BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 28, 2017

SUDUT PANDANG .......(JILID 7)



LKS wajar disaman kerana fitnah Presiden PAS

MEMBACA ulasan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ke atas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam akhbar Berita Harian dan New Straits Times semalam mengenai hasrat Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri, nampak agak jelas di mata saya bahawa Lim Kit Siang adalah seorang pemutar-belit yang layak disaman di mahkamah di atas putar-belit beliau itu. 
Ini kerana tiada walau sepatah pun di dalam kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian dan New Straits Times itu yang berbunyi, atau memberi gambaran, bahawa "jika Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang-orang Melayu dan Islam akan lenyap dalam Malaysia". 
Bagaimanapun, inilah yang Lim Kit Siang tulis di dalam ulasan beliau itu dengan antara lainnya menyebut "PAS President Datuk Seri Hadi Awang has jumped on the Najib bandwagon, spreading the lies that I want to be Prime Minister and that if Umno loses in the next general election, the Malays and Islam will perish in Malaysia" ("Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang telah menyertai Najib, menyebarkan pembohongan bahawa saya mahu menjadi Perdana Menteri dan bahawa jika Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang-orang Melayu dan Islam akan lenyap dalam Malaysia". 
Bila diteliti, apa yang terkandung di dalam kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi yang menyentuh mengenai perkara ini hanyalah bahawa: 
(1) Cita-cita pemimpin DAP untuk menjadi Perdana Menteri bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan. 
(2) PAS memberi keutamaan untuk mengekalkan kepemimpinan Islam dalam negara ini.
(3) Pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri turut bercanggah dengan realiti di Malaysia yang mana konsep negara Islam mestilah Islam itu berkuasa. 
(4) PAS pasti menolak pemimpin bukan Islam sebagai Perdana Menteri kerana menjadi keutamaan PAS untuk menjadikan orang Islam pemimpin negara. 
Saya hairan bagaimana Lim Kit Siang boleh menghubungkan Datuk Seri Abdul Hadi dengan kenyataan bahawa "jika Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang-orang Melayu dan Islam akan lenyap dalam Malaysia" bila Datuk Seri Abdul Hadi tidak menyebut walau sekali pun istilah " Umno " di dalam kenyataan beliau itu. 
Menyebut "PAS memberi keutamaan untuk mengekalkan kepimpinan Islam dalam negara ini" dan "menjadi keutamaan PAS untuk menjadikan orang Islam pemimpin negara" tidak boleh difahami sebagai menyokong pengekalan Umno kerana "kepimpinan Islam" dan "orang Islam" itu tidak semestinya merujuk kepada "kepimpinan Umno " dan "orang Umno " kerana ia boleh sahaja merujuk kepada "kepimpinan PAS" dan "orang PAS". 
Sehubungan itu, jika saya adalah Presiden PAS, sudah tentu saya akan menyaman Lim Kit Siang di mahkamah kerana membuat fitnah tidak berasas terhadap saya untuk memburukkan imej saya dan imej parti saya di mata rakyat Malaysia, dan saman ini juga akan saya lakukan serta-merta, tidak seperti Lim Kit Siang yang mengumumkan sejak 28 Januari 2017 lagi bahawa beliau sudah mengarahkan peguam beliau mengkaji kemungkinan menyaman saya kerana menyebut beliau anti-Islam, tetapi kini walau sudah hampir setahun ugutan ini berlalu bayang saman pun masih belum ada. 
Tidak peliklah jika ada yang menganggap Lim Kit Siang hanya sebagai tidak lebih daripada tong kosong semata-mata.– HARAKAHDAILY 17/12/2017
Sumber HD - 17-12-2017 

Masa depan anak kesayangan

Bicara Santai Selain Politik (2) 
BOLEH dikatakan hari ini, hampir semua sekolah telah tamatkan sessi temuduga pengambilan pelajar baru tingkatan 1 bagi tahun 2018. Sebahagiannya telah umumkan keputusan temuduga tersebut. 
Umumnya, sekolah yang punya kelas tersendiri dalam ranking pendidikan meletakkan keputusan UPSR, UPSRI dan UPKK yang tinggi untuk diterima masuk selain daripada mengambil kira keputusan ujian semasa temuduga. 
Saingan begitu sengit. Kebanyakan sekolah menyaksikan peserta yang mohon temuduga, cecah angka luar biasa terutama sekolah agama. Sebagai contoh satu realiti yang saya lihat, temuduga 300 orang, tetapi pengambilan terhad hanya kepada 80 orang sahaja.
Nisbah itu bukan pada satu sekolah. Hampir kebanyakkan sekolah berkualiti menepati nisbah yang sama. Nisbah ini 
menunjukkan sesuatu, antaranya:
a) ramai pelajar yang tidak terpilih
b) jumlah sekolah berkualiti tinggi tidak cukup
c) pasaran pengajian agama kian laris
d) pelajar cemerlang terlalu ramai 
Tahniah kepada anak-anak yang terpilih. Namun usahlah kecewa pada yang tidak. Mereka hanya “missed” pada satu peringkat usia seawal 13 tahun. Perjalanan hidup dan pengajian mereka masih jauh. 
Terlalu ramai yang boleh dibuat contoh bagaimana insan yang berjaya dan hebat hari ini, tetapi alami pengalaman perjalanan hidup yang gagal dan tidak terpilih semasa usia awal mereka. 
Sebagai ibu bapa, kita mesti bijak mengatur perjalanan dan masa depan pengajian anak-anak sebelum mereka mampu berdikari dan memilih laluan hidup sendiri kelak. 
Pilihan utama untuk melorong kejayaan dunia dan akhirat buat anak-anak ialah memastikan mereka terdidik dengan pendidikan agama. Jangan prejudis dengan pendidikan agama biarpun hanya sekolah agama rakyat. 
Agama ni kan boleh luruskan peribadi (akhlak) dan murnikan kepercayaan (aqidah). Melahirkan watak yang soleh atau solehah sekali gus boleh mainkan peranan untuk bimbing ummah dan basmi kejahilan yang melata. 
Benarlah kata Nabi SAW.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا قُدِّرَ لَهُ 
Daripada Anas bin Malik Rha. berkata, Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi tumpuannya maka Allah akan memberi rasa cukup dalam hatinya, menyatukan urusannya yang berserakan dan dunia datang kepadanya tanpa dia cari, dan barangsiapa yang keinginannya hanya untuk kehidupan dunia maka Allah akan jadikan kemiskinan selalu membayangi di antara kedua matanya, mencerai beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditentukan baginya." (Riwayat Imam Tirmizi) 
Melestari Kehidupan Positif
Pendekar Sakti
28 Rabiul Awwal 1439 / 17 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 17/12/2017
Sumber HD- 17-12-2017 

'Memindahkan' wang orang ke poket kita... (10)



BARU-BARU ini saya berkesempatan ke pejabat Editorial Harakah. Kawan-kawan ajak minum, sambil menikmati hidangan perbualan semakin lama semakin rancak terutama dalam membicarakan kesukaran rakyat menghadapi kehidupan sekarang ini.

Dalam perbualan itu, saya 'berloyar buruk' dengan menyatakan duit sebenarnya banyak, cuma ia tidak banyak dalam poket atau dompet kita tetapi banyak dalam 'tangan' orang lain. Persoalannya sekarang bagaimana usaha kita bagi memindahkan wang itu ke dalam poket kita...oh ya, semestinya secara halal bukan haram!

Saya berkata demikian berdasarkan pandangan seorang pakar motivasi yang juga seorang ahli perniagaan berjaya. Beliau mengungkapkan: "Ada banyak duit di kawasan sekitar kita - dalam poket orang, dalam dompet mereka, dalam bank, dalam laci pekedai dan juga bawah bantal tilam dan bantal sesetengah orang - persoalannya sekarang bagaimana mahu memancing wang itu masuk ke poket kita?"

Sumber HD - 15-12-2017



Umno berubah kepada imej beragama: Islam is trending

PASCA Perhimpunan Agung Umno 2017, ramai pemerhati politik menyuarakan komentar. Umno sekarang sudah banyak berubah. Paling menonjol, mereka sudah banyak memperkenalkan terma-terma dan budaya Islam dalam organisasi. Dahulu bukan tidak ada, tapi sekarang semakin ketara. 
Laungan takbir Allahuakbar, bercakap soal kewajipan taat dan wala, bangkit membela Palestin, program-program keagamaan berskala mega dan bermacam lagi retorik yang menampakkan keislaman Umno. Pada mata kasar, mereka cukup terbuka dan berani menzahirkan keislaman. 
Walaupun ada yang melihat perkara ini sebagai negatif, mempergunakan agama atau cuba menyaingi PAS, tetapi saya lebih suka memandangnya dari sudut positif. 
TRENDY
Kenapa Umno berubah menjadi semakin Islamik? Kerana mereka mahu terus relevan dan diterima di medan politik. Mereka memiliki jentera pengkaji dan pembanci yang kuat mewakili berbagai agensi dan lapisan. Sudah tentu imej Islamik yang mereka tonjolkan sekarang adalah hasil daripada dapatan kajian trend semasa pengundi di Malaysia. 
Ini menunjukkan trend semasa rakyat Malaysia adalah minat kepada agama. Islam menjadi "trendy'. Jadi kalau Umno tidak mengikut trend beragama, mereka akan ditinggalkan. Rakyat mahu agama, maka mereka perlu tawarkan agama. 
Jika dinilai dari sudut kepentingan Islam tanpa mengambil kira untung rugi politik kepartian, trend semasa ini adalah sangat positif. Menunjukkan hasil usaha dakwah Islamiah yang dijalankan sejak dahulu meningkat dengan baik. Rakyat sudah tidak seperti dulu. Kesedaran agama telah tersebar luas hingga ke bandar-bandar besar. Dahulu, agama hanya popular di kawasan kampung. 
JANGAN PERLEKEH
Ketepikan seketika politik kepartian. Kita mesti melihat fenomena ini daripada kacamata agama dahulu. Pandang dari perspektif seorang negarawan. Tidak dinafikan imej baharu Umno ini akan memberi cabaran buat PAS yang telah lama memperjuangkan agama. Tetapi amat tidak bijak jika kita memperlekeh usaha Umno untuk mendekati agama. 
Pedulikan motif sebenar perubahan imej Umno ini. Walaupun kita percaya pasti ada motif politik, tetapi mesti pandang dari sudut kelebihan buat negara dan rakyat. Sikap Umno yang membuka pintu untuk agama ini pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan Islam di negara. Agama akan menjadi keutamaan dalam kehidupan rakyat bernegara. Utamakan rakyat dalam berpolitik. Ia salah satu kriteria BPMS. 
Percayalah, jika kita mengkritik, memperlekeh atau mempertikaikan keikhlasan Umno dari sudut ini, kita akan dilihat mengamalkan politik sempit. Kita akan dipandang tidak matang. Kita akan dikritik kembali oleh rakyat. Itu persepsi rakyat teramai walaupun mereka juga agak skeptikal dengan Umno.
AGAMA TRENDY DI BARAT
Sebenarnya, fenomena masyarakat kembalu kepada agama tidak hanya melanda negara kita. Bahkan negara barat juga. Islam semakin diminati di negara besar Eropah seperti Perancis, Jerman, dan UK. Agensi kajian Pew Research Center menjangkakan Islam akan mendominasi barat menjelang 2050, dan akan menyamai bilangan kristian di dunia jika trend peningkatan kemasukan Islam konsisten seperti sekarang.
Di Amerika, protestan semakin ditinggalkan. Golongan atheisme ataupun freethinker semakin menyedari keperluan agama dalam kehidupan. Islam menjadi popular pasca 11 September. Untuk mengekang penghijrahan masyarakat kepada Islam, gereja protestan perlu melakukan reformasi. Justeru, dipopularkan gerakan evangelical yang lebih bersifat fundamental terhadap agama (kristian). Evangelical cuba mengharmonikan antara gereka protestan dan katolik.
PERSAINGAN SIHAT
Berbalik kepada Malaysia. Jangan anggap imej Islam Umno adalah ancaman buat PAS. Sebaliknya jadikan sebagai cabaran untuk kita lebih mara kehadapan. Apa yang perlu PAS lakukan sekarang adalah memperkuatkan lagi usaha menyebarkan Islam. Ambil peluang daripada ruang yang dibuka untuk masuk menerangkan Islam secara lebih mendalam. 
Kalaupun mahu bersaing, bersainglah secara sihat. Bersaing untuk memberi kefahaman Islam dengan benar dan jelas, bukan bersaing untuk meramaikan audiens semata-mata. Bersaing untuk meneroka setiap ruang dakwah yang ada, bukan bersaing untuk berebut sokongan sahaja. Jangan bersaing sehingga wujud perpecahan sesama Islam. 
JANGAN BERPALING KE BELAKANG
Apa yang dibimbangi, kita mengatur gerakerja dalam keadaan mengabaikan trend semasa rakyat ini. Kita ghairah mencari publisiti dan populariti, tetapi tidak melakukan kajian terperinci kecenderungan rakyat. Menyebabkan kita melakukan tindakan yang dirasakan popular, tetapi sebenarnya tidak. 
Tidak salah mengambil pendekatan dakwah popular. Tetapi pastikan ia benar-benar popular dan mampu mencapai sasaran. Buat kajian sebaiknya. Jangan main hentam kromo. Politik rasional dan profesional juga salah satu kriteria BPMS. 
Jangan bimbang. Kita akan terus kekal relevan jika konsisten dengan imej yang fundamental. Orang tahu sejak awal keberadaan PAS di arena politik, perjuangan dan agenda kita adalah Islam. Walaupun trend rakyat pasca kemerdekaan masih pekat dengan pemikiran sekular, PAS tidak pernah meninggalkan Islam. 
Bahkan tidak keterlaluan jika kita nyatakan PAS menyumbang besar kepada perubahan trend semasa rakyat sekarang. Tanpa PAS, mungkin kesedaran Islam tidak ditahap sekarang. 
Justeru jika kita kekal dengan imej fundamental, ia akan menguntungkan kita! 
PERSEPSI
Umno sekarang sedang memainkan persepsi, tiada keperluan untuk mereka beralih dari Umno kepada PAS kerana Umno sama seperti PAS sahaja sekarang. Ujar mereka, PAS perjuangkan Islam, Umno pun ada Islam! 
Walaupun kenyataan ini agak melucukan bagi yang bergelumang lama dalam kancah politik, tetapi hasil pemerhatian yang dibuat, ramai juga yang terpengaruh. Kerana hakikatnya majoriti rakyat Malaysia tidak bergelumang dengan politik. 
Jangan sampai orang tertukar antara PAS dan Umno sudahlah. Kerana sudah ada ura-ura tidak enak kedengaran di kalangan rakyat, Umno dulu adalah PAS sekarang dan Umno sekarang adalah PAS dulu. Walaupun amat jauh dari realiti, tetapi persepsi ini sangat mudah mendoktrinasi rakyat awam jika kita tidak berhati-hati. Media utama negara didominasi oleh pesaing politik kita. 
Kesimpulannya, teguhlah dengan ketulenan perjuangan, bijaklah dalam berpolitik, dan paling penting, jujurlah kepada rakyat. Inilah matlamat utama BPMS yang digagaskan Presiden kita. 
Alang Ibn Shukrimun
26 Rabiul Awwal 1439 / 15 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 15/12/2017






Sumber HD - 15-12-2017








Perlembagaan PAN sudah boleh dicampak ke laut

YANG Berikut adalah beberapa ulasan saya ke atas tulisan Pengerusi Biro Undang-Undang PAN merangkap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, yang mengulas mengenai tulisan saya bertajuk “Parti Amanah Negara Yang Bercelaru: Hanipa Vs Mujahid”. 
(1)  Walau apapun yang ditulis oleh beliau, saya masih boleh hormat kepada Hanipa kerana masih bertamadun dengan menjawab tulisan saya dengan tulisan juga tidak seperti Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, yang menjawab tulisan saya dengan mengemukakan saman RM5 juta dan membuat laporan polis terhadap saya. 
(2) Pada masa yang sama, saya kesal dengan tindakan Hanipa memilih untuk memanggil saya dan PAS dengan gelaran yang buruk, iaitu “Dr yang hentam YB Hannah Yeoh sebelum ini” dan “parti suci”. Tindakan ini sangat bertentangan dengan tujuan utama penubuhan PAN yang diwarwarkan di dalam perlembagaannya, iaitu untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan”, kerana di dalam al-Qur’an sendiri tercatat jelas larangan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk (Surah al-Hujurat: 11) dan kecelakaan besar bagi mereka yang suka mencaci dan mengeji (Surah al-Humazah: 1). Malah, ia juga sangat bercanggah dengan tulisan beliau sendiri yang tidak bersetuju dengan perbuatan label-melabel. 
(3) Saya juga berterima kasih kepada Hanipa kerana secara terbuka mengakui perbezaan pandangan yang ada antara beliau dan Dr Mujahid dalam isu perlu atau tidak perlu Akta Diskriminasi Yang Tidak Adil diwujudkan. Seperti dimaklumi, Hanipa berpandangan bahawa Akta Diskriminasi Yang Tidak Adil ini adalah tidak perlu manakala Dr Mujahid pula berpandangan bahawa Akta Diskriminasi Yang Tidak Adil adalah perlu. Bagaimanapun, hujah yang digunakan oleh Hanipa untuk mempertahankan perbezaan pandangan antara beliau dan Dr Mujahid ini, iaitu bahawa PAN menganggap perbezaan pendapat sebagai satu rahmah dan sebagai simbol kekuatan serta bahawa “Penasihat Umum dan Presiden PAN senang dan seronok wujudnya perbezaan pendapat dalam keluarga PAN ", adalah jauh tersasar dari hakikat sebenarnya. 
(4) Tidak dinafikan bahawa ada ketikanya perbezaan pendapat boleh menjadi satu rahmah dan simbol kekuatan, tetapi ada ketikanya pula perbezaan pendapat ini boleh menjadi satu mudharah dan simbol kelemahan. Perlembagaan mana-mana parti politik sekalipun membenarkan kewujudan perbezaan pendapat ini di dalam ruang lingkup tertentu yang dibenarkan oleh parti, terutamanya di dalam mesyuarat cawangan, kawasan, negeri atau jawatankuasa tertinggi parti dan di dalam muktamar/konvensyen tahunan/khas parti. Pada masa yang sama, perlembagaan parti-parti politik, termasuk Perlembagaan PAN sendiri, ini juga mempunyai peruntukan khusus untuk mengenakan tindakan disiplin kepada mana-mana ahlinya yang didapati membuat kenyataan atau tindakan yang bercanggah dengan dasar atau kepentingan parti. 
(5) Mengikut Perlembagaan PAN, tertakluk kepada mana-mana peruntukan lain, kuasa tertinggi di dalam PAN adalah dipunyai oleh Konvensyen Tahunan/Khas PAN yang di antara tugasnya ialah untuk membahas dan meluluskan usul. Berpandukan kepada peruntukan ini, Konvensyen Nasional PAN Kali Ke-2 di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober 2017 telah meluluskan satu usul yang dibawa oleh Dr Mujahid yang menyatakan mengenai keperluan mewujudkan Akta Diskriminasi Yang Tidak Adil ini. Sewaktu usul ini dibahaskan, memanglah perbezaan pendapat boleh menjadi satu rahmah dan simbol kekuatan, dan berdasarkan penelitian saya memang ada perwakilan yang mempertikaikannya, tetapi setelah ia diluluskan maka perbezaan pendapat adalah satu mudharah dan simbol kelemahan.
(6) Begitu juga dengan tindakan Dr Mujahid menulis kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2017 untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian membabitkan cadangan mewujudkan Akta Diskriminasi Yang Tidak Adil ini yang tidak begitu munasabah berani beliau lakukan tanpa mendapat lampu hijau daripada jawatankuasa tertinggi parti terlebih dahulu. Sukar dibayangkan bagaimana tindakan Hanipa menyanggah Rang Undang-Undang Persendirian ini secara terbuka seperti sekarang atau di dalam Dewan Rakyat, jika ditakdirkan Dr Mujahid dibenar untuk membentangkannya, boleh menjadi satu rahmah dan simbol kekuatan PAN. 
(7) Sangat mengejutkan sekali bila Hanipa kelihatan tidak memahami atau tidak mahu mematuhi Perlembagaan PAN kerana, sama ada beliau sedari atau tidak, apa yang sedang beliau buat sekarang adalah “lawlessness”, iaitu satu keadaan kacau-bilau yang boleh berlaku disebabkan ketidakwujudan atau pengabaian undang-undang. Jika Pengerusi Biro Undang-Undang PAN sendiri tidak menghormati Perlembagaan PAN bagaimanakah ahli-ahlinya boleh diminta berbuat demikian? Boleh dibayangkan apa akan berlaku jika PAN menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri atau kerajaan pusat di mana pemimpin PAN, di atas pegangan bahawa perbezaan pendapat adalah satu rahmah dan simbol kekuatan, secara terbuka mempertikaikan keputusan mesyuarat EXCO atau mesyuarat Kabinet.  
 
(8) Kenyataan Hanipa ini juga sangat bercanggah dengan keputusan rasmi Pakatan Harapan, yang disertai oleh PAN sendiri, sewaktu melancarkan Perjanjian Pakatan Harapan pada 9 Januari 2016 di mana dimaklumkan ke seluruh dunia oleh pemimpin Pakatan Harapan pada waktu itu, termasuk oleh Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat, bahawa prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju', yang pernah menjadi prinsip Pakatan Rakyat, tidak lagi menjadi prinsip Pakatan Harapan dan mana-mana parti yang melanggar konsensus akan dipecat. Bagaimanakah agaknya kenyataan Hanipa bahawa perbezaan pendapat adalah satu rahmah dan simbol kekuatan boleh diselarikan dengan keputusan Pakatan Harapan ini? Dan jika benar PAN sangat mengutamakan perbezaan pendapat mengapa PAN boleh bersetuju pula dengan ketiadaan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' ini? 
Sebagai kesimpulannya, pada pandangan saya, Perlembagaan PAN, mahupun Perjanjian Pakatan Harapan, sudah boleh dicampak ke laut susulan kenyataan Hanipa ini. – HARAKAHDAILY 14/12/2017
Sumber HD - 14-12-2017 





PAN yang bercelaru: Hanipa Vs Mujahid

PEGUAM Syahredzan Johan menyebut di dalam dua tulisan beliau yang bertajuk “Diskriminasi: Perlu Gubal Hukum” dan “Undang-Undang Anti-Diskriminasi” di dalam akhbar Sinar Harian pada 27 November 2017 dan 11 Disember 2017 mengenai perlunya satu undang-undang khusus digubal bagi mengatasi masalah diskriminasi tidak adil. 
Syahredzan menceritakan mengenai bagaimana beliau terlibat dalam penggubalan “undang-undang anti diskriminasi dalam bentuk dua cadangan rang undang-undang yang dikenali sebagai RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional” oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (NUCC). 
Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar NUCC, yang bertanggungjawab merangka RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional, ini pula ialah Ahli Parlimen Parit Buntar yang kini merupakan Naib Presiden PAN, iaitu Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa. 
Kedua-dua RUU ini mendapat tempat yang sangat istimewa di hati Datuk Dr Mujahid yang bermati-matian mempertahankannya dari serangan pelbagai pihak waktu ia didedahkan kepada pengetahuan masyarakat umum pada tahun 2014 dahulu, malah isu meliputi RUU inilah yang menjadi salah satu punca kenapa beliau menyaman saya RM5 juta. 
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar NUCC, beliau, bersama-sama beberapa tokoh lain yang terlibat di dalamnya, khususnya Datuk Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah, sering berusaha menghidupkan kembali kedua-dua RUU ini bila timbul pelbagai isu baru membabitkan diskriminasi di kalangan rakyat Malaysia. 
Usaha ini termasuklah kenyataan Datuk Dr Mujahid di dalam portal berita Free Malaysia Today pada 28 September 2017 bahawa “peruntukan dalam undang-undang anti diskriminasi (yang dicadangkan oleh NUCC) adalah khusus dan tidak akan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan berkaitan hak istimewa Melayu dan Bumiputera”. 
Menurut Datuk Saifuddin, di dalam tulisan beliau di akhbar Sinar Harian pada 6 November 2017, Datuk Dr Mujahid telah menulis kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2017 untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian membabitkan cadangan yang sama, tetapi dengan sedikit penambahbaikan, kepada kedua-dua RUU ini. 
Malah, Konvensyen Nasional PAN Kali Ke-2 pada 22 Oktober 2017 juga telah meluluskan usul yang dibawa oleh Datuk Dr Mujahid bagi mendesak kerajaan mengemukakan RUU ini yang disokong antara lainnya oleh perwakilan PAN Tanjung Malim, Aminuddin Zulkipli, yang dilapor menyifatkanya sebagai “anti diskriminasi”. 
Alih-alih hari ini, 12 Disember 2017, Pengerusi Biro Undang-Undang AMANAH merangkap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, di dalam tulisan beliau bertajuk “Tak Perlu Akta Anti Diskriminasi Yang Tak Adil” yang tersiar di dalam portal berita Malaysia Kini, boleh tidak bersetuju pula dengan cadangan mewujudkan Akta Anti Diskriminasi ini. 
Persoalan besar yang timbul di sini ialah bagaimana Datuk Dr Mujahid boleh menulis kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2017 untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian membabitkan cadangan mewujudkan Akta Anti Diskriminasi ini jika cadangan ini tidak dipersetujui oleh Pengerusi Biro Undang-Undang PAN? 
Persoalan besar yang timbul di sini juga ialah bagaimana Konvensyen Nasional PAN Kali Ke-2 pada 22 Oktober 2017 boleh meluluskan usul yang dibawa oleh Datuk Dr Mujahid bagi mendesak kerajaan mengemukakan RUU untuk mewujudkan Akta Anti Diskriminasi ini jika cadangan ini tidak dipersetujui oleh Pengerusi Biro Undang-Undang PAN? 
Isu seterusnya ialah siapa antara Naib Presiden PAN (Datuk Dr Mujahid) dan Pengerusi Biro Undang-Undang PAN (Mohamed Hanipa) yang lebih berkuasa serta ke mana pergi Penasihat Umum dan Presiden PAN, Ustaz Ahmad Awang dan Tuan Haji Mohamad Sabu, hingga dua pemimpin PAN boleh bertelagah secara terbuka? 
Jika di dalam isu kecil begini pun PAN sudah bercelaru, bagaimana pula dengan isu-isu lain yang lebih besar? – HARAKAHDAILY 12/12/2017
Sumber HD - 12-12-2017

Krisis Baitulmaqdis: Agama isunya, politik mediumnya








RAMAI juga kalangan pengkaji dan pemerhati politik antarabangsa menyatakan isu al-Quds adalah semata-mata pergelutan politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan agama. Justeru mereka menempelak golongan yang menyeru kepada kebangkitan menentang pengisytiharan Trump sebagai mempergunakan sentimen agama, atau mengaitkan agama sebagai punca krisis. 
Kalangan realist melihat isu ini boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan politik, dengan mengenepikan faktor agama. Rundingan, ketetapan undang-undang dan juga tekanan politik antara kaedah yang ditawarkan dalam menyelesaikan isu ini. 
Tanpa menafikan kepentingan strategi politik dalam menangani isu ini, tetapi isu Palestin sama sekali tidak boleh dikeluarkan daripada kerangka agama. Rebutan berpanjangan terhadap al-Quds bukan semata-mata kedudukam geopolitiknya yan
g strategik, tetapi kerana kepercayaan 3 agama terbesar dunia terhadap tanah suci ini. 
ZIONIS DAN AL-QUDS
Sejarah menunjukkan, kumpulan yang berperang bagi mendapatkan al-Quds hampir semuanya digerakkan atas nama agama. Umar al-Khattab sebagai pemimpin umat Muhammad pertama membebaskan kota al-Quds daripada cengkaman Roman Byzantine atas nama agama Islam. Kemudian dirampas oleh tentera salib dipimpin oleh gereja katolik yang menguasai pemerintahan eropah zaman kegelapan dahulu, juga atas semangat agama. Terbaru, penaklukan Yahudi terhadap al-Quds dan penubuhan negara Israel adalah kerana ideologi agama Yahudi. Nama Israel dan Zionis sendiri adalah merujuk kepada kepercayaan agama Yahudi. 
Penaklukan al-Quds telah dirancang lama oleh Yahudi melalui gerakan rahsia Freemason. Walaupun kalangan realist tidak mempercayai Freemason kerana tiada dokumen rasmi atau kenyataan terbuka pemimpin mereka mendedahkan mengenai pertubuhan ini, tetapi sumber-sumber risikan dan pengakuan bekas ahli yang terlibat sukar menafikan kewujudan gerakan ini. Mengikut maklumat yang paling logik, konspirasi jahat yahudi syaitan ini sudah bergerak sejak zaman Nabi Sulaiman lagi walaupun tidak atas nama Freemason. 
Sehingga mereka berjaya berperanan di posisi penting di dunia seperti bidang ekonomi, hiburan dan sosial, barulah mereka berani menubuhkan front politik yang diberi nama sebagai zionis. Tahun 1897, Zionis mengadakan persidangan pertama di Basel, Switzerland dan mencapai beberapa resolusi yang dinamakan sebagai Protokol Zionis. Pemimpin pertama zionis, Theodor Herzl mendedahkan isi protokol adalah bagi mendapatkan sebuah negara politik bagi Yahudi ke arah menjadi pemerintah dunia. 
EVANGELIS DAN AL-QUDS
Satu lagi golongan yang meletakkan isu agama sebagai faktor rebutan al-Quds adalah evangelis daripada penganut kristian. Evangelisme merupakan satu fahaman di dalam agama Kristian yang mempercayai kewajipan menubuhkan negara kristian bagi persediaan menyambut Jesus Christ yang bakal turun ke bumi kelak. Gerakan ini adalah gerakan yang radikal. Ada yang beranggapan penguasaan gereja ke atas empayar Rom dan juga kempen perang Salib digerakkan oleh evangelis. 
Evangelis moden hari ini berjaya melobi sehingga sebuah negara yang dinamakan Amerika berjaya didirikan. Evangelis merupakan golongan elitis di Amerika, dan banyak mempengaruhi politikus. Evangelis tanpa segan silu mengakui pengisytiharan Trump adalah hasil tekanan mereka yang berada di dalam parti Republikan. Trump sebelum ini menjadikan pengiktirafan Jurusalem sebagai salah satu manifesto beliau dalam kempen pilihanraya Presiden bagi melobi evangelis. 
Mengikut kepercayaan evangelis, Bible menyatakan Jurusalem adalah hak mutlak kaum Yahudi. Kepercayaan ini adalah sama dengan pegangan zionis melalui The Old Testament. Justeru mereka turut berjuang bagi memberikan hak kepada golongan Yahudi. 
ISLAM DAN AL-QUDS
Di dalam Islam pula, al-Quds merupakan tanah suci ketiga umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah isyarat jelas tentang kedudukan Masjidil Aqsa kepada umat Muhammad, ditambah dengan ayat al-Quran dan Hadis-hadis tentang kedudukan, kelebihan dan berita akhir zaman mengenainya. 
Cukup kita bawakan satu ayat al-Quran dan satu hadis yang menjelaskan ketinggian kedudukan al-Aqsa di dalam Islam. Adapun ayat al-Quran firman Allah: 
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ 
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Al-Isra':1] 
Adapun hadis, sabda Rasulullah SAW: 
لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم ، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك"، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: "ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس 
Akan sentiasa wujud dari kalangan umatku berjuang atas nama agama. Mereka tegas terhadap musuh, dan tidak akan sekali-kali tergugat dengan pihak yang meninggalkan mereka, sehingga datangnya urusan Allah. 
Sahabat bertanya siapakah mereka? Jawab baginda: 
"Mereka adalah penduduk Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis."
[HR Ahmad] 
Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga hadis baginda menjelaskan bahawa al-Quds adalah milik umat Islam yang mengesakan Allah. Bukan milik mana-mana bangsa khusus. Sesiapa yang berpegang kepada agama Islam, merekalah yang paling layak mentadbir al-Quds. 
Palestin dibuka pertama kalinya oleh Nabi Ibrahim AS, atas perintah Allah supaya berhijrah meninggalkan kerajaan Babylon yang diperintah oleh Namrud bin Kan'an. Anak baginda bernama Ismail diperintahkan bermastautin di Mekah, melahirkan bangsa arab dan Nabi akhir zaman Muhammad SAW. Seorang lagi anaknya, Ishak terus menetap di Palestin dan dikurniakan anak bernama Yaakub. Yaakub digelar sebagai Israel, dikurniakan 12 orang anak yang membentuk jalur keturunan Bani (anak) Israel.
Al-Quran merekodkan juga, al-Quds dibuka oleh Talut dengan mengalahkan Jalut atas perintah Allah SWT. Talut melantik Nabi Daud sebagai raja. Anak Nabi Daud, Nabi Sulaiman mendirikan kerajaan dunia dengan al-Quds menjadi pusat pemerintahan dan tapak istana baginda. Kesemua mereka adalah Islam dan patuh kepada Allah. 
Al-Quran juga merekodkan, al-Quds sekali lagi diperintahkan untuk dibuka kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Malangnya Bani Israel mengingkari perintah tersebut menyebabkan mereka dihukum sesat di padang pasir selama 40 tahun. Selepas generasi yang ingkar dimatikan, barulah Nabi Yusha' berjaya menjalankan perintah Allah memimpin Bani Israel membuka al-Quds. 
Nabi akhir zaman Muhammad SAW mengisyaratkan kepada para sahabat untuk bersolat di Masjidil Aqsa dengan kelebihan-kelebihan yang diterangkan. Waktu itu, Masjidil Aqsa d bawah taklukan Roman Byzantine. Lalu umat Islam berusaha membebaskan kota untuk menunaikan saranan solat tersebut. Akhirnya ia berjaya dibuka pada zaman Saidina Umar al-Khattab, kira-kira 6 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Menurut kaedah Usul Fiqh, "الأمر بالشيء أمر بلوازمه" bermakna perintah terhadap sesuatu meliputi perintah terhadap semua yang berkait dengannya. 
ZIONIS + EVANGELIS =/= ISLAM 
Kesilapan Yahudi dan Kristian adalah mereka mempercayai kitab-kitab yang sudah diseleweng. Old Testament/Hebrew Bible atau dikenali di dalam Islam dengan nama Taurat dan juga Bible/New Testament ataupun Injil yang asal mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Malangnya mereka menolak atas alasan Muhammad bukan Nabi keturunan Bani Israel, sehingga sanggup menyelewengkan kitab suci Taurat dan Injil. 
Hari ini muncul beratus versi Taurat dan Injil berbeza. Setiap mazhab dan aliran mereka memiliki kitab versi tersendiri. Berbeza dengan Islam, sumber rujukan utama semua mazhab adalah Al-Quran yang sama. 
Atas kepercayaan masing-masing, ketiga-tiga agama ini berebut bagi mendapatkan al-Quds. Ia bukan sekadar persaingan politik semata-mata. Jurusalem/al-Quds telah menjadi rebutan zaman berzaman, dan ia akan kekal menjadi rebutan sehingga hari kiamat. Bagi membolehkan umat Islam berkuasa semula di al-Quds, kesedaran dan kebangkitan atas nama agama perlu menjadi keutamaan. 
Dalam perkembangan terkini, kristian (evangelis) dan yahudi (zionis) nampaknya bergabung dalam berhadapan dengan Islam. Faktor kedudukannya yang strategik dari segi geo-ekonomi dan geo-politik, menyebabkan politikus boleh bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh dari tiga agama ini dalam mencapai matlamat masing-masing. 
Apa yang memalukan, evangelis dan zionis menggunakan platform politik bagi menjayakan matlamat agama mereka. Pemimpin muslim pula menggunakan platform agama bagi menjayakan matlamat politik dalam isu al-Quds. 
POLITIKUS MUSLIM
Masing-masing mahu menjadi juara dalam isu al-Quds supaya mampu memikat sokongan majoriti muslim di negara masing-masing. Tetapi hakikatnya, mereka tidak serius dan hanya bermain-main dengan retorik. Di belakang tabir, Israel dan Amerika menjadi sekutu mereka yang kritikal dalam survival politik dan ekonomi global. 
Ramai yang mempertahankan retorik pemimpin-pemimpin politik muslim negara masing-masing dalam mempertahankan al-Quds sebagai kebijakan berpolitik mereka agar tidak dilanyak oleh kuasa besar. Gadafi di Libya, Mursi di Mesir, Saddam di Iraq dan 'Erbakan' di Turki antara contoh pemimpin 'bodoh' politik yang mereka dakwa tidak pandai bersilat di pentas geo-politik. 
Tetapi hakikatnya hanya mereka yang terlibat secara langsung dan yang mengenali secara dekat sahaja mengetahui sikap sebenar pemimpin-pemimpin yang ada hari ini terhadap isu-isu Islam. Mereka sebenarnya oportunis, dasar mereka pragmatis yang melihat agama sebagai leverage untuk mileage politik. 
Sebagai umat yang peka, kita perlu berhati-hati dengan semua pihak, baik musuh Islam mahupun yang mendakwa pembela Islam. Tidak salah menyokong retorik mereka, tetapi janganlah sokongan itu menyebabkan diri menjadi taksub sehingga menolak pendekatan berbeza. Juga usah meletakkan harapan mutlak kepada mereka, bimbang dieksploitasi dengan mudah kelak. Mereka yang pragtamis, akan membelakangkan Islam jika ia merugikan politik! 
POLITIK ISLAM
Namun ini tidak bererti kita harus menolak politik dalam menyelesaikan masalah ini. Politik adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dipisahkan sama sekali. 
Apabila umat Islam meninggalkan politik, maka mereka telah terjerat ke dalam perangkap musuh Islam yang memang mahukan politik ini bebas dari unsur agama. Mereka bebas berbuat apa sahaja sewenang-wenangnya. Matlamat mereka menjadikan al-Quds ibunegara Israel semakin mudah dari sudut undang-undang. 
Cuma politik yang dimaksudkan bukan seperti budaya politik konvensional hari ini. Politik Machiavelli, politik sekular atau politik populisme. Politik kita mesti politik Islam. Politik berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Politik bermatlamatkan penegakan Islam. 
Menerima demokrasi sebagai pendekatan politik semasa terbaik yang ada. Tetapi tidak tenggelam dalam arus demokrasi sehingga menjadi populis dan pragmatis. Jangan menggadaikan prinsip hanya kerana sokongan. Jangan memperalatkan sokongan demi kepentingan tertentu. 
Kesimpulannya, isu al-Quds adalah isu agama. Tetapi untuk menyelesaikannya, politik perlu dijadikan alat. 
Alang Ibn Shukrimun
23 Rabiul Awwal 1439 / 11 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 11/12/2017
Sumber HD - 11-12-2017 








Tun M, PH dan Raja-Raja Melayu

MEMBACA laporan wawancara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang disiarkan oleh akhbar The Sunday Star hari ini, di bawah tajuk “A royal balancing force”, saya teringat laporan portal berita The Malaysian Insight pada 3 Disember lalu, di bawah tajuk “Dr Mahathir, Wan Azizah proposed as leaders if opposition wins next general election”. 
Laporan portal berita The Malaysian Insight menyebut satu sumber yang menghadiri retreat Pakatan Harapan pada 1 dan 2 Disember lalu sebagai berkata bahawa semua parti di dalam Pakatan Harapan, kecuali PKR, telah bersetuju untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim jika Pakatan Harapan memenangi PRU 14. 
Laporan akhbar The Sunday Star pula, selain mendedahkan kemurkaan Sultan Selangor terhadap Tun Dr Mahathir di atas istilah ‘lanun Bugis’ yang beliau ungkapkan pada 14 Oktober lalu, memetik Sultan Selangor sebagai bertitah bahawa bukan Baginda sahaja yang tidak menyenangi tindak-tanduk Tun Dr Mahathir sejak beliau kembali aktif di dalam dunia politik. 
Malah, Sultan Selangor, di dalam satu titah yang mengejutkan (“dropping a bombshell”), bertitah: “Semua sembilan Raja mempunyai perasaan yang sama mengenai Dr Mahathir sejak ahli politik berusia 92 tahun itu kembali aktif dalam politik” (“All nine Rulers feel the same way about Dr Mahathir since the 92-year-old politician’s return to active politics”). 
Kedua-dua laporan ini menimbulkan satu persoalan menarik kepada kita: Bagaimanakah agaknya Pakatan Harapan hendak melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim jika Pakatan Harapan memenangi PRU 14 di dalam keadaan “semua sembilan Raja mempunyai perasaan sama (dengan perasaan Sultan Selangor) mengenai (beliau)”? - HARAKAHDAILY 10/12/2017














Sumber HD - 10-12-2017
















Interaksi dengan hadis akhir zaman

MUKADDIMAH 
KEGAWATAN yang berlaku di alam Islam setakat ini membawa umat Islam membaca kembali ayat-ayat al-Quran dan teks-teks hadis. Perkara-perkara pelik dan mengejutkan yang berlaku menyebabkan mereka cuba untuk memahami hakikat, dan sebahagian jawapannya ada diisyaratkan melalui nas-nas yang telah lama wujud. 
Berkenaan akhir zaman, banyak disebut oleh hadis berbanding al-Quran. Hadis-hadis yang membahaskan tentang peristiwa akhir zaman disebut sebagai Hadis Fitan (ujian) ataupun Hadis Asyratu Saah (tanda kiamat). Manakala Ilmu berkenaan akhir zaman disebut sebagai ilmu fitan. Di dalam dunia akademik, ilmu kajian tentang ramalan akhir zaman dikenali sebagai eskatologi. 
Secara umumnya, fenomena merujuk kepada hadis bagi menafsirkan kejadian semasa adalah suatu yang baik. Namun jika tidak berhati-hati, amat mudah untuk menyebabkan kita silap faham, lalu menghukum pihak tertentu tanpa kaedah pembuktian yang sebenar. Ia juga boleh melahirkan sikap pasif daripada memperjuangkan Islam, sama ada kerana takut ataupun kerana mengambil langkah menunggu hingga tiba apa yang disebutkan hadis tanpa sebarang usaha.
Beberapa panduan digariskan di bawah untuk kita berinteraksi dengan hadis akhir zaman, agar ianya selari dengan tuntutan syarak: 
1. NAS SEBAGAI RUJUKAN UTAMA
Perkara ini adalah fundamental di dalam Islam. Sebelum baca apa-apa bahan, bekalkan dahulu diri dengan al-Quran dan Hadis. Belajar ilmu yang didatangkan melalui dua sumber ini terlebih dahulu sebaiknya. 
Ini kerana kedua ini adalah sebenar-benar dan setepat-tepat sumber rujukan. Ketulenannya telah disaring rapi oleh alim ulama sepanjang zaman. Ia juga tidak akan berjaya diseleweng atau hilang melainkan bila tiba hari kiamat. 
Jangan letakkan al-Quran Hadis sebagai rujukan sekunder. Jangan jadikan nas hanya sebagai penyokong kepada teori dan berita yang kita ambil dari sumber lain. Sebaliknya yang lain itu perlu dibaca setakat yang tidak menyalahi nas. Ia perlu ditolak sekiranya bercanggah dengan nas. 
Akhir zaman, terlalu banyak pembohongan yang berlegar. Nabi SAW pernah menggambarkan bahawa akan tiba masa wujud kalangan manusia yang bekerja menyebarkan pembohongan sehingga mencecah ufuk dunia. Gambaran itu boleh kita lihat dengan zaman internet dunia tanpa sempadan ini. Fakta dan auta bercampur aduk. Benar dan batil tidak dapat dibezakan lagi. 
Nabi berpesan agar kita berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah. Sabda baginda SAW: 
تركت فيكم امرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله و سنة نبيه 
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya, Kitab Allah dan Sunnah NabiNya"
[HR. Malik} 
2. FAHAMI DENGAN KAEDAH YANG BETUL
Membaca nas baik al-Quran dan Hadis tidak boleh sebarangan. Ia bukan semudah membaca akhbar atau artikel. Ada disiplin dan kaedahnya. Perlu belajar ilmu hadis berkait riwayah dan dirayah, asbab wurud, nasikh mansukh, dan sebagainya.
Hadis tidak boleh dibaca secara literal. Perlu diselami perbendaharaan bahasa arab. Nahu, sorof, balaghah, mantiq dan segala ilmu alat. 
Hadis tidak boleh difahami secara tepat dengan hanya membaca terjemahan sahaja. Tiada bahasa yang setanding bahasa arab. Ia bahasa tuhan, bahasa syurga. Terjemahan hanya membantu, bukan mendalamkan kefahaman. 
3. KAJI SECARA MENYELURUH
Jangan membaca satu hadis sahaja kemudian terus membuat kesimpulan. Disana terdapat beribu hadis yang berkaitan dengan akhir zaman. Ia perlu dibaca secara bersama. Menggabungjalinkan antara kesemua hadis. Jangan ditolak walau satupun sekiranya tidak ada perkara yang menyebabkan hadis itu tertolak. 
Paling penting, hadis tidak boleh difahami dengan cara yang bercanggah dengan al-Quran. Kerana al-Quran adalah ibu, hadis adalah pelengkap. Kalau berlaku percanggahan, itu bukan kerana al-Quran atau hadis yang silap, tetapi mungkin kerana kita silap memahami salah satu dari keduanya. 
Sikap mengambil sebahagian nas dan menolak sebahagian yang lain adalah sifat orang munafik dan ahli kitab. Perkara ini ditegah oleh Allah SWT. Islam akan tempang dan menjadi tidak dapat dijadikan panduan langsung jika sebarang nas difahami secara terpisah dari nas-nas yang lain. 
4. BEZAKAN CARA INTERAKSI HADIS HUKUM
Hadis fitan berbeza dengan hadis hukum. Hadis fitan lebih kepada pengkhabaran tentang berita dan bukan berkenaan dengan arahan atau larangan melainkan sedikit. Justeru kaedah menerima hadis ini berbeza dengan cara menerima hadis untuk dijadikan dalil hukum. 
Syarat menerima hadis sebagai penentu hukum agak ketat. Tetapi hadis fitan termasuk di dalam hadis-hadis berita baik atau buruk. Ulama seperti Imam Nawawi berfatwa bahawa hadis berstatus lemah dari segi periwayatan boleh diterima untuk fadail amal, bertujuan mendorong atau menakutkan. 
Di dalam penentuan hukum, hadis banyak terikat dengan kaedah Usul Fiqh. Usul Fiqh berbeza antara mazhab dengan mazhab. Ada hadis yang tidak diterima oleh satu mazhab, tetapi diterima mazhab lain kerana berbeza kaedah Usul Fiqhnya. Dalam hadis fitan, kesemua perkara ini perlu diperhalusi. 
Ada juga perawi yang dihukum daif kerana mereka melakukan kesalahan mengikut pandangan mazhab tertentu, tetapi bagi mazhab yang lain, perbuatan perawi itu tidak menjadi salah. Ada muhaddith yang terlalu syadid sehingga sesetengah perbuatan harus yang dilakukan perawi dihukum sebagai hilang thiqah lalu gugur hadis itu. Perkara ini juga perlu diselidik. 
Faktor persekitaran semasa muhaddith juga perlu diambil kira dalam menerima pandangan mereka terhadap perawi. Boleh jadi faktor politik, ataupun fitnah yang tersebar pada masa mereka mempengaruhi labelan terhadap perawi hadith. 
5. JANGAN MEYAKINI YANG ZANN
Jangan percaya penuh yakin dengan hadith-hadith yang bersifat zann thubut atau dilalah. Selagi hadith tidak sampai ke tahap mutawatir iaitu tidak ada ruang andaian untuk menghukum palsu, jangan kita pegang yakin sebagaimana al-Quran. Selagi mafhumnya boleh ditafsirkan dengan berbagai maksud yang lain, jangan kita berpegang yakin kepada satu mafhum sahaja. Boleh jadi hadis itu sebenarnya rekaan, atau mafhumnya lain. 
Hadis akhir zaman kebanyakannya tidak menyebut figur secara ditil. Tidak dinyatakan nama watak, tarikh tepat atau jalan cerita terperinci. Maka boleh jadi apa yang dinyatakan hadis itu adalah apa yang berlaku sekarang, dan boleh jadi juga hadis itu akan berlaku masa hadapan. 
Berpegang penuh yakin dengan hadis yang hanya status zann bukan sahaja boleh mendedahka kita kepada kesilapan, malah boleh membawa kepada kesesatan. Ia juga boleh membawa kepada dosa, bahkan terjerumus ke lembah kufur. Contohnya kita menafsirkan hadis umum yang menyebutkan tentang lelaki fasik atau kufur kepada mana-mana individu atau pihak secara khusus hanya kerana beberapa sifat persamaan yang samar. Allah berfirman bahawa sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. 
6. LENGKAPI DENGAN PENGETAHUAN SOKONGAN
Memahami fenomena dunia tidak cukup sekadar merujuk kepada al-Quran da Hadis sahaja. Benar ia sumber utama, tetapi kita perlu mencari sumber sokongan yang kuat. Jika tidak, kita tidak akan dapat memahami hadis secara tepat dan akan terdedah dengan kesalahan. 
Sumber kedua yang perlu dibaca adalah segala sumber yang fundamental dalam pengajian ilmu sosiologi, politik dan hubungan antarabangsa. Sejarah, geografi, ideologi, perlembagaan, piagam, dasar luar, teori-teori sosial, ekonomi dan politik, kajian-kajian entiti berpengaruh, perjanjian, deklarasi, persidangan, polisi semasa, kenyataan rasmi, pekeliling, dokumen rasmi dan sebagainya. Perkara inilah yang akan membentuk kerangka pemikiran kita dalam membaca kecenderungan dan motif setiap watak geo-politik yang terlibat. 
Sumber ketiga pula adalah media. Ini termasuklah media cetak, elektronik dan hear-say. Malah platform hiburan seperti selebriti, sukan, lagu dan movie boleh diambil kira. Tetapi ia hanya sumber pelengkap untuk membantu kita mencari petanda sampingan. Terlebih dahulu perlulah diketahui latar belakang setiap media itu, mereka bekerja untuk siapa dan apa motif mereka. Kita membaca untuk memahami propaganda dan perkembangan, bukan untuk membina kepercayaan. 
Sumber keempat yang boleh juga diambil kira adalah teori konspirasi dan teori eskatologi. Kadang-kadang sumber pertama kedua dan ketiga tidak dapat memberi jawapan tuntas terhadap persoalan yang timbul. Tetapi teori ini ada menawarkn jawapan. Cuma pastikan jawapan yang dipilih selari dengan sumber yang lebih kredibel. 
7. MENGINSAFI
Tujuan nas diturunkan adalah untuk menjadi panduan hidup di atas dunia. Semakin seseorang memahami nas, semakin dia yakin terhadap Islam dan semakin terdorong untuk beramal soleh dan percaya masa depan di tangan Allah. 
Jangan pula kefahaman terhadap nas menyebabkan kita jadi takut dan putus harapan sehingga meninggalkan tugas dan amanah perjuangan. Jangan ada yang meletak 'senjata' pasrah kerana ada hadis yang menyatakan Palestin akan dikuasai Dajjal. Jangan ada yang lari bersembunyi ke gua kerana takut bahaya Dajjal. 
8. MENGELAK FITNAH SEMAMPU YANG BOLEH
Kalau boleh kita senantiasa berdoa agar dapat mengelak dari zaman fitnah. Kalau boleh dimatikan sebelum zaman Dajjal. Kerana fitnahnya sangat dahsyat sehingga boleh mengelirukan orang antara syurga dan neraka. 
Jangan pula ada yang merasa teruja tidak sabar melihat apa yang Nabi SAW nyatakan. Perkara ini bukan menyeronokkan seperti menonton wayang. Tanpa akidah yang mantap dan rohani yang bersih, sesiapa sahaja boleh terpesong. 
Jangan kita ingat nanti bila datang Imam Mahdi kita akan berbaiah. Belum tentu kita dapat bezakan adakah ia sebenar-benar mahdi atau mahdi palsu ciptaan musuh. Jangan ingat kalau tiba Dajal, kita akan lari sepenuh hati. Boleh jadi Dajal akan tiba kepada kita, dalam keadaan kita tidak tahu pun bahawa dia adalah Dajal! 
KESIMPULAN
Daripada beberapa garis panduan ini, kesimpulannya kita amat perlu untuk:
1. Menimba ilmu. Kerana ilmu sahaja yang boleh membezakan hak dan batil.
2. Bersama ulama. Kerana ulama yang paling tahu cara memahami nas dengan betul.
3. Beramal soleh. Kerana amal adalah benteng akidah. Ia juga pesanan Nabi bagi menghadapi akhir zaman. 
4. Mengikut jalan para Anbiya, Siddiqin, Syuhada dan Solihin iaitu jalan memperjuangkan Islam. Kerana jalan mereka adalah jalan yang benar sebagaimana firman Allah. 
5. Membersihkan jiwa dari riya', hasad, sombong dan sebagainya. Kerana penyakit hati adalah lubang untuk syaitan menyesatkan manusia. 
6. Beriltizam dengan jemaah Islam dan pemimpinnya. Kerana ia adalah pesanan Nabi bagi menyelamatkan diri daripada fitnah. 
7. Berdoa dan bertawakkal. Kerana ia adalah senjata orang beriman. – HARAKAHDAILY 9/12/2017
















Sumber HD- 9-12-2017









Awas racun politik liberal-sekular










PILIHAN raya umum(PRU) adalah sebahagian daripada proses demokrasi. Demokrasi bermakna sistem pemerintahan yang didukung oleh suara rakyat. Sejak dari merdeka, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, yang mana kerajaan khasnya badan eksekutif ditentukan melalui pemilihan wakil-wakil legislatif oleh rakyat.

Bermakna rakyat melalui sistem ini memberikan suara mereka kepada wakil-wakil mereka sama ada di parlimen mahupun dewan-dewan negeri. Segala sistem dan dasar yang mahu dilaksanakan bakal dan akan dilaksanakan berdasarkan mandat rakyat. Jika rakyat cenderung kepada satu-satu ideologi atau fahaman, maka parti yang mewakili ideologi atau fahaman itulah yang akan diangkat dan mewakili suara mereka.

Sumber HD - 9-112-2017

Kekuatan PAS diakui Tun M, Pakatan Harapan

MEMBACA kenyataan beberapa orang pemimpin tinggi Pakatan Harapan beberapa hari kebelakangan ini, ternyata mereka semakin mengakui peranan PAS dalam PRU 14. 
Pengerusi PPBM yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam tulisan beliau bertajuk “Amanat Hadi” pada 7 Disember, umpamanya menutup tulisan beliau dengan menyebut “tindakan PAS bertanding (melalui blok ketiga) dalam PRU 14 akan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan dan memberi kemenangan kepada Najib”. 
Hari ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua, di dalam wawancara yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insight bertajuk “Malaysia penuhi 3 syarat untuk BN tumbang, kata Tian Chua” (“3 conditions are aligned for BN to fall, says Tian Chua”), pula menyebut: 
(1) “Pertandingan tiga penjuru mungkin membantu BN menang besar” (“three-cornered fights could possibly help BN win big”). 
(2) “Jika ada banyak pertandingan tiga penjuru, ia akan beri BN menang besar” (“if there are many three-cornered fights, it'll be a huge win for BN”). 
Peliknya, di dalam keadaan pemimpin tinggi Pakatan Harapan cukup sedar bahawa tanpa kerjasama PAS Pakatan Harapan tidak akan mampu untuk menang, malah akan kalah teruk pula (“BN menang besar” sama maksudnya dengan “PH kalah teruk”), mereka tidak pula kelihatan membuat usaha yang serius untuk mendekati PAS, malah menyerang PAS pula. 
Peliknya lagi, di dalam keadaan Barisan Nasional diwarwarkan berpotensi untuk menang besar jika PAS tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru, pemimpin tinggi Barisan Nasional, termasuk di dalam Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung, tidak juga kelihatan membuat usaha yang serius untuk mendekati PAS. 
Sangat menarik untuk melihat gerak-langkah pemimpin PAS selanjutnya tatkala kekuatan mereka semakin diakui. Adalah satu kesilapan besar jika hasrat PAS untuk menjadi “king-maker” dalam PRU 14 diperkecilkan oleh mana-mana pihak. – HARAKAHDAILY 9/12/2017
Sumber HD -9-12-2017 






















Umpan 'dana bantuan' merosakkan diri dan gerakan

SEJAK selepas penjajahan Barat yang dikenali dengan Imperialisme, umat Islam sentiasa bangkit membawa seruan Islam. Jatuhmya khilafah, maka gerakan Islam mengambil peranan mengisi kekosongan peranan Al-Jamaah yang perlu ada untuk membawa hidayah Islam.
Setiap kebangkitan akan dipimpin oleh pemimpin pemimpin yang silih berganti untuk membawa obor perjuangan. Menjelang era selepas 1950, dengan tertubuhnya negara haram Israel, gerakan Islam cepat berkembang walaupun beberapa tokoh Islam timur tengah terbunuh dan terkorban seperti Assyahid Hasan Al Banna dan Abdul Qader Audah.
Kehebatan generasi era tersebut menimbulkan kebimbangan musuh Islam dan imperialis Barat yang menjajah dengan cara baru melalui globalisasi ekonomi dan politik. Muncul gerakan Islam dan Pimpinan di Mesir,  Syria, Iraq, Libya, Tunisia,  Morocco dan lain lainnya. Malah, gerakan yang nampak lemah ini mampu membantu Mesir mengalahlan Israel selepas kalah dalam Perang 6 hari di era 60 an.
Akhirnya musuh Islam mula mencari jalan melemahkan gerakan Islam dengan cara halus dan licik.
Gerakan Ikhwan Syria, bangkit dalam pertembungan dengan regim Hafez Assad. Syeikh Marwan Hadid syahid dalam perjuangannya. Namun, peristiwa yang melibatkan Ikhwan Syria telah menggambarkan bagaimana wujud perselisihan dalaman kerana ada pimpinan termakan 'Dana' dan 'Bantuan' dalam mengurus tekanan yang dihadapi. Gerakan Syeikh Marwan Hadid dan kumpulannya dikalahkan selepas bantuan yang dijanjikan dari Iraq tidak berlaku.
Kesan pemberontakan ynng tinggal menjadi lebih parah apabila rakyat yang sokong pemberontakan ditindas teruk tetapi pemimpin yang lain selamat kerana termakan 'bantuan'. Selepas reda pemburuan, datang untuk memimpin semula kebangkitan, namun rakyat tidak lagi percaya kepada Pemimpin yang menerima 'bantuan' luar tatkala mereka pula derita.
Di era terkini, Gerakan Zionis berjaya mendapat apa yang dimahukan kerana berjaya mengucar kacirkan Barisan Gerakan Islam yang termakan 'Dana' dan 'Bantuan' melalui proksi-proksi mereka.
HAMAS dan Islah (Yemen) tidak terkecuali daripada permainan halus politik Zionis dan sekutu-sekutu serta proksi mereka. Qatar menjadi power player memberi 'bantuan' kepada Palestin,  Mesir dan Syria. UAE dan Saudi dengan cara yang sama di Yemen, Sudan dan kawasan African Horn.
Situasi yang sama, tidak mustahil berlaku kepada gerakan Islam di Malaysia. Tidak berhati hati dengan 'Dana' dan 'bantuan' boleh menyebabkan boleh didorong untuk membuat kesilapan yang buruk dan memusnahkan.
Israel mahu menguasai Palestin, tidak dapat semua sekali, dapat apa yang boleh dahulu. Mereka dah tawan Palestin sejak 1948. Menguasai jalan masuk ke Jerusalem. Lalu bergantung kepada Amerika. Solusi Dua Negara Palestin supaya dunia iktiraf Israel. Kesatuan Arab dipecahkan, kemaraan Gerakan Islam disekat dengan seni politik licik yang tidak diwaspadai umat Islam dengan baik.
Awasi 'Dana' dan 'Bantuan' dari musuh politik atau rakan politik supaya tidak termakan kelicikan politik musuh utama Islam.
AHMAD HAKIMI OTHMAN - HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 












Dari Hudaibiyah menuju al-Quds


Pengiktirafan musuh kepada Islam
Perjanjian Hudaibiah termetrai pada tahun ke-6 hijrah menjadi titik mula Islam sebagai kerajaan rasmi yang diakui oleh musuh. Walaupun pada awalnya mendapat bantahan daripada Kibar Sahabah, namun keyakinan mereka terhadap janji Allah dan Rasul menjadi pemangkin utama kejayaan ini.
Dr. Munir Ghadban di dalam Manhaj Haraki menyebutkan “Pihak Quraisy membuka lembaran baru terhadap umat Islam dan mengiktiraf kewujudan umat Islam dan negaranya, memimpin dengan keamanan antara keduanya. Bahkan membuka ruang perbincangan bersama pemimpin Makkah yang memiliki kekuasaan, Inilah kemenangan yang besar tanpa ragu-ragu lagi”
Menggempur pangkalan Yahudi
Selepas kebijaksanaan Baginda mengurus proksi yang melawan Islam, perang Khaibar pula menjadi cetusan keberanian Nabi membedil pengkalan Yahudi di Syam yang menjadi dalang kepada peperangan Ahzab sebelum ini. Kejayaan ini semakin membuka mata penduduk Makkah bahawa giliran mereka akan tiba. Takdir Allah, berlaku pengkhianatan qabilah Bani Bakar terhadap Bani Khuzaah yang mendapat suaka daripada Negara Islam.
Allah menganugerahkan ghanimah
وَمَغَانِمَ كَثِيرَةً يَأْخُذُونَهَا ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا *
"Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana."
 وَعَدَكُمُ اللَّهُ مَغَانِمَ كَثِيرَةً تَأْخُذُونَهَا فَعَجَّلَ لَكُمْ هَٰذِهِ وَكَفَّ أَيْدِيَ النَّاسِ عَنْكُمْ وَلِتَكُونَ آيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ وَيَهْدِيَكُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمً
Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka):
"Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janji-Nya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus."
[al-Fath 19 - 20]
Tidak berapa lama selepas termetrai perjanjian Hudaibiah, Nabi S.A.W mengetuai para sahabat untuk menyerang Yahudi Khaibar selepas memerangi proksi mereka daripada Bani Quraizah dan Gathfan. Berkat kesabaran mereka dalam kepayahan mengikuti perjanjian tersebut, akhirnya Allah memberi berita gembira. Umat Islam Berjaya menumpaskan Yahudi Khaibar dan memperolehi harta ghanimah yang banyak. Yang lebih menggembirakan,  kesemua 1,400 orang sahabat yang terlibat di dalam Hudaibiah sahaja yang layak menerima ghanimah. Walhal kesemuanya berperang hanya kerana Allah dan Rasul. Inilah kemanisan dalam mentaati Islam.
Serangan Baginda S.A.W terhadap Yahudi Khaibar juga menjadi pengajaran bahawa Islam tidak boleh tunduk kepada musuh, bahkan tidak sesekali berpakat dengan musuh. Islam ditegakkan dengan jati diri sendiri, bukan menumpang mahupun bertenggek kepada mana-mana kuasa. Keberanian Islam melawan hanya apabila kita tidak berhutang budi kepada sesiapa.
Ghanimah yang tertangguh
Kemenangan di Khaibar memulihkan kembali motivasi umat Islam, kemudian Allah memberi lagi satu khabar gembira buat mereka iaitu Fathu Makkah. Firman Allah taala :
وَأُخْرَىٰ لَمْ تَقْدِرُوا عَلَيْهَا قَدْ أَحَاطَ اللَّهُ بِهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرًا
"Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
[al-Fath: 21]
Perjanjian yang diemetrai selama 10 tahun antara keduanya nyata tidak bertahan lama. Sekutu Musyrikin Makkah iaitu Bani Khuza`ah telah mengkhianati sekutu Islam qabilah Bani Bakar menyebabkan terbatalnya perjanjian ini. Nyata mimpi Baginda S.A.W memasuki Makkah menjadi kenyataan pada tahun 8 hijrah. 
Syed Qutb ketika menerangkan ayat ini menyebutkan : “Apakah yang dimaksudkannya adalah Fathu Makkah? ataupun pembukaan Khaibar? atau pembukaan dua kuasa besar dunia Parsi dan Qaisar? atau ia merupakan mana-mana pembukaan dalam lipatan sejarah umat Islam? Pendapat yang paling bertepatan dengan ayat ini adalah Fathu Makkah. Hudaibiah menjadi sebab pembukaan Makkah yang berlaku tidak sampai 2 tahun pun, lalu dikhianati oleh Musyrikin, Allah membuka jalan kota Mekah untuk umat Islam tanpa pertumpahan darah”.
Kemenangan yang tertangguh ini di atas keyakinan umat Islam akan janji Allah dan Rasul, juga disebabkan kesungguhan dan kesabaran mereka menjaga agama Allah.
Ada juga riwayat yang menyebutkan ghanimah yang tertangguh ini adalah Pembukaan Kota Rom dan Parsi pada zaman Umar Al Khattab yang telah dipelihara oleh Allah Ta`ala akan menjadi milik umat Islam.
Kota Al Quds dibuka
Allah mentakdirkan Palestin yang menjadi bumi persinggahan para Anbiya' tidak berjaya menjadi milik umat Islam pada zaman Nabi S.A.W. Usaha melawan Rom bersambung dalam beberapa siri peperangan termasuk Mu`tah dan Tabuk. 
Begitu juga pada zaman Abu Bakar, ianya hanya berjaya ditawan ketika zaman Umar Al Khattab selepas menumpaskan Empayar Rom Byzantine dalam peperangan Yarmuk melalui panglimanya iaitu Abu Ubaidah Amir Al Jarrah. 
Serangan ke bumi Al Quds dimulakan dengan membaca ayat 21 surah Al Maidah :
يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Secara rasmi kunci Kota Baitul Maqdis diserahkan kepada Umar Al Khattab oleh Ketua Paderi Safraneus pada tanggal 17H bersamaan 638M secara aman lalu dimetrai perjanjian yang terkenal dan bersejarah yang dikenali dengan “ Al `Ahdatul Umariah “.
Pasang surut perjuangan
Umat Islam tidak dapat lari daripada ujian Allah, termasuklah diuji dengan kelemahan dan kekalahan dalam peperangan. Era Abbasiah pada kurun keempat menyaksikan kebangkitan semula Kaisar Rom (Crusade) dan bermulanya siri peperangan Salib. Kota Al Quds dan Palestin kembali jatuh ke tangan musuh  pada tahun 492H bersamaan 1099M.
Pembela semula Kota Al Quds
Salahuddin Al Ayyubi yang berketurunan Kurdi melalui Kerajaan Al Ayyubi pada tanggal 27 Rejab 583h berjaya mendapatkan kembali Al Quds menjadi milik umat Islam. Sejarah membuktikan bahawa umat Islam mampu bangkit untuk melawan musuh apabila meletakkan keyakinan pada agama dan berpegang dengan sepenuhnya.
Bukan sahaja Al Ayyubi, bahkan Saifuddin Qutuz juga turut berperanan membela kembali maruah Islam.  Kini tali perjuangan itu telah disambut oleh Gerakan Islam Moden dan tokoh-tokohnya, ada yang telah bertemu tuhannya dan masih ada yang masih menanti. 
Kini Al Quds seiring Kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tanggal 3 Mac 1924 kembali ke tangan musuh. Kesungguhan musuh untuk mendapatkan Al Quds bukannya usaha yang biasa-biasa, bahkan perancangan yang amat teliti. Perjanjian Sykes Picot 1916, Deklarasi Balfour 1917 dan usaha semasa untuk memastikan Kota Al Quds menjadi milik mereka. 1948 secara rasmi Negara haram Israel diisytiharkan. Kini pengisytiharan Presiden Amerika Donald Trump bahawa Al Quds menjadi ibu kota milik Israel yang telah dirancang sejak 1995 lagi.
Mempertahankan Al Quds bererti mempertahankan maruah Islam. Ia bukan sekadar qiblat pertama umat Islam, bahkan ia merupakan lambang penguasaan dunia.
Janji Nabi itu pasti
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
"Akan sentiasa ada sekumpulan umatku yang sentiasa menzahirkan kebenaran, tidak takut celaan orang yang mencela."
Dan ditegaskan lagi bahawa golongan itu ialah penduduk Palestin dan yang berada disekelilingnya. 
Teruskan menyokong dan mendokong kedaulatan bumi Al Quds, namun usah terhenti setakat berdemonstrasi tanpa kita memahami tuntutan utama daripada peristiwa yang berlaku. Fahami isu yang diperjuangkan, menjadikan perjuangan itu mendasar.
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN - HARAKAHDAILY 7/12/2017
























Sumber HD - 7-12-2017

Tolak DAP, tolak pengganas global

POPE Francis mewakili gereja Katolik mengkritik pengisytiharan Trump terhadap Jurusalem (al-Quds). Tapi gerakan evangelis menyokong tindakan Trump. Nampak percanggahan antara kepercayaan evangelis dengan kepercayaan mainstream Kristian lain.
Pope adalah gelaran tertinggi bagi ketua agama gereja Roman Katolik. Kenyataan beliau boleh dianggap mewakili pendirian majoriti Kristian dunia. Katolik berpusat di Vatican City, Rome. Evangelis pula adalah gerakan politik Kristian yang radikal. Mereka mendominasi parti Republikan iaitu parti George Bush dan juga Donald Trump sekarang
Menurut laporan CNN, beberapa tokoh yang rapat dengan Trump segera mengeluarkan kenyataan sokongan kepada beliau. Antaranya Johnnie Moore, jurucakap berpengaruh kepada Trump di kalangan penganut evangelis. Juga Paula White, pastor utama evangelis Florida. 
Mereka berpendapat tindakan Trump adalah sebagai mengotakan janji mereka terhadap komuniti evangelis yang telah memberikan sokongan kepada beliau di dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini. Laporan tersebut turut melampirkan sebuah kajian yang menunjukkan kepercayaan evangelis bahawa Jurusalem adalah milik Yahudi.
Evangelisme bukan sebarang Kristian. Ia adalah gerakan yang sangat bahaya untuk keamanan dunia. Evangelis berkongsi fikrah yang sama dengan Zionis. Jika Zionis bermatlamatkan penubuhan negara Israel Raya, Evangelis pula bermatlamatkan penubuhan negara untuk Jesus Christ. Zionis menjadikan Palestin sebagai tanah yang dijanjikan untuk mereka, manakala evangelis mencari di mana jua tanah yang berpotensi untuk didirikan kerajaan Jesus Christ.
Zionis dan juga evangelis sanggup melakukan apa sahaja yang mampu bagi memastikan agenda mereka dicapai. Bukan sahaja melalui jalan demokrasi, mereka turut menggunakan kaedah kekerasan sebagaimana yang boleh dilihat di Palestin hari ini. Sejarah menunjukkan evangelis pernah menggerakkan tentera salib menjajah al-Quds atas nama agama. Sejarah turut menunjukkan, mereka juga pernah menjarah negara-negara lain bukan sekadar agenda ekonomi, tetapi turut membawa agenda agama.
Malaysia tidak terkecuali dari menerima ancaman evangelis. Jika dahulu mereka masuk melalui penjajahan yang keras, kini mereka lebih licik untuk tidak membangkitkan kemarahan umat Islam. Atas nama demokrasi, mereka meresap masuk melalui berbagai pertubuhan termasuk parti politik. Jika di Amerika mereka menunggang parti Republikan, di Malaysia mereka menjadikan DAP sebagai kuda tunggangan.
Selain DAP, terdapat juga kalangan evangelis yang meresap ke dalam parti lain seperti PKR dan BN sendiri. Namun daripada apa yang didedahkan oleh bekas strategis DAP Razali Abdul Rahman, agenda evangelis menjadi misi utama politik DAP. Mereka bekerjasama dengan gereja Kristian yang memiliki hubungan dengan Israel melalui Singapura. Matlamat mereka adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Gerakan evangelis di Malaysia sudah berada di tahap yang membimbangkan. Sehari ke sehari, mereka semakin berani menyerlahkan agenda mereka. Mereka bijak memanipulasi keadaan umat Islam yang lemah dan berpecah-belah. Paling melampau, mereka pernah cuba meraikan Jurusalem Jubilee di Melaka beberapa bulan lalu.
Umat Islam tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan ini. Letakkan masa depan Islam dihadapan. Jangan percaya dengan segala janji manis politikus mereka yang hanya mempergunakan sokongan untuk merealisasikan agenda halus yang telah dirancang rapi di peringkat antarabangsa.
Menolak DAP bererti menolak evangelis. Menolak penjarahan al-Quds. Menolak pengganas global.
18 Rabiul Awal 1439
7 Disember 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 














Isytihar Jerusalem: Selangkah ke arah Pax Judaica
















Resolusi terbaru PBB
Khamis lalu, PBB melalui Perhimpunan Agungnya di New York baru sahaja mencapai keputusan menolak Jerusalem (Al-Quds) sebagai milik Israel. 
Sebanyak 151 negara menolak, 9 berkecuali dan hanya 6 negara menyokongnya.
Pengundian dibuat ekoran kenyataan Presiden Amerika, Donald Trump yang mahu mengisytiharkan Al-Quds sebagai ibu negara Israel. Enam negara yang menyokong adalah Macronesia, Canada, Marshall Island, Nouru, Amerika dan Israel sendiri. Yang berkecuali pula adalah Australia, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Honduras, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Sudan Utara and Togo.
PBB juga mengeluarkan ketetapan bahawa, "apa-apa tindakan yang diambil oleh Israel untuk mengenakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbirannya di Al-Quds adalah haram dan oleh itu batal dan tidak sah dan tidak mempunyai kekuasaan.
Namun begitu, Amerika (Trump) seperti biasa menggunakan kuasa vetonya melanggar ketetapan PBB tersebut dengan mengisytiharkan al-Quds sebagai ibu negara haram Israel semalam.
Tindakan beliau telah menyebabkan masyarakat dunia termasuk pemimpin beberapa buah negara seperti Turki, Iran, Perancis, Jerman, Britain dan Kesatuan Eropah secara umum mengkritik beliau. Malah Turki mengancam untuk memutuskan hubungan sebagaimana yang pernah dilakukan sekejap dalam peristiwa Mavi Marmara. Iran pula yang telah memutuskan hubungan sejak 1979 memberi amaran akan berlaku perang besar antara Yahudi dan umat Islam.
Trump dan Jerusalem Embassy Act 1995
Daripada bilangan 193 anggota PBB, lebih dua pertiga menolak. Malah tidak ada satu pun negara kuasa veto yang menyokong Amerika dalam keputusan ini. Trump mengambil langkah yang sangat berani, tidak pernah dibuat oleh mana-mana presiden Amerika sebelum ini. Mengikut sejarah, Kongres telah meluluskan Akta Kedutaan Jerusalem sejak 1995 di zaman Bill Clinton. Tetapi atas tekanan antarabangsa yang dilakukan, beliau dan semua presiden selepasnya selain Trump menangguhkan hasrat tersebut.
Tindakan Trump ini amat mengejutkan. Politikus Amerika kelihatan kebuntuan antara menyokong dan membantah. Walaupun kenyataan sokongan dikeluarkan oleh Speaker Kongres, tetapi suara-suara kritikan masih kedengaran sama ada oleh ahli kongres mahupun senat.
Trump merupakan calon Presiden paling tidak popular dalam sejarah Amerika. Kemenangan beliau hanya 9 undi melewati majoriti mudah mengatasi Hilary Clinton. Kebanyakan kawasan yang menyumbang kepada kemenangan Trump adalah daripada pedalaman seperti Texas, Arizona, Iowa dan Utah.
Sejak kempen Pilihan Raya Presiden hingga sekarang, Trump terus dikritik oleh media utama Amerika seperti CNN, BCC dan New York Post. Siri-siri bantahan terhadap kepimpinan beliau terus berlaku di bandar-bandar besar serata wilayah Amerika. Dengan tindakan yang diambil Trump ini, dijangkakan suhu politik Amerika akan bertambah serabut. Trump pula dijangkakan akan bertambah ganas.
Kronologi ringkas
Pengisytiharan al-Quds merupakan kesinambungan dari perancangan Zionis sejak abad ke 19 untuk menjadikan Palestin sebagai pusat pemerintahan Israel Raya mereka. Protokol Zionis telah menyatakan hasrat penubuhan negara politik bagi Yahudi seawal penubuhan gerakan itu lagi iaitu 1897.
Setelah berhasil melobi politikus Barat, 1916, dibuat perjanjian Sykes-Picot antara British dan Perancis, diikuti perjanjian-perjanjian lain untuk mengagihkan negara-negara Islam yang telah ditakluk sesama mereka. Palestin berada di bawah bahagian British.
Dalam tempoh yang sama dibuat perjanjian Hussain-Mcmahon antara Syarif Husain raja Hijaz dan Mcmahon wakil British. Tujuannya adalah supaya mereka mengisytiharkan merdeka dari Uthmaniah. Di samping itu, T.E Lawrence membuat perjanjian dengan Bani Saud pemimpin Najd atas tujuan yang sama.
Akhirnya tercetus Revolusi Arab Agung menentang Khilafah Uthmaniah Turki. Sejak itu, umat Islam semakin lemah dan penjajah semakin selesa menakluk satu demi satu tanah air umat Islam, termasuk Semenanjung Arab.
Pada 1917, diisytihar Deklarasi Balfour antara Lord Rothschild pemimpin Zionis dan Arthur Balfour wakil British untuk menganugerahkan Palestin kepada Israel. Bersempena dengan itu, British telah membenarkan orang-orang Yahudi memasuki Palestin dan membina kependudukan di sana.
Pada 1948, dengan rasminya negara haram Israel disytiharkan di atas tapak tanah air Palestin setelah kira-kira 60 peratus daripadanya dikuasai Zionis. Namun al-Quds masih terbahagi dua di mana kawasan barat di bawah kuasa Israel manakala timur di bawah Arab. Penduduk Palestin tidak pernah berhenti dari menentang penjajahan Israel.
Pada 1967, berlaku Perang Enam Hari yang menyaksikan kekalahan memalukan Arab di tangan Israel, menyebabkan kekuasaan Israel melebar ke timur al-Quds. Walaubagaimanapun, dunia masih tidak mengiktiraf al-Quds sebagai tanah Israel dan meletakkan statusnya sebagai wilayah antarabangsa dikelolakan oleh PBB. Namun secara praktis, al-Quds lebih dikuasai oleh pengaruh Israel.
Pada tahun 2000, Perdana Menteri di masa itu Ehud Barak pernah menyatakan pandangan untuk membahagikan al-Quds kepada dua, antara Islam dan Israel. Tetapi pada 2014, Nentanyahu menegaskan bahawa Al-Quds tidak akan sekali-kali dibahagikan. Bancian menunjukkan 71 peratus Yahudi Israel menolak untuk memberikan mana-mana bahagian al-Quds kepada umat Islam.
Deal of The Century - New Middle East Map
Dalam perkembangan terbaru, Amerika sebenarnya sedang melaksanakan perjanjian yang telah disebut sebagai Perjanjian Abad Ini (Deal of The Century). Ianya melibatkan Mesir, Saudi, Jordan, Amerika dan Israel.
Perjanjian tersebut menawarkan Semenanjung Sinai menjadi tanah alternatif kepada penduduk Palestin, supaya mereka berpindah keluar dari negara tersebut terutamanya mereka yang menetap di Gaza. Di sebelah Tebing Barat dan sekitar pula, mereka akan memberikan kawasan Padang Pasir Saudi kepada Jordan untuk menjadi kawasan perpindahan penduduk Palestin.
Ramai percaya pengeboman di Sinai sangat berkait dengan perjanjian ini. Ia sebagai satu bentuk tekanan terhadap as-Sisi yang kini cuba mengendurkan keakraban dengan Amerika, Saudi dan Israel untuk tidak menambah ketidakpuashatian rakyat Mesir bagi menghadapi Pilihan Raya Presiden tahun hadapan. Kempen anti-Ikhwan Muslimin dihidupkan sebagai bayang bagi mengelabui perkara sebenar.
Perjanjian ini adalah kesinambungan daripada pembentangan Setiausaha Agung Amerika Condolezza Rice pada tahun 2006 berkenaan pemetaan baru Asia Barat. Beliau berpendapat bahawa peta baharu perlu diwujudkan bagi menggantikan peta pasca Sykes-Picot sekarang yang sudah lapuk. Mengikut peta cadangan yang didedahkan, Jordan akan bertambah besar, Syria akan semakin mengecil manakala Iraq akan berpecah kepada tiga negara baharu.
Nampaknya cadangan tersebut sedang berjalan dengan jayanya. Kurdistan hampir pasti akan diisytiharkan di atas tapak negara Iraq dan Syria yang telah dihuru-harakan. Kini berlangsung projek menghuru-harakan Semenanjung Arab pula dengan konflik istana Saudi, campur tangan di Lubnan dan serangan ke atas Yaman.
Pax Judaica
Mengikut teori eskatologi, ada yang berpandangan bahawa kuasa dunia moden yang beralih dari Pax Britanicca pada zaman kolonial kepada Pax America iaitu sekarang, akan beralih sekali kepada Pax Judaica pada masa akan datang. Pax Judaica bermaksud kuasa dunia dipimpin oleh Yahudi secara langsung. Walaupun mereka sekarang dilihat sangat berperanan dalam menentukan halatuju politik Amerika sebagai kuasa besar, tetapi akan tiba masanya Amerika akan dihancurkan dan mereka tidak lagi memerlukan proksi untuk menguasai dunia.
Apa yang kita lihat sekarang semakin membenarkannya. Tindakan Trump yang begitu agresif hanya akan meletakkan dirinya dalam bahaya, dan Amerika sendiri kepada krisis yang teruk. Beliau bukan seorang politikus yang licik kerana latarbelakangnya hanya seorang tokoh korporat. Mungkin beliau tidak biasa dengan pelobi-pelobi Zionis yang sangat licik.
Langkah seterusnya Zionis mungkin akan membiarkan ketegangan terus berlaku di Al-Quds dan Asia Barat. Trump dan Nentanyahu akan dipersalahkan dan kemudian digantikan dengan tokoh yang lebih 'wasatiyyah'. Gerakan menolak Nentanyahu di Tel Aviv semakin kuat bergema dengan siri-siri demonstrasi atas dakwaan korupsi dan juga beberapa dasar kerajaan yang tidak menyebelahi rakyat.
Masyarakat dunia yang runsing dan terdesak pasti akan menerima pada akhirnya pelan dua negara (two-state solution) yang akan membahagikan Palestin kepada dua bahagian Islam dan Israel dengan Al-Quds di bawah Israel dan Islam diberikan tanah-tanah sebagaimana perjanjian Deal Of The Century. Resolusi lain yang dicapai oleh PBB Khamis lalu juga adalah untuk melihat kembali garis sempadan Israel-Palestin 1967.
Maka dengan semua langkah ini, Israel akan terus selamat malah semakin meluas dan lebih berkuasa di peringkat antarabangsa, mungkin mengatasi Amerika yang kini sedang diprojekkan untuk hancur. Yahudi sudah beribu tahun lamanya sebagai kaum yang licik dan jahat.
Tiada istilah Rundingan Damai
Sebagai orang Islam, kita bukan sahaja tidak boleh membiarkan sahaja al-Quds dirampas, bahkan perlu menolak sebarang penyelesaian yang tidak menafikan hak sebenar umat Islam. Kita tidak boleh sama sekali mengiktiraf kewujudan negara haram Israel di mana-mana inci tanah Palestin.
Kita perlu menolak sama Tel Aviv sebagai ibu negara Israel. Kita perlu menolak ketetapan PBB 1948. Kita perlu menolak lakaran peta 1967. Dan seluruh tanah air umat Islam yang dirampas perlu dikembalikan secara undang-undang. Peta Palestin perlu diwujudkan kembali sebagaimana sebelum 1948. Tiada istilah rundingan damai. Tiada istilah two-state solution.
Namun permainan Zionis dilihat seolah-olah mahu membuatkan umat Islam redha dengan penyelesaian dua negara. Dibuat kekacauan, kemudian dicipta penyelesaian yang nampak baik, padahal merugikan. Secara analogi, dirampas rumah kita, dibiarkan kita bergaduh panjang, kemudian diberikan reban ayam sebagai ganti.
Tidak mustahil hero di kalangan umat Islam sengaja dibiarkan muncul untuk menundukkan suara umat Islam sedunia menyokong kependudukan Yahudi di Palestin. Politikus yang menggunakan pendekatan populis akan dibiarkan berperanan menambat hati umat Islam. Lalu mereka yang tinggi sentimental, yang tidak sanggup melihat peperangan, amat mengharap seorang superhero bagi menyelamatkan mereka. Umat yang berfikiran simplistik, yang tidak mahu mengkaji sejarah juga akan mudah terpengaruh propaganda murahan.
Arab - Gharqad
Kesemua pelan ini tidak akan dapat dijayakan melainkan dengan kerjasama oleh pemimpin-pemimpin arab hari ini. Bermula dengan keturunan Nabi yang memalukan iaitu Syarif Hussain dengan Mcmahon, kemudian perompak jalanan Abdu Aziz ibn Saud bersama Lawrence, diikuti negara-negara arab lain yang mengikat perjanjian Madrid dan Oslo, sehinggalah yang terbaru tahun ini di Riyadh, membentuk pakatan yang disebut sebagai Nato-Arab.
Rasulullah SAW pernah bersabda, umat Islam akan memerangi orang-orang Yahudi. Mereka pula akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Lalu pokok dan batu akan berkata kepada orang Islam, di belakangnya ada Yahudi maka datanglah dan bunuhlah mereka kecuali satu pohon yang dinamakan Gharqad.
Syeikh Abdul Fatah al-Khalidi menafsirkan Gharqad yang dinyatakan oleh Nabi SAW bukan dengan maksud pokok biasa yang ada hari ini. Tetapi beliau berpandangan, ianya adalah pemimpin-pemimpin Arab yang menjadi pelindung kepada kepentingan Israel!
Masa depan di tangan Ulama
Umat Islam perlu disedarkan mengenai perkara ini. Kebangkitan wajib berlaku di seluruh belahan dunia untuk tidak memastikan perancangan Zionis tercapai denga jayanya. Sudah tiba masanya umat bangun dari lena yang panjang.
Pemimpin politik terutamanya Arab sudah tidak boleh diharapkan lagi bagi membantu Palestin. Mereka kini sedang sibuk berperang sesama sendiri. Peranan harus dimainkan oleh para Ulama sebagai ulil amri kedua sebagaimana yang diajar di dalam Islam. Mereka harus berani menyatakan hak dan memimpin umat yang sedang kehilangan punca.
Langkah awal yang perlu diambil Ulama adalah menyatukan seluruh suara umat. Lupakan seketika perselisihan dalaman antara aliran dan mazhab. Hentikan dahulu perbahasan yang tidak membawa ke arah penyatuan. Fokus kepada isu al-Quds.
Mulakan di peringkat komuniti masing-masing. Kemudian gerakkan ke arah mendesak pemimpin politik untuk akur kepada tuntutan umat Islam. Seterusnya gabungkan satu persatu kumpulan dari setiap negara dan rantau sehingga kita memiliki kekuatan tersendiri. Jangan takut melaungkan ayat-ayat jihad dan penentangan terhadap musuh, kerana ini tuntutan syariat.
Sejarah telah menunjukkan Ulama adalah faktor penyatu umat sejak dahulu. Sejak zaman Nabi, Islam digerakkan dengan suntikan kesedaran (ilmu) dahulu barulah pedang. Nabi SAW bukan sahaja mengajar, bahkan memimpin para sahabat ke medan juang. Peranan itu diteruskan oleh sekalian Sahabat dan tabiin.
Sejarah Islam berulang naik dan turun. Setiap kali peranan ulama dimatikan, kuasa Islam akan hilang. Setiap kali Ulama kembali berperanan di medan taalim dan jihad, Islam akan kembali bangkit. Sila imbas kembali sejarah perjuangan Islam di negara kita mahupun negara lain. Ulama pondok di negara kita seperti Tok Janggut, Tokku Paloh, ulama pengajian moden seperti Ben Badis, Hasan al-Banna, Ahmad Yaasin di Algeria, Mesir dan Palestin, ulama tarikat seperti Umar Mukhtar, Said Nursi, di Libya dan Turki, hatta Syiah seperti Khomenei di Iran, semua mereka adalah pencetus kepada kebangkitan Islam.
Janji Allah
Selagi kita menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama dan tidak menyeleweng daripadanya, kita akan bersama dengan pertolongan Allah. Allah telah menjanjikan kemenangan milik Islam. Allah telah menyatakan Yahudi tidak akan dapat bertahan lama walau dipimpin oleh Dajjal yanh sangat hebat. Akan tiba masanya umat ini menerima pemimpin yang digelar al-Mahdi, sebelum Nabi Isa turun membantu. Kekacauan ini akan berakhir, dan keamanan sekali lagi akan dinikmati.
Janji ini perlu diberitakan kepada semua umat agar mereka tidak berputus asa dengan segala yang telah dilakukan Yahudi ketika ini. Umat perlu disedarkan kembali dengan konsep jihad yang telah berjaya dipudarkan dengan doktrin Islamophobia. Jangan tertipu dengan nama maqasid, wasatiyyah ataupun uzlah. Bak kata Saidina Ali, itu semua adalah perkataan yang benar, namun bertujuan batil.
Pastikan kita bersama dengan golongan yang dijanjikan oleh tuhan terlibat dalam memenangkan Islam dengan cara Islam. Bukan menjadi golongan yang melihat sahaja sambil mengunyah pop-corn, atau bersembunyi sambil menunggu al-Mahdi, apatah lagi menyusah atau menghalang kemenangan Islam.
Mesej ringkas untuk alam
Kepada masyarakat dunia secara umum, mereka harus belajar dari sejarah. Al-Quds dan dunia hanya akan aman di bawah kekuasaan Islam. Tiada agama lain yang boleh menjamin keselamatan sejagat melainkan Islam. Semasa Al-Quds di bawah kekuasaan Tentera Salib (Kristian), mereka membunuh Yahudi dan Islam. Semasa berada di bawah Yahudi kini, mereka membunuh umat Islam dan tidak memberi peluang kepada Kristian.
Hanya di bawah Islam, Yahudi, Kristian dan semua agama dapat mengecap keamanan di sana. Pembebasan di bawah syariat Muhammad dimulakan oleh Saidina Umar menentang Rome Byzantine, kemudian Salahudin Ayub menghalau tentera Salib, juga Saifudin Qutuz menjatuhkan Tatar, tidak ada mana-mana kuasa lain yang boleh mengamankan Palestin.
Agama Islam mengajar kepada keamanan. Tidak mendiskriminasi penganut lain. Tidak ada paksaan untuk menganut Islam. Agama lain bebas diamalkan walaupun di negara majoriti Muslim.
Kerana Islam adalah agama tuhan sekalian alam. Tuhan saya, tuhan umat Islam, tuhan seluruh manusia dan tuhan semesta alam.
19 Rabiul Awwal 1439
7 Disember 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 

Di tengah kekalutan tuduhan pengganas dan pembela ASWJ

"Al-Qardhawi dicop sebagai 'pengganas', Arab Saudi dinobat sebagai 'pembela' Ahlus Sunnah dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di tengah-tengah kekalutan itu."
APABILA Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bercakap mengenai Iran dan Syiah, ramai sahabat saya yang terkilan. Ramai yang minta Tuan Guru menarik balik sokongannya kepada Iran dan Syiah dalam pergolakan geo-politik di Asia Barat. 
"Ikutlah pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi yang menyatakan sokongannya kepada ulama Saudi dalam bab Iran dan Syiah," begitulah kata mereka.
Bila Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi hafizohulLaah dan Persatuan Ulamak Islam Se-Dunia yang diketuai oleh beliau dituduh pengganas oleh Arab Saudi dan 3 negara sekutu utamanya... 
...tidak terdengar pula kawan-kawan lantang bangkit membela Syeikh al-Qardhawi sebagaimana yang dibuat oleh Tuan Guru Abdul Hadi.
Adakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah pimpinan Arab Saudi berdalilkan al-Quran dan as-Sunnah ketika memberikan ketaatan kepada Trump dan Amerika? Memusnahkan hubungan persaudaraan dengan negara-negara jirannya yang Muslim, dan mengukuhkan hubungannya dengan saudara Nasrani dan Yahudi?
Adakah benar Arab Saudi yang mewakili Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dalam pergolakan di Asia Barat? Atau ia hanyalah boneka Kuasa Besar Dunia?
Adakah ulama-ulama di Arab Saudi juga turut bertaqiyyah seperti yang sering mereka tudingkan kepada Iran dan Syiah?
Bila Putera Muhammad bin Salman ke Israel membuat lawatan rahsia ke sana sebagaimana didedahkan oleh media Israel, tiada terdengar kawan-kawan yang menyokong kepimpinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di bawah Arab Saudi, secara lantang menyatakan kebimbangan. Yang ada hanya kesenyapan yang luar biasa.
Langkah seterusnya, pada hari ini, Trump mengisytiharkan sokongan Israel mengambil Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke Baitul Maqdis dalam 3 hingga 4 tahun akan datang. 
Di manakah kekuatan negara Ahlus Sunnah dan kepimpinan Arab Saudi dalam menghalang kehendak Amerika dan Israel itu?
Adakah kawan-kawan juga merasakan kredibiliti Syeikh Dr Yusof al-Qardhawi sebagai ulama telah pun hilang, kerana beliau dituduh pengganas oleh Trump dan Saudi, dituduh khawarij oleh Mesir dan sebahagian masyayikh al-Azhar yang menyokong as-Sisi? 
As-Sisi yang telah menyimbah darah di medan Raba'ah.
Siapakah lagi yang ada masa untuk serius dalam memikirkan nasib ummat Islam melebihi perkiraan peribadi dalam membandingkan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan rancangan persaraan yang mewah-mewah sesama rakan-rakan sejawat?
Begitulah lumrah dunia, ulama yang hidup matinya untuk Islam dan membela ummat Islam dikecam dan cuba dijatuhkan kredibiliti mereka. Nanti yang tinggal kepada kita, 'ulama-ulama' selebriti yang akan selalu menceriakan kita dengan cerita yang kita 'suka' dengar sahaja. Jika tidak, tentulah kita tak akan jemput mereka lagi.
Tidak ramai ulama yang sanggup memimpin, sanggup berterus terang walaupun kurang disenangi, bersabar menghadapi celaan orang yang mencela, tabah dalam mendidik pemimpin generasi dakwah yang baru, menghadapi pelbagai rintangan dan halangan daripada pelbagai pihak yang tidak mahu melihat Islam menjadi tinggi.
Seribu persoalan muncul bertalu-talu dibenak ini mengenai rangka pemikiran kaum Muslimin akhir-akhir ini.
Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada dua orang Syeikh dalam memimpin ummat Islam menghadapi pelbagai ujian dan kekalutan akhir-akhir ini.
ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Kawasan Marang
6 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 6/12/2017
Sumber HD - 6-12-2017 
















Mampukah PAS pelopori kerajaan teknorat sebagai penyelesaian

















IDEA Kerajaan Teknokrat yang dicadangkan Presiden PAS juga adalah salah satu solusi dengan mengambil jalan keluar dari polemik dan pertembungan parti-parti politik yang sudah hilang arah sehingga merugikan rakyat.

Matlamatnya tentulah untuk  memastikan kerajaan dan rakyat tidak ‘panik’ dengan senario dan iklim politik yang tidak menentu sekarang ini.

Kali pertama saya mendengar penjelasan idea kerajaan teknokrat dari mulut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri adalah beberapa tahun lepas dalam satu pertemuan dengan beliau.

Sejak itu, saya kagum dengan pendirian politik beliau yang lebih mementingkan kelangsungan sebuah pemerintahan negara demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik Negara itu. Ia juga menunjukkan bagaimana PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi tidak rakus untuk memikirkan tentang tampuk kekuasaan semata-mata sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat lebih utama.

Sumber HD - 6-12-2017

Hegemoni Saudi, reaksi Iran dan gerakan Islam yang dimangsakan

JIKA kita mengamati beberapa isu yang berlaku di Asia Barat, pasti kita akan bertemu dengan peranan Saudi. Mereka begitu rancak mencatur politik dalaman negara arab lain. Kita juga akan menjumpai reaksi Iran dalam menyekang hegemoni Saudi. Tetapi yang menyedihkan, pasti gerakan Islam yang akan dipersalahkan. 
SYRIA
Di Syria, banyak sumber-sumber yang mendedahkan penglibatan Saudi mendanai gerakan anti-Asad seperti Jabhat Nusra dan juga IS. Hilary Clinton pernah menyatakan secara terbuka di kongres tentang penglibatan Amerika dalam mendanai IS. Tetapi apabila emel beliau dibongkar sewaktu pilihanraya presiden Amerika, mereka sebenarnya menggunakan bukan sahaja Saudi, bahkan juga Qatar. Bukan itu sahaja, banyak lagi sumber yang menunjukkan perkara serupa. 
Syria merupakan rakan strategik Iran, Lubnan dan Hamas. Sejak revolusi 1979, Iran yang sebelum ini menjadi proksi Amerika di Asia Barat di bawah Reza Pahlavi, kini berpaling menjadi penentang kuat barat. Selepas menutup kedutaan Israel dan mengusir diplomatnya, Iran membangunkan teknologi perang dan ketenteraan. Ia kemudian menyalurkan bantuan kepada Hamas dan Jihad Islami bagi menentang Israel melalui Syria dan Lubnan. 
Tetapi Saudi bijak mengeksploitasi keadaan. Kononnya sokongan dana yang diberikan adalah bertujuan untuk memerangi syiah yang menjadi ancaman kepada dunia sunni. Syiah dikambinghitamkan. 
LUBNAN
Beberapa hari selepas Perdana Menteri Lubnan di tahan di Saudi, tiba-tiba beliau muncul dengan meletak jawatan. Ramai percaya Saudi telah berjaya mengugut beliau, sebagai tekanan terhadap Hizbullah yang kini semakin berpengaruh di negara terbabit. 
Lubnan (Hizbullah) merupakan negara seteru utama Israel yang paling dekat. Siri perang demi perang antara Hizbullah dan Israel, menatijahkan kekalahan demi kekalahan buat Israel. Pengunduran Amerika daripada Syria, adalah kemenangan buat Rusia-Iran. Bonus buat Hizbullah, ancaman buat Israel.
Namun, alasan yang sama, sentimen syiah dimainkan. Hariri meletakkan jawatan dengan pertuduhan Iran mencampuri urusan pentadbiran Lubnan. Saudi kemudian berikrar akan membela Hariri, dengan mengancam Iran dengan ugutan serangan ketenteraan. 
MESIR
Bom masjid di Semenanjung Sinai. Ratusan terkorban. Sebenarnya ia adalah satu bentuk tekanan kepada kerajaan Sisi yang tidak bersetuju untuk bersama Saudi memerangi Iran. Walaupun Sisi antara yang menandatangani kerjasama tentera bersekutu memerangi keganasan, mereka menolak untuk turut serta dalam misi serangan ke atas Iran. 
Juga ada faktor yang berkait dengan 'perjanjian abad ini' (Deal of The Century) antara Mesir-Israel-Jordan yang mana Saudi sebagai orang tengah. Mengikut perjanjian itu, Sinai akan dijadikan wilayah Palestin, bagi memindahkan penduduk Gaza ke sana, supaya kependudukan muslim di kawasan yang dituntut Israel berkurangan dan akan membantu kepada penyelesaian dua negara (two state solution) yang mereka idam-idamkan.

Namun, isu yang bermain di media adalah angkara Ikhwan Muslimin. Syed Qutb dijadikan kambing hitam konon mengajar fikrah ekstrim mengebom masjid. Ulama azhar (sebahagian) diperkudakan bagi menghalalkan tuduhan terhadap IM. 
YAMAN
Pembunuhan bekas Presiden Pertama Republik Yaman (Utara dan Selatan), Ali Abdullah Saleh ada kaitan dengan Saudi. Beliau yang sebelum ini digulingkan pada Arab Spring 2012 oleh rakyat, termasuk Houthi, selepas itu berkomplot pula dengan musuhnya sendiri iaitu Houthi bagi mengguling Presiden seterusnya Rabuh Mansur Hadi. Tetapi di belakang tabir, beliau berkomplot pula dengan Saudi untuk mengekang Houthi dari membina kekuatan mutlak di Yaman, menyebabkan beliau akhirnya dibunuh.
Saudi memainkan peranan begitu lama di Yaman dalam memastikan perang saudara yang tidak berkesudahan. Terbaru, merekalah yang menyalakan sumbu kebangkitan Arab Spring dengan mendanai Houthi dan juga al-Qaeda bagi menyemarak api revolusi. Selepas Houthi berjaya menguasai Sanaa, Saudi mengisytiharkan serangan ke atas Yaman pula bagi menangani teroris yang mereka cipta sendiri, Houthi. Houthi mengalih kiblat daripada Saudi kepada Iran. 
Selain sentimen sunni syiah ditimbulkan sebagai faktor pembunuhan, timbul juga tuduhan bahawa Ikhwan Muslimin dalang kepada pembunuhan dengan mendanai gerakan Ansarullah Houthi. Ironinya, Ali Saleh yang berkomplot dengan Saudi juga Syiah! Houthi yang sebelum ini berkomplot pernah berkomplot dengan Saudi, juga Syiah! 
QATAR
Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar. Semua urusan dibekukan. Semua jalan disekat baik darat, udara dan juga laut. Sehinggakan syarikat penerbangan Qatar menunaikan Umrah juga dihalang. Bekalan makanan Qatar yang bergantung 60% kepada eksport Saudi terputus. 
Mengikut fakta sebenar, ia tidak lebih kepada persaingan pengaruh antara Saudi dan Qatar di dalam dunia arab. Saudi cuba mencantas Qatar yang semakin agresif mengukuhkan tapak di kalangan negara arab, dan semakin mendapat tempat di barat. Al-Jazeera menjadi modal besar Qatar memainkan propaganda ke atas Saudi dan mengukuhkan soft-power Qatar. 
Tetapi, isu yang dijadikan camouflage adalah kerana Qatar menyokong teroris. Teroris yang dimaksudkan adalah Ikhwanul Muslimin dan Hamas. Ulama dan graduan Saudi dipergunakan bagi mengharamkan Hamas dan IM secara syarie. Sekali lagi, gerakan Islam dikambinghitamkan. 
BIG PICTURE 
Gambaran kasarnya, berlaku perebutan kuasa yang begitu dahsyat antara politikus-politikus arab. Masing-masing dengan kepentingan tersendiri. Masing-masing didanai kuasa besar yang sengaja mahu melihat arab bertelagah. Dan Abang Long bagi semua konco-konco Amerika adalah, Saudi. Secara lebih spesifik, peranan itu dikelolakan oleh Muhammad bin Salman. 
Tetapi propaganda yang dimainkan untuk mengelabui persepsi awam berorientasikan dua sentimen; kempen anti-gerakan Islam dan anti-Syiah. Yang berhati tisu (sensitif) dan berakal pendek (simplistik) mudah dieksploitasi dengan gambar-gambar, video-video dan juga tulisan konspirasi. Yang bernafsu haloba pula mudah diumpan dengan 3 ta (harta, takhta dan wanita) sehinggakan sanggup menjadi kuda musuh Islam, ditunggang bagi tujuan memporak perandakan umat. 
PAS DAN AGENDA ZIONIS
\
Bahang perang antara tentera arab pimpinan Saudi dan Iran semakin kuat dirasai. Umat Islam kini menjadi buntu. Tidak tahu mana harus disokong. Nak sokong Iran, mereka syiah yang telah dikafirkan. Nak sokong Saudi, Israel pula dibelakang. Nak berkecuali pun, iman belum kuat untuk makan akar kayu sahaja. 
Sewaktu perang teluk pertama antara Iran dan Iraq, barat sokong Iraq. Sebahagian dunia Islam ikut fatwa Amerika sokong Iraq juga, atas dasar lawan syiah. Tetapi PAS menyokong Iran sehingga dituduh syiah. PAS tidak peduli kerana PAS faham mainan politik antarabangsa. PAS sokong Iran kerana menentang agenda Amerika-Zionis. 
Akhirnya perang teluk kedua, Iraq serang Kuwait pula. Sunni serang sunni. Barat sokong Kuwait. Dunia Islam terlopong, jadi buntu nak sokong mana satu. Dua-dua sunni. PAS terbuka sokong Iraq, kerana PAS konsisten menentang agenda Amerika-Zionis. 
Pendirian PAS bukan atas agenda kuasa semata-mata. Kerana PAS tidak mendapat apa-apa keuntungan dari segi politik. Baka imej PAS tercalar apabila dituduh pro-syiah di peringkat Malaysia. Tetapi PAS teguh dengan fikrah perjuangan yang dipegang. PAS berpaksikan kepada Firman Allah: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [Al-Ma'idah:51] 
Agak-agak hari ini, beranikah kita menyokong Iran jika tentera bersekutu Saudi yang didalangi zionis menyerang? – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Sumber HD- 6-122-2017 



















Atheism bertentangan Perlembagaan, langgar Rukun Negara

Kepada Peguam PAN Sekarang
1. SAYA tertarik untuk memberi komen terhadap kenyataan Peguam PAN Sekarang berhubung isu Atheis. Entah kenapa, rasa terpanggil untuk menjawab kenyataan beliau. Mungkin kerana beliau tidak habis-habis mewiridkan tentang PAS walaupun sudah berada di luar parti. Terima kasih atas ingatan yang tidak pernah lekang terhadap PAS! 
2. Atheism merupakan fahaman atau doktrin yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Ia bukan satu agama sepertimana yang difahami oleh Peguam PAN Sekarang. Boleh rujuk Oxford Dictionaries berkenaan istilah Atheism. Secara lebih spesifik, boleh buka The Oxford Handbook of Atheism. Mereka tidak menerangkan Atheism sebagai satu agama. Apakah ada rujukan akademik tertentu yang menyatakan Atheism sebagai agama? Saya tidak tahu bentuk rujukan bagaimanakah yang digunapakai oleh beliau sehingga membelakangkan rujukan akademik seperti di atas. 
3. Sebagaimana yang disebutkan, Atheism adalah kepercayaan yang menolak kewujudan tuhan. Secara etimologinya, perkataan “atheism” berasal daripada perkataan Greek atheos; “a” bermaksud tanpa dan “theos” bermaksud tuhan-tuhan. Lawan bagi ateisme adalah teisme iaitu fahaman yang mempercayai dan mengimani akan wujudnya tuhan. Sama ada Atheisme atau Theisme, kedua-duanya adalah doktrin atau fahaman, bukan agama. Mungkin Peguam PAN Sekarang terkeliru dari sudut ini. 
4. Mempercayai ketidakwujudan tuhan adalah bercanggah dengan rukun negara. Rukun negara pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Kedudukan rukun negara adalah sangat tinggi. Banyak negara dunia hari ini yang menjunjung demokrasi telah meletakkan ikrar rakyat sebagai mukaddimah (preamble) kepada perlembagaan mereka. Malah, ia dianggap rujukan bagi perlembagaan. Sebagai seorang peguam, beliau perlu peka dalam perkara ini. 
5. Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970, selepas tragedi hitam 13 Mei 1969 yang menyaksikan perpaduan rakyat Malaysia teruji dengan begitu hebat. Justeru Rukun Negara adalah bagi mengembalikan perpaduan antara rakyat berbilang agama dan kaum. Sebarang tindakan yang menyalahi Rukun Negara boleh diibaratkan sebagai mencabar perpaduan negara yang telah menjadi ikrar seluruh rakyat negara berdaulat ini. 
6. Peguam PAN Sekarang berhujah dengan Artikel 11 Perlembagaan yang menyatakan tentang kebebasan beragama. Beliau menyamakan Atheism sebagai agama. Dan beliau juga memutarbelit, kononnya jika Atheism bukan agama, maka tidak ada hak untuk menghalang Atheism disebarkan kepada orang Islam kerana undang-undang hanya melarang agama sahaja disebarkan kepada orang Islam. 
Bagaimana beliau membaca perlembagaan saya pun tidak faham. Macam Bani Israel juga baca kitab separuh dan tinggal separuh. Di dalam fasal 4 artikel yang sama, dinyatakan bahawa "undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa DOKTRIN atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam." Nyata Atheism adalah satu doktrin, dan perlembagaan membenarkan sebarang doktrin dihalang daripada disebarkan kepada penganut agama Islam. 
Atheism bukan sahaja mencabar kedudukan Islam, malah akan turut mencabar kepercayaan Budhha, Hindu, Kristian dan berbagai anutan agama bertuhan yang ada di Malaysia. Ia boleh membawa kepada krisis agama yang tidak baik untuk negara. Justeru amat wajar untuk fahaman ini dibendung. 
7. Bertepatan dengan syariat Islam, juga selari dengan Rukun Negara pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, juga mengambil semangat perlembagaan negara dan juga kontrak sosial, kehidupan beragama dijadikan salah satu prinsip dalam pelan pentadbiran negara jangka panjang yang dikenali sebagai Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051). Ianya sebagai asas kepada kestabilan dan keharmonian antara kaum dan negara. Tanpa menafikan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana yang dinyatakan di dalam perlembagaan, agama lain juga perlu diraikan sebagaimana kontrak sosial yang dipersetujui semasa era pembentukan negara dahulu. 
8. Secara falsafahnya, seseorang yang percaya kepada agama, mereka akan percaya wujudnya tuhan dan kuasa ghaib yang tinggi. Wujudnya balasan baik dan buruk dan wujudnya pemantau yang akan memerhatikan tindak tanduk mereka di atas dunia. 
Justeru kepercayaan beragama akan dapat menjaga tingkah laku individu di mana jua mereka berada kerana mereka tahu mereka diawasi oleh kuasa tertentu yang berkuasa melakukan apa sahaja kepada mereka. Kesimpulannya, beragama akan lebih melahirkan masyarakat yang tinggi moraliti berbanding mereka yang tidak. 
9. Kita dapat melihat kejayaan Malaysia membanteras gejala tidak bermoral seperti pesta arak kerana rakyat masih kuat berpegang kepada agama. Tidak ada mana-mana individu yang memiliki akal yang waras boleh menerima bahawa meminum minuman keras adalah tindakan yang bermoral. Bahkan tidak ada mana-mana agama yang mengajak kepada meminum minuman keras. Malah terdapat agama lain selain Islam yang turut menegah perbuatan meminum minuman keras. 
10. Malangnya Atheism tidak pernah menyentuh perkara berkaitan ini. Bagi mereka, individu bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak mengganggu manusia lain. Barah Atheism bakal menghapuskan bukan sahaja agama, malah juga budaya dan adat ketimuran. 
Uniknya Malaysia, walaupun memiliki berbagai kaum dan agama, tetapi masih mampu menjaga keharmonian dan kestabilan. Rahsianya adalah undang-undang yang adil, meletakkan Islam sebagai agama rasmi sesuai dengan majoriti rakyat, dalam masa yang sama meraikan kepercayaan agama lain untuk bebas diamalkan. 
Alhamdulillah. Sejak merdeka, belum pernah timbul isu penindasan etnik di mana-mana tempat. Walaupun beberapa kali percubaan untik mencetuskan ketegangan dilakukan, tetapi rakyat tidak mudah melatah dan bertoleransi demi menjaga keutuhan perpaduan. Justeru Atheism perlu ditolak sebelum merebak dengan lebih dahsyat. 
11. Kita amat bimbang golongan Atheism telah menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai kuda tunggangan untuk menyebar luaskan fahaman mereka di Malaysia. Sebelum ini, pemimpin PH antara yang lantang membantah tindakan pihak berkuasa membatalkan pesta arak di ibu kota. Mereka juga banyak bercakap mengenai kebebasan individu termasuk kebebasan beragama. Kini sampai ke tahap kebebasan untuk tidak beragama pula. 
PH kini didominasi oleh DAP. DAP pula didominasi oleh pemimpin kristian evangelis. Mengikut kepercayaan evangelisme, mereka bercita-cita untuk menubuhkan entiti politik (baca:negara) yang beragamakan kristian. Perkara ini sudah tentu akan menggugat kestabilan kerana bukan sahaja majoriti rakyat beragama Islam, malah kristian di Malaysia tidak sampai 10%, itupun bukan semuanya evangelis! 
Mungkin evangelis antarabangsa juga menunggangi PH bagi mencapai matlamatnya.
12. Saya berharap Peguam PAN Sekarang dapat berfikir dahulu sejenak sebelum terus mempertahankan pandangannya. Fikir juga tentang akidah beliau sebagai seorang Islam. Fahami akan batas-batas iman dan kufur sebelum berkata-kata. Dan ingatlah hidup ini hanya sementara dan teramat singkat. Hitunglah sebaiknya agar tidak rugi di akhirat kelak. 
13. Juga teguran buat Dr Mariah Mahmud yang pada awalnya menyuarakan kebimbangan mengenai Atheism di Parlimen, ditujukan kepada pihak kerajaan. Tetapi apabila rakan seperti mereka membela pula Atheism, beliau diam seribu bahasa. Sikap ini menunjukkan asobiyah yang dilarang dalam Islam. Anda tidak berjuang membela kebenaran, tetapi anda berjuang membela puak sehingga tidak sanggup menegur sebagaimana anda tegur kerajaan sebelumnya. Hamiyyah Jahiliyyah bukan cerminan manusia yang bertamadun. 
Alang Ibn Shukrimun
14 Rabiul Awwal 1439 / 3 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 3/12/2017
Sumber HD - 3-12-2017 




















'Selekoh tajam' Hanipa Maidin dalam isu Ateisme

BERDASARKAN penelitian saya, sudah beberapa kali Pengerusi KANUN PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, membuat 'konar' baring di dalam isu-isu politik negara.
'Konar' baring Hanipa Maidin yang paling saya ingati ialah tindakan beliau mengetuai, pada 15 April 2005, sekumpulan ahli Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor mengadakan demonstrasi aman di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, bagi menuntut supaya Perdana Menteri membatalkan pendaftaran Sisters In Islam dan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengharamkan Sisters In Islam, yang diikuti oleh tindakan beliau menyatakan, pada 4 November 2014, bahawa tindakan mengharamkan Sisters In Islam adalah “terlalu drastik”.
Di dalam isu ateisme pula, intipati utama tulisan Hanipa Maidin di dalam portal berita Malaysia Kini pada 26 November dan portal berita Free Malaysia Today pada 27 November adalah untuk semata-mata mempertahankan golongan ateis dengan menyatakan bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tulisan Hanipa Maidin ini, yang mungkin juga ada kaitannya dengan tulisan beliau pada 29 Julai lalu bahawa calon impian beliau bagi jawatan Perdana Menteri adalah Lim Kit Siang, adalah susulan kepada tindakan Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mempertahankan golongan ateis ini.
Di dalam tulisan beliau itu, Hanipa Maidin menghujahkan betapa pandangan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan dan adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an, tetapi tidak memberikan apa-apa bukti bagi menyokong hujah beliau ini.
Kata Hanipa Maidin: "His view, with respect, is not only alien to the idea of constitutional protection but it also foreign to the very concept of freedom of religion enjoined by the Quranic injunction."
Tiada sepatah pun disebut di dalam tulisan Hanipa Maidin ini kebimbangan, seperti yang dinyatakan oleh sahabat beliau, Dr Siti Mariah Mahmud, mengenai penyebaran ateisme terhadap penganut Islam selaras dengan kenyataan bahawa kebanyakan yang terlibat dengan ateisme ini adalah anak-anak muda Melayu. 
Langsung tidak disebut di dalam tulisan Hanipa Maidin ini mengenai Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan kerajaan mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Ini kerana, selaras dengan tajuk yang diberikan terhadap tulisan Hanipa Maidin ini, iaitu "Deputy Minister, Please Respect My Religious Right" ("Timbalan Menteri, Sila Hormat Hak Beragama Saya") dan “A Muslim’s Defence of Atheists” (“Pemertahanan Seorang Islam Terhadap Golongan Ateis”)", adalah untuk semata-mata mempertahankan golongan ateis.
Alih-alih semalam, 30 November, Hanipa Maidin, sementara tetap gagal memberikan apa-apa bukti bagi menyokong tafsiran beliau bahawa ateisme adalah agama, menghujahkan pula bahawa hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama barulah penyebaran ateisme terhadap penganut Islam boleh dikawal atau disekat selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Telah dihujahkan betapa penyebaran ateisme terhadap penganut Islam sebenarnya boleh dikawal atau disekat melalui Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan ini, walaupun ateisme tidak diiktiraf sebagai agama, kerana Perkara 11(4) ini sebenarnya membolehkan kerajaan mengawal atau menyekat pengembangan "apa-apa doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam" di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Malah, jika dilihat kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang ada di pelbagai negeri pun sudah ada peruntukan yang menyatakan kesalahan bukan hanya membabitkan usaha menarik penganut agama Islam kepada agama bukan Islam sahaja.
Memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam juga adalah satu kesalahan di bawah enakmen begini tanpa mengira ke mana mereka yang meninggalkan agama Islam ini pergi.
Pada hemat saya, konar baring terbaru Hanipa Maidin ini, walaupun mungkin dimaksudkan untuk memperbaiki imej beliau dan imej PAN yang tercalar di mata umat Islam, sebenarnya akan menjunamkan lagi imej beliau dan imej PAN.
Ini kerana, bila ateisme diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan ateisme tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.
Lebih parah lagi, bila diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk "menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang" tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan.
Soalnya sekarang ialah apakah Hanipa Maidin dan PAN benar-benar mahu melihat golongan ateis, yang selama ini bergerak secara senyap-senyap-senyap, bergerak secara terbuka melalui institusi-institusi sah bagi menjaga kepentingan ateisme pula?
Pening saya dengan Hanipa Maidin ini. - HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 




















PAN pertahan Hanipa bahawa ateisme adalah agama!

PAN pun guna kaedah matlamat menghalalkan cara?
Saya tidak faham mengapa Pengerusi KANUN PAN merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, sekadar menjawab “don’t worry be happy” (jangan bimbang kena gembira) ke atas tulisan saya yang mengkritik beliau di atas tulisan beliau mengenai ateisme.
Ini kerana Hanipa Maidin sepatutnya “be worry” (kena bimbang) memandangkan ateisme adalah isu serius yang melibatkan aqidah yang, seperti kata rakan beliau dari PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, sangat menggusarkan kerana membabitkan anak-anak muda Melayu.
Bagaimanapun, page rasmi PAN yang menggunakan nama Parti Amanah Negara kelihatan cuba membela dan membuat damage control terhadap kenyataan Hanipa Maidin ini dengan menyebut ia adalah perdebatan soal pentafsiran Perlembagaan Persekutuan sahaja. 
Kata page rasmi PAN ini, Hanipa Maidin cuma mencabar pentafsiran Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan sahaja kerana bagi beliau Perkara 11 tetap memperuntukkan hak terhadap golongan ateis seperti penganut agama lain.
Katanya lagi, atiesme perlu ditafsirkan sebagai agama kerana, jika tidak, golongan aties boleh bebas menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam kerana perlembagaan hanya menghalang “penganut agama lain” menyebarkan fahaman mereka kepada orang Islam.
Pendirian Hanipa Maidin ini pelik dan bercanggah dengan pendirian pembela golongan ateis lain yang mempertahankan mereka dengan hujah bahawa, walaupun ateisme bukan agama, ia dilindungi kerana kebebasan untuk beragama meliputi kebebasan untuk tidak beragama.
Malah, hujah inilah yang digunakan oleh para pemuka Majlis Peguam Malaysia seperti Presidennya, George Varughese, bekas Presidennya, Christopher Leong, dan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusianya, Andrew Khoo, untuk membela golongan ateis ini.
Sedangkan kenyataan ini bercanggah dengan satu kertas kerja yang diendorse oleh Majlis Peguam Malaysia sendiri yang berbunyi “pandangan bahawa kebebasan untuk beragama meliputi kebebasan untuk tidak beragama telah ditolak oleh mahkamah-mahkamah negara”.
Kertas kerja ini, bertajuk “Jurisdiction Of State Authorities To Punish Offences Against The Precepts Of Islam: A Constitutional Perspective”, adalah tulisan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan masih terpampang di laman web rasmi Majlis Peguam Malaysia.
Tidak seperti Hanipa Maidin, mahupun George Varughese, Christopher Leong dan Andrew Khoo, yang sekadar menyuarakan pandangan peribadi, kenyataan Datuk Dr Shad ini jauh lebih berwibawa kerana ia didasarkan kepada keputusan-keputusan hakim di mahkamah.
Begitu juga dengan kenyataan Datuk Dr Shad di dalam satu lagi kertas kerja beliau bertajuk “The Constitution Of A Muslim Majority State: The Example Of Malaysia” yang mengisytiharkan dengan jelas dan terang bahawa “Tiada Hak Untuk Ateisme” di Malaysia.
Oleh itu, jelaslah betapa kenyataan Hanipa Maidin bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tetap memperuntukkan hak terhadap golongan ateis seperti penganut agama lain adalah tidak betul, walaupun perkara ini cuba dipertahankan oleh page rasmi PAN.
Tindakan page rasmi PAN menghujahkan bahawa atiesme perlu ditafsirkan sebagai agama bagi melindungi umat Islam kerana perlembagaan didakwa hanya menghalang “penganut agama lain” menyebarkan fahaman mereka kepada orang Islam adalah melucukan.
Tersirat di dalam hujah ini adalah pengakuan bahawa atiesme bukan agama (atiesme tidak mempercayai Tuhan sedangkan agama mempercayai Tuhan) tetapi ia perlu ditafsirkan sebagai agama bagi mencapai maksud tertentu, kononnya bagi melindungi umat Islam.
Hujah page rasmi PAN ini adalah hujah mereka yang mengguna pakai kaedah berpolitik matlamat menghalalkan cara: Boleh berbohong (kata atiesme adalah agama walaupun atiesme bukan agama) untuk mencapai matlamat baik (melindungi umat Islam).
Jika dilihat kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang ada di pelbagai negeri pun sudah ada peruntukan yang menyatakan kesalahan bukan hanya membabitkan usaha menarik penganut agama Islam kepada agama bukan Islam sahaja.
Memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam juga adalah satu kesalahan di bawah enakmen begini tanpa mengira ke mana mereka yang meninggalkan agama Islam ini pergi.
Tindakan Hanipa Maidin sekadar menjawab “don’t worry be happy” (jangan bimbang kena gembira) ke atas polemik isu ateisme ini, yang menggambarkan ketidakpedulian beliau ke atasnya, adalah tidak selari dengan cogan kata PAN, iaitu “Amanah, Peduli, Progresif”.
Begitu juga dengan tindakan page rasmi PAN mempertahankan Hanipa Maidin dalam isu ateisme ini dari sudut yang melucukan yang menggambarkan seolah-olah PAN tidak mempunyai ahli undang-undang dan seolah-olah KANUN PAN tidak berfungsi.
Sumber HD - 30-11-2017 










































Sejak bila Hanipa Maidin berubah jadi liberal?

MEMBACA tulisan Pengerusi KANUN PAN merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, yang kini popular kerana pembelaan beliau ke atas golongan ateis, jelas beliau sangat istiqamah memperjuangkan kepentingan Islam, khususnya di dalam isu murtad, sebelum ini.
Kes Anthony Rayappan
Di dalam tulisan Hanipa Maidin bertajuk “Kes Muhamad Rayappan Menimbulkan Banyak Tandatanya” pada 21 Disember 2006 umpamanya, Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tuntutan ke atas mayat Anthony Rayappan yang dilaporkan memeluk Islam pada bulan Januari 1990 tetapi menukar agamanya kepada Kristian pada bulan Mei 1999 dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kad pengenalannya dengan memuatkan status agama barunya pada 2000.
Kata Hanipa Maidin, tindakan MAIS pada 6 Disember 2006 ini bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 1 Disember 2006 dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Disember 2006 bahawa si mati adalah seorang Islam di masa kematiannya.
Kata Hanipa Maidin lagi, tindakan JPN meluluskan permohonan menukar status agama yang dibuat oleh Anthony Rayappan pada 2000 juga adalah tidak sah kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan Anthony Rayappan adalah seorang murtad.
Kata beliau lagi, tindakan MAIS pada 6 Disember 2006 ini bukan sahaja tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Syariah tetapi juga menghampakan dan menghiris perasaan orang Islam dalam keadaan MAIS diharap melindungi kepentingan Islam dalam isu ini.
Kes Subashini Rajasingham
Di dalam tulisan Hanipa Maidin bertajuk “Kes Subashini V Rajeswaran - Ketidakadilan Ke Atas Orang Islam Kenapa Didiamkan” pada 20 Mei 2007 pula, Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan peguam Subashini Rajasingham yang tidak membangkitkan soal Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang secara jelas mendiskriminasi pihak yang beragama Islam kerana melarang pihak yang beragama Islam untuk pergi ke Mahkamah Sivil bagi mendapatkan perintah penceraian.
Kata Hanipa Maidin, tindakan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan permohonan injuksi Subashini Rajasingham bagi menghalang bekas suaminya, Saravanan Thangathoray, dari mengIslamkan dua anak mereka dan dari memulakan atau meneruskan prosiding berhubung dengan perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah adalah satu tindakan yang betul.
Kata Hanipa Maidin lagi, keputusan Mahkamah Rayuan ini telah dikritik secara bertalu-talu oleh pihak bukan Islam dan juga sesetengah orang Islam sendiri kerana menyatakan bahawa Subashini Rajasingham masih mempunyai peluang (recourse) untuk pergi ke Mahkamah Rayuan Syariah jika beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.
Kritikan ini, kata beliau, mengabaikan atau mengenepikan perkara-perkara seperti ketidakadilan Seksyen 51 akta ini mahupun Seksyen 3 (3) akta ini yang memperuntukkan bahawa akta ini tidak terpakai kepada orang Islam tetapi memaksa bekas suami Subashini Rajasingham untuk tunduk dan menyerah diri kepada bidangkuasa Mahkamah Sivil.
Kata beliau lagi, kes ini “merupakan satu lagi plot baru pihak-pihak tertentu memanipulasi keadaan bagi mewujudkan satu rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam khususnya terhadap peranan Mahkamah Syariah dan perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini”.
Kes Lina Joy
Di dalam tulisan Hanipa Maidin bertajuk “Keputusan Lina Joy - Menang Ya, Lega Tidak” pada 12 Jun 2007 pula, Hanipa Maidin memuji tindakan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang, di dalam satu keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan, menolak penghujahan peguam Lina Joy dan juga NGO yang menyokong Lina Joy yang meminta mahkamah memutuskan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan mutlak untuk Lina Joy keluar dari agama Islam dan menjadi Kristian.
Begitupun, kata Hanipa Maidin, bagi mengelakkan kes seperti Lina Joy ini berulang kembali, kerajaan perlu menjadikan murtad sebagai satu kesalahan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atau Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 kerana antara isu yang dibangkitkan di dalam kes Lina Joy ini adalah berkaitan dengan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes murtad.
Kata Hanipa Maidin lagi, Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali menasihati agar pihak kerajaan memperuntukkan secara jelas di dalam undang-undang (khususnya di Wilayah Persekutuan) bahawa murtad hendaklah dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi nasihat tersebut tidak diendahkan yang mengakibatkan sehingga kini tidak ada peruntukan secara jelas di Wilayah Perekutuan bahawa murtad hendaklah dibicarakan di Mahkamah Syariah. 
Kata beliau lagi, kerajaan juga perlu meminda sekali lagi Peraturan 14 daripada Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dengan memperuntukkan secara jelas bahawa mana-mana orang Islam yang ingin membuat pertukaran kad pengenalan atau menukar butir-butir namanya kepada nama bukan Islam atau membuang perkataan Islam di dalam kad pengenalannya wajib mengemukakan perintah bermeterai daripada Mahkamah Syariah kepada pihak JPN.
Kata beliau lagi, berbekalkan dengan pengiktirafan Mahkamah Persekutuan dalam kes ini mengenai kesyumulan Islam, maka pengundi-pengundi yang beragama Islam wajib menggunakan hak mengundi mereka sebagai "bargaining power" ke atas parti politik yang ingin mendapatkan undi mereka agar Islam sebagai Al-Deen ditegakkan di negara ini.
Tambah beliau: “Kalau pihak-pihak yang ingin murtad boleh menggunakan (baca menyalahgunakan) Artikel 11 untuk menghancurkan Islam dengan memohon hak untuk murtad maka kenapakah orang Islam yang komited pada agamanya tidak boleh menggunakan Artikel yang sama untuk berhujah bahawa hak mengamalkan agama di dalam Artikel 11 adalah merangkumi pengamalan agama secara syumul dalam semua aspek kehidupannya dan ianya tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak.”
Seru beliau: “Wahai saudara-saudaraku orang Islam, bangun dan minta hak kamu!!!”
Kes Siti Fatimah Tan
Di dalam tulisan Hanipa Maidin bertajuk “Keputusan Mahkamah Syariah Pulau Pinang Tidak Selari Dengan Pandangan Fuqaha’ Islam” pada 12 Mei 2008 pula, Hanipa Maidin menyatakan kekecewaan beliau dengan tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad) di atas alasan Siti Fatimah Tan tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.
Kata Hanipa Maidin, keputusan tersebut membawa kesan yang amat besar dan mendalam kerana ia dikatakan “boleh membuka ruang yang besar kepada orang Islam yang tidak begitu komited dengan agamanya untuk memohon kepada Mahkamah Syariah bagi menukar agamanya atas alasan ia tidak lagi berpegang atau beramal dengan ajaran Islam”.
Kata Hanipa Maidin lagi, kesilapan di dalam keputusan tersebut bermula apabila Hakim tersebut tidak mendekati murtad sebagai satu jenayah sepertimana yang ditentukan oleh fuqaha’ Islam. Ini kerana apabila murtad dikategorikan sebagai satu jenayah, tidak timbul seorang Islam itu mempunyai hak untuk membuat permohonan untuk murtad, sebaliknya negara yang bertanggungjawab membawa pesalah murtad ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan murtad dan jika didapati bersalah si murtad tersebut boleh dihukum.
Kata beliau lagi: “Islam mempunyai sebab tersendiri menjadikan murtad sebagai satu kesalahan jenayah. Menjadikan murtad sebagai satu jenayah adalah selari dengan maqasid syariah yang meletakkan agama sebagai satu perkara asas yang amat perlu dilindungi.”
Kes Ateis Amerika Syarikat
Di dalam tulisan Hanipa Maidin bertajuk “Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah” pada 12 Mac 2012 pula, Hanipa Maidin memuji tindakan seorang hakim di sebuah mahkamah di Pennsylvania, Amerika Syarikat, bernama Mark Martin, yang membebaskan seorang Islam, Talaag Elbayomy, dari tuduhan mengganggu (harrassament) kerana memukul seorang ateis, Ernie Perce, kerana perbuatan Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad dengan memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut Hari Halloween.
Turut disebutkan oleh beliau ialah kenyataan hakim tersebut yang berbunyi: “Di dalam masyarakat kita (Amerika Syarikat) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”
Kesimpulan
Berdasarkan kepada lima tulisan Hanipa Maidin ini, jelas beliau sangat istiqamah memperjuangkan kepentingan Islam, khususnya di dalam isu murtad, walaupun setelah PAS menyertai Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Ini sekali gus menimbulkan pertanyaan: Sejak bila dan apa punca sebenar Hanipa Maidin berubah menjadi liberal, khususnya dalam menangani isu murtad ini? Apakah sejak menang di kerusi P113 Sepang pada PRU 13 (setelah kalah dengan majoriti 3,820 undi di kerusi P95 Tanjong Karang pada PRU 12)? - HARAKAHDAILY 29/11/2017
Sumber HD - 29-11-2017 






















Masih adakah ruang PKR kembali bersama PAS?

SEHINGGA kini, PAS masih dengan keputusan Majlis Syura Ulamak dan sokongan sebulat suara ahli dalam Muktamar 2017, bahawa tiada apa-apa lagi di antara PAS dan PKR. Tiada sebarang perubahan strategi yang diumumkan oleh PAS berkenaan hubungan dengan PKR selepas daripada itu, sama ada di peringkat nasional, negeri ataupun parlimen tertentu. 
Namun di pihak PKR, masih terdapat beberapa pihak yang melihat keperluan untuk bersama PAS. Mereka mengakui kekuatan PAS yang kian meningkat terutama di kalangan pengundi muda dan pengundi atas pagar kalangan kaum melayu. Dapatan-dapatan Merdeka Centre, IDE dan kajian dalaman setiap parti membuktikan perkara sedemikian. Membuatkan mereka mahu tidak mahu terpaksa mendekati PAS kembali akhirnya. 
KEMELUT PKR 
Kini, PKR berbelah bahagi. Anggota mereka pening dalam menentukan hala tuju PKR. Jika mereka masih dengan PH, mereka akan kehilangan banyak sokongan muslim kerana DAP yang menunjukkan sikap anti-Islamnya membuatkan melayu semakin menjauhi semua yang bersekongkol dengan DAP. Kemasukan ahli-ahli melayu kepada DAP tidak mampu menjelirakan orang melayu untuk menerima DAP melainkan 2 ke 3 peratus mereka yang berfikiran liberal sahaja. 
Anggota PKR sedar hakikat ini, tetapi pucuk pimpinan parti itu kini dikuasai oleh kem yang telah dipegang oleh DAP. Mereka cuba sedaya upaya menyingkirkan pihak yang sanggup menjadi kuda DAP ini, tetapi sistem pemilihan kepimpinan PKR yang terlalu pelik (satu ahli satu undi) menyebabkan manipulasi pemilihan berlaku. 
Kepimpinan yang ada sekarang adalah kepimpinan yang dilantik sejak 2014, yang menyaksikan proses pemilihan berjalan hampir setahun kerana terlalu banyak kepincangan berlaku sepanjang proses pemilihan. Sehingga kini, mereka belum berani membuat pemilihan bimbang kedudukannya tergugat. 
Secara mudah, kita boleh bahagikan PKR kepada dua kem. Kem yang menyebelahi DAP dan kem yang menyebelahi PAS. Sebenarnya di bawah setiap kem ini masih terdapat klik-klik kecil yang lain. Di samping itu, terdapat juga PKR yang independen, tidak PH dan tidak PAS. Lebih memihak kepada PSM tetapi terlalu minoriti. 
APA PERLU PKR BUAT? 
Khusus bagi pihak yang masih menyedari kepentingan untuk bersama PAS, mereka sebenarnya masih ada jalan. Jika dilihat antara punca PAS berputus dengan PKR adalah kerana mereka lebih menyebelahi DAP daripada PAS, sehingga merugikan PAS. Presiden PAS juga telah menegaskan, PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan mana-mana pihak yang bersekutu dengan DAP. Maksudnya, DAP menjadi sebab kenapa PAS dan PKR berpecah. 
Kalau PKR yang pro-PAS setakat berjumpa dengan PAS untuk mengadakan kerjasama atas alasan-alasan kebaikan dua penjuru semata-mata, mustahil PAS akan menerima. PAS sudah mempertimbangkan kemungkinan tiga penjuru sebelum daripada memutuskan tahaluf dengan DAP lagi tahun 2015. 
Apa yang perlu mereka lakukan, adalah bersikap lebih vokal untuk memberikan pandangan kontra kepada kepimpinan tertinggi mereka. Nyatakan dengan berani bahawa mereka tidak bersetuju untuk terus mengadakan hubungan DAP. Gerakkan akar umbi yang banyak kecewa dan menjadi pasif selepas pemilihan 2014. Bina jatidiri PKR sebagai parti independen dan memiliki kekuatan teras. 
PKR juga perlu dilihat tegas dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam supaya tidak dilihat terikut dengan ideologi DAP. Perlu berani nyatakan pandangan tersendiri, walaupun berbeza dengan DAP. PKR bukan seperti PAN yang ditaja oleh DAP. Justeru apa yang perlu ditakutkan sangat sampai semua pendirian mereka perlu mengikut telunjuk parti cauvinis itu. 
NYAHKAN PRO-DAP 
Mungkin mereka memikirkan sukar untuk berbuat demikian kerana mereka juga menumpang sokongan DAP terutama kalangan non-muslim. Tetapi sedarkah mereka, sokongan non muslim kini semakin lemah kepada DAP? 
Strategis DAP, Liew Chin Tong sebelum ini menyatakan bahawa sokongan cina kepada DAP kini sudah jatuh sehingga ke 65%. PRU13 Dahulu mereka capai sehingga 85-90% sokongan. Kenyataan Liew Chin Tong itu adalah sebelum berlaku tanah runtuh dan banjir besar di Pulau Pinang. Sekarang, kemungkinan besar tidak sampai 65% pun. 
Justeru PKR perlu mengkaji kembali apakah masih relevan untuk terus bergayut kepada DAP. Kalau cina pun sudah menolak DAP, apa lagi yang masih diharap kepada parti tersebut? Silap haribulan, PKR akan ikut lingkup sekali dengan DAP. 
PKR masih ada kelebihan tersendiri. Mereka lebih dilihat parti yang multi-racial berbanding parti-parti lain. Walaupun PAS tidak memilih kaum, tetapi persepsi kaum Cina majoritinya masih negatif kerana diracun oleh DAP. DAP pula walaupun bukan parti kaum, dominasi Cina di dalamnya menyukarkan masyarakat membuang stigma perkauman. 
Kini PKR perlu meneroka segmen pengundi tersendiri. Mereka perlu mengambil peluang merebut kira-kira 30% cina yang sudah hilang sokongan dari DAP. Jika tidak, kemungkinan cina ini akan kembali kepada BN, ataupun berkecuali.
MAHATHIR LIABILITI 
PKR juga perlu mengambil peluang merebut sokongan melayu di kalangan bekas penyokong Umno. Sikap mereka yang berbaik dengan Mahathir adalah satu kesilapan besar. Bekas ahli Umno yang pro-reformasi menolak parti tersebut kerana Mahathir. Semakin mereka merapati Mahathir, semakin orang melayu menjauhi PKR. 
Kenyataan terbaru Mahathir yang negatif terhadap Anwar mungkin menjadi turning point yang baik untuk PKR mengkaji kembali hubungan mereka dengan Mahathir. Orang tua itu sehingga kini masih tidak mengakui kesalahannya terhadap Anwar. Jangan sampai Najib pula yang memanipulasi isu ini untuk menarik Anwar dan otai-otai reformasi. 
Muhyiddin juga perlu berani bertindak sekarang. Kita tahu sehingga kini beliau dan penyokongnya masih tidak senang dengan hegemoni Mahathir di dalam parti tersebut. PPBM sepatutnya lebih independen, tidak tunduk di bawah PH yang dikuasai DAP. Idea Mahathir ini hanya akan menjauhkan PPBM daripada orang melayu. Lihatlah sekarang, seorang demi seorang penaja parti tersebut meninggalkan. 
Mahathir dah mula cari pasal dengan semua orang. Sampai memainkan sentimen kabilah. Kerana nak serang Najib, habis semua Bugis dihalaunya dari Malaysia. Sultan Selangor murka. Sultan Johor terasa. Bukankah Muhyiddin juga Bugis? 
Bukankah kubu kuat PPBM di Johor, di mana ramai mereka adalah Bugis? Kenapa sampai ke situ menghina Bugis? 
Mahathir kini bukan setakat buat orang melayu marah, tetapi cina juga menjauhi PH. Lupakah kisah bagaimana perwakilan DAP dalam perhimpunan mereka tahun lepas menghentam Lim Kit Siang yang cuba rapat dengan Mahathir? Kini, seorang demi seorang anggota DAP melarika diri. 
DAP liabiliti dalam konteks melayu. Mahathir liabiliti dalam konteks Cina. 
POLITIK WANG 
Walau bagaimanapun, kita sangat memahami sekatan untuk mereka memulakan langkah berani itu. Semuanya hanya kerana fulus. Kalau mereka lawan Mahathir, mereka akan kehilangan sumber dana. Samalah kalau lawan DAP, mereka hilang dana. Bila tiada dana, tiadalah lagi umpan mereka untuk mempengaruhi jentera di bawah. 
Nak buat macam mana. Negara sudah diajar terlalu lama dengan politik wang ini. Sampai bila jadi pembangkang pun masih tak dapat nak kikis perangai itu dalam politik. Inilah ujian sebenar siasah. Harta dan takhta. 
Sebab itulah, PAS bersungguh bawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Untuk buang budaya politik jahiliah yang sudah berpuluh tahun menguasai Malaysia. Politik sebegini tidak ada untungnya kepada demokrasi. Politik jahiliah hanya akan menyuburkan politiking, membelakangi kepentingan agama dan rakyat. 
Sudah sampai masanya Malaysia keluar dari kepompong politik konvensional. Rakyat sekarang semakin meluat dengan politik disebabkan budaya-budaya tidak sihat dalam politik. Bukan salah politik kerana politik juga sebahagian dari ajaran Islam. Tapi salah orang politik yang tidak mengamalkan Islam dalam berpolitik. 
PAS SUDAH SELESA DENGAN KEADAAN
Kesimpulannya, sebelum mendekati PAS, jauhi diri dahulu daripada DAP. Bina kekuatan sendiri dan belajar untuk menyokong perjuangan PAS. Barulah ada modal untuk berunding dengan PAS. Jika setakat bergantung kepada status-quo sekarang, atau bermodalkan kenangan-kenangan manis lama yang sudah jauh ketinggalan dengan perkembangan semasa, tidak ada apa-apa yang mampu merasionalkan PAS untuk kembali bekerjasama.
Jangan bimbang. Seperti yang ditegaskan oleh Presiden dan juga Majlis Syura, PAS masih sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan menguntungkan Islam. PAS dilihat positif kepada Umno dalam beberapa sudut adalah atas isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam. Maka tidak mustahil parti-parti lain juga boleh bersama PAS, jika mereka meletakkan kepentingan kepada Islam. PAS menolak DAP pula kerana mereka merugikan dan menghalang agenda Islam Maka kerana itulah PAS menolak semua pihak yang bersekongkol dengan DAP.
Walau bagaimanapun, seperti ditegaskan di awal tulisan ini, setakat ini PAS masih belum punya apa-apa pendirian yang berbeza dari keputusan muktamar dan Majlis Syura. Dan PAS cukup selesa dengan keadaan sekarang. Membina kekuatan tersendiri atas muafakat GAGASAN. Berkecuali dari BN dan PH. Fokus untuk mencapai misi King-Maker menerusi PRU14. Tidak terikut dengan rentak BN mahupun PH.
Dengan pendekatan baru politik tanah air ini, penerimaan awam kalangan orang melayu kepada PAS meningkat dengan mendadak mengatasi BN. Dan graf sokongan PAS semakin meningkat hari demi hari. Bermakna langkah yang PAS ambil sekarang adalah tepat. 
Justeru, PKR perlu bekerja lebih gigih supaya dilihat ada nilai dalam politik Malaysia. PKR yang tidak dibayangi DAP. PKR yang berdiri atas ideologi perjuangan sendiri. PKR yang memiliki penyokong teras tersendiri. Nilai-nilai inilah yang mungkin boleh digunakan sebagai bargaining power untuk berbincang dengan PAS.
Jumpa lagi PKR. Semoga berjaya. 
Alang Ibn Shukrimun
9 Rabiul Awwal 1439 / 28 November 2017 – HARAKAHDAILY 28/11/2017














































Sumber HD - 28-11-2017

Pejuang "hukuman bunuh ke atas murtad" yang hilang

HEBAT sekali rupanya publisiti yang diperolehi oleh Pengerusi KANUN PAN merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, di dalam isu ateisme ini sehingga menyebabkan beliau mula diberikan dengan gelaran seperti "seorang pejuang ateisme" pula oleh pihak-pihak tertentu.
Bukan setakat portal berita Malaysia Kini sahaja yang mengeluarkan kenyataan Hanipa Maidin ini, tetapi juga portal berita Free Malaysia Today dan portal Malaysia Today, di bawah tajuk eksklusif, “A Muslim’s Defence of Atheists” (“Pemertahanan Seorang Islam Terhadap Golongan Aties”).
Malah, tindakan Malaysia Kini memberi tajuk yang agak mengelirukan kepadanya, iaitu “Deputy Minister, Please Respect My Religious Right” (“Timbalan Menteri, Sila Hormat Hak Beragama Saya”), yang menggambarkan seolah-olah Hanipa Maidin adalah ateis, juga tidak beliau hiraukan.
Peliknya, kenyataan di dalam Bahasa Inggeris Hanipa Maidin ini tidak pula diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh beliau, malah tidak pun disiarkan oleh mana-mana portal berita Melayu yang pro kepada PAN mahupun oleh laman rasmi PAN, AmanahDaily, sendiri.
Sama ada ini adalah strategi untuk menunjukkan kepada khalayak berbahasa Inggeris mengenai keliberalan PAN dan pada masa yang sama untuk mengelakkan keliberalan ini dari diperbualkan oleh khalayak berbahasa Melayu yang lebih konservatif, hanya Hanipa Maidin sahaja yang tahu.
Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian.
Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.
Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, mengikut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.
Jika dulu, sewaktu masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an, kenapa pula kini beliau gagal berbuat begitu?
Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membanding tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?
Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.
Bila, seperti disebut oleh Dr Siti Mariah, kebanyakan yang terlibat dengan ateisme ini adalah anak-anak muda Melayu, ini bermakna bahawa anak-anak muda Melayu ini sudah tidak mempercayai adanya Tuhan (murtad), dan ini juga bermakna bahawa ada penyebaran ateisme di kalangan mereka.
Malangnya, Hanipa Maidin, yang sebelum ini begitu lantang sekali memperjuangkan hukuman bunuh ke atas murtad, kini sudah lagi tidak berani untuk memperkatakan mengenai kemurtadan anak-anak muda Melayu ateis ini mahupun mengenai penyebaran ateisme di kalangan mereka.
Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang.
Kepada Hanipa Maidin, rakan Hanipa Maidin dan pengikut Hanipa Maidin, eloklah jika dapat dibaca dan dihadam kandungan salah satu tulisan Hanipa Maidin yang dulu ini, semoga ia akan perlahan-lahan menemukan kembali seorang pejuang “hukuman bunuh ke atas murtad” yang hilang.
Berikut tulisan Hanipa Maidin, SEORANG PEJUANG “HUKUMAN BUNUH KE ATAS MURTAD”
“Hukuman bunuh ke atas orang murtad dikritik oleh undang-undang barat dan juga sesetengah orang Islam sendiri termasuk di dalam negara ini seperti Sisters in Islam tanpa mereka dalam masa yang sama membisu seribu bahasa terhadap hukuman bunuh di dalam negara ini untuk beberapa kesalahan jenayah tertentu seperti kesalahan membunuh, kesalahan mengedar dadah, kesalahan memiliki senjata api yang tidak berlesen, kesalahan melancar peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong (waging a war). Untuk kesalahan melancar peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan, hukuman bunuh boleh dikenakan bukan sahaja ke atas mereka yang melancarkan peperangan tetapi juga mereka yang bersubahat dan mencuba (attempt) untuk melancarkan peperangan...” 
“Hujah yang menyatakan bahawa Islam tidak menghormati kebebasan beragama dengan mengenakan hukuman bunuh ke atas murtad adalah tidak tepat dan diukur dengan neraca kebebasan agama menurut pengertian orang-orang barat. Islam sebenarnya menghormati kebebasan beragama dengan Allah melarang di dalam Kitab-Nya untuk kita memaksa penganut agama lain untuk memeluk agama Islam (lihat Surah al-Baqarah: 256)... Sebaik sahaja beliau telah memasuki agama (Islam) ini beliau terikat dengan segala peraturan yang mengatur agama ini dan beliau tidak boleh kini mengkritik agama ini dengan sesuka hati atau ingin keluar daripadanya. Islam bukan pakaian yang boleh ditukar ganti jika kita tidak menyukai atau menggemarinya...” 
“Hukuman bunuh ke atas murtad juga berperanan sebagai deterrent dan juga sebagai pencegah (prevention) kepada merebaknya gejala murtad. Kita boleh membayangkan dan kini telah dibuktikan bahawa kegagalan pihak berkuasa di negara ini mengenakan hukuman bunuh ke atas murtad telah mengakibatkan orang-orang Islam telah begitu berani keluar daripada agamanya tanpa takut dihukum dengan hukuman yang berat sepertimana yang dinyatakan oleh Islam. Beberapa undang-undang yang ada di negara ini akibat terlalu longgar telah digunakan oleh orang Islam malangnya untuk menukar agamanya. Akta Pendaftaran Negara mempunyai peruntukan yang terlalu longgar untuk membolehkan orang Islam menukar nama Islamnya kepada nama bukan Islam. Apa yang diperlukan untuk menukar agamanya hanyalah borang permohonan JPN 3/1 yang boleh didapati secara percuma, salinan surat sumpah yang menyatakan bahawa ia tidak lagi ingin menggunakan nama Islam dan permohonan tersebut akan diluluskan...”
“Jika dilihat kepada Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 tiada peruntukan langsung mengenai kesalahn irtidad di dalam akta, tersebut jauh sekali hukuman ke atas murtad. Sebagai seorang peguam yang terlibat mengedalikan kes murtad di negara ini, penulis mendapati lacuna (kekosongan) yang terdapat pada akta inilah sedikit sebanyak menjadi punca kepada keberanian orang-orang Islam untuk murtad daripada agamanya seperti yang berlaku ke atas seorang wanita Islam yang bernama Siti Maryam binti Shaikh Mohd yang telah bertukar ke agama Hindu di Wilayah Persekutuan dan menggunakan nama M Tarini (pihak JPN telah meluluskan pertukaran namanya) tetapi sehingga kini pihak Majlis Agama Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Syariah tidak dapat membicarakan beliau di bawah Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana tiada peruntukan bagi mendakwa beliau melakukan kesalahan murtad...”
Sumber HD- 28-11-2017 


























Hanipa Maidin lebih DAP dari DAP?

SAYA masih ingat lagi betapa Hanipa Maidin adalah antara mereka yang membodohkan saya bila saya mengemukakan laporan polis terhadap Hannah Yeoh di atas dakwaan cuba mendakyahkan ajaran Kristian.
Hari ini saya pula yang tergelak sakan bila melihat Hanipa membodohkan diri beliau sendiri di dalam cubaan beliau untuk menyokong hujah Tony Pua bahawa golongan ateis adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sementara Tony Pua sendiri sekadar menghujahkan bahawa hak untuk menganuti agama tidak bermakna seseorang itu wajib menganuti agama ("the right to profess a religion does not at any point compel him or her to adopt a religion"), Hanipa pula pergi lebih jauh dari itu lagi dengan mendakwa bahawa ateisme juga adalah agama ("Datuk Dr Asyraf Wajdi was plainly wrong in driving home the message that atheism is not a religion").
Kot mana tau lah ateisme ini juga adalah satu agama seperti yang didakwa oleh Hanipa ini kerana seingat saya inilah kali pertama saya mendengar seseorang berkata bahawa ateisme juga adalah satu agama.
Untuk makluman Hanipa, Tony Pua sendiri menganggap ateisme bukan satu agama dan ini tergambar dalam komentar beliau mengenai ateisme dalam portal berita Malaysia Kini itu.
Selain itu, Tony Pua juga pernah, dalam laporan portal berita The Malaysian Insider pada 26 Ogos 2011, merayu SPR supaya membuang kolum "agama" dari borang pendaftaran pengundi.
Ini kerana, kata Tony Pua, sekurang-kurangnya satu daripada 20 atau 30 orang dari mereka yang mendaftar sebagai pengundi ditolak kerana menulis "tiada agama" pada borang mereka (atau agama pada borang mereka tidak sama dengan agama yang tercatat pada MyKad mereka).
Kata Tony Pua lagi, ada orang yang tiada agama, sama ada dengan menjadi seorang agnostik atau seorang ateis, dan tidak patut permohonan mereka yang tiada agama ini untuk mendaftar sebagai pengundi ditolak.
Sehubungan ini juga, jika benar golongan ateis ini dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, kenapa pula permohonan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi ditolak oleh SPR? Dan jika mereka berpendapat tindakan SPR tidak berperlembagaan mengapa pula mereka tidak mencabarnya di mahkamah?
Apa pun, nampaknya Hanipa semacam lebih DAP dari DAP sendiri dalam isu ateisme ini kerana, di dalam mempertahankan golongan ateis, Hanipa boleh menganggap ateisme sebagai satu agama sedangkan DAP sendiri tidak menganggap begitu. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD - 27-11-2017 




























Tuduhan irhab; dakhan seliputi umat Islam kini

DUNIA hari ini diseliputi dakhan yang menebal sehingga kebatilan dilihat kebenaran dan kebenaran dianggap kebatilan. Situasi dakhan ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis Huzaifah Ibnu Al-Yaman: 
يَا رَسُوْلُ اللهِ أِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرِّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ: نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ: نَعَمْ وَفِيْهِ دَخَنٌ قَلْتُ: وَمَا دَخَنُهُ؟ قَالَ: قَوْمٌ يَسْتَنُّوْنَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُوْنَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ. فَقُلْتُ: هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوْهُ فِيْهَا فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلُ اللهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ: قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَمُوْنَ بِأَلْسِنَتِنَا 
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam jahiliyah dan kejahatan lalu Allah mendatangkan kebaikan, apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan? Baginda menjawab: Ya, lalu aku bertanya: adakah setelah kejahatan ini akan datang pula kebaikan? Baginda menjawab: Ya, akan tetapi padanya terdapat dakhan (kefasadan meluas yang melanda ummah seolah diselubungi asap tebal). Aku bertanya: Apa dakhan tersebut? Baginda lantas menjawab: Satu kaum yang melaksana ajaran bukan daripada ajaranku dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku, kamu mengenali daripada kalangan mereka dan kamu memungkirinya. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan lagi? Baginda menjawab: Ya, (akan muncul) para daie yang menyeru ke neraka jahanam. Barangsiapa yang menerima seruannya, mereka menjerumuskannya ke dalam neraka. Aku bertanya: Ya Rasulullah, terangkan ciri-ciri mereka kepada kami? Baginda menjawab: Mereka adalah dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita.” (Riwayat Muslim) 
Zaman dakhan melahirkan ramai perosak agama sehingga terdapat daripada kalangan ulama dan ilmuwan yang menyebarkan kekeliruan dan membuat persepsi salah sehingga menimbulkan pertempuran sesama sendiri. Sementara para ulama yang memperjuangkan Islam, berani menyatakan kebenaran dan sentiasa menyebarkan dakwah dalam masyarakat dilabel sebagai irhabi (pengganas) dan pemutar belit agama. 
Pada hakikatnya, inilah percaturan musuh Islam daripada kalangan Yahudi, Nasara, Atheis, Zionis, Harakah Taghrib (gerakan pembaratan) dan para pengikutnya yang dirancang secara rapi. Mereka melaga-lagakan umat Islam dengan membangkitkan sentimen kaum dan mazhab serta melancarkan serangan pemikiran yang sangat halus. Umat Islam seharusnya sedar dengan permainan licik musuh Islam dan ternyata negara-negara umat Islam telah dijadikan sasaran mereka. Terkini, apabila Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menyenarai hitam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dalam senarai pengganas, ia membuktikan bahawa pemimpin negara umat Islam kini telah terkena jerat musuh di samping sikap mereka sendiri yang membenci wujudnya kelompok yang menyeru kepada tuntutan Islam. 
Bagaimana mungkin para ulama yang saban hari menyerahkan jiwa raga untuk Islam adalah pengganas sedangkan merekalah penentang keganasan. Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Presiden KUIS melalui ucapan dan penulisannya sentiasa menolak sebarang unsur keganasan dan ekstrim dalam masyarakat seumpama ditegaskan melalui karya beliau Al-Sohwah Al-Islamiahsebanyak lima siri. Terbaharu beliau menulis dalam kitab berjudul Akhlaq Al-Islam menyeru sekalian umat Islam membangunkan masyarakat sejahtera dengan akhlak terpuji dan menjauhi sifat Ifrath Wa Tafrith serta keganasan. 
Naib Presiden KUIS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam karya beliau, Al-Islam Wa Alaaqatuh Bil Irhab menyanggah segala tindakan keganasan yang dipalitkan atas nama Islam walhal ia sebenarnya konspirasi jahat musuh terhadap Islam. Bahkan beliau telah mengenegahkan perbahasan ilmiah secara mendalam dengan huraian sejarah membongkarkan siapa pengganas sebenar. Sepatutnya, Ulama seperti inilah yang dijadikan rujukan dunia Islam dalam membendung jenayah irhab dan bukannya disenarai dalam kelompok irhabi! 
Inilah percaturan musuh yang wajib disedari oleh seluruh umat islam. Segala percaturan musuh melalui pelbagai modul dan blood borders yang dirancang hakikatnya adalah Al-Harju yang telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW apabila Baginda ditanya oleh para sahabat berkaitan Al-Harju: 
قِيلَ: وَمَا الْهَرْجُ ؟ قَالَ: الْكَذِبُ وَالْقَتْلُ، قَالُوا: أَكْثَرُ مِمَّا نَقْتُلُ الْآنَ؟ قَالَ: إنَّهُ لَيْسَ بِقَتْلِكُمْ الْكُفَّارَ، وَلَكِنَّهُ قَتْلُ بَعْضِكُمْ بَعْضًا 
Maksudnya: “Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan Al-Harju? Baginda menjawab: ia adalah suatu pendustaan dan pembunuhan. Mereka bertanya: apakah lebih ramai daripada yang kami bunuh sekarang (daripada kalangan musyrikin dalam peperangan)? Jawab Nabi: Sesungguhnya kamu bukannya membunuh golongan kafir, akan tetapi pembunuhan berlaku sesama kamu sendiri”. (Riwayat Imam Ahmad) 
Sementara dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: 
يَتَقَارَبُ الزَّمَان، ويُقْبَضُ العِلْمُ، وتُظْهرُ الفِتَنُ، ويُلْقَى الشُّحُّ، ويَكثُرُ الهَرْجُ، قَالُوا: وَمَا الهَرْجُ؟ قَالَ: القَتْلُ 
Maksudnya: “Waktu akan menjadi dekat, ilmu dicabut, aneka fitnah dimunculkan, kekikiran merebak dan Al-Harju semakin banyak.” Mereka berkata: Apa yang dimaksud dengan Al-Harju? Baginda SAW bersabda: Pembunuhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Oleh sebab itulah, banyak kejadian keganasan, rusuhan dan pengeboman yang berlaku di seluruh pelosok dunia. Apa yang malang dan menyedihkan apabila kejadian keganasan tersebut berlaku, akan ada pihak yang terus menuding jari kepada kelompok umat Islam. Islam tidak pernah menghalalkan sebarang bentuk keganasan malahan pengganas adalah penjenayah yang wajib dijatuhkan hukuman. 
Pengeboman dan pembunuhan yang berlaku di Masjid Raudhah, Bi’r Al-Abd Sinai, Mesir juga adalah sebahagian perancangan blood borders musuh Islam. Namun, sangat menyedihkan apabila terdapat daripada kalangan ulama Mesir secara yakin menuding jari kepada pihak Ikhwan Muslimin. Tokoh Rijal Ummah yang telah berjasa kepada umat islam, Al-Syahid Syed Qutb turut dituduh sebagai punca dalam isu ini akibat penulisan tafsir Zhilalnya yang dikaitkan berunsur keganasan. Lebih malang, apabila pemikirannya dibedah semula melalui program televisyen Mesir bagi memberi penerangan kepada masyarakat bahawa Syed Qutb dan Ikhwan adalah kelompok pengganas sepanjang zaman.  
حسبنا الله ونعم الوكيل 
 - HARAKAHDAILY 27/11/2017
(Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan)
Sumber HD - 27-11-2017 































Kenapa Amirudin pilih Bersatu tidak PAN?

SAMA seperti kebanyakan rakan lain, saya juga tidak terkejut dengan tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, meninggalkan PAS. 
Sebaliknya, apa yang agak mengejutkan ialah bila PPBM, sebuah parti yang berteraskan kepada perjuangan pribumi, yang menjadi pilihan beliau. 
Apatah lagi bila PPBM mutakhir ini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang memungkinkan ia tidak dapat menyertai PRU 14. 
Selain pemimpin dan ahli keluar parti, PPBM juga diberitakan gagal menguruskan parti dengan baik sehingga gagal mengadakan AGM. 
Pelik juga bila difikirkan di saat ramai pemimpin dan ahli keluar dari PPBM, PPBM inilah yang menjadi pilihan Datuk Amiruddin untuk menyertai. 
Kerana Datuk Amiruddin sebelum ini berada dalam PAS, ramai yang menjangkakan beliau akan menyertai PAN bila keluar dari PAS. 
Ini kerana PAS adalah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya, begitu juga dengan PAN yang mendakwa begitu. 
Tercatat dalam Perlembagaan PAN matlamatnya untuk mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua. 
Bila Datuk Amiruddin memilih untuk menyertai PPBM, bukan PAN para pemimpin PAN perlulah merenung di mana salah dan silapnya gerak kerja mereka. 
Memanglah memalukan bila PAN tidak menjadi pilihan Datuk Amiruddin sedangkan pemimpin seperti Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, sendiri pernah memberikan bayangan kemasukan beliau ke dalam PAN. 
Apa pun, kemasukan Datuk Amiruddin ke dalam PPBM mungkin juga boleh dikaitkan dengan latar belakang dan pemikiran politik beliau sendiri. 
Ada yang berspekulasi mengenai hubungan peribadi beliau yang baik dengan Timbalan Presiden PPBM merangkap Pengerusi PPBM Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 
Ada juga yang berspekulasi mengenai penglibatan beliau di dalam JIM sebelum ini di mana kononnya menjadi agenda JIM untuk cuba menguasai semua parti. 
Begitu juga, dari segi logik, tindakan Datuk Amiruddin menyertai PPBM, bukan PAN, adalah suatu tindakan yang cukup pragmatik dalam konteks Kedah. 
Ini kerana parti yang diberi peranan untuk menerajui Kedah dalam PRU 14 oleh Pakatan Harapan bukanlah PAN, mahupun PKR, tetapi adalah PPBM. 
Jadi, jika jawatan dalam kerajaan negeri atau keupayaan mempengaruhi dasar kerajaan negeri yang menjadi pertimbangan, sudah tentulah PPBM akan menjadi pilihan. 
Bagaimanapun, bacaan bahawa Pakatan Harapan akan mampu mengambil-alih pentadbiran Kedah dari Barisan Nasional bukanlah satu perkara yang pasti kerana apa saja boleh terjadi. 
Apa yang pasti dan jelas terbukti kini ialah Datuk Amiruddin adalah seorang pemimpin yang berani, paling tidak beliau berani melanggar bai'ah yang dibuat dengan PAS! 
Sama ada keberanian beliau ini akan menghasilkan natijah yang positif di dalam kehidupan beliau atau tidak serta sama ada ia perlu dicontohi atau tidak adalah soal lain pula. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD- 27-11-2017 






























Pantang rakan bangkit mengenai PAS dan Umno


































SEWAKTU zaman remajanya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam di dalam politik. Pantang  rakannya  membangkitkan mengenai PAS dan Umno, pasti beliau akan bertindan sebagai 'ketua pembangkang'.

Untuk mematahkan hujah 'lawannya' yang tidak berpuas hati dengan isu-isu yang timbul melibatkan PAS dan Umno, pasti nama Tuan Guru Almarhum Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan disebutnya bagi menunjukkan kekuatan tokoh yang ada di dalam PAS.

Sumber HD- 26-11-2017


































Kelesuan PAN berhadapan DAP dalam isu Ateisme

KOMENTAR saya mengenai tulisan Setiausaha Publisiti DAP berkaitan mengenai isu ateisme, rupa-rupanya mendapat maklum-balas Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud.
Tulis Dr Siti Mariah di dalam Facebook beliau: "Pelik. Kita tanya menteri. Orang lain hentam jawapan yang menteri bagi. Dia kata orang tu hentam kita." 
Maklum-balas Dr Siti Mariah ini terlalu lembik dan tidak sepadan dengan ucapan beliau di Parlimen mengenai isu ateisme ini.
Ini kerana Dr Siti Mariah waktu itu bukan sekadar bertanya soalan sahaja, malah membuat dua pendedahan. 
Pendedahan pertama Dr Siti Mariah adalah bahawa kebanyakan yang terlibat dengan ateisme ini adalah anak-anak muda Melayu yang dilihat sebagai sangat menggusarkan dan dirasakan sebagai satu ancaman oleh masyarakat. 
Pendedahan kedua Dr Siti Mariah adalah bahawa golongan ateis ini bukan sahaja setakat tidak mempercayai adanya Tuhan, tetapi tindakan mereka agak agresif, bila di dalam Facebook dan sosial media mereka menyerang agama-agama lain, juga menyerang agama Islam. 
Jadi, walaupun secara zahirnya serangan Tony Pua itu hanya ditujukan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tetapi Dr Siti Mariah sebenarnya mempunyai tanggungjawab moral untuk sekurang-kurangnya memberi penjelasan kepada Tony Pua mengenai perkara sebenar yang menjadi kebimbangan beliau mengenai isu ateisme ini. 
Ini kerana perkara utama yang Dr Siti Mariah bangkitkan adalah mengenai kemurtadan anak-anak muda Melayu yang berhubung-kait pula dengan penyebaran ateisme terhadap penganut Islam yang terang-terang bercanggah dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan kerajaan mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 
Bila Dr Siti Mariah langsung gagal bersuara mempertahankan diri beliau bila Tony Pua bangkit membela golongan ateis maka timbullah pertanyaan seperti dibuat oleh Danial A. Shaari: "Apa, baling batu sembunyi tangan? Sendiri buat, orang lain tanggung? Sekadar mencucuk dan menjadikan Timbalan Menteri sebagai kambing hitam?" Malah, tanya Danial lagi: "Dr Siti sebenarnya peduli atau tidak isu ateisme atau sekadar mahu publisiti murahan?" 
Jauh lebih teruk adalah komentar yang dibuat oleh Pengerusi KANUN PAN, Hanipa Maidin, di dalam portal berita MalaysiaKini sebagai susulan kepada komentar Tony Pua ini yang tidak langsung mempertahankan Dr Siti Mariah dari sudut ini walaupun sebagai seorang peguam berpengalaman beliau sepatutnya sangat tahu mengenainya.
Sebaliknya, walaupun tokoh perundangan negara seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi sendiri sebelum ini menyatakan bahawa golongan ateis tidak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, Hanipa bersetuju dengan Tony Pua bahawa golongan ini dilindungi. 
Hujah Hanipa ialah bahawa ateisme juga adalah agama, yang kelihatan sangat kelakar sekali, apatah lagi bila ia tidak disertakan dengan apa-apa bukti spesifik yang boleh menyokong hujah beliau bahawa ateisme juga termasuk di dalam kategori agama yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. 
Sedangkan, jika kita lihat kepada keputusan Supreme Court di United States sendiri pun, contohnya dalam kes Thomas v. Review Board (1981), jelas bahawa Chief Justice Warren Burger menyebut bahawa "only beliefs rooted in religion are given special protection to the exercise of religion." 
Malah, di dalam keseronokan beliau menghentam Datuk Dr Asyraf Wajdi, Hanipa juga memfitnah bila menyebut Datuk Dr Asyraf Wajdi "seemed to subscribe to a view that any belief professed or practised by others that is against his own belief should not be given due recognition". 
Ini kerana sepanjang saya mendengar ucapan Datuk Dr Asyraf Wajdi, tidak pernah ada pernyataan yang menggambarkan bahawa beliau tidak memberikan pengiktirafan kepada mana-mana agama yang bertentangan dengan agama beliau. 
Lebih parah lagi, walaupun ada disebut mengenai Perkara 11(5), Hanipa langsung tidak menyebut mengenai Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan kerajaan mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam sedangkan inilah yang sebenarnya menjadi kebimbangan utama Dr Siti Mariah. 
Sehubungan ini, sebenarnya bukan Dr Siti Mariah sahaja yang bimbang mengenai golongan ateis ini kerana tokoh-tokoh lain juga turut pernah menyatakan perkara sama di mana Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, umpamanya pernah menulis begini pada 17 Ogos lalu mengenai golongan ateis ini: "Kami dapati terdapat unsur-unsur penghinaan dan provokasi kepada agama-agama di dunia, khususnya agama-agama di Malaysia seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, sama ada dalam media sosial mahupun buku-buku tulisan golongan ateis." 
Sangat mengecewakan sekali bila melihat kegagalan para pemimpin PAN, termasuk Pengerusi KANUN PAN yang menulis komentar yang langsung tidak membantu mahupun Penasihat Umum PAN yang terus membatu, mempertahankan Ketua AWAN mereka di dalam isu ateisme ini. 
Di mana agaknya jati diri PAN sebagai sebuah parti yang memperjuangkan konsep Islam Rahmatan Lil-'Alamin?
  -HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD- 27-11-2017




































Betul ke berita ni?

"BETUL ke berita ni?" Tanya si anu sambil memuatnaik sepotong artikel, video atau gambar bertulis. Kejadian ini berlaku di twitter, facebook, whatsapp, telegram dan sebagainya. 
Adakah ini tindakan yang betul untuk mendapatkan kepastian? 
Jawabnya, salah! 
Di dalam Islam, sesuatu dakwaan atau tuduhan terikat dengan kaedah: 
البينة على المدعي واليمين على من أنكر 
Bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkari. 
Kaedah ini berasal dari hadis Nabi SAW:
لو يعطى الناس بدعواهم، لادعى رجالٌ أموال قومٍ ودماءهم، لكن البينة على المدَّعِي، واليمين على من أنكر 
Jika setiap orang diberikan sahaja setiap tuntutan dakwaanya, nescaya akan ramailah orang yang menuntut hak terhadap harta dan darah orang lain. Tetapi, bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkari. [HR al-Baihaqi] 
Jika terdapat sebarang pendakwaan, maka pendakwa perlu mengemukakan bukti. Sekiranya bukti mencukupi, pemerintah akan mengambil tindakan. Jika bukti tidak kuat, pemerintah boleh meminta yang didakwa atau yang mengingkari sesuatu tuntuntan untuk bersumpah.
Jika sesuatu dakwaan atau tuntutan itu tidak disertakan dengan pembuktian, maka ia tidak perlu dilayan. Boleh saja dianggap satu pembohongan.
Yang dituduh tanpa bukti boleh memilih untuk menafikan atau berdiam diri sahaja, kecuali jika diminta oleh pemerintah untuk bersumpah. Diam tidak boleh dianggap sebagai membenarkan dakwaan ke atas dirinya. 
Jika kita berpegang dengan kaedah ini, maka kita perlu menolak sahaja sebarang berita yang tidak disertakan dengan bukti. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah, zaman yang disebutkan oleh Nabi SAW sebagai zaman tersebarnya pembohongan ke seluruh ufuk dunia.
Perlu disedari, di dalam dunia ini terdapat orang yang kerjanya hanyalah menyebarkan pembohongan. Pada suatu hari Rasulullah SAW bermimpi melihat beberapa keadaan golongan yang diseksa di dalam neraka. Baginda SAW bertanya kepada malaikat yang mengiringinya di dalam mimpi itu, lalu malaikat tersebut menjawab: 
الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ .(رواه البخاري: رقم الحديث 7047 من حديث سمرة من جندب رضي الله عنه); 
Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” [HR Bukhari] 
Sikap menyebarkan berita walaupun untuk mendapatkan kepastian, adalah termasuk di dalam golongan yang menyebarkan pembohongan. Walaupun niat kita bukan untuk berbohong, pasti ada yang akan terpengaruh dengan berita yang kita bawa.
Nabi SAW pernah berpesan: 
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع 
"Cukuplah seseorang digelar penipu, dengan perangainya menyebarkan setiap apa yang diterima." [HR Muslim]
Apa yang menyedihkan, kewarasan manusia sudah terbalik. Orang yang dituduh pula perlu mengemukakan bukti. Jika tidak, maka tuduhan itu dianggap benar, walau tanpa sebarang bukti sekalipun! – HARAKAHDAILY 26/11/2017
Sumber HD - 26-11-2017 






































Perihal WINS 2051 (Siri 8)

Pendidikan: Pelajar bukan bahan uji kaji 
1. TERAS kedua negara yang dikenalpasti adalah pendidikan. Dari segi bahasa, pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. 
2. Walaupun mungkin model pemerintahan negara moden yang berkonsepkan materialisme tidak begitu menjadikan pendidikan sebagai keperluan utama, tetapi WINS 2051 menjadikannya yang kedua selepas urustadbir. Walaupun pendidikan mungkin tidak memberi kesan secara langsung kepada fizikal negara, tetapi sebagaimana definisi di atas, pendidikan adalah melibatkan diri manusia, yang merupakan sebahagian daripada rukun bernegara dan juga penentu kepada jatuh bangun sesebuah ketamadunan. Matlamat akhir daripada pentadbiran politik sesebuah negara juga adalah untuk menguruskan kehidupan sosial manusia, supaya harmoni dan tenteram.
3. Islam meletakkan pendidikan sebagai teras utama ketamadunan. Ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi SAW adalah “bacalah”. Tiga kali Jibril mengulangi perkataan pertama dari surah al-Alaq itu sebelum menyampaikan baki ayat yang lain. Membaca merupakan medium paling utama dalam pendidikan, menunjukkan bahawa Islam meletakkan unsur pendidikan di hadapan mengatasi segala yang lain. 
4. Dunia moden mengiktiraf pendidikan sebagai sebahagian hak asasi manusia sebagaimana makan-minum dan tempat tinggal. Justeru dengan meletakkan pendidikan sebagai teras utama, segala perancangan dan juga perbelanjaan negara haruslah mengambil kira aspek pendidikan dan tidak ada kompromi terhadapnya. Walaupun pendidikan mungkin akan melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan, ianya merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sangat baik buat masa depan negara. 
5. Pendidikan yang dimaksudkan oleh WINS 2051 bukan menumpukan aspek mentaliti semata-mata. Tetapi ianya lebih holistik, bermatlamatkan untuk membangunkan semua unsur yang ada pada diri manusia secara fizikal, mental dan spiritual. Inilah yang dinamakan sebagai pembangunan insan yang menjadi misi utama WINS 2051. 
Mentaliti adalah elemen paling utama, justeru soal pendidikan dan budaya kajian ilmu akan menjadi tumpuan WINS 2051. Selain itu WINS 2051 turut menitik beratkan pendidikan berkenaan penjagaan jasmani dan gaya hidup sihat. Istimewanya, WINS 2051 turut menumpukan pembangunan rohani. Ia adalah asas kepada nilai dan moraliti rakyat bagi mencerminkan sebuah masyarakat bertamadun. Bahkan aspek inilah yang paling penting dalam membezakan manusia dengan mana-mana makhluk yang lain.
6. Aspirasi WINS 2051 dari sudut pendidikan adalah pembinaan nilai spiritual insan, dasar pendidikan yang jelas dan holistik serta meraikan kepelbagaian potensi. Justeru falsafah pendidikan nasional mungkin akan disemak kembali bagi menepati aspirasi yang dicitakan. 
7. Kebanyakan masalah yang berlaku di berbagai sektor dalam negara hari ini dikesan berpunca daripada kegagalan sistem pendidikan. Jenayah kolar putih di sektor pentadbiran, jenayah sosial dan keruntuhan moral di sektor sosio-budaya, kerosakan ekosistem di sektor alam sekitar, kesedaran tentang kesihatan yang lemah, vandalisme dan berbagai lagi. 
Antara punca paling utama adalah kerana pendidikan negara tidak menggabungjalinkan antara duniawi dan ukhrawi. Justeru mereka hanya menumpukan aspek mentaliti semata-mata, sehingga spiritual masyarakat kosong dan jauh terkebelakang. Inilah yang menyebabkan mereka tidak merasa apabila melakukan sebarang salah laku. 
Justeru WINS 2051 akan menggubal kurikulum yang menekankan aspek spiritual dan nilai. Juga modul-modul latihan akan diperkenalkan bagi melahirkan graduan yang tinggi integriti sebelum menempuh alam kerjaya.
8. Dasar pendidikan negara sehingga sekarang masih belum jelas. Sering bertukar-tukar mengikut pertukaran menteri yang memegang portfolio pendidikan. Kesannya adalah kepada para pelajar yang menjadi seolah bahan ujikaji. Guru, pensyarah dan pengamal akademik juga terbeban kerana terpaksa meneliti kembali dasar-dasar yang bertukar. 
WINS 2051 akan menyelesaikan masalah ini. Antara pendekatan yang akan diambil adalah menetapkan dasar yang lebih holistik bermula dari peringkat pra-sekolah. Sememangnya sumbangan PAS dalam membangunkan pendidikan negara tidak boleh dinafikan lagi. PAS memiliki beratus institusi pendidikan daripada peringkat pra-sekolah hinggalah peringkat pengajian tinggi. Dari sudut kepakaran, ia tidak perlu dipertikaikan. 
9. WINS 2051 turut meletakkan aspirasi untuk memaksimumkan bakat dan potensi pelajar. Penilaian pencapaian pelajar tidak berasaskan peperiksaan semata-mata. Sistem penilaian lebih berkonsepkan penambahbaikan untuk semua pelajar mampu menguasai ilmu dengan keunikan penerimaan mereka yang pelbagai. Bukan untuk membezakan antara yang pandai dan lemah sehingga berlaku diskriminasi melalui pembahagian kelas dan sekolah. 
Juga bukan bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran kerja sahaja. WINS 2051 memandang semua bidang akademik dan kemahiran adalah setaraf dan perlu disokong secara adil. Tiada bidang yang dikategorikan sebagai kampungan atau tiada masa depan.
10. Masalah lain yang membelenggu pendidikan adalah kos yang terlalu tinggi. Selepas dasar liberalisasi pendidikan diperkenalkan era 90an, pendidikan bertukar menjadi sektor perniagaan kepada pengusaha-pengusaha institusi swasta. Mereka memanipulasi keperluan masyarakat untuk belajar, dengan menawarkan pendidikan dengan caj yang tinggi, tetapi dipermudahkan sementara waktu dengan pinjaman PTPTN. Pengusaha institusi pendidikan dijamin keuntungan mereka melalui PTPTN, tetapi rakyat terpaksa menanggung beban hutang berpuluh tahun lamanya selepas tamat pembelajaran. 
WINS 2051 mengambil berat akan masalah ini. Mekanisme lain bagi menggantikan PTPTN perlu dicari. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan pada tahun 2007 telah mengeluarkan Buku Ungu Endowmen yang mencadangkan sistem endowmen ataupun waqaf dalam Islam diaplikasikan dalam membiayai kos pendidikan negara. Endowmen menjadi sistem yang telah terbukti berjaya di beberapa negara barat seperti UK dan US. Universiti terkemuka seperti Cambridge dan Harvard antara yang menggunakan kaedah ini berpuluh tahun dahulu. 
Sistem endowmen juga menepati aspirasi negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS. Rakyat dan kerajaan sama-sama terlibat dalam membangunkan negara. Namun persoalannya, kenapa kaedah ini tidak diaplikasikan sedangkan modulnya telah siap digubal oleh Kementerian Pendidikan? 
11. Matlamat WINS 2051 adalah supaya rakyat menyedari kepentingan pendidikan. Akses kepada pendidikan boleh didapati dengan mudah tidak kira latar belakang. Membaca dan mengkaji menjadi budaya masyarakat Malaysia. Tidak dinafikan belanjanya sangat besar, tetapi pelaburan ini sangat berbaloi untuk negara. 
WINS 2051 melihat tamadun dunia hari ini yang terkehadapan dari sudut sains dan teknologi datangnya daripada tamadun Islam. Secara lebih tepat, barat menceduk khazanah ilmu daripada pakar-pakar akademik dan hasil kajian Islam semasa kerajaan Andalus. Mengikut sebuah kajian, di zaman tersebut terdapat kira-kira 300,000 buah perpustakaan di Cordoba sahaja! Jumlah ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peradaban manusia di mana-mana zaman samada sebelum dan selepasnya. 
12. Satu kisah yang sangat inspiratif dalam membangunkan manusia. Ketika para sahabat duduk bersama dalam sebuah bilik, Saidina Umar mengajukan kepada sekalian sahabat: “Sila nyatakan impian kalian.” Lalu seorang sahabat menyahut: “Impianku adalah supaya biliki ini dipenuhi dengan dinar emas, supaya dapat digunakan di jalan Allah.” Saidina Umar mengajukan lagi: “Sila nyatakan impian kalian.” Seorang lagi menyahut: “Impianku adalah supaya biliki ini dipenuhi dengan batu permata yang bernilai, supaya dapat digunakan di jalan Allah.” 
Saidina Umar terus mengajukan: “Sila nyatakan impian kalian.” Para sahabat membalas: “Kamu asyik bertanya tentang impian kami. Apa pula impianmu?” 
Saidina Umar menjawab: “Impianku adalah supaya biliki ini dipenuhi dengan orang seperti Abu Bakar as-Siddiq, Abu Ubaidah al-Jarrah dan lain-lain, supaya dapat digunakan di jalan Allah.” 
Saidina Umar yang dikenali sebagai Bapa Pembaharuan Pentadbiran Islam mengajar kepada kita bahawa material bukanlah keperluan utama sesebuah komuniti, sebaliknya yang penting adalah nilai manusia itu sendiri. Dan inilah yang yang ditekankan oleh WINS 2051 melalui teras pendidikan. – HARAKAHDAILY 23/11/2017
















































































Sumber HD - 23-11-2017









































Rafizi Mahu Lindungi Harta Pemimpin DAP??
Posted on Tuesday, November 21 @ 09:27:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36888



Semalam, 19 November 2017, di ruang legar kompleks membeli belah Summit USJ, Subang Jaya, telah berlangsung majlis pengisytiharan harta dan majlis penandatanganan perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat antara Invoke Solutions Sdn Bhd (INVOKE) pimpinan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan 30 wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Harapan yang didakwa akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan dalam PRU 14.

TranungKite Online


Daripada 30 ini, 10 adalah Ahli Parlimen, iaitu Datuk Mahfuz Omar dari P8 Pokok Sena, Datuk Johari Abdul dari P15 Sungai Petani, Dr Hatta Ramli dari P31 Kuala Krai, Datuk Dr Mujahid Yusof dari P57 Parit Buntar, Imran Abdul Hamid dari P74 Lumut, Fuziah Salleh dari P83 Kuantan, Wong Chen dari P104 Kelana Jaya, Khalid Samad dari P108 Shah Alam, G Manivanan dari P109 Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dari P112 Kuala Langat.

Menariknya, bila ditanya mengenai ketiadaan wakil-wakil DAP, selain wakil-wakil PPBM, di dalam majlis ini, Rafizi menjawab begini: “DAP is because from the very beginning kita tak fokus sangat kepada DAP because they are not marginal seats, so it is very difficult to convince the public to come forward and join and help our campaign and become volunteers kalau we just pakai pukul rata, because what is the point of helping PJU, same way Pandan, not a single minute or penny has gone to Pandan, because these are non-marginal seats, so we have not been helping DAP at all.”

(“DAP adalah kerana bermula dari awal lagi kita tak fokus sangat kepada DAP kerana kerusi-kerusi DAP bukan kerusi-kerusi marginal, jadi adalah sangat susah untuk meyakinkan orang ramai untuk datang ke depan dan sertai dan bantu kempen kita dan menjadi sukarelawan-sukarelawan kalau kita hanya pakai pukul rata, kerana apa poin membantu PJU, sama juga Pandan, tidak seminit atau sesen telah pergi ke Pandan, sebab kerusi-kerusi ini bukan kerusi-kerusi marginal, jadi kita langsung tidak membantu DAP.”

(Sila rujuk https://www.youtube.com/watch?v=0Gin4rSaCR8)
Kepada saya, kenyataan Rafizi, yang dirinya sering menggambarkan atau digambarkan sebagai seorang intelektual, ini adalah cukup bermasalah kerana ia memberikan persepsi bahawa kerusi-kerusi DAP dimenangi dengan undi majoriti yang banyak belaka dalam PRU 13 sedangkan hakikat sebenarnya banyak juga kerusi DAP yang merupakan kerusi-kerusi marginal.
Contoh kerusi-kerusi Parlimen DAP yang merupakan kerusi-kerusi marginal adalah:
(1) P208 Sarikei yang dimenangi oleh Wong Ling Biu hanya dengan majoriti 505 undi.
(2) P186 Sandakan yang dimenangi oleh Stephen Wong Tien Fatt hanya dengan majoriti 1,088 undi.
(3) P80 Raub yang dimenangi oleh Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz hanya dengan majoriti 2,814 undi.
(4) P212 Sibu yang dimenangi oleh Oscar Ling Chai Yew hanya dengan majoriti 2,841 undi.
(5) P68 Beruas yang dimenangi oleh Datuk Ngeh Koo Ham hanya dengan majoriti 5,057 undi.
(6) P145 Bakri yang dimenangi oleh Er Teck Hwa hanya dengan majoriti 5,067 undi.
(7) P70 Kampar yang dimenangi oleh Ko Chung Sen hanya dengan majoriti 5,400 undi.
(8) P152 Kluang yang dimenangi oleh Liew Chin Tong hanya dengan majoriti 7,359 undi.
(9) P211 Lanang yang dimenangi oleh Alice Lau Kiong Yieng hanya dengan majoriti 8,630.

Kita bandingkan kedudukan 9 kerusi Parlimen DAP ini dengan 4 kerusi Parlimen (yang didakwa marginal) yang Ahli-Ahli Parlimennya dilibatkan dalam program INVOKE ini iaitu:

(1) P104 Kelana Jaya yang dimenangi oleh Wong Chen dengan majoriti 28,827 undi.

(2) P109 Kapar yang dimenangi oleh G Manivannan dengan majoriti 23,790 undi.

(3) P108 Shah Alam yang dimenangi oleh Khalid Samad dengan majoriti 10,939 undi.

(4) P15 Sungai Petani yang dimenangi oleh Datuk Johari Abdul dengan majoriti 9,548 undi.

Jelas kepada kita semua bahawa 4 kerusi Parlimen yang Ahli-Ahli Parlimennya dilibatkan dalam program INVOKE ini telah dimenangi dengan undi majoriti yang jauh lebih tinggi berbanding 9 kerusi Parlimen DAP yang Ahli-Ahli Parlimennya tidak dilibatkan dalam program INVOKE ini.
Rafizi sepatutnya berlaku jujur kepada rakyat Malaysia dengan menjelaskan sebab atau sebab-sebab sebenar mengapa DAP tidak melibatkan diri atau tidak dilibatkan dalam program INVOKE ini kerana kenyataan beliau bahawa ketidakterlibatan DAP adalah kerana kerusi-kerusi DAP bukan kerusi-kerusi marginal jelas sangat tidak boleh dipertahankan.

Jika tidak, ia boleh membawa kepada timbulnya pelbagai persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia seperti apakah Rafizi sengaja mahu sabotaj DAP atau DAP sengaja mahu sabotaj Rafizi, atau apakah Rafizi mahu melindungi harta para pemimpin DAP dari didedahkan, dan sebagainya.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sumber TKO - 21-11-2017











































Ganti Hannah Yeoh dengan Dr P Ramasamy: Silap mata yang tak menjadi

SEMALAM, 18 November, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) 
DAP pada 15 November menggantikan salah seorang ahli tambahan CEC yang dilantik oleh Mesyuarat CEC pada 12 November, iaitu Hannah Yeoh Tseow Suan, dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. 
Pengumuman ini, bagi saya, agak mengejutkan kerana masih terbayang lagi dalam fikiran saya betapa, berdasarkan kepada rakaman video, individu yang mengumumkan senarai penuh lantikan ahli CEC pada 12 November ini, termasuk mengumumkan perlantikan Hannah Yeoh sebagai salah seorang daripada 10 ahli tambahan CEC, ialah Hannah Yeoh sendiri. 
Kurang munasabah hanya selepas tiga hari barulah Hannah Yeoh memilih untuk menolak lantikan ini atas alasan mahu menumpukan masa dan perhatian kepada komitmen-komitmen sedia ada sedangkan beliau boleh sahaja menolak terus lantikan itu pada waktu itu, apatah lagi beliau sendiri kelihatan begitu ceria sekali sewaktu mengumumkan lantikan itu. 
Portal berita Tanjak menyebut di dalam analisanya bahawa perubahan ini mungkin berpunca daripada tulisan saya pada 12 November yang berkata lantikan sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP dari kalangan penganut agama Kristian akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi. 
Saya tidak pasti akan ketepatan analisa portal berita Tanjak ini, tetapi jika penggantian Hannah Yeoh dengan Dr P Ramasamy bertujuan untuk melemahkan dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi, maka tujuan ini jelas tidak tercapai kerana Hannah Yeoh hanyalah seorang daripada begitu ramai pemuka Kristian di dalam CEC DAP. 
Tanpa Hannah Yeoh sekalipun, ahli tambahan CEC DAP masih didominasi oleh penganut agama Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang (walaupun beliau dilihat cenderung kepada Kristian, agama anutan Wong Kah Woh pula tidak dapat dipastikan). 
Itu belum lagi dicampur dengan ramai lagi daripada 20 ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP di IDCC Shah Alam, Selangor, pada 12 November, yang menganut agama Kristian, khususnya pemimpin tertingginya, iaitu Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP, sendiri yang pernah secara terbuka mengisytiharkan keKristianan beliau. 
Ada yang berhujah bahawa pemilihan atau perlantikan pemimpin DAP hanya diasaskan kepada kebolehan memimpin sahaja, tetapi soalnya apakah ini bermakna bahawa pemimpin Melayu Islam seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, Datuk Yeop Adlan Che Rose atau Dr Abdul Aziz Bari tidak berkebolehan sehingga tidak dilantik ke CEC? 
Jika penggantian Hannah Yeoh dengan Dr P Ramasamy bertujuan untuk melemahkan dakwaan bahawa DAP adalah sebuah parti orang Cina, tujuan ini juga tidak tercapai kerana Hannah Yeoh hanyalah seorang daripada begitu ramai pemuka Cina di dalam CEC DAP. Bagaimana dengan 16 ahli CEC yang dipilih dan 6 ahli tambahan lain yang berbangsa Cina? 
Penggantian Hannah Yeoh dengan Dr P Ramasamy ini juga tidak mampu untuk mendekatkan DAP dengan pengundi Melayu Islam kerana sikap Dr P Ramasamy, yang, melalui tulisan beliau, terkenal menyokong kuat gerakan pemisah Tamil di Sri Lanka, iaitu the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), di dalam isu-isu Melayu Islam juga sudah sedia diketahui. 
Penentangan kuat Dr P Ramasamy terhadap cubaan untuk melaksanakan syariat Islam umpamanya tercatat jelas di dalam banyak tulisan beliau, malah bila Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dibentang dan diluluskan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 18 dan 19 Mac 2015, reaksi beliau adalah paling keras. 
Sementara Mesyuarat CEC DAP pada 23 Mac 2015 sekadar menetapkan bahawa “DAP tidak boleh bekerjasama dengan Presiden PAS” serta “akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau”, Dr P Ramasamy seawal 20 Mac 2015 lagi telah mengumumkan bahawa “for all intents and purposes, DAP has broken-up with PAS”. 
Selepas Mesyuarat CEC DAP pada 15 Jun 2015 memutuskan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud, ekoran lulusnya usul pemutusan hubungan PAS-DAP di dalam Muktamar Tahunan PAS pada 6 Jun 2015, Dr P Ramasamy seawal 6 Julai 2015 lagi telah mengumumkan bahawa “no more talks about Islamic state or Hudud!” di dalam pakatan baru. 
Begitu juga dengan pelbagai isu Melayu dalam mana Dr P Ramasamy dilihat sangat keras menghentam dasar-dasar kerajaan yang dilihat memberi keutamaan kepada bangsa Melayu di dalam beberapa bidang yang tertentu di mana ayat-ayat lazim yang biasa ditemui adalah ayat-ayat yang bertemakan dakwaan seperti “non-Malays will be continued to be discriminated”. 
Antara isu-isu Melayu ini ialah isu yang membabitkan universiti-universiti di Malaysia di mana pada 19 Jun 2014 umpamanya Dr P Ramasamy mendakwa wujudnya “ethnic discrimination of non-Malays in universities” manakala pada 30 April 2015 Dr P Ramasamy mendakwa “universities are maintained and perpetuated as the sole preserve of Malays”. 
Begitu juga dengan isu yang membabitkan pengambilan penjawat awam di Malaysia yang didakwa oleh Dr P Ramasamy sebagai mendiskriminasi bukan Melayu di mana pada 9 Mei 2015 umpamanya beliau menulis “the real reason for the lack of no-Bumi intake is the existence of racial preference for the civil service to be fully dominated by Malay-Muslims”. 
Mungkin kenyataan Dr P Ramasamy yang paling segar dalam fikiran banyak pihak ialah tulisan beliau pada 10 April 2016 yang menggelarkan pendakwah Islam terkenal dari India, Dr Zakir Naik, sebagai setan (“Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!”) yang, walaupun diikuti dengan rasa kekesalan oleh beliau dua hari selepas itu, tetap diingati. 
Apa pun, perlantikan Dr P Ramasamy ini bolehlah disifatkan sebagai kejayaan usaha beliau membodek Lim Kit Siang sebelum ini, khususnya melalui tulisan beliau pada 11 Oktober 2017 yang melambung tinggi Lim Kit Siang sebagai calon utama, mempunyai semua kualiti dan kelayakan diperlukan serta paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 
Lebih dari itu, penggantian Hannah Yeoh dengan Dr P Ramasamy ini tidak mempunyai sebarang impak signifikan ke atas hala tuju DAP mahupun ke atas penerimaan rakyat, khususnya pengundi Melayu Islam, terhadap DAP. Secara simboliknya, pertukaran ini bolehlah diibaratkan seperti menggantikan seekor harimau dengan seekor singa sahaja. – HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD- 19-11-2017 







































Perihal WINS 2051 (Siri 7)

Urus tadbir: Sasar kedudukan CPI mengatasi Israel 
1. DI DALAM fasa pertama WINS 2051 yang menumpukan aspek penyelesaian masalah, 9 teras utama negara dikenal pasti. Teras ini adalah segmen penting yang diperlukan masyarakat madani bagi kehidupan bernegara. Sembilan teras tersebut adalah: 
i. Urus tadbir
ii. Pendidikan
iii. Ekonomi
iv. Kesihatan
v. Keselamatan
vi. Pertanian
vii. Sosio Budaya
viii. Alam Sekitar
ix. Prasarana 
2. WINS2051 akan melihat apakah masalah yang berlaku pada setiap teras ini. Kemudian strategi perlaksanaan akan disusun berpandukan kepada masalah yang berlaku. Selepas itu, beberapa program-program utama negara akan dirangka bagi menyelesaikan masalah tersebut. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) turut digariskan supaya program yang dijalankan benar-benar mencapai matlamat. Pada akhirnya, enam kunci capaian diletakkan sebagai tanda bahawa WINS2051 telah mencapai matlamat pada fasa pertama iaitu Transformasi Negara Sejahtera 
3. Teras pertama negara adalah berkenaan perihal urustadbir negara. Aspirasi dan juga matlamat akhir daripada teras ini adalah supaya berlaku peningkatan kualiti dari sudut integriti, kecekapan dan keberkesanan di samping pembasmian terhadap korupsi & salah guna kuasa. Semua ini terangkum dalam epistomologi Islam sebagai sifat amanah. Allah SWT berfirman: 
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. [Al-Ahzab:72] 
PAS mendapati bahawa negara kini berdepan dengan masalah urus tadbir yang pincang. Walaupun tidak dinafikan sisi-sisi positif yang ada, tetapi tiada siapa dapat menafikan berlakunya gejala seperti rasuah, penyelewengan, serta tidak cekapan mentadbir sehingga berlaku pembaziran dan gerak kerja yang tidak mencapai sasaran.
4. Perkara ini disahkan dengan laporan audit dari Jabatan Audit Negara yang dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia menunjukkan berlaku ketirisan di banyak kementerian dan juga jabatan kerajaan. Indeks persepsi korupsi (CPI) dunia 2016 yang dikelolakan oleh sebuah badan antarabangsa Transparency International (TI) menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga 55 daripada 176 buah negara yang tersenarai. 
5. Bagi menyelesaikan masalah ini, WINS2051 akan menggunapakai modul pentadbiran kerajaan Kelantan yang memperkenalkan konsep UMI (Ubudiyah, Mas`uliyah dan Itqan). Kelantan dipilih kerana keberkesanan mereka dalam menjaga integriti dan kecekapan urus tadbir, sehingga tidak ada seorangpun daripada pemimpin politik mahupun penjawat awam tertinggi di Kelantan yang terpalit dengan isu rasuah sejak memerintah lebih 20 tahun. 
6. Konsep UMI ini dicetuskan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memfokuskan kepada prinsip pengurusan dalam pentadbiran awam negeri Kelantan. Ia diletakkan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh YAB Ustaz Mohamad Yakob menerusi penubuhan Institut Latihan Guru Kelantan. 
7. UMI adalah singkatan daripada ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan. 
Ubudiyyah: Konsep ini merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Ia memberi signifikan dari sudut sifat dirinya, tujuan hidupnya juga cara aktivitinya. Apakah tujuan dia mentadbir sebuah negeri, Adakah sebagai ibadat atau penderhakaan kepada Allah SWT. Ini boleh disebut sebagai penekanan kepada aqidah. 
Mas’uliyyah pula bermaksud pertanggungjawaban (akauntabiliti) yang merujuk kepada sifat kerja seseorang yang dikaitkan dengan kedududkan Allah SWT sebagai pemberi tanggungjawab. Segala kerja (tanggungjawab) akan dipersoalkan di hadapan Allah untuk pengadilan. Aspek ini dirakamkan dalam konsep khilafah (vicegerence). Ini juga boleh disebut sebagai penekanan kepada syariat. 
Itqan: Konsep ini merujuk kepada kualiti yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan pada peringkat awal dan disusuli dengan fokus dalam melakukan kerja. Konsep ini juga bermaksud berterusan dengan tidak memberi ruang berlakunya penyelewengan atau sikap sambil lewa. Ini juga boleh disebut kepada penekanan kepada Akhlak. 
8. Apa yang menarik, UMI telah dijadikan falsafah penting oleh kerajaan Malaysia dalam membangunkan generasi yang menggabungkan duniawi dan ukhrawi. YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2017 telah memetik konsep UMI ketika menjelaskan elemen soul dalam membentuk generasi Khayra Ummah yang merupakan sebahagian dari wacana TN50. 
Ini bermakna, Kelantan sekali lagi mendepani perubahan untuk melahirkan Malaysia yang lebih baik. Sebagai maklumat tambahan, sebelum ini pun telah banyak dasar dan polisi kerajaan negeri Kelantan yang ditiru sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri lain. Antaranya skim insurans percuma warga emas, pajak gadai ar-Rahnu, cuti bersalin 90 hari, kerja lima hari seminggu, konsep hotel Islam, rumah 3 bilik dan banyak lagi. 
9. Mengikut sebuah rencana yang dikeluarkan oleh TI, korupsi bukan sahaja memberi kesan kepada pentadbiran yang pincang, malah ia turut memberi kesan kepada ketidakadilan sosial. Data CPI menunjukkan trend yang selari dengan data ukuran keadilan sosial yang dijalankan oleh Bertelsmann Foundation. Korupsi bermaksud pembahagian kekayaan negara berlegar di kalangan kelompok kecil elitis, yang boleh membawa kepada polarisasi sosial dan akhirnya berlaku ketidakseimbangan. 
10. Menurut rencana yang sama juga, memerangi korupsi menjadi kempen popular politikus untuk meraih undi. Namun, ia cuma tindakan bersifat populis dan retorik semata-mata. Hakikatnya mereka tidak serius untuk memeranginya. Apabila mereka berjaya meraih kuasa, tiada perubahan positif yang berlaku, malah sebahagiannya menjadi lebih negatif. 
Melihat kepada perkembangan yang berlaku di Malaysia, rencana tersebut ada benarnya. Justeru WINS 2051 tidak memandang enteng akan perkara ini. Kerana itulah model pentadbiran Kelantan dijadikan contoh, kerana ia bukan pendekatan populis. Ia telah terbukti berkesan dalam memerangi korupsi kerana ianya berasaskan ajaran Islam, bukan berkiblatkan mana-mana ideologi moden lain samada haluan kanan mahupun kiri. 
11. WINS 2051 mensasarkan kedudukan sekurang-kurang tangga ke 25 daripada indeks persepsi korupsi (CPI) menjelang 2030. Walaupun matlamat akhir adalah supaya Malaysia mengungguli tangga teratas indeks sebagai negara yang bersih dari sebarang unsur penyelewengan, tetapi sasaran semasa itu adalah lebih realistik dengan perkembangan mutakhir dan keupayaan yang ada, mengambil kira jangka masa yang diperuntukkan. 
12. Sekurang-kurangnya, Malaysia perlu berada di atas negara haram Israel yang kini menduduki tangga ke 28. Ia sebagai motivasi kepada negara umat Islam yang lain untuk tidak dilihat lebih buruk daripada negara haram tersebut. Amat tidak patut bagi negara Islam memiliki tahap ketelusan yang lebih rendah dari musuh Islam sendiri. 
Setakat ini, di kalangan negara OIC hanya UAE yang berjaya mengatasi Israel. Negara arab tersebut berada di kedudukan ke 24. Brunei pula menyusul jauh apabila berada di tangga ke 41, manakala negara OIC lain semuanya di belakang Malaysia. 
13. Integriti ataupun amanah bukan perkara baru dalam peradaban manusia. Bukan juga baru diperkenalkan dalam syariat Nabi Muhammad SAW sahaja. Bahkan ia sudah sebati dengan tamadun manusia beribu kurun lamanya . Firman Allah SWT merakamkan dialog antara Nabi Syuaib AS dan anaknya: 
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ 
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang perlu diambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
[Al-Qasas:26]

Sumber HD-19-11-2017







































Sumbang harta menangkan perjuangan, perubahan kepada Islam


HULU LANGAT: Dana untuk urusan gerak kerja merupakan sebahagian daripada keperluan yang menyumbang kepada usaha ke arah kemenangan dalam pilihan raya.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Hulu Langat telah menganjurkan Majlis Makan Malam Dana PRU14 Bersama Presiden PAS di Restoren V View, Kajang, di sini semalam.
Majlis tersebut bukan sahaja berjaya mencapai sasaran minimum ditetapkan penganjur, malah juga eratan ukhuwah sesama ahli dan suntikan semangat dari pimpinan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang walaupun dalam kesihatan yang sederhana, tetapi telah menyampaikan taujihat yang menyemarakkan perjuangan hadirin.
Katanya, infak kepada perjuangan merupakan keuntungan di alam ghaib yang menjadi ujian pembuktian keimanan di mana ia dijanjikan Allah S.W.T dengan 700 ganda ganjaran pahala.
Kerana itu ia berbeza dari sedekah yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja, sedang infak kepada perjuangan merupakan jihad, yakni kesungguhan terhadap usaha menegakkan Islam.
"Kenapa Allah sebut harta benda dahulu tidak jiwa raga? Kerana Allah tahu manusia sayangkan harta benda lebih dari diri sendiri, lebih dari keluarga. Sanggup kelahi, merosakkan diri kerana sayangkan harta.
"Kerana itu pengorbanan harta lebih dari yang lain. Sumbangan jihad Allah ganjari 700 pahala.  Bila nak menang tak tahu lagi. Ramai lagi sanggup sedekah, tetapi sumbangan kepada perjuangan Islam kerana percaya pada Allah dan janji-Nya," jelas beliau.
Terang Tuan Guru juga, pembawaan PAS bukan politik jual ubat, tetapi politik Islam yang menjadi kewajipan untuk tetap dibawa sama ada orang mahu atau tidak mahu padanya.
Seru beliau, semua yang bersama PAS wajib berharap dan bergantung hanya pada Allah di mana Dia akan berikan kemenangan apabila tiba masanya setelah para pejuang memenuhi syarat-Nya.
Beliau turut mengingatkan betapa perjuangan Islam bukan semata-mata hendak menjatuhkan lawan, tetapi lebih penting membawa perubahan kepada Islam.
Hal itu kata beliau, Islam tidak mengambil alih pemerintahan daripada Raja Habsyah, Raja Muskat, Raja Oman dan lain-lain apabila mereka menerima Islam.
"Bukan semata-mata hendak ambil alih, tetapi apa perubahannya? Kita hendak jatuhkan jahiliyah, tegakkan Islam. Bukan jatuh jahiliyah, tegakkan jahiliyah juga," nasihatnya.
Beliau menyeru supaya istiqamah kerana kemenangan mungkin tidak berlaku di masa ini tetapi generasi akan datang, namun jangan menganggap kemenangan perjuangan Islam sebagai mustahil.
Beliau berdalilkan doa Nabi Musa yang dijawab Allah ke atasnya dan Nabi Harun supaya istiqamah di mana jatuhnya Firaun hanya selepas 40 tahun daripada doa itu.
Oleh itu tegasnya, seluruh pendokong perjuangan PAS mesti mengingati matlamat utama bukan merebut kerusi tetapi membawa perubahan kepada Islam, serta mengakhiri hayat dengan mendapat janji di akhirat.
Tuan Guru turut sudi merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Hulu Langat dan penyerahan panji-panji kepada wakil setiap dewan.
Terdahulu menyampaikan ucapan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, selain tetamu turut dialunkan dengan bacaan al-Quran serta nasyid dari Shoutul Amal.
Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim; Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir dan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan.
Sumber HD-19-11-2017 

















































Senator DAP pertikai Raja-Raja Melayu

INI adalah kenyataan-kenyataan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, mengenai Raja-Raja Melayu pada 15 Ogos 2014: 
“Bagaimanapun bila mereka (Raja-Raja) bersikap kepartian dalam proses politik dan menyokong individu-individu atau parti-parti yang diketahui telah menyalahgunakan kuasa-kuasa mereka Raja-Raja ini membawa institusi Kesultanan ke dalam kehinaan dan secara realiti menyegerakan hari-hari bila Kesultanan akan diletakkan di muzium.” 
(Kenyataan asal: “However when they (their Highnesses) become partisan in the political process and support individuals or parties known to have abused their powers theses rulers are bringing the institution of the monarchy into disrepute and in reality hastening the days when the monarchy will be consigned to the museum.”) 
“Jika ini berlaku Perlembagaan sekalipun tidak boleh menghalang kemarahan rakyat daripada mengambil langkah tidak dapat dielakkan di dalam menghapuskan sebuah institusi yang telah mendatangkan kos yang banyak kepada rakyat untuk menjaga dan yang telah memberikan pulangan yang sedikit kepada rakyat sebagai timbal-balas.” 
(Kenyataan asal: “If ever that should happen not even the Constitution can prevent the wrath of the rakyat from taking the inevitable step in abolishing an institution that has cost so much for the rakyat to maintain and has given little back to the rakyat in return.”) 
Ini pula adalah kenyataan-kenyataan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, mengenai Raja-Raja Melayu pada 24 Mac 2016: 
“Kebanyakan daripada mereka (Raja-Raja) adalah pengejar kepentingan sendiri yang memikirkan kepentingan-kepentingan mereka sendiri”. 
(Kenyataan asal: “Most of them (the royalty) are self-seekers thinking of their own interests.”) 
“Keluarga-keluarga diraja adalah satu bebanan kewangan yang serius kepada negara dan apa yang mereka sumbangkan kepada kesejahteraan rakyat?” 
(Kenyataan asal: “The royal houses are a serious financial burden to the country and what do they contribute to the wellbeing of the people?”) 
Apakah agaknya yang boleh kita faham dan buat kesimpulan dari kenyataan-kenyataan Senator DAP ini?. – HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD -18-11-2017 



















































Lidah rakus PKR terputus hanya sekeping gambar

BERMULA dari sebaran sekeping gambar daripada akaun Perdana Menteri, ianya mula ditularkan lewat petang semalam. Bagai halilintar semua cyber trooper PKR dan PAN ranap hancur dan tiada bangkai. Bagai dibom dengan senjata nuklear yang paling power di abad ini. 
Sebelum ini lidah mereka gian bertari, jari jemari rancak berkeyboard. Macam bermacam kata nista sebelum ini. Mereka dengan mulut manis mengecam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana menerima kunjungan dari seorang pemimpin negara yang amat mereka benci setakat ini. 
Mereka kata Lebai PAS terkulai layu di sisi Najib, ada dedak melintasi katil, Lebai PAS gila berUG, Lebai PAS kemaruk kuasa, Lebai PAS pelahap jawatan dan bermacam kata nista mereka hambur di media sosial sebagai penghias catatan mereka. 
Bila mereka sendiri memakan liur Mahathir, orang yang menzalimi Anwar Ibrahim, pemimpin idola mereka satu waktu dahulu bermula refomasi 1998, mereka sudah boleh melupakan Bapak Anwar yang dituduh peliwat oleh Mahathir. 
Hari ini tiada lagi pemuda gagah reformasi, tiada lagi angkatan hebat yang sering melaungkan reformasi di jalanan. Semuanya hilang bila Mahathir berjaya menjadi dewa mereka sekali lagi. Anwar kian dilupakan. Oleh kerana Anwar memang licik dia berjaya keluar dari kurungan untuk mengingatkan pengikutnya yang dia masih hidup. 
Anwar kesepian, tidak seperti dahulu lagi. Penyokong PAS, penyokong reformasi, pentas PAS, pentas Anwar, bila Anwar diberi sedikit kuasa Ahli Parlimen Pematang Pauh, yang tidak boleh disembunyikan faktanya PAS membantu memenangkan beliau di sana, Anwar kian gian dan rancak berpolitik dalaman. 
Dia cuba menjadi Menteri Besar Selangor dengan cara pelik iaitu Langkah Kajang. Taktik Anwar yang didukung Rafizi dan sekutu DAPnya tidak menjadi dan Anwar kini meringkuk di sebalik jeriji Sungai Buloh tanpa dipedulikan lagi. Mahathir dijulang ke sana ke mari. 
Bila sekeping gambar Najib yang mereka sudah labelkan manusia paling celaka dan sial terpaku duduk tersenyum sinis di sisi katil Bapak Anwar Ibrahim di Hospital bersama bini masing-masing, semua pendekar cyber terkunci mulut dan jari. Kaku, lumpuh dan terduduk. 
Kelicikan Anwar tidak menjadi lagi kali ini. Walaupun dia berjaya keluarkan diri dia sementara dengan alasan kesihatan, sebenarnya Anwar hendak sampaikan mesej kepada pengikutnya yang dia masih hidup. Tapi sebaliknya. Tiada pengikutnya melaungkan Hidup Anwar di hadapan hospital, sebaliknya Najib meranapkan kelicikan Anwar dalam masa beberapa detik sahaja. 
Suara rengetan pun yang keluar busuk kohong bagaikan bangkai, jari-jari pun memburuk bagai kena penyakit kencing manis tahap 10. Jatuh tulang-tulang jari, lidah memburuk dan mereka cuba bersembunyi muka mereka di sebalik sekeping tisu tangan...hanya sekeping gambar tersebar... 
Catatan Noja
LPT2 Tol Paka
18/11/2017









































































































Sumber HD - 18-11-2017

Penerima wang Rasuah RM90 juta sedang baiki rumahnya
Posted on Thursday, November 16 @ 21:15:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36775



Dimaklumkan rumah Presiden PAS sedang dibaik pulih kerana serangan anai-anai. Dipercayai wang RM90 juta yang dituduh rasuah itu digunakan dimembaikinya. KALAU TAK FAHAM JUGA TULISAN INI TAK TAHU TAHAP APA OTAK GENG SARAWAK REPORT.



Kredit
Tuan Sazanma Saif

Sumber TKO - 16-11-2017

Belajarlah daripada sejarah gemilang dan mundur
























































SEJARAH telah mencatat, selama tujuh abad lebih Islam menjadi “The Greatest World’s Civilization” (peradaban terbesar di dunia). Sejak zaman Rasulullah s.a.w. sampai dinasti Abbasiyah (1258) umat Islam tampil  sebagai pemimpin dunia. Tujuh abad kejayaan Islam telah berlalu dan tujuh abad kemunduran telah berlangsung. Kini umur dunia memasuki abad 21. Akan tetapi muslim belum mampu mengembalikan kejayaannya  seperti yang tertulis dengan  tinta  emas sejarah kegemilangan dahulu.

Seharusnya umat Islam belajar dari sejarah kejayaan dan kemunduran Islam. Agar mampu menyiasati dan mengatasi kemunduran yang merupakan problematika umat dewasa ini. Namun ironisnya, hari ini kita semakin jauh dengan nilai-nilai keislaman. Seorang pembaharu Islam dari Mesir  mengatakan " Islam mahjubun lilmuslim" ( Islam tertutupi dengan umat Islam sendiri).

Sumber HD- 16-11-2017

Kaji Semula Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, Sivil - Tun Zaki
Posted on Thursday, November 16 @ 15:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36768



NILAI, 15 Nov -- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi mencadangkan kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri membincangkan dan mengkaji semula setiap undang-undang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan dan Mahkamah Sivil serta membuat pindaan yang perlu.

Beliau berkata ini perlu kerana walaupun kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Artikel 121 (1A) pada 1988 bahawa perkara-perkara syariah hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, tetapi ia masih tidak jelas dan menyebabkan ada kes syariah tertentu dibicarakan di Mahkamah Sivil.


"Itu saya cadangkan, kerajaan perlu mengkaji satu persatu, pinda (dan) betulkan supaya lubang-lubang yang ada dalam undang-undang ini diisikan dengan undang-undang baharu.

"Mungkin persidangan mufti (perlu diadakan untuk) tengok satu persatu (undang-undang dengan) mengkaji kes-kes yang telah ada. Undang-undang adalah satu benda yang hidup dan perlu dipinda dari semasa ke semasa.

"Jadi bila berbangkit masalah, kena buat (pindaan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Civil vs Syariah: Article 121 (1A) Is It Now Final' (Sivil lwn Syariah: Artikel 121 (1A) Adakah Sudah Muktamad?) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Syariah Prof Madya Dr Zulkifli Hassan.

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Dalam pada itu, Zaki yang juga Profesor Adjung bagi Fakulti Undang-Undang dan Syariah USIM menyarankan orang ramai supaya memahami perbezaan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

"Banyak orang bertanya kepada saya soal isu apa sebabnya Mahkamah Sivil membuat keputusan atas soal undang-undang yang pada fahaman orang biasa patut dibuat oleh Mahkamah Syariah tetapi dibuat oleh Mahkamah Sivil kerana mereka tak faham bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

"Masalah besar sekali ialah bila antara dua orang bukan muslim, seorang daripadanya memeluk agama Islam dan melarikan anak? saya faham kerajaan telah membuat keputusan bahawa dia (suami) tidak boleh memeluk Islam sehingga dia bercerai dengan isterinya tetapi dari segi syarie adakah ini betul?

"Tetapi saya difahamkan di Wilayah (Persekutuan) dia (suami) tidak akan dibenarkan berkahwin semula sehingga dia bercerai dengan isterinya dan dapat perintah penceraian daripada Mahkamah Sivil, barulah pihak yang memeluk Islam itu dibenarkan berkahwin dengan orang Islam," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada 21 Ogos lepas dipetik sebagai berkata Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164), tidak merampas hak bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap mereka yang memeluk Islam atau mualaf.

Pindaan dalam RUU tersebut hanya memberikan peluang kepada mualaf membubarkan perkahwinannya melalui prosiding sivil kerana sebelum ini peruntukan sedia ada tidak terpakai kepada orang yang memeluk agama Islam (mualaf).-- BERNAMA

Sumber TKO - 16-11-2017


























































Jemput Bang Mat turun Marang

MALAYSIA sebuah negara demokrasi. Pilihan raya umumnya bebas dan mana-mana pihak layak dan berhak bertanding di mana-mana sahaja dengan syarat mematuhi peraturan yang ditetapkan. 
Walau menyedari hakikat di atas tetapi apabila terbaca berita NST di bawah saya tidak mampu memaksa diri saya untuk tidak tersenyum lantaran geli di dalam hati. 
Parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang di Terengganu merupakan kerusi tradisi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang. Jentera Pilihan Raya PAS di sana merupakan antara yang terkuat dan tersusun di peringkat negara. 
Parlimen ini majoriti Melayu dan pada PRU lepas ia mencatatkan 97.61 peratus pengundi Melayu berbanding 2.16 peratus Cina, 0.09 peratus India dan 0.14 peratus lain-lain. 
Kerusi ini PAS secara tradisinya bergelut dengan Umno BN setiap PRU. 
Tiba-tiba bersuaralah PH mahu letak calon PAN di kawasan ini. 
Bermakna Marang dan Rhu Rendang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru PRU ke-14 nanti. 
Lawanlah PAN kerana sesiapa pun bebas bertanding. 
Majoriti 5,124 undi yang diperoleh Tuan Guru dulu akan PAS pertahan serta jika boleh perbaiki. 
PAN kita alu-alukan. Cuma musykilnya bukankah misi PAN untuk gantikan PAS?
Sewajarnya jika begitu Presiden lawan Presiden. 
Barulah kena jika Mat Sabu sendiri turun cabar Tuan Guru di Marang atau Bang Mat lebih selesa di kerusi majoriti Cina sebab ada jaminan DAP? 
Alang-alang mandi biar basah Bang Mat. Nak punah dan kuburkan PAS maka bertandang dan berkampunglah Presiden PAN ke Marang barulah bertemu buku dan ruas atau macam mana? 
Atau kena tanya Guan Eng dulu? – HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 




























































Islam pilihan tepat ganti pemerintahan Umno-BN

DAKWAAN hanya Umno-BN yang mampu memerintah negara ini, satu kepercayaan karut, bidas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili. 
Beliau berkata, politik dan ekonomi negara perlu diselamatkan dan dibincang semula dengan berpandukan Islam sebagai jalan penyelesaian. 
"Bagi saya ia sesuatu yang positif dan saya optimis ia budaya yang subur dalam kerangka demokrasi yang digunapakai.
"Lebih menarik, banyak gagasan politik yang dicetuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang pada awalnya dicemuh oleh musuh-musuh politik beliau akhirnya diikuti, dipersetujui secara tidak langsung dan diperakui sebagai langkah yang wajar meskipun tidak dizahirkan secara nyata," katanya semasa dihubungi hari ini. 
Semasa berucap pada majlis makan malam persahabatan anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Sahabat Malaysia (GPSM) 10 November lalu, Bernama dipetik sebagai berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hisyammuddin Hussin On, mengingatkan rakyat, hanya BN yang boleh memberi kestabilan dalam politik dan ekonomi negara ini.
Dalam pada itu Muhtar berkata, PAS menggagaskan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
Katanya, beliau bersetuju reformasi institusi (institutional reform) sesuatu keperluan mendesak di dalam negara ini bagi menukar sistem yang korup. 
Jadi katanya, PAS tekankan betapa penyelesaian Islam adalah jalan ke hadapan. 
"PAS bukan sekadar mahu menurunkan seorang Perdana Menteri dan diganti dengan Perdana Menteri yang lain namun masih dari parti dan sistem korup yang sama. 
"Kita tidak mahu keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau. Ia tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa kepada perubahan yang lebih sejahtera," ujarnya. 
Paling uatama katanya PAS, mahukan perubahan sistem secara total dari sistem yang korup kepada sistem yang terbaik dan tambahnya kepercayaan PAS ialah selamatkan Malaysia dengan Islam. 
Tegasnya sejak penubuhannya sehingga kini PAS istiqamah menentang segala kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti pemerintah Umno-BN. – HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD- 14-11-2017 






























































Kongres khas DAP serlah kelompok radikal sebenar

AGENDA "Malaysian Malaysia" dan pembentukkan negara sekular yang diperjuangkan DAP semakin lancar dengan berkuasanya kelompok pro Dinasti Lim di dalam DAP. 
Cengkaman mereka semakin kukuh walau kongres berkenaan hanya dihadiri 53.94 peratus dari perwakilan yang sah.
Bayangkan kongres parti yang kononnya paling bertaring dalam PH dan menguasai secara mutlak pengundi bukan Melayu hanya mampu dihadiri separuh perwakilan yang sepatutnya. 
Mereka inilah yang kuat menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk memartabatkan Mahkamah Syariah melalui RUU355.
Kerja dakwah Islam mereka pandang penuh prejudis manakala mereka terlibat aktif dalam mempromosi Islam liberal dan moderat yang sarat dengan fahaman sekular dengan matlamat menghadkan agama khasnya Islam pada aspek ritual dan budaya semata-mata tidak sampai menjadi cara hidup. 
JAKIM dan para Mufti pun tidak segan-segan mereka pulas dan jentik sedang umat Islam terpegun memeluk tubuh.
Atas keghairahan merebut kuasa demi meluaskan agenda perjuangan mereka inilah maka mereka sanggup bersekongkol walau dengan penyangak sekalipun. 
Tun Mahathir yang mereka serang dan merupakan musuh nombor satu mereka dahulu hari ini dipeluk cium kerana Tun walaupun busuk sebagaimana dinovelkan dalam "Shit" dahulu pada keyakinan mereka hari ini suci kerana pengaruhnya dapat membantu mereka mendapatkan undi Melayu untuk mereka kuasai Putrajaya. 
Politik matlamat menghalalkan cara adalah anutan mereka. 
Kongres Khas DAP ini juga berjaya memadamkan segala saki baki suara toleran dan rasional dalam parti.
Tokoh veteran DAP Dr Tan Seng Giaw "dermatologist" anak Kelantan yang merupakan ahli Parlimen lebih 7 penggal iaitu sejak 1982 mempertahankan Parlimen Kepong berjaya disingkir dan tidak dilantik lagi ke JK Pusatnya. 
Dr Tan adalah ahli Parlimen Malaysia yang masih berkhimat kedua paling lama di Parlimen Malaysia iaitu selama 35 tahun. (Paling lama adalah Tengku Razaleigh Hamzah.) 
Selain Dr Tan turut tersingkir adalah ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau. Kedua-dua tokoh ini dikenali sangat kritikal terhadap "style" kepimpinan Dinasti Lim dan merupakan suara moderat dalam DAP. 
Lantas dengan kejayaan kongres ini bersedialah kita untuk melihat Dinasti Lim memanjangkan lagi langkah mereka dengan nafsu meluap-luap untuk menguasai Putrajaya. 
Sokonglah DAP jika mahu kita gadaikan status quo yang ada dan menjadi rakyat Malaysian Malaysia yang sekular, liberal dan semua boleh. – HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD- 14-11-2017


PAS Parti Suci ? Alhamdulillah !
Posted on Monday, November 13 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36686



1. Golongan yang tidak senang dengan sikap PAS yang komited mengamalkan dan memperjuangkan Islam, melabel PAS dengan bermacam labelan bernada perli. Dahulu apabila kita yang ingin menjaga asolah perjuangan ini mempertegaskan kewajipan wala', maka mereka melabelkan kita sebagai walaun. Kini mereka labelkan pula sebagai parti suci, ahli syurga.

2. Sejujurnya saya tidak terasa sangat dengan kata-kata itu. Malah merasa bertuah pula kerana dikaitkan dengan sifat-sifat terpuji. Saya pernah menulis dua tahun lepas, bangga dengan gelaran walaun. Alhamdulillah ramai yang berkongsi perasaan sama sehingga ramai mengaku secara terbuka sebagai walaun.

  3. Pagi ini, Allah temukan saya dengan sepotong ayat dari surah an-Naml. Menceritakan tentang cabaran yang dihadapi Nabi Lut ketika berhadapan dengan kaumnya yang ingkar. Firman Allah SWT:
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ
Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: "usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah golongan suci"
[An-Naml:56]

  4. Ayat tersebut merekodkan perlian dari kaum Lut yang ingkar. Apabila nabi Lut menegur mereka tentang kemungkaran mendatangi kaum sejenis (rujuk ayat sebelumnya), Mereka membalas dengan perkataan tersebut.

  5. Menurut Mujahid sebagaimana yang direkodkan di dalam Tafsir al-Qurtubi dan at-juga at-Tabari, mereka menggunakan perkataan 'golongan suci' sebagai bentuk ejekan. Tambah Qatadah, tujuan mereka adalah untuk mengaibkan golongan yang beriman. Tetapi Demi Allah, perkara tersebut tidak sekali-kali mengaibkan mereka kerana menunjukkan mereka adalah suci daripada perilaku-perilaku buruk.

 6. Di dalam Tafsir Munir karya Dr Wahbah Zuhaili, beliau menyatakan bahawa beginilah perangai golongan fasiq di sepanjang zaman. Mereka sangat benci dengan teguran. Mereka lebih rela tenggelam di dalam kekotoran hawa nafsu.

  7. Menurut Syed Qutb di dalam tafsir Fi Zilalnya, mereka ini samada mengejek, ataupun bermaksud sebaliknya, dengan merasakan teguran itu tidak betul, dan mereka di pihak yang benar kerana fitrah mereka sudah rosak. Ataupun, kerana mereka merasakan terlalu sukar untuk berubah daripada kesalahan itu.

  8. Sebaik mentadabbur ayat-ayat ini, saya merasa begitu bersyukur dengan keadaan sekarang. Pertama bersyukur dapat berkongsi nasib dengan Nabi Allah Lut dan pengikutnya yang diiktiraf di dalam al-Quran. Kedua bersyukur dapat memahami kalam Allah yang ditujukan kepada seluruh hambaNya.

Benarlah kata sahabat saya semalam, kefahaman adalah nikmat yang sangat besar kepada seseorang. Nabi SAW pernah bersabda:
"مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ"
Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, nescaya dia akan menjadikannya faham dalam urusan agama.
[HR Bukhari & Muslim]

  9. Saya kongsikan perkara ini buat semua yang dilabel sebagai golongan suci dan apa jua ejekan. Jangan merasa lemah dan terhina. Ini adatnya mempertahankan kebenaran. InsyaAllah ini petanda kita di pihak benar.

  10. Ejekan adalah perangai orang-orang jahil dan fasiq. Jangan kita terikut dengan mereka. Baik kita berterus terang menegur berasaskan hujah walaupun dengan uslub tajam dan pahit, daripada kita mengejek dan memerli. Ia lebih dekat dengan ketaqwaan.

  11. Kepada yang mengejek, saya ingin ingatkan untuk mereka supaya berjaga-jaga. Mengikut apa yang dijelaskan di dalam ayat seterusnya dan banyak ayat-ayat yang lain, golongan yang mengejek Nabi Lut itu dibinasakan semuanya. Tanahair mereka dilingkup, kemudiam dihujani denga batu daripada neraka. Isteri Nabi Lut yang cenderung hati kepada tindakan mereka juga dibinasakan sama, walaupun berada di sisi baginda AS.

Terpulang kepada yang ditegur, jika merasakan teguran ini seolah-olah menghukum, atau berlagak tuhan (play god). Apa yang penting, peringatan tuhan ini perlu disampaikan. Sesungguhnya peringatan akan memberi manfaat kepada orang yang berman.
Dan saya telah menyampaikannya.

Alang Ibn Shukrimun
FB


Sumber TKO - 13-11-2017


































































Bukan parti orang Cina, LGE cuba bodohkan siapa?

DALAM ucapan beliau di Kongres Khas Kebangsaan DAP di IDCC Shah Alam, Selangor, pada 12 November 2017, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyalahkan musuh DAP kerana menggambarkan DAP sebagai parti orang Cina kononnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu dari menyokong DAP dan Pakatan Harapan.
Masalah dengan Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain ialah mereka cuba berbohong dengan mendakwa DAP bukan parti orang Cina tetapi adalah parti pelbagai kaum sedangkan hakikat membuktikan keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017 dibolot oleh orang Cina yang menjadi petanda bahawa DAP adalah parti orang Cina.
Bayangkanlah, 16 daripada 20 ahli CEC yang terpilih adalah orang Cina, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke Siew Fook, Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Chong Chieng Jen, Teresa Kok Suh Sim, Tan Kok Wai, Tony Pua Kiam Wee, Nga Kor Ming, Fong Kui Lun, Chow Kon Yeow, Chong Eng, Datuk Teng Chang Khim, Ronnie Liew Tian Khiew dan Datuk Ngeh Koo Ham.
Sudahlah begitu, 7 daripada 10 orang ahli tambahan yang dilantik, berdasarkan peruntukan Perlembagaan DAP, bagi turut menganggotai CEC oleh 20 ahli CEC ini juga adalah orang Cina, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin dan Khoo Poay Tiong.
Jadi tidak perlulah Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain menyalahkan pihak lain di atas wujudnya persepsi meluas bahawa DAP adalah parti orang Cina kerana tindak-tanduk DAP sendiri menunjukkan bahawa DAP adalah memang parti orang Cina yang tidak selesa untuk memberi ruang kepada orang Melayu berada pada kedudukan yang tinggi.
Lebih-lebih lagi, bagaimana Lim Guan Eng mahu menyalahkan pihak lain di atas wujudnya persepsi meluas bahawa DAP adalah parti orang Cina bila salah seorang ahli CEC yang baru dilantik, iaitu Yeo Bee Yin, selewat 7 Jun 2012, masih menulis kekurangan DAP adalah kerana ia adalah “a race-based party” yang “still made-up of mostly Chinese”.
Begitu juga dengan seorang lagi ahli CEC yang baru dilantik, iaitu Dr Ong Kian Ming, yang dengan beraninya mendedahkan pada 13 Januari 2016 mengenai dilema yang dihadapi oleh DAP bila ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak senang dengan hasrat DAP untuk menarik lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi ahlinya.
Jika hasrat DAP untuk menarik lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi ahlinya pun sudah tidak disenangi oleh ahli dan pemimpin DAP sendiri, bayangkanlah tahap penolakan yang berlaku bila ada di antara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak ini yang berani bertanding untuk menjadi pemimpin DAP.
Dan penolakan DAP ke atas orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang bertanding untuk menjadi pemimpin DAP terbukti di dalam keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017 ini yang memaksa seorang pemimpin terpaksa dilantik bagi mewakili kategori orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak.
Tetapi tidakkah perlantikan hanya seorang pemimpin (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji) bagi mewakili orang Melayu, selain seorang wakil Bumiputera Sabah (Jannie Lasimbang) dan Sarawak (Dr John Brian Anthony), merupakan satu ketidakadilan, malah mungkin satu penghinaan, memandangkan komposisi orang Melayu sebagai penduduk majoriti?
Siapa yang Lim Guan Eng mahu perbodohkan sebenarnya?
Dr Kamarul Zaman Yusoff - HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD - 13-11-22017 




































































Komposisi baru DAP bukti agenda Kristianisasi?


AKHIRNYA berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC. Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.
Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC pada 12 November 2017: 
1. Lim Kit Siang: 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo: 1,198 undi
3. Lim Guan Eng: 1,180 undi
4. Anthony Loke Siew Fook: 1,175 undi
5. Liew Chin Tong: 1,123 undi
6. Teo Nie Ching: 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen: 1,057 undi
8. Teresa Kok Suh Sim: 1,033 undi
9. Tan Kok Wai: 1,021 undi
10. Tony Pua Kiam Wee: 1,020 undi
11. Nga Kor Ming: 967 undi
12. Fong Kui Lun: 949 undi
13. Chow Kon Yeow: 900 undi
14. M Kula Segaran: 826 undi
15. Chong Eng: 734 undi
16. Datuk Teng Chang Khim: 702 undi
17. Ronnie Liew Tian Khiew: 688 undi
18. Datuk Ngeh Koo Ham: 659 undi
19. Zairil Khir Johari: 649 undi
20. V Siva Kumar: 586 undi
Berikut pula adalah keputusan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 (setelah diperbetulkan kesilapan teknikalnya pada 4 Januari 2013):
1. Lim Kit Siang: 1607 undi
2. Lim Guan Eng: 1576 undi
3. Karpal Singh: 1411 undi
4. Chong Chieng Jen: 1211 undi
5. Anthony Loke Siew Fook: 1202 undi
6. Tan Kok Wai: 1199 undi
7. Gobind Singh Deo: 1197 undi
8. Tony Pua Kiam Wee: 1162 undi
9. Datuk Teng Chang Khim: 1152 undi
10. Fong Kui Lun: 1137 undi
11. Nga Kor Ming: 1075 undi
12. Chong Eng: 1006 undi
13. Chow Kon Yeow: 986 undi
14. Liew Chin Tong: 984 undi
15. M Kula Segaran: 984 undi
16. Dr Boo Cheng Hau: 958 undi
17. Teresa Kok Suh Sim: 925 undi
18. Teo Nie Ching: 903 undi
19. Datuk Ngeh Koo Ham: 824 undi
20. Zairil Khir Johari: 803 undi
Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan DAP ini, CEC DAP telah melantik 10 orang ahli tambahan ke CEC yang terdiri daripada:
3 Ahli Parlimen, iaitu: 
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming
5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu:
ADUN Canning, Wong Kah Woh (Pengerusi Kebangsaan DAPSY)
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan (Naib Ketua Wanita DAP)
ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin  
ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
ADUN Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong
1 Pemimpin DAP Sarawak, iaitu Dr John Brian Anthony
1 Pemimpin DAP Sabah, iaitu Jannie Lasimbang
Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan aktiviti evangelisme Kristian, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.
Saya tidak pasti apa agama anutan Wong Kah Woh, walaupun beliau kerap memaparkan gambar beliau bersama isteri beliau mengunjungi Gereja St Anne di Bukit Mertajam di samping kerap memaparkan gambar beliau merayakan Hari Krismas, begitu juga dengan agama anutan Khoo Poay Tiong. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula adalah penganut Islam.
DAP sebenarnya telah mensesiakan peluang cukup baik untuk memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas melalui pemilihan semula CEC ini.
Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding di dalam pemilihan semula CEC ini, seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Dr Ariffin Omar, akan dipilih. Malangnya, hanya Zairil Khir Johari, yang disifatkan banyak pihak sebagai bukan Melayu tulen tetapi Melayu celup, kekal menjadi sesatu calon yang terpilih.
Lebih jauh lagi, jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang hanya memasuki DAP selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, seperti Dr Abdul Aziz Bari, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Yeop Adlan Che Rose, selain mana-mana tokoh-tokoh Melayu Islam yang kalah di dalam pemilihan semula CEC ini, dilantik untuk mengisi kuota 10 orang ahli tambahan.
Bagaimanapun, di sebalik mengisi CEC dengan lebih ramai tokoh-tokoh Melayu Islam, DAP malangnya sekadar mengekalkan 1 kuota Melayu Islam di dalam kuota lantikan ini dengan melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji bagi menggantikan tempat yang disandang oleh Dr Ariffin Omar.
Sangat pelik sekali melihat cara para pemimpin DAP berpolitik ini kerana di saat ia sedang menghadapi krisis keyakinan yang serius di kalangan pengundi Melayu Islam, dan di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi, tokoh-tokoh Kristian jugalah yang menjadi pilihan utamanya untuk dilantik ke CEC sedangkan ini hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.
Dr Kamarul Zaman Yusoff - HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD- 13-11-2017 






































































Double standard dalam isu saman Datuk Seri Nizar

BELUM habis lagi nampaknya kecaman, sindiran dan perlian dilemparkan ke atas Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, ekoran keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, D Sunita Kaur Jessy, memerintahkan beliau membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kerana kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”. 
Cara kecaman, sindiran dan perlian ini dilemparkan memperlihatkan seolah-olah hanya Haji Razman seorang sahaja yang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar sebegitu walhal pada hakikatnya ramai pemimpin lain yang bukan pun dari PAS yang turut mengeluarkan kata-kata yang lebih teruk terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar ini, di mana bezanya hanyalah bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar tidak mengambil tindakan terhadap mereka. 
Antara pemimpin politik yang pernah menyelar Datuk Seri Mohammad Nizar adalah Pengerusi PPBM merangkap Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dirakamkan berkata: “(Datuk Seri Mohammad) Nizar jadi Menteri Besar, tetapi Menteri Besar yang duduk di bawah telunjuk orang lain, kerana dia tahu nasib dia bergantung kepada orang itu, kalau orang itu tak sokong, dia jatuh, dengan itu dia akur kepada apa saja yang ditunjuk kepadanya.” 
Begitu juga dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang, sewaktu mengkritik Lim Kit Siang, direkodkan oleh portal berita Free Malaysia Today berkata “sejarah menunjukkan pemimpin Melayu akan dijadikan boneka DAP apabila pembangkang diberi kuasa” dan “kita lihat bagaimana Menteri Besar Perak (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) ketika itu seorang Melayu tetapi jadi boneka DAP”. 
Soalan yang relevan untuk ditanyakan di sini ialah, sama di dalam kes saman terpilih yang dikemukakan kepada saya oleh Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, tatkala ada pihak lain yang menyebut perkara lebih teruk mengenai beliau tetapi tidak diambil tindakan saman, mengapa Datuk Seri Mohammad Nizar hanya mengemukakan saman kepada Haji Razman sahaja tetapi tidak kepada Tun Dr Mahathir dan Datuk Bung Mokhtar? 
Apa pun, Datuk Seri Mohammad Nizar sendiri mengakui, kepada portal berita Malaysia Kini bulan lalu, impak pelabelan terhadap beliau sewaktu mengulas perlantikan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu, sebagai Pengerusi PH Perak dengan menyebut betapa Ahmad Faizal “tidak akan dibelenggu dengan tuduhan menjadi macai atau boneka suruhan DAP” yang disifatkan sebagai strategi UMNO yang turut memberi kesan kepada beliau sendiri. 
Lebih jauh lagi, para pemimpin dan penyokong PAN tidak seharusnya bersikap keterlaluan di dalam merayakan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh ini dengan cuba menghitamkan Haji Razman dan cuba memutihkan Datuk Seri Mohammad Nizar kerana, seperti disebut terdahulu, bila keputusan ini dirayu di mahkamah lebih tinggi, mahkamah lebih tinggi mungkin sahaja mendapati bahawa D Sunita Kaur Jessy tersilap dalam membuat keputusan. 
Datuk Seri Mohammad Nizar sendiri pun sebenarnya bukanlah suci dari mengata pemimpin lain sebelum ini kerana beliau sebagai contohnya pernah, di dalam kehangatan pemilihan PAS pada 2015, direkodkan dengan secara meluas oleh beberapa portal berita menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai “boneka Umno”, di mana bezanya hanyalah bahawa Datuk Seri Abdul Hadi tidak mengambil tindakan terhadap beliau. – HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD - 12-11-2017 








































































Datuk Seri Nizar dan PAN jangan cepat bersorak

BEBERAPA orang kawan meminta komen saya mengenai keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, D Sunita Kaur Jessy, yang, hari ini, memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kerana kenyataan Haji Razman yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”. 
Permintaan komen ini dibuat di atas dua sebab. Sebab pertama ialah kerana intipati kes ini dikatakan sama dengan tuntutan saman RM5 juta yang dibuat oleh Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, terhadap saya kerana mengaitkan beliau dengan DAP. Sebab kedua pula ialah kerana syarikat guaman yang mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar dalam kes ini turut mewakili Datuk Dr Mujahid dalam kes saya. 
Saya telah mendengar penjelasan peguam bela Datuk Seri Mohammad Nizar tadi bahawa “the main reason for the court to rule for Datuk Seri (Mohammad Nizar)” adalah “the defendant has failed to prove that the words uttered by him is not defamatory” di mana “in both defences that he set up (fair comment and justification) he failed to produce evidence and to support whatever he said”, dan “the defendant didn’t produce any witness”. 
Saya juga telah membaca kenyataan Haji Razman yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Jun 2015, di mana beliau telah dipetik secara langsung berkata begini:
(1) “PAS mendokong Melayu, Islam dan Sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang mendokong pendekatan negara sekular”. 
(2) “Daripada terus mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”. 
Adalah jelas bahawa kenyataan Haji Razman ini agak umum dan memerlukan pembuktian tambahan yang jitu berbanding kenyataan saya yang sangat spesifik dengan khususnya mengaitkan kenyataan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, pada 5 November 2013 mengenai pengharaman parti politik berasaskan kaum dan agama dengan kenyataan sama Datuk Dr Mujahid pada 23 Mei 2017 yang hingga kini tidak pernah beliau nafikan. 
Kepada para pemimpin dan penyokong AMANAH yang kelihatan bersorak kegembiraan dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh ini, sukalah saya mengingatkan anda semua supaya jangan keterlaluan di dalam berbuat demikian kerana proses perundangan di negara ini membenarkan pihak yang kalah merayu, di mana masih ada kemungkinan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen ini boleh diterbalikkan oleh mahkamah lebih tinggi. 
Perlu diingati bahawa pada 28 Mei 2012 Datuk Seri Mohammad Nizar telah menulis di dalam laman twitter beliau tulisan-tulisan yang mempersoalkan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 dengan harga RM520,000 begini: 
(1) RM520,000 untuk nombor plate WWW 1, TAKKAN nak letak kat kereta Proton atau motor kut? Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang! 
(2) RM520,000 boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT! 
Ekoran tulisan-tulisan beliau ini, Datuk Seri Mohammad Nizar telah dikritik teruk oleh TV3 dan akhbar Utusan Malaysia yang mendorong beliau menyaman kedua-dua media ini di mahkamah. Perlu diingati, dalam kes saman beliau ke atas TV3, beliau mulanya kalah di peringkat Mahkamah Tinggi sebelum keputusan itu diterbalikkan oleh mahkamah lebih tinggi. Jadi kemungkinan untuk Haji Razman menang dalam kes ini masih terbuka. 
Perlu diingati juga bahawa, walaupun Datuk Seri Mohammad Nizar akhirnya menang dalam saman beliau ke atas TV3 dan akhbar Utusan Malaysia, dari segi moralnya beliau mengalami kekalahan yang teruk ekoran tindakan Sultan Johor menzahirkan, di dalam titah sewaktu merasmikan pembukaan penggal kelima sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada 14 Jun 2012, kemurkaan Baginda terhadap beliau ekoran tulisan-tulisan beliau tersebut. 
Masih diingati bagaimana akhbar-akhbar utama negara menyiarkan dengan secara meluas titah Sultan Johor ini, dengan tajuk-tajuk muka depan berbunyi seperti “Sultan Johor murka terhadap Nizar” atau “Sultan Johor sifatkan Nizar ‘pemimpin berkudis’”: 
“Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya? Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.” 
Apakah menang di mahkamah dapat memadamkan ini? – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 










































































Banjir Pulau Pinang lumpuhkan Lim Kit Siang?

KEGILAAN Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan media sudah menjadi seperti satu legenda dalam dunia politik Malaysia ini di mana, sepanjang ingatan saya, tiada lagi mana-mana ahli politik Malaysia yang serajin beliau di dalam berbuat demikian walaupun kenyataan media beliau kerap tidak mendapat maklum balas daripada pihak yang diseru. 
Malah, Ketua Staf Ibu Pejabat DAP, Foo Yueh Chuan, dalam satu laporan portal berita DAP, Roket Kini, bertajuk “Jawatan ‘Setiausaha Politik Lim Kit Siang’ bukan lantikan biasa-biasa” pada 25 Ogos 2017 menyebut mengenai bagaimana “Lim Kit Siang menulis dan mengeluarkan kenyataan medianya sendiri setiap hari, sehingga mencecah tiga atau empat kenyataan dalam satu hari”. 
Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi jika dilihat kepada rekod kenyataan media yang Lim Kit Siang keluarkan selama ini yang dicatatkan secara rapi di dalam blog beliau, di mana contoh yang paling jelas sekali ialah kenyataan media yang beliau keluarkan dalam 9 hari pertama di bulan Oktober 2017 yang berjumlah sebanyak 21, atau purata sebanyak 2.3 kenyataan media setiap hari. 
Senarai 21 kenyataan media yang Lim Kit Siang keluarkan dalam 9 hari pertama di bulan Oktober 2017 adalah seperti berikut: 
1. 1 October 2017, 7:25 am: “Tomorrow, a third “Believe It or Not” event in two years involving the Prime Minister will take place when Najib declares open the new glittering MACC headquarters in Putrajaya” 
2. 1 October 2017, 4:17 pm: “Challenge to MACC chief, Dzulkifli to declare whether he dare to recommend that Najib is not a suitable candidate for the next general election because of involvement in the 1MDB scandal?” 
3. 2 October 2017, 9:01 am: “Call on all Opposition political parties in Sabah to unite on a common platform to topple Najib, UMNO and Barisan National at both the federal and Sabah levels in the 14GE and not to allow any differences among them to deflect them from this common objective” 
4. 3 October 2017, 10:09 am: “Salleh and Abdul Rahman are stooges because they are not only Najib’s court jesters, they also fit the other meaning of ‘stooge’ in blindly defending Najib’s lies and falsehoods” 
5. 3 October 2017, 3:08 pm: “MACC should return RM5 million to Yayasan Prihatin SPRM from Najib because of “conflict-of-interest” and ask for a budget provision of RM300 million for 2018 to combat corruption against “sharks” of corruption” 
6. 3 October 2017, 5:44 pm: “A government which has lost the ability to differentiate between right and wrong has forfeited the right to be the government of Malaysia”
7. 4 October 2017, 2:08 pm: “Challenge to Najib to deny that he had not created an instant billionaire (in Malaysian ringgit) by approving RM1.8 billion commissions to Leissner or 9% of the three 1MDB bonds totally US$6.5 billion in 2012/3 – which is several times the industry average for underwriting risky bonds” 
8. 4 October 2017, 3:46 pm: “Were there “fireworks” in the Cabinet this morning with Education Minister Mahdzir demanding public apology from Adnan for leading students astray or was there Ministerial camaraderie laughing at the “great fun” at the Putrajaya school?” 
9. 4 October 2017, 5:59 pm: “Lawyers directed to take out a test case to sue the media which printed lies and defamatory material about me, like receiving RM1 billion bribe from Mahathir, just by quoting some “Tom, Dick and Harry”” 
10. 5 October 2017, 6:31 am: “Call on the civil service chiefs to resist the political pressures by Prime Minister and the UMNO/BN leadership to co-opt civil service to campaign for UMNO/BN in the run-up to 14GE” 
11. 5 October 2017, 11:50 am: “Syed Saddiq should be a model for young Malays and young Malaysians to be true to our Malaysian Dream for the country to be show-case to the world of an united, successful, progressive, prosperous, plural nation of diverse races, religions, languages and cultures” 
12. 5 October 2017, 5:09 pm: “Is Dzulkifli emulating Najib in refusing to have any media conference because he is afraid like the Prime Minister that his boasts and bombasts may be pricked by journalists’ sharp questioning?” 
13. 6 October 2017, 8:25 am: ““H” is Najib’s propaganda “war general”” 
14. 6 October 2017, 3:02 pm: “Further proof that the rot has set in and only a government and political change in Putrajaya can bring a new hope to Malaysians with a new sense of responsibility by the nation’s leaders” 
15. 7 October 2017, 7:20 am: “If there is any truth in the lies about Mahathir’s RM1 billion bribe to me, and MACC knows nothing about it, then MACC Chief Commissioner Dzulkifli Ahmad should resign in disgrace because of utter incompetence” 
16. 7 October 2017, 2:48 pm: “There is a plot to get MACC to arrest and parade me in handcuffs in orange-coloured MACC lock-up uniform to counter kleptocratic allegations against Najib over 1MDB scandal” 
17. 7 October 2017, 6:15 pm: “Still waiting for Dzulkifli of MACC to accept invitation personally explain at the “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptocrasi” rally in PJ on Oct. 14 what he had done to defend Malaysia’s reputation against being regarded worldwide as global kleptocracy as a result of 1MDB scandal” 
18. 8 October 2017, 6:58 am: “I have been in politics for 52 years and the thought of becoming Prime Minister of Malaysia had never entered my mind” 
19. 8 October 2017, 2:22 pm: “Call on all Malaysians regardless of race, religion or politics to attend the Pakatan Harapan rally “Sayangi Malaysia, Hapuskan kleptocrasi” in PJ to send a clear and unmistaken message to Najib and the world” 
20. 8 October 2017, 11:09 pm: “If Mahathir had given me RM1 billion bribe, I will give one million Malaysians earning below RM1,200 a month a donation of R1,000 each” 
21. 9 October 2017, 1:01 pm: “Can Puad Zarkashi of JASA which is nothing but a Special Affairs Department specializing in lies and black ops against DAP and PH reply rationally to former UMNO Secretary-General Sanusi Junid about me?” 
Bagaimanapun, rekod kenyataan media Lim Kit Siang ini, yang selalunya adalah berupa kritikan, desakan, cabaran atau jawapan kepada musuh-musuh politik beliau, khususnya UMNO/BN, tetapi juga PAS, terjejas teruk dalam 9 hari pertama di bulan November 2017 di mana beliau hanya mengeluarkan sebanyak 3 kenyataan media, atau purata sebanyak 0.3 kenyataan media setiap hari, sahaja. 
Senarai 3 kenyataan media yang Lim Kit Siang keluarkan dalam 9 hari pertama di bulan November 2017 adalah seperti berikut: 
1. 1 November 2017, 9:48 am: “Najib’s “mother of all budgets” delivering fake news”
2. 2 November 2017, 4:07 pm: “Was “the power of 1MDB scandal” at play when in Parliament yesterday former Second Finance Minister Husni transformed from a Najib critic on 1MDB to a Najib sycophant, talking about Najib’s legacy of “zero corruption” when everybody knows it is “global kleptocracy”?” 
3. 4 November 2017, 3:38 pm: “UMNO/BN government caught red-handed in trying to “steal” the 14GE by shifting 1,051 army voters to an uncompleted Segamat military camp” 
Dapat dilihat betapa, sejak petang 4 November 2017 sehingga petang ini, 9 November 2017, tiada satu pun kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang untuk mengkritik, mendesak, mencabar atau menjawab musuh-musuh politik beliau, khususnya UMNO/BN, tetapi juga PAS, walaupun isu yang boleh dicipta sentiasa ada, sehingga timbul banyak pertanyaan mengenai “kebisuan” beliau ini. 
Apakah Lim Kit Siang tidak merasa puas hati dengan prestasi Kerajaan Pulau Pinang dalam menguruskan banjir tetapi tidak mampu menyuarakannya kerana kerajaan ini adalah diketuai oleh anak beliau sendiri? Apakah beliau merasa bimbang kejadian dan pengurusan banjir ini akan membawa kekalahan kepada DAP di Pulau Pinang tetapi tidak mampu menyuarakannya kerana beliau adalah Penasihat DAP? 
Apakah Lim Kit Siang merasa malu untuk mengkritik, mendesak, mencabar atau menjawab musuh-musuh politik beliau di dalam suasana di mana Kerajaan Pulau Pinang mendambakan bantuan daripada mereka? Apakah beliau merasa bimbang jika beliau sendiri meminta bantuan, atau berterima kasih di atas bantuan, musuh-musuh politik beliau menangani banjir maka imej beliau akan terjejas? 
Kita lihat sahaja berapa lama Lim Kit Siang boleh “membisu”. – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 












































































Perihal WINS (Siri 6): Huraian 10 prinsip WINS

1. Pematuhan kepada syariat dan penyelesaian mengikut prinsip Islam.
Prinsip pertama ini boleh dianggap sebagai ibu bagi semua prinsip yang lain. WINS 2051 bakal menjadikan syariat sebagai panduan utama, sesuai dengan perjuangan PAS yang mempercayai hanya Islam sahaja yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara. 
Walaubagaimanapun ini tidak bermakna WINS 2051 bersifat tertutup dan tidak menerima sebarang idea selain apa yang diperkenalkan oleh tamadun Islam. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam, segala yang baik dari tamadun lain akan turut diambilkira. Kerana Islam mengajar bahawa kebijaksanaan itu adalah barang tercicir milik umat Islam. Di mana sahaja kebijaksanaan itu ditemui, maka orang Islamlah yang paling berhak untuk mengambilnya. 
2. Insan berkualiti merangkumi akal, rohani dan fizikal adalah aset terpenting negara.
Prinsip kedua ini tidak menganggap manusia sebagai modal untuk mencapai keuntungan material. Tetapi manusia adalah makhluk paling mulia, yang sepatutnya dibangunkan dan dijaga segala elemennya dari sudut mental, fizikal dan spiritual. Material sepatutnya menjadi alat untuk manusia, bukan manusia sebagai alat untuk material. 
Pembangunan insan menjadi misi utama WINS 2051. Mentaliti adalah elemen paling utama, justeru soal pendidikan dan budaya kajian ilmu akan menjadi tumpuan WINS 2051. Selain itu WINS 2051 turut menitik beratkan pembangunan fizikal melibatkan kesihatan jasmani. Sesuatu program tidak akan mengabaikan isu-isu kesihatan dan keselamatan samada kakitangan mahupun rakyat awam. Juga WINS 2051 
menumpukan pembangunan rohani. Ia adalah asas kepada nilai dan moraliti rakyat bagi mencerminkan sebuah masyarakat bertamadun. Aspek inilah yang paling penting dalam membezakan manusia dengan mana-mana makhluk yang lain. 
Sebenarnya, inilah juga konsep tamadun Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW, dan diteruskan oleh semua dinasti Islam selepasnya. Tidak ada makna jika pembangunan hanya dari sudut fizikal dan material, tetapi jiwa dan minda manusia masih berhambakan makhluk. 
3. Kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk semua lapisan rakyat. 
Melalui prinsip ketiga ini, barulah WINS 2051 menjelaskan tentang material sebagai sebahagian sumber untuk menjana pembangunan negara. Perkasa asas yang perlu difahami adalah kekayaan bukan milik ekslusif mana-mana pihak. Ia adalah milik semua lapisan rakyat. Kerajaan hanya bertindak sebagai fasilitator dan moderator untuk memastikan kekayaan negara tidak berlegar setakat lapisan bangsawan atau pihak tertentu sahaja. 
WINS 2051 memahami bahawa kekayaan dan hasil mahsul material adalah diciptakan oleh Allah untuk manusia. Justeru setiap yang bernama manusia berhak untuk menerimanya dengan adil. Namun begitu ia tetap perlu dikawal dan dijaga agar tidak berlaku salahguna dan pembaziran yang membawa kepada kerosakan di muka bumi.
4. Pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri dan rakyat/komuniti. 
Prinsip keempat ini merupakan terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang pernah diperkenalkan PAS kira-kira lima tahun lalu. Tanggungjawab untuk membangun dan menjaga negara tidak hanya terletak di bahu jentera kerajaan sahaja. Tetapi turut melibatkan setiap pihak sehingga ke peringkat akar umbi rakyat. 
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat yang sangat prihatin dan ringan tulang dalam membantu sesama mereka, bahkan amat sensitif dalam isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Sehingga ke hari ini sudah banyak institusi-institusi swasta yang bukan berasaskan keuntungan seperti NGO dan badan-badan kebajikan memainkan peranan membangunkan negara dan membantu rakyat dari segala segi. 
WINS 2051 menyedari perkara ini dan akan memperkasakan lagi aspek ini. Rakyat akan diberikan lebih autoriti untuk memainkan peranan, kerana rakyat sendiri lebih memahami keperluan mereka. Prinsip ini juga dapat memupuk rasa ke’kita’an dan Malaysia ini kepunyaan bersama, selain menjadikan rakyat lebih produktif dan ‘peduli ummah’. 
Satu lagi sudut yang perlu diperhatikan melalui prinsip ini adalah tanggungjawab antara kerajaan pusat dan negeri. Walaupun perlembagaan negara telah membahagikan bidang tugas antara pusat dan negeri, tetapi dari sudut tanggungjawab, keduanya memainkan peranan yang sama tanpa mengira perbezaan parti politik yang menerajui kerajaan tersebut. 
Prinsip ini mengambil contoh daripada kisah Iskandar Zulkarnain dari al-Quran. Baginda meminta rakyat untuk turut bekerjasama dengan tenteranya bagi membina tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj. 
5. Pengasingan antara kuasa Politik dan kuasa Ekonomi. Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, Perancang Program, dan Pemantau. Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan tanpa campur tangan kuasa politik.
Prinsip ini diletakkan kerana PAS menyedari punca kepincangan pembangunan ekonomi negara adalah kerana campurtangan orang politik terhadap perjalanan badan ekonomi. Segala polisi dan dasar ekonomi hanya cantik di atas kertas, tetapi gagal mencapai matlamat yamg digariskan kerana diganggu oleh orang-orang politik yang berkepentingan. 
WINS 2051 memperbetulkan gejala ini dengan menerapkan polisi pengasingan kuasa antara kedua kutub ini. Orang yang menjalankan perlaksanaan ekonomi akan dipilih dari kalangan mereka yang benar pakar dan berpengalaman dalam segala cabang ekonomi seperti ahli korporat, ahli akademik, ahli perniagaan, pakar kewangan, akauntan dan lain-lain. Selaras dengan idea kerajaan teknokrat yang digagaskan Presiden PAS. 
6. Pematuhan kepada Dasar Pemisahan kuasa Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judisiari tanpa ada campur tangan di antara satu sama lain. 
Doktrin pemisahan kuasa ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan sebagai konsep negara demokrasi moden. Malaysia juga salah sebuah negara yang menerima pakai sistem demokrasi terpimpin. Namun dari sudut realiti, masih banyak berlaku campur tangan antara ketiga-tiga badan ini menyebabkan keadilan tidak berjaya dicapai.
WINS 2051 akan mengembalikan kepatuhan negara kepada doktrin ini. Badan kehakiman bebas untuk mengheret sesiapa sahaja ke muka pengadilan tanpa memerlukan kebenaran daripada mana-mana badan lain. Badan eksekutif berhak menentukan kaedah perlaksanaan mereka dalam menjalankan tugas tanpa dipengaruhi kepentingan badan-badan lain. 
7. Menaiktaraf hidup golongan miskin & pengurangan kos sara hidup.
PAS menyedari jurang antara kaya dan miskin di dalam negara sangat lebar. Keghairan untuk mengejar status negara maju menyebabkan kepentingan untuk keseimbangan sosioekonomi rakyat terabai. Ketidakseimbangan ini secara tidak langsung mewujudkan suasana pemisahan antara rakyat ataupun kasta. 
WINS 2051 mahu meletakkan rakyat semua berada di darjat yang sama. Justeru program-program yang dirangka akan menekankan matlamat menaiktaraf hidup golongan bawahan dan miskin ke arah yang lebih baik. Antara yang dititik beratkan adalah isu kos sara hidup yang terlalu tinggi. Perkara ini mungkin tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan tinggi tetapi sangat menekan golongan miskin dan kurang berkemampuan. 
Perlu ditekankan, WINS 2051 tidak mengiktiraf sebarang sistem ekonomi samada kapitalis mahupun sosialis. Tetapi akan menggunakan sistem ekonomi Islam bagi menjayakan matlamatnya. 
8. Penstrukturan sistem percukaian berdasarkan sistem ekonomi Islam.
Negara moden sekarang menggunakan polisi fiskal dalam menentukan kadar cukai dan perbelanjaan negara. Namun mereka membelakangi prinsip-prinsip percukaian di dalam Islam. Perkara ini menyebabkan ekonomi negara tidak dapat dibangunkan sebagaimana yang diharap. 
WINS 2051 akan merombak sistem ekonomi negara yang sebelum ini berasaskan kepada konsep percukaian, kepada sistem ekonomi Islam yang tidak bergantung penuh kepada penentuan cukai. Cukai juga akan diskrukturkan semula supaya mematuhi syariat seperti cukai hanya dikutip daripada golongan berada, tidak melebihi kadar yang ditetapkan syarak dan juga dibelanjakan pada lapangan yang sepatutnya. 
9. Pembangunan negara berasaskan prinsip lestari dan mapan.
Dengan prinsip ini, WINS 2051 turut menitikberatkan soal pemeliharaan alam sekitar. Keghairahan mengejar pembangunan tidak harus mengenepikan aspek penjagaan sumber alam. Ia juga sebenarnya adalah tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi, bagi mengelakkan alam ini rosak dengan sebab tangan-tangan manusia itu sendiri. 
Kelestarian sumber alam adalah perlu bagi memasikan ianya kekal wujud untuk dimanfaatkan sepanjang masa. Sumber alam adalah sebaik-baik produk untuk dimanfaatkan manusia kerana ia adalah ciptaan langsung dari Allah SWT. Kegagalan memelihara kelestarian ini akan turut menambah bebanan negara dalam kos penyelenggaraan pembangunan sedia ada. 
WINS 2051 mengambil kira program Sustainable Development Goals (SDG) yang diperkenalkan oleh United Nation Development Programme dalam prinsip kelestarian ini. Walaupun terdapat beberapa sasaran SDG yang perlu disemak kembali, tetapi ada beberapa perkara yang menepati konsep kelestarian ajaran Islam. Antaranya ialah kebersihan air, kepenggunaan dan penghasilan berhemah, kecermatan dalam guna tenaga, kepedulian terhadap perubahan iklim serta kecaknaan terhadap hidupan laut dan juga hidupan darat. 
10. Kehidupan beragama sebagai asas kestabilan dan keharmonian antara kaum.
Prinsip terakhir WINS 2051 bagi menjamin kesejahteraan negara adalah supaya semua rakyat hidup berasaskan fitrah manusiawi yang tulen. Yang paling utama adalah kepercayaan kepada agama dan tuhan, selari dengan rukun negara yang pertama. 
Ia tidak bermakna semua rakyat dipaksa untuk menganut agama Islam, kerana ajaran Islam memberi kebebasan untuk manusia memilih agama masing-masing. WINS 2051 lebih menekankan supaya walau apa agama sekalipun mereka anuti, mereka hendaklah mematuhi ajaran agama masing-masing. 
PAS percaya walaupun Islam hanya satu-satunya agama yang diterima oleh Allah, tetapi semua agama lain bermatlamatkan kepada pembinaan nilai dan moral manusia mengikut kepercayaan masing-masing. Kebebasan mengikut agama masing-masing secara sempurna perlu ditekankan. Manusia yang bermoral dan tinggi nilainya akan menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. Mereka yang percaya kepada kuasa tuhan dan balasan syurga neraka akan menjadi lebih baik secara moralnya berbanding mereka yang tidak bertuhan/atheis. 
Sementelah Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang berbilang kaum serta agama, perihal agama dan budaya menjadi satu perkara yang amat sensitif dan perlu dipelihara supaya harmoni. Ia adalah langkah awal supaya rakyat boleh merasa tenteram berada di bawah sistem pemerintahan Islam, sebelum mereka beralih untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam lagi. 
Tetapi ia tetap berpaksikan kepada peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedudukan Islam berbanding agama lain di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati kerana ia adalah anutan majoriti rakyat. Tetapi agama lain juga bebas untuk diamalkan selagi tidak menggugat kedudukan Islam. 
Selepas ini, akan dijelaskan pula perancangan WINS 2051 secara lebih terperinci pada fasa satu. Bermula dengan mengenalpasti segmen-segmen yang menjadi teras utama negara, diikuti pendedahan terhadap masalah utama seterusnya cadangan bagi setiap persalahan tersebut melalui program-program yang diatur. Petunjuk penilaian prestasi (KPI) akan diletakkan bagi setiap program bagi mencapai kunci capaian yang telah disusun sepanjang tempoh fasa tersebut, supaya matlamat Transformasi Negara Sejahtera berjaya dicapai di akhirnya. - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 














































































Banjir di Pulau Pinang: Tegurlah dan bantulah

MENEGUR dan mengkritik adalah satu keperluan. Agama adalah nasihat. Ia perlu sebagai muhasabah kepada manusia yang sering lalai. 
Namun jangan ada dalam hati perasaan "padan muka kau" semasa menegur. Yang ditegur pula perlu berlapang dada. Jangan anggap orang menegur itu berniat buruk kepada kita. 
Orang yang ikhlas menegur adalah yang tetap akan menghulur bantuan jika yang ditegur itu dalam kesusahan. Bukan hanya tahu mencari salah tetapi juga membantu mereka keluar dari masalah. 
Contohnya, apabila seorang lelaki yang sedang melakukan maksiat, tiba-tiba kemalangan di hadapan kita. Sebagai muslim, wajib bantu dia. Tetapi dia juga perlu diingatkan bahawa mungkin kemalangan itu adalah teguran daripada Allah, supaya beliau sedar dan takutkan Allah. 
Dalam keadaan susah itulah, manusia lebih cepat sedar berbanding sewaktu mereka bersenang-lenang. Ditambah dengan bantuan kebajikan yang dihulur, semakin mudah untuk menyentuh hati mereka. Kedua peluang ini harus diambil. 
Jom ke Penang. Hulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir. Jangan pilih bulu. Jangan kenang kisah lalu. 
Ketepikan perbezaan bangsa, kaum, agama atau pandangan. Letakkan insaniah di hadapan. Walau kebanyakan mereka cina. Walau mereka non muslim. Walau ada yang pernah menentang Islam. Walau ada yang bermusuh dengan kita sampai sekarang. 
Tapi mereka tetap manusia yang berhak untuk terus mengecap ehsan tuhan. – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD- 5-11-2017 


PAN Berkubur selepas PRU-14 Nanti
Posted on Friday, November 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36393



PAN dijangka berkubur selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan parti serpihan itu tidak mendapat sokongan rakyat khususnya di Kelantan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAN yang mensasarkan untuk bertanding 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini perlu sedar bahawa mereka bukan sahaja kekurangan calon malah sehingga kini masih tidak berupaya membentuk cawangan di kawasan-kawasan tertentu.

Malah beliau juga percaya, Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak akan memberi kerusi mereka kepada parti kecil seperti PAN dalam pilihan raya akan datang.

“Kita yakin Pakatan Harapan tidak akan beri kerusi pada PAN. Dia (PAN) hendak bertanding kerusi siapa, dan tidak mustahil bakal berlaku perebutan kerusi sesama sendiri selepas ini.

“Jadi PAN perlu sedar dan melupakan niat untuk menggantikan PAS mentadbir Kelantan. PAN hanya menjadi pekakas DAP, ikut apa DAP buat, hendak ganti PAS bagaimana?,” katanya ketika menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa di Kampung Hujung Tanjung Pengkalan Chepa pada Rabu.

Sementara itu, Mohd. Amar turut membidas Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berikutan tindakan beliau yang berterusan menyerang parti itu khususnya berkaitan isu Wisma Tok Guru dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Katanya yang juga Timbalan Menteri Besar, serangan demi serangan oleh Husam itu dilihat sebagai langkah terdesak untuk meneruskan kesinambungan politiknya yang semakin suram.

“PAS yakin habis PRU-14 ini, kita boleh tengok karier politiknya (Husam) juga bakal berakhir. Apabila sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Sumber TKO - 3-11-2017

Mahathir dalam tekanan kerana Mahathir dalam tekanan kerana kezalimannya: Zuhdi
Posted on Friday, November 03 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36403



SHAH ALAM - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan beliau kini berada dalam tekanan politik.


Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana satu persatu kezaliman ketika era diktator beliau terbongkar pada hari ini.

“Kita tidak boleh membayangkan apa racauan dia jika Bersatu kalah dalam PRU14 nanti. 20 perkara yang disebut dalam kenyataan beliau itu bercanggah antara satu lain, sehingga boleh menggambarkan rasa tertekannya atau kekuatan intelektual semakin lemah.

"Sebagai contoh beliau menuduh Abdul Hadi memecah orang Islam dalam kenyataan tersebut, di kenyataan-kenyataan yang lain dia tidak senang dengan kerjasama (taawun) baik antara Pas dan Umno hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahathir menerusi blognya kelmarin memberi respons terhadap seruan Abdul Hadi supaya beliau bertaubat atas kesalahannya sepanjang mentadbir negara ini dengan mengatakan Presiden Pas itu sepatutnya bertaubat kerana memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

Mahathir sekali lagi membangkitkan kontroversi Amanat Hadi yang menurutnya menjadi punca utama perpecahan itu di Malaysia dan kesannya masih terasa sehingga kini.

Beliau mendakwa, Abdul Hadi mengkafirkan orang Islam di negara ini dan kerana mengkafirkan pemerintah, empat anggota polis dibunuh pengikut Ibrahim Libya kerana mereka percaya sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas polis adalah syahid.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, penentangan Mahathir terhadap kerjasama Pas dan Umno dalam perkara maaruf hari ini, menunjukkan beliau sendiri sebenarnya menyeru kepada perpecahan.

“Dalam sejarah politik negara ini, Mahathir berseteru dengan semua orang tidak kira Pas atau Umno.

"Antara seteru Mahathir ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Lebih daripada itu, Mahathir berseteru juga dengan Raja-Raja Melayu, hakim-hakim dan mufti-mufti. Dari kalangan pimpinan Pas beliau berseteru dengan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Allahyarham Yusof Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan lain-lain. Jadi beliau adalah individu yang bermusuh dengan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya,” katanya.

Justeru katanya, seruan supaya Mahathir bertaubat itu adalah tepat.

“Malah saya menyarankan Mahathir supaya menunaikan hasrat dia sewaktu nak bersara dari politik tahun 2003, iaitu beliau berhasrat untuk menghabiskan hari-hari tua di masjid.


  “Jadi sebagai tambahan kepada saranan bertaubat itu, saya sarankan juga Mahathir supaya habis banyak masanya di masjid sebagaimana disebut dahulu,” katanya.

Sumber TKO - 3-11-2017



















































































Apabila DAP pun sangsi pada Dr Mahathir


NAMA YB Teh Yee Cheu hari ini semakin menjadi sebutan. Ini ekoran tindakan Adun DAP Tanjung Bungah itu yang mahu meninggalkan DAP berikutan kes tanah runtuh di Pulau Pinang baru-baru ini selain tidak lagi sehaluan dengan pimpinan DAP negeri.
Hari ini dalam akhbar NST dan The Star, Teh mendedahkan satu lagi faktor penyumbang ke arah keputusannya meninggalkan DAP. 
Kata beliau kehadiran Tun Dr Mahathir dalam PH tidak dapat diterimanya.
Tun kata beliau adalah punca kepada pelbagai masalah yang melanda negara dan rakyat hari ini. 
Tanpa memohon maaf atas kesalahannya yang lampau tambah Teh, Tun datang dan kini memimpin PH. 
Tun sebenarnya bukan peduli sangat pada pembangkang tetapi beliau mahu memperkudakannya. 
Beliau turut mempertikaikan ideologi parti Bersatu atau PPBM pimpinan Tun. Apa ideologi mereka sebenarnya? 
Yang jelas perjuangan Tun semata-mata untuk menjatuhkan seseorang dari jawatannya itu sahaja. 
Kalau sesiapa sahaja di luar PH mengeluarkan kenyataan seumpama ini, pasti ia dikilas dan dipertikai juak-juak PH. Nah sekarang yang berkata demikian adalah ADUN DAP yang partinya merupakan komponan PH. 
DAP pun sebenarnya sangsi dengan kejujuran dan ketulusan Tun, tetapi masalahnya mereka juga mahu memperkudakan Tun untuk kononnya memenangi undi Melayu.
Masing- masing kuda memperkuda. 
Sia-sialah ahli dan penyokong di bawah yang tidak sedar-sedar. – HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 






















































































Islam memimpin perubahan

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
Oleh : Mohd Adlan Mokhtaruddin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا * لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا * وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا * هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
1 - Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. 2 - Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukum-Nya). 3 - Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 4 - (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia-lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[al-Fath 1 - 4]
Fathu Makkah dan Penaklukan Kota Parsi
Islam membuka lembaran baru apabila berjaya menguasai kembali Kota Makkah dalam peristiwa Fathu Makkah yang masyhur. Ia bukan setakat mengembalikan maruah umat Islam di Makkah tetapi menambah kegerunan musuh di sekelilingnya di atas kejayaan yang tidak diduga. Kesabaran dan kecekalan Nabi dan para Sahabat sepanjang mereka diuji dahulu, kini diubati dengan kemenangan bergaya dan aman damai. Ia juga menjadi bukti bahawa Islam bukan setakat amalan di hati dan sendirian, bahkan hingga ke peringkat mentadbir dan memimpin manusia ke jalan Allah melalui pemerintahan.
Janji Rasul Itu Pasti
Sewaktu hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah bersama Abu Bakar, Baginda dikejar oleh seorang penunggang kuda handalan yang diupah oleh pemuka Quraisy untuk membunuhnya. Dalam usahanya mengejar Baginda, beberapa kali kudanya terjerumus ke dalam pasir dan dia terjatuh dari kudanya hinggalah berputus asa dan menyerah diri.
Ketika itulah Nabi menyebutkan padanya, "Bagaimana kelak kau akan memakai pakaian kebesaran daripada Kerajaan Kisra wahai Suraqah?”
Suraqah bin Malik menyatakan ke-Islamannya ketika Fathu Makkah. Ia mengikuti setiap peperangan sehingga kewafatan Baginda S.A.W. Kemudian meneruskan perjuangannya pada zaman Abu Bakar dan Umar Al Khattab. Allah mengizinkan Kota Parsi ditawan pada zaman Umar Al Khattab dan ketika itulah dipakaikan pada Suraqah pakaian kebesaran Kerajaan Kisra!
Meyakini bahawa janji Allah dan Rasul itu pasti adalah aqidah yang mesti disemai dalam diri para pejuang. Dalam suasana politik hari ini yang cacamerba, selayaknya kita juga meyakini hanya Islam sahajalah mampu melakukan perubahan.
Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
Melihat kemenangan Islam bukan hanya dengan berpeluk tubuh dan mengkritik daripada bilik penghawa dingin. Ia memerlukan dokongan penuh dalam aspek keyakinan, juga dalam bentuk gerak kerja dan praktikal. Daripada keyakinan ini PAS mengorak langkah di bawah Gagasan Sejahtera menawarkan produk baru yang digerakkan di bawah slogan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Mengapa BPMS?
Umum mengetahui musuh politik kita Umno-BN mempelopori sistem Politik Konvensional yang diimport daripada penjajah sejak merdeka hingga ke hari ini. Pendekatan politik yang dilihat ketinggalan zaman ini menyebabkan masyarakat sudah bosan dan lali dengan apa jua kempen dan pendekatan yang dibuat.
Masyarakat semakin hilang kepercayaan bukan sahaja terhadap pemerintah, bahkan kepada semua parti politik apabila parti pembangkang juga tidak konsisten dalam membawa masalah rakyat. pemerintah dan pembangkang hanya dilihat bermain politik untuk kuasa bukan demi rakyat. Jika suasana ini berterusan sampai bila-bila masyarakat akan malas untuk keluar mengundi dan hilang rasa tanggungjawab kepada negara kerana tidak membuahkan sebarang hasil.
WINS dan BPMS menjadi satu kayu ukur bahawa PAS konsisten melawan pemerintah, bahkan melawan sesiapa sahaja yang tidak mengikuti lunas Islam. Jiwa besar PAS adalah untuk menyelesaikan kemelut rakyat dengan penyelesaian yang serius bukan sekadar menjuarai isu dan gimik. Jalan keluar daripada suasana ini hanya kembali kepada politik Islam yang sebenar.
Mencari Jalan Keluar
BPMS diperkenalkan untuk mengajak rakyat meyakini bahawa pasti akan ada jalan keluar dalam kelemut hari ini. Di mana jalan keluar itu adalah ISLAM! PAS menggagaskan suatu budaya baru yang telah dilakukan oleh Baginda S.A.W 1400 tahun yang lalu iaitu Budaya Politik melalui Al Quran dan Sunnah; diperkenalkan melalui BPMS oleh PAS pada hari ini.
Budaya Politik baru ini mestilah difahami oleh ahli sebaiknya supaya kita tidak terikut dengan rentak politik yang semakin tidak mendidik rakyat, sebaliknya politik hari ini adalah politik dendam. 
Secara asasnya BPMS bermaksud :
Komponen pertama, 'Matang' merujuk kepada proses. Ia menekankan kepada proses yang berlandaskan kepada pemikiran yang masak berpandukan kepada data dan hujan bagi semua pihak. Khasnya parti-parti politik dan rakyat membuat penilaian, menentukan sikap dan tindakan terhadap sesuatu isu yang timbul di negara ini.
Komponen kedua, 'Sejahtera' pula merujuk kepada natijah atau matlamat kepada semua tindakan politik oleh mana-mana pihak. Iaitu semuanya mestilah ke arah membawa kesejahteraan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.
BPMS menjadi sebuah gagasan baru yang diketengahkan ke dalam masyarakat agar semua pihak menghayati budak berpolitik yang tidak berpaksikan pengeseran. Tetapi berpaksikan perlumbaan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Budaya Politik Matang dan Sejahtera merangkumi tujuh (7) tunjang berikut :
1. Politik bertunjangkan prinsip
2. Politik dakwah & Amar ma'ruf nahi munkar
3. Politik Penyelesaian Berasaskan Islam
4. Politik Utamakan Rakyat
5. Politik Damai dan Diplomasi.
8. Politik benar bukan persepsi
7. Politik rasional dan profesional
Jihad paling afdhal melawan pemerintah?
Memahami hadis Nabi S.A.W bukan semata-mata pada literal hadis, bahkan mesti dibaca mengikut keperluan dan realiti semasa. Menentang kezaliman pemerintah memerlukan suatu tindakan bersepadu dan tidak sembrono. Ada feqahnya untuk menegur pemerintah. Hanya mengambil contoh ulama yang dipenjarakan untuk meletakkan kita dalam kandang penjara juga tidak menjadikan kita mengikut jalan ulama. 
Pembudayaan Ilmu
Posisi yang mesti diperkasa oleh ahli PAS ialah terus membudayakan ilmu dalam kalangan sesama ahli. Ini penting supaya kita memimpin dengan ilmu bukan dengan semangat yang tidak berpanjangan. Hanya dengan kefahaman yang sahih menjadikan kita mampu beristiqamah. Ahli PAS wajib meningkatkan kualiti ilmu dan kefahaman agama.
Membudayakan ilmu bermaksud mengembalikan ahli kepada sumber utama kita iatu Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Mengetahui isu setempat, seterusnya isu negara dan antarabangsa yang mampu dikaitkan dengan perjuangan para Nabi dan Sahabat R.A. Semua ini memerlukan kepada para nuqaba' yang kompeten dan celik perkembangan semasa secara mendasar, bukan melalui bacaan media yang pincang.
Kita khuatir ada kalangan ahli yang celik isu semasa, tetapi gagal dalam mengaitkannya dengan politik Islam, begitu juga kalangan ahli yang memahami Al Quran, tetapi gagal mengaitkannya dengan isu semasa. Bahkan kita khuatir aktiviti parti dijalankan dengan membawa imej Islam, tetapi kita jauh dari manhaj Islam sebenar maka lahirlah 'Dakwah Pop', 'Zumba Syar`ie', 'Badut Islamik' dan lain-lain.
Bersendiri Namun Berprinsip
Bersendirian menghadapi musuh yang ramai mengingatkan kita akan peristiwa Ahzab. Semua mengepung Islam dan Baginda S.A.W bermatian melawan hingga diberikan jalannya oleh Allah. PAS dengan Gagasan Sejahtera tidak menjadikan kita takut, bahkan sepatutnya bertambah yakin bahawa kita mampu mendapat kemenangan tetapi mesti memenuhi syarat-syarat kemenangan. 
Gagasan Sejahtera bukan mengajak kita berbangga dengan ahli yang ramai, namun menginsafi bahawa kemenangan adalah dengan prinsip yang ampuh terhadap Al Quran dan Sunnah untuk mendepani cabaran semasa. Meninggalkan keduanya bererti kita menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan seterusnya melewatkan lagi kemenangan Islam.
Sumber HD- 31-10-2017 
























































































Bekas Pengerusi SPR ramal PAS menang 35 parlimen?


MENARIK juga bila memikirkan ramalan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal menjelang.
Kata beliau dua tahun lalu, kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan gagal membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan PAS, yang dijangka memenangi 35 kerusi Parlimen, akan menjadi king-maker yang bakal menentukan siapakah di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang akan membentuk kerajaan. 
Kita lihat saja apakah ramalan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kemudiannya menjadi Naib Presiden PPBM, satu komponen Pakatan Harapan, akan menjadi kenyataan. 
Transkripsi ucapan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Kedah, pada 18 November 2015: “You see, kalau proportional system dah terbang dah government ni, because they got only 48%, the votes, opposition got 52%, baru ni (Pilihan Raya Umum Ke-13) lah. And current election, saya punya prediction, they (Barisan Nasional) are going to get about 38% of popular votes. Kalau proportional system dipakai, the coming election, saya punya kira-kiralah, ni saya punya sendirilah ni, tak semestinya betul tapi biasanya betul kira-kira saya, 38% Barisan Nasional will get. There will be a hung government in the coming election, tak dak siapa boleh tubuh kerajaan. Ingat apa yang saya kata, you orang muda semua, saya mungkin dah mati, tak tahulah, tapi tak semestinya orang tua mati dulu, orang muda mati dulu pun ada. So there will be a hung government. There will be one party yang akan jadi, apa dia, king-maker. You watch what I said: There will be one party that will be the king-maker. Kalau you nak tanya siapa, parti mana, sebab tu kalau katakan nak masuk parti masuk parti tu lah, dia king-maker. Dia tak jadi government parti ni, tapi king-maker means they are part of the government, parti PAS. Ingat apa saya kata tu ya, nanti pilihan raya nanti parti PAS jadi king-maker, they will decide siapa akan jadi kerajaan. Barisan Nasional tak akan jadi kerajaan atas kekuatan dia sendiri. Opposition ni, apa dia panggil, parti rakyat, Pakatan Rakyat, Harapan (AMANAH) is part of that lah, they split from PAS. Pakatan Rakyat ni PKR, DAP dan Harapan (AMANAH) lah, so they cannot form the government, because Harapan (AMANAH) cannot carry the flag like PAS. Harapan (AMANAH) jadi Harapan (AMANAH) saja lah, tinggal Harapan (AMANAH) saja lah, but they will get some seats. Saya nak lari sikit ya, orang muda-muda ni. The coming election, kita ada 142 seats in rural areas, Barisan Nasional dapat 87 sekarang, PAS (akan) dapat 30 lebih, all these in rural areas, 142 kerusi, rural area. Kemudian yang penting sekali yang menentukan siapa akan jadi kerajaan ialah marginal area. Tahu apa marginal area? Dari segi politik, racial, marginal maknanya sama banyak Melayu dan bukan Melayu, lebih kurang sama banyak, ada 55 kerusi yang jenis ini. Ini pinggir bandar, keliling bandar, Melayu ada 49% bukan Melayu ada 51%, something like that, or Melayu ada 51% bukan Melayu ada 49%, ini yang akan menentukan siapa jadi kerajaan, kalau dia boleh menguasai, tapi tak siapa akan boleh menguasai. Mungkin parti Harapan (AMANAH) sebab dia akan dapat replace PAS getting the Chinese votes. In these areas they may, if they are given seats in these areas, they will win, some seats lah, out of 55, ya. PAS will win a lot of seats. Saya predict PAS akan menang 35 kerusi.” – HARAKAHDAILY 30/10/2017
Sumber HD - 30-10-2017 


























































































Bila Peguam PAN hentam agamawan


SESIAPA yang mengamati peguam PAN sekarang berbahas di Parlimen baru-baru ini, pastinya anda akan perasan beliau menggunakan hadis Nabi untuk berhujah menghentam institusi agama terutama ulama. Beliau menghentam agamawan yang tidak menjalankan tugas menegur pemimpin yang zalim ataupun bersekongkol dengan kezaliman mereka.
Tidak dinafikan memang di akhir zaman ini akan muncul agamawan yang disebut oleh Nabi S.A.W sebagai ulama suk. Mereka persis ahli kitab Bani Israel yang bertugas sebagai pengampu dan membenarkan semua tindakan pemimpin. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan mereka wujud di setiap belahan dunia. Di Indonesia, Rusia, Saudi, Qatar, Syria, bahkan Mesir atau secara lebih tepat sebahagian masyaikh Azhar turut berperangai sebegitu.
Jika kita membaca sejarah Bani Israel, pemerintah sememangnya hebat dalam membeli agamawan dengan mata dunia, supaya mereka tidak menentang pemerintah dan menjadi benteng untuk mempertahankan tindak-tanduk pemerintah dengan memutar belitkan nas agama. Akan ada agamawan yang tertewas dengan sogokan pemerintah.
Namun ia tidak boleh sama sekali meletakkan semua agamawan dalam satu bakul yang sama. Kerana bukan semua terpedaya dengan pemerintah. Tidak bersama dengan pihak lain yang turut menentang pemerintah tidak bermaksud bersekongkol dengan pemerintah. Dunia bukan cuma punya hitam dan putih.
Saya fikir peguam PAN sekarang menunjukkan perkara ini kepada PAS. Jika dilihat melalui muk abukunya, siang malam pagi petang postingnya hanya menunjukkan kepada PAS. Sementelah hari ini PAS menggunakan pendekatan BPMS yang berbeza dengan pendekatan politik konvensional, kerjasama PAS dengan kerajaan atas isu RUU355, Rohingya, G2G Kelantan-Pusat, diikuti kenyataan Presiden PAS yang bersedia menasihat kerajaan, makin galaklah tuduhan PAS sudah bersekongkol dengan kerajaan.
Sebelum pergi lebih jauh, mari sama-sama kita amati nas hadis yang dipetik oleh peguam PAN sekarang itu. Sabda Rasulullah S.A.W:
افضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
"Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di sisi pemimpin yang zalim."
[HR Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah]
Daripada hadis ini, kita perlu memahami fiqh menghadapi pemerintah zalim. Ia tidak semudah membaca satu hadis dan terus menginterpretasikan mengikut kefahaman akal sendiri. Ia mesti dibaca bersekali dengan semua nas-nas lain yang berkaitan. Sebagai contoh, hadis Nabi S.A.W:
سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام أمام سلطان جائر فأمره ونهاه قتله
"Penghulu para syuhada' adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan lelaki yang berdiri di hadapan sultan yang zalim, lalu dia menyeru kebaikan dan menegah kemungkaran, maka dia dibunuh."
[HR Al-Hakim & At-Thabrani]
Kedua hadis ini menunjukkan kelebihan jihad menegur pemimpin yang zalim. Berkata benar di sisi pemimpin adalah sebaik-baik jihad. Lebih baik dari jihad mengangkat senjata. Lebih baik dari jihad peperangan. Lebih baik dari segala bentuk jihad. Perkara yang harus difahami oleh mereka yang berminda radikal atau revolusioner.
Jangan terlajak menentang pemerintah zalim sehingga menghalalkan segala tindakan-tindakan yang boleh meletakkan negara dalam huru-hara. Hatta jika pemerintah mengambil tindakan keras terhadap kita, ia tidak bermakna kita boleh mengisytiharkan perang atau mengangkat senjata. Biar kita dibunuh kerana melaksanakan amar makruf terhadap mereka, itu adalah sebaik-baik syahid, daripada mengajak rakyat mencetuskan rusuhan.
Hadis yang dipetik di atas juga menunjukkan kedudukan pihak yang menegur pemerintah itu. Mereka mendatangi atau berada di sisi pemerintah. Bermakna mereka mendekati pemerintah untuk menyampaikan teguran dan amar makruf nahi munkar. Mereka tidak menjauhkan diri dari pemerintah. Tidak memencilkan diri dari kerajaan. Jika tidak, bagaimana teguran akan sampai?
Di dalam syariat Islam digariskan secara terperinci adab-adab untuk menegur. Juga tentang tata cara amar maaruf nahi munkar. Secara lebih khusus, dihuraikan juga mengenai cara menasihati pemerintah yang berbeza dengan orang biasa. Semua ini perlu dibaca secara menyeluruh dengan mu'tadil, tanpa ifrat dan tafrit.
Meniti di atas garisan syarak yang halus inilah, PAS memperkenalkan BPMS. Dasar PAS adalah Islam. PAS tidak mahu terikut dengan barat yang sering mempergunakan umat Islam untuk menjayakan agenda-agenda mereka. Wahana Color Revolution yang melanda dunia hari ini contohnya adalah pembawaan terbaru Barat untuk terus mengekalkan pengaruh mereka di peringkat global. Umat Islam perlu berwaspada dengan perkara ini.
Atas dasar inilah PAS berani tegaskan, jika kedaulatan negara terancam, PAS akan bersama pemerintah berjuang untuk mempertahankan kedaulata negara. Pun begitu, BPMS tidak sekali-kali bermaksud PAS bersekongkol dengan pemerintah dari semua segi.
Sehingga ke hari ini, PAS menentang keras cukai GST. Setiap tahun muktamar Dewan Ulamak PAS mempertegaskan GST adalah cukai yang haram. PAS juga menegur tentang amalan ekonomi riba. PAS membantah festival arak di ibu kota sehingga akhirnya dibatalkan. Kini PAS bersama PPIM menentang kedajalan gangster yang dilindungi pihak berkuasa.
Namun, pendekatan Islam terhadap pemerintah sering dimanipulasi pihak berkepentingan demi mencapaikan matlamat masing-masing. Satu golongan memanipulasi nas berkaitan menentang kezaliman untuk menghalalkan segala bentuk penentangan dan tindakan terhadap pemerintah, sehingga sanggup menerima pertolongan dari musuh Islam dan kuasa asing.
Di pihak pemerintah pula, memanipulasi nas berkaitan taat dan wala', untuk terus mengekalkan sokongan umat Islam terhadap mereka. Sehingga Perdana Menteri yang dikenali bukan seorang agamawan, boleh mengeluarkan buku bertajuk Fiqh Wala' dan Taat.
Kesimpulannya, perlu ada wacana khusus tentang 'Fiqh Berhadapan Pemerintah'. Tidak cukup dengan 'Fiqh Jihad', 'Fiqh Siasah' dan 'Fiqh Dakwah' semata-mata. Alangkah baik jika Dewan Ulamak mengadakan munaqasyah atau seminar berkait perkara-perkara ini, menjemput semua pihak tidak kira daripada anggota PAS mahupun pihak luar. Akhirnya segala hasil perbincangan didokumentasikan dalam bentuk buku untuk dimanfaatkan semua pihak, terutama agamawan.
9 Safar 1439
29 Oktober 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD- 29-10-2017 

























































































































































































Perihal WINS 2051: Kenapa 2018? Kenapa 2051? (Siri 5)

 

1. Bagi menjayakan agenda WINS 2051, pihak sekretariat menetapkan tempoh secara berperingkat sehingga tahun 2051. Ia dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama bermula 2018 sehingga 2030. Fasa kedua bermula pada 2031 sehingga 2040. Manakala fasa ketiga pula bermula pada tahun 2041 sehingga 2051.
2. Fasa pertama menekankan aspek pemulihan negara yang kini berhadapan dengan berbagai masalah. Peringkat ini dikira sebagai tempoh transisi daripada sistem dan budaya politik dan pentadbiran yang ada kepada yang baru berteraskan solusi Islam. Dalam tempoh ini, WINS 2051 akan menjayakan agenda Dokumen Hijau dalam bidang ekonomi, dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dari segi politik.
Selain itu program-program dan produk dari bidang lain akan terus dikeluarkan dari semasa ke semasa merangkumi aspek kesihatan, keselamatan, pertanian, infraskruktur, urus-tadbir, sosio-budaya dan sebagainya. Dijangka pada tahun 2030, Malaysia akan berjaya mencapai matlamat fasa pertama iaitu Transformasi Negara Sejahtera.
3. Bermula tahun 2031, WINS 2051 mengorak langkah ke hadapan dalam fokus membangunkan Malaysia menuju kepada Negara Sejahtera. Kenapa Negara Sejahtera? Kerana sejahtera merupakan salah satu definisi Islam sendiri. Kesejahteraan yang akan dibawa pada fasa ini adalah berteraskan 'kemajuan' dan 'kemakmuran'.
4. Fasa kedua ini sememangnya mahu membawa Malaysia dari status negara membangun kepada negara maju. Namun maju yang dimaksudkan adalah sama sekali berbeza dengan definisi konvensional yang mementingkan aspek material semata-mata. Kemajuan yang dicitakan WINS 2051 adalah selari antara material, mental dan spiritual. Kemajuan yang bersuluhkan visi akhirat, tidak terbatas setakat kemajuan duniawi sahaja.
5. WINS 2051 menambah satu lagi aspek negara sejahtera yang dicita-citakan iaitu kemakmuran (prosperous). Ini kerana kemajuan yang difahami ramai hari ini hanya menitik beratkan soal pendapatan dan ekonomi sahaja. Negara makmur bermaksud jurang pendapatan antara rakyat tidak ketara, rasa tenteram dan tiada kebimbangan dalam menjalani kehidupan seharian, keseimbangan eko-sistem, keadilan dalam perbezaan fitrah dan seumpamanya. Pencapaian material dianggap hanya alat bagi mencapai kehidupan makmur, dan bukan semua perkara bergantung kepada material.
6. Fasa kedua mengambil masa 10 tahun sehingga 2040. Tempohnya lebih singkat daripada fasa pertama yang memakan masa kira-kira 13 tahun, kerana mengambil contoh daripada agenda sosio-politik yang dimainkan oleh Rasulullah SAW. Sirah baginda memakan masa yang lebih lama di Mekah iaitu selama 13 tahun bagi membaiki sistem jahiliah yang lama mempengaruhi masyarakat, berbanding cuma 10 tahun di Madinah untuk memakmurkan sebuah kerajaan berdaulat.
7. Fasa ketiga akan bermula selepas itu iaitu pada tahun 2041 hinggalah ke akhirnya iaitu 2051. Tempoh ini dinamakan sebagai 'Malaysia Memimpin' dengan membawa model pentadbiran Malaysia kepada dunia luar untuk dicontohi. Pada tempoh ini, proses Kajian dan Pembangunan (RnD) terus berjalan dalam memastikan Malaysia terus kekal dengan status Negara Sejahtera, tetapi dalam waktu yang sama turut membantu negara-negara lain mengecap kemajuan yang sama-sama dicitai.
8. Fokus utama Malaysia Memimpin adalah kepada negara-negara OIC dan negara-negara membangun yang lain. Hal ini berbalik kepada kefahaman tentang prinsip agama Islam sendiri yang tidak mengenal sempadan negara bangsa atau geografi. Seluruh manusia adalah makhluk Allah yang terbaik, manakala orang beriman semuanya bersaudara. PSelain itu dengan melebarluaskan jaringan negara ia juga akan mempercambahkan lagi kemajuan Malaysia kerana Allah SWT telah menetapkan setiap bangsa itu memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri, dan perlu hidup secara integrasi dan bantu-membantu.
9. Mungkin ramai bertanya kenapa memilih tahun 2051? Adakah kerana reaksi terhadap Transformasi Negara 2050 (TN50) yang diperkenalkan kerajaan? Jawapannya bukan kerana mana-mana pihak. Tetapi mengambil sempena 100 tahun penubuhan PAS iaitu 1951. Tahun tersebut bermulanya PAS meletakkan tujuan penubuhan iaitu tertegaknya sebuah masyarakat dan pemerintahan yang mengamalkan nilai-nilai dan hukum Islam, bermatlamatkan redha Allah SWT. Perjuangan PAS adalah bersifat rabbani dan universal, bukan untuk menjayakan matlamat politik sempit pihak tertentu.
Bermula penubuhan PAS, sudah banyak perkara yang dilakukan oleh PAS memberi lesan secara tidak langsung kepada negara dan rakyat sehingga ke hari ini. Sebelum negara mencapai kemerdekaan hingga saat ini, terlalu banyak sumbangan PAS dalam pelbagai aspek yang meletakkan Malaysia setaraf hari ini. Justeru ia amat signifikan untuk dihayati oleh seluruh pelusuk negara.
10. WINS 2051 akan bermula pada tahun hadapan iaitu 2018. Mengikut jangkaan, PRU14 akan diadakan awal tahun hadapan. PAS yakin akan mencapai matlamat untuk menjadi king-maker selepas pilihanraya nanti. Justeru PAS sudah menyiapkan pelan tindakan awal-awal yang akan bermula sebaik sahaja terbentuk pentadbiran negara yang baru.
Namun jika ditakdirkan PAS tidak berjaya mencapai objektif dalam PRU14 ini, ia tidak bermakna WINS 2051 akan disimpan begitu sahaja atau dianjak masa yang lain. WINS 2051 akan terus dijayakan dengan ruang yang ada. PAS sentiasa bersedia menjadi penasihat dan perunding bagi kerajaan yang bakal dipilih nanti sebagai yang sudah dinyatakan oleh Presiden PAS sebelum ini. Tanpa mengira siapa pun yang naik, PAS akan menghormati The Government of The Day yang dipilih secara sah oleh rakyat. Walaupun tidak menjadi kerajaan, PAS tetap menganggap diri sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negara.
Sumber HD - 29-10-2017 































































































Cukup-cukuplah Tun Mahathir!


DALAM keadaan ekonomi yang makin meruncing, tekanan kenaikan harga barangan akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain jatuhnya nilai mata wang Ringgit, rakyat semakin terhimpit dengan situasi ini.
Ramai sudah yang bergelar 'muflis' dan menjadi miskin secara 'instant' kerana krisis ekonomi yang agak merumitkan ketika ini. Walaupun kerajaan menafikannya, namun rakyat di bawah merasai gelodak panas tekanan ekonomi hari ini. 
Tiba-tiba datang seorang bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohammad yang melaungkan perubahan harus dilakukan oleh rakyat dengan menurunkan Perdana Menteri yang ada hari ini, Dato' Seri Najib Razak tanpa sedikitpun bekas Perdana Menteri itu menyebut mengenai usaha menurunkan Umno dari singgahsana pemerintahan negara. 
Semacam satu strategi mahu menyelamatkan Umno, dalam masa yang sama memastikan individu yang tidak disukai jatuh mengikut seleranya. Sebagai propagandis politik yang senior, beliau mahu semua pihak khasnya kini Pakatan Harapan mengikut rentaknya. 
Perlu diingat, pada zaman pemerintahannya selama 22 tahun, pelbagai skandal berlaku termasuk Forex, Perwaja dan Bank Bumiputera selain siri memangsakan musuh politiknya tidak kira dalam Umno mahupun pembangkang. 
Kempen Mahathir hari ini tidak lain tidak hanya mahu anak dan kroninya harus menjadi 'juragan ulung' mengemudi negara ini sebaik Najib berjaya dijatuhkan nanti, berbeza dengan pendirian PAS bahawa negara ini harus diselamatkan bukan sahaja dengan menolak Najib, tetapi dengan menolak Umno-BN itu sendiri. 
Inilah selera besar Mahathir, walhal yang memilih Najib menaiki tahta pemerintahan sebelum ini adalah beliau sendiri. Beliau dan Najib sama-sama lahir daripada kawah Umno yang telah bergelumang dengan najis rasuah, skandal dan penyelewengan. Terkini apa yang didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kewujudan sembilan dragon yang ada kaitan dengan perjudian juga membawa satu lagi bukti bahawa BN gagal menerajui negara ini. 
Cukup sudah rakyat mendengar arahan demi arahan Mahathir sejak sekian lama. Negara ini bukan milik Mahathir sahaja, negara ini milik rakyat yang sayangkan keharmonian, kesejahteraan dan di sinilah PAS berperanan membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan resipi Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) serta Dokumen Hijau bagi merubah seluruh sistem yang ada agar ia berpandukan Islam sebagai penyelamat Ummah. 
Maka apa yang dibebelkan Mahathir tidak harus menjadi ratiban rakyat lagi, kerana semuanya hanya bersandar kepentingan diri beliau dan kroninya sahaja, sementelahan pula cita-cita dan nafsu politik bekas PM itu tidak lebih sekadar 'menanti rebah' di penghujung masa. – HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD- 25-10-2017 

































































































Perihal WINS 2051 (Siri 4)

Huraian ayat-ayat rujukan
Sesuai dengan dengan rujukan utama PAS iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas, PAS menjadikan empat ayat dari al-Quran sebagai rujukan WINS 2051. Kesemua ayat ini membincangkan tentang kenegaraan dan pemerintahan: 
1. Firman Allah SWT: 
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ 
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha 
Pengampun!. [Saba':15]
Ayat ini menerangkan kisah berkaitan kaum Saba', kaum daripada bangsa arab yang mendiami Yaman dan mendirikan kerajaan purba di sana. Allah memberikan kepada kaum tersebut nikmat yang hebat berupa dua kumpulan kebun yang subur menghijau. Mereka juga mendirikan bangunan yang hebat dan megah. Mereka memiliki segala kemewahan hidup. 
Lalu Allah memerintahkan mereka untuk bersyukur kepadaNya. Supaya mereka melengkapkan kesempurnaan kurnia tuhan, iaitu kurnia negeri yang baik, dan kurniaan keampunan. 
Inilah dia ciri negeri yang ingin ditegakkan dalam WINS 2051. Bukan sekadar negeri makmur, sejahtera dan maju yang menjamin kesenangan kepada rakyat, tetapi juga negeri yang dirahmati dan diampunkan oleh Allah SWT. Ini kerana negeri yang tidak menerima rahmat dan keampunan Allah, akan dibinasakan oleh Allah sebagaimana yang dikisahkan mengenai kaum Saba', dalam sambungan ayat di atas. Negeri yang tidak menerima rahmat Allah tidak akan aman dan selamat, terdedah kepada malapetaka dan bencana tanda kemurkaan Ilahi. 
2. Firman Allah SWT: 
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. [Al-A'raf:96] 
Ayat di atas pula menerangkan berkenaan dua syarat bagi mendapatkan limpahan keberkatan Allah atas sesebuah negeri iaitu beriman dan bertaqwa. Beriman maksudnya mempercayai segala yang dibawa oleh Islam dengan hati, percakapan dan perbuatan. Taqwa pula adalah mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala amalanNya. 
Maka WINS 2051 menerapkan dua unsur ini. Prinsip pertama daripada 10 prinsip WINS adalah 'pematuhan kepada prinsip dan penyelesaian berasaskan Islam'. Kunci capaian pertama daripada 6 kunci capaian WINS 2051 pula adalah 'Pengukuhan Insaniah dan Penghayatan Nilai Taqwa'. 
Kurniaan yang diberikan Allah datang daripada dua jalan. Turun dari langit berupa air yang menjadi sumber segala hidupan. Juga udara yang sangat penting bagi manusia, binatang dan tumbuhan. Juga cahaya yang mengimbangi kelestarian alam. 
Keluar dari bumi pula berupa tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber makanan manusia dan binatang, selain turut menghasilkan bahan-bahan asas pembinaan, kejuruteraan dan sebagainya. Seterusnya galian seperti emas, perak, logam, petroleum dan batu permata yang menjadi bahan penting bagi sebuah masyarakat madani. 
Termasuklah juga hasil laut yang belum lagi diteroka sepenuhnya. 
3. Firman Allah SWT: 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujurat:13] 
Ayat ini pula menjelaskan prinsip Islam tentang perkauman. Secara asasnya, Islam mengiktiraf kedudukan kaum di dalam masyarakat. Setiap kaum memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Budaya dan adat setiap kaum harus dipelihara sebaiknya. Tidak wajar dihapuskan atas nama modenisasi. 
Walaubagaimanapun, kaum bukanlah ukuran bagi menentukan martabat tinggi dan rendah manusia di sisi tuhan. Tidak ada beza antara arab atau ajam, melayu mahupun bukan. 
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara majmuk, faktor kaum adalah perkara penting yang perlu diuruskan dalam menjamin kestabilan negara. WINS 2051 memandang serius perkara ini. Oleh itu kontrak sosial yang termeterai sejak kemerdekaan Malaysia perlu dipertahankan. 
Salah satu prinsip WINS 2051 adalah menerapkan 'kehidupan beragama sebagai asas kestabilan dan keharmonian antara kaum'. Salah satu teras pendekatan WINS 2051 pada fasa pertama juga terletak pada aspek sosiobudaya, dengan program induknya adalah 'pengharmonian hubungan antara kaum dan agama, penekanan nilai hidup beragama dan adab timur.' 
Penekanan WINS 2051 terhadap pembinaan nilai insan dan beragama sebagai tunjang kesejahteraan sesebuah negara adalah sesuatu yang istimewa kerana kebanyakan pelan kemajuan negara yang sedia ada di Barat mahupun Timur hanya memberi penekanan kepada nilai ekonomi serta fizikal semata-mata. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam siri akan datang. 
4. Firman Allah SWT: 
الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ 
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. [Quraysh:4] 
Ayat ini adalah penjelasan kepada orang Quraisy yang diseru untuk menyembah Allah. Menyebutkan tentang dua nikmat besar yang diberikan Allah kepada mereka selama ini iaitu selamat dari kelaparan dan ketakutan. 
Secara tidak langsung, ayat ini juga telah memberi pengajaran bahawa hakikat kesejahteraan sesebuah negara bergantung kepada dua aspek, iaitu kecukupan bekalan makanan, dan keamanan. Jika kedua aspek ini dicapai, maka rakyat akan hidup senang dan tenang. Aktiviti seharian juga akan berjalan lancar. Masalah yang berlaku dalam negara hari, dan mana-mana negara yang bermasalah di dunia ini adalah kerana kepincangan pada dua aspek yang berkait antara satu sama lain ini. 
Pertama kerana terdapat golongan yang tidak cukup makan, golongan fakir miskin yang tidak mampu menyara hidup. Faktornya kerana peningkatan kos sara hidup akibat pengurusan ekonomi yang tidak bijak. Kemiskinan mengheret manusia kepada jenayah demi untuk meneruskan kehidupan. Timbul jenayah, keamanan pula yang terjejas.
Kedua adalah masalah keamanan. Ada negara yang dilanda peperangan. Ada negara yang dihantui dengan kadar jenayah yang tinggi. Negara yang tidak aman akan menjejaskan aktiviti ekonomi, menyebabkan pengangguran dan akhirnya meningkatkan kadar kemiskinan. 
Maqasid Syariat dalam pentadbiran negara Islam adalah bagi menangani kedua faktor ini. Justeru WINS 2051 menjadikan ayat ini sebagai rujukan dasar sebelum meneroka khazanah-khazanah syariat yang lain bagi menjayakan kedua faktor ini. Kerana itulah kebanyakan program-program induk WINS 2051 seawal fasa pertama menekankan berkenaan pengurusan ekonomi dan sosial, membasmi kemiskinan, kedaulatan makanan, memerangi jenayah, dan mempertingkatkan tahap keselamatan luar dan dalam negara. 
Disamping empat ayat rujukan utama ini, terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang dijadikan panduan. Kesimpulannya, WINS 2051 berpegang teguh kepada al-Quran dan sumber syariat Islam yang lain dalam menguruskan negara. Tidak ada satupun yang direncakan bercanggah dengan peruntukan al-Quran. Kerana ianya adalah sebaik-baik rujukan dan sebaik panduan. 
Firman Allah SWT: 
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ 
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan. [Al-Hadid:25] 
Alang Ibn Shukrimun
2 Safar 1439 / 22 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD - 22-10-2017 



Persoalan menarik mengenai Umno oleh Nik Amar
Posted on Sunday, October 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36083



Di satu ceramah di DUN Panchor semalam, Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menimbulkan beberapa persoalan menarik mengenai Umno untuk difikirkan oleh para pengundi kampung.

Dulu, kata beliau, orang Melayu mengharapkan Umno untuk membela orang Melayu dan Islam. Akan tetapi sejarah yang ada di depan mata, harapan orang Melayu kini tinggal harapan semata-mata.

“Dah terbukti kepada kita bahawa Umno ini tak boleh bela orang Melayu… orang Umno ini bila masuk kampung suka royat (mewar-warkan) bahawa mereka nak membela orang Melayu, dan tanpa mereka, orang Melayu tak tahu nak jadi apa.”

“Tapi sampai hari ini, kita boleh tengok nasib orang Melayu ini tidak lebih baik daripada orang lain di Malaysia,” kata beliau.

Sebagai contoh, Nik Amar memberitahu para hadirin bahawa pada tahun 1960-an kerajaan Malaysia boleh membayar anak-anak mengaji ke universiti secara percuma.

“Hari ini, negara makin kaya, Umno makin kuat, tapi anak-anak kita masuk universiti kena bayar. Kena berhutang anak kita, RM8,000 setahun. Kali dengan 4 tahun. Tubek-tubek (lepas habis belajar), kerja takde. Atas belakang itu pikul sudah hutang berpuluh-puluh ribu. Kerja tak ada, tapi hutang duduk atas belakang,” keluh Nik Amar.

Beliau berkata dasar Umno mentadbir negara menyebabkan orang Melayu terpaksa bergantung kepada kerajaan dalam semua perkara. Nik Amar juga membidas cara pemimpin Umno yang suka memuji diri di depan orang kampung bahawa Malaysia ini negara kaya dan maju, dan kononnya, mereka ini pandai memerintah.

“Kalau kita betul-betul kaya, mengapa orang masuk universiti susah? Mengapa rakyat susah?

Rumah tak ada. Kerja tak ada. Rakyat terpaksa merempat. Di mana kekayaan negara? Mana pergi pitis negara? Dan ini soalan yang besar,” soal beliau.

Kata beliau lagi, dasar pentadbiran Umno-BN adalah punca mengapa rakyat terpaksa bergantung pada BR1M, dan pelbagai bantuan yang lain.

“(Rakyat perlukan BR1M) ini royatnya, rakyat tiada pitis! Kalau rakyat ada pitis, boleh hidup dengan molek, orang tak akan hidup bergantung pada BR1M. Orang takkan hidup bergantung pada bantuan. Tapi apabila orang berebut nak mengambil wang, nak mengambil BR1M, nak royatnya rakyat kini susah. Kalau rakyat tak susah, dia tak ambil, dia takkan minta,” jelas Nik Amar.

“Jadi selama 60 tahun Umno perintah Malaysia ini, apa yang dia buat? Apa yang dia buat untuk membantu rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat?”

Di mana silapnya pentadbiran Umno-BN?

Menurut Nik Amar, punca terbesar mengapa rakyat susah walaupun Malaysia kaya dengan pelbagai hasil adalah kerana pentadbiran negara, pengurusan negara, pemimpin yang salah guna kuasa, pemimpin yang pecah amanah, pemimpin yang khianat dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau pemimpin-pemimpin ini betul-betul buat kerja dengan molek, selesai banyak masalah di Malaysia ini. Tapi hari ini negara kita kaya, tiba-tiba kerajaan memperkenalkan GST. GST ini pula 6%. Semua orang menjadi kalut dan jadi susah.

“Orang PAS (ini biasalah susah). Orang Umno pun susah juga. Kita ingat bila sokong Umno itu, senanglah hidupnya. Tapi kadangkala lebih teruk daripada kita orang PAS. Orang PAS ini dia biasa dah susah,” sindir beliau.

Sambil menegaskan bahawa PAS akan menghapuskan GST jika diberi peluang mentadbir negara, Nik Amar turut menolak dakwaan Umno-BN bahawa negara tidak boleh hidup tanpa GST.

“Sebenarnya banyak cara (nak cari sumber kewangan untuk negara.) Nombor 1 sekali kena jaganya ialah jangan tiris. Pitis banyak macam kita ceduk air dari telaga. Tapi apabila sampai rumah, tinggal baldi. Waktu ceduk penuh, tapi sampai rumah tiada. Sebab tiris.”

Ini sama seperti Malaysia. Hasil banyak. Minyak banyak. Gas banyak. Tapi mengapa rakyat susah. Sebab tiris. Tiris itu pula banyak tempat – peringkat pusat, peringkat negeri, peringkat bahagian, peringkat cawangan – tiris belaka.

Peruntukan kerajaan yang patut sampai RM100,000 tapi yang sampai RM50,000 sebab itu runtuh bumbung – bumbung makmal runtuh, bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh.

“Ini kerja siapa? Ini kerja pemimpin-pemimpin Umno di setiap peringkat,” sindir Nik Amar.
Ini sebabnya, katanya, orang Umno berebut nak menjadi ketua bahagian kerana masing-masing mengidamkan peruntukan yang diberi daripada pusat.

Dalam ceramah itu, Nik Amar juga menegaskan bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara PAS dan Umno.

PAS ditubuhkan untuk bukan menjadi kerajaan semata-mata, tapi nak memperbetulkan apa yang salah berdasarkan konsep amar makruf nahi mungkar.

“Orang Umno berjuang kerana nak kuasa. Bila kuasa ada, pitis ada, projek dapat. Sebab itu, gomol sama sendiri… dan pemimpin Umno ini seorang lepas seorang kena dakwa kes rasuah,” kata beliau, sambil memberikan contoh seorang bekas pemimpin Umno di Sabah yang dicekup SPRM baru-baru ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini mengikuti jejak DAP melakukan tuduhan bahawa Umno dan PAS ini sedang memikat antara sama lain.


Jika intipati ceramah Nik Amar dijadikan ukuran, nampaknya hanya Umno yang ingin memikat PAS, dan bukanlah sebaliknya.

TIMMY SAY

Sumber TKO - 22-10-2017





































































































Antara popular dan populisme

MASIH ramai yang salah faham mengenai populisme. Mereka menganggap populisme sama seperti popular. Kempen anti-populisme dianggap sebagai kempen anti-popular. Lalu mereka yang membawa kesedaran bahaya populisme dianggap kolot dan tidak memahami keperluan untuk popular.
Isme
Punca kekeliruan adalah kerana perkataan yang ditambah dengan imbuhan 'isme'. Sememangnya ramai akan terkeliru bila berbicara tentang isme. Kerana itulah timbul golongan yang mendakwa liberalisme ada dalam Islam, sosialisme sebahagian dari ajaran Islam, pluralisme agama juga ajaran Islam. Sehingga muncul golongan Islam-liberal, Islam-sosialis dan Muslim-demokrat!
Walhal yang sebenarnya ada dalam Islam adalah konsep liberal, sosial dan plural dari segi bahasanya, bukan istilah ismenya. Liberal bermaksud merdeka. Memang Islam menentang konsep perhambaan dan memperjuangkan kemerdekaan. Memang Islam memperjuangkan sosial dengan maksud masyarakat dan menentang sikap ananiyah/penting diri. Memang di dalam Islam ada unsur pluraliti dalam sebahagian syariahnya, yang bermaksud kesaksamaan.
Tetapi Islam menentang liberalisme kerana ianya memberi maksud kebebasan mutlak sehingga langsung tidak terikat sebagai hamba kepada tuhan. Islam menentang sosialisme kerana menentang kebebasan individual dalam banyak segi. Islam menentang pluralisme agama kerana menganggap semua agama adalah sama dan semua betul.
Pura-pura
Samalah juga halnya antara popular populisme. Islam tidak melarang popular dengan maksud masyhur atau viral dalam bahasa yang lebih urban. Islam sendiri begitu popular, Nabi SAW juga popular. Yang ditentang adalah populisme, kerana berpura-pura dan berlakon untuk popular. Menggunakan tipu daya untuk meraih populariti. Memanipulasi simpati dan tidak bersikap empati. Memainkan emosi dan sentimen, membelakangkan solusi dan relevan.
Supaya mudah faham, kata kunci yang boleh menerangkan populisme adalah 'pura-pura'. Jika populariti diraih dengan cara berpura-pura, berlakon, manipulasi, maka itulah sikap populis. Tetapi jika popular kerana realitinya memang begitu, maka itu bukan populis dan tidak menjadi masalah.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang popular, tetapi tidak populis. Beliau popular kerana keperibadiannya yang jujur, amanah, baik dan bijak yang bukan dibuat-buat. Islam juga popular kerana ajarannya yang bernilai tinggi, penuh kebaikan, bukan hebat pada nama tapi kosong pada isi.
Populisme adalah terlarang di dalam Islam. Firman Allah SWT:
لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلَا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
"Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." [Ali-Imran: 188]
Juga firman Allah SWT:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." [As-Saf: 3]
Populis Virus Demokrasi
Saintis politik terkemuka Barat beraliran liberal, Francis Fukuyama dan juga saintis politik aliran kiri dari Rusia yang terkenal dengan teori politik keempat, Alexander Dugin keduanya mengakui kelemahan demokrasi dari mencapai matlamat keadilan dan kebaikan adalah kerana barah populisme. Ironinya, demokrasilah yang membuatkan budaya populis muncul.
Demokrasi bertunjangkan suara majoriti, suara ramai. Dalam dunia demokrasi, politikus hanya berfikir bagaimana mahu meraih sokongan majoriti, tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara. Mereka mengkaji kemahuan rakyat, mood rakyat, emosi rakyat dan mereka akan berpihak kepada apa yang rakyat minta. Mereka tak peduli isu apa sebenarnya rakyat perlu.
Akhirnya permintaan bukan-bukan daripada rakyat diperjuangkan juga. Mereka mengambil contoh Brexit, dan juga kemenangan Trump. Mood rakyat ketika itu tertekan dengan politik dan ekonomi sedia ada. Maka sesiapa yang berkempen mahu menghapuskan bentuk politik dan ekonomi semasa, popular di mata rakyat walaupun dengan agenda yang simplistik dan tidak realistik. Akhirnya bila Brexit berlaku dan Trump menang, keadaan tidak menjadi lebih baik. Rakyat menyesal.
Oleh kerana negara kita menerima sistem demokrasi, ramai pendokong Islam hanyut dengan arus demokrasi sehingga menerima semua nilai-nilai demokrasi, tanpa lagi menimbang dengan neraca syarak. Sedangkan keharusan menerima demokrasi hanyalah pada bab-bab tertentu sahaja, bukan keseluruhan pakej sistem demokrasi. Dr Wahbah az-Zuhaily berpendapat, perbezaan demokrasi dengan Islam adalah lebih banyak daripada persamaan.
BPMS Anti-Populis
Budaya Politik Matang dan Sejahtera sama sekali berbeza dengan falsafah populisme. Tidak melampau jika dikatakan, PAS menampilkan BPMS adalah kerana ingin mengubah pendekatan politik konvensional negara yang sangat terpengaruh dengan populisme.
Kriteria pertama BPMS; Politik Bertunjangkan Prinsip. Prinsip merupakan perkara yang sangat asing dalam kamus politik hari ini. Orang lebih minat dengan pragmatik, iaitu bertindak berasaskan keuntungan. Mengamalkan BPMS bermaksud berpegang kepada prinsip Islam, dan tidak akan berubah walau apapun berlaku. Pragmatik pula menggunakan Islam dalam bab yang menguntungkan sokongan politik sahaja. Yang merugikan, dikesampingkan.
Kriteria kedua BPMS, Politik Dakwah. Dakwah bermaksud mengajak kepada kebaikan, amar makruf mahi mungkar. Bila berdakwah, ada perkara orang suka dan ada perkara orang benci. Populisme hanya mengehadkan bab dakwah pada perkara yang orang suka sahaja, walaupun perkara itu bukan keutamaan (aulawiyat) dan mengesampingkan perkara dibenci walaupun ianya adalah keperluan (dhoruriyat).
Kriteria ketiga BPMS, Politik Berasaskan Solusi atau Penyelesaian Islam. Politik populis hari ini menfokuskan kepada mendedah masalah dan kepincangan sahaja, kerana rakyat memang suka dengar kutukan dan cemuhan. Malangnya tidak mementingkan soal bagaimana mahu selesaikan masalah itu, kerana rakyat tidak suka berfikir benda yang kompleks.
Kriteria keempat; Politik Utamakan Rakyat. Meletakkan kebajikan rakyat dihadapan, sanggup bertolong-menolong dengan pesaing politik demi rakyat. Tetapi populisme tidak boleh menerima apa-apa tindakan yang memberi mileage kepada pesaing politik, walaupun ianya menguntungkan rakyat.
Kriteria kelima; Politik Damai dan Diplomasi. Populisme hari ini lebih suka dengan politik konfrontasi dan penentangan, kerana lebih membakar semangat dan meriah.
Kriteria keenam; Politik Benar Bukan Persepsi. Politik mengutamakan facts and figures. Mementingkan keabsahan sesuatu maklumat. Namun populisme tidak kisah sama ada benar atau rekaan, yang penting boleh untung politik.
Kriteria ketujuh; Politik Rasional dan Profesional. Politik mendahulukan perancangan dan pengurusan strategik. Tetapi populisme adalah politik cacamerba yang tidak mementingkan rangka dan dasar. Mana yang rakyat suka, balun sahaja.
Gejala Dakwah Populis
Populariti diperlukan atas tujuan dakwah dan politik. Islam mengharuskan popular. Yang ditegah adalah populis iaitu berpura-pura. Yang dilarang adalah menjadi popular sebagai matlamat, bukan wasilah. Ditakuti yang dicari hanyalah redha manusia, bukan lagi redha Allah.
Takut manusia marah sampai membelakangi kebenaran, ini populis. Buat satu perkara tapi cerita 10, ini populis. Tolak program yang tidak menaikkan populariti, ini populis. Buat apa yang orang suka, bukan apa yang orang perlu, ini populis. Takut melawan arus, ini populis.
Berikut adalah petikan kuliah Tuan Guru Ayah Chik bertarikh 24 Februari 2017 di Masjid Rusila. Menjelaskan dakwah antara prinsip dan populis:
"Seringkali berlaku dalam Harakah Islamiah, mereka yang lemah iman terperangkap dalam pujuk rayu manusia sehingga lupa pertolongan Allah. Lalu mereka mengadakan uslub-uslub yang terlalu longgar mengenai pergantungan kepada akidah dengan berlindung di sebalik perkataan 'hikmah'. Ramai yang beralasan hikmah dalam dakwah ialah kena bercakap yang orang setuju sahaja, yang orang suka dengar. Yang orang tak suka dengar jangan bercakap. Barulah orang ramai datang kepada kita.
"Ramai pendakwah-pendakwah terpengaruh dengan cara sebegini. Akhirnya sikap ini membawa kepada meletakkan sebab-sebab manusiawi mengatasi anasir rabbaniyah dalam menjayakan cita-cita dakwah Islamiah. Selepas itu mereka jadi hanyut dalam arus yang memesongkan dari matlamat asal untuk mencapai redha Allah, kepada matlamat yang songsang seperti untuk kedudukan dan harta.
"Jangan begini! Jangan sekali-kali! Mesti bergantung dengan Allah SWT. Setuju tak setuju, suka tak suka itu hal mereka, jangan pedulikan. Teruskan bercakap cara Islam. Apa yang Islam suruh kena cakap, apa yang Islam larang, Islam tegur juga kena cakap. Orang nak marah biarkan marah. Nak lari habis pun tak apa! Ini prinsip kita. Kena teguh dengan cara sebegini.
"Malangnya banyak kalangan pendakwah pilih jalan supaya orang ramai mari, bukan niat nak perbetul. Menarik hati orang ini adalah kerja Allah SWT. Tuhan boleh tarik seramai manapun yang Dia kehendaki. Hidayah adalah urusan Allah. Serahkan sahaja urusan ini kepada-Nya. Bukan tanggungjawab kita nak suruh orang ramai. Tanggungjawab kita adalah menyatakan Islam sahaja."
Harap kita jelas antara beza popular dan populisme
29 Muharram 1439
20 Oktober 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 20/10/2017
Sumber HD - 220-10-2017 


RUU 355, apa hal ni?
Posted on Wednesday, October 18 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36002



Assalamualaikum,  Selawat dan Salam ke atas Junjungan... Teringan beberapa hari lepas di group whatsapp, terpampang satu posting dari penjilat PAN( rasanya) memaparkan perbualan  Dato Dr Mahfodz Mohamed yang antara lain menyebut RUU 355 akan ditangguhkan selepas PRU 14 dan seiring dengan itu penjilat PAN turut meletakkan komen bahawa PAS tidak serik kena kencing dengan Umno.Secara spotan saya menjawab " dasar orang tak ada kesabaran, bukan nak beriktiar untuk RUU diluluskan(lebih kurang, saya lupa apa ayat yang sebenarnya saya tulis ketika itu).Apa yang memeranjatkan ialah apabila saya diberitahu semua berita penangguhan itu palsu dan secara spotan juga saya agak saya tahu siapa punya kerja.

Bercakap pasal RUU 355, semua tahu kumpulan mana yang kuat menentang dan mendakwa RUU 355 ini hak PAS bukan hak Islam.Kumpulan ini nak sangat RUU 355 gagal dan berusaha untuk menggagalkannya dengan apa cara sekalipun waima menfitnah.Pada mereka fitnah sudah jadi halal asalkan RUU 355 tidak diluluskan.

Manusia jenis apa ni? Islam jenis apa ni? Islam yang berpegang teguh kepada alquran atau Islam yang berpegang dengan kitab liberal LGE? Mustahil bagi seorang Islam yang berpegang dengan alquran tidak boleh melihat kedudukan PAS sebagai jemaah Islam dan kedudukan RUU 355 sebagai hukum Allah.Seorang Islam dan seorang yang beriman tidak akan cuba walaupun sedikit untuk menupulasi mana mana bahagian RUU 355 untuk kepentingan politik mereka.

Mustahil ada orang Islam yang berani bermain dengan hukum ALLAH dengan nama apa sekalipun.Orang Islam dituntut untuk bertolong tolong untuk taqwa dan tidak bertolong tolong untuk melawan taqwa dan hukum ALLAH.

Tapi kalau ada juga orang Islam bertolong tolong untuk menentang atau menggagalkan ikhtiar untuk tawqa dengan nama apa sekalipun, nak letak di mana orang Islam macam  ni?

Kalau ada orang Islam yang lawan RUU 355 dengan dakwaan itu undang undang PAS atau TGHH. orang Islam jenis apakah ini?


Atau lawan kerana PAS kena kencing dengan Umno, mereka nak apa?

Sumber TKO - 18-10-2017








































































































Cabaran di kemuncak kebangkitan Islam

Era Kebangkitan
Walaupun perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan agama Allah SWT tuhan pemilik sekalian alam, dan pendokongnya juga digelar golongan Allah (Hizbullah), namun Allah tidak menjadikam perjuangan Islam ini sentiasa menang dan di atas. Sebaliknya perjuangan ini senantiasa menghadapi pasang surut dan jatuh bangun. Sesuai sabda Rasulullah SAW: 
ألا إن رحى الإسلام دائرة فدوروا مع الكتاب حيث دار 
"Ketahuilah bahawa peredaran Islam ibarat roda yang berputar. Maka sentiasa berpegang kepada al-kitab walau bagaimana sekalipun pusingan Islam." [HR Thabrani]
Di abad ini, setelah kita mengalami kejatuhan Uthmaniah dan umat Islam berada dalam keadaan yang begitu lemah, telah tiba masanya Islam untuk kembali bangkit. Sarjana Islam dan juga Barat sendiri mengakui bahawa kini telah bermula zaman kebangkitan bagi umat Islam.
Pengkaji Barat mengatakan bahawa kemenangan Islam tidak mampu lagi disekat. Hanya mampu mereka lakukan adalah melambatkan kemenangan itu sahaja. Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara konsisten menyebut dari tahun 70-an lagi, bahawa ini adalah zaman kebangkitan Islam.
Realiti Dunia Hari Ini
Realitinya boleh dilihat hari ini. Pertambahan penganut Islam di dunia berlaku secara amat ketara di Timur mahupun Barat sebagaimana kajian Pew Research Center. Banyak gereja dan rumah ibadat agama lain terabai tanpa pengunjung, sebaliknya masjid tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Buku-buku dan sebaran mengenai Islam laris di pasaran. Golongan terpelajar dan pemuda antara yang teramai memeluk Islam.
Realiti ini boleh juga dilihat di Malaysia. Populasi Islam kembali bertambah daripada 60 peratus kepada 65 peratus kini, walaupun pada awalnya mencecah 85 peratus sebelum migran Cina, India dan etnik lain diberikan kerakyatan sebagai syarat kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.
Bukan itu sahaja, penghayatan Islam di Malaysia semakin baik. Kita boleh membandingkan bagaimana keadaan Islam 30 tahun lepas dan sekarang. Semakin ramai Muslimah menutup aurat dengan sempurna di khalayak. Tidak ada lagi orang berani mengaku sekular. Malahan pengusaha perniagaan, media, hiburan, pendidikan semuanya perlu memasukkan unsur Islam dalam perusahaan mereka untuk kekal relevan.
Paling mengejutkan, parti DAP yang jelas memperjuangkan ideologi sekular pun melantik ustaz sebagai pegawai penerangan bagi hal ehwal Islam!
Sunnatullah Era Kebangkitan
Namun menjadi sunnatullah di dalam perjuangan Islam, semakin dekat Islam mencapai kemenangan, semakin getir dan hebat cabarannya. Sebelum Allah memberi kemenangan dengan tertegaknya Daulah Islamiah Madinah, Nabi S.A.W mengalami saat perjuangan paling getir dalam sejarah. Allah mematikan dua orang paling penting membantu dakwah Islam di Makkah iaitu isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Ramai umat Islam kembali murtad pasca peristiwa Israk dan Mikraj. Darah mulia Baginda gugur buat pertama kali ke bumi dalam peristiwa Taif. Kemuncaknya adalah rancangan pembunuhan Nabi Muhammad S.A.W.
Kita melihat kebangkitan Islam hari ini berdepan dengan cabaran yang juga getir. Timur Tengah bergolak amat dahsyat. Pasca Perang Dingin, kuasa Barat dan Timur yang dikenali sebagai seteru, bergabung tenaga untuk menjadikan Islam sebagai musuh bersama. Serangan pemikiran juga semakin dahsyat. Bermula sekularisme, komunisme, sosialisme, nasionalisme, liberalisme sehingga membentuk pemikiran baru bernuansa Islamik seperti Islam-liberal, Islam-sosialis, Islam-demokrat, Islam-pop dan berbagai lagi.
Gerakan Islam yang memperjuangkan tertegak khilafah Islamiah tidak terkecuali dari menerima cabaran hebat ini. Ada yang diharamkan secara keras, sehingga mengheret anggotanya ke tali gantung, penjara seumur hidup dan juga buang negeri.
Gerakan Islam semestinya menjadi fokus utama musuh Islam. Orientalis yang pernah menyamar sebagai Islam, Snouk Hergronje pernah menulis kajiannya terhadap tabiat orang Islam:
"Kita tak perlu takut kepada orang Islam yang mengajak kepada ibadat dan akhlak. Yang kita perlu takut adalah orang Islam yang mengajak kepada politik Islam."
Strategi Merosakkan Dari Dalam
Melihat kemaraan Gerakan Islam yang tidak pernah terhenti walau diharamkan berkali-kali seperti di Mesir, Turki, India, Lubnan, Indonesia, Malaysia, Libya dan serata dunia, Barat mengatur langkah baru bagi merosakkan Islam. Mereka mencuba kaedah penyusupan untuk merosakkan gerakan dari dalam.
Maka berlakulah penyelewengan matlamat perjuangan beberapa gerakan Islam di serata dunia. Gerakan di Maghribi mengisytiharkan diri sebagai gerakan sekular. Gerakan di Tunisia menggelar diri sebagai Muslim-demokrat. Gerakan di Rusia dikuasai sufi. Gerakan di Turki berjanji tidak mahu melaksanakan syariat. Gerakan di Afghanistan dikuasai ekstremis. Gerakan di Indonesia, Mesir, Sri Lanka, Pakistan berpecah belah.
Di Malaysia, PAS hampir-hampir dikuasai golongan yang membawa pemikiran liberal dan mengenepikan soal perlaksanaan syariat sebelum 2015. Mujurlah mereka berjaya disingkirkan setelah mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk disedari oleh majoriti ahli. Namun itu tidak sekali-kali bermakna penyusupan tidak lagi berlaku. Iblis dan konco-konco syaitannya tidak pernah berputus asa dalam permusuhannya.
Merosakkan Islam dari dalam adalah strategi yang berkesan dan mujarab di sepanjang sejarah. Pembunuhan Khalifah Saidina Umar, Uthman dan Ali, kejatuhan Khilafah Umawiyyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah juga berpunca daripada dalam. Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka sendiri adalah contoh paling dekat untuk kita teladani.
Pendedahan Rand Corporation
Sebuah badan konsultansi kajian bagi polisi Amerika, Rand Corporation telah menulis beberapa jurnal yang menerangkan mengenai langkah-langkah merosakkan Islam dari dalam. Antaranya yang bertajuk Civil Democratic Islam, Building Moderate Muslim Network dan juga Unfolding The Future of The Long War. Mereka mendedahkan beberapa golongan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai orang dalam di kalangan Islam bagi melemahkan gerakan Islam yang dilabelkan sebagai fundamentalis. Tiga mereka adalah:
1. Muslim berpemikiran sekular.
2. Agamawan berpemikiran liberal.
3. Institusi Islam tradisionalis.
Muslim berpemikiran sekular adalah mereka yang hanya Muslim pada nama dan pengenalan sahaja. Hakikatnya mereka tidak hidup mengikut syariat Islam. Pemikiran mereka sama dengan masyarakat Barat moden hari ini.
Agamawan liberal pula adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup Islam, tetapi mengikut pemahaman sendiri. Kebanyakan mereka adalah kalangan ulama muda yang tidak sebulu dengan aliran pondok dan tradisional. Mereka mengagumi Barat dan mencampur adukkan banyak nilai Barat dalam memahami Islam.
Institusi tradisional pula adalah kalangan yang menumpukan pengajian mengikut kitab-kitab silam (kitab turath/kitab kuning). Mereka lebih dikenali sebagai golongan pondok. Golongan yang mementingkan pengajian semata-mata sehingga mengabaikan politik Islam. Cenderung kepada perbahasan khilafiah dan amat gemar berbahas masalah sekitar furu' akidah. Menentang Wahhabi menjadi fokus perjuangan ilmu mereka.
Aplikasi Rand Corporation
Kita melihat hasil dapatan Rand Corp diaplikasikan oleh kuasa Barat hari ini. Golongan sekular dilantik menjadi pewaris pemerintahan penjajah pasca kemerdekaan negara. Setelah sekular-kapitalis atau sekular-sosialis yang kebanyakannya turut memperjuangkan ideologi nasionalisme tidak lagi relevan, mereka mendokong pula gerakan liberalisme secara besar-besaran.
Ada negara dan gerakan Islam yang berjaya dikuasai liberalis. Bagi kelompok yang agak liat terutama yang agak kuat kefahaman Islamnya, mereka mewujudkan pula golongan ekstremis mazhab dan aliran bertujuan untuk mengapikan pertembungan Islamis. Fokusnya adalah pertembungan Sunni-Syiah dan juga Wahhabi-Sufi.
Jika dikaji latar belakang setiap ekstremis ini, pasti kita kan bertemu titik peranan kuasa Barat dalam perkara ini. Ekstremis Salafi misalnya banyak didanai oleh Saudi, Jordan dan juga Qatar melalui banyak cara. Ada yang menaja pembinaan pusat pengajian. Ada yang menawarkan pengajian percuma di universiti-universiti tertentu Timur Tengah yang telah dimasukkan unsur-unsur ekstrem. Tahap hubungan antara ketiga negara yang dinyatakan dengan Amerika dan Israel pula sudah sedia maklum.
Ekstremis Sufi pula didokong oleh Mesir dan juga UAE. Gerakan seperti Toba Foundation dan Ruwaq Azhar dijadikan medium. Universiti al-Azhar yang sebelum ini dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi daripada fahaman ekstrem Syiah Fatimiyyah kepada keterbukaan akademik dan moderat, kini dipergunakan untuk menghidupkan fahaman ekstrem Sufi.
Sama ada ekstremis Salafi ataupun ekstremis Sufi, mereka berdiri di sebelah sama menentang Gerakan Islam yang menjulang misi mengembalikan khilafah. Ikhwan Muslimin dianggap Khawarij, Hamas dianggap pengganas, Syed Qutb pembawa ajaran sesat, misi menegakkan khilafah adalah sia-sia.
Di Malaysia, kedua pihak ini menjadikan PAS sebagai sasaran serangan. Mereka mengguna berbagai cara, sama ada menghentam PAS dari luar mahupun menguasai PAS dari dalam. Malangnya kebanyakannya hanya sedar akan ancaman ekstremis Salafi sahaja kerana kebetulan mereka berada di sisi liberalis.  Ekstremis Sufi tidak begitu disedari walaupun mereka cenderung bersama penguasa zalim.
Asas Kewujudan Gerakan Islam
Fikrah Gerakan Islam yang tulen adalah menghindari polemik khilafiah. Kewujudan Gerakan Islam antara lain adalah untuk menyedarkan ummah mengenai agenda musuh dalam mengapikan perbalahan sesama Islam dan mengajak kepada kesatuan ummah tanpa mengira aliran.
Perkara ini boleh dilihat jelas melalui Usul 20 yang diasaskan oleh Imam Hasan al-Banna. Bermula usul ke lapan hingga 15, beliau konsisten membicarakn mengenai polemik khilafiah antara Salaf dan Khalaf, Wahhabi dan Sufi. Di dalam usul ke 20 pula beliau menegaskan tentang bahaya budaya takfiri yang bertitik tolak dari perbezaan masalah khilafiah ini. Menunjukkan bahawa pada masa itu iaitu pasca kejatuhan Uthmaniah, masyarakat Timur Tengah disibukkan dengan masalah-masalah khilafiah. Ikhwan Muslimin yang diasaskan beliau adalah bagi menangani masalah ini dan mencari titik temu umat yang kehilangan punca.
Perkara sama berlaku di India. Penubuhan Jamiat Islami adalah membina kesatuan umat tanpa mengambil kira perbezaan mazhab antara Hanafi dan Syafie, juga antara Salaf dan Khalaf malah Sunni dan Syiah. Di Indonesia, kewujudan Masyumi adalah bagi menyatukan dua aliran besar yang berbeza manhaj akidah sepertimana halnya Nahdatul Ulama dan Muhammadi. Di Iran, Ayatullah Khomeini membawa ideologi Ikhwan Muslimin dalam menggabungkan pengikut Sunni dan Syiah hingga mencetus revolusi lewat 70-an. Hubungan baik ini diteruskan di bawah pentadbiran Hasan Rouhani.
Di Malaysia secara khusus, PAS muncul dengan pegangan moderat (baca: wasatiy) menggabungkan antara Kaum Muda dan Kaum Tua. Kaum Muda adalah mereka-mereka yang menerima pengajian daripada Timur Tengah dan institusi pengajian Islam moden, manakala Kaum Tua adalah mereka yang mengikut pengajian di peringkat pondok tradisional.
Ilusi Wahhabi
Sekilas mengenai Wahhabi, istilah ini kembali dihidupkan setelah melihat kegeraman umat Islam yang mempersalahkan kejatuhan Uthmaniah atas kedajalan Wahhabi. Asal usulnya Wahhabi adalah gerakan yang ingin menentang bida'ah dan khurafat yang berleluasa akhir pemerintahan Uthmaniah yang mengambil nama sempena tokohnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Hasil pakatan antara Bani Saud dan British, gerakan Wahhabi didanai untuk menjayakan misi menjatuhkan khilafah, selain peranan Syarif Hussain yang memberontak sehingga melancarkan Revolusi Arab 1916.
Pasca kejatuhan Uthmaniah, umat Islam serata dunia mempersalahkan Wahhabi. Barat memanipulasi keadaan ini dengan menjenamakan semua pihak yang membawa pendekatan jihad ekstrem sebagai Wahhabi. Namun mereka masih mendanai gerakan ekstremis seperti al-Qaeda dan ISIS bagi mengulang kejayaan Wahhabi dahulu.
Maka istilah Wahhabi menjadi bermacam maksud mengikut definisi yang diberikan setiap pihak. Wahhabi mengikut istilah akademik Islam merujuk kepada gerakan Muhammad bin Abdul Wahab dan ianya telah berjaya dihapuskan Uthmaniah dahulu. Wahhabi mengikut golongan tradisional pula adalah setiap mereka yang membawa fahaman berbeza dengan pemahaman masyarakat setempat. Media Barat pula mempotretkan Wahhabi mewakili semua gerakan jihad ekstrem.
Apabila ditanya kepada pihak yang dituduh, tiada siapa mengaku sebagai pengikut Wahhabi. Bahkan di kalangan mereka ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan Muhammad bin Abdul Wahhab. Tetapi dakyah musuh Islam telah berjaya menghidupkan watak ilusi Wahhabi untuk memastikan kesatuan Islam tidak berlaku.
Seruan Kesedaran
Hakikat ini perlu disedari semua umat Islam khususnya anggota Gerakan Islam. Mereka perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa global dan peka agenda musuh. Jangan sesekali merasa selesa dan selamat walau satu saat sekalipun. Jika kalian merasa perjuangan ini sudah selesa, atau gerakan ini sudah selamat, maka itu adalah tanda kejatuhan umat!
Sedarlah bahawa kemenangan Islam sudah semakin dekat. Sedarlah juga bahawa semakin dekat dengan kemenangan, semakin getir keadaannya. Semakin memerlukan kewaspadaan dan kesungguhan yang jitu.
Percayalah, penderitaan dan saat getir yang ditanggung umat Islam hari ini umpama sakit ibu yang sedang melahirkan anak. Sakitnya memang dahsyat. Keadaannya sangat genting, antara hidup dan mati. Tetapi selepas bayi berjaya keluar, nikmat menyambut kelahiran kurniaan tuhan sangat manis dan berharga. Rasa sakit derita itu hilang begitu sahaja.
27 Muharram 1439
18 Oktober 2017
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD - 18-10-2017 

Tun Dr Mahathir mungkin masih berubah
Posted on Sunday, October 15 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35916



Tun Dr Mahathir mungkin masih tersengeh pagi ini atas keupayaannya mempengaruhi musuh-musuh politiknya yang tegar satu ketika dulu untuk menerimanya dan mengangkat agendanya.

Ribuan baju merah yang berhimpun di bawah kakinya semalam meyakinkan Tun bahawa bukan sahaja Melayu rupanya Cina dan India juga " mudah lupa " .

Beliau yang dulu sepanjang 22 tahun PM zalim, kuku besi, mencetus kronisma, korupsi dan nepotisma dalam politik, maha kleptokrat hari ini dinobatkan oleh Dap, Pan dan lain-lain sebagai adi jagat.

Aduhai sah mereka memang mudah ku lupakan barangkali itulah yang terlintas di hati Tun.

Demi janji kuasa dan kedudukan mereka boleh bersatu bertenggek bawah bayang-bayang Tun kerana menurut Tun mereka semua akan duduk dalam kabinet esok.

Aduhai hebatnya Tun.

Mujurlah rupanya masih ada yang waras.

Dalam akhbar The Star hari ini bekas pemimpin dan ahli Parlimen DAP Dr Kua Kia Soong yang kini Penasihat NGO Suaram menyatakan Tun perlu memohon maaf kepada semua bekas tahanan ISA bawah Ops Lalang.

Semasa Tun PM dulu pada 27 Okt 1987 beliau yang juga Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan penahanan 106 orang pimpinan politik dan NGO di bawah ISA.

Ditahan tanpa bicara atas kesalahan yang direka-reka oleh pihak berkuasa berkaitan atas arahan Tun.

Lesen 3 akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah digantung mengekang kebebasan akhbar juga bawah kuasanya.

Kata Dr Kua sejak tidak lagi PM dan kini mengetuai pula blok pembangkang yang didokong Dap Tun cuba cuci tangan dan melonggokkan tuduhan atas pihak polis. Kononnya idea Ops Lalang ini idea dan rancangan polis bukan beliau.

Tambah Dr Kua para NGO bersama SUARAM akan memperingati ulantahun ke 30 operasi zalim itu.

Kebebasan dan demokrasi mati ketika itu bawah Tun.

Hari ini bertemakan baju t merah Tun boleh serang, maki dan ajak penyokongnya jatuhkan PM Najib Tun Razak seorang kleptokrat.

Bayangkan jika perkara ini berlaku dizamannya, semasa beliau PM.

Sesungguhnya kleptokrat dan si zalim perlu diturunkan. Itu semestinya.

Manakala si zalim dan kleptokrat yang pencen yang dulu pernah berkuasa perlu juga didakwa dan membayar atas segala kezaliman dan kepincangannya dulu.

Jangan ghairah mahu jatuhkan si kleptokrat tapi yang bekas kleptokrat disucikan tanpa dosa dan salah.

ROSLAN SMS

Sumber TKO - 15-10-2017











































































































Ramai pemidato, sedikit ulama


SEBAGAIMANA yang disusun oleh Almarhum Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Dakwah, rukun dakwah itu ada empat iaitu pendakwah, sasaran dakwah, isi dakwah dan uslub (skil penyampaian) dakwah. Keempat-empat ini harus diadun sebati tanpa mengenepikan satupun daripadanya untuk menghasilkan dakwah yang berkesan.
Antara keempat rukun itu, yang paling penting adalah isi dakwah. Bercakap mengenai isi dakwah, ia adalah ajaran Islam itu sendiri. Untuk mendapatkan isi dakwah, mesti menuntut ilmu tentang Islam. 
Realitinya, pendakwah hari ini ada empat ciri:
1. Tinggi ilmu, hebat skil penyampaian.
2. Tinggi ilmu, lemah skil penyampaian.
3. Rendah ilmu, hebat skil penyampaian.
4. Rendah ilmu, rendah skil penyampaian. 
Yang paling diperlukan ummah adalah yang tinggi ilmu dan hebat penyampaian (no.1). Inilah ciri-ciri Nabi SAW. Mengadunkan antara isi dakwah dan uslub dakwah dengan baik. 
Tetapi yang paling berbahaya kepada ummah bukanlah yang rendah ilmu dan rendah skil penyampaian, tetapi mereka yang lebih rendah ilmu namun hebat skil penyampaian (no.3). 
Golongan nombor 3 ini berpotensi besar menyesatkan ummah berbanding golongan lain. Mereka cenderung untuk bercakap sesuatu yang mereka tidak tahu. Mereka pandai goreng. Kata-kata mereka memukau. Tetapi tidak dibina atas asas ilmu yang mendalam.
Malangnya penggiat dakwah hari ini lebih menumpukan tentang skil berbanding ilmu. Program melahirkan daie juga tampak melebihkan skil dari isi. Sangat berbeza daripada cara baginda SAW mentarbiyah para sahabat sebagai duat. 
Mungkin inilah realiti yang disebut oleh Nabi SAW: 
"إنكم اليوم في زمان كثير علماؤه قليل خطباؤه، من ترك عشر ما يعرف فقد هوى، ويأتي من بعد زمان كثير خطباؤه قليل علماؤه من استمسك بعشر ما يعرف فقد نجا
Hari ini kamu berada di zaman ramai ulama tetapi sedikit pemidato. Sesiapa yang meninggalkan 10 daripada apa yang diketahuinya maka dia telah mengikut hawa nafsu. Dan akan tiba zaman iaitu pemidatonya ramai namun ulamanya sedikit. Sesiapa yang berpegang dengan 10 yang diketahui maka mereka selamat. [HR Tirmizi]
Malang juga bagi orang awam hari ini. Mereka tidak tahu membeza mana ulama mana pemidato. Yang pandai berceramah semua dilabel ulama. Yang pakai gelaran ustaz semua alim. Yang berkopiah berjubah semua berilmu. Akhirnya jadilah sebagaimana hadis Nabi SAW: 
"حتى إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوساً جهالاً فسئلوا فأفتوا بغير علــــم ، فضلوا وأضلوا " 
Sehingga jika tiada lagi tinggal orang alim, manusia akan mengikut orang jahil. Mereka akan ditanya, lalu mereka berfatwa tanpa ilmu. Maka mereka sesat lagi menyesatkan. [HR Bukhari] - HARAKAHDAILY 12/10/2017
Sumber HD- 12-10-2017 

Calon-calon ketua menteri Melayu Pulau Pinang
Posted on Wednesday, October 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35814


Tak ramai yang mahu menebang hutan. Terpaksa berdepan dengan binatang buas, mungkin disengat ular, kala jengking atau tebuan. Di sana juga ada duri-duri berbisa selain hantu jembalang yang khabarnya berpuaka.


Begitulah ibaratnya ketika idea ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang julung kali saya lontarkan. Umpama menebang hutan—terutama ketika belum pernah dalam sejarah Malaysia mempunyai ketua menteri Melayu di Pulau Mutiara.

Pembenci akan terus membenci dan yang otaknya negatif kekal keras kepala.
Samalah halnya ketika gesaan menukar menteri besar Selangor selepas PRU ke-13 lalu. Ramai yang melatah dan mengamuk seperti orang dirasuk saka.

Konon kalau MB Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang. BN akan mengambil alih. Paling tidak setahun setengah selepas PRU diperlukan untuk akhirnya idea itu berjaya.

Selepas Khalid diganti, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berjalan elok. Rizab negeri tak berkurang sesen pun.

Saya menyebutkan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon ketua menteri Melayu Pulau Pinang dalam forum di pejabat Malaysiakini Jumaat lepas sebagai reaksi balas kepada cadangan seorang lain panel, Khalid Samad. Beliau sebelumnya ditanya siapakah calon terbaik AMANAH dan diberikan nama Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Sebagai ahli panel saya juga punya cadangan. Bagi berlaku adil, saya tak menamakan hanya Dr Wan Azizah. Terlebih dahulu saya sebutkan pimpinan dari DAP iaitu Datuk Zaid Ibrahim, dan dari AMANAH iaitu presidennya, Mohamad Sabu. Juga berlegar nama-nama lain seperti ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan mantan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Nama Zaid daripada DAP saya tegaskan dengan keyakinan beliau bukan sahaja boleh diterima oleh Melayu Pulau Pinang, tetapi juga kaum Cina, India dan lain-lain. Beliau seorang pemimpin yang terbuka, selalu rasional dan punya pengalaman sebagai menteri di era PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tidak ada alasan kenegerian Zaid tak boleh diangkat, kerana ketua menteri sekarang pun bukan anak jati Pulau Pinang. Pelantikan Zaid akan sangat menguntungkan DAP.
Begitu juga dengan nama Mohamad, atau mesra dipanggil “Abang Mat”. Umum tahu hubungan baik antara Abang Mat dengan Lim Guan Eng menjadikan Abang Mat ada kelebihan berbanding calon lain. Saya amat yakin wakil-wakil DAP tidak akan menolak Abang Mat. Dalam sekian banyak isu, Abang Mat mempertahankan DAP mati-matian.

Memang saya tak begitu pasti apa alasan sebenar Khalid menamakan Dr Mujahid. Mungkin kerana Dr Muhajid anak jati Pulau Pinang. Mungkin juga kerana Dr Muhajid merupakan pengerusi AMANAH negeri atau berkeperibadiannya yang berhemah sebagai antara pemikir utama di dalam AMANAH.

NGO perempuan sangat teruja
Sama ada Abang Mat atau Dr Muhajid, keduanya datang dari parti yang mendukung perjuangan Islam sebagai “rahmatan lil-alamin” yang sangat cocok dengan keperluan politik Pulau Pinang.
Antara semua calon itu, yang berlegar dalam kepala saya sebagai anggota PKR yang taat tidak lain adalah presiden PKR, Dr Wan Azizah. Beliau pun anak Pulau Pinang.
Tidak sesiapa boleh menafikan keperibadian Dr Wan Azizah yang mudah mesra menyebabkan pengundi bukan Melayu pun cukup senang apabila bersama beliau.

Memperlekeh Dr Wan Azizah kononnya hanya tahu memegang kipas, lembik dan tak tahu berhujah adalah penghinaan terhadap wanita dan semua anggota PKR. Beliau wajar diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebagai pentadbir dalam kerajaan.

Saya juga diberitahu bahawa NGO perempuan jadi sangat teruja dengan cadangan nama Dr Wan Azizah. Keperluan memenangi hati pengundi wanita adalah sangat penting sebagai faktor kemenangan Pakatan Harapan.
Nama Dr Wan Azizah dikemukakan tanpa sedikit pun niat mahu melaga-lagakan beliau dengan Guan Eng. Bukan juga kerana Guan Eng tak cukup baik berbanding ketua-ketua menteri di era BN. Gesaan ini tidak lain dibuat dengan asas Guan Eng sudah dua penggal memegang tampuk pemerintahan negeri.

Beliau secara moral wajar menghormati hasrat dan manifesto Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan tertinggi seperti PM, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal.

Maka, jawatan ketua menteri Pulau Pinang seakan-akan sudah pun ‘kosong’. Guan Eng hanya menunggu waktu tamat tempoh apabila dewan undangan negeri dibubarkan. Atas kesedaran dan keperluan ini maka sangat mustahak kalau calon penggantinya dibincangkan sekarang. Jadi mudahlah kempen dalam PRU nanti.
Dalam PRU lalu, ramai ADUN Pakatan Harapan di Pulau Pinang menang dengan majoriti besar. Ada yang menjangkau berbelas ribu.

  Ketakutan konon pengundi bukan Melayu akan berbalik mengundi BN disebabkan faktor ini adalah tak berasas. Kalau ada peratusan yang berlaku, takkan menjejaskan keseluruhan undi kepada calon Pakatan Harapan yang akan ditampung lebih besar dengan undi Melayu yang beralih dari Umno-BN kepada Pakatan Harapan. Keadaan juga mendesak apabila kemungkinan pertembungan tiga penjuru dengan PAS.

PAS dan Umno pun tak berani melontarkan gesaan ini. Undi Melayu kepada mereka akan terhad. Kesilapan “Langkah Kajang” jangan diulang apabila mahu menggantikan ketua negeri hanya selepas PRU; selepas MB mengambil jawatan. Kalau seseorang itu sudah mengangkat sumpah, susahlah hendak turun dengan rela. Keadaan lebih buruk kalau rakyat diseret untuk menyelesaikannya.

Kalaulah mulut saya masin
Kalaulah mulut saya masin dan pintu langit terbuka dengan terciptanya sejarah seorang ketua menteri Melayu—apatah lagi seorang wanita—pertama Pulau Pinang, parti yang berasaskan kaum seperti Umno dan PAS bakal dilihat tidak lagi relevan. Lebih-lebih lagi di mata orang Melayu di Pulau Pinang dan di seluruh negara.
Fikirlah sebelum melatah. Kelak seraya hutan dapat ditebang sehingga menjadi dusun dan tanah lapang, di waktu itu berduyun yang akan muncul. Di atasnya kelak mahu membuat rumah dan menuai hasilnya bersama.

Kekallah di Pulau Pinang warga berbilang bangsa hidup rukun dan damai. Tanpa perlu lagi benci serta prasangka antara kaum dan agama.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat

Sumber TKO - 11-10-2017















































































































Kafir mengkafir serangan paling berbisa Tun Mahathir (BAH. AKHIR)

Adakah Orang Yang Tidak Menyertai PAS Dikira Kafir?
Sekali lagi, PAS adalah pendakwah bukan penghukum. PAS menggalakkan rakyat Malaysia menyertai PAS untuk menjadi sebahagian daripada jentera dakwah yang menggiatkan gerak kerja menarik sokongan masyarakat terhadap usaha-usaha memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia. Menjadi ahli PAS bererti saling bantu membantu dan bekerjasama dalam menegakkan perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. Ini selaras dengan anjuran al-Quran sendiri.
Bagi yang tidak menyertai PAS pula, PAS sangat mengharapkan sokongan mereka terhadap perjuangan PAS, terutamanya melalui kertas undi. Tiada sebab untuk PAS menuduh mereka sebagai kafir. Yang tetap tidak menyokong PAS dan menentang PAS dengan lantang pula, PAS tidak akan berhenti menerangkan kepada mereka mengenai Islam dan perundangan Islam yang syumul, menjawab kemusykilan mereka dan bersabar dengan persoalan serta ketidak-puasan hati mereka.
Itulah adat dalam sistem demokrasi. Mungkin suatu hari nanti mereka lebih bersedia untuk berubah. Adapun menghukum mereka sebagai kafir, bukanlah kerja PAS.
Sultan-sultan Sebagai Ulil Amri Yang Menjadi Ketua Islam
Telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Sultan-Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung (YDPA) pula adalah diwakilkan oleh Sultan-Sultan untuk mengetuai pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan. Oleh itu, YDPA dan Sultan-Sultan adalah ulil amri dalam urusan pentadbiran agama Islam di negara kita. YDPA dan Sultan-Sultan pula dinasihatkan oleh Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar dalam urusan berkaitan agama Islam.
Perbincangan berkenaan urusan agama Islam juga berlaku dalam Majlis Raja-Raja. Ada beberapa jabatan, majlis-majlis agama Islam dan mufti-mufti yang diberi tugas untuk membantu Sultan-Sultan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ketua agama Islam dalam memperkasakan agenda Islam di dalam negara kita.
Bagaimana pula Tun Mahathir sampai menuduh PAS 'mengkafirkan' Sultan-Sultan Melayu, walhal PAS mahu mendaulatkan undang-undang syariah? Sultan-Sultan pula adalah ketua agama Islam. Undang-undang yang baru diluluskan oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri perlukan perkenan Sultan-Sultan sebelum diwartakan sebagai undang-undang. Bagaimana PAS hendak meluluskan undang-undang Islam di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tanpa perkenan Sultan-Sultan?
Ini sangat tidak logik! Dan tuduhan itu pula adalah sangatlah melampau!
Tujuan Tun Mahathir adalah untuk menjauhkan institusi Istana daripada PAS. Namun institusi Istana mempunyai mekanisme tersendiri dalam menilai dakwaan-dakwaan. Dakwaan Tun Mahathir pada kali ini, langsung tidak diendahkan oleh Institusi Istana. Dakwaan itu tiada nilai dan fakta, hanya dipengaruhi emosi dan dendam kesumat politik semata-mata. Ini kerana institusi Istana telah lama kenal dan berurusan dengan PAS sebagai sebuah parti politik Islam sejak sebelum merdeka lagi.
Beberapa sumbangan PAS dalam memperkasakan undang-undang syariah di negara ini adalah merupakan satu fakta yang tidak diragui lagi. Tambahan lagi, Ke Bawah Duli-Duli Tuanku juga tentulah lebih kenal siapakah Tun Mahathir yang sebenarnya!
Amanat Haji Hadi dan 'Kafir-mengkafir'
Yang dikatakan Amanat Haji Hadi itu telah dibincangkan oleh pelbagai pihak berkuasa agama dan ia diputuskan sebagai bukan ucapan mengkafirkan sesiapa secara tertentu (ta'yin). Ia hanyalah ucapan menerangkan tentang batas-batas iman dan kufur.
Tetapi Tun Mahathir tidak mahu mendengar pandangan pihak-pihak yang berautoriti dalam menilai ucapan tersebut. Beliau terus menerus menuduh PAS mengkafirkan ahli-ahli Umno kerana ucapan tersebut. Biro Agama Umno pun asyik menggunakan modal Tun Mahathir.
Walhal ramai sekali ahli PAS dan ahli Umno yang saling berbesan dan beripar duai sesama mereka. Jika benar PAS mengkafirkan Umno dan golongan yang tidak menyokong PAS, tentulah orang PAS hanya berkahwin sesama mereka!
Kalau begitu macam manalah PAS boleh menambah pengaruh untuk terus menang di Kelantan dan pernah menang di Terengganu dan Kedah?
Bukalah mata, wahai Tun! Lihatlah realiti.
Mentang-mentanglah ada beberapa orang PAS yang tidak pergi kenduri orang Umno, dituduhnya semua orang PAS mengkafirkan Umno! Walhal yang tak pergi kenduri itu, ada masalah-masalah peribadi tertentu dan keuzuran-keuzuran yang lain.
Mentaliti ini samalah seperti kes satu sekolah Tahfiz terbakar, semua tahfiz hendak disuruh tutup! Ini kerana menanam mentaliti seperti itu dapat menjauhkan orang Melayu daripada mendekati PAS. Itulah yang dikehendaki oleh Tun Mahathir.
Tetapi Alhamdulillah, pada hari bukan Utusan Malaysia sahaja 'pembentuk fikiran rakyat'.
Menukilkan Ucapan dan 'Amanat Tun Mahathir'
Di sini saya nukilkan pula petikan beberapa ucapan Tun Mahathir yang pernah menimbulkan kekeliruan terhadap agama Islam.
1. Pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah Tun berucap, "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
2. Pada 5 September 1997 di Perhimpunan Agung Umno PWTC, Tun berucap, "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
3. Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3 Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan, "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif".
4. Dalam satu rakaman suara, Tun Mahathir berucap dalam Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan1997, "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta".
5. Petikan ucapan Tun Mahathir daripada Berita Harian/Utusan Malaysia 11 Mei 2000, "Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad SAW. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja.”
Saya fikir 'amanat-amanat Tun Mahathir' ini yang perlu dibincang dan dikaji oleh pihak berkuasa agama. Kebanyakannya hampir sama dengan huraian Mustika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri yang saya petik di atas.
PAS sayangkan Tun sebagai saudara se Islam. Ucapan-ucapan tersebut menyebabkan bulu roma seseorang Muslim yang belajar ilmu akidah meremang, kerana bimbangkan kemurkaan Allah SWT kepada penuturnya. PAS cuma menasihatkan Tun agar merendah diri sedikit kepada mana-mana alim ulama yang ikhlas dan berwibawa untuk memberikan komentar seputar ucapan-ucapan Tun tersebut. Jangan bimbang Tun, tidak hilang bisa si ular yang menyusur akar.
Kenapa kita tidak minta PAS  sahaja yang menghukum? Kerana PAS hanyalah pendakwah, bukan penghukum. PAS juga dianggap musuh oleh Tun. Kerja-kerja mengesahkan intipati ucapan, maksud dan kefahaman orang yang berucap serta menjatuhkan hukum adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Di Malaysia, jabatan mufti pun, ada kalanya mengeluarkan fatwa bahawa ajaran tertentu sebagai sesat dan terkeluar daripada agama Islam.
Menjawab Soalan Tun Mahathir Kepada Ustaz Dato' Tuan Ibrahim
Saya tolong jawabkan soalan-soalan Tun Mahathir kepada Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Ini kerana soalan-soalan tersebut adalah cukup mudah untuk dijawab oleh mana-mana ahli PAS.
i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam?
Jawapan: Tidak
ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS?
Jawapan: Orang Melayu telah Islam sejak zaman Parameswara masuk Islam. Itu berlaku pada kurun ke 14 Masihi. Ada ahli sejarah berpandangan, orang Melayu telah Islam sejak kurun ke 13 Masihi lagi. Itu berdasarkan bukti Batu Bersurat di Terengganu.
iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS?
Jawapan: Soalan ini agak pelik sedikit kerana mengaitkan masuk PAS dengan masuk Islam. Tapi jawapannya, tidak. Orang Melayu telah sedia Islam sejak kurun ke 15 Masihi.
iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP?
Jawapan: Kerjasama politik dengan parti-parti yang dikuasai oleh non-Muslim yang masih merupakan warga negara Malaysia adalah dibuat berdasarkan pertimbangan maslahah mengikut kaedah perbicaraan hukum-hukum feqah.
Ada masanya, kerjasama itu dibolehkan. Ada masanya kerjasama itu diharamkan. Ia secara umumnya adalah berdasarkan kepada syarat-syarat kerjasama. Jangan sampai bekerjasama menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal atau membahayakan nyawa dan kepentingan Ummat Islam.
Menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir hanya jika kerjasama itu berbentuk walak iaitu berbentuk kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap mereka, sampai sanggup menggadaikan syariat. Kerjasama dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara', tidak menjadikan seseorang itu kafir.
v) Mengikut PAS, Umno kafir. Jika PAS bekerjasama dengan Umno apakah PAS menjadi kafir?
Jawapan: Soalan ini dibina di atas premis yang salah. PAS tidak mengkafirkan ahli-ahli Umno. Hanya agenda politik PAS dan Umno ada perbezaan. Tapi, perbezaan itu bukanlah perbezaan agama.
vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
Jawapan: Tiada dalam yang dikatakan sebagai 'Amanat Hadi' itu menyebut pemerintahan Malaysia adalah kafir dan perlu diperangi dengan bersenjata sehingga syahid. Itu adalah kesimpulan melulu oleh Tun sendiri.
Yang ada ialah PAS menentang Umno kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, bukan kerana namanya Umno semata-mata. Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga memberikan hujah-hujah kenapa undang-undang Islam mesti ditegakkan. Golongan yang melampau di dalam menentang dan menghina undang-undang Islam diperingatkan dengan batas-batas iman dan kufur.
Yang tidak disebut tetapi sedia difahami ialah PAS menentang Umno di medan demokrasi, bukan di medan perang! Walaupun PAS berjuang di medan demokrasi, pemuda-pemuda tahan lasak Umno pada ketika itu sering menggunakan gaya samseng dalam menghalang kemaraan PAS.
Ucapan mengenai syahid adalah sebagai motivasi kepada petugas yang menghadapi kesukaran dalam perjuangan menegakkan syariat. Jangan takut dan bersabarlah. Hatta jika kita sampai terbunuh sekali pun kerana perjuangan mendaulatkan syariat, mati seperti itu adalah syahid.
Ya, Ustaz Tuan Ibrahim dan PAS menerima apa yang dikatakan 'Amanat' itu dengan kefahaman seperti ini. Bukan seperti kefahaman Tun!
vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh Umno dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir?
Jawapan: Soalan ini sengaja ditimbulkan oleh Tun lanjutan daripada dakwaan beliau 'Amanat Hadi' mengkafirkan semua orang Melayu. Dakwaan Tun itu tidak benar. Jadi soalan ini, jelas tidak berbangkit sama sekali.
viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dan 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan Kerajaan kafir?
Ya, Ustaz Ibrahim Libya adalah syahid. Dikebumikan tanpa dimandikan dan tanpa disolatkan. Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertanggung jawab membongkar semula kubur tersebut, jika dirasakan cara pengkebumian itu salah.
Tetapi sebagaimana yang kita maklum, al-Marhum Sultan Kedah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Abdul Halim yang merupakan Penasihat kepada Majlis Agama Islam Kedah telah mencemar duli menziarahi pusara para syuhada di Parit Panjang. Bahkan Baginda berkenan menitahkan agar pusara-pusara mangsa diberikan batu-batu nisan khas.
Persoalannya, kenapakah Tun Mahathir sampai menghantar gerombolan tentera dan polis untuk menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan murid-murid beliau yang berjuang dan berkempen agar syariat didaulatkan melalui medium demokrasi, iaitu dengan menyertai parti PAS dan bukannya menubuhkan pasukan tentera?
Lebih teruk lagi, Tun selaku Perdana Menteri pada waktu itu tidak mahu memikul tanggungjawab di atas tragedi Memali itu. Bahkan Tun membiarkan berita yang menjaja bahawa beliau tiada dalam negara pada waktu itu. Berita sebenar hanya diketahui setelah Tun Musa Hitam membongkarnya.
PAS benar-benar berharap RCI kes Memali akan membongkar keseluruhan penglibatan Tun Mahathir dan lain-lain terhadap mangsa-mangsa tragedi Memali yang dinafikan hak mereka untuk didengari.
Penutup
Tun Mahathir sudah mula menulis membela DAP sejak meninggalkan Umno. Tetapi tetap menghentam PAS walaupun beliau telah meninggalkan Umno. Ini kerana PAS terus beristiqamah dengan perjuangan mahu perlaksanaan syariat yang adil dan menyeluruh di dalam negara kita.
Jika ini bermakna sesuatu, ia bermakna dendam kesumat Tun Mahathir terhadap PAS tetap mekar dan tidak padam-padam, sama ada beliau bersama Umno-BN atau bersama PH.
USTAZ ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Kawasan Marang - HARAKAHDAILY 9/10/2017






























































































































































































































Sumber HD - 9-10-2017
















































































































Blind spot di sebalik kebakaran tahfiz

APABILA isu kebakaran tahfiz timbul, ada pihak yang kalut ambil peluang untuk menghentam tahfiz dengan dibangkitkan kelemahan pelbagai tanpa dilihat mempunyai hasrat untuk membantu dan mempertingkatkan mutunya.
Selepas terbongkar ianya berlaku angkara tujuh orang anak remaja, yang menghentam tahfiz sebelumnya langsung tiada "riak risik" meminta maaf atau menarik balik tuduhan mereka sebelum ini. Ramai juga yang menyatakan hasrat perlu diberikan pendidikan dan sebagainya remaja yang melakukan jenayah tersebut. 
Dari satu sudut lain yang terlindung (blind spot), tiada yang melihat bahawa kes-kes jenayah remaja (juvana) tidak mampu diselesaikan oleh undang-undang konvensional seterusnya penyelesaiannya perlu kembali kepada undang-undang Islam. 
Jenayah pada hari ini sebahagian besarnya berlaku akibat daripada penjenayah yang sudah mula berjinak-jinak dengan jenayah sejak umur remaja sebelum 18 tahun. Dahulunya, jika penjenayah remaja terlalu tegar, seperti membunuh atau merompak sebelum umur 18 tahun, polis memasukkan mereka ke penjara dibawah EO justeru jika ditangkap dan didakwa di bawah undang-undang biasa, mereka akan terlepas dan mengulangi kesalahan yang sama. Apabila mencapai umur 18 tahun, mereka sudah sebati dengan jenayah sehingga sukar untuk mereka dibendung lagi. 
Dari sudut lain, ada sindiket yang menggunakan budak belasan di bawah 18 tahun justeru jika mereka ditangkap, maka mereka tidak akan dihukum bahkan diberi amaran, tindakan tatatertib dan lain-lainnya yang dilihat tidak setimpal dengan kesalahan mereka. Ini antara faktor yang menyebabkan mereka akan menjadi penjenayah tegar apabila melewati umur 18 tahun. 
Tetapi jika dilihat dari sudut undang-undang Islam, semua pesalah dalam kes pembakaran maahad tahfiz ini akan dihukum Qisas dan mereka tertakluk sepenuhnya dengan hukum jenayah Islam apabila mereka mencapai umur akil dan baligh. 
Dari segi logik, tidak munasabah jika seseorang berumur 18 tahun dikecualikan hukuman jenayah menurut kebiasaan justeru untuk memahami seperti membunuh adalah salah, mencederakan adalah salah, memukul adalan salah dan lain-lain kesalahan jenayah adalah salah tidak perlu menunggu umur 18 tahun. 
Bagi saya, had umur 18 tahun dalam konteks perundangan konvensional adalah tidak masuk akal dan tiada kemunasabahan. Tambahan pula, menetapkan umur 18 tahun sebagai had sempadan tertakluk kesalahan jenayah dibuat oleh orang-orang barat manusia yang mempunyai akal sempit manakala dan menetapkan had umur akil dan baligh adalah ketetapan Allah, tuhan yang mencipta manusia dan akal manusia. 
Takkanlah anda sebagai seorang muslim yang beriman lebih yakin dengan manusia berbanding tuhan? – HARAKAHDAILY 9/10/2017
Sumber HD - 9-10-2017 


















































































































Kafir mengkafir serangan paling berbisa Tun Mahathir (BAH. PERTAMA)

Latar Belakang
Tun Mahathir dalam artikelnya bertarikh 18 September 2017 baru-baru ini, dengan selambanya menuduh PAS mengkafirkan semua orang Melayu yang tidak menjadi ahli PAS! Semua orang Melayu, termasuk ke bawah duli Sultan-Sultan dan ibu bapa orang PAS sebelum PAS ditubuhkan! Bahkan beliau turut menuduh PAS mengkafirkan semua orang Islam dalam dunia yang tidak menjadi ahli PAS! 
Biasanya, isu kafir mengkafir ini sering ditimbulkan oleh Umno setiap kali pilihan raya. Itu pun terhad kepada tuduhan Umno, bahawa PAS mengkafirkan ahli-ahli Umno dan menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat. Namun pada kali ini Tun Mahathir daripada luar Umno, menuduh PAS mengkafirkan Umno dan semua ummat Islam seluruh dunia yang tidak menyertai PAS! 
PAS pun sampai ternganga besar kerana terlalu terkejut bagaimana Tun pada usia emas ini sanggup memfitnah PAS dengan tuduhan kafir-mengkafir pada skala mega yang terlampau-lampau mega. Artikel itu disiarkan di dalam web rasminya dan turut disiarkan secara penuh oleh beberapa media cetak, eloktronik dan juga media sosial. 
Alahai! Tun! Oh Tun! Saya berdoa agar dikurniakan taufiq oleh Allah SWT dan semoga artikel ini, walaupun panjang, namun mudah-mudahan bermanfaat buat semua.


Keterlaluan Dalam Memburukkan PAS
Tun Mahathir dalam artikel itu kelihatan telah hilang sebahagian daripada dirinya. Beliau dilihat sangat melampau, hilang pertimbangan, tidak logik dan sangat tidak berpijak di bumi nyata.
Tun terlampau terdesak untuk mengajak orang Melayu bersama-sama menyokong Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan Bersatu. Tun terlalu terdesak untuk menjamin bahawa agenda Islam dan Melayu akan lebih 'terjaga' di tangan PH, apabila PH berjaya memegang tampuk kuasa di Putrajaya. 
Oleh kerana PAS tidak mahu bersama PH, PAS terus diganyang sebagai musuh orang Islam dan musuh orang Melayu yang sebenar oleh Tun Mahathir. Najib dan Umno pun, jauh lebih baik daripada PAS pada kaca mata Tun! 
Maklumlah Tun sekarang ini sudah dinobatkan sebagai kepimpinan utama PH. Jadi Tun tanpa jemu, terus 'beristiqamah' menggambarkan PAS sebagai sebuah parti ekstrem, ganas dan mengkafirkan semua ummat Islam yang tidak sehaluan. Keadaan itu, saling tak tumpah seperti Tun masih dalam Umno-BN sebelum ini. PAS akan sentiasa diserang dengan tuduhan 'kafir-mengkafir'. 
Namun dalam artikel beliau 'Kafirkah Saya' ini, Tun cuba pergi lebih jauh, apabila beliau turut cuba memprovokasi institusi Raja-raja agar turut sama berkongsi pandangan songsang beliau tentang PAS!


Menjelaskan Kekeliruan Seputar Isu Kafir-mengkafir Mengikut Lunas-lunas Syariah
Dalam artikel ini, saya akan bincangkan permasalahan iman dan kufur. Bila seseorang itu dikira Islam dan bila dia dikira kafir. Oleh kerana tajuk ini penting dan halus, saya kira elok kalau dimulakan dengan perkara-perkara berkaitan iman dan kufur secara ringkas. 
Untuk keseragaman istilah, saya menggunakan kaedah iman dan Islam adalah seerti. Begitu juga kufur dan kafir adalah seerti. Ini kerana kita membicarakan istilah-istilah ini bagi tujuan mengetahui kedudukan seseorang itu, sama ada Islam atau kafir daripada segi hukum dunia yang zahir sahaja. Tentang hukum Akhirat dan hakikat pegangan hati seseorang, kita tidak bahaskan. 
Jadi kita tidak bincangkan tentang golongan munafik di sini. 
Orang yang mempunyai iman, diistilahkan sebagai orang Islam. Dan orang yang terpalit dengan kufur diistilahkan sebagai orang kafir. Orang pernah menjadi orang Islam, kemudian keluar atau terkeluar daripada Islam, diistilahkan sebagai orang murtad.


Ringkasan Mengenai Iman dan Kufur
Antara yang menarik tentang agama Islam, ia bukan hanya agama berbentuk warisan semata-mata. Ia bukan juga hanya cukup dengan perlaksanaan amalan ritual sahaja. Bahkan ia mencakupi pengakuan hakiki di dalam hati, diperakui oleh lidah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibuktikan dengan melaksanakan tuntutan Islam dengan tubuh badan. Itulah Islam yang beerti penyerahan diri kepada Allah SWT dengan segenap jiwa raga. Hati, lisan dan anggota tubuh badan.
Kufur pula ialah tidak mahu mengakui yang demikian itu dengan hati dan lisan, serta enggan, lagi ingkar daripada melaksanakan perintah-perintah Allah SWT yang berbentuk fizikal.


Pintu Masuk Islam
Pintu masuk Islam bagi anak-anak keturunan orang Islam, ialah melalui Islamnya salah seorang daripada kedua ibu bapanya. Pintu masuk Islam bagi non-Muslim pula ialah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Iaitu mengakui Allah SWT sebagai tuhan sebenar lagi Maha Sempurna, yang wajib disembah dan ditaati, dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang menyampaikan ajaran-ajaran Islam yang mesti diikuti untuk mencapai keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.


Pintu Keluarnya
Pintu keluarnya pula seperti yang disebut di dalam Mustika Hadith terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (Sekarang dikenali JAKIM), Edisi Jawi, Jilid 1 (Iman), hal 415 -420. Buku ini dicetak sejak 1973 dengan kata-kata aluan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu Tun Haji Abdul Razak Dato' Hussein. 
"Perkara-Perkara Yang menyebabkan rosak iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian; 
Bahagian yang pertama:
Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam. Iaitu... (diberikan contoh-contoh). 
Bahagian yang kedua:
Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek, mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya. 
Dan juga perkataan yang menolak, menafi, mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama mengithbatkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu daripada Islam. 
Misalnya... (diberikan contoh-contoh).\ 
Bahagian yang ketiga:
Perbuatan, iaitu... (diberikan contoh-contoh)."
Demikian petikan daripada Mustika Hadith.


Kepentingan Mengetahui Batas-batas Iman dan Kufur
Kepentingannya ialah untuk mengelakkan kita daripada terjerumus ke dalam gejala syirik dan menjadi murtad tanpa kita sedari. Jika murtad, iaitu keluar daripada Islam setelah pernah menjadi orang Islam sebelumnya, maka ia adalah seburuk-buruk kekufuran. Balasannya tentulah berkekalan diseksa di dalam neraka dengan azab yang amat pedih buat selama-lamanya. Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada sedemikian! 
Jika seseorang itu melakukan perkara yang menyebabkan dia terkeluar daripada Islam dengan sengaja, lagi mengetahuinya atau dia menolak untuk menarik balik perbuatan atau perkataannya, setelah dikemukakan hujjah-hujjah kepadanya tentang perbuatan dan perkataan tersebut adalah kufur mengikut dalil-dalil qat'ie daripada al-Quran dan Sunnah, beliau tidak lagi dikira sebagai seorang Islam. Jalan kembalinya, beliau mestilah bertaubat dan kembali mengucap dua kalimah syahadah. 
Jika seseorang itu melakukan perkara yang menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam dengan tidak mengetahuinya, dia dikira berdosa besar dengan dosa yang amat besar dan hendaklah segera bertaubat dan membetulkan kesalahannya. Beliau dikira berdosa besar kerana cuai dalam mempelajari akidah, termasuk berkaitan perkara-perkara yang boleh membawanya kepada gejala murtad, yang merupakan fardhu ain ke atasnya. Mudah-mudahan Allah SWT mengampuninya.
Justeru masalah iman dan kufur adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja berkait dengan hukum-hukum di dunia, bahkan berterusan sampai ke negeri akhirat.


Kata-kata Yang Menyebabkan Seseorang Itu Keluar Daripada Islam
Kata orang Melayu, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". "Lidah tidak bertulang". "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"
Dek kerana ramai yang tidak menjaga tutur-katanya bila memberi komentar mengenai perlaksanaan hukum Islam, di sini saya salinkan aspek perkataan yang boleh mengeluarkan seseorang daripada Islam sebagaimana di dalam Mustika Hadith
"Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam; 
1. "Hukum apa ini?".
2. "Hukum ini sudah lapuk".
3. "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan".
4. "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus".
5. "Berzina kalau suka sama suka apakah haramnya".
6. "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya".
7. "Berjudi kalau masing² sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya".
8. "Kalau hendak sangat menurut hukum² Islam sampai kiamat kita tak maju".
9. Berkata " Perbuatan yang demikian tidak beradab", Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan menjilat sisa makanan dijarinya.
10. Berkata "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.
11. Berkata : "Si Anu dah mulai menyalak", semasa ia mendengar azannya.
12. Membaca ayat-ayat suci, hadis, nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersendakan dan mempermainkannya.
13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim".
Demikian di dalam Mustika Hadith.


Pihak Yang Berhak Menghukum Seseorang Individu Tertentu Sebagai Kafir
Syariat Islam tidak membenarkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya menghukum seseorang individu tertentu sebagai murtad atau kafir. Menuduh dan menghukum individu tertentu sebagai kafir atau murtad perlu melalui satu proses perbicaraan di mahkamah yang adil, telus dan saksama. 
Di mana qadhi sendiri atau pendakwa syar'ie akan berhujah dan mendapatkan kepastian daripada tertuduh sendiri tentang sebab-sebab dan bukti-bukti yang menunjukkan beliau telah murtad. Tertuduh akan berpeluang membela diri atau mengesahkan dakwaan. Jika tuduhan terbukti benar atau mendapat pengakuan daripada tertuduh, qadhi akan meminta tertuduh bertaubat dan diberikan tempoh masa yang tertentu untuk berbuat demikian. 
Jika dia kekal tidak mahu bertaubat setelah dikemukakan hujah dan diberikan tempoh, barulah hukuman murtad dikenakan kepada si tertuduh. 
Tuduhan kafir mengkafir sesama orang awam hanya akan mencetuskan mudharat yang sangat besar. Di mana, akan ada individu yang dituduh tanpa bukti atau dengan bukti yang tidak mencukupi atau dengan ungkapan yang haram, namun belum dikira murtad secara ijmak. Tanpa perbicaraan, orang yang tersilap cakap, orang yang dipaksa atau orang yang terlalu jahil, bahkan orang yang telah bertaubat pun akan dituduh murtad juga oleh sesetengah pihak!
Ini pastilah akan mencetuskan huru hara dalam masyarakat.


PAS Sebagai Pendakwah, Bukan Penghukum
Ini berbeza dengan tugas para pendakwah yang hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur. Jika ada yang melakukan perbuatan atau mengeluarkan perbuatan kufur, para pendakwah akan menasihatkan orang itu supaya bertaubat, menerangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh orang tersebut serta menasihatkannya agar tidak terus melakukan perkara kufur tersebut. Bimbang-bimbang nanti dia betul-betul terjebak ke dalam kufur yang hakiki di sisi Allah SWT! 
PAS bukanlah mahkamah yang menjatuhkan hukum sama ada orang ini atau orang itu kafir atau pun tidak. PAS hanyalah sebuah parti politik yang juga berperanan sebagai badan dakwah yang menjalankan tugas sebagai pendakwah, menasihati orang ramai agar tidak terjebak dalam gejala murtad dengan menerangkan batas-batas iman dan kufur. 
Oleh itu, PAS tidak menuduh seseorang individu tertentu itu kafir, sehinggalah beliau mendapat perbicaraan yang adil dan saksama di mahkamah berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan terang serta dipastikan ungkapan beliau itu memang kufur tanpa ada sebarang takwil lagi. PAS hanya menerangkan iktikad, perkataan dan perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang muslim tergelincir ke dalam kancah murtad. Itulah hukum syara' dan itulah juga pendirian PAS.


Kewajipan Menegakkan Hukum-hukum Syarak Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran Negara
Menegakkan hukum Islam dalam pemerintahan dan pentadbiran negara adalah wajib mengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah. Bahkan turut disepakati oleh semua mazhab Ummat Islam yang lain, termasuk Mu'tazilah, Khawarij, Syiah dan Zohiriyyah. 
Jika ada perbahasan pun, ianya hanya berkisar tentang dalil hukum wajib itu, adakah wajib dengan nas atau wajib dengan akal. Ada pun mengenai wajibnya berhukum dengan hukum Islam, tidak ada sebarang khilaf, bahkan telah berlaku ijmak iaitu kesepakatan para ulamak mujtahidin tentangnya.
Selepas zaman penjajahan, ummat Islam diserang dengan serangan pemikiran yang hebat sehingga mereka lebih rela berhukum dengan undang-undang penjajah walaupun selepas berjaya mencapai 'kemerdekaan' daripada penjajah.


PAS Berjuang Untuk Pelaksanaan Syariah
PAS timbul kerana keperluan untuk mendesak agar undang-undang syariah dipakai dalam pentadbiran dan perundangan negara secara menyeluruh, bukan hanya terbatas setakat undang-undang keluarga dan perkara-perkara berkaitan ibadat khusus sahaja. Ini kerana perundangan Islam yang lengkap adalah sesuai untuk setiap masa dan tidak terikat dengan sempadan geografi.
PAS menerangkan tentang kebaikan undang-undang Islam berbanding undang-undang konvensional. PAS menjawab kekeliruan masyarakat tentang hukum-hukum Islam yang sering disalah anggap oleh sesetengah pihak. PAS juga memberikan alternatif-alternatif penyelesaian secara Islamik bagi isu-isu yang timbul dalam negara. Sama ada isu-isu berkaitan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi. 
PAS mahu mendaulatkan syariah melalui medium demokrasi selaras dengan peruntukan yang dibenarkan oleh perlembagaan negara yang sedia ada. Ini kerana Perlembagaan membenarkan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri membuat, membatal atau meminda undang-undang berdasarkan majoriti kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti politik di dalam pilihan raya.
Sebagaimana yang kita maklum, Perlembagaan Negara boleh dipinda, jika mendapat sokongan dua pertiga majoriti ahli Dewan Rakyat. 
Inilah perjuangan PAS iaitulah untuk memenuhi tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. PAS mengajak rakyat Malaysia mendokong hasrat murni ini melalui medium demokrasi.

USTAZ ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Marang - HARAKAHDAILY 6/10/2017
Sumber HD - 6-10-2017 





















































































































Bila musuh berwajah Islam

ZAMAN fitnah hari ini tidak cukup sekadar memberi jawapan dengan Feqah yang terbuku di dalam kitab semata mata, perlu luaskan jawapan dengan memperkenal dan menzahirkan Fikrah Islam, kerana musuh Islam hari ini ada pelbagai;
(a) Musuh Islam ada yang mendalami feqah dan perselisihan mazhab, lalu mereka berusaha mengelirukan umat Islam dengan mempermainkan hukum hukum feqah, meringan ringankan syariat, serta memperalatkan qawaid fiqhiyyah.
(b) Musuh Islam ada yang mendalami syariat Islam, dan menyampaikannya secara separuh. Lalu mereka berusaha menanam pemikiran pemisahan antara Islam dan kehidupan (secularism), serta melahirkan muslim yang tolak politik.
(c) Musuh Islam ada yang mengkaji Hadis Nabi SAW lalu mereka berusaha mengkucarkan kefahaman umat Islam untuk menolak hadis dhaif, dan mengkritik keilmuan para ulamak terdahulu atas alasan berijtihad dan khilaf.
(d) Musuh Islam ada yang mendalami politik Islam, lalu mereka berusaha supaya umat Islam mematlamatkan perjuangan hanya untuk politik semata mata, serta menggadaikan prinsip untuk mendapat kepentingan politik itu.
(e) Musuh Islam ada yang meneliti bab muamalat Islam, lalu mereka berusaha memperkenalkan teori teori yang diciplak daripada muamalat Islam, dengan istilah istilah lain, supaya umat Islam menganggap ia adalah kecemerlangan Barat.
(f) Musuh Islam ada yang mengkaji tentang pendidikan Islam, lalu mereka memperkenalkan sistem pendidikan yang berteraskan sijil semata mata. Maka ada yang merasakan sudah cukup alim dengan PhD nya, dan berkebolehan mengeluarkan hukum dalam semua aspek.
(g) Musuh Islam ada yang meneliti hadis hadis akhir zaman, lalu mereka cuba menzahirkan ajaran ajaran sesat untuk merosakkan umat Islam seperti Isis, Qadaniah, bahkan sudah puluhan orang mereka yang mengaku al Mahdi.
(h) Musuh Islam ada yang pakar dalam falsafah dan ideologi. Mereka berusaha sedaya upaya untuk membawa liberalism dan sosialism ke dalam masyarakat Islam yang menyangka kedua dua ideologi ini seakan akan keadilan sejati.
(i) Musuh Islam ada yang mengkaji tentang Gerakan Islam secara terperinci. Lalu mereka berusaha memastikan Gerakan gerakan Islam ini terencat perjuangan mereka, dengan memperkenalkan gerakan dan kumpulan yang seakan akan memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya tidak.
Dan banyak lagi. Seluas mana kesyumulan Islam, sebanyak itulah orang orang mereka yang memerah keringat membuat kajian ratusan tahun, dan diwarisi oleh pelapis pelapis mereka. Tetapi malangnya umat Islam hari ini selalu terjerat dengan jerat jerat mereka.
USTAZ MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL
Sumber HD - 4-10-2017 























































































































Adakah PH perjuang fahaman Islam liberal?

MENJELANG PRU14 yang bakal tiba tidak lama lagi, persoalan utama yang patut diajukan kepada Pakatan Harapan (PH) ialah apakah acuan, ideologi dan sistem yang PH mahu guna pakai sekiranya memerintah Malaysia?
Hal ini amat penting kerana kita dapat lihat sendiri bagaimana DAP begitu dominan dalam menentukan halatuju arah perjuangan PH.
Contoh terbaru ialah dalam isu Better Beer Festival. 

DAP begitu lantang menentang keputusan pihak berkuasa iaitu DBKL dan PDRM yang melarang penganjuran pesta arak diadakan di ibukota KL. 
Kita juga perlu meneliti siapakah pendokong utama yang berada di hadapan mahupun yang berada di sebalik tabir PH? 

Kelihatannya, PH lebih cenderung kepada ideologi liberalisme dan sekularisme.
Mereka begitu gigih berjuang atas nama kebebasan dan hak asasi manusia mengikut tafsiran Barat bukannya acuan Malaysia. 

Semestinya, ini bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. 
Pada masa sama, kita juga dapat melihat kebangkitan suara kelompok Islam Liberal yang sering diberikan liputan meluas oleh portal media pro PH seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today, The Malaymail Online dan The Malaysian Insight. 

Kenyataan individu seperti Zaid Ibrahim, Siti Kassim, Dato' Noor Farida Ariffin, Dato' Dr Ahmad Farouk Musa, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, Farouk Peru, dan Marina Mahathir sering diberikan liputan media tersebut. 

Portal media ini mengangkat suara kelompok minoriti seolah-olah mereka mewakili pandangan majoriti ummat Islam yang sememangnya menentang fahaman Islam Liberal.
Siapakah tuan empunya portal media tersebut yang berkuasa dalam menentukan 'agenda setting' untuk diterapkan dalam minda masyarakat awam? 
Siapakah penyumbang dana kepada portal media itu? 
Jikalau kita mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut pasti kita tidak terkejut apabila melihat berita-berita yang disiarkan dalam portal itu kebiasaannya bersifat negatif, memburukkan Islam dan berunsur Islamophobia. 

Apa jua yang berimej Islam, institusi Islam, jenama Islam pasti akan menjadi sasaran serangan mereka. 

PAS merupakan subjek utama yang sering menjadi mangsa serangan media sebegini.
Pihak tertentu sering menuduh PAS memperalatkan Islam untuk kepentingan politik sedangkan mereka terlupa bahawa kumpulan mereka juga ada yang menggunakan nama Islam. 

Contohnya, Sister in Islam (SIS) dan Islamic Renaissance Front (IRF). 

Adakah mereka menyangka kita tidak tahu apakah agenda perjuangan SIS dan IRF ini?
Terbaru, kelompok Islam Liberal di Malaysia telah menubuhkan gabungan individu bergelar G25 yang melibatkan tokoh-tokoh Muslim yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan dalam pelbagai jawatan di sektor awam. 
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. 

Gerakan pemikiran Islam Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng daripada aspek akidah dan syariah. 
Antara penyelewengan dalam aspek akidah ialah mereka berpegang kepada;
- Konsep Pluralisme agama
- Akal Manusia Adalah Wahyu
- Meragui Ketulenan Al-Quran 
Penyelewengan dalam aspek Syariah pula ialah:
- Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith
- Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
- Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian 
Mereka juga mengkritik disiplin ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima.
Mereka juga menolak penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie kerana mereka mahu merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam. 
Kelompok Islam Liberal ini bergerak secara terancang. Mereka sering mengadakan program berbentuk wacana dan diskusi yang membincangkan tajuk berkenaan Islam tetapi mengikut acuan mereka. 

Pada Oktober 2014, IRF dan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) pernah cuba membawa masuk tokoh Islam Liberal Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla namun dibantah keras oleh JAKIM. 
Baru-baru ini, mereka menjemput pula Dr Mun’im Sirry dan Mustafa Akyol yang cuba menyebarkan fahaman Islam Liberal yang negara ini. 
Tatkala pihak Kerajaan bertindak, pemimpin Pakatan Harapan lah antara yang paling lantang membela individu yang diimport dari luar negara untuk menyesatkan akidah ummat Islam di negara kita. 
IRF yang bergiat aktif menjadi penganjur program sebegini menerima dana yang disumbangkan oleh National Endowment for Democracy (NED) yang berpusat di Amerika Syarikat. 

Antara penerima lain dana NED di Malaysia ialah portal Malaysiakini, Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS), Projek Dialog, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), dan Merdeka Centre. 
Sedar atau tidak, ummat Islam sedang berdepan dengan cabaran dalaman dan luaran secara serentak. 

Kita jangan lupa berkenaan tuntutan yang diperjuangkan oleh COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) pada tahun 2013 dulu. 

Gabungan 54 NGO telah menghantar laporan kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menekan Malaysia menerima tuntutan mereka. 
Atas nama kebebasan hak asasi, COMANGO menuntut:
- hak kebebasan beragama (murtad)
- hak LGBT
- menghapuskan hak istimewa orang Melayu
- menghapuskan kesalahan jenayah Syariah 
Walaupun COMANGO sudahpun diharamkan oleh Kerajaan tetapi perjuangan mereka masih belum terhenti di situ. 

Kita dapat lihat dalam siri himpunan Bersih (selepas PAS tidak sertai), kelompok pejuang LGBT dan Seksualiti Merdeka mula muncul dengan berani menuntut hak mereka. 

Suara COMANGO seperti hak untuk murtad juga diperjuangkan oleh DAP di Parlimen.
Apabila PAS mengemukakan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, kelompok Islam Liberal ini bersatu hati dengan PH menentang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah. DAP lebih berani bersuara kerana wujudnya pemimpin Muslim PKR dan PAN yang setia menjaja modal istilah Maqasid Syariah, Islam ramah tamah, progresif, moderate sebagai alasan untuk menyekat usaha memartabatkan Islam melalui sistem perundangan. 
Belumpun PH mendapat kuasa, mereka dah berusaha mencegah apatah lagi mahu menyokong. 
Adakah kita masih boleh mengharap untuk mereka melaksanakan usaha memartabatkan Islam seandainya mendapat kuasa kelak? 

Tidaklah mustahil suatu hari nanti, atas nama hak dan kebebasan, pesta arak akan diadakan bagi meraikan kemenangan PH ke mercu Putrajaya? 
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
Sumber HD - 28-9-2017 

























































































































KWSP: Wajibkan umat Islam carum patuh syariah






KERAJAAN sepatutnya mewajibkan semua umat Islam yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menukar kepada simpanan patuh syariah.
Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, ini bagi mengelakkan simpanan mereka tidak diragui dari segi halal haram. 
Malangnya, kata beliau walaupun KWSP mewujudkan skim simpanan patuh syariah tetapi kerajaan terus memberi pilihan kepada para penyimpan sama ada mahu menukar kepada patuh syariah atau kekal dalam simpanan konvensional.
"Ini yang kita tak faham, mengapa kerajaan tidak mewajibkan terus semua umat Islan simpan duit mereka simpanan patuh syariah yang sudah sah mengikut simpanan cara Islan," kata kepada Harakah. 
Baru-baru ini media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Perlis dipetik sebagai berkata, semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan pencarum adalah halal. 
Hukum itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis yang bersidang pada 6 Ogos lalu. 
Mengulas lanjut, Idris berkata, apabila seseorang pekerja itu menukar kepada akaun patuh syariah mereka tidak perlu ragu lagi kerana KWSP telah mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) bagi menasihati KWSP berkenaan pelaburan patuh syariah. - HARAKAH 27/9/2017
Sumber HD - 27-9-2017 



























































































































Kisah Ustaz Harun Taib dan tokoh korporat

SAAT budaya perbincangan hukum semakin menjadi sepi dewasa ini, tiba-tiba terkenang ketegasan murabbi al-marhum Ustaz Harun Taib dalam perkara ini. Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat kuat berpegang dengan halal haram. Bahkan sangat wara' dan tidak bermudah dalam isu yang membabitkan syariat.
Ada satu kisah yang sangat menarik berhubung perkara ini. Dikongsikan oleh seorang tokoh korporat yang juga amat mengagumi beliau. 
Ceritanya berlaku ketika PAS memimpin kerajaan negeri Terengganu. PAS mengambil alih kerajaan dengan hutang yang ditanggung hampir 1 bilion ringgit. Ditambah dengan berbagai anak syarikat kerajaan negeri yang bermasalah dan seolah telur yang berada di hujung tanduk. 
Pada masa tersebut, terdapat sebuah syarikat perladangan yang menerima nasib serupa. Syarikat tersebut hampir bankrap. Hutang terlalu banyak dan bisnes merudum teruk. Lalu pakar-pakar korporat dipanggil untuk membantu membangunkan semula syarikat tersebut. 
Timbul cadangan untuk menggunakan khidmat pembiayaan kewangan dari pihak bank. Setelah berbincang, Ustaz Harun bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan sebuah bank yang mengamalkan konsep perbankan Islam. Itulah satu-satunya bank yang dipersetujuinya. 
Lalu pegawai bank tersebut dipanggil untuk membentang model pembiayaan dan pembayaran yang mereka cadangkan. Setelah berbincang, Ustaz Harun tidak berpuashati dengan model yang ditawarkan. Bagi beliau, ia masih dikira tidak patuh syariah.
"Tak boleh guna bank. Cuba cara lain," tegas Ustaz Harun.Pakar-pakar korporat mati akal. Sekarang mereka pening mereka memikirkan bagaimana nak menjana kembali operasi syarikat tanpa bantuan bank. 
Namun tegas Ustaz Harun tidak menutup ruang untuk berkembang. Beliau menyemak bentuk-bentuk perniagaan yang dijalankan syarikat tersebut. Akhirnya beliau mencadangkan supaya dikeluarkan Sukuk al-Ijarah. Ustaz Harun menerangkan kepada pakar-pakar korporat apa itu Sukuk al-Ijarah di dalam sistem muamalah Islam, kemudian pakar-pakar ini cuba menerjemahkan teori tersebut kepada model perniagaan yang boleh dipraktikkan. 
Sukuk adalah nama bagi sijil kewangan yang diterbitkan atas tujuan pembiayaan pelaburan. Ia mempunyai sedikit persamaan dengan bon hutang, tetapi ia tidak berasaskan hutang. Ringkasnya ia boleh dipanggil sebagai bon patuh syariah. Sukuk al-Ijarah pula adalah sijil kewangan yang membenarkan pemegangnya untuk memperoleh hasil sewaan daripada aset yang didaftarkan atas nama sukuk tersebut. 
Ringkas cerita, akhirnya mereka berjaya merangka Sukuk al-Ijarah daripada aset-aset yang dimiliki syarikat. Malangnya ketika memohon kelulusan dari pihak Bank Negara, mereka gagal. Pihak Bank Negara tidak membenarkan Sukuk tersebut dikeluarkan atas berbagai alasan. 
Ustaz Harun tidak mengalah. Beliau terus meneroka sistem Islam. Dicadangkan pula traksaksi Bai' Salam. Setelah difahamkan teori Bai' Salam kepada pakar korporat, mereka pun menyiapkan model perniagaan tersebut. 
Bai' Salam adalah bentuk jual beli secara tempahan. Pembeli membayar dahulu harga yang dipersetujui dan penjual akan menyerahkan barang pada tempoh-tempoh yang dijanjikan. 
Setelah mencuba, akhirnya transaksi Bai' Salam berjaya dipraktikkan. Syarikat tersebut berjaya dipulihkan dengan pulangan yang lumayan. Bukan itu sahaja, bahkan berjaya membantu kerajaan negeri menyelesaikan keseluruhan hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN, dan menjana lebihan pendapatan untuk manfaat rakyat. 
Sejak hari itu, pakar-pakar korporat sangat mengagumi Ustaz Harun Taib. Secara tidak langsung mereka turut mengakui keperluan untuk ulama memimpin negara. Kerana mereka pakar dalam ilmu Islam. Dan tiadalah sistem yang boleh menyelesaikan segala permasalahan di dunia hari ini, melainkan Islam. 
Ada beberapa perkara boleh diambil perhatian daripada cerita ini. 
1. Islam agama penyelesaian. Perlu yakin bahawa jika bersama Islam, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Sesungguhnya Islam kaya dengan berbagai solusi yang masih belum bernas, menunggu masa untuk diteroka sahaja. 
2. Tidak terlalu cepat mengalah dengan keadaan. Sikap terlalu cepat menghalalkan yang diharamkan atas nama doruroh perlu dielakkan. Percayalah ia hanya ujian yang tuhan jadikan, untuk menguji tahap kesungguhan hambaNya mempertahankan aturan Islam.
3. Ulama perlu memimpin. Mereka tidak hanya menjadi penasihat, tetapi juga perlu diberikan autoriti untuk menguatkuasakan sebarang perkara dasar yang melibatkan hukum. Tetapi takrifan ulama itu perlu jelas, iaitu mereka yang faqih dalam bidang yang berkenaan, yang boleh mengolah ilmu daripada teori kepada praktikal. Bermakna bukan semua agamawan bertaraf ulama. 
4. Ulama perlu menyedari tanggungjawab mereka yang sangat besar. Tidak hanya di lapangan pendidikan dan dakwah sahaja, tetapi juga di bidang ekonomi, korporat, politik dan sebagainya. Justeru mereka perlu memperkayakan diri dengan ilmu-ilmu yang pelbagai bagi menguruskan cabang-cabang kehidupan yang semakin rencam. 
5. Contoh model kerajaan teknokrat yang disebutkan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Jawatan pentadbiran tidak berasaskan kedudukan dalam parti politik, sebaliknya berasaskan kepakaran dalam bidang-bidang berkenaan. Teknokrat yang boleh berintegrasi dengan agamawan yang faqih. Bukan teknokrat berkiblatkan sekular. Bukan jua teknokrat mirip pemerintah aristokratik yang dibawa oleh golongan kiri. 
Alang Ibn Shukrimun 
5 Muharram 1438 / 26 September 2017 - HARAKAHDAILY 26/9/2017
























































































































































































































































Sumber HD - 26-9-2017





























































































































Kenyataan media Mudir Darul Quran Ittifaqiyah


MESYUARAT pengurusan madrasah telah memutuskan, penempatan petugas Mudir Darul Quran Ittifaqiyah di kaunter depan madrasah adalah sehingga jam 11.00 malam 30 September 2017 sahaja.
Berikut kenyataan penuh Mudir Darul Quran Ittifaqiyah. 
SUMBANGAN DANA MASYARAKAT KEPADA DQI BERIKUTAN TRAGEDI KEBAKARAN 14 SEPTEMBER 2017 
Bismillahir Rahmaanir Rahiim 
1. Peristiwa pilu tragedi kebakaran madrasah kami yang telah mengorbankan 23 warga DQI amat memberikan kesan yang mendalam di hati kami. Lebih-lebih lagi apabila pihak polis mengesahkan bahawa tragedi ini adalah akibat perbuatan jenayah terancang oleh beberapa orang suspek yang telah ditahan reman. Kepiluan ini sudah tentu berganda-ganda dipikul beratnya oleh ibu bapa dan keluarga sahabat dan anak didik kami yang terkorban. Hanya kepada Allah kami adukan segala kesedihan ini. La haula wa la quwwata illa billah! 
2. Sejak dari hari pertama kejadian, masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan darjat telah datang menziarahi kami. Tidak kurang juga kunjungan daripada rakyat Singapura dan Brunei. Hatta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah berkenan mencemar duli ke madrasah kami. Sesungguhnya, ini semua bagaikan siraman hujan rahmat daripada Allah kepada diri kami, membuatkan kami mendapat kekuatan untuk menangani ujian besar yang dihadapi. 
3. Kami sangat terharu, berterima kasih serta terhutang budi abadi atas keprihatinan, simpati dan empati yang dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia baik daripada mereka yang bersusah payah berkunjung sendiri ke madrasah mahupun melalui mesej-mesej media yang kami terima. Walaupun ada segelintir individu yang masih berkeras menyalahkan madrasah, namun sokongan dan doa majoriti masyarakat dan solidariti sahabat komuniti tahfiz adalah sumber kekuatan buat kami. 
4. Sepanjang 10 hari ini, kami telah menerima ucapan takziah dan sumbangan ikhlas daripada masyarakat. Kami tidak pernah menubuhkan sebarang tabung sumbangan, apa yang berlaku, sumbangan ini adalah datang dari ketulusan hati masyarakat Malaysia itu sendiri. Segala sumbangan ini semua kami terima sebagai amanah untuk melaksanakan hasrat masyarakat menghulurkan bantuan kepada mangsa tragedi ini dan juga bagi tujuan pembangunan semula madrasah. Setinggi ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang membantu dan memberikan pelbagai bantuan kepada kami. Insya Allah, setelah keadaan lebih reda, kami berhasrat untuk menghubungi semua pihak / agensi berkenaan. 
5. Masih banyak urusan dalaman madrasah mahupun dengan agensi-agensi seperti MAIWP, polis dan bomba yang perlu diuruskan. Sehubungan dengan itu, mesyuarat pengurusan madrasah telah memutuskan, penempatan petugas kami di kaunter depan madrasah adalah sehingga jam 11.00 malam 30 September 2017 sahaja.
6. Berkenaan pengurusan sumbangan yang diterima kami akan laporkan dan bincangkan sewajarnya dengan pihak kerajaan serta pihak-pihak lain yang perlu dan berkaitan.
7. Akhir kalam, pihak madrasah DQI ingin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan memberikan sumbangan kepada kami. Semoga Allah menjadikannya sebagai sandaran dan andalan bagi kejayaan dan keselamatan kita di Yaumil Mahsyar nanti. Mohon terus membantu kami dengan doa semua. 
USTAZ MOHD ZAHID MAHMOOD
Mudir Darul Quran Ittifaqiyah
25 September 2017 - HARAKAHDAILY 25/9/2017
Sumber HD - 25-9-2017 
































































































































PRU14: BN atau PH, apakah pilihan PAS?


PINTU perbincangan sentiasa dibuka PAS dengan mana-mana pihak yang bertujuan kebaikan demi kepentingan Islam, negara dan rakyat. Tetapi keputusan muktamadnya terletak kepada kekuasaan tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama (MSU) dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta wajib dipatuhi oleh seluruh peringkat parti.






























































































































Menjelang PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, pelbagai pihak menunjukkan minat untuk bersama PAS. Pelbagai tawar menawar dikatakan sedang berlaku sama ada PAS akan mengadakan kerjasama dengan Umno-BN atau kembali kepada Pakatan Harapan (PH).

Hingga kepada perkembangan paling mutakhir dari ‘Retreat’ PAS Pusat baru-baru ini, terdapat media melaporkan PAS akan menggunakan strategi atau pendekatan berbeza di setiap negeri mengikut kesesuaian masing-masing sebagaimana maklumat dari satu sumber.

Tiga pimpinan utama negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli; Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan Setiausaha PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan mengupas kesiapsiagaan pihak mereka berkaitan perkara tersebut.


- HARAKAH 20/9/2017

Sumber HD - 20-9-2017



















































































































Anwar atau Mahathir mungkin U-Turn kepada Umno?

MAT Taib atau nama penuhnya Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib telah sah menyertai Umno semula.
Penyertaan semula dalam keadaan Umno begitu terdesak mendapatkan tokoh-tokoh,  dan kembali menggunakan propaganda kemasukan ke dalam Umno sebagai strategi berdepan penurunan undi rakyat. 
Maka gegak gempita sekali alam siber dan seluruh media online melaporkan kononnya Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen,  hingga lawatan kerja Timbalannya,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun  disingkatkan. 
Umpama "bullet" besar yang mahu dibidik Umno tatkala mengumumkan kemasukan semula Mat Taib atau Mike Tyson ini ke khemah lapuk Umno. 
Rata rata netizen dan penggemar cerita hangat berteka teki,  ada juga yang buat fitnah melulu kononnya Najib mahu umum kerjasama dengan PAS untuk merampas Selangor.  Nakal dan jahat sekali fitnah di alam siber. 
Tuduhan ini dinafi sekeras kerasnya oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor,  Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir di laman Facebooknya dan kemudian mengecam tindakan mereka yang memfitnah itu. 
Sementara beberapa lagi sanggahan juga dibuat  atas tuduhan jahat itu. 
Muhammad Taib dikenali suatu masa lalu dalam kes membawa jumlah wang yang besar ke luar negara dan kemudiannya "kantoi" . 
Penyertaannya dalam PAS tidak pun menberi impak besar apatah lagi  selepas itu beliau menyertai PKR bersama orang kuat Anwar Ibrahim iaitu Datuk Kamaruddin Jaffar yang pernah menjadi Pengarah Urusan Harakah dan Setiausaha Agung PAS. 
Muhammad Taib juga diketahui agak rapat dengan Anwar Ibrahim, namun tidak serapat hubungan Anwar dengan Najib ketika dalam team Pemuda Umno suatu masa lalu.
Ini menjadi sejarah, dan pastinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu hubungan baik Najib Anwar sementelahan Zahid juga berada dalam pasukan yang sama. 
Begitu juga beberapa penghubung Anwar dengan Najib iaitu antaranya Datuk Johari Abdul orang kuat BTN suatu masa lalu dan tidak dinafikan Datuk Saifudin Nasution Ismail juga berperanan melalui abangnya yang menjadi orang kanan Najib iaitu Datuk Shahlan Ismail. 
Ingat sahaja pelan rekonsilasi nasional yang disebutkan dibincang antara Najib dan Anwar sebelum Pilihan Raya Umum 13 lalu di dedahkan sendiri oleh bekas bekas saksi kejadian. 
Usah lah menuduh PAS mahu ber "UG" dengan Umno tatkala PAS berulang kali menyatakan tidak akan bersama dengan Umno. 
Malah apa yang diperhatikan Umno sebenarnya lebih dekat parti Bersatu,  PKR dasarnya tidak jauh berbanding Umno. 
Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU 14 ini,  Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi. 
Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan. 
Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU 14. 
Apatah lagi dalam keadaan Pakatan Harapan sudah punah Harapan bagi Anwar untuk memujuk PAS bersama. 
Sedang Anwar tahu hakikat bahawa undi Melayu juga boleh datang dengan jumlah besar dari PAS. 

Ataupun Mahathir sendiri akan kembali kepada Umno selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan ditambah Bersatu yang kian hilang punca apabila ramai pengasasnya keluar parti seperti Datuk Hamidah Othman. 
Ini sifir yang tidak boleh dinafikan kerana dalam politik apa juga boleh terjadi,  apatah lagi Najib naik jadi PM ketika kempen Mahathir menjatuhkan Pak Lah berjaya dilaksana. 
Hakikatnya PAS tidak berasa kehilangan Anwar ketika ini, apatah lagi kalau Mahathir ‘u turn’ kepada Umno. 
Tetapi lebih terasa adalah penyokong Anwar dan Mahathir merasai kehilangan dan kekecewaan jika dua bekas orang kuat Umno kembali melutut ke dalam parti yang telah menjadikan mereka seteru politik. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017 



































































































































Jenayah: Adakah tanda kegagalan sistem pendidikan?

PERLAKUAN jenayah di kalangan pelajar sekolah menampakkan kegagalan sistem pendidikan peringkat arus perdana, demikian menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Noor.
Katanya, walaupun falsafah pendidikan negara mahu melahirkan insan yang seimbang di sudut jasmani, emosi, rohani dan intektual, perlakuan jenayah di kalangan pelajar terus berlaku. 
Malah ujarnya, gejala kerosakan akhlak bermula dari sekolah rendah lagi.
 "Bayangkanlah anak-anak yang  umur belasan tahun sudah terdedah dengan aktiviti gangsterism, budaya porno, tidak menghormati orang tua. 
"Ini terlahir daripada aplikasi ragam budaya yang semakin melampau kepada anak-anak sekolah hari ini terutamanya anak-anak remaja" katanya kepada Harakah. 
Jadi katanya, Kementerian Pendidikan perlu mengkaji secara menyeluruh antaranya untuk menekan tentang adab dan akhlak dalam pendidikan. 
Katanya, walau sekolah di negara ini diperkenalkan subjek J-Qaf, Jawi, Quran  dan Fardu Ain tetapi dari sudut pelaksanaan tidak dilakukan seperti mana subjek teras. 
"Biasanya sebelum peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September, namun pada bulan Jun, Julai dan Ogos kita difahamkan kebanyakan guru-guru mata pelajaran teras seperti Metamatik, Sains dan Bahasa Melayu akan membuat pelbagai program untuk para pelajar skor A. 
"Dalam masa tiga bulan itu kebanyakan pelajar tidak lagi belajar subjek J-Qaf kerana ia bukan subjek teras," terangnya. 
Beliau berkata, para ibu bapa pula bimbang anak tidak dapat skor A untuk mata pelajaran teras. 
Sebaliknya beliau menyatakan, tidak ramai yang peduli tentang kebolehan dan piawaian dalam fardu ain dan al-Quran 
Kesannya jelas beliau, kerajaan dilihat menghantar signal yang salah kepada pelajar seolah-olah pendidikan Islam tidak penting. 
Dengan itu katanya, akhirnya melahirkan generasi yang terjebak dengan kebobrokan dan kebejatan akhlak sehingga sanggup membunuh dan sebagainya. 
Dalam hal ini juga menurutnya, peranan ibu bapa sangat penting untuk mendidik anak-anak mereka  ke arah insan yang berakhlak mulia. 
Tambahnya, para ibu bapa tidak boleh menyerah seratus peratus kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak. 
Pada 14 September lalu 7 remaja lelaki berusia 12 hingga 18 tahun disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini. 
Kesemua mereka tercicir dari bangku sekolah dan ada di antara mereka didakwa positif dadah. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017 





































































































































Kami bukan keldai agama - Luahan bapa pelajar tahfiz

PAGI tadi menghantar anak-anak syurga ke sekolah mereka, meneruskan rutin yang saya tinggalkan  lebih 44 hari selama saya berada di Tanah Suci.
Entah kenapa pagi ini agak sebak ketika mengiringi mereka sambil melihat infra yang ada di sekolah Maahad Tahfiz ini. 
Saya peluk dan cium mereka kemas-kemas sebelum melepaskan mereka ke sekolah. Bohonglah kalau saya tidak terkesan langsung dengan peristiwa kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempoh hari. 
Terkenang masa mula-mula datang ke sekolah ini 7 tahun lalu untuk tinjauan.
"Abang, betul ke kita nak hantar anak kita ke sini?" saya masih ingat lagi pertanyaan isteri ketika meninjau-ninjau sekolah ini dahulu. 
"Insya-Allah. Mudah-mudahan ada barakah di sini. Kita serah selebihnya kepada Allah," balas saya. 
"Andai kata tidak memuaskan, kita tukarkan ke sekolah lain," tambah saya, memujuk. Saya faham kerisauan dan naluri seorang ibu. 
Sedar tak sedar, sudah 6 tahun berlalu dan 3 orang anak sedang bersekolah di sini.
Kira-kira 6-7 tahun lalu, ada kelas di sekolah ini didirikan dari sebuah kontena. Ya, sebuah kontena. Keadaan sangat dhaif. 
Dari kelas di kontena dan menumpang teduh di rumah orang, sekarang sekolah sudah ada bangunan 3-4 tingkat sendiri hasil sumbangan orang ramai. Semoga Allah merahmati usaha pendokong dan penyumbang pusat tahfiz ini. 
Jika diambil pendapat beberapa netizen tempoh hari, mungkin saya dianggap sebagai bapa yg menjadikan anak-anak sebagai ‘keldai agama’ kerana menghantar anak ke sekolah tahfiz bagi mendapat jalan short cut ke syurga. 
Dalam 7 tahun yang lalu, saya sangat berhati-hati utk  membuat keputusan menghantar anak sulung ke sekolah rendah, kesinambungan daripada pra-sekolah Pasti. 
Tinjauan pertama ialah beberapa sekolah yang berdekatan dengan rumah. Kebetulan berdekatan dengan rumah saya, ada empat buah sekolah termasuk sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.
Kesemuanya dalam jarak tidak sampai 1 km dari rumah. Sangat mudah untuk hantar dan ambil. 
Ada juga terfikir utk menghantar ke SRJKC namun pra-syarat bagi kaum bukan Cina adalah mempunyai asas bahasa Cina daripada pra-sekolah. 
Kemudian,  pilihan untuk menghantar ke sekolah kebangsaan pula terpaksa diletakkan dalam senarai paling akhir apabila saya mengenangkan pengalaman hampir setiap hari melihat para pelajar berpakaian sekolah berpeleseran dan menghisap  rokok di kawasan perumahan yang saya tinggal. 
Bukan mudah untuk membuat pilihan dengan pertimbangan dari aspek jarak, kos dan yang paling penting sukatan pelajaran pengajian, sebelum akhir sekali memilih sekolah ini. 
Sekolah ini sangat terpencil di pinggiran hiruk pikuk bandar malah saya sendiri terkejut mendapati ada sekolah di sini. Ia langsung tidak ada dalam pilihan saya pada awalnya kerana ia tidak begitu dikenali. 
Selepas tujuh tahun membuat keputusan, Allah menunjukkan sesuatu apabila bulan lalu viral senarai sekolah-sekolah bermasalah di seluruh negara, dan antaranya adalah sekolah tadi. 
Mengucap panjang saya melihat senarai dalam surat oleh Polis di-Raja Malaysia dengan tajuk ‘Sekolah Hotspot’ yang diikuti lapan mukasurat senarai panjang sekolah yang dimaksudkan di seluruh negara. 
Juga ada beberapa sekolah yang tidak jauh dari tahfiz ini dalam senarai itu.
Insiden kebakaran Tahfiz Quran Ittifaqiyah tempoh hari benar-benar meruntun hati dan sanubari kami selaku ibu bapa anak-anak sekolah tahfiz yang sebaya anak-anak tahfiz yang terkorban. 
Tambah meruntun apabila membaca komen-komen negatif  terhadap sekolah tahfiz oleh netizen malah juga dari VIP, selebriti, dan tokoh agama. 
Ibu bapa mana yang rela anak-anak mereka pergi dalam keadaan begitu rupa. Sebagaimana tidak ada ibu bapa yang redha anak-anak mereka menjadi penagih ganja hingga hilang pertimbangan membakar tahfiz. 
Sejujurnya, ketika menghantar anak sulung bersekolah di sini, langsung saya tidak terfikir tentang aspek keselamatan kebakaran. 
Sangat naif ketika itu. Pada usia kurang dari 30 tahun, apa yang saya fikirkan ialah, ialah; 
"Aku perlu bekerja keras untuk memastikan aku mampu membayar yuran anak-anakku yang akan bersekolah di sini". 
Ia menjadi motivasi terbesar saya dalam  kerjaya iaitu untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak dari pra sekolah ke menara gading. 
Jika dikira-kira kos pendidikan keseluruhan untuk lima lima orang anak hingga bergelar graduan, dengan tanggungan sendiri, bukanlah satu jumlah yang kecil. Ia boleh mencecah angka satu juta ringgit apabila dicampur faktor inflasi, kos pengajian, bahan pengajian, tempat tinggal, dan sara hidup. 
Sekarang sudah ada tiga orang anak yang bersekolah di sini, kosnya mencecah empat angka sebulan, dan akan bertambah lagi tahun hadapan. 
Ia merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk menjadikan anak-anak ini sebagai aset di hari kemudian. Bukan sebagai tiket ke syurga tapi mengharap doa anak-anak yang solehah. Tidak lebih dari itu. 
Saya pun tahu bahawa hadis yang mengatakan seorang Hafiz Quran dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarga ke syurga adalah hadis yang dhaif. Bukan itu sandaran saya apabila menghantar mereka ke sekolah tahfiz. 
Tapi ia atas dasar inginkan anak yang soleh solehah. Dalam suasana hidup di tengah-tengah kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur ini, saya menjadi kurang keyakinan untuk menghantar anak ke sekolah aliran perdana pada usia sekecil itu. 
Usia muda perlu diberikan asas dan pasak agama yang kukuh agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif dalam arus perdana apabila menginjak remaja.
Mudah-mudahan anak-anak ini dapat memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengiringi jenazah saya ke liang lahad apabila saya pergi kelak. Seterusnya doa mereka selepas saya disemadikan. 
Suka atau tidak suka, hakikat yang perlu kita akui ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan kita. 
Statistik dan berita tentang salah laku juvenil, anak luar nikah, gangsterisme remaja, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya tidak boleh dipandang enteng. 
Lantaran itu pendidikan alternatif terutama dari kalangan Maahad Tahfiz menjadi pilihan ibu bapa. Dan tidak dapat dinafikan memang majoritinya dhaif dan serba kekurangan  jika dibandingkan dengan sistem persekolahan arus perdana. Malah  perlu bayar dengan yuran yang lebih tinggi berbanding sekolah bantuan penuh kerajaan dengan infra penuh. 
Alangkah bagusnya jika kerajaan dapat menyediakan infrastruktur yang sama untuk sekolah-sekolah sebegini. Atau paling kurang, wujudkan sekolah aliran sebegini dengan bantuan penuh kerajaan dengan gabungjalin silibus akademik, silibus tahfiz dan silibus agama. 
Di sekolah ini, pengusahanya bukan berorientasikan keuntungan. Jumlah pelajar yang diambil adalah sangat minima. Temuduga dijalankan terlebih dahulu sebelum diterima masuk. 
Saban tahun, akan keluar senarai pelajar yang masih gagal membayar yuran bulanan tapi masih dikekalkan untuk teruskan pengajian. Hanya tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 
Hanya jika ada yang tidak mencapai target minima pengajian terutama hafazan, barulah akan diminta kepada ibu bapa untuk ditukar ke sekolah lain sekalipun mampu membayar yuran. 
Setiap akhir tahun, hati ini akan berdebar-debar sama ada anak dapat teruskan pengajian tahun hadapan atau pun tidak, kerana selain faktor pencapaian diambil kira, faktor disiplin anak dan komitmen ibu bapa turut diambil sebagai penilaian. 
Yang menjadikan saya bertambah yakin menghantar anak-anak ke sini ialah pengetuanya sendiri tinggal di dalam kawasan sekolah dan anak-anak mereka sendiri sekolah di situ.
Hati kecil saya meyakini bahawa pengetua akan menjaga anak saya sama dengan anaknya sendiri walaupun hakikatnya pastinya berbeza anak sendiri dengan anak murid. 
Ada hikmahnya atas tragedi yang berlaku. Masyarakat mula membuka mata terhadap institusi tahfiz. Ia perlu dibantu dan diperkasa. Bukan untuk diperlekehkan dan diejek sebagai penunggang agama. 
Jika ada petualang yang mengambil kesempatan atas nama tahfiz, ia perlu dibasmi. Jangan sampai disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. 
Selain anak-anak tahfiz yang perlukan perhatian kita, anak-anak ganja yang membakar tahfiz itu pun perlu perhatian juga. 
Cukuplah kesilapan kita menyalahkan pengetua tahfiz tempoh hari kononnya kebakaran berpunca kecuaiannya menyediakan infrastruktur yang selamat. 
Cukuplah kita menghentam ibu bapa anak-anak tahfiz ini sebagai keldai agama kerana dikatakan mengambil kesempatan ke atas anak sendiri. 
Ya, memang perbuatan mereka membakar sehingga menyebabkan kematian adalah perbuatan yang salah. Biar pihak berkuasa menjatuhkan hukuman setimpal. 
Percayalah, anak-anak ganja itu tidak akan jadi lebih baik dengan kita memaki hamun mereka. Kita pun tidak tahu apa latar belakang keluarga mereka. Entahkan berumah entahkan tidak. Entahkan bersekolah entahkan tidak. 
Bukan pinta mereka untuk menjadi anak-anak ganja. Kebanyakannya lahir dalam keluarga yang huru-hara dek desakan ekonomi yang menggila. 
Allah tarik anak-anak tahfiz muda, dan tinggalkan kita anak-anak ganja ini untuk kita tangani bersama. Mereka hanya segelintir dari ratusan malah mungkin ribuan yang ada di seluruh negara. 
Kebakaran ini hanya sedikit amaran Allah turunkan kepada kita sebelum kebakaran besar di hari kemudian kelak. 
"Kakak, lepas UPSR nanti Ayah nak hantar Kakak sekolah lain nak?" Pernah saya menduga anak sulung saya. 
"Kakak nak sekolah sini. Sini best!" balasnya. 
Saya hanya tersenyum. Moga dia terbaik di dunia dan best di akhirat. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD- 20-9-2017 







































































































































Dadah tenatkan sosial dan juvana

KANGAR: Pengaruh dadah dipercayai antara punca tindakan sekumpulan remaja yang menghadapi siasatan polis berhubung kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiah, Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.







































































































































Mengambil iktibar daripadanya, semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap aktiviti kalangan kanak-kanak dan remaja agar tidak terjebak ke kancah negatif yang ada.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kejadian yang berlaku menunjukkan keadaam sosial terutama dalam kalangan remaja sangat tenat dan menggusarkan.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan bahawa dadah telah membawa kesan sangat merbahaya, tetapi sumber dan bekalan dadah boleh diperolehi oleh kalangan remaja belasan tahun.
"Menunjukkan ia senang diperolehi terutama jenis syabu di mana kesannya pengambil sukar tidur dan punya tingkah laku aktif terutama waktu malam.
"Rekod jenayah juga menunjukkan pelakunya ramai terdiri daripada penagih dadah jenis syabu," ujar beliau yang berpengalaman lama dalam dunia pendidikan sebagai guru.
Syabu atau nama saintifiknya Methamphetamine Hydrochloride merupakan sejenis dadah tiruan yang boleh merosakkan otak penagih dan turut dikenali dengan nama 'ice' atau 'rack meth'.
Menurut Shukri lagi, ianya juga petunjuk kepada kelemahan sistem pendidikan negara yang perlu disedari oleh masyarakat di mana 'hak' guru harus dikembalikan dalam soal pendidikan.
Beliau memberikan contoh tindakan rotan oleh guru dalam menangani situasi tertentu berkaitan disiplin pelajar yang sebelum ini menjadi polemik di alam persekolahan dewasa ini.
"Biarlah mak ayah melihat tapak tangan anak berbirat kemerahan dari menangis melihat tangan anak bergari masuk lokap. Masyarakat sedih melihat tragedi kebakaran yang berlaku.
"Tetapi masyarakat lebih harus sedih mereka yang merancang dan melakukannya adalah anak-anak kita yang masih muda remaja," ujar yang juga Adun Sanglang. - HARAKAHDAILY 19/9/2017

Sumber HD- 19-9-2019









































































































































Kejutan PM tidak menjadi - Zainal Abidin
kidam

TINDAKAN Presiden Umno,  Dato Seri Najib Razak  memanggil semua  Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menjemput wartawan secara tergempar dan akhirnya hanya mengumumkan kemasukan semula Tan Sri Muhammad Taib kepada Umno adalah tindakan yang bijak untuk mengalih perhatian masyarakat.
Bagaimanapun kejutan yang dinantikan rakyat tidak pun menjadi, malah ia hanya satu perkhabaran yang boleh sahaja diumumkan dalam media sosial sahaja. 
Namun dalam masa yang sama kata AJK PAS Pusat, Zainal Abidin Kidam ia juga membawa gambaran sesuatu permainan politik Umno yang cukup tidak bijak. 
Malah kata beliau begitu banyak yang berpandangan bahawa Setiausha Agong Umno lebih bijak dari permainan politik yang hendak memperbodohkan rakyat sebegitu rupa. 
"Ramai yang yakin bahawa Najib memang ada sesuatu berita penting yang hendak di umumkan cuma perancangan  tersebut tidak menjadi dan terpaksa digugur di saat akhir," katanya sinikal. 
Antara teori yang diutarakan ialah Muhammad Taib bukan saja telah keluar dari PKR tetapi tambah Zainal Abidin, bekas MB Selangor itu katanya telah mampu untuk membawa bersamanya beberapa ADN Selangor dari parti PKR memasuki Umno. 
"Dengan kemasukan ADN tersebut Umno dikatakan mampu membentuk kerajaan di Selangor dengan kerjasama PAS," kata teori yang dilihat hanya memfokuskan fitnah ke atas PAS kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. 
Kata beliau lagi jika ada menganggap terdapat kemungkinan kebenaran kepada teori ini ia terbukti gagal apabila cuba dikaitkan dengan PAS dalam perancangan rahsia tetsebut. 
"Ini kerana PAS telah berpuluh kali menegaskan bahawa PAS tidak akan bersama dengan Umno dalam apa jua bentuk kerjasama politik dengan Umno," tegasnya. 
"Berhentilah usaha yang sia-sia dan membuang masa untuk terus mengutuk PAS hendak bersama dengan Umno sama ada dari parti pembangkang atau dari parti Umno sendiri," kata beliau melaungkan amaran. 
Malah katanya lagi mana-mana pihak tidak akan mampu mempengaruhi PAS yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan keputusan yang utarakan oleh ahli PAS dalam Muktamar 2015 dan 2017 dan di putuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.  – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD - 18-9-2017 











































































































































Hari Malaysia, PAS dan kita

PEMBENTUKAN Malaysia dan Peralihan Fokus British
British menyarankan agar 'dikahwinkan' Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak memandangkan wilayah-wilayah ini mempunyai beberapa persamaan: sebagai anak jajahan British (colonies), Protektorat (wilayah lindungan British), mempunyai sistem kerajaan dan perkhidmatan awam yang sama. 
Pembentukan Gagasan Malaysia didorong oleh beberapa faktor; 
1. Hasrat British mengurangkan komitmen mereka di luar negara
2. Kemelesetan ekonomi dunia
3. Penumpuan British terhadap Palestin dan Hong Kong
4. Kejatuhan Uthmaniyah
5. Kemunculan Amerika Syarikat sebagai pesaing kuasa besar
6. Tuntutan anak jajahan
Termasuk juga faktor dalaman, antaranya
7. Ancaman komunis/Clandestine Communist Organisation  (CCO) di Sarawak
8. Ancaman Indonesia Soekarno terhadap Sarawak
Dalam era 1950-an, bukan sahaja berlaku kebangkitan di Tanah Melayu, bahkan Sarawak juga diam-diam telah mengintai ruang untuk mencapai taraf sebuah wilayah yang merdeka. 
Tiada Persefahaman Bersama
Pada asalnya Sarawak menimbangkan kebarangkalian untuk membentuk sebuah Persekutuan yang hanya terdiri dari kalangan negara-negara di Kepulauan Borneo; Sarawak, Borneo Utara(Sabah) dan Brunei. 
Dalam masa yang sama Parti Rakyat Brunei yang ditubuhkan 1956, dipimpin oleh AM Azahari mempunyai aspirasi tersendiri untuk menubuhkan NKKU(Negara Kesatuan Kalimantan Utara) yang menggabungkan Sarawak, Brunei dan Borneo Utara dengan mendaulatkan kekuasaan Sultan Brunei. 
Walaubagaimanapun hasrat Sarawak dan Parti dari Brunei ini menemui kegagalan. 
Antara Laporan Cobbold dan Pandangan PAS terhadap pembentukan Persekutuan baru 
27 Mei 1961:
Tunku Abdul Rahman dalam satu sidang akhbar di Singapura telah mengemukakan sebuah tawaran yang agak mengejutkan; penubuhan sebuah persekutuan yang menggabungkan Malaya, Sabah, Sarawak, dan Singapura.
24 Ogos 1961: 
Mesyuarat 'Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia' atau 'Malaysia Solidarity Consultative Committee" (MSCC) dijalankan buat kali pertama di Jesselton (kini Kota Kinabalu). 
MSCC telah mengadakan 4 kali mesyuarat bagi membincangkan pembentukan sebuah Persekutuan baru. 
Laporan Cobbold
Suruhanjaya Cobbold telah melakukan tinjauan dan kunjungan ke wilayah berkaitan bagi mempromosikan gagasan Melayu Raya sekaligus menjernihkan sebarang pertikaian yang ditimbulkan penduduk tempatan. Akan tetapi dikatakan sebahagian Laporan Cobbold tidak benar-benar telus khususnya berkaitan culaan ke atas penduduk Brunei Darussalam. Demikian dakwaan AM Azahari yang membawa suara pembelaan akar umbi. Dikatakan culaan yang dijalankan tidak menyeluruh dan hanya cenderung kepada prospek yang pro kepada idea gagasan Melayu Raya. 
Pandangan PAS
15 Oktober 1961: Mesyuarat Agung Khas PAS kali ke-2 telah diadakan bertujuan membahaskan isu Melayu Raya (Persekutuan Malaysia) yang diumumkan Tunku Abdul Rahman di Singapura (27/5/1961). 
Gabungan karakter Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang nostalgis dan Dr. Zulkifli Muhammad yang strategis telah mencetuskan kehangatan perbahasan para perwakilan PAS. 
i.Nostalgis Dr Burhanuddin Al-Helmy
Ucapan beliau dalam mesyuarat tersebut menyentuh betapa isu Melayu Raya telah lama diperjuangkan 'tokoh kebangsaan kita'. Antara anekdot yang disebutkan beliau;
1945: Bermula perjuangan gagasan Melayu Raya oleh Dr. Burhanuddin (sebelum kemerdekaan Tanah Melayu). 
1946: Buku nukilan Dr. Burhanuddin bertajuk "Perjuangan Kita" dan "Falsafah Kebangsaan Melayu" mengulas tentang Melayu Raya dengan panjang lebar.
1950: Akhbar bertajuk "Melayu Raya" diterbitkan di Singapura dengan Dr. Burhanuddin sebagai ketua pengarang. 
ii. Strategis Dr. Zulkifli Muhammad
"Kedudukan Kerakyatan (persekutuan baru) berkait rapat dengan Asas Politik kita." Lebih kurang begitu mafhum pembentangan kertas kerja Timbalan Yang Dipertua Agung PAS.
Beliau mendatangkan perincian data secara khusus menyentuh persoalan status kerakyatan Persekutuan Malaysia yang bakal dibentuk menurut aspirasi Tunku Abdul Rahman. Unjuran tersebut menyebutkan pertambahan kaum bukan melayu yang majoriti berbanding kaum melayu seperti berikut: 
i.Pertambahan Bukan Melayu
Singapura: 1 384100
Sarawak, Borneo Utara & Brunei: 500 000
ii.Pertambahan Melayu
Singapura: 227 300
Sarawak, Borneo Utara & Brunei: 750 000 
*kertas kerja tersebut dibentangkan dalam Mesyuarat khas 15 Oktober berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang diadakan sehari sebelumnya, 14 Oktober 1961. 
Unjuran tersebut menggambarkan kesan ketidak-imbangan populasi Malaysia yang akan mempengaruhi corak politik PAS dan nasib keturunan Melayu berbanding sebelum penubuhan Malaysia. 
Bagi mengukuhkan kuasa politik Melayu, di kalangan perwakilan mencadangkan agar pembentukan Persekutuan Melayu Raya (Malaysia) bukan sahaja dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara, bahkan disertai juga Republik Indonesia dan gugusan Pulau-Pulau Melayu lain termasuk Filipina. 
Debat Parlimen, Dewan Rakyat
16 Oktober 1961:
Sehari selepas berlangsung Mesyuarat Khas kali ke-2 PAS, Dr. Burhanuddin mengusulkan pindaan ke atas usul kerajaan yang bertujuan untuk mendapatkan mandat Dewan Rakyat bagi membentuk Malaysia. Beliau mengusulkan agar dimasukkan "Republik Indonesia dan Filipina serta gugusan Pulau Melayu yang lain" sebagai anggota Malaysia. Usaha awal PAS ini menemui kegagalan. 
1 Mei 1962:
Beliau kemudiannya membawa usul persendirian bagi mendesak sidang Dewan Rakyat menetapkan bahawa "hendaklah dimasukkan di dalam rancangan Melayu Raya ini daerah-daerah Indonesia dan Filipina. Usul ini bagaimanapun telah dikalahkan. 
Pertembungan Sengit 1962
PAS bukan parti tunggal yang menolak pembentukan Malaysia.
Di Brunei, Parti Rakyat Brunei melancarkan "Pemberontakan Disember" pada tanggal 8 Disember 1962. British Komanwel memenangi pertempuran tersebut. 
'Pemberontakan Disember' mendorong Indonesia melancarkan Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada penghujung 1962 yang berakhir dengan perdamaian 1966. 
Dalam tempoh Konfrontasi tersebut, Sukarno melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia' pada awal 1963. 
Pemulauan Sukarno terhadap Suruhanjaya Cobbold, tuntutan Filipina ke atas Sabah atas dakwaan warisan Kesultanan Sulu, menyebabkan suasana politik ketika itu bertambah tegang. 
Konfrontasi yang asalnya bersifat perang dingin akhirnya berubah menjadi konfrontasi ketenteraan. Para gerila Indonesia mula menyelinap masuk Malaysia dan melancarkan serangan. 
Filipina turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. 
Kesan kepada PAS
Akibat dari kerosakan yang dialami Malaysia lanjutan penolakan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia, PAS yang berpendirian menolak semata-mata penggabungan Tanah Melayu bersama Kalimantan Utara tanpa menyertakan gugusan Pulau Melayu yang lain turut terkena tempiasnya. 
a.PAS telah dituduh bekerjasama dengan Indonesia dalam dasar konfrontasi terhadap Malaysia.
b.Pemimpin PAS dicap sebagai pengkhianat negara.
c.Prestasi PAS dalam PRU-3 1964 merudum teruk
d.Dr. Burhanuddin Al-Helmy hilang kelayakan bertanding PRU 1964
e.Kerusi asal Dr. Burhanuddin (Besut) berjaya dipertahankan PAS hanya dengan majoriti tipis sebanyak 136 undi
f.PAS hanya menang 9/53 kerusi parlimen dan 25/158 kerusi DUN yang ditandingi.
Lebih mendukacitakan lagi, PAS kehilangan Dr. Zulkifli Muhammad yang terkorban dalam satu nahas jalan raya pada 6 Mei 1964.
g.26 & 28 Januari 1965:
Raja Mohd Hanifah Abdul Ghani dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan mahu menubuhkan kerajaan buangan di luar negara bagi menggulingkan Kerajaan Malaysia. 
Iktibar Sejarah : Ruknun Syadid & Muwajahah Silmiyah
⚪ Dokongan Kaum Kerabat Melindungi Perjuangan
Allah SWT berfirman tentang kisah Nabi Luth a.s ketika baginda tidak kuasa berdepan kesesatan dan ancaman kaumnya, 
قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ 
(Hud: 80)
"Lut berkata: 'Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolak kalian) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)." 
Ucapan itu lahir kerana Nabi Luth berdakwah kepada kaum yang tiada pertalian kerabat dengannya. Baginda bukan lahir di kalangan kaumnya, dan tidak pula mendapatkan dokongan kerabat yang berkuasa melindunginya. Berbeza dengan Nabi Muhammad SAW contohnya, baginda pernah menerima tawaran perlindungan dari kabilah bani tertentu atas dasar kekeluargaan sekalipun mereka tidak beriman. 
Dalam hal ini Rasulullah turut bersabda, maksudnya: 
"Rahmat Allah terlimpahkan kepada Luth, sesungguhnya dia telah berlindung di bawah naungan pilar yang kuat, yakni Allah SWT. Ketika Luth berkata kepada kaumnya, 'Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolak kalian) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).' Maka Allah tidak sesekali mengutus seorang nabi sesudah Luth, melainkan berasal dari keluarga terhormat di kalangan kaumnya." 
Dalam pendirian PAS yang menentang idea awal penubuhan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa penolakan tersebut berlaku kerana ia bakal menggugat kedudukan kaum melayu. PAS mencadangkan agar wilayah umat Islam serantau seperti Indonesia dan Filipina turut digabungkan bersama. 
BPMS: Politik Damai & Bersih
14 Februari 1965: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS bersepakat menolak tindakan peribadi Raja Mohd Hanifah yang mengaku ; 
i.Menerima suntikan dana berjumlah RM 105 000 oleh 'pihak' Indonesia bagi menghadapi PRU 1964 
ii.Menghantar 6 orang pemuda untuk 'dilatih' di Indonesia. 
iii.Terlibat dalam perundingan menubuhkan kerajaan buangan di Tokyo (Jepun) 
iv.Mengatur pemergian beberapa pemimpin tertinggi mereka ke Karachi (Pakistan), untuk menubuhkan kerajaan buangan di sana. 
20 & 21 April 1965: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-13 di Dewan Zulkifli Muhammad, Bangunan PAS Kelantan. 
Dalam mesyuarat kali ini, Mohd Asri Muda dalam ucapan beliau telah menyingkap kembali latar belakang penentangan PAS terhadap penubuhan Malaysia. Perkara penting yang harus difahami bahawa ; 
1. Penentangan tersebut kerana bimbang penubuhan Malaysia membahayakan kekuasaan politik bangsa Melayu
2. Walaupun PAS menentang gagasan Malaysia, PAS tidak sesekali bersedia untuk menggunakan cara-cara yang bertentangan dengan perlembagaan dan lain dari cara-cara demokrasi dalam menuju cita-cita politiknya. 
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun  ini, marilah kita menjernihkan kembali kefahaman kita terhadap dasar perjuangan PAS yang berpaksikan hukum Islam, menginsafi betapa banyaknya iktibar yang harus kita jadikan sempadan dalam meneruskan langkahan di medan siyasah ini. – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD - 18-9-2017 













































































































































Kenali musuh Islam sebenar

PAS bukan sahaja patut mempertahankan kerusinya, malah menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU 14. Menang kalah, belakang cerita. Semua maklum bahawa, sebelum wujudnya pakatan pembangkang, PAS sudah bertapak di kesemua kerusi majoriti Melayu, berhadapan dengan komponen BN (Umno). PAS tidak perlu melayan parti nyamuk, seperti PAN.
Sejak tertubuhnya PKR, banyak kerusi PAS terpaksa dikorbankan, termasuk kawasan kubu kuat PAS, terutama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Logiknya, tidak satu pun kawasan yang patut diberikan, tetapi atas dasar setiakawan, PAS berkorban. 
Kini, PAS diminta berkorban lagi walaupun tidak berada dalam Pakatan, untuk memberi laluan kepada PAN, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru. 
Sepatutnya PKR dan ultra kiasu memberi laluan kepada PAN kerana sekapal. Persoalan, di manakah PAN akan bertanding, jika bukan di kawasan PAS? Jika ini berlaku, ultra kiasu tidak akan mengundi PAS dan memberikannya kepada PAN. Sebab itu, PAN amat yakin bahawa mereka boleh menang.  

Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di lapan Dun Selangor yang dimenangi oleh PAS. PAS membidas dan mengisytiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Perisytiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu. 
Mereka amat yakin akan menang lapan kawasan PAS dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang. 
Psywar dan psyop ini amat licik. Saya amat mengharapkan, jika berlaku pertandingan sebegini, Umno akan mengundurkan diri dan pakat-pakat membenamkan ultra kiasu, bagi PAS mempertahankan kerusi lamanya. 
Itu sahaja cara untuk menunjukkan keikhlasan Umno yang menghulur tangan ke arah kerajaan perpaduan. Umno dan PAS perlu sedar bahawa ultra kiasu adalah musuh yang paling bahaya hari ini. 
Ingatan ini turut ditujukan kepada Melayu PKR. PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan PAS memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, PAS menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi PAS. 
Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi PAS kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas Anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, PAS sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini. 
Saya tidak nampak Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat menguntungkan Islam, melainkan ultra kiasu. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan PAS. 
Maka alasan kebobrokan Umno BN dan PAS digunakan bagi tujuan mendapat kuasa. 
Apabila kuasa diperoleh nanti, lihatlah apa yang akan berlaku, seperti realiti di Pulau Pinang. Melayu ke mana, Islam di mana? Wakil rakyat PKR sudah ditendang keluar daripada memegang jawatan dalam syarikat kerajaan di sana. 
Justeru, saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. PAS berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk Umno, tidak mustahil PAS menambah kerusi dalam PRU 14 jika Umno masih tidak berubah. 
Perkasa sudah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan percubaan ultra kiasu bagi mengambil hati orang Melayu menjelang PRU14. Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu. 
Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu. Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya. Jawapannya, putih mata.
Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana. 
Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun di escort sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu.  

Wahai umatku, inilah perjuangan. Sedikit sangat, jika dibanding dengan apa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW. Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman. Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata. – HARAKAHDILY 18/9/2017 
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA
Sumber HD - 18-9-2017 















































































































































Lepas Mat Taib, mungkin Mahathir pula kembali ke Umno?

KEMBALINYA Tan Sri Muhammad Taib ke dalam Umno, bukan satu yang baharu.

Gegak gempita seluruh negara mencanang pelbagai reaksi sebelum berlakunya sidang media khas Perdana Menteri  semalam.
Ada yang menyatakan mungkin Parlimen dibubar walau Datuk Seri  Najib Razak belumpun bertemu Yang diPertuan Agong, ada juga yang  menyatakan Najib akan umum mesyuarat agung Umno ditunda dan sebagainya. 
Akhirnya Najib  jadi anti climaks, hanya satu pengumuman bahawa bekas orang kuat Umno yang pernah menyertai PAS dan PKR akhirnya kembali ke pangkuan Umno. 
Necaya, inilah strategi Najib ketika ini di mana beliau dan pasukan strateginya akan mengalih tumpuan rakyat kepada isu-isu sebegini dan memperlihatkan bahawa Umno kembali diintai bekas bekas pemimpinnya yang dalam erti kata lain kononnya insaf dan faham hanya Umno sahaja parti pembela bangsa dan negara 
Inilah strategi Najib tatkala mengalih isu isu yang sarat antaranya isu pelaburan KWSP dan Khazanah Nasional ke Amerika Syarikat, malah Najib sebenarnya bimbang andai isu sebegini terus menghantuinya untuk berdepan pilihan raya. 
Umum mengetahui bahawa penggunaan dana KWSP ini menyebabkan rakyat khasnya golongan bekerja yang menjadi pencarum berang. 
kebimbangan mereka adalah kepada soal pengurusan pelaburan itu nanti, apakah akan jadi lagi pelaburan seperti dalam kes 1MDB yang menjadi liabiliti akhirnya. 
Inilah yang mahu disenyapkan oleh Najib dan membuat "test market" semalam dengan membuat pengumuman bahawa Mat Taib sudah kembali kepada Umno. 
Tidak hairan mengapa Mat Taib kembali kepada Umno, malah bukan suatu yang mengejutkan.  Selepas gagal menjadi tumpuan dalam PAS beliau menyertai PKR bersama Datuk Kamaruddin Jaffar pasca pemilihan dalam PAS 2015. 
Kemudian dalam PKR beliau tidak pun menonjol, malah tidak pun menjadi kesan kepada PAS tatkala beliau meninggalkan parti Islam ini. 
Tidak mustahil langkah Mat Taib bekas MB Selangor ini akan juga dituruti beberapa bekas pemimpin Umno yang kini bersama pembangkang khasnya dalam Bersatu. 
Malah tidak pun mustahil andai Tun Dr Mahathir  Mohammad pula diumum kembali menyertai Umno kerana seperti sedia maklum, Mahathir telah berkhidmat dengan baik untuk mengucarkacirkan pembangkang dalam masa yang sama apa yang telah dilakukan hari ini berjaya memberi kredit kepada Umno untuk bertahan pada  PRU 14. 
Nyata sekali ini hanya mengulangi skrip lama. Akhirnya rakyat tertipu dengan mainan Umno,  dalam masa yang sama segala isu kos sara hidup, tekanan ekonomi, harga minyak naik, 1MDB dan sebagainya hanya menjadi kisah sejarah apabila Mahathir kembali ke pangkuan Umno suatu ketika nanti.– HARAKAHDAILY 18/9/2017
































































































































































































































































































Sumber HD - 18-9-2017

















































































































































Bantu maahad tahfiz, bukan menutupnya

Sudahlah bantuan *perkapita ditarik pada zaman Tun Mahathir*, pusat pengajian Islam ini sering diperlekeh oleh pembenci Islam. Pantang ada musibah yang berlaku maka timbullah pihak yang lantang bersuara agar mana mana tahfiz atau pondok yang tidak lengkap aspek keselamatan ini ditutup. 
Sikap serupa tidak pula berlaku apabila hospital terbakar, sekolah kementerian terbakar dan sebagainya. Tiada pula suara suruh tutup semua hospital. Tutup semua sekolah kementerian. (Itu dalam keadaan saya kira bangunan hospital adalah bangunan paling selamat, pun boleh terbakar) 
Kita semua tahu bahawa demikian bukanlah sikap yang matang dan sifat yang baik.
Kita sedia maklum, umumnya pusat pengajian Islam yang dianjurkan oleh rakyat ini serba kedhaifan. Tetapi persoalannya, kenapa mereka mahu menutupnya? Alangkah baik jika mereka mencadangkan supaya pusat-pusat pengajian Islam ini di bantu sehingga ia menjadi sempurna. 
‘Jangan tarik bantuan’, sebaliknya berikan segala kemudahan walaupun ia bukan milik kerajaan. Pendemokrasian ilmu mestilah ‘adil’ kepada semua genre atau disiplin pengajian termasuklah pengajian Islam. 
Pusat pengajian Islam rakyat inilah yang banyak melahirkan para huffaz dan alim ulamak yang berjasa pada negara dan ummah. 
Isu keselamatan dan musibah yang menimpa, jangan dijadikan peluang untuk menutup pusat pengajian Islam ini. Sebaliknya ambik aspek positif dengan membantu dan melengkapkan aspek keselamatan yang diperlukan agar dapat meminimumkan kemungkinan buruk berlaku. 
Sementara siasatan adalah diserahkan kepada pihak berkuasa terutama berdepan dengan dakwaan atau kemungkinan berlakunya khianat dan unsur jenayah. 
Saya sememangnya agak sentimental dengan institusi pengajian Islam ini. Justeru saya jadi "manusia" apabila belajar di pondok Pasir Tumboh Kelantan. (Asbab hidayah Allah swt) Sebuah pusat pengajian Islam yang sangat sederhana sifatnya. Kerana ia hanyalah dibangunkan hasil kesedaran rakyat. 
Namun siapa berani nafi, ‘betapa sekolah atap ini (pondok) yang telah berjaya melahirkan ribuan para alim ulamak dan cendikiawan Islam’. 
Pondok ini juga pernah mengalami kebakaran. Alhamdulillah semuanya selamat pada waktu itu. 
Tetapi saya juga pernah alami detik ngeri apabila asrama sekolah saya semasa belajar di Sekolah Menengah Dato Mahmud Mat Pekan Pahang juga pernah terbakar dan Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. 
Apa yang saya nak sebut di sini ialah, ‘kebakaran satu musibah’. Kita minta jauh dari musibah ini, sementara dalam masa yang sama, semua pihak ambil langkah keselamatan yang terbaik. 
Tapi apabila berlaku kebakaran atau musibah lainnya, maka ‘jangan kita skeptikal dengan pusat pengajian Islam’ sehingga ada pula pula yang sinis kepada pengusaha pusat pengajian Islam ini. 
Selama mana ia adalah anjuran rakyat, dengan kekangan kewangan dan sebagainya maka akan banyak kelemahan yang didapati wujud pada pusat pengajian tersebut. Maka pihak yang berkemampuan khasnya kerajaan, ‘tampillah dengan menghulurkan bantuan pra sarana dan segala kepakaran serta kemudahan yang ada untuk menaik taraf pengajian Islam ini’. 
#jangantutuppusatpengajianislam
Sumber HD - 16-9-2017 



















































































































































Sudah ada yang 'celupar' mahu tahfiz ditutup

BUKAN sekadar komen melampau, malah mereka menghambur kata-kata kesat seolah-olah ibu dan ayah serta pengurusan pusat tahfiz tidak langsung memikirkan keselamatan kepada pelajar mereka setelah melihat insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Keramat pada 14 September lalu.
Lebih dari itu, komen jahat berbaur hasutan dibuat semata-mata menyemarakkan kemarahan, tatkala umat Islam dan rakyat Malaysia bersedih meratapi kejadian syahidnya anak-anak syurga ini dalam satu kejadian kebakaran. 
Mereka gagal membaca keterangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung punca kejadian yang disahkan bukan kerana litar pintas, sebaliknya berkemungkinan perbuatan khianat pihak tertentu yang mana saksi kejadian menyatakan adanya dua tong gas di luar bangunan yang mencurigakan yang dikatakan menyebabkan kebakaran lebih pantas berlaku. 
Kini suara sumbang dikumandangkan lagi mereka yang cukup anti kepada perkembangan sekolah agama, komentar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin cukup menghiris hati para pencinta agama. 
Ingat lagi suatu masa lalu, mereka ini jugalah dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen tutup sekolah agama rakyat dengan menyekat bantuan SAR ini. Kini suara-suara itu bergema kembali, malah tidak segan silu mereka mendesak sedemikian. 
Untuk makluman semua berdasarkan kepada rekod, Yayasan Islam Kelantan (YIK) antara pihak yang memiliki banyak Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama di bawah pengurusannya. Ratusan pelajar cemerlang dihasilkan dari YIK. Yang cemerlang akademiknya, yang cemerlang hafazan Al-Qur'annya. 
Ramai yang pasti ingat nama Nik Nur Madihah (21A dalam SPM) dan Siti Fatimah (18A SPM) dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. mereka ini anak-anak yang menjadikan al-Quran sebagai rutin harian mereka, apatah lagi setiap pagi sekolah mewajibkan mereka membaca paling tidak dua muka surat Quran.

Ketika ini selepas kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiah, musuh-musuh Islam mula mengambil peluang untuk tutup semua pusat pengajian Islam ini. Hari itu dikata, pusat pendidikan Islam melahirkan golongan ekstremis atau pengganas IS, selepas itu dituduh pula guru-guru tahfiz atau ustaz-ustaz kita ini sangat ganas sikapnya akibat sikap melampau dalam menghukum. 
Sekarang diguna pula alasan premis yang tidak selamat agar cita-cita mereka untuk menghalang dominasi pemimpin yang faham Islam tercapai, inilah kejahatan mereka dalam merancang menghapuskan golongan pencinta agama, dan mereka yang menjadikan al-Quran pelita hidup. 
Apapun kelemahan yang wujud sama ada pengurusan bangunan dan sebagainya (aspek keselamatan), ia perlu diperbaiki. Bukan diambil tindakan tutup atau diharamkan.
Kenapa pula di Pulau Pinang tiba-tiba exconya menyatakan akan menutup pusat tahfiz yang tidak patuhi aspek keselamatan? 
Kenapa pula mereka tidak tutup kilang kilang haram, pusat urut haram dan pelbagai premis haram lain yang mengancam keselamatan awam malah memberi kesan kepada masalah sosial selamanya? 
Apakah ini hasrat besar pemimpin negeri tersebut dalam agenda kemenangan mereka?
Tidak perlulah berbangga kononnya Pulau Pinang memberi peruntukan kepada sekolah agama andai ada hasrat disebaliknya mahu menutup pusat tahfiz yang sukar mendapat bantuan kerajaan mahupun swasta ini. 
Mereka membuka pusat tahfiz demi melihat anak anak Malaysia seawal usia mengenal al Quran dan menjadi pencinta agama, dan seterusnya menjadi insan soleh. 
Atau Ketua Menteri Pulau Pinang lupa suatu masa lalu beliau pernah memuji pelajar tahfiz sebagai mereka yang baik dan berdisiplin, atau pujian ketika itu tidak lebih hanya mahu mengutip undi tatkala undi Melayu diperlukan mereka? 
Seperkara lagi, mereka yang banyak mencadangkan agar pusat tahfiz ditutup seperti Zainuddin Maidin, persoalannya 
Apakah kebakaran di pusat pengajian tinggi termasuk di Universiti Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor, di sekolah-sekolah lain, dan kebakaran di bangunan jabatan kerajaan harus dijadikan alasan untuk tutup sahaja semua khidmat ini? 
Mereka yang mencadangkan biarlah rasional dan bukan komen ikut nafsu dan agenda kuffar. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 





















































































































































Pangkalan tentera asing di Tanah Arab langgar syariat

ORANG kafir masih boleh menetap di Mekah, Madinah di awal kedatangan Islam. Walau bagaimanapun selepas Abu Bakar mengerjakan haji pada tahun ke-9 hijrah, diharamkan orang kafir menetap di Mekah dan Madinah.
Petikan Kuliah Ayah Chik: Pangkalan tentera asing di Tanah Arab langgar syariat 
ORANG kafir masih boleh menetap di Mekah, Madinah di awal kedatangan Islam. Walau bagaimanapun selepas Abu Bakar mengerjakan haji pada tahun ke-9 hijrah, diharamkan orang kafir menetap di Mekah dan Madinah. 
Larangan tersebut berterusan hingga ke hari ini. Sebahagian ulama mengatakan tidak dibenarkan orang kafir menetap di seluruh Semenanjung Arab, melainkan atas urusan perniagaan, bukan untuk bermukim secara tetap. 
Malangnya sekarang, letak pangkalan tentera pula! 
Ini sudah menyalahi syariat Islam. Ulama-ulama pula tidak boleh nak kata apa. Kalau kata sikit akan ditangkap. Ini berlaku di negara arab sekarang. Banyak ulama di Saudi; Mekah dan Madinah ditangkap kerana mengkritik perkara-perkara yang tidak betul dibuat oleh kerajaan. 
Terbaru yang ditangkap antaranya Syeikh Salman Audah. Pada 2-3 hari lepas. Dianggarkan lebih 20 orang ulama terkenal di Saudi telah ditahan sekarang. Puncanya kerana mengkritik perkara-perkara yang salah dilakukan oleh kerajaan. 
Masjid Rusila
24 Zulhijjah 1438
15 September 2017























































































































































Gagasan Sejahtera akan meriah selepas PRU14

ORANG bertanya jika PAS berjaya meraih 40 kerusi sasaran, dan tiada parti atau pakatan yang berjaya membentuk majoriti mudah 112 kerusi, PAS akan pilih untuk bersama siapa?
Masih terlalu awal untuk menjawab persoalan ini secara spesifik. Ia bergantung kepada rundingan nanti. 
Bergantung siapa yang boleh tawarkan kepada PAS peluang yang lebih baik untuk agenda yang PAS perjuangkan. Siapa yang lebih kecil ancamannya terhadap Islam dan kestabilan negara. 
Bukan soalan PAS mahu bersama siapa yang patut ditanya, tetapi soalan sepatutnya adalah siapa yang sanggup bersama PAS? Kerana mengikut keadaan sekarang, BN dan PH yang terhegeh-hegeh mendekati PAS. Mereka keluar dan mengetuk pintu rumah PAS. Bukan PAS ke rumah mereka. 
Kenapa perlu hadkan minda seolah PAS hanya punya dua pilihan jika berlaku situasi hung parliament; sama ada PAS menyertai BN atau PH. Sedangkan situasi yang sepatutnya berlaku adalah parti komponen BN atau PH yang menyertai Gagasan Sejahtera. 
Mungkin dalam BN, ada parti yang boleh bersama agenda perjuangan PAS. Dalam PH juga mungkin ada. Tetapi oleh kerana dalam kedua gabungan tersebut ada juga yang tidak boleh bersama, maka merekalah sebenarnya yang harus buat pilihan sama ada nak kekal bersama pakatan mereka, ataupun keluar dan bersama Gagasan. 
Waktu ini mungkin kita lihat Gagasan agak sepi. Kerana Gagasan bukan sebuah gabungan yang populis. Dalam diam, gagasan gigih bekerja merangka agenda pasca pilihan raya, untuk membina semula Malaysia mengikut dasar baharu yang sedang diteroka. 
Tetapi percayalah, pasca pilihan raya, Gagasan akan jadi sangat meriah. Pakatan lain pula akan hidup segan mati tak mahu. 
Apapun, ini semua cerita selepas pilihan raya. Adapun untuk menempuh pilihan raya ini, sudah ada keputusan muktamad. PAS tidak akan menyertai PH atau BN. Juga tidak ada sebarang kerjasama secara individual dengan DAP, dan semua parti yang bekerjasama dengan DAP. 
Portal media tajaan parti lain usahlah bermain persepsi kononnya PAS masih terbuka untuk rundingan dengan parti lain. Jangan ada yang loyar buruk kononnya PAS cuma tak mahu bersama PH sahaja, tetapi bersama PKR secara individual masih boleh berlaku. Itu semua khalayan yang tidak akan berlaku. Presiden PAS sudah mengeluarkan kenyataan tegas: 
"Tidak akan bekerjasama dengan DAP, dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP!" 
23 Zulhijjah 1438
14 September 2017 – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 

























































































































































PKR, DAP dan PAN akhirnya tanpa Tun M...

PKR, DAP dan PAN kononnya lawan Umno. Sehingga memusuhi PAS kerana katanya PAS berbaik dengan Umno. Mahathir pula bekerja bertungkus lumus bagi menyelamatkan Umno. Mahathir cuma tidak suka Najib. Tapi jiwa serta kasih sayang Mahathir kepada Umno tiada tolok bandingnya. 
Tapi yang hairannya mengapa PKR, DAP dan PAN boleh terima Mahathir? Sehingga berantakan dalaman parti masing-masing kerana Mahathir. PKR yang sekian lama menjulang Anwar dan memusuhi Mahathir kerana kononnya menzalimi Anwar tiba-tiba berpaling tadah. Dijulangnya Mahathir dan disisihnya Anwar. Politik apa yang mereka sedang amalkan ini? 
Bacaan saya ialah kita tunggu dan lihat. Sampai saatnya nanti PKR, DAP dan PAN akan dikencing oleh Mahathir. Takdirnya Bersatu memperolehi beberapa kerusi. 
Manakala Umno pula memperolehi kerusi yang tidak mencukupi 2/3 diparlimen. 
Apakah mustahil bersatu akan kembali kepada Umno dan mencukupkan kuasa 2/3 mereka di Parlimen? Ketika itu Umno berjaya diselamatkan oleh Bersatu. Untuk penyatuan itu Mahathir meletakkan syarat Najib hendaklah diganti dengan sesorang yang Mahathir mahu. 
Cita-cita Mahathir tercapai. Najib berjaya diturunkan dan Umno berjaya diselamatkan. 
Ketika itu PKR yang sudah pecah dua akan semakin lemah. Sebahagian mereka ada yang bersama DAP dan sebahagian yang lain akan pergi kepada Umno. Dan untungnya PAS ialah sebahagian PKR ada yang akan datang bersama PAS. 
PAN yang waktu ini semakin tersisih daripada keluarga PH akan semakin hilang. 
Pemimpin PAN juga akan bertebaran mencari dahan untuk berpaut. 
PAS yang sudah bersih daripada bakteria perosak terus melangkah dengan tenang dan bergaya melalui lorong-lorong politik yangg matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 12/9/2017


























































































































































































































































































































Sumber HD - 12-9-2017






























































































































































Usahlah lagi pertahankan fitnah

YANG jadi pecah belah PR, hasut bukan Islam dan segelintir Melayu marah pada PAS, adalah kerana perbuatan mereka-reka  fitnah UG dan Langkah Kajang.
Soal hudud, itu dari Fadhil Noor lagi PAS sudah bertegas. Tok Guru Nik Aziz pun sangat tegas. 
Sekarang bila dah terdedah semua itu fitnah, kebencian mereka pada PAS ini sudah tidak ada dasar yang kukuh lagi melainkan semata-mata kedegilan mereka mempertahankan kepalsuan yang selama ini mereka sangkakan 'perjuangan kebenaran, keadilan'. 
PAS masih istiqomah dasar Islam yang sama. Berprinsip dan tidak jadi lalang.
Jika semua orang sudah tak mahu pertahankan dan tegakkan apa yang betul, PAS tetap akan pertahankan walau terpaksa hadapi detiknya bersendirian. 
Kerana Allah bersama mereka yang sabar. Kerana pertolongan Allah sangat dekat - Wallahu maa'ssobiriiin. Nasrumminallahi wafathun qoriib. 
Jika mereka berakal, adil, setelah segala yg terbongkar, tidakkah lebih terhormat dan menjadi teladan yang baik kepada anak-anak kita jika mereka mengambil langkah reconciliation, meletakkan kembali ke kedudukan yg sepatutnya. 
Itu lebih menjernihkan.
Orang PAN yang sudah tersilap langkah lantaran termakan hasutan fitnah, betulkan diri dengan kembali kepada PAS, bantu tambah kuatkan PAS yang ternyata kini semakin mengatasi Umno dalam sokongan orang Melayu/ Islam. 
Bukankah alasan kamu sebelum ini kerana kecewa dan bimbang PAS semakin lemah, konon kerana mahu PAS bertambah kuat kamu memberontak dalam PAS hingga kamu keluar? 
Allah tunjukkan sebaliknya bila kamu keluar, pertahankan prinsip, PAS dari kuda tunggangan yang jadi budak suruhan semasa dalam PR, kini jadi rebutan dan boleh buat tidur malam kawan dan lawan penuh igauan. 
Sebaliknya yang gigih nak lemahkan PAS adalah kamu. Tidakkah lebih bermanfaat kamu bantu tambah kuatkan PAS yang semakin tegap kini? 
Bukan Islam sepatutnya sudah celik mata bahawa selama ini kamu dihasut oleh pemimpin DAP semata-mata atas dasar tuduhan dan cerita yg direka reka. Dengan segala pendedahan, apa yang terbongkar di mahkamah London dalam fitnah RM90 juta terhadap PAS yang kini gagal ditunjukkan walau secebis bukti, cerita sebenar sebalik langkah Kajang, pengakuan PKR memfitnah Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Saya percaya tiada agama yang menyuruh penganutnya berpihak kepada pemfitnah.
Fitnah itu lebih buruk dari membunuh. Negara boleh berperang angkara fitnah. Salah faham, ketegangan antara kaum boleh terjadi didorong oleh sikap mempertahankan fitnah. 
Jika sudah salah, ambillah langkah penjernihan. 
Orang yang hatinya jernih akan berbuat begitu. Orang yang hatinya hitam dan busuk, tetap juga mahu bergelumang dosa fitnah. 
Masa akan mendedahkan kepada anak cucu kita suatu hari nanti sama ada orang Melayu, Cina, India, Islam, bukan Islam di Malaysia ini ramai yang berhati jernih atau berhati hitam dan busuk. 
Negara kita dipimpin parti yang busuk hingga rosak seperti sekarang kerana lebih ramai rakyat yg memilih mereka dipeti undi walau tahu parti itu rasuah, zalim, boros. 
Dalam keadaan tahu, tetap undi mereka tanda hati kebanyakan kita pun hitam dan busuk.
Selayaknya dihukum Allah dengan pelbagai bencana ekonomi, alam sekitar, kadar jenayah, pengangguran, cukai yang membebankan, barang yang semakin mahal, kerugian beratus billion ringgit. 
Ini amaran Allah.  Jika kita tak ubah, kerosakan berlaku kerana tangan tangan kita manusia juga. – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 

































































































































































DAP yang perlu bersedia hilang Pulau Pinang

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mungkin mengalami sindrom kehilangan ingatan hingga mendakwa PAS mengalami risiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika enggan menyertai Pakatan Pembangkang.

Sedangkan pihak yang mula-mula memutuskan hubungan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat ialah DAP.
Sudah lupakah Guan Eng bahawa DAP yang mula-mula mengisytiharkan putus dengan Presiden PAS pada tahun 2015? Di mana akhirnya membawa keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana pula hari ini PAS diminta berpakat sedangkan dahulunya Pakatan Rakyat berkubur kerana DAP tidak boleh menerima prinsip PAS? 
Hakikatnya, DAP yang lebih wajib memikirkan nasib mereka di Pulau Pinang dalam situasi mereka hanya mempunyai 19 kerusi sahaja. Jumlah itu tidak cukup untuk menjadi kerajaan tanpa kerjasama dengan parti lain. Ia berbeza dengan PAS yang sudah mempunyai majoriti menguasai Kelantan pada hari ini walaupun secara tunggal. 
Sedarkah Lim Guan Eng bahawa DAP juga mempunyai risiko kehilangan kerusi apabila kalah di kerusi yang ditandingi jika berlaku pertembungan tiga penjuru? Di kerusi DAP akan berlawan dengan MCA atau Gerakan sebagai contoh, pengundi Melayu Islam hampir pasti secara 'solid' akan memilih PAS sebagai alternatif mereka. 
Lim Guan Eng hanya mendakwa PAS bakal kalah, tetapi tidak pula menyebut Pakatan Harapan bakal menang. Tentu beliau sedar bahawa pihak yang untung nanti apabila berlaku pertembungan tiga penjuru di Kelantan ialah Umno. Ia sekali gus menunjukkan dengan jelas siapakah yang memberikan nyawa tambahan kepada Umno-BN. 
Satu-satunya kekurangan di Kelantan ialah, Menteri Besar dan exconya tidak mempunyai pengalaman ditahan oleh SPRM. Tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang exconya telah mempunyai 'pengalaman berharga' ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah. Itulah satu-satunya 'kelebihan' DAP berbanding PAS di Kelantan. 
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
5 September 2017 | 14 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD- 5-9-2017 


































































































































































Bread & butter, cash cow, star dan politik

SAYA pernahlah sekolah dulu belajar sikit sikit ilmu pemasaran.
Pesan pensyarah saya 'always know your bread and butter'. Ada yang sebut cash cow. 
Dalam perniagaan, 'Cash cow' adalah sumber tetap yang kena jaga, suburkan, kerana ia yang jadikan perniagaan kita boleh hidup. 
Prospek lain yang nampak potensi akan datang bolehlah disuburkan. Itu 'Star' , bintang harapan. Orang bijak tak bunuh dia punya cash cow kerana nak kejar bintang. 
Orang melayu tahu pepatah " yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". 
Perjuangan adalah satu 'perniagaan' dalam memasarkan idealisme kita agar diterima oleh pasaran iaitulah rakyat. 
Allah SWT juga menggunakan istilah perniagaan bagi kerja mujahadah menegakkan Islam di beberapa tempat dalam al-Quran. Ia disebut 'perniagaan yang dapat menyelamatkan dari azab yang pedih' dan 'perniagaan yang tidak pernah rugi (sentiasa untung). 
Itulah akidah orang Islam yg merupakan  lebih 60 peratus dari rakyat negara Malaysia kerana hukum beriman dengan setiap huruf dalam Quran adalah menjadi rukun kepada setiap yang beragama Islam. 
Jika tidak percaya, tidak beriman, maka cacatlah Islamnya. Jika menentang dalam keadaan tahu, tidak jahil, maka tiada ulama baik dari parti manapun atau negara manapun akan menafikan gugurnya iman dan Islamnya. 
Yang berbeza cuma tafsiran masing-masing apa yang dimaksudkan 'berjuang Islam' itu. Kaedah dan pendekatannya. 
Allah memberitahu dengan jelas jika ada yang berselisih, kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya. Ulama tentu sekali pada kedudukan menunjuk jalan sesuai maksud 'warasatul anbiya'. Yang selisih ada forum, muzakarah yang sepatutnya boleh duduk sekali bincangkan secara ilmu. 
Peduli apa musuh Islam yang memang berusaha keras  agar tiada titik penyatuan dalam kalangan umat Islam. 
Parti-parti politik memasarkan idealisme perjuangan masing. Yang punya idealisme yang kuat, akan mempunyai 'pelanggan yang setia', 'kesetiaan jenama.' 
Perjuangan kerajaan yang bersih dan cekap, lawan rasuah, menegakkan keadilan, menentang pembaziran, mahu memajukan negara, mahu jadikan negara kaya.  Itu semua diperjuangkan semua parti politik. Ia idealisme universal. PAS bercakap perkara yang sama. Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). 
Mesti jelas apa sebenar yang diperjuangkan. Baru setiap tindakan selaras. Tidak jadi hilang punca dan bagai lalang yang sekadar ikut arus popular yang belum tentu berlandaskan fakta atau kebenaran.  Baru jelas segmen pasaran mana yang jadi keutamaan, atau tadi kita sebut bread & butter. 
PAS punya idealisme perjuangan yang sangat jelas iaitulah Islam. Segmen pasarannya yang utama adalah umat Islam yang lebih 60 peratus rakyat Malaysia. 60 peratus itu pula lebih 80 peratus adalah orang Melayu. Islam pula punya kedudukan yang tinggi dalam Perlembagaan Malaysia dan semua undang-undang peringkat negeri dan negara dan dilindungi Institusi Raja Berpelembagaan.
Adalah munasabah untuk PAS mempertegaskan kepentingan Islam dan Melayu, sesuai dengan positioning PAS dalam peta politik negara dalam masa yg sama mempertegaskan Islam yang dijunjung oleh PAS mewajibkan hubungan yang baik antara kaum, toleransi antara agama, keadilan dan semua jaminan kesejahteraan untuk penganut agama lain dan kaum lain. 
DAP menjual idea Malaysian Malaysia yang matlamat akhir supaya semua kaum, semua agama punya hak yang sama. Ini bercanggah kontrak kemerdekaan yang dimanifestasikan dalam perlembagaan dalam bentuk jaminan keistimewaan tertentu kepada Islam dan orang melayu. DAP fokus kepada segmen kaum Cina. 
Apa-apa tindakan, kenyataan dibuat oleh DAP adalah bertujuan memenangi sokongan terutamanya kaum Cina. Kerana itu adalah 'bread n butter' DAP. Orang Melayu hanya untuk cukupkan beberapa peratus lagi undi yg mereka perlukan supaya DAP boleh menang pilihan raya. Itu yang disebut Lim Kit Siang yang DAP mahu 15 peratus orang Melayu. Ini kelompok Melayu yang hilang jati diri Islam dan Melayunya. Kelompok yang keliru atau berkepentingan. 
PKR ini apa idealismenya? Mereka meletakkan diri dalam kelompok orang Melayu, tetapi takut bercakap kepentingan Islam dan Melayu. Mereka biarkan pendirian pro-DAP menjadi persepsi dominan PKR melalui tindakan dan lidah pemimpin mereka sendiri. Apabila sudah dekat pilihan raya, mula mereka gelabah, orang Melayu tak bersama mereka. 
PAN. Mereka berjuang apa sebenarnya? Dilihat sekadar balas dendam kepada PAS seperti ditulis pemimpin PAN sendiri Dr Dzulkifli Ahmad. "Kalau PAN tak boleh menang, PAS pun mesti tak boleh menang". Ini roh insan yang berpotensi rugi di dunia dan rugi di akhirat. 
Mereka yang beri laluan merebak pemikiran aliran sesat seperti liberalism, sekular - LGBT. Fokus mereka semata-mata ahli PAS. Mereka tidak dekati ahli dan penyokong Umno kerana konon mereka benci sangat kepada Umno hingga nak kempen pun 'geli geleman'. Tindak tanduk dan kenyataan PAN lebih banyak nak ambil hati bukan Melayu, bukan Islam sekalipun mengguris hati umat Islam. Realitinya bread & butter PAN adalah bukan Islam. Merekapun seperti DAP, berharap mengutip beberapa peratus kelompok Melayu yang liberalis dan golongan tergelincir dalam PAS. Sama sahaja dengan bosnya DAP. 
PPBM pula parti paling keliru. Mereka mahu undi ahli Umno, tapi mereka sekapal pula dengan DAP yang seluruh ahli Umno sentiasa diprogramkan DAP sebagai 'bahaya besar' untuk orang Melayu, orang Islam. – HARAKAHDAILY 4/9/2017
Sumber HD - 4-9-2017 




































































































































































Malaysia Tak Perlu Campur Tangan Asing Tadbir Negara

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Pengaruh-pengaruh kuasa asing yang cuba campur tangan dalam negara ini, sama ada dalam bentuk politik atau ekonomi sepatutnya dihindarkan sejauh-jauhnya.

Setiusaha PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia mempunyai maruah dan harga diri yang mesti dipelihara dan dipertahankan.
“Alhamdulillah, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-60 pada 31 Ogos 2017 ini,
“Umur kemerdekaan negara kita sudah masuk usia emas, satu tempoh yang cukup matang bagi sebuah negara,” ujarnya.

Beliau yang dihubungi sedang melakukan persiapan menuju Arafah untuk wuquf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-60.

Menurutnya, Malaysia sepatutnya berdiri megah sebagai negara yang merdeka yang bebas daripada cengkaman kuasa-kuasa luar yang merupakan penjajahan bentuk baharu.

“Konsep kemerdekaan yang sebenar adalah kita membebaskan diri kita daripada perhambaan terhadap sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah semata-mata,” jelasnya.

Justeru, beliau mengharapkan agar negara Malaysia yang tercinta ini akan terus maju dan makmur di bawah payung syariat melalui kepimpinan yang tunduk patuh kepada Penciptanya.

Sumber BO - 31--2017





































































































































































Reality Check For Pakatan Harapan’s Dream Of Seizing Kelantan, Terengganu

Federal opposition Pakatan Harapan (PH) is unlikely to sway enough Malay voters away from PAS and Umno to support its ambition of wresting Kelantan and Terengganu in the general election, political observers have said.

They attributed this to PH’s limited appeal among rural voters in these two Malay heartland states and the new pact’s disadvantage against incumbents Umno and PAS in multi-corner fights.

Ibrahim Suffian, who heads independent pollster Merdeka Center, said while PH will likely pack their rallies there, the crowds may not translate in votes needed to lift the pact’s candidates above those from PAS and Umno in the two states.

“There might be a small Malay wave against the establishment, but without a unified opposition there is very little hope for Pakatan to gain from it. The reason is PAS as an older and much more established party in those Malay heartland states have a larger following.

“In a three-cornered contest involving [Barisan Nasional] against PAS and against the Pakatan parties, the only likely victor is BN,” he told Malay Mail Online when contacted yesterday.
The analysts were responding to DAP parliamentary leader Lim Kit Siang’s prediction that PH could take control of Kelantan and Terengganu with a 15-per cent swing in Malay votes from the ruling Barisan Nasional (BN) coalition to the opposition pact.

Pacific Research Center’s principal adviser Dr Oh Ei Sun said, however, that Lim’s scenario is “very unlikely, as votes will either go to Umno or PAS”.

He told Malay Mail Online there was little chance that PH would gain support in either state except in “scattered urban centres”, as PH’s Islamist component Parti Amanah Negara’s appeal was limited to towns and cities while Parti Pribumi Bersatu Malaysia has insufficient draw to overcome the better-funded Umno and Islamist party PAS.

Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak, who heads the National Council of Professors’ Politics, Security and International Affairs Cluster, also expressed doubt that there would be such a significant swing in the two states towards PH in the inevitable multi-cornered fights.

“Because Kelantan and Terengganu are PAS strongholds, PAS have many strong bases in many parts of Kelantan and Terengganu and the strength of Umno in that two states also cannot be underestimated, because Umno has its own base and influence there in Kelantan and Terengganu.

“So as Kelantan and Terengganu has always been a battleground for Umno and PAS, so if Pakatan comes in the election — [PPBM], or Amanah or even PKR — it will certainly be a three-cornered fight,” he told Malay Mail Online when contacted.

He said it would be difficult for new parties to win over these two states, noting that the predicted Malay vote swing may have been possible had all the federal opposition parties remained united.
The problem was demonstrated during two Selangor by-elections contested by Amanah last year, when the fledgling PAS offshoot struggled for recognition.

“The big swing can take place if PAS still remains in Pakatan, so I do not think that 15 per cent swing will happen in Kelantan and Terengganu because of PAS’s strong base in these two states, so it’s not easy for Pakatan or Amanah to make inroads in Kelantan and Terengganu,” he added.

Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, a former Universiti Malaya lecturer, similarly said Lim’s scenario was only plausible if the fight for Kelantan and Terengganu was between Umno and an opposition pact represented by PAS.

He said Amanah may make some inroads in urban areas, but was yet to penetrate the conservative Malay and rural areas in Kelantan and Terengganu, further noting that PAS and Umno members remain committed to their political parties and may only abstain from voting instead of giving the votes to PH.

“So if there are displeasures about their own party, they may not vote for other party, they may withdraw their support by not going to the polls. They may show their displeasure by not supporting the party but that in no way means they are going to switch allegiance,” he said.

The “wafer-thin majority” for both PAS and Umno in seats they battled each other in Kelantan and Terengganu in previous elections show that the bulk of voters there will opt for either party, he said, concluding that PH’s Amanah will not be able to wrest these states from the two parties.

Kelantan is currently governed by PAS while Terengganu is led by BN via Umno. Virtually all state seats in the two states were won either by Umno or PAS, except for one in each that went to PKR.
The next general election must be held by August 2018, but may be called earlier.-themalaymailonline.com

Sumber BO - 28-8-2017





































































































































































RCI Memali cetusan idea Tok Guru Nik Aziz

KETIKA parlimen Malaysia bersidang tahun 1985, Dewan Rakyat gempar apabila isu tragedi pembunuhan Memali diperbahaskan. Bukan sahaja PAS, malah DAP turut menghentam kerajaan atas apa yang berlaku. Lalu ditubuhkan jawatankuasa siasatan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini. Mereka kemudian menghasilkan kertas putih yang bertajuk Peristiwa Memali. 
Tok Guru Nik Aziz menyatakan ketidaksetujuan beliau terhadap perkara ini. Antara kata-katanya: “Dia yang bunuh, dia yang siasat..” 
Tok Guru memberi signal bahawa adalah sesuatu yang berat sebelah apabila pihak yang terlibat dalam isu tersebut menjadi penyiasat. Polis yang bunuh, polis juga yang menyiasatnya. Sudah pasti akan berlaku konflik kepentingan. Menurut disiplin Feqh Islam sendiri, disyaratkan agar pihak yang dipilih untuk mengadili sesuatu kes mestilah tidak memiliki sebarang kaitan dengan kes tersebut. 
Dengan kata lain, Tok Guru ingin memberitahu agar penyiasat mestilah daripada mereka yang bebas dan tidak memiliki kepentingan. Mesti dari pihak ketiga. Justeru idea penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dibangkitkan hari ini adalah bertepatan dengan kehendak Tok Guru Nik Aziz. 
RCI adalah badan siasatan bebas yang ditubuhkan atas kuasa Yang Dipertuan Agong. Ia tidak dikawal oleh mana-mana pihak samada polis ataupun Umno-BN. 
Sepatutnya geng PH menyokong penubuhan RCI ini, kerana mereka yang selama ini mengguna nama Tok Guru Nik Aziz bagi menghalalkan setiap tindakan mereka. Jangan hanya kerana sudah bersama Mahathir, mereka sanggup membuang aspirasi Tok Guru Nik Aziz begitu sahaja 
Kepada Salahudin Ayub, saya harap beliau tarik balik kenyataannya. Memali bukanlah isu kecil yang boleh dilupakan begitu sahaja. Jangan anggap Memali lebih kecil dari isu 1MDB atau apa jua isu yang sedang mereka timbulkan. Kerana yang mereka timbul hari ini banyak berkenaan ekonomi dan politik sahaja. Sedangkan isu Memali adalah isu nyawa orang mukmin. Nabi SAW bersada membandingkan isu nyawa: 
“لزوال الدنيا أهون عند الله من قتل رجل مسلم” 
“Runtuhnya seluruh bumi ini lebih ringan di sisi Allah daripada pembunuhan seorang muslim.”  – HARAKAHDAILY 22/8/2017
Sumber HD - 22-8-2017 





































































































































































Liwat: Dr Mahathir perlu mohon maaf





BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed perlu memohon maaf secara terbuka pada bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat pada 1998. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya tuduhan itu palsu, Dr Mahathir perlu memohon maaf kerana mengaibkan Anuar. 
"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Dr Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya di Kota Bharu. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mencabar Dr Mahathir menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataannya terhadap Anwar pada September 1998. 
Pada 22 September 1998 Dr Mahathir dilapor mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya benar dakwaannya selama ini, bagaimana sekarang beliau boleh bersama Anwar. – HARAKAHDAILY 17/8/2017
Sumber HD - 17-8-2017 





































































































































































13 Ogos, kaum Maya, Nazi, Kamal Atarturk, kidal, Alexander dan aku













TERIMA kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan sempena ulangtahun kelahiran saya mengikut kalendar gregory. Semoga dengan ulangtahun mengingatkan saya bahawa baki kehidupan saya di dunia ini semakin berkurangan. 
Sebagai penghargaan, saya kemukakan beberapa info tentang tarikh 13 Ogos ini:
13.8.3114SM: Menurut seorang pakar sejarah Floyd Lounsbury, pada tarikh ini tahun 3114 sebelum Masihi, kalendar kaum Maya diasaskan. Kaum Maya merupakan kaum silam yang sangat bertamadun. Mereka pakar dalam matematik, astronomi dan binaan.
Antara penemuan mereka yang hebat adalah kalendar kaum maya. Sebahagian pakar berpendapat kalendar mereka adalah paling tepat dari sudut kiraannya yang pernah wujud di bumi. Tetapi kalendar Maya hanya disusun setakat tarikh 21.12.12. Dahulu ramai yang menjangkakan tarikh tersebut adalah hari kiamat. 
13.8.1784: Parlimen British telah meluluskan Akta Syarikat Hindia Timur, menjadikan Syarikat ini dikawal oleh kerajaan British. 
Syarikat Hindia Timur Inggeris adalah syarikat perniagaan yang diasaskan di India, bagi mengaut hasil mahsul negara-negara yang dijajah oleh Inggeris di kawasan Hindia Timur, ataupun dikenali sebagai kepulauan melayu hingga ke India. Syarikat ini menjadi ejen penjajahan atas nama ekonomi. Mereka memiliki tentera dan pihak berkuasa sendiri dalam melaksanakan misi penjajahan. 
13.8.1923: Kongres Kebangsaan Turki memilih Mustafa Kamal Atartuk sebagai Presiden Pertana Republik Turki. Sejarah hitam bagi umat Islam kerana menandakan sistem pemerintahan khilafah telah dibubarkan. 
Kamal Atartuk merupakan ejen British yang bertindak melumpuhkan khilafah Utaniah dari dalam. Beliau menentang kerajaan dengan membawa pendekatan anti-korupsi, pembaharuan, membela rakyat bawahan dan keadilan. Apabila rakyat termasuk ulama terikut dengan gerakannya hingga berjaya menggulingkan khalifah terakhir Uthmaniah, beliau terus membubarkan khalifah, menghapuskan ajaran Islam dan menerapkan ideologi sekular ke dalam Turki. 
13.8.1961: Tembok Berlin di Jerman mula dibina di bahagian Jerman Timur. Tembok tersebut memisahkan Jerman Timur yang dijajah oleh Soviet Union dengan Jerman Barat yang dijajah oleh Perancis, British dan Amerika. Namun pada 1990, tembok Berlin diruntuhkan dan Jerman bergabung kembali. 
Jerman sebelum itu diperintah oleh tentera Nazi di bawah kepimpinan Adolf Hitler. Hitler berjaya menakluk banyak wilayah-wilayah negara jiran di Eropah. Pada perang dunia kedua, Nazi jatuh selepas menghadapi serangan ahzab Amerika, Perancis dan Britain dari sebelah selatan, dan Soviet dari sebelah timur. 
13.08.1976: Hari Kidal Sedunia diasaskan. Sebagai fakta, 10 peratus penduduk bumi merupakan kidal. Antara tokoh yang kidal adalah saintis genius Albert Einstein, pemerintah agung Alexander The Great, pemuzik Beethoven, lagenda gitaris Jimi Hendrix, pengasas Micorost Bill Gates, Presiden Cuba Fidel Castro, pencipta kereta Henry Ford, astronout Neil Armstrong, tokoh politik Julius Caesar, filsuf dan seniman Leonardo Da Vinci, Picasso dan ramai lagi. 
Termasuk saya yang menyambut ulangtahun kelahiran hari ini. Such a fantastic date!
Sumber HD-14-8-2017 





































































































































































Orang yang dia lawan, suatu hari jadi kawan











PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak melampau dalam sebarang perselisihan pendapat dan perbalahan. 
Malah, katanya terdapat hadis Nabi Muhammad SAW yang menggesa agar menolong orang kena zalim dan orang yang melakukan kezaliman. 
“Oleh sebab itu, bermusuh dengan orang berpada-pada. Sebab itu, kita disuruh buat baik kepada orang sama ada orang baik, orang jahat. 
“Nabi SAW kata, tolonglah saudaramu yang buat zalim dan yang kena zalim. Maka seorang laki-laki berkata: wahai Rasulullah tolong orang kena zalim kami faham tapi menolong orang berbuat zalim, bagaimana? 
“Rasulullah menjawab menghalangi atau mencegahnya dari kezaliman, begitulah cara menolongnya. 
“Halang orang yang buat zalim itu, makna tolong orang yang buat zalim. Tolong selamatkan dia supaya dia bertaubat dan balik ke pangkal jalan. Itu cara menolongnya,” jelasnya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan Pagi Jumaat buat kali kedua di Masjid Rusila, Marang, hari ini. 
Sebelum ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berehat dari sebarang aktiviti ceramah sejak lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. 
Menurut Tuan Guru lagi, apa yang berlaku hari ini melalui perbalahan dalam akhbar, televisyen dan facebook melampaui batas. 
“Apa yang berlaku dalam dunia hari ini, dalam surat khabar, dalam televisyen, dalam facebook…berbalah terlajak sehingga hendak marah kepada orang ‘terkam’ habis-habis. 
“Dia tidak tahu suatu hari nanti akan berubah. Orang yang dia kasih, sayang, suatu hari jadi lawan dan orang yang dia lawan, suatu hari jadi kawan. Ini dunia berubah, kita kena faham. 
“Beri nasihat dan cakap dengan baik. Bergaul dengan orang dengan percakapan yang baik, jangan kasar,” ujarnya. 
Beliau turut merujuk kepada suatu ungkapan kata-kata yang menepati kehendak al-Quran. 
“Hadis Nabi dan ada ulama berpendapat ini kata-kata Saidina Ali r.a tetapi maknanya menepati al-Quran. 
“Maksudnya, kasihlah kepada orang yang kamu kasih dengan kadar yang berpatutan, boleh jadi suatu hari dia buat perkara yang tidak molek. Marah kepada orang jangan terlajak, kena ada batas, boleh jadi suatu hari dia jadi orang yang kamu kasih kepada dia. Dengan sebab itu, berbalah dengan orang jangan terlajak,” tegasnya. 
Menurutnya, pendekatan kasih sayang dan berhemah itu merupakan perintah Allah SWT kepada para nabi dalam berdakwah kepada kaum masing-masing. - HARAKAHDAILY 11/8/2017
Sumber HD- 11-8-2017 





































































































































































RUU164: Maslahah Islam lebih utama berbanding hubungan PAS-Umno

ANTARA isu yang paling popular untuk mengaitkan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah RUU355. Walaupun PAS menerangkan bahawa pendirian PAS untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam urusan RUU355 adalah demi maslahah Islam, tetapi ia tetap dipusing kononnya tujuan sebenar adalah untuk bergabung. Walau tekanan terus diberikan, tetapi PAS tetap komited memperjuangkan RUU355 hingga ke hari ini. 
Untuk membuktikan tujuan sebenar PAS adalah maslahah Islam, kita boleh lihat dari sudut bagaimana PAS berhadapan dengan RUU164 pula. RUU164 adalah satu usul untuk meminda akta 164, iaitu akta yang berkaitan dengan hak perkahwinan dan perceraian. Perkara yang ingin dipinda dalam akta tersebut turut melibatkan implikasi terhadap status agama anak. 
Usul pindaan dibawa oleh pihak kerajaan kali pertama pada sidang parlimen November 2016. Bacaan pertama tersebut diluluskan. Tetapi untuk bacaan kali kedua, kerajaan mendapat banyak tentangan termasuk dari PAS sendiri. Akhirnya sidang April 2017 mereka terpaksa tangguhkan. Hari ini (7 Ogos 2017), kerajaan sekali menangguhkan usul tersebut, walaupun pada asalanya ia berada dalam senarai. 
Dalam hal ini pemindaan akta 164 sangat merugikan Islam. Jadi PAS mengambil pendekatan untuk membangkang. Walaupun PAS bersama kerajaan, atau lebih tepatnya Umno dalam isu RUU355, tapi dalam isu RUU164 PAS menentang. Kerana perjuangan PAS di arena politik ini menimbang untung rugi dari sudut maslahah Islam. 
Apa yang dapat dikesan, RUU164 adalah langkah BN untuk menagih kembali sokongan non-muslim terhadap mereka, selepas hilang apabila cenderung pada RUU355 pada awalnya. Komponen BN seperti terutama parti di Sabah Sarawak semacam takut dilihat terlalu terikut dengan agenda Islamisasi. 
Yang kita bimbang, Umno yang diwakili ahli parlimen muslim turut terbawa-bawa sekali. Keputusan majlis tertinggi BN yang gagal mendapat konsensus untuk bawa RUU355 sebelum ini walaupun diketuai oleh Umno, mungkin boleh berulang dalam RUU164 pula. Tampak mereka masih main tarik tali. 
PAS tidak mahu mempolitikkan samada isu RUU355 mahupun RUU164. Soal apakah keuntungan PAS dari sudut sokokngan politik jika mengambil sikap berbeza antara dua usul ini tidak menjadi pertimbangan utama. Yang penting adalah PAS mahu membela kedudukan dan masa depan Islam dan umatnya di negara ini. Apa jua ruang yang mungkin PAS akan gunakan. PAS tidak akan berkompromi dengan sesiapa jua sehingga menggadai nasib Islam. 
Sebenarnya apabila PAS memperjuangkan Islam, secara automatiknya PAS turut memperjuangkan kebajikan rakyat. Buktinya dalam isu GST. Kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam, maka PAS menjadi badan terawal, malah satu-satunya parti yang memfatwakan GST adalah haram. Bahkan pada setiap muktamar, PAS mengulang-ulang tentang pengharaman GST. Kerana tidak Islamik, GST telah menyebabkan rakyat sangat terbeban. Rakyat marah. Maka PAS bersama aspirasi rakyat dalam hal ini. 
Posisi PAS dalam isu GST juga berbeza dengan RUU355. Iaitu membangkang kerajaan. Ini bukti PAS tidak menjadi khadam Umno sebagaimana digambarkan. Sebaliknya inilah pendekatan BPMS yang PAS kemukakan. Dalam perkara baik seperti RUU355, Rohingya, Perpaduan Ummah, PAS akan sokong dan sedia bersama sesiapa sahaja. Dalam perkara buruk seperti GST, RUU164, nasab anak zina, PAS akan bangkang dan sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja. Perjuangan berlandaskan prinsip bukan pragmatis. – HARAKAHDAILY 7/8/2017







































































































































































Sumber HD - 7-8-2017





































































































































































Jangan cuba tanggalkan baju BPMS

BUDAYA Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) secara umumnya digagaskan oleh Presiden PAS pada tahun 2015. Tetapi kriteria-kriteria BPMS sebenarnya telah dicanangkan lebih awal daripada itu. Fasa pertama dalam mendefinisikan BPMS telahpun selesai. Kini sedang memasuki fasa kedua iaitu merakyatkan BPMS. 
Tetapi masih ada yang belum memahami BPMS secara yang digariskan. Kebanyakan lebih terpengaruh dengan persepsi yang sengaja dicipta oleh media. Lebih melabelkan BPMS secara simplistik tanpa mengambil kira konsep sebagaimana yang diceduk dari al-Quran dan Sunnah. 
Persepsi paling popular dilabelkan terhadap BPMS adalah PAS mahu berbaik dengan Umno. Kononnya PAS sudah tidak menganggap Umno sebagai musuh politik. PAS dan Umno sudah tiada beza. PAS dan Umno bakal bersatu! 
Persepsi ini paling cepat membentuk di minda pemerhati politik yang berakal pendek. Ini kerana ia dimainkan oleh media pro PH dan Umno sendiri. PH mahu menggambarkan PAS mahu bergabung dengan Umno, supaya dapat menjustifikasikan kenapa mereka melawan PAS sekarang. Umno pula memang suka kalau PAS bergabung dengan mereka, kerana mahu menumpang sokongan PAS. 
BPMS antara PAS-Umno 
Kini timbul dua isu yang membelenggu sebahagian pihak. Pertamanya berkaitan aplikasi BPMS dalam hubungan PAS dan Umno. Sebenarnya bukan bermaksud mahu bergabung, tetapi lebih kepada merubah pendekatan PAS dalam menghadapi Umno. 
Kalau dulu kita mengambil sikap menganggap Umno dan seluruh ahlinya umpama najis, tapi kini kita mendidik ahli PAS terutama supaya melihat ahli Umno sebagai mad'u.
Bukankah ini ajaran al-Quran yang menyebut tentang cara Nabi Musa menghadap Firaun yang Mahazalim? 
Kalau dulu kita menolak semua dari Umno, sehingga popular khatimah 'segala yang baik dari Allah yang buruk dari Umno', kini kita melihat perkara ini secara lebih rasional. Kalau benar ada yang baik daripada Umno, kita sokong dan bantu dalam bab tersebut. Titik yang salah kita tetap lawan. 
Bukankah ini yang diajar al-Quran untuk bertolong menolong dalam perkara baik dan taqwa? 
Kalau dulu segala tuduhan pada Umno kita percaya terus walau tanpa bukti, dan kadang-kadang kita mencipta tuduhan palsu, tetapi kini kita mengutamakan fakta dan kebenarannya. Supaya tidak menjadi penyambung lidah syaitan. 
Bukankah al-Quran mengajar supaya berlaku adil walaupun mereka sudah memiliki rekod jenayah? 
Untung rugi BPMS 
Perkara kedua yang menjadi pertelingkahan adalah tanggapan kononnya BPMS tidak sesuai untuk masa depan politik PAS. Kata mereka, walaupun BPMS secara prinsipnya baik, tetapi secara politik ia merugikan. Ini kerana mereka menganggap BPMS menyebabkan PAS ditohmah bergabung dengan Umno. Dan tohmahan ini telah menyebabkan PAS hilang sokongan. 
Mereka lebih selesa dengan sikap dahulu. Lawan cacang dengan Umno. Kebanyakan pandangan ini datang dari mereka yang sudah terbiasa berperang dengan Umno. Sangat janggal kalau tak kutuk Umno sehari. Rasa berdosa kalau dekati orang Umno. Macam PAS dah lari dari landasan perjuangan Islam. 
Dakwaan PAS hilang sokongan adalah bercanggah dari realiti. Mengikut fakta yang ada, sokongan terhadap PAS meningkat drastik sejak mendingin dengan PR, dan terus meningkat apabila mempopularkan BPMS. 
Lihat jumlah pendaftaran keahlian PAS seluruh negara. Yang keluar masuk PAN tak sampai 100, tapi yang masuk ribu-ribu sebulan. Kalau yang sanggup menjadi ahli pun sudah bertambah ribu setiap bulan, yang minat dan menyokong apatah lagi. 
Kajian trend sokongan kaum melayu sebagai kuasa politik teras negara juga semakin meningkat. Terbaru maklumat dari sebuah badan kajian menunjukkan pertambahan sokongan melayu kepada PAS meningkat lagi, walaupun beberapa bulan lalu badan tersebut baru sahaja melaporkan PAS sudah mendahului mana-mana parti yang lain. 
Belum lagi diambil kira populariti PAS menerusi undian media sosial. Walaupun ia bukanlah mekanisme yang kuat, tetapi trend yang kita lihat adalah berpihak kepada PAS secara konsisten. Polling di Facebook tak kira yang dibuat oleh page pro BN, PAN, PKR, DAP, PPBM, atau non partisan, menunjukkan keputusan yang sama. PAS mendahului! Setidaknya ia boleh diambil sebagai salah satu petunjuk trend sokongan golongan muda.
Undi teras PAS tidak hilang kerana keahlian semakin bertambah. Undi atas pagar pula semangkin meningkat berasaskan kajian terkini luar dan dalam. Jangan dicampur aduk kajian sokongan keseluruhan kaum, kerana sasaran utama PAS adalah penyokong Islam-melayu. 
Perkembangan ini amat menguntungkan PAS terutama di sempadan politik yang didominasi orang Melayu. 3 Negeri melayu teramai seperti Terengganu, Kelantan dan Perlis sudah boleh bersedia untuk meneraju pentadbiran pasca PRU14 nanti. 
Hakikatnya, perkara-perkara ini tidak berlaku sebelum BPMS diperkenalkan. Maka secara konsensusnya, BPMS jauh lebih menguntungkan PAS dari persepsi yang dicipta sebahagian pihak. 
Baju yang cuba ditanggal 
Jika diamati, seolah-olah ada cubaan terancang untuk mengganggu trend sokongan terhadap PAS yang semakin baik ini. Ada pihak sedang merancang untuk memburukkan BPMS, supaya PAS mengkaji balik pendekatan ini. Saraf halus sedang dicipta melalui media, dan dipanjang menerusi ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab. 
Apa yang dapat dihidu, sebenarnya ia adalah mainan untuk membawa PAS kembali kepada strategi PRU13, iaitu bersama DAP dan sekutu bagi menghadapi PRU14 nanti. Digunakan sentimen PAS mahu bergabung dengan Umno, untuk mencapai matlamat PAS kembali bergabung dengan DAP dan sekutu. 
Waspada dengan jarum halus ini. Bina anti-virus secukupnya. Jangan sampai termakan dengan hasutan. Kerana jika kembali bersama DAP, akan mematikan sokongan yang sedang meningkat pada PAS sekarang. 
Motif hasutan ini hanya satu, bagi menumpang sokongan PAS untuk memenangkan DAP dan sekutu sahaja! 
Jangan masuk lubang sama kali ketiga. - HARAKAHDAILY 6/8/2017 



















Sumber HD- 6-8-2017





































































































































































Melondeh taktik di belakang perang Tun M dan TPM

POLITIK Malaysia kini memasuki fasa ‘political taunting’. Adegan taunting yang paling menarik sekarang ialah permainan saling melondeh antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Mahathir sedang menggunakan taktik memisahkan musuh, satu taktik lapuk yang sering diulang kerana keberkesanannya untuk memecahkan lawan dengan mewujudkan keraguan terhadap kesetiaan TPM terhadap bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Taktik ini sangat mujarab sekiranya pihak yang melancarkan serangan itu sudah dapat mengesan sudah ada retakan di dalam pihak musuh.

Dr Mahathir sedang memasang pancing untuk kem yang anti-TPM di dalam Umno untuk bertindak.

Sekiranya ada pihak di sebelah kem PM yang tidak senang dengan TPM, golongan ini sudah pasti akan termakan pancing yang dipasang Dr Mahathir lalu mengambil kesempatan menggunakan serangan Dr Mahathir untuk menimbulkan keraguan yang lebih mendalam terhadap kesetiaan TPM kepada Najib.

Pada ketika ini, TPM perlu bertindak secara berhati-hati, sama ada dari segi lisan, tulisan mahupun tindakan supaya pancing yang dipancing oleh Dr Mahathir tidak mengena. Sebarang kesilapan daripada TPM yang mewujudkan persepsi bahawa serangan Dr Mahathir mempunyai merit akan menyusahkan beliau sendiri.

Salah satu cara untuk mengelak pancing Dr Mahathir ialah dengan menyerang Dr Mahathir kembali dari setiap pelosok. Dan itu yang sedang dilakukan TPM sekarang.

Serangan balas TPM terhadap Dr Mahathir bukanlah serangan sembrono. Setiap serangannya dialas dengan umpan untuk menimbulkan keraguan para pengundi tegar Umno-BN, terutamanya para pengundi orang Melayu terhadap Dr Mahathir dan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, serangan TPM terhadap Dr Mahathir telah meletakkan bekas perdana menteri itu dalam keadaan defensif.

Pasukan Dr Mahathir terpaksa menjawab soalan mengenai asal-usul keluarganya. Serangan Dr Mahathir terhadap kekayaan TPM pula menimbulkan keraguan terhadap kekayaan anak-anaknya. Kini, TPM menimbulkan isu Memali dan mengumpan Dr Mahathir berlawan di gelanggangnya.

Kesilapan terbesar Dr Mahathir di dalam perang persepsi terhadap TPM ialah menimbulkan dakwaan RM230 juta.

Dakwaan ini menimbulkan keraguan kepada Dr Mahathir sendiri, mengapa ketika beliau selaku Perdana Menteri tidak mengarahkan siasatan terhadap kekayaan TPM yang ketika itu bersama Pemuda Umno? Bukan itu sejenis salah guna kuasa?

TPM pula melakukan kesilapan dengan mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti rakaman seorang bekas pemimpin Umno yang mencadangkan agar Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Jika benar, apakah beliau telah mendedahkannya kepada Najib ketika ia berlaku? Jika tidak, ini akan menyebabkan pancing Dr Mahathir akan terkena kerana kesetiaan beliau terhadap Najib akan dipersoalkan meskipun tidak secara zahir.

Setakat ini, kelihatan pancing Dr Mahathir tidak mengena. Tiada ahli Umno yang mempersoalkan kesetiaan TPM terhadap Najib, malah serangan Dr Mahathir telah mengukuhkan kesetiaan TPM terhadap Najib.

Cuma taktik memisahkan musuh yang dipasang Dr Mahathir ini bagaikan duri lalang. Ia boleh berpanjangan yang amat sangat. Sama ada ia berjaya atau tidak, kita hanya akan tahu selepas PRU14 dan siapa perdana menterinya ketika itu. - HARAKAHDAILY 6/8/2017                 
Sumber HD- 6-8-2017





































































































































































Petikan Kuliah Jumaat Ayah Chik: Ulama, tok guru, ustaz perangai seperti Yahudi

Firman Allah SWT:
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
(Jalan yang lurus) ialah jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [Al-Fatihah:7]
Para ulama berpendapat bahawa ayat 'orang-orang yang dimurkai Allah' adalah ditujukan kepada orang-orang Yahudi. Mereka dimurkai kerana mengetahui kebenaran melalui kitab-kitab yang diturunkan sebelum itu, tetapi mereka menyembunyikan kebenaran tersebut.
Para ulama menyatakan,
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
"Pengajaran diambil dari lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus."
Imam Ghazali dalam kitab Ihya' nya menyatakan bahawa orang-orang yang dimurkai Allah itu termasuklah kalangan ulama su' (jahat), ulama dunia (yang mengejar dunia sahaja). Ulama-ulama, tok-tok guru dan ustaz-ustaz yang menyesatkan orang semata-mata untuk tujuan dunia sahaja, lupa akan hari akhirat.
Allah menerangkan sifat golongan yang dimurkai di dalam firmanNya:
فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. [Al-Baqarah:79]
Ulama di kalangan Yahudi telah meminda kandungan kitab Taurat dengan berbagai cara. Antara menulis kitab dengan tangan sendiri, kemudian mendakwa ianya daripada Allah. Tujuannya supaya mendapat habuan dunia daripada pemerintah pada waktu itu.
Antara yang dipinda adalah tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW. Juga meminda hukuman qisas dan hudud. Apabila ramai yang melakukan jenayah itu dari kalangan pembesar, mereka ubah hukuman qisas dan hudud kepada hukuman yang ringan.
Apa kurangnya orang Islam di zaman kita. Meminda undang-undang Islam melalui parlimen, melalui dewan rakyat dengan meneruskan undang-undang warisan penjajah. Denda sedikit, penjara sekejap sahaja. Padahal dalam undang-undang Islam sudah ada hukuman hudud dan taazir.
Maka mereka yang mengundi ahli dewan rakyat, atau dewan negeri yang meluluskan undang-undang sebegini, akan turut menerima padahnya. 
Masjid Rusila
11 Zulkaedah 1438 / 4 Ogos 2017
Sumber HD - 4-8-2017 





































































































































































Lupakah Tun M krisis kehakiman 1988?

RAMAI dalam kalangan generasi muda hari ini tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. 
Mereka yang pada hari ini berusia 28 tahun ke bawah belum pun lahir ke dunia pada ketika krisis itu termasuklah saya yang menulis ini. 
Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita mengimbau dan merungkai sejarah lama ini sebagai pengajaran bersama. 
Apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1988? 
Untuk memahami kisah tersebut, lebih mudah ianya ditulis dalam bentuk kronologi peristiwa kerana setiap yang berlaku itu saling berkait sehinggalah krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988.
Catatan ini akan menunjukkan bagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa, beliau telah meruntuhkan institusi kehakiman (judisiari) yang sepatutnya berfungsi dalam konsep "separation of power" seiring badan Legislatif (Parlimen) dan Eksekutif (Kerajaan). 
Apabila pihak Kehakiman dengan beraninya membuat keputusan yang tidak menyebelahi pihak Kerajaan, lalu Tun Mahathir bertindak menggunakan pelbagai cara bagi memastikan para Hakim tunduk kepada Kerajaan. 
Kisah ini bermula apabila; 

26 September 1986: Tun Mahathir, PM ketika itu turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menggantung permit pengedaran The Asian Wall Street Journal (AWSJ) selama tiga bulan dan dua orang wartawan AWSJ yang bertugas di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan Rafael Roy Pura diusir keluar dari Malaysia kerana penerbitan rencana mendedahkan skandal salahlaku kewangan yang berlaku dalam Kerajaan. 
Mereka berdua memohon di Mahkamah Tinggi agar perintah usir itu diketepikan.
Hakim Tan Sri Harun Hashim meluluskan permohonan Pura tetapi menolak permohonan Berthelsen. 
11 November 1986: Mahkamah Agung menerima rayuan Berthelsen dan mengetepikan keputusan kerajaan membatalkan permit kerja Berthelsen dengan alasan bahawa peluang untuk didengar harus diberikan kepada wartawan itu. 
24 November 1986: Dalam satu wawancara Majalah Time, Tun Mahathir mengkritik keras institusi kehakiman kerana Hakim mentafsir undang-undang tidak mengikut kehendak Parlimen yang membuat undang-undang. 
11 Disember 1986: Lim Kit Siang memfailkan kes terhadap Tun Mahathir yang menghina Mahkamah sepertimana yang tersiar dalam wawancara Majalah Time.
Hakim Tan Sri Harun Hashim menolak permohonan itu, namun beliau ada berkata bahawa Perdana Menteri keliru dengan konsep pemisahan kuasa dan keperluan badan kehakiman yang bebas dalam sistem demokrasi. 
24 April 1987: Tun Mahathir menang tipis iaitu majoriti hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden Umno. 
Dalam Pemilihan Umno tahun 1987, berlakunya pertembungan yang amat sengit antara Team A yang dipimpin oleh gandingan Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba ditentang oleh Team B yang dipimpin oleh gandingan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam.
Keputusan pemilihan ini akhirnya berpihak kepada Team A. Oleh sebab Team B tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam pemilihan tersebut, Umno 11 (sekumpulan ahli Umno) yang pada asalnya 12 orang telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan pemilihan Umno dibatalkan dan dibuat pemilihan baru kerana wujudnya 'pengundi hantu' iaitu 78 orang perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 
25 Ogos 1987: Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan Lim Kit Siang untuk menghalang United Engineers (M) Berhad (UEM), daripada menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk pembinaan dan pengswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. 
02 Oktober 1987: Dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam. 
05 Oktober 1987: Hakim V C George menolak permohonan prosiding oleh UEM dan Kerajaan bagi mengenepikan injunksi interlokutori yang diberi oleh Mahkamah Agung.
Kes ini dibicarakan kembali di Mahkamah Agung dengan keputusan majoriti 3 lawan 2 bahawa Plaintif, Lim Kit Siang, tidak mempunyai locus standi dengan UEM oleh itu, saman tersebut tidak dapat diteruskan. 
03 Disember 1987: Tun Mahathir membentangkan Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan Kerajaan terhadap media. 
Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.” 
RUU ini telah muncul sebagai tindak balas serta merta kepada keputusan Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v Minister of Home Affairs di mana Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa budi bicara Menteri untuk menolak sesuatu permohonan untuk lesen penerbitkan satu majalah yang diterbitkan dua minggu sekali tertakluk kepada semakan kehakiman. 
04 Februari 1988: Dalam keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak, Hakim Tan Sri Harun Hashim dengan beraninya memutuskan beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Umno pun diharamkan. 
Namun, Umno 11 tetap membuat rayuan kepada Mahkamah Agung kerana mereka bukannya mahu mengharamkan Umno tetapi mahu pemilihan Umno dibuat semula.
Dua minggu selepas itu, Team A pimpinan Tun Mahathir mendaftarkan parti Umno Baru' manakala Team B pimpinan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 iaitu merujuk tahun penubuhan Umno asal pada 1946. 
Tun Mahathir berjaya mengambilalih Umno asal dan membuang perkataan 'Baru' pada nama parti baru yang didaftarkannya. 
09 Mac 1988: Hakim Peh Swee Chin telah membenarkan permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan supaya Karpal Singh dibebaskan dan dilepaskan dari tahanan ISA dengan serta merta. 
Karpal Singh ditahan dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Dalam operasi ini, seramai 106 ahli politik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 
17 Mac 1988: Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dibentangkan oleh Tun Mahathir di Parlimen. 
Dalam ucapan pembentangan, beliau meneruskan siri serangan terhadap institusi Kehakiman Negara. 
Pindaan Perkara 121 (1) Perlembagaan inilah yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa. 
Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah. 
Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen. 
Maka, prinsip utama negara demokrasi iaitu 'Independence of Judiciary' dan 'Separation of Power' telah dilanggar secara nyata oleh Tun Mahathir. 
25 Mac 1988: Rentetan daripada itu, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif. 
Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. 
Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu. 
Antara isi surat tersebut ialah; 
“All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.” 
17 Mei 1988: Tun Salleh Abas pulang dari luar negara atas urusan menjalani rawatan dan menunaikan umrah. 
24 Mei 1988: The Lord President (Ketua Hakim Negara), Tun Salleh Abas memutuskan korum penuh panel 9 Hakim Mahkamah Agung akan mendengar rayuan kes Umno 11 pada 13 Jun 1988. 
25 Mei 1988: Tun Mahathir menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang di-Pertuan Agong bersetuju atas nasihat Perdana Menteri. 
27 Mei 1988: Tun Salleh dipanggil bertemu Tun Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin Mohammed turut hadir juga. 
Tun Mahathir meminta Tun Salleh meletakkan jawatan dengan sendiri, jika enggan beliau akan dihadapkan di Tribunal untuk dipecat. Tun Salleh enggan berundur lalu beliau pun digantung tugas. 
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara. 
28 Mei 1988: Tun Salleh mengutus surat kepada PM menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan Ketua Hakim Negara dan menghabiskan cuti berkuatkuasa serta merta. 
PM menyatakan persetujuan terhadap permohonan Tun Salleh. 
29 Mei 1988: Tun Salleh berfikir semula dan menarik kembali surat perletakan jawatan beliau. 
Dalam satu wawancara media BBC, beliau mendedahkan bahawa PM mengarahkannya meletakkan jawatan atas tuduhan berat sebelah dalam kes Umno. 
Beliau turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada hari yang sama. 
03 Jun 1988: Tun Salleh mendesak agar Tribunal yang ditubuhkan bagi membicarakan beliau itu terdiri daripada sekurang-kurangnya sama taraf kelayakan kehakiman dan perbicaraan seharusnya dijalankan secara terbuka. 
11 Jun 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Pertama setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. 
Pengerusi: Tan Sri Abdul Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim Negara)
Ahli: 
a) Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)
b) T.S. Sinnathuray (Hakim Mahkamah Agung Singapura)
c) Tun Mohd Zahir Haji Ismail (Yang di-Pertua Dewan Rakyat),
d) Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka
e) Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo) 
21 Jun 1988: Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tun Salleh telah menulis surat kepada Setiausaha Tribunal Pertama menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka atas komposisi Tribunal Pertama. 
Hal ini kerana mereka akan membicarakan Ketua Hakim Negara sedangkan ahli tribunal itu berpangkat lebih rendah daripadanya. 
Tan Sri Abdul Hamid Omar mempunyai konflik kepentingan kerana beliau yang akan dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru apabila Tun Salleh disingkirkan.
Tun Zahir adalah Speaker Dewan Rakyat, ini bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa. 
Tan Sri Abdul Aziz pula menjalankan perniagaan dan seterusnya memiliki Sijil Amalan Guaman sebagai Peguambela dan Peguamcara. 
28 Jun 1988: Tiada maklumbalas daripada pihak Tribunal Pertama terhadap surat peguamcara Tun Salleh. 
Maka, Tun Salleh membuat keputusan untuk memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi memperolehi Perintah Penggantungan prosiding untuk menahan Tribunal Pertama daripada meneruskan siasatan dan mengemukakan laporan dan cadangannya.
Prosiding ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan untuk pembicaraan pada 1 Julai 1988. 
29 Jun 1988: Tribunal Pertama menolak penangguhan prosiding Tun Salleh dan tidak mengendahkan berkenaan pemfailan prosiding penggantungan di Mahkamah Tinggi. 
30 Jun 1988: Tribunal Pertama selesai menjalan prosiding. Terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap Tun Salleh; 
a) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 1 Ogos 1987,
b) Ucapan beliau di Universiti Malaya pada 12 Januari 1988,
c) Penangguhan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas yang melibatkan pilihan agama seorang di bawah umur
d) surat Tun Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 26 Mac 1988
02 Julai 1988: Persidangan Khas Mahkamah Agung yang terdiri daripada 5 orang Hakim telah sebulat suara membenarkan permohonan Tun Salleh untuk penggantungan terhad yang menahan Tribunal Pertama daripada mengemukakan Laporan, cadangan dan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga perintah seterusnya. 
Lima orang Hakim yang bersidang tersebut adalah; 
a) Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh
b) Datuk George Edward Seah
c) Tan Sri Mohd. Azmi bin Kamaruddin
d) Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan
e) Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh.
05 Julai 1988: Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar telah berunding dengan Perdana Menteri kemudian membuat cadangan secara bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan kelima-lima hakim yang menganggotai korum bagi perbicaraan pada 2 Julai 1988. 
06 Julai 1988: Kelima-lima hakim Mahkamah Agung yang terbabit dalam perbicaraan 2 Julai digantung tugas. Hal ini menyebabkan Mahkamah Agung tidak dapat berfungsi kerana 6 daripada 10 hakimnya telah digantung tugas. 
07 Julai 1988: Tribunal Pertama menghantar Laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan pemecatan Tun Salleh. 
08 Ogos 1988: Surat rasmi pemecatan jawatan diterima oleh Tun Salleh 
12 Ogos 1988: Penubuhan secara rasmi Tribunal Kedua setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat 5 Hakim Mahkamah Agung.  
6 orang Ahli Tribunal Kedua itu ialah; 
a) Pengerusi: Tan Sri Hashim bin Yeop Sani, Hakim Mahkamah Agung
b) Mark Damian Hugh Fernando, Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka
c) Tan Sri Edgar Joseph Jr, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) P. Coomaraswamy, Hakim Mahkamah Tinggi Singapura
e) Datuk Haji Mohd Eusoff bin Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
f) Dato’ Lamin bin Haji Mohd Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 
30 Ogos 1988: Setelah dibantah, Pengerusi Tribunal Kedua, Tan Sri Hashim menarik diri lalu diganti oleh Tan Sri Edgar Joseph. Tribunal diteruskan dengan korum 5 orang. 
23 September 1988: Tribunal Kedua menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka berpendapat Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah bersalah dan wajar dipecat manakala Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah tidak bersalah dan dikembalikan jawatan asal mereka. 
Begitulah kronologi titik hitam yang tidak akan dapat dipadam daripada rekod sejarah sistem kehakiman negara ini. 
Pada 17 April 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan kekesalan kerajaan dan mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh dan 5 Hakim yang terbabit. 
Ironinya, si pelaku utama kisah ini iaitu Tun Mahathir tidak pun pernah meminta maaf atas kesilapan itu. 
Apa yang beliau tahu, hanyalah menyalahkan pihak lain iaitu pemecatan Tun Salleh atas aduan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar. 
Mungkin Tun Mahathir menyangka kita semua Melayu Mudah Lupa, tidak ingat apa yang beliau telah lakukan semasa 22 tahun memerintah Malaysia.? 
Tun Salleh Abas, mangsa utama penganiayaan ini masih ada dan sudah pun mencecah usia 88 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu. 
Tun Salleh pernah bergelar Exco Kerajaan Negeri Terengganu (Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas) pada era pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004. 
Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul May Day For Justice terbitan Magnus Book bagi menceritakan secara terperinci episod hitam 1988. 
Jikalau hari ini ramai yang bersungut mengenai pemerintahan PM Najib yang bertindak pelbagai cara bagi menutup skandal 1MDB, ia tidaklah begitu menghairankan sebenarnya kerana PM Najib hanya mengikut apa yang pernah dibuat oleh sifunya dulu, Tun Mahathir. 
PM Najib membersarakan awal Peguam Negara, Tun Mahathir dulu memecat Ketua Hakim Negara.  
PM Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin daripada jawatan TPM, Tun Mahathir dulu mempunyai 3 TPM yang bersilih ganti dan Anwar merupakan TPM yang dipecat atas tuduhan rasuah dan salahsaku seks. 
PM Najib ada skandal 1 MDB, Tun Mahathir pula ada skandal FOREX Bank Negara yang menyebabkan kehilangan berpuluh bilion pada awal tahun 1990-an dulu. 
Dulunya, sekalian pemimpin PKR, DAP dan PAN siang-malam, pagi-petang mengecam Tun Mahathir bahkan sehingga digelar Maha Firaun, Bapa Perosak Negara, Diktator Tua dan bermacam lagi. 
Kini, siang-malam mereka menjunjung pula Tun Mahathir bagaikan wira - permata bagi menyelamatkan negara. Mereka pula kini mengikut telunjuk Tun Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan. 
Sungguh geli hati ini apabila membaca berita janji PH untuk mengehadkan jawatan PM kepada 2 penggal dan janji hendak beri royalti. 
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir dulu berkuasa selama lebih 20 tahun sebagai PM? Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir yang merampas royalti Terengganu sebagai hukuman kepada rakyat yang memilih PAS untuk memerintah pada PRU 1999 dulu? 
Bukankah Pengerusi PH, Tun Mahathir ketika berkuasa dulu telah mengkayakan anaknya sehingga menjadi jutawan, mengamalkan kronisme, berlakunya penyelewengan dan kerugian dalam deretan kes BMF, Perwaja, Maminco,UEM, Renong, Bank Bumiputera, PKFZ, Maika Holding, MAS, Petronas, Tabung Haji, KWSP, IWK dan banyak lagi. 
Adakah akan menjadi trend kebiasaan selepas ini, mana-mana pemimpin yang sudah tidak berkuasa dapat menyucikan dosa salahlaku pemerintahannya apabila menyertai Pakatan Harapan? 
Tidak mustahil suatu hari nanti, PM Najib pula yang dijunjung oleh PH sebagai wira mereka apabila PM Najib sudah tidak lagi berkuasa. 
PAS tidak lupa dan sentiasa ingat siapa Tun Mahathir dan PM Najib? Oleh sebab itu, perjuangan PAS tidak pernah terhenti kerana PAS bukan hanya menentang individu semata-mata. 
PAS mahu mengubah dasar acuan pemerintahan negara agar kembali kepada Islam kerana apa yang berlaku hari ini hanyalah mata-rantai dan pengulangan episod lama, hanya watak sahaja yang berbeza. – HARAKAHDAILY 29/7/2017 
Penulis ialah Pegawai Pusat Penyelidikan PAS







































































































































































Sumber HD- 29-7-2017





































































































































































PRU14: PAS jadi penentu Kerajaan Malaysia

PAS menyangkal dakwaan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) kononnya PAS tidak relevan lagi. 
Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdulah Ya'kub menegaskan PAS menjadi penentu kepada kerajaan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti. 
Menurutnya, harga PAS ketika itu menjadi mahal apabila pakatan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menang tetapi tidak cukup majoriti. 
Justeru, tegasnya PAS bertanding pilihan raya untuk menang dan menjadi kerajaan.
“Masa depan politik negara ini macam-macam boleh berlaku dan untuk ‘survival’ Islam dan survival kepada Melayu di Malaysia ini, PAS memang parti yang ‘power full’ dan penentu kepada negara ini untuk Islam dan agenda Melayu. 
“PAS tetap hendak jadi kerajaan. Kita bertanding bukan untuk kalah, kita bertanding untuk menang. Tapi, kita tidak mahu kita bertanding dan kita menang tapi kita tidak boleh melaksanakan amanah Allah SWT. 
“Jadi, daripada kita menang dengan tidak mendapat redha Allah, maka lebih baik kita ditangguh kemenangan tetapi kita diredhai oleh Allah SWT,” tegasnya pada sidang media selepas Ceramah Perdana 1, Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7 di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu, kelmarin. 
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak dan Yahaya Ali serta Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman. 
Harap-PGU 3.7 diadakan tahun ini selepas program mega yang sama di Besut (Harap-PGU 3.5) di Kota Putera dan Harap-PGU 3.6 di Kuala Berang (Hulu Terengganu).
Program yang sama telah diadakan bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus, Dungun, Kemaman dan Marang. - HARAKAHDAILY 29/7/2017
Sumber HD - 29-7-2017 





































































































































































Siasah PAS di tengah dua blok kemaruk kuasa

ADAT berpolitik, mesti mengejar kuasa. Bodohlah sesiapa menyertai politik tetapi tidak mahu berkuasa. Kerana politik adalah satu seni untuk sampai ke tampuk pengaruh dan kekuasaan. 
PAS di arena politik juga mengatur langkah untuk berkuasa. Bezanya PAS tidak jadikan kuasa sebagai matlamat. Sebaliknya kuasa cuma dijadikan satu wasilah atau medium untuk mempraktikkan Islam yang syumul. Dengan erti kata lain, matlamat utama PAS adalah untuk mempraktikkan Islam sebagaimana yang diperintahkan tuhan. Jika boleh dipraktikkan tanpa wasilah kuasa, atau ada lagi wasilah lain selain kuasa, maka PAS akan gunakan segalanya. 
Kerana itulah sebahagian orang sukar memahami perjuangan PAS. Kerana mereka menilai melalui kacamata politik adat. Mereka membanding PAS dengan parti-parti lain yang menumpukan sepenuh usaha untuk meraih kuasa. Sebarang program yang dilihat tidak menyumbang ke arah kuasa, dianggap sebagai sia-sia dan tidak bijak. 
PAS BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK 
Sedang PAS adalah gerakan Islam bukan sekadar parti politik. Selain wasilah politik untuk meraih kuasa mempraktikkan Islam, PAS turut mengguna wasilah tarbiyyah ataupun pendidikan, untuk mendidik manusia mengenal Islam yang tulen, secara ilmu dan bermanhaj. Kerana itu PAS satu-satunya parti di Malaysia yang memiliki beratus bahkan beribu buah pusat pendidikan, sama ada langsung di bawah PAS atau dinaungi oleh ahli PAS. PAS juga adalah gerakan dakwah, yang turun ke segenap ruang inci masyarakat menyampaikan risalah Islam. PAS sangat sinonim dengan mimbar, meja kuliah, streetdakwah, risalah makalah Islamik dan apa sahaja yang boleh menarik orang kepada Islam. 
Sudah pasti ada yang mempersoal. Apa guna berhabis ratusan ribu semata-mata untuk mendirikan bangunan madrasah untuk budak yang belum layak mengundi? Apa guna membazir tenaga mengedar risalah tentang solat dan aurat, tetapi tidak berkempen supaya undi PAS? Ya. Memang tidak ada guna kalau PAS sekadar parti bermatlamat kuasa. 
CARA PAS BERPOLITIK 
Di arena politik pun, PAS meletakkan Islam di hadapan. Kuasa mungkin yang kedua atau ketiga. Walau parti-parti lain sibuk mengejar kuasa, PAS akan pastikan Islam tidak terancam. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka sanggup bersama PAS ke arah mempraktikkan Islam. Begitu juga PAS akan bermusuh dengan sesiapa sahaja, selagimana mereka memusuhi Islam. 
Dua blok politik yang sering menjadi bualan, iaitu BN dan PH. Tidak boleh dinafikan lagi keduanya berebut untuk meraih kuasa. Bila mereka pasang matlamat akhir adalah kuasa, segala langkah yang membawa ke arah kuasa itu adalah halal mesti dilakukan.
Jadi jangan hairan kenapa Mahathir yang dulu ditentang kerana kezaliman terhadap rakyat, penindasan terhadap Islam dan korupsi di zaman pemerintahannya, kini ditatang bagai minyak yang penuh. Siap dilantik menjadi pemimpin teratas mereka (top-dog). Sehingga kini Mahathir tidak pernah mengaku salah, meminta maaf, menarik balik atau menunjukkan sebarang tanda-tanda insaf atas segala kedajalan lampau. Tetapi kerana berkongsi matlamat merebut kuasa, semua itu dilupakan mudah. Nasib Islam langsung tidak diperbincangkan secara jelas oleh pakatan itu. 
Jangan hairan juga kenapa Umno mahu bersama PAS dalam perjuangan RUU355, tetapi masih tidak bertegas dalam isu RUU164. Mana-mana yang menguntungkan matlamat kuasa, segalanya boleh dilakukan. Mana-mana yang boleh mengancam kuasa, itu perlu dihindarkan. Itulah adat dunia politik. 
DI TENGAH DUA BLOK 
Walaupun kedua pihak tidak henti mengajak PAS bersama, bergabung membentuk satu kekuatan politik bagi menghadapi pilihan raya, sehingga kini PAS masih selesa bersama Gagasan Sejahtera (Gagasan). Pakatan ini lebih memberi ruang yang luas kepada PAS untuk sampai kepada matlamat perjuangannya. Membaiki negara dengan Islam.
Dalam waktu yang sama PAS sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan, sama ada PH atau BN, jika ia selari dengan perjuangan PAS. PAS sedia berkongsi semangat perjuangan RUU355 dengan Umno, sehingga terpaksa menentang PH. PAS juga boleh berkongsi bantahan GST dengan PH, sehingga menentang Umno dan BN. 
Yang pasti PH dan BN masih lagi berkongsi dua perkara sama, iaitu mengejar kuasa. Jadi apakah mungkin mereka berpakat, sehingga terpaksa menentang PAS? Apa yang mustahil dalam politik? Lima tahun lepas pun kita rasa mustahil Lim Kit Siang akan bersama dengan Mahathir. Dulu pun kita rasa mustahil Umno akan sokong tatacara jenayah syariah. 
Mahathir sudah berkali-kali keluar masuk Umno. Tapi dulu dia menentang Umno sebagai individu, dia masuk Umno juga sebagai individu. Kini dia menentang Umno sebagai top-dog PH. Maka apakah mungkin dia bakal masuk Umno kembali dengan semua dog-dog PH yang lain? 
Dalam dunia politik, kita perlu letak semua kemungkinan itu. Politik juga adalah seni sejuta kemungkinan. Jangan bimbang, PAS tidak akan rugi jika berlaku sedemikian. Bahkan ia lebih baik untuk masa depan perjuangan PAS yang mengguna pendekatan siasah nafas panjang. Yang rugi hanya segelintir dalam PAS yang mengharap kemenangan segera. - HARAKAHDAILY 27/7/2017
Sumber HD - 27-7-2017





































































































































































Badan pemikir yang tidak berfikir?

WAN Saiful IDEAS berkata, matlamat utama PAS bukanlah memenangi kerusi. Untuk makluman Wan Saiful, PAS ada banyak matlamat sebenarnya dan salah satunya adalah kuasa. 
PAS dambakan kuasa untuk tegakkan Islam, tetapi PAS tidak menjual dasar dan prinsip Islamnya untuk dapatkan kuasa. Yang ini Wan Saiful perlu betul-betul memahaminya. Islam tidak membenarkan kita untuk menggunakan politik Machiavelli @ matlamat menghalalkan cara untuk dapatkan kuasa. Apabila menggunakan cara haram untuk dapatkan kuasa, PAS yakin Allah akan timpakan perkara yang tidak baik kepada rakyat dan negara selepas berkuasa. Tidak ambil pengajarankah kita daripada kesemua kisah yang difirmankan dalam al-Quran? 
Bukankah politik jahat ini juga boleh mengheret sama rakyat ke dalam lembah kebinasaan di kemudian hari walaupun Umno/BN sudah tidak lagi berkuasa di negara ini? 
Mahukah Wan Saiful menyusahkan rakyat selepas berkuasa hasil dari langkah politik haram? Sebab itu, soal halal haram bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main ketika mengejar kuasa. 
Izinkan saya untuk bertanya kepada saudara Wan Saiful, bila masa pulakah kemenangan bukan salah satu dari matlamat PAS? PAS memang nak menang. Kita sangat-sangat dahagakan kemenangan.Tapi kita tak minum arak untuk hilangkan dahaga hanya semata-mata nak cepat menang. Itu gopoh namanya. Dan kegopohan adalah langkah permulaan kepada kekalahan dan kehancuran kepada rakyat dan negara yang saya amati sedang diburu golongan tertentu yang seolah-olah sudah gila kerana gilakan kuasa. 
Ketika membaca kenyataan Wan Saiful pagi tadi yang juga CEO IDEAS yang diberi gelaran oleh FMT, kononnya sebagai 'badan pemikir' di negara ini, tidak fikirkah beliau sehingga begitu mudah merumuskan bahawa PAS adalah peserta ke-3 yang kononnya cuba menganggu gugat rancangan 2 penjuru PH dan Umno? lebih-lebih lagi dalam keadaan seluruh Rakyat di negara ini amat memahami bahawa PAKATAN HARAPAN masih belum lagi diluluskan pendaftarannya. 
Manakala PAS pula sudah diluluskan pendaftaranya lebih 60 tahun yang lalu dan merupakan peserta veteran dan terawal dalam pertembungan dua penjurunya dengan Umno semenjak merdeka lagi. 
Matematik mudah sebenarnya tetapi gagal dihitung 'badan pemikir' itu. Tertanya-tanya juga saya, adakah IDEAS ini 'badan pemikir' atau 'badan yang tidak berfikir'? 
Tidak terfikirkah 'badan pemikir' itu bahawa PAKATAN HARAPAN bukanlah entiti sah dari aspek undang-undang buat masa ini untuk bersama-sama dalam pertembungan demokrasi pilihan raya dua penjuru yang sedia ada? Bukankah kehadiran peserta baru PAKATAN HARAPAN inilah yang akan menjadi tongkat kepada survival Umno apabila berjaya memecahkan undi yang sudah sedia ada dimiliki PAS? Insya-Allah jika diluluskan pendaftarannya nanti, merekalah peserta Ke-3 yang IDEAS maksudkan sedang cuba menganggu gugat pertembungan dua penjuru yang sedia ada.
Seperkara lagi yang IDEAS perlu fahami adalah sejarah kedudukan PAS yang kini sudah bersama GAGASAN SEJAHTERA dan tidak lagi bersama-sama PKR dan DAP dalam PAKATAN RAKYAT, yang terbukti tiada satupun dorongan daripada Umno dalam soal kedudukan PAS pada hari ini.
1.Bukankah DAP yang secara terbuka menyerang PAS dan pemimpinnya termasuk mencampuri hal ehwal dalaman PAS? 
2.Bukan PAS yang isytihar PAKATAN RAKYAT(PR) sudah terbubar. DAP lah orangnya. 
3.Pengakuan daripada Kak Wan sendiri selaku Presiden PKR bahawa DAP bertindak gopoh untuk membubarkan PAKATAN RAKYAT. 
4.Pengakuan segelintir pemimpin PAKATAN HARAPAN bahawa PAN berperanan untuk gantikan PAS dalam gabungan parti politik yang baru itu. Kalau mahu PAN berperanan untuk gantikan PAS, kenapa perlu PAS bersama PAKATAN HARAPAN? Adakah PAS yang bersalah kerana tidak mahu bersama PAKATAN HARAPAN selepas peranan PAN diwar-warkan seperti itu dalam PAKATAN HARAPAN?. 
5.Sikap PKR dan DAP sendiri yang jelas melanggari perjanjian Tahaluf Siyasi dengan PAS sehingga memaksa PAS untuk memutuskan segala hubungan kerjasama politik yang sedia ada. 
Dengan semua bukti dan hujah di atas, dimanakah strategi Umno dalam soal ini untuk memastikan PAS kekal sebagai entiti yang berasingan dari PAKATAN HARAPAN? 
Kepada Wan Saiful dan IDEAS, jadilah 'badan pemikir' yang betul-betul berfikir untuk kebaikan Rakyat dari fakta yang ada, bukan dari andaian atau syak wasangka semata-mata. 
Takutlah kepada Allah yang melihat. Sedarilah bahawa pahala dan dosa kamu dan saya sedang dicatat malaikat setiap saat sehingga kita semua dipanggil kembali untuk diadili dihadapannya. 
Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk melahirkan keraguan saya terhadap rumusan wartawan daripada FMT bahawa Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS adalah ahli PAS. Betulkah bahawa anda adalah ahli PAS? 
bilamana laporan beberapa media sebelum ini pernah mendedahkan beberapa kenyataan terbuka anda terhadap PAS dan pemimpinnya yang tidak menggambarkan bahawa anda adalah sebenarnya ahli PAS, antaranya ialah: 
1. Astro Awani (Sept 2014) - "Tahniah, Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC...Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal.Lemah.Lembik." 
2. The Star Online - May 2017 (What Yusof Rawa Did to PAS) - "It would not be wrong to say that Hadi was the first to introduce a slightly softened version of the takfiri approach - Hadi adalah orang yang pertama memperkenalkan pendekatan takfiri versi sedikit lembut"..."Hadi radicalism helped spread the thinking that PAS is ISLAM and ISLAM is PAS...Radikalisme Hadi yang bantu menyebarkan pemikiran bahawa PAS adalah ISLAM dan ISLAM adalah PAS". 
3. The Edge Markets - Okt 2014 (Hadi the Stumbling Block to Pakatan Putrajaya Ambitions) - "Hadi is the President of PAS and his childish behavior has not only jeopardized his credibility but the party as well...Hadi adalah Presiden PAS dan sikap keanak-anakkannya bukan sahaja menjejaskan kredibilitinya tetapi partinya juga" 
Adakah anda ahli PAN yang masih memegang kad ahli PAS? Sahaja bertanya. - HARAKAHDAILY 27/7/2017 
Sumber HD - 27-7-2017