BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, May 8, 2015

ISU TABUNG HAJI

Tabung Haji umum bonus 8.0 peratus

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion, berbanding RM3.237 bilion pada tahun 2014. - Bernama

Sumber HD - 4-2-2016



Pertemuan dua hala PAS dan Tabung Haji

HARAKAHDAILY | .



Kunjungan ke Tabung Haji oleh PAS Pusat hari ini berlangsung dengan baik. Menerajui budaya politik matang dan sejahtera, PAS hadir untuk mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji sebelum memutuskan sikap di samping turut mengemukakan pandangan serta penambahbaikan kepada pihak Tabung Haji selepas pelbagai isu kontroversi melibatkan Tabung Haji tercetus.

PAS turut bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam berdasarkan maklumat yang benar dan tepat.

Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanfaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan. Tinggi harapan PAS agar institusi ini benar - benar dikendalikan secara profesional dan telus sekaligus menjaga kepentingan seluruh pendeposit yang terdiri daripada umat Islam.

Secara keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan insya Allah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini. Justeru besar juga harapan umum kepada institusi terbesar dan terpenting bagi umat Islam di Malaysia ini bebas dari perkara yang merosakkan reputasi dan prestasinya.

Bagi pihak PAS kita akan terus mengikuti dengan dekat segala isu yang berbangkit dan akan sentiasa mengadakan pertemuan bagi mendapatkan gambaran sebenar setiap isu yang berbangkit selaras dengan gagasan politik matang dan sejahtera.
th
Pertemuan hari ini menemukan dua pihak. Mewakili PAS terdiri daripada saya selaku Timbalan Presiden PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin Hassan, YB Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali at Takiri (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat), Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Prof Zainal Abidin Kidam, Dr Rosni Adam (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia), Kamaruzaman Mohamad (Pegawai Khas Presiden PAS) dan Nurul Islam Mohd Yusof (Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia).
th1
Sementara pihak Tabung Haji terdiri daripada Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji, Tan Sri Ismee Haji Ismail, Datuk Johan Abdullah (Timbalan Pengarah Urusan), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan TH) dan beberapa orang pegawai kanan Tabung Haji yang lain.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
02 Februari 2016 / 23 Rabiul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016




Isu TH: 'Hanya saya dan Jamil Khir dapat surat itu'

Posted on Saturday, January 30 @ 07:31:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat laporan polis berhubung kebocoran kandungan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kedudukan kewangan yang dibocorkan kepada umum, ujar Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

"Hanya saya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dapat (surat itu). Macam mana surat itu boleh keluar?

"Jadi, kita akan lihat hasil siasatan polis, siapa yang mengeluarkan surat itu," katanya Pengerusi TH itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

TH menjadi topik hangat di media sosial kebelakangan ini mengenai tarikh pembayaran bonus pendeposit dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan rizab.

Beliau berkata tindakan BNM itu tidak salah dan tidak sepatutnya timbul sebarang isu mengenainya.
Katanya isi kandungan surat tersebut lebih kepada BNM memberi peringatan kepada TH, sama seperti yang dilakukan kepada institusi kewangan lain di bawah pemantauan BNM.

"Beliau (Zeti) memberi pandangan dan nasihat supaya menjaga keuntungan demi masa hadapan. Bukan kata TH kerugian atau kehilangan duit. Tindakan mereka tidak salah.

"Yang salah adalah dalang yang mengeluarkan surat tersebut dan memutarbelitkan (fakta yang tidak sepatutnya). Orang itu yang kita akan ambil tindakan, tidak kira siapapun dia," tegasnya. - Bernama

Sumber TKO - 30-1-2016

PAS mahu TH jaga amanah para pendeposit

HARAKAHDAILY | .


PARTI Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan lebih rendah dari liabiliti.

PAS berpandangan langkah BNM itu adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar yang mana Malaysia tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.

PAS amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.

Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.  

PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan.

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha AgungHARAKAHDAILY 28/1/2016

Sumber HD - 28-1-2016

LTH perlu akur peringatan BNM, bukan nafi

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) akur dan mengambil langkah yang sesuai dengan peringatan serta nasihat daripada Gabenor Bank Negara mengenai isu rezab dan pengagihan dividen kepada pencarum oleh institusi tersebut.

Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya amat terkejut dengan teguran dan ingatan Bank Negara terhadap LTH melalui dua surat yang kini teredar meluas melalui media sosial, menyatakan kedudukan kewangan dan nilai aset Tabung Haji dalam keadaan yang tidak kukuh.

"Kami ingin mengingatkan bahawa institusi Islam yang melibatkan caruman masyarakat awam seperti LTH, sangat penting dikendalikan dengan profesional, telus dan beramanah .

"Tanggapan orang awam bahawa institusi Islam adalah lebih berintegriti perlu dipertahankan. Ini menjadi kriteria yang utama sebagai asas kerajaan harus meningkatkan lagi usaha mengujudkan lebih banyak institusi Islam dinegara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun jelas beliau,  apabila berlaku kepincangan yang didedahkan dalam media, dan penjelasan  yang diberi oleh pihak berkenaan tidak tuntas bukan sahaja keyakinan masyarakat kepada institusi tersebut akan terjejas malah imej Islam yang menjadi dasar kepada kewujudan institusi itu sendiri.

"Kami menegaskan institusi Islam semestinya menjadi kayu ukur dan model untuk dijadi teladan kepada masyarakat, bahawa Islam mampu memajukan masyarakat dengan sistem Islam yang lengkap.

"Kami percaya tindakan Bank Negara mengutus surat ingatan dan teguran itu kepada LTH, mengisyaratkan bahawa sebarang kepincangan pengurusan kewangan institusi yang dijamin oleh kerajaan, terutama yang melibatkan sekitar 9 juta pencarum, perlu dipantau dengan rapi kerana ia boleh memberi kesan rantai kepada banyak aspek ekonomi negara," tegasnya.

Jelasnya, dengan memberi reaksi menafikan kenyataan dan berhujah bahawa LTH tidak menghadapi masalah sebagaimana yang digambarkan oleh surat Gabenor Bank Negara adalah tidak bijak.

Ia, kata beliau seolah-olah menyapu masalah dibawah karpet, sedangkan Bank Negara hanya mahu menegur untuk memperbaikki keadaan, menunjukkan pihak yang berkaitan dijangkiti penyakit sindrom penafian.

Sebelum ini isu Tabung Haji membeli aset hartanah 1MDB dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga yang dibeli oleh 1MDB itu sendiri sudah cukup mencurigakan masyarakat awam.

Pengumuman Perdana Menteri bahawa Tabung Haji diarah menjual semula aset tersebut, bukti jelas menunjukkan pengurusan kewangan Tabung Haji tidak berhemat. Sehingga kini kedudukan jualan semula hartanah itu belum di ketahui kedudukannya.

Justeru Mapim turut menggesa supaya semua institusi Islam segera disemak dengan terperinci untuk mengembalikan keyakinan masyarakat awam yang menerima pelbagai maklumat mengenai ketidaktelusan pengurusan yang melibatkan kewangan institusi Islam. – HARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD - 26-1-2016

Sekiranya benar, PAS desak pecat Pengerusi Tabung Haji

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tampil menjelaskan:

1. Apakah betul Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan LTH di 2015 yang gawat di mana nilai rizab LTH telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset LTH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?

2. Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya – dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?

3. Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi LTH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

4. Sekiranya semua di atas benar, apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?

5. Dan sekiranya di atas benar, mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi LTH?

6. Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji?

Sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi LTH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi LTH baru dilantik bagi membantu LTH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara. - HARAKAHDAILY 26/1/2016

Penulis ialah Timbalan Presiden PAS.

Sumber HD - 26-1-2016











Tuntut penjelasan Lembaga Tabung Haji









HARAKAHDAILY | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut penjelasan segera daripada Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung dua pucuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia yang tersebar di media baru-baru ini.

Dua surat yang bertarikh 23 dan 25 Disember 2015 adalah mengenai kemerosotan kedudukan kritikal kewangan LTH yang berkemungkinan boleh menjejaskan dana dan harapan pendeposit untuk menunaikan haji.

Menurut surat yang ditujukan kepada Pengerusi LTH, Gabenor Bank Negara telah menyatakan bahawa pembayaran dividen dan bonus yang tidak berhemah sehingga mengakibatkan kedudukan paras rezab yang negatif akan mendedahkan institusi dana umat Islam ini berhadapan dengan risiko yang besar.

Hal ini mesti dipulihkan bagi mengelakkan pasaran kewangan yang berkaitan akan turut terjejas termasuk kewangan negara yang menjamin keseluruhan dana pendeposit.

PAS juga memandang serius tahap risiko yang dilaporkan oleh BNM kerana ia melibatkan sejumlah besar dana umat Islam di negara ini.

PAS menggesa agar pihak pengurusan LTH segera mengambil saranan-saranan yang telah dicadangkan oleh BNM terutamanya dengan melantik atau lebih sesuai menggantikan ahli-ahli lembaga pengarah yang berkompetensi tinggi dalam hal ehwal kewangan dan operasi LTH.

PAS juga meminta agar keseluruhan operasi komersial LTH disemak semula supaya lebih efisyen dan terkawal.

Rentetan itu, Pengerusi LTH mesti tampil menjelaskan status 2 surat berkenaan yang telah tersebar di media sama ada benar atau pun palsu.

Sekiranya benar, beberapa langkah drastik mesti segera perlu diambil bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan kedudukan kewangan Tabung Haji.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Rabiul Akhir 1437 / 26 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD -1-1- 2016

Pensyarah bimbang TH jadi agen penyelamat










MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: Lembaga Tabung Haji (TH) bukanlah syarikat korporat kerajaan (GLC) yang boleh sewenang-wenangnya diperalatkan kerana ia melibatkan wang simpanan orang ramai.
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata TH bukan syarikat korporat yang boleh dilakukan apa sahaja.

Katanya, kerajaan kena ingat wang di Tabung Haji milik orang ramai yang mahu menunaikan ibadat haji.

“Penglibatan TH membeli tanah dengan kos sehingga RM188.5 juta hanya dengan keluasan lebih seekar di Tun Razak Exchange (TRX).

“Ini isu nasional kerana membabitkan wang pendeposit umat Islam. TH tidak boleh sewenang-wenang menggunakan wang itu bagi membeli tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya ketika ditemui  selepas Kuliah Bulanan Wanita Kelantan di Balai Islam, Lundang baru-baru ini.

Dr Zaharuddin yang juga Presiden Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) melahirkan rasa bimbang amalan menggunakan wang milik umat Islam bagi menyelamatkan agensi kerajaan yang bermasalah pada masa akan datang. - HARAKAHDAILY 28/5/2015


Sumber HD - 28-5-2015

Tabung Haji: Siasat semua pihak terlibat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Wakil pencarum Tabung Haji hari ini menyerahkan Memorandum Rakyat Selamatkan Tabung Haji kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menggesa Dewan Rakyat menjalankan siasatan di bawah Jawatankuasa Pemilih (Select Committee) berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH).

Menurut wakil pencarum, siasatan itu perlu dibuat secara terperinci dengan memanggil semua pihak yang terlibat tanpa terkecuali.

Penyerahan memorandum yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut menggesa agar Dewan Rakyat mendedahkan hasil siasatan itu kepada rakyat agar ketelusan dapat diketahui.

Dan katanya, segala kesalahan dalam urusan jual beli TRX oleh Tabung Haji dapat dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan dan dihakimi mahkamah.

Memorandum rakyat ini turut diwakili oleh lebih 15 organisasi  antaranya PAS, PKR, Abim, Gamis, SAMM, Royalti, Panglima, Jingga 13, Anak, Yayasan Pembangunan Ummah, Terap Care dan Pertubuhan Kepedulian Keperihatinan Insan (Peduli).

Terdahulu Mahfuz yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) bagi membolehkan dewan merunding isu transaksi pembelian tanah dengan harga hampir 50 kali ganda daripada harga asal TRX oleh TH dengan pihak 1MDB.

Usul yang diserahkan pada 15 Mei 2015 bagi Mahfuz ianya perlu dibincangkan kerana ia telah melibatkan kepentingan ramai kerana terdapat seramai 8.6 juta pendeposit di kalangan umat Islam.

"Mereka ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk yang berpendapatan rendah berusaha gigih dengan titik peluh kesusahan dan derita air mata untuk pergi menunaikan ibadah haji di Mekah," katanya.

Bagaimanapun Pandikar Amin telah menolak usul tersebut kerana tidak perlu disegarakan.

"Tindakan sudah diambil TH sudah menjual balik tanah berkenaan. Apa lagi isu yang perlu dibincang? RMK-11 yang akan dibentangkan sesi ini, boleh bahas lagi. Tak nampak kesegeraan," jelas Pandikar Amin. - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015











1MDB: Tabung Haji jangan jadi 'pak sanggup'

| .




KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim segera meletakkan jawatan bagi mengelakkan dana awam terus disalahguna.

Desakan itu dibuat melalui memorandum yang diserahkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji hari ini.

"Hari ini kita berkumpul menyatakan bantahan kita terhadap Pengurusan Tabung Haji yang telah menggunakan dana awam milik rakyat miskin dengan alasan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Alasan tersebut adalah satu pengkhianatan yang kita tidak boleh terima, bagaimana syarikat yang penuh kontroversi dengan segala kerugian serta hutang kita ingin selamat melalui dana rakyat, ia tidak wajar dilakukan," kata Ketua Penerangan DUPP dalam himpunan aman di hadapan bangunan Tabung Haji di ibu negara.

Menurut beliau lagi, tiga perkara yang menjadi keutamaan dalam memorandum adalah membatalkan segera pengguna dana awam, mengambil tindakan segera memecat Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta membatalkan segera sebarang cadangan transaksi atau pembelian sukuk dari 1MDB.

"Tabung Haji tidak boleh hanya menjadi pak sanggup, dana rakyat harus dipelihara dan bukannnya untuk menyelamat syarikat yang bermasalah.

"Kita mahu tindakan segera diambil terutamanya memecat Abdul Azeez, jika gagal dilakukan satu himpunan lebih besar akan diadakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang turut hadir juga meminta kerajaan bertindak memecat Pengerusi Tabung Haji.

"Kita akan terus mengadakan bantahan jika kerajaan tidak bertindak memecat pengerusi.

"Bantahan akan diadakan seluruh negara demi menyelamat wang rakyat," jelasnya.

Dianggar hampir lima ratus orang hadir pada himpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat. - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-5-2015












'Kami ambil masa lama menyimpan untuk tunai haji'

HUSIN TAWANG | .


PASIR PUTEH: Bukan mudah penduduk kampung untuk mengumpul sehingga RM10,000 untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.

Lebih memeritkan lagi mereka terpaksa pula menunggu bertahun-tahun untuk mendapat giliran ke Makkah, sedangkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan dibawa percuma menunaikan haji tanpa perlu mendaftar.

Tahun lepas seramai 1,000 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dipilih menyertai Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB).

Seorang penduduk Mohd Yusoff Kundor, 51, lebih malang lagi apabila Lembaga Tabung Haji pula dipergunakan bagi menyelamatkan 1MDB.

Katanya kalau sebelum ini 1MDB menaja imam dan penghulu Umno menunaikan haji, sekarang duit Tabung Haji pula digunakan bagi menyelamatkan IMDB.

“Kami penduduk kampung mengambil masa begitu lama untuk menyimpan sehingga terpaksa berjimat cermat sebagai persiapan untuk menunai haji.

“Tapi tahu-tahu duit simpanan kami pula digunakan bagi menyelamatkan 1MDB. Kalau kegiatan itu tidak didedahkan sudah tentu pendeposit Tabung Haji tidak tahu,” katanya di sini.

Sebelum ini media melaporkan wang caruman Tabung Haji digunakan bagi membeli tanah seluas satu setengah ekar milik 1MDB pada harga RM188.5 juta.

Tabung Haji membayar tanah tersebut pada kadar RM2,774 sekaki sedangkan 1MDB mendapat tanah itu dengan harga RM60 sekaki daripada kerajaan.

Penyelia kilang Azaman Ahmad, 45, berkata skandal itu meluntur keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji yang dipengerusikan pemimpin Umno. - HARAKAHDAILY 14/5/2015

Sumber HD - 14-5-2015


Setiausaha UMNO Bahagian Cheras desak Pengerusi TH letak jawatan !















Posted on Wednesday, May 13 @ 16:30:56 MYT by paktam

KREDIBILITI Datuk  Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)  sudah tercalar dan sewajarnya beliau meletakkan jawatan.

Desakan tersebut disuarakan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah berikutan  kontroversi pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) oleh TH daripada 1MDB dengan nilai RM188.5juta.


Beliau berkata, walaupun TH kemudiannya telah menjual semula tanah berkenaan berikutan kemarahan rakyat tetapi kedudukan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH masih dipersoalkan.

“Dari segi kredibiliti, ianya sudah tercemar apabila pada mulanya beliau menafikan berhubung pembelian tanah tersebut oleh TH,” katanya.

“Saya selaku ahli UMNO, rakyat biasa meminta Perdana Menteri melucutkan jawatan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH kerana kenyataan dan tindak-tanduk beliau telah mencetuskan kegelisahan pendeposit TH.

Beliau mempersoalkan bagaimana seorang pengerusi di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) boleh mengeluarkan kenyataan tidak tahu berhubung pembelian tanah berkenaan oleh TH daripada 1MDB.

“Ini bukan melibatkan urusniaga RM100 atau RM1,000. tetapi mencecah ratusan juta ringgit, agak mustahil Pengerusi TH tidak ambil tahu, apatah lagi pendedahannya tersebar luas menerusi media sosial,” tegasnya,.

Lazimnya kata beliau, sebarang urusniaga jutaan ringgit atau apa juga keputusan melibatkan kepentingan umum sesebuah syarikat GLC ianya mesti berada dalam pengetahuan pengerusi.

“Tetapi amat menyedihkan, Pengerusi TH boleh menafikan soal pembelian tanah raturan juta ringgit oleh TH daripada 1MDB, ini satu jawapan yang boleh dianggap tidak masuk akal,” tegasnya.

Pada 7 Mei lalu, Abdul Azeez melalui laman Twitternya, mengatakan ‘tidak betul’ berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh TH.

Bagaimanapun pada 10hb. Mei, Pengerusi TH itu memberikan penjelasan panjang lebar berhubung pembelian tanah tersebut dan akan menjualnya semula kepada syarikat berminat setelah mencetuskan kemarahan rakyat.

“Dalam konteks ini, kita semua Ahli Lembaga Pengarah berbincang dan ada tiga tawaran. Kita beli dahulu RM188.5juta, sekarang ada tiga tawaran,” Abdul Azeez dipetik sebagai berkata dalam penjelasan tersebut.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan Pengerusi TH yang disandangnya sejak 2013, kerana berpendapat ia bakal mengundang kerugian kepada TH.

Bagaimanapun Syed Mehdhar tetap mempersoalkan kenapa apabila kedaan menjadi meruncing dan banyak pihak menyelar tindakan TH, beliau kemudiannya membuat sidang media khusus untuk menjelaskan pembelian tersebut.

“Alasannya atas nasihat Perdana Menteri, begitu mudah keputusan dibuat sedangkan rakyat sudah berada dikemuncak kemarahan,” tegasnya.

Menurut beliau, pendeposit TH adalah orang Melayu dan simpanan tersebut bagi membolehkan mereka menunaikan fardhu haji.

Menurut Syed Mehdhar lagi, beliau tidak mempesoalkan apa juga keputusan yang telah dibuat,  bagaimana dan kenapa pembelian membabitkan TH itu berlaku tetapi kecewa dengan sikap Pengerusi TH yang mengambil jalan mudah dengan menafikan urusniaga tersebut setelah didedahkan oleh beberapa laman sosial.

“Saya selaku Setiausaha UMNO Bahagian dan ahli-ahli parti berhak tahu dan berhak bercakap soal tersebut, ini melibatkan simpanan umat Islam, mengapa begitu mudah menghakiskan keyakinan rakyat,” soal beliau.

Katanya, kredibiliti Abdul Azeez yang sudah tercalar itu juga sedikit sebanyak akan terpalit kepada UMNO yang merupakan parti yang menjadi tonggak kerajaan yang memerintah.

“Apabila orang Melayu marahkan TH, marahkan pengerusinya, secara tidak langsung mereka juga marahkan UMNO, mereka lemparkan tuduhan bukan-bukan kepada parti, inilah penyakit yang kita terpaksa tanggung akibat sikap berdolak-dalik,” tegasnya.

Katanya lagi, jika Abdul Azeez seorang pemimpin yang memikul amanah dan tanggungjawab rakyat sepatutnya beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TH.

“Kita tidak perlu bercerita bagaimana TH bayar dividen, bagaimana pengurusan haji dibuat oleh TH, tetapi kita bercerita soal prinsip dan kredibilti,” tegasnya lagi

http://umnobahagiancheras.blogspot.com/

Sumber DD - 13-5-2015 


‘Keluarkan’ pengkhianat, bukan duit Tabung Haji
Posted on Wednesday, May 13 @ 16:17:00 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: PAS menasihatkan pendeposit Tabung Haji (TH) khususnya bakal Haji agar tidak mengeluarkan wang deposit me reka berikutan kemelut yang melibatkan institusi kewangan itu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata PAS mengajak semua pihak khususnya umat Islam untuk menyelamatkan institusi yang dihormati dengan ‘mengeluarkan’ pengkhianat atas situasi yang berlaku dan bukannya merosakkan Tabung Haji yang cukup berjasa kepada umat Islam selama ini.

“Jangan keluarkan duit Tabung Haji tetapi keluarkan mereka yang bertanggungjawab dan pengkhianat yang menyebabkan kemelut ini.


“Segala sampah sarap yang mengotorkan Tabung Haji perlu disingkirkan dan dibersihkan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada 12 Mei lalu berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan tran saksi Tabung Haji dan 1MDB termasuk jawatan yang dipegang oleh individu yang berkepentingan dalam dua badan itu termasuk pemimpin politik Kata Salahuddin, adalah menjadi tanggugjawab kerajaan mendengar bantahan dan tuntutan rakyat yang semakin bimbang dengan urus tadbir kewangan Tabung Haji yang sudah melibatkan diri dengan transaksi meragukan seperti pembelian tanah TRX. “Kita mahu Tabung Haji terus memberi khidmat yang baik dan dipandang tinggi dari segi intergriti.

“Umat Islam termasuk sejuta ahli PAS memberi kepercayaan penuh kepada Tabung Haji dan amanah yang diberikan sebaliknya dikhianati oleh individu-individu tertentu yang berkepentingan.

Untuk itu, katanya Tabung Haji mesti melakukan tindakan drastik memulihkan imej yang tercalar disebabkan pihak tidak bertanggungjawab dan langkah pertama dengan menyingkirkan mereka daripada posisi penting di institusi itu.

“Rakyat khususnya umat Islam dinasihatkan mengekalkan wang deposit mereka sebaliknya menuntut serta mendesak segera agar pengkhianat ini disiasat dan disingirkan daripada Tabung Haji,” katanya.

Terdahulu Ketua Penerangannya Dato’ Mahfuz Omar berkata tindakan mengeluarkan wang deposit daripada TH akan meruntuhkan institusi kewangan umat Islam yang kuat dan utuh yang dipelihara selama ini.

Bercakap pada sidang media mengenai gerakan ‘Selamatkan Tabung Haji’ yang ditubuhkan di bawah parti itu, Mahfuz berkata pendeposit perlu mengelak daripada mengambil tindakan negatif yang tidak menguntungkan diri serta institusi kewangan itu.

Bagaimanapun, Mahfuz yang juga pengerusi bagi gerakan itu berkata, sebuah Suruhanjaya Bebas perlu ditubuhkan bagi merombak semula sistem pentadbiran TH bagi mengembalikan kredibiliti institusi berkenaan.

TH berdepan kontroversi berikutan pembelian tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, yang didakwa bertujuan untuk menyelamat syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB.

Sumber DD - 13-5-2015

TH beli tanah 1MDB: Adakah ikut undang-undang?

SALKUKHAIRI ABD SUKOR | .


RAMAI yang minta saya ulas berkenaan isu pembelian satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dikatakan milik 1MDB oleh Tabung Haji (TH). Pada awalnya, saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut memandangkan ia telah diulas oleh banyak pihak termasuklah pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang, ahli politik, NGO dan tokoh-tokoh masyarakat  dan ia telah diulas daripada pelbagai sudut, baik dari sudut politik, korporat, syariah, pelaburan mahupun dari sudut ekonomi dan sebagainya.

Cuma ada baiknya jika saya fokuskan ulasan saya ini dari segi perundangan dan amalan guaman biasa sesuatu urusniaga  jual beli hartanah, khususnya melibatkan sesuatu hartanah yang bernilai tinggi.

Dari segi amalan guaman biasa sebelum sesuatu urusan jual beli hartanah itu dilakukan, Pembeli hendaklah membuat semakan dan mengesahkan bahawa Penjual adalah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut. Sekiranya Penjual bukanlah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut, pembeli mungkin berhadapan dengan risiko kerugian dan berkemungkinan tanah tersebut tidak dapat dipindahmilikkan kepada pembeli.

Dalam kes pembelian tanah oleh TH ini, tidak dapat dipastikan sama ada tanah yang dikatakan dibeli oleh TH tersebut adalah sebenarnya milik 1MDB. Dalam erti kata lain, adakah 1MDB adalah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut? Dan adakah tanah tersebut telah mempunyai suratan hakmilik individu (geran tanah) yang berasingan yang merekodkan 1MDB adalah sebagai pemilik berdaftar di dalam suratan hak milik individu (geran tanah) tersebut.

Apa yang kita bimbang  adalah, adakah berkemungkinan 1MDB hanyalah sekadar pemilik benifisiaries (atau dalam bahasa mudahnya, pemilik yang berkepentingan sahaja) terhadap tanah tersebut, sedangkan mereka bukanlah pemilik berdaftar yang sebenar terhadap tanah tersebut dan tanah tersebut masih kekal milik kerajaan? Ataupun adakah berkemungkinan juga kerajaan masih memegang tanah tersebut bagi pihak 1MDB sebagai bare trustees semata-mata?

Jika sekiranya keadaan tersebut benar-benar berlaku, maka dibimbangi 1MDB boleh dianggap sebagai mengambil keuntungan atas angin terhadap penjualan tanah yang masih belum rasmi menjadi milik mereka. Sedangkan dibimbangi tanah tersebut tidak boleh dipindahmilikkan kepada TH disebabkan oleh 1MDB bukanlah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut.

Hal ini kerana dari segi amalan biasa sesuatu transaksi jual beli hartanah, proses sesuatu urusan jual beli tanah bermula daripada urusan menandatangani perjanjian jual beli sehinggalah tanah tersebut boleh dipindahmilikkan kepada pembeli, biasanya mengambil masa paling cepat pun antara 2 hingga 3 bulan. Sedangkan, dalam kes transaksi jual beli tanah ini, dikatakan proses tersebut hanya mengambil masa tidak lebih daripada sebulan, dan kemudiannya TH membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut kepada pihak ketiga.

Bagi seoarang peguam hartanah yang biasa mengendalikan urusan jual beli dan pindah milik sesuatu hartanah, adalah sesuatu yang agak menghairankan juga, jika sesuatu urusan jual beli itu dapat disempurnakan pindah miliknya dalam tempoh masa yang sesingkat itu. Adakah peguam TH terlalu efisyen menguruskan transaksi jual beli tanah tersebut?

Dari segi prinsip undang-undang tanah pula, selagi sesuatu pindah milik itu tidak dibuat kepada pembeli dan nama pembeli tidak didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam sesuatu suratan hak milik individu  (geran tanah) tersebut, maka hak dan kepentingan pembeli tidak akan  dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang dan pemilikan terhadap tanah tersebut masih boleh disangkal oleh mana-mana pihak lain. Justeru jika keadaan itu benar-benar berlaku, maka pembelian tanah tersebut oleh TH bukan sahaja akan mendedahkan organisasi tersebut kepada risiko kerugian, bahkan ia juga akan mendedahkan risiko kerugian kepada pencarum-pencarumnya.

Maka saya fikir pihak 1MDB hendaklah tampil mengesahkan bahawa mereka sebenarnya adalah pemilik berdaftar terhadap tanah tersebut dan tanah tersebut telah secara rasminya dipindahmilik kepada TH dimana TH atau penamanya telah direkodkan nama sebagai pemilik berdaftar di dalam suratan hak milik individu (geran) tanah tersebut. Barulah ia boleh dianggap sebagai transaksi yang betul dan telus mengikut perundangan dan amalan guaman hartanah yang sebenar.

Seterusnya, daripada maklumat yang diperolehi, TH mengesahkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah mereka telah bersetuju untuk menjual semula tanah tersebut dengan anggaran lebih kurang RM5 juta setelah tidak sampai sebulan TH memiliki tanah tersebut.

Dari segi amalan guaman sesuatu urusniaga hartanah, sesuatu hartanah yang dilupuskan (dijual) kurang daripada tempoh 5 tahun daripada tarikh pemerolehannya (pemilikannya), maka penjual hendaklah membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) kepada LHDN, iaitu sekiranya tempoh pemilikan tidak sampai 1 tahun, penjual hendaklah membayar sebanyak 30% CKHT daripada kadar keuntungan pelupusan hartanah tersebut kepada LHDN.

Dalam kes di atas, sekiranya TH ingin menjual semula tanah tersebut kepada pihak ketiga, dengan anggaran kadar keuntungan sebanyak RM5 juta, maka TH terpaksa membayar CKHT sebanyak RM1.5 juta kepada LHDN. Selepas ditolak CKHT jumlah keuntungan yang diperolehi oleh TH hasil daripada penjualan semula tanah tersebut hanyalah sekitar RM3.5 juta sahaja. Adakah keuntungan tersebut berbaloi? Biarlah pencarum-pencarum TH yang mejawabnya.

Bukan soal untung rugi sahaja yang perlu dilihat di sini, TH juga harus melihat soal risiko perundangan yang bakal dihadapi sekiranya mereka memutuskan untuk menjual semula tanah tersebut kepada pihak ketiga sedangkan, jika benar, tanah tersebut masih belum dipindahmilikkan kepada nama mereka secara rasmi dan nama TH belum direkodkan di dalam suratan hakmilik individu (geran) tanah tersebut.

Oleh yang demikian, saya menyarankan agar sebagai syarikat dan organisasi yang menggunapakai dana rakyat, 1MDB dan TH perlulah tampil secara terbuka mengesahkan kepada rakyat khususnya bahawa transaksi jual beli yang mereka masuki adalah benar-benar mengikut undang-undang dan amalan guaman hartanah yang sebenar, untuk mengelakkan risiko kerugian dan risiko perlanggaran terhadap peruntukan undang-undang yang berkenaan. – HARAKAHDAILY 13/5/2015

Penulis adalah Pengerusi JUHAM Pahang dan merupakan seorang Peguam Hartanah yang berpengalaman selama 13 tahun dalam urusan guaman hartanah.

Sumber HD - 13-5-2015



















TH: Kenapa guna jurunilai antarabangsa?

| .



KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan Tabung Haji (TH) menggunakan khidmat Jones Lang Wootton (JLW) sebagai penilai hartanah dalam urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan kerana terdapat ramai penilai hartanah muslim yang berkelayakan untuk melaksanakan tugasan tersebut.

"Ini didedahkan dalam blog The Benchmark, kenapa guna jurunilai antarabangsa sedangkan negara ini mempunyai jurunilai muslim.

"Bahkan terdapat jurunilai yang mengatakan harga tanah yang dibeli Tabung Haji dengan kononnya harga diskaun itu hanya andaian dan bukannya nilai yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, harga tanah komersial di kawasan sekitar yang belum mendapat kelulusan untuk pembangunan adalah antara RM500 hingga RM700 satu kaki persegi manakala harga selepas mendapat kelulusan pula ialah RM 1200 hingga RM 1500 satu kaki persegi.

"Sedangkan harga yang dibeli oleh Tabung Haji mencecah RM2700 kaki persegi. Jadi, apakah asas nilai andaian yang digunakan dalam menentukan harga tersebut?

"Persoalan yang wajar juga diingatkan ialah 1MDB dan Tabung Haji merupakan entiti kerajaan.

"Mengapa, pandangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak digunakan untuk mendapatkan penilaian bebas?," soal beliau.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut berpendapat, walaupun perkhidmatan swasta dibenarkan untuk diguna, tetapi lebih baik pertimbangan dibuat setelah membandingkan hasil penilaian yang dibuat oleh penilai rasmi kerajaan dan swasta.

"Apatah lagi, Jabatan kerajaan pastinya akan membuat penilaian yang lebih mempertahankan entiti milik kerajaan agar wang milik rakyat tidak digunakan dengan sesuka hati oleh pihak terbabit.

"Saya menuntut penjelasan dan ketelusan Tabung Haji untuk menjawab persoalan ini kerana TH merupakan institusi berprestij yang dimiliki ummat Islam di Malaysia. Amatlah malang apabila ia digunakan untuk kepentingan pihak tertentu," sambung beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015





















Sah atau ‘wayang’ jana dana bantu 1MDB langsai hutang





















HARAKAHDAILY | .


Penjualan tanah 1MDB seluas 1.56 ekar kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) yang bernilai RM188.5 juta pada kadar RM2,774 sekaki persegi perlu dipersoalkan walaupun dikatakan telah memberikan LTH keuntungan sebanyak RM5 juta.

Ini adalah kerana dana yang digunakan LTH adalah dana rakyat yang menabung untuk membiayai urusan fardhu haji terutama sekali bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Penjualan pada kadar yang tinggi ini perlu dipersoalkan sama ada ianya benar-benar satu transaksi pasaran yang sah ataupun hanyalah satu ‘wayang’ untuk menjana dana bagi membantu 1MDB melangsaikan hutang-hutangnya.

Kelmarin kita dikejutkan pula dengan pembelian tanah 1MDB di kawasan yang sama oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada kadar 15% lebih rendah daripada tanah yang dibeli oleh LTH bernilai hampir RM2,300 sekaki persegi. Tanah dan bangunan yang bakal dibeli oleh KWAP dinilaikan di antara RM1 billion dan RM2 billion.

Saya kesal dengan sikap pihak kerajaan yang sanggup menggunakan dana rakyat untuk menyelamatkan projek gagal Perdana Menteri iaitu 1MDB.

Sudahlah pendapatan rakyat yang tidak meningkat itu dirompak oleh kerajaan menerusi beban GST, kini, duit simpanan untuk masa depan rakyat (LTH, KWAP) pula digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan 1MDB yang hanya menguntungkan beberapa kroni tertentu sahaja.

Keghairahan pentadbiran Perdana Menteri untuk menyelamatkan 1MDB tanpa mempedulikan senstiviti rakyat amat membimbangkan. Tidak mustahil mereka juga akan sanggup mencetak lebih banyak wang ringgit untuk membiayai hutang 1MDB setelah segala dana rakyat habis digunakan nanti.

Sekiranya ini dilakukan maka nilai ringgit Malaysia akan susut ke tahap yang lebih rendah dan rakyat pula akan lebih tertekan memandangkan banyak bahan keperluan asas rakyat Malaysia adalah diimport.

Saya berharap pihak Bank Negara Malaysia akan dapat mengekalkan tahap profesionalisma mereka dengan menentang sebarang tindakan yang bakal menyusutkan nilai ringgit dilakukan demi mempertahankan nilai matawang ringgit negara.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
12 Mei 2015

Sumber HD - 12-5-2015

Abim serah memo gesa Azeez letak jawatan

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyerahkan memorandum bagi menggesa Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH) begitu juga pihak-pihak yang terlibat dengan 1MDB.

Abim yang diwakili Presidennya Amidi Abdul Manan berkata gesaan ini adalalah untuk mengelakkan insiden seperti konflik kepentingan berulang kembali dalam transaksi TH di masa-masa mendatang.

"Kerana kesilapan yang dibuat oleh pengerusi Tabung Haji akhirnya mengundang persepsi tidak benar tentang Tabung Haji,"katanya kepada pemberita di Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak.

Katanya, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir selaku menteri yang menyelia agensi itu.

"Sebagai menteri, Jamil Khir perlu memberi penjelasan berhubung kontroversi pembeliaan tanah 1MDB oleh Tabung Haji. Beliau perlu bersuara kerana mempunyai kuasa terhadap lantikan serta memecat pengerusi," katanya.

Memorandum tiga muka surat itu diserahkan kepada Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Adi Azuan Abd Ghani.

Abim juga mengutarakan beberapa gesaan antaranya, mengembalikan TH kepada matlamat asal penubuhannya iaitu menguruskan amanah berdasarkan kepada objektif utama penubuhan TH demi untuk meringankan bebanan umat Islam untuk mengerjakan ibadat fardhu Haji.

Abim juga meminta TH meningkatkan kecekapan urustadbirnya bagi mengembalikan keyakinan pendeposit.

"Oleh itu, Pengerusi Tabung Haji perlu untuk memikul seluruh tanggungjawab bagi memberikan gambaran yang tepat tentang kedudukan sebenar TH dalam isu ini.

"Pengerusi TH juga telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan penjualan semula Lot Tanah TRX dengan keuntungan RM5 juta. Sedangkan mengikut laporan mstaronline, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) membeli tanah tersebut dengan harga kira-kira RM 160 juta, 15% lebih murah," katanya.

Tambahnya, keadaan ini diburukkan lagi apabila KWAP hanya diminta menjelaskan sebanyak 10% dari harga pembelian dan secara langsung memberikan kesan terhadap jumlah aliran tunai TH yang mana TH telah menjelaskan kepada 1MDB kesemua bayaran iaitu RM188.5 juta dalam masa singkat.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah ditubuhkan pada tahun 1969 atas kesedaran dan keinsafan akan kesukaran orang Melayu khususnya di luar bandar untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar bagi tujuan mencapai hajat mulia untuk menunaikan rukun Islam ke lima.

TH telah ditubuhkan atas aspirasi Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz menerusi kertas kerja beliau bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji" pada tahun 1959. – HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015

Selamatkan Tabung Haji
Posted on Tuesday, May 12 @ 03:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

1. Gerakan Selamatkan Tabung Haji ("Selamatkan Tabung Haji") membantah sekeras-kerasnya penggunaan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat 1MDB, sebuah lagi syarikat milik kerajaan yang diselubungi pelbagai skandal. 

Syarikat "dana daulat" yang berhutang sebanyak RM42 bilion ini dilaporkan terlibat di dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan (questionable financial transactions) menyebabkan ia kekeringan mudah tunai dan gagal melunaskan hutang pada masanya. Baru-baru ini dilaporkan bahawa pembayaran balik hutangnya dengan beberapa buah bank telah tertangguh beberapa kali dan untuk mengelakkan hutang berkenaan dari diklasifikasikan ke dalam kategori "hutang tidak berprestasi" (non-performing loans), syarikat 1MBD dikatakan telah meminjam wang dari seorang ahli korporat ternama untuk melunaskan hutang yang tertangguh pembayarannya itu. 

Juga dilaporkan, Kementerian Kewangan telah membuka kemudahan surat kredit (Standby letter of credit) dengan had kemudahan sebanyak RM950 juta bertujuan melegakan kesempitan mudah tunai yang sedang dihadapi oleh syarikat berkenaan

2. Sebagai satu usaha untuk melegakan kesempitan mudah tunai yang dihadapi, syarikat 1MDB pada awalnya dilaporkan telah mencairkan pelaburan sulitnya (confidential investment portfolio) di Cayman Island tetapi khabarnya, dana tunai itu tidak dibawa masuk terus ke Malaysia tetapi sebaliknya, telah dipindahkan ke sebuah bank di Singapura bagi mengelakkan apa yang didakwa "peraturan Bank Negara yang lebih ketat" dalam hal membawa dana masuk dari luar negara berbanding dengan "amalan yang lebih mudah yang berkuatkuasa di Singapura." Sampai ke hari ini, tidak diketahui kedudukan dana tunai ini samada ia masih disimpan di Singapura atau telah dibawa balik ke Malaysia. Terkini dilaporkan bahawa tiada dana milik syarikat 1MDB di dalam akaun banknya di Singapura dan dokumen yang didakwa menunjukkan dana tunai itu ada di dalam akaun berkenaan dilaporkan sebagai dokumen palsu. Apa pun, yang jelas ialah syarikat 1MDB terus berdepan dengan situasi kesempitan mudah tunai dan risko tidak mampu membayar hutang yang tinggi.


3. Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji percaya bahawa "keadaan terdesak" yang dihadapi oleh syarikat 1MDB seperti yang disebut di atas "memaksa" syarikat "dana daaulat" ini menjual tanah miliknya di TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin untuk melunaskan hutang atau bunga ke atas hutang yang sudah sampai tempohnya untuk dibayar. Tindakan menjual tanah seluas satu setengah ekar di TRX kepada Tabung Haji pada "harga yang luarbiasa tingginya" adalah satu tindakan terdesak (desparate move) untuk menjana tunai dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan syarikat 1MDB dari dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank. Untuk tanah seluas satu se tengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli biasanya membayar 10-20% wang pendahuluan dan selebihnya setelah segala urusan perundangan dan lain-lain urusan berkaitan dengan transaksi berkenaan dimuktamadkan.

Dalam amalan biasa, pihak pembeli seperti Tabung Haji ini perlu membuat penelitian wajar (due diligence) ke atas hartanah yang bakal dibeli, melantik juru ukur dan juru nilai bertauliah untuk mengesahkan nilai hartanah dan hartanah yang hendak dibeli bebas dari sebarang ikatan (encumberances) dan seterusnya menguruskan segala aspek perundangan berkaitan transaksi berkenaan. Amatlah menghairan, proses yang lazimnya memakan masa agak panjang dapat dibereskan dalam masa yang agak pendek. Kelajuan yang luar biasa di dalam memuktamadkan transaksi ini dan pembayaran tunai penoh dan segera kepada penjual mengundang persepsi bahawa urusniaga hartanah di antara 1MDB dan Tabung Haji ini tidak lain adalah helah dan muslihat untuk menggunakan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang diselubungi pelbagai skandal, 1MDB. Kita tahu 1MDB banyak berhutang dan kebarangkaliannya tinggi bahawa hartanah di TRX itu sudah dicagarkan kepada bank.

4. Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh, pada bila-bila masa, mempengaruhi proses pembuatan keputusan di Tabung Haji. Ini adalah satu tindakan contoh (precedence) yang bakal ditiru dan diulang oleh pemimpin-pemimpin yang lain. Justeru, campur tangan ini perlu dibantah sekeras-kerasnya kerana ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dalam urusan dana awam dan bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip urustabir yang baik, ketelusan, keamanahan dan kebertangungjawaban dalam pengurusan dana awam.
Harus dingat bahawa dana Tabung Haji adalah hak milik penabung-penabung yang terdiri dari  orang Islam yang majoritinya berpendapatan rendah - penoreh getah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan kerajaan dan pekerja-pekerja persendirian - yang menabung berdikit-dikit untuk memenuhi hajat ke Tanah Suci. Adalah malang wang yang dijana keringat dan air mata rakyat marhain ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kepentingan dan kebajikan penabung-penabung. Kita dengar, sudah berkali-kali dan Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kerajaan dan syarikat milik keroni kepada pemimpin tertentu, maka, sudah sampai masanya penyalahgunaan dana awam seperti ini dihentikan segera. Berurusan dengan sebuah syarikat yang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa dan sebuah syarikat yang secara terbuka sudah diketahui ada tuduhan ke atasnya bahawa ia terlibat dalam pelbagai skandal kewangan adalah menyalahi etika perniagaan. Sukar difahami kenapa Tabung Haji masih mahu berurusniaga dengan syarikat seperti ini.

5. Dilaporkan Perdana Menteri mendakwa bahawa pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kononnya sehingga ratusan juta.

Dakwaan ini boleh dipertikaikan. Pertama, kalau memang niat Perdana Menteri untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji supaya akhirnya penabung-penabung akan mendapat manfaat dalam bentuk bayaran dividen yang tinggi, kenapa tidak dijual tanah TRX itu kepada Tabung Haji awal-awal lagi pada harga "tanah kerajaan" seperti yang dibayar oleh 1MDB bila ia membeli tanah itu? Kalau sesungguhnya Perdana Menteri Berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung-penabung di Tabung Haji 100% orang Islam dan Melayu. Kedua, sekiranya niat Perdana Menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York. Malah ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia. Oleh yang demikian, kami melihat bahawa tidakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada badan kaya tunai Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain melainkan adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB yang diselubungi pelbagai skandal dan yang sedang menghadapi kesempitan mudah tunai akibat dari terlibat, seperti yang dilaporkan pelbagai pihak, dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan yang menyebabkan sebahagian dana tunainya "lesap tidak dapat dikesan."

6. Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) berpendirian Tabung Haji perlu diselamatkan dari menjadi mangsa puak yang menyalahgunakan kuasa dan yang dilihat tidak berminat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penabung-penabung. Oleh itu, kami mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi dan lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan hendaklah dilakukan dengan segera. Tabung Haji hendaklah dibebaskan dari menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan. Kita tidak boleh membiarkan elemen-elemen seperti ini mengkompromi keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini. Gerakan Selamatkan Tabung Haji menasihatkan supaya penabung-penabung mengelakkan diri dari mengambil tindakan yang negatif yang tidak menguntungkan Tabung Haji dan penabung-penabung sendiri. Jangan ada pihak yang bertindak untuk mengkrompromi keutuhan Tabung Haji yang telah dibina dari keringat rakyat miskin ini.


YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Isnin, 11 Mei 2015

Sumber TKO - 12-5-2015


Bongkar Kenapa jual pada TH melalui 1MDB?

Posted on Monday, May 11 @ 14:59:09 MYT by paktam

Oleh Mahfuz Omar

Gerakan Selamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji)  membantah sekeras-kerasnya penggunaan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat 1MDB, sebuah lagi syarikat milik kerajaan yang diselubungi pelbagai skandal.

Syarikat dana berdaulat yang berhutang sebanyak RM42 bilion ini dilaporkan terlibat di dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan menyebabkan ia kekeringan kemudahan tunai dan gagal melunaskan hutang pada masanya.



Baru-baru ini dilaporkan bahawa pembayaran balik hutangnya dengan beberapa buah bank telah tertangguh beberapa kali. Uuntuk mengelakkan hutang berkenaan dari diklasifikasikan ke dalam kategori hutang tidak berbayar, syarikat 1MBD dikatakan telah meminjam wang dari seorang ahli korporat ternama untuk melunaskan hutang yang tertangguh pembayarannya itu.

Juga dilaporkan, Kementerian Kewangan telah membuka kemudahan surat kredit dengan had kemudahan sebanyak RM950 juta bertujuan melegakan kesempitan mudah tunai yang sedang dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Sebagai satu usaha untuk melegakan kesempitan mudah tunai yang dihadapi, syarikat 1MDB pada awalnya dilaporkan telah mencairkan portfolio pelaburan sulitnya di Cayman Island. Tetapi khabarnya, dana tunai itu tidak dibawa masuk terus ke Malaysia tetapi sebaliknya, telah dipindahkan ke sebuah bank di Singapura.

1MDB mendakwa, ia bagi mengelakkan “peraturan Bank Negara yang lebih ketat” dalam hal membawa dana masuk dari luar negara, berbanding dengan “amalan yang lebih mudah yang berkuatkuasa di Singapura.”

Sampai ke hari ini, tidak diketahui kedudukan dana tunai ini sama ada  ia masih disimpan di Singapura atau telah dibawa balik ke Malaysia.

Terkini dilaporkan bahawa tiada dana milik syarikat 1MDB di dalam akaun banknya di Singapura dan dokumen yang didakwa menunjukkan dana tunai itu ada di dalam akaun berkenaan dilaporkan sebagai dokumen palsu.

Langkah terdesak

Apapun, yang jelas, syarikat 1MDB terus berdepan dengan situasi kesempitan mudah tunai dan mungkin tidak mampu membayar hutang yang tinggi.

Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji percaya bahawa keadaan terdesak yang dihadapi oleh oleh syarikat 1MDB seperti yang disebut di atas memaksa syarikat dana daulat ini menjual tanah miliknya di TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin untuk melunaskan hutang atau bunga ke atas hutang yang sudah sampai tempohnya untuk dibayar.

Tindakan menjual tanah seluas satu setengah ekar di TRX kepada Tabung Haji pada harga yang luarbiasa tingginya adalah satu tindakan terdesak untuk menjana tunai dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan syarikat 1MDB dari dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank.

Untuk tanah seluas satu setengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli biasanya membayar antara 10 hingga 20 peratus wang pendahuluan dan selebihnya setelah segala urusan perundangan dan lain-lain urusan berkaitan dengan transaksi berkenaan dimuktamadkan.

Mengikut amalan biasa, pihak pembeli seperti Tabung Haji ini perlu membuat penelitian wajar ke atas hartanah yang bakal dibeli, melantik juru ukur dan juru nilai bertauliah untuk mengesahkan nilai hartanah dan hartanah yang hendak dibeli bebas dari sebarang ikatan hak dan seterusnya menguruskan segala aspek perundangan berkaitan transaksi berkenaan.

Amatlah menghairankan, proses yang lazimnya memakan masa agak panjang dapat dibereskan dalam masa yang agak pendek. Namun dalam kes ini, transaksi ini dimuktamadkan dengan pembayaran penuh dan segera kepada penjual dengan kepantasan luar biasa.

Ini mengundang persepsi bahawa urusniaga hartanah di antara 1MDB dan Tabung Haji ini tidak lain adalah helah dan muslihat untuk menggunakan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang diselubungi pelbagai skandal, 1MDB.

Kita tahu 1MDB banyak berhutang dan kebarangkaliannya tinggi bahawa hartanah di TRX itu sudah dicagarkan kepada bank.

Jadi ikutan pemimpin lain

Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan bahawa perdana menteri Malaysia boleh, pada bila-bila masa, mempengaruhi proses membuat keputusan di Tabung Haji. Ini adalah satu tindakan pemula yang bakal ditiru dan diulang oleh pemimpin yang lain.

Justeru, campur tangan ini perlu dibantah sekeras-kerasnya kerana ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dalam urusan dana awam dan bertentangan sama sekali dengan prinsip urus tadbir yang baik, ketelusan, amanah dan tanggungjawab dalam pengurusan dana awam.

Harus dingat bahawa dana Tabung Haji adalah hak milik penabung yang terdiri dari orang Islam yang majoritinya berpendapatan rendah – penoreh getah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan kerajaan dan pekerja persendirian – yang menabung berdikit-dikit untuk memenuhi hajat ke Tanah Suci.

Adalah malang wang yang dijana dari keringat dan air mata rakyat marhain ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kepentingan dan kebajikan penabung.

Kita dengar, sudah berkali-kali dan Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat kerajaan dan syarikat milik keroni kepada pemimpin tertentu. Maka, sudah sampai masanya penyalahgunaan dana awam seperti ini dihentikan segera.

Berurusan dengan sebuah syarikat yang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa  dan sebuahsyarikat yang secara terbuka sudah diketahui ada tuduhan ke atasnya bahawa ia terlibat dalam pelbagai skandal kewangan adalah menyalah etika perniagaan.  Sukar difahami kenapa Tabung Haji masih mahu berurusniaga dengan syarikat seperti ini.

Dilaporkan perdana menteri mendakwa bahawa pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kononnya sehingga ratusan juta. Dakwaan ini boleh dipertikaikan.

Pertama, kalau memang niat Perdana Menteri untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji supaya akhirnya penabung akan mendapat manfaat dalam bentuk bayaran dividen yang tinggi, kenapa tidak dijual tanah TRX itu kepada Tabung Haji awal-awal lagi pada harga “tanah kerajaan” seperti yang dibayar oleh 1MDB bila ia membeli tanah itu?

Harga paling mahal di dunia

Kalau sesungguhnya perdana menteri berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung di Tabung Haji 100 peratus orang Islam dan Melayu.

Kedua, sekiranya niat perdana menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York.

Malah ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia.  Oleh yang demikian, kami melihat bahawa tindakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada badan kaya tunai Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Gerakan Menyelamatkan Tabung Haji (Selamatkan Tabung Haji) berpendirian Tabung Haji perlu diselamatkan dari menjadi mangsa puak yang menyalahgunakan kuasa dan yang dilihat tidak berminat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penabung.

Oleh itu, kami mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi dan lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan hendaklah dilakukan dengan segera.

Tabung Haji hendaklah dibebaskan dari menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan. Kita tidak boleh membiarkan elemen seperti ini menjejaskan keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang  amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini.

Gerakan Selamatkan Tabung Haji menasihatkan supaya penabung mengelakkan diri dari mengambil tindakan yang negatif yang tidak menguntungkan Tabung Haji dan penabung sendiri. Jangan ada pihak yang bertindak untuk mengkrompromi keutuhan Tabung Haji yang telah dibina dari keringat rakyat miskin.


MAHFUZ OMAR pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji dan juga ketua penerangan PAS.

Sumber DD - 11-5-2015

























Tabung Haji beli tanah TRX, isunya adalah 1MDB


























NASRUDIN HASSAN | .


Saya bimbang kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji semalam akan mengaburi masalah sebenar yang berlaku iaitu skandal kewangan 1MDB. Portfolio pelaburan hartanah LTH adalah pilihan. Namun, adakah pilihan tersebut wajar?

Ia tidak menjadi isu kritikal sekiranya LTH membeli dan melabur sebidang tanah di lot komersial Kuala Lumpur pada harga di bawah nilai semasa dengan pihak lain, tetapi ia berkontroversi disebabkan pembelian tersebut daripada 1MDB.

1MDB adalah sebuah dana kekayaan negara yang dilaburkan bagi mendapat pulangan keuntungan yang besar demi kepentingan negara dan rakyat. Sepertimana yang dilaporkan dalam The Edge, 1MDB mempunyai jumlah hutang yang tinggi, dijamin oleh kerajaan dan terpaksa membayar kos pinjaman juga tinggi. Hutang 1MDB telah mencecah RM42 bilion pada 31 Mac 2014.

Pembelian aset-aset pada paras harga yang tinggi telah menyukarkan aliran tunai 1MDB. Dikatakan nilai aset-aset tersebut mencecah RM 40 bilion. Namun, ia gagal menjana pendapatan dan menyumbang kestabilan aliran tunai 1MDB.

Rakyat juga tidak mengetahui dengan jelas apakah aset-aset tersebut selain pembelian pengeluar tenaga bebas (IPP). Wang pelaburan di Cayman Island juga tiada kepastian.

Maka, ini bukan masalah sebuah syarikat 1MDB tetapi ini adalah beban negara dan masalah yang terpaksa dipikul oleh pembayar cukai. Terutama dalam keadaan penyusutan pendapatan negara disebabkan oleh penurunan mendadak harga minyak dunia dan penyusutan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Disebabkan wujud keraguan yang tinggi terhadap pelbagai transaksi kewangan, maka saya turut menyokong bahawa 1MDB wajar menjalani audit forensik oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara supaya semua dakwaan tersebut dapat dijawab secara telus.

Saya turut mengulangi cadangan bahawa satu keperluan terhadap Perdana Menteri untuk menasihati Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi memanggil sidang khas mesyuarat Dewan Rakyat bagi menjawab segala tanda tanya yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Oleh yang demikian, akhirnya kegagalan kewangan 1MDB diselesaikan dengan menggunakan dana awam untuk membeli hartanah kontroversi 1MDB di TRX pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga belian asal. Adakah tawaran awam permulaan (IPO) syarikat subsidiari 1MDB yang dijadual akan disenaraikan pada bulan September juga akan melibatkan dana awam?

Akhirnya kita akan menyaksikan projek YAB Perdana Menteri 1MDB ini akan berakhir dengan usaha pembayaran hutang tanpa sebarang keuntungan buat rakyat.

Jika hutang tersebut dalam kaedah konvensional berasaskan riba’, maka inilah penangan dibelenggu dengan perangkap riba’ yang nyata diperangi dalam Islam itu sendiri. - HARAKAHDAILY 11/5/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh yang juga AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 11-5-2015

Siapa pengaruhi keputusan transaksi 1MDB-TH?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Tabung Haji mendesak satu rombakan dan penyusunan semula pengerusi, lembaga pengarah Tabung Haji serta pengarah urusan dan timbalan pengarah urusan dilakukan dengan segera.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Tabung Haji hendaklah dibebaskan daripada menjadi mangsa kepada gejala pertembungan kepentingan.

"Kita tidak boleh membiarkan elemen seperti ini mengkompromi keutuhan sebuah institusi kewangan Islam yang  amat besar maknanya kepada kepentingan ekonomi umat Islam ini," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri kononya pembelian hartanah oleh Tabung Haji dari 1MDB ini bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji sehingga ratusan juta.

Soal Mahfuz, mengapa Perdana Menteri tidak menjual tanah TRX  kepada Tabung Haji pada harga "tanah kerajaan" seperti dibayar oleh 1MDB ketika membeli tanah tersebut?

"Kalau sesungguhnya Perdana Menteri Berjiwa Islam dan Melayu, itulah yang sepatutnya dilakukan kerana penabung-penabung di Tabung Haji 100% orang Islam dan Melayu.

"Kedua,  sekiranya niat Perdana Menteri ialah untuk memberi keuntungan lumayan kepada Tabung Haji, kenapakah hartanah berkenaan dijual kepada Tabung Haji pada harga yang luar biasa mahalnya, lebih mahal dari hartanah di Bukit Bintang dan kita difahamkan bahawa hartanah yang bernama TRX itu seolah-olahnya adalah sekeping hartanah di Kota London dan New York," tambah Mahfuz.

Malah katanya, ada pihak yang mendakwa hartanah yang dibeli oleh Tabung Haji itu adalah sekeping hartanah yang harganya paling mahal di dunia.

Oleh hal yang demikian, tegas Mahfuz, tidakan menjual satu setengah ekar tanah di TRX oleh 1MDB kepada Tabung Haji dengan harga tunai dibayar segera dan sepenuhnya tidak lain melainkan adalah satu tindakan untuk menyelamatkan 1MDB.

"1MDB  diselubungi pelbagai skandal dan yang sedang menghadapi kesempitan mudah tunai seperti yang dilaporkan pelbagai pihak, dalam pelbagai transaksi kewangan yang meragukan menyebabkan sebahagian dana tunainya “lesap tidak dapat dikesan," tegas beliau.

Katanya, tindakan menjual di TRX kepada Tabung Haji pada “harga yang luarbiasa tingginya” adalah satu tindakan terdesak untuk menjana tunai dengan secepat mungkin bagi menyelamatkan syarikat 1MDB dari dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank.

"Untuk tanah seluas satu setengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli biasanya membayar 10-20% wang pendahuluan dan selebihnya setelah segala urusan perundangan dan lain-lain urusan berkaitan dengan transaksi berkenaan dimuktamadkan," ujarnya.

Amatlah menghairan, proses yang lazimnya memakan masa agak panjang dapat diselesaikan dalam masa yang agak pendek.

"Kelajuan yang luar biasa di dalam memuktamadkan transaksi ini dan pembayaran tunai penuh segera kepada penjual mengundang persepsi bahawa urus niaga hartanah di antara 1MDB dan Tabung Haji ini tidak lain adalah helah dan muslihat untuk menggunakan dana Tabung Haji untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang diselubungi pelbagai skandal, 1MDB.

Katanya, transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh, pada bila-bila masa, mempengaruhi proses pembuatan keputusan di Tabung Haji. – HARAKAHDAILY 11/5/2015

Sumber HD - 11-5-20125




















































Tabung Haji: R serah memorandum kepada SPRM

| .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Royalti (R) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pembelian tanah oleh Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden R, Nazri Deraman berkata, hasil siasatan juga haruslah dibentangkan kepada awam kerana isu ini melibatkan hak awam iaitu pendeposit TH.

"Jika SPRM proaktif menyiasat kebimbangan orang ramai dan media meneruskan membantu secara hebahan, kemudian membentangkan hasil siasatannya secara terbuka, berani dan telus, para pemegang amanah tiadak akan berani bertindak sesuatu yang meragukan secara besar-besaran dan terang-terangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepdaa Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali di pejabat SPRM, Kota Bharu semalam.

Nazri berkata, R turut menyokong kempen keluarkan wang simpanan dalam TH secara beramai-ramai sebagai tekanan kepada TH agar menjaga amanah dan lebih beretika supaya kepercayaan yang tinggi terhadap TH sebelum ini tidak tercalar dengan campur tangan pihak-pihak yang berkepentingan.

"Cadangan kami, sekiranya anda bercadang untuk menunaikan haji, tinggalkan RM1,300 sahaja bagi tujuan pendaftaran haji dan selebihnya perlu dikeluarkan.

"Kita hanya akan menyimpan semula di TH selepas TH bebas daripada perkara-perkara seperti ini, pihak terlibat diambil tindakan sewajarnya serta TH bebas daripada campur tangan politik," tegasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Mustafar berjanji akan menyampaikan memorandum dari R yang mewakili pendeposit TH kepada pihak SPRM pusat dnegan segera. - HARAKAHDAILY 11/5/2015

Sumber HD - 11-5-2015






























Usah biar imej Tabung Haji tercemar






























MOHD FAKHRURAZI MOKHTAR | .


Sejak dua tiga hari lalu nama Tabung Haji menjadi begitu popular selepas isu pembelian sebidang tanah seluas setengah padang bola hangat diperkatakan.

Nama Tabung Haji yang cukup cantik sejak berpuluh tahun lamanya hasil membina imej selaku institusi unggul umat Islam seantero dunia.

Tabung Haji menjadi harapan rakyat khususnya pencarum kalangan mereka yang mahu menjadikan tabungan mereka menghasilkan pulangan untuk ke Tanah Suci.

Mahu tidak mahu kita semua harus akui terlalu banyak jasa Tabung Haji kepada umat Islam dan betapa ramai anak bangsa kita bekerja dengan institusi ini.

Institusi ini merupakan dana amanah terbesar orang Islam di Malaysia. Laporan pada tahun 2009 menyebut bahawa simpanan pendeposit Tabung Haji hanyalah RM23.6 bilion. Tetapi dalam tempoh 6 tahun sehingga 2013 simpanan pendeposit telah meningkat hampir sekali ganda iaitu RM45.7 bilion (RM45,700 juta).

Kejayaan Tabung Haji menjadi antara institusi besar yang berjasa kepada umat Islam tidak boleh disangkal.

Kejayaan Tabung Haji dan reputasi perniagaannya amat diketahui umum yang memberi gambaran bahawa umat Islam memiliki sebuah institusi hebat menguruskan dana untuk ke Tanah Suci.

Namun akibat kerana kebodohan pemerintah yang sentiasa mahu hidup berkiblatkan wang hasil keringat rakyat akhirnya wang Tabung Haji jadi taruhan untuk selamatkan sebuah syarikat yang gagal membayar hutang berjumlah lebih RM40 billion 1MDB yang dalamnya juga terdapat kepentingan individu dalam Tabung Haji dana umat Islam itu kini dalam keadaan membimbangkan.

Bagi saya, kerajaan harus segera membatalkan pembelian yang bersifat mahu bailouts kerugian 1MDB ini agar nama mengharum Tabung Haji tidak menjadi busuk kemudian hari.

Biarlah Tabung Haji menjadi harapan rakyat khususnya umat Islam untuk terus menabung di institusi ini berbanding kerajaan terus mempertahan kepentingan individu bagi menyelamatkan syarikat 1MDB yang telah dan tidak pernah memberi kebaikan kepada rakyat.

Fikirkan sejenak nasib kakitangan Tabung Haji dan caruman bakal-bakal haji yang mengharapkan institusi ini terus menjadi nadi penggerak harapan umat Islam untuk ke Tanah Suci.

Mereka yang tidak layak duduk menasihatkan urusniaga Tabung Haji harus berundur dan tidak lagi menjadikan kedudukan mereka untuk memusnahkan impian bakal bakal haji.

Ayuh selamatkan Tabung Haji, jangan biar mereka memusnahkan nama baik Tabung Haji. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Penulis ialah Bendahari Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 10-5-2015

Isu utama tindakan politik Tabung Haji ‘bela’ 1MDB

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu syarikat 1MDB menyelesaikan liabiliti kewangan dan hakisan integriti yang dihadapinya terlebih dahulu.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin tidak bersetuju Lembaga Tabung Haji (LTH) menggunakan peluang dengan dana peruntukan pelaburan hartanah untuk membeli pada kadar dengan proses yang meragukan.

"Apatah lagi, jumlah RM188.5 juta tersebut lebih kurang sama seperti nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.

"Adakah ia mengulangi tindakan kerajaan yang telah menyuntik duit rakyat sebanyak RM950 juta kepada 1MDB sebagai ‘credit standby’ sebelum ini?" soalnya.

Ekoran daripada sidang media khas Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah LTH semalam,  Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa isu utama yang dibangkitkan bukan mengenai pembelian plot tanah berkenaan, sebaliknya tindakan politik yang diambil oleh Lembaga Tabung Haji untuk ‘membela’ 1MDB.

Jelas Khairil yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, subsidiari LTH, TH Properties Sdn Bhd telah lama diwujudkan dan mempunyai track record yang agak baik dalam projek-projek pembangunan dan pelaburan hartanah sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Walaupun begitu, katanya ia juga pernah terpalit dengan kontroversi pembelian dua bangunan (TH Selborn dan TH Perdana) sepertimana yang pernah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Badan Berkanun Persekutuan 2003.

Sejak pelancaran rasmi Tun Razak Exchange pada 30 Julai 2012, katanya, tidak banyak perkembangan terkini yang dilaporkan untuk membangunkan hab Kuala Lumpur International Financial District tersebut.

Menurutnya, melainkan yang terbaru dilaporkan pada tahun ini adalah satu kerjasama yang telah dimeterai antara 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan Lend Lease untuk membangunkan TRX Lifestyle Quarter pada 19 Mac 2015 yang lalu.

Tambahnya, para pelabur antarabangsa seperti Abu Dhabi dan Qatar turut dikatakan telah mempertimbangkan semula pelaburan mereka.

"Ini yang dibimbangkan. Malah, ia telah dinyatakan juga secara jelas dalam laporan penilaian risiko pelaburan tersebut.

"LTH telah dikehendaki untuk mendapatkan jaminan perlindungan kepentingan bagi projek ini.

"Persoalannya, mengapa pembelian plot tanah tersebut tetap diteruskan walaupun 1MDB masih dibelenggu dengan skandal kewangan yang teruk," ujarnya.

Justeru, Pemuda PAS menegaskan bahawa dana awam ini tidak boleh dilaburkan dalam projek yang sangat berisiko kerana dibimbangi akan terlibat dengan konflik politik sekarang. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Sumber HD - 10-5-2015






























Adakah TH 'labur' RM1.6b sukuk 1MDB Bandar M'sia?
































HARAKAHDAILY | .


Menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog the benchmark, risiko yang perlu ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan direalisasikan.

Namun, apa yang menarik ialah RM3.2 bilion adalah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion adalah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia.

The entire investment in 1MDB development project including the land and buildings (Signature Tower & service apartment is expected to cost TH approximately RM3.2 billion. If bundled together with the existing investment in 1MDB's Bandar Malaysia sukuk programme valued at RM1.6 billion, the total exposure in 1MDB would be around RM4.8 billion which we deem quite substantial for a single entity investment.

Apakah ini bermakna Lembaga Tabung Haji sudahpun melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus?

Pada 18 Februari 2014, 1MDB telah mengumumkan untuk menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion.

Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH telah membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB.

PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku penasihat 1MDB dan juga Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar.

Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini?

Apakah ia sudah memberikan pulangan atau sudah digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang bertimbun sehingga perlunya TH membeli tanah TRX daripada 1MDB?

Apakah ini cara pemimpin Umno menggunakan duit TH? 1MDB menggali hutang, Tabung Haji diguna untuk menutupnya?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
HARAKAHDAILY 10/5/2015

Sumber HD - 10-5-2015

Tabung Haji: Abim tegur Pengerusi Majlis Fatwa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin menegur Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipetik berkata bahawa langkah penjualan semula hartanah Tabug Haji (TH) adalah bagi menghentikan fitnah.

"Beliau seharusnya sedar tentang penglibatan pengurusan TH dengan 1MDB secara langsung. Ia sekaligus menimbulkan kesangsian orang ramai berkaitan ketelusan," ujar Presiden Abim, Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, manakala rakyat hanya meminta agar siasatan dijalankan bukan tuduhan atau fitnah seperti yang dinyatakan.

"Jelas beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah TH gagal memahami kerisauan masyarakat Islam," ujarnya.

Tambahnya, merujuk kepada kenyataan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim  berkaitan penjualan semula lot tanah di TR Exchange, Abim menyambut baik langkah tersebut.

Katanya, ia merupakan satu permulaan untuk membersihkan Tabung Haji daripada unsur-unsur manipulasi khususnya dari 1MDB.

Beliau berkata, langkah itu dilihat mampu untuk memulihkan keyakinan pendeposit terhadap pengurusan Tabung Haji.

Namun, ujarnya bagi memastikan keyakinan itu dapat terus dipertahankan keempat-empat pengurusan tertinggi TH yang terlibat dengan 1MDB di pelbagai peringkat mesti mengundurkan diri.

"Begitu juga dengan Datuk Abdul Azeez Rahim, selaku Pengerusi TH yang dilihat gagal menguruskan jual beli tersebut berlangsung dengan baik sehingga menimbulkan pertikaian," katanya lagi.

Tambah beliau, tidak timbul persoalan tergadainya hartanah benilai tinggi kepada bukan bumiputera jika kerajaan sendiri jujur dan bersungguh-sungguh mahu meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera di kawasan terbabit.

Menurutnya, tanah yang pada asalnya dimiliki kerajaan itu boleh sahaja terus dibangunkan oleh TH atau mana-mana GLC yang dikuasai oleh golongan bumiputera. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Sumber HD - 10-5-2015

Himpunan bantah Tabung Haji 15 Mei

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS akan menganjurkan himpunan bantahan terhadap Tabung Haji di seluruh negara pada 15 Mei ini selepas solat Jumaat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahuz Omar ketika dihubungi berkata himpunan itu diadakan di negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat.

"Selepas solat Jumaat kita akan berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji di seluruh negara.

"Ini bagi negeri yang bekerja pada hari Jumaat dan bagi negeri-negeri yang cuti pada Jumaat mereka akan berhimpun pada hari Isnin," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, himpunan itu melibatkan mereka yang mendeposit wang di dalam Tabung Haji.

"Pendeposit akan berhimpun dan mereka boleh membuat pengeluaran wang yang disimpan, jika giliran untuk mengerjakan fardu haji masih lambat lagi.

"Tindakan ini adalah pengajaran kepada Tabung Haji yang menggunakan wang mereka untuk pembelian tanah yang tidak masuk akal itu," katanya yang juga Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat isu pembelian tanah di Tun Razak  Exchange (TRX) oleh Tabung Haji.

"Hal ini amat penting demi menyelamatkan Tabung Haji daripada terlibat dengan usaha bailout 1MDB yang sedang dilanda masalah kritikal dan hutang RM42 billion.

"Isu pembelian tanah yang bernilai RM188.5 Juta oleh Tabung Haji ini tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Apatah lagi wujudnya elemen 'conflict of interest' pihak yang membuat keputusan tersebut," tambah beliau.

Beliau juga menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil memberikan penjelasan kerana segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan pada akhirnya perlu mendapat kelulusan beliau.

Selain itu, beliau turut meminta individu yang terlibat dan ahli lembaga pengarah Tabung Haji digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Ini, katanya kerana mereka telah gagal melindungi kepentingan Tabung Haji dan para pendeposit yang menyimpan wang di Tabung Haji.

"Bagaimana mereka boleh meluluskan pembelian pada April lalu dalam keadaan umum mengetahui 1MDB sedang disiasat oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Audit Negara?

"Mengapa mereka tetap mengambil risiko besar apabila melibatkan Tabung Haji dengan projek TRX yang bermasalah?

"Ini menunjukkan wujudnya unsur salah guna kuasa," ujarnya.

Mahfuz berharap agar ke semua perkara ini perlu diberikan penjelasan oleh pihak terbabit,  siasatan dan tindakan segera perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan Tabung Haji daripada menjadi Tabung Penyelamat Syarikat GLC Kerajaan Pusat. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Sumber HD - 10-5-2015



































Penjelasan Tabung Haji tambah luka rakyat

HARAKAHDAILY | .

Hari ini ramai rakyat Malaysia tertunggu-tunggu penjelasan Tabung Haji mengenai transaksinya dengan 1MDB.

Akhirnya, penjelasan yang dinantikan itu bertukar menjadi kekecewaan.

Ia tidak lain hanya kenyataan untuk mengesahkan Tabung Haji telah selesai melaksanakan ‘tugas sucinya’ membayar RM188.5 juta kepada 1MDB. Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.

Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa S n P dimetrai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan. Juga isu-isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan.

Tiga hari sebelumnya, orang yang sama menafikan Tabung Haji terlibat dengan sebarang transaksi bersama 1MDB. Hari ini, beliau pula mengesahkan.

Di mana kredibiliti beliau?

Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam satu dua minggu ini dengan keuntungan RM5 juta.

Katanya, atas nasihat Perdana Menteri yang diterimanya pada pagi ini. Pada masa yang sama, penjualan itu telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji walaupun pada asalnya Lembaga Tabung Haji enggan menjual tanah berkenaan.

Terdapat pelbagai persoalan di sini.

Bilakah mesyuarat Lembaga yang telah meluluskan penjualan itu bersidang?

Jika sebelumnya ia enggan menjual tetapi selepas mendapat nasihat PM pada pagi ini, ia mengubah pendiriannya dengan bersetuju menjual.

Jika telah bersidang, adakah dalam tempoh sesingkat itu, satu kertas yang lengkap sebagai asas pertimbangan keputusan dibuat dapat disiapkan?

Adakah dengan ‘nasihat PM’ sebuah Lembaga boleh menukar keputusannya sebegitu mudah?

Jika itu kedudukan Lembaga TH, bagaimana kita boleh meyakini ia telah membuat keputusan pembelian itu sebelum ini tidak semata-mata hanya atas ‘nasihat PM’?

Untuk rekod, PM juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Penjelasan Pengerusi TH pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

HUSAM MUSA
Naib Presiden PAS
9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015

Jangan hanya tinggal tabung

NASRUDIN HASSAN | .


1. Belum reda kemarahan dan keresahan rakyat terhadap isu GST yang mencengkam kos sara hidup mereka, kini rakyat sekali lagi dicabar kesabaran mereka dengan isu wang Tabung Haji yang digunakan untuk "bail out" 1MDB.

2. Semua orang tahu bahawa 1MDB sedang tenat dan nazak dengan tanggungan hutang berjumlah RM42 bilion. Langkah Tabung Haji membeli tanah Projek Tun Razak Exchange (TRX) yang merupakan projek utama 1MDB adalah dilihat sebagai langkah "bail out" syarikat yang sudah hampir ranap.

3. Tanah TRX itu dibeli oleh Tabung Haji dengan nilai RM188.5 juta selepas diskaun untuk Plot 1 (harga asal RM194 juta dengan nilai RM2860/kaki persegi) sebagaimana yang diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah. Sementara Plot 2 bernilai RM578 juta dengan nilai RM3,900/kaki persegi. Namun pendedahan mengenai pembelian tanah Plot 2 ini dinafikan oleh Tabung Haji.

4. Asalnya 1MDB membeli 2 Plot tanah projek TRX dari kerajaan dengan nilai Plot 1 ialah RM4 juta dan Plot 2 ialah RM8.9 juta sahaja pada kiraan RM64/kaki persegi tetapi kemudiannya dijual dengan harga yang terlalu luar biasa kadarnya kepada Tabung Haji. Saya melihat ini bukan transaksi perniagaan biasa tetapi jelas sebagai usaha "bail out" yang dilakukan oleh Tabung Haji terhadap 1MDB.

5. Secara kasarnya, pembelian tersebut masih terlalu jauh untuk menyelamatkan hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion itu. Memandangkan sikap kerajaan yang ada pada hari ini, saya bimbang wang Tabung Haji ini akan dikorek lagi sebagai usaha mereka menyelamatkan 1MDB dan tidak mustahil selepas ini tabung-tabung lain pula akan dikorek seperti tabung Lembaga zakat, KWSP dan sebagainya.

6. Jika tidak dibendung segera dan dihentikan kegilaan ini, tidak mustahil semua jenis tabung simpanan yang melibatkan wang rakyat ini akan susut dan hanya tinggal tabung sahaja sementara wangnya telah dialir keluar untuk tujuan bail out syarikat-syarikat durjana ini.

7. Sebahagian tanda kebinasaan sebagaimana yang disabdakan Oleh Rasulullah saw melalui hadis baginda yang direkodkan oleh Imam At Tarmizi dari Abi Hurairah Rha ialah الأمانة مغنما (amanah dijadikan keuntungan yang dikaut)

8. Sebelum terlambat. Kerajaan ini mesti ditegur dan disentak keghairahannya yang sering mengeksploitasi rakyat sendiri untuk capai kepentingan segelintir dari kalangan mereka. Sampai bila keadaan begini mahu dibiarkan?

9. Saya menggesa YAB Perdana Menteri memanggil segera Sidang Khas Parlimen tanpa menunggu sidang yang bakal bermula 18 Mei kelak dengan maksud satu sidang khas untuk membahaskan isu ini dengan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri sendiri untuk memberi penjelasan di atas apa yang berlaku dan mendengar maklum balas dari ahli-ahli Parlimen yang lain.

10. Suruhajaya Siasatan Diraja yang bebas mesti juga ditubuh untuk menyiasat kes ini. Secara umumnya rakyat melihat terdapat berberapa perkara yang sangat mencurigakan. Antaranya fakta seperti berikut:

i ~ Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1MDB

ii ~ Datuk Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

iii ~ Tan Sri Dr Abdul Samad Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1MDB

Sekian

Sumber HD - 9-5-2015


Betul ke Gaji CEO Tabung Haji 85K sebuluan??
Posted on Saturday, May 09 @ 19:05:59 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Rakyat nak simpan dalam Tabung Haji cakar tanah cari duit. Nak naik Haji bukan makin murah tapi makin mahal sedangkan TH sedang-senang dapat duit belanja di situ sini menguntungkan mereka yang berada.

Sepatutnya Tabung Haji berusaha memastikan setiap keuntungan boleh dimanafaat memastikan tambang ke Haji makin turun dan lebih murah.

Apa sebenar tugas Tabung Haji?

Nak untung nak cari kekayaan untuk pengawainya?

Sumber TKO - 9-5-2015


Siti Nurhaliza Kondem Tabung Haji, Ramai Peminat Sokong & Retweet.
Posted on Saturday, May 09 @ 18:53:03 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Siti Nurhaliza antara mereka yang mengkritik tindakan Tabung Haji membeli tanah-tanah dari 1MDB dengan satu nilai yang sangat mahal sedangkan tanah2 itu diperolehi oleh 1MDB dari kerajaan dengan satu nilai yang terlalu rendah berbanding harga pasaran pada ketika itu.

Seperti yang dipaparkan menerusi twitte rasmi Siti Nurhaliza.




Sebelum ini Siti secara terbuka pernah menunjukkan sokongan terhadap Mahathir tetapi membuat kenyataan susulan bahawa dia hanya menyokong Mahathir secara peribadi tanpa menyentuh topik2 yang dibahaskan oleh Mahathir yang mengkritik Najib pada ketika itu dengan membuat satu kenyataan di Instagram bahawa  'You are not alone' yang merujuk kepada kekesalan Mahathir yang menyatakan bahawa 'dia kini keseorangan' (melawan Najib).


Dan kini berbanding menyokong Mahathir secara peribadi, Siti naik ke satu peringkat dengan mengkritik tindakan Tabung Haji yang membeli tanah dari 1MDB. Memandangkan Siti Nurhaliza ialah antara penyanyi yang disukai oleh rakyat Malaysia, trend ini akan membuatkan Siti berjaya menarik penyokong2nya agar menentang Najib.



Sumber TKO - 9-5-2015



Dakwa pegawai Tabung Haji terlibat pembelian tanah 1MDB, kata mufti Perlis

Posted on Saturday, May 09 @ 14:03:40 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan beberapa pegawai tinggi Lembaga Tabung Haji (TH) juga mempunyai jawatan di dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), susulan pendedahan pembelian tanah dana bakal haji itu berharga RM188.5 juta.

Asri berkata semua yang terlibat dengan konflik kepentingan itu bukan saja perlu meletak jawatan tetapi juga mesti dibicarakan di mahkamah.

"Satu perbicaraan yang mengembalikan hak rakyat jelata hendaklah dilaksanakan," tulis Asri dalam Facebook.

Beliau turut menggesa golongan agama bersuara, berikutan kritikan hebat diterima TH daripada pelbagai pihak mempersoalkan penggunaan wang simpanan bakal haji bagi membeli tanah 1MDB, yang asalnya dibeli pada harga yang jauh lebih rendah.

"Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan.

"TH menjadi salah satu daripada lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," kata Asri.

Empat pegawai tertinggi TH didapati turut memegang jawatan dalam 1MDB dan anak syarikatnya.

Mereka ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH Tan Sri Ismee Ismail yang juga ahli lembaga pengarah 1MDB; Timbalan CEO TH Datuk Johan Abdullah yang mempengerusikan anak syarikat 1MDB, Edra Global; Ahli Lembaga Pengarah TH Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga sebahagian lembaga penasihat 1MDB dan Tan Sri Abdul Samad Alias, ahli panel pelaburan TH yang juga ahli lembaga penasihat 1MDB.

Pendedahan mengenai pembelian TH berlaku ketika kontroversi 1MDB, yang diselubungi hutang lebih dRM40 bilion, masih belum reda.

Beberapa pemimpin kanan Umno sepakat dengan pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan pembelian tanah oleh TH, yang menguruskan hal ehwal perjalanan haji rakyat Malaysia setiap tahun.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam menuntut Kementerian Kewangan dan TH menjawab beberapa pertanyaan mengenai pembelian itu.


Di sebalik tekanan itu, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengumumkan tanah yang dibelinya akan dijual balik, pada masa sama mempertahankan keputusannya atas dasar ia boleh mendatangkan keuntungan.

Sumber TKO -9-5-2015







































Respons Kadir Jasin isu Tabung Haji, 1MDB







































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Daripada aspek politik, krisis 1MDB sudah pun meletup di muka Umno ketika Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh.

"Kalau ahli Umno tidak nampak juga, patutlah mata mereka buta dan hidung mereka putus," Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin dalam bognya.

Berikut tulisan penuh beliau bertajuk Tabung Haji dan 'bailout' 1MDB

MUTAKHIR, 9 Mei – Siapa main kayu tiga dan siapa yang cemarkan nama Tabung Haji?

Inilah akibat “nawaitu” yang tidak baik dan buat kerja curi-curi. Abdul Azeez hari ini mengumumkan bahawa atas “nasihat” Mohd Najib, Tabung Haji akan jual tanah yang dibeli sebulan lalu daripada 1MDB.

Inilah kerja mengarut dan kerja tidak ikhlas. Kalau tidak didedahkan dan dibelasah oleh orang ramai, pasti semua beres.

Kalau Mohd Najib tidak terlibat dalam jual beli ini dan beliau tidak mahu nama Tabung Haji tercemar, kita cabar beliau melucutkan jawatan Abdul Azeez dan semua orang yang terlibat dengan pembelian tanah 1MDB itu.

Kita mahu lihat keberanian dan keikhlasan Pahlawan Bugis itu dan kita mahu tahu kepada siapa tanah itu akan dijual serta berapa keuntungan Tabung Haji akan perolehi.

ORIGINAL POST

APAPUN alasan dan helah yang diberikan oleh Tabung Haji mengenai pembelian tanah RM188.5 juta daripada 1MDB, ia tetap akan dilihat sebagai satu lagi tipu daya untuk menyelamatkan IMDB.

Tabung Haji boleh memberi pelbagai justifikasi, tetapi orang ramai yang tahu mengenai perniagaan dan mengenali 1MDB akan menghidu ciri-ciri “bailout” (penyelamatan) dalam pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) itu.

Kita semua tahu tidak ada banyak kegiatan yang berjalan di TRX. Jadi pembelian tanah oleh Tabung Haji itu amat diperlukan oleh 1MDB bagi meyakinkan pihak-pihak lain. Sebelum ini ia menjual 17 ekar di tapak yang sama kepada syarikat pemaju hartanah Australia, Land Lease, untuk tujuan usaha sama.

Dari sudut korporat, alasan yang diberikan oleh pengurusan tinggi Tabung Haji mungkin masuk akal. Tetapi cuba memisahkan urus niaga itu daripada penyelamatan 1MDB adalah mustahil.

Ini adalah kerana dalam tempoh tidak sampai dua bulan hampir RM3 bilion telah dibelanjakan untuk menyelamatkan 1MDB daripada mungkir janji kepada bank dan bagi memenuhi keperluan pembiayaan semasa.

Dalam operasi penyelamatan pertama, 1MDB akhirnya terpaksa mengaku yang ia menerima pinjaman RM2 bilion daripada usahawan T Ananda Krishnan (melalui Tanjong Energy) dan selepas itu sebanyak RM950 juta lagi daripada Kementerian Kewangan.

Serentak itu media massa juga melaporkan bahawa beberapa buah syarikat swasta, termasuk milik bukan Bumiputera, telah menyatakan minat untuk membeli aset-aset 1MDB.

Dalam tulisan saya dalam blog ini dan di tempat-tempat lain, saya berulang kali memberi amaran agar syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak dipaksa memberi hutang kepada 1MDB atau menyelamatkannya.

Kita telah lihat sebelum ini bagaimana dua institusi kewangan yang berkaitan GLIC memberi pinjaman kepada 1MDB, tetapi hampir-hampir tidak mendapat balik hutang mereka kerana 1MDB tidak mempunyai wang.

Institusi yang saya maksudkan adalah Maybank yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan RHB Capital yang dipunyai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Conflict of Interest" dalam Tabung Haji

Adalah sukar untuk mempercayai bahawa Tabung Haji secara sukarela mahu turut terjerumus ke dalam kontroversi dan krisis 1MDB jika tidak “dipujuk” atau “dipaksa” oleh sesiapa.

Seyogia diingatkan pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim adalah wakil rakyat Barisan Nasional (Umno) dan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang diketahui amat akrab dengan Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Mohd Najib adalah pengasas 1MDB dan pengerusi Lembaga Penasihatnya.

Abdul Azeez Akrab Dengan Mohd Najib
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, (Tan Sri) Ismee Ismail pula adalah ahli lembaga 1MDB.
 
Dalam situasi ini, adalah sukar untuk kita tidak mengesyaki wujudnya “conflict of interest” (percanggahan kepentingan) melibatkan ketiga-tiga watak berkenaan – Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee.


Ismee Juga Ahli Lembaga 1MDB
Jadi tidaklah menghairankan apabila begitu banyak pihak, termasuk yang sebelum ini menyokong kuat Mohd Najib dan mengecam pengkritik 1MDB, mempertikaikan urus niaga Tabung Haji dengan 1MDB itu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dipetik sebagai berkata bahawa isu 1MDB akan meletup di muka Umno.

Pemuda Umno turut mempertikaikan urus niaga itu. Ketuanya, Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Kewangan (MOF) dan Tabung Haji menjawab enam soalan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai, khususnya kepada pencarum Tabung Haji, mengenai pembelian itu. (Baca selanjutnya)

Saya tidak hairan jika lebih banyak urusan seperti ini dilakukan dalam masa terdekat dengan restu Perdana Menteri kerana 1MDB nyata kekeringan wang untuk menampung pembayaran balik hutang dan membiayai urus niaganya.

Hakikat bahawa 1MDB dalam keadaan terdesak diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar yang baru-baru berkata urus niaga 1MDB tidak lestari kerana ia berhutang terlalu banyak dan pengaliran tunainya tidak cukup untuk membayar balik hutang.

Apa yang berlaku dengan 1MDB sekarang mengingatkan kita kepada kegiatan “asset stripping” yang dilabelkan sebagai “asset unbundling” oleh (Datuk Seri) Idris Jala ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MAS. Boleh kata hampir semua aset MAS dijual bagi menunjukkan keuntungan luar biasa. Tidak lama selepas itu MAS rugi semula.

Daripada aspek politik, krisis 1MDB sudah pun meletup di muka Umno ketika Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh.  Kalau ahli Umno tidak nampak juga, patutlah mata mereka buta dan hidung mereka putus.

Tetapi apa yang lebih membimbangkan dalam jangka masa singkat ialah kesan krisis 1MDB terhadap prestasi ekonomi dan penarafan antarabangsa kita. Selain kejatuhan harga minyak, skandal 1MDB telah dikenal pasti sebagai faktor yang menyebabkan nilai ringgit jatuh.

Wallahuaklam.

Sumber HD - 9-5-2015 

Isu Tabung Haji tambah 'busuk' Umno Kedah

HARAKAHDAILY | .


Skandal kewangan terbaru melibatkan penggunaan wang tabungan deposit Tabung Haji untuk 1MDB perlu dilihat sebagai ancaman kepada ketahanan dan kemampuan kewangan negara. Ia adalah langkah terdesak menyelamatkan kegagalan kewangan, ketirisan dana dan isu penyelewengan 1MDB.

Di mana, jika wang dari institusi milik umat Islam dan bertujuan untuk ibadah itu sewenangnya digunakan untuk menutup kerakusan kroni-kroni Umno BN, tidak mustahil perkara sama digunakan terhadap segala sumber kewangan lain yang ada.

Setidak-tidaknya, ia menjadi bukti mengenai sikap dan haloba pemimpin Umno BN yang menguruskan kerajaan dan hak rakyat mengikut kepentingan untuk memenuhi tembolok nafsu mereka. Tidak mustahil berlaku sebagaimana selalu disebut bahawa orang berhutang itu seperti 'Korek Lubang, Tutup Lubang'.

Khususnya bagi negeri Kedah, rakyat negeri ini berhak merasa bimbang kerana antara dilihat terlibat dalam isu tersebut adalah pemimpin Umno BN dari Kedah iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.

Hal ini bukan perkara baru kerana rekod Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dahulu masih gagal menjelaskan sehingga ke hari ini penyelewengan dan salah urus tadbir kewangan melibatkan jumlah RM403 juta.

Begitu juga sekarang di bawah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berhadapan isu pemborosan dan kegagalan mengemukakan agenda pembangunan realiti untuk negeri Kedah.

Walhal selalu menjadi mangsa adalah hak dan kepentingan rakyat, sebaliknya untuk kroni dijamin dan diselamatkan dengan pelbagai cara.

Perkara inilah selalu dipertegaskan PAS supaya ia ditadbir urus selaras dengan peringatan Allah sebagaimana petikan ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud “...supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu...”.

Kerajaan seakan melakukan ‘bailout’ apabila Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi, walaupun ia dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi. Sedangkan hak rakyat contohnya tanah yang terlibat dalam pengambilan untuk jalan sambungan Lebuh Raya Utara Selatan ke Pulau Bunting hanya ditawarkan harga terlalu rendah dari penilaian awam yang direkodkan iaitu cuma RM3.70 hingga RM5.50 sekaki persegi.

Demikian itu terbukti Umno BN memiliki pemimpin yang tidak amanah, dan secara khususnya rakyat negeri Kedah perlu merasa khuatir terhadap masa depan negeri ini kerana antara pemimpin tersebut adalah dari negeri Kedah.

Perubahan mesti dilakukan agar negeri ini tidak ‘tergadai’ atau muflis oleh sikap rakus dan haloba pemimpin Umno BN kepada kuasa dan kebendaan.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Adun Sungai Limau
HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015







































" PENCETUS UMMAH RAHMAT BIDAS SIAPA PULAK NIH YANG BERADA DI TABUNG HAJI "









































tikaq buloh     9:02 AM     



Sokong sangat-sangat. Di Malaysia nih syarikat-syarikat besar kebanyakkan kes CEO atau pemimpin utama syarikat mesti ada kaitan dengan kerajaan. 

Sepatutnya tabung haji haruslah bebas daripada politik. Jangan dilantik pemimpin yang ada kaitan dengan politik negara.




Sumber tikaqbuloh blog / HD 9-5-2015

LEMBAGA TABUNG HAJI DALAM BAHAYA?


Tak cukup dgn duit KWSP, Tabung rakyat nk pergi haji pun korang nak korek???

Sumber naimnikmat blog / HD - 9-5-2015

Tabung Haji wajib sensitif dengan kebajikan penyimpan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tabung Haji adalah satu badan amanah menguruskan wang pendeposit, khususnya mereka yang ingin menunaikan haji, kata Presiden Murshid, Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Menurutnya, jumlah simpanan depsoit dari orang ramai berjumlah RM45.7 billion pada tahun 2013 yang semuanya wang pendeposit.

"Justeru, Tabung Haji wajib sensitif dengan kebajikan penyimpan dan tidak sewenang menggunakannya membeli aset dengan harga tidak bagus selain melibatkan syarikat kontroversi seperti 1MDB serta berisiko tinggi dan tidak pasti pula bentuk manfaat yang bakal diperolehi oleh pendeposit, tiada juga dibentang potensi risikonya terlebih dahulu," ujarnya menerusi facebook.

Katanya, jika syarikat senaraian awam, projek-projek sebegini, risiko projek sebegini mesti didedah kepada pemegang saham, namun bagi TH semua pendeposit adalah pemegang saham

Justeru, kata beliau mereka tidak boleh diabaikan dan kelulusan panel pelaburan yang turut diwakili pihak pendeposit mesti diperolehi.

"Tambahan pula, menurut kajian sebahagian pengkaji, pembelian itu pula tidak dengan harga yang bagus dan tidak begitu telus selain dikatakan wujud konflik kepentingan pengarah TH dan 1MDB, ini merosak imej institusi kewangan Islam dan bukan pula transaksi yang diberkati," ujarnya lagi.

Tambahnya, berbeza dengan KWSP yang lembaga pengarahnya mempunyai wakil pelbagai pihak termasuk pekerja dan majikan selain kerajaan dan lainnya serta tiada orang politik.

Menurut beliau lagi, Tabung Haji juga semestinya mewujudkan wakil-wakil sedemikian tanpa orang politik kepartian terlibat bagi menjamin kemaslahatan dan tiada pertembungan kepentingan dalam keputusan selain keputusan tidak direstui pendeposit atau wakil terus mereka. - HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015











































Beku transaksi TH dan 1MDB, gantung tugas pegawai











































HARAKAHDAILY | .

Isu tentang pembelian hartanah oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB yang tersiar di laman sosial ketika ini mengundang pelbagai interpretasi.

Ada pihak melihat ini sebagai satu usaha 'bail out' oleh pihak kerajaan yang sedang berusaha bagi melunaskan bebanan hutang yang tinggi oleh 1MDB.

Tanggapan negatif ini berlaku disebabkan oleh pelbagai tuduhan salah urus tadbir yang masih belum terjawab sehingga Laporan Audit Negara dikeluarkan bagi menjelaskan kedudukan kewangan 1MDB yang sebenar.

Oleh kerana LTH adalah sebuah organisasi besar negara yang menguruskan berbilion wang pendeposit, maka sudah tentu berita yang tersebar ini menimbulkan kegelisahan yang amat sangat di kalangan pendeposit.

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Johan Abdullah, menegaskan bahawa pelaburan ini merupakan keputusan komersil yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Penegasan di atas sedikit sebanyak dapat meredakan keadaan, namun hakikat di sebalik urusniaga dengan 1MDB ini masih belum dapat meyakinkan banyak pihak.

Pendedahan bahawa tiga orang peneraju Tabung Haji sebagai terkait dengan 1MDB, iaitu Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Tabung Haji juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Johan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji juga Pengerusi 1MDB Edra Energy Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, dan Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji sebagai Ahli Panel Penasihat 1MDB, menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di dalam proses jual beli tanah tersebut dan keraguan terhadap penjagaan kepentingan Tabung Haji dan pendepositnya dalam urusniaga berkenaan.

Bagi mengembalikan keyakinan pendeposit, khasnya dan masyarakat umumnya, maka pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan ini menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah segera seperti berikut:

1. Dipercepatkan Laporan Audit Negara mengenai kedudukan kewangan sebenar 1MDB.

2. Dibekukan untuk sementara waktu semua transaksi kewangan antara TH dan 1MDB.

3. Diberhentikan dengan serta merta, jika ada, urusan pembelian aset 1MDB oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

4. Menggantung tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Ahli Panel Perlaburan yang nama tersenarai sehingga siasatan selesai bagi mengelakkan gangguan dalam siasatan.

5. Mengelakkan dari mengambil ahli politik menganggotai Lembaga Pengarah GLIC, selaras dengan pelan transfomasi Syarikat Berkaitan Kerajaan iaitu memisahkan pengaruh politik dalam bisnes.

Setelah pihak Audit Negara membuat rumusan ke atas kedudukan kewangan 1MDB yang sebenar, barulah tindakan lanjut berurusan dengan 1MDB boleh dibuat dengan mengambil kira risiko yang telah diketahui secara jelas.

Sementara itu, IKRAM menyeru agar pendeposit Tabung Haji bertenang dan tidak terburu-buru mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji sehingga perkara yang lebih jelas diperolehi. Keutuhan Tabung Haji sebagai sebuah institusi penting umat perlulah dipelihara sebaik mungkin.

Semoga segala perkara negatif yang tersebar akan dapat ditangani dengan hemat demi kelangsungan agenda pembinaan ekonomi Malaysia yang tercinta.

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia - HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015

1MDB, TH: Perlu siasatan diraja, mandat baru kerajaan

HARAKAHDAILY | .


Hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja dan mandat baru yang boleh merungkaikan kecurigaan rakyat terhadap skandal hutang RM42 bilion syarikat 1MDB dan terkini isu pertikaian terhadap dana Tabung Haji dengan nilai RM188.5 juta dan RM578 juta yang dikatakan digunakan untuk membeli tanah daripada syarikat 1MDB yang sedang tenat dengan hutang RM42 bilion (RM42,000 juta).

Tabung Haji adalah antara wang amanah terbesar orang Islam di Malaysia. Menurut satu rekod, pada tahun 2009 simpanan pendeposit Tabung Haji hanyalah RM23.6 bilion. Tetapi dalam tempoh 6 tahun sehingga 2013 simpanan pendeposit telah meningkat hampir sekali ganda iaitu RM45.7 bilion (RM45,700 juta). Ia menunjukkan tahap keyakinan rakyat yabg tinggi terhadap amanah Tabung Haji.

Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut satu sikap pertanggungjawaban kerajaan bagi merungkaikan apa yang sebenarnya berlaku terhadap dana Tabung Haji. Bukan hanya daripada Pengerusi Tabung Haji malah juga daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan PM sendiri selaku pihak yang lebih berkuasa dan berautoriti.

Adakah benar dana awam rakyat yang sebahagian besarnya milik orang-orang kampung yang bertungkus lumus mengumpul wang untuk mengerjakan ibadah haji yang diamanahkan untuk dijaga sebaik-baiknya telah disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat 1MDB yang berpenyakit dengan hutang RM42 bilion?

Apabila Tun Mahathir pun turut berpartisipasi mendesak dan menuntut supaya YAB Perdana Menteri, DS Najib menjelaskan pelbagai isu khususnya berkaitan hutang 1MDB, bererti beliau (dan seluruh rakyat Malaysia) benar-benar mahukan DS Najib berterus-terang.

Kalaulah beliau memanfaatkan ruang yang disediakan khas di TV3 baru-baru ini dengan bercakap lebih jujur dan telus, saya percaya bahawa kritikan pedas ke atas beliau dan kerajaan seperti pada ketika ini tentu telah reda dan tidak akan berpanjangan; dan mungkin juga dapat diselesaikan.

Tetapi beliau memilih kononnya untuk menamatkan semua spekulasi itu dengan kenyataan lebih kurang simpul mati begini, "Saya PM. Akhirnya saya yang akan memutuskan semua perkara itu".

Kenyataan ini sangat menghampakan seluruh rakyat yang ingin tahu perkara sebenar tentang semua isu itu. Nampak sangat beliau sebagai seorang PM mahu mengelak daripada berkata benar.

Kini terdedah pula seakan skandal sulit 1MDB dan Tabung Haji (TH) berkaitan pembelian dua plot tanah. Duit TH adalah kepunyaan umat Islam yang menabung bagi menyempurnakan rukun iman kelima. Sepatutnya dijaga dengan amanah dengan tidak mendedahkannya kepada risiko yang tidak menentu.

Isunya ialah tanah yang dibeli oleh TH daripada 1MDB itu berganda mahal harganya daripada harga yang dibeli oleh 1MDB daripada kerajaan empat tahun lalu. Isunya juga ialah 1MDB itu ialah syarikat milik Kementerian Kewangan yang berhutang keliling pinggang mencecah RM42 bilion. Isunya lagi ialah ada orang-orang besar dalam TH itu juga merupakan orang besar dalam 1MDB yang menimbulkan pertembungan kepentingan.

Jadinya, mustahil sangatlah jika mengatakan pembelian tanah itu bukan untuk menyelamatkan 1MDB. Lebih hodoh lagi apabila berlapik dengan alasan ‘pelaburan hartanah’ dan ‘yang menepati selera risiko’.

Padahal, sudah terang lagi bersuluh, semua orang sudah nampak bahawa ia adalah pelaburan hutang dan menepati selera DS Najib. Ia bukan ‘strategi pelaburan hartanah’, tetapi strategi melangsaikan lambakan hutang.

Sudahnya, bukan pembangkang sahaja yang membantah tindakan TH ini. Pemuda Umno dan YAB TPM, TS Muhyiddin Yassin pun bersetuju supaya DS Najib dan Kerajaan menjelaskan hal itu dengan sesungguhnya kepada rakyat.

Pada tahap ini, jika DS Najib baru mahu menjawab - sekalipun dengan jujur dan telus - saya tidak yakin beliau boleh mendiamkan pihak-pihak yang telah mempertikaikannya bahkan dibimbangi semakin banyak pula hal lain yang terdedah.

Seorang Tun M sahaja pun boleh menjatuhkan Tun Abdullah Badawi, apatah lagi kini DS Najib sedang berhadapan dengan bukan sahaja Tun M, Dr Asri, Prof Agus, ditambah pula dikelilingi oleh menteri-menteri ber‘CGPA3.85’ seperti Ahmad Maslan, bahkan DS Najib sebenarnya sedang berhadapan dengan protes besar-besaran oleh rakyat.

Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan segera oleh DS Najib bagi menamatkan spekulasi isu-isu ini. Ia akan kelihatan lebih telus dan lebih bertanggungjawab.

Selanjutnya, satu jalan lagi yang boleh menyebabkan beliau kembali selesa di kerusi yang disandang beliau kini ialah dengan mendapatkan mandat baru; daripada pasukannya dalam Kabinet dan daripada rakyat keseluruhannya.

Sekian.

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan DUPP
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tarikh: 9 Mei 2015 / 20 Rejab 1436H - HARAKAHDAILY 9/5/205

Sumber HD - 9-5-2015












































Tabung Haji: Kebetulan wajah sama dengan di 1MDB

HARAKAHDAILY | .


Saya mengucapkan takziah kepada pencarum-pencarum Tabung Haji (TH) setelah mendapat perkhabaran tentang pembelian yang 'mengejutkan' oleh TH ke atas tanah milik 1MDB yang telah dijual kepada TH dengan harga RM188.5 juta dengan keluasan 1.56 ekar di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX). Harga belian tanah itu oleh 1MBD seperti yang dilaporkan sebelum dijual kepada TH ialah sebanyak RM194.1 juta bagi tanah seluas 70 ekar!

Isu ini sangat sensitif kepada pencarum-pencarum yang terdiri kebanyakannya daripada rakyat sederhana dan miskin yang mengharapkan TH dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi tetamu Allah, lebih mudah difahami, duit itu bukan TH yang punya tetapi hanya menjadi pemegang amanah. Tetapi sayang, apabila amanah telah dianggap sebagai cabang mencari untung, maka inilah hasilnya.

Mereka tidak gentar dengan amaran Rasulullah berkaitan amanah ini yang mana Rasulullah menyuruh manusia menunggu saat kehancuran apabila amanah ini dianggap sebagai satu keuntungan.

Saya merasa hairan, bagaimana Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang begitu tegas menafikan kewujudan urusniaga ini tetapi kemudiannya dengan selambanya mengulas kembali bahawa ianya adalah salah komunikasi. Yang beliau nafikan ialah pembelian dua bidang tanah yang bernilai RM722 juta, tetapi bukan pembelian 1.56 ekar itu.

Sebegitu besar wang yang hendak dikeluarkan, tetapi pengerusi tidak tahu? Kemudiannya lagi, dikhabarkan kelulusan pembelian ini melalui ‘fast track’ dan hanya mengambil masa kira-kira dua minggu sahaja melalui menteri dan mesti dibayar secara penuh oleh TH. Laporan ini tidak pula Azeez nafikan.

Malah Timbalan Pengarah Urusan TH sendiri, Datuk Johan Abdullah hanya membuat laporan polis berkenaan bagaimana dokumen rahsia itu tersebar, bukan penafian kandungan dari blog itu. Ditambah pula, wajah-wajah penaung TH berkebetulannya sama wajah dengan penaung 1MDB, jelas urusniaga ini menimbulkan lagi pertanyaan.

Saya juga kesal dengan kenyataan angkuh Johan yang ‘mengungkit’ subsidi yang TH berikan kepada jemaah haji dari kos sebenar RM17,000 kepada RM9,980 sedangkan sumber utama kewangan TH adalah dari simpanan rakyat, dan wang itulah yang digunakan untuk membayar gaji dan bonus Johan selepas mendapat keuntungan perniagaan.

Amat jelas tujuan TH ialah untuk membantu jemaah haji, jadi kenapa mesti diungkit-ungkit seperti wang itu kepunyaan dia? Satu lagi pembodohan kepada rakyat.

Setelah 1MDB terpalit dengan pelbagai imej buruk berhubung dengan pengurusannya, maka dimana lagi kepercayaan rakyat akan diletakkan? Isu duit KWSP, duit Felda, GST, duit pencen, TH dan seumpamanya adalah duit rakyat yang diletakkan dibawah kelolaan golongan yang sentiasa merimaskan rakyat.

Dengan idea memanjangkan umur pengeluaran KWSP, kejatuhan nilai saham FGVH, GST yang menekan golongan miskin dan kini TH pula terpalit dengan isu pembelian tanah ini, maka seharusnya golongan yang ada menduduki tahta pengurusan semua itu turun secara baik.

Kebimbangan saya terhadap isu-isu ini sangat berasas kerana bukan sahaja ahli politik pembangkang yang menentang, malah orang dalam Umno juga seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan 1MDB dan ikonnya Jho Low yang masih bebas bersuka ria, orang tidak berparti seperti Dr Asri turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan pengurusan negara sekarang dan paling terbaru ialah Sultan Johor sendiri yang mengatakan GST tidak masuk akal.

Jika orang-orang besar ini telah jelas menunjukkan penentangan mereka, maka apakah orang bawah atau rakyat tidak dapat membaca maknanya?

Oleh itu saya sependapat dengan sahabat saya Ahli Parlimen Temerloh agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini kerana ianya jelas melibatkan kepentingan rakyat terbanyak dan paling menyedihkan ianya berlaku ke atas TH, institusi yang paling diharap amanahnya, bersih ribanya dan seperti yang digagaskan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz, ianya bagi membantu membangunkan kembali ekonomi golongan berpendapatan rendah agar tidak menjual harta mereka bagi mengerjakan haji dan agar tetap mempunyai harta setelah pulang dari mengerjakan haji.

Jangan nanti kita mendengar pula pengumuman dari TH bahawa kuota jemaah haji kita dikurangkan atas sebab itu dan ini tetapi sebaliknya, tabung yang kita harapkan itu sebenarnya telah ‘bocor’ maka akibatnya bilangan jemaah haji dikurangkan. Nauzubillah.

USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
20 Rejab 1436 bersamaan 9 Mei 2015

Sumber HD - 9-5-2015











































Siasat salah guna wang TH, bukan pembocor maklumat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berpendapat adalah lebih baik Ketua Polis Negara (KPN) membuka kertas siasatan menyiasat salah guna wang pencarum oleh Tabung Haji terlebih dahulu.

Pengerusinya, Datuk Sri Sanjeevan R menyatakan demikian berhubung kenyataan KPN yang mahu menyiasat pihak yang terlibat mendedahkan maklumat pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji.

Katanya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal bilamana Tabung Haji membuat pembelian tanah pada kadar harga berlipat kali ganda.

Untuk makluman, jelasnya Tabung Haji telah membeli 1.5 ekar tanah berharga RM188 juta. Ia menjadi kontroversi kerana TH telah membuat pembelian 'terlebih bayar'.

Tambahnya, tanah yang dibeli oleh 1MDB pada harga RM64 per kaki persegi telah dibeli semula oleh TH pada harga RM2,773 per kaki persegi.

"Rakyat melihat pembelian atas nama pelaburan ini hanyalah untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berjumlah RM42 billion," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, kata beliau sekurangnya tiga individu iaitu Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Johan Abdullah dan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mempunyai kepentingan dalam TH dan 1MDB.

Menurut beliau lagi, ini bukan kali pertama TH mahu membuat pelaburan tidak masuk akal.

"Sebelum ini, kita dikejutkan dengan cadangan TH mahu melabur dalam projek perumahan di Detroit, Amerika.

"Yang mana Detroit merupakan sebuah bandar yang hampir muflis disebabkan kejatuhan industri kereta Amerika," katanya.

Kata beliau lagi, rumah di Detroit dilelong pada harga USD1,000 tetapi dengan beraninya TH mahu membuat pelaburan di sana yang akhirnya cadangan ini telah berkubur disebabkan bantahan ramai.

Justeru, ujar beiau MyWatch menggesa KPN lebih cakna kepada isu masalah yang lebih besar iaitu penyelewengan dana awam berbanding mahu menggunakan OSA kepada pihak pembocor maklumat. - HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015













































Tanah TRX 1MDB: Panggil sidang khas Dewan Rakyat

NASRUDIN HASSAN | .



SAYA telah meneliti dokumen sulit yang telah dimuatkan di sebuah blog (The Benchmark) mengenai cadangan pembelian Plot B.10.15-RT di Tun Razak Exchange daripada 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan subsidiarinya KLIFD Sdn Bhd.

Setelah ia menjadi viral, saya turut membaca respons daripada pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada perkara yang telah berbangkit tersebut.

Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut saya menggesa Perdana Menteri segera memaklumkan kepada Tuan Yang Dipertua untuk memanggil sidang mesyuarat khas bagi membahaskan isu 1MDB dengan lebih terperinci demi kepentingan rakyat. Ini selaras dengan Peraturan 11 (3), Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat.

Saya berharap agar Perdana Menteri hadir memberikan penjelasan yang konkrit termasuk pembentangan hasil forensik audit kewangan 1MDB.

Isu 1MDB ini sangat penting memandangkan ia berhadapan dengan skandal kewangan yang besar yang turut melibatkan kepentingan rakyat.

Setelah pihak Lembaga Tabung Haji mengesahkan dakwaan pembelian plot tanah TRX, ini menunjukkan bahawa pihak 1MDB terpaksa menggunakan tabungan awam untuk menyelamatkan kegagalan kewangan 1MDB.

Bagi pihak rakyat, kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku walaupun pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji berpendapat sebaliknya.

Kegagalan kewangan dan kehilangan dana 1MDB adalah berpunca daripada ketirisan dan persoalan integriti 1MDB. Perkara ini turut diakui dalam kertas penilaian risiko yang dibentangkan sepertimana yang terdapat dalam dokumen sulit tersebut.

1MDB sedang berdepan dengan siasatan daripada pihak Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Skandal kewangan 1MDB yang teruk boleh menjejaskan projek mega TRX dan ia akan turut mengheret LTH ke kancah risiko yang lebih besar. Tambahan pula, pelabur-pelabur asing turut mempertimbangkan semula pelaburan mereka di TRX.

Maka, saya melihat pelaburan LTH di TRX adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan 1MDB terpalit dengan skandal kewangan yang besar.

Saya turut mendesak sekali lagi agar Perdana Menteri memanggil satu mesyuarat khas dalam masa terdekat untuk membentang perkembangan terkini dan menjawab segala keraguan berasas yang melibatkan kewangan 1MDB dan kepentingan rakyat ini.

Sekian, terima kasih. - HARAKAHDAILY 8/5/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh yang juga AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 8-5-2015

TABUNG HAJI –WANG ‘KERINGAT’ DAN  ‘AIR MATA’

            Semalam 7 Mei 2015, aku terbaca berita bersumberkan Astro Awani menayatakan, ‘Baru-baru ini, laman blog The Benchmark serta beberapa blog lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan Tabung Haji telah membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan. Blog itu juga mendakwa ‘orang dalam’ Tabung Haji mengesahkan bahawa satu perjanjian 'fast track' telah dibuat di mana ia mendapat kelulusan menteri dalam masa kurang dua minggu dan wang pembelian perlu dibayar kepada 1MDB secara penuh”Astro Awani 7 Mei 2015

            Dalam sumber berita yang sama Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Seri Azeez Rahim telah menafikan penjualan tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani,semalam, Azeez menerusi akaun Twitternya telah pun menafikan dakwaan tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan mereka secepat mungkin’

            Dan ekoran daripada itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan hari ini mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di TRX.
Namun, Johan dalam kenyataannya menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam beberapa blog. (Astro Awani 7 Mei 2015)

            Dan akhirnya Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa meminta maaf di atas penafian beliau terhadap pendedahan berhubung pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur itu."Ya, maaf di atas kesilapan komunikasi. Tidak benar mengenai RM722 juta untuk membeli dua bidang... itu yang saya nafikan," kata Abdul Azeez menerusi laman mikro Twitternya. (Astro Awani 7 Mei 2015)

            Salah seorang menteri kabinet DS Najib mengatakan pula bahawa pembelian sebidang tanah IMDB oleh Tabung Haji bukannya ‘bailout’ tetapai sebenarnya ‘investment’. Aku tak faham kedua-dua konsep ini. “Bailout’ pun aku tak faham dan ‘investment’ juga aku tak faham. Dan tidak pun aku berhasrat untuk membincangkan kedua-dua konsep ini.

            Rata-rata orang Melayu menyimpan di Tabung Haji, terutama orang Melayu di kampung-kampung. Yang aku musykilkan ialah mengapa diambil duit Tabung Haji untuk ‘tanaman modal’ membeli tanah milik IMDB. Aku tidaklah sejahil mana sehingga menentang tanaman modal yang dibuat oleh Tabung Haji. Aku tahu juga yang Tabung Haji menjalankan perniagaan untuk memberikan pulangan kepada penyimpan-penyimpannya. Aku difahamkan bahawa Tabung Haji terpaksa membayar harga yang berpuluh kali  ganda untuk mendapatka tanah IMDB itu. Difahamkan bahawa harga asal tanah berkenaan adalah disekitar RM 70 tiap-tiap satu kaki persegi dan dijualkan kepada Tabung Haji dengan harga RM 2779.(Maaf, sekiranya aku tersilap menyatakan angka-angka berkenaan).

            Aku mungkin setuju dengan pandangan rakyat miskin di Malaysia kini yang rata-rata mempersoalkan tentang kewajaran Tabung Haji membeli lot tanah IMDB yang begitu mahal sekali. Amat menyedihkan apabila melihatkan perbandingan angka ini. Nampak sangat pihak pemerintah mementingkan IMDB berbanding dengan Tabung Haji yang ‘dihidupkan’ oleh orang kampung yang miskin, yang bercita-cita menggunakan Tabung Haji sebagai tempat menabung dengan penuh harapan akan dapat menunaikan Haji pada suatu ketika nanti. Sepatutnya Tabung Hajilah yang diberikan keutamaan membeli hartanah dengan harga yang diberikan kepada IMDB itu. Mengapakah pihak-pihak tertentu yang menguruskan urusan jual beli ini langsung tidak ‘berhati perut’ sehingga sanggup membutakan hati dan langsung tidak memandang akan kesusahan yang dideritai oleh orang kampung yang menabung dalam Tabung Haji ini.

Dan tentunya Prof Diraja Ungku Aziz menitiskan air mata mengenangkan hal bagaimana pengurusan Tabung Haji kini sudah tidak ada langsung perasaan belas terhadap derita orang kampung yang merupakan penyimpan taat dalam Tabung Haji. Bukan salah Tabung Haji terlibat dalam perniagaan bersesuaian denga perkembangan masa dan zaman yang kita lalui, tetapi keterlibatan dalam perniagaan yang meragukan (seperti IMDB ) tentulah merunsingkan juga ramai penyimpan Tabung Haji kini sebagaimana yang sentiasa dipersoalkan oleh Tun Mahathir.

            Masih terbayang dimataku bagaimana ibu bapa di kampung berjimat dan sentiasa berusaha menambahkan pendapatan demi untuk menyimpan di Tabung Haji yang matlamat akhirnya untuk menunaikan Haji ke Makkah. Kebanyakan ibu bapa miskin di kampung tidak membelanjakan wang bulanan yang diberikan oleh anak-anak mereka yang makan gaji di bandar, tetapi sebaliknya mereka menyimpan dan terus menyimpan di Tabung Haji sehingga berjaya mereka menunaikan haji ke Makkah.

Kini masih ramai lagi orang kampung aku yang menyimpan secara berdiikit-dikit di Tabung Haji. Dengan lebihan yang tidak seberapa hasil daripada penjualan buah-buahan, mereka simpan wang mereka di Tabung Haji. Hasil daripada penjualan hasil ternakan seperti ayam, kambing atau kerbau, mereka simpan wang mereka di Tabung Haji.

Apakah pihak pengurusan Tabung Haji tidak langsung terkenangkan nasib dan derita orang kampung yang mengalirkan keringat dan air mata untuk menyimpan di Tabung Haji yang matlamat akhirnya ia itu menunaikan haji. Apakah pihak kerajaan juga sama bersekongkol dan ‘mengiakan’ tindakan pihak pengurusan Tabung Haji yang bersikap sedemikian. Apakah pada pandangan pihak kerajaan bahawa rakyat luar bandar yang menyimpan dalam Tabung Haji itu hanya berguna apabila waktu datangnya pilihan raya sahaja.

Apakah begitu?.....

abuhassanadam

8 Mei 2015

Sumber Abuhassaadamblog / HD - 8-5-2015
















































3 'pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB
Posted on Friday, May 08 @ 21:18:28 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.

Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.

Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah berbanding nilai pasaran.

Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu itu.

Tan Sri Ismee Ismail

Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.

Datuk Johan Abdullah

Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn Bhd.

Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.

Datuk Abdul Samad Alias

Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.- Mkini 

Sumber TKO - 8-5-2015      

Terima kasih Tabung Haji, rakyat fahami hutang 1MDB

HARAKAHDAILY | .

Akhirnya rakyat, termasuk mereka yang berada di pedalaman memahami isu 1MDB gara-gara tindakan Lembaga Tabung Haji yang membeli tanah TRX daripada 1MDB.

Meskipun isu 1MDB sudah lama didendangkan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ramai yang tidak memahaminya kerana ia tidak semudah isu lembu NFC dahulu sehinggalah semalam.

Kemarahan rakyat terhadap tindakan TH turut menyebabkan Pemuda Umno tiba-tiba U-turn dan berani mempersoalkan Kementerian Kewangan dan TH yang diterajui para pemimpin Umno sendiri.

Namun seperti biasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selalu Menteri Kewangan dan juga penasihat 1MDB terus mendiamkan diri.

Namun, keadaan ini diyakini tidak lama selepas melihat gelagat Pemuda Umno cuba menyelamatkan diri.

Namun, rakyat kena ingat, menukar Najib tanpa menukar Umno tiada gunanya. Hutang RM42 bilion 1MDB masih perlu ditanggung kerana kerajaan adalah penjaminnya.

Selepas tabung TH dipecahkan, banyak lagi tabung lain akan dipecahkan setiap kali tiba tempoh 1MDB untuk membayar bunga hutangnya.

Persoalan sekarang, selain membayar hutang, apakah kos perniagaan 1MDB setiap bulan? Sumber mana yang digunakan untuk membayar gaji-gaji mereka yang mahal-mahal, termasuk gaji Najib sebagai Penasihat di dalam 1MDB kalau duit membayar hutang pun tiada.

Jangan-jangan akhirnya Petronas atau Khazanah atau Lembaga Zakat menjadi pemaju kepada TRX berselindung di sebalik perkataan "pelaburan" tapi hakikatnya ia hanyalah mekanisme untuk menyalurkan dana badan berkanun ini kepada 1MDB untuk membayar gaji dan bonus dan hutang keliling pinggang mereka yang dijamin kerajaan Malaysia.

Tidak mustahil kewangan negara dan ringgit Malaysia akan menjadi tenat jika 1MDB tidak mampu membayar hutangnya.

Dahulu rakyat tidak memahami mahupun mempercayainya, tapi kerana tindakan kontroversi TH, mereka kini dapat melihat sendiri betapa busuk dan teruknya masalah 1MDB ini pada negara.

Terima kasih TH.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
8 Mei 2015

Sumber HD - 8-5-2015

Apa kata Tun M isu wang Tabung Haji

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.

"Wang ini bukan milik Tabung Haji. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB," tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya.

Berikut ialah tulisan penuh beliau bertajuk 'Tabung Haji'.

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.

Sumber HD - 8-5-2015

TH, adakah pembelian tanah patuh syariah – Saifudin

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini turut mempertikai keputusan Tabung Haji (TH) yang membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad.

Beliau melalui laman facebook turut meragui pelaburan itu kerana TH hanya melabur dalam perniagaan yang sah dari segi syariah.

"Setahu saya, Tabung Haji hanya melabur dalam perniagaan yang sah dari segi syariah. Adakah melabur dengan membeli tanah 1MBD yang diragui dari segi pelbagai sudut itu satu kebijaksanaan.

"Wajarkah dengan harga setinggi itu, berbanding harga dibeli oleh 1MDB pada asalnya," tulis beliau.

Dalam pada itu beliau turut melihat ada kepentingan peribadi 'conflict of interest' apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015

Bocor TH mungkin disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Polis menerima lebih 100 laporan berhubung beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu mencerminkan mereka tidak bertamadun.

"Saya rasa masyarakat negara ini sudah matang dan tidak sepatutnya berlaku insiden seumpama itu. Mereka melakukan provokasi terhadap pihak penguat kuasa, bergaduh sesama penyokong parti dan khianat harta benda kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, Jumaat.

Semalam, PRK itu dicemari dengan beberapa insiden keganasan, antaranya pertelingkahan yang hampir menjurus kepada pergaduhan antara penyokong PKR dan PAS, seorang petugas media dan seorang anggota polis cedera akibat dibaling batu dan botol air, serta seorang petugas wanita ditumbuk semasa proses pengundian.

Keadaan itu memaksa pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan lawatan rutin ke pusat-pusat daerah mengundi setelah dinasihati polis.

Menyentuh mengenai laporan polis berhubung kebocoran maklumat di bahagian pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH), Khalid berkata kes berkenaan berkemungkinan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Datuk Johan Abdullah melalui kenyataan media menafikan membeli Signature Tower (Fasa 2) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) seperti yang dilaporkan sebuah blog.

Beliau berkata kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan berkenaan.

Terdahulu, Khalid menyaksikan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zubaidah Md Ismail kepada DCP Datuk Abdul Ghafar Rajab yang memangku jawatan itu.

Datuk Zubaidah, yang bersara hari ini, berkhidmat dengan PDRM sejak 40 tahun lalu, merupakan wanita pertama mengetuai JIPS sejak jabatan itu ditubuhkan pada 24 Julai 2014.

Zubaidah menasihati golongan generasi Y agar bekerja dengan penuh komited dan taat kepada pucuk pimpinan PDRM. - Bernama

Sumber HD - 8-5-2015

TH beli tanah 1MDB untuk kepentingan politik

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menggesa pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji menangguhkan pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) kepunyaan 1MDB yang dianggap terlalu berisiko bagi sebuah kepentingan dana awam.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khiruddin, TH Properties Sdn Bhd mempunyai jumlah peruntukan kewangan yang besar untuk projek-projek pelaburan dan pembangunan hartanah, namun keputusan untuk membeli tanah TRX 1MDB dianggap sebagai satu keputusan politik semata-mata.

Ini kerana katanya, terdapat beberapa isu utama untuk menjustifikasikan penangguhan pembelian ini antaranya, 1MDB harus menyelesaikan audit forensik kewangan terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan awam dan integriti kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, katanya, keseluruhan projek TRX masih lembab kerana tiada laporan perkembangan yang drastik.

Tambahan pula, katanya, 1MDB bergelumang dengan masalah kewangan yang teruk termasuk beberapa isu integriti dan sudah tentu akan terdedah kepada kegagalan keseluruhan projek TRX.

"Oleh itu, sebagai sebuah dana awam, ia tidak seharusnya terjebak dengan risiko perniagaan dan politik ini. Di Kuala Lumpur, kita sedang berhadapan dengan lebihan penawaran sektor hartanah mewah sama ada bagi jenis residen dan pejabat," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, jelasnya, harga jualan hartanah dengan dampak GST semakin tinggi, dan kadar penolakan pembiayaan hutang tinggi oleh institusi kewangan, serta jumlah jualan hartanah rendah dari pelbagai pemaju adalah faktor-faktor penolakan yang tidak mewajarkan pembelian tanah tersebut untuk tujuan pembinaan apartmen mewah.

"Pulangan pelaburan juga dijangka tidak akan tercapai dalam tempoh 5 tahun," ujarnya.

Justeru katanya, justifikasi di atas boleh dirumuskan bahawa keputusan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji untuk membeli tanah yang berjumlah RM 188.5 juta adalah semata-mata kerana kepentingan politik dan bukan atas faktor perniagaan dan kepentingan awam. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015

PAS tubuh Jawatankuasa untuk selamatkan Tabung Haji

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Bertindak pada 10 Mei ini dilihat sebagai satu langkah untuk memantau segala urusan membabitkan Tabung Haji.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa ini melibatkan tenaga pakar dari pelbagai sektor dan wakil pendeposit Tabung Haji.

"Melihatkan perkembangan berkenaan isu wang Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB), satu Jawatankuasa Bertindak akan ditubuhkan.

"Ini bagi memantau, mengumpul maklumat, menganalisis dan bertindak demi mempertahankan hak para pendeposit Tabung Haji daripada terus menjadi mangsa akibat kegagalan kerajaan mengurus 1MDB," katanya.

Menurut beliau, isu ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana Tabung Haji merupakan intitusi yang dimiliki seluruh umat Islam di negara ini.

"Amatlah tidak wajar, wang simpanan hasil titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan syarikat bermasalah, 1 MDB yang juga merupakan syarikat milikan kerajaan.

"Hakikatnya, isu Tabung Haji ini bukanlah yang pertama, ia telah pun berlaku dahulu pada skandal Perwaja, MAS, PKFZ dan terkini Felda dan 1MDB ini," karanya yang juga merupakan Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tabung Haji.

Tambah beliau lagi, PAS mengingatkan dengan tegas kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggadaikan institusi ini.

"Di manakah pendekatan Wasatiyyah dan Maqasid Syariah yang dicanang siang-malam itu, jikalau Tabung Haji boleh dipergunakan sedemikian rupa?

"Rakyat di Rompin dan Permatang Pauh sudah pun memberikan isyarat dan loceng amaran kepada BN, dan gelombang perubahan ini akan terus berkekalan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8 - 5- 2015


















































Maklumat bocor: Pengurusan TH patut letak jawatan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Tabung Haji membuat laporan polis ekoran kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah milik 1MDB adalah memalukan, demikian menurut Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, langkah yang lebih mulia ialah pihak bertanggungjawab wajar menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan sendiri.

Bahkan katanya, Tabung Haji sepatutnya mengambil langkah lebih mulia iaitu membatalkan pembelian itu.

Semalam,  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap blog The Benchmark, yang mendedahkan dokumen pembelian tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

Ekoran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya akan siasat kebocoran dokumen Lembaga Tabung Haji berkaitan pembelian tanah milik 1MDB mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Khalid berkata pihaknya akan turut memanggil mereka yang terlibat dengan kes itu, termasuk pegawai tinggi Tabung Haji.

Syarikat 1MDB sedang menghadapi masalah kewangan yang kritikal sehingga menanggung hutang yang kini mencecah RM42 Billion. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015


















































Pengurusan TH orang berkepentingan dalam 1MDB?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Beberapa individu di dalam Pengurusan Tabung Haji juga mempunyai jawatan penting dalam Syarikat 1MDB dan secara tidak langsung menzahirkan kewujudan elemen konflik kepentingan.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS Syed Ahmad Fadhli berkata, amat mengejutkan apabila merujuk sebuah akhbar The Edge serta menyemak beberapa nama individu tersebut secara tidak langsung merupakan orang penting di dalam 1MDB.

"Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1 MDB,"tulis beliau di laman Facebooknya.

Tegasnya, isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan institusi simpanan milik umat Islam hasil daripada titik-peluh mereka untuk menunaikan Haji.

"Maka amatlah zalim jika Tabung Haji dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1MDB yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya kini sudah pun mencecah RM42 Billion.

"Bukankah Tabung Haji dan 1MDB adalah institusi dan syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat? Hebat perniagaan mereka ini. Tanah dulu dibeli oleh 1MDB hanya RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2860/kaki," ujarnya.

Tambahnya, umat Islam tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah.

"Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu menjawab juga di Mahkamah Allah kelak. Amanah rakyat usahlah dipermainkan sebegitu sahaja," kata beliau.

Skandal ini menjadi perhatian umum apabila satu dokumen sulit tentang penglibatan Tabung Haji sebagai tabung penyelamat kepada syarikat 1MDB mula tersebar di laman sosial dua hari lepas.

Semalam Ketua Pegawai Eksekutif  Lembaga Tabung Haji Datuk Johan Abdullah mengesahkan kumpulan itu membeli sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015

No comments:

Post a Comment