BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, May 26, 2018

SUDUT PANDANG TENTANG PARTI-PARTI POLITIK DAN HAL SEMASA (JILID 7 )

Sabtu, 26 Mei 2018


PRU-14 Menyesal Aku Undi PH


Sebelum ni aku memang seorang penyokong kuat PH. Aku berkempen pada kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai supaya menolak DS Najib kerana akibat salah urus tadbir ekonomi negara sehingga rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, harga minyak yang mahal walaupun negara kita pengeluar minyak, harga barang yang melampau akibat kerajaan BN memperkenalkan cukai GST dan berbagai masalah lagi.

Aku bagi keyakinan pada kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai jika PH berjaya menawan Putrajaya semua masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akan dapat di selesaikan.

Tapi setelah DS Najib dan BN berjaya di jatuhkan, apa yang aku canangkan tak menjadi kenyataan. Yang aku lihat kerajaan PH seolah-olah nak mengalihkan isu penderitaan rakyat dengan hanya tertumpu kepada isu DS Najib. Stesen televisyen hari-hari menyiarkan berita berkenaan kes 1MDB, siasatan SPRM terhadap DS Najib dan peti besi rumah DS Najib. Rakyat tak nak tahu semua tu. Yang rakyat nak tahu mana janji-janji manifesto pilihanraya dulu?

Hilang sudah manifesto yang katanya nak meringankan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak kepada 1.50 seliter, nak memansuhkan tol, nak mansuhkan GST dan banyak lagi janji-janji sebelum pilihanraya termasuk memansuhkan hutang PTPTN.

Bukan aku nak sokong DS Najib tapi memadailah siarkan sedikit sahaja berita siasatan terhadap DS Najib dan selebihnya selesaikan masalah rakyat. Biar pihak berwajib jalankan tanggungjawabnya sehingga selesai dan keluarkan keputusan samada DS Najib bersalah atau tidak? Jika DS Najib bersalah maka hukumlah dia dengan seadil-adilnya.

Sekarang macamana aku nak berdepan dengan kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai? Bila berjumpa sahaja mereka akan memperli aku dengan berkata "minyak sekarang dah murah, tol dah takde dan GST dah mansuh". Aku nak jawab macamana pun tak tahu. Malu aku di buatnya.

Tuduhan yang di lemparkan oleh pembangkang pada kerajaan PH iaitu "Janji Dulu Lepas Tu Baru Kaji" memang ada kebenarannya. Jika kita lihat janji-janji yang di taburkan semasa PRU yang kerajaan akan turunkan harga minyak kepada 1.50 seliter kemudian selepas menang dia umumkan akan apungkan harga minyak sehingga mekanisme harga baru di perkenalkan dan nak mansuhkan tol kemudian selepas menang dia cakap akan kaji harga tol memang menunjukkan yang kerajaan PH tak mampu tunaikan janji.

Untuk PRU-15 aku akan kempen dengan kaum keluargaku, saudara-mara dan sahabat handai supaya menolak kerajaan yang hanya pandai berjanji tapi tak pandai menunaikan janji.

Muhammad Nabil  Rafiuddin,

Klang,
Selangor.

Sumber MR - 26-5-2018

Tuesday, May 22, 2018

KESIHATAN DAN PENYAKIT (JILID 3)


Selasa, 22 Mei 2018

Roti John buat sendiri di rumah


Bahan Inti Daging atau Ayam2 cawan daging cincang
2 ulas bawang merah, cincang
4 ulas bawang putih, cincang
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Penyediaan :

1.  Bancuh rempah kari, jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air, kacau rata.
2.  Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan putih hingga keperangan.
3.  Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau sebentar hingga rata.
4.  Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah warna.
5.  Tambah air paras daging dan masak dengan api sederhana sehingga air hampir kering.
6.  Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, boleh tambah 1/2 ketul kiub ayam jika suka.
7.  Kacau sehingga daging lembut dan masak, biar berkuah sedikit dan tidak terlalu kering.



Bahan-bahan
Roti panjang atau roti sosej bujur, belah tengah jangan putus
Mentega atau marjerin untuk sapuan
Bawang merah cincang halus
Daun bawang, hiris halus
2 biji telur
Inti daging atau ayam
Kepingan keju jika suka
Hirisan daun salad, tomato, timun dan kobis


Penyediaan :

1.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan 4 sudu besar inti daging, sedikit bawang cincang dan daun bawang,  Kocok hingga sebati.
2.  Panaskan kuali leper, sapu marjerin di atas belahan roti dan masa sebentar hingga permukaannya sedikit garing,  Angkat dan letak di dalam pingan,
3.  Sementara itu, letak sedikit marjerin di atas kuali, tuang bancuhan telur tadi, biarkan sebentar dalam 1 minit.
4.  Telekupkan roti ke atas telur yang hampir kering tadi, tekan-tekan sedikit dan biarkan sehingga telur masak.  Sapu sedikit marjerin di atasnya.
5.  Terbalikkan roti ke atas, biarkan sebentar dan angkat.
6.  Letak kepingan keju ketika masih panas jika suka dan hirisan salad seperti kobis, timun dan tomato.
7.  Picit sos cili, mayonis dan tabur sedikit serbuk lada hitam.


 Sumber : https://resipicitarasawan.blogspot.com

Sumber MR - 22-5-2018


Selasa, 22 Mei 2018


10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa


Puasa ni tak mudaratkan kesihatan ke? Cukup ke pengambilan air setiap hari? Kalau ikutkan banyak sangat persoalan kenapa kita kena bertahan lapar dan dahaga (puasa), bukan takat orang muslim kene wajib tahu yang non muslim pun mesti tertanya kan kenapa la kene puasa ni

Ok, kita kongsikan sikit kenapa muslim berpuasa

Kenapa Muslim Berpuasa?

Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)

Di sebalik suruhan Nya, ada banyak sebab kenapa kita di wajibkan berpuasa, bukan nak siksa kita tak makan dan minum sampai boleh bawa maut tapi, banyak sangat kebaikan disebaliknya, hari ni Cek Su nak kongsikan kenapa kita berpuasa dari segi saintifik,

Mungkin sudah terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang boleh dibaca berkenaan kelebihan berpuasa. Cek su cuma nak fokuskan 3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Bagi Muslim, terdapat pelbagai faedah berpuasa.

Antaranya adalah:

1. Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.

2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.

3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.


Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:

1.     Mengurangkan berat badan
2.     Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
3.     Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
4.     Mengurangkan tekanan darah tinggi.
5.     Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
6.     Mengawal stress

Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?

Kelebihan kesihatan berpuasa di bulan ramadhan termasuk: kurangkan berat badan, kurangkan kolesterol, tekanan darah, kawalan glukos, stres dan lain-lain.

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.

1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).

2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.

3. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.

4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.

5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan

    5.1  Tahap insulin yang lebih rendah
    5.2  Glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

6. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.

7. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.

8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.

9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.

10. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.

Selamat menunaikan ibadat puasa semua.

Kredit :
    Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
    Kevin Zahari

Sumber MR - 22-5-2018

Saturday, May 19, 2018

PEMIKIRAN WARTAWAN VETERAN SUBKY LATIFF (JILID 5)

Tak ditanya profesional muda ramai PAS

HARI-hari awal kejatuhan BN di Putrajaya dan kemenangan bergaya PAS di Pantai Timur dan hampir menawan Kedah, ulasan sepanjang masa stesen TV Sinar-Awani ikut membincangkan kejayaan mengejut PAS oleh dua tetamu dari universiti.

Seorang laki-laki dan seorang Syarifah. Namanya tak ingat dan universitinya tak ingat. Jika tidak silap Syarifah itu dari Universiti Malaya. Saya puas hati atas ulasan bebas, akademik dan profesional. Rancaknya ia dihostkan dua penyiar tetap dan terkenal TV itu. Perbincangan itu tidak lagi pobia BN.

Hostnya yang menghidupkan perbincangan itu.

Menyentuh prestasi PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, keempat-empatnya – dua host dan dua tetamu – seolah-olah terkejut dan mengkagumi kemenangan bergaya PAS itu.

Lama menjelang PRU 9 Mei itu negara diwar-warkan PAS akan tersepit hingga sifar Parlimen dan negeri Kelantan terlepas justeru aura Tok Guru sudah tiada. Sekalipun ada yang tidak pasti PAS tersungkur teruk tetapi tidak menyangka kejayaannya pda PRU itu kedua selepas Harapan.

Selepas Harapan menawan Putrajaya dan beberapa kerajaan negeri, PAS menang besar di Kelantan, merampas Terengganu dengan kemenangan besar juga serta ada peluang jadi kingmaker di Kedah. Jika tiada yang meninggalkan PAS selepas berpisah dengan Pakatan, nescaya Kedah jadi genggamannya.

Tiada mereka itu tahniah atas pencapaian PAS itu tetapi perbincangannya menghargai kejayaannya dalam PRU itu dan ia menggambarkan PAS masih relevan dan ada masa depan. Tidaklah ia mati kering bagai yang diharap oleh para pelariannya.

Syarifah itu megaku membuat banyak kajian dan tinjauan termasuk PAS. Baginya kini tiadalah boleh diperkecil parti Islam itu.

Dari kajiannya dia mendapati ramai orang profesional dalam parti itu termasuk yang muda-muda. Mana-mana parti yang ramai anak muda, maka masa depannya tidak dipandang sepi.

Dan dia kagum profesional muda itu tegar pegangannya terhadap Islam. Jika lepasan pondok begitu tidak ganjil tetapi yang tidak mendapat pendidikan formal Islam sama saja sikap dan fahamannya dengan lepas pondok ia adalah suatu menarik bahkan luar biasa.

Bukan baru anak muda lulusan konvensional cenderung dan berpendirian jelas Islam. Sebelum Abim disambar Umno, sudah ramai yang begitu dan setengahnya sudah jadi PAS tegar. Gerakan Islam ada tarbiyah, usrah dan tamrinnya. Tentu ia menyumbang perkembangan itu.

Syarifah itu menerima kewujudan aliran Islam dalam politik yang demokrasi sekarang. Yang dimahunya jangan PAS jadi Islam konservatif. Biarlah maju dengan Islam yang progresif. Tidak pula dia ditanya apa Islam progresif dan konservatif itu? Adakah Islam itu terbagi kepada lebai dan tidak lebai seperti sangkaan di zaman penjajah dan penjajah cuba bentuk?

Dalam Islam mana ada hadhari dan tidak hadhari. Arab Baduwi yang tahu Islam sikit-sikit lainlah pengertiannya dengan orang yang mendapat tarbyah dari Rasulullah SAW. Nasionalis ada tua dan mudanya. Islam tidak kolot dan tidak moden.

Syarifah sudah banyak mengkaji dan tinjauan. Tapi dia belum tinjau profesional muda itu mengapa ramai yang suka PAS? Adakah konservatif dan progresif dalam Islam.

Syarifah akan dapat jawapan yang memuaskan dari kajian lanjutnya nanti. Mungkin ia tidak sekadar puas hati justeru akademiknya, mungkin keterangan profesional muda itu mendorongnya mengisi borang keahlian PAS.

Jika kajian itu dibincang pula oleh TV Sinar-Awani tidak mustahil bertambah penyertaan PAS. - HARAKAHDAILY 27/5/2018
Sumber HD - 27-5-2018 

Bolehkah Umno bangkit semula?

SEMUA bertanya boleh dan mampukah Umno bangkit semula dan bila?

Setakat ini ahli Umno memang ramai bukan saja di akar umbinya, bahkan yang status korporatnya pun ramai. Tetapi para saudagar yang ramai itu tidak pasti berhati Umno, sebaliknya dengan menjadi Umno itu masing-masing beroleh banyak peluang.

Jika pembangkang Umno tidak lagi dapat memberi apa-apa peluang, apakah mereka sedia menunggu?

Umno itu tidak dipastikan berhartakah? Mungkin di tiap-tiap tempat ada bangunannya. Bangunan itu adalah aset. Tetapi dapatkah aset itu dapat menampung keperluan kewangan Umno?

Dipercayai ia boleh menampung keperluan pentadbiran, tetapi hendak bermewah lama seperti dulu, tidak dapat difikirkan.

Dulu dirasakan Umno hidup atas sumbangan tak terhingga para saudagar yang dapat mengaut berbagai peluang tadi dan rata-rata merasakan tiap-tiap projek kerajaan ada harga tambahan, bukan harga sebenar. Harga tambahan kadang-kadang berganda dari harga asal adalah untuk Umno dan poket orang Umno.

Kalau duit itu sudah tiada payahlah Umno membeli orang masuk Umno dan jika peluang sudah payah, payah orang berlumba-lumba masuk Umno.

Umno itu dilihat rasuah. Jika kerajaan baru betul-betul dapat mengikis rasuah pada lima tahun pemerintahan pertamanya ini, hingga semua rakyat benci pada rasuah, maka parti yang dirasakan rasuah payah bangkit.

Kemudian bergantung pula kepada pemimpin-pemimpin selepas tiada Najib. Jika tindakan ke atas Najib atas bermacam-macam dakwaan, melibatkan terseretnya ramai pemimpin sekitar Najib, dan tidak ramai yang terlepas, maka menyebabkan orang belum Umno tidak jadi menyertai Umno dan orang Umno berjuang semata-mata Melayu dan Islam, bertambah ramai malu kekal dalam Umno.

Bagi mana-mana parti politik apabila pemimpinnya ditolak, orang-orang yang orang pemimpin itu lazimnya ditolak sama tidak kira mereka salah dan bersekongkol dengan pemimpin itu atau tidak.

Jika dalam pelan kebangkitan itu pemimpin dilihat geng pemimpin yang pergi, maka payah bagi Umno untuk bangkit semula.

Tunku dulu tidaklah teruk sangat, tetapi apabila Tun Razak mengambil alih Umno dan kerajaan, sekalian yang dikatakan orang Tunku semua tercicir. Jika yang setia kepada Tunku dipinggirkan oleh Umno Tun Razak, maka bagaimana Umno ditinggal Najib boleh terima orang Najib?

Umno hanya boleh bangkit kiranya pemimpin Umno selepas ini bersih dari sekongkolan Najib dan mereka yang dirasa/dilihat tidak rasuah. Jika kerajaan Harapan ini dapat mewarisi imej tidak rasuah Kerajaan PAS Kelantan, payah bagi Umno kembali berkuasa.

Jika Selangor dapat dijadikan contoh, tiada pemimpin Umno negeri itu meninggalkan parti apabila ia kalah. Umno kalah di negeri Selangor saja. Kerajaan pusat masih Umno. Noh Omar terus menyalurkan bantuan kepada Umno, tetapi sudah berturut-turut tiga PRU Umno tidak bangkit.

Sekarang Umno sudah tidak berkuasa di pusat dan kebanyakan negeri. Ajaib jika ia menang PRU15. Jika terpaksa tunggu tiga PRU lagi, siapa lagi tinggal dalam Umno. Ertinya ia tidak bangkit-bangkit.

Siapa Presiden Umno selepas ini? Apa nasib Najib boleh diagak. Payah memikirkan orang lupa kepadanya. Jika dia payah dilupakan, payah membayangkan bagaimana Zahid Hamidi dan Hishammuddin selera memimpin Umno. Harapan Zahid ialah melonggokkan kesalahan kepada Najib.

Siapa tidak menyalahkan Najib tidak mudah dapat jadi pemimpin Umno. Khairy Jamaludin Nampak masalah itu. Dia mengaku silap tidk menegur Najib. Tegur selepas kalah seperti tidak tegur. – HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018 




Kembalilah ke pangkuan politik keluarga

SEKALIPUN politik itu pilihan sendiri mengikut siyasah dunia, tetapi PAS adalah siyasah jamaah yang umat Islam dikehendaki bersamanya. Namun dalam politik duniapun rata-rata anak-anak orang politik bersama politik keluarganya.

Amerika adalah paling bebas politiknya, anak-anak keluarga Kennedy akan bersama politik keluarganya Parti Demokrat baik mereka Katolik atau Protestan. Anak-anak mendiang Karpal Singh adalah bersama politik bapanya. Anak Kit Siang tidak akan memilih MCA. Payah bagi anak-anak para pemimpin MCA yang dekat mendiang itu menyertai DAP.

Falsafah politik Mahathir tidak bersama siyasah syariyyah. Anak-anaknya tidak lari politik ayahnya baik dalam Umno atau keluar Umno. Najib bakal bermasalah dengan Umno, tapi anak cucu Tun Razak selain dari zuriat Najib, kalau politik Umno itu ada lagi, bersama Umnolah mereka.

Pemimpin PAS baik semasa Asri dan selepasnya acap mengingatkan ahlinya akan maksud hadis riwayat Huzaifah ibni Yaman akan keutamaan umat bersama jamaah Islam. Jika tidak ada cari dulu jamaah Islam. Jika tidak ada juga baru adakan jamaah lain tapi Islam juga. Tiada sama sekali dibenarkan bersama jamaah non-Islamic.

Tetapi anak-anak pemimpin PAS sebelum TG Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan mafhum hadis itu. Contohnya Nik Omar dari Kedai Lalat, Pulau Melaka, mengaku ahli PAS tetapi tidak lagi bersama politik keluarga Mursyidul Am PAS itu sejak PRU14, suatu yang tidak disenangi keluarga itu jauh dan dekat.

Sejak bila dia bersama politik yang disertainya itu? Orang-orang yang keluar PAS memulakan NGO bernama Pasma beberapa bulan sebelum TG Nik Aziz meninggal dunia. Mereka yang keluar PAS sebelumnya menjelajah bersama NGO itu tentang pembentukan parti menggantikan PAS. Beberapa bulan selepas itu baru parti itu ditubuhkan. Politik yang disertai Nik Omar iu dirancang semasa TG Nik Aziz masih hidup.

Tiba-tiba saja Nik Omar berpisah dari politik keluarganya menjelang jadi calon PRU14. Keluarganya terperanjat. Dipercayai ia tidak bermula dari kecenderungan Nik Omar sendiri tetapi dia dipersilakan. Keluarga itu tidak setuju dengannya tetapi baginya politik itu pilihan sendiri.

Dia ke situ kerana diajak. Diajak oleh orang-orang yang pernah menyokong dan setia kepada ayahnya.

Tindakan Nik Omar itu dengan sendirinya pertama bukan sekadar memecahkan politik keluarga, tetapi memecahkannya dari keluarga itu. Kedua, ia mengganggu kesatuan fikrah dan keamanan keluarga itu. Ketiga, ia menghina Tok Guru yang disanjung oleh semua kawan dan lawan. Keempat, Nik Omar sendiri terperangkap sebagai mangsa.

Telah saya sebutkan sebelum ini akan kepayahan Nik Omar sebagai imam di masjid Tok Guru itu dan sebagai mudir madrasah Tok Guru itu. Orang sudah payah berimamkannya dan kalau dia jadi imam penyokong Tok Guru yang mana redha berimamkan dia. Satu dari syarat imam yang elok itu diredha oleh makmum.

Orang belajar di sekolah itu kerana menyokong Tok Guru dan perjuangannya. Bila mudir tidak disenangi, bagaimana ibu bapa hendak menghantar anak bersekolah di situ?

Akan ada kesan hubungan isteri dan anak-anaknya dengan keluarga Tok Guru sepenuhnya. Boleh dikata tidak apa-apa, tetapi tidak sesenang psikologinya.

Tdak kurang pula ia mengganggu ketenangan ibunya Datin Tuan Sabariah yang disanjung oleh semua rakyat dan penyokong PAS. Tdak dapat dibayangkan gangguan yang dialami oleh seorang ibu.

Ubatnya ialah Nik Omar kembali kepada kesatuan keluarga dan politiknya. – HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018 



Angkara Najib boleh dicegah

KERAJAAN baru di bawah sistem yang sama pimpinan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Mahathir mula menjalankan pembersihan – bahasa kerajaan PAS Terengganu pimpinan TG Haji Hadi dulu disebut pemutihan.

Selain dari Najib dan isterinya dalam proses penyiasatan, pegawai-pegawai tinggi yang disyaki bersubahat menyorokkan fakta dicuti dan digantung, ratusan pegawai kontrak ditamatkan perkhidmatan serta merta. Semuanya dikatakan dalam rangka meletakkan pemerintahan kembali dalam keadaan yang betul.

Semua nampak laju dan keras tetapi pembetulan memerlukan tindakan segera. Melambatkan tindakan bererti membenarkan kepincangan berjalan lagi. Keburukan sekalipun kecil mesti dihenti segera.

Ia adalah pencegahan dan pemulihan. Pengamal perubatan seperti Dr. Mahathir sepatutnya faham pencegahan lebih baik dari pemulihan. Najib itu tidaklah rosak serta merta, tetapi sistem yang tidak peka dengan dosa dan pahala membenarkan karut yakni korup berperanan. Pencegahan tinggal kata-kata, tindakan tiada.

Angkara Najib bukan bermula ketika menjadi Perdana Menteri. Gema besar sejak jadi Menteri Pertahanan lagi. Urusan tempahan dua kapal selam Perancis dan pembunuhan nyonya Altantuya. Nama baiknya remuk serata dunia. Kerajaan di bawah pemerintahan Tun Abdullah Badawi tidak sungguh-sungguh menanganinya, bahkan di hujung pentadbirannya PM Abdullah melepaskan Menteri Kewangan kepadanya sedang pekung tempahan kapal selam sudah ribut.

Najib bukan pilihan Abdullah sebagai TPM. Mahathir mengenakan tekanan supaya mengambilnya juga. Ketika pekung kapal selam bergema dan kes pembunuhan Altantuya sudah dimahkamahkan, Mahathir mahu Najib menggantikan PM Abdullah. Pertukaran PM berlaku ketika pekung pembunuhan Altantuya bergema.

Penyakit sudah ada, doktor – Mahathir, Umno dan kerajaan - tidak peka dengan pencegahan, bahkan membenar orang yang dilihat karut menjadi pemimpin.

Najib itu sudah dilihat buruk lama sebelum Khairy Jamaluddin mendapati nama Najib di akar umbi Umno dan rakyat seluruhnya buruk. Khairy baru mengetahuinya selepas Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal disingkir sedang ia sudah berakar di akar umbi dan Mahahir sudah keluar lagi dari Umno.

Khairy itu adalah menteri dan orang Umno terpintar, bukan macam Hishammuddin Hussein dan Tengku Adnan Mansor. Orang ramai sudah lama tahu Khairy baru saja tahu. Tetapi dia tidak maklumkan pada Najib. Sesudah Najib ditawan baru dia mengaku menyesal tidak menyampaikan kepada Najib yang di kemuncak kekuasaannya masa itu.

Tun Musa Hitam semasa jadi TPM mengingatkan Umno jangan dirasuk sindrom bisu. Khairy jadi macam itu kerana penyaki sindrom bisulah. Jika yang pintar macam Khairy kena wabak sindrom bisu, apa diharap pada Umno yang lain.

Saidina Abu Bakar as-Siddq dan Saidina Umar al-Khatab ketika mula memegang jawatan khalifah berpesan, tegur aku bila berlaku silap.

Inilah silap orang politik berkuasa tidak berminat mengkaji dan beramal dengan akhlak dan pentadbran Islam. Yang mahukan politik dan kerajaan Islam hanya PAS.

Bila Umno gagal cegah Najib kerosakan bukan pada Najib saja. Negara rosak, rakyat rosak, kerajaan rosak, pegawai rosak, semuanya rosak. Sesudah semua rosak barulah Mahathir datang mencegah keburukan, sedang negara sudah cedera dan kerugian besar dalam segala sesuatu.

Yang menjadikan Najib rosak ialah Umno yang rosak, memakai sistem yang rosak yang merosakkan rakyat dan pentadbiran. Jangan hukum Najib saja. Umno juga dihukum. Pemulihan baru bermula buat negara yang sudah cedera. Mencegah lebih senang dari memulih.

Pemulihan berjaya jika sistem berubah. Jika sistem lama juga, akan berulang kecederaan selepas Najib cedera. – HARAKAHDAILY 21/5/2018
Sumber HD - 21-5-2018 

Dari hal tiga Abdul Umno

ADA tiga watak yang boleh dikira tiga Abdul Umno dalam musibah yang menimpa dalam parti yang Umno kira keramat dalam PRU14 9 Mei lalu.

Paling menarik ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor. Kedua Dr. Salleh Keruak, Menteri Multimedia dan yang ketiga Dr. Asyraf Wajidi Dasuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selepas tragedi yang dialaminya berkait dengan kes duit tunai berkilo-kilo di lapangan terbang Australia, beliau melepaskan jawatan Menteri Besar. Dia menang kes itu. Perdana Menteri Abdullah Badawi menjadikannya Menteri Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno. Dia masih dikira ketua de facto Umno Selangor.

Bila PM Abdullah digulingkan Najib, Najib mengambil ketua Umno Selangor dan Tan Sri hilang dalam politik. Dia tidak dicalonkan Najib di Selangor.

Tiba-tiba dia jadi ahli PAS. Dia aktif dalam PRU13 dan PRK Kajang membantu calon Dr. Wan Azizah. Pandangannya dikatakan tidak sama dengan PAS yang memihak kepada Menteri Besar Khalid Ibrahim. PAS berbeza pandangan dalam usaha PKR menyingkir Khalid sebagai Menteri Besar.

Ketika sekumpulan pimpinan PAS cuba menggulingkan pimpinan ulama PAS, dia mulai renggang dengan PAS. Dalam krisis PAS itu TG Haji Hadi dan pimpinan ulama selamat. 
Sekumpunan 18 pimpinan yang gagal menggulingkan pimpinan TG Haji Hadi berkumpul di Muar bersetuju menubuhkan parti baru. Muhammad dikatakan ikut dalam perjumpaan itu.

Bila parti baru itu ditubuhkan, dia tidak serta sebaliknya menyertai PKR. Tidak diketahui kegiatannya dalam PKR. Tetapi ketika Najib mulai tidak disenangi oleh akar umbi Umno, Mahathir dan Muhyiddin Yassin mulai membentuk parti baru, Muhammad pula kembali ke pangkuan Umno. Tidak banyak yang didengar apa bantuannya atas Umno. Dalam PRU14 tidak kedengaran.

Dan PRU Umno kalah, Harapan menang besar, PKR sebagai komponennya beraya besar di Selangor. Muhammad mewarisi Umno/BN hilang kuasa. Mulai ada Umno meninggalkan Umno, menjadikan dia betul-betul Abdul.

Bila kepimpinan Najib dan Umno ditakwil Muhyiddin dan Shafie Apdal, Najib buang mereka dari Umno. Najib pungut Dr. Salleh Keruak yang pernah jadi Ketua Menteri puluhan tahun lalu. Salleh adalah orang Umno yang terbiar. Ketika Shafie Apdal dibuang, Najib ambil Salleh jadi menteri pusat dan Bendahari Agung Umno.

Sebagai menteri dia bercakap banyak juga. Dalam PRU14 dia kalah, Umno Sabah kalah, Umno Malaysia kalah dan Najib tak jadi Perdana Menteri lagi dan tak jadi pemimpin Umno/BN lagi. Berapa hari saja merasa jadi menteri? Itulah Abdul yang kedua.

Seorang cendekiawan dan agamawan berfikiran luas. Najib dikatakan terpesona mendengarnya bercakap. Dr. Asraf Wajidi. Anak Kelanan yang pintar ini tidak berpolitik bersama majoriti rakyat Kelantan. Hampir 50 tahun Kelantan di bawah PAS, dia lawan PAS.

Umno calonkan dia dalam PRU13. Kalah. Kalau dia masuk PAS tentu dia jadi orang penting PAS dan orang ada masa depan dalam politik. Walaupun dia anak orang Umno yang bukan calang-calang tetapi dia keturunan orang PAS sebelum bapanya dipujuk Tun Razak jadi Umno.

Dia orang yang tahu Islam tetapi memilih parti yang berlawan dengan PAS yang berjuang kerana Islam.

Ketika Najib mulai tenat, Najib jadikan dia ahli Majlis Tertinggi Umno dan jadikan pula timbalan menteri. Jadilah dicalon BN. Kalah. Umno kalah di Kelantan dan kalah di Putrajaya.

Berapa hari saja jadi menteri. Jika Umno tak pulih, macam mana?

Demikianlah kisah tiga Abdul Umno. – HARAKAHDAILY 20/5/2018
Sumber HD - 20-5-2018 





Untung Melayu bila BN kalah

SEORANG dermawan menyumbang cat hijau tua di bahagian tertentu sebuah masjid. Tidaklah sepenuh bangunan itu dicat dengan warna syurga itu.

Beberapa ketika kemudian orang Umno tidak senang kerana ia dikatakan warna PAS. Jawatankuasa masjid yang dipengerusikan oleh Umno tidak senang dengan hijau itu memutuskan masjid di bahagian hijau dicat kuning muda.

Ahli khariah tidak hirau ia hijau atau kuning. Tetapi masjid sudah menggunakan wang sumbangan mingguan orang ramai bagi menukar cat sedang masjid perlu wang demi berbagai kegiatan dan kebajikan. Banyak bangunan syiar Islam di dunia berwarna hijau tetapi pemimpin kecil Umno tidak tahan dengan hijau. Bagaimana dia di syurga nanti sedang sekitarnya adalah kehijauan?

Tentunya dia tidak selesa dengan syurga yang demikian warnanya.

Mengapa tidak tunggu PRU yang tidak sampai seminggu lagi? Dalam PRU itu Umno kalah. PAS tidak menang tetapi ia seri dengan Umno. PAS dapat dua negeri – Kelantan dan Terengganu. Umno pun tinggal dua negeri juga – Perlis dan Pahang.

Manifesto Harapan menjanjikan memulangkan royalti minyak kepada negeri yang berhak. Dua negeri PAS itu berminyak belaka, sedang dua negeri Umno tidak berduit. Dulu negeri Umno yang tidak berduit disokong kerajaan pusat. Kerajaan pusat sekarang di bawah Harapan.

Justeru semua negeri dulu Umno yang punya kecuali Kelantan, maka merajalela diskriminasi Umno dan semua bidang. Pejabat agama Umno kuasai, semua jawatankuasa masjid/surau monopoli Umno. PAS layak jadi makmum saja. JKKK semua Umno. Guru PAS ditukar ke sana sini, pegawai yang dikenali PAS terhalang kenaikan pangkat.

Sekalipun Kelantan berkerajaan PAS tetapi kerajaan pusat Umno mengisi jawatan dan jabatan persekutuan dengan Umno yang kerjanya memencilkan PAS.

Berlaku perpecahan orang Melayu/Islam yang amat teruk dalam semua perkara. Semuanya kerana PAS dan Umno. Bukan Umno dan PAS yang menyebabkan perpecahan tetapi diskriminasi Umno punca ketidakadilan itu.

Sekarang Umno sudah kalah di pusat dan negeri kecuali Perlis dan Pahang. Kerajaan pusat Harapan yang berperdana menterikan Mahathir tentu tidak akan membuatkan kerajaan Perlis dan Pahang memonopoli semua institusi masyarakat.

Umno sudah tidak menguasai pejabat agama. Masjid dan JKKK mesi dikongsi bersama Umno, PAS dan Harapan.

PAS tidak kalah sangat dalam PRU tetapi Umno tak menang. Kalahnya Umno menyebabkan ia tidak ranggi lagi, tidak lagi boleh memadam cat hijau pada bangunan dan menebang pokok berdaun hijau.

Di setiap tempat setiap malam dalam kempen PAS bermunajat moga-moga Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mencabut kuasa dari sesiapa yang dikehendakiNya mencabut kuasa itu dari Umno/BN dan gantikan dengan PAS.

Dalam PRU itu Allah kabulkan sebahagian dari doanya dan tangguh dulu sebahagiannya. Kuasa Umno iu Allah cabut, tapi kuasa belum dibagi sepenuhnya kepada PAS, sebaliknya diberi kepada Harapan.

Setakat ini keputusan adil untuk Islam dan Melayu, kerana Umno tidak lagi bolrh monopoli institusi masyarakat dan pemerintahan. Umno dan PAS boleh berkongsi dalam semua perkara. Ia menyekat Umno dari meneruskan kezaliman dan kedua-duanya boleh bersama menegakkan keadilan. Harapan jangan pula gantikan Umno menindas PAS dan Umno.

Walaupun Umno rasa sakit dengan kekalahan teruknya tetapi ia mengajar Umno untuk mengenali keadilan. Kalau Umno itu sudah lama dulu kalah, maka perpecahan umat itu tidaklah teruk sangat.

Doa para mufti mahu Islam bersatu terkabul dengan kekalahan Umno sekarang. – HARAKAHDAILY 19/5/2018
Sumber HD - 19-5-2018 

Friday, May 11, 2018

KERAJAAN BARU PH - TUN DR MATHIR MOHAMED


Ahad, 27 Mei 2018

Janji Menteri Pelajaran, Tol Percuma Ke Simpang Renggam?


Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malek telah berjanji semasa pra Pilihanraya Umum 
Ke-14 (PRU-14) bahawa tiada kutipan tol ke Simpang Rengam sama ada dari 
Sungai Besi, Skudai atau Ayer Keroh.

Malah beliau dengan bangga mencabar Rakyat supaya menuntut janji berkenaan 
selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Alhamdulillah tercapai hasrat Rakyat 
Johor terutama pengundi Simpang Rengam untuk merasa tol percuma.

Takkan Menteri Pelajaran PH berbohong kan? Apatah lagi dia ahli majlis syura 
IKRAM.






MR : Kadang kala demi mencapai sesuatu hajat ada yang sanggup berjanji 
walaupun mereka tahu tidak mampu untuk dilaksanakan. Akhirnya rakyat juga 
tertipu.

Sumber MR - 27-5-2018


Sabtu, 26 Mei 2018


Janji Harapan meleset, KPDNKK Kesan 99 Barang Naik Harga Di KL


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan kenaikan harga 99 jenis barang menerusi operasi pemantauan harga pasaran.

Antara yang mengalami kenaikan harga ialah ayam, ikan bawal hitam, sotong selain sayur-sayuran seperti lada benggala merah dan tomato.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, pegawainya melaksanakan pemantauan harga bagi meninjau perubahan harga di pelbagai lokasi antaranya di pasar raya, pasar basah dan kedai runcit.

“Ikan bawal hitam mengalami kenaikan harga sebanyak RM3 menjadikan harga pasaran ketika ini mencecah RM20 sekilogram (kg).

“Selain itu, ayam proses juga menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sen sehingga 50 sen, di beberapa lokasi.

“Barangan lain seperti lada benggala merah, tomato dan sotong menerima kenaikan antara RM1 hingga RM2 untuk setiap kg,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ummi Nasrah juga berkata 103 jenis barangan menunjukkan penurunan harga, manakala barangan lain masih kekal pada harga sama.

“Harga ikan cencaru turun RM1 menjadikan harga pasaran ikan itu kini RM7 sekilo. Begitu juga harga udang putih alami penurunan harga sebanyak RM2 menjadikannya RM24 bagi setiap kg.

“Memandangkan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, saya mengesyorkan supaya pengguna menjadi `pengguna bijak’ seperti membuat kajian sebelum membeli-belah atau menggunakan aplikasi `Price Catcher’,” katanya.

KPDNKK turut memaklumkan sepanjang dua minggu lalu tiada sebarang aduan diterima khusus mengenai kenaikan harga barang.

Sekiranya terdapat sebarang aduan, pengguna diminta menghubungi kementerian di talian 03-800 886 800, membuat aduan di aplikasi ez-adu atau menerusi emel kepada eaduan@kpdnkk.gov.my – Metro Online

MR :
Rakyat boleh lagi berkira pasal GST dan harga petrol, yang rakyat risau kos sara hidup. Janji untuk memastikan harga barang tidak tingi tidak dapat ditunaikan sangat mengecewakan.

Sumber MR - 26-5-2018

Sabtu, 26 Mei 2018


Rupanya Bos RoS dah ditukar bagi melicin kehendak kerajaan baharu


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Masyati merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya. – BERNAMA

MR : PPBM diberi tempoh untuk menyediakan maklumat mengikut prosedur pendaftaran. Tapi masa diberi masih tak hantar. Siapa salah. Bukan PPBM hantar laporan RoS tolak nak buat jahat kepada parti BERSATU.

Sumber MR - 26-5-2018

Sabtu, 26 Mei 2018


Kisah Amanat Terakhir Mahathir PRU-14 "Demi Maruah"


Tiada lagi borak2 cikgu sekolah di bulan Ramadhan, dah tak bunyi lagi dah suara mengutuk nyumpah Najib!

Yelah sepatutnya sebelum raya ada kenaikan gaji + bonus. Tup2 undi PH punya pasal setakat dpt tukar 6% GST kepada 10% SST.

Berapa ringgit sangat mereka perlu bayar GST untuk raya berbanding kenaikan gaji sekali ganda + kenaikan tahunan dan bonus?

Yelah kerana terikut ayat2 menyengat mahathir "demi maruah!" Mereka buang Najib. Maruah siapa MAHATHIR bela dahulu?

Sekarang nampaknya maruah Guan Eng yang suci hingga digugurkan dari kes rasuah. Dapat duduk dalam lubuk duit menteri kewangan

Maruah Anwar yg diampunkan dan dibebaskan dari penjara yang boleh terbang guna pesawat kerajaan ke sana sini duit pakai duit rakyat!

Maruah Mat Sabu ada sijil memasakpun jadi menteri pertahanan

Maruah mahathir kerana 3 anaknya yg billionaire dah boleh cogak2 projek mana nak kebas!

Maruah kroni yg besar melabur dalam PRU-14 akhirnya sudah boleh menunaikan hasil!

Maruah rakyat dekat mana? Apa yang rakyat dah dapat? Dah kaya atau duit dah dapat dijimatkan sehingga RM1000 sebulan hasil harga barang turun, harga minyak RM1.50 seliter atau TOL FREE sekarang ini!

Ohh mereka kata kena tunggu 100 hari. Tapi dalam menunggu 100 kena terima bala dulu bak kata perpatah susah2 dulu insya allah kalau kalau silap pangkah susah lagi kemudian ceritanya:.

Hampir 40k penjawat awam dibuang kerja!

200k penjawat awam dibelenggu kerisauan mungkin mangsa diserap ke swasta!

Bonus tak ada!

Gaji kena potong!

Kenaikan gaji sekali ganda dan tahunan dimansuhkan!

60k pekerja yg bakal diserap dalam jabatan kerajaan melalui skim SL1M dibatalkan

Hampir 200k graduan yg sepatutnya diserap masuk syarikat GLC @ swasta melalui SL1M SEBELUM PRU14 tergantung tanpa berita bila nak mula kerana kerajaan sudah bertukar.

Graduan ketika 100 hari ini tidak dapat memohon apa2 pekerjaan kerana kebanyakan syarikat swasta membekukan pengambilan pekerja baru bagi memerhati keadaan ekonomi tidak stabil.

Harap nak dapat BR1M sebelum raya tetapi kira2 8juta penerima berputih mata dan kurang dari 2 juta dapat tak sampai separuh.

Tol balik raya confirm kena bayar tp najib janji free.

Hutang PTPTN Syed Saddig dah kejar!

Orang kampung bertanya ada lagi ke 1Azam E-Kasih

Nelayan petani bertanya elaun mereka bila nak masuk!

Warga felda terduduk duit raya tahun ini tak ada dibekukan. Lagi sedang bingung harap tanah rumah je ada geran tapi tanah ladang 10 ekar?

Inilah nilai janji maruah mahathir. Sedar x sedar kalau anda ulang baca balik artikel ini dalam sistem pemerintahan kerajaan Mahalim dengan sistem pemerintahan 22 tahun Mahafiraun sama sahaja iaitu:
ANAK BERANAK + KRONI FIRST dan kemudian2 mereka fikirkan rakyat itupun kalau duit kerajaan cukup walaupun Najib tinggal rezab negara rm430b tidak bermakna cukup untuk membantu rakyat!

Kadang2 kita teruja bila cakap pasal maruah tapi mahathir tak cakap dia nak bela maruah rakyat, mungkin dia maksudkan maruah wakil rakyat kroni dan anak beranak. Jadi tak adil kita salah Mahathir kerana ini semua salah najib salah najib salah najib itu ayat ditanam dalam benak mereka oleh regim Mahalim... mohd fadzil...

Mohd Fadzil
#FaktaBukanAuta

Sumber MR - 26-5-2018

Jumaat, 25 Mei 2018


Bloomberg mengkritik Lim Guan Eng kerana tidak menjaga ekonomi negara


Sebagai menteri kewangan, beliau perlu faham bahawa semua ucapan beliau akan menjadi polisi negara. Semua fakta yang keluar daripada mulut beliau sentiasa menjadi bahan untuk dianalisa oleh para pelabur asing. Beliau tidak boleh memberi kenyataan negatif tentang ekonomi negara.

Akibat kenyataan pasal hutang negara yang tidak tepat, pada awalnya diumumkan RM1 trillion, kemudian dibetulkan dengan pengumuman hutang negara sebenar adalah RM 686.8 billion sahaja.

Natijahnya sekarang, berbilion-biliion duit yang sepatutnya dilaburkan di negara kita telah dibawa keluar. Ini kerana pelabur tidak suka pada ketidaktentuan .

Bloomberg menasihati, menteri kewangan tugasnya adalah untuk meyakinkan pelabur, supaya tidak lari dari negara kita.

"But for the finance minister to pursue that goal at the expense of his day job – of keeping the economy in good shape, and investors reassured – would be inexcusable." - Bloomberg

Sumber MR - 25-5-2018

Jumaat, 25 Mei 2018


Selangor nampak tenang tapi bergolak dalaman


Menteri Besar Selangor yang baharu mungkin akan dilantik selepas sambutan Aidilfitri, bulan depan kata Azmin Ali. Ini menimbulkan tanda tanya kenapa mengambil masa yang lama.


Ada dua isu iaitu pertama wujud perempuatan antara tiga nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakli 3 kem.

Kedua ada cadangan jawatan menteri besar akan diberikan kepada rakan Harapan bukan PKR.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua yang juga anggota Exco kerajaan negeri, Amirudin Shari menjadi ‘pilihan’ Mohamed Azmin sebagai calon untuk menggantikan tempatnya sebagai menteri besar, namun pada masa sama kredibiliti seorang lagi ADUN yang turut disebut-sebut sebagai calon menteri besar, Dr. Shaharuddin Badaruddin tidak boleh dipertikai.

ADUN Seri Setia itu yang juga anggota Exco baharu dikatakan mempunyai hubungan agak rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kedua-duanya bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lagi.

Amirudin tidak dinafikan masih muda dan berpengalaman dalam kerajaan negeri selepas dilantik sebagai Exco untuk penggal kedua, namun orang lebih nampak beliau sebagai ‘orang Azmin’ dan beliau juga berasal dari Johor.

Cuma pengalaman daripada segi dalam organisasi dan parti rasa tidak ada masalah untuk Dr. Shaharuddin yang merupakan anak jati Selangor. Beliau berpengalaman dalam PKR sebagai naib presiden dan dari segi diplomasi, beliau boleh jadi ‘jambatan’ antara parti-parti dalam PH selain mampu jalin hubungan baik dengan gerakan-gerakan sivil hasil pengalaman beliau sebagai aktivis ABIM.

Bagaimanapun, nasib calon-calon tersebut sama ada terpilih menjadi Menteri Besar bukan bergantung kepada soal rapat dengan Mohamed Azmin atau tidak kerana suasana dalaman PKR sudah berubah sejak Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada penjara.

Ini kerana selain penerimaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, restu keluarga Anwar dilihat bakal menjadi antara penentu sebenar siapa bakal Menteri Besar Selangor yang baharu.

Jika perkara ini tidak bijak diselesaikan dia akan menjadi "takik" dalam PKR. Lubang lemah (takik) ini akan menjadikan suatu sebab sesuatu kekuatan boleh rosak dalam masa yang sangat cepat.

Sumber MR - 25-5-2018

Jumaat, 25 Mei 2018


Pembentukan Kerajaan Negeri Satu Pemerhatian Ringkas


Di Kedah, dek kerana nak kelebihan speaker dewan yg memihak kpd mereka, mereka sanggup mencapatkan kerajaan negeri dan mengabaikan hak rakyat untuk dapat kerajaan yg tersusun.

Di Perak, dek kerana mahukan kuasa tunggal, mereka sanggup menerima calon lompat.

Di Pahang, dek kerana x sanggup menanggung hutang negeri yg menimbun, sorg pun x sanggup jd menteri besar (cuma nasib baik la angkat sumpah jugak).

Di Perlis, dek kerana mahukan kroni memimpin negeri, mereka sanggup mengundang murka Raja dan bersikap biadab terhadap Paduka Raja.

Manakala..

Di Kelantan, pemerintahan dan perlantikan exco sgt lancar dan terus bentuk kerajaan x sampai beberapa jam selepas menang negeri.

Di Terengganu, peralihan kuasa pentadbiran berjalan dgn sgt lancar, siap ada upacara penyerahan mandat oleh kerajaan terdahulu dan kini. Manifesto pun dah mula ditunaikan.

Tuan², perhatikanlah betul². Jika kestabilan, kelancaran dan keamanan yg anda cari, tiada yg lain yg patut dinaikkan sebagai kerajaan melainkan PAS.

Fais Al-Hajari

Tmn Melewar, KL.

Sumber MR - 25-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Rakyat Masih Mempersoalkan Perlantikan Lim Guan Eng


Akhirnya Lim Guan Eng mengangkat sumpah juga sebagai Menteri Kewangan. Apa sudah jadi dengan Rule of Law di bawah kerajaan regim Tun Mahathir? Nampaknya Kerajaan baru ini tidak peduli pertanyaan rakyat kenapa lantik Lim Guan Eng yang sudah pun didakwa di mahkamah kerana kes rasuah.

Di mana integriti dan kredibilit sebuah kerajaan yang sebelum ini menjanjikan dalam manifestonya untuk memerangi rasuah habis habisan. Ini “precedent” yang buruk. Ye betullah dia belum didapati bersalah tetapi bukankah Lim Guan Eng sedang dibicara. Dia ada kes dan dia ada pertuduhan melalui bukti bukti yang dikemukakan oleh SPRM.

Kini rakyat berhak merasa bimbang apakah proses pendakwaan Lim Guan Eng akan digugurkan untuk menghalalkan perlantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kes Guan Eng dengan kes Khir Toyo ada persamaannya. Kedua duanya membeli rumah banglo di bawah harga pasaran. Tetapi dakwaannya ialah sipenjual mendapat benda lain sebagai balasannya. Akibat kes tersebut, Khir Toyo bukan sahaja terpaksa meletakkan jawatan tetapi juga didapati bersalah dan telah menjalani hukumannya. Sebaliknya Lim Guan Eng dilantik pula sebagai Menteri Kewangan.




Persoalannya mana Bar Council? Mana BERSIH? Mana Transperancy International Malaysia? Mana Ambiga? Mana parti parti dalam PAKATAN yang selama ini kononnya jaguh anti rasuah. Ini termasuk parti DAP. Kenapa double standard. Kalau bermaruah mereka sepatutnya mendesak Lim Guan Eng supaya jangan terima jawatan tersebut.

Ambil contoh mudah, Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen mendesak supaya semua parti dalam Pakatan menolak permohonan YB Richard Riot ahli Parlimen  Serian yang juga bekas Menteri Sumber Manusia untuk menyertai parti mereka.

Alasannya bekas Setiausaha Politik kepada Richard Riot telah ditahan SPRM kerana isu rasuah. Masalahnya yang disiasat adalah Setiausaha Politik beliau dan bukan Richard Riot. Tetapi kenapa Richard Riot yang dicop sebagai penjenayah. Dalam kes Lim Guan Eng dia adalah orang yang dituduh dan di dakwa maka kenapa orang DAP sperti Chong tidak mendesak perlantikan Lim Guan Eng dibatalkan. Inilah hipokrasi kerajaan Pakatan.

Sumber MR - 24-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


TS Abu Talib Osman minta Shukri diam sama pendapat dengan Peguam PAS



Pertamanya Malaysiakini tak siar berita ini. Jika mereka siar projek Malaysiakini dan perkenakan PAS tak berjaya kerana pendapat sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB. (baca di sini)

Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB itu berkata, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.

"Terdapat risiko siasatan kes 1MDB terganggu jika seseorang yang terbabit dalam siasatan membuat kenyataan terbuka kes berkenaan.

"Pandangan peribadi saya lebih baik tidak keluarkan kenyataan umum kerana ia boleh menimbulkan prejudis kepada siasatan dan menjejaskan prosiding mahkamah jika ada.

"Saya fikir lebih baik 'less talk, more work' (kurangkan bercakap, lebihkan kerja)," katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Siasatan 1MDB di Menara Ilham, hari ini.

Semalam, Mohd Shukri mendedahkan beliau menghadapi pelbagai tekanan termasuk diugut pihak tertentu yang ada ketika menjalankan siasatan terhadap SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.



Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Abu Talib berkata tiada pertindihan tugas dan kuasa di antara jawatankuasa yang dipengerusikannya dengan Pasukan Khas Siasatan 1MDB.

"Jawatankuasa diketuai saya akan menyelaras gerak kerja pasukan penyiasat khas," katanya.

Sumber MR - 24-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Bekas pengarah JPA gesa bersihkan perkhidmatan awam


PETALING JAYA: Bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pemain utama dalam kalangan “badut dan boneka” dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Tan Sri Alwi Jantan dalam kenyataan hari ini berkata beliau malu melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi “badut dan boneka” parti pemerintah.

Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.

“Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.

Beliau menambah tidak ada keperluan untuk menamakan mereka terlibat kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media.

Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.

Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.

Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.

“Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.”
Sumber MR - 224-5-2018











Gopoh PH boleh akibatkan ekonomi jejas

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) meyakini Pakatan Harapan (PH) sebenarnya tidak menjangka mereka diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia dalam PRU ke-14 baru-baru ini. Hakikat ini dapat diperhatikan dengan jelas, apabila mereka kelihatan langsung tidak bersedia untuk segera membentuk Kabinet sejurus selepas mencapai kemenangan. 
Pembentukan barisan Kabinet oleh PH jelas sekali kelam-kabut apabila mereka sehingga hari ini masih belum menamakan dengan lengkap Kementerian-kementerian yang perlu ada. Pada peringkat awal, mereka hanya menamakan 10 Kementerian yang sewajarnya ada seperti mana kerajaan terdahulu, kemudian ditambah tiga lagi Kementerian. 
Selain daripada tiada persediaan membentuk Kabinet, PH juga tidak sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini telah bersiap dengan Kabinet bayangan. Sehingga hari ini, PH masih belum berjaya melengkapkan senarai barisan Kabinet mereka. Lebih malang lagi, seorang yang telah pun mengangkat sumpah Menteri Besar tiba-tiba dinamakan sebagai Menteri di peringkat Pusat. 
Dalam keadaan kelam-kabut membentuk barisan Kabinet, kerajaan pula dilihat begitu tergopoh-gapah untuk mengambil tindakan populis menghukum pimpinan dan pegawai kerajaan rejim lama untuk meraih persepsi politik. Tindakan populis ini telah menyebabkan keyakinan umum terhadap Profesionalisme jentera kerajaan boleh terhakis. 
Malah lebih daripada itu, tindakan tergopoh-gapah mahu memberhentikan projek-projek pembangunan termasuk yang melibatkan pelaburan asing, boleh menghilang keyakinan antarabangsa dan domestik terhadap hala tuju ekonomi Malaysia. Keutamaan PH menyegerakan tindakan populis ini, di masa yang sama lambat membentuk kerajaan akan merugikan negara. 
PPP berpandangan PH yang mahu menampilkan pemerintahan mereka sebagai sebuah 'Malaysia Baharu' perlu memberi tumpuan dahulu kepada pembentukan sebuah Kabinet yang mantap dan diyakini. Mereka perlu berpolitik sebagai sebuah kerajaan, bukan sebuah kerajaan yang masih bermentaliti pembangkang sehingga banyak keutamaan lain dikesampingkan. 
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
23 Mei 2018
7 Ramadan 1439 - HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018 

Isnin, 21 Mei 2018


Amaran Bekas Ketua Hakim Kesan Ubah Kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi


Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016. Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM. Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (PPBM).

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebut:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan  bebas, aman dan damai.....”
Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain:

“3.  (1)  Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai....”

Perhatikan bahawa perkataan “bebas”  telah ditambah. Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan. Ini termasuk:

1. Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka.

2. Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’ kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti.

3. Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat. Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu.

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan “bebas” itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan. Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan.

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu/Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng. Ini orang Melayu/Islam perlu sedar.


Tun Abdul Hamid Mohamad08 05 2018

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

Sumber MR - 21-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


Bertindak pada Taib atau kamu sama saja dengan BN kata Ambiga


Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan bertindak terhadap Yang Dipertua Sarawak Tun Taib Mahmud.

Ini susulan dakwaan-dakwaan rasuah terhadap bekas ketua menteri Bumi Kenyalang itu. “Mereka (kerajaan baru) mesti ada kemahuan politik untuk mendakwa Taib, jika tidak mereka tiada beza dengan kerajaan sebelum ini (BN),” katanya kepada stesen radio BFM dalam wawancara pagi ini.

Beliau ditanya berkaitan kebimbangan dakwaan salah laku Taib mungkin akan “dipadam” susulan pertemuannya dengan Mahathir di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 9 Mei. “Ya, saya bimbang tentang Taib. Saya fikir sudah cukup bukti di luar sana, bukan saja di sini, tetapi juga luar negara,” katanya.

“Jika kamu hendak laksanakan agenda kedaulatan undang-undang, ia terguna pakai untuk semua, tiada kecuali,” katanya. Walaupun perbincangan anatra Taib-Mahathir masih belum jelas, seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputra (PBB) – parti utama dalam BN Sarawak – memberitahu ini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan terhadap pembentukan satu gabungan di peringkat negeri.

Taib sudah lama berdepan kritikan kumpulan pelindung alam sekitar atas dakwaan pembalakan serius terhadap hutan-hutan negeri selama 33 tahun pentadbirannya. Beliau dispekulasikan menjadi antara orang terkaya di Malaysia, yang mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan dalam dan luar negeri.

Taib juga pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2011 dan sering dituduh kumpulan aktivis sebagai memperkayakan anggota keluarganya melalui kontrak-kontrak pembangunan negeri.

Tu siku "Taikun" menua Sarawak ke mesti disiasat laban kelalu mayuh makai duit rakyat Sarawak. Share post tu enti nuan bersetuju ka iya disiasat. Hidup Sarawak!

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH TYT Taib Mahmub.
1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutan simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong & Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kpd YB Norah binti Abdul Rahman yg juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

51. 7,000 hektar di Simunjan Gedong Plantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahli politik BN).

52. 5,000 hektar di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong & Ensengai Road, Serian –diberikan kpd Usaha Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea
(375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) & Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) & Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan Kekayaan perbadi Taib ialah AS$ 15 Billion (RM 46 Billion) Harta keluarga AS$21 bilion (RM64 bilion)

Sumber MR - 20-5-2018 

Ahad, 20 Mei 2018


Gurdial Singh Nijar harap Mahathir benteng menentang Islamisasi PAS


PETALING JAYA: Mereka yang menentang Islamisasi PAS perlu menganggap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sekutunya, kata peguam, Gurdial Singh Nijar.

Bekas pensyarah undang-undang itu mendapati pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sangat lantang menentang program Islamisasi yang dikemukakan PAS.

“Semasa menjadi perdana menteri buat pertama kali (1981 hingga 2003), beliau cuba meneutralkan usaha PAS mempolitikkan Islam,” katanya sambil menambah Dr Mahathir cuba menangani masalah itu melalui usaha memihak kepada kerajaan ketika itu.

“Apa yang beliau lakukan ialah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam, dengan mengetahui apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri sebuah forum mengenai keputusan pilihan raya umum anjuran Majlis Gereja Malaysia.

Kemudian, Dr Mahathir mula menubuhkan pelbagai institusi seperti perbankan Islam dan institusi agama lain untuk menyokong pandangan kerajaan bagi melawan usaha Islamisasi PAS.

Gurdial berkata, Dr Mahathir secara konsisten lantang menentang hukuman jenayah hudud dengan menyifatkan ia tidak Islam dan tidak patut dilaksanakan di Malaysia.

“Dari segi ini, Dr Mahathir ialah sekutu.”

Tetapi, Gurdial turut mendapati PKR tidak mengambil pendirian jelas mengenai usaha PAS untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah melalui satu rang undang-undang (RUU) persendirian.

“Mereka kata perlu lebih banyak masa, mereka perlu memikirkannya dengan lebih berhati-hati, mendapatkan pandangan orang lain dan tidak boleh terburu-buru dan perlu ditangguhkan. Pendirian mereka kurang jelas berbanding Dr Mahathir.”

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU persendirian untuk meminda Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

RUU itu mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Gurdial berkata, pengaruh PAS di kawasan pedalaman Melayu, khasnya pantai timur boleh menjadi cabaran kepada PH.

Katanya, pengundi PAS mungkin tidak bersetuju dengan hala tuju PH yang bergerak ke arah lebih terbuka, liberal, bebas dan telus.

“PKR mungkin perlu menjadikan sesetengah dasarnya lebih sederhana dengan mengambil kira sensitiviti pengundi ini.”

Sumber MR - 20-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Anthony Loke jamin Tokong Then Sze akan diberi status pemilikan tanah


Anthony Loke Siew Fook yang dinamakan sebagai menteri pengangkutan memberi jaminan bahawa Tokong Then Sze, sebuah tokong berusia 154 tahun dan merupakan antara tokong tertua di Negeri Sembilan, akan diberikan status pemilikan tanah.

Beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dalam masa terdekat untuk menyelesaikan isu status pemilikan tanah di tokong berkenaan.

“Tokong ini bukan hanya tempat beribadat tetapi juga sebagai tarikan pelancong. Sebagai anggota Parlimen Seremban, saya akan pastikan setiap tahun kita akan memberikan peruntukan untuk memulihara tokong ini. Saya akan gunakan peruntukan kawasan saya kepada tokong ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tokong berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Loke yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata akan terdapat satu portfolio baharu dalam kerajaan Negeri Sembilan iaitu Hal Ehwal Bukan Muslim.

“Exco baharu dengan potfolio baharu hal ehwal bukan Islam, ia dinyatakan dalam manifesto kami … banyak isu yang dihadapi tokong, gereja dan kuil Hindu,” katanya.

Loke berkata setelah dinamakan sebagai menteri pengangkutan, beliau tidak akan menjadi salah seorang exco kerajaan negeri.

“Saya sudah memberikan nama-nama (calon Exco) kepada menteri besar dan biarlah menteri besar yang mengumumkan formasi kerajaan negeri,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah.

- Bernama

Sumber MR - 19-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Menggunakan TV kerajaan Tak ada beza Harapan dengan UMNO


Himpunan menyambut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Timur, Amcorp Mall 16 Mei 2018 menyaksikan bagaimana Harapan bersifat rakus tidak tumpah perangai seperti UMNO menggunakan media kerajaan untuk kepentingan parti. Himpunan Merdeka Rakyat secara LIVE di youtube TV3, Live RTM, TV3 dan TV9 sangat jijik mengimbau kembali kepada kita bagaimana UMNO sewenang-wenang menggunakan media kerajaan untuk perhimpunan dan acara mereka.

Jika kita marah kepada UMNO tapi tak sampai seminggu kita juga menunjukkan perangai UMNO kepada rakyat apabila berkuasa. UMNO padamlah dia berkuasa 60 tahun lebih yang kita ini baru berkuasa tak sampai seminggu dah nak ikut jejak jijik dan busuk pengai UMNO?

Mana kredibititi yang kita laung-laungkan?


 Kalau ini cara kita mengurus Malaysia, tidak mustahil nanti kerajaan Harapan akan menjadi sama seperti UMNO rakus menggunakan kuasa, berebut kuasa dan harta kerajaan menjadi harta parti.


 Cegah sebelum parah

Sumber MR - 19-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Jangan kacau tidur, layan Najib bermaruah kata Daim


KUALA LUMPUR, 18 Mei — Datuk Seri Najib Razak harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun ditengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau sejak 48 jam yang lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat  Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

“Semua orang harus dihormati dan diperlakukan seperti manusia terutama bekas perdana menteri. Mereka (para pegawai) harus membiarkan orang tidur,” katanya pada sidang akhir di pejabatnya di sini.

Bekas menteri kewangan itu ditanya mengenai operasi penggeledahan itu yang dilaporkan bermula pada tengah malam sehingga awal pagi.

Beliau menekankan bahawa sungguhpun operasi penggeledahan dijalankan, semua orang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Sekiranya ada kes, langkah seterusnya ialah pendakwaan. Ini merupakan proses untuk semua orang tanpa pengecualian,” tambah beliau.

Terdahulu Daim bertemu pengerusi  Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman, di mana  majlis penasihat itu bersetuju mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja sebagai cara untuk meneliti secara mendalam status kewangan Felda.

Majlis penasihat itu diberi taklimat oleh bekas ketua pengarah Felda Datuk Hanapi Suhada, pengerusi Perbadanan Pelaburan Felda Sdn Bhd Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Zulkarnain Md Eusope. — Bernama

Sumber MR - 19-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Kumpulan Liberal tekan Mahathir-Anwar Jangan Islamik


PETALING JAYA: Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri era 70-an, Tun Ismail Abdul Rahman, bimbang kerjasama baru antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghidupkan semula pendekatan Islam versi mereka yang menurutnya “melemaskan”.

Bercakap kepada FMT, beliau mempersoalkan gesaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang meminta Anwar menyelesaikan perjuangannya membawa wawasan Islam demokrat.

Tawfik menyifatkan amalan Islam dibawa Dr Mahathir dan Anwar ialah “Islamofascism”, yang ditonjolkan ketika mereka berdua masing-masing perdana menteri dan timbalan perdana menteri 2 dekad lalu.

Rabu lepas, presiden Abim, Mohamad Raimi Abdul Rahim memberitahu FMT, Anwar merupakan antara pemimpin Islam awal yang mengetengahkan idea tentang kesesuaian Islam dengan masyarakat majmuk dan keserasian ajarannya dengan cita-cita demokrasi.

Tawfik yang sering mengkritik Dr Mahathir dan pernah menjadi ahli Parlimen Barisan Nasional di Sungai Benut antara 1986 ke 1990, berkata Raimi silap dalam mengusulkan bahawa pendekatan Islam Anwar adalah sesuai.

Menurutnya, Malaysia masih lagi menderitai kesan percubaan gabungan Mahathir-Anwar untuk menjadi “lebih Islam” daripada PAS.

“Mahathir-Anwar bertindak terlalu jauh dengan dasar ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ mereka,” katanya merujuk dasar rasmi pentadbiran BN pada era 80-an.

“Ia mengelirukan. Mereka menubuhkan institusi seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Biro Tata Negara, yang menerobos masuk ke dalam kehidupan peribadi orang ramai dan menjadikan dosa peribadi sebagai jenayah.

“Ini membunuh kreativiti dan kebebasan berfikir orang Melayu dan melahirkan sikap bergantung kepada individu tertentu.”

Beliau berkata, sebarang usaha untuk mengetengahkan prinsip Islam sebagai nilai yang boleh diamalkan semua hendaklah dihadkan di peringkat negeri.

“Abim perlu menjual idea mereka kepada negeri-negeri. Di situlah tempat agama.

“Kita ada agama lain selain Islam yang diamalkan dalam negara ini. Kita ada ahli Parlimen daripada pelbagai kepercayaan. Oleh sebab itu dan atas kepentingan keharmonian, kerajaan persekutuan mesti bersifat sekular, mentadbir dengan adil untuk semua.”

Tawfik bertanyakan pendirian parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Sabah dan Sarawak berkaitan haluan Islam di bawah Dr Mahathir dan Anwar.

“Bila mereka membawa Mahathir ke dalam PH, apakah mereka lupa bahawa Islamofasisme merupakan ciri pentadbiran Mahathir-Anwar dahulu?”

Beliau juga menolak pendangan kumpulan Islam yang mendakwa Islamisasi hanya melibatkan orang Islam.

“Keghairahan beragama merupakan faktor penting yang menghalang orang Melayu mencapai potensi sebenar mereka.”

Sementara itu, peguam aktivis, Nik Elin Rashid berkata, Dr Mahathir dalam catatan terbaru di laman blog beliau menyebut tentang keperluan melihat semula Islam berdasarkan al-Quran dan hadis terpilih.

“Saya harap ini bermakna kurangnya pergantungan kepada tafsiran berdasarkan hukum-hakam yang menghalang nasionalisme progresif dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kamu, dan fokusnya hendaklah ke arah mewujudkan persefahaman antara agama,” katanya.

Sumber MR - 19-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Kabinet Baharu: 3 Kali Manifesto Dirobek, Wan Azizah, Azmin faham tak..


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai kabinet terasnya.

Senarai itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V, petang tadi untuk mendapat perkenan baginda.

Tanpa mengira jawatan perdana menteri dan timbalannya, BERSATU mendapat tiga jawatan, PKR (3), DAP (4) dan AMANAH (3).

Berikut senarai jemaah menteri itu.

PERDANA MENTERI

Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI

Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (PKR - Pandan)

BERSATU


Menteri Dalam Negeri:

Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan:

Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar:

Rina Harun (Titiwangsa)

PKR


Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:

Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi:

Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP


Menteri Kewangan:

Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan:

Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia:

Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia:

M Kulasegaran (Ipoh Barat)

AMANAH:


Menteri Pertahanan:

Mohamad Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan:

Dr Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mendapat satu lagi jawatan penting selepas dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Lantikan itu dibuat walaupun beliau sudah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor untuk sepenggal lagi.

Dengan lantikan baru hari ini, Azmin dipercayai menjadi pemimpin pertama yang menjadi menteri besar dan pada masa yang masa menteri pusat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa melepaskan portfolio menteri pelajaran.

Dalam hantaran video Facebook berjudul "The Education Minister issue, this is Mahathir's response", perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Itu peruntukan dalam manifesto berkenaan. Saya tidak boleh mungkir janji itu melainkan terdapat tuntutan saya mengambil portfolio menteri pelajaran," kata Mahathir.

Mengulas soalan jika beliau akan mengambil portfolio berkenaan, belia menjawab, "saya tidak boleh."

Ditanya jika beliau secara peribadi mahu memegang portfolio berkenaan, beliau berkata,"saya memang mahu. Kalau tidak, kenapalah saya memilih portfolio itu."

Berita gembira untuk IKRAM, bukan sahaja boleh menguasai parti lain.. selepas ini KPM, JPN dan PPD akan dibanjir oleh cikgu IKRAM.

Sangat dukacita Manifesto dirobek

Apabila JANJI 12 pada Manifesto Harapan menyatakan Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan. Ini bukan bermakna Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah boleh memegang jawatan menteri lain.

Ada penganalisis kenyataan Anwar Ibrahim, walaupun memegang jawatan kanan dalam parti yang kini membentuk kerajaan Malaysia, Nurul Izzah Anwar tidak akan memegang sebarang jawatan kabinet. Dengan itu 2 post dipengang oleh Wan Azizah sudah juga memadai Nurul Izzah dibelakangnya.

Ramai yang kecewa, kenapa Majlis Pakatan Harapan tak boleh berfikir bahawa  PKR sekarang ini membelakangi manifesto Harapan?

Lagi mengewakan Azmin Ali juga sama. Bagaimana rakyat nak dapat tumpuan jika dia pegang 2 jawatan??

Jangan buat rakyat kecewa.
Sumber MR - 18-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Satu lagi Manifesto Harapan dicabul oleh Mahathir


Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, hari ini diumumkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat pengumuman itu, berkata beliau akan menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM Isnin lalu dan melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada hari berikutnya.

Kita tidak mempersoalkan kewibawaan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi yang kita tak setuju ialah manifesto Harapan telah dicabul oleh Tun Mahathir, bukan sekali tapi dah 2 kali. Jika perkara ini tidak ditegur kita bimbang Harapan akan bersifat seperti Basisan Nasional yang sekadar berjanji tetapi akhirnya menipu rakyat.

Tambah Perdana Menteri, keputusan melantik Mohd Shukri itu masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.



Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 

Pada manifesto Harapan menegaskan untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil
menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempuyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.

Sumber MR - 18-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Jangan akhirnya kleptokrasi jadi pula oligarki


Selepas lebih seminggu mencatat sejarah pada PRU14, saya kira tak perlu lagi saya mengucapkan tahniah kepada para pendukung dan pimpinan Pakatan Harapan yang berjaya menawan Putrajaya kerana tentunya ratusan ribu rakyat dalam dan luar negara telah menyuarakan perkara itu.

Saya juga berpandangan keputusan pilihan raya umum yang lalu adalah yang terbaik, serta paling adil dan saksama buat para pengundi di semua tempat.

Lebih mengujakan, pejuang reformasi nombor wahid negara Saudara Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta dan diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong,

Ini dibuat sebagai mengotakan janji pimpinan Pakatan Harapan.

Ketika bermula gelombang reformasi di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid Negara dan Pasar Seni di ibu kota pada tahun 1998, saya langsung tidak dapat menjangka episod yang indah ini.

Akal saya tidak mampu membuat unjuran bahawa Tun Mahathir Mohamad dan para penggerak reformasi terdiri dari Dr Wan Azizah Ismail, Tian Chua dan Azmin Ali serta Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bakal membuka lembaran baharu buat negara kita.

Benarlah kata pepatah “ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua”.

Ucapan Saudara Anwar Ibrahim di majlis iftar di kediaman di Bukit Segambut Dalam tempoh hari benar-benar menyemarakkan kembali semangat yang saya pernah rasai kira-kira 20 tahun lalu.

Seperti kata Saudara Anwar, rakyat Malaysia secara amnya dari Cherok To’ Kun ke Puncak Borneo menagih pembaharuan - setelah hampir 61 tahun bawah pemerintahan Perikatan dan BN.

Kini, pendakwaan harus dibuat ke atas pemimpin-pemimpin negara yang gagal memainkan peranan secara “Bersih, Cekap dan Amanah” dalam mengurus kekayaan negara.

Ada di kalangan mereka yang ternyata gagal menjayakan “Kempen Kepimpinan Melalui Teladan” dengan bermewah-mewah ketika rakyat marhaen disyorkan berbelanja secara berhemah.

Namun, jangan pula dijadikan kerja-kerja membongkar bukti dan melakukan pendakwaan terhadap mereka sebagai agenda mengalih tumpuan daripada hasrat melaksana reformasi secara sepenuhnya.

Pertama, pemusatan kuasa pihak yang memerintah perlu ditamatkan.

Kedua, amalan menggunakan ugutan untuk mendapatkan kesetiaan dan ketaatan perlu dihentikan.

Ketiga, ekonomi negara tidak harus dijadikan alat untuk kelompok tertentu memperkayakan diri sendiri.

Keempat, jentera kerajaan dan sistem politik perlu berperanan membela rakyat dan bukan sebagai alat yang dipergunakan.

Politik usang

Kelima, undang-undang yang mengetepikan kebertanggungjawaban kerajaan perlu dipinda untuk memastikan ketelusan.

Keeenam, ekonomi Malaysia harus berfungsi dengan licin dan efisien.

Ketujuh, sentimen perkauman dan menakut-nakutkan rakyat perlu dikuburkan.

Seterusnya, rakyat Malaysia perlu bersedia melaksanakan perubahan diri agar dapat meninggalkan budaya politik usang serta lapuk.

Saya pasti ini semua terkandung dalam agenda reformasi Saudara Anwar sendiri demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang adil, efisien, penyayang, berdaya saing dan yakin menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa.

Seandainya hasrat reformasi tersebut mampu dilaksana, barulah rakyat marhaen seperti saya dapat menghirup udara segar kemenangan sebenar dan tidak hanya meraikan kejayaan menumbangkan kleptokrasi, yang dikhuatiri akan berganti dengan oligarki.

Lokman Mustafa


# Oligarki merupakan suatu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil yang berkuasa sahaja. Ia berkait rapat dengan nepotisme dan kronisme.

Sumber MR -18-5-2018

Khamis, 17 Mei 2018


RCI Forex - mahkamah tolak permohonan Mahathir lucutkan hakim


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucutkan Hakim Datuk Azizah Nawawi daripada membicarakan cabaran mengenai penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang (forex) Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.

Hakim Azizah berkata Mahathir tidak menunjukkan wujudnya sebarang bahaya sebenar mengenai kemungkinan berat sebelah dan bukan hanya berdasarkan syak wasangka yang munasabah semata-mata.

Menurut beliau, permohonan kali ini berbeza dengan cabaran terdahulu mengenai komposisi RCI yang dibicarakan oleh mahkamah yang sama.

"Permohonan semasa adalah mencabar penemuan RCI kerana gagal memasukkan laporan keseluruhan nota prosiding termasuk testimoni lisan.

"Sebaliknya, mahkamah menyedari bahaya dalam melucutkan fungsi dan tugas kehakimannya jika membenarkan permohonan itu."

Hakim Azizah kemudian menolak permohonan Mahathir itu tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Peguam Mahathir, Irwan Izwat Mohd Noor berkata mahkamah kemudian menetapkan 25 Jun sebagai pengurusan kes dan dia akan mendapatkan arahan selanjutnya mengenai sama ada untuk membuat rayuan.

Mahathir mahu Azizah melucutkan dirinya kerana mendakwa terdapat kecenderungan berat sebelah kerana hakim yang sama memutuskan satu lagi cabaran Mahathir terhadap keanggotaan iaitu pengerusi RCI itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon dikeluarkan.

Pada awal Disember 2017, Mahathir memfailkan saman pemula dengan menamakan semua enam anggota RCI iaitu Sidek, Saw, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan.

Dalam samannya, Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana 'Laporan Siasatan Diraja' oleh mana-mana RCI yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi semua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding RCI.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan dengan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.

Laporan RCI menyatakan Bank Negara kerugian kira-kira RM31.5 bilion susulan kegiatan spekulasi dalam tukaran wang asing yang berlaku antara 1992 hingga 1994.

Ia antara lain menamakan Mahathir, bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kerugian itu.
Sumber MR - 17-5-2018

Khamis, 17 Mei 2018


Tun Mahathir... Antara dilema dan harapan


Sudah hampir seminggu berlalu namun sehingga kini kerajaan Malaysia baru masih belum mempunyai barisan Kabinet untuk mentadbir negara. Sekarang Malaysia diatur oleh atok 93 tahun secara bersendirian.

Walaupun sebelum ini Tun sudah umumkan tiga nama menteri iaitu Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Guan Eng Menteri Kewangan dan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, namun ketiga-tiga mereka masih belum mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong. Malahan Wan Azizah sendiri belum mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah bayangan barisan 7 lagi menteri Kabinet belum kelihatan. Ramai yang percaya Tun sukar menetapkan para menteri berikutan ketidaksefahaman antara parti-parti yang bergabung di bawah PH terutama PKR selaku parti paling banyak memenangi kerusi PRU-14. Setidak-tidaknya kritikan Rafizi berhubung tindakan buldozer oleh Tun kerana mengumumkan 3 menteri sebelum ini membuktikan wujudnya perkara tersebut walaupun Tun mendakwa keputusan dibuat hasil kesepakatan majlis presiden PH.

Sudahlah pelantikan tiga Menteri Besar dari PPBM walaupun jumlah kerusi dimenangi lebih sedikit berbanding PKR di Kedah, Perak dan Johor turut mencetuskan ketidakpuasan hati, di peringkat Pusat juga dijangka akan wujud perkara itu, dan boleh mencetuskan 'sengketa' antara mereka.

PKR mula nampak PPBM diketuai oleh Tun cuba menguasai kerajaan PH sedangkan kerusi dimenangi parti bunga itu hanya 13 kerusi berbanding PKR 47 kerusi manakala DAP 42. PPBM kini sudah ada dua wakil dalam Kabinet iaitu Tun sendiri sebagai PM dan Muhyiddin, sedangkan PKR hanya ada Wan Azizah sebagai TPM. DAP dan PAN masing-masing ada satu.

Kini Tun menghadapi masalah untuk mengisi tujuh jawatan menteri lagi kerana PKR terutama Rafizi mendesak agar Anwar perlu dibawa berbincang dalam menentukan barisan Kabinet menteri. Persoalannya, kenapa PKR mahukan Anwar terlibat dalam penetapan barisan menteri, sedangkan PKR sudah ada Wan Azizah selaku Presiden parti? Apakah PKR tidak yakin dengan Wan Azizah atau PKR mahu memastikan "orang Anwar" berada dalam barisan menteri bagi mengimbangi "orang Mahathir"?

Itulah cabaran yang dihadapi oleh Tun sekarang. Itu belum lagi menyentuh soal jawatan Menteri Kewangan yang diserahkan kepada DAP, kepada Guan Eng yang terpalit dengan kes rasuah di samping kebimbangan orang Melayu terhadap nasib mereka selepas kementerian yang menjadi kewangan negara diserahkan kepada wakil kaum Cina.

Nak tak nak Tun terpaksa membuat pusingan U dengan menyatakan pelantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan belum muktamad. Kenyataan ini sudah tentu mengecewakan DAP yang selama ini mengidamkan jawatan penting itu. Apatah lagi Guan Eng yang tersenyum lebar sejak namanya diumumkan sebagai Menteri Kewangan tempoh hari.

Aku percaya akan berlaku sengketa lebih besar dalam kerajaan PH yang baru berusia beberapa hari ini jika Tun menarik balik jawatan Menteri Kewangan kepada Guan Eng kerana ia akan mencetuskan kemarahan kepada DAP. Malah Tun juga menghadapi masalah jika Anwar menyenaraikan nama-nama orangnya sebagai menteri sedangkan jawatan tersebut perlu dibahagikan lagi dengan wakil-wakil parti lain termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Maka dalam keadaan ini Tun terpaksa menggunakan kuasa diktatornya dalam melantik barisan Kabinet dan tidak boleh mengikuti kehendak setiap parti kerana penetapan barisan menteri ini penting bagi memudahkan Tun mentadbir negara. Bayangkan jika menteri semua tidak sehaluan dengan PM, sudah tentu ia membawa kesukaran.

Bagi aku, Tun perlu segera buat keputusan melantikan barisan Kabinet. Banyak perkara yang perlu dilakukan ketika rakyat terus mendesak kerajaan PH melaksanakan 10 janji dalam 100 hari seperti dicanang dalam manifesto PRU-14 PH. Para pemimpin parti terutama PKR pula perlu memberi kepercayaan kepada Tun memilih barisan Kabinetnya walaupun sukar.

Aku juga percaya Tun mula sedar, menjadi PM7 tidak semudah semasa PM4. Tun semasa menjadi PM4 atas partinya, UMNO sebagai parti dominan dalam BN. Sebaliknya sebagai PM7, Tun bukan saja mewakili parti yang minoriti malahan juga tidak mempunyai kesepakatan yang kukuh seperti BN. PH dibentuk (tanpa sah) untuk menghadapi PRU-13 menentang BN, dan kemenangan mereka di luar jangkaan.

Rakyat kini sedang memerhati dan mereka masih boleh bersabar namun sampai bila kesabaran mereka boleh bertahan? Seminggu tanpa barisan Kabinet dan seminggu tanpa haluan jelas. Mereka bimbang segala janji PH untuk mengubah nasib rakyat dalam tempoh 100 hari tidak dapat dilunaskan.

Suara-suara rakyat sudah kedengaran...

MESIN TAIP BURUK
http://mesintaipburuk.blogspot.my/
Sumber MR - 17-5-2018

Khamis, 17 Mei 2018


RCI Forex - mahkamah tolak permohonan Mahathir lucutkan hakim


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucutkan Hakim Datuk Azizah Nawawi daripada membicarakan cabaran mengenai penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang (forex) Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.

Hakim Azizah berkata Mahathir tidak menunjukkan wujudnya sebarang bahaya sebenar mengenai kemungkinan berat sebelah dan bukan hanya berdasarkan syak wasangka yang munasabah semata-mata.

Menurut beliau, permohonan kali ini berbeza dengan cabaran terdahulu mengenai komposisi RCI yang dibicarakan oleh mahkamah yang sama.

"Permohonan semasa adalah mencabar penemuan RCI kerana gagal memasukkan laporan keseluruhan nota prosiding termasuk testimoni lisan.

"Sebaliknya, mahkamah menyedari bahaya dalam melucutkan fungsi dan tugas kehakimannya jika membenarkan permohonan itu."

Hakim Azizah kemudian menolak permohonan Mahathir itu tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Peguam Mahathir, Irwan Izwat Mohd Noor berkata mahkamah kemudian menetapkan 25 Jun sebagai pengurusan kes dan dia akan mendapatkan arahan selanjutnya mengenai sama ada untuk membuat rayuan.

Mahathir mahu Azizah melucutkan dirinya kerana mendakwa terdapat kecenderungan berat sebelah kerana hakim yang sama memutuskan satu lagi cabaran Mahathir terhadap keanggotaan iaitu pengerusi RCI itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon dikeluarkan.

Pada awal Disember 2017, Mahathir memfailkan saman pemula dengan menamakan semua enam anggota RCI iaitu Sidek, Saw, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan.

Dalam samannya, Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana 'Laporan Siasatan Diraja' oleh mana-mana RCI yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi semua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding RCI.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan dengan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.

Laporan RCI menyatakan Bank Negara kerugian kira-kira RM31.5 bilion susulan kegiatan spekulasi dalam tukaran wang asing yang berlaku antara 1992 hingga 1994.

Ia antara lain menamakan Mahathir, bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kerugian itu.

Sumber MR - 17-5-20118

Khamis, 17 Mei 2018


Mahathir Menteri Pelajaran Menyanggahi Manifesto Harapan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan dirinya sebagai menteri pelajaran. Dalam menifesto PH, sebelum ini ada menyebut dalam Kuasa PM bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kepada Kementerian lain. Apa muslihat Mahathir.. kita lihat dramanya nanti.

Beliau juga menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diberikan portfolio hal ehwal wanita dan kebajikan.

"Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan," kata ahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Pada 12 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pelantikan tiga jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

Sumber MR - 17-5-2018

Khamis, 17 Mei 2018


Kebimbangan PPSMI Dikembalikan


TINDAKAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil portfolio Menteri Pendidikan mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat tentang dasar pro-Bahasa Inggeris beliau.

Mahathir bertanggungjawab memulakan dasar pembelajaran subjek matematik dan sains di sekolah rendah dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang mula dilaksanakan pada tahun terakhir pemerintahannya, pada 2003.

Pelaksanaan semula PPSMI ialah salah satu rancangan yang dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Pelaksanaan dasar ini dikatakan bertujuan meningkatkan kebolehan berbahasa Inggeris pelajar sekolah melalui pembelajaran subjek yang penting.

Akademik, aktivis bahasa Melayu, budayawan dan wartawan bergabung tenaga menentang dasar diperjuangkan Mahathir itu, yang dianggap menghina bahasa kebangsaan dan mengagungkan bahasa asing.

PPSMI dikritik kerana tidak difikirkan dengan sepenuhnya oleh pakar-pakar, malah terbukti di seluruh dunia bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda lebih berkesan meningkatkan kefahaman dalam sains dan matematik.

Dasar ini ditamatkan di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 dan kemudian digantikan dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris secara terpilih, dikenali sebagai Dual Language Programme (DLP).

Pada masa itu, Menteri Pertahanan dalam Kabinet Mahathir kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Program DLP juga ditentang banyak pihak kerana dilihat sebagai jelmaan PPSMI dalam bentuk yang lebih terhad.

Bagaimanapun, pilihan yang diberikan pada ibu bapa untuk memilih dan bukan memaksa secara keseluruhan membuatkan dasar baharu ini tidak ditentang hebat.

Sejurus berita Mahathir mengumumkan memegang protfolio Menteri Pelajaran, netizen dalam kalangan pencinta bahasa terus menimbulkan persoalan sama ada PPSMI akan dikembalikan.

Ramai berasa terkejut dengan tindakan Mahathir mengambil portfolio pelajaran, salah satu kementerian yang ditunggu-tunggu untuk diumumkan.

Ekoran pengumuman Mahathir memegang portfolio Menteri Pelajaran, ramai tertunggu-tunggu pula apakah pelan baharu yang akan dibawakan oleh beliau kali ini. – Mynewshub.cc

Sumber MR - 17-5-2018

Khamis, 17 Mei 2018


Mahathir diingatkan janji manifesto - PM pegang satu peranan


Pemuda Gerakan hari ini megingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) telah berjanji bahawa perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri lain.

"Hai Tun M. Saya fikir janji Pakatan Harapan adalah PM tidak akan memegang peranan di kementerian lain. Ini termasuk kementerian pelajaran.

"Saya hanya mahu memastikan Tun M tidak membuat kesilapan. Mungkin terlepas pandang. Masih boleh berpatah balik sekarang sebelum angkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin," tulis ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang di Twitter.

Mahathir hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio menteri pelajaran dalam kabinet baru beliau.

Manakala timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan diberikan portfolio menteri hal wanita dan kebajikan masyarakat.

Mahathir memutuskan untuk mengambil portfolio pendidikan kerana berpendapat masih "ramai individu tidak berpendidikan di negara ini" dan memerlukan perhatian.

Mahathir, yang merupakan menteri pendidikan antara tahun 1974 dan 1977, percaya kaedah pengajaran semasa sudah ketinggalan zaman.

"Hari ini, dengan komputer dan perkara-perkara lain, kita harus mencipta cara baru untuk mengajar," katanya.

Sekiranya Mahathir mengangkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin depan, ia akan menjadi pelanggaran janji HARAPAN yang pertama.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA, Ng Chok Sian, turut menggesa kerajaan HARAPAN untuk menunaikan janji-janjinya.

Berdasarkan ini, Ng berkata Mahathir mesti menarik balik keputusannya untuk juga memegang portfolio menteri pelajaran.

"Saya juga mendesak kerajaan HARAPAN untuk mendedahkan barisan kabinet penuhnya agar mereka dapat melaksanakan reformasi yang dijanjikan para pengundi.

"Kamu tidak boleh melambatkan perkara ini ... kerana ia akan memberi kesan bahawa agenda reformasi hanya akan datang daripada perdana menteri dan lima individu dalam majlis penasihat.

"Ini bertentangan dengan sistem tanggungjawab bersama kabinet," kata Ng dalam satu kenyataan.

Sumber MR - 17-5-2018

Rabu, 16 Mei 2018


1 Daripada 10 Janji Kerajaan PH Di”capati” - Tunggu 9 Lagi


GST tidak akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari kata Tan Seri Zeti Akhtar Aziz, Ahli Council of Elders. 1 dari 10 Janji 100 hari Manifesto PH hampir pasti tidak ditunaikan. Kenyataan ini juga bukan dibuat oleh Menteri Kewangan yang dinamakan oleh Perdana Menteri.

Khairul Ryezal dalam blognya berkata rakyat yang mengundi PH berangan GST dimansuhkan segara selepas PH menang. Rupanya tidak. Kemudian ada yang kata tunggulah, GST akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari. Rupanya itu pun tidak. Ahli Council of Elders kata hanya kaedah hapuskan GST akan diumumkan dalam tempoh 100 hari. Pemansuhan GST hanya selepas 100 hari.




Sebenarnya, mudah saja kalau Kerajaan hendak tunai janji mansuhkan GST yang ada di dalam manifesto PH PRU14. Perdana Menteri atau ahli Council of Elders boleh istihar segera kadar GST adalah 0%, sementara menunggu kaedah lain yang terbaik, Tidak perlu tunggu 100 hari atau memberi apa-apa alasan. Itupun kalau Kerajaan jujur hendak tunaikan janji.

Kalau tak mansuh pun Kerajaan Harapan boleh berkata GST turun kepada 2%. Jadi tak perlu ubah apa-apa. Mesin atau apa-apa makenisme yang sudah ada diteruskan. Kalau kalau 0% menyusahkan... apa macam.

TAPI SEBENARNYA KERAJAAN HARAPAN PUN TERLIUR JUGA DENGAN 42B SETAHUN TU... BEKAS PENYAMUM.. TAK BOLEH LIHAT DUIT, macam anjing kalau tak boleh makan taik, bau pun sudah cukup.

Sumber MR - 16-5-2018

Rabu, 16 Mei 2018


PAS, Harapan akui ditawar bentuk kerajaan perpaduan di Perlis


KANGAR: PAS dan HARAPAN hari ini mengaku ada menerima tawaran daripada sekumpulan Adun Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan perpaduan di Perlis.

Pesuruhjaya PAS Perlis dan Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata beliau dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, ditawarkan untuk menyertai kumpulan itu sehari selepas pilihan raya berakhir.

Bagaimanapun, Shukri berkata mereka tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan oleh kumpulan tersebut, memandangkan ia tidak akan stabil kerana sesetengah Adun BN masih akan kekal dengan BN, sementara yang lain sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Sukar untuk mentadbir urus negeri jika masih ada pembangkang, terdiri daripada 3 gabungan yang tidak berkongsi haluan sama.

“Kerajaan perpaduan tanpa pembangkang sememangnya dapat mentadbir negeri dengan lebih baik. Semua wakil rakyat di Perlis perlu bersatu jika kita mahu membentuk kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri kenduri kesyukuran hari ini.

Shukri berkata 3 wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), iaitu Adun Kuala Perlis, Sena dan Indera Kayangan, juga menerima tawaran sama dari kumpulan tersebut.

Satu mesyuarat diadakan antara semua Adun PAS, PH, dan BN tetapi gagal mencapai kata putus, tambah Shukri.

Adun Kuala Perlis, Noor Azam Karap dari PKR, mengesahkan ada menerima tawaran itu dan beliau dihubungi sehari selepas pilihan raya dengan cadangan membentuk kerajaan perpaduan.

Azam juga ada menemui kumpulan tersebut pada hari sama, tetapi mereka tidak membincangkan apa-apa dan tidak mencapai kata putus.

“Pada petang itu, saya menerima satu lagi panggilan berkenaan cadangan membentuk kerajaan perpaduan. Saya terus menolak,” katanya.

Azam berkata Adun Indera Kayangan Gan Ay Ling turut dihubungi berkenaan idea itu.

Tawaran itu susulan Perlis satu-satunya negeri yang masih belum ada menteri besar yang mengangkat sumpah, walaupun BN memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN, memberikan mereka 2/3 majoriti untuk membentuk kerajaan negeri di situ.

Sebelum ini, Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menjadi menteri besar Perlis. Ismail ialah adik kepada Shahidan.

Bagaimanapun, kemudian dilaporkan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, yang bertanding di Bintong dan menang, tidak tahu berkenaan cadangan itu.

Sumber MR - 16-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Mampukah Mahathir Membongkar Skandal 1Bestari.Net?


Laporan Ketua Audit Negara 2013 menunjukkan bahawa 8,807 sekolah sudah dilengkapi dengan sistem VLE. Tetapi statistik pendaftaran masuk atau login bagi bulan Mac 2014 adalah antara 0.01% - 4.96%. Namun penggunaan sistem tersebut berkadar songsang dengan 0.17% - 0.64% minat murid sekolah.

Sejumlah RM663 juta sudah pun dibelanjakan sejak tahun 2012. Tetapi kadar penggunaan yang amat rendah di sebalik pelaburan yang begitu besar adalah disebabkan beberapa faktor seperti

1. Kelemahan infrastruktur sedia ada,
2. Sambungan jalur lebar yang lembap,
3. Liputan Internet tanpa wayar yang tidak mencukupi,
4. Masalah ketercapaian kepada sistem, 5. Kekurangan perkakas sokongan seperti komputer riba dan projektor,
6. Ketiadaan pemantauan dan garis panduan yang jelas bagi penggunaan VLE.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara juga, wujud penyelewengan pelaksanaan 1BestariNet oleh kontraktor YTL Communications Sdn Bhd. Antara penyelewengan yang berlaku adalah 1.

Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak, 2. Kekurangan pengurusan nilai (value management), 3. Kelewatan dalam pemasangan infrastruktur serta liputan yang tidak mencukupi.

YTL telah diberi masa sehingga 30 Mac 2013 untuk memasang Internet jalur lebar 4G di semua 10,000 sekolah. Walau bagaimanapun, menjelang tarikh akhir itu, hanya 6,092 sekolah bersamaan 59.3% sahaja telah disambungkan.

Setahun kemudian, hanya 88.9% telah selesai, dengan baki kira2 lebih 1000 sekolah yang masih menunggu. Hasil daripada kelewatan ini, YTL telah didenda RM2.4 juta oleh Kementerian Pendidikan.

Penyelewengan lain yang didapati dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk kegagalan kontraktor untuk mendapatkan kelulusan teknikal daripada MAMPU dan Kementerian, serta kegagalan untuk menjalankan Penilaian Keperluan Sekolah sebelum pemasangan infrastruktur. Akibatnya, 58% daripada 501 sekolah yang diselidik melaporkan bahawa sistem 1BestariNet yang dipasang tidak meliputi keseluruhan kawasan sekolah, walaupun ia merupakan syarat wajib dalam kontrak antara Kementerian dan YTL.

Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan bahawa kelajuan jalur lebar yang disediakan rata rata kurang memuaskan dan jauh lebih rendah daripada syarat kontrak yang menetapkan kelajuan daripada 4Mbps sehingga 20Mbps.

Oleh yang demikian, selain daripada denda RM2.4 juta yang dikenakan ke atas YTL kerana kelewatan pemasangan infrakstruktur 1BestariNet, apakah tindakan tindakan lain yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi penyelewengan kontrak yang disebutkan tadi?.

1BRIS: keuntungan untuk kroni semata mata ?

Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan beberapa kelemahan kontrak yang bukan sahaja merugikan Kerajaan, tetapi membawa keuntungan besar kepada YTL. Salah satu contoh yang jelas adalah pemasangan menara pemancar 1BestariNet Receiver Integrated System, atau 1BRIS, yang dipasang di premis sekolah untuk menerima dan menyampaikan isyarat tanpa wayar.

Menurut penemuan audit, Kementerian telah mendapatkan input daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berkenaan dengan kadar sewa yang sesuai untuk penggunaan premis sekolah sebagai tapak 1BRIS. Justeru, JPPH telah mengesyorkan sewa bulanan sebanyak RM1,200 bagi setiap tapak.

Walau bagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini, sebaliknya menyatakan bahawa syarat2 kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara pemancar secara percuma. Pun begitu, Kementerian telah memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS.

Namun demikian, RM1,000 setahun adalah jauh berbeza dengan syor JPPH, iaitu RM1,200 sebulan. Malah, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kadar RM1,000 setahun adalah “tidak munasabah.” Dengan sebanyak 3,203 menara pemancar 1BRIS yang dipasang di seluruh negara, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan adalah RM46.12 juta setahun. Malangnya, YTL hanya perlu membayar RM3.2 juta setahun. Ini bersamaan dengan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian.

Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati bahawa berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara Kementerian dan YTL, semua caj utiliti yang berkaitan dengan 1BestariNet termasuk menara pemancar 1BRIS terpaksa ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh kontrak, sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos yang berkaitan dengan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.

Ini adalah suatu kecuaian yang serius dalam perjanjian kontrak. Malah, pihak Kementerian dalam jawapannya kepada Pejabat Ketua Audit Negara telah mengakui bahawa pemasangan menara pemancar 1BRIS telah meningkatkan kos elektrik sekolah sebanyak RM150 hingga RM180 sebulan. Jika digandakan dengan 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara, jumlah peningkatan caj elektrik adalah antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun. Keadaan ini langsung tidak masuk akal, kerana Kerajaan merupakan pelanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani dengan caj utiliti yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada kos operasi kontraktor.

Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan atas angin hampir RM50 juta setahun, ataupun RM750 juta sepanjang tempoh 15 tahun projek 1BestariNet. Dalam konteks ini, denda RM2.4 juta yang dikenakan ke atas YTL sebenarnya tidak bermakna langsung berbanding ratusan juta ringgit keuntungan yang bakal diperolehi YTL akibat kelemahan kontrak serta pendapatan daripada penggunaan komersil menara pemancar 1BRIS, di samping apa apa keuntungan daripada projek tersebut.

Hanya ada dua penjelasan bagi kontrak yang amat berat sebelah ini. Sama ada Kerajaan berlaku cuai kerana bersetuju dengan perjanjian yang penuh kelemahan ini, atau pun perjanjian ini sengaja dibentuk sedemikian rupa untuk menguntungkan syarikat kroni. Walau apa pun jawapannya, Kementerian harus bertanggungjawab dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana kerugian ini akan diatasi.


Ada orang kata projek ini adalah projek datang dari langit oleh Tan Sri Muhyiddin Mat Yasin, sebab Tan Sri yang pengerusikan mesyuarat lulus perkara ini. 



Dia ni nama Marina Mahathir. Dikatakan orang?? Kena siasat.. ada kaitan dengan YTL termasuk ada saham di Tanjung Jara Resort bersama YTL.

JANGAN KITA KELUAR MULUT BUAYA MASUK MULUT HARIMAU

Unspinners

Sumber MR - 15-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Akta Antiberita Palsu, Mahathir Buat U-Turn


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu sama ada untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

"Kita perlu kaji," katanya ringkas pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum pilihan raya umum, Mahathir berikrar akan memansuhkan akta antiberita tidak benar yang diperkenalkan oleh kerajaan BN jika Pakatan Harapan berkuasa.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan pada April lalu membawa hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda sehingga RM500,000.

Pengkritik mendakwa hukuman yang dikenakan adalah keterlaluan sementara tidak ada definisi yang jelas tentang apa yang ditakrif sebagai berita palsu. Menurut mereka, undang-undang itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk menindas pandangan yang berbeza.

Semasa kempen pilihan raya, Mahathir sendiri tertakluk kepada siasatan di bawah undang-undang berita palsu selepas mendakwa bahawa jet peribadi yang sepatut dinaikinya ke Langkawi telah disabotai.

Semalam, Mahathir berkata, kerajaan barunya akan menentukan dengan jelas apa yang ditakrif sebagai berita palsu dan apa yang bukan.

Beliau berkata walaupun kerajaan baru tidak akan menyekat kebebasan akhbar, beliau memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk menghasut rakyat tidak akan diterima.

Mahathir tidak menyatakan sama ada beliau merancang untuk memansuh, meminda undang-undang sedia ada mengenai berita palsu ataupun menggubal rang undang-undang yang baru.
Sumber MR - 1-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Harga kereta mungkin naik jika SST dilaksanakan, kata Nissan


PETALING JAYA: Pemansuhan 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mungkin tidak membantu menurunkan harga kereta seperti yang diharap-harapkan.


Pengarah jualan dan pemasaran Edaran Tan Chong Motor, Christopher Tan memberitahu media, harga kenderaan Nissan mungkin naik sedikit, lapor laman web auto popular paultan.org.

“Bagi hampir setiap jenama, apabila kita bertukar dari cukai SST kepada GST, harga sebenarnya turun sedikit,” kata Tan semasa pelancaran Nissan Serena S-Hybrid terbaharu.

“Sekiranya cukai SST dilaksanakan ia sebenarnya sama seperti sebelum ini, sebenarnya ada kenaikan harga.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah mungkin sekarang adalah masa terbaik untuk membeli kereta, kerana jika SST dilaksanakan, anda terpaksa membayar dengan harga yang sedikit tinggi pada masa depan.”

Tan berkata cukai SST sebelum ini ialah 10%.

Beliau menambah Nissan memperkenalkan skim perlindungan harga untuk menggalakkan orang ramai terus membeli kereta daripada menunggu GST dimansuhkan.

Di bawah skim ini, pelanggan yang membeli kereta mereka mulai bulan ini akan mendapatkan perbezaan pulangan yang dikembalikan kepada mereka jika harga turun selepas SST dilaksanakan.

Laman web itu berkata bagaimana bentuk pulangan wang ini dibuat belum diputuskan.

Skim yang sama juga diperkenalkan untuk kenderaan Subaru, dengan harga dikekalkan pada harga semasa bagi kenderaan yang dibeli dari sekarang hingga 18 Ogos.

Laman web itu juga berkata jika harga dikurangkan apabila SST dilaksanakan, perbezaannya akan dipulangkan dalam bentuk baucar perkhidmatan atau harga yang diselaraskan.
Sumber MR - 16-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


PM Anwar Ibrahim Di Bawah De Facto PM, Mahathir Mohamad


"You have to lead. You should be sensitive to what your followers think. But if you do exactly what they want, you're not a leader". Demikian ungkapan Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tercatat di dalam buku Malaysian Politics Under Mahathir.


Tatkala penyokong penyokong Anwar Ibrahim saban hari mewiridkan Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri setelah memegangnya buat sementara waktu sehingga Anwar Ibrahim dibebaskan, dan kemudiannya Mahathir akan duduk di kerusi belakang dalam tampuk pemerintahan Anwar atau sekadar duduk memerhati tanpa sebarang campur tangan, Jabatan Perdana Menteri hari ini menyatakan akan berlaku sedikit kelewatan berhubung pembebasan Anwar.

Pembebasan Anwar yang dikhabarkan sepatutnya berlangsung hari ini (Selasa) terpaksa ditangguhkan dan Lembaga Pengampunan hanya akan bersidang pada esok hari (Rabu). Khabar ini tidaklah sepatutnya menjadi satu kejutan buat yang telah lama memerhati pergerakan bidak bidak catur politik Mahathir sekurang kurangnya seawal lima tahun lepas, akan tetapi ia juga bukanlah suatu yang signifikan untuk diresahkan. Apa yang dilakukan Mahathir buat masa ini hanyalah membeli masa demi mengukuhkan kedudukannya, sedang masanya kian suntuk.

Mahathir telahpun menggerakkan bidak pertamanya di atas papan catur perebutan takhta istana kubah hijau Putrajaya seawal penghujung tahun 2015, dengan menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan suatu Majlis Penasihat atau 'Council of Elders' yang berperanan untuk menasihati Perdana Menteri Najib Razak dalam urusan pentadbiran kerajaan. Langkah Mahathir itu mendapat tentangan banyak pihak ketika itu, antaranya Dr Abdul Aziz Bari yang kini merupakan ADUN Tebing Tinggi dari parti DAP. Antara kritikan Dr Aziz Bari adalah tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kerana anggota Council of Elders itu bukanlah dilantik dari kalangan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ia ibarat "tikus membaiki labu" katanya, disamping mengingatkan bahawa Mahathir "had a habit of tampering the system".

Antaranya pada tahun 1982, Mahathir telah melantik Speaker Dewan Rakyat bukan dari kalangan ahli parlimen yang dipilih rakyat, iaitu Tun Zahir Ismail, yang merupakan salah seorang anggota tribunal ditubuhkan Mahathir untuk memecat Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Selain itu Mahathir juga telah menghentikan amalan sidang Parlimen haruslah dihadiri oleh Peguam Negara untuk menjawab pertanyaan pertanyaan ahli parlimen. Tindakan tindakan Mahathir ini telah melemahkan amalan semak dan imbang (check and balance) yang telah wujud sejak sekian lama.

Maka adalah tidak menghairankan apabila setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7, Mahathir mengisytiharkan penubuhan Council of Elders yang terdiri daripada penyokongnya atau mereka yang pernah dilantik olehnya untuk mengisi jawatan penting sepanjang pemerintahannya. Apakah peranan Council of Elders ini yang dianggotai oleh individu individu yang tidak dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat akan tetapi ditabalkan sendiri oleh Mahathir? Mengapa tidak kedengaran lagi suara Aziz Bari dan pemimpin pemimpin lain menentang penubuhannya? Tindakan Mahathir ini, disamping melewatkan perlantikan penuh jemaah kabinetnya tiada lain melainkan strategi Mahathir untuk memastikan gerak bidak bidak caturnya yang seterusnya akan mampu mengatasi gerak percaturan Anwar yang akan dibebaskan tidak lama lagi.

Mahathir sedar sekiranya dia tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim setelah Anwar dibebaskan, penyokong penyokong Anwar akan bertindak menentangnya dan ini sangat tidak diingini olehnya. Maka itu Mahathir telah menggerakkan bidak caturnya yang kedua pada awal Februari lalu dengan mengisytiharkan yang dia akan memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 tahun sebelum meletakkan jawatan untuk kali yang kedua. Mahathir memberi alasan bahawa dia memerlukan 2 tahun itu untuk memperbetulkan segala onar yang telah dibuat oleh Najib Razak. Akan tetapi hakikatnya, Mahathir akan menggunakan sepenuhnya 2 tahun itu untuk mengukuhkan kedudukannya dan melemahkan penentangnya, suatu permainan yang sangat mahir dimainkan oleh Mahathir Bin Mohamad.

2 tahun adalah tempoh yang cukup buat Mahathir untuk mengatur segala langkahnya. Jika sebelum ini Mahathir hanya memerlukan tempoh kurang 1 tahun untuk menjatuhkan Anwar, maka tempoh 2 tahun ini adalah lebih dari mencukupi. Tabiat Mahathir yang gemar memberikan jawatan kepada orang orang yang tidak berintegriti agar mudah dikawal olehnya akan dimanfaatkan sepanjang masa beliau menjadi Perdana Menteri ini. Antaranya adalah jawatan menteri yang akan dipertanggungjawabkan atas pembelian aset aset sensitif negara, yang mana butir butir lengkapnya tidak boleh dihebahkan kepada umum kerana boleh menjejaskan rahsia kekuatan dan kedaulatan negara. Selain itu Mahathir melantik individu yang menghadapi pertuduhan di mahkamah, yang memerlukan campur tangannya untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan tersebut adalah juga untuk tujuan yang sama. Kelak ramai lagi yang akan menjadi bidak bagi percaturan Mahathir setelah dikurniakan dengan jawatan dan kedudukan, biarpun mereka bukan dari parti pimpinan Mahathir sendiri.

Mahathir akan tetap menyerahkan jawatan Perdana Menteri itu kepada Anwar kelak sama ada sebelum atau selepas tempoh 2 tahun, bila mana Mahathir saat itu tidak lagi perlu kepada jawatan tersebut. Saat itu Mahathir akan mengetuai Council of Elders yang dibuat olehnya itu, yang akan menjadi lebih berkuasa dari Anwar selaku Perdana Menteri. Tika itu Mahathir merupakan De Facto Perdana Menteri. Bidak bidak catur Mahathir akan bersedia untuk langkah penghabisan, memerangkap Anwar dalam percaturan kuasa antara mereka berdua untuk kesekian kalinya. Itulah yang diinginkan selama ini oleh Mahathir setelah melihat kedua dua Perdana Menteri yang menggantikannya telah tidak menurut segala kehendaknya.

Jawatan Mahathir selaku ketua Council of Elders itu adalah lebih kukuh berbanding jawatan Perdana Menteri yang bakal disandang oleh Anwar. Ini kerana pada bila bila masa sahaja Mahathir boleh melucutkan Anwar dari jawatan Perdana Menteri dengan mengusulkan undi tidak percaya oleh ahli ahli Parlimen. Itulah langkah terakhir percaturan Mahathir. Ia bukanlah satu perkara yang sukar buat Mahathir. Dengan BN memiliki 79 kerusi, PPBM sendiri 12 kerusi, Mahathir yang telah lama meletakkan orang orangnya di dalam parti parti lain yang memegang sebilangan kerusi hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk menjayakan undi tidak percaya terhadap Anwar selaku Perdana Menteri. Tambahan pula Mahathir telah mempunyai pengalaman mengalahkan lawannya dalam perebutan kuasa walaupun lawannya itu memiliki sokongan yang lebih banyak berbanding dirinya, sepertimana yang dilakukan terhadap Tengku Razaleigh pada tahun 1987. Inilah yang akan menjadi 'bargaining chip' oleh Mahathir untuk memastikan Anwar selaku Perdana Menteri akan menurut kehendak kehendaknya. Setelah itu sudah tentulah Mahathir akan memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar menjadi Perdana Menteri akan diserahkan kepada seseorang yang dipilih olehnya. Wan Azizah, jika tidak melepaskan kerusi Parlimennya untuk Anwar, tidak akan diberikan jawatan tersebut dengan alasan adalah janggal apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah isteri kepada Perdana Menteri sendiri. Jawatan itu juga tidak mungkin akan diberikan kepada PKR.

Melihat perkembangan saat ini, jangkaan ini bukanlah suatu yang mustahil. Percaturan Mahathir setakat ini berhasil apabila pimpinan PKR sendiri kelihatan cuba menjauhkan diri dari kenyataan yang dibuat oleh Rafizi Ramli, mempertikaikan perlantikan tiga orang menteri oleh Mahathir tanpa berbincang dengan PKR. Azmin Ali dengan pantas menyatakan bahawa itu hanyalah pendapat peribadi Rafizi, malah Anwar Ibrahim sendiri hari ini mengulangi sokongannya terhadap kepimpinan Mahathir selaku Perdana Menteri, yang menurut Zainuddin Maidin dibuat kerana khuatir Mahathir meragui kesetiannya dan sikap tidak sabarnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Maka sekiranya segala percaturan ini berjaya, kita akan dapat menyaksikan bagaimana Mahathir akhirnya dapat mengawal Perdana Menteri yang bakal menggantikannya. Setelah itu tiada apa yang akan dapat menyekat amalan korupsi, kronisme, nepotisme, dan kuku besi yang selama ini mencorakkan warna pemerintahan Mahathir. Hanya yang dapat diharapkan untuk menyeimbangi pergelutan antara Mahathir dan Anwar itu kelak ialah PAS yang memiliki 18 kerusi Parlimen. Di sinilah PAS mampu bertindak selaku 'game changer' dalam perlawanan antara Mahathir dan Anwar. PAS harus sentiasa istiqamah dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai matlamat utama dalam memintas gerak percaturan Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. PAS harus peka terhadap gerak percaturan Mahathir kali ini. Sesungguhnya Mahathir sangat cekap mengatur langkahnya tatkala musuh musuhnya lalai dan leka. Janganlah kemenangan yang dikecapi membuatkan PAS terpica dari membaca gerak langkah Mahathir.

Maka itu berwaspadalah kita sentiasa, jangan mudah terpedaya dengan pertunjukan silap mata ahli ahli politik. Ingatlah pesan orang tua tua;

Helang pungguk helang berikan,
Tidur siang berjaga malam,
Sungguh unjuk tidak berikan,
Pepat di luar rencong di dalam.

Faiq Khalifa

Sumber MR - 15-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Drama baru bermula.. Tergesa-gesa serah kuasa kepada Anwar tidak bijak, kata Daim


Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

"Jika kamu ingkari janji rakyat, mereka tidak lagi akan mempercayai kamu lagi," katanya dalam temu bual dengan Straits Times Singapura.

Daim, kini menjadi tokoh penting dalam pentadbiran baru Mahathir, berkata beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan kata-kata berikut: "Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya."

Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara esok. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.

Sebelum ini, Mahathir berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

Sumber MR - 15-5-2018





































Isnin, 14 Mei 2018


Kerajaan Harapan: 4 hari, 3 kejanggalan


Pakatan Harapan baru sahaja menubuhkan kerajaan selama tempoh empat hari. Masih terlalu awal untuk menilai pencapaian kerajaan baharu ini, justeru kita seharusnya memberikan ruang kepada kerajaan melunaskan janji-janjinya.

Pun demikian, dari hari pertama lagi, saya mengikuti dengan dekat tindak tanduk kerajaan baharu ini, dan saya dapati ada beberapa perkara yang agak merisaukan.

Jika diteliti muka surat empat Buku Harapan, kerajaan hari ini berjanji "akan menghentikan kerosakan institusi-institusi penting negara, dan akan mengembalikan kedaulatan undang-undang, lantas menjamin kebebasan agensi agensi penting dalam kerajaan.”

Tetapi tindak-tanduk kerajaan hari ini nampak sungguh membelakangkan kedaulatan undang-undang, dan lebih berpihak kepada kedaulatan kekuasaan (rule of might).

Berikut adalah 3 perkara:

KEJANGGALAN PERTAMA, Tun Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Ismail telah memberikan kenyataan di hari kedua pembentukan kerajaan baharu bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah bersetuju untuk memberikan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini amat janggal, kerana bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, sungguhpun kuasa untuk memberikan pengampunan adalah di bawah bidang kuasa YDPA, tetapi kuasa itu hendaklah dijalankan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Persoalannya, adakah Lembaga Pengampunan telah bersidang, untuk mengatakan bahawa YDPA telah bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar?

Jika diteliti Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara adalah salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan; Perkara 42(9) pula memperuntukkan bahawa sebelum membuat sebarang nasihat untuk pengampunan kepada YDPA, Lembaga Pengampunan hendaklah mendapatkan pandangan bertulis daripada Peguam Negara terlebih dahulu.

Saya yakin, kesemua perkara ini belum dilakukan lagi, kerana sejak menubuhkan kerajaan baharu, hari bekerja pun belum bermula lagi, dan Lembaga Pengampunan pun belum bersidang, bahkan bagaimanakah agaknya rupa bentuknya pandangan bertulis peguam negara nanti? Justeru mengapa Mahathir sebagai perdana menteri yang telah mengangkat sumpah dan Dr Wan Azizah sebagai timbalan perdana nenteri (yang belum mengangkat sumpah) bulldoze kesemua peruntukan keperlembagaan ini?

KEJANGGALAN KEDUA pula ialah apabila Mahathir dalam satu sidang media mengumumkan bahawa peguam negara sekarang ini bukanlah lagi peguam negara, dan kini terdapat kekosongan untuk jawatan itu.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sungguhpun perdana menteri mempunyai kuasa untuk menasihati YDPA dalam hal pelantikan seseorang peguam negara, tetapi sebaik-baik sahaja dia telah dilantik, maka dia berhak memegang jawatan itu selagi mana diperkenankan oleh YDPA. Hal ini bermaksud bahawa seseorang perdana menteri tiada hak untuk memecat peguam negara sesuka hatinya.

Bahkan jika diingat lagi, di ketika peguam negara terdahulu Gani Patail diberhentikan jawatannya serta merta, banyak pihak, termasuk Mahathir sendiri, mempersoalkan keabsahan pemecatan itu. Hal ini terkandung dalam kertas-kertas kausa mahkamah yang difailkan oleh Mahathir dalam kes samannya terhadap Najib Razak. Malahan Gobind Singh dan S Ambiga juga pernah mengutarakan hal yang sama.

Jika dahulu pemecatan Gani Patail dikatakan tidak mengikut perlembagaan, maka adakah ‘pemecatan’ Apandi Ali secara unilateral oleh Mahathir melalui sidang media boleh dikatakan sebagai mengikut perlembagaan?

KEJANGGALAN KETIGA pula ialah pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan. Ini adalah secara jelas suatu konflik kepentingan. Lim Guan Eng masih menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, justeru selagi mana beliau belum membersihkan namanya, beliau tidak seharusnya dibenarkan untuk memegang sebarang portfolio jawatan awam kerana dikhuatiri beliau boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah. Prinsip keadilan memperuntukkan bahawa keadilan tidak hanya perlu dilaksanakan, malahan ia juga perlu tampak dilaksanakan.

Akhir kata, saya perlu tekankan bahawa saya bukan ingin mempertahankan rejim terdahulu (pimpinan Najib Razak). Bahkan jika kalian scroll timeline saya dari tahun 2015 hingga kini, kalian akan menemui banyak kritikan-kritikan saya terhadap Najib Razak.

Bahawa beliau perlu diadili, itu adalah sememangnya tidak dipertikaikan. Tetapi proses untuk mencapai keadilan tersebut perlulah mengikut prinsip-prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan tidak boleh sama sekali membelakangkan kedaulatan undang-undang semata-mata untuk mencapai sesuatu tujuan. Amatlah merisaukan melihatkan di hari-hari awalnya lagi, kerajaan baharu ini tidak menunjukkan minat untuk menghormati peruntukan keperlembagaan, lantas apakah bezanya mereka dengan kerajaan terdahulu yang digantikannya?

Aidil Khalid
peguam dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

Sumber MR - 14-5-2018

Ahad, 13 Mei 2018


Adakah Lim Guan Eng dimaafkan seperti Anwar atas salahlaku rasuah?


Pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dipersoalkan sesetengah pihak yang bertanyakan kewajaran seseorang yang sedang menjalani perbicaraan atas tuduhan rasuah untuk dilantik ke jawatan tersebut.


Menteri kewangan yang baru kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah mengenai pembelian banglo Jalan Pinhorn di George Town dari ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa di bawah harga pasaran.





Sementara itu, pengarah eksekutif Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel berkata perbicaraan rasuah pemimpin HARAPAN (dahulu pembangkang) perlu dikaji semula.

"Kesemua kes rasuah yang melibatkan pemimpin pembangkang (sebelum PRU14) kini perlu dikaji semula untuk menentukan sama ada pertuduhan tersebut palsu atau tidak, dan jika pertuduhan itu merupakan pendakwaan terpilih," katanya.

Lim Guan Eng enggan mengulas soalan mengenai perbicaran kes pembelian rumah banglonya yang telah bermula pada Mac lalu, berkata "ia adalah subjudis".

Lim berkata banyak kes perlu dikaji semula, membayangkan kesnya, yang dikaitkan dengan pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, juga akan melalui proses yang sama.

Perbicaraan kes tersebut akan bersambung semula di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

"Sebagaimana yang dikatakan (Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (Tan Sri Zulkiflee Ahmad) akan digantikan atas sebab yang cukup jelas.

"Kami perlu mengkaji semula kes-kes ini dengan teliti, jika ia bermotifkan politik terhadap ahli-ahli politik pembangkang (sebelum PRU14)," kata Lim.

Adakah Mahathir akan membatalkan tuduhan rasuah kepada Lim Guan Eng?

Sebelum ini bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan asas pengampuan yang akan diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan Lembaga Pengampunan perlu konsisten kerana ia akan memberi kesan pada permohonan di masa akan datang.

Abdul Hamid dalam kenyataannya berkata dia difahamkan Anwar yang disabitkan kerana kesalahan jenayah hendak diampunkan semata-mata untuk membolehkan beliau bertanding pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen.

“Apakah alasannya? Semua orang tahu, untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen dan, seterusnya dilantik menjadi perdana menteri.

“Adakah itu satu alasan yang cukup dan berpatutan (sufficient and reasonable) bagi Lembaga Pengampunan memberi pengampunan kepadanya?

“Jika jawapannya ‘ya’, maka, jika selepas itu ada pula seorang banduan lain yang meminta diberi pengampunan untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Ahli Parlimen, adakah, atas asas yang sama, dia juga akan diampunkan? Jika tidak mengapa?

“Ahli-ahli Lembaga Pengampunan perlu memikirkan semua ini. Apa jawapan mereka? Mereka perlu konsisten. Jika tidak, tidak ada ketelusan,” kata Abdul Hamid, yang berkhidmat sebagai ketua hakim negara dari 1989 hingga 1994.

Kedudukan politik Malaysia makin celaru dengan HARAPAN jika mereka juga seperti BARISAN NASIONAL cuba menyelamatkan KRONI.

Kita cuba halang KLEPTOKRASI tapi dalam masa yang saya kita pula bina KRONISME dalam pentadbiran Malaysia.

Tak ada bezanya HARAPAN dan BN @ UMNO
Sumber MR - 13-5-2018

Ahad, 13 Mei 2018


DAP Menteri Kewangan, “Cash is King”



Isu pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Malaysia telah diperkatakan oleh ramai orang. Tahniah Lim Guan Eng anda Menteri Kewangan Malaysia. Saya kena ucap tahniah bukan apa nanti ada yang kata kita asyik mengkritik sahaja tak pula nak ucap tahniah, dengkilah tu.

Bukan senang Mahathir nak berikan jawatan ini. Dulu dia PM dia juga Menteri Kewangan Malaysia kerana dia ada pengalaman dengan Tengku Razaligh yang guna kementerian ini.

Mari kita kaji logik dengan fakta sejarah.



Tun Abdul Razak Hussein adalah Menteri Kewangan yang ke-3 pada tahun 1969-1970. Kemudian dia menjadi PM pada 1970. Dengan kementerian ini dia mempromosi pembangunan luar bandar.  DEB adalah ide beliau. Dia terkenal dalam masyarakat. Dia jadi PM.


Tun Hussein Onn pula adalah Menteri Kewangan ke-5 pada 1974-76. Kemudian dia jadi PM pada tahun 1976. Dengan kementerian ini dia menyatupadukan masyarakat dengan lebih harmoni. Dia pun terkenal, dia juga jadi PM.


Tengku Razaleigh Hamzah pula menjadi Menteri Kewangan ke-6 pada tahun 1976-1984. Dia bina kewangan UMNO dan Melayu dengan bank dan pelbagai perniagaan. Dia sangat terpengaruh. Ikut logik dia sepatutnya menjadi PM yang ke-4. Tapi Mahathir telah 'spoil' UMNO dengan membentuk team jatuh menjatuh. Ini dia sebenarnya perosak UMNO yang menyuntik virus perpecahan dalam UMNO.

Pening juga Mahathir dan lawan Tengku Razaleigh Hamzah kerana Kuli mempunyai kewangan yang baik. Dia menang hanya 43 undi sahaja. Itu pun Najib Razak musuh dia sekarang ini yang berpaling tadah dan menyokong dia disaat akhir.


Mahathir lantik Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan ke-7 pada 1985-1990. Daim tak sebulu dengan Anwar Ibrahim. Anwar pula anak emas Mahathir. Mahathir pening nak pilih mana. Akhirnya Mahathir pilih Anwar.

M.G.G. Pillai ada menulis mengenai krisis Daim-Mahathir sehingga perletakkan jawatannya dan diganti dengan Anwar. Saya tak panjang di sini.


Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan ke-8 iaitu 1991-1998. Anwar guna kesempatan ini untuk bina orangnya dalam UMNO dan juga diluar UMNO. Jim (IRC) adalah mereka yang bernaung dengan Anwar dan mendapat kewangan yang sangat banyak. JIM/IRC/IKRAM yang kini menjadi pengkhianat parti PAS membentuk parti AMANAH sekarang.

Anwar agak gelojoh, ada perancangan nak jadi Mahathir sebagai Gabnor Langkawi. Projek ini terbongkar. Perang Mahathir-Anwar berlaku 1998.

Mahathir lihat kehebatan MENTERI KEWANGAN dalam membina kuasa. DIa menjadi Menteri Kewangan yang ke-9 dan juga PM. Dia beri sekejap kepada Daim kemudian dia ambil terus. Tradisi ini diteruskan oleh Paklah dan Najib.

Persoalan timbul?

Kalau Kementerian ini penting kepada Mahathir berikan kepada Lim Guan Eng, DAP yang menjadi musuhnya dahulu??

Saya tak payah jawab pembaca boleh membuat penilaian sendiri. Terpaksa ke? atau apa-apa....

Ada yang berhujah kononnya apa salah Cina menjadi Menteri Kewangan Malaysia, dulukan Malaysia ada Menteri kewangan pertama dan ke-2 iaitu Tun (Kol.) Hau-Shaik Lee dan Tun Tan Siew Sin.

Saya menjawab kenapa Tun Razak ambil jawatan ini dan terpaksa membuat DEB bagi mengimbangi Melayu yang sangat ketinggalan dalam dunia perniagaan dan ekonomi.

Mahathir membuat kesilapan besar. Harapan akan bertanggungjawab atas perkara ini.


Saya tak nak panjangkan perdebatan. mari lihat nota-nota ringkas untuk pembaca berfikir apabila Menteri Kewangan diberikan kepada DAP.

Berikut ada lah agensi-agensi yang akan berada di bawah kuasa DAP.

Agensi-agensi tersebut memainkan peranan atau sebagai penggerak kepada Kementerian Kewangan yang memudahkan pengawalan dan pengurusan pendapatan negara:

- Bank Negara Malaysia (BNM)

- Suruhanjaya Sekuriti
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

- Bursa Malaysia
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir (LOFSA)
- Perbendaharaan Malaysia
- Jabatan Akauntan Negara (ANM)
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
- Yayasan Tun Razak
- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
- Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)

Ini sebahagian aje...
Nasib malang bagi sesiapa yang tidak mengundi calon Islam dalam pemilihan baru-baru. Anda telah mengkhianati amanah Allah untuk menjaga Islam.



Sumber MR - 13-5-2018

Analisis 72 jam Kerajaan PH, Tun M

BARU tiga hari menjadi kerajaan, pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu segera menyemak kembali tindak-tanduk mereka yang memberi isyarat meresahkan. Jelas sekali rakyat yang dahagakan perubahan sejati sejurus Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu kini dihadapkan dengan beberapa isu kritikal berikut. 
Tindakan PH menerima Adun BN yang melompat tanpa sebarang tapisan atau pengesahan bebas rasuah menjadi kebimbangan mengenai sejauh mana agenda reformasi institusi benar-benar menjadi prioriti PH. Hal ini cukup ketara sekali dalam pembentukan kerajaan Negeri Perak (2 Adun BN sertai PH), Kedah (seorang Adun BN dikatakan menyertai PH), Johor (3 Adun melompat), dan Sabah (enam Adun melompat). Turut kencang bertiup ialah ura-ura PBB Sarawak serta Tan Sri Taib Mahmud meninggalkan BN menyertai PH. Adakah kekayaan luar biasa Taib Mahmud sekeluarga tidak akan disiasat PH? Malah tindakan menerima secara pukal bekas ahli BN menimbulkan spekulasi Tun Mahathir cuba menguatkan PPBM dalam kerajaan Pakatan ibarat Umno dalam BN dahulu – spekulasi yang berasas memandangkan kerusi Parlimen PPBM hanyalah sekitar 12 berbanding PKR (49) dan DAP (42). 
Tindakan melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan tanpa terlebih dahulu diisytiharkan bebas rasuah sepenuhnya oleh SPRM yang baru dan berkredibiliti di bawah PH turut menimbulkan persoalan. Hal ini demikian kerana beliau masih dibelenggu tuduhan yang wajib dibuktikan bebas sepenuhnya iaitu kes Banglo dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Sekiranya langkah siasatan bebas tidak dilaksanakan, dan dengan mudah terus dilantik ke jawatan Menteri kanan, maka sejauh mana bezanya iltizam politik PH berbanding BN yang dituduh seringkali memberikan amanah kepada individu yang tidak disiasat secara komprehensif seperti Tan Sri Isa Samad Pengerusi Felda yang gagal menjadi Pengerusi Spad. Demikian juga pemilihan Dato Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang turut menimbulkan persoalan: adakah siasatan SPRM ke atas beliau berhubung kehilangan RM 7.5 billion ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dahulu akan dihentikan secara automatik? 
Pelantikan YB Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan menimbulkan persoalan yang meluas dalam kalangan anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan mahu pun yang telah bersara. Sentimen ini jelas dilihat dalam kenyataan yang dipaparkan di laman ketenteraan yang paling popular di Malaysia iaitu Malaysia Military Power (MMP). YB Mat Sabu juga dikatakan berkelulusan Seni Kulinari dan sering pula dikenali dengan siri kenyataan kontroversi beliau mengenai Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemerolehan aset ketenteraan negara. Maka ada calon ahli Parlimen lain yang lebih sesuai untuk dilantik menjadi Menteri Pertahanan seperti Ahli Parlimen Port Dickson Laksamana Muda (B) TLDM Dato’ Danyal Abdullah. Beliau kaya dengan pengalaman berkhidmat dengan TLDM mulai 1971 dan bersara pada 2006 sebagai Ketua Penolong Staf (Strategik) Markas ATM. 
Tindakan Perdana Menteri Tun Mahathir membuat pengumuman tiga ahli Kabinet Kerajaan PH dalam keadaan belum mendapat persetujuan parti komponen terbesar iaitu PKR yang memenangi 49 kerusi Parlimen dalam PRU14 yang lalu menimbulkan persoalan kritikal. Malah sidang media tersebut dijalankan tanpa kehadiran pemimpin utama PKR. Kenyataan Media Naib Presiden PKR Rafizi Ramli seolah-olah mengesahkan kelemahan koordinasi dan kompromi dalam proses pembuatan keputusan PH. 
Kegagalan PH di bawah teraju Tun Mahathir memuktamadkan senarai Kabinet meskipun sudah ditekankan bahawa ia akan dilakukan pada 12 Mei juga menguatkan lagi hujah bahawa mekanisme pembuatan keputusan PH yang berasaskan konsensus perlu disemak semula. 
Antara implikasi besar daripada kelemahan mekanisme konsensus PH ini ialah Kementerian Kewangan yang seharusnya sudah boleh mula menjalankan usaha pemansuhan cukai GST dan memperkenalkan semula cukai SST di samping penetapan harga petrol dan diesel. 
Turut menerima tempias ialah ketiadaan Menteri Luar Negeri dalam situasi politik global semakin meruncing dengan kes isu Nuklear Iran, rundingan Amerika-Korea Utara-Korea Selatan, pembunuhan berterusan Zionis Israel di Gaza, serangan Israel di Syria, serta perasmian kedutaan Amerika di Israel yang akan dibuka di Baitul Maqdis. 
Tindakan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian daripada PPBM bahawa beliau tidak akan memberi peruntukan kepada Adun pembangkang dan menyifatkan langkah tersebut sebagai ‘memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita’. Kenyataan sebegini bukan sahaja menjadikan tiada beza antara pentadbiran PH dan BN, malah menafikan mandat yang diberikan rakyat kepada wakil rakyat pembangkang di kawasan mereka. 
PM Tun Mahathir seharusnya lebih peka kepada usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Isu ini jelas terserlah apabila beliau bertindak berucap dalam Bahasa Inggeris setiap kali sesi Sidang Akhbar dilakukan. 
Pelantikan YB Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak tanpa sebarang pengalaman pentadbiran dan latar kredibiliti juga menimbulkan persoalan. Malah Pengerusi PH itu juga hanya memenangi kerusi Dun Chenderiang dengan majoriti 39 undi. Calon yang lebih layak ialah Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dengan pengalaman pentadbiran kerajaan PAS Perak 11 bulan 2008-2009 dan juga lebih berwibawa dari segi latar pendidikan serta profesion. 
Prinsip ketelusan dan keterbukaan juga menjadi persoalan apabila adegan rundingan di balik tabir menjadi mekanisme pembentukan kerajaan negeri PH di Sabah dan Perak. Rakyat pastinya tertanya-tanya apakah konsesi yang ditawarkan sebagai harga untuk mereka melompat meninggalkan BN bagi membentuk kerajaan PH? 
Kenyataan Lim Guan Eng mengenai "Bangsa Malaysia" dalam sidang akhbar pengumuman Kabinet pula berpotensi mewujudkan persoalan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia mengenai pembezaan takrif "Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak" serta kedudukan istimewa dan perizaban mereka. Definisi "Bangsa Malaysia" yang dipegang Guan Eng perlu diperjelaskan adakah bermaksud mencabar definisi "Orang Melayu" dan anak Negeri Sabah dan Sarawak? Implikasi ini jelas kerana Perkara 153 menjelaskan "Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak". 
Pelantikan Tan Sri Robert Kuok sebagai salah seorang ahli Majlis Penasihat menimbulkan 1001 persoalan. Apakah merit yang melayakkan beliau menyertai Majlis berkenaan selain daripada menjadi taikun gergasi hasil hubungan rapat dengan pemimpin elit BN dahulu termasuk Tun Mahathir? Adakah amalan pemberian kontrak secara rundingan terus yang mengkayakan beliau di bawah skim 'crony capitalism’ pada era Tun Mahathir dahulu (1981-2003) akan diteruskan? Mujurlah, keanggotaan beliau dalam Majlis berkenaan turut diimbangi dua sarjana yang tegas menentang ‘crony capitalism’ iaitu Prof. Jomo Kwame Sundaram dan Dr. Muhammed Abdul Khalid. 
Mesyuarat pertama Majlis Presiden PH selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri telah dilangsungkan di premis milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Pemilihan lokasi ini sekali lagi menimbulkan persoalan, tidakkah ia menggambarkan potensi berlakunya ‘conflict of interest’ kelak apabila Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menyertai persaingan tender awam atau kerajaan? 
PM Tun Mahathir juga tidak menyampaikan sebarang ucapan yang bersifat ‘penyatuan’ seluruh rakyat Malaysia sebaliknya lebih banyak memberi fokus kepada usaha pembentukan Kerajaan PH dan siasatan salah laku bekas PM Najib Razak. Hal ini berbeza dengan anakanda beliau Dato Seri Mukhriz yang menzahirkan seruan penyatuan semua pihak termasuk PAS dalam sama-sama berusaha bagi membangunkan Negeri Kedah. 
Walau bagaimanapun, tentulah ada aspek positif dalam 72 jam pentadbiran PH ini berbanding kerajaan BN terdahulu. Antara yang paling ketara ialah kesanggupan PM Tun Mahathir untuk menjalankan sesi sidang akhbar secara terbuka, tindakan pantas untuk menyiasat salah laku kepimpinan BN seperti menghalang Dato Seri Najib dan isterinya Datin Rosmah daripada ke luar negara, pemecatan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan komitmen mengganti Ketua-ketua Jabatan Kerajaan terdahulu yang didakwa bersubahat dengan kleptokrat, komitmen penghapusan undang-undang yang didakwa bercanggah dengan semangat demokrasi, serta langkah melantik Teknokrat ke dalam Majlis Penasihat (Council of Eminent Person) bagi tujuan menasihati kerajaan. Dari segi geopolitik pula, PM Tun Mahathir jelas memberi isyarat tegas berkenaan kemungkinan tidak membenarkan kapal perang Tentera Laut China untuk berlabuh di Malaysia lagi. Demikian juga jawapan beliau berhubung projek ECRL di mana ia akan dikaji agar tidak hanya memanfaatkan China semata-mata tetapi juga Malaysia. 
Sama-sama kita berharap agar jam yang berikutnya tidak lagi dipenuhi keresahan cara PH menangani isu kritikal seperti dalam senarai di atas. Langkah pembetulan perlu diambil dengan kadar segera dan seserius mungkin bagi mengukuhkan kepercayaan rakyat yang kini tidak rela harapan mereka disandarkan kepada PH versi Barisan Nasional 2.0. 
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Univeersiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 13/5/2018

















































































\






Sumber HD - 13-5-2018

Ahad, 13 Mei 2018


Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM? Tapi Bila?


AL KISAH… Semua tentu maklum bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memang pernah bermusuhan dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 20 tahun lalu.

Ini bukan benda rahsia, malah dalam sidang media di ibu negara dengan semua koresponden agensi berita asing selepas pecat Anwar pada 1998, Mahathir mendakwa konon orang No.2nya itu tidak layak jadi pengganti beliau.

Akibatnya, Anwar melancarkan gerakan Reformasi dan lahir parti serpihan UMNO yang kemudian dikenali sebagai PKR dengan slogan unik berdasarkan kepada akronim nama UMNO itu sendiri – Undur Mahathir Negara Okay!

Ketika itu, jutaan penyokong tegar Anwar dimomokkan dengan kekejaman Mahathir menyalahgunakan kuasanya seumpama rejim diktator jahat waima diberi gelaran buruk seperti Madey Kerala Kutty selain Firaun Maha Zalim.

Malangnya demi kuasa, Mahathir yang mendakwa kononnya mahu bersara dari politik pada tahun 2003 itu sebelum tiba-tiba buat ‘pusingan U’ pada 2016, dan kali ini bersungguh-sungguh pula mahu Anwar menjadi perdana menteri.

Lucunya, pada sidang media di ibu negara hari ini, ketua kerajaan paling tua di dunia itu mendakwa konon Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ada menyatakan kesediaannya memberi pengampunan diraja kepada Anwar.

“Baginda bersedia untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar, jadi kami akan menyiapkan segala proses dokumen. Ia adalah pengampunan secara penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan.

“Tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan. Jadi selepas itu, Anwar bebas untuk menyertai politik,” kata Mahathir. Ironi setakat ini pihak Istana Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ia sekali gus mencetuskan spekulasi cakap politik mengenai kesahihan perkara itu apatah lagi Mahathir selamba sahaja mengeksploitasi nama Seri Paduka Baginda konon ada pernah berjanji untuk mengampunkan Anwar pula.

Ada pemerhati politik tempatan menyifatkan Mahathir mungkin berbuat demikian supaya rakyat percaya konon Yang di-Pertuan Agong mahu membebaskan Anwar dan sepatutnya dapat keluar hukuman penjara pada 8 Jun.

Ini bermakna jika Anwar gagal menerima pengampunan diraja, para penyokong tegar Pakatan Harapan (PH sebuah organisasi politik haram tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) akan mendakwa baginda sebagai penipu!

Jika ini berlaku, kemungkinan besar akan berlaku demonstrasi haram secara besar-besaran di depan Istana Negara untuk biadab mendesak Yang di-Pertuan Agong menepati janji atau ada petisyen agar baginda diturunkan takhta.

Ia mungkin tampak keterlaluan tetapi sejarah pernah mendedahkan Mahathir pergunakan kes Prebet Adam di Chow Kit pada 1985 dikaitkan almarhum Sultan Johor menyebabkan seluruh institusi beraja ‘dihukum’ menjadi mangsa.

Biarlah ini dianggap cuma spekulasi, tetapi jika diamati, Mahathir bijak berpolitik memanipulasi sentimen rakyat kerana sebelum ini beliau mendakwa Anwar akan diberi jawatan perdana menteri selepas dua bulan PH berkuasa.

Kelakarnya, tempoh ‘menunggu’ tersebut konon dinaikkan pula kepada dua tahun dan selepas itu ayat Mahathir berubah lagi kepada beberapa ketika! Apakah ini pusingan U terbaik di dunia untuk misi memperbodohkan rakyat?

Hakikatnya, mereka berdua adalah seteru. Khabar angin turut tular mendakwa Anwar tidak ‘selesa’ Mahathir jadi semula perdana menteri kerana sedar komplot bekas bosnya itu licik mahu lantik pula anaknya, Mukhriz sendiri.

Ia terbongkar apabila agensi berita rasmi Bernama hari ini ada menyiarkan analisis sempena pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri bahawa beliau keluar UMNO akibat ‘kecewa’ Mukhriz gagal pemilihan jawatan parti itu.

Laporan tersebut kemudian dipadamkan, namun ia membuktikan Mahathir ada rancangan mahu Mukhriz dilantik sebagai naib presiden sebelum menjadi timbalan presiden dan akhirnya presiden parti terbesar Melayu di dunia itu.

Sekiranya ini benar, maka terbuktilah Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia, tetapi demi agenda peribadi sehingga sanggup tergamak ‘bunuh’ UMNO yang banyak berjasa terhadap negara termasuk mempertahankan Islam.

Setakat ini tiada tempoh masa muktamad diberikan Mahathir untuk Anwar menjadi perdana menteri yang kelapan, tetapi ‘drama’ politik unik mereka sudah pun berjaya mengkucar-kacirkan arena siasah Malaysia. – Mynewshub.cc

Sumber MR - 13-5-2018

Ahad, 13 Mei 2018

PKR tak hadir mesyuarat untuk putuskan kabinet kanan



Para pemimpin PKR tidak hadir pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam untuk memutuskan mengenai kedudukan kabinet, menurut sumber dari beberapa parti komponen.

Mesyuarat ini adalah susulan kepada mesyuarat empat pemimpin parti pada hari Jumaat, di mana senarai kabinet dibincangkan.

Namun oleh kerana rundingan lanjut diperlukan, mesyuarat majlis presiden dijadualkan pada hari berikutnya, dengan setiap pihak dikehendaki menghantar delegasi lima wakil.

Berikutan pertemuan tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu petang mengumumkan tiga jawatan kabinet - untuk kementerian pertahanan, kewangan dan kementerian - di samping pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP, tetapi tanpa kehadiran pemimpin PKR.

Seorang sumber berkata tiga pemimpin PKR pada mulanya hadir mesyuarat itu, tetapi meninggalkannya sebelum ia bermula. Mesyuarat itu kemudiannya diadakan sekitar jam 9 pagi hingga 3 petang - tanpa wakil PKR.

Oleh itu, sumber berkata tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa pelantikan pemimpin tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR adalah tidak benar.

"Tuduhan bahawa tidak ada perundingan tidak timbul," kata Setiausaha DAP, Anthony Loke kepada Malaysiakini.

Sumber dari pihak lain, yang tidak mahu dinamakan, bersetuju dengan pendapat tersebut.

Pada masa ini Rafizi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Dr M jumpa Anwar

Difahamkan, Mahathir bertemu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan senarai kabinet kelmarin di Pusat Rehabilitiasi Cheras.

Mahathir secara senyap-senyap meninggalkan tempat itu. Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya berlaku.

Sumber lain memberitahu Malaysiakini bahawa Mahathir bergegas kerana kesuntukan masa.

"Beliau harus tampil dengan kerajaan yang stabil - sebuah kabinet - sebelum pasaran dibuka pada hari Isnin," kata sumber itu menambah dakwaan Rafizi menjadikan keadaan semakin rumit.

Mahathir sebelum ini mengumumkan cuti umum pada Khamis dan Jumaat selepas pilihan raya hari umum diadakan yang menimbulkan ketidaktentuan pasaran, kata sumber.

Sumber MR - 13-5-2018

Beberapa ketua jabatan mungkin digugur: Tun M


PETALING JAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat melakukan perkara tidak membawa kebaikan kepada negara ketika era kepemimpinan kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata itu antara

agenda pembaharuan yang akan dilaksana sebaik dilantik mengetuai kerajaan.

Langkah itu, kata beliau perlu bagi memastikan pentadbiran kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan.

"Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi.

"Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu).

"Saya akan pulangkan semula (duit mereka)," katanya pada sidang media di sini, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh, semalam.

Dr Mahathir berkata, negara juga ketika ini dibelenggu masalah pengurusan kewangan, selepas Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu daripada institusi kewangan berjumlah hampir RM800 bilion.

"Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi dipercayai mencecah RM1 trilion," katanya.

Sumber MR - 11-5-2018