BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, May 18, 2015

ISU PELARIAN ROHINGYA DAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tak sempat ke Malaysia, 27 Rohingya ditahan imigresen
Thai

Posted on Saturday, March 18 @ 09:43:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34070


NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand menahan 27 orang etnik Rohingya di mukim Salamai, daerah Takbai hari ini sebelum mereka diseludup ke Malaysia menerusi sempadan di Kelantan. 


Ketua Imigresen Wilayah Narathiwat, Kolonel Noppadol Rakchart berkata, etnik Rohingya itu yang terdiri daripada 22 lelaki, 3 wanita dan 2 kanak-kanak, ditahan dalam sebuah lori pada jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).


“Pemandu lori berkenaan dikenali sebagai ‘Somrak’ berkata, beliau membawa etnik Rohingya itu dari Ban Mod, Thung Krut di Bangkok ke Narathiwat sebelum diserahkan kepada kumpulan sindiket yang akan membawa mereka masuk ke Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.


Katanya, “Somrak” sudah 2 kali membawa kumpulan rakyat Rohingya ke Narathiwat dan diberikan bayaran 30,000 baht (RM3,800) bagi setiap perjalanan.

Menurutnya, semua etnik Rohingya itu ditahan atas kesalahan memasuki Thailand secara haram, manakala pemandu lori terbabit disiasat bagi mengenal pasti dalang sindiket itu.


Sementara itu, seorang etnik Rohingya menerusi penterjemah memberitahu mereka memasuki Thailand menerusi pintu sempadan Mae Sot di sempadan Thailand-Myanmar selepas membayar 15,000 baht (RM1,900) kepada sindiket.

Sumber TKO - 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TG Abdul Hadi akan rasmi seminar antarabangsa Rohingya

NAIB Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan merasmikan Satu Seminar Antarabangsa berkaitan isu Rohingya. 
Seminar selama tiga itu akan berlangsung dari  14  hingga 16 Mac 2017 dan diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya. Program ini anjuran bersama Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), International Federation for Relief & Development (IFRD) dan Yayasan Amal Malaysia. 
Menurut Pengerusi, International Conference on Rohingya, Husin Ismail, dalam suatu kenyataan medianya tema bagi seminar ini adalah “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” dan ia mencakupi konflik yang dialami oleh etnik Rohingya. Seminar ini juga dianjurkan bagi memahami sejarah etnik Rohingya, mencari, mengenalpasti masalah yang timbul seterusnya mencadangkan resolusi dan penyelesaian yang sebaiknya bagi meminimakan masalah yang berlaku. 
“Isu Rohingya adalah isu yang semakin kritikal desawarsa ini dengan serangan menggila daripada sami Rakhine Buddhist dan tentera Burma. Ianya juga menjadi sebab utama seminar ini dilakukan bagi meletakkan tekanan kepada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembersihan etnik terhadap etnik Rohingya.
“Seminar ini akan akan disertai delegasi beberapa NGO tempatan, luar negara, jabatan kerajaan, institusi awam, swasta, tokoh-tokoh politik dan ahli akademik,” nyata beliau lagi. 
Penganjur berharap seminar ini dapat menghasilkan beberapa resolosi yang boleh diangkat ke ASEAN dan PBB bagi membela nasib dan masa depan etnik Rohingya di Myanmar. Hasil daripada resolosi ini juga diharap dapat dapat memberi tekanan dan harapan agar kerajaan Mynmar memberi keadilan sewajarnya kepada etnik Rohingya yang juga rakyatnya sendiri. 
Majlis Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak. – HARAKAHDAILY 10/3/2017
ConR2
Sumber HD - 10-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





PAS komited bantuan berterusan untuk Rohingya

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44054-pas-komited-bantuan-berterusan-untuk-rohingya

SHAH ALAM: Usaha membantu umat Islam Rohingya di Myanmar perlu dilaksanakan secara berterusan disamping tindakan ke arah penyelesaian dan penegasan yang kekal dalam menangani kezaliman ke atas mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, penindasan yang terjadi sebenarnya telah berlarutan sejak ratusan tahun di mana tindakan pembersihan etnik atau perang dilakukan berulangan.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan sumbangan wang dan barangan bernilai RM80,000 kepada Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor untuk misi Food Flotilla For Myanmar.

Turut serta menyerahkan sumbangan kepada Sanusi ialah Dewan Muslimat PAS Malaysia (RM20,000), Lajnah Kebajikan PAS Pusat (RM3,000), Zuhud Holiday Travel (1 tan beras) dan sumbangan orang awam melalui PAS Pusat (RM20,000).

Ujar Iskandar, usaha PAS itu juga akan dipanjangkan dalam menangani banyak lagi isu penindasan ke atas umat Islam terutama yang hidup minoriti di Wilayah Selatan Thailand, Filipina dan Xinjiang atau dikenali sebagai Turkistan Timur.

Katanya, umat Islam bukannya berhijrah ke tempat itu dan dizalimi, tetapi mereka menghadapi penjajah yang datang dan menindas serta tidak mendapat hak sepatutnya.

Perkara itu jelas beliau, sebagaimana umat Islam di Selatan Thailand yang hakikatnya merupakan negeri Melayu berdaulat, tetapi dijajah pada tahun 1909 hasil perjanjian Inggeris-Siam.

"Kita masih perlukan banyak sumbangan untuk menghantar lebih banyak flotilla ke sana. Kita juga perlu beri perhatian kepada saudara Islam Rohingya yang berada dalam negara kita terutama aspek pendidikan.

"Ramai yang selepas sekolah Rohingya (rendah) tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lanjutnya. Jadi pengutip botol dan tin sebab dapatan lumayan. Tetapi mereka perlu diusahakan pendidikan, ramai yang cerdik," seru beliau.

Sementara itu, Sanusi dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas sumbangan dan inisiatif semua pihak.

Katanya, usaha penyingkiran umat Islam Rohingya di Rakhine adalah tragedi dunia yang sangat dahsyat dan mesti ditangani.

Orang ramai masih boleh meneruskan sumbangan melalui akan Maybank 564070611352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat dan sebarang pertanyaan hubungi 0133845555 (Mohd Adram) atau 0139142305 (Abdul Malik) - HARAKAHDAILY 27/1/2017

Smber HD - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Kumpulan hak asasi manusia selar Myanmar

AKHIR MUHAMMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43867-kumpulan-hak-asasi-manusia-selar-myanmar

Kumpulan hak asasi manusia, Human Right Watch (HRW) terbaru menyelar pasukan keselamatan Myanmar melakukan kekejaman terhadap umat Islam Rohingnya di wilayah Rakhine di sebalik penafian itu dilaporkan oleh sebuah ‘suruhanjaya siasatan’ yang melakukan siasatan di wilayah bergolak itu.

Laporan daripada pihak suruhanjaya siasatan dan reaksi diberikan oleh pihak HRW disiarkan pada hari Rabu sehari selepas tersebarnya video menunjukkan pihak polis cuba memukul orang awam etnik minoriti muslim di negara itu.

Puluhan ribu etnik Rohinhya yang dibenci oleh majoriti rakyat Myanmar penganut agama Buddha melarikan diri dari operasi ketenteraan yang dilancarkan selepas insiden serangan maut ke atas pondok polis pada bulan Oktober.

Memetik sumber Al Jazeera, operasi ganas itu meragut banyak nyawa manakala mangsa yang sempat melarikan diri ke negara jiran Bangladesh didakwa dirogol, menjadi mangsa kebakaran, pembunuhan dan penyeksaan di tangan pihak keselamatan.

Pada masa sama, kerajaan Myanmar diketuai pemenang Anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi, menjelaskan bahawa dakwaan telah dibuat-buat dan menolak tekanan antarabangsa yang mahu etnik minoriti tertindas itu dilindungi.

Rabu lalu, suruhanjaya itu ditubuhkan untuk menyiasat laporan interim berkenaan keganasan yang dilakukan menolak dakwaan bahawa pasukan keselamatan telah melakukan penyalahgunaan kuasa dan dakwaan memulakan kempen untuk memaksa umat Islam Rohingya keluar dari negara itu.

Pihak kerajaan Myanmar enggan mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik minoriti negara itu sebaliknya menggambarkan mereka sebagai Benggali atau pendatang tanpa izin dari negara jiran, Bangladesh.

Suruhanjaya yang diketuai oleh seorang bekas jeneral tentera yang telah disenaraihitam oleh Washington melaporkan mereka ‘tidak menemui yang mencukupi’ untuk mengesahkan dakwaan jenayah rogol yang dilakukan pihak tentera.

Menurut laporan siasatan itu juga, mereka ‘masih menyiasat’ insiden kebakaran, penahanan tanpa sebab dan dakwaan penyeksaan terhadap etnik Rohingya.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu, pihak HRW mengklasifikasikan ia sebagai ‘laporan yang cacat dan tidak lengkap’.

“Laporan seumpama itu merupakan satu contoh kesimpulan yang melulu untuk meyakinkan bahawa situasi politik kini adalah tidak buruk; bahkan direka untuk menolak kembali tekanan masyarakat antarabangsa.”

Memetik sumber sama, tindakan undang-undang juga diambil ke atas 485 orang awam tanpa memberi maklumat lanjut.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas kerajaan menahan empat pegawai polis berhubung rakaman video yang dirakam menunjukkan mereka sedang memukul dan menendang penduduk etnik Rohingya.

Lebih 120,000 orang kini terperangkap di kem pelarian yang menjijikkan sejak keganasan meletus pada tahun 2012, menyaksikan etnik minoriti itu dinafikan kewarganegaraan, akses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 11-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Bangladesh desak Myanmar terima kembali pelarian Rohingya

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43758-bangladesh-desak-myanmar-terima-kembali-pelarian-rohingya

Pihak berkuasa di Dhaka menuntut agar Myanmar menerima kembali puluhan ribu orang Muslim Rohingya yang menyeberang sempadan untuk melarikan diri daripada apa yang mereka katakan penindasan, dan sekarang tinggal di Bangladesh secara gelap.

Myanmar berkata negara itu bersedia menerima sebahagian kecil daripada pelarian yang sekarang berada di Bangladesh, tetapi kaum Rohingya itu sendiri mengatakan mereka tidak bersedia kembali ke negara bahagian Rakhine, Myanmar. Para pemimpin masyarakat pelarian menyeru kepada negara-negara yang bersahabat agar menerima mereka.

Ko ko Linn, seorang pemimpin masyarakat Rohingya di Bangladesh, mengatakan kepada Sultan Abu Bakar bahawa keadaan di Myanmar telah membuat mereka tidak dapat lagi tinggal di sana, terutama dalam beberapa minggu ini, dan "mereka tidak boleh kembali ke Myanmar yang anti-Rohingya".

Kementerian Luar Negeri Bangladesh memanggil duta besar Myanmar Khamis lalu untuk menyampaikan aduan mengenai pelarian dan menuntut agar semua pendatang Rohingya akan dihantar pulang ke Myanmar.

Kamrul Ahsan, Setiausaha Konsular dan Bilateral Bangladesh, mengatakan kepada Duta Besar Myo Myint Than ada keprihatinan mendalam atas banyaknya kaum Muslim yang terus datang dari Myanmar. [Islampos]

Sumber HD - 2-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UN Advisor Fears Myanmar Situation May Get Out Of Hand

A top United Nations official is warning that the ongoing violence in Myanmar’s west is in danger of “getting out of hand”, and is asking the country’s leaders to be more assertive in resolving historic problems faced by the area’s Muslim and Buddhist communities.

In an exclusive interview earlier this week, the UN secretary-general’s special advisor on Myanmar, Vijay Nambiar, told Anadolu Agency that deadly Oct. 9 attacks on police stations in Rakhine State were condemnable, but laid bare “a deep-seated malaise in the place itself”.

He outlined a rising desperation felt by Rohingya Muslims in the area, saying that the government hadn’t done enough to address the “anxiety and insecurity” they felt.

“For almost three years, there hasn’t been any major outbreak of violence in Rakhine, even though the 2012 events were a pointer,” Nambiar said, referring to inter-communal violence in Rakhine in which more than 100 people — mostly Muslims — died and over 100,000 were displaced.

“We had been bringing this to the notice of the government and telling them that unless some action was taken to address some of the root causes, it was likely that this would erupt once again.”

Since Oct. 9, Myanmar has said that at least 94 people — 17 police and soldiers and 77 alleged “attackers” (including six who reportedly died during interrogation) — have been killed and some 600 suspects have been detained for alleged involvement in attacks on police stations and during a subsequent military crackdown.


The government said Monday that the arrests were continuing, and a further “Muslim man” had been shot dead “as he attacked police”.

Rohingya advocacy groups, however, claim around 400 Rohingya — described by the UN as among the most persecuted groups worldwide — were killed in the military operations in an area which has been closed to aid agencies and independent journalists.

Nambiar said that the operations had seen houses burnt, villages kept under lockdown, while at least 21,000 Rohingya are reported to have fled across the border into neighboring Bangladesh.
The security apparatus has been “defensive rather than proactive”, he underlined.

On Monday, State Counselor Aung San Suu Kyi thanked Myanmar’s neighbors at a regional meeting for their offers of help in resolving the “complex and long-standing” issues at the heart of disturbances in Rakhine.

Myanmar has highlighted the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)’s non-interference principle in its response to countries accusing it of human rights atrocities in its treatment of Rohingya, stressing fellow member Indonesia’s “positive and constructive” approach while criticizing Malaysia, whose prime minister has referred to Myanmar’s treatment of the ethnic minority as “genocide” or “ethnic cleansing”.

On its western border, however, is non-ASEAN member Bangladesh, from where Myanmar originally accused many of the attackers of entering and which has also had to cope with a wave of Rohingya fleeing the military clampdown.

Nambiar told Anadolu Agency that in talks with representatives in Bangladesh, he had learnt that the country had been “very constructive” in its cooperation with the Myanmar government.

“In fact, they even handed over some of the people who they felt were attackers to the Myanmar authorities, and they also asked that the situation be addressed very seriously so that the threat of a large exodus of population from northern Rakhine to Bangladesh could be averted.”

Rohingya have been fleeing Myanmar for decades, with a new wave of migrations occurring since mid-2012 after communal violence broke out in Rakhine between ethnic Rakhine Buddhists and Rohingya.

The violence left more than 100 people dead, over 100,000 (primarily Rohingya) displaced in camps and more than 2,500 houses razed — most of which belonged to Rohingya.


Members of the minority were also not allowed to stand or vote in Myanmar’s 2015 elections, which Nobel Peace Prize laureate Suu Kyi’s party won in a landslide, as Myanmar does not see them as nationals.

Despite being accused of indifference to the Rohingya and their suffering, Suu Kyi has long said that the situation in Rakhine is economic, not political, as she strives to balance calls for intervention from the international community with anti-Muslim cries from nationalists — many of whom voted for her party — back home.

Talking to Anadolu Agency, Nambiar underlined that he too sees economic development — along with human rights — as a solution to the problems in the region, but primarily the government needed to find ways to convince the community that it would protect them.

“An element of reassurance has to come to the local community,” he said.

“For a variety of reasons, the local communities are very, very highly agitated, and see [military operations] as a threat to their existence, so as long as this sense of either you or me, this kind of zero-sum game, continues, it will be very difficult to see that kind of harmony building.”

He stressed, however, that the situation has not been helped by a “somewhat knee-jerk” reaction from the army and local authorities to communal violence.

“Whenever they face this threat, they automatically want to close the entire situation, seal up the situation and deal with the threat and the problem. That in the past has resulted in the problem actually festering.”

Nambiar called on the new government — the country’s first fully democratic body in more than 50 years — to work closely with its old foe, the military.

“[Suu Kyi] has to work with the army and the army has to work with her. She needs to be a little more assertive in taking action to reassure both the local population and international community and I have confidence that she will do that,” he said.

“I do feel and I am convinced that her intentions are to actually solve the larger problems.”


Nambiar said that the initial step is to reassure the communities that they are safe and in good hands, and then the government needs to restore citizenship rights to the presently stateless Rohingya.

Many nationalists refer to Rohingya as “Bengali”, which suggests they are interlopers from neighboring Bangladesh and fuels the notion that they don’t belong in Myanmar.

“During the [2014] census process, the minister for population said that he had no doubt that the overwhelming majority of… what he called the Bengalis… would be entitled to citizenship. He in fact told me this,” Nambiar said.

He underlined that the situation in Rakhine is far more complex than it at first seems, and that everyone involved needed to ignore knee-jerk reactions and see the situation for what it is.

“This is a very complex problem. It is a long-standing problem and the cure for this is to address the substantive issues and the root causes,” he said.

Nambiar spoke of his fears that the situation could now get out of hand.

“But I think the government is aware of it. By and large, they recognize the seriousness of this issue,” he said.

– Vijay Nambiar is a seasoned career diplomat from India. A former Ambassador to the United Nations, he held several high-ranking positions in the global body, including Chef de Cabinet and Under-Secretary-General. He has been Secretary-General’s Special Advisor on Myanmar since 2010. -worldbulletin

Sumber BO - 22-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penganiyaan Terhadap Rohingya Adalah Jenayah Terhadap Kemanusiaan

Amnesty International berkata, tindakan ketenteraan terhadap minoriti Rohingya Islam Myanmar boleh terjumlah kepada jenayah terhadap kemanusiaan.

Oleh yang demikian, kerajaan negara serantau telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu itu.


Pengarah Asia Tenggara untuk Kumpulan Hak Asasi Rafendi Djamin (gambar kanan) berkata, tentera Myanmar menyasarkan orang awam Rohingya dalam kempen penuh perasaan keganasan dan bersistematik.

“Tindakan buruk tentera boleh menjadi sebahagian daripada serangan yang meluas dan sistematik ke atas penduduk awam dan boleh terjumlah kepada jenayah terhadap kemanusiaan,”katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Laporan itu muncul ketika pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan ahli Persatuan Negara-negara Tenggara (ASEAN) di Yangon, tengah-tengah kebimbangan negara rakan itu, dengan keadaan di negeri Rakhine barat.

Myanmar telah menerima tekanan daripada negara-negara anggota rakan-rakan ASEAN, yang secara tradisinya mematuhi dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.


Tetapi keadaan itu seolah-olah berubah dan Myanmar berkata tujuan pertemuan itu adalah bagi negara-negara anggota untuk menyuarakan kebimbangan mereka serta untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik atas apa yang berlaku.

Sejak 9 Otober lalu, antara 76 hingga 400 Rohingya telah terbunuh dalam tindakan keras ketenteraan ekoran serangan yang berlaku ke atas balai polis yang menyebabkan sembilan pegawai mati.

Dianggarkan kira-kita 27,000 Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh untuk keselamatan.

Kumpulan Penyokong Rohingya, bagaimanapun mendakwa kira-kira 400 Rohingya yang digambarkan oleh PBB sebagai antara kumpulan yang paling dianiaya di seluruh dunia telag telah terbunuh dalam operasi ketenteraan, wanita telah dirogol dan kampung-kampung Rohingya dibakar.


Menteri Luar Malaysia Anifah Aman menggesa blok 10 negara ASEAN untuk menyelaraskan bantuan kemanusiaan dan menyiasat kekejaman yang didakwa dilakukan terhadap orang Rohingya.

Anifah berkata kejadian di negeri Rakhine adalah suatu perkara keselamatan dan kestabilan serantau, kerana terdapat kira-kira 56,000 Rohingya yang menjadi pelarian, kini berada di Malaysia mempunyai, kerana kekacauan sebelumnya di Myanmar.

Malaysia telah banyak mengkritik kerajaan dan tentera Myanmar ke atas keganasan, dengan merujuk tindakan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai” atau “pembersihan etnik”.
Rakhine, terletak di barat Myanmar, telah lama tumpuan panas yang menggelegak kerana ketegangan antara Rohingya dan penduduk majoriti Buddha di negara itu.


Keganasan yang terakhir keganasan pada 2012, beratus mangsa telah mati dan Myanmar menghalau 140,000 orang ke dalam kem pelarian dalaman.

Amnesty International memberi amaran bahawa skala dan tahap keganasan adalah tidak jelas, kerana tentera telah menutup Rakhine daripada pemerhati luar, termasuk pekerja bantuan, tetapi saksi kejadian menceritakan perincian tertentu pembunuhan, rompakan dan rogol.

Sumber BO - 21-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suu Kyi Pengganas Antarabangsa, Boikot Ekonomi Myanmar, Kata DMDI
Posted on Tuesday, December 13 @ 14:56:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32818



KUALA LUMUPUR: Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Kuu Kyi disifatkan telah berubah menjadi serang pengganas antarabangsa ekoran sikap tidak mempedulikan nasib rakyatnya sendiri khususnya penderitaan dalam kalangan etnik Rohingya.

Menurut Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Ali Rustam, Suu Kyi, yang merupakan Kaunselor Myanmar selama ini dilihat sebagai pejuang keamanan, demokrasi serta kemanusiaan tiba-tiba berubah pendiriannya.


Jelas Ali, DMDI berasa begitu terkejut dengan sikap Suu Kyi yang sanggup menutup mata, mulut dan telinga daripada melihat serta mendengar penderitaan golongan Muslim Rohingya.

"Suu Kyi juga cuba mewujudkan kekeliruan bahawa kekejaman bukan sahaja berlaku kepada muslim tetapi juga penganut Buddha.

"Beliau turut mendakwa bahawa ketegangan ini berpunca akibat daripada wujudnya kelompok Muslim yang mahu memperjuangkan kemerdekaan Wilayah Arkan.

"Beliau juga kelihatan bersetuju dengan dasar kerajaan junta tentera sebelum ini yang mengatakan wujudnya pemberontak yang mahukan kemerdekaan wilayah tersebut," katanya memetik laporan Malaysia Gazette ketika berucap pada Forum Antarabangsa Rohingya: Stop Genocide di Dewan Perdana Felda, hari ini.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Suu Kyi melawat wilayah yang mengalami konflik di barat laut negara itu supaya dapat menyakinkan penduduk etnik Rohingya mereka akan dilindungi ketika wujudnya dakwaan bahawa pihak tentera merogol wanita selain membakar rumah dan membunuh penduduk awam.

Ali turut menegaskan bahawa DMDI berikrar untuk menggunakan segala kekuatannya di 20 buah negara di seluruh dunia bagi memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar, mengiktiraf Rohingya sebagai satu warganegara dengan meminda perlembagaan 1982, sekaligus dapat menghentikan keganasan yang berlaku.

Katanya, anugerah Keamanan Nobel dan sembilan lagi anugerah yang dimenangi Suu Kyi perlu ditarik balik jika masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.

"Kami juga tidak teragak-agak untuk meminta jaringan kerjasama DMDI di seluruh dunia untuk melakukan boikot ekonomi sekiranya jalan demokrasi dan toleransi menemui jalan buntu.

"Satu resolusi juga akan dibentuk pada akhir forum ini," katanya dipetik portal tersebut.

- mD

Sumber TKO- 13-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Rohingya: Mapim gesa Buddhis Malaysia bertindak

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43551-rohingya-mapim-gesa-buddhis-malaysia-bertindak

MAPIM GESA KETUA BUDDHA MALAYSIA BERTINDAK HENTIKAN PENINDASAN KE ATAS MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa ketua dan komuniti Buddha di Malaysia bertindak untuk mendesak ketua Buddha di Myanmar supaya menghentikan penindasan ke atas umat Islam Rohingya khususnya dan umat Islam umumnya di Myanmar.

Kami mengalu-alukan kenyataan ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana, baru-baru ini berkaitan dengan isu Rohingya. Mengikut laporan media, beliau mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan puak ekstremis nasionalis Buddha di Myanmar terhadap Rohingya Muslims. Beliau menekankan bahawa ajaran Buddha menolak sebarang keganasan.

Namun kenyataan tersebut tidak memadai. Sejak 9 Oktober sehingga hari ini, penindasan yang ekstrem telah dilakukan di daerah Maungdaw di negeri Rakhine, Myanmar oleh tentera yang didalangi oleh penganut Buddha di bawah seorang ketua sami dan bekas banduan penjara bernama Ashin Wirathu.

Serangan dengan senjata berat di Muangdaw oleh tentera telah mengakibatkan ratusan etnik Rohingya Muslim terbunuh, ribuan rumah dibakar termasuk masjid dan puluhan ribu menjadi pelarian tanpa sebarang perlindungan dari mana-mana pihak.

Kami berpendirian walaupun ada penafian bahawa pergolakkan di Myanmar terutama di negeri Rakhine bukan bersifat konflik agama, namun penggerak kepada penindasan umat Islam Rohingya itu ternyata adalah oleh seorang ketua Buddha iaitu Ashin Wirathu yang memimpin gerakan anti Islam sejak 2012 di Myanmar di bawah nama Gerakan 969, sebuah gerakan Buddhis Nasionalis.

Bermula dari kempen 969 itu, beliau menyeru penganut Buddha di seluruh Myanmar jangan berusniaga dengan Muslim, jangan menjual sebarang harta kepada Muslim dan melarang sebarang wanita Buddha berkahwin dengan mana-mana lelaki Muslim.

Malah para sami yang menjadi pengikut kepada Wirathu melancarkan kempen membenci umat Islam dengan pelbagai gelaran yang membawa kepada kebencian yang mendalam terhadap kaum minoriti etnik Muslim seperti "anjing gila", "teroris", "penceroboh" dan Muslim mempunyai "Master Plan".

Malah melalui ceramah Wirathu yang diedar melalui DVD, fb dan media sosial, kaum muslimin didakwa "mensasar gadis Burma dan merogol mereka" dan Muslim "terlibat dengan amalan kronisnisme".

Dalam theguardian.com melaporkan, Buddhist monk uses racism and rumours to spread hatred in Burma. Thousands watch YouTube videos of 45-year-old 'Burmese Bin Laden' who preaches against country's Muslim minority.

(The saffron-robed 45-year-old regularly shares his hate-filled rants through DVD and social media, in which he warns against Muslims who "target innocent young Burmese girls and rape them", and "indulge in cronyism) . ( theguardian.com )

Beliau berulang-ulang menuduh bahawa Muslim adalah "kasar" dan "ganas" dan mengingatkan kepada penganut Buddha, tindakan ke atas Muslim wajar dilakukan untuk melindungi Myanmar dan agama Buddha.

The Guardian melaporkan sikap Wirathu seperti berikut: "...and it becomes clear how his paranoia and fear, muddled with racist stereotypes and unfounded rumours, have helped to incite violence and spread misinformation in a nation still stumbling towards democracy.
"We are being raped in every town, being sexually harassed in every town, being ganged up on and bullied in every town," Wirathu recently told the Guardian, speaking from the Masoeyein monastery in Mandalay where he is based.
"In every town, there is a crude and savage Muslim majority."

Tidak boleh dinafikan kempen membenci kaum Muslimin dan Islam di Myanmar adalah inti kepada gerakan 969 yang beliau pimpin dan nampaknya mendapat dukungan dari pihak pemerintah.

Dalam pelbagai dokumentasi video oleh media antarabangsa, keganasan penganut Buddha yang membunuh, membakar rumah, kedai dan masjid Muslim di Yanggon dan Meikhtila pada 2013 jelas menunjukkan bahawa siri serangan tersebut adalah bersifat kebencian kepada Islam.

Wirathu mendakwa dalam setiap komuniti Islam wujud teroris Muslim yang dibiaya oleh pihak luar untuk mengancam sekuriti Myanmar. Dengan yang demikian semua penganut Buddha mesti mempertahankan negara dan agama mereka dari kaum Muslimin.

Guardian melaporkan lagi: Wirathu openly blames Muslims for instigating the recent violence. A minority population that makes up just 5% of the nation's total, Wirathu says Burma's Muslims are being financed by Middle Eastern forces: "The local Muslims are crude and savage because the extremists are pulling the strings, providing them with financial, military and technical power," he said.

Dari semua rekod dan siasatan media bebas antarabangsa dan dalam negeri Myanmar, jelas keganasan yang tercetus sejak sekian lama da kini terus berlaku lagi di Maungdaw adalah bersifat serangan agama, bukan hanya konflik komunal.

Kami menggesa ketua Buddha agar:

1. Menulis dan menegaskan kepada ketua Buddha di Myanmar bahawa mereka perlu berusaha menghentikan penganut esktrimis Buddha di bawah Wirathu dari menindas dan mengganas terhadap masyarakat Islam di Myanmar.

2. Menghantar delegasi Buddha dari Malaysia ke Myanmar untuk menyampaikan pendirian bahawa gerakan Nasional Buddha yang diketuai Wirathu perlu dihentikan dan kembali kepada ajaran Buddha yang menolak pembunuhan dan keganasan.

3. Menganjurkan perhimpunan komuniti Buddha di Malaysia untuk menyatakan pendirian menolak dan mengutuk keganasan ke atas Rohingya Muslims di Myanmar.

4. Menulis surat kepada Dalai Lama sebagai antara pemimpin Buddha dunia supaya berusaha menekan ketua dan sami Buddha di Myanmar menghentikan keganasan.

5. Menulis surat kepada Majlis Buddhis Sangha SeDunia (World Buddhis Sangha Council) supaya mengutuk serangan agama di Myanmar dan mendesak supaya badan itu bertindak menghentikan kezaliman yang dilakukan ke atas kaum Muslimin di Myanmar.

6. Menganjurkan dialog antara agama bagi mengeluarkan resolusi dan pendirian terhadap keganasan di negara Budhhis Myanmar. - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumber  HD - 12-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















Rohingya: Bagaimana pembelaan bermula

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43539-rohingya-bagaimana-pembelaan-bermula

Hidup di dunia ini sunnah dan aturannya adalah tetap. Ia berulang-ulang dan berpindah-randah pada dan dari masa dan tempat yang berbeza-beza. Hujungnya adalah satu. Keluar dari dunia ini dengan laba dan untung atau dalam rugi dan muflis.

Ia sunnah dan aturan Allah yang tetap. Tiada yang boleh menukarnya. Manusia menyusurinya dan menghadapinya dengan kemampuan masing-masing. Dengan ilmu, akal, nafsu, tenaga dan tubuh. Jika mereka memperolehi dan menumpang petunjuk wahyu Allah dan para nabi, maka hampir pasti mereka akan menelusurinya dengan kejayaan yang besar. Di dunia mereka beroleh kebaikan dan di akhirat juga mereka beroleh kebaikan.

Sunnah Allah untuk para hambaNya yang setia takkan berubah bahawa merekalah yang paling berhak memperolehi kemenangan hidup. Sebagaimana itulah sunnah Allah ke atas hambaNya yang beriman, begitulah sunnahNya ke atas hambaNya yang kufur. Ia pasti berakhir dengan kecelakaan besar.

Dunia ini sunnahnya tetap. Ada kekuatan, ada juga kelemahan. Ada kesenangan, ada juga kepayahan. Ada gelak ketawa, ada juga teriak tangis. Ada kesegaran, ada juga kesakitan. Ada keadilan, ada juga kezaliman. Ada kemuliaan, ada juga kehinaan. Ada kebaikan, ada juga kejahatan. Ya, kita melalui ketetapan ini secara paksa dan tiada siapa pun boleh menyekat sunnah Allah ini daripada menyapa dan menyentuh dirinya.

Tetapi ia bukan bererti Allah, tuhan yang menciptakan sunnah dan aturan ini telah menciptanya secara bukan-bukan atau sia-sia. Ya, semuanya adalah sesuka hati dan kemahuanNya. Tetapi ia bebas daripada kesia-siaan. Bahkan Allah menjadikan aturanNya itu penuh al haq, hakiki atau penuh kebenaran. Maha suci Allah daripada kesia-siaan dalam penciptaan dan perbuatanNya.

Kemarau adalah penuh hikmah. Begitulah banjir. Ia juga penuh hikmah. Kenikmatan adalah hikmah. Begitulah penderitaan. Ia juga penuh hikmah. Damai itu nikmat. Tetapi perang, walaupun ia adalah cerita duka dan derita, ia kekal penuh hikmah. Kadang-kadang kezaliman itu hanya akan berakhir dengan peperangan dan kesakitan yang sengit sebelum ia bertukar menjadi keamanan dan kesejahteraan.

Di mana untung dan rugi? Ya, ia soal pilihan sendiri. Manusia diistimewakan dengan hak untuk bebas memilih. Mereka bahkan diberi kekuatan luar biasa untuk melaksanakan dan mempertahankan pilihan mereka. Kekuatan yang tak termampu oleh seluruh makhluk selain manusia. Ia adalah kekuatan paling luar biasa milik anak Adam.

Pilih sama ada anda bersama kebaikan atau kejahatan. Pilih sama ada anda bersama kezaliman atau keadilan. Pilih sama ada anda bersama Islam atau kekufuran. Pilih samada Allah atau iblis. Jika anda berkata, "saya tidak mampu untuk memilih", maka ia bererti anda memendam kekuatan diri dan membunuhnya. Jika anda berkata, "saya tidak mampu menanggung pilihan saya", maka ia juga membawa erti yang sama. Anda memilih untuk lemah dan kalah. Anda membunuh diri sendiri.

Kehidupan ini berjalan dengan rentak tari sunnah Allah. Ketentuan Allah itu pula adalah beriringan dengan kuasa memilih yang Allah kurniakan kepada kita. Allah melepaskan kejadian-kejadianNya di dunia dan Dia berkata kepada kita, pilihlah wahai manusia. Jika engkau memilih yang baik, maka baiklah engkau nantinya. Jika engkau memilih keburukan, maka buruklah engkau nantinya.

Ertinya, fungsi utama kehidupan manusia di dunia hanya tersimpul pada satu perkataan iaitu pilih. Pilih apa? Ya, pilih Allah dan kehendakNya ke atas kita. Enggan memilih ataupun kekal enggan berfikir adalah jenayah terhadap sunnahNya. Manakala memilih yang bertentangan kehendak Allah adalah jenayah terhadap perintahNya. Saat itu, kecelakaan tidak boleh dielakkan lagi.

Negara kita aman secara zahirnya. Tetapi di dalamnya penuh kecamuk kezaliman dan jenayah yang melanggar perintah Allah. Kita pastinya mesti mempertahankan keamanan sedia ada kerana itulah perintah Allah agar manusia hidup bersaudara dan saling kenal mengenal dan saling bekerja sama.

Adapun penyakit dalaman yang melanda seperti kezaliman terhadap ugama, sosial, ekonomi dan sebagainya, maka kita diperintah menentangnya. Tiada pilihan selain menolak untuk bersama kejahatan dan kezaliman. Justeru kita sebagai rakyat Malaysia adalah di antara dua kewajiban iaitu mempertahankan keamanan dan menentang kezaliman yang pastinya menjadi punca ketidaktenteraman dan kekacauan yang bakal terjadi jika dibiarkan.

Begitulah pandangan hidup kita terhadap kehidupan sejagat. Apabila telinga mendengar dan mata melihat, maka kewajiban untuk membuat pilihan adalah thabit atau telah pasti. Tidak boleh buat buta dan tidak boleh lagi buat pekak. Kita mesti menentukan jawaban pilihan kita terhadap segala ujian daripada Allah.

Dunia ini adalah medan kita dan tempat ujian Allah berlangsung. Ujian datang dari pelbagai arah dan sudut. Dari timur atau barat, jauh atau dekat, bahkan ujian itu juga melanda dari dalam diri sendiri. Kewajiban kita hanya satu iaitu pilih yang benar dan istiqamahlah di atas pilihan itu. Seperti sabda al rasul sallallahu alaihi wasallam kepada sahabat baginda yang mahukan kesimpulan paling ringkas mengenai arahan dan keredhaan Allah, "Katakanlah, 'aku beriman dengan Allah', kemudian istiqamahlah."

Bumi Arakan dulunya jauh. Dipisahkan oleh perjalanan yang jauh dan lambat. Ia terpisah dek ilmu dan pengetahuan yang sedikit. Tetapi kini ia adalah bumi yang dekat. Ilmu dan teknologi semakin mendekatkan kita. Kini bumi Arakan, wilayah barat Myanmar itu sudah pun menjadi jiran kita Malaysia. Apa yang berlaku di Arakan hari ini, hari ini juga kita mengetahuinya. Rohingya adalah di hati setiap rakyat Malaysia.

Kita sekampung di dalam ASEAN. Justeru kita dari sudut geo politiknya adalah lebih dekat berbanding negara Bangladesh yang berjiran dengannya. Justeru selain diikat oleh persaudaraan Islam yang takkan putus, Malaysia dan Arakan (baca juga Myanmar) juga diikat oleh hak kejiranan yang jelas. Selepasnya adalah ikatan persaudaraan kemanusiaan yang paling universal diterima seluruh manusia dan manusiawi.

Bumi Arakan adalah bumi derita. Keadaannya jauh sekali berbanding negara kita yang aman. Ia menderita bukan kerana buminya yang gersang dengan sumber kehidupan dan ekonomi yang lokek dan sukar. Bahkan ia menderita kerana kerakusan dan kebuasan regim pemerintah Myanmar yang ganas membunuh dan membakar di bumi Arakan. Amat sukar untuk kita bayangkan keadaan seperti itu di dunia moden dan berpengetahuan hari ini.

Isu yang agak janggal ditemui di dunia hari ini. Jutaan manusia yang lahir tanpa tanah air. Saudara Islam Rohingya dinafikan kerakyatan di bumi sendiri yang didiami mereka semenjak ratusan tahun lamanya. Mereka diburu seperti binatang buruan di hutan. Dibunuh dan disembelih tanpa kesihan belas dan pertimbangan manusiawi yang waras. Kegilaan dan kejelikan di luar akal dan rasa.

Kewajiban kita rakyat Malaysia terhadap genosid dan pembersihan etnik Rohingya adalah jelas dan tanpa ragu lagi. Mereka saudara semuslim. Mereka jiran. Mereka jiran muslim terdekat dan mereka adalah manusia bersaudara.

Kewajiban kita terhadap kerajaan Myanmar juga adalah jelas dan tanpa ragu lagi. Mereka adalah sekampung ASEAN, rakan keamanan dan kesejahteraan serantau. Kezaliman di sana kesannya sudah dirasai di negara serantau dengan kebanjiran pelarian yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.

Kita mempunyai pilihan. Bahkan kita sememangnya sudah terpaksa memilih. Dengan pilihan kita itulah, ketentuan dan hukuman Allah berlangsung. Pilihan yang benar hanyalah satu. Kita mesti memilih untuk membela umat Islam Rohingya dan kita mesti menyekat kezaliman ke atas mereka oleh regim Myanmar dengan segala cara yang termampu.

Kekuatan mesti dibina. Mereka yang lemah tertindas tidak akan mampu dibantu oleh mereka yang lemah juga. Sebuah kerajaan yang zalim tidak akan mampu disekat oleh suara rakyat yang lemah. Justeru rakyat mesti menterjemahkan penentangan mereka melalui kekuatan yang menggegar dan menggugat.

Kekuatan manusia dibina melalui muafakat dan kesatuan. Bersendiri melawan kezaliman pemerintah adalah keegoan atau kebodohan yang nyata. Ia juga bermaksud kesempitan dan kejahilan. Justeru adalah jelas, selepas kita menyedari kewajiban besar di dalam memerangi penindasan dan kezaliman Myanmar, kita juga harus menyedari kewajiban kita membina kekuatan yang menggugat dan menggerunkan mereka.

Penentangan terhadap regim zalim Myanmar di negara kita telah lama berlangsung. Tetapi ia hampir tidak meninggalkan kesan yang diharapkan. Tiba masanya untuk kita beranjak kepada kekuatan baru yang mampu kita bina.

Saya mengucapkan syabas kepada usaha NGO-NGO muslim yang berjaya mengadakan Himpunan Solidariti bagi membela umat Islam Rohingya baru-baru ini. PAS berbesar hati untuk menjadi peserta dan penggerak utama mobilisasi perhimpunan tersebut.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang pada saya telah dengan berani melangkah setapak ke depan bersuara lebih lantang. Ia adalah permulaan bagi kerajaan kita yang sudah lama dituntut oleh rakyat untuk bertindak lebih berani dan proaktif.

Harapan kita adalah besar agar negara kita berjaya menggerakkan seluruh negara Islam dan juga kekuatan antarabangsa untuk menghalang dan seterusnya menyeru regim ganas Myanmar untuk kembali kepada kewarasan dan kesediaan untuk menjunjung hak asasi manusia yang paling asas iaitu hak untuk hidup aman di dalam negara sendiri. - HARAKAHDAILY 11/12/2016

Sumber HD - 11-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Rohingya dan iman

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43517-rohingya-dan-iman

Berita saudara seakidah dikejami di Myanmar sudah lama berlaku. Namun tetap sahaja seperti ia tidak akan selesai. Kita umat yang dihubungkan dengan iman kepada Allah, masih lagi dibelenggu dengan segala kelemahan dan kedhaifan. Umat yang ramai, tetapi tidak digeruni musuh-musuh atau kawan.

Maka, sangat mengharapkan Allah membantu saudara-saudara kita di sana. Apatah lagi, bulan ini dikatakan bulan Maulid Nabi Muhammad SAW. Di saat tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW telah berlaku mukjizat besar. Mukjizat Allah memelihara syiarNya di bumi berkah, Makkah Al-Mukarramah. Tatkala tiada seorang pun yang beriman dan benar-benar melaksanakan syariatnya, namun Allah masih melindungi Mekah dari dihancur Abrahah dan pasukan bergajahnya.

Sebagaimana Allah mampu menghantar tentera-tentera berupa burung Ababil menyerang Abrahah yang degil mahu menghancurkan Kaabah. Moga Allah juga menghantar bantuan tentera-tentera makhlukNya untuk melindungi saudara kami Rohingya di Myanmar. Kalau Allah mampu melindungi Kaabah yang tidak bernyawa, maka pastinya jua, Allah mampu menganugerah mukjizatNya yang besar juga kepada umat Nabi Muhammad SAW yang sedang dilapah dan diratah penzalim-penzalim penyembah berhala di Burma yang kini tiada hati perut membunuh saudara-saudara Islam di sana.

Moga Allah menghantar bantuanNya kepada orang beriman Rohingya. Hantarlah angin, ribut, api atau apa sahaja yang boleh membantu dan mententeramkan saudara seakidah kami di sana. Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu yang beriman dan lemah ini! (http://ulamasedunia.org/)

Sumber HD- 8-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Rohingya yang dikasihi namun dizalimi

AHMAD MARZUK SHAARY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43481-rohingya-yang-dikasihi-namun-dizalimi

Rohingya berasal daripada perkataan Rohang, iaitu nama lama bagi Rakhine. Ia membawa maksud 'yang dikasihi'. Namun realitinya hari ini, Rohingya tergambar dalam minda kita 'yang dizalimi'.

Kesengsaraan Rohingya telah sampai ke tahap kemuncaknya. Tiada yang lebih zalim daripada apa yang berlaku sekarang, kecuali tiada lagi kaum Rohingya tersisa di negara Burma.

Sebut apa sahaja senarai kezaliman yang berlaku sama ada dibunuh, dirogol dan dibakar, ianya berlaku kepada minoriti Islam Rohingya.

Kezaliman ini tidak mengenal umur, jantina atau lokasi. Asal sahaja ia kaum Islam Rohingya di Burma, maka ia seolah-olah layak untuk dibunuh dengan cara pukulan, tembakan, sembelihan mahupun dibakar. Ia tidak hanya dilakukan oleh pemerintah dan rakyat bawahan, namun juga melibatkan sami-sami Buddha.

Sekalipun mereka cuba melarikan diri daripada Burma, seorang pelarian berusia 19 tahun di Kem Nayarapara menyatakan ia seperti tersepit antara mulut buaya dan ular. Dengan kezaliman sebegini rupa, adakah cukup dengan kita berdoa, menangis, dan bersolidariti?

Mengapa negara kita masih mengekalkan hubungan dengan pemerintah yang sedemikian kejam ini? Mengapa tidak diputuskan hubungan diplomatik? Mengapa negara kita masih melabur sejumlah USD1.6 bilion di Burma, iaitu hampir 3%, dan merupakan negara pelabur ketujuh terbesar di Burma pada tahun 2015? Mengapa tidak ditarik dan disekat pelaburan ke Burma?

Kezaliman berlaku, kerana diamnya orang yang baik. Justeru, kita semua perlu melawan kezaliman terhadap kaum Rohingya.

Ustaz Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Bachok

Sumber HD - 5-12-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wajib Panggil Sidang Khas Parlimen!

Menyedari keperluan semasa dan kepentingan ummat yang seagama dan seaqidah, setelah menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang melampau ke atas ummat Islam di Rohingya, maka Malaysia wajib mengambil satu langkah yang berkesan untuk menangani isu Rohingya ini.

Ummat Islam dan rakyat negara ini telah mengambil pelbagai langkah. Menyerahkan memorandum ke Kedutaan Mynmar, berhimpun menyatakan solidariti, berforum dan wacana, solat hajat dan bermunajat, menghantar flotilla kemanusiaan ke Arakan dan sebagainya.


Maka kini, tindakan yang lebih efektif mesti diambil oleh pihak kerajaan Malaysia yang kebetulannya YAB Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kerajaan mesti segera memanggil Sidang Khas Parlimen Malaysia untuk negara bermesyuarat dan mengambil ketetapan rasmi dan tegas serta langkah yang berkesan bagi menamatkan kekejaman ke atas ummat Islam Rohingya secepat yang boleh.

Inilah Penyelesaian Kita
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber BO - 5-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka Pancung Kepala Nenek, Rogol Kakak!
Posted on Sunday, December 04 @ 22:52:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32710



KUALA LUMPUR - "Mereka (tentera Myanmar) bunuh emak saya, pancung kepala nenek saya yang berumur 85 tahun dan kakak saya ditembak, dirogol...tolong Malaysia!"
Demikian luahan seorang peserta Rohingya di Himpunan Solidariti Ummah Rohingya, Hasimudin Kursai,tatkala berbicara mengenai kekejaman tentera Myanmar terhadap bangsa dan keluarganya.
"Ya ALLAH tolong, Malaysia kami mohon jua bantulah kami," katanya Sinar Online di Stadium  Titiwangsa, di sini hari ini.

Hasimudin berkata, dia juga telah diingatkan abangnya di sana supaya tidak menghadiri himpunan hari ini, kerana bimbang akan diambil tindakan oleh tentera  Myanmar.

"Abang saya telefon saya, ingatkan jangan datang, tapi saya datang juga untuk solidariti umat Islam Rohingya," katanya dalam yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.
- Sinar Harian

Sumber TKO - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS, Umno tak perlu bergabung untuk subur demokrasi
Posted on Sunday, December 04 @ 10:58:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32702



Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir biarpun anak bulannya masih tidak diketahui bilakah ia bakal muncul. Namun tahun 2017 ini adalah tahun keempat bagi penggal pilihan raya ke-13. Berdasarkan petunjuk Perlembagaan Malaysia, tempoh penggal parlimen adalah lima tahun sejak mula bersidang.

Sidang Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 bermula pada 24 Jun 2013 yang lalu. Ini bermakna ia akan berakhir pada 24 Jun 2018 (Ahad). Parlimen akan terbubar secara automatik pada 25 Jun 2018 (Isnin). Namun Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan parlimen lebih awal daripada tarikh tamat tempoh berasaskan nasihat perrdana menteri.

Kesimpulannya, kita kini berada dalam zon pilihan raya. Semua tumpuan parti politik terarah kepada persiapan menghadapi pilihan raya. PAS tentu sahaja telah mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum ke 14 sejak hari pertama menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.

PAS sertai Umno?

Isu paling popular musim ini ialah apakah PAS akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung turut menggamit perhatian rakyat mengenai isu ini.
Suka terlebih dahulu saya menjelaskan penggunaan terma atau perkataan yang digunakan dalam kenyataan atau persoalan yang berkait isu PAS dan Umno.

Apakah PAS akan bergabung dengan Umno? Apakah PAS mahu menyertai Umno? Adakah PAS boleh bekerjasama dengan Umno? Perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa dan dakwah yang didukung oleh PAS.

Pertama, wajar saya angkat kembali keputusan Majlis Syura Ulamak sebelum ini bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan tidak juga menyertai BN, sebaliknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana sahaja pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.

Kedua, jelas di sini ada perbezaan perkataan "bergabung" dan "menyertai" berbanding perkataan "kerjasama" yang digunakan oleh pihak PAS. Tentu sahaja "bergabung" dan "menyertai" adalah dua perkataan yang memberi maksud PAS menjadi salah satu parti komponen BN.

Pastinya keadaan sedemikian tidak boleh berlaku dan ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh PAS melalui penegasan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan menyertai BN.

Ketiga, "kerjasama" pula membawa maksud keterbukaan PAS untuk berbincang, duduk semeja, berunding dan menganjurkan aktiviti atau tindakan bersama dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan Islam, bangsa dan negara.

Meskipun berbeza fahaman politik, namun atas nama kepentingan Islam, bangsa, rakyat dan negara, maka perbezaan itu boleh diketepikan sementara untuk menemukan titik persamaan yang memulangkan keuntungan kepada Islam dan masa depan negara.

Beginilah PAS berpolitik. Politiknya bersulamkan dakwah Islamiyah untuk menjulang keadilan Islam yang menjadi rahmat kepada sekelian alam. Beginilah PAS berdakwah. Dakwahnya tegak untuk memimpin politik dengan syariah dan akhlak Islami serta memacu politik matang dan sejahtera.

Semak dan imbang

PAS dan Umno tidak perlu bergabung supaya politik Malaysia subur dengan check and balance (semak dan imbang). Malah PAS akan terus memberi kritikan dan teguran membina kepada kerajaan yang diterajui oleh Umno agar tidak menyeleweng, rasuah dan menindas rakyat terbanyak.

PAS juga akan terus konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman. Tiada kompromi padanya. Inilah politik PAS.

Namun tidak bermakna PAS, Umno dan lainnya mesti terus bercakaran dalam semua perkara sehingga merugikan Islam dan ummatnya. Sehingga timbul sifat benci membenci sesama ummat Islam, berkelahi jiran tetangga kerana berlainan parti, bertelagah suami isteri kerana bendera yang berbeza. Situasi begini tidak menyuburkan dakwah PAS.


Selayaknya halangan demikian ditiadakan agar PAS dapat bertemu dengan semua pihak yang bersedia menerima kehadhiran PAS dan tidak menentang perjuangannya. Inilah dakwah PAS. Inilah Penyelesaian Kita.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS


Sumber TKO -4-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Najib, Hadi sertai himpunan solidariti Rohingya
Posted on Sunday, December 04 @ 10:53:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32701



Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Perhimpunan yang dinamakan Solidariti Ummah Rohingya itu penuh warna warni dengan dihadiri anggota PAS, Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.

Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Abdul Hadi juga sebelum ini mengecam kezaiman ke atas etnik Rohingya dan menegaskan tanpa campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Asean – tidak mustahil Myanmar akan mengalami nasib serupa seperti berlaku di Bosnia Hazegorvina.

Semalam, sekumpulan Sami Buddha membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.

Menurut portal berita Rohingya Vision, kira-kira 30 sami melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Kerajaan Myanmar menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan etnik Rohingya di negara itu. Ini berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera Myanmar, yang telah dipersalahkan ke atas etnik Rohingya.


Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyatnya.

Sumber TKO - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































Bela darah muslim Rohingya tertumpah di Myanmar

NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43469-bela-darah-muslim-rohingya-tertumpah-di-myanmar

KUALA LUMPUR: Umat Islam Malaysia diseru agar bersama membela darah umat Islam Rohingya yang tertumpah di bumi Myanmar.

Demikian ucapan Pengerusi NGO Geng Ustaz, Norazli Musa di Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

"Allah SWT boleh mengampunkan dosa-dosa umatNya namun berat untuk mengampunkan dosa umat Islam yang membiarkan saudara seagama dalam keadaan menderita," ucap beliau dengan penuh bersemangat.

Di samping itu, Norazli turut menyeru agar umat Islam tidak lagi berpeluk tubuh sebaliknya bangkit membela nasib umat Islam di seluruh dunia.

Turut berucap pada himpunan anjuran NGO-NGO Islam Malaysia itu ialah Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Sumber HD -4-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Tarik balik Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi

NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43468-tarik-balik-hadiah-nobel-keamanan-aung-san-suu-kyi

KUALA LUMPUR: Hadiah Nobel Keamanan yang disandang oleh Aung San Suu Kyi harus ditarik semula.

Wakil Pertubuhan Saidatina Khadijah (Peramah), Dr Rosni Adam berkata demikian pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

"Hati wanita mana yang sanggup melihat rakyatnya sendiri ditindas sebegitu rup sehinggakan United Nation (UN), PBB mengiktiraf bahawa penindasan yang berlaku di Rohingya adalah yang terburuk dalam dunia hari ini," ujar beliau.

Pada kesempatan itu, beliau juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar bermuhasabah dari apa yang berlaku serta mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

Turut berucap pada himpunan anjuran NGO-NGO Islam Malaysia itu ialah Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - HARAKAHDAILY
 4/12/2016

Sumber HD - 4-122-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Ambil berat etnik Rohingya kewajiban Muslim

Dr Muhammad Atiullah Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43467-ambil-berat-etnik-rohingya-kewajiban-muslim

Hadis sahih Riwayat al-Hakim bernombor 7901, dari Ibnu Mas’ud RA dari Nabi Muhammad SAW bersabda:

من أصبح وهمه غير الله فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم للمسلمين فليس منهم

“Barangsiapa berpagian sedangkan tumpuannya selain Allah, maka (tiada habuan) dari Allah sedikitpun. Barangsiapa yang tidak mengambil peduli mengenai kaum Muslimin, maka tidaklah dia sebahagian mereka.”

Hadis ini mengungkapkan peringatan agar tumpuan segala aktiviti dan permuafakatan adalah berteraskan Allah SWT. Ikhlaskan diri kerana-Nya sejak waktu pagi lagi melangkahkan diri kerana-Nya. Tumpahkanlah segala harapan ke arah ganjaran dari-Nya.

Hadis ini juga mengungkapkan peringatan bahawa mengambil peduli mengenai umat Islam adalah kewajiban. Walaupun terhadap umat Islam yang bukan senegara, sebangsa dan berlainan warna kulit, paling penting adalah seakidah dan sesama umat manusia. Tidak peduli terhadap mereka yang tertindas dari bangsa Rohingya bermakna tidak bersama dari sudut nama ‘kaum Muslimin’.

Solidariti umat Islam terhadap bangsa Rohingya merupakan kewajiban Muslim walaupun pemimpin kerajaan Myammar tidak mengerti. Walaupun menteri luar Myammar sudah memberi amaran dan menuntut Malaysia agar tidak ambil peduli Muslimin Rohingya, tidak sesekali ia memadam makna hadis di atas dan hukum kewajiban kebersamaan rakyat Malaysia bersama etnik Rohingya.

Nasib umat Islam di Rohingya telah sampai ke tahap yang begitu getir, lelaki dicincang dan dibakar, perempuan dirogol dan diaibkan, kanak-kanak dipijak-pijak dan diyatimkan, rumah-rumah mereka dibakar dan harta-harta mereka dirampas dan dirobohkan.

Walaupun etnik Rohingya pasrah dan lari dari perkampungan mereka, tetap sahaja askar mengejar mereka dan mencari mereka ke segenap penjuru. Para wartawan dan aktivis tidak dibenarkan masuk agar pihak tentera dan polis boleh melakukan penodaan, kezaliman dan kekejaman semahu mereka.

Solidariti terhadap mereka adalah kewajiban umat Islam yang tidak mampu memberi bantuan secara fizikal. Walaupun mereka bukan rumpun Melayu dan bukan rakyat Malaysia, hati budi Muslimin sering membentak dari dalam sanubari agar etnik Rohingya perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Dr Muhammad Atiullah Othman
Akademi al-Ghazali

Sumber HD - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Malaysia wajib campur tangan isu Rohingya

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43470-malaysia-wajib-campur-tangan-isu-rohingya

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap di pentas Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya berkata berdasarkan laporan media menjelaskan bahawa kerajaan Myanmar telah mengkritik kerajaan Malaysia kerana campur tangan kerajaan ini terhadap urusan negara Myanmar.

Jelasnya, seharusnya krisis kemanusiaan Rohingya ini perlu difahami terlebih dahulu bahawa krisis ini sedang hangat berlaku di Myanmar pada hari ini bukan sahaja mewajibkan campur tangan Malaysia bahkan juga negara-negara Asean yang telah menandatangani piagam hak asasi manusia.

Beliau yang berucap sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia berkata hak asasi manusia kini tidak lagi ada sempadan sebagaimana yang dilaporkan oleh pengamal media yang turut menyampaikan maklumat mengenai kekejaman tersebut.

"Islam mendahului semua ideologi dan fahaman yang lain dalam mempertahankan hak asasi manusia. Apabila persidangan ahli undang-undang antarabangsa di Belanda selepas perang dunia yang pertama untuk menggubal undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, mereka terpaksa meronyokkan terjemahan al-Quran," katanya di hadapan ribuan peserta Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang bertempat di Stadium Titiwangsa pagi ini.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal dalam ucapannya yang bermaksud jika sekiranya seorang musyrikin penganut agama penyembah berhala dari kalangan bukan Islam dizalimi di tanah air mereka datang meminta perlindungan, berilah perlindungan kepada mereka.

Seterusnya katanya, perdengarkan kalam Allah dan dakwah tidak boleh dipaksa.

"Letakkan dia di tempat yang aman, tidak boleh dihantar balik kepada negeri yang zalim di terhadap dia. Namun, demikian dalam hubungan antarabangsa Islam mendahulukan pendamaian, maka langkah diplomatik dan diplomasi hendaklah didahulukan," katanya.

Tegasnya, kerajaan Malaysia wajib bersama dengan kerajaan yang lain yang mempertahankan hak asasi manusia supaya campur tangan dalam perkara kezaliman yang berlaku di Myanmar pada hari ini mendapat pembelaan.

"Bukan sahaja terhadap penganut Islam Rohingya, termasuk suku kaum yang dianggap bukan penduduk asal Burma padahal mereka sudah duduk beribu tahun di situ macam dinafikan hak mereka," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 4/12/2016

Video

Sumber HD - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Wajib panggil sidang khas parlimen

USTAZ NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43464-wajib-panggil-sidang-khas-parlimen

MENYEDARI keperluan semasa dan kepentingan ummat yang seagama dan seaqidah, setelah menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang melampau ke atas ummat Islam di Rohingya, maka Malaysia wajib mengambil satu langkah yang berkesan untuk menangani isu Rohingya ini.

Ummat Islam dan rakyat negara ini telah mengambil pelbagai langkah. Menyerahkan memorandum ke Kedutaan Mynmar, berhimpun menyatakan solidariti, berforum dan wacana, solat hajat dan bermunajat, menghantar flotilla kemanusiaan ke Arakan dan sebagainya.

Maka kini, tindakan yang lebih efektif mesti diambil oleh pihak kerajaan Malaysia yang kebetulannya YAB Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kerajaan mesti segera memanggil Sidang Khas Parlimen Malaysia untuk negara bermesyuarat dan mengambil ketetapan rasmi dan tegas serta langkah yang berkesan bagi menamatkan kekejaman ke atas ummat Islam Rohingya secepat yang boleh. – HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD - 4-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersatu demi pertahankan hak agama Islam

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43461-bersatu-demi-pertahankan-hak-agama-islam

KUALA LUMPUR: Muhtar Suhaili daripada wakil NGO Amal Sarawak hari ini dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantah kekerasan yang dilakukan oleh kerajaan junta Myanmar terhadap umat Islam Rohingya.

Beliau berkata umat Islam khususnya harus bersatu demi mempertahankan hak agama Islam di seluruh dunia termasuk Islam Rohingya.

"Di Sarawak, suku kaum Sarawak terdiri daripada pelbagai suku, namun Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kami sesama suki hidup aman damai," katanyan yang juga mewakili suara rakyat Sarawak.

Umat Islam pada hari ini keluar berhimpun di Stadium Titiwangsa pada program anjuran NGO-NGO Islam bagi menyatakan kesemarataan bantahan terhadap kekejaman kepada umat Islam Rohingya. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Sumber  HD -4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Bersatu demi pertahankan hak agama Islam

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43461-bersatu-demi-pertahankan-hak-agama-islam


KUALA LUMPUR: Muhtar Suhaili daripada wakil NGO Amal Sarawak hari ini dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantah kekerasan yang dilakukan oleh kerajaan junta Myanmar terhadap umat Islam Rohingya.

Beliau berkata umat Islam khususnya harus bersatu demi mempertahankan hak agama Islam di seluruh dunia termasuk Islam Rohingya.

"Di Sarawak, suku kaum Sarawak terdiri daripada pelbagai suku, namun Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kami sesama sukacita hidup aman damai," katanya yang juga mewakili suara rakyat Sarawak.

Umat Islam pada hari ini keluar berhimpun di Stadium Titiwangsa pada program anjuran NGO-NGO Islam bagi menyatakan kesemarataan bantahan terhadap kekejaman kepada umat Islam Rohingya. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Sumber HD - 4-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Rohingya: Ambil tindakan ke atas rejim Myanmar

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43443-rohingya-ambil-tindakan-ke-atas-rejim-myanmar

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa mengambil tindakan yang tegas ke atas rejim Myanmar yang menzalimi umat Islam di Rohingya.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamal Nazmi Nik Din.

"Kita menuntut Kerajaan Malaysia menggunakan segala saluran antarabangsa untuk memberikan tekanan ke atas rejim kuku besi Myanmar yang mengganyang umat Islam di Rohingya pada hari ini," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku ke atas umat Islam di Rohingya sekarang bukan sahaja ditentang oleh Islam bahkan ianya telah melanggari Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Ulamak PAS Wilayah Persekutuan turut menyeru seluruh warga kota Kuala Lumpur dan Putrajaya serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 4 Disember 2016  akan berlansung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. (pas.org.my)

Sumber  HD - 2-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuffar Barat Lagikan Mengutuk Junta Myanmar! Bagaimana Kita?

Oleh : Editor

Jangan terpedaya dengan kempen orang-orang yang hanya pandai berpolitik, tetapi tidak berdasarkan kepada mana-mana pegangan agama, apatah lagi mereka yang cuba memburukkan usaha untuk kita mengutuk Junta yang celaka!


Seluruh dunia mencerca Myanmar yang telah menafikan Rohingya sebagai manusia, apakah hanya ta’wwun dengan ‘musuh politik’ untuk membela saudara seagama dianggap berdosa?

Kita sudah kenal Umno yang penuh didalamnya dengan kaki rasuah dan penyelewangan, tetapi untuk menghadap isu sejagat Rohingya, tidak kiralah dengan siapa.

Kita tahu dan kita amat menyedari, sekiranya Presiden PAS dan Umno duduk sepentas sekali lagi pada Ahad depan, bukan sahaja Umno dan BN ‘yang menangguk di air keruh’ malah PAN, juga sudah menyebarkan fitnah, PAS dan Umno akan ber‘UG’.

PAN aka DAP boleh bersama, silakan! Tak ada masalah bagi kita untuk berkongsi kesedihan tentang nasib ‘kaum yang paling tertindas didunia’, tapi jangan ikut perangai ‘ahli-ahli politik Ahok’ yang memusuhi Islam yang suci.

Kita tidak tahu sebenarnya apa didalam hati mereka, atau apa pegangan agama mereka, sedang siKofi Anan yang ‘Protestan’ bersama agensi PBB, turut serta memembela Rohingya.

Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berkata adalah mustahil bagi penganut Buddha di Malaysia, yang sanggup membakar, bukan sahaja kampung dan rumah, bahkan tubuh badan manusia digelar Rohingya, kerana perbuatan itu, bukan satu ajaran agama.

Menurut Setiausaha Kongres Rakyat Ustaz Nasrudin bin Hassan, Himpunan Solidariti Ummah Bersama Ummat Islam Rohingya adalah program anjuran gabungan pelbagai NGO Islam, bukan anjuran Umno.

Katanya, Kongres Rakyat turut berbesar hati menyertai penganjuran himpunan ini sebagai tanda kebersamaan dengan derita ummat Islam Rohingya di bumi Arakan.


“Bukan sahaja sekadar berhimpun dan bermunajat tetapi juga gabungan NGO’s ini akan menyerahkan memorundum khas kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Abdul Razak,

“yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat atas kapasiti Ketua Kerajaan agar isu ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan untuk mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan ummat Islam Rohingya yang sedang sengsara kini,”jelas beliau.

Tiada daya seluruh umat Islam di dunia ini, untuk menamatkan tindakan keras tindakan keras berdarah tentera Junta di Rakhine, yang telah menyebabkan beribu-ribu minoriti Islam membanjiri sempadan ke Bangladesh bulan ini.


Kemanakah lagi ‘tangan-tangan hitam berkedut’ orang Rohingya mahu melambai meminta pertolongan, ketika ada antara perempuan mereka dirogol, para lelaki mereka diseksa dan dibunuh kejam.

PAS bukan kerajaan, PAN hanya menumpang DAP dan lain-lain yang sosialis, materalis, komunis bukan juga pemerintah, yang boleh menyampaikan bantahan dan menahan senjata junta Myammar menembak Rohingya dan ‘api sami-sami sesat’ Myanmar dari membakr kapung dan tunuh Rohingya yang todak berdosa.

Umno dan Barisan Nasional kerajaan maskini, sekiranya tidak mampu menyekat kezaliman sesama manusia di Myanmar dan membela rakyat yang tertindas di mana jua, lebih baik bunuh diri dan turun daripada menjadi kerajaan, daripada menjadi jantan yang bacul!

Sumber BO -30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Badan PBB gesa bantuan untuk wanita di Rakhine

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43411-badan-pbb-gesa-bantuan-untuk-wanita-di-rakhine

Badan PBB menyeru bantuan mendesak untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di negara bahagian Rakhine Myanmar yang mereka berisiko mengalami kekerasan seksual dan kekurangan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

United Nations Population Fund (UNFPA), semalam mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa sekitar 7,600 wanita dan kanak-kanak perempuan di bandar Maungdaw dan Buthidaung Rakhine tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan asas hampir dua bulan.

"Semua perempuan di Rakhine, termasuk semua minoriti etnik dan agama, harus diberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan penting lain tanpa diskriminasi," ungkap UNFPA.

"Mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan, termasuk kekerasan seksual. Sangat penting kekerasan itu perlu dihentikan," tambah UNFPA.

UNFPA berkata dianggarkan 40,000 ibu hamil tinggal di kawasan yang terdedah kepada konflik di negara bahagian Rakhine, lapor Anadolu Agency.

"Ketika orang-orang yang terpencil, mekanisme pelindung dalam keluarga dan masyarakat menjadi hilang. Dan wanita menjadi lebih terdedah kepada keganasan dan eksploitasi," UNFPA menegaskan. [Islampos]

Sumber  HD - 30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penghapusan etnik Rohingya misi utama Myanmar










































ASMAA YUSOF | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43396-penghapusan-etnik-rohingya-misi-utama-myanmar

Tentera Myanmar kini giat menjalankan operasi penghapusan etnik Muslim Rohingya melalui pelbagai bentuk penganiayaan termasuk merogol, penyeksaan dan juga pembunuhan terhadap ribuan mangsa yang cuba melarikan diri ke Bangladesh.

Demikian menurut salah seorang Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB kepada agensi berita Al-Jazeera bertarikh 25 November.

Selain itu, PBB turut melaporkan lebih 30,000 penduduk terpaksa menyelamatkan diri mereka meninggalkan rumah kediaman sebelum menjadi mangsa kezaliman di negara sendiri.

Memetik sumber sama, Ketua Agensi Pelarian Pertubuhan di Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), John McKissick memberitahu bahawa tentera telah melakukan kezaliman dengan membunuh, menyembelih kanak-kanak, merogol wanita, membakar rumah serta memaksa mangsa kezaliman menyeberangi sungai ke Bangladesh.

Malangnya, Bangladesh telah menolak rayuan antarabangsa yang mendesak mereka untuk membuka sempadan bagi menerima pelarian Rohingya.

John McKissick turut kesal dengan sikap tidak peduli Bangladesh dan menyifatkan tindakan tersebut akan merancakkan lagi siri keganasan di Myanmar sehingga matlamat utama pembersihan etnik Rohingya tercapai.

Sehubungan itu, jurucakap Presiden Myanmar, Htin Kyaw, membidas komen John McKissick tersebut.

Beliau dipetik berkata, tuduhan yang dilemparkan McKissick adalah tidak berasas.

Katanya, McKissick sepatutnya bercakap berdasarkan bukti yang kukuh dan benar tanpa melakukan sebarang tuduhan.

Hal sama turut disuarakan sebuah badan NGO Kemanusiaan, Human Rights’ Watch (HRW) pada April 2013 lalu.

Menurut badan NGO tersebut, Presiden Myanmar ketika itu, Thein Sein mendakwa telahan diajukan terhadap kerajaan Myamar sedang mengadakan kempen pembersihan etnik adalah palsu dan hanya mahu memburuk-burukkan mereka. (ulamasedunia.org)

Sumber HD -29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umat Islam di Rohingya di bakar dan dibunuh dengan kejam
Posted on Monday, November 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32621



Inilah tanda-tanda kiamat, kaum kafirun sudah sangat berani dan bersatu membunuh kaum muslimin.Ta'atlah kita kepada Allah perbaiki diri kita keluarga, maka persatuan akan cepat terjalin.Ya Allah... Satukanlah Kami Dalam Menuju Kebenaran.Aamiin

























Sumber TKO - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Putuskan Hubungan Dengan Myanmar!

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa kerajaan Malaysia mengenakan tekanan diplomatik sepenuhnya terhadap kerajaan Myanmar.


Beliau menuntut kerajaan menghantar nota bantahan rasmi kepada kedutaan negara itu di Malaysia.

“Kita menuntut kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Myanmar,” ujar beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau turut mendesak agar satu sidang di peringkat ASEAN diadadakan segera bagi membincangkan isu Rohingya.

“kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan satu sidang kemuncak untuk isu yang sama,”jelas beliau


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti di pekarangan Masjid Negara pada Sabtu, 26 November.

Sebelum itu, solat hajat khusus mendoakan keselamatan umat Islam seluruh dunia, khususnya kepada Rohingya di Myanmar ditunaikan sejurus selepas solat Zhohor.

Ketua Dewan Ulamak PAS Dato’ Dr Mahfodz Muhammad memimpin solat hajat dan doa yang disertai lebih 500 orang.

Antara pemimpin utama yang turut hadir ialah Setiausaha Majlis Syura Ulamak Dato’ Nik Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Ustaz Nasruddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Ustaz Norazli Musa.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perhimpunan itu adalah bukti rakyat Malaysia khususnya PAS prihatin.


Menurutnya, ia adalah solidariti sebagai satu umat, kepada umat Islam Rohingya, Syria dan Gaza Palestin, walaupun berbeza warna kulit tetapi sama dalam pegangan akidah tauhid.

“Bukan kali pertama kita menghantar dan berhimpun menyatakan bantahan dan solidariti kepada pihak berkaitan,” ujarnya.

Beliau menggesa, kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan pemerintah Myanmar.

“Putuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar……..media (tempatan dan) antarabangsa (termasuk) Al-Jazeera ada bersama (hari ni untuk mengambil sikap tegas rakyat Malaysia.

“Isu berlaku adalah keganasan dunia sebenar, UN menutup mata,” katanya.

Sumber HD - 27-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Stop Ethnic Cleansing Of Rohingyas Urges Wisma Putra

Wisma Putra has summoned the Myanmar ambassador to Malaysia over the escalation of violence in Myanmar’s Rakhine state resulting in the loss of innocent lives and displacement of thousands of people.

The Cabinet which met yesterday discussed the situation in Rakhine and directed Foreign Minister Da­­tuk Seri Anifah Aman to meet Myan­­mar State Counsellor and Fo­­reign Minister Aung San Suu Kyi as soon as possible.

In a statement issued by Wisma Putra yesterday, Malaysia condemned the escalation of violence and called on all parties involved to refrain from taking any action that would aggravate the situation.

The Myanmar Ambassador U Zaw Myint met the Foreign Minis­try’s deputy secretary-general (1) Datuk Shahrul Ikram Yakob yesterday.

“Malaysia also calls on the Go­­vern­ment of Myanmar to take all the necessary action to address the alleged ethnic cleansing in the northern Rakhine state,” said the Foreign Ministry.

Meanwhile, a group of protesters gathered outside the Tabung Haji building here to protest against the violence against the Rohingyas.

“Stop the killing! Stop the massacre!” they chanted after performing their Friday prayers.
The protest was organised by the Malaysian Consultative Council of Islamic Organisations.

Associated Press quoted Human Rights Watch as saying that a high-definition satellite image shows 820 structures destroyed this month in five Rohingya Muslim villages in Rakhine state where the military is carrying out counter-insurgency operations.

The human rights group urged the Myanmar government to invite the United Nations to assist in an impartial investigation.

“These alarming new satellite images confirm that the destruction of Rohingya villages is far greater and in more places than the government has admitted,” said Brad Adams, the Asia director for the group.-thestaronline

Sumber BO - 27-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kena yakin dengan pertolongan ALLAH - Nasrudin Hassan
Posted on Saturday, November 26 @ 18:50:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32600



KUALA LUMPUR - "Perlu yakin bahawa pertolongan ALLAH itu akan datang", dekimian doa dan harapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan terhadap kekejaman yang dilalui etnik Rohingya di Myanmar.

"Benar! Hari ini kita berkumpul dan berada di sini dengan jumlah yang kecil berbanding musuh di sana yang lebih ramai.

"Musuh dengan tanpa prikemanusiaan membakar umat Islam.. membunuh.. merogol wanita!," katanya.

"Kita yakin! Suatu hari pertolongan dari ALLAH itu akan sampai dan umat Islam perlu bangkit. Bangkut hulurkan pertolongan bagi membantu mereka saudara kita. InsyaALLAH," katanya pada Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Negara, hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nor Azli Musa turut berkongsi sedih dengan penderitaan dan kesengsaraan bukan sahaja terhadap umat Islam Rohingya, namun umat Islam di Palestin dan Syria.

Kerajaan Malaysia katanya, tidak harus memekakkan telinga dengan kezaliman yang berlaku.
"Bayangkan keadaan mereka di sana dengan pembunuhan yang berlaku, hilang tempat tinggal dan keluarga.

"Hari ini, saya menyeru kita semua tanpa mengira apa parti politik atau pun badan bukan kerajaan (NGO) bersatu hati untuk membantu dan menghulur bantuan terhadap golongan yang terus dizalimi itu," katanya.



Sumber HD - 26-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana
Posted on Saturday, November 26 @ 16:10:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32598



Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana yang sedang berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur. Mengangkat isu Ummah Rohingya, Syria dan Gaza. Semoga Allah swt maqbulkan doa kita semua demi keselamatan ummat tertindas dan kehancuran regim yang kejam.


Sumber TKO -26-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami sedih, marah dan kecewa
Posted on Saturday, November 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32591

Video - https://www.youtube.com/watch?v=1b-XTgkkM2c

GELUGOR - Jelas terpancar rasa duka dan kekecewaan pada wajah beberapa pelarian Rohingya yang mengadakan demonstrasi di Masjid Taman Tun Sardon petang tadi.

Ada di antara mereka yang mengalirkan air mata dan menjerit tanda membantah kekejaman yang dilakukan terhadap keluarga mereka di Arakan.


Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Abiran berkata, dia terlalu marah, sedih dan kecewa dengan pembunuhan yang dilakukan oleh pelampau agama di negaranya.

"Saya sangat sedih, walaupun kami sudah selamat di Malaysia tetapi masih lagi ada saudara kami yang tinggal di sana, dan kami tahu mereka sangat-sangat takut," katanya.

Abiran yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu itu sudah berada di Pulau Pinang sejak setahun yang lalu.

Kira-kira 200 etnik Rohingya turut menyertai Himpunan Bantah Penindasan Kejam Etnik Rohingya selepas solat Jumaat.

Sementara itu Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad yang mengetuai bantahan tersebut mempertikaikan tindakan pemimpin Islam yang masih membisu berhubung isu Rohingya.

Jelasnya, beliau kecewa apabila tiada sebarang bantuan ketenteraan atau bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh mana-mana negara Islam.

"Negara-negara Arab dan OIC langsung tidak mempedulikan nasib umat Islam Rohingya. Malah pemimpin negara ASEAN juga seakan-akan bisu, pekak dan buta dalam isu ini.

"Indonesia yang terkenal dengan ramainya umat Islam, Brunei sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud dan Malaysia yang dicanang sebagai negara Islam contoh juga sehingga hari ini tidak menunjukkan sokongan padu dan ketegasan dalam isu ini," katanya.

Lebih daripada 300 umat Islam yang terdiri daripada GPMS, Pekida Daerah Timur Laut dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi membantah kekejaman yang dilakukan Myanmar.

Azdy berkata, seharusnya pemimpin-pemimpin negara Islam sepakat dan mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan Myanmar.


"Isu pembunuhan etnik Rohingya ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertamadun, amat kejam dan di luar norma kehidupan manusia.

"Sebagai umat Islam kita wajib bersatu dalam isu ini dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan zalim kerajaan dan tentera Myanmar," katanya.

Beliau turut menasihati supaya umat Islam terus berdoa dan membaca Qunut Nazilah serta melakukan solat hajat bagi memohon bantuan daripada ALLAH SWT.

"Pengganas-pengganas di Myanmar ini seolah-olah mahu melenyapkan terus umat Islam Rohingya dari bumi Myanmar.

"Disebabkan kekejaman mereka terhadap orang Islam ini, kita perlu menutup kedutaan di Myanmar, putus sahaja hubungan diplomatik," katanya.

Tidak ketinggalan dalam perhimpunan berkenaan ialah Kumpulan Mamu Raja Lawak iaitu Ajo dan juga Abu.

Sumber TKO - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



4 ditahan dalam protes di Kedutaan Myanmar
Posted on Saturday, November 26 @ 00:29:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32585



KUALA LUMPUR: Polis menahan 3 lelaki warga Myanmar dan seorang warga tempatan kerana bertindak agresif ketika bantahan ekoran kezaliman terhadap etnik Rohingya di Kedutaan Myanmar, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk membantu siasatan.

Amar Singh yang ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di IPD Dang Wangi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman dilantik menjadi ketua polis daerah Dang Wangi yang baharu dengan memangku pangkat ACP berkuat kuasa hari ini.

Sukri, 41, yang berasal dari Perlis memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada universiti tempatan serta pernah bertugas sebagai pegawai urusetia ketua polis negara dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), Bukit Aman.

Sukri yang sudah 15 tahun berkhidmat dalam polis mempunyai pengalaman 9 tahun memegang jawatan sebagai pegawai di Jabatan Siasatan Jenayah di Lembah Klang dan Bukit Aman.

Beliau mengambil alih tugas daripada SAC Zainol Samah yang dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan siasatan jenayah ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang, pada bulan depan.

Sumber TKO -26-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Rohingya: Rombongan khas ke Arakan dilancar Januari depan

NAZIRAH NASRUN | .









http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43363-rohingya-rombongan-khas-ke-arakan-dilancar-januari-depan

KUALA LUMPUR: Satu rombongan khas ke Arakan, Rohingya akan dilancarkan pada bulan Januari depan, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Kita harus tunjukkan bahawa umat Islam bukan setakat membaca Al-Quran dan kemudian hanya duduk diam sahaja," tegas beliau pada Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara, petang ini.

Sementara itu, hujan yang mulai turun tidak menghalang ucapan para pemimpin malah diteruskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.                      

Beliau menyamapikan ucapan sebelum himpunan bersurai dengan aman sekitar jam 3.30 petang. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































Kesakitan umat Islam dirasai oleh semua

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43365-kesakitan-umat-islam-dirasai-oleh-semua

KUALA LUMPUR: Perhimpunan diaturkan menjadi bukti bahawa umat Nabi Muhammad SAW adalah bersaudara sepertimana telah dinyatakan melalui hadis yang menjelaskan perumpamaan umat Islam apabila sakit salah satu dari anggota badan maka seluruh anggota akan merasai kesakitan itu.

Exco Muslim Care, Ustaz Nazmi Abdul Karim menyuarakan demikian pada Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara, petang ini.

Jelasnya, kesakitan yang berlaku di Myanmar, Syria dan Palestin adalah kesakitan seluruh umat Islam, peristiwa pedih di Myanmar menyingkap sirah Rasulullah SAW.

"Golongan yang lemah ditindas, mereka tiada keluarga, kepada siapa mereka perlu menagih dan merintih, biarpun kita jauh dari Myanmar dan Palestin tetapi kita masih mampu berusaha selagi mampu.

"Kita sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk membeli seorang pemain bola sepak, demi meraikan sambutan tahun baru dan bina binaan yang tinggi.

"Namun kita tidak mampu menghulurkan bantuan untuk mereka, di manakah keprihatinan kita?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Tuntut kerajaan hantar memorandum bantahan

NAZIRAH NASRUN | ZULHAFEEZ | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43362-tuntut-kerajaan-hantar-memorandum-bantahan

KUALA LUMPUR: "Kita menuntut kerajaan Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar," ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Attakiri.

Penegasan beliau pada Himpunan Solidariti Ummah itu antara tuntutan yang mendapat sorakan tanda persetujuan para hadirin di pekarangan Masjid Negara.

Beliau turut membacakan doa disambut dan diaminkan oleh orang ramai.                      

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata perhimpunan sebagai bukti rakyat Malaysia untuk solidariti kepada umat Islam Rohingya, Syria dan Gaza Palestin waalaupun berbeza warna kulit tetapi sama dalam pegangan akidah tauhid.

"Bukan kali pertama kita menghantar dan berhimpun menyatakan bantahan dan solidariti kepada pihak berkaitan," ujarnya.

Beliau juga meminta diputusakan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

"Putuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar.

"Wartawan antarabangsa Al-Jazeera yang ada bersama hari ni untuk mengambil sikap tegas rakyat Malaysia.

"Isu berlaku adalah keganasan dunia sebenar, UN menutup mata," katanya. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Doa dari kejauhan mustajab, teruskanlah berdoa

NAZIRAH NASRUN | NUR HASMIRA | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43361-doa-dari-kejauhan-mustajab-teruskanlah-berdoa

KUALA LUMPUR: "Solat hajat dianjurkan bukan hanya untuk rakyat Rohingya umat Islam di Myanmar tetapi juga mereka yang tertindas di seluruh dunia.

"Doa dari kejauhan adalah antara yang paling mustajab, jadi teruskanlah berdoa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, para pemimpin Islam di peringkat OIC dan PBB diseru untuk bersuara menggunakan kuasa mereka agar umat Islam tidak terus ditindas".

Sementara itu, laungan 'Hidup, hidup Islam, hancur, hancur Myanmar, bangkit, bangkit ummah' bergema di dataran Masjid Negara.

Ucapan wakil dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa menyifatkan kerajaan Myanmar semakin biadap terhadap orang Islam berikutan memorandum yang dihantar wakil NGO Islam tidak disambut baik oleh kedutaan tersebut.

"Kedutaan Myanmar semakin biadap! Mereka tidak menerima memorandum kita sebaliknya mereka meminta kita memasukkan memo tersebut ke dalam peti surat," katanya di hadapan peserta Himpunan Solidariti Ummah bertempat di pekarangan Masjid Negara.

Ucapnya, wanita di Rohingya meraung-raung meminta bantuan daripada umat Islam di seluruh dunia untuk membantu mereka.

"Apa nasib umat Islam pada hari ini? Mereka dikejami tanpa perikemanusiaan. Wanita- wanita dicabul, golongan lemah dikejami," katanya. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakin ramai hadir Himpunan Solidariti Ummah

NAZIRAH NASRUN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43359-semakin-ramai-hadir-himpunan-solidariti-ummah

KUALA LUMPUR: Orang ramai dari seluruh negara terus membanjiri pekarangan Masjid Negara untuk menyertai Himpunan Solidariti Ummah.

Ada dalam kalangan mereka yang membawa bendera negeri masing-masing.

Sementara itu, wakil Gamis, Ustaz Syamil ketika berucap sebentar tadi berkata kekejaman di Rohingya bukan hanya berdasarkan keislaman atau agama tetapi juga warna kulit.

Beliau mendesak kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi OIC dan mempunyai kuasa dalam PBB untuk bangun bersuara.                      

Wakil Dewan Muslimat PAS, Ustazah Salamiah pula mengutuk keras tindakan ke atas umat Islam Rohingya.

"Saya mengutuk keras tindakan ke atas umat Islam Rohingya diperlakukan seperti binatang malah lebih daripada itu. Sikap double standard para pemimpin Islam seluruh dunia yang berdiam diri demi menjaga kepentingan masing-masing juga tidak boleh diterima," ujarnya.

Beliau turut menyeru agar umat Islam di Malaysia agar terus berdoa kepada Allah agar muslim Rohingya dibebaskan cengkaman junta tentera Myanmar.

Dalam pada itu, para peserta solidariti diminta duduk sementara cuaca semakin redup. Himpunan akan ditamatkan sebelum jam 4.00 petang. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kita tak mahu Rohingya jadi seperti Bosnia

NUR HASMIRA MOHAMAD | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43358-kita-tak-mahu-rohingya-jadi-seperti-bosnia
KUALA LUMPUR: Wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ucapannya berkata himpunan pada hari ini adalah himpunan solidariti terhadap masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.

Dalam ucapannya beliau turut menyelar tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak melakukan apa-apa selepas kekejaman tersebut melanggar hak asasi kemanusiaan.

"Kita menuntut United Nation ambil tindakan keras terhadap kerajaan Myanmar. Kita tak mahu Rohingya menjadi seperti Bosnia," katanya.

Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana yang sedang berlangsung di pekarangan Masjid Negara adalah juga untuk mengangkat isu ummah di Syria dan Gaza. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD -26-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Solidariti Ummah: Dr Mahfodz pimpin solat hajat

ZULHAFEEZ | NAZIRAH | .










http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43356-solidariti-ummah-dr-mahfodz-pimpin-solat-hajat

KUALA LUMPUR: Solat hajat dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhammad di Masjid Negara bersama ribuan hadirin dalam Himpunan Solidariti Ummah.

Solat hajat diadakan selepas solat Zohor.

Beberapa pimpinan utama PAS turut hadir dalam menunaikan solat hajat serta mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh negara Islam yang dizalimi.
Selesai solat hajat, ucapan dimulakan di perkarangan Masjid Negara dalam suasana yang terkawal dengan bantuan anggota Unit Amal                      

Rata-rata umat Islam yang hadir memegang plakad menyelar situasi yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.
Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana yang sedang berlangsung di pekarangan Masjid Negara adalah untuk mengangkat isu ummah Rohingya, Syria dan Gaza.

"Semoga Allah SWT makbulkan doa kita semua demi keselamatan umat tertindas dan kehancuran rejim yang kejam," tulisan Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.- HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Arakan yang berdarah

DR AZIMAH IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43354-arakan-yang-berdarah
Berpuluh-puluh tahun telah berlalu, namun dunia masih membutakan matanya terhadap kesengsaraan bangsa Rohingya. Terciptanya Israel secara haram angkara British pada Mei 1948 yang membawa kepada penganiayaan bangsa Palestin hingga hari ini, begitulah juga kisahnya Arakan, negara asal bangsa Rohingya yang diserahkan secara haram kepada Myanmar setelah berakhirnya jajahan British pada Januari 1948.

Kisah mereka serupa Palestin dibedil, ditarah dan dimusnah oleh Israel, sementara Arakan pula dipulau, diperkosa dan disisih oleh junta Myanmar.

Kini, Rohingya ialah bangsa tanpa negara. Mereka dianggap bangsa pariah, kewujudan mereka dicap tidak sah. Junta Myanmar tidak segan silu, malah begitu angkuh menghamburkan bencinya terhadap Rohingya di pentas dunia. Anehnya, dunia tunduk memekakkan telinga.

Ketika sidang kemuncak Asean pada tahun 2015, rakyat Malaysia yang prihatin begitu teruja menanti kata sepakat yang bakal dimeterai oleh menteri kanan negara tatkala bertemu dengan wakil junta Myanmar yang datang ke Malaysia, moga-moga penindasan ke atas Rohingya akan berakhir jua. Tetapi tidak, menteri kanan Malaysia juga akur akan junta Myanmar, begitu takut hingga langsung tidak bersuara.

Sehinggalah tamat persidangan Asean, beratus-ratus wakil yang datang berbincang, pentas diplomatik yang dianjurkan menelan berjuta-juta ringgit, peluang luas terbuka, akan tetapi, nama Rohingya terlalu jijik, tidak dikira layak oleh mereka untuk dibawa ke meja perbincangan.

Aung San Suu Kyi, srikandi rakyat Myanmar yang tertindas, pejuang hak asasi, beliau pernah berjanji akan menegakkan kebenaran dan memperjuangkan keadilan tanpa mengenal bangsa dan agama. Kini, telah 6 tahun Suu Kyi dibebaskan dari penjara, sudah merata-rata pelosok dunia Suu Kyi pergi, bertemu pemerintah negara dunia pertama, mengikat jalinan hubungan negara.

Sedih pilunya rakyat Rohingya, serikandi pujaan langsung tidak peduli, sekali pun belum pernah terlantun dari mulutnya rasa belas simpati. Penderitaan bangsa Rohingya semakin jauh terketepi. Bakal luputlah sejarah bangsa Rohingya dari muka bumi.

Ayuhlah umat Islam!
Laungkanlah belas ihsanmu!
Jangan kita dayus, bacul membiarkan saudara seagama dipijak, dicabul tanpa pembela,
Bangsa Rohingya ialah saudara seagama, walau berbeza nama dan rupa.
Jangan kita biarkan saudara seagama kita dipijak, dibunuh oleh kafir yang membenci.
Ayuh! Bangkit!

Kita berkumpul bermunajat di HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH!
Dr Azimah Ibrahim
Pengerusi Lajnah Antarabangsa DMPM

Sumber HD - 26-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Ayuh bersolidariti bersama Rohingya

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43352-ayub-bersolidariti-bersama-rohingya

Masyarakat Rohingya telah menduduki wilayah Arakan atau lebih dikenali sebagai Rakhine sejak sekian lama berdasarkan pelbagai tulisan akademik. Malangnya, sehingga kini kerakyatan mereka dinafikan pihak berkuasa.
Sejak pemerintahan British pada 1826 selepas Perang Anglo-Burma Pertama (1824-1826) sehinggalah Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan juga rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win pada 1962, nasib tidak pernah menyebelahi masyarakat Rohingya.
Pada 1982, Jeneral Ne Win meluluskan Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Burma Citizenship of Law) dengan tujuan memastikan peluang menghapuskan masyarakat Rohingya menjadi lebih mudah.

Selepas dua dekad di bawah pemerintahan junta, akhirnya parti 'National League for Democracy' (NLD), pimpinan seorang wanita pemenang anugerah Nobel Keamanan pada 1991, Aung San Suu Kyi, memenangi pilihanraya demokrasi tahun lalu.
Namun, pengaruh junta dalam pentadbiran beliau masih tegar. Perlembagaan yang diluluskan menyaksikan 25 peratus daripada kerusi Parlimen mesti diserahkan kepada tentera disamping masih berkuasa dalam isu keselamatan.
Meskipun dari satu sudut pengambilalihan pentadbiran Suu Kyi dilihat positif, tetapi kerajaan Myanmar masih gagal menangani krisis kemanusiaan yang kian memuncak. Pendirian rasmi kerajaan masih tidak mengiktiraf kerakyatan Rohingya, sebaliknya mereka digelar pendatang asing Benggali.

Mereka adalah mangsa kezaliman yang panjang, tinggal dalam keadaan yang begitu dhaif, dengan situasi kemiskinan dalam pelbagai dimensi (multi-dimesional poverty). Kezaliman berterusan yang dilakukan tentera Myanmar ketika ini dengan sokongan padu dari golongan ultra nasionalis Buddha di sana adalah faktor yang tidak pernah dipertikai.

Terkini, serangan tidak berperikemanusian yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya disana melibatkan tentera Myanmar. Jumlah kematian mencecah 400 orang dan dipercayai jumlah tersebut lebih tinggi dari yang dilaporkan. 430 buah kediaman dimusnahkan manakala ribuan yang lain menjadi pelarian. Apa salah mereka sehingga memaksa pihak tentera dan golongan "ekstrimis" Buddha mengambil tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini? Jelas sekali krisis kemanusiaan dan penghapusan etnik Rohingya sudah sampai dikemuncaknya.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru dengan sepenuh hati kepada seluruh umat Islam supaya turun berhimpun petang ini di Masjid Negara bagi menyatakan solidariti bersama masyarakat Rohingya.
Sudah sampai masanya tekanan diplomatik dihalakan sepenuhnya terhadap kerajaan Myanmar supaya bertindak dengan adil terhadap kezaliman yang berlaku. Ayuh berikan signal Islam menolak keganasan dan kezaliman yang ditimpakan kepada masyarakat Rohingya.

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
26 November 2016 | 26 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang ramai bantah kekejaman ke atas etnik Rohingya
Posted on Friday, November 25 @ 18:12:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32580&mode=thread&order=0&thold=0



Ribuan etnik Rohingya yang berada di Malaysia hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

Mereka berkumpul di Menara Tabung Haji sejurus selepas solat Jumaat sekitar jam 2.00 petang sebelum berarak menuju ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang bagi memprotes pembunuhan saudara dan rakan mereka oleh penguasa negara itu.

Peserta demonstrasi berarak kira-kira 2.6 kilometer sambil membawa sepanduk mengecam kekejaman kerajaan Myanmar, dan juga gambar-gambar mangsa yang dibunuh dengan kejam.
Ada di antara mereka yang berarak sambil berteriak-teriak menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara-mara mereka itu.

Bagi wakil etnik Rohingya, Rafiq Ismail, 49, beliau cukup sedih apabila diberitahu bahawa semua 17 anggota keluarga mati di bunuh di Arakan.

"Keluarga saya 17 orang mati dibunuh oleh tentera zalim dan orang Buddha, saya tak dapat cari mereka tapi akhirnya saya dapat tahu mereka mati dibunuh.

"Tidak ada siapa dengar suara kami, kami ibarat semut, kami tak ada nilai dalam dunia ini, dia perlakukan kami seperti semut," kata Rafiq dengan nada sebak.

Rafiq mendakwa kezaliman dilakukan ke atas etnik Rohingya kerana mereka menganut agama Islam.
"Kami tak pernah timbulkan kekacauan dan kami tidak ada senjata. Kami hanya mahu keamanan," katanya.


Pada himpunan petang ini tiga orang peserta turut ditahan kerana berada di luar kawasan yang dibenarkan. Seorang daripada tahanan itu juga berkali-kali cuba mencederakan dirinya dengan menghentakkan kepalanya ke pagar besi di lori polis.

Manakala seorang lagi berteriak dengan menyatakan dirinya tidak bersalah dan Islam agamanya.
Perhimpunan petang tadi juga disertai oleh rakyat Malaysia daripada ahli parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang kemudiannya cuba menyerahkan sebanyak lima memorandum kepada keduataan Myanmar.


Antara memorandum itu adalah daripada Gerakan Baju Merah V2, PAS, Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) dan Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Bagaimanapun semua memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada pengawal keselamatan di kedutaan Myanmar.


Hadir sama pada himpunan petang tadi adalah Ketua gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.









Sumber TKO - 25-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Rohingya: PAS bimbang jika antarabangsa bisu, pekak

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43350-rohingya-pas-bimbang-jika-antarabangsa-bisu-pekak

MARANG: PAS memberi peringatan kepada junta tentera Myanmar dan masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) agar menghentikan pembunuhan terhadap umat Islam Rohingya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Rohingya terletak di sekeliling negara yang mempunyai umat Islam ramai.

Justeru, katanya masyarakat antarabangsa seperti PBB dan OIC yang mewakili umat Islam perlu bertindak segera dan usah membiarkan Rohingya terbakar seperti Bosnia.

“Saya hendak beri peringatan kepada junta tentera di Rohingya dan dalam masa yang sama masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya OIC supaya jangan biarkan rakyatnya (Rohingya) terbakar macam Bosnia.

“Mereka kena sedar kerana Rohingya itu berada hampir dengan 400 hingga 500 juta umat Islam. Di rantau Asia Tenggara sahaja ada 300 juta orang di Indonesia, Malaysia, di selatan Thailand, selatan Filipina dan termasuk di Kemboja.

“Juga termasuk di benua India dan di India sahaja hampir 200 juta, Pakistan hampir 100 juta orang Islam. Di China pun hampir 40 juta orang Islam. Di kelilingi orang Islam dan jika berlaku ‘apa-apa’, orang Islam sabar dia ada batas,” tegasnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia berkata demikian kepada media selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Menurutnya, sifat perikemanusiaan sudah tidak ada lagi apabila berlaku pembunuhan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di Myanmar.

Beliau turut mendesak campur tangan melalui tentera pengaman PBB dan OIC bagi menyelamatkan umat Islam Rohingya.

Tuan Guru melahirkan kebimbangan jika masyarakat antarabangsa mengambil sikap membisu dan ‘pekak’ akan ada umat Islam bertindak sendirian.

“Mula-mula mereka desak kerajaan-kerajaan. Kalau kerajaan lambat, mereka bertindak sendiri. Kalau bertindak sendiri, itu kita tak tahu apa jadi…itu kena ingat. Ini kerana laut tidak ada sempadan dan darat pun begitu juga, jangan dia (junta tentera) ‘menggila’.

“Sebab itu, kena campur tangan melalui tentera pengaman (PBB) dan OIC kena campur tangan, jangan jadi bisu, pekak dengan OIC ini mewakili umat Islam tetapi bercakap dengan kenyataan sahaja tanpa ada apa-apa tindakan.

“Suku Rohingya merupakan penduduk asal yang lahir di situ. Bukan sahaja suku Karen, suku-suku lain yang ada di Burma tak iktiraf masyarakat majmuk atas semangat fanatik kaum, fanatik agama Buddha.

“Itu bukan dari ajaran agama Buddha saya rasa. Sudah jadi fanatik dan mereka bertindak dengan begitu ganas tanpa perikemanusiaan,” ujarnya.

Menurutnya, campur tangan badan dunia tersebut amat perlu kerana tragedi berdarah seumpama itu pernah berlaku di Bosnia-Herzegovina. - HARAKAHDAILY 25/11/2016

Sumber HD - 25-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Batalkan Hadia Nobel Aung San Suu Kyi, Selamatkan Rohingya!

Ribuan rakyat Indonesia turun ke jalan-jalan di Jakarta dan bandar-bandar lain dengan mengangkat kain-kain rentang yang bertulis, “Selamatkan Rohingya” dan “Batalkan Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi”.

Tunjuk perasaan pada Khamis, membantah pencabulan hak kemanusiaan dilaporkan terhadap terhadap umat Islam Rohingya ketika tindakan keras tentera di Myanmar.

Para demonstran berkumpul di hadapan istana presiden dan kedutaan Myanmar kedutaan membawa sepanduk “Myanmar, Muslim Pembersihan Muslim” dan “Hentikan Penyebelihan Terhadap Rohingya.”


Sejak enam minggu yang lalu, kumpulan hak asasi telah melahirkan kebimbangan terhadap laporan pembunuhan, rogol, penahanan sewenang-wenangnya dan pelanggaran lain-lain hak, di kampung-kampung kebanyakannya diduduki oleh Rohingya di Myanmar di wikayah bergolak Rakhine.

Mereka mendesak agar dilakukan siasatan bebas ke atas serangan awal, operasi yang sedang berjalan dan penyalahgunaan kuasa dilaporkan dalam kawasan itu, yang telah berada di bawah ‘kuncian tentera’ sejak itu.

Dian Hardiana, seorang penyelaras bantahan di Bandung Jawa Barat, pada Khamis berkata, walaupun mereka tinggal di negara yang berbeza, rakyat Indonesia mempunyai empati yang besar terhadap Rohingya.

“Walaupun terpisah secara geografi, hati kita adalah satu. Kerana pada hakikatnya, umat Islam adalah bersaudara,” Hardiana berkata dipetik oleh detik.com.

Beberapa pertubuhan, termasuk Keluarga Besar Perpaduan Islam, menyertai perhimpunan itu, menggesa pihak yang bersalahdibawake muka pengadilan.

Penunjuk perasaan menggesa pemimpin tentera Myanmar dan semua pihak yang dituduh terhadap pelanggaran terhadap Rohingya dibawa ke hadapan mahkamah antarabangsa di The Hague.


Mereka juga menggesa badan-badan antarabangsa – seperti Negara-negara Asia Tenggara, atau ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam bertindak untuk melindungi masyarakat Rohingya dan menegakkan hak-hak mereka.

Sebelum itu, pada hari Rabu, jurucakap Kementerian Luar Arrmanatha Natsir melahirkan harapan Indonesia bahawa kerajaan Myanmar akan dapat mengembalikan keamanan kepada negara itu tidak lama lagi.

“Kami juga memberi penekanan kepada perlindungan hak asasi manusia untuk semua kaum, termasuk minoriti Islam di Rakhine,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh kompas.com.
Kumpulan Rohingya, bagaimanapun, mendakwa bahawa jumlah orang awam terbunuh dalam satu hujung minggu, awal bulan ini boleh meningkat kepada angka 150 jiwa.

Sumber BO - 25-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































Kaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43336-kaji-semula-hubungan-diplomatik-dengan-myanmar

KERAJAAN PERLU KAJI SEMULA HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MYANMAR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku di Myanmar sekarang dan menggesa kerajaan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar. Bumi Arakan sedang bermandi darah akibat pembersihan etnik yang dilakukan ke atas etnik Rohingya. Mereka dizalimi, dibunuh, dirogol serta dihalau dari kediaman mereka setiap hari.

Kerajaan perlu memainkan peranan yang proaktif  sebagai anggota aktif dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak campur tangan bagi menghentikan keganasan dan kezaliman yang berlaku di Arakan sekarang. Tanpa campur tangan badan-badan tersebut, sebarang usaha untuk menangani konflik tersebut mungkin akan lesu dan tidak menjadi berkesan.

Tanpa desakan dan campur tangan, tidak mustahil orang-orang Rohingya akan menerima nasib yang sama seperti apa yang berlaku di Bosnia-Herzegovina dahulu.

Walaupun Bosnia-Herzegovina sudah kembali seperti sedia kala, kesannya masih dirasai dan diingati oleh umat Islam seluruh dunia akibat; sikap berpeluk tubuh dan sambil lewa OIC dan PBB.

Kerajaan perlu menghantar mesej yang tegas kepada Myanmar bahawa Malaysia tidak bersetuju dengan cara Myanmar menangani konflik berdarah tersebut. Junta Myanmar seolah-olah melindungi jenayah yang sedang berlaku dan membiarkan ia bermaharaja lela.

Junta  Myanmar juga seolah-olah tidak memperdulikan kecaman dunia terhadap apa yang berlaku, malah cuba menutup jenayah terbabit dengan menyalahkan etnik Rohingya di atas apa yang berlaku.

DPPM mendesak Kerajaan membekukan pengambilan warga kerja dari Myanmar sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku terutamanya sikap berdiam diri Myanmar ke atas jenayah tersebut.

DPPM juga menyokong desakan pelbagai pihak agar Kerajaan terutamanya FAM menarik diri daripada pertandingan Piala AFF yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar sebagai tanda serta signal yang jelas bahawa Malaysia benar-benar serius mahu menangani isu ini.

“Bertekad Melebar Muafakat"
“Inilah Penyelesaian Kita”

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
24 November 2016 | 24 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 fakta Rohingya yang mengejutkan anda!
Posted on Thursday, November 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32550




Fakta #1: Nama asal Arakan (Rakhine) ialah Rohang. Perkataan Rohingya bermaksud penduduk asal Rohang.

Komen: Jika tanya saya, ada apa pada nama? Ia adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.

Fakta #2: Undang-Undang Kerakyatan Burma yang dilaksanakan oleh kerajaan tentera pada tahun 1982 telah menafikan status kerakyatan Rohingya. Daripada 1.3 juta populasi, hanya lebih kurang 40,000 orang merupakan rakyat yang sah.

Komen: Setiap perjanjian dan undang-undang mesti ada hitam putih. Mungkin ada sebab juga kenapa kontrak sosial kita tiada dokumen rasminya? Ingat, kuasa sebenar adalah pada tentera dan ekonomi, bukan politik.

Fakta #3: Sejak berpuluh tahun, ratusan ribu Rohingya hanya tinggal di kem-kem dalam keadaan yang sangat menderita. Mereka berhadapan krisis kurang nutrisi yang sangat kritikal dengan 45 peratus tidak mempunyai sumber makanan yang tetap.

Komen: Hak keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal yang dinafikan menjadikan mereka lebih teruk dilayan daripada haiwan.

Fakta #4: Rohingya diiktiraf sebagai bangsa minoriti yang paling teruk ditindas dalam dunia moden hari ini.

Komen: Walaupun keadaan ini telah diketahui oleh badan berautoriti dunia, pejuang hak asasi manusia dan pelbagai negara namun majoriti seolah tidak mampu berbuat apa-apa.

Fakta #5: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi merupakan penerima Nobel Prize Keamanan Dunia tapi hakikatnya merupakan dalang yang menyokong penglibatan tentera menghapuskan Rohingya secara licik.

Komen: Pengiktirafan Barat adalah atas pencapaian menjayakan agenda mereka, bukan rakyat setempat. Jangan pernah tertipu dengan topeng-topeng seperti ini yang dicipta untuk menipu seluruh dunia

Perlu difahami krisis ini adalah rantaian pembantaian Islam di seluruh dunia dan satu proses menghancurkan umat Islam secara keras dan konsisten. Bukan lagi sekadar isu kemanusiaan, tapi 
isu AQIDAH!

#prayforrohingya
#kembalikantanahrohingya

Muhammad Lukman Al Hakim
Ketua Pemuda Isma

Sumber TKO -24-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































Rohingya: Wujudkan tentera pengaman negara Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43323-rohingya-wujudkan-tentera-pengaman-negara-islam

KUALA LUMPUR: Pasukan tentera pengaman negara-negara Islam perlu ditubuhkan segera, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, kejadian pembersihan etnik masyarakat Islam Rohingya di Myanmar sepatutnya telah membuka mata pemimpin-pemimpin negara Islam.

Menurutnya, walaupun telah ada tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu namun ia bukan di bawah kawalan negara-negara Islam.

"Hari ini terdapat umat Islam yang merupakan minoriti di negara mereka yang berhadapan dengan ancaman-ancaman pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai atau pengusiran dari kampung halaman mereka," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, tanpa campur tangan pasukan tentera pengaman mereka tidak akan mendapat pembelaaan yang sewajarnya.

"Cukuplah dengan pengalaman pembersihan etnik umat Islam Bosnia di Balkan pada awal 90-an," katanya.

Beliau berkata, walaupun bilangan tentera pasukan tersebut adalah kecil pada peringkat awal namun ia memberi isyarat kepada dunia bahawa nasib minoriti umat Islam akan sentiasa dibela. - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD- 23-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yusuf: Nelayan yang telah menyelamatkan lebih 300 warga Rohingya di tengah lautan
Posted on Wednesday, November 23 @ 22:43:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32546



Ketika bermusafir ke Indonesia untuk memantau projek pelarian Rohingya yang dikelolakan oleh Lonely Orphans, sebuah pertubuhan kebajikan dari Britain, Syed Ikhlass telah bertemu dengan seorang wira sejati; Yusuf.
Menyelamatkan lebih 300 orang pelarian Rohingya



Apa yang buatkan kami lebih terharu lagi apabila Yusuf sendiri merupakan seorang nelayan miskin yang tinggal di perairan Langsa, Indonesia. Baru-baru ini, dia telah menyelamatkan lebih daripada 300 orang pelarian Rohingya yang terdampar di lautan. Yusuf telah menemui sebuah kapal yang terdampar di tengah lautan, 7 jam dari darat. Kapal itu sarat dengan pelarian Rohingya yang menyelamatkan diri daripada kekejaman pemerintahan kuku besi kerajaan Myanmar.



Yusuf cuba untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, tetapi akibat terlalu bersimpati dengan nasib pelarian tersebut, Yusuf langsung cuba untuk menyelamatkan mereka sendiri. Cuma masalah besar yang dihadapi Yusuf adalah kapal nelayan dia hanya mampu memuatkan seramai 48 orang sahaja.


Walaupun saiz kapalnya yang kecil, Yusuf mencuba sedaya upaya memuatkan seberapa ramai orang yang dia mampu selamatkan. Perjalanan pergi dan balik memakan masa selama 14 jam dan berkat kesabaran, keazaman dan kesungguhan Yusuf untuk membantu saudara semuslimnya, dia berjaya melakukan 7 trip perjalanan dan sekaligus menyelamatkan lebih 300 orang!


Yusuf dan Syed Ikhlass Yusuf memberitahu Syed:

“Terdapat ramai orang yang terdampar, sebahagian daripadanya hanya berbogel sahaja. Saya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dan secara peribadi telah melakukan 7 trip dengan setiap satu trip memakan masa 14 jam.”


Warga Rohingya di kem pelarian

Bila ditanya mengapa dia melakukan sedemikian dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan mereka, ini jawapan Yusuf:



“Saya mesti membantu mereka, dan apabila kita berada di lautan, kita perlu saling membantu, tidak kira dari mana asal usul kita.”




Syed memberitahu bahawa Yusuf adalah seorang yang merendah diri yang tidak meminta apa-apa balasan daripada perbuatan yang dia lakukan. Yusuf hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.

www.indahnyaislam.my

Sumber TKO - 23-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rohingya bertambah buruk apabila semangat nasionalis & agama telah disalahguna Oleh Junta Tentera & Sami
Posted on Wednesday, November 23 @ 19:11:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32538



[ AWAS GAMBAR NEGERI DI DALAM ] Selepas menonton beberapa dokumentari antarabangsa dan ceramah para sukarelawan yang telah pergi ke sana, dapat aku simpulkan bahawa:




















Pada awalnya adalah sengketa antara etnik Rohingya & Rakhine bertambah buruk apabila semangat nasionalis & agama telah disalahguna oleh Kerajaan Junta Tentera & para Sami yang bersekongkol dengan pemerintah untuk menghalalkan cara dan membiakkan kebencian ke atas kaum minoriti.

Melihat kepada beberapa dokumen bocor mengenai rancangan strategik untuk menghapuskan etnik Rohingya, aku tidak fikir keganasan ini boleh terhenti jika masyarakat Dunia tidak memberikan tekanan ke atas Kerajaan Myanmar.

Teruskan #berdoa agar Allah menghantar pertolonganNya kepada etnik Rohingya yang teraniaya.

Sumber TKO - 23-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































Rohingya: Myanmar jangan jadi negara pengganas

ZULZAIM HILMEE ABIDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43318-rohingya-myanmar-jangan-jadi-negara-pengganas

SOLIDARITI UNTUK UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR JANGAN JADI NEGARA PENGGANAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengajak umat Islam khususnya di negeri Sabah mengutuk tindakan kerajaan Myanmar yang membantai umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar. Kekejaman dan jenayah keganasan yang dilakukan oleh pihak rejim melalui junta tenteranya terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya yang merupakan penduduk asal disifatkan bertujuan bagi penghapusan etnik dan menafikan kerakyatan mereka.

Tindakan para junta Myanmar yang bersifat agresif melakukan jenayah laksana kumpulan pengganas dengan membakar perkampungan, menyiksa, mencabul kehormatan, menembak dan menyembelih tanpa mengira kanak-kanak dan wanita perlu dihentikan segera.

Dalam situasi seperti ini, marilah kita melazimi bacaan Qunut Nazilah agar Allah memberikan bantuan kepada saudara Muslim kita di Arakan dan menghapuskan segala kebatilan yang ada di bumi Myanmar. Di samping itu, ambil pengajaran dari hadis Nabi SAW yang bermaksud; "Orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).” (H.R. Muslim).

Atas solidariti (kebersamaan) bagi kita mempertahankan hak umat Islam di bumi Arakan, Myanmar maka kami menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Sabah untuk meluangkan masa dan keprihatinan bagi bersama-sama menyertai:

1) Pra-Himpunan Bantahan Kekejaman Terhadap Umat Islam pada 25 November 2016 (Jumaat) selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

2) Himpunan Solidariti Ummah yang diadakan pada 26 November 2016 (Sabtu) selepas solat Zohor di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Semoga dengan kehadiran semua, ini membuktikan keprihatinan kita dan menjadi suatu tekanan yang kuat untuk menghentikan jenayah keganasan yang dilakukan kepada umat Islam di Myanmar.

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
23 November 2016 | 23 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































Solidariti untuk Rohingya, amaran kepada Myanmar

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43313-solidariti-untuk-rohingya-amaran-kepada-myanmar

DUNIA wajib memperlihatkan tindakan tegas memencil dan memulau Myanmar dari hubungan diplomatik dengan negara zalim itu. Serta mengambil tindakan keselamatan segera atas keganasan dilakukan junta tenteranya terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya; penduduk asal yang sengaja dinafikan kerakyatan mereka.

Tindakan dengan membakar perkampungan, menyiksa jasad fizikal, menembak dan menyembelih bunuh tanpa mengira kanak-kanak dan wanita dilakukan junta tentera Myanmar adalah sangat keterlaluan dan melampau serta zalim. Menjadikan nyawa manusia semurah haiwan hanyalah perbuatan bersifat kebinatangan yang dilakukan oleh golongan berjiwa syaitan.

Kaum Muslimin pada era awal Islam pernah bangkit secara quwwah (kekuatan) membela seorang Muslimah yang diragut maruahnya oleh kaum kafir. Maka atas keimanan sama, umat Islam di dunia hari ini wajib bangun memperlihatkan amaran atas tindakan keji Myanmar itu.

Atas solidariti itulah, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam meluangkan masa dan keprihatinan untuk bergerak ke Kuala Lumpur menyertai Himpunan Solidariti Ummah pada Sabtu, 26 November ini di Masjid Negara selepas solat Zohor.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PUM saran khutbah Jumaat kezaliman ke atas Rohingya

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43312-pum-saran-khutbah-jumaat-kezaliman-ke-atas-rohingya

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyokong saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar dibacakan doa Qunut Nazilah ketika solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan masyarakat Rohingya yang dizalimi di Myanmar.

"PUM juga menyarankan agar semua masjid di seluruh Malaysia membacakan teks khutbah mengenai kezaliman yang sedang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

"Ini bagi memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat terhadap nasib saudara Muslim kita di Myanmar yang tertindas dan diseksa," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir kepada Harakahdaily.

Untuk itu, kata beliau sukacita PUM mencadangkan Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri agar dapat menyelaraskan perkara itu sebaik-baiknya. - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































Tubuh pakatan negara Asean hadapi kemelut Rohingya

Dr Muhammad Atiullah Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43309-tubuh-pakatan-negara-asean-hadapi-kemelut-rohingya

Isu Rohingya merupakan isu antarabangsa dan kemelut paling buruk kerana jenayah terhadap penduduk Rohingya tiada kesudahan. Walaupun parah, tiada reaksi dari para pemimpin anggota Asean. Hanya kedengaran bantahan di kalangan rakyat bawahan tapi tidak diendahkan.

Sebenarnya, pihak kerajaan Asean rata-ratanya mempunyai masalah dalam negara persis masalah Rohingya. Seperti Indonesia pernah mempunyai masalah dengan Timur Timor dengan berakhirnya tertubuhnya kerajaan Timor Leste pada 20 Mei 2002. Barangkali inilah tindakan paling aman yang dapat membendung masalah Indonesia-Timur Timor.

Namun, masalah Filipina dengan penduduk Moro tiada kesudahan. Bilangan penduduk Moro adalah satu pertiga dari jumlah penduduk Filipina. Angkatan bersenjata dari kalangan bangsa Moro menentang kerajaan Filipina tiada pula kesudahan. Justeru, Filipina menjemput Malaysia menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut Filipina-Moro. Akhirnya, Undang-undang Asas Bangsamoro telah digubal yang mengiktiraf kepimpinan Moro yang terhasil dari rundingan kerajaan Filipina dengan Kumpulan Pembebasan Bangsa Moro (MILF).

Namun, penyelesaian Filipina tidak juga reda. Malah, konflik merebak ke Lahad Datu, Sabah apabila kumpulan dari bangsa Moro yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia. Muncullah satu kemelut baru dan konflik panjang antara Malaysia dan sebahagian kecil bangsa Moro. Masalah ini tidak selesai dan mengheret pihak tentera Malaysia menumpukan kawalan rapi di Sabah.

Begitu juga Selatan Thailand terutamanya wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani yang mempunyai kemelut dengan Kerajaan Thailand. Banyak kes sudah berlaku semenjak tahun 1960-an lagi dan paling parah pada 2004. Isu paling popular adalah penahanan penunjuk perasaan di bulan Ramadan yang berakhir dengan tragedi kematian ratusan penduduk Selatan Thailand. Isu ini bagaikan isu etnik yang saling berbalas serangan antara kerajaan Thailand dan pemberontak.

Dengan pelbagai masalah yang timbul di Asean, para pemimpin anggota Asean bersikap tunggu dan lihat. Lebih mencari titik persefahaman antara anggota Asean dari memilih sikap masuk campur urusan negara lain. Bahkan, rantau ini sudah mempunyai kes-kes peringkat antarabangsa membabitkan Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly sehingga mengundang campur tangan Amerika Syarikat.

Apabila timbul isu Rohingya, ia tentu sekali tidak menarik minat anggota Asean. Malah, isu Rohingya tidak masuk dalam agenda dalam Mesyuarat Anggota-anggota Asean. Namun, ini tidak bermakna negara-negara Islam boleh berlepas tangan dari isu Rohingya. Usah hanya diharapkan suara dari Asean. Negara-negara Islam yang merupakan anggota Asean boleh berpakat dan bersatu menjuarai isu Rohinggya.

Negara-negara Islam Asean yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei sepatutnya menubuhkan sekretariat atau badan keamanan untuk memastikan kaum Rohingya dapat pembelaan sewajarnya. Tindakan ini merupakan tindakan untuk menjamin keselamatan serantau. Bukan hanya menyediakan penempatan pelarian Rohingya sebagaimana amalan sedia ada.

Bayangkan jumlah penduduk Rohingya mencecah angka 1.4 juta orang merupakan bilangan yang ramai. Jikalau kesemua mereka merupakan pelarian, negara-negara Asean bakal mempunyai masalah bagi menampung bilangan yang ramai. Tindakan yang wajar adalah membela penduduk Rohingya agar dapat kekal di sana sekaligus mengelak penduduk Rohingya dari menjadi pelarian antarabangsa yang sudah mencecah angka lebih 800,000 orang.

Pakatan negara-negara Islam Asean sudah sepatutnya wujud kerana mereka bukan sahaja berkongsi agama, mereka juga berkongsi budaya hidup Melayu. Malah, geo-politik Indonesia, Malaysia dan Brunei yang pernah diberi jolokan Kepulauan Melayu merupakan pakatan yang paling serasi dan kuat bagi menghadapi kemelut rantau ini termasuklah isu Rohingya. (ulamasedunia.org)

Sumber HD -  23-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































Rohingya duka berpanjangan tanpa pembelaan

MOHD AKMAL KAMARUDDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43307-rohingya-duka-berpanjangan-tanpa-pembelaan

Rakhine menjadi saksi pembataian berterusan tentera Myanmar terhadap etnik minoriti yang beragama Islam, Rohingya. Pembunuhan tanpa penentangan, runtuhan masjid, pembakaran kampung, wanita dirogol dan penangkapan kanak-kanak juga warga tua menjadikan bumi Arakan tempat paling memilukan dalam dunia.

Tindakan Bangladesh tanpa perikemanusiaan menutup sempadan menjadikan keadaan lebih parah. Ironisnya, Bangladesh merupakan negara keempat penduduk muslim terbesar di dunia dengan kepadatan penduduk melebihi 130 juta muslim dengan Islam merupakan agama rasmi negara tetapi membiarkan saudara Islam etnik Rohingya diperlakukan sedemikian.

Kemenangan Aung San Suu Kyi dalam pilihan raya Myanmar dengan "tagline" demokrasi hanya sandiwara. Malahan Anugerah Nobel Keamanan wajib ditarik kembali daripada beliau. Di mana perjuangan keamanan dan demokrasi beliau ketika tirani tentera Myanmar bermaharajalela rakus memamah Arakan?

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak), mendesak kerajaan Malaysia untuk membawa suara majoriti umat Islam di Malaysia ke OIC, PBB dan Asean agar etnik Rohingya diberikan pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Kerajaan Malaysia juga perlu mendesak OIC, PBB dan Asean untuk menyekat dan memberi tekanan ekonomi selagi Myanmar tidak memberhentikan serangan dan penindasan.

DPPN Perak juga mendesak agar kerajaan Malaysia menutup kedutaan Myanmar di atas kezaliman yang dilakukan. Malaysia negara aman yang tidak perlukan negara zalim dalam rakan niaga dan diplomasi. Duta Myanmar perlu memastikan nasib rakyatnya dibela jika ingin kembali semula.

DPPN Perak turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak bersedia menerima pelarian etnik Rohingya untuk ditempatkan sementara bagi menjamin keselamatan juga atas nama kemanusiaan. Perak merupakan negeri yang sangat luas. Masih boleh lagi dibangunkan satu kawasan contohnya seperti di Pulau Sembilan berhampiran Bagan Datoh untuk menempatkan mereka.

DPPN Perak menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya pemuda Perak untuk turun menyatakan kebersamaan dalam Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana pada 26 November 2016, hari Sabtu jam 1:00 petang sehingga 4:00 petang di pekarangan Masjid Negara.

Semoga usaha kecil kita ini dapat memberi makna yang besar buat saudara kita yang dizalimi dan teraniaya.

Mohd Akmal Kamarudin
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
23 Safar 1438 / 23 November 2016 - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































Rohingya: PUM gesa Malaysia, OIC campur tangan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43301-rohingya-pum-gesa-malaysia-oic-campur-tangan

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) melahirkan rasa kecewa di atas sikap pemimpin dunia yang masih berdiam diri di atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

"Masyarakat Rohingya yang beragama Islam ini telah dizalimi dan ramai yang dibunuh dengan kejam.

"Kampung-kampung etnik Rohingya dibakar, masjid dimusnahkan, wanita diperkosa, anak kecil tidak berdosa turut dibunuh tanpa belas kasihan," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PUM mendesak agar kerajaan Myanmar menghentikan serta-merta kegiatan genocide itu.

Tambahnya, PUM juga meminta campur tangan kerajaan Malaysia dan negara-negara Islam melalui OIC bagi mendesak kerajaan Myanmar menghentikan tindakan zalim dan biadap tersebut.

PBB juga, ujar beliau perlu campur tangan dengan segera supaya perkara tidak berlanjutan.

Menurutnya, media mainstream antarabangsa seolah tidak mahu melaporkan serta berdiam diri terhadap isu itu yang berlaku saban hari.

Beliau menambah, media antarabangsa mesti membongkar kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar agar dunia dapat mengutuk keras tindakan mereka.

"Kita tidak mahu berita Rohingya yang terkandas di laut dan digelar sebagai ‘people of the boat’ berulang kembali," katanya lagi.

Oleh sebab itu, ujar beliau apa yang dilakukan ke atas etnik Rohingya wajiblah ditentang habis-habisan dan dihentikan serta merta. - HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































Pelarian Rohingya dihalang masuk Bangladesh

ASMAA YUSOF | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43297-pelarian-rohingya-dihalang-masuk-bangladesh

Sejumlah umat Islam Rohingya cuba melarikan diri ke Bangladesh akibat kekejaman yang semakin meruncing di barat Myanmar. Demikian menurut penduduk dan pegawai tentera Bangladesh dipetik dari berita Al-Jazeera bertarikh 17 November.

Agensi berita Reuters turut melaporkan situasi yang sama Rabu lalu dengan menyatakan sebahagian penduduk Rohingya ditembak semasa cuba melarikan diri menyeberangi Sungai Naaf yang memisahkan antara Myanmar dan Bangladesh manakala pelarian yang dapat sampai ke seberang pula dihalang pengawal sempadan Bangladesh dari memasuki negara itu.

Al-Jazeera turut dipetik berkata jumlah mangsa korban serangan terbaru berjumlah 130 orang; menyaksikan siri pertumpahan darah paling serius selepas perselisihan di barat Rakhine yang mengorbankan ratusan nyawa empat tahun lalu.

Krisis tersebut membuktikan kegagalan pengawasan tentera di bawah pentadbiran pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi, yang menaiki tampuk pemerintahan sejak tujuh bulan lalu.

Operasi ganas yang berlarutan lebih seminggu serta menggunakan helikopter itu merupakan serangan balas selepas sembilan pegawai polis dilaporkan terbunuh dalam serangan terhadap tiga pos sempadan pada 9 Oktober lalu.

Pihak tentera turut menutup pintu masuk ke wilayah bergolak yang diduduki majoriti etnik Rohingya dan menghalang bantuan dan pemerhati daripada memasuki wilayah itu. Menurut sumber sama, sekitar 500 orang pelarian etnik Rohingya telah melarikan diri sejak serangan Oktober lalu.

Dalam pada itu, Pegawai Komander Timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim, berkata 86 orang etnik Rohingya termasuk 40 wanita dan 25 kanak-kanak pelarian yang cuba memasuki Bangladesh telah dihalang oleh pengawal keselamatan sempadan pada Selasa lalu.

Sumber Reuters turut menjangkakan kumpulan pelarian yang gagal memasuki Bangladesh itu tidak akan kembali ke kampung-kampung mereka di Myanmar serta berkemungkinan terkandas di lautan.

Agensi berita AFP turut mengesahkan laporan dari pemimpin komuniti Rohingya dengan menyatakan sekitar 200 orang penduduk Islam Rohingya terkandas di sempadan Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah mengisytiharkan Rohingya sebagai salah satu etnik yang paling teruk ditindas.

Selain dinafikan hak kewarganegaraan, mereka dilabel sebagai pendatang haram oleh majoriti penduduk Myanmar yang beragama Buddha walaupun mempunyai sejarah asal usul yang panjang di negara itu. Negara Bangladesh pula enggan mendaftarkan ribuan pelarian Rohingya yang kini menetap di sempadan negara itu. (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 22-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































Rohingya: Tentera tembak dulu baru bertanya - HRW

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43294-rohingya-tentera-tembak-dulu-baru-bertanya-hrw

Sekurang-kurangnya 70 warga Rohingya terbunuh di negara bahagian Rakhine dalam satu gelombang keganasan terbaru terhadap etnik minoriti Muslim Myanmar itu.

Menurut pemerhati, orang awam Rohingya kembali menjadi sasaran keganasan tentera Myanmar yang mempunyai rekod buruk pelanggaran hak asasi manusia.

"Masalahnya, tentera Myanmar mempunyai rekod yang sangat buruk jika berkaitan dengan orang awam. Mereka benar-benar menembak dulu, baru bertanya kemudian," kata Phil Robertson, timbalan pengarah bahagian Asia di institusi hak asasi manusia Human Right Watch (HRW), seperti dikutip CNN.

HRW mencatat lebih daripada 1,000 rumah warga Rohingya rata dengan tanah. Bangunan-bangunan mereka dibakar, terlihat dari titik-titik api pada imej satelit pada beberapa desa. Tentera juga mengerahkan helikopter untuk menembak warga Rohingya di Rakhine.

"Mereka melakukan bumi hangus. Tentera memang berhak mencari siapa yang menyerang pengawal sempadan, tetapi ini sudah keterlaluan," kata Robertson.

Menurut Suruhanjaya Penasihat untuk Negeri Rakhine yang juga bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, keganasan terhadap Rohingya menjadikan negara itu "kembali tidak stabil dan menyebabkan pelarian baru".

820 rumah Muslim Rohingya hancur

Imej satelit dari kampung Rohingya di negara bahagian Barat Rakhine Myanmar menunjukkan ada 820 struktur bangunan yang dikenal pasti dihancurkan di lima lokasi yang berbeza pada 10 hingga 18 November, menurut sebuah laporan yang dikeluarkan semalam.

Human Rights Watch (HRW) meminta kerajaan Myanmar untuk menjemput PBB membantu dalam penyelidikan tentang kemusnahan struktur bangunan tersebut.

Permintaan itu mengalu-alukan kenyataan pelapor khas PBB mengenai Myanmar, yang melawat kawasan itu sebagai sebahagian daripada delegasi yang dipimpin kerajaan pada awal November lalu.

"Pasukan keselamatan tidak boleh diberikan izin untuk meningkatkan operasi mereka dan memberikan izin masuk bagi delegasi antarabangsa," kata Yanghee Lee dalam satu kenyataan, 18 November lalu.

"Tindakan mendesak diperlukan untuk membawa resolusi dalam menangani situasi ini," tambahnya, lapor Anadolu Agency. [Islampos

Sumber HD- 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































Halau duta Myanmar pulang, sekat pekerja masuk

NAZMAN CHE IBERAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43290-halau-duta-myanmar-pulang-sekat-pekerja-masuk

Halau Duta Myanmar Pulang, Sekat Kemasukan Pekerja Dari Negara Mereka

Berhimpun, berdemonstrasi, berucap berapi-rapi, berdoa dengan tangis air mata, kemudian menyerahkan memorandum bantahan ke Pejabat Kedutaan dan akhirnya membuat sidang akhbar mengecam pembunuhan saudara seislam kita di sana. Ini adalah sifir dan format tetap (by default) kita di negara ini atas nama cintakan saudara seagama yang dibunuh kejam di Myanmar, Bangladesh malahan mana-mana negara sekalipun. Setiap kali berlaku pembunuhan dan kezaliman, kita hanya mengulangi skrip ini. Betul atau tidak, tuan-tuan?

Atas sebab itu, mereka tidak pernah takut untuk mengulangi pembunuhan, kezaliman dan kekejaman ini untuk kali yang seterusnya. Kerana apa? Kerana mereka tahu sifir dan format kemarahan umat Islam serantau hanyalah setakat itu sahaja. Ia hanya dalam bentuk demonstrasi-berucap-berdoa-serah memorandum dan sidang media sahaja. Malahan ada yang ke tempat demonstrasi hanya untuk bergambar dan memuat naik status Facebook semata-mata.

Episod kekejaman dan kezaliman rejim Myanmar kepada umat Islam serta pejuang agama Allah SWT ini seakan-akan tiada berkesudahan. Semakin hari semakin ramai yang mati dibunuh tanpa sekelumit pun peri kemanusiaan. Mereka tiada pembela dan pembenteng utama. Tiada secebis harapan pun di dalam hati mereka. Hampa.

Mengikut Amnesty International, Muslim Rohingya menderita dan didera tanpa perikemanusiaan di bawah junta Myanmar sejak tahun 1978 lagi sehinggakan terlalu ramai yang telah lari ke Bangladesh dan negara negara sekitar. Bahkan diakui di serata dunia, Muslim Rohingya adalah satu bangsa minoriti yang paling kuat menerima tekanan dan penderaan dalam sejarah bangsa kecil mereka.

Dan konflik bertambah rumit apabila terjadinya tragedi di Rakhine pada tahun 2012 sehinggakan ribuan yang terkorban dan lebih seratus ribu menjadi pelarian di serata tempat. UNHCR pula melaporkan sejak 2014 lebih 1,100 orang pelarian yang berlepas melalui laut dari Myanmar telah mati dan lebih 1,000 orang lagi dipercayai hilang di lautan luas pada tahun tersebut.

Mereka lari meninggalkan negara Myanmar setelah pembunuhan dan kekejaman berterusan tanpa beradu. Hidup dalam ketakutan dan kerungsingan saban hari dan setiap malam. Lalu, mereka meninggalkan negara tanah tumpah darah sendiri yang telah menafikan kerakyatan bangsa mereka.

Akta Kewarganegaraan 1982 di Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu bangsa di negara tersebut. Malahan jika mereka mahu mendapatkan juga taraf warganegara, mereka perlu membuktikan bahawa nenek moyang mereka telahpun wujud dan menempati negara Burma sejak tahun 1823 lagi.

Tuan-tuan, siapakah antara kita, manusia biasa yang menyimpan salasilah keluarganya sejak 200 tahun yang lampau? Malahan jika kita ada menyimpan pun sejarah itu, bagaimana pula mahu membuktikan bahawa moyang kita sudah pun wujud sejak 1823 di sesebuah negara?

Myanmar semakin melampaui. Darah saudara seagama kita tidak boleh tumpah lagi ke bumi ini. Kerajaan Malaysia wajib memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Junta ini, halau duta mereka pulang dan tutup pejabat mereka. Panggil pulang duta Malaysia di Perbandaran Dagon, Yangon serta sekat kemasukan pekerja asing dari Myanmar dan berikan perlindungan kepada pelarian Rohingya.

Bukan hanya Kerajaan Israel Zionis yang perlu kita pertegaskan prinsip dan dasar kita, namun kerajaan zalim Myanmar pun wajib mengerti apa itu nilai persaudaraan dalam Islam! - HARAKAHDAILY 22/11/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Sumber HD - 22-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemerintah Myanmar Dikesan Musnahkan Lima Buah Kampung

Imej satelit ‘definisi tinggi’ menunjukkan 820 struktur yang baru dikenal pasti musnah di lima buah kampung Rohingya Islam di negeri Rakhine, Myanmar bulan ini, di mana tentera junta negara itu menjalankan operasi yang didakwa pemerintah menangani pemberontakan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch – HRW) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, menggesa pemerinta Myanmar menjemput Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu dalam siasatan agar tidak berpihak.


Imej stelit menunjukkan kebakaran berlaku di lima buah kampung dalam wilayah Rakhine
“Imej-imej satelit baru membimbangkan mengesahkan bahawa kemusnahan di kampung-kampung Rohingya adalah jauh lebih besar dan di lebih banyak tempat daripada kerajaan yang telah diakui Myanmar,” kata Pengarah Asia HRW Brad Adams.

Jurucakap Presiden Myanmar menuduh HRW keterlaluan pada minggu lalu selepas menerbitkan sejumlah awal imej satelit yang menunjukkan 430 bangunan sedang musnah di tiga buah kampung.
Beliau menuduh media antarabangsa salah lapor keadaan di Rakhine, di mana kerajaan Myanmar telah mengadakan operasi besar-besaran keselamatan.

Operasi secara berterusan itu dibuat sejak sembilan pegawai polis dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali, yang menyerang pondok pengawal di kampung Maungdaw yang bersempadan dengan Bangladesh, bulan lalu.

Namun begitu, pemerintah negara itu mengakui telah menggunakan helikopter bagi menyokong tentera darat dalam operasi.


Umat Islam Rohingya menghadapi diskriminasi ‘sengit’, penindasan dan keganasan di negeri Rakhine, kerana mereka dianggap sebagai pendatang haram dan kerap menjadi sasaran majoriti Buddha wilayah itu.

Myanmar enggan memberikan mereka kewarganegaraan walaupun mereka telah tinggal di rantau ini sejak beberapa generasi yang lalu.

Kini, lebih daripada 100,000 Rohingya masih tinggal di kem-kem selepas dihalau dari rumah mereka berikutan pertempuran dengan penduduk Rakhine pada tahun 2012.

HRW berkata imej satelit baru itu direkodkan pada 18 10, 17 dan 18 November menjadikan jumlah bangunan yang musnah didokumenkan kepada 1,250 buah semuanya.


Seorang aktivis Pertubuhan Kebangsaan Arakan RohingyaKo Ko Linn berkata, beratus-ratus tangkapan dibuat dan sekurang-kurangnya 1,000 rumah di Maungdaw dibakar serta lebih daripada 100 orang terbunuh.

Tuntutan-tuntutan ini, bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengesahkan dakwaan terhadap pemerintah Myanmar, kerana sekatan akses internet, wartawan dan pekerja bantuan.

Pada hari Jumaat, PBB memberi amaran mengenai keadaan hak asasi semakin buruk di negeri Rakhine.

Berpuluh-puluh ribu orang telah melarikan diri rumah mereka ketika operasi keselamatan dijalankan.
Bantuan kemanusiaan telah digantung dan orang awam dilaporkan terperangkap dalam tindakan ketenteraan, bahkan terdapat laporan pencabulan hak asasi manusia, termasuk rogol dan serangan seksual, gadis dan wanita – AJ

Sumber BO - 21-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seruan Muslim Rohingya: Tak Ada yang Bantu Kami di Sini
Posted on Monday, November 21 @ 20:52:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32509



Kezaliman dan kekerasan yang dilakukan militer Myanmar terhadap warga Muslim Rohingya. Pada Selasa (25/10), seorang warga yang bernama Maung Maung mengatakan bahwa tentera Myanmar telah mendiskriminasikan warga Maungdaw, Provinsi Arakan.

“Kami menerima sejumlah pertolongan dari warga Maungdaw beberapa hari terakhir. Mereka mengatakan bahwa tentera telah mendiskrminasikan mereka dan mengambil pengakuan secara paksa,” katanya.

“Mereka mengatakan, tentara membawa orang desa yang tidak bersalah untuk diinterogasi. Warga Rohingya kini juga tidak memiliki cukup makanan,” tambahnya kepada Anadolu Agency.

Hal yang sama juga dialami pengungsi Rohingya di daerah Kyetyoepyin.

Seorang warga Warpaik yang berlindung di Kyetyoepyin mengaku sangat membutuhkan bantuan karena belum menerima bantuan apapun dari badan PBB maupun LSM lainnya.

“Tidak ada yang membantu kami di sini. Kami juga dibatasi untuk pindah ke desa-desa lainnya,” papar Aung Kyaw Min, nama warga tersebut, melalui sambungan telepon.

“Kami orang Rakhine berada dalam kesulitan. Tapi tidak ada badan PBB atau LSM yang ingin membantu kami,” pungkasnya.

Perlu diketahui, pemerintah Myanmar memberlakukan Daerah Darurat Militer di wilayah Rakhine sepekan setelah serangan 9 Oktober yang menargetkan tiga pos polisi. Kendati belum diketahui identitas pasti para penyerang, pemerintah melakukan kampanye militer dan penangkapan di kampung-kampung Muslim.

Bahkan, pihak militer dan polisi Myanmar tanpa pandang bulu membunuh warga Muslim Rohingya, membakar dan menjarah rumah-rumah dan desa mereka, dengan dalih mencari penyerang. (kiblat.net/informasiterupdate.com)

(nahimunkar.com)

Sumber TKO - 21-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Negara 26 Nov

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43268-himpunan-solidariti-ummah-di-masjid-negara-26-nov

KUALA LUMPUR: Himpunan Solidariti Ummah berhubung isu Rohingya, Syria dan sekatan Mesir ke Gaza akan diadakan di pekarangan Masjid Negara pada 26 November (Sabtu) ini.

Himpunan itu dijadual bermula jam 1.00 tengah hari hingga 4.30 petang.

"Kepada semua warga prihatin khas ummat Islam, ayuh kita bermunajat sama-sama di Masjid Negara pada 26 Nov 2016 ini seraya kita memahami apakah situasi terkini yang berlaku di bumi bergolak itu.

"Semoga doa kita meringankan beban derita mereka," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Sumber HD - 20-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































Bayi 18 bulan mangsa kekejaman tentera Myanmar

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43251-bayi-18-bulan-mangsa-kekejaman-tentera-myanmar

Ketegangan yang berlaku di Rohingya semakin meruncing apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan operasi penghapusan etnik Rohingya di negara itu, lapor laman web Kesatuan Ulama Sedunia - Asia.

Menurut sumber RB News, serangan terbaru telah mengakibatkan lebih 30 orang rakyat etnik Rohingya termasuk bayi berusia 18 bulan terbunuh.

Pembunuhan kejam tentera Myanmar itu dilaporkan berlaku di bandar Maungdaw 14 November lalu.

Pada masa sama, 100 orang anggota tentera, polis dan juga pasukan pengawal sempadan (BGP) dilaporkan memasuki perkampungan Dar Gyi Sar serta memaksa kaum wanita dan juga kanak-kanak keluar dari kawasan tersebut dengan menggunakan keganasan.

Memetik sumber sama, penduduk kampung memaklumkan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan maut di tempat kejadian apabila dipukul dengan kayu oleh seorang tentera.

Selain itu, laman RB News turut menyenaraikan nama-nama mangsa yang terbunuh dan menyatakan anggaran sebenar angka korban masih belum dapat dipastikan.

Minggu lalu, laman web Human Right’s Watch (HRW) telah menyiarkan imej satelit menunjukkan kemusnahan teruk di perkampungan etnik Rohingya yang hangus terbakar di wilayah Rakhine.

Pengarah HRW, Brad Adams turut menzahirkan kekesalan terhadap insiden itu dan berkata imej satelit terbaru bukan hanya mengesahkan pergolakan yang berterusan dihadapi etnik Rohingya tetapi ia menunjukkan kemusnahan yang lebih teruk daripada sebelumnya.

HRW menjelaskan sejumlah 430 bangunan musnah di tiga buah kampung di daerah Maungdaw Utara yang melibatkan kampung Pyaung Pyit, Kyet Yoe Pyin dan Wa Peik dengan jumlah kemusnahan masing-masing 85, 245 dan 100 buah bangunan.

Sumber HD- 18-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup
Posted on Thursday, November 17 @ 21:17:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32424



RAKHINE 16 Nov. - Dikurung dan dibakar hi­dup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang men­jadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine.

Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.


Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.

"Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

"Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw," jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

"Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh," menurut badan tersebut.

Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.

Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.
Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

"Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir," kata pegawai peme­rintah tentera di Cox's Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. - REUTERS

Sumber TKO - 17-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Myanmar Burning Rohingya Villages To The Ground

Myanmar’s military has killed at least 28 people during fresh fighting in troubled Rakhine State, according to official media Monday.

Since last month’s fatal attacks on police, dozens of people — including soldiers and suspected attackers (among them two women) — have been killed, or have died, in northern areas of the state predominantly occupied by Rohingya Muslims.

Aid delivery and access to information in the area near the Bangladesh border have been under a military lockdown since Oct. 9, with the ongoing military operation generating reports of widespread abuses against civilians.

The state-run Global News Light of Myanmar newspaper reported Monday that government troops and police were attacked Sunday by around 20 assailants armed with machetes and wooden clubs during an area clearance operation in Dargyizartaung village.

“The troops fired back [at] them and 19 aggressors [were] killed,” the report said.

It also said that another operation in the area resulted in six out of seven suspects being killed, while “troops also found the bodies of three attackers in the aftermath.”

According to the military, the fighting occurred after troops found 50 houses it said were “burnt by the armed attackers who had retreated on Saturday”.

Satetelite image shows Rohingya village on fire
Villages turned to ash

Many of the Rohingya living in Maungdaw and Yathay Taung townships — where the attacks on police outposts left nine officers dead — were relocated there following 2012 violence between the local Buddhist and Muslim communities in Rakhine — one of the poorest regions in Myanmar.

A report by Al Jazeera shows satellite images that show several Rohingya village in Myanmar’s Rakhine State have been burned to the ground in recent weeks, Human Rights Watch (HRW) said on Saturday.

“New satellite images not only confirm the widespread destruction of Rohingya villages but show that it was even greater than we first thought,” Brad Adams, HRW’s Asia director, said in a statement.
According to HRW, the damage took place in the villages of Pyaung Pyit, Kyet Yoe Pyin, and Wa Peik

Sumber BO - 16-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Imej satelit tunjuk perkampungan Islam Rohingya dibakar
Posted on Sunday, November 13 @ 22:27:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32368



YANGON, 13 Safar 1438H, Ahad – Berdasarkan imej baru satelit yang disiarkan hari in, ratusan
bangunan di perkampungan etnik Islam Rohingya di barat Myanmar dibakar. ketika pertempuran
meletus di wilayah berkenaan.

Imej baru satelit disiarkan Human Rights Watch itu menunjukkan menjadi bukti kes kebakaran
khianat terhadap perkampungan Rohingya.

Analisis mereka menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang
menjadi lokasi pertempuran.

Dilaporkan api dan sisa kebakaran menunjukkan kebanyakannya dilakukan dengan sengaja. Imej
terbaharu dirakam pada 10 November lalu.

Pengarah Asia di Human Rights Watch, Brad Adams, berkata gambar baharu menunjukkan
pemusnahan besar-besaran yang lebih teruk daripada apa yang difikirkan.

“Pihak berkuasa Myanmar perlu segera menubuhkan siasatan dibantu Pertubuhan
 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan
keselamatan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi

Sumber TKO - 13-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































Berdoalah untuk saudara kalian di Myanmar

Asri Ed-Diwanie | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43107-berdoalah-untuk-saudara-kalian-di-myanmar

BERDOALAH SEKEJAP UNTUK SAUDARA KALIAN DI MYANMAR YANG DISEMBELIH HINGGA SAAT INI

Saudara se-Islam di Arakan Myanmar diperlaku seperti haiwan, dibunuh, disembelih, dibakar, dipotong anggota badan dan pelbagai macam kezaliman.

Jika kalian punyai iman, hati dan perasaan, luangkanlah masa berdoa menadah tangan, memohon agar saudara kalian diberi pertolongan Al-Rahman.

Ya Allah, kami sangat memerlukan bantuan-Mu pada hari ini, maka berilah bantuan kepada kami, kami memohon pertolongan dengan-Mu pada hari ini maka tolonglah kami, kami memanjatkan doa kehadrat-Mu, maka mustajablah permohonan kami, dengan rahmat-Mu kami memohon bantuan.

Ya Allah, hapuskanlah puak-puak yang membunuh saudara se-Islam kami di Myanmar, hapuskanlah sekutu mereka, orang yang menolong mereka dan yang berpakat dengan mereka untuk bunuh saudara kami.

Ya Allah, tunjukkanlah keagungan kuasa-Mu ke atas mereka, bantutkan semua senjata mereka, lemahkan kekuatan mereka, hunuskanlah pedang kemurkaan-Mu dan azab pedih ke atas mereka, hancurkan kekuatan mereka dan peliharalah umat Islam daripada musuh-musuh agama.

Ya Allah, saudara-saudara kami yang syahid telah meninggalkan kami dan mendahului kami dengan amalan-amalan soleh mereka, maka tempatkanlah mereka di setinggi-tinggi illiyyin dan berilah gantian ke atas musibah yang menimpa mereka dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi.

DoaSenjataMukmin
WajibDoaUntukMusliminArakan

Sumber HD- 5-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































Mesyuarat ICFM OIC perlu bincang segera isu Rohingya

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42852-mesyuarat-icfm-oic-perlu-bincang-segera-isu-rohingya

Majlis Petundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agenda membincangkan isu etnik Rohingya tertindas di Myanmar dimasukkan di dalam sesi ke-43 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (ICFM) di Uzbekistan bermula esok (Selasa).

ICFM merupakan mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada sidang kemuncak dan Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar sebelumnya.

Oleh kerana mesyuarat tersebut di Tashkent bakal membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang melibatkan ummah, maka isu yang sedemikian lama berkaitan dengan nasib etnik Rohingya sepatutnya dimasukkan dalam agenda mesyuarat.

OIC setakat ini masih dilihat lemah untuk menangani isu Rohingya yang sudah berlanjutan hampir 4 dekad.

Kami menggesa tindakan yang jelas dan mekanisme yang efektif untuk menyelesaikan isu tersebut dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini. Penangguhan penyelesaian yang tuntas akan menambahkan penderitaan kaum Rohingya dan pihak OIC akan dilihat gagal membela nasib golongan mustadhafin ini.

Keadaan krisis terbaru di daerah Maungdaw yang sangat sedikit mendapat liputan media amat merisaukan kerana operasi militari Myanmar kini sewenang-wenangnya menyerang dan menembak orang awam di perkampungan daerah tersebut.

Setakat ini ramai yang terbunuh akibat operasi tentera termasuk dalam kalangan penganut Buddhis militan yang mengambil tindakan di luar undang-undang. Mereka melancarkan serangan membuta tuli sehingga orang awam terdedah kepada pembunuhan tanpa perikemanusiaan.

Keadaan berpotensi bertambah buruk kerana ratusan ribu penduduk daerah Myanmar adalah orang Rohingya dan operasi genosid kini sedang berlaku di banyak perkampungan.

Akibat yang jelas ialah akan bertambah pelarian Rohingya yang terpaksa menyelamatkan nyawa mereka ke negara jiran seperti Bangladesh, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Keresahan warga Rohingya yang kini berada di luar Myanmar sangat jelas apabila mereka mula memaparkan visual pembakaran dan operasi militari yang menahan, menyiksa dan membunuh orang awam di daerah Maungdaw melalui media sosial. Mereka menuntut dunia segera bertindak melindungi kaum Rohingya yang tertindas. - HARAKAHDAILY 17/10/2016

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumbeer HD - 17-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Years After Myanmar Riots, Muslims Still Can’t Return

More than three years after houses and properties were destroyed by a mob in an anti-Muslim riot in Myanmar’s central town of Meikhtila, many Muslims are still unable to go home.

Nationalist groups oppose their return following the large-scale communal violence of 2013 between Muslims and Buddhists that left dozens dead and more than a thousand displaced.

Talking to Anadolu Agency on Monday, Muslim lawyer Aung Thein — a spokesman for the Interfaith Friendship Network in Meikhtila — said at least 70 Muslim families remain homeless.


“Since the authority closed [IDP] camps [they were place in after the rioting] earlier this year, they have been sheltering in monasteries and playgrounds in the town,” Aung Thein said by phone.

He added that the families have been trying to return to their homes for years, but authorities had not accepted their request as local nationalist groups opposed the move.

Meikhtila is a stronghold of the nationalist monk-led Association for the Protection of Race and Religion (better known as Ma Ba Tha).

For years, anti-Muslim rhetoric from the group — in particular from prominent member Wirathu — has been seen as deliberately stoking the flames of religious hatred against the country’s Muslims, with Wirathu blaming them for communal conflicts, and accusing them of attempting to Islamize the country of 57 million people.

“Now many of them [the Muslim population] are trying to sell their land and properties to move to another places,” Aung Thein underlined.

On March 20, 2013, a mob destroyed a gold shop following an argument between a Muslim gold shop owner family and a Buddhist customer over a golden hairpin.


Police tried to disperse the mob, however the situation became uncontrollable after a monk was killed and burnt alive later that day.

The situation quickly descended into three days of bloodshed, arson and looting, which left 43 people dead, most of them Muslims, houses reduced to ashes, and around 12,000 people homeless.

On Monday, the abbot of Meikhtila’s Yadanar Oo monastery — long sympathetic to the plight of the town’s Muslim community — talked to Anadolu Agency about the mistrust he says still remains between the two groups.

“Muslims especially still feel unsafe here,” Withuda said by phone. “Therefore they are moving to other towns, while some are converting to Buddhism.”

In 2013, Withuda risked his own life to save around 700 Muslims who were hiding in his monastery during the disturbances.

Rioters gathered outside and told him to send out the Muslims.

“I told the rioters that if you want to kill them you will have to kill me first,” he recalled.
“Of course, I was afraid of the rioters… I had to be brave myself to save lives.”

Sumber BO - 4-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Statement Of ARNO On Daw Aung San Suu Kyi’s 21st Century Panglong Convention

The Panglong Agreement signed on February 12, 1947 between the independence hero late Gen. Aung San and leaders of the several ethnic groups in Panglong, Shan State, was an epoch-making event in the history of Burma to build the Union of Burma together. The history of Burma/Myanmar would have developed differently if there was no Panglong Treaty.

2. But the true spirit of the Panglong — ‘unity in diversity’– has never been realized since Burma’s independence on January 4, 1948. The agreed upon principles of federal democracy, equal rights, autonomy and self-determination of the ethnic nationalities have been largely ignored which developed resentment giving rise to long civil war continuing till today.

3. Gen. Ne Win seized the power in 1962 and ended the Union Treaty and destroyed all vestiges of democratic structures while perpetrating human rights violations in the whole country and exterminating the ethnic Rohingya under the state programme.

4. The long military dictatorship has promoted hate speech and Islamophobia, perpetrated discriminatory and repugnant policies of segregation, crimes against humanity and slow genocide against Rohingya, including the restriction on their basic freedoms and freedom of movement.

 Despite democratic transitions, there is no fundamental change of attitude towards Rohingya. Their untold sufferings are callous and are facing an existential threat in Myanmar.


                                                                                                                          Nurul Islam, ARNO

5. It is of much interest that Daw Aung San Suu Kyi is holding an all- inclusive Second Panglong Conference or 21st Century Panglong Convention on 31st August 2016 to revitalize and translate the true spirit of Panglong with a view to establishing a blissful and well-built Union of Myanmar.

6. However, the ethnic Rohingya, who rank among the world’s most persecuted and forgotten peoples, and Myanmar’s Muslim communities are prevented from being included, considered or accepted. Thus their voices continue to be unheard.

7. We, therefore, express our serious concern that this is not a holistic approach to resolving the long plagued ethnic problems to bring about peace in Myanmar; and without Rohingya representation, the convention will not be all inclusive on democratic principle.

Nurul Islam
Arakan Rohingya National Organisation (ARNO)

Sumber BO - 26-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tentera Myanmar Akui Penduduk Kampung Dibunuh Dalam Soal Siasat

Tentera Myanmar, yang kini sedang menyiasat kematian lima penduduk kampung semasa disoal siasat oleh tentera, berjanji akan menghukum orang yang melakukan kezaliman.
Ia adalah satu pengakuan yang jarang berlaku dari tentera yang sekian lama dituduh melanggar hak asasi manusia.
Tentera, yang memerintah negara miskin selama hampir setengah abad sehingga 2011, jarang mengaku salah laku walaupun telah melakukan penindasan yang kejam, sebelumnya.
Pelbagai tuduhan telah dilemparkan sebelum ini, termasuk menggunakan buruh kanak-kanak untuk menjalankan perdagangan dadah yang berkembang pesat di kawasan sempadan terpencil.
Tetapi pada hari Rabu, ketua keselamatan tentera mengakui lima penduduk kampung dianggap pemberontak dari negeri Shan telah terbunuh semasa disoal siasat oleh pihaknya pada bulan lalu.
Mayat mereka ditemui dalam lubang cetek beberapa hari kemudian, yang menyebabkan penduduk tempatan menuduh pegawai yang menyebabkan kematian tersebut.
“satu tribunal tentera mengkaji fakta dan mendapati bahawa ia tidak sesuai dengan peraturan-peraturan,”
“Pembunuhan yang berlaku sebagai (tentera) tidak mengikut peraturan-peraturan. Saya mahu anda tahu bahawa kita akan mengambil tindakan berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata Mya Tun Oo ketika disoal siasat.
Pengakuan itu muncul sewaktu masa perubahan pesat untuk peranan tentera di Myanmar, yang kini diketuai oleh pentadbiran awam buat kali pertama dalam beberapa dekad.
Tentera, yang memberi laluan pada tahun 2011 kepada sebuah kerajaan yang seakan-orang awam, telah semakin berminat untuk meningkatkan reputasinya apabila Myanmar dikecam di pentas dunia.
Walaupun ia membenarkan pemilihan bersejarah November, yang membawa aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi berkuasa, namun tentera masih mengawal ‘kunci’ utama kerajaan dan bahagian besar aktiviti ekonomi.
Setakat ini Suu Kyi telah mengambil pendekatan berdamai dengan para Jeneral yang telah menahan beliau di bawah tahanan rumah selama bertahun-tahun.
Penganalisis berkata aktivis veteran itu, mesti berjalan diatas ‘garis-hati’ tentera kerana dia memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan perjanjian damai dengan beberapa entik militant pemberontak yang masih berjuang menentang negara Myanmar.                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber BO - 21-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































Bela Rohingya: NGO M'sia mahu jumpa Suu Kyi

IZWAN ABDUL HALIM | .





















 http://www.m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41916-bela-rohingya-ngo-m-sia-mahu-jumpa-suu-kyi                                                                                                                                                                                                                                                                                                    KUALA LUMPUR: Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi digesa menunjukkan komitmennya untuk memulihkan status etnik minoriti di negara itu khususnya isu penindasan yang berlaku.

Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebagai Pemenang Keamanan Nobel, Suu Kyi kini berkedudukan paling strategik untuk meluncurkan proses reformasi nasional.

"(Iaitu) bagi mewujudkan Myanmar yang lebih harmonis antara pengikut agama di negara itu. Beliau kini menduduki puncak kekuasaan setelah memenangi Pilihan Raya Umum 2015.

"Perubahan drastik rakyat menerima parti beliau NLD dengan majoriti besar sewajarnya dijadikan peluang untuk melakukan anjakan untuk membela golongan minoriti yang ditindas selama ini pada zaman regim junta," ujarnya di Hotel Regency, di sini sebentar tadi.

Beliau menegaskan demikian pada Mesyuarat Mapim bersama NGO Islam yang membentuk Jaringan Badan Bertindak Untuk Keadilan dan Keamanan Asean.

Jaringan tersebut diwujudkan untuk menjadi forum antara Suu Kyi dengan masyarakat sivil bagi mencapai matlamat mengembalikan hak golongan minoriti dan melakukan interaksi yang produktif.

Gabungan NGO itu turut menyatakan kesediaan bertemu pemimpin tersebut yang dijangka melawat Malaysia pada Ogos depan.

"Kami mengharapkan wujud ruang yang lebih luas untuk Myanmar keluar dari kepompong lama dan memulakan era baharu menjadi anggota Asean yang lebih harmonis dengan hak manusia.

"Sebagai tokoh yang dikenali pejuang kebebasan, Suu Kyi sewajarnya lebih mesra untuk mendengar pandangan NGO dan bertindak dengan dengan bijak menangani isu kaum Rohingya tertindas dan menjadi perhatian dunia.

"Hentikan kempen kebencian terhadap Muslim dan Islam yang menjadi punca penindasan ke atas kaum minoriti," gesanya mewakili suara 148 NGO Islam dan kemanusiaan selain turut dihadiri wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Azmi turut membangkitkan situasi Kem IDP yang mengehadkan pergerakan pelarian serta menafikan akses kepada keperluan asas dan bantuan kemanusiaan untuk kaum Rohingya di Arakan.

Tegasnya, ia harus dipulihkan supaya mereka boleh kembali membina semula kehidupan normal.

Beliau turut mengingatkan bahawa suara dunia dari pelbagai agensi antarabangsa dan komuniti sivil yang menuntut Kerajaan Myanmar menghentikan penindasan itu tidak boleh dianggap sebagai campur tangan asing.

"Punca ketegangan di Myanmar hingga mencetuskan ratusan ribu kaum Rohingya menjadi mangsa dan pelarian di beberapa negara.

"Ia mendatangkan beban kepada negara penerima adalah akibat polisi regim Myanmar yang selama ini bersifat brutal ke atas kaum minoriti.

"Pertemuan yang kami inginkan untuk bersemuka denga  beliau bagi membantu merungkai segera isu ini," aju beliau. – HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                                                              Sumber HD - 21-7-2016                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                            Memorandum : Immidiate Halt To Oppression Towards Muslim In Myanmar

In view of the recent, troubling developments:
i. Continuing constraints and discrimination by collusion of forces between local authorities and religious extremists against Muslims in Myanmar during the month of Ramadhan, creating a difficult environment for Muslims to perform their fasting rituals.
ii. Mosques and places of worship being continuously targeted with the aim of creating chaos and instilling fear amongst Muslims. It is a clear violation of human rights as people are entitled to exercise their beliefs peacefully.
iii. Systematic efforts by irresponsible people of power, local authority apparatus and extremist religious groups to expel Muslims from their homes, which have sparked a massive immigrant phenomenon that are now becoming a serious regional challenge.
iv. The failure of current government to offer strong integration policies towards creation of an inclusive society and to settle the citizenry dispute concerning the Muslim Rohingya community in particular despite the transition from a military regime to a democratically elected civil government.
Hence, The Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) strongly urge that:
1. Authorized representatives of government, civil society and NGOs be allowed to operate in Myanmar  with protection and without fear of intimidation, to channel and provide aid to the Muslim community especially to the Rohingya community.
2. The national government in Myanmar to take immediate steps to stop the aggressive actions of irresponsible local authorities and religious extremists through strong policing and legal actions.
3. For ASEAN and the United Nations to use the full means of diplomacy, in condemning the serious developments that continue to occur in Myanmar and to discuss urgent measures using incentives and punitive steps that could be implemented to encourage the Myanmar government to take corrective solutions to the issue of Muslims welfare in Myanmar.
                                                                                                                                                                     Date:
15 July 2016
10 Syawal 1437H

YB Nasrudin Hassan                             YB Nik Abduh Nik Aziz
Member of Parliament                        Member of Parliament
PAS Information Chief                         PAS Youth chief                                                                                                                                                                                                                                         Sumber BO - 16-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malaysiakini ambil alih tugas Utusan Malaysia.. spin berita!
Posted on Saturday, July 16 @ 19:22:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31038



Malaysiakini melalui penulisnya Goh Chia Lee menulis lebih 200 penyokong PAS berkumpul berhampiran kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah layanan negara itu terhadap masyarakat Rohingya.

Malah Malaysiakini juga menyiarkan gambar muka-muka rakyat Myanmar sahaja dalam beritanya. Gambar pemimpinan utama PAS yang hadir tidak disiarkan.

Sikap anti-Islam Malaysiakini sangat jelas, malah cara Malaysiakini spin berita sama seperti UMNO atau media UMNO, Utusan Malaysia.



Malaysiakini banyak kali menerima hadiah kewartawanan tapi malangnya sikap biadap dan kurang ajar mereka terhadap Islam mereka sanggup menepikan etika kewartawanan. Sikap ini sama seperti Perdana Menteri ‘de facto’ Aung San Suu Kyi yang pernah menerima hadiah Novel tetapi tidak membela nasib golongan Rohingya dan membiarkan ketegangan antara Buddha dan Islam berterusan sehingga merebak ke beberapa tempat lain di Myanmar.

Dulu Malaysiakini selalu mengejek pimpinan UMNO kononnya bodoh buat kiraan perserta demo Bersih. Hari ini Malaysiakini menjadi bodoh macam pimpinan UMNO yang diajek kerana sikap sombong dan bodohnya terhadap Islam.

Malaysiakini kena hantar penulis Goh Chia Lee kelas membilang dan menghitung agar selepas ini dia tahu mengira.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber TKO - 16-7-2016



























































































  ------------------------------------------------------ 

Demo Anti Keganasan Rohingya di Kedutaan Myanmar
Posted on Saturday, July 16 @ 08:33:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31029
Beribu orang berkumpul berhampiran kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah layanan negara itu terhadap masyarakat Rohingya. Jangan hairan Malaysiakini dah jadi macam Utusan Malaysia sia hanya 200 orang aje.











Kredit
Sh Zain                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber TKO - 16-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas desak kaum Rohingya dibantu segera‎
Posted on Saturday, July 16 @ 06:54:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31024


KUALA LUMPUR - Pas mendesak supaya wakil-wakil kerajaan antarabangsa, pertubuhan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat beroperasi secara bebas di Myammar bagi menyalurkan dan menyediakan bantuan kepada masyarakat Islam di sana khususnya etnik Rohingya.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata, selain itu, pihak kerajaan peringkat nasional di Myammar juga perlu segera mengambil langkah untuk menghentikan tindakan agresif pihak berkuasa di sana yang tidak bertanggungjawab.

"Di sana telah wujud kekangan dan diskriminasi oleh pihak berkuasa serta pelampau agama terhadap masyarakat Islam untuk melaksanakan ibadah Puasa sapanjang ramadhan tempoh hari," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan bersama Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini.

Menerusi kenyataan berkenaan juga, Nik Abduh turut mendesak agar Asean dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui mekanisme diplomasi untuk mengutuk perkembangan serius yang terus berlaku di Myammar.

Selain itu, Nik Abduh turut menggesa pihak terlibat agar segera membincangkan tindakan-tindakan bersifat insentif dan punitif yang boleh dilaksanakan bagi mendorong kerajaan Myammar mengambil langkah penyelesaian.

"Masjid di sana dijadikan sasaran kekacauan sekali gus menghalang hak bagi masyarakat Islam untuk menjalankan ibadah.

"Ia adalah satu pencabulan kepada hak asasi manusia yang berhak untuk melaksanakan kepercayaan mereka secara aman,"katanya. - SH                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 16-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                PAS serah memo bantah regim Myanmar

HARAKAHDAILY | .




   http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41839-pas-serah-memo-bantah-regim-myanmar                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Bantah penindasan terhadap muslim rohingya & ketegangan agama di Myanmar

PAS mengecam sikap Kerajaan Myanmar yang diterajui oleh National League for Democracy (NLD) dan Perdana Menteri ‘de facto’nya, Aung San Suu Kyi yang tidak membela nasib golongan Rohingya dan membiarkan ketegangan antara Buddha dan Islam berterusan sehingga merebak ke beberapa tempat lain di Myanmar.

PAS juga sangat kecewa dengan sikap Suu Kyi yang tidak pernah melawat atau menunjukkan simpati kepada pelarian warga Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan dan pembersihan etnik oleh pelampau Buddha.

Malah, Suu Kyi dilihat tunduk kepada tekanan oleh kumpulan anti-Muslim yang mahukannya menjarakkan dirinya daripada mana-mana calon atau pengundi yang beragama Islam.

Kerajaan Myanmar sepatutnya memberikan pembelaan kepada umat Islam Rohingya yang berjumlah 120,000 orang di kem-kem pelarian; kepada 800,000 orang yang ‘dikurung’ di Rakhine tanpa akses pendidikan, kesihatan dan pekerjaan; dan kepada warga Rohingya yang terpaksa melarikan diri melalui perairan – sama ada mati dalam perjalanan atau menjadi mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia – yang telah mencecah 140,000 orang sejak 2012.

Kerajaan Myanmar mesti menghentikan keganasan kelompok pelampau Buddha terhadap masyarakat Muslim Rohingya kerana ia bukan perkara baharu; sebaliknya telah bermula sejak 1970-an dan berterusan sehingga ke hari ini.

Puluhan ribu masyarakat muslim Rohingya telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan yang lain dibunuh dengan kejam oleh kumpulan ultra-nasionalis Buddha pada 2012. Kini, untuk ke sekian kalinya kekejaman yang sama berulang lagi.

Sikap Kerajaan Myanmar yang tidak meletakkan kumpulan pelampau ini sebagai "ekstremis" mahupun "teroris", sebaliknya hanya sekadar "ultra-nasionalis" seperti kebanyakan gelaran yang diberikan oleh media antarabangsa kepada kumpulan anti-Muslim tersebut menunjukkan sikap “double standard” Kerajaan Myanmar dalam mendepani isu keganasan.

Pendirian Kerajaan Myanmar kelihatan tidak tegas dan tidak bersungguh untuk menangani isu ini. Aung San Suu Kyi terbukti gagal berfungsi seperti yang diharapkan khususnya oleh negara-negara serantau.

Pendirian dan sikap Myanmar dalam isu ini telah merosakkan imej dan membelakangkan kepentingan negara-negara ASEAN yang lain.

PAS dengan ini mendesak Kerajaan Myanmar untuk :

1. Menamatkan semua penindasan, sekatan dan serangan ke atas warga Rohingya dan membuka akses sama rata bagi mendapatkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

2. Memberikan hak kerakyatan kepada warga Rohingya, membenarkan mereka membuat permohonan dan membuktikan kerakyatan mereka serta menikmati semua hak sebagai rakyat Myanmar.

3. Menempatkan semula warga Rohingya di penempatan asal mereka dengan mengembalikan semula tanah mereka yang telah dirampas dan membangunkan semula kediaman mereka yang telah dimusnahkan.

PAS mendesak Kerajaan Myanmar agar segera mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku ini. PAS dengan ini menyatakan bahawa akan terus memberikan tekanan dan desakan kepada Kerajaan Myanmar dan menggembleng solidariti seluruh rakyat dan NGO sehinggalah warga Rohingya mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya daripada Kerajaan Myanmar. – HARAKAHDAILY 15/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































Antarabangsa mesti tekan Myanmar, Suu Kyi

HARAKAHDAILY | .




















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41829-antarabangsa-mesti-tekan-myanmar-suu-kyi                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  PAS mengecam sikap Kerajaan Myanmar yang diterajui oleh National League for Democracy (NLD) dan Perdana Menteri ‘de facto’nya, Aung San Suu Kyi yang tidak membela nasib golongan Rohingya dan membiarkan ketegangan antara Buddha dan Islam berterusan sehingga merebak ke beberapa tempat lain di Myanmar.

PAS juga sangat kecewa dengan sikap Suu Kyi yang tidak pernah melawat atau menunjukkan simpati kepada pelarian warga Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan dan pembersihan etnik oleh pelampau Buddha.

Malah, Suu Kyi dilihat tunduk kepada tekanan oleh kumpulan anti-Muslim yang mahukannya menjarakkan dirinya daripada mana-mana calon atau pengundi yang beragama Islam.

Nasib umat Islam Rohingya yang berjumlah 120,000 orang di kem-kem pelarian tidak diberikan perhatian; 800,000 orang ‘dikurung’ di Rakhine disekat ketat daripada mendapatkan akses pendidikan, kesihatan dan pekerjaan; manakala sejak 2012, seramai 140,000 orang terpaksa melarikan diri melalui perairan – sama ada mati dalam perjalanan atau menjadi mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

PAS menyeru negara-negara anggota Asean dan OIC serta PBB agar memberikan perhatian yang serius dan mengatur langkah yang berkesan bagi menangani krisis kemanusiaan dan memulihkan keamanan di Myanmar, khususnya di Rakhine.

Semua negara dan pertubuhan ini perlu tegas memberikan tekanan dan mendesak Myanmar untuk:

(i) Menamatkan semua penindasan, sekatan dan serangan ke atas warga Rohingya dan membuka akses sama rata bagi mendapatkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

(ii) Memberikan hak kerakyatan kepada warga Rohingya dan membenarkan mereka membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan dan membuktikan kerakyatan mereka.
  
(iii) Menempatkan semula warga Rohingya di penempatan asal mereka dengan mengembalikan semula tanah mereka yang telah dirampas dan membangunkan semula kediaman mereka yang telah dimusnahkan.

PAS menegaskan akan konsisten memperjuangkan keadilan untuk semua tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama serta sempadan geografi sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

PAS mengajak semua pihak untuk saling berkerjasama mengusaha dan memulihkan keamanan di semua tempat di dunia ini.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Julai 2016 | 9 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 14/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































Asean perlu cari jawapan terhadap kemelut Rohingya

HARAKAHDAILY | .


   

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41809-asean-perlu-cari-jawapan-terhadap-kemelut-rohingya                                                                                                                                                                                                                                                                                                         KEGANASAN kelompok penganut Buddha terhadap masyarakat muslim Rohingya bukan perkara baharu. Ia telah bermula sejak 1970-an dan berterusan sehingga ke hari ini.

Puluhan ribu masyarakat muslim Rohingya telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan yang lain dibunuh dengan kejam oleh kumpulan ultra-nasionalis Buddha pada 2012. Kini, untuk sekian kalinya kekejaman yang sama berulang.

Namun, ironinya, kekejaman yang dilakukan tidak meletakkan mereka sebagai "ekstremis" mahupun "teroris", hanya sekadar "ultra-nasionalis" sepertimana kebanyakan gelaran yang diberikan media antarabangsa.

Setelah penderitaan panjang yang dihadapi masyarakat muslim Rohingya, pendirian Myanmar tidak kelihatan begitu tegas untuk menanganinya. Pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Lebih malang lagi, jenayah kemanusiaan pada era moden ini berlaku di dalam wilayah Asean. Di mana maruah pemimpin-pemimpin Asean di saat sekelompok penduduk di dalam wilayahnya menerima penyeksaan demi penyeksaan selama puluhan tahun?

Sudah sampainya tekanan diplomasi diberikan terhadap Myanmar. PAS menggesa seluruh rakyat dan NGO untuk sama-sama bersolidariti bagi menyatakan sokongan moral terhadap masyarakat Rohingya di samping memberikan signal yang jelas kepada Putrajaya mahupun Kedutaan Myanmar sendiri supaya mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) /                                                                                       Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 13/7/2016
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 13-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                      Bot bawa pelarian Rohingya terbalik, 21 terkorban





























































































HARAKAHDAILY | .


(Foto hiasan)
INSIDEN tenggelamnya bot pelarian Rohingya kembali terjadi. Pada Selasa (19/4/2016), bot yang membawa pelarian Rohingya terbalik di perairan dekat wilayah Sittwe Rakhine, Myanmar, mengorbankan 21 orang.

"Sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, terbunuh selepas bot terbalik di perairan Myanmar ketika mendekati ibukota negara bahagian Rakhine, Sittwe," demikian laporan PBB.

Sebahagian besar penumpang adalah penduduk Sin Tet Maw, bandar Paukaw, sebuah kem untuk ahli minoriti Muslim Rohingya. Mereka dipaksa meninggalkan rumah akibat serangan keganasan perkauman.

"Ini (kemalangan bot) terjadi kerana pengangkutan tidak selamat, kita tidak boleh menggunakan pengangkutan darat ke Sittwe untuk membeli barangan atau ubat-ubatan," kata aktivis Rohingya dari Sittwe, Kyaw Hla Aung.

Aung membenarkan bahawa seluruh mangsa terkorban itu merupakan Muslim Rohingya.

Dilapor World Bulletin, penumpang bot telah menerima izin khusus untuk membuat perjalanan dengan perahu ke pasar di Sittwe dari Paukaw.

Rohingya telah dipaksa untuk hidup dalam keadaan apartheid seperti sejak rusuhan antara umat Buddha dan Muslim mengorbankan ratusan orang pada tahun 2012. [Islampos]

Sumber HD - 21-4-2016

Ratusan Pelarian Rohingya Hilang Dari Penempatan Di Indonesia

Agensi berita ‘IRINnews’ telah menerbitkan satu artikel yang amat mengganggu, melaporkan bahawa ‘beratus-ratus pelarian Rohingya hilang dari kem’ penempatan mereka di pulau Sumatera, Indonesia.



Ia telah menimbulkan kebimbangan bahawa pelarian Rohingya tersebut sekali lagi terbabit dengan rangkaian penyuludupan manusia yang berbahaya dalam usaha untuk sampai ke Malaysia.

PBB telah menyatakan kebimbangan serius tentang keselamatan mereka.

Artikel itu menyatakan bahawa hampir 1,000 pelarian Rohingya diselamatkan pada Mei lalu, selepas hanyut terumbang-ambing tanpa arah tujuan di lautan.

Memetik sumber UNHCR menganggarkan bahawa, sebanyak 300 orang daripada pelarian itu telah meninggal dunia akibat kelaparan, ‘dehidrasi’ dan keganasan di atas bot mereka.

rohingya aceh

“Kami menjadi sangat bimbang tentang bagaimana (keselamatan) mereka,” kata Thomas Vargas, wakil Indonesia untuk agensi pelarian PBB, UNHCR.

Kebanyakan pelarian hilang sama ada di Malaysia atau di pantai Sumatera Utara, menunggu untuk menaiki bot penyeludup, menurut organisasi bantuan.

Keadaan ini menonjolkan kesukaran yang dihadapi oleh organisasi bantuan apabila cuba menghalang mereka agar tidak terlibat dengan ‘rangkaian’ penyeludupan manusia.

Pelarian Rohingya pada mulanya menerima sambutan yang hangat di Indonesia. Ramai yang diselamatkan oleh nelayan tempatan, walaupun kerajaan Indonesia enggan membenarkan mereka naik ke darat.



Namun begitu akhirnya pihak berkuasa akur kepada tekanan antarabangsa dan dibenarkan tinggal sebagai pencari suaka.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bersimpati serantau, samada di Malaysia atau Indonesia untuk mengumpul dana dan membantu pemerintah Indonesia menempatakan mereka di tiga lokasi di Aceh.

“Acheh dan kerajaan tempatan di Aceh telah sangat mesra,” kata Lilianne Kipas, pekerja bantuan yang menyokong untuk pelarian Rohingya di Indonesia.



“Mereka berharap untuk mengintegrasikan pelarian dengan cepat ke dalam masyarakat tempatan, sekolah-sekolah dan ekonomi,” katanya.

Namun masalahnya, kata beliau adalah terletak pada sekatan yang ditetapkan oleh kerajaan pusat Indonesia, termasuk sekatan bekerja ke atas pelarian dan keputusan oleh imigresen untuk menjaga pelarian di tapak perkhemahan sahaja.

Sumber BO - 18-12-2015

Lima Rakyat Myanmar Didenda Kerana Mencetak Perkataan ‘Rohingya’ Pada Kalendar 2016

Mahkamah Yangon telah menggunakan undang-undang percetakan dan penerbitan menjatuhkan hukuman denda sebanyak USD800 kepada lima lelaki, kerana penglibatan mereka dalam mencetak kalendar yang menyatakan bahawa umat Islam Rohingya merupakan minoriti etnik dan agama yang tinggal di Myanmar.

Ketua Polis Pazundaung Township Majar Khin Maung Lat memaklumkan kepada laman ‘Myanmar Now’ bahawa hukuman itu yang telah dijatuhkan pada petang Isnin, sambil menambah polis mendakwa mereka yang terbabit pada hari Sabtu.

Kalendar bagi tahun 2016 yang menyebut perkataan ‘Rohingya dan mengandungi kenyataan bahawa dulu ada satu “saluran radio Rohinya” di Burma 1950-an dan Perdana Menteri U Nu sendiri umumnya mengetahui menggunakan perkataan ‘Rohingya’.

“Ini adalah satu aktiviti yang mengancam dan undang-undang dan peraturan di negara ini,” kata Khin Maung Lat dalam satu temu bual di pejabatnya dan menambah, siasatan telah dimulakan selepas polis mendengar tentang kalendar “di Facebook.”



Mereka yang didakwa terbabit mencetak kalendar itu didakwa melanggar Perkara 4 Undang-undang Percetakan dan Penerbitan 2014, yang melarang individu daripada menerbitkan bahan-bahan penerbitan yang boleh menggugat keselamatan negara dan undang-undang.

Sebarang perlanggaran boleh dikenakan denda antara $ 800 dan $ 2,400.

Kerajaan Myanmar sekeras-kerasnya menafikan kewujudan minoriti umat Islam yang lebih kurang berjumlah 1 juta orang apatah lagi mengenal pasti diri mereka sebagai Rohingya, serta menegaskan mereka dipanggil “Benggali” dan adalah merupakan pendatang haram dari Bangladesh.

Myanmar juga menolak untuk mengiktiraf kumpulan Rohingya walaupun mereka mendakwa telah tinggal di utara negeri Rakhine sejak beberapa generasi dikenali sebagai Rohingya.

Kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan Barat menggesa Naypyitaw untuk menamatkan penindasan terhadap kumpulan itu, yang telah menyebabkan penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara besar-besaran keluar daripada Rakhine.

Khin Maung Lat berkata, polis menyerbu Kyaw Printing House yang terletak di Jalan 54 di Pazundaung dan mendakwa Kyaw Kyaw, pemilik kemudahan dan pengurusnya Ye Thu Aung, yang kedua-dua mereka adalah beragama Buddha.

Beliau berkata, dua lelaki Islam yang lain telah dikenakan tindakan yang sama, manakala identiti lelaki yang kelima tidak dapat dijelaskan.

Sumber BO - 26-11-2015

Alimat DUPP lawat Muslimah Rohingya di Acheh





























































































HARAKAHDAILY | .




ACHEH: Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak Pas Malaysia telah mengadakan lawatan ke Acheh bagi melawat  kem pelarian muslimah dan kanak-kanak di Kuala Langsa serta mengadakan pertemuan dengan pimpinan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah (SALIMA) Langsa, Acheh.

Lawatan ke kem pelarian tersebut bertujuan menyerahkan sedikit bantuan kewangan dan keperluan bagi meringankan beban yang dideritai oleh mereka. Di samping itu 'alimat juga memberi ucapan dan motivasi kepada golongan muslimah di sini berbantukan seorang penterjemah di kalangan mereka yang fasih berbahasa melayu iaitu saudari Samirah berusia 15 tahun. Kem pelarian ini hanya dihuni oleh 71 orang wanita dan 33 orang kanak-kanak.

Agenda pertemuan dengan pimpinan PKS dan SALIMA di Bilik Seminar Restoran Minangkabau juga dimanfaatkan oleh rombongan 'alimat untuk menjalinkan ukhuwwah dan bertukar-tukar fikiran untuk kepentingan dakwah Islamiyah. Pimpinan PKS yang terlibat dengan pertemuan ini ialah Ketua Dewan Pengurus Daerah (Wakil Rakyat) Langsa Pak Normal Bahruddin, Setiausaha beliau Pak Reza, Ketua Muslimat PKS Langsa Ibu Nazri Hayati Okashah Budin, Pengerusi SALIMA ibu Asnita Muhd Nawi serta beberapa jawatankuasa yang lain turut serta dalam pertemuan ini.

Dalam ucapan Pak Normal beliau begitu teruja dengan lawatan ini untuk turut sama membantu saudara Islam yang ditimpa kesusahan. Harapan beliau agar PKS juga dapat berkunjung ke Malaysia dan mengadakan pertemuan seperti ini pada masa akan datang.

"Saya amat teruja dengan kunjungan muslimah untuk muslimah kerana ia jarang berlaku, namun kami sangat berbahagia dapat bertukar-tukar fikiran dengan muslimat PAS Malaysia," ujar Ibu Nazri pula.

"Hati kami tersentuh apabila melihat wajah ibu-ibu muda yang tiada suami, anak-anak yang tiada ibu dan bapa. Mereka berebut-rebut menerima sumbangan barang-barang keperluan yang kami agihkan. Kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai kehidupan serba cukup. Muslimah di Malaysia juga perlu membuka mata terhadap perancangan serta tindakan musuh yang ingin menghapuskan Islam dengan menindas, membunuh serta menjadikan umat Islam sebagai ‘Pak Turut’ terhadap kemahuan mereka," ulas ustszah Ana Mastura Ismail ketua Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak, selaku ketua rombongan bagi lawatan ini.

'Alimat DUPP juga mengucapkan terima kasih kepada ahli PAS di seluruh Malaysia yang turut menyumbang dana kewangan bagi menjayakan penganjuran program kebajikan sosial antarabangsa kali ini. – HARAKAHDAILY 1/11/2015

Sumber HD - 1-11-2015

UN Concern About Malaysia ‘Push Back’ Policy of Migrants

Several United Nations (UN) special rapporteurs today expressed grave concerns about Malaysia’s alleged “push back” policy of migrants coming into the country on boat and asked that Putrajaya to address the claims.

The four UN special rapporteurs added that policy of pushing back migrants who arrive at Malaysian waters, if true, is detrimental to their lives, especially if it forced them to return to their oppressive home countries.

“Particular concern is expressed regarding the impact of this policy on the health and personal safety of irregular migrants whilst at sea.



“Additional concern is expressed at the push back policy in instances where some may be asylum seekers leaving a country where they may face violence, persecution, torture or other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment or other serious human rights violations,” the statement read.

The remarks were part of a letter Special Rapporteur on the human rights of migrants François Crépeau, Special Rapporteur on extrajudicial, summary or arbitrary executions Christof Heyns,

Special Rapporteur on torture and other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment Juan E. Méndez and Special Rapporteur on trafficking in persons, especially women and children Maria Grazia Giammarinaro to Putrajaya in May.

The letter was publicly released now after Putrajaya did not respond.

They added that a “push back” policy also went against Article 3 and Article 14 of the Universal Declaration of Human Rights, which protect and guarantee the rights of asylum seekers.

“While we do not wish to prejudge the accuracy of these allegations, they appear to be in contravention of Articles 3 of the Universal Declaration of Human Rights which guarantees the right of every individual to life and security of person.



“We would also like to refer to the Universal Declaration of Human Rights and its article 14 that states the right to seek asylum, and the Convention on the right of the child ratified by Malaysia on the 17 February, which ensures to children to receive an appropriate protection and humanitarian assistance in case of asylum or asylum seeking,” they said.

According to the statement, allegations of the policy arose in May 2015 after boatloads of migrants appeared on the waters of Malaysia, Indonesia and Thailand after being denied entry into various countries.

Nearly 3,000 migrants who left adrift in boats in Southeast Asia’s seas had to swim to shore or be rescued off Malaysia, Indonesia and Thailand in May after a Thai crackdown prompted human traffickers to abandon their human cargo.

Malaysia and Indonesia later, however, agreed to provide humanitarian assistance to the 7,000 migrants that were adrift at sea, including offering temporary shelter, provided that the international community takes steps to repatriate them within a year.

The special rapporteurs have also asked Putrajaya to explain the terms with led to their offering asylum to the 7,000 migrants, the condition of the migrants now as well as the person who gave the initial orders to naval ships to deny the migrants entry into Malaysia.-themalaymailonline

Sumber BO - 23-10-2015

Mahkamah AS Saman Presiden Myanmar Atas Dakwaan Langgar Hak Rohingya

Mahkamah persekutuan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu saman untuk Presiden Thein Sein dan beberapa menteri Myanmar dalam tindak balas kepada dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan terhadap kerakyatan minoriti Rohingya Islam.



Saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Selatan New York berikut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Pasukan Petugas Myanmar (Burma Task Force) di Amerika Syarikat, sebuah gabungan 19 pertubuhan Islam Amerika.

Thein Sein dan beberapa anggota kabinet beliau akan berada di Amerika Syarikat minggu ini untuk menghadiri ke-70 Perhimpunan Agung PBB di New York. Menteri Luar Wunna Maung Lwin dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry pada hari Jumaat.

Saman itu menuntut Myanmar membayar ganti rugi ke atas penduduk Rohingya Myanmar telah mengalami penderaan dan diskriminasi.



Kes itu dikemukakan di bawah Akta Tuntutan Alien Tort (ACTA) dan Akta Perlindungan Mangsa Penderaan(TVPA), dan tuduhan terhadap Thein Sein dan menteri-menterinya dengan jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan, penyeksaan mental dan trauma fizikal.

“Banyak media memberi tumpuan kepada pendatang dari Syria, dan difahami, tetapi berapa ramai beratus-ratus beribu-ribu pelarian Rohingya telah melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar,” kata Shaik Ubaid Muslim Peace Coalition, ahli Pasukan Petugas Myanmar.

“Matlamat Pembangunan PBB tidak boleh dicapai apabila segmen penduduk Myanmar dituliskan tanpa negara,”

“Masa depan yang aman bergantung kepada pangkuan pluralisme dan penolakan politik ketakutan.” ,” tambah Pengarah Burma Task Force New York, Adem Carroll.



Ini bukan kali pertama seorang ketua negara telah di saman oleh mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Pada akhir 2014, Perdana Menteri India Nerendra Modi telah dipanggil untuk bertindak balas kepada tuntutan mahkamah mengenai rusuhan agama pada tahun 2002. Pendahulunya, Manmohan Singh, telah dipanggil pada tahun 2013 kerana melanggar peraturan semasa operasi menangani pemberontakan pada 1990-an.

Dalam kedua-dua kes, kerajaan AS memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mempunyai kekebalan diplomatik sebagai ketua negara. Jabatan Negara dijangka bertindak balas sama seperti tuduhan terhadap Thein Sein dan kabinetnya.

Sumber BO - 3-10-2015


Criminal Atrocities Increased Against Rohingya for Rejecting Green Card

European Rohingya organizations call on international community to pressure Myanmar government to stop excruciating and forcing the Rohingya community into accepting a new ID known as ‘green card’, valid for just two years, for national verification with Bengali identity. It is an ethnocide aims at making the Rohingya aliens and people of Bangladesh origin.

The Rohingya people have rejected the so-called ‘green card’ as the ID is not related to their historicity, ethnic identity and national status. On top of that, being indigenous to Arakan, they are natural born citizens of Burma/Myanmar.

Without a green card or ID now the Rohingya are barred from going to bazaars and village to village, visiting doctors and relatives, and attending congregational prayers even within the same localities and are subjected to increased criminal atrocities.

The government has disenfranchised hundreds and thousands of previously eligible Muslim Rohingya voters and excluded them from voting in crucial November elections.

The Thein Sein government continues to defy the international opinion and reject every recommendation and envoy, including the current UN Special Rapporteur on Myanmar Yanghee Lee.
Whereas it is crucial to support for a United Nations Commission of Inquiry into human rights violations and government policies against the Rohingya, EU says it is calling on the Myanmar Government to conduct its own investigations, even though they are aware that the Thein Sein government will not do so.

While facing a series of terrible humanitarian disasters since June 2012 genocidal massacres,
including the recent flood, the current humiliating restrictions and dehumanizing treatment have further crippled the Rohingya population. Over and above, the Rohingya flood victims are discriminated against. They have very little aid access and the lives of those in remote areas are now in danger. In this connection, we express our serious concern that the response from the international community is almost silent.

We reiterate that human rights violations against Rohingya cannot be termed as internal affairs of Burma/Myanmar and urge upon the EU to review its policy on Thein Sein government to protect the defenseless Rohingya people.

In view of the above, we urge upon the European Union for the followings:

To put pressure on Thein Sein government to end all persecution and ghettoization against Rohingya, and to restore their citizenship and ethnic rights in their own homeland.

To support UN Secretary General Ban Ki Moon to take the lead in negotiating free and unhindered humanitarian access in Rakhine State

To support an international independent investigation in order to investigate the mass atrocity crimes against Rohingya and other Burmese people in order to publicly announce its findings and bring the perpetrators to justice..

Signatories;

Arakan Rohingya National Organisation
Bradford Rohingya Community in UK
Burmese Rohingya Community in Denmark
Burmese Rohingya Community in Netherlands
Burmese Rohingya Organisation UK
Rohingya Community in Germany
Rohingya Community in Switzerland
Rohingya Organisation Norway
Rohingya Community in Finland
Rohingya Community in Italy
Rohingya Community in Sweden
For more information please contact;
Tun Khin +44 7888714866
Nay San Lwin +49 1796535213
Dated: 21st August 2015

Sumber BO - 23-8-2015



























































































Beatings, Jail Time Mark Rohingya Boy’s Journey to India

At 17, Mohammed Tahir has experienced more suffering than most people of his age can imagine.
A Rohingya Muslim, he fled Myanmar three years ago, only to land a job in Bangladesh as a servant in which his master beat him, Tahir said. He escaped to India but wound up in prison in West Bengal state after authorities caught him entering the country illegally.

“I’ve seen my childhood crumble before my eyes,” Tahir told BenarNews in a New Delhi slum, where he now lives after being bailed out of prison last month.

Some 10,600 Rohingyas live in India, including nearly 6,700 in the restive northern state of Jammu & Kashmir, Bureau of Immigration figures show.

The Rohingyas are among more than 200,000 foreigners who have fled to India from conflicts in other countries. However, India has no legal framework that recognizes or protects them as refugees.
As for Rohingya Muslims, their situation is even more precarious because the government of Myanmar does not recognize them as citizens. Myanmar officials often refer to Rohingyas as “Bengalis.”


Relatively lucky

Mohammed Tahir lives today with his 37-year-old brother, Ilyas, in a makeshift hut in a Delhi wasteland, which some 60 other Rohingya families call home.

The teen fled Buddhist-majority Myanmar in 2012, following a wave of attacks in western Rakhine state that mostly targeted Rohingya Muslims.

“I saw my father being beaten to death by the army. That night, my mother made me promise that I would find a way to escape and never return to Burma,” Tahir said in his native language, as his brother translated his words into broken Hindi.

A few days after he and 13 others landed in Bangladesh by boat, a wealthy landlord hired him as a servant.

He employed Tahir for two years, but treated him like a slave, the young man recalled. The boss provided him with “bare minimum food” and “enough beatings to last a lifetime,” Tahir said.
“It was terrible. But then, I thought that’s a Rohingya’s fate,” Tahir said.

When he finally escaped from the landlord, the teenager said he had to bribe Bangladeshi border guards to let him cross into India. He was arrested after setting foot there.

Tahir spent the next three months incarcerated in the Balurghat Correctional Home. Ilyas, a laborer who earns about 200 rupees ($3) a day, somehow scraped together 35,000 rupees ($548) to retain a lawyer and post bail for his brother’s release.

“I saved up every penny I made, took loans from neighbors to collect the amount. I had to. I couldn’t sleep at night, knowing my younger brother was in prison,” said Ilyas, who has been living in the low-lying slum in southeast Delhi with his wife and two children since 2013.

Not all Rohingya immigrants who get caught trying to cross into India from Bangladesh have relatives like Ilyas who can bail them out.

An intelligence source told BenarNews that “nearly 1,000” Rohingya migrants are thought to be languishing in prisons in West Bengal as well as in northeastern Indian states that border Bangladesh and Myanmar.

“I’m fortunate I got out and can at least hope to restart my life,” Tahir said. “There were several other Rohingyas in prison with me. Some of them have been there for years and have no hope of ever getting out.”

Incarcerated well past their terms

Adhir Sharma, additional director general of West Bengal’s Correctional Services, challenged the authenticity of the figure of nearly 1,000 Rohingyas incarcerated in West Bengal and the northeast.

“As far as I know, there are no more than 150 Rohingya people in West Bengal prisons,” Sharma told BenarNews.

He acknowledged that some Rohingya inmates had identified themselves as Bangladeshis in the hopes that India might deport then to Bangladesh after they served out their sentences.

“The number of Rohingya migrants in Indian prisons may very well be higher than that on record because they hide the fact they are from Myanmar. If they don’t, they’ll be stuck in prison even after completing their sentences because their government doesn’t recognize them as citizens,” Madhurima Dhanuka of the Commonwealth Human Rights Initiative (CHRI), a local BGO, told BenarNews.

Sumber BO - 22-8-2015

Kami tidak tahu nasib ibu bapa kami - pelarian Rohingya

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


ACHEH: "Kami tidak tahu nasib ibu bapa kami di Myanmar."

Demikian luahan seorang pelarian Rohingya yang kini berada di Pusat Perlindungan Pelarian Rohingya, Acheh Indonesia.

Hafizullah Rahman, 21, berkata, beliau bersama ratusan yang lain telah menaiki kapal keluar dari negara kelahiran mereka selepas diusir dan diancam oleh tentera negara itu.

Menurutnya, sejak beliau dan ribuan yang lain keluar daripada negara itu, perkhabaran tentang ahli keluarganya tidak dapat diketahui.

Beliau tidak tahu keadaan ibu bapanya sama ada masih hidup atau dibunuh mahupun dizalimi.
Menceritakan pengalamannya dalam detik sukar di perairan, beliau berkata, ke semua pelarian terpaksa berhimpit di dalam sebuah kapal yang sangat usang.

Hatta ujarnya, sepanjang perjalanan itu, mereka tidak mempunyai bekalan makanan dan ramai daripada mereka berada dalam keadaan kebuluran.

"Kami diselamatkan oleh nelayan di perairan Acheh dan mereka membawa kami ke daratan.

"Saya berasa syukur apabila berjaya menyelamatkan diri walaupun sedih meninggalkan negara saya sendiri," katanya ketika ditemui Harakahdaily ketika menyertai misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (Sarmy), kelmarin.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan Acheh dan Indonesia kerana memberi kebenaran untuk mereka masuk ke negara itu untuk menyelamatkan diri.

Hafizullah adalah antara pelarian yang menghafaz Al-Quran bersama tiga orang yang lain dan kini menjadi antara tenaga pengajar di pusat pelarian itu.

Sementara itu, Pengerusi Sarmy, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya sedang merangka pelbagai program dan strategi dalam mengumpul dana kewangan untuk disalurkan kepada etnik yang dizalimi itu.

Menurutnya, sumbangan daripada orang ramai sangat diperlukan dalam membiayai kos pengoperasian pusat perlindungan itu terutama makanan harian mereka.

"Kalau kita lihat hari ini, pembinaan rumah-rumah sementara untuk didiami oleh pelarian ini masih giat dijalankan.

"Kami dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa dana masih belum mencukupi dalam menyiapkan rumah atau bilik untuk dijadikan tempat mereka berteduh," katanya ketika ditemui semasa melawat serta menyampaikan bantuan di pusat perlindungan.

Raja Iskandar menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar menjadi insan peduli dengan bersama-sama berusaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada saudara seagama yang sedang dalam kesusahan itu.

"Pelbagai usaha kita boleh lakukan, dan pihak kami (Sarmy) sedang memfokuskan usaha membantu nasib etnik ini," ujarnya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus disalurkan melalui Bank Islam: 08086020134552 atau terus hubunginya di talian 0194331777. - HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015


30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumikan
Posted on Monday, June 29 @ 13:51:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



ALOR SETAR: Sebanyak 30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumikan dalam dua liang lahad di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena, dekat sini, jam 4 pagi tadi.

Pengurusan 27 jenazah lelaki, dua wanita dan satu tidak dikenal pasti itu bermula kira-kira jam 11 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), namun upacara pengebumian hanya dilakukan lima jam kemudian. 


Ia berikutan urusan memandikan jenazah yang memakan masa agak lama selain faktor hujan yang berlarutan di kawasan Alor Setar selama 4 jam sebelum itu. 


Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya, berkata kumpulan jenazah kali ini adalah kumpulan kedua daripada 106 jenazah selepas kumpulan pertama membabitkan 21 jenazah dikebumikan 22 Jun lalu. 


Beliau berkata, baki sebanyak 55 jenazah lagi akan dikebumikan sebelum Aidilfitri nanti. 


"Sebanyak 40 jenazah kita jangka akan dikebumi minggu depan dan baki 15 lagi kita akan usahakan sebelum hari raya. "Pada 22 Jun lalu sebanyak 21 jenazah daripada kumpulan pertama dikebumikan di sini," katanya ketika ditemui di sini. 


Susulan penemuan kem transit sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Wang Kelian Mei lalu pihak polis menemui 139 perkuburan daripada 28 kem di kawasan sempadan Bukit Wang Burma, Perlis. 


Bagaimanapun selesai operasi dijalankan hanya 106 jenazah ditemui dan dibawa keluar.  - AntaraPOS



Sumber TKO - 29-6-2015

Gembira Mereka, Bahagia Kami

Oleh : Solahuddin Al-Idrus

Mendengar kata tersebut, fikiran langsung menangkap tentang bagaimana keperitan yang mereka hadapi selama 3 bulan di perairan dalam lautan Andaman sebelum diselamatkan oleh nelayan Aceh. Entah ada santapan atau tidak, belum lagi bayangkan kepadatan dikapal itu. Bukan satu kerja yang mudah. Terus terdetik dihati kecil untuk ke sana meyedarkan masyarakat tentang penderitaan umat Hanyut itu.

Tujuan perjalanan kali ini adalah untuk menyantuni buruan Rohingya di negara tetangga,Acheh dan menyampaikan sumbangan yang disalurkan masyarakat Malaysia.



Perjalanan ini disertai oleh NGO KAMI, ILMAM, PAPISMA dan Ameerah dengan petugas mengikut profesion masing-masing. Aku diberi peluang oleh KAMI untuk membuat liputan disana.

Kira-kira setengah jam perjalanan melintasi udara Malaysia-Indonesia dari KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia AK395 dan seterusnya mendarat di Medan. Kami disambut Oleh Pelajar Malaysia yang berada disana. Dari situ menaiki Toyata Kijang dan Toyata Avanza menuju Ke sebuah pondok Usang di bandar Langsa, Aceh yang memakan masa kurang lebih 5 jam dan bermalam disana merehatkan tubuh yang kepenatan…

Pagi itu seusai di ‘briefing’ dan dibahagikan ikatan kumpulan oleh kepala rombongan, Aku di posisikan bersama team “pengubat” dan team Ameerah membuat penyuluhan ke Bireun Bayeun, di sebelahan Aceh Timur. Sekitar 500 orang “buruan” disana.

Dipisahkan mereka, antara Bangladesh dan Rohingya bimbang semisalnya mereka bisa keributan sesama mereka. Difahamkan disana adalah penempatan Pelarian yang berisiko maut. Akibat tiga bulan hanyut dilautan, kebanyakan mereka mengalami komplikasi dalaman penyebaran penyakit batuk kering (Tuberculosis)

“Mereka batuk-batuk, masalah usus dan saluran pernafasan. Keperluan lainya seperti makanan utama beras sehingga kini sudah dipenuhi. Sumber air bersih dan infra lain juga sudah disediakan oleh ngo sebahagian besarnya mahasiswa dari Malaysia,”Jelas Bembeng sambil kedua-dua tangannya meraup muka yang berpeluh.



“Riang dan senang”..Itulah reaksi pantulan wajah buruan itu dan menjadi makin ghairah apabila melihat makanan bawaan kami. Ada yang bergolek..Ada yang keteriakan berebut sesama mereka..Bila dapat,belari berkejaran memuaskan nafsu.

Huh…hangat kondisi itu…sukar dikawal. Mungkin mereka kelaparan atau itu mungkin tabiat dan menjadi Satu benda yang biasa bagi mereka. Kami sekadar penyampai sumbangan kalian, tidak lebih dan tidak kurang…

Ada juga yang bertandang bermanja. Mahu didukung. Mahu dipujuk. Mahu dipeluk dan kepingin dimandikan. Satu penyaksian pendahagaan kasih sayang. Kerenah mereka kami layan. Gembira mereka,bahagia kami.

Kami hanyalah watak yang membuat mereka pernah merasa ada…Semoga dengan sedikit layanan dapat melupakan kecelakaan yang dialami mereka..

Sumber BO - 12-6-2015



































































































































Rohingya: Gali 91 kubur dijangka selesai rabu

BERNAMA | .



KUALA LUMPUR: Operasi menggali 91 kubur fasa kedua di Hutan Simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh, Perlis yang bermula hari ini dijangka dapat diselesaikan Rabu depan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lapan kenderaan membawa pasukan forensik dan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan tersebut bagi operasi tersebut.
  
"Insya-Allah, kami berharap operasi ini dijangka dapat diselesaikan sebelum Rabu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) 2015.
  
Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada kontinjen PDRM yang menyertai kejohanan 'Police and Fire Games 2015' di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.
  
Setakat ini, 35 bungkus rangka mayat telah dikeluarkan daripada penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang dipercayai ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia bemula di Kampung Wai, Kuala Perlis sehingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand sejak ia dikesan 25 Mei lepas.
  
Kesemua rangka manusia itu ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk siasatan patologi.
  
Menyentuh mengenai dalang yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Khalid tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam membantu warga Rohingya yang dikenali sebagai 'Yassin' yang disyaki ejen dalam sindiket tersebut.
  
"Kami percaya sindiket itu mempunyai 'link' dengan orang dalam dan pihak polis masih memburu mereka," katanya.
  
Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut rakyat Malaysia yang membantu Yassin itu sama ada anggota penguat kuasa atau rakyat biasa.
  
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya dapat melaporkan kepada balai polis berdekatan dengan segera supaya tindakan dapat diambil. - BERNAMA

Sumber HD - 4-6-2015



























































































MUSLIM MALAISE EQUALLY RESONSIBLE FOR ROHINGYA SUFFERING 



Sumber HD - 2-6-2015

Etnik Rohingya: Yangon perlu arah tentera berundur





























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa pentadbiran Yangon mengarahkan Tenteranya berundur daripada kawasan dan penempatan entik Rohingya di Arakan, Negara Myanmar terutamanya dengan segera.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi, Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam suatu kenyataan medianya.

“Etnik Rohingya perlu diberikan perlindungan dan dijamin keselamatan mereka kerana mereka mempunyai hak di dalam Perlembagaan Negara mereka dimana diikhtiraf sebagai kerakyatan Myanmar sebelum ini. Tiada sebab mereka perlu dihalau dan diperlakukan sedemikian rupa dengan kekejaman dan juga yang mengakibatkan kematian.

“Kami juga mengharapkan Kesatuan Ulama Antarabangsa mengambil ruang memberikan rangsangan dan semangat kepada mangsa-mangsa etnik Rohingya yang kini menjadi pelarian agar mereka cekal dan bersabar dengan ujian yang kini menimpa mereka,” tegas beliau.

Dr Raja Ahmad juga mengharapkan mereka diberikan kata semangat agar terus berusaha memastikan hak dan kedudukkan mereka dikembalikan. Dengan suasana yang ada juga, kami mengharapkan pentadbiran Yangon memberikan jaminan agar orang tua, wanita dan kanak-kanak tidak diapa-apakan.

Beliau cukup sedih dengan tempoh yang agak panjang tanpa ada tindakan yang sewajarnya diberikan kepada etnik Rohingya dan seolah-olah masyarakat dunia begitu takut dan kurang upaya.

“Di Malaysia, kami meminta agar Kerajaan menggunakan ruang yang ada untuk terus membantu etnik Rohingya yang menjadi pelarian di sini dan juga memainkan peranan yang dimana Malaysia menganggotai pelbagai badan antarabangsa, peringkat Asia dan juga di Asia Tenggara juga.

“Kami yakin Malaysia mampu melakukan lebih daripada itu yang tidak sepertimana Negara-negara lain yang hanya ‘melihat’ sahaja,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 1/6/2015


Sumber HD - 1-6-2015

Misi KAMI dan NGO, Santuni ‘Orang Hanyut’ Rohingya dan Bangladesh di Aceh

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain akan mengadakan misi ke Kota Langsa Aceh, bagi menyantuni ‘orang hanyut’ Rohingya dan Bangladesh.

Menurut Pengerusinya Dr Azman Ibrahim, selain membuat tinjauan dan liputan tentang Rohingya yang dizalimi ‘junta Myanmar’ itu, dan warga Bangladesh yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia, KAMI bersama para sukarelawan NGO akan menyampaikan sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.



“kita semua tahu dan sedar tentang warga Rohingya yang dizalimi, bukan sahaja dinafikan untuk sebuah khidupan sebagai manusia, malah dibunuh dan disembelih oleh pihak yang berkait rapat dengan pemerintah Myanmar,

“dan warga Bangladesh yang telah menjadi mangsa ‘kebinatangan’ manusia lain, yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain, menyebabkan mereka menjadi mangsa, sehingga hanyut dengan bot di Selat Melaka dan di selamatkan oleh nelayan Aceh,”jelasnya.

Antara NGO yang yang turut serta dalam kempen ‘Peduli Rohingya’ dan telah mengesahkan akan menghantar sukarelawan bersama misi itu ialah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Ameerah dan Rahmat Care.

Katanya, misi yang yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor akan berlepas dari KLIA pada 6hb dan akan melaksanakan pelbagai khidmat komuniti sebelum pulang ke tanah air pada 10hb Jun depan.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat di negara ini menyelami kesukaran hidup dan kesengsaraan yang dilalui oleh para ‘pelarian’ itu dengan memberikan sedikit sumbangan.



“kita akan In sha Allah menyediakan barangan makanan dan pakaian yang benar-benar diperlukan oleh mereka dengan cara menyemak dahulu, apabila lawatan tinjauan pada hari pertama dibuat, kita akan menyenaraikan keperluan dan membelinya di sana,

“ini akan dapat mengelakkan sebarang pembaziran selain ia akan betul-betul menepati kepada kepada apa sebenarnya yang diperlukan oleh saudara-saudara kita itu pada masa sekarang,”ujarnya.

Oleh itu, orang ramai yang prihatin, boleh mennyampaikan sumbangan mereka dalam bentuk wang kepada misi tersebut melalui akaun PAPISMA No. 5630 6412 2433 (Maybank).

Kata Dr Azman, melalui maklumat yang telah disampaikan kepada pihak KAMI, barangan makanan dan ubat-ubatan adalah antara keperluan pelarian tersebut selain dari pakaian serta peralatan lain.



Pada 15Mei lalu, nelayan Aceh telah menyelamatkan kira-kira 800 orang pelarian warga Rohingya dan Bangladesh dengan menarik bot mereka yang hanyut ke pantai wilayah itu.

Sehingga kini, sejumlah 1,759 orang pelarian Rohingya tersebut termasuk 720 korban pemerdagangan manusia telah diletakkan di tiga penempatan sementara oleh pemerintah Aceh.
Berdasarkan data jumlah pelarian tersebut 564 orang berada di Punteut Kecamatan Blang Mangat Kota Lhokseumawe, 672 orang di Pelabuhan Kuala Langsa, Kota Langsa, 476 orang di Bireun Bayeun, Kecamatan Rantau Selamat, Kabupaten Aceh Timur.

Selain itu, seramai 47 orang menumpang di pejabat daerah Kabupaten Aceh Tamiang dan keseluruhan 1,062 orang Rohingya adalah terdiri dari 565 lelaki, 235 perempuan, dan 225 orang anak-anak.

Sumber HD - 29-5-2015

Pemerdagangan manusia: PAS tuntut penjelasan PDRM





























































































.



KUALA LUMPUR: PAS menuntut kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas pencerobohan yang berlaku ke atas sempadan negara.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut dan mesti meletakkan jawatan jika tidak mampu menyelesaikannya.

Ia berhubung penemuan 139 kubur dan 28 kem yang berkaitan pemerdagangan manusia dalam wilayah Malaysia, bersempadan dengan Thailand.

Menurut PDRM, kem tersebut dipercayaai diduduki sejak tahun 2013 dan berpagar serta dikawal.
"Dalam kes-kes politik, serta himpunan aman rakyat, polis begitu cepat bertindak sehingga menjalankan tangkapan pada jam 3 pagi. Tindakan ini sangat dikesali. ‎‎

"Rakyat terus bimbang dengan isu keselamatan dan tidak mampu lagi untuk mempercayai jaminan keselamatan oleh pihak polis khususnya dan kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesyaki segelintir anggota penguatkuasa kerajaan turut terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia susulan penemuan ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil siasatan pihak berkuasa mendapati aktiviti pemerdagangan pelarian itu bukan saja membabitkan anggota penguatkuasa namun penduduk tempatan. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015

Rohingya: Hantar tentera pengaman ke Myanmar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Nasib sedang menimpa ke atas umat Islam Rohingya ketika ini adalah satu bentuk pembersihan etnik secara tersusun, termasuk didalangi oleh pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kuasa.

Tindakan pengusiran, penganiayaan dan kezaliman serta pembunuhan adalah tekanan untuk menghapuskan umat Islam dari satu-satu penempatan atau wilayah.

"Perkara ini mengulangi tragedi buruk pernah ditimpakan ke atas umat Islam di Bosnia Herzegovina pada tahun 1992 yang menghadapi kerakusan etnik Serbia," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Begitu juga, ujarnya umat Islam di Palestin berdepan pencerobohan dan peperangan zionis Israel sejak tahun 1948 tanpa ada pembelaan sewajarnya khususnya dari badan dunia.

Katanya, umat Islam di Rohingya bukan sahaja berdepan kegilaan puak Rakhine untuk bermandi darah, malah kecurangan Kerajaan Myanmar serta ketidakpedulian pihak tentera menyaksikan atau menghalang tindakan kezaliman dari berlaku.

"Sehingga ke saat ini, tidak ada badan dunia yang bersuara menyaksikan mala petaka dahsyat ke atas kemanusiaan ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah, kata beliau media Barat pula bersikap adu domba apabila memainkan isu ‘Human Traficking’ sebagai alasan dan desakan ke atas negara umat Islam Asean iaitu Malaysia dan Indonesia untuk menerima pelarian-pelarian Rohingya sedangkan negara Asean lain dibela kononnya tidak berupaya menerima pelarian tersebut khususnya Thailand.

Malangnya, kata Khalil Malaysia yang merupakan Pengerusi Asean juga tidak mengambil langkah proaktif untuk bersuara, apatah lagi untuk menyatakan tindakan konkrit penyelesaian.

"Malaysia mesti segera menggerakkan peranan lebih agresif mengetuai semua negara Asean untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya atas tanggung jawab kemanusiaan," kataya lagi.

Menurutnya, Malaysia selaku anggota tidak tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) juga perlu mendesak masyarakat antarabangsa khususnya badan-badan dunia tersebut untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar supaya memberikan hak kepada umat Islam Rohingya dan menghentikan serta merta pencabulan hak ke atas mereka.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia boleh menghantar kekuatan ketenteraannya berkhidmat sebagai pasukan pengaman di bawah PBB ke Somalia, Lubnan, Bosnia dan lain-lain negara yang jauh, sewajarnya atas maruah dan nyawa umat Islam, Malaysia perlu menawarkan diri ke Myanmar. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015



























































































Rohingya: Kekejaman umat Islam di Asia Tenggara





























































































| .


KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya belajar dari Turki dan Aceh yang begitu prihatin terhadap nasib pelarian Rohingya dan berusaha menyelamatkan mereka.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati perlu ke hadapan dalam isu melibatkan hak asasi dan kemanusiaan.

"Malaysia sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh Islam seharusnya menonjolkan sikap prihatin ke atas pelarian Rohingya dan membantu dalam misi kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga kesal apabila Malaysia sebagai negara jiran yang mempunyai majoriti rakyat Islam tidak mampu berbuat apa-apa ketika media antarabangsa sering melakukan kekejaman terhadap Rohingya.

"Krisis kekejaman ini adalah episod malang terhadap umat Islam khususnya di Asia Tenggara dan Malaysia tidak mampu membela nasib mereka," katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015

ROHINGYA BERI HAK MEREKA BERLINDUNG - MB



YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MENTERI BESAR KELANTAN

Rohingya: Beri hak mereka berlindung

KOTA BHARU: Kerajaan Myanmar seharusnya memberi hak kebebasan kepada umat Islam di negara itu untuk terus bernaung dan memberikan keadilan kepada


KOTA BHARU: Kerajaan Myanmar seharusnya memberi hak kebebasan kepada umat Islam di negara itu untuk terus bernaung dan memberikan keadilan kepada



Sumber HD - 25-5-2015

Aceh berikrar bantu pelarian Islam Rohingya




























































































AHMAD TAJDID | .

KOTA LANGSA, Aceh: Masyarakat Aceh berikrar akan membantu sedaya upaya pelarian Islam Rohingya yang ditempatkan di wilayah ini bagi mengenang kembali bantuan yang diberikan umat Islam Malaysia ketika Aceh dalam keadaan bergolak di era daerah operasi militer (DOM).

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Aceh, Tgk Makhyaruddin Yusuf (gambar, kanan) berkata, masyarakat Aceh tetap akan membantu pelarian Rohingya meskipun mereka bukan beragama Islam atas dasar kemanusiaan dan kewajipan membantu golongan yang tertindas dan teraniaya.

"Atas dasar kepentingan dakwah dan kemanusiaan, mereka (pelarian Rohingya) perlu dibantu oleh negara-negara Islam. Secara politiknya umat Islam Rohingya tidak mendapat pembelaan negara-negara Islam termasuk Indonesia kecuali Turki," katanya.

Mahkyaruddin ditemui Harakahdaily dalam satu pertemuan dekat sini selepas mengikuti lawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad ke kem penempatan sementara  pelarian Myanmar di Langsa, 155 km dari bandar Medan.

Kem pelarian Rohingya di Langsa kini menempatkan sejumlah 765 pengungsi setelah bot nelayan yang dinaiki mereka ditemui dan ditunda ke daratan oleh nelayan Aceh Jumaat lalu selepas lebih sebulan terapung tanpa arah di Selat Melaka.

Tiga lagi kem pelarian Rohingya di daerah (propinsi) ini terletak di Aceh Utara yang menempatkan 635 pelarian, Aceh Timur (480) dan Kuala Simpang, Aceh Temiang (47).

Menurut Mahkyaruddin, sikap peduli masyarakat Aceh terhadap pelarian Rohingya didorong oleh sokongan dan bantuan yang pernah diterima penduduk Aceh ketika wilayah ini dalam keadaan bergolak.

"Sikap peduli orang Aceh adalah kerana semasa Aceh dalam keadaan kucar-kacir, kami mendapat bantuan dan perlindungan daripada saudara-saudara Islam dari negara lain terutamanya Malaysia," kata beliau.

Menurut beliau, setelah mengecapi keamanan dan kemakmuran, kini menjadi kewajipan kepada penduduk Aceh untuk membantu saudara se-Islam yang menerima musibah.

Ketika ditanya tentang perancangan jangka panjang untuk membantu para pelarian Acheh di daerah itu, Mahkyaruddin berkata, beliau telah berbincang dengan Walikota Langsa untuk mencari penempatan yang sesuai bagi mereka.

"Yang jelas mereka tidak akan pulang ke kampung halaman mereka. Oleh itu mereka pastinya akan menetap di sini," katanya.

Oleh itu beliau mencadangkan agar setiap keluarga pelarian Rohingya diberikan dua hektar tanah bagi diusahakan.

Beliau menambah, lokasi penempatan yang dipilih mestilah layak dihuni dengan keperluan asas yang mencukupi.

"Mereka yang sudah berumahtangga akan diberikan rumah. Bagi yang tidak berkeluarga akan diberikan rumah yang boleh dihuni 10 orang," katanya.

Bagaimanapun rancangan ini, ujarnya tertakluk kepada persetujuan Jakarta.

Mahkyaruddin menambah, pelarian Rohingya yang berhasrat menjadi warganegara Indonesia perlu mengikuti proses yang ditentukan undang-undang.

"Tidak rugi jika mereka menjadi warga Indonesia apatah lagi mereka saudara muslim kita," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 25/5/2015


 Dr Syed Azman meninjau operasi khemah rawatan dan kecemasan yang didirikan badan bukan kerajaan (NGO) Aceh di kem pelarian Rohingya dekat  Langsa, Lhokseumawe, Aceh.

Sumber HD - 25-5-2015



























































































Kisah hiba nelayan Aceh selamatkan Rohingya di laut

HARAKAHDAILY | .


Nelayan-nelayan itu sedang mengecat kapal kayu di pinggir Pelabuhan Kuala Langsa, Kota Langsa, Aceh, saat kami menghampiri dan menyapa mereka. Sebahagian badan kapal berkapasiti 50 tan itu nampak brkilat. Kapal ikan sumber penghidupan mereka itu nampak baru kembali.

Seorang nelayan pertengahan umur sambil terus sibuk bekerja menanyakan identiti kami. Setelah bertanya khabar, Mohamad Adenan meminta kami naik ke atas kapal. Dengan hanya rasuk kayu, kami meniti ke atas kapal. Adenan yang mengetuai nelayan-nelayan lain itu berhenti bekerja dan menemui kami. Adenan juga menawarkan makan siangnya.

Namun dengan sopan kami mengatakan kami sudah makan tengah hari. Kami terkesan dengan keramahannya, yang menjadi salah satu watak positif orang Aceh.

Sebagaimana diberitakan, pada pagi Jumaat, 15 Mei lalu ada enam kapal nelayan Aceh yang menolong manusia dalam bot yang berasal Myanmar dan Bangladesh. Kapal Adenan adalah kapal yang mengangkut sisa pelarian, berjumlah 45 orang.

"Kami baru turun ke laut satu hari, ketika mencari orang-orang asing itu," ungkap Adenan dipetik laman web Eramuslim.com.

Biasanya kapal berada di laut 5 hingga 6 hari. Kapten kapal yang memimpin Muhammad Adenan dengan 40 anak kapal lain, memutuskan untuk memindahkan mereka. Keputusan dilakukan usai saling kenalan antara nelayan melalui radio, dan diminta saling merapatkan bot dan kapal.

"Kami ikut mendekat ke lokasi di mana orang-orang itu berada," tutur ayah dari enam anak ini.

Adenan berkata kapalnya adalah kapal terakhir yang mengangkut pelarian. "Lima kapal yang lain sudah di depan kami," tambahnya.

Ketika kapal nelayan dan pelarian saling merapat, beberapa pelarian terus terjun ke laut untuk menghampiri kapal Mohamad Adenan. Menurut penglihatan Adenan, ada juga perempuan yang nekad terjun berenang mendekati kapalnya. Jarak dua kapal kira-kira 30 hingga 40 meter.
Para pelarian itu berteriak-teriak, "Allahu kbar, Allahu akbar!"

Didorong rasa hiba, kapten kapal memerintahkan Mohamad Adenan dan kawan-kawannya agar lebih mendekati bot, untuk menghalang mereka terjun ke laut.

"Apabila kami menolong mereka, tak ada di hati kecuali rasa hiba. Saya membayangkan saat itu, seandainya mereka itu adalah kami, tentu kami saat itu akan sangat berharap pertolongan dari sesiapa," kata Adenan, yang selama lima hingga enam kali ke laut boleh mendapat upah 150-200 dari pemilik kapal.

"Apa salah mereka? Dan mengapa mereka seolah-olah tak boleh kita tolong? "jawab Adenan ketika ditanya keputusan mereka untuk melakukan tindakan menyelamatkan itu.

Usai kapal saling merapat, para pelarian itu berpindah kapal. Mereka langsung duduk di dek kapal, dan sebahagian, mungkin kerana keletihan, terus berbaring. Sebahagian laki-laki terlihat luka-luka yang masih setengah kering. Ada luka di lengan, punggung, kaki dan kepala.

Adenan berkata kerana masalah bahasa, ABK kapal tak banyak bercakap dengan pelarian.

"Yang kami lakukan segera mengeluarkan makanan dan air bekal kami mencari ikan untuk seminggu, yang masih banyak, kerana kami baru berada di atas laut sehari semalam," jelas Adenan.

Adenan mengaku makin tersentuh melihat para pelarian itu makan dengan lahap. Mereka sama sekali tidak mampu menyembunyikan rasa lapar dan dahaga.

"Bahkan semasa kami baru mahu selesai menaruh makanan ke pinggan, mereka terus menyambarnya," ungkap Adenan.

Bagaimana perasaan Adenan boleh membantu orang yang sedang sangat perlu pertolongan?
"Hati saya lega, boleh menolong orang kesusahan. Mereka berada di laut sama seperti kami. Mereka manusia sama seperti kami," kata Adenan.

Adenan dan kawan-kawannya menyatakan tidak menyesal, usai mendaratkan para pelarian itu, kapalnya sempat tertunda untuk turun ke laut semula dengan kelengkapan. Kesempatan itu digunakan untuk mengecat kapal milik ketuanya.

Sumber HD - 25-5-2015

Rohingya: Singkirkan Myanmar daripada Asean

AHMAD TAJDID | .


Dr Syed Azman bertanya khabar keluarga pelarian Rohingya di Kem Pelarian Rohingya dekat Langsa, Lhokseumawe, Acheh.

KOTA LANGSA, Aceh: Pemerintah Malaysia dan Indonesia perlu bersikap tegas memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Myanmar kerana tidak melakukan sebarang tindakan konkrit untuk melindungi masyarakat Islam Rohingya yang menjadi mangsa keganasan kumpulan militan Buddha dan pihak berkuasa negara tersebut.

Ahli Majlis Perwakilan Rakyat Daerah (MPRD) Aceh, Tgk Makhyaruddin Yusuf berkata, Malaysia dan Indonesia perlu menyarankan agar Myanmar dikeluarkan daripada Asean kerana pemerintah negara itu secara jelas membiarkan masyarakat Islam Rohingya hidup dalam kesengsaraan.

Makhyaruddin ditemui Harakahdaily selepas mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang melawat kem penempatan pelarian Rohingya dan Bangladesh di Langsa yang terletak kira-kira 155 km dari bandar Medan.

Beliau kesal kerana 'secara politiknya' masyarakat Islam Rohingya tidak mendapat pembelaan daripada negara-negara umat Islam di rantau Asean mahupun dunia kecuali Turki.

"Gabenor Aceh sendiri hanya memberikan bantuan (kepada pelarian Rohingya yang diberikan perlindung di sini) tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memprotes tindak-tanduk regim Myanmar," ujar Ahli MPRD fraksi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) itu.

Menyokong pendirian Tgk Mahkyaruddin, Dr Syed Azman berkata sudah sampai masanya untuk Asean mengkaji semula dasar berkecuali dan tidak campur tangan pertubuhan serantau itu dalam urusan negara anggotanya.

"Adalah menjadi kewajipan kepada setiap negara anggota Asean untuk menyuarakan pandangan terhadap sebarang bentuk tindakan menyalahi hak asasi manusia yang dilakukan oleh mana-mana pemerintah negara Asean.

"Apa yang berlaku di Myanmar kini menunjukkan kegagalan pemerintahnya melindungi hak asasi dan keselamatan kumpulan minoriti rakyat iaitu masyarakat Islam Rohingya yang ditindas dan diperlakukan dengan kejam.

"Negara anggota Asean tidak boleh bersikap berkecuali dalam isu ini kerana kesannya turut dialami oleh negara jiran Myanmar iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia yang kini terkesan dengan kedatangan pelarian Rohingya," tegas beliau.

Dr Syed Azman juga kesal dengan sikap pemimpin hak asasi manusia Myanmar, Aung San Suu Kyi yang sehingga kini membisu dengan kekecaman yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya.

Dalam pertemuan itu, Dr Syed Azman bagi mewakili PAS turut menyerahkan bantuan kewangan kepada Makhyaruddin bagi disalurkan kepada pelarian Rohingya di daerah tersebut. - HARAKAHDAILY, 25/5/2015


Dr Syed Azman menyerahkan sumbangan PAS kepada Tgk Makhyaruddin dalam satu pertemuan di Kota Langsa.

Sumber HD - 25-5-2015



























































































Solat hajat, munajat khusus buat Rohingya hari ini





























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada semua ahli serta seluruh rakyat Malaysia bagi mengadakan Solat Hajat dan Munajat khusus buat saudara seagama kita di bumi Rohingya, yang kini terus-menerus ditindas oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan.

Demikian seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan ringkas.

PAS, katanya menggesa Solat Hajat dan Munajat itu diadakan pada hari ini, 23 Mei bersamaan 5 Syaaban, selepas Solat Maghrib bertempat di markaz, surau, masjid kawasan masing-masing.

"Semoga Allah SWT anugerahkan kekuatan buat saudara seagama kita di bumi Rohingya serta para pejuang Islam di seluruh pelosok dunia," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 23/5/2015

Sumber HD - 23-5-2015



























































































Asean perlu tunjuk solidariti isu pelarian Rohingya

HASNAH JUSID | .


ALOR SETAR: Negara anggota Asean perlu menunjukkan solidariti dan bersikap lebih tegas dalam mencari penyelesaian terhadap krisis kemanusiaan pelarian Rohingya, menurut penganalisis.
  
Penganalisis Antarabangsa dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy berkata, sikap beberapa negara anggota Asean yang berdiam diri disebabkan faktor tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, sudah tidak bersesuaian lagi pada zaman ini.
  
"Prinsip tersebut mungkin sesuai tahun 60-an hingga 80-an. Pewujudan Komuniti Asean yang dilaung-laungkan, seharusnya dianggap tidak berjaya sekiranya isu tersebut tidak berjaya dimuktamadkan.
  
"Orang Rohingya adalah sebahagian daripada komuniti Asean, mereka tinggal di Myanmar dan bagaimana dengan mereka ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Negara Asean, menurut beliau, dilihat tidak menjiwai komuniti tersebut disebabkan dua faktor utama iaitu tiada pengetahuan mengenainya dan mungkin mereka tidak melihat apa faedah diperolehi daripada Komuniti Asean.
  
Mesyuarat mengenai isu pelarian Rohingya yang dihos oleh Thailand pada 29 Mei hadapan, akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 18 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar, dan tiga organisasi antarabangsa.
  
Malaysia dan Indonesia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju menawarkan bantuan dan perlindungan sementara kepada pendatang Rohingya.
  
Ravichandran berkata, konflik tersebut dijangka mengambil masa lebih lama, justeru katanya Myanmar tidak boleh dibiarkan menangani isu tersebut bersendirian.
  
Penggunaan pihak ketiga perlu dilihat sebagai alternatif kepada isu ini, sepertimana krisis yang berlaku di selatan Thailand dan selatan Filipina, dengan Malaysia memainkan peranan sebagai pihak ketiga, katanya dan menurutnya Myanmar perlu dipujuk untuk bersetuju.
  
"Kalau bukan Malaysia, negara lain (boleh jadi pihak ketiga)... Malaysia ada pengalaman dan boleh gunakan jawatan sebagai pengerusi Asean dan cari jalan penyelesaian ikut prinsip-prinsip ditentukan dalam penyelesaian konflik," katanya.
  
Mengulas tindakan Malaysia memberi perlindungan sementara kepada pelarian Rohingya, Ravichandran berkata ia bukanlah kerana takut dengan kecaman masyarakat antarabangsa, sebaliknya melihat kepentingan nasional dan tindakan negara bertamadun.
  
"Bukan kita berlembut selepas berkeras, bukan disebabkan kritikan, dan kita minta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), segerakan proses pemindahan mereka (ke negara ketiga selepas tamat tempoh perlindungan)," katanya.
  
Myanmar, menurut beliau sepatutnya diberi lebih tekanan antarabangsa dan kecaman disebabkan sifat negara itu yang enggan bertanggungjawab terhadap pelarian Rohingya, menyebabkan masalah tersebut "melimpah" ke negara-negara jiran.
  
"Mereka abai faktor sejarah, Rohingya ini sudah ada di situ (Myanmar) sejak beratus tahun, walaupun mereka tidak diiktiraf, tetapi mereka perlu perlindungan undang-undang dan daripada regim, dan itu tidak dipenuhi Myanmar," katanya. - BERNAMA


Sumber HD - 22-5-2015

Bawa isu pelarian Rohingya ke parlimen - MB Kelantan





























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Isu kegawatan pelarian Rohingya yang terkandas dan kelaparan di lautan adalah isu kemanusiaan sejagat, kata Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob

Justeru, kaanya, umat Islam seluruh dunia khasnya negara-negara umat Islam perlu bertegas dan memainkan peranan mendesak kerajaan Myanmar agar menghentikan segera pembunuhan dan kezaliman keatas etnik muslim Rohingya.

Menurutnya, gambar-gambar yang terpampang di dada akhbar dan media sosial yang sangat menyayat hati membuktikan bahawa satu jenayah perang besar keatas umat Islam Rohingya sedang dilancarkan sekarang.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia sebagai pengerusi Asean agar membawa usul khas bagi membincangkan isu ini serta membuat ketetapan penyelesaian di persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

"Saya telahpun menghantar surat rasmi kepada YAB Perdana Menteri pada petang semalam bagi menyatakan hasrat tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata beliau umat Islam di Malaysia wajib mendoakan keamanan bagi saudara seakidah kita dan mereka yang dizalimi di Rohingya serta wajib menghulurkan bantuan yang sepatutnya sama ada dari sudut perubatan, pakaian dan makanan kepada pelarian melalui badan-badan yang dipertanggungjawabkan. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015

Myanmar setuju sertai mesyuarat migran Rohingya

BERNAMA | .


BANGKOK: Myanmar akan menyertai mesyuarat mengenai isu migran Rohingya yang dihos oleh Thailand pada 29 Mei hadapan, Timbalan Menteri Luar Myanmar Thant Kyaw mengesahkan demikian Rabu.

Mesyuarat itu akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 18 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar, dan tiga organisasi antarabangsa.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand di sini Rabu, Thant Kyaw berkata, "Saya kira mesyuarat itu baik kerana ini membabitkan hal kemanusiaan.

"Tetapi jika ia untuk tujuan politik, ia akan menjadi lebih rumit dan kompleks," katanya.

"Kita semua perlu duduk berbincang dan mencari jalan menangani masalah ini kerana ini membabitkan manusia dan wujud bencana di laut.

"Kita perlu selesaikan masalah ini bersama," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha berkata negaranya akan memutuskan sama ada sedia menerima "orang hanyut" itu selepas mesyuarat tersebut.

Malaysia dan Indonesia hari ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju menawarkan bantuan dan perlindungan sementara kepada migran Rohingya. - Bernama

Sumber HD - 21-5-2015





















































































































































































Bantu pelarian Rohingya secara bersepadu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dunia sekali lagi dibangunkan dengan ketibaan lebih 10,000 pelarian Rohingya di perairan Asean.

"Manusia yang terpaksa meninggalkan bumi kelahiran kerana mereka diburu dan dibunuh kerana lahir sebagai manusia Islam bernasabkan Rohingya," ujar Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Mumtaz Md Nawi.

Menurutnya, Myanmar sebuah negara baru menjadi ahli Asean masih tidak serik dengan tekanan dan kutukan antarabangsa bilamana puluhan tahun menolak demokrasi dan Aung San Suu Kyi anak pimpinan bangsa mereka sendiri.

Kini, ujarnya mereka mara dan meneruskan agenda di luar tahap kemanusiaan dengan menafikan warga sendiri atas alasan berlainan bangsa dan agama.

Katanya, Rohingya adalah isu yang telah sekian lama berlaku di mana penindasan dan penganiayaan dimarakkan dengan pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak dan ahli keluarga mereka tanpa apa-apa kesalahan.

Tambah beliau, pembunuhan genoside ini dibuat berulang kali dan dengan skala yang lebih besar dan lebih kerap akhirnya telah menolak Rohingya mengambil keputusan melarikan diri dengan penuh risiko dengan membawa ribuan manusia dengan menaiki bot ke negara-negara jiran.

"Kini, Malaysia sebagai jiran, pembela hak manusia dan muslim, kita menggesa kerajaan menggunakan semua saluran diplomatik dan politik antarabangsa untuk menyelesaikan kemelut politik dan kemanusiaan ini," ujarnya lagi.

Justeru, katanya Malaysia mesti berperanan dan memberi tekanan kepada Myanmar dan membawa usul segera ini ke meja Asean, OIC dan United Nation (UN).

"Kita harus melobi dan menjuarai kes ini kerana polis dan wira dunia hak asasi kemanusiaan, Amerika dan Britain kelihatan pekak dan bisu bila mangsa adalah orang Islam di Asean," katanya yang juga Exco Kerajaan Kelantan.

Menurutnya lagi, langsung tidak kedengaran tindakan tekanan ekonomi mahupun rundingan diplomatik dibuat oleh pihak Barat dengan Myanmar untuk manfaat Rohingya dan tiada pihak secara konsisten tampil membantu mereka.

"Atas nama hak asasi dan manusia bertamadun, atas nama ukhuwwah dan persaudaraan, atas nama jiran yang bersempadanan, Dewan Muslimat PAS menggesa Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kepada orang yang dizalimi Rohingya secara segera dan bersepadu," katanya.

Katanya, satu jaminan bantuan ekonomi antarabangsa dari UN dan OIC harus diperuntukkan sebagai lokasi perlindungan UNHCR.

Menurut beliau, satu perancangan jangka pendek dan panjang perlu digubal kerana mereka memerlukan penempatan, makanan dan pendidikan asas yang tentunya memakan kos yang tinggi.

"Malaysia harus berani untuk bangkit dan berkata sesuatu 'Bantu Rohingya' sebagaimana kita pernah 'bantu Aung San Suu Kyi' kerana kita percaya pada Kuasa Allah itu jua adanya," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015


Ramai pelarian berbunuh berebut makanan





























































































ABD SHUKUR HARUN | .


KETIKA beribu-ribu pelarian Rohingya sedang bergelut dengan maut, kebuluran, terapung-apung di perairan Asia Tenggara dan Laut Andaman, depan Aceh, pemerintah Myanmar tidak mempedulikan mereka.

Ini kerana Myanmar sedang menghadapi krisis politik yang sangat berat.

Ini menyukarkan negara itu untuk menyelesaikan krisis pelariannya itu.

Tragedi pelarian Rohingya dan Bangladesh yang terapung-apung itu bergelut dengan maut itu berlaku ketika Myanmar berdepan dengan krisis politik untuk menentukan masa depan negara itu.

Negara tersebut akan mengadakan pilihan raya umum November ini  untuk kali pertama sejak 1990, di mana parti pembangkang diketuai Aung San Suu Kyi akan menyertainya.

Walaupun berdepan dengan krisis kemanusiaan yang berat dan desakan berulang kali oleh masyarakat dunia supaya kerajaan Myanmar mengkaji semula peranannya sebagai sumber masalah pelarian, namun kerajaan Myanmar serta parti pembangkang hanya membisu dan enggan menangani krisis tersebut.

Kerajaan Myanmar selama inipun menolak isu itu dijadikan agenda antarabangsa. Malah, mengancam untuk tidak hadir dalam persidangan serantau jika isu Rohingya dibangkitkan oleh negara jiran.

Akibatnya, Suu Kyi yang dikenali sebagai pemimpin gerakan prodemokrasi dan mengetuai parti pembangkang, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) telah menjadi sasaran kecaman.

Pelbagai pihak mengharapkan wanita yang pernah memenangi anugerah keamanan Nobel pada 1991 itu diharapkan membantu mengatasi isu Rohingya.

Tetapi Suu Kyi enggan memberi jawapan jelas.

Seorang penganalisis kanan kumpulan pemikir di Yangon berkata, Suu Kyi mempunyai kepentingan politik yang banyak di Myanmar.

Dengan sikap yang seiring dengan pendirian kerajaan, jurucakap NLD berkata, parti itu tidak dapat menerima definisi Rohingya tetapi menganggap mereka yang berjumlah kira-kira sejuta orang itu sebagai etnik Bengali yang dianggap pendatang haram dari Bangladesh.

Kini suasana sangat tegang di antara penduduk majoriti Buddha dan Muslim Rohingya.

Suu Kyi dan NLD-nya bergantunng kepada undi penganut Buddha jika mahu menang dalam pilihan raya umum November ini walaupun jika dia dihalang perlembagaan untuk menjadi presiden. Tetapi badan hak asasi manusia (HRW) berkata, strategi politik yang diambil Suu Kyi membawa bencana kepada pelarian tersebut.

Laporan mengatakan bahawa walaupun sudah ramai diselamatkan oleh Malaysia (di Langkawi) dan Indonesia (di pantai Aceh) tetapi kini dipercayai ada ribuan di dalam perahu yang padat dan terapung-apung di lautan.

Laporan terkini menyebut bahawa antara 100 dan 200 orang telah terbunuh selepas etnik Rohingya dan Bangladesh berebut makanan sesama sendiri di dalam kapal yang membawa mereka yang kemudian terdampar di pantai Aceh.

Ini adalah tragedi kemanusiaan yang sangat dahshat. Pihak keselamatan di Aceh menjumpai pisau, kapak, parang, besi tajam dan lain-lain senjata yang digunakan oleh kedua-dua pihak ketika berkelahi berebut makanan di dalam lapal yang mereka tumpangi.

Dilaporkan kini lebih 3,000 orang Rohinya dan Bangladesh berada di lautan untuk menuju ke negara Asia Tenggara.

Sementara itu, yang menjadi sasaran utama kumpulan pelampau Bhuddis di Mayanmar, ialah etnik Muslim Rohingya. Mereka membunuh beribu-ribu Muslim Rohingya, membakar masjid dan rumah kediaman Muslim di negara itu.

Mereka dihimpunkan di beberapa tempat, termasuk di tepi pantai,  di dalam paya dan hutan. Kemudian dibunuh dengan kejam, ternasuk wanita dan kanak-kanak. Sebab itu ada penduduk di bandar Maungdaw di barat Myanmar memberitahu:

"Bagi mereka, lebih baik mati di laut daripada hidup di tanah yang penuh diskriminasi," kata seorang lelaki tua di situ.

Beberapa pihak  telah menyalahkan kerajaan Bangladesh – jiran Myanmar – yang turut melimpahkan pelariannya di Malaysia dan negara jiran yang lain. Beribu-ribu pelarian Myanmar dan Bangladesh baru-baru ini mendarat di Langkawi dan keadaan ini mencemaskan serta menimbulkan krisis berat.

Hingga kini pihak Myanmar dan Bangladesh membisu mengenai limpahan pendatang mereka ke negara ini dan di negara jiran.

Menurut perangkaan, rakyat Myanmar adalah jumlah pelarian dan pencari suaka politik teramai di Malaysia.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan setakat akhir Februari tahun ini, kira-kira 141,570 daripada keseluruhan 152,570 pelarian dan pencari suaka politik adalah warga Myanmar.

Mereka termasuk kira-kira 49,800 etnik Chin, 45,170 Rohingya, 12,340 Muslim, 7,320 Rakhine dan Arakan serta lain-lain etnik.

Ribuan pendatang asing dipercayai daripada Bangladesh dan Myanmar itu tersadai di dalam bot penyeludup antara Laut Andaman dan Selat Melaka.

Daripada jumlah itu, 1,158 mendarat di Langkawi, Kedah pada 10 Mei lalu yang kemudian ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata kerajaan sedang bekerjasama dengan UNHCR untuk mengenal pasti mereka yang ditakrif sebagai pelarian.

ADUN Ayer Hangat, Langkawi, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid menyarankan kepada kerajaan supaya mengkaji penempatan pos kawalan keselamatan agensi penguat kuasa di Pulau Langkawi.

Ini perlu, katanya, memandangkan jarak antara Ayer Hangat dan Thailand hanya 10 minit perjalanan dengan bot sementara pos kawalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terletak di Kuah, kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot dari Ayer Hangat.

Menurutnya, penyeludup dari Thailand hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Ayer Hangat sementara bot pemantau dari Kuah memerlukan 40 minit untuk sampai ke sana," katanya.

Pelbagai pihak berpendapat bahawa pemimpin negara Asean perlu mengambil langkah segera memaksa negara Myanmar dan Bangladesh mengambil kembali rakyat mereka dan bertindak segera menyelesaikan masalah pelarian dari kedua-dua negara itu.

Mereka kesal, kedua-dua negara itu masih membisu dan tidak mengambil langkah untuk mengatasi masalah pelarian dari negara mereka. – HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Turki arah kapal tentera bantu pelarian Rohingya

HARAKAHDAILY | .


(Foto hiasan)
Kerajaan Turki ikut serta berperanan menyelamatkan Muslim Rohingya yang terdampar di perairan Asia.

Memetik laporan laman web Eramuslim.com, sebuah kapal tentera Turki sudah menjalankan tugasnya di perairan Asia Tenggara mencari pelarian yang melarikan diri dari Myanmar.

"Kerajaan telah mengarahkan kapal tentera Turki di wilayah tersebut dan bergabung dengan usaha antarabangsa untuk membantu para pelarian Rohingya," kata Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu seperti dilansir dari Xinhua, Rabu.

Beratus-ratus pelarian Rohingya dilaporkan berlayar ke perairan wilayah Thailand di Laut Andaman sejak awal bulan ini.

Selain itu banyak pula yang menuju Malaysia dan Indonesia untuk mencari tempat tinggal selepas konflik di negaranya.

PBB menganggarkan ribuan pelarian masih berada di laut lepas. Dikhabarkan mereka juga ditipu dan ditinggalkan oleh peniaga yang awalnya memudahkan mereka untuk melarikan diri dari negaranya.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi PBB untuk pelarian, lebih daripada 25,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dalam tiga bulan terakhir.

Sumber HD - 20-5-2015



























































































Rohingya: Selamatkan saudara seagama kita

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut melahirkan rasa simpati serta bimbang saat ribuan rakyat Rohingya yang terkandas di lautan tanpa adanya bekalan makanan dan air yang baik, berpunca daripada penganiayaan kerajaan Myanmar ke atas mereka.

Penganiayaan tampuk kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohingya ini sudah menjadi satu krisis kemanusiaan dan pasti memerlukan bantuan serta tindakan Asean sendiri bagi menyelesaikannya.

PAS menggesa kepada tampuk kerajaan Malaysia yang juga merupakan pengerusi Asean bagi mengadakan perbincangan khas serta mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penganiayaan tersebut.

Mereka yang berada pada tampuk kepimpinan Asean perlu lagi bertindak pantas bagi menyediakan bantuan kemanusiaan walaupun penyelesaiannya mengambil masa yang panjang.

Mesti bertindak segera, bukan hanya berbincang berpanjangan tanpa ada tindakan, krisis ini nyata melahirkan kesepakatan bumi serantau Asia bagi menangani konflik yang getir ini.

Justeru, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama bermunajat dan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing agar Allah SWT menyelamatkan saudara seagama kita di luar sana.

Pada masa yang sama PAS melalui lajnah dan unit berkaitan pula akan terus membantu dengan berbagai cara untuk meringankan bebanan pelarian Rohingya ini. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Presiden PAS
1 Syaaban 1436 / 19 Mei 2015

Sumber HD - 19-5-2015



























































































Pulau Bidong sebagai pusat perlindungan pelarian Rohingya

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


1.    Menyelamatkan nyawa pelarian yang dizalimi dan terusir daripada tanah air sendiri adalah sebahagian daripada kewajipan beragama yang telah ditegaskan prinsipnya dalam al-Quran. Allah berfirman;

( وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا ) .

"Dan kenapa kamu tidak berperang di jalan Allah dan demi golongan yang lemah di kalangan lelaki-lelaki, wanita-wanita dan kanak-kanak yang menyeru wahai Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang penduduknya melakukan kezaliman. Dan jadikanlah untuk kami dari sisi-Mu seorang pelindung dan jadikanlah untuk kami dari sisi-Mu seorang pembantu". (Surah al-Nisa ayat 75)

2. Tidakkah Rasulullah saw dan juga para sahabat Muhajirin yang berhijrah daripada Mekah merupakan golongan yang lari dan diusir keluar dari tanah air mereka dan juga dirampas harta benda mereka? Mereka diperangi dan dizalimi kerana agama yang dianuti oleh mereka. Mereka lalu diberi perlindungan oleh orang-orang Yathrib (Madinah) bukan hanya melibatkan makanan tetapi melibatkan harta, kediaman, pekerjaan dan pasangan hidup malah seterusnya kerakyatan.

3. Lantaran itu Allah memuji orang-orang Madinah yang kemudiannya dikenali sebagai Ansor yang bermaksud pembantu-pembantu dalam firman-Nya;

( وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ( 9 ) )

"Dan mereka yang menyediakan negeri kediaman dan keimanan sebelum (kedatangan) orang Muhajirin, mereka sayangkan orang-orang yang berhijrah kepada mereka, mereka tidak mendapati dalam hati-hati mereka sebarang hajat daripada apa yang telah mereka berikan dan mereka mengutamakan mereka yang berhijrah berbanding diri mereka sendiri meskipun mereka sendiri ada keperluan. Dan sesiapa yang terpelihara daripada sifat kikir dirinya maka merekalah orang-orang yang beroleh al-falah (kejayaan selepas kesukaran). (Surah al-Hasyr ayat 9)

4. Malah Islam menegaskan kewajipan menyahut dan menyambut seruan memohon pertolongan dan perlindungan nyawa sehinggalah mereka dapat dibawa ke tempat yang aman sebagaimana firman Allah:

( وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ( 6 )

"Dan sekiranya seseorang di kalangan orang yang syirik meminta perlindungan kepada kamu maka berilah perlindungan kepadanya sehinggalah dia mendengar Kalam Allah kemudian sampaikanlah dirinya itu ke tempat yang aman bagi dirinya" (Surah Taubah ayat 6).

5. Sebagai negara umat Islam di rantau Asia, malah Pengerusi ASEAN pula, tidak memadai bagi Malaysia hanya menganggap isu pelarian Rohingya sebagai isu kemanusiaan semata-mata. Perhatian terhadap golongan ini mestilah di atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam. Apatah lagi Rohingya dizalimi oleh ekstrimis berpunca kerana anutan agama Islam yang mereka anuti.

6.    Usaha berterusan mesti dilakukan untuk mengatasi halangan-halangan yang ada termasuk pada aspek perundangan dan hubungan diplomatik demi memastikan pelarian Rohingya mendapat hak perlindungan; penempatan, makanan, kesihatan dan pendidikan.

7. Pada 10 hb mei 2015 yang lalu saya sempat menghadiri majlis pengkebumian semula 11 orang daripada 33 mangsa bunuh Rohingya oleh ejen penyeludupan manusia di Ban Talok, Padang Basar di Selatan Thailand. Dikatakan ribuan lagi menjadi mangsa bunuh oleh ejen-ejen ini apabila gagal melunaskan kos membawa mereka lari menyelamatkan diri dari tanah air mereka.

8.    Terkini pada pertengahan Mei ini, lebih 1,000 orang etnik Rohingya cuba memasuki Malaysia secara penyeludupan kerana lari daripada tekanan di negara mereka dengan pelayaran di atas kapal yang uzur dan tidak cukup bekalan makanan. Mereka perlu diselamatkan dan tidak wajar diberikan layanan sebagai pendatang asing tanpa izin, apatah lagi mengusir mereka semula ke tengah laut.

9.    Etnik Rohingya sangat memerlukan pembelaan khususnya daripada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN. Menurut rekod terdapat 800,000 hingga 1.3 juta orang etnik Rohingya di Myanmar yang menetap di Rakhine tetapi kewarganegaraan mereka tidak diiktiraf, bahkan dinafikan hak mereka untuk mengundi bermula 2012 lalu serta mereka juga diperangi oleh pelampau Buddha.

10.    Sejak tiga tahun lepas, lebih 120,000 terpaksa keluar menyelamatkan diri dengan belayar di lautan. Suku pertama tahun ini sahaja pula kira-kira 15,000 orang lagi keluar ke laut untuk menyelamatkan diri di negara-negara jiran; 8,000 daripadanya ke perairan antara Malaysia dan Indonesia pada bulan ini.

11.    Walaupun Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan pelarian, kita masih boleh mengadakan dasar serta prosedur dalam menangani isu pelarian.

12.    Saya mencadangkan agar pelarian Rohingya ini diberikan perlindungan di lokasi yang pernah diiktiraf secara rasmi sebagai kem pelarian pada 8 Ogos 1978 bagi melindungi pelarian mangsa perang Vietnam iaitu Pulau Bidung di negeri Terengganu.

13.    Mengikut catatan sejarah, sepanjang 1975 hingga 1991, hampir 250,000 orang pelarian Vietnam beragama Budhha dan Kristian berlindung di pulau ini sebelum ia ditutup pada 30 Oktober 1991 dengan baki pelarian dibawa pulang semula ke Vietnam.

14.    Kerajaan Malaysia perlu segera mengiktiraf Pulau Bidung sebagai pusat perlindungan bagi pelarian Rohingya. Pengiktirafan ini akan lebih memudahkan urusan pengurusan pelarian dan menjadikannya lebih tersusun bagi memenuhi keperluan pelarian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan negara.

15.    Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu juga perlu dibuat bagi merealisasikan pembukaan pusat perlindungan ini. Ini kerana walaupun Kerajaan Negeri Terengganu melarang pembinaan resort dan chalet setelah pulau itu dibuka untuk tujuan pelancongan bagi memelihara warisan sejarah pulau itu, pada akhir tahun lalu Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan asas dan pemuliharaan dasar laut Pulau Bidung.

16.    Kesempatan ini sebaiknya dimanfaatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membuka pusat perlindungan kepada orang-orang Rohingya yang beragama Islam yang menjadi pelarian kerana terpaksa meninggalkan tanah air mereka akibat tekanan oleh pemerintah dan pelampau agama di wilayah yang mereka diami. Sekurang-kurangnya, lebih 37,850 warga Rohingya yang yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat 2014 serta yang terkandas di perairan Malaysia baru-baru ini boleh mendapat perlindungan di Pulau Bidung.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus / Ketua Penerangan DUPP

Sumber HD - 19-5-2015



























































































Pelarian Rohingya terkapai merenung nasib di lautan





























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi Asean perlu bertindak segera dalam isu menyelelamatkan pelarian Rohingya yang terkandas di perairan antarabangsa bersempadan dengan negara kita.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nyawa mereka yang ditimpa malang dan menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia itu amatlah wajar dibantu oleh Malaysia atas dasar perikemanusiaan.

"Apatah lagi, kesemua mereka adalah beragama Islam, saudara seakidah dengan kita yang mendabik dada negara Islam contoh di dunia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memainkan peranan penting menggerakkan Asean untuk memberi tekanan yang kuat dan tegas kepada Kerajaan Junta Tentera Myanmar yang bertindak kejam menindas rakyat berbangsa Rohingya ini.

Di samping itu, kata beliau Kerajaan Malaysia sewajarnya bekerjasama dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) untuk mencari jalan penyelesaian sementara bagi pelarian Rohingya ini sepertimana pengalaman Malaysia yang pernah menguruskan pelarian perang Vietnam pada tahun 1975 dahulu yang ditempatkan di Pulau Bidong, Terengganu.

Tambahnya, tidak cukup Malaysia hanya berbangga memegang jawatan sebagai Pengerusi Asean dan Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB sedangkan masalah yang berlaku di halaman sempadan sendiri, kita hanya berdiam diri dan membiarkan sahaja pelarian terkapai-kapai merenung nasib di lautan. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015

ROHINGYA: BANTULAH SAUDARAMU WALAUPUN HANYA 10 SEN

Ditulis oleh Admin PMWP pada . diterbitkan di dalam Bayan Linnas


Mukaddimah
Tatkala kebanyakkan negara dan masyarakat umat Islam di seluruh dunia pada hari ini, ditimpa pelbagai bentuk ujian, dugaan dan tribulasi, tetapi ahamdulillah, Malaysia pada hari ini masih lagi dikurniakan nikmat keamanan dan kesejahteraan dan rezeki yang masih melimpah-ruah yang menjarakkan kita daripada kancah peperangan, musibah dan bencana alam yang begitu teruk. Nikmat yang kita peroleh pada hari ini, haruslah disyukuri sebelum kejadian melanda seperti saudara kita lain hidup dalam keadaan yang merana, kefakiran, sentiasa diburu oleh pihak musuh dan hidup dalam keadaan ketakutan. Apatah lagi yang hanya menanti ihsan dan pertolongan dari saudara yang lain hanya untuk sebuku roti atau sesuap nasi bagi mengalas perut dalam meneruskan kehidupan dengan penuh sengsara serta serba kekurangan.

Tragedi pelarian Rohingya menjadikan diri yang dhaif ini tersentak dan terpaku dalam mengimbau kenangan dan ingatan tentang musibah dan ujian yang menimpa masyarakat dan saudara seagama kita, yang tiada berkesudahan. Ya Allah ampunilah kami di atas kelalaian kami yang melupakan ujian tribulasi menimpa saudara-saudara kami.

Justeru itu, Bayan Linnas pada kali ini, adalah memperingati dan menunjukkan nilai kasih sayang buat saudara Rohingya yang amat memerlukan pertolongan. Walaupun catatan ini yang begitu ringkas tetapi diharap dapat memberi sedikit kesedaran dan penghayatan buat seluruh warga Malaysia dan umat sejagat.

Bayan Linnas kali ke-21 ini dengan bertajuk “Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen”. Semoga memberi manfaat, kesedaran dan penghayatan kepada kita semua, Amin.

Siapa Sebenarnya Rohingya

Etnik-etnik Rohingya bukannya pendatang asing tanpa izin seperti yang datang dari Bangladesh, Indonesia ataupun Nepal dan dilambakkan secara haram di negara ini. Perlu jelas bahawa etnik Rohingya  sebenarnya tergolong sebagai pelarian. Wilayah Rakhine di Myanmar merupakan tanah serta negeri mereka.

Etnik Rohingya adalah kelompok minority Muslim yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, Myanmar. Walaupun hampir 800,000 Rohingya tinggal di sana sejak turun temurun malah berabad, kerajaan Burma tidak mengiktiraf mereka kewarganegaraan mereka.

Pada tahun 1978, junta tentera Myanmar cuba menghalau mereka daripada tanah  air mereka sendiri. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh. Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal oleh tentera Junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar mengakibatkan mereka ini tidak mendapat kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka terasing dari latar sosio ekonomi dan politik negara.

Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya langsung tidak tersenarai. Etnik ini mempunyai kampung dan tanah di Rakhine, sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.

Kezaliman demi kezaliman terus dikenakan kepada mereka sehingga saat ini oleh pihak kerajaan dan juga sebahagian besar golongan ‘ekstremis’ sami Buddha yang dipimpin oleh Ashin Wirathu.[1]

Kezaliman Terhadap Muslim Rohingya

Pembantaian dan kekejaman terhadap Muslim Rohingya di Myanmar sebenarnya bukan pertama kalinya di tahun ini, namun ianya telah berlangsung terlalu lama.[2]

Demi menyelamatkan nyawa daripada tangan-tangan yang kejam, etnik Rohingya sanggup melarikan diri walaupun terpaksa meredah ombak lautan berminggu-minggu lamanya. Keadaan itu terpaksa dilalui rakyat dari wilayah Arakan, Myanmar kerana komuniti tersebut semakin terhimpit di bumi sendiri.

Memetik kenyataan Penyelaras Bantuan Kemanusiaan Rohingya Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakat), Rashid Md Ali berkata, beliau antara individu berpengalaman menjaga kebajikan kumpulan itu sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, sejak 2011 hingga kini, 1,000 pelarian mendarat di Pulau Pinang dan kemudian diserah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). Menurutnya, pelarian Rohingya terpaksa menempuh pelbagai ranjau bagi meneruskan kehidupan termasuk menaiki bot 12 hingga 14 hari untuk pergi ke tempat lebih selamat. “Sepanjang tempoh itu juga mereka hanya makan beras saja dan kadangkala ikat perut menahan lapar.

“Anak-anak kecil ada yang tidak berpakaian sementara golongan ibu sehelai sepinggang sahaja, memang menyedihkan, semuanya kerana demi menyelamatkan nyawa,”[3]

Begitu juga dengan perlakuan zalim lain seperti pembunuhan kejam, rogol (termasuk bawah umur)[4] dan lain-lain yang pasti meluluhkan hati kita sebagai saudara seagama mereka.

Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen.

Isu Rohingya memperlihatkan kepada kita, bahawa sejauh mana kepekaan dan kasihan belas atas ujian dan bencana yang berlaku membabitkan saudara-saudara seagama dengan kita. Keprihatinan, nilai kasih sayang dan bantuan yang dihulurkan  adalah ubat yang terbaik dalam kita mendepani isu yang besar ini. Sesungguhnya hati dan perasaan ummat Islam telah diikat dengan satu ikatan yang sesekali tidak akan putus dan berlanjutan dalam apa jua keadaan yang menimpa. Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
(Surah al-Maidah: 2)
 Di samping itu juga, sesungguhnya peringatan yang tegas disabdakan oleh Nabi SAW dalam satu riwayat yang dhaif jiddan[5]:
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
Maksudnya:Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang Muslim, maka bukan dari kalangan mereka.”
Riwayat al-Tabarani (7/270)
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mengabaikan dan tidak prihatin terhadap sesama Islam.
Sebagai mengukuhkan kenyataan di atas, dalam sabdaan Baginda SAW yang lain dinyatakan:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya: Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.
Riwayat Muslim (2699)

Peringatan dan renungan yang disabdakan Nabi SAW ini adalah satu sikap tanggungjawab dan keprihatin seluruh ummat Islam. Baginda sendiri menunjukkan contoh apabila seorang perempuan yang beragama Islam dicabul kehormatannya oleh orang Yahudi di Madinah, maka Rasulullah SAW mengambil tindakan yang tegas menghalau suku Yahudi itu dari bumi Madinah. Inilah penegasan Nabi SAW terhadap maruah dan nyawa umatnya. 

Di sampaing itu juga, penekanan dan penegasan Nabi SAW terhadap seluruh umatnya tentang betapa mustahak dan pentingnya untuk membina dan mengikat tali persaudaraan sehingga terpahat dalam sanubari kita. Perkara ini hanya mampu difahami oleh mereka yang benar-benar mencari dan mendalami akan suruhan Baginda SAW. Ini amat sukar untuk dihayati dan disemai dalam jiwa kita.
Dalam peringatan ini, Nabi SAW amat menitik beratkan nilai kasih-sayang dan amalan tolong-menolong. Nilai yang disemaikan oleh Baginda SAW ini kepada sahabatnya yang lain, seharunya dijadikan suri teladan buat kita semua. Berasaskan nilai inilah, Islam mampu untuk menakluk hampir keleuruh pelosok dunia. Dengan berbekalkan iman yang mantap dan persaudaraan yang teguh mampu untuk membuka kota besar seperti Rom dan Parsi. Oleh itu, nilai tolong-menolong dan belas ihsan adalah satu nilai yang teramat mulia dan penting untuk kita semaikan ke dalam diri setiap insan.
Nabi SAW bersabda:

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا . فَقَال رجلٌ : يا رسولَ اللهِ ، أُنْصُرُه إِذَا كَان مَظْلُومًا ، أَفَرَأَيتَ إِذا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أنصُرُه ؟ قَالَ : تحجِزُه ، أَوْ تُمْنِعُهُ ، مِنَ الظلمِ فإنَّ ذَلِكَ نَصْرُه
Maksudnya: “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi” Berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” Jawab Baginda: “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya.”.
Riwayat Bukhari (6952)

Ucapan Penghargaan Buat Perdana Menteri, Ulama, NGO Dan Rakyat Malaysia

Pada kesempatan ini, marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, di atas taufiq dan limpahan rahmat-Nya kepada kita, dalam mendepani kegawatan isu Rohingya ini masih terdapat manusia yang dipelihara naluri dan sifat belas kasihan dan berasa bertanggungjawab kepada saudara Rohingya.

Inilah sifat manusiawi dan insani yang disulami dengan ihsan sepatutnya wujud dalam masyarakat Malaysia dan juga umat sejagat.

Oleh itu, saya turut merakamkan jutaan terima kasih saya buat Perdana Menteri Malaysia di atas kepekaan dalam menangani isu ini seperti mana yang diucapkan  oleh beliau:

Saya memberitahu kepada Setiausaha PBB Ban Kim Moon, ini merupakan malapetaka kemanusiaan yang mesti dipandang berat semua Negara. Tidak hanya melibatkan Negara ASEAN, tetapi isu kemanusiaan sejagat yang perlu perhatian semua pihak.[6] 

Atas tindakan Perdana Menteri yang membenarkan sebahagian untuk mendarat dan memberikan bantuan kemanusiaan amatlah dihargai.

Begitu juga keprihatinan para ulama dan pemimpin yang memberi bantuan serta menyokong usaha untuk menyelamatkan krisis yang berlaku ini kerana ia adalah krisis kemanusiaan yang berhak untuk hidup. Mereka mengemukakan pelbagai bentuk cadangan yang boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Di samping itu juga, kita doakan dan pohonkan kepada Allah SWT agar segala bantuan, sifat keprihatinan dan segala usaha yang kita lakukan diseluruh peringkat masyarakat yang terdiri daripada kerajaan Malaysia, badan NGO, para ulama dan asatizah serta seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak, dalam sama-sama berganding bahu meringankan beban dan kesempitan buat seluruh masyarakat Rohingya dapat dilaksanakan dengan jayanya.   

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pelarian Rohingya yang membanjiri perairan negara serantau dan Malaysia perlu dipandang serius. Tragedi yang berlaku ini begitu menginsafkan kita, bukan isu sempadan, bangsa, warna kulit sahaja tetapi isu kemanusiaan dan insani yang wajib diberi bantuan.

Kita sering kali mengambil ringan terhadap isu yang berlaku ke atas saudara kita di atas alasan persempadanan dan perbezaan geografi, namun lebih jauh daripada itu, nilai persaudaraan seagama dan seakidah telah membuka sempadan dan merentasi seluruh benua.

Nilai agama ini seharusnya dihayati bersama oleh seluruh umat Islam, jangan kita biarkan saudara kita dalam keadaan keperitan di tengah samudera tanpa makanan dan minuman yang hanya mengharapkan Tuhan. Ingatlah yang musuh sentiasa cuba menindas musuhnya yang diibaratkan seperti seekor serigala yang membaham seekor kambing secara rakus. Bencana dan ujian yang menimpa mereka turut juga dirasai oleh kita bersama.

Sesungguhnya agama Islam ini merupakan satu rahmat buat seluruh umat manusia. Nilai kasih sayang, bantu-membantu dan bekerjasama merupakan elemen yang begitu penting di dalam Islam. Umatnya disuruh untuk menolong manusia dalam kesempitan, memberi perlindungan kepada yang lemah dan menghulurkan kepada yang memerlukan. Oleh itu, marilah sama-sama kita tanamkan azam untuk sama-sama kita menghulurkan segala upaya yang ada bagi meringankan beban dan kesempitan saudara-saudara kita, dan ini akan dapat menjarakkan kita daripada neraka Allah SWT, seperti mana Nabi SAW bersabda:
اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
Maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
Riwayat al-Bukhari (6540)
Antara jalan dan cara yang dapat kita hulurkan bantuan buat saudara Rohingya adalah:
  • Membuka tabung khas untuk Rohingya dalam isu ini.
  • Masjid di seluruh Malaysia menggunakan tabung pada hari Jumaat sebagai bantuan dan sedikit kempen kesedaran untuk tujuan itu.
  • Majlis Agama atau Baitul Mal dijadikan sebagai tempat pengumpulan dana dan pengagihan bantuan kepada masyarakat Muslim Rohingya.
  • Menggesa pihak OIC untuk dalam mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu perlarian Rohingya yang tiada arah tuju sehingga berkampung di lautan samudera.
  • Menggesa pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi tekanan dan mendesak kerajaan Mynmar.
Saya yakin dengan hati budi masyarakat Malaysia yang cepat tersentuh jiwanya apabila berlakunya ujian dan tribulasi ke atas saudara segama dengan kita. Justeru itu, marilah kita melakukan tindakan dengan bantuan yang seadanya untuk disampaikan kepada masyarakat Rohingya di atas dasar saudara seagama dan simpati yang mendalam terhadap hak insani.

Penutup
Ya Allah, Tuhan Rabb al-‘Alamin yang berkuasa setiap atas sesuatu yang bersifat Maha Pengampun , ampunlah dosa kami atas kecuaian dan ketaqsiran kami dalam membantu saudara-saudara kami.
Ya Allah, selamatkanlah saudara kami dari mehnah tribulasi dan ujian yang sedang mereka hadapi. Semoga kabus dan gerhana kehidupan mereka akan diganti dengan cahaya dan sinar harapan untuk terus hidup dengan sempurna dan selesa.

Saya pernah ke Makkah beberapa tahun dahulu pada musim Ramadhan dan isu Rohingya telah di doakan oleh Imam Makkah dan Madinah ketika solat tarawih. Ini menunjukkan isu ini diberi perhatian penuh oleh masyarakat Islam dunia. Rintihan mereka telah menjadi igauan buruk kepada denyut nadi umat Islam yang lain, yang seolah-olah sama-sama merasa kesakitan tersebut. Ini kerana nilai ukhuwwah dan mahabbah begitu ampuh dan utuh. Benarlah sabda Nabi:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Maksudnya: Perumpamaan sesama Mukmin pada kasih sayang, rahmat dan Ihsan seumpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota mengadu sakit, maka anggota yang lain berjaga malam dan demam.
Riwayat Bukhari (6011), Muslim (2556)
Sekali lagi, saya tegaskan di sini yang bahawa isu Rohingya yang terkena kepada saudara kita adalah tanggungjawab kita bersama dalam menghulurkan bantuan walaupun hanya 10 sen cuma. 
Semoga usaha yang kita lakukan ini mendapat pahala di sisi Allah SWT dan dikira sebagai amalan jariah yang diterima untuk bekalan dunia dan akhirat kita. Amin. Sekian. Terima Kasih Malaysia.

Akhukum Fillah,
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan
17 Mei 2015 Bersamaan 28 Rejab 1436

Sumber MWP / HD - 18-5-2015

DI MANA KEMANUSIAAN ASEAN DALAM ISU PELARIAN ROHINGYA - MSS














http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/35434-di-mana-kemanusiaan-asean-dalam-isu-pelarian-rohingya

Sumber HD - 15-5-2015

No comments:

Post a Comment