BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, September 25, 2018

PARTI AMANAH NEGARA (JILID 4)


a


Husam Lupa Mimpi dia... 
LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
Keputusan PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson adalah keputusan yang dibuat secara terburu-buru, kata Senator Husam Musa.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu turut mendakwa PAS juga gemar membuat keputusan berdasarkan mimpi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS suka bermimpi, sedangkan dalam Islam, mimpi tidak boleh atasi al-Quran dan Hadis serta fikiran yang logik kata Husam.

Aku malas nak ulas panjang. Rasa baik beri aje satu tulisan Lebai Hassan cukup dah untuk menjawab kenyataan bodoh Husam Musa ini.




Mimpi Hadi, Mimpi Nik Aziz dan Mimpi Husam (Kemaskini)



[Link Video TGN di Baiki] Dari semalam nampaknya Malaysiakini 'mainkan isu' mimpi bagi merosakkan imej PAS. Perkara kecil diungkit menjadi isu dalam pemberitaan Malaysiakini sehingga hilang fokus 1MBD, GST dll. Polimik mimpi sebenarnya bertujuan melemahkan pengaruh atas pagar kepada PAS bagi membantu Harapan.

Tapi Malaysiakini lupa pasal yang selalu jaja mimpi adalah Husam Musa. Mari kita semak fakta dan hujah.


Saya pernah membaca artikel Subky Latif 5 Mei 2015 tentang beliau bermimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz. Dalam artikel berkenaan beliau ada menyebut "Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya."


Rupanya sebelum Abdul Hadi jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz dah ada orang lain jumpa... termasuk Subky Latif


Selepas itu saya mendengar ceramah Husam Musa yang mendakwa bahawa dirinya telah bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebanyak 15 Kali.


15 kali, bukan sekali dua ini menunjukkan begitu sekali dahsyat kasihnya Almarhum Tok Guru kepada Husam Musa seolah-olah Almarhum lebih kasih dan sayangkan beliau daripada isteri dan anak beranak, kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Kesian Nik Abdul anak tok guru Nik Aziz musuh ketat Husam Musa, Jangankan bermimpi ayahnya, bayang tok guru Nik Aziz pun tak.... betulkan ahli PAN dan IKRAM??

Mungkin kerana Husam Musa jumpa dalam mimpi 15 kali, Nik Omar kata Husam ni "Anak Butir". Hebat juga mimpi Husam. Mari kita dengar. 
 

Timbul persoalan kenapa banyak sangat Husam Musa dijumpai Tok Guru dalam mimpinya. Kenapa perlu Tok Guru Nik Aziz jumpa dia ni banyak kali? Ini perlu juga analisis.

TAPI PELIK TAK ADA PUN MALAYSIAKINI NAK SIAR. Nak jadikan isu dalam akhbarnya. Itu kita boleh tahu 'hati perut' Malaysiakini.

Mimpi apa kata Islam??

Mimpi bukanlah sumber hukum syarak.
Begitu juga ilham, lintasan hati, Kashaf bukanlah sebahagian daripada dalil syarak. Ia tidak boleh diterima pakai kecuali memenuhi syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan nas-nasnya.

Namun tidak dinafikan bahwa kita manusia biasa boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar bermimpi. Karena hal ini telah sabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak bisa menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]
Soal betulkan Rasulullah s.a.w. yang dijumpai dalam mimpi kita kena membanding ciri-ciri bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh para sahabat.

Apa kata Tok Guru Nik Abdul Aziz pasal mimpi jumpa Rasulullah s.a.w.
 
 
 

Tok Guru Nik Abdul Aziz menceritakan dalam pengetahuannya (bukan pengetahuan umum. bukan di war-warkan...) bahawa Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang telah bermimpi 3 kali jumpa Rasulullah s.a.w.

Dan Tok Guru berpesan ikut TGHH pada jalan Allah.
Malangnya yang heboh nak ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz lawan Tok Guru Abdul Hadi. Tak mahu ikut apa kata TGNA.

Bukan sahaja lawan, tapi cuba 'hijack' TGNA kononnya di adalah mengikuti LEGASI NIK ABDUL AZIZ. Malu lebai mana nak letak muka, buat cerita bohong atas batang tubuh TGNA.


Share this article :
ZULZALLYZUKARNAIN

Sumber MR - 29-9-2018


Mohd Sabri kecewa Amanah 

abaikan Nik Omar 

LightBlog 

Notis : Kami membuka satu group baharu 
"MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh 
berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka 
dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS 
(suapan berita) daripada blog ini secara berkala. 
>> Masuk < <



PETALING JAYA: Mohd Sabri Salleh, sepupu kepada 
Nik Omar Nik Abdul Aziz kecewa dengan pucuk 
pimpinan parti Amanah yang seakan-akan mengabaikan 
anak bekas mursyidul am PAS itu selepas pilihan raya 
umum ke-14 (PRU14) lalu.

Mohd Sabri Salleh berkata Nik Omar sebelum ini 
merupakan watak penting ketika berkempen.

“Sepatutnya pemimpin baru macam Nik Omar diangkat 
untuk bina imej baru kepada Pakatan Harapan (PH), tapi 
tidak ada apa-apa tindakan daripada pimpinan pusat.

“Sebagai contoh Nik Omar buat kutipan derma untuk 
sekolah tahfiznya, itu saya pelik ustaz Kazim
boleh RM50,000 senang-senang untuk tahfiz, sedangkan 
Nik Omar betul-betul bantu PH terpaksa kutip derma 
buat majlis makan laksa.

“Harapan saya bukan sahaja untuk Nik Omar tapi 
kepada Datuk Husam (Musa) juga sebab pengaruh 
beliau boleh pergi jauh dan tarik pengaruh jika diberi 
kedudukan penting dalam parti.

“Begitu juga Nik Omar kalau diberi tempat seperti di 
Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), beliau boleh 
bawa satu gelombang di Kelantan,” katanya.

Sabri merupakan adik Setiausaha Dewan Ulama Pas, 
Dr Nik Zawawi Salleh.

Beliau merupakan individu yang membuat laporan polis 
terhadap Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebelum PRU14 
yang kononnya PAS menerima dana RM90 juta daripada 
Umno.

Tak akan patah balik kepada Amanah 

Pada 10 September lalu, Sabri mengumumkan keluar 
Amanah dan melepaskan jawatan sebagai ahli 
jawatankuasa Amanah Pasir Puteh.

Katanya, keputusan itu tidak dibuat secara tergesa-gesa 
malah melalui penelitian sejak beberapa bulan lalu.

“Saya tidak berpuas hati dengan pemimpin pusat 
terutamanya presiden (Mohamad Sabu) yang dilihat 
gagal menyelesaikan isu parti yang timbul, sebagai 
contoh serangan dibuat (ahli Amanah) ke atas Datuk 
Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak puas hati dengan presiden sudah lama dari 
pembahagian kerusi lagi, sebagai contoh beliau tanding 
kerusi Kota Raja milik Dr Siti Mariah (Mahmud) itu tidak 
patut,” katanya.

Sabri berkata dia tidak akan berpatah balik menyertai 
Amanah semula selepas kecewa dengan pimpinan parti 
itu.

“Setakat ini saya akan berkecuali dulu, tidak buat
 keputusan sama ada mahu sertai parti lain.

“Ada pemimpin dari Amanah pujuk supaya kembali 
semula kepada Amanah, saya tidak akan patah balik 
kepada Amanah,” katanya.

Dia juga berkata setakat ini tidak ada pemimpin PAS 
memujuknya untuk sertai PAS.

Sabri turut mendakwa terdapat sikap merebut jawatan 
dalam Amanah sepertimana berlaku dalam Barisan 
Nasional.

“Sikap kejar kuasa itu memang mana-mana parti ada, 
benda itu tidak kira parti mana,” katanya.

Ditanya peluang PH merampas Kelantan pada PRU akan
 datang, Sabri berkata berdasarkan situasi ketika ini, 
sukar untuk gabungan itu menang walaupun bergabung 
dengan Umno sekalipun.

“Rakyat Kelantan jiwa mereka lain, lebih-lebih lagi bila 
PH tidak tonjol pemimpin agama, sebab rakyat Kelantan 
mahu pemimpin Islamik dan ada jiwa agama,” katanya.

Ditanya hubungan beliau dengan keluarga yang masih 
bersama PAS selepas pilihan raya, Sabri berkata keadaan 
baik cuma sedikit dingin.

“Hubungan tidak ada masalah, cuma dingin sedikit tapi
 tidak sampai putus hubungan,” katanya.

Sumber MR - 25-9-2018

No comments:

Post a Comment