BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, May 30, 2015

MUKTAMAR PAS KALI KE-61 : 4 - 6 JUN 2015


Pemuda PAS lantik exco tambahan profesional tahap tinggi

Posted on Tuesday, June 09 @ 10:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Ketuanya yang baru ustaz Nik Mohamad Abduh ialah lulusan Al Azhar dan Deoband. MP Pasir Mas ini juga mantan pelajar terbaik di maahad, juga penulis buku yang piawai.

Ustaz Khalil Abdul Hadi, timbalan Ketua mendapat pendidikan tinggi di Yaman dan juga MA dari United Kingdom. Khalil dibina konpetensinya semenjak zaman remajanya dan anak muda ini juga calon Doktorat universiti luar negara.

Naib ketua pula Ir Khairil Nizam seorang jurutera yang mesra anak muda lulusan UTP. Ustaz Fadli Shaari mantan pensyarah KIAS adalah lulusan al Azhar yang juga bekas Setiausaha Akhbar almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ustaz Afnan Hamimi pula adalah lulusan al Azhar dan juga MA daripada universiti tempatan.

Seorang tokoh ekonomi muda, Shahir Sulaiman juga dipilih perwakilan. Bekas pelajar terbaik UIA ini menjadi pakar rujuk ekonomi dalam PAS, juga calon Doktorat.

Ustaz Zawawi Hassan lulusan al Azhar, juga Adun Semanggol Perak juga dipilih perwakilan. Nurul Islam Mohamed seorang jurutera lulusan UIA yang juga mempunyai MA Sains Politik daripada UM.

Adun Sungai limau, Ustaz Azam Samad adalah lulusan al Azhar antara muka baru barisan pemuda Pusat. Ir Mokhtar Suhaili tokoh muda, lulusan kejuruteraan daripada UIA manakala Izwan Halim lulusan UPM seorang wartawan. Izwan juga mendapat pendidikan tinggi dari Indonesia.

Ustaz Syed Qader al Jofree tokoh tarbiah pemuda mempunyai MA daripada Mesir juga selebriti TV.

Ustaz Hishamuddin Karim mantan Presiden PMRAM Mesir adalah juga Adun Tepoh. Beliau melepaskan jawatan sebagai pegawai agama Petronas untuk menjadi murabithun. Hafeez Sabri lulusan UM seorang arkitek pembinaan remaja yang tersohor dan juga seorang penulis yang sedang meningkat naik. Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi anak mantan Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Abdul Halim Arshad adalah lulusan al Azhar.

Latar belakang akademik dan penglibatan dalam gerakan sosiopolitik exco dan pimpinan pemuda sangat cemerlang dan piawai. Menjadi tradisi Dewan Pemuda Pusat melantik exco-exco tambahan daripada kalangan profesional tahap tinggi. Ini akan melengkapkan pakej Dewan Pemuda sebagai organ paling penting dalam harakatul ummah ini. - HARAKAHDAILY

Sumber TKO - 9-6-2015


Jiwa besar atasi hati terguris masa pemilihan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Muktamar telah selesai. Masa untuk kita mengorak langkah ke hadapan," ujar bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Justeru, katanya berilah kepimpinan ruang masa untuk mereka menterjemah segala aspirasi dan hala tuju mereka.

"Sementara kita ahli bawahan mestilah mengukuhkan setiakawan dan ukhuwwah yang telah lama terjalin," kata beliau menerusi laman facebook.

Pemilihan kali ini walau mengguris hati dan perasaan banyak pihak, namun beliau yakin ia mampu diatasi dengan jiwa besar untuk terus maju ke hadapan.

Menurutnya, masih terdapat banyak ruang untuk terus menyumbang khidmat bakti untuk Islam.

Namun beliau tetap pertegaskan, PAS jangan sama sekali diurus dengan emosi kerana kesannya amat buruk untuk survival jangka panjang.

"Mungkin hari ini kita berseronok dengan kejayaan emosi kita, namun kita bakal mematikan usaha PAS untuk mengorak langkah ke hadapan," ujarnya.

Tamahnya, setiap tindakan mesti berasas ilmu, bukan sekadar hukum tetapi juga berkait ilmu hal ehwal semasa yang lain.

"Jangan kita menjadi menang sorak kampung tergadai," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/6/2015


Sumber HD - 7-6-2015




Tuhan tentu lebih suka kalau kita menang - DHPP

| .


KUALA SELANGOR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menggesa saf kepimpinan PAS sesi 2015-2017 agar memberi perhatian terhadap amalan fitnah, label-melabel dan tidak menepati janji.

Ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, ahli dan pimpinan PAS mesti bersatu dan tenaga kerja ulama dan profesional mesti digabungkan bagi melawan musuhnya iaitu Umno BN.

"Gerak kerja yang tersusun pastinya amat ditakuti oleh musuh kita iaitu Umno BN.

"Meskipun Umno BN itu musuh kita tetapi jika mereka lebih bersatu dan bekerja secara tersusun, tentunya mereka berhak untuk menang pilihan raya dan PAS pula akan terus mengalami kekalahan walaupun di pihak yang benar," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 semalam.

Beliau juga bimbang ahli dan pimpinan PAS tidak bersatu hati dan tidak berjaya membina persepsi yang baik dalam kalangan pengundi hingga menyebabkan kekalahan.

"Apabila mengalami kekalahan, saya tak pasti apakah benar Tuhan akan redha.

"Saya bimbang Tuhan tidak redha  dengan kekalahan itu kerana kekalahan kita itu mungkin kerana kita tidak bersatu hatoi atau kita tidak berjaya membina persepsi yangbaik di kalangan pengundi," katanya lagi.

Berucap dengan penuh semangat, beliau juga berkata, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang akan memudahkan kerja-kerja membasmi penyelewengan wang negara.

PAS bersama Pakatan Rakyat katanya boleh menyelamatkan wang Petronas, wang KWSP, Tabung Haji dan lain-lain daripada diselewengkan.

"Tuhan tentu lebih suka kalah kita menang sebab dengan kemenangan kita bersama Pakatan Rakyat, kita boleh buat banyak perkara yang Tuhan suka.

"Dengan kemenangan PAS, ulama-ulama boleh mengajar di masjid dan surau tanpa gangguan seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

"Bila dapat mengajar di masjid, orang pun ramai yang jadi baik dan faham Islam," katanya. - HARAKAHDAILY 7/6/2015


Sumber HD - 7-6-2015




Tiga langkah segera

NASRUDIN HASSAN | .


1. Muktamar Tahunan PAS ke-61 telah berakhir. Saya percaya semua para muktamirin telah berlabuh di kediaman masing-masing untuk menyempurnakan istirehat pada hujung minggu. Sehari dua ini pula, tentu sahaja berita mengenai kepimpinan baru PAS akan menjadi headline pelbagai agensi berita. Kebetulannya, muktamar kali ini mendapat liputan media yang agak luar biasa.

2. Saya ucapkan selamat beristirehat kepada semua guna mengembalikan tenaga untuk terus bangkit memacu perjuangan suci yang kita dukung ini. Perjuangan Islam ini memerlukan kita aktif mendukung agenda dan aktivitinya berpaksikan amal jamaei. (kerja secara kolektif bertunjangkan kekuatan dalaman yang mantap)

3. Pilihan raya Negeri Sarawak sudah hampir. Pilihan raya Umum pula tidak lama lagi. Kerja-kerja pemerkasaan dalaman dan luaran parti makin mencabar. Isu-isu rakyat dan negara perlu segera ditangani. Sementara harapan ahli begitu tinggi kepada saff kepimpinan PAS yang baru agar dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab dengan cemerlang. Tidak ketinggalan pemerhati dan pemantau bebas sedang mengekori perkembangan dari dekat. Ayuh! bangkit semua dan move foward kerana apa yang lebih pasti ialah Allah swt juga sedang audit segala kerja tindak kita.

4. PAS adalah milik kita semua secara bersama. Marilah kita pacu perjuangan ini tanpa mengira di mana posisi kita. Tenangkan jiwa yang resah, sejukkan hati yang panas, damaikan sikap yang bertelagah, satukan fikrah yang bercanggah dan rapatkan saf yang renggang. Bina kepercayaan sesama kita dan pastikan kita segera membina firewall untuk membentengi jamaah dan seluruh warganya dari serangan fitnah yang merosakkan.

5. Mengatur langkah segera sebelum langkah jangka panjang dirangka rapi melalui pemukiman strategik AJK PAS Pusat kelak. Langkah segera yang saya maksudkan ialah:

Pertama: Satukan saf selepas pembentukan kabinet kepimpinan yang seimbang dan sepadu melalui gerakan amal tarbawi yang efektif.

Kedua: Segera tangani isu yang membelenggu rakyat. Pantas turun padang untuk meneruskan tradisi parti, berbakti dan menyantuni mereka. Contohi Tuan Guru Presiden, sejurus tamat sidang muktamar lewat petang semalam, jam 9.00 malam tanpa rehat beliau terus berangkat ke Ranau Sabah bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin at-Takiri untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di sana.

Ketiga: Merencana gerakkerja penerangan dan dakwah parti untuk membina persepsi positif dan menyampaikan risalah yang benar mengenai perjuangan yang kita dukung kepada semua pihak termasuk non muslim dengan kerjasama erat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Langkah berikutnya insyaallah akan diperincikan secara strategik melalui retreat yang akan diadakan oleh PAS Pusat sedikit masa kelak. - HARAKAHDAILY 7/6/2015


Sumber HD - 7-6-2015


Presiden PAS lawat situasi gempa bumi Sabah

HARAKAHDAILY | .






KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini melawat situasi gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lepas.

Beliau berlepas ke Kota Kinabalu malam tadi setelah MuktamarTahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor berakhir petang semalam.

Mengiring belau ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam lawatan itu, beliau turut memberi sumbangan kepada Masjid Pekan Ranau yang terkesan dengan gempa bumi.

Nik Abduh dalam satu kenyataan melahirkan rasa simpati terhadap penduduk Ranau dan beberapa tempat di bahagian Sabah yang mengalami gempa bumi pada 6.1 skala Ritcher itu.

Katanya, kejadian itu sudah pasti menggemparkan masyarakat seluruh negara kerana ia adalah gegaran paling kuat melanda negara sejak 1976. Rekod tertinggi ketika itu adalah pada 5.8 skala Ritcher yang telah melanda bahagian Lahad Datu, Sabah.

Beberapa kejadian gempa bumi juga telah melanda beberapa kawasan di Sabah sejak 2011 seperti di Kundasang pada 2.9 skala Ritcher, Timur Keningau pada 3.0 skala Ritcher (Disember 2012) dan begitu juga Kudat pada 3.6 skala Ritcher (Julai 2013) dan beberapa kawasan yang lain.

Justeru, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menasihati penduduk di kawasan-kawasan berkenaan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan keadaan yang masih belum stabil di samping terus berdoa supaya keselamatan diri dan keluarga terus terjamin.

"Dewan Pemuda PAS juga akan dikerahkan bagi menyalurkan segala bantuan yang diperlukan mangsa gempa bumi tersebut dengan harapan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung mangsa ketika ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/6/2015

Sumber HD - 7-6-2015


MELAWAT KE SABAH MELIHAT MANGSA GEMPA SEUSAI MUKTAMAR



Alhamdulillah malam tadi rombongan kami dalam misi kemanusiaan gempa bumi di Kota Kinabalu selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu. Usai ucapan penangguhan Muktamar PAS ke 61, rombongan kami bergegas ke KLIA2.

TETAMU KHAS DI MUKTAMAR PAS KE-61



TAN SRI KHALID IBRAHIM MANTAN MB SELANGOR BERSAMA PADA HARI KETIGA / AKHIR.




Tahaluf siyasi: Ahli PAS tidak perlu bertindak gopoh

HARAKAHDAILY | .


Antara ciri wacana fiqh Islam ialah memahami secara cermat, halus dan teliti setiap teks yang terpapar pada pemilihan kata dan susunan ayat sebelum membuat sebarang ulasan dan kesimpulan.

Ketelitian ini gagal dipraktikkan oleh sebilangan kecil yang gopoh lalu bertindak pula secara kurang cermat dalam memahami Usul Dewan Ulamak PAS Pusat.

Usul tergempar yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ialah "mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat".

Usul itu merujuk kepada pelbagai tindak-tanduk menjolok mata oleh DAP terhadap PAS dan Presiden PAS.

Usul ini dipinda oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat dengan gaya bahasa lain yang memberi maksud "menggesa Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP".

Apabila usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas dalam Muktamar PAS Pusat oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat ia bermaksud;

MELULUSKAN Usul itu untuk DIPUTUSKAN oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat. Ia bukan bermaksud meluluskan usul untuk terus sahaja muktamar membuat kepuusan memutuskan hubungan dengan DAP.

Persoalannya ialah kenapa usul itu diluluskan untuk diputuskan oleh dua badan tersebut? Kenapa tidak muktamar sahaja membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP?

Jawapannya ialah kerana keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulamak.

Sebagaimana tahaluf siyasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulamak dengan 6 syarat maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan tahaluf siyasi telah dilanggar oleh DAP.

Seterusnya, setelah diputuskan hukumnya oleh Majlis Syura Ulamak (MSU), maka terserahlah pula kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan pelaksana untuk melihat dan mengkaji serta meneliti kebijaksanaan politik dalam pelaksanaannya menurut kesesuaian masa dan keadaan.

Maka sehingga MSU bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan usul tersebut berdasarkan perkiraan syarak kerana melibatkan hukum tahaluf siyasi;

Dan sehinggalah setelah itu Jawatankuasa PAS Pusat melaksanakan mana-mana keputusan MSU menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli;

Maka tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan PAS mendahului Majlis Syura Ulamak dan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan di Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Begitu juga, pimpinan PAS Selangor yang sama-sama membentuk kerajaan Selangor menerusi 15 kerusi Dun dan juga menerusi persetujuan bersama kepada Tuanku Sultan Selangor untuk membentuk kerajaan, tidak perlu keluar daripada kerajaan Selangor sekarang. Sementelah lagi kerajaan Selangor bukan milik bersendiri DAP tapi milik bersama 3 parti yang menyumbang kemenangan pilihan raya pada PRU13.

Tambahan pula usul DUPP juga dalam masa yang sama menegaskan "kekal dalam Pakatan Rakyat" dan bukannya keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat

Sebagaimana juga penjelasan Datuk Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung di muktamar petang semalam ketika penggulungan; "kita masuk tahaluf siyasi dengan hukum maka keputusan keluar juga mesti berdasarkan hukum. Dan hukum itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak bukannya oleh muktamar".

Maka, saya menyeru pimpinan PAS di Pulau Pinang dan Selangor agar tidak terpengaruh dengan provokasi Lim Guan Eng supaya pimpinan PAS di Pulau Pinang meletakkan perjawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang. Biarkanlah Lim Guan Eng dengan segala keangkuhannya bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh partinya. - HARAKAHDAILY 7/6/2015

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber HD - 7-6-2015

BERLAKU ADIL TERHADAP HARAKAH - NASRUDIN

Berlaku adil terhadap Harakah - Nasrudin: SAYA mengharapkan semua pihak berlaku adil terhadap Harakah yang tidak sedikit



DS TG PRESIDEN MENANDATANGANI KAD ISTIQAMAH PLATINUM AL HARAKAH SEBAGAI GIMIK PPELANCARANNYA PADA HARI KETIGA MUKTAMAR PAS KE-61.


Berlaku adil terhadap Harakah - Nasrudin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Harakah terus gah di persada media tanah air.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 menyaksikan aspirasi baru MyHarakah dilancarkan bersama Kad Keahlian Istiqamah untuk pelanggan setia Harakah.

"Detik berdepan cabaran dan saingan media baru di alam digital, Harakah tidak pernah mengalah untuk terus menongkah arus demi mengangkat syiar perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS," ujar AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Sungguh, katanya Harakah juga tidak sunyi dari suara-suara kritikan di sepanjang pelayaran di alam pemberitaan.

Namun, ujar beliau Harakah terus mengemudi bahteranya dengan tenang sambil mengambil kira segala kritikan dan membuat perubahan demi perubahan serta peningkatan demi peningkatan berasaskan teguran dan kritikan yang dilemparkan.

Justeru, beliau mengharapkan Harakah terus maju.

Semua warga Harakah yang terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah, wartawan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak, beliau ucapkan agar terus sabar dan tabah mendepani karenah dari pelbagai pihak termasuk lawan dan kawan.

Ahli Parlimen Temerloh itu percaya segala yang dilalui akan terus mematang dan mendewasakan Harakah dan pastinya Harakah tidak akan lekang dek panas dan lapuk dek hujan.

"Mudah-mudahan Harakah akan terus hidup, namun saya juga mengharapkan agar semua pihak dapat berlaku adil terhadap Harakah yang tidak sedikit jasa mereka mengangkat risalah perjuangan kepada umum," ujarnya.

Tambahnya, tanpa pembaca istiqamah tentu sahaja lah Harakah tidak akan berada pada tahap ini.

"Selayaknya, kemahuan kita yang mahu melihat Harakah itu hebat mestilah diiringi dengan sokongan hebat kita pula kepada Harakah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 7/6/2015


Sumber HD - 7-6-2015


Kepercayaan ini adalah amanah berat

HARAKAHDAILY | .


MUKTAMAR Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-61 sudah melabuhkan tirainya dalam suasana penuh keinsafan dengan laungan takbir membesarkan Allah SWT yang menjadi teras perjuangan Harakah Islamiyah PAS ini.

Tema perhimpunan ribat 'amilin kita kali ini, 'Beristiqamah Sehingga Kemenangan' menepati sunnahtullah perjuangan Harakah Islamiyah yang penuh dengan tribulasi (mehnah) sebagai ukuran untuk memenuhi standard penilaian mukhlisun disisi Allah SWT.

Dalam keadaan dunia Muslim hari ni yang berhadapan dengan kesan-kesan penjajahan serta cabaran perang psikologi mutakhir ini, Presiden kita Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang komited memberi kefahaman sebenar definisi kemenangan mengikut kehendak Al-Quran itu sendiri.

Kita sudah lama terperangkap dalam maksud 'kemenangan' mengikut acuan Barat. Liciknya bahasa psikologi (psychological linguistic) mereka ini membawa umat Islam sendiri sesat dalam menentukan syarat dan penilaian tentang kemenangan itu sendiri.

Menyedari realiti yang telah disebutkan, sebagai ahli Jemaah Islam PAS, kita wajib beriltizam dan berusaha memperkukuh dan mempersiapkan kualiti 'kemenangan' khususnya dalam perjalanan ke arah jihad Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).

Dengan izin Allah SWT, bantuan dan ilham daripada-Nýa insya Allah, Dewan Muslimat PAS Pusat cuba untuk menterjemah tema ini dalam usaha melunaskan tanggungjawab kepimpinan bagi sesi kali ini, 2015-2017.

Pada kesempatan ini, saya mewakili barisan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan ucapan terima kasih diatas kepercayaan para perwakilan memberi amanah kepimpinan kepada kami semua.

Sesungguhnya Allah SWT juga Maha Mengetahui betapa beratnya kami menerima tanggungjawab ini. Namun, menginsafi keperluan tanggungjawab ini, marilah kita terus berdoa supaya saf kepimpinan DMPM kali ini sentiasa dipimpin oleh Allah SWT dalam membawa jemaah ini mendapat kejayaan didunia dan diakhirat.

Insya Allah, DMPM berhasrat untuk membuka ruang diskusi dalam usaha memahami tema muktamar kali ini melalui program sulung DMPM, 'Roadshow Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS' peringkat DMPM.

Akhirnya, mewakili saf kepimpinan DMPM serta seluruh ahli muslimat PAS Malaysia khususnya, kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang di atas pemergian isteri beliau Almarhumah Puan Sri Nur Yvonne Abdullah kelmarin. Semoga Allah SWT merahmati roh Almarhumah, Allahumma amiin. - HARAKAHDAILY 7/6/2015

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia sesi 2015-2017

Sumber HD - 7-6-2015



JK PAS Pusat bincang segera usul tahaluf siyasi

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA SELANGOR: Usul politik (tahaluf siyasi) yang dikemukakan Dewan Ulamak PAS Pusat dan PAS Kawasan Tumpat berhubung memutuskani hubungan dengan DAP akan dibincangkan segera di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul yang diterima tanpa bahas pada pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 yang berakhir di sini, hari ini bukannya satu keputusan.

Sebaliknya, kata beliau ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa PAS Pusat serta Majlis Syura Ulamak.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada muktamar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, petang tadi.

Usul itu, antara lain menuntut dan menggesa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 6/6/2015


Sumber HD - 6-6-2015




Saya bukan nak membela diri - Dr Hatta

SALMIYAH HARUN | .


KUALA SELANGOR: Bekas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli mengambil peluang membersihkan namanya ekoran tuduhan terhadapnya untuk menjatuhkan Presiden PAS.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini, beliau memberitahu individu yang menuduhnya itu tidak pernah menghadirkan diri apabila dua kali dipanggil oleh jawatankuasa siasatan.

"Selepas empat bulan, akhirnya jawatankuasa ini yang dibentuk memanggil penuduh. Panggil Ketua Pemuda PAS Kuantan dan saya untuk mendapatkan maklumat bagi penyiasatan.

"Jadi bila tak datang buat kali kedua, keputusan (siasatan) tergantung," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beliau berkata, individu berkenaan tidak hadir kerana tidak yakin pada enam orang jawatankuasa siasatan.

Pada 8 Februari lalu, kumpulan yang dianggap penyokong Presiden PAS berkumpul di depan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur dan mengadakan bantahan terhadap gerakan yang didakwa mahu menjatuhkan Ahli Parlimen Marang berkenaan.

Bagaimanapun Hatta turut menasihati ahli parti agar tidak mudah percaya dengan laporan melalui aplikasi WhatsApp.

"Mungkin perkara tersebut tidak benar hanya melalui WhatApp. Saya bukan nak membela diri atau apa-apa.

"Saya cuma nak minta jangan terlalu teruja dengan WhatsApp. Dah la yang jadi admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp saya tak kenal. Jadi terpulang kalau nak teruskan lagi (menuduh), teruskan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 6/6/2015


Sumber HD - 6-6-2015




Walau sekadar susun kerusi, kutip sampah - Tuan Ibrahim

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menerima amanah sebagai Timbalan Presiden PAS bagi menyifatkan saf kepimpinan sesi 2015-2017 umpama segenggam lidi yang setiap bahagan ada peranan sendiri.

Justeru, beliau menggesa saf kepimpinan dan seluruh pendukung PAS bersatu untuk mengukuhkan parti dan meninggalkan ruang-ruang fitnah dalam jamaah.

Beliau juga mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PAS supaya jangan mempercayai sebarang tulisan terutama di laman sosial yang tidak diketahui penulisnya.

"Jangan percaya tulisan yang sembunyikan identiti yang tidak tahu siapa dia (penulis)," ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, petang ini.

Tuan Ibrahim juga menyeru semua peringkat dalam parti supaya tidak terpisah dengan kerja-kerja jamaah walaupun sekadar menyusun kerusi atau mengutip sampah.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. - HARAKAHDAILY 6/6/2015


Sumber HD - 6-6-2015

DHPP mahu kelayakan mengundi dalam muktamar
Posted on Saturday, June 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

KUALA SELANGOR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menegaskan pihaknya tidak mahu lagi dilayan seperti kad 'Touch 'n Go', sebaliknya diberikan peluang untuk menjadi perwakilan dan layak mengundi pada pemilihan parti itu.

Ketua DHPP Johor, merangkap Ketua Wanita DHPP, Kumutha Raman berkata, pihaknya merasakan Pas hanya melibatkan mereka dalam program anjuran parti itu apabila tiba musim pilihan raya sahaja.


"Selepas pilihan raya mereka kurang panggil kami untuk program-program mereka," katanya ketika ditemui Bernama pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 di sini hari ini.

Beliau menyarankan supaya Pas memperbaiki kesilapan dan kelemahan tersebut bagi mengukuh serta mengeratkan hubungan antara Pas dan DHPP.

Selain itu, Kumutha, yang pernah menjadi calon wanita bukan Islam pertama Pas di kerusi Parlimen Ulu Tiram pada pilihan raya umum 2008 berkata, sudah tiba masanya Pas mempertimbangkan kedudukan DHPP sebagai perwakilan yang layak mengundi dan bukan lagi sebagai pemerhati sahaja.

Katanya, perkara itu pernah disuarakan oleh beliau pada muktamar lepas namun ia seolah-olah dipandang sepi oleh Pas.

Oleh itu, katanya pada muktamar kali ini, DHPP sekali lagi menyuarakan hasrat mereka itu sebagai satu 'peringatan' kepada Pas untuk segera mempertimbangkan kedudukan mereka sebagai perwakilan dan seterusnya diberi hak untuk mengundi pada pemilihan parti.

Ketua DHPP Selangor, Datuk K Deepakaran berkata, pihaknya berharap mereka diberi peluang untuk mengundi pada pemilihan parti dalam tempoh lima atau enam tahun lagi.

Hal ini kerana, katanya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Pas untuk meluluskan tuntutan ini termasuk mengubah perlembagaan parti.

"Mungkin mengambil masa yang panjang, apapun bagi saya undi atau tidak undi itu tidak berapa penting asalkan kita bersama dengan keluarga besar Pas," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, Kumutha berkata sama ada Pas, DAP mahupun PKR tidak boleh bergerak sendiri dan harus kekal dalam pakatan itu.

"Jika ketiga-tiga parti ini mahu bergerak secara sendiri, percayalah tiada satu pun yang akan menang, oleh sebab itu Tahaluf Siyasi yang kita ada sekarang ini perlu diperkukuhkan," katanya. - Bernama 


Sumber TKO - 6-6-2015




Mat Sabu akan letak jawatan dalam kerajaan P Pinang

SALMIYAH HARUN | .


KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melepaskan semua jawatan dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, keputusannya itu sebagai satu tindakan patuh kepada kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menggesa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Minggu ini saya akan letak jawatan sebagai Pengurus Syarikat Air Pulau Pinang.

"Saya mulakan terhadap diri saya. Nanti saya dikata tidak patuh pada Ulamak," katanya yang turut dikuti tepukan gemuruh para perwakilan, pemerhati dan media pada sesi penggulungan Muktamar PAS Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, petang ini.

Mohamad dilantik sebagai Pengurus Air Pulau Pinang dan Pengerusi Halal Hub dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas DAP berjaya memerintah negeri itu pada PRU12 lalu.

Terdahulu, beliau sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat menasihatkan kepimpinan baru agar mengadakan hubungan erat dengan badan-badan bukan kerajaan.

"40 peratus di kalangan anak muda Malaysia memilih NGO. Tanpa sokongan NGO sukar untuk kita capai kemenangan dalam pilihan raya," katanya. - HARAKAHDAILY 6/6/2015


Sumber HD - 6-6-2015


Hanipa menangis kenang Almarhum Syed Mohamad

| .


KUALA SELANGOR: Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin tidak dapat meneruskan perbahasan pada sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 hari ini.

Mengimbau kenangan beliau dengan seorang individu, Allahyarham Syed Mohamad Syed Hassan yang banyak menolong para peguam PAS, beliau tidak dapat menahan sebak dan terus menangis.
"Selepas pilihan raya semua orang meraikan kemenangan tetapi kami bersengkang mata mengutip segala bukti untuk membuat petisyen.

"Pada tahun 2004 dua minggu kami berkurung di (Markas Tarbiyah PAS Pusat) Taman Melewar yang bantu kami Syed Mohamad, tolong buat kopi, fotokopi bahan, tidur dan mandi di...,"katanya sambil mengesat air mata.

Pengerusi Tetap Husin Ismail meminta Hanipa mengambil masa untuk berucap dan Hanipa kelihatan cuba mengawal emosi namun beliau gagal untuk meneruskan ucapan.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kemudiannya membawa sekotak tisu dan diberikan kepada Hanipa.

Lantas Hanipa mengambil beberapa helai tisu dan mengesat air matanya.

Terdahulu, beliau bangga dengan penghargaan PAS pusat terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mengetuai lajnah guaman.

"Saya bangga, platform ini banyak bantu pemimpin parti dan parti itu sendiri. 3/4 pemimpin diwakili oleh Lajnah Guaman PAS apabila berdepan dengan mahkamah,"katanya sambil menambah menyifatkan Peguam PAS perlu kesabaran yang tinggi.- HARAKAHDAILY 6/6/2015

Sumber HD - 6-6-2015


Mengungkap kembali tawaran perjuangan ‘Political Islam’ PAS

DR DZULKEFLY AHMAD | .


(tulisan ini dititipkan beberapa hari sebelum Muktamar Tahunan PAS ke-61)

Di ambang Muktamar ke-61, penulis memilih untuk berkongsi pengamatannya dengan seluruh perwakilan atas tajuk penulisan yang tertera di atas.

Keberentakan dalaman parti mutakhir ini, juga punya hubungan rapat dengan 'susur-galur' tajuk ini.

Hampir-hampir di satu ketika, naratif ‘tujuan dan matlamat perjuangan’ parti Islam SeMalaysia, PAS, semacam mengalami satu 'paralysis' atau 'kekakuan' pengungkapan.

Tetiba perjuangan Islam yang didukungi PAS selama enam dasawarsa, terperangkap dan tidak dapat melepasi batas wacana Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, 1993.

Jawab-balas kepada terjahan lawan dan tidak kurang dari kawan, juga menambah suhu perbalahan dan menghilangkan kesymulan mesej perjuangan PAS.

Semakin gigih usaha untuk dibuat penjelasan serta pencerahan, semakin ganas pula usaha pelbagai pihak untuk menggawatkan lagi kedudukan kontroversi ini.

PAS terpaksa pertahankan dasar dan polisi partinya,

PAS nyata telah mengalami ‘collateral damage’ atau ‘kecederaan sampingan’ yang parah.

Sebagai sebuah Gerakan Islam yang tampil sebagai parti politik, PAS memilih pentas dan jalan ‘Muwaajahah Silmiyah’ atau ‘Persaingan Aman secara Demokrasi’ untuk menggapai cita-cita murni perjuangannya.

Sebagai sebuah badan politik, PAS sentiasa berhajatkan sokongan dan dokongan rakyat dan pengundi, untuk terus kekal bahkan menambah kuasa dan pemerintahannya.

Dalam bahasa harakinya, PAS amat perlu melebarkan ‘Tapak Sokongan dan Mandat Sosial’nya atau ‘al-Masdaqiyyah al-Ijtima’iyyah’. Ia adalah satu wasilah atau ‘jalan’ untuk ke sesuatu matlamat.
Ketika matlamatnya adalah kemenangan untuk di’tamkin’(diperkukuh-tegakkan) Syariat AlLah sebagai satu kefarduan dan kemestian, maka wasilah itu lantas menjadi satu ‘kemestian’ untuk menyampaikan kepada matlamat ‘at-Tamkin’ yang diperintah AlLah SWT.

Menghimbau sejenak Seerah RasulAlLah (saw), ‘Masdaqiyyah’ ini yang sentiasa diburu dan dicari RasulLah (saw) sehingga menghantar sahabat-sahabatnya ke Habsyah dan Baginda sendiri cuba mencari sokongan di Taif.

Dengan ‘Mandat-Masdaqiyyah’ juga akhirnya RasulAlLah (saw) berjaya berhijrah, setelah 13 tahun bertarung sengit tetapi 'gagal' di tanah tumpah darahnya sendiri.

Sememang diakui ahlul Seerah bahawa RasulAlLah (SAW) adalah golongan minoriti pada ketika memimpin Madinah di tahap awalnya.

Bagaimana kebijaksanaan RasulAlLah mengemudi siasahnya, sangat penting untuk difahami sehingga berjaya menyingkirkan calon AbdulLah Ibn Ubayy Ibn Salul secara aman, pada saat-saat akhir beliau hampir dinobatkan sebagai Pemimpin Kota Madinah.

Nah, mustahak untuk penulis segera mengingatkan pimpinan bahawa dengan ‘mandat-Masdaqiyyah’ atau pelebaran tapak sokongan baru ini juga, PAS telah serentak diletakkan di kedudukan posisi politiknya paling kuat dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya.

Kalau kemenangan PRU ke-10 adalah kerana faktor ‘Tsunami Melayu’ hasil ‘undi protest besar-besaran’ yang dicetuskan akibat kezaliman pihak penguasa politik, tidak begitu halnya dalam PRU ke-11 dan ke-12.

Sebaliknya kemenangan dalam kedua-dua PRU ini dilakukan bersandarkan pelebaran ‘sokongan baru’ kepada PAS yang datang dari kalangan segmen ‘Melayu Bandar dan Pinggir Bandar’.

Konstituensi yang secara tradisinya, sangat curiga terhadap PAS bahkan menganggap PAS ‘Parti Pak Lebai’ dan ‘Parti Orang Kampung’ yang sesuai untuk hanya negeri-negeri pantai Timur dan Utara sahaja.

Turut menjadi sokongan baru buat PAS adalah mandat dan dokongan dari bukan–Melayu, Bukan-Islam khasnya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia.

Sejak PAS menampilkan tawaran ‘Negara Berkebajikan’ berserta ‘cogankata’ ajaib dan keramat itu, yakni ‘PAS for All’ atau ‘PAS untuk Semua’, parti Islam ini telah memasukki era baru dalam eksperimen atau tajribah “Political Islam” yang sangat unik dan luarbiasa, dengan izoin AlLah jua.

Belum ada Gerakan Islam, seantero dunia Islam, yang telah merakamkan kejayaan memenangi hati-budi pengundi Bukan-Islam ke paras prestasi yang dicapai dan yang dikecapi PAS kini.

Inilah asset besar yang dicemburui lawan dan bahkan kawan. PAS wajar disedarkan segera bahawa kesemua ini sedang mengalami proses penghakisan akibat kemelut yang dicetuskan lawan dalam mengurus isu EJSK, untuk ummat islam di negeri Kelantan.

Di sini PAS berdepan semacam satu dilemma besar. Perjuangan untuk melaksanakan EJKS Kelantan telah meletakkan kedudukan PAS ditanggapi dengan pelbagai persepsi dan tanggapan buruk.

Mahu tidak mahu, politik secara tabienya adalah bidang mengurus persepsi dan tanggapan rakyat-pengundi. Ia perlu segera diatasi.

Bahkan lebih mencabar lagi, PAS berdepan dengan konflik yang sangat tajam dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, khasnya DAP. Media seteru tidak lengah memainkan isu PAS ditundukkan oleh DAP. Pastinya tidak wajar kalau PAS mengalah serta mengundur dalam hal ini.

Kerana isu EJKS adalah juga maruah PAS disamping keyakinan PAS untuk memperjuangkan sebahagian juzuk tuntutan Syari’at ke atas Ummat Islam ini.

Apakah pilihan penyelesaian PAS dan jalan keluar buat PAS? Apakah langkah PAS untuk mengekalkan “Masdaqiyyah’dan ‘Mandat baru dan lamanya’ dari semua segmen rakyat-pengundinya, serta terus dilihat bijak politik dan tepat ‘berijtihad’ dalam menentukan uslub atau pendekatan dan pendiriannya (mauqifnya)?

PAS perlu segera mengungkapkan kembali dasar-dasar dan visi besar perjuangannya, bagi mengatasi persepsi yang telah tercalar. PAS mesti menangani kesan dan impak pernyataan-pernyataan seperti ‘Hudud lebih penting dari Pakatan Rakyat’, ‘Hudud lebih penting dari Putrajaya’, ‘Kami boleh berjuang bersendirian'. Sayugia diingatkan bahawa bahasa Ilmu dan Hujjah mesti mengatasi bahasa emosi dan reaksionari (‘atifi dan infi’ali).

Kini kesemua itu telah mencetuskan kecurigaan dan kesangsian terhadap konsistensi PAS. PAS mesti menjelaskan kepada semua ahli dan penyokong, mengapa pimpinan dahulunya memeterai ‘Dasar-Dasar Bersama’ Pakatan Rakyat, dalam satu tindakan perjuangan yang punya keutamaan dan tahapan yang disusun-atur dalam satu kerangka ‘Islah atau Penambahbaikan Rakyat dan Negara’.

Justeru apa yang diperlukan PAS kini bagi memperukukuhkan kembali keyakinan rakyat-pengundi adalah untuk kembali membuat penegasan-penegasan besar tentang perjuangan untuk melaksanakan ‘Syariat Seutuhnya’ dan bukan hanya bidang-bidang Hukuman atau Uqubah secara juzi’.

Islam yang bersifat ‘Rahmatal Lil ’Alaamin’ sebagai ‘Rahmat Untuk Semua’ dan untuk memberikan advokasi ‘Keadilan Untuk Semua’ mesti kembali dipertegaskan pimpinan PAS.

Sementara menerangkan bahawa EJSK, untuk Kelantan mempunyai kedudukan yang istimewa atau unik, kerana ia telah mendahului Pakatan Rakyat itu sendiri. Wajar untuk memberi faham kepada semua bahawa PAS tidak menuntut ia dilaksanakan diseluruh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain bahkan di peringkat Persekutuan buat masakini.

Sebagai contoh paling mudah, mengapa PAS Selangor tidak menuntut atau mahu memaksa perlaksanaan seumpama EJSK dikuatkuasakan di negeri Selangor?

Pastinya kerana Perlaksanaan Qanun Jina’iyyah Islam ini menuntut perihal Kanun ini diterangkan lantas disokong secara demokratik dan legislatif, disamping memastikan parameters (Dhawabit) kondusif yang lain perlu disediakan terlebih dahulu.

Itu jugalah sebabnya kita masih ingat hujjah Al-Marhum Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah dan kini Pesuruhaya Selangor selaku EXCO kerajaan negeri Selangor untuk tidak menekankan perlaksanaan Hudud (semasa) di kedua-dua negeri Pakatan Rakyat ini.

PAS mesti segera menangani cabaran dan membaik-pulih persepsi umum terhadap Gerakan Islam kontemporari ini yang wujud sebagai sebuah parti politik yang demokratik dan bersusuk nasional kini.

Sangat mustahak untuk PAS menampilkan tawaran ‘Politik Islam’nya dalam ungkapan dan wacana ‘Mengangkat Syariat Islam secara penekanan ‘Maqasidik’ atau Matlamat Syariah itu sendiri, sementara mempertahankan ‘turath’ warisan keilmuan Islam para Ulama dan Fuqaha muktabar silam.

Ia harus diungkap dalam ‘Al-Usul Al-Khamsah (Penjagaan Deen, Aqal, Nyawa, Keturunan dan Harta-Benda) dengan tambahan dua lagi (mengikut Ibn Ashur) yakni Kemestian Memelihara “Kebebasan” (Al-Hurriyah) dan “Keadilan” (Al-’Adalah) yang dipelihara oleh Syariat Islam.

Kesemua ini wajar diberi nafas dan wacana kontemporari yang sangat relevan, berfungsi (functional) dan viable (berdaya maju) sesuai dengan keperluan rakyat dan tuntutan membangunkan negara.

Penulis punya keyakinan seandainya PAS mampu melakar dan mengukir kembali wacana dan tawaran politiknya segera, dalam satu penglibatan dan persaingan secara aman dalam demokrasi, parti Islam ini akan mampu menangani persepsi buruk yang dihadapinya mutakhir ini.

Kesemua ini mampu pimpinan lakukan insya AlLah, seandainya kita fahami tuntutan realiti dan waqi' yang melikungi kita di negara ini.

Dengan komitmen Agenda Islah Tata-Kelola serta Tadbir-Urus Negara ini PAS bersama-sama Pakatan Rakyat bakal mampu untuk membenteras segala kebobrokan dan pengkhianatan penguasa politik Umno-Barisan Nasional. - HARAKAHDAILY 6/6/2015

Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 6-6-2015



Pemuda PAS rancang lajnah macam DHPP

| .


KUALA SELANGOR: Pemuda PAS Malaysia akan menubuhkan lajnah baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS Muda bagi menarik sokongan bukan Islam.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia bagi memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang sedia ada.

"Kita berjanji akan memperkasakan penyokong bukan Melayu (DHPP) di dalam Dewan Pemuda dengan mewujudkan satu lajnah untuk mereka.

"Ini cara terbaik untuk kita memberi peluang kepada mereka untuk berperanan di dalam Pemuda PAS dan secara tidak langsung ia dapat menarik minat penyokong bukan Melayu," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menegaskan, hubungan PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan.

"Kita akan terus berjuang bersama dan perkukuhkan Pakatan Rakyat, ini janji Pemuda PAS.

"Bila kita berkawan kita akan mengenali siapa kawan kita, kita perkukuhkan Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Beliau juga berharap akan wujud kerjasama dengan kepimpinan yang baru dipilih dan mengganggap perubahan kepimpinan yang berlaku ini merupakan proses demokrasi dalam PAS.

KUALA SELANGOR: Pemuda PAS Malaysia akan menubuhkan lajnah baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS Muda bagi menarik sokongan bukan Islam.

Ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia bagi memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang sedia ada.

"Kita berjanji akan memperkasakan penyokong bukan Melayu (DHPP) di dalam Dewan Pemuda dengan mewujudkan satu lajnah untuk mereka.

"Ini cara terbaik untuk kita memberi peluang kepada mereka untuk berperanan di dalam Pemuda PAS dan secara tidak langsung ia dapat menarik minat penyokong bukan Melayu," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menegaskan, hubungan PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan.

"Kita akan terus berjuang bersama dan perkukuhkan Pakatan Rakyat, ini janji Pemuda PAS.
"Bila kita berkawan kita akan mengenali siapa kawan kita, kita perkukuhkan Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Beliau juga berharap akan wujud kerjasama dengan kepimpinan yang baru dipilih dan mengganggap perubahan kepimpinan yang berlaku ini merupakan proses demokrasi dalam PAS. - HARAKAHDAILY 6/6/2015


Sumber HD - 6-6-2015





Mazlan terluka dengan perkembangan PAS hari ini

| .


KUALA SELANGOR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mengakui beliau terluka dengan perkembangan dalam PAS hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada menerima keputusan pemilihan muktamar atau sebaliknya.

Ini katanya bagi memberi tumpuan kepada NGO yang dipimpinnya iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diluluskan pendaftarannya oleh ROS baru-baru ini.

"Saya tak mahu berpolemik, saya nak buat kerja kerana pembelaan terhadap rakyat lebih penting," tegasnya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-61 hari ini.

Ini ekoran kenyataan awalnya yang dimuatkan dalam facebook beliau semalam.

Menurutnya, buat tempoh tertentu, beliau mahu menumpukan perhatian terhadap NGO Anak yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana.

"Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS , Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," katanya.

Tambah Mazlan, sungguh pun komitmen terhadap NGO Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.

" Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan.

"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan," luahnya. - HARAKAHDAILY 6/6/2015

Sumber HD - 6-6-2015





Muktamar terima 30 usul, 3 lulus tanpa bahas

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA SELANGOR: Sebanyak 30 usul diterima pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 melibatkan 17 kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Usul, Datuk Mahfuz Omar berkata daripada 30 usul itu hanya enam diterima dengan bahas dan tiga daripadanya diluluskan tanpa bahas.

"Kita terima banyak usul namun terpaksa ditolak kerana usul yang dihantar itu tidak memenuhi standard usul yang sebenar.

"Yang ada ini pun kita terpaksa ubah untuk menjadikan ia menepati standard yang sebenar," ucap beliau pada sesi perbahasan usul di Stadium Tertutup Kuala Selangor, pagi ini.

Menurut beliau lagi, antara usul yang diterima dengan bahas adalah usul dari PAS Kawasan Kota Raja iaitu membabitkan isu pemerdagangan manusia dan lambakan pendatang asing.

Selain itu usul PAS Kawasan Serdang berhubung pengurusan organisasi turut diterima tanpa bahas yang menuntut agar PAS Pusat mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi memantau pencapaian Adun dan Ahli Parlimen sepanjang perkhidmatan.

Usul antarabangsa, yang mengutuk hukuman bunuh ke atas Dr Muhammad Morsi dan Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari Dewan Muslimat PAS Pusat juga diterima untuk dibahas.

"Usul yang cukup sensitif dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan Kawasan Tumpat mengenai usul politik berhubung Tahaluf Siyasi yang memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Usul ini diterima tanpa bahas setelah perbincangan antara pimpinan tertinggi PAS," sambung beliau.

Dua lagi usul yang diterima tanpa bahas adalah membabitkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) II Kelantan daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Usul pendidikan dari PAS Kawasan Ayer Hitam Johor juga diterima tanpa bahas. - HARAKAHDAILY 6/6/2015

Sumber HD - 6-6-2015





Laporan Harakah tarik perhatian perwakilan

HARAKAHDAILY | .


KUALA SELANGOR: Suasana perbahasan usul pagi ini agak meriah dan gamat apabila perwakilan Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim membangkitkan laporan Harakah antara ahli parlimen PAS dengan parti lain.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan usul pengurusan organisasi yang dibawa oleh PAS Kawasan Serdang.

Usul itu menuntut agar PAS Pusat mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pencapaian Adun dan ahli parlimen sepanjang perkhidmatan.

Amzad sebelum itu berharap sidang akhbar secara berasingan oleh ahli parlimen PAS dalam kalangan ulama dan profesional di lobi parlimen tidak berlaku lagi.

Ini, ujar beliau bagi mengelakkan persepsi negatif umum terhadap mereka.
Usul kedua yang dibahaskan hari ini itu diterima muktamar. - HARAKAHDAILY 6/6/2015


Sumber HD - 6-6-2015





Muktamar PAS rakam takziah kepada Ku Li

HARAKAHDAILY | .

KUALA SELANGOR: Muktamar Tahunan PAS ke-61 merakamkan ucapan takziah kepada bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di atas kematian isteri beliau, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, malam tadi.

Pengerusi Tetap PAS Pusat, Husin Ismail semasa memulakan muktamar pagi ini meminta para perwakilan dan pemerhati menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham.

Noor Yvonne, 68, meninggal dunia pada jam 7.05 malam tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kerana menghidap sejenis kanser darah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. - HARAKAHDAILY 6/6/205

Sumber HD - 6-6-2015







Tidak timbul pemisahan kuasa ulama, profesional

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA SELANGOR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan mereka yang tidak terpilih untuk membarisi kepimpinan PAS Pusat sesi 2015-2017 pada muktamar kali ini mempunyai jiwa besar dalam meneruskan perjuangan PAS.
"Saya mengenali mereka semua, mereka adalah rakan saya dan mempunyai jiwa besar dalam perjuangan PAS.
"Bagi saya kemenangan ini merupakan satu amanah, pertandingan ini pun antara rakan-rakan sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, tidak timbul sama sekali wujud pemisahan kuasa antara ulama dengan profesional.
"Istilah itu hanya mainan mereka yang berada di luar, di dalam PAS tidak pernah timbul isu ulama mahupun profesional.
"Di dalam PAS semua bercampur, kita berjuang atas atau dasar yang sama," katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan yang memilihnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini. - HARAKAHDAILY 6/6/2015

Sumber HD - 6-6-2015


Ikram ucap tahniah kepada saf kepimpinan baru PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan yang terpilih untuk memimpin Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Ikram mendoakan agar PAS terus maju dalam mengorak langkah bersama seluruh rakyat Malaysia membina negara yang diredhai Allah subhanahu wa ta’ala.

"Ikram mengharapkan agar PAS terus bergerak untuk mengukuhkan sistem demokrasi dwiparti di Malaysia," ujar Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan ringkas.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 dengan tema 'Beristiqamah Hingga Kemenangan' berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor. - HARAKAHDAILY 5/6/2015


Sumber HD - 5-6-2015


Isyarat perwakilan kepada kepimpinan sesi 2015-2017

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA SELANGOR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pemilihan kepimpinan sesi 2015-2017 pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 merupakan isyarat daripada perwakilan.

Menurut beliau, para perwakilan mahukan PAS kembali kepada perjuangan asal mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Ini merupakan isyarat yang dihantar oleh perwakilan, mereka mahukan PAS bergerak mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan.

"Mereka mahu lihat barisan kepimpinan yang dilantik ini memperkuatkan dasar parti yang sedia ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily, hari ini.

Beliau berasa hairan dengan pemilihan yang dilakukan perwakilan, namun baginya ia merupakan satu perubahan kepada PAS untuk meneruskan perjuangan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memilih saya. Ini merupakan satu amanah yang cukup besar untuk saya laksanakan, tanggungjawab besar yang saya pikul.

"Amanah ini merupaka satu tugas berat, dengan kerjasama semua kita harap ia dapat memberi kekuatan kepada saya," katanya lagi.

Beliau turut menggesa agar semua pihak tidak menyebarkan fitnah kerana ia mendatangkan keburukan kepada PAS. - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015




Terang dasar PAS sampai ahli faham

| .

 
KUALA SELANGOR: PAS Kedah meminta Lajnah Pemerkasaan Parti meningkatkan kempen penerangan behubung dasar-dasar PAS.

Perwakilan Kedah, Abdul Ghani Ahmad berkata, melalui penerangan ini dapat memberi kefahaman yang kukuh kepada seluruh ahli.

"Kita mahu Lajnah Pemerkasaan Parti meningkatkan kempen pemahaman terutamanya dalam menerangkan dasar-dasar parti.

"Ini penting, setiap ahli yang baru atau lama untuk faham dasar parti yang sebenarnya baru mereka faham perjuangan sebenar parti," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Kali Ke-61 hari ini.

Beliau turut meminta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diperkasa bagi menarik lebih ramai sokongan dari pengundi bukan Melayu.

"DHPP besar peranannya dalam menarik sokongan pengundi bukan Melayu, peranannya perlu dipertingkatkan untuk sokongan.

"Dalam pada itu kita juga digesa untuk memberi penerangan kepada DHPP tentang keistimewaan Islam," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 5/6/2015


Sumber HD - 5-6-2015



Isu alam sekitar ke muktamar PAS

| .


KUALA SELANGOR: PAS Pahang konsisten menangani isu alam sekitar yang mencemarkan negeri itu dan menjejaskan keselamatan penduduk.

Perwakilan Pahang, Nazri Ahmad berkata, Pahang antara negeri yang teruk menjadi mangsa kerakusan kerajaan BN.

Memberi contoh projek insinerator yang terbengkalai di Cameron Highlands dan Pulau Toman, beliau berkata, memorandum telah dihantar ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak siasatan dilakukan ke atas kedua-dua projek tersebut.
"Penerokaan haram tanah dan hutan yang tidak terkawal menjejaskan kesejahteraan penduduk Pahang.

"Justeru Pahang mengharapkan satu tindakan yang adil dapat dilakukan bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya di Muktamar PAS Kali Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin berkata, kejayaan PAS mengurangkan hampir separuh majoriti BN dalam PRK April lalu mampu mengubah lanskap politik negara dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan PRK Rompin walaupun dengan kepungan jentera-jentera Umno BN dari seluruh negara, dibantu pula agensi-agensi kerajaan yang berkempen bagi pihak mereka, menyaksikan kita berjaya mengurangkan hampir separuh majoriti. 

“Jika momentum kesedaran dan dan kebangkitan rakyat berterusan terutama dalam kalangan pengundi muda, ia akan mengubah lanskap politik negara dalam PRU akan datang,” katanya. - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015



PAS lancar derma kilat gempa bumi Sabah

| .


KUALA SELANGOR: Muktamar PAS Kali Ke-61 hari ini melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu mangsa gempa bumi di Sabah pagi tadi.

Muktamar menangguhkan seketika sesi perbahasan ucaptama Presiden PAS dan memberi laluan kepada Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi merakam ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat.

"Muktamar merakam ucapan takziah kepada rakyat Sabah yang mengalami gempa bumi pagi tadi dan PAS dengan ini melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa yang terlibat," katanya.

Sejurus selepas itu, kelihatan petugas-petugas bergerak dari satu perwakilan ke perwakilan bagi mengutip derma.

Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Akhbar melaporkan, gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama. - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015



Kalah, perjuangan Islam tetap terus - Mat Sabu

| .


KUALA SELANGOR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap senario kalah menang dalam pemilihan parti itu sebagai perkara biasa.

Beliau berkata, meskipun kalah dalam pemilihan kali ini beliau akan tetap setia dengan PAS.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Mat sempat berseloroh berasa sedikit sedih atas kekalahannya.

"Kita sebagai orang lama... kalah itu biasa tapi undi itu sedikit sangat. Itu yang rasa sedih tu. Abang Mat ini biasa dah kalah menang.

"Saya akan bercuti sekejap... Tapi perjuangan Islam tetap saya akan teruskan," katanya pada sidang media di Muktamar PAS Pusat ke-61, hari ini.

Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan Mat Sabu tewas dengan hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881.

Mat Sabu turut menegaskan beliau masih ahli PAS dan masih berada di atas pentas apabila ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk menyertai Pasma.

"Saya masih ahli PAS... masih berada di atas pentas," katanya. - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015

Gabungan ulama, profesional terajui PAS 2015-2017






| .


KUALA SELANGOR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi

Awang menegaskan barisan kepimpinan PAS Pusat yang baru dipilih adalah gabungan golongan ulama dan profesional.


"Lihat senarai mereka yang menang bukan sahaja ulama termasuk juga kalangan profesional.


"Misalnya pensyarah pusat pengajian tinggi Dr Abdul Hassan, Razman Zakaria bekas Pengarah Kastam dan Dr Fadhli Hassan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, bukan semua ulama boleh diukur dengan memakai kopiah atau serban.

Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata banyak pendekatan yang akan digunakan oleh PAS untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Tahaluf siyasi dengan pelbagai parti, ini bukan perkara baru kerjasama terbuka untuk semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang diterajui oleh golongan ulama serta bagaimana keyakinannya terhadap kepimpinan itu untuk terus berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Hari ini merupakan hari kedua Muktamar PAS Kali Ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Semalam, seramai 1,189 perwakilan membuang undi bagi memilih pimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015-2017 - HARAKAHDAILY 5/6/2015


Sumber HD - 5-6-2015




Tiada istilah bangga dengan kemenangan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mengharapkan semua anggota jamaah PAS memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada saf kepimpinan yang dipilih agar dapat dibentuk satu team work yang mantap dan jamaah yang jitu ke arah menjulang Islam dan syariatnya di bumi bertuah ini.

"Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah buat mereka yang telah diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk memimpin jamaah tercinta ini, justeru kepercayaan itu adalah bermaksud penyerahan amanah untuk ditunaikan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab," ujarnya.


Tegasnya, tiada istilah bangga dengan kemenangan tersebut.

"Buat mereka yang tidak dipilih, anda adalah sebahagian dari jamaah yang penuh barakah ini. Tiada istilah kecewa.

"Teruskan perjuangan justeru sumbangan anda tetap diperlukan oleh jamaah walaupun tidak lagi di posisi kepimpinan," katanya.

Menurutnya, memberi sumbangan kepada perjuangan Islam adalah satu kewajipan individu dan jamaei yang tidak mengenal posisi.

Tambahnya, bahtera perjuangan Islam akan terus belayar meredah samudera dengan sarat membawa bagasi tarbiyah, dakwah dan siasah.

"Semoga selamat tiba ke destinasi dengan jayanya. Harap tiada yang gopoh untuk sampai dengan menggapai bahtera yang lain dan tiada yang gelojoh untuk mendapatkan air dengan menebuk dinding bahtera.

"Insya Allah, lambat atau cepat, biarlah bahtera ini belayar dengan sunnahnya berpaksikan ketaatan dan kepercayaan penuh kepada nakhoda bahtera," katanya lagi.

Menulis menerusi facebook, beliau berkata amanah kepimpinan ini akan menjadi ujian besar kepada semua penyandangnya.

Justeru, Nasrudin berharap mereka tidak leka dan alpa dari tanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuh ikhlas dan juhud (gigih).

Ini, katanya ia bukan sahaja ia dinilai oleh perwakilan tetapi juga segalanya adalah dalam pemerhatian Allah.

"Selamat berjuang daripada saya buat semua agar terus menyumbang kepada Islam dan jamaahnya yang kita perjuangkan ini," ujarnya yang terpilih sebagai AJK bagi sesi 2015-2017. - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015





Selangor sebagai 'role model’ kerjasama PR - Iskandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA SELANGOR: Kerjasama dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam kerajaan negeri boleh dijadikan model kesepakatan sebenar yang sepatutnya dicapai PAS, PKR dan DAP.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerjasama yang terjalin dalam Kerajaan PR Selangor itu selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


“Presiden bercakap tentang kerjasama dalam Pakatan. Selangor sendiri kita dapat lihat kerjasama baik dijalinkan dengan ketiga-tiga parti, baik dalam kerajaan atau pun luar kerajaan dan di semua peringkat.

“Kerjasama ini mengukuhkan lagi perpaduan kita dan kita meneruskan kerjasama di Selangor,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-61 dengan tema 'Beristiqamah Hingga Kemenangan' di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini semalam.

Iskandar turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli PAS supaya menghayati ucapan Abdul Hadi khususnya dalam isu hubungan dalam Pakatan, hubungan dalaman PAS, had demokrasi yang dibolehkan syarak dan isu teokrasi.

“Ucapan mantap, menjelaskan banyak kekeliruan seperti hubungan dalam Pakatan, hubungan dalam PAS itu sendiri, bagaimana keputusan dibuat," ujarnya yang juga exco kerajaan negeri.

Pada pemilihan PAS sempena muktamar kali ini, beliau berjaya memenangi jawatan Naib Presiden PAS bagi sesi 2015-2017 yang diumumkan malam tadi. - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015

Bila Ulama Berpolitik Membentuk dan Membetulkan Jamaah

Posted on Friday, June 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Bak kata orang bijaksana, usah dikejutkan raksasa yang sedang lena; buruk padahnya. Begitu juga dalam konteks politik PAS, usaha dicabar ulama yang sedang munajat; goncang iman dibuatnya.



Bagi ulama, berpolitik untuk membolot kuasa bukanlah segala-galanya dalam usaha memupuk dan membentuk saf jemaah yang tersusun ‘bagai sebuah bangunan yang kukuh’. 



Berpolitik ialah untuk menginsafi diri sebagai hamba Allah yang memikul tugas untuk menguruskan keperluan duniawi ummah agar lebih selesa dan tekun menyembah Allah. 



Semangat politik Islam juga bersandarkan semangat naziran dan basyiran – membawa khabar gembira dan mengingatkan di mana sempadan maksiat dan dosa –tanpa perlu berdiang pada kuasa memerintah sahaja.



Nyata ulama PAS tidak gopoh menyalur dan menyebarkan kefahaman ini pada semua peringkat ahli dan penyokongnya dan bahawa keutamaan mesti diberikan pada soal memelihara wala’ atau kesetiaan pada pemimpin. 



Profesional sangka PAS boleh diubah-ubah 



Inilah yang sedang berlaku dalam PAS. Ada profesional yang berasa bahawa apabila pintu keahlian dibuka seluas-luasnya kepada mereka, ia dianggap sebagai lesen untuk berbuat apa sahaja untuk mencorakkan jemaah; termasuk menentukan ruang kebebasan dengan pihak luar yang tidak Islami.



Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menghuraikan gejala kurang sihat ini apabila berkata, ketika rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP giat menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada pemimpin PAS bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh mempertahankan presiden.



"Apa yang berlaku hari ini kerana tiada kesetiaan. Kita setia kepada orang lain. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Datuk Dr Mahfodz dan Datuk Dr Haron, kita mesti setia kepada parti dan ketua parti. Dalam syarat tahaluf siyasi juga sebut untuk setia. 



"Hari ini apabila DAP serang Presiden, ada yang pandang remeh dan cuba beri alasan mengapa DAP serang Presiden. Mereka tak pertahankan Presiden. Ini salah, bercanggah dengan konsep organisasi dan ia mesti diperbetulkan," katanya.



Sejajar dengan pendirian ini, pemimpin-pemimpin Dewan Ulama menunjukkan contoh betapa semua pimpinan dewan itu menang tanpa bertanding. 



Bersandarkan perpaduan utuh ini Dewan Ulama dengan tegas seperti pernyataan Allah tanpa kalimah bismillah dalam pembukaan surah At Taubah, meluluskan usul memutuskan hubungan langsung dengan DAP.



Susuk tubuh Hadi diserang, kiri dan kanan



Haji Hadi diserang hebat DAP sejak beliau menyatakan pendirian tegasnya bersabit isu Langkah Kajang, tahun lalu. Serangan dan kritikan terhadap Ahli Parlimen Marang itu digandakan apabila beliau memimpin inisiatif melaksanakan hudud di Kelantan.



Hadi juga dituduh bersekongkol dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan demi merealisasikan hukum hudud di Kelantan. 



Situasi berkenaan mewujudkan perselisihan pendapat yang begitu 'meruncing' apatah lagi ia terzahir menerusi kenyataan pemimpin tertentu sehingga memberi gambaran ada dua puak dalam PAS –pro-ulama dan pro-Pakatan. 



"Dalam Islam, malah PAS ada ketuanya, maka automatik kena wala'. Apabila menjadi ahli PAS dan mengisi borang PAS ada (konsep) baiah, wala' kepada presiden. Hal itu amat penting," tokokPemangku Ketua Dewan Ulama,  Datuk Dr Mahfodz Mohamed.



"Ia bukan perkara baru dan sudah ada dalam perlembagaan PAS. Usul kepimpinan ulama bukan kita yang minta sebaliknya dibawa oleh Dewan Pemuda pada tahun 1982. 



“Sekarang ini timbul isu kepimpinan ulama secara khususnya Majlis Syura Ulama. Apa yang kita lakukan sekarang untuk mengekalkan kepimpinan ulama," ujar bekas Pesuruhjaya PAS Johor itu.
  
PAS letakkan harapan perpecahan dalam parti tamat selepas muktamar selesai

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama, Nasruddin Hassan menyifatkan perpecahan itu hanya 'sementara' dan hangat apabila menjelang pemilihan.

"Mungkin nampak perbezaan antara dua kumpulan itu menjelang musim pemilihan. Itu normal. Saya yakin selepas daripada perwakilan memberi mandat kepada kepimpinan baru, saf akan kembali bersatu dan fokus kepada agenda perjuangan seperti sedia kala.

"Dan inilah yang kita alami sebelum ini. Ia bukan perkara baru. Dalam muktamar lalu pun, menjelang pemilihan keadaan akan panas, selepas pemilihan akan ada agenda yang kena fokus dan boleh bertolak-ansur," ujarnya.

Dalam pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda, calon-calon yang cenderung pada pendirian dan pemikiran politik ulama menang besar semalam. Seperti dijangka, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berjaya merampas kerusi Ketua Dewan daripada Suhaizan Kaiat.

Nik Abduh mendapat 429 undi sementara Suhaizan hanya mendapat 262 undi. 
   
Penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Raja Ahmad Iskandar Raya Yaacob.

Khalil mendapat 435 undi sementara Raja Iskandar berjaya mengutip 257 undi.

Dominasi ulama ini dijangka akan berterusan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti hari ini, Khamis, 4 Jun 2015.

Persoalannya sekarang, adakah golongan yang agak “mabuk kuasa memerintah” dan sekaligus mahu menyisihkan pengaruh ulama dalam tahaluf dengan parti luar mengikut selera politik mereka mahu mengambil iktibar daripada selera dan pendirian akar umbi PAS sekarang?

Atau, mereka akan bertindak dengan rasukan ego dan meneruskan usaha  mencerna idea “politik Islam” mereka yang setara dengan selera PKR dan DAP dengan membangun wadah baru atau meresap dalam sistem politik bukan Islam?

.......
Ditulis Oleh Sharifah Azmawati, Shuhaniza Said, Nurshakirah Buang dan Wan Anis Ilyani Wan Azhar - AntaraPOS

Sumber TKO - 5-6-2015

Tsunami pro ulama di Pemilihan PAS
Posted on Friday, June 05 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Tsunami pro ulama di Pemilihan PAS


KUALA SELANGOR: Pemilihan Muktamar PAS kali ke-61 yang selesai pada Khamis menyaksikan satu 'tsunami' oleh perwakilan apabila keputusan berpihak kepada golongan yang dilihat pro ulama di dalam parti itu berbanding kumpulan pro profesional bagi mewakili mereka di peringkat kepimpinan Pusat.



Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi penggal 2015/2017, sementara kejutan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila pencabar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menewaskan penyandang Mohamad Sabu.

Dalam saingan Naib Presiden pula, perwakilan memilih Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad, menewaskan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa.

Hadi, 68, mengekalkan jawatannya itu selepas mengalahkan pencabarnya Ahmad Awang dengan jumlah undian sebanyak 928 undi dan majoriti 695 undi.

Ahmad Awang yang sebelum ini menjawat jawatan naib presiden PAS hanya mendapat 233 undi

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi pada jam 10.15 malam tadi di Muktamar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor.

Seramai 1,189 perwakilan mengundi pada pemilihan kali ini.

Abdul Hadi yang sebelum ini telah memegang jawatan itu selama 13 tahun sejak mengambil alih dari mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, akan memimpin parti itu untuk tempoh  dua tahun lagi sehingga 2017.

Kemenangan itu akan menjadikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS paling lama memegang jawatan itu.



Sementara itu  Tuan Ibrahim menewaskan Mohamad Sabu atau Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden dengan majoriti sejumlah 602 undi.

Mat Sabu, Shahir

Tuan Ibrahim (kanan)  menewaskan Mohamad Sabu dengan majoriti sejumlah 602 undi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar


Mohamad hanya sekadar memperoleh 279 undi dengan Tuan Ibrahim selesa di hadapan apabila mendapat 881 undi bagi pemilihan kali ini.

Bagi jawatan Naib Presiden, Idris Ahmad memperoleh 896 undi, Datuk Mohd Amar Abdullah 710 undi dan Datuk Iskandar Abdul Samad 672 undi untuk dipilih menduduki kerusi itu.

Mereka menewaskan Salahuddin Ayub yang hanya sekadar meraih 435 undi, Datuk Mahfuz Omar 378 undi dan Datuk Husam Musa  317 undi.

Sementara itu bagi 17 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS rata-rata didominasi ahli pro ulama kecuali Mazlan Aliman.

Muktamar tahunan PAS ke-61 kali ini berlangsung dari 4 hingga 6 Jun. - Astro

Sumber TKO - 5-6-2015



TG Abdul Hadi kekal presiden, Tuan Ibrahim timbalan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi sesi 2015-2017.

Beliau memperoleh 928 undi sementara pencabar, Ustaz Ahmad Awang mendapat 233 undi.


Bagi jawatan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperoleh 881 undi sementara Mohamad Sabu mendapat 279 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, sebanyak 1,189 perwakilan layak mengundi, begitupun kertas undi yang dikeluarkan adalah 1,162.

Tambahnya, jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi sebanyak 1,161 dengan satu kertas undi yang tidak dikembalikan tetapi tiada undi rosak, bagaimanapun bagi timbalan presiden terdapat satu kertas undi rosak.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, tiga calon yang dipilih ialah Ustaz Idris Ahmad (896 undi), Datuk Mohd Amar Abdullah (710) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672).

Asmuni juga mengumumkan Hussin Ismail menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi tetap dan timbalannya, Ustaz Kamal Ashaari sementara Abdul Syukur Aziz dan Mohd Najib Ahmad sebagai pemeriksa kira-kira.

Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2015-2017

Presiden
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 928
Ustaz Ahmad Awang 233

Timbalan Presiden
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 881
Mohamad Sabu 279

Naib Presiden
Ustaz Idris Ahmad 896
Datuk Mohd Amar Abdullah 710
Datuk Iskandar Abdul Samad 672
Salahuddin Ayub 435
Datuk Mahfuz Omar 378
Datuk Husam Musa 317

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (dipilih)

1. Nasruddin Hassan 782
2. Dr Riduan Mohd Noor 782
3. Datuk Nasruddin Daud 777
4. Sallehen Mukhyi 763
5. Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh 749
6. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali 736
7. Datuk Dr Fadhli Hasan 722
8. Datuk Abdullah Hussin 679
9. Razman Zakaria 674
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki 670
11. Ustaz Mokhtar Senik 656
12. Zaharuddin Muhammad 611
13. Dr Ali Akbar Gulasan 596
14. Mazlan Aliman 593
15. Dr Rosni Adam 590
16. Mohd Noor Mohamad 566
17. Muhamad Sanusi Md Nor 556
18. Nor Azli Musa 544 - HARAKAHDAILY 5/6/2015 - HARAKAHDAILY 4/6/2015


Sumber HD - 4-6-2015

Tidak Ada Pengasingan Konsep Dalam PAS – Ustaz Abdul Hadi


Oleh : KAM

KUALA SELANGOR – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya pengasingan konsep parti dalam PAS seperti yang dilabelkan pihak luar.

Ini kerana, katanya sejarah penubuhan PAS dari awal lagi turut melibatkan semua pihak terdiri dari kalangan ulama’, tokoh ilmuan dan profesional.

“Konsep PAS ialah tidak ada pemisahan di antara agama, politik,ekonomi dan sebagainya. Bahkan, (sejarah) penubuhan PAS sendiri melibatkan semua kalangan dan bukan sahaja kalangan ulama’ tetapi juga kalangan (tokoh) ilmuan.

“Di antara seawal-awal pemimpin PAS bukan sahaja Ahmad Fuad, Dr Burhanuddin Hilmi (Ulama’) termasuk Profesor Ahmad Ibrahim (yang) semua orang kenal.

“Dr Haji Abas Alias (profesional) termasuk Profesor Ungku Omar tokoh ilmuan negara yang terkenal, termasuk juga Dato’ Abu Samah iaitu SUK negeri Pahang dan ramai lagi.

20150604_113011 (2)

“Mereka ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Bahkan, semasa peralihan kuasa pimpinan (PAS) bila Haji Ahmad Fuad (pengasas) meninggalkan parti (PAS) dan masuk parti negara. Dr Haji Abas Alias menjadi ketua parti (Yang Dipertua PAS) yang kedua. Dengan sebab itu, tidak ada pemisahan dari segi aspek konsep,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Ucapan Dasar 2015, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61, di Stadium Tertutup Kuala Selangor, dekat sini, hari ini.

Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, apa yang dibimbanginya pemikiran rakyat yang terpengaruh dengan sekularisma, memisahkan agama dengan urusan cara hidup.

“Ini (ideologi) yang membelenggu pemikiran yang perlu kita perbetulkan. (maka) sudah tentulah PAS yang didatangi dengan pelbagai golongan dan bukan sahaja dari kalangan kumpulan-kumpulan Islam yang terhad kefahaman mereka termasuklah yang ada pemikiran barat, yang pendidikan agama yang terhad semuanya ada, dengan sebab itu menjadi tanggungjawab kita (PAS) mengolah perkara ini supaya mereka faham,” ujarnya.

Menjawab persoalan media mengenai golongan ulama’ lebih ramai dari kumpulan progresif dalam PAS, mungkin ini akan mendatang cabaran kepada PAS untuk mendekati kumpulan non-muslim (bukan Islam) dalam pilihan raya akan datang.

Dato’ Seri Abdul Hadi dengan nada sinis menyifatkan isu tersebut timbul hanya pada setiap kali berlakunya pemilihan parti di muktamar PAS.

Katanya, selepas selesai berlaku pemilihan parti itu situasi akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Setiap kali perhimpunan (Muktamar) PAS akan timbul isu seumpama ini. Selepas muktamar selesai dan bila berlaku pemilihan kamu (media) akan dapat melihat sendiri (kesan) pemilihannya terdiri dari semua kalangan (dewan).

“Bahkan, apa yang menarik dengan pemilihan Dewan Pemuda dan Muslimat PAS. (Ia) bukan sahaja kalangan ilmuan Islam juga kalangan ilmuan Sains dan Teknologi. (Dan) ianya macam sahamlah ada naik turun dan bermusim.

“Ini semua memerlukan isu-isu terkini yang kita (PAS) kena hadapi. Manakala, isu terkini itu kita (PAS) memerlukan kepada kumpulan yang mampu menangani isu-isu semasa,” jelasnya.

Menurutnya, kejayaan PAS masa kini telah berjaya memecahkan tembok pemisahan di kalangan bukan Islam.

“Apa yang kita bangga ialah kejayaan kita (PAS) memecahkan tembok yang memisahkan kita bukan sahaja di antara (golongan) pendidikan Islam dan pendidikan barat yang menyertai PAS, termasuklah di kalangan bukan Islam.

“(yang) Begitu berjaya hingga menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menerima konsep politik, konsep ekonomi Islam dan mereka terima tanpa mereka masuk Islam.

“Itu (DHPP) suatu perkara yang sangat menarik yang kita (PAS) berjaya mencapai kejayaan,” ujarnya.

Selepas itu, Dato’ Seri Abdul Hadi turut melakukan gimik pelancaran perasmian muktamar dengan disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Pengarah Panitia Muktamar PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Muktamar Tahunan PAS kali ini mengangkat tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan” agar tetap berada di atas dasar, amalan dan perjuangan Islam.

Kemeriahan Muktamar PAS kali ini diserikan dengan kehadiran oleh beberapa orang wakil dari kedutaan asing antaranya wakil negara Britain, Jerman, Jepun, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Iran, Turki dan lain-lain.

Hadir sama pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Sumber BO - 4-6-2015





Keputusan pemilihan PAS Pusat diumum malam ini

| .

KUALA SELANGOR: Keputusan pemilihan pimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015-2017 akan diumumkan malam ini, sejurus selesai proses mengira undi.

Kaunter membuang undi ditutup secara rasmi pada jam 7.00 malam ini selepas proses membuang undi bermula kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Seramai 1,189 perwakilan membuang undi.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi memberitahu, proses mengira undi akan bermula pada jam 8.00 malam ini.

Muktamar PAS kali ke-61 diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. - HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015

Muktamar Tahunan Ke-61; Ucapan Dasar Presiden PAS


IMG_0739 (2)

Yang dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Dato’ Timbalan Mursyidul ‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli- ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.

IMG_0725 (2)

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala Selangor pada tahun 2015 ini.

Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12 Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR

1. Marilah kita sama-sama menghayati dan memahami firman Allah SWT kepada Rasulullah dan umatnya yang beriman dan setia :

(Beristiqamah kamu (wahai Muhammad ) dan sesiapa yang bertaubat bersama mu dan jangan sekali-kali kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan sekali-kali kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disentuh oleh api neraka, dan tidak ada penolong bagi kamu selain Allah. Kemudian kamu tidak diberi pertolongan)

IMG_0740 (2)

2. Muktamar Agung Tahunan kali ke-61 pada tahun ini mengangkat tema “BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”. Istiqamah adalah bermakna tetap berada di atas dasar, amalan dan perjuangan yang benar daripada Allah, iaitu Islam yang sempurna, tetap dalam perkara prinsip dan anjal dalam pelaksanaan di sepanjang zaman. Ianya bukanlah satu retorik untuk mencapai kemenangan dunia yang sementara, tetapi yang paling besar ialah kemenangan akhirat yang berkekalan.

3. Kemenangan adalah menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Islam mempunyai konsepnya yang tersendiri mengenai maksud “kemenangan”, dan ianya adalah berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Kemenangan juga hendaklah dikaitkan dengan kemenangan di akhirat yang merupakan kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang- pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

4. Marilah kita menghayati apa yang di firmankan oleh Allah SWT :

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut- pengikutnya yang setia: “”Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?”” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “”Kami lah penolong-penolong agama Allah””, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.” [As-Sof : 14]

IMG_0764 (2)

Firman Allah lagi :

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” [at-Taubah : 100]

5. Tema “istiqamah” diangkat sekali lagi dalam muktamar kali ini bagi menegaskan betapa pentingnya “istiqamah” dalam perjuangan Islam yang sangat mencabar, sehingga ada yang terhenti di pertengahan jalan, ada yang tercicir dan terpesong, dan sebilangan terus bersama dengan jemaah ini sehingga ke akhir hayat mereka. Istiqamah inilah yang menjadi doa kita semua agar hidup kita berakhir dengan husnul khatimah. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT :

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “”Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu”” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” [at-Taubah : 42]

Klik untuk muat turun teks penuh

Sumber BO - 4-6-2015

Saya sudah sampai Johor - Suhaizan
Posted on Thursday, June 04 @ 13:58:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Oleh FATHIN ATHIRAH HASLI

KUALA SELANGOR - ‎Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini dilangsungkan tanpa kehadiran bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat.

Dek kerana ketiadaan kelibat Suhaizan yang tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam, Sinar Online menghubungi beliau.

"Saya sudah sampai Johor pun. Saya ada di sini (Johor).

"Saya ada sedikit urusan di sini.. Sebab itu saya ke sini..Tak apa, sudah ada wakil Ketua Pemuda," katanya mengesahkan ketidakhadirannya kepada Sinar Online.

Persoalan siapakah yang bakal dipilih menerajui sayap Pas itu terjawab semalam apabila anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menang dengan 469 undi berbanding 262 yang memilih Suhaizan.

Suhaizan menerajui sayap pemuda Pas sejak tahun 2013.

Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang bermula hari ini pastinya tertumpu kepada ucapan dasar presiden dan juga pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti bagi sesi 2015-2017.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan muktamar itu pada sebelah pagi dan diikuti sesi pemilihan pada sebelah petang. - Sinar Harian 

Sumber TKO - 4-6-2015

Ketua Muslimat Baru Dan Lama Tetap Bersatu Memantapkan Ukhuwah Merakyatkan Perjuangan

Posted on Thursday, June 04 @ 13:41:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Kepimpinan baru dan lama Dewan Muslimat PAS Pusat bergambar kenangan sambil mengenakan shawl yang akan dipakai pada Muktamar PAS Pusat.



InshaAllah, biarpun bertukar kepimpinan tugas muslimat akan terus digalas oleh setiap orang. Ukhuwah Muslimat akan terus utuh sesuai dengan tema Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan..



Tahniah kepada pimpinan lama dan takziah buat pimpinan baru Dewan Muslimat PAS Pusat. Ayuh, kita terus mara demi Islam dan Rakyat.

.......
http://omakkau.blogspot.com

Sumber TKO - 4-6-2015


Golongan profesional banyak bantu Pas
Posted on Thursday, June 04 @ 13:05:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Oleh : SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

KUALA SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujud pemisah di antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua golongan tersebut sama-sama berganding bahu menubuhkan dan menggerakkan Pas sehingga hari ini.

“Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti. Sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti.

“Bahkan kita menerima siapa saja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam. Jangan ada dalam kalangan kita terperangkap dengan mainan musuh yang cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara ulama dan profesional,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas ke-61, di sini, hari ini.

Menurut beliau, golongan profesional juga telah terbukti memberi banyak sumbangan kepada parti.

“Gagasan kita jelas dalam puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama. Golongan profesional dalam Pas telah dan secara berterusan memberikan sumbangan kepada parti.

“Sama ada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Semua ini adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam Pas di atas pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pas kini berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk menghalang kebangkitan Islam dan cuba masuk ke dalam saf gerakan Islam.

“Usaha sebegini dilakukan musuh Islam di seluruh pelusuk dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dalam saf kebangkitan Islam  terkini.

“Maka, di sana wujud golongan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan tasyaddud,” katanya.  - Sinar Harian 



Sumber TKO - 4-6-2015


Bertanding: Pantun Presiden PAS cuit perhatian

HARAKAHDAILY | .


KUALA SELANGOR: Walaupun pada kebiasaannya laungan takbir Allahu Akbar spontan daripada para hadiran di atas sesuatu ucapan yang bersemangat dan bernada tegas tetapi adakalanya berkait dengan pantun.

Dua buah pantun empat kerat daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini pagi tadi berjaya mencuit perhatian hadirin yang disambut dengan laungan takbir.

Ambil lading menetak ular,
Ke tanah abang barang dikaut,
Boleh bertanding jangan mencalar,
Biduk lalu kiambang bertaut.

Rebung buluh dibuat ulam,

Kumpul diikat dengan getah,
Berpegang teguh dengan Islam,
Membujur lalu melintang patah.

Sebelum itu, beliau mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan muktamar dengan tema 'Beristiqamah Hingga Kemenangan' itu termasuk mereka yang bertanding.


"Termasuk yang bertanding menjadikan muktamar kita hangat dan panas, menjadi perhatian seluruh media," ujarnya. - HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015

Ucapan Presiden PAS positif, perkukuh Pakatan - Azmin




HARAKAHDAILY | .


KUALA SELANGOR: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai petanda positif bagi mengukuhkan hubungan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ini dapat dilihat dengan peringatan Abdul Hadi kepada kepimpinan PAS dan ahlinya agar memahami keperluan parti itu meneruskan perjuangan melalui PR dengan kaedah tahaluf siyasi.

“Ini perkembangan yang cukup baik dan positif dan semua pimpinan PR harus diberi peluang untuk membincang perkara yang baru ini kerana kita akan menghadapi PRU14.

“Tentulah keperluan dalam PR untuk segera duduk bincang dan melihat bagaimana kaedah ketiga-tiga parti ini meneruskan perjuangan atas nama PR seperti ditegaskan Tuan Guru,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan dasar Tuan Guru Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Menteri Besar Selangor itu yang turut hadir pada majlis perasmian muktamar yang bertema 'Beristiqamah Hingga Kemenangan' hari ini turut menyeru semua pihak bersikap adil dan profesional dalam menilai ucapan Presiden PAS itu. - HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015


Perancangan Suhaizan akan diteruskan – Nik Abduh

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA SELANGOR: Ketua Pemuda PAS Malaysia yang baru dipilih, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjanji akan meneruskan agenda Pemuda yang ditinggalkan Suhaizan Kaiat.

Katanya, perancangan yang dibuat Ketua Pemuda yang lepas banyak kelebihan terutamanya dalam hubungan antara parti.

"Saya akan meneruskan agenda yang ditinggalkan Suhaizan sebelum ini.

"Banyak perancangan dan agenda yang baik telah dirangka, ia sepatutnya diteruskan terutamanya huhungan antara parti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Suhaizan telah melakukan beberap perubahan yang baik.

"Saya akan bincang dengan exco yang baru dipilih, buat masa ini saya belum lagi bertemu dengan mereka.

"Tetapi saya sudah tengok perancangannya, agenda beliau baik, wacana antara parti termasuk aktiviti dengan rakan-rakan parti," Katanya lagi. – HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015

Agenda pinda perlembagaan ditangguh




SALMIYAH HARUN | .


KUALA SELANGOR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menjelaskan pindaan Perlembagaan PAS masih di peringkat draf awal dan belum diteliti sepenuhnya oleh PAS Pusat.

Beliau berkata, agenda muktamar kali ini sepatutnya membentangkan pindaan perlembagaan melibatkan banyak perkara.

"Muktamar yang berlangsung tidak dapat meneruskan agenda ini kerana draf awal ini belum diteliti.

"Jadi pindaan tidak dapat dilakukan pada Muktamar hari ini," katanya ketika memberi ucapan di dalam Muktamar PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Jelasnya, pindaan itu akan dilakukan dalam Muktamar Khas yang akan diadakan nanti.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Kuala  Selangor (MDKS) yang memberi kerjasama kepada PAS bermuktamar di sini.

Kali ini merupakan kali ketiga PAS mengadakan Muktamar di Selangor.

Seramai 1,195 perwakilan dari seluruh negara mengikuti Muktamar PAS kali ini. – HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015


Itu baru usul, mukatamar akan buat keputusan

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA SELANGOR: Usul tergempar yang dikemukakan Dewan Ulamak PAS mengenai hubungan dengan DAP bukan suatu keputusan parti.

Perkara itu ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang sempena Muktamar Tahunan PAS ke 61.

"Itu hanya usul bukan keputusan, siapa sahaja boleh kemukakan usul tetapi keputusan belum tentu lagi.

"Kita menghormati setiap ahli yang memberi pendapat, ia dibawa di dalam muktamar peringkat dewan," katanya.

Beliau turut menegaskan perbezaan pandangan dan bebas mengemukakan usul merupakan prinsip demokrasi di dalam parti itu.

"Muktamar PAS Pusat belum membuat keputusan, lagi pun ia belum dibahas.

"Terserah kepada perwakilan untuk berbahas dan menentukannya," katanya lagi.

Sebelum itu pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-54 telah meluluskan usul tergembar berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) PAS dengan DAP.

Usul tergempar itu telah dibawa AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik. – HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015

Teruskan tahaluf dalam Pakatan Rakyat - Presiden PAS




HARAKAHDAILY | .


KUALA SELANGOR: "Marilah kita meneruskan tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah dan bertaawun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam dan bukan Islam dalam negara kita serta tidak bertolak ansur dalam perkara kezaliman dan kemungkaran," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau membuat gesaan itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 dengan tema 'Beristiqamah Hingga Kemenangan' di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, pagi ini.

Presiden PAS juga mengajak seluruh pemimpin dan ahli PAS mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman dan menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam," ujarnya.

Tuan Guru juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengerusi, pengarah dan jawatankuasa panitia muktamar, PAS Selangor, para petugas, anggota Jabatan Amal dan semua pihak yang menjayakan muktamar kali ini. - HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015



UCAPAN DASAR

PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) Muktamar Tahunan PAS ke - 61
2015

'BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN'

MUKADDIMAH

يغبني امك دمحلا كل انبر اي , هديزم يفاكيو همعن يفاوي ادمحو , نيركاشلا ادمحو , نيدماحلا ادمح لله دمحلا لك ىلع وهو دمحلا هلو كلملا هل , هل كيرش لا هدحو الله لاإ هلإ لا نأ دهشأ . كناطلس ميظعو كهجو للاجل ىلع كرابو ملسو لصو مهللا . رينملا جارسلاو ىجدلا ردبلا , هلوسرو هدبع ادمحم نأ دهشأو . ريدق ءيش
.نيدلا موي ىلإ هجهن ىلع راس نمو , نيعمجأ هبحصو هلآ ىلعو , نيلسرملاو ءايبنلأا فرشأ دمحم


Yang dihormati Dato Pengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato Dr Haron Din Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Dato Timbalan Mursyidul Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dato Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli- ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala Selangor pada tahun 2015 ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12 Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR

.Marilah kita sama-sama menghayati dan memahami firman Allah SWT kepada Rasulullah dan umatnya yang beriman dan setia : (Beristiqamah kamu (wahai Muhammad ) dan sesiapa yang bertaubat bersama mu dan jangan sekali-kali kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan sekali-kali kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disentuh oleh api neraka, dan tidak ada penolong bagi kamu selain Allah. Kemudian kamu tidak diberi pertolongan)

2.Muktamar Agung Tahunan kali ke-61 pada tahun ini mengangkat tema

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN. Istiqamah adalah bermakna tetap berada di atas dasar, amalan dan perjuangan yang benar daripada Allah, iaitu Islam yang sempurna, tetap dalam perkara prinsip dan anjal dalam pelaksanaan di sepanjang zaman. Ianya bukanlah satu retorik untuk mencapai kemenangan dunia yang sementara, tetapi yang paling besar ialah kemenangan akhirat yang berkekalan.

3.Kemenangan adalah menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Islam mempunyai konsepnya yang tersendiri mengenai maksud kemenangan, dan ianya adalah berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Kemenangan juga hendaklah dikaitkan dengan kemenangan di akhirat yang merupakan kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang- pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

.Marilah kita menghayati apa yang di firmankan oleh Allah SWT :"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra aryam telah berkata kepada pengikut- pengikutnya yang setia: ""Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?"" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: ""Kami lah penolong-penolong agama Allah"", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." [As-Sof : 14]

Firman Allah lagi : "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." [at-Taubah : 100]

5.Tema istiqamah diangkat sekali lagi dalam muktamar kali ini bagi menegaskan betapa pentingnya istiqamah dalam perjuangan Islam yang sangat mencabar, sehingga ada yang terhenti di pertengahan jalan, ada yang tercicir dan terpesong, dan sebilangan terus bersama dengan jemaah ini sehingga ke akhir hayat mereka. Istiqamah inilah yang menjadi doa kita semua agar hidup kita berakhir dengan husnul khatimah. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: ""Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu"" Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah
mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. [at-Taubah : 42]
Istiqamah di atas prinsip dan dasar PAS

6.Ingin saya memperingatkan para hadirin sekelian, bahawa apa sahaja yang kita bicarakan dalam memandu perjuangan ini hendaklah merujuk kepada panduan yang menyeluruh dari al-Quran dan as-Sunnah, serta memahami bahawa PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan siyasah. Manakala Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi bagi PAS adalah al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.

7.Inilah yang membezakan kita dengan suara demokrasi Barat yang melaungkan slogan Suara Rakyat Suara Keramat, Hidup Rakyat, atau pun kita mengikut kehendak rakyat yang jahil atas nama demokrasi, sehingga melanggar sempadan Allah.

8.Maka Muktamar dan musyawarah kita adalah syura yang tidak boleh mengatasi hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS. Inilah pegangan PAS yang wajib difahami dan dipegang oleh semua pimpinan dan ahli. Konsep ini tidak ada pemisahan di antara ulama dan para ilmuan dalam apa jurusan sekalipun. Inilah yang membezakan kita dengan pihak lain. Maka PAS wajib memelihara jati dirinya sendiri dalam semua keadaan. Laksana ikan yang tidak menjadi masin, walau pun berada dalam lautan masin yang luas mengelilinginya.

9.PAS menegakkan konsep demokrasi beraqidah Islam bertuhankan Allah Yang Maha Esa. Bukan demokrasi barat yang bertuhankan manusia walau sebijak mana sekali pun.

10.Kita ingin tegaskan sekali lagi pada hari ini, bahawa PAS tidak mengamalkan konsep Teokrasi yang mempertuhankan ahli agama sebagai pencipta peraturan dan dasar yang tidak boleh dipertikaikan. Kita menolak konsep teokrasi berpandukan peringatan Allah.

(Mereka jadikan para paderi dan pendita, tuhan-tuhan yang lain daipada Allah).

11.Golongan ahli kitab itu menjadikan para pendita dan rahib mereka sebagai pembuat daaar yang bercanggah dengan hukum Allah serta mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah . Firman Allah :

(Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (dilantik menjadi tuhan) kepada mereka, yang berkuasa mengadakan hukum syariat dalam apa-apa perkara yang tidak diizin Allah ,dan kalaulah tidak kerana adanya keputusan yang difirman Allah, sudah tentu meraka sudah dihukum di kalangan mereka . Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu disediakan kepada mereka azab yang sangat menyeksakan). [as-Syuura : 21]

Istiqamah menolong agama Allah

12.Istiqamah juga menjadi menjadi syarat mendapat pertolongan dari Allah SWT, dengan kita berpegang kepada tiga prinsip yang utama :

i.Berpegang dengan Islam
ii.Tidak melampau
iii.Tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim

13.Ketiga-tiga prinsip ini adalah bagi mencapai kemenangan yang luas berkekalan, sepanjang dunia hingga akhirat. Memberi kebahagiaan bagi diri, keluarga dan masyarakat. Kita mahu berjaya di dunia ini sehingga memerintah negara berkebajikan terhadap rakyat dan mengurus alam, melalui pertolongan Allah Rab Alamin. Firman Allah SWT :

(Dan Allah pasti menolong sesiapa yang menolong (agamanya) dan sesungguhnya Allah itu Maha kuat Lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kuasa memerintah, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat (penentu kesudahan segala perkara dengan ganjaran pahala dan balasannya).

14.Oleh itu, adalah tersangat penting untuk kita mengukuhkan keaslian jalan tindakan kita dalam menegakkan Islam di tanahair kita ini. Islam yang kita bawa pula adalah berteraskan Aqidah, Syariat dan Akhlak, dan tidak memisahkan urusan dunia dengan agama. Islam yang sempurna sehingga mampu menunaikan tugas dan matlamat kejadian manusia untuk : (1) Beribadah, (2) Berkhilafah dan (3) Menunaikan amanah.

15.Hal ini menuntut kita berpegang kukuh di atas dasar, matlamat dan cara yang benar, tanpa terpesong daripada landasannya, dengan cara dan adab yang betul. Kita juga tidak boleh jumud atau melampaui batas, tidak terpesong ke kanan atau kiri dan tidak berundur ke belakang, tidak juga melampau sehingga terjerumus ke lembah yang membinasakan.

Istiqamah Mengukuhkan Kepimpinan Ulama, Mengangkat Peranan Professional

16.Islam ini dipelihara Allah dalam kitab al-Quran yang tidak boleh diselewengkan. Sunnah Rasulullah ﷺ pula dijaga ilmu dan cara amalannya oleh para ilmuan Islam yang dinamakan para ulama. Mereka perlu mewarisinya dengan benar dan amanah, sebagaimana yang ditegaskan oleh sabda Rasulullah :

(Sesungguhnya para ulama itu adalah para pewaris pusaka (peninggalan para anbiya). Mereka (para anbiya) itu tidaklah meninggalkan pusaka mata wang dinar (duit emas) dan dirham (duit perak). Sesungguhnya mereka meninggalkan pusaka ilmu (daripada wahyu dan hikmah Rasulullah . Maka sesiapa yang menerimanya nescaya dia mendapat bahagian yang banyak).

17.Para Rasul yang menegakkan negara besar, seperti Nabi Daud A.S., Nabi Sulaiman A.S. dan Nabi Muhammad , dan pengikut Rasul seperti Zulqarnain, semuanya meninggalkan pusaka ilmu Islam yang dipelihara Allah. Mereka tidak meninggalkan tamadun kebendaan seperti Namrud dan Firaun, supaya manusia mengambil iktibar, dan bukannya berbangga dengan kesan jahiliyah itu.
18.Maka PAS meletakkan kepimpinan ulama bagi memelihara asas dan matlamat Islam yang kukuh bersama warisan ilmu daripada hidayah Allah. Semua keperluan yang lain yang menjadi urusan duniawi juga wajib beristiqamah di atas landasan Islam. Maka para ulama feqah mewajibkan kepimpinan berilmu Islam yang mampu memahami nas dan mampu berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas dalam urusan dunia yang menjadi jambatan akhirat, sehingga tidak terpesong daripada Islam.

19.Di zaman mutakhir ini, ijtihad perlu diwujudkan secara jamaei (kolektif). Inilah tujuannya diwujudkan Majlis Syura Ulama, yang menggabungkan para ulama dalam berbagai bidang ilmu Islam daripada kalangan kepimpinan PAS sehingga mampu mencapai tujuan nas dan berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas. Para ilmuan dalam jurusan yang lain wajib diambil kira kepakaran masing- masing dalam membuat ijtihad.

20.Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti, sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti. Bahkan kita menerima siapa sahaja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam. Jangan ada di kalangan kita yang terperangkap dengan mainan musuh yang cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara ulama dan profesional.

21.Sejarah PAS tersangat jelas, di mana kedua-dua golongan ini berganding bahu menubuh dan menggerakkan PAS hingga ke hari ini. Gagasan kita jelas dalam puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulama.

22.Para profesional dalam PAS telah dan secara berterusan memberikan sumbangan kepada parti samada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Kesemua ini adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam PAS di atas pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam.

23.Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisma yang diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam. Usaha sebegini dilakukan oleh musuh Islam di seluruh pelusuk dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dalam saf kebangkitan Islam terkini. Maka di sana wujud kalangan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan tasyaddud.

24.Kalangan berjuang secara tasahul, ingin menceduk setiap perkembangan yang berlaku daripada luar Malaysia, seperti Revolusi Islam Iran, AK Turki, Ikhwan dan Hizbu al-Nahdhah di negara Arab, tanpa melihat perbezaan waqie di bumi tempat kita berpijak. Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak ke hadapan dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke jalan yang tulen berbanding dengan suasana masyarakat di tempat rakan rakan kita di luar sana. Mereka adalah rakan-rakan seperjuangan kita tetapi di bumi yang berbeza dan waqie yang juga berbeza.

25.Manakala dari kalangan yang kedua pula iaitu ber tasyaddud, iaitu mahu melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa pilihan raya seperti Taliban, al-Qaeda dan ISIS atau DAAISH. Kumpulan ini juga melibatkan kalangan ulama dan ilmuan yang bersemangat Islam tetapi tidak feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing.

HALATUJU PAS

26.Bagi mendepani berbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang perjalanannya pada waktu ini, ada tiga sudut yang ingin ditekankan dalam halatuju PAS untuk tempoh setahun ini. Ianya adalah, (1) Istiqamah PAS dengan dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; (2) Mempertegaskan bahawa PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait adalah dengan, Islam; dan (3) Mengadakan semua pedekatan dengan pihak lain mengikut panduan al-Quran dan Sunnah, seperti Tahaluf Siyasi, Taawun, Dialog dan lain- lain.

Hubungan Semua Urusan dengan Islam

27.Al Quran meletakkan sifat mendapat kuasa untuk memerintah negara (Tamkin), hendaklah berkonsepkan : Mendirikan sembahyang; di mana kepada kerajaan Islam bukan sekadar mendirikan masjid dengan bangunannya sahaja, tetapi juga meletakkan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan seluruh aspek perlembagaan, undang-undang negara dan pengurusannya adalah sebahagian daripada urusan agama yang termasuk dalam perhitungan dosa dan pahala.

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (al-Haj : 41)

28.Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya berhenti sekadar di Putrajaya. Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan semua pihak yang lain sama ada kawan atau lawan.

29.Generasi awal zaman keemasan umat ini telah menjadi contoh, bukan sahaja mencapai kemenangan menegakkan negara di Madinah, selepasnya pula mereka melakukan Futuhat Islamiyyah, di mana Islam yang dibawa bukan sahaja menguasai wilayah yang luas bahkan membuka hati-hati manusia di negeri yang diperintah oleh Islam. Kedatangan yang membezakannya dengan penaklukan dan penjajahan. Bermakna kemenangan membawa rahmat dan adil terhadap semua. Bukannya membalas dendam dan zalim. Kemenangan membawa amanah bukannya mendapat peluang berkuasa semata-mata.

Pendekatan dengan pihak luar dari PAS

30.Sejarah PAS sejak dari tahun 1951 lagi, mencatatkan bahawa kita telah dan sedang melaksanakan berbagai pendekatan yang dirujuk kepada panduan al- Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam kita menerokai siyasah. Maka kita melaksanakan Tahaluf, Taawun, Dialog, dan berbagai pendekatan lainnya.

31.Aspek Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah merupakan dasar yang telah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh PAS sejak berpuluh tahun lalu. Sejarah panjang perjuangan PAS meyaksikan bagaimana PAS telah melakukan kerjasama politik dengan Parti Negara yang di asaskan oleh Dato Onn Jaafar bila mana beliau keluar dari parti UMNO yang diasaskannya. Demikian juga PAS menyertai Kerajaan Campuran dan BN selepas pergolakan politik tahun 1969, Majlis Perunding Ekonomi Negara bersama Angkatan Perpaduan Ummah 1990, bersama dengan PKR dan DAP tahun 1999 dalam Barisan Alternatif dan kini bersama Pakatan Rakyat yang di asas pasca pilihan raya umum 2008.

32.Sejarah ini membuktikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang tertutup, atau juga bukan parti yang hanya menghafal hukum-hukum feqah semata-mata sehingga tidak memahami waqie politik negara. Namun kesemua ini dilakukan melalui kaedah - kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat-syarat yang tidak mengikat kita untuk membawa Islam. Perlu kita ingat, bahawa apa sahaja
persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam yang dibawa adalah tidak boleh diikuti sama sekali.

33.Sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, kita sering memperingatkan pimpinan dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan, memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan. Allah Taala menguji kita dengan sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama.

34.Maka sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urustadbir telus dan lain - lain yang menjadi titik pertemuan. Agenda ini kita rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam Polisi Bersama PR.

35.Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam Polisi Bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing. Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita adalah memperjuangkan perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS, tetapi PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan. Apatah lagi kita tidak pernah mencampuri siapa yang patut atau tidak patut berada dalam kepimpinan parti masing-masing, walau kita diserang siang dan malam.

36.Oleh yang demikian, PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Tentunya dalam masa yang sama kita wajib berhati- hati dengan peringatan Allah SWT dalam al-Quran; yang sangat jelas peringatannya; firman Allah SWT :

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan
Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

MEMBANGUN NEGARA MALAYSIA

Menentang kezaliman dengan pendekatan demokrasi

37.PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah melalui proses demokrasi yang tidak melampau dan hanyut, menentang pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, kedudukan, rakyat dan harta. Perjuangan kita berkonsepkan hadis Rasulullah :

(Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Mereka berkata: Wahai Rasulullah !, yang dizalimi ini kami menolongnya, bagaimana pula menolong yang zalim. Sabdanya: Pegang tangannya supaya jangan berlaku zalim).

38.Kita menentang kezaliman itu dengan memberi nasihat yang diberi kelebihan Jihad Akbar. Tegasnya sabda Rasulullah ﷺ :

(Jihad paling afdal ialah ucapan menegakkan yang adil di hadapan pemerintah yang zalim).
39.Inilah pendekatan yang wajib dilaksanakan dalam masyarakat Islam di tanahair sendiri yang tenggelam dalam kejahilan setelah mengalami kesan penjajahan, sehingga meletakkan Islam tidak berkuasa memimpin dengan istiqamah. Keadaannya sangat berbeza dengan suasana menghadapi musuh luar yang menceroboh tanah air. Kewajipan kita ialah membetulkan pemimpin dan rakyat supaya kembali kepada Islam dengan beristiqamah.

40.Maka pendekatan demokrasi adalah paling aslah bagi kita, walau pun masih banyak kepincangan dan kecacatan yang menyulitkan kita untuk mencapai kejayaan dengan cara yang baik. Ini adalah kerana kejahatan wujud dengan berlesenkan demokrasi yang tidak adil. Antara kezalimannya ialah, keadaan demokrasi tempang tanpa hak media, pembahagian kawasan pilihanraya yang menzalimi PAS secara khusus, tidak beramal dengan konsep Federalisma yang lebih demokratik, khusus terhadap kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

41.Maka kita wajib beristiqamah menentang kezaliman ini, tanpa melakukan perkara yang zalim juga terhadap rakyat dengan tindakan-tindakan yang melampaui batas yang diajar oleh Islam. Atau melakukan perkara yang memberi pulangan mudarat yang lebih besar. Inilah makna pelaksanaan Feqah Aulawiyyat yang sebenar.

Membela masyarakat peneroka dan luar bandar.

42.PAS merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Felda, Generasi Kedua dan Ketiga yang telah menunjukkan isyarat jelas dalam PRK Rompin baru- baru ini. Pencapaian yang boleh dibanggakan hasil kerja keras seluruh ahli dan pimpinan parti, bagi mengangkat martabat warga Felda. Isu yang melibatkan kebajikan dan hak warga Felda seperti kadar Gred Perahan, kos Tanam Semula yang begitu tinggi, isu Koperasi Permodalan Felda (KPF), serta kedudukan saham FGV yang kini menjunam hampir sekali ganda menambahkan lagi bebanan kepada warga Felda.

43.Termasuklah isu Perumahan Rumah Generasi Kedua dan Ketiga yang gagal disediakan, manakala yang telah dibina pula tidak mampu dibeli oleh mereka. Kerajaan sepatutnya mengatasi masalah mereka dan bukannya menambah bebanan mereka.

44.PAS juga kesal kerana kerajaan gagal menunaikan tanggungjawab untuk mengganti Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan bagi tujuan pembangunan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara. Begitu juga kampung tradisi dan Peneroka Bandar, samada tanah yang mempunyai hak milik atau bersifat sementara (Tol) turut menjadi mangsa seperti Kampung Abdullah Hukum, Kerinci, Kampung Chubadak Tambahan dan Puah Seberang.

45.Kesemua isu-isu yang melanda masyarakat peneroka dan rakyat ini, menuntut supaya PAS melipat gandakan usaha untuk membela dan membantu golongan yang dizalimi ini. Sasaran kita biarlah jelas, kerana kita bukan bermusuh dengan institusi Felda atau mana-mana institusi yang lainnya, dan kita juga tidak bermusuh dengan mana-mana kakitangan institusi ini, tetapi kita menggempur dasar yang menekan rakyat, bersama pimpinan BN yang tidak bersifat amanah
ini. Felda adalah hak rakyat negara ini yang perlu diperbetulkan kaedah pengurusannya.

Mengolah Masyarakat Majmuk

46.Beristiqamah dengan Islam membolehkan kita menyelesaikan masalah masyarakat majmuk. Masalah masyarakat majmuk ini dipaksakan oleh penjajah, kerana berbagai kaum yang datang dipaksa oleh penjajah menjadi hambanya, namun secara kebetulannya inilah mesej Islam yang wajib kita sampaikan. Syaratnya bukan sekadar kita telah berjaya menghalau penjajah itu, kita juga wajib membebaskan diri daripada belenggu ideologi dan sistem yang ditinggalkan penjajah itu, serta membebaskan seluruh manusia dengan cara dan pendekatan Islam. Mengapa dibiarkan kapitalis, sosialis, komunis, pragmatis yang asing daripada kaum dan bangsa Asia ini membawa perjuangan mereka ke sini ?.

47.Mesej ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya Islam diberi peluang mentadbir negara, bukan sekadar menumpang pihak lain yang tidak memberi ruang supaya Islam dilaksanakan, tetapi hanya menjadi alat atau tangga, atau kuda tunggangan menjulang kemenangan tanpa istiqamah.

48.Islam menjadikan manusia seluruhnya adalah satu keluarga yang berasal daripada seorang bapa dan seorang ibu, Adam dan Hawa. Firman Allah :

(Wahai manusia ! ; Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu bertaaruf, dan yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu Lagi Amat Berpengetahuan berkenaan urusan kamu).

49.Maka kewujudan masyarakat majmuk dalam negara kita ini mestilah diolah oleh PAS supaya ianya memperkuatkan negara kita ini. Oleh yang demikian, kita perlu juga melihat masyarakat majmuk ini dari kacamata dakwah yang menjadikan mereka sebagian madu kita, bukan hanya dari kacamata politik semata-mata.

Kita hidup dalam rumpun berbagai kaum, bangsa, agama; yang wajib bertaaruf, kerana berasal daripada Adam dan Hawa.

50.Islam membawa konsep tidak ada paksaan dalam agama walaupun diwajibkan berdakwah kepada seluruh manusia, dan wajib berlaku adil terhadap semua, memberi hak menganut agama dan beramal dengan ajarannya oleh penganutnya. Semuanya ini ada kaedah dan feqahnya mengikut Islam. Firman Allah : (Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan yang disaksikan menjadi contoh, dan janganlah dengan sebab permusuhan kamu terhadap sesuatu kaum sehingga menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Kamu wajib berlaku adil kerana ia lebih hampir kepada takwa. Bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa- apa yang kamu kerjakan)

Membina Pendidikan dengan acuannya

51.Pendidikan adalah acuan pembangunan manusia dengan ilmu, namun hendaklah mengikut acuan Allah pencipta alam semesta. Makhluk manusia ini difitrahkan kejadiannya dengan sifat-sifat berjasad, roh dan akal, secara individu, berkeluarga dan bermasyarakat. Maka mereka diwajibkan beribadah kepada penciptanya, berperanan di alam bumi bagi memakmurkannya (Khilafah), dan wajib menunaikan amanah menegakkan syariat adil membawa rahmat dengan beriman dan akhlak.

52.Acuan pendidikan manusia mengikut acuan Islam, wajib merangkumi segala aspek fitrah kejadian dan peranannya di alam dunia ini. Sebagaimana jawapan Rasulullah kepada soalan malaikat Jibril berkenaan Islam, Iman dan Ihsan. Ini adalah acuan Allah supaya pendidikan manusia itu merangkumi Aqidah (Iman), Syariat (Islam) dan akhlak (Ihsan) iaitu lah membangun jasad, roh dan akal. Inilah yang perlu dijadikan dasar pendidikan oleh pihak kerajaan supaya pendidikan awal ini melalui proses acuan yang menekankan aqidah, syariat dan akhlak.

53.Acuan ini telah berjaya melahirkan manusia generasi awal di tanah Arab yang tidak ada sumber ekonomi, dan tanpa tamadun duniawi yang dijadikan rukun kemajuan terkini, tetapi telah berjaya memimpin dunia dengan iman dan amal soleh yang menjadi syarat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.

54.Kini pula kita menyaksikan kemusnahan tamadun barat yang beracuannya sendiri. Adapun kita masih lagi meminjam dan melaksanakan acuan pendidikan yang sama. Akibatnya ialah menerima hasil pemimpin dan masyarakat yang sedang dirasai bahang kemusnahannya juga. Inilah yang perlu diperbetulkan dalam negara kita ini.

55.Apa yang kita lihat sedang berlaku sekarang ialah, anak-anak kita dan guru menjadi bahan ujikaji pelaksanaan kaedah-kaedah baharu yang ingin dijalankan oleh pihak kerajaan tanpa persiapan prasarana yang benar mencukupi, bertukar ganti dasar apabila menterinya bertukar. Akibatnya murid dan guru dibebankan dengan kerja, yang akhirnya menyebabkan tugas sebagai pendidik akan terjejas.

Ekonomi negara

56.Kebanyakan kita hanya mengenali dua mazhab ekonomi dalam mengurus negara dan rakyat, serta sumber hartanya. Pertama, mazhab Liberal Kapitalisma yang lebih berpihak kepada segelintir kroni golongan kaya raya dan kedua, mazhab Sosialisma dan pecahannya seperti komunisma yang kononnya berpihak kepada rakyat tertindas (pekerja dan petani) tetapi menzalimi golongan kaya yang patut membantu kejayaan ekonomi yang adil.

57.Mereka tidak tahu bahawa Islam adalah berbeza dengan semuanya, kerana Islam tidak menjadikan kebendaan sebagai dasar dan matlamat. Islam meletakkan manusia adalah modal ekonomi yang sangat penting. Modal insan ini hendaklah dibangun mengikut segala aspek fitrahnya, roh, jasad, individu, keluarga dan masyarakat. Beracuankan Islam daripada Allah, yang telah menetapkan juga perkara-perkara aqidah, syariat dan akhlak dalam aspek ekonomi sehingga tidak berpisah di antara satu sama lain.

58.Negara Malaysia tanahair kita ini berada di atas bumi yang subur dan bersumber di dalam perutnya hasil mahsul yang banyak, di mana Bank Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara yang terkaya dari segi sumber per kapita rakyatnya. Tetapi hasil yang banyak ini tidak befungsi sebagaimana sepatutnya. Ini semua adalah kerana kita membentuk manusia yang bertuhankan harta benda dan berlumba sekadar mengisi perut tanpa makanan roh dan akal, di
mana kekayaan berlegar di kalangan pihak pemodal kaya-raya, ditambah pula dengan wujudnya kepincangan tadbir-urus dan tata-kelola kepimpinan negara.

59.Lihatlah bagaimana pengurusan ekonomi yang adil, berakhlak dan berkat, sebagaimana contoh Raja yang adil Zulqarnain yang menolak cukai yang hendak diberikan kepadanya oleh kaum yang lemah, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran :

(Mereka berkata : Wahai (Raja) Zul Qarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj melakukan kejahatan dalam negeri kami. Adakah kami bayarkan cukai kepadamu supaya kamu dirikan kota pertahanan yang menghalang musuh . (Zulkarnain menjawab) : Apa yang Tuhan kurniakan kekuasaan kepada ku lebih baik lagi (tidak perlu membayar cukai itu). Tolong sahaja dengan tenaga kerja yang kuat, nescaya aku dapat dirikan kota yang teguh boleh menghalang serangan mereka terhadap kamu.

60.Manakala Raja Sulaiman A.S. pula menolak rasuah, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran :

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). [an-Naml : 36]

61.Negara yang kita idamkan ialah yang ditegakkan di atas hidayah daripada Allah yang dijamin keteguhannya, bukan negara jibayah yang bergantung dengan cukai daripada rakyat dan membeli rakyat. Negara inilah yang menerima janji Allah :

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

62.Sekiranya kita meneliti perspektif ekonomi dalam negara ini, kita akan dapati bahawa berbagai perancangan dan dasar dikemukakan oleh Kerajaan BN yang memerintah sejak puluhan tahun. Antaranya ialah Bajet Tahunan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sejak 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Kemudianya, Dasar Transformasi Negara dan terkini pembentangan Rancangan Malaysia ke-11. Marilah kita dengan secara ikhlas membuat ukuran dan menilai pencapaian dasar-dasar ini secara adil dan berani, dengan berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh pihak ketiga, iaitu mereka yang lebih pakar dan sememangnya menumpu perihal kajian ekonomi dan kewangan negara.

63.Antaranya, sekumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa merakamkan dalam laporan kajian mereka (Fairness, Competition & Development Foundation for A Social Market Economy in Malaysia, 2012), bahawa sejarah pembangunan sosio-ekonomi Malaysia adalah satu yang bersifat pencapaian agak rendah secara relatif atau perbandingan. Sementara indikator pertumbuhan ekonomi dan sosial kita, mendahului negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia, tetapi negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Hong Kong telah jauh meninggalkan dan mengatasi prestasi ekonomi Malaysia sejak 1980an.

64.Lihatlah contohnya Korea Selatan yang mempunyai pendapatan per kapita (GNI per capita) pada tahun 1970 sebanyak USD$270, di mana rakyat di negara Malaysia ketika itu mengecapi pendapatan per kapita sebanyak USD$470 (mengikut data World Bank Atlas Method). Pada tahun 1980, Korea Selatan telah hampir menyaingi Malaysia. Korea Selatan telah meningkat kepada US$1,810 yang tidak jauh di belakang US$1,820. Namun, ketika Malaysia disajikan dengan pelbagai program dan dasar-dasar pembangunan, Korea Selatan terus memacu pertumbuhan per kapita rakyatnya. Pada tahun 2011,

Korea Selatan terus memecut pertumbuhan per kapita rakyatnya sebanyak USD$20,870 sementara Malaysia terus berada di paras Perangkap Pendapatan Sederhana dengan hanya mampu mencapai USD$8,420 masih hampir 3 kali ganda ketinggalan.

65.Lebih mengaibkan lagi adalah negara-negara umat Islamlah yang tercicir dan terkebelakang dari segi tata-kelola dan tadbir-urus negara termasuklah gejala dan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa penguasa politik negara.

66.Kita ingin mengingatkan kepimpinan negara supaya tidak hanya bermegah membentang dasar demi dasar, program demi program. Saya bersedia mengakui bahawa sebahagian dasar-dasar dan program-program ini adalah baik kerana dibuat oleh pihak birokrat negara yang sejak dulu sememangnya hebat dan kompeten, kerana mereka terdiri dari pemikir-pemikir anak watan yang terpelajar dan terlatih.

67.Unit Perancangan Ekonomi (EPU) adalah think-tank kerajaan sejak dahulu telah memerah otak fikiran mereka untuk menghasilkan kajian dan penyelesaian terhadap pelbagai kemelut dan gejala ekonomi yang serba bersimpang-siur dan pelbagai tuntutan yang saling bersilang dalam sebuah masyarakat majmuk berbagai kelas ekonomi.

68.Hari ini mereka sedikit diketepikan kerana kecenderungan kerajaan untuk memberikan kepada konsultan atau perunding luar yang dibayar secara mewah sekaligus meminggirkan pakar-pakar tempatan dalam persiapan pelbagai kajian sosial, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi. Ini sangat malang dan amalan ini harus dihentikan.

69.Maka seandainya kepimpinan negara tidak komited untuk benar-benar menghayati tuntutan Allah dan Syariat sebenar, khasnya dalam pembangunan ekonomi dan pengurusan kewangan, kesemua matlamat pembangunan ini akan tersasar.

70.Terkini, hampir-hampir seluruh urusniaga dan pengurusan kewangan 1- Malaysia Development Berhad (1-MDB) adalah lambang segala kekalutan dan kecurangan pengurusan kerajaan BN.

71.Bermula sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) yang berhajat untuk mencagar wang royalti Terengganu dan kemudian bertukar menjadi 1-MDB, selepas 6 tahun penubuhan (2009) dan operasinya, apa yang dapat ditunjukkan hanyalah timbunan hutang ke paras RM42bilion ! . Manakala Aset RM 50 bilion, gagal menjana aliran tunai positif.

72.Kerajaan juga tidak wajar memangsakan simpanan rakyat dan dana rakyat dalam apa jua tabung sekalipun samada KWSP, KWAP, LTAT, TH dan sebagainya. Cubaan untuk menggunakan dana Tabung Haji telah mencetuskan amarah ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya kepada pihak kerajaan BN. Skandal demi skandal berulangan walaupun pimpinan negara bertukar; setengahnya sudah ditelan sejarah seperti isu BMF, Perwaja, Maika Holdings, PKFZ dan berbagai lagi.

73.PAS sekali lagi menekankan bahawa sebuah kerajaan yang dimandat rakyat, mestilah bertanggungjawab menunaikan amanah dan harapan rakyat ini. PAS memahami sebuah pemerintahan itu, antara tugas utamanya adalah terangkum dalam seperti ditegaskan dalam Surah Hud, ayat 61:

Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya (Hud : 61)

HAK PELAKSANAAN SYARIAT

74.Usaha mendaulatkan syariat ini terus diperjuangkan sejak awal oleh PAS. Bacalah kembali apa yang pernah disebut oleh pimpinan PAS yang telah meninggalkan kita. Prof Zulkifli Mohamed mengungkapkan pada tahun 1956 :

Kita (PAS) adalah umat Islam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan di bumi Allah ini...

Manakala Dr Burhanuddin al-Helmy menyebut dalam Ucapan Dasar Yang DiPertua Agung Pas pada 24 Ogos 1957 :

kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belumlah lagi ber arti tercapainya cita-cita PAS, dan belumlah dihitungkan telah merdeka sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang seseorang, masyarakat dan negara, barulah tercapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh PAS.

75.Maka adalah tidak benar sama sekali pandangan pihak yang tidak memahami sejarah dan dasar perjuangan PAS, bahawa PAS bersikap gopoh dalam mengambil langkah ke arah pelaksanaan syariat Allah SWT ini. Lihat sahajalah bahawa kita sangat beransur dalam tindakan (tadarruj), di mana PAS bercakap dari tahun 1950an lagi, hanya meggubal dan diluluskan enakmen pada tahun 1993, iaitu setelah berlalu 40 tahun lebih dan generasi pula telah berubah bertukar ganti. Sejak dari tahun 1990an, PAS dan Kerajaan Kelantan mengadakan perbagai kempen, seminar, dialog, perbincangan pakar dan lain lain, tanpa melaksanakan enakmen itu sama sekali kerana kita menyedari akan kekangan yang wujud. Kepada mereka yang tidak memahami ini, jangan dibaca sejarah PAS hanya dari tahun 1990 ataupun tahun 1999.

76.Setelah lebih 20 tahun pula berlalu selepas enakmen ini diluluskan (menjadikannya lebih dari 60 tahun langkah-langkah diambil oleh PAS), maka kita lihat ada ruang kecil boleh dilakukan untuk mengangkat taraf mahkamah syariah yang kini hukuman di Mahkamah Tinggi Syariah pun adalah jauh lebih rendah dari Mahkamah Rendah (Sivil), maka kita mengambil langkah proaktif untuk membawa pindaan Akta 355 [Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965]. Itupun hanya untuk kesalahan rotan, denda dan penjara sahaja; untuk meningkatkan hukuman kesalahan syariah supaya tidak tertakluk kepada hanya 3 tahun penjara, denda maksima RM5000 dan 6 kali rotan sahaja sebagaimana pada waktu ini.

77.PAS menghadapi isu pelaksanaan syariat Islam ini sebagai satu senjata menolak Islam sejak zaman penjajah lagi. Namun kita menangani semua persoalan ini secara demokrasi bermula dengan pendekatan ilmu sehinggalah mencetuskan kesedaran melaksanakan undang-undang syariat yang dikemukakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Pelaksanaan syariat ini, bahkan isu peningkatan taraf hukuman untuk kesalahan syariah pula adalah hak orang Islam yang wajib diperkukuhkan sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

78.Kerajaan Kelantan pimpinan PAS wajib mengusahakan agenda ini kerana desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam, kerana Islam menjadi hak setiap penganutnya dan manusia yang mahu melihatnya. Masyarakat pula dilanda wabak jenayah dan keruntuhan akhlak yang tidak terkawal oleh undang- undang ciptaan manusia. Ketepikan mereka yang degil melawan Allah walaupun tenggelam bersama tanda kemusnahan.

79.Allah pernah berfirman kepada Rasulullah ketika menghadapi kumpulan seperti ini di zamannya:

(Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan berwaspada terhadap mereka daripada godaan terhadapmu supaya meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Maka sekiranya mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah hendak mengenakan ke atas mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa- dosa mereka. Dan sesungguhnya ramai daripada kalangan manusia itu orang- orang yang fasik).

80.Maka PAS menolak mereka yang tidak mahu memberi jalan kepada pelaksanaan Islam atau Islamnya tidak istiqamah di atas konsep adil terhadap semua. PAS juga menolak kalangan bercita-cita untuk membalas dendam terhadap mereka yang dianggap musuh, kerana kita diajar oleh Rasulullah menjadi penyelamat kepada seluruh manusia. Maka inilah perbezaan kemenangan Islam dengan revolusi barat dan timur yang banyak mengorbankan nyawa, mencabul maruah dan harta kerana membalas dendam.

81.Kita hendaklah membezakan PAS dengan kalangan yang mahu melaksanakan Islam tanpa feqahnya menyebabkan wajah Islam dirosakkan kerana tidak mengikut tasawurnya dengan istiqamah. Jangan siapa yang menyekat perjuangan kita atau memesongkan perjalanan kita secara berterangan atau menipu helah dengan cara mengikat PAS supaya tidak bergerak ke hadapan dalam membawa agenda Islam.

MENGUKUHKAN ORGANISASI PAS

82.Organisasi dalaman PAS mestilah bergerak seiring untuk diperkukuhkan dengan diberi suntikan baharu dalam merancang dan melaksanakan gerakerja. Penyelarasan bersama untuk merangka gerakerja antara Lajnah-Lajnah di peringkat Pusat dan Negeri-Negeri perlu dilakukan agar kita dapat memaksimakan gunatenaga ahli parti.

83.Penumpuan khusus menerokai negeri Sabah dan Sarawak secara intensif akan
dilakukan nanti, terutamanya dalam aspek dakwah, diikuti tarbiyah memperkukuhkan kefahaman ahli dan persediaan berdepan dengan politik pilihanraya di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang ini.

Dakwah

84.Sehubungan dengan itu juga, gerakerja dakwah yang menjadi tugas yang penting di era kepimpinan ulama ini perlulah dipertingkatkan, terutama di luar bandar, kawasan orang asal, kawasan kepadatan penduduk tinggi di pinggir perbandaran, dan di kalangan generasi muda yang disebut sebagai Gen-Y. Bahkan aktiviti dakwah jalanan yang dijalankan juga adalah sangat baik dan perlu diteruskan.

85.Proses dakwah kita mestilah meliputi semua golongan, kerana kita mesti menjadi agen penyelamat ummah. Lantaran itu semua ruang dan peluang yang ada mesti dimanfaatkan semaksima mungkin. Aktiviti dakwah kepada golongan bukan Islam mestilah dipertingkatkan. Perkembangan teknologi maklumat dan capaian media baru mesti dipenuhi oleh info yang berguna dan bermanfaat. Para daei juga mestilah meningkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan serta keterampilan dengan akhlak Islamiyah.

Tarbiyah

86.Pemuda dan pemudi dalam parti, mestilah sentiasa beristiqamah meneruskan gerakerja kebajikan dan kemasyarakatan, sehingga mampu menjadi contoh yang dikagumi oleh masyarakat. Aktiviti tarbiyah mesti dirancakkan, terutama kepada ahli dan medan baharu di kalangan masyarakat awam.

Program khusus menjelaskan tentang dasar parti, dan pengisian fikrah perjuangan PAS mesti dilaksanakan dengan segera kepada semua ahli baharu parti. Usrah disemua peringkat terutamanya di Negeri, Kawasan dan Cawangan mestilah digerakkan, dan dijadikan satu agenda penunjuk prestasi (KPI) dalam mesyuarat Cawangan, Kawasan dan Negeri.

87.Kaedah untuk mentarbiyah, berurusan dan menarik generasi muda yang dikenali sebagai Gen-Y ini mestilah tanpa kita meninggalkan asas dasar PAS, bukannya kita mengikut mana-mana kehendak mereka yang bersalahan dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata untuk memenangi hati mereka. Di sinilah letaknya peranan tarbiyah, bukan sekadar ilmu, bahkan ilmu bersama iman, kemampuan beramal dan berakhlak. Bukan sahaja untuk kemenangan, termasuk juga memenuhi syarat kemenangan dan mengisi kemenangan selepas mencapainya.

Ulama - Pemuda - Muslimat

88.Golongan ulama di seluruh peringkat dalam PAS, mestilah senantiasa bersedia dengan ilmu dan kefahaman yang sentiasa di pertingkatkan dalam berdepan dengan cabaran baharu yang sangat hebat pada masa kini. Kita bukan sahaja mesti memahami kitab-kitab Turath yang menjadi khazanah ilmu Islam, tetapi dapat membaca menganalisa - menjelaskan kefahaman baharu sebagai suatu tajdid untuk membawa umat ini ke hadapan, berpandukan kepada panduan al- Quran dan as-Sunnah itu sendiri.

89.Ulama - Pemuda - Muslimat perlulah juga proaktif dalam mengemukakan penyelesaian masalah semasa yang wujud hasil dari zaman yang terus berkembang, terutamanya dalam zaman tanpa sempadan ini. Masyarakat menunggu sesuatu penyelesaian Islam yang selalu disebut oleh kita sebagai satu cara hidup. Zaman kita hanya berucap tanpa memgemukakan apa-apa penyelesaian yang berpijak di alam nyata ini sebenanrya sudah berlalu.

90.Hubungan yang proaktif dengan NGO yang tidak menentang Islam dan mendampingi masyarakat awam mestilah menjadi agenda ketiga-tiga Dewan ini agar penyelarasan kefahaman dan tindakan dapat dilaksanakan dengan efektif.

91.Kepada seluruh ahli PAS, kita semua mempunyai tanggungjawabnya tersendiri sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan parti. Bermakna PAS wajib menyediakan ahlinya sebagai Aamilin dan Duaat yang berjati diri mengikut acuan Allah.

92.Marilah kita semua menjadi ahli PAS yang menyempurnakan sifat atau ciri-ciri kumpulan Islam yang dapat memenuhi syarat dijanjikan kemenangan oleh Allah
:
(Allah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Dia akan jadikan mereka berkuasa memerintah negeri di bumi ini, seperti pernah dikurniakan kepada kalangan sepertinya di zaman dahulu, lalu Agama yang Diredainya (Islam) berkuasa (Tamkin) dan bertukarlah keadaan daripada ketakutan kepada keamanan, dalam keadaan mereka beribadah kepadaku (tanpa gangguan) dan mereka tidak berlaku syirik terhadapku. (Ingatlah) sesiapa yang kufur selepas itu, maka merekalah orang- orang yang fasik).

93.Dewan Himpunan yang menjadi satu sayap penting PAS perlulah juga diperkukuhkan peranannya. Organisasi DHPP wajar diberi lonjakan baharu dari segi keahlian, struktur organisasi dan perancangan gerakerja. Pembinaan modul kursus untuk memahami sejarah dan dasar PAS, kursus organisasi, dan lain- lain yang perlu hendaklah dirangkakan dengan segera pada sessi ini.

Pengurusan Maklumat

94.Sejak beberapa muktamar yang lepas, saya banyak memberikan peringatan kepada perwakilan berhubung keperluan mendekati senjata terkini ICT dan Media Baru dalam memperkasakan jentera pentadbiran, penerangan dan dakwah serta pilihan raya kerana internet merupakan lebuhraya maklumat yang terbesar yang perlu dimanfaatkan.

95.Internet kini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari maklumat dan melakukan tugasan harian. Satu perkara yang perlu ditekankan kepada pimpinan dan pengguna berbagai aplikasi-aplikasi IT ini ialah isu keselamatan siber dan penyamaran identiti online yang menyebabkan berlakunya banyak gelaja-gejala buruk, adu-domba dan fitnah di alam siber. Justeru itu, banyak kali saya menegaskan supaya pimpinan PAS tidak menerima bulat-bulat apa yang terdapat atau dipetik dari Internet, terutama apabila sumbernya tidak sahih dan meragukan. Ingatlah sabda Nabi Muhammad dalam satu hadis yang panjang dalam Riyadhus Shalihin :

“Adapun orang yang engkau datangi, ia sedang dipotong-potong hujung mulutnya sampai ke tengkuknya dan dari lobang hidung sampai ke tengkuknya dan juga dari matanya sampai ke tengkuknya itu ialah orang-orang yang pergi dari rumahnya lalu membuat kata- kata dusta dengan kedustaan yang sampai mencapai ke segala penjuru.

96.Seperti yang ditegaskan dalam muktamar sebelum ini, media parti seperti Harakah, Harakahdaily dan radio internet hijau.fm, mestilah tidak terlibat dengan fenomena-fenomena negatif dalam berkarya dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan pendekatan sensasi-songsang yang bertujuan melariskan jualan semata-mata dengan menjejaskan kredebiliti sebagai sebuah media Islam. Sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti untuk memberi kefahaman sebenar kepada rakyat.

MEMPOSISIKAN PAS DI PENTAS ANTARABANGSA

97.Di persada antarabangsa, PAS amat bimbang dan tersentuh dengan konflik dan pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab seperti di Yemen, Syria, Iraq dan Libya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertumpahan berdarah yang sedang berlaku ini mesti dihentikan segera. Apa yang kita sedang lihat adalah amat trajis dan memilukan kita semua umat Islam.

98.Di Syria, kini lebih 250,000 rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 7 juta rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran. Di Iraq peperangan terus disemarakkan oleh musuh sehingga mengakibatkan ratusan ribu yang terkorban dan menjadi pelarian. Perbezaan mazhab yang sudah ribuan tahun dapat ditangani, kini diapi-apikan semula sehingga seseorang itu dihukum akibat dari perbezaan mazhabnya. Begitulah juga dengan apa yang sedang berlaku di Yemen di mana peperangan proksi Kuasa-Kuasa Besar mengakibatkan ribuan rakyat awam Yemen yang menjadi mangsa korban.

99.Saya juga ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu campurtangan asing berlaku di bumi umat Islam. Biarlah rakyat Yemen, Syria, Iraq dan Libya menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campurtangan Kuasa Asing yang cuba memporak-perandakan negara-negara ini.

100.PAS amat tersentuh dengan kezaliman terbaru yang dilakukan kepada umat Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan kudeta. Mahkamah yang didokong oleh junta tentera Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, termasuk Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badi', serta Sheikh Yusuf Qardhawi yang kini menetap di Qatar. Apakah dosa sebenar mereka ini melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal meredakan kemarahan rakyat Mesir meskipun sudah hampir 2 tahun berlaku rampasan kuasa.

101.Kezaliman yang dilakukan oleh pihak rejim Zionis terhadap penduduk awam di Gaza dan Palestin juga nampaknya tiada penghujungnya. Agensi antarabangsa, terutamanya Kerajaan Malaysia yang berada dalam Majlis Keselamatan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menggunakan semua ruang yang ada untuk membantu umat Islam yang disembelih setiap hari ini.

102.Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Bangladesh. Rejim Sheikh Hasina yang zalim telah menjalankan hukuman mati ke atas beberapa pimpinan gerakan Islam Jamaat Islami Bangladesh termasuk Abdul Qader Mulla dan Penolong Setiausaha Agung Jamaat Mohamed Kamaruzaman. Sementara itu Amir Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Motiur Rahman Nizami sedang menunggu saat hukuman di tali gantung ke atas beliau.

103.Di Myanmar, PAS menentang sekerasnya penafian berterusan terhadap hak asasi manusia kaum minoriti di Myanmar yang berasaskan kebencian terhadap agama. Penafian ini tidak memberi petanda yang baik untuk penyatuan Myanmar mahupun kestabilan komuniti Asean. Penduduk minoriti Rohingya telah di halau dari bumi mereka sendiri dengan dibakar perkampungan mereka, sekolah- sekolah serta masjid-masjid yang mengakibatkan beribu-ribu umat Islam Rohingya kini menjadi pelarian.

104.PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar agar melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar. Bantuan kemanusiaan kepada ribuan pelarian Rohingya yang sedang terumbang-ambing di tengah- tengah laut harus dilaksanakan secepatnya tanpa bertangguh.
Pemerhati dan Perwakilan yang dihormati sekelian,

KESIMPULAN

Bertitik tolak di atas tema Beristiqamah Hingga Kemenangan ini, maka marilah sama- sama kita pada hari ini memahaminya dan menggerakkan jemaah ini untuk menghadapi apa juga cabaran yang sedang menunggu di hadapan dengan penuh yakin kepada dasar dan prinsip perjuangan ini dengan mengambil tindakan-tindakan berikut :

1.Marilah sama-sama pada hari ini kita menyatakan kesetiaan kita kepada perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berdasarkan kepada panduan al- Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah ﷺ dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT.

2.Marilah kita memahami maksud kemenangan yang dinyatakan oleh Allah SWT. Kemenangan yang mahu dicapai adalah sebahagian dari usaha mendapatkan
redha Allah SWT. Kita berjuang siang dan malam adalah kerana mencari redha Allah SWT. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita semua, dan jemaah yang menjadi platform perjuangan kita memenuhi syarat kemenangan yang telah digariskan oleh Islam dengan makna kemenangan yang sebenar.

3.Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan setiap dari kita bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah yang dijalankan oleh jemaah. Tarbiyah inilah yang akan menyediakan diri kita untuk lebih faham dan yakin terhadap fikrah perjuangan ini yang sempadannya bukan sahaja di dunia tetapi hingga ke akhirat.

4.Marilah kita mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat, semua Dewan- Dewan dan Lajnah, termasuklah Cawangan, Kawasan dan negeri. Saya menyeru kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya merapatkan saf perjuangan bersendikan fikrah perjuangan yang jelas dan tulen, melipat gandakan gerakkerja amal jamaie dan Islammi, dengan tumpuan kepada halatuju perjuangan untuk meraih kemenangan di dunia melalui dakwah dan siasah berpilihanraya, serta menang pula di akhirat iaitu mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

5.Marilah kita membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita ini. Semua pihak dan peringkat dalam organisasi ini mestilah memahami fiqhul-waqie, dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

6.Marilah kita meneruskan kerjasama Tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as- Sunnah, dan berta’awun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam dan bukan Islam dalam negara kita, serta tidak bertolak ansur dalam perkara kezaliman dan kemungkaran.

7.Marilah kita mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, dan menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam

Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor, Petugas-petugas, anggota Jabatan Amal dan semua pihak yang menjayakan Muktamar ke 61 ini.

Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Saya RASMIKAN Muktamar PAS kali ke 61 ini dengan menyebut sabda Rasulullah ﷺ:
. الله ةكرب ىلع اوريس

. نيملاعل ا بر للهدمحلا نأ اناوعد رخآوl

Sumber FB / DSTGHH - 4-.6 - 2015


Gambar Sekitar Ucapan Dasar Muktamar PAS Ke-61
Posted on Thursday, June 04 @ 10:46:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika ini sedang membentangkan ucapan dasarnya "BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN" pada Muktamar PAS ke-61 di Stadium tertutup Kuala Selangor.



Cikgu Pa memulakan ucapan aluan.





Para perwakilan yang akan menentukan hala tuju PAS selepas ini.







Media



Media (sinar Harian)





Sumber TKO - 4-6-2015

Hadi tidak akan korbankan prinsip hanya untuk menawan Putrajaya, kata Tuan Ibrahim
Posted on Thursday, June 04 @ 02:25:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



BENTONG : PAS tidak akan menggadai soal prinsip seperti perjuangan hududnya semata-mata untuk bersama Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya, kata calon timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,.

Beliau juga berkata presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah mangsa serangan DAP  kerana mempertahankan prinsip-prinsip PAS dan bukannya atas sebab peribadi.


Dalam wawancara dengan Antarapos menjelang pemilihan parti esok,  Tuan Ibrahim menggesa DAP menghentikan serangan-serangan terhadap Hadi jika iklhas mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat.


Beliau berkata Hadi tidak pernah mengugut  untuk membawa PAS keluar daripada gagasan pembangkang itu namun membayangkan kemungkinan ia berlaku jika kecaman DAP terhadap Hadi tidak dihentikan.


"Bagi kita, setakat ini PAS masih bersama PR tapi kalau serangan berterusan saya fikir jangan salahkan PAS kalau berlaku sesuatu sebab serangan berterusan ini menyebabkan ahli-ahli kita juga akan kecewa dengan apa yang berlaku,” kata beliau.


Tuan Ibrahim berkata DAP harus menerima hakikat bahawa agenda hudud yang dipertahankan Hadi adalah sebahagian daripada perjuangan PAS di Kelantan sejak lebih dua dekad lalu.


"Pendirian presiden (adalah) bersama dengan PR (tetapi) bukan dengan mengorbankan prinsip dan dasar perjuangan PAS.  Presiden diserang kerana mempertahankan prinsip yang ada pada PAS, Dia mempertahankan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan maka dia diserang.


"Beliau bukan diserang kerana faktor peribadi dia tetapi kerana dasar yang dibawa oleh PAS,” kata Tuan Ibrahim,.

  

Pemilihan PAS kali ini menyaksikan Hadi di cabar oleh bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk kali pertama sejak beliau menerajui parti itu pada tahun 2003.


Pemilihan PAS kali ini dilihat pertembungan sengit antara golongan ulama dan professional dengan Tuan Ibrahim bertanding untuk kerusi timbalan presiden yang disandang oleh Mohamad Sabu.


Pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan golongan professional turut di cabar di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat, termasuk tiga kerusi naib presiden dan sayap pemuda.


Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS di lihat tidak sehaluan dengan Hadi yang dikecam hebat oleh DAP dan kalangan pimpinan PKR susulan tekad kerajaan negeri Kelantan melaksanankan hudud di Kelantan.


Dalam wawancara itu, Tuan Ibrahim menolak alasan DAP bahawa Pakatan Rakyat akan hilang sokongan pengundi jika PAS tidak menggugurkan agenda hududnya.

  

"Sewaktu muafakat Pakatan Rakyat diwujudkan,  Enakmen Jenayah Syariah Kelantan sudah pun ada. Jadi, nak kata ini sebagai alasan rakyat menolak ia tidak betul.


"Apa yang jelas bahawa sekarang ini setelah Kelantan kita menang lebih 25 tahun rakyat nak tengok bukti. Janji kita dalam manifesto dan kita akan laksana hudud. Itu komitmen kita dan komitmen itu disepakati antara Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi dan seluruh pimpinan  parti,” kata beliau.


"Tak timbul soal kita hendak undur ke belakang semata-mata mahu ke Putrajaya. Kita mahu ke Putrajaya tetapi jangan korbankan prinsip dan ini yang dipertahankan oleh Presiden PAS,’ tegas Tuan Ibrahim. - AntaraPOS



Sumber TKO - 4-6-2015








Muslimat PAS sesi 2015-2017 dapat pemimpin baharu

HARAKAHDAILY | .


Nuridah menyampaikan ucapan penangguhan.

SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017 dibarisi kepimpinan baharu pada pemilihan sempena muktamar tahunan dewan itu ke-54 di SACC di sini, yang diumumkan sebentar tadi.


Jawatan ketua, timbalan dan naib dewan itu diisi oleh Ustazah Nuridah Salleh, Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Noor dalam pertandingan satu lawan satu dengan penyandang.

Bagi jawatan ketua, Nuridah mendapat 359 undi sementara Siti Zailah Mohd Yusof (329); timbalan, Dr Rosni (414) berbanding Dr Siti Mariah Mahmud (274) dan naib; Salamiah (358) manakala Mumtaz Md Nawi (330).

Ahli Jawatankuasa
Dr Najihatussalehah Ahmad (538)
Datuk Siti Ashah Ghazali (506)
Wan Hasrina Wan Hassan (479)
Dr Wahibah Twahir (450)
Dr Uyun Abd Malek (419)
Kartini Ahmad (418)
Dr Che Faridah Ismail (407)
Dr Uzaimah Ibrahim (376)
Dr Halimah Ali (358)
Hamidah Wan Daud (346)
Siti Mursyidah Ramly (337)
Noraini Hussin (330)

Pengerusi Tetap
Faizah Ismail (357)

Timbalan Pengerusi Tetap
Nor Azlin Md Shamsudin (526)

Pemeriksa Kira-kira
Basmatul Uyun Yusof (508)
Normilan Mamat (316)

HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015



Dakwaan ulama mahu bawa PAS keluar daripada PR fitnah
Posted on Wednesday, June 03 @ 20:29:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



BENTONG:  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menempelak cubaan-cubaan untuk menanam persepsi kononnya golongan ulama mahu membawa keluar PAS daripada Pakatan Rakyat jika menang besar pada pemilihan parti esok.

Beliau berkata gambaran yang lebih realistik adalah perwakilan akan mendesak parti itu untuk mengkaji semula konsep kerjasama tahaluf siyasi yang ada sekarang dengan PKR dan DAP bagi memperkukuhkan pakatan pembangkang.
"Saya fikir tidak mustahil, sebab sehingga setakat ini tidak ada usul (PAS) untuk keluar PR,” kata Tuan Ibrahim yang akan mencabar Mohamad Sabu untuk kerusi timbalan presiden PAS esok.
Beliau berkata tidak ada pihak harus terkejut atau membuat tafsiran negatif terhadap desakan perwakilan untuk kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.  
"Ini bukan perkara yang pelik kerana kerjasama ini sentiasa kita semak. Pertama bagi pihak PAS menyemaknya supaya jangan bercanggah dengan syarak, kerjasama kita jangan bercanggah dengan syarak. Jadi, sepanjang perjalanan menyemak kembali itu adalah perkara normal.
"Jangan kita anggap bila kita ada ketetapan dalam konvensyen tersebut untuk menyemak kembali kita faham bahawa itu untuk keluar dari PR.. Tidak,” tegas beliau dalam wawancara dengan antarapos.
"Bagi PAS, sekiranya PR pecah yang paling kecewa adalah rakyat sebab rakyat yang nak tengok perubahan dan rakyat lihat bahawa muafakat ini penting dan PAS pun setuju.
"Saya secara peribadi setuju bahawa muafakat ini penting tetapi muafakat itu bukan mengorbankan prinsip dan dasar parti PAS.
Dalam kempen-kempennya, golongan professional dilihat cuba menanam persepsi bahawa golongan ulama yang dipimpin presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
Kalangan mereka turut memberi amaran jika itu berlaku,  PAS  bukan sahaja terpaksa melupakan hasrat  menawan Putrajaya tetapi Hadi akan menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Dalam menolak kedua-dua dalil itu, Tuan Ibrahim bagaimanapun menegaskan PAS harus mencari formula kerjasama yang lebih mantap dengan PKR dan DAP supaya terus unggul dalam perjuangannya.
"Apa yang saya tengok sekarang ini ialah apabila kita bertegas dengan prinsip dan dasar kita...PAS mendapat dokongan daripada rakyat.
"Sebagi contoh, bila tidak lagi kedengaran PAS menjadi parti yang didominasi oleh orang lain atau PAS parti pak turut pada parti lain dan sebagainya.
"Sebab ketegasan kita disini orang melihat bahawa ini yang PAS perjuangkan dan dia tegas dengan prinsip tersebut.Di waktu ini kita mendapat sokongan,” kata beliau.
Beliau menegaskan keperluan parti komponen menghormati dasar dan asas perjuangan PAS jika mahu bersama dalam Pakatan Rakyat.
"PAS ada dasar dia dan kita harap rakan-rakan dalam PR tidak menyerang presiden PAS dan tidak menyerang dasar yang dibuat oleh PAS.
"(Serangan) ini antara perkara yang tidak sepatutnya berlaku sebab kita harus menghormati dasar dan polisi setiap parti. Polisi PAS adalah tidak mencampuri dasar parti lain dan begitulah sebaliknya kita harapkan.
"Sebab, kalau kita naik dengan kita memijak rakan dalam Pakatan dia tidak akan menguatkan PR,” tambah beliau.
Beliau berkata keputusan-keputusan DAP seperti memutuskan semua hubungan dengan Hadi namun mahu terus bekerjasama dengan PAS tidak masuk akal .

  "Inilah kenyataan yang pelik, nak kerjasama dengan parti tapi tolak presiden sebab kami ini akan dokong presiden. Siapa pun yang menjadi presiden sudah menjadi tanggungjawab seluruh ahli untuk dokong presiden tak timbul soal DAP hanya boleh kerjasama dengan ahli PAS tapi tak kerjasama dengan presiden,” kata beliau. - AntaraPOS

Sumber TKO - 3-6-2015








Suhaizan yakin Pemuda PAS akan terus mara

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Menang kalah itu biasa. Sekurang-kurangnya saya tahu pendekatan saya tidak diterima oleh majoriti pemuda PAS," ulas bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menerusi faceook malam ini.

Menurutnya, para pemuda memerlukan sentuhan baru yang mungkin beliau tidak mampu mengikutnya dan berharap ketua pemuda yang baharu dapat meneruskan agenda kepemudaan ini sebaiknya.


"Terima kasih banyak kepada yang mendukung pendekatan Pemuda PAS selama ini dan saya yakin Pemuda akan terus mara menempuhi cabaran semasa.

"Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan yang terbaik. Moga Allah menerima amalan kami sebagai amalan soleh," ujarnya.

Dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda PAS pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-56 di Shah Alam yang berakhir petang tadi, beliau mendapat 262 undi sementara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memperolehi 429 undi. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015







Muktamar: Biarlah biduk berlalu kiambang bertaut

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


TEMERLOH: Pemilihan dalam muktamar PAS bukanlah ‘kalah jadi arang’ bagi yang bertanding sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah media.

Tanpa menafikan iklim pemilihan dwi-tahunan itu yang agak panas kali ini, ia merupakan persaingan biasa seperti muktamar yang lepas-lepas.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak andaian pemilihan kali ini sebagai pertembungan antara kumpulan dengan pelbagai label sebaliknya berpendapat hanyalah persaingan bagi yang mahukan pendekatan berbeza.

“Mungkinlah ada yang bertanding menyokong aspirasi presiden parti sementara ada yang lebih cenderung kepada sebaliknya.

“Namun bagi saya itu lumrah, cuma pemain di atas padang tidaklah beria-ia sangat tapi penyokong berada di luar padang pula yang lebih-lebih,” katanya dalam temubual bersama media di sini, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, beliau menerima amanah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden kali ini setelah memandangkan jumlah pencalonan tertinggi menggambarkan harapan dan sandaran ahli akar umbi.

Mengenai perjalanan muktamar kali ini beliau berharap agar seluruh perwakilan dan pemerhati menghormati, menjaga akhlak serta tidak cuba menimbulkan suasana kurang sihat.

“Jangan boikot siapa sahaja yang berucap. Perlu hormati kerana suka atau tidak mereka tetap pimpinan kita. Kedua, jangan ada kumpulan mengapi-apikan atau provokasi dalam bentuk sorakan atau ejekan. Kerana menang atau kalah itu perkara biasa dalam mana-mana pemilihan muktamar.

“Kena terima realiti, yang menang akan pegang jawatan dan yang kalah tetap ada pos-pos lain untuknya. Kerana setiap zaman itu ada tokoh-tokohnya.

“Ketiga, sama ada dipilih atau tidak parti terus akan memberi ruang untuk kita menyumbang, setiap orang ada peranan masing-masing dalam perjuangan Islam ini,” katanya.

Menjawap soalan apa mahu dilakukan andainya dipilih perwakilan mengisi jawatan yang ditandinginya, beliau dengan rendah diri berkata tidaklah menjanjikan perkara yang besar-besar.

Katanya, paling utama perlu disatukan kembali ahli-ahli PAS sama ada dia profesional, ulama, aktivis atau pengikut biasa dan tidak ada yang kecewa.

“Kita perlu balik kepada akhlak Islam dan satukan pemikiran kembali menghadap cabaran cukup besar seperti kewujudan media baru yang telah banyak memecahbelahkan parti.

“Kedua dalam Pakatan Rakyat kita perlukan tempoh bertenang atau gencatan senjata untuk masing-masing memperkukuhkan parti, memperbaiki kelemahan yang ada bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14,” ujarnya.

Bercakap tentang potensi PAS selepas ini jika kembali bersatu, Tuan Ibrahim optimis parti itu berupaya menggantikan tempat Umno.

Katanya, pada satu masa dulu Umno begitu mendabik dada kononnya mempertahankan agama, bangsa dan negara. Tetapi sekarang kita tidak dengar lagi kempen pemimpin Umno seperti itu.

“Sebab mereka pun sedar selepas lebih setengah abad agama entah ke mana dan kedudukan bangsa entah ke mana. Jadi harapan kalangan orang Melayu yang bermaklumat ialah kepada PAS.

“Sebab itulah PAS perlu ambil peranan tersebut bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan dan kemelut. Tiada lain, penyelesaiannya ialah balik kepada Islam sebab bila rosaknya akidah rosaklah ekonomi dan budaya bangsa kita.

“Jadi yang PAS nak bawa ialah rahmat untuk semua, ini yang PAS nak bawa bukan ekstremis bukan IS seperti yang cuba digambarkan untuk menakut-nakutkan terutama kepada non muslim,” tegasnya.
Justeru beliau menyeru selepas muktamar ini yang terpilih nanti terus memperkasakan agenda parti, perkukuh ukhuwah dan fokuskan isu-isu rakyat seperti alam sekitar, kemiskinan serta pendidikan Islam.

“Anggaplah ini pertandingan adik beradik, tidak berkelahi dan bermasam muka kerana kita masih menganggap ianya proses biasa dalam parti. Kita harap muktamar dapat berlangsung dengan sebaik-baiknya dan apabila selesai biarlah biduk berlalu kiambang akan bertaut kembali," katanya.

Akhirnya beliau menasihatkan kepada pengguna media baru supaya berhati-hati dan jangan menyebarkan maklumat yang tidak sahih, hentikan fitnah dan berhenti memburukkan pihak tertentu. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015








Usul ulamak: Batal kerjasama dengan DAP, kekal dalam PR

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .




KUALA LUMPUR: Usul tergempar berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) PAS dengan DAP diterima sebulat suara pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Mhd Noor, Taman Melewar petang tadi.

Selepas AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik membentangkan usul itu, perwakilan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa bangun untuk membahaskannya yang menggesa para perwakilan berdiri sebagai tanda sokongan.


Pengerusi tetap mengisytiharkan usul tergempar itu diterima sebulat suara.
Kandungan usul tersebut sebagaimana di bawah:

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsistant dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsistant melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam PR.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.

Maka, Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015











































Muslimat PAS lulus usul perkukuh Pakatan dengan pindaan

| .

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan Muslimat kali ke-55 yang bersidang hari ini meluluskan usul perkukuhkan Pakatan Rakyat dengan pindaan.

Usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat menggesa pemimpin dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi menyelesaikan segala masalah dan polemik yang timbul sejak kebelakangan ini.

Wakil Muslimat Adun Seri Serdang Noor Hanim Ismail yang membacakan usul ini meminta semua anggota Pakatan Rakyat perlu menghormati dasar bersama yang telah dipersetujui sejak penubuhan Pakatan Rakyat iaitu bersama dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada dalam perkara yang tidak dipersetujui.

"Konflik dalam Pakatan Rakyat perlu diselesaikan secara harmoni melalui mesyuarat bersama tanpa perlu didedahkan kepada media massa mahupun media alternatif,"katanya.

Usul ini turut disokong oleh perwakilan Johor dan Melaka bagaimanapun perwakilan Terengganu dan Selangor bersetuju dengan pindaan.

Dua usul lagi diterima dengan bahas iaitu menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan pelaksanaan GST yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan  Subang dan PAS Kawasan Kuala Langat dan dibahas oleh PAS Kawasan Arau.

Usul mengutuk hukuman bunuh ke atas Dr Muhammad Morsi dan Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang dikemukakan oleh Muslimat PAS Pusat diterima sebulat suara daripada semua perwakilan yang hadir. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015


Cina Kristian punca penentangan agenda Islam PAS
Posted on Wednesday, June 03 @ 23:29:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dewan Ulama hari ini menyalahkan penganut agama Kristian yang baharu sebagai punca kepada penentangan terhadap agenda PAS dalam mempertahankan Islam termasuk melaksanakan hukum hudud.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata, berlaku satu perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya merupakan penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian.


Beliau berkata perubahan tersebut mula menyaksikan pertembungan berlaku antara PAS dan parti bukan Islam yang rata-ratanya penganut Kristian dan diketahui seteru kepada umat Islam dari zaman berzaman.

"Satu arus baharu berlaku dalam negara kita, arus masyarakat CIna penganut agama Buddha tinggalkan agama mereka mendekati Kristian.

"Ini menyebabkan situasi berubah ,tahaluf siyasi dapat dipertahankan lebih dari 10 tahun ketika masyarakat Cina berpegang pada agama Buddha yang tidak menentang dan mempersoalkan agama Islam.

"Situasi bertukar apabila sebahagian daripada mereka beralih menganut agama Kristian yang seringkali bertembung dengan Islam dari zaman berzaman.

"Apabila kelompok dalam agama ini mengandaikan Islam mampu membuktikan pelaksanaan dalam membawa keamanan menyebabkan mereka menyerang dengan bermacam-macam situasi supaya Islam tidak dapat dilaksanakan," katanya semasa berucap pada pembukaan Muktamar Dewan Ulama di Gombak hari ini.

Pada masa sama beliau turut memberi perbandingan apabila pemimpin sekutu Pakatan Rakyat (PR) yang dahulunya kekal dengan agama Buddha berjanji untuk bersedia dan bersama dengan PAS dalam pelaksanaan hukum Islam di negari Kelantan itu.

"Ketika konvesyen PR dahulu ada kenyataan dikeluarkan kepimpinan DAP bahawa mereka bersedia untuk bersama dengan pelaksanaan Islam di negeri Kelantan ini," katanya.

Tambahnya agenda Kristianisasi itu tidak hanya berlaku pada parti DAP namun turut menular dalam parti lain seperti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan.


"Sebab itu kita lihat sikap parti politik dan apabila pemimpin mereka berhijrah kepada agama ini (Kristian), tindakan mereka amat berbeza berbanding dengan pemimpin yang kekal dengan agama Buddha mereka boleh bertahan dan tidak menyerang perjuangan Islam," katanya.

Sumber TKO - 3-6-2015



PAS Sabah yakin walau tanpa DAP dan PKR
Posted on Wednesday, June 03 @ 20:58:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dewan Ulama PAS Sabah yakin akan terus ‘hidup' di negeri itu walaupun tanpa PKR dan juga DAP.

Perkara itu ditegaskan oleh perwakilan Sabah, Mohamad Soib ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hari ini.


Beliau berkata demikian susulan tindakan Pakatan Rakyat (PR) Sabah memutuskan hubungan bersama PAS sebelum ini ekoran percanggahan pendapat berhubung isu hudud.

"Alhamdulillah, yang datang ke Dewan Ulama ini kalau dulu ingat saya nak datang pun susah sekitar lima orang, kalau sekarang ada dekat 20 orang. Kalau dahulu kita ada tujuh kawasan sahaja, hari ini kita ada lapan kawasan yang berdaftar.

"Dahulu Dewan Ulama pernah bermesyuarat bawah pokok pisang, saya ingat lagi. Bermesyuarat di bawah pokok pisang untuk membincangkan akademik dan juga kebajikan anak-anak Sabah.

"Saya masih ingat pada tahun 1999, calon PAS kita Tuan Hj Yahya Kassim bertanding di Sabah untuk DUN Likas, saya jaga tempat mengundi, masa itu satu saluran hanya satu undi! Tapi hari ini tuan-tuan, PAS bertanding dengan wakil kita, calon kita saudara Hamid, kita dapat 5,400 undi kita hampir menang, kita hanya kalah disebabkan undi Pulau Gaya, di situ sokong Barisan Nasional kukuh.

"Tapi InsyaAllah keyakinan kita, saya yakin setelah 15 tahun berada di Sabah, hari ini kita boleh katakan InsyaAllah orang muda akan bersama-sama dengan kita di negeri Sabah, walaupun tanpa PKR dan juga DAP yang telah buang kita.

"Kita tetap berjuang untuk Islam," katanya ketika membahaskan ucaptama berkenaan di Dewan Haji Fadzil Noor bersempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat hari ini.

Menurut beliau, PAS akan terus menyebarkan agama Islam dan menegakkan syiar di Sabah bagi meneruskan perjuangan mereka yang sudah mencecah 15 tahun itu.

Pada akhir Mac lalu, PR Sabah telah memutuskan hubungan politik dengan PAS negeri itu susulan usaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Keputusan itu diumumkan oleh Jurucakap PR Sabah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Lajim Ukim.


Lajim turut berkata, keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PAS Sabah itu dibuat sendiri oleh PR Sabah tanpa campur tangan PR Pusat namun keputusan itu telah dimaklumkan kepada PR Pusat.  - THE RAKYAT POST

Sumber TKO - 3-6-2015




Ahli PAS lebih biadap dari DAP
Posted on Wednesday, June 03 @ 20:53:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ahli PAS bersetuju dengan pandangan DAP terhadap parti itu disifatkan lebih biadap berbanding DAP sendiri, tegas Perwakilan Selangor, Rizuan Rahmat.

Beliau berkata demikian di dalam sesi perbahasan ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat bersempena Muktamar Tahunan sayap kanan parti itu hari ini.


"Kita jangan keluarkan kenyataan biadap, saya selalu katakan biadapnya DAP terhadap PAS dengan mengeluarkan kenyataan sangat dahsyat. Tetapi walau biadapnya mereka, mereka bukan Islam.

"Tapi ada lagi manusia lebih biadap, mereka yang dari ahli PAS yang bersetuju dengan pandangan DAP terhadap PAS maka mereka lebih biadap dari DAP kerana kamu ahli PAS," katanya di dalam sesi perbahasan tersebut.

Menurut beliau, tindakan tersebut perlu diatasi dengan menerbitkan rasa hormat kepada golongan ulama yang kebanyakan dari mereka terdiri daripada ahli Majlis Syura Ulama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung ketaatan terhadap ulama di dalam parti itu khususnya melibatkan gabungan tahaluf siayasi yang terjalin di antara PKR dan DAP bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR).

Jelasnya, segala keputusan yang diambil ulama harus dihormati dan tidak dipertikaikan.

"Saya harap, tidak ada lagi mulut-mulut celupar yang berani memperlekehkan kedudukan ulama hari ini, yang berani mempertikaikan ulama khsusnya dari Majlis Syura yang telah membuat kenyataan.
"Tak kiralah dari mana apatah lagi dari kalangan pemimpin-pemimpin," tambah beliau.

Pada ucaptama yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, beliau turut menyentuh berkenaan ketaatan ahli-ahli PAS kepada peneraju parti.
Menurut beliau, semua ahli wajar untuk mentaati setiap arahan dan keputusan yang dikeluarkan pimpinan atasan selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. _ The rakyat Post

Sumber TKO - 3- 6-2015

Muktamar Ucaptama Dewan Muslimat Kali ke 55 : Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan

Posted on Wednesday, June 03 @ 11:54:35 MYT by paktam

Segala pujian bagi Allah, kita kian menghampiri bulan Ramadhan, waktu yang cukup ampuh untuk tarbiyah diri kita. Moga Allah mengizinkan kita menikmati bulan pesta ibadah ini. Ya Allah rahmati kami dengan Syaaban dan sampaikan kami kepada Ramadhan.


 Sidang muktamar yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

1. Umat Islam Kuat Dengan Istiqamah Dan Kesabaran

Hari ini kita menyaksikan terlalu banyak kezaliman dan penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam oleh tangan-tangan musuh Islam. Isu Palestin, isu Rohingya, Syria dan Yaman serta tidak ketinggalan isu terbaru di Mesir apabila hampir 100 orang Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati oleh sang penguasa.

Ya Allah ampunkan kami kerana tidak banyak yang dapat kami lakukan untuk saudara-saudara kami. Ibrah apa yang berlaku kepada umat Islam dewasa ini di peringkat antarabangsa dan di tanahair Malaysia ialah satu semboyan jihad bertujuan memberi peringatan kepada umat Islam seluruh dunia.

Adakah fenomena ini membuatkan kita bangkit terus berjuang atau ada yang terlena dan tenggelam dengan kehidupan duniawi yang penuh tipu daya ini? Bagaimana agaknya perasaan kita apabila mendengar peristiwa yang ber- laku kepada saudara kita ini?

Kembali ke medan sebenar di tanahair kita dan teruskan beramal menyebarkan Islam kepada umat. Hanya itu pilihan yang ada.

Sidang muktamar yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

2. Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan

‘Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan’ diangkat menjadi tema muktamar kali ini se- bagai satu ajakan kepada ahli muslimin dan muslimat fokus kepada dua isu utama iaitu pengukuhan dalaman parti dan halatuju perjuangan PAS.

Bagaimana kita merakyatkan perjuangan?



Sumber DD - 3-6-2015








Pasma: Muslimat PAS lulus usul tanpa bahas

| .

SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Gombak menggesa agar parti itu mengambil tindakan disiplin dan melucutkan keahlian individu yang menyertai aktiviti atau pertubuhan yang dilarang oleh PAS seperti Pesatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan mewujudkan  kod etika tatatertib ahli PAS.

Turut mengusulkan perkara yang sama ini adalah Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang yang menyifatkan Pasma telah menambah buruk krisis dalaman PAS kerana agenda perjuangannya menjejaskam kepentingan PAS.

Katanya, kewujudan pertubuhan itu melemahkan keutuhan PAS sebagai sebuah gerakan Islam kerana penglibatannya boleh menghilangkan ketaatan dan wala kepada pemimpin PAS.

"Selain itu pertubuhan ini mengganggu gerak kerja PAS di setiap peringkat kerana penglibatan tersebut mengurangkan komitmen terhadap parti,"katanya.

Usul ini telah diterima tanpa bahas oleh sidang Muktamar Muslimat kali ke-55 hari ini.

Sementara itu, usul kedua yang diterima tanpa bahas adalah usul menyokong penuh pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II  Kelantan.

Usul ini dikemukakan oleh Muslimat PAS Kelantan dan Muslimat PAS Melaka. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015








Nik Abduh menang jawatan ketua Pemuda PAS

| .

SHAH ALAM: Nik Abduh Nik Abdul Aziz menang jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia mengalahkan penyandangnya Suhaizan Kaiat.

Keputusan rasmi menyaksikan Nik Abduh mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 undi.

Khalil Abdul Hadi pula mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Pemuda dengan 257 undi mengalahkan Dr Raja Iskandar yang mendapat 257 undi.

Berikut senarai kepimpinan Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017:

Pengerusi tetap
Ust kamal Ashaari - 491
Yb Abdul Latip Abdul Rahman- 202
Timb pengerusi tetap
Dr Riduan Mat Nor - 486
Ahmad Sabky Yusof - 205

Ketua
YB Ustaz Nik Mohd Abduh - 429
Suhaizan Kaiat - 262
Timb
Ust Khalil Abdul Hadi - 435
Dr Raja Iskandar - 257
Naib
Ir Haji Khairil Nizam - 458
Us Norazman - 235

Ajk
1. Afnan hamimi - 430
2. Ahmad Fadhli Shaari- 447
3. Hishamuddin karim - 432
4. Izwan Halim - 355
5. Mohd Azam Samat - 430
6. Hafiz Sabri - 386
7. Zawawi Hassan - 402
8. Muhtar Suhaili - 362
9. Nurul Islam - 377
10. Syahir Sulaiman- 409
11. Syarhan Humaizi - 406
12. Syed kadir al Jofree- 399 -
HARAKAHDAILY 3/6/2015


Sumber HD - 3-6-2015

Ulama Pulau Pinang gesa PAS kaji hubungan dengan Pakatan
Posted on Wednesday, June 03 @ 18:20:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Oleh DIYANA IBRAHIM

Seorang perwakilan Ulama Pulau Pinang, Mohd Hanif Harun yang mendakwa PAS disisihkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu meminta kepimpinan tertinggi untuk mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP.

Beliau berkata, PAS di Pulau Pinang menyokong sepenuhnya kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP.

"Pulau Pinang sebuah negeri yang diperintah Pakatan Rakayat (PR), parti PKR dan PAS disisihkan," katanya semasa permulaan perbahasan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad di Taman Melewar Gombak hari ini.

Hanif berkata, tahaluf siyasi itu sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti sendiri.

Beliau turut membidas segelintir pemimpin dan ahli PAS yang dilihat terlalu mengagungkan tahaluf siyasi dengan membelakangi parti sendiri.

"Keadaan kita sekarang ini seolah-olah melebihkan parti lain. Seolah wala (taat) kita kepada parti lain selain memberi wala kepada presiden sendiri. Perkara ini jelas bila PAS bawa isu hudud ada kalangan kepimpinan sendiri tidak setuju dengan apa dibawa PAS.

"Kerana itu kami setuju bahawa adanya perbincangan dan tindakan diambil untuk menentukan bagaimana status kita dalam tahaluf siyasi kalau ke-6 syarat yang dikatakan mursyidul am PAS tidak dipatuhi maka tidak sah tahaluf siyasi," katanya.

Antara lain , perwakilan Pulau Pinang itu turut menyentuh mengenai isu yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh apabila timbalan ketua pemuda PKR negeri itu Khairil Anuar Kamarudin menggesa pengunduran Hadi.

"Ada AMK yang mengutuk presiden tapi tidak mahu tarik balik kenyataan tersebut dan tidak mohon maaf, adakah perkara ini kita hendak biarkan dan kerana ini tahaluf siyasi perlu kita nilai semula.

"Kita tidak pernah sentuh batang tubuh kepimpinan mereka tapi pemuda ini mampu kata pada presiden dan tidak maaf .. Kata sudah minta maaf tapi minta maaf belakang-belakang mana boleh kalau sudah memalukan orang dikhalayak namun minta maaf sorok-sorok.

"Kalau minta maaf buat sidang media. Kalau sungguh nak kita harmonikan tahaluf siyasi untuk kalahkan Barisan Nasional dan bersungguh untuk gabung tenaga perlu hormati setiap parti khusus kepada ahli, kalau tidak tak payahlah jadi ahli PAS jadi sahaja ahli Pasma," sindir beliau.

Beliau juga mendakwa PKR dan DAP menerima tamparan hebat apabila tidak lagi mendapat sokongan PAS dalam kempen pilihan raya kecil.

"Kita lihat PAS menerima tamparan hebat. Sahabat PR kita sebelum ini bersifat angkuh seolah boleh lakukan sendiri namun apa kita lihat pada sebelum PRK Permatang Pauh banyak tenaga yang datang daripada PAS. Ini hakikat kita kena tau kekuatan PAS," katanya.
Sumber TKO - 3-6-2015

Perwakilan S'gor mahu Pemuda bersama presiden
Posted on Wednesday, June 03 @ 09:46:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perwakilan Selangor meminta supaya Dewan Pemuda PAS sentiasa bersama dengan presiden parti walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dengan mengambil contoh isu kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri, wakil Selangor Mohd Zuhdi Mat Piah berkata, perkara itu menyebabkan berlaku perselisihan faham antara ahli parti.

Justeru itu, Mohd Zuhdi meminta supaya Pemuda PAS menubuhkan sebuah badan penyelidikan bagi mengkaji kenyataan yang dikeluarkan oleh parti atau presiden bagi mengelak berlaku salah faham.

"Kita nak Dewan Pemuda bersama Presiden. Setiap tindakan yang dilakukan, Dewan Pemuda PAS dan presiden perlu bersama bukan berada di belakang tetapi bersama.

"Contohnya isu presiden menyokong Najib terus di tampuk kepimpinan dan perkara ini tidak difaham oleh ahli dan ia ditentang oleh ahli. Dan perkara ini nampak seperti tak sepakat dengan pimpinan di atas.

"Sebab itu kami mendesak supaya Dewan Pemuda PAS adakan satu pasukan penyelidikan bagi mengkaji apa sahaja yang keluar daripada PAS dan Presiden untuk difahami oleh ahli di bawah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucaptama ketua pemuda pada Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam pagi ini.  - MK 

Sumber HD - 3-6-2015
Nik Abdul (429 undi) Mengalahkan Suhaizan Kaiat (262 undi) Ketua Pemuda (Keputusan Penuh)
Posted on Wednesday, June 03 @ 18:45:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



YB Nik Abdul Nik Aziz telah mengalahkan penyadang Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam pemilihan Muktamar Pemuda kali ke-56 2015 di Shah Alam hari ini.

Keputusan  Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat 2015-2017
Pengerusi Tetap
1. Kamal Ashaari - 491
2. Abdul Latiff Abdul Rahman - 202
Timbalan Pengerusi Tetap
1. Riduan Mohd Noor - 486
2. Ahmad Sabky Yusof - 205
Pemeriksa Kira-Kira (2 Menang tanpa bertanding)
1. Jamel Sering
2. Syahir Hasan
Ketua Pemuda 1. Suhaizan Kaiat - 262
2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  - 429
Timbalan Ketua Pemuda
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi - 435
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob - 257
Naib Ketua Pemuda
1. Khairil Nizam Khirudin - 458
2. Nor Azman Mohamad - 235
Ahli Jawatankuasa Kerja (12 orang bertanda merah)1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus - 326
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden - 430
3. Ahmad Fadhli Shaari - 437
4. Fadhli Ghani - 287
5. Hishamudin Abdul Karim - 432
6. Izwan Abd Halim - 355
7. Lahirul Latigu - 254
8. Mohammad Arifiriazul Paijo - 217
9. Mohd Azam Abd Samat - 409
10. Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar - 273
11. Mohd Hafez Sabri - 386
12. Mohd Hakim Mohd Nor - 263
13. Mohd Hasbie Muda - 254
14. Mohd Nasaie Ismail - 304
15. Mohd Nasir Zakaria - 269
16. Mohd Sany Hamzan -
17. Mohd Zawawi Abu Hassan - 402
18. Muhammad Faiz Fadzil - 235
19. Muhammad Hafiz Musa - 252
20. Muhammad Ramlan Mahmood - 26
21. Muhtar Suhaili - 362
22. Nor Azariza Alawi - 121
23. Nurul Islam Mohamed Yusof - 377
24. Ramadhan Elias - 310
25. Syahir Che Sulaiman - 409
26. Syarhan Humaizi Abdul Halim - 406
27. Syed Abdul Kadir Al-Joofree - 399
Sumber TKO - 3-6-2015

Tahaluf siyasi bukannya taat membuta tuli

Posted on Wednesday, June 03 @ 18:03:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


                                                       


GOMBAK - Tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dengan parti komponen PR pada masa ini bukanlah satu janji atau ketaatan yang perlu dilakukan secara membuta tuli.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan tahaluf siyasi dengan parti sosialis dan parti yang berasaskan kepada pelbagai kaum itu boleh diteruskan selagi mana ia ada kepentingan umum.

"Tahaluf yang berlaku sekarang ini ialah bukan janji atau ketaatan membuta tuli.

"Ada maslahah teruskan.. (Jika) tiada, faham-fahamlah," katanya pada Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, hari ini.

Haron juga berkata, Pas bertahaluf bukan kerana mahu menambah bilangan penyokong bagi memenangkan parti itu dalam pilihan raya semata-mata.

"Kalau semata-mata nak menang pilihan raya, tak kisah tahaluf itu lulus syariah atau tidak, maka kita bimbang kita mungkin beruntung sedikit di dunia, dan akan rugi-seruginya di akhirat kelak.

"Atas itulah keutamaan dilihat kepada lulus syariah atau tidak," ujarnya.

Dalam pada itu, Haron turut menyenaraikan enam garis panduan bagi tujuan tahaluf siyasi yang dibuat sejak 2009.

Antaranya tahaluf siyasi yang diharuskan mestilah dijadikan wasilah untuk menegak dan memperkukuhkan Islam serta membuka ruang kepada pelaksanaan hukum Islam.

Selain itu, katanya lagi, kerjasama politik itu mestilah menjadi Islam sebagai dasar utama untuk dipertahankan.

"Tahaluf siyasi perlu menuruti ketaatan wala' mutlak, hendaklah diberikan kepada kepimpinan Pas, bukan kepada parti lain yang bertahaluf.

"Kemudian, ia hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah, matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan tahaluf secara mutlak.

"Akhirnya, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi ini berdasarkan kepada maslahah dari semasa ke semasa," katanya lagi.  - Sinar Harian 

Sumber TKO - 3-6-2015

Petikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Dr Mahfouz Mohamad

IMG-20150603-WA0023 (2)

PRINSIP PERJUANGAN PRASYARAT KEMENANGAN

Prasyarat Kedua; Ketaatan Kepada Nakhoda Perjuangan


Keutuhan sebuah organisasi bergantung kepada ketaatan ahli kepada penerajunya. Begitulah juga gerakan Islam akan gagah memacu kemenangan di saat ahli dan pemimpinnya memberikan sepenuh keyakinan dan kepercayaan serta ketaatan kepada Nakhoda penerajunya.


Kerana itu Nabi saw melakukan Baiah kepimpinan dan ketaatan dengan penduduk Yathrib yang bakal menjadi pembantu Rasulullah saw untuk menegakkan Negara Islam Madinah. Ia diceritakan oleh Ubadah bin Samit dalam hadis riwayat Bukhari:

: بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ ، فِي الْيُسْرِ وَالْعُسْرِ ، وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ ، وَ أَلَّا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ ، وَأَنْ نَقُولَ أَوْ نَقُومَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّا لَا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ

“Kami baiah kesetiaan kepada Rasulullah saw untuk mendengar dan juga taat ketika sukar dan senang ketika cergas dan keterpaksaan, dalam keadaan kami mempertikaikan arahan kepimpinan bagi yang layak (dengan melakukan keadilan) dan agar kami menyatakan kebenaran di mana sahaja kami berada tanpa takut kepada celaan orang yang mencela.”

Menurut Ulamak, ketaatan ketika senang dan cergas bermaksud di saat mana arahan ketua selari dengan kehendak orang bawahan. Tetapi keadaan sukar dan keterpaksaan ialah apabila apa yang dikehendaki oleh ketua tidak selari dengan kehendak orang bawahan.

Maksudnya ketika bercanggah pandangan orang-orang bawahan akan terdorong untuk menentang dan mengabaikan arahan malah mempertikaikannya. Namun, baiah mengajar orang bawahan untuk mentaati arahan selagi ianya tidak bercanggah dengan kehendak Allah dan juga Rasulnya.

Di saat hilangnya ketaatan lalu nakhoda sendiri dikecam dan dipertikaikan, dibiarkan untuk dicemuh oleh musuh dan rakan kerjasama politik maka organisasi menjadi lemah. Kejayaan menjadi kabur.
Untuk itu pembaharuan kepimpinan perlu dilakukan. Muktamar Agong PAS kali ini memberi ruang untuk memperbaharui mandat kepimpinan menerusi proses pemilihan baru. Perbaharuilah mandat kepimpinan yang boleh bergerak bersama nakhoda bahtera ke arah memacu kejayaan yang sebenar dalam perjuangan bukannya kemenangan palsu yang hanya dihiasi dengan impian dan harapan yang seumpama kaca.

Akhiran ini kita melihat Presiden PAS selaku nakhoda bahtera Parti Islam Semalaysia PAS dicemuh oleh rakan kerjasama politik. Puncanya kerana mereka gagal untuk memastikan kepimpinan tertinggi parti tunduk terhadap kemahuan dan kehendak mereka. Sangat malang apabila ada kalangan ahli dan pimpinan yang bersekongkol mengiyakan tohmahan rakan kerjasama politik lalu menjadi duri dalam daging melemahkan bahtera yang sedang belayar.

Sumber BO - 3-6-2015



Muktamar Pemuda PAS lulus usul EKJS tanpa bahas

| .

 SHAH ALAM: Lima usul dikemukakan pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56, dua daripadanya diterima tanpa bahas.

Manakala satu usul dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah berhubung had usia keahlian Pemuda PAS ditolak dengan sokongan majoriti perwakilan.


Antara usul yang diluluskan tanpa bahas adalah mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Setiawangsa.

Muktamar Pemuda PAS hari ini mengusulkan supaya sokongan penuh kepada ahli-ahli parlimen PAS khususnya Presiden PAS untuk membawa usul pindaan Akta 355 berkait kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan enakmen tersebut dapat dilaksanakan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS berusaha mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli parlimen di kawasan masing-masing terhadap pindaan tersebut serta mengiatkan penerangan kepada masyarakat Malaysia tentang kelebihan undang-undang Islam.

Selain itu usul mengenai had maksima perwakilan yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang turut diterima tanpa bahas.

Melalui usul ini, mengikut Fasal 19 (5) Perlembagaan PAS menetapkan setiap PAS Kawasan berhak menghantar empat orang perwakilan ke Muktamar PAS Pusat bagi kawasan yang mempunyai ahli kurang dua ribu orang.

Manakala, jika ahli lebih dari dua ribu orang, maka boleh ditambah seorang perwakilan bagi setiap seribu orang ahli berikutnya sehinggalah maksimum 10 orang.

Melalui usul ini Dewan Pemuda PAS Malaysia mengusulkan supaya dipinda Perlembagaan PAS Fasal 19 (5) berkait dengan jumlah perwakilan dan had maksimum 10 orang perwakilan dengan memansuhkan had maksimum tersebut supaya setiap kawasan yang mempunyai jumlah ahli yang ramai berhak untuk menghantar perwakilan bagi setiap seribu ahli dengan seorang perwakilan tanpa had maksimum.

Sementara itu usul yang diterima untuk dibahaskan adalah dari Dewan Pemuda PAS Dungun yang meminta pemerkasaan Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.

Usul ini meminta agar Jawatankuasa Tatatertib PAS diberi kuasa penuh kepada mereka untuk menerima laporan, menyiasat dan seterusnya menghakimi kes-kes disiplin tidak sepertimana hari ini yang perlu dihantar laporan dan siasatan kepada pejabat agung PAS terlebih dahulu.

Usul ini turut memberi kuasa kepada muktamar untuk memilih Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS di kalangan veteran parti dan mereka yang tidak memegang sebarang jawatan dalam PAS.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengemukakan usul selamatkan negara berhubung isu kerugian Membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga kerugian membabitkan saham Felda Global Ventures (FGV).

Usul ini diterima untuk dibahaskan dengan beberapa pindaan. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015



PAS boleh perintah negeri jika Pakatan kuat

| .


SHAH ALAM: Sekiranya Pakatan Rakyat terus kuat sudah tentu Menteri Besar Perlis daripada PAS, Terengganu pun daripada PAS, begitu juga Pahang, demikian tegas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapan Perasmian Muktamar Muslimat kali ke-55 hari ini.

Beliau berkata, beberapa negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, akan dikepalai oleh PAS jika parti itu terus kekal berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, berdasarkan kawasan yang dipertandingkan PAS lebih banyak bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri.

"Permintaan Presiden PAS kami kadang-kadang korbankan kerusi parlimen untuk tumpu kepada negeri. Sebab itu negeri kita banyak bertanding bagi memudahkan kita mengepalai negeri itu," katanya.

Beliau menambah PAS perlu mencari jalan untuk kekal kerjasama dengan Pakatan Rakyat supaya parti itu dapat memerintah, jangan sampai merosakkan matlamat PAS.

"Kenapa kita boleh bermuktamar di sini sebab kita memerintah Selangor, kalau tidak hutan paya mana kita bermuktamar.

"Masjid Selangor paling banyak boleh diimarahkan oleh kita. Sekarang kita boleh ke masjid negeri kerana Azmin Ali persilakan,"katanya.

Bagaimananapun beliau akui permainan media musuh cuba menakut-nakutkan PAS kepada DAP seolah-olah DAP segala-galanya di Malaysia.

"Kita dalam Pakatan Rakyat jangan takut pada sesiapa tetapi takut pada Allah. Kita boleh berunding,"tambahnya.

Justeru katanya, PAS janganlah terpengaruh dengan serangan musuh bahawa DAP penghalang besar bagi PAS. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015



3 penggal Dewan Ulamak PAS tiada pertandingan

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .


KUALA LUMPUR: Untuk tiga penggal berturut-turut tidak berlaku sebarang pertandingan dalam kalangan pucuk pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat kerana semuanya berjalan secara rundingan dan syura.

"Itulah langkah terbaik dalam menentukan saf kepimpinan perjuangan Islam. Kepada mereka yang diberikan amanah kepimpinan berdoalah kepada Allah agar kita terus memperolehi pahala menerusi amanah ini," ujar pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar dekat sini, pagi ini.


Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh saf kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan juga Dewan Ulamak PAS negeri yang telah berjaya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli dan kepimpinan parti.

Tambahnya, tanggungjawab ulama yang besar ialah mengajak masyarakat kembali kepada Islam serta mendidik dan menasihati ahli PAS untuk sentiasa mengukuhkan dasar dan prinsip perjuangan.
"Moga kita terus gagah dan istiqamah melaksanakan tanggungjawab tersebut.

"Insya Allah, kemenangan berkuasa sudah sangat hampir bagi perjuangan Islam setelah kita istiqamah dengan prinsip perjuangan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015



Dr Mahfodz dipilih Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menang tanpa bertanding untuk mengetuai dewan itu bagi sesi 2015-2017.

Timbalan ketua diamanahkan kepada Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh sementara Datuk Dr Johari Mat pula sebagai naib ketua.


Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhamad Diah Baharom pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar dekat sini, petang ini.

Semua jawatan bagi pemilihan Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2015-2017 dimenangi tanpa bertanding sebagaimana di bawah.

Pengerusi Tetap:
Dr Hamdan Mohamad
Timbalan Pengerusi Tetap:
Omar Hashim

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat:
Datuk Dr Mahfodz Mohamad
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat:
Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat:
Datuk Dr Johari Mat

Pemeriksa Kira-kira:
Ibrahim Omar
Muhammad Hanafi Roslan

AJK Kerja Ulamak PAS:
1) Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
2) Nasrudin Hassan
3) Abu Bakar Abdullah
4) Abdullah Hussein
5) Datuk Hussin Awang
6) Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman
7) Nazmi Nik Din
8) Zulkifli Ismail
9) Khir Muntanazar Ismail
10) Dr Azahari Yaacob
11) Mustafa Syaari
12) Mohd Asri Mat Daud - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015

Perwakilan Kedah mahu Pemuda PAS perkukuh Pakatan




| .


SHAH ALAM: Perwakilan dari Kedah, Mohd Slim Mahmud meminta Pemuda PAS Malaysia memperkukuh hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 turut meminta agar penyatuan diwujudkan semula selepas berakhirnya muktamar.

" Kita harap muktamar ini akan menyatukan kita semua, harap bila kita balik nanti akan bersatu semula untuk menentang musuh kita sebenar dan bukannya musuh sesama sendiri.

"Kita mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat di samping kita mandaulatkan kepimpinan ulama berpaksikan Islam," ucap beliau.

Beliau turut berkata, isyarat kemenangan sudah mencukupi syarat dan kemenangan itu akan dikecapi oleh PAS.

"Syarat kemenangan telah kita perolehi dan penuhi, kita akan dapat mengecapinya.

"Memang kita perlu sokong semua pihak tetapi jika sokongan itu mengancam akidah ia perlu kita ketepikan," sambung beliau lagi.

Sementara itu, proses pemilihan telah tamat pada jam 12.30 tengah hari tadi setelah 736 perwakilan mula mengundi apabila ia dibuka pada jam 10.15 pagi tadi.

Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib telah memulakan proses pengundian bagi memilih barisan exco baru untuk sesi 2015-2017. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015


Muktamar: Muslimat fokus kukuh dalaman parti, halatuju perjuangan



| .

SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menyeru seluruh ahlinya memantapkan ukhuwah dan memadamkan semua syak wasangka serta terus istiqamah merakyatkan perjuangan.

Beliau berkata, muslimat mesti mencari titik pertemuan walaupun masing-masing mempunyai pelbagai pandangan.

"Sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam tidak melalui jalan yang mudah bahkan kita sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan.

"Walaubagaimanapun, kita hendaklah tetap dan tabah, beristiqamah, tidak menyeleweng dari dasar Islam.

"Pupuk ukhuwwah dan elakkan bertelingkah sesama sendiri dan sentiasa bermunajat dan mengikat diri dengan Allah SWT," katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Muktamar DMPP Ke-55 di Shah Alam Convention Center, dekat sini hari ini.

Beliau menegaskan, kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalam gerakan Islam yang berlaku kini memberi kesan besar kepada keutuhan gerakan Islam PAS yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jemaah.

Hal ini ditambah dengan kelicikan pengamal media baharu yang sentiasa mendahului dalam menyampaikan berita dan maklumat sensasi.

"Ini kerana kegagalan sebahagian ahli PAS untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baharu sama ada bersifat perselisihan individu alam jemaah atau antara kumpulan yang berlainan.

"Cabaran yang bersifat ancaman dari media baharu ke atas gerakan ISlam kalau tidak dibendung secara berhikmah akan menjadi kanser kepada jemaah kita," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan seluruh muslimat agar tidak terpengaruh dengan istilah 'ulama' dan 'profesional' yang digunakan media dan musuh-musuh PAS untuk memecahkan ahli.

"Isu-isu yang diperbesar dalam media sosial termasuk facebok, whatsapp dan sebagainya bukanlah pertembungan antara kumpulan ulama dan profesional, aktivis dalam PAS," tegasnya.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu sebaliknya menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS adalah pertembungan dua aliran pemikiran yang berbeza pandangan dan pendekatan.

"Kedua-dua kelompok yang berbeza pandangan ini juga mempunyai pengikut dari kalangan ahli yang berlatar belakang pendidikan agama,ustaz, doktor, jurutera, peguam dan profesional yang lain.
"Bahkan kedua-dua kumpulan in i juga mempunyai penyokong dari kalangan aktivis," jelasnya.

Menurut beliau juga, tema 'Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan' diangkat menjadi tema muktamar kali ini sebagai satu ajakan kepada ahli muslimin dan muslimat untuk fokus kepada dua isu utama iaitu pengukuhan dalaman parti dan hala tuju perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015

Muktamar: Muslimat PAS sebak imbau jasa TGNA

| .

SHAH ALAM: Sidang Muktamar Dewan Muslimat kali ke-55 yang berlangsung hari ini menyentuh hati 756 perwakilan yang hadir memenuhi dewan Shah Alam Convention Centre (SACC).

Para perwakilan dari seluruh negara menahan sebak apabila satu tayangan montaj 'Murobbi Ummah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat' sebagai pembukaan Muktamar kali ini.

Montaj yang berdurasi 11 minit itu mengimbau kembali perjalanan pemimpin yang disayangi itu sejak awal penglibatan beliau di dalam perjuangan Islam hinggalah perjalanan terakhir beliau menemui Maha Pencipta pada 25 Februari 2015.

Masing-masing perwakilan kelihatan mengesat air mata sebaik sahaja beberapa ungkapan dan pesanan Tuan Guru itu ditayangkan.

Seramai 1100 hadirin termasuk pemerhati mula memenuhi dewan SACC sejak awal pagi lagi.

Beberapa pimpinan PAS Pusat turut hadir pada perasmian Muktamar Muslimat antaranya Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) Saraswathy, isteri-isteri pemimpin termasuk isteri Menteri Besar Selangor.

Muktamar kali ini akan dirasmikan oleh Mohamad Sabu. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015







Provokatif: PAS boleh batalkan tahaluf siyasi dengan DAP



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini di ambang pertembungan antara parti, tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Ustaz Mahfodz Mohamad.

Beliau berkata, bermula dengan Langkah Kajang yang songsang tanpa persetujuan semua parti dalam Pakatan Rakyat, diikuti pula dengan krisis pengguguran Menteri Besar Selangor.

"DAP melancarkan pelbagai serangan provokasi terhadap batang tubuh Presiden PAS khususnya. DAP membuat keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.

"Ini merupakan satu perancangan pecah dan perintah oleh DAP iaitu memecahbelahkan kesatuan pimpinan untuk mereka menguasai PAS," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar dekat sini, pagi ini.

Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din merasmikan muktamar dengan tema 'Prinsip Perjuangan Asas Nusrah Kemenangan' itu. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.

Beliau berkata, DAP juga telah mengisytiharkan pembubaran Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak dan menentang keras usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

Tambahnya, terkini DAP pula memberi isyarat campur tangan dalam pemilihan PAS dengan mengandaikan mereka akan membuat keputusan berhubung kedudukan mereka dalam PR selepas muktamar PAS.

"Ia adalah isyarat campur tangan yang jelas agar perwakilan memilih pemimpin baru PAS yang pro dengan segala tindak tanduk DAP.

"Situasi ini memperingatkan kita dengan syarat-syarat tahaluf siyasi yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulamak pada 2009," ujarnya.

Menurut beliau, tindakan provokatif DAP itu boleh membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Parti Islam dengan parti sosialis tersebut.

Beliau menjelaskan, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS dan parti-parti yang tidak berasaskan Islam hukum asalnya dilarang oleh Islam.

Namun, katanya ia diharuskan apabila ada keperluan dengan beberapa syarat, antaranya tahaaluf dan kerjasama itu menjadi platform untuk mengukuhkan Islam dan ia tidak menjadi penghalang untuk pelaksanaan Syariat Islam.

Dengan syarat-syarat tersebut, ujar beliau Majlis Syura Ulamak telah mengharuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS dengan PKR dan DAP.

"Tahaluf siyasi atau kerjasama politik merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh PAS sebagai strategi memaksimumkan kemenangan PAS dan meminimumkan kemenangan Barisan Nasional," kata beliau.

Tambah beliau, thaaluf siyasi dengan DAP dan PKR bermula dengan rundingan kerusi untuk menghadapi PRU12.

Strateginya, kata beliau ialah agar tidak berlaku pertembungan antara parti pembangkang  dalam menghadapi BN.

Katanya lagi, strategi tersebut berjaya menyebabkan jatuhnya Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak daripada tangan Barisan Nasional.

"Rentetan itu, ditubuhkan kerajaan bersama antara parti pembangkang. Kedah ditubuhkan kerajaan bersama antara PAS dan PKR.

"Pulau Pinang pula kerajaan bersama antara DAP dan PKR. Perak dan Selangor pula kerajaan bersama 3 parti PAS, PKR dan DAP," ujarnya lagi.

Akhirnya, kata beliau ditubuhkan pula Pakatan Rakyat pada 2009.

"Dalam PRU13 pada 2013, PR menyertai pilihan raya dengan mempertaruhkan kekuatan kerjasama Pakatan Rakyat namun kita gagal mempertahankan Kedah dan gagal mendapatkan semula Perak yang dirampas oleh Umno menerusi pengkhianatan beberapa Adun DAP dan PKR," kata beliau. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015

GST tidak tepati ciri harus cukai dalam Islam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pada saat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan diperalatkan untuk mengharuskan percukaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) yang zalim itu, maka menjadi kewajipan Dewan Ulamak untuk menegaskan prinsip yang benar.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Ustaz Mahfodz Mohamad berkata, GST adalah bercanggah dengan keharusan percukaian dalam Islam.

Hal ini, jelasnya kerana ada tiga syarat yang mesti dipenuhi untuk mengharuskan sesuatu percukaian yang hukum asalnya adalah haram.

Syarat-syarat itu, ujarnya kerajaan berada pada situasi terdesak memerlukan kewangan bagi menguruskan negara, keperluan kewangan itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pembaziran pengurusan kewangan sebelum ini dan cukai hanya dikenakan kepada mereka yang mempunyai lebihan pendapatan.

"Ketiga-tiga syarat ini telah gagal ditepati oleh sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Pertamanya, kerajaan tidak berada pada kondisi mendesak kepada sumber kewangan baru," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar dekat sini, pagi ini.

Katanya, dengan sumber sedia ada menerusi cukai langsung dan tidak langsung serta sumber-sumber lain sebagaimana boleh dilihat dalam Laporan Audit Negara, kerajaan sebenarnya mampu menguruskan kewangan negara.

Antaranya, ujar beliau dengan membetulkan belanjawan dan perbelanjaan negara daripada berlaku defisit berpanjangan.

Tambahnya, untuk tempoh yang panjang selama 18 tahun berturut-turut sejak 1997 kerajaan telah mengamalkan belanjawan dan perbelanjaan defisit.

Hasilnya, kata beliau hutang negara meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada lebih RM600 billion pada awal 2015.

"Keduanya, masalah kewangan yang sedang berlaku hari ini oleh kerajaan Barisan nasional adalah disebabkan ketirisan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan," ujarnya pada muktamar yang dirasmikan oleh Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din itu.

Hadir sama pada muktamar dengan tema 'Prinsip Perjuangan Asas Nusrah Kemenangan' itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.

Menurutnya, laporan oleh sebuah NGO bernama C4, berdasarkan kajian terhadap Laporan Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan pembaziran kewangan setiap tahun antara RM23 hingga RM40 bilion setahun.

Ketiganya, jelas beliau cukai sepatutnya dikenakan berasaskan pendapatan bukannya perbelanjaan. Cukai GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat.

Justeru, tegasnya cukai GST tidak boleh membezakan antara si kaya dan si miskin.

"Semua pihak akan dikenakan cukai apabila berbelanja. Cukai sepatutnya dikenakan kepada mereka yang mempunyai lebihan pendapatan bukannya kerana mereka yang miskin.

"Atas dasar itulah Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa GST tidak menepati ciri keharusan cukai dalam Islam kerana akhirnya ia membawa kepada kezaliman dan penindasan," ujarnya.

Katanya lagi, kesan buruk GST menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau.

Dengan GST, ujar beliau harta rakyat termasuk golongan miskin dirompak secara berlesen sehingga menjangkau jumlah RM42 juta sehari sebagaimana diumumkan oleh kerajaan. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015


Pemuda PAS gesa pinda hukuman mahkamah syariah selaras hudud
Posted on Wednesday, June 03 @ 04:41:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menggesa agar kesalahan dalam undang-undang syariah dipinda agar hukumannya selaras dengan enakmen jenayah syariah atau hudud yang digagaskan parti itu di Kelantan.

Katanya, pindaan itu akan membolehkan hudud dilaksanakan sedikit demi sedikit di negara ini sekalipun ia tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya.


"Jika pun kita tidak dapat melaksanakan kesemuanya, kita jangan meninggalkan kesemuanya," katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Shah Alam petang ini.

Beliau mengambil contoh kesalahan murtad, qazaf (menuduh orang berzina), minum arak dan zina yang sedia terkandung dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1969 (Akta 355).

Menurutnya, kesalahan-kesalahan ini turut terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

"Cumanya, hukuman bagi empat kesalahan ini tidak berdasarkan hukum syarak kerana terikat dengan had hukuman yang ditetapkan Akta 355.

"Empat kesalahan ini sekian lama diperuntukkan dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Justeru, tidak timbul yang kesalahan ini bercanggah atau bertindih dengan kesalahan jenayah yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya.

Sumber TKO - 3-6-2015

Ucapan Suhaizan Bersalahan Dengan Mesej al-Quran

Oleh : Ahmad Hakimi Othman

Penutup ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kayat, berkenaan ayat surah albaqarah yang menceritakan kisah perlantikan Talut telah diambil ibrah dengan cara yang salah.

Mengambil kesimpulan bahawa Talut dipilih walau ada Nabi, dengan mengatakan ada waktu itu sebagai memilih pemimpin yang tepat ditafsirkan dengan sungguh aneh..

Waktu itu, Nabi Sammaun adalah Nabi dan Pemimpin kepada Bani Israel selepas kewafatan Nabi Harun dan Musa as. Bani israel dihukum sesat di padang pasir sinai kerana enggan berjihad melawan kaum jabbarin di Palestin.



Walaupun dipimpin Nabi, Bani israel tetap degil sehingga akhirnya barulah merasakan kedegilan utk berjihad merugikan dan akhirnya tanpa segan meminta Nabi Sammaun Mendoakan Allah melantik ketua untuk mereka. Ketua yg akan memimpin mereka melawan Kaum Jabbarin.

Dengan sebab ini, Allah menguji mereka dengan Thalut yg miskin tapi berhikmah dan bijak. Dalam kisah ini juga mereka diuji sehingga terkenal ayat yang menggambarkan bahawa berapa banyak pasukan sedikit menang melawan pasukan Ramai dengan izin Allah!!!.

Siapakah menulis ucaptama ini yang menutup cerita sebenar dalam Quran.
Tidak rasa bahawa mesej salah akan menyesatkan pemuda PAS?

Minta maaf, ini benar benar bersalahan dengan mesej sebenar Quran dalam cerita tersebut.

***Ahmad Hakimi Othman ialah Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor.

Sumber BO - 3-6-2015


Tidak pernah buat keputusan PAS keluar Pakatan Rakyat




MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI | .


Mohamad merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-56.

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat selepas muktamar nanti.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi PAS tidak pernah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

"PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat selepas muktamar nanti.

"Sehingga sekarang tidak ada sebarang keputusan dibuat oleh pimpinan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini.

Menurut beliau, perwakilan bebas untuk berbahas atau menyuarakan pendapat, namun setiap keputusan itu akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi PAS.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat memberitahu, walaupun terdapat sedikit masalah namun PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Selagi kita bersama Pakatan Rakyat, kita mesti cari jalan untuk menyelesaikan masalah, kita mesti menggunakan akal fikiran untuk membuat tindakan.

"Saya rasa orang muda lebih bersikap terbuka dalam isu menyatupadukan Pakatan Rakyat," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015

Pemuda PAS: 736 perwakilan pilih pemimpin sesi 2015-2017

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Seramai 736 orang perwakilan termasuk exco Pemuda PAS Malaysia akan mengundi hari ini bagi memilih kepimpinan sesi 2015-2017.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata seramai 174 perwakilan telah mendaftar untuk Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini.

"Tahun ini kita telah membuat pendaftaran online untuk setiap perwakilan yang ingin hadir ke muktamar.

"174 telah daftar dengan 666 orang perwakilan dan yang tidak hadir adalah dari Kawasan Keningau," katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia. Turut serta ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat.

Beliau berpendapat, ketidakhadiran Keningau pada muktamar kali ini mungkin kerana diadakan pada hari bekerja.

"Mungkin sebab hari bekerja maka perwakilan dari Keningau tidak dapat hari, insyaallah tahun depan kita pilih waktu cuti.

"Bagi sesi pengundian nanti saya harap ia akan berjalan dengan lancar dan keputusan akan kita umum selepas ia dimuktamadkan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Sumber HD - 3-6-2015


Perwakilan Tak Cukup Kuorum, Muktamar Tertangguh Lebih Sejam
Posted on Wednesday, June 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN



SHAH ALAM: Sesi perbahasan Muktamar Pemuda PAS yang dijadualkan berlangsung pada malam Selasa tidak dapat bermula tepat pada waktunya kerana jumlah perwakilan "tak cukup kuorum".

Mengikut jadual, perbahasan sepatutnya bermula pukul 8.15 malam dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari tetapi ia tertangguh kira-kira sejam kerana jumlah perwakilan yang kecil.

Sehingga pukul 8.50 malam, Pengerusi Tetap mengumumkan 135 lagi perwakilan diperlukan untuk mencukupkan kuorum bagi membolehkan ucapan aluan diberikan, seterusnya memulakan perbahasan.

Namun, setakat pukul 9.07 malam, acara masih tidak dapat diteruskan, menyebabkan Pengerusi Tetap terpaksa menjemput wakil pemerhati dari luar negara memberikan ucapan kepada perwakilan yang menunggu di Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini.

Terdahulu, sebelum wakil berkenaan naik ke pentas, Kamal sempat menyatakan kekesalannya dengan situasi itu.

“Saya berhajat untuk tamatkan sesi ini pada pukul 11 malam sahaja. Tunggu lama-lama pun salah kita, datang pun lambat, sendiri lambat sendiri tanggunglah.

“Saya tak boleh mulakan ucapan aluan kerana muktamar memerlukan seramai 370 perwakilan termasuk Exco. Jadi saya teruskan agenda sampingan sementara menunggu kehadiran perwakilan,” katanya.

Pada pukul 9.15 malam, Kamal akhirnya mengumumkan bahawa jumlah perwakilan telah mencukupi namun sekali lagi menyuarakan  ketidakpuasan hatinya.

“Di atas kepercayaan kiraan yang tepat, maka dengan ini Alhamdulillah pada pukul 9.15 malam jumlah perwakilan mengizinkan untuk perjalanan muktamar dilakukan.

“Namun apakah ini gambaran yang nak diberikan kepada masyarakat bahawa ini yang kita nak lalui untuk memulakan muktamar selepas satu jam?.

“Mudah-mudahan ini menjadi pengajaran dan iktibar, selaras ucapan Ketua Pemuda yang mempersiap generasi kemenangan dalam muktamar kali ini,” katanya.  - Mstar

Sumber TKO - 3-6-2015

Perwakilan harap isu dalaman Pas selesai
Posted on Wednesday, June 03 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

SHAH ALAM - Perwakilan yang hadir rata-rata meletakkan harapan yang sama untuk perselisihan dalaman yang berlaku dalam Pas mampu diselesaikan dalam muktamar kali ini.

Perwakilan daripada Pontian, Zalnuzabha Bahar berkata, isu yang membelenggu parti itu menyebabkan ahli akar umbi rasa tidak selesa.

"Kita harap ini medan terbaik selesai masalah berbangkit, tidak kiralah isu dalam Pas atau di luar Pas.

"Apabila isu dalaman selesai kita dapat bergerak dengan lebih lancar," katanya.

Harapan sama turut dinyatakan oleh perwakilan daripada Klang, Saiful Rizal Shaidan yang mahu kemelut yang menimpa Pas tidak lagi dibangkit selepas Muktamar Pas ke-61 selesai.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Klang, turut menyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja yang menerajui kepimpinan parti itu.  - Sinar Harian 


Sumber TKO - 3-6-2015


Angin dan ribut dalam gerakan Islam

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


Firman Allah SWT;

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُون

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” - (Surah al-A'raf ayat 57)

مَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ أَعْمَالُهُمْ كَرَمَادٍ اشْتَدَّتْ بِهِ الرِّيحُ فِي يَوْمٍ عَاصِفٍ ۖ لَا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا عَلَىٰ شَيْءٍ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الضَّلَالُ الْبَعِيدُ
“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.” - (Surah Ibrahim ayat 18)

Kedua-dua ayat dalam surah al-A'raf dan Surah ibrahim di atas ada menyebut perkataan الرياح dan الريح yang salah satunya dalam bentuk singular (mufrad) dan plural (jamak) yang membawa maksud angin.

Tetapi Allah SWT dalam surah al-A'raf menggunakan perkataan الرياح dalam bentuk plural untuk menggambarkan maksud angin yang membawa khabar berita yang baik dan gembira iaitu angin yang mengirimkan hujan membasahi bumi yang kontang serta menghidupkan tanaman yang sudah mati dan reput.

Berbanding perkataan الريح dalam surah Ibrahim disebut dalam bentuk singular untuk memberi maksud angin yang kencang yang membawa khabar berita yang buruk iaitu ribut yang membinasakan segala yang berada di hadapannya, menghancurkan rumah dan tanaman serta hartabenda.

Allah al-A'raf ingin menyatakan bahawa keadaan dua bentuk angin yang dijadikan oleh Allah SWT adakalanya membawa manfaat dan adakalanya membawa mudarat.

Adapun angin yang bersifat الرياح yang dihantar oleh Allah SWT kepada orang yang beriman adalah dalam bentuk khabar baik dan gembira semata-mata untuk membawa hujan agar dibasahi bumi yang sedang kering kontang dan mereput. Setelah angin ini dikirim oleh Allah, bumi mula menjadi subur dan digantikan dengan tanaman yang baru dan menghijau. Maka bermulalah buah-buahan berputik dan ranum untuk dinikmati oleh mereka yang mendapat manfaat darinya.

Di sebaliknya angin yang bersifat الريح dikirimkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya dalam bentuk khabar buruk adalah disebabkan pengingkaran dan kekufuran mereka kepada Allah SWT Lalu Allah mengirimkan angin ribut menghancurkan segala amalan mereka sehingga menjadi debu-debu yang berterbangan. Amalan mereka disia-siakan oleh Allah SWT dan tidak memberi apa-apa kebaikam kepada diri mereka di akhirat kelak.

Inilah perumpamaan yang ingin dikiaskan kepada apa yang berlaku kepada Parti Islam SeMalaysia PAS pada waktu kini. Angin yang bertiup dalam jemaah yang berusia lebih daripada separuh abad ini sudah tentu adalah perkara yang ditakdirkan oleh Allah SWT dalam pengetahuan dan susunan-Nya.

Allah SWT sedang meniupkan angin الرياح kepada jemaah ini dengan membawa angin yang berat yang mengandungi air hujan yang banyak yang menampakkan awan berkelabu dan gelap sebenarnya adalah satu rahmat Allah SWT untuk membasahi bumi jemaah ini yang sedang kering kontang dan agar ia kembali segar bagi yang reput dan menghidupkan bagi yang sudah mati daripada tanaman-tanaman.

Angin yang membawa air hujan yang berat ini telah menghasilkan tanaman-tanaman dan buah-buahan segar yang ranum dan enak setelah sekian lama tiada berbuah. Angin yang bertiup dalam PAS telah melahirkan tenaga dan ahli yang bersifat lebih segar dan bugar dari kalangan pejuang-pejuang yang muncul di tengah-tengah krisis kepimpinan dan prinsip.

Angin yang dikirimkan ke dalam jemaah PAS ini sebenarnya adalah satu rahmat daripada Allah SWT kepada jemaah kerana ia telah menghidupkan pejuang-pejuang dan ahli yang lebih berprinsip dan teguh dengan perjuangan Islam yang lebih segar dan konsisten bersikap dalam mempertahankan matlamat perjuangan yang hampir dikikiskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menggadaikan prinsip Islam dan halatuju mencapai keredhoan Allah SWT yang merupakan cita-cita murni setiap perjuangan Islam.

Buktinya sejak mulanya angin yang bertiup kuat dalam jamaah PAS ini, kelihatan wajah-wajah baru dalam PAS muncul dan bangkit mempertahankan keizzahan dan asolah PAS. Mereka yang datang dari kepelbagaian latarbelakang pendidikan dan pekerjaan samada dari kalangan ulama, profesional dan aktivis.

Anak-anak muda dari kalangan aktivis dan profesional dalam PAS juga lebih bersifat berani dan tegas mempertahankan jemaah ini daripada unsur-unsur yang cuba menggugat dan mengharubirukan PAS. Buktinya dengan sambutan hebat dalam program anak muda PAS seperti Ijtimak Tarbawi yang menggambarkan keadaan anak muda PAS amat mencintai jemaah ini dan sanggup mempertahankannya.

Begitu juga dilihat dengan kemunculan ulama-ulama muda dalam PAS yang proaktif mengemukakan hujah-hujah Islam dan idea kreatif serta melibatkan diri dengan kepelbagaian isu dan krisis nasional melalui lajnah-lajnah dan dewan-dewan dalam PAS menampakkan bahawa PAS mendapat kebaikan disamping angin yang bertiup kencang yang sebenarnya angin yang bersifat membawa rahmat menyuburkan jamaah ini yang pernah satu ketika hampir tandus.

Manakala golongan yang cuba membuat onar dalam jamaah PAS kini maka ingatlah pesanan Allah SWT seperti seperti ayat dalam surah Ibrahim yang menyebut tentang angin yang kencang yang menghancurkan segala usaha mereka. Amalan-amalan mereka diumpamakan habuk dan debu yang berterbangan yang dihempas oleh angin apabila dibawakan di akhirat kelak.

Firman Allah dalam ayat yang lain,

"... وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا ..."

Golongan yang buat onar dalam gerakan Islam ini sebenar telah dinyatakan oleh Allah SWT. Walaupun kelihatan mereka seperti kuat akan tetapi sebenarnya jiwa dan hati mereka sentiasa berkecai dan pecah.

بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).
Marilah sama-sama kita menginsafikan diri kita, untuk kembali kepada prinsip perjuangam berteraskan kefaqihan Islam dan ilmunya. Bukannya dengan mengikut nafsu diri dan duniawi yang senantiasa menghiaskan dan menampakkan dirinya indah tetapi sebenarnya adalah perangkap dan jurang kebinasaan terhadap mereka yang terperdaya.

Perbanyakanlah taubat dan istighfar serta munajat kepada Allah agar ditetapkan diri kita di atas jalan kebenaran. – HARAKAHDAILY 2/6/2015

Penulias ialah Setiausaha Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor

Sumber HD - 2-6-2015


MUKTAMAR : FOR THE GLORY OF THE UMMAH - DHPP




http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35751-muktamar-for-the-glory-of-the-ummah

Sumber HD - 2-6-2015

Suhaizan Pikul Beban Imbangi Pengaruh Pro-Ulama
Posted on Tuesday, June 02 @ 12:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK



KEPUTUSAN pemilihan kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Pusat dilihat bakal menjadi kayu ukur terhadap kecenderungan perwakilan membuat pilihan bagi jawatan tertinggi parti yang akan berlangsung Khamis ini.

Justeru, beban tentunya terletak di bahu penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dalam memastikan kumpulan profesional mampu mengimbangi dan menyekat kemaraan kumpulan pro-ulama dalam PAS.

Dengan nisbah yang hampir seimbang antara dua kumpulan itu dalam senarai pancalonan, kebimbangan yang pernah disuarakan Suhaizan bagi mempertahankan kedudukannya dianggap rasional dan realistik.

Lawannya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bukan calang-calang.


Hasil carian hashtag #AnakMudaBersamaUlamak yang digunakan Nik Mohamad Abduh di media sosial jelas memperlihatkan kebangkitan kumpulan pro-ulama dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pengaruh 'anak Tok Guru' yang dimiliki Nik Mohamad Abduh dilihat mampu memberi tentangan kepada Suhaizan yang cuba menerajui kepimpinan Pemuda PAS untuk tempoh sepenggal akan datang.

Aura Nik Mohamad Abduh iaitu anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat begitu kuat terutamanya dalam memastikan kumpulan pro-ulama kembali di landasan asal untuk menerajui PAS.

Berdasarkan rekod terdahulu dalam pemilihan sayap itu pada 2013, Suhaizan menang tipis dengan majoriti 12 undi ke atas pencabarnya, Kamaruzzaman Mohamad daripada kumpulan pro-ulama.

Bagaimanapun Suhaizan keseorangan dalam kepimpinan tertinggi pemuda apabila dua sekutunya yang bertanding jawatan timbalan dan naib ketua tewas di tangan calon pro-ulama.

Pada pemilihan kali ini, seorang lagi 'anak Tok Guru' iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi dicabar 'musuh' lamanya yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Kedua-dua mereka pernah bertembung pada pemilihan 2013 namun keputusan memihak kepada Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan memperoleh 355 undi menewaskan Raja Ahmad Iskandar yang mendapat 282 undi.

Begitu juga di posisi nombor tiga, penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin akan dicabar wakil kumpulan profesional, Nor Azman Mohamad.

Jika Nik Mohamad Abduh dan kumpulannya berjaya menyekat hasrat Suhaizan serta pasukannya, timbul tanda tanya mengenai kerjasama Pemuda PAS bersama pemuda pakatan pembangkang.

Sebelum ini Suhaizan dilihat lebih mesra Pakatan Rakyat namun kemesraan itu kemungkinan bakal berakhir jika Nik Mohamad Abduh berjaya merampas kedudukan tersebut.

Berbanding Suhaizan, Nik Mohamad Abduh lebih lantang mengkritik kepimpinan DAP dan PKR khususnya dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti Islam itu termasuk yang terbaharu berkaitan pelaksanaan hudud. - Mstar

Sumber TKO - 2-6-2015

Muktamar Kali Ke-56; Pemuda Mulai Melangkah Masuk Dewan

Oleh : NM

SHAH ALAM – perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara dilihat sudah berada di lobi Auditorium, Dewan Jubli Perak, Banguanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini, bagi melaksanakan amanah mengadakan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-56.

IMG-20150602-WA0044

Ucaputama Perasmian oleh Timbalan Presiden PAS pastinya menarik perhatian perwakilan dan pemerhati setelah Dewan Pemuda menghabiskan sesi lalu dengan bermacam onak dan liku.

Mohamad Sabu dijangka memberi ucapan pengarahan halatuju Dewan Pemuda untuk terus menggarap tenaga pejuangan mengisi ruang potitik tanah air, apatah lagi tahun ini akan ada pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

IMG-20150602-WA0048

Umum melihat perjalanan Pemuda Pas sesi lalu penuh kontravesi apabila ketuanya, Suhaizan bin Kaiat dilihat tidak banyak membantu Presiden parti dan acapkali dilihat tidak senada dengan kepimpinan utama parti.

Apa pun wajah dan Barisan Pemuda Pas akan dinilai dan dibuat keputusan oleh perwakilan yang layak dari seluruh negara. Mampukah ketua sekarang ini terus memimpin Pemuda Pas Malaysia atau sebaliknya.

Sumber BO - 2-6-2015


PEMUDA PAS FOKUS 10 AGENDA UTAMA - SUHAIZAN




Pemuda PAS fokus 10 agenda utama: PEMUDA PAS Malaysia hari ini memberi fokus sepuluh agenda utama yang perlu ditempuhi dalam

Pemuda: Medan muhasabah, bukan melempias emosi

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


SELAMAT bermuktamar kepada semua. Jadikan platform ini sebagai medan muhasabah terhadap prestasi dan perjalanan kepimpinan pemuda untuk sesi lalu. Semua perwakilan perlu meneliti sebaik mungkin laporan setiap lajnah di dalam dewan kerana ia adalah indikasi terhadap amanah yang telah ditaklifkan.

Apabila berlaku kekurangan dan perlu penambahbaikan, maka para perwakilan boleh serta wajib melontarkannya. Amatlah malang jika persepsi mengatakan prestasi hingga mengesampingkan perkara yang sepatutnya diutamakan.

Tidak siapa boleh menafikan bahawa sesi ini dilihat agak panas, namun besarlah harapan saya jika kepanasan yang dijangka itu adalah dari segi kerencaman idea dan cadangan dalam meneruskan kerelevanan Pemuda PAS sebagai entiti harapan ummah.

Harus diingat, muktamar bukanlah platform untuk melepaskan dendam atau melempias emosi. Praktikkanlah adab dan akhlak kita sebagai pejuang Islam, jika ada kekurangan, kesilapan serta ketidakpuashatian maka kita boleh lontarkan teguran, bukannya kita mengherdik hingga lari daripada sifat seorang pejuang.

Hangatkan muktamar dengan idea-idea serta saranan yang mampu mempertingkatkan prestasi PAS di arena politik negara. Jangan pula muktamar ini dihangatkan dengan adegan-adegan yang tidak memberikan manfaat kepada jemaah yang kita cintai ini. Saya fikir para pemuda di semua telah mencapai satu tahap yang matang.

Tahun ini adalah musim kita bertanggungjawab untuk mentaklifkan amanah kepada pimpinan bagi sesi 2015-2017. Memilih kepimpinan adalah hak perwakilan dan sesiapa tidak berhak untuk menyekat siapa yang mahu mereka pilih.

Cuma kita boleh memberi saranan dengan memberikan hujah-hujah serta sebab-sebab yang relevan. Yang penting, pilihlah kepimpinan berdasarkan prestasi. Jangan kerana persepsi menyebabkan prestasi itu ditenggelamkan. Memajukan jemaah adalah dengan prestasi, jangan terus dilingkari dengan persepsi hingga kemaraannya terganggu.

Besarlah harapan saya agar ukhuwah sesama kita terus teguh walaupun antara kita mempunyai kekhilafan antara satu sama lain. Yakinlah semua di dalam PAS khususnya dalam konteks Pemuda ini mempunyai matlamat perjuangan yang sama, cumanya pendekatan dan cara berfikir berbeza. Ayuh, Tekal Beriltizam dalam Mempersiap Generasi Kemenangan! – HARAKAHDAILY 2/6/2015

Sumber HD - 2-6-2015


Jadual Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS
Posted on Tuesday, June 02 @ 00:40:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE 55
3 JUN 2015 BERSAMAAN 16 SYA'ABAN 1436H
SACC, SHAH ALAM SELANGOR
2/6/15 (SELASA)
02.30 ptg – 07.30 mlm :Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati Berdaftar melalui kawasan @ SACC, Shah Alam


3/6/15 (RABU)
07.30 pagi – 08.00 pagi:
:
:
Pendaftaran Pemerhati,
Pendaftaran VIP, Media Ketibaan Tetamu Jemputan
08.30 pagi:Ketibaan YBhg Hj Mohamad bin Sabu; Timbalan Presiden PAS selaku perasmi
( ke bilik menunggu )  
8.35 pagi:MAJLIS PERASMIAN BERMULA
08.35 – 11.45 pagi:Majlis Perasmian berlangsung mengikut aturcara yang ditetapkan
11.45 – 12.00 tghr:MAJLIS DITANGGUHKAN SEMENTARA
12.00 – 12.05 t/hari:Pengerusi Muktamar Mengambil Tempat &  semua perwakilan berada di tempat masing-masing
12.05 – 1.35 ptg:SIDANG MUKTAMAR DMPP KE-55 BERMULA MENGIKUT AGENDA
Agenda 1: Pengesahan Peringatan Minit Muktamar Tahunan Kali Ke-54
Agenda 2: Taklimat JKuasa Pemilihan PAS Pusat
:Taklimat oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat & Perkenalkan calon
:SESI PENGUNDIAN AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA SELESAI
:Acara sampingan di dewan akan berlangsung semasa urusan pengundian berlangsung
12.30 – 02.30 ptg:Acara pengundian berlangsung mengikut aturan yang ditetapkan.
[ perwakilan akan keluar mengikut aturan yang ditetapkan ]
:ACARA KHAS DI DALAM DEWAN SEMASA PENGUNDIAN BERLANGSUNG
:Beberapa acara khas di dalam dewan akan berlangsung mengikut ketetapan aturcara.
01.35 – 02.45 ptg:SIDANG MUKTAMAR BERHENTI REHAT
:Makan Tengahari / Solat Zuhur/Jama’ Taqdim
[ Makan tengahari perwakilan & perwakilan]
Bermula 02.45 ptg:SIDANG MUKTAMAR DISAMBUNG SEMULA
:Muktamar disambung mengikut agenda
08.30 – 08.50 mlm:Pengumuman Keputusan Pemilihan Diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat
:Sambungan Ucapan Penangguhan
:Ucapan penangguhan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2015/17
10.15 – 10.25 mlm:Penangguhan oleh Pengerusi Tetap
10.25 – 11.00 mlm:Persembahan Khas [ Selawat & Doa ] 
11.00  mlm:BERSURAI

Sumber TKO - 2-6-2015
Jadual Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia 2015
Posted on Tuesday, June 02 @ 00:37:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PENDAFTARAN  

10:00 pg – 01.00 ptg:Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati
PERASMIAN MUKTAMAR (2/6/2015 - SELASA)  
02.00 - 02.30 ptg:Ketibaan Perwakilan, Tetamu dan Pemerhati 


02.30-02.50 ptgKetibaan Perasmi
:Perbarisan Jabatan Amal
Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptgKetibaan Perasmi
Perbarisan Jabatan Amal
Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptgPerarakan Masuk Perasmi Muktamar ke dalam Dewan Auditorium
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS
03.00 - 03.15 ptgUcapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Ayat Suci Al-Qur’an
03.15 - 03.20 ptgUcapan Aluan Pengarah Muktamar 
03.20 - 03.50 ptgUcaptama Ketua Pemuda
03.50 - 04.35 ptgUcapan Perasmian 
Oleh : TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU, Timbalan Presiden PAS
04.35 - 05.00 ptgTayangan Montaj/ Multimedia
Penyampaian Anugerah-anugerah
05.00 - 05.30 ptgSesi Bergambar
Jamuan 
Sidang Media
MUKTAMAR PENUH (2/6/2015 - SELASA)  
08.15–08.30 mlmAluan Pengerusi Tetap
08.30–08.40 mlmMembentang dan Mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-55
08.40–10.00 mlmMembentang, Membahas dan Menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 
10.00- 11.45 mlmTaklimat oleh Wakil Jawatankuasa Pemilihan Parti
 Tangguh Agenda Muktamar
MUKTAMAR PENUH (3/6/2015 – RABU)  
08.30 – 08.45 pgAluan Pengerusi Tetap 
09.00–12.00 tghrPerbahasan dan Penerimaan Ucaptama Ketua Pemuda
Proses Pemilihan mengikut Negeri
12.00tghr– 01.00 ptgPenggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan
01.00– 02.30 ptg
Rehat / Makan Tengahari / Solat Zuhur
02.30- 03.30 ptg
[Sambung] Penggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan*
03.30– 05.30 ptg
Perbahasan Usul-usul
05.30– 05.40 ptg
Memilih 20 orang Wakil ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-61
05.40– 06.00 ptg
Ucapan Penangguhan Perwakilan
06.00– 06.30 ptg
Ucapan Penangguhan Ketua Pemuda


*Tertakluk kepada sebarang perubahan



Sumber TKO - 2-6-2015



Jadual Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 61

Posted on Monday, June 01 @ 23:49:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


4-7 JUN 2015 BERSAMAAN 17-19 SYA'ABAN 1436H | STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR

Khamis 
17 Sya'aban 1436H / 4 Jun 2015
8.15 pagi:Tetamu kehormat, para perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
8.30 pagi:Ketibaan Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri dan WP


8.40 pagi:Ketibaan Presiden
8.45 pagi:Ketibaan Mursyidul Am
:Perbarisan kehormat oleh Unit Amal
9.00 pagi:Perarakan masuk Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan ke dalam dewan Muktamar
:
:
Lagu Negaraku
Lagu rasmi PAS
:Ucapan aluan Pengerusi Tetap
:Bacaan ayat suci Al-Qur’an
:Ucapan aluan Setiausaha Agung
10.45 pagi:Ucapan Dasar dan Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 61 oleh Presiden PAS
:
:
:
Doa
Bersurai
Makan tengahari / Lunch
Khamis
17 Syaaban 1436 /4 Jun 2015  
8.30 pagi:Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 59
(Mengikut Aturcara Majlis Perasmian)
2.30 petang:Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
2.40 Petang:Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
2.45 petang:AGENDA PERTAMA
:Pembentangan dan Pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan PAS ke 60
3.00 petang:AGENDA KEDUA
:Membentang dan menerima penyata dan laporan
1. Laporan Tahunan PAS 2014/2015
2. Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2014
3.45 petang:AGENDA KETIGA
:Pemilihan jawatan dalam parti (berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat)
:Muktamar ditangguhkan
Jumaat
18 Syaaban 1436 /5 Jun 2015  
8.15 pagi:Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
8.30 pagi:Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
8.45 pagi:Pengumuman Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan
9.00 Pagi:AGENDA KEEMPAT
:Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan Ucapan Dasar
1.00 petang:Rehat dan solat Jumaat
2.30 petang:Perbahasan Ucapan Dasar disambung semula
4.30 petang:Rehat dan solat Asar
5.00 petang:AGENDA KELIMA
:Membahas usul-usul
6.45 petang:Rehat dan solat Maghrib
9.00 malam:Ceramah Umum
12.00 malam:Rehat
Sabtu
19 Syaaban 1436 /6 Jun 2015  
8.15 pagi:Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
8.30 pagi:Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat
8.45 pagi:Ucapan penggulungan oleh pimpinan
12.30 petang:AGENDA KEENAM
1.30 petang:Muktamar ditangguhkan
:Doa

Sumber TKO - 2-6-2015



MUKTAMAR : ALL LIGHTS NOW GREEN - DTH



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35734-muktamar-all-lights-now-green

Sumber HD - 1-6-2015







Muktamar ke-61 bukan penentu PAS keluar Pakatan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS menolak Muktamar Tahunan kali ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini menjadi penentu kepada PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tidak ada seorangpun pimpinan tertinggi PAS yang mempunyai pendirian mahu membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Saya bagi jaminan tidak ada seorang pemimpin tertinggi PAS hendak keluar Pakatan Rakyat. Sesiapa yang menang dalam pemilihan nanti tidak mungkin akan keluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat," katanya.
Tegasnya, spekulasi mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat nanti bergantung kepada Muktamar PAS adalah tidak betul.

Bahkan katanya, Muktamar PAS sendiri tidak mungkin akan mengambil keputusan keluar Pakatan Rakyat kerana tidak ada sebarang usul yang mahu parti Islam itu keluar daripada pakatan.

Bukan itu sahaja, beliau juga difahamkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam muktamar nanti juga tidak menyentuh soal berkenaan.

"Tidak ada ruang disebut keluar Pakatan Rakyat, jadi perkara ini tidak mungkin dibincangkan dalam muktamar nanti," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Malah katanya, PAS tidak semudah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat walaupun ada usul tergempar kerana tahaluf siyasi ada syaratnya.

"Hendak keluarpun mesti ada sebab musabab tidak boleh buat keputusan spontan. Dan ianya tidak mungkin berlaku. PAS hendak memutuskan kerjasama bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Tegas Mustafa, satu-satu parti tidak boleh mengeluarkan parti lain daripada Pakatan Rakyat melainkan parti itu tidak selesa dan ia boleh menarik diri daripada pakatan.

"Misalnya pada tahun 2001, DAP tidak berpuas hati dengan PAS kerana konsep Negara Islam dan dia minta kita kuburkan prinsip dan asas perjuangan, kita kata tidak boleh. Sebab itu PAS tidak akan tinggal prinsip.

Beliau turut menafikan wujudnya kumpulan-kumpulan di dalam PAS yang pro-Patakan Rakyat dan anti Pakatan Rakyat.

"Pemilihan dua tahun sekali, macam biasa. Oleh kerana zaman media sosial banyak peranan dimanfaatkan baik buruknya. Jadi pemilihan kali ini hangat sedikit, saya akui," katanya. - HARAKAHDAILY 1/6/2015

Sumber HD - 1-6-2015



Kekal dalam Pakatan hanya keputusan muktamar

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BAHARU: Hanya pentas muktamar sahaja yang boleh memutuskan sama ada PAS kekal bersama Pakatan Rakyat atau sebaliknya kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

“Sekiranya ada dua kumpulan, satu mahu membawa PAS keluar dari Pakatan dan satu lagi mahu dikekalkan dalam Pakatan Rakyat, ia hanya akan diputus di muktamar di Kuala Selangor hujung minggu ini.

“Saya fikir tidak berbangkit golongan didakwa mahu keluar PAS atau mahu PAS keluar dari Pakatan.

Kita kekal di sini. Kalau ada orang mahu keluar maka orang itulah yang bergerak keluar,” ujarnya ketika ditemui di sini kelmarin.

Muktamar PAS kali ke-61 bermula 4 Jun ini di Kuala Selangor. Muktamar dewan-dewan bermula sehari sebelum itu.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tetap berpegang teguh kepada disiplin berjamaah dan gerak kerja parti berasas akidah Islamiah.

Beliau juga berharap mana-mana pemimpin hendaklah menggunakan ruang di muktamar untuk menyuarakan apa sahaja dan bukannya bercakap di luar gelanggang.

“Kita faham dalam berpolitik, kita tidak boleh lari, ada sedikit sebanyak sokongan mana-mana pihak, tetapi yang boleh menentukan keputusan dan kedudukannya ialah muktamar, insya-Allah.

“Kita memberi ruang perwakilan bersuara. PAS mengamalkan dasar demokrasi, maka muktamar merupakan forum yang terbaik untuk kita memberi pandangan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2015

Sumber HD - 31-3-2015

Jangan melampau

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sebagai seorang muslim pula melibatkan diri dengan gerakan Islam ini selayaknya kita diperkaya dengan nilai ilmu Islam yang mantap dan akhlak yang soleh.

2. Jauhkan diri dari tulisan, tindakan dan kenyataan yang keji. Antara yang dicela oleh syarak malah dinilai sebagai perilaku golongan munafik ialah apabila bertelingkah atau berselisih, ia melampau-lampau. Menabur fitnah dan tohmahan yang tidak berasas semata-mata mahu memuaskan kehendak peribadi. Sabda Rasulullah s.a.w:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Dari Abdullah ibn Umar bahawa Nabi saw telah bersabda: 4 sifat, barang siapa yang ada padanya (4 sifat ini) maka ia adalah munafiq dan barang siapa yang terdapat padanya sebahagian dari sifat-sifat munafiq itu maka ia mempunyai sebahagian dari sifat munafiq sehinggalah ia menolaknya. (Sifat-sifat itu)

- apabila diberi amanah dia khianat
- apabila bercakap dia berbohong
- apabila berjanji dia mungkir
- apabila bertelingkah dia melampau (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

3. Lumrah kehidupan manusia memiliki pelbagai latar dan posisi. Mempunyai perbezaan dalam banyak perkara. Namun syarak menegah ummatnya keterlaluan dan melampau dalam menampilkan perbezaan sehingga tergamak melemparkan fitnah yang jahat dan tohmahan yang tidak berasas.

Hayati sabda Rasulullah s.a.w:

عن أبي مسعود رضي الله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح مناكبنا في الصلاة ويقول استووا ولا تختلفوا فتختلف قلوبكم لِيَلِني منكم أولو الأحلامِ والنُّهى ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم قال أبو مسعود فأنتم اليوم أشَدُّ اخْتلافاً)

Dari Abi Mas'ud r.a katanya Adalah Rasulullah saw pernah mengusap pundak kami ketika mahu menunaikan solat lalu Baginda saw bersabda: Rapatkan saf dan janganlah kamu berselisih sehingga hati-hati kamu turut berselisih. Mudah-mudahan yang menempati posisiku di kalangan kamu ialah mereka yang sabar dan berakal. Kemudian orang yang selepasnya, kemudian orang yang selepasnya.

Abu Mas'ud r.a berkata: sedang kamu pada hari ini, sangat ketara perselisihannya. (Riwayat Imam Muslim) - HARAKAHDAILY 30/5/2015

Sumber HD - 30-5-2015







Seronok sangat pergi muktamar

WAN MUHAMMAD MIZAN | .


Teringat dahulu, muktamar jadi medan untuk mengeratkan ukhuwah sama ada perwakilan dan pemerhati. Tiba saja muktamar, pakat-pakat bersiap hendak pergi bagai hendak menyambut hari raya. Seronok yang amat, tidak dapat nak dibayangkan. Ibarat suatu medan mahu cas balik fikrah perjuangan. Dengar perbahasan untuk kekuatan jemaah, dengar kalam pemmpin.

Pernah dahulu ada seorang pakcik yang selalu saya jumpa, sekitar umur 70 tahun lebih. Dia akan bersiap cari modal dan simpan kewangan untuk ke muktamar sekurang-kurangnya sebulan dengan bekerja ambil upah. Separuh simpanan dia untuk ke muktamar dan selebihnya untuk keluarga.

Sampai tahap dulu-dulu kalau tidak pergi ke muktmar, rasa malu nak keluar rumah. Aura muktamar punya pasal. Semangatnya nak ikuti program jemaah. Tapi itulah, zaman berganti zaman. PAS semakin ramai keahlian dan peminatnya dari pelbagai jenis orang.

Sekarang apabila tibanya muktamar, sudah hilang semangat ukhuwah, thiqah, wala' dan taat. Sudah tidak ada sikap hormat dan adab kepada kepimpinan. Ada yang sanggup mengutamakan kata parti kawan daripada keputusan jemaah. Ketua jemaah ibarat orang luar yang dihamburkan pelbagai tuduhan, kata hendak bergabung dengan Umno dan sebagainya.

Tetapi itulah nikmatnya berada di bawah naungan kepimpinan ulamak, fitnah dan tuduhan begitu langsung tidak dihiraukan. Program-program tarbiyah dan pengukuhan parti tetap dijalankan. Pemimpin ke hulu dan ke hilir membawa amanah jemaah.

Semoga selepas muktamar nanti, kesuraman ini akan kembali cerah. Nikmat yang pernah dirasai dulu-dulu ketika berada dalam bahtera ini semoga bersinar balik, harapnya. Insya Allah. - HARAKAHDAILY 30/5/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu.

Sumber HD - 30-5-2015