BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, September 6, 2018

GEMA SISWA (JILID 2)

Cadangan GAMIS untuk Bajet 2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8242-cadangan-gamis-untuk-bajet-2019

●     KAMI mencadangkan agar peruntukan untuk kos pengurusan dan pembangunan IPTA diberikan keutamaan berbanding sektor-sektor yang lain.
●     Kami mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Jabatan Wakaf Pendidikan Negara (JAWAPAN) untuk menampung kos perbelanjaan sektor pendidikan Negara.
●     Kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikan biasiswa untuk pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah seperti MyBrain demi membuka peluang yang lebih besar kepada siswazah Negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
●     Kami mencadangkan agar kerajaan mengekalkan Skim Latihan Industri seperti SL1M dan membuka ruang lebih ramai kepada anak muda untuk menyertai skim ini bagi mengurangkan kadar pengangguran anak muda dalam Negara Malaysia.
●     Kami mencadangkan agar kerajaan memansuhkan hutang PTPTN bagi semua anak muda dalam Negara kita Malaysia.
●     Kami mencadangkan agar kerajaan membuat potongan kepada kadar yuran pengajian buat semua mahasiswa yang datang daripada keluarga yang berpendapatan B40.
●     Kami mencadangkan agar kerajaan mengekalkan dan menambahkan insentif taraf hidup seperti Kad Siswa 1 Malaysia bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup mahasiswa Malaysia.
●     Kami mencadangakan agar kerajaan komited untuk melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1500.00 bagi graduan lepasan ijazah.
●     Kami mencadangkan agar diwujudkan satu skim bantuan kewangan untuk mahasiswa mengambil kelas memandu dan ujian lesen di pusat latihan memandu dalam Negara kita Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Istiqamah Bersama Islam"
MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
17 Muharram 1440 / 27 September 2018 - HARAKAHDAILY 27/9/2018

Sumber HD - 27-9-2018

PTPTN: Mahasiswa gerak petisyen desak PH tunai janji tangguh bayaran

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


PETALING JAYA: Selepas tiada perkembangan terkini mengenai rancangan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Nasional (PTPTN) untuk peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah, mahasiswa akan menggerakkan petisyen mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan janji mereka.

Aktivis pelajar Anis Syafiqah Yusof berkata, pihaknya akan terus mendesak agar kerajaan PH menunaikan janji mereka dengan kadar segera.

“Segera laksanakannya memandangkan kebanyakan graduan bergaji rendah.

“Masih ramai juga yang tidak mendapat peluang pekerjaan untuk membayar hutang PTPTN,” katanya hari ini.

PH dalam manifesto pilihan raya 9 Mei lepas berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada semua peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan pada 18 Julai berkata pihaknya tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan rancangan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan itu tanpa data gaji peminjam.

Wan Saiful turut meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.

Mengulas lanjut, Anis berkata jawapan “cliche” masalah kewangan negara sepatutnya tidak menjadi alasan yang berterusan oleh pihak kerajaan untuk tidak menunaikan janji.

“Inisiatif seperti memastikan peminjam PTPTN yang bergaji tinggi dan tiada masalah kewangan agar melangsaikan hutang perlu diambil perhatian serius supaya golongan yang kurang berkemampuan tidak terbeban,” katanya.

Sumber MR - 15-9-2018

Beri perhatian masalah mahasiswa



KUALA TERENGGANU: Kurikulum pendidikan di institusi pengajian tinggi berasaskan sistem Sekular yang mengasingkan ilmu wahyu dan juga ilmu akal telah melahirkan mahasiswa beridealogi Barat. 


Perwakilan Mahasiswa, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ia menyebabkan mahasiswa memahami politik dan mempercayai solusi jangka masa pendek dari kaca mata Barat. 


"Mereka juga akhirnya menjadi generasi yang mengamalkan budaya hedonisma melampau. Akhirnya agenda membentuk modal insan yang patuh kepada syariat Allah gagal dilahirkan oleh universiti dalam negara kita. 


"Mahasiswa juga menghadapi dilema kos sara hidup. Indeks harga pengguna (IPH) menunjukkan bulan April menaik sebanyak 1.4 peratus, Mei naik 1.8 peratus. Jun, naik 0.8 peratus sahaja kerana 'zero rated' GST. Julai hanya naik 0.9 peratus.


"Keadaan tidak menentu ini sangat membimbangkan kami kerana pakar ekonomi mengatakan selepas daripada SST dilaksanakan, kos sara hidup akan menaik," ujarnya menjangka tekanan melampau kepada mahasiswa.


Perkara itu diutarakannya dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.


Beliau turut menyentuh dilema dihadapi 2.6 juta graduan yang terjerat oleh hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di mana 663,000 langsung tidak mampu membayar langsung.


Menurut Faizzuddin, fakta tahun 2015 juga menyaksikan kadar pengangguran dalam negara sebanyak 3.1 peratus telah meningkat tahun 2017 kepada 3.5 peratus.


"Kajian di KPT pada tahun 2015 menunjukkan sebanyak 54 peratus daripada alumni universiti hanya bergaji sebanyak RM2,000 sebulan dan ke bawah," tambahnya. -HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Bebaskan universiti dari pengaruh politik - GAMIS



TINDAKAN Menteri Pendidikan yang menerima lantikan untuk menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah suatu tindakan yang sangat memelikkan dan bertentangan dengan perjuangan dan janji Pakatan Harapan ketika musim kempen dalam PRU14 yang lalu.
Menteri Pendidikan pada hari ini seolah-olah telah gelap mata dengan kehidupan yang mewah dan hidup berkuasa sebagai seorang Menteri serta telah melupakan prinsip perjuangan untuk mengangkat autonomi Universiti Awam daripada sebarang pengaruh politik seperti yang dilaungkan oleh beliau sebelum daripada terlibat dalam dunia politik tanah air Negara Malaysia.
Tindakan Menteri Pendidikan yang ghairah untuk memegang jawatan sebagai Presiden UIAM telah menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk Mahasiswa yang kecewa dengan janji-janji Pakatan Harapan yang semakin bertambah hari semakin banyak janji yang dimungkiri.
GAMIS menyeru kepada Menteri Pendidikan untuk bermuhasabah, bertaubat dan kembali memikirkan soal perjuangan untuk menyerahkan kembali Universiti Awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya dan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang telah ditaburkan sewaktu PRU14 yang lalu.
GAMIS beri masa selama seminggu (7 hari bermula hari esok) kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UIAM dan sekiranya beliau masih berdegil untuk memegang jawatan tersebut, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh Mahasiswa Malaysia selepas daripada ini. Ini adalah amaran dan janji daripada kami. Percayalah, apabila kami berjanji, kami akan tunaikan janji kami.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati Menteri Pendidikan agar tidak mengikuti jejak langkah Perdana Menteri yang sering memungkiri janji dan mengkhianati kepercayaan rakyat yang telah diberikan serta fokus untuk kerja-kerja memberdaya prestasi pendidikan negara bermula daripada pendidikan rendah sehinggalah pendidikan tinggi di pejabat Kementerian Pendidikan di Putrajaya.
Akhir kata, ketahuilah duhai Menteri Pendidikan Malaysia, sesungguhnya anda dilantik bukan untuk memegang sebanyak mungkin jawatan yang ada di dalam negara serta mengaut keuntungan ke atas segala elaun yang ditawarkan, tetapi anda dilantik adalah untuk memberikan khidmat dan berkerja untuk rakyat.
Sekian, terima kasih.
“Istiqamah Bersama Islam”

MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
25 Zulhijjah 1439H / 6 September 2018M - HARAKAHDAILY 6/9/2018

Sumber HD - 6-9-2018

No comments:

Post a Comment