BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 31, 2014

PAS DAN HALEHWAL PULAU PINANG



Kini kerajaan Pulau Pinang Meniru Kerajaan UMNO Cabut Bendera PAS
Posted on Sunday, March 26 @ 21:10:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34198



CM Lim Guan Eng dah mula Kecut Perut Bila Tengok Bendera PAS Di Parlimen Bagan, Pulau Pinang..

Operasi buang bendera PAS oleh kerajaan kuku-besi DAP ketika Mesyuarat Agung PAS kawasan Bagan sedang berlangsung....Inilah la sikap dan belang sebenar mereka....Dulu Kata Kat BN, nah sekarang mereka pulak...

p/s: Cuba bayangkan kalau bendera PAN diarah diturunkan di Kelantan, pasti khadam akan melompat hentam PAS itu dan ini. Tapi bila berlaku di Penang, parti isle PAN buat2 pekak bisu..

Ibnu Noor

Sumber TKO - 26-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azmin Bakal Rasai Sindirannya Terhadap Nik Abduh Dalam PRU-14 Nanti
Posted on Wednesday, March 22 @ 18:32:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34134



PULAU PINANG: Pas Kawasan Bagan mengingatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mana sindiran beliau terhadap Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan dirasai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Dewan Pemudanya dalam satu kenyataan berkata, Mohamed Azmin juga diingatkan supaya tidak terkejut sekiranya usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR akan turut dibahaskan dalam mesyuarat agung tahunan Pas di Selangor.

“Maaf Azmin, anda terlajak perahu. Akhir kata, siapa jolok sarang tebuan, dia rasa sengatnya,” katanya menerusi status terbaru laman sosial Facebook hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada sindiran Mohamed Azmin kepada Nik Abduh menerusi laman sosial beliau ekoran kekalahan Ketua Pemuda Pas berkenaan dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini.


Mohamed Azmin menerusi laman sosial Twitternya semalam menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

SumberTKO - 22-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS Permatang Pauh mahu putus hubungan dengan PKR
Posted on Sunday, March 19 @ 19:33:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34090


SEBERANG PERAI: Kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tersedia untuk pertembungan antara PAS dan PKR selepas parti Islam memutuskan semua kerjasama dengan parti reformasi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Yang dipertua PAS kawasan Omar Hassan hari ini mendakwa PKR cuba menjejaskan kedudukan PAS dalam kalangan pengundi Melayu-Islam di sana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau juga mendakwa PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama kerana mereka mengekalkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara untuk menyerang mereka.

“PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih memudaratkan apabila ahli PAS mengadu PKR meminta mereka keluar parti bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan, tambahnya.

“Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan PAS,” katanya.

Langkah memutuskan kerjasama dengan PKR diputuskan pada mesyuarat agung tahunan kawasan di Dewan Haji Yusof Rawa hari ini.

Parlimen Permatang Pauh dimenangi Anwar dan isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1982. Wan Azizah menduduki kerusi itu ketika Anwar dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan liwat dan tidak boleh memegang jawatan ahli Parlimen.

Wan Azizah kembali ke kerusi itu pada Mei 2015, selepas Anwar mengosongkan ia susulan hukuman penjara terbaharu.

Pada 10 Disember tahun lepas, anak mereka Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden parti, menyeru pimpinan PAS tempatan untuk menimbang semula hasrat bertanding kerusi itu pada PRU-14.

Beliau berkata mereka sepatutnya tumpu melawan BN dan bukannya mempertikaikan pengagihan kerusi dalam kalangan pembangkang serta menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Langkah terbaharu oleh PAS ini mungkin menyaksikan sama ada parti Islam itu beralih menyokong Umno atau mencabar PKR pada PRU-14 yang paling lewat perlu diadakan tahun depan.

Omar menuduh PKR gagal mempertahankan Islam di Pulau Pinang, mendakwa parti Anwar itu menurut kehendak DAP mencampuri urusan penfatwaan.

“Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan/ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama,” katanya.

Pada 31 Januari, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri mengarahkan semua fatwa melalui majlis mesyuarat kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum ia diluluskan sebagai undang-undang.

Di bawah undang-undang negeri, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang boleh mengeluarkan fatwa untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipersetujui, untuk kemudiannya diwartakan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004.


Mufti Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menafikan dakwaan itu, dan berkata keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan tidak boleh dicampuri ahli politik.

Sumber TKO - 19-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zairil Yang Bengong
Posted on Sunday, March 12 @ 12:48:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33974



Oleh Al-Faqir Ahmad Zaki Bin Osman

Usai membaca kenyataan YB Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera semalam mengenai PAS jelas menunjukkan bahawa beliau masih bingung dalam memahami apa sebenarnya perjuangan PAS dan Islam itu sendiri . Sebagai sebuah kawasan yang tinggal bersebelahan dengan Parlimen Bukit Bendera saya terarah untuk menjawab balas kebingungan YB Zairil ini .


1. Sejak dari penubuhan PAS, matlamatnya sudah jelas dalam perlembagaan di mana telah dinyatakan bahawa Dasar PAS adalah Islam . Maka bukanlah kemenangan pilihan raya yang dikejar semata-mata . Berlainan dengan pemahaman sempit YB Zairil yang menyatakan idealogi sesebuah parti politik hanya dapat ditegakkan dan diterjemah melalui pilihan raya semata-mata tetapi sesebuah parti politik yang hebat dan berjaya merupakan sebuah parti yang mampu memberi impak dalam dasar negara samada parti itu menjadi kerajaan atau pembangkang dengan mengenepikan kepentingan politik sendiri . Itulah yang sedang diperjuangkan PAS apabila PAS memperkenalkan serta mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera yang berbeza dengan politik persepsi dan keji yang sedang diamalkan di Malaysia.


2. YB Zairil perlu lihat kembali kronologi bagaimana tertubuhnya Pakatan Rakyat dan sebab terputusnya pakatan antara PAS dan DAP . Sudah lupakah YB Zairil akan perjanjian dalam pakatan adalah _agree to disagree_ dan PAS bebas membawa agenda Islamnya tetapi pada tahun 2014 dan seterusnya , sikap DAP yang anti-islam semakin ditonjolkan malah menentang habis-habisan Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang hendak dibentangkan kerajaan PAS di Kelantan. PAS pertahankan DAP ketika DAP kelihatan bersetuju dengan prinsip PAS , namun apabila DAP mula menunjukkan wajah sebenarnya yang anti-islam , tiada cara lain selain memutuskan hubungan dengan DAP. YB Zairil boleh melihat kenyataan-kenyataan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz apabila soal hudud dan negara islam ditimbulkan , beliau lantang memperjuangkan keduanya dan sanggup memutuskan pakatan dengan DAP sekiranya DAP menentang . Itulah prinsip kedua tokoh Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi yang tetap tidak berubah sehingga kini .

3. YB bukit bendera , Zairil Khir seterusnya berkata PAS adalah seperti jemaah Tabligh dan meminta PAS masuk tabligh jika benar hendak memperjuangkan redha Allah semata-mata. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang syumul , didalam menggapai redha Allah mestilah melaksanakan perintah Allah dimuka bumi ini sebagai seorang hamba yang diutuskan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Allah berfirman :

Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"
(Al-Baqarah:30)

Disebut oleh Imam al-Mawardi Rahimahullahdi dalam kitabnya, khalifah di muka bumi ini tugasnya ialah menegakkan agama dan mentadbir dunia dan bukan sahaja tertumpu kepada kewajipan solat, puasa , zakat dan sebagainya. Di dalam usaha meraih redha Allah, PAS mengambil jalan demokrasi bagi melaksanakan tuntutan kita sebagai khalifah untuk mentadbir dunia melalui penglibatan PAS dalam arena politik tanah air. Allah telah menyempurnakan agamaNya pada 1438 tahun dahulu, dan kita sebagai muslim wajib mengambil keseluruhan aspek kehidupan dari Fadhul Muslim sehingga ke Khilafah Islamiyyah sebgai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Allah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(Al-Baqarah:208)

Wahai YB Zairil, YB berkata bahawa PAS perlu melibatkan diri dengan jemaah tabligh sahaja jika hendak redha Allah, pada realitinya PAS bukan sahaja berada di arena politik sahaja malahan terlibat sama dalam pembentukan tarbiyyah dan dakwah yang bergerak melalui ‘tabligh’(menyampaikan) kepada semua lapisan masyarakat.

Jelas disini menunjukkan kebingungan YB Bukit Bendera terhadap dasar dan perjuangan PAS untuk meraih redha Allah , Perjuangan kami bermatlamatkan redha Allah dengan melaksanakan apa yang perintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

P/S : Sebagai seorang peminat bola yang tegar , pada akhir kalam ini saya ingin meminta YB Zairil supaya letakkan sahaja jawatan yang disandang sebagai Presiden FAP. Sudah-sudahlah dalam memberi alasan itu dan ini , menyalahkan orang lain atas kegagalan pasukan pulau pinang selama mana YB menyandang jawatan Presiden FAP . Prestasi buruk pasukan pulau pinang ini sudah bermula apabila selepas YB menjadi Presiden FAP . Maka daripada mengunakan masa YB untuk menukilkan mengenai parti politik lain , saya mengesyorkan YB untuk fokus pada prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang yang semakin lam semakin teruk dan tiada apa yang didengari melainkan hanya suara sumbang YB memberi alasan sahaja tanpa sebarang tindakan bernas..

Yang Benar
Al-Faqir Ahmad Zaki Bin Osman
Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjong 

Sumber TKO - 12-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Benar ! PAS Adalah Tabligh .
Posted on Sunday, March 12 @ 12:53:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33975

Oleh Ahmad Taufiq bin Saedon

Tabligh adalah sebahagian dari sifat Nabi Muhammad SAW . Maka Tabligh juga adalah sebahagian dari Tugas PAS yaitu menyampaikan yg Haq menafikan yg Batil .

Maka mana lebih baik ? PAS meneruskan usaha Tabligh seperti sifat Nabi atau terus bergelumang dengan keruntuhan Akhlak dan moral seperti bersuka2 dengan bukan mahram dalam tempat yang maksiat ?


Jangan pula selepas ini , ada yang mempersoalkan tentang hak kebebasan manusia untuk melakukan apa sahaja perkara yang dia suka tanpa panduan wahyu ?


Tindakan menyalahi wahyu inilah yg membenarkan bahawa kamu adalah kosong berkenaan bidang politik islam . Tambahan kefahaman mereka tentang Erti Kemenangan dalam perjuangan Islam . Bagi mereka matlamat perlu dicapai dengan menghalalkan apa cara sekalipun wahima belanggaran dengan tuntutan islam . Ini jelas , bukan cara berpolitik Islam
 .
Selain itu , kami Pemuda PAS memahami gendang2 PRU 14 kian bertalu . Tetapi usahlah memakai modal yang dah basi dengan menyifatkan PAS ingin bersama UMNO untuk meraih sokongan islam kepada kamu . Orang2 melayu islam tidak mundur di negara ini dan bukan pula buta .

Mereka baca tentang pandangan PAS berkaitan isu2 kepincangan Pemerintahan UMNO/BN di bawah Dato Seri Najib . Ternyata PAS bukan sahaja hanya membincangkan isu2 tersebut namun memberikan kaedah2 jalan penyelesaian . Inilah Budaya Politik Matang dan Sejahtera yg digagaskan oleh PAS .

Ringkas sahaja untuk penulisan ini . Akan tetapi , kenyataan ini terbuka dan mungkin kamu beranggapan ianya tidak ada kesan . Namun marilah sama2 kita melihat kesannya selepas PRU 14 ini . Umat Melayu Islam tidak sabar untuk menghukum Parti2 yang angkuh dan menolak Islam terutama di Negeri Pulau Pinang .

Sekian ,

*Ahmad Taufiq bin Saedon*
_Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan_
Sumberr TKO - 12-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Pulau Pinang Komited Bantu SPRM Cegah Rasuah

Oleh: Afnan Hamimi Taib Azamudden

Bagi merealisasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan oleh PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang dalam lawatan kerjanya ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) P. Pinang pada 28 Februari 2017 menyatakan komitmen untuk bersama-sama SPRM bagi mencegah perbuatan rasuah terutamanya dikalangan ahli politik.

Pertemuan lebih dua jam antara PAS P.Pinang bersama Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban di Ibu Pejabat SPRM P.Pinang itu banyak membincangkan mengenai perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dikalangan ahli politik terutamanya yang memegang jawatan di dalam badan awam. Selain taklimat mengenai rasuah daripada pihak SPRM, isu-isu semasa di Pulau Pinang yang berkaitan dengan unsur rasuah dan salah guna kuasa juga turut dibincangkan secara serius.

Ustaz Mohd Fauzi Yusoff selaku Pesuruhjaya PAS P.Pinang yang mengetuai delegasi PAS memberikan komitmen penuh untuk membantu SPRM bersama-sama membanteras dan mencegah perbuatan rasuah terutamanya daripada aspek kesedaran agama dan perundangan Islam. Selain Ust Mohd Fauzi, ahli delegasi daripada PAS yang turut hadir ialah Setiausaha PAS Negeri Sdr Iszuree Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Negeri Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Penerangan PAS Negeri Ust Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sdr Bukhari Ghazali dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS Negeri Ust Ahmad Jailani.

Diakhir pertemuan, Datuk Abd Aziz Aban merakamkam setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian PAS P.Pinang mengadakan kunjungan hormat dan menjalin hubungan dengan pihak SPRM. Beliau menyanjung tinggi sikap PAS P.Pinang yang menghormati SPRM sebagai institusi penguatkuasa yang bebas dan berintegriti disaat beberapa pihak lain dikalangan ahli politik yang mempunyai tanggapan sebaliknya terhadap SPRM.

Sumber BO - 1-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









Dari medan kitab ke medan ungu, ke Fastaqim 2.0 pula

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44443-dari-medan-kitab-ke-medan-ungu-ke-fastaqim-2-0-pula

KEPALA BATAS: Ketekunan mengikuti pengajian agama dan menadah kitab serta mengimarah rumah Allah seakan tidak bererti dan tidak sempurna andai syariat-Nya tetap terbeku tidak dimartabatkan dalam kehidupan dan sistem urus tadbir negara.

Atas keinsafan itulah ahli-ahli jamaah Surau al-Ghufron, Taman Kuala Bekah dan jamaah Balai Islam Kuala Muda, keduanya dari Dun Penaga telah membuktikan dokongan mereka kepada usaha berkaitan.

Komitmen itu dizahirkan dengan penyertaan melibatkan 540 ahli jamaah menggunakan 12 bas untuk hadir ke Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok pada 18 Februari lalu.

Walaupun terdapat dalam kalangan mereka itu yang uzur dan tua, namun kesungguhan itu bertujuan juga memberi rangsangan dan teladan kepada generasi yang ada berkaitan tanggungjawab terhadap agama.

Malah, mereka berikrar untuk turut serta ke Himpunan Fastaqim 2.0 yang bakal diadakan tidak lama lagi untuk terus menyuntik roh himpunan mega umat Islam negara ini sebagaimana himpunan-himpunan umat Islam di serata dunia.

Dengan keupayaan membangkit dan mengemblengkan kesedaran seperti itu, para jamaah mengakui bahawa ia menjadi penanda aras sebenar kesatuan anggota jamaah dalam mendokong usaha berkaitan kepentingan Islam.

Bahkan, ia petunjuk kepada pengajian hingga membuahkan kefahaman hingga dihayati dan diteruskan dengan tindakan sesuai dengan fitrah manusia yang terbina dengan roh, jasad jiwa dan akal.

Turut bersama dan meraikan kesungguhan anggota jamaah dari kedua-dua pihak ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Bukhari Ghazali. – HARAKAHDAILY 28/2/2017

Sumber HD - 28-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan Islam anjur forum hudud bersama PAS di P Pinang
Posted on Tuesday, February 14 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33595



GEORGE TOWN: Seorang individu akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud minggu depan bagi memupuk kefahaman dalam kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.

Dr Ronnie Ooi, seorang doktor bersara yang pernah berkhidmat di United Kingdom, akan menganjurkan forum “PAS menjelaskan hudud dan usul Hadi Awang serta maklum balas”.

Forum terbuka itu akan diadakan pada 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini.

Ahli panel termasuk exco Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabkan untuk menyelia pindaan kanun keseksaan Islam bersama Jabatan Peguam Negara dan ahli Parlimen lain.

“Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian.

“Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka. Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan.

“Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan,” kata Ooi pada sidang media di YMCA hari ini.

Turut hadir Jailani, Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang Amir Hamzah Abd Hashim dan timbalan, Abdul Rahim Kassim; dan peguam syariah dan sivil Khairul Kamal Razali.

Sementara itu, Jailani berkata peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk dirinya.

Beliau berkata banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.

“Kita tidak pernah ada peluang untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai rang undang-undang yang kami bentang di Parlimen.

“Rang undang-undang itu tidak membenarkan potong tangan atau rejam sampai mati. Rang undang-undang itu membenarkan mahkamah syariah mengenakan denda, penjara dan rotan.

“Undang-undang itu hanya boleh digunakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau,” kata Jailani.

PAS berusaha meningkatkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sedia ada, melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan sekali lagi apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.

Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/013-432-6592 (calls, SMS atau WhatsApp).

Sumber TKO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Pencerobohan Ke Atas Agama Islam Dan Kuasa Mutlak Yang Di-Pertuan Agong











Setelah meneliti jawapan yang dikemukakan oleh pihak ahli majlis mesyuarat kerajaan Dap Pulau Pinang yang telah disiarkan oleh sebuah portal pro Dap baru-baru ini. Ahli exco berkenaan telah membuat kenyataan yang membuktikan memang ada pencerobohan ke atas kuasa YDPA dan agama Islam dalam isu pemfatwaan di negeri Pulau Pinang.

Setelah Ketua Menteri yang bongkak dan anti Islam pula mengumumkan saman ke atas beberapa buah akhbar berkaitan isu pemfatwaan ini.

Setelah saya sendiri membuat siasatan terhadap kebenaran isu ini, saya mengharapkan agar pihak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamad Ke 5, mengambil tindakan dengan seberapa segera.

Satu pencerobohan besar telah dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang ke atas agama Islam dan kuasa mutlak YDPA kerana mencampuri urusan fatwa lebih-lebih lagi apabila ianya telah ditandatangani pihak YDPA. Ini adalah satu pencerobohan kuasa ke atas agama Islam yang tidak dapat dimaafkan.

Saya mendesak pihak YDPA atau pihak JAKIM agar menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja untuk menyiasat tentang pencerobohan yang sangat biadab ini. Dikhuatiri pencerobohan yang berleluasa telah berlaku sebelum ini ke atas semua fatwa-fatwa dari Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Saya menyatakan desakkan ini agar pencerobohan ini tidak terus dipolitikkan oleh pihak Dap yang terang-terangan biadab serta menceroboh urusan agama Islam yang merupakan kuasa mutlak YDPA seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga mencadangkan juga agar pihak YDPA atau JAKIM mengemukakan permohonan semakan dari sudut perundangan kepada Mahkamah Persekutuan bagi menamatkan putar belit yang sedang dimainkan oleh ketua menteri serta exco kerajaan Dap Pulau Pinang.

Semua cadangan dan pandangan yang saya kemukakan ini adalah untuk memastikan agar tiada pencerobohan ke atas agama Islam akan berlaku lagi selepas ini samada di negeri Pulau Pinang atau negeri-negeri Selat yang lain yang berada di bawah kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong selaku ketua agama Islam.

Sekian.

Wassalam.

MOHAMED HAFIZ MOHAMED NORDIN
-Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang.(GABUNGAN)
-Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang.(JMPP)
-Exco Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam(PEMBELA)
-Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Sumber BO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Guan Eng Interfered In Appointment Of Penang Mufti











Penang PAS Youth Afnan Hamimi Taib Azamudden has accused Lim Guan Eng of “political interference” in the appointment of the state mufti, and that the Penang chief minister had a hand in ensuring that the former state mufti’s contract was not renewed.

As reported by New Straits Times (NST), he said that Lim was responsible for the non-renewal of state mufti Datuk Seri Hassan Ahmad’s contract when it expired in June 2014.

According to the report, Afnan said Hassan’s contract was not renewed because the latter had objected to Lim’s orders that non-Muslims in Penang be allowed to use the word “Allah.”

The PAS leader said that Lim had issued a statement back in December 2014 allowing non-Muslim to use the word “Allah”, and that this violated Section 48 of the state Administration of the Religion of Islam Enactment 2004.

“It is said that after the issue, Lim had demanded that the fatwas (decree) be made known to the state executive council meeting first before being presented to the Yang di-Pertuan Agong.

“Hassan, who was the mufti then, objected to the order. Soon after that his contract was not renewed,” Afnan reportedly said.

Afnan, who was part of Penang’s state fatwa committee, said that the issue of political intervention by the state government had been raised in the past.

“Under any circumstances, the importance of Islam supersedes that of political importance. And, it is based on this principle that we feel we need to raise this issue,” he added.

Sumber BO - 5-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















Fatwa: Kenyataan campur tangan benar, bukan fitnah

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44139-fatwa-kenyataan-campur-tangan-benar-bukan-fitnah

KENYATAAN CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN ADALAH BENAR, BUKANNYA FITNAH

Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (sehingga Disember 2015), saya menegaskan bahawa dakwaan wujudnya campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah yang direka.

Hal campur tangan politik ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Salah seorang ahli mesyuarat yang hadir ketika itu ialah Sohibul Fadhilah Usyaz Haji Soid Mohd Amin (difahamkan sekarang beliau merupakan salah seorang AJK Parti Amanah Negara negeri Pulau Pinang). Selain beliau, ahli mesyuarat yang lain turut hadir mengikuti perbincangan tersebut.

Ketika PAS bersama dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang, isu ini juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ketika Tuan Haji Mohd Sabu menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Tuan Haji Mohd Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Mesyuarat bersetuju supaya Tuan Haji Mohd Sabu sendiri mewakili PAS bagi menyuarakan bantahan melalui saluran dalaman Pakatan Rakyat.

Perlu diingatkan semua pihak, dalam apa jua keadaan, kepentingan Islam hendaklah mengatasi kepentingan politik. Berasaskan prinsip inilah PAS Pulau Pinang mengambil tindakan membangkitkan isu campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan, untuk meletakkan institusi mulia seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri pada tempat yang sepatutnya dan bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.

Oleh itu, perlu difahami bahawa isu ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk memusuhi pihak berkuasa agama, atau pihak pentadbir kerajaan negeri, bahkan jauh sama sekali untuk bertentangan dengan pihak Mufti NegeriPulau Pinang atau para alim ulama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri PulauPinang sekarang.

Namun, jika pihak Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap berkeras mendakwa bahawa dakwaan ini adalah satu fitnah, beliau sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS Pulau Pinang.

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
2 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 2-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Respon Terhadap Kenyataan Yb Dato’ Abdul Malik Abul Kasim Bertajuk Melayu Dan Islam Terbela Di Pulau Pinang Bertarikh 27 Januari 2017
Posted on Monday, January 30 @ 18:40:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33400



PAS P.Pinang berpendirian bahawa apa yang disebutkan oleh Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika disoal wartawan mengenai pembelaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang mempunyai asas dan hujah tersendiri. PAS P.Pinang mempertahankan pandangan YB Presiden PAS tersebut berdasarkan hujah dan fakta berikut:-
1. ISU PERKAMPUNGAN WARISAN MELAYU P.PINANG

1.1 Ketika PAS masih bersama Pakatan Rakyat, satu Manifesto Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dipersetujui bersama antara PAS dengan DAP dan PKR, telah memutuskan untuk mewujudkan ‘Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu’ sebagai usaha memelihara kampung-kampung Melayu warisan yang telah sedia wujud seawal tahun 1700 masihi lagi. Antara contoh kampung Melayu warisan tersebut adalah seperti Kampung Batu Uban (1734) dan Tanjung Tokong (1786).

1.2 Namun, DAP dan PKR melalui kuasa di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang didapati tidak melaksanakan manifesto untuk mewujudkan ‘Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu’ ini. Berdasarkan maklumat yang direkodkan, terdapat 25 buah kampung warisan Melayu di P.Pinang yang terhapus sejak zaman pemerintahan BN hingga kini, akibat projek pembangunan. Jika DAP dan PKR bersungguh-sungguh mahu membela Melayu, sewajarnya dilaksanakan manifesto mengenai ‘Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu’ bagi mengelakkan terhapusnya perkampungan warisan Melayu akibat projek pembangunan.

2. TINDAKAN DWI STANDARD TERHADAP PENJAJA MELAYU DAN PENJAJA BUKAN MELAYU

2.1 Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan melayu dan bukan Melayu. Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan.

2.2 Sebagai contoh, penjaja Melayu yang berniaga dikawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram dirobohkan gerai perniagaan mereka berbanding dengan penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru (berhadapan Hotel Sunway), sekitar KOMTAR, Jalan Chulia dan gerai sekitar Kompleks MBPP di Sungai Ara Bayan Lepas tidak diambil tindakan yang sama walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama seperti penjaja Melayu yang diambil tindakan perobohan gerai. Bahkan, difahamkan terdapat dikalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman TEKUN.

2.3 Wakil PAS ketika masih berada di dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (sebelum dipecat pada bulan September 2014) pernah menyatakan bantahan terhadap tindakan dwi standard ini. Namun, bantahan tersebut disanggah oleh wakil DAP di dalam MBPP ketika itu dengan alasan bahawa penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah kumpulan yang cenderung kepada UMNO dan tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka. Bahkan wakil PAS tersebut pula dituduh sebagai rasis dan pro-UMNO semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan.

3. PROJEK TAMBAK LAUT UNTUK MEWUJUDKAN 3 BUAH PULAU DI TELUK KUMBAR, IMPLIKASI TERHADAP PENDUDUK MELAYU ISLAM

3.1 Langkah DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar bagi membiayai kos projek mega Penang Transportation Master Plan (PTMP) memberi implikasi negatif terhadap ribuan penduduk Melayu Islam yang sejak sekian lama menetap di kawasan berkenaan.

3.2 Projek ini akan memusnahkan ekologi pembiakan hidupan laut dan alam sekitar. Lebih kritikal, projek ini akan menghapuskan lubuk pembiakan ikan dan udang yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk Melayu Islam setempat. Tawaran pampasan yang diberikan pula difahamkan tidak setimpal, ibarat “kenyang sekali tetapi melarat bertahun-tahun”.

4. CAMPUR TANGAN TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI P.PINANG

4.1 Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri P.Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

4.2 Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato' Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

4.3 Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah 'dibekukan' oleh Kerajaan Negeri P.Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

5. TIDAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN PINDAAN AKTA 355

5.1 Berhubung usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri secara terang-terangan telah menghalang hak umat Islam dalam memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355. Tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah bagi membina Mahkamah Syariah hanya dilihat sekadar kosmetik sahaja sekiranya tidak memberi bidangkuasa yang sewajarnya kepada Mahkamah Syariah seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya kerajaan negeri menghormati dan memberikan hak kepada umat Islam bagi mengamalkan undang-undang syariah di negeri ini, kerajaan negeri harus bersedia menyokong bukan sahaja RUU Pindaan Akta 355, bahkan lebih dari itu kerajaan negeri mempunyai kuasa di dalam Dewan Undangan Negeri untuk mengubal suatu enakmen yang lebih lengkap sebagai mana yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan.

6. PROMOSI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL MELALUI PENANG INSTITUTE

6.1 DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut dibawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

6.2 Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, YB Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.
6.3 Dalam isu ini, sekali lagi DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri telah gagal menjaga kesucian agama Islam dan sengaja membiarkan fahaman Islam Liberal dipromosikan melalui lidah rasmi kerajaan serta lidah pimpinan mereka sendiri. Senario ini sangat membimbangkan kerana Buletin Mutiara bukan sahaja dibaca oleh masyarakat dewasa tetapi juga disebarkan kepada anak-anak di sekolah-sekolah termasuk di sekolah agama. Situasi ini bercanggah dengan usaha membenteras dan mengawal fahaman ini yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khariah Masjid dan Surau di seluruh negeri Pulau Pinang sekaligus menggambarkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak mengendahkan suara anak-anak khariah Masjid dan Surau yang membantah fahaman ini.

Oleh yang demikian, PAS P.Pinang berpendirian bahawa DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang tidak serius membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Bahkan, usaha-usaha yang dilakukan oleh DAP dan PKR untuk membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang, didapati masih berada di dalam kerangka pembangunan konvensional yang hanya memfokuskan aspek material semata-mata dan mengabaikan aspek pembinaan insan, spiritual dan ruhiyah.

Pembelaan Melayu dan Islam yang hanya difokuskan kepada aspek material ini sama seperti kaedah yang digunakan oleh BN, bersifat jangka pendek untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa, namun tidak akan dapat melahirkan rakyat dan negeri yang bertamadun.
Sekian, terima kasih.


 MUHAMMAD FAUZI YUSSOF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
2 Jamadil Awwal 1438H / 30 Januari 2017

SumberTKO - 30-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Faiz Subri: Ikon anak muda lakar sejarah antarabangsa

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43858-faiz-subri-ikon-anak-muda-lakar-sejarah-antarabangsa

KUALA LUMPUR: Penerima Anugerah Ikon Anak Muda sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 (Jaringan Gol Terbaik) yang berlangsung di Zurich.

Kejayaan itu membuktikan bahawa anak muda mampu menempa nama dalam membawa imej negara ke peringkat antarabangsa bahkan tekad serta azam yang baik pasti akan sentiasa diberikan ganjaran sewajarnya.

Dengan pencapaian tersebut, bakal menjadi dorongan kepada generasi belia agar memanfaatkan usia muda dengan aktiviti dan pekerjaan berkualiti kerana zaman muda akan mendorong kehidupan masa depan.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerajaan wajar tempatkan beliau sebagai tenaga pengajar di institusi sukan kebangsaan, supaya lahir lebih ramai 'Faiz Subri'.

Sumber HD - 1-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































Pemuda PAS berminat kerusi Parlimen Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43528-pemuda-pas-berminat-kerusi-parlimen-permatang-pauh

PERMATANG PAUH: Pemuda PAS berminat dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid mengulas 'minat' Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang.

Bahkan mungkin mempertimbangkan untuk mengganti kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini dan kerajaan BN yang sememangnya diketahui umum rosak teruk.

“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu dan kejayaannya tidak mustahil akan berulang kembali. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD  -9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini sebabnya kenapa kini banjir kilat melanda P. Pinang

ISZUREE IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43415-ini-sebabnya-kenapa-kini-banjir-kilat-melanda-p-pinang

TIADA BEZANYA ANTARA KERAJAAN BN SEBELUM 2008 DAN KERAJAAN DAP SELEPAS 2008 , SELERA PEMAJU DIUTAMAKAN MENJADI ANTARA PUNCA MUSIBAH BANJIR DI PULAU PINANG
(Gambar di atas menunjukkan Air terjun Pak Lah di Bayan Lepas yang semakin rosak alam sekitarnya hasil dari pembangunan yang melampau tanpa mengambil berat pemiliharaan Alam.)

MERUJUK kepada Sidang DUN P. Pinang baru-baru ini Adun DAP Bukit Berapit telah mengkritik Kerajaannya sendiri supaya menghentikan kerancakan pembangunan dan mencari jalan menyelesaikan masalah banjir yang kronik di P.Pinang.

Ia agak memualkan lagi apabila KM mengkritik dengan nada Sombong keatas Kerajaan Kelantan kononnya tidak tahu mengurus Negeri Kelantan semasa Banjir Besar 2015 lalu. Namun Allah Maha Berkuasa telah menurunkan limpahan hujan yang sama kepada Negeri P.Pinang baru-baru ini sejak bulan Oktober lalu yang mengakibatkan banyak Kawasan khususnya di George Town telah di tengelami air yang sepatutnya mustahil berlaku kerana kononnya kerajaan Pulau Pinang mendakwa mempunyai sistem pengawalan banjir yang paling efisyen dan efektif dalam mengurus Banjir di negara ini.

Jika di rujuk semula kepada Sidang Muktamar PAS September 2014 di Batu Pahat Johor yang gegak gempita sebaik selesai muktamar di media arus perdana dan Media Sosial isu pemecatan Ahli Majlis Perbandaran PAS setelah mengkritik cara kaedah Kerajaan Negeri (KN) yang kelihatan amat PRO PEMAJU dalam mengurus isu Kampung Kampung Warisan Melayu yang berdepan dengan perobohon dan tindakan Makamah oleh Pemaju keatas penduduk kampung .

Ini tidak selari dengan Janji Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat P.Pinang yang dinyatakan dalam manifestonya akan mempertahankan rakyat dan pembelaan kepada Kampung Kampung warisan sepertimana Kampung Buah Pala di Bukit Gelugur yang mendapat pembelaan Kerajaan Negeri.

Sebanyak 3 memorandum Lajnah Tanah PAS Negeri P.Pinang ketika 2013/2014 telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri namun ia di pandang sinis dan tidak acuh oleh Kerajaan Negeri tanpa apa-apa tindakan positif. Ini menyebabkan semua isi kandungan memorandum berkenaan digarap kembali dan dilontarkan kepada tatapan muktamirin dan perwakilan serta media demi untuk mendapat perhatian pimpinan PAS pusat serta rakyat Malaysia amnya berkaitan apa yang sedang berlaku di P.Pinang sepanjang PAS bersama Kerajaan Pakatan Rakyat di P.Pinang.

Setelah 2 tahun (2014-2016)  kritikan di Muktamar Batu Pahat berlalu Kenyataan yang ditegaskan iaitu "TIADA BEZANYA KERAJAAN BN SEBELUM 2008 DAN KERAJAAN DAP SELEPAS 2008" yang bersifat PRO PEMAJU AMAT JELAS DAN BERASAS KINI dan TERBUKTI BENAR sama sekali sehingga berlakunya kepupusan 25 kampung warisan Melayu yang disambung legasinya oleh Kerajaan DAP dari Kerajaan BN.

Projek Pembangunan yang tidak seimbang ini lebih kepada memenuhi tembolok pemaju di P.Pinang atas suatu agenda tersembunyi dalam menghakis kependudukan kaum Melayu Islam dalam pulau dengan memberi kelulusan pembinaan projek perumahan rumah mewah secara tidak langsung  telah menjurus kepada penyebab  punca banjir kilat yang membebani rakyat kebelakangan ini.

Ketidaklestarian perancangan dan keseimbangan pembangunan ini telah menyebabkan berlakunya penerokaan cerun bukit yang melampau bertambah buruk lagi apabila pembangunan ini tidak selari dengan peningkatan dan penambahan Saliran yang baru malah gagal  dinaik taraf saliran saliran sedia ada selari dengan kerancakan Pembangunan  yang mendadak.

Ini jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan Negeri merancang dengan baik ditambah  lagi dengan kegelojohan pemaju menjadi punca ketidakmampuan saliran menampung curahan hujan yang melampau yang tidak dijangka oleh Kerajaan Negeri  adalah kesan yang membawa kepada banjir kilat berlumpur setelah dengan rakus bukit dan alam sekitar diancam.

Sebagai contoh kita boleh lihat apa yang telah berlaku kepada air terjun Pak Lah di Bayan lepas yang rosak disebabkan pembangunan yang tidak mengambil kira faktor pemeliharaan Alam Sekitar.

Keadaan Ini menunjukkan kerajaan gagal memberi keutamaan dan fokus kepada faktor Penjagaan Alam Sekitar (seperti yang sering kali disuarakan kebimbangan oleh beberapa Ngo seperti CAP, Sahabat Alam Malaysia dan Ngo Teroka), pembangunan Saliran dan perparitan dan terlalu galak memberi fokus kepada kelulusan projek yang menguntungkan KN melalui fee caj- embangunan yang telah dinaikkan dan dikenakan kepada Pemaju sebagai sumber Pendapatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri .

Perancangan dan kelulusan PBT keatas sesuatu projek kelihatan tidak selari dengan realiti ditapak projek apabila garis panduan PBT yang ditetapkan keatas sesuatu  projek yang gagal dipatuhi oleh pemaju menyebabkan ia menjadi tekanan kepada PBT yang menimbulkan satu pesepsi ketidakcekapan Pemantuan dan penguatkuasaan Garis Panduan Pembangunan oleh jabatan jabatan seperti Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancang PBT disebabkan adanya campurtangan KN atas desakan pemaju.

Sebagai contoh seperti yang berlaku kepada Bukit Gambir yang digondolkan sejak 2011/2012 dibiarkan berlaku hasil pengaruh akrabnya pemaju dengan Kerajaan Negeri sehingga terbatasnya kuasa PBT untuk mengambil tindakan diperingkat awal untuk mengawal pengondolan dan tarahan bukit berkenaan yang jelas kelihatan dari Jambatan Pulau Pinang, walaupun PBT telah mengetahui aktiviti aktiviti pengondolan sedang berlaku lebih awal.

Kelemahan Penguatkuasaan ini memberi indikasi bahawasanya yang merancang adalah Pemaju bukannya PBT dan Kerajaan Negeri.

One stop center @ OSC dalam PBT adalah Jawatan kuasa berautoriti yang sepatutnya membuat  kelulusan berpandukan garis panduan yang diperuntukan kepada PBT. Namun adakalanya PBT perlu melutut atas desakan Ketua KN.

Pernah suatu ketika pada pertengahan 2014 telah menjadi perbalahan antara Ahli Majlis OSC dari 2 buah parti sehingga mengakibatkan Ketua Whip yang menentang projek yang tidak mengikut garis panduan plot ratios Jabatan Perancang PBT telah digantung dari menjadi anggota Ahli mesyuarat OSC oleh Ketua Kerajaan Negeri di era sebelum Ahli Majlis PAS dipecat pada hujung 2014.

Ini memperlihatkan terlalu jelas Kerajaan Negeri cuba memenuhi selera kepada PEMAJU walaupun plot ratios yang dicadangkan oleh Ahli Majlis Pro Pemaju adalah tidak mengikut garis panduan perancang PBT malah lebih tinggi iaitu 1:7 berbanding dengan Plot Ratio Jabatan Perancang PBT yang sah adalah 1:5.

Jika projek ini diluluskan akan menyebabkan densiti (kepadatan penduduk) bertambah keterlaluan yang akan menyebabkan kesesakan yang tinggi disekitar perumahan berkenaan. Manakala situasi ini pula memberi keuntungan kepada pemaju yang amat lumayan disebabkan bertambahnya plot ratio (1:7 berbanding syarat perancang PBT 1:5) bermakna bertambahlah unit rumah kondo dapat dibina dan di jual diatas struktur bangunan yang sama yang memerlukan tambahan tingkat atau dikecilkan setiap unit rumah supaya jumlah bilangan unit ditambah dari syarat plot ratio yang asal.

Dalam Tahun 2013-2014 berlaku aduan kepada saya sebagai Ahli Majlis yang memantau di Dun N38 Bayan lepas oleh penduduk Awam dan JKKK berkaitan banjir kilat berlumpur yang telah mengakibatkan lumpur melimpah ke laluan jalan raya dan rumah di Kampung Bukit Bayan Lepas.

Kedua-dua Projek flat berkenaan yang salah satunya Projek JKP dan satu lagi adalah projek Kroni KN telah menyebabkan berlaku tarahan bukit dan terdedah kepada limpahan hujan mengakibatkan bencana tersebut berlaku. Pasukan Jabatan Kejuruteraan PBT telah turun padang bersama saya untuk meninjau 2 projek berkenaan dan kedua-duanya menjadi punca banjir lumpur.

Kedua-dua projek ini tidak mengikut garis panduan Jabatan Kejuteraan PBT (Gagal menyediakan Retention Pond yang menepati garis panduan) telah menyebabkan saya mencadangkan kepada jabatan supaya mengeluarkan Pengarahan Notis pemberhentian kerja @ STOP WORK ORDER NOTICE sehingga mereka memperbaiki masalah mengikut syarat garipanduan Jabatan Kejuruteraan PBT dalam tempoh 14 hari .

Saya dimaklumkan  projek yang mana pemajunya adalah rapat dengan Kerajaan Negeri memberi tekanan kepada jabatan supaya notis berkenaan ditarik balik dengan segera. Walaupun saya menentangnya sebab masih tidak diperbetulkan masalah Retention Pond yang tidak menepati garis panduan kelulusan jabatan. Akhirnya Setiausaha PBT terpaksa akur dengan tekanan Kerajaan Negeri untuk menaribalik notis berkenaan sedangkan projek JKP yang dibawah kerajaan pusat kekal dengan penguatkuasaan notis berkenaan.

Di sinilah didapati Penguatkuasaan garis panduan jabatan kejuruteraan dan perancangan PBT tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan telus. Malah saya dimaklumkan kini 2016 keadaan peguatkuasaan garis panduan seumpama pemberian notis berhenti kerja terpaksa dibuat sebagai syarat semata-mata memenuhi keperluan jabatan dan pada esoknya digesa ditarik balik sedangkan masalah yang timbul masih tidak menepati syarat kelulusan hasil tekanan dari pihak Pemaju dan Kerajaan Negeri.

Kuasa Penguatkuasaan bertambah tercabar apabila JKKK mengadu projek yang mempunyai hubungan dapat dengan Kerajaan Negeri ini dengan besar kepalanya melanjutkan kerja-kerja pembinaan sehingga 3-4 pagi melebihi syarat sehingga 10 malam sahaja sewaktu bulan Ramadan 2013. Ini menunjukkan Pemaju tidak mengendahkan  Garis panduan dan syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan oleh PBT ketika itu sebaliknya hubungan intim dengan pihak Kerajaan Negeri membolehkan mereka mengabaikan segala penguatkuasaan oleh PBT

Keutamaan yang paling utama kepada pemaju dalam semua pembangunan projek adalah KEUNTUNGAN . Dalam memastikan keuntungan dijamin maka fokus utama oleh pemaju adalah projek perlu disiapkan mengikut jadual dan ia adalah satu Keutamaan,  manakala penyediaan saliran dan perparitan yang dapat menampung curahan melampau hujan tidak diberi fokus dan penekanan serta keutamaan oleh PBT dan Kerajaan Negeri, inilah punca yang menyebabkan sebahagian dari punca besar kepada banjir. Malah saliran yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik dan berkala sehinggakan lambakan pasir dan tanah dibawa oleh arus air dari bukit yang ditarah menjadi mendapan mengakibatkan longkang dan saliran menjadi singkat dan tidak dalam mengakibatkan limpahan air bila hujan melampau.

Pendek kata pembangunan di Pulau Pinang ini lebih menjurus kepada keutamaan projek perlu lulus segera serta disiapkan segera manakala keuntungan yang di maksimakan oleh pemaju kemudiannya dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan PBT dan Kerajaan Negeri melalui fee caj pembangunan kelulusan projek yang bernilai jutaan ringgit dengan mengadaikan faktor alam sekitar khususnya tarahan bukit dan tambakan laut.

Yang mendapat musibah akhirnya adalah rakyat terpaksa berdepan dengan bencana banjir lumpur kesan dari kegelojohan pemaju dan kerajaan kapitalis P.Pinang. – HARAKAHDAILY 30/11/2016

Penulis ialah Pengerusi Sektor Peneroka Bandar Lajnah Tanah PAS Pusat merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang

Sumber HD - 30-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Pemuda PAS mahu Pulau Pinang segera atasi banjir

AHMAD SAFUAN UJAR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43148-pemuda-pas-mahu-pulau-pinang-segera-atasi-banjir

Allah berfirman, maksudnya: Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Surah Ar-Rum: ayat 41)

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) mengingatkan kerajaan negeri untuk tidak mengamalkan sikap tuding menuding dalam menangani isu banjir yang semakin kerap terjadi sejak akhir-akhir ini.

Sebaliknya kerajaan negeri harus bertanggungjawab secara langsung memandangkan kejadian banjir yang berlaku adalah kesan langsung daripada aktiviti pembangunan yang rakus di lereng-lereng bukit dan di kawasan penambakan laut.

Lebih malang lagi, projek-projek tersebut bukanlah dilaksanakan untuk menjawab keperluan sebenar penduduk negeri sebaliknya hanya bagi menenuhi kehendak pasaran hartanah mewah.
Umpamanya projek apartmen mewah di kawasan Teluk Kumbar telah memusnahkan sebahagian bukit di situ hingga banjir kerap terjadi sedangkan sebahagian besar unit-unit rumah tersebut masih kosong tidak berpenghuni.

Namun, natijah daripada kerosakan alam sekitar yang berlaku turut sama menjejaskan kehidupan segenap lapisan rakyat termasuk penduduk luar bandar yang rata-rata berpendapatan rendah.

Sebenarnya siri kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bukanlah semata-mata kerana hujan lebat sahaja.

Sebaliknya faktor utama kejadian banjir yang kerap adalah kerana aktiviti pembangunan yang tidak terkawal di kawasan tanah tinggi yang menyebabkan air hujan mengalir dalam kadar isipadu yang tinggi turun deras ke kawasan tanah rendah akibat ketiadaan pokok-pokok kayu sebagai penampan.

Contohnya kawasan seperti di Batu Maung yang dahulu hanya mengalami banjir sekali sahaja dalam tempoh 5 ke 10 tahun, kini berdepan kejadian banjir sekerap 3 ke 4 kali dalam masa 2 minggu sahaja.

Tidak cukup dengan itu, air yang mengalir turut membawa bersama tanah lumpur ke kawasan kediaman penduduk khasnya di kampung tradisi.

Keadaan sistem saliran yang sempit ditambah pula dengan faktor aktiviti penambakan laut telah memburukkan lagi kejadian banjir di kawasan terjejas.

Keadaan air banjir yang berlumpur ibarat 'warna teh tarik' bukan sahaja jelas kelihatan di kawasan penempatan penduduk malah turut mewarnai air di muara sungai dan pinggir pantai.

Ini jelas menunjukan betapa bukit bukau di negeri ini telah begitu teruk digondolkan sehingga menjejaskan sistem aliran air semula jadi dan akhirnya mengakibatkan pemendakan tanah lumpur di dalam sungai dan laut.

Kesan lanjut daripada hal terbabit adalah kemusnahan habitat hidupan laut yang pastikan akan menjejaskan aktiviti para nelayan pantai.

Selain itu, penggondolan bukit juga telah mendedahkan rakyat kepada risiko tanah runtuh seperti di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Paya Terubong, Relau, Batu Feringgi, Mount Erskine, Teluk Bahang dan Balik Pulau.

Kesemua kejadian malang yang telah disebutkan menjadi bukti nyata bahawa kerajaan negeri gagal dalam memastikan pembangunan lestari dan mampan diamalkan di negeri ini.

Sebaliknya kerajaan negeri pimpinan DAP sibuk mengkritik hal ehwal negeri lain ibarat kata 'kuman seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak'.

Justeru itu, DPPNPP sekali lagi menyeru kerajaan negeri untuk menghentikan dengan segera segala projek pembangunan di lereng bukit dan juga aktiviti penambakan laut kerana telah merugikan penduduk negeri ini.

Sebaliknya kerajaan negeri harus mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir termasuk berganding bahu dengan pihak berwajib untuk memperbaiki sistem saliran dan perparitan termasuk sistem tebatan banjir.

DPPNPP juga menggesa agar tabung bencana khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan para pemaju yang terlibat harus bertanggungjawab untuk membayar pampasan dan ganti rugi kemusnahan harta benda kepada para penduduk terlibat.

Sudah cukuplah rakyat biasa yang langsung tidak mendapat manfaat daripada aktiviti pembangunan hartanah mewah di lereng bukit menjadi mangsa banjir setiap kali hujan lebat turun. - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. 

Sumber HD -9-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























PAS Tasek Gelugor ziarah keluarga Mohd Shukri Saad

SALMIYAH HARUN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/42999-pas-tasek-gelugor-ziarah-keluarga-mohd-shukri-saad

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Tasek Gelugor berkesempatan menziarahi keluarga Mohd Shukri Saad di Kampung Lahar Yooi, yang dikhuatiri lemas selepas terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi selasa 25 Oktober 2016.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor Rizal Hafiz Ruslan rombongan mereka tiba disambut mesra oleh keluarga tersebut serta sempat berbual ringkas mengenai keadaan keluarga serta ibu Mohd Shukri, Makteh Bibah.

Makteh Bibah merupakan seorang wanita yang sungguh tabah, memperkenalkan kami kepada ahli-ahli keluarga yang datang menziarahi pada pagi ini.

"Pihak kami berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar urusan keluarga ini dipermudahkan.

"Pihak kami juga mengucapkan rasa penghargaan kepada para penyumbang serta semua pihak yang turut sama mendoakan kesejahteraan agar keluarga Mohd Shukri diberi kekuatan di dalam menghadapi suasana yang amat mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan dengan itu juga, beliau memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh melukai hati kaum keluarga Mohd Shukri, serta menimbulkan keresahan orang ramai secara umumnya.

Pada 27 Oktober lalu, kejadian disedari kira-kira jam 8.30 pagi selepas penemuan sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta sebuah telefon bimbit di 11.3km di jambatan berkenaan.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Sukri Saad, 38, dikatakan memandu motosikal dan meninggalkannya di lokasi berkenaan bersama telefon bimbit, sebelum menghilangkan diri. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Harap DSWA undi sokong RUU pindaan Akta 355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42777-harap-dswa-undi-sokong-ruu-pindaan-akta-355

TANGGUNGJAWAB agar berlakunya pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 kini terpikul atas kesediaan seluruh Ahli Parlimen Malaysia yang akan bersidang mulai 17 Oktober depan.

Ia telah jadi impian umat Muslim di negara ini di mana telah menunjukkan harapan tinggi dan kebersamaan agar berdaulatnya perundangan syariah yang akan menangani dan menyelesaikan isu-isu meruncing berkaitan orang Islam dengan penuh keadilan.

Malah, selaras transformasi semasa, ia akan memberikan kuasa kepada Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal atau meminda enakmen berkaitan yang akan memartabatkan Mahkamah Syariah bagi menjalankan fungsinya selaras hukum syarak.

Maka kami juga telah menggerakkan kesedaran dan dokongan penduduk khususnya dalam Parlimen Permatang Pauh yang kemudiannya telah dipanjangkan memorandum sokongan kepada Ahli Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pertemuan kelmarin.

Pun begitu, Datuk Seri Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia tidak menunjukkan kesungguhan beliau untuk bersama dalam menyokong pindaan tersebut. Sebaliknya menyatakan bahawa usul pindaan itu banyak kelompongan selain membangkitkan RUU Akta 355 itu bukan hukum hudud.

Namun demikian, mewakili hasrat penduduk, kami tetap memberi harapan agar Datuk Seri Wan Azizah melakukan pertimbangan sebaiknya agar pindaan pada akta berkenaan dapat berlaku demi kepentingan Islam dan umatnya di negara ini.

Malah, ia sekali gus menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang terlebih dahulu telah menyatakan sokongan penuh kepada inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Kami menyeru, marilah diketepikan sebarang khilaf ke atas cita-cita murni ini. Mandat diberikan pengundi ini adalah taklifan yang akan diperhitungkan Allah dihadapan-Nya kelak. Tunaikan satu undi untuk RUU Pindaan Akta 355 adalah dari Permatang Pauh.

IR AHMAD RAFAEI DATUK IR ABDUL RASHID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh – HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































PAS P Pinang bersiap sedia walau PRN tidak berlaku

SALMIYAH HARUN | .

                                                                                                                 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42036-pas-p-pinang-bersiap-sedia-walau-prn-tidak-berlaku                                                                                                                                                                                                                                                                                                      KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pilihan raya negeri (PRN) atau sebaliknya dengan segenap kekuatan yang ada.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohd Fauzi Yusof, walaupun pilihan raya negeri tidak berlaku kerana  DAP gagal mendapat persetujuan sekutunya PKR, namun PAS tidak memandang ringan terhadap usaha DAP dan sekutunya itu yang dilihat masih lagi berminat ke arah itu.

"Apa yang kita perhatikan daripada isu pilihan raya negeri yang berlaku ialah kegelabahan Lim Guan Eng dan pemimpin DAP yang terlebih dahulu menghebahkan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan segera sehingga membelakangkan sekutunya di dalam Pakatan Harapan," katanya kepada Harakahdaily.

Tegas beliau ketika dihubungi, sikap tidak setiakawan Lim Guan Eng dan DAP telah dialami oleh PAS sebelum ini, akhirnya kini dirasai sendiri pula oleh sekutunya, PKR.

Bagi PAS Pulau Pinang, kata beliau gerak kerja pilihan raya perlu dipertingkatkan lebih-lebih lagi komitmen ahli-ahli PAS bagi memenuhi pra-syarat kemenangan itu nanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu kerana rakan sekutunya PKR tidak bersetuju dengan cadangannya tersebut.

Sebelum itu, PKR menyatakan rasa belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan. - HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 2-8-2016                                                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                        
Hadi bukan cakap kosong - PJ PAS Pulau Pinang                                   
Posted on Tuesday, July 26 @ 16:43:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31140



GEORGETOWN - “Walaupun kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu nampak seperti berseloroh, tetapi saya percaya, Pas masih ada kekuatan di Pulau Pinang.

Selorohnya itu bukan seloroh kosong, oleh itu, kita tetap ambil berat tentang isu Pilihan Raya Negeri (PRN) ini,” kata Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Fauzi Yusoff susulan kenyataan presiden pas yang mahu letakkan calon jika PRN Pulau Pinang di adakan mengejut di negeri itu..

Menurutnya, Pas Pulau Pinang kini bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berhubung PRN di Pulau Pinang yang semakin hangat diperkatakan dan pihaknya sudah mempunyai senarai pendek calon selain kawasan yang akan bertanding.

Sambil mengakui PRN bukan satu perkara mudah, beliau berkata, Pas negeri akan memberi saingan kepada semua pihak bagi memenangi seberapa banyak kerusi yang dipertandingkan.

“Kita sudah bersedia dengan perkara asas pilihan raya malah saya sudah membawa maklumat tentang persediaan ini ke peringkat Pusat. Kita juga sudah ada senarai pendek calon malah sudah meninjau kawasan mana yang hendak bertanding. Ahli Pas di negeri ini ramai yang layak (untuk bertanding). Sampai masa, kita akan turun padang, lawan habis-habisan. Kita tidak kira siapa musuh kita, yang penting, semangat bertanding.

“Walau bagaimanapun, pendirian Pulau Pinang sama seperti Pusat. Kita tidak yakin akan ada PRN kerana ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan berikutan ia  melibatkan banyak perkara antaranya pembahagian kerusi. Tambahan pula, persetujuan tidak ada Pakatan Harapan, PKR tidak setuju, Amanah pula tidak dipanggil untuk berbincang. Di sini, saya lihat DAP lupa mereka ada rakan dalam pakatan” katanya ketika dihubungi semalam.

Diminta untuk mengulas alasan yang diberikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi mengadakan PRN tergempar, Mohammad Fauzi berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan Guan Eng terhadap pentadbiran kerajaan negeri jika beliau dipenjarakan.

“Kenapa nak bimbang? Dia bukan mentadbir kerajaan negeri sendirian, dia ada barisan Exco dan Adun. Jika dia tidak ada, dia ada dua timbalan. Jika masalah peribadi, saya tidak nampak ia akan menggugat pentadbiran kerajaan negeri. Bagi saya, motif DAP untuk adakan PRN masih kabur. Saya tidak nampak apa yang dia buat ini untuk kepentingan rakyat. Mungkin juga untuk kepentingan peribadi atau keluarga, itu tidak dapat dipastikan.

“Hanya Guan Eng dan DAP sahaja yang tahu. Saya pasti, mesti ada alasan lain. Isu PRN ini timbul selepas isu rasuah Guan Eng. Setiap yang dia buat, mesti ada tujuan. Mungkin ia juga salah satu untuk meraih simpati rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada Amanah akan memberi saingan sengit, Mohammad Fauzi berkata, semua parti dilihat bakal memberi saingan sengit kepada Pas negeri.

“Bagi kita di negeri ini, siapa saja kita lawan. Tidak kiralah Amanah, DAP atau BN. BN yang besar pun kita lawan, takkan parti lain kita nak gelabah? Kalah menang biasa lah, adat bertanding. Yang penting, kita lawan. Ini bukan masalah luar biasa. Semua orang pernah lalui perkara sama ,"katanya.

Kelmarin, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, parti Islam itu tidak yakin kerajaan negeri yang dipimpin DAP akan mengadakan PRN mengejut di negeri ini.

Menurutnya, berdasarkan analisis dan maklumat, PRN tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan pakatan. - SH                                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 26-7-2016

 --------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 PAS Tidak Yakin Pilihan Raya Tergempar Pulau Pinang
Posted on Monday, July 25 @ 21:35:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31136                                                                  
PAS tidak yakin kerajaan DAP akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, kata Pengarah Pilihan Raya parti itu Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata berdasarkan analisis dan maklumat, pilihan raya negeri (PRN) tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.


“Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat (sepakat) untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan.
“Lagi pun, cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri dibuat selepas kes (dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri) Lim Guan Eng,” katanya pada sidang berita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu pada Ahad.

Namun, katanya PAS bersedia menghadapi pilihan raya itu sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang menghadiri sidang berita berkenaan, berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.
“Tetapi, jika benar PRN diadakan dalam masa terdekat, jentera Pemuda sentiasa bersedia menghadapinya,” katanya.
Pada Sabtu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri ini.                                                                             Video                                                                                               https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2JWZY4etosc                                                                               
“Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya,” katanya.
Rabu lepas, Lim berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 25-7-2016                                                                                                                  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1. - AIDC News                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       PAS Doubts Snap Polls Will Happen

PAS says it doubts that snap elections will be called in Penang.
PAS election director Datuk Mustafa Ali (pic) said that according to the party’s observations, no consensus had been reached within Pakatan Harapan concerning the issue.
“Although the snap polls proposal is being widely publicised, we doubt it will happen.
“Nevertheless, PAS is ever ready to face the polls if it is held. But for now we have to wait and see,” he told a press conference at the state PAS Hari Raya open house in Pongsu Seribu on Sunday.
Mustafa claimed that the proposed state elections was due to Chief Minister Lim Guan Eng being charged.
“We had not heard about any snap polls prior to this. After Lim was charged with graft in court, the proposal came about,” he said. -thestaronline                                                                                                                                       Sumber BO - 24-7-2016                                                                                                       
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































PAS yakin pembubaran Dun P. Pinang tidak berlaku

IZWAN ABDUL HALIM Foto ZAIN AZRAI ABD GHANI | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41957-pas-yakin-pembubaran-dun-p-pinang-tidak-berlaku                                                                                                                                                                                                                                                                                     KEPALA BATAS: PAS yakin Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang tidak akan diadakan, namun tetap bersiap menghadapinya jika berlaku pembubaran Dun.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, keyakinan itu setelah mendapat maklumat dan berdasarkan analisis semasa yang berlaku.

Antaranya ujar beliau, pimpinan DAP tidak sepakat untuk menghadapinya, malah pimpinan Pakatan Harapan juga begitu.

"Desas desus agak kuat, tetapi saya tidak yakin iaa akan diadakan. Nampak Ketua Menteri pun berubah-ubah kenyataan dia. Namun PAS bersedia menghadapi kemungkinan (pembubaran).

"Semua pihak membincangkannya, tetapi tiada yang dimuktamadkan. Perkara ini timbul kerana kes dihadapi Guan Eng. Saya kata begini kerana sebelum ini memang tidak timbul (cadangan PRN)," ujarnya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, hari ini.

Ditanya persiapan dan pencalonan dari PAS seandainya berlaku PRN, Mustafa berkata, semuanya siap sebaik pembubaran diisytiharkan, namun tetap yakin ia tidak berlaku.

Ditanya mengenai tahaluf beliau menegaskan, PAS berpegang dengan keputusan Majlis Syura Ulamak bahawa parti itu masih mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Untuk hubungan seterusnya lihat keadaan. Tetapi soal hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan itu tidak berbangkit. Namun seperti kata Tok Guru Presiden, PAS terbuka kepada mana-mana pihak yang sedia hormati dasar PAS.

"Parti baharu ni tak kan saya nak buat kenyataan lebih dari Tun Dr Mahathir sebut? Jadi, kita tunggu dan lihat. Keputusan kita, kita lawan Umno, ini tiada kompromi, tiada tahaluf siyasi.

"Kalau ta'awun itu lain. Misalnya kerjasama dalam kerajaan untuk kepentingan rakyat, bantu rakyat, itu lain," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, pihaknya bersedia menghadapi PRN biarpun diadakan pada bila-bila masa.

Menurutnya, pihak beliau berpendirian bahawa PRN itu hendak segera diadakan segera semata-mata untuk kepentingan DAP dan bukannya rakyat.

"DAP dah sama macam Umno. Melihat kepentingan parti dia, bukan untuk rakyat. Dia nak buat pilihan raya masa dia rasa boleh menang," tempelaknya. – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                        Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS To Contest More Seats If Penang Calls For Snap Polls                                                                      

PAS is planning to contest more state seats in Penang if snap polls are held.
Its state commissioner Muhammad Fauzi Yusof (pic) said the party was getting feedback from members on the new seats where it had good chances of victory.
“We contested six state seats in the last general election including one on the island.
“This time, we are eyeing more seats. We are identifying the constituencies. It’s premature to name the seats now,” he said.
In the last general election, PAS only won in Permatang Pasir on the mainland, which has been its bastion since 1990s.
The party lost in Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua and Sungai Acheh on the mainland and the Bayan Lepas seat on the island.
It also lost both the two parliamentary seats it contested – Kepala Batas and Tasek Gelugor.
Muhammad Fauzi said there was no compelling reason for the DAP-led state government to call for snap elections.
“It’s a waste of money. The party wants to call snap polls because its leader is facing corruption charges,” he claimed.
He said the party no longer had any ties with DAP while its relationship with PKR was just lukewarm.
Of the 40 state seats in Penang, DAP holds 19 seats, PKR (10), Barisan Nasional (10) and PAS (one).thestaronline                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber BO - 21-7-2016                                                                                                                     ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                Kenyataan Media Pas Pulau Pinang Berhubung Pendakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Oleh SPRM

Posted on Thursday, June 30 @ 20:06:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30825



1. PAS P.Pinang tetap berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, sama seperti penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS sebelum ini. PAS P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak khasnya rakyat negeri P.Pinang dan kaum keluarga Ketua Menteri P.Pinang supaya bertenang dalam menghadapi situasi begini. Tiada apa yang perlu digusarkan sekiranya benar Ketua Menteri P.Pinang tidak bersalah. Beliau perlu diberi hak untuk tampil membela diri menjelaskan kepada mahkamah berhubung isu yang menyentuh integritinya sebagai pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


2. Sekalipun Lim Guan Eng dan sekutunya sering menyerang PAS dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, namun PAS tetap bertindak selaras dengan ajaran al-Qur'an supaya berlaku adil dengan semua pihak termasuk musuh. Islam mengajar bahawa sebelum penghakiman dibuat, maka seseorang itu masih tidak bersalah.

3. PAS P.Pinang juga meneliti beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan pembangkang yang menyatakan bahawa isu ini adalah pendakwaan terpilih oleh pihak SPRM. Perlu diingatkan bahawa kuasa pendakwaan bukanlah kuasa SPRM, sebaliknya ia adalah kuasa pihak Peguam Negara (AG). Kepercayaan perlu diberi kepada SPRM yang menjalankan tugas untuk menyiasat dan mengemukakan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara, samada dalam isu Lim Guan Eng ini mahupun isu 1MDB sebelum ini. Oleh itu, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada SPRM, sama seperti pendirian pembangkang yang pernah menyokong SPRM ketika berhadapan dengan isu pertukaran pegawai tinggi SPRM dalam kes siasatan skandal 1MDB tahun lalu. Jika sokongan kepada SPRM atau agensi-agensi penguatkuasa yang lain hanya diberikan ketika keadaan yang menguntungkan politik sesetengah pihak, maka jelaslah sokongan itu hanya bertujuan mengaut keuntungan politik murahan semata-mata, bukannya berdiri atas prinsip kebenaran. Pendirian yang tidak berprinsip seperti ini wajar ditolak.

4. Bagi meningkatkan keyakinan parti-parti politik dan rakyat terhadap proses pendakwaan, pihak Peguam Negara juga harus bertindak terhadap kertas-kertas siasatan isu-isu korupsi nasional melibatkan pemimpin-pemimpin negara. Jika wujud prima facie (beban membuktikan) terhadap kertas siasatan tersebut, Peguam Negara bertanggungjawab untuk mendakwa individu berkenaan di mahkamah. Sebaliknya jika kes tersebut didiamkan, maka bersedialah untuk didakwa di mahkamah Allah SWT kelak.

Sekian, terima kasih.

MOHD FAUZI YUSOF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
25 Ramadhan 1437H / 30 Jun 2016

Sumber TKO - 30-6-2016













































Guan Eng disaran bercuti hingga siasatan selesai













































HARAKAHDAILY | .


MERUJUK kepada isu pembelian sebuah rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan dibeli di bawah harga pasaran, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berpandangan bahawa Lim Guan Eng perlu bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri sehingga pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasatan.

Tindakan bercuti ini perlu bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak berwajib.

DPPNPP turut menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Lim Guan Eng adalah tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah.

Pendirian beliau ini disifatkan sebagai berjiwa besar kerana mengambil pendirian mempertahankan seseorang yang belum diputuskan bersalah walaupun bersikap memusuhi PAS.

DPPNPP yakin bahawa sikap yang sama seperti ini dipamerkan Presiden PAS terhadap isu Tan Sri Khalid Ibrahim ketika krisis Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Sikap Presiden PAS melambangkan konsistensi PAS terhadap prinsip perjuangan Islam yang mempertahankan kebenaran, sekalipun ia datang daripada pihak yang berlawanan.

Pendirian dan prinsip Presiden PAS ini adalah selari dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipraktikkan oleh PAS sekarang berdasarkan ciri bertunjangkan prinsip Islam, rasional dalam membuat keputusan dan profesional dalam tindakan.

Pendekatan ini jauh berbeza dengan pendekatan politik konvensional sesetengah pihak yang mengambil pendekatan konfrontasi menewaskan musuh dengan apa jua cara, demi mencapai kepuasan politik kekuasaan semata-mata.

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016

Langgan Harakah infaq wajib kepada parti














































HARAKAHDAILY |
.

ANGGAPLAH suatu Infaq ke Jalan Allah - HARAKAH wajib dilanggan oleh Ahli PAS dalam memperkasakan Media PAS Pusat.

Langganan HARAKAH perlu diperhebatkan oleh semua Ahli PAS disemua Peringkat dari Ahli akar umbi sehingga pimpinan Cawangan, Kawasan dan Negeri.

Sejauh manakah Ahli PAS  membaca setiap edisi keluaran HARAKAH? Itulah persoalannya.

Penyata Jumlah langganan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pemasaran Harakah Pusat menunjukkan fakta langganan yang mendukacitakan di setiap negeri.

Kita boleh melanggan TMNet, Maxis, Digi, Astro setiap bulan malah kalau talian tertunggak dan dipotong langganan dengan serta merta Ahli PAS dalam kalangan kita dengan segera membayar untuk di sambung semula talian yang disekat tetapi bagi HARAKAH langganannya tidak dipedulikan sedangkan kita mengaku Istiqamah bersama Parti ISLAM.

HARAKAH hanya bernilai RM16 sebulan dengan 8 edisi keluaran (seminggu 2 keluaran). HARAKAH  memerlukan bantuan langganan dari Ahli PAS Sendiri sebab ia khusus untuk Ahli. Maka Ahlilah yang wajib melanggannya dan perlu ada sifat bimbang jika HARAKAH setiap edisi disekat atau tidak sampai di depan pintu setiap Isnin dan Jumaat.

Untuk makluman setiap edisi HARAKAH kini sejak 1 March 2016 di seluruh Pulau Pinang diedar melalui Cawangan. Buat masa ini setiap Cawangan hanya melanggan kepada 10 Ahli yang membuat tempahan tetap dengan 10 naskah setiap edisi keluaran secara pembayaran tunai  kepada Bendahari PAS Kawasan yang akan membuat pesanan terus dari HARAKAH Pusat dan pembayaranya juga dibuat secara Tunai. Amalan berhutang dahulu kemudian bayar tidak lagi diamalkan yang membawa Seribu satu masalah kewangan.

HARAKAH yang sudah dihentikan edaran melalui Pengedaran di kedai di seluruh Pulau Pinang disebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh HARAKAH Pusat sekian lama.

Bayangkan setiap bulan HARAKAH Pusat menghantar edaran 5,000 naskah ke Pulau Pinang dan Zon Utara menerusi sebuah syarikat pengedaran yang memberi komitment untuk mengedar 5,000 naskah sebulan tetapi hampir 3,500-4,000 NASKAH dipulangkan oleh syarikat berkenaan kembali kepada HARAKAH Pusat di Kuala Lumpur. Ini amat membimbangkan sama ada disabotaj atau akibat kurang sambutan dari Ahli PAS yang kurang minat membaca Harakah malah SINAR Harian mendapat sambutan dikalangan Ahli PAS.

Bangun dan sedarlah wahai Ahli PAS yang leka dengan berwhatsapp sepanjang hari membaca dan mempercayai berita yang tidah sahih. Kesahihan sesuatu berita itu terdapat di dalam HARAKAH itu sendiri yang merupakan media rasmi PAS Pusat.

Arahan dan keputusan Mesyuarat PAS Pusat mengarahkan setiap Kawasan Perlulah melanggan 100 NASKAH HARAKAH atau lebih dan sekurang kurangnya 10 NASKAH setiap Cawangan dengan pembayaran perlu dibuat secara TUNAI sebelum penghantaran dibuat ke kawasan-kawasan oleh HARAKAH Pusat.

Saya mohon setiap Ahli jadikan kembali amalan budaya membaca HARAKAH setiap edisi sebagai rutin harian sebagai Rujukan Infomasi TEPAT dari Parti dan membudayakan 3B @ BELI, BACA & BERI.

Sila hubungi dengan Setiausaha dan Ketua Cawangan atau wakil pengedar cawangan untuk dapatkan Harakah. Sila buat bayaran tunai untuk setiap bulan yang hanya RM16 terus kepada bendahari Cawangan atau wakil cawangan yang bertanggungjawab mengurus HARAKAH.

Pembelian HARAKAH juga merupakan satu Infaq Fisabilillah iaitu membeli sambil menderma untuk membantu kewangan HARAKAH Pusat yang semakin kusut dan merupakan sumber kewangan PAS PUSAT dalam menguruskan majlis dan program Parti di seluruh Malaysia serta Pengurusan Pejabat Agung .

Saya MENCADANGKAN supaya  setiap Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) diberi ruang dan tempat untuk menjadi PUSAT Edaran bagi memudahkan ibu bapa yg menghantar anak kecil ke Tadika PASTI setiap hari untuk membeli harakah namun ia masih tanggungjawab wakil Cawangan untuk Mengurus edaran tanpa menggangu Organisasi PASTI. Kaedah ini juga memudahkan orang awam mencari Harakah bila mana PASTI menjadi tempat One Stop Center "OSC" untuk mendapatkan HARAKAH.

Moga amalan murni mengamalkan kembali budaya membaca HARAKAH  sebagai rutin harian dan rujukan maklumat sahih dari pimpinan PAS Pusat menjadikan Ahli PAS lebih yakin dan berIstiqamah dibawah pimpinan Ulama  Parti Islam SeMalaysia.

ISZUREE IBRAHIM
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016

Ketua Muslimat PAS pernah berlakon 'Uda dan Dara'

MOHD SABRI SAID | .


Cikgu Asnah (kiri) sentiasa bertukar fikiran dengan rakan-rakan.
SIAPA pun tidak menduga Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang yang juga bekas guru besar, Asnah Hashim mempunyai jiwa seni yang mendalam.

Sewaktu zaman remaja beliau bergiat aktif dalam Persatuan Belia 4B di kampungnya Sungai Ara. Beliau pernah berlakon drama pentas dan bergerak bersama persatuan belia yang dianggotainya. Drama 'Uda dan Dara' merupakan antara drama pentas lakonannya.

Bukan hanya aktif di pentas drama, beliau juga aktif di padang. Semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Ara dan Sekolah Inggeris Bayan Lepas beliau menyertai  acara bola jaring, lari 100 meter dan 400 meter.

Minat terhadap sukan diteruskan sewaktu beliau meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah St George, Balik Pulau dan seterusnya bakat tersebut terus digilap semasa belajar di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM).

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan pada 1970 selama dua tahun. Kemudian beliau ditempatkan ke Sekolah St Xavier selama 15 tahun.

CERITA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2127 EDISI JUMAAT DI PASARAN

Sumber HD - 2-3-2016






























































































Kerah keluarga bersama perjuangan Islam - Nuridah

FARHANI FUAD | .


BUKIT MERTAJAM: Muslimat perlu berperanan mengerah seluruh ahli keluarga untuk bersama dengan perjuangan PAS, demikian seru Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh.

Tegasnya, Muslimat PAS perlu mengukuhkan diri dengan ilmu disamping bergerak bersama jemaah dan mendekatkan diri kepada Allah.

"Contohilah Baginda Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam, bukan hanya batang tubuh Baginda seorang, bahkan dikerahkan juga seluruh ahli keluarganya tidak kira lelaki atau perempuan," katanya dalam program Gelombang 'Akifi anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang di PASTI Hidayatul Huda dekat Bayan Lepas semalam.

Terdahulu, beliau menghurai perkataan 'Akifi yang merupakan singkatan daripada 'Alim, Haraki dan Sufi.

Tegasnya lagi, muslimin dan muslimat perlu berganding bahu dalam menegakkan amar makruf dan nahi munkar seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran.

"Muslimat perlu pastikan seluruh ahli keluarga bersama perjuangan PAS.

"Perjuangan ini tidak berada di dalam zon selesa, perlu banyak pengorbanan dari sudut harta, jiwa, emosi dan lain-lain.

"Orang yang berjuang pasti mengetahui ganjaran yang lumayan ditawarkan oleh Allah.

"Kita mestilah menjaga hubungan dengan Allah, minta pada Allah agar dikuatkan jemaah ini, diberi kemenangan di dunia dan akhirat,"ujar beliau.

Ustazah Nuridah juga mengingatkan Muslimat PAS agar sentiasa berada di dalam program-program jamaah terutama program ilmu. – HARAKAHDAILY 19/2/2016

Sumber HD - 19-2-2016

Gelombang ‘Akifi bakar semangat juang muslimat

NURUL ATIQAH SA’DON | .


BAYAN LEPAS: Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang menyuntik keteguhan perjuangan di kalangan ahlinya menerusi penganjuran Gelombang 'Akifi 2.0 yang diadakan di Pasti Hidayatul Huda, Kampung Bukit, di sini semalam.

Program dengan kerjasama Lajnah Politik dan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia itu berjaya mengumpul semula kekuatan ahlinya terutama dari Dun Bayan lepas yang bakal ditandingi pada PRU14 nanti.

Menerusi program tersebut, teras perjuangan Islam meliputi tiga elemen penting iaitu alim, haraki dan sufi telah dicerakinkan untuk kefahaman peserta.

Ia merujuk kepada usaha melengkapkan diri dengan ilmu, gerak kerja dan penyucian hati serta mendekatkan hubungan kepada Allah.

Antara aktiviti mengisi Gelombang Akifi adalah bacaan al-ma'thurat, sesi ta’aruf, selawat nariah, iftar jamaie, solat fardu, solat hajat, bacaan Yasin dan zikir munajat secara berjemaah.

Kemuncak program sesi taujihat oleh Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh sebelum program diakhiri dengan sesi dialog.

Ketua Ameerah Pulau Pinang, Siti Mastura Muhammad melahirkan harapan agar program itu dapat memberikan kefahaman kepada dasar dan matlamat perjuangan PAS.

Malah katanya, menerusi sesi dialog diharap telah menjawab persoalan dan kemusykilan yang bermain dalam kalangan ahli PAS khasnya dan masyarakat umumnya.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pulau Pinang, Mazlina Jamaludin melahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

“Semoga bantuan kecil kita dalam menggerakkan jemaah PAS ini diambil kira oleh Allah sebagai amal kebaikan dan mendapat ganjaran pahala sebagai saham menuju ke akhirat kelak,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/2/2016

Sumber HD - 19-2-2016


















































Pembangunan: Jangan gadai kesejahteraan rakyat P Pinang


















































HARAKAHDAILY | .


PEMBANGUNAN pesat terutama melibatkan hartanah dan perumahan di Pulau Pinang dilihat lebih bersifat keuntungan dan bermotif komersil semata-mata yang menjurus kepada peminggiran terhadap penduduk tempatan pulau ini.

Bahkan, pembangunan terutamanya perumahan kediaman mewah bernilai tinggi amat jauh dari kemampuan hakiki penduduk di negeri ini sama ada menerusi pendapatan mahupun kemudahan untuk mendapat pinjaman dari institusi kewangan.

Keghairahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP cenderung kepada pembangunan sedemikian sememangnya menimbulkan persoalan terhadap hakikat memperjuangkan kepentingan rakyat.

Apakah imej prorakyat hanyalah gimik mengaburi mata untuk sokongan semata-mata?

Sedangkan, banyak hasrat dan suara diajukan terutama berhubung kepentingan penduduk yang ada kaitan dengan Islam dan Melayu dipandang enteng oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, seolah-olah pentadbiran diterajui Ketua Menteri mempunyai agenda perkauman secara tersembunyi.

Perlu diingat, sebuah kerajaan berdiri hasil sokongan rakyat dan bertanggung jawab membangunkan penduduk dan wilayah ditadbirnya.

Dengan pembangunan dan sikap sedemikian, ia hanya akan 'menghilangkan' masyarakat tempatan serta segala budayanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menggesa seluruh rakyat negeri ini supaya mempertahankan tanah dan kediaman diduduki sebagai bukan sahaja kepentingan aset, tetapi juga maruah dan demi kesinambungan keturunan yang perlu dipertahankan.

Sedarlah bahawa keharmonian, budaya dan nilai kehidupan serta interaksi kaum yang telah wujud sekian lama ini tidak harus pupus oleh pembangunan atau penghijrahan.

Jangan ia digadaikan demi mengejar kepentingan kebendaan yang belum tentu menghadirkan kesejahteraan.

Kami juga mendesak Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan secara berterus terang penegasan berkaitan dasar pembangunan terhadap negeri ini untuk penilaian masa depan penduduk.

Kami mengingatkan kerajaan negeri agar tidak menguburkan kepentingan penduduk tempatan yang menjadi identiti utama Pulau Pinang demi mengaut keuntungan kebendaan semata-mata.

AHMAD SAFUAN UJAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
18 Rabiulawwal 1437|31 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 31/12/2015

Sumber HD - 31-12-2015

Salleh Man Kena Bagi Penjelasan Kepada PAS Pulau Pinang   

Salleh Man Kena Bagi Penjelasan Kepada PAS Pulau Pinang
KUALA LUMPUR - Adun Permatang Pasir Salleh Man telah diminta untuk memberi penjelasan berhubung sokonganya terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang kepada PAS Pulau Pinang pada 26 November ini, kata Setiausaha PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, oleh itu sebarang tindakan lanjut terhadap Salleh Man adalah terpulang kepada hasil keputusan Pas Pulau Pinang.

"Salleh man akan dipanggil 26 Jadi kita serahkan kepada Pas Pulau Pinang untuk ambik tindakan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut hari ini.

Terdahulu isu ini, timbul selepas pendirian Salleh Man dilihat bercanggah dengan keputusan Pas Pusat , yakni masih memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sedangkan Pas Pusat mengambil keputusan untuk bertindak sebagai pembangkang dinegeri itu.?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - Sinar Harian - 24 November 2015

Sumber PP - 25-11-2015

Dun: PAS Pulau Pinang panggil Salleh 26 Nov

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengarahkan pimpinan Pulau Pinang memanggil Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man pada 26 November ini berhubung kedudukan beliau di Dewan Undangan Negeri itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan menjadi pembangkang selepas PAS Pulau Pinang menarik balik 783 ahlinya daripada menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sebelum ini, kerajaan negeri telah memecat seramai 300 ahli PAS yang memegang jawatan JKKK di bawah kuota PAS.

"Kedudukan PAS di Pulau Pinang sebagai pembangkang kerajaan Pakatan Harapan tetapi kita tidak bekerjasama dengan Umno.

"Kita berdiri sendiri, kita akan buka pusat khidmat setiap kawasan menjadi perantara antara rakyat dengan pejabat dan agensi kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

PAS Pulau Pinang mempunyai 1,083 anggota JKKK.

Salleh adalah wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof  berkata keputusan untuk memberhentikan semua ahli PAS yang berkhidmat di dalam JKKK dalam semua kuota, kuota DAP, kuota PKR mahupun kuota campuran selepas kerajaan DAP Pulau Pinang banyak menyinggung perasaan umat Islam termasuk isu hukum hudud, pemecatan pihak berkuasa tempatan dari PAS dan isu pemberian dana sekolah agama rakyat di negeri itu. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Sumber HD - 24-11-2015


PAS Pulau Pinang arah 1,083 ahli JKKK letak jawatan

Posted on Sunday, November 22 @ 18:05:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Badan Perhubungan PAS negeri Pulau Pinang hari ini mengarahkan semua 1,083 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari parti itu di negeri ini meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata surat arahan meletakkan jawatan dan menamatkan perkhidmatan sebagai ahli JKKK itu akan diedarkan dalam tempoh terdekat dan semua ahli terlibat diminta untuk mematuhi arahan itu.


"Kami mengambil keputusan untuk memberhentikan semua ahli PAS yang berkhidmat di dalam JKKK dalam semua kuota, kuota DAP, kuota PKR mahupun kuota campuran. Semua kita akan berhentikan.

"Kita tak izinkan mereka (kerajaan negeri) mengambil ahli kita untuk dimasukkan dalam senarai JKKK. Kita tidak mahu ahli JKKK PAS di negeri ini terus dimanipulasikan termasuk bagi memenuhi kuota JKKK di kawasan PKR dan DAP," katanya pada sidang media di Markas PAS Pongsu Seribu, di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan DAP Pulau Pinang banyak menyinggung perasaan umat Islam termasuk isu hukum hudud, pemecatan pihak berkuasa tempatan dari PAS dan isu pemberian dana sekolah agama rakyat di negeri ini.

"Keputusan ini dipersetujui oleh majoriti anggota JKKK PAS di negeri ini selepas mengadakan dua pertemuan dengan mereka. Kebanyakan mereka mahu dan bersedia untuk meletakkan jawatan. Jadi, dengan sidang media ini tidak jadi keberatan untuk mereka meneruskan niat itu," katanya.

Fauzi turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat 300 ahli JKKK dari PAS di Kepala Batas dan mendakwa maklumat berkenaan adalah tidak tepat.

"Mengapa hanya pecat 300 orang sahaja. Adakah yang dipecat itu hanya dalam kuota PAS sahaja sedangkan ahli PAS yang berkhidmat dalam JKKK ini berada dalam kuota DAP, PKR dan kuota campuran. Jadi kenapa pecat 300 orang.

"Hasil daripada pemecatan tersebut kita dapati bahawa JKKK daripada kalangan ahli PAS itu ada yang tidak menerima notis pemecatan. Hanya beberapa orang sahaja yang menerima notis pemecatan. Jadi mana 300 orang yang didakwa dipecat.

"Kemudian ada yang mendapat notis pemecatan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertarikh 11 November 2015 dan kenyataan (Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon) kata notis pemecatan berkuatkuasa pada 15 November 2015. Tapi keputusan mesyuarat kerajaan negeri pula kata berkuatkuasa pada 4 November 2015, dari segi tarikh pun kerajaan negeri buat pembohongan," katanya.

Mengulas mengenai status wakil tunggal PAS Datuk Mohd Salleh Man dalam kerajaan negeri berikutan pengisytiharan parti itu sebagai pembangkang di negeri ini, Fauzi berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir itu dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan berhubung status Salleh.

"Saya sudah menghubungi beliau dan meminta untuk menetapkan satu tarikh pertemuan. Kita akan menasihati beliau mengikut etika dan adab di dalam parti," katanya.

Beliau berkata sebagai seorang ahli PAS Salleh seharusnya istiqamah dalam perjuangan PAS dan mengingati lafaz bai'ah yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli parti itu. - Bernama

Sumber TKO - 22-11-2015



Kenapa hanya 300? Pecatlah semua 1083 – Pas Pulau Pinang

Posted on Friday, November 20 @ 00:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




PETALING JAYA: Pas Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng memecat kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Pas di negeri itu. 



Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, Pas sudah bersedia berdepan dengan tindakan itu malah mempertikaikan mengapa hanya 300 JKKK sahaja yang dipecat.



“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli Pas negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan,” katanya kepada FMT.



Jelas Husni lagi, pihaknya juga bersedia untuk mendedahkan rekod-rekod terperinci JKKK Pas di negeri itu.



“Di setengah tempat, semua JKKK itu adalah ahli-ahli Pas sama ada pengerusi, setiausaha juga seluruh ahli jawatankuasanya. Andai kata kerajaan negeri tiada rekod terperinci, maka saya bersedia mendedahkannya nanti,” katanya lagi.



Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang (BPPPP) , katanya, tetap berfungsi seperti sediakala dan akan terus menyumbang khidmat bakti kepada rakyat sepertimana Pas berfungsi sebelum berjaya menawan Pulau Pinang dari Kerajaan Barisan Nasional (BN).



“Secara ikhlasnya, kami tidak terkilan atau jatuh lemah dengan tindakan zalim Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang terhadap Pas.



“Seteruk-teruk Pas dizalimi kerajaan UMNO/BN ketika ditendang keluar dari Kerajaan Campuran 1973/1974, Pas tetap berupaya bangkit semula membina kekuatan sehingga keahlian Pas mencecah hampir 1.4 juta orang pada hari ini di seluruh negara,” jelasnya.



Selain itu, Yusni berkata, kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu lebih telus dan berintegriti dalam mentadbir negeri.



“Kenyataan yang tidak benar seperti itu khususnya dari Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab, jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang,” katanya.



Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP memecat 300 ahli JKKK Pas dari Kawasan Parlimen Kepala Batas yang enggan menyokong Pakatan Harapan.



Sumber TKO - 2-11-2015


Salleh Man akan jumpa PAS negeri beri penjelasan
Posted on Wednesday, November 18 @ 19:55:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengadakan pertemuan dengan PAS negeri bagi memberi penjelasan berhubung pendiriannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Salleh berkata beliau menerima segala keputusan yang akan dibuat oleh PAS negeri berhubung perkara itu.


Minggu lepas, beliau mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh, dan Ahad lepas PAS kawasan itu mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Mohd Salleh berikutan kenyataannya yang jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat.


Salleh, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), berkata beliau akan terus menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga tamat tempoh, termasuk sebagai YDP MAIPP. - Bernama

Sumber TKO - 18-11-2015

























































‘Saya tetap bersama Pas’ – Salleh Man

Posted on Monday, November 16 @ 20:44:55 MYT by tokdalang

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk kerajaan Pulau Pinang dan penduduk kawasan berkenaan sebagai ADUN mewakili Pas. Mohd Salleh berkata, beliau tetap akan terus bersama Pas, malah, merupakan anggota seumur hidup parti itu.



“Saya akan terus berkhidmat sebagai ADUN Permatang Pasir dengan semangat dan komitmen terbaik…InsyaAllah. Saya adalah ADUN Pas dan ahli kerajaan bersama kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.

Semalam, Pas Kawasan Permatang Pauh mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Mohd Salleh berikutan kenyataannya yang jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat.

Dalam kenyataan pada 2 November, Mohd Salleh mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ditanya mengenai pendirian Pas pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, Mohd Salleh berkata: “Itu pendirian mereka. Saya tak boleh nak komen. Saya sebagai ADUN Permatang Pasir dan akan terus berkhidmat untuk rakyat Permatang Pasir”.

Beliau berkata sehingga sekarang, hubungannya dengan Pas negeri dan pusat masih baik.
Ditanya sama ada beliau akan meletak jawatan sebagai anggota Pas, Mohd Salleh berkata: “Isu itu tidak pernah timbul. Saya tegaskan sekali lagi, saya tetap dengan Pas untuk selama-lamanya”. -Bernama

Lain Lain Artikel Yang Menarik 

Sumber DD - 17-11-2015

Mudah-mudahan ‘kerja baik’ DAP didahulukan di P Pinang

MOHD YUSNI MAT PIAH | .


WALAUPUN Kerajaan PAS di Kelantan menafikan tuduhan bahawa mereka meluluskan kawasan pembalakan di hutan simpan ketika sidang Dun Kelantan baru-baru ini, DAP melalui setiausaha agungnya masih tetap melontarkan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap PAS seperti yang dilaporkan media semalam.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat seolah-olah beliaulah juara alam sekitar dan ‘hero’ rakyat di negara ini. Sebelum beliau menggambarkan bahawa DAP adalah juara dalam 2 aspek itu, ingin saya lontarkan beberapa persoalan kepada beliau terlebih dahulu berkenaan beberapa projek di Pulau Pinang:

1. Adakah betul kerja-kerja pembangunan lereng bukit di Balik Pulau, Jalan Teluk Kumbar dan Jalan Bayan Lepas penyebab berlakunya banjir dan tanah runtuh?

2. Sejauh mana kesan terhadap alam sekitar dari Projek Terowong Dasar Laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam sejauh 6.5 km yang dikatakan melibatkan penerokaan tanah pinggir laut seluas 110 ekar?

3. Adakah nilai keseluruhan projek Terowong Dasar Laut yang dilaporkan media sebanyak RM4.63-RM6.3 bilion itu wajar dilaksanakan sekarang dalam keadaan rakyat sedang dihimpit kos sara hidup yang tinggi? Lebih-lebih lagi jika Rakyat dibebani pula dengan masalah tol oleh pemegang konsesi.

4. Adakah Projek Tambak Laut di Permatang Damar Laut akan dilaksanakan? Adakah projek itu bakal menjejaskan alam sekitar serta kehidupan 300 nelayan pantai di lokasi itu?

Mudah-mudahan ‘kerja baik’ beliau dan DAP di Selangor untuk menghalang ‘kerja jahat’ PAS telah dilaksanakan terlebih dahulu di Pulau Pinang.

Mewakili Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang dan rakyat di negeri ini, kita menuntut penjelasan segera dari beliau di atas semua persoalan yang telah saya bangkitkan di atas. – HARAKAHDAILY 16/11/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang.

Sumber HD - 16-11-2015





























































PAS Permatang Pauh Putuskan Dengan YB Dato' Mohd Salleh bin Man

Posted on Monday, November 16 @ 02:26:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



PAS Kaw Permatang Pauh putuskan hubungan dengan YB Dato' Mohd Salleh bin Man (ADUN Permatang Pasir) diatas sokongan beliau terhadap pakatan harapan Pulau Pinang.



KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
15hb November 2015 di Dewan Yusof ar-Raw, Sama Gagah

PAS Permatang Pauh Putuskan Dengan YB Dato' Mohd Salleh bin Man


PAS Kawasan Permatang Pauh yang telah bermesyuarat pada 9hb November 2015 membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan YB Dato' Mohd Salleh Bin Man, ADUN Permatang Pasir.

Ini adalah berikutan kenyataan beliau dengan jelas menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP.

Kenyataan beliau tersebut yang dibuat di dalam sam sidang akhbar pada 2hb November 2015, bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang tidak mengikiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau  Pinang.

Sekian.

Hj Omar Bin Hassan
Yang Dipertua
PAS Kawasan Permatang Pauh

Facebook DPPK Permatang Pauh

 


Sumber TKO - 16-11-2015

Saleh Man tegaskan beliau kekal istiqamah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Adun Permatang Pasir Datuk Salleh Man merupakan ahli PAS seumur hidup dan tidak sama sekali menyertai parti lain dan tidak akan mengkhianati pengundi, ahli dan penyokong yang telah memberikan amanah kepada beliau.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad dalam satu kenyataan.

Penegasan Salleh Man itu dinyatakan dalam satu pertemuan di Pejabat Permatang Pauh Kampung Semagagah bersama Ajk Pemuda dan Muslimat PAS malam tadi.

Sebelum itu PAS Permatang Pauh telah memanggil Salleh Man bagi menyatakan pendirian beliau berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli, penyokong serta pengundi di Permatang Pauh.

"Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra di pejabat PAS Permatang Pauh. Kita menegaskan agar program perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

"Kepada semua yang beranggapan beliau menyertai parti Amanah adalah tidak betul. Beliau tetap Istiqamah bersama PAS," tegas Jamsari.

Menurut Jamsari, walaupun PAS tiada hubungan dengan DAP tetapi hubungan dengan PKR masih seperti biasa dan beliau masih lagi YDP Majlis Agama Islam Pulalu Pinang yang di lantik oleh Yang Di Pertuan Agung.

Katanya, dalam beberapa program kerajaan negeri yang di sertai oleh bekas pimpinan PAS beliau juga hadir sebagai kapasiti YDP majlis bukan kerana menyokong pendirian mereka.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu telah merungkai segala isu yang berbangkit dan beliau berjanji akan terus berkhidmat dan membawa suara Islam dan menegur jika kerajaan negeri melakukan perkara yang di luar batas Islam. – HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015



























































































































Kerajaan Negeri P.Pinang dah jadi macam Umno

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang (BPPNPP) menyatakan kekesalan atas sikap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang secara tiba-tiba menafikan bantuan kewangan tahun ini kepada Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU).

“Sesuatu yang aneh, pelik dan meragukan apabila surat makluman pemberian bantuan yang diserahkan kepada wakil SRIA oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) pada 3 September 2015 secara tiba-tiba ditarik balik pada hari yang sama,” ujar Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Kekesalan itu ekoran bantuan yang telah diberikan semenjak 2009 itu, tiba-tiba diputuskan untuk tidak diteruskan pada tahun ini. Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang memberi alasan bahawa tidak pernah menyediakan ‘geran tetap’ dan sebaliknya diberikan secara bergilir-gilir berdasarkan keperluan.

“BPPNPP tidak menafikan peruntukkan kepada SAR tahun ini telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri walaupun 'lewat' hingga ke penghujung tahun. Namun, persoalannya mengapa dua buah sekolah ini dikeluarkan daripada senarai penerima?

“Jika demikian, sila kemukakan laporan kajian berasaskan keperluan yang dimaksudkan untuk memberhentikan bantuan. Realitinya semua SAR di negeri ini masih memerlukan bantuan dan sokongan,” ujar beliau lagi.

Tindakan tidak demokratik Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang itu mengakibatkan lebih 500 pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar miskin termasuk hampir 80 kakitangannya bakal terjejas.

“Tahun Baharu Hijrah 1437 yang disambut hari ini oleh seluruh umat Islam terpaksa dirai dengan linangan air mata dan kesedihan oleh para guru, kakitangan, ibu bapa, para pelajar dan seluruh warga SRIA dan SRIBU di atas tindakan yang tidak bertamadun ini.

“BPPNPP menggesa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang dapat bersikap profesional seperti Kerajaan Negeri pimpinan PAS di Kelantan yang masih meneruskan bantuan kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik,” tegas Ustaz Yusni.

Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang diingatkan tidak mencontohi segala tingkah laku Umno-BN jika berhasrat ke Putrajaya.

Beliau turut membidas kononnya Ketua Menteri yang kerap mahu mencontohi Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz yang memiliki sifat kebijaksanaan, keadilan, jujur dan berani lahir dari hati beliau yang ikhlas. namun, yang berlaku hanya momokan politik murahan untuk mengaburi rakyat agar dapat terus kekal berkuasa. – HARAKAHDAILY 14/10/2015

Sumber HD - 14-10-2015

Hukum Islam tidak mengenal darjat

MOHD SABRI SAID | .



BAYAN BARU: Hukum Islam memang nampak kejam tetapi ia bukan sekadar hukuman sebaliknya lebih kepada bentuk pengajaran kata, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Asri Daud

Justeru, sambung beliau, masyarakat bukan Islam usah bimbang sekiranya Kelantan dapat melaksanakan hukuman syariah kerana bukan Islam dikecualikan dalam bab berkenaan.

"Masyarakat bukan Islam jangan risau sebab mereka tidak terlibat hukum itu hanya tertumpu pada masyarakat Islam sahaja." ujarnya ketika program Wacana Hudud di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, kelmarin.

Katanya lagi, terdapat tiga fasa pelaksanaan syariah. pertamanya kesalahan am. Keduanya melibatkan kesalahan am dan kesalahan besar tetapi tidak melibat mati. Manakala fasa ketiga lebih berat iaitu melibatkan hukuman mati. Walaupun begitu ia bukan lebih kepada balas dendam tetapi menyuntik perasaan gerun dalam kalangan masyarakat.

"Adanya tiga fasal itu semata-mata ingin menimbulkan kesedaran rakyat secara perlahan-lahan kerana hukum Islam tidak mengenal darjat dan pangkat," jelas beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Ahli PAS dan Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) mesti menjadi mata dan telinga untuk menceritakan keadaan sebenar hukum hudud.

"Dalam Islam pun Nabi Muhammad SAW akan menghukum anaknya sendiri (kerat tangan)  jika anaknya Fatimah bersalah. Ini menunjukan hukum Islam tidak mengenal siapa dan darjat mereka," tegasnya.

Selain Ustaz Asri Daud, panelis lain ialah Pengerusi DHPP Pusat, Dr. Bala Chandran dan Setiausaha DHPP, Asokan Perumal, manakala wacana tersebut dipengerusikan oleh Ahmad Rafael Abd Rashid. – HARAKAHDAILY 12/10/2015

Sumber HD - 12-10-2015


Jawatan YDP MAINPP Dibawah Perkenan Agong

logo mainpp (2)
Jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ahli-ahli MAINPP adalah dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (DYMM YDPA).

Walaupun pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama YDP MAINPP dan ahli-ahli MAINPP, namun ianya perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif DYMM YDPA untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh MMK Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, DPPN P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif DYMM YDPA selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang.

afnan-resize (2)

Kami menghormati cadangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) supaya jawatan YDP MAINPP yang ketika ini disandang oleh wakil PAS agar dikosongkan. Walau bagaimanapun, cadangan AMKPP ini agak mengelirukan apabila dilihat berbeza dengan kenyataan Presiden PKR sendiri sebelum ini yang menyatakan bahawa PKR masih meneruskan kerjasama dengan PAS, termasuk di Pulau Pinang.

Kami tetap komited utk bangunkan negeri dan rakyat samada diberi kuasa pemerintahan atau tidak, kerana membangunkan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah. Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut perlu membangunkan institusi MAINPP dan Islam di negeri Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan Allah SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia.

Oleh yang demikian, kami memberi kepercayaan tinggi dan keyakinan penuh kepada kebijaksanaan DYMM YDPA selaku ketua agama Islam di negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan memilih individu yang layak bagi membangunkan Islam di negeri ini, khususnya untuk mengetuai institusi MAINPP.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
30 Sept 2015

Sumber BO - 30-9-2015


Pakatan Harapan akan berakhir dengan cerai - Iszuree Ibrahim
Posted on Wednesday, September 23 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Penubuhan Pakatan Harapan ibarat sebuah perkahwinan yang bakal berakhir dengan perceraian, sebaik sahaja realiti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi kenyataan.



Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yakin, pakatan baru itu tidak mampu mendapat sokongan sama daripada orang Melayu, melalui kumpulan serpihan Pas, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

“Mereka tidak perlu tunggu sehingga PRU untuk menguji kekuatan perkahwinan itu. Perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini adalah gambaran baik bagaimana DAP kekurangan sokongan orang Melayu, melihatkan kurangnya orang Melayu menyertai perhimpunan itu.

“Tanpa Pas, sokongan Melayu untuk DAP tidak akan sama dan ia tidak boleh mengharapkan Amanah yang hanya mempunyai 10,000 ahli di seluruh negara, bukannya 35,000 seperti mereka umumkan.

“Tidak lama lagi, permainan tuding jari akan bermula, apabila mereka kalah pada PRU14 dan DAP akan sedar ia tidak boleh bergantung kepada Amanah untuk meraih sokongan orang Melayu, kerana Melayu tidak menyokong pengkhianat seperti Amanah, dan Amanah pula akan sedar yang mereka sekadar boneka DAP.

“Seperti sebuah perkahwinan, semuanya manis pada permulaan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Tegasnya, penubuhan Pakatan Harapan langsung tidak akan menjejaskan Pas, kerana parti Islam itu mendapat kembali sokongan yang hilang, selepas ia memutuskan untuk bekerjasama dengan DAP, susulan Pilihan Raya Umum 2008.

“Ramai orang Melayu tidak suka DAP, tidak kira mereka daripada Umno atau Pas, dan sekarang mereka gembira, kerana kami tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan kami mendapat kembali sokongan yang hilang, ini akan menjadikan kami lebih kuat.

“Adakah mereka cuba lupa Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan juga jentera amat kuat seperti Umno?

“Mereka tidak tahu apa yang mereka bakal hadapi,” tambahnya.

Pakatan Harapan menjadi pakatan rasmi untuk pembangkang hari ni, susulan Perbincangan Meja Bulat membabitkan PKR, DAP dan Amanah.

Ia diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, susulan perbincangan selama tiga jam antara tiga parti itu.

Ditanya mengenai kenyataan Dr Wan Azizah berhubung kesediaan Pakatan Harapan untuk menerima mana-mana parti politik yang mahu menyertai pakatan itu, Iszuree berkata: “Pas tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat.”
Sumber TKO - 23-9-2015


Selesai isu Kampung Mutiara secara 'Sehati Sejiwa'                 MOHD SABRI SAID | .

















































































PULAU PINANG: Kunjungan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang ke Kampung Mutiara,  Batu Feringgi, kelmarin disambut meriah para penduduk kampung terbabit.

Ketuanya, Asnah Hashim memberitahu tujuan utama Dewan Muslimat PAS negeri ke situ adalah untuk menzahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa penduduk berkenaan setelah tanah yang didiami sejak puluhan tahun dijual kepada sebuah syarikat swasta.

"Rasa sedih bila melihat nasib mereka terumbang ambing bila mana tanah yang didiami telah dijual pada syarikat pemaju. Bila dah dibeli maka mereka terpaksa angkat kaki. Itu dah lumrah tapi sekurang bagilah pampasan," ujarnya.

Keadaan menjadi lebih kelam kabut lagi apabila Mahkamah Rayuan mengisytiharkan supaya 149 buah rumah dengan jumlah 996 penduduk mengosongkan tanah tersebut sepertimana arahan surat bertarikh 9 Julai lalu.

Mereka dikehendaki keluar dari kampung dan mengosongkan tanah terbabit dengan segera sama ada secara sukarela atau kekerasan sebelum 23 Julai 2015.

Dewan Muslimat Negeri Pulau Pinang sedih dan berharap isu itu diselesaikan segera supaya penduduk tidak teraniaya.

"Kami dari Dewan Muslimat PAS negeri berharap ada perbincangan yang baik dalam masa penangguhan selama dua minggu ini. Biarlah kedua-dua pihak dapat mengatasinya dengan tema Hari Kemerdekaan negara 'Sehati Sejiwa'," katanya.

Rombongan Dewan Muslimat PAS negeri juga menyerahkan bahan keperluan seharian kepada penduduk terlibat sebagai tanda simpati. - HARAKAHDAILY 29/8/2015

Sumber HD - 29-8-2015

Isu Kg Mutiara: PAS komited untuk terus bantu rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Kita semua sedia maklum akan kemelut yang sedang dihadapi oleh penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi berikutan tindakan pengusiran tanpa pampasan melalui penghakiman mahkamah bertarikh 3 Julai 2012," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, kemelut itu melibatkan kediaman lebih 500 orang penduduk Kampung Melayu yang majoritinya Melayu Islam dan telah menetap di situ lebih daripada 50 tahun.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menetapkan mana-mana pelan pembangunan tidak akan diluluskan tanpa pampasan adil dan setimpal kepada penduduk di kawasan tersebut.

Selari dengan perkara tersebut, kata beliau PAS mendesak campur tangan kerajaan negeri untuk menyelesaikannya sebaik-baiknya sebelum tindakan perobohan mana-mana kampung berlaku.

"Arahan dan keputusan makkamah adalah jelas menyebelahi tuan tanah, maka usaha proaktif kerajaan negeri dalam membantu mereka yang terlibat akan dapat meringankan tekanan kepada penduduk," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya dengan menyediakan tawaran rumah ganti rumah sama ada disediakan oleh pemaju sebagai pampasan mahupun tawaran rumah kos rendah oleh kerajaan negeri demi kebajikan penduduk yang terlibat.

Tambahnya, perkara itu pernah disarankan dalam memorandum Lajnah Tanah PAS Pusat pada tahun 2014 yang diserahkan kepada kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, katanya PAS komited untuk terus membantu rakyat dan bersedia dari segala sudut termasuk khidmat guaman dalam menghadapi kemelut itu. - HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD  - 27-8-2015








































































Penduduk Kampung Mutiara Resah, Tindakan Kerajaan Negeri Jadi Tanda Tanya
Posted on Wednesday, July 29 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Demikian luahan dukacita dan keresahan penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang pada 23 Julai 2015 lepas yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, Ir Ahmad Rafaei Ahmad Rashid.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sdr Ahmad Safwan, tindakan susulan yang diusahakan Dewan Pemuda PAS Negeri ini adalah untuk merealisasikankan usaha keras yang telah dilaksanakan oleh Tn Iszuree Ibrahim, Tn Saiful Lizan Md Yusoff serta beberapa AJK Lajnah Tanah negeri yang lain sejak tahun 2009 apabila berlaku Bailif 1 Mahkamah disamping memastikan masyarat Pulau Pinang khususnya menyedari permasalahan sebenar yang terjadi.

Hasil daripada perbincangan dan lawatan ke perkampungan ini, sebanyak 149 buah rumah dengan kapasiti 996 penduduk bakal kehilangan tempat tinggal sepertimana NOTIS KELUAR bertarikh 09 Julai 2015 mengarahkan penduduk mengosongkan tanah terbabit dengan segera samaada secara sukarela atau kekerasan sebelum 23 Julai 2015.

Menurut Tn Saiful Lizan, AJK Lajnah Tanah Negeri memaklumkan keseluruhan penduduk yang menjadi mangsa ini adalah nelayan-nelayan yang telah dipindakan setelah rumah-rumah mereka dipersisiran pantai diambil untuk dijadikan pusat peranginan. Isu ini telah dibawa ke Mahkamah dan sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan disebabkan paksaan keluar tanpa sebarang pampasan setelah lama mereka teroka dan duduki perkampungan ini.

Rata-rata penduduk menjalani kehidupan seperti biasa dan tetap mempertahankan tanah dan rumah ini walaupun pada asasnya pihak pemilik tanah berhak untuk memiliki dan tidak membayar apa-apa pampasan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan berusaha memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya dengan segala ruang lingkup yang ada dan kini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipilih rakyat dengan janji-janji manifesto agar persoalan dimanakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang atas permasalahan ini terjawab.

'Cakna Masalah Rakyat'

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
Jom Like & Share pages DPPNPP:
https://m.facebook.com/DewanPemudaPasNegeriPulauPinang



Sumber TKO - 29-7-2015

Pendirian Majlis Syura Ulamak tepat pada masanya








































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Pulau Pinang mendukung penuh keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) berhubung isu tahaluf siyasi bersama DAP.

"Pendirian MSU tersebut adalah suatu yang amat wajar dan tepat pada masanya," ujar ketua penerangannya, Mohd Yusni Mat Piah.

Katanya, umum mengikuti rentetan provokasi dan tindakan kurang bijak DAP terhadap PAS hingga mereka sanggup mengenepikan semangat permuafakatan Pakatan Rakyat dan terus menerus menyerang dasar PAS.

Justeru itu, ujar beliau tindakan tegas MSU ini sangat munasabah dan relevan demi menjaga dasar dan manhaj perjuangan yang PAS perjuangkan.

Sebagaimana diketahui, katanya MSU telah menggariskan enam syarat terhadap tahaluf siyasi dan ianya akan terbatal jika salah satu daripada enam syarat tadi dilanggar.

"Sebagai negeri yang terlibat secara langsung dalam pembinaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sudah pasti keputusan MSU ini akan memberikan kesan kepada ahli dan pentadbiran negeri ini," ujarnya lagi.

Justeru itu, kata beliau PAS negeri menasihati semua ahli agar mendokong penuh keputusan tersebut dan siap sedia menjalankan arahan-arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan parti.
"Usah bertindak melulu dan terburu-buru tanpa menghiraukan arahan parti.

"Sebaliknya teruslah kita mendukung etika dan adab kita dalam berjemaah iaitu kita dengar dan patuh pada setiap ketetapan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi," katanya.

Beliau berharap semoga Allah memberkati keputusan itu yang diputuskan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memberikan kemenangan yang dijanjikan kepada setiap pendukung gerakan Islam.
"Teruskan bergerak memacu kebangkitan Islam di akhir zaman ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 11/7/2015

Sumber HD - 11-7-2015

LGE kena cermin diri dulu sebelum tuduh PAS

HARAKAHDAILY | .


LIM Guan Eng dilihat sengaja menyerang PAS apabila menggelar PAS sebagai musuh, hanya semata-mata kerana PAS Pulau Pinang membawa kes pemecatan terhadap wakil PAS di dalam agensi kerajaan negeri untuk pengadilan di mahkamah.

Ia tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.

Apakah alasan wajar LGE untuk melabelkan PAS adalah musuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Adakah kerana PAS tegas mengheret isu pemecatan yang dibuat oleh LGE ini ke kandang mahkamah, sudah layak untuk PAS dikategorikan sebagai musuh?

Amat malang sekali andai LGE memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan.

Bermakna, jika mengemukakan peradilan di mahkamah diertikan sebagai permusuhan, maka dengan sendirinya LGE telah menjustifikasikan tindakan pemecatannya itu sebagai satu kezaliman.

Walhal, pemecatan yang dibuat kepada mereka tidak lebih kerana kegopohan LGE dalam menafsirkan usul yang berlegar sewaktu Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 61 baru-baru ini.

Sekiranya diamati usul dibuat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat itu, seharusnya LGE tidak perlu melatah dan tergopoh gapah mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan PAS yang masih bekerja di dalam pentadbiran negeri.

Apatah lagi Majlis Syura Ulamak PAS sebagai eksekutif tertinggi parti tidak memuktamadkan sebarang pendirian berhubung usul yang dibentangkan itu.

Maka adalah tidak adil LGE bertindak terburu-buru memecat mereka yang terbabit dan menuduh PAS sebagai musuh hanya kerana PAS tampil ke mahkamah menuntut keadilan yang sewajarnya.

Sekiranya LGE betul dan benar dalam tindakan beliau, usah takut dan bimbang terhadap dakwaan yang dibuat.

Sila tampil dengan membawa bukti kukuh bagi menegakkan keadilan terhadap pemecatan tersebut.

Jangan biarkan persepsi bermain dibenak pemikiran rakyat Pulau Pinang bahawasanya LGE dibayangi ketakutan hinggakan sanggup menggelarkan PAS yang masih berada dalam Pakatan Rakyat sebagai musuh.

Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR.

Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bekerja menentang UMNO-BN. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang

Sumber HD - 9-7-2015

PAS Pulau Pinang akan saman kerajaan negeri kerana pemecatan
Posted on Monday, July 06 @ 11:25:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PAS Pulau Pinang akan menyaman kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

"Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Sehingga kini, 2 orang wakil PAS dalam majlis perbandaran dipecat DAP susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS, baru-baru ini.

Timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut dipecat daripada bertugas di pejabat ketua menteri pada 12 Jun lalu.

Sumber TKO - 6-7-2015


Golongan fobia Islam cabaran saya - Mohammad Fauzi

Posted on Monday, July 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



AZAMNYA melibatkan diri dalam Pas sejak berusia 19 tahun adalah kerana kecintaannya terhadap Islam dan ingin menghilangkan persepsi buruk agama Islam dalam kalangan masyarakat setempat.

MOHAMMAD FAUZI YUSOFF, 45, menceburkan diri ke dalam dunia politik sejak zaman remajanya sebagai ahli biasa. Beliau pernah menyertai Unit Amal Pas yang melakukan kerja bawahan antaranya menampal poster dan menjaga parkir di sesebuah majlis Pas.

Lulusan dari sebuah universiti di Syria, Mohammad Fauzi kini memegang amanah dari pimpinan Pas Pusat apabila dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu. Bapa kepada empat orang anak berusia setahun hingga 10 tahun ini kini menguruskan sebuah sekolah agama, Sekolah Rendah Islam Al Ansar di bawah Pas kawasan Balik Pulau.

Anak jati Sungai Rusa, Balik Pulau ini mempunyai isteri yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Balik Pulau. Anak sulung dari enam beradik ini sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ketua Cawangan Sungai Rusa, Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Balik Pulau, juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Balik Pulau dan Yang Dipertua Pas Kawasan Balik Pulau.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas negeri dan Ketua Dewan Ulama Pas negeri namun melepaskan jawatan-jawatan tersebut selepas dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas negeri. Ikuti wawancara Mohammad Fauzi bersama wartawan Sinar Harian, SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI ketika ditemui di Sekolah Rendah Islam Al Ansar, Balik Pulau.

Apa tujuan masuk Pas?

Saya masuk Pas bukan untuk tentang Umno, tetapi kerana kefahaman Islam, tentang apa yang nak diperjuangkan Islam. Islam adalah rahmat pada segala alam, yang sempurna. Islam yang dilaksanakan dalam masyarakat sekarang adalah Islam yang belum sempurna. Umat Islam dalam keadaan lemah, sebab itu kita memperjuangkan Islam melalui Pas. 

Adakah usaha ini dilihat sebagai satu cabaran?

Ya, saya melihat ini sebagai satu cabaran buat saya dan saya berazam untuk menjadikan ia satu kefahaman kepada masyarakat untuk semua agama, bukan Islam sahaja malah bukan Islam juga.

Sebab Pas ini bukan sahaja parti politik tetapi sebuah gerakan Islam antaranya dakwah, tarbiah (bersifat dalaman) dan pembaikan dalam kalangan ahli sebab kita nak tunjukkan kepimpinan yang baik, bertakwa. Kepimpinan Pas adalah dalam kalangan orang bertakwa, jika jadi pemimpin, masyarakat rasa lega, jika jadi bapa, keluarga akan bahagia, ini yang kita mahukan. 
Apakah cabaran untuk Ustaz apabila dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu?

Cabaran paling besar saya adalah menghapuskan ‘fobia Islam’ dalam kalangan masyarakat. Itu yang menjadi cabaran paling menduga saya. Bagi saya, kenyataan DAP untuk putuskan hubungan dalam PR bukan satu cabaran yang besar.

Pas ada sejarah, dari penubuhan Pas itu sendiri, masuk BN, kemudiannya masuk PR. Bagi Pas, kita nak teruskan perjuangan kerana itu pendirian yang diambil Pas Pusat. Kita akan teruskan dengan mandat rakyat. Sebab itu kita kekalkan kedudukan jawatan, yang mana tak pecat, kekalkan. Ini kerana, jika kita tinggal (jawatan itu), apa akan jadi pada rakyat? Kita tidak pandangan dari aspek imbuhan atau sebagainya.
Hubungan Pas negeri dengan Kerajaan Pulau Pinang?

Setakat mana yang boleh. Maknanya yang dia tak mahu (wakil kita), kita nak kacau buat apa? Dia pecat, kita terima keputusan mereka. Setakat ini, wakil-wakil kita seperti Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) berjalan seperti biasa.

Tidak ada masalah, bagi kita rakyat sebagai keutamaan. Cuma mana yang dia tak mahu dan pecat, itu soal dialah, bukan soal kita. Kita hanya tidak mahu pemecatan berpilih. Jika benar ada, kita nak tanya, kenapa? Ada apa di sebaliknya?
Hubungan Pas dengan DAP di Pulau Pinang?

Parti itu biasalah, sebab semuanya terletak pada keputusan rasmi Majlis Syura Ulama. Kita tidak membuat apa-apa tindakan sebelum tindakan diputuskan Majlis Syura. Parti dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. Kerajaan berkaitan dengan rakyat.

Jika Pulau Pinang ini, bukan Kerajaan Negeri DAP tetapi Kerajaan Negeri PR. DAP ada 19 kerusi termasuk PKR walaupun dia dominan tetapi dia kena melihat asas kekuatan walaupun Pas hanya ada satu kerusi, namun Pas mempunyai akar umbi yang kuat.

Contohnya kita ada 1,041 orang JKKK, maknanya ada orang Pas yang berkhidmat di kawasan PKR dan DAP juga. Bagi saya, tiada masalah, cuma kita tidak mahu rakyat jadi mangsa. Bagi kita ini soal prinsip yang kita nak bawa, sepatutnya DAP kena hormati prinsip kita dan kita pun hormat prinsip mereka, walaupun bertentangan dengan perjuangan kita, kita faham.
Bagaimana ustaz melihat PR sekarang?

Pakatan hanya pakat saja, bukan macam BN. Pas parti lain, DAP lain, PKR lain cuma kebersamaan kita itu yang menyatukan kita. Sebab itu saya kata, di sini tidak ada ketua. Lim Guan Eng tidak boleh putuskan itu dan ini.

Dia dipilih rakyat dan dia menang, memegang amanah dari rakyat. Kerajaan negeri dipegang oleh parti yang menang dalam pilihan raya. Parti yang menang ini adalah pengurus, bukan kerajaan negeri ini milik DAP.

Ini kerajaan negeri, dia pemegang amanah saja, pengurus kepada negeri ini. Dia dibayar gaji, Ketua Menteri dan exco-exco dibayar gaji. Maknanya mereka bekerja dengan rakyat. Ini seharusnya kita kena faham.

Sebab itu saya melihat dalam isu pemecatan beberapa orang dalam kalangan Pas, lantikan ini adalah lantikan kontrak. Boleh diberhentikan, itu tiada masalah, malah kita tidak pertikai, tapi pemecatan sepatutnya ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), perlu dipanggil untuk diberitahu mengapa dipecat, jika pemecatan dibuat tanpa alasan, maknanya tidak ikut prosedurlah walaupun kontrak. Masyarakat boleh menilai.
Apa pandangan ustaz berhubung senario politik di Pulau Pinang?

Biasa sahaja cuma Pas itu mempunyai cara berbeza dengan Islamnya, kita parti politik tapi parti politik Islam, yang patuh syariah dan tidak membelakangnya. Rakan dalam Pakatan, DAP mereka sosialis, demokratik, sama juga PKR, masing-masing ada prinsip.

Kita menghormati prinsip masing-masing dan sama-sama perjuangkan isu kebersamaan iaitu rasuah, tangani kezaliman. Dalam  masa sama kita ada agenda bersama. DAP mungkin dia lihat benda ini (rasuah) tidak baik kerana beri kesan kepada negara, dan Pas juga melihat perkara sama namun kita percaya, orang yang terima dan beri rasuah akan dimasukkan ke neraka.
Komen penolakan hudud oleh DAP.

Itu tidak pelik, kita dah tahu dia tidak sokong dari awal lagi, sebab itu dia kena hormatilah, kita pun tak laksanakan di Pulau Pinang tetapi di Kelantan sebab Pas ‘solid’ di sana. Oleh itu, di sana lah yang sesuai untuk dilaksanakan.

Kita tidak bincang untuk laksanakan di sini pun. Kita mengutamakan dakwah, Pas sendiri akan menceritakan tentang hudud. Kita kena tunjukkan dulu di Kelantan. Hari ini kita melangkah dengan baik. Rakyat boleh menilai sejauh mana kesungguhan Pas dari dulu hingga kini.
Bagaimana dengan kenyataan DAP mengisytiharkan PR sudah berkubur?

Takkan sebuah kerajaan buat keputusan tanpa rujuk keputusan rasmi? Saya melihat usul Dewan Ulama Pas itu baru mencadangkan ke Majlis Syura Ulama Pas kerana yang ada kuasa untuk putuskan hukum adalah Majlis Syura Ulama Pas.


Bagaimanapun, sekarang ini Majlis Syura Ulama Pas belum buat keputusan lagi. Bila belum buat keputusan maknanya tidak rasmi lah. Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh buat keputusan tanpa merujuk kepada keputusan rasmi, ini kerajaan.

Muktamar Pas adalah mesyuarat dalaman Pas, Pas boleh bercakap apa sahaja kerana ia dalam rumah tangga Pas, sama macam DAP, mereka juga ada rumah tangga sendiri. Sepatutnya Guan Eng, jika dia matang dan ahli politik yang hebat, dia tidak akan tergopoh-gopoh dan melatah untuk buat keputusan.


Bagaimana pula apabila Ketua Menteri menggunakan kenyataan ‘usul diterima tanpa bahas’ sebagai alasan untuk mengisytiharkan PR berkubur?

Bagi saya itu fahaman dia, sama ada dia mahu mencari fahaman yang betul dengan merujuk kepada kepimpinan Pas atau dia hanya mendengar  tanpa merujuk kepada kita. Sepatutnya dia perlu merujuk kepada kita.

Itu akhlak dia, kita ada akhlak kita. Masyarakat boleh melihat tindakan mereka dalam keadaan panas ini. Pas ambil keputusan untuk tidak memanaskan keadaan dan kita akan melihat kepada keutamaan rakyat.

Kita kena jalan seperti biasa, setakat mana yang boleh. Tunggu keputusan rasmi oleh kepimpinan Pas. Nak berkubur macam mana, nama pun Pakatan. Pakatan mana boleh satu pihak? Seorang takkan dikatakan Pakatan.

Itu nama dia pakat, pakat sudah tentu banyak pihak. Kita belum buat keputusan lagi, jika DAP nak masuk kubur, itu dia punya pasal lah. Dia nak masuk kubur sendiri, kita tidak boleh buat apa sebab itu tindakan dia sendiri. Kita tidak masuk campur rumah tangga dia. Kita kekal seperti biasa dan jalankan tanggungjawab seperti biasa.
Adakah dengan pelantikan ini ustaz berasa terbeban?

Saya sudah biasa dengan banyak jawatan besar sebelum ini. Bagi saya, ini bukan beban tetapi kayu pengukur kewibawaan saya. Saya akan bergerak secara berjemaah. Saya nak dilihat bergerak dengan kekuatan yang boleh dirasai oleh semua masyarakat.

Saya tidak mahu orang nampak saya sahaja sebaliknya cawangan-cawangan, kawasan, Pemuda Pas dan Muslimat Pas yang berperanan.  - Sinar Harian

Sumber TKO - 6-7-2015









































































PAS Pusat beri suntikan baru kepada saf Pulau Pinang











































































MOHD SABRI SAID | .






KEPALA BATAS: Kunjungan Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat ke Pulau Pinang baru-baru ini memberi suntikan baru kepada saf kepimpinan negeri ini bermula dari cawangan, kawasan dan negeri.

Lagipun amat sesuai ekoran sesi ini PAS Pulau Pinang diterajui oleh pesuruhjaya yang baharu iaitu Ustaz Muhamad Fauzi Mohd Yusof merangkap Yang Dipertua PAS Balik Pulau.

Kunjungan kali ini benar-benar menambah perisa kemanisan perjuangan apabila semua yang berada di peringkat atasan adalah ulama berbanding dahulu.

Kunjungan bermakna itu dimulai dengan pertemuan tertutup antara kepimpinan utama dengan jentera PAS seluruh peringkat di Madrasah An-Nadhoh, Kubang Semang, Penanti.

Pertemuan tersebut bermatlamat memberi penjelasan kenapa tapisan berlaku dan memperkenalkan hala tuju golongan ulama untuk mengembalikan imej pimpinan ulama sebagaimana pada tahun 1980 dan 1990-an.

Setelah beramah mesra dan bertukar pandangan dengan para ahli, kepimpinan bertanggungjawab pula menyampaikan maklumat menerusi ceramah perdana di halaman Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah bersebelah Markaz Tarbiyah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Manakala pihak Pemuda PAS pula mengadakan program edaran Harakah percuma secara berasingan sempena kempen membeli Harakah dan Street Dakwah di uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Program berkenaan dipimpin oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin.

Semasa berucap dalam ceramah perdana semua pemimpin menasihati ahli supaya istiqamah dengan perjuangan dan jangan sekali-kali meninggalkan perjuangan yang telah dibina oleh para ulama dahulu. - HARAKAHDAILY 30/6/2015

Sumber HD - 30-6-2015

Harakah jadi wadah perkenal, terang dasar PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .




PERMATANG PAUH: Menjalin silaturrahim dengan menyantuni realiti hidup warga bandar menjadi antara aktiviti Ramadan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Aktiviti tersebut diadakan menerusi penglibatan bersama anggota Jabatan Amal dan Alternative Riding Club bertemu mesra dengan penduduk di sekitar Bandar Perda, di sini malam tadi.

Program itu turut disuntik semangat dengan penyertaan sama pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi; Naib Ketua Pemuda, Khairil Nizam Khirudin dan Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Muhtar Suhaili.

Selain pengisian tazkirah, rombongan Pemuda PAS telah mengadakan ‘Street Dakwah’ dengan melakukan kunjungan ke ‘uptown’ di bandar tersebut sambil mengedar naskhah Harakah.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azzamudden, selain mengeratkan hubungan bersama masyarakat, aktiviti itu juga bertujuan menyampaikan mesej parti.

Harakah menjadi wadah kami memperkenalkan dan menerangkan dasar-dasar PAS. Berbetulan juga di dalamnya terdapat pengisian-pengisian berkaitan Ramadan.

“Mudah-mudahan dengan edarannya menambahkan maklumat dan pengetahuan bukan sahaja mengenai politik semasa, tetapi juga panduan untuk menjalani ibadah Ramadan.

“Insya Allah kami mengharap sentuhan ini menjadikan Ramadan dijalani dengan lebih baik kepada kami dan masyarakat,” ujarnya menyeru penyertaan lebih ramai anak muda dalam aktiviti yang bakal dianjurkan pihaknya.

Katanya, pihaknya mengambil inisiatif membeli Harakah dan mengedarkan kepada orang ramai secara percuma sebagai sebahagian daripada aktiviti dan usaha dakwah kepada masyarakat.
Menurutnya, masyarakat yang ditemui memberikan respons baik, bahkan mencadangkan supaya aktiviti seperti itu diadakan lebih kerap.

Jelas Afnan, Pemuda PAS Pulau Pinang akan terus menggerakkan aktiviti dakwah santai seperti ini berbekalkan akhlak Islam.

“Dalam pendekatan politik dakwah, kekuatan dakwah adalah asas kepada kekuatan politik,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/6/2015

Sumber HD - 28-6-2015











































































Pasti Pulau Pinang perlu bangunan sendiri













































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) semakin mengorak langkah menjadi pilihan utama bagi ibu bapa sebagai medium pendidikan prasekolah Islam kepada anak-anak khususnya di Pulau Pinang.

Setelah lebih 25 tahun bertapak di Pulau Pinang, Pasti semakin berkembang pesat dan bilangan pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

"Perkembangan terkini, Pasti Pulau Pinang telah menerima pelajar dari kalangan non-muslim," ujar Pengarah Pasti negeri, Mohd Hafiz Kasim dalam satu kenyataan.

Ini, katanya membuktikan sistem pembelajaran Pasti amat berkesan di dalam memberi pendidikkan Islam dengan menekankan sistem 5M iaitulah membaca, menulis, mengira, menghafaz dan mengamalkan.
Menurutnya, sistem yang dirangka itu turut diakui sebagai yang terbaik di Malaysia malah turut dikongsi dengan Jamaat Islami Sri Lanka oleh Pengarah Pasti Malaysia, Ustaz Hassan Ahmad dalam rangka lawatan beliau baru-baru ini.

Justeru, ujarnya bagi mengukuhkan dan memantapkan Pasti di Pulau Pinang maka satu cadangan telah dibuat untuk memastikan Pasti negeri mempunyai bangunan sendiri bagi memudahkan urusan pentadbiran dan mengurus sama ada untuk latihan, bilik mesyuarat, pejabat perniagaan dan sebagainya dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.

"Maka saya menyeru kepada semua para dermawan untuk membantu kami merealisasikan impian ini," ujarnya lagi.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan atas nama PASTI NEGERI PULAU PINANG DANA PEMBANGUNAN melalui akaun BIMB 07-0430-1102-4556 atau menghubungi Ustaz Rizam di talian 019-4789 560. - HARAKAHDAILY 21/6/2015

Sumber HD - 21-6-2015

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sedia galas amanah

MOHD SABRI SAID | .

PULAU PlINANG: Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Mohd Yusof bersedia menggalas amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2015 -2017.

Beliau ketika dihubungi menyifatkan kepercayaan yang diberi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang amat besar, tambahan pula Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada Presiden kerana memberi kepercayaan untuk mengendalikan parti di Pulau Pinang. Bagi menjayakan parti, saya harap mendapat kerjasama yang erat daripada semua," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau akan berusaha dengan lebih gigih untuk menggerakkan PAS seiring dengan perkembangan kini yang mana PAS dilihat sebuah parti politik yang mampu merubah senario politik Malaysia.

Apapun, ujarnya yang penting ialah kerjasama daripada semua PAS kawasan.

"Tanpa kerjasama yang erat PAS tidak berkembang dan maju sebaliknya makin lemah.

"Untuk mencapai kemenangan kita harus bersatu dan saya minta PAS kawasan dalam Pulau Pinang dapat menjalinkan ukhuwah untuk tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS negeri. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Sumber HD - 16-6-2015














































































Dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda Pulau Pinang pertahan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .


Merujuk kepada tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, berikut ialah respon kami:-

Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang (DUPN PP), Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang (DMPN PP) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPN PP) dengan ini menyatakan ketegasan dan istiqamah kami untuk berdiri teguh mempertahankan Presiden PAS dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bermaksud memutuskan hubungan dengan PAS keseluruhannya. Hubungan dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan yang bersifat parti dengan parti, bukan individu dengan individu.

Kami juga kesal terhadap tuduhan tidak jujur dan tidak bermaruah keatas Presiden PAS yang kononnya telah bekerjasama dengan Umno untuk melanggar semangat konsensus Pakatan Rakyat.

Tuduhan jahat inilah yang sebenarnya telah menyemarakkan lagi api perselisihan dan memberi nafas baru kepada musuh. Kami menggesa supaya tuduhan ini ditarik balik serta merta, melainkan jika DAP benar-benar mahu Pakatan Rakyat berkubur.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen berpandukan perlembagaan persekutuan, maka sewajarnya PAS mempunyai hak untuk mengemukakan rang undang-undang berkaitan hudud dalam ruang demokrasi yang dibenarkan.

Sama ada rang undang-undang itu diterima atau sebaliknya, ianya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat dalam parlimen kelak.

Kami menegaskan bahawa perjuangan memartabatkan syariat Islam yang luas mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk hudud adalah arahan daripada Allah SWT sebelum kewujudan PAS, PKR, DAP dan Pakatan Rakyat lagi.

Sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam, adalah menjadi kewajipan kami untuk menjunjung tinggi titah perintah Allah SWT jauh mengatasi persetujuan manusia termasuk DAP.

Oleh itu, kami tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang turut menyokong perlaksanaan syariat Islam ini, kami juga bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk DAP bagi menyampaikan dakwah mengenai keindahan Islam yang bersifat universal.

Sekian, terima kasih.

USTAZ MOHD FAUZI YUSOF
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang

USTAZAH HASANAH IDRUS
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang

USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Sumber HD - 26-3-2015

















































































PAS P.Pinang gesa pemecatan Iszuree ditarik balik

HARAKAHDAILY | .

GEORGETOWN: PAS Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menangani isu pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dengan bijaksana disamping perlu mengadakan perbincangan.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi berkata, isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS lepas adalah melibatkan rakyat dan bukannya memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Fadzil berkata, sebagai seorang pemimpin PAS yang komited Iszuree hanya menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk negerinya itu.

Ekoran itu, beliau mendesak kerajaan negeri menarik balik pemecatan Iszuree.

Iszuree yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulalu Pinang, dipecat daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran ucapan dasarnya dalam Muktamar PAS Kali ke-60 baru-baru ini menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Memetik laporan Awani, Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.

Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014





















































































Kuliah: Jangan cetus kemarahan penganut agama lain

MOHD SABRI SAID | .

PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang meminta semua guru agama yang menyampaikan kuliah di masjid supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan dakwah supaya ucapan tidak menimbulkan kemarahan penganut agama lain sehingga mencetuskan ketidakharmonian kaum.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan demikian di pekarangan Masjid Jamek Bandar Perda pagi tadi sebagai respons kepada isu membabitkan seorang penceramah agama di negeri ini.

Beliau berkata, mereka yang bergelar pendakwah wajar bersikap secara berhemah semata-mata untuk menggambarkan kesyumulan dan kebaikan Islam itu sendiri.

Jelasnya, ia bersesuaian dengan firman Allah di dalam Surah Al Ana'm ayat 108 yang bermaksud "jangan kamu menghina agama dan tuhan pengikut agama lain kelak mereka akan menghina Allah sebagai balasan dengan penuh kebencian".

Katanya, mengenai keharmonian, PAS sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab untuk menyuarakan pandangan dalam isu tersebut supaya kaum lain sama-sama menghormati kedaulatan negara yang mahu hidup dalam keadaan aman dan damai.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berharap mana-mana pihak usah membuang masa bertikam lidah terhadap sentimen perkaunan sebaliknya mengambil sikap meredakan keadaan.

Hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan PAS negeri, Rosidi Husein, Ketua Lajnah Ekonomi PAS negeri, Zolkiply Md Lazim dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Asokan Perumal. - HARAKAHDAILY 31/7/2014

Sumber HD - 31-7-2014






















































































Shahul Hamid ditahan untuk bantu siasatan polis

BERNAMA | .

BUKIT MERTAJAM: Penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd ditahan polis awal hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau yang dikatakan menghina kaum India.

Shahul Hamid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada kira-kira pukul 9.00 pagi dan dibebaskan semula kira-kira empat jam kemudian, dipercayai selepas keterangan beliau diambil.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan Shahul Hamid.

Katanya, penceramah itu dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia hasil laporan polis dibuat terhadapnya.

Sementara itu, Shahul Hamid hari ini meminta maaf secara terbuka kepada kaum India berikutan ceramah agamanya itu.

Shahul Hamid berkata, beliau harap diberi peluang untuk memperbaiki diri atas kesilapannya itu.

"Saya mohon maaf...Saya sedar juga berasal usul dari India dan tidak sepatutnya menghina agama dan kepercayaan mereka," katanya kepada pemberita.

"Saya harap semua laporan polis terhadap saya dapat ditarik balik dan tidak ada tindakan diambil terhadap saya," katanya. - Bernama

Sumber HD - 31-7-2014