Islam memimpin bersama bangsa
http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/8582-islam-memimpin-bersama-bangsa
ISLAM yang membawa risalah sejagat, menjadi rahmat kepada seluruh alam. Dasar, konsep dan tujuannya tidak terikat dengan semangat kebangsaan dan dijadikan aqidah perjuangan. Namun tetap mengiktiraf peranan bangsa dalam perjuangannya.
Semua para Rasul A.S. selepas Nabi Lut A.S. dijadikan bangsanya salah satu tonggak pendukung perjuangannya.
Allah menetapkan kewujudan bangsa menjadi salah satu daripada dalil ketuhanan-Nya. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (bermasyarakat). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat: 13)
Firman Allah:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22)
“Dan di antara tanda-tanda (yang membuktikan ketuhanan, kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya) ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”. (Surah Ar-Rum: 22)
Kewujudan pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit dan perbezaan yang lain menjadi dalil kuasa dan kebijaksanaan Allah dengan ikatan bermasyarakat. Membolehkan manusia itu ditugaskan di atas muka bumi dan alam dunia yang tidak mungkin dilaksanakan oleh makhluk yang lain.
Adapun kelebihannya pula bergantung kepada bagaimana mereka menjalankan tugas bagi mencapai tujuan mereka diciptakan iaitu beribadah (memperhambakan dirinya kepada Allah), berkhilafah (mentadbir bumi dan seisinya) dan melaksanakan amanah (perintah Allah daripada agama-Nya) yang menjadikan ukuran kemuliaannya ialah sifat taqwa kepada Allah.
Al-Quran menegaskan peranan keluarga dan bangsa dalam kewajipan berdakwah secara praktikal, bermula dengan kisah Nabi Lut A.S.:
قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ (80)
“Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat berlindung kepada sesuatu tempat bertahan yang kuat (penyokong-penyokong daripada kaum keluarga)”. (Surah Hud: 80)
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"رَحْمَةُ اللَّهِ عَلَى لُوطٍ إِنْ كَانَ لَيَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ، قَالَ: فَمَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ نَبِيًّا إِلا فِي ذِرْوَةٍ مِنْ قَوْمِهِ". (الترمذي)
“Rahmat Allah terhadap Nabi Lut A.S. sebenarnya dia telah mendapat perlidungan yang sangat kuat (pertolongan Allah dengan kedatangan para malaikat). Maka Allah tidaklah mengutuskan Rasul selepasnya melainkan bersama kekuatan kaum bangsanya”. (Riwayat Imam At-Tirmizi)
Maka Rasulullah S.A.W. juga diperintahkan pada permulaan dakwahnya untuk membentuk jamaah daripada kaumnya sendiri. Firman Allah:
Maka Rasulullah S.A.W. juga diperintahkan pada permulaan dakwahnya untuk membentuk jamaah daripada kaumnya sendiri. Firman Allah:
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ (213) وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ (214)
“Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah Tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi daripada golongan yang dikenakan azab seksa. (213); Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat”. (214) (Surah As-Syua’ara’: 213-214)
Allah menegaskan melalui firman-Nya:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (4) وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّهِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ (5)
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4); Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah”. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur”. (5) (Surah Ibrahim: 4-5)
Allah menyebut contoh Nabi Musa A.S. dengan kaumnya secara khusus, walaupun dakwahnya juga ditujukan kepada Firaun yang memerintah negara Mesir Purba yang bertamadun kebendaannya tetapi sesat aqidah, syariat dan akhlaknya.
Allah mengeluarkan Qarun yang sesat, walaupun dia sebangsa dengan Nabi Musa A.S. Firman Allah:
۞ إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ (76) وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ (77)
“Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat lagi sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). (76); “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”. (77) (Surah Al-Qasas: 76-77)
Allah juga meletakkan seorang pembesar bangsawan di kalangan Firaun yang beriman, termasuk kalangan Nabi Musa A.S. yang diabadikan sebutannya di dalam Al-Quran.
Maka Rasulullah S.A.W. memulakan dakwahnya kepada kaum keluarga dan bangsanya dahulu, walaupun kerasulannya kepada seluruh manusia dan sekalian alam dunia ini sehingga berlakunya Kiamat yang wajib diimani.
Allah juga menyebut amaran-Nya di dalam Al-Quran bahawa bangsa Arab yang meninggalkan perjuangan Islam dipinggirkan dan ditukar dengan bangsa lain yang memimpin umat bersama Islamnya.
Firman Allah:
وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)
وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu”. (Surah Muhammad: 38)
Selepas wafatnya Rasulullah S.A.W, umat Islam melaksanakan sabda Baginda S.A.W. yang mentafsirkan Al-Quran:
الأئمة من قريش
“Para pemimpin itu hendaklah di kalangan Quraisy”. (Riwayat Imam Ahmad)
Ibnu Khaldun mentafsirkan makna Quraisy adalah kaum Arab yang mendominasi umat Islam pada masa itu. Maka umat Islam melaksanakan hadis ini mengikut Feqah Al-Waqi’e (Feqah Situasi dan Realiti) yang sentiasa berubah mengikut zaman dan tempatnya.
Amirul Mu’minin Umar bin Al-Khattab R.A. menegaskan kepada para pemimpin Islam berbangsa Arab pada zamannya:
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام، فمهما نبتغي العز بغير أعزنا الله أذلنا الله.
“Kita adalah kaum (bangsa) yang diberi keperkasaan oleh Allah bersama Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam nescaya kita menerima hukuman Allah, menjadi hina dan lemah”
Senario kepimpinan Islam berlaku sama ada di peringkat pusat atau negeri di sepanjang zaman membuktikan bahawa bangsa yang dominan di kalangan penganut Islam yang layak memimpin, bergilir daripada Arab kepada Kurdis (Ayyubiah), kemudiannya Turki (Uthmaniah), Tatar (Moghul) yang menganut Islam di benua India dan rumpun Melayu di Nusantara.
Rumpun Melayu Islam daripada pelbagai suku kaum dan bangsanya yang menganut Islam masih tetap menjadi bangsa terbesar menganut Islam di rantau ini (Indonesia dan Malaysia), bahkan terbesar di kalangan dunia Islam. Hanya kembali sahaja kepada Islam yang sempurna.
Maka jangan digempurkan bangsa Melayu Islam yang mendominasi penduduk di negara ini hanya kerana adanya pengaruh ekonomi dan media yang disalahgunakan untuk tujuan politik yang salah, tanpa mengambil kira peranan dominasi kaum yang masih menganut Islam ini.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 31 Oktober 2018 / 20 Safar 1440 - HARAKAHDAILY 31/10/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 31 Oktober 2018 / 20 Safar 1440 - HARAKAHDAILY 31/10/2018
Sumber HD - 31-10-2018
Koleksi karya Tuan Guru Abdul Hadi
SEMPENA memperingati 69 tahun perjuangan PAS (24 Safar 1371 - 24 Safar 1440)
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (l. 1947), tokoh ulamak dan ahli politik gerakan Islam yang terkemuka merupakan graduan Universiti Islam Madinah dan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau lahir dalam sebuah keluarga pejuang dari keturunan ulamak yang berasal dari Pattani. Keluarganya pernah terlibat dengan gerakan Sarekat Islam di Terengganu pada dekad 1920-an, kemudian Hizbul Muslimin selepas Perang Dunia Kedua, sebelum aktif dengan PAS. Beliau sendiri aktif dengan PAS sejak 1964 dan mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimin di Madinah dan Kaherah, sebelum terlibat dengan kepemimpinan ABIM dan PAS mulai pertengahan 1970-an. Sejak tahun 2002, beliau diberi amanah sebagai Presiden PAS, sebelum dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia pada 2014.
Sebagai tokoh ulamak dan pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menghasilkan 108 buah karya yang telah diterbitkan, tidak termasuk kertas-kertas kerja, penulisan, kajian, ucapan dan dokumen-dokumen lain yang belum diterbitkan. Secara umumnya, karya-karya beliau boleh dibahagikan kepada I. Ucapan Dasar PAS (16 buah), II. Aqidah Islamiyyah (13 buah), III. Tarbiyah Harakiyah (4 buah), IV. Tafsir al-Quran (14 buah), V. Fiqh as-Seerah (5 buah), VI. Politik Islam (23 buah), VII. Fiqh Islamiyah (6 buah), VIII. Kompilasi Khutbah, Ucapan dan Kertas Kerja (15 buah) dan IX. Pelbagai (12 buah). Berikut adalah senarai karya-karya beliau sebagai untaian mutiara ilmu dalam perjuangan:
● Ucapan Dasar PAS
1. Menuju Kemenangan, 2003
2. Memartabatkan Kedaulatan Rakyat, 2004
3. Paksi Kebangkitan Perjuangan, 2005
4. Pulihkan Demokrasi, Daulatkan Islam, 2006
5. Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan, 2007
6. PAS Untuk Semua, 2008
7. Islam Memimpin Perubahan, 2009
8. Islam Adil Untuk Semua, 2010
9. Membangun Negara Berkebajikan, 2011
10. Negara Berkebajikan Teras Perpaduan, 2012
11. Rahmat Untuk Semua, 2013
12. Terus Beristiqamah, 2014
13. Beristiqamah Hingga Kemenangan, 2015
14. Inilah Penyelesaian Kita, 2016
15. Sejahtera Bersama Islam, 2017
16. Islam Memimpin, 2018
2. Memartabatkan Kedaulatan Rakyat, 2004
3. Paksi Kebangkitan Perjuangan, 2005
4. Pulihkan Demokrasi, Daulatkan Islam, 2006
5. Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan, 2007
6. PAS Untuk Semua, 2008
7. Islam Memimpin Perubahan, 2009
8. Islam Adil Untuk Semua, 2010
9. Membangun Negara Berkebajikan, 2011
10. Negara Berkebajikan Teras Perpaduan, 2012
11. Rahmat Untuk Semua, 2013
12. Terus Beristiqamah, 2014
13. Beristiqamah Hingga Kemenangan, 2015
14. Inilah Penyelesaian Kita, 2016
15. Sejahtera Bersama Islam, 2017
16. Islam Memimpin, 2018
● Aqidah Islamiyah
1. Batas-batas Iman dan Kufur, 1983
2. Muqaddimah Aqidah Muslimin, 1988, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
3. Beriman Kepada Allah, 1988, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
4. Beriman Kepada Malaikat, 1990, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
5. Beriman Kepada Rasul, 1989, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
6. Beriman Kepada Hari Akhirat, 1991, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
7. Beriman Kepada Qadha' dan Qadar, 1990, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
8. Siapa Menganut Ajaran Sesat?, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
9. Aqidah dan Kepimpinan, tanpa tahun, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
10. Amanat Haji Hadi, 2002, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
11. Ketaatan dan Ubudiyah, 2002, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
12. Aqidah dan Perjuangan (bersama Fadzil M Noor), 2012, Jundi Resources, Kuala Lumpur
13. Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah, tanpa tahun, tanpa penerbit.
2. Muqaddimah Aqidah Muslimin, 1988, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
3. Beriman Kepada Allah, 1988, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
4. Beriman Kepada Malaikat, 1990, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
5. Beriman Kepada Rasul, 1989, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
6. Beriman Kepada Hari Akhirat, 1991, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
7. Beriman Kepada Qadha' dan Qadar, 1990, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
8. Siapa Menganut Ajaran Sesat?, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
9. Aqidah dan Kepimpinan, tanpa tahun, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
10. Amanat Haji Hadi, 2002, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
11. Ketaatan dan Ubudiyah, 2002, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
12. Aqidah dan Perjuangan (bersama Fadzil M Noor), 2012, Jundi Resources, Kuala Lumpur
13. Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah, tanpa tahun, tanpa penerbit.
Edisi lain
1. Inilah Aqidah Muslim, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
2. Beriman Kepada Allah, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
3. Beriman Kepada Malaikat & Kitab, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
4. Beriman Kepada Rasul, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
5. Beriman Kepada Hari Akhirat, 2008, PTS Islamika, Batu Caves
6. Beriman Kepada Qadak dan Qadar, 2008, PTS Islamika, Batu Caves
7. Muqaddimah Aqidah Muslimin (hard cover), 1985, GG Edar, Kuala Lumpur
8. Muqaddimah Aqidah Muslimin, 1985, GG Edar, Kuala Lumpur
9. Muqaddimah Aqidah Muslimin, 2006, Sarjana Media, Kuala Lumpur
10. Beriman Kepada Allah, Jilid 1, 1987, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
11. Beriman Kepada Rasul, Jilid 2, 1988, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
12. Beriman Kepada Kitab & Malaikat, Jilid 3, 1988, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
13. Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta, 2013, Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kuala Lumpur
14. Siapa Menganut Ajaran Sesat?, 2012, Jundi Resources, Kuala Lumpur
2. Beriman Kepada Allah, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
3. Beriman Kepada Malaikat & Kitab, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
4. Beriman Kepada Rasul, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
5. Beriman Kepada Hari Akhirat, 2008, PTS Islamika, Batu Caves
6. Beriman Kepada Qadak dan Qadar, 2008, PTS Islamika, Batu Caves
7. Muqaddimah Aqidah Muslimin (hard cover), 1985, GG Edar, Kuala Lumpur
8. Muqaddimah Aqidah Muslimin, 1985, GG Edar, Kuala Lumpur
9. Muqaddimah Aqidah Muslimin, 2006, Sarjana Media, Kuala Lumpur
10. Beriman Kepada Allah, Jilid 1, 1987, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
11. Beriman Kepada Rasul, Jilid 2, 1988, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
12. Beriman Kepada Kitab & Malaikat, Jilid 3, 1988, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
13. Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta, 2013, Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kuala Lumpur
14. Siapa Menganut Ajaran Sesat?, 2012, Jundi Resources, Kuala Lumpur
● Tarbiyah Harakiyah
1. Kepentingan Berjemaah, 1982, Media Islam, Kuala Lumpur
2. Ke Arah Pembentukan Harakah Islamiyyah: Individu dan Organisasi, 1983, kertas kerja yang diterbitkan dalam Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah (2003)
3. Rahsia Kekuatan Tentera Allah, 1984, Penerbit Mujahid, Kelang
4. Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah, 1987, GG Edar, Kuala Lumpur
2. Ke Arah Pembentukan Harakah Islamiyyah: Individu dan Organisasi, 1983, kertas kerja yang diterbitkan dalam Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah (2003)
3. Rahsia Kekuatan Tentera Allah, 1984, Penerbit Mujahid, Kelang
4. Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah, 1987, GG Edar, Kuala Lumpur
● Tafsir al-Quran
1. At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah al-Kahfi, tanpa tahun, edisi Jawi, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
2. At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah al-Hasyr, 1993, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
3. At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah as-Saff, 1993, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
4. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 1, Petunjuk Golongan Muttaqin, 1998, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
5. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 2, Umat Yang Dimurkai, 1998, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
6. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 3, Usaha Jahat Yahudi, 1999, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
7. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 4, Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah, 1999, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
8. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 5, Mencapai Dua Kemenangan, 2000, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
9. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 6, Jihad di Jalan Allah, 2000, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
10. Tafsir Surah Yasiin: Menyelami Lubuk Hati al-Quran, 1999, Penerbit Muttaqin, Kuala Lumpur
11. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Fill dan Surah al-Hasyr, 2002, as-Syabab Media, Bangi
12. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Hujurat, 2002, as-Syabab Media, Bangi
13. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah Luqman, 2002, as-Syabab Media, Bangi
14. Tafsir at-Tibyan Surah al-'Asr: Ke Arah Memahami Intipatinya, 2014, Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS, Kuala Lumpur
2. At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah al-Hasyr, 1993, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
3. At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah as-Saff, 1993, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
4. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 1, Petunjuk Golongan Muttaqin, 1998, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
5. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 2, Umat Yang Dimurkai, 1998, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
6. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 3, Usaha Jahat Yahudi, 1999, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
7. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 4, Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah, 1999, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
8. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 5, Mencapai Dua Kemenangan, 2000, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
9. Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 6, Jihad di Jalan Allah, 2000, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
10. Tafsir Surah Yasiin: Menyelami Lubuk Hati al-Quran, 1999, Penerbit Muttaqin, Kuala Lumpur
11. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Fill dan Surah al-Hasyr, 2002, as-Syabab Media, Bangi
12. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Hujurat, 2002, as-Syabab Media, Bangi
13. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah Luqman, 2002, as-Syabab Media, Bangi
14. Tafsir at-Tibyan Surah al-'Asr: Ke Arah Memahami Intipatinya, 2014, Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS, Kuala Lumpur
Edisi lain
1. Tafsir Surah Yaasin: Penawar Hati Insan, 2002, Penerbit Muttaqin, Kuala Lumpur
2. Tafsir Surah Yaasin: Penawar Hati Insan, 2004, Nufair Street, Kuala Lumpur
3. Tafsir at-Tibyan Surah Yaasin, 2009, Nufair Street, Kuala Lumpur
4. Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah Yasiin, 2013, Galeri Buku Harakah, Kuala Lumpur
5. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Baqarah, Ayat 1-162, 2004, Nufair Street, Kuala Lumpur
6. Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 1-82, 2014, Penerbit Harakah, Kuala Lumpur
7. Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 83-160, 2014, Penerbit Harakah, Kuala Lumpur
8. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Hujurat, 2010, Jundi Resources, Kuala Lumpur
9. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah as-Saff, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
10. Tafsir Surah al-Kahfi, 2013, Aisyah Humaira Publication, Kuala Lumpur
2. Tafsir Surah Yaasin: Penawar Hati Insan, 2004, Nufair Street, Kuala Lumpur
3. Tafsir at-Tibyan Surah Yaasin, 2009, Nufair Street, Kuala Lumpur
4. Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah Yasiin, 2013, Galeri Buku Harakah, Kuala Lumpur
5. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Baqarah, Ayat 1-162, 2004, Nufair Street, Kuala Lumpur
6. Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 1-82, 2014, Penerbit Harakah, Kuala Lumpur
7. Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 83-160, 2014, Penerbit Harakah, Kuala Lumpur
8. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Hujurat, 2010, Jundi Resources, Kuala Lumpur
9. At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah as-Saff, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
10. Tafsir Surah al-Kahfi, 2013, Aisyah Humaira Publication, Kuala Lumpur
● Fiqh as-Seerah
1. Fiqh al-Haraki Dari Sirah al-Nabawiyah, 1987, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
2. Fiqh al-Haraki Dari Sirah al-Nabawiyah 2, 1988, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
3. Fiqh al-Haraki Dari Sirah Nabawiyah 3, 2006, Nufair Street, Kuala Lumpur
4. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin, 2010, PTS Islamika, Batu Caves
5. Fiqh Siyasah Khulafa ar-Rasyidin Amirul Mukminin Umar Ibn Alkhattab RA, 2013, MDQ Enterprise, Marang
2. Fiqh al-Haraki Dari Sirah al-Nabawiyah 2, 1988, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
3. Fiqh al-Haraki Dari Sirah Nabawiyah 3, 2006, Nufair Street, Kuala Lumpur
4. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin, 2010, PTS Islamika, Batu Caves
5. Fiqh Siyasah Khulafa ar-Rasyidin Amirul Mukminin Umar Ibn Alkhattab RA, 2013, MDQ Enterprise, Marang
Edisi lain
1. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 1, (Jawi), 1989, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
2. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 1, 2003, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
3. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 2, 2001, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
4. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah, Siri 3, 2006, Unit Buku Harakah, Kuala Lumpur
5. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah, Jilid 3, 2018, Galeri Buku Harakah, Kuala Lumpur
2. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 1, 2003, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
3. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 2, 2001, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
4. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah, Siri 3, 2006, Unit Buku Harakah, Kuala Lumpur
5. Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah, Jilid 3, 2018, Galeri Buku Harakah, Kuala Lumpur
● Politik Islam
1. Kebangkitan Umat Islam: Satu Gagasan, 1981, Media Islam, Kuala Lumpur
2. Islam: Penyelesaian Masalah Umat dan Negara, 1982, Media Islam, Kuala Lumpur
3. Jika Islam Mentadbir, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
4. Islam Sebagai Benteng, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
5. Hizbullah dan Hizbussyaitan, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
6. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
7. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Fadzil Mohd Noor), 1988, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kuala Lumpur
8. Antara Wawasan dan Jumud, 1993, Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang
9. Sistem Pemerintahan Negara Islam, 1995, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
10. Lahirnya Beberapa Firqah di Kalangan Umat Islam (Jawi), 1999, Darul Huda Enterprise, Kuala Terengganu
11. Angkara Minyak: Tumbangkah Kerajaan Haji Hadi (bersama Tarmizi Mohd Jam), 2000, Rangkaian Minda Publishing, Batu Caves
12. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khianati Amalan Demokrasi Berparlimen? (bersama Dr Syed Azman Ahmad), 2003, Angkatan Edaran Enterprise, Shah Alam
13. As-Shira'u Baina al-Islamiyyah wa al-'Ilmaniyyah fi Malaysia (Arab), tanpa tahun, Darul Tauzik wa an-Nasyru al-Islamiyah, Kaherah
14. Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari, 2005, Nufair Street Sdn Bhd, Kuala Lumpur
15. Islam dan Demokrasi, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
16. Bajet 2010: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010, Pejabat Presiden PAS, Kuala Lumpur
17. Tazkirah Jihad, 2010, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Ulamak PAS Pusat, Kuala Lumpur
18. Islam dan Nasionalisme, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
19. Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
20. Konsep Asas Negara Berkebajikan, 2011, Pejabat Presiden PAS, Kuala Lumpur
21. Al-Islam wa 'Alaaqatihi bi al-Irhab, tanpa tahun (2017), Maktab Naib Rais Ittihad al-Aalami li Ulama al-Muslimin, Marang
22. Taawun Siyasi, 2018, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
23. Istiqamah Bersama Kebenaran, Menjunjung Janji Tuhan (bersama Idris Ahmad), Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
Edisi lain2. Islam: Penyelesaian Masalah Umat dan Negara, 1982, Media Islam, Kuala Lumpur
3. Jika Islam Mentadbir, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
4. Islam Sebagai Benteng, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
5. Hizbullah dan Hizbussyaitan, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
6. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
7. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Fadzil Mohd Noor), 1988, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kuala Lumpur
8. Antara Wawasan dan Jumud, 1993, Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang
9. Sistem Pemerintahan Negara Islam, 1995, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
10. Lahirnya Beberapa Firqah di Kalangan Umat Islam (Jawi), 1999, Darul Huda Enterprise, Kuala Terengganu
11. Angkara Minyak: Tumbangkah Kerajaan Haji Hadi (bersama Tarmizi Mohd Jam), 2000, Rangkaian Minda Publishing, Batu Caves
12. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khianati Amalan Demokrasi Berparlimen? (bersama Dr Syed Azman Ahmad), 2003, Angkatan Edaran Enterprise, Shah Alam
13. As-Shira'u Baina al-Islamiyyah wa al-'Ilmaniyyah fi Malaysia (Arab), tanpa tahun, Darul Tauzik wa an-Nasyru al-Islamiyah, Kaherah
14. Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari, 2005, Nufair Street Sdn Bhd, Kuala Lumpur
15. Islam dan Demokrasi, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
16. Bajet 2010: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010, Pejabat Presiden PAS, Kuala Lumpur
17. Tazkirah Jihad, 2010, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Ulamak PAS Pusat, Kuala Lumpur
18. Islam dan Nasionalisme, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
19. Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
20. Konsep Asas Negara Berkebajikan, 2011, Pejabat Presiden PAS, Kuala Lumpur
21. Al-Islam wa 'Alaaqatihi bi al-Irhab, tanpa tahun (2017), Maktab Naib Rais Ittihad al-Aalami li Ulama al-Muslimin, Marang
22. Taawun Siyasi, 2018, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
23. Istiqamah Bersama Kebenaran, Menjunjung Janji Tuhan (bersama Idris Ahmad), Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
1. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (Jawi), 1988, Jabatan Setiausaha Agung PAS, Batu Caves
2. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (Jawi), 1994, Syarikat Al Muslimah, Kuala Lumpur
3. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, 2002, Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu
4. Hizbullah dan Hizbussyaitan, 1989, Lajnah Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, Batu Caves
5. Bagaimana Islam Memerintah Negara, 2009, PTS Islamika, Batu Caves
6. Fahaman & Ideologi Umat Islam, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
7. Ideologi: Lahirnya Beberapa Aliran dan Kumpulan Fahaman Umat Islam, tanpa tahun dan penerbit, susunan All Muiz, Gombak
2. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (Jawi), 1994, Syarikat Al Muslimah, Kuala Lumpur
3. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, 2002, Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu
4. Hizbullah dan Hizbussyaitan, 1989, Lajnah Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, Batu Caves
5. Bagaimana Islam Memerintah Negara, 2009, PTS Islamika, Batu Caves
6. Fahaman & Ideologi Umat Islam, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
7. Ideologi: Lahirnya Beberapa Aliran dan Kumpulan Fahaman Umat Islam, tanpa tahun dan penerbit, susunan All Muiz, Gombak
● Fiqh Islamiyah
1. Isu Hudud: Hj Abdul Hadi Jawab Mahathir, 1994, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
2. Qazaf Mangsa Fitnah, 2001, Pusat Penerangan & Penyelidikan PAS Pusat, Kuala Lumpur
3. Syubahaat wa 'Uqabaat Haul Tatbiq as-Syariah fi Malayzia (Arab), 2004, Darul Tauzik wa an-Nasyr al-Islamiyah, Kaherah
4. Ramadhan Tetamu Yang Dirindui, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
5. Maqasid Syari'ah, 2011, Dewan Ulamak PAS Pusat
6. Fiqh as-Solah: Bagi Memahami Ibadat Sembahyang (Jawi), 2015, WNS Enterprise, Kuala Terengganu
2. Qazaf Mangsa Fitnah, 2001, Pusat Penerangan & Penyelidikan PAS Pusat, Kuala Lumpur
3. Syubahaat wa 'Uqabaat Haul Tatbiq as-Syariah fi Malayzia (Arab), 2004, Darul Tauzik wa an-Nasyr al-Islamiyah, Kaherah
4. Ramadhan Tetamu Yang Dirindui, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
5. Maqasid Syari'ah, 2011, Dewan Ulamak PAS Pusat
6. Fiqh as-Solah: Bagi Memahami Ibadat Sembahyang (Jawi), 2015, WNS Enterprise, Kuala Terengganu
Edisi lain
1. Qazaf: Dalam Isu Fitnah Zina dan Liwat, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
2. Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa, 2016, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
2. Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa, 2016, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
● Kompilasi khutbah, ucapan dan kertas kerja
1. Islam Tulen: Himpunan Khutbah, 1984, Penerbitan Gedung Ummah, Marang
2. Dari Mimbar Masjid Rusila: Iman dan Amal, 1988, Pustaka Istiqamah
3. Penghujung Kehidupan, 1995, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
4. Khutbah Jumaat dan Hari Raya, 1996, Institut Tarbiyah Johor dan An-Naas, Batu Pahat
5. Dari Mimbar Masjid Rusila: Khutbah Jumaat dan Hari Raya, 2002, As-Syabab Media, Bandar Baru Bangi
6. Medan Kehidupan, tanpa tahun, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
7. Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, 2003, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
8. Membangun Ummah: Mutiara 2 Tok Guru (bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat), 2008, Nufair Street Sdn Bhd, Kuala Lumpur
9. Meniti Kehidupan Insan: Koleksi Terbaik Khutbah, 2010, WMS Publication, Kuala Terengganu
10. Majmuah al-Kalimaat: Wehdah al-Ummah wa at-Tahdiyaat, 2018, Tarbiyah Care, tanpa lokasi.
2. Dari Mimbar Masjid Rusila: Iman dan Amal, 1988, Pustaka Istiqamah
3. Penghujung Kehidupan, 1995, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
4. Khutbah Jumaat dan Hari Raya, 1996, Institut Tarbiyah Johor dan An-Naas, Batu Pahat
5. Dari Mimbar Masjid Rusila: Khutbah Jumaat dan Hari Raya, 2002, As-Syabab Media, Bandar Baru Bangi
6. Medan Kehidupan, tanpa tahun, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
7. Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, 2003, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
8. Membangun Ummah: Mutiara 2 Tok Guru (bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat), 2008, Nufair Street Sdn Bhd, Kuala Lumpur
9. Meniti Kehidupan Insan: Koleksi Terbaik Khutbah, 2010, WMS Publication, Kuala Terengganu
10. Majmuah al-Kalimaat: Wehdah al-Ummah wa at-Tahdiyaat, 2018, Tarbiyah Care, tanpa lokasi.
Ucapan
1. Menuju Kemenangan: Tawaran PAS, 2003, Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Ke-49
2. Semarakkan Jihad Tingkatkan Kemenangan, 2003, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu Kali Ke-8
3. Perkasakan Jamaah Selamatkan Ummah, 2004, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu Ke-9
4. Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-10
5. Intipati Ucapan Presiden PAS, Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, 2013
2. Semarakkan Jihad Tingkatkan Kemenangan, 2003, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu Kali Ke-8
3. Perkasakan Jamaah Selamatkan Ummah, 2004, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu Ke-9
4. Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-10
5. Intipati Ucapan Presiden PAS, Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, 2013
● Pelbagai
1. Kemestian Penyelesaian Secara Islam, 1983, Pustaka Damai, Marang
2. Era Generasi Gemilang (bersama Fathi Yakan), 1983, Penerbitan Gedung Ummah, Kuala Terengganu
3. Uslub Dakwah, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
4. Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk, 1990, Lajnah Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
5. Pemimpin Sederhana: Wawancara Eksklusif Mingguan Malaysia, 2002, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
6. Ahamiiyatul al-Mawqifu al-Islami al-Muwahhidu Tujahu al-U'ulumat (Arab), 2003, Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu
7. Sekolah Agama Rakyat: Pertahan Benteng Kekuatan Ummah, 2003, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
8. Palestin Min Qatha'u at-Thariq Ila Khariitah at-Thariq (Arab), 2007, tanpa penerbit.
9. Taqwa: Takut Tapi Rindu, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
10. Islam Adil Untuk Semua, 2009, PTS Islamika, Batu Caves
11. Mukhtasar Tarikh al-Harakah al-Islamiyyah fi Malayzia, 2017, Maktab Naib Rais Ittihad al-Ulama al-Aalami al-Muslimin, Marang
12. Islam Satu-satunya Penyelesaian, 2014, Maktabah Barakah
2. Era Generasi Gemilang (bersama Fathi Yakan), 1983, Penerbitan Gedung Ummah, Kuala Terengganu
3. Uslub Dakwah, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
4. Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk, 1990, Lajnah Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
5. Pemimpin Sederhana: Wawancara Eksklusif Mingguan Malaysia, 2002, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
6. Ahamiiyatul al-Mawqifu al-Islami al-Muwahhidu Tujahu al-U'ulumat (Arab), 2003, Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu
7. Sekolah Agama Rakyat: Pertahan Benteng Kekuatan Ummah, 2003, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
8. Palestin Min Qatha'u at-Thariq Ila Khariitah at-Thariq (Arab), 2007, tanpa penerbit.
9. Taqwa: Takut Tapi Rindu, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
10. Islam Adil Untuk Semua, 2009, PTS Islamika, Batu Caves
11. Mukhtasar Tarikh al-Harakah al-Islamiyyah fi Malayzia, 2017, Maktab Naib Rais Ittihad al-Ulama al-Aalami al-Muslimin, Marang
12. Islam Satu-satunya Penyelesaian, 2014, Maktabah Barakah
Edisi lain
1. Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan, 2010, Jundi Resources, Kuala Lumpur
2. Palestin Min Qatha'u at-Thariq Ila Khariitah at-Thariq (Arab), 2007, Muassisah ar-Risalah al Alamiyah, Kaherah.
3. Globalisasi: Pendirian Islam Mengenainya (terjemahan), tanpa tarikh, Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
2. Palestin Min Qatha'u at-Thariq Ila Khariitah at-Thariq (Arab), 2007, Muassisah ar-Risalah al Alamiyah, Kaherah.
3. Globalisasi: Pendirian Islam Mengenainya (terjemahan), tanpa tarikh, Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
Rujukan dan Penyelidikan
Pada masa ini, koleksi lengkap karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh didapati di Maktabah al-Balaghul Mubin. Sekiranya sesiapa ingin membuat rujukan, penyelidikan atau memiliki koleksi lengkap tersebut, bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut al-Balaghul Mubin, Rawang.
Catatan akhir
Data yang dicatatkan dalam tulisan ini adalah berdasarkan rekod dan koleksi Maktabah al-Balaghul Mubin. Sekiranya sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan, termasuk memiliki koleksi selain yang disenaraikan, bolehlah menghubungi saya untuk maksud melengkapkan data dan koleksi bagi tujuan rujukan generasi akan datang. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya.
MOHD FADLI GHANIHead, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
Dicatat di:
Institut al-Balaghul Mubin
23 Safar 1440 / 1 November 2018 - HARAKAHDAILY 1/11/2018
Sumber HD - 1-11-2018
PM: Beri peluang Tun M habis tempoh
POKOK SENA: PAS berpandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang menerajui Malaysia hingga habis tempoh.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berkata, Mahathir yang mempunyai pengalaman mentadbir Malaysia suatu ketika dahulu, wajar diberi kepercayaan dan masa untuk membetulkan kepincangan pentadbiran yang ditinggalkan oleh pemerintah sebelumnya.
"Beri dia peluang sehingga habis tempoh dan bukannya tidak sampai beberapa bulan sudah rancang hendak tukar PM," tegas beliau kepada pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) kali ke-14, di sini, tengah hari tadi.
Apabila ditanya, sekiranya Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, adakah layak menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, siapa sahaja layak untuk menjawat jawatan itu dan terpulang kepada rakyat untuk memilihnya.
"Dalam Islam yang memilih pemimpin adalah rakyat dan pemimpin tidak boleh mengangkat diri sendiri apatah lagi kalau mempunyai niat untuk mendapatkan nama dan kuasa," jelasnya.
Justeru itu, kata belaiu penyertaaan PAS dalam PRK Port Dickson itu adalah lebih kepada membawa mesej tidak akan memberi laluan mudah kepada orang yang bernafsu untuk menjadi pemimpin.
Beliau berkata, walaupun berlaku pertandingan tujuh penjuru seolah-olah cubaan untuk ‘pecah undi’ namun PAS mempunyai pengundi tegarnya tersendiri.
"Di Kedah pada PRK Bukit Selambau pada 2009, berlaku pertandingan 15 penjuru. Jadi itu perkara biasa," ujar Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang.
Oleh itu, ujarnya sama ada PAS berpontensi menang atau tidak, terpulang kepada pengundi.
Namun, bagi beliau tidak mustahil andainya PAS mencipta sejarah memenangi PRK Port Dickson kerana tidak ada yang mustahil dalam politik. – HARAKAHDAILY 29/9/2018
Sumber HD - 29-9-2018
Apabila akal manusia lebih dangkal dari ilmunya
Surat Terbuka Kepada Mereka Yang Mengambil Berat Urusan Umat Islam
KITA kini berada pada era kemajuan dalam segenap perkara, sehingga bumi ini seakan dunia yang kecil sahaja melihat kepada kepesatan teknologi, media massa, pemberitaan, penyebaran maklumat, hubungan komunikasi dan pengangkutan kesemuanya. Tampak sudah tiada bezanya antara kebenaran dan pembohongan, antara hak dan batil, antara yang istiqamah dengan Islam dan yang berada dalam kesesatan. Sehingga fitnah ini tersebar dalam masa yang sangat pantas dan perjalanan yang singkat.
Menjadi peranan para ulama yang telah mewarisi amanah para nabi, yakni untuk menjadi contoh ikutan terbaik dalam menggalas amanah ilmu dan hikmah dalam menyampaikan, mengajar, memberi peringatan dan memandu umat. Mereka berperanan menggerakkan dakwah dengan penuh bijaksana, dalam masa yang sama berusaha menyedarkan masyarakat Islam yang telah tenggelam dalam lautan fitnah seperti berada dalam kepekatan malam yang gelap gelita. Bahkan, para nabi itulah yang menjadi contoh ikutan lagi kerana mereka itu bersifat rabbani. Malahan mereka tidak takut terhadap celaan para pencela dan mereka tetap istiqamah serta tidak mengikuti jalan orang-orang yang jahil.
Tidak sepatutnya bagi orang yang berilmu mengambil pendirian yang bersifat bermuka-muka, ibarat pepohon yang lemah terkadang ia condong ke timur, terkadang ke barat, sesekali ke utara dan kadang kala ke selatan kerana mengikut arah tiupan angin dan musim yang mendatang. Pepohon yang lemah itu hanya tunduk mengikut arah tiupan angin, tercabut dipukul ribut taufan yang menghancurkan segala yang berada dalam laluannya serta menenggelamkan segala kapal yang dipukul ombak badainya.
Namun demikian, apa yang berlaku kepada orang yang berilmu ialah akalnya terletak pada kemahuan perutnya dan bukan lagi di kepalanya (akal terikat pada kebendaan bukan ilmu). Akal tidak lagi mendatangkan manfaat ilmunya kepada si pemiliknya serta tidak dapat dimanfaatkan lagi oleh orang di sekelilingnya. Demikianlah andai akalnya lebih dangkal dari ilmunya.
Golongan ini berbicara dengan manusia akan kebenaran tetapi dengan bermotifkan kebatilan sehingga mereka tegar memperkecilkan dosa yang besar dan diam membisu terhadap kemungkaran. Bahkan mereka itu menunjukkan kemarahan terhadap sebarang usaha menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mereka juga menghalang para khatib daripada berkhutbah (menyampaikan kebenaran) di mimbar-mimbar serta mengawasi majlis-majlis ilmu di sekitar masjid-masjid dengan cara mengintip mencari-cari kesalahan.
Mereka juga memenjarakan para khatib dan pemberi peringatan di masjid-masjid semata-mata untuk memelihara keamanan para pemerintah dan penguasa serta menyekat jalan orang-orang yang mendapat petunjuk. Mereka ini bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan serta takut pula kepada sebarang usaha tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.
Andainya orang yang berilmu itu membisu kerana menyembunyikan kebenaran dan orang jahil terus berada dalam kejahilan, maka bilakah kebenaran itu akan terserlah? Jika sekiranya orang yang membisu terhadap kebenaran itu dianggap sebagai syaitan bisu, maka bagaimanakah pula keadaan orang yang membenci perbuatan menyuruh kepada yang makruf dan menegah perkara yang mungkar?
Tidak selayaknya bagi orang yang berilmu lagi bijaksana itu tidak memahami bahawa kemajuan itu tidaklah berlaku dengan mengikut sunnah rekaan manusia dan peraturan-peraturan yang sesat serta sistemnya yang mencanggahi petunjuk Rabbani yang selari dengan ketetapan Allah Yang Maha Mengetahui. Tiada ruang bagi kebatilan untuk datang menyusup dari arah depan atau belakang.
Rasulullah S.A.W. juga telah menetapkannya, bahawa hikmah kebijaksanaan itu adalah barang hilang milik orang Mukmin, di mana jua dia menjumpainya maka ia lebih berhak untuk mengambilnya. Itulah ilmu yang bermanfaat, pengetahuan yang bersifat positif serta tidaklah pula termasuk perbuatan menyerupai sesuatu golongan yang menghalalkan dalam semua perkara atas nama kebebasan mutlak. Antaranya seperti meringan-ringankan pergaulan antara lelaki dan perempuan, memperbanyak panggung wayang, pertandingan nyanyian serta lakonan yang membuka pintu kemungkaran. Sehingga mudah untuk syaitan dalam kalangan jin dan manusia membisikkan perasaan was-was dalam diri manusia. Sehingga perlumbaan kuda dan unta bertukar menjadi pertandingan lumba kereta dengan wanita menjadi habuan.
Wahai para ulama yang menjadi penawar bagi mengubati penyakit yang melanda sesebuah negara, bagaimanakah hendak mengubati penyakit itu andai ubatnya itu sendiri telah rosak?
Allah S.W.T. berfirman:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ (78) كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (79(
“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh; Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-Maidah: 78-79)
Berdasarkan kaedah dalam syarak yang menggariskan bahawa pengajaran itu diambil dengan lafaz yang umum dan bukan kerana sebab tertentu. (Pelajaran dari ayat di atas diambil secara umum).
Hadis berikut menjelaskan lagi maksudnya:
عَنْ حذيفةَ رضي اللَّه عنه أَنَّ النَّبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ: "والَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بالْمعرُوفِ، ولَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ، أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّه أَنْ يَبْعثَ عَلَيْكمْ عِقَاباً مِنْهُ، ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلاَ يُسْتَجابُ لَكُمْ "رواه الترمذي وَقالَ: حديثٌ حسنٌ.
Dari Huzaifah bin al-Yamani R.A., dari Nabi S.A.W. bahawa Baginda bersabda: “Demi yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh kalian harus menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah dari berlaku kemungkaran atau Allah akan mempercepatkan azab-Nya lalu kalian berdoa akan tetapi ia tidak dikabulkan”. (Riwayat Imam At-Tirmizi dengan status hasan)
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "...كلا والله لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر ولتأخذن على يد الظالم ولتأطرنه على الحق أطرا ولتقصرنه على الحق قصرا أو ليضربن الله بقلوب بعضكم على بعض ثم ليلعننكم كما لعنهم". رواه أَبُو داود، والترمذي وَقالَ: حديث حسن.
Dari Abdullah bin Mas’ud R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “... Tidak demi Allah! Kalian hendaklah menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan kalian hendaklah mencegah perbuatan mereka yang zalim, mengajaknya untuk mengikuti jalan yang benar atau kalian paksa mereka untuk mengikut jalan yang benar. Atau Allah akan memecah belahkan hati-hati sebahagian dari kalian dengan sebahagian yang lain, atau Allah akan melaknat kalian seperti Dia melaknat mereka”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Imam al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan)
Sebagai penutup, kita ucapkan apa yang pernah diungkapkan oleh Nabi Musa A.S. sebagaimana firman Allah:
رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ (155) ]سورة الأعراف: 155[
"Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaan-Mu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.” (Surah Al-A’raaf: 155)
Wahai Tuhan kami! Berikanlah rahmat kepada kami di sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.
Saudara kalian,
ABDUL HADI AWANG
Malaysia
Malaysia
(Surat ini telah dihantar kepada pemimpin dunia Islam dan para ulama dengan judul asalnya dalam Bahasa Arab bertajuk: رسالة مفتوحة إلى من يهتم بأمر المسلمين : إذا كان العقل أصغر من العلم)
Sumber HD - 27-9-2018
Bertadarruj dalam pelaksanaan syariat Islam menuju kepada kaffah
1.0 Mukaddimah
Tanpa diragukan wajib melaksanakan syariat Islam dengan sempurna. Apa yang dimaksudkan adalah pelaksanaan seluruh ajaran Islam merangkumi aqidah, syariat dan akhlak. Secara praktikalnya, tiada pemisahan di antara satu dengan yang lain.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208)
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segalanya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. (Surah Al-Baqarah: 208)
Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا (36)
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al-Ahzab: 36)
Dikaitkan pula pelaksanaan syariat itu dengan aqidah tauhid dan menolak syirik. Firman Allah:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21)
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang boleh mengada-adakan hukum syariat sendiri daripada mana-mana bahagian dari agama mereka? (sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah). Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surah As-Syura: 21)
Perlu difahami bahawa perkataan ad-deen dalam bahasa Al-Quran, berbeza dengan takrif agama atau religion dalam bahasa asing, kerana sifat kesempurnaan prinsip dan konsepnya yang menyeluruh, tanpa pemisahan di antara perkara yang dinamakan urusan agama dan urusan keduniaan.
2.0 Bertadarruj (Bertahap-Tahap) Melaksanakan Syariat
Ada dua pendapat dari segi pelaksanaannya. Adakah serentak semuanya atau bertadarruj (berperingkat atau bertahap)?
Pertama: Ada dari kalangan yang berpendapat bahawa dilaksanakan serentak berdalilkan ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan kesempurnaan Islam dan peringkat atau tahapnya telah pun dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W.
Allah telah menegaskan:
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“…Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan atau menentang kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Disebabkan itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu. Dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untukmu...”. (Surah Al-Maa’idah: 3)
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208) فَإِن زَلَلْتُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (209)
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala ajarannya. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu yang terang lagi nyata. (208); Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (209) (Surah Al-Baqarah: 208-209)
Kedua: Adapun mereka yang menegaskan perlunya bertahap (bertadarruj) berdalilkan langkah Rasulullah S.A.W. yang mentafsirkan Al-Quran secara praktikal (amali) berkonsepkan keizinan Allah:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”. (Surah Al-Baqarah: 286)
Allah berfirman lagi:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilihmu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya). Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah Al-Hajj: 78)
Hadis Baginda Nabi S.A.W. kepada Muaz bin Jabal R.A. yang diutuskan ke negeri Yaman:
إنك تأتي قوماً من أهل الكتاب، فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله -وفي رواية: إلى أن يوحدوا الله- فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة، فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم، فإن هم أطاعوك لذلك فإياك وكرائم أموالهم واتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب. (أخرجه هذا الحديث في الصحيحين)
“Kamu datang menemui kalangan ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), maka jadikan yang pertama sekali dalam berdakwah (mengajak) itu ialah supaya mereka bersyahadah (masuk Islam). Setelah mereka mematuhinya nyatakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan solat lima waktu setiap hari dan malam. Setelah mereka menerimanya, nyatakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah (zakat) yang diambil daripada yang orang yang kaya raya supaya dibahagikan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Jauhkan diri daripada berlaku zalim terhadap harta yang mereka sayangi, sesungguhnya tiada halangan oleh Allah untuk menerima permintaan doa orang yang dizalimi”. (Hadis dikeluarkan melalui Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Hadis yang lain sebagai pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Ali bin Abi Talib K.W.H tatkala di Khaibar:
وعن أَبي العباسِ سهل بنِ سعدٍ السَّاعِدِيِّ رضي اللَّه عنه أَن رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ يَوْمَ خَيْبَرَ: "لأعْطِيَنَّ الرَّايَةَ غَداً رَجُلاً يَفْتَحُ اللَّه عَلَى يَدَيْهِ، يُحبُّ اللَّه ورسُولَهُ، وَيُحبُّهُ اللَّه وَرَسُولُهُ. فَبَاتَ النَّاسُ يَدُوكونَ لَيْلَتَهُمْ أَيُّهُمْ يُعْطَاهَا. فَلَمَّا أصبحَ النَّاسُ غَدَوْا عَلَى رسولِ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم: كُلُّهُمْ يَرجُو أَنْ يُعْطَاهَا، فقال: أَيْنَ عليُّ بنُ أَبي طالب؟ فَقيلَ: يَا رسولَ اللَّه هُو يَشْتَكي عَيْنَيْه قَالَ: فَأَرْسِلُوا إِلَيْهِ. فَأُتِي بِهِ، فَبَصقَ رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم في عيْنيْهِ، وَدعا لَهُ، فَبَرأَ حَتَّى كَأَنْ لَمْ يَكُنْ بِهِ وَجعٌ، فأَعْطَاهُ الرَّايَةَ. فقَالَ عليٌّ رضي اللَّه عنه: يَا رَسُول اللَّه أُقاتِلُهمْ حَتَّى يَكُونُوا مِثْلَنَا؟ فَقَالَ: انْفُذْ عَلَى رِسلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحتِهِمْ، ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الإِسْلامِ، وَأَخْبرْهُمْ بِمَا يجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حقِّ اللَّه تَعَالَى فِيهِ، فَواللَّه لأَنْ يَهْدِيَ اللَّه بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمَ". متفقٌ عَلَيهِ.
Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi Radhiallahu ‘Anhu bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda pada Hari Khaibar, “Sungguh akan aku serahkan bendera (panglima perang) ini esok pagi kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan dia dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, Allah akan memberikan kemenangan dengan sebab kedua tangannya”, maka semalaman para sahabat membincangkan siapakah di antara mereka yang akan diserahkan bendera itu. Keesokan pagi harinya mereka mendatangi Rasulullah dan masing-masing berharap agar Baginda Nabi menyerahkan bendera tersebut, maka saat itu Rasul bertanya, “Di mana Ali bin Abi Talib?” Mereka menjawab, “Dia sedang sakit pada kedua matanya”, kemudian mereka mengutus orang untuk memanggilnya, dan datanglah ia, kemudian Rasul meludahi kedua matanya, seketika itu dia sembuh seperti tidak pernah terkena penyakit, kemudian Rasul menyerahkan bendera itu kepadanya dan bersabda, “Melangkahlah engkau ke depan dengan tenang hingga engkau sampai di tempat mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam, dan sampaikanlah kepada mereka akan hak-hak Allah dalam Islam, maka demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu itu lebih baik dari unta-unta yang merah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maksud arahan Rasulullah S.A.W. kepada Ali bin Abi Talib supaya memujuk orang-orang Yahudi Khaibar lebih dahulu supaya menerima Islam. Jangan terus menyerang.
Hadis Rasulullah S.A.W. yang lain dalam peristiwa sewaktu Baginda menangani seorang Badwi yang kencing dalam masjid supaya jangan bertindak kasar dan hadis lain yang seumpamanya.
Sabda Nabi S.A.W.:
نحن معاشر الأنبياء أمرنا أن ننزل الناس منازلهم ونخاطبهم على قدر عقولهم. (رواه أبي داود)
“Kami para nabi disuruh supaya meletakkan seseorang pada tempatnya mengikut kemampuan akalnya dan bercakap dengan bahasa yang mudah difahami akal mereka”. (Riwayat Abi Daud)
3.0 Pelaksanaan Syariat Secara Bertafaqquh
Allah memerintahkan supaya bertafaqquh dalam ad-deen:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (122)
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu bertafaqquh fi Ad-Deen (mempelajari secara mendalam dan memahami serta melaksanakan ilmu yang dituntut dalam agama). Dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berwaspada (dari melakukan larangan Allah)”. (Surah At-Taubah: 122)
Tafaqquh dengan maksud mempunyai kefahaman dan kebijaksanaan dalam pelaksanaan syariat dengan beristiqamah, tidak menyeleweng dan mengikut batas-batas thawabit (tetap) dan mutaghyyirat (anjal).
Mendalami ilmu bukan sahaja Ulum Al-Quran dan Hadis, bahkan juga ilmu-ilmu alat seperti Usul Fiqh, Siyasah Syar’iyyah, Maqasid As-Syariah, Fiqh Al-Waqi’, Fiqh Al-Aulawiyyat, Fiqh Al-Muwazanah, Fiqh Al-Ma’alat dan lain-lain. Termasuk juga ilmu Al-Qadha’ (Kehakiman Islam), Al-Idarah (pentadbiran) dan lain-lain.
Perlu diambil kira perkembangan situasi, tempat dan keadaan orang yang dihakimi. Maka konsep bertadarruj (bertahapan) hendaklah dilakukan supaya dapat merealisasikan keadilan Islam untuk semua dan rahmatnya kepada seluruh alam.
4.0 Tamkin (Negara Berdaulat)
Rasulullah S.A.W. melaksanakan Islam pada peringkat kesempurnaannya setelah menegakkan negara yang sempurna kedaulatan Islam. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)
“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memerintah negara (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah An-Nur: 55)
Dalil mafhumnya sebelum berkuasa sepenuhnya hendaklah mengikut tahapnya. Para ulama’ telah menegaskan suatu kaedah:
ما لا يدرك كله لا يترك كله
“Apa-apa yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya”.
Kaedah yang berpandukan kepada firman Allah:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu…”. (Surah At-Taghabun: 16)
Dan hadis Rasulullah S.A.W.:
...وما أمرتكم به فَأْتُوا منه ما استطعتم... (متفق عليه)
“Dan apa-apa yang Aku perintahkan kepadamu maka buatlah sekadar kemampuan kamu”. (Muttafaq ‘Alaih)
5.0 Prinsip Dan Konsep
Kejayaan Islam dalam sejarahnya menguasi tiga benua besar daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah dalam masa yang cepat kerana dua prinsip: Beriman kepada Allah dan Beriman kepada Hari Akhirat. Dan dua konsep: Taqwa, Adil dan Rahmat terhadap semua.
5.1 Bertunjangkan Aqidah Tauhid (Beriman kepada Allah)
Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.
Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.
Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok. Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu.
Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba.
Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara liberal kapitalis atau komunis dan sosialis.
Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang rasul.
Allah berfirman:
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ ٧٩
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya”)”. (Surah Ali-Imran: 79)
Firman Allah:
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣١
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” (Surah At-Taubah: 31)
Firman Allah:
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.)” (Surah As-Syura: 21)
Aqidah beriman kepada Allah menjadikan politik, ekonomi dan segala urusan manusia tunduk kepada perintah Allah yang wajib bersifat adil.
5.2 Beriman kepada Hari Akhirat
Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya.
Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat.
Firman Allah:
يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا
يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا
“(Ingatlah) Hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal , atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.)” (Surah Al-Isra’: 71)
Firman Allah:
وَعُرِضُوا عَلَىٰ رَبِّكَ صَفًّا لَّقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّن نَّجْعَلَ لَكُم مَّوْعِدًا (48) وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا (49(
“Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). (48) Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun (49)”. (Surah Al-Kahfi: 48-49)
5.3 Konsep Taqwa Dalam Bernegara
Konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina.
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
5.4 Pemerintahan Adil dan Rahmat Kepada Semua
Konsep adil dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (8)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan). (Surah Al-Maidah: 8)
Inilah konsep dan falsafah bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke Hari Kiamat.
6.0 Khatimah
Ketahuilah bahawa Allah yang Maha Berkuasa dengan kun fayakun كن فيكون .
Allah menegaskan Maha Kebijaksanaan-Nya mencipta alam yang sistematik memakan masa, menandakan sifat kebesaran-Nya bukan kelemahan-Nya:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (29)
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna. Dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (Surah Al-Baqarah: 29)
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ (4) يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ (5) ذَٰلِكَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (6)
“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari (mengikut perhitungan masa di sisiNya), kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Kalian tidak akan beroleh sebarang Penolong dan Pemberi Syafaat selain dari Allah. Oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya). (4); Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya (bagi melaksanakan tadbirNya itu maka Dia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi. Kemudian diangkat naik kepada pengetahuannya (segala yang berlaku dari pelaksanaan tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa yang kadar harinya seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa. (5); Demikian itu sifatnya ialah Tuhan Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani”. (6) (Surah As-Sajdah: 4-6)
Sabda Rasulullah S.A.W.:
التأني من الله والعجلة من الشيطان. (رواه أبو يعلى والبيهقي)
“Bersikap teliti walaupun ia memakan masa itu adalah daripada Allah dan sikap gopoh itu daripada syaitan”. (Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 26/9/2018
(Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Ijtima’ Ulama’ Dan Umara’ Aceh Darussalam pada 12 Muharram 1440H / 22 September 2018)
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 26/9/2018
(Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Ijtima’ Ulama’ Dan Umara’ Aceh Darussalam pada 12 Muharram 1440H / 22 September 2018)
Sumber HD - 26-9-2018
LGBT: Jangan terpengaruh yang berfikir di luar tabii
FIRMAN Allah:
أَفَمَن يَمْشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِ أَهْدَىٰ أَمَّن يَمْشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
“Maka adakah orang yang berjalan tersungkur di atas mukanya (kepalanya ke bawah cara di luar tabiinya) mendapat hidayah (petunjuk yang sebenar daripada Tuhan) atau orang yang berjalan tegak betul (mengikut tabiinya dengan berpijak kakinya ke bawah) cara yang lebih betul?”. (Surah Al-Mulk: 22)
Inilah bandingan di antara golongan yang mengikut petunjuk Allah dengan golongan yang menolaknya.
Mereka yang menolak dengan sendirinya mencipta perkara yang tidak diizinkan oleh Allah dalam perkara di luar kemampuan akal dan ilmu mereka. Sehinggalah melampau dan keluar daripada fitrah atau sifat tabii (naluri), laksana berjalan dengan muka, bukan dengan kakinya.
Allah Yang Maha Esa bukan sahaja Pencipta Alam, bahkan Allah juga mengadakan undang-undang atau peraturan yang mentadbir alam ciptaan-Nya yang dinamakan syariat yang wajib diimani, mengikut konsep tauhid rububiyyah yang diulangi ucapan Rabbi Al-‘Alamin dalam setiap rakaat solat, dan diimani oleh manusia secara fitrah (naluri).
Dinyatakan dalam firman Allah:
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad S.A.W.) bertanyakan kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”. Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad S.A.W.): “Alhamdulillah” (bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian, tidak mengingkari adanya Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak berilmu (hakikat menegakkan tauhid dan menolak syirik)”. (Surah Luqman: 25)
Wajib diimani juga bahawa Allah menetapkan kepada setiap makhluk-Nya undang-undang fitrah (naluri atau tabii) mengikut sifat kejadian masing-masing bagi semua makhluk di langit dan di bumi.
Allah telah menciptakan binatang tanpa akal dan tumbuhan yang hidup subur tanpa bergerak mengikut naluri dan kawasan masing-masing. Begitu juga matahari, bulan, bintang, cakerawala dan awan yang terapung di antara langit dan bumi, semua makhluk itu patuh secara tabii. Termasuk manusia yang berakal waras berpandukan ilmu yang sebenar dan pengalaman yang betul juga wajib mematuhinya.
Firman Allah:
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian di alam semula jadi) percaya kepada petunjuk Tuhan (Islam), tiba-tiba mereka mencari lain daripada agama Allah (Islam)? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat (Islam) oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela (membuat pilihan bagi yang berakal) atau terpaksa mengikut naluri (tabii), dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan”. (Surah Aali ‘Imraan: 83)
Bagi manusia, makhluk yang bercirikan jasad yang hidup bergerak dan berakal fikiran, berkeluarga dan bermasyarakat madani (bertamadun) tidak sama dengan pokok tumbuhan yang tidak bergerak daripada tempat berpacaknya. Tidak sama juga dengan binatang kerana manusia itu berakal dan tidak sama dengan malaikat dan jin kerana manusia muncul di alam nyata yang dapat dilihat.
Hidup manusia itu pula bukan bersendirian sahaja, tetapi berkeluarga dan bermasyarakat madani (berkumpul dan bertamadun). Maka Allah menetapkan peraturan dan undang-undang yang dinamakan syariat, bukan sahaja undang-undang bersifat fitrah (tabii).
Di sampingnya, banyak peraturan yang boleh dinilai oleh akal yang waras untuk dipilih, dipandu dengan ilmu dan pengalaman, serta mengambil kira masa yang berlainan dan tempat yang berbeza serta berubah. Dimaafkan kepada mereka yang kurang upaya jasadnya dan tidak berakal seperti gila, lupa dan nyanyuk.
Petunjuk yang dinamakan Islam itu diwahyukan kepada para rasul yang dipilih sendiri oleh Allah, bukan dengan usahanya sendiri atau dipilih oleh manusia melalui pilihan raya atau keturunan. Bersama para rasul itu diwahyukan Kitab (Firman Allah) sebagai petunjuknya yang berakhir dengan Al-Quran. Allah juga menjadikan Al-Quran itu mukjizat ilmu (perkara luar biasa menjadi tanda kerasulan Rasul terakhir).
Sunnah atau hadis atau hikmah Rasulullah S.A.W. menunjukkan cara beramal dengan Al-Quran pada zamannya. Petunjuk yang bersifat universal (sejagat) sepanjang zaman, kerana perkembangan dunia pada akhir zaman ini, ada perkara yang tetap dan ada yang mengalami perubahan mengikut realiti dan situasi, tempat dan keadaan yang berbeza.
Dibuktikan betapa benarnya Al-Quran itu melalui laporannya, berkenaan kisah benar yang berlaku pada zaman dahulu kala, walaupun masanya sudah berlalu beberapa abad dan jaraknya yang jauh daripada masa dan tempat lahir Rasul akhir zaman iaitu di Makkah dan Madinah. Tempat yang paling terpencil di tengah padang pasir yang asalnya tiada tumbuhan dan penghuni.
Al-Quran juga menyatakan berkenaan makhluk alam angkasa lepas seperti matahari, bulan, bintang, cakerawala dan peredarannya yang dapat dilihat. Ternyata benarnya petunjuk ini telah dibuktikan oleh sains terkini yang tidak mampu diketahui oleh manusia dengan ilmunya pada 15 abad yang lalu ketika Al-Quran mula diwahyukan. Ini membuktikan bahawa benarnya petunjuk Al-Quran itu, bermula daripada hukum yang disebut, perkara ghaib dan peristiwa Kiamat yang akan berlaku, adalah benar dan wajib diimani tanpa keraguan.
Maka hukum halal dan haram dalam urusan kehidupan manusia adalah sempadan Allah yang mengawal perjalanan hidup mengikut fitrah, naluri dan sifat tabii, supaya tidak terkeluar daripada sifat kejadiannya sehingga merosakkan diri manusia itu dan alam sekelilingnya.
Allah menyebutkan contoh apabila manusia meninggalkan petunjuk Allah seperti berada dalam pesawat udara melebihi kawasan bumi boleh mengganggu pernafasannya.
Firman Allah:
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah (petunjuk) kepadanya, nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. Dan sesiapa yang menjadi sesat, nescaya ia menjadikan kefahamannya laksana dadanya sesak dan sempit sesempit-sempit nafasnya. Seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit yang tinggi (di luar sempadan bumi). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”. (Surah Al-An'aam: 125)
Hari ini terbukti dengan nyata bahawa makanan dan minuman yang diharamkan oleh Islam menyebabkan penyakit berbahaya. Ada bahayanya hilang dengan dimasak, atau habis masa mabuknya dinamakan arak yang diharamkan apabila berubah menjadi cuka yang dihalalkan.
Ada yang diharamkan selama-lamanya seperti daging babi, kerana hikmah kejadiannya bukan untuk dimakan, tetapi dimaafkan ketika darurat di mana tiada makanan yang lain, kerana mengikut Maqasid Syariah yang berpandukan daripada dasar umum Al-Quran, menunjukkan diutamakan menjaga nyawa dahulu dalam keadaan darurat, yang ada sempadannya yang diizinkan oleh Allah.
Begitulah hubungan di antara lelaki dan perempuan yang berbeza kejadiannya dan peranan berkeluarga. Maka diadakan hukum syariat perkahwinan di antara lelaki dan wanita mengikut hukum, adab dan sempadannya. Turut diharamkan berkahwin dengan keluarga yang terdekat seperti ibu bapa dengan anak dan di antara satu keluarga yang terdekat seperti saudara kandung. Kesalahannya kini disebut sebagai sumbang mahram.
Begitu juga diharamkan perkahwinan sejenis dan diharamkan juga berzina, liwat dan sihak (lesbian). Ternyata tindakan yang salah ini menyebabkan penyakit terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Walaupun dibuat atas konsep kebebasan mengikut teori Barat yang sesat dan diberi nama yang popular atau menarik seperti LGBT.
Apabila terkeluar daripada landasan tabiinya, maka dikira terbabas, menyebabkan kecelakaan yang tidak harus dimasukkan dalam takrif kebebasan. Laksana kereta yang melanggar sempadan undang-undang jalan raya dikatakan terbabas, bukannya bebas. Namun, mereka syok sendiri merasakan cerdik kerana melakukan perkara luar biasa, walaupun sebenarnya di luar naluri sehingga merosakkan diri sendiri. Hakikatnya paling bodoh kerana tidak sedar dirinya bodoh.
Islam menetapkan hukuman yang keras terhadap kesalahan melanggar sifat tabii semula jadi manusia yang membawa kesan yang sangat buruk kepada diri manusia sendiri. Cukup menjadi bukti Allah menenggelamkan kaum Nabi Lut dengan hukuman bencana paling dahsyat kerana amalan liwat. Adapun kepada umat pada akhir zaman ini, Allah menetapkan hukum haram yang menjadi sempadan kerana menjaga sifat tabii manusia.
Apa yang dibimbangi, berlakunya bencana kemungkaran yang besar apabila hukum Allah ditinggalkan dan menjadi sasaran sehingga dipertikaikan. Dan alangkah beraninya mencabar hukum Allah.
Cara berfikir mereka terlalu tertarik dengan semua yang berjenama barat seperti LGBT, walaupun sebenarnya bersifat luar tabii manusia sehingga di atas namakan hak kebebasan yang salah dan sesat. Mereka yang bersimpati terhadapnya juga berfikiran sesat kerana sangat di luar tabii manusia yang sebenarnya berakal.
Inilah akibat apabila terpengaruh dengan para pemikir bukan Islam yang paling jahiliah yang sudah mencetuskan masalah di negara mereka, sehingga binatang anjing lebih dipercayai daripada anak kandungnya.
Firman Allah:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati nurani (boleh memahami) (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A'raaf:179)
Syabas kepada pemimpin yang menyedari akan bahaya kalangan berpenyakit yang sesat sehingga terkeluar daripada sifat tabiinya, dan berwaspada terhadap pemimpin yang tersasul kerana hanya mahukan sokongan undi pilihan raya sehingga cara berfikirnya juga dengan cara luar tabii.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Muharam 1440 / 25 September 2018 - HARAKAHDAILY 25/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Muharam 1440 / 25 September 2018 - HARAKAHDAILY 25/9/2018
Sumber HD - 25-9-2018
PAS kecam serangan di Iran
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan semasa perbarisan tentera di Dataran Quds, Ahvaz sehingga mengorbankan dan mencederakan orang ramai termasuk anggota elit Pengawal Revolusi, wartawan, wanita dan kanak-kanak.
PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi mereka yang tercedera.
Sewajarnya dunia Islam mengecam Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya yang menjadi dalang di sebalik serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Muharam 1440 / 24 September 2018 - HARAKAHDAILY 24/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Muharam 1440 / 24 September 2018 - HARAKAHDAILY 24/9/2018
Sumber HD - 24-9-2018
PAS sentiasa buka kerjasama termasuk MCA
SAYA merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada Konvensyen MCA 2018 yang disiarkan antaranya oleh Malaysiakini bertajuk “Bubar BN atau singkir Umno: MCA tolak gabungan Umno-PAS” dan portal nst.com bertajuk “We can kick Umno out of BN, warns MCA”.
PAS merasakan walaupun MCA bebas dan berhak menyatakan apa saja sama ada menyokong atau menentang sesuatu perkara, namun saya agak kabur tentang telahan mereka terhadap PAS. Semua pihak amat maklum bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang berdaftar secara sah, bersikap demokratik dan bergerak dalam kerangka undang-undang negara dan perlembagaan partinya.
Adalah suatu makluman yang mantap juga bahawa PAS sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk MCA, demi untuk kebaikan rakyat dan negara. Walaupun MCA seolah-olah menafikan kerjasama dengan PAS semasa PRK Balakong baru-baru ini, mereka perlu sedar PAS bukan sahaja bekerjasama dengan UMNO atas dasar solidariti pembangkang, tapi juga dengan MIC dan beberapa parti serta individu lain lagi.
Dengan penuh hormat, bagi saya kenyataan Presiden MCA bukan sahaja tidak realistik malah berupa ‘takut kepada bayang-bayang sendiri’. Jangan kerana bimbang kehilangan sokongan orang Cina kepada DAP, MCA beralih kepada PAS yang kononnya tidak mempertimbangkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak mementingkan keharmonian kaum di negara ini. Pimpinan MCA juga dalam hal ini bolehlah melawat Kelantan dan Terengganu dengan dada yang lapang melihat sama ada wujud keharmonian kaum serta keamanan hidup di sana.
PAS mengharapkan MCA bertindak sebagai parti politik yang matang dengan bersikap lebih terbuka serta menunjukkan semangat demokratik dalam menghadapi suasana landskap politik yang sudah berubah kini, bukannya dengan menghalakan serangan malah ugutan kepada pihak lain bagi menutup prestasi buruk dalam PRU ke-14 yang lalu. Apakah PAS juga yang menyebabkan rekod politik MCA terjunam teruk dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen sahaja?.
PAS masih dan sentiasa membuka pintu kerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk MCA, atas dasar kepentingan negara dan rakyat jelata.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 24 September 2018 – HARAKAHDAILY 24/9/2018
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 24 September 2018 – HARAKAHDAILY 24/9/2018
Sumber HD - 26-9-2018
Pengerusi SPR: PAS alukan pelantikan Azhar
PAS mengalu-alukan pelantikan Encik Azhar @ Azizan bin Harun, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang baharu.
PAS mengharapkan pemilihan ini dibuat atas merit berdasarkan latar belakang beliau dalam bidang perundangan yang baik serta pengalaman luas terutama dalam bidang litigasi di mahkamah. Sebagai seorang profesional adalah diharapkan Pengerusi SPR yang baru akan bertindak secara telus, tidak memihak dan dapat menjalankan reformasi penuh bagi mengembalikan integriti serta tahap keyakinan awam kepada institusi utama pilihan raya negara ini.
PAS juga mengharapkan Pengerusi SPR diberikan sepenuh kuasa autonomi di bawah undang-undang tanpa sebarang gangguan, sekatan atau pengaruh daripada mana-mana pihak dalam rangka mengurus proses pilihan raya yang adil, telus lagi dilihat bersih daripada sebarang unsur yang boleh menimbulkan persoalan terhadap kesaksamaan dan keabsahan SPR dan pilihan raya yang diuruskannya.
PAS percaya intergriti SPR dan pilihan raya yang diuruskannya merupakan syarat pertama dan paling penting dalam memelihara, menyuburkan sekali gus mempertahankan ciri demokratik negara dan masyarakat Malaysia, selain berperanan memastikan pilihan dan kehendak rakyat benar-benar dihormati dan diwakili.
PAS berharap pelantikan ini juga akan membolehkan SPR meyemak kembali kelemahan, ketidakadilan dan sisi sewenang-wenang yang berlaku dan wujud dalam institusi dan amalan pilihan raya kita selama ini, termasuk isu persempadanan kawasan pilihan raya, terutama persoalan wajaran atau “weightage” antara bandar dan luar bandar.
Sehubungan itu sebagai sebuah parti politik berpengalamanyang terlibat dalam kesemua pilihan raya yang pernah diadakan di negara ini, PAS turut bersedia memberikan pandangan, cadangan mahupun kritikan yang membina bagi menambahbaik sistem pilihan raya negara.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 21 September 2018 – HARAKAHDAILY 21/9/2018
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 21 September 2018 – HARAKAHDAILY 21/9/2018
Sumber HD - 221-9-2018
‘Up To The Syura Council To Decide On Collaborations’
KUALA TERENGGANU: The PAS syura council will have the final say on any proposed political collaboration with other parties, including Umno.
The 64th PAS muktamar unanimously adopted a motion that gave the mandate to the council and PAS leadership to decide on any political alliances.
The motion did not specifically mention Umno or any other party but it reflected one of the main talking points of the assembly – the alliance between PAS and Umno.
“We are asking that a mandate be given to the syura council and the PAS central leadership to decide on the direction and the role of PAS among opposition parties,” the motion read.
“The syura council will then finalise whatever decision is made.
“An official statement on the matter should be issued by the syura council,” it added.
The motion was proposed by the Kota Raja and Lenggong PAS divisions – thestar
Sumber BO - 18-9-2018
Perutusan khas Presiden PAS sempena Hari Malaysia
HARI ini kita menyambut ulangtahun ke-55 pembentukan Malaysia dengan penuh aman dan damai.
Peristiwa bersejarah 16 September ini adalah amat penting untuk dihayati bagi mewujudkan suasana dan budaya Malaysia yang harmoni dalam kemajmukan kaum dan agama.
Pembentukan Malaysia berkonsepkan federalisma yang wajib dihormati, adalah makna sebenar dalam meraikan Hari Malaysia. Komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan royalti petroleum kepada negeri pengeluar, di samping penumpuan pembangunan yang seimbang, adalah sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat federalisma.
Akhirnya saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat berbagai kaum dan bangsa, dengan mesej Islam adil untuk semua.
"Islam Memimpin"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Muharram 1440 / 16 September 2018 – HARAKAHDAILY 16/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Muharram 1440 / 16 September 2018 – HARAKAHDAILY 16/9/2018
Sumber HD - 16-9-2018
Hubungan Dengan Umno Akan Menguatkan Pembangkang
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Dalam isu kerjasama PAS dan Umno setakat ini hanyalah langkah awal yang dipercayai akan menguatkan ikatan parti-parti pembangkang.
Ketua Muslimat Malaysia Ustazah Nuridah Salleh berkata, pakatan PAS dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia kerana kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang bukan lagi sebagai pemerintah.
“PAS juga sebagai pembangkang jadi kita perlu menguat suarakan pembangkang…… bukan nak bangkang semua apa yang kerajaan buat,
“tetapi adalah sebagai ‘check and balance’ untuk menjadi mata telinga rakyat yang akan kita sampaikan kepada pihak kerajaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada raptai Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke- 58 di Taman Tamadun Islam (TTI) pada hari ini, Khamis, 13 September.
Oleh itu, dengan kekuatan pihak pembangkang itu sendiri sebenarnya ia adalah untuk mensejahteraan kehidupan rakyat.
“Insya Allah mungkin (dapat) memberi nasihat dan memberi pandangan serta teguran atas dasar-dasar yang mungkin akan dilakukan oleh pihak kerajaan Pakatan,” tambah beliau.
Sumber BO - 13-9-2018
Kerjasama ‘Longgar’ Antara UMNO Dengan PAS?
0leh : Suhaimi Taib
Pendekatan politik boleh berubah berdasarkan kepada perkembangan semasa.
Sentimen PAS dan UMNO ialah kuasa Melayu Islam jangan sekali tergugat di Parlimen.
Apabila ia tergugat, kedua-dua parti ini, tidak akan duduk diam, berusaha dengan pendekatan dan tindakan masing-masing mencari jalan bagaimana kuasa Melayu Islam, kembali pulih di Parlimen.
DAP sebenarnya, telah berjaya memecahkan kuasa Melayu Islam dengan menarik kepimpinan terpencil dan tersisih dari PAS untuk menubuhkan parti baharu, Parti Amanah Negara (PAN).
Sebelum itu kuasa Melayu Islam terpecah dari UMNO dengan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas nama membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan Reformasi – kini gerakan itu nampaknya tidak kemana setelah berkuasa di Putrajaya.
Kuasa Melayu Islam terpecah lagi dengan isu 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta skendal yang didakwa menghantuinya.
Dan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas Timbalan Presiden UMNO yang dipecat, Tan Sri Muhyidin Yasin, tidak mahu Najib kekal berkuasa di Putrajaya langsung menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pada dasarnya sama dengan UMNO.
Parti-parti serpihan UMNO (PKR dan PPBM), bergabung membentuk Pakatan Harapan (PH) untuk berkuasa.
Kuasa-kuasa Melayu Islam berpecah-pecah dalam versi kerajaan dan pembangkang.
Tidak dinafikan bukan Melayu pun berpecah belah, dalam versi kerajaan dan pembangkang.
Rakyat semacam tidak kisah dengan situasi itu, sama ada kuasa Melayu itu bersatu di bawah satu pakatan atau tidak.
Sebab itu mungkin parti-parti Melayu tidak takut untuk berpecah dan bertekak di pentas politik kerana rakyat tidak kisah mereka berpecah.
Malah kebanyakan rakyat tidak terkesan dengan jumlah yang terpisah-pisah yang berlaku pada kuasa Melayu Islam di Parlimen setakat ini masih tidak benar-benar tergugat tetapi DAP dari parti terpencil dan chauvanis berupaya sekurang-kurang menjadi kuasa pengimbang kalaupun tidak menjadi kuasa penentu halatuju kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ertinya kuasa bukan Melayu sudah berakar umbi dalam sistem politik Malaysia dan bergerak ke arah menjadi kuasa penentu dalam percaturan politik negara ini.
Orang Melayu Islam, puratanya semacam tidak kisah dengn perkembangan ini.
DAP difahamkan merancang secara halus menjadi kuasa penentu halatuju dasar kerajaan PH hari ini.
Kuasa Melayu dalam PH begitu lunak terhadap bukan Melayu dalam beberapa isu termasuk LGBT, persamarataan kedudukan antara agama dan memperkecilkan perlaksanaan hukuman syarie di peringkat negeri.
Suara sumbang ini bukan sahaja datang dari PH tetapi datang juga dari beberapa orang pemimpin UMNO.
Itu mungkin suara peribadi bukan suara parti, tetapi dari segi politiknya, isu memperkasakan suara Melayu Islam mesti mendasar sehingga membabitkan soal isu-isu sensitif umat Islam.
Mereka tidak harus mempunyai pandangan negatif terhadap apa-apa isu yang berkait dengan kepentingan Islam dan umat Islam.
Mereka tidak boleh selari dengan idealisme liberal yang bercanggah dengan prinsip dan keutuhan agama Islam.
Dari segi politik, PAS boleh menerima UMNO sebagai rakan politik di saat PH menjadi Kerajaan Pusat.
Dengan adanya kuasa Melayu Islam di Parlimen di pihak pembangkang, PAS dan UMNO boleh menjadi kuasa pengimbang, ketika orang Melayu dengan manipulasi politik tidak sedar, betapa bahaya perpecahan kuasa Melayu Islam.
Kesedaran perlu digerakkan untuk memperkukuhkan kuasa Melayu Islam dalam mana-mana kerajaan di Malaysia.
Orang Melayu Islam mesti memikirkan kesan atau bahana apabila kuasa Melayu Islam boleh digugat dan tergugat.
Kerjasama PAS dan UMNO perlu bergerak di atas landasan untuk memperkukuhkan kuasa Melayu Islam dan mengembalikan semula kedudukan agama Islam dipersada kuasa.
PAS sebenarnya cukup berpengalaman berdepan dengan UMNO dan tahu sepak terajang politik.
Bekerjasama dengan PAS perlu jujur kerana parti itu cukup berwaspada dengan UMNO sebagaimana parti itu juga cukup berwaspada dengan PH atau entiti lain yang sedia terjalin hubungannya dengan PAS.
Sesuatu yang tidak menguntungkan PAS, sudah tentu ada garis panduan, langkah-langkah strategi dan keputusan kepimpinan parti itu telah dirancang, supaya tragedi 1974 tidak berulang kembali apabila PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional (BN).
Kerjasama politik UMNO dan PAS dewasa ini, tidak ‘binding’ (tidak terikat) dengan mana-mana perjanjian bertulis atau lisan.
Ia adalah kerjasama longgar, boleh terhenti atau terungkai pada bila-bila masa sah
Sumber BO - 13-9-2018
Fahamkan ahli kerjasama PAS-Umno
PERKEMBANGAN terbaru politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan kejatuhan Barisan Nasional telah membawa kita kepada era baru politik Islam.
Pada zaman Datuk Asri dahulu, Peristiwa 13 Mei 1969 telah menguji perjuangan PAS apabila kedudukan Islam dan orang Melayu tergugat, sehingga mendorong kepada pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dan akhirnya tertubuh Barisan Nasional.
Dewan Ulamak PAS Pusat yang ketika itu dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memainkan peranan utama dalam mengawal dan menentukan dasar PAS terhadap kerjasama politik ini.
Para ulamak ketika membahaskan dengan panjang lebar tentang hukum kerjasama politik dengan Umno-Perikatan, yang akhirnya memutuskan untuk mengharuskannya dengan syarat-syarat yang ketat. Sedangkan ketika itu, hubungan PAS dengan Umno sangat tegang ekoran isu kafir-mengkafir yang menghumban beberapa ulamak PAS ke dalam ISA.
Kenapa para ulamak ketika itu mengambil sikap demikian. Ia adalah pertimbangan politik demi memastikan survival politik Islam di negara ini dipertahankan, ketika ia dicabar oleh kebangkitan DAP.
PAS memandang ketika itu bahawa soal kerjasama dengan Umno ialah perkara “mutaghayirat” yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan syarat-syarat yang digariskan. Atas asas itu, kita mengambil pendekatan siyasah syar’ieyah supaya maslahah yang lebih besar dapat dijaga, selagi mana perkara-perkara pokok tidak terancam.
Di sinilah titik kefahaman yang mesti dibina oleh para ulamak kepada masyarakat, khususnya ahli-ahli PAS dan orang Melayu tentang hakikat terkini kedudukan umat Islam dan orang Melayu di negara kita selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Musuh-musuh politik kita terus mengapi sentimen-sentimen perpecahan supaya orang Melayu Islam jangan bersatu dan lumpuhlah kekuatan politik kita.
Sejak Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Kandis dan Seri Setia, kita melihat penerokaan terhadap kerjasama PAS-Umno sebagai parti pembangkang telah mulai bergerak positif. Dengan tidak mempedulikan fitnah yang cuba dibakar oleh musuh-musuh politik kita, kita harus melihat realiti politik hari ini yang sangat berhajat kepada perpaduan orang Melayu Islam dalam mempertahankan agenda Islam dan maruah bangsa.
Kita sedar sepenuhnya tentang kebobrokan politik yang pernah dilakukan oleh Umno sepanjang lebih 60 tahun menjadi kerajaan. Tetapi dengan jiwa daie yang ada pada kita, kita harus berusaha untuk memperbetulkan kefahaman pemimpin dan ahli Umno terhadap Islam, dengan cara kira mendekati mereka.
Kita tidak boleh melihat Umno dan ahli-ahlinya sebagai musuh, sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah kita sehingga kita boleh mengembalikan mereka kepada landasan Islam.
Dalam hal ini, menjadi tanggungjawab besar para ulamak untuk memahamkan ahli-ahli PAS bahawa persoalan kerjasama dengan Umno adalah perkara mutaghayyirat. Apa yang penting, PAS mesti memainkan peranan untuk menjadi pemimpin dalam agenda perpaduan ini. Islam mesti menjadi teras bagi segala bentuk hubungan dan kerjasama, dengan al-Quran dan Sunnah menjadi sumber rujukannya.
Apapun bentuk kerjasama yang akan berlaku, PAS mesti memastikan bahawa ia akan memberikan keuntungan kepada Islam. Kita tidak boleh bersikap keras dengan lawan politik kita yang juga beragama Islam, semata-mata kerana rekod kejahilan mereka, pengaruh sekular dalam pemikiran mereka dan juga catatan-catatan amalan korupsi yang pernah mereka laku.
Inilah medan dakwah yang membawa agenda rahmatan lil alamin yang sebenar. Dalam soal perpaduan dengan Umno, ia bukanlah perkara thawabit yang menyebabkan kita tidak boleh berganjak langsung dan sanggup membiarkan maslahah ummah terpinggir oleh sentimen politik yang sempit. – HARAKAHDAILY 13/9/2018
Petikan Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-57 di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 13 September 2018.
Sumber HD - 13-9-2018
PAS tidak letak calon PRK Port Dickson
PAS mengambil keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson yang bakal diadakan ekoran perletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.
Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat semalam di Kuala Terengganu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Keputusan ini dibuat kerana PAS merasakan Pilihan Raya Kecil yang sengaja ‘dicipta’ bukanlah suatu amalam demokrasi yang baik, malah ia menyebabkan pembaziran wang awam dan masa serta mengikis minat rakyat untuk keluar membuang undi. Parlimen Port Dickson juga bukanlah kawasan yang berpotensi untuk PAS meletakkan calon.
Sehubungan dengan itu PAS turut memutuskan akan memberikan sokongan kepada mana-mana Parti Pembangkang lain yang berhasrat meletakkan calon termasuklah sama ada Umno ataupun MIC. Ini juga selaras dengan semangat solidariti parti-parti Pembangkang untuk menambahkan bilangan Ahli Parlimen Pembangkang dalam rangka mewujudkan proses semak dan imbang (check and balance) terhadap Parti Pemerintah.
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 13 September 2018 – HARAKAHDAILY 13/9/2018
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 13 September 2018 – HARAKAHDAILY 13/9/2018
Sumber HD - 13-9-2018
Perangi rasuah secara adil bukan terpilih
FIRMAN Allah:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (188)
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah. Dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada orang-orang yang berkuasa (pemerintahan dan hukuman) kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahuinya (kesalahannya)”. (Surah Al-Baqarah: 188)
Firman Allah menceritakan Nabi Sulaiman A.S menolak hadiah Maharani Balqis:
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ (35) فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ (36)
“Dan (Maharani Balqis) berkata: Bahawa aku hendak mengirimkan hadiah kepada mereka (Sulaiman), kemudian aku akan menunggu apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita. (35); Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang menghadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikan-Nya kepada kamu. (Bukan aku seorang yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah)” (36). (Surah An-Naml: 35-36)
Telah disebutkan satu kisah dari Hadis Rasulullah S.A.W:
ورد في الحديث: "عن أبي حميد الساعدي قال استعمل رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا من الأسد يقال له ابن اللتبية قال عمرو وابن أبي عمر على الصدقة. فلما قدم قال: هذا لكم وهذا لي أهدي لي. قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر فحمد الله وأثنى عليه. وقال: ما بال عامل أبعثه. فيقول هذا لكم وهذا أهدي لي أفلا قعد في بيت أبيه أو في بيت أمه حتى ينظر أيهدى إليه أم لا. والذي نفس محمد بيده لا ينال أحد منكم منها شيئا إلا جاء به يوم القيامة يحمله على عنقه بعير له رغاء أو بقرة لها خوار أو شاة تيعر..." (صحيح مسلم)
Disebut kisah di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abi Humaid Al-Saa’idi R.A. katanya: “Nabi Muhammad S.A.W. menugaskan seorang petugas mengumpulkan sedekah (pegawai zakat) daripada kabilah Al-Azad bernama Ibnu Allutbiyyah, (supaya mengurus pungutannya). Apabila dia tiba (menemui Rasulullah S.A.W) bagi menyerahkan hasil pungutannya dia berkata: “Ini yang (ditugaskan kepada saya) diserahkan kepada kamu, yang ini pula dihadiahkan kepada saya”. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bangun menaiki mimbar dan berucap: “Adakah yang dilakukan oleh petugas yang kami hantarkan, tiba-tiba dia datang berkata: “Ini diserahkan kepada kamu (mengikut ditugaskan kepadaku). Ini pula diberikan (hadiah) kepadaku”. Adakah sekiranya dia berada di rumah bapanya atau ibunya, menunggu sahaja, bukan kerana dia dilantik (memegang jawatannya) diberi juga kepadanya? Demi Tuhan yang diriku berada di bawah kuasa-Nya, tidaklah seseorang itu apabila menerima (habuan seperti itu) melainkan dibebankan (barang yang diterimanya), di atas lehernya di Hari Kiamat nanti. Kalau yang diambil itu unta, ia bersuara unta. Kalau lembu juga bersuara lembu. Dan kalau kambing juga bersuara dengan suara kambing (dibebankan dosa ke atas dirinya dengan harta haram itu)”. (Sahih Muslim)
Beginilah Al-Quran dan Hadis menunjukkan kepimpinan melalui teladan yang sebenarnya. Sehingga menolak apa sahaja nama pemberian yang diberi, bertujuan mempengaruhi orang yang ditugaskan menjadi pihak berkuasa, pemimpin negara, pihak pentadbiran, badan kehakiman dan lain-lain urusan pemerintahan. Apabila pemberian itu bukan sekadar bertujuan hadiah, tetapi ada perkara yang tersirat di sebaliknya bagi mempengaruhi urusan dan keputusan.
Islam mentakrifkan rasuah itu sebarang pemberian yang bertujuan mempengaruhi seseorang yang ditugaskan untuk membuat sesuatu keputusan dalam urusan dunia dan agama, sehingga boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Bukan sahaja boleh membuat keputusan yang salah. Walaupun keputusannya betul pada zahirnya, tetapi dipengaruhi oleh sogokan, menjadikannya tidak ikhlas.
Menunjukkan betapa Islam menentang rasuah dengan sekeras-kerasnya sejak zaman para rasul terdahulu sehingga kini. Bukan sahaja mengikut undang-undang negara, bahkan termasuk perkara agama, hukumnya haram berdosa besar yang dihukum juga terhadap pelakunya selepas meninggal dunia. Seterusnya pada Hari Kiamat nanti sekiranya dia terlepas daripada hukuman di dunia, dia tetap tidak terlepas di Hari Akhirat. Apabila tidak dihukum di dunia dengan hukuman yang adil atau tidak bertaubat dan meminta maaf serta meminta halal daripada orang yang dizaliminya.
Termasuk dalam perkara kesalahan rasuah itu pemberian habuan atau hadiah kepada seseorang pemimpin atau pegawai dengan sebab jawatannya atau kedudukannya supaya mempengaruhi urusannya, kerana ada kepentingan di sebaliknya yang menjadikan seseorang itu tidak berlaku adil terhadap rakyat. Atau tidak istiqamah membuat keputusan, kerana menjadikannya membuat keputusan yang terpilih yang tidak berlaku adil.
Pemberian sebegitu bukan tujuannya hadiah biasa yang dikira perkara sunat yang besar pahalanya, tetapi mempunyai tujuan yang tersirat yang salah di sebaliknya.
Termasuk juga dalam perkara kesalahan rasuah yang berat hukuman dan besar dosanya mengikut kadar kesalahannya. Menjadikan hukumannya termasuk dalam perkara hukum takzir yang tidak dihadkan secara mandatori. Walaupun hukumannya tepat, sekiranya dipengaruhi juga oleh rasuah itu menjadikannya tidak ikhlas tanpa keberkatan dan pahala. Namun apa yang diterimanya tetap haram juga.
Termasuk juga dalam perkara kesalahan rasuah yang berat hukuman dan besar dosanya mengikut kadar kesalahannya. Menjadikan hukumannya termasuk dalam perkara hukum takzir yang tidak dihadkan secara mandatori. Walaupun hukumannya tepat, sekiranya dipengaruhi juga oleh rasuah itu menjadikannya tidak ikhlas tanpa keberkatan dan pahala. Namun apa yang diterimanya tetap haram juga.
Betapa luasnya kaitan rasuah ini sehingga ia dilaknat ke atas penerima, pemberinya dan orang perantaraan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
لعن رسول الله الراشي والمرتشي والرائش) رواه أحمد والطبراني)
“Dilaknat (menjadi celaka tidak mendapat rahmat Allah) terhadap pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaraan rasuah”. (Riwayat Ahmad dan At-Thabrani)
Amalan rasuah boleh merosakkan pentadbiran negara yang menjadi salah satu daripada peranan manusia di alam dunia mengikut ketetapan Allah. Apabila peranannya salah kerana salah lakunya, bukan sahaja merosakkan kehidupan diri manusia bahkan merosakkan alam sekitar, keamanan dan keselamatan.
Apabila pihak yang berkenaan membuat keputusan yang salah dalam kepimpinan, pengurusan, pentadbiran, keamanan, keselamatan dan kehakiman yang menjadikan hilangnya kedaulatan negara dan kehebatan undang-undang.
Berlakunya rasuah bermakna menempah keburukan seperti:
1. Hilangnya keberkatan hidup dalam diri dan keluarga kerana kekayaan yang dikumpulkan melalui rasuah itu tidak memberi apa-apa kebaikan dunia dan akhirat.
2. Amalan soleh daripada harta rasuah itu tidak diterima Allah, sama ada ibadat seperti zakat, haji, umrah, khidmat masyakat dan lain-lain.
3. Hilangnya maruah diri dan keluarga.
4. Hilangnya kasih sayang dalam masyarakat.
5. Laknat Allah.
2. Amalan soleh daripada harta rasuah itu tidak diterima Allah, sama ada ibadat seperti zakat, haji, umrah, khidmat masyakat dan lain-lain.
3. Hilangnya maruah diri dan keluarga.
4. Hilangnya kasih sayang dalam masyarakat.
5. Laknat Allah.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ (267) الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (268)
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk haram) daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat dan lain-lain), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Sentiasa Terpuji. (267); Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu tidak mengambil yang haram itu). Dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji. Sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya” (268). (Surah Al-Baqarah: 267-268)
Aspek keimanan yang menjadi prinsip dan matlamat hukum Islam membezakannya dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana Islam menetapkan dengan tegas bahawa seseorang yang salah lakunya seperti rasuah dan sebagainya, tidak terlepas daripada hukuman. Walaupun dia terlepas di dunia dan paling berkuasa dan berpengaruh di sini. Sehingga menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dapat melangkah kedaulatan undang-undang Allah di alam dunia dan undang-undang ciptaannya sendiri, membolehkannya berbuat salah laku, seperti rasuah dan lain-lain, walaupun nyata salahnya terang lagi bersuluh.
Islam menegaskan ada hukuman di Hari Akhirat, disaksikan oleh alam ghaib perhitungan dosa dan pahala. Firman Allah:
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65)
“Pada waktu itu Kami materikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. (Surah Yaasin: 65)
Maka pihak yang berkuasa memerintah negara yang beriman, wajib bertindak tegas dan adil memerangi rasuah. Jangan sesekali bertindak secara terpilih, supaya tidak diulang bicara pada Hari Kiamat nanti. Adapun kepada yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat tetap tidak akan berbudiman sehingga akhirnya kerana sifatnya tidak bermaruah menjadikannya tiada perasaan malu terhadap sesama manusia.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Muharam 1440 / 12 September 2018 - HARAKAHDAILY 12/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Muharam 1440 / 12 September 2018 - HARAKAHDAILY 12/9/2018
Sumber HD - 12-9-2018
Hadi Awang minta perbandingan sebatan syariah dan sivil dilakukan
PAS berpendapat pihak yang terlibat dalam isu hukuman sebatan ke atas pesalah dua wanita lesbian baru-baru ini seharusnya membuat perbandingan terlebih dahulu antara sebatan syariah dan sebatan sivil.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan yang dibuat pada hari ini kebanyakkan diperoleh secara spontan.
“Sepatutnya mereka perlu kaji dahulu perbezaan sebatan syariah dan sivil. Saya yakin sekiranya perbandingan dibuat secara adil, orang bukan Islam juga akan pilih sebatan syariah yang tujuannya mendidik dan tidak menyeksa pesalah. Saya percaya ini akan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi video pendek berdurasi seminit yang dimuat naik di laman Twitter rasmi beliau.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Hadi turut bersetuju dengan kenyataannya dan menganggap mereka yang menentang isu berkenaan sebenarnya adalah golongan tegar politik tanpa mengira agama yang takut terhadap penguatkuasaan serta pematuhan kepada sistem perundangan Islam.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hukuman sebat yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu dianggap satu hukuman yang melihatkan Islam sebagai agama yang suka menghukum dan bengis.
Dr Mahathir berkata, hukuman tersebut bukan cara yang digalakkan oleh Islam dan kerajaan berharap agar semua pihak berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur dan tidak ada bertimbang rasa.
MR : Kadang kala kritikan datang daripada mereka yang sendiri buta maklumat dan membuat persepsi buruk melalui berita yang tak jelas....
Sumber MR - 11-9-2018
Perutusan Presiden PAS sempena Maal Hijrah 1440H
HARI ini umat Islam seluruh dunia diuji hebat dengan pelbagai bentuk penindasan termasuk di bumi Malaysia. Cabaran besar yang datang bukan sahaja kesan perang ketenteraan seperti perang proksi, bahkan serangan pemikiran. Umat Islam mulai meragui Islam adalah penyelesaian kepada konflik kemanusiaan sehingga mengambil ideologi dan akal manusia semata-mata sebagai panduan.
Bertitik tolak dari sejarah penghijrahan ini, umat Islam haruslah sedar dan benar-benar menghayati mesej daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat dengan pengertian yang sebenar. Matlamatnya untuk membina sebuah masyarakat yang hidup aman dan melaksanakan keadilan dengan menjadikan Islam memimpin bukan dipimpin dan menjadi dasar kepada pembangunan negara bukan sekadar penerapan kepada nilai-nilai ibadat dan peribadi semata-mata.
Firman Allah Taala:
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا (100)
“Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai tempat dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. (Surah An-Nisa’:100)
Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah salah satu usaha yang menepati matlamat hijrah yang digariskan Islam. Tugas mempertahankan Islam tidak mengira sesiapa, sama ada para pemerintah, raja-raja, ahli politik, para ulama’ serta mufti, kumpulan Islam, NGO-NGO dan umat seluruhnya. Mempertahankan Islam satu kemuliaan. Marilah kita bekerjasama atas semangat ta’awun dan menghayati maknanya dalam mempertahankan kesucian agama daripada celaan mereka yang memusuhi Islam, dalam masa yang sama tanpa menafikan hak bukan Islam hidup dalam sebuah masyarakat madani berkonsepkan adil untuk semua.
Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah salah satu usaha yang menepati matlamat hijrah yang digariskan Islam. Tugas mempertahankan Islam tidak mengira sesiapa, sama ada para pemerintah, raja-raja, ahli politik, para ulama’ serta mufti, kumpulan Islam, NGO-NGO dan umat seluruhnya. Mempertahankan Islam satu kemuliaan. Marilah kita bekerjasama atas semangat ta’awun dan menghayati maknanya dalam mempertahankan kesucian agama daripada celaan mereka yang memusuhi Islam, dalam masa yang sama tanpa menafikan hak bukan Islam hidup dalam sebuah masyarakat madani berkonsepkan adil untuk semua.
Sempena dengan itu, saya mengambil kesempatan bagi pihak PAS untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1440H kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan tahun baharu ini, seluruh umat Islam, rakyat dan negara Malaysia tercinta senantiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 11/9/2018
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 11/9/2018
Sumber HD - 11-9-2018
PRK Seri Setia: Isyarat awal perubahan rakyat
PAS menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan.
PRK Seri Setia menunjukkan isyarat awal perubahan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS. Peratusan keluar mengundi yang rendah juga merupakan petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.
PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat, dan sedia menjadi pembangkang yang menasihat serta bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para petugas PAS, rakan-rakan pembangkang daripada Umno dan MIC, juga pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dengan baik.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Zulhijjah 1439 / 8 September 2018 – HARAKAHDAILY 8/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Zulhijjah 1439 / 8 September 2018 – HARAKAHDAILY 8/9/2018
Sumber HD - 8-9-2018
Sebat: PAS sanggah pendirian berhelah kerajaan PH
PAS menempelak pendirian Kerajaan PH melalui kenyataan Perdana Menteri bahawa hukuman sebat syariah yang dijatuhkan dan dilaksanakan oleh MahkamahTinggi Syariah Negeri Terengganu ke atas dua pesalah wanita kerana sabitan kesalahan lesbian sebagai memberi gambaran buruk terhadap Islam.
Harus diingat bahawa hukuman rotan syariah adalah kaedah penalti yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam sama ada melibatkan kes-kes Hudud mahupun Takzir. Dalam hukuman Takzir seperti mana dalam kes tersebut, budi bicara adalah terletak kepada Hakim Syarie yang menilai kes dari sudut fakta dan undang-undang di samping pengakuan bersalah tertuduh serta mitigasi yang dibuat.
Selagi hukuman itu dibuat dalam ruang lingkup undang-undang berkaitan dan tidak memprejudiskan hak tertuduh, ia bukan sahaja suatu hukuman sah dari segi undang-undang, tetapi juga memenuhi kehendak kemanusiaan dan demokrasi setelah melalui proses yang sah, telus dan terbuka.
Dalam kes tersebut, amatlah jelas mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman dalam ruang lingkup undang-undang iaitu tidak melebihi enam rotan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diluluskan pindaannya pada tahun 1984, di mana Akta 355 tersebut terpakai kepada semua Mahkamah Syariah seluruh negara.
Bagi pelaksanaan hukuman rotan di kalangan khalayak termasuk di dalam Dewan Mahkamah, ia bukanlah suatu perkara asing yang perlu dipolemikkan kerana sebelum ini terdapat banyak hukuman rotan dilaksanakan sedemikian, terutama yang melibatkan kes juvana dan remaja.
Undang-undang, penguatkuasaannya dan mahkamah antara lain berperanan penting dalam menetapkan serta melestarikan nilai dan ukuran moral unggul tertentu untuk diikuti dan dihayati oleh anggota masyarakat secara individu mahupun masyarakat secara kolektif sebagai standard bersama, terutamanya dalam ruang awam.
Semua pihak juga perlu akur hakikat bahawa meskipun Undang-undang Syariah dan penguatkuasaannya terletak di bawah bidangkuasa kerajaan negeri, ia bukanlah menjadikan kepentingan dan kredibilitinya lebih rendah daripada undang-undang dan penguatkuasaan yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Ia sepatutnya dihormati dalam bidang serta ruang lingkup masing-masing sebagai sebahagian daripada kehidupan bernegara kita.
Semua pihak juga perlu akur hakikat bahawa meskipun Undang-undang Syariah dan penguatkuasaannya terletak di bawah bidangkuasa kerajaan negeri, ia bukanlah menjadikan kepentingan dan kredibilitinya lebih rendah daripada undang-undang dan penguatkuasaan yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Ia sepatutnya dihormati dalam bidang serta ruang lingkup masing-masing sebagai sebahagian daripada kehidupan bernegara kita.
Justeru, PAS berharap semua pihak terutamanya Kerajaan PH perlu akur dan menghormati keputusan tersebut dan tidak cuba mengelirukan masyarakat dengan membangkitkan fakta yang tidak benar. Tindakan inilah sebenarnya yang memberi gambaran buruk terhadap perundangan Islam yang sudah nyata lagi adil sifatnya dan juga amalan demokrasi negara ini.
Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung
Bertarikh: 7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018
Setiausaha Agung
Bertarikh: 7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018
Sumber HD - 8-9-2018
Selagi Pas diberi kuasa Hukuman Sebat Syariah Akan Diteruskan
1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) meyakini selagi PAS berkuasa di negeri Terengganu dan Kelantan hukuman yang berkaitan dengan Syariah Islam akan terus dipertahankan. Hukuman seumpama itu termasuklah Hukuman Sebat Syariah seperti yang dijatuhkan kepada dua orang wanita yang terlibat dengan jenayah syariah di Terengganu baru-baru ini.
2. Meskipun ada segelintir pihak di Malaysia termasuklah kabinet kerajaan PH dan SUHAKAM, ataupun pihak antarabangsa seperti Human Right Watch (HRW) menyuarakan bantahan, PPP melihat kerajaan pimpinan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak akan sekali-kali mundur. Malah adalah diyakini, perundangan Syariah akan terus diperkasakan di kedua-dua negeri itu.
3. Berdasarkan pemerhatian PPP, pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah baru-baru ini telah mendapat sokongan besar masyarakat Islam di negara ini, termasuklah para agamawan dan ilmuwan. Lebih mengujakan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, yang menempelak hukuman itu, telah dikritik hebat oleh para netizen yang mengikuti FB beliau.
4. Sehubungan dengan sokongan besar masyarakat Islam terhadap pelaksanaan hukuman yang berkaitan dengan syariah, PPP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh PH memberi laluan kepada perbahasan pindaan RUU 355 yang telah diusulkan oleh Presiden PAS sebelum ini. Pindaan itu akan memberi ruang lebih besar kepada negeri Terengganu dan Kelantan memperkasakan hukuman seumpamanya.
5. PPP ingin mengingatkan para penentang Perundangan Syariah, bahawa dari kalangan umat Islam akan ada golongan yang terus-menerus berusaha mendaulatkan Syariah sehingga hari kiamat. Dalam konteks Malaysia, PAS adalah golongan itu, yang telah memaktubkan matlamat itu dalam Perlembagaan PAS dan sudah ditanam dengan begitu mekar dalam jiwa ahli-ahlinya.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
6 September 2018
25 Zulhijjah 1439
Sumber MR - 7-9-2018
Kalau anakku mencuri
KISAH benar yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W apabila seorang wanita bertaraf bangsawan disabitkan kesalahan mencuri. Tanpa apa-apa sebab yang meragukan dia dijatuhkan hukuman Hudud Islam, yakni dipotong tangannya. Tiba-tiba ada dari kalangan bangsawan merayu kepada Rasulullah S.A.W supaya tidak dijatuhkan hukuman Hudud kerana dia seorang bangsawan yang dihormati masyarakat.
Usamah bin Zaid R.A ditugaskan supaya menyampaikan rayuan itu kepada Rasulullah S.A.W. Dia ditugaskannya kerana dia cucu angkat kesayangan dimanjakan oleh Rasulullah S.A.W. Tiba-tiba Baginda S.A.W menunjukkan kemurkaan atau kemarahan kepada Usamah dengan bersabda:
“Adakah kamu meminta syafaat (tolong membebaskan) dalam perkara hukum Hudud yang telah ditetapkan oleh Allah?”.
Kemudian Rasulullah S.A.W terus ke masjid, bangkit berdiri dan bersabda:
"إنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَأيْمُ اللهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا". أخرجه مسلم والنسائي
“Sesungguhnya telah dibinasakan umat terdahulu daripada kamu, berlakunya apabila seorang bangsawan dari kalangan mereka melakukan kesalahan mencuri mereka bebaskan tanpa hukuman. Dan apabila seorang yang lemah dari kalangan mereka mencuri, lalu mereka jatuhkan hukuman Hudud terhadapnya. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad (puteri kesayanganku) mencuri, nescaya aku hukumnya dengan dipotong tangan”. (Disebut oleh Muslim dan An-Nasa’ie)
Wanita yang dihukum itu menginsafkan dirinya sehingga menjadi wanita yang solehah berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W dan masyarakat yang menyaksikannya melihat betapa wujudnya keberkatan apabila syariat Allah dilaksanakan.
Cerita benar menunjukkan kedaulatan Islam yang adil terhadap semua dan kehebatan undang-undang Syariat Allah mendidik masyarakat sehingga tiada yang kebal atau dikecualikan. Sesiapa sahaja yang terbukti melakukan kesalahan pasti dihukum. Kalau tiada bukti dibebaskan atau tidak mencukupi buktinya pasti diringankan hukumannya.
Inilah konsep ketelusan undang-undang syariat yang berteraskan aqidah kepercayaan kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Adil Lagi Maha Bijaksana, disertakan beriman kepada Hari Akhirat, menjadikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang sehingga dikecualikan dan dilangkah sahaja tanpa halangan atau undang-undang laksana sarang labah-labah yang dibolosi oleh makhluk perosak yang besar dan kuat. Hanya memerangkap makhluk perosak serangga kecil. Namun, boleh ditembusi makhluk perosak yang bersaiz besar dan kuat, apatah lagi helang yang besar atau jerung yang ganas.
Itulah contoh konsep zaman keemasan Islam, diwarisi petunjuknya era Khulafa Ar-Rasyidin dan selepasnya juga yang mengikut jejak langkah kepimpinan melalui teladan yang pernah dijadikan slogan pada zaman dahulunya, yang dilupakan oleh Melayu mudah lupa. Namun, Allah berfirman:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (سورة الأحزاب: 21[
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik menjadi teladan. Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (Surah Al-Ahzab: 21)
Inilah Rasulullah S.A.W yang dilantik Allah, mengatasi raja-raja yang ditabalkan oleh manusia, pelantikan Presiden atau Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang dipilih rakyat. Bahkan jauh sekali kalau hanya sekadar Peguam Negara.
Zaman mutakhir sejarah Islam memerintah direkodkan peristiwa perundangan Islam dengan contoh yang sangat banyak. Antaranya kisah Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A yang mengaku salah apabila ditegur oleh seorang wanita. Khalifah Ali bin Abi Talib R.A yang kalah di mahkamah dalam kisah baju rantainya dicuri oleh seorang bukan Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh dijatuhkan hukuman oleh hakim pada zamannya kerana melakukan kekerasan terhadap seorang rakyat bukan Islam.
Saya pernah membaca kisah Sultan Hamengkubuwono, Raja Jogjakarta Indonesia, satu-satunya Sultan yang diiktiraf terus bertakhta di situ dalam Negara Republik kerana akhlaknya yang mulia dan sangat dihormati rakyat.
Ceritanya, Baginda telah melakukan kesalahan trafik, lalu diberi surat saman oleh seorang anggota polis yang baru bertugas yang tidak mengenalinya. Tiba-tiba Baginda datang ke Balai Polis untuk membayar samannya. Ketua Balai terkejut kerana Sultan yang datang membayar dendanya. Tiba-tiba pula Baginda meminta supaya polis yang bertindak menyamannya dipanggil. Maka alangkah takutnya polis yang baru mendapat kerja apabila diketahui orang yang disamannya adalah Sultan. Fikirnya sudah tentu dia akan dipecat. Tiba-tiba Sultan meminta supaya dinaikkan pangkatnya.
Apa yang dilakukan adalah kesan ajaran Islam yang mewujudkan aspek rohani, menjadikannya masih tersemat di dalam dirinya, walaupun ciri kedaulatan negara Islamnya dihapuskan. Tegasnya masih percaya ada dosa dan pahala daripada semua tingkah laku manusia. Mereka yang tidak beriman dan budiman, tiada rasa takut kepada Allah serta tidak percayakan dosa dan pahala, hilang juga rasa malunya sesama manusia.
Bandingkan kisah tersebut dengan berita terkini yang mengejutkan SPRM, Perdana Menteri juga terkejut dan mengejutkan mereka yang bukan SPRM apabila seorang yang kini bertaraf menteri dihentikan proses kehakimannya laksana emergency brake yang ditekan segera sehingga menghantukkan kepala penumpangnya. Kalau sebelumnya dia cepat dihukum kerana tarafnya pembangkang, tetapi kini cepat pula dibebaskan kerana dia bertaraf menteri dalam kerajaan.
Namun, kita tetap berpegang kepada konsep Islam bahawa seseorang yang dituduh tidak boleh dihukum salah selagi tidak dibuktikan. Tetapi tidak harus dilepaskan dengan percuma tanpa proses kehakiman yang diselesaikan dengan adil dan telus.
Bagi penganut Islam, kami diajar oleh Rasulullah S.A.W dengan pesanan yang banyak, antaranya:
مَنْ وَلِيَ الْقَضَاءَ فَقَدْ ذُبِحَ بِغَيْرِ سِكِّينٍ (رواه أبي داود)
“Sesiapa yang mengendalikan urusan kehakiman, maka dia laksana disembelih tanpa pisau”. (Riwayat Abi Daud)
Walaupun orang itu seorang bukan Islam yang tidak percayakan dosa dan pahala, namun mereka yang Islam telah memilihnya serta mengangkatnya ke jawatan itu sudah tentu percaya adanya dosa dan pahala atau sekurang-kurangnya ada rasa malu kepada manusia. Sekalipun tiada perasaan malu kepada Allah dan para malaikat yang tidak dapat dilihat.
Oleh kerana banyak yang terkejut atau mengejutkan dalam peristiwa kehakiman negara ini, maka saya menyokong cadangan yang menamakan bulan ini Bulan Terkejut.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Zulhijjah 1439 / 6 September 2018 - HARAKAHDAILY 6/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Zulhijjah 1439 / 6 September 2018 - HARAKAHDAILY 6/9/2018
Sumber HD - 6-9-2018
Feqah ma'alaat (implikasi)
FEQAH Ma’alaat (فقه المآلات) maksudnya ialah memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus. Antaranya perkara yang ada kaitan dengan konsep Qiyas, Maqasid Syariah, Feqah Aulawiyyat dan lain-lain.
Feqah Ma’alaat memerlukan kefahaman yang mendalam dan bertanggungjawab melaksanakan syariat demi menegakkan Islam yang sebenarnya supaya dilakukan perkara terbaik atau menolak keburukan, dari segi mencapai hikmah hukum-hukum Islam supaya tercapai tujuan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.
Banyak juga contoh daripada Al-Quran, Hadis Rasulullah S.A.W dan amalan para sahabat R.A. berkait dengan kebijaksanaan melaksanakan hukum Islam dengan mengambil kira apakah kesudahan dan akibat dilaksanakannya yang menjadi dalil perlaksanaan Feqah Ma’alaat.
Antaranya perintah mewajibkan puasa pada Bulan Ramadhan yang bermatlamat melahirkan sifat taqwa. Selain itu, diharamkan zina kerana akibatnya penyakit yang berbahaya, mengakibatkan keruntuhan akhlak dan institusi kekeluargaan. Begitu juga diharamkan arak dan judi kerana mudaratnya lebih besar daripada manfaat. Mengharuskan makan dan minum, tiba-tiba disyaratkan jangan melampau kerana menyebabkan penyakit. Dihalalkan makanan yang haram ketika darurat kerana menjaga nyawa akibat kelaparan.
Antaranya juga firman Allah:
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (108)
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”. (Surah Al-An'am: 108)
Larangan mencerca atau menghina tuhan-tuhan yang dipuja oleh orang-orang Musyrikin kerana akibatnya menyebabkan mereka mencerca dan menghina Allah Yang Maha Esa. Perkara yang lebih buruk dan besar dosa serta akibatnya. Demikian itu adalah contoh Feqah Ma’alaat yang ditunjukkan oleh Allah kepada orang yang beriman.
Rasulullah S.A.W melarang para sahabatnya membunuh orang-orang munafik yang diketahui senarainya kerana menolak fitnah yang lebih besar kerana akan mengakibatkan Baginda S.A.W dianggap membunuh para sahabatnya sendiri.
Rasulullah S.A.W melarang para sahabatnya bertindak kasar terhadap seorang badawi yang membuang air kecil di penjuru dalam Masjid Nabawi yang sangat mulia di Tanah Suci. Walaupun haram besar dan mungkar yang wajib dicegah kerana menajiskan masjid dan paling tidak beradab. Tindakan Rasulullah S.A.W kerana mengambil kira beberapa perkara dari segi Feqah Ma’alaat seperti berikut:
1. Dari segi mudarat penyakit menahan kencing.
2. Dari segi akibat yang lebih buruk, apabila menunjukkan auratnya di tengah khalayak dan meluaskan lagi kawasan yang dinajiskan.
3. Boleh menyebabkan keluar daripada Islam (murtad kerana marah, disebabkan terlalu jahil dan keras sifatnya).
2. Dari segi akibat yang lebih buruk, apabila menunjukkan auratnya di tengah khalayak dan meluaskan lagi kawasan yang dinajiskan.
3. Boleh menyebabkan keluar daripada Islam (murtad kerana marah, disebabkan terlalu jahil dan keras sifatnya).
Setelah selesai daripada kencingnya, dia dipanggil dan tidak dimarahi tetapi disuruh sahabat R.A menyiram air di tempat kencingnya. Dia dipanggil dan dinasihati dengan baik bahawa masjid adalah tempat mulia dan suci kerana tempat ibadah dan menuntut ilmu. Maka tidak layak menjadi tempat membuang air. Tiba-tiba dia berdoa: “Ya Allah! Rahmatilah aku dan Muhammad sahaja, jangan kepada orang lain”. Menunjukkan kasihnya terhadap Rasulullah S.A.W.
Contohnya juga dalam peristiwa Peperangan Ahzab, ketika semuanya dalam ketakutan apabila Kota Madinah dikepung. Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapakah dalam kalangan kamu yang bersedia masuk ke dalam musuh untuk mengintip?”, tiba-tiba semuanya terdiam kerana ketakutan yang dinyatakan oleh Allah:
إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا (10) هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا (11)
“Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu. Dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung ketakutan) serta hati pun resah gelisah dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (10); Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat”. (11) (Surah Al-Ahzab: 10-11)
Apabila Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang pergi, dia masuk syurga”. Huzaifah bin Al-Yaman R.A menyatakan kesediaannya. Rasulullah S.A.W bersabda: “Jangan kacau mereka (hanya tugas mengintip)”.
Apabila Huzaifah berjaya masuk di tengah musuh dengan menggalas anak panah dan busur di belakangnya, dia ternampak ketua tentera Ahzab, Abu Sufian yang dekat, boleh dipanah untuk membunuhnya dengan mudah. Namun, dia mentaati arahan Rasulullah S.A.W. Sebenarnya larangan itu bermaksud supaya tidak membawa akibat lebih besar kerana berlakunya serangan besar-besaran yang sangat membahayakan kalau dibunuh Abu Sufian dengan cara begitu. Maka perintah Rasulullah S.A.W dipatuhi dan dapat melaporkan maklumat yang lebih penting.
Perintah Rasulullah S.A.W berkonsepkan Feqah Ma’alaat, mengambil kira perlunya mendapat maklumat dan menolak akibat buruk kalau diserangnya Abu Sufian. Sejarah menunjukkan kemenangan Perang Ahzab dan Abu Sufian R.A akhirnya masuk Islam ketika Fathu Makkah (Pembukaan Kota Mekah).
Begitu juga Feqah Ma’alaat dipraktikkan dalam peristiwa menerima Perjanjian Hudaibiyyah, walaupun syarat-syarat yang tidak adil kerana menolak perdamaian dan melancarkan peperangan akan menyebabkan kalangan mereka yang lemah dan beriman yang berada di dalam Makkah akan dibunuh dengan kejam oleh musuh atau kawan yang tidak mengenalinya.
Allah S.W.T berfirman:
هُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَالْهَدْيَ مَعْكُوفًا أَن يَبْلُغَ مَحِلَّهُ وَلَوْلَا رِجَالٌ مُّؤْمِنُونَ وَنِسَاءٌ مُّؤْمِنَاتٌ لَّمْ تَعْلَمُوهُمْ أَن تَطَئُوهُمْ فَتُصِيبَكُم مِّنْهُم مَّعَرَّةٌ بِغَيْرِ عِلْمٍ لِّيُدْخِلَ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ لَوْ تَزَيَّلُوا لَعَذَّبْنَا الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (25) إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَىٰ وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا (25)
“Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke Masjid Al-Haram (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa) tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu. Padahal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, (Tentulah diizinkan kamu menyerang kaum Musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya”.(25); (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam), perasaan sombong angkuh secara jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (26) (Surah Al-Fath: 25-26)
Saat itu Rasulullah S.A.W tidak mempedulikan bantahan majoriti besar para sahabat yang tidak bersetuju terhadap Perjanjian Hudaibiyyah. Hanya Abu Bakar R.A dan segelintir para sahabat R.A yang menerima apa sahaja pandangan Rasulullah S.A.W. Akhirnya semuanya mematuhi tanpa memahami perkara yang tersirat.
Antara contohnya juga, apabila Khalifah Umar R.A tidak menjatuhkan hukuman hudud memotong tangan pencuri ketika berlakunya kemarau dan kemelesetan ekonomi yang menyusahkan kehidupan, kerana melihat daripada akibat kesalahan melaksanakan hukuman berkemungkinan tidak memenuhi syarat-syarat, berpandukan sabda Rasulullah S.A.W:
ادرؤوا الحدود بالشبهات
“Ditolak pelaksanaan Hudud kerana adanya kekeliruan (tidak memenuhi syarat-syarat pelaksanaannya, bukan kerana menghapuskan penguatkuasaannya)”.
Contohnya juga apabila tidak dilaksanakan hukuman Hudud pada masa berperang dengan musuh. Apabila Saad bin Abi Waqqas R.A tidak menjatuhkan hukuman Hudud ke atas Abu Mahjan, seorang panglima dalam peperangan Al-Qadisiyyah yang ditangkap meminum arak kerana mengambil kira akibat buruk yang lebih besar, seperti melarikan diri kepada musuh atau kesalahan murtad yang lebih besar dosanya.
Begitulah Rasulullah S.A.W merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah. Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah.
Para ulama’ yang memahami Feqah Ma’alaat memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai), memilih demokrasi pilihan raya, dan menolak pendekatan keras dalam tanah air sendiri kerana mengambil kira umat yang tenggelam dalam kejahilan yang perlu diselamatkan dengan bijak dan sabar.
Kita menyaksikan betapa peperangan yang diberi jenama jihad tanpa feqah hukum jihad di beberapa negara umat Islam yang mengambil pendekatan yang tidak bertafaqquh dalam memahami konsep dakwah dan perjuangan jihad secara Feqah Ma’alaat. Akhirnya membawa bencana kepada agamanya sendiri sehingga merosakkan bangsa dan tanah air, tetapi ditinggalkannya kewajipan amar makruf dan nahi mungkar yang mengislahkan umat.
Firman Allah:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (kesalahan yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus, (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya”. (Surah Al-Anfaal: 25)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Zulhijjah 1439 / 3 September 2018 - HARAKAHDAILY 3/9/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Zulhijjah 1439 / 3 September 2018 - HARAKAHDAILY 3/9/2018
Sumber HD - 3-9-2018
No comments:
Post a Comment