BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, March 26, 2018

MASALAH - MEDIA


Sekolah, universiti diarah berhenti langgan Utusan Malaysia

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/sekolah-universiti-diarah-berhenti.html

Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sebuah memo berhubung perkara itu dikeluarkan melalui Wan Saiful Wan Jan yang merupakan penasihat khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.


"Untuk makluman, menteri pendidikan memohon agar langganan suratkhabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej, dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta," kata memo berkenaan.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan ketika dihubungi mengesahkan memo berkenaan.
Pegawai berkenaan yang minta namanya tidak didedahkan berkata Kementerian Pendidikan juga sedan meneliti untuk membatalkan langganan suratkhabar lain.

"Ini bagi menjimatkan kos kerana pada hari ini berita sama boleh dibaca di atas talian," katanya.
Utusan dilihat mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, suratkhabar berkenaan sekian lama mendapat sokongan kerajaan kerana kaitannya dengan Umno.

BN yang diterajui Umno tewas dalam pilihan raya umum bersejarah 9 Mei lalu.


MR : Semasa Mahathir jadi PM dulu 22 tahun tak dengar pula nak larang baca Utusan Malaysia....

Sumber MR - 1-8-2018

Anugerah Kewartawanan: Hargailah media alternatif...

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/anugerah-kewartawanan-hargailah-media.html


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

SABAN tahun 'karyawan' (wartawan, penulis dan sebagainya) media massa  'arus perdana' dirai dan diberi penghargaan dalam Majlis Malam Wartawan Malaysia dan Penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas.

Beberapa hari lalu diadakan sambutan seumpama itu;  sayang seribu kali sayang bagi anugerah tahun 2017, ketika proses ke arah penyempurnaan majlis seperti pemilihan pemenang, kerajaan Pakatan Harapan belum berkuasa, jadi (jika dilihat daripada senarai pemenang) semuanya membabitkan karyawan daripada apa yang dipanggil media massa arus perdana.

Satu kelainan, majlis kali ini menampilkan Menteri Luar yang juga Ketua Setiausaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai perasmi dan penyampai anugerah. Beliau dipetik sebagai berkata Kerajaan Pakatan Harapan memberi jaminan akan memberi ruang untuk menyuburkan kebebasan media di negara ini.

Beliau dipetik sebagai berkata Malaysia kini melalui transisi politik untuk menjadi sebuah negara demokrasi matang dan media berperanan penting dalam membantu merealisasikan objektif itu.
Katanya, kerajaan hari ini juga lebih bersahaja serta bersedia untuk menerima kebebasan media.

"Wartawan tak perlu risau akan menerima panggilan daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri) atau daripada menteri-menteri lain. Buat debat pun tak larang. Harap tak ada editor yang akan dipanggil hanya kerana gambar yang diguna kurang menarik," katanya pada Malam Wartawan Malaysia 2018 dan Penyampaian Anugerah Kewartawan Malaysia 2017 MPI-Petronas 2017 itu.

Sebanyak 20 kategori dipertandingkan tahun ini (bagi tahun 2017), antaranya, Infografik Terbaik, Kartun Editorial Terbaik, Laporan Berita Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Laporan Portal Berita Terbaik, Foto Esei Cemerlang dan Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang. Pertandingan anugerah MPI-Petronas 2017, anjuran Institut Kewartawanan Malaysia (MPI), menerima 349 penyertaan, berbanding 216 penyertaan tahun sebelumnya.

Pada pandangan saya (penulis), sekalipun proses pemilihan pemenang Majlis Penganugerahan tahun 2017 ini dibuat sebelum kerajaan Pakatan Harapan berkuasa, setidak-tidaknya pada 'saat-saat' terakhir selepas Harapan berkuasa, penganjur boleh menyelitkan anugerah bagi penulis dan media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket. Namun amat mendukacitakan perkara ini tidak dilakukan sekalipun penganjur sempat menjemput tokoh Harapan (KEADILAN) untuk menyempurnakan majlis.

Mengapa perasmi daripada kerajaan Harapan boleh dipanggil sedangkan penulis dan wartawan serta media massa alternatif seluruhnya tidak dihargai langsung? Membaca coretan wartawan, editor dan penulis media alternatif seperti Suara Keadilan dapat diketahui suara hati mereka - sedikit sebanyak mereka menyumbang kepada kejatuhan kerajaan hipokrasi dan kleptokrasi, tetapi 'seperti biasa', pemerintah tidak memandang sebelah mata pun kepada mereka!

Jadi pada tahun-tahun berikutnya, penulis berharap media massa yang selama ini disifatkan sebagai media alternatif termasuklah wartawan, penulis dan mereka yang terbabit dalam menjayakan penerbitan, dimasukkan sebagai calon dalam anugerah-anugerah yang disediakan. Jangan lagi kita terpedaya kononnya hanya media massa arus perdana ini yang 'banyak berjasa' sedangkan bukti terserlah ramai daripada karyawan terutama peneraju seperti editor-editornya adalah bersifat bagaikan sumpah-sumpah! Mereka tukang 'spin' yang hebat, sekarang ini pun mereka main 'spin' tetapi pihak dibodeknya sudah bertukar!

Jika di Indonesia pada zaman Suharto dulu, kita dapat saksikan media massa berpaling arah 360 darjah bagi sama-sama menyertai kebangkitan rakyat bagi menjatuhkan rejim korup itu, tetapi media massa arus perdana Malaysia nampaknya 'enak-enak saja menikmati hasilnya' selepas kerajaan kleptokrasi Umno BN ditumbangkan. Dulu mereka menjadi 'pembodek utama' tetapi sekarang ramai yang berlagak bagaikan 'pejuang' pula!

Ketika menulis ini kolum Sejenak ini, penulis teringat pesanan 'pejuang rakyat' Mohamad Sabu (kini Menteri Pertahanan) mengenai media massa. Dalam satu ceramahnya yang penulis hadiri, beliau mengingatkan bahawa salah satu kongkongan kerajaan Umno BN yang masih belum 'dimerdekakan' adalah media massa.

Mohamad berkata 'kebebasan' media massa adalah penting dalam membuat perubahan. Beliau mengambil contoh pengamalan media massa Indonesia yang bukan saja berperanan penting ke arah perubahan bagi menjatuhkan diktator Suharto pada pengakhiran abad lalu malah sehingga kini termasuklah ketika berlangsungnya pilihan raya umum (Pemilu).

Presiden Amanah itu menyarankan semua petugas media massa bangkitlah daripada 'tidur nyenyak dan panjang';  jangan membiarkan diri dipermain-mainkan' dan 'memperkudakan' oleh kerajaan yang berkuasa.

Dulu media Indonesia tidak berani menjalankan peranan ‘check and balance’, kerja mereka banyak mengampu atau menjadi ‘yesman’ atau jurucakap pemerintah sahaja. Bagaimanapun selepas kebangkitan rakyat, media massa berubah mendadak,  daripada pro-rejim Suharto mereka menjadi pro-rakyat.

Media terutama akhbar menyuntik dan menaikkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan bagi semua. Suharto akhirnya tumbang bagi membolehkan pilihan raya yang dianggap telus diadakan membawa kepada kepada pemilihan tokoh seperti BJ Habibie, Gus Dur, Megawati  Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan kini Jokowi sebagai Presiden.

Demikian juga jika dikaji perkembangan media massa tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan. Akhbar-akhbar awal Tanah Melayu seperti Jawi Peranakan, Majlis dan Utusan Melayu sendiri menyemarakkan semangat anak watan ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan.

Dulu pemerintah Umno BN  'memperbodoh' rakyat terutama media massanya, sekarang diharapkan kerajaan Pakatan Harapan (termasuk menteri-menterinya) tidak begitu; jadi sama-samalah beri pengiktirafan dan penghargaan kepada media massa terutama akhbar-akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan karyawannya.

Sorotilah negara-negara maju, kita akan dapati di samping media tradisional termasuk yang mendakwa sebagai arus perdana, peranan media alternatif tidak dikesampingkan. Di negara-negara ini, media massa alternatif mempunyai peranan besar bagi mengetengahkan kehidupan, termasuk perjuangan golongan atau kumpulan minoriti. Media alternatif secara tradisinya dilihat sebagai suara kumpulan minoriti tetapi tidak mustahil ia boleh mewakili golongan majoriti.

Berdasarkan perkembangan di negara Barat ini yang demokrasinya menjadi sanjungan banyak pihak di Malaysia termasuk parti pemerintah, maka perlulah pihak berwajib memberikan hak untuk semua parti-parti politik termasuklah daripada pembangkang membangunkan media massa mereka sendiri termasuk TV dan radio yang siaran atau terbitannya tidak terhad kepada ahli parti tetapi untuk semua warga.

Jika situasi ini dibenarkan, akan wujudlah persaingan sihat media massa yang sudah tentu akan menguntung serta memaju serta mematangkan rakyat negara ini. Jadi kepada kerajaan baharu dalam negara yang ada orang memanggilnya sebagai Malaysia Baharu, iktiraf dan berilah sama-sama penghargaan kepada media massa alternatif yang selama ini berjuang bermati-matian bagi membolehkan tokoh politik menjadi wakil rakyat dan seterusnya menteri...dan yang paling besar sekali menumbangkan rejim korup yang lama! Tidak ingatkah anda semua akan hal ini?


MR : Banyak kali blogger atau penulis di alam maya dilihat sekadar sebelah mata. Hampir 20 tahun semenjak reformasi yang berada disisi sahaja menjadi anak emas....

Sumber MR - 23-7-2018

Jangan Gelak, Mahathir pun kena tipu dengan Sarawak Report

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/jangan-gelak-mahathir-pun-kena-tipu.html



Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap royalti itu digunakan untuk kebaikan negeri-negeri berkenaan dan tidak disalah guna untuk memperkuatkan parti dan lain-lain.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung laporan penahanan ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low di China.

"Ada orang melaporkan bahawa dia telah ditangkap, tetapi saya tiada maklumat langsung tentang penangkapan beliau. Saya rasa ini salah satu berita palsu," katanya.

Laman Sarawak Report pada Rabu melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan satu laporan berita berhubung penahanan Jho Low di China.  - Bernama


MR : Sarawak Report dan Malaysiakini kitab penganut Pakatan Harapan, mereka sanggup tolak hadis fitnah kerana nak sebar maklumat daripada 2 kitab ini....

Sumber MR - 21-7-2018

Huawei Mahu Jadi Lebih Hebat Daripada Apple Menjelang 2019

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/huawei-mahu-jadi-lebih-hebat-daripada.html




Nampaknya Apple bakal mempunyai pencabar terbaru selepas konsisten setiap tahun berjaya menjadi pengeluar smartphone terlaris dan paling popular di pasaran. Pencabar yang dimaksudkan adalah Huawei dimana syarikat ini mensasarkan untuk menjadi yang pertama mengalahkan Apple dalam penawaran smartphone yang lebih banyak pada tahun hadapan.

Untuk pengetahuan anda, populariti Huawei semakin mendapat tempat dihati pengguna selepas mula menawarkan smartphone mampu milik serta bekerjasama bersama Leica. Ditambah pula dengan penawaran tiga kamera pada smartphone terbaru mereka, Huawei dilihat sebagai smartphone yang premium dan canggih untuk dimiliki.
huawei-p20-pro-hero-promo-4

Huawei P20 Pro, smartphone tercanggih daripada Huawei

Berdasarkan laporan yang diumumkan pihak Huawei, syarikat ini mensasarkan penjualan sebanyak 200 juta unit menjelang akhir 2020 dan dijangka nombor ini bakal meningkat pada tahun hadapan.

Melihat kepada perjalanan Huawei, jelas jenama ini telah berjaya menghilangkan skeptikal orang ramai terhadap jenama dari China ini. Buat anda sebagai pengguna Huawei, adakah anda berpuas hati dengan model yang anda gunakan?


MR : Selain kecanggihan, hebatan fotografi menjadi ciri utama pemilihan telefon sekarang....

Sumber MR - 21-7-2018

Kerana Khabar Angin WhatsApp, 2 Lelaki Maut

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/kerana-khabar-angin-whatsapp-2-lelaki.html





GARA-GARA percaya khabar angin disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, sekumpulan penduduk telah membelasah dua lelaki hingga maut selepas mereka dituduh sebagai penculik kanak-kanak.

Ketika kejadian, mangsa, Nilotpal Das dan Abijeet Nath yang berasal dari Assam, India, dalam perjalanan ke sebuah kawasan air terjun.

Semasa dalam perjalanan, mereka telah berhenti dan bertanyakan arah ke kawasan air terjun tersebut kepada penduduk setempat. Malangnya mereka telah diheret, diikat, ditendang dan dipukul dengan kayu.

Malah dalam rakaman video yang disebarkan itu, Nilotpal sempat merayu agar dia dan kawannya tidak dipukul.


“Tolong jangan bunuh kami. Tolanglah. Saya berasal dari Assam. Percayalah. Saya bercakap benar,” katanya. Dia turut memberikan nama ibu bapanya sebagai bukti tetapi mereka tetap dipukul.

Penduduk di situ mengesyaki mereka sebagai penculik hanya disebabkan kedua-duanya berambut panjang.

Ketika polis tiba, kedua-duanya sudah berlumuran darah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Susulan itu, 16 orang sudah ditangkap termasuk individu yang merakamkan gambar mangsa dipukul dan kemudian menyebarkan rakaman terbabit.

Bulan lepas, enam orang telah dibunuh dalam insiden berasingan yang dicetuskan oleh khabar angin menerusi WhatsApp mengenai kumpulan culik kanak-kanak.

Paling mengejutkan apabila seorang wanita berusia 55 tahun dipukul hanya kerana dia memberikan coklat kepada kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

MR :  Rakyat Malaysia pun sama walaupun lulusan U tapi tahap pemikiran sama dengan dunia yang mundur percaya juga kepada fitnah. Malah ada yang jadi tukang sebar fitnah.

Sumber MR - 13-6-2018

Pemberitaan Malaysiakini Yang Berniat Jahat!







MalaysiaKini menggunakan tajuk “Manifesto: PAS minta rakyat sabar”. Ini cara pemberitaan persepsi yang berniat jahat oleh MalaysiaKini, media yang dari dulu hingga kini sering tidak berlaku adil kepada PAS. Cara pemberitaan sebegini samalah seperti RM257 Juta dinyatakan sebagai suku Billion untuk mencipta persepsi!

Cuba tonton sendiri video temuramah bersama Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH). Tontonlah berulang kali dan anda akan dapati tiada sepatahpun TGHH sebut “Rakyat sabar". Pihak yang menyebut rakyat sabar tersebut ialah wartawan yang bertanya.

Beginilah propaganda Malaysiakini untuk membuat agar TGHH dipandang negatif dan menjustifikasikan kegagalan master politik mereka menunaikan janji. Begitulah modus operandi mereka dalam pembunuhan karakter (character assassination) terhadap Presiden PAS yang dijalankan secara halus. Sinar Harian pula ambil berita Malaysiakini bulat-bulat lalu dijadikan berita mereka.

TGHH sebut Manifesto PAS di Kelantan dan Terengganu tetap akan dilaksanakan. Ada Manifesto yang perlu disegerakan dan ada perkara yang perlu tunggu masa. Ini kerana Janji Manifesto PAS tiada menyebut jangka masa pelaksanaan 100 hari atau seumpamanya, asalkan ia dilaksanakan dalam masa mandat diberikan rakyat iaitu 5 tahun mendatang.

Ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang menjanjikan secara spesifik 10 Janji 100 Hari dan 60 Janji menjelang 5 tahun mendatang. Nampaknya kini sebahagian besar 10 Janji 100 Hari tersebut terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya selepas 100 hari atas pelbagai alasan!

Boleh dapatkan Manifesto Pakatan Harapan di sini: https://goo.gl/kFMeuB. Jangan marahkan rakyat yang mempersoalkan Janji Pakatan Harapan kerana seolah-olah janji dulu baru kaji. Harapan rakyat menggunung. Janji bulan dan bintang, maka rakyat mengharap segera siang!

Apapun, saya positif semua pihak sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri-Negeri sama ada di bawah PAS, PH atau BN akan berusaha mensejahterakan rakyat dengan menunaikan Janji Manifesto. Jangan sampai momokan Janji Dicapati yang dulu sering dilaung kepada Kerajaan terdahulu diwarisi Kerajaan hari ini!


Kredit: Muhtar Suhaili As-Sarawaki
https://www.facebook.com/profesionalistiqamah/videos/863302227187892/

Sumber MR - 9-6-2018

Bagaimana cara nak hantar komen atau artikel kepada MindaRakyat








MindaRakyat adalah suara hati naluri rakyat. Anda boleh hantar apa sahaja kepada kami untuk kami siarkan di sini. Kami mengamal polisi siar apa yang dihantar tanpa sebarang edit. Jika diedit pun mungkin melibatkan bahasa yang sangat kasar atau jelek. Kami mungkin tidak edit kesalahan tata bahasa atau ejaan jika itu tidak memberikan kesan kepada masej yang hendak disampaikan.

Polisi ini telah jelas kami paparkan di laman utama. (paparan MindaRakyat versi PC/Notebook)



Konsep Blog: Berita atau isu adalah berfokus kepada isu politik semasa yang mencetus persepsi masyarakat dalam menanggani kehidupan harian. Manakala artikel pula pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat, yakni penulis mungkin memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau boleh jadi kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel tersebut perlu kepada perbahasan minda. Komen anda tidak ditapis akan menjadi forum kepada sesuatu isu dan idea penulisan. Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja artikel daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.
Jadi anda boleh hantar apa sahaja komen atau pendapat dengan syarat itu bukan fitnah atau mempunyai maklumat yang mencurigai yang membina persepsi buruk. Anda boleh hantar melalui pelbagai cara iaitu;

Menggunakan PC/Nootebook



Jika menggunakan PC atau notebook anda hanya boleh hantar melalui emel iaitu mindarakyat@gmail.com atau melalui telegram desktop itupun jika ada telah install telegram desktop pada pc/notebook anda melalui menu utama pada homepage MindaRakyat seperti gambar di atas.
Jika menggunakan telegram, artikel atau komen anda akan dihantar kepada Nik Abu Bakar Nik Mat editor MindaRakyat.

Menggunakan Smartphone/Tablet

Jika anda menggunakan smartphone atau tablet anda boleh hantar komen/artikel melalui 3 cara iaitu emel, whatsapp atau telegram. Ini adalah paparan untuk pengguna 'tablet'. Anda klik pada menu dan cari hantar artikel/komen. Jika anda menggunakan 'smartphone/tel' paparan anda adalah seperti di bawah.


Anda kena tukar dahulu kepada paparan website (lihat bahagian bawah sekali)



Anda klik pada menu dan cari hantar artikel/komen. Lihat seperti di bawah.


Pilih whatsapp misalnya. Klik dan paparan seperti ini akan terpapar.


 Jika anda pilih telegram, paparan di bawah ini terhasil.

Semua komen atau artikel anda hantar akan sampai kepada sdr Nik Abu Bakar Nik Mat, editor MindaRakyat.

Untuk hantar melalui emel kami rasa tak perlu kami tunjukkan di sini. Hanya ingat emeil ini mindarakyat@gmail.com

Jenis-jenis Artikel

Anda boleh hantar artikel anda sendiri atau pun artikel orang lain dengan syarat anda mesti tunjukkan maklumat penulis dan sumber di mana artikel itu di ambil.

Kenapa anda boleh hantar artikel orang lain atau berita daripada mana-mana sumber lain?

Kami semua yang bekerja di MindaRakyat adalah bekerja secara 'part time' bukan sepenuhnya. Kami kadang kala sibuk dengan tanggungjawab lain. Mungkin kami tak boleh fokus kepada semua isu secara serius dan terperinci. Oleh itu menjadi tanggungjawab anda sebagai pembaca membantu kami untuk mengenal pasti isu-isu penting yang kami patut ketengahkan di laman MR.

Jika kami terlepas pandang, anda menjadi orang yang membetulkan kami, selain anda memberi komen, atau cadangan anda juga boleh sertakan bahan untuk membantu MindaRakyat berfungsi dengan sebaiknya.

Jika anda tak tahu atau ada sedikit 'kemalasan' apa salahnya anda hantar aje link untuk bahan/video/fb dll yang kami mungkin boleh alert!

Ok. terlupa anda boleh juga menghantar teguran ringkas atau kemen ringkas menggunakan ruangan chit chat seperti di bawah. Chit Chat ini ada sebelah kanan (versi pc/notebook) atau didalam (kena scroll untuk versi tablet) dan tiada untuk versi telefon (kena tukar paparan web jika nak chit chat.



Terima kasih


Sumber MR - 9-6-2018

Kenapa MindaRakyat?










Kami mendapat maklumat laman Tranungkite Online (TKO) akan ditutup pada pertengahan tahun 2017 lagi. Ketika kami bersama dengan pengasas TKO, beliau ada mencetuskan perkara ini. Dia kata ingin "pencen" dah lama bergiat dalam penebitan TKO.

Kenapa, tanya saya?

Dia cakap Rosmah dilihat tak pakai tudung, ada banyak penyelewengan tapi ada perkara yang tak betul juga dibabitkan dengan Rosmah... dalam gelak dia cakap mungkin Rosmah boleh masuk syurga. Kerana ramai rakyat Malaysia buat salah kepada Rosmah termasuk fitnah perkara yang tak betul. Contohnya menyimpan duit daripada kecil untuk membeli cincin sedangkan itu sebenarnya 'photoshoped' daripada akhbar Utusan. Hadis nabi mengenai manusia muflis diakhirat kerana terpaksa mengambil dosa orang yang mereka fitnah. Walaupun nampak macam janggal tapi itu hakikatnya jika kita fitnah orang lain.

Takkan itu aje, tanya kami.

Dia cakap dah mula tak selesa dengan politik fitnah dan sebaran maklumat palsu. Makin hari berita fitnah dianggap benar dan yang benar dianggap salah. Hasrat untuk 'pencen' dah mula tersemat pai dia tak pasti bila. Kami akur mengkin itu keputusannya.

Saya tanya, tak ada orang lain yang nak teruskan ke?

Ada, tapi tak ramai yang boleh kekal. Paling lama pun 2 tahun aje katanya. Ada yang kelayakan tapi sibuk dengan tugas lain. Ada pula dah berubah haluan (bertukar politik).

Bulan Jun 2017 laman TKO memberhentikan operasi dengan alasan untuk menyusun semula operasi server. Kami tanya betul ke? Jawapan kami terima sebenarnya memang dah tutup itu hanya alasan untuk mengelak daripada pertanyaan. Modus operandi ini pernah dibuat oleh laman "Mahafiraun" yang menutup lamannya selama 4 bulan kononnya untuk operasi teknikal tapi sebenarnya tutup terus sehingga hari ini.

Tiga bulan selepas itu September 2017, TKO beroperasi semula dan dalam masa tak sampai sebulan rangking TKO mengatasi Harakahdaily iaitu daripada 5000 ++ kepada 650 ++

Kami tanya kenapa TKO beroperasi semula? Jawapannya ialah atas nasihat beberapa rakan,  TKO akan beroperasi sehingga PRU-14 tamat. Muktamad ke keputusan ini tanya kami? Jawapan ringkas muktamad. Pasal itu habis sahaja PRU-14, terus TKO terus tak beroperasi.

Kami menawarkan diri untuk mengambil alih TKO. Tapi setelah berbincang dengan mengambil kira harga server, kos operasi dan masalah-masalah teknikal kami dikira tak mampu untuk meneruskan TKO.

Kami dicadangkan untuk mengurus 'blogspot' sahaja, jika nak meneruskan gerakerja TKO dan ini sangat mudah dan mungkin lebih selesa untuk kemampuan kami yang baru berjinak dalam alam siber.

Kenapa Buat Yang Lain

Kenapa kami dicadangkan hanya menggunakan blog oleh pengasas TKO?

1. TKO menggunakan design PHPNuke yang telah ditamatkan operasinya semenjak 2007 lagi. Jika kami ingin ambil TKO kami kena belajar PHPNuke dan TKO adalah PHPNuke versi TKO sendiri kerana banyak script telah diubahsuai oleh webmaster mereka. TKO tidak bersifat "Responsive Web Design (RWD)" dan ini menjadi TKO sukar untuk dilayari pada smartphone atau tablet. Jika ingin membetulkan script TKO untuk menjadi "responsive" memerlukan masa yang panjang.

2. Jika kami menukar TKO daripada PHPNuke kepada Joomla misalnya kami juga akan mengalami masalah berkenaan dengan forum TKO yang ahlinya sudah mencapai hampir 50,000. Sukar untuk transfer data daripada PHPnuke kepada Joomla kerana melibatkan table yang mungkin tidak "singchronize".

3. Design TKO juga tidak friendly dengan media sosial seperti facebook dll. Juga melibatkan masa untuk kami betulkan script kerana portal itu mempunyai carta alir yang sangat besar dan table-check untuk carta-alir sangat memakan masa.

4. Kekuatan TKO adalah atas forumnya. Jadi untuk itu kami kena bersaing farum tersebut dengan media baru. Kami jadikan group whatsapp dan telegram sebagai medan forum baru menggantikan medan forum PHBB TKO. Jika kami menggukana wordpress kami boleh guna BBForum tapi masalahnya kami lebih serasi dengan blogspot. Blogspot tak ada forum khusus.

Untuk pilihan blogspot kami diberikan pilihan untuk membuat yang baru atau mengambil alih blog sedia ada. Antara blog yang dicadangkan ialah

1.  http://tokeikangkung.blogspot.com/
2.  http://anakharimau.blogspot.com/
3.  https://gagasansejahtera.blogspot.com/
4.  http://tranungkiteoffline.blogspot.com/
5.  http://mindarakyat.blogspot.com

Kami dicadangkan blogspot yang tidak simple sangat macam gagasan dan tidak pula terlalu kompleks macam tokei kangkung atau anak harimau. Akhirnya kami pilih MindaRakyat atas namanya.

Sejarah MindaRakyat

MindaRakyat asalnya adalah "Polong-Cyber" dan juga mengguna nama "Jembalang" yang dibina atas tapak server Tripod kini Lycos secara percuma.

MindaRakyat, M@rhein dan Tranungkite dilahirkan atas tapak server Tripod zaman era reformasi sekitar 1998. 20 laman web reformasi dan pembangkang ketika itu dibuang tanpa sebarang notis atau penjelasan daripada Tripod.com dikatakan ada kaitan dengan arahan Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengawal media pada ketika itu.

Malaysiakini ada menyiarkan berita ini pada 19 Mac 2001 (sila baca di sini)

The reformasi websites involved include Mahafiraun , Komentar , Pemantau , Minda Rakyat , Debat 2020 , NT (anti) Zalim , while the political websites include Harakah Daily (mirror site), Detik Daily (owned by Penerbitan Pemuda company), and those of Pemuda Keadilan, PAS Parit Buntar, Perak and three Tranung Kite sites (operated by PAS Dungun, Terengganu).
The webmasters concerned, too, have contacted Tripod to enquire about the termination of services, but have yet to receive any information on the matter. 

Selepas itu 20 laman tersebut terumbang ambing menggunakan bermacam-macam tapak server free dan ada yang terpaksa menutup operasinya. Kos untuk server berbayar taklah mahal sangat tapi semasa itu sukar untuk menguruskannya dan teknologi web design sangat ketinggalan. Tranungkite (TKO) agak bernasib baik kerana ada beberapa orang di Kemaman, Terengganu berinisiatif mengumpul duit pada masa itu sekitar RM880.00 untuk memulakan operasi di tapak server berbayar. TKO mula menukar designnya daripada HTML kepada PHPNuke yang ketika itu lebih popular kerana support PHBB Forum. Semasa ini Joomla belum lagi ada. Yang ada PostNuke.

Kemudian TKO dibantu oleh seorang pengurus server di Perlis dan ini membuka langkah TKO membesarkan rangkaiannya menerbitkan laman Detikdaily (DD) yang bersifat penulisan terbuka, Utara Online (UO) dan Selatan Online (SOL).

Kemudian TKO menambahkan lagi rangkaiannya dengan menerbitkan Wanita Kini (WK) dan TKODaily (TKOD).

Oktober 2009 Tranungkite menghidupkan MindaRakyat dengan mendaftar domain www.mindarakyat.com dan cuba menghubungi pengasas polong cyber tetapi tidak berjaya. Laman MindaRakyat.com dibina menggunakan Joomla. Berkonsepkan terbuka tanpa mengira kepartian. Tapi usaha ini gagal setelah diberikan amanah kepada seorang rakannya hanya bergerak sebulan sahaja.

Nostagia MindaRakyat dengan slogan "Utusan Hati Nurani Rakyat" membuatkan kami memilih untuk mengambil blogspot MindaRakyat. MindaRakyat baru yang kami usahakan ini menggunakan  slogan "Mata Hati Naluri Rakyat"

Domain TKO dan Detikdaily masih "hidup" dan tidak mustahil TKO dan Detikdaily boleh muncul semula sebagai satu alternatif  "berita terkini pelbagai sumber" yang mampu duduk sama tinggi dengan portal berita pembangkang (kini kerajaan).

Maka dengan itu kami teruskan legasi TKO dengan blogspot MindaRakyat. Kami bukan TKO kerana TKO masih "hidup dalam koma". Kami hanya sebagai pengganti sementara menerukan siri-siri perjuangan dalam usaha merealisasikan perjuangan menegakkan sebuah negara Islam di bumi Malaysia tercinta.http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/hishammuddin-umum-tidak-tanding-jawatan.html

                                                   


Sumber MR - 9-6-2018

Abd Aziz Sheikh Fadzir dilantik pengerusi eksekutif baru Utusan











Utusan Melayu (Malaysia) Bhd melantik Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengerusi eksekutif yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Abd Aziz ketika ini ialah Pengarah di Gold Bridge Engineering & Construction Bhd serta Pengerusi Eksekutif Kretam Holdings Bhd, menurut syarikat penerbitan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari Indiana University, Amerika Syarikat itu merupakan ahli politik dari Umno selain bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Sebelum ini dilaporkan, Utusan Melayu pada 15 Mei mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela oleh para pengarahnya serta bekas pengerusi – Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Tiga pengarah itu ialah Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan Mohd Yusof Abu Othman.

Sementara itu kelmarin, semasa mesyuarat agung tahunannya, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas dilaporkan berkata Utusan Malaysia perlu mempertimbangkan skim pemisahan sukarela (VSS) sebagai sebahagian langkah penstrukturan semulanya.

Beliau dilaporkan berkata bahawa akhbar berbahasa Melayu itu tidak boleh mengenepikan kenyataan tersebut dan VSS berkenaan perlu dilaksanakan, selain langkah pengurangan kos keseluruhan.

“Ini adalah untuk mengelakkan situasi masa depan supaya syarikat tidak menderita kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan,” katanya.

Semasa pasaran saham ditutup semalam, saham Utusan Melayu susut setengah sen kepada 22.5 sen dengan 7,500 saham diniagakan.

- Bernama

Sumber MR - 8-6-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Tiada orang berani pandang rendah lagi ke atas PAS kata akhbar Cina


PETALING JAYA – Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

Nanyang Siang Pau dalam ruangan editorialnya berkata, tiada orang lagi yang akan memandang rendah Pas dengan kejayaan yang dicapainya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Walaupun hasrat Pas untuk menjadi ‘King Maker’ tidak kesampaian, tetapi ia tetap menjadi parti paling berpengaruh di Pantai Timur.

“Tiada siapa pun dapat menafikan bahawa parti ini akan mengukuhkan lagi pengaruhnya pada masa akan datang.”

Nanyang Siang Pau berpendapat, rasa “bosan” pengundi Melayu terhadap UMNO dan Pakatan Harapan yang “saling mengorek luka masing-masing” dan ketaatan Pas kepada perjuangan Islamisasi telah membawa kepada kemenangan Pas.

Penganalisis Oriental Daily, Yang Shan Yong pula berpendapat, dua watak utama dalam PRU-14 ialah “Hadi dan Hathir” merujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun Dr. Mahathir lebih mahir kali ini dan berjaya memenangi PRU-14, tetapi malangnya masa tidak berpihak kepada pemimpin berumur 93 tahun ini.

“Berlainan dengan Dr. Mahathir, Abdul Hadi hanyalah berusia 71 tahun dan ada 22 tahun lagi jika beliau mahu aktif dalam politik sehingga 93 tahun.” kata penganalisis itu yang membayangkan masa depan yang cukup baik buat Abdul Hadi dalam politik Malaysia.

MR : Apa pendapat orang luar PAS jangan terlalu ghairah. Kerja PAS sekarang ialah tunjukkan teladan yang baik. Masa untuk bekerja demi PRU-15 nanti. Tak ada istilah berehat.

Sumber MR - 24-5-2018

Rabu, 23 Mei 2018


Malaysiakini Sengaja Burukan PAS dan delete posting sokong PAS


Apabila seorang peguam, Wan Zainuddin Wan Musa menyifatkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Peguam ini mencadangkan prosedur yang betul iaitu Shukri patut merekodkan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan membuat pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan 1MDB.

“Perkara paling asas perlu beliau lakukan ialah membuat laporan polis dan mendedahkan dalam laporan polis nama nama individu yang dikatakan mengugut beliau.
“Biar polis membuat siasatan. 


Tapi Malaysiakini telah menulis tajuk dengan meletakkan sebagai peguam PAS (kebetulan peguam ini adalah penyokong PAS) dan meletakkan gambar Najib dan bendera PAS (sempat saya screenshot sebelum Malaysiakini menukarnya) untuk memberikan pesepsi buruk kepada PAS sebagai rakan Najib.

Kerja jahat Malaysiakini ini ditegur oleh netizen.


Malaysiakini menukar gambar dan mendelete komen tersebut. Bukan sahaja komen tersebut didelete, komen-komen bernas daripada PAS juga didelete termasuk komen saya.

Tahniah MALAYSIAKINI anda ambil PERANAN UTUSAN dalam Kerajaan HARAPAN.

Sumber MR - 23-5-2018

Isnin, 21 Mei 2018


Kalau betul kerajaan Pakatan Harapan amal kebebasan Media


Kerajaan PH dikatakan menjunjung kebebasan media. Jika benar, jemput Presiden PAS berwacana, dialog dan apa-apa sahaja di TV siaran arus Perdana secara 'live'. Beri peluang Presiden PAS menjelaskan tuduhan ke atasnya. Takkan takut kot? Kalau Tun M dan DSAI berani, dia mesti bersetuju dengan cadangan ini.

Anda semua setuju tak?

Kalau dulu Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum “Nothing to Hide 2.0” yang dijadual akan diadakan, takkan mana-mana wakil Mahathir atau Anwar tak berani berhadapan dengan Presiden PAS pada Live TV.

Kalau benar mereka ada bukti atau hujah bawa apa yang dibawa oleh PAS salah dan kurang baik masa ini mereka boleh berhujah dengan Presiden PAS. Takkan itu pun takut. Pakatan Harapan kan golongan profesional dan ramai cerdik pandai.

Kita tunggu apa kata penyokong Pakatan Harapan.

Sumber MR - 21-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


Mencari Hujah Logik 17 Pimpinan PAS Makan Duit UMNO RM90 Juta Kata Sarawak Report


Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan. Sarawak repost telah mengemukan 55 muka surat dalam interlokutori mereka yang 42 muka surat melibatkan 1MBD dan selebihnya berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa.Anda boleh dapatkan salinan penghujahan SR di sini (laman Sarawak Report dah boleh akses kerana kerajaan Harapan buka sekatan. Jika sukar boleh juga dapatkan di sini)
Antara penghujahannya ialah;
Beberapa pemimpin PAS yang lain didakwa membeli rumah, kereta mewah dan berkahwin dua, tiga; mereka membelanjakan wang secara bermewahan melebihi dari gaji mereka.
Nak percaya atau tidak itu yang mereka tulis dalam penghujahan 55 muka surat. Jadi tak hairanlah Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791).

Yang paling melucukan ada penyokong parti Amanah yang edar fitnah pula di bulan Ramadan ini.


 Lagi hebat fitnah di disebar pula oleh Muhammad Radzi Ismail
 Dia ni lagi hebat dia senarai 17 pimpinan PAS mengikut seleranya lain daripada 55 muka surat Sarawak Report.


Pembaca rasa yang buat kerja ini si Muhammad Radzi Ismail ini Islam atau orang kafir? Tentulah dia Islam. Bulan Ramadan orang cari pahala, dia buat dosa sebar fitnah. Dia ni orang Kanan Ustaz Ahmad Awang. Rasanya minta tolong Ustaz Ahmad Awang nasihati dia ini.

....sambung

Sumber MR - 20-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Sarawak Report tidak lagi disekat makin banyak fitnah dan berita bohong


Laman web penyebar fitnah dengan maklumat "hearsay" Sarawak Report dan blog penganjur Medium.com kini boleh dilayari di Malaysia setelah setelah sekatan selama lebih dua tahun dibatalkan oleh kerajaan baru HARAPAN.

Mengikut penganalisis politik selain daripada isu 1MDB, pembukaan sekatan ini juga ada kaitan dengan isu saman PAS kepada Sarawak Report. Haji Hassan Omar ada menulis dalam blognya (sila baca di sini)mengatakan Abdul Hadi, Presiden PAS memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017 kerana ada usaha menekan PAS untuk bersama PAKATAN HARAPAN, jika tidak mereka akan cuba  mengambarkan PAS akan bersama UMNO dengan menerima bantuan UMNO.

Usaha ini dikatakan didalangi oleh beberapa pimpinan parti pembangkang dan NGO. PAS terpaksa menghabiskan kiraan RM400,000 untuk memulakan saman berkenaan.

Sarawak Report telah membuat 5 permohonan interlokutori bagi menghalang saman Abdul Hadi dibicarakan. Mengikut sumber SR telah mengemukan 50 muka surat dalam interlokutori mereka yang 40 muka surat melibatkan 1MBD dan 10 muka surat lagi berkenaan dengan kekayaan pimpinan dan ahli biasa PAS seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Antaranya kononnya anak Presiden PAS Ustaz Khalil Abdul Hadi mempunyai motorsikal mewah hasil duit pemberian UMNO RM90 juta.



 Rupanya SR sama "bengong" dengan Husam Musa. Itu motor hanya bergaya "selfie" semasa XPDC aje.. rupanya kaki fitnah tak boleh tengok puak lebai pakai barang mewah. Dia nak ustaz Khalil pakai motor buruk aje..


Ini sebahagian serangan dibuat oleh cybertropper PAKATAN HARAPAN untuk membunuh watak (character assassination) Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan anak Presiden PAS. 25 Jun 2017 Malaysiakini menyiarkan berita portal Sarawak Report berjaya mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya untuk menangkis saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jumlah itu berjaya dikutip dalam masa tiga hari melalui platform dana awam - Crowd Justice. Ketika berita ini ditulis, sebanyak GB£ 30,452 berjaya dikumpulkan menerusi 615 penyumbang.

Pada 11 Oktober 2017 dalam tuntutan balasnya yang difailkan, Brown menuduh Hadi berkomplot dengan Najib atau ejennya untuk mengeksploitasi kes itu untuk kepentingan mereka.

“Mereka mahu mencemarkan nama baik saya dan Sarawak Report dalam kempen sah kami untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya dan membawanya ke muka pengadilan kerana dakwaan salah laku rasuah dan jenayah."


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin utama PAS menerima wang dari Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut kenyataan pembelaan terhadap tuntutan balas yang diberikan kepada The Malaysian Insight, Rewcastle-Brown berkata beliau ada bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

"Ambiga beritahu kepada defendan, yang menurutnya sumber itu sebagai boleh dipercayai, jumlah yang diberikan itu sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Seminggu lalu Free Malaysia Today (Malaysikini cuba sembunyi isu ini) Clare Rewcastle Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, antara lain atas alasan intimidasi saksi.

Mereka cuba menghalang kes ini menjadi lebih lanjut dan tidak dibicarakan pada 30 April 2018 (semalam). [Baca di di sini]

Malaysiakini
menyiarkan Rewcastle-Brown sudah memohon kepada mahkamah untuk mengkaji semula pembelaannya susulan bukti baru yang dikemukakan dan diarahkan membayar £40,000 (RM215,867) untuk kos guaman Abdul Hadi untuk itu. [Baca di sini]

Semalam peguam Abdul Hadi Wan Rohimi Wan Daud mengisytiharkan kemenangan awal dengan mengumumkan bahawa anak guamnya menang kesemua lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap Rewcastle-Brown.  "Sarawak Report diarahkan membayar kos £28,900 (RM156,017)."

Duit £30,000 Sarawak Report daripada 615 penyumbang telah habis. Kena bayar lagi. Kini Sarawak Report sangat tersempit jika pembicaraan yang berlanjutan sehingga April 2019. Bayangkan mereka terpaksa bawa saksi dan RAKAN FITNAH di Malaysia.

Berapa kosnya??




Mereka yang rapat dengan Clare Rewcastle-Brown mula tergugat jika perbicaraan sebenar berlaku. Menang  Kemenangan awal dengan menang kesemua lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap Rewcastle-Brown ialah kemenangan moral setelah bertahun-tahun HARAPAN memainkan fitnah ini.

Walaupun ini bukanlah bermakna Pas dah menang saman, Pas hanya berjaya menghalang permohonan afidavit SR yang cuba difailkan tidak lama duhulu. Namun ini adalah langkah yang sangat besar untuk memastikan kemenangan Pas menentang SR.

Kata sorang facebooker "Ibarat kita berjaya menghalang musuh dapat reinforcement. Kita berjaya memaksa musuh bertarung dgn kita tanpa senjata."

Itu cerita yang semua kita tahu.

Dalam mengakhiri tulisannya Haji Hassan Omar mendedahkan bahawa Azmin Ali menjadi proxy untuk menyelesaiakan saman ini diluar Mahkamah dan menyebut Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri sekarang adalah orang yang cuba membayar tuntutan ganti rugi PAS.

Tuduhan ini tidak dijawab sampai hari ini. Tun Mahathir sekarang ada kuasa, dia boleh bawa Haji Hassan Omar ke pengandillan jika maklumat itu tidak benar.

Sumber MR - 18-5-2018

Rabu, 16 Mei 2018


Ambiga tekan Mahathir Akta Antiberita Palsu mesti dimansuh


Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 mesti dimansuhkan.

"Kami tahu keadaannya apabila akta itu diluluskan [...] tidak ada alasan untuk ada akta berita palsu dan antiberita palsu," katanya kepada stesen radio, BFM.

"Saya fikir, sebaik sahaja jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk mengkaji undang-undang sedia ada yang perlu dimansuhkan, maka Akta Antiberita Palsu mungkin akan menjadi yang pertama dalam senarai itu," katanya.

Pada petang ini, kerajaan mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Reformasi Institusi dan menamakan Ambiga sebagai salah seorang anggotanya.

Anggota lain ialah hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brig jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji dan profesor undang-undang dari Universiti Malaya Prof Shad Saleem Faruqi.

Skop tepat bagi jawatankuasa itu belum digariskan.

Kerajaan 'takrifkan' berita palsu


Akta Antiberita Palsu 2018 yang digubal pada April oleh kerajaan BN sebelum ini, memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda sehingga RM500,000.

Pengkritik berkata hukuman yang dikenakan adalah keterlaluan sementara tidak ada definisi yang jelas mengenai apa yang ditakrifkan sebagai berita palsu.

Mereka menambah undang-undang itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi pandangan yang menentang mereka.

Pada 13 Mei, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan baru akan menentukan dengan jelas mengenai takrifan berita palsu.

Mahathir berkata walaupun kerajaan baru tidak akan menyekat kebebasan akhbar, beliau memberi amaran sebarang usaha menghasut rakyat tidak akan diterima.

"Undang-undang berita palsu akan diberikan definisi yang jelas supaya syarikat akhbar mengetahui berita palsu dan apa yang bukan berita palsu," katanya.

Mahathir tidak menyatakan sama ada beliau merancang untuk memansuhkan atau meminda undang-undang sedia ada berhubung berita palsu, atau mewujudkan yang baru.

Sumber MR - 16-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Peneraju Media Prima dan Utusan letak jawatan\


Media Prima Bhd hari ini mengumumkan Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah akan menamatkan khidmatnya sebagai Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), berkuat kuasa 20 Mei, 2018.

Susulan itu, tugas beliau akan diambil alih oleh timbalannya, Datuk Manja Ismail berkuat kuasa serta-merta, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ashraf yang menyertai TV3 sebagai Pengarang Kumpulan pada Jun, 2009, sebelum itu telah memaklumkan pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Media Prima mengenai hasrat beliau untuk melepaskan jawatan tersebut.

- Bernama

Sumber MR - 15-5-2018

Selasa, 15 Mei 2018


Dakwa mahu jadi menteri kewangan, Rafizi akan saman Sin Chew


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan menyaman akhbar harian berbahasa Cina Sin Chew kerana mendakwa beliau mahu menjadi menteri kewangan.


Ia susulan kritikan terbukanya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya melantik menteri - termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng sebagai menteri kewangan - tanpa berunding dengan PKR.

"Ada laporan Sin Chew yang kata saya bantah kerana saya mahu menjadi menteri kewangan.

"Saya dah nyatakan sejak tahun lalu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa saya tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan.

"Laporan Sin Chew itu satu fitnah dan saya akan saman," katanya melalui Twitter.

Menurut Rafizi, sekiranya beliau mahu menjadi menteri, beliau tidak akan mengambil risiko yang boleh menyebabkannya dipenjara sehingga empat tahun dan sebaliknya akan mencium tangan Dr Mahathir dan Anwar.

Tambah Rafizi, beliau menerima banyak kritikan kerana bersuara, namun beliau mengingatkan agar pengkritiknya tidak taksub.

"Jangan cepat lupa bahawa apabila tiada yang berani menegur, kita kembali ke zaman BN.

"Kritikan terhadap saya, itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina," katanya.

Rafizi menjelaskan bahawa dia tidak terikat dengan apa-apa jawatan, maka dia tiada kepentingan dan boleh bersuara secara terbuka untuk PKR.

"Kenyataan yang saya keluarkan itu adalah pendirian PKR dan bukan kenyataan peribadi saya.

"Oleh kerana saya satu-satunya pemimpin kanan (PKR) yang tudak akan menyertai kerajaan (lalu tiada konflik kepentingan), sebab itu ia dikeluarkan oleh saya," katanya.

Rafizi turut menjelaskan berhubung pelantikan menteri oleh Dr Mahathir.

Menurutnya PKR mahu Anwar terlibat dalam rundingan pelantikan kabinet tapi ia tidak berlaku.

"Sedang pemimpin PKR menunggu di Hospital Rehabiitasi Cheras (di mana Anwar ditempatkan) ketika itu pengumuman (pelantikan menteri) itu dibuat tanpa penyertaan PKR.

"Selepas itu Lim Guan Eng dan Dr Mahathir datang berjumpa Anwar," katanya.

Sumber MR - 15-5-2018


















Ahad, 13 Mei 2018


Sarawak Report ancam demokrasi Malaysia?


Belum hilang dakwat hitam di jari pengundi #PRU14, Sarawak Report (SR) galak menghasut rakyat turun ke jalanan!


Rakyat Malaysia mahukan perubahan kerajaan yang aman damai. Pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, pertukaran parti pemerintah pastinya memakan masa. Lebih-lebih lagi apabila Pakatan Harapan yang menggunakan lambang PKR adalah gabungan tidak rasmi. Juga, perlu di ingat pra-syarat perjanjian mereka yang melibatkan Pengampunan Diraja kepada Anwar Ibrahim.


Tidak hairanlah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V perlu berjumpa banyak pihak termasuklah pimpinan Pakatan Harapan dan juga pegawai atasan bagi memastikan kelancaran transisi ini.

Tetapi, SR ghairah menabur fitnah malah mengajak rakyat berhimpun di Istana Negara.


Rakyat Malaysia dan terutamanya Kerajaan Pakatan Harapan perlu jauhkan diri daripada Sarawak Report!

Daulat Tuanku! Allahuakbar!

Sumber MR - 13-5-2018


Laman Tranungkite Dengan Rasminya Telah Dihentikan...
Posted on Friday, May 11 @ 14:02:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39630



Satu keputusan yang sangat sukar dibuat setelah 20 tahun lebih kami mempertahankan perjuangan Islam di Malaysia ini daripada serangan musuh luar dan dalam. Melawan budaya politik fitnah dan persepsi, akhirnya kami hentikan laman Tranungkite. Kami akan serahkan laman ini kepada IT PAS Pusat dan kini dia bukan milik IBT lagi.

Kami menyedari perjuangan belum selesai, PRU-14 bukan penanda bahawa perjuangan dah selesai. Fitnah kepada PAS makin hebat dengan kedudukan PAS yang berada di tengah-tengah antara PH dan BN.

Anggap penuntupan ini juga strategi, seperti kita tersempit dengan fitnah dan kita dihimpit musuh sehingga Kita terpaksa bertanding sendiri yang pasa masa itu kita rasa sukar untuk menang dan kita mengubah strategi KING MAKER yang dulu dipemainkan tetapi akhirnya terbukti terjadi.

Untuk menerukan maklumat berita terkini, anda boleh BOOKMARK laman MINDA RAKYAT dalam bentuk blog. Sila ke http://mindarakyat.blogspot.com/
Insya-Allah anak-anak buah kami yang kami didik akan membantu meneruskan laman TKO ini.

Laman ini akan dibiarkan "BEKU" sehingga sebulan..Semasa sebulan ini anda boleh berforum dll. Hanya berita tak dikemaskini.

Selepas itu kami akan matikan semua akses dan akan jadi arkib seperti versi-versi sebelum ini.

Minta Maaf sekali lagi.
Dengan titisan air mata TKO 20 tahun dulu dagang... kini TKO dagang kembali, benarlah apa yang ada dalam firasat pengurus laman ini.

ZBM

Sumber TKO - 11-5-2018

Rafizi disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar
Posted on Saturday, May 05 @ 14:13:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39561



Polis Negeri Sembilan boleh menjalankan siasatan ke atas naib presiden PKR Rafizi Ramli mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis akan mengambil keterangan Rafizi berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah melalui laman sosial terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia berkaitan isu semasa proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita akan memanggil Rafizi (atas) dan mereka yang terlibat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melaksanakan undi awal di Pangkalan Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU, di Seremban hari ini.

Noor Azam berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada petugas SPR semasa hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau di Rembau, 28 April lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan disytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau pada hari penamaan calon, 28 April lalu, apabila pencabar tunggal beliau, Dr S.Streram daripada PKR, gagal mengemukakan kertas pencalonannya kerana tidak mempunyai pas SPR untuk memasuki pusat penamaan calon.

Sementara itu, seorang anggota polis dari Unit FRU negeri, Rahmat Jali, 55, tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi, walaupun belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit strok yang dihidapinya sejak September 2016.

Bapa kepada dua anak berusia 23 dan 18 tahun, Rahmat, yang hadir bertongkat dan dipimpin oleh anak lelakinya, mendapat bantuan daripada jiran untuk menghantarnya ke pusat mengundi.

"Saya masih bercuti sakit. Ini tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, kena keluar mengundi walaupun sakit," katanya.
- Bernama 
Sumber TKO - 5-5-2018

Malaysian Officials To Investigate Opposition Leader Over Claims


Malaysian officials have launched an investigation into comments made by the country’s opposition leader over concerns he may have breached a new anti-fake news law ahead of elections planned for next week.

Police said on Wednesday they will examine comments made by Mahathir Mohamad last month alleging an airplane he had been due to travel on from Kuala Lumpur to Langkawi island had been sabotaged. The pilot said its tyres were damaged just before taking off.

Mazlan Lazim, a police chief, told Reuters news agency officers had recieved a complaint against Mohamad concerning the allegations.

“We have opened an inquiry based on a police report made against Mahathir,” Mazlan said.
A spokesman for Mahathir did not immediately respond to Reuters’ request for comment.
Anti-fake news legislation

The investigation into Mahathir follows legislation passed by Malaysia’s Prime Minister Najib Razak’s government last month criminalising the dissemination of so-called fake news, which critics have suggested is an attempt to curb free speech in the run-up to the country’s May 9 election.

Those prosecuted under the law could be fined up to 500,000 ringgit ($127,00) and jailed for up to six years.

Mahathir, who served as Malaysia’s prime minister from 1981-2003, had intended to travel to Langkawi – some 30km northwest of the mainland – on April 27 to file his candidacy for a return to the post ahead of the vote, which Najib is widely expected to win.

Prior to take-off, however, the plane’s pilot discovered some damage to the aircraft, which resulted in the flight being cancelled.

A subsequent government-ordered investigation into the incident, carried out by Malaysia’s Civil Aviation Authority, found no indication of sabotage, instead concluding the aircraft had been unable to fly due to a minor fault related to one its wheels.

Azharuddin Rahman, chairman of the Civil Aviation Authority, described the damage as a “routine techincal fault” following the probe.

“Allegations of sabotage against an aircraft are extremely serious, and could impact the reputation of Malaysian aviation and the country as a whole,” Azharuddin said. – aljazeera

Sumber BO - 3-5-2018



Warga Denmark individu pertama dihukum bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018
Posted on Monday, April 30 @ 18:20:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39476



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Denmark dipenjara seminggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menerbitkan berita tidak benar di rangkaian perkongsian video terbesar dunia, YouTube, berhubung pembunuhan Dr Fadi Mohammed Al-Batash, imam dari Palestin yang ditembak mati berhampiran kediamannya di Setapak, 2 minggu lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu ke atas Salah Salem Saleh Sulaiman, 46, selepas tertuduh, yang memakai cermin mata, berjubah putih, dan berkopiah hijau, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Lelaki itu, yang berasal dari Yaman dan bekerja sebagai pembersih kuda di Denmark, menjadi individu pertama didakwa dan dijatuhi hukuman mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selepas akta itu diwartakan dan berkuat kuasa mulai 11 April lepas.

Salah Salem, yang datang ke negara ini pada 11 April lepas untuk melancong, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 April lepas dan akan dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Salah Salem memadam video rakaman itu dari akaun YouTube.

Salah Salem dituduh dengan niat jahat menerbitkan berita tidak benar melalui rakaman video di akaun YouTube atas nama “Salah Sulaiman” bertajuk “Pembunuhan Sheikh Al Ghazawi Fadi Al Batash di Kuala Lumpur, cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik wakil” di sekitar Kondominium Puteri Idaman, Jalan Meranti, Setapak, antara 6.50 pagi dan 9 pagi pada 21 April lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 6 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, selepas pertuduhan dibacakan dan barang-barang kes termasuk telefon bimbit dan kayu swafoto dikemukakan di mahkamah, sebuah video turut ditayangkan melalui televisyen yang memaparkan seorang lelaki bercakap dalam bahasa Arab di lokasi pembunuhan Dr Fadi dengan mendakwa Polis DiRaja Malaysia tiba lewat di tempat kejadian iaitu 50 minit kemudian manakala ambulans pula tiba selepas 1 jam.

Lelaki itu turut mendakwa dia ada bersama-sama Dr Fadi ketika ditembak dan beliau masih bernafas selepas insiden itu.

Ketika ditanya Hakim Zaman, tertuduh mengesahkan rakaman video itu miliknya dan dia individu di dalam video itu.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukumannya, lelaki itu yang tidak diwakili peguam, meminta maaf kepada mahkamah kerana datang ke Malaysia untuk melancong dan tidak mengetahui undang-undang di Malaysia.

“Saya tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun, ia adalah kata-kata ketika saya dalam keadaan marah. Saya kesal. Ini kesilapan saya. Saya mohon maaf.

“Saya tidak tahu apa-apa pun tentang Malaysia. Saya mohon maaf kepada semua di Malaysia… saya mempunyai 3 isteri dan 6 anak, saya tiada sesiapa pun di Malaysia,” katanya yang berulang kali memohon maaf dan kemudian menundukkan kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal berbentuk pencegahan dengan mengambil kira tindakan menyebar berita palsu perlu dihalang kerana ia memberi impak dan pengaruh negatif kepada pihak tidak bersalah selain boleh memudaratkan ketenteraman awam dan negara.

“Penyebaran berita palsu itu bukan sahaja menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi juga negara dan turut mengguris hati keluarga mangsa. Tertuduh sepatutnya lebih menghormati undang-undang Malaysia,” katanya.

Mengikut fakta kes, pihak polis menerima rakaman video 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki Arab membuat kenyataan yang turut memaparkan sarikata dalam bahasa Malaysia dan hasil siasatan mendapati kandungan video itu mengandungi berita tidak benar bertujuan menjatuhkan imej polis.


Pada 21 April lepas, Dr Fadi, 35, yang juga pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak di sini pada kira-kira 6.00 pagi semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat Subuh.

Sumber TKO - 30-4-2018


Merdeka Center: Sokongan Melayu kepada BN di Kelantan naik 8%
Posted on Thursday, April 26 @ 21:54:40 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39402



KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberi amaran kepada PAS pertandingan 3 penjuru di Kelantan mungkin menyebabkan parti Islam itu kehilangan negeri tersebut.

Beliau dalam sebuah forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini berkata, hasil tinjauan dijalankan badan kaji selidik itu sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di Kelantan meningkat sekurang-kurangnya 8%.

Walaupun angka itu kecil, katanya, peningkatan itu akan menjadi ketara dalam pertandingan 3 penjuru.

“Berdasarkan hasil tinjauan setakat April, BN mungkin menang 55% undi dan Pakatan Harapan 10%, meninggalkan PAS dengan 35%,” katanya.

Peningkatan sokongan kepada BN di Kelantan, katanya, banyak dikaitkan dengan kekurangan pembangunan di negeri pimpinan PAS itu.

“Ini berkurangan pada pilihan raya umum lalu kerana pengaruh arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menonjol sebagai pemimpin PAS.

“Beberapa tinjauan berpendapat sokongan terhadap Nik Aziz di Kelantan jauh lebih tinggi berbanding parti itu, walaupun kepimpinan baharu tidak melakukan sebarang kesalahan besar, kehebatan Nik Aziz sukar dicari ganti.”

Beliau berkata, hakikatnya perkelahian antara PAS dan Umno tidak sepanas sebelum ini yang turut menjadi punca kekurangan pembangunan di Kelantan.

“Apabila ada 2 parti sama, anda akan memilih parti yang anda fikir boleh membawa pembangunan.”

Beliau berkata, jumlah pengundi membuang undi pada pilihan raya umum ini juga dijangka lebih rendah, terutamanya di kalangan pengundi bukan pemastautin yanga kan menyukarkan PAS.
“Sebilangan besar orang yang dilahirkan di Kelantan tinggal di negeri lain. Jumlah keluar mengundi di Kelantan dijangka sekitar 50% hingga 55%.”


Note: Kajian Merdeka Center tidak menyentuh AMANAH/HARAPAN kerana pengaruhnya tidak besar. Hakikatnya di Kelantan adalah antara PAS-UMNO. PAS kena berwaspada. - TKO

Sumber TKO - 26-4-2018


Bukan senang PAS berdepan Khalid, kata penganalisis
Posted on Tuesday, April 24 @ 11:49:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39347



PETALING JAYA: Penganalisis politik meragui kemampuan PAS memenangi kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun ia menang selesa pada PRU lalu menerusi Khalid Samad yang kini bersama Amanah.


Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata PAS akan hadapi laluan sukar untuk merampas Shah Alam daripada penyandang 2 penggalnya itu.

Beliau berkata, Shah Alam akan menjadi kayu ukur pengaruh PAS di kawasan bandar dengan majoriti kelas menengah Melayu.

“Tetapi Khalid bukan calang-calang pesaing,” katanya , dan menyebut ketokohan beliaulah yang memungkinkan parti Islam itu menang di kerusi tersebut pada 2008.

“Sebelum ini persaingannya ialah antara Umno dan PAS, dan PAS muncul pemenang sejak 2008,” katanya.

“Tetapi sekarang PAS bukan sahaja perlu berdepan dengan Umno, tetapi juga Khalid.”
Pada 2013, Barisan Nasional menampilkan peguam Datuk Zulkifli Nordin untuk mencabar Khalid, ketika itu mewakili PAS.

Kali ini, PAS mengetengahkan pengarah penyelidikan parti itu Zuhdi Marzuki.
BN belum menetapkan calonnya, tetapi ramai menjangka ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari akan dipilih.

Awang Azman berkata, Umno mungkin telah hilang 30% daripada sokongannya di Shah Alam berikutan perpecahan yang berlaku di sebalik kemunculan PPBM.

Khalid pertama kali bertanding di Shah Alam pada 2004, tetapi kalah di tangan calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin.

Pada 2008 beliau mengalahkan Aziz dengan majoriti lebih 9,000 undi yang mewakili lebih 57% undi. Pada 2013, beliau menewaskan Zulkifli dengan majoriti hampir 11,000 undi. 


Sumber TKO - 24-4-2018


Perang Telegram dengan Kerajaan Rusia Juga Mengganggu Google
Posted on Monday, April 23 @ 22:37:28 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39335



Bulan lepas, kerajaan Rusia mengarahkan Telegram untuk menyerahkan kunci penyulitan perkhidmatan permesejan mereka. Tetapi pihak Telegram ingkar kerana hak privasi pengguna yang mereka janjikan. Disebabkan hal ini, penggunaan Telegram mula di sekat di Rusia.

Kini, Google mengesahkan beberapa perkhidmatan mereka turut disekat oleh kerajaan Rusia disebabkan sekatan Telegram. Antara perkhidmatan Google yang disekat adalah Google Search, Gmail dan notifikasi untuk Android. Sebelum ini, kerajaan Rusia turut menghantar permohonan kepada Google dan Apple untuk membuang aplikasi Telegram di Play Store dan App Store. Tetapi sehingga kini kedua-dua syarikat tidak memberi sebarang maklum balas.
Telegram Themes
Perkara ini berlaku kerana kerajaan Rusia menyekat hampir 19 Juta alamat IP, dalam usaha menyekat penggunaan Telegram di negara mereka. Oleh kerana alamat-alamat IP ini disekat, kebanyakan perkhidmatan berasaskan Google Cloud dan Amazon Web services (AWS) seperti Twitch, Spotify, Nintendo dan Soundcloud turut tidak boleh diakses.

Walaupun banyak alamat IP yang disekat, pengguna di Rusia masih lagi boleh mengakses Telegram kerana Telegram menggunakan satu teknik menukar alamat IP secara automatik.


Jika perkhidmatan penting seperti carian Google tidak berfungsi, bagaimanakah reaksi pelancong untuk Wolrd Cup pada Jun 2018 akan datang? Kerajaan Rusia perlu mencari jalan lain untuk menyekat Telegram tanpa mengganggu perkhidmatan lain.

Sumber TKO - 23-4-2018


Cabaran menjadi 'nujum' di Kelantan - Peluang PAS Masih Luas
Posted on Monday, April 23 @ 08:55:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39313



Oleh Wartawan Malaysiakini

Sejak bertugas di Kelantan bermula September tahun lalu, pertanyaan yang sering saya hadapi ialah: parti manakah bakal juara di bumi Serambi Mekah ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 (PRU14).

Mampukah PAS bertahan?
Bagi sesetengah orang - khususnya pimpinan parti - mereka sudah 'mengetahui' jawapannya dan keyakinan itu sangat kukuh sekali. Malah mereka bertindak mengatur pelbagai rancangan untuk mempertahankan diri.
Dan jawapan saya selalunya tidak jelas. Hal itu kerana amat sukar menjadi ahli nujum di negeri yang sudah 28 tahun sebati dengan cara pemerintahan PAS.

Kadang-kadang saya menjawab dengan nada gurauan. Lalu saya memetik dan mengubah suai dialog Cinta kepada Rangga semasa mereka bertemu sekali lagi selepas sekian lama terpisah dalam
Ada Apa Dengan Cinta 2.

Lalu saya katakan: Apa yang kau tanyakan itu, jahat!

Mahu atau tidak, sebagai wartawan yang bertugas sebagai penyoal dan pelapor saya dan rakan-rakan petugas media juga tidak terkecuali untuk menjadi pemerhati, malah dengan deria rasa lebih dekat berbanding mereka di luar bidang ini.

Kami sering berdepan dengan lincah silat politikus yang masing-masing mempunyai pengaruh, ketokohan, pengalaman, ilmu, semangat juang dan poyo tersendiri.

Namun, di Kelantan segalanya mungkin. Atau boleh jadi juga segalanya tidak mungkin.

PAS masih jaguh
Senario semasa politik Malaysia - termasuk Kelantan - seperti ombak memukul gigi pantai. Gelombangnya berirama tetapi pada masa tertentu ia sukar diramal.

Ia - senario itu - akan tetap menjadi misteri sehinggalah SPR mengumumkan keputusan pada malam 9 Mei ini.

PAS dengan slogan Bangkit Pertahan Kelantan mahu atau tidak perlu mengakui penglibatan mereka kali ini adalah hidup mati perjuangan.

Dulu, kekuatan mereka tidak boleh dipersoal dan kini kekuatan PAS bukan soalan lagi di kalangan musuh politik mereka.

Pertembungan tiga penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan berlaku di semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) Kelantan.

PAS dan BN masing-masing mempunyai deposit pengundi tetap walaupun wujud pecahan undi selepas masing-masing melahirkan parti serpihan.

Dalam fasa pertengahan menuju hari Rabu yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu nanti, PAS ketika ini dilihat masih jaguh di Kelantan. Bendera-bendera hijau putih begitu lebat di setiap penjuru tanah dan ruang udara.

Program ceramah juga diadakan di serata lokasi dengan kehadiran memuaskan, sama ada hadirin dihidang dengan acara cabutan bertuah atau tidak. Barong-barong mulai didirikan dengan pelbagai kretiviti, aneka replika dan lampu hiasan.

Kelantan bagi PAS ialah nadi perjuangan mereka. Justeru parti itu mengambil pendekatan strategi berbeza berbanding di negeri lain.

Misalnya, pengumuman calon PAS Kelantan hanya dibuat pada 25 April, iaitu ketika 'pendekar' mereka di negeri lain sudah pun disahkan.

Bukan lagi tunggul kayu
Ia dipercayai satu strategi supaya PAS Kelantan menjadi tumpuan menyeluruh pada hari pengumuman calon itu, termasuk media.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan hadir pada pengumuman yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Kira-kira dua kali Rabu lagi sebelum 9 Mei, saya lihat potensi PAS untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan masih 50-50 dan bergantung juga kepada peratusan pengundi luar pulang untuk mengundi.

Selain itu, faktor calon-calon yang ditampilkan juga memainkan peranan besar pada kali ini selepas prestasi wakil-wakil rakyat PAS pada penggal lalu begitu diambil perhatian oleh rakyat.

Jika dulu ada kata-kata lelucon orang kampung saya: PAS letaklah tunggul kayu pun bertanding, pasti akan menang.

Namun sifir kali ini nampaknya tidak boleh lagi dijadikan gurauan dan jarang kedengaran di kedai-kedai kopi.

Kali ini rakyat mempunyai banyak pilihan dan muka baru daripada parti lain yang masih suci dalam kancah politik dan pentadbiran.

Pengundi akan menilai bagaimana wakil rakyat Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang kerian, Pasir Puteh dan kawasan-kawasan lain menunaikan tanggungjawab mereka pada penggal lalu. Begitu juga di kawasan-kawasan DUN.

Seperti kenyataan pimpinan mereka sebelum ini, sekurang-kurangnya 30 peratus calon muka baru akan ditampilkan sekali gus bermaksud 30 peratus juga calon lama digugurkan.

Nasib wakil rakyat seperti bekas ADUN Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim, yang begitu disayangi rakyatnya turut akan menimpa bekas wakil rakyat PAS yang lain.

Tetapi itulah perjuang dan amalan biasa yang perlu dihadapi - seperti kata pucuk pimpinan mereka.

Jadi ramalan saya - sebagai nujum atas angin negeri Cik Siti Wan Kembang - peluang PAS masih terbuka luas. Cuma hal yang sama juga terbuka luas buat parti lain.

Ia juga bergantung kepada buah-buah kilas dan pecutan saat-saat akhir masing-masing. Saya yakin masih ada peluru-peluru simpanan yang menjadi senjata.

Sehinggalah kita lihat sendiri sasarannya tepat menumbangkan musuh atau menusuk batang tubuh tuannya sendiri.


N FAIZAL GHAZALI
wartawan Malaysiakini.


Sumber TKO - 23-4-2018
5 Sebab Berita Palsu Mudah Tersebar
Posted on Thursday, April 19 @ 08:23:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39240



BERITA palsu yang ringkas, mudah dibaca, memenuhi nafsu dan sentimen pembaca, cepat menjentik emosi dan menggemparkan, mudah tersebar dengan cepat dan meluas.

Disebabkan kemudahan teknologi maklumat dan gaya hidup semasa yang pantas menyebabkan cebisan-cebisan berita ini mudah diterima dan disebar.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berita palsu mudah tersebar, daripada kemudahan teknologi hingga faktor manusia yang menggunakan teknologi.

Lima faktor ini ialah antara yang paling utama membantu penyebaran berita palsu.

1. Media Sosial dan Aplikasi Mesej
Isi utama media sosial ialah mesej ringkas, sama ada berbentuk tulisan, berita, gambar dan sebagainya. Bahan seperti ini mudah dibaca dengan pantas, difahami dan kemudian disebar. Inilah salah satu mesej yang banyak memenuhi kumpulan WhatsApp.

2. Mudah Terpedaya
Memang ada pengguna media yang mudah percaya apa sahaja yang dibaca. Golongan ini tidak akan memeriksa kesahihan sama ada kerana malas atau tidak mampu kerana kurang ilmu. Lagi sensasi, lagi tertarik mereka pada berita tersebut.

3. Populariti
Berita palsu sering disebar kerana menjadi satu sumber hiburan kepada sesetengah orang. Sikap sukakan bahan-bahan troll seperti mengejek, menyindir parti politik atau pemimpin yang mereka tidak suka menyebabkan berita palsu popular.

4. Tidak Celik Media

Celik media (media literate) ialah kualiti yang perlu dipelajari untuk memahami mesej yang disampaikan. Ini penting apabila berita yang diterima tidak mudah dikenali sebagai berita palsu, seperti berita fitnah daripada portal media.
5. Tiada Undang-Undang

Selama ini, berita palsu mudah disebar kerana penyebarnya tidak rugi apa-apa keranan menyebarkannya, dan jika silap pun, tidak ada hukuman dikenakan. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan membantu menyekat penyebaran berita palsu dengan mengenakan hukuman terhadap mereka yang bersalah. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 19-4-2018



Sarawak Report Cari Helah, mahu batal saman fitnah Hadi mana Husam Tolong Bantu?
Posted on Monday, April 16 @ 22:58:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39195



Sebelum anda baca artikel ini, anda kena tahu bahawa Malaysiakini kitab puak-puak dan penyokong Harapan tidak menyiarkan maklumat akhir ini. Kita tahu sebelum ini Abdul Hadi telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017.

Artikel 8 perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi mereka supaya menyokong Umno dan BN.

Abdul Hadi dan PAS sebelumnya menafikan PAS tak ambil duit UMNO malah Abdul Hadi menegaskan tidak wujud nak berUG dengan UMNO sebagaimana diviralkan.



Tapi pimpinan Harapan didalangi Rafizi dan seorang pimpinan PAS, Mahfuz dan seorang lagi bekas pimpinan PAS yang baru dipecat untuk menekan dan memaksa PAS bersama dengan PAKATAN HARAPAN dengan menjadikan isu ini sebagai cara mendesak.

Abdul Hadi bertegas, PAS tak akan bersama HARAPAN dan juga BARISAN NASIONAL. Sikap dan ketegasan Abdul Hadi ini terbukti sehingga hari ini. Memang ada usaha nak gabungkan PAS dengan UMNO. Tapi PAS dah maklumkan sikap PAS sebenarnya.

Video pendedahan Mohd Amar ini menunjukkan cerita sebenar yang diputar belit oleh puak AMANAH (PAN).

Video - https://youtu.be/bLZ4w7KmXjI

Tapi mereka ini tetap memainkan isu ini dimedia massa dan menggunakan cybertropper untuk menyerang kepimpinan ulama PAS. Imej PAS diburuk-burukkan.

Tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.

Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.

Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghiraukan dosa dan pahala.

Pelik juga puak-puak mereka dalam isu liwat Anwar walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkaan sahaja dah dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.

Hari ini mereka yang kata ada itu pula tak mengaku bila mereka lihat Sarawak Report cari helah untuk batalkan saman sebelum pembicaraan nanti 30 April 2018 ini.


Husam sekadar kata dia tak kata PAS terima wang 90 juta. Dia hanya minta PAS buktikan sahaja tak terima. Hebatkan puat-puak ni dalam mengenakan pimpinan PAS dengan fitnah. Fitnah dah jadi wirid mereka.

Kalau kita kenal Husam dan dengar dia bercakap kata-kata yang top dalam whatsapp "BABI PUN BOLEH TERBANG". Maknanya hebatnya 'bual'nya Husam (bahasa kelete makna bohong atau loyar buruk)


Ini gambar baru yang baju petak hari-hari jaja fitnah kononnya audio Nik Abdul terima duit UMNO (tukang fitnah). Yang hadapan jadi imam tu Nik Abdul mangsa fitnah. Hebatkan. Yang bodoh macai HARAPAN serang Nik Abdul sedangkan mereka gelak bersama.

Berbalik isu Sarawak Report.

Kalau dia betul-betul ada bukti bahawa duit itu masuk misal dalam bank kenapa dia cari helah nak batalkan dengan alasan alasan "intimidasi saksi". Logik ke PAS menakut-nakut atau mengacam saksi?? Kalau mereka takut kena bayar saman mungkin juga.

Ini satu lagi alasan nak batal saman. Brown menambah Hadi memfailkan saman bukan untuk melindungi imej dirinya, tetapi untuk tujuan tidak sah melindungi reputasi PAS dan memajukan tujuan politik parti itu dan sekutu politiknya, iaitu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Hoii Abdul Hadi saman kerana puak engkau juga cabar kalau tak buat saman. Kena saman mula nak terkencing...

Antara alasan Brown untuk membatalkan saman Abdul Hadi ialah “Mereka mahu mencemarkan nama baik saya dan Sarawak Report dalam kempen sah kami untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya dan membawanya ke muka pengadilan kerana dakwaan salah laku rasuah dan jenayah,” katanya dalam kertas mahkamah.

Yang sebelum ini negkau kata dapat maklumat daripada Ambiga, mesti maklumat itu benarkan. Takut apa. Tapi Ambiga pun "kunci mulut"


Rewcastle Brown juga mendakwa Hadi, sama ada oleh dirinya sendiri atau ejennya, terlibat dalam penerbitan sejumlah artikel yang menyerang, memfitnah dan mengganggu beliau di laman web The Third Force dan Malaysia Today.

Ini satu tuduhan baru boleh saman lagi ni...

Lebai rasa Rewcastle Brown tak perlu risau, Husam Musa ada. Lagi pun Husam ada video Nik Abdul yang 100% diyakini oleh sepupunya. Bawa sekali sepupu Nik Abdul tu sebagai saksi, engkau boleh menanglah..


Kita juga nak lihat Husam Musa dengan fail dan maklumatnya untuk membuktikan fitnah wang 90juta..


Agaknya...
Apa akan terjadi selepas ini?
Kita tunggu pembicaraan 30 April 2018 nanti.
Kita lihat pembelaan 50 muka surat Rewcastle Brown dengan 40 muka surat pasal 1MBD dan 10 muka surat lagi pasal pimpinan PAS kaya raya termasuk anak Presdien PAS ada motor besar...

Yang ini lebai gelak sampai tergolek. Bodohnya Rewcastle Brown bergambar dengan motor semasa XPDC pun jadi hujah mahkamah. Husam dan macai HARAPAN lagi bodoh, walaupun tak kena saman tapi diakhir nanti jadi manusia muflis... Solat hitam dahi tapi semua kosong, hangus....


Sumber TKO - 16-4-2018


Polis siasat kes pertama bawah Akta Antiberita Tidak Benar
Posted on Saturday, April 14 @ 21:32:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39134



JOHOR BAHRU: Mesej viral mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan memberi bantuan di beberapa pasar raya, semalam, menjadi kes pertama disiasat polis mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan kelmarin.

Mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan sehingga RM200 di Pontian dan beberapa daerah lain viral di media sosial, menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut di beberapa pasar raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pada jam 10 pagi kelmarin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menerima maklumat kehadiran orang ramai di pasar raya Econsave Pontian selepas mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan menjadi viral.

"Hasil siasatan mendapati mesej itu adalah palsu dan penyebaran maklumat seumpama itu turut dikesan di beberapa lokasi lain di negeri ini.

"Berikutan itu, kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

"Seseorang itu juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan bersalah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai menyerbu pasaraya Econsave di Pontian setelah tularnya berita bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikatakan akan membelanjakan sejumlah wang kepada rakyat yang berada di Econsave semalam. - Foto Ihsan Enconsave

Mohd Khalil berkata, selain itu, polis Johor menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun.

Beliau berkata, jika kesalahan itu masih diteruskan selepas disabitkan bersalah, seseorang itu boleh didenda sehingga RM3,000 selama kesalahan masih berlaku.

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai menyemak kesahihan berita dan jangan mudah percaya apa yang diterima di media sosial.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, pengendali media sosial atau portal berita yang menulis dan menyebarkan laporan palsu, menyakitkan hati, jelik atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Sumber TKO - 14-4-2018


Tuduhan Rafizi Terhadap Tabung Haji Salah Satu Berita Palsu
Posted on Friday, April 13 @ 06:54:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39104



Isu kelulusan RUU Antiberita Tidak Benar di parlimen beberapa hari lepas menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh media dan juga pemerhati politik. Sebagai pembangkang, PH menjalankan tugas mereka dengan ‘cemerlang’ apabila membangkang apa sahaja yang dicadangkan oleh pihak kerajaan termasuk RUU ini. Berbagai alasan mereka kemukakan, seolah-olah penyebaran berita palsu adalah satu perkara yang normal dan tidak patut dibendung.


Suka untuk dinyatakan bahawa kemungkinan sebab sebenar mereka menentang RUU ini adalah kerana mereka sendiri banyak menggunakan kaedah penyebaran berita palsu dalam permainan politik. Tanpa menafikan pihak pemerintah juga pernah menggunakan kaedah serupa, tetapi mereka lebih selamat kerana berada di posisi penguasa.

Isu yang boleh dijadikan contoh berita palsu adalah berkenaan berita bahawa Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan serius untuk membayar balik dana kepada pendeposit. Isu ini dibawa oleh YB Rafizi Ramli. Menurut beliau, TH akan menghadapi masalah dalam membayar kepada kesemua pendeposit apabila mereka mengeluarkan simpanan secara serentak.

Akibat terkeliru dengan berita tersebut, seramai 3,954 pendeposit TH telah mengeluarkan simpanan mereka dan 3,105 daripadanya terlepas giliran peluang menunaikan haji. Tentu sekali keadaan tersebut akan menyebabkan ketidakstabilan TH. Ironinya, Rafizi sendiri ketika itu tidak mengeluarkan simpanan beliau yang berjumlah kira-kira RM500,000. Apabila dipersoalkan, beliau berlepas diri dengan mengatakan tiada siapa yang menyuruh pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/352017/rafizis-tabung-haji-claims-example-why-we-need-fake-news-law

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/12/tabung-haji-depositors-withdrew-millions-after-rafizis-posting-on-fb/

Susulan kenyataan kontroversi itu, pihak TH telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi. 7 Februari lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dibicarakan atas tuduhan memfitnah Tabung Haji (TH) di laman Facebooknya 2 tahun lalu. Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas naib presiden PKR itu disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) berkenaan kes National Feedlot corporation (NFC).

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/07/rafizi-bakal-dibicara-atas-kes-fitnah-tabung-haji/


Isu ini hanyalah salah satu contoh mengapa perlunya undang-undang mengekang berita tidak benar daripada terus berleluasa. Banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Jika diizinkan, perkara ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa.

Sumber TKO - 13-4-2018


Malaysiakini salah tafsir maksud Presiden PAS
Posted on Friday, April 13 @ 02:47:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39101



SAYA merujuk kepada berita yang disiarkan oleh portal Malaysiakini “Hadi: Baiah taklik di Kelantan kekal”, 11 April 2018 adalah berita yang disalah tafsirkan daripada maksud sebenar Presiden PAS.

Malaysiakini melaporkan “Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya itu akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan bagi memastikan tiada lagi peristiwa calon lompat parti.”

Sedangkan jawapan sebenar Presiden PAS ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media sempena Ceramah Perdana & Pelancaran Manifesto PAS Melaka di Dewan Muallim Bukit Katil Melaka pada 9 April 2018 menyebut bahawa: “Baiah diteruskan. Majlis Syura Ulama membuat keputusan baiah diteruskan. Baiah ini satu daripada syarat dalam politik Islam.” Bahkan baiah ada penambahbaikan mengikut keadaan kesesuaian masa dan keadaan. Namun bila ditanya mengenai talak tiga, Presiden menjawab: “Itu berkait dengan sebab yang khusus di Kelantan. Itu bukan benda yang tetap, tidak. Dasar umumnya ialah baiah setia kepada dasar matlamat PAS, tak khianat.”

Maka jelaslah bahawa Presiden PAS tidak pun menyebut akan mengekalkan baiah talak tiga di Kelantan pada PRU 14, beliau hanya menyatakan secara umum bahawa baiah akan diteruskan dan soal talak tiga akan dilihat sebabnya secara khusus dan ia tidak tetap dan boleh berubah mengikut kesesuaian semasa.

Kesimpulan yang dibuat oleh Malaysiakini tersasar dengan menggambarkan apa yang tidak disebutkan oleh Presiden PAS.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS 


Sumber TKO - 13-4-2018

































Berita Malaysiakini Tak Siar: 100 ahli Umno, PKR keluar parti Masuk PAS
Posted on Tuesday, April 03 @ 20:17:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38939



    KOTA BHARU: Minggu ini semakin ramai ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

    Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli PKR menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mereka diketuai mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor dari Dun Nengiri.

    Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

    “Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

    "Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini. – HARAKAHDAILY 3/4/2018

XOXO - Nanti tinggal berapa orang aje ahli PKR di Kelantan?..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/



Sumber TKO - 3-4-2018


































Saya maafkan Sinar Harian - Presiden PAS

KUALA TERENGGANU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan pihak media lebih bersikap jujur dalam membuat laporan agar tidak menimbulkan fitnah. 
Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaafkan kesilapan yang diakukan oleh wartawan Sinar Harian yang dilaporkan menfitnahnya. 
"Saya dah maafkan Sinar Harian dan bagi saya tak ada apa-apa dah semuanya selesai. Cuma saya harap selepas ini , media lebih telus dan berhati-hati melaporkan berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah," ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas Majlis Penutup Dialog Rayat Terengganu Sejahtera Selepas PRU14 di sebuah hotel, Kuala Terengganu, semalam. 
Malah, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau juga tidak berkecil hati dengan Sinar Harian kerana menganggap isu tersebut telah selesai dan tidak timbul lagi sebarang konflik antara keduanya. 
Ini berikutan, laporan Sinar Harian pada 26 Mac lalu telah mengubah tiga kali tajuk beritanya dalam versi cetak dan online iaitu "PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB", "PAS ambil pendekatan 'berkecuali' isu 1MDB" dan "1MDB: Jangan terus menghukum".
Hadir sama pada Dialog Rakyat itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Dr Alias Razak dan Yahaya Ali sebagai ahli panelnya. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018 

Dato' Hussamuddin; fitnah dan neutral itu berbeza!

SAYA ada menerima mesej pendek daripada kawan saya yang dihantar oleh bos Sinar Harian (SH) Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub (DHY) kepada group yang beliau berada bersama. Kata beliau, mesej itu boleh disebarkan, jadi ia bukan mesej rahsia. 
Saya tidak mahu menyentuh berkenaan permohonan maaf SH kerana ia dikira sebagai sudah selesai. Saya ingin sentuh ialah di dalam mesej itu antara luahan beliau yang dikira sebagai suatu sangat sukar untuk diterjemahkan ialah menjadi pihak yang neutral. 
Antara isi mesejnya ialah bila menjadi neutral, kerana pasti akan ada orang yang tidak berpuas hati. Jika tersalah siar berita negatif, akan dikutuk, walaupun sebelum ini penuh dengan berita baik. 
Beliau juga turut menyelar sebahagian manusia yang merasakan sebagai golongan suci, seperti memegang neraca untuk menghantar orang ke neraka. Difahami juga beliau kesal dengan caci maki pembaca yang menggambarkan hati budi mereka sendiri. Begitulah gambaran kesulitan yang beliau hadapi. 
Sebagai seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan simpati, pastinya kita terasa akan kedukaan yang sedang melanda DHY. Akan tetapi semua itu masih tidak dapat dibandingkan dengan fitnah yang dihadapi oleh Presiden PAS. 
DHY dikutuk kerana kesalahan benar-benar dibuat yang fatal, iaitu SH telah menyiarkan satu fitnah yang menjuruskan persepsi jahat oleh anak buah beliau dengan mensasarkan Presiden PAS. 
Manakala Presiden PAS adalah mangsanya hanya kerana beliau membawa Islam. Fitnah sudah berdekad lamanya juga berlaku ke atas beliau sebelum ini. Kalau boleh saya senaraikan beberapa. 
Apa rasa hati kita jika dituduh sebagai seorang yang mengajar ajaran sesat? Apa tindakan kita jika difitnah mandi bogel di dalam kolah tempat wuduk di Masjid Rusila kerana mahu menyihir penyokongnya? 
Cekalkah hati kita jika kita dituduh sebagai penyebar amanat songsang yang memecah belahkan masyarakat, kafir mengkafir, sehingga dikatakan penyokongnya sanggup mati. 
Manakala amanat itu ditimbulkan setiap lima tahun bagi kempen PRU? Mungkin DHY masih ingat sehinggakan diterbitkan sebuah drama berjudul ‘Guru Yahya’ ketika itu, bagi menjadikan fitnah itu lebih berkesan. 
Tidak terhenti setakat itu, beliau difitnah dengan tuduhan memakan duit derma ahli PAS dengan membeli sebuah Pajero. 
Apa agaknya reaksi keluarga kita terutama isteri, apabila dicop sebagai MB yang gatal kerana difitnah berkahwin dengan seorang gadis berumur 17 tahun selepas menjadi MB? 
Tidak cukup dengan itu, dilagakan pula dengan Mursyidul Am sendiri oleh orang dalam parti yang sekian lama sakit hati kepada ketuanya sendiri. Tidak cukup ruang ini untuk menyenaraikan fitnah-fitnah itu. 
Namun, apakah tindakan beliau? Adakah kedengaran dia mengamuk? Bagi sesetengah kes, ya beliau membawanya ke mahkamah. Tetapi dalam banyak kes, beliau hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah. 
Diceritakan bahawa beliau hanya membelek kembali al-Quran bagi menenangkan jiwa beliau akibat bahana fitnah itu dengan memujuk hati, ujian yang tertimpa ke atas para Anbiya', lebih dahsyat. 
Wartawan akhbar DHY telah membuka ruang fitnah, ia tidak terhijab lagi. Sebaran itu bagaikan tiada dia merasakan dosa dan pahala. 
Bagi saya, tidak salahnya jika SH berpihak. Berpihaklah jika dirasakan itulah yang terbaik. Tiada salahnya juga jika hanya memberitakan tentang sisi baik pihak tertentu. Atau mahu memberikan gambaran gelap sahaja kepada sesuatu pihak. Namun syaratnya ialah, ia mesti berita benar. 
Isunya sekarang, wartawan SH sudah mengfitnah, dan DHY mengeluh sukar melaksanakan tugas meneutralkan akhbar SH. Jauh itu Dato’. Belajarlah dengan Presiden PAS bagaimana menghadapi fitnah. Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah, insyaa Allah selamat. 
MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
29 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 29/3/2018
Sumber HD - 29-3-2018 


RUU antiberita palsu langgar perlembagaan, kata bekas hakim
Posted on Tuesday, March 27 @ 19:50:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38836



Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar melanggar perlembagaan jika Parlimen meluluskannya menjadi undang-undang, kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Bagaimanapun, Sri Ram yang kini merupakan seorang peguam berkata ia tergantung cara Mahkamah Persekutuan melihat perkara tersebut (jika RUU itu dicabar di mahkamah).

Beliau memberi dua sebab yang menyebabkan beliau secara peribadi berfikir cadangan undang-undang itu bercanggah dengan perlembagaan.

"Pertama, ia terlalu luas dan tidak tetap, justeru ia melanggar Kedaulatan Undang-undang yang menjadi sebahagian daripada Perkara 8 (1) Perlembagaan dan membentuk aturan asas Perlembagaan Persekutuan," Sri Ram memberitahu Malaysiakini.

Perkara 8 menyentuh mengenai hak sama rata yang mana pecahan bahagian (1) memperuntukkan bahawa semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

"Kedua, ia merupakan tindak balas yang tidak seimbang di bawah Perkara 10 (2) kerana terdapat undang-undang lain yang menjenayahkan perlakuan sebegini, misalnya Akta Komunikasi dan Multimedia. Tambahan pula, perlindungan yang mencukupi boleh didapatkan di bawah undang-undang fitnah," jelas Sri Ram lagi.

Perkara 10 (1) menyatakan semua orang memiliki hak terhadap kebebasan bersuara, mengeluarkan fikiran, berhimpun dan berpersatuan.

Mengenai undang-undang fitnah, Sri Ram merujuk Akta Fitnah 1957. Selain itu, Kanun Keseksaan turut memperuntukkan jenayah fitnah juga.

Sri Ram menegaskan pendapatnya bergantung cara mahkamah tertinggi negara melihat undang-undang baru tersebut.

"Jika ia mengambil pendekatan kes Azmi Sharom, mahkamah akan mengekalkan Akta tersebut," katanya.


Dalam kes hasutan Azmi Sharom, ketua hakim negara pada ketika kes itu didengar, Tun Arifin Zakaria memutuskan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 tidak bercanggah dengan perlembagaan kerana ia tidak melanggar Perkara 10 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber TKO - 27-3-2018



RUU berita palsu boleh tamatkan riwayat satira, kata peguam
Posted on Tuesday, March 27 @ 05:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38831



PETALING JAYA: Seorang peguam berkata Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang penuh kontroversi boleh menamatkan riwayat satira dan parodi.

Syahredzan Johan berkata penerbitan satira seperti FakeMalaysiaNews dan The Tapir Times serta karya pereka grafik politik Fahmi Reza boleh terjejas.

Beliau berkata pihak yang memberi bantuan kewangan kepada mereka yang melakukan kesalahan berita palsu juga boleh didakwa.

“Ada fasal mengenai perkara ini. Ini bermakna mereka yang menyumbang kepada kempen kutipan dana untuk membayar denda atau ganti rugi bagi pelaku juga mungkin dipertanggungjawabkan.

“Terdapat juga kemungkinan ini dikenakan terhadap mereka yang melanggan portal berita seperti Malaysiakini, atau mereka yang meletakkan iklan di portal atau akhbar harian tertentu,” tulisnya di Facebook.

Syahredzan berkata jika akhbar fiksyen “The Cliff” menerbitkan berita mengenai 1MDB, kerajaan boleh mengatakan apa-apa berita mengenai 1MDB yang bukan dari mereka adalah “berita palsu”. The Cliff kemudian boleh didakwa menerbitkan berita palsu.

“Tindakan itu juga boleh dikenakan kepada mereka yang beriklan dengan ‘The Cliff’ kerana memberi bantuan kewangan.”

Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata RUU itu pada dasarnya baik dan hukuman menunjukkan bagaimana berita palsu boleh menimbulkan ancaman keselamatan.
“Bagaimanapun, siapa yang menentukan apa sebenarnya berita palsu?”

Beliau berkata jika pihak berkuasa mahu menutup sesuatu dan orang ramai mula bertanyakan soalan dengan dokumen sokongan, undang-undang ini boleh digunakan untuk mendiamkan pengkritik.

Cucu bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu berkata undang-undang itu ironi kerana ia muncul saat kempen pilihan raya bermula dan undang-undang itu mungkin disalahgunakan untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Kalau seekor monyet boleh bercakap, ia juga akan mempersoalkan masa dan potensi penyalahgunaan.

“Sekiranya pemerintah mahu memfitnah lawan mereka, kebenaran boleh disorokkan. Berita palsu pula akan menjadi fakta,” kata Tariq.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen berkata undang-undang fitnah dan libel bawah Kanun Tatacara Jenayah cukup untuk menangani berita palsu.

“Undang-undang berita palsu seperti itu tidak sepatutnya diluluskan oleh kerajaan, yang membuktikan dirinya pengadil yang teruk dalam menentukan apa yang betul dan apa yang palsu, semasa menangani masalah 1MDB,” kata Wong Chen.

RUU Antiberita Tidak Benar 2018, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mencadangkan pesalah dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 dan penjara 10 tahun.

Jika kesalahan berterusan selepas seseorang disabit bersalah, denda selanjutnya adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Akta berkenaan mentafsirkan berita tidak benar sebagai sebarang berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain.

Setakat ini, difahamkan hanya Jerman yang mempunyai undang-undang seumpama itu yang dikenali sebagai Akta Penguatkuasaan Rangkaian (NetzDG) yang tertumpu kepada ucapan kebencian dan berita palsu. Ia berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini.

Negara-negara lain seperti Singapura dan Filipina juga sedang membincangkan pengenalan undang-undang berita palsu.

Sumber TKO - 27-3-2018







































Pembetulan berita Presiden Pas
Posted on Tuesday, March 27 @ 00:04:55 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38818


MERUJUK kepada berita yang disiarkan semalam, Sinar Harian menjelaskan bahawa berita Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibetulkan bagi memberi penjelasan yang lebih tepat.

Mohon semua pembaca kami untuk merujuk laporan yang telah dikemaskini iaitu: 1MDB: Jangan terus hukum

Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. 


Sumber TKO - 27-3-2018

Sinar Harian Setaraf Portal Berita Pro-Pakatan Harapan?
Posted on Tuesday, March 27 @ 00:06:48 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38819



KUALA LUMPUR - PAS mendakwa Sinar Harian kini setaraf portal berita pro-Pakatan Harapan seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah keatas parti itu.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik Ab. Razak mendakwa, berita itu kemudian akan ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS.

“Inilah strategi yang biasanya digunakan portal Pro PH (pro-Pakatan Harapan seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk kepada berita Sinar Harian berhubung kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan 1MDB yang didakwa sengaja ditafsir secara salah.

Abdul Malik berkata, orang ramai mudah mempercayai berita pertama yang berunsur fitnah kerana ia akan tersemat dalam minda mereka.

Menurut beliau, berita seperti itu menyebabkan penyokong Pakatan Harapan mengutuk dan menghentam Presiden PAS berasaskan berita pertama yang disengajakan yang merupakan strategi permainan media.

Justeru, katanya, PAS mendesak pihak Sinar Harian segera memohon maaf secara terbuka dengan syarat disiarkan dalam Sinar Harian Online dan dipaparkan di muka hadapan Sinar Harian Cetak.

Terdahulu, beliau mendakwa, berita fitnah itu sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali “PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB”, “PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB” dan “1MDB: Jangan terus hukum”.

Malah, dakwa beliau, Sinar Harian turut menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 27-3-2018

Politik Tidak Berpihak Lebih Keji











































Bahagian Konsular, Kedutaan India memberikan perkhidmatan kepada tenaga kerja India di Al Khor, Qatar
Oleh : Mohd Nasir Abdullah

Menjadi perantau di Timur Tangah memberikan saya peluang mendengar dan melihat perdebatan politik oleh rakan-rakan sekerja dari India yang agak hangat dengan masing-masing saling menyerang satu sama lain. Salah seorang daripada mereka, A berasal dari Gujerat, adalah penyokong BJP, iaitu parti yang memerintah India dibawah naungan Narendra Modi yang berasal dari Gujerat.

Lawannya dua orang B dan C yang berasal dari Chennai, Tamil Nadu, Selatan India. A sentiasa menyokong segala tindakan Modi, dengan pujian dan tanpa ragu-ragu. Dan apabila tiba kepada kelemahan Modi yang didedahkan, dia segera menjadi perisai kepada Modi dengan mengatakan Modi adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari salah dan silap. Ini adalah tipikal kepada penyokong kuat sesebuah parti politik. Saya hanya senyum mendengarnya.
Manakala B dan C terus menyerang A dengan serangan dihalakan kepada dasar dan juga peribadi Modi. Sememangnya BJP tidak digemari oleh penduduk Selatan India kerana beberapa sebab yang terdiri daripada sejarah dan juga geo-politik di India. Disebutkan B dan C perihal berkenaan sebuah kuil yang dibina khas untuk Modi, sebagai simbol kepada pemujaan yang melampau. Apa sahaja kebaikan Modi, B dan C akan litupi dengan cerita-cerita kegagalan ataupun sidi peribadi negatif Modi.

Namun, apa yang menarik daripada debat itu ialah apabila timbul isu Modi melalui pintu belakang, telah memberikan sokongan kepada sebuah parti yang terkenal dengan rasuah dan penyelewengan di Selatan India, AIADMK, parti yang dahulunya dipimpin oleh mendiang MGR, bekas aktor tersohor Kollywood (gelaran bagi industri filem Tamil) yang kemudiannya diambil alih oleh kekasihnya Jayalalitha, bekas Ketua Menteri Tamil Nadu yang baru meninggal tahun lalu selepas memenangi pilihanraya India, ia memberikan satu pandangan yang bagi saya amat baik untuk dikongsi.
Tuduhan B dan C itu kemudian disanggah oleh A dengan menyatakan bahawa, kenapakah kamu penduduk Selatan India menyokong AIADMK (parti itu menang besar tahun lalu untuk Tamil Nadu) jika kamu tahu mereka itu rasuah, yang menyebabkan Selatan India telah ketinggalan dalam pembangunan. Lantas dijawab oleh B dan C bahawa mereka tidak menyokong AIADMK dan mereka sebenarnya langsung tidak menyokong mana-mana parti. Kononnya mereka berdua mahu mencari jalan selamat untuk tidak dihentam kembali dengan menyembunyikan dari parti manakah mereka. Ini sikap bagi manusia yang bacul untuk menyatakan sokongan mereka.

Lantas dibidas oleh A bahawa jika begitu pendirian kamu, maka kamu tiada hak bercakap tentang negara India kerana dalam demokrasi, undi adalah satu-satunya cara untuk mengubah kerajaan. Itulah kuasa terbesar rakyat. Jika kamu tidak berminat menggunakan kuasa yang kamu ada, maka tidak perlu kamu mengkritik mahupun menghentam kerajaan sediada. Maka terdiamlah B dan C dengan hujahan A.

Perdebatan ini segera mengingatkan saya kepada satu gerakan pemikiran baharu di Malaysia iaitu gerakan undi rosak. Mereka mahu merosakkan undi mereka kerana tidak berpuashati dengan kerajaan mahupun pembangkang. Tetapi sebagaimana A berhujah, adalah sangat tidak bertanggungjawab bagi seseorang yang tidak mengundi, tetapi mulutnya seperti bertih jagung mengkritik orang lain.

Sebagaimana orang berpakat membeli mesin basuh, tetapi dia tidak mahu keluarkan modal. Namun, apabila dibenarkan menggunakan mesin basuh, habis sabun, mesin rosak kerana dia, ditambah mulut tak henti membebel tidak berpuashati, bayarnya tidak, lebih sudu dari kuah, banyak beruk dari buah.

Kedua, saya lihat watak-watak yang bersembunyi disebalik nama non-partisan ini juga menjengkelkan. B dan C ingin mencari jalan selamat kerana kononnya tidak berparti, tetapi lupa bahawa kerana tiada parti dan tidak mengundi inilah maka rasuah bermaharajalela. Sebagaimana agamawan yang kononnya tiada berpihak, tetapi apabila sistem pemerintahan rosak, Allah dan rasul dihina, mereka diam.

Itukah caranya tidak berpihak? Atau sudah kehabisan ‘jantan’ mereka untuk bertindak atas nama Allah dan rasul? Terkadang orang yang mendakwa tidak berpolitik ini lebih keji cara politik mereka daripada politikus yang mereka dakwa korup itu.

Jika parti Islam yang ada tidak berguna, bawakan parti Islam yang berguna kepada rakyat. Jika parti pemerintah yang ada sudah bagus, nyatakan secara jelas dari sudut agama bagusnya itu. Jika parti alternatif bagi kedua-duanya yang lebih baik, berikan dalil dan hujah dari perspektif Islam kerana kita umat Islam. Kongsikan jangan berteka-teki supaya rakyat jelas.

Menjadi penonton tetapi membelasah pemain dari luar padang, itu adalah perbuatan yang tidak bermoral. Masuk gelanggang, kemudian mainlah secara baik. Nyatakan pegangan kita tanpa ragu dan takut. Itulah ajaran Islam Allahkan ada.

***Mohd Nasir Abdullah – MNA ialah seorang pengamal media yang cergas bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), mencari rezeki dan merantau di tempat orang

Sumber BO - 27-3-2018


Sudah Sampai Masa Ahli Pas Seluruh Malaysia Boikot Sinar Harian Sebagai Pengajaran!
Posted on Monday, March 26 @ 19:13:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38812



Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali;

1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB
2. PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB
3. 1MDB: Jangan terus hukum

Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama yang bertanggungjawab.

Inilah strategi yang biasanya digunakan oleh portal Pro PH seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah kemudiannya ia ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu.

Malangnya sudah macam ada kesempatakan media Pro Pembangkang menyerang PAS seperti UMNO serang PAS.

Sebagai ahli PAS kenapa anda harus berdiam diri?
Paling tidak anda perlu mengajar PAKATAN JAHAT (AHZAB) ini dengan menunjukkan kekuatan ahli PAS dengan MEMBOIKOT AKHBAR SINAR HARIAN DAN PRO PEMBANGKANG LAIN yang menjual etika kewartawan mereka. Mereka gadai maruah diri.

JOM BOIKOT SINAR HARIAN

XOXO - Cara biokot, jika ketagih nak baca, bacalah akhbar ini ditempat free, jangan sekali-kali keluar duit untuk mereka...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 26-3-2018