara lelaki dan perempuan ditentang lantang atas nama hak asasi manusia dan kesamarataan gender.

7. Bertitik tolak daripada prinsip-prinsip inilah, PAS telah memperkenalkan dasar buruh yang berkebajikan kepada para pekerja. Contoh ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir atau pernah ditadbir oleh PAS di Kelantan dan Terengganu. Antaranya :

(a) DASAR KERJA LIMA (5) HARI SEMINGGU.
Bermula 1hb Januari 1996, Kerajaan Kelantan diterajui PAS menetapkan hari berkerja hanya lima (5) hari seminggu dan memperuntukkan dua (2) hari sebagai cuti rehat.

Rasionalnya ialah bagi menjadikan masyarakat lebih berilmu dengan menjadikan Jumaat sebagai hari ilmu dan menjadikan Sabtu hari bersama keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tindakan ini dapat menggalakkan produktiviti kerja setelah mereka mendapat rehat yang cukup serta membantu sektor pelancongan domestik.

Dasar ini kemudiannya ditiru oleh Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan cuti tambahan pada Sabtu minggu pertama bermula Januari 1999 dan bermula Februari 2000 pula, Sabtu minggu pertama dan ketiga dijadikan sebagai hari cuti.

Pada Julai 2005 barulah Kerajaan Persekutuan melaksanakan sepenuhnya dasar lima (5) hari berkerja dan cuti dua hari tetapi dengan memanjangkan tempoh masa berkerja pada 5 hari tersebut.

(b) DASAR CUTI WANITA BERSALIN
Pada tahun 1991 Kerajaan PAS Kelantan memberi hak kepada pekerja wanita yang bersalin dengan diberikan cuti daripada 42 hari sebelumnya kepada 60 hari.

Ia bagi memberikan tempoh yang secukupnya untuk bersama dengan anak yang baru dilahirkan dan memastikan ibu itu pulih sepenuhnya sebelum kembali berkerja.

Ia juga satu pemberian hak terhadap anak yang baru lahir untuk dijaga dan dibelai sepenuhnya oleh ibu selepas kelahiran apatah lagi hak penyusuan susu ibu.

Pada 1hb Mei 1998 barulah polisi itu ditiru oleh Kerajaan Persekutuan menerusi pekeliling bilangan 2 tahun 1998.

Pada Mei 2010, Kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan pula dasar cuti bersalin kepada 90 hari.

Pada 15 hb Oktober 2010 Kerajaan Persekutuan mengambil langkah yang sama memberikan cuti 90 hari TETAPI dengan had maksima 300 hari dan pekerja boleh memilih untuk mengambil cuti antara 60 hingga 90 hari.

Berkuatkuasa Januari 2018 pula had maksima ini ditambah kepada 360 hari dan dalam masa yang sama, cuti 90 hari ini juga diperluaskan ke sektor swasta pula .

8. Menariknya, dasar-dasar yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh PAS ini yang kemudiaannya turut diikuti oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri yang lain dan juga sektor swasta membuktikan bahawa ia adalah dasar yang sangat baik dan bermanfaat bukan sahaja kepada pekerja, bahkan kepada aspek-aspek lain juga.
9. Ia juga mengingatkan kita dengan firman Allah

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ (73)

“Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang membimbing berdasarkan perintah Kami dan Kami ilhamkan kepada mereka perlakuan kebajikan….”

(Surah al-Anbiya ayat 73)

Sesungguhnya Allah mengilhamkan kepada para pemimpin yang memerintah berpandukan Islam pelbagai polisi kebajikan yang memberi kebaikan kepada rakyat.

10. Saya juga sebelum ini pernah mencadangkan supaya tempoh masa bekerja para wanita berkeluarga dikurangkan daripada 8 jam kepada hanya 5 atau 6 jam sehari dengan gaji yang sama seperti lelaki yang bekerja selama 8 jam sehari bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan dan sebagai penghargaan kepada wanita yang berkeluarga.

11. Apabila PAS diberikan kepercayaan untuk mentadbir lebih banyak negeri dan mentadbir negara, saya percaya pelbagai lagi dasar berkebajikan yang akan diperkenalkan dan dilaksanakan yang akan menguntungkan para pekerja di negara ini. Pelbagai ilham akan dicurahkan oleh Allah insyallah.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 15-2-2018



































Komitmen PAS selesai isu pemilikan rumah bakal untungkan rakyat

ISU pemilikan rumah terutamanya oleh kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dilihat masih gagal untuk diselesaikan sehingga kini.
Sedangkan, punca utamanya sudah sangat jelas dan diakui pelbagai pihak; iaitu, (i) harga¹ rumah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan, dan (ii) kekurangan bekalan² rumah mampu milik dalam pasaran. 
Ditambah pula dengan kompleksiti industri perumahan³ di negara ini sehinggakan mewujudkan peluang kepada pihak tertentu untuk mengaut keutungan atas angin di atas bebanan yang perlu ditanggung oleh pembeli. 
Isu ini sebenarnya boleh sahaja diselesaikan, dengan syarat sesebuah kerajaan itu hendaklah (i) memiliki kemahuan politik yang bersungguh, dan (ii) menggunakan kaedah Islam yang adil untuk semua.
PAS sangat komited mahu menyelesaikan isu pemilikan rumah ini bukan sahaja kerana memahami bahawa kediaman merupakan salah satu keperluan asasi manusia, bahkan kerana menyedari bahawa status pemilikan rumah juga sangat memberikan kesan ke atas pembentukan struktur sosial dan politik sesebuah masyarakat. 
Nabi s.a.w. juga bersabda: 
( مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ : الْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ) 
"Antara punca kebahagiaan seseorang ialah jiran yang baik, kenderaan yang selesa dan kediaman yang lapang". (Hadis riwayat Ahmad dan dinilai Sahih oleh Albani)
Oleh demikian, PAS telah menterjemahkan komitmen ini dalam manifesto seperti berikut untuk ditawarkan kepada rakyat dalam PRU14 akan datang: 
(a) Setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas yang layak berhak mendapatkan 1 lot tapak rumah kediaman atau 1 unit rumah kediaman. 
(b) Memperuntukkan RM50 juta setahun untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat.
Saya juga sebelum ini ada menyuarakan⁴ beberapa kaedah bagi menyelesaikan isu ini antaranya melalui penggubalan akta tertentu bagi mengawal harga rumah, pelaksanaan pinjaman qard al-hassan dan pengenalan sukuk al-ijarah dalam proses pembiayaan perumahan serta pembukaan kampung-kampung baharu. 
Saya percaya, apabila PAS terus diberikan mandat dalam siri pilihan raya umum akan datang, lebih banyak manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat di negara ini dan isu pemilikan rumah ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. 
”Sejahtera Bersama Islam” 
YB. DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus
19 Disember 2017 | 30 Rabiul Awal 1439 – HARAKAHDAILY 19/12/2017
_
¹ Harga purata rumah pada 2016 yang sudah mencecah RM387,258.00 seunit dikategorikan sebagai ‘amat tidak mampu milik’ dan hanya layak untuk dimiliki oleh kumpulan isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangya RM10,757.00. Sedangkan, kumpulan B40 dan M40 hanya berpendapatan purata RM2,848.00 dan RM6,502.00 sebulan. 
² Secara unjurannya, bagi tempoh 2016 hingga 2020, negara ini memerlukan 653,000 buah rumah mampu milik (RMM) atau 130,000 buah RMM setahun bagi memenuhi permintaan. Namun, bekalan RMM pada masa ini secara puratanya hanya 60,000 buah sahaja setahun. Bahkan, dari 2016 hingga suku pertama 2017, hanya 21% pelancaran baharu terdiri daripada rumah berharga di bawah RM250,000. 
³ Saya sejak 2015 lagi telah menegaskan supaya ada usaha dilaksanakan untuk menyemak dan menstrukturkan semula industri perumahan dalam negara kita melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan berkenaan serta pemaju dan persatuan berkaitan bagi mengawal kenaikan harga rumah dalam pasaran dan memastikan bekalan mencukupi permintaan. 
⁴ Sila rujuk : (i) http://drtakiri.blogspot.my/2015/11/rumah-mampu-milik-kekang-harga-semak.html (ii) http://drtakiri.blogspot.my/2016/09/tabung-qard-al-hassan-bantu-rakyat.html, dan (iii) http://drtakiri.blogspot.my/2017/10/sukuk-ijarah-agihan-lot-tanah-sebagai.html.
Sumber HD - 19-12-2017 

Adakan Sidang Khas Dewan Rakyat Kecam Pengisytiharan Baitul Maqdis Ibu Negara Haram Yahudi

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia mesti mengadakan satu sidang khas parlimen bagi mengecam tindakan perisytiharan Presiden Amerika untuk menjadikan Baitul Maqdis ibu negara haram Yahudi.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Malaysia, YB Dato Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengumuman Trump itu adalah satu jenayah terhadap Islam dan umatnya.

“Ia menjadi satu lagi bukti bahawa Amerika Syarikat merupakan rakan strategik Zionis Yahudi. Tiada apa yang boleh diharapkan dari kuasa dunia itu bagi membela bumi Palestin yang dijajah sejak 1948.

“Tindakan ini sewajarnya menjadi alat penyatu dan solidariti umat Islam seluruh dunia terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Zionis Yahudi dengan bantuan Amerika dan sekutu mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media terbarunya, Khamis, 7 Disember, semalam.
Menurutnya, inilah masanya untuk rakyat menilai kesungguhan para pemimpin negara umat Islam seluruh dunia dalam memperjuangkan isu Palestin khususnya Masjid Aqsa.

“Saya menyeru seluruh umat Islam untuk memenuhi seluruh media masa dan media maya yang ada dengan solidariti buat umat Islam yang sedang berjuang di Palestin.

“Khususnya kecaman terhadap jenayah terkini oleh Amerika dan Presidennya ini. Isu Palestin perlu terus hidup dalam dada umat Islam,” tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Justeru, penjajahan Palestin oleh Zionis Yahudi bukan hanya isu orang Palestin tetapi ia adalah isu umat Islam sejagat dan isu jenayah kemanusiaan yang perlu diberi perhatian oleh seluruh manusia.

Sumber BO - 8-12-2017













































































Kewajipan umat Islam seluruh dunia pertahan al-Quds

PERISYTIHARAN Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump awal pagi tadi waktu Malaysia bahawa Al-Quds merupakan ibu negara Israel adalah suatu jenayah rampasan hak umat Islam terbesar. Dengan perisytiharan ini, sebenarnya Amerika Syarikat sengaja ingin memporak-perandakan tanah air Palestin dan memberi kuasa lebih meluas kepada Zionis. 
Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah tanah suci yang tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman umat Islam. Semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab R.A beliau telah mengisytiharkan Baitul Maqdis yang melengkari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman. 
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam. DUPP turut menyeru umat Islam untuk berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti ummah selepas solat Jumaat esok sebagaimana surat kerahan yang telah dikeluarkan oleh PAS Pusat. 
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
18 Rabiul Awal 1439 | 7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD -7-12-2017 

Cekal dan gigihnya mereka sekeluarga

CEKAL dan gigihnya mereka sekeluarga. Ibu dan anak-anak menjaja akok di sekitar pasar raya Hock Kee Seng di Gong Badak di waktu petang.
Mereka bergerak dari kereta ke kereta menawarkan kuih mereka. Bapanya pula menjaja sekitar pasar raya Sabasun. Mereka dari Kampung Banggol Nyiur, Gemuruh, Dun Tepoh. 
Awal pagi mereka menghantar akok ke kedai-kedai kopi. Baki yang tidak terjual akan dijaja pula di waktu petang. 
Moga Allah kurniakan rezeki yang banyak dan berkat kepada mereka sekeluarga. 
(Dipetik daripada fb Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri)
Sumber HD - 3-12-2017 




































Perutusan Maulidur Rasul 1439 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

SABDA Rasulullah SAW: 
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى 
Maksudnya: "Semua umatku akan masuk Syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya; wahai Rasulullah siapakah gerangan yang enggan itu? Jawab Baginda; Sesiapa yang mentaatiku masuk Syurga dan sesiapa yang langgar seruanku, maka dialah yang enggan". [Riwayat Imam al-Bukhari] 
Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah kepada seluruh umatnya. Selain baginda seorang ahli ibadat yang tekun, suami yang bertanggungjawab, peniaga yang berjaya, baginda juga adalah seorang pemimpin tertinggi negara.
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama dan digeruni serta dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara semakin terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan Syariat yang dibawa oleh baginda. 
PAS di Malaysia juga berusaha meneladani kepimpinan baginda SAW dalam semua sektor pentadbiran apabila diberi kejayaan mentadbir Kerajaan Persekutuan suatu hari nanti. Kehidupan harmoni antara masyarakat berbilang kaum juga akan diterapkan sebaik mungkin. 
Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan selamat menyambut Maulid Al-Rasul 1439H, tegakkan sunnah baginda dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat. Semoga kita semua dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak dan ditempatkan bersama para Nabi, Shiddiqin dan Solehin. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Membina Negara Sejahtera”
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat
12 Rabiul Awal 1439H / 01 Disember 2017M – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 

Tudung: Tahniah PBT Taiping, JTK Johor












































LANGKAH pro-aktif Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor dalam mempertahankan hak bertudung wanita Islam di negara ini adalah tindakan terpuji yang sewajarnya dicontohi oleh semua pihak berkuasa. 
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengenakan syarat tambahan kepada pengusaha hotel untuk tidak melarang pekerja wanitanya bertudung di tempat kerja, dalam proses meluluskan permit mereka. 
JTK Johor pula telah melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat peringatan kepada 4 hotel yang telah mengenakan larangan pemakaian tudung di bahagian perkhidmatan pelanggan kerana ia bercanggah dengan Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
yang telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan. 
Tindakan pro-aktif ini selari dengan peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada. Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan berkenaan larangan diskriminasi dan hak kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama. 
Malah sangat tidak wajar wanita muslim dalam sebuah negara bermajoriti muslim yang perlembagaannya pula meletakkan Islam Agama Persekutuan, tiba-tiba dihalang bertudung dengan alasan remehnya kononnya ia adalah kod berpakaian yang ditetapkan oleh majikan. Ia merupakan satu cabaran dan penghinaan terhadap kedaulatan Islam.
Saya juga menggesa agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara juga menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang – seperti kuasa mengeluarkan lesen – bagi memastikan kedudukan Islam dan hak umat Islam terus terpelihara. Tidak sewajarnya pihak yang tidak menghormati perlembagaan itu dibiarkan untuk terus beroperasi. 
Malah semua kerajaan negeri sepatutnya mencontohi langkah Kerajaan Kelantan sejak 1992 yang mengenakan syarat berpakaian menutup aurat bagi muslim dan muslimah di setiap premis perniagaan di Kelantan sebagai  peraturan kelulusan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Saya juga menyeru kepada para peguam Muslim agar ke hadapan dan komited memberikan pembelaan kepada pekerja-pekerja beragama Islam yang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam.
Kerajaan Persekutuan terutamanya menerusi Kementerian Pelancongan pula mestilah bersikap tegas terhadap pengusaha-pengusaha hotel termasuk membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
01 Disember 2017 | 12 Rabiul Awal 1439 H. – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 











































Pantau pelaksanaan bajet dengan 'hisbah rakyat'






KERAJAAN Umno-BN digesa supaya mewujudkan konsep pemantauan kepada segala bentuk pelaksanaan bajet bagi rakyat yang dipanggil sebagai 'hisbah rakyat'.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, konsep pemantauan yang dipanggil 'hisbah rakyat' itu amat perlu ditubuhkan walaupun telah ada Laporan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Menurutnya, jawatankuasa dan badan berkenaan tidak mencukupi kerana perlu ada satu lagi badan yang ditubuhkan melibatkan rakyat supaya ia benar-benar turun pada sasaran. 
"Sebagai contoh saya ambil, bila kerajaan mengisytiharkan bahawa RM50 juta diperuntukkan untuk pendawaian sekolah tahfiz, disalurkan menerusi Giat Mara. Bila disalurkan kepada Giat Mara sejauh manakah yang disalurkan itu betul-betul sampai kepada sekolah tahfiz. 
"Kalau bajet umpamanya mungkin sekitar RM10 ribu bagi sebuah sekolah mungkin di'markup' harganya menjadi RM12 ribu dan sebagainya, maka perlulah ada satu badan yang mana anggota-anggota pertubuhan atau persatuan yang terlibat dengan tahfiz ini dilibatkan sama untuk memantau turunnya bajet itu biar telus," katanya ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.. 
Beliau menjelaskan, di dalam Islam terdapat empat bentuk hisbah dan bentuk ‘raqabah zatiyyah’, yang bermaksud seseorang yang menjadi pemimpin mempunyai perasaan takut kepada Allah untuk bertindak paling baik untuk akhiratnya. 
Selain itu katanya, ‘raqabah ilahiyah’, bermaksud pemimpin itu sedar bahawa Allah memantau segala kerja buat yang dilakukannya, di samping ‘raqabah isytimaiyyah’ yang bermaksud pemantauan masyarakat serta ‘raqabah hukumiyah’ iaitu pemantauan oleh kerajaan. 
"Bentuk yang ketiga belum dilaksanakan sebetul-betulnya kerana itulah saya mencadangkan untuk kerajaan menggerakkan hisbah rakyat ini untuk menggambarkan ketelusan dalam pengurusan bajet turun kepada rakyat," katanya. 
Dalam perbahasan tersebut, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyentuh mengenai isu defisit dan hutang yang seringkali ditimbulkan apabila muncul pembentangan bajet. 
Katanya, amat mengecewakan apabila jawapan yang diberikan kerajaan tetap sama dengan alasan berhutang itu satu perkara biasa dan apa yang penting hutang kerajaan belum melepasi 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 
Beliau menegaskan, amat penting baginya sebagai ahli parlimen menyatakan Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal selama 21 tahun berturut-turut daripada pembentangan bajet untuk tahun 1998 hingga terakhir sekarang tahun 2018 membentangkan bajet defisit. 
"Kita tidak menyatakan salah untuk defisit pada sesetengah keadaan tetapi kita ambil kaedah surah Yusuf sebagai contoh yang mana Allah mengajar kepada kita tujuh tahun yang segar, yang ekonominya baik, tujuh tahun yang ekonomi kemarau, ya mungkin berlaku defisit. 
"Akan tetapi kalau 2 awal tahun 1998, 1999 kerajaan menghadapi krisis ekonomi tetapi kemudian kerajaan berhadapan dengan ekonomi yang baik selepas pada itu dan sekarang baru pula menghadapi krisis ekonomi tetapi kerajaan masih gagal di kala mana ekonominya baik masih lagi membentangkan bajet defisit dan yang menyebabkan akhirnya berlakunya tunggakan hutang," katanya. 
Dr Mohd Khairudin juga menyebut, walaupun menghargai usaha kerajaan untuk meninggikan kadar pinjaman atau kadar pelaburan menggunakan sukuk atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia, penglibatan kerajaan dengan riba inilah punca kerosakan bagi ekonomi. 
Katanya, data yang dikemukakan oleh pelbagai pakar ekonomi termasuk ucapan menarik oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagaimana penglibatan negara-negara dengan riba ini telah berlaku puluhan krisis kewangan dunia dalam tempoh 30 tahun. 
"Tempoh 30 tahun menunjukkan bahawa riba merosakkan ekonomi negara maka jika kerajaan tidak ada komitmen untuk membebaskan diri dari riba ini maka keberkatan tidak akan datang," tegasnya.
Sumber HD - 4-11-2017 













































Sukuk ijarah, agihan lot tanah sebagai penyelesaian kediaman rakyat




WALAUPUN pendapatan penengah isi rumah meningkat 6.6% kepada RM5,228.00, ia tetap belum sampai ke tahap mampu untuk membeli rumah pada harga purata RM387,258 yang dijual di negara ini pada tahun lalu.
Harga purata tersebut yang dikategorikan sebagai 'amat tidak mampu milik' itu hanya layak untuk dimiliki oleh isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM10,757.00. 
Bererti, adalah mustahil sekali bagi kumpulan isi rumah B40 dan M40 dengan hanya pendapatan purata RM2,848.00 dan RM6,502.00 masing-masing untuk memiliki rumah pada masa ini dan juga pada masa hadapan berdasarkan trend harga hartanah itu yang semakin meningkat saban tahun. 
Secara unjurannya, bagi tempoh 2016 hingga 2020, negara ini memerlukan 653,000 buah rumah mampu milik (RMM) atau 130,000 buah RMM setahun bagi memenuhi permintaan. Namun, bekalan RMM pada masa ini secara puratanya hanya 60,000 buah sahaja setahun. Ia amat tidak cukup bagi menampung permintaan. 
Meneliti dua (2) masalah ini iaitu (i) harga rumah yang mahal dan (ii) bekalan RMM yang rendah, penyelesaian sebenar yang harus diberikan fokus bagi menangani isu pemilikan rumah ini adalah pada isu mendapatkan pembiayaan bank itu sendiri bagi membolehkan para pembeli membuat (i) bayaran pendahuluan dan (ii) bayaran ansuran bulanan. 
Bebanan bayaran pendahuluan ini dapat diselesaikan secara kaedah musyarakah dengan kerajaan mewujudkan suatu dana bagi memberikan pembiayaan kepada para pembeli untuk membuat bayaran pendahuluan perumahan dan pembiayaan oleh dana kerajaan ini dibayar semula selepas tempoh tertentu apabila pembeli telah menyelesaikan hutang dengan pihak bank. 
Kaedah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembeli terbeban bagi mendapatkan wang untuk membayar pendahuluan, bahkan dapat menjadikan bayaran ansuran bulanan perumahan menjadi lebih rendah. 
Bagi menyelesaikan masalah bayaran ansuran bulanan pula, ia boleh diselesaikan secara kaedah sukuk al-ijarah iaitu para pembeli memiliki rumah itu secara berperingkat mengikut kemampuannya melalui pembelian sukuk sehinggalah selesai mendapatkan 100% pemilikan rumah itu. Sementara itu, pemilikan terhadap rumah itu dikongsi secara bersama dengan pihak lain (seperti pelabur dan bank) dan dalam tempoh itu pembeli membayar sewa kepada pihak berkenaan pada kadar sewaan pasaran mengikut peratus pemilikan masing-masing. 
Kaedah ini dapat meringankan beban bayaran ansuran bulanan oleh pembeli dan juga memberikan peluang kepada para pelabur dengan pelaburan berkos rendah. Manakala pihak bank pula mendapat manfaat pada aspek risiko pinjaman yang rendah.
PAS melalui Lajnah Ekonomi dengan ini menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan pihak-pihak berkenaan yang terlibat dalam isu ini terutamanya BNM dan REHDA untuk berkongsi penyelesaian secara Islam bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat di negara ini di bawah Program Mampu Miliki Rumah yang terkandung dalam Dokumen Hijau. 
Namun, penyelesaian jangka panjang bagi isu perumahan ini ialah melalui pembukaan kampung-kampung baru yang disediakan prasananya termasuk akses jalanraya oleh kerajaan dengan agihan lot kediaman kepada rakyat. Ia perlu dilaksanakan sebagai program bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
YB. DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
18 Oktober 2017 | 27 Muharram 1439 – HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD- 18-10-017 















































Small Crowd At Rally Shows PH Lacks Hadi’s Drawing Power

PAS has claimed that it already knew Pakatan Harapan’s (PH) highly touted rally in Petaling Jaya last night would not match its Fastaqim 2.0 gathering held in a remote area in Terengganu in terms of crowd support.

It said the PH component parties did not have any leader who could attract the masses like PAS president Abdul Hadi Awang had done at the party’s event at Pantai Tok Jembal in the costal district of Kuala Nerus on Sept 30.

PAS Ulama Council President Mahfodz Mohamad said it was evident that the number of people who showed up at the “Love Malaysia, End Kleptocracy” rally at Padang Timur in Petaling Jaya was far lower than what was seen at Fastaqim 2.0.

“I expected this because they (PH) were already feeling down earlier (on the attendance). They had said they did not want to compete with Fastaqim,” he said, claiming that more than 250,000 people had attended the rally in Kuala Nerus.

Organisers of the event last night had announced that 25,000 people had attended. They had originally announced last month that 100,000 people were expected to attend.

However, Selangor police chief Mazlan Mansor had said the number was only 4,000.

Mahfodz said PAS did not need the leaders from PH like former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who is PPBM and PH chairman, to attract large crowds.

In fact, the party did not even need PKR and PH president Dr Wan Azizah Wan Ismail and DAP secretary-general Lim Guan Eng as the presence of Hadi was enough to draw interest, he told reporters at the Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) here today.

“The high participation for the lecture today is proof enough that Hadi commands such support despite being hit with aspersions and so on,” he said, referring to Hadi’s talk to some 1,000 participants at the event.

The Fastaqim 2.0 was held at a remote area without any public transportation access in Umno-governed Terengganu.

On the other hand, the venue of the PH rally was close to the Federal Highway and an LRT station in Selangor which is ruled by the federal opposition parties led by PKR, a component of PH.- FMT

Sumber BO - 16-10-2017

















































Jangkitan HIV di Malaysia: ‘A cause for alarm’


MALAYSIA merupakan 10 negara yang mencatat lebih 95 peratus bagi semua jangkitan baru HIV di kalangan negara rantau Asia Pasifik, menurut suatu laporan bertajuk "Ending AIDS: Progress Towards the 90-90 Targets". 

Lebih membimbangkan, kenyataan Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Rohaya Ramli baru-baru ini meletakkan penularan jangkitan HIV di Malaysia masih dalam keadaan tidak selamat.
Beliau menyebutkan statistik 96 peratus jangkitan HIV berpunca daripada jenis hubungan seksualiti dengan 65 peratus disebabkan homoseksual dan biseksual, manakala baki 31 peratus adalah melibatkan hubungan seksual rambang lelaki dan perempuan. Sumber: [http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangkitan-hiv-punca-salah-guna-dadah-menurun-homoseksual-dan-biseksual-kini-penyumbang-utama-157506
Secara jujurnya, kita masih meragui sasaran sifar jangkitan HIV terutamanya di Kuala Lumpur menjelang 2020. Malah, sasaran Kementerian Kesihatan penurunan 90 peratus virus tersebut menjelang 2030 juga tidak nampak keseriusan. 
Saya berpandangan kita perlu membezakan di antara "rawatan" dan "pencegahan" di peringkat awal. Kedua-dua mempunyai fokus dan modus operandi yang berbeza. Sekilas kita melihat kehidupan para remaja hari ini dengan pelbagai masalah sosial yang meruncing jelas menampakkan langkah pencegahan awal terlalu longgar.
Pergaulan bebas yang tidak terkawal, kes-kes zina termasuk kes bawah umur, berleluasanya golongan LGBT dalam komuniti hari ini semakin membimbangkan dan kesemua faktor ini tidak mustahil akan menyumbang kepada jangkitan virus berkenaan. Selain itu, najis arak, dadah dan budaya hedonisme yang melampau juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada jangkitan HIV. 
Saya melihat pendidikan sebagai teras utama kepada langkah pencegahan yang dimaksudkan selain undang-undang yang mencegah rintang masyarakat daripada terlibat dengan perkara jenayah dan tidak bermoral. Jangan terlalu leka mengejar "angka" dan "gred" sehingga kita terlupa soal "moral" dan "akhlak". Sesungguhnya, keruntuhan sesebuah tamadun disebabkan rosaknya akhlak dalam kalangan rakyat. 
Kerajaan sepatutnya serius mengkaji secara objektif mengenai langkah pencegahan awal yang tuntas terhadap masalah sosial yang sedang melanda. Jika "pintu-pintu" ini tidak dibuka, mustahil ada (penyakit) yang akan masuk. Saya ingin menegaskan bahawa hanya agama yang dapat memandu akhlak dan moral dalam diri seseorang individu. 
"Inilah Penyelesaian Kita" 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis, 12 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 12/10/2017
Sumber HD- 12-10-2017 



















































Fastaqim: Senjata kekuatan diri untuk berkuasa di bumi

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sejak awal penubuhannya dibangunkan diatas dasar menegakkan hukum dan tuntutan Allah. PAS telah berusaha untuk menjadikan Syariat Islam sebagai pegangan umat Islam di Malaysia. 

Dalam memperteguhkan Syariat Islam ini, PAS telah mengangkat Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber rujukan dan sehingga kini PAS tidak pernah berganjak dalam memperjuangkannya.
PAS sehingga kini telah menepati ciri-ciri yang ada pada Jama’ah Muslimin dan bertegas dengan dasar Islamnya serta bermatlamat hanya untuk memperolehi keredhaan Allah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.” 
Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam fasal 5 tersebut, bagi mencapai matlamat tertegaknya hukum Islam di seluruh negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan. Realiti di negara kita, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secara pilihanraya. Oleh itu, PAS memilih saluran ini demi untuk membuat perubahan di Malaysia dengan memertabatkan tuntutan Allah. PAS juga berkehendak kepada kuasa, namun dalam ruang-lingkup yang diredhai Allah. Tiada guna kuasa tanpa kita meraih keredhaan Allah! 
Sesungguhnya PAS telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai mehnah serta tribulasi tersendiri. Sehingga hari ini, PAS tidak pernah sunyi daripada ujian termasuklah ujian perpecahan yang dilakukan oleh bekas anggota PAS sendiri. Sehingga daripada kalangan mereka sanggup mendakwa perjuangan PAS sudah terpesong daripada dasar perjuangan Islam. Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda jahat terhadap PAS. 
Masyarakat menjadi keliru dengan perjuangan PAS disebabkan serangan saraf daripada pihak musuh politik dan ‘musuh dalam selimut’. Oleh yang demikian, PAS telah berkali-kali menjadikan Istiqamah sebagai tema bagi dihadamkan di seluruh peringkat, bermula pimpinan sehingga ke akar umbi. Beberapa program telah disusun termasuk taklimat, ceramah penerangan, Himpunan Fastaqim 1.0 di Kelantan dan terkini Himpunan Fastaqim 2.0 bermula hari ini bagi mengutuhkan jati diri anggota PAS. 
Jika kita menyoroti perjuangan sahabat PAS di Mesir iaitu Ikhwan Muslimin, setelah 79 tahun daripada tempoh Ikhwan Muslimin ditubuhkan iaitu pada 1928, pada tahun 2007 baharulah Ikhwan berjaya memenangi 88 kerusi Parlimen. Sementara pada tahun 2012, bermula era kejatuhan rejim Husni Mubarak dan pemerintahan di ambil alih oleh Dr Muhammad Mursi. Perjuangan PAS kita masih tidak sampai 77 tahun sebagaimana Ikhwan Muslimin, dalam pada itu Allah telah anugerahkan banyak kemenangan kepada kita. Baki lagi kita berusaha daripada sekarang untuk mengekalkan kemenangan di Negeri Kelantan dan mencapai kemenangan di negeri-negeri lain pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Apa yang penting, agenda Fastaqim wajib meresapi ke seluruh diri anggota parti dan dipasakkan dengan utuh, insya-Allah kekuasaan di tanah air kita akan dikurniakan oleh Allah. Firman Allah SWT: 
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ 
Maksudnya: Dan Kami ingin memberikan pertolongan kepada golongan yang ditindas diatas muka bumi. Dan Kami ingin jadikan mereka  sebagai pemimpin, serta pewaris kekuasaan dibumi.  (Al-Qashas: 5) 
Dalam ayat tersebut, Allah menjanjikan kepada golongan Mustadh’afin iaitu golongan yang ditindas, dinafikan hak serta sentiasa ditentang dengan pelbagai serangan saraf dan fitnah akan berkuasa di muka bumi. Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa kezaliman ada ajalnya dan kebenaran akan menyinsing fajarnya. Maka, sejarah ini perlu diteliti kembali, agar unsur-unsur kelemahan yang ada dalam perjuangan kita tidak berulang. Oleh itu, bermula sekarang kita bina kesepaduan kita dan bina kekuatan Islam dalam diri kita khususnya bagi menghadapi PRU-14 nanti, nescaya Allah membina bagi kita Negara Islam di bumi Malaysia suatu masa kelak.
Persiaplah diri setiap kita untuk menghadapi jentera musuh politik semaksima mungkin dengan pelbagai persediaan yang kita ada. Dengan persediaan zahir dan batin, iaitu persediaan material dan ketinggian iman kita, insya-Allah, anugerah kekuasaan dan pemerintahan di izinkan jua. Renungilah Firman Allah SWT: 
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 
Maksudnya: Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan memberi kekuasaan serta mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ( Al-Nur : 55 ) 
Ayat ini diturunkan bagi memberi perkhabaran gembira kepada umat islam bahawa mereka akan dikurniakan semula ‘khilafah’ yang telah dijatuhkan oleh musuh Islam. Khilafah dalam skala kecil ialah pemerintahan yang boleh dilaksanakan padanya agenda-agenda tuntutan Islam. Janji Allah ini pasti berlaku, cuma memerlukan kepada pra-syaratnya sahaja iaitu mestilah umat islam beriman dan beramal dengan amalan soleh. 
Sewajibnya para pejuang PAS yang mendaulatkan agama Allah mesti memenuhi pra-syarat tersebut baharulah Allah mengurniakan ‘Tamkin’ atau kekuasaan kepada mereka secara berterusan. Allah sahaja yang berkuasa menganugerahkan kerajaan serta meranapkannya. Apabila iman dan amal soleh mengatasi tindak-tanduk umat islam, maka pada ketika itu Allah akan kurniakan 'Nashrun' atau kemenangan kepada perjuangan Islam. Fastaqim Kama Umirta! – HARAKAHDAILY 29/9/2017 
(Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Setiausaha Akhbar kepada YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan)
09 Muharram 1439H │29 September 2017M
Sumber HD-29-9-2017 






















































Pesta arak: Para mufti perlu keluarkan fatwa

BETTER Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur yang menampilkan 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung memang sewajarnya dibantah oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Pihak berkuasa mesti membatalkannya kerana ia bercanggah dengan dasar bernegara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mengundang pelbagai gejala negatif. 
Minum arak adalah hak bagi orang bukan Islam tetapi bukan hak bagi masyarakat bukan Islam untuk menganjurkan pesta terbuka mengajak masyarakat minum arak yang haram di sisi umat Islam. Ia sangat bertentangan dengan sensitiviti masyarakat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini. Menjaga sensitiviti ini adalah kewajipan bersama seluruh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan keamanan dan keharmonian bernegara. 
Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk “hak-hak peribadi bukan Islam dalam masyarakat Islam”, *bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat.* Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori “sadd zara’i'” (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 – Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421). 
Justeru, saya menyeru para Mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus terhadap acara mungkar Better Beer Festival 2017 ini sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan Malaysia. 
Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam perlembagaan dengan YDP Agong menjadi ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Islam serta Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri, amatlah tidak wajar negara ini menjadi hub pesta arak yang tidak mendatangkan kebaikan bagi rakyat malah memudharatkan. 
Pesta arak ini hanya akan mengundang lebih banyak gejala negatif kepada masyarakat di kala negara telah berhadapan dengan pelbagai kemelut sosial. 
Arak telah dianggap menjadi ancaman di peringkat global dengan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan suatu laporan bertajuk “Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol” pada 2010. 
Saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 8 oktober 2014 ketika membantah penganjuran Pesta Arak Oktoberfest dengan menyebut beberapa statistik menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan iaitu; 
A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang. 
B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk. 
C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut. 
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.
E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol. 
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.
G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes. 
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. 
I. Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga. 
rujuk:
http://drtakiri.blogspot.my/2014/10/penganjuran-pesta-arak-oktoberfest.html?m=1
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya para pemimpin dan juga NGO-NGO bangkit untuk menghalang penganjuran Pesta Arak yang memudharatkan negara dan masyarakat 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 17hb September 2017/26 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 17/9/2017
Sumber HD - 17-9-2017 























































Akhlak & motivasi daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz

TRAGEDI kebakaran pada awal pagi khamis 14 september 2017 yang mengorbankan lebih 20 orang anak-anak yang sedang berjihad menghafaz Kalam Allah tentu sahaja meruntun hati setiap insan. Namun, perginya mereka ke rahmatullah sebagai syuhada akhirat akibat kebakaran sebagaimana sabit dalam Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud, yang diberikan kemuliaan oleh Allah menjadi pengubat hati kepada waris kaum keluarga yang terlibat.
Kita wajar mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas musibah ini. Kata-kata dan tindakan yang membenihkan kesabaran di hati mereka adalah sebahagian daripada skop takziah buat mereka sebagaimana pengajaran Islam. 
Tidak perlu dikesali musibah yang telah berlaku dengan pelbagai andaian berunsur "kalau" kerana ia membuka pintu bisikan jahat Syaitan yang bertujuan menambahkan kesedihan. Nabi SAW bersabda: 
ْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ 
"Dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah menyebut: ‘kalau saya sebelum ini lakukan demikian tentulah demikian demikian’, tetapi sebutlah: ‘Allah telah menentukan. Apa yang Dia mahu Dia lakukan’, kerana sesungguhnya ungkapan ‘kalau’ itu membuka tindakan Syaitan." Hadis riwayat Muslim. 
Pada masa yang sama hati dan perasaan kita juga bersama pengasas dan guru-guru pusat Tahfiz tersebut. Mereka telah berjihad dengan masa, tenaga dan harta mereka belasan tahun untuk menyediakan pusat ilmu untuk anak-anak Islam. Dalam tempoh itu mereka telah berjaya melahirkan puluhan para Huffaz yang menjadi kebanggaan masyarakat. 
Kejayaan mereka ini sewajarnya dititipkan dengan pujian dan kata semangat. Namun, dalam kerangka kejayaan itu ada ujian yang mendatang. Mereka diuji dengan musibah yang meruntun dan merungsingkan hati dan perasaan mereka. Tentu sahaja ia boleh mematahkan semangat jihad pendidikan mereka. Maka di saat inilah mereka memerlukan motivasi yang berterusan memberikan sinar harapan. Malah, jika ada sebarang kelemahan yang menjadi sebab memungkinkan berlakunya musibah ia boleh dijadikan motivasi pengajaran untuk mendatang. 
Bagi pihak berkuasa pula, musibah ini sewajarnya menjadi pemangkin untuk mereka terus melipat-gandakan usaha membantu pusat Tahfiz dan pusat-pusat pengajian Islam dengan dana pembangunan dan nasihat serta panduan keselamatan yang berterusan. Tidak wajar musibah ini diiringi dengan ugutan terhadap pengusaha-pengusaha institusi Tahfiz yang lain yang sedang berjihad di alam pendidikan dengan seribu macam kepayahan. Ia bukan premis untuk mengancam dan mengecam tetapi medan untuk saling membantu dan bekerjasama untuk kebaikan. 
Inilah juga masanya bagi masyarakat awam memperkukuhkan dokongan terhadap institusi pendidikan agama seumpama Tahfiz ini. Sangkaan baik kita terhadap mereka ialah mereka berjihad di bidang pendidikan demi Allah dan Rasul dan demi mencari syurga di alam abadi. Membuat andaian dengan sangkaan buruk terhadap guru-guru dan pengurus pusat ilmu ini bukan akhlak umat beriman. 
Membuat tuduhan melulu dengan andaian penyelewengan dana yang mungkin berlaku di kalangan guru-guru yang berjihad mengusahakan pusat ilmu ini adalah akhlak yang sangat jelek, apatah lagi jika datang dari mereka yang dianggap ilmuwan. 
Kemungkinan dan kebarangkalian baik dan jahat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada jawatan dan amanah apa sekalipun. Tragedi ini bukannya lesen untuk membenihkan persepsi negatif dan jahat meskipun secalit. 
Marilah kita bersama menjadikan tragedi ini sebagai rahmah buat ummah di sebalik musibah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155-156: 
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
"Dan pasti Kami menguji kamu dengan sesuatu berupa kebimbangan, kelaparan dan kekurangan sebahagian harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan: sesungguhnya kita milik Allah dan kita kepada-Nya pasti kembali."HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 

























































Seruan solat hajat, qunut nazilah buat Islam Rohingya

KEKEJAMAN tentera Myanmar yang sedang melakukan penghapusan etnik dengan menyeksa serta membunuh seramai mungkin masyarakat Islam Rohingya berterusan sehingga kini. Etnik Muslim Rohingya terus dizalimi bahkan mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan serta mereka dianggap sebagai penceroboh sedangkan mereka telah menetap di situ berabad lamanya. 
Kewajipan mempertahankan saudara-saudara kita di sana adalah wajib dan terpundak di bahu kita semua tanpa mengira jenama politik. ASEAN, OIC dan PBB mesti bertegas dan melakukan sesuatu khasnya dalam sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan berlangsung pada pertengahan September ini di New York.\ 
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam untuk membantu melalui apa jua saluran yang mampu. Para Khatib hendaklah mengajak umat Islam agar mendoakan saudara kita di sana pada setiap kali khutbah jumaat. Solat hajat dan qunut nazilah wajib dilaksanakan di semua peringkat dalam usaha kita menentang sebarang kekejaman yang telah dilakukan. Hal ini juga selari dengan seruan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang menyeru agar para khatib membaca khutbah khas sebagai solidariti kepada umat Islam Rohingya. 
Sesungguhnya kezaliman tidak akan berpanjangan dan akan tiba suatu masa hari kehancuran musuh umat Islam. Allah berfirman: 
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِين 
Maksudnya: "Dan hari-hari (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah ingin memberi bukti kebenaran kepada orang beriman dan menjadikan di antara kamu sebagai syuhada’. Allah tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim”.(Aali-Imran:140) 
USTAZ DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017 – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 




























































Penafian fitnah terhadap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat





TERSEBAR dilaman sosial satu kenyataan yang menyebut nama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan tajaan haji oleh 1MDB. 
Ketua DUPP menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak dilakukan oleh beliau dan beliau sendiri tidak pernah berada ditempat ibadah korban di Johor yang dikaitkan itu.
Sekian, pemakluman. 
MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
5 September 2017 – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD -5-9-2017 





























































Riba Menghilangkan ‘Barakah’ Ekonomi

KUALA TERENGGANU – Pengurusan kewangan kerajaan yang melibatkan unsur riba telah menghilangkan keberkatan ekonomi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, skandal kewangan yang berlaku di Malaysia seperti 1MDB, FOREX, PERWAJA, BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam.

“Amalan rasuah adalah buah (kesan) dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia dan pelaksanaan GST merupakan dasar yang salah sehingga menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara,

“Dan PAS telah menegaskankan prinsipnya iaitu ‘menyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap’. Itu prinsip PAS,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam, Isnin, 28 Ogos.

Menurutnya, PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 14 sedang Pakatan Harapan (PH) berantakan bergaduh sesama sendiri.

“Umno dan Barisan Nasional juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka,

“PAS akan kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara dengan membawa moto “Sejahtera Bersama Islam”,” tegas Ustaz Khairuddin.

Sumber BO - 29-8-2017

PAS perlu terus maju bawa 'Sejahtera Bersama Islam'











PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi PRU14 sedang PH berantakan bergaduh sesama sendiri. 
"Umno BN juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka," ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman facebook. 
Justeru, katanya PAS perlu kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara, enyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap.
Menurutnya, GST adalah dasar yang salah yang menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara. 
Tambahnya, penglibatan dengan riba dalam pengurusan kewangan kerajaan menghilangkan barakah ekonomi. 
"Rasuah adalah buah dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia. 
"Skandal kewangan 1MDB, Forex, Perwaja,  BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam," ujarnya. 
Justeru itu, tambah beliau PAS perlu terus maju membawa moto 'Sejahtera Bersama Islam'. - HARAKAHDAILY 28/8/2017
Sumber HD - 28-8-2017 

































































Amanat TG Abdul Hadi gariskan batas iman dan kufur












1. AMANAT Tuan Guru Hj Hadi adalah sedutan ceramah beliau pada 7 April 1981 di Kg. Banggul Peradong, Parlimen Kuala Nerus. 
2. Isi kandungan Amanat tersebut selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah kerana ia menggariskan batas-batas iman dan kufur, konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dan menjelaskan kewajipan menegakkan undang-undang Islam menggantikan undang-undang Jahiliyah sebagaimana firman Allah 
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
"Adakah hukum perundangan Jahiliyah yang mereka cari? Dan siapakah lagi terlebih baik hukum perundangannya berbanding Allah bagi kaum yang sentiasa yakin".
Surah al-Maidah ayat 50. 
3. Imam Ibnu Kathir,  seorang tokoh Tafsir membuat contoh perundangan Jahiliyah itu ialah seperti perundangan yang digunakan oleh pemerintah Tatar yang merupakan hasil gabungan undang-undang Nasrani, Yahudi dan Islam apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Abbasiyah dan menjajah Baghdad pada pertengahan kurun ke 7 hijrah. 
Kemungkaran Mengekalkan Undang-undang Jahiliyah 
4. Amanat Tuan Guru Hj Hadi menjelaskan sebab pertembungan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar iaitu PAS dan Umno pada ketika itu tahun 80 an iaitu antaranya kerana mengekalkan undang-undang Jahiliyah bercanggah dengan Islam. 
5. Ia menggerakkan pendokong PAS untuk berdakwah menjelaskan kewajipan menegakkan undang-undang Islam dalam negara. Hasil dakwah yang panjang, pada hari ini selepas 36 tahun Amanat itu, masyarakat semakin faham kewajipan mereka menegakkan undang-undang Islam dalam semua aspek kehidupan. Malah ahli dan sebahagian pimpinan parti Umno juga mula berbicara tentang perundangan Islam. 
6. Kata-kata menghina perundangan jenayah Islam yang boleh merosakkan akidah seperti "habislah tangan orang Islam dipotong sekiranya dilaksanakan Hudud" semakin menyepi dan sudah ditolak oleh masyarakat Islam hari ini. 
7. PAS menerusi kuasa yang ada telah menggubal undang-undang jenayah Islam di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 bagi menegaskan kewajipan menegakkan perundangan Islam dalam aspek jenayah yang diabaikan oleh pemerintah umat Islam. 
8. Pada hari ini lahir para peguam muslim yang mengajak rakyat mentafsirkan kembali peruntukan perlembagaan "Islam Agama Persekutuan" dengan roh Islam dalam usaha menegaskan kedaulatan Islam dalam negara ini. 

9. Ia selaras dengan apa yang selalu disebut oleh Presiden PAS iaitu keperluan mentafsirkan perkataan Islam dalam perlembagaan itu sebagai "ad-Din" yang mencakupi semua keperluan hidup dan bukannya mentafsirkannya menurut tafsiran penjajah iaitu Islam sebagai agama untuk amalan ritual sahaja. 
Politik Suku Agama Suku
10. Dalam Amanat tersebut juga Tuan Guru Hj Hadi menyebut: seorang muslim tidak perlu menjadi Hindu atau Budha atau masuk Yahudi atau Nasrani tetapi boleh menjadi kufur dengan menyatakan politik suku agama suku. Ia adalah penjelasan terhadap konsep batas-batas iman dan kufur dalam Islam. 
11. Kenyataan ini sangat tepat dengan prinsip Islam kerana Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik pemerintahan. Malah Nabi (saw) dan sahabat kanan yang empat iaitu Abu Bakar, Umar,  Uthman dan Ali radiyallahu anhum menjadi pemerintah dan Khalifah Islam, berpolitik memerintah negara Islam Madinah. 
12. Pemikiran "politik suku agama suku" adalah pemikiran songsang barat hasil pertembungan antara ahli politik dengan gereja di Eropah, lalu lahirlah ungkapan terkenal "biarkan apa yang menjadi milik raja kepada raja dan apa yang menjadi milik Tuhan kepada Tuhan". 
13. Demikianlah Amanat itu telah menyumbang untuk membetulkan kefahaman masyarakat terhadap batas-batas iman dan kufur serta kewajipan menegakkan Islam sebagai asas perundangan negara. 
Amanat Punca Tragedi Memali? 
14. Ada pula pihak secara sembrono menuduh bahawa Amanat ini adalah punca kepada berlakunya tragedi berdarah di Memali pada tahun 2015. 
15. Suka saya tegaskan bahawa isu Memali berlaku bukan kerana Amanat itu tetapi kerana kerakusan penguasa pada ketika itu untuk mengekang pengaruh PAS dalam masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada kuasa mereka. 
16. Suara Islam dan tiupan kesedaran beragama dan berpolitik memperjuangkan Islam di kalangan rakyat pedalaman seperti Baling khususnya Kg. Memali dianggap sebagai satu ancaman bagi penguasa yang tidak mesra dengan pendekatan Islam pada ketika itu. Lalu berlakulah tragedi berdarah yang masih misteri sebahagian perincian peristiwanya sehingga ke hari ini. Oleh kerana itu PAS menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi merungkai peristiwa ini. 
17. Saya juga menggesa kerajaan memberikan peluang kepada Presiden PAS untuk menjelaskan Amanat tersebut di media perdana kerajaan seperti RTM dan TV3 agar rakyat dapat menilai hakikat sebenar intipati Amanat tersebut. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Bertarikh: Khamis; 2 Zulhijjah 1438 / 24 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD - 24-8-2017 



































































Pindaan Akta 164: Ucapan MP Kuala Nerus











TERIMA kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak menyambung apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi tentang mediasi yang kita cadangkan sebagai satu konsep penyelesaian yang patut dimasukkan ke dalam akta, bukan berada di luar akta. 
Hal ini kerana pertama sekali bila kita bincang isu berkaitan dengan perkahwinan, Islam dia ada kaedah. Kaedahnya ialah dalam bab perkahwinan dan penceraian [Berucap dalam bahasa Arab] “Jika berlaku penceraian sama ada kemudian ada ruang untuk rujuk kembali, pegang semula perempuan dengan cara yang baik atau lepas dengan cara yang baik”. Ertinya Islam mengajar kepada kita segala perkara diuruskan dengan cara yang baik. 
Maka selagi mana kita hanya berpegang kepada undang-undang semata-mata, sedangkan tidak ada satu ruang untuk diberikan ruang untuk kita berbincang dan juga berunding, maka ia tidak akan menyelesaikan masalah. Kita yakin kita adalah manusia, manusia ada jiwa dan juga perasaan yang dapat kita lunakkan dengan bicara yang cantik, lunak dan lembut, maka apa yang keras dapat kita selesaikan kerana itulah bagi kami di peringkat PAS menyatakan bahawa tribunal ini suatu yang sangat penting, tribunal mediasi. 
Kalau kita ambil kaedah al-Quran sekali pun menyebut [Membaca sepotong ayat alQuran], “Hantar seorang wakil daripada keluarga laki-laki dan satu wakil dari keluarga perempuan”, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sekiranya mereka berdua mahukan suatu yang baik, pasti Allah berikan taufik”. Ertinya ,ayat-ayat al-Quran mengajar kepada kita konsep mediasi ini. Perbincangan ini perlu menjadi satu konsep yang boleh menyelesaikan banyak masalah. Itu yang pertama. 
Kedua, kalau kita pergi lebih lanjut pada cadangan-cadangan pindaan kita ini, seperti mana kita tegaskan tadi bahawa apa yang hendak kita cadangkan ini tidak menyelesaikan permasalahan, kita ambil sebagai contoh, cadangan untuk pindaan 51A melibatkan harta – 51(3), “Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau “pihak-pihak yang berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia”. 
Isu ini melibatkan harta dan bila melibatkan harta bagi seorang yang telah mati sekiranya dia adalah Muslim, dia terikat kepada undang-undang Islam dan undang-undang itu dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekiranya tidak dirujuk kepada hukum syarak perkara ini, maka ia melibatkan hak orang Islam yang mesti dibahas dan diberikan hak. 
Oleh kerana itulah saya lihat bahawa cadangan akta ini tidak dapat menyelesaikan masalah. Perlu kembali kepada kita kena bincang balik dan kita lihat secara bersama beberapa lagi undang-undang yang patut kita baca secara bersama. Kalau kami ingin mencadangkan sebagai contoh di sini kita kena masuk peruntukan bahawa bukan hanya merujuk kepada pihak berkepentingan biasa yang disebutkan tadi tetapi juga pihak berkepentingan menurut hukum syarak kerana hukum syarak mesti dirujuk di kala mana melibatkan seorang Muslim kerana itulah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. 
Kemudian, perkara yang perlu kita bangkitkan juga dalam isu ini ialah isu kalau dilihat di belakang undang-undang kita ini, nombor lapan, undang-undang ini bersifat undur ke belakang memberi kesan kepada kes-kes yang sebelum ini. Bagi saya, dia akan menimbulkan banyak lagi permasalahan. Banyak benda akan dirungkai lagi perkara yang telah diputuskan dirungkai balik. 
Maka perkara-perkara inilah bagi kita agak mencelarukan maka saya sangat menyokong untuk akta ini ditarik balik dan ditangguhkan hingga kita buat suatu jawatankuasa bersama, membincang secara harmoni, lebih detil, digabungkan dengan semua undang-undang di peringkat sivil, di peringkat enakmen negeri dan sebagainya, dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan, Raja-raja dan sebagainya. 
Itu adalah pandangan kami yang kami rasa sangat konsisten. Itu sahaja. 
Ucapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa membahaskan Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017. Sumber: Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat
Sumber HD - 11-8-2017 





































































Konflik Palestin-Israel: Penyelesaian dua negara bukan 'The Last Resort'

SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negara, YB Dato' Sri Anifah Aman yang mewakili negara ke 'Open-Ended Extraordinary Meeting of the OIC Executive Committee' pada 1 Ogos 2017 yang diadakan di Istanbul, Turki. 
Mesyuarat tersebut adalah tindakan susulan terhadap sekatan tentera Zionis yang menghalang umat Islam beribadah di Masjid Al-Aqsa bermula 14 Julai yang lalu. 
Dalam kenyataan tersebut, pihak kementerian menegaskan dalam perenggan terakhir sebagai berikut: "In conclusion, Malaysia would like to reaffirm our resolute support to seek a just, comprehensive and durable solution to the realization of the two-state solution with an independent state of Palestine, based on the pre-1967 and with East Jurusalem as its capital."
Sebagai konklusinya, Malaysia menegaskan sokongan kepada penyelesaian yang adil, menyeluruh dan bersifat jangka panjang dengan menerima penyelesaian dua negara dengan negara Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka, berdasarkan kepada (sempadan) sebelum 1967 dan Jurusalem Timur sebagai ibu negara. 
Saya kira kenyataan tersebut terdapat kekeliruan. Pengiktirafan terhadap sempadan sebelum tahun 1967 - setepatnya sebelum 4 Jun 1967 - yang turut dikenali sebagai 'The Green Line', bukanlah bermakna mengiktiraf negara haram Israel atau "penyelesaian dua negara" seperti yang diwar-warkan. "Penyelesaian dua negara" 
adalah suatu kenyataan secara tidak langsung mengiktiraf negara haram Israel.
Sebaliknya, pengiktirafan terhadap sempadan sebelum tahun 1967 sepertimana yang ditegaskan juga oleh HAMAS membawa maksud menguasai semula beberapa bandar utama termasuklah Bandar Lama Timur Jurusalem, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Malah, HAMAS turut menegaskan bahawa mereka menolak untuk mengiktiraf negara haram Israel, pendirian yang turut dipertahankan oleh PAS. 
Saya ingin mengulangi gesaan supaya pihak kementerian memperbetul kenyataan tersebut serta lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan melibatkan konflik di Asia Barat terutamanya Israel-Palestin. Ini kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian sekaligus mewakili keseluruhan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Tambahan lagi, saya berpandangan kerajaan Malaysia perlu tegas untuk mengeluarkan kenyataan tidak mengiktiraf negara haram Israel kerana itu pendirian utama umat Islam sejak sekian lama. 
Konflik panjang Israel-Palestin bukanlah konflik di atas nama agama (Islam dan Judaism), tetapi permusuhan utama adalah melibatkan gerakan Zionism yang diasaskan pada 29 Ogos 1897 di Basel oleh Theodor Herzl. Mereka meletakkan matlamat menguasai bumi umat Islam bagi menubuhkan 'The Greater Israel'. Perjuangan mereka disokong Amerika Syarikat dan kini usaha mereka tertumpu ke arah menubuhkan 'The New Middle East', suatu projek 'creative destruction' terhadap pemetaan umat Islam di Asia Barat seterusnya mengulangi ala-ala Perjanjian Sykes-Pikot pada 1916. 
"Sejahtera Bersama Islam"
YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
04 Ogos 2017 | 11 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 4/8/2017
Sumber HD - 4-8-2017 







































































Isu penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi

FIRMAN Allah SWT: 
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةٗ وَسَآءَ سَبِيلٗا 
Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra’: 32) 
Perbincangan berkaitan anak tak sah taraf semakin menjadi polemik mutakhir ini apabila perbincangan berlandaskan disiplin ilmu dan ketetapan hukum yang disepakati tidak dihormati. Betapa ramai orang yang membimbangkan masa depan anak tak sah taraf apabila mereka mencapai umur remaja khasnya dalam berhadapan dengan masyarakat. 
Isu kesan psikologi dan persoalan menjaga perasaan anak tak sah taraf hebat diperbincangkan daripada satu sudut. Sementara daripada sudut lain, agak kurang dihangatkan perbincangan tentang pengajaran daripada ayat Allah yang menyatakan bahawa anak tak sah taraf akan melorongi jalan sukar hasil perbuatan jelek si bapanya. 
Hal inilah yang sewajarnya diberi peringatan tegas agar manusia menjauhi segala agenda dan aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya zina. Samentelah Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan nasab atau keturunan selain agama, nyawa, akal dan harta. Maka pandangan Jumhur Ulamak dalam penetapan kesahtarafan anak luar nikah perlu diambil perhatian serius oleh pihak berwajib. 
Ini bermakna, anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh) adalah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Umum perlu sedar bahawa persoalan anak tak sah taraf adalah satu persoalan berat mengikut hukum syarak kerana ia melibatkan nasab, pusaka, wasiat, perwalian, nafkah, pergaulan dan sebagainya. 
Dalam hal ini, pihak Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) melihat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan kepada bapa biologinya boleh menyebabkan berlaku banyak kecelaruan hukum pada suatu ketika nanti. Bahkan dalam hal ini, perlu dihayati sebuah hadis Rasulullah SAW: 
الوَلدُ لِلْفِرَاش وَلِلعَاهِر الحَجَر 
Maksudnya: “Anak (luar nikah) itu adalah hak pemilik hamparan (ibunya) dan bagi penzina haknya adalah batu (hukuman pembalasan)”. (Riwayat Muslim) 
Daripada hadis ini, kita boleh mengambil pedoman bahawa anak yang dilahirkan secara luar nikah atau disebabkan oleh perzinaan, maka ia dinasabkan kepada ibunya.  Sementara bapa iaitu penzina tidak mendapat apa-apa hak. 
Panel hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan sepatutnya melihat kepada kesan dari sudut agama Islam apabila menyandarkan keputusan mereka kepada peruntukan Seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Mereka tidak boleh samakan hak anak orang bukan Islam dengan anak orang Islam kerana Islam mempunyai perundangan khas bersabit dengan urusan perkahwinan, pewarisan pusaka dan lain-lain. 
Jika ditinjau kesan dari sudut hukum, umpamanya dalam kes harta pusaka, seseorang anak tak sah taraf tidak boleh sama sekali mewarisi harta pusaka orang yang menyebabkan kelahirannya iaitu bapanya yang tidak sah taraf kerana beliau bukan ahli waris. Begitu juga sebaliknya bapa biologi tersebut tidak berhak untuk mewarisi harta pusakanya. Begitulah juga dalam soal perwalian, lelaki yang menyetubuhi ibu kepada anak tak sah taraf sebelum akad nikah yang sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan perempuan tersebut, tetap tidak sah menjadi wali kepada anak tak sah taraf. 
Kesan-kesan sebegini perlu dicermati demi menjaga nama baik dan hak keadilan kepada anak tak sah taraf. Pada dasarnya, daripada sudut agama dan undang-undang anak tak sah taraf sememangnya mendapat perlindungan sepenuhnya. Masyarakat pula hendaklah memberi pertimbangan yang adil terhadap kedudukan mereka supaya segala tekanan yang sering menghantui hidup mereka terhapus. Dengan itu, mereka mampu menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. 
Membendung keadaan yang dibimbangi tersebut, DUPP bersetuju dengan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara melalui Ketua Pengarahnya bertarikh 28 Julai 2017. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa pelaksanaan semasa berkaitan penasaban anak tak sah taraf orang Islam diteruskan seperti biasa selari dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. 
MOHD ASRI BIN MAT DAUD
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/7/2017
Sumber HD - 31-7-2017 










































































Islam dan hukum syarak tidak mengikat mahkamah sivil dalam isu Islam?

1. KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik tentang sejauh mana Islam dan Hukum Syarak menjadi panduan dan mengikat sesuatu penghakiman di mahkamah sivil yang melibatkan isu-isu Hukum Syarak. 
2. Umum mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan dalam Perkara Tiga bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Ia sepatutnya memberi maksud Islam menaungi dan menjadi rujukan utama segala tindak tanduk bernegara dan menaungi serta menjadi rujukan kepada segala peruntukan undang-undang negara. Tapi ternyata artikel itu belum diberikan hak tafsiran yang sepatutnya untuk mengikat segala penghakiman di mahkamah sivil dengan Islam. 
3. Dalam kes Mahkamah Rayuan ini, Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang telah memperuntukkan tentang kesahtarafan anak sepatutnya dirujuk. Seksyen 110 lebih khusus memperuntukkan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam. 
4. Peruntukan undang-undang negeri ini sepatutnya menjadi rujukan utama kepada mahkamah sivil dalam menentukan penghakiman dalam isu-isu bersabit. Namun, dalam kes penghakiman Mahkamah Rayuan, seksyen ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya kerana mahkamah hanya membataskannya kepada pendaftaran semata-mata walaupun pendaftaran tersebut mempunyai implikasi terhadap undang-undang Islam. Justeru, saya sangat bersetuju dengan Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang menimbulkan persoalan adakah seksyen 13A Akta tersebut adalah berperlembagaan kerana isu sah taraf anak adalah dalam bidang kuasa negeri melalui undang-undang negeri. 
5. Malah, penghakiman Mahkamah Rayuan ini lebih malang lagi mendedahkan bahawa fatwa langsung tidak menjadi rujukan dan tidak mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit hukum. Secara jelas penghakiman Mahkamah Rayuan mendedahkan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan sebuah badan agama - apatah lagi fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang sememangnya tidak mempunyai kuasa perundangan - tidak mempunyai kuasa undang-undang melainkan fatwa itu diterima atau diguna pakai sebagai undang-undang persekutuan menerusi Parlimen, yang mana fatwa menjadi sebahagian undang-undang persekutuan tanpa perlu melalui proses perundangan. 
6. Untuk makluman, fatwa oleh Mufti Wilayah, Dato' Md Hashim Yahya telah dikeluarkan pada 2 Januari 2001 dan diwartakan pada 18 Januari 2001 bahawa "anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan Qamariah dari tarikh sesuatu pasangan itu diakadnikahkan ialah anak sah taraf". 
7. Malah, fatwa juga telah dikeluarkan pada 17 Januari 2005 oleh Mufti Selangor, Dato' Hj Mohd Tamyes Abd Wahid dan diwartakan pada 28 April 2005 bahawa anak tidak sah taraf menurut hukum syarak ialah "anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu "imkan ad Dukhul" dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat". 
8. Di sinilah perlunya satu akta dicadangkan di parlimen untuk memberikan kuasa undang-undang kepada fatwa-fatwa negeri bagi dijadikan rujukan yang mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit dengan Islam. 
9. Kesimpulannya, usaha memperkasakan Islam dari sudut perundangan dan perlembagaan masih berliku. Kesatuan umat dalam isu-isu sebegini adalah sangat diperlukan. Keinginan politik yang kuat yang ditunjang oleh kehendak rakyat Muslim yang bersatu boleh menjadi pemangkin untuk usaha-usaha jihad perundangan ini. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 28hb Julai 2017 / 4 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 28/7/2017
Sumber HD - 28-7-2017 

Tingkatkan had umur perkahwinan sahaja tidak cukup, kata PAS
Posted on Thursday, July 20 @ 20:09:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35711



PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS berkata pada dasarnya setuju dengan cadangan Wanita Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan meningkatkan had umur minimum perkahwinan kanak-kanak perempuan Islam kepada 18 tahun, menyifatkan langkah sebagai munasabah.

Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed berkata, ini kerana pasangan yang berkahwin bawah had umur masa kini cenderung tidak memahami tentang hak dan tanggungjawab suami isteri.

Tetapi, Mahfodz juga mencadangkan had umur semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran dalam menentukan baik buruk had umur tertentu.

“Kalau dia umur lebih 18 atau 21 tahun tetapi jika tidak diajar mengenai tanggungjawab dalam keluarga dan tidak cukup kursus mengenai rumahtangga juga tidak guna.

“Naikkan had umur perkahwinan sahaja tidak cukup jika kurang penghayatan dalam hubungan kekeluargaan. Mereka mesti diberikan ilmu tentang perkahwinan sebelum berkahwin,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan Wanita PH menggesa kerajaan meningkatkan had umur minimum perkahwinan perempuan Islam kepada 18 tahun, sama seperti had umur minimum lelaki Islam.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoalkan dasar sedia ada yang membenarkan perempuan semuda 16 tahun berkahwin.

“Kenapa perlu begitu?” soalnya, dan menambah had umur minimum 18 tahun akan lebih menjamin kualiti perkahwinan, didikan sempurna dan kehidupan berkualiti.

Mahfodz berkata meskipun had umur 16 dan 18 tahun itu nampak tidak jauh jauh berbeza, beliau menggesa kajian perlu lebih banyak dilakukan dalam menilai kematangan mereka yang mahu berkahwin pada usia muda, tidak kira perempuan atau lelaki.

“Kalau lelaki sebagai ketua keluarga perlu lebih matang dan bertanggungjawab, manakala wanita pula perlu tahu peranannya dalam keluarga,” katanya.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun.

Perkahwinan mereka yang lebih muda daripada itu perlu mendapatkan kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa.

Manakala bagi bukan Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menetapkan 18 tahun usia minimum perkahwinan, dan mereka yang berusia 16-18 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ketua menteri dan mahkamah.

Pakatan Harapan berpendirian perkahwinan bawah umur mengundang kesan negatif dari segi kesihatan mental dan fizikal di samping membataskan taraf pendidikan dan ekonomi.
Ia juga meningkatkan risiko penderaan domestik dan seksual, katanya.

Hampir 9,000 perkahwinan bawah umur berlaku dalam tempoh 5 tahun antara 2010 dan 2015.

Daripada jumlah itu, 6,268 ialah penganut Islam dan 2,775 bukan Islam.

Sumber TKO - 20-7-2017













































































Nasib malang IPG dan guru pelatih

AHLI Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendesak agar kerajaan menarik semula keputusan menghentikan elaun sara diri yang diberikan kepada para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) bermula ambilan Jun 2018. 
Apa yang mengecewakan katanya, para pelajar ini diminta untuk mendapatkan pinjaman daripada PTPTN sama seperti penuntut-penuntut di bidang dan universiti yang lain. 
Katanya, Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terlibat dengan perubahan status ini mula mengurangkan atau menamatkan pengambilan baru. 
"Baki 16 buah IPG lain pun ada yang membuat tindakan yang sama berikutan masalah kekurangan peruntukan yang dihadapi. 
"Kesan jangka panjang daripada keadaan ini ialah sektor pendidikan peringkat rendah di negara ini bakal menghadapi masalah kekurangan guru berijazah dalam bidang berkenaan dan nisbah antara guru dan murid juga semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily. 
IPG adalah institusi yang sangat penting bagi melatih bakal guru sekolah rendah lebih-lebih lagi pada masa ini yang mempunyai 7,772 buah sekolah rendah dan 2,685,403 murid 
Peranan penting yang dimainkan oleh IPG ini sehinggakan ia dinaiktaraf daripada  Maktab Perguruan kepada IPG yang boleh menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). 
Malangnya, sembilan daripada 27 buah IPG ini bakal diubah statusnya kepada Kolej Vokasional dan Politeknik; dan dua lagi diubah kepada PERMATA Pintar dan Berbakat Centre. 
Apa yang membimbangkan tambah beliau, selain dibebankan dengan banyak tugasan, kini guru pelatih ini dibebankan pula dengan masalah hutang pendidikan. 
"Saya sangat yakin bahawa ia akan menjejaskan kualiti pendidikan di negara kita pada suatu hari nanti. 
"Sedangkan, kerajaan sering mendabik dada mengatakan bahawa ekonomi negara semakin kukuh; pertumbuhan diunjurkan meningkat sebanyak 0.1% hingga 0.6% pada 2017; harga minyak dan minyak sawit mentah semakin stabil; harga komoditi semakin pulih; GST berjumlah RM42 bilion; dan bermacam-macam petunjuk ekonomi lain lagi yang dijaja,"tegas beliau. 
Justeru beliau turut  menggesa kerajaan menyediakan peruntukan bagi membaik pulih dan menaik taraf prasarana dan fasiliti serta program di IPG supaya latihan perguruan yang dijalankan dapat meningkatkan lagi kualiti guru pada masa hadapan. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017 















































































Kos sara hidup: Kerajaan jangan jadi pelupa

ISU kos sara hidup seringkali dibangkitkan dan tidak pernah reda di negara ini. Penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup pada 2014 yang kini dipengerusikan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi sendiri masih belum menampakkan hasil yang sepatutnya. 
Jawatankuasa Khas tersebut dibentuk khusus bagi menangani isu kos sara hidup dan bekerja 'hand-in-hand' dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Ironi sekali, selepas 3 tahun penubuhan jawatankuasa tersebut, kos sara hidup rakyat gagal dipulihkan dengan menyeluruh dan berkesan. 
Kerajaan masih teruja melaksanakan dasar konsolidasi fiskal atas nama memulihkan pengurusan fiskal, tetapi memeras rakyat terbawah yang akhirnya membebankan rakyat itu sendiri. Keadaan turut bertambah meruncing dengan perlaksanaan GST yang bermula 1 April 2015. Bukan sahaja perbelanjaan orang perseorangan dan isi rumah yang terjejas, malah syarikat persendirian turut terkena tempiasnya. 
Kajian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Subri menunjukkan 59.7 peratus penduduk di ibu kota terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Gologan miskin bandar semakin bertambah dan meruncing. 
Pemotongan bajet dan pengenalan cukai GST yang dilaksana Kerajaan bukanlah memberi manfaat kepada rakyat, malah bebanan pula sebaliknya semakin bertambah dari sehari ke sehari. 
Kerajaan dalam satu kenyataan ingin mengkaji elemen yang menyumbang kepada kos sara hidup di kawasan bandar. Apakah Kerajaan tidak sedar satu tangan mereka kelihatannya ingin membantu mengurangi bebanan kos sara hidup tetapi satu tangan yang lain sedang menambah luka kepada rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang meningkatkan kos sara hidup rakyat? 
Saya menggesa Kerajaan agar menghapuskan GST dan menggantikannya dengan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Keuntungan Saham seperti yang telah dicadangkan oleh PAS. 
Pelepasan cukai Duti Eksais 60% yang dikenakan ke atas kenderaan di bawah 1500 cc mesti diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah dalam kalangan B40 bagi mengurangkan kos untuk mereka memiliki kenderaan pertama. Pelepasan ini boleh dilaksanakan dalam bentuk pemberian rebat. Saya pernah mencadangkan perkara ini sebelum ini (rujuk: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/34-pimpinan/1022-harga-kereta-ada-cara-turun-tetapi-kerajaan-tidak-mahu-tunai-janji). 
Saya juga melihat selain masalah pengurusan fiskal kerajaan yang menjadi titik fokal kepada peningkatan kos sara hidup ketika ini, Kerajaan seharusnya memanggil semua pihak termasuk dari parti-parti politik pembangkang, badan bukan kerajaan dan tokoh perseorangan yang lain bagi menyumbang idea penyelesaian yang lebih tuntas. 
”Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
11 Julai 2017 | 17 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 11/7/2017
Sumber HD - 11-7-2017 

















































































Berdoa ketika situasi sukar

BERDOA ketika berhadapan situasi sukar adalah suatu usaha. Ia bukan suatu tindakan negatif dan tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai pesimis sebagaimana pemikiran setengah liberalis muslim. 
Di saat segala usaha fizikal dan teknikal telah diusahakan maka yang tinggal ialah iringan doa supaya ia dimudahkan oleh Tuhan. Setiap orang tidak boleh berputus asa mengharapkan rahmat Tuhan di saat sukar. 
Hanya pemikiran sekuler yang memisahkan antara sebab fizikal dan kuasa Tuhan dalam menyempurnakan sesuatu usaha. 
Berdoa tidak bererti menyerah untuk mati ketika berhadapan situasi sukar yang melibatkan antara hidup dan mati. 
Tindakan pilot AirAsia yang mengajak semua penumpang berdoa ketika berhadapan situasi sukar adalah tindakan terpuji dan satu motivasi serta usaha mengajak semua penumpang secara bersama memohon keselamatan daripada bencana. Pergantungan pada Tuhan menandakan seseorang itu belum berputus asa untuk terus selamat. 
Islam mengajar umatnya berdoa di kala sukar sebagaimana sabda Rasulullah saw: 
َ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ 
"Tidak menolak ketentuan Tuhan itu melainkan doa." (Hadis riwayat Hakim)
Saya lebih merasa aman jika bersama pilot sebegini. 
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber HD - 27-6-2017 



















































































Betulkan Teras Dan Dasar Percukaian Negara


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional sepatutnya membetulkan teras percukaian negara khususnya berkaitan GST.

Ahli Parlimen Kuala Nerus , Yang Berhormat Dato Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, saiz barangan yang dikenakan cukai sepatutnya dikecilkan bukannya diperbesarkan dan diperluaskan.

“Apabila kerajaan berhasrat memperluaskan cukai GST kepada 60 jenis barangan lagi walaupun ditangguhkan kemudiannya,

“Ia menunjukkan kerajaan bermasalah dalam menentukan hala tuju dan dasar percukaian”, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan kerajaan mengumumkan akan mengenakan cukai GST keatas 60 barangan.

“Konsep cukai barangan ialah sebagai sumber kewangan kedua negara di saat memerlukan,
“Maka sumber yang diperlukan di saat memerlukan perlu disempitkan ruang cakupannya bagi mengelakkan bebanan tambahan kepada kewangan rakyat”, ujarnya.

Justeru katanya, kerajaan perlu membetulkan aspek pengurusan perbelanjaan supaya lebih berhemah berbanding memberi fokus membesarkan saiz pendapatan menerusi cukai.

Menurutnya, PAS tetap konsistan menegaskan bahawa GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan yang tidak patuh Syariah kerana dikenakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin.
“Masalah kerajaan BN ialah pada membelanjakan pendapatan yang boros bukannya pada menjana pendapatan yang tidak cukup,

“Anak kunci kejayaan pengurusan kewangan bukan hanya pada kejayaan membina sumber tetapi lebih kepada kejayaan mengurus perbelanjaan”, tegas beliau.

Sumber BO - 22-6-2017


PAS tak perlu Dr M dan dasar merosakkan negara
Posted on Monday, January 23 @ 21:13:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&f
ile=article&sid=33289



PETALING JAYA: PAS tidak memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dasar pemerintahan bekas perdana menteri itu yang diwarisi Umno kini adalah punca negara rosak.

“Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan Umno daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi PAS nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara,” kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kepada FMT hari ini.

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir semalam yang masa untuk parti Islam itu memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan pilihan raya bersama parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN), sudah tamat.

Mengenai kenyataan Lim Kit Siang yang beliau boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi, Khairuddin berkata, penasihat DAP itu tidak perlu bermadah untuk menyelamatkan Malaysia.

“Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup sebagai isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia.

“Agenda anti-Islam DAP juga tidak mungkin dapat diterima PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia.”

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sebaliknya menasihatkan DAP mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatiknya, khasnya Amanah yang setia kepada DAP.

“Tetapi, PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kegagalan BN,” katanya.

Sumber TKO - 23-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Tuan Guru kami tidak sama dengan guru kamu

Muhammad Mujahid | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43670-tuan-guru-kami-tidak-sama-dengan-guru-kamu

Ada segelintir makhluk yang cuba mereka-reka falasi, kononnya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang (TGHH), Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengambil sikap yang sama dengan Ulamak Pro Sisi (UPS).

Berikut beberapa perbezaan yang perlu diperhalusi supaya kita tidak ditipu:

[1] UPS berpihak kepada kerajaan kudeta / sementara TGHH menyokong Ikhwan.

[2] UPS membiarkan tentera menjalankan operasi pembunuhan di Raba’ah / sementara TGHH menasihatkan ikhwan agar jangan balas dengan senjata, sabar. Biar dibunuh, jangan membunuh.

[3] UPS meniup sektarian mazhab / sementara TGHH cuba meredakan sektarian mazhab.

[4] UPS giat menjaja jurang antara mazhab / sedangkan TGHH giat mencari titik temu antara mazhab.

[5] UPS berhujah dengan sentimen mazhab / sedangkan TGHH berhujah dengan misi solidariti umat.

[6] UPS menyokong kerajaan kudeta yang disokong oleh Saudi si broker Amerika / sementara TGHH menyeru umat Islam supaya jangan dipergunakan oleh kuasa asing utk mencetuskan perang proksi.

[7] UPS menyokong kerajaan kudeta yang menumbangkan kerajaan sah pimpinan Mursi / sementara TGHH bertegas dgn pendekatan damai jangan sama sekali membabitkan senjata serta mengiktiraf kerajaan Mursi dizalimi.

[8] UPS menolak Ikhwan dan terang-terangan menuduh Ikhwan sebagai khawarij dan pelampau / sedangkan pendirian TGHH bersama Ikhwan & melihat Ikhwan ditumbangkan atas motif menyekat kebangkitan Islam di Mesir.

[9] UPS tidak membela nyawa-nyawa yg terbunuh khususnya pelajar-pelajar Azhar yg mati sepanjang peristiwa tersebut / sedangkan TGHH pergi ke Tehran utk menghentikan pertumpahan darah dari berterusan.

[10] UPS lunak dengan Kristian tetapi berkeras dengan Ikhwan / sedangkan TGHH menyeru ke arah kesatuan sesama ahli kiblat untuk fokus menentang kuasa kuffar.

[11] UPS bersama perampas kuasa yang cuba mendukung hubungan & kelangsungan Israel / sedangkan TGHH menyeru agar umat menghentikan peperangan saudara sekaligus kembali fokus terhadap ancaman Israel.

[12] UPS membiarkan nasib umat di Palestin kembali terbengkalai / sedangkan TGHH menjadikan survival Palestin sebagai ukuran untung rugi konflik Asia Barat.

[13] UPS bersama pihak yang meniup provokasi perang saudara di Mesir / sedangkan TGHH berusaha meredakan perang saudara di Mesir & Syria.

[14] UPS dikenali sejak awal sangat anti dengan gerakan Islam / sementara TGHH dikenali sejak dahulu merupakan pemimpin gerakan Islam antarabangsa.

[15] UPS bertemu dan menyokong Sisi si penzalim / sementara TGHH pergi bersemuka menyuarakan pandangan & kritikan serta mencadangkan plan solusi.

[16] UPS membiarkan darah umat tertumpah atas nama keluasan ijtihad / sedangkan TGHH mendedahkan konspirasi antarabangsa betapa murahnya harga darah umat Islam.

[17] UPS mendakwa sokongan mereka terhadap Sisi kononnya untuk kurangkan korban nyawa/sedangkan TGHH menyeru supaya bersabar & ke meja rundingan, bukan dengan senjata.

Falasi yang ditimbulkan seakan-akan sama dengan pepatah Arab;

“Dia yang pukul aku, dia yang menangis.”

Apabila Qabil mengaku Habil. Keliru antara pemangsa & mangsa.

Akhir kata, kami mengikuti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan kerana fanatik dungu berdalilkan mimpi & sakral keberkatan yang penuh misteri. Sebaliknya kami ikut beliau kerana hujah nas & fakta konspirasi serta bacaan geopolitik yang melatari pendiriannya. (ulamasedunia.org)

Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Sumber HD -26-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































Tugas gerakan Islam selamatkan umat Islam

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43655-tugas-gerakan-islam-selamatkan-umat-islam

SAYA menghadiri pertemuan tertutup yang dibuat oleh pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kepimpinan peringkat negeri hingga kawasan mengenai lawatan Presiden PAS ke Iran baru-baru ini, sehingga menimbulkan kekeliruan daripada kalangan mereka yang selama inipun mahu mengelirukan, apatah lagi jika ada peluang untuk menghentam orang lain walaupun tanpa dalil dan bukti yang nyata.

Ini saya lihat daripada ucapan muqaddimah oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri yang membuat penjelasan mengenai lawatannya ke Iran baru-baru ini, apabila beliau memulakan ucapannya malam itu dengan ayat al-Quran:

“Dan takutlah akan fitnah yang tidak menimpa kepada orang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha hebat siksaNya” (Al-Anfal: 25)

Ketika Allah menjemput Nabi dalam peristiwa Isra dan Mikraj, Nabi melihat manusia yang disangkut hidung dan anggotanya yang lain, hingga tembus ke belakang. Inilah kerja menyebar pembohongan hingga berita bohong itu sampai ke pelusuk dunia, terutama di zaman kecanggihan teknologi ICT sekarang.

Seperti sebelum-sebelumnya, saya biasanya mencatat ucapan tok guru dan pemimpin utama. Namun, malam itu, catatan saya sedikit terencat, bukan kerana apa, tetapi kerana kompleksnya isu yang sedang dikupas iaitu isu Syria sekarang, ditambah dengan isu-isu sampingan yang turut memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada apa yang sedang berlaku khususnya di Halab (Aleppo) sekarang. Ditambah lagi dengan nama tokoh, nama tempat, tahun di mana semua ini ialah hasil pengalaman peribadi Tok Guru dalam memimpin gerakan Islam sehingga ke peringkat antarabangsa.

Suatu perkara yang tiada dalam kitab dan buku, tetapi tersimpan ingatannya dalam diri tok guru.

Tok Guru memulakan bicara dengan mengimbau sejarah umat Islam. Bencana yang berlaku pada hari ini bertali-arus selepas peristiwa Saidina Usman bin Affan dibunuh. Apa yang berlaku ialah kelemahan umat Islam, bukan kesilapan Usman. Banyak perkara yang dibuat oleh Saidina Usman, daripada perkara besar sehinggalah isu imbuhan yang diberi kepada orang ramai di zamannya. Orang Islam sudah begitu ramai, maka Saidina Usman melantik pengurusannya dalam kalangan sanak-saudaranya. Ertinya ada hujah yang dipakai oleh Saidina Usman, tetapi sifat tidak puas hati tetap ada dalam kalangan manusia.

Saidina Ali mengambil-alih khilafah dalam keadaan ramai orang yang tidak faham, walaupun beliau seorang yang sangat faham. (Saya menambah di sini: Barangkali inilah juga yang sedang berlaku di kalangan kita. Ulama yang benar mengambil pendekatan terbaik, tetapi ramai yang tidak faham, dan sesetengahnya buat-buat tidak faham serta bebal pula)

Fitnah berlaku terhadap para Sahabat, termasuk dalam Perang Jamal, di antara Saidina Ali dan pengikutnya dengan Saidatina Aisyah serta pengikutnya. Ada ulama yang membincangkan peristiwa ini. Mereka berkata Saidina Ali yang benar.

Selepas Saidina Ali dan seterusnya, berlaku pelbagai bentuk penguasaan kerajaan. Ada yang sah, ada yang tidak sah.

Bagi meneguhkan khilafah yang tidak sah ini, antara mangsanya ialah ahlilbayt yang dipenjara atau dibunuh. Imam-imam besar mazhab dan para ulama soleh juga dipenjara kerana tidak menyokong kerajaan masing-masing.

Hadis-hadis mauduk direka oleh Sunni dan Syiah, bertujuan mengukuhkan kerajaan atau pandangan masing-masing.

Namun, dari segi periwayatan hadis, Imam Bukhari ada perawinya dari kalangan Syiah lebih dari 100 orang.

Dalam dunia moden selepas itu, ghulat (pelampau) Syiah menubuhkan kerajaan di Iran dan Yaman. Iran dan Yaman bertembung dengan kerajaan Uthmaniyah.

Tokoh mujaddid Jamaluddin al-Afghani, melahirkan anak murid seperti Muhammad Abduh di Mesir dan As-Syirazi di Iran.

Pada tahun 1978, Khomeini pernah bertemu dengan Imam Hasan al-Banna.

Kuasa barat awalnya menganggap Iran tidak kuat kerana mereka Syiah, tentu tidak diterima oleh muslim lain. Apa yang berlaku tidak begitu. Iran mempunyai banyak senjata. PAS menyokong Iran ketika Revolusi Islam Iran (bukan kerana Syiahnya tetapi sudut yang lain)

Selepas Revolusi Islam Iran, Khomeini membuat banyak perubahan kepada pengikut Syiah, seperti tidak sujud di atas batu, dan tidak jamak solat ketika pergi ke Mekah. Begitu juga hadis-hadis palsu di kalangan Syiah yang dibuang.

Pertubuhan Ikhwan Muslimin Syria sendiri pecah kepada tiga kumpulan. Bagi gerakan Islam lain di tempat lain, mengambil sikap supaya Amerika tidak campur tangan dalam urusan negara lain dan urusan umat Islam.

Tokoh-tokoh Syiah, ramai juga yang menolong Palestin.

Zionis menguasai semua negara, dalam semua aspek.

Pada tahun 1999, Najmudin Erbakan meminta Tuan Guru pergi ke Turki, menghadiri persidangan ekonomi. Erbakan berkata kepada Erdogan: ‘Kalau kita nak lawan Israel, kita kena baik dengan musuh Israel seperti Rusia, Cina dan Venezuela. Kamu juga kena majukan teknologi. Dengan teknologi, Amerika membuat senjata, kamu membuat alat pemintas senjata misalnya’

Ketika Perang di Selatan Gaza. Ia melibatkan HAMAS dan Tanzim jihad. HAMAS dan Tanzim jihad adalah pecahan dari Ikhwan Muslimin Palestin.

Munculnya Hizbullah pula ialah apabila Israel menawan selatan Lubnan.

Agen Mossad membunuh saintis Iran kerana mereka mempunyai kelebihan tertentu.

Negara Arab tidak setuju HAMAS melawan Israel.

Perjanjian Oslo dan Madrid menjadi asas perjanjian dengan Israel. Gerakan Islam juga menentang perjanjian ini.

Arab Spring yang berlaku dalam kalangan negara Arab ialah yang menolak perjanjian Madrid dan ini yang paling bergolak di negara mereka.

10 tahun lepas Al-Jazeera pernah menyiarkan artikel bahawa Amerika Syarikat mengkritik Bundar bin Sultan kerana menghantar Al-Qaeda ke Syria. Tujuannya untuk mengacau Syria, kerana Syria dianggap pengkalan untuk HAMAS dan Tanzim jihad.

Isu Sunni dan Syiah dibangkitkan.

Hafiz Asad berfahaman Alawi. Bila tegang antara Sunni dan Syiah, gerakan Islam berbincang. Erbakan menghantar rombongan ke Syria, beritahu kepada Ikhwan Muslimin Syria supaya berdamai dengan Basyar Asad.

Puak Saudi mengapi-apikan supaya lawan Basyar.

Al-Qaeda serang Hizbullah supaya Hizbullah masuk dalam Syria.

DAESH menguasai kawasan minyak di Syria dan Iraq. DAESH mendapat bantuan dari utara (NATO) dan selatan (Israel).

Amerika mahu Basyar jatuh tapi tiada calon yang boleh menggantikannya.

Amerika membantu Ukraine. Rusia pula menyokong Syria. Rusia mendapat 1 pengkalan luar di Tortust. Senjata Rusia lebih kuat dari Amerika.

Krisis Syria mungkin menjadi muqaddimah kepada perang dunia ke 3.

Di akhir kupasan yang panjang lebar itu, Tok Guru menyebut: “Gerakan Islam mesti selamatkan umat Islam, lebih penting dari menjadi alat Barat.”

Demikian serba ringkas beberapa isi penting dari penjelasan Tok Guru sendiri sekembalinya dari Teheran. Yang penting isu ini ditangani dan dibuat sesuatu oleh pemimpin gerakan Islam, untuk kebaikan umat Islam, bukan hanya berbahas sama ada tok guru mewakili itu atau ini. – HARAKAHDAILY 23/12/2016

Penulis ialah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.

Sumber HD - 23-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































Penglibatan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di Teheran

البيان الصحفي لرئيس الإعلام بجناح العلماء للحزب الإسلامي الماليزي

Penglibatan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di Teheran Mewakili PAS

مشاركة الشيخ عبد الهادي بن أوانج في المؤتمر السنوي بطهران ممثلا للحزب الإسلامي الماليزي
Penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Teheran yang diadakan oleh Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa adalah mewakili Parti Islam Semalaysia sebagai Presiden parti. Saya sendiri pada tahun lepas berpeluang mengiringi beliau mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat.

إن مشاركة الشيخ عبد الهادي أوانج في المؤتمر السنوي للوحدة الإسلامية في دورته الثلاثين بطهران والذي نظمه المجمع العالمي للتقريب بين المذاهب الإسلامية كانت ممثلا للحزب الإسلامي الماليزي بصفته رئيسا للحزب. و كنت في السنة الماضية من المرافقين للشيخ في نفس المؤتمر ممثلا لجناح العلماء بالحزب الإسلامي.

2. Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Irak dan Palestin. Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan. Malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas.

و من المؤكد ان الحزب الإسلامي الماليزي في مشاركته في مثل ذلك المؤتمر له مواقف سياسية خاصة تجاه ما حدث في الشرق الأوسط من أزمات بما فيه سوريا واليمن والعراق وفلسطين. ولم يكن موقف الحزب الإسلامي تابعا أو خاضعا لصالح أي طرف معتد ظالم بل صوته عال في وجوه جائر.

3. PAS bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.

وإن الحزب الإسلامي يقف قلبا واحدا مع الأمة جمعاء ضد أي ظلم وانتهاك حقوق إنسانية وسفك دماء أبرياء من المسلمين وغيرهم.

4. PAS menegaskan bahawa apa yang berlaku di Syria adalah mangsa peperangan proksi yang bertujuan merobekkan kesatuan ummah dan penguasaan oleh kuasa asing di kawasan bergolak.

وقد أكد الحزب الإسلامي بأن ما حدث في سوريا إنما ضحايا الحروب بالوكالة تهدف إلي تمزيق الأمة وسيطرة القوى الأجنبية على المنطقة.

5. Kuasa asing tersebutlah yang berdiri di belakang tabir kumpulan pengganas yang dibiayai dengan kewangan yang besar dan senjata pemusnah, seumpama ISIS yang merosakkan nama baik Islam yang sebenar. Mereka menyalakan api persengketaan antara puak agar umat Islam terus bertelingkah dan berperang sehingga menumpahkan darah dan berkrisis tanpa henti. Akhiran ini pula berlaku serangan pengganas yang mensasarkan Turki agar terbuka satu lagi lembaran darah yang baru.

فتلك القوى هي التي تقف وراء ستار جماعات إرهابية، وتمولها بأموال طائلة، وأسلحة مدمرة أمثال داعش التي تشوه صورة الإسلام الصحيحة، وتشعل وقود الفتنة والنزعة الطائفية ليكون المسلمون على صراعات دائمة ومعارك دامية وازمات غير منتهية. وفي أيام متأخرة حدثت عمليات إرهابية تستهدف تركيا لتفتح صفحة الدماء الجديدة.

6. PAS juga menekankan kepentingan kesatuan saf umat Islam dan penyelesaian krisis menerusi rundingan bagi mengelakkan darah terus mengalir dan nyawa terus melayang, juga menolak sebarang penyelesaian tajaan asing.
كما شدد الحزب الإسلامي على ضرورة توحيد صفوف المسلمين وحل الأزمات عن طريق التفاوض للتفادي عن سيول الدماء وإزهاق الأرواح ورد أي حلول أجنبية للأزمات.
7. PAS menegaskan juga bahawa peperangan dan krisis di Timur Tengah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan kuasa asing dan rejim zionis. Sejak beberapa dekad sebelum kebangkitan pejuang Syria pada 2011, Syria menjadi tempat berlindung para pejuang Palestin sebagaimana disebut oleh wakil HAMAS di Iran, Khalid al-Qadumi. HAMAS mempunyai Pejabat Politiknya ketika itu di Damsyik. Tetapi setelah berlakunya kebangkitan di Syria, pejabat tersebut terpaksa dipindahkan ke Qatar. Siapakah yang bergembira ketika itu?

وأكد الحزب الإسلامي أيضا بأن المعارك و الأزمات في الشرق الأوسط لم تكن إلا لصالح القوى الأجنبية والكيان الصهيوني. فمنذ عقود قبل الثورة 2011 كانت سوريا ملجأ للمقاومين الفلسطينين كما أشار إليه ممثل حركة حماس في إيران خالد القدومي. ولحماس مكتبه السياسي آنذاك في دمشق. ولكن بعد انطلاق الثورة انتقل المكتب السياسي إلى قطر. فمن يفرح إذن؟

8. Kehadiran Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di muktamar tersebut sebagai salah seorang pembentang adalah bertujuan menegaskan prinsip dan pendirian tersebut. Sebelumnya beliau mewakili PAS memainkan peranan bagi meredakan ketegangan pada awal krisis Yaman di zaman Presiden Abdullah Soleh, sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.
Allah berfirman:

كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

“Setiap orang bertindak (bekerja) mengikut cara dan sudutnya. Maka Rabb kamulah yang lebih mengetahui siapakah yang lebih mendapat petunjuk ke jalan (yang benar).
Surah al-Isra’, ayat 84.
Bagaimana pula dengan orang yang hanya berbicara tanpa bertindak apa-apa?

وحضور الشيخ عبد الهادي في المؤتمر كأحد المتحدثين إنما ليؤكد تلك المبادئ والمواقف. وقد سبق للشيخ عبد الهادي ممثلا للحزب الإسلامي أن أدى دوره للتخفيف من توتر الأوضاع في بداية أزمة يمنية في عهد عبد الله صالح الأمر الذي قد لا يعرفه عوام الناس. فكُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا.
فكيف بالذي همه يتكلم ولم يعمل شيئا؟


9. Sebagai makluman, muktamar tersebut diadakan secara tahunan di Teheran sejak 80 an. Penglibatan Tuan Guru Hj Hadi merupakan penyertaan tahunan sejak puluhan tahun. Ia juga disertai setiap tahun oleh wakil HAMAS dan tokoh-tokoh terkenal seperti Ustaz Oghuzan Asilturk, Ketua Majlis Syura Parti Saadat di Turki, Dr Kamal Halbawi, Presiden Pengasas Rabitah Islam di Britain, Syeikh Tajuddin Hamid Abdullah al-Hilaali, bekas Mufti Australia dan Syeikh Mustafha Cherits, Mufti Agong Bosnia Hezergovina.

علما بأن المؤتمر عقد سنويا بطهران منذ ثمانينات وتكون مشاركة الشيخ فيه هي مشاركة سنوية منذ عشرات سنوات، كما شارك في المؤتمر سنويا ممثل لحركة حماس وشخصيات إسلامية بارزة من أمثال السيد اوغصهان اصيل ترك رئيس مجلس الشورى في حزب السعادة بتركيا و الدكتور كمال الهلباوي الرئيس المؤسس للرابطة الإسلامية في بريطانيا والشيخ تاج الدين حامد عبد الله الهلالي، مفتي أستراليا سابقًا و الشيخ مصطفى سيريتش، المفتي العام في جمهورية البوسنة والهرسك.

10. Tidak sukar untuk kita mentafsirkan sebab penglibatan wakil HAMAS dalam muktamar tersebut di saat kita meninjau kenyataan Ketua Pejabat Politik HAMAS, Khalid Masy’al; “Kami berbeza pandangan dengan Iran dalam isu yang berlaku di Syria tetapi kami sangat mementingkan usaha membina hubungan yang baik dengan semua negara”.

ولم يصعب علينا تفسير سبب مشاركة ممثل حماس في نفس المؤتمر إذ اطلعنا على قول رئيس المكتب السياسي لحركة حماس، خالد مشعل: “نحن على خلاف أيضاً مع إيران بشأن ما يجري في سوريا، لكننا حريصون على إقامة علاقات طيبة مع جميع الدول”.

11. Beliau juga berkata: “tidak ada keraguan lagi bahawa kami berbeza pandangan dengan kerajaan Syria mengenai cara mereka menguruskan krisis dan tindakan mereka mengambil pilihan ketenteraan”. Meskipun begitu beliau secara terang menegaskan “bahawa Presiden Syria Basyyar Asad masih lagi mendokong gerakan HAMAS selepas mereka meninggalkan Damsyik”.

وقال “ليس هناك شك في أننا اختلفنا مع النظام السوري على طريقة إدارته للأزمة ولجوئه إلى الخيار العسكري”. ورغم ذلك صرح بأن الرئيس السوري بشار الأسد ما زال يدعم حركته بعد مغادرة حماس لدمشق.

12. Barangkali mereka yang mengecam penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi dalam muktamar terbabit tidak menyedari permainan dan fitnah media massa dan media sosial moden yang menghiasi kebatilan dengan kebenaran dan menukar kebenaran menjadi kepalsuan, yang menular dalamnya pelbagai sangkaan dan persepsi sedang “persepsi itu sedikit pun tidak boleh menggantikan kebenaran”.

فلعل من يستنكر الشيخ عبد الهادي مشاركته في المؤتمر قد لا ينتبه إلى ألاعيب وسائل الإعلام و التواصل المعاصر وفتنتها التي تزين الأكاذيب حقائق وتقلب الحقائق أكاذيب وتسود فيها الظنون، و الظن لا يغني من الحق شيئا.

13. Barangkali juga mereka leka dengan penguasaan media massa gergasi antarabangsa dalam mempengaruhi pandangan awam dunia ke arah yang mereka mahu dan mengawal pandangan umum.

وقد يغفل هيمنة وسائل الإعلام الدولية الكبرى في توجيه الرأي العام العالمي الوجهة التي تريدها والتحكم بالرأي العام.

14. Di manakah kita berbanding ucapan tokoh terkenal Abu Qilabah:
“Apabila sampai kepadamu tentang saudaramu sesuatu yang kamu tidak suka maka carilah untuknya justifikasi sedayamu. Sekiranya kamu tidak menemui sebarang justifikasi maka sebutlah pada dirimu: barangkali saudaraku mempunyai justifikasi yang tidak ku ketahui”.

فأين نحن من قول أَبِي قِلابَة، : ” إِذَا بَلَغَكَ عَنْ أَخِيكَ شَيْءٌ تَكْرَهُهُ ، فَالْتَمِسْ لَهُ الْعُذْرَ جَهْدَكَ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ لَهُ عُذْرًا ، فَقُلْ فِي نَفْسِكَ : لَعَلَّ لأَخِي عُذْرًا لا أَعْلَمُهُ ”

Di manakah kita berbanding apa yang diriwayatkan daripada Umar radiyallahu anhu: “janganlah kamu berikan sangkaan jahat terhadap satu kalimah yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu mendapati ada ruang untuk diberikan sangkaan yang elok”

و أين نحن مما روي عن عمر رضي الله عنه أنه قال: “لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرا وأنت تجد لها في الخير محملا”
والله المستعان.

Sekian.

Ditulis oleh
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Rabu 21hb Disember 2016

Sumber BO - 21-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbalahan yang memecahkan orang masjid

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43637-perbalahan-yang-memecahkan-orang-masjid

Berhentilah daripada berbalah sesama muslim tentang siapa lebih dekat dengan al-Quran dan sunnah nabi. Kita menerima perbezaan pendekatan salaf dan khalaf dalam memahami aqidah bukan dengan mengkafirkan satu sama lain. Kita menerima kedua-duanya sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemikiran "takfir" sebegini perlu dihentikan kerana ia punca perpecahan. Ia juga adalah punca keganasan.

Kita juga menerima kepelbagaian mazhab fiqh kerana perbezaan kefahaman dalam menghuraikan teks al-Quran dan Hadis. Ia adalah keluasan Islam. Tapi ada pula yang ingin menyempitkan sesuatu yang luas dalam Islam.

Malangnya ia bukan perpecahan di antara yang beramal dengan islam dengan yang tidak beramal tetapi perpecahan di kalangan sesama ahli surau dan masjid yang ingin beramal dengan Islam. Sehingga perkara kecil seperti sambutan Maulid Nabi, amalan Nisfu Sya'ban, tahlil dan talqin menjadi punca untuk berperang dan berparang lalu memaki hamun dan nista khususnya di media sosial hari ini.

Malangnya ia diapi-apikan oleh sebahagian ilmuwan islam termasuk yang bergelar mufti, pakar hadis, pakar fiqh dan tokoh ulamak. Selagi sikap sombong dan merasakan hanya pandangan dan ijtihad kita sahaja yang betul dan tidak boleh menerima perbezaan tafsiran dan kefahaman terhadap teks al-Quran dan Hadis, selagi itulah umat terus berpecah. Idea perpaduan amat sukar dicapai lalu ia memberi peluang untuk musuh mengambil kesempatan. Ditambah lagi oleh perpecahan dalam pegangan politik. Maka di mana lagi kekuatan Islam?

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Rabu 21hb Disember 2016 - HARAKAHDAILY 21/12/2016

Sumber HD - 21-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































Perutusan Takziah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh umat Islam khususnya ahli keluarga Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz Mohd Khairi Zainuddin di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada petang semalam.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 2009, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan sejak 2011, Pengasas dan Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) dan penyusun Kamus Arab Melayu serta berkemahiran di bidang perisian komputer termasuk berkecimpung di bidang penerbitan buku dan animasi Islam, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar kepada ummah pada aspek keilmuan, pendidikan, dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Justeru, kehilangan tokoh ulamak muda ini pasti amat dirasai oleh ramai manusia dan banyak pihak khususnya oleh PAS dan DUPP sendiri.

Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian.

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada ahli-ahli PAS dan orang ramai khususnya ahli Dewan Ulamak untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dengan menghadiri solat jenazah yang dijadualkan pada jam 8.00 pagi ini (Rabu, 21 Disember 2016) di Tahfiz Darul Ulum, Jalan Paroi-Senawang, berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi sebelum jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Mawar, Senawang pada jam 9.00 pagi.

Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan dan rahmat untuk Allahyarham

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Sekian.
USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

Sumber BO - 21-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjuangkan hak kemanusiaan di Aleppo

USTAZAH ANA MASTURA ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43608-perjuangkan-hak-kemanusiaan-di-aleppo

Kehidupan merupakan hak yang pertama kurniaan Allah SWT kepada manusia. Ia merupakan hak suci dalam Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa.

Islam menggambarkan pencerobohan ke atas hak kehidupan seorang insan sebagai pencerobohan ke atas hak seluruh manusia, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 32:

مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ (32)
"Oleh karena itu, Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya."

Lajnah Pembangunan ‘Alimat (LPA) DUPP melahirkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam di Aleppo, Syria yang menjadi mangsa pertempuran antara para penentang rejim Bashar al-Assad dengan kerajaan Syria berserta tentera Rusia dan Iran.

Justeru, LPA menyokong penuh PAS menjadi perantara melalui Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia supaya negara-negara Islam dapat berunding mancari penyelesaian terbaik kepada permasalahan di Syria.

LPA turut mendesak diberi laluan untuk bantuan kemanusiaan masuk ke bandar itu. Ini membolehkan rawatan kecemasan, makanan dan minuman yang bersih diberikan, serta pemindahan mangsa yang tercedera dilakukan segera.

Umat Islam seluruhnya diseru agar terus berdoa dan memberi sumbangan bagi membantu saudara seagama yang terkepung serta disembelih beramai-ramai di Syria.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

ترى المؤمنينَ في تراحُمِهم ، وتوادِّهم ، وتعاطُفِهم ، كمثلِ الجسدِ ، إذا اشتَكى عضوًا ، تداعى لَه سائرُ جسدِه بالسَّهرِ والحمَّى
Maksudnya: “Nabi SAW bersabda, anda akan melihat kaum dalam kasih sayang dan cinta mencintai, pergaulan mereka bagaikan satu badan, jika satu anggotanya sakit, maka menjalarlah kepada lain-lain anggota lainya sehingga badannya terasa panas dan tidak dapat tidur.” (HR al-Bukhari)

Marilah kita bergabung membentuk kekuatan umat Islam seluruh dunia bagi menghentikan kezaliman di Aleppo, Syria.

Ustazah Ana Mastura Ismail
Pengerusi Lajnah Pembangunan 'Alimat
Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS Tetap Tidak Akan Berunding Dengan DAP, PAN – Dewan Ulama
Posted on Thursday, December 15 @ 13:50:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32847



KUALA LUMPUR: Hasrat pakatan harapan yang diketuai DAP untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan menjadi kenyataan apabila Pas tetap bertegas untuk tidak berunding dengan DAP dan PAN.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak mahu pisang berbuah dua kali setelah kerjasama dengan pakatan pembangkang pada PRU-13 menyebabkan parti berkenaan seakan-akan ditindas.

Katanya, langkah Pas untuk bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk membentuk Gagasan Sejahtera merupakan tindakan terbaik daripada terus ‘diperkudakan’ DAP dalam pakatan pembangkang.

“Kami tetap dengan pendirian untuk tidak lagi mengadakan rundingan dengan DAP yang secara terang-terangan menolak dasar perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini.

“Kita juga tidak berniat membuka pintu rundingan bersama PAN yang merupakan parti serpihan Pas atas dasar mereka (PAN) telah menunjukkan sikap sebenar mengkhianati Pas dan menjalinkan kerjasama dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pakatan harapan diketuai DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju menjalinkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU-14 dengan menggariskan tujuh kandungan utama yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat PKR semalam.

Salah satu kandungan tersebut adalah untuk berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian persefahaman tersebut untuk memastikan seboleh mungkin seorang calon sahaja mewakili pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh pakatan harapan diketuai DAP dengan PPBM semalam langsung tidak menghasilkan sesuatu yang signifikan dalam arena politik ta­nah air.

Beliau berkata, pakatan harapan dan PPBM masih merupakan dua entiti dengan agenda berbeza bukanlah membentuk sebuah pakatan baharu seperti yang dicanangkan sebelum ini.

- Utusan Malaysia

Sumber TKO - 15-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlis Conversion Row Proves Non-Muslims Meddling With Islam

Non-Muslims are interfering with Islamic jurisprudence, PAS leader Datuk Dr Khairuddin Aman Razali claimed following nationwide backlash against Perlis for amending the state Shariah law to allow unilateral child conversions.

The information chief of PAS Ulama wing also claimed that the Islamic Religion Administration Enactment (Amendment) 2016 Bill passed by Perlis is constitutional, and those who opposed it should have called for the Federal Constitution to be amended instead.

“This gives a bad signal in the eyes of Muslims that are the majority citizens of this country when non-Muslims are seen to be braver to meddle in any amendments of Islamic laws at the state level that is in line with the Federal Constitution.

“It is seen as a threat towards the Islamic jurisdiction in states as allocated by the Malaysian constitution,” Khairuddin said in a statement published yesterday by PAS portal HarakahDaily.
The Kuala Nerus MP said the amendment passed by Perlis should be evaluated objectively.

“It is stressed that the amendment of Perlis enactment is in line with Article 12(4) of the Federal Constitution,” he said, referring to the Article where “parent or guardian” of a children can decide the latter’s religion.


“If there are parties who disagree they can propose for an amendment of the Federal Constitution that needs the approval from two-thirds of MPs.”

However, amending Article 12(4) to clearly state that the consent of both parents is required for child conversions is among Putrajaya’s proposal to amend the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (LRA) tabled last month.

The Star daily reported last week that Perlis amended its Administration of the Religion of Islam Enactment 2006 from requiring the consent of both parents or a guardian, to the consent of one parent or guardian.

All the Perlis Muslim assemblymen — 12 from Umno, one from PAS — voted for the amendment while PKR’s sole state lawmaker opposed against. The only other non-Muslim representative from MCA, Khaw Hock Kong, was reported leaving the state assembly while the Bill was debated.

Putrajaya finally tabled the amendment to LRA last month, in the most direct step to address the long-standing matter since the Cabinet issued a directive in 2009 banning unilateral child conversions; the directive had no legal power, however, and the problem persisted.

The proposed changes to the LRA include explicitly stating that “both parties” in a civil marriage must agree for the conversion of a minor into Islam and to limit interfaith divorces to the civil courts, among others.

Last month, the secretary-general of the Islamist Opposition party warned that non-Muslims must “play fair” by refraining from interfering with its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s private member’s Bill to upgrade the Shariah courts.

Datuk Takiyuddin Hassan said continued opposition to Hadi’s Bill may see Muslims retaliate by opposing the proposed amendments to the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 that would bar unilateral conversion of children into Islam.

Sumber BO - 11-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































Tidak perlu polemik isu penukaran agama anak

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43538-tidak-perlu-polemik-isu-penukaran-agama-anak

Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis semalam tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia dipinda bagi diselaraskan dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan dalam versi Inggerisnya bahawa agama bagi seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah ditetapkan oleh "parent". "Parent" membawa maksud sama ada ibu atau bapa.

Pindaan enakmen tersebut dilakukan bagi membolehkan secara jelas persetujuan salah seorang ibu atau bapa bagi penukaran agama anak kepada Islam jika salah seorang pasangan tersebut memeluk Islam selaras dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Maksud "parent" dalam Perkara 12(4) sebagai merujuk kepada sama ada ibu atau bapa telah ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman kes Subashini lwn Saravanan atau nama Islamnya, Muhammad Shafi pada 2007.

Mahkamah ketika itu menolak perintah injunksi yang dikemukakan Subashini bagi menghalang bekas suaminya mengislamkan anak-anaknya dengan hujah bahawa penukaran agama anaknya tidak bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Hakim Abdul Aziz Mohamad dalam penghakiman tersebut menegaskan bahawa maksud 'parent' dalam Perkara 12(4) ditafsir dengan 'by his father or his mother or guardian'.

Penghakiman daripada mahkamah tertinggi negara itu seharusnya merungkaikan segala pertikaian terhadap perkara tersebut dan jelas membuktikan bahawa penukaran agama anak dengan persetujuan sebelah pihak sama ada ibu atau bapa atau penjaga telah menepati kehendak Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan lagi, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 juga menetapkan bahawa persetujuan salah seorang daripada ibu atau bapa sudah cukup bagi mendaftar keislaman seseorang anak. Kesemua ini telah memberikan gambaran yang jelas terhadap polemik yang cuba dibangkitkan oleh pihak yang tidakbertanggungjawab.

Mana-mana pihak tidak sepatutnya berhujah dengan sesuatu yang baru bersifat cadangan undang-undang seperti cadangan pindaan terhadap status penukaran agama anak menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). Hal ini kerana ia baru di peringkat cadangan dan belum dibawa untuk dibahaskan di Parlimen dan bukannya satu undang-undang pun. Adapun pindaan Enakmen Perlis adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan.

Malah cadangan RUU itu sendiri telah bercanggah dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan tidak berperlembagaan (unconstitutional), bersifat retrospektif dan mungkin menyebabkan semakan kehakiman (judicial review) terhadap ratusan kes yang lain.

Maka, sewajarnya isu ini tidak terus dipolemik dan harus dinilai dengan matang dan objektif. Polemik dan sentiment yang dimainkan oleh sesetengah pihak hanya merosakkan keharmonian masyarakat yang tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak dalam negara ini.

Ia juga memberi isyarat tidak baik di mata orang-orang Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini apabila bukan Islam dilihat semakin berani mencampuri sebarang pindaan undang-undang Islam di peringkat negeri yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia dilihat sebagai ancaman terhadap kuasa Islam di negeri-negeri sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Akhirnya ditegaskan bahawa pindaan Enakmen Perlis adalah selaras dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya ada pihak tidak bersetuju mereka boleh mengusulkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli Parlimen.

"Inilah Penyelesaian Kita"

Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sabtu, 10 Disember 2016 / 10 Rabi'ul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 10/12/2016

Sumber HD - 10-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































Halalan tayyiban dalam Dasar Agromakanan Negara

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43531-halalan-tayyiban-dalam-dasar-agromakanan-negara

SEKTOR pertanian di Malaysia perlu diberi nafas baharu bagi memastikannya terus segar menyokong pembangunan ekonomi negara disamping memastikan kelestarian dalam menghadapi situasi ekonomi global yang tidak menentu. Pelbagai dasar pertanian telah dilaksanakan dalam tempoh dua dekad ini namun penumpuan kerajaan mutakhir ini terhadap sektor pertanian semakin terhakis.

Tiga dasar telah dilaksanakan berkaitan dengan sektor pertanian di Malaysia bermula dengan Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1)(1984-1991) yang memberikan tumpuan terhadap komoditi eksport, mengurangkan kemiskinan luar bandar disamping penggunaan sumber yang optimum.

Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2)(1992-1997) pula menumpukan kepada aspek peningkatan daya saing dan produktiviti dalam sektor pertanian manakala Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)(1998-2010) melonjak aktiviti sektor pertanian di peringkat antarabangsa. Tambahan pula, Dasar Jaminan Makanan Negara (2008-2010) telah dirangka bagi menyerap tempias daripada krisis makanan yang melanda dunia pada 2007-2008.

Kini, Malaysia telah meniti Dasar Agromakanan Negara (DAN) (2011-2020) yang sudah melepasi separuh daripada tempoh tersebut bermatlamat bagi memberikan tumpuan khusus terhadap pembangunan komoditi makanan dengan jaminan bekalan makanan dan menghasilkan aktiviti pemprosesan dan pendapatan eksport pertanian berskala tinggi.

Antara aspek penting yang terkandung di dalam DAN adalah mengenai pembangunan konsep “Halalan Tayyiban” dengan pengaplikasian ‘Halal Accessories and Food Assurance System’ (HAFAS) bagi memastikan aspek penghasilan bahan makanan bukan sahaja halal malah mencapai kualiti bersih dan sihat sepertimana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Ini juga sesuai dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia.

HAFAS adalah suatu sistem yang tidak sahaja melakukan penilaian pada peringkat akhir sesuatu produk semata-mata malah turut menilai keseluruhan aspek dalam pengeluaran sesuatu produk makanan dan aksesori bahan makanan sebagai contoh  aktiviti penanaman melibatkan racun dan antibiotik yang berlebihan, penggunaan additif makanan yang mengurangkan aspek “sihat” dalam kandungan makanan.

Perkara ini bertepatan dengan konsep “Halalan Tayyiban” iaitu konsep yang bukan sahaja menilai sesuatu makanan itu halal dari aspek syara’ malah ia juga perlu “bersih” dan “sihat” dalam keseluruhan aspek pengeluaran dan penghasilan sesuatu bahan makanan.

Namun, persoalan yang timbul adalah bagaimana implementasi sistem HAFAS dalam pengeluaran produk makanan ketika ini setelah DAN telah mencapai tempoh 6 tahun perlaksanaan? Manakala sejauhmana pula keberkesanan sistem tersebut dalam memastikan kualiti “Halalan Tayyiban” dapat dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih tinggi?

Aspek penjagaan makanan yang sihat dan halal adalah prinsip yang begitu dititikberatkan dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari pada yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Surah al-BAqarah : 168)

Maka, amat wajar jika aspek pemakanan yang sihat dan halal ini diberikan penekanan oleh kerajaan. Ia adalah tanggungjawab yang besar bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan kehidupan rakyat lebih terjamin. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































Fiqh dakwah dipelopori PAS

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43507-fiqh-dakwah-dipelopori-pas


Firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 125
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"..Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk..."

1. Pendekatan dakwah PAS dalam lapangan sistem demokrasi negara sepanjang perjuangan PAS dalam jihad politik merupakan ijtihad berani dan kontemporari yang dikemukakan oleh para ulamak dan Ahli Majlis Syura PAS.

2. PAS yang sudah berada di lapangan ini lebih 60 tahun boleh dikatakan amat memahami rencahnya bak pepatah " sekilas ikan di air, maka kenal jantan betinanya."

3. Umno yang sekian lamanya menjadi saingan politik PAS tetap kekal begitu selama ia masih berpaksi perjuangannya dengan sekularisme dan nasionalisme. Kedua-dua isme ini ditentang oleh PAS kerana ia bercanggah dengan prinsip  asas Islam iaitu Kesyumulan dan Universalisasi Islam.

4. Islam menolak politik suku agama suku atau pemisahan antara agama dengan kehidupan yang menyeluruh dan juga menolak teori perkauman dan kebangsaan sempit kepada konsep universal dan Islam untuk semua.

5. Sebanyak 13 kali pilihan raya PAS telah menceburinya berdepan dengan Umno bagi mengambil alih pemerintahan negara daripada golongan sekularisme dan nasionalisme sempit ini walaupun mengalami kekalahan demi kekalahan. Namun PAS masih tetap sabar,  utuh dan terus gah di persada politik menghormati prinsip demokrasi berperlembagaan dengan berwadahkan "muwajahah silmiah".

6. Inilah "Muwajahah Silmiah" daripada ijtihad para ulamak PAS bahawa PAS tidak perlu kaget dan gopoh semata-mata nak menang walau kalah berkali-kali dengan mengenepikan dasar perjuangan untuk mengambil alih kuasa.

7. PAS telah melalui pelbagai kepayahan dan kesukaran dalam proses kearah itu seperti ketidakadilan dalam pilihan raya, sekatan, media tak adil, jentera dan kewangan sendiri, ahli dan penyokong dipenjara dan dibunuh, penipuan dan tipudaya pilihan raya dan bermacam lagi namun PAS bersabar dan teruskan perjuangannya dengan cara aman dan menghormati perlembagaan negara.

8. Ini kerana perjuangan PAS tidak hanya berpolitik pilihanraya sahaja, ia juga bergerak selaku gerakan dakwah iaitu menyeru, mengajar, menasihat, mendidik, berhujjah, berdebat, berbincang, memberi cadangan, menegur dan bermacam-macam lagi selama ia boleh menyampaikan Islam dan menegakkan kefahaman Islam dalam ruang yang ada walaupun sesempit lubang jarum maka ia tetap akan berterusan begitu.

9. Nabi s.a.w. telah melakarkan perjalanan sebegini dalam. memenangkan Islam. Baginda mencapai kemenangan tidak sekadar di medan pertempuran dan peperangan, malah Baginda beroleh kemenangan melalui perjanjian, dakwah jamaiyyah, rundingan, dakwah fardiyyah, dakwah bil hal atau akhlak, rundingan dan juga seruan. Lihatlah sejarah penting terlakar dengan pembukaan Madinah dan Mekah,  kedua-duanya bukan melalui peperangan dan pertumpahan darah. Bukankah ini mesej jelas bahawa kemenangan yang diimpikan oleh semua perjuangan Islam juga boleh dicapai tanpa pertembungan dan peperangan?

10. Imam Muslim mensyarahkan hadis Perjanjian Hudaibiyyah dengan menyatakan bahawa kebijaksanaan rundingan dan kandungan perjanjian Hudaibiyyah itu sendiri yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. adalah faktor terpenting sehingga terjadinya pembukaan Kota Mekah oleh Islam tanpa pertumpahan darah.

11. PAS mengambil pemahaman inilah dengan membawa pendekatan baharu dalalm mengorak langkah berdepan dengan Umno. PAS melalui para ulamanya dan syuranya masih tetap mengekalkan konsep "Muwajah Silmiyyah" dan diterjemahkan dengan pelbagai pendekatan dan kaedah selama ia tidak menggadaikan prinsip perjuangan iaitu untuk menegakkan Islam dan berpaksikan Al Quran dan Sunnah.

12. PAS berijtihad dengan keupayaan ulamaknya dan juga memahami serta meraikan realiti politik dan dakwah negara ini, berani mengorak langkah dengan pendekatan yang berbagai dan berbeza sesuai situasi terkini dan semasa bagi memenuhi setiap keadaan dan keperluan.

13. Berhujjahkan al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. untuk menyampaikan mesej Islam kepada sesiapa sahaja kerana itu kewajiban perjuangan PAS. Kalau PAS tidak menyampaikan Islam maka PAS tidak lagi layak dianggap sebagai sebuah gerakan Islam. PAS juga boleh dan layak dibubarkan kalau PAS mengabaikan dasar perjuangannya dan tidak gigih menyampaikan Islam dan ruang lingkup yang ada.

14. Hujjah PAS dengan al Quran, contohnya dalam surah Toha ayat 42-44
اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِآيَاتِي وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِي
"Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.
فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Dalam Hadis Nabi s.a.w pula,
وعن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

".. seutama-utama jihad adalah berkata benar dihadapan pemerintahan yang jahat (zalim) .."
(Riwayat Tirmizi,  Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. tashihkan oleh Albani)

15. Difahami daripada Al Quran dan Hadis ini lah bahawa PAS dengan pendekatan terbarunya memenuhi program dan jemputan di mana hadirnya bersama pemimpin negara adalah satu peluang PAS bagi menyampaikan Islam dan menyatakan secara berdepan kepada pemimpin negara dengan hujah PAS dan Islam yang menjadi seruannya.

16. Tambahan pula peluang menyatakan kebenaran Islam dan ajarannya akan disaksikan oleh pelbagai pihak dan rakyat jelata. Inilah adalah strategi cilik dan bijak PAS serampang 2 mata iaitu dapat menegur pemimpin negara dan juga dapat menyampaikan Islam kepada seluruh rakyat.

Bukankah kita diceritakan oleh Al Quran bahawa kisah Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., dan Kisah Budak dalam Ashabul Ukhdud tatkala mereka ingin menyampaikan Islam dan seruannya, mereka mengambil peluang dengan kehadiran ramai kaum dan umat mereka agar turut mendengar dan menyaksikan kejadian itu dan dakwah mereka.

17. Ini adalah ijtihad PAS yang perlu difahami oleh semua, bahawa pendekatan ini adalah pendekatan kontemporari dan datang daripada kefahaman ulamak dan Syura PAS menerusi apa yang difahami daripada Al Quran dan Sunnah. Janganlah memperkecilkan ijtihad ini kerana ia datang daripada sejumlah Ulamak PAS yang diyakini keilmuaannya dan kemampuannya dan ijtihad ini andainya benar beroleh 2 pahala dan sekiranya salah beroleh tetap 1 pahala.

18. Ada juga pihak yang ingin menimbulkan persepsi bahawa Ulamak PAS yang hadir ke majlis adanya pemimpin negara seumpama ulamak suk berdasarkan hujjah kitab Imam Ghazali. Ya,  Imam Ghazali ada hujjahnya. Namun melihat hujjah kepada Imam Ghazali ia berbentuk menasihat bukan melarang secara mutlak.

الأمور بمقاصدها

"Setiap perkara itu dirujuk akan tujuannya."

Kalau tujuan kehadirannya bukan bersekongkol dengan pemimpin korup dan zalim, tetapi untuk menasihat dan menyampaikan Islam dan berdakwah. Sekiranya tidak boleh pergi menasihat maka tidak bolehlah Nabi Musa pergi berjumpa Firaun dan pembesarnya.

19. Perlu juga difahami dalam konteks demokrasi, kalau sekiranya PAS tidak mengambil peluang demokrasi dan ruangnya seperti menegur, menasihat, memberi cadangan dan idea sama ada dalam Dewan Rakyat dan juga di luar, maka PAS pula nanti dianggap tidak proaktif.

PAS juga mudah menjadi sasaran tuduhan sebagai gerakan yang tidak demokratik dan subversif pulak.

20. Inilah penyelesaian yang dikemukakan oleh PAS yang perlu difahami dan dihayati oleh ahli PAS dan semua pihak. PAS adalah gerakan Islam yang bersifat anjal dalam tindakan dan berprinsip dalam dasar perjuangannya.

ISLAM ITU PENYELESAIAN
INILAH PENYELESAIAN KITA

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan DUPP
7 Disember 2016/ 7 Rabiul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 7/12/2016

Sumber HD - 7-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































Menukar Dasar Kepimpinan

Oleh : Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali

Sudah berapa kali percubaan rakyat Malaysia menukar Perdana Menteri (PM). Perdana Menteri berubah tetapi dasarnya tidak berubah. Cukai tetap menjadi dasar utama kewangan negara. Hasil negara tetap dibelanjakan secara boros.

Skandal seumpama 1MDB berulang dengan nama yang berbeza. Ketirisan belanjawan tetap berlaku. Kenaikan kos hidup tetap menjadi rintihan.

Hari ini bekas PM menentang PM untuk berjuang menukar PM.Bukan untuk menukar dasar PM. Bekas PM tetap merasakan dasar pemerintahannya dulu adalah baik dan lebih baik daripada PM sekarang. Dulunya rakyat membencinya lalu berjuang menukarnya dengan PM baru.

Rampasan ‘wang haram’ rasuah dan penyelewengan berikutan penahanan Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Tahir Ag Talib, 54 dan Timbalannya, Teo Chee Kong, 52 melibatkan rampasan mencecah RM115 juta termasuk wang tunai membuktikan perubahan kepimpinan sebelum ini tidak mengubah apa-apa!

Bekas PM kemudiannya berkempen menukar PM lalu berjaya. Hari ini diperjuangkan lagi penukaran PM. Sedangkan hakikatnya dasar PM hari ini adalah kesinambungan dasar PM sebelumnya yang melahirkan negara yang si kaya menjadi perasuah dan si pemimpin penerima rasuah.

Ia menatijahkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia membuahkan hutang negara yang semakin meningkat.

DAP dan PKR tidak adalah masalah dengan dasar bernegara hari ini. Oleh kerana itu mereka bersetuju hanya untuk menukar PM. Dicanangkan ‘Save Malaysia’ iaitu kabinet baru kerajaan antara Ahli Parlimen BN dan Pakatan Pembangkang tanpa Najib. Hanya tanpa Najib!

Islam hadir untuk mengubah dasar yang diimani oleh manusia bukan hanya menukar manusia. Dasar kepimpinan perlu diubah. Pemimpin perlu memimpin berdasarkan Islam pada konsep pentadbirannya, pengurusan ekonomi dan kewangannya. Di saat itu barukah rakyat akan berbahagia.

***Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Ketua Perengan Dewan Ulama PAS
Selasa 6hb Disember 2016


Sumber BO - 6-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































Tolak GST kerana ia sistem cukai zalim

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43489-tolak-gst-kerana-ia-sistem-cukai-zalim

Ramai yang mengeluh dikenakan GST. Kata mereka GST tidak sesuai dilaksanakan sekarang di Malaysia dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos kehidupan.

Ertinya mereka hanya menolak pelaksanaan GST kerana faktor masa bukan kerana menolak sistemnya yang zalim. Mereka mungkin menerima sistem GST sebagai satu sumber pendapatan negara akan datang.

Sedangkan GST perlu ditolak kerana sistem percukaian ini zalim dan tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Islam menolak percukaian berasaskan perbelanjaan kerana ia tidak boleh membezakan antara si kaya yang berkemampuan dan si miskin yang tidak berkemampuan.

Adapun cukai berasaskan pendapatan ia diharuskan dengan syarat-syaratnya yang tertentu.

Sebahagian besar ahli politik pembangkang yang menolak GST bukan kerana ianya bercanggah dengan Islam dan zalim tetapi hanya kerana ia dilaksanakan pada masanya yang tak sesuai.

Saya mengajak rakyat Malaysia menolak sistem GST sekarang dan akan datang kerana ia adalah sistem yang salah dan merosakkan keseimbangan ekonomi masyarakat khususnya si miskin.

Pelaksanaannya di banyak negara maju bukan alasan dan justifikasi untuk kita menerimanya kerana ia adalah sistem percukaian yang zalim dan menindas. - HARAKAHDAILY 5/12/2016

Dr Khairuddin at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat


Sumber HD - 5-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Rohingya: TG Abdul Hadi pencetus kekuatan ummah

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43479-isu-rohingya-tg-hadi-awang-pencetus-kekuatan-ummah

KEHADIRAN Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Himpunan Solidariti Ummah anjuran utama Yayasan Dakwah Islamiyyah YADIM dan Konsortium NGO Islam bersama sepentas dengan YAB PM Datuk Seri Najib Abd Razak memberikan satu mesej jelas bahawa Islam amat menitikberatkan perpaduan bukan perpecahan khasnya dalam isu kepentingan Islam dan hak kemanusiaan.

Walaupun beberapa pihak tidak senang hati melihat kemunculan Tuan Guru Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ini hadir program sebegini, namun ketahuilah bahawa Islam sebenarnya yang mendidik dan mengajar kita tidak boleh berpolitik sampai tidak mengenal baik dan buruk.

Tuan Guru Abdul Hadi amat dihormati oleh pelbagai pihak termasuk lawannya dalam politik selaku ahli politik Islam yang senior dalam arena politik dalam negara. Keberadaan Tuan Guru dalam parlimen boleh dikatakan diantara yang paling lama memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat sejak tahun 1990 lagi dan yang lainnya masih dianggap baru. Tambahan lagi beliau bukan hanya diiktiraf dalam negara sebagai ahli politik Islam malah di peringkat antarabangsa sebaris dengan ulama disegani di seluruh dunia.

Penulis sendiri berada di pentas stadium melihat penghormatan diberikan oleh para pimpinan Umno, pak menteri dan NGO ketika ketibaan Tuan Guru di pentas Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Titiwangsa Kl pagi ini amat terasa auranya.

Para pimpinan di atas pentas berdiam dan menumpukan perhatian dengan ketibaannya dan serta dilarang bercakap-cakap sesama mereka sewaktu Tuan Guru menyampaikan ucapan. Malah sebahagian mereka  menegur antara satu sama lain agar dilarang bercakap dan membuat bising sewaktu Tuan Guru berucap.

Bulu roma menegak menyelusuri setiap perkataan yang diungkapkan oleh Tuan Guru menyampaikan dakwah dan saranan mesej Islam di hadapan ribuan hadirin peserta himpunan termasuk dari kalangan pelbagai latar belakang politik dan kumpulan. Malah telahan dikatakan bahawa sekiranya Tuan Guru tidak hadir pada himpunan ini kemungkinan program ini tidak seramai ini dan tidak berjaya secara holistiknya.

Semoga perhimpunan dan kehadiran Tuan Guru Presiden PAS di pentas bersejarah ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan ummah dan perjuangan Islam dan tersampai mesej dakwah Islam yang dibawa oleh PAS.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Pengarah Penerangan
Lajnah Penerangan DUPP – HARAKAHDAILY 5/12/2016

Sumber HD- 5-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Membangkang Berasaskan Prinsip Dan Dasar

Oleh : Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali

PAS menerima dan menolak sesuatu berasaskan prinsip dan dasar sebagaimana digariskan oleh Islam menerusi al Quran dan Sunnah.

1. PAS menolak GST kerana ia sistem dan dasar percukaian yang salah, zalim dan HARAM bukan hanya kerana ia tidak sesuai dilaksanakan sekarang


2. PAS menolak TPPA kerana ia membuka campurtangan asing dalam ekonomi dan kerana ia perjanjian antarabangsa yang mengikat yang tidak dibenarkan menurut prinsip hubungan antarabangsa Islam bukan hanya kerana ia tidak menguntungkan.

3. PAS menolak penglibatan kerajaan dengan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asean kerana ia bank berasaskan Riba di peringkat antarabangsa yang menjustifikasikan hutang dengan keuntungan riba yang merosakkan atas nama bantuan infrastruktur dan juga kesinambungan ekonomi kapitalis sedang semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang lain menerimanya di sidang parlimen yang lalu.

4. PAS menolak IMDB kerana ia syarikat pelaburan bermodal hutang Riba 42 bilion yang sudah pasti merosakkan ekonomi bukan hanya kerana ia syarikat pelaburan yang rugi dan gagal.

5. PAS mengkritik kejatuhan matawang kerana matawang kertas yang didagangkan adalah sistem yang silap dan salah merosakkan ekonomi dunia bukan hanya kerana Malaysia gagal menguruskan matawang.

6. PAS mengkritik hadiah wang tunai atau jualan aset dengan harga di bawah harga semasa kepada penjawat jawatan kerajaan kerana ia adalah rasuah dalam Islam.
7. PAS mengkritik inflasi dalam negara kerana ia adalah hasilan dasar yang salah berasaskan ekonomi kapitalis dan sistem monopoli pengedaran barangan keperluan kepada pihak tertentu yang diamalkan oleh kerajaan.
8. PAS mengkritik dasar pengswastaan kerana ia adalah dasar yang salah dalam Islam dengan memindahkan aset negara dan perkhidmatan kerajaan kepada segelintir korporat yang akhirnya bermotifkan keuntungan perniagaan berbanding khidmat dan kebajikan yang penghujungnya menatijahkan kenaikan kos hidup pada hari ini.
9. PAS mengkritik bajet defisit kerajaan persekutuan sejak 19 tahun berturut-turut kerana ia adalah bercanggah dengan dasar bajet dalam Islam yang menetapkan kaedah berbelanja berdasarkan kemampuan.


10. PAS mengkritik dasar berhutang kerajaan kerana ia adalah hutang berasaskan Riba dan dasar hutang yang dijadikan sebahagian sumber pendapatan negara. Kesannya kerajaan persekutuan mencipta hutang 90 bilion pada 1997 dan meningkat kepada 188 bilion pada 2003 di zaman Mahathir, hutang 376 bilion pada 2009 di akhir era Abdullah Badawi dan hari ini hutang 650 bilion di zaman Najib.

MENOLAK dan MENERIMA SESUATU POLISI BERASASKAN PRINSIP DAN DASAR agar tidak menjadi lalang yang bergoyang ditiup angin dalam pendirian politik.

***Ustaz Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 4 hb disember 2016


Sumber BO - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Golongan yang memandulkan syariat Tuhan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43442-golongan-yang-memandulkan-syariat-tuhan

Ketika Islam tidak lagi berkuasa lahirlah manusia bergelar muslim yang lemah imannya. Mereka takut untuk melaksanakan Syariat lalu mencipta pelbagai alasan dan justifikasi untuk menghalalkan kelemahan iman mereka dalam memperjuangkan Syariat.

Syariat meliputi semua bidang bermula dengan ibadah, perkahwinan, muamalat dan ekonomi, perundangan jenayah dan tatacara politik dan pemerintahan. Semua ada Syariat Allah padanya. Semuanya perlu dijadikan undang-undang bernegara dan perlu dilaksanakan.

Antara ciri hujah dan alasan mereka bagi memandulkan pelaksanaan Syariat berkaitan perundangan jenayah

1. Islam bukan agama menghukum tapi mendidik
2. Islam mementingkan keadilan bukan hanya dengan menghukum
3. Kita perlu menyelusuri ruh dan maqasid kepada hukum bukan hanya melaksanakan hukum

Hakikatnya menghukum adalah satu proses pendidikan
Hakikatnya keadilan tidak tercapai melainkan dengan melaksanakan hukum Syariat
Hakikatnya roh dan maqasid hukum akan tercapai apabila melaksanakan hukum

BUKAN DENGAN MEMANDULKAN HUKUM

Semua ini adalah alasan yang dicipta bagi mewajarkan agar hukum Islam tidak perlu ditegakkan dan dilaksanakan.

Sedang dalam masa mereka berbicara dengan alasan sedemikian mereka menerima pula dengan dada lapang pelaksanaan pelbagai undang-undang ciptaan barat dalam perundangan jenayah dan ekonomi. Mereka melihat ia terlaksana untuk puluhan tahun di dunia Islam dengan redha dan dada yang lapang tapi mempersoalkan bukan hanya ruh perundangan barat yang rosak malah pelaksanaannya yang gagal.

Tetapi di saat kita memperjuangkan pelaksanaan Syariat maka mereka dengan wajah penuh bimbang dan takut mengemukakan alasan yang pelbagai dengan justifikasi kononnya "agar wajah Islam dilihat cantik"

BETAPA LEMAHNYA IMAN MEREKA. Mereka terpedaya dengan alasan ciptaan musuh di kalangan orientalis dan sebagainya.

Sangat malang di kalangan mereka digelar cendekiawan Islam, pemikir Islam dan tokoh Islam. Namun yang pasti mereka adalah golongan yang lemah iman.

Dr Khairuddin at-Takiri
Jumaat 2 Disember 2016 - secebis renungan ketika musafir

Sumber HD - 2-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hujahan Dangkal Dr. Chandra Bagi Menolak RUU 355

Oleh : Ustaz Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Saya tertarik untuk mengulas beberapa hujahan mereka yang menentang pindaan Akta 355.
Sebahagian hujahan mereka menyerlahkan emosi dan perasaan tidak senang terhadap undang-undang
Syariah dan Islam itu sendiri. Justeru itu dilampirkan pelbagai alasan dan hujah remeh bagi
menolaknya serta dihiasi dengan hujah akademik kononnya sedangkan hakikatnya hujah tersebut
sangat rapuh dan jauh daripada nilai akademik.

2. Antaranya hujahan Dr Chandra Muzaffar. Beliau menuduh kononnya RUU 355 bakal
membantutkan makna sebenar keadilan dan ihsan dalam beragama.

RUU 355 Menafikan Konsep Adil dan Ihsan?

3. Hakikatnya, sesuatu yang barangkali tidak diimani oleh Dr Chandra dan menjadi titik beza
barangkali antara beliau dan seluruh umat Islam yang mempraktikkan agamanya ialah bahawa
keadilan dan ihsan hanya tercapai menerusi pelaksanaan pada Syariat beragama.

4. Memberikan hak kepada Syariat Allah di Mahkamah Syariah yang khusus bagi umat Islam bagi
menghukum pesalah Syariah berdasarkan hukum agama itulah sebenar-benar keadilan dan ihsan.

5. Dalam konteks RUU 355, memberikan hak kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah
jenayah zina, pesalah jenayah menuduh zina dan pesalah jenayah minum minuman memabukkan,
dengan hukum Syariah yang ditetapkan oleh Allah iaitu sebatan masing-masing 100, 80 dan 40
sebatan menurut tatacara Syariah, itulah sebenar-benar keadilan dan ihsan.

6. Meningkatkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan melibatkan aqidah dan akhlak yang dalam Islam
dikategorikan sebagai undang-undang takzir adalah ijtihad yang diberi ruang kepada pemerintah
untuk menggunakan akal mereka dengan suluhan wahyu.

7. Keadilan dan ihsan dalam praktik hukuman takzir akan tercapai menerusi dokongan praktik
seorang hakim muslim yang adil tidak melakukan dosa besar di Mahkamah Syariah dengan
berpandukan tata cara keterangan jenayah Islam yang penuh dengan keadilan dan ihsan.

8. Keadilan dan Ihsan tidak dicapai dengan akal semata-mata lalu menolak dan memandulkan
pelaksanaan Syariat dalam menghukum pesalah jenayah.

9. Keadilan dan Ihsan juga tidak berlaku hanya menerusi hukuman tetapi dengan dokongan sistem tata
cara keterangan jenayah Islam ketika menjatuhkan hukuman.

10. Keadilan dan Ihsan tertegak apabila Islam ditegakkan secara holistik pada falsafah pendidikan
aqidah, praktik dan pelaksanaan syariat dan undang-undangnya dan manifestasi penampilan
akhlaknya.

Islam Mendidik Bukan Menghukum?

11. Dr Chandra juga seolah ingin menolak konsep cegah dan hukum dalam undang-undang lalu
dikaitkan RUU 355 dengan kegagalan kekangan terhadap dadah di Pakistan dan korupsi di Sudan.

12. Persoalan asas untuk Dr Chandra;

Apa kaitan RUU 355 dengan undang-undang dadah?

RUU 355 tidak menangani dadah tetapi mendidik manusia yang minum minuman memabukkan
dengan hukuman. Dadah adalah undang-undang di Mahkamah Sivil. Dr Chandra perlu mengkritik
kegagalan undang-undang sivil hari ini dalam menangani jenayah dadah.

Apa kaitan RUU 355 dengan korupsi?

RUU 355 bukan undang-undang tentang korupsi.

Dr Chandra perlu mengkritik undang-undang sivil hari ini yang gagal mengekang gejala rasuah
termasuk di negara ini. Juga mengkritik kegagalan sistem pendidikan negara kita yang berjaya
melahirkan manusia berakademik tetapi gagal pada keperibadiannya hingga terjebak dengan jenayah
rasuah.

13. Beliau seolah diawangan dan sememangnya tidak memahami apakah aspek undang-undang
jenayah yang ditangani oleh Akta 355. Sedarkah Dr Chandra bahawa Akta 355 bernama Akta 355
Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah?

14. RUU 355 adalah berkenaan pindaan bagi kadar hukuman bagi kesalahan Syariah yang telah sedia
diamalkan di Mahkamah Syariah hari ini.

15. Antaranya berkaitan kesalahan aqidah dan kesalahan akhlak melibatkan maruah dan kehormatan
manusia. Antaranya melibatkan minuman memabukkan, perlakuan zina dan perlakuan menuduh
orang Islam berzina.

16. Berikut adalah senarai Kesalahan Jenayah yang berada di bawah ruang lingkup Akta 355
sebagaimana contoh Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995

_Pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu,
dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan
dipandang hina, dll., agama Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina
pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah,
mengingkari perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara’,
berjudi, minuman Yang memabukkan, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang
Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah, perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari,
persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah,
hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii,
khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari
perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri,
menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan
anak kepada orang bukan Islam, Qazaf, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan
penyalahgunaan tanda halal.*

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c
72508e748256faa00188094/bca11b8ae3c9251148257057000ca118?OpenDocument

Adapun bicara tentang korupsi dan dadah ia tiada kaitan dengan Akta 355.

17. Antara hujahan dangkal bagi menolak RUU 355 ialah “Islam adalah agama mendidik bukannya menghukum”.
18. Kononnya sekiranya sudut hukuman yang ditonjolkan ia akan memadam wajah Islam yang indah.
19. Hujahan mereka seolah menggambarkan betapa sayangnya mereka kepada Islam tapi hakikat sebenarnya ia mengandungi racun yang membunuh Islam.
20. Sedarkah mereka bahawa “hukuman adalah sebahagian daripada proses pendidikan”?

21. Akan ada manusia yang gagal dididik dengan kata-kata tetapi memerlukan hukuman sebagai didikan. Itulah realiti kehidupan manusia.
22. Oleh kerana itulah tidak ada negara di dunia yang tidak membuat undang-undang sebagai hukuman pencegahan.
23. Hukuman itu sendiri adalah satu proses mendidik manusia iaitu mendidik manusia yang samseng melanggar undang-undang yang tidak akan berhenti daripada melakukan jenayah melainkan dengan hukuman yang mencegah. Ia juga mendidik manusia agar tidak melanggar undang-undang.

24. Adakah mereka yang berhujah sedemikian ingin menyatakan bahawa “kita tidak memerlukan lagi undang-undang menghukum kerana kita hanya perlu mendidik”.

25. Adakah mereka ingin menyatakan bahawa kita tidak perlukan undang-undang menghukum pesalah yang melanggar undang-undang jalan raya?
Cukuplah hanya dengan mendidik mereka?

Mendidik dengan kata-kata nasihat sahaja tanpa undang-undang menghukum?

Kalau begitulah hujahannya usah dibawa RUU 355 dan usah dibuat sebarang undang-undang menghukum penjenayah lagi. Berkempenlah agar semua undang-undang yang menghukum manusia itu dibatalkan!!!

26. Kalau begitulah hujahannya saya yakin anda akan diketawakan oleh dunia undang-undang!!!!

***Datuk Ustaz Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus 
yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS

Sumber BO - 1-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































RUU 355: Pendirian rasional MP Bintulu dialu-alukan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43400-ruu-355-pendirian-rasional-mp-bintulu-dialu-alukan

Saya mengalu-alukan pendirian Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), YB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu berhubung RUU 355. Ia merupakan pendirian yang sangat rasional dan berfakta tanpa emosi daripada seorang pemimpin politik bukan Islam.

Beliau dilaporkan berkata, empat Ahli Parlimen SPDP tidak akan membantah jika pindaan itu dimahukan oleh orang Islam, malah menurut beliau "Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam."

http://www.1media.my/2016/11/spdp-tidak-bantah-pindaan-akta-355.html

RUU 355 sewajarnya tidak dibantah oleh bukan Islam kerana ia hanya melibatkan hak orang Islam di Mahkamah Syariah yang khusus buat mereka.

Kami mengharapkan lebih ramai lagi pimpinan politik bukan Islam mengambil sikap yang sama secara rasional tanpa emosi dalam memberikan hak kepada rakyat Muslim dalam mengamalkan hak beragama mereka menurut lunas perlembagaan.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 28hb November 2016

Sumber HD - 29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































RUU 355: Pendirian Presiden MCA dialu-alukan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43373-ruu-355-pendirian-presiden-mca-dialu-alukan

1. Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA dalam satu laporan yang menyatakan bahawa MCA tidak menentang RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang. Tetapi mahukan ia dilaksanakan menurut kerangka perlembagaan.

2. Menurut Malaymailonline; "MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai today said that the party did not oppose the PAS’ private bill seeking to empower the Syariah courts. He said there had been a misunderstanding on MCA’s stand on the matter.

“I think there have been a lot of misunderstandings, saying that we oppose the bill. We just want it to be implemented according to the constitution."

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/mca-not-against-act-355-says-liow#sthash.0roMdkRU.dpuf

AKTA 355 (1965) ADALAH BERPERLEMBAGAAN

1. Suka saya jelaskan bahawa "Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah" telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1965 bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan kadar hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

2. Ia adalah selaras dengan perlembagaan Malaysia dengan mengambil punca kuasa daripada Butiran 1, Senarai II - Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu:

 "...keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang­-undang persekutuan;..."

PINDAAN AKTA 355 (1984) ADALAH BERPERLEMBAGAAN

1. Akta 355 (1965) kemudian dipinda pada 1984 dengan ditingkatkan kadar hukuman daripada 6 bulan penjara kepada 3 tahun penjara, daripada 1000 ringgit denda kepada 5 ribu ringgit denda dan ditambah pula 6 kali sebatan.

2. Ia telah berkuatkuasa dengan mengikut perlembagaan sehingga ke saat ini di Mahkamah Syariah menerusi Enakmen Kesalahan Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.

RUU 355 (2016) ADALAH BERPERLEMBAGAAN

1. Selama tempoh 51 tahun, Akta 355 bermula 1965 sehingga pindaan 1984 sehingga hari ini adalah selaras dengan perlembagaan Malaysia.

2. Begitulah juga RUU 355 yang bertujuan mengusulkan peningkatan kadar hukuman, sama seperti tujuan pindaan 1984 adalah selaras dengan perlembagaan

3. RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang kali ini pada 24hb November 2016 adalah bagi meningkatkan kadar hukuman dalam Akta 355 pindaan 1984 (semakan 1988) yang terpakai sekarang daripada:

i. daripada penjara 3 tahun kepada penjara 30 tahun.

ii. daripada 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit denda

iii. daripada 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan menurut tatacara sebatan Syariah.

4. Sebagaimana peningkatan kadar hukuman pada pindaan 1984 adalah mengikut perlembagaan demikianlah RUU 355 yang bertujuan meningkatkan kadar hukuman juga adalah berperlembagaan.

IMPLIKASI

1. Untuk makluman, dengan cadangan pindaan ini, 3 kesalahan Syariah yang telah sedia disenaraikan sebagai kesalahan jenayah Syariah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri sekarang dapat ditingkatkan selaras menurut undang-undang Syariah yang sebenar iaitu:

i. 100 sebatan Syariah bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin.

ii. 80 sebatan Syariah bagi kesalahan Qazaf dan

iii. 40 hingga 80 sebatan Syariah bagi kesalahan minum minuman memabukkan.

2. Sebatan Syariah pula jauh lebih ringan berbanding sebatan sivil. Roh pada pelaksanaannya ialah menimbulkan keinsafan dan pengajaran. Sebatan Syariah tidak melukakan kulit apatah lagi daging, berbeza dengan sebatan sivil yang menyakitkan serta mencederakan.

3. RUU 355 pula adalah melibatkan pindaan bagi undang-undang di peringkat Parlimen bagi kegunaan Mahkamah Syariah yang bidangkuasanya adalah melibatkan orang Islam sahaja.

Semoga kenyataan Presiden MCA yang tidak menentang RUU 355 membuka jalan untuk ahli-ahli politik bukan Islam berusaha untuk memahami bahawa RUU 355 yang dibawa oleh YB Marang adalah dalam kerangka perlembagaan Malaysia.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahad 27 November 2016 - HARAKAHDAILY 27/11/2016

Sumber HD - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































Projek Perumahan Generasi Baharu Felda : Kerajaan Patut Tukar Kepada Sistem Sewa Beli

Dalam sidang pada pagi ini, saya telah meminta PERDANA MENTERI (dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menyatakan status semasa projek pembangunan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang menelan belanja keseluruhan RM1.5 bilion seperti yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri menerusi Bajet 2013 beberapa tahun lalu.

2. Sepatutnya, Kerajaan membina 20,000 unit rumah PGBF dalam tempoh lima tahun (2013-2017) sementelah lagi Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah turut memberikan jaminan bahawa keseluruhan projek itu dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun, iaitu setahun lebih awal daripada yang disasarkan.

3. Namun, YB Menteri menjelaskan sebentar tadi bahawa masih terdapat baki sebanyak 11,530 unit rumah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM899 juta belum dibina dan projek pembinaannya hanya akan dimulakan pada awal 2017 setelah keputusan berkaitan pemilihan pemaju/kontraktor dimuktamadkan akhir tahun ini sedangkan pada September 2016, Pengerusi FELDA telah memberikan jaminan ia akan dimulakan seawal hujung tahun ini juga.

4. Pada Oktober 2015 juga, Pengerusi FELDA telah menyatakan bahawa model perumahan tersebut sudah siap dan banyak syarikat menawarkan diri untuk menjalankan projek dan perkara itu akan diuruskan oleh pihak pengurusan. Peliknya, selepas setahun, sehingga ke hujung tahun ini baru perkara ini boleh dimuktamadkan.

5. 8,470 unit rumah yang dikatakan telah siap dibina pula belum diserahmilikkan kepada generasi baharu FELDA yang berkenaan.

6. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB Dato’ Razali bin Ibrahim, beliau mengakui bahawa kelewatan projek ini siap daripada jadual asal dan belum diserahkan kepada penerima adalah disebabkan beberapa faktor. Menurut beliau, antaranya ialah berkenaan isu kelayakan generasi baharu untuk mendapatkan pinjaman daripada bank.

7. Sememangnya generasi baharu FELDA ini bukanlah golongan yang mempunyai kemampuan kewangan yang besar kerana itu mereka tergolong di bawah kategori B40.

Perumahan Felda Chini……Bilakah bilakah akan siap?
8. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya mengenakan sistem sewa beli kepada mereka; iaitu Kerajaan membina dahulu rumah, kemudiannya menyewakan kepada mereka selama tempoh tertentu, dan seterusnya mereka diberikan pemilikan sepenuhnya ke atas rumah tersebut.

9. FELDA juga boleh mengaplikasi konsep Sukuk Ijarah sebagaimana yang dicadangkan PAS menerusi Dokumen Hijau bagi menyelesaikan isu rumah mampu milik dalam kalangan generasi baharu FELDA ini. Sukuk Ijarah adalah satu instrumen pembiayaan kewangan berlandaskan syariah bagi pemilikan aset.

10. Ia membuka peluang kepada seseorang individu memiliki aset dengan bayaran ansuran menerusi konsep perkongsian dan pelaburan bersama untuk membeli aset itu antara individu tersebut dan anggota masyarkat lain khususnya mereka yang mempunyai kelapangan kewangan. Aset itu setelah dibeli akan disewakan kepada individu tersebut menggunakan konsep sewa kemudian beli. Konsep ini akan memberikan keuntungan kepada pelabur dan memberi peluang pemilikan kepada individu tersebut secara ansuran. Ia juga boleh mengelakkan kenaikan melampau kepada harga sebenar aset menerusi pembiayaan bank.

11. Kini, telah melebihi tempoh 4 tahun. Namun, generasi baharu FELDA masih belum dapat menduduki rumah yang telah dijanjikan untuk mereka.

12. Persoalannya juga ialah apakah yang akan berlaku dengan peruntukan RM200 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017 baru-baru ini kononnya untuk pembangunan infrastruktur rumah generasi baharu FELDA dalam keadaan 20,000 unit ini masih belum selesai sepenuhnya?

13. Adalah sangat dibimbangi sekiranya projek ini juga mengalami nasib sebagaimana banyak lagi projek-projek pembangunan yang tertangguh dan terlewat yang dibuat oleh Kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kos dan ketirisan.

14. Generasi baharu FELDA sudah lama menanti. Sampai bila mereka boleh bersabar?

Sekian.

”Inilah Penyelesaian Kita”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 16-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendekatan holistik atasi kepincangan kewangan negara

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43061-pendekatan-holistik-atasi-kepincangan-kewangan-negara

Pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak baru-baru ini adalah pembentangan bajet berhutang dan defisit secara berturut-turut sejak beberapa tahun. Bajet ini menggambarkan bahawa negara terpaksa berbelanja lebih daripada kemampuannya dan wujud kepincangan kewangan negara.

Ini secara jelas menunjukkan bahawa negara sedang berhadapan dengan kewangan yang dibimbangi ia akan berpanjangan dan tidak menampakkan kesudahannya. Inilah hasil daripada sikap pemerintah hilang arah apabila jauh daripada petunjuk wahyu yang kesannya tidak lain dan tidak bukan kembali kepada rakyat kebanyakan yang terdiri daripada golongan misikin dan sederhana.

Tidak dinafikan disana sudah tentu ada usaha proaktif dan juga idea yang dicetuskan bagi mengatasi masalah ini dengan melibatkan pelbagai pihak dari kalangan pihak kerajaan mahupun daripada pihak bukan kerajaan.

Walaupun langkah-langkah yang telah, yang sedang dan yang akan diambil ada sebagai usaha utnuk meningkatkan hasil negara sekali gus mengupayakan keberhasilan kewangan negara namun jangan ditinggalkan juga aspek holistik yang dididik menerusi Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Al Quran dan Sunnah tidak hanya mengemukakan saranan Syari'e dan panduan suruhan dan larangan, tetapi kalau diteliti dan dihayati secara ilmiah dan kefahaman mendalam, kedapatan unsur holistik terkandung dalam saranan yang meletakkan kepentingan iman dan keyakinan sebagai pra syarat untuk memperolehi kejayaan dan mengatasi permasalahan.

Di sini dikemukan 4 saranan daripada pemahaman secara holistik daripada Al Quran.

1 Mengatasi dan Membasmi Kemiskinan

Dalam Al Quran kedapatan sejumlah ayat yang menyebut tentang golongan fakir dan miskin yang memberi mesej bahawa golongan ini mendapat kedudukan dan perhatian utama oleh Allah s.w.t. agar ditunaikan hak mereka di atas dunia.

Islam meletakkan kewajiban kepada pemerintah dan penguasa atau sesiapa yang menguruskan hal ehwal manusia supaya bertanggungjawab terhadap golongan fakir dan miskin agar mereka tidak diabaikan.

FirmanNya dalam surah al Baqarah ayat 271,

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya"

Apa sahaja perancangan dan usaha meningkatkan kewangan dan ekonomi negara atau negeri, maka golongan fakir dan miskin tidak seharusnya dipandang sepi dan diperkecilkan.

Golongan fakir dan miskin hendaklah dijadikan sasaran utama di antara kumpulan masyarakat sesebuah negeri oleh pemerintah dengan berusaha mengeluarkan mereka daripada himpitan kehidupan dan daripada belenggu kemiskinan.

Pihak penguasa dan pemerintah tidak seharusnya menetapkan keputusan dan apa sahaja perancangan ekonomi dengan mengabaikan nasib fakir dan miskin malah menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh mereka. Sebagai contoh, penetapan cukai berasaskan perbelanjaan ke atas rakyat seperti Cukai Barangan dan Servis atau GST yang sudah tentu membebankan golongan fakir dan miskin yang sedia dalam keadaan susah dan sempit.

Tambahan pula kedapatan bebanan cukai-cukai yang lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan dan lain-lain yang dikenakan ke atas rakyat yang mana majoritinya adaah golongan fakir dan miskin yang paling terkesan.

Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol telah memberi impak yang sangat besar terhadap golongan yang paling ramai ini. Sehingga mereka dibeban dengan kos kenaikan harga barangan mentah dan lain-lain implikasi daripada kenaikan harga petrol dan diesel.

Allah s.w.t. telah mengancam dalam al Quran terhadap golongan yang tidak mempedulikan golongan fakir dan miskin dengan khabar buruk. FirmanNya surah al Haqqah ayat 34,

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

"Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin."

FirmanNya dalam surah al Muddhatsir ayat 42-44,

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

Surah al Fajr ayat 18,

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

"..Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;.."

Kesemua ayat diatas Allah s.w.t. menceritakan ancaman berita buruk kepada sesiapa sahaja yang mengabaikan golongan fakir dan miskin terutamanya terhadap penguasa dan pemerintah.

Dikaitkan ayat ancaman khabar buruk ini dalam konteks pemerintahan dan kerjaan kerana ayat-ayat di atas menyatakan kisah kerajaan dan pemerintah yang zalim seperti Firaun, kerajaan Kaum Samud dan Kaum Ad.

Ini bermakna bahawa pemerintah memiliki tanggungjawab yang besar terhadap golongan fakir dan miskin.

Justeru itu, mengangkat dan melepaskan kesusahan golongan fakir dan miskin menjadi misi utama sesebuah kerajaan dan pemerintah negara yang melaksanakan tugas demikian akan dibalas dengan rahmatNya.

Keberkahan daripada Allah kepada sesebuah negeri dan masyarakat apabila pemerintah dan penguasa sentiasa mengambil berat dan cakna terhadap golongan fakir dan miskin.

Renungi lah hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan perihal keutamaan golongan ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda Sa'ad tatkala dia merasa kelebihan pada dirinya,

هَلْ تُنْصَرُوْنَ وَتُرْزَقُوْنَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ

“..Kalian hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian”

(HR. Bukhari no. 2896).

Dalam lafaz lain disebutkan bahwa Nabi s.a.w. bersabda,

إِنَّمَا يَنْصُرُ اللهُ هَذَهِ اْلأُمَّةَ بِضَعِيْفِهَا: بِدَعْوَتِهِمْ، وَصَلاَتِهِمْ، وَإِخْلاَصِهِمْ.
“Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab orang-orang lemah mereka di antara mereka, yaitu dengan doa, shalat, dan keikhlasan mereka.”

(HR. An Nasai no. 3178.

2. Penghapusan Sistem Riba Yang Menindas

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 275,

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُون
Maksudnya:

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".

Riba adalah satu bentuk penindasan ekonomi yang mencengkam manusia daripada memiliki kebebasan dan kelapangan kewangan. Penindasan yang berupa bentuk mengikat mereka yang terlibat untuk tunduk kepada pemodal (kapitalis) melalui sistem ini.

Sistem riba bukan satu sistem merawat masalah dan bukan juga untuk menjanakan ekonomi tetapi ia adalah sistem perhambaan moden untuk menindas golongan peminjam dan miskin untuk tunduk kepada penguasaan pemodal. Sistem ini tidak berupaya mendekatkan golongan miskin dengan golongan yang kaya malah menambahkan jarak yang sedia jauh antara keduanya.

Kebiasaannya riba berlaku dalam transaksi melibat pinjaman samada pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi dan lain-lain. Transaksi pinjaman wujud disebabkan ketidakmampuan peminjam yang pada waktu itu wujud pemiutang atau pemberi pinjaman memberikan modal pinjaman. Maka riba pada ketika itu jadikan sebagai satu sistem untuk mendapat keuntungan mudah oleh pihak pemberi pinjaman pada yang masa mengekploitasikan golongan yang tidak berkemampuan dan lemah.

Negara yang mengamalkan dan menghalalkan sistem riba dalam sistem kewangannya dengan berhutang atau memberi hutang menjadikan bakal menjadikan negara itu jatuh ke lembah sistem perhambaan ekonomi.

Riba menjadikan masyarakat sesebuah negara bersifat mementingkan diri sendiri dan hilang rasa kepedulian terhadap golongan yang lemah.

Inflasi juga akan terhasil daripada sistem riba yang menyebabkan hilang keupayaan daya membeli dan menyusut nilai wang disebabkan tingginya harga barangan. Jurang dan jarak antara golongan miskin dan kaya tidak mampu didekatkan dengan perluasan sistem riba dalam aktiviti ekonomi.

Ini dinyatakan oleh Allah tentang bagaimana inflasi terhasil dengan riba apabila perlaksanaan sistem ini mengikis dan menyusutkan kebaikan pada kewangan dan harta. Nilai pada harta tidak mampu memanfaatkan pemiliknya apabila harga barangan meningkat secara berterusan dan pada masa yang sama berlakunya penyusutan nilai wang.

Walaupun orang ramai memiliki wang, tetapi wang tidak mampu dibelanjakan atau tetap tidak mencukupi sekalipun banyak.

FirmanNya dalam Surah al Baqarah ayat 276,

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

"..Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa..."

Para ulamak menyatakan bahawa يمحق الله itu bermaksud " hilang " samada berkat mahupun bermanfaat.

Sistem riba wajib ditukar dan dihapuskan dengan alternatif pilihan yang lebih baik dan berkat. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah menerusi sistem ekonomi Islam yang tidak menjadikan sistem riba sebagai asas perniagaan dan ekonomi. Pinjaman secara Islam seperti Bai' Bi Samanil ajil dan qardul hassan adalah perlu diperluaskan dalam semua aspek ekonomi dan kewangan termasuk bukan hanya dalam sistem perbankan komersial malah sistem kewangan negara. Ini kerana kedua-duanya sistem pinjaman dalam Islam tersebut mengandungi manfaat untuk dipulangkan kembali kepada golongan miskin dan lemah.

3. Hasil Bumi Negara Adalah Milik Rakyat

Antara inisiatif lain mampu meningkatkan daya upaya ekonomi negeri adalah dengan memastikan bahawa rakyat sesebuah negeri dapat merasaikan kekayaan hasil negeri itu dan bukannya oleh pihak lain.

Ini adalah kerana hasil sesebuah negeri itu adalah kepunyaan rakyatnya dan bukannya pemodal semata-mata. Penguasa dan pemerintah hanyalah pemegang amanah sahaja bagi pihak rakyatnya yang dilantik untuk mengurus, menjana dan memakmurkan hasil negeri yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Keuntungan dan kekayaan daripada penjanaan hasil negeri itu hendaklah diagihkan secara adil dan saksama.

Cara inilah yag dididik menerusi al Quranul Karim.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Hasyr ayat 7,

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"..Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).."

Ketetapan pembahagian harta Al Fai' oleh Allah s.w.t. sebagai menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t. ingin mempastikan bahawa manusia bersikap adil dan saksama dalam mengagihkan segala perolehan harta negara kepada mereka yang berhak khasnya mereka yabg dikatakan penguasa dan pemerintah.

Ini dilihat menerusi firmanNya dalam ayat 7 surah al Hasyr,

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

"..(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.."

Ia juga menjadi satu pengajaran bahawa adalah sepatutnya harta hasil perolehan negara dirasai atau juga dinikmati oleh setiap rakyat dan ia tidak dimonopoli sesama golongan yang kaya sahaja atau mereka yang berkepentingan seperti penguasa dan pemerintah. Konsep pengagihan harta perbendaharaan negara seperti al Fai' inilah pengajaran daripada Allah s.w.t. bahawa kekayaan yang dimiliki negara seperti minyak, air serta tanah hendaklah diagihkan kepada manusia atau rakyat bagi sesebuah negeri.

Pengagihan harta negeri perlu disalurkan sewajarnya kepada rakyat bukannya diniagakan dan diambil peluang daripadanya melalui penswastaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa langsung bersifat berkebajikan dan bertanggungjawab.

Sistem penswastaan walaupun dari satu sudut mampu memberikan kesan yang baik pada servis, kualiti dan lain-lain tetapi ia perlu dikawalselia oleh pemerintah dan dijamin hak rakyat tidak dikesampingkan dengan sikap rakus pemodal dan pihak swasta untuk mengaut keuntungan.

Pihak pemerintah hendaklah memastikan syarikat sama ada kaitan kerajaan mahupun tidak yang terlibat dengan pengurusan dan penjanaan hasil negeri seperti minyak, air, gas, kelapa sawit agar tidak sewenangnya menjadikan kekayaan hasil negeri ini sebagai jalan pintas untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata dengan mengenepikan hak kebajikan dan keperluan rakyat sesebuah negeri.

4. Kebajikan Itu Membangunkan Harta

Islam mendidik menerusi al Quran bahawa kebajikan bukan hanya menerusi ibadah yang khusus sahaja. Malah Berkebajikan dalam Islam itu meliputi makna yang sangat luas.

Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 177,

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
"..Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa..."

Konsep berkebajikan dalam Islam bukan bermakna bahawa semua perkara dan benda diberi percuma tetapi ia bererti tidak semua perkara hanya difikirkan keuntungan sahaja dan bertujuan komersial.

Berkebajikan itu mengandungi unsur sedekah pada satu sudut dimana sedekah memiliki kebaikan tersendiri yang juga mampu mencernakan keberkatan pada sesuatu harta dan kewangan.

Negara yang berkebajikan mampu membawa kebaikan pada harta negara dan juga diberkati. Penguasa sesebuah negeri tidak perlu berniaga dengan rakyatnya dan ingin mencari keuntungan daripada rakyat.

Negara yang baik adalah negara yang mengembalikan hasil dan kekayaan negerinya semula kepada rakyatnya sebaik mungkin. Allah juga telah berjanji akan memulangkan semula kebajikan yang dilaksanakan oleh negeri tersebut.

Konsep sedekah itu wujud dalam berkebajikan dan setiap yang disedekahkan pasti digantikan oleh Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lebih baik sebagaimana yang dijanjikanNya dalam pengajaran daripada ayat al Quran.

FirmanNya dalam surah al Baqarah ayat 265,

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"..Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan..."

Ayat ini menjelaskan bagaimana kaitan sedekah dengan kemakmuran sesebuah negeri. Negeri yang berkebajikan dijadikan oleh Allah dengan limpahan kebaikan samada dengan kesuburan tanah, peningkatan hasil bumi, kewujudan sumber baru dan lain-lain.

Konsep Berkebajikan inilah yang perlu diteliti oleh penguasa dan pemerintah negara agar kemakmuran bumi dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Semoga saranan dan cadangan ini mampu membuka pintu hati para penguasa dan pemerintah supaya kembali kepada panduan Ilahi.

Nukilan:
Al Faqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
2 November 2016 bersamaan 2 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD- 2-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































Jika DAP Ikhlas Bantah Cabutan Loteri PAS Sambut Baik Kata Dewan Ulama
Posted on Tuesday, November 01 @ 21:06:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32195



PETALING JAYA: PAS berkata parti itu memang sejak dulu membantah sebarang bentuk aktiviti perjudian kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata aktiviti perjudian bukan saja memberikan kesan kepada golongan berpendapatan rendah sebaliknya turut menjejaskan masyarakat kaya.

“Bagus kalau minta tutup dan jika betul DAP mahu aktiviti itu (cabutan khas loteri) ditutup PAS sambut baik tetapi biarlah ikhlas dalam membuat desakan.

“Malah bukan saja perjudian kecil DAP kena minta tutup, yang besar seperti di Genting Highland jangan pula dibiarkan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil rakyat DAP supaya kerajaan BN menutup cabutan khas loteri yang didakwa membebankan masyarakat.


Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata beliau bersama Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sejak 2008 berulang kali mendesak penutupan itu kerana masyarakat berpendapatan rendah cenderung terlibat dalam aktiviti perjudian berkenaan.

Katanya, tidak ada keperluan pun untuk cabutan khas yang dikendalikan syarikat loteri seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai diadakan kerana ia menelan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah.

Sumber TKO - 1-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Membunuh Diri Kerana Kecewa Adalah Salah

Oleh : Dr Khairuddin Aman Razali

Membunuh diri kerana kecewa adalah perbuatan yang salah bahkan satu jenayah. Tidak perlu ada mana-mana pihak cuba menghalalkannya atas alasan menentang kezaliman atau menjadikannya wira dan ikon menentang kezaliman.

Kita tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawa sendiri.

Menentang kezaliman adalah dengan berjuang mengikut kadar masing-masing mengikut lunas-lunas agama dengan hati, lidah dan tenaga serta kuasa. Jika ditakdirkan mati kerana menentang kezaliman dan mempertahankan kehormatan diri, matinya adalah mati syahid.

Ada pun mengambil nyawa sendiri sebagai manifestasi menentang kezaliman JIKA BERLAKU adalah tindakan yang salah samaada salah pada norma kehidupan manusia atau salah dari sudut agama.

Kita bersimpati dengan mereka yang membunuh diri jika ia berlaku kerana kekecewaan lantaran tidak mendapat pembelaan. Lebih-lebih lagi kita bersimpati dengan keluarga mangsa.
Namun, menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Jangan pula selepas ini lebih ramai pula khususnya ORANG POLITIK membunuh diri kerana KECEWA terhadap sistem yang zalim. Itu adalah perlakuan orang yang PUTUS ASA daripada RAHMAT ALLAH

Sumber BO - 30-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Defisit, hutang dan GST: Apa penyelesaiannya?

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



DATA dalam Laporan Audit Negara menunjukkan disebabkan perbelanjaan yang melebihi hasil pendapatan pada setiap tahun, defisit 5 tahun terakhir Kerajaan Persekutuan ialah seperti berikut:

Tahun  Amaun Defisit
2011    RM42.509 bilion
2012    RM41.921 bilion
2013    RM38.540 bilion
2014    RM37.353 bilion
2015    RM37.193 bilion

Amaun keseluruhan defisit dalam masa 5 tahun ialah rm197.516 bilion.

Untuk menampung defisit ini maka kerajaan terpaksa meningkatkan hutang dan pinjaman setiap tahun. Sebahagian pinjaman digunakan untuk membayar hutang sebelumnya dan sebahagiannya untuk menampung defisit. Senarainya adalah sebagaimana berikut;

Tahun  Amaun Pinjaman
2011    RM107.092
2012    RM105.145
2013    RM111.357
2014    RM108.809
2015    RM115.804

Total jumlah pinjaman dalam masa 5 tahun ialah RM548 bilion yang digunakan untuk  membayar pinjaman RM345.23 bilion dan bakinya RM203 bilion untuk menampung defisit 5 tahun sebanyak RM197 bilion.

Kerajaan selalu beralasan menghalalkan peningkatan hutang dengan alasan nisbah hutang tersebut belum melepasi 55% KDNK sebagaimana aras yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan. Namun, kebimbangan rakyat ialah peningkatan hutang itu menambahkan bebanan kewangan kerajaan.

Hutang kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat sejak 1997 sebanyak RM90 bilion, 2003 sebanyak RMM188 bilion, 2009, sebanyak RM376 bilion dan terkini mac 2016 sebanyak RM630.5 bilion dan RM655.7 bilion pada jun 2016.

Hutang Tidak Pernah Berkurang!

Bebanan kewangan itu mendesak kerajaan mencipta sumber baru pendapatan. Lalu akhirnya kerajaan mengambil laluan mudah iaitu GST. Ertinya GST adalah penyelesaian oleh kerajaan bagi menangani bebanan hutang kerajaan yang meningkat.

Apakah ia penyelesain masalah kewangan negara? Tidak ada. Kita perlu kembali melihat punca pada permasalahan. Puncanya ialah cara berbelanja yang menyebabkan hasil semasa tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan lalu berhutang.

GST adalah penyelesaian yang dipilih oleh kerajaan bagi menyelesaikan hutang. Tapi apa punca berhutang? Jawapannya ialah cara berbelanja yang tidak berhemah dan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan sama ada dalam perbelanjaan pengurusan mahupun perbelanjaan pembangunan yang boleh kita selusuri menerusi Laporan Audit Negara.

Maka penyelesaiannya pada permasalahan kewangan negara ialah berhemah dalam perbelanjaan supaya sekurang-kurangnya perbelanjaan semasa tidak memerlukan hutang lalu hutang lama dibayar secara ansuran. Kerajaan yang gagal berhemah jika diberikan sejuta penyelesaian sumber baru kewangan negara pun, tetap akan berhadapan dengan masalah hutang.

Tindakan kerajaan menjadikan GST sebagai sumber dengan tujuan menampung hutang pula telah memangsakan rakyat; mengakibatkan inflasi meningkat; pendapatan boleh guna jadi mengecil;  ekonomi makin suram; rakyat B40 yang berpendapatan rendah rm2500 ke bawah tersepit; rakyat yang tiada pendapatan tetap seperti petani kecil, pesawah, penoreh dan nelayan semakin tertekan.

Maka apa solusinya? – HARAKAHDAILY 28/10/2016

Sumber HD - 28-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































Perkembangan projek Hospital Pengajar Unisza

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42893-perkembangan-projek-hospital-pengajar-unisza

Perkembangan projek Hospital Pengajar Unisza dan apa khabar Hospital Dungun?
Dalam Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini di Dewan Rakyat, soalan saya tentang perkembangan semasa projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah dijawab oleh Menteri Pendidikan dengan beberapa fakta berikut:

a.    Pembinaan projek baru sahaja bermula pada 21 Mac 2016.

b.    Setakat 6 Oktober 2016 kerja-kerja penambakan tanah mencapai 22%.

c.    Ia dijangka siap pada 15 September 2019.

d.    Kelulusan projek untuk menampung keperluan 400 katil.

e.    Fasa 1, melibatkan pembinaan 200 buah katil termasuk kerja-kerja infrastruktur dengan kos 330 juta.

f.    Fasa 2 melibatkan pembinaan kapasiti 200 buah katil dengan kos RM225 juta.

Dalam ruangan soalan tambahan di Parlimen, saya telah menyatakan kebimbangan saya projek ini senasib dengan projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang tertangguh disiapkan dari jangkaan asal tahun 2010 ke tahun 2014 dan akhir sekali baru sahaja siap pada Januari 2016. Rujuk: http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2014/4/59017/lpt2-tertangguh-lagi.html

Hal ini kerana cadangan pembinaan projek hospital ini telah berlarutan begitu panjang sejak 2012. Berikut adalah kronologi yang sempat saya catatkan:

1.    Oktober 2012; Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled mengumumkan projek telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan dijangka siap pada 2015.

2.    September 2014; Majlis pecah tanah bagi pelaksanaan projek disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

3.    November 2015; Naib Canselor Unisza mengumumkan projek ini dijangka siap akhir 2017.

4.    Februari 2016; Naib Canselor Unisza mengumumkan projek akan bermula pada Jun 2016 dan dijangka siap pada akhir 2018.

5.    20 Oktober 2016; Menteri Pendidikan menjawab di Parlimen bahawa projek dijangka siap pada 15 September 2019.

Kebimbangan saya sangat berasas kerana tarikh dijangka siap sentiasa tertangguh dan berubah. Itulah yang berlaku kepada projek LPT 2 sebelum ini.

Saya berharap dalam pertanyaan saya akan datang di Parlimen tarikhnya tidak akan berubah pula ke tahun 2020. Begitu juga dengan kos projek yang hari ini disebut sebanyak RM555 juta keseluruhannya melibatkan 2 fasa diharap tidak akan berubah.

Hospital Unisza sangat penting bagi keperluan masyarakat khususnya di Daerah Kuala Nerus yang penduduknya hari ini melebihi 200,000 orang penduduk. Hari ini pergantungan mereka ialah kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah di bandar Kuala Terengganu yang semakin sesak dengan pesakit.

Menurut rekod terakhir 2013, Terengganu dengan kapasiti penduduk 1.1 juta hanya mempunyai 6 buah hospital dengan 1372 katil berbanding Kelantan dengan populasi penduduk 1.7 juta mempunyai 10 hospital dengan 2487 katil. Rujuk : http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2015/05/1-DATA-ASAS-MALAYSIA1.pdf

Perdana Menteri pada September 2014, dalam ucapan ketika majlis pecah tanah  memperakui  bilangan katil kepada populasi Terengganu kini adalah 1:837 berbanding nisbah Lembah Klang 1:232, Pulau Pinang 1:349, Johor 1:473 dan nisbah kebangsaan 1:496 manakala WHO menetapkan nisbah 1:400. Maksudnya, bilangan katil di Terengganu adalah di bawah nisbah kebangsaan dan nisbah WHO.

Menurut kiraan saya dengan penambahan kapasiti 400 katil di Hospital Unisza ini akan datang nisbah bilangan katil kepada populasi rakyat Terengganu baru sekitar 1:600 dan masih lagi di bawah nisbah kebangsaan dan nisbah WHO.

Rakyat Terengganu masih ternanti-nanti khabar berita projek Hospital Dungun yang masih belum kelihatan anak bulannya walaupun telah diumumkan dalam Bajet 2015, dan juga menanti pula bagaikan pungguk menantikan bulan kehadiran Hospital Kemaman di Kijal sebagai diumumkan dalam Bajet 2016.

Projek Universiti Pengajar juga sangat kritikal bagi melengkapkan proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran semasa latihan klinikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Malaysia Quality Assurance (MQA). Sekarang ini Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menjadi tempat latihan klinikal terutama pelajar Program Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) Unisza, selain turut dikongsi bersama Kolej Islam Sains dan Teknologi dan Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI).

Saya mendoakan agar projek ini berjaya disiapkan segera pada waktunya insyallah.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 20hb Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 20/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Syiah sebahagian Islam, kata Ulama PAS
Posted on Friday, October 14 @ 14:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32019



PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad hari ini berkata umat Islam beraliran Syiah merupakan sebahagian daripada Islam, susulan seruan presiden partinya supaya pengikut Sunni dan Syiah bersatu mengatasi perbalahan mereka.

“Memang banyak pandangan Syiah itu berbeza dan tidak semua perbuatan mereka itu terkeluar daripada Islam,” kata Mahfodz kepada FMT.

“Pandangan peribadi saya, dengan apa yang saya belajar di Universiti Al-Azhar dahulu, Syiah termasuk dalam Islam. Walaupun ada mazhab Syiah yang nampak lain, tetapi tak boleh nak kata mereka sesat dan sebagainya,” kata Mahfodz.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam, di sebalik pendirian rasmi agamawan Malaysia yang menganggap mazhab kedua terbesar Islam itu “sesat”.

“Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi,” katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.

Pandangan sedemikian berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran “sesat” dan tidak boleh diamalkan.

Baru-baru ini, pihak berkuasa agama di Selangor dan Melaka dilaporkan menangkap pengikut aliran Syiah yang menyambut Hari Asyura, yang memperingati peristiwa pembunuhan Husain, tokoh yang menjadi tunggak aliran Syiah itu.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa pengikut Sunni dan Syiah kini amat bermusuhan, dan menyeru umat Islam kedua-dua mazhab itu bersatu menentang kezaliman.

“Ulama Sunni dan Syiah sepakat bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah yang disebut sebagai Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata keperluan untuk bersatu mengatasi perbezaan fahaman dan amalan.

“Musuh yang mencemburui Islam sentiasa mengapi-apikan antara sesama orang Islam, lalu sesuatu perbezaan faham fiqh dan akidah dibesarkan menjadi pertembungan,” katanya.

Mahfodz bagaimanapun berkata, walaupun Syiah sebahagian Islam, ia tidak bermakna PAS membenarkan Syiah disebarkan di Malaysia.


“Orang Syiah di Malaysia tak boleh sebarkan fahaman Syiah tetapi sebagai amalan peribadi tidak ada masalah. Ini kerana kerajaan dan ulama di Malaysia sepakat untuk amalkan aliran Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Shafi’i,” katanya.

Sumber TKO - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































Yahudi berpuasa tetapi tolak hukum jenayah Islam

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42764-yahudi-berpuasa-tetapi-tolak-hukum-jenayah-islam

PERISTIWA Asyura (10 Muharram) mengingatkan kita tentang selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun, kaum dan kezalimannya, serta tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya di dalam laut yang menandakan berakhirnya sebuah pemerintahan yang zalim.

Ini ditunjukkan oleh  orang Yahudi di Yathrib yang berpuasa pada 10 Muharram. Nabi SAW bertanya mereka tentang puasa tersebut. Lantas mereka beritahu bahawa pada 10 Muharram itulah Musa diselamatkan dan Firaun tenggelam, lalu mereka berpuasa sebagai tanda syukur. Nabi SAW menyebut bahawa ‘kami lebih berhak dengan Musa daripada kamu’. Nabi perintah para Sahabat berpuasa 9 Muharram dan 10 Muharram supaya tidak sama dengan Yahudi.

Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita dalam beberapa perkara:

1.Nabi dan umatnya lebih berhak dengan Nabi Musa daripada orang Yahudi.

2.Orang Yahudi sedia berpuasa tetapi tidak bersedia menerima ajaran Taurat yang lain seperti hukum jenayah, bahkan mereka telah mengubah hukum-hukum di dalam Taurat tersebut. Perkara ini hampir sama dengan masyarakat kita yang bersedia untuk berpuasa tetapi tidak bersedia menerima hukum jenayah yang ada di dalam al Quran.

3.Dalam ibadat berpuasa pun, Nabi SAW perintahkan kita supaya tidak sama dengan Yahudi, maka apatah lagi dalam perkara kehidupan yang lain.

4.Nabi Musa dan Bani Israel selamat daripada Firaun, bala tentera dan kezalimannya. Kezaliman Firaun sampai kepada kemuncak apabila mengaku dirinya Tuhan dan menzalimi Bani Israel.

Zalim banyak tahap. Paling tinggi syirik kepada Allah. Allah sebut: ‘Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman paling besar.” Syirik pula ada yang terang seperti menyembah berhala. Ada pula yang tersembunyi seperti ria’ (ibadat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain).

Ada juga syirik yang berbentuk mengadakan hukum selain hukum Allah. Yahudi banyak mengubah hukum dalam Taurat, termasuk hukum terhadap penjenayah zina. Barangkali ada umat Islam yang berpuasa Tasua dan Asyura, hari ini dan esok tetapi kuat pula menentang usul pindaan RUU 355. Yang tak puasa langsung, lagi kuat menentang.

Zalim juga berlaku dalam bentuk sistem pemerintahan, politik, ekonomi dan lain-lain. Pada zaman Firaun, tenaga dan keringat diperas daripada Bani Israel. Yang ada harta tetapi tiada tenaga, dipaksa bayar cukai kepada Firaun. Kekayaaan, emas, perak sangat mewah, tetapi bukan untuk rakyat. Piramid yang hebat bukan untuk rakyat tetapi untuk makam seorang raja.

Inilah peninggalan sistem Firaun yang diwarisi. Justeru, Asyura bukan sahaja untuk berpuasa sunat atau mengacau bubur asyura, tetapi ia juga mengingatkan kita bahawa sebenarnya selamat daripada sistem zalim dan pemerintahan yang zalim itu adalah nikmat yang besar. – HARAKAHDAILY 10/10/2016

Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































Dr Mahfodz galas amanah dakwah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42711-dr-mahfodz-galas-amanah-dakwah

KUALA LUMPUR: Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed atas taklifan baru sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI), lapor laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia.

Lantikan itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 September lalu.

Sebelum ini, jawatan itu disandang oleh bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang telah meninggal dunia pada 16 September yang lalu akibat komplikasi jantung di San Francisco.

Menurut timbalan perdana menteri, kluster dakwah telah kehilangan seorang tokoh yang cukup berjasa dan kehilangannya perlu diganti oleh tokoh lain yang boleh membawa kluster ini ke arah penyatuan ummah.

Atas dasar pengalaman dan keilmuan beliau yang tinggi, Dr Mahfodz dilihat insan yang selayaknya menggantikan posisi tersebut.

Beliau bukan sahaja aktif dalam dunia politik malah turut cemerlang dalam bidang akademik.

Sebelum ini, Dr Mahfodz pernah berkhidmat selaku Ketua Jabatan Pengajian Islam di Universiti Malaya serta beberapa lagi institusi pendidikan.

Sumber HD - 5-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ucapan Tahniah Kepada Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz Bin Mohamed
Posted on Saturday, October 01 @ 16:18:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31860


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,



Saya ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz bin Mohamed di atas perlantikan sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) pada 28 September 2016 (semalam).

Saya percaya bahawa beliau adalah tokoh yang sangat berwibawa untuk memikul amanah dan tanggung jawab ini berdasarkan kepada pengalaman beliau di dalam pelbagai sektor yang telah diceburi.



Pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, pada tahun 1983-1993 dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya selama tiga tahun (1996-1999).



Dalam bidang akademik, Dr Mahfodz adalah merupakan Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor dan pernah diamanahkan sebagai  Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS) pada tahun 2000-2001.



Dr Mahfodz juga pernah dilantik sebagai Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 2001-2004 dan pernah dilantik sebagai Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN) tahun 1998-2000.



Dr Mahfodz juga pernah diamanahkan sebagai Naib Yg Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tahun 1987-1999, Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 dan Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional pada tahun 1994-1999 



Dr Mahfodz mula terlibat secara sepenuh masa dalam politik selepas tamat perkhidmatan di UM dan mula bertanding sebagai calon PAS di kerusi Dun Batu Tiga dalam Parlimen Shah Alam pada tahun 1999.



Tahun 2004, Dr Mahfodz bertanding di kampung halamannya sendiri iaitu di DUN Bukit Serampang dan pada tahun 2013 Dr Mahfodz telah bertanding di Dun Gambir dan kalah tipis dengan 310 undi.

Dalam Politik, Dr Mahfodz pernah diamanahkan sebagai Yang Di Pertua PAS kawasan Pagoh, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Negeri Johor (2001-2005). Kini diamanahkan sebagai Pesuruh Jaya PAS Negeri Johor sejak tahun 2005 kecuali pada penggal 2013-2015.

Di peringkat Pusat, Dr Mahfodz adalah merupakan Ahli Majlis Syura dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.



Dengan pengalaman yang beliau telah dan sedang dilalui saya percaya Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz mampu untuk memikul tugas terbarunya ini dengan sebaiknya.



Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepadanya.



Sekian, wassalam.



Khairul Faizi bin Ahmad Kamil



Sumber TKO - 1-10-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



RUU 355: PAS Bidas Mufti Pulau Pinang
Posted on Friday, September 30 @ 23:21:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31853



SHAH ALAM: Kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa Rang Undang-undang 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dilihat seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.

Sambil membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bagi menegakkan perintah Allah.

“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah.


“Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?

“Adakah mufti memperakui perkara ini? Adakah mufti bersetuju Akta 355 ini bertepatan dengan syariah?,” kata Khairuddin yang dipetik sebuah portal.

Semalam, Wan Salim meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul Hadi yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.


“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” petik kata mufti itu semalam – AP

Sumber TKO - 30-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































Kenyataan rasmi dari pihak Madrasah Tahfiz Al-Yamani

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42662-kenyataan-rasmi-pihak-madrasah-tahfiz-al-yamani

Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah Taala, berkat usaha dan doa semua, jenazah Almarhum Ustaz Fadzli Al Yamani dijangka sampai di KLIA awal pagi Ahad 2 Oktober 2016.

Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur pada jam 10 pagi hari Ahad 2 Oktober 2016.

Semua ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan taulan dan pelajar Almarhum dijemput bersama-sama untuk datang untuk solat jenazah bersama-sama.

Selepas solat jenazah, jenazah akan terus dibawa ke tanah perkuburan di Raudatul Sakinah KL - Karak Batu Muda Gombak.

Untuk makluman juga, Jenazah akan selesai dimandikan dan dikafankan pada jam 2 petang hari Jumaat 30 September 2016 di Guangzhou China. Solat jenazah ghaib hanya boleh dilakukan selepas waktu itu bagi sesiapa yg tidak dapat hadir ke Kampung Baru KL untuk solat jenazah.

Pihak madrasah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu membawa jenazah Almarhum pulang ke Malaysia.

Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin...aamiin

Sebarang maklumat lanjut sila rujuk Facebook ”Madrasah Al Yamani (like)”

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi individu di bawah:
1. Ustaz Johari - 014-8442702
2. Ustaz Ghazali - 013-3262266
3. Haji Ruzlan - 019-2268225
4. Haji Ahmad Shahrir - 013-3313880
Sekian, harap maklum..
29 September 2016 jam 10.45 malam

Sumber HD - 30-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidupkan Fungsi Masjid, Surau

Oleh : Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali

Kerajaan menerusi majlis agama Islam negeri masing-masing agar dapat menghidupkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat kebajikan umat.

Kedua-dua institusi Islam itu, di samping fungsinya sebagai pusat ilmu dan ibadah, ia juga perlu dihidupkan dengan peranan sebagai institusi yang menaungi kebajikan masyarakat setempat.

Ia sangat sesuai kerana selalunya masjid dan surau mendapat kepercayaan masyarakat bagi mengumpul zakat dan sumbangan daripada mereka yang berkemampuan.

Sebahagian orang miskin ini memerlukan tempat perlindungan, sebahagian mereka memerlukan bantuan keperluan makanan seharian dan ada pula yang memerlukan bantuan dari sudut keperluan pendidikan.

Masjid boleh berperanan memberikan bantuan segera bagi mengelakkan karenah birokrasi pentadbiran kerajaan dalam mendapatkan bantuan.

Seorang yang memerlukan bantuan segera bagi anak kecil yang sedang kelaparan tidak memungkinkan mereka untuk ke pejabat-pejabat kerajaan mengisi borang mengharapkan bantuan yang tidak diketahui entah bila akan diluluskan.

Jawatankuasa masjid setempat lebih memahami, mengetahui dan mengenali serta boleh mengesahkan status sebenar ahli qaryah mereka yang sememangnya memerlukan bantuan.

Berbeza dengan pegawai dari jabatan kerajaan yang memerlukan masa untuk menyelidiki dan mengesahkan keperluan sebenar seorang miskin kerana pegawai itu bukan seorang anggota masyarakat setempat dengan orang yang memerlukan bantuan itu.

Justeru itu, Islam telah menyediakan sistem pemusatan komuniti yang sangat menarik menerusi institusi masjid dan surau.

Ianya adalah institusi terawal dihidupkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja hijrah baginda ke Madinah.

Di zaman baginda Nabi SAW masjid menjadi pusat membina sumber manusia dan kecemerlangan ilmu masyarakat menerusi pembinaan Masjid Nabawi.

Ia juga menjadi medan pertemuan masyarakat Islam yang bersifat harian menerusi solat berjamaah lima kali sehari semalam dan bersifat mingguan menerusi solat Jumaat.

***Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ialah Ahli Majlis Syura Ulamak yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 29-9-2016




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Kita kehilangan seorang alim fiqh Syafie

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42625-kita-kehilangan-seorang-alim-fiqh-syafie

KUALA LUMPUR: "Kita kehilangan seorang yang alim dalam Feqh Syafie. Al Fadhil Ustaz Fadzli Al Yamani, beliau mengajar matan Zubad di IKIM," tulis Nasrudin Hassan.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu menyatakan demikian menerusi tulisan dalam laman facebook, sebagaimana di bawah.
إنا لله و إنا إليه راجعون
Kita kehilangan seorang yang alim dalam Feqh Syafie. Al Fadhil Ustaz Fadzli Al Yamani, beliau mengajar matan Zubad di IKIM. Kembali ke Rahmatillah dalam siri lawatan ke masjid-masjid di negara China. Semoga Al Marhum ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh Insyaallah.... Aameen.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه و أكرم نزله و وسع مدخله واغسله بالماء والثلج و البرد .
Tulisan di bawah dipetik daripada laman facebook Madrasah Al-Yamani.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎إنا لله وإنا إليه راجعون

Guru Mulia kita yang dikasihi lagi dihormati, Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al Yamani telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 malam, waktu Malaysia di Guangzhou, China.

Al marhum baru sahaja mendarat daripada Lanzhou, dimaklumkan jatuh di airport Guangzhou semasa menunggu bas ke hotel.

Jenazah Al Marhum akan dikebumikan di Guangzhou China. Di sisi sahabat Nabi ﷺ Sayyiduna Saad bin Abi Waqqas رضي الله عنه .
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..

الفاتحة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Sumber:
Muhammad Abdurrahman bin Syed Mohd Fadzli
(Anakanda Al Marhum)

Sumber HD - 27-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Tahniah Taqwa Rajab pertahan hak bertudung

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42575-tahniah-taqwa-rajab-pertahan-hak-bertudung

Tahniah Takwa Rejeb Berjaya Mempertahankan Haknya Untuk Bertudung di Pusat Pengajian di Sepanyol
Semalam, 20 September 2016 seorang wanita muslimah Sepanyol, Takwa Rejeb akhirnya diizinkan untuk bertudung di kawasan pusat pengajian beliau selepas campur tangan oleh pihak berkuasa tempatan Valencia, Sepanyol.

Sebelum itu pihak pengurusan Institut Latihan Binleyor memaksa beliau mengikut peraturan institut yang tidak membenarkan pelajar memakai tutup kepala sama ada topi atau tudung. Ia telah menimbulkan perbahasan yang hangat di kalangan warga Sepanyol.

Pihak berkuasa tempatan menegaskan bahawa "majlis pendidikan memberi jaminan hak pendidikan untuk para pelajar. Beliau akan dapat meneruskan semua sesi pengajian beliau dalam keadaan memakai tudung".

Peguam beliau mengulas bahawa ini merupakan satu kemenangan bagi memperakui kebebasan dan hak berperlembagaan iaitu kebebasan untuk bersuara dan kebebasan untuk beragama dalam ruang lingkup menghormati peraturan umum.

Sepanyol mempunyai 4% rakyat muslim daripada keseluruhan 46.5 juta rakyat. Taqwa berketurunan Arab Tunisia yang dilahirkan di bandar Valensia.

Insiden ini mengingatkan kita dengan peristiwa tiga orang pelajar yang dipecat daripada sekolah pada tahun 1997 di Serting, Negeri Sembilan kerana memakai serban setelah pihak sekolah mewartakan peraturan tidak boleh memakai serban di sekolah. Malang sekali perlembagaan Malaysia gagal memberi hak kepada mereka untuk mempraktikkan agama mereka. Mereka kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan setelah menang di peringkat Mahkamah Tinggi.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Rabu, 21 September 2016 - HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber HD - 21-9-20116

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Tabung Qard al-Hassan bantu rakyat miliki rumah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42540-tabung-qard-al-hassan-bantu-rakyat-miliki-rumah

Idea untuk kerajaan negeri menubuhkan sebuah tabung khas bagi membiayai perumahan kepada rakyat secara ‘Qard al-Hassan’ (pinjaman tanpa faedah) wajar dipandang serius demi membela kebajikan rakyat. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membuka perkampungan baru dengan premium tanah yang rendah dan membina rumah asas dengan kos yang berpatutan serta mengenakan pinjaman secara ‘Qard al-Hassan’ adalah langkah bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana akibat harga rumah yang terlalu mahal.

Hari demi hari, kenaikan harga rumah ibarat sukar dibendung dan angka itu semakin memeritkan kehidupan rakyat. Mengikut kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, 31.2%daripada pendapatan rakyat akan dihabiskan untuk makanan, 23.9% pula kepada petrol, utiliti dan perumahan.

Jumlah itu secara relatifnya adalah tinggi dan sewajarnya beban itu dikurangkan. Pembiayaan perumahan dengan "keuntungan" tidak mungkin menyelesaikan masalah bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat setiap hari.

Tambahan pula, 56.2% daripada 89.1% keseluruhan hutang daripada KDNK pada 2015 adalah hasil daripada pembiayaan perumahan dan harta tanah. Malah, saya tekankan dalam kenyataan-kenyataan terdahulu data yang menunjukkan harga rumah di Malaysia dalam keadaan yang semakin sukar dikawal.

Keputusan Kementerian mengenai pemberian lesen pembiayaan kepada para pemaju bukanlah tindakan yang menyelesaikan masalah utama rakyat Malaysia ketika ini. Selepas mendapat bantahan, akhirnya perkara itu berubah menjadi suatu "cadangan" yang belum diputuskan.

Kementerian menekankan soal "win-win solution" ketika mengemukakan "keputusan" tersebut. Saya tidak jelas siapa "win" dan siapa yang tidak dengan keputusan tersebut. Malah, apa pula "win situation" kepada para pembeli yang bakal berdepan dengan harga rumah dengan nilai keuntungan yang akan semakin tinggi dan tidak terkawal?

Isu ini perlu diteliti dengan dua aspek; (i) kenaikan harga rumah yang semakin meningkat, dan (ii) pembiayaan dengan kadar 'keuntungan' yang tidak muhasabah dan wajar dihapuskan bagi mengurangkan beban yang ditanggung pembeli.

Islam menyediakan ruang dan asas yang begitu signifikan dalam kaedah hutang antaranya melalui pinjaman tanpa faedah (Qard al-Hassan). Ini kerana Islam ingin mengajar umatnya berhutang hanya untuk keperluan yang tinggi manakala orang ramai pula tidak berhutang jika mereka mampu membelinya secara tunai.

Maka, sewajarnya isu ini diteliti dengan lebih mendalam supaya penyelesaian yang lebih realistik diluncurkan kepada rakyat Malaysia. Kembali kepada penyelesaian Islam dan inilah penyelesaian kita.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
19 September 2016 | 17 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































PAS berani bersemuka dengan sesiapa kerana Islam

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .




Presiden PAS bersama rombongan dalam lawatan muhibbah ke Pertubuhan Hokkien Malaysia di ibu negara.


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42527-pas-berani-bersemuka-dengan-sesiapa-kerana-islam

Pagi ini, Ahad 18 Sept 2016, rakan-rakan memforwardkan gambar pertemuan dan taklimat khas pimpinan PAS dengan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Ia diadakan susulan tindakan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Menurut persatuan berkenaan, pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukuman hudud dapat dilaksanakan di negara ini. Presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, selepas 20 September, tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada semua 222 anggota Parlimen. Berikutan kempen tersebut, Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (GU) atau Geng Ustaz membuat laporan polis. Mereka mendakwa tindakan tersebut adalah campur tangan melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden PAS memimpin pertemuan tersebut disertai beberapa orang lagi AJK PAS Pusat. Kalau mahu dikira, airmata semalam yang mengalir di Masjid Sultan Salahudin, Shah Alam usai solat jenazah ghaib kepada almarhum Dr Haron Din baharu sahaja kering. Pagi ini terus sahaja taklimat dan dialog untuk RUU 355. Kematian almarhum al-Mursyid al-Am PAS tidaklah mematikan semangat pemimpin PAS lain untuk terus berjuang menegakkan Islam dan menyampaikan Islam kepada sesiapa sahaja.

Datuk Seri Tuan Guru berkuliah dhuha pagi Jumaat di Rusila, tengah harinya berkhutbah, petangnya program di Dewan Tok Guru, Rusila bersama Datuk Dr Fadhli Hasan, AJK PAS Pusat dan Exco Kelantan mengenai Pindaan RUU 355, malam itu berkejar ke Stadium di Kota Baru bagi menyertai Munajat Perdana Rakyat Kelantan memohon kepada Allah agar dimudahkan Pindaan RUU 355 ini, keesokannya pagi Sabtu di Masjid di Shah Alam, petangnya mesyuarat AJK PAS Pusat (kalau tak silap) dan seterusnya dan seterusnya.

Allahu Akbar! Putaran hidup Tok Guru hanya untuk Islam. Masanya dipenuhi dengan terus menerang dan terus menerang tentang Islam, walaupun khalayak netizen yang jahil, hanya sebagai keyboard warrior, berlagak alim terus menyerang Tok Guru dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan kata-kata yang acapkali hilang tatasusila agama, juga paling kurang adab orang Melayu. Betul kata Tok Guru: ‘Bacalah al-Quran, jangan baca facebook’. Al-Quran sebut supaya teruskan dakwah, jangan hiraukan orang yang jahil.

Pertemuan pagi ini diharap dapat mengubah pandangan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia terhadap Pindaan RUU 355, juga terhadap Islam itu sendiri. Dan ini bukan kali pertama dan terakhir Tok Guru terus  bersemuka di atas ‘Istiqamah Hingga Kemenangan’ dengan golongan bukan Islam, walaupun sebenarnya Pindaan RUU 355 ini tidak berkaitpun dengan mereka, kerana Islam itu untuk semua, sebagaimana PAS itu juga untuk semua. - HARAKAHDAILY 18/9/2016

Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.

Sumber HD - 18-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 lawan 1: Pas setuju, tapi ‎sejauh mana mampu dibuat
Posted on Thursday, September 15 @ 19:12:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31670


SHAH ALAM - Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu  malah yakin parti pembangkang akan menang besar ia digunakan menentang BN.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.

“Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan satu.

“Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang) akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu Wallahualam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam,

Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menyatakan sekiranya  pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan  perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.

“Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh kalau dah sampai masanya,” katanya.

Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.

“Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR,” katanya.

Sumber TKO - 15-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Mukjizat al-Quran dalam kisah Nabi Yunus

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42488-mukjizat-al-quran-dalam-kisah-nabi-yunus

Labu menurut sebahagian ulamak diisyaratkan oleh Allah dalam cerita Nabi Yunus. Apabila Yunus dimuntahkan daripada perut ikan yang besar beliau sakit lalu ditumbuhkannya untuk sejenis pohon daripada Yaqtin. Allah berfirman:

فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاء وَهُوَ سَقِيمٌ وَأَنبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ﴾

"Lalu Kami lontarkan dirinya di kawasan lapang (tandus) sedang dia sakit. Dan Kami tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis 'Yaqtin'." (Surah al-Soffat ayat 145-146)

Yaqtin merujuk kepada pohon yang tidak mempunyai batang seperti labu dan tembikai.

Menurut Ibnu Kathir, pandangan kebanyakan ulamak terdahulu Yaqtin dalam cerita Nabi Yunus merujuk kepada labu. Ia juga diperkukuhkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani.

Labu bermanfaat untuk menghilangkan kahak. Sekiranya dilumur dengan tepung dan dibakar ke dalam oven airnya boleh diminum untuk mengurangkan kepanasan kerana demam. Jika dimasak dan diminum airnya dengan madu boleh mengurangkan kahak. Ia juga makanan yang baik untuk melawaskan perut. Ia boleh ditumbuk halus dan dijadikan balutan pada bengkak bagi mengurangkannya. Ia disebut dalam Zaad al-Ma'aad oleh Ibnu Qayyim.

Menurut Syeikh Zandani, Yaqtin adalah penawar untuk mikrob dan bakteria. Justeru ia sangat sesuai untuk menjadi penawar bagi kesakitan Nabi Yunus setelah berada sekian lama dalam perut ikan besar.

Demikianlah mukjizat al-Quran.

Dr Khairuddin at-Takiri
Khamis 13 Zulhijjah 1437
Kampot, Kemboja

Sumber HD - 15-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Deklarasi keadilan dalam khutbah haji wada’ Nabi

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .













http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42472-deklarasi-keadilan-dalam-khutbah-haji-wada-nabi

Hari ini 11 Sept 2016 jemaah haji wuquf di Arafah. Tarikh ini kebetulan sama dengan tragedi rempuhan kapalterbang ke atas Menara Berkembar New York. Ia cuba dikaitkan dengan keganasan umat Islam, sedangkan Islam berlepas diri dari segala bentuk keganasan.

Umat Islam akan menyambut Eid al-Adha. Ia mengingatkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s. dan ibadah haji yang diwarisi dari Baginda dan Nabi Muhammad SAW. Dalam khutbah sempena ibadah haji ketika berada di Arafah, Nabi Muhammad SAW membuat beberapa deklarasi dan penegasan penting yang berkait dengan keadilan, persamaan, tanggungjawab dan hak yang menjadi antara intipati penting dalam ajaran Islam yang suci ini. Khutbah ini sangat penting kerana ia berlaku pada 9 Zulhijjah, hari Arafah dengan disertai himpunan besar para Sahabah radhiAllahu anhum yang julung-julung kali dalam ibadah hebat ini.

Di zaman jahiliyyah, darah dan harta diceroboh sewenang-wenangnya. Mereka yang kuat mengalahkan yang lemah. Mereka yang kaya menindas yang miskin. Undang-undang yang dipakai ialah undang-undang rimba. Kedatangan Islam memartabatkan manusia dengan dipelihara darah dan harta. Ia tidak boleh diceroboh dengan cara salah. Besarnya kehormatan darah dan harta dibandingkan dengan kebesaran hari Arafah, bulan Zulhijjah dan bumi Mekah. Harta dan darah menjadi antara dua perkara yang diberi keutamaan untuk dipelihara dalam kehidupan yang dipanggil maqasid syariah (tujuan syarak) iaitu memelihara agama (Islam), jiwa, akal, keturunan dan harta.

Di zaman jahliliyyah juga, sistem riba menjadi asas kegiatan ekonomi masyarakat Arab, terutamanya dalam bidang perniagaan. Kedatangan Islam membuang bentuk penindasan itu, lalu diganti dengan sistem ekonomi Islam yang jauh lebih adil. al-Quran mengungkapkan “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.

Selepas hampir 1,500 tahun riba dihapuskan oleh Nabi melalui sistem ekonomi Islam yang adil, manusia kembali mengamalkan riba dalam sistem kapitalis yang dominan sekarang. Istilahnya dipelbagaikan: komisen, dividen, faedah tetapi hakikatnya sistem ekonomi itu kembali kepada jahiliyyah. Kenapa berlaku demikian? Islam yang menjamin keadilan dalam sistem ekonomi itu telah di’kambus’ dari menjadi sistem yang memayungi manusia.

Nabi SAW mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan tipu daya syaitan, walau sekecil manapun cubaan mengganggu hati dan jiwa manusia. Jangan dipandang remeh kepada perkara yang disangka ia remeh sahaja! Syaitan berpuashati walaupun ia dituruti dalam perkara-perkara remeh dalam agama.

Di antara deklarasi yang penting juga dalam khutbah haji wada’ ini ialah tanggungjawab dan hak suami isteri. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri. Tanggungjawab isteri menjadi hak isteri. Isteri mesti taatkan suami. Jangan membiarkan orang lain memasuki rumah tanpa izin suami. Jangan biarkan privasi suami dicerobohi. Apabila isteri taatkan suami, suami wajib memberikan nafkah dan pakaian kepada isteri. Konsepnya ialah timbal balas. Give and take mesti ada dalam sebuah bahtera rumahtangga. Keadilan dalam rumahtangga menjamin keluarga yang baik, kemudian melahirkan masyarakat dan negara yang baik.

Nabi SAW mengingatkan supaya pemimpin yang memartabatkan Kitab Allah ditaati. Justeru, pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu yang memartabatkan al-Quran cuba dijatuhkan?

Keadilan dan persamaan juga diingatkan oleh Nabi terhadap hamba abdi. Dalam konteks semasa, orang gaji, pekerja juga mesti dberikan keadilan. Apa yang tuannya makan, itu juga dimakan oleh hambanya. Jangan menganggap hamba abdi itu orang suruhan yang semata-mata untuk diperah keringatnya. Orang gaji dan pekerja dibayar gaji yang adil dan berpatutan dan bukannya seperti hamba di zaman jahiliyyah.

Nabi SAW menegaskan persamaan dan persaudaraan di kalangan sesama Islam. Justeru, tidak boleh dizalimi, ditindas, dicerobohi harta bendanya. Nilai persamaan itu terus dipertegaskan bahawa tiada beza di antara Arab dan bukan Arab melainkan dengan taqwa. Begitu juga keadilan dalam harta pewarisan yang telah ditentukan Allah bahagian masing-masing.

Pada hari Arafah ini, Allah menurunkan ayat:
“Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu.” (al-Ma’idah: 3)

Keadilan dan persamaan (dalam konteks yang mesti difahami dengan cara sebenar) dalam Islam inilah yang menjadi agenda penting perjuangan Islam yang dibawa oleh para Nabi yang diakhiri dengan Nabi SAW. Perjuangan itu jugalah yang menjadi agenda mereka yang mewarisi perjuangan Nabi SAW ini. Umat Islam diseru menghayati kandungan khutbah haji wada’ Nabi SAW ini dan bersama mendokong perjuangan menegakkan keadilan sejagat dan persamaan ini sambil menyeru bukan Islam memahami perjuagan Islam ini yang meletakkan keadilan itu di tempat yang tinggi.

Khutbah Haji Wada’ (dengan sedikit edit):

“Wahai sekalian manusia! Perhatikan baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak tahu, barangkali aku tidak akan bertemu lagi dengan kamu semua dalam keadaan seperti sekarang ini.”

“Wahai kaum muslimin! Ketahuilah bahawa darah (jiwa) dan harta benda kamu adalah haram (diceroboh) dan mesti dihormati bagi kamu, sebagaimana kehormatan hari ini, bulan ini, hingga tiba saat kamu pergi mengadap Allah, dan kamu pasti akan mengadapNya. Pada ketika itulah kamu dituntut untuk dipertanggungjawabkan atas segala yang telah kamu lakukan! Ya Allah… saksikanlah!”

“Sesiapa yang menanggung beban amanah hendaklah ia tunaikan amanah itu kepada yang berhak menerimanya.”

“Semua bentuk riba dilarang. Kamu hanya berhak menerima kembali modalnya. Dengan demikian kamu tidak berlaku zalim dan tidak pula diperlakukan zalim! Allah telah menetapkan bahawa riba tidak boleh diamalkan lagi, dan riba Al-Abbas bin Abdul Mutalib sudah tidak berlaku!”

“Semua tuntutan darah (pembalasan jiwa) semasa jahiliyah tidak berlaku lagi, dan tuntutan darah yang pertama aku hapuskan ialah tuntutan darah (jiwa) Ibnu Rabi’ah bin Al-Harith bin Abdul Mutalib!”

“Wahai kaum muslimin! Menukar bulan Haram (bulan suci) dengan bulan lain adalah perbuatan menambah kekufuran, dan kerana perbuatan itulah orang kafir bertambah sesat. Mereka menghalalkan perbuatan yang diharamkan dalam bulan suci pada satu tahun dan mengharamkan perbuatan yang dihalalkan (dalam bulan-bulan biasa) pada tahun yang lain dengan maksud melengkapi jumlah bulan-bulan suci yang telah ditetapkan Allah”

“Wahai kaum muslimin! Masa beredar semenjak Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan menurut hitungan Allah adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci, iaitu tiga bulan berturut-turut (Zulqaedah, Zullhijjah, dan Muharram) dan bulan Rejab antara bulan Jamadilakhir dan Sya’ban.”

“Wahai kaum muslimin! Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, merekapun mempunyai hak atas kamu. Hak kamu ke atas mereka adalah melarang mereka memasukkan lelaki lain yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu, dan mereka wajib menjaga diri agar jangan sampai berbuat tidak senonoh. Apabila mereka melanggarinya, Allah mengizinkan kamu berpisah tidur dengan mereka, dan kamu boleh memukul mereka sekali dengan pukulan yang tidak menimbulkan cacat badan. Jika mereka telah menghentikan perbuatan seperti itu, kamu wajib memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik. Hendaklah kamu berlaku baik terhadap isteri kamu,disebabkan mereka itu adalah golongan yang membantu kamu dan kerana mereka tidak memiliki sesuatu untuk diri mereka sendiri. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu dengan nama Allah”

“Wahai kaum muslimin! Dengar baik-baik apa yang aku katakan. Perkara itu telah aku sampaikan! Aku tinggalkan bagi kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya! Perkara itu jelas bagi kamu!”

“Wahai kaum muslimin! Dengarkan dan fahamilah kata-kataku. Kamu mesti faham bahawa setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, dan semua kaum muslimin adalah saudara. Tidak seorangpun dari kamu yang dihalalkan mengambil sesuatu milik saudaranya (sesama muslim) kecuali diberikan atas dasar kerelaan hatinya. Jangan sekali-kali kamu berlaku zalim terhadap diri kamu sendiri!”

“Ya Allah, bukankah (semuanya) itu telah kusampaikan?!!” dengan suara gemuruh membelah angkasa, kaum muslimin menyambut: “Ya benar ya Rasulullah!”. Baginda kemudian mohon disaksikan Allah:” Ya Allah, saksikanlah”. - HARAKAHDAILY 11/9/2016

Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.

Sumber HD - 11-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Korbankan kepentingan diri demi memartabatkan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42468-korbankan-kepentingan-diri-demi-memartabatkan-islam

Perutusan Hari Raya Eidul Adha Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

بسم الله الرحمن الرحيم
الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد

Alhamdulillah dan Allah Akbar Walillahilhamd  kita panjatkan segala kesyukuran  kepada  Allah S.W.T yang telah yang telah memberikan keizinan kepada kita untuk terus mengecapi nikmat Islam dan Iman hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah yang telah mendahului kita sebelum ini.  Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kepada segala nabi dan rasul yang telah menyempurnakan misi dakwah kepada umat manusia.

Hari Raya Eidul Adha adalah lambang dan syiar pengorbanan umat Islam terhadap agama yang tercinta ini. Ianya menunjukkan bahawa pengorbanan adalah tonggak utama kepada kemenangan perjuangan Islam sama ada kemenangan tersebut dikurniakan di atas dunia ini ataupun secara pastinya diperolehi pada hari akhirat kelak.

Perjuangan memartabatkan ajaran Islam di Malaysia pada hari memerlukan pengorbanan yang paling tertinggi daripada umatnya untuk melayakkan mereka mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. sama ada dalam bentuk harta benda, buah fikiran, tenaga, masa dan apa sahaja yang menjadi perkara yang bernilai di sisi manusia di atas dunia ini.

Allah s.w.t berfirman:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

"Kamu tidak mencapai maksud sebenar al birr iaitu kebaikan kecuali kamu mengorbankan sesuatu yang kamu cintai".

Kami daripada Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar melakukan pengorbanan demi memartabatkan Islam di negara yang tercinta ini.

Khususnya ketikamana kita berada di ambang perbahasan parlimen berkenaan RUU 355 yang sangat memerlukan pengorbanan yang besar daripada seluruh pihak terutamanya daripada ahli-ahli parlimen terutamanya yang beragama Islam untuk mengorbankan segala agenda kepentingan institusi yang diwakili oleh mereka demi melihat Islam terus diperkasakan sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi negara ini.

Sebagai akhirnya kami merakamkan ucapan selamat hari raya korban kepada seluruh rakyat Malaysia semoga pengorbanan kita diterima oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan perjalanan pulang ke kampung halaman selamat serta diberkati Allah s.w.t.

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد
Datuk Mahfodz Mohamed
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 11/9/2016

Sumber HD - 11-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadang bina kampung baharu atasi masalah rumah
Posted on Friday, September 09 @ 19:58:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31598


SHAH ALAM - Kerajaan-kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dicadang untuk membuka perkampungan baharu untuk mengatasi masalah pembeli rumah di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkampungan baharu ini dibuka dengan premium tanah yang rendah, mempunyai rumah asas tiga bilik dengan kos di bawah RM75,000 seunit dan menawarkan pinjaman secara pinjaman tanpa faedah.

Menurutnya, tawaran ini diberikan kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan menurut syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sekarang ini, bagi pemaju-pemaju perumahan, harga mencecah RM250,000 pun adalah masih dianggap tidak berdaya maju terutamanya di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan bandar yang lain.

“Tambah pula, realiti yang dihadapi oleh rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang terlalu perlahan atau hampir tiada, pasti menyukarkan lagi rakyat untuk memiliki rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pinjaman perumahan menerusi sistem konvensional seperti yang ada pada hari ini menyebabkan peminjam terikat dengan kadar faedah atau riba’ yang menindas peminjam.

Jelasnya, sistem itu menjejaskan kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman justeru turut menjejaskan keupayaan dan prestasi institusi kewangan terbabit sendiri.

“Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, dengan pinjaman sebanyak 90 peratus dan bertempoh maksimum 35 tahun serta kadar faedah 4.39 peratus bayaran balik setiap bulan adalah RM1,049.55.

“Jumlah bayaran balik selepas tamat tempoh tersebut ialah RM440,811; iaitu perbezaan sebanyak RM190,811 daripada harga asal rumah tersebut. Nilai ini sangat membebankan peminjam,” katanya lagi.

Katanya lagi, keputusan kerajaan membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman perumahan tidak menyelesaikan isu sebenar.

“Malah, ia dikatakan akan memerangkap lebih ramai lagi pembeli dengan masalah hutang dan kadar faedah yang tinggi walaupun syarat kelayakan pinjaman mungkin menjadi lebih mudah,” katanya.

Sumber TKO - 9-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Milik rumah: Negeri tubuh dana, tawar qard al-hasan

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42455-milik-rumah-negeri-tubuh-dana-tawar-qard-al-hasan

Knight Frank Asia Pasifik melalui kajiannya mendedahkan harga rumah di Malaysia meningkat sebanyak 7.2% pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu sekali gus menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-12 tertinggi di dunia mengatasi beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, UK, Hong Kong dan Singapura.

Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporan kajiannya pada tahun lalu menunjukkan bahawa purata harga rumah di Malaysia adalah lebih daripada empat kali pendapatan median.

Indeks Perumahan di Malaysia juga menunjukkan peningkatan daripada 5.40% pada suku ketiga 2015 kepada 5.80% pada suku keempat 2015.

Sekarang ini, bagi pemaju-pemaju perumahan, harga mencecah RM250,000 pun adalah masih dianggap tidak berdaya maju terutamanya di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan bandar yang lain.

Sedangkan, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, rumah berharga sehingga RM165,060 sahaja dianggap berpatutan kepada isi rumah median di negara ini.

Tambah pula, realiti yang dihadapi oleh rakyat di negara ini dengan kenaikan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang terlalu perlahan atau hampir tiada, pasti menyukarkan lagi rakyat di negara ini untuk memiliki rumah. Pilihan yang ada ialah dengan berhutang; walaupun tidak sehingga 100%.

Kerana itu, 56.2% daripada hutang isi rumah negara yang mencecah sehingga 89.1% daripada KDNK pada 2015 adalah pinjaman pembelian rumah dan harta tanah.

Masalahnya, pinjaman menerusi sistem konvensional seperti yang ada pada hari ini adalah terikat dengan kadar faedah atau riba yang menindas peminjam sehingga menjejaskan kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman justeru turut menjejaskan keupayaan dan prestasi institusi kewangan terbabit sendiri.

Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, dengan pinjaman sebanyak 90% dan bertempoh maksimum 35 tahun serta kadar faedah 4.39%, bayaran balik setiap bulan ialah RM1,049.55 dan jumlah bayaran balik selepas tamat tempoh tersebut ialah RM440,811; iaitu perbezaan sebanyak RM190,811 daripada harga asal rumah tersebut. Nilai ini sangat membebankan peminjam.

Keputusan Kerajaan yang membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman perumahan pula dilihat tidak menyelesaikan isu sebenar iaitu harga rumah yang terlalu tinggi, bahkan akan memerangkap lebih ramai lagi pembeli dengan masalah hutang dan kadar faedah yang tinggi walaupun syarat kelayakan pinjaman mungkin menjadi lebih mudah.

Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan membuka perkampungan-perkampungan baru dengan premium tanah yang rendah dan membina rumah asas 3 bilik dengan kos di bawah RM75,000 seunit serta menawarkan pinjaman secara ‘qard al-hasan’ (pinjaman tanpa faedah) – kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan menurut syarat-syarat yang ditetapkan – menerusi dana khas yang ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Walaupun tidak dapat meraih keuntungan dengan pinjaman yang diberikan, kerajaan negeri tetap boleh mengenakan caj perkhidmatan pada kadar kos sebenar. Namun, apa yang lebih penting ialah melalui pinjaman berkonsepkan berkebajikan ini, Allah akan membuka pintu keberkatanNya. Beruntunglah negeri dan rakyat yang mendapat keberkatan daripada Allah.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
9 September 2016 | 7 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Wajibkan pekerja asing lulus kursus asas Bahasa Melayu

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42436-wajibkan-pekerja-asing-lulus-kursus-asas-bahasa-melayu

Berdasarkan statistik rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU), pada 2015, terdapat 2.135 juta pekerja asing di negara ini yang berkerja di sektor pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.

Selain pekerja-pekerja dari Indonesia (74.8%) yang boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu, pekerja-pekerja dari Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal dan India yang diambil bekerja di negara ini tidak boleh bertutur menggunakan bahasa rasmi negara ini.

Sekalipun jumlah perkerja asing yang tidak boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu ini tidak lebih 25.2%, namun keperluan dan kepentingan untuk mereka mengetahui dan mempunyai kemampuan untuk menggunakan bahasa ini adalah sangat penting bagi memudahkan dan melancarkan sebarang urusan yang berkaitan dengan mereka sekali gus dapat memperkasa dan mengembangkan penggunaan Bahasa Melayu.

Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan menerusi kementerian yang berkenaan mewajibkan pekerja-pekerja asing yang akan atau sedang bekerja di negara ini menghadiri serta lulus kursus asas Bahasa Melayu khususnya bagi yang terlibat di sektor perkhidmatan dan pembantu rumah.

Pengawal-pengawal keselamatan yang diambil bekerja dari Nepal dan dua lagi negara sumber yang akan diumumkan nanti juga merupakan golongan yang penting untuk dipastikan mereka boleh bertutur dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik kerana golongan ini merupakan individu pertama yang akan dijumpai oleh rakyat negara ini di pejabat-pejabat atau premis-premis untuk urusan-urusan tertentu.

Jika golongan ini tidak boleh berbahasa Melayu, sedikit sebanyak ia menyusahkan rakyat negara ini dan menjejaskan imej pihak-pihak berkenaan.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Perlimen Kuala Nerus
7 September 2016 | 5 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-20116

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Himpunan pendakwah, wehdahtul fikri dan amal

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42435-himpunan-pendakwah-wehdahtul-fikri-dan-amal

Firman Allah s.w.t. dalam surah al Fussilat ayat 33-35 bermaksud:

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."

Perhimpunan julung-julung kali diadakan oleh Majlis Dakwah Negara dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 6 September 2016 di Bandar Baru Bangi, Selangor melakarkan sejarah baru dalam usaha dakwah di negara ini.

Persidangan ini yang berusaha menghimpunkan para pendakwah dengan kepelbagaian latar belakang dari kalangan para ulamak, guru takmir, guru agama, ustaz, penceramah, pendakwah, aktivis NGO Islam, pensyarah universiti, imam, selebriti Islam, pegawai agama, personaliti tv, penasihat agama, pembimbing haji dan umrah, penulis buku agama, graduan bidang agama dan ramai lagi adalah satu usaha yang sangat positif dalam arena dakwah.

Kejayaan menempatkan kepelbagaian latar belakang para pendakwah dalam meja bulat bagi membincangkan isu-isu dakwah dan solusinya adalah menjadi titik tolak kepada permulaan yang sangat signifikan ke arah kebangkitan Islam yang lebih cerah.

Dakwah pada hakikatnya adalah merupakan satu tanggungjawab setiap umat Islam yang menjadi mata rantai penyambung risalah Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Malah tanggungjawab itu berlipat kali ganda pabila dikaitkan dengan seseorang yang dikurniakan oleh Allah kefahaman dalam urusan agama.

Sejarah telah menunjukkan bahawa penyebaran Islam ke serata dunia sehingga hampir 2/3 dunia adalah daripada usaha para pendakwah yang begitu cekal dan gigih menyebarkan Islam. Islam hanya mengambil masa 80 tahun sahaja sehingga berjaya sampai ke China di timur termasuk Asia Tenggara dan Sepanyol di barat termasuk benua Afrika.

Kejayaan penyebaran Islam dengan sebegitu pantas ini adalah berpunca daripada fitrah Islam itu sendiri di samping faktor para pendakwah yang istiqamah dan komited di samping kebijaksanaan pendakwah dalam menyampaikan dakwah.

Ketibaan Islam di Tanah Melayu khasnya dan Asia Tenggara amnya seawal tahun 700 Masihi adalah melalui jalan dakwah yang dibawa menerusi kedatangan para pedagang muslim dan pendakwah sama ada daripada Arab Selatan atau dari negara China yang mengislamkan penduduk Tanah Melayu yang asalnya penganut agama Hindu dan Buddha.

Kejayaan dakwah Islam di Tanah Melayu bukan sahaja kepada masyarakat dan rakyat tetapi turut berjaya mengIslamkan raja-raja dan para pembesar Tanah Melayu sekali gus menjadikan negeri Melayu sebagai negeri Islam dan mempraktikkan kesyumulan Islam.

Siapa Pendakwah

Pendakwah sebagaimana yang disebut dalam ayat 33 di atas "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" adalah mereka yang sendiri mendapat petunjuk hidayah Islam dalam erti kata memahami Islam yang sebenar. Lantaran itu mereka menyeru manusia kepada segala kebaikan dan mencegah manusia daripada keburukan.

Justeru itu, para pendakwah adalah mereka yang memahami dan sekali gus mempraktikkan Islam dalam diri mereka dengan kesyumulan ajaran Islam dan menyebarkan kepada orang lain. Para pendakwah semestinya berupaya untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu yang diperlukan dalam dakwah khasnya berkait dengan ajaran Islam itu sendiri.

Bagaimana harus tercapai matlamat dakwah apabila pendakwah itu sendiri tidak memahami Islam sebagai ad Deen atau keliru dengan Islam, malah mungkin jahil dengan agama yang diserunya? Kalau pendakwah itu sendiri bersifat sekular atau berfikiran sekularisme dan liberalisme yang sememangnya kedua-duanya adalah bercanggah dengan kesucian Islam dan keindahannya, sudah tentu mesej sebenar dakwah itu tidak tercapai.

Maka perlu ditegaskan bahawa pendakwah berkewajiban memiliki kefahaman Islam yang sebenar daripada petunjuk Allah menerusi usaha gigih pencarian ilmu malah tidak cukup sekadar ilmu tanpa amal.

Method Dakwah

Dakwah tidak sekadar mengajak dan menyeru serta melontarkan segala apa sahaja yang ada dalam pengetahuan seseorang itu. Akan tetapi dakwah juga amat berkait rapat dengan persoalan uslub dan method penyampaian Islam tanpa menggadaikan prinsip Islami.

Ayat 34 di atas Allah s.w.t. telah menyatakan dan mengajar kepada kita salah satu method atau uslub dakwah yang amat efektif iaitu dengan cara yang terbaik dalam berdakwah.

Hikmah, kebijaksanaan, pengalaman dan uslub yang pelbagai bersesuaian dengan madu'u atau sasaran dakwah adalah rukun penting berdakwah. Dakwah tidak boleh dengan cara yang statik akan tetapi ia perlu kreatif, inovatif dan berupaya mengimprovisasikan ilmu, suasana sekeliling dan pengalaman, lalu digarap bersama dan dimanfaatkan untuk menjayakan misi iaitu menyampaikan Islam.

Ini adalah kerana misi dakwah Islam ialah untuk menyelamatkan seramainya manusia berpayung di bawah rahmat dan hidayah Allah menerusi ajaran Islam dan bukannya mencari musuh dan permusuhan. Penyebaran Islam ke serata dunia adalah melalui jalan perdamaian dan bukannya peperangan.

Malah sirah Baginda Nabi s.a.w. adalah buktinya tatkala Baginda menerima Perjanjian Hudaibiyyah dengan musuh tradisinya iaitu Abu Sufyan yang setelah berbelas tahun menzahirkan permusuhan dan siri peperangan.

Kedapatan melalui perdamaian Baginda s.a.w. berjaya memikat dan menarik ramai masyarakat Arab kepada Islam melalui dakwah samada dakwah melalui keadilan pemerintahan Islam di Madinah dan juga dakwah bil hal (dakwah dengan akhlak, peribadi dan tindakan) sehingga masyarakat Arab lembut dan lunak hati tercenderung kepada Islam yang memuncakkan kepada pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah) iaitu Membuka Hati Manusia.

Maka dakwah adalah merupakan satu cara dan teknik untuk memikat hati manusia kepada Islam dna bukannya menjauhkan hati manusia daripada Islam dan membencinya. Selama dakwah itu berupaya membuatkan manusia terpikat, ingin tahu, berminat, terbuka hati kepada Islam, maka itulah dakwah.

Dakwah Tidak Gopoh

Allah menjanjikan bahawa dakwah adalah secara fitrahnya tidak dihamparkan dengan permaidani merah dan layan istimewa. Dakwah dan pendakwah pasti berhadapan dengan rintangan, ujian, tentangan yang memenatkan, menyakitkan dan menyeksakan yang memerlukan ketabahan, kesabaran, istiqamah dan tidak gopoh.

Ini adalah kerana tugas pendakwah bukan memberi hidayah, tugasnya adalah menyampaikan Islam dan menunjukkan kepada manusia jalan kepada hidayah Allah s.w.t. Hidayah adalah hak mutlak Allah azza wajalla yang tidak dimiliki oleh sesiapapun termasuk Baginda Nabi s.a.w.

Pendakwah berusaha sedaya kekuatan dan kemampuan yang ada dalam berdakwah dan menyampaikan Islam kepada manusia dan selebihnya diserah sebulat hati penggantungan kepada Allah pemberi hidayah. Pendakwah yang beranggapan bahawa manusia menerima Islam dan mengikutinya disebabkan kepandaian, kebijaksanaan, kehebatan dirinya sendiri, Allah pasti menjauhi dan melepaskan urusannya dan pertolongannya.

Lihatlah sejumlah kejayaan Islam tidak dicapai tatkala Nabi s.a.w. masih hidup, tetapi dicapai setelah kewafatannya. Contohnya, Negeri Taif, Kekalahan Rom dan Parsi, Kemenangan Byzantine, Islam di Eropah dan Asia semuanya berlaku sesudah beratus tahun kewafatannya.

Maka, dakwah amat memerlukan kesabaran, ketabahan dan istiqamah berpanjangan dan berterusan sekalipun pendakwah tidak memperoleh keberhasilan dalam dakwahnya sewaktu dia masih hidup tetapi mungkin berjaya selepas kematian pendakwah itu. Nilaian pahala di sisi Allah juga bukan atas kejayaan dakwah akan tetapi atas usaha dan jihad pendakwah dalam dakwahnya.

Semoga usaha menghimpunkan para pendakwah menerusi MDN Yadim menghasilkan natijah yang positif dan memberangsangkan dalam usaha menjadikan Islam sebagai cara hidup lengkap dan syumul memayungi rahmat kepada sekalian alam. Wallahua'alam

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
7 September 2016 / 5 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































RUU 355: Mujahid tidak beradab serang mufti

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42409-ruu-355-mujahid-tidak-beradab-serang-mufti

Saya merasa amat pelik apabila Dr Mujahid Yusof tiba-tiba secara tidak beradab menyerang Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli al-Bakri yang mengeluarkan kenyataan kewajipan menyokong pindaan Akta 355 yang membataskan kuasa Mahkamah Syariah dalam menghukum pesalah syariah. Adakah beliau terpaksa mengikut telunjuk rakan kerjasama politik yang menyerang cadangan pindaan ini daripada awal ia dibentangkan di parlimen 26 Mei 2016 yang lalu?

Sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pandangan mufti tersebut boleh sahaja beliau berbahas memberikan pandangan dan hujah secara rasional dan bukannya dengan menyerang kedudukan dan kelayakan mufti untuk memberikan pandangan dalam perkara penting seumpama ini?

Alasan Mujahid kononnya mufti belum mengetahui perincian cadangan pindaan untuk dikeluarkan hukum sangat dangkal dan mengelirukan. Bukankah teks rang undang-undang tersebut telah dibentang di parlimen iaitu antaranya "Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati".

Jika ketiadaan perincian dan ia belum dibahas di parlimen menjadi alasan Mujahid untuk mufti tidak wajar memberikan pandangannya maka apa pula kewajaran sebahagian ahli parlimen dan orang awam di kalangan bukan Islam berkempen untuk menolak cadangan pindaan Akta 355 sekarang sebelum ada perincian dan sebelum dibahaskan?

Tidakkah sudah jelas hatta oleh orang awam bahawa Akta 355 bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah menyekat kuasa Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan hukum syariat yang sebenar?

Bagi seorang muslim yang sayang agamanya tentunya memahami kewajipan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah ini secara dasarnya yang menuntut mereka berbicara dan berkempen menyokong usaha ini sementelah pula seorang mufti yang mempunyai tanggungjawab menjelaskannya dari sudut kewajipan beragama.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 6 September 2016 - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































RUU 355: Syabas atas gesaan Mufti Wilayah Persekutuan

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42371-ruu-355-syabas-atas-gesaan-mufti-wilayah-persekutuan

Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan syabas dan tahniah khusus ditujukan khas kepada Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bersama warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan atas seruan menyokong Rang Undang-Undang Akta 355 agar dilaksanakan.

Sekalung penghargaan juga buat Mufti Wilayah Persekutuan atas seruan yang berprinsip khusus yang ditujukan kepada Ahli Parlimen bagi menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Akta 355, ini kerana ianya dibentang oleh wakil rakyat yang sudah pasti mendukungi aspirasi pengundi-pengundi Islam di Malaysia yang sudah pasti mahukan Mahkamah Syariah di Malaysia ini diperkasakan lagi.

Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan juga turut menyatakan kebersamaan bersama menyeru agar semua pihak agar menyokong pindaan ini sekaligus ianya membuktikan kita benar-benar mempertahankan prinsip kita bahawa Islam itu agama menyelamatkan negara dan masyarakat Malaysia.

Nazmi Nik Din
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.
2 September 2016 - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokong Kurangkan Waktu Berkerja

Oleh : Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

Cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar waktu berkerja di negara ini dipendekkan kepada 6 jam wajar disokong dan Kerajaan mesti segera mempertimbangkannya memandangkan MTUC pernah mengemukakan cadangan yang sama ini pada Oktober 2015 lalu.
Buat masa ini, undang-undang sedia ada memperuntukkan jumlah jam berkerja seminggu ialah 48 jam dengan maksimum 8 jam sehari dan 6 hari berkerja seminggu.

Jumlah masa yang lama ini jika dipendekkan boleh memberi kesan positif pada aspek-aspek berikut :
(i)Menambah produktiviti selari dengan peningkatan fokus dan keupayaan mengoptimumkan prestasi secara konsisten setiap pekerja.

(ii)Menjamin kesihatan perkerja dengan lebih baik kerana bebanan kerja dan tekanan dapat dikurangkan.

(iii) Mengurangkan kesesakan lalulintas berikutan waktu mula dan tamat kerja dapat dijadualkan secara beberapa peringkat.

Selain mengurangkan waktu berkerja, Kerajaan juga dicadangkan melaksanakan waktu kerja yang lebih pendek dan fleksibel kepada golongan wanita yang berstatus isteri dan ibu bagi membolehkan golongan ini menjalankan tanggungjawab utama mereka terhadap suami, anak-anak dan keluarga dengan lebih berkesan. Hal ini sangat penting bagi menjamin institusi sosial utama ini semakin bertambah baik selari dengan kemajuan yang mahu dicapai.

Islam sememangnya menganjurkan manusia berusaha dan berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan; namun ia tidaklah boleh sampai ke tahap memperhambakan diri kepada kebendaan dan sehingga masing-masing mengejar kepentingan diri sendiri justeru mengancam kehidupan orang lain. Berkerjalah sebagai ibadah kepada Allah untuk meraih redha-Nya dan memberikan kebaikan kepada makhluk lain.

***DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 2-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Jerebu: Malaysia perlu tegas terhadap Indonesia

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42361-jerebu-malaysia-perlu-tegas-terhadap-indonesia

Kerajaan Malaysia mesti bertindak tegas dalam menangani isu jerebu yang kini seolah-olah menjadi musim tahunan di negara ini.

Tahun lalu, kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan jerebu rentas sempadan yang serius melanda negara ini. Jerebu yang dibawa angin Monsun Barat Daya itu memburukkan lagi keadaan di negara ini. Masalah ini tidak sekadar mencemarkan alam sekitar bahkan menjejaskan kesihatan serta aktiviti harian rakyat di negara ini.

Setakat Sabtu lalu, 6 wilayah di Indonesia telah diisytiharkan darurat berikutan keadaan jerebu yang teruk sehingga mula menjejaskan Singapura dan selatan Malaysia. Keadaan ini dijangka akan bertambah buruk sehingga Oktober akan datang.

Rakyat tidak mahu Kerajaan sekadar menyiarkan indeks pencemaran udara dan jika teruk, disusuli dengan pengumuman penutupan sekolah atau universiti tanpa pelaksanaan langkah-langkah berkesan bagi memastikan Indonesia benar-benar menunaikan janjinya terhadap Malaysia untuk menangani pembakaran terbuka yang berlaku di negara itu sejak beberapa tahun lalu lagi.

Kerajaan mesti menilai secara telus dan menyeluruh kos kesan jerebu ke atas negara ini dan mesti memasukkan aspek ini dalam mengadakan rundingan antara negara dengan Indonesia. Pampasan juga wajar dituntut daripada negara itu di atas pencemaran yang berlaku kepada negara ini.

Kerajaan juga perlu mengisytiharkan jerebu ini sebagai suatu jenayah yang melampau terhadap kemanusiaan kerana memudaratkan kesihatan dan mengancam nyawa manusia.

Wisma Putra mesti lebih tegas terhadap Indonesia dalam masalah ini. Jika tidak, ia akan terus berulang lagi pada masa hadapan.

Diharapkan juga Jabatan Alam Sekitar di bawah kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan dapat membuat tindakan segera yang lebih agresif selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi membendung masalah ini.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
1 September 2016 | 29 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Mengisi kemedekaan dengan memperkasakan Islam

HARAKAHDAILY | .

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42349-mengisi-kemedekaan-dengan-memperkasakan-islam

Kemerdekaan menurut Kamus Dewan bermaksud bebas daripada penjajahan. Jika ia dimaksudkan sebagai bebas daripada penjajahan fizikal maka ia telah dinikmati oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu sejak 31 ogos 1957. Namun, jika ia diertikan sebagai bebas daripada penjajahan pemikiran dan undang-undang maka ia perlu diperkasakan sebagai satu agenda mengisi kemerdekaan.

Antara pemikiran tinggalan penjajah ialah memisahkan Islam daripada sebahagian undang-undangnya yang mencakupi segala aspek kehidupan individu masyarakat dan negara.

Islam telah diberi takrifan yang sempit iaitu hanya merujuk kepada persoalan ibadah dan munakahat. Manakala undang-undang muamalat, jinayat dan pentadbiran tanah serta cukai dianggap urusan keduniaan yang berada di bawah pentadbiran Inggeris.

Sejarah Perundangan Islam Sebelum Penjajahan

Kesultanan Islam Melaka sebelum dikuasai Portugis pada tahun 1511 dan 9 Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan pemerintahan bermula 1874 adalah negeri-negeri Islam yang menjadikan Islam sebagai rujukan pentadbiran dan pemerintahan.

Di Melaka, Undang-undang Qanun Melaka yang merujuk kepada undang-undang Islam berasaskan Mazhab Syafie telah digubal bermula zaman Sultan Muhammad Syah (1422-1444M) dan dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450M). Ia meliputi bidang yang luas termasuk acara keterangan, jenayah, mu’amalat seperti jua-beli, bankrap dan pinjam meminjam, keluarga dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Selepas kejatuhan Melaka, ia dipraktikkan pula untuk menjadi rujukan Kerajaan Johor yang bangkit menggantikan kerajaan Melaka.

Di Perak, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah (1577-1584) dimulakan pengenalan undang-undang 99 Perak yang secara asasnya merujuk kepada undang-undang Islam.

Pahang memperkenalkan Hukum Kanun Pahang sebagai rujukan pemerintahan Sultan Pahang ke 12, Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah (1592-1614). Ia mengandungi undang-undang jenayah seperti membunuh, mencuri, merompak, menyamun dan menceroboh, undang-undang muamalat seperti jual-beli dan sewa menyewa di samping undang-undang keluarga dan perkahwinan.

Kedah memperkenalkan undang-undang Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan yang berlandaskan Syariah dengan perintah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1 (1661-1668) dan Undang-Undang Pelabuhan Kedah 1311H/1893M.

Majalah Ahkam Johor yang diambil daripada Majalah al-Ahkam al-‘Adliyyah yang digunakan oleh kerajaan Islam ‘Uthmaniyyah telah diisytiharkan terpakai pada tahun 1913 oleh kerajaan Johor. Ianya mengandungi hukum syariah Islam, sebahagiannya berkaitan dengan muamalah berkaitan dengan jual beli, sewa, kafalah, hiwalah, al-rahn, amanah, hibah, sharikah, wakalah dan sebahagian kecil berkaitan institusi kehakiman.
Terengganu menggubal Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dinamakan Itqaanul Muluk bi Ta’dilis Suluk pada 1329H bersamaan 1911M. Fasal yang kelima puluh satu (51) undang-undang berkenaan memperuntukkan mengenai agama negeri dan agama lain dengan menyebut:
Sesungguhnya telah disifatkan dan disebut dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiah Melayuwiah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.

Bagaimana Penjajahan Diterjemahkan?

Penjajahan Ingeris diterjemahkan menerusi pelbagai undang-undang Inggeris yang diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang Islam. Di antara undang-undang yang diperkenalkan ialah Kanun Jenayah(Penal Code), Enakmen Keterangan(Evidence Enactment), Enakmen Kontrak(Contract Enactment), Kanun Acara Sivil(Civil Prosedure Code), Kanun Acara Jenayah(Criminal Prosedur Code) dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Melalui penggunaan perundangan ini, undang-undang Islam yang berkaitan dengan bidang-bidang ini telah diketepikan pemakaiannya.

Hakim-hakim Inggeris ditugaskan sebagai hakim di Tanah Melayu yang membuat penghakiman kes berdasarkan undang-undang Inggeris bagi membentuk rujukan bagi penghakiman terkemudian.

Undang-undang Inggeris menjadi rujukan utama apabila Inggeris menggubal Enakmen Undang-undang Sivil 1937, 1951 dan Ordinan Undang-undang Sivil 1956 yang menetapkan bahawa mahkamah di Tanah Melayu perlu menerima pakai peraturan ekuiti sebagaimana yang digunapakai di England dan juga Common Law di England. Dalam hal ini, seseorang hakim akan merujuk kepada Common Law di England dan peraturan ekuiti bersama statut umum yang berkuatkuasa di England pada 1 Disember 1951 untuk negeri Sabah dan pada 12 Disember 1949 di Sarawak. Penguatkuasaan itu menyebabkan segala kes sivil adalah tertakluk kepada prinsip undang-undang Inggeris.

Malah Inggeris telah mula campur tangan dalam urusan undang-undang perkahwinan orang Islam dengan memperkenalkan pada tahun 1880 Muhammedan Marriage Ordinance bagi menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah

Ordinan ini menyaksikan cita-cita dan usaha British berjaya untuk memisahkan antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayu.

Tanggungjawab Rakyat Merdeka

Setelah 59 tahun merdeka, rakyat mempunyai tanggungjawab memperkasakan kembali hak Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan yang kabur dalam menjelaskan hak sebenar Islam perlu diberikan penjelasan seperti Perkara 3 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa: “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Tafsiran para hakim terhadap peruntukan tersebut menzalimi hak Islam apabila ia hanya ditafsirkan merujuk kepada Islam dengan maknanya yang sempit yang tidak merangkumi perundangan jenayah dan muamalat Islam.

Keperluan Meminta Akta 355 Yang Menzalimi Islam

Pada masa ini, bidang kuasa jenayah terikat dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 1984, yang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebat tidak lebih enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

Kuasa ini tidak selaras dengan Islam dan menzalimi Mahkamah Syariah. Malah bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama.

Akta Mahkamah Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.

Bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperkasakan dengan diberikan haknya untuk berhukum menurut Syariat Islam maka Akta tersebut perlulah dipinda.

Pada bulan mei 2016 di Dewan Rakyat, PAS menerusi YB Ahli Parlimen Marang telah mengambil inisiatif mengemukakan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta 355 dan sekaligus memperkasakan Mahkamah Syariah.

Pindaan adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum berdasarkan hukum Syariah dan tidak lagi terikat sebagaimana sekarang. Ia dijangka dibahas untuk diundi dan diluluskan dalam sidang Dewan rakyat terdekat nanti.

Pengisian erti merdeka menuntut seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam memberi sokongan penuh terhadap usaha pindaan ini bagi memberikan hak yang sebenar kepada Islam tanpa menjejaskan hak-hak rakyat bukan Islam.

Ahli-ahli Parlimen Islam khususnya perlu didesak oleh rakyat di kawasan parlimen mereka untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi memperkasakan Islam dan memperkasakan Mahkamah Syariah.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Rabu, 31 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 31/8/2016             

Sumber HD - 31-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Pertahan prinsip Islami

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42308-ruu-355-pertahan-prinsip-islami

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al Mumtahanah ayat 2 (bermaksud): "Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)."

Usaha memartabatkan dan meninggikan ajaran Islam adalah tanggungjawab agama bagi setiap orang yang beriman.Tanggungjawab ini tidak boleh digadaikan dengan kepentingan duniawi dan juga habuannya. Ia adalah cerminan sifat jatidiri iman dalam individu Muslim.

Sokongan padu dan dokongan setiap warga Muslim dalam negara ini terhadap inisiatif meminda Rang Undang-Undang Akta 355 Mahkamah Syariah pada bulan Oktober 2016 nanti seharusnya menjadi prinsip dasar yang perlu digalakkan dan dipertahankan.

Kejayaan membawa Undang-Undang Persendirian Private Member's Bill bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah di Parlimen oleh YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari Marang merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dari kaca mata nilaian Islam. Ia adalah satu kebanggaan apabila seorang daripada ahli parlimen Muslim daripada pihak pembangkang sendiri berjaya mengusulkan agar salah satu institusi penting Islam iaitu Mahkamah Syariah yang menjadi tempat umat Islam mendapatkan keadilan menurut ajaran agama mereka sendiri perlu dipertingkatkan dan dipinda sesuai dengan keperluan semasa yang mendesak.

Usul meminda Akta 355 ini seharus dan sewajibnya tidak dilihat sebagai polemik politik atau kepartian kerana ia adalah berkait langsung dengan hal ehwal umat Islam. Tambahan lagi, usaha mengusulkan pindaan ini diakui kewajarannya oleh pihak berkepentingan dari sudut perundangan seperti Peguam Syarie, Hakim Syarie dan umat Islam yang melalui proses mahkamah  bahawa keperluan bagi meminda dan meningkatkan kemampuan Mahkamah Syariah setanding dengan sistem perundangan Mahkamah Sivil, Mahkamah Majistret dan lain-lain di negara ini.

Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan bertambah kemampuannya dan keefektifannya dalam menangani isu perundangan umat Islam dan juga berupaya memberi keadilan yang sepatutnya kepada pihak yang menuntut hak mereka.

Sememangnya setiap perkara yang baik itu terdapat halangannya seperti mana Usul Pindaan RUU Akta 355 ini yang turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak khasnya dari segelintir kalangan golongan bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri.

Namun, sebagai umat Islam yang berprinsip, janganlah kita terdorong dengan mereka yang jahil dan tidak beriman. Sikap dan pendirian kita orang yang beriman hendaklah berpandukan kepada petunjuk Ilahi iaitu apabila melibatkan perkara prinsip dasar agama, maka kita mestilah berpihak kepada agama.

Adapun perkara yang tidak melibatkan dasar agama Islam seperti hubungan sesama manusia atas keprihatinan manusiawi, Islam tidak melarang dan menegah kita bekerjasama dan berkompromi. Contohnya, Islam melarang seorang anak menderhaka ibu bapanya sekalipun kedua-duanya adalah tidak beragama Islam. Tetapi apabila kedua-duanya mengajak dan menyuruh kepada kesyirikan, Islam melarang kita mentaati mereka. Islam juga membenarkan orang Islam bersahabat, bersosial, berurusniaga hatta membuat perjanjian dengan golongan bukan Islam. Namun prinsip dan pendirian Islam hendaklah dipelihara dan dipertahankan.

Pelajarilah kisah Hatib bin Abi Baltaah dalam surah al Mumtahanah apabila Allah menurunkan wahyu al-Quran bagi menegurnya dalam cubaannya menyampaikan rahsia perancangan Rasulullah s.a.w. kepada kaum keluarganya yang masih tidak beriman di Kota Mekah. Sekalipun Hatib bin Abi Baltaah menyayangi dan mengasihi terhadap kaum keluarga sendiri itu merupakan tuntutan agama Islam, tetapi tidak sampai menggadaikan prinsip Islam dan merugikan Islam itu sendiri.

Semoga Allah membuka hati mereka yang berkaitan agar dilembutkan dan dilunakkan untuk bersama menyokong usaha pindaan Akta 355 di Parlimen pada bulan Oktober 2016 nanti.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
29 Ogos 2016 / 27 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa

“Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (dari memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”

Al-Ma’idah: 3

2. Syukuri nikmat Islam, bahkan Islam yang lengkap.
3. Tunggak penting Islam ada 2 prinsip dan 2 konsep. 2 prinsip ialah beriman kepada Allah dan beriman kepada Akhirat. 2 konsep ialah taqwa dan Islam sebagai addin yang sempurna.
4. Asas ini dipegang oleh generasi awal Islam sehingga berjaya tegak dan sebarkan Islam. Perkara ini tidak ada dalam agama lain. Dalam tempoh 80 tahun Islam berkembang, ia sampai ke timur dan barat.
5. Islam bersifat futuhat (pembukaan), bukan imperalis, jajah. Ini datang dari ajaran Islam itu sendiri.
6. Sumber yang menjadi asas mazhab Shafie yang juga sumber dalam Perlembagaan PAS iaitu al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
7. Sumber lain seperti Istihsan dan lain-lain menjadi khilaf tetapi maqasid syariah tetap dihayati oleh para ulama kerana Islam itu tidak jumud.
8. Ulama semasa bernama AsShanqiti berkata walaupun ulama khilaf terima sumber lain tetapi sepakat terima maqasid.
9. Dalam mazhab Maliki, kajian maqasid agak berkembang, mungkin kerana pembukaan negara di sebelah benua Afrika Utara. Dalam mazhab Hanafi juga berkembang.




10. Dahulu tiada alat komunikasi, apabila para Sahabat ditugaskan di tempat yang jauh, mereka berijtihad dalam perkara yang tiada nas. Timbul sumber lain seperti ijtihad. Contoh Muaz bin Jabal yang di hantar ke Yaman, bantu Abu Musa Al Asyaari yang tidak lama bersama dengan Nabi. Nabi bertanya kepada Muaz dengan apa dia berhukum. Muaz jawab: Kitabullah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: dengan Sunnah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: ‘Aku berijtihad..’
Dalam Quran ada dasar umum yang boleh menjadi panduan sepanjang zaman. Nabi tepuk dada atau bahu Muaz: ‘Moga Allah beri taufik kepada utusan Rasulullah menurut perkara yang diredhai Rasulullah’
11. Perbincangan kita tentang maqasid.
Asal dari qasad-matlamt, tujuan, hikmah dari hukum syarak. Tujuan maqasid untuk selesai masalah.
Ajaran lain ada undang-undang sahaja, tapi tidak ada aspek lain. Islam adil, ada nilai dosa pahala. Aspek spiritual ini menjadikan pemimpin Islam dahulu menjayakan Islam sebagai rahmat ke seluruh alam.

Objektif maqasid-jalb manfaat (tarik kebaikan), dar’u mafsadah (tolak kejahatan).

Dalam dar’u mafsadah dan jalb maslahah ada tahsin manfaat (mengelokkan kebaikan), taqlil mafasid (kurangkan kerosakan).

12. Tiga golongan manusia terhadap maqasid:
i-tolak maqasid-mazhab Zahiri-pakai nas secara lahir sahaja. Contoh pilihanraya haram kerana tiada nas-ini melampau.
ii-tasahul (bermudah-mudah)-golongan Islam liberal-banyak lahir di zaman kita, gadai prinsip perjuangan, cari redha bukan Islam
iii-wasatiah (sederhana)-maslahah ada 3:
a-Maslahah Muktabarah (syarak sudah tetapkan seperti puasa didik jadi taqwa, hukum hudud cegah mungkar melalui potong tangan)
b-Maslahah Mulgha (diabaikan)-Contoh matlamat menghalalkan cara-merompak untuk tunaikan haji, rasuah untuk bantu orang susah
c-Maslahah Mursalah-di sini dibincang dalam Maqasid Shariyyah, termasuk perkara yang wajib, haram dan haram jadi wajib ketika darurat.

13. Tiga perkara dibincang dalam ilmu maqasid

a-Daruriyyat (keperluan)- rukun hidup. Contoh makan
b-Hajiyyat (kehendak)—tidak ada tidak mengapa, boleh hidup tetapi tidak sempurna. Contoh nasi bagi orang Melayu.
c-Tahsiniyyat-(aksesori)-menambah baik. Contoh nasi dagang.
14. Imam Ibn Khaldun kata kadang-kadang hajiyyat boleh jadi daruriyyat kerana fiqh waqi’
15. Imam Ghazali dalam Al-Mustasfa, Ibn Taimiah dalam mazhab Hanbali, As-Shaibani, Sahnun dalam mazhab Maliki mengatakan Daruriyyat ada 5-agama, nyawa, akal, keturunsan, harta.
As-Shanqiti tambah satu lagi iaitu maruah

16. Agama-didakwah. Kalau dengan beragama, harta terjejas, dahulukan agama
Jaga agama didahulukan. Para Sahabat Nabi berhijrah kerana pelihara agama
Nyawa-juga penting

17. Isu wajib mudhayyak (sempit), wajib muwassa’ (luas)- Contoh wajib masuk pilihanraya kerana nak tegakkan Islam dengan tunaikan fardhu haji. Pilihanraya sangat hampir. Suara menangkan Islam mesti ada. Fardhu haji boleh ditangguh.

18. Fiqh siasah, fiqh waqi’ berkait dengan sebab turun ayat.

Di sinilah sebab kita bentang RUU 355- bagi orang Islam sahaja berdasarkan ayat
“Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”Al-Maidah:42

Sebab turun ayat: Pertelingkahan Bani Nadir dan Bani Quraizah, menyebabkan kena diat. Mereka minta Nabi jatuhkan hukuman. Taurat kata qisas.

Riwayat lain sebut ayat di atas tentang Yahudi yang berzina. Mereka ampu ulama mereka ubah dari hudud kepada lumur arang. Mereka jumpa Nabi, buka Taurat. Turun ayat di atas.
Ulama lain kata ayat ini mansukh

Ulama lain kata ayat perang kekal hingga hari kiamat. Kita tarjihkan pendapat ia sepanjang masa.
Fiqh waqi’ kata dalam perlembagaan Malaysia tidak hukum orang kafir. Maka ia berbetulan dengan pandangan ulama juga.
19. Ada bentuk yang dinamakan Istianah (bantuan dari orang bukan Islam)- ketika Fath (pembukaan) Mekah, Nabi minta senjata dari Hakim bin Hizam. Kalau dilihat sirah, Nabi bekerjasama ketika kuat, ini bererti dari segi siasah, kerjasama ialah sampaikan mesej, bukan hanya mahu kuasa.

20. Tahsin almasalih (perelokkan kebaikan)-zaman dahulu, dakwah ikut suka, tiada peraturan sangat-guru mati, pondok mati. Universiti Alazhar tidak mati kerana ada institusi ulama, orang ada Contoh lain, wujudkan Jemaah tegakkan islam, azan 2 kali, tadbir urusan kewangan seperti khumus. Di zaman Umar alKhattab, Islam kuasai tanah. Banyak tanah. Umar guna maqasid dengan tanah yang banyak diurus oleh kerajaan. Kalau diberi kepada tentera dan lain-lain, mereka akan tinggalkan jihad, sibuk dengan tanah. Khaibar-sebahagian tanah kerajaan yang urus, sebahagian diurus peribadi.
Buku kira-kira dibuat oleh Umar, sistem ata’ (pemberian)-Golongan dapat lebih seperti ahli Badar, Aisyah (kerana kelebihan ayahnya iaitu Abu Bakar), mereka yang masuk Islam lewat dapat kurang.


21. Taqlil mafasid (kurangkan kerosakan)-contoh Tartar bunuh semua orang di Iraq, kuat minum arak, simbah arak dalam masjid. Ibn Taimiah suruh biar mereka mabuk, supaya tidak bunuh orang. Contoh lain, kerja dengan kerajaan zalim.
22. Laksana hukuman-fiqh waqi’-Sahabat mengadu sebatan 100 rotan kepada pesalah yang kurus sangat sampai tulang, ambil 100 ranting, sekali sebat sahaja.
23. Hindraf pernah lawat tok guru, bimbang orang bukan Islam ikut hukum syarak kerana keadilannya.
Pelaksanaan hukum berkait juga dengan fiqh harakah. Islam adalah ajaran ajak manusia selamat dunia akhirat. Maqasid bertujuan untuk laksana Islam, selamatkan.seramai mungkin orang lain.

***Ringkasan intipati ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada program Liqa-ul-Fikr PAS Pusat, di KUIZM semalam,27 Ogos, 2016. Catatan dibuat oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek, Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu


Sumber BO - 28-8-2016