BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, May 17, 2015

SIDANG DEWAN RAKYAT PERSIDANGAN KEDUA PENGGAL KETIGA PARLIMEN 13 MULAI 18 MEI 2015 - 18 JUN 2015


PERBINCANGAN AHLI PARLIMEN DAN NGO


Perbincangan ahli Parlimen pembangkang, NGO isu 1MDB dan WSJ d dataran Parlimen aja. Nasib.

Sumber HD - 7-7-2015



Rang undang-undang Hudud tersenarai lagi
Posted on Wednesday, June 17 @ 12:36:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dimasukkan dalam kertas aturan Dewan Rakyat sekali lagi hari ini.

Bagaimanapun, rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 merupakan item terakhir dalam senarai usul dibahaskan di Dewan Rakyat untuk persidangan kali ini yang akan berakhir esok.

Oleh itu, kemungkinannya tipis ia dibahaskan memandangkan terdapat 12 lagi rang undang-undang kerajaan yang akan diberi keutamaan dan 27 usul dikemukakan ahli Parlimen persekutuan lain.

Sumber TKO - 17-6-2015

1MDB: Audit belum selesai masalah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan digesa untuk mengeluarkan arahan segera untuk menjalankan audit kewangan 1MDB yang bermula pada 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015, demikian menurut Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan merangkap AJK PAS Pusat.

Pada masa yang sama, katanya rakyat terus menunggu laporan siasatan forensik kewangan oleh Jabatan Audit Negara untuk dibentangkan di Parlimen serta tatapan awam.

"PAS mengalu-alukan prosiding siasatan Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ajk PAS Pusat berkata, sekurang-kurangnya terdapat enam transaksi 1MDB yang meragukan serta melibatkan persoalan integriti badan pengurusan tertinggi, dana awam dan kepentingan negara.

Antaranya, pelaburan USD1 bilion dalam industri minyak dan gas bersama JV Co yang akhirnya menjadi mekanisme kontrak pinjaman.

Pembelian aset janakuasa Tanjung PLC dan Genting Berhad bernilai RM 10.85 bilion serta pembelian sebidang tanah di Pulau Pinang bernilai RM 1.38 bilion yang semuanya didakwa 'overpriced'.

1MDB adalah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia. Bermula dengan ekuit khas atau modal berbayar sebanyak RM 1,000,000 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan.

Bagi tujuan pembelian atau pelaburan aset, ia dibiayai oleh modal pasaran hutang domestik dan antarabangsa. Sebahagian hutang tersebut dijamin oleh kerajaan.

Berdasarkan perkembangan semasa, jumlah keseluruhan aset 1MDB yang telah diaudit bagi tarikh kewangan berakhir 31 Mac 2014 ialah RM51.4 bilion.

Kebanyakan aset tersebut disokong oleh pemilikan tanah di Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur serta 234 ekar di Pulau Pinang. Selain itu, ia turut memiliki loji janakuasa di beberapa buah negara.

Jumlah keseluruhan hutang 1MDB pada tarikh kewangan yang sama telah mencecah sehingga RM 41.9 bilion.

Pembelian aset-aset pada paras harga yang tinggi dan gagal menjana pendapatan dalam jangka masa pendek telah menyukarkan aliran tunai 1MDB. Selain itu, ia juga terpaksa membayar kos pinjaman yang tinggi. – HARAKAHDAILY 12/6/2015


Sumber HD - 12-6-2015




Najib, bebaslah daripada sindrom penafian

| .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa segala kontroversi yang melanda kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada perdana menteri itu sendiri.
Beliau berkata, Najib perlu sedar dari sindrom penafian dan berhenti menyalahkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik kepimpinannya sekarang.

Katanya, masalah utama Najib adalah sikap degilnya yang enggan menerima nasihat daripada negarawan yang merupakan mentornya sendiri.

"Adakah benar masalah yang melanda pentadbiran PM Najib ini berpunca daripada Tun Mahathir?
"Bukankah yang memegang kuasa, yang membuat keputusan dan pengarahan adalah PM Najib sendiri?

"Sungguh hairan apabila seorang perdana menteri sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran menjadi begitu lemah dan takut kepada suara kritikan daripada orang yang sudah pun tidak berjawatan dalam kabinet," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz juga berkata, Najib tidak perlu menuding jari kepada orang lain kerana skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan oleh orang kepercayaan Najib sendiri.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga katanya dilaksanakan ketika pentadbirannya.

"Mengapa masih ingin menuding jari kepada pihak lain sedangkan kesilapan itu berpunca daripada diri sendiri?

"Semoga PM Najib cepat sedar sebelum Umno BN dihumban oleh rakyat ketika PRU14 kelak," katanya. - HARAKAHDAILY 10/6/2015

Sumber HD - 10-6-2015






Kita seharusnya malu halang usaha perteguh hukum Allah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Nasrudin Hassan mengalu-alukan mana-mana pihak mahupun individu untuk memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membentang Rang Undang-Undang Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

"Jika ia dilihat wajar bagi mana-mana pihak, maka silakan mengikut lunas perundangan yang sewajarnya.

"Cuma, sebagai seorang Muslim, kita seharusnya malu kerana menghalang usaha untuk memperteguhkan hukum hakam Allah SWT di negara ini," ujar Ahli Parlimen Temerloh itu dalam satu kenyataan.

Katanya, sepertimana yang sedia maklum, sejak kewujudan PAS lebih separuh abad yang lalu, cita-cita PAS adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan di Malaysia yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah.

Ini, ujarnya bermakna PAS tidak pernah berkompromi dengan tujuan penubuhannya sehingga ke hari ini.

PAS, jelas beliau hanya mengambil pendekatan secara berperingkat-peringkat, berdasarkan situasi semasa dan tanpa menggunakan kaedah agresif.

Tambah AJK PAS Pusat itu lagi, usaha pelaksanaan hudud khususnya di negeri Kelantan telah berjalan sebelum 1993 lagi.

Menurutnya, pelbagai penerangan dan kempen telah giat dijalankan bagi memastikan rakyat memahami dengan jelas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) yang akan diimplementasikan di bumi Serambi Makkah ini.

"Alhamdulillah, PAS telah menang dan diberi mandat sokongan daripada rakyat Kelantan lebih 20 tahun," ujarnya.

Ini juga, kata beliau bermakna mereka bersetuju dengan dasar dan tujuan yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Sehingga ke saat ini, ujarnya PAS hanya memohon sedikit pindaan yang melibatkan kuasa perundangan Persekutuan bagi membolehkan EKJS dilaksanakan secara sistematik di negeri Kelantan.

Maka, kata Nasrudin tidak ada apa-apa kesalahan bagi PAS untuk merealisasikan hasrat ini.
"Saya turut mengharap agar ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang beragama Islam khususnya boleh bersetuju dengan RUU Persendirian mengenai hudud yang akan dibentangkan oleh PAS tidak lama lagi, insya Allah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Sumber HD - 10-6-2015








Persatuan teksi harap isu teksi uber dibahas di parlimen

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) berharap isu aplikasi tempahan teksi dalam talian 'Uber' yang didakwa merupakan ancaman terhadap perkhidmatan teksi tempatan dibincangkan di Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian.
  
Pengerusinya Amran Jan mendakwa kewujudan aplikasi Uber menyebabkan industri perkhidmatan teksi negara dipenuhi lambakan teksi haram yang tidak terkawal dan menutup pintu rezeki atau pendapatan pemandu teksi.
  
"Operasi perkhidmatan Uber ini telah melanggar beberapa akta dan peraturan berkaitan pengangkutan awam darat termasuk penggunaan kenderaan persendirian sebagai teksi dan pemandu yang tidak memiliki lesen dan kad pemandu yang dikeluarkan atau diluluskan oleh SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
  
Amran turut menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad yang mencadangkan isu itu dibawa dalam bentuk usul di Dewan Rakyat.
  
Katanya perkhidmatan teksi Uber juga berbahaya dan berisiko tinggi kerana menurutnya kenderaan yang digunakan tidak dilengkapi insurans yang sesuai bagi pelindungan penumpang.
  
Amran berharap anggota Parlimen memandang serius cadangan berkenaan dalam memastikan industri perkhidmatan teksi terus dilindungi daripada diceroboh oleh perkhidmatan Uber.
  
Beliau juga mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diperuntukkan bidang kuasa yang lebih luas bagi membanteras aplikasi Uber dan berharap SPAD dapat membatalkan lesen Kenderaan Sewa Persendirian (PHV) bagi menjaga industri perkhidmatan teksi negara.  
  
Uber merupakan satu perkhidmatan teksi persendirian yang kini beroperasi di seluruh dunia secara dalam talian dengan hanya boleh diakses menggunakan aplikasi di telefon pintar.
  
Perkhidmatan itu dikatakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana menawarkan caj yang lebih murah dan mesra pelanggan berbanding perkhidmatan teksi awam. - BERNAMA

Sumber HD - 9-6-2015

Minyak naik, pulangkan subsidi kepada rakyat

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


KPDNKK melalui Menterinya, DS Hasan Malek lewat petang semalam telah mengumumkan kenaikan 10 sen harga runcit bagi semua jenis minyak iaitu RON95 – RM2.05, RON97 – RM2.35 dan Diesel – RM2.05.

Walaupun sebelum ini ia kekal pada harga RM1.95 bagi RON95 dan Diesel serta RM2.25 bagi RON 97 selama tiga bulan berturut-turut, hakikat yang tersembunyi di sebalik pengekalan dan tren turun naik harga minyak ini cukup difahami oleh seluruh rakyat.

Pengekalan harga untuk tempoh tertentu itu sekadar bertujuan meredakan ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan berkenaan polisi pemotongan subsidi petrol dan pelaksanaan GST yang memberi kesan langsung kepada bebangan kewangan rakyat.

Walaupun OPEC menjangkakan harga minyak tidak akan melepasi paras AS$100 setong sehingga tahun 2025 selepas ia mengalami kejatuhan pada penghujung tahun lalu, berdasarkan tren kejatuhan pada masa lalu, harga minyak dijamin akan kembali naik dan stabil. EIA sebelum ini ada meramalkan bahawa harga global minyak mentah Brent akan meningkat ke paras AS$67 setong menjelang akhir tahun 2015. Setakat semakan malam tadi, harga minyak Brent telah pun berada pada paras AS$65.56.

Ini bererti, kaedah pengiraan berdasarkan ‘managed float system’ akan terus menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan tambahan pada setiap bulan.

Jika diteliti, kenaikan harga minyak global yang turut mengakibatkan kenaikan harga runcit minyak dalam negara adalah merupakan isyarat hasil pendapatan negara selaku pengeluar minyak sedang turut bertambah.

Persolannya ialah, jika sebelum ini Kerajaan menghapuskan subsidi beralasankan pendapatan Kerajaan berkurang berikutan kejatuhan harga minyak global, kenapa tidak keuntungan daripada kenaikan semula harga minyak ini dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.

Jika Kerajaan berhelah bahawa ia dikembalikan kepada rakyat secara tersasar dalam bentuk BRIM, kewajarannya boleh dipertikaikan. Ini kerana, isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 hanya menerima RM750 setahun. Sedangkan, golongan berpendapatan rendah pun sudah menggunakan sehingga 150 liter minyak sebulan iaitu RM307.50 atau RM3,690 setahun.

Bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebenarnya adalah berganda lebih besar berbanding ‘bantuan’ yang disalurkan oleh Kerajaan.

Suatu keadaan lagi yang bakal wujud kesan kenaikan harga runcit minyak ini ialah kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang gagal dikawal oleh Kerajaan sebagaimana Kerajaan gagal menanganinya selepas pelaksanaan GST.

Yang pasti ialah, semuanya rakyat dipaksa tanggung. – HARAKAHDAILY 1/6/2015

Sumber HD - 1-6-2015

Minyak Naik Harga; Kerajaan Gagal, Pulangkan Subsidi

KPDNKK melalui Menterinya, DS Hasan Malek lewat petang semalam telah mengumumkan kenaikan 10 sen harga runcit bagi semua jenis minyak iaitu RON95 – RM2.05, RON97 – RM2.35 dan Diesel – RM2.05.

2. Walaupun sebelum ini ia kekal pada harga RM1.95 bagi RON95 dan Diesel serta RM2.25 bagi RON 97 selama tiga bulan berturut-turut, hakikat yang tersembunyi di sebalik pengekalan dan tren turun naik harga minyak ini cukup difahami oleh seluruh rakyat.

3. Pengekalan harga untuk tempoh tertentu itu sekadar bertujuan meredakan ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan berkenaan polisi pemotongan subsidi petrol dan pelaksanaan GST yang memberi kesan langsung kepada bebangan kewangan rakyat.

4. Walaupun OPEC menjangkakan harga minyak tidak akan melepasi paras AS$100 setong sehingga tahun 2025 selepas ia mengalami kejatuhan pada penghujung tahun lalu, berdasarkan tren kejatuhan pada masa lalu, harga minyak dijamin akan kembali naik dan stabil. EIA sebelum ini ada meramalkan bahawa harga global minyak mentah Brent akan meningkat ke paras AS$67 setong menjelang akhir tahun 2015. Setakat semakan malam tadi, harga minyak Brent telah pun berada pada paras AS$65.56.

5. Ini bererti, kaedah pengiraan berdasarkan ‘managed float system’ akan terus menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan tambahan pada setiap bulan.

6. Jika diteliti, kenaikan harga minyak global yang turut mengakibatkan kenaikan harga runcit minyak dalam negara adalah merupakan signal hasil pendapatan negara selaku pengeluar minyak sedang turut bertambah.

7. Persolannya ialah, jika sebelum ini Kerajaan menghapuskan subsidi beralasankan pendapatan Kerajaan berkurang berikutan kejatuhan harga minyak global, kenapa tidak keuntungan daripada kenaikan semula harga minyak ini dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.

8. Jika Kerajaan berhelah bahawa ia dikembalikan kepada rakyat secara tersasar dalam bentuk BRIM, kewajarannya boleh dipertikaikan. Ini kerana, isi rumah yang berpendapatan antara RM3000 hingga RM4000 hanya menerima RM750 setahun. Sedangkan, golongan berpendapatan rendah pun sudah menggunakan sehingga 150 liter minyak sebulan iaitu RM307.50 atau RM3,690 setahun.

9. Bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebenarnya adalah berganda lebih besar berbanding ‘bantuan’ yang disalurkan oleh Kerajaan.

10. Suatu keadaan lagi yang bakal wujud kesan kenaikan harga ruuncit minyak ini ialah kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang gagal dikawal oleh Kerajaan sebagaimana Kerajaan gagal menanganinya selepas pelaksanaan GST.

11. Apa yang pasti ialah, semuanya rakyat dipaksa tanggung.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Tarikh : 1 Jun 2015 / 14 Syaaban 1436H

Sumber BO - 1-6-2015












Penemuan rangka manusia jejas nama Malaysia?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penemuan 22 rangka manusia di hutan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis kelmarin memberikan satu persepsi terhadap tahap penguatkuasaan kerajaan bagi mencegah aktiviti pemerdagangan manusia di negara ini.
"Penemuan ini juga merupakan suatu yang mengejutkan dan ia menjejaskan nama baik Malaysia di peringkat Asean," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan.
Media melaporkan sejumlah 35 rangka manusia telah ditemui di bahagian sempadan negara.
Isnin lalu, pihak penguatkuasa turut menemui 139 kubur di 28 pusat sementara aktiviti pemerdagangan manusia di antara Kampung Wai dan Felcra Tangga 100. Ia menguatkan lagi teori Malaysia sebagai 'transit strategik' bagi aktiviti pemerdagangan manusia.
Nik Abduh menambah, penguatkuasaan di bahagian persempadanan negara perlu diperhebatkan sebagai satu langkah pencegahan terhadap jenayah ini daripada berulang.
Selain itu, beliau berharap jawatankuasa khas dibentuk bagi membendung aktiviti pemerdagangan manusia yang dilihat semakin berleluasa di negara ini.
Tambahnya, Malaysia perlu mencapai standard minimum dalam pencegahan, pendakwaan dan perlindungan dalam menangani pemerdagangan manusia.
Katanya, Laporan Pemerdagangan Orang 2014 (TIP 2014) menurunkan taraf Malaysia dari Tier 2 kepada Tier 3 membuktikan kaedah yang digunakan pakai hari ini masih belum mencapai standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta Pemerdangan Orang 2000 (TVPA). - HARAKAHDAILY 1/6/2015


Sumber HD - 1-6-2015


PAS jumpa speaker bincang usul pinda Akta Mahkamah Syariah, kata Takiyuddin
Posted on Thursday, May 28 @ 17:02:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemimpin PAS sudah bertemu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, kata Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, Pandikar kini sedang meneliti usul berkenaan dan masih menanti kebenaran Putrajaya membolehkan usul persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat untuk dibahaskan.

"Speaker sedang teliti dan tunggu lampu hijau kerajaan. Yang Berhormat Marang (Hadi), bersama saya dan (ahli Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) dipanggil speaker.

"Mengikut speaker, kerajaan belum berikan kebenaran kepada rang undang-undang ini untuk dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat.

"Kita dalam proses berbincang dengan kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, PAS berharap usul berkenaan dapat dibahaskan pada minggu-minggu terakhir sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung kini dan akan tamat pada 18 Jun depan.

Sumber TKO - 28-5-2015


Memorandum Isu Pembelaan Etnik Minoriti Rohingya

Kepada,
MENTERI LUAR NEGERI, MALAYSIA
KHAMIS | 27 Mei 2015

Melalui,

YB NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
AHLI PARLIMEN PASIR MAS

Memorandum ini diserahkan kepada pihak Kementerian Luar Negeri untuk menyatakan sokongan padu terhadap resolusi United Nations General Assembly yang telah disepakati pada 29 December 2014. Kerajaan Myanmar telah didesak untuk mengiktiraf kerakyatan penuh etnik minoriti Muslim Rohingya, menghentikan penindasan terhadap mereka dan memberikan layanan yang adil sebagai rakyat Myanmar yang bebas merdeka.

IMG-20150528-WA0064

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memandang serius mengenai krisis ini. Setiausahanya, Ban Ki-Moon menyifatkan tindakan Kerajaan Myanmar sebagai satu ancaman terancang, genosid dan penghapusan etnik. Sehingga kini, hampir 2 juta orang etnik minoriti Muslim Rohingya telah dihalau sejak 1948, seramai 140,000 orang sedang mendapatkan perlindungan di kem pelarian dan lebih 5,000 orang terkandas di Laut Andaman dan Selat Melaka. Ini bukti keseriusan tekanan hak terhadap minoriti Muslim dan tragedi kemanusiaan yang melampau!

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga berikrar akan menjadikan isu ini sebagai agenda penting dalam mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC yang sedang berlangsung hari ini di Kuwait.

Malah, OIC juga akan memobilisasi beberapa kepentingannya untuk membela pelarian etnik minoriti Muslim Rohingya termasuk telah menghantar Duta Khas OIC ke Myanmar bagi mengambil tindakan yang lebih terperinci di peringkat serantau.

Sebaliknya, tindakan sistematik dan kolektif di peringkat ASEAN masih perlahan. YAB Perdana Menteri tidak langsung menyuarakan perihal nasib etnik minoriti Muslim Rohingya di Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 pada 27 April 2015 yang lalu. Sementara itu, YAB Timbalan Perdana Menteri hanya mahu krisis ini diselesaikan secara peringkat domestik Kerajaan Myanmar tanpa dibebankan kepada negara-negara ASEAN.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tidak harus bersikap apologetik dan pasif dalam hal ini. Ia bukan tindakan intervensi konflik dalaman sesebuah kedaulatan negara, tetapi ia adalah tanggungjawab untuk membela golongan mustadh’afin yang dizalimi dari buminya sendiri. Ia telah menjadi tanggungjawab kolektiviti di peringkat rantau ASEAN untuk bertindak lebih tegas bagi menekan Kerajaan Myanmar yang terus menerus menghapuskan etnik minoriti Muslim Rohingya secara sistematik.

IMG-20150528-WA0065

Malaysia boleh mengambil inisiatif dengan menghimpunkan gerakan-gerakan sivil, ahli-ahli Parlimen Islam, kumpulan anak muda dan pakar akademik di rantau ASEAN bagi membincangkan secara serius perkara ini. Malah, secara drastik, Malaysia wajar memanggil sidang tergempar ASEAN untuk mengimbangi tindakan autokratik Myanmar terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya. Memberi perlindungan sementara terhadap pelarian tidak akan menyelesaikan akar masalah, sebaliknya ia akan menimbulkan lebih banyak dampak sampingan seperti pemerdagangan manusia dan sindiket jenayah antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ustaz Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ir Khairil Nizam Khirudin
Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Ustaz Syarhan Humaizi
Ketua, Dewan Pemuda PAS Selangor

IMG_20150528_192958

Ustaz Yusaini Yahya
Ketua, Dewan Pemuda PAS Perlis
Yb Ustaz Mohd Azam Samat
Ketua, Dewan Pemuda PAS Kedah
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden
Ketua, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
Ustaz Mohd Akmal Kamarudin
Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak
Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Ketua, Dewan Pemuda PAS Terengganu
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
Ketua, Dewan Pemuda PAS Kelantan
Ustaz Hazmi Dibok
Ketua, Dewan Pemuda PAS Pahang

Sumber BO  - 28-5-2015



TIDAK SEJIWA DENGAN PM LEBIH BAIK MUHYIDDIN BERUNDUR - DMO


YAB DS MNTAR DAN TS MY

TPM Dicabar Letak Jawatan

Saya menyokong penuh saranan yang dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad bahawa Menteri Kabinet perlu letak jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang sudah dibuat. Dalam hal 1 MDB, ia bukanlah bebanan yang ditanggung PM Najib bersendirian kerana ia keputusan bersama yang diputuskan oleh jamaah menteri.

2. Sepertimana video yang telah tersebar iaitu rakaman ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mendesak seluruh ahli lembaga 1 MDB dipecat dan CEO nya disiasat polis maka jelaslah TPM sendiri tidak seiring sejiwa dengan PM. Beliau sendiri menzahirkan kekecewaan dan kerisauan berkenaan isu 1 MDB ini yang akan menyebabkan UMNO hilang sokongan rakyat.

Atas nama prinsip tanggungjawab bersama, apabila TPM sudah tidak mampu bersetuju dengan PM maka adalah lebih baik Tan Sri Muhyidin Yassin berundur dan meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

3. Hal ini turut disuarakan oleh Ahli Parlimen veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas skandal 1 MDB kerana ia adalah keputusan bersama yang diputuskan kabinet. Saya amat mengharapkan Tan Sri Muhyidin punyai jiwa besar dan keberanian untuk meletakkan jawatan. Usahlah menangguk di air yang keruh demi mengambil kesempatan untuk menaiki takhta nombor satu negara jikalau PM Najib berundur terlebih dahulu.

4. Contohilah sifat berani Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sedia meletakkan jawatan beliau atas kekangan yang dihadapi di institusi Parlimen. Atas keberanian itu, barulah PM Najib membuka mata dan bertindak dengan segera. Justeru, saya menyatakan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia sedang menantikan penuh teliti segala keputusan yang akan diambil oleh pihak kerajaan khususnya PM dan TPM berkenaan skandal 1 MDB ini. Bertindaklah segera sebelum terlambat.

YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
27 Mei 2015

Sumber BO  - 28-5-2015



















MAS pecat kakitangan, kerajaan perlu campur tangan

| .

 
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu campur tangan segera berhubung isu pemecatan 8,000 kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi memastikan mereka tidak dianiaya oleh syarikat tersebut.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar berkata, 8,000 kakitangan MAS perlu diselamatkan dan mereka tidak boleh dijadikan mangsa kerana penstrukturan semula organisasi berkenaan.

"Keputusan MAS untuk membuang pekerjanya adalah suatu yang amat memeranjatkan rakyat negara ini.

"Tindakan ini dilakukan sebagai alasan MAS untuk penstrukturan semula organsasi berkenaan, keputusan ini perlu campur tangan kerajaan terutamanya Menteri Pengangkutan," katanya.

Menurut beliau, MAS yang ditubuhkan sejak tahun 1972 sebagai Syarikat Penerbangan Malaysia yang pertama gagal mengaut keuntungan secara berturut-turut selama beberapa tahun dan ini menyebabkan keadaan kewangan syarikat tersebut tergugat selain dua malapetaka iaitu kehilangan MH370 dan letupan MH17.

"Sebagai usaha penstrukturan semula organisasi, MAS dalam proses untuk membuang pekerja-pekerjanya dan ini telah menimbulkan ketakutan, kebimbangan dan kekecewaan kepada 20,000 pekerja syarikat tersebut.

"Ini telah melemahkan semangat pekerja-pekerja berkenaan kerana masa hadapan yang gelap dan tidak terjamin," katanya.

Sivakumar turut berkata, kesemua pekerja akan dibuang sekaligus dari senarai kakitangan MAS dan 2 per 3 daripada tenaga kerja itu akan diambil semula untuk ditempatkan di bawah pentadbiran baru MAS Berhad.

"Dijangkakan lebih daripada 8,000 pekerja akan hilang pekerjaan sebelum 1 Jun nanti, jika benar ini berlaku ia merupakan satu malapetaka yang serius dalam sektor perkhidmatan yang terbesar melibatkan sebuah 'Government Linked Company' dalam sejarah kita.

"Apa akan berlaku kepada semua pekerja yang dibuang kerja secara tiba-tiba? Mereka ini berada dalam keadaan terperanjat kerana masing-masing mempunyai tanggungan yang tinggi.

"Mereka akan menghadapi beban hidup yang lebih tinggi setelah dipecat kerana terpaksa membayar pelbagai komitmen diri dan keluarga. Tindakan MAS untuk membuang 8000 pekerja ini akan menambahkan masalah sosio ekonomi dalam negara kita," sambung beliau.

Beliau berkata, MAS Berhad harus mencari jalan lain untuk mengurangkan kos operasi dan pada masa yang sama memilih strategi-strategi praktikal untuk menambahkan pendapatan.

Keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja yang begitu besar amat merugikan negara dan ekonomi rumahtangga mereka yang terlibat. - HARAKAHDAILY 27/5/2015


Sumber HD - 27-5-2015









































KWSP perlu segera perkenal skim persaraan patuh syariah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berharap Jawatankuasa Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat diperkasakan dan segera mendapatkan pandangan awam berhubung skim persaraan patuh syariah.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada jawapan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung soalan lisannya di Dewan Rakyat, semalam.

Soalan yang beliau kemukakan adalah berdasarkan kepada taklimat KWSP pada 24 April 2015 yang mendedahkan hanya 40 peratus daripada jumlah keseluruhan aset KWSP yang bernilai RM636 bilion adalah pelaburan patuh syariah dan bakinya 60 peratus adalah konvensional.

Ini, ujarnya menunjukkan caruman pekerja khususnya daripada golongan Muslim terdedah kepada portfolio pelaburan yang tidak patuh syariah.

Tambahan pula, katanya dalam satu kajian yang dijalankan oleh KWSP pada hujung bulan lalu, sebanyak 71 peratus daripada 96,000 responden yang bersedia untuka bertukar kepada skim persaraan patuh syariah berbanding skim persaraan yang sedia ada.

Beliau berkata, ini adalah masa yang terbaik untuk pihak KWSP mengambil tindakan berdasarkan kepentingan awam untuk menyediakan skim persaraan patuh syariah kepada para pencarum.

"Saya difahamkan pihak KWSP telah mensasarkan pelaksanaan agenda ini pada tahun 2017," ujarnya.

Selain itu, beliau juga ingin mencadangkan agar pihak KWSP boleh menyediakan pilihan konsultansi pengurusan kewangan secara Islam yang merangkumi wasiyat, hibah, faraid dan waqaf kepada pencarum.

Ini, kata beliau membolehkan pihak pencarum mendapatkan gambaran yang luas untuk mengurus dan memperoleh manfaat di dunia dan akhirat daripada harta mereka selain daripada menggunakan harta tersebut secara cermat ketika umur persaraan. - HARAKAHDAILY 27/5/2015


Sumber HD - 27-5-2015

Konsep PAS mesti bersama masyarakat majmuk

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, konsep parti itu bersama masyarakat majmuk di negara ini.

"Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak boleh bersendirian," ujarnya kepada media di lobi parlimen selepas membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa PAS pernah bersendirian di dalam kerajaan dan luar kerajaan sebelum ini tetapi peristiwa lama tidak akan berulang.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya adakah PAS bersedia untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang PAS masih bersama Pakatan," ujarnya.

Ketika ditanya cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata 'tunggu dan lihat'. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015






























RMK11: Apa yang dibentang memang cantik belaka

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kalau melihat kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak d Dewan Rakyat, kelmarin cantik belaka.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, dengan pembentangan itu, ertinya sudah ada 10 RMK sebelumnya.

"Kalau lihat apa yang dibentang memang cantik belaka, tetapi gagalnya semasa dilaksanakan. Inilah pengalaman RMK yang lalu," ujarnya.

Beliau berkata, kayu ukurnya masih ramai rakyat yang merempat, tidak bertanah, berumah dan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah masih tinggi.

Dalam masa yang sama, tambahnya harga barang keperluan semakin meningkat.

"Bukankah Malaysia banyak hasil bumi dan alam? Semuanya berpunca apabila amanah sebagai pemimpin sudah hilang," ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/5/2015

Sumber HD - 23-5-2015









































Membawa RMK11 ke sempadan akhirat

NASRUDIN BIN HASSAN | .


NEGARA masih memburu capaian yang mahu disasar pada KDNK 5% - 6%. Perancangan terus dirangka untuk menyemai pertumbuhan ekonomi negara sekaligus menanam cita cita mahu menjadikan negara tercinta ini bertaraf negara maju. Ia kelihatan menarik dan sungguh mengujakan apabila bilion demi bilion ringgit Malaysia diperuntukkan untuk membangunkan negara dalam RMK 11.

Ini adalah RMK 11. Ertinya sebelum ini sudah ada 10 Rancangan Malaysia yang telah memaksimakan penggunaan hasil negara untuk tujuan pembangunan. Saya tidaklah bersikap prejudis terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dalam 10 Rancangan Malaysia sebelum ini. Tetapi saya mempunyai sudut pandang tersendiri namun menyedari bahawa saya bukanlah berkepakaran dalam bidang ekonomi untuk membilang angka berbilion dan menyusun nombornya.

Suka saya tegaskan bahawa sebuah rancangan yang sebegini besar dan penting berkait dengan rencana pembangunan sebuah negara dan pula mempertaruhkan segala hasil mahsulnya demi masa depan rakyat yang menghuni negara ini, mestilah diiringi dengan sebuah komitmen sepadu antara elemen material dan spiritual dari perancang dan pelaksana RMK 11 ini.

Ramai pihak tidak melihat aspek spiritual sebagai suatu yang ekonomik dalam sesuatu perancangan dan pembangunan ekonomi negara. Mereka sering memisahkan elemen spiritual ini bagi membolehkan mereka bertindak rakus tanpa batas sempadan atas nama kemajuan dan pembangunan.

Asal sahaja mereka boleh memburu keuntungan, kekayaan, kemewahan dan kemajuan maka tiada lagi istilah halal dan haram, adil dan zalim, jimat dan membazir dalam kamus perancangan dan perlaksanaan ekonomi mereka.

Fenomena ini bukan sahaja bercanggah dengan aturan Tuhan Yang Maha Mencipta tetapi juga membawa kesan buruk kepada negara dan tamadunnya. Akhirnya negara juga terpaksa mengalami kerugian teruk ekoran kesan tersebut. Contoh yang boleh saya ungkapkan di sini apabila perancangan dan pembangunan negara kita kurang menekankan aspek spiritual maka indeks rasuah terus meningkat, ketirisan makin menjadi-jadi, penyelewengan berleluasa, penipuan menjadi rutin dan sebahagian dari urus rancang pembangunan.

Maka natijahnya, kita boleh bangunkan batu dengan susunan yang tinggi sehingga lahir bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, landasan terbesar dan sebagainya kemudian secara tidak langsung kita juga lahirkan tangan yang akan "meruntuh, meletup dan membakar" segalanya. Demikian adalah manifestasi dari rasuah, ketirisan dan penyelewengan yang masih gagal dibendung dan tiada keseriusan membendungnya.

Islam telah mengemukakan plan strategik dan ekonomik untuk sebuah perancangan dan pembangunan manusia dan tamadunnya. Hayati Firman Allah SWT :

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Kemudian setelah selesai solat (rukuk dan sujud kepada Allah), maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Surah Al Jumuah : Ayat 10

Ayat ini menggariskan tiga prinsip besar :

a. Selesaikan urusan Allah SWT terlebih dahulu dengan maksud letakkan diri sebagai manusia yang tunduk, patuh dan taat kepada perintah Allah SWT sebelum mengurus sesuatu amanah dan laksanakan sesuatu tanggungjawab.

b. Sesudah itu, tiada lagi halangan malah dianjurkan supaya manusia terus merancang, mengurus dan mengendali hasil mahsul kurniaan Allah SWT untuk dijana menjadi sebuah kekayaan dan kemajuan.

c. Sementara merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu pembangunan dan kemajuan dari hasil mahsul kurniaan Allah SWT, jangan sekali-kali lupakan-Nya dengan maksud jangan sampai terlanjur melakukan perkara di luar batas syarak seperti rasuah, penipuan, penyalahgunaan, ketirisan dan sebagainya. Ingat Allah sebanyaknya.

Bertunjang pada tiga prinsip besar ini lah, kejayaan ditempa dalam rancangan hidup ini (sama ada secara individu atau bernegara) di dunia dan berjaya jua di akhirat. Justeru saya yakin, formula untuk menjayakan RMK 11 juga mestilah bertunjang pada tiga prinsip ini. Kejayaannya akan melepasi sempadan akhirat. – HARAKAHDAILY 22/5/2015

Sumber HD - 22-5-2015


Undang-undang Islam bawah bidang kuasa negeri
Posted on Friday, May 22 @ 11:36:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom 

memberitahu berdasarkan Fasal (2) Perkara 74 dan butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan 
Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kuasa negeri berkenaan dengan pewujudan dan penghukuman kesalahan terhadap perintah 

agama Islam hanya terpakai bagi orang yang menganut agama Islam sahaja dan setakat yang 
dibenarkan oleh undang-undang Persekutuan.

"Bagi maksud tersebut, pihak berkuasa agama negeri telah menggubal dan menguatkuasakan 

undang-undang kesalahan berkaitan syariah di negeri masing-masing," jelasnya lagi.



Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Gelang Patah,  
Lim Kit Siang pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Lim dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan secara jelas pendirian Kerajaan 

Persekutuan mengenai cadangan penggubalan undang-undang jenayah Syariah yang tidak serasi 
dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan semangat kenegaraan 
Malaysia dan sama ada beliau bersetuju bahawa sebarang usaha untuk mengubah ketetapan 
Perlembagaan Persekutuan ini akan memecahbelahkan negara.

Pada masa ini, kata Jamil Khir, Kerajaan Perseketuan sentiasa berusaha untuk memartabatkan 

pentadbiran keadilan syariah termasuk memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah, menaik 
taraf sistem kehakiman syariah, menyemak semula kedudukan hakim-hakim mahkamah syariah 
dan memantapkan aspek penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di negara ini.

"Sekiranya mana-mana kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa 
agar dapat memenuhi prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman," ujarnya. 

Oleh yang demikian, kata beliau pelaksanaan undang-undang Islam hendaklah dibuat secara teratur 

mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan khususnya aspek pemakaian undang-undang Islam 
tersebut yang terhad kepada orang Islam sahaja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara 
terpelihara. - HARAKAHDAILY 22/5/2015 

Sumber TKO / HD  - 22-5-2015

RMK11: Umum bagus tapi tiada sikap amanah sia-sia






















HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sebagus mana sekalipun apa yang diumumkan, jika bermasalah pada ‘delivery system’ akibat tiada sikap beramanah dan berintegriti dalam kalangan pemimpin negara dan kerajaan, hasrat untuk menyampaikan ‘outcome’ yang berimpak tinggi yang cepat kepada ‘capital economy’ dan ‘people economy’ dengan kos berpatutan akan menjadi sia-sia.

Demikian respons awal Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terhadap pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya, mengelak daripada mengakui masalah sebenar kerajaan dan negara seperti perbelanjaan defisit, ketirisan dan pembaziran serta salah urus tadbir dengan mengumumkan 10 senarai kejayaan.

Kata beliau, masalah sebenar jika tidak ditangani akan menjadi punca kepada masalah-masalah baru yang lain.

Tambahnya, mengguna ‘benchmark’ atau kayu ukur yang tidak disemak dan tidak realistik.

Katanya, kadar kemiskinan yang dikatakan berkurang kepada 0.6% pada tahun 2014 masih berdasarkan takrif lama dan paras garis kemiskinan RM880.

Beliau berkata, purata pendapatan isi rumah yang meningkat kepada RM6,141 pada 2014 pula tidak menggambarkan pendapatan sebenar per individu dan terhasil daripada jurang pendapatan yang tinggi.

"Memberi perhatian terlalu banyak kepada pembangunan fizikal dan hanya sedikit terhadap pembangunan kajian dan modal insan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015

RMK11: Khuatir impak kesejahteraan rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Kita menyambut baik aspirasi dan hasrat RMK11 untuk membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, beliau khuatir dengan kepimpinan dan pendekatan sekarang yang gagal mencapai sasaran pertumbuhan KDNK 4 tahun, daripada 5 tahun dalam RMK10.

"Saya juga khuatir dengan impak sebenar RMK10 yang lalu dan RMK11 nanti ke atas kehidupan dan kesejahteraan rakyat terbanyak sebagai salah satu contoh; dalam RMK10 dahulu ada menyebut 1MDB akan menguntungkan rakyat dan pada RMK11 kita akan dapat menilai kesan 1MDB menguntungkan siapa sebenarnya dan juga bagaimana pula GST yang dikutip akan dibelanjakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut khuatir bagaimanakah pendekatan terbaik untuk merapatkan jurang pendapatan (income nequality).

Oleh demikian, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan RMK 11 yang wajib berdasarkan Prinsip Tatakelola Pemerintahan (Good Governance) seperti prinsip pembangunan inklusif, proses perancangan telus, pelaksanaan efisien yang bebas rasuah, bebas ketirisan dan bebas pembaziran (execution and delivery) serta penilaian pencapaian dan impak kepada rakyat berintegriti (true outcome and impact).

Menurutnya, membuat analisa untuk perbahasan konstruktif oleh ahli-ahli parlimen PR dengan menilai, mengupas RMK 11 dan memberikan pandangan serta cadangan yang sewajarnya dalam masa perbahasan nanti.

Katanya, pelonjak akhir atau ‘final lap’ ke Wawasan 2020 memerlukan ‘final sprint’ dengan meluaskan demokrasi dan bukan menyempitkan demokrasi agar semua rakyat Malaysia akan dapat sampai ke garis penamat Wawasan 2020.

"Oleh itu, kita menyokong langkah awal usul Penambahbaikan Parlimen dengan menyarankan kerajaan menubuhkan JawatanKuasa Fiskal Parlimen untuk menjamin pemantauan dan pelaksanaan RMK11 melalui bajet tahunan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD -21-5-2015

Tingkat fungsi parlimen, adil kepada pembangkang










































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menggesa agar badan institusi parlimen mempertimbangkan layanan yang lebih adil kepada pembangkang.

Pada asasnya beliau bersetuju dengan beberapa cadangan yang dilontarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usaha-usaha untuk meningkatkan fungsi dan integriti institusi Parlimen semalam.

Beliau berkata, Pandikar telah mencadangkan untuk mewujudkan beberapa lagi jawatankuasa khas kecil Parlimen, peruntukan masa khas sesi soal jawab bersama anggota kabinet terutamanya Perdana Menteri dan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk semua pihak legislatif untuk turut sama melontarkan pelbagai cadangan konstruktif bagi mereformasikan institusi Parlimen di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Malah, katanya penglibatan sokongannya perlu lebih luas bagi menggambarkan konsensus dan representasi rakyat.

"Saya berharap selepas sidang mesyuarat pada kali ini, satu jawatankuasa rentas parti dapat dibentuk bagi mengangkat agenda Reformasi Parlimen daripada pelbagai aspek seperti mengukuhkan konsep pemisahan kuasa, akauntabiliti kerajaan, pengurusan agenda dan pelbagai lagi bagi memastikan keberkesanan fungsi institusi ini," ujarnya.

Sebagai contoh, kata beliau konsep mengutamakan urusan kerajaan berbanding pembangkang.

Tambahnya, usul-usul seperti usul penangguhan dan usul persendirian daripada pihak kerajaan sering kali didahulukan sehinggakan pihak pembangkang tidak berpeluang untuk membawa usul-usul tersebut.

Begitu juga, katanya dengan peruntukan masa 90 minit dan keberkesanan sesi soal jawab lisan.

Menurutnya, setiap hari hampir 70 soalan yang telah disenaraikan dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat, namun, secara purata hanya 7 soalan sahaja yang boleh dijawab secara lisan manakala selebihnya dijawab secara bertulis.

Oleh itu, beliau berharap agar peruntukan masa dan ruang harus diberikan dengan lebih adil.

"Saya turut menyokong peruntukan lebih masa khas kepada para legislatur untuk bertanya secara langsung beberapa isu semasa kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Perdana Menteri," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Tambahnya, Dewan Rakyat adalah ruang yang terbaik bagi pihak pembangkang bersemuka dengan pihak kerajaan bagi mengutarakan isu-isu tempatan dan nasional.

Jadi, ujar beliau masa yang diperuntukkan seharusnya lebih banyak kepada kami.

Tambahan pula, peruntukan kepada kawasan Parlimen tidak melalui wakil rakyat pembangkang.

Katanya, rakyat juga harus digalakkan lebih banyak terlibat dalam proses perundangan di peringkat legislatif.

Beliau berkata, mereka bukan hanya sekadar memberikan mandat menerusi Ahli Parlimen, bahkan mereka juga harus diberi ruang lebih luas untuk akses ke Parlimen, dan melalui proses konsultansi dalam pembentukan polisi.

"Oleh yang demikian, bersempena dengan usaha-usaha yang diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mengukuhkan institusi Parlimen, maka saya menggesa agar badan legislatif ini turut mempertimbangkan layanan yang lebih adil kepada pihak pembangkang dan mengupayakan hak rakyat supaya ia selaras dengan konsep demokrasi berparlimen yang matang seperti diimplementasikan di Britain dan Kanada," katanya. - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Kabinet bayangan: Guan Eng usah sibuk serang orang lain

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya selaku Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, menegur Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat," ujar Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Penerangan PAS Pusat iu berkata, sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya Lim meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

Menurutnya, Pakatan Rakyat dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain, di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing.

"Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, setiap parti akan menghantar 2 orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

Katanya, Ahli Parlimen PR turut menubuhkan jawatankuasa untuk menilai, mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke 11 yang akan dibentangkan oleh PM Najib pada Khamis ini.

Justeru, ujar beliau lebih baik Lim Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain.

"Saya berharap Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN Umno pada PRU14 kelak," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata, semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni.

PAS juga, jelasnya sudah membahagikan kesemua 21 orang Ahli Parlimen PAS mengikut portfolio kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.

"Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh Pakatan Rakyat akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Dia Memalukan Saya - Mahathir
Posted on Monday, May 18 @ 21:41:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penafian Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung peletakan jawatannya adalah suatu tindakan yang memalukan dirinya.

Beliau berkata, ini kerana, Pandikar Amin sendiri telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat dan meminta nasihat daripadanya.

“Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan.

“Dia sendiri datang jumpa saya, dia beritahu tak puas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia beritahu saya nak letak jawatan…kata tak mahu jadi Speaker dah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku berjudul ’Dr Mahathir’s Selected Letters To World Leaders’ (Voleum II) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Dr Mahathir berkata, Pandikar Amin juga telah mengadu kepadanya tentang layanan Parlimen terhadap dirinya yang menyebabkan beliau tidak berpuas hati.

“Dia tanya saya apa dia perlu buat, saya kata: "Kalau you nak resign, resignlah."

“Saya percaya bahawa dia dah bagi surat kepada Najib bahawa dia nak letak jawatan,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, penafian Pandikar Amin itu secara tak langsung menampakkan seolah-olah beliau berbohong kerana mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya cuma ulang apa yang dia kata, tapi dia kata macam saya ni bohong.
“Ini tak baiklah…malulah saya,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan Pandikar Amin untuk menyelesaikan salah faham ini, beliau menjawab: “Itu tak tahulah.”

Lewat Sabtu, Pandikar Amin mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Dr Mahathir yang dibuat di Ipoh pada Sabtu berkaitan peletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan rakyat.

Sumber TKO - 18-5-2015





















Hutang k'jaan pusat RM596.8b setakat Mac
Posted on Monday, May 18 @ 21:25:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir.

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini
hari ini.

Nga meminta kerajaan menyatakan jumlah hutang sebenar negara setakat April 2015 serta langkah kerajaan untuk mengurangkannya.

Chua berkata Kerajaan Persekutuan juga kekal komited dalam memastikan paras hutangnya tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

"Bagi memastikan paras hutang kerajaan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat," katanya.

Selain langkah penjimatan seperti memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan, kerajaan juga menetapkan pinjaman yang dibuat harus mampu memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.

Beliau berkata kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal serta pengurusan hutang yang baik, terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudukan fiskal dan makroekonomi terus kukuh serta dapat menampan sebarang krisis.

Katanya kerajaan juga akan memastikan hutang luar negeri sentiasa berada kurang daripada RM35 bilion, dan sehingga akhir Mac lepas, hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan berjumlah RM17.6 bilion, jauh lebih rendah daripada had yang dibenarkan mengikut Akta Pinjaman Luar 1963.

- Bernama

Sumber HD - 18-5-2015

Ketua Pembangkang: Wan Azizah ucap 

terima kasih











































SALMIYAH HARUN|FOTO WAN ZAHARI | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji akan melaksanakan kembali Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.

Di mana katanya, setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti, ianya bertujuan untuk memperkukuhkan timbang tara (check and balances) demi memelihara kepentingan rakyat.

Selain itu, Wan Azizah juga akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan Pakatan Rakyat atas persetujuan dasar bersama (Common Policy Framework) untuk mematahkan dakyah politik perkauman dan agama oleh kerajaan Umno BN.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar diwujudkan Jawatankuasa Fiskal atau Bajet Parlimen dengan segera agar proses merangkakan bajet negara lebih inklusif dan demokratik.

"Tujuannya adalah meletakkan ketelusan dan akauntabiliti sebagai asas tatakelola pemerintah baik," katanya di lobi parlimen hari ini sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga akan melakukan perkara ini berdasarkan prinsip permuafakatan bersama, meletakkan keutamaan keadaan dan keperluan masyarakat berbilang kaum serta agama.

Ini semua, jelas beliau akan mengguna pakai prinsip dan pendekatan figh awlawiyat serta berpandukan kepada tujuan pensyariatan yakni maqasid syariah agar hikmah dan prinsip keadilan memenuhi segala perjanjian atau perjanjian kenegaraan iaitu Perlembagaan Persekutuan menjadi teras kesepakatan Pakatan Rakyat.

Beliau turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP di atas pelantikannya.

"Kemenangan ini adalah isyarat jelas mandat rakyat bahawa perjuangan reformasi oleh Saudara Anwar masih relevan untuk kita teruskan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/5/2015
Copyright © 2014 Harakah. Hak Cipta Terpelihara. Rekabentuk oleh Harakah IT

Sumber HD - 18-5-2015

China pintas Terusan Kra Isthmus ancam Selat Melaka?

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


Tersebar berita yang masih ditahap memerlukan pengesahan berhubung pembinaan Terusan Kra. Ia menjadi viral apabila dilaporkan oleh portal China Daily Mail semalam (17 Mei 2015) bahawa suatu memorandum kerjasama telah ditandatangani bersama oleh pelbagai pengusaha perniagaan di Guangzhou, China untuk membina sebuah terusan sepanjang 102 kilometer dengan kelebaran 400 meter dan kedalaman 25 meter di Kra Isthmus, Thailand.

Portal itu sebelum ini, pada 16 Mac 2014 telah menjelaskan antara kewajaran China memerlukan laluan alternatif dengan pembinaan Terusan Kra Isthmus adalah kerana laluan perdagangan ke Lautan Hindi melalui Selat Melaka mempunyai masalah lanun, bangkai kapal, jerebu, mendapan dan beting.

Kadar kemalangan pula dilaporkan dua kali lebih tinggi berbanding di Terusan Suez dan empat kali lebih tinggi berbanding di Terusan Panama.

Sejauh mana ketepatan berita tersebut memerlukan satu pengesahan kerana ia tidak dilaporkan secara meluas oleh portal berita ternama dan lebih berkredibiliti.

Namun, berita cadangan terusan ini sudah lama berlegar dan dibicarakan tetapi masih tertangguh sehingga kini. Apa yang perlu ialah kita meninjau kesannya terhadap Malaysia.

Jika benar, dengan pembinaan Terusan Kra Isthmus ini, kapal-kapal boleh memintas Selat Melaka dan memendekkan perjalanan mereka sebanyak 1200 kilometer.

Pembinaan ini akan memberi keuntungan yang besar kepada negara-negara yang terpaksa melalui Selat Melaka sebelum ini untuk aktiviti perdagangan dengan negara-negara Timur Tengah dan Eropah.

Sebelum ini, Selat Melaka sebagai jalan penghubung laut utama mahu dikuasai oleh pelbagai negara termasuklah Amerika Syarikat, China, Jepun dan India kerana kedudukannya yang strategik untuk penguasaan ekonomi.

Sebagai contoh, Jepun mengimport hampir 80% bekalan minyaknya dari Timur Tengah melalui Selat Melaka.

Ditambah lagi dengan keadaan kepulauan negaranya, memiliki sumber yang terhad, jarak yang jauh dengan negara pembekal tenaga, bahan mentah dan makanan, maka Jepun sangat memberikan perhatian yang tinggi terhadap keselamatan lebih 50% produk-produk perniagaannya yang diangkut melalui pelayaran di selat itu.

China, yang merupakan kekuatan baru di Asia juga sangat bergantung kepada Selat Melaka untuk aktiviti perdagangan dan pengangkutan tenaga.

Kini, sekitar 60% minyak mentah yang diimport China bersal dari Timur Tengah dan angka ini sebelum ini diunjurkan akan meningkat kepada 75% pada tahun 2015. Minyak dari Teluk Parsi dan Afrika dihantar ke China melalui Selat Melaka (72%), Lombok atau Makassar.

Dianggarkan lebih 60,000 buah kapal berlayar melintasi selat ini pada setiap tahun dan putaran wang di selat ini pula ialah antara AS$84 bilion hingga AS$250 bilion setahun.

Dilihat daripada aspek ini, tidak hairanlah Pelabuhan Kelang sebelum ini berada pada kedudukan ke-13 pelabuhan kontena dunia dan berjaya menghubungkan Malaysia dengan lebih dari 500 pelabuhan di 120 buah negara di seluruh dunia sehingga berupaya mengendalikan lebih dari 49.3% daripada jumlah kendalian oleh pelabuhan-pelabuhan persekutuan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2009.

Apa yang pasti ialah apabila Terusan Kra Isthmus benar-benar dibina ia bakal menghubungkan secara terus negara-negara seperti Jepun dan China dengan negara-negara Timur Tengah dan Afrika tanpa lagi melalui Selat Melaka, justeru bakal memberi kesan yang ketara kepada Pelabuhan Kelang dan ekonomi negara.

Persoalannya ialah jika berlaku, apakah persiapan negara dan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam menghadapi perubahan laluan perdagangan antarabangsa ini?

Projek ini tentu menguntungkan Thailand dan China terutamanya namun apakah pula kesannya kepada negara? - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sumber HD - 18-5-2015





















Wan Azizah angkat sumpah Ketua Pembangkang

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Alhamdulillah, selesai mengangkat sumpah Ahli Perlimen Permatang Pauh. Insya Allah, we will never surrender!!" tulis beliau menerusi laman twitter.

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Hasan Arifin sebagai Ahli Parlimen Rompin.

Wan Azizah memenangi Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015


Pandikar Amin akui jumpa Dr Mahathir bincang politik, bukan letak jawatan
Posted on Sunday, May 17 @ 19:19:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi katanya, ia bagi membincangkan isu politik, bukan berhubung hasratnya meletak jawatan.

Utusan Online melaporkan Pandikar berkata pertemuan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana bekas perdana menteri itu ialah seorang mentor dan guru politik kepada pemimpin negara ini.


"Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

"Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang, apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

"Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tidak akan letak jawatan.


"Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri," beliau dipetik berkata portal berita itu pada satu sidang media selepas pelancaran Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Kota Belud hari ini.

Sumber TKO - 17-5-2015





















Pandikar nafi letak jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau menyatakan bertugas seperti biasa sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

Jelasnya, beliau juga mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen Rompin dan Permatang Pauh serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei ini.

Pandikar memaklumkan akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Kenyataan Pandikar itu sekali gus menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan sebuah portal berita.

Mahathir dalam satu forum di Ipoh petang semalam mendakwa Pandikar telah berjumpa dengannya dan memaklumkan akan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. - HARAKAHDAILY 17/5/2015

Sumber HD - 17-5-2015

No comments:

Post a Comment