BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, July 9, 2017

PAS DAN HALEHWAL PAHANG (JILID 2)



8 Adun PAS Pahang angkat sumpah

KUANTAN: Lapan wakil rakyat PAS hari ini 
mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan 
Undangan Negeri (Adun) di hadapan 
Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ 
Ishak Muhamad.  
Majlis pelantikan itu diadakan di Dewan 
Undangan Negeri dianggap paling bersejarah bagi PAS Pahang. 
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 PAS menang lapan kerusi daripada 42 kerusi Dun 
yang ditandingi. 
Barisan Nasional kekal menguasai kerajaan Pahang dengan penguasaan 25 kerusi, manakala 
Pakatan Harapan menang di sembilan kerusi. 
Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abd Jabar mengetuai majlis angkat sumpah bagi Adun 
PAS kemudian diikuti Adun Beserah, Andansura Rabu. 
Selain itu Ustaz Zuridan Md Daud (Damak), Mujiburrahman Ishak (Chenor), Ustaz 
Shahril Azman Abd Halim (Jengka), Mohd Tarmizi Yahaya (Panching), Mohd Zakhwan 
Ahmad Badardan (Tahan) dan Mohd Sofian Abd Jalil (Luit).  
Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosli Ismail berkata dengan sempurnanya majlis 
angkat sumpah itu membolehkan Dun Pahang berfungsi sebagai Dewan Perundangan. - 
HARAKAHDAILY 2/7/2018



















Sumber HD - 2-7-2018

Pemimpin Umno perlekeh perjuangan Islam

KuanTAN: Setiap parti mempunyai strategi tersendiri untuk menang dalam pilihan raya dengan mengetengahkan idelogi perjuangan yang berbeza. 
Begitu juga PAS memilih perjuangan mendaulatkan Islam dengan menjadikan pilihan raya sebagai wahana bagi mencapai matlamat tersebut. 
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, sejarah perjuangan Islam ada jatuh bangunnya sejak zaman Nabi Muhammad SAW. 
Katanya, hanya dengan kegigihan baginda dan sahabat menyebabkan Islam tersebar ke seluruh dunia.
“Namun malangnya ada orang Islam sendiri yang tidak yakin parti yang memperjuangkan Islam mempunyai masa depan cerah di Malaysia,” katanya di sini. 
Baru-baru ini bekas Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dilapor berkata, beliau tidak yakin parti yang berteras Islam mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia berdasar keadaan sekarang. 
Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, kenyataan yang diluah pemimpin Umno terbabit secara jelas menggambarkan parti itu tidak minat mahu mendaulatkan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 21/6/2018
Sumber HD - 21-6-2018 

Cara apa Islam itu?

SAYA membaca satu posting tulisnya "Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah". 
Namun ini bukannya telahan pertama yang dibaca tetapi ianya adalah untuk kesekian kalinya oleh pembenci-pembenci PAS. 
Dia kata cara PAS akan menyebabkan Islam tak menang sampai bila-bila. Dia tak beritahu pula Islam cara mana yang boleh Islam cepat menang, Islam cara BN ke atau Islam cara PH? 
Kalau dikatakan Islam itu tidak menang kerana cara PAS, apakah Islam itu boleh menang dengan sebab cara PH atau cara BN, sekarang PH menang tak ada pula pimpinan PH isytiharkan bahawa Islam telah menang dan golongan Kafir telah kalah. 
Bila Islam kalah saja dikatakan hanya silap PAS sahaja? Apakah parti lain tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa Islam? Atau memang parti lain tak nak bawa Islam atau langsung tak berniat nak bawa Islam. 
Bila PAS kalah dikatakan Islam itu kalah, ini maknanya kalau PAS menang ertinya Islam menang, ini juga membawa makna hanya PAS yang berjuang Islam kerana parti lain langsung tidak dikait dengan menang atau kalahnya Islam. 
Islam itu matlamat, untuk mencapai matlamat itu ada caranya, caranya telah ditentukan Allah S.W.T, bukan ikut cara sendiri. bukan matlamat itu menghalalkan cara, kalau ikut cara sendiri maka itulah yang dikatakan "matlamat menghalalkan cara". 
Nak menang banyak caranya, Trumph menang dengan caranya, Ikhwanul Muslimin menang dengan caranya lalu dijatuhkan pula al-Sisi dengan caranya, bahkan dalam sejarah dunia, Sosialis, Komunis pun pernah menang dan memerintah, mereka menang dengan cara mereka. 
Ada parti menang dengan cara jahat, ada dengan sogokan rasuah, ada juga dengan fitnah dan taburkan persepsi buruk pada lawannya. 
Kalau yang jahat dapat kuasai pengundi, maka biasanya yang jahat itu menang, begitu juga sebaliknya, namun kita tak boleh katakan bahawa yang jahat itu adalah baik dengan sebab dia menang dan yang baik itu adalah jahat dengan sebab dia kalah. 
Baik atau buruk kita kena melihat caranya. Islam itu ad-Din atau 'cara hidup', tidak kira apa juga ruang dan urusan kehidupan kita termasuk politik. Politik Islam ada caranya, maka cara itu yang diikuti PAS, kerana PAS yakin cara Islam adalah terbaik. 
Kalau dikatakan cara itu PAS lambat menang, PAS akan sabar menunggunya kerana PAS yakin bahawa hanya cara itu sahajalah Malaysia dapat ditadbir oleh peraturan Islam, PAS tetap dengan caranya yang diatur oleh dasarnya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias. 
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang - HARAKAHDAILY 18/6/2018
Sumber HD - 18-6-2018 



Muslimat bantu lonjak pengaruh PAS di Pahang

TEMERLOH: Dewan Muslimat PAS Pahang memainkan peranan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lalu sehingga berjaya melonjak kedudukan PAS di negeri itu. 
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, petugas muslimat berjaya menarik ramai pengundi atas pagar bagi menyokong PAS. 
Malah katanya, wanita Umno pun hadir pada program yang dianjurkan PAS termasuk ceramah kelompok dan program khusus untuk wanita. 
"Mereka sangat gigih dalam kerja merayu undi, bergerak dari rumah ke rumah, di samping sangat membantu dalam gerak kerja calon," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang kali ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh kelmarin. 
Seramai 106 perwakilan dari 14 kawasan parlimen menyertai muktamar tersebut. 
Rosli juga berkata, kejayaannya mempertahankan kerusi Tanjung Lumpur walau pun tanpa sokongan kaum Tionghua kerana jentera muslimat berfungsi dengan cemerlang di setiap Unit Peti Undi. 
Katanya, bukan di Dun Tanjung Lumpur sahaja, bahkan maklumat yang diterima di seluruh Pahang, jentera Muslimat sangat aktif dan berfungsi cemerlang. 
“Sumbangan muslimat berjaya mempengaruhi keputusan pilihan raya yang membolehkan PAS Pahang melakar sejarah memenangi lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya. 
Pada muktamar itu turut diadakan anugerah ‘Bakti Disanjung Kasih Dijunjung’ diterima Ustazah Khadijah Harun dari Bentong, manakala anugerah ‘Tokoh Muslimat Muda Pahang’ diterima Nur Soliha Mohd Shah dari Indera Mahkota. 
Hadir sama pada perasmian muktamar tersebut Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018 








Lagi laporan polis individu hina Agong

KUANTAN: Pemuda PAS Pahang membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. 
Laporan tersebut dibuat Pengarah Pilihan Rayanya, Mohd Shamsuri Husein yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat individu dan dalang terlibat dalam cubaan menghina institusi beraja. 
Katanya Pemuda PAS Pahang memberi amaran keras kepada pihak yang cuba menjatuhkan institusi beraja di negara ini. 
“Kami yakin ada dalang sehingga menyebabkan individu terbabit berani mencabar institusi beraja di negara ini,” katanya selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini. 
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu dan Exco Dewan Pemuda PAS Pahang. 
Andansura yang juga Adun Beserah berkata, sebanyak 15 laporan polis akan dibuat di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Pahang bagi mendesak siasatan dilakukan terhadap individu yang mecuba menjatuhkan imej Yang di-Pertuan Agong dan institusi Raja Melayu. 
Menurutnya juga laporan turut dibuat ke atas tiga pemilik akauan Facebook Eloise Cian, Prem Keshan dan Ahmad Ridzuan Shamsuri yang didakwa menulis komen-komen tidak wajar. 
"Kita melihat ada segelintir individu cuba menjatuh dan menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi Raja Melayu. 
“Justeru tindakan tegas perlu diambil bagi mengelak perbuatan tindak bertanggungjawab itu terus dilakukan pada masa akan datang. 
"Provokasi ini perlu dihentikan segera dan institusi Raja Melayu perlu dilindungi supaya tidak mengganggu keharmonian Negara. Rakyat perlu menghormati perlembagaan," katanya. – HARAKAHDAILY 11/6/2018
Sumber HD - 11-6-2018 





Tingkatkan imej PAS kepada rakyat

TEMERLOH: Ahli PAS termasuk wakil-wakil rakyat yang menang dalam PRU14 lalu perlu berusaha gigih mempertingkatkan perjuangan dan menjaga imej parti bagi merealisasikan slogan ‘PAS Teraju Pahang’ dalam PRU15.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, cara berpolitik masyarakat Melayu adalah berbeza dengan cara berpolitik kaum lain.
“Pengundi Melayu ini mahu, wakil rakyat sentiasa berdampingan dengan mereka, sentiasa menemui mereka.
"Orang kata tugas wakil rakyat ialah menggubal dasar dan perundangan, memang betul. Tetapi rakyat mahu keberadaan wakil rakyat adalah bersama rakyat,” katanya.
Beliau berucap demikian pada Majlis Memperingati Badar Kubro, di Kompleks Al Makmur, di sini kelmarin.
Menurut Rosli, pengalaman sebagai Adun memperjelaskan keberadaannya bersama rakyat mampu meningkatkan imej parti sehingga ke tahap sekarang.
Jelasnya, daripada kawasan yang PAS langsung tidak berpeluang untuk menang kerana kalah dengan majoriti besar (3,908) pada 2004, PAS menang dalam PRU13 (bersama Pakatan Rakyat). 
Dalam PRU13 itu terangnya, PAS mendapat majoriti 796 undi dengan sokongan pengundi Cina dengan menang di semua peti Cina, tetapi kalah semua di peti undi Melayu.
Hal itu menurut beliau, berbeza dalam PRU14 apabila PAS hampir ‘kosong’ undi kaum Tionghua di mana empat peti undi kaum Cina yang memenangkan PAS dahulu, PAS tewas dan ketinggalan 2,000 undi. 
Namun ujarnya, PAS menang dengan majoriti 1,339 undi pada PRU14 di semua peti undi Melayu yang dahulunya tewas dalam PRU13 itu. -HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018 

Adun Jengka banteras perjudian haram

BANDAR JENGKA: Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berusaha menangani kegiatan perjudian haram yang semakin berleluasa di Felda Raya, Jengka 14. 
Semalam beliau bersama Jabatan Agama Islam Pahang dan anggota polis menyerbu sebuah premis yang disyaki menjalankan perniagaan perjudian haram. 
Pada serbuan jam 11 pagi itu pihak berkuasa menemui beberapa peralatan dan dokumen berkaitan perjudian nombor ekor haram yang dikendalikan pemuda. 
Shahril berkata, serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai terhadap kegiatan perjudian haram semakin menular di Jengka.
“Orang ramai menganggap Felda Raya, Jengka 14 sebagai pusat ekor haram kedua selepas Tongkiat (Sungai Jerik),” katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2018
Sumber HD - 25-5-2018 








Calon PAS DUN Inderapura, Dr Wan Maseri Bt Wan Mohd memiliki 2 PhD
Posted on Monday, April 30 @ 09:01:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39469



- PhD (pertama) dalam bidang Pengurusan dari Universiti Teknologi Malaysia.

- PhD (kedua) dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Malaysia Pahang.

Inilah satu-satunya calon yang memiliki tahap akademik yang sedemikian rupa berbanding parti lain.

Ada juga beberapa calon PAS yang kini dalam fasa menyiapkan PhD.

"INILAH PARTI LEBAI PROFESIONAL" 

Sumber TKO - 30-4-2018








47 lagi ahli PKR sertai PAS

JERANTUT: Impian Pakatan Harapan untuk menjejaki Putrajaya makin terbantut apabila seramai 47 ahli lagi ahli PKR di sini menyertai PAS. 
Mereka merupakan ahli PKR di Sungai Terlang, Batu Balai, Jerantut. 
Borang permohonan keahlian diserah wakil kumpulan terbabit, Azmie Deraman kepada Yang Dipertua PAS Jerantut, Yohanis Ahmad sempena program ceramah di sini baru-baru ini. (Foto: Yohanis Ahmad menerima borang menyertai PAS daripada ahli PKR.) 
Pengerusi Sekretariat Anak Pahang Perantauan (SAPP), Tuan Zamani Tuan Ahmad berkata, kejayaan itu hasil kerja keras pendukung PAS memberi penjelasan mengenai PAS kepada mereka.

“Kami dalam rangka kerja menjelajah seluruh Dun di Pahang untuk menyedarkan pengundi demi agenda perubahan untuk diberi mandat rakyat bagi mentadbir Pahang selepas PRU 14,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber HD - 29-4-2018 

Calon P.083 Kuantan yang saya kenali

SEWAKTU baru balik dari pengajian pada tahun 1997, saya dan beberapa orang rakan berbincang untuk menubuhkan Cawangan PAS Kampung Seri Damai, lalu kami mulakan kerja-kerja merisik dan mengenali penyokong PAS di Kampung Seri Damai. 
Lalu saya mendapat maklumat tentang beliau, saya belum mengenali beliau pada ketika itu, saya menjejaki beliau dan menziarahi rumahnya. Alhamdulillah hasil perbincangan beliau bersetuju untuk sama-sama berusaha menubuhkan Cawangan PAS di Kampung Seri Damai. 
Beliau berusia awal 30-an dan masih lingkungan akhir 20-an. Beliau telah pun menjadi ahli PAS pada ketika itu, kami bersama-sama berusaha mencari ahli dan akhirnya kami berjaya menubuhkan Cawangan PAS Kampung Seri Damai dan beliau telah dilantik menjadi Ketua PAS Cawangan Kampung Seri Damai yang pertama. 
Beliau dikenali sebagai Cikgu Sulaiman kerana beliau memiliki pusat pengajian sendiri, beliau memiliki Ijazah Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. Kami juga telah dipilih untuk memegang jawatan di peringkat Kawasan Paya Besar. 
Di usia muda beliau telah memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar dan saya pula telah dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Paya Besar. Beliau juga telah dipilih sebagai untuk bertanding pada PRU10 di kerusi Dun Sungai Lembing.
Setelah berlaku persempadanan baru, kami sama-sama pula berada di dalam PAS Kawasan Kuantan. Beliau sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk bertanding di Dun Sungai Lembing, meskipun tewas beliau tetap Istiqamah untuk bersama di dalam kepimpinan PAS Kawasan. 
Pada PRU14 kali ini, kami bagi pihak PAS Kuantan telah mengangkat beliau sebagai calon P.083 Kuantan, komitmen beliau di dalam parti dan kepimpinan PAS Kawasan menjadikan kami yakin beliau mampu untuk menggalaskan tugasan ini dengan baik.
Kami juga yakin bahawa beliau akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik jika diberikan kemenangan di Parlimen Kuantan. Beliau yang tinggal di Kampung Peramu adalah warga Kuantan dan sangat dikenali oleh penduduk setempat dan sering bersama saya dalam program ziarah rakyat dan program kemasyarakatan. 
Walaupun beliau memiliki Ijazah di bidang pertanian dan sekarang terlibat di dalam bidang perniagaan namun beliau juga mampu untuk berkuliah di masjid dan surau dan sering diundang untuk menyampaikan kuliah. Kerana inilah beliau cukup dikenali oleh sebahagian masyarakat Kuantan. 
Beliau adalah calon terbaik dari PAS Kuantan, dengan kesungguhan, kegigihan dan komitmen beliau dalam membangunkan parti dan masyarakat, InsyaAllah dengan izin Allah beliau akan diberikan kemenangan di P.083 Kuantan. 
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Kuantan
YDP PAS Kuantan - HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 










Bekas pemimpin DAP tanding tiket PAS

RAUB: Bekas Naib Pengerusi DAP Raub Chin Choy Hee, 67, yang mengumumkan keluar daripada parti itu Ahad lepas, menyertai PAS, semalam. 
Beliau menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan diberi amanah PAS Pahang bagi membawa cabaran parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri Tras pada Pilihan Raya Umum 9 Mei ini. 
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, Choy meletak jawatan sebagai pimpinan DAP baru-baru ini dan kini menyertai DHPP. 
Choy berkata, beliau hilang kepercayaan kepada pemimpin tertinggi DAP kerana mengenepikan suara akar umbi di kawasan berkenaan. 
Katanya, pemimpin DAP sebelum ini mengumumkan akan membawa calon dari Bentong bertanding di Dun Tras sehingga meminggirkan pemimpin tempatan. 
“DAP membawa calon yang tidak dikenali untuk bertanding di Dun Tras,” katanya pada program itu. 
Oleh itu Rosli berharap pengundi di Dun Tras memberi sokongan padu kepada calon PAS untuk menegakkan kerajaan yang adil untuk semua kaum. 
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam; Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi; Yang Dipertua PAS Raub, Bedu Rahim Ismail dan timbalanya Dr Mohd Nilam Abd Manaf,. 
Dun Tras merupakan kubu kuat DAP di Pahang Barat. Selain itu Dun Triang di Bera. 
Choy Hee tinggal di Kampung Sempalit, Raub memiliki Ijazah Undang-undang dari Universiti Metropolitan, London. Pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 











Calon N.14 Teruntum yang saya kenali

BELIAU adalah bonda kami di PAS Kuantan, kami semua memanggilnya dengan panggilan Mak Itam. Saya tidak ingat sejak bila saya mengenali beliau, namun seingat saya sejak saya berada di dalam PAS Kuantan beliau telah aktif di dalam Dewan Muslimat PAS Kuantan sehinggalah dipilih sebagai Ketua Dewan tersebut. 
Setelah PAS Kawasan memutuskan N.14 Teruntum mesti diletakkan Calon PAS yang sebelum ini belum pernah PAS bertanding, PAS Kuantan telah kemukakan tiga orang calon lain di kalangan Muslimin dua darinya pemilik ijazah dan seorang darinya calon dari Dewan Pemuda PAS Kawasan. 
Masih saya ingat, ketika kami bermesyuarat untuk memutuskan calon N.14 Teruntum, keempat-empat nama yang dicadangkan sebagai Calon N.14 Teruntum hadir dan sememangnya PAS Kuantan memiliki stok calon yang agak ramai, dari kalangan Muslimin, pemuda dan Muslimat. 
Sebagaimana biasa semua mereka menolak namun akan patuh jika itu adalah arahan parti termasuklah Mak Itam. Lalu keputusan mesyuarat meminta sayalah yang memutuskan siapakah Calon N.14 Teruntum dan berjanji akan patuh apa juga keputusan saya. Saya meminta tempoh tiga hari untuk istikharah dan membuat sedikit kajian. 
Selama tiga malam saya istikharah, wajah kesayangan ahli-ahli PAS inilah yang sentiasa muncul. Saya mengambil masa lagi untuk melihat sejauh mana sokongan terhadap Mak Itam. Yang pertama-tama pastinya saya melihat sokongan dan sambutan jentera parti kerana ini adalah perkara yang sangat penting. 
Alhamdulillah, jentera parti bukan sahaja bersetuju dan amat teruja bila saya katakan cadangan saya untuk meletakkan Mak Itam sebagai calon dan semua AJK PAS Kuantan juga bersetuju. Lalu saya melihat pula penglibatan beliau di tengah masyarakat untuk beliau mendapat sokongan rakyat. 
Ternyata beliau adalah seorang yang popular di kalangan masyarakat kerana beliau adalah seorang Ustazah yang saban hari berkuliah mendidik masyarakat terutama Muslimat. Kuliah bimbingannya sentiasa "Full house", kuliahnya juga dihadiri oleh ramai wanita-wanita Umno. Watak lemah-lembutnya dan sifat keibuannya menjadikan beliau sangat disenangi dan disayangi. 
Saya juga melihat kemampuannya untuk menarik masyarakat Cina yang menjadi majoriti pengundi Teruntum. Rumah kediamannya di tengah masyarakat Cina. Beliau juga terkenal di kalangan masyarakat Cina terutama di kawasannya. Mengambil maklumat sambutan masyarakat Cina kepadanya, ternyata masyarakat Cina di sekelilingnya sangat menyukai beliau yang disifatkan sangat baik dan lembut. 
Ada yang berkata sebagai Muslimat apakah beliau mampu menggalas tugas sebagai calon dan wakil rakyat jika diberikan kemenangan? Saya katakan bahawa saya mengenali beliau bukan baru sehari dua, saya tahu beliau sangat aktif dan komitmen dengan tugasannya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS, sejauh mana program pun beliau hadir, inikan pula bumi Teruntum yang sekangkang kera. 
Kadang-kadang kita yang melihatnya terasa penat. Namun beliau seperti tidak kepenatan langsung. Beliau sering mengikuti saya dalam program ziarah, malahan selepas bubar Parlimen ini pun beliau juga mengikuti saya. Tiada nampak pun tanda-tanda kepenatan, langkahnya tetap laju, semangatnya tetap sentiasa berkobar-kobar dalam melaksanakan kerja parti dan amal. 
Keluarganya besar, Allahyarham bapanya orang terkenal. Malahan surau nama di Kampung Tengah pun dinamakan Surau Haji Ali sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham ayahnya dalam pembangunan jiwa dan mendidik masyarakat dengan Islam. 
Saya penuh yakin beliau dapat menggalas tugasan dan amanah ini dengan baik. Jentera parti kelihatan begitu semangat. Anak-anak muda Dun Teruntum kini bersengkang mata untuk hijaukan bumi Teruntum yang sebelum ini seperti kekeringan. Namun kini subur dengan bendera dan logo bulan yang bertebar dan berkibar indah dan megah mengiringi seorang Insan Solehah iaitu bonda kami Mak Itam atau Ustazah Azizah Md Ali calon N.14 Teruntum. 
Ketika saya mengumumkan nama beliau sebagai calon N.14 Teruntum, saya begitu terharu hingga ianya menggerakkan jari-jemari saya untuk menulis pandangan mata hati saya terhadap Mak Itam. Moga Mak Itam diberikan kekuatan oleh Allah untuk memikul cabaran perjuangan hebat ini InsyaAllah. Takbir. 
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang
YDP PAS Kuantan - HARAKAHDAILY 20/4/2018
Sumber HD - 20-4-2018 












Bekas Setiausaha Agung MIC Calon Pas Di Tanah Rata
Posted on Friday, April 20 @ 00:04:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39260
KUANTAN: Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar antara 54 calon Pas yang akan bertanding di negeri ini pada PRU14.

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru (Gabungan Baru Gagasan Sejahtera) akan bertanding di kerusi Dun Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.

Tanah Rata adalah Dun yang dimenangi oleh DAP pada PRU-13 lalu dengan majoriti 3144 mengalahkan calon BN.

Pencalonannya diumumkan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar pada majlis pengisytiharan calon PAS dan Gagasan Sejahtera Pahang pada PRU14 di Padang Awam Cenderawasih, malam ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sumber TKO - 20-4-2018

Parlimen Temerloh Bakal Saksi Persaingan 6 Penjuru
Posted on Thursday, April 19 @ 06:28:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39237



TEMERLOH – Kerusi Parlimen Temerloh bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru apabila seorang lagi anak tempatan menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Seorang pensyarah bebas Isma Nazom Abdul Hamid, 52, menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Temerloh, antara kerusi paling panas di negeri ini dan kawasan Dewan Undagangan Negeri (DUN) Kuala Semantan.

Katanya walaupun menyedari kemungkinan besar akan kalah, namun itu bukanlah matlamat utama keputusannya untuk terjun ke dalam bidang politik sebaliknya mahukan perubahan dari segi pandangan politik pengundi.

"Kalau tiada halangan, saya akan bertanding di Parlimen Temerloh atau paling tidak pun bertanding di DUN Kuala Semantan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Isma Nazom, yang juga seorang penulis bebas mendakwa mempunyai ramai pengikut di laman sosial Facebook malah turut mengharapkan sokongan pengikutnya.

Beliau berkata, sebagai anak jati Temerloh beliau mempunyai ramai kenalan di peringkat umur 45 tahun ke atas dan sebahagian besar penduduk di kawasan Seberang Temerloh khususnya dalam DUN Kuala Semantan.

"Saya dibesarkan di ladang Edensor Kampung Gajah Mati, satu perkampungan ladang yang majoritinya kaum India jadi saya boleh bertutur bahasa Tamil dengan fasih, malah saya juga berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin serta Inggeris dengan baik."

Beliau yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan juga seorang jurutera profesional menafikan ditaja mana-mana pihak sebaliknya tujuannya untuk bertanding itu adalah kerana ikhlas untuk bekerja dengan rakyat.

Selain BN, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN), tiga calon bebas telah mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Temerloh setakat ini.

Selain Isma, bekas Ketua Pengarang Stesen Televisyen TV3, Mohd Khaidir Ahmad, 56 dan bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Abu Jamal Nordin 62 turut mengumumkan untuk bertanding atas tiket bebas di kawasan itu.
- BERNAMA
Sumber TKO - 19-4-2018

Ceritaku bersama anak muda motor

USAI kuliah di Surau Taman Murni semalam, minum seketika dengan geng surau, kemudian singgah seketika di Markaz UPU Batu 3, dalam pukul 10.30 malam balik, konon nak balik awal, mengantuk sangat sebab setiap malam lambat tidur. 
Perjalanan balik, Hilux saya yang ada bendera PAS diikuti oleh tiga orang budak bermotor, saya singgah seketika di kedai runcit, dia pun berhenti sama, "Abang ada bendera tak?", tanya dia. "Sekarang ini tak ada, kalau nak esoklah", kata saya. "Hmm... ingat nak malam ini, nak letak dekat motor, nak pusing-pusing bandar", kata dia. 
Saya ajak dia minum dulu kedai sebelah, sebab nak sembang, kalau ikutkan penuh dah perut ini. Dia orang setuju, buka saja helmet, itu dia rambut, semuanya dalam usia awal 20-an, seorang saja yang daftar mengundi, yang dua lagi tersengeh-sengeh menjawab "Lupa nak daftar". 
Tiga-tiga duduk kampung lain-lain, tapi semuanya dalam Dun Beserah. "Nampak bendera dekat Hilux abang tadi, itu yang kami kejar, kot-kot ada bendera lebih", kata dia. "Bendera banyak tapi dekat Markas, kalau nak esok call, mari ambil", kata saya. "Beres", kata dia. 
"Kami bukan ahli PAS, tapi berahi ke PAS", kata dia. Dalam tiga orang itu, seorang darinya agak gemuk. "Roti canai tiga", minta dia waktu order. Kawan-kawan dia gelak, dia muka selamba saja. "Makan kuat ini abang", kata kawan dia. "Tak apa makan sajalah, 10 keping pun tak apa", kata saya. Mereka ketawa. 
"Kawan-kawan kita orang ramai, semua nak bendera, nak beli tak ada duit, itu yang minta dengan abang itu, kami nak berarak malam-malam bubuh bendera dekat motor", kata yang gemuk itu, dipanggil Abu oleh kawan-kawannya. "Tak apalah esok saya bagi segulung sekali dengan batang penyapu, senang nak bubuh dekat motor, tapi jangan berarak masuk kampung, bising orang nak tidur", kata saya. 
"Tak, kami nak main bandar saja, suka-suka, bukan hari-hari malam minggu saja", katanya. Dua darinya kerja "Kerja gitu-gitu saja", kata dia, tolong orang berniaga di pasar. Yang seorang lagi "Makan tanggung", kata dia. "Tengah-tengah cari kerja ini", kata dia. Dia paling hensem "Mesti awek ramai ini", gurau saya. 
Dia ketawa, "Mana ada awek, dalam kami bertiga ini, dia seorang saja ada awek", sambil dia tunjuk ke kawan dia yang gemuk itu. Kami ketawa, kawan dia yang gemuk itu ketawa sambil malu-malu. Dia kata "Itulah orang gemuk ini murah rezeki, hensem pun tak guna kalau tak ada rezeki", kata dia, kami ketawa. 
Terhibur juga saya dengan budak-budak ini, mengubat keletihan dan mengantuk. Habis makan, "Terima kasih banyak-banyak abang belanja kami, esok kami datang ambil bendera, kami mari ramai esok", kata dia. "Bawa motor laju-laju ya, jangan slow, nanti lambat sampai", kata saya. Tercengang kejap dia dengar pesanan saya. Lepas itu pakat ketawa belaka. 
Memang dia ikut sungguh pesanan saya, berdesup, bukan main lagi bisingnya. Sempat juga sebelum berlalu, "Takbir", laung yang gemuk itu, disahut oleh saya dan kawannya "Allahuakbar". - HARAKAHDAILY 16/4/2018
Sumber HD - 16-4-2018 


















Bilik Operasi Felda Sungai Nerek aktif 24 jam

MARAN: Kesungguhan untuk memenangi kerusi yang ditandingi dibuktikan dengan mengaktifkan Bilik Operasi selama 24 jam sehari.
Usaha itulah ditunjukkan oleh para petugas PAS UPU Felda Sungai Nerek yang berada dalam Dun Chenor bagi menyumbang usaha merealisasikan matlamat itu.
Menurut Ketua Cawangan PAS Sungai Nerek, Ustaz Murad Mustafa, tumpuan dengan mengaktifkan Bilik Operasi tersebut 24 jam sehari telah dilakukan pihaknya sejak dari pembubaran parlimen diisytiharkan lagi.
Menurutnya, selain kerja-kerja teknikal lain, pihaknya turut memberi tumpuan untuk memastikan anak perantauan pulang dan memberi undi kepada PAS ke arah menyumbang kepada kemenangan.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Cawangan, Ustazah Jaswati Jusof berkata, penglibatan Muslimat diaktifkan semaksimum mungkin untuk mendekati pengundi khususnya kaum hawa selain membantu kerja menjahit bendera dan masakan untuk petugas. -HARAKAHDAILY 12/4/2018
Sumber HD - 12-4-2018 


































Strategi PAS untuk cipta kemenangan

ADA beberapa orang cybertrooper Pakatan Harapan (PH) yang memperli sinis bila Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi diumumkan akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota dalam PRU ke 14 nanti. Pengecut, takut kalah dan berbagai lagi nista yang sememangnya menjadi zikir lidah-lidah PH dilontarkan kepada beliau. 
Menukar pemain pada separuh masa kedua dalam perlawanan itu perkara biasa. Setiausaha PAN Pusat yang nun datang jauh dari Perlis bertanding di Temerloh, kami tak kata apa-apa. Mat Sabu dari Penang bakal bertanding di Kota Raja, kami tak kata apa-apa. 
Sebabnya kami matang dalam berpolitik. Dulu kamu kata kami berjuang tak nak menang. Sekarang kami buktikan kami sedang mengatur strategi untuk menang. Insya Allah, dalam masa kamu sibuk melayan kebencian kamu kepada PAS dan sedang sibuk mencipta fitnah, kami terus bekerja bahkan semakin gigih. 
Bila tiba saatnya nanti Allah hiburkan kami dengan kemenangan dan kejayaan, kamu akan tertunduk sedih dan tersisih. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 


















Mahathir pun tak tahu nak daftar parti?

KUANTAN: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sinis berkata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad tidak tahu untuk mendaftarkan parti yang dikepalainya. 
Telahan Presiden PAS itu merujuk kepada pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), baru baru ini. 
“Takkan lama jadi Perdana Menteri tak tahu nak daftar. Kena ikut syarat-syarat dia lah. Kalau tak kena syarat, bagaimana ROS nak lulus. 
“Macam orang nak pergi daftar lulus lori dia nak angkut barang di JPJ, lori baru dah letak tayar tak dak bunga,” ujar beliau pada program Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, di sini malam tadi. 
Khamis lalu, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara PPBM, memberikan tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran. 
Perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966. 
PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu. 
Turut Guru turut mengimbau di zaman pemerintahan Mahathir yang mudah meluluskan perdaftaran parti Berjasa untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. 
“Dulu pernah di Kelantan dia nak jatuhkan Kerajaan PAS, Parti Berjasa berapa minggu saja lulus, boleh jatuh PAS Kelantan. Alhamdulillah Berjasa masuk kita sekarang,” kata beliau di hadapan hadirin disambut laungan takbir.
Berjasa merupakan salah satu daripada parti komponen dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS bersama beberapa lagi parti seperti Parti Cinta Malaysia, Parti Ikatan dan Parti Generasi Baru. – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber hd - 11-4-2018 

Calon 'Non-Muslim' bukan simbolik

KUANTAN: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon bukan Islam daripada parti itu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) bukan sekadar simbolik tetapi untuk mencapai kemenangan. 
“Ya, akan ada calon bukan Islam. Ada jumlahnya, tempat yang munasabah. Kita mahu mereka bertanding bukan hanya untuk simbolik sahaja tetapi bertanding untuk menang,” kata beliau pada sidang media selepas Program Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, di sini malam tadi. 
Beliau juga menjelaskan PAS sewaktu memerintah Terengganu meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan Dewan Undangan Negri (Dun) melantik Adun dari kalangan bukan Islam. 
“Bahkan ada negeri kita dapat majoriti lebih, tahun 1999 dulu Terengganu sebagai contoh, kita pinda perlembagaan negeri sekiranya tidak ada orang bukan Islam yang dipilih dalam pilihan raya, Dewan Negeri boleh melantik Adun daripada kalangan orang bukan Islam,” ujar beliau yang pernah menjadi menteri besar ketika itu. 
Jelas beliau lagi, PAS akan memperkenalkan kerajaan teknokrat. 
“Bahkan kita tambah, akan memperkenalkan kerajaan teknokrat. Bukan sahaja melibatkan mereka yang bertanding dalam pilihan raya termasuklah di kalangan pakar daripada orang Islam, daripada semua kaum, daripada orang bukan Islam pun akan ada dalam kabinet,” ujar beliau 
Ditanya apakah peluang PAS untuk menang di Pahang beliau berkata parti itu memiliki cawangan, jentera dan akar umbi yang banyak di samping akan mengetengahkan ramai calon muda yang bertenaga dan berpengalaman. 
Tambahnya, PAS memiliki jentera yang banyak sehinggakan pilihan raya yang lepas, parti komponen di dalam Pakatan Rakyat banyak menggunakan jentera PAS termasuklah DAP dan PKR. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, PAS negeri akan bertanding di 40 kerusi Dun dan 14 kerusi Parlimen pada PRU14. – HARAKAHDAILY 11/4/2018






































Sumber HD - 11-4-2018




















Pemuda Umno Felda Tonkin keluar parti

BANDAR JENGKA: Biar pun Umno dan BN mendabik dada mampu mempertahankan Pahang, sebaliknya 25 bekas pemuda Umno Felda Tonkin pula memilih PAS.
Felda terbabit merupakan kubu Umno di kawasan parlimen Kuala Krau.

Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, PAS terus mendapat sokongan orang ramai dan terbaharu 23 bekas ahli dan penyokong Umno. 
Katanya, penyertaan bekas ahli Umno itu menyuntik semangat bagi menguatkan benteng PAS di Felda berkenaan. 
Aktivis PAS Kuala Krau, Zukri Saleh pula berkata, perubahan sikap pemuda Umno merupakan satu kejayaan dakwah PAS sejak sekian lama. 
“Penyertaan mereka merupakan satu kejayaan bagi PAS. Bekas pemuda Umno terbabit berani mereka mengubah pendirian politik bukan suatu yang mudah,” katanya di sini. (Foto: Roslan Md Esa menerima borang keahlian PAS di Felda Tonkin yang disampaikan Asrul.) 
Wakil kumpulan pemuda Umno terbabit menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Bentong, Ustaz Roslan Md Esa sempena program ceramah baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 10/4/2018
Sumber HD - 10-4-2018 










































PAS parti yang sesuai dengan generasi muda

TEMERLOH: PAS adalah parti yang jelas mesra dan bersesuaian dengan jiwa serta pembangunan generasi muda masa kini sebagaimana dibuktikan dari tawaran manifestonya. 
Yang DiPertua PAS Kawasan Temerloh, Jusoh Darus berkata, hampir 30 peratus tawaran manifesto PAS untuk generasi muda yang mampu menjadi solusi masalah asas golongan itu hari ini. 
"Contohnya penghapusan hutang PTPTN, tawaran pembelian kereta pertama, rumah mampu milik dan lainnya," ujarnya ketika merasmikan Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Dun Kuala Semantan di Bandar Temerloh, semalam. 
Sehubungan itu serunya, Jentera Pemuda harus menjadi tulang belakang, serta benteng dan perisai utama dalam gerak kerja pilihan raya seterusnya mempertahankan kemenangan PAS di Parlimen Temerloh. 
Apatah lagi menurutnya, 40 peratus daripada populasi pengundi adalah daripada generasi muda di mana mereka menjadi harapan kepada perubahan persekitaran tidak sihat dan menjejaskan masa depan. 
Beliau turut membangkitkan semangat Jentera Pemuda supaya bekerja keras untuk memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi muda atau pertama kali mengundi memihak kepada PAS. 
Gimik pelancaran tersebut disempurnakan beliau dengan penyerahan baju bertugas dan kunci Bilik Operasi Induk dengan turut dihadiri Timbalan Yang DiPertua PAS Temerloh, Hasanuddin Salim. - HARAKAHDAILY 8/4/2018
Sumber HD - 8-4-2018 






















Pecutan pusingan terakhir

SAHABAT, akhirnya parlimen dibubarkan. Peluang seperti ini tidak selalu datang dalam hidup kita. Empat atau lima tahun sekali. Betul, gerak kerja sepatutnya telah bermula seawal lima tahun lalu. Simpan dulu rasa terkilan pada apa yang lalu. Mari kita hadapi detik yang masih berbaki pada peluang ini. Usah terlalu runsing pada keputusan. Kerana ia telah ada di dalam ilmu Allah. Pembukaan (al-fath) Madinah al-Munawwarah ditentukan-Nya lebih kurang dalam tempoh dua tahun gerak kerja yang melibatkan "Baiah Aqabah". Makkah al-Mukarramah ditentukan-Nya dibuka (al-fath) selepas 20 tahun kenabian. Semuanya di dalam ilmu Allah. 
Adapun medan kita adalah bekerja dan berusaha. Merebut dan berlumba untuk menjadi golongan yang mungkin menjadi asbab kemenangan. Agar jariah dari kebangkitan dan kemenangan itu akan berterusan mengalir pahalanya walaupun kita telah tiada. Pelaburan yang menguntungkan dari pengorbanan jiwa, tenaga, keringat, masa, perasaan, pemikiran dan harta benda di jalan Allah. 
Kita sesungguhnya tidak pernah kalah. Bermula sahaja kita berjihad dan berkorban untuk kedaulatan Islam, kita telah menang di sisi Allah. Jika dianugerahkan kemenangan di dunia dengan mendapat kerusi, itu bonus untuk dakwah dan perjuangan. Semoga menjadi pembuka kepada masuknya manusia ke dalam agama Allah berbondong-bondong. Jika sebaliknya, usaha dan kerja buat kita tidak akan sia-sia. Ia akan menjadi mata rantai dalam memperkasa dakwah untuk diteruskan pada pusingan berikutnya atau disambung oleh legasi pelapis dan pengganti nantinya. 
Positifkanlah jiwa masing-masing. Suntikkanlah semangat untuk meneruskan pecutan pada pusingan terakhir perlumbaan di musim ini. Jangan leka dan usah berlengah. Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa berbuat apa-apa usaha ke arah kemenangan. Biarlah waktu itu menjadi saksi di atas jihad dan pengorbanan kita di akhirat nanti. Biarlah letih dan lelah itu menjadi kenangan terindah buat kita saat bertamu di taman syurga. 
Sahabat, peluang begini tidak selalunya datang. Insya Allah, segarkanlah jiwa, kobarkanlah semangat, bangkitkan keinginan, ayuh bersama kita memaksimumkan usaha dan kerja pada pecutan pusingan terakhir musim ini. Janji Allah pasti benar, jangan putus asa dari rahmat Allah. Sampai masanya kemenangan akan menjadi milik kita bersama! Allahuakbar! – HARAKAHDAILY 7/4/2018
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Pahang.













































Sumber HD - 7-4-2018

PAS K. Semantan dekati kaum Tionghua

TEMERLOH: PAS Dun Kuala Semantan terus melipatgandakan usaha dan gerak kerja bertemu dengan masyarakat dalam misi mempertahakan kemenangan kerusi Parlimen Temerloh.
Antara digiatkan adalah mendekati kaum Tionghua yang semakin hari menunjukkan reaksi positif dengan sambutan ceria dan memberangsangkan dari komuniti tersebut.
Sehubungan itu, diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Temerloh, Hasanuddin Salim kunjungan khusus telah diadakan kepada masyarakat Cina di sekitar UPU Jalan Bahagia dan UPU Bandar, semalam.
Menurut beliau, pihaknya berharap lawatan sedemikian mengeratkan hubungan PAS dengan masyarakat bukan Islam dan menjadi ruang dakwah memperkenalkan kesempurnaan hidup dan syariat kepada semua.
Kunjungan yang turut disertai Ahli Jawatankuasa PAS Dun Kuala Semantan itu turut menyantuni kalangan keluarga kaum Tionghua dengan sumbangan kebajikan selain edaran Manifesto PAS. -HARAKAHDAILY 7/4/2018














































Sumber HD - 7-4-2018


Dikala gendang telah dipalu
Posted on Saturday, April 07 @ 07:05:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38991



Tajdidkan niat perjuangan kita hanya kerana Allah swt, kerana hanya dengan itu sahajalah, penat lelah kita, peluh yang mengalir, sengkang mata kita, derma yang dihulurkan diberikan pahala oleh Allah swt.


Tekadkan hati dengan penuh kesabaran untuk hadapi semua cabaran perjuangan dengan keyakinan bahawa tiada sesuatu mudarat akan berlaku kecuali dengan izin Allah swt.

Matlamat utama perjuangan kita adalah kerana menuntut keredhaan Allah swt. Maka jangan kita kecewa jika manusia tidak meredhai kita, hanya kerana redha Allah swt sahajalah kita akan peroleh kebahagiaan dunia dan Akhirat.

Jangan berdukacita dengan segala fitnah dengan keyakinan bahawa kebenaran itu datangnya dari Allah swt, yang benar tetap benar walaupun manusia mendustainya dan yang salah tetap salah walaupun manusia membenarkannya.

Jangan bimbang dengan apa jua keputusan pilihanraya nanti, kerana semuanya telahpun berada didalam ilmu Allah swt, yang mesti kita sesali ialah apabila kita tidak lansung membantu agama Allah swt ini.

Jangan sedih dengan caci maki kerana mereka tidak akan dibiarkan oleh Allah swt begitu sahaja, semua perbuatan manusia samada baik atau buruk semuanya akan dibalasi oleh Allah swt, tiada satupun yang akan terlepas dari persaksianNya.

Mujahadah melawan nafsu yang cenderung untuk bermalas-malas dalam perjuangan, kerana tidak pernah ada balasan baik bagi orang yang malas kecuali kedukaan dan kesedihan.

Jangan rasa lemah jika kita melihat musuh lebih kuat dan ramai kerana kita ada senjata hebat dan tajam iaitu doa, jangan malas berdoa kerana orang yang malas berdoa ialah seumpama orang yang berperang tanpa senjata, mudah dikalahkan.

Istiqamahlah menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan kerana hanya Islam sahajalah agama yang yang diredhai Allah swt dan juga juga yang telah dijanjikan oleh Allah swt pada suatu masa nanti bahawa "ISLAM PASTI MENANG".

.Selamat Berjuang Kepada Semua Para Amilin.

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG


Sumber TKO - 7-4-2018


















































Bekas ketua kampung sertai PAS

KUALA LIPIS: Usaha PAS bagi melebarkan pengaruh di Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 turut mendapat sokongan bekas-bekas ahli dan penyokong Umno. 
Antaranya mantan Ketua Kampung Relai, Kerambit, Mohd Shaari Zakaria bersama 30 ahli Umno meninggalkan parti itu dan menyertai PAS. 
Mohd Shaari menyerah menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini. 
Beliau berkata, penduduk di Kampung Relai hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN). 
“Relai antara beberapa kampung di Daerah Lipis yang dipinggirkan kerajaan negeri dan pusat daripada arus pembangunan. 
“Penduduk juga sering berdepan masalah bekalan air bersih yang sering kali terganggu sehingga sebahagian mereka terpaksa menggunakan air bukit yang tidak dirawat untuk kegunaan harian,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 5/4/2018
Sumber HD - 5-4-2018 


























Kerja jamaah bukan untuk 'promote' diri

BUAT kerja jamaah adalah untuk jamaah. Jangan buat kerja jamaah untuk 'promote' diri sendiri. Angkatlah orang yang boleh membantu jamaah walaupun anda tidak menyukainya. Jangan angkat orang yang tidak dapat membantu jamaah walaupun anda sangat suka kepadanya. 
Berada dalam jamaah jangan tamak. Jika dipanggil anda datang dan jika dilupai anda tetap berjuang. Jangan cantas orang nanti anda akan dicantas penuh hina. Jangan ingat keadaan anda pada hari ini kekal begitu selamanya. Keadaan akan berubah. 
Mungkin satu masa nanti orang yang anda sisih itu berada di atas anda. Oleh itu jangan sombong, jangan ujub dan jangan mudah lupa siapa anda dan siapa orang di sekeliling anda. 
Melangkahlah penuh ikhlas walau tidak pernah dipandang. Awas dengan pujian dan jangan gundah dengan cacian. Redha Allah itu keutamaan nescaya anda akan dimuliakan oleh hamba Allah yang soleh. 
Berteguhlah dengan amalan Islam walau sesibuk mana pun anda. Jika anda sudah berada di atas, jangan pandang rendah orang di bawah, kerana merekalah dahulu yang mengangkat anda. Jika anda di bawah, dukung dan sokonglah orang di atas agar mereka sukses memimpin anda. 
Teman dan adik-adik serta anak-anak para pejuang semua. Sedikit pengalaman dalam perjalanan ini telah saya saksikan banyak perkara yang saya sebutkan di atas. Waspadalah dengan tipu daya syaitan yang sentiasa bekerja menyesatkan kita dari jalan Allah. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 3/4/2018
Sumber HD- 3-4-2018 

PAS Pahang sokong saranan pemangku Raja Pahang 

SARANAN Pemangku Raja Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tengku Abdullah Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah agar Mahkamah Syari'ah diperkasakan setaraf dengan Mahkamah Sivil. 
Sehubungan dengan itu kami dari PAS Pahang dengan ini menyokong penuh saranan tersebut dan pihak kami bersedia untuk sama-sama mengembelingkan tenaga untuk turut membantu dalam usaha tersebut, khususnya dari sudut memberikan penerangan. 
PAS Pahang yakin saranan ini adalah kerana Tuanku mahu melihat bahawa Islam itu dimartabatkan sesuai dengan arahan Rasululllah S.A.W agar ianya mesti diletakkan di tempat yang tertinggi mengatasi yang lainnya termasukkan dari sudut perundangan. 
PAS Pahang mengharapkan dan sentiasa berdoa agar saranan Tuanku ini menjadi kenyataan dalam masa yang terhampir ini, agar tertegaknya keadilan dan kebijaksanaan hukuman yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang akan dilaksanakan melalui sistem kehakiman Mahkamah Syari'ah. 
PAS Pahang yakin bumi Pahang di bawah pemerintahan Tuanku pastinya dilimpahi oleh Allah S.W.T dengan limpahan rahmat dan keberkatan apabila wahyu Ilahi ini menjadi sistem untuk mengadili manusia yang juga diciptakan oleh Allah S.W.T. 
Sesungguhnya tiadalah hukuman yang paling adil melainkan hukuman yang diturunkan oleh "Allah Yang Maha Adil", kami yakin ini keyakinan Tuanku dan juga keyakinan kami serta seluruh rakyat Negeri Pahang yang beriman Kepada-Nya. 
Maka sebubungan dengan itu kami menyokong penuh saranan Tuanku agar Mahkamah Syari'ah mesti diperkasakan kerana hanya dengan cara itu sahaja hukuman Allah S.W.T ini dapat dimartabatkan. 
Semoga Tuanku sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan diberikan petunjuk untuk memimpin rakyat Negeri Pahang dengan lebih baik dan sempurna, makmur dan berdaulat dipandu suluhan cahaya indah iaitu Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Allahuakbar. 
YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang
1 APRIL 2018 - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD- 2-4-2018 




























Umno guna sekolah tonjol calon PRU

TEMERLOH: Umno Pahang kini giat menggunakan premis sekolah sebagai tempat untuk mempromosi bakal parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata, Umno begitu ghairah mengambil peluang yang diadakan di sekolah dengan kehadiran ibu bapa pelajar bagi menonjolkan bakal calon. 
Katanya, apa kaitan pemimpin Umno terbabit dengan sekolah kerana mereka bukan penjawat awam. 
“Adakah dengan status jawatan sebagai ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita mereka boleh menggunakan premis sekolah sesuka hati. 
“Sebaliknya kalau pemimpin berkenaan anggota Exco kerajaan negeri, wakil rakyat atau lain-lain jawatan yang berkaitan tidak menjadi masalah,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Temerloh. – HARAKAHDAILY 29/3/2018
























































Sumber HD - 29-3-2018





























Anggota JAM terselamat dalam kemalangan maut

TEMERLOH: Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Selangor, Muhd Kamarul Baharin telah mengalami kemalangan di Kilometer 121.4 menghala ke Lanchang, di sini petang tadi.
Dalam kemalangan maut sekitar jam 4.30 petang, mangsa yang memandu van pekerja tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Bentong serta Angkatan Pertahanan Awam.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila van pekerja dipandu Kamarul terbabas ke laluan kiri jalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan mengakibatkan van remuk teruk.
Van pekerja dipandunya itu membawa muatan tujuh warga Bangladesh sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Chini atas urusan kerja itu mengakibatkan dua pekerja meninggal dunia di tempat kejadian.
Semua mangsa terlibat telah dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan susulan dan bedah siasat, sementara Kamarul hanya mendapat kecederaan kecil. -HARAKAHDAILY 28/3/2018
Sumber HD - 28-3-2018 






























Kenaikan pangkat anggota JAM sempena program UAI

KUANTAN: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Pahang telah mengadakan majlis ringkas kenaikan dan pemakaian pangkat Lans Koperal kepada anggotanya, Muhammad Afifuddin Md Yusof, 18 tahun.
Ia diadakan setelah tamat tugas sempena Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus (UAI) anjuran Masjid Al-Bukhari Nurul Aman yang dilangsungkan di Padang Awam Taman Seri Mahkota Aman, di sini semalam.
Penyempurnaan pemakaian pangkat itu telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah III JAM Pahang, Aminuddin Mohd Jusoh setelah saranan untuk kenaikan pangkat itu disahkan Pegawai Tadbir JAM Pahang, Firdauz Mohd Nasir.
Aminuddin memaklumkan, kenaikan pangkat kepada mana-mana anggota JAM adalah satu bentuk penghargaan atas sumbangan dan kemahiran dimiliki anggota tersebut, selain disiplin dan kesungguhan dalam tugasan di semua peringkat.
Manakala menurut Firdauz, antara kelayakan untuk kenaikan pangkat mereka perlu lulus ujian Kursus Asas dan Kemahiran Amal (KAKA) atau kursus berkaitan anjuran JAM Negeri atau agensi diiktiraf.
Sementara itu, Afifuddin melahirkan rasa terkejut dengan anugerah itu dan bersyukur serta bertekad terus istiqamah dalam memartabatkan Islam menerusi komitmen bersama Jabatan Amal.
Beliau menyertai Jabatan Amal sejak berusia 14 tahun dan kini diberikan taklifan sebagai Ketua Unit Trafik JAM Kawasan Paya Besar. -HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 































PRU14: Kemenangan PAS bakal suntik perubahan politik

TEMERLOH: PAS sebagai sebuah gerakan Islam sedunia memerlukan mandat kuasa politik lebih besar khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan menjelang tidak lama lagi.\ 
Demikian dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Zuhdi Marzuki dalam Ijtimak Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Temerloh yang berlangsung di Markaz Tarbiah Darul Amin, Sungai Gau, di sini kelmarin.
Menurut beliau, dunia Islam semakin suram hasil daripada percaturan kuasa besar dunia kerana tidak mahu umat Islam bangkit bersatu membentuk empayar dunia.
Sehubungan itu terangnya, umat Islam telah dilagakan sesama sendiri dengan sentimen sektarian mazhab dan pelbagai fahaman oleh musuh-musuh Islam.
Maka menurut beliau, dunia Islam perlukan satu kuasa baru yang mampu bangkit bersuara membela nasib khususnya dalam isu Masjid Al-Aqsa Palestin yang sedang menunggu masa untuk dirobohkan oleh rejim Zionis.
Kata beliau, reputasi PAS yang mendapat penghormatan gerakan Islam sedunia dalam menyelesaikan konflik, telah mewajibkan PAS mendapatkan kuasa politik lebih kuat agar membawa suara Islam ke peringkat tertinggi kuasa dunia.
“PRU 14 adalah medan penting buat PAS bagi mendapatkan mandat terkuat untuk membentuk dan memimpin negara bagi membawa perjuangan kedudukan Islam, bukan sahaja di negara ini bahkan di peringkat dunia,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Jelasnya, sasaran PAS untuk bertanding di sekurang-kurangnya 130 kerusi dan menang di 40 Parlimen adalah realistik seperti yang di umumkan oleh Tuan Guru Presiden baru-baru ini.
Hal ini menurut beliau, kerana PAS mempunyai asas perjuangan dan rekod yang baik untuk diterima oleh rakyat, khususnya Melayu Islam berbanding BN dan PH.
Terang Dr Zuhdi juga, dapatan yang mengejut dalam satu kajian antarabangsa berkaitan trend politik kini sangat mempengaruhi ekonomi Malaysia menunjukkan, sokongan Melayu kepada PAS bakal menjangkau lebih 62 peratus menjelang PRU.
“Jentera PAS perlu berusaha keras dalam menyahut cabaran Presiden PAS untuk bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen. Kemenangan PAS dalam PRU ini sangat penting sebagai kuasa check and balance kepada pemerintah khususnya dalam perkara agama Islam dan hal ehwal orang Melayu,” ujarnya.
Beliau turut memberi peringatan khusus kepada jentera PAS untuk bersedia dengan tiga senario utama dalam PRU akan datang ini iaitu persempadanan baru, pertandingan tiga penjuru dan bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen.
Tiga senario ini ujarnya, merupakan cabaran besar buat semua jentera pilihan raya PAS dalam PRU akan datang ini.
"Maka jentera PAS perlu meletakkan tahap kesediaan dan disiplin kerja yang tertinggi serta bersedia dengan apa sahaja arahan pimpinan pada bila-bila masa," peringatnya.- HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 

































PAS Raub janjikan kejutan PRU14

RAUB: PAS Kawasan Raub akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) akan datang di mana perkembangan politik semasa memungkinkan pertandingan tiga penjuru membabitkan PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH). 
Yang DiPertua PAS Raub, Bedu Rahim Ismail berkata, PAS adalah kuasa penentu dalam Parlimen Raub dan ini terbukti apabila penyokong PAS mengundi DAP dalam PRU13 lalu telah memberi kemenangan kepada parti itu. 
Katanya lagi,  jumlah pengundi Melayu di Parlimen Raub ialah 51.49 peratus atau 28,946 orang. 
Tambah beliau, ini diikuti 21,878 pengundi Cina (38.98 peratus), 3,555 pengundi India (6.32 peratus) dan 1,836 pengundi lain-lain kaum (3.26 peratus).
“Dengan berlakunya pertandingan tiga penjuru membabit MCA, DAP dan PAS ia akan memberi kelebihan kepada PAS kerana calon PAS adalah calon Melayu Islam dan warga tempatan manakala DAP dan MCA akan diwakili calon berketurunan Cina.
“Jika berlaku Tsunami Melayu, sudah tentu PAS akan menjadi pilihan majoriti (Melayu),” katanya ketika dihubungi selepas perasmian Bilik Operasi Parlimen PAS Raub, oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abd Jabar, kelmarin. 
Kata beliau, andainya DAP meletakkan calon Melayu seperti PRU13 lalu, ia tidak membimbangkan PAS kerana pengundi sudah mengenali perjuangan DAP yang tidak mesra Islam. -HARAKAHDAILY 8/3/2018
Sumber HD - 8-3-2018 


































Maahad Tahfiz di Parlimen Cameron Highland

CAMERON HIGHLANDS: PAS Cameron Highlands membangunkan Maahad Tahfiz Ad-Diniah Hidayah bagi meningkatkan program tarbiah dalam kalangan generasi muda. 
Pengarahnya, Wan Mahathir Wan Mahmud berkata, Maahad Tahfiz tersebut merupakan yang pertama dibina di kawasan Parlimen Cameron Highlands. 
"Ia merupakan satu cabaran besar kepada kami dan ia juga satu usaha untuk merealisasikan cadangan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan yang mahu melahirkan 'Satu Keluarga Seorang Hafiz'. 
"Kewujudan Maahad Tahfiz di sini dapat membantu penduduk bagi mendalami ilmu agama," katanya pada perasmian pecah tanah dan solat hajat pembinaan Maahad Ad-Diniah Hidayah (MADAH) baru-baru ini. 
Perasmiannya disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Wan Mahathir juga berkata, Parlimen Cameron Highlands amat wajar mempunyai Maahad Tahfiz yang akan menjadi kekuatan syiar Islam di kawasan tersebut. 
Maahad tersebut terletak berhampiran Kompleks Pentadbiran PAS Cameron Highands, Darul Hidayah di Felda Sungai Koyan satu.
Cameron Highlands mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Jelai dan Tanah Rata. Dun Tanah Rata diwakili DAP, Jelai (BN) dan Parlimen pula diwakili MIC. - HARAKAHDAILY 8/3/2018
Sumber HD - 8-3-2018 



































Jualan Sentuhan Rakyat seperti silap mata

ROMPIN: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 semakin banyak program dilaksanakan kerajaan bagi membantu Umno menarik sokongan rakyat. 
Antaranya program jualan murah yang melibatkan subsidi terpaksa ditanggung kerajaan membabitkan peruntukan tidak sedikit. 
Mulai tahun ini kerajaan BN menganjur program Jualan Sentuhan Rakyat di kawasan parlimen di seluruh negara. 
Yang Dipertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad berkata, pemimpin Umno seperti lupa silap urus tadbir sekarang dengan memperkenalkan GST menyebabkan berlaku kos sara hidup. 
"Parti yang memerintah menyebabkan berlaku kenaikan harga barang ekoran pelbagai cukai diperkenalkan. 
"Mereka yang menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan. Sebaliknya dianjur pula jualan murah kononnya bersimpati dengan rakyat. 
"Ini amat melucukan atau mungkin Umno merasa bersalah kepada rakyat dan ingin menebus kesalahannya," katanya di sini. 
Program Jualan Sentuhan Rakyat dianjurkan kerajaan pusat di premis milik Umno di seluruh negara. 
Nazri juga berkata, ada sesuatu yang menghairankan di sebalik kesungguhan Umno menganjurkan pesta jualan murah. 
Menurutnya program jualan murah tersebut mungkinkah terlepas daripada GST atau kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lagi bagi memberi subsidi kepada penjual terlibat. 
"Penganjur pesta jualan murah Umno memperolehi keuntungan besar kerana mereka boleh mendapat barangan pada harga kilang kerana membeli dalam kuantiti banyak. 
"Mungkin ada subsidi disediakan kerajaan. Ini hanya main silap mata sahaja," ujarnya. -HARAKAHDAILY 7/3/2018
Sumber HD - 7-3-2018 




































Kekalkan kemenangan Temerloh - Ustaz Idris

TEMERLOH: Jentera PAS Kawasan Temerloh diseru untuk bergerak kerja semaksimumnya bagi mempertahankan kemenangan PAS di Parlimen Temerloh dan Dun Kuala Semantan disamping menawan Dun Mentakab dan Lanchang. 
Penegasan itu dinyatakan Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Temerloh Kali Ke-31 di Markaz Tarbiah Darul Amin, Sungai Gau, di sini kelmarin. 
Menurut beliau, Temerloh merupakan salah satu daripada Parlimen yang disenaraikan mesti menang seperti disasarkan oleh Presiden PAS dalam menjadikan PAS sebagai King Maker selepas PRU akan datang. 
Maka itu katanya, Jentera PAS Temerloh mestilah sudah berada pada persiapan terbaik buat masa ini di mana gerak kerja perlulah berfokus pada golongan sasaran terutamanya pengundi muda yang pertama kali mengundi. 
“Pilihanraya kali ini sangat penting buat kita (PAS). Kerana ia akan menentukan survival kuasa politik Islam dalam pentadbiran negara. 
"Kita masuk bertanding untuk memerintah bagi mengembalikan semula kuasa politik Islam. Inilah yang tercatat dalam Perlembagaan PAS”, ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. 
Ustaz Idris turut membacakan perutusan khas Presiden PAS khusus buat Jentera PAS Temerloh yang antara lain memberi peringatan agar semua ahli mengukuhkan akidah perjuangan. 
Perkara itu jelas Tuan Guru, mesti dilaksanakan melalui budaya ilmu dan hubungan dengan Allah agar tidak mudah goyah terhadap ujian perjuangan dan juga kemenangan yang akan dikecapi nanti.
Ustaz Idris juga sempat menitipkan harapan khusus buat jentera muda PAS untuk aktif membantu gerak kerja pilihan raya PAS khususnya dalam media massa dan media sosial. 
Menurut beliau, jentera PAS wajib menjadikan akhbar Harakah dan portal Harakahdaily sebagai rujukan utama dalam segala isu dan maklumat kerana ia adalah lidah rasmi parti dalam membawa suara dan keputusan pimpinan. -HARAKAHDAILY 6/3/2018
Sumber HD - 6-3-2018 





































'Syurga empat beranak' dilawati JKM, MUIP

PAYA BESAR: Nasib keluarga daif empat beranak akhirnya mendapat perhatian pihak berwajib apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melawat mereka di Felda Bukit Sagu 1, di sini petang tadi.
Kunjungan itu susulan kisah keluarga tersebut yang dibantu Tabung Prihatin Rakyat diketuai Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dilaporkan Wartawan Rakyat Paya Besar disiarkan oleh HarakahDaily semalam.
Sehubungan itu, pihak JKM dan MUIP dengan bantuan Wartawan Rakyat Paya Besar telah dibawa berziarah dan melihat sendiri kehidupan keluarga tersebut yang menghuni di 'bangsal daif syurga empat beranak' dalam ladang sawit tersebut.
Dengan perhatian itu sekali gus memberi harapan kepada keluarga daif tersebut untuk keluar dari masalah membelenggu dan merubah kehidupan mereka ke arah lebih baik.
Keluarga yang tinggal di bangsal tanpa dinding dan pintu itu tinggal menumpang secara ehsan di lot tanah kosong milik peneroka, Che Hasan Samad dan pihak PAS Paya Besar telah bergotong-royong membina kediaman untuk mereka, kelmarin.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan terus menyalurkan ke akaun Maybank 5562 2640 4572 atas nama Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar. -HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018 







































PAS bina pondok untuk keluarga daif

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar telah menyumbang dan melaksanakan kerja gotong-royong membina pondok kediaman untuk satu keluarga daif di Felda Bukit Sagu 1, di sini semalam.
Keluarga terdiri dari suami isteri bersama dua anak yang masih kecil itu, hidup dalam kedaifan disebabkan masalah keluarga dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu.
Akibatnya, mereka terpaksa menumpang di lot tanah kosong milik peneroka di situ, yakni atas ehsan Che Hasan Samad, keluarga itu dibenarkan berteduh dengan bangsal yang dibina tanpa dinding dan pintu.
Atas tanggungjawab persaudaraan dan kemanusiaan itulah Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar digerakkan bagi membantu keluarga tersebut dengan harapan dapat mereka teduhan asas untuk menjalani kehidupan.
Gotong-royong diketuai Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya itu turut disertai Pengarah UPU Bukit Sagu, Mohd Fauzi Abdul Hamid dan Ketua Cawangan PAS Bukit Sagu, Ismail Ariffin. HARAKAHDAILY 4/3/2018












































































Sumber HD - 4-3-2018














































































'Good Governance' bukti PAS mampu memerintah

PAYA  BESAR: PAS telah terbukti cemerlang menerajui negeri yang diperintah dan kini bersedia dalam memacu pentadbiran negara, demikian menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin. 
Katanya, kejayaan PAS dapat dilihat khususnya dalam pentadbiran negeri Kelantan dan negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS seperti Kedah dan Terengganu di mana sudah terbukti turut tidak terkait rasuah. 
"PAS mengambil pendekatan untuk melaksanakan Islam dalam kerangka demokrasi yang diberikan. Apa yang berlaku apabila kita memerintah Kelantan selama 27 tahun, pada tahun 1999, PAS memerintah Negeri Terengganu. 
"Kemudian PAS memerintah Kedah, semua negeri-negeri ini ditadbir dengan sistem Islam iaitu Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan yang menjadi dasar kepada negeri-negeri tersebut," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Paya Besar, semalam.
Katanya, melalui dasar Islam inilah keyakinan rakyat semakin meningkat kepada PAS, selain kadar kemiskinan di negeri-negeri yang pernah ditadbir oleh PAS juga mencatatkan penurunan. 
Walaupun PAS memerintah Terengganu dengan ditarik wang royalti minyak kata beliau, PAS tetap dapat mengurangkan kadar kemiskinan di Terengganu.
"Perkara ini berlaku kerana apa, kerana good  governance yang dilaksanakan pada waktu itu antaranya pembalakan yang meningkat dua kali ganda dan cukai-cukai (yang dibayar) oleh syarikat-syarikat kerana keyakinan kepada kerajaan Islam (PAS).
"Hal ini juga, sama juga yang berlaku di negeri Kedah, kita ambil contoh antaranya Kulim Hi-Tech, semasa Umno memerintah, purata pendapatan Kulim Hi-Tech adalah RM1.63 bilion. Tetapi apabila PAS memerintah 4 hingga 5 tahun purata pendapatan Kulim Hi-Tech meningkat kepada RM3.6 bilion.
"Ini menunjukkan bahawa tidak ada sebarang kebocoran yang berlaku, hasil daripada itulah wujudnya Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Inilah yang sepatutnya diperkenalkan kepada rakyat, tentang kemampuan PAS dan PAS mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat (jika diberi mandat dalam PRU ke 14)," jelasnya. 
Ir Khairil turut menyampaikan Anugerah Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) Terbaik DUN yang dianugerahkan kepada JPC Kampung Pandan 2 selaku Terbaik DUN Panching, sementara JPC Felda Bukit Sagu mendapat Terbaik Dun Sungai Lembing dan JPC Lepar Hilir 1 bagi Terbaik DUN Lepar.
Turut hadir dalam Mesyuarat Agung tahunan tersebut Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Tarmizi Yahaya dan kepimpinan PAS Paya Besar. - HARAKAHDAILY 4/3/2018
Sumber HD - 4-3-2018 








































TPR sumbang kerusi roda untuk warga emas

PAYA BESAR: Tabung Prihatin Rakyat (TPR) Paya Besar telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas, Sejarah Saad di kediamannya di Felda Bukit Sagu 1, di sini semalam.
Sumbangan itu bagi meringankan beban ketidakmampuannya bergerak berikutan kehilangan kedua belah kaki akibat kencing manis dihadapinya.
Selama ini beliau yang berusia 65 tahun hanya terlantar di atas katil di mana suaminya seorang peneroka juga tidak mampu membeli alat bantuan pergerakan untuk Sejarah.
Hadir menyerahkan sumbangan itu adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Ishak Ahmad dan Penasihat Dun Sungai Lembing, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.
Turut serta ialah Setiausaha PAS Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor dan Ketua PAS Cawangan Bukit Sagu 1, Ismail Ariffin yang juga Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Dun Sungai Lembing. - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD - 3-3-2018 









































Sumbangan PAS Taman Tas bantu golongan memerlukan

PAYA BESAR: PAS Cawangan Taman Tas telah mengadakan serahan sumbangan bulanan kepada penduduk yang memerlukan dalam satu majlis khas di PASTI As-Salam Taman Tas, di sini hari ini.
Sumbangan berupa barangan keperluan dapur itu telah disampaikan Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya bersama isterinya yang turut hadir.
Manakala bagi penerima yang uzur pula telah diziarahi beliau di rumah mereka dan menyampaikan sendiri sumbangan tersebut.
Menurut beliau, ramai memerlukan bantuan telah disenaraikan pihak PAS Taman Tas, tetapi didahulukan kepada yang benar-benar mendesak keperluannya pada ketika itu lantaran terhadnya peruntukan.
Sumbangan tersebut diberi kepada mereka yang sememangnya perlu dibantu tanpa mengira latarbelakang dan keturunan di mana usaha itu komited dilangsungkan pihak PAS Taman Tas. - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 










































MTIS berjaya lahirkan graduan sulung KPKQ

TEMERLOH: Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Kursus Persijilan Kemahiran Al-Quran (KPKQ) Kali Pertama di Kompleks Pendidikan Al-Istiqamah (KOMPAS), di sini hari ini.
Pada majlis itu, 36 graduan dewasa KPKQ pengambilan pertama 2017 telah dianugerahkan sijil tersebut setelah berjaya menamatkan kursus, selain anugerah kepada beberapa pelajar menengah MTIS.
Penyerahan sijil dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh tetamu jemputan khas dari Shubra, Mesir iaitu Pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar, Syeikh Muhammad Abd Nabi Al-Muqri.
Dalam ucapannya merasmikan majlis tersebut, beliau mengemuka pengertian hakiki istiqamah dan sifat sebenar individu yang mendambakan syafaat al-Quran di Hari Akhirat.
"Apa makna istiqamah? Istiqamah ialah dengan melaksana perintah Allah dan mengikut jejak langkah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
"Sifat mereka yang ingin mendapat syafaat Al-Quran di Akhirat ialah bertahajjud dan qiamullail ketika orang lain tidur. Berpuasa di siang hari ketika orang lain makan dan minum. 
"Menangis kerana takut kepada Allah ketika orang lain bergelak ketawa dan tidak berbual kosong ketika orang lain bersembang membuang masa," ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa itu juga merupakan bekalan kepada mereka yang ingin melaksanakan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan.
Turut hadir pada majlis ini ialah Penasihat MTIS, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok selaku yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang bersama Mudir MTIS, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih.
MTIS yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Pahang dan ditadbir menerusi Akademi Al-Istiqamah merupakan sebahagian entiti KOMPAS di atas tanah wakaf seluas 5.69 ekar.
Pembinaan KOMPAS dihasratkan oleh pewakafnya bagi tujuan pembangunan pendidikan di mana Akademi Al-Istiqamah gigih untuk menjadikannya mercu tanda pusat sehenti pendidikan di Temerloh.
Justeru, KOMPAS sangat memerlukan sokongan dan sumbangan orang ramai yang boleh dilakukan menerusi transaksi akaun Maybank 5560 5751 4858 atas nama Maahad Tahfiz Al Istiqamah.
Juga boleh menerusi akaun CIMB 86 025584 50 atas nama Akademi Al Istiqamah atau akaun Bank Rakyat 11 010 100246 6 juga atas nama Maahad Tahfiz Al Istiqamah.
Sebarang makluman dan pertanyaan serta keterangan lanjut boleh berhubung langsung dengan Ustaz Zarimi di talian 019-961 0849. - HARAKAHDAILY 17/2/2018




















































































Sumber HD - 17-2-2018










































Ziarah Tionghua PAS Kerdau erat kemesraan

KUALA KRAU: PAS Dun Kerdau bersama NGO Kerdau Prihatin telah mengadakan edaran buah limau dan kuih bahulu berbentuk ikan kepada masyarakat Cina yang tinggal di sekitar Pekan Kerdau, di sini kelmarin.
Pemberian diketuai Penyelaras PAS Kerdau Ustaz Aireroshairi Roslan itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut kaum Tionghua.
Disertai sama pimpinan PAS Kerdau dan Jentera Halwa termasuk Pemuda dan Jabatan Amal Kawasan Kuala Krau, edaran itu bertujuan mengerat kemesraan dan kerjasama yang telah sedia terjalin.
Menurut Ustaz Aireroshairi yang juga Pengerusi Kerdau Prihatin, perbezaan jantina, kaum, bangsa dan benua di mana menimbulkan pelbagai budaya sememangnya ketetapan Allah.
Namun menurutnya, segala perbezaan itu tidak menjadi ukuran kepada kemuliaan kerana darjat tertinggi di sisi Allah adalah ketakwaan, sekali gus manusia diajar bahawa perbezaan itu mesti dihormati. - HARAKAHDAILY 17/2/2018
Sumber HD - 17-2-2018 












































Lancar Bilik Operasi Damak langkah menangi Jerantut

JERANTUT: PAS Dun Damak telah melancarkan Bilik Operasi Induk di Jalan Jerantut - Temerloh berhadapan Sekolah Menengah Agama TAHAP, di sini semalam.
Pelancaran sebagai mengorak langkah menandingi Dun tersebut pada PRU14 nanti itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Andansura Rabu.
Beliau yang juga Adun Beserah merasmikan Bilik Operasi Induk itu dengan gimik pemotongan riben dan menandatangani plak tanda pembukaan.
Majlis tersebut turut disusuli Dialog Rakyat menampilkan Andansura bersama Yang DiPertua (YDP) dan Timbalan YDP PAS Kawasan Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad dan Ustaz Zuridan Mohd Daud.
Bilik Operasi Induk tersebut turut menghimpunkan Markas Jentera Pemuda PAS, Jentera Urusan Ulamak PAS dan Jentera Halwa PAS Damak bagi gerak kerja PRU.
Pelancaran tersebut adalah susulan pengisytiharan PAS Pahang bertanding semula di Dun tersebut yang sebelum ini diberi laluan kepada PKR bertanding dalam PRU lalu.
PAS Pahang turut mengumumkan bertanding di semua kerusi Dun dalam Parlimen Jerantut terdiri daripada Damak, Tahan dan Pulau Tawar. - HARAKAHDAILY 17/2/2018
Sumber HD - 17-2-2018 














































Tahun Baharu Cina jambatan dakwah PAS Temerloh

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan edaran kuih bahulu berbentuk ikan, kad ucapan serta risalah penerangan kepada kaum Tionghua di tiga Dun dalam Parlimen ini.
Kunjungan ziarah muhibah bagi edaran itu adalah bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang diziarahi rombongan PAS Temerloh sejak kelmarin hingga hari ini.
Usaha membina hubungan dan meraikan sambutan tersebut ternyata disambut baik kaum Tionghua walaupun ketika ini PAS dilingkari tohmahan dan sentimen untuk menjauhkan mereka dari parti Islam itu.
Menurut Yang DiPertua PAS Temerloh, Jusoh Darus, penerimaan itu membuktikan dasar Islam dibawa PAS relevan untuk semua agama dan bangsa.
Malah katanya, PAS bukan sekadar parti politik yang bergerak hanya untuk pilihan raya, tetapi parti dakwah dan punya matlamat jauh lebih besar berbanding agenda politik semata.
"Nilai kemanusiaan, keadilan dan kemakmuran adalah bersifat sejagat dan menjadi teras perjuangan Islam sesuai dengan sifat agama ini. 
"Usaha ini bagi membina hubungan antara kaum dan sebar nilai-nilai ditekan Islam untuk dikongsi semua," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Temerloh, Roslan Ahmad memaklumkan, program melibatkan pimpinan PAS Kawasan, Penyelaras-penyelaras Dun dan Jentera Halwa itu dibahagikan ke Dun Semantan, Mentakab dan Lancang.
Jelasnya, program rutin tahunan itu adalah usaha membina jambatan dakwah disamping menjelas salah faham berkaitan dasar perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 

Pemuda generasi al-Quran teras kemenangan PAS

TEMERLOH: Jentera Pemuda PAS di seluruh peringkat diseru dan digesa untuk memperkemaskan diri dan organisasi dalam mempertahankan kemenangan serta menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan menjelma tidak lama lagi. 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khiril Nizam Khairuddin menegaskan demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh di PASTI Assyakirin, Taman Tualang Indah, di sini kelmarin. 
Beliau telah menggariskan tiga asas generasi acuan Al-Quran sepertimana Nabi Muhammad membentuk para Sahabat yang mampu mengusai dunia dan menegakkan khilafah umat Islam. 
Generasi ini ujar beliau, didasari keyakinan sepenuhnya kepada iradah (ketentuan) Allah bahawa Islam akan menang dan berkuasa, serta wala’ dan tsiqoh kepada dasar, kepimpinan dan keputusan jemaah. 
Selain mereka itu katanya, sentiasa beriltizam untuk memperbaiki diri bagi menguatkan jentera dan organisasi jemaah. 
“Generasi Jilul Quranul Fareq (Generasi Al-Quran yang unggul) ini sangat penting dalam menjana kemenangan PAS. Pemuda PAS wajib mencontohi dan berusaha untuk menjadi seperti generasi acuan tarbiyah Nabi ini. 
"Kerana Pemuda PAS adalah back benches utama kepada kepimpinan dan pergerakan parti,” ujar beliau di hadapan para perwakilan dan kepimpinan Pemuda PAS Temerloh. 
Beliau juga sempat menukilkan wasiat mantan Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Profesor Zulkifli Muhammad yang menyatakan perjuangan PAS akan terus releven jika penggeraknya ada tiga perkara iaitu keikhlasan, kesungguhan dan perpaduan. 
Beliau turut menyeru agar Pemuda PAS Temerloh berusaha semaksimum mungkin dalam mempertahankan kemenangan Parlimen Temerloh selaku kemenangan tunggal Parlimen bagi PAS Pahang. 
Maka tegas Ir Khairil, tugas berat ini perlu dijalankan dengan penuh disiplin dan didikasi bagi mendapatkan rahmat dan pertolongan daripada Allah.-HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD - 13-2-2018 
















































Mukhayyam segarkan fikrah berjuang



 MARAN: PAS Dun Luit telah mengadakan program Mukhayyam Jabatan Amal yang dilangsungkan di Taman Tasik Bandar Maran, di sini kelmarin.
Ia dianjurkan bertujuan menyegarkan fikrah ahli untuk bekerjasama berjuang memenangkan PAS pada PRU akan datang serta mengeratkan hubungan dengan ahli baharu.
Proram tersebut diketuai Penyelaras PAS Dun Luit, Ustaz M Shahrul Nizam Abd Halif dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Luit, Syekh Halim Syekh Hasan.
Para peserta dipasak fikrah dengan taujihat daripada para pimpinan jemputan dari PAS Kawasan Maran.
Selain itu mereka melaksanakan munajat dengan solat Mahgrib, Isyak dan hajat secara berjamaah, serta jamuan khas. -HARAKAHDAILY 12/2/2018
Sumber HD - 12-2-2018 

Pulut kuning hidangan unik Tahun Baharu Cina

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menzahirkan hubungan muhibahnya dengan kaum Tionghua setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina dengan menyediakan pulut kuning. 
Keharmonian itu terjalin atas rasa hormat dan saling merai di mana kesukaan orang Cina memakan pulut kuning disediakan oleh orang Melayu yang mahir dengan masakan tradisi itu. 
Penyediaan pulut kuning ternyata satu keunikan disebalik perayaan yang sinonim dengan warna merah dan keemasan dari hiasan tanglung, buah oren dan angpow serta bunyian mercun itu. 
Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya sendiri meluangkan masa menyampaikan bungkusan pulut kuning bersama ayam masak rendang kepada penduduk Cina di Taman Tas, di sini semalam. 
"Setiap tahun kami akan melakukan perkara yang sama untuk perayaan Tahun Baharu Cina di sini untuk sama-sama merayai. Dan kenapa pulut kuning dan bukannya buah limau seperti biasa? 
"Kerana orang Cina amat suka pulut kuning yang dibuat oleh orang Melayu dan inilah tandanya kita berada dalam masyarakat yang majmuk dan saling memahami antara satu sama lain," ujarnya. 
Pulut kuning tersebut disediakan oleh ahli PAS Taman Tas, manakala rendang ayam oleh ahli PAS Kampung Panching, selain kad ucapan Tahun Baharu Cina juga diberikan. 
Menurut Ustaz Tarmizi, pemberian tersebut sememangnya terhad, namun pihaknya cuba untuk meningkatkan penyediaan hidangan khas tersebut agar dapat dirasai oleh semua kaum Cina di situ.-HARAKAHDAILY 12/2/2018
Sumber HD -12-2-2018 


















































ARC dan JAM bantu jayakan merentas desa

PAYA BESAR: Alternative Riding Club (ARC) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Paya Besar telah turut serta menjayakan acara sukan tahunan merentas desa Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin (SKBR) di sini, semalam. 
Seramai lapan Marshall ARC dan Kor Medik JAM telah membantu pihak sekolah menguruskan kawalan lalu lintas, keselamatan dan persediaan perubatan bagi 250 pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekolah tersebut. 
Komandan JAM Paya Besar, Khairul Akmal Aersid berkata, pihaknya bersama ARC sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan sukarela mereka kepada semua pihak yang memerlukan. 
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKBR, Ahmad Salleh berkata ARC dan JAM adalah antara NGO yang memberikan khidmat terbaik antara NGO-NGO selainnya. 
Atas penghargaan pihak sekolah terhadap memberikan kerjasama itu, ARC dan JAM telah menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Guru besar SKBR, Saudi Jamil. 
Penglibatan sukarela entiti tersebut dalam hal ehwal awam merupakan satu pengiktirafan oleh masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan. - HARAKAHDAILY 11/2/2018




































































































Sumber HD - 11-2-2018






































































































Pemuda IM santuni warga Dun Semambu

INDERA MAHKOTA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota telah menganjurkan program Ramah Mesra Anak Muda Indera Mahkota 5.0 di Dun Semambu, di sini semalam.
Program tersebut sebagai mengorak langkah persiapan padu Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Dun tersebut menjelang PRU14 yang bakal tiba bila-bila masa.
Antara dilaksanakan pada program tersebut adalah ziarah rumah ke rumah dan sumbangan kebajikan kepada kalangan keluarga asnaf yang dikendalikan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.
"Sumbangan seperti ini diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang terhimpit dan diuji. Jika diberi kepercayaan menerajui negeri Pahang, PAS melalui manifesto kami berjanji memberi bantuan seumpama secara bulanan kepada yang layak," ujar Timbalan Pengarah PAS Dun Semambu, Yusof Hashim.
Program tersebut turut disusuli Sambutan Ulang Tahun Ke-20 PASTI Cenderawasih yang dilangsungkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab, dirasmi Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim.
Turut diadakan ialah perlawanan persahabatan bola sepak antara Pemuda PAS Indera Mahkota dan penduduk setempat yang dimenangi tuan rumah dengan 2 gol berbalas 1.
Manakala pada malamnya, diisi dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Mohd Zaki di Surau Al-Ikhwan Taman LKNP, seterusnya Dialog Anak Muda menampilkan Yusof sebagai panelis dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Dr Muhammad Ibrahim. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Sumber HD - 11-2-2018 




















































Anak muda 'kubu' Umno sertai PAS

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menerima anjakan positif menjelang PRU14 apabila 44 anak muda nekad menyatakan sokongan dan memohon menyertai PAS di Kampung Baru Sri Pandan di sini, semalam.
Hasrat dan penyerahan borang permohonan keahlian itu diserahkan wakilnya, Mohd Othman Najid, 40 kepada Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.
Serahan bersejarah ini adalah sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kampung Baru Sri Pandan dalam UPU Felda Panching Timur yang diadakan juga di lokasi sama.
Mohd Othman berkata, beliau bersama semua rakannya itu sangat yakin bahawa PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam mengikut landasan syariat.
Tegasnya, walaupun ada parti-parti lain yang pemimpinnya adalah Melayu dan Islam, tetapi masih gagal melaksanakan syariat Islam. 
Beliau mengambil contoh PAN yang kononnya berlandaskan Islam, tetapi masih tunduk dengan DAP dan tidak menyokong PAS membentangkan Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Beliau juga hampa dengan Kerajaan Umno-BN kerana setiap hari pelbagai bentuk penyelewengan, korupsi, kroni dan lain-lain didedahkan di media massa.
Justeru, Othman menyeru anak-anak muda supaya memilih PAS pada PRU14 kerana yakin PAS mampu mentadbir negara dengan sebaiknya seperti di Kelantan.
"Kalau bukan kita anak muda Melayu hari ini yang mencorakkan politik negara, siapa lagi? PAS pasti mendapat tempat di hati rakyat kelak dengan izin Allah," ujar beliau.
Sementara itu, Ustaz Tarmizi di dalam ucapannya berkata, walaupun PAS berhadapan dengan caci nista serta fitnah dari pihak lawan, pertambahan ahli PAS semakin meningkat terutamanya anak-anak muda.
Beliau juga menyuarakan, walaupun PAS dianggap sebagai parti yang pembawaan Islamnya sangat ketat, tetapi golongan muda tetap yakin untuk memilih PAS tatkala mereka melihat contoh dan kebaikan dibawa oleh ahli-ahlinya.
"Perasaan gembira saya pada hari ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana Kampung Baru Sri Pandan ini terletak di dalam salah satu UPU yang menjadi kubu kuat Umno.
"Hari ini kita dapat saksikan bagaimana keyakinan "PAS Teraju Pahang" selepas PRU 14 nanti. Kerana itulah kita akan bertanding hampir keseluruhan kerusi parlimen dan dun di negeri Pahang," ujar beliau meluahkan ekspresi kesyukurannya itu. HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 

Adun Beserah bantu bayi jantung berlubang

KUANTAN: Program Charity Car Wash 2018 bagi mengumpul dana membantu pembiayaan rawatan Fahim Aqeed Mohamad Feisal, 6 bulan turut dihadiri Adun Beserah, Andansura Rabu.
Fahim Aqeed akan menjalani pembedahan jantung berlubang kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN)Kuala Lumpur.
Program kebajikan tersebut dianjurkan Team Media Pahang dan NGO mendapat sambutan pelbagai pihak termasuk.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tuanku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah.
Difahamkan program tersebut berjaya mengumpul dana lebih RM22,000.
Andansura berkata, beliau merakam ucapan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjur program kebajikan tersebut.
"Ia adalah satu usaha yang sangat murni bagi membantu adik Fahim Aqeed," kata beliau. 
Beliau turut menyampaikan sumbangan bagi mengisi tabung tersebut. -HARAKAHDAILY 7/2/2018
Sumber HD - 7-2-2018 






















































MTD Damak dekati warga RTP Bukit Dinding

JERANTUT: PAS Majlis Tindakan Dun (MTD) Damak telah meluangkan masa sehari mengadakan pelbagai program mendekati dan menyantuni para penduduk di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Dinding, di sini kelmarin. 
Program awal pagi bermula dengan gotong-royong membersihkan persekitaran dan Surau RTP Bukit Dinding yang dikelola bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Jerantut, Ustaz Mohd Zakwan Ahmad Badarudin dan Pemuda PAS Dun Damak. 
Turut serta berpeluh bersama dalam aktiviti itu adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Jerantut, Ustaz Zuridan Daud dan Pengarah MTD Damak, Yunus Ismail. 
Sesi petang pula diadakan aktiviti ziarah menyantuni penduduk penempatan itu yang dikelola secara bersama oleh Urusan Hal Ehwal Wanita (Halwa) Jerantut dan Halwa Dun Damak 
Manakala pada sebelah malamnya, Urusan Ulamak PAS Jerantut bersama Urusan Ulamak PAS Dun Demak telah mengadakan munajat di Surau RTP Bukit Dinding. 
Munajat itu dipimpin Ketua Urusan Ulamak Dun Damak, Ustaz Muhammad Arif Kamaruldin dan disertai ahli-ahli PAS dan para penduduk di situ. -HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 30-1-2018 














































































































PAS Mentakab optimis bantu masyarakat

TEMERLOH: Jentera Pilihanraya DUN (JPrD) Mentakab optimis dalam menawarkan alternatif dan perkhidmatan terbaik buat masyarakat di kawasan itu bertepatan dengan 10 Tawaran PAS Pahang yang dilancarkan baru-baru ini. 
Menurut Pengarahnya, Ustaz Abi Rerah Awang Chik, dalam keadaan PAS hanya bergantung kepada kekuatan dana daripada ahli tanpa sumber luar, namun berjaya membantu dan menyediakan alternatif penyelesaian masalah masyarakat.
“Walaupun bantuan dan sumbangan diberikan oleh PAS tidaklah sebanyak bantuan pihak kerajaan, namun ia cukup untuk membuktikan bahawa PAS mampu. 
"PAS mampu memberi khidmat terbaik buat masyarakat apatah lagi jika diberi peluang untuk menguasai pentadbiran negeri,” ujar beliau yang juga Pengerusi Mentakab Sejahtera pada Program Ziarah Kasih di sekitar UPU Sanggang kelmarin.
Dalam ziarah yang turut disertai pasukan sukarelawan perubatan dan Jentera Halwa Dun tersebut, mereka memberikan sumbangan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar Kampung Desa Murni dan Paya Keladan.
Program itu merupakan rutin mingguan JPrD Mentakab dalam membina hubungan baik dengan masyarakat setempat di samping sebagai medan dakwah bagi memperkenalkan perjuangan Islam kepada golongan sasaran.-HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 30-1-2018 
























































Umno umpan projek pancing peneroka

BANDAR JENGKA: Peneroka tidak lagi menjadi deposit tetap Umno-BN ekoran banyak penyelewengan dan salah urus tadbir dilakukan Felda.
Biarpun banyak umpan segera dipancing kepada peneroka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, namun mereka telah sedar terhadap banyak kepincangan yang berlaku.
Antaranya Perumahan Generasi Kedua di Felda Jengka 12, di sini yang kekal terbengkalai sehingga sekarang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Yohanis Ahmad Aniq berkata, sebanyak 50 unit rumah yang dibina di kawasan seluas 10 ekar di Felda Jengka 12 itu terbengkalai.
“Projek tersebut menjadi projek sakit. Tapak projek itu sudah lama ditumbuh semak dan samun.  
“Biar pun banyak projek terbengkalai, namun saya percaya pada kempen PRU-14, BN akan menggunakan isu perumahan untuk mendapatkan sokongan generasi baharu Felda,” katanya. - HARAKAHDAILY 26/1/2018
Sumber HD - 26-1-2018 

Beri PAS peluang di Mentakab

TEMERLOH: PAS seharusnya diberi peluang untuk mewakili mandat rakyat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab berasaskan rekod cemerlang dan konsisten dalam membawa suara rakyat sepanjang lebih 60 tahun penubuhannya.
Seruan itu dinyatakan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS DUN Mentakab, Ustaz Abi Rerah Awang Chik dalam Program Tayangan Wayang Pacak DUN Mentakab di Dataran Taman Setia Jasa, di sini sebentar tadi. 
Kata beliau, masyarakat Mentakab sewajarnya membuat penilaian terbaik dengan melihat 'track record' sumbangan dan tawaran PAS, terutamanya dalam membangun serta menyedia alternatif terbaik bagi meringankan beban semasa rakyat.
“Lihat sahaja sumbangan PAS dengan penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI). Ia telah membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan awal anak-anak dengan pendidikan berteraskan Islam,” ujar beliau yang juga Pengerusi Mentakab Sejahtera. 
Menurutnya, masyarakat Mentakab seharusnya meletakkan keyakinan teguh kepada PAS sebagai pembawa mandat mereka ke peringkat yang lebih tinggi yakni pemerintahan negeri dan negara. 
Hal itu jelasnya, dengan melihat kekentalan PAS dalam mempertahankan prinsip perjuangan walaupun terpaksa bergerak sendirian dan berhadapan pelbagai tekanan daripada banyak pihak dari segenap sudut. 
“Di saat PAS ditekan dan diperlekeh daripada pelbagai pihak, PAS tetap membuktikan kekentalannya apabila Himpunan Fastaqim yang dianjurkan di seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa. 
"(Baik) daripada jentera dan masyarakat setempat yang mana tidak mampu untuk dilakukan oleh parti-parti yang lain. PAS juga berani mengisytiharkan keahlian semasa mereka berbanding parti-parti lain yang banyak bermain dengan politik dendam dan persepsi,” ujarnya 
Turut hadir dalam program yang dihadiri masyarakat setempat itu adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Jauhari Ishak.- HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 24-1-2018 



'Spoiler': PAS jawab PH Pahang
Posted on Tuesday, January 23 @ 20:30:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37881



PAS cukup bersedia di semua 42 kerusi DUN di Pahang yang akan ditandingi. Kajian kami menunjukkan di hampir ke semua kawasan PAS punyai kekuatan asas paling minima 33 peratus dan mutakhir ini sokongan dari pengundi muda sangat menggalakkan.

PAS bersama GS bertanding sebagai sebuah kerajaan menunggu berbanding PH yang majoritinya disertai parti-parti serpihan setahun jagung ditubuhkan dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dalaman masing-masing di mana pastinya mengakibatkan hubungan yang sangat bermasalah di dalam PH biarpun cuba ditutup dan dinafikan.
PAS punyai pengalaman mentadbir Kelantan yang terbukti unggul tanpa sebarang kecacatan rasuah dan salah guna kuasa di sepanjang pentadbirannya yang diasaskan dengan cemerlang oleh Almarhum TGNA. Berbanding PH yang pemimpinnya punyai sejarah buruk di sisi rakyat dikepalai Tun M dan DAP yang baru memasuki dua penggal memerintah Pulau Pinang namun terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Keazaman PAS untuk mendirikan sebuah pemerintahan yang berasaskan Islam dengan kehidupan Sejahtera Bersama Islam adalah kekuatan yang mesti diterima rakyat bagi membetulkan sistem dan salah laku kerajaan semasa yang kelihatan tiada penghujungnya
PAS menentang Umno-BN bermula kewujudan pilihan raya di Malaysia dengan keazaman untuk mengajak seluruh masyarakat dan rakyat kepada cara hidup Islam yang penuh berkasih sayang dan membangun progresif tanpa rasuah dan maksiat bagi kebaikan semua kaum. Hakikatnya PH-lah yang menjadi spoiler semata-mata demi sebuah cita-cita politik dan impian yang tidak kesampaian tanpa halatuju dan dasar yang jelas.
Kewujudan PH juga dilihat sebagai 'Spoiler' dalam usaha PAS untuk mengislahkan Negara dan Masyarakat melalui sistem politik Islam, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan bersifat menentang dan juga cuba mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Tun Mahadir yang sejak dahulu mengeluarkan kenyataan yang sentiasa mengelirukan, DAP pula secara jelas menghalang pemerkasaan Mahkamah Syaria'ah melalui RUU 355, tepuk rentak mereka disambut pula dengan tarian meriah oleh PKR dan PAN.
Sikap sinis mereka terhadap Islam juga menimbulkan keresahan dan mencetuskan kemarahan umat Islam Malaysia sekaligus menimbulkan ketidak selesaan masyarakat lain sama ada Cina dan India kerana bukan semua Cina dan India itu DAP, sebagaimana tidak semua Melayu itu Umno dan PAS. Saya yakin masyarakat Cina dan India juga memiliki naluri cintakan kedamaian dan pastinya tidak selesa dengan cara DAP dan yang sewaktu dengannya.
Jika diukur dengan kekuatan parti, PH-lah yang paling 'spoiler', jenteranya lemah, cawangan terlalu sedikit dan sebahagiannya hanya ada nama sahaja tapi ahlinya tiada, sedangkan faktor ini adalah faktor paling asas untuk mengukur kekuatan, ini menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya 'spoiler'. Mereka tidak masuk pilihan raya dengan kekuatan yang selayaknya untuk menang, hanya untuk jadi pengacau sahaja khususnya untuk menghalang PAS dari menjatuhkan Umno, ini menunjukkan bahawa PH adalah tongkat BN/Umno sebenarnya.
PAS yakin rakyat yang sudah muak dengan Umno juga tidak akan memilih parti yang kelihatan sama sikapnya dengan Umno, sikapnya terhadap Islam dan palitannya dengan dakwaan rasuah, pemfitnah, diskriminasi terhadap rakyat dengan menyekat bantuan kepada wakil rakyat PAS cukup untuk menjelaskan bahawa "PH is the legacy of BN's struggle". 
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
YB ADUN Tanjung Lumpur 

Sumber TKO - 23-1-2018 



























































Jabatan Amal bantu SAR mangsa lemas

KUANTAN: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang telah menyertai usaha mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang terjatuh di bawa arus Sungai Belat, Jaya Gading di sini sejak semalam.
Operasi diketuai pihak Polis itu turut melibatkan pasukan Bomba, Rela dan JKKK Kampung Jaya Gading serta orang kampung sejak petang hari pertama kejadian, kelmarin dahulu.
Dengan penglibatan 18 anggota Jabatan Amal itu usaha dilaksanakan pasukan operasi tersebut akhirnya mangsa ditemui oleh orang kampung dan disahkan meninggal dunia dipercayai lemas.
Dengan penemuan mayat mangsa, Muhamad Danish Haikal Semar, 11 tahun itu operasi dihentikan sekitar jam 12:45 tengahari tadi dan jenazah di bawa pihak Polis untuk urusan bedah siasat.
Mangsa dikatakan bersama tiga rakannya memancing di sungai tersebut dan jatuh setelah kayu yang menjadi tempat duduknya patah, manakala usaha menyelamatkannya oleh penduduk gagal. - HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 



Jabatan Amal lancarkan perjalanan Fastaqim 2.3 Pahang

KUALA KRAU: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang antara entiti penting PAS yang menjadi pelengkap disebalik kelancaran Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Pahang, Fastaqim 2.3 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini kelmarin.
Seramai 60 anggota bertugas dipimpin sendiri oleh Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang, Ustaz Shaharuddin Ahmad,  melaksanakan pelbagai rutin mengikut kor masing-masing seawal jam 8 pagi dan selesai hingga semua pimpinan dan peserta bersurai dari tapak himpunan.
Mereka telah mengadakan kawalan trafik dan lalu lintas, selain lengkap dengan persiapan untuk khidmat rawatan, serta ambulan sebagai siap siaga sebarang kecemasan, termasuk melakukan pemantauan keselamatan pimpinan.
Sistematik tenaga kerja sukarela pasukan tersebut diatur menerusi penjadualan tugas yang dibahagi secara giliran, sekali gus menyaksikan anggota uniform meroon itu setia sepanjang melaksanakan khidmat mereka.
Jabatan Amal yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS kini giat meluaskan skop tugasnya mencakupi pelbagai aspek terutama melibatkan kebajikan dan sosial dalam merealisasikan agenda memasyarakatkan PAS. - HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 


Dialog Rakyat Dun Beserah, Pahang

Posted on Friday, January 19 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37816


DIALOG RAKYAT - PAS TERAJU PAHANG
Khamis | 18 Januari 2018 | 9.00 pm
ANDA TANYA , PAS JAWAB di Tapak Depan Masjid Balok, Kuantan










Kredit
Hawk

Sumber TKO - 19-1-2018


Sekitar Kembara PAS Teraju Pahang (PTP) yang bermuda dari Cameron Highland
Posted on Thursday, January 18 @ 03:39:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37786



Sekitar Kembara PAS Teraju Pahang (PTP) yang bermuda dari Cameron Highland 13 jan baru-baru ini seterusnya ke suluruh Parlimen di Negeri Pahang, kembara ini kemuncaknya di Kerdau pada 20 hb ini di acara Fastaqim 2.3 Pahang..









* gambar adalah sekitar kembara di beberapa kawasan Parlimen antaranya, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bera Maran dan Rompin, kawasan parlimen lain akan menyusul..

Kredit
Fastaqim 2.3 Pahang 


Sumber TKO - 18-1-2018































































Tautan Kasih Temerloh santuni pekerja am sekolah

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan ziarah Tautan Kasih yang secara khusus kepada para pekerja am di premis pendidikan terutama pengawal keselamatan dan tukang kebun sekolah.
Program bersama Dewan Muslimat PAS Temerloh itu menyampaikan sumbangan berupa pek sarapan pagi sebagai menyantuni kalangan tersebut yang berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar Lanchang, di sini semalam.
Menurut Yang DiPertua PAS (YDP) Temerloh, Jusoh Darus, aktiviti tersebut sebagai penghargaan kepada pekerja am berkenaan yang turut berperanan menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.
Melalui ziarah tersebut juga katanya, sebagai jambatan membina hubungan baik antara PAS dan para kakitangan sokongan sekolah, seterusnya menggalak masyarakat untuk turut berbuat demikian.
Bersama pada program tersebut ialah Naib YDP PAS Temerloh, Hasan Omar yang juga Pengarah MTD Lanchang dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan. - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD - 18-1-2018 
































































































































Konvoi PAS Teraju Pahang 'tawan' Temerloh

TEMERLOH: Konvoi PAS Teraju Pahang yang bermula sejak 13 Januari lalu singgah di Parlimen Temerloh dalam sambutan hangat dan meriah daripada Jentera PAS Kawasan dan masyarakat setempat, di sini semalam. 
Ketibaan konvoi tersebut dari Jerantut yang singgah di parlimen itu kelmarin, disambut dengan acara penyerahan baton konvoi oleh wakil PAS Kawasan Jerantut kepada PAS Kawasan Temerloh diiringi sekitar 20 pacuan empat roda dan motosikal. 
Seterusnya, jelajah tersebut memulakan aturcara di Temerloh bermula dari Pekan Lanchang menuju ke Bandar Mentakab, seterusnya ke beberapa destinasi di sekitar Bandar Ikan Patim itu dan berakhir di Masjid Ubudiah. 
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Zaharim Ishak, konvoi itu adalah bagi menyemarakkan gelombang Himpunan Fastaqim 12K yang akan berlangsung di Kompleks PAS Pahang, Kerdau pada Sabtu ini. 
Selain itu katanya, jelajah itu dalam rangka menyampaikan masej 'Tawaran PAS Untuk Pahang' dalam PRU14 akan datang yang disemarakkan dengan kibaran bendera PAS dan Fastaqim serta risalah dan stiker PAS Teraju Pahang kepada masyarakat sekitar. 
Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim yang juga  berkata, konvoi itu sebagai usaha memberi kefahaman dan keyakinan masyarakat untuk memberi peluang kepada PAS sebagai peneraju utama kepada politik negeri tersebut selepas PRU akan datang.
Majlis penutup konvoi diserikan dengan Forum Perdana anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh dan berakhir dengan acara penyerahan baton konvoi daripada PAS Kawasan Temerloh kepada wakil PAS Kawasan Kuala Krau. 
Konvoi itu seterusnya akan menjelah ke Parlimen Kuala Krau dan beberapa kawasan lagi sebelum berakhir di kemuncak Himpunan Fastaqim 12K Negeri Pahang. - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD - 18-1-2018 

































































TPR bantu nenek dan biaya yuran cucunya

KUANTAN: Menerusi Tabung Prihatin Rakyat (TPR), PAS Kawasan Paya Besar telah membantu membiayai yuran sekolah KAFA pelajar yang hanya tinggal bersama nenek angkatnya. 
Sumbangan wang tunai untuk Nur Qaseh Danisya Abdullah, 8 tahun, disampaikan sendiri oleh Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya kepada Asemah Che Hassan, 57 tahun di Taman Tas Ria, di sini semalam. 
Pada kesempatan tersebut, sumbangan turut diberikan kepada warga emas itu berupa barangan dapur sebagai usaha meringankan bebannya menjaga cucu angkat tersebut.
"Cucu ini saya bela dari kecil sampai sekarang. Tak ada bantuan dari ibu bapanya. 
Sekarang saya dah tua dan sakit-sakit tak boleh buat kerja jadi terpaksa minta bantuan ramai," ujarnya yang kelihatan lemah tapi gembira menerima bantuan itu. 
Difahamkan oleh Ustaz Tarmizi, pelajar itu antara penerima bantuan 'Back To School' oleh TPR hujung tahun lalu dan nenek angkatnya juga adalah menerima bantuan bulanan dari pihak PAS Taman Tas. 
Orang ramai yang prihatin dan turut sama ingin menjayakan usaha seumpama boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 556226404572 atas nama Tabung Prihatin Rakyat PAS Paya Besar. - HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD - 16-1-2018 

Lancar konvoi sebar mesej PAS Teraju Pahang

LIPIS: PAS Negeri Pahang telah menggiatkan usaha untuk memaham dan meyakinkan rakyat terhadap tekad PAS Teraju Pahang dengan pelancaran konvoi yang diadakan di Cameron Highland, dekat sini semalam. 
Pelancaran dan pelepasan program kembara PAS Teraju Pahang itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu dan turut dihadiri pimpinan PAS Pahang.
"Program yang kita jalankan ini merupakan usaha kita untuk memberi kefahaman dan keyakinan kepada masyarakat khususnya rakyat Pahang bahawa selepas PRU14 ini PAS akan teraju Pahang.
"Program ini akan disambung ke seluruh negeri Pahang dan kemuncaknya pada Fastaqim 2.3 di Kerdau, Kuala Krau nanti," ujarnya dalam ucapan perasmian tersebut.
Selepas acara pelancaran, semua peserta konvoi berarak mengelilingi Cameron Highlands dan mengedarkan risalah serta stiker 'PAS Teraju Pahang kepada masyarakat.
Program tersebut berakhir selepas Asar dengan penyerahan bendera di kawasan sempadan Parlimen Cameron Highlands dengan Parlimen Lipis di Markas PAS Kampung Berchang.
Penyerahan bendera PAS Teraju Pahang itu telah disampaikan oleh Yang DiPertua (YDP) PAS Cameron Highlands, Ustaz Abdul Karim Nor kepada YDP PAS Lipis, Ustaz Roslan Harun. 
Konvoi Kembara PAS teraju Pahang akan bergerak ke lokasi seterusnya dan dibahagikan kepada tiga kumpulan atau zon iaitu, Pahang Barat (Lipis), Tengah (Bera) dan Timur (Rompin). - HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD- 14-1-2018 



































































PAS Paya Besar himpun jentera Pra Fastaqim 2.3

PAYA BESAR: Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan Himpunan Pra Fastaqim 2.3 di Pusat Tarbiyah PAS Darus Salam, Permatang Badak, di sini semalam.
Biarpun dalam hujan lebat, anggota jentera membuktikan keteguhan mereka menekuni taujihat dan amanat kepimpinan tanpa berganjak sedikitpun.
Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berkata, pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya memenangi satu Dun dengan kekuatan 1,000 anggota jentera.
Program tersebut merupakan persediaan mengimarah Himpunan Fastaqim 2.3 PAS Negeri Pahang yang akan berlangsung pada 20 Januari depan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.
Himpunan mega menjelang PRU14 itu mensasarkan penyertaan 12,000 anggota jentera dari seluruh kawasan dalam negeri tersebut bagi merealisasikan misi PAS Terajui Pahang.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang menyampaikan ucaptama pada himpunan semalam menegaskan, PAS akan bertanding lebih 38 kerusi bagi menjayakan misi tersebut.
Menurut beliau, kini kepimpinan PAS Pahang komited menjelajah ke seluruh negeri itu untuk menyuntik semangat ahli-ahli PAS supaya bekerja kuat mencapai kemenangan.
"Sekiranya berlaku (pertandingan) tiga penjuru, para jentera jangan merasa lemah. Orang Melayu akan melakukan perubahan pada PRU kali ini kerana mereka sudah kecewa dengan kerajaan yang ada hari ini.
"Mereka kecewa dengan situasi pembentukan negara yang semakin lama semakin teruk, dan mereka memilih PAS. Mereka tidak akan pilih parti-parti yang serupa dengan parti lama," ujarnya penuh semangat.
Pada himpunan itu, Ustaz Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur telah merasmikan As-Sabiqun PAS Paya Besar diketuai Pengerusi As-Sabiqun PAS Pahang, Ustaz Ismail Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Ngah.
Turut memberikan taujihat pada himpunan itu adalah Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohammad Hazmi Dibok dan selebriti, Bob Lokman. - HARAKAHDAILY 12/1/2018






































































































































Sumber HD -12-1-2018








































































































































PAS paling stabil hadapi PRU14

TEMERLOH: PAS adalah parti politik paling stabil di saat parti-parti lain sedang bergelut pelbagai konflik dalaman dan perebutan kuasa, demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad.
Katanya, PAS terus mara dan kini bersedia menghadapi PRU14 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa, termasuk menyusun strategi ke arah membentuk masa depan lebih baik untuk negara.
Hal itu jelas beliau, diutarakan PAS menerusi pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 dan Dokumen Hijau yang menawarkan solusi penyelesaian terbaik terhadap pelbagai masalah melanda negara.
Perkara itu dinyatakan Iskandar ketika berucap dihadapan kira-kira 200 hadirin pada Himpunan Pra-Fastaqim 2.3 PAS Kawasan Temerloh di perkarangan Pejabat PAS Temerloh, di sini semalam.
"PAS juga telah membuktikan keampuhan prinsip perjuangan Islam didokongnya apabila kekal bertahan dan membentuk Kerajaan Selangor. 
"Walaupun mendapat tekanan dari pelbagai sudut yang mendesak PAS untuk melonggarkan prinsip khususnya dalam peristiwa 'Langkah Kajang' yang lepas," ujar Exco Kerajaan Selangor itu.
Beliau turut menyeru seluruh jentera PAS agar meneruskan kerja kuat bagi menarik undi bukan sahaja daripada pengundi Melayu Islam, tetapi juga semua bangsa yang lain.
Pada program tersebut turut dilancarkan kempen dan gelombang penyertaan ke Himpunan Fastaqim 12K Negeri Pahang yang akan berlangsung pada 20 Januari depan di Kompleks PAS Pahang, Kerdau.
Hadir sama pada program tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim serta para pimpinan PAS Pahang. - HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD-12-1-2018 





































































Muslimat Indera Mahkota anjur pertandingan bowling

KUANTAN: Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah menganjurkan Pertandingan Bowling Terbuka Wanita di Pusat Bowling Berjaya Megamall, di sini semalam.
Menerima lebih 100 penyertaan, pertandingan pelbagai kategori individu dan kumpulan itu bertujuan merai kaum wanita dan mengeratkan silaturahim melalui riadah secara santai.
Ternyata, warna-warni pertandingan tersebut dihiasi kemeriahan mahabah dan suasana ukhuwah yang dizahirkan antara para peserta dan penganjur.
Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota berharap pelbagai aktiviti kepada golongan wanita dapat diadakan lagi pihaknya dalam usaha mewujudkan kehidupan positif dan sokongan berkaitan.
Majlis perasmian telah disempurnakan olej Ketua Muslimat PAS Indera Mahkota, Salawati Salleh, manakala hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan Adun Beserah, Andasura Rabu. - HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD - 8-1-2018 

PAS K. Sentul santuni warga Felda Jengka 4

MARAN: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Sentul giat mendekati masyarakat dalam usaha merealisasikan hasrat PAS menerajui pemerintahan negeri Pahang.
Sehubungan itu, majlis gotong-royong dan ziarah serta sumbangan kepada golongan memerlukan telah diadakan di Felda Jengka 4, di sini semalam.
Program tersebut telah diketuai Ketua PAS Cawangan Jengka 4, Ustaz Ramli Ismail dan Penyelaras PAS Dun Kuala Sentul, Fazil Azmi Nadzri bersama pimpinan PAS Cawangan.
Program sejak awal pagi itu turut disertai masyarakat setempat bersama dalam gotong-royong membersihkan surau di situ dalam suasana penuh harmoni dan tekun.
Pihak PAS turut mengadakan ziarah dari rumah ke rumah penduduk yang memerlukan perhatian terutama dari kalangan kurang upaya, miskin dan uzur.
Sumbangan turut diberikan dalam usaha meringankan beban ujian dihadapi, selain mendapatkan maklumat untuk tindakan susulan bagi bantuan lain yang berkenaan. - HARAKAHDAILY 8/1/2018












































































































































Sumber HD -8-1-2018







































































Isa Samad jadi alat ‘belakang tabir’

PAS bimbang Tan Sri Mohd Isa Samad dipergunakan pihak di belakang tabir untuk ‘mengaut’ kekayaan Felda. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yohanis  Ahmad Aneq berkata, apa yang peliknya bekas pengerusi Felda itu tidak mempunyai jawatan besar dalam Umno namun berperanan cukup besar. 
“Isa dilihat begitu disayangi pemimpin negara, walaupun terlalu banyak skandal dilakukannya sehingga memalukan Perdana Menteri. 
“Kita bimbang pemimpin terbabit hanya menjadi kambing hitam untuk menanggung semua kesalahan sepanjang menjadi Pengerusi Felda,” katanya pada pelancaran kempen bertema 'Manifestasi Permasalahan Felda 60 (MPF 60)di Kompleks Tahfiz Ar Qardawi, Kerdau, Temerloh semalam. 
Perasmiannya disempurnakan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar. Hadir sama aktivisi Felda, Naraza Muda.  – HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD - 8-1-2018 








































































Biar apa orang nak kata

SEJAK dari bujang saya bersama PAS, dah berlori saya lihat pimpinan dan orang PAS kena maki hamun, kena fitnah, hinggakan orang kecik macam saya yang tidak punya kelebihan pun kena jugak, malahan sampai kepada peringkat pimpinan PAS dipenjara malahan yang dibunuh pun ada. 
Namun saya tetap bersama PAS, kerana saya tahu dan saya yakin Allah swt lebih-lebih lagi mengetahui apa yang saya lakukan. Saya tidak mengutip PAS dari bakul sampah atau dari kalam lidah orang-orang yang siang dan malam mencerca Islam. 
Tetapi saya perolehinya dan menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan kerana ianya keluar dari kalam lidah para ulama dan orang-orang soleh yang mencintai Islam, yang bersandarkan dari Al Qur'an dan Al Hadis. 
Saya mendapatkannya di majlis ilmu yang dimuliakan oleh Allah, RasulNya dan para MalaikatNya. Saya juga memahami perjuangan PAS ketika berada di bawah bumbung madrasah, pondok, masjid, surau, mimbar dan halaqat usrah. 
Ikatan saya bersama PAS semakin ketat, diikat dengan hubungan jamaah yang disatukan melalui "Liqaul fikri", akal yg sentiasa berfikir tentang Islam, juga dengan perasaan yang sama iaitu mencintai Islam. Saya kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan saya, sangat bahagia hidup berjamaah. 
Carut marut musuh itu hanya seumpama najis, tak perlu simpan, tak perlu dipedulikan, ia hanya akan membawa wabak yang semakin membusukkan hati, ada masa kita perlu berhujah dan ada masanya kita perlu berdiam, kerana bukit takkan runtuh disalak anjing. - HARAKAHDAILY 7/1/2018
Sumber HD - 7-1-218 


















































































































































Pemimpin PAS bantu mangsa banjir

PEMIMPIN PAS Pahang turun padang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di lokasi yang dilanda bah. 
Antaranya Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Indepura, Beserah, Semambu, Tioman dan kawasan lain menyatuni mangsa banjir bersama petugas Khidmat Malaysia serta Jabatan Amal. 
Jumlah sekolah yang ditutup akibat bencana banjir meningkat kepada 15 buah hari ini berbanding 11 sekolah ditutup semalam. 
Di Kuantan 12 sekolah ditutup manakala satu sekolah masing-masing di daerah Pekan, Jerantut dan Lipis. 
Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan berterusan mengakibatkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh Pahang meningkat kepada 6,784 orang.
Daerah yang terlibat iaitu Kuantan, Rompin, Maran, Pekan dan Jerantut.   
Kuantan menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 5,166 orang ditempatkan di 24 pusat pemindahan banjir (PPB), manakala Rompin 652 mangsa ditempatkan di sembilan PPB. – HARAKAHDAILY 5/1/2018
Sumber HD - 5-1-2018 










































































Khidmat Malaysia buka pusat operasi banjir

KHIDMAT Malaysia membuka Pusat Operasi Banjir Maran di Markas Tarbiah PAS Maran Kampung Embun, Chenor bagi memudahkan operasi membantu mangsa banjir.
Pengerusi Khidmat Malaysia Maran, Ramli Awang berkata, Khidmat Malaysia Maran turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di daerah itu. 
Katanya, ketika banjir berlaku sebelum ini Khidmat Malaysia membantu memindah mangsa banjir, barangan mereka dan menyelaras bantuan makanan. 
“Kami juga membersih tempat awam seperti masjid, surau, balai raya dan rumah mangsa banjir,” kata beliau di sini. 
Menurutnya juga Khidmat Malaysia Maran turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan dalam melaksanakan operasinya. 
Orang ramai yang ingin mendapat bantuan Khidmat Malaysia boleh menghubungi  Ramli di talian 013 9962172, bendahari (Roslan - 012 9863694), setiausaha – (Mat Amin - 010 8428028) dan Komandan Amal (Zaidi - 013 6162458). 
Orang ramai yang turut menyumbang bantuan juga boleh menyalur melalui Maybank PAS MARAN di akaun 556057507142. – HARAKAHDAILY 5/1/2018
Sumber HD - 5-1-2018 

Adun PAS redah banjir bantu penduduk

ADUN Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abd Jabar turun padang meredah hujan dan mengharungi banjir bagi membantu membantu penduduk di Tanah Putih Feri dan Kampung Kurnia. 
Beliau mengharungi banjir di paras lutut bersama anggota Jabatan Amal Kuantan. 
Hujan kadang kala lebat sejak 31 Disember sehingga hari ini dan ditambah pula air pasang menyebabkan kawasan perkampungan dinaiki banjir. 
“Alhamdulillah petang ini air dah mulai surut, namun penduduk perlu berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka berterusan,” katanya di Kuantan. 
Difahamkan air Sungai Kuantan pasang sehingga menyebabkan kawasaan rendah ditenggelami air seperti berlaku pada 2013. – HARAKAHDAILY 2/1/2017
Sumber HD - 2-1-2018 













































































PAS Dun Kuala Sentul santuni veteran

MARAN: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Sentul telah menganjurkan program ziarah kepada para Veteran PAS di Felda Jengka 3, di sini semalam.
Ziarah tersebut diketuai Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Md Nasir Taib dan turut disertai Penyelaras PAS Dun Kuala Sentul, Fazil Azmi Nadzri.
Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan serta menyantuni para veteran terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan.
Sempena ziarah itu juga PAS Dun Kuala Sentul turut menghulurkan sumbangan sebagai meringankan sedikit beban hidup dihadapi para veteran tersebut.
Selain itu, menerusi ziarah tersebut menjadi medium perkongsian maklumat semasa kepada mereka yang berhalangan hadir ke program parti kerana keuzuran. - HARAKAHDAILY 30/12/2017


























































































































































Sumber HD - 30-12-2017


























































































































































Ziarah Medik PAS Lanchang dan PAPISMA

TEMERLOH: PAS Majlis Tindakan Dun (MTD) Lanchang telah menjalankan ziarah dan pemeriksaan kesihatan melibatkan beberapa keluarga di sekitar Felda Lakum, di sini hari ini. 
Ziarah diketuai Pengarah MTD Lanchang, Hasan Omar itu turut disertai anggota perubatan daripada Persatuan Pengamal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) Temerloh.
Program mingguan PAS Lanchang itu bertujuan membantu pesakit-pesakit yang kurang upaya dan tidak berkemampuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan rawatan di klinik. 
Lebih dikenali sebagai Ziarah Medik, program itu juga mensasarkan pesakit-pesakit golongan warga emas yang mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi. 
“Kita mengharapkan Ziarah Medik ini mampu memberikan semangat kepada mereka dan melangsungkan kehidupan dengan lebih sihat dan selesa,” kata Hasan yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh. - HARAKAHDAILY 30/12/2017
Sumber HD - 30-12-2017 

PAS Pekan jayakan kem hafazan cuti sekolah

PEKAN: PAS Kawasan Pekan menganjurkan Kem Hafazan al Quran Cuti Sekolah yang disertai 110 pelajar di Maahad Tahfiz al-Furqan, Permatang Pasir, Peramu Jaya, di sini sejak 17 Disember lalu dan berakhir hari ini.
Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf dalam ucapannya menyuntik semangat ibu bapa untuk terus mendedahkan anak-anak dengan hafalan al-Quran sejak usia kecil.
Sementara itu, pensyarah Kulliyah Sultan Abu Bakar Pekan, Ustaz Zaidi Ismail dalam ucapan perasmian penutup menyarankan anak-anak melazimi baca al Quran sekurang-kurangnya 5 minit setiap pagi dan juga sebelum tidur.
Majlis penutupan disempurnakan dengan penyampaian hadiah pelajar contoh, pelajar cemerlang hafazan, pelajar cemerlang hafazan mathurat, memanah, pasukan futsal, juara kawad dan tarik tali.
Penghargaan khas turut diberikan kepada 12 pelajar yang tamat hafazan juzuk 30 yang disampaikan oleh pewakaf tapak Maahad Tahfiz al Furqan, Abdul Rahim Nikmat.
Majlis juga diserikan dengan bacaan al Quran, zikir Mathurat dan persembahan Qasidah oleh para pelajar tersebut dengan kehadiran ibu bapa masing-masing.




























































































































































Sumber HD - 29-12-2017















































































PAS cipta gelombang anak muda

PEMUDA PAS Pahang berusaha mengujudkan gelombang anak muda menjelang detik Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pahang, Mohd Shamsuri Hussein berkata, antara usaha dilakukan pemuda termasuk meningkatkan kesedaran berpolitik dan mendaftar pemilih baharu. 
Katanya, melalui penerangan isu-isu semasa diharap dapat meningkatkan kefahaman golongan muda tentang politik. 
“Pemuda PAS mendominasi pengundi muda kerana menjadi penentu kemenangan sesebuah parti politik dalam pilihan raya. 
“Kita mensasarkan 60 peratus pemilih muda akan mengundi PAS dalam PRU-14 nanti,” katanya pada Program Konvoi Anak Muda di Felda Keratong 4 dan Selancar 1 di Rompin.– HARAKAHDAILY 28/12/2017
Sumber HD - 28-12-2017 













































































PAS bantu baik pulih rumah ibu tunggal

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menerusi PAS Cawangan Taman Tas telah membantu membaiki dan membersih rumah usang ibu tunggal, Faridah Mamat, 52 yang tinggal bersama anaknya, di sini semalam.
Wanita itu membesarkan anaknya berusia 10 dan 12 tahun dengan berniaga kuih dan mengasuh anak kecil bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Ketua PAS Taman Tas, Yusof Harun memaklumkan bantuan tersebut sebagai memastikan mereka mendapat kehidupan selesa di mana tikar getah, pintu dapur dan kerja mengecat dilakukan.
Hadir sama Setiausaha PAS Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor yang melaksanakan kerja-kerja mengecat dinding kediaman rumah ibu tunggal itu.
Orang ramai diseru menyokong usaha kebajikan PAS itu menerusi sumbangan ke Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar akaun Maybank 5562 2440 4572. -HARAKAHDAILY 11/3/2018
Sumber HD - 11-3-2018 

































PAS Indera Mahkota siapsiaga menangi Dun dan Parlimen

INDERA MAHKOTA: PAS Parlimen Indera Mahkota membuktikan kesiapsiagaannya menghadapi PRU14 menerusi Himpunan Jentera Pilihan Raya yang diadakan di Dewan Putra, Balok, di sini semalam.
Himpunan tersebut bertujuan menyuntik kesepaduan jentera untuk mempertahankan kemenangan Dun N.12 Beserah dan mencapai kemenangan di Dun N.13 Semambu, serta kerusi Parlimen P.82 Indera Mahkota.
Roh himpunan diperteguhkan dengan majlis munajat menerusi solat Isyak dan solat hajat berjamaah diikuti taklimat oleh Pengarah-pengarah Dun.
Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Indera Mahkota, Tengku Zaidi Tengku Musa, pihaknya telah membuat persiapan rapi dari semua aspek dan mengaktifkan jentera semua peringkat.
Manakala Yang DiPertua PAS Indera Mahkota, Andansura Rabu menegaskan, sekurang-kurangnya 1,000 anggota jentera PAS Kawasan itu akan dihantar menyertai Fastaqim 2.3 pada 20 Januari depan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.
Jelasnya, penyertaan itu akan melengkapkan sasaran 12,000 Jentera Pilihan Raya PAS Pahang sekali gus membawa isyarat PAS Pahang bersedia merealisasikan misi menerajui negeri tersebut dari kemenangan pada PRU14 ini.
Terdahulu sebelum himpunan berlangsung, papan tanda besar "Komitmen PAS Pahang" dinaikkan sebagai simbolik kepada momentum tekad dan kesiapsiagaan PAS negeri itu kepada rakyat.
Mengandungi antara manifesto PAS Pahang yang akan terus dipamerkan secara berperingkat oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Indera Mahkota, papan tanda itu dinaikkan di hadapan Pusat Tarbiyah Islamiah Cherating (PUTIC) yang menjadi laluan utama Kuantan - Kemaman. - HARAKAHDAILY 29/12/2017






























































































































































Sumber HD - 20-12-2017

Munajat PAS Dun Luit tingkatkan kekuatan perjuangan

MARAN: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit telah menganjurkan program Munajat Perdana PRU14 yang diadakan di Surau Hasanatul Abrar, Kampung Ulu Luit, di sini semalam.
Program pentarbiyahan itu sebagai usaha meneguhkan kekuatan rohani ahli PAS dalam kesiapsiagaan perjuangan menghadapi mehnah PRU14 yang tentunya berdepan pelbagai ujian.
Selain itu, ia bertujuan melatih keredhaan, ubudiyah dan pengharapan hanya semata kepada pertolongan Allah untuk meraih kemenangan mahupun sebarang keputusan pada PRU nanti.
Program tersebut telah diadakan buat kali keenam melibatkan UPU dalam Dun Luit bagi pusingan pertama dan akan diteruskan di semua UPU menjelang PRU14.
Munajat itu juga turut disertai masyarakat setempat yang memberi sambutan yang baik dengan penganjuran majlis sedemikian.
Selain mengadakan solat-solat hajat, majlis turut menumpukan bacaan zikir dan menghayati doa yang dipimpin sendiri oleh Penyelaras Dun  Luit, Ustaz Shahrul Nizam Abdul Haliff. - HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD - 26-12-2017 



































































































































































Himpunan Jentera PRU Cameron Highlands

LIPIS: PAS Kawasan Cameron Highlands telah menganjurkan program Himpunan Amilin PAS Cameron Highlands di Pusat Tarbiyah Darul Hidayah, Sungai Koyan, di sini semalam. 
Program tersebut bertujuan menghimpunkan para petugas pilihan raya seluruh peringkat kawasan itu dalam memberi semangat roh perjuangan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yohanis Ahmad dalam ucapan perasmiannya menekankan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan oleh semua petugas untuk mendapat kemenangan, sekali gus merealisasikan matlamat PAS Teraju Pahang. 
Turut berucap, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal dan Pengerusi NGO As-Saabiqun Pahang, Ismail Mohamad serta Yang DiPertua PAS Kawasan Cameron Highlands, Ustaz Abdul Karim Nor. 
Program tersebut dimulai dengan solat dhuha dan solat hajat berjemaah diikuti taujihat dari pimpinan PAS Negeri Pahang, selain pelancaran As-Saabiqun Kawasan Cameron Highlands dengan penyerahan lebih 30 borang keahlian kepada Ismail. - HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD - 26-12-2017 


















































































Ramah Mesra Anak Muda Indera Mahkota meriah

INDERA MAHKOTA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota telah menganjurkan Ramah Mesra Anak Muda Indera Mahkota bertempat di Kampung Alor Batu Jabor dekat sini semalam. 
Program edisi pertama ini telah mendapat sambutan yang luar biasa oleh penduduk setempat dengan penyertaan setiap aktiviti yang telah disusun khas buat mereka.
Program bermula dengan perasmian oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota (DPPIM), Ustaz Mohd Zaki Ibrahim disusuli dengan kuliah dhuha ringkas oleh beliau. 
Menurut beliau,  objektif program seperti ini adalah untuk mengeratkan ukhwah Islamiah diantara sesama masyarakat disamping mengetengahkan DPPIM sebagai duta penggerak masyarakat.
Sejurus selepas itu program gotong-royong membersihkan Masjid Al-Hidayah Alor Batu diadakan dengan diketuai oleh Jabatan Amal Indera Mahkota.
 Acara di perkarangan masjid pula dimeriahkan lagi dengan acara sukan rakyat kendalian Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota.
Antara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah seperti dam aji, karom, sepak raga bulatan, dart dan memanah. 
Selain itu, Lajnah Kebajikan DPPIM mengambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada lebih 50  pelajar yang bakal memulakan persekolahan tidak lama lagi.
Di sebelah petang pula diadakan ziarah rumah ke rumah dan pemberian sumbangan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan bersama Pusat Khidmat DUN Beserah diketuai oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Indera Mahkota, Tengku Zaidi Tengku Musa.
Seterusnya program santai barbeque berlangsung untuk meraikan para peserta dan petugas yang bertungkus lumus menjayakan program. 
Acara kemuncak program ramah mesra ini diakhiri dengan forum perdana yang dibarisi oleh Ketua Pemuda DPPIM, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim. 
Penyampaian hadiah kepada para pemenang acara yang diadakan pada sebelah pagi.
"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Alor Batu Jabor selaku tuan rumah yang bekerja keras untuk menjayakan program ini.
"Dengan sambutan yang memberangsangkan ini kami akan meneruskan lagi menganjuran siri Ramah Mesra Anak Muda Indera Mahkota ini dengan lebih baik lagi ke tempat-tempat lain di sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota. Insya Allah," ujar Ustaz Mohd Zaki pula. - HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD - 26-12-2017 

Bauksit: Penduduk bimbang tragedi lama berulang

PENGUMUMAN Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) untuk menarik semula penyitaan 10 juta tan stok bauksit menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk.
Mereka bimbang apa yang pernah mereka alami sebelum ini berulang kembali. 
Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, sepanjang tempoh moratorium penduduk tidak lagi dihantui debu merah yang mencemar persekitaran dan kesihatan mereka. 
Katanya, penduduk kembali selesa selepas melalui tempoh begitu menyeksakan akibat perlombongan bauksit. 
“Tiada lagi persekitaran yang kotor dan berdebu serta gangguan lori bauksit yang menakutkan. Suasana itu bakal berubah semula apabila lombong bauksit dibenarkan beroperasi kembali,” katanya di Kuantan. 
SPRM baru-baru ini memberitahu akan menarik balik penyitaan simpanan stok bauksit yang dianggarkan lebih 10 juta tan di Pahang. – HARAKAHDAILY 25/12/2017






































































































































































Sumber HD - 25-12-2017



PAS Pahang letak 10 peratus calon bukan Islam
Posted on Sunday, December 24 @ 09:06:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37413


TEMERLOH, 23 Dis ― PAS Pahang akan meletakkan 10 peratus calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Pesuruhjaya PAS negeri Rosli Abdul Jabar berkata mereka akan dipilih dalam kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS.


"Untuk peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula bergantung pada keadaan semasa," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di Kompleks Al Makmur Kerdau di sini hari ini.

Beliau berkata PAS Pahang juga memutuskan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 38 DUN dan 13 kerusi parlimen pada PRU14 nanti.

"Kita telah mengenal pasti calon-calon yang bakal bertanding dengan pelbagai latar belakang termasuk aktivis masyarakat, profesional dan golongan agamawan. Sebanyak 40 peratus merupakan golongan muda dan 10 peratus lagi merupakan calon muslimat," katanya.

Mengulas lanjut, Rosli berkata pihaknya yakin dapat menawan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu meskipun tanpa kerjasama parti pembangkang lain bersandarkan sokongan 200 badan bukan kerajaan di bawah Gagasan Sejahtera.

PAS Pahang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 dan kesediaan ini akan diterjemahkan pada Fastaqim 2.3 yang bakal menghimpunkan lebih 12,000 jentera pilihan raya PAS Pahang pada 20 Jan ini, katanya.

Pada masa ini PAS Pahang menyandang dua kerusi DUN iaitu Tanjung Lumpur dan Beserah serta satu kawasan parlimen iaitu Temerloh yang masing-masing dimenangi pada PRU lalu.

Satu lagi kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 iaitu Kuala Semantan kini diwakili Parti Amanah Negara (PAN) selepas penyandangnya Syed Hamid Syed Mohamed bertindak menyertai parti serpihan PAS itu. - Bernama

Sumber TKO - 24-122-2017











































































































































































PAS To Contest 38 State, 13 Parliamentary Seats In Pahang

PAS has set an ambitious plan for Pahang where the party plans to contest for at least 38 state and 13 parliamentary seats in the state in the 14th General Election (GE14).

Pahang PAS commissioner Rosli Abdul Jabar said the party is aiming high and hopes to win 25 state seats and seven parliamentary seats.

“We have identified the potential candidates who come from various background such as community activists, professionals, and religious groups.

“About 40 per cent of the candidates are young and 10 per cent are women. PAS will also field non-Muslim candidates from the PAS Supporters Group,” he told a press conference after the Pahang PAS Liaison Committee meeting at Kompleks Al Makmur Kerdau here, today.

In the 13th General Election (GE13), PAS won only three state seats in Pahang namely Tanjung Lumpur, Beserah and Kuala Semantan, and one parliamentary seat, namely Temerloh. — Bernama

Sumber BO - 23-12-2017






















































































Cikgu Azizan sanggup ‘korban diri’

“SAYA pernah menjadi murid dan pernah menjadi guru. Pernah juga dirotan ketika bergelar murid. 
“Dan pernah merotan pelajar nakal sewaktu bertugas sebagai guru. Jika dulu saya dirotan guru kerana nakal dan saya pula merotan murid kerana mereka juga nakal,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar. 
Bagaimanpun katanya, hasil didikan guru tersebut membolehnya berada pada kedudukan sekarang. 
Kelmarin Mahkamah Majistret di Seremban melepas tanpa membebaskan Cikgu Azizan Manap, 44 daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu. 
Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan berkenaan. 
Ustaz Rosli juga berkata, beliau menyokong tindakan Cikgu Azizan untuk mendidik anak muridnya menjadi manusia berguna pada masa depan. 
Pengarah PASTI Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil pula berkata, Cikgu Azizan sanggup mengorbankan diri bagi membentuk peribadi dan akhlak pelajar. 
“Tugas inilah yang amat diharap kepada seluruh guru selain tugas hakiki mengajar dalam kelas,” katanya di Kangar. – HARAKAHDAILY 21/12/2017
Sumber HD - 21-12-2017 

























































































Iktibar air zam zam dan perjuangan PAS

NABI Ibrahim as meninggalkan isterinya Hajar bersama anaknya yang masih bayi ditengah padang pasir yang kering kontang, meskipun Nabi Ibrahim as terlalu kasihkan mereka, namun itu adalah perintah Allah swt. 
Ketika Nabi Ismail menangis kelaparan, Hajar berlari-lari antara Safa dan Marwah mencari air, namun tidak ditemui, namun tiba-tiba disaat Nabi Ismail menangis kehausan terpancarlah mata air dari hujung kakinya. 
Rahmat Allah begitu luas, rezeki ada dimana-mana, tiada yang menyangka mata air zam-zam itu terpancar di tengah padang pasir yang sebelumnya kering kontang. Allah swt sentiasa memberikan pertolongan kepada hambanya yang bertaqwa. 
Kerana keyakinan sebegini perjuangan PAS dilihat pelik oleh sesetengah pihak, lalu bertalu-talu lontaran keji terhadap PAS apabila berlaku putusnya tahaluf dengan parti2 yang pernah bersama didalam Pakatan Rakyat dahulu.
Mereka rimas apabila PAS tetap meneruskan agenda perjuangan Islam. Tahaluf bukan menjadi sebab untuk PAS membuang jauh dasarnya semata-mata kononnya untuk menang. Sikap PAS yang tegas dalam mempertahankan dasar perjuangannya sehingga sanggup memutuskan tahaluf dianggap akan menutup lorong mereka untuk menakluk Putrajaya. 
Bagi PAS Islam adalah keutamaan, tiada gunanya sebuah perjuangan yang sarat dengan pengorbanan jika tidak kerana agama dan tidak juga berguna sebuah kemenangan jika tidak dapat dilaksanakan didalamnya syariaat Allah swt. 
PAS tetap meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang Islam terdahulu dengan keyakinan bahawa Allah swt pasti akan mendatangkan pertolonganNya untuk mencapai kemenangan, meskipun dihimpit rapat oleh musuhnya. 
Cahaya kemenangan pasti akan terpancar dicelahan kurungan musuh sebagaimana terpancarnya mata air zam-zam ditengah padang pasir yang gersang dan tandus. Pintu rahmat Allah swt itu tersangat luas dan sentiasa terbuka, adalah mustahil boleh ditutup walau dihimpunkan seluruh kekuatan mahkluk untuk menutupnya. – HARAKAHDAILY 13/12/2017 
 * tajuk asal: The return of AKU DAN PAS - siri 9 ( Bumbung Masjidil Haram)
Sumber HD- 13-12-2017 




















































































































































































Projek perumahan tidak terkawal di Cameron

PEMBINAAN banyak bangunan baharu yang tidak sejajar dengan kemudahan prasarana terutamanya jalan raya menyebabkan berlaku kesesakan teruk di Cameron Highlands pada hujung minggu. 
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi berkata, kerajaan perlu mengawal ketat pembinaan bangunan baharu kerana ia antara menyumbang kesesakan lalu lintas. 
Katanya pihak berkuasa perlu mengkaji sebelum meluluskan projek baharu bukannya mengikut kehendak pemaju.
“Apa yang berlaku sekarang seolah-olah pembangunan sesuatu projek dikawal pemaju,” katanya di Kuala Lipis. 
Kesesakan lalu lintas begitu ketara pada setiap hujung minggu dan cuti persekolahan. Kesesakan bermula di Tringkap sehingga Brinchang. – HARAKAHDAILY 12/12/17
Sumber HD - 12-12-2017 



























































































Back 2 School bantu persekolahan anak asnaf

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menerusi Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar (TPR) meneruskan lagi program tahunan 'Back 2 School' di Pasaraya Berjaya Ekonomi Taman Tas, di sini bermula semalam.
Program tersebut bertujuan memberi sumbangan kelengkapan sekolah terutama kepada anak-anak yatim, fakir miskin serta mereka yang sangat memerlukan. 
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi bin Yahaya program tersebut akan berterusan sepanjang bulan Disember ini.
"Tahun ini, kita akan menaja 480 penerima dari kalangan mereka-mereka yang sangat memerlukan ini sekitar kawasan Paya Besar. Dengan keadaan ekonomi yang sangat membebankan rakyat kini, kita sangat mengambil berat tentang anak-anak ini," ujar beliau. 
Beliau turut mengharapkan orang ramai terus menyalurkan sumbangan kerana TPR yang memerlukan dana sekitar RM 80,000 untuk program tersebut kali ini. 
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi hotline TPR di talian 016-264 0448 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar 5562 2640 4572 Maybank.
Sumber HD - 30-11-2017 

Bajet Pahang 2018 tidak mampu dibangga

TIDAK ada apa yang mampu dibanggakan biarpun Pahang mencatat lebihan belanjawan setiap tahun kerana bergantung kepada punca hasil tradisional. 
Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, Bajet 2018 tidak menunjukkan perubahan besar berbanding Bajet 2017 kerana masih mengekalkan pendapatan sekitar RM700 juta setahun. 
Katanya, bajet Pahang belum lagi
mencapai RM1 bilion setahun biarpun banyak kawasan industri baru dibuka di negeri tersebut. 
“Pada bajet lepas kerajaan negeri memberitahu akan meneroka sumber hasil baharu namun tidak pula kelihatan sumber hasil tersebut,” katanya. 
Baru-baru ini Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub memberitahu Pahang dijangka mempunyai lebihan anggaran perbelanjaan tahun hadapan sebanyak RM640,000. 
Menurutnya kutipan hasil tahun 2018 dianggar berjumlah RM700.64 juta manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM700.04 juta. – HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD-27-11-2017 






























































































Umno terdesak pindah pengundi pos ke Bera

UMNO dan BN dianggap begitu terdesak sehingga lebih 1,000 pengundi pos berada dalam senarai di kem yang masih dalam pembinaan di parlimen Bera. 
Kehadiran pengundi baharu itu meningkatkan kira-kira 7 peratus pemilih bagi Dun Kemanyan. 
Yang Dipertua PAS Bera, Ir Musaniff Abdul Rahman berkata, kehadiran pengundi pos memberi keuntungan besar kepada Umno dan BN. 
Katanya, jumlah tentera yang disenarai di kem yang belum siap pembinaannya seramai 1,234 orang. 
“Ini bermakna berlaku peningkatan mendadak kira-kira 7 peratus bagi Dun Kemanyan,” katanya selepas meninjau kem tersebut di sini. 
Baru-baru ini Harakah mendedahkan terdapat lebih 1,200 pengundi pos disenaraikan di kem tentera yang masih dalam pembinaan. – HARAKAHDAILY 23/11/2017






























































































































































































Sumber HD- 23-11-2017
































































































Balai Polis lama Temerloh kini ditutup

SELEPAS lebih 50 tahun beroperasi akhirnya Balai Polis Temerloh ditutup secara rasmi apabila semua operasinya dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh yang baharu. 
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, Balai Polis Temerloh di bandar lama berpindah ke IPD Temerloh susulan lokap IPD haharu diwartakan. 
“Balai Temerloh adalah bahagian terakhir yang dipindahkan ke Kompleks IPD Temerloh yang baharu selepas ia siap dibina pada 2013. 
“Sebelum ini bahagian narkotik, trafik, pengurusan dan lain-lain sudah berpindah ke bangunan baharu,” katanya di Temerloh.  

Berikutan penutupan operasi IPD lama segala urusan hanya beroperasi di IPD baharu. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD - 21-11-2017 


































































































The Return Of Aku dan PAS (siri 6)

ZAMAN 80-an dulu, sayalah penulis poster ceramah bila ada ceramah di kawasan saya, letih jugalah, nak nak bila yang datang tu penceramah terkenal seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, TGHH dan lain-lain, geng-geng otai kerjanya menyuruh je, pernah saya kena tulis pada manila kad sampai 100 keping sebab nak tampal sampai ke Pekan. 
Dalam satu usrah di Markas PAS Darussalam, masa itu masih lagi dalam kawasan Pekan, kalau tak silap saya Allahyarham Ustaz Awang Dagang yang jadi naqib masa tu, dia bacakan ayat dari surah yang sangat sinonim dengan perjuangan PAS iaitu surah As-Saff ayat 10 (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 
Beliau merujuk kepada kalimah At Tijaarah (perniagaan). Allah swt umpamakan berjuangan Islam ini seperti perniagaan, bila perniagaan pasti ada untung dan ruginya, untung dan ruginya juga dipengaruhi oleh strategi perniagaan yang dilakukan, antaranya yang paling utama dalam strategi perniagaan ialah iklan. 
Perjuangan PAS pun sama. Katanya. bendera PAS adalah syiar bagi menunjukkan bahawa PAS itu wujud di satu-satu tempat, sedikit atau banyak ia akan menggambarkan kekuatan, begitu juga poster ceramah. Kalau sekiranya tiada poster ditampal, tiada siapa yang akan tahu ada program ceramah, tiada orang yang akan hadir jikalau tiada poster. 
Memang pada masa itu, poster adalah medium paling penting untuk mobilisasi program PAS. Berbeza sekarang yang jauh lebih mudah, pelbagai aplikasi untuk sebaran ceramah, jauh lebih mudah, cepat dan cantik, dalam masa beberapa saat ribuan manusia telah mendapat info, berbeza dulu, sampai botak tayar basikal, jauhnya berkayuh nak tampal poster ceramah PAS. 
Terkadang senyum sorang, teringat zaman tu, kayuh basikal, di pinggang ada beg yang sarat dengan paku, tukul, stepler dan gam, kat pokok guna paku atau stepler, kat batu dan tiang elektrik guna gam, sebab tiang elektrik walaupun kayu tapi “kerah kong”. Istilah bahasa daerah saya ni. 
“Dengan sebab posterlah orang tahu ada ceramah dan orang datang dengar serta faham tentang perjuangan Islam dan perjuangan PAS. Inilah antara kerja-kerja yang sangat membantu perjuangan PAS dan pasti ianya akan dibayar oleh Alllah swt dengan pahala dan kebaikan di Akhirat”. Inilah antara usrah yang memberi kesan mendalam di dalam jiwa saya menyebabkan sampai sekarang ketagih menampal poster. 
YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
Sumber HD- 18-11-2017 




































































































Futsal erat ukhuwah anak muda

PAYA BESAR: Urusan Pengundi Muda Dun Panching sekali lagi menganjurkan pertandingan futsal mengikut sistem 'round robin' melibatkan lima pasukan dari UPU Bukit Rangin yang berlangsung di Lagend Futsal, di sini semalam.
Pertandingan yang dianjurkan khas untuk UPU Bukit Rangin itu menyaksikan pasukan Ajak A dari RRM Permatang Badak telah muncul sebagai juara.
Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya semasa merasmikan penutup pertandingan berkata, beliau gembira apabila melihat anak muda bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menutup aurat terutamanya.
"Saya melihat anak-anak muda mudah menyertai program yang dianjurkan oleh PAS seperti pertandingan futsal. Ini menunjukkan keterbukaan untuk bersama kita.
"Semua yang main hari ni menutup aurat bererti berseluar panjang itu bukanlah penghalang untuk kita bersukan. Pertandingan seperti ini sebenarnya bertujuan untuk merapatkan ukhuwah kita semua," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 






































































































Jihad taklim Maahad Tahfiz Safa Marwah

MAAHAD Tahfiz Safa Marwah yang terletak di Kampung Telok, Bera, Pahang kira-kira 15 kilometer dari Bandar Temerloh, bakal menerima 20 pelajar tahfiz sepenuh masa berasrama pada Januari 2018 nanti. Pembangunan Maahad yang diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera ini telah bermula sejak bulan Mac 2016. 
Kini struktur utamanya iaitu sebuah masjid berkeluasan 6,600 kaki persegi telah 95 peratus siap. Beberapa struktur sokongan seperti tandas, bilik mandi, ruang makan dan dapur pula dijangka dapat disiapkan sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.
Bangunan masjid '3 dalam 1' ini bakal menempatkan asrama pelajar di sayap kirinya, ruang solat atau dewan kuliah di bahagian tengahnya dan bilik darjah dan perpustakaan di sayap kanannya. 
Terkini, lebih RM900,000 dibelanjakan untuk pembinaan masjid hasil infaq dan wakaf orang ramai. Sepanjang November dan Disember ini, pihak Maahad melancarkan kempen kutipan wakaf bernilai RM200,000. Sehingga ini, kira-kira RM60,000 telah berjaya dikumpulkan.
Pengerusi Maahad, Ustaz Md Nawawi Mohammad memberitahu, proses pengambilan pelajar dan kakitangan tetap yang sedang digerakkan sekarang berjalan lancar. Pengurusan Maahad berkeyakinan operasi dapat digerakkan sebagaimana perancangan pada 2018 nanti.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera menyeru para dermawan untuk menggiatkan infaq dan wakaf bagi melengkapkan prasarana bahagian dalam masjid dan untuk menyudahkan kerja plaster di bahagian dinding luar masjid.
Berkat kegigihan para sukarelawan dan istiqamah dermawan menyumbang sejak setahun setengah lalu, pihak Maahad mencapai kemajuan kerja yang pesat. Antaranya penurapan jalan masuk sepanjang 650 meter, pembinaan kolam ikan yang telah pun mengeluarkan hasil. Juga blok bilik air yang luas dan selesa untuk kemudahan pelajar dan pegunjung masjid.
Masjid turut dimanfaatkan untuk program kuliah umum dan pengajian berkitab sejak April 2017. Pengajian ditawarkan secara percuma kepada orang awam terutamanya penduduk setempat. Ketika ini, dua kelas mengaji, program perubatan Islam, program munajat dan imarah malam Jumaat dan 7 kuliah mingguan diadakan di Masjid Maahad Tahfiz Safa Marwah.
Ustaz Nawawi menyatakan keyakinan bahawa setiap sumbangan saham akhirat yang dilaburkan untuk pembangunan dan operasi Maahad Tahfiz Safa Marwah akan menghasilkan impak yang besar. Ia sesuai dengan kedudukan Maahad di kawasan pedalaman di mana kekurangan institusi pendidikan Islam di daerah ini telah menyemarakkan lagi iltizam para amilin Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera untuk menjayakan jihad taklim pembangunan pendidikan Islam ini. Ustaz Nawawi boleh dihubungi di talian 013-247 8843. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 








































































































Pahang hasil banyak, hutang paling tinggi

PAHANG muncul juara negeri paling banyak berhutang berbanding negeri-negeri lain berdasar laporan Ketua Audit Negara 2015 iaitu berjumlah RM2.9 billion.   
Sedangkan Pahang mempunyai pelbagai sumber termasuk emas, bauksit dan bijih besi. 
Selain hasil penjualan air, hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, sayur-sayuran dan teh yang dikeluarkan di Cameron Highlands. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, keadaan itu berlaku kerana kerajaan Pahang tidak cekap mengutip hasil. 
“Contohnya bauksit yang sepatutnya memberi hasil sebanyak RM134 juta namun hanya mampu mengutip RM70 juta, Pahang kehilangan royalti bauksit sebanyak RM64 juta pada 2015,” katanya yang juga Adun Beserah. 
(Berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD - 14-11-2017 










































































































Polis gempur sarang penagih di Temerloh

POLIS berjaya menahan seramai 123 penagih dan 11 orang dipercayai pengedar dadah sepanjang Oktober hingga 13 November lepas. 
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM43,378. 
Katanya, operasi dijalankan di kawasan  yang menjadi sarang dadah di daerah Temerloh, hasil risikan dan maklumat orang ramai. 
"Operasi terus diadakan bagi membanteras gejala dadah di seluruh daerah," katanya ditemui selepas 'Ops Sarang' di Kampung Bintang di sini. 
Menurutnya, operasi yang bermula jam 5 pagi hingga 2.30 tengahari itu disertai anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh. 
"Operasi yang dijalankan tertumpu kepada kawasan di sekitar kawasan Kampung Bintang dan Sanggang," katanya.– HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD - 13-11-2017 












































































































Khidmat Pahang bersiap hadapi musim tengkujuh

BAGI menghadapi musim tengkujuh sekarang Khidmat Malaysia Pahang membuat persiapan awal di samping mengarahkan setiap kawasan parlimen turut bersiap sedia. 
Pengarahnya, Ustaz Yohanis Ahmad Aneq berkata, taklimat khas mengenainya juga sudah diadakan yang hadiri Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Dr Azman Ibrahim. 
Katanya, taklimat prosedur standard operasi (SOP) pengurusan bencana banjir diadakan bertujuan mendedahkan pengetahuan kepada anggota bagi meningkatkan kecekapan.
“Khidmat Pahang memperlengkapkan anggota dengan kemahiran penggunaan radio amatur sebagai media perhubungan ketika bencana berlaku. 
“Kita doakan semoga banjir tidak berlaku, namun kita perlu bersiap siaga kerana kebiasaannya banjir berlaku hujung tahun,” katanya di Mentakab.- HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD - 13-11-2017 














































































































Mangsa ribut Felda Panching Timur dibantu

PAYA BESAR: Ribut luar biasa dan hujan lebat hingga menyebabkan kediaman penduduk mengalami kerosakan telah mendapat perhatian Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya. 
Bersama Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang, Johari Abdul Wahid, beliau telah meluangkan masa menziarahi mangsa ribut di Felda Panching Timur, di sini kelmarin. 
Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang itu, sebanyak 12 rumah dilaporkan telah mengalami kerosakan dan pada ziarah dilakukan, Ustaz Tarmizi telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar (TPR). 
Menurut beliau, sumbangan kepada mangsa itu bagi meringankan beban yang ditanggung di mana PAS Paya Besar amat prihatin dengan kejadian tersebut. 
Beliau juga mengarahkan PAS Cawangan Felda Panching Timur untuk membaiki sepenuhnya atap terutamanya rumah yang terjejas teruk akibat kejadian berlaku itu. 
Ustaz Tarmizi juga menyeru orang ramai yang ingin menyumbang untuk mangsa ribut atau untuk kebajikan TPR, boleh menghubungi 'hotline' TPR di talian 016-2640448 atau terus disalurkan ke akaun Maybank Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar - 5562 2640 4572. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-2017 














































































































PAS rakam takziah keluarga Exco Pahang

PAS Pahang merakam ucapan takziah kepada Exco Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin di atas kematian ayahnya, Shamsuddin Sulaiman 82, baru-baru ini. 
Timbalan Pesuruhjaya, Andansura Rabu berkata, PAS Pahang mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menerima ujian tersebut. 

Shamsudin  meninggal dunia jam 3.55 petang ketika menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat pendarahan di kepala selepas terjatuh di rumah anaknya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bintang, kira-kira jam 11 malam kelmarin. 
Menurut anaknya, Najibmudin Shamsudin, bapanya dimasukkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan, namun kritikal kira-kira jam 11 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir. 
Jenazah disolatkan di Kuala Lumpur sebelum sekali lagi disembahyangkan di Masjid Kampung Bintang kira-kira jam 10 malam kelmarin. 
Turut hadir Ketua PAS Cawangan kampung Bintang Ustaz Wahab Din yang juga Iman kampung tersebut.  – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 



















































































































Pelajar tahfiz hanya jadi alat

KETIKA kerajaan menganjur sambutan Maal Hijrah atau program berbentuk keagamaan, penganjur menghubungi sekolah tahfiz supaya menghantar pelajar bagi memeriahkan program. 
Begitu juga ketika sambutan Maulidul Rasul pelajar tahfiz dikerah bagi mengisi kerusi yang banyak kosong. 
Malangnya apabila pelajar tahfiz ingin memohon bantuan, zakat dan sebagainya kerap kali permohonan tidak berjawab serta kurang mendapat layanan. 
Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Ustaz Khairul Azmi Ismail berkata, situasi itu sering berlaku terhadap pelajar tahfiz yang hanya dijadikan alat untuk meramaikan program anjuran kerajaan. 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam akhbar Harakah keluaran akan datang)
Sumber HD - 9-11-2017 




















































































































PAS Taman Tas sedia hadapi PRU14

PAYA BESAR: UPU PAS Taman Tas telah melancarkan bilik operasi yang baharu dengan disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Panching, Mohd Azhar Mohd Noor di sini, semalam.
Menurut beliau, bilik operasi tersebut membuktikan kesungguhan para petugas di situ bekerja untuk memenangkan PAS di Dun Panching.
"Bermula malam ini hingga menjelangnya PRU kelak, bilik operasi ini hendaklah sentiasa beroperasi," seru beliau pada majlis yang berlangsung dalam hujan renyai-renyai tetapi menerima kehadiran ramai itu.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Paya Besar, Amran Sidek yang turut hadir menegaskan, UPU Taman Tas bakal menghadapi cabaran besar untuk membantu pertambahan undi pada PRU14 kelak.
Menurutnya, pada PRU yang lepas, UPU itu membantu mengurangkan majoriti kemenangan BN dengan sokongan kaum bukan Melayu.
Namun katanya, dengan senario politik semasa di mana kaum bukan Melayu dijangka menyebelahi PH, maka PAS hendaklah bersedia dengan kemungkinan berbeza.
Justeru, beliau mengharapkan semua ahli PAS Taman Tas bekerja lebih kuat untuk terus membantu PAS mengekalkan kemenangan yang besar di UPU ini. - HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD - 7-11-2017 























































































































Lebih 1,000 undi pos di kem yang belum siap?

AGAK mengejutkan, kem tentera yang masih dalam pembinaan sudah disenaraikan lebih 1,000 pengundi pos yang akan mengundi di situ. 
Demikian dakwa Yang Dipertua PAS Bera, Ir Musanif Abdul Rahman. Beliau berkata, apa yang SPR lakukan SPR itu amat menghairankan kerana belum ada lagi anggota tentera di kem tersebut. 

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan senarai nama pengundi pos dalam buku daftar pemilih di kawasan Undangan Negeri (Dun) Kemayan menimpulkan pelbagai persoalan. 
Katanya, biar pun kem tentera masih dalam pembinaan, SPR sudah menyenaraikan begitu ramai pengundi pos. – HARAKAHDAILY 7/11/2017 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD- 7-11-2017 
























































































































Pahang hantar 100 petugas ke Pulau Pinang

SERAMAI 100 anggota Khidmat Malaysia serta Jabatan Amal PAS Pahang akan dikerah bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata, bantuan kewangan dan barangan akan dihantar secepat mungkin.
Katanya, bantuan tenaga sukarelawan juga akan digerakkan untuk membersihkan kawasan bencana pasca banjir di negeri tersebut. 
“PAS Pahang akan menghulurkan bantuan awal kepada mangsa banjir Pulau Pinang serupa seperti yang dilakukan kerajaan Kelantan. 
“Bantuan itu dalam bentuk kewangan dan barangan seperti selimut, tikar dan sebagainya akan diserahkan kepada mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi di sini. 
Menurutnya juga anggota Jabatan Amal PAS Pahang akan bertolak ke Pulau Pinang dalam masa terdekat. – HARAKAHDAILY 6/11/2017 





































































































































































































































































Sumber HD - 6-11-2017


PAS Pahang Ucapkan Takziah Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang
Posted on Monday, November 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36485



PAS Pahang ucapkan takziah kepada semua mangsa banjir Pulau Pinang dan InsyaAllah bersedia sepenuhnya untuk membantu apa jua bantuan yang termampu melalui Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal.

PAS Pahang akan menggerakkan seluruh jentera Parti bagi misi bantuan tersebut dengan harapan ianya dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.


Semoga semua mangsa banjir menerima ujian ini dengan redha dan sabar, juga moga Allah swt ampuni kita semua dan dipermudahkan segala urusan hambanya.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
“PAS MEMIMPIN PERUBAHAN”

YB USTAZ ROSLI BIN ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG

Sumber TKO - 6-11-2017




























































































































Golongan veteran mata rantai perjuangan

GOLONGAN veteran PAS (assabiqun) yang berusia 60 tahun ke atas kini berjumlah 300,000 orang boleh menjadi mata rantai bagi memperkuatkan parti terbabit.
Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, assabiqun sebagai pelengkap kepada parti dan mereka boleh memberi pandangan kedua. 
Di samping itu katanya mereka boleh menegur kepimpinan parti dan bukan bertujuan merosakkan perjuangan. 
“Assabiqun mampu berperanan menghalang ahli keluar serta mengembalikan ahli yang keluar parti kembali semula kepada perjuangan asal,” katanya ketika melancar Kelab Assabiqun PAS Pahang di Kuantan 
Subky yang juga pengasas akhbar Harakah berkata, assabiqun merupakan sebahagian daripada satu juta ahli PAS yang terdapat di seluruh negara sekarang. 
Hadir sama pada program itu Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abd Jabar, ahli jawatankuasa Perhubungan PAS Pahang, Sulaiman Md Derus dan Setiusaha Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Juniadi Ishak. – HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 




























































































































































































































































Halwa Dun Panching laksana dakwah menerusi FB


PAYA BESAR: Urusan Hal Ehwal Wanita (Halwa) Dun Panching telah menganjurkan Bengkel Facebook (FB) dan Penerangan melibatkan lebih 30 peserta di Balai Islam Darussalam Permatang Badak, Kuantan di sini hari ini.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Paya Besar, Suryati Razali, terdapat ahli yang tidak pandai berceramah seperti para ustaz dan ustazah, tetapi boleh menyampaikan dakwah melalui jalan-jalan lain seperti FB.
"Kita tetap boleh berdakwah melalui media sosial seperti Whatsapp dan FB dengan like atau share bahan-bahan dakwah yang bermanfaat daripada penulisan para alim ulama, walaupun kita tidak pandai menulis.
"PAS bukan semata-mata parti politik, tapi PAS juga ialah gerakan dakwah dan tarbiyah. Dakwah ini kerja para Nabi dan Rasul. Bila kita berdakwah, kita telah menyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul," ujarnya.
Dakwah jelasnya, adalah tugas 'full time' dan berterusan di mana peluang sementara yang Allah pinjamkan itu adalah untuk menjadi da'ie di jalan Allah.
Sementara itu, menurut Pengarah Bengkel, Noorbi Ismail berkata, bengkel tersebut dilaksanakan adalah untuk melahirkan Dai'e Cyber untuk menyampaikan dakwah melalui media baru.
Disamping itu ujarnya, untuk mengajak masyarakat mengikuti Sunnah Rasulullah S.A.W dan menyampaikan kebaikan Islam.
"Selain bengkel ini, Muslimat juga akan menganjurkan Bengkel Video Pendek dalam masa terdekat untuk melahirkan Dai'e Cyber yang mahir dalam mengikuti arus teknologi," ujarnya.
Sumber HD - 4-11-2017 































































































































Pahang negeri pertama lancar Assabiqun

VETERAN PAS, Subky Latif mengajak golongan veteran PAS memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan semua golongan dalam parti ke arah perpaduan parti

Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab Assabiqun PAS Pahang di Kuantan, Subky berkata, golongan Assabiqun ini sudah bergerak beberapa tahun lalu atas nama Kelab Veteran PAS.

Kataya, golongan Assabiqun iaitu ahli PAS berusia 60 tahun ke atas berjumlah 300,000 orang daripada 1 juta ahli PAS di seluruh negara dan mereka ini adalah penggerakkan parti pada masa lalu dan kini masih ramai yang aktif. Sebahagian daripada mereka menjadi pemimpin di peringkat cawangan, kawasan dan negeri.

Menurut Subky, Pahang adalah negeri pertama yang melancarkan Kelab Assabiqun ini sebelum PAS pusat melancarkannya. Assabiqun Pahang dipimpin oleh Ustaz Ismali Mohamad (Ayah Ngah).

“Assabiqun ini adalah mata rantai dalam perjuangan PAS dan ia adalah produk bongsu PAS,” katanya.

PAS sebelum ini mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi golongan bukan Muslim dan ARC, Unit Amal A4C untuk golongan muda serta Ameerah, Nuzaibah dan Nina untuk muslimat dan kini Assabiqun bagi golongan warga emas atau Otai  PAS pula.

Jelas Subky, golongan Assabiqun ini mampu memberi pandangan kedua di samping menegur kepimpinan parti bukan merosakkan parti tetapi sebagai pelengkap kepada parti.

“Assabiqun ini mampu berperanan menghalang ahli keluar parti (PAS) serta mengembalikan ahli yang keluar parti kembali semula kepada parti,” katanya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abd Jabar, Sulaiman Md Derus (ahli badan perhubungan PAS Pahang), Ustaz Juniadi Ishak (setiusaha Dewan Ulamak PAS Pahang. – HARAKAHDAILY 4/11/2017
Sumber HD- 4-11-2017 

































































































































Banjir kilat di pintu masuk IPG

KEJADIAN banjir kilat di pintu masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di kilometer 8, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang gagal diatasi sehingga sekarang.


































































































































Seorang penduduk, Roslan Zainal, 54 berkata, kejadian banjir kilat sudah lama dibiarkan berlaku tanpa ada tindakan pihak berkuasa.

“Pantang hujan lebat sikit berlaku banjir kilat. Kadang kala menyebabkan kenderaan tidak boleh melalui sehingga air surut,” katanya di sini

Sumber HD- 3-11-2017

Dia sempat bergurau, ‘comel senyum anta’

USRAH sebelum mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini, Datuk Seri Tuan Guru menyebut bahawa akhlak para amilin mestilah lebih baik daripada musuhnya, beliau menyebut perumpamaan,
1. Jika akhlak pejuang Islam sama seperti akhlak musuhnya ia seperti berjalan ditanah yang rata. 

Pasti usaha mengajak orang kepada Islam menjadi lambat kerana orang akan melihat tiada bezanya antara yang mengajak dan yang diajak. 
2. Jika akhlak pejuang Islam lebih buruk dari musuhnya, ia seperti mendaki bukit yang tinggi. 
Usaha untuk mengajak masyarakat kepada Islam akan lebih sukar, lebih lambat dan sangat meletihkan dan hasilnya sedikit. 
3. Jika akhlak pejuang Islam lebih baik dari musuhnya ia seperti menuruni bukit.
Pasti kerja dakwahnya lebih mudah dan ringan dan menarik minat orang untuk bersamanya. 
Pernah tahun 1999 saya menghadiri program liqa fikri, ketika itu Allahyarham Murabbi Ustaz Yahya Othman memberikan taujihad dalam bab akhlak sesama jamaah, saya yang duduk di hadapan dipanggil oleh beliau untuk ke hadapan. 
Apabila saya menuju kepadanya beliau menghulurkan tangan untuk bersalam, saya menyambutnya dengan malu-malu dan menunduk, lalu beliau berkata, 
“Ini salah, sepatutnya apabila kita bersalam wajah dan mata hendaklah menghadap dan memandang kepada orang yang kita bersalam, inilah akhlak Rasulullah SAW," katanya. 
Saya tunduk kerana malu, namun apabila beliau kata sedimikian saya pun memandang wajahnya sambil senyum, 
"Ha ini baru betul", katanya. 
Dia sempat bergurau "comel senyum anta", bertambahlah malunya saya. 
Begitulah kami dididik oleh murabbi kami, bukan sahaja perkara berkaitan aqidah, jihad dan perjuangan malahan akhlak sesama muslim pun. Begitulah manisnya berada di dalam jamaah yang dididik dengan ilmu. – HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 





































































































































Buah itu dari pohonnya

SETIAP parti ada dasarnya dan setiap parti akan berjuang mengikut dasarnya, begitu juga jika sekiranya jika diberikan mandat untuk memerintah, pasti pemerintahannya akan berdasarkan kepada dasar yang diperjuangkannya.
Atas sebab inilah saya berada di dalam PAS, meskipun pimpinan PAS silih berganti, dari Presidennya hinggalah kepada Jawatankuasanya, namun dasar PAS tetap tidak pernah berubah, Islam tetap menjadi dasar yang diperjuangkan oleh PAS sehingga kini. 
Meskipun kucah segila lautan Hindi melanda, bahtera PAS berkocak membuai setinggi langit, badai fitnah menghempas ganas bahtera PAS, sehingga ada yang loya kepeningan dan berjeluak muntah, ada yang tercampak dan tidak kurang juga yang memilih terjun dari kapal, namun Bahtera PAS tetap berlayar kearah destinasinya. 
Semua ini adalah kerana meyakini bahawa al-Qur'an dan Hadis adalah petunjuk arah yang paling tepat dan tidak mungkin akan menyesatkan meskipun destinasi itu masih belum kesampaian. Dengan hasrat, cita-cita dan harapan yang tinggi disertai dengan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT PAS terus bertegas mempertahankan dasar perjuangannya. 
Perjuangan sangat memenatkan, alangkah sia-sianya jika ianya tiada diredhai oleh Allah SWT, nak mendapat redha Allah SWT mesti buat apa yang Allah SWT kehendaki walaupun manusia tidak menyukainya, kerana itulah berjuangan yang memenatkan ini mesti ditegakkan diatas dasarnya yang diredhai oleh Allah SWT iaitu Islam. 
Jika yang ingin ditegakkan itu adalah Islam maka dasar dan binaannya juga mestilah Islam. Pernah saya dalam satu program Tarbiyyah sekitar tahun 90-an, saya tak ingat siapa yang menjadi naqib pada ketika itu, beliau membaca satu syair Arab "buah itu dari pohonnya" ia membawa kepada maksud "buah durian hanya akan datang keluar dari pohon durian, tidak mungkin dari pohon yang lain". 
Untuk tegakkan Islam mesti melalui jalannya iaitu jalan yang telah ditunjukki oleh Allah SWT dan dipandu oleh Rasulullah SAW, jangan ikut jalan sendiri nanti sesat entah kemana, atas keyakinan ini PAS Istiqamah pertahankan dasar perjuangannya. – HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD - 1-11-2017 








































































































































Jawapan kepada 3 tohmahan terhadap PAS

BEBERAPA tohmahan dan sinis kepada PAS kebelakangan ini yang mari dari pelbagai jenis orang:
1. PAS parti suci
2. Ramai profesional bijak pandai tetapi dilembukan oleh agamawan sehingga jadi pak turut.
3. PAS bukan agama. 
Komen saya : 
1. Terima kasih kerana mendakwa PAS parti suci. Itu satu penghormatan yang berlebihan buat kami. Seolah2 yang berkata tu mengaku yang parti mereka atau parti selain PAS kotor (lawan suci). PAS tidak pernah mengatakan kita maksum atau tiada kesilapan. Manusia mana-mana pun berbuat silap dan salah. 
Bukti PAS pernah silap ialah menaikkan dan memilih pemimpin seperti mantan pemimpin PAS yang dah keluar dan tubuh PAN. Tapi ahli cepat sedar dan kembali membetulkan keadaan dengan tidak memilih mereka. Terbukti mereka bermasalah sehingga keluar PAS dan menubuhkan PAN. PAS tidak suci, tetapi PAS bersungguh2 memperjuangkan Islam sebagai sebuah agama yang suci dan cara hidup yang benar bersumberkan kitab suci dan sunnah Nabi. 
2. Bila ramai profesional dan cerdik pandai dari pelbagai bidang bersama dengan PAS, ini bukan bermaksud mereka berjaya diperbodohkan atau diperlembukan oleh ulama dalam PAS. Takkan lah orang cerdik pandai yang ramai begitu boleh mudah diperbodohkan dan taksub. Itu bukti bahawa PAS benar sehingga mereka dengan kecerdikan yang dimiliki boleh menerima hujjah PAS. 
Mungkin yang menuduh itu sebenarnya taksub dengan pandangan sendiri, tidak open minded dan tak sanggup menerima realiti kebenaran dan kebaikan PAS. Atau mungkin individu itulah sebenar berfikir sempit dan taksub dengan diri sendiri. 
3. Tiada siapa pun kata PAS adalah agama. Tiada pun dalam silibus tarbiah atau dokumen rasmi PAS yang mengatakan demikian. Sebab itu dalam perlembagaan PAS ada bab tatatertib. Di antara salah satu hukuman ialah dipecat keahlian. Takkan agama nak pecah penganut? PAS adalah sebuah jamaah yang ingin berjuang untuk menegakkan Islam. 
Berjuang menegakkan Islam adalah kewajipan seluruh orang Islam. Dalilnya sangat  banyak. Kewajipan berjuang Islam secara berjamaah adalah satu ubudiyyah. Sama juga solat, solat berjamaah, puasa, jual beli, nikah kahwin, menyusu anak, sediakan nafkah rumah, makan dan pakai untuk tanggungan, laksana hudud dan qisas dll adalah ibadah atau tanggungjawab ubudiyyah dalam Islam. 
Sekarang, bagaimana kalau ada orang tanya; Menyusu Anak tu Agama ker? Menikah tu Agama ker? Puasa tu Agama ker? hah... amacam? lu fikir lar sendiri... – HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD - 28-10-2017 









































































































































Futsal eratkan ukhuwah anak muda PAS

PAYA BESAR: PAS Kawasan Paya Besar menerusi Urusan Pengundi Muda Dun Panching telah menganjurkan Futsal Empat Penjuru UPU Pandan Permai, di sini, semalam.
Kejohanan yang berlangsung mengikut format 'round robin' tersebut menemukan empat pasukan dari dalam UPU Pandan Permai di Ferro Futsal Kuantan.
Pasukan Pandan 1, telah menjuarai kejohanan tersebut setelah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dan membolot hadiah wang tunai RM100 berserta hamper.
Menurut pemain dari pasukan Cendering FC, Ali Abdul Rahman, 32, mereka menyertai kejohanan itu bukan memburu kemenangan semata-mata.
Tetapi katanya, ukhuwah yang terjalin sesama pemain dari setiap pasukan adalah lebih penting. 
Beliau berharap agar Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar memperbanyakkan aktiviti melibatkan anak muda terutamanya dalam program kesukanan.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.
"Saya melihat program sukan seperti ini, dapat menyatukan kita semua terutamanya anak-anak muda. Dengan program seperti inilah kita bermain sambil menjalinkan dan mengeratkat ukhuwah.
"Bersukan kita akan mendapat tubuh badan yang sihat, tapi jangan dilupakan ibadah," ujar beliau semasa merasmikan majlis penutup.
Ustaz Tarmizi juga berkata, anak-anak muda akan menjadi penentu PRU14 akan datang kerana golongan itu mudah mengakses segala bentuk informasi isu semasa.
Namun, beliau kesal kerana ramai lagi anak-anak muda di luar sana yang masih belum menunaikan tanggungjawab untuk berdaftar sebagai pengundi.
Terangnya, kempen-kempen supaya anak muda berdaftar sebagai pemilih akan lebih kerap dilaksanakan oleh pihak PAS Kawasan Paya Besar. - HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD - 25-10-2017 












































































































































DAP sukar pertahan 7 kerusi di Pahang

DAP dijangka sukar untuk mempertahankan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lepas pada PRU14 tidak lama lagi.
Kerusi terbabit iaitu Dun Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang. Dewan Undangan Negeri Pahang mempunyai 42 kerusi. 
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, berdasar analisis semasa sekarang DAP dilihat agak sukar untuk mempertahankan tujuh kerusi yang dimenangi sebelum ini. 
Katanya, tanpa sokongan pengundi teras PAS, DAP dijangka akan kehilangan sebahagian kerusi yang dimenanginya pada PRU 13. 
“Apabila berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat, kita menjangka parti itu paling banyak pun boleh bertahan di tiga kerusi Dun sahaja. 
“Di kawasan lain DAP hanya menang di bawah 1,000 undi. Sedangkan pada PRU lepas petugas PAS bekerja gigih bagi memenangkan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di Kuantan hari ini. 
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Andansura Rabu dan Yang Dipertua PAS Paya Besar, Tarmizi Yahya. - HARAKAHDAILY 7/10/2017
Sumber HD- 7-10-2017 














































































































































PAS Temerloh edar kuih bulan

PAS Temerloh tidak ketinggalan meneruskan tugas rutin mengedar kuih bulan kepada masyarakat Tionghua yang tinggal di sekitar bandar Temerloh.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Temerloh, Roslan Ahmad berkata, pengedaran kuih bulan dilaksanakan di bandar Temerloh, Kampung Baru Cina dan Jalan Bahagia.
Katanya, program tersebut diadakan setiap tahun sempena menyambut pesta Tanglung yang diraikan masyarakat Cina. 
“Kita meraikan kepelbagaian budaya termasuk masyarakat Cina yang memang rapat dengan orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. 
“Menariknya kali ini kita bawa dua anggota Jabatan Amal Temerloh yang boleh bertutur berbahasa Mandarin,” katanya. Sebanyak 500 kuih bulan diedar pada program itu.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dan Ketua Muslimat Temerloh, Salamiah Mohd Nor. 
Salamiah berkata, sambutan masyarakat Cina begitu baik sekali. 
Menurutnya juga PAS bukan asing kepada kaum Tionghua kerana pernah menang kerusi Dun Kuala Semantan pada 1999-2004 dan 2008–2013. Bagaimanapun Adun Kuala Semantan menyertai PAN pada 2015.– HARAKAHDAILY 7/10/2017
Sumber HD -7-10-2017 















































































































































Fastaqim 2.0: Apa PAS dapat?

SAYA mendapat satu mesej dari WhatsApp persendirian dari seorang orang yang sinis terhadap himpunan FASTAQIM 2.0 yang dianjurkan oleh PAS, antaranya dia tanya 'apa PAS dapat berhimpun ramai-ramai', dan ada lagi beberapa ayat yang lebih sinis, saya tidak tahu siapa dia, tidak berwajah tidak bertubuh, mungkin juga manusia, mungkin juga jin, entahlah...
"PAS dulu bukan PAS yang sekarang, dulu ditendang sekarang PAS disayang", pinjam sikit senikata lagu penyanyi cilik Indonesia, Tegar.
PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 itu bangun dengan jerih sendiri, bersusah payah mendidik memberi kesedaran pada masyarakat dan mentarbiyyah ahli-ahli agar memahami matlamat perjuangan PAS. PAS membina jenteranya dengan tarbiyyah bukan dengan duit. 
PAS tidak bangun dengan kekuatan harta benda tetapi dengan kekuatan aqidah perjuangan dan kesedaran kewajipan untuk berjuang menegakkan agama Allah swt. PAS melalui perjalanan politik yang begitu sukar, melalui zaman yang mana orang melihat PAS dalam keadaan yang sangat asing. 
Setiap masa PAS terpaksa mencicip cangkir fitnah, pahitnya mencerut halkum hati, namun PAS menelan semuanya, lalu PAS bangkit di tengah carut marut musuh terhadapnya, tanpa pedulikannya, pimpinan PAS terus menerus tanpa henti berdakwah dan mentarbiyah ahli, menanamkan setiap ruang lubuk hati ahlinya agar sedia berkorban demi agama. 
Dengan tarbiyyah inilah menjadikan ahli ahli PAS sanggup berkorban, korbankan harta benda, masa dan tenaga demi Islam tercinta, "kemenangan semakin hampir bagi orang-orang yang sabar dan Istiqamah", itulah janji Allah swt, ahli PAS ditarbiyyah menunggu janji ini. 
Jika dulu PAS mula melangkah dengan kosong, tin milo yang menjadi sendaan musuh terus menadah rahmat dan keberkatan untuk membina kekuatan PAS. Markas PAS kian bertambah, bangunan bertaraf kompleks tumbuh satu demi satu, dulu PAS hilang deposit, kini PAS hampir menghilangkan deposit lawannya, dulu PAS tiada kerusi kini hampir seluruh negeri ada kerusi PAS, termasuk negeri kelahiran Umno. 
Dulu PAS tiada negeri, kini ada pimpinan PAS bergelar MB, dulu tak ramai yang ingin berkorban bersama PAS, namun tidak lagi kini, FASTAQIM 2.0 menjadi saksi bukti bahawa janji Allah terhadap golongn yang istiqamah dengan Islam pasti akan semakin mendapat sokongan dan semakin hampir pula kemenangan yang dijanjikan Allah swt. PAS kini menitip sokongan demi sokongan dan kekuatan demi kekuatan. 
Jika kamu tanya apa PAS dapat, saya menjawapnya, FASTAQIM 2.0 adalah sebahagian dari dapatannya…bakinya? Insya Allah dengan kekuatan jentera inilah, satu masa nanti PAS akan mendapat apa yang dijanjikan Allah swt dengan sesuatu yang kamu tidak yakin untuk mendapatkannya melalui jalan Islam, iaitu kemenangan untuk mentadbir manusia melalui wahyu Ilahi. - HARAKAHDAILY 4/10/2017
Sumber HD - 4-10-2017 


















































































































































PAS sah bertanding Parlimen Paya Besar


SEHINGGA kini PAS Pahang mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar dan Dun Lepar pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabbar berkata, sebelum ini PAS bersama Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi terbabit. 
“Namun kali ini kita akan bertanding di situ. Lagi pun PAS mempunyai calon yang sesuai serta berkredibiliti bagi menentang Umno dan Pakatan Harapan di kedua-dua kerusi tersebut. 
“PAS berhasrat bertanding di semua kerusi dun dalam Parlimen Paya Besar. 
“Keputusan dibuat selepas mengambil kira gerak kerja dan perancangan yang disusun,” katanya yang juga Adun Tanjung Lumpur ketika ditemui di Kuantan. 
Menurutnya juga jentera pilihan raya PAS begitu bersemangat sekarang bagi mengukuhkan kedudukan PAS khususnya di Dun Lepar. – HARAKAHDAILY 28/9/2017




































































































































































































































































































Sumber HD - 28-9-2017



















































































































































Jentera pilihan raya pamer semangat tinggi


MOMENTUM PAS Pahang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi begitu memberangsangkan dengan semangat tinggi jentera pilihan raya.
Ini dibuktikan dengan kehadiran lebih 2,000 ahli PAS dari seluruh kawasan pada Himpunan Munajat di Padang Mahkota Aman, Kuantan, kelmarin. 
Majlis bermula jam 6 petang dimulakan solat Maghrib berjemaah, kemudian kuliah haraki disampaikan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik. 
Selepas solat Isyak diadakan solat jenazah ghaib ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Syeikh Mehdi Akif yang meninggal dunia 1 Muharram lepas.
Solat hajat pula diimamkan bekas pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Mohd Baki Osman. 
Ustaz Mohd Baki juga berharap ahli-ahli dan penyokong PAS bermunajat setiap malam sehingga menjelang pilihan raya umum ke-14 
Doa munajat dipimpin Ustaz Abu Ajwad. Hadir sama Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar, timbalannya, Andansura Rabu dan anggota jawatankuasa PAS negeri serta kawasan. 
Ustaz Rosli pula berharap ahli-ahli PAS supaya sentiasa merendah diri sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya. - HARAKAHDAILY 25/9/2017
Sumber HD - 25-9-2017 





















































































































































Pesalah parkir diheret ke mahkamah

MAJLIS Perbandaran Temerloh (MPT) akan mengheret pesalah parkir ke mahkamah tidak lama lagi.
Yang Dipertua MPT, Azlan Md Yaman berkata, tindakan itu diambil selepas tawaran kompaun RM5 bagi setiap kesalahan parkir selama satu setengah bulan tidak mendapat sambutan pengguna. 
“Kita menawarkan diskaun kesalahan parkir letak kereta bermula 1 Ogos sehingga 15 September lepas, tetapi tidak mendapat sambutan. 
“Jadi langkah seterusnya kita akan mengambil tindakan mahkamah. Mereka yang disaman perlu membayar penuh kompaun berbanding diskaun RM5. 
“Setiap kompaun maksimum sebanyak RM50 yang dikenakan sebelum ini,” katanya di Temerloh. 
Oleh itu katanya, potongan saman parkir yang diberi sebelum ini sudah berakhir. – HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 























































































































































PRU 14: Rakyat perlu pilih bebas rasuah

PENDAKWAAN kes rasuah membabitkan seorang pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut seharusnya menimbul rasa jijik masyarakat terhadap gejala rasuah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, kes membabitkan penjawat awam terbabit seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak. 
“Isu yang berlaku itu sebaliknya memperlihatkan gejala rasuah semakin parah di Malaysia,” katanya di Kuantan. 
Kelmarin Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM150,000 kepada Zainal Abidin Maskon, 33, selepas dilapor mengaku bersalah terhadap kes terbabit. 
Mengikut kertas pertuduhan pegawai berkenaan menerima wang bernilai RM340,000 daripada sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai hubungan rasmi dengan tugasnya. 
Andansura juga berkata, rakyat perlu membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membebaskan negara daripada amalan rasuah. – HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 

























































































































































Program walimatul urus PAS jadi ikutan ramai

PAS Pahang akan menjadikan program walimatul urus perdana sebagai tawaran kepada rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak lama lagi.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, pihaknya memulakan inisiatif menganjur walimatul urus perdana sejak 2014 bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah mendirikan rumah tangga. 
Katanya, ternyata alternatif itu dapat menjimatkan kos dan membolehkan pasangan menguruskan kewangan untuk membina keluarga selepas berkahwin. 
“Kini konsep perkahwinan beramai-ramai yang mula diperkenalkan PAS menjadi ikutan ramai. 
“Konsep walimatul urus ini juga dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara semua pihak tanpa mengira latar belakang,” katanya pada program Walimatul Urus 3.0 di Temerloh semalam. 
Program tersebut dianjur sekretariat parlimen dengan kerjasama PAS Temerloh. Hadir sama anggota parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin Hassan, Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Ustaz Shahrul Azman Abdul Halim dan pengarah program, Badli Ahmad. 
Kira-kira 10,000 ahli keluarga tujuh pasangan pengantin dan penduduk tempatan hadir memeriahkan program berkenaan. 
Sebanyak tujuh lembu dan 300 ayam dimasak sebagai juadah kepada orang ramai yang hadir. – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD - 18-9-2017 




























































































































































Balak: PAS, NGO sokong tindakan tegas

PAS dan NGO di Pahang memuji tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) menyiasat isu pembalakan yang sudah lama diperkatakan di negeri tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Yohanis Ahmad berkata, PAS mengucap syabas kepada SPRM di atas tindakan agensi berkenaan menyiasat isu pembalakan dan menahan beberapa individu. 
“Ayuh, hentikan kemusnahan hutan simpan kekal dan kawasan sumber tadahan air khususnya di Jerantut,” kata beliau di sini. 
Baru-baru ini SPRM dilapor menahan pegawai Pejabat Hutan Daerah Jerantut serta isterinya serta seorang lagi pengawai di pejabat terbabit. 
Manakala dua lagi iaitu pemilik serta pengurus sebuah syarikat pembalakan.
Suspek berusia antara 40 dan 50 tahun ditahan di sekitar Jerantut bagi membantu siasatan kegiatan rasuah bagi mengelak tindakan diambil terhadap kegiatan pembalakan haram.
Yohanis yang juga Yang Dipertua PAS Jerantut berkata, beliau terkejut dengan penahanan pegawai kanan Jabatan Hutan Daerah Jerantut oleh SPRM. 
Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM), Khaidir Ahmad pula berkata, penyelewengan dan rasuah membabitkan kegiatan pembalakan dan pelombongan mungkin menjadi punca pencemaran teruk alam sekitar sehingga sungai menjadi keruh. – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017





























































































































































Polis Pahang gempur sarang penagih

POLIS Pahang mempergiatkan usaha membanteras gejala penagihan dadah termasuk di kawasan tanah rancangan dengan menggempur sarang-sarang penagih.
Kelmarin polis menahan seramai 173 penagih dadah termasuk dua beradik lelaki dalam operasi bersepadu 'Ops Sarang' siri tiga 2017 di Temerloh. 
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, operasi selama dua hari itu polis turut menahan 14 individu melibatkan lima kes kesalahan serius dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Katanya, antara yang ditahan dua beradik yang tinggal di Felda Jenderak Selatan yang ditangkap pasukan operasi kira-kira jam 4 pagi. 
Menurutnya operasi bersepadu itu turut melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Bukit Aman. 
"Operasi ini selaras dengan nasihat Pemangku Raja Pahang yang mahu penagihan dadah di Pahang dibanteras. Operasi diadakan setiap masa," katanya pada sidang media di sini.
Zundin juga berkata, operasi yang berakhir jam 5 petang kelmarin berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya heroin, syabu dan eramin 5 dengan nilaian sebanyak RM7,220. 
Penagih ditahan berusia dalam lingkungan 20-40 tahun kebanyakan dari kawasan tanah rancangan. – HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017 






























































































































































Ada parti akan hanyut selepas PRU 14

PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 akan menjawab sama ada Pakatan Harapan (PH) atau PAS yang akan hanyut di Laut China Selatan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, rakyat akan menyaksikan sendiri parti mana yang bakal hanyut. 
Katanya, PAS menawarkan pilihan kepada rakyat setelah Barisan Nasional (BN) dan PH diterajui bekas pemimpin parti yang sama juga berdepan dengan banyak masalah. 
“Umno dan BN kita sudah tahu sikap dan sifat pemimpin mereka. Begitu juga pemimpin PH sememangnya kita sangat kenal kerana ketuanya pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun. 
“Rakyat kenal sangat pemimpin terbabit. Justeru PAS menawarkan alternatif dengan Islam yang berbeza dengan parti-perti lain,” katanya ketika merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Temerloh malam tadi. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap PH tidak bertanding di kerusi yang ditandingi PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.– HARAKAHDAILY 10/9/2017
Sumber HD - 10-9-2017 



































































































































































Tohmahan liar PAS tidak mahu menang

PAS menyertai pilihan raya bagi mendapat mandat rakyat untuk membolehkan syariat Allah dilaksanakan di negara ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menyertai pilihan raya bukan untuk menang adalah satu tohmahan liar. 
Katanya, setiap kali menyertai pilihan raya sudah tentu untuk mendapat kemenangan di samping mendapat keredhaan Allah. 
“Namun apa yang berlaku sekarang pihak lawan mentohmahkan PAS tidak mahu menang dalam pilihan raya kerana sekadar hendak berdakwah,” katanya ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS Dun N30 Mentakab semalam. 
Beliau juga berkata, PAS akan bertanding di Dun Mentakab dalam PRU-14 selepas mengambil kira majoriti pengundinya orang Melayu.– HARAKAHDAILY 10/9/2017
Sumber HD - 10-9-2017 





































































































































































PAS potensi bertapak di Dun Mentakab


PAS Temerloh akan melancarkan jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab sempena Karnival Rakyat Dun berkenaan esok. 
Pengarah Majlis Tindakan Pilihan raya (MTD) PAS Dun Mentakab, Abirerah Rerah Awang Chik berkata, karnival itu akan diadakan di Wadi Al Amin, Berhala Gantang bermula jam 8 hingga 2 petang. 
Katanya, pelbagai program menarik akan diadakan termasuk berjalan 10,000 langkah, memancing, mewarna, liga penalti, pertandingan motosikal lambat. 
Selain itu master chef ikan patin, memanah, pertandingan cari barang dan tarik tali.
“Karnival Rakyat 2017 diadakan di Dun Mentakab setelah mengambil kira Dun terbabit antara Dun berpontesi untuk dimenangi PAS dalam Pilihan raya Umum ke-14 tidak lama lagi,” katanya di Temerloh. 
Pada PRU 13 Dun berkenaan dimenangi DAP melalui Raja Zulpuri Raja Fuji yang menewaskan penyandangnya Datuk Chua Boon Seong. - HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 














































































































































































































































































































































Pahang di bawah BN makin banyak hutang

BIARPUN sejak merdeka Umno dan Barisan Nasional mentadbir Pahang, namun negeri itu paling banyak berhutang dengan kerajaan pusat.
Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Shahril Azman Abdul Halim berkata, sehingga sekarang lebih RM3 Bilion hutang ditanggung kerajaan negeri. 
Kata beliau sepatutnya dengan keluasan geografi Pahang dan kekayaan hasil bumi mampu menjana banyak hasil untuk mengurus negeri. 
“Sebaliknya sehingga sekarang Pahang muncul sebagai negeri paling tinggi hutang dengan kerajaan pusat. Malah jumlah hutang semakin bertambah setiap tahun,” katanya di Kuala Krau. 

Oleh itu beliau berkata, sudah sampai masanya rakyat menilai semula kerajaan yang mentadbir Pahang sekarang. 
Katanya juga PAS bersedia untuk membetulkan semula kepincangan itu sekiranya mendapat mandat rakyat mentadbir Pahang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
“Kita tidak menghadapi masalah untuk membayar hutang negeri kerana sumber negeri banyak antaranya khazanah emas, bauksit, bijih besi dan kawasan hutan yang luas. 
“Sumber air juga boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan dengan mengeksport kepada negeri-negeri lain,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD -8-9-2017 







































































































































































PAS tumpu selesai isu tanah di Pahang

PAS Pahang memberi komitmen menyelesaikan isu tanah di negeri tersebut sekiranya mendapat mandat rakyat mentadbir Pahang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Shahril Azman Abdul Halim berkata, parti itu akan memperincikan isu tanah yang gagal ditangani kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.
“Kita akan berusaha membangunkannya semula tanah-tanah terbiar bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan kerajaan negeri. 
“Selain itu dapat membantu golongan belia membangunkan tanah secara lebih terancang. Inilah komitmen dan kesungguhan kami,” katanya ketika ditemui Bandar Jengka.
Menurutnya juga kerajaan BN gagal membangunkan tanah sehingga ribuan ekar terbiar sekarang. 
Beliau berkata, kajian awal PAS Pahang mendapati terdapat 30,000 ribu hektar tanah terbiar di seluruh negeri tersebut. 
“Sedangkan tanah-tanah tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan sektor pertanian,” ujarnya.  - HARAKAHDAILY 6/9/2017
Sumber HD - 6-9-2017 









































































































































































Saiful Apek di ‘Aku terimalah nikahnya’

PROGRAM bual bicara ‘Aku terimalah nikahnya’ akan menampilkan Saiful Apek pada Malam Kesenian Islam sempena Walimatul urus Perdana 3.0 pada 16 September ini.
Program itu dianjur Sekretariat Parlimen Temerloh dengan kerjasama Pemuda PAS kawasan berkenaan diadakan di Padang Awam Temerloh Jaya bermula jam 9 malam.
Pengarah program, Fairuz Hisham Nordin berkata program tersebut akan menampil pelawak terkenal Saiful Apek, kumpulan Shohatul Amal dan Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani. 
Katanya, penampilan Saiful yang akan mengendalikan program itu pastinya akan mencuit hati orang ramai. 
“Program berkenaan sebahagian acara untuk memeriahkan Walimatulurus Perdana 3.0 yang disertai tujuh pasangan pengantin. 
“Orang ramai yang hadir dapat meraikan pasangan mempelai sambil bersantai bersama artis Saiful Apek,” katanya di Temerloh. 
Menurutnya juga program itu bertujuan membantu memudahkan golongan belia berkahwin dan mengelak berlakunya maksiat. 
“Cetusan idea Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar ini mulai diterima semua pihak termasuk pihak lawan. Apa yang penting kita dapat berbakti kepada masyarakat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/9/2017 







































































































































































































































































































































































Sumber HD - 6-9-20117











































































































































































Yang PAS nak ialah Islam menang












YANG PAS nak, ialah Islam menang, bukan PAS. PAS cuma peralatan atau jentera yang bekerja untuk Islam menang, sampai bila? Sampai Islam menang. 
Bukan semestinya PAS memerintah baru disebut Islam menang, sesiapapun memerintah jika ia melaksanakan Islam secara keseluruhannya maka itulah kemenangan Islam. 
Tanggung jawap PAS ialah berdakwah dan sebagai wadah politik Islam bagi tujuan menegakkan sistem Ilahi yang pastinya akan memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. 
Islam itu agama, agama itu ilmu, ilmu perlukan kefahaman, untuk faham wajib belajar, maka dakwah itu ialah mengajar dan memberi faham kepada yang tidak faham. 
Apabila faham barulah timbulnya keyakinan pada Islam, bukan yakin kepada yang lain. Bila dah yakin maka ia akan mencetuskan semangat berkorban dan berjuang untuk menegakkan Islam. Bukan semangat kepada yang lain. 
Pengorbanan akan sia-sia jika tiada diberikan pahala, dan tiadalah pahala jika tidak dilakukan kerana Allah SWT dan tiadalah sesuatu itu dilakukan kerana Allah melainkan bertepatan dengan syariat-Nya. Syariat itulah yang hendak ditinggikan, bukan dirinya. 
Syariat itu yang mengawal PAS, bukan sebaliknya. Syariat itulah yang mengarahkan PAS berjuang, PAS hanya menjadi suruhan syariat untuk tegakkan-Nya, PAS cuma menjadi alat untuk tegakkan syariat bukan syariat menjadi alat PAS untuk kekuasaan politik. 
Hari ini ada orang marahkan PAS, ada orang rimas kerana PAS nak tegakkan syariat Allah, orang kata PAS lambatkan kemenangan untuk kalahkan Umno/BN jika terus menerus pertahankan prinsipnya untuk tegakkan Syariat Allah. 
PAS tak peduli semua tu, sebab yang kawal PAS ialah syariat bukan manusia. PAS bukan berjuang untuk tegakkan sebuah negara yang serupa dengan kerajaan Umno/BN yang tidak laksanakan syariaat Allah. Teramat rugi perjuangan begitu. 
Yang PAS nak ialah tertegaknya syariat Allah. Syariat perintahkan kita supaya menyokong sesiapa sahaja yang nak tegakkan syariat-Nya, jika ada yang berhasrat untuk laksanaknnya, PAS pasti akan sokong, kerana yang diperjuangkan oleh PAS adalah syariat-Nya. – HARAKAHDAILY 29/8/2017
Sumber HD- 29-8-2017 













































































































































































Lombong bauksit haram, apa tindakan?













TEMPOH morotarium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan yang dilanjutkan sehingga selesai PRU-14 akan datang ternyata gagal menyelesaikan aktiviti perlombongan haram, demikian tegas  Adun Beserah, Andansura Rabu. 
Bercakap dengan Harakahdaily, katanya, tempoh morotarium itu hakikatnya tidak menyelesaikan masalah penguatkuasaan sehingga membiarkan longgokan dan lubang-lubang perlombongan bauksit begitu sahaja. 
Tegasnya, apa yang boleh kerajaan buat untuk menghentikan semua sekali aktiviti perlombongan bauksit sehingga prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dapat dikemukakan. 
"Kita kena faham, apabila morotarium ini dijalankan adalah untuk memastikan tidak ada perlombongan haram berlaku sehingga pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada aktiviti ini telah menjejaskan persekitaran masyarakat. 
"Malangnya, aktiviti ini berlaku tanpa penguatkuasaan yang berkesan sehingga apa yang lebih menyedihkan aktiviti membawa keluar apa yang dikorek sebelum tahun 2016," katanya.
Jelas beliau, awalnya sebanyak lima juta tan bauksit setahun dikeluarkan sejak 2016 tetapi jumlah ini masih lagi sama walaupun tempoh morotarium berlaku . 
"Hari-hari ada aktiviti mengangkut. Yang ini memusykilkan kita macam mana dikatakan berkurangan walaupun morotarium berlaku tetapi bauksit masih banyak kerana pengorekan baru berlaku yang kita anggap ia haram," tegas beliau. 
Justeru, beliau akan terus membangkitkan masalah ini di dalam sidang DUN yang akan datang dan sentiasa menjadi agenda utama demi kesejahteraan rakyatnya. – HARAKAHDAILY 10/8/2017
Sumber HD - 10-8-2017 

















































































































































































PAS bertanding parlimen Kuantan, Indera Mahkota

PAS Pahang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota dan semua kerusi Dun dalam kawasan itu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), nanti. 
Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang mengistilahkan sebagai ‘tiga kerusi panas’, berkata PAS juga akan bertanding di Parlimen Bentong termasuk kesemua kerusi Dunnya. 
“PAS Pahang memutuskan demikian setelah menerima desakan jentera pilihan raya dan akar umbi parti ini setelah PAS tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi dengan PKR dan DAP,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Ramah Mesra PAS Pahang bersama Media, di Medan Warisan di Kuantan, petang semalam. 
Pada masa ini, kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota diwakili oleh PKR manakala DAP bertanding di Bentong pada PRU lalu. 
Dalam Parlimen Indera Mahkota, PAS menang di Dun Beserah dan PKR menang di Dun Semambu pada PRU lalu. 
Manakala di Kuantan, PAS menang di Dun Tanjung Lumpur dan PKR menang di Teruntum tetapi tewas di Inderapura. 
Sebelum ini pada Konvensyen PAS Pahang April lalu, Ustaz Rosli mengumumkan akan bertanding sekurang-kurang 30 kerusi Dun dan 10 parlimen. 
Sementara itu pada majlis yang sama Timbalan Pesuruhjaya, Andansura Rabu mengumumkan dua tawaran daripada 12 Manisfesto PAS Pahang. 
Katanya, PAS serius untuk memerintah Pahang, oleh yang demikian sebanyak 12 tawaran akan dilaksanakan jika PAS diberi mandat. 
“Pertama, PAS akan mengagihkan lot-lot tapak rumah kepada semua rakyat yang layak dengan keluasan 1,500 kaki persegi bagi setiap keluarga. 
“Kedua, PAS akan meneroka dan memulihkan satu juta hektar tanah terbiar di seluruh negeri ini untuk dimanfaatkan oleh belia-belia negeri ini untuk perusahaan pertanian.
“Kedua-dua tawaran awal ini pada perkiraan kita akan memberi manfaat besar kepada rakyat yang memerlukan selain memberi pulangan yang lumayan juga kepada kerajaan negeri,” katanya. - HARAKAHDAILY 31/7/2017            
Sumber HD - 31-7-2017 



















































































































































































Ucapan terima kasih sempena jamuan Idulfitri PAS Pusat

UCAPAN TERIMA KASIH SEMPENA PROGRAM JAMUAN EIDUL FITRI PAS PUSAT DI NEGERI PAHANG 
Puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi di atas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ditujukan kepada junjungan Rasulullah saw, juga ke atas kaum keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman. 
PAS Pahang telah diberikan amanah oleh PAS Pusat untuk menjadi tuan rumah bagi mengendalikan jamuan eidul fitri 1438H yang telah berlangsung semalam, bagi PAS Pahang keyakinan PAS Pusat terhadap PAS Negeri Pahang untuk menjadi tuan rumah adalah merupakan satu penghargaan yang begitu besar. 
PAS Pahang mengucap jutaan terima kasih atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami, sekali gus ianya memberikan keyakinan kepada kami untuk bersedia menjadi penganjur program yang lebih besar, sehingga ke peringkat Asean atau dunia sekalipun, pengalaman menjadi tuan rumah eidul fitri begitu berharga bagi kami. 
Dengan ini PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut, seluruh AJK PAS Pusat, PAS Negeri-negeri, dewan-dewan, seluruh anggota BPPNP, tuan rumah iaitu PAS Kuala Krau dan Temerloh, PAS Kawasan-kawasan, DUPP, DPPP, DMPP, DHPP, JABATAN AMAL, PASTI, ARC, AMEERAH, para bentara, dan seluruh mereka yang terlibat, maaf jika terlepas pandang tidak disebutkan di sini. 
PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang tidak putus-putis sehingga berakhir program dengan jangkaan kehadiran lebih 10k, dari pelbagai bangsa dan agama yang datang dari segenap pelosok negara dan seluruh pelosok Negeri Tok Gajah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dengan kehadiran pimpinan dari IKATAN, PPBM, PKR, UMNO dan pimpinan NGO-NGO untuk memeriahkan majlis kami. 
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Insya Allah dengan suntikan semangat perjuangan yang ditiupkan melalui ibrah di sebalik Ramadhan yang penuh dengan peristiwa kemenangan ini, PAS Pahang akan mengorak langkah yang lebih luas dan gagah untuk berhadapan dengan fenomena politik Malaysia bagi merealisasikan tema perjuangan PAS Pahang iaitu "PAS TERAJU PAHANG". 
YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG
ADUN TANJUNG LUMPUR - HARAKAHDAILY 9/7/2017
Sumber HD - 9-7-2017 

No comments:

Post a Comment