BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, March 12, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (JILID 12)



PAS Yakin Menang Walaupun Umno-BN 

Gunakan Jentera Kerajaan

KUALA TERENGGANU – Walaupun dalam
PAS tahu sebagaimana dalam pilihan-pilihan
raya lalu, UMNO BN menggunakan segala
instrumen yang ada dalam kerajaan, kewangan
dan sebagainya, namun PAS tetap yakin bahawa
Allah SWT bersama-sama dengan kebenaran.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu
menjelaskan, para pejuang PAS yakin
perjuangan agama Islam ini sebagaimana umat
Islam percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj.

”inilah keyakinan yang ada kepada kami dan diatas semangat Isra’ wal Mi’raj itu maka kami terus
bergerak,

”bertemu dengan rakyat menawarkan kepada rakyat segala apa yang telah pun dijanjikan dalam
manifesto PAS Negeri Terengganu kepada rakyat Terengganu apabila kita menang didalam PRU
ke-14 pada 9 Mei akan datang,” katanya.

Calon PAS bagi DUN Waka Mempelam itu berkata, selain daripada itu juga, umat Islam dipaparkan
beberapa kesah didalam perjalanan Israk dan Mikraj, bagaimana perjalanan yang tidak lojik pada
pemikiran manusia adalah satu kenyataan.

Beliau berkata demikian dalam Program Mortivasi Pagi HARAP TV yang disiarkan secara 
langsung pada jam 9 pagi semalam.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS
Terengganu itu menyeru agar semua rakyat
Terengganu bersatu menyokong perjuangan
Islam PAS.

”Saudara-saudara, muslimin muslimat, tuan-tuan
dan puan-puan sekalian, saya menyeru dan
mengajak kepada seluruh saudara saudari yang
berada di luar sana untuk bersama-sama dengan
kami,

”untuk membina Negeri Terengaanu yang maju
berkat dan sejahtera untuk sama-sama kita
membangunkan Negeri Terengganu dengan
keindahan,

”kesyumulan ajaran Islam supaya akhirnya kita
akan mendapat kejayaan, keberkatan dan
kesejahteraan bukan sahaja di dunia yang fana
ini malah juga di akhirat,” tegasnya.

Teruskan sokongan semua pengundi, kata beliau, kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) samaada
di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun di peringkat Parlimen.

”dan tunjukkan….. zahirkan sokongan anda pada 9 mei yang akan datang. Jom undilah PAS
bersama-sama membawa Negeri Terengganu yang maju berkat sejahtera,” tambahnya.

Sumber BO - 24-4-2018


Hanafiah Ikrar Kekalkan Chukai

Oleh KAM

KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman dan
Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, berikrar
akan mengekalkan kemenangan PAS di N31
Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai.

Calon PAS DUN Chukai, Hanafiah Mat
menegaskan, kemenangan Dun Chukai mesti
dipertahankan bagi membantu PAS Terengganu
menguasai Wisma Darul Iman.

Katanya, DUN Chukai menjadi rebutan
parti-parti yang bertanding seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-14, ini.

“Insya’Allah, kami (PAS) di peringkat Kemaman dan MTD (Chukai) akan ‘bermatian’
mempertahankan kemenangan parti di Dun Chukai ini yang diperolehi pada PRU13 lalu.


“Saya sekali lagi diamanahkan oleh parti (PAS)
untuk bertanding di Dun Chukai ini, bagi
membantu PAS Terengganu memerintah negeri
dan kembali ke Wisma Darul Iman,” ujarnya
ketika ditemui semalam

Beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Chukai bagi penggal lalu, sekali
lagi dicalonkan bertanding pada PRU14 ini
di kerusi yang sama seperti PRU13.

Menurutnya, keyakinan peluang menang itu
tetap ada meskipun berlaku pertandingan tiga, empat penjuru kerana mandat rakyat.

Katanya, Dun Chukai juga mempunyai ramai pengundi Cina yang mutakhir ini menyatakan
sokongan secara peribadi kepada calon PAS yang bertanding.

Pada PRU13 lalu, Dun Chukai ini dimenangi oleh PAS, Hanafiah Mat yag mendapat 12,457 undi
mengalahkan calon BN, Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (10,011) undi dengan
kelebihan majoritinya 2,446 undi.

Sumber BO - 24-4-2018




Kerajaan BN Tak Sepatutnya Rampas Hak 

Tanah

DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan
Nasional (BN) tidak sepatutnya merampas
kembali hak tanah yang telah diberikan semasa
pemerintahan PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Dungun, Cikgu haji
Alias Harun berkata, ini adalah bukti
pemerintahan PAS dengan memberikan
kemudahan kepada rakyat.

Katanya, sebelum ini Umno BN memerintah
dengan sekian lama tetapi tidak pernah
membuka permohonan lot tanah berjumlah 70 ribu untuk rakyat.

“Semasa PAS memerintah pada tahun 1999 sehingga 2004 PAS telah membuka permohonan lot
tanah berjumlah 70 ribu lot tanah,

“Dan sempat meluluskan permohonan berjumlah 60 ribu lot manakala selebihnya di tarik balik oleh
pemerintahan Umno BN selepas PAS kalah pada tahun 2004,” katanya.


Beliau yang merupakan calon PAS bagi DUN
Rantau Abang berkata demikian ketika ditemui
pihak media ketika melwat markaz di DUN
Rantau Abang pada Ahad, 22 April.

Katanya, PAS akan berusaha mengembalikan
tanah-tanah kepada rakyat yang telah dirampas
semasa kerajaan diperintah oleh Umno BN.

“PAS juga menawarkan membuka permohonan
tanah baru dengan terus memberi geran kekal,

“Dan inilah harapan PAS supaya PRU ke 14 ini
rakyat memberi mandat kepada PAS untuk
memerintah negeri Terengganu selepas pilihan raya ke 14,

“Kalau kita diberi mandat untuk memerintah insya Allah 10hb kita akan ke Wisma Darul Iman dan
kita akan melaksanakan tawaran -tawaran kita ini, untuk cakna kepada rakyat,”jelas beliau.

Sumber BO - 24-4-2018




PAS Yakin Mara, Ambil Alih Terengganu

MARANG – PAS Terengganu tetap melihat
semua calon yang diisytiharkan BN bagi
mewakili parti itu hadapi PRU14 adalah lawan
yang kuat dan tidak sekali-sekali mengambil
jalan mudah atau merasa selesa.

Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Noor
Hamzah berkata, biar apa pun pada tanggapan
dan persepsi masyarakat kepada senarai calon
tersebut.

”Biarpun sudah menjadi buah mulut hampir
seluruh rakyat Terengganu yang cakna politik bahawa calon-calon yang diketengahkan BN bagi
PRU14 yang diisytiharkan hari ini,

”(senarai itu) kelihatan longgar dari banyak segi, PAS Terengganu tidak mahu melayan semua itu,”
jelasnya, ketika mengulas perkata tersebut pada Ahad 22, April.

Beliau berkata demikian, di Pasar Malam Pekan Bukit Payong semasa berucap pada Majlis
Penerangan Manifesto Dan Ramah Mesra bersama penduduk.

Namun disebalik semua hitungan politik semasa, beliau menaruh keyakinan, PAS tetap akan mara
dan kembali ke Wisma Darul Iman sebagai sebuah kerajaan teknokrat.

”Sebagaimana hasil ilham Presiden PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang menghargai
kepakaran kakitangannya,” tambahnya.

Sehubungan itu, sebagai calon PAS DUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau
mahu jentera dan penyokong PAS untuk memusatkan persiapan yang semakin hampir kepada hari
penentuan.

“PAS Terengganu tidak mahu ahli dan penyokong mengambil pusing berkenaan kelayakan atau latar
belakang lawan PAS pada PRU nanti sehingga kita hilang fokus kepada gerak kerja kita.

“Saya menyeru kepada semua jentera-jentera parti agar tidak mempedulikan isu-isu sebegini kerana
ia mungkin hanya mainan atau perangkap sesetengah pihak yang mungkin cuba mengalih perhatian
kita.

“Saya yakin, kita mempunyai peluang yang sangat besar jika kita terus fokus dalam usaha kita
mengalahkan semua lawan PAS,” tegas beliau.

Beliau turut mengajak semua calon-calon yang bakal bertanding nanti untuk mengikut jejak
langkah PAS dalam mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera bagi menjaga keharmonian.

Tambah beliau lagi, seharusnya politik fitnah dan persepsi yang dijalankan oleh musuh PAS ketika
 ini, tidak mendapat tempat di hati pengundi-pengundi kerana ini adalah masa untuk membina
negara yang lebih baik bukan saling mengfitnah.

Ditanya berkenaan peluang beliau dalam berhadapan seorang bekas senator dan juga seorang wanita,
yang mungkin mempengaruhi pengundi wanita, beliau hanya menjawab, beliau mempunyai
keyakinan penuh kepada kehebatan jentera Muslimat Dun Bukit Payong

Sumber BO - 23-4-2018




Cukai GST; Rakyat Luah Perasaan

BESUT – Rakyat meluahkan rasa terbeban
dengan Sistem cukai dan Perkhidmatan (GST)
yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan
Nasional (BN) sehingga menyusahkan
masyarakat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Haji
Wan Azhar Wan Ahmad berkata, rakyat
berharap PAS akan mencapai kemenangan dalam
pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei
nanti.

“Isu GST yang membebankan pengguna adalah
antara bahan perbualan yang merancakkan
sehingga seorang Tionghua bangun dan istiharkan untuk belanja semua yang hadir,

“Lebih mengejutkan bilamana dia (rakyat) mintak calon PAS menyimpan duit untuk mengisi minyak
kereta,

“Dan berharap dapat bergerak untuk menemui seramai mungkin rakyat di Jerteh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu GST dalam program sembang
kedai kopi pada Ahad, 22 April.

Katanya, Majlis Tindakan DUN (MTD) Jerteh merancakkan gerakan kempen dari rumah ke rumah
dalam menyantuni pengundi untuk menghadapi PRU ke 14 pada 9 Mei 2018.

“Di samping itu, calon PAS DUN Jerteh juga bergerak untuk menziarahi pesakit di hospital Pasir
Putih yang bersempadan dengan Besut,

Dan di sebelah malamnya, ustaz Wan Azhar turut menziarahi seorang pesakit yang di serang angin
ahmar serta meneruskan aktiviti ceramah di pos Alor Selising,”ujar beliau lagi.

Sumber BO - 23-4-2018





Kempen Berhemah Dengan Panduan Dan Nasihat

KEMAMAN – Petugas parti pos disetiap Unit
Peti Undi (UPU) diberi sedikit panduan dan
nasihat ketika berada dalam suasana kempen
pilihan raya umum (PRU) ke 14 agar menjaga
tingkah laku.

Ahli jawatankuasa PAS Kemaman, Cikgu Ab
Razak Ibrahim berkata, kaedah berkempen yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan budaya
politik matang sejahtera agar dapat menarik lebih
ramai lagi menyokong serta mengundi parti
Islam seMalaysia (PAS).

Kita juga memaklumkan kepada pos yang berada di DUN Air Putih tentang pertandingan pos dan
replika terbaik sepanjang tempoh berkempen dalam PRU pada kali ini,

“Dan program ini dibuat bertujuan memantau jumlah pos dalam DUN serta dalam masa yang sama
memperkenalkan Calon N32 DUN Air Putih,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program lawatan Calon N32 ke pos-pos
di Zon C & Zon B dalam DUN Air Putih pada Sabtu, 21 April.

Katanya, pos yang terlibat ialah UPU Jabor dan
UPU Cheneh serta UPU Dadong dan turut serta
dalam program ini adalah ahli jawatankuasa
(AJK) Kempen Majlis Tindakan DUN (MTD)
Air Putih.

Beliau merupakan salah seorang calon PAS
yang dipilih oleh Badan Perhubungan PAS
Negeri Terengganu (BPPNT) untuk bertanding
di DUN Air Putih.

Cikgu Ab Razak Ibrahim dikurniakan lima
orang cahaya mata dan mempunyai seorang isteri bernama Nor zaliha Othman yang berkelulusan
dalam Diploma Perguruan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Kampung Nangka pada tahun 1960 sehingga
1965, Sekolah Menengah Nasirudin Shah (1966-1971) dan Sekolah Menengah Lanjutan Sultan
Zainal Abidin (1972).

Kemudian beliau melanjutkan pengajian dalam Diploma Perguruan Maktab Perguruan Kota Bharu
Kelantan pada tahun 1977 sehingga 1978 dan Kursus Khas Lanjutan Perguruan satu tahun dalam
bidang Pendidikan Pemulihan Khas di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit pada tahun
1990.

Pengalaman beliau dalam kerjaya dengan mengajar dibeberapa buah Sekolah Rendah di Besut dan
Kemaman pada tahun pada tahun 1979 sehingga 2010 dan menjawat Jawatan Guru Pakar (GC)
dalam bidang Pendidikan Pemulihan Khas pada tahun 2001hingga 2005.


Kemudian beliau memasuki bidang Pengurusan
dengan jawatan Guru Penolong Kokurikulum
dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
di beberapa buah Sekolah Rendah di daerah
Kemaman pada tahun 2005-2010.

Beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa
Pendidikan Pemulihan Khas di peringkat
Daerah Kemaman, negeri Terengganu dan
peringkat Kebangsaan (2001-2010). Ketua
Juruatih Utama (JU) di dalam Bidang
Pendidikan Pemulihan Khas di peringkat
daerah Kemaman dan peringkat Negeri Terengganu, manakala diperingkat Kebangsaan sebagai
jurulatih utama (JU) serta pernah mendapat beberapa anugerah sepanjang berkhidmat sebagai guru.

Antara anugerah yang beliau pernah dapat ialah anugerah guru Inovatif peringkat Kemaman dan
guru cemerlang Pendidikan Pemulihan Khas Peringkat Negeri Terengganu serta Johan
pertandingan mencipta Bahan Bantu Mengajar untuk murid-murid pemulihan Khas.

Cikgu Ab Razak Ibrahim bepengalaman dalam sosial dan kebajikan sebagai Setiausaha BAKIK
Surau Hijau Mak Chili Paya, Pengerusi Surau Hijau Mak Chili Paya sehingga sekarang, Pengerusi
Pembinaan PASTI Adam Cawangan Kg.Air Mak Chili baharu, Pengurus PASTI Adam Cawangan
Kg.Air Mak Chili dan Timbalan Pengerusi 2 PASTI kawasan Kemaman serta Penceramah atau
 motivater kepada ibu bapa, guru-guru (SR) dan murid-murid yang terlibat dalam masalah
kemahiran bacaan.

Selain itu, beliau berpengalaman dalam dunia politik sebagai Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS
Kawasan Kemaman pada tahun 2015 hingga 2016 dan Ketua cawangan PAS Kg.Air Mak Chili
bermula tahun 2011 serta Pengarah Majlis Tindakan DUN Air Putih 2014 hingga sekarang.

Sumber BO - 23-4-2018





PAS ingin jadikan Terengganu seperti Kelantan

KUALA LUMPUR: “Kita menganggarkan
pendapatan pada tahun 2018 ini dengan 
anggaran sebanyak RM696 juta untuk 
pendapatan kerajaan di Kelantan dan ternyata 
lebih rendah berbanding di Terengganu iaitu 
sebanyak RM1.8 bilion,” kata Naib Ketua 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz 
Ahmad Fadhli Shaari. 
Menurutnya, RM1.5 bilion daripada jumlah RM1.8 bilion itu adalah hasil daripada royalti 
minyak. 
Tambahnya, pendapatan sebenar kerajaan Terengganu adalah sebanyak RM300 juta sahaja. 
Ini terbukti Kelantan telah mendahului Terengganu sebanyak RM396 juta.
Beliau juga membuat perbandingan pertumbuhan ekonomi di Kelantan adalah sebanyak 
4.8 peratus mengatasi kadar nasional pada tahun 2016 hanya pada kadar 4.2 peratus sahaja .  
Kadar itu, kata beliau juga jauh meninggalkan negeri Pahang iaitu sebanyak 2.0 peratus pada 
masa itu.
“Di Kelantan, PAS turut memperkenalkan 
Al-Qardhul Al-Hasan (pinjaman tanpa 
faedah)  
kepada kakitangan kerajaan. Sebagai 
contoh, kakitangan kerajaan beli kereta 
bernilai RM60,000 dan tempoh bayaran selama 6 tahun,” ujar beliau pada Program Town Hall 
Anak Muda Anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di 
Bangi, semalam.  
Jelasnya, peminjam hanya perlu membayar harga asal kereta iaitu RM60,000 tanpa 
bertambah satu sen pun. 
“Maka apakah yang lebih kita mahu dari sebuah pentadbiran yang kita namakan sebagai 
good governance kecuali sebuah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan juga salah 
guna kuasa  
 “Sehubungan ini, insya Allah kita mahukan salah seorang exco di belakang saya ini yang 
akan mengubah lanskap di Terengganu menuju ke arah yang lebih baik,” ujar beliau. – 
HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23-4-2018 









Rakyat Kecewa Kerajaan BN Gagal Selesai 

Masalah Hak Milik Tanah

SETIU – Rakyat kecewa apabila kerajaan Umno
dan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan
pemberian hak milik tanah yang telah ‘direntah’
berpuluh-puluh tahun lamanya.

Seorang warga kampung Kepala Gajah dekat
Jabi berkata, walau pun tanah tersebut hanya
seluas ‘sekangkang kera’.

Kata Zakaria Ahmad atau lebih dikenali sebagai ‘
Pak Ya’, soal pemilikan tanah adalah ibarat
‘nyawa tambahan’ bagi orang kampung.

Katanya, orang kampung teroka tanah itu, bukan untuk nak jadi kaya raya, tetapi tempat curahan
keringat demi sesuap nasi untuk keluarga.

“Geran tanah diberi kepada rakyat bermakna kerajaan dapat hasil cukai,

“Walaupun kerajaan tak beri geran tetapi kita tetap meneroka tanah sebab nak cari makan,

“Kita yang dapat hasil daripada tanah dan kerajaan juga yang rugi dan tak dapat apa-apa pun,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pihak media berkenaan isu tanah di kampung tersebut,
pada Ahad, 22 April.








Pengaram Majlis Tindakan DUN Jabi Dr Azman Ibrahim ketika menziarahai ‘Pok Ya’ 
semalam
Sebaliknya kata beliau, semasa pemerintahan tahun 1999 hingga 2004, lot tanah diberikan kepada
rakyat oleh kerajaan PAS.

Namun beliau berkata, belum sempat pemprosesan untuk dikeluarkan suratan hak milik, BN
menang kembali memerintah negeri Terengganu.

Katanya, ia menyebabkan urusan itu tidak selesai dan fail tanah itu pun hilang entah ke mana .

“Manifesto PAS Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 menawarkan pemberian geran
kekal kepada rakyat yang berhak amat ditunggu-tunggu,

“Tambahan pula PAS ada rekod cemerlang dalam menyelesaikan isu tanah walaupun dalam usia
pemerintahan yang singkat dan lebih 60,000 lot tanah berjaya diselesaikan pemberian hak milik,”
ujarnya.

Menurutnya lagi, PAS tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi dengan keyakinan Islam mampu
mentadbir kerajaan dengan lebih baik.

“PAS berjanji apabila urusan negeri ditadbir oleh mereka yang berpolitik dan rakyat akan dapat
melihat makna amanah serta ketelusan yang sebenar,

“Dengan mengambil kira apa yang mereka akan hadapi dalam kubur kelak,” jelas beliau lagi.

Sumber BO - 23-4-2018









PAS Akan Tutup Segala Ketirisan Dan Usaha 

Tingkat Pendapatan Negeri

KEMAMAN – PAS akan menutup segala
ketirisan ekonomi disamping berusaha
meningkatkan lagi pendapatan negeri sekiranya
diberi mandat memerintah pemerintahan negeri
Terengganu dalam pilihan raya umum (PRU)
ke 14.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Air
Putih Cikgu Abdul Razak Ibrahim berkata,
rakyat tidak perlu ragu dengan kemampuan PAS
 kerana ketika era pemerintahan pada tahun 1999
sehingga 2004 PAS telah berjaya melaksanakan
semua janji
manifesto semasa PRU ke 13 yang lalu.

Katanya, sekiranya PAS diberi peluang memerintah lagi PAS
akan perbanyakkan lagi kebajikan kepada rakyat.

“Program agihan minyak petrol percuma menggamit kehadiran memberangsangkan dan melebar
kemesraan antara PAS dengan penduduk tempatan,

“Dan lebih daripada 200 botol yang setiapnya berisipadu 1.5 liter habis mengisi tangki-tangki
motorsikal para pemuda dan muslimin serta muslimat sekitar Pekan Cheneh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program agihan petrol percuma di
Cheneh di DUN Air Putih, Jumaat, 20 April.

Walaupun sumbangan itu tidak seberapa
nilainya tetapi para pengunjung amat
berterima kasih diatas kecaknaan pimpinan
PAS kepada rakyat yang kini berada dalam
tekanan hidup akibat Sistem Cukai dan
Perkhidmatan (GST).

“Program ini bertujuan untuk meringankan
sedikit bebanan hidup rakyat di luar bandar,

“Dan Kepuasan terpancar daripada riak muka
dan senyuman daripada rakyat ketika
menyambut salam Cikgu Razak,”ujarnya.

Tambah beliau lagi, di sebelah malamnya diadakan program bakar ayam sambil menyaksikan
wayang pacak serta diadakan cabutan bertuah.

Kehadiran mencecah 300 orang mencapai objektif yang diharapkan sebagai ‘signal’ perubahan
akan berlaku di Cheneh.

Seorang pengunjung yang dikenali dengan Wafi berkata, program seperti ini sangat molek agar
masyarakat dapat melihat bagaiman pemimpin PAS turun dalam masyarakat menerangkan isu-isu
semasa secara terus.

Beliau merupakan salah seorang calon PAS bagi N32 DUN Air Putih yang telah diisytiharkan pada
19 April di Dewan Tok Guru, Rusila dalam Majlis Pengisytiharan calon-calon PAS negeri
Terengganu.

Sumber BO - 22-4-2018










Meneruskan Legasi Kemenangan di Wakaf 

Mempelam

KUALA TERENGGANU – Perjuangan
meneruskan legasi Parti Islam SeMalaysia
(PAS) di Wakaf Mempelam kini di pikul oleh
Yang DiPertua PAS Kawasan Terengganu, Ustaz
Wan Sukairi Wan Abdullah setelah di umumkan
sebagai calon Dewan Undangan Negeri itu.

Mantan ADUN Haji Mohd Abdul Wahid Endut
berkata, penggantinya itu akan menyambung
khidmatnya yang sudah mencapai tempoh lima
penggal menabur bakti.

“setelah 28 tahun berkhidmat untuk di Wakaf
Mempelam kini tiba giliran calon baru pula menyambungnya dan meneruskan khidmat cemerlang
PAS dan bakal mengekalkan kemenangannya,

“In shaa Allah, kita amat yakin pengundi akan terus memilih PAS pada pilihanraya kali ini dan
memberi sokongan padu kepada calin yang telah diisytiharkan,” ujar beliau.

Menurut mantan Pesuruhjaya PAS Teregganu
itu, Ustaz Wan ialah seorang calon muda yang
banyak pengalaman, memberikan khidmat
bantuan kepada penduduk dan luar begara.

”beliau adalah seorang sukarelawan Yayasan
Amal Malaysia yang begitu prihatin terhadap
nasib golongan marhaen,

”dan sentiasa turun ke tengah masyarakat dalam
merasai sendiri kehidupan rakyat terutama
golongan yang tidak terbela nasibnya,” jelasnya.

Sehubungan itu Ustaz Wan Sukairi yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berikrar akan
memegang dan melaksanakan amanah parti dan amanah rakyat.


“saya dan isteri akan terus meneruskan khidmat
dan amanah yang di berikan Parti Islam.
Semalaysia ( PAS ) kepada saya sebagaimana
sebelum ini,

”dan saya amat mengharapkan sokongan semua
ahli danpenyokong PAS di Wakaf Mempelam,
sama sama kita kekalkan momentum sebelum,

”bantu saya untuk kita terus menyambung legasi
ini,” tegas Ustaz Wan, ketika ditemui menziarahi
penduduk bersama isterinya Dr Fadhilah Ismail.

Sumber BO - 21-4-2018











Tsunami Anak Muda Boleh Ubah 

Pemerintahan

KUALA NERUS – Tsunami anak muda boleh
mengubah pemerintahan negeri akan berlaku
sekali lagi sepertimana pada pilihan raya umum
(PRU) ke-13 yang lalu.

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala
Nerus, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, satu
perubahan besar apabila anak muda memberi ‘
lonjakan’ dan sokongan kepada parti Islam
Semalaysia (PAS).

“Kalau ikut keistimewaan seorang calon memang susah nak cari cuma kita pakai ‘trademark’ parti
untuk lawan pihak pembangkang yang kemungkinan MB,

“Persaingan sengit akan berlaku apabila calon Umno yang akan dipertandingkan nanti adalah
Mantan Menteri Besar (MB) Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman,


“Tapi kita mengharapkan sesuatu kejutan yang
berlaku dimana kita yakin dan percaya yg kite
mampu buat perubahan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak
media dalam program Minyak Motor Percuma
di Shell kampung Duyung, Seberang Takir,
Jumaat, 20 April.

Menurutnya, beliau berharap kepada semua
rakyat di negeri Terengganu khususnya DUN
seberang Takir beri peluang kepada Parti PAS untuk memerintah negeri Terengganu sekali lagi pada
PRU ke-14 kali ini.

Haji Mohd Fadhil Wahab berumur 41 tahun mempunyai seorang isteri bernama Tengku Aspaniza
Tengku Aziz dan menpunyai empat orang cahaya mata.

Beliau berasal daripada kampung Baru kini tinggal di Tok jembal telah dipilih oleh Badan
Perhubungan PAS negeri Terengganu menjadi Calon PAS di DUN Seberang Takir.

Beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan
dan merupakan seorang Pengurus Agensi
Pelancongan samaada didalam negeri ataupun
di luar negara.

Di dalam parti PAS beliau bergiat aktif dan
beliau memegang tanggungjawab Exco Dewan
Pemuda PAS Kawasan, Ahli Jawatankuasa
(AJK) kawasan, Pengarah Pasti kawasan dan
menjadi Ketua Pemuda PAS dalam DUN
Seberang Takir

Pendidikan bemula dari Sekolah Kebangsaan
Seberang Takir pada tahun 1984 hingga 1989. kemudian pada tahun 1989 hingga 1994 beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri.

Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran ke UITM Shah Alam dalam bidang Diploma in Actuarial
Science dan menamatkan pengajian beliau menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan &
Kewangan sehinggalah beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan
 (Kepujian) tahun 2002.

Sumber BO - 21-4-2018












Elakkan Ketegangan

KUALA TERENGGANU – Ahli, para petugas dan penokong PAS dinasihat dan diberi ingatan PAS
supaya mengelakkan ketegangan diantara parti-parti lain.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid berkata, parti itu tetap
dengan polisi budaya politik matang dan sejahtera bukan sahaja dalam hubungan kemasyarakatan
tetapi ketika berkempen.

“ Pesanan saya kepada penyokong parti yang memasang bendera supaya menjaga keselamatan diri,

“Agar kita tidak mahu lihat berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang tempoh berkempen,’
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Majlis Pengisytiharan
Calon-Calon PAS Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila pada Khamis, 19 April.

Katanya, tempat yang berisiko dan tinggi serta tempat yang melibatkan kabel-kabel elektrik
ataupun sungai yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan harap dapat dielakkan.

“Saya tengok program anak muda di Hulu Terengganu mendapat sambutan yang luar biasa pada
kali ini jika dibandingkan dengan pilihan raya umum (PRU) ke – 13,

“Dan saya sangat yakin pengundi muda insya Allah pada kali ini akan berpihak kepada parti Islam
Semalaysia (PAS),”ujarnya lagi.

Sumber BO - 21-4-2018













Kerajaan Teknokrat Pertama Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS akan
memperkenalkan Kerajaan Teknokrat iaitu
sebuah kerajaan yang bukan hanya dianggotai
oleh wakil rakyat semata-mata sebaliknya
disertai para ilmuan dan pakar dalam bidang
masing-masing secara lantikan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata, Terengganu bakal menjadi negeri
perintis pelaksanaan kerajaan Teknokrat
sekiranya parti itu diberi mandat memerintah
negeri ini pada PRU14.

“Teknokrat adalah kerajaan dianggotai bukan saja wakil rakyat tapi termasuklah pakar-pakar dan
ahli-ahli tertentu yang boleh dilantik.

“Bagi peringkat negeri, kita pinda perlembagaan negeri Terengganu dulu. Jika tidak ada calon bukan
Islam dipilih boleh dilantik bukan Islam, begitu juga wanita sekiranya tidak ada kita boleh lantik dari
kalangan muslimat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu
PRU14 yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Khamis malam 19 April.

Beliau berkata, konsep itu sama dengan proses lantikan Senator di peringkat Dewan Rakyat namun
Ahli Dewan Rakyat itu selama ini dipilih berdasarkan calon yang kalah dalam pilihanraya atau
individu mempunyai masalah dengan BN.

Berbeza dengan Kerajaan Teknokrat akan dibawa oleh PAS yang akan melantik individu mempunyai
kebolehan bidang tertentu agar kepakaran itu boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan
masalah dihadapi rakyat.

Atas dasar itu, Pas mengambil inisiatif mengetengahkan kesemua 40 calonnya adalah kombinasi
golongan profesional (22 peratus), pengajian Islam (60 peratus) manakala selebihnya adalah
usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Ditanya mengenai kerjasama Pas dengan parti lain, Abdul Hadi menegaskan bahawa parti itu
memperkenalkan gagasan yang ditunjukkan oleh Islam melalui konsep ‘taawun’ iaitu menjalinkan
kerjasama hanya dalam perkara baik.

“Kita tidak bekerjasama kepada perkara tidak baik. Ini mewujudkan demokrasi tenang yang tidak
menimbulkan ketegangan.

“Kita tidak mahu perbezaan pendapat hingga menimbulkan kekacauan dalam negara, cukuplah apa
yang berlaku di negara Arab, negara Islam lain di mana kita tidak selesaikan secara demokrasi
beradab hingga menimbulkan kekacauan dan campur tangan asing dalam negara, ini kita tidak
benarkan.

“Kita boleh berbeza pendapat tapi jangan berkelahi, berperang..ini pendekatan kita mahu perkenal,”
katanya.

Sumber BO - 21-4-2018














PAS Fields Aerospace Expert Ahmad Samsuri 

In Rhu Rendang Seat

MARANG: PAS will field an aerospace expert in
the Ru Rendang state seat, which has been held
by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang
since 1986.

Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, who is Abdul
Hadi’s political secretary, was unveiled as PAS’
choice in the stronghold seat for GE14 at a
ceremony here in Rusila Thursday (April 19)
night.

Dr Ahmad Samsuri, who is also PAS election
director, was the former head of Universiti Putra
 Malaysia’s Aerospace Department and had often been sought for his views on the missing MH370
aviation mystery.

Abdul Hadi will only defend his Marang parliamentary seat in this election.

Muhammad Khalil, who is Abdul Hadi’s son, will make his election debut as the candidate for the
Batu Buruk state seat, which is held by PAS.

The PAS Youth chief received among the loudest cheers from the thousands of supporters when
state PAS commissioner Datuk Hussin Awang announced his candidacy.

PAS will contest all eight parliamentary and 32 state seats in Terengganu.

Nearly half of the 40 candidates are new faces.

In GE14, PAS won 14 out of 32 state seats and four out of eight parliamentary seats in Terengganu,
when they were part of the now defunct Pakatan Rakyat coalition.-thestar

Sumber BO - 20-4-2018































Taman Ilmu: GANTI buat laporan SPRM

KUALA TERENGGANU: Badan Bukan 
Kerajaan (NGO) Gerakan Anak Terengganu\ 
Insaf (GANTI) telah membuat satu laporan 
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) Terengganu, mengenai isu 
Kompleks Taman Ilmu di Tembila, Besut.
Timbalan Presidennya, Wan Mohd Faizul Wan 
Abas berkata, laporan diadukan kepada pihak SPRM Terengganu agar satu siasatan dijalankan 
terhadap beberapa projek Taman Ilmu yang terbengkalai itu.
Ini kerana maklumnya, terdapat juga keraguan rakyat umum mengenai beberapa tuntutan 
saman antara kontraktor utama dengan kerajaan negeri serta sub-kontraktor.
"Kami dari NGO GANTI datang ke SPRM ini untuk buat satu 'report' (laporan) berkenaan 
isu terbengkalai Taman Ilmu di Tembila, Besut. Ianya, melibatkan pembinaan selepas 
daripada terbengkalai tahun 2012. 
"Ini melibatkan pembinaan asrama, kompleks pusat pelajar, dewan konvensyen, kompleks 
sukan dan mini stadium," jelasnya di hadapan pejabat SPRM Terengganu di Wisma 
Persekutuan, di sini kelmarin dahulu. 
Menurut beliau, keseluruhan projek pembangunan Taman Ilmu itu diagihkan kepada 17 buah 
syarikat termasuk dengan kontraktor utama dan sub-kontraktor. 
Persoalannya aju Wan Mohd Faizul, terdapat rentetan beberapa saman yang dibuat oleh  
beberapa buah syarikat kepada kerajaan negeri termasuk daripada sub-kontraktor kepada 
kontraktor utama. 
"Pada 1 Disember 2016, Perintah Persetujuan dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya di antara 
kerajaan negeri (Terengganu) sebagai defendan dengan kontraktor utama, Posc TI Sdn. Bhd. 
sebagai plaintif. Dikatakan pihak kerajaan bersetuju membayar sejumlah RM45 juta," tegasnya.
Kemudiaan katanya, kerajaan negeri bersetuju mengeluarkan Letter Of Intent (LOI) kepada 17 
kontraktor untuk selesaikan tentang bayaran tersebut. 
Namun menurutnya, pada 28 Februari 2018 lalu, enam buah syarikat sub-kontraktor dari 17 
buah syarikat berkenaan telah menyaman pula kerajaan negeri dan Posc TI Sdn. Bhd. 
sebanyak RM27,813,007.75 dan kerajaan negeri sebelum ini merupakan defendan kepada 
plaintif Posc TI.
"Pada 28 Mac 2018 pula ada dua lagi syarikat sub-kontraktor iaitu Yeon Hee Engineering 
Proff Co dan Vitzrosys Co Itd telah menyaman kerajaan negeri Terengganu dengan\ 
jumlah terkumpul sebanyak RM39,488,648 dan saya difahamkan syarikat berkenaan daripada 
Korea. 
"Pada 18 Januari 2018, CS Low Construction Sdn. Bhd yang merupakan sub-kontraktor telah\ 
menyaman Posc TI Sdn. Bhd sebanyak RM16,371,125 pula. 
"Maknanya, Posc TI Sdn. Bhd yang menyaman kerajaan negeri dan kerajaan negeri bersetuju 
untuk membayar RM45 juta tetapi Posc TI tidak bayar kepada sub-kontraktor.
"Ini menimbulkan persoalan, jika kerajaan negeri telah bayar kepada Posc TI Sdn. Bhd 
sebanyak RM45 juta ke mana pergi duit itu?
"Ini yang kami (Ganti) hendak serah kepada pihak SPRM untuk siasat. Rakyat perlu tahu ke 
manakah duit itu pergi, perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk Taman Ilmu Tembila, 
Besut. 
"Apa yang menimbulkan tanda tanya, kenapa ada dua syarikat yang sama dalam tuntutan itu 
iaitu Krafedge Sdn. Bhd. Kita (Ganti) minta pihak SPRM dapat keluarkan kertas putih 
siasatan untuk rakyat tahu," ujarnya yang ditemani bersama empat Ahli Jawatankuasa GANTI.
Pemimpin NGO GANTI itu turut mempersoalkan, kenapa berlaku tuntutan lebih besar 
daripada jumlah ganti rugi yang dipersetujui dibayar oleh kerajaan negeri kepada kontraktor 
utama.
"Kemusykilan berlaku, jika kita jumlahkan kesemua tuntutan ini daripada enam sub- 
kontraktor, Yeon Hee Engineering Proff Co dan Vitzrosys Co Itd, CS Low Construction Sdn. 
Bhd. itu hampir RM83.6 juta lebih. 
"Tuntutan besar tetapi yang diputuskan kepada kontraktor utama RM45 juta sahaja. Ini yang 
meragukan kami (Ganti) dan rakyat umum," tegasnya.
Pada pertengahan Februari lalu, Harakah pernah mendedahkan kegagalan urus tadbir kerajaan 
Umno-Barisan Nasional (BN) Terengganu terhadap Kompleks Taman Ilmu di Tembila, yang 
berharga RM340 juta itu untuk menjadi mercu tanda daerah Besut.










































Sumber HD - 20-4-2018
















PAS Terengganu Kemuka Calon Berwibawa 

Untuk Memerintah

MARANG – PAS Terengganu telah
mengisytiharkan nama-nama calon parti itu
untuk bertanding pada bagi PRU14 dengan
menampilkan calon-calon yang berkebolehan
untuk mentadbir negeri Terengganu.

Tokoh-tokoh yang dikemukakan terdiri daripada
 mereka yang berpendidikan dari pelbagai bidang, buka sahaja berlatar belakangkan agama bahkan dikalangan profesional dan juga usahawan.

Antara yang mempunyai kelayakan bidang
profesion tertentu ialah calon baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Prof
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pakar aeroangkasa negara dan Ir Saiful Azmi Suhaili bagi DUN
Kemasik, bekas jurutera Petronas yang berkelayakan dalam bidang kejuruteraan elektrik serta Haji
Nurkhuzaini Abdul Rahman, calon Kota Putera juga seorang jurutera dalam bidang elektrik..


Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang berkata langkah tersebut adalah
berlatar belakangkan kepada hasrat PAS untuk
menyelesaikan masalah rakyat dan lahir dari
cita-cita PAS manu menubuhkan kerajaan
teknokrat.

“mereka (yang dicalonkan) mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi masyarakat
dan tahu bagaimana mahu menyelesaikannya,
“dan kita menjanjikan kerajaan teknokrat,
kerajaan yang akan dianggotai oleh buka sahaja wakil rakyat, termasuk pakar-pakar ahli-ahli bidang
tertentu yang dilantik menganggotai kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perisytiharan Calon PAS Terengganu
yang diadakan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini pada Khamis malam 19 April.


Secara umumnya, PAS Terengganu
menampilkan kira-kira 44 peratus ‘calon segar’,
bagi untuk bersaing di peringkat DUN,
menggantikan calon-calon lama.

Kesemua DUN mendapat calon baharu tersebut
ialah Kuala Besut, Kota Putera, Hulu Besut,
Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang
Takir, Bandar, Wakaf Mempelam, Batu Burok,
Rhu Rendang, Ajil, Bukit Besi dan Kemasik.

Terdapat beberapa pemimpin berpengalaman dan ‘orang lama’juga yang tidak disenaraikan pada
PRU lalu, diberikan semula peluang bertanding seperti mantan ADUN Kuala Berang, Dr Mamad
Puteh.

Ia jelas menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu mabu mengambil alih tampuk pemerintahan
Terengganu, dengan mencampurkan tokoh lama dan baru, dari semua peringkat umur dan latar
belakang.

Kelompok teramai ialah daripada Dewan
Pemuda PAS Negeri Terengganu yang
mewakilkan sembilan anggota mereka iaitu
tetapi, tiada wakil dari Dewan Muslimat bagi
PRU kali ini.

Di peringkat Parlimen pula, PAS Terengganu
terus meletakkan tanggungjawab dan
kepercayaan kepada lima calon lama pada dan
tiga lagi di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu
dan Setiu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Haji Mahyuddin Abdul Rashid diberi kepercayaan mencabar
BN di Hulu Terengganu, manakala Haji Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu serta mantan
ADUN Jabi, Saharizukirnain Abdul Kadir di Setiu.

Namun didalam semua percaturan ini, paling menarik ialah Pesuruhjaya PAS Badan Perhubungan
PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, yang mengorbankan hasrat beliau dari menjadi calon,
menjadikan Pesuruhjaya PAS Terengganu
tunggal yang tidak bertanding.

























Sumber BO - 20-4-2018



















Teknokrat Muda Berwibawa Untuk DUN 

Kemasik

Oleh : Khalid Abdullah

MARANG – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
(BPPNT) telah mencalonkan seorang jurutera professional,
Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, 41, sebagai calon pilihan raya
umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kemasik.

Majlis pengisytiharan calon-calon PAS negeri Terengganu
untuk PRU14 dilakukan serentak di Dewan Tok Guru, Rusila,
Marang pada 19 April 2018, semalam.

Ir. Saiful Azmi, anak kelahiran Kg. Losong, Kuala Terengganu
dan sudah menetap hampir 15 tahun di Kertih menjadikannya
bukanlah orang asing kepada rakyat di DUN Kemasik.

Sebagai ahli seumur PAS semenjak 1998 lagi, beliau mula
bergiat aktif sebagai akar umbi parti, kini diberi tanggungjawab
besar sebagai Timbalan Pengarah 1 Majlis Tindakan Dewan
Undangan Negeri Kemasik, AJK PAS Kawasan Kemaman dan AJK Lajnah Hubungan NGO Badan
Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik sesi 2014 – 2016 lalu.

Berkerjaya sebagai seorang jurutera professional di bidang elektrikal, beliau kini adalah Pengarah
Syarikat Muksyn Engineering & Services Sdn. Bhd dan Pengarah Urusan Mufleh Integrated Sdn.
Bhd.

Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutera kanan selama empat tahun bermula 2012 di Petronas
Carigali Sdn. Bhd.

Sebagai Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Kemasik, tokoh muda ini amat cenderung dengan
tugas-tugas kebajikan dan kemasyarakatan terutamanya mendekati rakyat yang diuji dengan
masalah kesihatan atau kemiskinan. Hampir saban hari beliau ‘masuk kampung’ menyantuni
golongan tersebut.

Rakyat di DUN Kemasik cukup bertuah apabila PAS menawarkan calon yang cukup berwibawa
untuk berkhidmat kepada mereka.

Sumber BO - 20-4-2018

Prof Dr Ahmad Samsuri ganti Hadi di Rhu Rendang
Posted on Thursday, April 19 @ 23:26:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39259

Berita

MARANG – Setelah 36 tahun menjadi Adun Rhu Rendang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi 

Awang akhirnya melepaskan kerusi tersebut kepada Setiausaha Politiknya, Prof Dr Ahmad Samsuri 
Mokhtar bagi meneruskan legasi Pas di kawasan berkenaan dalam PRU14.
Beliau merupakan pakar penerbangan yang juga bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra
Malaysia (UPM).

Pengumuman dibuat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang di hadapan puluhan ribu
penyokong parti itu pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU14 yang diadakan di
Dewan Tok Guru, Rusila, sebentar tadi.

Husain turut mengumumkan 15 calon baharu bagi kerusi Dun dan empat muka baharu bagi kerusi
parlimen.

Sementara kesemua Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menang dalam PRU13 lalu turut dipilih
kembali bagi mempertahankan kerusi masing-masing, kecuali bagi kerusi Dun Batu Burok dan
Wakaf Mempelam.

Dua muka baru dipertaruhkan bagi kerusi berkenaan iaitu Muhammad Khalil yang juga anak
Abdul Hadi yang akan membuat penampilan sulung dengan bertanding di kerusi Batu Burok
menggantikan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi manakala Yang Di Pertua Pas Kawasan
Kuala Terengganu, Wan Sukairi Abdullah menggantikan Abdul Wahid di kerusi Wakaf Mempelam.

Empat muka baru bagi kerusi parlimen ialah Shaharizukirnain Abd Kadir (Setiu), Ahmad Amzad
Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu), Muhyidin Abd Rashid (Hulu Terengganu) dan Che Alias
Hamid (Kemaman).

13 nama baharu lagi yang akan bertanding bagi kerusi Dun ialah Azbi Salleh (Kuala Besut),
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Kota Putera), Mat Daik Mohamad (Hulu Besut).

Zul Bhari A Rahman (Permaisuri), Azmi Maarof (Langkap), Mohd Shafizi Ismail (Batu Rakit),
Mohd Fadzil Wahab (Seberang Takir), Ahmad Shah Muhamed (Bandar), Kamaruzaman Abdullah
(Telemong), Maliaman Kassim (Ajil), Ghazali Sulaiman (Bukit Besi) dan Ir Saiful Azmi Suhaili
 (Kemasik).

Husain dalam ucapannya berkata, kesemua 40 bakal calon Pas itu merupakan kombinasi golongan 
profesional (22 peratus), pengajian Islam (60 peratus) manakala selebihnya adalah usahawan yang 
berjaya dalam bidang masing-masing. 

Sumber TKO - 19-4-2018



















PM 307 Bertam : Maruah Rakyat Digadai 

Oleh Pemimpin Umno Terengganu ?

Seluruh rakyat Terengganu kehilangan maruah dan
kedaulatan negeri apabila Petroleum telah dijumpai
di medan PM307 BERTAM dalam perairan Negeri
Terengganu, di serahkan kepada negeri Pahang.

Kronologi peristiwa yang menyayat hati itu
adalah seperti berikut;

30 okt 2012 – PM, Dato Seri Najib
mengumumkan bahawa Pahang dijangka
menerima royalti sebanyak RM100 juta pada
tahun 2014.

10 dis 2012 – Mantan MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said menegaskan dalam DUN bahawa
Kerajaan Terengganu menerima surat rasmi daripada Syarikat carigali iaitu Lundin Oil. Geofizikal
blok PM307 berada di kawasan Terengganu.

Sept 2013 – Petronas memberi kelulusan untuk Rancangan Pembangunan Lapangan Bertam.
5 April 2015 – Permulaan carigali pertama.

5 Ogos 2016 – MB, Dato Seri Ahmad Razif, berkata : “Macam mana saya nak tandatangan
sedangkan Bertam itu sendiri bukan diiktiraf sebagai hak kerajaan negeri kerana kedudukannya
melebihi tiga batu nautika dan menjadi kepunyaan Kerajaan Pusat.”

12 Dis 2017 – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu oleh MB, Dato
Seri Ahmad Razif keputusan status telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang hanya akan
diketahui Januari 2018.

Telah ‘terang lagi bersuluh’ surat daripada Lundin Oil membuktikan kedudukan telaga minyak itu
adalah milik rakyat Terengganu, namun kerana pemimpin Umno yang tiada jati diri menyebabkan
lebih 1,183,900 orang rakyat tidak dapat mengecapi hasil bumi anugerah Allah itu.

Sejak beroperasi hampir tahun lalu hasil pengeluaran daripada blok itu, anggaran royalti yang
sepatutnya diperolehi oleh negeri Terengganu ialah seperti berikut :

Bermula April 2015 – RM61.5 juta.

2016 – RM82 juta.
2017 – RM82 juta.
Anggaran kasar ini adalah berdasarkan pengeluaran bulanan pada setiap bulan sbanyak 300,000 bbls.

Tetapi, ke mana hasil royalti ini ?

Di mana maruah rakyat Terengganu ? Di mana kedaulatan Negeri Terengganu ?.

Marilah kita tunjuk maruah dan keutuhan serta kedaulatan negeri kita dengan menjatuhkan BN
dalam Pilihan raya kali!

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
2 syaaban 1439H / 19 april 2018

Sumber BO - 19-4-2018

Anak Muda Bakal Merubah Lanskap Politik 

‘Air Putih’


KEMAMAN – Generasi anak muda bakal
merubah lanskap politik Dewan Undangan
Negeri (DUN) Air Putih yang dahulunya
dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan
Nasional (BN).

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Air
Putih, Cikgu Razak Ibrahim, suasana untuk
pilihan raya umum kali ke 14 (PRU14) nanti
berbeza, apabila hampir 80 peratus anak-anak
muda menyokong Parti Islam Semalaysia (PAS).'

“Pada tahun 1982, (ketika saya mula bertugas)
PAS tidak ada (kekuatan), perubahan di DUN Air Putih ketara apabila gelombang (Reformasi) Anuar
Ibrahim tahun 1999……membuatkan PAS bangkit,

“Dahulunya DUN tersebut hanya ada orang-orang lama yang terlibat (dalam PAS) dan kini (banyak) '
jawatan dalam parti dipegang oleh anak-anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Pekan Air Putih, Kemaman, pada Rabu, 18
April.

Katanya, selepas PRU yang ke 13 (dan
sebelumnya) pada tahun 2008 ada gelombang
PAS untuk menang kembali tetapi kalah kerana
gerakan orang muda yang sedikit dan hanya
beberapa tempat nampak perubahan,

“Masa berkempen dan bertemu dengan rakyat
pada ketika itu (saya) menjadi calon untuk
pilihan raya umum (PRU) ke 13,

”anak murid saya masa itu masih muda dan tak
dapat mengundi (belum cukup umur dan) mereka
berkata, emak dan ayah kita, kuat Umno cikgu,

“Sekarang ini budak-budak dah besar dan boleh mengundi untuk buat perubahan dan orang muda
kini mudah didekati,” jelasnya.

Justeru itu beliau optimis akan berlaku perubahan pada PRU14 yang akan diadakan pada 9hb Mei
akan datang.

Menurutnya, walaupun golongan tua masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) namun
pemikiran dan pendirian anak-anak muda lebih bebas dan tidak terikat.

“Apabila kita pergi ke rumah……bila diminta
mengundi PAS ayahnya kata tak pindah dah……
(tetap) undi Umno ‘sokmo’ dari dulu lagi,
”tetapi anaknya (berbeza dan) menjawab insya
Allah (saya) undi PAS,” ujar beliau.

Beliau berkaya, pelbagai isu yang menjadi
kemarahan mereka kepada Umno dan BN
termasuk tindakan Perdana Menteri Dato’ Seri
Najib Razak melantik Tan Sri Mohd Isa Hj.
Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

”Menyebabkan (kemudiannya) banyak tanah (Felda) hilang dan kini rakyat sedar Najib buat kerja
tidak betul,

“Rakyat kini baru mengenali cara pemimpin Umno BN memimpin kerajaan yang menyebabkan
tidak puas hati tindakan kerajaan dan akan ada perubahan pada parti PAS pada PRU ke 14 nanti,”
jelasnya lagi.

Sumber BO - 19-4-2018


Presiden PAS tak pertahan Rhu Rendang
Posted on Wednesday, April 18 @ 17:52:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39231



PAS hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan bertanding di 

kerusi parlimen Marang sahaja pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Untuk makluman presiden dan timbalan, termasuk saya akan bertanding di parlimen sahaja,” kata
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang media di pejabat parti itu di Kuala
Lumpur.

Diminta mengesahkan sama ada Hadi tidak mempertahankan kerusi Rhu Rendang, Takiyuddin hanya
menjawab: “Tak”.

Abdul Hadi sebelum ini memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU14 kali ini
 tetapi belum memutuskan sama ada DUN atau parlimen.

Beliau menyandang kerusi parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN pada
pilihan raya umum lalu.

Selain itu Takiyuddin juga berkata timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak
akan bertanding di Pahang.

“Di Pahang Tuan Ibrahim yang akan umumkan calon yang kebetulan nama beliau belum
diisytiharkan untuk menjadi calon bagi mana-mana kerusi dan beliau tidak bertanding di Pahang,
ini gambaran sikit,” katanya.

Diminta mengesahkan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Kota Bharu, Takiyuddin hanya
menjawab: “Ya, saya akan pertahankan.”

Takiyuddin sebelum itu menjelaskan bahawa PAS akan mengumumkan calon-calon yang akan
bertanding pada PRU14 di setiap negeri esok kecuali Kelantan.

Jelasnya, Kelantan meminta penangguhan untuk memperkemaskan senarai mereka manakala Sabah
diumum pada 22 dan Sarawak pada 21 oleh Hadi di sana kelak.


“Senarai yang kita berikan akan diberikan kepada pesuruhjaya pas negeri kecuali Pahang, Tuan
Ibrahim Tuan Man akan umumkan calon,” katanya.

Sumber TKO - 18-4-2018






















Projek PGBF Kerteh 5 Tidak Siap Sejak 2012

KEMAMAN – PAS sangat prihatin dengan nasib
yang menimpa generasi kedua dan ketiga Felda
Kerteh 5, menunggu-nunggu rumah mereka yang masih belum siap, setelah dijanjikan sejak tahun 2012.

Ia bukan sahaja mencerminkan ketidakcekapan
kerajaan lalu mentadbir, bahkan menyusahkan
rakyat yang terpaksa hidup tidak selesa, menyewa atau tinggal lebih dari satu keluarga dalam sebuah rumah.

Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dewan
Undangan Negeri (MTD) Kemasik Ir. Shaiful
Azmi Suhaili berkata, projek Perumahan
Generasi Baru Baharu Felda (PGBF) tersebut keseluruhannya bernilai RM1.4 bilion, bagi membina
20,000 unit rumah di seluruh negara.

Katanya, Felda Wilayah Terengganu mendapat
peruntukan sekitar RM20 juta membina 300 unit
rumah di Felda Kerteh 5.

”sehingga kini sudah enam tahun berlalu,
Perumahan Generasi Baru Felda masih belum
siap, sudah bertukar tiga kontraktor dan telah
dilawati oleh Pengersi Baru Felda pada tahun
lalu,
”sepatutnya ia telah siap dan diberi milik, kita
lihat perkembangan projek sangat perlahan….
.hari ini pun, tidak ada seorang pekerja di sini,”
ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pembinaan rumah itu di tapak Projek tersebut di Felda 
terbabit, pada Rabu 18 April.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Generasi Felda Terengganu Naraza Muda.

Ir. Shaiful kesal kerana kontraktor yang baru dilantik,, masih gagal menyiapkannyasejak memiliki
tapak projek itu sejak empat tahun lalu.

Sedangkan kata jurutera itu, secara profesionalnya, kerja-kerja pembinaan rumah tersebut bukanlah
satu kerja yang rumit.
”projek in sepatutnya mudah…..boleh disiapkan (dengan singkat) kerana pada kita…..kita lihat,
 (pembinaan) bangunan (rumah) ini sangat mudah,

”tidak kritikal….ia (suatu) kerja yang rutin yang
tidak rumit untuk disempurnakan dengan segera,”
 tegasnya.

Namun begitu menurutnya, sekiranya ia terlalu
lambat siap, ia akan menimbulkan kos-kos lain
yang meningkatkan harga projek tersebut,
umpamanya kerosakan dan vandalisme.

Oleh itu, kata beliau, jika sekiranya PAS diberi
kepercayaan oleh rakyat pada pilihan raya umum
akan datang, dapat memerintah negeri
Terengganu dan kerajaan pusat, projek tergendala itu dapat disempurnakan.

”kalau kita diberi mandat untuk memerintah atau mengurus tadbir negeri dan Malaysia selepas
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti,

”kita mampu menyelesaikan projek yang
terbengkalai ini kerana kita melihat ia mudah
dilaksaanaka kecuali (terdapat) salah urus yang
berlaku sebagaimana sekarang,” jelasnya yang
menambah, ia boleh diselesaikan dengan
pemimpin yang amanah.

Justeru beliau mengajak seluruh warga Felda,
khususnya generasi kedua komuniti Kerteh 5,
yakin kepada pemimpin PAS.

”saya menyeru…..terutama sekali kepada warga
Felda, generasi baharu, untuk beri keyakinan kepada kita (mengundi) PAS pada PRU14 nanti,

”masalah-masalah yang ‘remeh’ ini dalam masa
segera, in shaa Allah,” tegas beliau lagi.
































Sumber BO - 19-4-2018
























Bersedia Tun M bertanding di K. Terengganu?

TADI saya berceramah di Losong Hj Mat 
Shafie. Saya sebut Tun Mahathir yang 

bertanggungjawab mulakan masalah berkait 
isu royalti Petroleum Terengganu sehingga 
merencat keupayaan merancang pembangunan 
negeri dengan baik. RM 10 billion wang Terengganu hangus dalam skandal Perwaja di zaman 
Tun Mahathir.
Bila Tun Mahathir dengan angkuhnya berkata dia boleh menang bertanding di mana-mana 
Parlimen, di depan hadirin ceramah itu saya meminta izin dari Yang Di Pertua PAS kawasan 
Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah untuk mencabar jika betul Tun Mahathir fikir 
dia boleh menang di mana-mana pun, kita cabar Tun Mahathir supaya bertanding di Kuala 
Terengganu. 
InsyaAllah rakyat Kuala Terengganu nak beri isyarat besar kepada Tun Mahathir bahawa 
kami tidak redha walau sesen pun dari apa yang Tun Mahathir perlakukan terhadap 
Terengganu dalam isu Royalti Terengganu dan mengutuk diskriminasi berasaskan politik yang 
memangsakan Terengganu dan Kelantan yang majoriti orang Islam dan Melayu. 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
17 April 2018 - HARAKAHDAILY 18/4/2018
Sumber HD - 18-4-2018
























Negeri Kaya Tapi Ramai Orang Miskin

Pemimpin BN cuba untuk melupakan rakyat
daripada kadar kemiskinan sebenar Negeri
Terengganu. Mereka menjaja angka yang tercatat
dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional
(e-Kasih) bahawa kadar miskin tegar di
Terengganu hanya satu (1) ketua Isi rumah (KIR)
dan miskin ialah 3,276 KIR.

Pendapatan isi rumah mengikut e-Kasih ialah
RM850 (sebulan) dan miskin tegar ialah RM 520.
Adakah munasabah penilaian pendapatan isi
rumah yang ditetapkan ini ?

Ketetapan ini sudah tidak rasional dan tidak realistik dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi dan
beban kenaikan harga barang yang melambung masa kini.

Dana Bantuan Raya diperuntukkan daripada kutipan zakat adalah sebanyak RM88.7 juta pada tahun
2017, meningkat berbanding hanya RM81 juta pada tahun 2016.

Peningkatan peruntukan ini menunjukkan peningkatan jumlah penerima daripada golongan miskin.
Di samping itu, berlaku peningkatan jumlah penerima Dana Bantuan Raya seramai 13,767 orang
penerima seperti berikut;

2016 – seramai 140,963.
2017 – seramai 154,730.

Jika ditambah dengan RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan
upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda/ibu tunggal.

Tiga golongan ini sudah tertentu daripada golongan asnaf zakat/ fakir miskin, maka keseluruhannya
berjumlah 239,323.

Angka ini menggambarkan peningkatan jumlah kadar kemiskinan di Terengganu. Bahkan peratus
kemiskinan sebanyak 19% daripada keseluruhan rakyat Terengganu.

Maknanya, jika 100 orang penduduk Terengganu, maka 19 orang daripadanya miskin. Kenapa negeri
Terengganu yang pernah dianggap sebagai ‘Kuwait Malaysia’ berada ditahap yang lebih tinggi kadar
kemiskinan daripada Johor dan Negeri Sembilan yang tidak memiliki hasil petroleum ?. Fikirlah….

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
1 syaaban 1439H / 18 april 2018

Sumber BO - 18-4-2018

























Umno ‘Berperang’, Berebut Nak Jadi Calon

KEMAMAN – Umno dan Barisan Nasional (BN)
\negeri Terengganu pada hari ini sedang
‘berperang’, berebut untuk menjadi calon pada
pilihan raya akan datang.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai,
Haji Hanafiah Mat juga mendakwa, antara kem
berbalah sesama mereka untuk menamakan
Menteri Besar yang bakal ‘kosong’ kerana bekas
ADUN Seberang Takir akan bertanding
bertanding di kerusi Parlimen.

Sehinggakan, kata Hanafiah, Timbalan Perdana
Menteri sendiri terpaksa turun menyelesaikan masalah, namuh tidak juga dapat selesai.

Mantan ADUN Chukai itu juga berkata, orang Umno Kemaman tidak puas hati, apabila tokoh ‘kitar
semula’ bertanding pada DUN Kijal pada 9hb Mei ini.

“Saya difahamkan orang berarak pergi ke Kuala Terengganu kerana calon yang dipilih adalah orang
\ lama dan tidak disenangi serta sudah dibuang tetapi tiba-tiba diambil kembali,

“Begitu juga perebutan untuk menjadi calon parlimen Kemaman..ada dua tiga nama.. kelmarin dulu
daripada team lain juga terus ke Wisma Darul Iman untuk menteri besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Gempur PAS DUN Chukai di Markaz Dusun
Nyior, Jakar, pada Ahad, 15 April.

Katanya, beliau yakin akan berlaku perpecahan dalam parti politik apabila ada sesetengah yang tidak
dapat menjadi calon pada PRU ke 14 nanti.

“Tetapi berlainan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) mengistiharkan keseluruhan calon yang
bertanding tiada satu pun bantahan,

“kita buat secara rasmi dengan kepimpinan PAS peringkat kawasan masing-masing dan pada 19
April nanti kita akan buat pengumuman secara rasmi di Rusila, Marang,”ujar beliau.

Menurutnya lagi, calon yang diputuskan kepimpinan di peringkat pusat dan negeri inilah yang akan
bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.

“Inilah masa yang terbaik untuk rakyat buat satu perubahan bagi memastikan wujudnya sebuah
kerajaan yang sejahtera,

“Yang mana menjaga kepentingan rakyat bukan kerajaan yang merompak dan mencuri duit rakyat
tetapi pada bila-bila masa melihat kebajikan rakyat,

“Walaupun tidak dinafikan kerajaan yang ada pada hari ini lebih banyak penyelewengan yang sedang
dilakukan,” jelasnya lagi.

Justeru belau beliau menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat negeri Terengganu,u untuk
sama-sama memebri sokongan dan dokongan penuh kepada parti Islam Semalaysia (PAS) untuk
melangkah sekali lagi ke Wisma Darul Iman.

Sumber  BO - 17-4-2018


























Keraguan Mengenai Beberapa Tuntutan Saman Projek Taman Ilmu

KUALA TERENGGANU – Terdapat keraguan
mengenai beberapa tuntutan saman antara
kontraktor utama dengan kerajaan negeri serta
sub-kontraktor yang terbabit dengan pembinaan
Kompleks Taman Ilmu di Tembila, Besut.

Timbalan Presiden (NGO) Gerakan Anak
Terengganu Insaf (Ganti) Wan Mohd Faizul
Wan Abas berkata, oleh sebab itu, satu laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Katanya, ia diadukan kepada pihak SPRM
Terengganu agar satu siasatan dijalankan
terhadap projek Taman Ilmu yang terbengkalai di Besut.

“Kami dari NGO Ganti datang ke SPRM ini untuk buat satu report (laporan) berkenaan isu
terbengkalai Taman Ilmu di Tembila, Besut. Ianya, melibatkan pembinaan selepas daripada
terbengkalai tahun 2012.

“Ini melibatkan pembinaan asrama, kompleks pusat pelajar, dewan konvensyen, kompleks sukan
dan mini stadium,” jelasnya kepada wakil media di hadapan pejabat SPRM Terengganu kira-kira 
jam 12.00 tengahari di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, keseluruhan projek pembangunan
Taman Ilmu itu diagihkan kepada 17 buah
syarikat termasuk dengan kontraktor utama dan
sub-kontraktor.

Persoalannya, kata Wan Mohd Faizul, terdapat
rentetan beberapa saman yang dibuat oleh
beberapa
buah syarikat kepada kerajaan negeri termasuk
daripada sub-kontraktor kepada kontraktor utama.

“Pada 1 Disember 2016, Perintah Persetujuan
dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya di antara kerajaan negeri (Terengganu) sebagai defendan dengan
kontraktor utama,

”Posc TI Sdn. Bhd. sebagai plaintif. Dikatakan pihak kerajaan bersetuju membayar sejumlah RM45
juta,” tegasnya.

Kemudiaan, katanya kerajaan negeri bersetuju mengeluarkan Letter Of Intent (LOI) kepada 17
kontraktor untuk selesaikan tentang bayaran tersebut.

























Taman Ilmu Februari 2018
Namun, menurutnya pada 28 Februari
2018 lalu, enam buah syarikat sub-
kontraktor dari 17 buah
syarikat berkenaan telah menyaman pula
kerajaan negeri dan Posc TI Sdn. Bhd.
sebanyak
RM27,813,007.75 dan kerajaan negeri
sebelum ini merupakan defendan kepada
plaintif Posc TI.

“Pada 28 Mac 2018 pula ada dua lagi
syarikat sub-kontraktor iaitu Yeon Hee Engineering Proff Co

dan Vitzrosys Co Itd telah menyaman kerajaan negeri Terengganu dengan jumlah terkumpul
sebanyak RM39,488,648 dan saya difahamkan syarikat berkenaan daripada Korea.

“Pada 18 Januari 2018, CS Low Construction Sdn. Bhd yang merupakan sub-kontraktor telah
menyaman Posc TI Sdn. Bhd sebanyak RM16,371,125 pula.

“Maknanya, Posc TI Sdn. Bhd yang menyaman kerajaan negeri dan kerajaan negeri bersetuju untuk
membayar RM45 juta tetapi Posc TI tidak bayar kepada sub-kontraktor,” jelasnya.

Ini menimbulkan persoalan, kata beliau, jika kerajaan negeri telah bayar kepada Posc TI Sdn. Bhd
sebanyak RM45 juta ke mana pergi duit itu.

“Ini yang kami (Ganti) hendak serah kepada
pihak SPRM untuk siasat. Rakyat perlu tahu ke
manakah duit itu pergi, perbelanjaan yang
sepatutnya digunakan untuk Taman Ilmu
Tembila, Besut.

“Apa yang menimbulkan tanda tanya, kenapa
ada dua syarikat yang sama dalam tuntutan itu
iaitu
Krafedge Sdn. Bhd. Kita (Ganti) minta pihak
SPRM dapat keluarkan kertas putih siasatan
untuk
 rakyat tahu,” ujarnya yang ditemani bersama empat Ahli Jawatankuasa Ganti.

Beliau turut mempersoalkan, kenapa berlaku tuntutan lebih besar daripada jumlah ganti rugi yang
dipersetujui dibayar oleh kerajaan negeri kepada kontraktor utama.

“Kemusykilan berlaku, jika kita jumlahkan kesemua tuntutan ini daripada enam sub-kontraktor, Y
eon

Hee Engineering Proff Co dan Vitzrosys Co Itd, CS Low Construction Sdn. Bhd. itu hampir RM83.6
juta lebih.

“Tuntutan besar tetapi yang diputuskan kepada kontraktor utama RM45 juta sahaja. Ini yang
meragukan kami (Ganti) dan rakyat umum,” tegasnya.

Beberapa laporan akhbar pernah mendedahkan kegagalan urus tadbir kerajaan Umno-Barisan
Nasional (BN) Terengganu terhadap Kompleks Taman Ilmu di Tembila, yang berharga RM340 juta
itu untuk menjadi mercu tanda daerah Besut.




































Sumber BO - 17-4-2018



























Pemimpin Akan Bersama Kita Di Akhirat 

Kelak

Oleh : Sumaiyah Z

Umat Islam bertanggungjawab memilih pemimpin mereka kerana mereka akan bersama kita bukan sahaja di dunia, tetapi hingga ke akhirat kelak.

“InsyaAllah, kita akan bersama dengan pemimpin-pemimpin Islam yang kita pilih di akhirat kelak. Bersama dalam satu jemaah…..Kita tak rela anak cucu kita akan datang menerima akibat terhadap kesilapan kita memilih pemimpin,”

“Kita akan meninggalkan dunia, akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak, atas apa yang kita buat di dunia, termasuklah kita memilih seorang pemimpin”.

Itulah pesan To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah, ketika ditanya masalah memilih pemimpin pada prgram Mesej Dari Dapur Muslimat.


Beliau sangat tertarik dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini, apabila sambutan pemuda-pemuda, pemudi-pemudi, remaja-remaja termasuk anak-anak muda yang belum boleh mengundi pun terhadap kepimpinan Islam.

Katanya, masing-masing bersemangat mahu bersama dengan Islam dalam zaman pelbagai gajet dan komunikasi canggih, zaman whatsapp, zaman facebook, twitter dan instagram.

Kebanyakkan anak-anak muda kita tahu isu semasa dan bagi yang belum bersama revolusi generasi baru ini, beliau mengajak mereka bersama-sama merasakan getarannya.

”InsyaAllah mudah-mudahan dapat kita ajak…….Masing-masing ada kawan, masing-masing boleh ajak bersama dengan dia. InsyaAllah, serba sedikit dia akan tahu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.” kata beliau.

Beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Che Ngah Nab’, adalah orang penting kepada Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS).
”Sebagai rakyat Malaysia, rakyat biasa….kita kena tahu, kena ada pemimpin yang akan menerajui negeri, negara.. Kena pilih pemimpin yang ke arah Islam”.

“Sekarang ni, alhamdulillah.. Nampak kebelakangan ini, anak-anak muda semakin tahu, ada respon memilih untuk bersama mereka. Kita kena tahu, kita duduk atas dunia ni bukan kekal, sementara sahaja,” tambah.

Che Ngah Nab yang berkongsi resepi ‘Kerabu Mahabbah’ kegemaran Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan keluarganya

Beliau menyeru semua rakyat yang sudah mendaftar agar keluar mengundi pada pulihan raya umum kali ke-14 yang akan diadakan pada 9hb Mei depan.

“Kepada pengundi-pengundi, termasuk anak muda, muslimat….InsyaAllah masing-masing kena sedar, tanggungjawab kita sebagai pengundi. Kita kena balik mengundi walaupun duduk jauh, kerana kita berkorban ini adalah tanda akhir kita bersama Islam,”

Program mingguan anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat Negeri Terengganu yang berlangsung pada Ahad itu turut dihadiri Ketuanya, Puan Hajah Zarani Othman sebagai tetamu jemputan.

Sumber BO - 17-4-2018




























Rakyat Wajib Memilih Pemimpin Yang Berilmu

KUALA TERENGGANU – Rakyat wajib
memilih pemimpin yang berilmu samada
ulamak professional dan pandai mengurus serta
menjaga amanah negara bukan hanya sekadar
bercakap sahaja tapi buat kerja.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu Hajah
Zarani Othman berkata, calon yang dipilih
bersifat amanah bukan jawatan yang menjadi
kepentingan mereka tetapi untuk berbakti dan
berkhidmat pada masyarakat.

“Suasana politik yang ada dalam negara kita
masing-masing sekarang ini sedang bekerja dan firman Allah SWT menyuruh kita semua bekerja
terutama yang nak meninggikan agama dan untuk memartabatkan syariat Allah SWT,

“Kita tengok di mana-mana dengan suasana pada hari ini daripada Besut hingga kemaman bendera
parti sudah bersiap sedia,

“ Begitu juga dengan bendera dacing Barisan Nasional dan juga PKR serta PAN,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Mesej Dari Dapur Muslimat pada Ahad, 15 April.

Katanya, PAS berharap pengundi yang berada di Malaysia tetap mengundi parti PAS walaupun pada
sekarang ini berada dalam suasana fitnah di media baru, Facebook dan Instagram dan twitter yang
dileparkan kepada pimpinan PAS.

“Penetapan orang yang berdaftar sehingga bulan Disember tahun 2017 yang di sahkan oleh Suruhan
Jaya Pilihan raya (SPR) baru- baru ini adalah pengundi yang layak,

“Dan kita minta anak –anak muda cek daftar pengundi dan di mana tempat kita mengundi nanti,”
 ujarnya.

Sehubungan dengan itu, isteri Tuan Guru Presiden PAS To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah
berkata, pada zaman teknologi canggih dengan adanya whatApps dan facebook kebayakan
anak –anak muda mengetahui tentang isu semasa.

Sekiranya ada juga sebilangan anak-anak muda yang masih tidak tahu jadi terbelakanglah dalam
dunia canggih.



























To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang
“Kita sebagai rakyat kena tahu tanggungjawab sebagai rakyat dan perlu pilih pimpinan yang ke
arah Islam untuk menerajui negeri,'

“Kita duduk di atas dunia bukan kekal tapi hanya sementara sahaja dan akan dihisab serta di kira
di akhirat kelak apa yang dibuat di dunia ini termasuklah memilih seorang pemimpin,

“Dan kita akan bersama dengan pemimpin Islam di akhirat kelak bersama satu jemaah,

“Serta kita rela anak cucu akan datang bersama-sama dengan pemimpin yang kita pilih atas dunia
ini,” tambahnya.

Justeru beliau berharap kepada anak-anak muda diluar sana kena sedar tanggungjawab sebagai
pengundi jangan lupa balik mengundi walau jauh sekalipun perlu berkorban sebagai tanda akhir
dengan perjuangan Islam.

Sumber BO - 16-4-2018





























Umno-BN Terus Tabur ‘Umpan’


BESUT – PAS kesal kerana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus menjadikan pembinaan rumah sebagai ‘umpan’ menjelang pilihan raya, sedangkan projek perumahan rakyat di Pulau Perhentian masih terbengkalai.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat, Ustaz Dr Ridhuan Mohamad Nor menyifatkan, projek jutaan ringgit itu dilaksanakan dengan matlamat ‘kroni kapitalisme’, memberikan projek dengan cepat kepada ‘kroni’ tanpa mengira kesesuaian lokasi untuk dibina perumahan.

Katanya, objektif pembinaan rumah tersebut untuk menempatkan anak-anak pulau di kawasan yang tersusun tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, amat menyedihkan.

“Pihak kerajaan perlu mengkaji struktur tanah bagi memastikan tidak membahayakan nyawa penduduk yang menghuni nanti,

“Dan kalau kita lihat bagaimana ‘form’ (bentuk dan bahan pembinaan) yang tidak sesuai digunakan kerana di pulau ini terdedah dengan musim tengkujuh yang dipanggil ancaman kepala angin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika selepas meninjau projek tersebut, Sabtu, 14 April, disini.

Beliau menyeru agar kerajaan akan datang agar mengkaji semula struktur dan kesesuaian pembinaan rumah di Pulau itu bagi memastikan pembinaan rumah tersebut dilaksanakan dengan baik.
Menurutnya, kerajaan Umno dan BN lalu telah meluluskan pembinaan 200 unit rumah dibawah program perumahan rakyat dengan kos RM28 juta atau RM140,000 bagi setiap unit, masih tergendala sehingga saat ini.

Katanya, struktur bukit yang tidak diletakkan cerucuk yang sesuai bagi pembinaan rumah itu menyebabkan tanah runtuh akibat hakisan.

“Betapa ruginya kos yang mencecah hampir jutaan ringgit dengan bahan ‘material’ dan bingkai-bingkai pintu yang rosak,

“Dan projek ini bagi saya sama dengan projek di Zoo Kemaman danTaman Ilmu Tembila serta lebuh raya Keruak Gunong Bongsu yang juga dalam keadaan yang sama menimpa rakyat negeri Terengganu,” tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru agar rakyat Negeri Terengganu, bijak menilai dengan melihat banyak projek terbengkalai akibat ketirisan dan pembaziran oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang kini sangat berleluasa.

Katanya, kerajaan Umno sebelum ini telah ‘dimomokkan’ dengan gelaran’ negatif, Terengganu Darul Runtuh.

“Semasa lawatan kami tadi menziarahi warga pulau terdapat dalam sebuah rumah memuatkan 3 hingga 4 keluarga,

“Ini sangat dasyat bagaikan di Palestin dan di Gaza memuatkan tiga hingga empat ‘kelamin’ dalam sebuah rumah dan kini berlaku di Pulau Perhentian juga

“Dan tidak sesuai dari sudut aurat dan akan membiak gejala sosial,”ujarnya kesal.

Katanya, beliau sangat kecewa apabila setiap kali pilihan raya timbalan perdana menteri dan ahli-ahli politik datang dengan berwajah manis menabur janji dengan projek yang tidak bersungguh- sungguh dan akhirnya duit rakyat di salah gunakan.

“Projek ini mesti disiapkan untuk kemudahan kepada penduduk terutama rakyat yang tidak bertanah dan anak-anak golongan muda pendapatan rendah,”jelasnya.

Justeru, PAS menyeru agar rakyat membuat pilihan yang tepat untuk pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti agar dapat memrintah dan mentadbir Wisma Darul Iman untuk meletakkan pentadbiran yang patuh syariah dan ‘good governance’ (tadbir urus yang baik

Sumber BO - 16-4-2018






























Terengganu PAS Contemplates Taking Legal Action Against Mahfuz

Terengganu PAS is contemplating taking legal action against the party’s former vice-president Datuk Mahfuz Omar for accusing three Terengganu PAS leaders of receiving money amounting to RM1 million from Umno.

Its deputy commissioner, Saiful Bahri Mamat, said the Terengganu PAS strongly refuted the allegation and had given ample time to Mahfuz to provide evidence to support his allegation, but nothing had been forthcoming.

“We have asked him (Mahfuz) to lodge a police report and provide evidence to support his allegation, but until today, he has not done so.

“Don’t simply make allegations because this kind of allegation will tarnish and give bad image to PAS in Terengganu,” he told a press conference here today.

Mahfuz, who quit PAS and joined Parti Amanah Negara end of last year, recently claimed that three Terengganu PAS leaders had received money, which were deposited into PAS trust fund, from a certain Umno leader last month.

Mahfuz also claimed that a sum of money had also been deposited into PAS Development Division or Election Division account.

Saiful Bahri said Mahfuz should have also lodged a report about his claim at the Malaysian Anti-Corruption Commission.

He stressed that as a political party, PAS had sufficient fund for its operation and also to contest in the general election.

“PAS members in Terengganu now numbered over 100,000 and we are used to holding fund raising activities to finance our operations.

“PAS has tarbiah centres, halls and nurseries which were set up through donations from its members and the public. We also used to organise fund raising activities,” he said, adding that Terengganu PAS had never really had any financial issues. — Bernama

Sumber BO - 15-4-2018































Jadikan Jentera PAS Sebagai Magnet

DUNGUN – Para petugas diminta menjadikan jentera mereka bersifat ‘magnet’ kepada perjuangan supaya dapat menarik masyarakat untuk mengundi PAS di dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.
Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata jihad pilihan raya PAS adalah dengan kaedah ‘muwajahah silmiah’ iaitu berdepan secara aman dan damai.

“konsep kemenangan kita ialah dengan meramaikan orang, yang menyertai dan bersama dengan kita,” jelas beliau.

Ustaz Jamaludin berkata demikian ketika menyampaikan taujihat di Majlis Ifthor dan Munajat  Pertahankan Kemenangan, Muslimat PAS DUN Rantau Abang di Surau Kubur Gong Pasir, di sini pada Selasa 12 April.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Dungun juga berkata ‘perang sekarang’ untuk mendekatkan dan bukannya menjarakkan masyarakat daripada perjuangan PAS.

“Kita kena menarik orang dengan perkataan kita, termasuk dengan doa kita”, ujar beliau lagi.

Oleh itu, beliau berharap setiap muslimat sepatutnya bersedia di posisi dengan kebolehan masing-masing.

“Tempoh ini adalah tempoh dimana kita mahu ‘create’ kerja, perlu cari kerja…mesti wajib buat sesuatu”, tambah beliau lagi

Sumber BO - 15-4-2018



Tindakan Undang-Undang Terhadap Mahfuz Jika Mahfuz Tak Buat Report Kepada SPRM
Posted on Sunday, April 15 @ 20:12:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39163



KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menuduh tiga pemimpin PAS negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Saiful Bahri Mamat berkata pihaknya menafikan perkara itu berlaku dan telah memberi tempoh masa yang lama kepada Mahfuz untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaannya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripadanya.

“Kita sudah meminta beliau (Mahfuz) membuat laporan polis (berhubung tuduhan) dan kemukakan bukti terhadap tuduhan beliau, namun, sehingga ke hari ini, beliau masih belum membuat sebarang laporan.

“Jangan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan seperti itu kepada PAS. Tuduhan seperti ini mencemarkan serta memberi imej buruk kepada PAS di Terengganu,” katanya dalam sidang media khas PAS Terengganu di sini, hari ini

Mahfuz dalam satu program ceramah di Padang Serai, Kedah, baru-baru ini, mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin UMNO tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah PAS pada Mac lalu.

Mahfuz yang mengumumkan keluar PAS pada 31 Dis tahun lepas dan menyertai Parti Amanah Negara, dilaporkan turut mendakwa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Saiful Bahri juga berkata Mahfuz sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhannya itu.

Beliau menegaskan PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dana sendiri yang mencukupi untuk operasi parti dan juga untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

“Ahli PAS di Terengganu sendiri sudah melebihi 100,000 orang, dan kita sudah biasa membuat kutipan (dana) untuk menjalankan kerja parti dari dahulu hingga kini.

“PAS memiliki pusat-pusat tarbiah, dewan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), yang semuanya dibangunkan melalui sumbangan ahli dan orang ramai. Kita juga pernah menganjurkan kutipan derma yang melibatkan kebajikan,” katanya.

Saiful Bahri berkata PAS Terengganu tidak pernah mengalami masalah kekurangan dana seperti yang didakwa.

“Jangan anggap PAS Terengganu ini terlalu miskin sehingga mengharapkan bantuan (dana) daripada UMNO. Sedangkan kita lawan UMNO (dalam pilihan raya umum),” katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 15-4-2018

































Penyalahgunaan Dana Negeri Untuk Projek Kerajaan Pusat


































Kompleks perumahan Kastam Tasik Kenyir ketika dalam pembinaan, telah disiapkan pada 22 Januari 2017 telah diserahkan secara rasmi
Kerajaan Pusat telah memiliki kekayaan dan kewangan yang dikumpulkan daripada hasil yang dikutip daripada rakyat Terengganu khususnya dan petroleum di lautan Negeri Terengganu.

Lanjutan daripada itu. Kerajaan Pusat bertanggungjawab menyalurkan semula untuk rakyat Terengganu. Penyalahgunaan dana Negeri Terengganu telah berlaku untuk projek-projek Kerajaan Pusat. Antaranya :

1- Naik taraf landasan kapal terbang sebanyak RM530 juta.

2- Naik taraf Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebanyak RM 130 juta.

3- Benteng pemecah ombak sebanyak RM 509 juta.

4- Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) sebanyak RM 1,800 juta.

5- Kompleks Sukan Terengganu sebanyak RM 544 juta dibelanja daripada duit Terengganu. (Perdana Menteri Malaysia membentang bajet 2018 sebanyak RM112 juta untuk pembinaan Kompleks Sukan seluruh negara).

6- Kuarters Kastam di Pengkalan Gawi sebanyak RM 23.44 juta.

7- Kompleks Pentadbiran Kastam di Kenyir sebanyak RM 3.06 juta.

8- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggunakan RM 873 juta untuk projek perumahan di seluruh negara.

Sekira-kira RM 4,412.5 juta ( 4.4 bilion) telah digunakan daripada dana Negeri Terengganu untuk projek-projek Pusat.

Pemimpin BN kata : “Apa salahnya, kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat adalah sama. BN yang memerintah kedua-duanya.”

Jawapannya : “Duit kerajaan adalah duit rakyat, bukan duit BN. Perlembagaan Malaysia telah membahagikan bidangkuasa kerajaan Negeri dan Pusat. Perlanggaran bidangkuasa ini membuktikan tidak amanah dan tidak cekap dalam mengurus dana Negeri dan kepentingan rakyat.”

Kerajaan Negeri memerlukan kewangan yang besar untuk memenuhi kepentingan rakyat Terengganu. Kerajaan Terengganu masih lagi berhutang sebanyak RM 918.5juta.

Betapa rakyat berhadapan kesulitan banjir setiap tahun dengan sebab masalah perparitan dan infrastruktur. Banyak projek untuk kepentingan rakyat diabaikan oleh Kerajaan Negeri. Sepatutnya dana Negeri Terengganu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Adakah kita hendak pertahankan BN yang khianat hak rakyat dan negeri Terengganu ? Fikirkanlah…

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
28 rejab 1439H / 15 april 2018

Sumber BO - 15-4-2018


































Janganlah Rakyat Jadi Mangsa Kerana Nafsu

– Selesaikan Pembinaan Projek Perumahan Padang Setengge

HULU TERENGGANU – Mohd Faizal Mohd Nor telah membeli rumah Fasa 3 di Projek Permuhan Padang Setengge, merasa sedih kerana kediaman yang dibeliny telah ‘hancur sebelum siap’.

Katanya, duit pembayaran rumah tersebut adalah dari titik peluhnya sendiri dan bukan senang baginya mahu menghimpunkan wang tersebut.

”duit yang yang kami bayar tu buka kami kutip dari pokok….kami bekerja dan bukan senang kali nak dapat duit,

”bayar sahaja….tapi runah ‘hancur’…..sedih, isteri saya menangis tengok rumah (yang terbengkalai) itu,” ujarnya.

Beliau berharap pihak yang berkenaan memberikan hak kepada semua pemilik yang telah membeli rumah terbabit.

Seorang lagi pembeli, Mohd Aidil Adha Abdul Rahman mahu pihak bertanggungjawab menyelesaikan segera masalah pembinaan rumah itu.

Katanya, ia bagi menyelesaikak kekusutan yang sedang dihadapi oleh sebahagian penduduk Kuala Berang yang memerlukan tempat tinggal.

”saya dah bayar deposit tapi bayaran bulanan tak buat lagi sebab bank tu sekat pinjaman saya….bukan tak lulus, dia dah lulus setahun kemudia dia hantar surat kepada saya,

”(bank) mengatakan pemaju permahan ini SE Purnama (Developemnt Sdn Bhd) memang bermasalah dengan apa yang dia buat,” jelasnya.

Beliau yang telah membli rumah itu pada tahun 2014, kesal atas apa yang berlaku setelah empat tahun masa berlalu.

Katanya beliau telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM10,000.00 berserta dengan pembayaran insuran.

”setelah lama saya buat bayaran…..saya datang sini nak tengok rumah…..memang (pembinaannya) tidak bergerak (tidak ada kemajuan),

”kemudia saya naik ke pejabat (beberapa kali akhirnya) dia kata ‘kontrakor’ terbabit ada masalah,” katanya lagi.

Kedua-dua pembeli tersebut berkata demikian ketika ditemui da kawasan projek tersebut pada Jumaat, 13 April.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Terengganu menggesa kerajaan menyelesaikan masalah pembinaan rumah itu, yang sudah tergendala sekian lama.

”projek rumah Padang Setengge ini memang projek yang dah lama, tanah ini memang digazetkan untuk perumahan sejak zaman Barisan Nasional sebelum PAS memerintah pada tahun 1999,

”janji untuk buat rumah mampu milik untuk rakyat, tak buat-buat…….janji bila tiap kali pilihan raya tapi tak buat,” tegasnya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri datang ke Hulu Terengganu pada 12 April, janji pula mahu membina 20,000 lagi unit rumah, sedangkan projek 400 buah ruamah di Kampung Padang Setengge itu, masih terbengkalai.

Beliau berkata, setelah tidak dinagunkan oleh kerajaan BN, PAS yang diberi mandat pada tahun 1999 telah berusaha dan akhirnya projek tersebut telah dimulakan.

Malangnya, kerajaan PAS ditakdirkan Allah ‘tidak panjang umur’ dan prjek tersebut kembali ‘dirundung malang’.

”kerajaan PAS buat projek perumahan ini, semua sekali luas 100 ekar lebih milik kerajaan negeri Terengganu, tahun 2003 siap Fasa Pertama dan Kedua, serah (kemudiannya) kepada pembeli serah kepada pembeli 12 April, 2009,

”kemudian timbul masalah (apabila) kerajaan melalui Tabung Amanah Warisan tidak mahu membayar kepada pemaju kerana pemaju terbabit didakwa pecah amanah,” jelas beliau.

Namun begitu, syarikat tersebut kemudiannya telah membuka syarikat baru untuk mengambil alih pembinaan itu, sebaliknya telah dihalang oleh Syarikat Perumahan Negara kerana syrakita baru itu tidak memiliki lesen pemaju perumahan.

Berucap pada program ‘Duduk Dan Bantah Isu Rumah’ itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Terengganu berkata, permulaan masalah projek tergendala itu timbul apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang ketika itu, tidak menyokong pembayaran kepada syarikat asal, SE Purnama.

Oleh itu beliau menggesa agar kerajaan Umno dan BN yang memerintah sekarang menyelesaikan masalah tersebut dengan segera kerana katanya, yang menjadi mangsa adalah rakyat.

”rakyat jadi mangsa….barangkali sebab projek ini lulus pada zaman PAS perintah dulu jadi dia tak boleh ‘kutip’ apa-apa…..jadi kita nak tanya (bekas) ADUN Kuala Berang,

”yang dia tak sokong pembayaran tu sebab apa….apa yang dia nak? Janganlah rakyat jadi mangsa kerana nafsu kita….tolong siapkan (projek perumahan ini),

”tapi ada satu cara….kalau kita nak siap segera, kali ini lita pakat pangkah (undi) PAS belaka, in shaa Allah, kalau PAS menang dan memerintah, kita akan selesaikan!,” tegas manta Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu.

Sumber BO - 15-4-2018







































































VK5 FC Juara Bola Sepak Veteran Piala Ir. Saiful Azmi

KEMAMAN – Pasukan bola sepak veteran Kertih 5 (VK5 FC), muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Ir. Saiful Azmi yang berlangsung di Padang Awam Kertih di sini, pada 13 dan 14 April, semalam.

Sebanyak empat pasukan telah berentap di kejohanan anjuran PAS Dun Kemasik yang julung kali diadakan ini.

Timbalan Pengarah PAS Dun Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, kejohanan yang merebut piala sempena nama beliau itu lebih bertujuan mendekatkan golongan veteran itu dengan pimpinan PAS Dun Kemasik terutamanya menjelang pilihan raya umum pada 9 Mei nanti.

“Kita berjaya mengumpulkan ramai pemain bola sepak veteran dan ternyata mereka masih mampu mempamerkan kemahiran masing-masing setelah sekian lama ‘bersara’ dalam sukan berkenaan.

“Pertandingan ini lebih kepada kegiatan riadah yang membolehkan pemain-pemain vete­ran bertemu semula sekali gus mengembalikan nostalgia ma­sing-masing ketika beraksi dalam sukan bola sepak ketika muda,” katanya ketika ditemui dalam kejohanan berkenaan.



































Ir. Saiful Azmi Suhaili
Menurut Saiful Azmi, kebanyakan pemain veteran itu terdiri daripada penyokong PAS sejak dahulu lagi dan mereka masih mampu memainkan peranan meraih undi di kalangan keluarga masing-masing.

Katanya juga, kejohanan itu berlangsung meriah dengan kehadiran rakyat yang memberi soko­ngan kepada pasukan pilihan masing-masing.

“Pihak kita merancang untuk meneruskan pertandi­ngan itu pada tahun depan melibatkan penyertaan lebih banyak pasukan khususnya penampilan pemain veteran yang menetap di Dun Kemasik.

“Meskipun hadiahnya kecil, pertandingan ini cukup bermakna kerana pemain-pemain veteran dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran serta beramah mesra dalam suasana kekeluargaan bersama pimpinan PAS,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pasukan Seroja FC hanya mampu berpuas hati dengan gelaran naib juara setelah tewas 4 – 3 kepada VK5 FC. Manakala pasukan Otai Kertih FC menduduki tempat ketiga.

Hadiah-hadiah kejohanan disampaikan oleh YDP PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ir. Saiful Azmi Suhaili sendiri.

Sumber BO - 15-4-2018




































Buatlah pilihan terbaik - Ustaz Wan Azhar

BESUT: Peluang lima tahun sekali kuasa mengundi dalam pilihan raya wajar diberi pertimbangan oleh rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh diharapkan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mahu rakyat dan pengundi membuat perbandingan antara kerajaan yang terbaik.
Menurutnya, rakyat kena buat pilihan sama ada Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang korup atau PAS yang berlandaskan Islam.
"Inilah masa rakyat akan buat keputusan untuk memilih kerajaan yang akan memerintahnya untuk lima tahun akan datang. Kita (rakyat) nak duduk di bawah kerajaan yang macam mana? 
"Di bawah kerajaan sekarang (Ahmad Razif) atau teringat ketika di bawah kerajaan PAS (Tuan Guru Abdul Hadi) dulu. Kita kena buat perbandingan secara berani, secara jujur untuk buat keputusan," ujarnya dalam Ceramah Isu Semasa PRU14 di Kampung Alor Lintang, Jertih, di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran GK dan bekas kumpulan heavy metal terkenal XPDC, Zuar.
Kata Ustaz Wan Azhar, Kerajaan PAS Kelantan terbukti bersih dan bebas rasuah sepanjang 28 tahun pemerintahannya.
Malah menurutnya ketika almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, pintu siasatan dibuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, apabila orang cabar kata ada penyelewengan balak dan sebagainya. Beliau sedia pelawa kepada pihak SPRM datang untuk siasat 25 jam sehari semalam. 
"Jika ada di kalangan ahli Exco kerajaan Kelantan buat kerja tak molek (rasuah), buat penyelewengan, pelari duit rakyat atau berlaku ketirisan di peringkat Exco-exco tolong dedahkan, ambo (Nik Aziz) nak ambil tindakan. 
"Alhamdulillah, sepanjang perintahan Tuan Guru Nik Aziz tidak berlaku ketirisan itu," jelasnya kepada hadirin.
Menurutnya, dewan parlimen didedahkan mengenai pemimpin politik yang disiasat kes rasuah melibatkan 71 kes BN, Pakatan Harapan 21 kes dan tidak ada kes untuk PAS. HARAKAHDAILY 14/4/2018








































































Sumber HD - 14-4-2018

Umno Cemas, Tiada Pemikiran Hadapi PRU

KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang dipimpin oleh Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman tidak ada pemikiran sendiri dalam memajukan negeri Terengganu dan sedang ‘cemas’ menghadapi PAS.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, sehingga kini, Umno sering menuruk dan meniru Manifesto yang PAS telah gagaskan.

”seperti yang saya pernah kata sebelum ini, Umno dan BN tidak hala tuju dan hanya ‘mengikut-ikut’ sahaja….meniru-niru seolah-olah tidak mempunyai idea,

”sehingga kini banyak apa yang diumumkan oleh Umno banyak merujuk kepada (beberapa) Manifesto yang kita telah terlebih dahulu lancarkan,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditenui selepas Majlis Pelancaran ‘Ameerah Riders’ di Kuala Ibai, pada Jumaat 12 April.

Yang terbaharu, menurutnya, Menteri Besar Kerajaan Sementara itu telah megumumkan mahu menubuhkan sebuah Universiti Al-Quran.

Sedangkan, kata Amzad, PAS telah pun melancarkan 20 Manifesto awal, termasuk didalamnya berjanji akan menujudkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik negeri, bagi menggantu KUSZA yang telah diserahkan oleh Umno kepada kerajaan pusat.

”antara lain (yang ditiru Umno) ialah bekalan air percuma kepada rakyat berpendapatan rendah, rumah kediaman atau satu lot tapak rumah,

”peluang pekerjaan dan lain-lain lagi,” jelasnya.

Katanya, sebelum ini, kerajaan Umno dan BN Terengganu telah pun membangunkan Taman Ilmu yang objektifnya untuk membawa masuk pelbagai pusat pengajian tinggi ke negeri Terengganu.

”sebelum ini ketika mereka mempunyai peluang (membuka Universiti), apabila kita mempersoalkan tentang kedudukan Taman Ilmu, apa bentuk pengajian yang akan dijalankan,

”tiba-tiba yang datang adalah Univerisit P. Ramlee yang berkait dengan hiburan, (tetapi) apabila melihat rakyat menunjukkan ‘Tsunami’ mahukan kepada Islam, tiba-tiba berubah haluan (mahu membina Universiti Al-Quran),” kata beliau sinis.

Oleh itu, ia jelas menunjukkan, kata beliau, Umno dan BN terengganu dalam keadaan cemas sehingga terpaksa mengubahsuai Manifesto PAS Terengganu.

Sumber BO - 14-4-2018






































PAS janji tambah Tanah Rizab Melayu

KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu berjanji kepada rakyat negeri ini bahawa parti itu akan menambahkan Tanah Rizab Melayu, jika diberi mandat memerintah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mendakwa Tanah Rizab Melayu di negeri ini hanya tinggal 118 hektar di bawah pemerintahan Umno-BN.
Justeru katanya, jika PAS mendapat mandat rakyat selepas 9 Mei depan Tanah Rizab Melayu itu akan ditambah kepada 1,000 hektar.
"Kita (PAS) telah membuat janji dalam 20 perkara manifesto untuk menambah bilangan jumlah Tanah Rizab Melayu di Terengganu ini. 
"Sekarang ini, Tanah Rizab Melayu hanya terdapat di Hulu Terengganu dan Mukim Tanggol sejumlah 118 hektar sahaja untuk seluruh negeri Terengganu. 
"Sekiranya, rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri Terengganu selepas 9 Mei ini, insyaAllah, kita berjanji dengan rakyat kita akan tambah bilangan Tanah Rizab Melayu daripada 118 hektar yang ada ini kepada 1,000 hektar, InsyaAllah," tegasnya kepada Harakah ketika membuat tinjauan khas isu pembangunan negeri di bandar Kuala Berang, di sini semalam.
Menurutnya, Tanah Rizab Melayu penting bagi menjamin hak orang Melayu dan orang Islam memiliki dan memajukan tanah negeri Terengganu.
"Ini bagi menjamin hak orang Melayu, orang Islam di negeri ini. Ini penting, supaya ianya terus dimiliki oleh orang Islam, menjadi aset dan masa depan untuk orang Melayu, orang Islam berniaga di tengah-tengah bandar. 
"Jika kita buka terus dibimbangi suatu ketika nanti bandar ini akan dimiliki oleh orang bukan Islam dan bukan bumiputera. Orang Melayu hanya jadi penjaga gerai dan mereka yang berniaga kecil-kecilan," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh warga pengundi perantauan agar dapat pulang menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan nanti.
"Saya merayu kepada seluruh pengundi-pengundi dalam Dun Kuala Berang, Parlimen Hulu Terengganu dan seluruh negeri Terengganu supaya ambil peluang dalam pilihan raya kali ini.
"Ini penting untuk kita (rakyat) mengubah sikap buruk pimpinan Umno ini dengan kita memberi undi kepada PAS. 
"Kepada anak Terengganu yang berada di luar Terengganu supaya dapat mengambil peluang yang ada balik mengundi pada PRU14 ini, untuk kita mengubah kerajaan negeri yang sedia ada ini, yang saya kira tidak prihatin," ujarnya.
Katanya, Umno-BN kini jelas kurang prihatin dan tidak mengambil peduli lagi dengan warisan serta hak harta orang Melayu Islam. -HARAKAHDAILY 13/4/2018
Sumber HD - 13-4-2018 







































PRU14; Tanggungjawab Besar Kepada Semua Pengundi Wanita

KUALA TERENGGANU – Tanggungjawab besar untuk mengundi pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) mestilah diambil peluang sebaiknya oleh para pengundi wanita.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata, wanita yang merupakan majoriti jumlah pengundi mestilah membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara.

”oleh kerana lebih daripada separuh pengundi pada PRU14, mereka adalah mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan mentadbir negara dan negeri selepas hari mengundi 9hb Mei,

”oleh kerana pentingnya undi golongan wanita, tanggungjawab yang besar ini mesti dilakukan secara terbaik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam sesi Program Mesej Dari Dapur Muslimat pada Khamis 11 April, di sini.

Oleh itu beliau berkata, menurutnya, tidak dapat disangkal lagi kepentingan kepada semua pengundi hadir diri dan mengundi di pusat-pusat pengundian pada hari tesebut.

Beliau menyeru khususnya kepada sekalian pengundi agar ‘balik kampung’ pada ‘hari raya’ selama lima tahun sekali itu.

”separuh daripada pengundi wanita adalah pengundi wanita muda (pengundi pertama kali) dan kebanyakan mereka berada di luar negeri Terengganu….sama ada mereka masih belajar atau pun baru bekerja,

”maka saya dengan penuh rasa tanggungjawab dan meminta yang berada diluar untuk pulang pada hari pembuangan undi,” jelasnya.

Justeru beliau yang juga Ketua Muslmat PAS Kuala Terengganu dengan rendah diri memohon agar pengundi memilih PAS pada PRU ini kerana parti itu telah menawarkan Manifesto yang istimewa.

”kami memohon dan mengharapkan semua mengundi PAS kerana PAS menawarkan Manifesto yang mencakupi semua peringkat dan,

”mahu mendirikan negara yang sejahtera berlandaskan kepada Islam itu sendiri,” kata beliau.

Sumber BO - 13-4-2018








































Semua Bahan Mentah Naik Selepas Kerajaan Laksana GST

KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja bahan mentah bagi sesuatu pengeluaran naik, bahkan semua kos meningkat sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax – GST) dilaksanakan.

Pengusaha produk makanan Aqila, Puan Kamariah Ahmad berkata, itulah sebabnya para pengeluar juga terpaksa menaikkan hasil mereka.

”dulu saya guna botol kaca murah sikit….sekarang gunabotol plastik, harga pun dah naik……hanya 40 sen sebotol (kosong) sekarang dah naik 45 sen,

”semua naik harga…..bahan mentah dan semua….sebab itu harga (produk) setiap keluaran pun bertambah,” jelasnya.

Beliau yang dikunjungi di rumahnya yang terletak di Kampang Pandan Jaya, Penarik pada Selasa lalu berkata, para pembekal bahan mentah boleh menaikkan harga pada bila-bila masa sahaja.

”tetapi kami pengeluar…..terutama yang kecil-kecilan tak boleh naikkan harga sesuka hati, terpaksa menanggung kerugian apabila,

”pembekal menaikkan bahan mentah mereka,” ujar beliau yang memulakan perniagaan itu bersama-sama ahli keluarganya.

Beliau juga mengeluh, selain daripada harga yang meningkat akibat GST, pasaran juga semakin sempit ekoran pemilik beberapa pasar raya besar yang hanya juga menghadapi tekanan ekonomi.

”dulu dia (pemilik pasar raya) terima hantara kita dalam jumlah yang agak banyak juga dalam masa sebulan, sekarang tak lagi mahu menerima jumlah itu,

”sekarang mereka minta hantar secara mingguan dengan jumlah yang lebih kecil,” kata beliau.
Selain mengeluarkan sos cili, sos tomato dan sos pencicah, Perusahaan Makanan Aqila turut membekalkan cuka tiruan serta perencah ikan bakar.

Kamariah berkata, selepas berhenti ‘makan gaji’ dan duduk di rumah mengasuh anak-anak, beliau diberi ‘cetusan pemikiran’ oleh suaminya.

Katanya, beliau mencuba mengeluarkan sos pencicah resepi ibunya yang sejak sebelum tahun 2003 lagi.

Justeru itu, beliau menyambut baik tawaran manifesto PAS yang mahu menggantikan cukai GST dengan cukai koperat yang akan menyumbang kepada pendapatan negara.

Katanya, beliau juga mengalu-alukan usaha PAS Terengganu yang mahu menyediakan Tabung Pinjaman Usahama sebanyak RM10 juta setahun, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum kali ke-14, 9hb Mei depan.

Sumber BO - 12-4-2018




















































































Ubah Sikap Buruk Umno Jual Tanah Rizab Melayu

HULU TERENGGANU – Rakyat negeri Terengganu digesa mengubah sikap buruk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengkhianti amanah rakyat, menjual tanah rizab orang Melayu.
Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, tanah tersebut yang dikenali sebagai ‘Bukit Jepun’ terletak di tengah-tengah bandar Kuala Berang telah diubah statusnya dan diberikan kepada bukan Melayu.

”ni lah yang saya kira ia satu penghianatan (kepada) hak orang Melayu……hak orang Islam hak orang Kuala Berang,

”kita PAS negeri Terengganu dalam menghadapi pilihan raya (PRU14) ini telah membuat janji dalam manifesto yang dibentangkan baru baru ini,









































Luas ‘Bukit Jepun lebih 5 ekar, diratakan 
dan didirikan bangunan 10 lot rumah kedai 
dimilik oleh sebuah syarikat Zon Ria 
Malaysia Sdn Bhd beralamat di Jalan 
Bagan Lalang Butterworth 13400 Pulau 
Pinang. Tujuh lot lagi diberi kepada Umno.
”dimana kita berjanji untuk menambah bilangan tanah rizab Melayu,” tegasnya.
Katanya, sehingga kini hanya terdapat sejumlah 180 hektar sahaja tanah rizab Melayu di seluruh negeri Terengganu, semuanya terletak di Hulu Terengganu.

Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu itu berkata demikian, dalam Rancangan Terjah Dan Dedah Isu Tanah Rizab Melayu di Kuala Berang, yang disiarkan secara langsung oleh HARAPTV pada jam 2.30 petang, Rabu 11 April.

Oleh itu, kata beliau, janji Manifesto PAS itu sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri selepas PRU14, pada 9hb Mei.

Ia adalah, kata beliau, bagi menjamin hak orang Melayu dan orang Islam untuk memiliki dan memajukan tanah negeri Terengganu.

”Supaya ia terus dimiliki oleh orang Islam menjadi aset untuk masa depan orang Melayu, (agar) orang Islam untuk (boleh) berniaga di tengah-tengah bandar,

”kerana kalau kita buka (rizab) dari hari ke hari mungkin satu ketika nanti bandar (Kuala Berang) ini akan dimiliki oleh bukan Islam dan bukan bumiputera,

”orang Melayu akan hanya menjadi penjaga gerai dan juga mereka yang berniaga kecil-kecilan dan (sebaliknya) gedung besar,

”bangunan besar semua dimiliki oleh bangsa lain dan bukan oleh rakyat Terengganu,” jelasnya.
Justeru itu, mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu menyeru agar semua pengundi, sama ada yang berada dalam di dala atau luar negeri Terenggnu, pulang untuk memilih PAS.

”Saya merayu, pertama kepada seluruh pengundi DUN Kuala Berang dan parlimen Kuala Terengganu dan seluruh Negeri Terengganu supaya kali ini kita ambil peluang dalam pilihan raya ini,
”untuk kita mengubah sikap pimpinan UMNO ini dengan kita memberi undi kepada Parti Islam Semalaysia (PAS),

”saya juga mengambil kesempatan ini kerana kita percaya bahawa ramai anak Terengganu yang berada di luar Terengganu supaya dapat balik untuk sama-sama rakyat Terengganu yang ada di sini untuk mengubah kerajaan Terengganu,” kata beliau.

Menurutnya, Umno dan BN, jelas sudah kurang prihatin dengn orang Melayu dan orang Islam dan tidak menngambi peduli lagi dengan warisan serta hak harta orang Melayu.

”(hak dan warisan orang Melayu) Saya kira tidak lagi menjadi kepentingan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang ada,

”saya menyeru kepada smeua pengundi yang ada untuk mengambil peluang untuk balik bersama sam dengan kami untuk mengubah apa yang berlaku dan (yang) merugikan orang Melayu dan Islam di negeri ini.” tambah beliau.

Berita sebelumnya;
Tanah Rizab ‘Mercu Tanda’ Kuala Berang Bertukar Milik

Sumber BO - 12-4-2018










































PAS wakil tunggal Gagasan Sejahtera di Terengganu

BESUT: PAS Negeri Terengganu telah membuat persiapan pilihan raya secara agresif dengan segala insentifnya sejak lebih setahun lalu, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussein Awang.
Bahkan katanya, sebelum pembubaran parlimen lagi, PAS Terengganu telah melancarkan 'Countdown 100 Hari' menggerakkan agenda pilihan raya di seluruh negeri itu.
"Itulah bermulanya jentera PRU (secara agresif) seolah-olah PRU berlaku esok dan insyaAllah pembubaran yang berlaku ini, tidak menjadikan kita dalam keadaan tergamam apa-apa," ujar beliau.
Dato' Hussein berkata demikian pada majlis Taujihat Pilihan Raya anjuran PAS Kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alur Lintang, di sini kelmarin.
Beliau menjelaskan bahawa tiada satupun kerusi sama ada Dun mahupun Parlimen, diminta kuotanya oleh parti-parti lain di dalam Gagasan Sejahtera untuk ditandingi.
Hal itu jelasnya, menjadikan PAS wakil tunggal Gagasan Sejahtera di Terengganu dan beliau turut menyatakan bahawa Besut sedang menunjukkan perubahan yang lebih positif berbanding tahun lalu hasil daripada gerak kerja terutama jentera Pemuda.
“Dilihat bahawa jentera-jentera di kalangan anak-anak muda semakin rancak dan semakin bersemangat, dan memberikan satu gambaran bahawa harapan untuk berlakunya perubahan kepada Besut ini insyaAllah (akan berlaku),” ujar beliau yakin.
Bekas Speaker Dun Terengganu itu juga menasihatkan agar semua tenaga kerja meningkatkan lagi keupayaan dan kerjasama, tidak lalai atau termakan dengan dakyah mahupun fitnah yang sedang tersebar dengan meluasnya ketika ini.
"Semua petugas, ahli dan pengundi PAS, hendaklah mereka memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan PAS dalam mengharungi PRU ini, agar tidak mudah dipecahkan kesatuan yang ada oleh musuh," serunya. -HARAKAHDAILY 12/4/2018
Sumber HD - 12-4-2018 

Jentera PAS Dari Intensif Kepada ‘Agresif’

BESUT – Jentera pilihan raya (PR) PAS Terengganu telah bergerak secara intensif sejak setahun lalu dan kini sudah diaktifkan secara agresif.

“Secara intensifnya, kita boleh dikatakan (sejak) setahun yang lalu telahpun kita gerakkan (jentera) dan yang terakhirnya, sebelum daripada pembubaran (parlimen) lebih kurang sebulan, kita telah melancarkan apa yang dikatakan sebagai ‘countdown 100 hari’.

“Itulah bermulanya jentera PRU (secara agresif) seolah-olah PRU berlaku esok dan insyaAllah pembubaran yang berlaku ini, tidak menjadikan kita dalam keadaan tergamam apa-apa,” jelas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan PAS Terengganu dalam menghadapi (PR) Umum Kali Ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei bulan hadapan.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu berkata demikian ketika ditemui pada program Taujihat Pilihanraya anjuran PAS Kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alur Lintang, pada 10 April.

Beliau juga menjelaskan bahawa tiada satupun kerusi samada DUN mahupun Parlimen, diminta kuotanya oleh parti-parti lain di dalam Gagasan Sejahtera untuk ditandingi.

Oleh itu, selaku parti tunggal mewakili Gagasan tersebut, beliau yakin prestasi semaua kawasan termasuk Besut, yang sekarang ini menunjukkan perubahan yang lebih positif berbanding tahun lalu.

“Dilihat bahawa jentera-jentera dikalangan anak-anak muda semakin rancak dan semakin bersemangat, dan memberikan satu gambaran bahawa harapan untuk berlakunya perubahan kepada Besut ini insyaAllah (akan berlaku),” ujar beliau, yakin.

Bekas Speaker DUN Terengganu itu juga menasihatkan agar semua tenaga kerja meningkatkan lagi keupayaan dan kerjasama, tidak lalai atau termakan dengan dakyah mahupun fitnah yang sedang tersebar dengan meluasnya ketika ini.

Katanya, semua petugas, ahli dan pengundi PAS, hendaklah mereka memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan PAS dalam mengharungi PRU ini, agar tidak mudah dipecahkan kesatuan yang ada oleh musuh.

Sumber BO - 12-4-2018













































Pembangunan Tidak Sehebat Bajet Projek Perlancongan Tasik Kenyir

Kerajaan BN Terenggganu memperuntukkan perbelanjaan yang sangat tinggi untuk projek perlancongan Tasik Kenyir. Anggaran perbelanjaan dalam 15 tahun tercatat dalam buku-buku penyata

kewangan Negeri. Ia seperti berikut :
2006 – 2010 sebanyak RM 228 juta.
2011 – 2015 sebanyak RM 540 juta.
2016 – 2020 sebanyak RM 600 juta.

Kita dapat bayangkan betapa besarnya peruntukan Kerajaan Negeri untuk projek perlancongan Tasik Kenyir iaitu RM1,368 juta (1.4 bilion) dalam tempoh 15 tahun.

Mengikut anggaran perbelanjaan ini, Tasik Kenyir akan menjadi pusat perlancongan paling moden dan jauh lebih maju daripada Pulau Langkawi.

Mana projek-projek perlancongan tersebut ?

Program Kenyir Island Hoping – RM 37 juta.
Kenyir Water Theme Park – RM 80 juta.
Pembinaan Gawi Point – RM 10 juta.
Projek Pelupusan Sisa Pepejal – 3 juta.
Taman burung – Kos RM 8.6 juta.
Taman tropika – Kos RM 7.6 juta.
Taman orkid – Kos RM 8.6 juta.
Taman rama-rama – Kos RM 11.5 juta.
Taman rambutan – kos RM 2 juta.
Taman heliconia – Kos RM 2 juta.
Taman anggur – kos RM 3 juta.
Taman kaktus _ kos 2 juta.

Seluruh projek taman ini gagal dan terbiar serta ada projek agak lesu dan tidak beroperasi dengan baik. Banyak juga projek yang telah dibelanjakan dengan bajet yang begitu besar tapi tidak diketahui statusnya.

KETENGAH di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah dipertanggungjawab untuk membangunkan perlancongan di Tasik Kenyir. Sepatutnya, ia akan mengurangkan beban perbelanjaan Kerajaan Negeri . KETENGAH telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk membangunkan tasik ini sebanyak RM 44.55 juta dalam tempoh 7 tahun.

2011 – RM 4.25 juta.
2012 – RM 4.5 juta.
2013 – RM 3.7 juta.
2014 – RM 3.6 juta.
2015 – RM 7.6 juta.
2016 – RM 20.9 juta.

Kita boleh andaikan perbelanjaan sebanyak RM 2 bilion daripada peruntukan Negeri dan KETENGAH untuk pembangunan perlancongan di Tasik Kenyir di sepanjang kepimpinan tiga Menteri Besar Kerajaan BN Terengganu TETAPI APAKAH PERUBAHAN YANG ANDA LIHAT DARIPADA PERBELANJAAN BESAR INI ?.

ANGKA RINGGIT BERBILION LENYAP TANPA PEMBANGUNAN YANG SEWAJARNYA. Ini baru projek perlancongan tanpa mengambil kira perbelanjaan untuk pembangunan Pusat Bebas Cukai. Tunggu “Bongkar Isu” yang seterusnya !!!.

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
25 rejab 1439H / 12 april 2018

Sumber BO - 12-4-2018












































Khutbah Jumaat 13 April; Gangguan Perjalanan Israk Dan Mikraj














































Sumber BO - 11-4-2018

Bersedia Hadapi Rintangan

Oleh : MNA

BESUT – Sebagai sebuah gerakan yang membawa mesej Islam, ahli-ahli PAS diminta sentiasa bersedia dengan halangan-halangan yang sedang dan bakal diterima.

Rintangan ini adalah sesuatu yang mesti dilalui bagi menguji keteguhan hati dalam membawa mesej Islam.

Apatah lagi, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, dalam menghadapi PRU kali ini, PAS akan menghadapi gangguan untuk mendaulatkan Islam daripada Pakatan Harapan, selain dari Umno.

“Kita berada di jalan yang terlalu banyak rintangannya, hanya kerana kita membawa mesej Islam.

“Hal ini telah dilalui oleh para anbiya’ melalui kisah-kisah yang telah dinukilkan di dalam al-Quran.

“Oleh itu kita mesti yakin bahawa semakin kuat kita menjulang Islam, semakin besar halangan dari golongan yang membenci Islam,” kata Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis Taujihat Pilihanraya anjuran PAS Kawasan Besut yang diadakan di Dewan Haji Salleh, Alur Lintang, Besut.

Menurut beliau, gendang PRU 14 telah dipalu secara rasmi pada Jumaat lalu da semua jentera parti termasuk PAS Kawasan Besut mesti bangkit bersama.

Katanya, seluruh rakyat memberikan harapa, agar PAS Besut menyumbang kerusi pada kali ini.
Oleh itu katanya, PAS Besut digesa meningkan pecutan gerak kerja dengan taujihat yang jelas.

Antara lain yang turut ditekankan beliau ialah ahli-ahli tidak hanya menjadi penumpang di dalam PAS, tetapi sebaliknya terus berkerja bagi memastikan kemenangan dan merebut pahala di sisi Allah.

“Jika kita berkerja dan kita ditakdirkan Allah, kita kalah, insyaAllah, kita akan mendapat pahala dari Allah.

Tetapi jika kita tidak berkerja, hanya menunggu dikalahkan, bagaimana kita akan mendapat ganjaran dari Allah,” soal beliau kepada hadirin.

Justeru beliau mahu agar semua ahli untuk ikhlas, taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melanggar hukum Allah, dan menjaga keharmonian, sebagai resepi utama kemenangan.

Kira-kira 150 orang petugas-petugas pilihanraya PAS dari seluruh Kawasan Besut hadir mendengar taujihat ini bagi dibuat bekalan menghadapi PRU nanti.

Program itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Hussein Awang, Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad serta mantan calon parlimen Besut, Ustaz Ridhuan Mohd Noor.

Sumber BO - 11-4-2018














































Sehingga Ada Yang Maut, Benteng Pemecah Ombak Masih Belum Kelihatan

MARANG – Sehingga seorang nelayan Azlim Mohd Nor, 42 tahun terkorban akibat dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki terbalik muara sungai Merchang, benteng pemecah ombak yang dijanjikan kerajaan masih belum kelihatan.

Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kejadian yang berlaku awal pagi Ahad itu merupakan satu perkara yang cukup serius.

Katanya, ia meningkatkan kebimbangan para nelayan yang turun ke laut mencari rezeki.

“Laut merupakan antara sumber para penduduk di sekitar Merchang mencari rezeki dan dalam masa yang sama muara tempat keluar masuk para nelayan mencari rezeki,

“Dan dalam masa yang sama mereka berada dalam keadaan suasana yang tidak selesa kerana muara sungai ini antara muara yang cetek,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat menuntut janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN ) bagi membina penghadang gelora di situ.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan muara sungai tersebut pada Ahad, 8 April, setelah mendapat khabar sedih itu.

Bersama beliau ialah, Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Yusuf Abdul Hadi.

Kata Yusof, setiap tahun kerajaan Umno-BN berjanji sebaliknya, janji hanya tinggal janji, sehinggakan menyebabkan berlaku kemalangan maut.

“Kita tak nak perkara ini berulang lagi dan pada hari ini kerajaan negeri Terengganu membazirkan wang ringgit sehingga beratus juta ringgit dilaburkan begitu sahaja membina projek-projek yang kuran manfaat kepada rakyat,” tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya penduduk Merchang supaya membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti.

“PAS mengharapkan sungguh-sungguh daripada pihak berkuasa untuk mengambil tanggungjawab yang serius bagi memastikan muka kuala ini selamat dan terjamian laluan keluar masuk,” tanya lagi
Berita sebelum ini;

Masalah Muara Sungai Mercang; Nelayan Masih Tidak Boleh Mencari Rezeki

Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang

Sumber BO - 11-4-2018















































Jaga Niat, Allah tahu

Oleh : MNA

Pengajaran dari kisah Peperangan Uhud, hendaklah diambil iktibarnya supaya perjuangan menegakkan agama Allah, akan sentiasa berada di atas jalan yang benar dan diredhai Allah agar mendapat jaminan pahala.

Kisah bagaimana ketua munafik, Abdullah bin Ubay yang memberikan cadangan agar peperangan itu berlangsung di dalam kota Madinah, ditolak oleh rasulullah yang menerima cadangan kumpulan pemuda yang mahu berperang di luar Madinah.

Lalu Abdullah segera menunjuk perasaan dengan menarik 300 orang askar di bawahnya, menjadikan kedudukan tentera Islam menjadi lompang, hasil daripada perbuatan khianatnya itu.

Demikian antara beberapa mutiara nasihat yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dato’ Hussein Awang ketika menyampaikan syarahan dalam Program Taujihat Pilihanraya PAS Kawasan Besut malam tadi.

Sesungguhnya eputusan Rasulullah itu adalah kerana Allah tahu apa yang ada di dalam hati kedua-dua mereka, yang ikhlas dan yang munafik dalam memberikan idea.

Oleh itu sambung beliau, walaupun rasulullah sudah tiada, tetapi Allah tetap ada dan Dia maha mendengar dan mengetahui apa yang ada di dalam lubuk hati manusia dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Mengulas berkenaan dengan fitnah oleh Naib Presiden PAN, Dato’ Mahfuz Omar, beliau memilih mengambil sikap berdiam diri kerana jawapan Presiden PAS cukup menjelaskan semua fitnah itu dan beliau juga tidak mahu ahli hilang tumpuan dengan fitnah itu.

Beliau juga turut mengecam tindakan SPR yang tela memutuskan hari pengundian pada hari berkerja dan di tengah-tengah minggu yang disifatkan beliau sebagai perancangan jahat oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau menyeru kepada ibu bapa, kaum keluarga agar memberikan keyakinan kepada anak-anak atau saudara mara, untuk pulang mengundi pada hari tersebut.

Hadis mengatakan bahawa jika kita mampu, kita mesti membenci dengan kuasa, jika tidak mampu dengan lisan dan selemah-lemah iman iala membenci dengan hati.

Maka marilah kita zahirkan kebencian kita ini kepada kemungkaran yang dilakukan, seru beliau kepada semua yang hadir.

Sumber BO - 11-4-2018


PAS Memberi Komitmen LPT3 disegerakan jika menang di Terengganu
Posted on Wednesday, April 11 @ 01:05:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39073



PAS memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pantai Timur fasa 3 (LPT3) kan disegerakan jika berjaya membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata ini kerana lebuh raya tersebut telah lama dicadangkan.

"Apabila PAS diberikan kemenangan di peringkat negeri dan persukutuan, cadangan lebuh raya tersebut akan disegerakan agar rakyat segera mendapat manfaat.

"PAS memberi jaminan dengan izin Allah SWT lebuhraya Tepoh, Kuala Nerus ke Kelantan disiapkan dengan segera secara telus dan berhemah dalam perbelanjaan," katanya kepada Malaysiakini.

LPT3 yang turut dimasukkan dalam manifesto BN merupakan projek lebuh raya yang sudah diwar-warkan seawal 2015 dan dijangka akan menghubungkan Tepoh, Kuala Nerus dengan negeri Kelantan.

Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS berkata pihaknya juga memberi jaminan bahawa pelaksanaan lebuh raya tersebut akan dilaksanakan secara telus dan berhemah.

"Ia (LPT3) perkara yang sudah lama dicadangkan kerana menjadi keperluan rakyat.

"PAS memberi jaminan ia akan dilaksanakan secara telus dan dengan perbelanjaan berhemah bagi mengelakkan tragedi yang berlaku pada pembinaan LPT2 yang sepatutnya disiapkan pada 2010 tetapi tertangguh sehingga hanya mampu siap sepenuhnya hanya pada 2015.

"Kelewatan ini menyebabkan kos asal yang hanya RM1.7 bilion telah meningkat kepada hampir RM5 bilion," katanya.

Khairuddin berkata demikian bagi mengulas janji BN Terengganu untuk membina lebuhraya Pantai Timur fasa 3 (LPT3) sekiranya kekal menang PRU14 akan datang.

Datuk Seri Najib Razak pada 8 April lalu mengumumkan sekali lagi berhubung projek itu dalam pelancaran manifesto BN untuk PRU14 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada PRU13 lepas, BN berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu.

Sementara PAS menang 14 dan PKR menang 1 kerusi DUN di Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon adalah pada Sabtu, 28 April manakala pembuangan undi pada Rabu, 9 Mei.

Sumber TKO - 11-4-2018

















































Tawaran PAS Membantu Golongan Miskin Bina Hidup Lebih Baik

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menawarkan manifesto bagi membantu golongan miskin, bagi membina kehidupan yang lebih baik dalam menjana punca pendapatan.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan mambantu kehidupan golongan ibu tunggal dan usahawan kecil yang agak dhaif.

“ditambah dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi……. sering kita dengar sebagai keluhan biasa takkala turun ziarah,

”amat sedih kerana rakyat marhaen menjadi mangsa sistem’ kerajaan yang tidak mesra rakyat bahkan lebih suka membazir sesuka hati pada perkara yang tidak membawa manfaat pada rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi rumah seorang ibu tunggal di Kampong Paloh Sungai Kiat, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

Sehubungan itu, kesukaran untuk membayar balik pinjaman ‘secara mingguan’ menyebabkan Nor Roslina binti Nawi, 45, sedaya upapa meneruskan perniagaan kecil-kecilannya.

“saya buat kuih pagi……hantar ke kedai kedai, dulu pernah buat pinjaman tapi kerana bayaran mingguan agak tinggi dan faedah yang di kenakan juga agak tinggi,

”saya dah tak buat pinjaman, saya tak nak terbeban dengan hutang (yang menekan),” ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan, Kak Yah yang mempunyai anak orang anak yang masih bersekolah.

Oleh itu, Ustaz Wan Sukairi yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam berkata, pinjaman tabung usahawan tanpa riba (faedah) yang ditawarkan PAS, tidak saperti skim yang di tawarkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

”saya amat sedih, kerajaan boleh membina pelbagai projek mega ratusan juta ringgit, kemudian terbiar dan tak siap-siap seperti Kompleks Bebas Cukai di Kenyir,

”tapi rakyat marhaen tidak terbela dan menjadi mangsa sistem kerajaan yang tidak mesra rakyat,” tegas beliau.

Sumber BO - 11-4-2018


















































Masihkah Kau Ingat Projek e-Book

Mantan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata : “Pelaksanaan e-Book dengan akses Internet kepada setiap murid sekolah rendah adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi. Program e-Book ini sudah pasti akan menjadi tumpuan bukan sahaja di negeri lain dalam Malaysia, namun turut menjadi perhatian negara lain.”

Ucapan ini pada tahun 2009 di Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

SETELAH TUJUH TAHUN
Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Abdul Latif Awang memaklumkan bahawa *program e-Book telah ditamatkan* pada tahun 2015. “Perkara ini diambil inisiatif oleh Menter Besar (Ahmad Razif), sebagai langkah proaktif dan kerajaan negeri telah melantik konsultan untuk membuat kajian tentang keberkesanan projek e-book itu. “Pada tahun 2014, satu kumpulan penyelidik dari Institut Darul Iman (Idaman) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang diketuai oleh Profesor Dr Ibrahim Mohamad.

Pada awalnya, Kerajaan BN Terengganu menganggap projek e-Book ‘molek dah’ dengan memperuntukan bajet yang sangat tinggi untuk membekal e-Book kepada pelajar.

Pembinaan Kilang dan ‘design & build’ dianggarkan sebanyak Rm7.95 juta.*

Kajian e-Book dianggarkan sebanyak RM 500,000.

Tahun 2008 – 2014 dianggarkan perbelanjaan e-Book sebanyak RM 180 juta.
Tahun 2015 – dianggarkan perbelanjaan e-Book sebanyak RM 4 juta.

Bajet keseluruhan projek e-Book ialah RM 192,450,000 ( 192 juta ).

Jika diandaikan kos sebenar perbelanjaan e-Book adalah 80% daripada bajet, maka ia berjumlah RM153,960,000 ( RM 153 juta).

PAS bimbang dengan projek e-Book ini akan menyebabkan kerugian duit rakyat. Semenjak awal lagi, PAS desak agar Kerajaan BN Terengganu buat kajian yang teliti sebelum perlaksanaannya. Dato Seri Ahmad Said, mantan MB berbangga dengan impian.

Malangnya, Dato Seri Ahmad Razif, Menteri Besar telah menamatkan projek e-Book dan nostalgia Mantan MB, Dato Seri Ahmad Said dihapuskan. Duit Rakyat dilaburkan jutaan ringgit dengan sebab pertembungan dalam pentadbiran dan perbalahan politik umno/BN. Rakyat menjadi pening. Pelajar sekolah menjadi sasaran. Mungkin ini yang dimaksudkan ‘molek doh.’

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
23 Rejab 1439H / 10 april 2018

Sumber BO - 10-4-2018



















































Penceramah Umno ‘Kebudak-budakan’




















































Usraz Alias Abd Hamid
KEMAMAN – PAS menyifatkan apa yang disampaikan oleh penceramah Umno kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14, sebagai ‘kebudak-budakan’ tdan tidak masuk akal.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Hamid berkata, parti lawan PAS itu masih berhujah dengan ‘memperbodohkan’ masyarakat kampung apabila mereka mendakwa ‘jalam raya’ adalah dibina oleh Umno.

”dia mari ceramah di kampung ini dan beritahu, Umno buat jalan raya dan orang PAS jangan lalu di jalan itu,” ujarnya.

Beliau berkata bemikian ketika berucap pada program ceramah di Markaz Pilihan Raya PAS Kampung Semayor pada Ahad malam, 8 April.

Sehubungan itu Timbalan Pengarah DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata,  kerajaan negeri Terengganu tidak berupaya untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya, ia menyebabkan anak-anak muda keluar daripada Terengganu terpaksa berhijrah ke Johor dan Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

“(dahulu) kebanyakan kalau rumah sewa di kawasan Kerteh tak dan keluar lagi penyewa terdahulu ada dah ‘booking’,

“betapa ramai dan besarnya (peluang kerja) mutakhir saya yakin dan percaya kalaulah saudara keluar dan mungkin orang daripada Kerteh ada perumahan dan rumah baru yang dibina,



















































Ir. Saiful Azmi Suhaili (kanan) bertanyakan sesuatu kepada petugasnya
“boleh dikatakan 80% hak baru tidak dapat di sewa ataupun diduduki,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau berkata, pengangguran yang kronik sedang berlaku dalam masyarakat khsususnya di negeri Terengganu pada hari ini.

Justeru beliau menyeru agar rakyat Terengganu membuat perubahan dan memilih PAS pada pilihan raya umum kali ini.

“PAS yakin dan percaya dengan sokongan dan kepercayaan rakyat untuk pilihan raya umum (PRU) ke 14,

“dan berusaha sedaya upaya menawarkan dan melaksanakan yang terbaik kepada rakyat,”ujarnya.

Sumber BO - 10-4-2018




















































Terima Kasih Kepada Semua Pihak!

KUALA TERENGGANU – Pemimpin PAS Terengganu yang telah dipilih sebagai wakil rakyat pada pilhan raya umum kali ke-13 lalu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak.

Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga mantan wakil rakyat Bukit Payong berkata, walaupun tanpa bantuan kerajaan, beliau dapat melaksanakan amanah rakyat.

”Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala limpah kurnianya, walaupun serba kekurangan, tanpa bantuan kerajaan,

”saya yang dibantu kukuh AJK MTD Bukit Payong masih lagi dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

”Bagi yang mengikuti ‘Page’ saya, anda pastinya telah menyaksikan aktiviti kami atas nama PAS yang telah dilaksanakan untuk agama,” ujarnya.

Katanya, walaupun DUN Terengganu telah dibubarkan hari ini, namun beliau dan pasukannya akan terus memberi khidmat kepada masyarakat kerana Islam dan negara.

“Terima kasih kepada rakyat yang mengundi PAS. Kami mohon kemaafan diatas segala kekurangan, salah dan silap jika ada,

”yang sememangnya tidak kami sengajakan. Sesiapa sahaja yang menjadi calon, tak kira di mana-mana DUN, pastikan anda mengundi PAS,” katanya.

Sehubungan itu, mantan wakil rakyat Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, penggal pertama menunaikan mandat sebagai wakil rakyat, bukanlah satu laluan yang mudah

Namun begitu katanya, dengan bantuan semua pihak, peranan sebagai ADUN dapat dijalankan semampu yang mungkin.

”bergelar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu atas kapasiti pembangkang bukanlah mudah untuk mengendalikan urusan masyarakat,

”Meskipun demikian, alhamdulillah peranan sebagai wakil rakyat dapat dijalankan semampu yang mungkin samada khidmat terus atau melibatkan urusan dengan pihak berkuasa tempatan,” kata beliau.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia itu, turut merakamkan rasa syukur atas peluang yang diberikan.

”Setelah lima tahun mandat sebagai ADUN dan hari ini tempohnya berakhir, saya dengan merendah diri memohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap,

”dalam seluruh pendekatan dan layanan yang dihulurkan buat semua rakyat DUN Tepoh.

”terima kasih sekali lagi kerana memberikan saya peluang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Tepoh,

“terima kasih juga buat semua jentera PAS yang gigih berada di belakang membantu dan mempermudahkan laluan perjalanan yang mencabar ini,” jelasnya.

Sumber BO - 10-4-2018

Kawasan Presiden PAS (Parlimen Marang) siap sedia
Posted on Monday, April 09 @ 05:46:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39029



Up Kawasan Presiden PAS (Parlimen Marang) siap sedia utk menambah bilangan majoriti kemenangan di Terengganu sekaligus merampas takhta pemerintahan negeri.

Apa yang unik disana tiada bendera BN ataupun PH yang berani dipacakkan disana di beberapa kawasan kubu kuat PAS.

Takbir!!!

FB
Ir Ibn Mohamad


Sumber TKO - 9-4-2018






















































Syarikat Top IT Sdn. Bhd Rugi RM7 Juta

Rakyat Terengganu jangan mudah lupa tentang jasa Syarikat TOP IT yang membekalkan komputer dan perkakasan IT. Ia menjadi terkenal di dunia dengan membekal buku teks digital ( e book ) kepada pelajar sekolah.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 mendedahkan kerugian syarikat TOP IT yang merupakan satu pembaziran wang rakyat. Kerugian sejumlah RM 7,069,591 pada 4 perkara di bawah :






















































‘PC Assembly Line’ terbiar tidak berpperasi – Laporan Ketua Audit Negara 2016
1- Pemasangan PC Assembly Line bagi memasang e Book tidak beroperasi – rugi RM 1.18 juta.

2- Stok alat ganti yang berlebihan – rugi RM 295,991.

3- Lebihan stok e Book sebanyak 700 unit – rugi RM 663,600.






















































Stor Top IT, stok alat ganti e-Book
4- Ada tiga projek dalam perancangan sistem/aplikasi tidak memberi pulangan dalam pelaburannya;
a. Projek Magic W3 – rugi RM3.98 juta.

b. Projek Sistem Enterprise Resourse planning (ERP) Yayasan Terengganu – rugi RM 0.73 juta.

c. Projek Sistem berasaskan Perakaunan – rugi RM 0.22 juta.

Audit juga mendedahkan bahawa prestasi dan kedudukan kewangan TOP IT adalah kurang memuaskan. Keuntungan terkumpul menurun daripada RM7.82 juta pada tahun 2013 kepada RM 4.18 juta pada tahun 2015.






















































e-Book yang sudah dibaiki tetapai masih belum dituntut
Oleh itu, Pemerintahan PAS selepas PRU 14 (In Sya Allah) mesti membuat perancangan dan kajian semula terhadap operasi utama TOP IT bagi menjana pendapatannya.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
21 rejab 1439H / 8 april 2018

Sumber BO - 8-4-2018























































Petanda Jelas, PAS Dan UMNO Tiada Kerjasama Politik

Oleh : Haji Ahmad Amzad Hashim

Saya dah baca apa yang ditulis tu. Ia tidak lebih dari teknik sindiran yang biasa diguna oleh Dr Azman Ibrahim dan YB Rosli Jabbar kepada pihak yang masih mereka reka cerita kononnya ada gabungan UG antara PAS dan UMNO sejak sebelum PRU ke 13 lagi.

Terbukti tiada kerjasama politik dengan UMNO pada PRU 13.

Dalam tempoh itu juga PAS sudah bermuktamar agung (mesyuarat agong tahunan) yang menentukan perkara dasar PAS lebih 5 kali, dan ditanya tentang isu UG ini berkali kali, secara konsisten PAS menegaskan tiada hubungan kerjasama politik antara PAS dan UMNO. Dalam mana mana Pilihanraya, PAS tetap akan menentang UMNO.

PAS tak pernah berubahpun dalam kenyataan ini, baik ketika berdepan dalam dialog dengan orang Islam, Melayu, mahupun dalam pelbagai soal jawab yang dihadiri dengan kaum Cina, India dan lain lain kaum.

Sekarang kita sudah dalam fasa pilihanraya umum ke 14, PRU14.

Jika betul ada kerjasama, sudah tentu proses memberi kefahaman dan mendapat persetujuan ahli dan penyokong PAS dibuat jauh lebih awal, barulah UG, jika benar ada boleh dijayakan.

Ini tidak. Sampai Parlimen sudah dibubarkan kelmarin 7 April 2018, bayang bayang UG pun masih tiada.

Kalau betul ada UG, ia akan libatkan semua jentera.

Takkanlah cuma beberapa nama pemimpin yang difitnah pendokong UG beri impak apa apa kepada PRU14 yang ditentukan oleh jutaan undian dibuat oleh pengundi.

Kerana itu UG ini sampai tahap lawak yang dijadikan jenaka oleh sesetengah pemimpin PAS dalam menempelak mereka yang masih memutarkan fitnah UG ini.

Jika difahami apa yang ditulis oleh Dr Azman Ibrahim dan YB Rosli Jabbar, ia sindiran tajam.

Kalau betul PAS punya kerjasama politik dengan UMNO, tentulah dirunding bilangan parlimen dan dun masing masing, kawasan mana PAS masuk, yang mana UMNO masuk. Jangan sampai berlaga sesama sendiri

Itu maksudnya jika ada kerjasama politik UG.

ini tidak. Pada PRU14 ini PAS telah menunjukkan keazaman luar biasa untuk menentang UMNO.
Di seluruh negara, buat pertama kalinya PAS berterus terang meletak hasrat tidak lagi mahu jadi pembangkang, PAS mahu bentuk kerajaan bersama semua parti yang sedia bersama PAS, tidak menghalang perjuangan Islam PAS.

PAS bertanding 130 kerusi, sebahagian besar adalah melawan UMNO.

Di Terengganu, tidak satu kerusipun di mana UMNO bertanding, tidak akan dilawan oleh PAS. malah jika MCA sekalipun diletakkan di DUN Bandar, mereka kena hadapi PAS.

PAS masuk bertanding kesemua 32 kerusi DUN dan 8 Parlimen, kesemua menentang UMNO.

Jika kita berakal waras, sudah tentu sama sekali ia petunjuk jelas tiada langsung UG yang direka reka oleh lawan politik PAS dari PH ini.

Bayangkan jika kita guna sifir yang sama terhadap Pakatan Harapan. Mereka adalah satu kerjasama politik.

Mengapa jika PAS melawan UMNO di PRU14, mereka dakwa itu tanda ada kerjasama, tetapi kerjasama dalam PH pula maksudnya agih agih kerusi supaya tak bertembung antara satu sama lain?

Ini wajah buruk double standard yang sangat menyeleweng dalam memfitnah PAS.

PAS pun ada kerjasama dan muafakat politik. Ia adalah dalam GAGASAN SEJAHTERA. melibatkan parti parti politik Ikatan, Berjasa, Parti Cinta Malaysia dan lain lain dan dengan muafakat rakyat dibentuk di bawah Kongres Rakyat mewakili pelbagai golongan petani, penternak, nelayan, buruh, guru dan pendidik, pesara tentera, doktor, wanita, bukan Islam melalui 600 NGO seluruh negara.

GAGASAN SEJAHTERA telah melancarkan Manifesto bertemakan MALAYSIA SEJAHTERA yang sangat komprehensif, Wawasan Induk Negara Sejahtera, Dokumen Hijau yang memperincikan pelbagai penyelesaian masalah negara.

BN pula ada Manifestonya sendiri dilancarkan kelmarin yang tidak lebih dari senarai projek projek yang nak dibuat yang sebelum manfaatnya dirasai rakyat , yang terlebih dahulu kaya raya adalah pelobi pelobi projek ini yang juga kroni rapat UMNO.

Jika ada kerjasama, tak perlulah buang masa pecahkan kepala menghimpun beratus tenaga pakar dan maklumbalas ribuan profesional dalam merangka manifesto Gagasan Sejahtera, mengagak agak UMNO nak tawarkan apa.

Senang bincang terus.

Semua ini petanda jelas, PAS dan UMNO tiada kerjasama politik.

Jika ada kerjasama pun, ia dalam kerangka tanggungjawab mengendali amanah memimpin negeri, dan juga dalam soal perkara yang beri kebaikan secara umum kepada Islam, Bangsa dan Negara.
Ia adalah taawun yang menjadi tuntutan dalam Islam

Sumber HD - 8-4-2018

























































Kerajaan PAS Berbeza Dengan Umno

Saya mengucapkan terima kasih kepada muslimin muslimat yang hadir kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sekeliling kita. Sebelum itu, saya perkenalkan sedikit diri saya untuk tanda kenang-kenangan, saya pernah berkhidmat di Kemaman pada tahun 1995-1997 sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah dan selepas itu sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman.

Saya datang semula ke Kemaman pada tahun 2003, menjadi Pegawai Daerah Kemaman. Selepas daripada itu, saya pernah pergi ke Daerah-Daerah lain dan akhir sekali perkhidmatan saya sebelum bersara ialah sebagai Pegawai Tanah Galian Negeri Terengganu, jawatan ketiga tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.

Mungkin juga muslimin muslimat ingin mengtahui kenapa saya tidak mengikut ataupun mencari jalan lain kenapa tidak pergi kepada UMNO Barisan Nasional (BN), Bersatu ataupun Keadilan. Saya mencari yang terbaik di kalangan yang baik baik.

Ada yang nak cari yang buruk di kalangan baik? Yang buruk buruk itu kita tak perlu sebut. Tuan tuan merupakan orang yang terbaik di kalangan yang baik baik sebab kita bersaudara, kalau kita ‘cara’ masalah orang memang kita sebenarnya lebih buruk daripada mereka lagi.

Walaupun begitu, cuba tuan puan bayangkan semasa Pengerusi Felda pada ketika itu diterajui oleh orang yang baik, iaitu Tan Sri Dato’ Yusoff Nor seorang bekas pensyarah agama di Universiti Kebangsaan. Ada dia khianat orang?

Tetapi apabila sahaja naiknya Perdana Menteri yang ada sekarang ini, dilantiknya Isa Samad. Isa Samad ini bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan masa dia menjadi Menteri besar wabak babi itu, kebetulan masa itu dia pun terlibat sama dengan hal ternakan babi itu. Ada dia luluskan masa jadi Menteri Besar, jadi kalau babi pun boleh lulus. Kalau manusia nak jadi baik, saya rasa susah.

Sebab itu, semasa pemerintahan ataupun semasa dipegang oleh Isa Samad bermacam-macam kerenah dibuat dan mangsanya ialah peserta Felda. Bukan salah kami, orang yang bagi sokongan kepada BN itu yang buat salah. Sebabm sesuatu kejahatan itu tidak diturunkan oleh Allah selagi manusia memilih pemimpin yang baik. Contohnya, siapa pilih ketua perompak? Tok Iman, Tok Bilal, Mufti? Mesti dipilih oleh puak perompak. Lojik dia begitu.

Dari hal-hal begini, kita lihat bahawa dalam negara kita berbagai-bagi isu yang dipertikaikan, semua tak mengaku. Tak munasabah…. ada ke orang boleh bagi duit RM2.6 Billion sebelum kita tak kenal batang hidung, munasabah tak?

Kalau orang mari minta sedekah depan rumah kita, haria da duit lebih gagah gagah turun RM10. Cari duit seringgit, ini mari tiba-tiba je RM2.6 Billion. Di dalam hal ini, orang yang pernah merintah negara kita, Tun Mahathir yang ada banyak hubungan pun tak boleh terima, kita yang duduk sini boleh terima ke?

Anak anak kita belajar tinggi, mereka boleh fikir dan ada kemudahan internet semua takkan kita tak boleh tengok. Ada antara kita, belajar ilmu tajwid, apa guan belajar ilmu tajwid, mim mati, nun mati, itu merupakan ilmu guna dia semasa baca al-Quran. Jika sekiranya, kita tak menggunakan ilmu yang kita ada, buat pemilihan yang tidak betul sudah tentu kita lebih kurang sama dengan orang yang tepi jalan, jalan tak tahu arah tuju.

Apakah nilai manusia begitu? Sebab itu saya memilih yang terbaik dalam kalangan baik. Saya menjadi ahli kepada PAS. Walaupun rambut saya dah putih, umur dah 64 tahun, saya dah ada pencen cukup makan. Tapi oleh kerana amanah saya kepada Allah. Semasa saya berkhidmat dulu, saya berkhidmat sebaik mungkin.

Saya pernah berkhidmat di bawah BN, di bawah PAS, sehingga saya pencen hingga saya menjadi pegawai daerah di Besut, salah seorang anggota Dewan Undangan Negeri PAS mahu menolak permohonan tanah orang dan dipanggil. (Jerteh) sebenarnya dinyatakan dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri bukan untuk orang PAS, dibuat untuk orang negeri Terengganu.

Tak kira apa fahaman politik dia, hak dia kena bagi. Berbeza dengan BN, JKKK yang akan periksa orang kita ke tidak, kalau bukan orang kita minta maaf, (permohonan) ditolak.

***Ucapan penuh Dato’ Tuan Mamat Tuan Ngah, Mantan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu, ketika mengisytiharkan dirinya menyertai PAS pada Ceramah HARAP-PGU 3.0 Edisi Felda di Dataran Ketengah Jaya, 7 April, 2018

Sumber BO - 8-4-2018



















































































































Mantan Pengarah PTG Terengganu Masuk PAS

DUNGUN – Mantan Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) yang ke-40 negeri Terengganu, Dato’ Tuan Mat Tuan Ngah mengisytharkan beliau menyertai PAS kerana memilih parti yang terbaik.

”saya memilih yang terbaik dari yang baik, dan saya menjadi ahli PAS,” ujarnya ketika berucap pada Ceramah Harap Pgu 3.0 Edisi Felda di Dataran Ketengah Jaya pada Sabtu malam, 7 April.

Katanya, beliau sudah cukup selesa dengan pencen yang memadai, namun tetap mahu melibatkan diri dalam politik kerana tanggugjawadnya kepada Allah.

”saya merasakan bahawa saudara-saudara akan meberikan sokongan kepada PAS pada plihan raya kali ini,” ujar beliau.

Beliau berkhidmat di PTG dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Mei, 2011 sehingga beliau bersara daripada perkhidmatan pada 2 Jun, 2014.

Selain itu, beliau berpengalaman mengurus Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMINT bermula 1 Mei 2011.

Berkelulusan ijazah sarjana muda ilmu sains Kemasyarakatan dari Umiversiti Sains Malaysia, beliau mula bertugas di Perkhidmatan Awam Negeri sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Negeri II di Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu pada tahun 1979.

Beliau turut menjawat beberapa jawatan di Pejabat Tanah Daerah seperti Daerah Hulu Terengganu, Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman sebelum beliau dilantik sebagaiPengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu

Sumber BO - 7-4-2018


























































Markas Induk PAS Parlimen Kemaman dilancar

KEMAMAN: Markas Induk PAS P.040 Parlimen Kemaman telah dirasmikan pelancarannya oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kemaman, di sini kelmarin.
Pada majlis sama juga, Ustaz Mokhtar merasmikan Studio IT PAS Kemaman iaitu ITV Channel (ITVC) yang bakal digunakan untuk sidang media, ucapan pimpinan dan soal jawab menjelang PRU14.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali berkata, PRU kali ini merupakan satu keselesaan bagi kita (PAS) dari sudut persiapan, kerana telah turun kerja lebih awal dan bersedia menghadapi dengan penuh kekuatan dan pengharapan kepada Allah.
"Seterusnya adalah, kita (PAS) turun sampaikan maklumat, berbincang dengan baik kenapa rakyat perlu menyokong perjuangan PAS," ujarnya.
Sementara itu, Ustaz Mokhtar dalam ucapannya berkata, walaupun PAS berhadapan dengan fitnah dari pihak lawan, gelombang pertambahan ahli PAS terus meningkat.
"Kita (PAS) tegaskan, kita tetap tidak akan bersama mereka (PH) dan tidak akan bersama Barisan Nasional," ujarnya.
Turut hadir, Bendahari Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat, Kong Tuck Wah, Yang Dipertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek serta Adun Chukai, Hanafiah Mat.
Markas tersebut akan dijadikan Bilik Gerakan dan Operasi PAS Kemaman untuk mendepani PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa. -HARAKAHDAILY 7/4/2018\
Sumber HD - 7-4-2018 

Parti lawan PAS tak mampu tangani rasuah

DUNGUN: Baik Pakatan Harapan (PH) mahupun BN, kedua-duanya jelas gagal dalam menangani isu rasuah di dalam pemerintahan mereka kerana terang menurut rekod mempunyai sejarah rasuah.
Mereka diibaratkan sebagai penjual ubat sakit kulit yang berkempen mengenai kemujaraban ubat, tetapi di wajah mereka penuh dengan kurap, memperlihatkan penipuan dalam memberikan maklumat betul mengenai rasuah.
Begitulah anologi ringkas yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim di dalam ceramah beliau di Kampung Gong Pasir, di Dun Rantau Abang, di sini semalam.
Tambah beliau lagi, pengesahan ini tidak datang dari cakap-cakap kedai kopi, tetapi ia menjadi handsard di parlimen setelah jawapan itu diberikan oleh Timbalan Menteri ketika sesi soal jawab baru-baru ini.
Tegas beliau lagi, PAS adalah satu-satunya parti pembangkang yang tidak pernah gagal menghantar wakil mereka ke Parlimen, menunjukkan kehebatan PAS sebagai sebuah organisasi.
Maklum Dr Azman, PAS pada ketika ini mempunyai 196 Kawasan dan lebih 7,000 Cawangan di seluruh negara.
“Ahli Parlimen PAS pada tahun 1955 telah mendesak untuk Inggeris memasukkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, inilah pentingnya suara politik yang tidak disukai oleh sesetengah pihak.
"PAS tidak masuk PRU hanya untuk mengalahkan Umno sahaja kerana jika itu tujuannya, PAS Kelantan sepatutnya sudah berhenti berjuang. 
"Tetapi PAS ingin menegakkan Islam di dunia ini, maka perjuangan PAS tidak akan selesai sehingga kiamat,” tegas beliau.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta Adun Rantau Abang, Alias Harun.
Dalam pidato Ustaz Mohd Nor pula, beliau menekankan perihal fitnah yang melanda negara kerana kempen menggila bagi memenangi kerusi, tanpa mengambil ukuran dosa pahala oleh sesetengah pihak.
Diwaktu ini jelas beliau, hati mesti teguh dan kuat, serta mempunyai keyakinan yang tinggi kepada pucuk pimpinan dalam membuat sesuatu keputusan tepat dan cepat di masa genting sebegini.
“Angin PRU semakin kuat, angin yang akan membawa segala macam kekotoran bersamanya, ketika inilah ujian yang akan menggegarkan hati orang-orang yang mahukan kebaikan.
"Mesti hati kita tetap dan teguh, jangan lupa bermunajat kepada Allah tidak hanya dengan menjalankan kerja biasa sahaja, tetapi mesti diikat dengan harapan dan doa kepada Allah supaya rakyat akan mengundi kita,” pesan beliau kepada hadirin.
Wakil rakyat Rantau Abang, Alias Harun pula menyentuh isu berkenaan Velodrom Rakyat yang sudah lapan tahun dijanjikan dan sudah dua kali diadakan acara pecah tanah, namun sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan. -HARAKAHDAILY 7/4/2018
Sumber HD - 7-4-2018 




























































Bekas calon PKR Parlimen Kemaman sertai PAS

KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman menerima anjakan positif menjelang PRU14 apabila bekas calon PKR PRU13 P.040 Parlimen Kemaman, Kamaruddin Chik menyertai PAS. 
Beliau menyatakan sokongan dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kemaman sempena Majlis Perasmian Markas Induk PAS Parlimen Kemaman
di sini, semalam.
Penyerahan turut disertai bersama 19 borang ahli baru yang belum pernah menyertai mana-mana parti itu disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.
Menurut Kamaruddin, PAS merupakan parti yang paling tinggi aktiviti, bagus pengurusan dan lengkap dari segi organisasinya, serta pengurusan akar umbi.
Puji beliau, itu termasuk mempunyai institusi sendiri seperti pendidikan peringkat awal iaitu PASTI, SRITI, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, kuliah-kuliah dan program-program agama yang merupakan sistem tarbiyah PAS di seluruh negara.
"Saya telah lama menyimpan keinginan untuk menyertai parti gerakan Islam yang diiktiraf peringkat antarabangsa dan saya berbanga untuk mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli PAS seumur hidup. 
"Saya bersedia untuk bersama-sama membantu calon PAS di Parlimen Kemaman, Dun Chukai, Dun Air Putih, Dun Kemasik dan Dun Kijal dan saya akan bergerak samaada di cawangan atau UPU untuk memberi sumbangan bagi memenangkan calon-calon PAS di Kemaman, Insyaallah.
“Pilihan saya untuk menyertai PAS adalah tepat dan saya menyeru kepada semua kawan-kawan supaya menjadikan PAS sebagai satu pilihan untuk berjuang menegakkan perjuangan berlandaskan Islam," katanya. -HARAKAHDAILY 7/4/
Sumber HD - 7-4-2018 






























































BPMS Mengetuk Pintu Dakwah Tsunami Politik Islam Melayu

Penglibatan PAS dalam mewarnai politik tanah air khususnya selepas 2015 sangat menyerlah apabila menjadikan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) sebagai salah satu strategi menggamit hati rakyat untuk bersamanya dalam PRU ke 14.

2. BPMS menekankan pentingnya politik berasaskan prinsip dan penyelesaian Islam, politik dakwah dan Amar Makruf Nahi Mungkar, politik mengutamakan kepentingan rakyat, politik damai, realiti bukan persepsi dan politik profesional dan rasional.

3. Berasaskan prinsip kerjasama dalam perkara kebajikan dan taqwa sebagaimana saranan al-Quran, PAS boleh bekerjasama dengan kerajaan dalam beberapa isu berkepentingan Islam dan antarabangsa seperti isu Palestin dan Rohingya. PAS juga mendapatkan kerjasama kerajaan bagi membawa RUU 355 ke Dewan Rakyat yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan perundangan jenayah Islam.

4. Berasaskan prinsip Islam yang mengharamkan berita palsu, PAS menyokong Akta Anti Berita Tidak Benar. Ia bertujuan agar politik dibina atas asas realiti bukannya persepsi yang dicipta berasaskan berita palsu.

5. Berasaskan prinsip mendaulatkan Islam dan Mahkamah Syariah, PAS menolak pindaan Akta 164 melibatkan undang-undang memperbaharui perkahwinan yang menyentuh hak mualaf yang memeluk Islam di saat PH bersatu dengan UMNO/BN menyokongnya.

6. Berasaskan prinsip menyokong kebaikan dan menolak keburukan maka PAS berkecuali dalam meluluskan bajet 2018 di Dewan Rakyat.

7. Berasaskan prinsip menolak riba dan kezaliman ekonomi, PAS menolak penglibatan kerajaan dengan Bank Pelaburan Pembangunan Asia di saat ia disokong secara bersama oleh BN dan Pakatan Harapan. PAS juga menegur peningkatan hutang kerajaan persekutuan sejak 1990 termasuk hutang berasaskan sistem riba. PAS juga parti terawal menolak dasar dan pelaksanaan cukai GST apabila membawanya ke Muktamar Tahunan PAS pada 2013.

8. Berasaskan prinsip politik penyelesaian Islam maka PAS mengemukakan alternatif bagi percukaian GST yang bercanggah dengan Islam iaitu cukai pegangan saham di Bursa Malaysia dan cukai simpanan korporat.

9. Berasaskan prinsip penyelesaian Islam maka PAS menawarkan polisi menarik melibatkan hak berkediaman dan hak mendapatkan kenderaan bertujuan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. PAS menawarkan pembiayaan berasaskan Qardun Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah sebagai sebahagian penyelesaian bagi rakyat marhaen B40.

10. Berasaskan prinsip ketelusan pentadbiran dan patriotik, PAS mendesak skandal kewangan 1MDB, skandal Forex, skandal PKFZ, skandal Perwaja dan skandal BMF disiasat menggunakan sistem siasatan negara. PAS juga menegaskan Tadbir Urus Rabbani perlu diterapkan bagi mengikat pentadbiran dengan dosa dan pahala sebagaimana dilaksanakan oleh PAS di Kelantan sejak 1990 sehingga diperakui sebagai bebas rasuah.

11. Mendepani PRU ke 14, PAS sangat yakin momentum sokongan masyarakat khususnya Melayu Islam akan beralih kepada PAS. Ia mampu mewujudkan “Tsunami Politik Islam Melayu.

Sekian
Sabtu 7hb April 2018

Sumber BO - 7-4-2018






























































Negeri Kaya Tapi Mahasiswa Terengganu Susah, Terbeban Hutang

Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Terengganu dalam tempoh pemerintahan 3 Menteri Besar daripada Barisan Nasional seperti berikut :

2005 – 1.12 B
2006 – 1.37 B
2007 – 1.54 B
2008 – 1.79 B
2009 – 1.78 B
2010 – 1.69 B
2011 – 2.04 B
2012 – 2.39 B
2013 – 2.47 B
2014 – 2.74 B
2015 – 2.35 B
2016 – 1.86 B
2017 – 1.86 B

Jumlah perbelanjaan mengurus dalam tempoh 13 tahun sebanyak RM 25,000,000,000 juta (25B). Ini tidak termasuk perbelanjaan pembangunan.

Jumlah perbelanjaan ini menggambarkan kekayaan Negeri Terengganu.Tapi sayang, walaupun perbelanjaan sangat besar pada setiap tahun tapi pembiayaian untuk mahasiswa anak Terengganu untuk melanjutkan pengajian tinggi Dalam dan Luar Negeri berkurangan.

Laporan Tahunan dan Kewangan Yayasan Terengganu 2016 mendedahkan bahawa tiada pembiayaaan pinjaman pelajaran daripada Yayasan Terengganu di IPTA untuk Ijazah pertama bermula 2015 sehingga 2016. Adapun biasiswa/pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu hanya mampu dikecapi oleh beberapa pelajar sahaja seperti berikut :'

*PERGIGIAN/PERUBATAN
JORDAN*
2015 – 3 pelajar.
PERUBATAN INDONESIA
2015 – 29 pelajar.
2016 – 15 pelajar.
PENGAJIAN ISLAM JORDAN
2015 – 9
PINJAMAN ‘ONE OFF’ PERUBATAN MESIR
*2016 – 19 pelajar.
IJAZAH NOTTINGHAM
2015 – 11 pelajar.
2016 – 8 pelajar.
IJAZAH KEJURUTERAAN (JERMAN)
2015 – 4 pelajar.
2016 – 3 pelajar.
2017 – 5 pelajar.'

Mahasiswa anak Terengganu dalam negeri terbeban dengan pinjaman PTPTN, walaupun mereka sewajarnya memperolehi biasiswa daripada negeri Terengganu yang kaya dengan hasil petroleum. Manakala mahasiswa anak Terengganu di Luar Negara hanya mengharapkan bantuan zakat sekali setahun daripada MAIDAM.

Ia membuktikan Kerajaan Terengganu bawah BN tidak lagi prihatin dan serius untuk meningkatkan, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang pengajian untuk pelajar rakyat Terengganu.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
20 rejab 1439H / 7 april 2018

Sumber BO - 7-4-1018


PAS yakin rampas T'ganu dengan majoriti 2/3
Posted on Friday, April 06 @ 12:31:27 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38973



PAS yakin akan dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekali lagi dalam pilihan raya umum tahun ini.

Malah, bukan sahaja menang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga percaya mereka akan dapat memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.

"Kita jangka kita boleh ambil balik Terengganu (dan) boleh memerintah, menang lebih majoriti kerana respon pengundi-pengundi muda sangat baik,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Anggota DUN (DUN) Ru Rendang itu berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Warga Tionghwa, di Kemaman kelmarin.

Hadi juga berkata sokongan masyarakat Cina juga akan menyumbang kepada kemenangan parti itu.
"Saya nampak bila kita tunai janji (semasa memerintah pada tahun) 1999 (hingga 2004), janjilah kita hapus cukai pintu (dan) kita bagi tanah pada orang Cina.

"(pembinaan) rumah mayat (orang Cina Kemaman) kita selesaikan, kita telah tunjuk bukti kita tunaikan janji kita.

"Jadi kita mahu beri lagi (mandat sebagai) kerajaan bagi kita, (upaya) kita akan buat banyak lag (kebajikan kepada rakyat),” katanya yang pernah menjadi menteri besar Terengganu selama sepenggal.

Beliau mengesahkan PAS akan bertanding di semua kerusi pilihan raya di negeri Pantai Timur itu.
"(Kita yakin) sebab kita punya setiap kawasan (PAS di setiap) parlimen, kita ada kawasan, (kita) ada jentera parti (di kalangan) ahli-ahli kita, ada jentera.

"Ada parti-parti lain tak ada jentera, Umno (hanya guna) jentera kerajaan (dan parti) PKR, Parti BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tiada jentera,” jelas beliau.

Seperti di tempat-tempat lain, PAS Terengganu juga akan berdepan dengan pertembungan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan.

Sumber TKO - 6-4-2018
































































Mana Hasil Kajian RM2 Juta Ubi Gadung?

































































Ustaz Shafizi menujukkan contoh sepohon Ubi Gadung, ketika melawat tapak petanian yang dikatakan akan ditanam dengan tumbuhan itu
SETIU – Rakyat negeri ini tertanya-tanya, dimanakah hasil kajian ‘Ubi Gadung’ dengan peruntukan sebanyak RM2 juta yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSza) kira-kira 10 tahun yang lalu.

Begitu juga penduduk setempat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit,  mengharapkan peluang perniagaan dan pekerjaan daripada perlaksanaan projek ubi tersebut.

Ketua Pemuda PAS DUN tersebut Ustaz Shafizi Ismail berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika diterajui oleh Dato’ Seri Ahmad Said, pernah datang ke kampung Bukit Wan dan memberikan peruntukan sebanyak RM20,000.00

”saya datang sini untuk melihat yang mana dulu disebut-sebut diadakan projek Ubi Gadung,  kerajaan telah mengeluarkan peruntukan kepada UniSza untuk buat kajian,

”sehingga di sebut dalam berita sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk buat kajian sahaja,

“dan selepas itu kita dengar diberikan peruntukan kepada JKKK Bukit Nenasi dan Bukit Wan untuk tanam (ubi itu) dan beli mesin (untuk proses),” ujarnya.

Katanya, beliau mendapat maklumat ia akan di tanam di kawasan pertanian kampung terbabit dan mahu meninjau perkembangannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kampung Bukit Wan pada Rabu, 4 April.

Namun begitu, beliau hampa kerana tidak ada sepohon pun ubi gadun yang ditanam di kawasan itu, bahkan menurut penduduk tempatan, mesin yang dibeli juga tidak tahu hilang ke mana.

”Tetapi kita dapati sehingga hari ini masih belum ada lagi dan kita tengok sekarang ini pun tanam benda (tanaman) lain bukan Ubi Gadung!

“adakah dia (projek) masih berjalan atau pun berhenti apabila hilangnya Ahmad Said? persoalan yang besar dikalangan penduduk setempat, adakah projek itu telah dibatalkan ataupun masih ada? Kalau ada di mana ia sebenarnya?,” soal beliau.

Sehubungan itu, seorang penduduk Mohd Adli Ngah, 31, masih ingat ketika Ahmad Said datang ke kampungnya tjdak berapa lama dahulu.
































































“MB datang ke kampung saya untuk  
melaksanakan……menyuruh orang 
kampung membuat projek ubi gadung  
yang diberi peruntukan RM20 ribu,” kata 
Mohd Adli
“saya sebagai penduduk Bukit Nenasi ada dengar juga tentang projek ubi gadung beberapa tahun yang lepas,

“MB datang ke kampung saya untuk  melaksanakan……menyuruh orang kampung membuat projek ubi gadung  yang diberi peruntukan RM20 ribu,

“sesudah dana yang diberi….. jadi projek tu tak tahu ke mana, beli mesin….dan mesin itu hilang entah ke mana dan ubi gadung pun tak tahu ke mana,” kata be!iau.

Oleh itu katanya, sebagai warga kampung, beliau merasa amat dukacita di atas perbelanjaan yang begitu banyak.

“jadi projek itu tak jalan duit membazir begitu saja….saya harap kerajaan yang akan datang  (dapat) buat satu penambahbaikan tentang projek itu,
































































”dia ada dua jenis….jenis pulut dan jenis jemah, orang kampung sejak dulu tahu ubi ni hanya 
untuk makan sahaja,” kata Ramli
“boleh beri manfaat penduduk sekitar dan seluruh Batu Rakit,” jelasnya.

Manakala seorang warga emas, Ramli Mohamad, 61, tidak pernah mengetahui tentang dakwaan bahawa spesis ubi tersebut boleh dijadikan ubat-ubatan.

”dia ada dua jenis….jenis pulut dan jenis jemah, orang kampung sejak dulu tahu ubi ni hanya untuk makan sahaja,

”buat ubat-ubat kita tak tahu…..ada yang kata ubi ni untuk membesarkan ‘payudara’, tapi orang dulu-dulu tahu untuk makan sahaja,” kata beliau.

Justeru itu, Ustaz Shafizi yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Terengganu menggesa kerajaan supaya bertaggungjawab membuat penjelasan tentang projek yang menelan belanja jutaan ringgit wang rakyat itu.

”Jadi saya rasa isu ini kerajaan kena ambil tanggungjawab dan satu tindakan keatas apa yang berlaku supaya semua rakyat dapat manfaat,

“hasil kajian daripada UniSza yang diminta oleh MB…..walau pun sudah bertukar, perlu dijelaskan oleh kerajaan Umno dan BN sekarang,

“dimana hasil kajian penuh yang didakwa ubi gadung ini boleh buat alat kosmetik dan memang rakyat nak tengok kalau betul-betul kerajaan serius dalam perkara ini,” tambah beliau.


































































Sumber BO - 6-4-2018


































































Bahan fitnah makanan kesukaan ramai

ADA manusia iman dia bertambah, ada hari ia lemah. Al-Quran telah mendedahkan bahawa begitulah sikap manusia. Kita tidak mampu sentiasa meninggikannya. Oleh itu, kita mesti sentiasa berdoa agar jika lemah sekalipun iman kita, kita mohon bersungguh-sungguh kepada Allah tidak dicabut iman kita. Kita tidaklah melakukan dosa kecuali dalam keadaan kita tidak beriman ketika melakukannya. 
Ayat muhkamat adalah ayat yang jelas tentang hukum dan penafsirannya. Ayat-ayat seperti wajib solat, puasa dan sebagainya mesti kita fahami secara total. Manakala ayat mutasyabihat pula ialah ayat-ayat yang terlalu luas penafsirannya. Contoh ayat 'tangan' Allah. Ramai yang menafsirkan tangan Allah itu sebagai kuasa Allah kerana tidak mahu menjisimkan Allah. Tidak kurang yang menafsirkan tangan Allah adalah tangan, tetapi tangan yang selayaknya dengan kemuliaan Allah. Isu ini jika ia tidak ditangani dengan betul, akan menimbulkan perbalahan yang serius. Anda telahpun melihatnya sekarang. 
Yang penting, ayat-ayat mutasyabihat ini wajib kita imani dengan keyakinan yang hakiki tanpa menggelincirkan iman kita. Kita tidak mampu mentakwilkan ayat ini dengan benar, maka beriman dengan ayat ini adalah sikap orang yang beriman yang betul. Apa sahaja hal yang disebutkan Allah di dalam al-Quran, maka kita imani. Kita menjauhkan diri dari perbalahan yang tidak berpenghujung dan merugikan. 
Kullu min indillah, semuanya datang dari Allah. Inilah tindakan muktamad orang beriman. Mereka tidak mementingkan penafsiran yang terlalu banyak terapi mereka menyibukkan diri, beriman dengan segala yang datang dari Allah. Ketundukan kita ini insya Allah akan memberikan kekuatan iman. Lihat iblis, hanya kerana tidak mahu sujud kepada Adam atas arahan Allah, iblis menjadi kufur. Dia mempunyai ilmu dan ibadat yang sangat banyak. Bagaimana pula jaminan atas kita yang kita akan selamat. Berapa ramai orang yang kita lihat mereka gagal ketika sudah tua dan hampir mati. Hati kita ini sangat longgar. Senang cenderung kepada maksiat. Fitnah, penipuan, kesesatan, boleh menggugat keimanan kita. 
Tetapi hati kita jika diikat dengan al-Quran dan sunnah, maka insya Allah dengan ditambah keikhlasan kita, iman kita akan teguh. Contoh bagaimana menangani fitnah yang disebarkan. Surah al Hujurat dengan jelas menyuruh kita bertabayyun dengan berita yang dibawakan oleh orang fasik. Rasulullah SAW pula berpesan, cukuplah seorang itu digelar pembohong dengan dia menyebarkan semua cerita yang dia dengar (sama ada berita betul atau tidak). Jelas ini ada petunjuknya. Tetapi bahan fitnah adalah makanan kesukaan ramai. Akhirnya yang difitnah disoal dan pemfitnah terlepas lari. Doa Rasulullah SAW yang sering dibacakan baginda ialah Ya Muqallibal Qulub, Tsabit Kulu Buna Aladdinik - Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamamu 
Mudah-mudahan hati dan iman kita sentiasa terpelihara daripada kegelinciran. Wallahua'lam. – HARAKAHDAILY 6/4/2018 
Petikan kuliah Subuh di Surau Kampung Undang, Marang pada Jumaat, 6 April 2018.


































































































































Sumber HD- 6-3-2018



































































MB Janji Lagi, Yang Lama Belum Selesai



































































Rumah rakyat marhaen di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut,dirobohkan kerajaan
Masih ingatkah lagi rakyat Terengganu dengan janji pemberian kira-kira 5900 lot tanah di Terengganu oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu tahun lalu? Mungkin ketika itu beliau menganggarkan PRU akan berlaku pada akhir tahun 2017, lalu dijanjikan borang pada bulan Ogos.

Sehingga kini, masih belum terlihat pengagihan tanah-tanah itu walaupun sudah menjangkau lapan bulan dari tarikh borang dikatakan diedarkan.

Kini Umno kembali membawa karung bungkusan hadiah untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat, sempena PRU yang bakal menjelang. Mereka menjanjikan rumah harga murah separuh dari harga kos! Namun malang, bukan agihan betul, tetapi hanya agihan janji-janji dari Umno.

Berkenaan rumah kos rendah atau sederhana mahupun PR1MA ini, di DUN Bukit Payong sendiri telah dijanjikan lama dahulu semenjak mantan MB terdahulu, Dato’ Seri Ahmad Said. Namun sehingga kini tiang bagi rumah pertama projek itu belum kelihatan.

Sebagai rakyat yang cerdik, kita mesti bertanya, kenapa ketika berkuasa semenjak puluhan tahun, isu berkenaan bantuan rumah ini masih belum selesai ataupun paling tidak, dikurangkan sehingga seminima mungkin?

Semenjak dilantik April 2014, setelah berlakunya perbalahan dalaman Umno yang meyaksikan Dato’ Ahmad Said disingkirkan dengan cara hina, YAB MB berkuasa selama empat tahun, dengan pembentangan bajet puratanya RM2 billion setahun, tetapi baru sekarang bercakap tentang pengurangan kos bagi rumah rakyat?

Kos pembinaan rumah PR1MA dikatakan bernilai RM140 ribu, tetapi dijual dengan harga RM68 ribu sahaja iaitu kurang RM72 ribu dari harga kos, bukan harga jual. Jumlah keseluruhan yang dijanjikan untuk dibina ialah 300 buah setiap dun iaitu RM691.2 juta jumlah yang perlu kerajaan tanggung, iaitu kira-kira 30% daripada keseluruhan bajet 2018. Adakah Umno boleh lakukan, apatah lagi bajet semenjak dua tahun lalu telah dikurangkan sehingga 30%?

Opps…… ia tidak terhenti pada angka itu sahaja. Ada lagi. Rumah Mampu Milik pula akan diberikan diskaun sebanyak 50% iaitu harga kos RM40 ribu, tetapi akan dijual kepada rakyat sebanyak RM20 ribu sahaja. Dengan nama yang dipolitikkan MyBN Home. Untuk makluman, semua jumlah ini, tidak dibentangkan di dalam Bajet 2018.

Setahu saya, Sidang Dun bagi membahaskan Perbekalan Tambahan masih belum dipanggil kerajaan. Bagaimana MB boleh ‘meluluskan’ sebegitu banyak jumlah belanja luar bajet yang telah dibentangkan? Dari mana beliau mendapat wang itu?

Jika benar Umno Terengganu mahu membantu rakyat Terengganu membina rumah sendiri, kenapa setelah mereka merampas Terengganu dengan cara jijik pada tahun 2004 dahulu, mereka rampas kembali tanah yang telah diberikan oleh PAS sebelum itu kepada rakyat susah?

Kenapa mereka merobohkan bukan sahaja rumah-rumah rakyat yang dibina atas tanah kurniaan kerajaan PAS dengan menggunakan duit titik peluh mereka sendiri? Kembalikan semula tanah rampasan secara zalim itu, sebelum bercakap janji baharu.

Puluhan tahun rakyat Terengganu menjuarai tempat kedua termiskin di Malaysia walaupun laut Terengganu dilimpahi minyak dan gas. Inilah dia sandiwara PRU lakonan Umno. Tidak pernah puas membohongi rakyat dengan janji-janji palsu.

PAS secara realistiknya menjanjikan akan membantu rakyat dengan memberikan pinjaman tanpa riba sebanyak RM50 juta setahun kepada mereka yang layak untuk membina rumah kediaman sendiri.
Manakala bagi agihan tanah, PAS mampu memberikan kepada rakyat pada kos yang sangat minima iaitu hampir percuma dan telah dibuktikan pada sepanjang tahun 1999-2004 iaitu kira-kira 60 ribu lot tanah telah diagihkan kerana kos pengurusannya agak rendah dan rakyat sememangnya memerlukan tanah bukan sahaja rumah, malah juga pertanian. Janji ini sangat munasabah.

Tetapi menjanjikan rumah dengan diskaun 50% daripada harga ‘KOS’ bukan harga jualan oleh kerajaan kepada mungkin ratusan ribu rakyat, PAS yakin, itu adalah janji gula-gula PRU sahaja.

Tidak akan mereka tunaikan. Adakah munasabah, sekiranya 9600 buah rumah dibina iaitu 300 buah di 32 Dun setiap tahun, ia akan membelanjakan RM691.2 juta bagi diskaun sahaja? Tanah yang dijanji diagih 5900 lot itu belum tertunai sedangkan kosnya jauh lebih murah, inikan pula rumah?

Mungkin dizaman Tok Kaduk, Umno boleh cuba untuk menipu, tetapi bukan dizaman bermaklumat seperti sekarang. Cari dan kaji semula rekod janji-janji Umno sebelum PRU, anda akan dapati sanggahan PAS ini benar. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
18 Rejab 1439/5 April 2018

Sumber BO - 5-4-2018




































































PAS Yakin Perintah Terengganu Dengan Majoriti Dua Pertiga

KEMAMAN – PAS yakin akan dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada pilihan raya umum kali ke-14 dan mensasarkan, akan mendapat majoriti dua pertiga, kerusi Dewan Undangan Negeri.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sokongan masyarakat Cina dan ledakan gelombang pengundi muda akan menyumbang kepada kemenangan parti itu.

”Saya nampak bila kita tunai janji (semasa memerintah pada tahun) 1999 (hingga 2004), janjilah kita hapus cukai pintu (dan) kita bagi tanah pada orang Cina,

”(pembinaan) rumah mayat (orang Cina Kemaman) kita selesaikan……kita telah tunjuk bukti kita tunaikan janji kita,

”Jadi kita mahu beri lagi (mandat sebagai) kerajaan bagi kita, (upaya) kita akan buat banyak lag (kebajikan kepada rakyat),

”kita jangka kita boleh ambil balik Terengganu (dan) boleh memerintah…..menang lebih majoriti kerana respon pengundi-pengundi muda sangat baik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Warga Tionghwa, di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Chukai disini, semalam 4 April.
Beliau membuat pemegasan, PAS akan bertanding lebih daripada 10 kerusi parlimen seluruh negara dan semua kerusi di negeri Terengganu.

”Parlimen kita akan bertanding semua. PAS akan bertanding sekurang-kurang 130 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi. Yang lain itu rakan-rakan kita dalam Pakatan Gagasan Sejahtera, termasuk Sabah dan Sarawak,

”(kita yakin) sebab kita punya setiap kawasan (PAS disetiap) Parlimen, kita ada kawasan……(kita) ada jentera parti (di kalangan) ahli-ahli kita……ada jentera.

”ada parti-parti lain tak ada jentera, UMNO (hanya guna) jentera kerajaan (dan parti) PKR, Parti Bersatu tiada jentera,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sekiranya diluluskan, Rang Undang-undang Mnambah baik mahkamah syariah (RUU 355) tidak memberi masalah kepada orang bukan Islam.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan telah menjamin bahawa, undang-undang Islam tidak boleh dikuatkauasakan keatas mereka yang bukan Islam.

”(RUU 355) tiada masalah untuk Cina. Tiada kaitan (dengan bukan Islam), itu untuk orang islam sahaja.

”kerana Perlembagaan Persekutuan mengatakan (menyatakan bidang kuasa) Mahkamah Syariah tak boleh dikenakan kepada orang bukan Islam. Itu ada jaminan Perlembagaan,” ujar beliau.

Turut hadir dan berucap pada Majlis itu ialah Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Shamsuri Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat, dengan lebih 300 orang kaum Tionghwa hadir.





































































Sumber BO - 5-4-2018










































































































































Pekerja asing bolot rezeki lombong Bukit Besi

IBARAT kata pepatah Melayu "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Begitulah nasib yang menimpa penduduk tempatan di Bukit Besi kesal kerana tenaga kerja melombong bijih besi kini terdiri daripada pekerja asing yang disifatkan merampas peluang kerja mereka.
Tinjauan Harakah bersama Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) dan Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Besi, Naraza Muda bagi mendapat pandangannya.
Beliau melahirkan rasa dukacita kerana lebih 85 peratus pekerja di empat lombong yang beroperasi itu adalah pekerja dibawa dari Bangladesh dan Indonesia.
Sedangkan katanya, ramai anak tempatan rakyat Terengganu yang masih lagi tidak ada pekerjaan apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup tinggi dan mencengkam kehidupan.
Malah kata Naraza, sehingga kerja buruh kasar dan pemandu lori juga adalah terdiri daripada kalangan pekerja asing luar negara tersebut.
"Sepatutnya pihak negeri (Terengganu) menguatkuasakan segera peraturan untuk tidak membenarkan tenaga pekerja asing dan pekerja biasa sepatutnya diberi kepada rakyat kitalah kecuali bahagian yang tidak ada kepakaran bagi penduduk tempatan.
"Itu wajarlah diberi kepada warga asing dan kita warga tempatan boleh ambil ilmu daripada mereka untuk kita jadikan orang kita berilmu selepas itu.
"Ini bukan sahaja mereka beri (pekerjaan) sebagai pemandu lori dan jengkaut sahaja tetapi tukang jaga (sekuriti) pun orang asing," jelasnya ketika ditemui media semasa meninjau operasi lombong tersebut.
Justeru itu, beliau menggesa kerajaan agar dapat menguatkuasakan polisi penetapan jumlah pekerja asing dalam sektor berkenaan.
Selain itu, Naraza juga mendesak kerajaan melaksanakan janji tidak membawa hasil mentah bijih besi keluar dan mestilah diproses dalam negeri Terengganu.
Beliau mencadangkan hanya 20 peratus sahaja pekerja asing diambil dan para pengusaha lombong mesti mengupah 80 peratus tenaga kerja mereka dari kalangan penduduk tempatan.
"Tetapi (yang berlaku) seperti sekarang ini terbalik 80 peratus warga asing dan 20 peratus sahaja warga tempatan. Sewajarnya perlu dilihatlah," ujarnya selaku Pegawai Khas Seranta (Felda) PAS Terengganu.
Tinjauan Harakah mendapati bandar Bukit Besi sepatutnya dapat dimajukan oleh kerajaan kerana telah lama wujud dan menjadi sumber ekonomi utama negeri sebelum penemuan Petroleum dan Gas di Terengganu.
Naraza yang juga Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Terengganu menyifatkan Bukit Besi benar-benar jadi sejarah apabila dimaklumkan usaha menggali khazanah negeri itu tidak lagi menggunakan khidmat penduduk tempatan. 
"(Dahulu) Orang kita bekerja (lombong milik orang asing) dan lahir ramai pakar-pakar ilmu perlombongan tetapi kini tinggal sejarah.
"Aktiviti perlombongan ini berjalan hampir tiap hari dan sebenarnya kawasan ini telah ditebus guna namun masih ada lagi galian-galian berharga di sini.
"Selain daripada bijih timah dan bijih besi ada juga pihak mendakwa terdapat galian lain yang setakat ini kita tidak ada satu bukti saintifik, yang menyatakan ada unsur bijih timah dan juga galian yang berharga," ujarnya.
Beliau mendakwa, ketika Dato' Seri Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu (2008-2014), kerajaan telah meluluskan sembilan lesen untuk melombong tetapi sekarang hanya empat beroperasi.
Menurutnya, tanah seluas 2,553.2 hektar (6,309.08 ekar) di kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi, Mukim Jerangau, daerah Dungun yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Besul Tambahan, telah diluluskan untuk pajakan melombong bijih besi kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada tahun 2012.
Apa yang berlaku, kata beliau hasil hutan habis dikeluarkan tetapi kerja-kerja perlombongan bijih besi belum diusahakan sepenuhnya.
Tapi kini telah hampir dua tahun operasi pembalakan dilakukan tetapi tidak ada aktiviti perlombongan sepertimana diluluskan pihak kerajaan untuk melombong kawasan baharu sebanyak lebih dua ribu hektar.
"Jadi kita tertanya (tanya) juga apabila kawasan balak sudah diluluskan dan dikeluarkan tetapi kenapa kerajaan tidak mengaktifkan aktiviti perlombongan secara komersial?
"Sepertimana disebut oleh Dato' Seri Ahmad Said ketika itu, kerajaan negeri akan memproses material hasil bumi di negeri Terengganu (di dalam negeri)," tegasnya.
Justeru katanya, pelaburan yang didakwa kerajaan negeri melibatkan wang berbilion ringgit membina kilang Eastern Steel, tetapi hari ini masih lagi tidak berlaku sepertimana yang dirancang.
"Sewajarnya rakyat Terengganu melihat bagaimana kepentingan industri bijih dan juga peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan kerajaan mesti cari pelabur ambil bijih besi proses di negeri Terengganu tanpa perlu dibawa keluar negeri," katanya.
Beliau benar-benar berharap agar kerajaan Umno-BN Terengganu dibawah pentadbiran Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, memantau pengeluaran hasil bumi itu supaya memberikan faedah maksima kepada rakyat dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pemerintah. -HARAKAHDAILY 5/4/2018








































































































































Sumber HD - 5-4-2018






































































Sejarah Bukit Besi

SEJARAH Bukit Besi ini bermula dari sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ianya mendapat nama hasil dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ pada suatu ketika dahulu. Ia juga dikenali sebagai Bukit Batu Besi. 
Bukit Besi ini terletak dalam kawasan Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) termasuk dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau - Jabor.
Manakala sejarah kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun,  Mr Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916. 
Beliau mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut. Pada permulaannya, bijih besi diangkut dengan menggunakan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kampung Dendang. 
Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot melalui sungai. Syarikat Kuhara Mining Ltd yang bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927.
Lombong ini telah ditutup berikutan kandungan bijih besinya telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu. Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). 
Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. 
Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual Perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1,962,000 tan pada tahun 1940. 
Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah tersebut ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.
Di Bukit Besi terdapat sebuah landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih-bijih besi itu. Inilah keunikan Bukit Besi (daerah Dungun) kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan keretapinya. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji.
Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.
Perlombongan dibuka semula
Beberapa tahun kebelakangan ini, usaha melombong bijih besi mula mendapat perhatian. Ini kerana, perunding yang dilantik itu mengesahkan masih terdapat sebanyak lima juta metrik tan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. 
Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Sdn Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.
Perlombongan semula itu dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan. -HARAKAHDAILY 5/4/2018










































































































































Sumber HD - 5-4-2018






































































Generasi Kedua Penduduk KETENGAH Paling Teruk

DUNGUN – Generasi Kedua penduduk kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah golongan yang paling teruk menerima tekanan masalah sosial.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Besi, Muhammad Hanif Safwan bin Mansor berkata, antara masalah utama yang dihadapi mereka adalah tidak mempunyai rumah sendiri, tiada pekerjaan dan peluang perniagaan.

”Generasi kedua (KETENGAH) ialah paling teruk sekali. Dalam satu rumah itu, generasi kedua ramai mana yang sudah berumah tangga, tetapi terpaksa duduk sekali dengan ibu bapa mereka,
”satu rumah ada dua, tiga, keluarga…..kebanyakan tidak memiliki rumah sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Durian Mas, pusat bandar Al-Muktafi Billah Shah, pada Selasa 3 April.

Menurutnya, generasi yang berumur 30 tahun keatas itu juga ramai yang menjadi penganggur kerana tiada peluang pekerjaan.

”(hampir) semua tidak ada kerja…..tiada peluang pekerjaan (dan) KETENGAH sendiri tidak menjadikan orang ‘Durian Mas’ satu kelebihan,

”Dia (KETENGAH) lebih berminat ambil orang lain, orang luar sebagai pekerja. Kalau hari ni, bangunan kedai, banyak mana tutup,

”sedangkan ramai orang yang nak berniaga…..orang muda (umur) 30-an tiada kerjalah,” jelasnya.
Kata beliau, ramai yang menghadapi masalah sukar itu turut dijangkiti budaya negatif seperti terlibat dengan jenayah dan penagihan dadah.

”(hanya) buat kerja kampung, kerja-kerja projek….(ada yang) terpaksa kerja di luar sehingga ke Pengerang (Johor), sebab itu, (kejadian) jenayah tinggi di Durian Mas ini,

”dalam kawasan sekecil ini, sudah tiga orang yang meninggal dunia kerana bunuh diri, gantung diri, dua tiga tahun yang lalu,” tegas beliau.

Kejadian tersebut, kata beliau adalah berpunca dari masalah pengangguran dan mereka terbabit dengan penagihan dadah.'

Oleh, beliau menyifatkan, walaupun KETENGAH mampu membangunkan kawasan luar bandar, tetapi gagal dalam mendidik masyarakat.

Katanya, walaupun terdapat pusat pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Ketengah dan lajn-lain, ia tidak mampu memberi ‘tarbiyah’ kepada penduduk kawasan itu.

Justeru katanya, PAS telah melaksanakan program pendidikan masyarakat seperti kuliah-kuliah agama, kegiatan rekreasi, walaupun tidak banyak tetapi membawa perubahan.

Malangnya kata beliau, persepsi penduduk setempat yang menanggap PAS hanya sebuah parti politik semata-mata, bukan gerakan dakwah dan kebajikan menyebabkan mereka ‘sinis’ terhadap parti itu.

”kami para pemuda PAS terus bekerja, bukan hanya atas dasar politik tetapi kerana perjuangan…..saya sendiri pun orang membuat andaian, saya orang politik,

”tapi saya dan anak-anak buah saya bukan sahaja bergerak atas dasar politik (dan) ramai yang bertemu saya termasuk anak-anak orang Umno yang meminta pertolongan dan kita bantu setakat yang boleh,

”tapi mereka tak nampak (kebajikan yang PAS lakukan),” tambah beliau

Sumber BO - 5-4-2018







































































Umno-BN Jangan Terus Khianati Rakyat

KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) diberi amaran, jangan terus mengkhianati amanah dan pulangkan apa yang sepatutnya yang menjadi hak rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim berkata, Umno BN harus mengembalikan duit royalti minyak dan gas ke dalam akaun kerajaan negeri.

”tetapi malangnya, milik rasmi royalti minyak yang dipegang rakyat Terengganu di tarik balik, saya kongsikan sejarah ini supaya,

”rakyat Terengganu tidak lupa dan terus melekat dalam pemikiran (peristiwa rampasan royalti miyak),” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa agar urus tadbir negeri, perlu dipertingkatkan penuh integriti dan ketelusan.

Menjelaskan tentang Manifesto Pilihan Raya, beliau berkata, tindakan Umno-BN menciplak beberapa perkara yang ditawarkan PAS, adalah bukti ia sesuatu yang ‘realistik’ dan boleh dilaksanakan.

Bahkan, kata beliau, PAS tidak ada masalah sekiranya, Manifesto itu telah dilaksanakan sekarang, kerana matlatamat PAS adalah memastikan kehidupan rakyat terbela.

“Apa yang dikemukakan oleh PAS ialah realistik dan sebenarnya duduk pada tempat yang berupaya sebagai sebuah kerajaan untuk laksanakan,

“Dan PAS tidak kisah Umno BN ambil idea asalkan untuk kesejahteraan rakyat serta demokrasi berparlimen mengahrapkan pihak kerajaan berfikiran terbuka,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam Program Santai Manifesto PAS Terengganu di Pasar minggu Gong Badak, Selasa, 3 April, disini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata demikian selepas Menteri Besar Menteri  Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rakyat Terengganu berpeluang memiliki rumah kediaman sendiri.

Pada Majlis Temu Mesra dengan kepimpinan J3K, anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru daerah Besut, Isnin 2 April, Razif menawarkan diskaun 50 peratus kepada beli rumah melalui pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Katanya, ia hampir sama dengan Manifesto PAS menawarkan untuk memberikan sejumlah RM 50 juta untuk dijadikan pinjaman tanpa faedah bagi yang tidak berupaya untuk membina rumah,

Beliau berkata, PAS juga menawarkan kepada rakyat yang berusia 21 tahun ke atas berhak memiliki tanah anugerah ataupun memiliki rumah daripada kerajaan negeri,

“setelah Manifesto ini keluar, kerajaan negeri melalui ADUN Hulu Besut yang juga Exco kerajaan negeri mengeluarkan satu kenyataan yang nenyebut bahawa rakyat 21 tahun keatas layak menerima tanah ataupun rumah,

”Dalam laporan akhabar media tempatan hari ini, Umno BN telah menyamai idea PAS dalam memberi peruntukan RM 30 juta kepada rakyat untuk membuat pinjaman tanpa faedah,
“dan tawaran PAS dalam manifesto untuk 20 meter padu air percuma untuk rakyat berpendapatan rendah yang miskin, (idea itu ditiru) pun PAS tidak kisah,”ujar beliau.

Justeru itu, beliau berkata, sekiranya diberi mandat untuk memerintah pada pilihan raya umum (PRU) ke 14, PAS akan lebih bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang berlaku kepada rakyat.

Sumber BO - 4-4-2018








































































Pengundi Muda Bakal Memberi Kejutan

DUNGUN – Walaupun persempadanan baru ini dilihat menguntungan UMNO-Barisan Nasional(BN) untuk DUN Rantau Abang, namun kesedaran pengundi muda bakal memberi satu kejutan kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata orang muda sekarang ini sudah ‘celik’ maklumat dan tahu tentang kepincangan pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak 20 tahun dahulu lagi.

“UMNO-BN yang selama ini angkuh dan sombong dengan tabur sedikit imbuhan ketika nak diadakan pilihanraya”, ujar beliau di dalam Wawancara Khas, Media PAS Kawasan Dungun pada Isnin, 2 April.

Menurut Ketua Penerangan PAS Dungun itu juga, persempadanan baru itu adalah perancangan UMNO Barisan Nasional dengan kerjasama erat Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).

“Sebab persempadanan nyata memberi kelebihan kepada satu pihak(Umno) dan merugikan satu pihak (PAS)”,

“Mana-mana (UPU atau daerah mengundi) PAS menang dalam DUN berkenaan, dia akan keluarkan dan dia bawa masuk mana-mana UPU yang PAS kalah,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Rang Undang-undang itu yang diluluskan pada Persidangan Parlimen minggu lalu telah menyebabkan lokaliti Pak Sabah yang dimenangi PAS pada PRU14 dengan majoriti lebih 400 undi telah dimasukkan ke dalam kawasan pilhan raya DUN Sura.
Sedangkan katanya, DUN tersebut juga merupakan kubu kubu kuat PAS yang menang dengan majoriti besar.

“Kerana dia melihat, DUN Rantau Abang ini dalam Pilihanraya ke-13, mempunyai majoriti yang tipis. Jadi mudah bagi mereka dengan mengeluarkan daripada apa yang PAS dapat”, katanya.

Sehubungan itu, terang beliau, UPU Pinang, DUN Bukit Besi yang merupakan PAS kalah dimasukkan ke DUN Rantau Abang untuk memastikan Umno-BN memenangi DUN tersebut pada pru nanti.

Justeru itu, beliau tidak bersetuju dengan persempadan tersebut dan menyifatkan ia adalah penipuan secara terancang, Umno dan Barisan Nasional BN)

“Kalau dia nak buat, perlu buat tambahan DUN, ataupun tambahan Parlimen. Ianya lebih realistik, tidak persempadanan ini tidak,” katanya dengan nada kesal.

Sumber BO - 4-4-2018










































































Projek Siap Belum Dimanfaatkan

Projek Pembangunan Pekan Ajil yang bernilai RM 18.25 juta*. Projek ini mula diwartakan pada tahun 2006 dan siap sepenuh dan diserahkan oleh UPEN kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu setelah 10 tahun berlalu iaitu 2016.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 hasil pengauditan yang dijalan antara nov 2016 – feb 2017 telah membangkitkan :*

1- Projek siap tapi tidak digunakan dan dimanfaatkan..*
2- Kualiti kerja yang kurang memuaskan antaranya kebocoran atap*.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membatalkan untuk menyewa bagi menempatkan Kolej Matrikulasi Terengganu.

Saya membuat tinjauan hari ini di sekitar bangunan tersebut, alangkah rasa sedihnya jika ia terbiar begitu lama kerana dibimbangi kecurian dan kerosakan yang menuntut peruntukan baru. Jika rakyat memberi mandat ke PAS untuk memerintah Terengganu selepas PRU 14, banyak perkara yang boleh dimanfaatkan untuk menjayakan pembinaan ini. saya bimbang kalau dibiarkan, ia akan punoh.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
*16 rejab 1439H / 3 april 2018*

Sumber BO - 3-4-2018









































































Umno Sendiri Berpecah, Tak Usah Cakap Tentang Perpaduan

KUALA TERENGGANU – Umno tidak perlu bercakap tentang perpaduan kerana parti itu sendiri telah mengalami perpecahan yang sangat teruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ‘berbalah’ dengan bekas Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamed.

”siapalah Umno yang nak cakap tentang perpaduan? Umb diperingkat Pusat….Najib’bergocoh’ dengan (Tan Sri) Muhyiddin , balah dengan bekas Presiden dia, Mahathir!

”di Terengganu (Menteri Besar Dato’ Seri) Razif berbalah dengan Dato’ Ahmad Said, tak usah bercakaplah tentang perpaduan Umno!.” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tajuk Forum Terengganu : Bicara Perpaduan dan Pembangunan, pada Ahad malam 1 April, di sini.

Manakala projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno Terengganu telah menyebabkan negeri ini digelar sebagai ‘Terengganu Darul Runtuh’.

”dia (kerajaan Umno) buat stadium….runtuh, satu demi satu pembangunan yang dibuat runtuh!,” jelas beliau.

Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu mendakwa, bagi beliau, kejadian bangunan dan binaan yang sering runtuh adalah sejak mereka merobohkan Masjid Bujal di Kemaman.

Umno dan Barisan Nasional (BN) katanya, telah menunjukkan kebiadaban mereka terhadap agama Islam apabila merobohkan masjid yang telah dibina dari sumbangan ‘jariah’ orang ramai.

”pada tahun 2005, dia runtuhkan masjid Bujal……satu sen pun (pembinaan masjid itu) tidak melibatkan duit kerajaan!

”orang kampung (menyumbang) dia nak buat sedekah jariah bina masjid, pakat gotong royong buat masjid itu,” ujar beliau.

Sumber BO - 3-4-2018









































































Muslimat Sampaikan ‘Mesej Dari Dapur’

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu akan menjadikan
dapur dan masakan’ sebagai perantara untuk menyampaikan mesej kepada para wanita menjelas pilihan raya umum (PRU) ini.

Aktivis media Muslimat, Sumaiyah Zakaria berkata, program ‘Mesej Dari Dapur Muslimat’ yang akan disiarkan secara langsung melalui Harap TV akan memberi kesedaran kepada masyarakat entang kenaikan kos sara hidup yang dideritai rakyat sekarang.

”buat rancangan pertama ini, yang akan disiarkan pada jam 9.00 pagi Khamis 5 April, kita jemput Bendahari Muslimat Puan Rohayati Nordin sebagai tetamu,

”belai akan memasak menu istimewa sambil memberikan maklumat tentang harga barangan,” ujarnya selaku Penerbit rancangan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat pengurusan program itu, di pejabat PAS Terengganu pada Selasa 3 April.

Sehubungan itu, beberapa rancangan siaran Harap TV oleh ‘Pasukan Penyiaran Muslimat’ juga akan ke udara dari masa ke semasa.

Antaranya, kata beliau, rancangan ‘Bersama Ushawan Muslimat’, ‘Muslimat Bersama Masyarakat’ dan ‘Terjah Masalah Sosial’ juga adalah dalam perancangan.

Sebelum ini, katanya, Muslimat dengan kerjasan Harap TV telah menyiarkan ‘Program Meroti’ dan ‘Ladies Day’ pada minggu lalu.

Oleh itu, beliau menyeru ‘kaum hawa’ khususnya wanita muda agar mendapat maklumat yang jelas dan tepat melalui sumber dipercayai, menjelang PRU akan datang.

Sumber BO - 2-4-2018

BN, PH tak mampu tawarkan Islam asas bernegara

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menawarkan kepada rakyat dengan Islam sebagai asas bernegara dalam manifesto masing-masing. 
Hal ini berbeza kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dengan PAS yang bersedia memperkasakan Islam secara menyeluruh dalam 20 kandungan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
Menurutnya, ada pihak lain yang mempersoalkan PAS kenapa tidak memasukkan hukum hudud dalam 20 tawaran manifesto PAS itu. 
"Ada orang tanya kenapa dalam 20 manifesto PAS-Gagasan Sejahtera itu tidak disebut hudud? Hudud (adalah) sebahagian dari Undang-undang jenayah Islam. 
"Apabila kita kata hendak laksanakan Islam secara menyeluruh dan merangkumilah antaranya berkaitan dengan hudud. Manifesto ini tidak perlu kita detail panjang-panjang, beri yang asas-asas. 
"Bila sebut kita hendak Islam sebagai Ad-Deen itu dia merangkumi semua sekali, bukan hanya bab undang-undang (sahaja) tapi merangkumi bab ibadahnya, bab muamalat, bab munakahat, bab negara, bab undang-undang semua sekali dan merangkumi semua," jelasnya. 
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Himpunan Kekalkan Dun Chukai (HKDC) 2.0 di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini kelmarin. 
Justeru katanya, tidak ada mana-mana parti selain PAS yang bersedia menawarkan Islam secara menyeluruh kepada rakyat sejak dari dahulu hingga sekarang. 
"Parti mana yang menawarkan Islam sebagai asas bernegara? PH tidak mungkin mampu untuk mengemukakan kepada rakyat Islam sebagai asas bernegara. Umno pun dia tidak mampu dan itu bukan impian Umno. 
"Tapi, yang konsisten, yang istiqamah sejak sebelum merdeka hingga selepas merdeka, hingga ke saat ini dan InsyaAllah, sampai bila-bila yang hendak laksanakan Islam hanya PAS sahaja," tegasnya. 
Oleh itu, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bahawa Islam bukan tempelan, tetapi Islam menjadi paksi kepada Islam bernegara. 
Tawaran Manifesto PAS-Gagasan ialah memperkasakan peruntukan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Ad-Deen iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan. 
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018 













































































Undergraduate Gets 13 Years’ Jail, 10 Strokes For Drug Possession

KUALA TERENGGANU: A science undergraduate charged with drug trafficking was convicted on a lesser charge of drug possession by the High Court here today.

Judge Datuk Zainal Azman Ab Aziz sentenced Ahmad Usman Nor Azmi, 28, to 13 years’ in jail and 10 strokes of the cane after he pleaded guilty to possessing 479.32 grams of cannabis, two years ago.
The offence was committed in a room at Taman Sri Kolam, here at 4pm on Dec 17, 2016.

Initially Ahmad Usman faced a drug trafficking charge which provides a mandatory death sentence upon conviction.

He was today offered an alternative charge punishable under Section 39A (2) of the Dangerous Drugs Act which provides for life imprisonment or imprisonment of not less than five years with whipping of not less than 10 strokes.

The accused was ordered to serve the jail sentence from the date of arrest on Dec 17, 2016.

Meanwhile, Nor Sofea Asyiqin Mahamood, 25, a fourth-year medical student of a local university who was charged together with the accused, was given a discharge not amounting to acquittal after the prosecution agreed to withdraw the charge against her.

Deputy public prosecutor Rohaiza Abd Rahman prosecuted, while both the accused were represented by counsel Mohd Hayyatuddin Muhamad. — Bernama

Sumber BO - 2-4-2018














































































Setiap Undi Menyumbang ‘Saham’ Di akhirat

Oleh : Siti Ainum binti Amijudin

BESUT – Setiap undi yang diberikan akan menyumbang kepada saham di akhirat dan menerima akibat daripada memilih pemimpin yang salah.

Bendehari Muslimat PAS Malaysia Dr. Che Faridah Ismail berkata antara kesan diatas dunia ialah pemimpin yang tidak betul yang dipilih, telah membawa kepada banyak kerosakan umat manusia, rakyat Malaysia khususnya.

“Kita pangkah (PAS) ni dengan persaksian Allah Ta’ala. Kalau kita pangkah, apa natijahnya. Jangan kata guna agama pula,

”kalau tak guna agama nak guna apa lagi kita orang Islam. Pakat pangkah PAS sebab kita nak tolong orang buat kerja agama,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Hari Keluarga anjuran bersaa Ameerah dan Halwa Besut, yang diadakan di Pantai Air Tawar, pada Sabtu 31 Mac

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Puan Hajah Napisah Ismail berkata, program tersebut diadakan bagi mendekati dan mengeratkan ukhuwwah sesama wanita setempat.













































































Hajah Napisah Ismai
Beliau juga mengingatkan semua Muslimat yang hadir bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang.

”Oleh sebab itu, setiap Muslimat khususnya pengundi muda mestilah memainkan peranan masing-masing bagi mempromosikan PAS kepada orang terdekat mereka,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan jawatankuasa kerja yang telah menjayakan Hari Keluarga itu.

Program yang dihadiri lebih kurang 200 orang muslimat ini telah memarakkan obor semangat untuk menghadapi kehangatan PRU-14 akan datang.

Selain itu, peserta yang hadir mendapat penerangan tentang manifesto yang dibawa oleh PAS dengan tema, Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, yang bakal dilaksanakan sekiranya PAS diberi madat memerinta selepas PRU14.

Sumber BO - 1-4-2018















































































Velodrom Dungun; Pembinaan Paling Lama Didunia!

Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan kepada rakyat semenjak 2009 untuk membina velodrom basikal di Dungun, Terengganu. Kerajaan Terengganu telah meluluskan satu kawasan seluas 12 hektar di kampung Balai Besar Dungun untuk pembinaan tersebut.

PAS tidak pernah membantah projek-projek pembangunan untuk kepentingan dan keutamaan rakyat. Tidak dinafikan bahawa pembinaan mini velodrom untuk memenuhi minat anak muda dan bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sukan dalam negeri sewajarnya dilakukan. Ia juga untuk mengenangi jasa jaguh berbasikal trek Negara iaitu Mohd Azizulhasni Awang dan Umi Hamimah Mohamad yang mewakili Negara dalam kejohanan berbasikal Piala Asia (ACC).

Rakyat Terengganu mesti menilai 4 perkara dalam janji BN untuk membina velodrom ini.

1- Pembinaannya mengambil tempoh masa yang lama sehingga melebihi 9 tahun.

6 ogos 2010 – Majlis pecah tanah Velodrom Basikal oleh YB Datuk Ahmad Shabery bi Cheek (Menteri Belia dan Sukan)

29 mac 2018 – Majlis Perletakan batu asas oleh YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan).
Kerajaan BN mengambil masa 9 tahun bermula pecah tanah sehingga meletakkan batu asas. Mungkin Kerajaan BN terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk menyusun batu bata dan memasang atap dan dinding serta lantainya. Inilah kecekapan Kerajaan BN.

2- Apakah sebab utama kelewatan menyiapkan projek ini ?.

Jangkaan awal kos projek sebanyak RM3.5 juta. Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri menyebut : “KBS telah bersetuju menerusi Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) daripada peruntukan RM2 juta dinaikkan kepada RM10 juta. Apabila melibatkan peruntukan tambahan, kita terpaksa memohon semula kepada pihak MOF (Kementerian Kewangan) untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).”

Kerajaan BN mengambil masa begitu lama untuk meluluskan peruntukan tambahan dan menentukan anggaran sebenar pembelanjaan projek ini. Pengarah MSN Negeri , Zainal Abidin Hussin – kos pembinaan sebanyak RM 36 juta merangkumi kemudahan velodrom tertutup asrama serta kemudahan-kemudahan sukan lain.

Ia membuatkan DS Ahmad said menemplek dengan tidak bersetuju pembinaan ini untuk penganjuran temasya sukan berprestij dan bartaraf dunia : “Orang suruh reka dengan kos RM 3.5 juta, kenapa buat RM 36 juta. “- (teganuku.m – Thursday may 5, 2011). Adakah kelewatan ini juga berpunca daripada konflik dalam pentadbiran Kerajaan ?

Inilah kecekapan Kerajaan BN.

3- Bagaimana kedudukan velodrom ini di masa depan ?

Saya bimbang velodrom ini di masa depan. Velodrom pertama Malaysia siap dibaikpulih di Ipoh, Perak. Kerajaan BN baru menyiapkan Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan dengan kos hampir RM80 juta dan siap 2017. Lanjutan daripada itu, Velodrom Kuala Lumpur di Cheras bakal dirobohkan setelah digunakan 30 tahun, walaupun ia telah dibaikpulih pada tahun 2015 untuk Grand Prix (GP) Trek Asia Tenggara 2015. Jika pembinaan velodrom menjadi keutamaan, kenapa velodrom di Ceras bakal dirobohkan ?

Kelihatan jelas janji pembinaan velodrom di Dungun hanya janji manis untuk menghadapi pilihanraya. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa velodrom tertutup kelas satu hanya akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan seperti mana yang telah ditetapkan dalam Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130906/su_02/Velodrom-hanya-di-Nilai—Khairy#ixzz5BLuzUbCV
© Utusan Melayu (M) Bhd .

4- Projek ini di bawah Kementeriaan Belia dan Sukan tetapi persoalannya, kenapa urusan pembersihan tanah untuk pembinaannya digunakan daripada wang Kerajaan Negeri sebanyak RM1.5 juta ? 29 mac 2018, Menteri Belia dan Sukan (YB Khairy Jamaluddin) menyatakan kos pembinaannya sebanyak RM12 juta.

Janji terus janji. Bila siap ? Adakah rakyat rasa molek doh dengan janji dicapati begini rupa ? Nok lok lagi ke ? Cukuplah…

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
14 rejab 1439H / 1 April 2018
AHAD

Sumber BO - 1-4-2018
































































































































































‘Islam Mahathir’; Syariat Salah, Lojik Pun Tak Betul

Hari ini saya memilih untuk berlawan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atas tulisan beliau yang kelihatan sangat jauh menyimpang dari kebenaran islam. Perangai dahulu yang masih dikekalkan oleh beliau iaitu memporak perandakan Islam mengikut selera lojik dan nafsu beliau. Mungkin masih ramai yang belum melupakan penghinaan beliau kepada Allah dengan menghina hudud, hukuman jelas di dalam al-Quran dan juga penghinaan Rasulullah saw berkenaan janggut dan penolakan beliau terhadap hadis-hadis rasulullah. Saya akan pergi kepada poin-poin beliau untuk membuktikan beliau sememangnya salah dalam menafsirkan Islam. Sila rujuk poin tulisan beliau yang saya sertakan.

Pada perkara (4) dalam tulisannya, Tun menganggap hadis, sunnah dan perkara sunat adalah perkara yang sama iaitu sunat melakukannya dan tidak berdosa meninggalkannya. Amat malang bagi Tun kerana ianya sangat salah. Bagaimana mahu melakukan solat sempurna jika tiada hadis yang menerangkan? Silalah Tun tunjukkan dari al-Quran tatacara solat dan juga rakaatnya. Jika ada pada hadis tatacara melakukan solat dengan menurut rukun yang sempurna, maka adakah ianya hanya sunat dilakukan? Begitukah pemahaman Tun? Ada hadis haram, maka haram kita lakukan, ada hadis wajib, maka wajib kita lakukan. Bukan Hadis dan Sunnah itu bermaksud ibadat sunat.

Pada perkara (5) Tun amat cerdik kerana dari mula tulisan beliau, telah membuang kepentingan hadis. Jadi jika bercakap mengenai hadis, maka tiada maknanya bagi beliau. Sayang Tun tidak menyenaraikan perbezaan itu menerusi ayat al-Quran juga seperti hukum hudud daripada ayat surah an-Nur yang jelas menyebut perlukan empat orang saksi dan hukum sebat 100 rotan jika sekalipun tidak mahu menggunakan hadis. Ini hanya satu daripadanya.

Perkara (7 dan 8), Tun gagal memahami hukum hudud. Jika sekiranya tidak dikenakan hudud, Islam masih ada hukuman takzir. Dengan syarat bukti dan saksi yang benar. Berapa banyak kes zina yang berlaku atas dasar suka sama suka, tetapi akhirnya menjadi kes rogol kerana penipuan oleh perempuan? Adakah menganiaya lelaki tidak dikira dosa di dalam Islam? Tun juga gagal memahami bahawa hukuman yang adil bukan hukuman di dunia tetapi di akhirat. Juga taubat pendosa itu lebih Allah sukai daripada menghukum. Sebab itulah lebih baik dilepaskan orang yang bersalah daripada dihukum orang yang tidak bersalah. Adakah “adil” bagi Tun ialah setiap orang yang dituduh merogol mesti dia bersalah walaupun bukti merapu? Tuduhan liwat ke atas Anwar masih Tun pertahankan atau tidak? Atau mungkin ini caranya Tun mahu menegaskan bahawa tindakan Tun kepada Anwar adalah betul?

Perkara (11, 12, 13 dan 14), Tun masih terperangkap dalam pemikiran lama beliau semenjak menentang hukum Allah. Cuma kali ini tidak ditulis kalau mahu makan sup tangan pilihlah hudud. Adakah sebodoh itu orang Islam mahu dikerat tangan mereka ? Mencuri juga ada beberapa kategorinya, nisabnya dan keadaan ketika itu. Islam mempunyai ulamak muktabar yang membincangkan isu ini. Ada yang setuju bukan Islam turut dikenakan, ada yang tidak setuju. Tetapi mereka bersepakat bahawa hukum potong tangan adalah dari Allah. Jika dikenakan hukuman sivil kepada bukan Islam dan jika mereka kembali mencuri, maka yang mencuri nanti adalah terdiri daripada bukan Islam sahaja. Orang Islam sudah tentu tidak akan mengulanginya lagi kerana sayangkan tangan. Jadi siapa yang dilihat jahat kerana tak puas-puas mencuri?

Pada perkara (15, 16 dan 17), Tun bermain dengan penafsiran surah Yusuf menggunakan akalnya. Nabi Yusuf syariatnya lain. Kita umat rasulullah syariatnya lain. Jika benar mahu menggunakan lojik surah Yusuf, maka arak tidak haram kerana disebut berkenaan penghidangan arak di surah ini. Sujud kepada manusia juga dibenarkan kerana disebut secara jelas nabi Yaakub isteri dan adik beradik nabi Yusuf, sujud kepada nabi Yusuf setelah mereka bertemu kembali. Begitukah syariat Islam diambil? Sudah jauh tersesat nampaknya Tun. Surah an-Nur yang menyebut keperluan empat orang saksi itu masih belum beliau sebut.

Perkara (20, 21 dan 22), Jika Tun boleh mempertikaikan hadis kerana imam-imam hadis itu adalah manusia biasa, maka Tun juga sepatutnya juga mempertikaikan al-Quran kerana al-Quran dan hadis datangnya dari jalur yang sama iaitu sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat adalah manusia biasa. Mereka bukan maksum. Jadi kemungkinan salah itu juga ada mengikut lojik Tun. Firman Allah dikira sebagai ayat al-Quran. Ada juga dikira sebagai hadis qudsi. Tetapi apa yang rasulullah sebutkan bukan firman khusus dari Allah, ia dikira hadis. Sumbernya sama, rasulullah dan pembawanya juga sama bagi kedua-dua al-Quran dan hadis iaitu para sahabat. Jadi kenapa menolak hadis dan menerima al-Quran?

Perlu diingat, bukan semua sahabat melihat sendiri Jibril ketika wahyu diturunkan. Tun sendiri tidak pernah melihat Jibril, jadi bagaimana mungkin Tun yakin al-Quran daripada Allah?

Kesimpulannya Tun masih mempertahankan pendirian lama beliau dengan sikap prejudis beliau terhadap Islam yang walaupun sudah dibuktikan salah, tetapi beliau tidak pernah melafazkan taubatnya. Ketika beliau menjadi PM pendapat beliau ini ditentang hebat oleh beberapa ikon di dalam PH seperti Mat Sabu, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin yang dahulunya mendaulatkan jalan Islam bersama PAS. Dan sekarang pendirian Tun bagaikan dijulang oleh mereka kerana kebersamaan. Adakah ini yang dikatakan sebagai konsensus?

Inilah sikap yang PAS tentang sehingga dibenci oleh orang sendiri. Kegilaan ke Putrajaya, menjadikan diri hamba kepada kebatilan. Betapa hinanya pilihan hidup sebegitu. PH dan Umno sama-sama jahil di dalam agama. Lebih malang kerana kedua-duanya mempunyai golongan yang tahu agama tetapi menjadi syaitan bisu kerana gilakan kuasa. Bukan sahaja gagal memartabatkan Islam, malah dibiarkan Islam itu dipijak-pijak samada oleh orang Islam yang bencikan Islam, mahupun mereka yang bukan Islam. Alhamdulillah semakin hampir dengan pengundian, semakin jelas jalan yang berbeza yang dipilih oleh Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS bagi memartabatkan Islam dengan jalan yang menghina Islam pilihan PH dan Umno-BN.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
13 Rejab 1439/ 31 Mac 2018

Sumber BO - 31-3-2018

















































































Usah keliru dengan PAS - Ahmad Dusuki

KUALA TERENGGANU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang membawa dasarnya al-Quran dan Hadis, dan bukan agama sebagaimana yang dikelirukan. 
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menjelaskan bahawa PAS bukan agama tetapi parti itu membawa agama Islam bersamanya. 
Justeru katanya, masyarakat umum termasuk para Mufti juga kena faham perbezaan itu mengenai PAS yang memperjuangkan Islam. 
"Sebab itu kita sebut PAS ini bukan agama tapi PAS bawa agama, biar faham sikit perbezaan itu. Ini ada juga Mufti yang tidak faham kata PAS agama. PAS adalah parti yang bawa al-Quran dan Hadis Rasullah S.A.W. 
"Namun, bila ada lagi orang yang tolak PAS itu bukan kamu zalim kepada PAS, tetapi zalim kepada diri kamu sendiri," tegasnya dalam program Bicara Addin Sejahtera Bersama Islam di Masjid Al-Furqan, Chendering, Kuala Terengganu, kelmarin. 
Ustaz Dusuki turut menegaskan hanya PAS satu-satunya parti politik di negara ini yang memperjuangkan Islam. 
"Di Malaysia ini hanya PAS sahaja yang (hendak) bawa Islam. Umno bawa nasionalis, PKR bawa demokrat progresif, PAN bawa fahaman liberal di kalangan mereka. PAS bawa Quran dan Hadis," jelasnya dengan penuh yakin. 
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Selangor menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu agar memberi peluang kepada PAS memerintah negeri ini. 
"Oleh itu, kita (rakyat) bagilah peluang kepada PAS memerintah. Di Terengganu ini, Insyaa Allah nampak macam hendak menang sangat dan tunggu masa sahaja. 
"Musuh kita (PAS) sekarang berada dalam keadaan sangat lemah sehinggakan berdoa pun dia takut. Kita jangan lemah dalam hidup kita dan kena kuat dengan Islam," tegasnya. 
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018 

Janji Velodrom Mengaburi Pemikiran Rakyat Menjelang PRU

DUNGUN – PAS menyifatkan perletakan batu asas projek velodrom Dungun sebagai janji pilihan raya, semata-mata untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, setelah lapan tahun ianya terbiar tanpa sebarang pembangunan, tiba-tiba kerajaan mengumumkan sekali lagi, pembinaan lapangan lumba basikal itu.

“kawasan ini telah pun di adakan (majlis) pecah tanah tahun 2010 lagi……sekarang 2018 selama lapan tahun,

“memakan masa yang lama untuk dibina suatu veledrom yang dijanjikan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Yang menjadi persoalan, kata beliau, mengapa hampir dengan pilihan raya, barulah Menteri datang untuk letak batu asas?

Sedangkan sepatutnya, tegas beliau, ia telah siap dan dapat digunakan oleh anak-anak muda, peminat sukan tersebut.



















































































Batu asas…….satu kempen mengaburi pemikiran pengundi dan menutup kegagalan Umno-BN melaksanakan janji
Yang menjadi persoalan, kata beliau, mengapa hampir dengan pilihan raya, barulah Menteri datang untuk letak batu asas?

Sedangkan sepatutnya, tegas beliau, ia telah siap dan dapat digunakan oleh anak-anak remaja Dungun, peminat sukan tersebut.

Beliau berkata demikian pada satu sidang video yang diadakan di tapak Velodrom itu, di Balai Besar dekat sini semalam pada Jumaat, 30 Mac.

Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaludin dilaporkan berkata, velodrom tersebut akan dibina mengikut piawaian antarabangsa, selepas acara meletak batu asas tapak pada Khamis.

Katanya, stadium berbasikal bernilai RM12 juta itu dinamakan sebagai Velodrom Azizulhasni Awang.

Sebaliknya, Cikgu Alias yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun berkata, peruntukan veledrom yang dipohon oleh kerajaan negeri peringkat awalnya ialah RM 36 juta.

”Jauh berbeza dengan peruntukan yang diminta oleh kerajaan negeri,” jelasnya.

Beliau juga mempersoalkan kos sebanyak RM1.5 juta yang telah dibelanjakan untuk menambun tapak pembinaan velodrom itu.

Katanya, hanya sebahagian kecil sahaja, buka keseluruhan, daripada 12 hektar tanah itu yang ditimbun.

”Ini sahaja kawasan yang ditimbun tetapi menelan belanja RM 1.5 juta selama 8 tahun ia terbiar begini,

”dan apabila menteri belia dan sukan datang semalam, pada saat hampir dijangka tak berapa lama lagi…. sehari dua lagi akan berlaku pilihan raya,

”berjanji akan dibina satu velodrom untuk disiapkan 2019….saya takut (bimbang) ini merupakan janji-janji sahaja dan yang lebih menakutkan ialah projek ini menjadi projek gajah putih,” tegas beliau lagi.

Oleh itu, beliau mengharapkan rakyat sudah pun membuat pilihan untuk mengubah arus pentadbiran negeri Terengganu, kerana banyak janji Umno dan Barisan Nasional yang tidak ditunaikan.

”banyak perkara telah berlaku yang menyebabkan rakyat tertindas dan kali ini berilah kepercayaan kepada PAS untuk memerintah selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti .

”PAS Terengganu mempunyai temanya, Terengganu, Maju., Berkat dan Sejahtera. Mudah-mudahan Terengganu akan maju di bawah kepimpinan PAS (sekiranya rakyat memilih pada PRU akan datang),” tambah beliau.

Sumber HD - 3103-2018




















































































Apabila Allah dan Rasul 'berjawatan'

MAHA Suci Allah tiada bandingan. Seluruh umat Islam sedang bergembira menyambut peristiwa Israk dan Mikraj di bulan Rejab. 
Allah mengungkapkan peristiwa yang penuh ajaib dengan firman-Nya: 
"Maha Suci (tuhan) yang telah memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam daripada Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkatkan sekitarnya untuk kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(al-Isra': 1) 
Saya dengan penuh rasa kesal dan sedih dengan sikap yang ditunjukkan oleh MP Sepang ketika berbahas di Parlimen semalam. Allah adalah tuhan kita bagi orang Islam, tuhan sekalian alam, juga kepada semua manusia. Apabila menyebut tuhan, maka tiadalah yang terlintas di dalam fikiran kita sebagai Muslim, kecuali Allah. Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali untuk menggambarkan bentuk, menyamakan, memperlekehkan, mempersenda ataupun membuat Allah sebagai satu bentuk misalan bagi memperolok-olokkan. Itu jelas:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
"Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Allah."
(ash-Shura: 11) 
Perkataan 'kalau' sememangnya tidak boleh diguna sebagai perisai oleh MP Sepang dalam hal ini. ‘Kalau’ ada tempatnya boleh, ada tempatnya haram. Kita semua tahu sebuah hadis di zaman Rasulullah melarang kita menyebut ‘kalau’ kerana kesal atas keburukan yang menimpa. Buatlah apa pun, Allah itu bukan berjawatan, jadi bagaimana mungkin manusia boleh berkata kalau saya jadi tuhan? 
Apatah lagi dengan jelas beliau menyebut sebab saya bukan tuhan, maka tuhan ciptakan MP Baling. Adakah ini bermakna Allah bodoh tidak tahu apa yang Dia lakukan? Atau Allah tidak mengetahui kesan ciptaan-Nya? Atau adakah ini Allah perlu berbincang dengan beliau dahulu sebelum menciptakan sesuatu? 
Ini tidak kurang bezanya dengan sikap salah seorang yang mengaku cendekiawan Islam yang berada di dalam Bersatu sekarang ini. Beliau pernah mengandaikan jika Rasulullah hidup ketika ini, Rasulullah pun akan meletakkan jawatan. Apakah beliau bermaksud ujian yang beliau tanggung sekarang ini adalah lebih dahsyat dan hebat daripada apa yang telah Rasulullah lalui? 
Atau adakah beliau ingin memberikan isyarat bahawa dengan PhD yang beliau ada, maka Rasulullah yang ummiy atau buta huruf itu tidak akan lebih hebat daripada beliau? Lebih malang lagi, ianya disebutkan di hadapan paderi di dalam gereja. Sedih kerana kedua-duanya sombong tidak mahu menerima kebenaran teguran. Janganlah harapnya mereka termasuk di dalam hadis Rasulullah yang menafsirkan sombong itu ialah menolak kebenaran dan tidak akan masuk syurga bagi mereka yang bersifat demikian. 
Amat sesuailah gandingan mantap ini, kedua-duanya di dalam PH. Tidak lupa juga kepada Pengerusi PH yang tidak membenarkan isterinya bertudung, menghina Allah dan Rasul atas isu hukum Hudud ketika beliau menjadi PM dahulu. Dikuatkan lagi dengan kehadiran Presiden Bersatu yang terang-terang mengfitnah Presiden PAS menyokong GST, sedang di dalam video jelas beliaulah yang sebaliknya berkempen mempromosikan GST. 
DAP yang berterusan mengfitnah dan membenci Islam, serta pimpinan mereka yang sedang menghadapi tuduhan rasuah. PKR yang juga pening dengan terpaksa menyokong Mahathir yang pernah membuat tuduhan liwat ke atas Anwar, yang sehingga kini masih belum ditarik balik tuduhan itu. 
Umno-BN pula sememangnya dari mula tidak boleh diharap untuk menjaga negara, sama ada hal dunia, mahupun akhirat, maka kekallah PAS sebagai satu-satunya wadah yang tetap teguh berpegang kepada prinsip untuk menjulang Islam. PAS insyaa Allah tidak akan sekali-kali membiarkan Allah dan Rasul dipermainkan. 
Marilah kita selamatkan Malaysia ini daripada dua golongan ini, yang jahil mengenai agama dan daripada golongan yang mengaku pandai agama, tetapi memberikan khayalan kepada rakyat bahawa Allah dan Rasul itu berjawatan, boleh diambil jawatan itu ataupun meletakkan jawatan itu. Wallahua’lam. 
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu
12 Rejab 1439 / 30 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 30/3/2018
Sumber HD - 30-3-2018 





















































































Peneroka Felda Hidup ‘Bersesak-sesak’, Berhimpit Kerana Tiada Tanah

SETIU – Lebih 30 keluarga yang hidup ‘bersesak-sesak’ kerana terpaksa membina sekurang-kurangnya dua buah rumah atas satu lot tapak tanah perumahan yang diberikan Felda.

Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Langkap, Azmi Ma’arof berkata, bahkan hampir 15 buah keluarga telah membina rumah diatas tanah tidak berstatus, tanah rizab Felda kerana tidak memiliki tanah.

”tempat ini (Felda Kampung Rahmat) kita tengok….satu lot ada dua dan tiga buah rumah, terpaksa kena buat (rumah) tumpang orang tua sebab,

”tanah sendiri tak ada…..ada yang diberikan tanah pada zaman PAS perintah dulu lena rampas balik (oleh kerajaan Umno-BN),’ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika bersama Aktivis Felda Naraza Muda, meninjau keperluan tanah kepada generasi kedua dan ketiga, dan janji Felda untuk membangunkan ‘Township’ di kampung itu, pada Rabu 28 Mac.

Antara penduduk terbabit, kampung Tanah Rancangan paling awal di negeri Terengganu itu ialah Halimah Zainal, yang tinggal di rumah No. 270 Blok 13.

”memang tiga keluarga lah….duduk tinggal di sini……kalau anak-anak balik tak ada ruang, rumah penuh,

”sepatutnya dia (kerajaan Umno) tidak tarik balik tanah yang kerajaan PAS beri dulu,” ujarnya

Seorang lagi penduduk, Zaitun Abu Bakar, penghuni rumah kedua atas tanah bernombor 377 yang terletak pada Blok 14, Felda itu.

”sini satu (lot) tanah ada tiga keluarga…..emak peneroka asal, saya tumpang emak, (dan) dalam runah emak ni pun sudah ada dua keluarga,

”minta tanah dengan dia (kerajaan) tapi tak beri, mula zaman PAS minta dan boleh (tanah) tapi dia ambil balik,” jelasnya.

Katanya, kalau sekiranya PAS menang, beliau mahu tanah yang telah diberikan dahulu dikembalikan semula.

Sehubungan itu, Azmi berkata, satu taklimat sebelum pilihan raya umum (PRU) ketiga belas daripada kerajaan negeri yang berjanji akan membangunkan ‘Township’ satu projek besar Felda.

Menurutnya, dalam perancangan yang dibentangkan, ia akan dibangunakan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda diatas tanah tersebut.

”kawasan ini keluasannya 43 hektar, untuk mencukupkan jumlah itu, kerajaan telah ambil balik tiga lot (tanah peneroka),

”selepas kos pembangunan lebih kurang RM200,000.00 telah dibelanjakan….tetapi kemudian saya dimaklumkan, projek ini telah dibatalkan oleh Tan Sri Isa Samad,” kata beliau.

Namun begitu, kata beliau, Pengerusi Felda yang baru, Shahrir Samad berkata, projek perbandaran itu akan diteruskan.

Justeru itu, beliau mewakili seluruh warga Felda amat berharap agar janji tersebut dilaksanakan secepat mungkin memandangkan keperluan terhadap rumah dan tanah yang sangat meruncing.

”maknanya dari segi keperluan (generasi Felda) kita memang berharap sungguh supaya projek ini diteruskan,

”sebagaimana yang kita telah pergi melawat tadi, kita tengok dari segi keperluan rumah dan tanah sangat diperlukan,

”selain daripada rancangan (Township) ini sebagai bandar baharu akan membina perumahandan perkedaian yang akan memacu pertumbuhan ekonomi kepada penduduk tempatan,” tegas beliau.
Berita sebelumnya;

Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok

Sumber BO - 20-3-2018





















































































Khutbah Jumaat 30 Mac, 2018; Israk dan Mikraj Dalil Kekuasaan Allah

























































































Masjid Pasir Minal












Sumber BO - 30-3-2018























































































Hampir 30K Hilang Pekerjaan

KEMAMAN – Hampir 30 ribu orang Kemaman di sektor minyak dan gas (Oil AND Gas) hilang pekerjaan akibat kejatuhan harga minyak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, sebahagian besar keluar dari kampung berhijrah ke bandar dan ada yang balik kampung untuk mencari pekerjaan lain.

“Apabila mereka keluar daripada kawasan Kemaman menyebabkan ekonomi Kemaman ‘merudum’,

“Saya berjumpa dengan peniaga kecil terutama penjual ikan berkata kalau dahulu ikannya boleh dijual 100 ekor sehari tetapi sekarang ikannya hanya dalam 40 hingga 50 ekor sehari,

“Dan separuh daripada pendapatan penjualannya sudah hilang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Anda Tanya, YB Jawab, Isu Semasa Di Terengganu khususnya di kemaman, Isnin, 26 Mac, disini.

Katanya, rumah sewa yang dahulu dipenuhi penyewa kini banyak yang kosong dan kedai makan banyak malap dan tutup.

“Saya selalu sebut antara anak syarikat kerajaan yang paling hebat di Kemaman ialah herpick yang mana terdapat pelabuhan,

“Dan pelabuhan Kemaman seperti mati tidak sepertimana pelabuhan di Kuantan yang sibuk dan ada kontena,

“Tetapi kenapa pelabuhan Kemaman bila tutup sahaja pelabuhan itu senyap sunyi.
“Sedangkan airnya sangat dalam dan mempunyai jalinan jalan yang lebih baik daripada Kuantan,”ujar beliau.

Justeru beliau berharap kerajaan baru yang akan memerintah menyelesaikan pelabuhan supaya pelabuhan kemaman dapat beroperasi dan anak-anak muda dapat bekerja semula di pelabuhan tersebut.

Katanya, kerajaan perlulah melihat dan beri sedikit tumpuan sebuah industri untuk meningkatkan kembali usahawan sederhana.

Sumber BO - 29-3-2018























































































DRT: Pimpinan PAS kupas isu semasa

KUALA TERENGGANU: Seramai 300 peserta dari pelbagai latar belakang Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu akan menyertai Dialog Rakyat Terengganu (DRT) secara terbuka, esok.
Pengerusi Kongres Rakyat Terengganu, Yahaya Ali berkata program dialog rakyat itu terbuka penyertaannya kepada semua wakil-wakil NGO yang berminat.
Justeru, katanya setakat ini seramai 300 peserta akan mengambil bahagian dari pelbagai NGO yang terdapat di negeri ini.
Menurutya, rakyat diberi peluang secara terbuka untuk Bersama dengan pimpinan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.
"Ini program terbuka dan pelbagai NGO yang berada dalam NGO Induk Kongres Rakyat Terengganu membuat satu desakan supaya dalam suasana PRU14 ini dapat diadakan satu dialog. 
"Mereka boleh berdialog dengan pimpinan PAS terutama mengenai manifesto (pilihan raya) yang ditawarkan oleh parti-parti bertanding PRU14 ini. 
"Jemputan itu bukan kepada aktivis parti (PAS) kita tetapi khusus di kalangan mereka yang di luar dan ingin tahu berkenaan PAS," jelasnya dalam satu sidang media Dialog Rakyat Terengganu Sejahtera Selepas PRU14 di Pejabat PAS Terengganu, di sini semalam. 
Katanya, pelbagai isu semasa hari ini akan dikupas oleh ahli panel terdiri daripada pimpinan utama PAS Pusat.
"Setakat ini 300 peserta mengesahkan untuk hadir Dialog Rakyat itu dan kita ada lebih 60 NGO yang berada bersama Kongres Rakyat Terengganu ini. 
"Peranan kita (Kongres Rakyat) untuk menghubungkan antara rakyat yang mewakili pelbagai kepentingan untuk mereka terlibat sama dalam proses pemilihan kepimpinan dalam pilihan raya akan datang ini," ujarnya.
Menurutnya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan bagi merasmikan majlis penutup Dialog Rakyat Terengganu tersebut.
Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi NGO Gabungan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Ahmad Amzad Hashim, wakil Majlis Perundingan Pelaksanaan Syariah Islam Terengganu (Mapit), Ustaz Ismail Osman dan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan bekas Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa), Zarani Othman. -HARAKAHDAILY 29/3/2018
Sumber HD - 29-3-2018






















































































Velodrom Dungun; Pecah Tanah 2010, Letak Batu Asas 2018, Siap?






















































































Majlis Pecah Tanah Projek Velodrom Dungun pada tahun 2010
Pada 5 Ogos 2010 Menteri Belia dan Sukan ketika itu Ahmad Shabery Cheek berkata Velodrom Mini yang akan dibina di Kampung Balai Besar, Dungun, Terengganu bakal dinamakan sempena nama jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang seandai atlit idola itu berjaya meraih pingat emas acara lumba basikal pada Sukan Olimpik 2012.

Beliau berkata, selepas cadangan lokasi awal pembinaan velodrom itu mendapat bantahan penduduk, rakyat Terengganu akhirnya berpeluang memiliki prasarana sukan berkelas antarabangsa di daerah ini yang akan dibina di atas tapak seluas 12 hektar bernilai RM3 juta dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Pada 10 April, 2011, Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengkaji semula kos pembinaan velodrom mini di Dungun yang dikatakan terlalu tinggi sehingga mencecah RM36 juta.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, kerajaan negeri dan MSN hanya mencadangkan anggaran peruntukan RM3.5 juta setimpal dengan peranan kemudahan itu kelak.

Katanya, anggaran kos oleh JKR dilihat amat tinggi bagi membina sebuah velodrom yang dirancang sebagai pusat latihan selain boleh veneu untuk pertandingan peringkat tempatan.

Pada April 13, 2011 Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata beliau sendiri pun terkejut membaca laporan akhbar yang mengatakan kos pembinaan projek berkenaan terlalu tinggi hingga hingga mencecah RM36 juta.

“Kerajaan negeri akur dengan keputusan agar JKR mengemukakan pelan baru yang sesuai dengan kos cadangan pembinaan velodrom tersebut yang dianggarkan RM3.5 juta saja,” katanya kepada pemberita petang kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, baru-baru ini bahawa kerajaan negeri dan MSN hanya mencadangkan anggaran peruntukan RM3.5 juta setimpal dengan peranan kemudahan itu kelak.

Pada 29 Februari 2012, Kerajaan negeri Terengganu membelanjakan kira-kira RM1.5 juta untuk kerja pembersihan tanah seluas kira-kira lapan hektar bagi tujuan pembangunan sebuah velodrom berbasikal trek baru di kampung Balai Besar, dekat sini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sekiranya velodrom itu siap dibina, ia bakal menjadi yang pertama seupamanya di Terengganu dan yang ketiga di negara ini selepas velodrom di Ipoh, Perak dan di Cheras, Kuala Lumpur.

“Urusan pembersihan tanah untuk pembinaan velodrom ini sedang diuruskan oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) Terengganu dan kini kira-kira 20 peratus daripada kawasan itu telahpun siap dibersih,” katanya kepada Bernama
Pada 17 Oktober, 2012, Kerajaan negeri Terengganu mungkin melihat model velodrom di Melbourne, Australia sebelum memutuskan reka bentuk pembinaan velodrom lumba basikal bernilai RM3 juta di Kampung Balai Besar, Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata kemungkinan pihaknya akan melakukan lawatan ke Melbourne untuk melihat secara dekat velodrom di negara itu sebelum mengambil ketetapan.

Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai reka bentuk velodrom yang akan dibina, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri di sini, hari ini.

“Kita diberi peruntukan RM3 juta…ia sangat sedikit dan peruntukan tambahan diperlukan. Mungkin kita bina velodrom asas sebelum kemudahan lain ditambah secara berperingkat,” katanya.

Pada 3 Oktober 2013, Minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan sebab-sebab pembinaan sebuah velodrom di Parlimen Dungun belum dimulakan sehingga sekarang dan apakah perancangan berkaitan seterusnya.

Pada sidang parlimen beliau berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan Velodrom di Parlimen Dungun adalah di bawah pemantauan dan pelaksanaan Kerajaan Negeri Terengganu.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hanya membina sebuah Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan. Status semasa ialah Tender Pra-Kelayakan telah tutup pada 30 Julai 2013. Pelawaan kepada petender yang berjaya pada penghujung Oktober 2013.

Pada 10 Mac, 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun melahirkan rasa hairan kerana, cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendirikan sebuah Velodrom di Kampung Balai Besar dekat sini masih belum ditepati.

Beliau bekata, sehingga semalam Ahad 9 Mac, masih belum ada tanda-tanda projek dimulakan, walaupun cakap-cakap untuk membinanya telah kedengaran sejak tahun 2009 lagi.

Katanya, beliau turut dimaklumkan sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menyiapkan tapak, stadium yang dilaporkan hanya bernilai RM3.5 juta sahaja.
Pada 4 Disember, 2015, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata pembinaan velodrom berbasikal bertaraf antarabangsa di Dungun tertangguh kerana masalah peruntukan kewangan yang berpunca daripada perubahan pelan reka bentuknya.

Beliau berkata pada peringkat awal kelulusan sebanyak RM2 juta telah diluluskan, namun perubahan pada reka bentuk menyebabkan peruntukan itu tidak mencukupi kerana ia memerlukan peruntukan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM8 juta.

“Peruntukan asal dipohon bagi membina sebuah velodrom yang hanya digunakan sebagai tempat sesi latihan kepada pelumba basikal.

“Namun selepas dibuat justifikasi perincian oleh pihak teknikal terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain, velodrom ini akan dibina lebih berprestij bagi membolehkan kejohanan peringkat negeri mahupun kebangsaan dapat diadakan di situ,” katanya.

Rozi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN-Telemong berkata demikian pada sesi soal jawab bagi menafikan soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) bahawa pembinaan velodrom tidak akan diteruskan dan kononnya akan digantikan dengan mini stadium.

Ketika ditemui pemberita di luar sidang DUN, Rozi menjelaskan pembinaan velodrom berkenaan akan tetap diteruskan apabila mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM10 juta oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kelak.

“KBS telah bersetuju menerusi Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) daripada peruntukan RM2 juta dinaikkan kepada RM10 juta. Apabila melibatkan peruntukan tambahan, kita terpaksa memohon semula kepada pihak MOF (Kementerian Kewangan) untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)”.

Pada 6 Ogos 2016, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata Kerja pembinaan Velodrom Mini di Dungun yang dirancang sejak beberapa tahun lalu, akan dimulakan tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata velodrom bernilai kira-kira RM3 juta itu akan dibina di atas tanah seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

Pada 18 Ogos 2016, PAS menggesa pihak berkuasa untuk mempercepat penyiapan velodrom berbasikal di Dungun secepat mungkin.

Parti itu menyeru kerajaan Terengganu serta Kementerian Belia dan Sukan untuk mempercepat penyempurnaan velodrom seperti yang dijanjikan, mengikuti usaha gangsa Azizulhasni Awang dalam Olimpik Rio yang sedang berlangsung.

29 Oktober 2017, Mesyuarat Penyelarasan RMKe-11 Bil 5/2017 menyatakan Projek Pembinaan Velodrom di Dungun, Terengganu dan Projek Kompleks Sukan Hulu Terengganu telah dipengerusikan oleh Pegawai Kemajuan Negeri, YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri YB. Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan/Agensi yang berkenaan. Pegawai Seksyen Pemantauan dan Penilaian bertindak selaku urusetia bagi mesyuarat ini.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu perancangan dan pelaksanaan Projek Pembinaan Velodrom di Dungun, Terengganu dan Projek Kompleks Sukan Hulu Terengganu.

Agenda mesyuarat ialah pembentangan laporan dan taklimat status pelaksanaan dan isu/masalah projek tersebut oleh wakil-wakil yang berkenaan.

Pada 15 Januari 2018 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB. Cikgu Alias Harun berkata,Mini Velodrom Rakyat yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ke-13 lalu, masih belum menampakkan sebarang pembinaan, walaupun sesi Dewan akan tamat tidak lama lagi.

Beliau berkata, majlis pecah tanah telah diadakan pada Disember 2010, dengan Menteri Belia Dan Sukan ketika itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, merasmikannya.

“dan disaksikan oleh ADUN Rantau Abang ketika itu, Datuk Haji Za’abar bin Dato’ Mohd Adib, dicadangkan oleh kerajaan negeri ketika itu……..peruntukan pembinaan velodrom ini bernilai RM35 juta,” terang beliau.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan tapak cadangan membina velodrom tersebut di Kampung Balai Besar, di pada Ahad, 14 Januari.

Pada 29 Mac, 2018, Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaludin berkata, Velodrom berbasikal negeri Terengganu bernilai RM 12 juta yang akan dibina tidak lama lagi akan dinamakan sebagai Velodrom Azizul Hasni Awang.

Nama itu ditetapkan sempena mengenang jasa jaguh berbasikal bertaraf dunia yang berasal dari Dungun itu dan membangkitkan semangat supaya sukan berbasikal berterusan melakar kecemerlangan.

Beliau berkata, Velodrom tersebut akan dibina mengikut piawaian antarabangsa.

“Dari segi spesifikasi teknikalnya Velodrom ini akan mempunyai trek utama sepanjang 333 kilometer.

“Rekabentuk diambil dari rekaan “roubaix” yang membolehkan laluan masuk dari lebuhraya terus ke velodrom.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melihat rekabentuk yang terbaik untuk membolehkan perlumbaan dari lebuhraya tamat di dalam velodrom,”katanya selepas menyempurnakan acara meletak batu asas tapak velodrom berkenaan, di Balai Besar,

Beliau berkata, pembinaan projek berkenaan dijangkakan siap pada penghujung 2019

Sumber BO - 29-3-2018

























































































Adakah Janji Bayaran Khas ‘One-Off’ Telah ‘Dicapati’ ?

Kerajaan Pusat berjanji dalam Bajet 2018 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 oktober 2017 untuk memberi bayaran one-off kepada guru KAFA, guru TAKMIR, Imam, Bilal dan siak sebanyak RM 1,500.

Bayaran pertama pada bulan januari 2018.

Kerajaan Negeri juga telah mengumumkan dalam Bajet 2018 pada 11 disember 2017 untuk memberi bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 juga kepada 1,326 imam dan bilal.

Jumlah diperuntukkan sebanyak RM 1.99 juta daripada Bajet Negeri RM 1.9 bilion. Bayaran pertama juga dijanjikan sebanyak RM1,000 pada januari 2018.

Imam dan bilal mungkin tersenyum mendengar janji Kerajaan Pusat sebanyak RM1,500 ditambah dengan janji Kerajaan Negeri sebanyak RM1,500.

Melompat gembira imam dan bilal dapat bayaran pertama sebanyak RM2,000 awal tahun 2018.

Betul atau tidak, imam dan bilal dapat bayaran sebanyak itu ? Hakikatnya, imam dan bilal hanya dapat bayaran one-off sebanyak RM1,000 sempena kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia di Terengganu dalam expo bulan mac 2018.

Dikatakan, bayaran itu hanya daripada Bajet Kerajaan Pusat.

Bila pula bayaran one-off daripada Bajet Kerajaan Negeri ? Adakah pengumuman dalam Bajet Terengganu 2018 hanya sandiwara sahaja ?

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
12 rejab 1439H / 29 mac 2018
KHAMIS

Sumber BO - 29-3-2018


























































































Kemenangan Di Terengganu Akan Melonjak Kuasa Politik Melayu Islam

DUNGUN – Terengganu dijadikan antara negeri sasaran, yang perlu dimenangi PAS di dalam PRU 14, untuk meningkatkan lagi kuasa politik bagi orang Melayu Islam.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, berkata orang lain mungkin mempunyai matlamat yang berbagai-bagai, namun bagi pejuang Islam, matlaatanya hanya satu.

“Tapi kita….nyawa kita, hidup kita, mati kita, lillahi taala untuk melihat Islam tertegak diatas muka bumi,” tegas beliau.'

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu juga berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun Kali Ke 59 di Dewan Al Husna, Darul Ansor, Kampung Alur Mak Bah di sini pada 24 Mac.

Oleh itu, kata beliau, PAS mehukan kemenangan di duniia dan lebih-lebih lagi di akhirat
“Tak munasabah kita ni tak mahu kemenangan sedangkan kemenangan itu dijangka oleh Allah Taala, tak di dunia, di akhirat,” ujar beliau lagi.

Justeru itu, tidak sayugia ahli dan penyokong dalam hal ini tambah Ustaz Satiful, hanya sekadar doa semata-mata.

“Kemenangan itu bukan hanya sekadar siapa yang paling kuat bertakbir,” tegas beliau.
Justeru itu, persiapan PAS Terengganu tidak pernah terhenti sejak PRU ke-13 hingga sekarang tidak pernah kurang.

Sumber BO - 28-3-2018



























































































Kita mulia kerana memilih Islam

ALHAMDULILLAH. Beberapa hari ini, ramai rakyat Malaysia yang ingin menjadi ahli PAS di seluruh Malaysia. Selamat Datang diucapkan kepada ahli-ahli baru menyertai PAS. Sama ada anda dari tiada berparti mahupun dari parti lawan PAS dahulu. Pintu PAS terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin membantu PAS menegakkan Islam. 
Silalah masuk, lihatlah persekitaran dalaman PAS, moga anda akan dapat mencari kesesuaian posisi di dalam PAS. 
Paling sesuai ialah bagi orang yang sanggup bersusah payah kerana Allah. Tanpa bayaran, tanpa nama, tanpa diketahui dan tanpa pangkat. Semakin ia diamalkan insya Allah semakin dekat anda dengan Allah. Apa yang anda lakukan di dalam PAS adalah untuk Allah dan akan kembali kepada anda insya Allah. 
Rumah PAS ini ada empunyanya, ada keluarganya dan ada peraturannya. Jika ada sampah, sama-sama kita bersihkan, jika ada rosak, sama-sama kita baiki, jika ada cacat cela, sama-sama kita bantu. Namun membuka walau sedikit ruang bagi musuh merosakkan rumah ini, jangan sekali-kali. 
Akhirnya pesan saya, untuk menguatkan jati diri kita sebagai pejuang Islam, selalulah bermuhasabah diri melalui usrah, kuliah, liqa dan segala program yang kita diamanahkan mengikutinya. Kita kuat bukan kerana ramai, kita hebat bukan kerana pandai, tetapi semua kemuliaan itu dikurniakan Allah kerana kita memilih untuk berada atas jalan Islam. Selagi kita faham semua ini, insya Allah kita akan berjalan seiringan, jatuh bangun bersama, kita akan bergerak bersama-sama di atas jalan yang Allah dan rasul mahukan. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
10 Rejab 1439/28 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 28/3/2018






















































































































































































Sumber HD - 28-3-2018




























































































FB Live bersama Adun Chukai

PAS Dun Chukai telah menganjurkan Facebook Live dalam mengupas isu semasa Terengganu dan Kemaman di Pejabat PAS Kawasan Kemaman, Chukai, kelmarin. Program bertajuk "Anda Tanya YB Jawab" dengan format soalan dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan komen di Facebook itu menampilkan ahli panel iaitu Adun Chukai, Hanafiah Mat. Ikuti semula transkrip jawapan dan penjelasan ahli panel yang disediakan oleh Wartawan Rakyat, NORSAFWAN KHAIRI. 
Latar belakang politik dan pengalaman pertama pilihan raya?
Saya berasal dari Dungun, berhijrah ke Kemaman pada tahun 1984, bekerja di Perwaja Steel Kemaman selama 24 tahun dan kemudiannya meletak jawatan untuk bertanding dalam PRU Ke-12. 
Saya datang dari keluarga orang politik. Datuk saya yang merupakan ahli politik kepada sosialis, kemudian apabila parti tersebut jatuh atau tidak mendapat sambutan, datuk saya menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sejak dari zaman persekolahan lagi, saya minat berpolitik dan saya banyak membaca artikel-artikel tentang politik. 
Pengalaman piliharaya bermula pada tahun 2008, kawan-kawan banyak membantu ketika itu, dan jawatan ketika itu merupakan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman. Ketika dicalonkan, tidak ada bantahan atau sabotaj dari mana-mana pihak dari segala cabang dan sudut. 
Namun ketika itu, tsunami Cina di Kemaman tidak berlaku, Alhamdulillah pada PRU Ke-13, berlakunya pengundi Cina menyokong PAS dan di situlah bermulanya kejayaan di Dun Chukai. 
Bagaimana pemilihan calon PAS dijalankan?
Bukan sifat ahli PAS meminta-minta jawatan, namun apabila saya dicalonkan, saya bersujud kepada Allah S.W.T, memohon petunjuk adakah saya mampu untuk menjadi calon. 
Pemilihan bermula dengan mendapatkan senarai nama atau cadangan dari Cawangan seluruh Dun, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan orang ramai. Kemudian, nama disaringkan atau di kecilkan sehingga mendapat nama yang layak. 
Nama yang dicalonkan akan diangkat kepada majlis syura untuk di analisa sama ada calon ini ada terlibat dengan dosa besar atau mengekalkan dosa kecil, jika ada, calon ini akan ditolak. Jika tiada, Majlis Syura Ulamak akan membawa nama ini kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk ditentukan, barulah nama ini di bawa keperingkat negeri. 
Bolehkah YB ceritkan sedikit apa yang telah berlaku setelah YB peroleh kemenangan?
Selepas menang pada PRU ke 13, perkara pertama yang membuatkan saya terkilan adalah apabila Umno tidak memberi peruntukan kepada wakil rakyat daripada PAS atau pembangkang. 
Kami juga tidak dipanggil untuk hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, begitu juga Mesyuarat Majlis-majlis Daerah atau Pembandaran. Di sini sudah berlaku satu diskriminasi, kerana politik di Terengganu sangat tajam. 
Lalu kami daripada PAS, berusaha mencari kewangan sendiri bagi memastikan semua cadangan dan projek-projek dapat dilaksanakan dan secara peribadi saya sendiri pun banyak menyumbangkan kewangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan NGO-NGO. Namun sumbangan kita sangat terbatas. 
Mereka daripada Umno mendapat peruntukan RM1 juta, mereka jalankan aktiviti dan projek-projek mereka, sedangkan kami bergerak dengan kewangan sendiri. Bayangkan jika kami mendapat peruntukan tersebut, tentunya lebih banyak perkara yang kita akan buat untuk membantu rakyat dengan rekod pemimpin kita yang tidak menyeleweng dan rasuah. 
Bolehkan YB komen sedikit berkenaan jawapan menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini yang tiada pemimpin PAS disiasat oleh SPRM?
Ini merupakan satu bukti, bahawa PAS merupakan parti yang bersih dan dipimpin oleh pemimpin yang bersih. Inilah hasil tarbiyah dan perjuangan yang dibawa oleh Presiden PAS, bermula dari Presiden yang pertama sehingga sekarang dan ini merupakan rahsia kekuatan PAS dapat bertahan sehingga kini. 
Apakah solusi PAS terhadap Zoo Kemaman sekiranya diberi mandat memerintah Terengganu?
Zoo Kemaman merupakan nostalgia kepada saya kerana ia telah membawa saya ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan disebabkan satu artikel yang tidak tahu dari mana datangnya di bawa ke mahkamah kononnya dikeluarkan oleh PAS. 
Zoo Kemaman menelan belanja hampir RM100 juta dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Perkara pertama yang menyedihkan saya hari ini, Taman Tema Air yang menelan belanja RM2 juta itu hanya dapat beroperasi beberapa bulan dan kemudiannya rosak hampir 6 tahun sehingga kini. 
Binatang di sana tidaklah banyak, namun perbelanjaannya setahun hampir RM3 juta. Sedangkan pendapatannya hanya sekitar RM700,000 - RM800,000 dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terpaksa menanggung lebih RM2 juta untuk perbelanjaan operasi dan penyelengaraan. 
Jika PAS memerintah, saya mencadangkan binatang-binatang yang ada diberikan kepada syarikat swasta supaya menjadi ayah angkat kepada binatang tersebut. Syarikat itulah yang akan memastikan makan, minum dan kesihatan seperti yang di lakukan di Zoo Negara. Maka beban MPK tidaklah begitu tinggi. 
PAS akan ubah cara pengurusan, kita akan baiki dan kita tidak akan tutup Zoo ini, Insyaallah, kerana Zoo ini juga merupakan inspirasi kepada anak-anak kami. 
Bolehkan ulas berkenaan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir dan Bas Amphicoach?  
Projek Kenyir ini memakan belanja hampir RM500 juta dan saya bertanya dalam sidang DUN bilakah projek Tasik Kenyir ini akan siap dan beroperasi. Apabila berlaku banjir besar baru-baru ini, sebahagiannya telah tenggelam dan rosak.\ 
Sebab itu, setiap projek kerajaan sepatutnya di kaji terlebih dahulu adakah ia memberi keuntungan kepada rakyat atau tidak. Kerajaan hanya menjalankannya semata-mata ingin menampakkan adanya projek berjalan atau hanya untuk menguntungkan  kroni-knoni dan ini yang nampaknya sedang berlaku. Dan saya menyeru pihak SPRM untuk menyiasat projek ini dan Zoo Bukit Takal. 
Berkenaan bas, kita berbahas di dalam sidang DUN menentang dan menyenaraikan kelemahan pembelian bas ini, namun bas ini dibeli juga dan harganya RM3 juta sebuah dan dibeli dua buah. Hampir 3 tahun lebih bas ini dibeli akhirnya sampai bulan lepas, namun setelah beberapa siri percubaan, bas telah mengalami kerosakan.

Ramai penduduk di sini terlibat dengan industri `Oil and Gas’, apabila berlaku krisis harga minyak menurun, ramai yang dibuang kerja atau hilang pekerjaan, apakah tindakan? 
Saya dah bawa kes ini di sidang DUN yang lepas, apa yang saya nyatakan hampir 30,00 ribu atau lebih telah kehilanga pekerjaan di industri ini dan menyebabkan mereka keluar daripada Kemaman. Sebahagian besar ke Johor, sebahagian ke Kedah dan sebahagian balik kampung. Apabila mereka keluar daripada Kemaman, ekonomi di Kemaman jatuh merudum. 
Saya sarankan kepada kerajaan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada daerah Kemaman yang kerajaan telah meletakkannya sebagai daerah industri dan kerajaan perlu pastikan bahawa, kilang-kilang yang sedia terus beroperasi supaya dapat membina peluang pekerjaan di Kemaman. 
Selain itu, perlabuhan Kemaman agak malap jika dibandingkan dengan perlabuhan Kuantan, sedangkan laluannya lebih dalam dan lebih baik dan jika perlabuhan ini dimajukan, ia akan membuka peluang pekerjaan di Kemaman. 
Isu yang bermain di bibir rakyat adalah Goods and Services Tax (GST), apakah solusi? 
Saya berjumpa dengan tokoh usahawan Cina di Kemaman beberapa hari lepas, katanya dahulu paling minima, boleh dapat keuntungan RM2,000 sehari, tetapi sejak adanya GST dia hanya mendapat sekitar RM100 sehari. Ini menunjukkan GST ini bukan sahaja menindas pembeli, malah kepada peniaga. Banyak kedai-kedai terpaksa di tutup ekoran daripada GST dan dalam manifesto PAS, GST akan dihapuskan. 
Apakah tawaran PAS Terengganu?
PAS Negeri Terengganu sudah mengatur langkah dan strategi, dan kita bersedia untuk kali ketiga melangkah ke Wisma Darul Iman. PAS negeri Terengganu telah menawarkan 20 manifesto kepada rakyat, antaranya Karnival Kahwin kali pertama, pemberian RM300 untuk anak muda dapatkan lesen motosikal, buka permohonan tanah baru dengan geran kekal dan mengecualikan cukai pintu rumah kediaman. 
Saya harap, pada PRU 14 akan datang, rakyat membuka mata dan minda, inilah masa yang terbaik untuk membuat perubahan dan berikan kepercayaan kepada kami (PAS) untuk memerintah negeri Terengganu.

Apakah pesanan kepada pengundi-pengundi di DUN Chukai?
Saya merayu kepada pengundi-pengundi yang telah memberikan undi kepada saya pada PRU 13, untuk memberi undi kepada saya sekali lagi untuk sama-sama kita memastikan Dun Chukai di kekalkan kemenangan dalam pilihan raya kali ini. 
Kepada pengundi pertama kali, marilah bersama-sama mengundi PAS untuk sama-sama menumbangkan Umno-Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Saya yakin PAS mampu membawa rakyat ke arah yang lebih baik. - HARAKAHDAILY 28/3/2018
Sumber HD - 28-3-2018 





























































































Fakta Isu Jerteh Souq






























































































PADA 13 Mac 2010, Dato' Seri Idris Jusoh pernah meminta Majlis Daerah Besut (MDB) mengambil langkah segera bagi memastikan pembinaan projek Jerteh Souq berharga RM70 juta yang terbengkalai diteruskan demi keperluan peniaga dan orang ramai.

Laporan Ketua Audit Negara 2011
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit tahun 2011 menyatakan, pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2011 mendapati secara umumnya, pelaksanaan projek di Besut adalah kurang memuaskan.

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti adalah yuran perkhidmatan perunding bagi projek itu terlebih bayar dan kelewatan menyiapkan projek serta kualiti kerja tidak memuaskan.

Projek Mega di Besut Cecah RM1 Bilion?
Dato' Seri Ahmad Said menggantikan Idris Jusoh sebagai MB pada tahun 2008, terpaksa menanggung projek Jerteh Souq yang terbengkalai sekian lamanya.

Apa tidaknya, hampir RM1 bilion projek-projek yang dicurahkan ke dalam daerah Besut semasa pemerintahan Idris Jusoh itu menjadi beban kewangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

"(Perbelanjaan) Projek sambung (dalam) bajet tahun 2009, kalau saya tidak sambung projek itu, ia akan terhenti. Saya kena belanja bajet (kerajaan negeri sebanyak) RM500 hingga RM600 juta untuk meneruskan projek itu?" kata Ahmad Said dalam satu sidang media pada bulan Mei tahun 2009.

Katanya lagi, projek pembinaan Universiti Darul Iman (UDM) sebanyak RM 250 juta, Taman Ilmu sebanyak RM410 juta, Sekolah Menengah Imtiaz Besut RM145 juta dan pasar Jerteh Souq RM75 juta.

Perbelanjaan itu menurutnya, belum termasuk kos-kos tambahan yang timbul seperti projek Kompleks Taman Ilmu yang akan ditambah lagi sebanyak RM160 juta.

Hadapi Masalah
Bahkan, pada 8 April tahun 2010, Ahmad Said pernah mendakwa pihaknya mendapati projek pembinaan kompleks tersebut menghadapi masalah kerana mutu atau kualiti pembinaannya yang rendah.

Kerajaan negeri menafikan projek pembinaan Kompleks Perniagaan Jerteh Souq berharga RM70 juta di Jerteh di sini terbengkalai akibat isu dalaman politik.

Sebaliknya, Ahmad Said pihaknya mendapati projek pembinaan kompleks itu menghadapi masalah kerana mutu atau kualiti pembinaannya yang rendah.

Harakah dimaklumkan, pembinaan Jerteh Souq melibatkan beberapa fasa yang terdiri daripada pembinaan pasar kering, pasar basah, tempat meletak kenderaan, kiosk dan terminal bas dan teksi.

Pembinaan fasa pertama adalah sebuah pasar kering bernilai RM22 juta bakal dibina, namun disebabkan beberapa masalah teknikal yang berlaku menyebabkan ia tidak dapat diteruskan walaupun telah siap hampir 66 peratus dibina ketika itu.

RM5 juta bina pasar baru Jerteh Souq
Masalah tempat ruang niaga tidak selesa dan kurangnya sambutan orang ramai yang dihadapi peniaga di premis sementara Pasar Jerteh Souq akan dapat diselesaikan apabila sebuah pasar baru akan dibina di kawasan yang lebih strategik dan mampu menarik ramai pengunjung.

Pembinaan pasar berharga RM5 juta itu diluluskan Menteri Besarnya, Ahmad Razif Abd Rahman, kononnya selepas mendengar rintihan peniaga serta permintaan pemimpin setempat yang mahu pembinaan projek Jerteh Souq diteruskan untuk faedah peniaga.

Ahmad Razif yang meninjau masalah peniaga di Jerteh Souq berjanji akan meneruskan pembinaan pusat perniagaan Jerteh Souq selepas ia terbengkalai hampir 15 tahun.

Namun, tinjauan Harakah mendapati para peniaga menghadapi pelbagai masalah kerana ruang niaga kecil selain kedudukan tempat yang tersorok. - eHARAKAH 24/3/2018


Sumber HD - 27-3-2018
































































































Projek Jerteh Souq bernilai RM75 juta gagal































































































APA jadi dengan beberapa projek mega yang diilhamkan ketika mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh berterusan dirundung malang.

Seolah-olah kegagalan itu terus berlaku sebagai hukum karma akibat dari beberapa tindakannya yang menyusahkan rakyat Terengganu Darul Iman, setelah kerajaan PAS pada tahun 2004 lalu.

Jerteh Souq kerana termasuk dalam lima projek mega yang dirancang oleh kerajaan Umno-BN Terengganu dengan menggunakan duit Dana Khas atau wang ehsan yang ditukar dari hasil Royalti Petroleum dan Gas.

Antara projek itu, Gerbang Pelancongan Antarabangsa, Kompleks Taman Ilmu, Jerteh Souq, Lebuh Raya Keruak - Gunong Bongsu dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.

Selepas lebih 10 tahun berlalu, projek peninggalan bekas Menteri Besar yang kini menjadi Menteri Pengajian Tinggi itu masih tergendala.

Mengikut perancangan awalnya yang digembar-gemburkan, pembangunan semula Pasar Jerteh di kawasan lapan hektar itu akan menjadi bandar Jerteh antara bandar serba moden di negeri ini.

Sekarang ini Jerteh Souq itu dibuat pembinaan baharu. Sebelum ini telah dibuat beberapa fasa dan yang terakhir Terminal Bas.

Masalahnya, setelah Terminal Bas itu siap tidak mendapat kelulusan CF (sijil layak menduduki) untuk digunakan sebab pembinaannya dikatakan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

"Sekarang ini, dibangunkan pula bangunan lain di sekitar terminal itu hingga terlindung. Fasa pembinaan Terminal Bas itu gagal," kata Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Beliau berkata demikian kepada Harakah ketika membuat tinjauan isu bongkar bersama Kumpulan Alternatif Media Independent (KAMI) di Pasar Jertih Souq, Jerteh, Besut, baru-baru ini.
Turut bersama beliau, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohammad Nor dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Besut.

SPRM, Audit digesa siasat
Sehubungan itu, Ustaz Wan Azhar menggesa agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara dapat mengambil tindakan pro-aktif terhadap laporan tersebut.

Menurutnya, kegagalan beberapa projek mega yang dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan Umno-BN Terengganu patut diberi perhatian serius apatah lagi ia menelan belanja tidak kurang dari RM75 juta. eHARAKAH 24/3/2018

Sumber HD - 27-3-2018






























































































































































































Rakyat Nak Masjid Kerajaan Umno Buat Pusat Pelancongan

BESUT – Selepas empat bangunan Pusat Pemasaran Ikan Air Tawar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM ) dihapuskan, rakyat berharap tapak tersebut yang terletak di Kampung Darau, dibina sebuah masjid.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, penduduk menanti-nanti agar sebuah ‘rumah Allah’ dibina d kawasan tersebut kerana masjid lama sudah buruk.

Katanya, kawasan masjid lama juga agak terhad dengan tempat letak kereta yang sedikit, tidak mampu menampung keperluan semasa terutama pada musim perayaan.

“orang kampung sangat berharap supaya dapat bina masjid sebab sini (kerana) kawasannya agak luas untuk ‘parking’ dan sebagainya’

“tiba-tiba kita dapati keputusan yang dibuat ialah pusat pelancongan….saya pun tak tahu apa bentuk produk pelancongan yang cuba akan dijual,

”sebab kita tengok sini hanya ada satu tasik….tasik tempat main perahu bolehlah….tak ada apa (aktiviti lain yang boleh dibuat),“ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui meninjau pembangunan di tapak projek itu pada Isnin 26 Mac, setelah mendapat maklumat dari orang ramai.

Beliau berkata, ketika zaman pemerintahan PAS tahun 1999 sehingga 2004 duhulu, kawasan itu memnag telah dicadangkan sebagai tapak masjid.

Selepas itu menurutya, apabila kerajaan Umno-BN memerintah kembali, telah dibangunkan empat bangunan atas nama projek ‘agro-pelancongan’, yang dilaporkan telah menelah belanja RM1 juta.

Kemudian tambah beliau, empat premis tersebut, pusat pemasaran ikan air tawar, kedai perniagaan, sebuah gelanggang futsal dan sebuah ‘wakaf’ yang dibina dengan kos RM1 juta, ‘telah lesap’ tanpa sebarang kesan dan penjelasan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, beliau bimbang kejadian yang sama akan berulang kerana menurutnya, pembangunan pusat pelancongan yang sedang dibina tidak akan memberikan ‘impak’ yang besar kepada masyarakat sekitar.

“Bagi saya tak nampak faedah untuk orang kampung……setakat jual air gitu boleh,

“Keputusan yang diambil agak pelik dan penduduk hari ini memang bersungut tidak puas hati dengan pelaksanaan projek pelancongan di kawasan ini,” tambah beliau lagi.

Katanya, kawasan lapang ditengah-tengah kampung Darau itu lebih bermanfaat jika disirikan sebuah masjid dan pusat pelancongan lebih sesuai di Lata Tembakah atau pun Paya Peda.

“Sepatutnya pelancongan dibuat dikawasan Paya Peda atau di Lata Tembakah ataupun di La Hot Spring,

“Tetapi kenapa dibuat di Darau yang kita nampak hanya ada satu kawasan tasik kecil sesuai untuk main bot ataupun kayak,” soal beliau.

Sumber BO - 27-3-2018
































































































SH diseru kembali ke etika sebenar

BISMILLAH. Saya mempunyai beberapa rakan wartawan dari akhbar Sinar Harian (SH) edisi Terengganu. Saya sangat menghormati profesion mereka. Sentiasa saya cuba mengajak mereka dalam mana-mana majlis utama untuk liputan kerana sebelum ini, akhbar SH tidak terlalu memihak. 
Tetapi agak kecewa dengan cara pemutaran fakta dan tajuk berita yang telah dilakukan sepertinya mahu berkempen menghapuskan PAS bagi pihak lain. Saya percaya SH edisi Terengganu tidak sebegitu. Mungkin ada tangan-tangan luar lain yang cuba merosakkan hubungan SH dengan PAS. 
Saya sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu mewakili BPPNT amat kesal dengan cara pemberitaan SH yang cuba memberikan persepsi buruk kepada PAS. Atas nama Allah, saya menyeru SH dan semua akhbar untuk kembali ke landasan sebenar penulisan. 
Kritiklah PAS tapi jangan memfitnah, marahlah PAS tapi jangan berbohong, kejilah PAS tapi jangan meliar, kerana kita sebagai orang Islam, ada neraca dosa pahala di dalam perbuatan kita. Kepada Allah kami serahkan segalanya. Wallahua'lam. 
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
8 Rejab/26 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 26/3/2018
Sumber HD - 26-3-2018 

PAS hargai jasa pengorbanan PDRM

KUALA TERENGGANU: PAS Kawasan Kuala Terengganu menyambut Peringatan Hari Polis Ke-211 dengan melakukan kunjungan hormat serta agihan kek.
Rombongan itu, diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersama Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed dan Muslimat PAS Kuala Terengganu.
Sehubungan, jurucakap PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Shah mengharapkan agar pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat mengekalkan ketelusan dan kecekapan dalam menjalankan tugasnya.
Katanya, PAS mahu agar PDRM terus menabur khidmat yang cemerlang kepada warga Malaysia.
"Tahun ini PDRM menyambut ulang tahun ke-211, dan sudah pasti usia 211 tahun itu bukan usia yang mentah. Bahkan, PDRM telah mencatat pelbagai kenangan susah payah, pahit getir, suka dan duka di dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. 
"Diawal usianya (PDRM) menghadapi pelbagai kekurangan sehinggalah hari ini PDRM bukan sahaja berdiri megah menabur khidmat kepada rakyat Malaysia. Bahkan, berdiri sama tinggi dengan pasukan polis luar negara. 
"Syabas daripada kami (PAS) buat warga PDRM," ujarnya kepada Harakah selepas membuat kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini semalam. -HARAKAHDAILY 26/3/2018


































































































































































































Sumber HD - 26-3-2018



































































































Pemerintah Yang Gagal Harus Ditukar

KUALA TERENGGANU – Sistem pemerintahan dalam sesebuah negara yang gagal dan tidak efektif serta tidak cekap haruslah ditukar dengan kerajaan baru, untuk menghidupkan kembali sistem demokrasi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perubahan yang ingin dibawa oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya di negeri Terengganu.

Katanya, ini adalah politik harmoni bukan politik balas dendam ataupun politik permusuhan.

“Parti PAS menyertai pilihan raya adalah untuk melakukan perubahan bagi mengajak rakyat dan manusia dalam negara kita ini supaya di selamatkan dengan Islam,

“dan kita hendaklah memahami bahawa politik pilihan raya melakukan perubahan ini seharusnya menjadi suatu pertandingan yang sihat,

“serta politik untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam negara kita dan inilah yang harus difahami setiap diantara kita bahawa perubahan baik yang diimpikan,

“yang sewajarnya diterima positif oleh seluruh rakyat negeri Terengganu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana HARAP 3.8 di Dataran Kuala Ibai, Hadapan Mydin, Jumaat, 23 Mac, disini.

Katanya, banyak projek infrastruktur dan ekonomi yang ada sekarang ini di negeri Terengganu, menghadapi masalah.

“PAS perlu menilai kembal seluruh projek ekonomi dan pembangunan yang sedia ada sekiranya diberi tanggungjawab sebagai kerajaan di negeri Terengganu,

“dan memastikan bahawa projek yang mendatangkan kebaikan dan menyelesaikan masalah rakyat perlu diutamakan berbanding dengan projek mega yang sangat indah pada pandangan mata tetapi tidak mendatangkan manfaat,”tegas beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan baru dibawah pimpinan PAS nanti harus mengambil langkah bagi menilai hasil cukai samada langsung atau tidak langsung yang dikenakan kepada rakyat.

“Cukai yang dikenakan kepada peniaga dan nelayan serta petani dapat dilihat dan dinilai,

“Dan mana-mana kesusahan yang memberikan tekanan kepada rakyat haruslah dikaji dan digantikan dengan perkara yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat,” jelas beliau.

Katanya, perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajaan kepada rakyat (mestilah) bermanfaat dan perlu dinilai hasil keberkesanannya samada cekap atau tidak ataupun menyusahkan rakyat.

“PAS harus memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak kita dari aspek kesihatan, sosial dan keselamatan serta amalan kehidupan beragama di negeri Terengganu,

“Dan perlu memastikan segala projek kerajaan pusat di negeri Terengganu dibawah koridor ECER umpamanya ataupun projek ECRL supaya mendatangkan manfaat kepada rakyat,” jelas beliau lagi.

Justeru, beliau percaya kepimpinan PAS sekiranya diberi amanah akan melakukan perubahan yang terbaik dan mengembalikan kegemilangan, akhirnya negeri Terengganu mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Sumber BO - 26-3-2018






































































































































































































Peniaga Rugi; Kerajaan Perlu Pulihkan Pasar Komuniti AMBS

DUNGUN – Kerajaan Umno Dan Barisan Nasional (BN) digesa memperkemaskan dan memulihkan susun atur premis perniagaan ‘Pasar Komuniti’ di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dekat Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).

Ia adalah sangat penting, kata Haji Ghazali Sulaiman, bagi memberikan ‘nafas baru’ kepada para peniaga supaya lebih berdaya maju.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi itu, keadaan pasar tersebut yang tidak bermaya pasar kini, menyebabkan mereka menanggung kerugian.

Bahkan katanya, ia memberikan imej buruk kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bertanggungjawab mengurus tadbir kawasan terbabit.



































































































Haji Ghazali bersama peniaga Rosli Ahmad dan pelanggan kedai makan di ‘Pasar Komuniti’ AMBS
”Harapan kita supaya dibangunkan balik oleh KETERNGAH ini dan paling kurang bagi peluang kepada penjual untuk berniaga di pasar Komuniti RTC,” katanya

Seorang peniaga kedai makan, Fauziah Binti Setapa berpendapat, lokasi pasar itu tidak strategik yang kata beliau, sepatutnya ia dibina menghadap ke arah jalan utama.

Ia menyebabkan, kata beliau, orang ramai tidak mengetahui kewujudan pasar tersebut.

“Dah kita orang baru orang tak kenal…….kadang-kadang sekitar orang sini pun tak tahu ada kedai makan sini,

”dah tiga tahun dah berniaga disini….sepanjang tahun pertama dan kedua ok (baik), masuk tahun ketiga dan tahun ini memang jualan ‘down’ jatuh…..berat sangat-sangat,



































































































Fauziah Binti Setapa
“Sebab pasar kita di tengah-tengah…. jadi di sekelilingkita semua ada kedai makan kedai nasi,” ujar beliau.

Menurutnya, kekurangan pelanggan yang datang untukmembeli ikan da sayur menyababkan kedai makannya ‘menerima tempias’ tidak dikunjungi orang ramai.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar kedai-kedai lain yang berada dimerata tempat berhampiran kompleks tersebut ditutup dan dipindahkan ke kawasan itu.

Beliau merungut kerana perniagaan tidak mendapat untung, menyebabkan duit simpanannya habis kerana terpaksa dijadikan modal pusingan.

”Terpaksa ambil dan nak simpan kembali memang tak boleh….semakin hari semakin habis duit yang disimpan,” katanya kesal.

Manakala seorang peniaga lain yang ditemui berkata, cara untuk memajukan lagi pasar itu ialah pihak KETENGAH berbincang dengan semua peniaga di bandar AMBS.

Rosli Ahmad berkata, para peniaga hendaklah berniaga di Pasar Borong itu dan semua premis yang tidak sah perlu ditutup.

“Sekarang ini tiada guna kalau sekiranya buat ‘event’ tetapi pelanggan tak ada……nak jual harga murah ikut pandailah tetapi mari duduk sini setempat,

“Kita nak pelanggan biar mari dulu…..kamu nak jual murah pun tak pe atas pembeli pula nak beli, tapi kumpul sini…kita tengok suasana suka dan orang ramai,

“Dan sekarang ini untuk sebulan dua ini memang berat…..kalau berat (nak) naik turun semula,” tambahnya kesal.

Menurut catatan lawan sesawang KETENGAH, Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2014 dan Ianya mula beroperasi seawal jam tiga Pagi hingga pukul satu petang.

Pasar komuniti ini memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat yang mana menjadi pusat pengumpulan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

Pusat pengumpulan itu nanti akan menjadi satu hab perniagaan penting yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk transaksi bahan-bahan mentah, sayur segar serta produk IKS kepada penduduk.



































































































Hentian Bas AMBS, indah dan canggih, tetapi tiada perkhidmatan….

Sumber BO - 25-3-2018




































































































Tukar BN Hari Ini Juga!

KUALA TERENGGANU – Rakyat diseru agar menukar kerajaan daripada pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) pada hari ini juga!

Menurut Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Dato’ Muhammad Ibrahim , hanya PAS sahaja yang boleh membawa negara ini kepada sejahteraan melalui perlaksanaan Undang-undang Islam.

Katanya, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru telah membawa Usul RUU 355 ke dalam persidangan Parlimen untuk memperkuatkan undang-undang Islam.

“Tuan Guru Haji Hadi membawa usul 355…… kenapa kerajaan Umno-BN takut nak bawa Akta 355 .
“Jadi tandanya macam mana (Umno tak boleh bawa)…..PAS nak Islam.. maknanya PAS nak memerintah dan nak menjalankan undang-undang Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana sempena Himpunan HARAP 3.8 di Dataran Kuala Ibai, Jumaat malam, 23 Mac.

Namun katanya, apa yang berlaku di negara ini sekarang, sangat menyedihkan kerana Malaysia meletakkan undang-undang yang paling tinggi ialah perlembagaan.

”sepatutnya (Al-Quran dan Hadis)….. apabila kita memerintah akan datang kita meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan (yang) tinggi sekali,” kata beliau.

Katanya, kedudukan mahkamah sivil dan mahkamah syariah sangat jauh berbeza.

”Kalau mahkamah sivil undang-undang dia denda dia 30 tahun…… hukuman (penjara) 50 tahun denda berjuta-juta tapi mahkamah syariah (hanya) ‘356’,
”tiga tahun penjara, denda RM 5000 dan (hanya) 6 kali sebatan (sahaja yang dibenarkan,” jelas beliau lagi.

Beliau juga berkata, menurut pengalaman yang disakisikannya sendiri, pelaksanaan undang-undang sivil yang diamalkan di negara ini sekarang adalah lebih zalm daripada undang-undang syariah.

”Tuan-tuan tahu….. apabila saya melawat di penjara Kajang bersama dengan Timbalan Pengarah itu, ditunjukkan depan saya cara sebatan diantara syariah dan sivil

“apa yang berlaku sivil tuan-tuan undang-undang atau sebatan dia (sivil) menyakitkan hati dan mencederakan,”

“saya tengok dia palu (rotan) sekali……saya pandang kearah lain (tak sanggup melihat) keluar isi keluar darah pengsan , kencing habis dia heret,” tambah beliau.






































































































Sumber BO - 25-3-2018

20 Tawaran PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU: Selepas PAS dan Gagasan Sejahtera mengumumkan 20 tawaran Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bertemakan Malaysia Sejahtera, kini giliran Terengganu pula.
PAS Terengganu mencukupkan angka 20 tawaran manifesto pilihan rayanya yang bertemakan "Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera" pada acara kemuncak Himpunan Harapan Rakyat-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.8 di Kuala Ibai, malam tadi.
Sebelum ini, 15 tawaran awal manifesto itu telah diumumkan kepada rakyat Terengganu dalam beberapa siri penganjuran Harap 3.0 itu yang bermula di Besut Harap-PGU 3.5, Hulu Terengganu Harap-PGU 3.6 dan Harap-PGU 3.7 di Setiu.
Harap-PGU 3.8 ini merupakan himpunan besar PAS yang terakhir sebelum PRU14 ini dengan beberapa pengumuman penting termasuk lima lagi tambahan manifestonya menjadikan 20 tawaran untuk rakyat Terengganu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussain Awang berkata, 20 tawaran yang segera yang menyentuh perasaan rakyat. 
"Kita telah mengisytiharkan kepada rakyat 15 perkara sebelum ini. Malam ini kita sebut lima lagi tambahan manifesto untuk menjadikannya 20 tawaran kita," ujarnya.
Menurutnya, PAS Terengganu telah mengisytiharkan kepada rakyat sebanyak 15 perkara dan ditambah lima tawaran lagi malam itu.
"Pertama, menambah Sekolah Menengah Agama di setiap Parlimen dan Sekolah Rendah Agama di setiap Dun serta memberi geran tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat dan pengajian Pondok.
"Kedua, mengecualikan cukai pintu rumah kediaman. Ketiga, mengurniakan pencen rakyat RM50.00 sebulan kepada warga emas yang layak. Keempat, menambah keluasaan tanah rezab Melayu dari 118 hektar kepada 1000 hektar.
"Kelima, memperuntukan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah pertama," ujarnya.
Beliau yang juga mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semasa kerajaan PAS memerintah negeri ini yakin tawaran itu disambut baik oleh rakyat seluruhnya. -HARAKAHDAILY 24/3/2018
Sumber HD - 24-3-2018 







































































































PAS Terengganu Tambah Lima Lagi Manifesto Awal PRU14

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang telah mengisytiharkan lima lagi Manifesto Awal pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) menjadikan semuanya 20 perkara, yang didedahkan kepada umum.

Katanya, tawaran tersebut adalah perkara yang menyentuh perasaan dan kehidupan rakyat yang akan dilaksanakan apabila PAS diberikan kepercayaan menjadi kerajaan selepas pilihan raya akan datang.
”Kita telah menggubal satu Manifesto yang akan diagihkan kepada umum dalam masa terdekat,

”daripada Manifesto (yang telah dibuat) kita sedut 15 perkara dan dapada malam ini kita tambah lima perkara menjadikan semuanya 20 perkara tawaran segera,” katanya.

Tegasnya, rakyat telah menunjukkan isyarat yang dapat dilihat pada diri masing-masing bahawa sudah sampai masanya, Terengganu perlukan satu perubahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana sempena Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelapan (HARAP-PGU 3.8) di Kuala Ibai, pada Jumaat malam, 23 Mac.

Manifesto yang dipaparkan melalui tayangan video tersebut adalah seperti berikut;

1.Menambah Sekolah Menengah Agama Setiap Parlimen Dan Sekolah Rendah Agama Setiap DUN Serta Memberi Geran Tahunan Kepada Sekolah Agama Rakyat Dan Pondok

2. Mengecualikan Cukai Pintu Rumah Kediaman

3. Mengurniakan Pencen Rakyat RM50.00 Sebulan Bagi Warga Emas Yang Layak.

4. Menambah Keluasan Tanah Rizab Melayu Daripada 118 hektar Kepada 1,000 hektar.

5. Mengadakan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang Sebanyak RM5 Juta Setahun Untuk Anak Terengganu Melanjutkan Pengajian Di Peringkat Ijazah Pertama


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu berkata, rakyat yakin bahawa hanya PAS sahaja parti politik yang tidak ada masalah dalam negara ini.

”Umno dan BN sehingga kini tidak boleh mengadakan mesyuarat agungnya kerana bimbang kepimpinan yang ada akan jatuh,

”parti yang memerintah (itu) juga menghadapi pelbagai masalah, 1MDB….GST dan bermacam-macam penindasan terhadap rakyat,” jelasnya.

Manakala parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan, katanya, sedang berebut kerusi dan kedudukan masing-masing sehinggakan belum memerintah sudah berbalah tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri

Sumber BO - 24-3-2018







































































































Motif projek kayakan kroni kapitalisme

BESUT: Projek Jerteh Souq hanyalah pembangunan bersifat kroni kapitalisme di mana diberi kepada kontraktor yang rapat dengan Umno-BN dan menambah senarai pembinaan bermasalah di Terengganu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, Jerteh Souq juga telah menjadi sebahagian daripada projek-projek mega kontroversi lain di negeri itu yang tidak mendatangkan manfaat secara jelas.
Beliau menyenaraikan projek mengalami nasib seumpama seperti Kompleks Taman Ilmu Tembila, pembangunan di Kenyir dan Mini Zoo Bukit Takal Kemaman, projek rumah rakyat di Pulau Perhentian dan lain-lain.
Kesalinya, projek-projek sedemikian bukan sahaja menggunakan dana sangat besar, malah ada yang terbengkalai atau telah menjadi 'gajah putih', sedangkan ia mengkayakan pihak kroni dengan mengaut untung.
Ketika sama ujarnya, para peniaga dipengaruhi dengan pembangunan penuh hiasan, walhal hasil jualan diraih mereka tidak meningkatkan pendapatan, selain berhadapan pelbagai masalah lain termasuk jenayah. -HARAKAHDAILY 24/3/2018
(Ikuti pendedahan lanjut beliau disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2334 edisi Isnin yang bakal berada di pasaran  esok
Sumber HD - 24-3-2018 









































































































Penduduk KETENGAH Mengeluh, Rumah Mereka Belum Diberi Hak Milik

DUNGUN – Penduduk yang tinggal di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengeluh, apabila rumah mereka duduki sejak puluhan tahun, masih tidak dapat hak milik kekal walaupun sudah menjelaskan semua bayaran.

Raja Abdullah Raja Salleh yang tinggal di kawasan rumah ‘blok A’ berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak sendiri, semasa pertemuan dengan para penduduk di Paka beberapa bulan lalu, telah berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau yang telah menetap di Durian Mas sejak 40 tahun lalu kesal’ kerana sebaliknya, selepas pertemuan itu, beliau masih belum mendapat ‘geran’ rumahnya sendiri.

“Semasa baru-baru ini (saya) naik ke pejabat bayar dekat kaunter dan dia kata bayaran (rumah dan tanah saya) habis dah habis,

“(kata penjaga kaunter itu) kalau pun saya terlebih bayar, KETENGAH akan beri balik hak lebih (yang selebihnya),” ujarnya.

Beliau hairan kerana katanya, walau pun sudah menyelesaikan semua bayaran, namun kemudiannya, beliau diberitahu, masih berhutang kepada KETENGAH.

“Tapi (kemudian) memang kita dah bayar……habis dah dan jelas dah…..dia (KETENGAH) janji nak beri pada bulan September (lepas)……sampai sekarang masih tak dapat lagi,” katanya kesal.

Raja Abdullah berkata demikian ketika dikunjungi oleh Pengerusi Majlis Tindakan DUN, PAS Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman di rumahnya, pada Rabu 21 Mac.

Oleh itu, beliau kesal kerana katanya, kerajaan sepatutnya tidak boleh pilih kasih dalam memberi bantuan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan tidak perlu dibuat sebarang semakan ‘pemutihan’ kerana ia adalah jelas, rumah dan tanah tersebut adalah miliknya.

“Bila ditanya dipejabat tentang geran saya……mereka jawab, Exco (Majli Mesyuarat Kerajaan Negeri) t tak tandatangan lagi……Exco buat kerja benda?

“Maknanya tak cara (tak buat kerja) enam bulan dah (berlalu) masih tak selesai,” soal beliau.








































































































Haji Ghazali (kanan) dan Harun Taib (kiri)
Beliau amat bimbang kerana duduk dalam keadaan sekarang tanpa sebarang dokumen, mungkin dihalau keluar dari rumahnya sendiri.

Sehubungan dengan itu, seorang penduduk lain yang ditemui, Harun bin Taib berkata, beliau juga menghadapi masalah yang sama seperti jirannya, Raja Abdullah.

Katanya beliau sudah menyelesaikan tunggakan bayaran sebanyak RM4,000 dengan wang yang diberikan oleh anaknya.

”pada mulanya ada tunggakan RM4,000, kemudian anak kita hantar duit, jadi kita bayar , kita dah bayar…..bayar habis semua,

”tapi tak boleh geran pun, dia janji nak beri geran,” ujar beliau

“Borang pindah milik KETENGAH diserahkan kepada pemilik baru yang sudah ditandatangani dan diberi salinan,








































































































Rumah Harun Taib
“Geran milik kekal kita tetapi tak tahu bila kerajaan akan beri,”tambah beliau.

Justeru itu, PAS berharap agar pihak berkenaan berfikir panjang dan mempermudahkan serta meluluskan geran supaya penduduk sifat kebencian tidak berlaku kepada pemimpin kerajaan.

“harap pihak berkenaan supaya mempermudahkan diluluskan geran kepada mereka-mereka ini yang saya rasa kalau perkara ini berlaku kadang-kadang (menjadikan) kebencian kita jadi meningkat,
“Jadi (kita) mengharapkan supaya pihak berkenaan berfikir panjang khasnya kepada penduduk kita pribumi di Bandar Al-Muktafibillah Shah,” ujar Haji Ghazali

Sumber BO - 24-4-2018









































































































Manifesto PAS Terengganu ‘Realistik’, Boleh Laksana

KUALA TERENGGANU – Tawaran Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dikemukan oleh PAS Terengganu adalah ‘realistik’ dan boleh dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, walaupun janji tersebut diisytiharkan awal oleh kepimpinan PAS, namun ia tidak sedikit pun merugikan parti itu.

Bahkan katanya, rakyat negeri Terengganu mendapat manfaat lebih awal, sebelum daripada PAS menang kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tertekan.

”kami pimpinan Dewan Pemuda ada bersemuka dengan pemimpin PAS negeri Terengganu (dan) kita tanya sebab apa kita nak umum (Manifesto) awal sangat? Kalau kita umum awal, Umno akan tiru,

”pemimpin kata kita sedar (perkara itu) tetapi kita memiliki mesej yang tersendiri bila mana kita lontarkan perkara (janji) ini rakyat akan dapat manfaat,

”Umno akan terdesak (dengan tawaran) PAS……oleh sebab itu, mereka tawar balik tanah kepada rakyat dan mereka segerakan kelulusan kepada rakyat,

”Dato’ Menteri Besar sendiri menyatakan bahawa (akhirnya kerajaan) akan bagi tanah sebanyak 5000 lot tanah untuk diberikan kepada rakyat,” jelasnya.

Maknanya kata beliau, mesej pemimpin dan kehendak PAS telah dilaksanakan oleh Umno-BN, kerana mereka terpaksa menyambut apa yang ditawarkan dalam Manifesto tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata demikian ketika berucap pada sesi pertama Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelapan (HARAP-PGU 3.8) di Kuala Ibai, pada petang Jumaat 23 Mac.

Sehubungan itu, beliau yakin melalui perancangan yang dibuat berdasarkan Manifesto PAS Terengganu, kerajaan akan datang tidak lagi bergantung kepada Dana Khas atau pun Royalti Petroleum.

Katanya, PAS telah membuat unjuran yang berupaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM1 bilion dalam masa setahun.

Oleh itu, menurutnya, sokongan rakyat adalah diperluka supaya PAS menang pada pilihan raya umum akan datang dan dapat memperbaiki kerosakan ekonomi yang telah dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

“hari ini pemimpin kita lebih bersiap sedia nak ambil alih Terengganu ini (dan) kita sudah letak dan (satu) bentuk perubahan (dalam) pemikiran tak perlu bergantung kepada dana khas, royalti.

”Tapi saya nak bagi tahu, dia tak boleh (dicapai) dalam musim tahun yang pertama (dan) yang kedua,
”(kerana) kita perlu bentuk balik kekuatan ekonomi negeri setelah daripada kita memerintah (dalam tempoh itu) in shaa Allah dengan perancangan yang teliti disusun,

”kita akan boleh unjurkan hasil yang cukup baik sehingga mencecah RM1 billion,” tegasnya.

PAS Kawasan Kuala Terengganu menjadi tuan rumah kepada HARAP-PGU 3.8, merupakan himpunan terakhir mobilisasi rakyat menjelang PRU14, yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Program dengan tempoh yang lebih pendek dan padat, hanya selama sehari, berbanding himpunan di daerah lain, akan mengisytiharkan lima lagi Manifesto tambahan awal, untuk rakyat.











































































































Sumber BO - 24-3-2018












































































































‘Datuk Sohok’ Seru Umat Istiqamah Memperjuangkan Islam Bersama PAS

KUALA TERENGGANU – ‘Datuk Sohok’ atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud berikrar dan menyeru agar semua umat Islam istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama.

Beliau berkata,Islam akan mendapat kemenangan dan akan duduk diatas, apabila PAS menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Saya akan istiamah, sampai bila-bila….kita semua kena istiqamah untuk Islam, untuk kita semua. Kalau kita istiqamah, kemenangan akan ada bersama,

”bila kemenangan baersama kita, Islam akan duduk diatas sebab sekarang ni kita berjuang supaya Islam duduk di atas (tempat yang tinggi),” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai seruan akhirnya pada Program Santai beliau bersama Ustaz Azhar Idrus sempena Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelapan (HARAP-PGU 3.8) di Kuala Ibai, pada petang Jumaat 23 Mac.

Pelakon terkenal negara itu itu tanpa rasa ‘kekok’ dan ragu-ragu turut mengajak umat Islam di negara ini, agar yakin dengan kepimpinan ulamak yang diterajui oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

”kita kena yakin dengan Islam yang dibawa oleh Parti (Islam SeMalaysia) kita kena percaya kepada Presiden kita…..bila kita istiqamah Islam akan duduk diatas,” jelasnya.

Program berkonsepkan ‘satira hijau’ selama hampir dua di hadapan premis Mydin telah ‘memaku’ dan memukau lebih 5,000 orang hadirin.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah selaku pengacara, telah menghidupkan ‘soal jawab’ yang sarat berisi ilmu dan maklumat, disamping berjaya menghiburkan orang ramai.

Mustapha Kamal, yang telah berkempen diatas pantas PAS sejak pilihan raya umum kali ke-1 lalu, mengakui belum pernah ke luar negeri selain dari Kelantan.

”saya mula berkempen sejak PRU 2013 lepas….tapi di negeri Kelantan sahaja, ada permohonan dari negeri lain tapi saya tak pergi,” kata beliau

Beliau yang berasal dari Kampung Cempaka, Panji, Kota Bharu turut mengakui “ada sangkut paut dan pertalian darah,” dengan mantan Mursyidul Am PAS, almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.












































































































Sumber BO - 24-3-2018













































































































Owners Of Last Remaining House On RM4.5 Billion KTCC Land Stand Their Ground

KUALA TERENGGANU: The days of the last kampung house standing smack in the centre of the multi-billion ringgit Kuala Terengganu City Centre (KTCC) development appear to be numbered.

The Wan Yusop family are the only holdouts on the land earmarked for the RM4.5 billion development; and continue to stand their ground at their traditional wooden bungalow at Kampung Ladang, Tanjung, along Jalan Sultan Zainal Abidin here.

House No 19 has been the talk of the town for several months now, especially after the family was reported to have asked for RM20 million in compensation in order to abandon their home.

The days of the last kampung house standing smack in the centre of the multi-billion ringgit Kuala Terengganu City Centre (KTCC) development appear to be numbered. Pix by Ghazali Kori
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman said negotiations with the family’s representatives are ongoing, and an amicable solution will be reached.

“All the other occupants of the land have moved out and appropriately compensated.

“There is no court case involving this last house and we hope to find a solution soon,” he told NSTP.
However, family member Wan Mokhtar, 65, said that they are adamant in acquiring the RM20 million compensation for the 80-year-old property from the developer, before they would move out.
Meanwhile, heavy machinery and a large number of foreign labourers are already working on an 11-hectare piece of land surrounding house No 19, which is situated on a cape overlooking the South China Sea.

Sumber BO - 24-3-2018












































































































Lombong Bukit Besi; Pekerja Asing ‘Rampas’ Peluang Kerja

DUNGUN – Penduduk tempatan kesal kerana tenaga kerja lombong bijih besi di Bukit Besi adalah terdiri daripada pekerja asing yang disifatkan merampas peluang kerja mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi MTD Bukit Besi, Naraza Muda, lebih 85 peratus pekerja empat lombong yang beroperasi, dibawa dari Bangladesh dan Indonesia.

Sedangkan katanya, ramai rakyat Terengganu yang masih lagi tidak ada pekerjaan apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi dan mencengkam kehidupan.

Hatta katanya, sehingga kerja buruh kasasr dan pembandu lori juga adalah terdiri daripada perkerja luar negara.

“Sepatutnya pihak negeri menguatkuasakan segera peraturan untuk tidak membenarkan tenaga pekerja asing,

“Dan pekerja biasa sepatut diberi kepada rakyat kitalah kecuali bahagian yang tidak ada kepakaran bagi penduduk tempatan,

“Itu wajarnya diberi kepada warga asing dan kita warga tempatan boleh ambil ilmu daripada mereka untuk kita jadikan orang kita berilmu,

“Bukan hanya memberi sampai pemandu lori dan jengkaut serta ‘tukang jaga’ pun orang asing,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau operasi lombong tersebut, Rabu, 21 Mac.

Oleh itu beliau menggesa kerajaan menguatkuasakan polisi penetapan jumlah pekerja asing dalam sektor itu.

Beliau juga mendesak kerajaan melaksanakan janji, tidak membawa hasil bijih keluar dan mestilah diproses dalam negeri Terengganu.

Beliau menyerankan hanya 20 peratus sahaja pekerja asing yang diambil dan para pengusaha lombong mesti megupah 80 peratus tenaga kerja dari kalangan penduduk tempatan.

“Tetapi seperti sekarang ini terbalik 80% warga asing dan 20% warga tempatan. Sewajarnya perlu dilihatlah,” jelasnya.

Beliau turut kesal kerana katanya, bandar Bukit Besi dan pembangunan sekitarnya adalah kerana wujudnya industri yang sudah berusia ratusan tahun.

Namun begitu katanya, ia benar-benar jadi sejarah apabila dimaklumkan usaha menggali khazanah negeri itu tu tidak lagi menggunakan khidmat penduduk tempatan.

”(dahulu) orang kita bekerja (lombong milik orang asing) dan lahir ramai pakar-pakar ilmu perlombongan tetapi kini tinggal sejarah,

“aktiviti perlombongan ini berjalan hampir tiap hari dan sebenarnya kawasan ini telah ditebus guna namun masih ada lagi galian-galian berharga disini,

“Selain daripada bijih timah dan bijih besi ada juga pihak mendakwa terdapat galian lain yang setakat ini kita tidak ada satu bukti saintifik,

“yang menyatakan ada unsur bijih timah dan juga galian yang berharga,”tambah beliau.

Kata Naraza, ketika pada masa pemerintahan Menteri Besar Dato Ahmad Said, kerajaan telah meluluskan sembilan lesen untuk melombong tetapi sekarang hanya empat beroperasi.

Menurutnya, tanah seluas 2,553.2 hektar (6,309.08 ekar) di kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Besul Tambahan, telah diluluskan untuk pajakan melombong bijih besi kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada tahun 2012.

“Tapi kini telah hampir dua tahun operasi pembalakan dilakukan tidak ada aktiviti perlombongan sepertimana diluluskan pihak kerajaan untuk melombong kawasan baru sebanyak dua ribu hektar lebih,

“jadi kita tertanya (tanya) juga apabila kawasan balak sudah diluluskan dan dikeluarkan tetapi kenapa kerajaan tidak mengaktifkan aktiviti perlombongan secara komersial,

“yang sepertimana disebut oleh Dato Seri Mat Said ketika itu kerajaan negeri akan memproses material hasil bumi di negeri Terengganu (di dalam negeri),” tegas beliau lagi.

Justeru katanya, pelaburan yang didakwa kerajaan melibatkan wang berbilion ringgit embina kilang Eastern Steel, tetapi hari ini masih lagi tidak berlaku sepertimana yang dirancang.

“Sewajarnya rakyat Terengganu melihat bagaimana kepentingan industri bijih dan juga pekerjaan kepada tempatan,

“Dan kerajaan mesti cari pelabur ambil bijih besi proses di negeri Terengganu tanpa perlu dibawa keluar negeri,”katanya.

Beliau benar-benar berharap kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memantau pengeluaran hasil bumi itu supaya memberikan faedah maksima kepada rakyat dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sumber BO - 23-3-2018













































































































Ahli Dan Penyokong PAS Digesa ‘Melonjakkan’ Usaha

MARANG – Ahli dan penyokomg PAS digesa meningkat dan melonjakkan lagi, segala usaha dan pengorbanan, sehingga akhir hayat dalam perjuangan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, langkah munajat yang dilakukan ada untuk menyerahkan segala usaha yang telah dibuat, kepada Allah.

”kita telah bersama-sama telah memanjatkan doa dan menggantungkan harapan dan terus bertawakkal kepada Allah ta’ala,
”bukan bererti bahawa selepas daripada ini kita terus berpeluk tubuh, tetapi kita mestilah terus bekerja sehinggalah Allah memberikankan kemenangan dan kedaulauatan kepada agamaNya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan lebih 3,000 orang jamaah yang hadir, pada program Munajat Kali Kedua di Masjid Rusila, pada awal hari ini, Jumaat 23 Mac.

Oleh itu, bagi pihak kepimpinan tertinggi PAS Terengganu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama pada program itu yang bermula pada kira-kira jam 4.30 pagi.

”in shaa Allah, selepas ini kita akan meneruskan munajat kita, kalau tidak diperingka negeri, (akan diadakakan) di peringkat Kawasan Parlimen,

”serentak pada waktu yang ditentukan, beberapa kali lagi, untuk sama-sama seluruh negeri bangun dan solat hajat, bermunajat kepada Allah,” kata beliau.

Semoga dengan rasa ‘kerdil diri’, katanya, dan kekuatan serta kebergantungan seluruh ahli dan penyokong PAS, kemenangan yang dihajati bagi melaksanakan perintah Allah, akan menjadi kenyataan.















































































































Sumber BO - 23-3-2018















































































































Pemuda PAS, Imam Care sumbang kerusi roda

MARANG: Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang bersama NGO Iman Care telah menyumbangkan kerusi roda kepada warga emas, Abdul Aziz Embon, 65.
Beliau yang kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis menerima sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Serahan itu disampaikan sendiri rombongan Pemuda PAS dan Iman Care di kediaman Abdul Aziz di Kampung Kelulut, di sini semalam.
"Pok Aziz rasa sangat terharu dan gembira yang amat sangat kerana anak-anak Pemuda (PAS) datang ziarah bawa bersama kerusi roda, Alhamdulillah.
"Rasa syukur ini kerana lama doh Pok Aziz nok kerusi roda ini tapi tak ada rezeki lagi masa itu," ujarnya dengan rasa terharu.
Selain itu, Pok Aziz juga masih mempunyai seorang anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berusia 11 tahun.
Hadir sama Ketua Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Mohamad Aswadi Mohamad serta Jawatankuasa PAS Cawangan Kelulut. -HARAKAHDAILY 23/3/2018
Sumber HD - 23-3-2018 















































































































Himpunan besar PAS, terakhir sebelum PRU14

KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu akan mengadakan himpunan terbesar parti itu yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hari ini.
Himpunan Harapan Rakyat-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.8 yang diadakan di Kuala Terengganu ini bagi mencukupkan siri penganjurannya di lapan kawasan seluruh negeri Terengganu.
Pengarah Harap-PGU 3.8, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyeru seluruh pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong PAS hadir pada himpunan terakhir ini.
"Saya menyeru seluruh pemimpin dan ahli PAS serta penyokong parti ini untuk hadir beramai-ramai ke program Harap-PGU 3.8 pada hari ini bermula jam 3.00 petang sehingga 12:00 malam bertempat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
"Jam 3.00 petang perarakan konvoi pemuda dan persembahan Buskers. Pada jam 5.00 petang santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Dato' Sohok Pok Ya Cong Codei, kuliah Maghrib dan Munajat bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussain Awang dan Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Acara kemuncaknya adalah pada malam ini jam 9.00 malam. Amanat Tuan Guru Presiden PAS, pengistiharan lima manifesto akhir PAS Terengganu, persembahan lagu tema Terengganu Maju Berkat Sejahtera, penyerahan Dana RM1 Juta dan banyak lagi acara lain," ujarnya kepada Harakah, hari ini.
Kata Ustaz Wan Sukairi, ini adalah program kemuncak dan terakhir sebelum pembubaran Parlimen ke-13 pada bila-bila masa dari sekarang. 
Menurut beliau, kehadiran ahli parti sangat penting bagi mewujudkan gelombang kebangkitan PAS di Kuala Terengganu khususnya dan Terengganu amnya.
"Semoga Allah S.W.T memberi kepada kita semua kemenangan kepada Islam di bumi Terengganu dan Malaysia, insya-Allah," ujarnya.
Sebelum ini, PAS Terengganu telah mengadakan beberapa siri himpunan Harap 3.0 itu sejak tahun 2015 ditujuh kawasan iaitu harap-PGU 3.1 di Kuala Nerus, Dungun (Harap-PGU 3.2), Marang (Harap-PGU 3.3), Kemaman (Harap-PGU 3.4), Besut (Harap-PGU 3.5), Hulu Terengganu (Harap-PGU 3.6) dan Harap-PGU 3.7 di Setiu. -HARAKAH 23/3/2018
Sumber HD - 23-3-2018 

















































































































Pemimpin Umno-BN, Mula ‘Keluar Masuk’ Kampung

DUNGUN – Tanda-tanda saat, dekat dengan pilihan raya umum (PRU) ialah apabila pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini ‘tidak nampak batang hidung’, mula keluar masuk kampung

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, jangkaan sebahagian besar daripada para pemerhati politik tanah air, PRU ke -14 adalah terlalu semakin hampir.

“Ada yang (kita) nampak panjat tangga……salin dinding dan tukar atap, ada yang nampak kalau kat kampung tu pergi menoreh getah,

“Dan ada yang naik basikal bersama orang kampung…. ada yang bawa kereta sorong buat kerja bersama dengan masyarakat…..ada wanita nampak suap makanan kepada mulut orang tua,” ujarnya.
Tidak kurang juga yang kita tengok, kate beliau, mereka bersama masyarakat hanya pada hari ini, membawa sekampit bagi duit.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Majlis Perasmian Markaz Unit Peti Undi (UPU) Teluk Lipat, pada Rabu 19 Mac.

Katanya, berbagai –bagai lakonan yang semua itu menggambarkan bahawa inilah tanda-tanda hampirnya berlaku pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Macam kiamat juga ada tanda-tanda akhir (zaman) sedangkan kerja-kerja kebajikan dan kerja bersama masyarakat ini bukanlah kerja lima tahun sekali,

“Nak pilihanraya (barulah pemimpin Umno) sibuk turunlah jumpa orang susah… melawat orang sakit…,” jelasnya.

Sebaliknya, kata beliau, bagi Parti Islam Semalaysia (PAS) kerja-kerja kebajikan, dakwah dan menyeru kepada makruf adalah kerja yang berterusan dan berlangsung sepanjang masa.

“Kita melihat pemimpin dan ahli kita diperingkat kawasan dan peringkat DUN serta cawangan sentiasa melakukan kerja-kerja yang bersifat kebajikan bukan hanya nanti dekat pilihanraya,

“Itulah kerja yang bersifat Istiqamah bukan kerja yang bersifat bermusim,(bukan hanya) nak pilihanraya barulah kita nak jumpa nak jemba (jumpa) orang susah,” tambah beliau.

Sebab itu itulah, katanya, pimpinan PAS sentiasa berada di sisi masyarakat pada masa, sama ada kalah atau menang dalam pilihan raya.

“Kita telah turun berjumpa dengan orang sakit dan orang susah membantu mereka dengan menziarahi dan menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebanan mereka tidak terhenti hinggalah hari ini.
“Dan inilah merupakan dasar perjuangan kita sebagai seorang Islam yang wajib untuk kita bersama dengan perjuangan PAS ini,” kata beliau

Sumber BO - 21-3-2018

















































































































Kursus ‘Meroti’ Kurangkan Kos Sara Hidup

KUALA TERENGGANU – Dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin mahal, Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar berharap kursus membuat roti (meroti) yang yang dianjurkan dapat mengurangkan kos sara hidup mesyarakat.

Ketuanya, Najihah Ramli berkata, ekonomi yang mencabar memerlukan kepada kemahiran menghasilkan makanan di rumah dan tidak bergantung kepada keluaran kilang.

”program (meroti) pada hari ini diharap mampu memberi semangat yang baru (dalam menghadapi) kesempitan hidup dengan semua barangan dan perkhidmatan yang berbayar,

”dapat menjaga kebersihan dan tidak nengharapkan barangan keluaran kilang dan mungkin menetuskan idea yang baru untuk memulakan perniagaan selepas ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Meroti Bersama Chef Aasseh Ashikin yang diadakan di Kampung Losong pada Selasa, 20 Mac.

Saranan beliau disokong oleh Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed.

Ketika berucap merasmikan program tersebut, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu berkata, program yang dianjurkan memberi kebaikan penduduk dalam kita mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi serba mencabar pada hari ini.

Katanya, program yang diadakan bukan sekadar teori tetapi dengan praktikal, memberikan bukan hanya kepandaian kepada peribadi ataupun keluarga, tetapi boleh mengembangkannya sehingga menjadi seorang usahawan.

”Dari sudut kita….tak rugi kita mencebur atau mendapat maklumat dan kemahiran untuk kita membuat ataupun menyediakan roti kerana dalam keadaan kita melihat suasana ekonomi kita hari ini,
”dan kita melihat keperluan dalam keadaan kita masyarakat kita hari ini (banyak) kilang-kilang ataupun roti yang dihantar ke kedai-kedai runcitdan pasar raya supermarket, banyak dipelopori orang bukan Islam,”jelasnya.

Oleh kerana itu, kata beliau, program yang kita buat bukan sekadar teori tetapi dengan praktikal, memberikan bukan hanya kepandaian kita secara peribadi bahkan boleh melebar dan memperkembangkannya sehingga seorang menjadi seorang usahawan.

“Insya Allah dengan apa yang kita buat ini banyak memberi kebaikan pada kita dalam kita mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi serba mencabar pada hari ini.

Katanya, dalam sirah kehiduoan Rasulullah SAW pernah berlaku, baginda didatangi oleh seorang lelaki yang minta bantuan.

”nabi (Muhammad) tidak beri duit tapi dia pergi masuk kat dapur….. dia bagi tali dan dia bagi kapak,
apabila bagi kapak dan tali……lalu orang tersebut ambil kapak dan tali pergi cari kayu.

”ada sahabat tanya kenapa Rasulullah tak bagi duit tak bagi makanan. Kata Rasul ‘kalau aku bagi makanan kalau aku bagi duit nescaya besok lusa (dan) mereka akan terus begitu (susah),” kata Ustaz Ahmad.

Justeru, kata beliau, kemahiran perlu ada kepada masyarakat supaya boleh menyelamatkan mereka dari kemiskinan disamping terus berusaha menurut apa yang diperintah oleh Islam, mencari yang halal.



















































































































Sumber BO - 21-3-2018



















































































































Bas Amphicoach yang meragukan

KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu menuntut jawapan kerajaan negeri bagi merungkai keraguan dalam pembelian bas Amphicoach (dua alam) yang berharga RM3.3 juta setiap satu. 
Ini kerana, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, janji kerajaan negeri ketika Dato' Seri Ahmad Said menjadi Menteri Besarnya adalah dua Amphicoach. 
"(Mantan) Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said dulu berjanji membeli dua bas Amphicoach daripada Malta. 
"Tapi hanya satu sahaja yang dibeli dan sampai (Terengganu) dengan harga RM3.3 juta melalui Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd. 
"Kontrak beli ditandatangani pada 2014 supaya syarikat itu membekalkan dua unit bas amfibia AmphiCoach GTS-1," ujarnya kepaha Harakah, hari ini. 
Menurutnya, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif pernah berjanji bas itu mula beroperasi Mei 2015, kemudian terus berjanji dalam sidang Dun Terengganu bahawa dijangka sampai Jun 2017. 
Malah katanya, Ahmad Razif berjanji kerajaan negeri akan mendapat pampasan kerana kelewatan dan tidak mematuhi kontrak tersebut. 
"Persoalannya, kenapa hanya sebuah bas yang diterima sekarang. Berapakah harga sebenar atau harga kilang seunit bas amfibia itu dan kenapa penghantarannya lewat sehingga hampir tiga tahun? 
"Berapakah kos pampasan yang diterima daripada kelewatan dan tidak patuh kontrak. Adakah bas itu berupaya untuk digunakan di musim banjir dengan arus yang deras? 
"Bila pula bas ini akan dihantar ke Tasik Kenyir. Bagaimana penyelenggaraan atau membaiki kerosakan bas ini serta berapa anggaran kosnya," soal beliau selaku Adun Bukit Payung. 
Ustaz Mohd Nor turut mempersoal sama ada Kerajaan Terengganu telah membuat kajian yang lengkap dan menyeluruh sebelum pembelian bas amfibia tersebut. 
Kenderaan bas amfibia (amphicoach) buatan Malta itu tiba di negara ini Februari lalu dan kini telah berada di Terengganu. 
Namun, setelah dua kali dipandu-uji bas dua alam itu di Sungai Terengganu telah berlaku kerosakan taknikalnya hingga menjadi tular di laman sosial serta mendapat cemuhan masyarakat umum. - HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018 






































































































































































































































Ahmad Razif akui bas amfibia tercabut 'blower hose'

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman terpaksa membuat pengakuannya apabila video tular di laman sosial Facebook mengenai kerosakan bas amfibia dua alam itu. 
Namun, kerajaan negeri menafikan bas amfibia itu rosak, sebaliknya hanya hos peniup udara (blower hose) kenderaan Amphicoach tersebut tercabut ketika beliau memandu ujinya di Sungai Terengganu. 
"Itu cuma masalah kecil saja. Saya sendiri yang pandu uji bas berkenaan dan mungkin akibat kesilapan saya yang memandu kenderaan itu dengan laju secara mendadak menyebabkan peniup udara tercabut. 
"Memandangkan ketika ini ia masih dalam tempoh ujian dan percubaan, saya sudah minta supaya kenderaan itu diuji lagi selepas ini. 
"Ini penting kerana kita mahu pastikan bas ini boleh berfungsi sebaik-baiknya di dalam air dan atas darat sebelum ia mula beroperasi," ujarnya bagi meredakan kritikan netizen tersebut. 
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara EPIC Berhad, CMC Engineering Sdn Bhd dan T7 Global Berhad di Wisma Darul Iman pada 14 Mac lalu. 
Sehubungan itu, Pengerusi NGO Alifbata Srikandi Masyhur yang juga Sekretariat Ummah Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin menegur cara pengurusan wang rakyat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu. 
"MB (Ahmad Razif) boleh meminta maaf tetapi wang lebih RM3 juta itu (harga bas) adakah boleh dipulangkan kepada rakyat Terangganu? 
"Pembaziran yang dilakukan oleh beliau menyebabkan sebilangan wang rakyat digunakan bertujuan untuk hiburan yang tidak munasabah. 
"Saya melihatkan wang itu amat membazir dan tidak berguna kerana bas air itu dibeli tanpa diuji terlebih dahulu dan kesannya setelah dua kali digunakannya sudah rosak," ujarnya kepada Harakah. 
Beliau berpendapat bahawa harga nilaian sebuah bas berkenaan boleh menyelamatkan sebilangan masalah sosial remaja, jika diperuntukkan bagi mewujudkan rumah perlindungan wanita di Terangganu. 
"Mengapa MB Terangganu tidak memikir dan berjimat tentang pengunaan duit rakyat. Adakah dengan memohon maaf itu sudah cukup untuk memulangkan kos pembelian bas itu?" soalnya. 
Amphicoach atau bas amfibia dikatakan mampu berfungsi di darat dan dalam air yang pertama seumpamanya di rantau ini dan ke-13 di dunia. 
Amphicoach itu mampu memuatkan maksimum 47 penumpang yang boleh dipandu sehingga kelajuan maksimum 110 kilometer (km) sejam di darat dan kelajuan di air pula boleh mencapai maksimum 8 knot. 
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata bas berkenaan berkapasiti 6,870cc. 
Mengikut perancangan, bas berkenaan akan ditempatkan di Tasik Kenyir sebagai tarikan baharu untuk orang ramai ke lokasi pelancongan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu. - HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018 




















































































































Nafi peruntukan: PH S'gor akan tumbang

KEMAMAN: PAS Negeri Selangor mengingatkan Menteri Besar Pakatan Harapan (PH), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan itu bakal tumbang pada PRU14.
Ini kerana, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi Kerajaan PH yang diketuai PKR telah memalukan serta menafikan hak 13 wakil rakyat PAS di negeri itu.
"Hari ini kita (wakil rakyat) dinafikan mendapat peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. PAS Selangor sama dengan PAS Terengganu yang tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri masing-masing. 
"Mungkin Azmin Ali (Menteri Besar) berfikir dengan dia tidak beri peruntukan kepada kita, jadi payah untuk kita hendak jinakkan hati orang. Maknanya, dia (Azmin) tidak bergantung kepada Allah tetapi bergantung dengan duit, dengan makhluk. 
"Sambutan Karnival 10 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang kini PH. Semua Exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini kecuali Exco-exco daripada PAS. 
"Sedangkan, dia minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang Exco kita dimalukan dalam program itu. Kita masih lagi dalam kerajaan Selangor tetapi tidak diberikan peruntukan dan ini tidak berlaku dalam sejarah," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-58 di Dewan Mujamma Pusat Pangajian Taman Islam, di sini kelmarin.
Ustaz Sallehen yang juga Adun Sabak mengingatkan mengenai sejarah kejatuhan Kerajaan BN Selangor di mana tindakan Dr Mohamad Khir Toyo mantan Menteri Besar memalukan pegawai kerajaan dengan hadiah penyapu dibenci oleh rakyat.
"Saya teringat zaman Khir Toyo diakhir menjadi Menteri Besar Selangor tempoh hari. Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada seorang Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Selangor. 
"Seluruh rakyat menjadi benci dengan perangai Khir Toyo kerana itu satu penghinaan. Seorang pegawai kerajaan dihina oleh Khir Toyo, Barisan Nasional tumbang di Selangor.
"Hari ini, 13 orang wakil-wakil rakyat PAS dan Exconya dimalukan oleh PKR, PH. PH juga akan tumbang di negeri Selangor, InsyaAllah," ujarnya disambut laung takbir hadirin.
Menurutnya, perjuangan PAS tidak bergantung harap kepada manusia semata-mata tetapi yakin dengan pertolongan Allah SWT.
Sebenarnya, kata Ustaz Sallehen lagi, duit tidak dapat menjinakkan hati-hati manusia tetapi Allah S.W.T yang boleh menjinakkan hati-hati manusia. - HARAKAHDAILY 19/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018 

Khidmat Van Jenazah Kepada Semua Warga Teluk Pasu

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – Majlis Tindakan DUN Teluk Pasu berjaya memperolehi sebuah van bagi memudahkan pengurusan jenazah dan sedia memberikan khidmat kepada warga kawasan Dewan Undangan Negeri itu.

Pengerusinya yang juga ADUN Teluk Pasu berkata, ia akan digunakan untuk sama ada membawa pulang jenazah dari hospital atau lokasi luar kawasan atau membawa jenazah rumah ke masjid, sehingga ke tanah perkuburan.

“Setiap kali hadir untuk menunaikan solat jenazah dan kadang-kadang mengiringinya ke perkuburan, hati saya dirundung rasa sedih dan hiba,

”apabila melihat jenazah yang dibawa ke tanah perkuburan menggunakan lori tanah atau hilux. Sedangkan itu adalah penghormatan terakhir buat arwah,” ujarnya.

Katanya, dari situlah ‘bertitik tolak’, beliau berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan van jenazah itu, bagi meningkatkan khidmat kebajikan kepada seluruh warga Teluk Pasu.

Beliau berkata demikian sempena hampir satu tahun pelancaran khidmat kenderaan tersebut yang telah mula beroperasi pada Mei, 2017.

“Alhamdulillah, hasrat dan cita-cita itu akhirnya dimakbulkan oleh Allah Ta’ala dan buat masa ini, perkhidmatan van jenazah ini meliputi Daerah Kuala Nerus sahaja,

”bagi warga DUN Teluk Pasu perkhidmatannya adalah percuma manakala permintaan dari luar akan dikenakan caj RM50 sahaja,” jelas beliau.

Oleh itu, beliau berkata, mana-mana pihak yang inginkan perkhidmatan van jenazah itu boleh menghubungi nombor telefon para petugas di talian; 016 986 7007 (Sanusi), 013 990 6886 (Azmi) dan 013 947 4293 (Syed Nazli).

Sumber BO - 19-3-2018






















































































































WINS; Malaysia Menerajui Dunia

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) mampu menjadikan Malaysia sebagai peneraju Dunia.

Setiausaha Institut Kajian Polisi (IKP) Ustaz Zulhilmi Abdul Rahman berkata ia tidak mustahil jika diambil daripada kelompok negara-negara ASEAN yang mempunyai penduduk seramai 300 juta orang dimana suara kita mempunyai kekuatan.

“Turki yang suatu ketika dulu tidak dikenali, tetapi hari ini, suara Turki didengari oleh kuasa-kuasa besar”,






















































































































Zulhilmi Abdul Rahman
“kita bukan nak jadi kuasa besar dunia, tetapi suara kita ada kekuatan,” ujar beliau ketika berucap di program Penerangan Isu WINS, Dokumen Hijau dan Manifesto di Dewan Terbuka Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, di sini pada Sabtu, 17 Mac.

Menurut beliau perkara tersebut termasuk dalam fasa ketiga WINS, manakala fasa pertamanya adalah untuk membaik pulih ‘kerosakan’ negara dan yang kedua untuk bina Negara Sejahtera.
“Cara kita nak betulkan negara tidak ada negara lain buat dalam dunia, cara kita, kita letak nilai asas takwa dalam  pentadbiran kita,” jelas beliau.

Sebelum itu, ketika merasmikan majlis tersebut, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengingatkan bahawa mana-mana kumpulan yang bergabung dengan Islam, berjuang dengan Islam, berpaksikan Islam,  kumpulan tersebut akan diserang siang dan malam.

“Hari ini PAS diserang dengan imej yang berbagai, Presiden kita diserang dengan begitu hebat,”, jelasnya.

Justeru itu, Ahli Parlimen Dungun itu mengajak petugas-petugas, ahli dan penyokong PAS melonjakkan sehabis mungkin gerakerja pilihan raya untuk mencapai kemenangan pada PRU 14.























































































































Sumber BO - 19-3-2018























































































































Malangnya Terengganu Menerima Hutang RM3.5 Bilion

Soalan yang di kemukakan itu agak panjang dan saya pecahkan kepada beberapa perkara. Yang pertama isu kos sara hidup yang tinggi khususnya di Kemaman dan juga di Terengganu yang biasanya dikaitkan dengan tempat ada industri petroleum ini.

Yang kedua apa solusinya dan yang ketiga kaitan Terengganu di dalam khususnya di dalam pihak kerajaan yang telah melakukan banyak penyelewengan-penyelewengan.

Jadi tiga item ini panjang untuk kita huraikan. Saya cuba untuk ringkaskan dan kita boleh untuk memahami apa yang kita kongsi pada malam ini.

Yang pertama saudara bila kita bercakap kos sara hidup memang ia bukan berada di bawah kuasa bidang kuasa sebuah kerajaan negeri.

Ia datang daripada pihak persekutuan yang memiliki kementerian yang tersendiri untuk mengawal kawalan harga-harga barang.

Tetapi kita perlu untuk mengingati kerajaan di peringkat tempatan memiliki keupayaan untuk melengkapkan infrastruktur yang lengkap kepada rakyat dan memberikan sokongan-sokongan sehingga menyebabkan rakyat itu akan mencapai rasa keselesaan.

Saya memberi contoh di Kemaman sudah memiliki satu rancangan tempatan yang lengkap bukan sahaja di Kerteh bukan sahaja di Chukai termasuk di Teluk Kalong termasuk di seluruh kawasan di daerah Kemaman ini.

Saya ada membaca satu rancangan tempatan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kemaman yang telah menggariskan sehingga 2015 yang saya baca ini hak sampai 2015.


Kalau kita mengikuti rancangan tempatan tersebut kita akan dapat melihat kalaulah ini diikuti oleh pihak kerajaan secara sepenuhnya maka pada waktu tersebut kos kenaikan harga barang juga secara tidak langsung ia mampu untuk mengawal.

Saya memberi contoh antara sebab berlaku kenaikan harga barang di kedai-kedai makan sebagai satu contoh kerana faktor sewaan. Lain daripada kos bahan mentah adalah faktor sewaan.

Kalau pun lepas untuk bahan mentah tetapi dia tidak lepas dengan sewaan yang tinggi. Maka pada waktu tersebut kalaulah berlaku tambahan tempat yang di sediakan oleh pihak kerajaan negeri dengan kos yang sangat minima maka pada waktu tersebut bahan mentahnya sama tetapi kos sewaannya rendah maka masing-masing berpusu pergi ke tempat yang rendah yang sewanya lebih munasabah.

Dan pada waktu tersebut akan berlaku persaingan tempat. Mereka yang meletakkan sewaan tempat yang tinggi tidak akan menjadi rebutan.

Sewaan yang rendah akan menjadi rebutan. Dalam masa yang sama maka kos harga barang juga jualan juga tidak akan meningkat naik dengan ketara.

Sebab itu ia memerlukan sokongan kerajaan tempatan ataupun dalam konteks kita pada hari ini perlu sokongan daripada pihak kerajaan negeri.

Maka rantaian-rantaian ini akan memberikan sokongan kepada rakyat secara sekaligus ia tidak akan membebankan peniaga dalam masa yang sama dia akan berkongsi keupayaan tersebut bersama dengan pihak pengguna ataupun pihak pelanggan.

Bukan sahaja di Kemaman harga tinggi tuan-tuan sekalian, di Gong Badak kawasan saya antara tempat yang agak tinggi daripada sudut biasanya kita ukur dengan cara makananlah benda-benda lain tidak ketara sangat. Biasanya orang tengok makan.

Ikan kembung berapa seekor yang telah digoreng. Kemudian nasi lemak satu pinggan waktu pagi berapa harga jualan.

Jadi ini semua diantara perkara-perkara yang diberikan perhatian oleh kebanyakan rakyat. Itu cerita berkenaan dengan kos.

Kemudian kita lihat daripada sudut kaitan dengan kerajaan apabila kerajaan banyak untuk mebelanjakan duit tapi fokusnya kepada satu projek-projek yang ‘grand’ yang supermega tetapi tidak memberikan pulangan yang berkesan kepada rakyat.

Saya memberi contoh tuan-tuan sekalian, kita tidak mampu untuk membawa pelaburan dalam negeri Terengganu. Sebelum kita tengok penyelewengan. Tuan-tuan tengok dalam negeri Terengganu 2017. Ini saya nak berkongsi dengan tuan-tuan sekalian 2017 Terengganu hanya berjaya memperolehi pelaburan hanya RM 55 juta 2017 tahun lepas.

Daripada RM 55 juta ini dua daripadanya adalah dia ada tiga pelaburan. Dua adalah pelaburan dalam negeri satu pelaburan dari luar negara.

Jumlah keseluruhan RM 55 juta dia tak boleh untuk melonjakkan ekonomi dengan lebih agresif walaupun pada tahun 2016 untuk bajet 2017 saya bawa bukunya tuan-tuan sekalian, pihak kerajaan negeri telah menyatakan secara yang cukup mudah untuk mengagihkan kepada rakyat projek-projek yang cukup hebat dan juga dalam bentuk yang dipanggil sebagai ‘Low hanging fruit’.

Ada sebanyak 13 projek yang boleh membekalkan sekitar 18 ribu peluang pekerjaan.Saya nak berkongsi dengan tuan-tuan sekalian isi kandungan 13 projek ini.

13 projek ini dalam sektor bioteknologi projek makanan ternakan hibre di Setiu berjaya memperolehi ini katanya pelaburan swasta benilai RM 27 juta bakal mewujudkan 895 peluang pekerjaan.

Sektor yang kedua sektor pembuatan. Projek Aviation MRO pelaburan swasta bernilai RM229 juta 600 peluang pekerjaan.

Membangunkan perkhidmatan kargo udara serantau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pelaburan swasta bernilai RM 165 juta peluang pekerjaan 895 peluang pekerjaan.

Dalam sektor PKH projek pusat perniagaan halal, pusat membeli belah, pusat konvensyen dan hotel di Kuala Nerus pelaburan swasta bernilai RM 275 juta dan 1000 peluang pekerjaan.

Saya baca empat tuan-tuan sekalian, mesti kita dah terpegun kalau dengar ini tapi hakikatnya 2017 tidak seperti yang diberikan gambaran ini.

Sebab itu kita hanya terima RM 55 juta sedangkan kalau ikut kandungan RM27 juta, RM 229 juta, RM 165 juta RM 275 juta menyebabkan kita berjaya menerima pelaburan sejumlah RM 3.5 bilion.

Tapi malangnya Terengganu menerima hutang RM 3.5 bilion bukan pelaburan RM 3.5 bilion yang kita cukup gusar kerana kaedah yang digunakan pada hari ini dalam bentuk menyembunyikan hutang.
Perkara ini telah ditegur oleh pihak PAC parlimen apabila kerajaan pusat banyak menggunakan inisiatif Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI Private Financial Initiative) iatif untuk membawa pembangunan dalam negara.

Terengganu pun tak terkecuali dia guna formula ini untuk bawa pembangunan dalam negeri Terengganu.

Sebab itu tuan tuan dapat lihat apabila Terengganu bawa konsep seperti ini yang mereka akan membuat pembayaran secara bentuk ‘diferred payment’ bayar secara bertangguh buat dahulu bayar kepada kontraktor secara bertangguh.

Saya bentang beberapa contoh untuk dinilai oleh sebahagian daripada kalangan kita yang sempat mengikuti perbincangan kita.

Contoh di Kemaman kita tak menolak pembangunan kita setuju contohnya membaik pulih, menaik taraf loji rawatan air Bukit Sah Kemaman kita setuju. Bangunkan tetapi kenapa kita perlu gunakan konsep difect payment kerana kita akan kerugian pada waktu tersebut sejumlah yang besar.

Kontraktor yang berjaya memperolehi projek ini daripada kontraktor cina BEWG Malaysia Sdn Bhd yang berdaftar di Bangsar Souch.

Kos projek RM 499 juta kerana konsep diferred payment kita terpaksa membayar kepada kontraktor ini dalam tempoh sembilan tahun sebanyak RM 686 juta asal RM 499 juta. RM 686 juta hampir RM200 juta kita terpaksa tambah peruntukan.

Loji air Kuala Terengganu Utara yang diperolehi oleh Konsertium Amani Gevi Sdn Bhd. Kontraktor ini berada di level 8 Tour 2 Etika Twins Jalan Pineng. Kos projek asal RM 797 juta tetapi kerana konsep diferred payment datang daripada PFI ini kita bayar dalam tempoh 12 tahun RM 1.3 bilion.

Jadi tuan-tuan sekalian lihat bagaimana jumlah yang akan hilang daripada rakyat Terengganu duit yang cukup besar jumlahnya ratusan juta kerana kita menggunakan konsep ini.

Yang ketiga pembinaan Bandar baru Kuala Nerus yang berjumlah RM 600 juta diperolehi oleh Casa Hartamas Sdn Bhd berhutang RM 600 juta pada peringkat awal pihak menteri besar menyatakan kita akan bayar RM 70 juta satu tahun dalam tempoh 10 tahun.

Kita kata ini RM 700 juta kerana desakan pembangkang akhirnya dia kata kita kekal RM 600 juta tidak ada pertambahan dan kita dah ubah formula kiraan.

Jadi komen yang oleh PAC jawatankuasa kira-kira wang Negara menyebut pada 17 Jun 2015 beliau menyatakan pada pandangan PAC program ini adalah pinjaman kerajaan yang off bajet.

Pihak swasta pula tidak membiayai kos projek yang dilaksanakan. Kemudian dia sebut pembelanjaan off bajet ini boleh menimbulkan keraguan angka-angka yang diterbitkan dalam bajet dan tidak mencerminkan kedudukan kewangan kerajaan yang sebenar termasuk angka kontijen liabiliti, pengiraan defisit dan hutang kerajaan.

Ertinya sebut hutang kita akan nampak sejumlah ini tapi kalau dikira dengan semua PFI kita akan nampak betapa tingginya hutang yang dialami oleh negara termasuk di peringkat negeri Terengganu.
Jadi saya nak berkongsi kalau tren ini berterusan kesannya akan di tanggung oleh rakyat keseluruhan. Sebab ia hutang kerajaan dan kerajaan nak cover balik hutang dia akan ‘press’ balik daripada rakyat.

Sebab itu timbul GST dan tidak mustahil akan datang timbul pelbagai lagi skim baru untuk mengambil daripada rakyat, rakyat terbeban, rakyat sakit maka pada waktu tersebut kita akan dapat lihat kos sara hidup akan terus meningkat naik bukan sahaja di Terengganu malahan seluruh negara akan melakukan kesannya.

*** Sebahagian kupasan ADUN Tepoh YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim pada program Isu Industri Minyak Dan Gas (Kesan Kepada Rakyat) yang diadakan di Kerteh, Terengganu pada Jumaat 16 Mac 2018

Sumber BO - 18-3-2018


Pakatan yang 'tak reti' bahasa
BISMILLAH. "Bahasa Jiwa Bangsa", slogan ini sangat terkenal dan dimaklumi oleh setiap rakyat Malaysia. Bahasa adalah satu alat untuk berkomunikasi sesama manusia. Di dalam bahasa terdapat banyak hal-hal berkenaan kesopanan, kebudayaan, keindahan dan malah lebih dari itu bahasa juga boleh memberikan ruang untuk permusuhan atau keburukan. Yang tinggal hanyalah bagaimana kita sebagai masyarakat yang bertamadun ini memilihnya bagi menyampaikan hasrat hati kita kepada sasaran.
Dalam kita berusaha menjadikan bahasa ini sebagai bentuk perpaduan, perdamaian dan ketulusan hati, di sana ada segelintir manusia yang gagal menggunakan bahasa sebagai satu daripada unsur mengajak manusia menjadi baik. Dengan jelas saya sebutkan di sini ialah pimpinan Pakatan Harapan (PH). Mereka gagal menggunakan sebaik-baiknya bahasa yang juga kurniaan Allah ini kepada jalan kebaikan, sebaliknya mereka memilih bahasa sebagai salah satu senjata bagi permusuhan.
Bukti yang jelas beberapa hari lalu, disebalik keterangan jelas, nyata dan tegas Presiden PAS berkenaan penolakan PAS kepada GST dan penyelewengan pimpinan PH yang juga mantan pemimpin Umno-BN dahulu yang menjadi punca keadaan ekonomi Malaysia bercelaru kini, masih ada golongan yang tidak reti atau tidak faham bahasa, menjadikannya terbalik dengan menuduh bahawa Presiden PAS mengatakan hanya pemimpin dahulu yang salah dan bukannya pimpinan Umno sekarang. Cubaan terdesak mengaitkan PAS dengan Umno, tetapi kebodohan tuduhan terlalu nyata, menjadikannya sia-sia.
Berangkai-rangkai mereka secara berjemaah memainkan fitnah ini melalui lidah rasmi fitnah mereka. Paling sukar dipercayai, anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat atas tuduhan meliwat juga galak berkokok memfitnah Presiden PAS yang suatu ketika dahulu mempertahankan maruah ayahnya yang dihina Pengerusi PH sekarang. Mereka lupa bahawa rakyat semakin celik dan sedar sekarang. Live dari FB Presiden PAS masih boleh ditonton sebagai bukti. Suka saya mengajak anda semua bagi mengimbau kembali beberapa lagi kes bukti betapa tidak reti bahasa PH ini.
Sebelum terbubarnya Pakatan Rakyat (PR), isu MB Selangor menjadi isu panas yang menjadi salah satu penyebab runtuhnya PR. Ketika itu pimpinan PH ketika ini memberikan satu nama calon MB Selangor, sedangkan Sultan Selangor meminta tidak kurang dua nama. Akibatnya mereka marah kerana Presiden PAS yang bijaksana memberikan tiga nama, sesuai dengan arahan tuanku.
Ketika bersama PR dahulu, PAS dengan jelas menegaskan akan melaksanakan undang-undang syariah bagi negeri yang PAS kuasai atas dasar bersetuju untuk tidak bersetuju. Namun janji bersetuju untuk tidak bersetuju itu sangat jelas tidak difahami oleh DAP dan PKR dimana mereka mengugut PAS jika meneruskannya. PAS faham dan mengerti perjanjian dan persefahaman itu, dan PAS kekal dengan pendiriannya yang tepat.
PAS mengerti dan mendalami kehendak rakyat yang tidak mahu menjadikan PPSMI sebagai sukatan pelajaran anak-anak mereka dan tidak akan menaikkan hal itu sebagai menghormati rakyat. Namun, PH baru-baru ini bersetuju memasukkan cadangan PPSMI ini di dalam manifesto mereka. Ini kehendak PH atau Pengerusinya? Apakah mereka faham bahasa rakyat? Kita mengharapkan A.Samad Said tidak bercita-cita mencipta sajak bagi membenarkan tindakan PH ini.
Terbaharu isu doa qunut nazilat yang gagal difahami maksudnya oleh wartawan yang sentiasa menjadi seperti serigala lapar yang ingin memakan bangkai apabila berkait dengan PAS. Sehingga tulisan ini siap, sudah dua kali ia diubah tajuk dan isi tanpa memohon maaf.
PAS cukup sedar kehendak rakyat yang mahu lari daripada pemerintahan Umno, maka PAS menentang Umno, tidak setuju hanya Najib dijatuhkan kerana Umno tetap menang. Namun PH hanya mahukan Najib ditukarkan dan mana mungkin wakil dari parti lain yang akan menggantikan Najib kerana Umno yang menang PRU. Bodoh dan naifnya PH dengan strategi itu. Sekali lagi PH tak faham bahasa politik Presiden PAS.
Banyak lagi bukti kebodohan PH dalam memahami bahasa dan cuba menarik rakyat yang cerdik turut bersama mereka. Belum disebut akan fitnah-fitnah yang menuduh PAS itu dan ini. Sukar bagi rakyat jika mempunyai golongan pemimpin yang tidak faham bahasa seperti PH ini. Mereka mendakwa Umno suka mengfitnah, tetapi apa kurang mereka?
Mereka sekarang ini membantu meringankan beban kerja Umno untuk mengalahkan PAS dengan perangai yang sama seperti Umno. Jadi mereka adalah dua golongan yang serupa tetapi berlainan pakaian sahaja. Sama-sama tidak faham bahasa dan tidak mahu Islam tertegak. Oleh itu demi melihat Islam memimpin, undilah PAS yang insyaAllah memahami bahasa dunia dan akhirat. Wallahua’lam.
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
30 Jamadilakhir 1439 | 18 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 


























































































































Ustaz Wan Azhar stabil setelah rawatan

BESUT: Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah, setelah mendapat rawatan di hospital, semalam.
Timbalan YDP PAS Besut, Shalahuddin Jaafar yang dikenali dengan panggilan Cikgu Solah berkata, Ustaz Wan Azhar sedikit keletihan ditambah dengan hadir ke program tersebut tanpa makan pagi.
  
”Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berhenti memberi ucapan dan rebah. Ada sahabat yang duduk di hadapan melihat mulut beliau sahaja bergerak tetapi tidak ada suara yang keluar.
“Kemudian beliau dikejarkan ke hospital dan (telah) dibenarkan pulang ke rumah (tidak lama selepas itu) kerana kesihatan agak stabil,
“Alhamdulillah selepas Zohor beliau menelefon dan memaklumkan dibenarkan pulang ke rumah dan doktor menasihati supaya berehat,” ujarnya ketika dihubungi.
Ustaz Wan Azhar secara tiba-tiba rebah ketika sedang berucap pada Mesyuarat Agung PAS Besut yang diadakan di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh, di sini semalam.
Cikgu Solah berkata, namun Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-59 itu berjalan dengan baik dan menjadi medan muhasabah kepada pemimpin dan ahli semua peringkat.
Menurutnya, para perwakilan begitu bersemangat memberi saranan dan tidak sabar menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi merealisasikan kemenangan.
“Mesyuarat berjalan lancar dan hampir semua cawangan hantar perwakilan, walaupun sedikit terganggu, perwakilan terus bersemangat,” jelas beliau.
Mesyuarat Agung itu telah dirasmikan oleh Exco Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadhli Dato’ Hassan yang dalam ucapannya Adun Temangan itu menyeru agar ahli dan penyokong PAS bangkit dan maju ke hadapan.
”Bangkit, majulah kita walaupun dalam keadaan mana pun. Ulama kata dalam keadaan sakit ataupun dalam keadaan kamu sihat, walaupun dalam keadaan kamu sakit atau pun kamu sihat dalam keadaan kamu kaya ataupun miskin.
”Dalam keadaan kamu susah ataupun senang. Dalam keadaan kamu muda ataupun walaupun dalam keadaan kamu sudah uzur tetapi bangkit tetap bangkit.
”Maju tetap maju berjuang tidak boleh undur ke belakang. Tidak boleh mencari alasan dan (balasan) Allah sangat keras kepada orang yang mencari alasan daripada (terus) berjuang,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018

























































































































Terima kasih kerana bantu saya- Fouzi

KUALA TERENGGANU: Kecaknaan PAS yang prihatin membantu golongan rakyat yang dhaif mendapat pujian terutama oleh ahli keluarga terbabit.
Fouzi Ismail, 55, dari Kampung Losong Haji Mohamad merakamkan ucapan terima kasih terutama kepada PAS dan Lajnah Kebajikannya.
Kata beliau, kesusahan keluarganya tidak pernah diadukan kepada PAS kerana beranggapan masih ada orang lain lebih susah.
"Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membantu dan memperbaiki keadaan sebahagian rumah yang rosak teruk ini terutama kepada Lajnah Kebajikan PAS.
"Walaupun bahagian dapur rumah rosak teruk dan hampir runtuh tetapi saya tak mampu untuk baik, tambah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang," ujarnya kepada Harakah.
Beliau ditemui selepas majlis ringkas penyerahan hak milik bahagian rumah projek Baiti Jannati PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Kampung Losong Haji Mohamad, di sini kelmarin.
Menurutnya, rumah bahagian dapur itu kini telah dibaik-pulih bersaiz 20 x 14 kaki persegi termasuk sebuah bilik air dan bilik tidur.
Harakah dimaklumkan, Fouzi kini tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu kerana pernah terkena serangan angin ahmar hampir empat tahun lalu.
Beliau sebelum ini bekerja sebagai tukang kimpal besi dan tidak dapat bekerja lagi seperti biasa, manakala isterinya, Nor Rohani Nik, 50, pula suri rumah sepenuh masa kepada 10 anak yang berusia sembilan hingga 29 tahun.
"Terima kasihlah kerana bantu keluarga kami. Suami (Fouzi) tak boleh kerja berat lagi selepas kena stroke (angin ahmar) hampir empat tahun lalu. 
"Anak ramai, ada 10 orang dan tiga orang masih bersekolah. Jadi nak baiki rumah yang rosak sebelum ini kami tak mampu. Alhamdulillah, ada PAS tolong kami, syukur kepada Allah S.W.T," jelasnya.
Harakah dimaklumkan, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu mengambil tanggungjawab dibawah projek Baiti Jannati dan ini merupakan projek pertamanya.
Projek Baiti Jannati itu dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan hadir sama meraikan majlis tersebut Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said.
Juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah serta wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Imam Care dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT). -HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
























































































































Bekas pelajar PASTI cemerlang SPM 2017

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pelajar PASTI As-Solihin dari Kampung Gong Tok Nasek, Dun Batu Burok, Kuala Terengganu dinobatkan pelajar paling cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SMP) di Terengganu. 
Pelajar berkenaan, Mohammad Syauqellah Razali, 18, telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2017 peringkat negeri Terengganu.
Harakah dimaklumkan, ibu Mohd Syauqellah iaitu Zainab Yusof merupakan tenaga pengajar di PASTI As-Solihin sejak lebih 16 tahun lalu.
Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki SPM 2017 lalu.
"Kami daripada PAS Kuala Terengganu mendoakan semoga anak-anak para pelajar dipermudahkan Allah S.W.T dalam jihad menuntut ilmu supaya dapat menjadi generasi pewaris kepada perjuangan Islam khususnya di negeri Terengganu yang dicintai ini. 
"Pelajar (Syauqellah) ini pernah mendapat pendidikan pra-sekolah PASTI yang kita (PAS) tubuhkan dan selepas itu belajar di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik, adalah seorang yatim, anak ketiga daripada empat orang adik-beradiknya.
"Dibesarkan dan dididik oleh ibunya, Cikgu Zainab Yusof, seorang tenaga pengajar PASTI As-Solihin sejak lebih 16 tahun lalu, ujarnya selepas mengunjungi pelajar berkenaan," ujarnya kelmarin.
Beliau bersama rombongan menziarahi pelajar cemerlang itu dan diiringi Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Buruk, Ustaz Mohd Soud Said dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah.
Ustaz Wan Sukairi menjelaskan ramai pelajar cemerlang di peringkat menengah rendah PT3 dan SPM sebelum ini pernah mendapat pendidikan pra-sekolah PASTI yang diwujudkan oleh PAS di seluruh negara.
Katanya, PAS melahirkan rasa bangga dengan kejayaan itu dan membuktikan pendidikan pra-sekolah PASTI cukup hebat.
Pada 15 Mac lalu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu telah mengumumkan pelajar cemerlang SPM 2017, Muhammad Syauqellah Razali memperolehi keputusan 11A+, dan dua lagi pelajar cemerlang lain Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus berjaya memperolehi 9A+. -HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018 

























































































































Jalan Keruak Ke Gunung Bongsu Hanya Siap ‘Sekerat’

BESUT – Projek jalan raya dari kampung Keruak ke Gunong Bongsu, Hulu Terengganu, hanya siap ‘sekerat’ dan gagal mencapai objektif asal pembinaannya

Hanya fasa pertama sepanjang 10 kilometer telah siap dan menelan belanja sebanyak RM 106 juta.
Tiba-tiba wakil rakyat Umno dan Barian Nasional (BN) Hulu Besut berkata, pembinaannya akan diberhentikan dan memberi gambaran, jalan lain pula akan dibina

Pengarah Tindakan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, keputusan itu hanya menyebabkan jalan telah sedia untuk digunakan itu, tidak membawa hala tuju ke mana-mana.

”Sepatutnya belanja keseluruhan tiga fasa untuk lebuhraya ini ialah RM 500 juta…….isunya sekarang kerajaan negeri ataupun wakil rakyat di Hulu Besut mengatakan bahawa projek ini tidak akan diteruskan,

“(sebab katanya) akan menelan belanja yang besar beribu juta ringgit ataupun satu billion,” kata Cikgu Solah.

Sebaliknya, menurut beliau, sekas Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said berkata semasa perasmiannya pada tahun 2013, jalan alternatif keseluruhan sepanjang 45 kilometer bernilai RM500 juta itu, akan berakhir di Simpang Pulai, Perak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau projek pembinaan Jalan Keruak ke Gunung Bongsu, Rabu, 14 Mac, disini.

Persoalannya, kata beliau, mengapa projek itu tidak diteruskan sedangkan bajet telah diluluskan.

“di mana (baki wang) yang telah diluluskan pihak kerajaan untuk bina lebuh raya ini? Apakah kerajaan tidak ada perancangan yang teliti,

”terutama jabatan kerja raya dalam menilai (dan membuat keptusan sebelum membina) lebuhraya sepanjang 50 kilometer ini,” soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Kawasan Besut menambah, sepatutnya jabatan kerajaan melaksanakan kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek yang menelan belanja begitu tinggi.

“Rakyat pada hari ini mempertikai perbelanjaan bina lebuhraya sebanyak RM 500 juta, kerana (mereka) tidak mendapat pulangan yang tidak ada faedah,

”dan ini adalah satu pembaziran (kerana jalan itu hanya sekerat dan tidak menuju ke mana-mana),



























































































































jalan raya Keruak Ke Gunung Bongsu rosak akibat banjir setelah diperbaiki, pembinaanya dihentikan ‘separuh jalan’
“Ianya adalah satu jumlah yang besar dan boleh dibuat untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan berjanji, keseluruhan jalan itu akan siap pada tahun 2014.

“Mana wang yang telah diluluskan atau wang ini telah dibawa untuk melaksanakan projek lain atau sebagainya,

“kalau begitulah (keadaannya) rakyat Besut amat dukacita dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)……kerana pembangunan ini sepatutnya diperolehi (dimikmati) oleh masyarakat,

Beliau menempelak, seolah-olah menjadi ikutan (trend) kerajaan negeri melaksanakan sesuatu projek separuh siap.

“Taman Ilmu tidak dapat dimanfaatkan kepada orang tempatan sehingga tergendala sampai dua, tiga belas tahun yang menyebabkan bangunan runtuh (rosak) dan berlaku kecurian harta serta peralatan yang berada dalam bangunan,” tegas beliau.
\
Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Ustaz Ridzuan Mohd Nor yang turut berada dilokas berkata, “Inilah penghujung lebuhraya tak siap yang diumpan setiap kali pilihan raya,”.

“Inilah lebuh raya yang dipolimikkan……diumpan kepada rakyat supaya undilah Umno-BN untuk meneruskan projek ini.

“Nak pergi Kuala Lumpur tak boleh….nak pergi Gua Musang tak boleh… nak pergi Tasik Kenyir tak boleh,

“Peruntukan RM 106 juta dapat kepada kontraktor je lah dan rakyat tak dapat manfaat,

“Dan ini satu projek untuk mengaburi mata rakyat apabila rakyat mempertikaikan kenapa jalan ini diberhentikan setakat ini sedangkan bajet telah diluluskan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 500 juta,” ujarnya.

Sumber BO - 17-3-2018




























































































































Hadapi Serangan Musuh Dengan Tanggungjawab

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGNU – Menjadi tanggungjawab semua ahli dan penyokong PAS, mendepani pelbagai isu yang di lontarkan oleh musuh.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, aktivis parti mesti ke hadapan membawa manifesto PAS kepada masyarakat umum.

“kita berdepan dengan berbagai alunan suara dari berbagai pihak maka kita harus tahu bahkan amat perlu untuk mengambil tahu semua perkara yang di tawarkan,

”dan di mainkan oleh PAS untuk mendepani arus politik tanah air,” kata Timbalan Pesuruhjaya 2, Haji Yahaya Ali.

Beliau berkata demikian pada program Taklimat Kupasan Isu yan di anjurkan oleh Lajnah Penerangan Dan Hubungan Muslimat kawasan Kuala Terengganu pada Khamis 15 Mac.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu Hajah Zarani Othman menggesa agar Muslimat menggerakkan isu terbabit ke tengah masyarakat.

“Muslimat perlu ke depan untuk membawa isu isu terkini kerana muslimat merupakan tenaga kempen yang turun ke tengah masyarakat.

”Bawakan…. apa itu WINS dan apa itu Manifesto 15 yang kita tawarkan kepada rakyat Terengganu dan kemukakan wawasan kita dalam membentuk sebuah negara yang dipimpin oleh ulama dan profesional,” kata beliau.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Muslimat Kuala Terengganu yang melaksanakan program tersebut dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum kali ke-14.

Sumber BO - 17-3-2018





























































































































Selepas Masalah Khinzir, Kera Pula Ganggu Penduduk

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Masalah demi masalah, membabitkan binatang liar yang merungsingkan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan belukar dan semak samun.

Wakil Rakyat PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, isterinya terkejut apabila melihat khinzir (babi) melintas betul-betul di depan rumahnya dan menuju ke jalan raya.

”Alhamdulillah…….masa tu tak banyak kenderaan lalu lalang……..kalau tak, pasti melibatkan kemalangan,” ujar beliau ketika di temui pada program ziarah ke rumah warga emas, pada Rabu 14 Mac.

Katanya, isu binatang liar itu, yang disuarakan beliau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri lalu, masih berkeliaran dan belum mendapat maklum balas daripada pihak berwajib.

Sehubungan itu, seorang suri rumah Wan Syarifah Wan Su mengeluh kerana kehadiran ‘tetamu yang tidak diundang’, di sekitar kejiranannya berhampiran pasar borong Gong Pauh.

“saya dengar bunyi benda bising di luar rumah…….bila buka pintu (dan) intai, (ada) beberapa ekor kera sedang menyelongkar barang di atas meja depan rumah saya,

”nasib baik rumah saya ada jeriji besi, jika tidak pasti binatang ni dah melompat masuk kerana tindak tanduknya nampak nampak agresif,” kata beliau.

Oleh itu, Haji Wahid yang mendengar aduan tersebut berkata, kisah babi belum selesai bahkan tidak nampak kesungguhan agensi kerajaan terbabit untuk menyelesaikannya.

”Nampak pihak berwajib sekadar membenteras macam melepas batuk di tangga……..tidak bersungguh kerana babi ni dah (beranai) siang……siang hari merayau dalam kampung,

”sekarang kera pula………semua ni perlu kepada tindakan segera pihak kerajaan,” katanya.

Seorang warga emas yang di temui di Kampung Gong Benjok berkata, “sekarang nak lepas cucu cicit main petang petang hari risau,”

”sebab pukul 5 petang babi ni dah keluar merayau rayau dan (kalau kita) baling dengan batu (cuba halau) pun tak takut ke orang,

”saya harap sangat-sangat (agensi terbabit) untuk mari jenguk…….jangan buat sekali ‘pahtu’ tak mari mari,” kata Safie Abas, 63, ketika di minta mengulas isu berkaitan.
Berita berkait;

Isu Babi Berkeliaran Jangan Dipandang Remeh

Sumber BO - 17-3-2018































































































































Jerteh Souq Masih Belum Menjadi Realiti Setelah Puluhan Juta Dibelanjakan































































































































Sejumlah RM75 juta telah dibelanjakan,ditambah RM5 juta untuk pembinaan 'Terminal Bas' tapi Jerteh Souq yang mula dibina sejak 10 tahun lalu, masih belum siap
BESUT – Rakyat mempersoalkan kemanakah perbelanjaan puluhan juta wang rakyat yang dilaburkan untuk Jerteh Souq dan mengapa sehingga sekarang ia masih belum siap.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata, projek itu sebagai mata rantai yang bersifat ‘kroni kapitalisme’ seperti Taman Llmu, projek di Kenyir dan Zoo Kemaman serta projek rumah rakyat terbengkalai di Pulau Perhentian.

“Projek diberikan kepada kroni yang rapat dengan Umno dan Barisan nasional (BN) dan akhirnya apa yang jadi pada kualiti projek,

“Banyak projek yang telah siap mengalami keruntuhan dan sebagainya walhal dibina dengan kos sangat tinggi,































































































































Keadaan gerai jualan yang sangat ‘dhaif’, peniaga mengadu pernah hanya mendapat hasil RM3 setelah sehari berniaga
“Dan inilah ketidakcekapan yang berlaku dalam negeri yang sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau Projek Jerteh Souq, Rabu, 14 Mac, disini.

Soalnya, adakah ia hanya kempen setiap kali pilihanraya baru muncul watak ahli politik yang mengajak rakyat mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN)?

“Dengan erti kata (lain) mereka cuba untuk kononnya melangsungkan peniagaan dalam keadaan semakin meriah (tetapi sebaliknya),






























































































































Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor dan Ustaz Wan Azhar ketika meninjau Jerteh Souq yang masih ‘terbengkalai’
“(rakyat) boleh melihat drama politik sebelum pilihanraya akan dijemput para peniaga untuk ditawarkan projek dan prasarana,” jelasnya.

Beliau berkata, ketidakcekapan pengurusan prasarana menyebabkan peniaga mengalami kemerosotan perniagaan berbeza dengan suatu ketika dulu, pasar Besut menjadi tumpuan masyarakat di Besut bahkan di luar Besut.

Antara sebab katanya, adalah kerana kewujudan pasaraya yang menyebabkan masyarakat lebih tertumpu membeli belah untuk keperluan harian.

“Dan Ini memberi kesan kepada peniaga kecil serta peniaga tempatan yang meraih mungkin sekitar perlukan RM 70 hingga RM 100 untuk menyara keluarga,” tegasnya.






























































































































Kasihan peniaga kecil Melayu yang terhimpit menghadapi barang niaga yang tidak laku dijual dan gangguan jenayah oleh penagih dadah
Disamping itu, kata beliau, peniaga memaklumkan kegiatan jenayah terutama oleh penagih dadah menjadi ancaman kepada para peniaga kecil.

Oleh itu, masyarakat peniaga terhimpit dan terdesak sehingga barang yang mereka simpan tidak selamat dan pendapatan mereka terjejas teruk.

Sehubungan dengan itu Yang dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Azhar Wan Ahmad berkata, pembinaan yang sedang dibina sebenarnya tidak memberi jaminan kepada para peniaga.

Katanya, selepas projek ‘terminal’ bas yang menjadi komponen Jerteh Souq, gagal dan tidak menjadi satu kenyataan.






























































































































Sebahagian pasar Jerteh atau ‘Jrteh Souq’ yang masih berwajah tahun 1970-an
“Ianya (terminal bas) dibuat dengan ambil masa yang panjang dan lama dengan peruntukan kewangan yang besar tetapi tidak dapat digunakan,

“dengan sebab tidak mengikut spefikasi yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan,”kata beliau.

Tambah Ustaz Azhar lagi, bangunan terminal itu kini terpaksa dibaik pulih dan meningkat kos apabila bangunan sebelumya tidak mempunyai kemidahan asas seperti tandas dan beberapa pejabat utama penyelenggaraan.

“saya di fahamkan disini (terminal yang sedang dibaik pulih) pejabat daripada Kampung Raja akan dipindahkan ke Jerteh.

“Justeru kita (PAS) mendesak pihak kerajaan menyegerakan segera Jerteh Souq yang telah menelan belanja RM75 juta dan (agar) dapat direalisasikan,” tegas beliau.

Beliau berharap, ia bukan sekadar janji sehingga membebankan sebahagian daripada peniaga yang berada di sekitar ini.

Berita berkaitan;
Masihkah Kau Ingat, Jertih Souq?

Jerteh Souq Tidak Sempurna, Terminal Bas Dan Teksi RM5 Juta Pula Tergendala

Jerteh Souq – Pojek ‘Haram’ Idris?

Sumber BO - 16-3-2018






























































































































Skuad Muslimat Sedia Berkhidmat

KUALA NERUS – Skuad Khidmat Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu sentiasa bersiap sedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat

Ketuanya Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata sukarelawan Muslimat sedia menjadi petugas utuk majlis perkahwinan, gotong royong membersih rumah dan lain-lain.

“Pelbagai aktiviti telah melalui Karnival Wanita seperti program perkongsian ilmu, motivasi, pendidikan kesihatan, pendidikan undang-undang hak wanita,

”bacaan Yasin dan munajat, rehlah dan senaman, rawatan doktor dan syifa’ percuma, gotong royong oleh Pasukan Skuad Khidmat,” ujar beliau yang juga Pengarah Karnival.

Beliau berkata demikian pada Selasa 13 Mac, ketika meraikan para petugas Karnival yang telah berlangsung selama tiga hari dari 8 hingga 10 Mac di Kampung Kesom Alor Rekang.

Oleh itu beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, pengunjung ahli dan peyokong PAS yang telah sama-sama menjayakan program tersebut.

“Alhamdulillah….program ini (karnival) mendapat sambutan yang sangat baik terutama daripada golongan wanita bahkan ada diantara mereka yang hadir,

”saya tidak pernah lihat mereka di program PAS sebelum ini,” tegas beliau.

Justeru, beliau menawarkan khidmat sukarela tersebut kepada semua penduduk Teluk Pasu dan menyeru agar mereka bersama-sama PAS.

“Saya menyeru seluruh masyarakat di Dun Teluk Pasu, khususnya Golongan Wanita agar sentiasa bersama Muslimat PAS,

”melalui pelbagai program yang telah kami susun untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat,”jelasnya.

Beliau juga menyeru kepada semua golongan Wanita dalam Dun Teluk Pasu agar memilh PAS pada PRU ke 14 nanti.

Sumber BO - 16-3-2018
































































































































Ameerah Besut 'rukah' Bukit Keluang

BESUT: Muslimat Muda (Ameerah) Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut telah menganjurkan program 'Rukah Bukit Keluwe' yang diadakan di Bukit Keluang, di sini hari ini. 
Program pendakian bukit rekreasi itu bertujuan memperkenalkan Ameerah Besut kepada golongan remaja dan menerap nilai kerjasama antara peserta. 
Selain itu, ia juga mendedahkan peserta kepada soal ketahanan diri serta daya usaha dan pengorbanan sebagai kesedaran untuk menggapai kejayaan menerusi aktiviti lasak. 
Tidak sekadar itu, turut dilangsungkan aktiviti bermodul, cabutan bertuah, sambutan kelahiran dan BBQ, serta pengisian rohaninoleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Besut, Ustazah Siti Hadijah Harun. 
Beliau dalam tazkirahnya menyeru agar peserta menjadi wanita berilmu yang menyampaikan pula kepada manusia lain serta menjaga maruah diri bermula dengan malu dan menutup sempurna aurat. 
Ustazah Hadijah juga mengingatkan para peserta seramai 54 anak muda itu, termasuk anggota Ameerah dan Briged Muslimat Besut dan Setiu agar menjaga tutur kata yang menjadi penilaian umum manusia. 
Hadir sama membantu menjayakan program tersebut adalah anggota Jabatan Amal Malaysia Besut dan Kuala Nerus.-HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018 






























































































































Projek Baiti Jannati: PAS baiki rumah dhaif

KUALA TERENGGANU: PAS Kawasan Kuala Terengganu melaksanakan tanggungjawab sosialnya bagi membantu membaik pulih sebuah rumah penduduk yang hampir runtuh.
Yang Dipertua PAS (YDP) Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebuah rumah yang didiami satu keluarga terpilih dalam Projek Baiti Jannati ini.
Menurutnya, bahagian dapur rumah itu rosak teruk dan hampir runtuh itu disedari oleh petugas PAS sejak sebulan lalu.
"Setelah diviralkan, kita (PAS) mengambil tanggungjawab sosial untuk membantu membaiki bagi keselesaan pemiliknya.
"PAS Kawasan Kuala Terengganu ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi pelbagai jenis sumbangan bagi menyiapkan projek ini, sama ada dalam bentuk wang ringgit, barangan dan tenaga. 
"Semangat ukhuwwah dan persaudaraan sesama Jemaah. Projek ini atas dasar tanggungjawab secara bersama, bergotong-royong. Saya minta maaf jika sebelum ini ada yang kita terlepas pandang," ujarnya dalam ucapan ringkas.
Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan hak milik bahagian rumah projek Baiti Jannati PAS Kuala Terengganu, di Kampung Losong Haji Mohamad, di sini semalam. 
Hadir sama meraikan majlis itu, Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah serta wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Imam Care dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT).
Sehubungan itu, maklum Ustaz Wan Sukairi, pihaknya tidak menghalang jika ada mana-mana pihak dan agensi kerajaan yang mahu membantu keluarga terbabit.
Ini kerana terangnya, selepas kisah keluarga berkenaan diviralkan di media sosial, banyak pihak sudi membantunya termasuk di kalangan parti politik pemerintah.
"Kita (PAS) tidak pernah menyekat jika ada pihak lain yang juga mahu membantu keluarga ini. Baik dari mana-mana parti, Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu) atau individu lain. 
"Jika dari Umno sekali pun untuk bagi bantuan, kita (PAS) tidak jadi masalah dan itu menjadi hak tuan rumah yang berkenaan," jelasnya.
Menurutnya, kos memperbaiki rumah berkenaan yang bersaiz 20 x 14 kaki persegi itu membabitkan kewangan sebanyak RM20,000 dari sumbangan orang ramai. -HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 


































































































































Khutbah Jumaat 16 Mac, 2018; Bencana Di Akhir Zaman













Sumber BO - 16-3-2018

Jadikan Ilmu Sebagai Amal Untuk Meninggikan ‘Kalimah Allah’

KUALA TERENGGANU – Jadikan ilmu yang dimiliki, walau apa pun bidang yang akan diceburi sebagai jalinan amal untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Yang DiPertua PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah merakamkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang telah selamat mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017.

”Kami daripada PAS Kuala Terengganu mendoakan agar anak-anak para pelajar dipermudahkan Allah SWT dalam jihad menuntut ilmu,

”agar dapat menjadi generasi pewaris kepada perjuangan Islam khususnya di Negeri Terengganu yang dicintai ini. Insya-Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi adik Mohd Syauqellah Razali, pelajar cemerlang SPM 2017 peringkat Negeri Terengganu, pada petang Khamis, 15 Mac.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada keluarga Mohd Syauqellah yang telah berjaya mendidik anaknya sehingga mencapai kejayaan tersebut.

“Adik Syauqi yang mendapat pendidikan di SMA Sheikh Abdul Malik adalah seorang yatim, anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

”Dibesarkan dan dididik oleh ibunya, Cikgu Zainab, seorang tenaga pengajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang telah mencurahkan sepenuh khidmat beliau di Pasti As-Solihin Kampung Gong Tok Nasek semenjak 16 tahun lalu,” jelas beliau.

Turut bersama rombongan ziarah tersebut ialah Setiausaha PAS Kuala Terengganu yang juga engarah MTD Batu Buruk Ustaz Mohd Soud Said dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah.

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengumumkan semaam, selain adik Muhammad Syauqellah Razali yang memperolehi 11A+, dua lagi pelajar cemerlang iaitu Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus pula memperolehi 9A+.




































































































































Muhammad Syauqellah (kiri), Muhammad Khairul Azri dan Nur Ellena (kanan) melihat transkrip sijil SPM masing-masing selepas diumumkan pelajar terbaik Terengganu di JPN Terengganu, Kuala Terengganu semalam




































































































































Sumber BO - 16-3-2018



































































































































Roboh Masjid, Rumah RTB Bujal Tindakan Khianat Dan Balas Dendam

KEMAMAN – Tindakan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional merobohkan rumah peserta dan masjid di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB Bujal) adalah tindakan khianat dan balas dendam.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, ia adalah siri kezaliman akibat daripada dendam kesumat daripada beberapa orang pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan kerajaan PAS pada tahun 2004.

“Akibat daripada dendam kesumat pemimpin Umno-BN sanggup merobohkan tapak rumah dan tiang-tiang yang baru sahaja dibina secara bergotong royong,

“Tapi malangnya ketika itu akibat daripada dendam politik yang tidak berkesudahan yang terpaksa dihadapi rakyat negeri Terengganu,

“Dan bukan sahaja tapak rumah rakyat bahkan yang kita rasa luar dari batas pemikiran seorang Islam dan beriman (mereka) sanggup menggunakan jentera kerajaan untuk merobohkan rumah Allah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika menerjah kembali pencerobojhan masjid Bujal, di tapak RTB tersebut, DUN Kijal pada Selasa, 13 Mac.

Menurutnya, sebahagian besar daripada rakyat yang menerima tanah di kawasan itu adalah mereka yang berpendapatan rendah dan diantaranya terpaksa ‘main kutu’ setiap bulan untuk membina tapak kediaman mereka.

“Tanah RTB di kawasan Bujal telah pun diluluskan oleh kerajaan yang sah melalui sitem pilihanraya dan demokrasi yang diluluskan pada 3 Ogos 2003 melalui ahli mesyuarat kerajaan negeri,

“Dan Exco kerajaan negeri ketika itu yang dipengerusi oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang sendiri pada tanggal 3 ogos 2003 meluluskan satu rancangan melalui Unit Perancangan Bandar dan Desa,

“Pada tanggal 25 Mei 2005 berlakunya peristiwa perobohan masjid Bujal dan sudah 13 tahun berlaku serta khususnya rakyat di kawasan kijal tidak akan melupakan peristiwa ini,” ujarnya.

Tambah Ustaz Hazri, tanah seluas lebih kurang 64.40 hektar untuk kepentingan ‘maslahah’ rakyat khususnya di kawasan Kijal, kemaman itu sendiri termasu kawasan penempatan seluas 40 hektar.

Di samping tapak rumah, terdapat padang bola, tapak masjid dan balai raya serta prasarana keperluan asas kepada masyarakat kampung.

Katanya, ia telah diluluskan secara rasminya oleh kerajaan negeri Terengganu yang di teraji oleh PAS pada tahun 2003.

“Begitu juga ramai lagi rakyat yang lain sangat memerlukan tapak (rumah) di antara aset yang paling penting untuk tempat tinggal rakyat kita,

“Dan kita (merasa) amat malang apabila tanah Melayu yang kita duduki tetapi kita tak memiliki tapak (rumah tempat tinggal) kita sendiri,

“Ada diantara kita terpaksa menyewa tapak untuk tempat tinggal dengan orang lain,” ujarnya.

Justeru itu, kata beliau, PAS akan memastikan agenda pemberian tapak atau rumah yang terdapat dalam dalam manifesto pilihan raya umum kali ke-14 akan dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.
“sekiranya kerajaan dapat kita bina balik (dan) PAS diberikan kepercayaan untuk memerintah….diantara manifestonya, kita akan kembalikan semula hak-hak rakyat yang tertindas,
”kita akan kembalikan semula tapak rumah bagi kawasan (RTB Bujal) ini atau pu di kawasan lain,” jelas beliau.

Sumber BO - 15-3-2018




































































































































Invoke Yang ‘Provoke’

Membaca kajian terbaharu Invoke yang diketahui penyokong kuat PH dan juga musuh bersama BN yang membenci PAS, membuatkan saya terdiam dan terpaku. Kelu untuk berkata-kata. Terasa sebak yang amat sangat, bagaikan sembilu menusuk hati ini.

Kepiluan ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tersungkur. Presiden PAS juga kalah kedua-dua kerusi beliau. Bahkan jauh dari itu, kubu PAS di Kelantan, Parlimen Kubang Kerian juga bertukar milik. Tegasnya PAS tidak memenangi sebarang kerusipun. Sungguh sedih.

Mari kita uji semula kekuatan kajian yang sebenarnya sangat memualkan dijalankan ke atas 2000 orang responden seperti yang didakwa ini.

Amat malang dengan keupayaan PKR sebelum ini yang tidak mempunyai jentera yang lengkap, melukut dengan PAS pada banyak tempat dan masa, DAP yang semakin dibenci melayu Islam, PAN yang diketahui sebagai kumpulan penumpang yang tidak membawa untung dan juga PBPM yang tidak dilihat orang-orang penting bersama mereka kecuali beberapa kerat bekas orang kuat Umno yang mengajak rakyat membalas dendam bagi kebencian mereka, memilih untuk mengeluarkan kajian sampah seperti ini dan dizaman ini.

Perang psikologi sebegini amat rapuh pelurunya, mudah dipatahkan dan juga tiada nilai keintelektualan. Pembodohan kepada rakyat oleh BN sekarang bakal disambung oleh PH, jelas dengan tanda yang ditunjukkan ini. Tidak pernah didalam sejarah sejak selepas merdeka PAS samada bergabung, mahupun bersendiri, tidak memenangi sebarang kerusi, tidak pernah.

PAS tetap berdiri dikala gagah, bertongkat paruh ketika sayap patah, namun rebah, alhamdulilah, tidak sekali. Apatah lagi dengan penerimaan kemasukan ahli baharu PAS yang berjumlah puluhan ribu setahun. Ini sebagai satu kajian balas yang sangat mudah.

Kajian sejujurnya harus ditumpukan kepada kekuatan PH sebelum PRU kerana lambungan kerusi, kata mengata, caci mencaci dan tuduh menuduh sedang galak berjalan bagi merebut untuk menjadi calon (bukan menang lagi). Ia berlangsung ketika PH bermimpi mahu menyatukan rakyat Malaysia dalam keadaan mereka sedang bercakaran.

Kajian juga harus dibuat bagi memberikan jangkaan kepada nasib PH selepas PRU kerana dapat dilihat Umno pada bila-bila masa boleh kembali rujuk kepada jandanya Bersatu yang masih dalam talak raje’i (boleh rujuk) jika Bersatu memenangi kerusi-kerusi penting. Atau kajian seperti akan adakah lagi kejatuhan seperti Perak selepas PRU setelah wakil PKR dan DAP berkhianat sebagaimana perangai PAN?

Kajian ini sangat lebih penting kerana sejarah politik di negara kita amat jelas bahawa tiada pakatan pembangkang yang berjaya bertahan selepas PRU. Paling lama mungkin Angkatan Perpaduan Ummah iaitu bermula tahun 1989 sehingga 1996 iaitu dua kali PRU sebelum S46 rujuk kepada Umno.

Manakala Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat singkat hayatnya. Namun kajian seperti ini sangat dibimbangi oleh PH kerana mereka tahu hubungan diantara Bersatu yang dibintangi oleh figura-figura yang mempunyai sejarah hitam ketika di dalam Umno, DAP yang anti Melayu-Islam, PKR yang mempunyai individu-individu kaki fitnah serta PAN pasukan pengkhianat yang sekarang menjadi khadam DAP itu, ibarat embun di hujung rumput, terbit mentari, hilanglah ia.

Hanya PAS yang membuktikan semangat setiakawan yang terbaik atas dasar Islam dengan dibuktikan pada setiap pengakhiran pakatan pembangkang, ia bukan daripada PAS. Lebih dari itu jawapan menteri di Parlimen yang mengakui lebih 90 kes rasuah melibatkan wakil BN dan 27 kes membabitkan PH, tetapi tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang disiasat kerana rasuah. Penanda apa lagi yang rakyat mahu bahawa PAS adalah harapan utama rakyat bagi menerajui kerajaan yang bersih?

Jadi saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk terus istiqamah, menumpukan sepenuhnya perhatian kepada PRU yang amat penting ini. Jika kita berjalan mengikut perancangan parti, dengan usaha dan tawakal kepada Allah, insyaAllah kita akan berjaya mencapai cita-cita kita iaitu kemenangan total ataupun menjadi King Maker di Malaysia.

Jangan dilayan usikan-usikan orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata ini, kita akan kepenatan dan BN akan kegembiraan kerana PH membantu mereka mengganggu PAS. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
25 Jamadilakhir 1439/13 Mac 2018

Sumber BO - 13-3-2018

PAS Terengganu tawar pusat pemulihan dadah jika menang PRU14
Posted on Tuesday, March 13 @ 06:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38618



PETALING JAYA: PAS Terengganu menawarkan pembinaan sebuah pusat pemulihan dadah sekiranya parti Islamis itu membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14.

Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Hilmi Harun berkata pembinaan pusat pemulihan dadah itu dimasukkan dalam manifesto negeri kerana PAS komited membendung punca kerosakan golongan muda.

“Permasalahan dadah ini sudah jadi isu rumit dan mesti diselesaikan. Jumlah penagih dadah di Terengganu 2017 adalah dianggarkan 10,000 orang,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook.

Hilmi berkata pusat pemulihan dadah PAS itu mau menangani masalah ketagihan dadah secara “holistik”, berteraskan 4 ciri, pertamanya, peningkatan iman dan penyucian jiwa.

“Kedua, memulihkan dari ketagihan mental dan fizikal. Ketiga, memberi latihan kerjaya dan kemahiran. Keempat, memberi pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Beliau berharap rakyat Terengganu menyokong “tawaran istimewa” itu demi kesejahteraan Terengganu.

Sumber TKO - 13-3-2018







































































































































Pengundi Chukai Sudah Kenal, Tahu Kerja Buat Waki Rakyat PAS

KEMAMAN – Rakyat dan pengundi Dewan Umdangan Negeri (DUN) Chukai sudah mengenali hati budi dan kerja buat wakil rakyatnya.

ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, kepecayaan dan keyakinan mereka kepada wakil rakyat PAS ini sudah terpahat dihati kerana beliau sentiasa bertemu mata, samada di warong kopi, kedai atau pasar.

“Hari ini pengundi Chukai daripada tiga kaum, Melayu, Cina dan India sudah mengenali dan memahami bentuk tubuh,

”selok belok pertuturan dan kerja buat wakil rakyat dari PAS, malah sudah terpahat dihati mereka (bahawa) satu-satunya ‘tok wakil’ yang boleh berurusan dan menyelesaikan masalah rakyat serta senang ditemui,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengrerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berhasrat untuk ‘merampas’ DUN Chukai daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Razif turut menakit-nakutkan dan mengugut rakyat dengan mengatakan riada pelabur akan datang sekirannya PAS menang, pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman, 7 Mac lalu.

Sebaliknya Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, pelabur telah menarik diri dariapada Terengganu sejak tahun lalu.

Menurutnya, Terengganu yang masa kini diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan lapan buah syarikat antarabangsa yang beroperasi di kawasan Kemaman Supply Base (KSB) telah ‘gulung tikar’

”Realitinya rakyat mahu seorg wakil rakyat yang senang ditemui meskipun rakyat mengetahui tidak mempunyai kewangan,

”kerana semua peruntukan kewangan tidak disekat oleh kerajaan Umno-BN dan diserahkan kepada penyelia Umno,” tegasnya.

Oleh itu, beliau yakin akan mempertahankan kerusi DUN Chukai pada PRU akan datang, walaupun bersaing dalam pertandingan.

“Saya yakin pertandingan PRU 14 )walaupun) dengan lebih tiga penjuru…… akan memberi kemengan kepada PAS,

”apatah lagi semangat rakyat untuk mengubah kerajaan (sedia ada) sangat kuat disebabkan kenaikan melambung kos sara kehidupan, kerana perlaksanaan GST oleh Umno dan BN,” jelasnya.

Sumber BO - 13-3-2018








































































































































Karnival Ajak Pengundi Muda Wanita Buat Perubahan

Karnival Wanita Dun Teluk Pasu kali ke -3 yang diadakan di Kampung kesom Rekang melabuhkan tirainya petang Sabtu, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, YB Ustaz Haji Ridzuan Hashim berkata, kejayaan penganjuran karnival ini akan menyemarakkan lagi semangat juang para petugas khususnya muslimat.

Bagi mempertahankan kemenangan di DUN Telok Pasu pada pilihanraya umum (PRU) ke 14 nanti, sekaligus menyumbang satu kerusi bagi membawa PAS ke wisma Darul Iman.

“Aktiviti yang berbentuk penerangan dan kesukanan serta pengunjung juga dihidangkan dengan program malam kesenian Islam,

“Sekaligus menggambarkan bahawa PAS tidak menolak hiburan kerana ia adalah kecenderungan naluri manusia,

“Dan kita hanya menyusun agar ianya dilaksanakan menepati kehendak syarak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, Ahad, 11 Mac, disini.

Sehubungan dengan itu, ketua muslimat Dun teluk Pasu Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, secara keseluruhannya penyertaan dan sambutan daripada masyarakat setempat dan sekitar serta anak-anak muda sangat menggalakkan.

Yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, lelaki dan wanita yang sebelum ini tidak pernah nampak di Program PAS.

“Muslimat PAS DUN Teluk Pasu menyeru golongan wanita terus istiqamah disemua peringkat umur,

“Agar menjadi wanita yang solehah dan bertepatan dengan kehendak Al Quran serta meliputi rohani dan jasmani,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, semua wanita diseru sentiasa bersama Muslimat Pas dalam perbagai program yang telah diatur meliputi rohani dan jasmani serta memastikan ianya menguntungkan dunia dan akhirat.

“Pelbagai aktiviti dan kegiatan muslimat muda PAS (Ameerah) yang menitik beratkan pembangunan rohani dan jasmani yang berlandaskan syariah Islam,

“Dan pelancaran ‘Ameerah Riders’ Kuala Nerus, wanita muda yang suka bermotor dan berkhidmat menggunakan motor telah disempurnakan oleh Murabbi sejuta Ummah, Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus,” tambah Tuan Roslina.

Justeru saya menyeru semua pengundi muda khususnya wanita yang pertama kali mengundi agar mengundi PAS pada PRU ke -14 nanti.

Sumber BO - 12-3-2018

No comments:

Post a Comment