| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
 
 
Hari ini kita sambut kemerdekaan dengan gembira. Esok kita boleh menangis puas-puas kerana bukan sahaja SST 10% kita kena. Kita kena pula cukai perkhidmatan 6% akan menjadikan 16%.
 
Jangan sedih Lim Guan Eng kata harga barang turun, Tony Pua antara yang paling tinggi mendapat sokongan rakyat dengan majoriti 100k pun kata harga barang akan turun.
 
Apa bodoh kita nak percaya kepada Abdul Hadi Awang. Dia tu boleh mengajar agama sahaja. Mana tahu politik dan ekonomi.
 
Orang kapir yang baik lebih afdhal di sokong daripada orang Islam yang fasik kata ulama parti AMANAH dan IKRAM. apa kita nak susah.
 
Tahniah sekali lagi
MR : Politik ini boleh membodohkan orang yang cerdik, boleh kencing kepada rakyat yang bodoh.... 
 
Sumber MR - 31-8-2018 
 
| 
Berikutan isu perlantikan Peguam Negara oleh kerajaaan PH...nampak sepertinya depa  
khianat terhadap janji depa sendiri...apa yang aku paparkan (gambar) ini merupakan cubitan  
dari "Buku Harapan" yang dikeluarkan oleh PH menjelang PRU 14 yang lalu....
 Terdapat puluhan janji dalam buku tersebut....mengenai perlantikan Peguam Negara ada
 
disebutkan secara khusus dalam janji depa yang ke 15....jelas dalam perenggan yang aku  
tandakan itu menyebutkan bahawa jawatan Peguam Negara akan dilantik dari kalangan  
"ahli parlimen yang berkelayakan"....
 Ada 2 syarat dimaksudkan pada ayat itu iaitu
 1. ahli parlimen
 2. berkelayakan
 
 Ertinya jika janji ini mahu ditunaikan, ia mesti melihat kepada 2 syarat tersebut yang ada
 
kepada ahli parlimen sedia ada walaupun ia bukan dari blok kerajaan sekalipun sebab tak  
ada pun disebut ia mesti dari kalangan ahli parlimen kerajaan semata-mata...sama lah dgn  
alasan yang digunakan oleh puak2 PH sekarang bahawa dalam Perlembagaan Negara tidak  
disebut bangsa dan agama seseorang yang nak dilantik sebagai Peguam Negara...
 Jika tiada di kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, ia mesti dilantik daripada seorang
 
yang mesti dilihat sebagai tidak berpihak...dan sudah menjadi amalan bahawa jawatan2  
penting seperti Peguam Negara itu disandang oleh seorang yang beragama Islam....sesuai  
dgn kedudukan dan fungsinya dalam menasihati Raja-raja dan Perdana Menteri....
 Dalam hal yang berkaitan, tidak boleh tidak perlu melihat pula kepada janji depa yang ke 11
 
iaitu depa berjanji untuk meletakkan "pandangan dan teguran Duli-duli Yang Maha Mulia  
Raja-raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan" 
...
 janji utk meletakkan nasihat dan pandangan raja-raja di tempat yang tinggi timbul berikutan
 
sikap umno yang sebelumnya hanya mengambil pandangan Raja-raja Melayu yang memberi 
 faedah politik kepada umno sahaja....maka persoalannya apakah dengan sikap keras kepala  
PH dalam isu perlantikan Peguam Negara ini tidak boleh ditakrifkan sebagai hanya untuk  
kepentingan politik PH sahaja???...
 sebelum ini depa sudah khianat janji depa sendiri dalam hal perlantikan Ketua Pengarah
 
SPRM yang depa sendiri janji bahawa perlantikan itu semestinya mendapat kelulusan  
Parlimen, tapi belum lagi seminggu usia kerajaan...depa sudah mencabuli apa yang  
dijanjikan apabila mengumumkan perlantikan tanpa melalui sidang Parlimen....
 itu tidak lagi termasuk janji pinjaman PTPTN, GST, harga minyak, tol dan lain-lain....
 
 Raja Berperlembagaan iaitu merujuk kepada Raja sebagai kuasa tertinggi menjalankan
 
prinsip perlembagaan dalam memastikan hak-hak dalam perlembagaan itu dipenuhi  
khususnya perkara-perkara penting yang boleh menyentuh status quo orang Melayu  
di negara ini...
 apa yang berlaku ini seolah-oleh puak2 PH ini sedang atau mahu membawa Malaysia ke
 
kancah ketidakstabilan yang dibimbangi bakal memberi ruang kepada campurtangan asing... 
ia juga boleh membawa kepada krisi perlembagaan yang baru setelah krisis yang sama  
pernah dicipta oleh mahathir sewaktu pentadbirannya dulu....
 apa yang berlaku ini seolah-oleh puak2a PH ini sedang atau mahu membawa Malaysia ke
 
kancah ketidakstabilan yang dibimbangi bakal memberi ruang kepada campurtangan asing 
...ia juga boleh membawa kepada krisi perlembagaan yang baru setelah krisis yang sama  
pernah dicipta oleh mahathir sewaktu pentadbirannya dulu....
 sekarang sudah nampak siapa sebenarnya yang berkuasa dalam kerajaan PH....sebelum ini
 
puak2 ph sendiri dok sebut "mustahil dap boleh menguasai negara kerana dap hanya  
bertanding puluhan kerusi sahaja"....nah!!..sekarang bukti sudah di depan mata....
 alfaqir ilallah ppk
 19 Ramadhan 1439H
 
 
Sumber MR - 4-6-2018 
KUALA LUMPUR
  4 Jun - Penolakan banyak pihak mengenai cadangan melantik Tommy  
Thomas sebagai Peguam Negara bukanlah semata-mata melibatkan isu agama dan kaum,  
namun turut membabitkan soal kredibiliti dan moral kerajaan Pakatan Harapan.
 Pensyarah Undang-undang, Dr. Shamser Singh Thind berkata, jika diikutkan dari segi
 
perundangan, Tommy sememangnya layak, malah tiada peruntukan dalam Perlembagaan  
mengatakan bahawa Peguam Negara perlulah seorang Melayu dan Islam.
 Namun begitu, menurut Shamser, Tommy telah lama menunjukkan ‘minat’ kepada Pakatan
 
Harapan apabila menjadi peguam kerajaan negeri Pulau Pinang semasa Menteri Kewangan,  
Lim Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri di samping peguam bela dalam kes banglo  
Guan Eng.
 “Sebagai seorang peguam, Tommy sememangnya perlu mengamalkan sikap berkecuali,
 
tetapi sebenarnya dia telah menunjukkan kecenderungan tinggi kepada Pakatan Harapan  
sejak sebelum menjadi kerajaan lagi.
 “Bukankah hal ini sekali gus boleh mengakibatkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat
 
mengenai kredibiliti kerajaan apatah lagi dahulu kepemimpinan Pakatan Harapan sering  
mengatakan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ‘menyebelahi’ pentadbiran kerajaan  
terdahulu?,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UM 
 
Sumber MR - 4-6-2018 
 
Kita tolak kronisme dalam BN, kita juga perlu tolak kronisme dalam PH 
 
Mudah²an tidak dituduh melawan kerajaan sbb share kenyataan ini!!!
 
Satu dunia kecoh kerana Malaysia banyak hutang. Tutup projek itu, batalkan projek ini  
walaupun elok, sebab nak kurangkan penggunaan duit, buka tabung kutip derma daripada  
rakyat segala bagai. Tiba-tiba PM lancarkan projek RM30billion dengan kroninya. Ya,  
KRONI. Kau rasa? Ya, negara Malaysia kita yang tercinta ini digegarkan dengan hutang itu hutang ini 
mencecah sehingga RM700billion dan RM1trillion. Projek itu projek ini dibatalkan demi  
nak selamatkan negara. Termasuklah Projek HSR yang bermanfaat untuk banyak negeri juga  
dibatalkan. Beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan dan pendapatan. Tabung Harapan Malaysia  
dilancarkan untuk kutipan derma daripada rakyat, hasilnya lebih RM7.2million berjaya  
dikutip dalam masa 25 jam. Ramai rakyat Malaysia yang patriotik. Alhamdulillah. 
 Kemudian muncul Ting Pek Khiing #TPK yang mendiam sepanjang 16 tahun Tun
 
Dr Mahathir #TunM 'berhenti rehat' daripada jawatan Perdana Menteri #PM. Dulu ketika  
TunM memerintah, TPK inilah yang mengetuai Projek Empangan Bakun. Projek ini  
dihentikan apabila TunM letak jawatan, TPK beritahu dirinya bankrap dan muflis. Datuk  
Seri Najib Razak #DSNR yang teruskan dan siapkan pada tahun 2010 menggunakan  
khidmat Sime Darby. Muflis, tetapi sekarang apabila TunM menjadi PM semula, TPK  
muncul dengan Projek Langkawi New City dengan modal RM30billion. Tiba-tiba jadi  
kaya-raya ke? Selepas batalkan segala projek-projek besar dan kecil, termasuk membatalkan  
projek-projek yang pasti menguntungkan rakyat dan negara, TunM mengejutkan dunia  
dengan merasmikan Projek Langkawi New City ini dengan modal RM30billion bersama  
kroninya. 
 Saya ulang, bersama kroni.
 
 Ringkas nak faham, TPK tak pernah miskin. TPK kaya-raya dengan projek balak
 
di Sarawak semasa zaman TunM memerintah negara. Kaya raya, jutawan hingga tahap  
billionaire. TunM letak jawatan, TPK pun 'letak jawatan' jugalah. Selepas 16 tahun, TunM  
memerintah semula dan TPK pun 'memerintah' semula. Projek balak Sarawak tak pernah  
berhenti rehat. Makin hari makin banyak duit, makin kaya-raya. 
 Almaklumlah, siapa Ketua Menteri Sarawak dari dulu yang paling lama berkuasa payah nak
 
cari ganti? The long lasting CM of Sarawak, bahkan beliaulah Ketua Kerajaan Negeri yang  
paling lama bertahan dalam kalangan seluruh Ketua Menteri dan Menteri Besar di Malaysia,  
itulah Tan Sri Taib Mahmud #TSTM yang powerful. Tak perlu cerita bagaimana kroninya  
TSTM dengan TunM sebagai orang kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPBB),  
kontroversi bagaimana isterinya wanita Syria bernama Ragad Waleed al-Kurdi dan  
anak-anaknya dapat status bumiputera dengan sangat cepat, dan kes kontroversi salahguna  
wang di Australia sehingga ada namanya terpahat di The University of Adelaide, South  
Australia, yang dibantah oleh ramai orang ternama Australia. 
 Seronoklah kan, boleh buat Projek Langkawi New City dengan modal RM30billion,
 
bersama kroni dan pakatan sendiri... Kan duit banyak. 
 Kita boleh sokong, tetapi jangan sokong membabi-buta. Sokonglah dengan mata terbuka,
 
hati terbuka dan minda terbuka. Jangan boleh melihat tetapi telinga pekak dan tuli juga. 
 Orang politik akan kekal sebagai orang politik, inilah yang KITA KENA SEDAR. Letakkan
 
kepercayaan yang tinggi pada pemerintah, tetapi bukan segala-galanya tanpa usul periksa.  
Ada baiknya kita berhati-hati dan berwaspada. Takut nanti kerana terlalu percaya dan  
menaruh harapan, kita yang kecewa dan kecundang di tengah jalan. Menangis tak berlagu. 
 Manifesto kerajaan perlu ambil masa 100 hari untuk dilaksanakan, manifesto peribadi
 
ambil masa 22 hari boleh setuju untuk dilaksanakan. Kau rasa?
 #BukanPembangkang #SokongKerajaan #TolakKronisme
 
 As much as I respect and admire TunM, I have careful thought about TunM too.
 
 Ini fakta, bukan auta. Fakta sejarah, bukan pandangan peribadi. Sebagaimana kita tolak
 
kronisme dalam BN, kita juga perlu tolak kronisme dalam PH. Saya tulis bukan suruh  
membenci, saya tulis supaya KITA BUKA HATI. 
 Dr Syahr Musafir
 Pn Rahimah AR
 01/06/2018 #PascaPRU14 #MalaysiaBaru #SelamatkanMalaysia #AkuCintaMalaysia
 
 
Sumber MR - 1-6-2018 
 
Harapan Rakyat Kini Makin  Pudar Terhadap Kerajaan PH 
SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika  
dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat  
dirasai oleh rakyat. Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut 
dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87  
hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.
 Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu
 
 satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk  
Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.
 Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah
 
diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya  
tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.
 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang
 
dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr.  
Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut.
 “KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan
 
baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan  
Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.
 Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk
 
dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk  
memerintah Malaysia selama lima tahun ini.
 Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang.
 
Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times  
Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.
 Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti
 
cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M  
yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.
 Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang
 
dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan  
akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.
 Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam
 
satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum l 
agi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!
 Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana
 
Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan  
Agong setahun selepas negara merdeka.
 Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya
 
adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan  
yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.
 Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih
 
lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah  
Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.
 Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan
 
menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar  
namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.
 Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan
 
kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang  
mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.
 Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
 
dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain  
seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.
 Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan
 
wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800  
sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!
 Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi
 
daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun?  
Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.
 Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun
 
tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6%  
GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?
 Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah
 
rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan  
kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?
 Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang
 
adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing  
sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.
 Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan
 
PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama  
malah kerajaan PH enggan membelinya balik.
 Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini
 
masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion  
walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.
 Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang
 
dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat l 
agi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.
 Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.
 
cc/HAA 
 
Sumber MR - 31-5-2018 
Bersatu + PKR + xUMNO = BN 2.0 
| 
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan  
kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan  
(HARAPAN) akan menerima anggota Umno selepas mereka keluar parti dan menjadi bebas  
terlebih dahulu."Kami memang terbuka untuk sesiapa yang bersama dengan kita, sebab kita nakkan rakyat
bersatu untuk membina negara ini semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri  
majlis berbuka puasa di Lembah Pantai hari ini.
 Walaupun mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan parti politik, Wan Azizah
 
menekankan bahawa HARAPAN merupakan kerajaan untuk semua.
 Sebelum ini, Mahathir berkata HARAPAN tidak akan menerima anggota Umno menyertai
 
parti itu.
 Ini berikutan ketidakpastian berhubung status undang-undang terhadap parti Melayu itu.
 
 Sebelum ini seramai 16 bekas anggota Umno memfailkan semakan kehakiman untuk
 
membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno  
melanjutkan pemilihan parti itu.
 Semalam, Mahathir memberitahu BERSATU menerima banyak permohonan untuk
 
menyertai parti itu selepas PRU ke-14, termasuk di kalangan anggota Umno.
 Mahathir berkata permohonan berkenaan akan diterima selepas individu terbabit memenuhi
 
syarat ditetapkan.
 "Untuk orang Umno, BERSATU putuskan mereka boleh menyertai parti ini selepas mereka
 
mengisytiharkan keluar dari Umno dan menjadi bebas, kemudian nyatakan pendirian  
terhadap kerajaan HARAPAN, barulah kami boleh pertimbang untuk menjadi ahli,"  
katanya. 
 
Sumber MR - 30-5-2018 |  
 
 
 
Khairuddin pula serang Rafizi dan kajian Invoke 
PETALING JAYA: Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata banyak keputusan kajian Invoke 
Malaysia “tidak tepat” dan “tidak konsisten” selepas pengasasnya, Rafizi Ramli 
mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor utama kemenangan Pakatan 
Harapan (PH) pada pilihan raya 9 Mei lepas.
 Beliau tidak menamakan mana-mana dapatan secara khusus, namun Khairuddin 
menimbulkan beberapa persoalan yang mempertikaikan kewibawaan kajian badan kaji 
selidik itu.
 
“Adakah kajian Invoke ini menyeluruh? Berapa jumlah responden yang dikaji selidik? 
Boleh saya tahu berapa peratus responden yang ditemui oleh Invoke secara perbandingan 
dengan jumlah keseluruhan rakyat?”
 
“Yang saya perhatikan banyak juga keputusan-keputusan kajian invoke tidak tepat.
 
Kadang kala keputusan kajian invoke juga tidak konsisten,” kata Khairuddin dalam 
kenyataan hari ini.
 
Ahli jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi PH itu bagaimanapun menambah beliau 
menghormati hak Rafizi untuk berkata demikian, tetapi naib presiden PKR itu tidak perlu 
mempertikaikan faktor kemenangan PH.
 
“Itu tidak relevan lagi buat masa ini,” kata Khairuddin. “Kita diberi mandat oleh rakyat 
malaysia untuk bina semula negara bukan untuk berbalah sesama sendiri atau pertikai 
di antara sesama kita.”
 
“Sesungguhnya, saya hormati Rafizi Ramli tetapi sejak kebelakangan ini saya nampak 
beliau macam emosional sikit. Tak tahu lah mengapa?” katanya.
 
Khairuddin dalam membuat tegurannya mengakui sumbangan Rafizi selama ini kepada 
Pakatan Harapan “agak signifikan” namun kenyataannya kebelakangan ini kelihatan 
“tidak selari dengan semangat solidariti PH masa kini”.
 
Beliau mengingatkan Rafizi untuk kurang bercakap perkara yang tidak memanfaatkan 
kerajaan PH.
 
“Insya-Allah, saya akan sarankan pada perdana menteri dan timbalan perdana menteri 
untuk mempertimbangkan memberi satu jawatan penting kepada Rafizi Ramli agar beliau l 
ebih fokus bekerja ke arah membantu kerajaan PH,” katanya.
 
Semalam, Rafizi berkata tinjuan pasca pilihan raya oleh Invoke mendapati faktor GST dan 
kos sara hidup paling memberi kesan kepada pengundi berbanding ketaatan dan kesetiaan 
kepada Dr Mahathir, yang sekali lagi diberi kepercayaan selepas 22 tahun mentadbir negara.
 
Menurut Rafizi, prestasi buruk PPBM dan kemenangan besar PAS di Kedah menunjukkan 
perdana menteri itu bukan kunci kemenangan PH.
 
Di peringkat Parlimen, PH yang bertanding atas tiket PKR menang 10 kerusi, PAS 3 kerusi 
dan BN 2 kerusi. Rafizi berkata PPBM sekadar menang 3 kerusi. Di peringkat DUN pula, 
PAS mengekori PKR dengan 15 kerusi berbanding 18, manakala BN menang 3 kerusi. 
 
Sumber MR - 29-5-2018 
 
Teori Taburan Penyokong Pakatan Harapan 
Jika dilihat trend sokongan PRU14 mengikut geografi, sangat pelik. Ia benar-benar tertumpu  
di arah Zon Pantai Barat dan Selatan. Apabila tiba di Zon Tengah dan Utara, ia mulai lemah.  
Dan lenyap terus di Zon Pantai Timur. Ada beberapa teori yang dirasakan logik, tetapi jika difikirkan tetapi, agak tidak munasabah.
 Antara teorinya:
 1. Teori: Komposisi kaum
 Fakta: Di kawasan majoriti tinggi melayu Pantai Barat juga PH menang. Di UPU melayu
 
kawasan Selatan juga PH menang. Di Pahang ramai juga bukan melayu tetapi BN masih  
menang.
 2. Teori: Perbezaan Strata
 Fakta: Ada kawasan bandar yang PH kalah, dan ada kawasan pedalaman yang PH menang.
 
Ramai juga perantau Kelantan dan Terengganu di Pantai Barat dan Selatan tetapi tidak  
terpengaruh.
 3. Teori: Akses media atas talian
 Fakta: amat sedikit kawasan di Malaysia yang tidak menerima akses internet dan talian.
 
Juga ramai pengundi Pantai Timur adalah perantau.
 4. Teori: Banyak majlis agama
 Fakta: Masjid dan surau Pantai Barat lebih meriah dengan aktiviti. Ramai ustaz Pantai Timur
 
dan Utara bertumpu di sana. Masuk sehingga ke pejabat dan tempat awam. Di Kedah banyak  
majlis ilmu tetapi tetapi PH banyak menang.
 Ada teori lain yang agak konspirasi. Tetapi dari sudut logik, ia amat munasabah dan
 
disokong dengan fakta. Berkait geopolitik dan teknologi. Fakta yang jelas, barat menyebelahi  
PH (sejak PRU13 lagi), dan banyak tawaran PH dalam pilihanraya menguntungkan dasar  
luar dan agenda barat.
 Ada dua pendedahan terkini yang agak 'make-sense' untuk diperhalusi. Pertama kajian
 
post-mortem pakar geopolitik berpusat di Bangkok , Tony Cartalucci: 
control/amp/
Gambarajah di bawah adalah taburan kasar kerusi DUN PH seluruh Semenanjung. Betul- 
betul berpusat. Seolah-olah seperti wabak bawaan udara. Melanda Pantai Barat dan Selatan,  
semakin berkurangan di Zon Tengah dan Utara, dan lenyap di Pantai Timur.
 Apa yang anda faham daripada gambarajah? Terutama bulatan ungu tu.
 
 Fakta tambahan, ramai juga orang PAS byat keputusan saat akhir undi PH di Pantai Barat
 
dan Selatan. Dapat tahu bila masing-masing mengaku dan menyatakan kekesalan atau  
beralasan memujuk diri selepas itu. Seolah-olah waktu mengundi, tak boleh fikir dengan  
waras.
 Alang Ibn Shukrimun
 
 
 MR : saya lebih berpendapat mood rakyat benci Najib melebihi segala-galanya. Mood ini
 
bersifat semasa. 
 
Sumber MR - 24-5-2018
 
Orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada bukan Islam?
Orang PH bertanya;
"Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan 
Islam? Siap kau kata orang Islam dalam PH bodoh dah kena brainwash menentang bangsa  
dan agama sendiri. Apa bukti kau ada? "
Dan aku jawab;
Setakat ni banyak. Tapi aku ambik satu yang paling nyata dan terbaru. Kes pelantikan  
menteri antara Lim Guan Eng dengan Dr Mazlee.
 Lim Guan Eng dah didakwa di mahkamah tapi masih dibenarkan jadi menteri. Kalau BN
 
atau PAS buat gini tentu Bar Council dan korang  bagai dah protes siap buat demonstrasi.  
Pada waktu yang sama Lim Guan Eng dan parti DAP dah banyak keluarkan statement  
statement yang rasis dan menentang Islam. Tapi ada orang Islam dalam PH peduli? Tak ada.  
Mereka sokong jer macam lembu.
 Masuk je kes Dr Mazlee, orang bukan Islam dalam PH mula protes kata dia sokong Dr Zakir
 
Naik. Mula timbul isu dia pensyarah UIA tak sesuai sebab credential dia lebih kepada agama,  
perlu menteri yang berfikiran sekular. Yang sedih tu orang Islam dalam PH bergaduh sesama  
sendiri isu ni. Yang menyokong dan yang menentang pelantikan Dr Mazlee. Siap dedua  
group buat petition kumpul sokongan online.
 Waktu buat petition ni nyata group anti Islam menang. Ni disebabkan sokongan ramai bukan
 
sahaja dari bukan Islam tetapi juga orang Islam PH yang dah dijaja jawatan tu patut diberi  
kepada Mahathir. Orang Islam PH ni lupa ke PM dalam PH tak boleh pegang portfolio ikut  
manifesto PH?
 Last last orang Islam dalam PH yang ada kesedaran sikit ni, terpaksa minta bantuan daripada
 
group PAS dan BN untuk tandatangan petisyen tersebut. Bayangkan sehingga isu lantik  
menteri pun orang Islam dalam PH terbahagi dua, dan akhirnya kena minta bantuan luar   
begitulah hinanya kedudukan orang Islam dalam PH.
 Terpaksalah demi mempertahankan portfolio pendidikan daripada jatuh ke tangan puak
 
sekular dan tentera dajjal, orang Islam bersatu. Walaupun pahit bagi PAS membantu salah  
sorang yang memfitnah PAS, pahit bagi UMNO membantu parti yang memfitnah kata  
negara nak bankrap tapi rupa rupanya tak bankrap, kena jugak buat demi menyelamatkan  
pendidikan anak anak dan cucu daripada kesesatan. Barulah petition untuk Dr Mazlee naik  
dan setakat ni melebihi petition mereka yang membantah.
 Persoalannya sampai bila kena jadi begini, yakni orang Islam PH akan selalu minta bantuan
 
PAS dan UMNO/BN untuk mempertahankan Islam? Akan tiba waktu dan situasi kami dari  
PAS maupun UMNO tak dapat menolong. Apa akan jadi kepada orang Islam di negara ni  
bila dipimpin oleh parti sebegini?
 Lemah sungguh kedudukan orang Islam di dalam PH. Mereka tak mampu mempertahankan
 
Islam langsung. Lantik menteri pun mereka kalah. Sedang seorang bukan Islam yang  
didakwa rasuah di mahkamah, datang dari sebuah parti rasis dan islamiphobic, tak timbul  
masalah langsung jadi menteri. Menteri Kewangan pulak tu. Seorang Islam yang  
menyatakan sokongan kepada Zakir Naik dan Islam, timbul pelbagai masalah.
 Itulah bukti negara kita dah dijajah semula secara halus oleh orang bukan Islam. Orang
 
islam dalam PH hanyalah boneka yang senang diperkotak katikkan. Tanpa majority, mereka  
tak ada leverage untuk duduk berbincang dengan orang bukan Islam as equals. Pedulikan  
tentang perlu 2/3 undi dan persetujuan Majlis Raja raja untuk pinda perlembagaan bagai.  
Tak sampai few hours PH menang para penyokong PH dah mintak Agong Sultan semua  
dihapuskan. Nabi dan Islam dihina secara terbuka online. Orang Islam dalam PH diam jer.  
And now lantik menteri pun masalah. 
Menang sorak tapi kampung tergadai. Itulah nasib orang Islam di dalam PH.
Nor'ezah Sujakhttps://m.facebook.com/groups/1912147758998071?view=permalink&id=
 
Sumber MR - 23-5-2018 
 
Masih Ada “Islam”kah di dalam Pakatan Harapan? 
Dr. Maszlee seorang islam yg bukan PAS, walau dia lebai. Dr. Maszlee islam yg lebai yg  
bukan PAS. Dr. Maszlee islam yg Lebai yg PH. Apa masalahnya dengan Dr. Maszlee ? Ada petition dilancarkan menolak Dr. Maszlee daripada menjadi Menteri Pendidikan. Tolak 
bukan kerana dia PAS, tetapi kerana ada unsur lebai yg ada dalam dirinya. Unsur lebai itu  
merungsingkan mereka si penolak Dr. Maszlee.
 Siapa yg tolak ? Yang Tolak dan buat petition bukanlah PAS..
 PAS menerima dan mengalu2kannya.
 
 Yg tolak adalah org PH sendiri. Yang tolak ada di kalangan Islam ada yg bukan islam dalam
 
PH. Mereka bersatu dalam kumpulan anti lebai. Mereka bersatu dengan islam hanya utk  
menang pilihanraya semata mata tapi tak mahu islam di perkasa. Nak di kata anti islam takut  
extreme sangat tuduhan itu. Tapi itulah hakikatnya. Kurang 24 jam petition melebihi sasaran  
50k.
 Tuduhan selama ini yg beranggapan PAS hanya membenarkan Islam PAS saja betul, tuduhan
 
PAS perasan paling suci,  ternyata tuduhan itu tak betul fitnah bodoh semata mata...
 Kalau Dr. Maszlee yg PH itu pun ditolak daripada menjadi Menteri pendidikan kerana
 
bimbang kelebaiannya, apakah mereka akan menerima Pemerkasaan Islam yg menyeluruh  
di bumi yg pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu ini.
 Jadi mungkin anda faham, apa ada dalam PH, apa yg tidak perlu ada dalam PH. Dan kenapa
 
tak perlu berada dalam PH.
 #AkuPonLebai
 
Sumber MR -21-5-2018 
 
Tak ada pimpinan lain ke dalam Harapan? 
Menjadi satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini Kabinet Harapan itu  
masih belum ditubuhkan sepenuhnya? Kenapa ianya memakan masa yang lama? 
Tambah mengelirukan ialah mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Turut menjadi satu tanda tanya besar kerana masih belum ada sebarang pengesahan.
 Jika sebelum ini, Perdana Menteri mendakwa Guan Eng hanya dicalonkan ke jawatan  
tersebut, tetapi dia masih belum mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong lagi.
 
Alasannya, Guan Eng masih ada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah. Maka dia 
perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Sehingga itu, jawatan sebagai Menteri  
Kewangan itu hanya atas nama sahaja.
 Seandainya perkara itu dilihat dari satu sudut, seolah - olah memberikan gambaran bahawa
 
pihak Harapan cuba masuk campur urusan kehakiman dengan memberikan tekanan  
sedemikian.
 Malah persoalannya, adakah Harapan mengalami ketandusan calon pemimpin yang layak
 
untuk mengisi jawatan selaku Menteri Kewangan sehingga terpaksa juga lantik Guan Eng?
 Secara logiknya, Harapan boleh melantik orang lain sementara menunggu kes Guan Eng
 
selesai di mahkamah. Sekiranya dia didapati tidak bersalah, Harapan boleh buat rombakan.
 Tetapi nampak gayanya Harapan itu tetap berkeras untuk melantik Guan Eng. Ada sebab
 
tertentu ke kenapa HARAPAN MEWAJIBKAN melantik Guan Eng sebagai Menteri  
Kewangan? Ada agenda tertentu ke yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum???
 Semut Hitam
 
 
Sumber MR - 150-5-2019 
 
Biar Betul, Jamal “jamban” keluar UMNO sertai Harapan? 
Menurut blog UMNO Helang Merah , Jamal Yunos atau dikenali sebagai "Jamal Jamban" 
 telah keluar UMNO dan sertai HARAPAN. Setelah terkuburnya BN di Malaysia sebagai  
pemerintahan zalim dan menindas rakyat kini ramai peyokong UMNO dan BN mula beralih 
 arah yang melompat parti demi menjaga periuk nasi masing-masing ini termasuk Jamal. Namun lebih ganas lagi pemimpin samseng UMNO sebelum ini dikenali sebagai Jamal 
Yunus atau nama samaran Jamal Jamban dikatakan telah keluar UMNO dan menyertai  
PAKATAN HARAPAN . Hal ini disebabkan satu printsceen yang menjadi tular di laman  
sosial kata blog tersebut. 
 Apa pun kita kenal Jamal ni suka buat perkara yang pelik. Jadi berita ini belum dapat 
disahkan walaupun ada prinscreen. Kita tunggu respon daripada pihak Pakatan Harapan. 
 
Sumber MR - 14-5-2018 
 
Perang dalam Harapan Makin Menarik Wong Chen masuk bantu Rafizi 
Anggota Parlimen Subang Wong Chen hadir mempertahankan Rafizi Ramli, yang dikritik  
hebat selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbincang dengan PKR sebelum 
 melantik tiga menteri hari ini. Wong berkata Rafizi berbuat demikian kerana tidak mahu pentadbiran Mahathir bermula 
dengan langkah yang salah, justeru berani menyatakan teguran kepada perdana menteri.
 "Dan kerana itu dia dicerca kebanyakan di kalangan anda. Sikap tidak mempersoalkan
 
autoriti yang tidak sihat inilah punca utama mengapa kita membenarkan Najib dan Rosmah  
memerintah kita selama sembilan tahun," katanya di Facebook malam ini.
 Dalam sidang media petang tadi, Mahathir mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim
 
Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri  
pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.
 Menurut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan menteri kabinet dibuat Yang di-Pertuan
 
Agong dengan nasihat daripada perdana menteri.
 Rafizi bagaimanapun mendakwa Mahathir tidak berunding dengan PKR berhubung perkara
 
itu, bertentangan dengan Pakatan Harapan yang mengutamakan konsensus.
 Wong berkata PKR adalah parti terbesar dalam kerajaan baru, dengan 47 anggota parlimen
 
dan seorang anggota parlimen bebas yang bersepakat dengan parti itu.
 Justeru, katanya, apabila tiada portfolio diumumkan untuk PKR, Rafizi menyuarakan
 
bantahannya.
 "Belum ada untuk PKR, parti terbesar dalam HARAPAN? Jadi apakah tindakan Rafizi
 
yang salah di pandangan orang ramai?
 "Beliau menyatkan kebenaran bahawa pelantikan dibuat tanpa restu PKR. Kemudian beliau
 
beritahu Dr Mahathir akan bertemu Anwar di hospital untuk mendapatkan pandangannya  
dan berharap mereka akan dapat meperbetulkan isu ini," katanya.
 Malaysiakini difahamkan Mahathir telah bertemu Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras
 
dan meninggalkan hospital itu pada kira-kira 7 petang tadi tanpa bertemu media.
 Dalam sidang media hari ini, Mahathir turut berkata kesemua empat parti komponen
 
HARAPAN masing-masing diminta menghantar tiga nama, bagi baki tujuh kementerian  
yang belum diumumkan.
 Kementerian itu adalah Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar;
 
 Kementerian Ekonomi; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pengangkutan; Kementerian 
 Multimedia, Sains dan Teknologi; dan Kementerian Luar Negeri. 
 
 dari Ungku Omar Polytechnic berkata kalau terlalu banyak sangat jurucakap
dalam kerajaan susahlah PM nak buat  kerja.Rakyat gelak je. Tak kan nak tunggu PKR  
baru boleh buat  keputusan kata Khai. Khai berkata lagi PKR bertanding kawasan campuran  
sebab itu banyak kerusi dimenangi  berbanding parti lain dalam gabungan. Kata bukan  
sebab kekuatan PKR, tetapi rakyat memilih sebab Tun M dan UMNO yang telah rosak. 
 
Andy Jo Hor  pula kata"Apa pulak yg takde portfolio nye...PKR dah diberi jawatan TPM... 
tu bukan  jawatan kanan ker...tu yg paling kanan kan...aduhai...yg sokong pun  bongkak plak. 
... 4 presiden 4 jawatan kanan....apa masalag lg...cara  menegur dah nampak korang pun  
tamak jawatan...mcm mana  ni...aduhai....jgn buat aku rase sia2 plak sokong PH k..."
 Nampaknya PKR telah menunjukkan sikap tamak selama ini. Sebelum ini mereka
 
bergabung dalam PAKATAN RAKYAT bersama PAS dan DAP membuat perangai  
macam itu juga sehingga PAS memutus tahaluf siasi kerana dikatakan PKR mengkhianati  
perjanjian antara mereka. Dulu orang tak nampak sikap buruk PKR tapi kini ramai sedar  
bahawa PKR banyak buat onar dalam PR dan juga HARAPAN. 
 
Sumber MR - 13-5-2018 
 
Harapan : Prinsip Untuk Dijual 
Pasca PRU 14 menyaksikan drama lompat parti semakin serius. Kelihatan politik kita  
semakin menjadi sarkas dan kartun. Mungkin barisan pelompat ini melihat ia sesuatu yg  
"politically right," namun pada hemat rakyat, ia sesuatu yg morally wrong dan tidak  
berprinsip. 
Dari perspektif syariah, ia dianggap telah menafikan ketaatan dan menghancurkan wala'  
kepada jama'ah/ organisasi. Walaupun atas alasan "hijrah demi maslahah rakyat," ia jelas  
"hijrah" yg palsu. Jika sebelum pilihanraya mereka teguh berpegang kpd perjuangan parti,  
kenapa hanya dengan kekalahan rakan-rakan parti lain mereka turut tersungkur sebelum  
memulakan perjuangan? "Sekelip mata kau berubah.." 
 Banyak jalan lain yg boleh diusahakan utk meneruskan perjuangan politik. Salah satu yg
 
idealnya ialah kerajaan campuran (unity government). Apa masalahnya jika semua  
berkompromi utk mewujudkan kerajaan campuran? Bukankah semua parti memperjuangkan  
kepentingan rakyat. Jika kuasa tidak sanggup dikongsi, apa yg mereka perjuangkan  
sebenarnya? Kuasa utk apa dan utk siapa?  
Pembangkang perlu utk tujuan check and balance? Check and balance boleh dilakukan
 
secara dalaman dgn sistem hisbah. Kerajaan campuran sebenarnya lebih dekat dengan  
prinsip ta'awun dlm siyasah syar'iyyah kenegaraan. Malah ia telah diamalkan dalam  
banyak negara demokrasi jika kedudukan terikat (hung parliament).
 Yang jelas, rakyat sedang menyaksikan satu sejarah lompatan terbesar dalam milenia ini.
 
Ahli politik yg melompat sedang melelong prinsip mereka dan rakyat sedang menilai  
mereka. Yang menerima lompatan pun sedang dinilai. Jangan gunakan alasan politik itu  
unik, no permanent enemy and no permanent friends. Rakyat sudah bosan dengan  
sandiwara hambar ini. Jelas, fenomena yg membarah ini sesuatu yg tidak sihat dlm  
politik kita. Memang wajar satu undang-undang diwujudkan bagi mengawal amalan tidak  
bermoral ini. 
 Dr Saadan Man
 12.5.2017
 
Sumber MR - 13-5-2018 
 
Ramkarpal Singh tegur pendirian Harapan dalam isu lompat parti 
Ramkarpal Singh dikenali sebagai seorang yang tegas dengan prinsip telah melihat tidak  
sampai seminggu Harapan telah mula mengadai prinsip asas perjuangannya. Kecewa dengan  
sikap pimpinan tertinggi parti Harapan Ramkarpal telah membuat satu kenyataan media  
bahawa pembelotan kerajaan negeri dan parlimen Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan  
 Pakatan Harapan (PH) yang baru dicatatkan adalah tidak senonoh dan tidak patut  
dikecualikan.
Mari kita lihat kenyataan asal Ramkarpal Singh.
PERNYATAAN MEDIAPembelotan kerajaan negeri dan parlimen Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan  
 Pakatan Harapan (PH) yang baru dicatatkan adalah tidak senonoh dan tidak patut  
dikecualikan.  
Dengan penghormatan yang paling besar, pembaharuan yang benar yang perlu
 
 diwujudkan oleh PH dalam pencariannya untuk menyelamatkan Malaysia  semestinya  
tidak mengecualikan wakil BN itu kerana mereka adalah orang  yang menyokong dan  
menyokong rejim di bawah bekas Perdana Menteri Najib  Razak yang PH akhirnya  
tercampak. Wakil BN sedemikian terlibat dalam salah urus negara di bawah BN yang  
sebenarnya mengapa pembaharuan amat diperlukan sekarang.  
Selain itu, kemasukan wakil BN ke PH akan menyaksikan hakisan pengundi di\
 
 kalangan pengundi PH kerana mereka mengundi untuk perubahan yang akan  teruk  
terjejas sekiranya wakil BN dibenarkan menyertai PH. Pilihan dan keyakinan  
pengundi kita adalah yang paling penting dan harus dihormati.Saya yakin bahawa kita mempunyai bilangan yang mencukupi dan berkaliber di
 
  kalangan kita sekarang tanpa perlu mencapai majoriti dua pertiga di  Parlimen  
melalui pembelotan BN. Dengan kerja keras dan ketekunan, saya tidak ragu-ragu  
bahawa PH akan mencapai majoriti dua pertiga yang sah di GE15.  
Kerajaan PH yang baru harus mencontohi pendirian anti-hop yang diambil oleh
 
 Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila ia memperkenalkan undang-undang  anti-hop  
yang pertama di negara ini pada tahun 2012 di mana anggota  Dewan Undangan  
Negeri mesti mengosongkan kerusinya jika dia meletakkan  jawatan, diusir dari atau  
berhenti menjadi ahli parti bahawa dia dipilih sebagai calon (dengan beberapa  
pengecualian).Negara ini harus dibersihkan dari hukuman enam dekad pemerintahan  
BN. Adalah penting bagi BN untuk ditolak sepenuhnya untuk mencapai matlamat ini  
 dan kepimpinan PH perlu mempertimbangkan semula dengan serius  menghindari  
pembelotan tersebut.  
Bertarikh 12 Mei, 2018.RAMKARPAL SINGH
 AHLI PARLIMENBUKIT GELUGORPARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
 
Sumber MR - 13-5-2018  
 
 
Akhirnya PH Yang Bergabung  Dengan BN/UMNO 
Belumpun sampai seminggu berlalu PRU 14, hampir menjadi kenyataan yang akan  
bergabung membentuk kerajaan campuran ialah PH dan BN/UMNO, bukannya PAS. Di  
negeri-negeri yang sukar membentuk kerajaan seperti Perak, Kedah dan Sabah, akhirnya  
ADUN-ADUN BN/UMNO bergabung dengan PH membentuk kerajaan. Lebih menarik lagi di negeri Sarawak, kerajaan negeri di bawah BN yang telah terbentuk 
dua tahun yang lalu sedang diusahakan untuk bergabung dengan PH. Tokoh yang bertindak 
 menggabungkan BN Sarawak dengan PH ialah Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul  
Taib Mahmud, seorang diserang bertalu-talu oleh Sarawak Report sebelum ini.
 Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat telah memulakan langkah agresif untuk menarik seramai
 
mungkin MP dan ADUN BN/UMNO untuk menyertai PH atas asas untuk memperolehi  
majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN. Usaha ini akan menjadikan Dr Mahathir bersama  
kumpulan bekas BN/UMNO ini menguasai PH sekaligus menguasai kerajaan.
 Beberapa pihak sebelum ini telah meramalkan situasi ini akan berlalu iaitu BN/UMNO lah
 
yang akan bergabung dengan Dr Mahathir dan pasukannya sama ada di dalam BN atau PH.  
Ramalan itu adalah berasaskan Dr Mahathir adalah 'mempunyai DNA' UMNO, di samping Dr Mahathir sudah tiga kali kembali kepada UMNO.
 
 Kini ramalan mereka hampir menjadi kenyataan apabila semakin ramai MP dan ADUN
 
BN/UMNO menyeberang menyertai Dr Mahathir. Fitnah yang menuduh PAS akan  
bergabung dengan BN/UMNO tidak menjadi kenyataan, sebaliknya yang berlaku pemfitnah itu yang akhirnya bersekutu dengan BN/UMNO untuk berkongsi 'habuan' masing-masing.
 
 Penggabungan PH dan BN/UMNO ini akan memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk
 
membina semula 'empayar' beliau setelah terganggu semasa era reformasi. Yang terus  
konsisten berhadapan dengan Dr Mahathir serta BN/UMNO ialah PAS. Manakala  
bekas-bekas pimpinan PAS yang bersama PAN sekarang melutut kepada BN/UMNO.
 
 Dr Raden Niyat
 
 Sumber MR - 13-5-20118
 
 
 
 
    
 SURAT PALSU DAN FITNAH DISEBAR
 
 Saya menerima satu surat palsu dan fitnah atas nama Presiden PAS yang ditularkan di
 media sosial.
 
 Buktinya  surat tersebut menggunakan kepala surat (letterhead) bertulis "Pejabat  Presiden"
 sedangkan sebarang surat menyurat atas nama Presiden tidak  menggunakan perkataan itu.
 Bahkan, kami tidak pernah menulis ucapan  salam dengan perkataan "Assalamualaikum..."
 dan alamat dan email juga  adalah tidak betul.
 
 Justeru itu, pihak kami  menafikan surat tersebut dan ternyata ia satu fitnah dan palsu yang
 disebarkan oleh pihak tertentu yang berniat jahat.
 
 Sekian. Terima kasih.
 
 "Sejahtera Bersama Islam"
 
 ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
 Setiausaha Akhbar Presiden PAS
 
 Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018
 
 .......
 
 BAGI ORANG ISLAM ANDA ADA ALLAH SANGGUPKAH ANDA
 BERHADAPAN DENGAN ALLAH APABILA ANDA MENGEDAR
 MAKLUMAT PALSU DENGAN TUJUAN NAK RAIH UNDI??
 
 Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
 Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak
 memiliki wang mahupun hartabenda”.
 Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya  orang yang muflis dalam kalangan
 umatku ialah mereka yang pada hari  Kiamat datang dengan membawa pahala amal
 solat, puasa, zakat dan haji  tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki
 orang, menuduh tanpa  bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan
 memukul sesuka hati.  Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima
 pahala amal si  penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan
 kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa  masih
 banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang  dizalimi itu
 kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T  campakkan dia ke
 dalam neraka.”(Riwayat Muslim).Sumber TKO - 9-5-2018
 
 
 
 
 
  Oleh Mohd Darus Ismail
 PKR bersedia mencari alasan untuk menjustifikasikan kekalahan mereka pada pilihan raya
 umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
 Suara-suara menghentam PAS sudah bermula – dengan kolaborasi yang  dikatakan wujud
 antara PAS dan Umno, kesan daripada kononnya PAS  menerima wang Umno.
 
 
 
 PAS teruk digodam Pakatan Harapan (PH) dan setakat ini sedang menyimpulkan kekalahan
 mereka nanti adalah kerana PAS.
 
 Ini sudah menjadi resam mereka untuk mencari alasan. Kemenangan  pertama datang
 daripada Datuk Seri Mohamad Hasan, kerusi Dewan Undangan  Negeri (DUN) Rantau
 tanpa bertanding.
 
 Sungguhpun kesilapan lawannya, Dr S Streram yang gagal menghantar  pencalonan kerana
 tidak mempunyai pas khas pencalonan Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) – PH sudah
 menunjukkan perangai suka menyalahkan  pihak lain.
 
 Bermula dengan menghentam SPR dan mengatakan pas khas pencalonan itu  tidak
 mandatori, sekarang mereka memulakan persoalan dengan PAS tidak  bertanding di sana
 dan mula membuat andaian – mengenai hubungan PAS dan  Umno yang mahu memberi
 kemenangan moral pertama buat Barisan Nasional  (BN)/Umno.
 
 Khairul Yazman Yahya, ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata,
 sememangnya PAS tidak meletakkan calon di situ.
 
 
 Ditegaskan PAS akan menentang BN/Umno dalam PRU14 dan menasihati PH
 menghentikan dakwaan kononnya ada hubungan PAS dan Umno ketika ini.
 
 Sebaliknya, PAS dalam isu ini mempersoalkan sama ada calon PH itu  tidak sengaja atau
 sengaja gagal membawa pas khas SPR, untuk memberi  kemenangan kepada BN/Umno.
 
 PH khususnya PKR sedang mengharapkan tsunami Melayu untuk  menggagalkan BN/Umno
 dalam PRU kali ini. Alasan mahu mendapat sokongan  Melayu membuatkan mereka
 menerima Dr Mahathir, namun lain yang  diharapkan, lain pula yang datang.
 
 Amat jelas tsunami Melayu yang diharapkan tidak berlaku, malah dalam  satu kajian
 Merdeka Center hanya 7.9% sahaja Melayu yang beralih undi  daripada BN/Umno.
 
 Pengiraan Dr Mahathir yang akan menjadi punca tsunami Melayu nyata  meleset. Dr
 Mahathir sendiri membendung banyak liabiliti yang  menyebabkan perubahan undi Melayu
 kepada PH tidak menjadi.
 
 PH sebenarnya dalam keadaan sedar peluang mereka untuk menggantikan  kerajaan sedia
 ada hampir tipis. Mereka harus sedar PAS sebelum ini juga  adalah faktor yang menjadi
 penyebab Pakatan Rakyat berjaya menambah  kerusi dan memenangi undi popular 53%.
 
 Hari ini, PAS tidak lagi bersama PH, undi Melayu tidak berganjak  daripada sepatutnya,
 PKR dilanda krisis dalaman – pemilihan calon.
 
 Bantahan dalaman berlaku ke atas kerjasama Dr Mahathir dengan PKR,  dan PPBM yang
 tidak dapat memindahkan sokongan Umno serta Melayu kepada  PH menjadi punca PH
 tidak akan berjaya dalam cabarannya menewaskan  BN/Umno pada PRU14.
 
 Semakin rancak PRU14 ini, semakin gusar PH dalam melalui masa  pengundian. Semua ini
 adalah kesilapan PH sendiri, ini bukan salah PAS.
 
 Setelah pengisytiharan DAP pada Jun 2015 bahawa mereka tidak boleh  lagi bersama PAS,
 bukan sahaja berlaku pergeseran antara DAP dan PAS,  malah PKR dengan PAS juga sudah
 terbit bibit-bibit masalah khususnya di  Selangor.
 
 PAS juga adalah faktor Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor dan  konflik dalam
 Langkah Kajang bukan sahaja tidak dirujuk dengan sempurna  kepada PAS, malah
 perubahan menteri besar itu juga sudah menampakkan  pergeseran besar antara PAS dan
 PKR sedang berlaku.
 
 Walaupun ada yang mengatakan PKR tersepit dalam memilih PAS atau DAP,  sebenarnya
 sikap PKR juga yang menyebabkan PAS semakin tidak yakin  terhadap Pakatan Rakyat
 ketika itu.
 
 Dikatakan juga sikap PKR yang tidak menghormati kepimpinan PAS dan  semakin ego
 dalam mentadbir kerajaan Selangor adalah punca perpecahan  Pakatan Rakyat.
 
 Hari ini, suara-suara yang menuduh PAS bersama Umno semakin kuat  kedengaran. Tuduhan
 PAS menerima dana daripada UMno disebar luas.
 
 Semua tuduhan ini semakin jelas bertujuan meletakkan kesalahan kepada  PAS, sekiranya
 Umno/BN kekal berkuasa. Semua tuduhan ini juga memberi  isyarat PH mulai ragu-ragu
 dalam misi menewaskan BN/Umno pada PRU14.
 
 Lebih daripada itu, PKR sedar – Dr Mahathir gagal bersama Tan Sri  Muhyiddin Yassin
 membawa sokongan orang Melayu berhijrah undi daripada  BN/Umno kepada PH.
 
 Jangan salahkan PAS, perkara utama – salahkan sendiri dalam kegagalan  memperteguh
 Pakatan Rakyat. Dengan pembubaran Pakatan Rakyat sudah  cukup menunjukkan
 pembangkang belum bersedia mengambil alih kerajaan.
 
 Sumber TKO - 30-4-2018
 
 
 
 
 Pencalonan enam wakil Pakatan Harapan dibatalkan sebelum pertarungan  Pilihan Raya
 Umum ke-14 bermula. 2 daripada terselamat, seorang kerana  sempat balik ambil kad
 pengenalan diakhir masa.
 
 Naib Presiden PKR Tian Chua yang diisytiharkan hilang kelayakannya di  Batu - kerusi
 parlimen - yang dipegangnya selama 10 tahun.Beliau  dilucutkan hak bertanding kerana
 denda RM2,000 yang dikenakan  ke atasnya pada bulan lalu walaupun jumlah denda yang
 sama pada 2010  tidak melucutkan haknya daripada bertanding pada pilihan raya umum lalu.
 
 Di  kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, Bukit Pasir, pencalonan calon  BERSATU, Pizi
 Jihat ditolak oleh pegawai pengurus SPR kerana namanya  tersenarai dalam rekod Jabatan
 Insolvensi (bangkrap).
 
 Calon BERSATU, Yaakob Osman di kerusi DUN Penaga di Pulau Pinang pun bangkrap.
 
 
 Di Kelantan, calon PKR di kerusi DUN Tawang dan Kuala Balah juga hilang kelayakan
 bertanding.
 
 Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang dengan alasan bahawa  alamat di
 kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan  syarat untuk bertanding di
 kerusi negeri di sana. Mohd Hafidz Rizal  Amran pula hilang kelayakan di Kuala Balah atas
 sebab dirinya juga  bankrap.
 
 Di kerusi DUN Rantau, calon PKR Dr S Streram, dihalang masuk ke pusat  penamaan calon
 dengan alasan dia tidak membawa pas SPR dan hanya  dibenarkan berbuat demikian selepas
 tiga minit tempoh penaaman calon  berakhir.
 
 Kenapa tak ada pelan, jika berlaku apa-apa kepada calon?
 
 Ada komen nakal berkata “Kamu boleh letak sesiapa sahaja di situ, seorang pesara
 macam saya atau  anjing bertanding bawah bendera PKR dan masih boleh menang.”
 Seolah-olah tak ada pelan B untuk perkara ini.
 
 Bayangkan  ceramah hebat merata tempat. Kajian pula, macam kajian  dengan  INVOKEnya.
 Forum habis hotel. Tapi bila masuk bertanding lupa bawa kad  pengenalan? Satu alasan
 sangat dangkal kata pemerhati politik.
 
 
 Tok Mum, sekarang ni berumur 99 tahun, lebih tua daripada calon PM  Harapan 2 kali
 masuk bertanding. Dia bukan dikalangan profesional tapi  boleh datang awal, bawa IC,
 ada pas SPR, ada watikah, tahun syarat  percalonan dan dia boleh bertanding walaupun
 tak ada pengurus calon yang  terlatih sekadar waris dan kenalan.
 
 Yang hairan, HARAPAN dikalangan profesional tak boleh ke nak upah peguam dalam
 mengurus percalonan ini?
 
 Satu pertanyaan kenapa tak terjadi pada parti AMANAH sedangkan parti itu baru?
 
 Itu rungutan yang bermain di media massa.
 
 Tapi Lebai berpendapat lain..
 Ini semua berpunca daripada PAS.
 kenapa lebai kata sebab PAS?
 
 Bila PAS keluar daripada PAKATAN HARAPAN
 PAS bukan sahaja keluar sebagai parti tetapi PAS keluar dengan semua JENTERA PART
 Inya.
 
 Dulu daripada A sampai Z parti PKR diurus oleh PAS.
 Pasal itu 2, 3 PRU sebelum ini mana ada cerita calon di tolak??
 Calon Bangkrap... (takkan calon tak tahu dia bangkrap... pelikkan?)
 Maknanya  yang mengurus calon HARAPAN sangat bodoh dengan syarat penamaan calon
 kerana tak ada pengalaman sebagai PAS mengurus sebelum ini.
 
 
 PKR ni parti "budak manja" seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz...  semua perkara PAS
 nak kena suap. Sekarang engkau tahulah bila JENTERA  PAS tak lagi membantu. Engkau
 kena makan sendiri.
 
 Lebai berani kerat keringking
 Lihat nanti poster tak terurus..
 Bilik gerakan sunyi..
 PACA tak ada orang nak bertugas..
 Barung dan markaz kelam kabut..
 
 Kita tunggu dan lihat
 
 Sumber TKO - 29-4-2018
 
 
 
  
 Oleh Mohd Rani Mohamad
 Mengatakan Pakatan Harapan (PH) akan menang hanya satu kempen. Kalau  PH kalah
 dikatakan penipuan. Semua ini adalah alasan PH dan sebenarnya  PH sendiri ragu-ragu
 mampu menempuh pilihan raya umum ke-14 (PRU14)  dengan berjaya.
 
 Kalau ada yang menyatakan sebab-sebab PH akan menang, ini merupakan  percanggahan
 pendapat kerana PH sepatutnya bersedia menghadapi  kekalahan.
 
 Sebelum mengulas pendapat kecil ini, kita perlu sedar kehadiran orang  ramai di ceramah-
 ceramah hanya memberi kesan kecil kepada pertambahan  undi.
 
 Kadang-kadang kita melihat PH seakan-akan berjaya mendahului dalam  kempen mereka,
 berjaya memburukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN)  dengan kekuatan mereka di
 media sosial, malah media antarabangsa,  tuduhan korupsi dan salah guna kuasa oleh Datuk
 Seri Najib Razak  dijadikan punca kekalahan BN dan kemenangan PH.
 
 Namun, bagi mereka yang seakan-akan sudah mahu meraikan kemenangan PH  harus sedar
 semua isu itu, sekiranya tidak dapat diterjemahkan kepada  undi, maka kekalahan pasti
 menanti. Apapun, PH perlu bersedia tewas pada  PRU14.
 
 Tsunami Melayu diharapkan tsunami yang melanda PKR
 Harapan PH jelas tertumpu kepada tsunami Melayu. Mereka membawa masuk  Tun Dr
 Mahathir Mohamad juga untuk mendapatkan sokongan Melayu yang  dikatakan menjadi
 penghalang kejayaan merebut Putrajaya pada PRU13.
 
 Namun, sebaliknya berlaku. Tsunami Melayu tidak akan berlaku.  Sebaliknya, PAS yang
 membawa ideologi Islam mempunyai ramai pengikut  beragama Islam dan Melayu adalah
 penghalang kepada tsunami Melayu.
 
 Dengan laungan PAS untuk menentang PH, undi orang Melayu berbelah  bahagi dan
 pecahan ini tidak memungkinkan tsunami Melayu berlaku.
 
 PAS pada PRU14 lebih cenderung membalas dendam terhadap PH, khususnya  kumpulan “
 Anwarisme” yang menubuhkan Amanah. Kehadiran Amanah sekali  lagi memberi ketetapan
 tsunami Melayu tidak akan berlaku.
 
 Pergolakan dalaman
 Di samping itu, pergolakan dalaman PKR semakin nyata. “Hanya ada kem  saya”, kenyataan
 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seakan-akan  mengakui pendapat bahawa pergolakan
 dalam PKR semakin ketara.
 
 Kumpulan yang mahu menjatuhkan satu sama lain seakan-akan menggenggam  bara api,
 biar sampai jadi arang, sudah berkerat rotan mahu menjatuhkan  satu sama lain, biar pada
 waktu PRU sebegini.
 
 Perbalahan pelantikan calon PKR sendiri sudah menyuluhkan kekalahan PH.
 
 Dalam PPBM juga begitu, suara yang sebelum ini kuat, kini muncul  menentang PPBM.
 Parti yang masih longgar pentadbirannya, kedudukan  cawangan dan bahagian hanya akan
 menyulitkan PH, tetapi memberi banyak  harapan kepada BN.
 
 Pertandingan 3 penjuru
 PAS dengan terbuka mengumumkan calon mereka menentang PH dan BN.  Penyokong tegar
 PAS antara punca kemenangannya pada PRU13, tetapi hari  ini PAS terpisah dengan
 dendam besar kepada PH, khususnya PKR dan  Amanah.
 
 Sudah semestinya mereka berkempen untuk menjatuhkan PH. Pastinya akan dihasut
 kepimpinan PAS untuk tidak mengundi PH.
 
 Isu 1MDB
 Isu ini sudah lusuh atau tidak difahami rakyat terbanyak menjadi sebab ia tidak memberi
 perubahan undi Melayu khususnya.
 
 Baru-baru ini sahaja, “counter attack” dilancarkan menerusi contoh  siri penerangan 1MDB
 dalam Bicara Subang tanpa kehadiran kepimpinan  pembangkang untuk mempersoalkan
 apa yang dipertikaikan mereka secara  terbuka dan dijadikan senjata untuk menghentam
 Najib.
 
 Ini semestinya akan dijadikan senjata kempen PRU14 oleh pembangkang.
 
 DAP beri peluang kepada komunis Melayu
 Sentimen ini adalah satu bentuk indoktrinasi yang diserap bertahun lamanya, khususnya
 sepanjang 22 tahun Dr Mahathir memerintah.
 
 Tidak mudah mengasingkannya daripada pemikiran orang Melayu,  khususnya di luar
 bandar. Penolakan terhadap DAP ini pasti memberi kesan  kepada PH.
 
 Kehadiran Dr Mahathir dengan kepimpinan DAP, khususnya Lim Kit Siang  pasti akan
 memberi gambaran bercelaru kepada pengundi. Mereka akan  keliru dan kekeliruan ini
 digunakan sebagai strategi kempen BN.
 
 Dr Mahathir menggantikan Anwar
 Paling utama, PH perlu bersedia menghadapi kekalahan kerana  kekenduran isu Anwar
 yang diganti dengan cara berpolitik Dr Mahathir.
 
 Amat jelas, Dr Mahathir tidak pernah berjuang dalam kerangka tidak  mempunyai kuasa
 dan masih merasakan pengaruhnya bertambah, sedangkan ia  hakikat yang perlu diterima –
 hilang kuasa dan pengaruh.
 
 Musuh PKR hari ini dijulang sedemikian rupa, tetapi memualkan pejuang  dan penyokong
 PKR. Hari ini berlaku demonstrasi membantah Dr Mahathir  bertanding atas tiket PKR
 untuk menunjukkan kemarahan penyokong,  khususnya dari gerakan Reformasi.
 
 Bukan itu sahaja, Dr Mahathir adalah liabiliti dengan kesalahan yang  pernah dibuat
 sehingga digelar “Mahazalim” dan “Mahafiraun”. Pendedahan  kesalahan beliau menjadi
 bahan kempen BN. Ini memberi mereka lebih  banyak peluru untuk menyerang PH.
 
 
 Bersedialah untuk kalah PH. Jangan pula menyalahkan kekalahan itu  kepada penipuan.
 Tuduhan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerap  dibuat, sungguhpun 52% undi
 popular menyebelahi pembangkang.
 
 Sumber TKO - 29-4-2018
 
 
 
 
 
    
 Oleh Faizal Hashim
 Mungkin bukan sahaja di Malaysia – malah dalam semua sistem politik  di mana-mana
 negara, parti politik bercorak momen wujud – mengikuti  kehendak masa dan ketika itu,
 dalam keperluan untuk meraih sokongan,  khususnya bila tiba pilihan raya.
 
 Menjelajahi makna “momen” – pada asasnya diambil penulis daripada  perkataan “moment” – pada saat dan ketika perubahan perlu dibuat  parti-parti politik itu untuk terus diterima masyarakat supaya nampak  relevan
 pada saat itu.
 
 Ini sealiran apa yang disebut sebagai “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.
 
 Walaupun definisi yang terikat adalah “momen daya” istilah ukuran  kecenderungan daya
 untuk menghasilkan gerakan berputar pada sesuatu  jasad berdasarkan Kamus Pelajar.
 Dalam konteks ini – penulis mengambil  momen dalam pendekatan “moment” – pada masa
 itu.
 
 Persoalannya, adakah parti politik bersifat momen ini berubah, bukan  setakat mengikuti
 perkembangan semasa, tetapi mengikut hasrat ketika  ini, baik untuk dipilih sebagai
 pemerintah dan pentadbir negara ini?
 
 Perubahan dilakukan atas kehendak dan cita-cita tersendiri, bukannya keperluan dan
 kepentingan rakyat.
 
 Adakah keterlaluan sekiranya kita merujuk parti itu sebagai parti  yang tidak berprinsip –
 tanpa prinsip sehingga sanggup memanipulasi  segala-galanya semata-mata untuk menang?
 Akhirnya prinsip itu  berdasarkan cita-cita semasa berdasarkan momen yang ada.
 
 Mengambil contoh keadaan politik negara kita hari ini, kesatuan –  penyatuan – penubuhan
 Pakatan Harapan (PH), bolehkah kita menyimpulkan  ini adalah keperluan untuk momen itu
 sahaja – merealisasikan kehendak,  mencapai cita-cita politik, sungguhpun gabungan itu
 berpaksi kepada  perbezaan agenda – ideologi dan idealisme yang berbeza?
 
 Sebelum ini, mereka menggelar diri mereka Pakatan Rakyat dan  kehadiran Tun Dr Mahathir
 Mohamad dengan cita-cita menjatuhkan Datuk  Seri Najib Razak, mereka berubah menjadi
 PH. Komponen yang lain seperti  DAP dan PAS pernah keluar dan masuk semula
 mengikut momen mereka yang  tersendiri.
 
 Amat berbeza sekiranya perubahan itu dilakukan untuk memastikan kita  tidak ketinggalan,
 mahu melakukan perubahan dalaman bersesuaian dengan  matlamat perjuangan yang mahu
 dicapai.
 
 Perubahan dan keperluan memasukkan idea baru dalam pentadbiran untuk  memperkasakan
 rakyat dan memenuhi kehendak pembangunan dan memajukan  negara – bukan satu
 pendekatan momen – malah satu pendekatan pembangunan  berterusan dan meneliti
 keperluan masa akan datang.
 
 Justeru, perubahan dalaman perlu dilakukan bagi memastikan kita  mengetahui apa
 kehendak semasa dan masa depan, lantas menyiapkan diri  untuk tujuan itu.
 
 Manakala perubahan momen yang superfisial adalah mengubah seketika  untuk tujuan
 politik sewaktu itu. Mengambil contoh penerimaan DAP  sebagai parti yang boleh diterima
 hari ini berbanding sebelum ini –  sebuah parti cauvinis Cina.
 
 Pada satu keadaan – dalam suatu masa, menentang DAP – falsafah DAP  dengan DAP
 dirujuk sebagai cauvinis Cina dan dalam keadaan lain –  keperluan lain dengan cita-cita
 matlamat tertentu, maka DAP boleh  diterima sebagai rakan kongsi, merujuk kepada
 momen Dr Mahathir dan  sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mereka dalam
 Umno.
 
 DAP tidak berubah – tidak menukar perlembagaan parti – tetap dengan  agenda “Malaysian
 Malaysia”, tetapi yang berubah adalah kehendak momen  kepimpinan itu – matlamat yang
 menghalalkan apa saja yang mahu dibuat.
 
 Begitu juga dengan PKR yang menolak Dr Mahathir – namun menerima Dr  Mahathir
 pada saat ini – atas tujuan sama. Semua ini hanya bergantung  kepada kehendak dan
 keperluan tertentu, maka pada waktu itu semua  berubah seketika.
 
 Perubahan atas kehendak dan matlamat tersendiri tidak menggambarkan  pendirian kukuh
 sesebuah ikatan. Malah, ia hanya menggambarkan kehendak  tersendiri yang tidak
 berpaksikan kekukuhan prinsip perjuangan.
 
 Adanya PH adalah keperluan pada momen itu. Apakah esok mereka akan  berubah
 mengikut momen yang lain – sekiranya mereka menang dan kesatuan  mereka sebenarnya
 longgar?
 
 Adakah kelonggaran ikatan PH – dengan agenda tersendiri pada setiap  parti yang ada dalam
 PH kukuh untuk memperjuangkan agenda memajukan dan  membela rakyat.
 
 Sedang mereka sendiri berbeza pendapat – bagaimana agaknya mereka mahu bersatu
 mentadbir negara ini?
 
 Malah, parti yang mengikut kehendak atau momen kepimpinan, PPBM  dengan kehendak
 Dr Mahathir, PKR dengan kehendak Anwar, Amanah dengan  kehendak Mohamad Sabu
 serta kepimpinan “Anwarisme” dan DAP dengan  kehendak Lim Kit Siang dan “Malaysian
 Malaysia” tidak langsung  menggambarkan matlamat memperjuangkan rakyat secara
 kolektif.
 
 Mereka hadir atas matlamat sendiri – bersatu untuk momen tertentu –  amat rapuh dan
 tidak mempunyai kekuatan teras – hanya nampak cantik pada  kulit saja.
 
 Bagaimana mereka mahu bergerak ke arah visi – berjalan pada satu arah yang serupa,
 sedangkan mata mereka berbeza pandangan?
 
 
 Seharusnya kita memberi tekanan spesifik dalam kita memilih nanti –  kita tidak mahu
 bercakaran kelak – merosakkan dan meruntuhkan apa yang  ada sekarang ini.
 
 Sumber TKO - 29-44-2018
 
 
 
 Mahathir Makin terdesak Perbodohkan Penyokong HARAPAN dengan Tayar Kapal
 terbang bocor
 Posted on Sunday, April 29 @ 09:57:40 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39444
 |  
 
 
 Malaysiadateline satu akhbar yang menjadi lubuk bekas-bekas penulis  Harakah menyerang
 PAS melalui pemberitaan persepsi menyiarkan Pengerusi  Pakatan Hara4pan PH Tun Dr
 Mahathir Mohamad mendakwa  pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh
 pihak tertentu.
 
 Sebelum itu, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berada  di Lapangan Terbang
 Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk  menuju ke Langkawi bagaimanapun telah
 dimaklumkan oleh juruterbang  bahawa tayar pesawat itu telah bocor.
 
 Dulu lebai ada menulis berkenaan Mahathir terdesak dan terpaksa mengumumkan cuit 2
 hari jika Harapan menang. Anda boleh baca di sini.  lebai juga mengulas bagaimana
 kedudukan Mahathir di Parlimen Langkawi  juga genting dan ada kemungkinan besar dia
 akan tewas. Atas kerisauan  ini kem Mahathir terpaksa "merendah diri" meminta PAS
 menarik calonnya  di Langkawi. Lebai mengukuh hujah dengan memberikan data
 perbahasan.  Anda boleh baca di sini.
 
 Maaf lupa nak memberitahu, lebai tidak menjawab komen-komen di bawah  artikel ini.
 Lebai menghormati pandangan pembaca. Kita mungkin ada  perbezaan pandangan dan
 pendapat tetapi biarlah hujah tuan/puan diserta  dengan fakta dan data. Kita boleh mencari
 mana yang lebih baik hujah dan  faktanya.
 
 Kita kena rasional. Jika tuan/puan tak setuju kemukakan hujah berikan lebai datanya....
 
 Ok. Sambung pasal tayar kapal terbang bocor.
 Mahathir makin terdesak buat fitnah dengan tektik mencari simpati.
 Mahathir ini zaman abab 21. Anak kita sekolah rendah bercakap pasal  'kbat'. Apa
 haramjadah kbat pun lebai tak tahu. Rupanya "kemahiran  berfikir aras tinggi". Dulu semasa
 kita ambil LCE, kita mana ada buku  rujukan. Yang kita tahu ikan pelaga, bermain galah
 panjang dan petang  menonton "ultraman'.
 
 Dunia sekarang setiap percakapan kita, akan di'google' tak sampai beberapa minit orang
 tahu kita bohong atau tidak.
 
 Berbalik kepada tayar kapal terbang bocor.
 
 Bayangkanlah sebelum ini dikatakan pesawat Bombardier Challenger  CL60 dengan plat
 pendaftaran 9H-VFD di Malta dan dikendalikan syarikat  Vista Jet Limited itu cuba
 dirosakkan sebelum tukar cerita konon  tayarnya dipancitkan.
 
 Ia menyebabkan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia  (CAAM), Datuk Seri
 Azharuddin Abdul Rahman menerusi kenyataan media hari  ini menjelaskan hasil siasatan
 agensi itu menunjukkan tiada unsur  khianat ditemui.
 
 Terkesan dengan isu tersebut, seorang jurutera awam dan struktur,  Thirunavukkarasu
 Karasu menarik perhatian ramai netizen apabila  membongkar rahsia mengenai isu tayar
 pesawat eksekutif itu konon  dikempis secara sengaja.
 
 Menulis dalam akaun Facebook beliau dengan guna tajuk sindiran Sudut Mari Belajar
 Mengenai Tayar Kapal Terbang, artikel dinukil graduan universiti awam tempatan itu
 ternyata meraih minat apabila dikongsi lebih 600 kali.
 
 Thirunavukkarasu yang pernah berpengalaman mengemudi kapal terbang  memulakan
 pencerahan isu panas jet Mahathir itu dengan bertanyakan  soalan sinis: “Tahukah anda?
 Tayar pesawat tidak sama seperti tayar  kereta Proton.
 
 “Pesawat Airbus A340 yang saya pernah terbangkan ke London  mengandungi 12 biji tayar
 dan menghentak kuat landasan pada kelajuan 250  km/j (kilometer sejam). Namun tayar
 tersebut tidak pernah pula pancit  atau meletup.”
 
 Beliau menjelaskan, rahsianya ialah setiap tayar mengandungi tekanan  sehingga 200 psi
 (atau tujuh kali tekanan tayar Proton). Satu fakta  menarik perihal tayar pesawat ialah ia
 direka bentuk untuk ‘terbabas’  sebelum bergolek.
 
 
 “Bukan seperti tayar Proton direka bentuk untuk elak daripada  terbabas. Semua pendaratan
 perlu bermula dengan tayar sengaja  ‘dibabaskan’ dahulu untuk menyamakan had laju sudut
 tayar dengan had  laju linear pesawat tersebut.
 
 “Ia perlu sebelum pecutan boleh berlaku. Sebab itulah, tayar pesawat  tidak ada ‘bunga’
 seperti tayar kereta Proton. Kalaulah ia dibungakan,  maka tayar pesawat akan pecah pada
 saat impak atas landasan,”  kata Thirunavukkarasu.
 
 Tambahan pula ujar beliau, tayar pesawat memang tidak diisi dengan  angin, tetapi
 sebaliknya dipam dengan gas nitrogen sebab nitrogen ialah  sejenis gas nadir yang tidak
 mungkin terbakar seperti tayar kenderaan di  jalan darat.
 
 Inilah sebabnya kenapa tayar pesawat tidak ada injap yang boleh  sengaja dipicit untuk
 membocorkan gas nitrogen tersebut. Apa yang ada  cuma plag dan direka bentuk sebagai
 ‘fius’ untuk melindungi tayar  tersebut daripada suhu tinggi.
 
 “Kelajuan maksimum tayar pesawat sekitar 360 km/j. Had laju tersebut  seterusnya
 mengehadkan momentum sudut tayar itu sendiri daripada  mengakibatkan tayar pesawat
 mekar seperti bunga Rafflesia yang bau  busuk,” jelas beliau.
 
 Juga kata Thirunavukkarasu, brek karbon pesawat itu sendiri besar  kemungkinan boleh
 terbakar jika suhu mencecah 700 darjah Celsius.  Justeru pengeluar tayar seperti Bridgestone,
 Michelin dan Goodyear ada  kaedah untuk elak terbakar.
 
 “Semua pembuat tayar pesawat terpaksa masuk fius itu di dalam tayar  (bukan di luar).
 Tujuannya untuk melepaskan sedikit gas nitrogen dan  membolehkan pergerakan tayar
 dengan selamat pada kelajuan maksimum,”  kata beliau lagi.
 
 Kesimpulannya ujar jurutera berkenaan, tiada sesiapa pun yang selamba  boleh mudah
 memicit buang angin tayar pesawat untuk tujuan jahat  termasuklah memancitkannya
 macam kes tayar kereta!
 
 Lebai pun nak jatuhkan Najib.
 Bukan hari ini lebai nak jatuhkan BN dan UMNO.
 Tapi lebai tak buat kerja bodoh menipu rakyat.
 
 PAS telah memberikan tawaran satu pendekatan "Budaya Politik Matang Sejahtera"
 (BPMS) Memang sukar kita nak terima tetapi dengan pendekatan ini sekurang-kurang
 rakyat Malaysia lebih hormoni, aman dan damai.
 
 Kita hanya berbalah semasa Pilihanraya sahaja.
 Tak seronok ke kita boleh bergaul rapat antara PAS, UMNO, DAP, PKR, AMANAH
 (parti pengkhinat) dll??
 
 Sumber TKO - 29-4-2018
 
 
 Enam calon HARAPAN tumbang sebelum PRU14
 Posted on Saturday, April 28 @ 19:59:19 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39436
 |  
    
 Pencalonan sekurang-kurangnya empat wakil Pakatan Harapan dibatalkan sebelum
 pertarungan Pilihan Raya Umum ke-14 bermula.
 Antara mereka adalah Naib Presiden PKR Tian Chua yang diisytiharkan  hilang
 kelayakannya di Batu - kerusi parlimen - yang dipegangnya selama  10 tahun.
 
 Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan  ke atasnya pada
 bulan lalu walaupun jumlah denda yang sama pada 2010  tidak melucutkan haknya daripada
 bertanding pada pilihan raya umum lalu.
 
  Di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, Bukit Pasir, pencalonan calon BERSATU,
 Pizi Jihat ditolak oleh pegawai pengurus SPR.
 
 Alasan yang diberikan,adalah namanya tersenarai dalam rekod Jabatan Insolvensi.
 
 Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pizi telah  menyelesaikan isu
 kebankrapannya sebelum dicalonkan, dan membawa dokumen  bagi membuktikan
 dakawan itu hari ini.
 
 "Antara dokumen yang dia berikan kepada pegawai pengurus adalah  semakan di laman web
 Jabatan Insolvensi yang menunjukkan bahawa dia  tidak muflis.
 
 "Tetapi (pegawai pengurus) berkata semakan terakhir mendapati dia  bankrap, sebab itu saya
 hairan dengan apa yang berlaku," kata Muhyiddin  kepada wartawan.
 
 Beliau berkata parti itu akan berunding dengan peguam mereka mengenai tindakan
 seterusnya.
 
 Nasib yang sama menimpa calon BERSATU, Yaakob Osman di kerusi DUN Penaga
 di Pulau Pinang.
 
  Walau bagaimanapun, Yaakob menafikannya dan mendakwa bahawa semakannya
 menunjukkan bahawa dirinya bukan bankrap.
 
 "Suruhanjaya Pilihan Raya mengatakan bahawa terdapat data yang saya bankrap. Kami
 sudah semak minggu lepas dan semalam.
 
 “Tiada isu dan saya tidak pernah disaman oleh sesiapa pun atau  diisytihar muflis. SPR
 sudah memutuskannya, tiada apa oleh dibuat,”  katanya dipetik sebagai berkata oleh The
 Star Online.
 
 Di Kelantan, calon PKR di kerusi DUN Tawang dan Kuala Balah juga hilang kelayakan
 bertanding.
 
 Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang dengan alasan bahawa  alamat di
 kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan  syarat untuk bertanding
 di kerusi negeri di sana.
 
 Mohd Hafidz Rizal Amran pula hilang kelayakan di Kuala Balah atas  sebab dirinya juga
 bankrap. Dia enggan mengulas apabila ditemui.
 
 Di kerusi DUN Rantau, calon PKR Dr S Streram, dihalang masuk ke pusat  penamaan calon
 dengan alasan dia tidak membawa pas SPR dan hanya  dibenarkan berbuat demikian selepas
 tiga minit tempoh penaaman calon  berakhir.
 
 Ini menyaksikan SPR kemudian mengisytiharkan Menteri Besar Sementara  Negeri Sembilan,
 Datuk Seri Mohammad Hasan, sebagai pemenang kerusi itu.
 
  Sementara  itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dalam satu kenyataan, menuduh  pegawai
 pengurus SPR bagi DUN Rantau sengaja melengah-lengahkan calon  partinya.
 
 “Saya dimaklumkan oleh wakil-wakil HARAPAN di dalam dewan bahawa  Pengarah SPR
 Negeri Sembilan sebenarnya telah mengarahkan RO (pegawai  pilihan raya) di situ untuk
 membenarkan Dr Streram mengemukakan borang  penamaan seawal jam 9.30 pagi lagi.
 
 “Tetapi RO berkenaan melengah-lengahkan sehingga hanya membenarkan  pada pukul 10.03
 pagi untuk dijadikan alasan menolak borang pencalonan,”  katanya.
 
 Turut mengalami nasib yang sama adalah calon Parti Rakyat Malaysia  (PRM) Jenice Lee.
 Beliau mengemukakan kertas pencalonannya untuk kerusi  DUN Teratai dan kerusi Parlimen
 Pandan.
 
 
 Walau bagaimanapun, beliau dibenarkan masuk pada minit-minit terakhir sebelum tempoh
 pencalonan ditutup.
 
 Sumber TKO - 28-4-2018
 
 
 Tak Ada Pemimpin Kaum India Ke Dalam HARAPAN?
 Posted on Saturday, April 28 @ 06:24:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39428
 |  
 
 
 Untuk ini tak ada apa yang nak diisukan sekadar nak bertanya sahaja.  Sebagai pengamat atau
 pemerhati politik lebai ada sedikit kemusykilan  bila melihat banner Harapan dalam misi
 Membina Negara Memenuhi  Harapan... Tak ada pimpinan India ke?
 
 Begitu juga dengan poster-poster ceramah umum atau rapat raksaksa.  Hingga terlintas ada
 krisis dengan kepimpinan India sehingga beberapa  tokah pimpinan dalam DAP dan PKR
 seolah-olah tidak ditonjolkan?
 
 Ada yang boleh tolong jawab?
 Atau ramai dah berpusing arah kepada PAS?
 
 Sumber TKO - 28-4-2018
 
 
 
 Akar umbi desak parti gugur calon terpalit kes cabul
 Posted on Saturday, April 28 @ 04:37:35 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39426
 |  
  
 Beberapa jam selepas media melaporkan ada calon Pakatan Harapan  (HARAPAN) Kelantan
 sedang disiasat polis atas dakwaan mencabul, muncul  desakan di peringkat akar umbi supaya
 individu terbabit digugurkan.
 Melalui sepucuk surat yang dialamatkan ke ibu pejabat parti komponen  HARAPAN itu ahli
 daripada gabungan pembangkang itu mendesak pucuk  pimpinan agar pencalonan individu
 berkenaan ditarik balik.
 
 Menurut surat itu, dakwaan salah laku moral terbabit memalukan parti mereka, selain parti-
 parti komponen dalam HARAPAN.
 
 Surat itu juga mempersoalkan sama ada HARAPAN sudah ketandusan tokoh  sehingga
 mencalonkan orang yang pernah dituduh melakukan jenayah, atau  mereka sengaja mahu
 menempah kalah di kawasan yang ditandinginya.
 
 Surat itu turut menyorot kerusi yang bakal ditandingi individu yang  didakwa terlibat dalam
 kes cabul itu sebagai kerusi penting serta  berpotensi menyumbang kemenangan kepada
 HARAPAN.
 
 Seterusnya, surat itu mendesak agar pucuk pimpinan tertinggi parti  tidak memandang
 ringan hal itu kerana, menurut penulis surat berkenaan,  anggota jentera parti tidak dapat
 menerimanya.
 
 Baru tahu, enggan ulas
 Penulis surat itu juga turut menamakan calon lain yang dikatakan  lebih sesuai untuk
 menggantikan calon yang terpalit dengan dakwaan  mencabul itu.
 
 Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik mengesahkan pihaknya
 sedang menyiasat seorang calon HARAPAN Kelantan yang bertanding di salah satu Dewan
 Undangan Negeri (DUN) negeri itu atas dakwaan mencabul.
 
 "Kes tersebut bukan kes rogol, tetapi cabul. Kita siasat mengikut Seksyen 354 Kanun
 Keseksaan, " katanya ketika dihubungi.
 
 Kejadian mencabul itu dikatakan terjadi pada Feb tahun lalu di sebuah bilik hotel di Kota
 Bharu.
 
 Mangsa merupakan wanita berusia awal 50-an itu membuat laporan pada Jun 2017.
 
 Sementara itu suspek yang dihubungi Malaysiakini enggan memberi sebarang komen.
 "Saya baru mendapat maklumat daripada berita yang tersiar dan tak boleh nak mengulas,"
 katanya.
 
 Sumber TKO - 27-4-2018
 
 
 Kes cabul: Polis siasat calon HARAPAN Kelantan
 Posted on Friday, April 27 @ 17:40:33 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39420
 |  
  
 Polis Kelantan sedang menyiasat seorang calon Pakatan Harapan (HARAPAN)  Kelantan
 susulan didakwa menjadi suspek satu kes cabul seorang wanita,  tahun lalu.
 Difahamkan suspek dipilih menjadi calon pilihan raya umum ke-14  (PRU14) untuk
 bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) di  Kelantan.
 
 Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat  Sidik berdasarkan
 satu laporan polis yang dibuat mangsa pada Jun 2017.
 
 "Kes tersebut bukan kes rogol, tetapi cabul. Kita siasat mengikut Seksyen 354 Kanun
 Keseksaan, " katanya ketika dihubungi.
 
 Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kejadian itu berlaku pada sekitar Februari 2017
 di sebuah bilik hotel di Kota Bharu.
 
 Menurut sumber, mangsa telah didatangi suspek yang juga ketua  bahagian sebuah parti
 politik dan bertindak memasuki bilik hotel  tersebut.
 
 "Mangsa ketika itu dalam keadaan berwuduk untuk mengerjakan solat  zohor. Kemudian dia
 terus solat sambil diperhatikan suspek yang  membaringkan diri atas katil.
 
 "Suspek kemudiannya mencium tangan dan pipi mangsa sebelum bertindak lebih liar,"
 katanya.
 
 Bagaimanapun tambah sumber berkenaan, wanita berusia awal 50-an itu  berjaya
 menyelamatkan diri daripada kejadian lebih buruk selepas pintu  bilik diketuk pekerja hotel
 berkenaan.
 
 Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada suspek dan parti yang diwakilinya.
 
 Sumber TKO - 27-4-2018
 
 
 Harapan tak namakan calon MB Kedah Demi menyembunyikan agenda Mahathir
 Posted on Friday, April 27 @ 00:21:09 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39406
 |  
 
 
 Selepas solat Maghrib tadi lebai ada berborak dengan beberapa ahli IKRAM  yang kini menjadi
 tenaga penggerak utama parti AMANAH (PAN). Dia tanya  siapa PM jika PAS menguasai
 Malaysia. Dia tanya jika PAS menguasai  Terengganu adakah Dr Shamsuri menjadi MB?
 
 Lebai malas nak menjawab kerana dah banyak kenyataan pimpinan PAS  berkenaan isu ini.
 Biar memang dahulu baru kita tentu siapa. PAS juga  bagi 'signal' yang faham politik boleh
 baca siapa MB.
 
 Lebai hanya tertarik dengan kenyataan Mukhriz di Malaysiakini.
 
 Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah masih belum memutuskan calon  berpotensi yang boleh
 menjadi menteri besar Kedah sekiranya HARAPAN  menang di negeri itu, kata Timbalan
 Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz  Mahathir.
 
 "Belum lagi," jawab beliau ringkas ketika ditanya jika terdapat  senarai pendek bagi calon
 menteri besar itu, berdasarkan rakaman sidang  media di Dataran Stargate, Alor Setar, hari ini.
 
 Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri ceramah HARAPAN di sana untuk
 memperkenalkan calon gabungan itu di Kedah.
 
 Dahulu, wujud perjanjian Mahathir - Najib semasa hendak menjatuhkan  kerajaan PAS Kedah
 iaitu memberikan Mukhriz sebagai MB Kedah.  Semasa 28  Julai 2013 Timbalan Menteri
 Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan, Timbalan Menteri Perdagangan
 Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan
 memberi sepenuh  kerjasama kepada Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dilantik sebagai
 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu. Itu pun termasuk  dalam
 perjanjian MAHATHIR-NAJIB (baca di sini)
 
 MUNGKIN  ramai tidak tahu, jentera kempen Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semasa
 merebut jawatan Naib Presiden UMNO dahulu pernah menasihati anak bekas  Perdana
 Menteri itu untuk terlebih dahulu bertanding sebagai Ahli Majlis  Kerja Tertinggi (MKT)
 UMNO sebelum melangkah terus ke kerusi nombor 3  tertinggi parti iaitu Naib Presiden.
 
 Walau bagaimanapun, Mukhriz  tetap mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan
 keputusannya tidak  memihak kepada dirinya, walaupun telah menggunakan pengaruh
 bapanya yang  juga seorang negarawan ulung pada ketika itu.
 
 Apabila Mukhriz  kalah dalam pertandingan berkenaan, mereka (pro Mukhriz) telah mula
 menyalahkan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
 
 Maka wujudlah perang hebat antara MAHATHIR-NAJIB
 
 Jika  ada yang mengatakan MAHATHIR turun bantu HARAPAN untuk jatuhkan Najib  demi
 untuk rakyat kononnya GST mencekik rakyat itu AUTO BODOH sahaja.
 
 Mahathir  ada banyak pelan strategik. Orang tua itu memang bijak. Jika tak boleh  tawan
 Putrajaya dan jatuhkan Najib, dapat Kedah sudah cukup. Kedah perlu  untuk Mukhriz.
 
 Tapi tak boleh umum awal.
 
 Nanti bau bangkai akan menyedar hidung tersumbat penyokong Reformasi (bukan hidung
 tersumbat tetapi mata dan kepala jika dah tersumbat sehingga Mahathir pula jadi idola)
 
 Sumber TKO - 27-4-2018
 
 
 HARAPAN Terdesak, Umum Cuti 2 Hari
 Posted on Thursday, April 26 @ 20:06:44 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39398
 |  
 
 
 Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad  mengumumkan 10 dan
 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya  gabungan pembangkang itu memenangi
 pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
 "Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti. Tapi ini  kali, ini kali sahajalah," kata
 bekas perdana menteri itu dalam taklimat  kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya malam tadi.
 
 Yang peliknya dia tak suka tapi terpaksa buat demi meraih undi. Ini dinamakan sebagai
 POLITIK TERDESAK.
 
 Kalau  Najib memberikan BONUS kepada kakitangan awam, Najib menaikkan BR1M
 Mahathir kata itu adalah politik terdesak dengan menawarkan dedak kepada  pengundi.
 
 Habis bagaimana dengan cuti?
 Adakah ini bukan DEDAK?
 Belum lagi memerintah dah tawar DEDAK.
 
 Samada Mahathir sama spesis dengan NAJIB
 Atau Mahathir makin terdesak kerana sokongan kepada HARAPAN menurun dan  ramai yang
 keluar UMNO bukan bersama BERSATU tetapi bersama PAS.
 
 Lebai hanya ingin melihat sejauh mana politik TERDESAK ini dapat diteri oleh rakyat.
 
 Sumber TKO - 26-4-2018
 
 
 Terdesak Untuk Asak Najib: Dr M umum cuti 10, 11 Mei jika HARAPAN menang
 Posted on Tuesday, April 24 @ 20:14:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39354
 |  
  
 Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan  10 dan
 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya gabungan  pembangkang itu memenangi
 pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 "Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti. Tapi ini  kali, ini kali sahajalah," kata
 bekas perdana menteri itu dalam taklimat  kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya malam tadi.
 
 Memandangkan hari mengundi (Rabu, 9 Mei) diisytiharkan sebagai cuti  umum, Mahathir
 berkata rakyat Malaysia akan berehat lima hari jika  HARAPAN memenangi Putrajaya dengan
 mengambil kira cuti pada hujung  minggu.
 
 Cadangan agar HARAPAN mengisytiharkan 10 dan 11 Mei sebagai cuti umum  sekiranya
 memenangi PRU14 kali pertama dicetuskan oleh Pengarah  Strategi Parti Amanah Negara
 (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad.
 
 Beliau berkata cuti tambahan itu bagi menggalakkan dan meyakinkan  rakyat untuk pulang
 mengundi dan seterusnya menyambut 'kemenangan  rakyat'.
 
 Pakatan Harapan Perak turut berjanji mengisytiharkan cuti di negeri  itu pada 10 dan 11 Mei
 sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.
 
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 9 Mei sebagai hari mengundi dan 28
 April sebagai hari penamaan calon.
 
 Ketetapan hari bekerja sebagai hari mengundi menerima  kritikan daripada pembangkang
 kerana didakwa menyukarkan pengundi  untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
 
 Pada 11 April, lebih 100,000 menandatangani petisyen atas talian bagi memohon Yang
 di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum.
 
 Susulan itu Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari
 kelepasan am di seluruh negara.
 
 Sumber TKO - 24-4-2018
 
 
 Selepas Berjaya Hijack BERSIH Kini Mahathir Cuba Hijack PAKATAN HARAPAN
 (Flashback)
 Posted on Tuesday, April 24 @ 09:41:04 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39344
 |  
 
 
 MAHATHIR pernah berkata dalam politik hari ini kawan, esok musuh dan  lusa mungkin
 menjadi teman akrab semula.Politik ialah seni memburu kuasa  yang memungkinkan segala yang
 mustahil. Siapa sangka teman karib dan  anak didik politiknya kini menjadi musuh yang seru.
 Siapa sangka hak  negara boleh bertukar menjadi hak kroni di zaman Mahathir sehingga hari  ini
 diteruskan oleh anak didik Najib Razak, hanya berbeza cara  "merompak".
 
 Betullah kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang apabila menjawab isu dedak.  Hadi membidas
 Mahathir dengan mengatakan siapa yang mengajar memberi  dedak?
 
 Najib 'dedak'kan rakyat, Mahathir pula 'dedak'kan pembangkang dengan janji RM500 juta
 untuk menjatuhkan Najib. Apa bezanya?
 
 Politik telah menjadi darah dagingnya. Seorang pensyarah universiti pernah berkata:  “Mahathir
 is too smarts for the Malays”  – Mahathir terlalu cerdik dalam arti kata terlalu pintar untuk
 bangsa  Melayu sehingga mereka tidak mengenali AGENDA dan maksudnya  yang tersirat !
 
 Mengapakah dihari-hari terakhir hayatnya dia masih aktif berpolitik?  Jawapan terbukti
 sebagaimana Allahyarham  Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa semoga Allah s.w.t. memberi
 Mahathir usia  yang panjang supaya dia dapat melihat sendiri kerosakan-kerosakan  besar yang
 dia lakukan ke atas bangsa dan negaranya.
 
 Jika rakyat renungi semula penyelewengan di zaman Mahathir sebenar tidak  ada beza dengan
 Najib kerana mereka daripada spesis yang sama, spesis  mengkhianat rakyat, korupsi dan
 kronisma. Permusuhan diantara mereka tidak lain kerana berebut 'harta' dan kepentingan kroni.
 
 Mahathir cuba mangambil hati Wan Azizah dan PKR
 
 Mahathir adalah seorang sangat licik dari segi permainan politiknya.  Cara paling mudah dia
 mesti "menawan" Wan Azizah. Wan Azizah ini  sejarahnya mempunyai hubungan sangat rapat
 dengan Siti Hasmah dan dia  ada menghantar surat kepada Tun Mahathir selepas Anwar
 disingkirkan.   Surat itu menjadi rahsia dalam simpanan Mahathir. Adakah surat ini KUNCI
 untuk merapatkan diri dengan Wan Azizah? Hanya Mahathir sahaja boleh  menjawab.
 
 Malah bukan Wan Azizah semua anak-anak Anwar Ibrahim di'tawan' melainkan yang lelaki
 yang kini memencil diri kerana......
 
 
 
 Anwar semua orang sudah maklum. Jadi tak payah lebai ceritakan. Hanya  sekali hadir di
 mahkamah terus Anwar berjabat tangan erat. Hilang suara  reformasi 20 tahun lalu. Hilang
 mata lebam. Liwat yang mengaibkan dalam  sejarah negara boleh dilupakan begitu sahaja.
 Otai-otai reformasi yang  dibelantai polis zaman Mahathir semuanya membisu dek kerana
 Anwar sudah  memaafkanya walaupun Mahathir tidak sedikit pun menunjukkan rasa
 bersalah.
 
 Azmin Ali? Ini bukan masalah bagi Mahathir, kerana Azmin adalah anak angkat dia. perhujahan
 ditutup.
 
 Lebai telah menulis artikel bagaimana pejabat PKR dijadikan pejabat  BERSATU terutama di
 Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini juga antara  langkah Mahathir ingin menguasai PAKATAN
 HARAPAN. Semacam ada orang  dalam PKR membiarkan ini berlaku.
 
 Tangani DAP
 
 DAP sebelum ini adalah musuh sepanjang zaman Mahathir. Ramai pimpinan  DAP ditangkap
 dalam operasi lalang. Kalau kita fikir logik sukar untuk  DAP dijinakkan. Tapi untuk Mahathir
 dia tidak adalah istilah mengalah.
 
 DAP telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menjemput Bersatu pada  AGMnya. Tapi Mahathir menggunakan hubungannya dengan PKR terus hadir  dalam majlis AGM DAP secara mengejut. Tindakan politik ini sangat bijak  dan
 licik sehingga DAP mengalami dilema dan ada beberapa perwakilan  DAP meletak jawatan kerana tak setuju dengan penglibatan DAP dengan Mahathir.
 
 Parti AMANAH
 
 Semua orang tahu AMANAH (PAN) adalah parti macai DAP. Jadi tak ada  masalah untuk
 tanggani AMANAH (PAN) kalau DAP telah setuju. Tun Mahathir  tidak mengalami masalah
 besar dengan parti PAN kerana parti  PAN ini adalah parti pak turut DAP. Jika Mahathir boleh
 menguasai DAP,  sangat mudah menjinakkan parti PAN.
 
 Lagi satu AMANAH (PAN) perlukan duit. Jadi Mahathir dengan wang RM500  juta sekadar
 sumbat aje dalam mulut pimpinan AMANAH (PAN) sudah pasti  mereka yang pernah merana
 dalam ISA atau penjara seperti Mat Sabu,  Salahudin Ayub, Saari Sungip dan lain-lain akan
 senyap kerana mulut mereka penuh dengan DEDAK!
 
 Tangani PAS tapi gagal
 
 Mahathir tahu orang PAS macam elergik dengannya. Mahathir menghantar Muhyiddin untuk
 menguasai PAS, kemudian di hantarnya  anaknya, si Mukhriz membantu tetapi malangnya
 Mahathir gagal dengan PAS.  Dulu ada ura-ura Naib Presiden Bersatu nak ditawarkan kepada
 Mahfuz Omar (Itu sebab sampai sekarang si Mahfuz ini mengekori Bersatu)  tetapi demi
 menjaga hubungan dengan PAS akhirnya jawatan itu diisi  dengan individu lain.
 
 Setelah gagal dengan PAS, Mahathir mengistiharkan Bersatu bersama  PAKATAN HARAPAN.
 Dia mula projek untuk 'hijack' PAKATAN HARAPAN.
 
 Adakah Anwar Terbabit Dalam Misi Mahathir?
 
 Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat oleh Ku Li dengan  menyaksikan beliau
 cuma menang tipis 43 undi sahaja. Itupun undi tipu  hasil dari perwakilan haram yang
 dieksploitasi oleh Sanusi Junid yang  ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO.
 
 Kemenangan dan  kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu oleh
 kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno  sahaja, tetapi
 beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan  juak-juaknya dengan imej Islamiknya.
 
 
Tun  Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718  undi  berbanding
 
Tun Mahathir mendapat 761 undi. 43 undi yang membantu  Mahathir datang daripada mana? 
 Menurut sumber sumber orang lama, undi  itu datangnya  daripada Pemuda UMNO yang 
 dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.Ini  bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu  karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan  bertahan selama 6 tahun sahaja
 (1981 – 1987).
 
 Menyedari  yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team B  yang
 sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk  menyelamatkan dirinya.
 Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan  kunco-kunconya.
 
 UMNO Baru di lahirkan. Kuli dan kunconya terpaksa menubuhkan Semangat 46 dan mencari
 sokongan pembangkang, PAS ketika itu.
 
 Mahathir berjaya dalam misinya.
 
 Kini  Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada  dalam UMNO
 kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin  untuk misi kali ini. Akhirnya
 
 Mahathir tubuh PPBM.
 
 PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU
 Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
 
 Indigenous = Natives
 Malaysian United Natives Party (UMNO)
 
 Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN. Itu
 satu-satunya jalan terbaik.
 
 Kalau  kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak serta cara gaya dia bercakap  semuanya b
 erpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.
 
 Persoalan timbul.
 Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar  dalam misi kali ini.
 Itu menjadi persoalan yang hebat dikalangan  penganalisis politik tanahair.
 
 Kalau Anwar terlibat dalam HIJACK HARAPAN, siapanya orang Anwar yang diberikan
 kepada Mahathir untuk misi ini?
 
 Sumber TKO - 24-4-2018
 
 
 Penyokong PH sebarkan berita palsu kononnya PAS mencalonkan Nurul Mohamed
 Yusoff, seorang bangladesh sebagai calon PRU 14! Keji sungguh propaganda mereka!
 Posted on Monday, April 23 @ 21:36:11 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39334
 |  
 
 
 Saya kenal Nurul ni agak lama di facebook. Dari 2014 lagi. Dia adalah  seorang warganegara
 Malaysia, seorang mamak. Dia adalah jurutera lulusan  UIA yang juga mempunyai MA Sains
 Politik daripada UM! Takkanlah hanya  kerana kulitnya sedikit gelap, terus dicop dia orang
 bangladesh!
 
 Kalau nak lawan politik, lawanlah secara matang. Jangan lakukan fitnah propaganda murahan
 berbau rasis!
 
 Kepada penyokong PH, sila hadam apa yang ditulis oleh Emmanuel Joseph,  seorang ahli DAP
 Klang:
 
 "Nurul  Islam has been with PAS for quite awhile. I knew him when he was PAS  Pemuda Batu
 head. Quite a nice guy (think he's Indian Muslim). Was  introduced to him by the Klang youth
 chief then, Nazri Nayan. Speaks  English really well, as he does BM.
 
 How and when he became a Bangladeshi is a mystery. A Bangladeshi who got a Malaysian
 ICs.
 
 Even more mysterious, how people assume all this just by the way he looks.
 
 More  importantly, should be nothing wrong if he is.If he's above 21, holds a  Malaysian IC,
 should be nothing wrong with it, kan? Why can't we accept  that some communities will be part
 of Malaysia, as we grow. Just like  we came together and formed Malaysia, so should we accept
 others into  Malaysia. What's with all the xenophobia, and how are you different from  Trump?
 
 On one hand you call BN racist, on the other you go  Bangladeshi Bangladeshi at every brown
 person with a name you cannot  recognize in your own shallow little intepretation of the  world.
 Bangladeshis, Indonesians, they have been here since the late 80s  and many came in the early
 90s. That's over 25 years. Most countries  would have naturalized them already, but we actually
 make it really hard  for them.
 
 What did Bangladeshis do to you anyway? Did they  personally steal your job or actually cart
 away your wife or break into  your house ah? You'll find tenfold Malaysians bikin sial for every
 non  Malaysian la.
 
 Politik matang and politik baru is not this.  Just because 'the other side' play dirty doesn't give
 you the license to  just be complete dicks in an election campaign. "
 
 
  
 
XOXO - Tak fitnah tak nama  HARAPAN. Harapan dengan BN sama-sama perompak wang  Sumber TKO - 24-4-2018
 
 
 Selepas Fitnah Anak, Fitnah Bapa. Itulah Amalan Akhir Ramadan Macai Pakatan.
 UMNO Boleh Goyang Kaki (Flashback)
 Posted on Monday, April 23 @ 20:26:40 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39332
 |  
 
 
 
 'Character Assassination' atau dalam bahasa melayunya 'Pembunuhan Karekter'  adalah
 
 suatu perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh satu pihak  untuk merosakkan reputasi dan \
 peribadi seseorang atau pihak  seterunya.Tujuan dan objektif utamanya hanya satu, melakukan '
 total  damage' (kemusnahan seteruk mungkin) terhadap reputasi dan peribadi  seterunya sehingga
 karakter beliau dilihat seperti 'mati' di mata  orang-orang disekelilingnya atau masyarakat amnya.
 
 Politik yang tak berasaskan Islam dan pembunuhan karekter adalah umpama  aur dengan tebing,
 sesuatu yang tidak mungkin akan dapat dipisahkan.  Ahli politik yang tidak berasaskan Islam
 dalam pejuangannya selalu  menggunakan cara character assassination sebagai medium untuk
 memenangi  sokongan orang sekeliling terhadapnya.
 
 Mereka membina pasukan pembunuhan karakter menjadi senjata paling ampuh  dalam
 menjahanamkan seterunya atau pimpinan atau parti yang tidak  sehaluan dengannya.
 
 Mari lebai bawa kepada perbahasan lebih mendalam untuk memahami perkara ini.
 
 
 
 Dalam kajian kencing Rafizi Ramli melihat sikap pengundi PAS apabila  berlaku pertandingan 3
 penjuru di kawasan dimana PAS tidak bertanding.  Apaka sikap pengundi PAS. Kata Rafizi 39%
 akan undi Pakatan Harapan, 23%  akan undi BN dan 38% tidak akan mengundi mana-mana.
 
 Dengan kedudukan sokongan 39% pengundi PAS, PAKATAN HARAPAN tidak  berjaya
 mengalahkan BN. Oleh itu 38% yang tidak mengundi ini perlu  ditarik supaya menyokong
 PAKATAN HARAPAN.
 
 Mereka telah membina satu team untuk membuat kerja-kerja menarik  sokongan pengundi PAS
 yang dijangkakan tidak akan meyokong mana-mana  pihak jika berlaku pertandingan 2 penjuru
 PH-BN dimana PAS tidak  bertanding.
 
 Antara usaha ini ialah memburukkan PAS dengan memberikan gambaran PAS  sekarang tidak
 seperti dulu, PAS Rasuah, PA tidak menentang kezaliman,  Pimpinan PAS bermewahan dengan
 kebendaan, PAS cuba membentuk UG dengan  UMNO pada PRU-14 nanti dan macam-macam
 tuduhan yang akan merosakkan reputasi PAS dan peribadi pimpinan PAS.
 
 Mereka membina team cybertropper yang dibayar untuk tujuan ini, dimana  cybertropper ini
 akan membuat kerja-kerja terancang dengan maklumat yang  dibekal supaya wujud keseragaman
 dalam serangan di media sosial. Wujud  satu team lagi dipanggil SUPPORTER CYBERTROPPER
 yang memainkan peranan  seolah-olah orang luar yang membenarkan apa yang dituduh oleh
 cybertropper penyerang tadi. Ini akan menambah kepercayaan golongan  sasar seolah-olah
 perkara itu benar dan sah.
 
 Oleh itu jangan hairan fitnah kepada PAS berluas-luasa kerana mereka  bekerja untuk
 memenangkan matlamat mereka tanpa mengira dosa dan pahala.  Politik bagi mereka adalah '
 king' macam Najib anggap duit sebagai  'king'.
 
 Sebelum ini lebai menulis beberapa artikel mengenai fitnah, anda boleh rujuk
 
 
Orang Tulis Pasal Kurban, Puak PAN Tulis Pasal Fitnah dan Maki Hamum
 
   
 Kalau Tak Fitnah Tak Dikatakan Parti PAN
 
 
  
 Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters buat fitnah solat dua imam
 
 
  Ramadan Hilang Seri Dek Fitnah Berlegar Di Facebook Parti PAN
 
 
  Pakatan Harapan Buat Kerja Bodoh Fitnah PAS.... Apakah mereka fikir ahli-ahli PAS
 
diam diri?
 
  Ahli Panel NUNJI’17 Tapi Kaki Penyebar Fitnah
 
 
  
 Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petikan Tok Guru Abdul Nik Aziz
 
 
  Akhbar PAN, AMANAH & portal PAN, MalaysiaDateline Penyebar Berita Putar Belit
 
 
  Bersatu serang PAS dengan Fitnah Pada Ceramah-ceramah Mereka
 
  
 Sejak Bila Puak PAN dah percaya dengan sebaran fitnah UMNO?
 
 
  Fitnah dah Jadi Darah Daging cybertropper, facebooker PAN dan PH
 
  
 MAIS selepas mesyuarat jamu “JAHEAIK” makan pun PAN buat fitnah
 
 
  Malaysiakini guna teknik Sarawak Report Rosakkan Imej Mursyidur Am PAS
 
 
  Kalau Inilah Cara Pemikiran Penyokong Pakatan Harapan, Sampai Bila Pun UMNO &
 
Najib Tak Tumbang
  
 Dulu Geng PANlah yang cuba mewahkan pimpinan PAS
 
 
  
 Dan banyak lagi.... letih dah nak cari...
 
 Team ini ramai dan dihantar dalam kumpulan yang berbeza. Jika anda cuba  mengesan anda kena
 berada dalam semua groups... itu adalah MUSTAHIL  untuk anda lakukan.
 
 Bagaimana anda nak melawan mereka? Menolak fitnah jahat mereka.
 
 Lebai telah mengesan "salah satu" kumpulan team cybertropper yang  dibayar untuk membuat
 kerja fitnah danm menyerang PAS. Lebai dah  senaraikan mereka ini sebelum ini. Mereka yang
 dikesan adalah
 
 1. Mukhlis Eddie
 2. Ada Ada Aje
 3. Roslan Bin Ahmad
 4. Hussin
 5. Adili Isme
 6. شربان سربيني
 7. Faizul Izani
 8. Awang
 9 . Ray Hunter   (ini DAP bayar)
 10. Awang Al Kenit
 11.Halim Md Noh
 12.Wan Mohd Aman
 13. Muhammad Radzi Ismail
 14. Ija Deeja
 15. Osman Ahmad
 16. Zailan Ismail
 17.Dima Ahmy
 18. Hadi Anakwang
 19. Othman Don
 20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
 21. Amin Cilik
 22. Wan Mohd Yusof
 23. Nur Aulia Abdullah
 24. Ibrahim Mat Isa
 25. Redzuan Mohd  (tukang buat design)
 26. Wan Mohd Aman
 27. SU Hamims
 
 Apa yang anda perlu buat dengan mereka ini?
 
 Anda  boleh turun dan berhujah dengan mereka dengan memberikan hujah-hujah  yang bernas,
 maklumat yang betul dan benar. Tunjukkan bukti bahawa apa  yang mereka tulis adalah palsu
 dan fitnah semata. Jangan sekali maki  hamum atau cerca mereka kerana memang mereka
 membuat perkara ini kerana  mahu penyokong PAS maki hamum mereka. Kalau anda maki
 anda telah  menyempurnakan tugas dan misi mereka.
 
 Oleh kerana mereka ini Islam,  ingatkan tentang azab Allah, dosa dan pahala dan berikan
 ayat-ayat Al  Quran tentang dosa dan kesalahan menerima maklumat palsu yang berunsur  fitnah.
 Apatah lagi menjadi tukang penyebar fitnah.
 
 Itu cara terbaik, tapi cara ini jarang berkesan apabila manusia telah terima dan MAKAN DEDAK
 (guna hujah mereka). DEDAK dah penuh mulut serta kerongkong mana lagi sempat melihat
 kebenaran dan berfikir dengan waras.
 
 Cara paling berkesan JANGAN LAYAN ATAU BALAS POSTING MEREKA. Biarkan  begitu,
 biar mereka dengan puak-puak supporter mereka berbalas posting.  Anda hanya lihat gelagat
 BODOH mereka.... Itu terbaik membuatkan MERAKA  JADI KERA SUMBANG.
 
 Anda boleh juga UNFRIENDs kalau tak mahu bersama orang yang membuat jahat.
 
 Terpulang, tapi ingat jangan balas posting mereka biar mereka MERACAU!
 
 
 
Sumber TKO - 23-4-2018 
 PKR, DAP tambah satu kerusi di S'gor. Sekali lagi AMANAH gadai maruah dengan
 serah Dun Paya Jaras
 Posted on Wednesday, April 18 @ 13:08:09 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39222
 |  
  
 PKR dan DAP masing-masing menambah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di
 Selangor.
 
 
 Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan negeri Dr Xavier Jeyakumar  mendedahkan PKR kali ini
 akan bertanding 21 kerusi manakala DAP pula  akan bertanding di 16 kawasan.
 
 Sementara itu, dua lagi komponen dalam HARAPAN – Parti Amanah Negara  (AMANAH) dan
 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding  masing-masing 10 dan sembilan
 kerusi.
 
 Malaysiakini difahamkan, kerusi DUN Sri Serdang dan Sungai Panjang di beri kepada AMANAH
 manakala kerusi Paya Jaras diserahkan kepada PKR.
 
 Dalam pilihan raya umum 2013, PKR bertanding 20 kerusi, DAP 15 dan 15 lagi ditandingi sekutu
 lama mereka PAS.
 
 PAS kali ini berikrar bertanding habis-habisan dengan meletakkan calon di 43 daripada
 keseluruhan 56 kerusi.
 
 BN seperti biasa dijangka bertanding di semua kawasan.
 
 Sementara itu, Xavier memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menggunakan formula yang
 sama dengan negeri-negeri lain dengan parti yang memimpin diberikan lebih kerusi.
 
 Senarai penuh calon-calon akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
 
 Sementara itu, HARAPAN negeri juga hari ini mengumumkan kejayaan  memuktamadkan
 rundingan pembahagian kerusi itu yang tertangguh beberapa  kali.
 
 Ia diumumkan dalam kenyataan bersama keempat-empat pemimpin kanan gabungan itu di
 Selangor.
 
 Sumber TKO - 18-4-2018
 
 
 Cara Kempen Harapan Pun Sama Macam UMNO
 Posted on Monday, April 16 @ 13:47:24 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39184
 |  
  CASH IS KING!! DEDAK is coming!!!
 
 UMNO = HARAPAN
 
 Kredit
 Mohd Ibnu Noor
 
 Sumber TKO - 16-4-2018
 
 
 
 
| 
| 
| 
  
 
Oleh Siti Fatimah IshakBANGI, 28 Rejab 1439H, Ahad –  Netizen mengutuk majlis kutipan dana Pilihan Raya Umum (PRU) anjuran  Pakatan Harapan semalam, di Golden Empire Palace Restoran Tanjung  Lumpur,
 Kuantan yang disifatkan sebagai tidak menghormati keberadaan umat Islam
 Ia susulan  hidangan arak dan makanan tidak halal secara terbuka kepada orang bukan  Islam,
 dipercayai bercampur dengan orang Islam juga dalam majlis itu.
 
 Rata-rata  netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat majlis  seumpama
 itu tidak sepatutnya menghidangkan arak.
 
 “Maaf,  kalau betul orang DAP, mereka sepatutnya hormat kepada orang Islam, dan  mereka tak
 patut minum arak pada majlis kutipan dana sebegitu.
 
 “Kalau  dalam majlis macam itu pun mereka tak boleh hormat, macam mana kalau dah  berkuasa
 nanti? Cuba bayangkan dengan ikhlas…nasib agama kita selepas  ini,” tulis Azrin Desa.
 
 Nazrul Nazir pula mempersoal tempat kutipan dana yang dibuat di restoran yang menyediakan
 arak.
 
 Katanya, masih banyak kedai makan, mahupun restoran lain sekitar Kuantan boleh digunakan
 untuk pengumuman calon.
 
 “Walaupun  dipisahkan tempat non Muslim di luar dewan, dan Muslim di dalam dewan,
 pimpinan PH Melayu masih berada di dalam dewan yang menyediakan arak.  Apakah mereka
 reda dengan arak yang dihidangkan dalam dewan yang mereka  ada bersama?
 
 “Duit yang  didermakan, disumbang dan digunakan untuk jamuan, bagaimana statusnya?
 Adakah tidak termasuk duit orang Islam di meja yang ada arak? Apa  hukumnya? Mana pergi
 suara PAN dan PKR sebagai parti Islam dalam PH?,”  soalnya.
 
  Antara mereka yang beragama Islam, makan di meja luar dewan
 
 Sementara itu, Abidin Sharif berkata, tidak dinafikan majlis arak boleh melibatkan pimpinan
 parti dalam Pakatan Harapan.
 
 “Memang  inilah pengalaman saya dulu, bila menghadiri jamuan Pakatan Rakyat yang
 dianjurkan oleh DAP. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya hadir  dalam majlis mereka.
 Elok sangat PAS keluar PR,” katanya.
 
 Man Kamis pula berkata, majlis Harapan ni tidak akan mendapat keberkatan, lebih-lebih adanya
 benda haram.
 
 “Kalau  majlis tu bercampur haram takkan adanya keberkatan. Lainlah kalau semua  bukan Islam.
 Lantak lah nak buat apa. Ini baru nak umum calon. Rasanya  kalau menang, dah tak boleh bayang
 apa mereka akan buat,” katanya.
 
 Sebaliknya,  Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh dalam status di Facebooknya  mempertahan
 majlis itu, kononnya ia memisahkan tempat duduk antara orang  Islam dan bukan Islam.
 
 Katanya, penyediaan makanan kawasan tidak halal diletakkan di dalam dewan, manakala
 kawasan makanan halal berada di luar dewan.
 
 Namun, netizen beranggapan ia tetap tidak sepatutnya berlaku.
 
 “Fuziah,  awak tak penah dengar hadis nabi ke? Walau pun awak tak minum tapi  tolong bawak,
 tolong hidang, tolong sedia sama aje dosanya.
 
 “Awak nak  hormat non Muslim, tapi awak tak hormat larangan Allah dan orang Muslim  yang
 ada dalam majlis tu. Ini bukan masalah iman kuat atau tak. Ini  masalah cetek pengetahuan
 agama,” tulis AR Fazal Redza
 
 Sumber TKO - 16-4-2018
 
 
 Pengumuman Calon PAKATAN HARAPAN Pahang Meriah Disaji Arak
 Posted on Sunday, April 15 @ 11:32:15 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39154
 |  
  
 HEBAT... Mereka belum lagi berjaya menguasai Malaysia namun beginilah gambaran keadaan
 yang bakal berlaku jika Pakatan Harapan (PH) diterajui DAP mampu berkuasa kelak: Pesta Arak!
 Suasana itu bukan asing dan terbaharu tetamu yang hadir pada majlis  pengumuman calon
 gabungan pembangkang berlogo PKR bagi Parlimen Kuantan,  Indera Mahkota dan Paya Besar
 turut disajikan dengan minuman keras.
 
 Hidangan air dianggap ibu segala dosa maksiat bagi umat Islam itu  dapat disaksikan jelas secara
 terbuka sepanjang majlis tersebut meriah  berlangsung di Restoran Golden Empire Palace,
 Tanjung Lumpur, Kuantan  semalam.
 
 Pada majlis dihadiri Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin DAP  Selangor, Teng Chang
 Kim itu, seramai 11 calon PH diperkenalkan dengan  mewakili satu lambang bersama PKR
 termasuk tujuh orang calon beragama  Islam.
 
 Pengumuman itu dilakukan oleh Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul  Rahman. Antara
 dicalonkan ialah Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk  Saifuddin Abdullah yang bakal
 bertanding di kerusi Parlimen Indera  Mahkota.
 
 Penganjur seakan-akan biadab tidak hormati calon beragama Islam dan  sebahagian penyokong
 mereka terdiri daripada orang Islam yang hadir  apabila kelihatan setiap meja disajikan mewah
 dengan botol minuman  keras.
 
 Lebih sedih, insiden unik ini berlaku pada malam ketika umat Islam  seluruh dunia memperingati
 peristiwa besar Rasulullah SAW dalam  perjalanan penting Israk wal Mikraj antara Masjidil
 Haram ke Masjidil  Aqsa dan bertemu Allah SWT.
 
  Ini mengingatkan pendedahan yang pernah dibuat oleh bekas staf PetroSaudi, Xavier Justo
 kepada wartawan The Straits Times dari Singapura ketika ditahan dalam penjara Thailand
 beberapa tahun lepas atas jenayah komersial.
 
 Menerusi wawancara eksklusif itu, Justo menyatakan editor portal The Sarawak Report,  Claire
 Brown dan beberapa tokoh pembangkang merancang rai kejayaan  menjatuhkan kerajaan Barisan
 Nasional (BN) dengan acara pesta arak.
 
 Kini belum pun PH berjaya menumbangkan BN, baru sahaja program  pengumuman calon,
 mereka sudah rai majlis itu dengan hidangan arak.  Nampak sangatlah paling berkuasa dalam
 PH ketika ini bukanlah pemimpin  Melayu.
 
 Sebaliknya pemimpin yang diketahui berfahaman Evangelis dari DAP dan  PKR. Biarpun yang
 datang merasmikan majlis itu ialah Rafizi, seorang  Melayu; tetapi arak di atas meja sudah diatur
 geng Evangelis dari DAP  dan PKR.
 
 Ternyata golongan itu semakin biadab dan berani hina syiar Islam  sebagai agama Persekutuan.
 Justeru usah biarkan blok pembangkang ini  meraikan kemenangan dengan arak pada Pilihan
 Raya Umum kali ini. –  Mynewshub.cc/HAA
 
 
 Note: Bila tiada PAS, hebat mereka puja ARAK. Parti Islam AMANAH (PAN) hanya jadi tunggol
 sahaja. - WM
 
 Sumber TKO - 15-4-2018
 
 
 Ini Ke Calon-Calon Parti Berbilang Kaum?
 Posted on Saturday, April 14 @ 23:47:16 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39140
 |  
  
 
SATU senarai calon-calon DAP kerusi negeri Selangor yang tersebar  menjelang Pilihan Raya  
Umum ke-14 ini menunjukkan hanya dua nama Melayu  yang tersenarai. 
 
 
Dua calon tersebut tersenarai di Kampung Tunku (Jamaliah Jamaluddin) dan  Dusun Tua  
(Edry Faizal), selebihnya majoriti Cina dan dua lagi  berbangsa India. 
 
Senarai ini menunjukkan realiti DAP yang dikuasai Cina dan orang Melayu hanya dijadikan  
tempelan. 
 
DAP sendiri mengakuinya apabila mengatakan menggunakan Tun Dr Mahathir  Mohamad untuk  
menarik orang Melayu mengundi Pakatan Harapan. 
 
Walaupun terus mendakwa parti mereka parti berbilang kaum, DAP tidak  boleh lari dari realiti  
sebenar yang membuktikan parti itu ialah parti  Cina sepenuhnya. 
 
Pemimpin Melayu sendiri tidak dapat bertahan lama dan akhirnya tersingkir apabila tiba masanya. 
 
Ini terjadi semasa pemilihan jawatankuasa tertinggi kepimpinan DAP pada  2017, yang mana  
tidak ada seorang pun pemimpin Melayu terpilih, kecuali  Zairil Khir Johari yang kemelayuannya  
dipersoalkan. 
 
Tidak dipersoalkan langsung pada masa itu kenapa tidak ada pemimpin  Melayu dalam barisan  
kepimpinan DAP, sedangkan sebagai parti yang  mengaku berbilang kaum, komposisi pemimpin  
parti mesti mencerminkan  realiti rakyat Malaysia. 
 
Berikut senarai beberapa calon DAP Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14 
 
1. DUN Subang Jaya : Michelle Ng 
2. Kinrara : Ng Sze Han 
3. Bandar Utama : Lim Yi Wei (Baru) 
4. Subang Jaya : Michelle Ng (Baru) 
5. Kg Tunku : Jamaliah Jamaluddin (Baru) 
6. Teratai : Lai Wai Chong (Baru) 
7. Dusun Tua : Edry Faizal (Baru) 
8. Pandamaran : Tony Leong (Baru) 
9. Bandar Baru Klang : Teng Chang Khim 
10. Kota Kemuning : Ganabahty Rao 
11. KKB : Lee Kee Heong 
12. Balakong : Ng Tian Chee 
13. Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah 
14. Bukit Gasing : Rajiv 
15. Sekinchan : Ng Suee Lim 
 
Calon Melayu digunakan untuk merampas kerusi yang diwakili parti Melayu, untuk  
menjadikannya kerusi milik parti Cina. 
 
Di Dun Dusun Tua, calon Melayu DAP boleh menyebabkan kerusi itu jatuh kepada DAP dan  
terikat pada dasar DAP. 
 
Di negeri tertentu seperti Perak, DAP dijangka meletakkan calon Melayu  untuk dicalon sebagai  
menteri besar, bagi membolehkan DAP menggunakan  “remote control” terhadap menteri besar. 
 
Penggunaan logo PKR dan bukan roket DAP lebih memudahkan untuk mengaburi mata orang  
Melayu. -Kedahnews.com Sumber TKO - 14-4-2018
 
 
 HARAPAN Ni Nak Lawan PAS ke Nak Lawan UMNO/BN?
 Posted on Saturday, April 14 @ 06:54:36 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39111
 |  
 
 
 Dalam kajian INVOKE terkini yang dibentangkan dalam mesyuarat HARAPAN  yang terbaru
 bahawa ada kemungkinan PAS boleh mencapai 40 kerusi  parlimen. Dalam perbantangan tersebut
 6 kemungkinan diberikan bahawa PAS  boleh mencapai sasarannya 40 kerusi atau lebih.
 
 Atas kerisauan ini maka ada cadangan untuk "membunuh" tokoh PAS yang  akan ke parlimen
 dengan style DAP strategi “Raja Lawan Raja” bagi  menyampaikan mesej “perang terakhir”
 kepada pengundi dalam menghadapi  PRU 14.
 
 Dalam pembentangan tersebut jika Pimpinan PAS tidak di  "bunuh" dan PAS boleh mencapai
 target
 
 40 malah mungkin lebih, HARAPAN  akan menjadi masalah selepas PRU-14 dan masa depan
 parti
 
 PKR dan AMANAH  akan malap.
 
 Malaysiakini menyiarkan bagaimana kerisauan HARAPAN,  anda boleh baca di bawah dan
 berfikir diluar kotak bagaimana HARAPAN  sebenar bukan takut kepada UMNO/BN tapi kepada
 PAS dan Gagagan Sejahtera  yang ingin menjulang ISLAM sebagai ADDIN.
 
 
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk  Saifuddin Abdullah  
 
dinamakan sebagai calon PKR yang akan bertanding di  Parlimen Indera Mahkota dalam   
 
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  9 Mei  ini.Pengumuman itu dilakukan oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul  Rahman, yang
 
 
juga bekas anggota Parlimen kawasan itu dalam satu majlis  Jamuan Makan Malam PRU14,  
 
 di Kuantan malam tadi.
 Ia sekali gus menyaksikan sejarah kembali berulang apabila Saifuddin  akan menentang
 
 
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang telah  dinamakan sebagai calon  
 
PAS yang akan bertanding di kawasan itu.
 Pada PRU13 lalu, Saifuddin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi  itu tewas kepada
 
 
Nasrudin di Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070  undi..
 Turut hadir di majlis itu Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan exco kerajaan negeri
 
 
Selangor, Datuk Teng Chang Kim.
 Dalam pada itu, Fauzi pula akan bertanding kerusi Dewan Undangan  Negeri (DUN) Sungai
 
 
Lembing, manakala Anggota Parlimen Kuantan selama  dua penggal, Fuziah Salleh akan  
 
mempertahankan kerusi itu untuk penggal  ketiga.
 Selain itu, PKR turut mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding  di kerusi DUN
 
 
Semambu dan Teruntum iaitu penyandang kawasan berkenaan  Lee Chean Chung dan Sim  
 
Chon Siang.
 Di DUN Panching pula, PKR meletakkan Kamarzaman Mohamed Yunus dan Fakhrul
 
 
A\nuar Zulkawi sebagai calon di DUN Inderapura.
 Di majlis itu, HARAPAN turut menamakan calon daripada BERSATU, Mohd  Yazid Mohd
 
 
Yunus untuk bertanding di Parlimen Paya Besar yang merupakan  kubu kuat Barisan  
 
Nasional (BN). 
 
XOXO - Malang ahli PAS yang  keluar parti bersama AMANAH (PAN) yang termakan fitnah akhir mereka  terpaksa menjadi manusia bodoh dan keliru...
 
 Sumber TKO - 14-4-2018
 
 
 
 
 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa memiliki kemewahan luar biasa
 berbentuk wang tunai di luar negara.
 
 
Menurut bekas pegawainya, Abdul Hameed B. Gula Maideen,  Mahathir ada menyimpan wang
 kertas RM1,000 dan RM500 sepanjang  perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, dan
 disimpan di Taiwan  sejak 1982 hingga 1985.
 
 Sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65, 417,100 keping not RM1,000 berada
 dalam simpanan Mahathir di luar negara.
 
 
“Saya ada maklumat wang RM1,000 dan RM500 masih berikat ada Taiwan. Kami ada senarai
 
nombor siri wang ini berjumlah RM83 bilion. 
“Masa Tun M kerja di Kementerian Kewangan, ada tiga orang yang tahu akan perkara ini.
 
“Wang-wang ini dicetak di London dan dihantar  ke Taiwan dipegang oleh CKS Foundation
 
secara berperingkat dari  tahun 1982 hingga 1995. Wang itu masih ada di sana. 
“Saya cuba nak bawa balik, tapi ada halangan daripada  pihak mereka,” katanya dalam satu sidang
 
media di ibu pejabat Pertubuhan  Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini. 
Dalam pada itu, Abdul Hameed berkata, beliau pernah  membawa isu wang ke pengetahuan Bank
 
Negara Malaysia (BNM), dua tahun  lalu, namun tiada sebarang tindakan mengenainya diambil. 
Malah menurut Abdul Hameed, ia adalah untuk kegunaan peribadi beliau di masa akan datang. 
“Mungkin dia lakukan semua ini untuk kepentingan peribadi.  Dia mungkin ada rancangan besar
 
terhadap Malaysia dan Singapura. Niat  itu ada. 
“Dia sudah rancang perkara ini sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi,” katanya.
 
Abdul Hameed berkata, dia dan beberapa lagi individu akan  terus membuat pembongkaran  
mengenai ‘dosa-dosa’ Mahathir sepanjang 22  tahun memegang jawatan tertinggi negara. 
“Dulu kalau kita keluarkan ‘dosa-dosa’ Mahathir, kita akan dibawa ke Akta Keselamatan Dalam  
Negeri (ISA). 
“Ini baru 10 peratus, ada lagi 90 peratus ‘dosa-dosa’  Mahathir yang akan saya bongkarkan tidak
 
lama lagi. Terutamanya isu  Memali,” katanya. 
Tambahnya yang juga pegawai khas utara PMSP, beliau tidak  menyesal untuk membongkarkan
 
kesemua aktiviti Mahathir untuk pengetahuan  umum. 
 
 
 
Sumber TKO - 13-4-2018 Perebutan enam kerusi DUN Selangor akhirnya selesai
 Posted on Friday, April 13 @ 06:43:57 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AnisahOmar
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39102
 |  
  
 SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor selesai memuktamadkan agihan  baki enam kerusi
 DUN di negeri itu yang sebelum ini menjadi perebutan  empat parti komponen gabungan tersebut.
 
 
Pengarah Pilihan Raya Selangor, Dr Xavier Jeyakumar seperti dipetik  laporan portal FMT berkata,  
PKR sudah 'memberi tawaran' kepada DAP,  Amanah dan PPBM berhubung enam kerusi tersebut,  
dan ia terserah kepada  mereka untuk bersetuju atau tidak. 
 
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut apakah tawaran yang  dimaksudkannya itu,  
dan kepada parti mana enam kerusi itu dibahagikan. 
 
“Ia sudah selesai. Menurut PKR, kita sudah beri tawaran dan sebagainya dan terserah kepada parti  
lain untuk ambil tawaran itu. 
 
“Untuk PKR, kami putuskan kerusi (6 kerusi DUN) itu sudah selesai,” katanya ketika dihubungi  
FMT hari ini. 
 
Sebelum ini media melaporkan gabungan itu sukar untuk mencapai kata  sepakat berikutan terdapat  
pertindihan tuntutan kerusi 6 kerusi DUN yang  dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan  
Raya Umum (PRU) lepas.  
 
Sehingga ia mencetuskan perbalahan dan percanggahan pendapat antara  parti komponen gagasan  
pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, Amanah dan  PPBM itu. 
 
Enam kerusi yang menjadi rebutan antara empat parti pembangkang itu  adalah Seri Serdang, 
 Lembah Jaya serta Dusun Tua yang kini dipegang PAS,  manakala Sungai Panjang, Sungai  
Burong dan Kota Damansara milik Barisan  Nasional (BN). 
 
Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini memaklumkan, PKR  akan bertanding s 
ekurang-kurangnya 19 kerusi daripada 56 kerusi di  Selangor, manakala Amanah dan PPBM  
masing-masing hanya mendapat sembilan  dan tujuh kerusi. 
 
Manakala, DAP pula akan bertanding di semua 15 kerusi yang dimenanginya pada PRU 2013. 
 
Untuk rekod, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, di mana PKR mempunyai 14 kerusi, DAP  
14 kerusi dan Amanah dua kerusi.  
 
PAS pula hanya tinggal 12 kerusi selepas ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman keluar parti dan  
'berhijrah' ke PKR. 
 
Manakala, Umno juga turut memperoleh 12 kerusi DUN. Sumber TKO - 13-4-2018
 
 
 
 Mahathir Salah Tun Hussein, Tunku Abdul Rahman?
 Posted on Thursday, April 12 @ 10:26:13 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39091
 |  
  
 KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau hanya mewarisi sistem dan
 pendekatan ke atas Sabah dan Sarawak yang dicipta oleh dua Perdana Menteri terdahulu sebelum
 beliau.
 Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa hanya  sedar sistem dan
 pendekatan Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah dan  Sarawak tidak mengikut perjanjian selepas
 menyertai pembangkang tahun  lalu.
 
 “Saya jadi Perdana Menteri bermula tahun 1981 dan mewarisi  sistem dan pendekatan yang
 dicipta Perdana Menteri sebelum saya Tun  Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman.
 
 “Saya cuma meneruskan cara-cara perhubungan Kerajaan Pusat  dengan Kerajaan Sabah
 dan Sarawak. Sekarang saya sedar ia tidak menepati  perjanjian pada tahun 1963,” dakwanya
 dalam satu ucapan yang disiarkan di Facebook hari ini.
 
 Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa  Malaysia, manakala
 Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan  Malaysia.
 
 Mahathir seterusnya berkata, pada tahun 1963 sebenarnya adalah  perjanjian antara Kerajaan Pusat
 dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.
 
 Menurut beliau, perjanjian dengan Singapura dibatalkan dan Kerajaan Persekutuan meneruskan
 perjanjian dengan Sabah dan Sarawak.
 
 “Ada tiga entiti, tetapi bila kita laksanakan perjanjian kita  letakkan Sabah dan Sarawak
 salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.  Ini berlainan daripada perjanjian.
 
 “Sepatutnya anggap Kerajaan Pusat, Sabah dan Sarawak, ketiga-tiga ini sebagai wilayah
 yang telah mengadakan perjanjian,” dakwanya.
 
 Justeru, katanya, Pakatan Harapan berpendapat Kerajaan Pusat,  Kerajaan Sabah dan Kerajaan
 Sarawak harus kembali kepada perjanjian  1963.
 
 Mahathir seterusnya mendakwa beliau tidak pernah mengatakan rakyat Sabah dan Sarawak
 pemalas, sebaliknya akhbar Utusan Malaysia yang membuat dakwaan tersebut.
 
 “Utusan yang anggap orang Sabah dan Sarawak malas. Bukan Pakatan Harapan,”
 dakwanya. – MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 12-4-2018
 
 
 Atas Desakan DAP, Dr M minta maaf kerana perkataan ‘Keling’
 Posted on Tuesday, April 10 @ 15:52:12 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39068
 |  
  
 PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada masyarakat  India kerana
 menggunakan perkataan “Keling”, selepas beliau menggunakan  penghinaan berunsur perkauman
 itu untuk mengecam Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR).
 Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) berkata beliau tidak berniat menyinggung kaum India.
 “Semasa saya kecil, kita menggunakan perkataan itu tetapi sekarang ia  dianggap sebagai menghina.
 Jadi saya meminta maaf jika menyebabkan  masalah kepada mereka,” katanya pada sidang media
 mesyuarat majlis  presiden PH di ibu pejabat PPBM hari ini.
 
 Dr Mahathir melontarkan perkataan itu pada satu majlis kutipan dana  di Muar, Johor pada 7 April,
 apabila beliau mempersoalkan kenyataan  Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang
 dilaporkan berkata  parti-parti pembangkang mesti mendapatkan kebenaran untuk menggunakan
 logo bersama pada pilihan raya umum akan datang.
 
 “Saya mahu gunakan perkataan ‘keling’. Orang ‘keling’ cakap ‘podah’,” katanya ketika itu.
 
 Bekas perdana menteri itu kemudian mempertahankan penggunaan  perkataan itu dengan
 mengatakan ia bukan untuk menghina mana-mana pihak.
 
 “Itu bahasa kita dan di kalangan kita, kita gunakan perkataan keling  sejak saya kecil lagi. Tak ada
 masalah, kawan-kawan keling saya tak  pernah marah saya, pasal apa MIC nak marah?” soalnya.
 
 Peguam terkenal Datuk Ambiga Sreenevasan bagaimanapun menegur  pengerusi PH itu dan mahu
 beliau berhenti menggunakan perkataan yang  menyinggung perasaan masyarakat India.
 
 Beliau mengambil maklum perkataan itu tidak dianggap menghina di  beberapa negeri di Malaysia
 namun ia tidak boleh diterima dalam konteks  hari ini.
 
 Sementara itu, Dr Mahathir hari ini juga menafikan bahawa beliau menggambarkan rakyat Sabah
 dan Sarawak sebagai pemalas.
 
 “Itu Utusan yang kata, bukan saya” katanya, menjawab kritikan  daripada beberapa pemimpin dari
 2 negeri itu berhubung komen di satu  forum awal bulan ini.
 
 Bekas perdana menteri itu berkata sama sekali tidak masuk akal jika  beliau bercakap seperti itu
 apabila mahu meraih sokongan mereka.
 
 “Yang saya kata ialah pemimpin khususnya di Sabah amat tamak. Itu menyebabkan mereka
 mencuri duit daripada kerajaan,” katanya.
 
 Sumber TKO - 10-4-2018
 
 
 Ketua pembangkang bertaraf menteri
 Posted on Tuesday, April 10 @ 11:39:53 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39053
 |  
 
 
 SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan)
 akan memastikan ketua pembangkang  yang
 dilantik bertaraf menteri sekiranya menang
 dalam PRU14.Ketua Pemuda Bersatu, Syed
 Saddiq Abdul Rahman berkata, perkara itu ada
 digagaskan dalam Manifesto Harapan yang
 dilancarkan baru-baru ini.
 
 “Ketua pembangkang pada masa depan,
 insya-ALLAH YB Khary Jamaluddin  kalau
 jadi ketua pembangkang, jawatannya setaraf
 dengan menteri  persekutuan.
 
 
 
“Maksudnya kita pastikan beliau bertanggungjawab, diiktiraf dan diberi  pelbagai ruang dan peluang serta isu-isu yang nak diketengahkannya akan  didengari oleh kerajaan dan rakyat,” katanya dalam
 siri debat Sinar  Harian berjudul ‘Apa Pilihan Anak Muda: BN atau Pakatan Harapan?’, hari  ini,
 yang turut menampilkan Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin.
 
 Menurut Syed Saddiq, kedua-dua belah pihak sama ada Harapan atau BN  mempunyai perancangan
 tersendiri dalam manifesto masing-masing untuk  menyelesaikan pelbagai isu.
 
 Bagaimanapun, katanya, penting untuk rakyat menilai mana yang baik dan buruk melalui sistem
 semak dan imbang yang adil.
 
 “Tetapi hanya dalam kerajaan Harapan perkara itu boleh diasaskan. Saya  nak tanya Rahman, adakah
 BN akan lakukan perkara sama? Pertama, kita  hadkan tempoh pemerintahan perdana menteri.
 
 “Kedua, lantikan pegawai tertinggi kerajaan bukan lagi di bawah perdana  menteri tetapi di bawah
 parlimen. Maknanya pembangkang boleh mainkan  peranan bagi memastikan mereka yang dilantik
 tak boleh dibuang sesuka  hati,” katanya.
 
 Sumber TKO - 10-4-2018
 
 
 
 
  
 KUALA LUMPUR: Pelabur China di Malaysia bakal hadapi lebih bbanyak  tapisan jika bekas
 perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali  berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14
 (PRU14) akan datang.
 Mahathir, yang merupakan calon perdana menteri pakatan pembangkang,  dalam satu temubual
 Jumaat lepas berkata, pelabur China di alu-alukan  sekiranya syarikat mereka mendirikan operasi
 di Malaysia, menggunakan  pekerja tempatan dan membawa masuk modal serta teknologi ke dalam
 negara.
 
 “Ini tidak berlaku sekarang,” katanya.
 
 “Sekarang kita tidak dapat apa-apa daripada pelaburan,” kata Mahathir.
 
 “Kita tidak mengalu-alukan itu,” katanya.
 
 Komen Mahathir menggambarkan kebimbangan meluas tentang pelaburan  China di serata Asia dan
 menimbulkan ketegangan politik dari Australia  ke Sri Lanka.
 
 Walaupun banyak negara mahu mengambil peluang daripada rancangan  presiden Xi Jinping
 menawarkan pelaburan infrastruktur bernilai ratusan  juta dolar AS ke serata dunia, tetapi mereka
 juga bersikap berhati-hati  untuk tidak telalu bergantung kepada China.
 
 Di Malaysia, pelaburan China menimbulkan kebimbangan tentang isu kedaulatan dan
 kesaksamaan ekonomi.
 
 Mahathir menyentuh rancangan syarikat China, Country Garden Holdings  Co Ltd untuk melabur
 AS$100 bilion di Johor bagi membina apartmen  berharga lebih RM1 juta seunit. Median
 pendapatan tahunan di Malaysia  pada 2016 ialah RM62,736.
 
 “Tidak ramai rakyat kita yang cukup kaya untuk membeli apartmen mahal  itu, jadi ia akan
 membawa masuk orang asing,” kata Mahathir. “Tidak ada  negara yang mahu terima kemasukan
 besar-besaran orang asing.”
 
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu melanjutkan tempoh  jawatannya ke penggal
 ketiga dalam PRU14 ini, menyifatkan kebimbangan  pembangkang berhubung pelaburan China
 sebagai ” taktik menakut-nakutkan  ahli politik tidak bertanggungjawab.”
 
 “Perlu diingat bahawa pelaburan Malaysia di China sebelum ini lebih  besar daripada pelaburan
 China di sini, dan kita mempunyai lebih banyak  pelaburan Malaysia di luar negara berbanding
 pelaburan asing langsung  (FDI) ke dalam negara,” kata Najib pada persidangan Invest Malaysia
 di  Kuala Lumpur Januari tahun ini.
 
 “Ia adalah jalan raya dua hala. Jumlah FDI berubah-ubah, dan hubungan  sedemikian adalah
 sebahagian daripada dan juga kunci bagi sebuah  ekonomi yang sihat dan pelbagai.
 
 China merupakan sumber FDI terbesar di Malaysia, mewakili 7% daripada jumlah RM54.7 bilion
 yang diterima tahun lepas.
 
 Mahathir mengambil Sri Lanka sebagai contoh negara yang “kehilangan banyak tanah” kerana
 gagal membayar hutang kepada China.
 
 Tahun lepas, kerajaan Sri Lanka memberi kepada sebuah syarikat usaha  sama yang diketuai
 syarikat China pajakan 99 tahun ke atas pelabuhan  Hambantota di selatan negara itu sebagai
 balasan kepada pelepasan  hutang.
 
 “Ramai orang tidak suka pelaburan China,” katanya. “Kita berjuang  untuk Malaysia. Kita mahu
 pertahankan hak rakyat Malaysia. Kita tidak  mahu menjual tanah negara ini kepada syarikat asing
 yang mahu  membangunkan bandar.”
 
 Pakatan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) berjanji dalam manifesto  pilihan rayanya untuk
 menggalakkan pelaburan berterusan dari “China dan  negara Asia lain”, tetapi hanya selepas ia
 mengkaji semula semua projek  mega asing bagi memastikan tiada unsur rasuah di dalamnya.
 
 Antaranya ialah Projek Landasan Pantai Timur (ECRL), dengan anggaran  kos RM55 bilion, kata
 Mahathir dalam forum di Selangor Khamis lepas.
 
 Beliau berkata, kerajaan PH akan mengadakan rundingan semula ke atas  projek itu, dan mungkin
 mmengurangkan jarak landasan asal sejauh 688km  melainkan ada permintaan yang mencukupi.
 ECRL dijadual siap pada 2024.
 
 Mahathir berkata, sekiranya memenangi PRU akan datang beliau juga  mahu memulakan rundingan
 semula berkaitan hak dan akses ke Laut China  Selatan dan pada waktu sama mengekalkan
 hubungan “baik” dengan semua  negara.
 
 Malaysia merupakan negara penuntut ke atas beberapa kawasan yang  dipertikaikan di laut tersebut
 bersama-sama China dan beberapa negara  Asia Tenggara lain seperti Filipina dan Vietnam.
 
 
 “Kita mahu pastikan suara kita didengar kerana Malaysia mempunyai hak  ke atas beberapa buah
 pulau di kawasan itu dan kita mahu  mempertahankannya,” kata beliau.
 
 Sumber TKO - 9-4-2018
 
 
 
| 
  
 Belum sempat tempoh 48 jam selepas partinya dibubarkan sementara  kegarangan Tun Dr Mahathir
 Mohamad tidak menunjukkan sebarang tanda  menurun.
 Sebaliknya pada malam ini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (BERSATU) itu mencabar
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya  menangkapnya.
 
 Berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pasir Gudang malam  ini Dr Mahathir
 berkata langkah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  membubarkan sementara BERSATU tidak
 akan menjejaskan mereka daripada  terus melawan BN.
 
 "Malam ni saya pakai baju Pribumi (BERSATU). Hey Datuk Najib,  datanglah... Datang tangkap
 saya, tangkap semua orang," katanya disambut  dengan tepukan dan ketawa kira-kira 4,000 orang
 yang memenuhi kawasan  padang awam berkenaan.
 
 Mengikut arahan ROS pembubaran sementara itu bermakna BERSATU tidak  boleh menggunakan
 nama dan logo parti dalam mana-mana aktiviti.
 
 Mereka juga tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti berkaitan parti berkenaan.
 
 Perintah ROS itu dikeluarkan sehari sebelum Najib membuat pengumuman mengenai pembubaran
 parlimen.
 
 Parlimen Malaysia dibubarkan secara rasmi pada 7 April.
 
  SPR akan bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan  pembuangan undi tidak
 lama lagi. Mengikut perlembagaan PRU ke-14 mesti  diadakan dalam tempoh 60 hari selepas
 parlimen dibubarkan.
 
 Tidak cukup dengan itu Dr Mahathir yang dikenali dengan sifatnya yang  bersahaja, sinis serta
 spontan kemudian menyatakan BERSATU tidak  menghiraukan arahan ROS berkenaan.
 
 "Kononnya Pribumi (BERSATU) diharamkan, tidak boleh ada apa-apa kegiatan pun sebab kita
 diharamkan.
 
 "Tuan-tuan dan puan-puan, saya kata: Piraaah!
 
 "Apa kami nak buat, kita buat juga. Tak boleh pakai baju, saya pakai  juga baju, tak boleh mesyuarat
 (parti), semalam kami bermesyuarat. Tak  boleh jumpa media, kita jumpa media.
 
 "Apa yg dikatakan salah, tidak boleh dilakukan oleh Pribumi, kita akan lakukan beramai-ramai,"
 katanya.
 
 Sumber TKO - 7-4-2018
 
 
 
 Dr Mahathir: Tol akan dimansuh secara peringkat
 Posted on Wednesday, April 04 @ 10:40:22 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38946
 |  
 
 
 KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menjelaskan mereka tidak akan  memansuhkan kutipan
 tol secara serentak, sebaliknya ia akan dilakukan  secara berperingkat, jika pakatan pembangkang
 berjaya menawan Putrajaya.
 
 Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kutipan tol hanya akan  dimansuhkan berdasarkan
 kontrak yang kerajaan tandatangan dengan  syarikat konsesi.
 
 “Kutipan tol akan dimansuhkan berdasarkan  kontrak dengan syarikat konsesi,” katanya selepas
 mesyuarat Majlis  Presiden Pakatan Harapan (PH) di Parlimen hari ini.
 
 Manifesto PH  yang diumumkan bulan lepas antara lain berjanji akan memansuhkan kutipan  tol,
 cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta mengembalikan subsidi  minyak untuk rakyat.
 
 Bagaimanapun, pada sebuah forum Ahad lalu,  Dr Mahathir membangkitkan beberapa kebimbangan
 tentang kebolehan  gabungan pembangkang itu untuk memansuhkan kutipan tol.
 
 Dr  Mahathir berkata, berdasarkan pengalamannya mengetuai kerajaan selama 22  tahun, beliau tahu
 hasil kutipan tol boleh digunakan untuk  menyelenggara dan memperluaskan jalan.
 
 Bekas perdana menteri itu  berkata, rakyat Malaysia harus berfikir 2 kali sebelum mengadu tentang
 kadar tol tinggi kerana mereka tidak perlu membayar tol sebanyak negara  lain.
 
 Menyifatkan kadar tol di Malaysia antara terendah di  Malaysia, Dr Mahathir memberi contoh
 jambatan di Jepun yang mengenakan  bayaran tol sangat mahal, di mana pengguna terpaksa
 membayar RM270 untuk  perjalanan sehala.
 
 Ini bukan kali pertama Dr Mahathir bersuara mengenai isu tol.
 
 Januari  lepas, Dr Mahathir mempertahankan dasar pentadbirannya dahulu untuk  mengutip tol
 daripada pengguna jalan raya selepas digelar “bapa segala  tol” oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
 Najib Razak.
 
 
XOXO - Selepas ini mungkin Mahathir mansuhkan hutang PTPTN. Orang yang terdesak itulah  Sumber TKO - 4-4-2018
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Kenyataan terbaharu Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  berkenaan keengganan
 
DAP menggunakan logo lain selain ‘Roket’  mengesahkan parti itu merupakan penghalang utama  
terhadap idea Pakatan  Harapan (PH) menggunakan satu logo bagi menghadapi PRU 14.
 Ia juga turut mengesahkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  (ROS) tidak dapat meluluskan
 pendaftaran PH sebagai satu parti rasmi  yang meggunakan satu logo adalah tepat.
 
 Saifuddin Nasution semasa berucap di salah satu Pusat Daerah Mengundi  (PDM) dalam DUN Taboh
 Naning, Parlimen Masjid Tanah Melaka semalam  mendedahkan ketiga-tiga parti kompenan PH iaitu,
 PKR, PPBM dan Amanah  bersetuju untuk menggunakan logo Keadilan sebagai satu logo dalam
 menghadapi PRU 14.
 
 Bagaimanapun langkah itu kurang dipersetujui DAP kerana bimbang akan  mengelirukan pengundi
 Cina yang selama ini hanya mengenali logo Roket  ketika mengundi.
 
 Ini bermaksud, apa-apa logo sama ada ada yang lama atau baharu selain  daripada Roket akan
 memberi kesan negatif pengundi Cina terhadap DAP.
 
 “Hari Selasa (esok) nanti akan ada dua kemungkinan, pertama  pengumuman tiga parti (PKR,
 Amanah dan PPBM) bersetuju mengguna satu  logo (PKR) dan dikecualikan DAP kerana
 alasan-alasan yang tertentu.
 
 “Atau, kalau esok malam (Isnin) keputusan CEC pusat (DAP) bersetuju  maka hari Selasa,
 pengumuman itu akan sebut empat parti menggunakan satu  (logo),”kata Saifuddin.
 
 Selanjutnya, sila baca “PRU 14 : Kecuali DAP, Tiga Parti PH Setuju Guna Logo PKR – Saifuddin
 Nasution”
 
 Pendedahan Saifuddin Nasution itu bukan perkara baharu kerana perkara sama pernah didedahkan
 oleh bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim sejak dua tahun lepas.
 
 Tunku Abdul Aziz berkata logo Roket merupakan simbol kekuatan DAP  terhadap komuniti
 pengundi Cina, jika menggunakan logo lain, parti itu  berisiko kehilangan sebahagian undi
 daripada kaum tersebut.
 
 “Saya rasa DAP memang tidak bersetuju kerana DAP sudah mempunyai  identitinya. Orang Cina
 yang menyokong parti itu, kalau diletak logo  baru, saya rasa mereka tak boleh terima kerana
 sokongan mereka kepada  DAP.
 
 “Tapi bila bercampur, saya rasa barangkali sokongan itu hilang,” kata Tunku Aziz.
 
 Tambahnya, tujuan utama DAP menyertai mana-mana gabungan pembangkang  adalah untuk
 mendapat undi tambahan daripada komuniti masyarakat  Melayu-Islam.
 
 “Kita tahu DAP punyai agenda, jadi bila bekerjasama dengan PAS  (menerusi Pakatan Rakyat
 sebelum ini), dengan PKR, (adalah) untuk  mendapatkan undi Melayu.
 
 “Bagaimana nak bekerjasama kerana lain parti, lain agenda,” katanya lagi.
 
 Pada 23 Mac lalu, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim  berkata pendaftaran PH sebagai satu parti
 tidak dapat diproses berpunca  daripada PPBM satu daripada parti komponen yang menyertai pakatan
 itu,  belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana  dinyatakan
 dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.
 
 “Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan  bahawa pendaftaran
 Pakatan Harapan buat masa ini masih tidak dapat  diproses,” katanya dalam kenyataan.
 
 Pada 9 Mac lepas, RoS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut  Seksyen 14 (2) Akta
 Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti  itu menjawab dan menyerahkan
 maklumat serta dokumen kepada jabatan  berkenaan.
 
 Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan  oleh RoS untuk
 mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian  dan pusat serta perihal penyata
 kewangan parti.
 
 PH menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas. - AIDCNews
 
 Sumber TKO - 3-4-2018
 
 
 
 KUALA LUMPUR – Hukuman gantung mandatori yang  terkandung dalam mana-mana akta akan
 
dibatalkan jika Pakatan Harapan  menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr.  Mahathir Mohamad mendakwa, hukuman gantung  
mandatori adalah peruntukkan  undang-undang yang zalim dan menekan rakyat. 
 
Berikut antara senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati di Malaysia sejak sekian  
lama: 
 
– Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong )Seksyen 121 Kanun Keseksaan) 
– Pengedaran dan penyeludupan dadah (Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952) 
– Geng rompakan dengan pembunuhan (Seksyen 396 Kanun Keseksaan) 
– Pembunuhan (Seksyen 302 Kanun Keseksaan) 
– Menculik atau melarikan untuk membunuh (Seksyen 364 Kanun Keseksaan) 
– Tebusan (Seksyen 374A Kanun Keseksaan) 
– Pemilikan senjata api (Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) 
– Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) (Seksyen 132 Kanun Keseksaan) 
– Menyubahati membunuh diri (Seksyen 305 Kanun Keseksaan) 
– MYNEWSHUB.CC 
Sumber TKO - 3-4-2018 
Gagal umum logo sama petunjuk PH 
bermasalah  
DI dalam ucapan beliau sewaktu melancarkan  
Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH)  
di PDM Ayer Pa’abas, N5 Taboh Naning,  
Melaka, pada hari Ahad, 1 Mac lalu,  
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin  
Nasution, menyebut Majlis Presiden PH akan  
mengumumkan pada hari ini, Selasa, 3 April,  
logo sama yang akan digunakan oleh PH.  
Kata Datuk Saifudin, “pada dasarnya tiga parti telah pun bersetuju untuk logo PKR itu  
digunakan cuma DAP minta tempoh kerana DAP berpendapat bagi kawasan-kawasan  
ditandingi DAP adalah lebih mudah untuk mereka yang dah biasa dengan logo DAP” dan  
“DAP minta tempoh hingga Isnin malam untuk CEC mereka buat ketetapan”.  
Kata Datuk Saifudin lagi, dua kemungkinan akan berlaku pada hari ini, iaitu “pertama  
pengumuman tiga parti bersetuju guna satu logo dan kita exclude (kecualikan) DAP  
kerana alasan-alasan yang tertentu” atau “kalau Isnin malam keputusan CEC DAP Pusat  
itu bersetuju maka (hari ini) adalah pengumuman kita empat parti akan gunakan satu logo”.  
Malangnya, hari ini, bila Tun Dr Mahathir ditanya oleh wartawan mengenai penggunaan  
logo sama ini beliau kelihatan terdiam sejenak sebelum menjawab “kita akan announce  
(umumkan) tak lama lagi” dan, bila ditanya lagi sama ada Mesyuarat Majlis Presiden PH  
hari ini gagal memutuskan perkara ini, mengakui “belum ada keputusan”.  
Sangat pelik untuk Mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini tidak membuat keputusan  
mengenai perkara ini bila Tun Dr Mahathir pada 6 Mac lagi telah mengumumkan bahawa  
keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh seminggu, iaitu 15 Mac, dan bila  
Datuk Saifudin menyebut pengumuman mengenainya akan dibuat pada hari ini.  
Jika Mesyuarat DAP malam tadi bersetuju menggunakan logo sama maka sudah tentu  
keputusan semua empat parti dalam PH akan menggunakan logo sama telah  
diumumkan hari ini, tetapi bila pengumuman mengenainya tidak dibuat, di sebalik  
pendedahan ia akan dibuat, maka sudah tentu persetujuan DAP tidak diperolehi.  
Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah hilang kawalan ke atas PH di mana DAP  
tetap diberikan ruang istimewa untuk tidak bersetuju walaupun Mesyuarat Majlis Presiden  
PH pada 27 Februari lalu telah pun memutuskan bahawa semua empat parti dalam PH  
akan menggunakan logo sama di dalam PRU 14.  
Kesian juga bila Tun Dr Mahathir hari ini sekali lagi terpaksa dicoach dan  
diperbetulkan oleh beberapa pemimpin PH lain, termasuk bila beliau menyebut “GLC  
akan dimansuhkan tapi berperingkat-peringkat”, yang diperbetulkan menjadi “GST akan  
dimansuhkan dalam 100 hari”, yang mendorong beliau mengakui beliau “dah tua”. Dah  
tua rupanya Tun Dr Mahathir ini ya. - HARAKAHDAILY 3/4/2018 
 
Sumber HD - 3-4-2018  
 Mengapa Tsunami Melayu Tidak Berlaku Kepada PH ?
 Posted on Monday, April 02 @ 15:00:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38921
 |  
  
 Oleh Timmy Say
 
 Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad  merupakan individu yang
 diharapkan dapat menarik sokongan orang Melayu  ke arah PH selepas kehilangan PAS yang memilih
 untuk bergerak sendiri.
 Antara kempen-kempen yang sedang dijalankan untuk mempromosikan Dr  Mahathir agar dapat
 diterima rakyat semula sebagai PM ialah  membangkitkan sentimen-sentimen rakyat yang pernah
 hidup di bawah  pemerintahan Dr Mahathir berbanding zaman di bawah perdana menteri hari  ini,
 iaitu Datuk Seri Najib Razak.
 
 Persoalan besar pada strategi ini ialah apakah mereka yang pernah  melalui kehidupan di zaman Dr
 Mahathir sebagai PM dapat “connect” dengan  Dr Mahathir yang “baru” ini yang ingin memansuhkan
 Akta Universiti dan  Kolej Universiti (AUKU), bersama pimpinan DAP untuk “menyelamatkan
 negara” dan kononnya tiada masalah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim  menjadi PM?
 
 U-turn yang dilakukan oleh Dr Mahathir setakat ini tidak terkira  banyaknya. Semua ini dilakukan
 demi mencukupkan syarat beliau untuk  bersama mereka yang menentangnya berdekad lamanya. Ini
 kemungkinan besar  menyebabkan Dr Mahathir menjadi asing kepada mereka yang mengenalinya
 di zaman beliau menjadi PM.
 
 Selain kempen perbandingan itu, Dr Mahathir juga melancarkan serangan  bertubi-tubi ke atas badan
 Najib dengan pelbagai gelaran agar beliau  kelihatan lebih suci dan baik berbanding anak didiknya.
 
 Namun serangan pedas beliau ke atas badan Najib tidak dibalas dengan  serangan yang sama. Bahkan,
 Najib membalas serangan Dr Mahathir dengan  cara yang amat berbeza sekali.
 
 Sekali-sekala, Najib akan mengusik usia Dr Mahathir dan rekod Dr  Mahathir sebagai PM, tetapi
 kebanyakan masa Najib menghabiskan masa  mempromosikan perkembangan terkini ekonomi negara,
 rating-rating  daripada institusi ekonomi antarabangsa dan juga penjelasan mengenai  tindakannya
 memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
 
 Atas dasar ini pada pandangan sudut politik orang Melayu, Najib kelihatan jauh berhemah
 berbanding Dr Mahathir.
 
 Pada masa yang sama, Dr Mahathir mengharapkan pengundi atas pagar  tidak akan mengundi PAS
 dengan melakukan serangan bertubi-tubi ke arah  PAS.
 
 Dalam “keseronokan” Dr Mahathir menyerang PAS, beliau terlajak  sehingga adanya kenyataan-
 kenyataan kontroversi mengenai agama yang  boleh menjejaskan undi Melayu terhadap PH.
 
 Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah hujah-hujah agama Dr  Mahathir sering disertai dengan
 pelbagai kontroversi, sindiran dan  perlekehan terhadap agamawan yang tidak bersetuju dengannya.
 
 Islam dan menjaga kesucian agama Islam adalah antara faktor yang  menentukan hala undi Melayu.
 Daripada sudut ini, Najib kelihatan jauh  lebih bijak kerana beliau berjaya mengelak sebarang ulasan
 mengenai  polemik agama berbanding Dr Mahathir.
 
 Di dalam PH hari ini, semua pihak meletakkan harapan di bahu Dr  Mahathir yang berumur 93 tahun
 untuk menarik undi orang Melayu. Tiada  tokoh lain selain beliau di dalam PH yang dilihat mampu
 menarik undi  orang Melayu. Berapa ramai pembaca senyap di luar sana yang memandang  serong
 terhadap realiti ini?
 
 Jika ada anak yang sihat dan berpendidikan di dalam keluarga yang  masih bergantung pada bapanya
 yang berumur 90 tahun untuk mencari rezeki  menampung kehidupan, masyarakat akan melihat anak
 itu layak digelar  sebagai anak derhaka atau anak tak guna di dalam hati, walaupun anaknya  hebat
 berhujah tiada apa masalah untuk mengharapkan rezekinya pada  bapanya yang sudah berusia.
 
 Pandangan sunyi sedemikian juga wujud di dalam dunia politik. Orang politik tidak harus
 mengambil mudah perkara ini.
 
 
 Pendek kata, tsunami Melayu ke arah PH susah berlaku. PH kira  bernasib baik jika prestasi pilihan
 raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai  Besar dapat dipertahankan.
 
 Sumber TKO - 2-4-2018
 
 
 Azizah mengaku Dr Mahathir tak setuju janji mansuh tol?
 Posted on Monday, April 02 @ 12:00:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38918
 |  
  
 
SHAH ALAM: Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan  Ismail berkata Tun  
Dr Mahathir Mohamad terpaksa bersetuju dengan janji  manifesto gagasan itu untuk memansuhkan tol 
 jika berjaya menguasai  Putrajaya kelak. 
 
 
Azizah berkata Pengerusi PH itu sudah terikat dengan janji-janji  pilihan raya, justeru beliau terpaksa  
mendokongnya bersama pemimpin  pakatan yang lain.
 
 
 
“Saya tekankan bahawa adanya manifesto yang mengikat dan dipersetujui  oleh semua pimpinankanan PH termasuk Tun Mahathir,” katanya dipetik  Malaysiakini.
 
 
 
 
Azizah berkata demikian mengulas laporan Dr Mahathir yang menyuarakan  kebimbangan dengan  
janji pemansuhan tol, walaupun telah dinyatakan dalam  manifesto pilihan raya PH.
 
 
 
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar pembangkang  kerana mengaku tidak  
dapat melaksanakan janji pilihan raya mereka  selepas melancarkan manifesto itu pada 8 Mac lalu. 
 
Najib dikatakan merujuk laporan akhbar Singapura Sunday Times pada 25  Mac yang memetik Dr  
Mahathir sebagai berkata PH mungkin tidak dapat  memenuhi janji-janjinya.
 
 
 
"Antara kami, ada sedikit perbezaan pendapat, tapi saya ada pengalaman  dengan tol. Saya  
berpendapat kita tidak boleh janji hal seperti itu.
 
 
 
"Sebab itu apabila ditanya, saya tidak bersetuju tol dimansuhkan. Tanpa  tol, kita tidak boleh baiki  
jalan, dan kita tidak boleh bina jalan  baru. Kita minta sektor swasta yang buat, tapi mereka tidak  
akan buat  kecuali mendapat pulangan.
 
 
 
"Sebab itu saya bimbang, dan apa yang saya katakan hanyalah kebimbangan saya," Dr Mahathir  
dilaporkan sebagai berkata demikian.
 
 
 
Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir dituduh membuat pusingan-U berhubung  janji pilihan raya PH,  
beliau menegaskan bahawa semua janji itu dapat  dilaksanakan.
 
 
 
Katanya, janji-janji itu telah dikaji secara terperinci sama ada boleh  dilaksanakan atau tidak namun  
ada beberapa perkara popular yang tidak  boleh dilaksanakan.
 
 
 Sumber TKO - 2-4-2018
 
 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
  
 AIDCNews -2/04/18 –Hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr  Mahathir Mohamad ingin
 melihat empat kompenan PH menggunakan satu logo  bagi berdepan PRU 14 mungkin tidak
 kesampaian apabila DAP keberatan  menerima idea itu.
 Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution  Ismail semasa bercakap
 di DUN Taboh Naning, Parlimen Masjid Tanah Melaka  semalam.
 
 Menurutnya, kecuali DAP, ketiga-tifa parti kompenan lain, PKR, PPBM  dan Amanah bersetuju
 menggunakan logo Keadilan bagi menghadapi PRU 14.
 
 Namun, DAP masih keberatan dan akan bermesyuarat untuk menentukan perkara tersebut.
 
 “Hari Selasa (esok) nanti akan ada dua kemungkinan, pertama  pengumuman tiga parti (PKR,
 Amanah dan PPBM) bersetuju mengguna satu  logo (PKR) dan dikecualikan DAP kerana
 alasan-alasan yang tertentu.
 
 “Atau, kalau esok malam (Isnin) keputusan CEC pusat (DAP) bersetuju  maka hari Selasa,
 pengumuman itu akan sebut empat parti menggunakan satu  (logo),”katanya.
 
 
 
Dalam pada itu, Saifuddin turut mendedahkan wartawan-wartawan media di Singapura optimis PH bakal menawan Putrajaya pada PRU 14.
 
 “Baru ini saya dijemput bercakap di Singapura dengan Foreign  Correspondents Club. Beberapa
 tahun lalu sebelum PRU 13, semasa saya  menemani Datuk Seri Anwar (Ibrahim), waktu itu
 soalan-soalan mereka  adalah bagaimana peluang kamu, bagaimana anda menyusun kerjasama
 Pakatan.
 
 “Tetapi sekarang, mereka (wartawan Singapura) bercakap tentang  kemungkinan berlaku
 peralihan kerajaan. Nada itu telah berubah. Dan ini  isyarat-isyarat yang kita boleh tengok dari
 luar,”katanya lagi.
 
 
 Video - https://youtu.be/zCyOX8JHEBs
 
 Sumber TKO - 2-4-2018
 
 
 
 
  
 Melihat politik semata-mata berorientasikan isu.  Bukan  kepada dasar ideologi yang
 menjadi latar
 penentu kepada sesebuah  parti  politik. Contohnya, ramai yang suka bicara berkenaan
 masalah
 ekonomi,  lantas menekankan soal rasuah sebagai punca kemalangan  ekonomi. Kita
 tidak nafikan
 itu antara puncanya. Namun kita perlu sedar  bahawa faktor  utama jahanamnya ekonomi
 negara
 kerana dasar kapitalisme  yang diamalkan  selama ini. Dasar percukaian dan penswastaan
 amat
 memberi laluan kepada  politikus dan kapitalis mengamalkan kronisme  sesama mereka.
 Dari
 ruang  itulah munculnya rasuah yang disebut-sebut  oleh ramai orang.
 
 
(Kenyataan Mahathir        kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul  Naim): Hukum
 
rejam kepada penzina adalah        primitif
 
 
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para        wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya
 
 undang2 Islam dilaksanakan -  
 
(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992        kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada
 
 penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam        yang mati dan kudung tangan.
 
Ini sangat memalukan umat Islam kerana        orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan
 
 kerja.   
 
Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno        bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan
 
di        antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud        dilaksanakan di Kelantan. Barangkali
 
Nik Aziz akan melakukannya. Jika        benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu        nanti.
 
 
Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar        Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah
 
tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu        bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah
 
tidak cukup. Hukum Hudud        tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang        kaum
 
dan agama.  
(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994        selepas mesyuarat MT
 Umno). Saya ingin
 memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan        hukum
 hudud.
 
 
 
 
(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas        Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak        kerana
 
masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.         Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam        Puri, Kelantan).
 Apakah hukum hudud
 mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan        mudarat
 kepada orang Islam.
 Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2        yang boleh melemahkan lagi orang
 Islam mesti
 dilaksanakan? - Ucapan        Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,
 Kelantan)
 
 
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,        Kelantan) Hudud tidak boleh
 
dilaksanakan        kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -          
 
(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para          wartawan). Kerajaan Kelantan harus
 
 dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik,          perpecahan di kalangan umat Islam
 
dan kegelisahan rakyat apabila hukum          hudud dilaksanakan di negeri itu.  Rakyat harus menyoal
 
 perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan,          pertentangan dan ketidakstabilan
 
politik. Tidak semua negara Islam          mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa
 
hukum          itu.  
 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14          Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu
 
 sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya          ramailah rakyat Islam yang mati
 
dan kudung tangan.Ini sangat memalukan          ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya
 
dan boleh          meneruskan kerja."                    (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos          1993)" Pada pendapat
 saya, undang-undang
 
 Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada          dikekalkan
 
(Dr.          Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3          Mac1994."Saya cabar Kelantan
 
laksana hukum hudud di depan orang          bukan Islam."  
 
(Dr.          Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac          1994) Hudud tidak boleh
 
dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi          yang tidak fasik  
(Dr.        Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran        perlu 
ditafsirkan semula untuk 
disesuaikan dengan keadaan        masa
 
kini."         (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya        dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994).
 "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan        Nasional
 tidak akan
 melaksanakan hukum hudud."
 
 
 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya        di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai        bagi
 
Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."  
 
 
.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di        Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).  "Sukar dilaksanakan hukum
 
 syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus        Islam".   
 
 
 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya        di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan
 
 ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan        hudud."   
 
 
 (Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya        kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan
 
melaksanakan        hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam        yang tidak
 
melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak        Islam."  
 
 
(Dr.        Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.         "Perlaksanaaan 
 hukum hudud
 
boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur        kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam
 
apabila orang Islam        dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang        bukan
 
Islam tidak dikenakan."   
 
 
 (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada        wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat
 
hukum        hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka 
 sendiri. Mereka
 
seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak        potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak
 
tengoklah mereka boleh buat        atau tidak."   
 
 
 (Datuk Seri Najib Tun Razak,        bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus
 
 dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik,        perpecahan di kalangan umat Islam dan
 
kegelisahan  
 
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di        negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu
 
menguntungkan atau        menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak        semua
 
negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih        makmur tanpahukum itu."
 
 
(Dr.        Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).        "Bagaimana kita boleh maju kalau orang
 
Islam sudah tidak ada tangan dan        kaki?  Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain,
 
 kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di        negara ini yang mempunyai
 
rakyat berbilang kaum dan agama."         
 
 
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan        Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)  "Sebarang undang-undang
 
yang        dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap
 
sebagai undang-undang Islam."   
 
"(Dr.        Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika        semua urusan selesai dan kita
 
puas hati sikap Israel, kita akan        mengiktiraf negara itu."   
 
 (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya        di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud
 
 sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir        dan ditindas oleh orang lain
 
tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."         (Dato' Seri Dr.Mahathir        Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno.        Mahathir
 berkata: Malaysia telah
 diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres
 Tahunan Partai
 Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.
 
 
 
 
(Dato' Seri Dr.Mahathir        Mohamad3/3/94)  'Hukum rejam kepada        penzina adalah primitif'.
 (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad        14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati
 kepada penzina dan
 
 potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat        memalukan umat Islam kerana orang
 
bukan Islam akan sempurna sifatnya dan        boleh meneruskan kerja'.
 (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92)        'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam
 rakyat Islam yang
 
mati        dan kudung sudah tiada tangan dan 
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing        dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya
 sudah tidak cukup.
 
Hukum Hudud        tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
 
 (Dato'        Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa        negeri-negeri
 yang diperintah
 
oleh BN tidak akan melaksanakan hukum        hudud'( hukum Islam)  
(Dato' Seri Najib        TunAbd Razak  20/4/93) 'Negara akan        huru-hara sekiranya undang-undang Islam
 
dilaksanakan'.
 (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi:        13/11/99)  'Apa erti negara Islam jika        mundur'.
 
(Dato' Seri Dr.Mahathir        Mohamad 11/1/02 Berita Harian         Mahathir berkata:“Malaysia adalah sebuah negara
 
Islam sejak merdeka dan        peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi.        “Kita tidak
 
mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas        kebimbangan ini tidak berasas sama sekali,”
 
katanya berucap pada majlis        jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri
 
 Perdana di sini malam ini. 
Firman Allah SWT:          "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga 
 mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)
Firman Allah SWT:          "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang  diturunkan          Allah, 
maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah:          44)
Firman Allah SWT:          "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, 
 maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)
Firman Allah SWT:          "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, 
 maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
Firman          Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum  siapakah yang l
ebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang          yakin?" (al-Maidah:50)
 
MENGHINA SUNNAH        - BERJANGGUT 
(Dr. Mahathir Mohamad,        Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).  "Sapa tau janggut Nabi
 
macam mana? Sapa biasa tengok        janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut
 
mesti        sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita        nak jadikan ini ukuran
 
agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam.        Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau
 
sebenarnya macam mana        janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah        ke?
 
 Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak.        Pisau cukur pun tak dak
 masa tu. Jadi masalah
 
macam mana nak cukur masa        tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air        banyak...
 
(di) padang pasir". 
 
MENGHINA        HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
 (Dr. Mahathir        Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah
 kalau kita tidak
 
tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh        oleh agama Islam yang kitatidak buat, tetapi kita
 
masih        Islam".  
 
Dr.Mahathir Mohamad: 5        September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).  Tujuan menutup aurat
 
ialah kerana di zaman Nabi, Arab        Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan
 
merogol        wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara        mereka yang tidak pernah
 
tamat". 
 
(Mahathir Mohamad,        Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila        tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu
 
Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni        Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar),
 
menyertai        pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday
 
Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai        JAIS, Mahathir yang ketikaitu sedang
 
bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:        "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada
 
pihak yang        terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh
 
agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa        kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan
 
kuasa". 
Allah berfirman:          "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan 
 pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka  menampakkan perhiasannya, 
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan          hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke 
dadanya, dan janganlah mereka          menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau 
ayah mereka.(          An-Nuur:31)
Sesungguhnya          termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi          telanjang,
 yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk          membuat maksiat….mereka ini tidak
 akan masuk syurga dan tidak akan          mencium buanya (Muslim) 
MENGHINA DAN        MEMECAT  ULAMA' 
(Dr. Mahathir Mohamad,        Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua
 
dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak        Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam
 
ulama'        ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi,
 
 bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi        waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam
 
 itu, yang kata dia        keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam        itu. Ini
 
mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris        nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak
 
payah sapa        pilih."  
 
(Dato' Seri Dr.Mahathir        Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).  " Ajaran ulama' inilah
 
yang menyebabkan umat Islam        menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk
 
akhirat. Dan        untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi        masa hidup
 
mereka". 
Allah kata          (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan  hamba-hambaNya 
hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah          al-Fathir:28)
Rasullullah          bersabda: 
"Ulama' itu waris          sekalian para Nabi"
"Ulama' itu          pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
 "Ulama' itu          para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"          (Muslim) 
Lanjutan dari gesaan        Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan        perkhidmatan
 
beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar        pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan
 
dan juga kerana menyebabkan tiga        orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah        Syariah.
 
 
 
MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT        MAKSIAT 
Dato' Seri Abdullah        Ahamd Badawi Jun 2001 :  Tiada        sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah
 
(Selangor) 1995 yang        memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam
 
 yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak        meminumnya.  
 
Menteri Besar Selangor        Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan
 
pegawai penguatkuasa Jabatan Agama        Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10
 
Enakmen Jenayah        Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam        mentafsir
 
undang-undang. 
 
 Dato' Rais Yatim        Jun 2001  mengkritik tindakan JAIS        berikutan langkah pegawai dan kakitangan
 
Jabatan tersebut melakukan        serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The
 
Ship"        di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islamtidak dibenarkan '
 
membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang        menjual minuman keras : "Apabila
 
undang-undang ini dikuatkuasakan, saya        percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat
 
diketepikan.        Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga
 
tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya        persepsi orang ramaiterhadap kuasa yang
 
ada tidak bercanggah, konon        sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,"        katanya.
 
JAIS:          Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10,  menetapkan 
mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual          bahan yang menghina Islam 
boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun          atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya 
sekali. Hukuman bagi          penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam 
 Negeri, KDN. 
MENGHINA SEKOLAH        AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM 
Dr Mahathir 20hb Julai,        2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal        yang memikat muda-mudi Islam
 
dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa        mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan
 
memuja syaitan, Dr Mahathir        cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi
 
gambaran        ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam        gejala
 
tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr Mahathir telah        merayu kepada ibu bapa supaya
 
memastikan anak-anak mereka tidak terjebak        dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu
 
telah ketawa sinis        kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah        menghina
 
dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang        menghina Al Quran dengan
 
kumpulan Black Metal yang memijak Al        Quran?   
 
UMNO MENDORONG        ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAMKUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh)        - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan        kepada
 Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah
 Persekutuan Kuala Lumpur
 (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan        akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan
 
 21 Februari 2001
 yang didakwa        menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi
 agama Islam '
 di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti        blame Hindi film' yang
 disiarkan pada 21 Feb
 lepas serta 'Death for        Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan
 penulisnya,        Akbar Ali,
 menghina dan mempertikaikan syariat        Islam.
 
 
 Note: Artikel Flash back ini menjawab tulisan terbaru Mahathir "Saya Islam" dia tulis
 bagus
 tapi dia lawan apa dia tulis. Ini kira putar belit hebat untuk membodohkan pembaca.
 
 
 Sumber TKO - 31-3-208
 
 
 
  
 DENGKIL: Pakatan Harapan (PH) hanya akan memilih logo PKR atau Amanah  untuk digunakan calon gabungan 4 parti pembangkang itu pada pilihan raya  umum ke-14 (PRU14).
 Naib Presiden PH, Salahuddin Ayub berkata mesyuarat Majlis Presiden PH pada minggu lalu menyingkirkan logo PPBM dan DAP.
 
 “PPBM dihalang guna logo mereka. Ini kerana Jabatan Pendaftaran  Pertubuhan Malaysia (JPPM) buat banyak masalah, jadi kita fikir logo  mana paling berkesan.
 
 “DAP tidak, (jadi pilihan) antara Amanah dan PKR. Kita tunggu seperti  mana diputuskan mesyuarat Majlis Presiden PH Selasa ini,” katanya  kepada FMT selepas melancarkan jentera pilihan raya Parlimen Sepang di  Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil, malam ini.
 
 Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sebab logo DAP disingkirkan.
 
 Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah berkata, pemilihan  hanya 1 logo parti pembangkang itu kerana JPPM sehingga kini tidak  meluluskan permohonan pendaftaran PH.
 “Kita tidak boleh tunggu lagi sebab permohonan kita (pendaftaran PH) pada JPPM tidak dilayan sampai hari ini.
 
 “Kita kena guna antara logo 2 parti ini (PKR atau Amanah),” katanya.
 
 Pada 27 Februari lalu, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad  dilaporkan berkata, mereka akan menggunakan lambang salah sebuah parti  komponen jika JPPM gagal meluluskan permohonan mendaftarkan gabungan  itu.
 
 Sebelum ini, JPPM berkata kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung  pertama dan masalah DAP berhubung kesahihan jawatankuasa eksekutif pusat  mereka menyebabkan kelewatan meluluskan permohonan PH.
 
 PPBM sudah mengadakan mesyuarat agung pertama mereka pada Disember lalu, sementara JPPM mengiktiraf barisan kepimpinan DAP.
 
 ...
 JANGAN SELEPAS INI SALAHUDDIN KENA KENCING MACAM CALON AYER HITAM DAHLAH
 
 Sumber TKO - 26-3-2018
 
 
 Dr M perlu bertanding di kerusi bahaya, tangkis persepsi usia
 Posted on Monday, March 26 @ 05:00:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38806
 |  
 
 
 Oleh Timmy Say
 
 Kehebatan berpolitik Tun Dr Mahathir
 Mohamad dalam menarik perhatian  media
 memang sangat dikagumi. Kehadiran beliau
 di forum dianjurkan Sinar  Harian yang
 berbicara mengenai faktor umur beliau
 dalam usaha  menjatuhkan Barisan Nasional
 baru-baru ini adalah satu contoh berita
 sensasi.
 
 Keberanian lazimnya diukur daripada sudut mengatasi sesuatu yang  lebih besar dan mencabar.
 
 Di dalam episod ini, penyokong Dr Mahathir  terus mengangkat beliau sebagai seorang yang berani.
 
 Tetapi, jika difikirkan apa yang mencabar bagi Dr Mahathir untuk  menghadiri forum itu dengan
 statusnya sebagai seorang bekas perdana  menteri paling lama memerintah negara berbanding
 panelis-panelis yang  ada?
 
 Siapalah  panelis-panelis di forum itu jika dibandingkan dengan beliau? Mereka  ialah “nobody”
 sebenarnya jika dibandingkan dengan Dr Mahathir.
 
 Umum mengetahui masalah dihadapi Pakatan Harapan (PH) hari ini ialah  penolakan terhadap
 Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri atas faktor  usianya
 
 . Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menyerang Dr  Mahathir daripada sudut ini.
 
 Ia juga jelas Dr Mahathir yang kini berusia 93 tahun sendiri pun  sedang bergelut dengan
 persepsi ini sehingga beliau terpaksa membuat  video beliau dapat memandu di dalam hujan
 lebat dan menelan balik  kata-katanya tidak lama dulu yang menyatakan Datuk Seri Anwar
 Ibrahim  dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu tua untuk menjadi pemimpin.
 
 Jika persepsi negatif terhadap usia beliau itu bukan satu masalah,  adalah dipercayai Dr Mahathir
 tidak akan membuang masa menghadiri forum  itu bagi melawan persepsi ini.
 
 Sebenarnya, Dr Mahathir boleh mengatasi persepsi ini dengan mudah.
 
 Dr Mahathir hanya perlu menggunakan keberanian sama ketika menghadiri  forum berbicara
 mengenainya untuk memilih bertanding di kawasan  Parlimen bahaya, terutamanya kubu kuat
 Umno seperti Pekan. Jangan pilih  kerusi separa selamat.
 
 Bertanding di kawasan berbahaya sedemikian boleh mengurangkan rasa  cemas golongan
 yang tidak inginkan beliau kembali menjadi perdana  menteri kerana mereka akan merasakan
 peluang Dr Mahathir menang adalah  tipis, maka peluangnya menjadi perdana menteri rendah,
 meskipun PH  menang.
 
 Malah, ini boleh membantu PH mencipta satu topik perbualan menarik,  sekiranya PH menang
 dan Dr Mahathir tewas, siapa yang akan menjadi  perdana menteri gabungan itu selepas ini?
 
 Sekiranya keberanian Dr Mahathir berlawan di kubu kuat Umno  mendatangkan kemenangan
 baginya, maka sudah tentunya Putrajaya sudah  jatuh ke tangan PH.
 
 Suara-suara yang mempertikaikan kemampuan beliau untuk menjadi  perdana menteri pasti akan
 membisu, malah Dr Mahathir akan lebih  dihormati dan disanjungi selepas itu.
 
 Bayangkan kalau Dr Mahathir dapat mengalahkan Datuk Seri Najib Razak  di gelanggang
 perdana menteri, siapa yang berani pertikai kemampuan Dr  Mahathir untuk memimpin negara
 lagi selepas itu?
 
 Jika Dr Mahathir berani berbuat demikian, inilah keberanian yang  tidak akan dipertikai kerana
 sekurang-kurangnya lawan beliau ialah  “someone of his own size.”
 
 
 Sumber TKO - 26-3-2018
 
 
 Mahathir mengaku calon Pakatan harapan Boleh dibeli
 Posted on Sunday, March 25 @ 05:00:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38781
 |  
 
 
 Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengumumkan awal-awal calon
 Pilihan Raya  Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya, Tun Dr
 Mahathir Mohamad.
 
 Berucap pada ‘Jelajah Selamatkan Malaysia’ di Felda Sungai Tengi
 di sini  malam tadi, beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelak
 calon PH  ‘dibeli’ oleh Datuk Seri Najib Razak untuk mengalahkan PH.
 
 “Najib tahu dia akan kalah dan dia akan guna duit begitu banyak
 untuk membeli calon Pakatan Harapan.
 
 “Kita  tahu kalau kita namakan calon hari ini, maka orang Najib
 akan datang  menawarkan berjuta-juta ringgit supaya pada hari
 penamaan calon tidak  datang mendaftar.
 
 “Jadi kita akan kalah tanpa calon dan Najib  akan menang,” katanya
 sambil mengakui PH berdepan masalah apabila  pendaftarannya
 dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum diluluskan.
 
 Bekas  Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata,
 jika pendaftaran  PH diluluskan, maka pada PRU14 nanti gabungan
 empat parti pembangkang  itu akan menggunakan satu simbol bagi
 memudahkan orang ramai.
 
 “Tapi  dengan tidak memberitahu (sama ada pendaftaran PH
 dilulus atau tidak),  maka PH sekarang ini terumbang-ambing.
 Tak tahu nak guna simbol PH atau  simbol parti masing-masing.
 
 “Empat parti menggunakan simbol  berbeza akan mengelirukan
 rakyat. Sebab itu sekarang ini PH menggunakan  empat simbol t
 etapi di atasnya diletak perkataan PH,” katanya.
 
 Beliau  yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika PH
 menang PRU14 itu  berkata, pegawai kerajaan dan pengundi
 tidak perlu takut untuk mengundi  PH kerana Perdana Menteri
 tidak akan tahu.
 
 “Pegawai kerajaan  diberitahu supaya undi kerajaan..
 jika tidak tindakan akan diambil ke  atas mereka. Najib
 kata dia tahu siapa yang undi siapa… kononnya undi  tidak
 rahsia.. Perdana Menteri boleh tahu.
 
 “Ini satu pembohongan.  Perdana Menteri tidak boleh tahu,
 tetapi ramai juga pegawai kerajaan  dan orang ramai yang
 takut nak undi Pakatan Harapan… takut Najib ambil  tindakan,”
 katanya.
 
 Dr Mahathir berkata, Najib juga telah menipu  masyarakat Felda apabila
 menjanjikan bahawa saham Felda Global Venture  (FGV) akan naik
 sehingga RM10 sesaham, sedangkan harga sekarang ini  adalah RM1.90.
 
 “Najib meletakkan beban hutang yang besar kepada  peneroka
 Felda. Kalau dulu peneroka tidak ada hutang, sekarang ini
 peneroka berhutang kadang-kadang sehingga RM100,000.
 
 “Dia jual  saham FGV dengan harga RM4.80 sesaham. Lepas itu
 dia bersyarah kepada  peneroka dan menjanjikan harga saham ini
 akan naik RM10 sesaham… maka  semua orang Felda akan jadi jutawan.
 
 “Nak kena beli 100,000 saham  baru boleh jadi jutawan.. berapa orang yang
 boleh beli sampai 100,000..  tetapi hari ini kita tahu jauh daripada mencapai
 harga RM10 harga saham  itu jatuh dari RM4.80 sen tinggal RM1.90 sen..
 bermakna bahawa pelabur  Felda terutama mereka yang hutang bank untuk
 beli saham, mereka  mengalami kerugian yang besar,” katanya.
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 25-3-2018 
 
 Agama apa yang Tun Dr. Mahathir hendak perjuangkan
 Posted on Sunday, March 25 @ 10:00:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38788
 |  
 
 
  
Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, Selagi nyawa dikandung 
badan saya akan perjuangkan bangsa,  agama dan Negara yang t 
ercinta ini. 
 
Agama ada macam macam agama dan bangsa juga pelbagaibangsa.Maka fahamlah kita bahawa agama yang hendak diperjuangkan oleh Tun Mahathir Mohammad itu bukan agama Islam,
 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohammad berkata yang dia akan perjuangkanagama.Dia Tak sebut mana mana agama.
 
 
Kita tahu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang kepelbagaian agama, bangsa, Bahasa dan budaya.
 
 Sejarah telah membuktikan,  semasa dia jadi perdana menteri  dahulu
 dia mahu Bable di terjermahkan ke dalam bahasa Melayu.Dan
 dihadiahkan kepada orang Melayu untuk memahami agama tersebut..
 
 
Sebaliknya,  Al Quran diminta supaya ditafsir semula keranatafsir terdahulu itu sudah tidak boleh guna pakai lagi, kerana
 tidak serasi dengan zaman sains dan teknologi.
 
 
Uasha Tun Dr Mahathir selanjutnya dalam banyak ucapanyabertubi tubi mempersenda sendakan hudud dan undang undang
 Islam di pertikaikan.
 
 
Kelihatan Tun Dr Mahahtir begitu cenderung  Bable di terjermahke dalam bahasa Melayu dan Al Quran hendaklah di tafsir semula.
 
 
Pada hal dalam perlembagaan Persekutuan jelas agama Islamadalah agama persekutian (Negara) yang tidak boleh dinafikan
 lagi.
 
 
Dan beliau sendiri mengaku yang dia berbangsa Melayu danberagama Islam.Pelik, macam mana seorang Melayu beragama
 islam boleh mempersenda sendakan agamanya sendiri.
 
 
Atau dengan kata lain menolak hukum hakam yang Allah turunkan danmendewa dewakan Bable yang dipinda kepada beberapa versi  termasuk
 perjanjian lama dan perjanjian baru ciptaan Paulus, berbangsa  Yahudi itu.
 
 
Beliau (Tun DR) buat pengakuan yang dia selagi nyawa dikandungbadan dia akan perjuangkan agama, bangsa dan Negara yang tercinta.
 
 
Wahai rakyat jelata fikir, fikirkan lah dengan apa yang diucapkanoleh Tun Dr Mahathir Mohamad bakal perdana menteri Negara
 Malaysia.
 
 
Berusia 93 tahun akan jadi perdana menteri  apabila pakatan harapanmenang pada PRU 14 yang kemungkinan besar akan diadakan pada 6
 Mei ini.
 
 
Jangan sekali sekali jadi macam unta, unta memang tidak mengerti mengapadia dilepaskan dan tidak mengerti mengapa dia di tambat.
 
 
 
Sumber TKO - 25-3-2018  
 Gugur sahaja Bersatu, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis
 Posted on Sunday, March 25 @ 01:00:00 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38777
 |  
  
 SHAH ALAM: Permohonan baru kepada Pendaftar Pertubuhan
 (RoS) tanpa PPBM  adalah yang terbaik jika Pakatan Harapan
 (PH) mahu bertanding dibawah  satu logo pada pilihan raya
 akan datang.
 
 
 
 
Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata PKR, DAP danAmanah harus  akur PPBM tidak akan mampu memenuhi
 tuntutan RoS sekali gus berdepan  risiko untuk dibubarkan.
 
 
 
 
Malah katanya, selagi PPBM disiasat RoS, badan itu tidakboleh memproses permohonan PH untuk mendaftar di bawah satu logo.
 
 
"Saya melihat permohonan baru adalah jalan terbaik buat PHsekiranya mereka mahu bertanding dalam PRU ke-14.
 
 
 
 
"Permohonan baru yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN(Amanah) tanpa PBBM kerana yang bermasalah ialah PBBM.
 
 
"Saya melihat kalau permohonan baru diutarakan tanpa PBBM,RoS tidak  mempunyai sebab untuk tidak meluluskan PH
 sebagai satu konsortium  seperti BN," katanya ketika
 dihubungi Antarapos.
 
 
 
 
RoS sebelum ini mengarahkan PPBM menjawab sertamenyerahkan minit  mesyuarat cawangan, bahagian dan
 pusat serta perihal penyata kewangan  parti bagi membantu
 siasatan badan itu.
 
 
 
 
Sekiranya PPBM gagal menyerahkan semua yang dimintaRoS boleh  mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas parti
 tajaan Tun Dr  Mahathir Mohamad itu.
 
 
Terdahulu, RoS menerima 430 aduan daripada ahli dan bekaspemimpin PPBM yang mengesyaki parti itu melanggar perlembagaan parti.
 
 
Minggu lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakuparti itu  tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara
 dituntut RoS.Dua tuntutan itu adalah berkaitan perjalanan mesyuarat
 bahagian dan cawangan parti itu.
 
 
 
Sehubungan itu, Azmi berkata 'sudah terang lagi bersuluh', PH sudahboleh bersedia untuk membuat permohonan baru tanpa perlu
 menunggu PPBM,  bagi membolehkan gagasan itu berdaftar di bawah
 satu logo.
 
 
 
 
"Masalah PBBM sendiri yang belum dapat disahkan, jika mengikutperlembagaan parti, Mesyurat Agong Tahunan (AGM) yang
 dilakukan pada  tahun lepas tidak dapat disahkan kerana ahli
 yang hadir tidak dapat  dapat disahkan keahlian mereka melalui
 mesyuarat cawangan
 dan bahagian.
 
 
 
  "Jadi itu yang diminta RoS, walaupun PBBM menyatakan merekaakan  berikan apa yang mereka ada, namun tangan RoS terikat kerana
 mereka  perlu melihat perlembagaan PBBM dan apa yang dipenuhi,"
 ujarnya.
 
 
Sumber TKO - 25-3-2018 
 Amanah, PKR tegang di Permatang Pauh selepas JKKK dipecat
 Posted on Saturday, March 24 @ 16:20:35 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38758
 |  
  
 GEORGE TOWN: Ketegangan tercetus antara Amanah
 dan PKR di tanah besar  Pulau Pinang, selepas ahli
 Amanah yang menganggotai satu jawatankuasa
 kampung di Parlimen Permatang Pauh dibuang terus,
 dikatakan kerana lobi  PKR.
 
 Lima belas ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
 Kampung (JKKK)  Kampung Petani-Kampung Pelet dilantik
 untuk berkhidmat selama 2 tahun  pada Januari 2017 dan
 mereka dijangka akan menjalankan tugas sehingga  tamat
 tempoh penggal akhir tahun ini.
 
 Bagaimanapun, mereka digantikan oleh satu jawatankuasa
 baru.
 
 “PKR mesti tampil ke depan dan jelaskan mengapa kami
 diberhentikan,” kata mereka dalam video yang tular di
 Whatsapp.
 
 Mereka yang dipecat menuntut penjelasan kerana tiada sebab
 diberikan tentang pembuangan itu.
 
 
 
“Mereka cuma menghantar surat memaklumkan kami dipecat,” kata seorang jurucakap.
 
 Surat yang mereka terima semalam berkata satu JKKK baru
 diadakan pada  1 Mac. Difahamkan kumpulan terbaru itu
 terdiri daripda ahli PKR.
 
 Ahli JKKK merupakan lantikan parti politik yang membentuk
 kerajaan  negeri. Budi bicara untuk melantik dan memecat ahli
 JKKK terletak pada  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
 
 Kampung Petani dan Kampung Pelet sebahagian daripada Permatang
 Pasir,  salah satu daripada 3 DUN bawah Parlimen Permatang Pauh,
 dan kerusi itu  dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas.
 
 Jika mengikut kebiasaan dalam Pakatan Harapan, Amanah sepatutnya
 bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS, dan Permatang Pasir
 berkemungkinan sekali ditandingi calon daripada parti serpihan PAS
 itu  pada pilihan raya akan datang.
 
 Sehubungan itu, 5 daripda 8 JKKK diisi dengan ahli lantikan Amanah,
 sementra selebihnya untuk lantikan PKR.
 
 Sumber memberitahu FMT bahawa PKR sekian lama memerhatikan
 Permatang Pasir dan berkempen untuk bertanding di kerusi itu.
 
 Namun difahamkan majlis presiden PH menguntukkan kerusi itu kepada
 Amanah.
 
 Sementara itu, kerajaan negeri berikrar akan menyelesaikan isu itu dan
 merancang untuk bertemu kedua-dua parti.
 
 Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata isu Kampung
 Petani-Kampung Pelet banyak kali dibincangkan sejak 2 tahun lalu.
 
 
 “Kami mahu ahli akar umbi PH rapat dan bersatu,” kata Rashid.
 
 Video - https://youtu.be/wAfw86CIm5E
 
 
 Sumber TKO - 24-3-2018
 
 Dr. Mahathir Akui Minta Pertolongan Asing
 Posted on Thursday, March 22 @ 12:50:53 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbuBakarMat
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38736
 |  Video - https://youtu.be/4c9rN7UD7ak
 
 Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui
 meminta pertolongan asing, terutama media luar untuk membangkitkan
 perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
 Dr. Mahathir mendakwa perkara itu terpaksa dilakukan kerana media
 tempatan tidak melaporkan isu berkenaan.
 
 Sumber TKO - 22-3-2018
 
 
 
 
  
 BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Melihat kepada janji
 Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas
 Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sangat menimbulkan
 kegusaran apatah lagi langsung tidak menyentuh aspek Islam.
 
 Mengulas berkaitan janji 100 hari gabungan parti itu, Timbalan
 Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Aminuddin
 Yahaya berkata, ia agak merisaukan apabila janji-janji tersebut
 tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan
 Islam.
 
 “Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak
 ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan
 Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan
 sekiranya mereka menang?
 
 “Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat
 membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara
 lantang menentang Akta 355.
 
 “Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan
 sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah
 orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut
 buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.
 
 Beliau berkata demikian mengulas janji Pakatan Harapan sekiranya
 membentuk kerajaan yang diumumkan semalam. Antara yang
 dijanjikan ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol,
 memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan
 memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.
 
 Gabungan itu turut berjanji untuk memerangi rasuah hingga ke akar
 umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB
 dan memulihkan FELDA.
 
 Apapun janji mereka Tuan Aminuddin berkata, beliau tidak dapat
 pastikan sekiranya ada terselit janji yang menyentuh soal Islam.
 
 Tetapi dari maklumat media sosial katanya, ia jelas ia tidak
 menampakkan agenda islamisasi PH.
 
 “Di kala Islam ditekan di sana sini oleh golongan Liberal, LGBT,
 Evangelist dan pelbagai lagi, ia seolah-olah tidak dilihat secara serius
 oleh PH. Perjuangan mereka hanya berlegar dari aspek maddi sedangkan
 aspek rohi dan pembinaan manusia seperti ditinggalkan,” katanya
 
 Oleh Siti Fatimah Ishak
 
 
 Sumber TKO - 22--2018
 
 
 Janji mansuh AUKU kerana rakyat sudah dewasa, kata Dr M. Zaman aku dulu rakyat bodoh...
 Posted on Wednesday, March 21 @ 14:14:50 UTC
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38730
 | 
No comments:
Post a Comment