BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, July 16, 2017

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU (JILID 8)










































































































LATAS Terengganu Lancar Benih Ubi Keledek Baharu

KUALA TERENGGANU – Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Terengganu telah melancarkan satu produk baharu iaitu sejenis ubi keledek yang dikenali sebagai ‘Sweet Latas’.

Pengerusinya Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir berkata, nama itu diambil sempena LATAS ubi keledek yang asal benihnya daripada Bandung dan dibawa balik oleh seorang sahabat.

“Alhamdulillah setakat yang kita dapat maklumat daripada pengusaha menyatakan bahawa ubi ini mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk sekitar,

“Juga dikatakan ubi ini mempunyai kelainan berbanding dengan ubi keledek biasa yang kita tanam di Malaysia sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sedang melawat kebun tanaman ubi keledek di Kampung Pusu Tiga, Kuala Nerus, Selasa, 26 September, disini.

Menurutnya, ubi Sweet Latas ini mempunyai kelainan dari segi rasa yang mana ia lebih sedap berbanding ubi keledek yang lain. Dan dari segi orang yang terlibat dalam buat kuih muih seperti ‘Chek Mek Molek’ dan sebagainya , didapati ubi ni lebih mudah diproses dan rasanya lebih enak.
“Jadi insya Allah ubi Sweet Latas ini kita akan sebarluaskan dan ini merupakan projek perintis di Pusu Tiga yang belum ada lagi di tempat-tempat lain,

“Kita akan kembangkan ke seluruh negeri dan juga keseluruh negara. Jadi penanaman ubi jenis ini di Pusu Tiga merupakan satu projek yang berjaya. Pelbagai tanaman yang ditanam disini seperti ubi, sayur-sayuran, terung dan sebagainya dan hasil pulangannya agak lumayan,” katanya.

Oleh itu, beliau yakin industri pertanian akan menjana pendapatan lumayan sekiranya diceburi secara serius dan diusahakan secara komersil.

Pihak LATAS, kata beliau, telah melaksanakan beberapa projek perintis bagi menarik minat khususnya golongan belia.

Katanya, generasi baharu perlu mengubah sikap yang lebih suka kerja kilang dan menumpukan usaha dibidang yang lebih produktif seperti pertanian.

Justeru, beliau berharap kerajaan dapat menyediakan tanah yang sesuai bukan sekadar membangunkan Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), bahkan ditambahkan keluasan, terutama kepada petani kecil di kampung-kampung.

“Kita harap kerajaan negeri (dapat) menyediakan kawasan pertanian untuk orang-orang yang berminat dalam sektor ini untuk sama-sama turut menyumbang kearah pembangunan ekonomi negara,

“Dan kita semua sedar bahawa pertanian ialah penyumbang kepada industri pemakanan negara. Jadi hari ini kita dapati negara kita banyak mengimport makanan dari negara Thailand yang mana mereka telah mengambil satu tindakan yang pro-aktif dalam menggerakkan aktiviti pertanian disana,” jelasnya.

Sumber BO - 27-9-2017



Bangkitlah! Usah Berdiam Diri, Negara Menuju Muflis!

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – “Sedarlah saudara-saudaraku! Kita tidak boleh lagi berdiam diri dalam keadaan negara menuju muflis. Bangkitlah!.”

Itulah luahan kata-kata Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman, mengajak rakyat yang cintakan Malaysia supaya bingkas, membetulkan semua kepincangan dan penyelewangan.
Beliau berkata, perubahan total mesti dilakukan pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.
“Inilah medan untuk tolak pemimpin yang rakus dan salahguna kuasa dengan memilih pemimpin yang amanah dan ikhlas memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika diminta mengulas berkenaan Himpunan Fastaqim 2.0.

Zarani menambah, Fastaqim 2.0 bertujuan membangkitkan semangat dan komitmen seluruh ahli dan penyokong PAS untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam.

“Mendepani segala cabaran yang ada bagi membangkitkan gelombang hijau ‘Hijau Menuju Kemenangan’ untuk kembali mempertahan Islam dan menyelamatkan negara dengannya,” tegas beliau.

Justeru itu katanya, sudah sampai masanya untuk seluruh rakyat Malaysia dan di negeri Terengganu khusunya memberi semula mandat kepada PAS untuk memerintah.

“Walaupun negara kita telah merdeka selama 60 tahun namun masalah yang menimpa negara saban hari semakin parah, pelbagai masalah salah tadbir dan urus negara,

“Sistem eKasih dengan peruntukan RM 1.3 billion……. gagal mengeluarkan belia daripada belenggu kemiskinan,” jelasnya.

Beliau turut kesal dengan gejala sosial yang semakin membarah, kelahiran anak tak sah taraf, penagihan dadah, seks bebas di kalangan remaja, ditambah dengan kos hidup yang semakin tinggi dengan harga barang yang semakin melambung.

“Rata-rata rakyat Terengganu yang ditemui berkata…….Terengganu antara negeri yang semua barang mahal belaka……..sangat menyedihkan bila mendengar kata-kata ‘Terengganu negeri kaya tapi rakyatnya miskin’,” katanya.

Sambil mengalu-alukan kehadiran para peserta Fastaqim 2.0, beliau mewakili semua anggota Muslimat Terengganu mengajak semua pihak  menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam demi menyelamatkan negara tercinta ini.

Sumber BO - 27-9-2017





KRT seru pemimpin, NGO bersama Fastaqim 2.0

KONGRES Rakyat Terengganu (KRT) menyeru semua pemimpin dan ahli-ahli NGO’s seluruh negara untuk berhimpun di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada 29 dan 30 September 2017 dalam program Fastaqim 2.0.
KRT adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi badan induk kepada banyak NGO’s yang bernaung di bawahnya dalam negeri Terengganu. 
Perhimpunan aman ini penting sebagai himpunan kesatuan umat Islam yang ingin melihat perubahan kepimpinan masyarakat yang lebih baik. 
Walaupun NGO bukan pertubuhan politik atau ‘non partisan’ tetapi mereka tentu mengharapkan perjuangan NGO masing-masing mendapat dukungan dari kepimpinan yang lebih baik yang boleh mencapai objektif mereka selepas PRU14 nanti. 
NGO’s tidak boleh hanya menjadi golongan pemerhati sahaja dalam suasana terlalu banyak isu yang mengancam kepentingan ummah sekarang ini. 
Apa yang penting, jika umat Islam mahu masa depan mereka lebih terjamin, mereka perlu bersama dan memainkan peranan mereka dalam gerakan blok ketiga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ yang dipimpin oleh PAS. 
Oleh itu, bersempena dengan himpunan Fastaqim 2.0, satu persidangan meja bulat NGO’s seluruh negara akan diadakan pada sebelah petang 29 September 2017 di sebuah resort dalam daerah Kuala Nerus. 
Pada sebelah malamnya turut diadakan majlis dialog NGO’s dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dengan peranan setiap NGO. 
Justeru, selaku orang yang diamanahkan, saya amat berharap ia akan menjadi momentum NGO bagi mengubah lanskap politik negara menjelang PRU14 akan datang. 
Selamat Berhimpun! 
Haji Yahaya Ali
Pengerusi Kongres Rakyat Terengganu (KRT)
Sumber HD - 27-9-2017 

Ramai yang dengki, jom Fastaqim 2.0

HIMPUNAN Fastaqim 2.0 yang dirancang berlangsung di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September ini, dengan jangkaan kehadiran seramai 200,000 ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia, sudah berada di selekoh terakhir sebelum kita memecut ke garisan penamat. Persiapan sememangnya sudah lama rancak berjalan. Paling mengharukan, selain daripada bajet yang disediakan oleh PAS Terengganu dan Pusat, tidak kurang pula wang yang dikeluarkan dari poket-poket peserta, bagi menzahirkan kesungguhan mereka dalam menjayakan himpunan ini. Promosi-promosi dan persediaan yang dijalankan dengan kos yang termurah, tetapi dengan kualiti yang sangat baik jika tidak terbaik sekalipun.
Himpunan besar ini adalah yang kedua diadakan selepas di Kota Bharu dahulu. Ianya berkenaan maruah, bagi dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PAS adalah sebuah parti yang mempunyai kekuatan yang tersendiri yang memiliki maruah yang sangat tinggi. Ada penghina-penghina PAS dahulu mengatakan bahawa PAS sudah lumpuh dengan keluarnya beberapa pemimpin yang berkhianat dengan PAS, namun dengan kehadiran 100,000 orang di Kota Bharu ketika itu, ia sekali gus mendiamkan pembenci-pembenci PAS, tersungkur menelan kata-kata mereka kembali. 
Tidak puas dengan itu, ditabur pula fitnah oleh sekumpulan manusia yang tiada tahu adab berkawan, dengan mengatakan PAS telah disuap Umno dengan RM90 juta. 
Walaupun sebegitu sukar untuk PAS menepis segala fitnah ini sehingga terpaksa mencari keadilan di mahkamah di London, namun PAS tetap ke sana demi maruah parti Islam ini. Ahli-ahli dan penyokong PAS tidak membiarkan pimpinan PAS sahaja bertungkus lumus membuang palitan fitnah ini, malah mereka menyeluk poket-poket mereka bagi bersama membayar kos guaman bagi kes fitnah ini. Alangkah peliknya ahli-ahli PAS ini, semakin difitnah, semakin teguh pendirian mereka bersama PAS. 
Oleh itu, saya merasa hairan apabila ada pihak yang mengeluarkan kenyataan untuk mahu memancing ahli PAS dan mengajak semua ahli PAS melupakan Presiden PAS. Adakah mereka ini bercakap ketika berada di bawah sedar? Adakah mereka tahu apakah maknanya istiqamah yang PAS laung-laungkan? Ahli PAS beristiqamah di atas jalan yang lurus dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk. Dan pemandu ahli-ahli PAS kepada jalan ini ialah Presiden PAS. 
Turut masuk dalam senarai bagi mengucar-kacirkan PAS ialah Pan. Daripada kepala kumpulan mereka yang kononnya mendedahkan isi perbincangan pada Retreat PAS Pusat yang akan bergabung dengan Umno, hinggalah heboh mencanangkan bahawa pertandingan memancing di Fastaqim 2.0 itu adalah judi. Begitulah orang yang lemah feqah, tiada ulamak yang boleh mereka mengambil panduan, maka menjadilah sedikit liar dan tersasar hukum hakamnya, tidak takut dosa memfitnah. Begitulah kerjasama Harapan dan Umno, dengki untuk jatuhkan PAS, sama ada rakyat sedar atau tidak.
Umno juga tidak terkecuali untuk memancing ahli-ahli PAS kerana pada tarikh yang sama, nun di seberang sana, Karnival Jom Heboh juga bakal berlangsung. Umno yang sememangnya sudah kita maklumi akan kenakalannya, mungkin terfikir mereka akan berjaya menarik majoriti ahli PAS untuk dipesongkan kompas mereka dari ke Pantai Tok Jembal ke Karnival Jom Heboh. Maaf Umno, jangan dianggap ahli-ahli PAS sebebal itu. 
Saya masih ingat, ketika mula-mula Umno memerintah Terengganu selepas menang dengan cara menipu, Islam Hadhari diperkenalkan oleh Pak Lah, yang ketika itu menjadi PM. Yang anehnya, Islam Hadhari bagaikan tidak wujud di negeri-negeri lain kerana penekanan tertumpu di Terengganu dan Kelantan sahaja. Dan oleh kerana mahu membuktikan bahawa mereka benar-benar mengamalkan Islam, maka antara perubahan yang Umno lakukan ialah menukar nama Karnival Jom Heboh kepada Perkampungan Hadhari. Hanya di Perkampungan Hadhari, ada ceramah agama dan konsert yang bercampur gaul lelaki perempuan, pada sebelah malam, ditiadakan. Tetapi bagi negeri lain, ianya masih dibolehkan. Pelikkan? 
Kini Perkampungan Hadhari bertukar kembali namanya kepada nama asal Karnival Jom Heboh setelah umpan Islam Hadhari mereka tidak dimakan oleh rakyat, terutamanya ahli-ahli PAS. Begitulah istiqamahnya ahli-ahli PAS kepada mematuhi kehendak parti, atas nama Islam. Percayalah, walaupun diumpan sebegitu rupa oleh Umno, saya yakin dan percaya, Jom Heboh, bukan tempat persinggahan peserta-peserta Fastaqim 2.0 insya Allah. Semua lawan PAS sedang bersatu cuba menggugat PAS. Jadi apakah perlu kita bersama mereka? Sangatlah tepat himpunan ini dinamakan Fastaqim kerana ia akan menunjukkan kepada dunia, PAS terus teguh beristiqamah atas jalan yang lurus. Jom Fastaqim 2.0! 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
6 Muharram 1439 / 27 September 2017 – HARAKAHDAILY 27/9/2017
Sumber HD - 27-9-2017 

Lokasi asal Fastaqim 2.0 di Batu Buruk tidak dilulus


HIMPUNAN Fastaqim 2.0 yang diadakan di Kuala Nerus pada Jumaat dan Sabtu ini akan melengkapkan siri penganjuran Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.0 di Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata, PAS menganjur Harap-PGU 3.0 sebanyak tujuh siri mengikut daerah di negeri itu. 
“Dalam konteks Terengganu kita telah menganjurkan program Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno 3.0 sebanyak tujuh siri. 
“Dan Fastaqim 2.0 ini sebagai mencukupi sebanyak lapan siri Harap-PGU 3.0 dan penutupnya. Fastaqim 1.0 sebelum ini diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 17 Oktober 2015,” ujarnya selepas ceramah jayawara Fastaqim 2.0 di Padang Bola, Kampung Batu Enam, semalam. (Foto atas: Sebahagian khemah sudah dipasang di tapak Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal.) 
Menurutnya juga cadangan asal Fastaqim diadakan di Kuala Terengganu, namun tidak ada tempat yang sesuai bagi menampung kehadiran 200,000 peserta. 
Bagaimanapun katanya, PAS ada memohon untuk menggunakan Pentas Budaya Batu Burok, namun tidak diluluskan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Beliau yang juga Adun Bukit Tunggal berkata, penganjuran Fastaqim 2.0 sekali gus boleh menjana ekonomi negeri itu sempena Tahun Melawat Terengganu 2017. 
“Ini sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Terengganu 2017 yang dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Januari lalu,” ujarnya. 
Tahun Melawat Terengganu pernah diadakan pada 1997, 2008 dan 2013.
Lokasi Fastaqim 2.0 meliputi kawasan seluas hampir 60 ekar. Pihak urusetia turut menyedia empat surau lelaki dan perempuan, 60 unit tandas serta bilik mandi. 
Bekalan air dan elektrik juga disediakan. Selain itu gerai jualan, tapak perkhemahan, kawasan parkir dan kenderaan bagi mengangkut peserta iaitu van serta motosikal. 
Urusetia Fastaqim turut menyediakan pasukan khas pengawal pantai dengan kelengkapan empat bot serta dua ambulans milik Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. - HARAKAHDAILY 26/9/2017
Sumberb  HD- 28-6-9-2017 

Fastaqim 2.0 ; Tsunami Hijau Bakal Gegar Bumi Terengganu

 
KUALA TERENGGANU – Tsunami hijau yang kian menular di laman sosial media kini bakal menyaksikan satu lagi lakaran sejarah di bumi Terengganu.

Ketua Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, penganjuran Fastaqim 2.0 bermatlamatkan pengembelengan kekuatan dan memimpin kebangkitan pejuang untuk terus istiqamah mendepani cabaran dan memuktamadkan kemenangan yang mana dijangka 200 ribu peserta akan membanjiri Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus.

“Selain itu, pihak penganjur Parti Islam se-Malaysia (PAS) menggariskan beberapa objektif program Fastaqim 2.0 bertujuan menyemarak semangat perjuangan dan memusatkan serta mewujudkan pengarahan,

“Dan memimpin tindakan selain merapatkan saff serta mengeratkan ukhuwah fillah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membuat seruan agar semua muslimat muda turun menghadirkan diri ke program Fastaqim 2.0, disini.

Menurutnya, persiapan spiritual dan mental serta fizikal perlu dipertingkatkan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke –14.

“Selaku negeri tuan rumah, Ameerah Terengganu mengambil kesempatan yang ada menyeru seluruh masyarakat terutamanya penyokong dan pendokong PAS termasuklah golongan wanita muda untuk sama-sama menempah nama bagi menghadiri program Fastaqim 2.0 pada 29 – 30 September 2017 nanti.

“Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program selama dua hari berlangsung. Tidak ketinggalan acara sukan pantai khusus untuk muslimat.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Marilah kita hadir bersama-sama, buktikan kesatuan kita sebagai umat Islam yang mengimpikan tertegaknya daulah Islamiah di muka bumi ini,”tegas Zuraida.

Sumber BO - 25-9-2017

Golongan Muda Jangan Takut Dengan Ugutan BN

DUNGUN – Golongan muda diingatkan agar tidak takut dengan ‘ugutan’ Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengundi mereka jika mahu duit BRIM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, pemberian BRIM ini pilih-pilih bulu juga. Sebab itulah sesetengah orang muda takut dengan ugutan Umno BN.
“Rakyat mesti buka mata walaupun dapat BRIM, itu duit rakyat. Sepatutnya kerajaan Umno BN tidak tabur begitu. Dia sepatutnya buat suatu projek yang mana semua masyarakat boleh kecapi,

“Kita kena sedar, kita adalah orang melayu beragama Islam. Siapa lagi yang nak bela orang melayu. Pemerintah Umno BN memang dia kata nak bela melayu tetapi setakat mana dia bela? Memusnahkan adalah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Street Dakwah anjuran Ameerah Dungun di Taman Poket, Kg Molek, Jumaat, 22 September, disini.

Oleh itu kata beliau, kita jangan sesekali takut kepada manusia. Kita mesti yakin rezeki datang daripada Allah. Kot mana pun kalu bukan rezeki kita tak dapat kepada kita. Tetapi kalau hak kita melintang patah rebah bangun sekali pun tetap jadi hak kita. Jadi tak usah takut dengan segala ugutan yang mendatang daripada pemerintah Umno BN hari ini.

“Kita orang melayu asal Dungun, begitu kecewa dengan sikap pemerintah Umno BN yang ada sekarang ini di mana sesetengah kawasan, orang tempatan tak boleh teroka tanah disini,

“ Apa ni? Kita mempunyai kuasa tetapi kita tidak cakna kepada anak-anak muda kita. Dimana anak muda kita nak tinggal? Setengah itu daripada ayah duduk rumah tokki, lepas itu cucu pula duduk rumah tokki. Mungkin cicit pulak rumah tokki sebab tiada tempat tinggal,” luahnya kesal.

Menurutnya, di Dungun sahaja begitu banyak tanah kosong namun baru-baru ini Menteri Besar (Dato’ Seri Ahmad Razif) umum hendak dibuka (bagi) tanah ‘sekangkang kera’ sahaja. Hanya 5900 lot tanah untuk seluruh negeri Terengganu.

“Tanah kosong banyak tapi siapa yang dapat? Yang kita persoalkan lagi, yang boleh ini (tanah) pemerintah (Umno BN) pilih dulu. Tengok siapa dia. Sebab itu berlaku roboh rumah baru-baru ini kerana dia melihat rumah itu rumah bukan penyokong Umno,” jelas beliau.

Sumber HD- 25-9-2017

Jalan mesti betul dan istiqamah atas jalan betul


DALAM sejarah para nabi dan rasul, di antaranya yang disebut sebagai Nabi ulul-azmi, Nabi yang mempunyai keazaman tinggi berjuang menegakkan Islam, juga berhadapan dengan umat dan kaum yang degil dengan jahiliah nya.
Para Nabi itu mencari pengikut, pendokong dan penyokong. Dalam Al-Qur'an, kita membaca ayat tentang Hawariyyun dan Sahabat, di mana Nabi Isa as mencari golongan yang mahu membantunya menegakkan Islam. Nabi Musa juga begitu. Sementara Nabi Muhammad SAW mencari kalangan Muhajirin dan Ansar bagi membantu Baginda. 
Dalam konteks PAS, ada pemimpin, pendokong dan penyokong. Ada  ahli parti yang aktif, ada yang pasif dan ada yang hanya menjadi penonton dari jauh. 
Ada orang yang sedih apabila Islam kalah, tetapi apa sumbangannya untuk Islam? Ada yang hanya pandai mengkritik, tetapi apa peranannya untuk mengembalikan kegemilangan Islam? 
Dukacitalah jika tidak menolong Islam. Dukacitalah jika ada peluang membantu Islam, tetapi peluang itu dilepaskan. Lebih dukacita apabila menjadi alat kepada musuh Islam.
Antara isu terkini dalam politik Malaysia ialah yang berkait dengan Akta 164 dan RUU 355. Kita boleh lihat siapa yang bersungguh menegakkan Islam melalui kedua-dua Akta dan RUU itu. Ahli Parlimen PAS berusaha menjadikan RUU355 dan Akta 164 berpihak kepada Islam dan syariatnya. Pemimpin, pendokong dan penyokongnya juga begitu. 
Namun, ada orang lain yang memberi pelbagai alasan yang kemudiannya 'memandulkan' Islam dan hukumnya, dengan sangkaan mereka di atas jalan yang betul. 
Benarlah ayat Al-Quran yang dibaca dalam surah Al-Fatihah yang sentiasa diulang agar Allah tunjukkan jalan yang betul, kemudian mesti istiqamah di atas jalan yang betul itu. – HARAKAHDAILY 25/9/2017 
Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu.
Sumber HD - 225-9-2017 

PAS Gesa Kerajaan Kaji Semula Cadangan Tutup IPG Besut

BESUT – PAS Terengganu menggesa agar kerajaan mengkaji balik cadangan penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Sultan Mizan di kawasan Besut, Terengganu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar berkata, Perdana Menteri dalam pembentangan badget 2017 telah menyatakan bahawa sembilan Institut Pendidikan guru akan diubah suai kepada Politeknik dan Kolej Vokasional.

“Pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini berharap kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan tidak menukar status Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan di sini sebagai Politeknik atau Kolej Vokasional,

“Ada maklumat mengatakan IPG Kampus ini tersenarai dalam salah satu sebagai Politeknik atau Kolej Vokasional yang mana IPG Kampus ini turut tersenarai dalam salah satu daripada daripada sembilan IPG di seluruh negara yang akan ditutup dan dijadikan Institusi – institusi yang mana perkara ini amat meresahkan penduduk disini apatah lagi bagi warga kampus tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Pejabat PAS Kawasan Besut, Jumaat, 22 September, disini.

Oleh itu katanya, PAS kawasan Besut berharap Kementerian dapat menimbangkan semula cadangan tersebut.

“Memandangkan IPG Kampus Sultan Mizan merupakan salah sebuah institusi pendidikan guru di negara ini yang mempunyai fasiliti lengkap untuk bidang perguruan dan telah mengeluarkan ribuan pendidik yang berkualiti,

“Institusi tersebut juga menyumbang kepada peningkatan populasi penduduk di dun Kota Putera dan di Besut selain menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi di daerah Besut ini,” jelas beliau.

Di samping itu, daerah ini juga sudah mempunyai sebuah Kolej Vokasional dan pembinaan bangunan baru Politeknik Besut sudah pun diluluskan.

“Sebagaimana yang di war-warkan oleh Kementerian Pendidikan bahawa bilangan IPG yang akan ada mampu menampung pengambilan guru untuk tahun-tahun seterusnya adalah perkiraan yang tidak berasas,

“Ini adalah kerana normal guru dan pelajar di sekolah – sekolah tidak seimbang. Norma yang diguna pakai setelah sekian lama menyebabkan guru-guru di sekolah terpaksa mengajar lebih daripada 25 waktu. Sekiranya norma yang sedia ada dibuat pengubahsuaian mengambil kira beban tugas guru, sudah pasti pengambilan guru pelatih ke IPG akan bertambah,” tambahnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Terengganu menjelaskan, sebahagian besar dikalangan pensyarah dan kakitangan IPG di Kampus Sultan Mizan adalah merupakan penduduk asal daerah Besut dan telah lama berkhidmat serta ada dikalangan mereka yang sudah mencapai umur persaraan.

“Mereka sudah mempunyai tempat tinggal bersama keluarga yang selesa dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik,

“Sekiranya fungsi IPG kampus Sultan Mizan ini ditukar atau ditutup operasinya sudah tentu ianya akan menimbulkan keresahan dan ketidakselesaan kepada mereka untuk menjalankan tugas di tempat baru lebih-lebih lagi yang terpaksa meninggalkan keluarga,” ujarnya kesal.

Sumber BO - 24-9-2017

Fastaqim 2.0! Bangunlah dari tidur yang panjang


FASTAQIM adalah cetusan tema yang diambil dari perintah Allah swt dalam Surah Hud ayat 112 yang memberi maksud BANGUNLAH !! untuk melaksanakan seluruh titah perintah Allah swt dengan cekal mendepan rintangan, tabah meredah halangan dan istiqamah menggalas amanah perjuangan serta tidak melanggar batas syariat Allah swt.
Bangunlah (wahai Muhammad saw) untuk teguh berjuang dijalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan juga sesiapa yang rujuk kepada Allah swt bersamamu mestilah turut berbuat demikian dan jangan melampaui batas sempadan syariat Allah swt, sesungguhnya Allah swt Maha Melihat apa yang kamu lakukan Surah Hud: ayat 112 
Wahai warga tanahair tercinta ! Bangunlah dari tidur yang panjang. Bangunlah dari leka yang mengasyikan. Bangunlah dari lalai yang merugikan. Galas tanggungjawab dan amanah perjuangan suci ini tanpa lengah justeru ia adalah arahan dan perintah Allah swt. - YB Ustaz Nasrudin Hassan, Pengarah Fastaqim 2.0 
Ayuh tekadkan niat. Pasakkan di dalam hati untuk hadir ke Fastaqim 2.0 pada 29-30 September 2017 di Pantai Tok Jembal, Terengganu Darul Iman
Matlamat Fastaqim 2.0 
Penggemblengan kekuatan dan memimpin kebangkitan pejuang untuk terus istiqamah mendepani cabaran dan memuktamadkan kemenangan 
Objektif
1. Menyemarak semangat perjuangan
2. Memusatkan pengarahan dan memimpin tindakan
3. Mewujudkan pengarahan dan memimpin tindakan
4. Merapatkan saff dan menggeratkan ukhuwwah FIllah
5. Persiapan spiritual, mental dan fizikal menghadapi PRU 14
Dapatkan maklumat terkini Fastaqim2.0 di:
Fb: fb.com/fastaqim.my
Web:fastaqim.my
IG: instagram.com/fastaqim.my
Twitter: twitter.com/fastaqim_my
Telegram: t.me/fastaqim_my
Sumber HD - 23-9-2017 




















Panduan kesihatan semasa Fastaqim 2.0

Untuk makluman semua bahawa perhimpunan dalam jumlah kehadiran yang ramai seperti itu boleh berlaku segala apa kemungkinan. Musim sekarang ini adalah perubahan antara musim panas kepada musim tengkujuh yang mungkin boleh terjadi bila-bila masa dari sekarang. Oleh yang demikian berikut adalah berapa nasihat bagi menghadapi kedua-dua suasana perubahan musim tersebut. 
Strok Haba
Jika pada tengaharinya, panas melampau akan menjengah para peserta. Cuaca panas terlampau boleh mengakibatkan seseorang individu itu kena dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke). Langkah-langkah proaktif perlu untuk mengelakkan terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness) seperti stress haba (heat stress) yang boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan. 
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas. 
Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/gejala-gejala (symptoms) seperti berikut: 
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan.
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
Jika berlaku tanda-tanda di atas; 
Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir. Kor Medik Jabatan Amal Maylaysia senantiasa bersedia dilokasi-lokasi penting sekitar tapak FASTAQIM tersebut. Sila dapatkan bantuan dari mereka segera. Doktor dan paramedik dari Kor Medik JAM akan merawat pantas. 
sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:
(i) Bawa keluar peserta daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan peserta lain.
(ii) Baringkan/rehatkan peserta terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian.
(v) Membasahkan kulit and pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. 
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan haruslah diperolehi dengan kadar segera. 
Amat disarankan kepada semua peserta, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu: 
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari. 
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada sesuatu hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi - 3 petang. 
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas perhimpunan. 
(iv) Disarankan untuk meminum:
~ 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum berhimpun.
~ 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa berhimpun, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih, dan masa 2 jam selepas melakukan aktiviti. 
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari. 
Saya mengharapkan pihak urusetia FASTAQIM akan menyediakan tong-tong air sabil bagi minuman percuma para pengunjung. 
Hujan dan Laut Bergelora
Kemungkinan di sebelah petang dan malamnya, hujan akan turun. Keadaan ini akan merumitkan lagi pergerakan para pengunjung. Senantiasdalah berada di bawah khemah-khemah yang disdiakan oleh pihak urusetia FASTAQIM. Jika berlaku keadaan kecemasan, jangan mudah panik. Anda dinasihatkan senantiasa mendengar arahan pelan tindakan kecemasan (jika berlaku) dari masa ke semasa oleh Jabatan Amal Malaysia.
Perhimpunan kali ini adalah tepi pantai Tok Jembal. Tanah pasir pesisir pantai Terengganu amat cantik. Sekali sekala terdetik untuk mandi pantai dan bersenda gurau di dalam desiran air laut. Pun begitu, adalah di nasihatkan kepada pengunjung yang tidak biasa dengan air pantai dan mandi, supaya mendapat khidmat nasihat dari pasukan Marin Jabatan Amal Malaysia yang senantiasa ada bagi menjaga keselamatan para pengunjung.
Menurut laporan rasmi tahun lalu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua pantai dan sungai di kawasan peranginan di Terengganu didapati tidak selamat untuk aktiviti air terutama pada musim tengkujuh. Kenyataan itu di keluarkan setelah beberapa kes kejadian lemas dicatatkan berlaku di musim tengkujuh. Walaupun kenyataan itu dibuat pada tahun lalu, namun musim tengkujuh bagi pantai timur sudah masuk musimnya sekarang. Sikap berhati-hati amat penting. 
Binatang Berbisa
Tapak FASTAQIM adalah kawasan bersemak di tepi pantai. Kemungkinan binatang berbisa wujud di tapak tersebut samada ular, kala jengking, lipan dan seumpamnya. Sebelum melagkah masuk, perhatikan tapak kaki anda. Suhu persekitaran makin panas mengakibatkan binatang berbisa seperti mula mencari tempat perlindungan. Ditambahi pula dengan kehadiran para pengunjung yang mengganggu habitat kehidupan mereka selama ini. Binatang berbisa ini mendatangkan bahaya kepada manusia. Jika terpatuk oleh binatang berbisa, langkah segera berikut perlu diambil (contoh yang diambil ini jika terkena sengatan ular): 
1) Bertenang jangan panik. Dapatkan bantuan segera dari Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia atau panggil 999. 
2) Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit, dan jangan banyak gerak agar racun binatang itu tidak menyebar. 
3) Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang, kalung, dan sebaginya, sebelum terjadi pembengkakan. Ini kerana kemungkinan reaksi pertama badan akan menjadi bengkak (eodema). 
4) Posisikan diri seboleh mungkin dan usahakan kawasan yang kena gigit/patuk berada lebih rendah dari jantung. Boleh diletakkan belat supaya anggota yang luka minima pergerakannya (Seperti rawatan patah tulang). 
5) Bersihkan luka, tapi jangan siram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat traditional.
6) Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering. 
7) Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan. 
8) Jangan menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan binatang berbisa/ular.
9) Jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak patut seperti menyedut dengan mulut atau seumpamanya. 
10) Jangan minum kafein ataupun alkohol bagi mengurangkan kesakitan.
11) Jangan mencuba untuk menangkap binatang berbisa/ular itu, tetapi cubalah untuk mengingat warna dan bentuknya sehingga anda dapat menggambarkannya sehingga akan membantu dalam perawatan nantinya. 
Kebakaran
Akhir sekali, Jika berlaku ancaman yang tidak diingini seperti kebakaran atau seumpamanya, para peserta dikehendaki jangan sasau-minda (panic). Patuhi arahan yang akan dikeluarkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa. Jika para peserta panik dan berpusu-pusu lari keluar dari tempat berhimpun, kemungkinan akan berlaku himpitan rempuhan (stampede). Keadaan ini boleh membawa maut. 
Semoga dengan nasihat ini memberi kekuatan moral kepada para peserta bagi terus istiqomah dan berjuang memartabatkan syariah di bumi Malaysia ini. 
DR GHAZALI HASBULLAH
Penasihat Perubatan
Kor Medik Jabatan Amal Malaysia
23.9.2017 – HARAKAHDAILY 23/9/2017
Sumber HD- 23-9-2017 





















Mahathir produk rosak Umno


SAYA mengimbau kembali kepada doa bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor suatu ketika dahulu agar memberikan umur yang panjang kepada Tun Mahathir bagi dia melihat sendiri kerosakan yang beliau lakukan. Sehingga kini, Tun Mahathir telahpun berusia 92 tahun, satu umur yang dikira sangat panjang dengan keadaan kesihatan beliau masih kelihatan bagus. Dan alhamdulillah Tun kini bukan sahaja masih segar berdiri, malah beliau juga sekarang telah menjadi salah seorang yang aktif dalam pasukan penentang sistem yang beliau asaskan dahulu.
Jika dilihat dari mata kemajuan, sememangnya tidak dinafikan kepada sumbangan Tun kepada Malaysia. Namun, bukan penilaian kerosakan itu didasarkan kepada pencapaian materi tetapi kepada pencapaian nilai-nilai kemanusiaan melalui jalan agama sebagai seorang pemimpin umat Islam. Betapa rosaknya sistem yang kita warisi sehinggakan rasuah, penyelewengan sekarang berlaku di mana-mana sahaja. Ini jelas kerana Islam tidak diletakkan beliau di tempat yang sepatutnya. 
Kerana perintah Allah tidak dijalankan dengan sepatutnya, maka sistem sekarang adalah mewarisi sistem yang rosak. Keberanian golongan bukan Islam mencabar kedaulatan Islam adalah disebabkan kelemahan yang jelas datangnya dari pemimpin Umno yang telah puluhan tahun memegang tampuk pemerintahan negara tetapi apa yang diberikan kepada kekuasaan Islam, amatlah sedikit, menghilangkan kegerunan golongan pembenci Islam kepada kehebatan agama ini. 
Kini Tun Mahathir, setelah melakukan tekanan, kerosakan kepada Islam sehingga dilemahkan sebegitu rupa sepanjang pemerintahannya dahulu, beliau muncul kembali ke layar politik dengan membawa janji perubahan kepada rakyat. Tanpa beliau menyebutkan janji bagi memperkasakan Islam, beliau kelihatan membawa agenda sekular yang sama iaitu hanya mahu menukar tubuh badan pemerintah sahaja, bukan sistem. Lebih menarik, tiada minat beliau mahu menggantikan Umno, tetapi hanya mahu meneruskan legasi beliau dahulu melalui proksi beliau. 
Paling jelas, beliau tetap menyerang PAS, walaupun menyatakan kononnya lawan utama beliau adalah Umno. Dengan fitnah PAS bergabung dengan Umno dan juga PAS menerima dedak daripada Umno, sehingga sekarang masih belum dapat dibuktikan, malah gambar beliau pula yang disiarkan bersama dengan pengarang Sarawak Reports. Begitulah bencinya beliau kepada apa juga agenda yang berkait dengan Islam, terutama yang dibawakan oleh PAS. Ini tidak menghairankan kerana boleh dilihat anakanda beliau yang jelas pernah terlibat menjadi pemilik kepada produk arak dan seorang lagi menjadi pejuang yang menentang undang-undang Islam sepertimana Tun, lebih-lebih lagi yang melibatkan hak wanita, tanpa rasa sesal menolak syariat. 
Di kala mata rakyat memandang serius kepada beliau kerana isu pembunuhan rakyat Memali dan Suruhanjaya Diraja menyiasat kerugian Bank Negara melaburkan wang rakyat Malaysia lebih puluhan billion dalam urusniaga tukaran wang asing pada awal 90-an yang dibangkitkan kembali ketika ini, beliau dengan tenang menepis segala dakwaan itu dengan mengalihkannya kepada isu kafir mengkafir yang didakwa beliau kononnya dicipta PAS. Kemahiran membodohkan rakyat masih terserlah dalam gaya berpolitik Tun. 
Ternyata produk rosak Umno ini, masih tegar mencari-cari ruang untuk membunuh PAS sedang dalam masa yang sama, rakyat sudah menyedari permainan beliau dan semakin muak dengan parti-parti yang menipu. Kehadiran Tun juga tidaklah menguatkan gabungan pembangkang yang walaupun mereka bersungguh-sungguh mendakwa semakin kukuh, hakikatnya semakin ramai yang keluar dari parti kalaupun tidak bercakaran sesama sendiri. Ini adalah bahana kesilapan mereka sendiri yang begitu percayakan Tun, ibarat berangan-angan telur tembelang boleh menjadi telur emas.
PAS begitu mahir dengan tipu daya Tun, masih gagah berdiri tanpa kekacauan baik di dalam mahupun di luar kerana menolak sebarang kerjasama sama ada dengan Tun, Umno, DAP, PKR mahupun juga pengkhianat. Sebaliknya PAS dengan Gagasan Sejahtera, terus gagah berjalan ke medan tempur PRU dengan penuh istiqamah membawa panji-panji Islam bagi menjadikan tawaran kepada kehidupan rakyat yang penuh dengan keadilan di bawah syariat yang telah ditetapkan Allah. Dan tidak lama lagi, bagi membuktikan bahawa PAS sentiasa istiqamah di jalan Allah tanpa rasa gerun dengan kekalahan ataupun apa jua rintangan, di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, bakal berhimpun kira-kira 200,000 orang ahli dan penyokong PAS di situ bagi menzahirkan kesungguhan untuk menawan Terengganu. 
Tiada keperluan PAS untuk mengambil tahu berkenaan Tun yang sudah diketahui rakyat, yang beliau adalah keluaran Umno yang buruk. Umno pula mewarisi segala kebejatan yang dilakukan bukan sahaja oleh Tun, tetapi juga pembesar-pembesar mereka yang lain. Mereka semua sama sahaja, bezanya siapa yang paling banyak membuat kerosakan. Mereka menjadi kumpulan yang rosak dan merosakkan. PAS akan pasti menjadi penyelamat kepada kerosakan ini bagi rakyat dan negara Malaysia ini. PAS istiqamah menuju kemenangan. Wallahua’lam. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
2 Muharram 1439 / 23 September 2017 – HARAKAHDAILY 23/9/2017
Sumber HD- 23-9-2017 

























Enact Law On Blasphemy On Social Media

KUALA TERENGGANU: Terengganu Pas has urged the Federal government to draft a bill to punish those who insult Islam through speeches, writings or via the social media.

State Pas Commissioner II Dr Alias Razak said the new law should deter anyone from making blasphemous remarks about Islam and provide hefty fines and jail sentence to the offenders.
“For example, the postings by (lawyer) Siti Kassim and (politician) David Orok on their Facebook accounts have confused many Muslims.

“Their statements show that they have deviated from the true teachings of Islam when they questioned the deeds of prophets Ibrahim and Ismail.

“They should be sensitive to Islam even if they are not Muslims. We hope the government will take this matter seriously and conduct an investigation.

“If their statements are blasphemous, action must be taken against them,” he said.

Alias was speaking to reporters after state Pas secretary Wan Sukairi Wan Abdullah lodged a police report against Siti Kassim and Sabah politician David Orok over their allegedly unconstitutional Facebook postings, at the Kuala Terengganu police station yesterday.

Alias claimed that Siti Kassim had on Sept 8, had commented via her Facebook account on the ‘ibadah korban’ practised by Muslims. Alias claimed Siti Kassim had made unsavoury comments regarding the practise, as well as the Prophet Ibrahim.

Alias claimed that on the same day, Sabah politician David Orok had also issued similarly controversial statements on Prophet Ismail.

Meanwhile, Siti Kasim on Tuesday, sent a letter of demand to Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and its online mouthpiece HarakahDaily over reports she had deemed defamatory.

In a copy of the letter dated on the same day, the two parties were given 48 hours to publish an apology and retract the offending articles 24 hours later, failing which she would proceed with legal action.

Among the demands of Siti Kassim was an apology to appear in HarakahDaily and its Facebook account within seven days, and for it to appear on the relevant articles which should be removed, and for the two parties to pay a reasonable sum in lieu of damages for the injury to her reputation.-NST

Sumber BO - 22-9-2017



















































Fastaqim 2.0; Polis Terengganu Sedia Bekerjasama

KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Terengganu pada dasarnya sedia bekerjasama untuk mempastikan keselamatan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, perkara berkaitan telah dibincangkan antara Pesuruhjaya (PJ) Dato’ Ustaz Husain Awang dengan Ketua Polis (KP)Terengganu yang baharu, DCP Dato’ Aidi bin Ismail.

“satu pertmuan yang amat menarik….berjalan dengan baik, (ia) lebih kepada kunjungan hormat kepada Ketua Polis negeri yang baharu,

“tetapi sebahagian perbincangan menjurus kepada kerjasama kedua pihak berhubungg persiapan Fastaqim 2.0. (dan) pihak polis pada dasarnya sedia bekerjasama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu semalam, Khamis 21 September.

Beliau berkata, isu keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya diberikan perhatian utama oleh pihak polis dan menuntut PAS juga memberikan kerjasama agar ia dapat dipelihara.

“Saya sendiri minta supaya soal keselamatan dan keselesaan penduduk berkait dengan ‘isu rempit’ dikalangan anak muda diberi perhatian dalam konteks,

“mengembangkan penubuhan Persatuan Kepolisian Komuniti (PKK) selain dari (yang telah ada di) qariah Durian Burung,” jelas Haji Yahaya yang menambah, pertemuan berjalan dalam suasana yang sangat mesra.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, kehadiran rombongan BPPNT ke IPK yang diketuai oleh Dato’ Pesuruhjaya sendiri telah mendapat penghargaan.

“Dato’ KP memuji Dato’ PJ yang datang mengetuai program kunjung hormat kepada beliau (dan) Dato’ PJ mengambil kesempatan memaklumkan,

“tentang program terdekat (iaitu) Fastaqim 2.0 pada 29 hingga 30 September, 2017,” katanya.
Justeru itu, Haji Muhyiddin berkata, Dato’ Aidi melahirkan keyakinan beliau bahawa, program yang bakal menghimpunkan seramai 200, 000 ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara itu akan berjalan dengan lancar.

“In sha Allah program akan berjalan lancar berdasarkan maklumat yang diterima (dimaklumkan kepada beliau) 1000 anggota Jabatan Amal akan membantu melancarkan perjalanan lalu lintas,
“disamping itu, pihak polis bersetuju dengan cadangan pihak penganjur, (supaya) laluan ke tapak Fastaqim 2.0 akan dijadikan jalan sehala sepanjang tempoh program berjalan,” katanya lagi.

Sumber BO - 22-9-2017



























Banjiri Tapak Ke Fastaqim 2.0 Sebagai ‘Signal’ Menggerunkan Musuh

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diseru untuk membanjiri tapak Fastaqim 2.0 sebagai ‘signal’ yang mampu mengerunkan musuh.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, ianya akan mampu memberi gambaran yang jelas, bagaimana ramainya rakyat menyokong PAS.

“Dalam bahasa yang mudah, untuk mewujudkan gelombang yang besar, untuk memberikan suatu gambaran bukan sahaja kepada musuh,

“tetapi untuk menunjukkan (tentang) persediaan kita untuk menghadapi PRU 14 nanti,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Gempur Fastaqim 2.0 di sini pada malam tadi, Selasa 20 September 2017.

Program tersebut yang diadakan di bangunan PAS DUN Sura bertujuan mengarah dan mengerahkan agar semua ahli dan penyokong PAS di kawasan Dungun hadir ke Himpunan tersebut yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 September di pantai Tok Jembal, Kuala Nerus.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berharap ia juga mampu mengobarkan semangat para petugas PAS untuk menumbangkan Umno dalam pilihan raya umum nanti.

“Tempat yang terpilih ini adalah tempat yang terbaik diantara lima atau enam lokasi yang terbaik yang dicadangkan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” jelasnya.
Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menggesa semua pihak turun ke Tok Jembal beramai-ramai bagi memadamkan ‘api fitnah dan tohmah’ yang dilemparkan oleh musuh.

“kerana itu kita berhimpun……..kita tunjukkan kekuatan, kami berhimpun untuk menakutkan musuh Allah, musuh Allah adalah musuh kita,”

“maka sesiapa sahaja hendak bermusuh dengan perjuangan Islam…….kita akan bermusuh dengan mereka,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Dungun

Sumber BO - 21-9-2017





























Calon perjuang isu rakyat jadi pilihan


BAGI mencapai misi mengembalikan semula Terengganu ke pangkuan PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, parti itu menyediakan calon ‘winnable candidate’ untuk menang.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata, calon-calon PAS yang bakal ditampil antaranya berkemampuan memperjuangkan isu-isu rakyat. 
Katanya, sebahagian besar rakyat meletak harapan tinggi kepada PAS untuk mengembalikan kejayaan seperti PRU 1999. 
“Besar harapan semua pihak terhadap PAS untuk kembali mentadbir Terengganu pada PRU akan datang. 
“Bagi memenuhi kehendak itu PAS menyediakan calon-calon pilihan rakyat. Selain itu kita menyediakan draf pelan induk Terengganu sehingga tahun 2030,” katanya kepada media di Kuala Terengganu. 
Menurutnya juga berdasar kajian dan realiti politik semasa sekarang, suasana positif menyebelahi PAS.– HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 































Fastaqim 2.0; Hadir Dan Perteguhkan Akidah.

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Kurang sepuluh hari lagi Fastaqim 2.0 akan berlangsung, yang bakal menyaksikan seramai 200 ribu orang akan hadir dengan penuh semangat memperteguhkan akidah dibawah kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus Puan Hajah Jamilah Jusoh menyeru kepada semua terutama ahli dan penyokong PAS serta seluruh masyarakat untuk hadir ke program tersebut.
“Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang di bawah kepimpinan ulama’………kita sokong dan sama-sama kita turun mengajak keluarga,

“rakan taulan seramai mungkin supaya mereka yang tak faham jadi faham dengan politik PAS dan bezanya dengan politik UMNO dan sama akan menyokong PAS dalam PRU ke 14,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menghadiri program Liqa’ Mahabbah di Mengabang Telipot pada Isnin 18 September.

Katanya, dengan kesedaran tentang politik yang sangat menekan kehidupan masakini, sudah tiba masanya rakyat bangkit untuk menyatakan ‘tidak’ kepada Barisan Nasional.

Seramai 100 orang Muslimat yang merupakan ejen penerangn dari seluruh kawasan Kuala Nerus, hadir pada program dianjurkan Muslimat negeri itu.

Mengulas lanjut, menurut Hajah Jamilah, rata-rata rakyat dah tahu tentang penyelewengan kerajaaan BN dan orang muda cukup faham tentang politik ‘bobrok’ Malaysia.

“Ayuh !!……Semua kita buktikan yang rakyat tidak takut sama membuat perubahan, Insyaa Allah,” tegasnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan duit BRIM yang kerajaan beri kepada rakyat itu adalah sedikit berbanding GST yang ‘diperah’ secara paksa.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir Hajah Fadhilah Mohamad berharap semua pihak menyatakan sokongan, tidak berbelah bagi.

“khususnya kepada penduduk Seberang Takir dan masyarakat di luar sana bagi sama memeriahkan program yang besar ini,

“sepatutnya kita merasa bangga dan bertuah kerana negeri kita, kawasan kita dunt kita dipilih untuk menjadi tuan rumah,” tegas beliau.

Katanya, ia merupakan ‘simbolik’ kepada Seberang Takir yang belum pernah menang sejak 13 kali pilihanraya lalu.

Ia menggambarkan kata beliau, betapa besar dan tingginya harapan semua pihak, seluruh negara untuk melihat PAS menang di negeri Terengganu yang tercinta ini

Sumber BO - 20-9-2027

































Fastaqim 2.0; Pecutan Akhir Unit Persiapan Tandas

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Berbaki lagi sembilan hari ‘deadline’ untuk menyiapkan kerja berkaitan, Unit Persiapan Tandas Fastaqim 2.0 melakukan pecutan akhir bagi memberi keselesaan kepada 200K peserta.

Ketuanya, Abdul Azeb Ismail berkata, kerja-kerja membina dan menyiapkan tandas telah bermula pada hari Ahad, 10 September yang lalu.

“Sebanyak 60 buah tandas telah dibina di halaman rumahnya di Kampung Duyung dan diangkut ke tapak program menggunakan lori,

“Dan kerja-kerja memasang dan menyiapkan tandas di tapak Fastaqim 2.0 telah pun bermula,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat program akan berlangsung,Selasa, 19 September, disini.

Menurutnya, seramai 10 orang petugas ‘tetap’ menginfakkan diri masing-masing membantu beliau menyempurnakan amanah ini.

“Kebanyakannya petugas dari dun Seberang Takir yang bantu. Semua menggunakan peralatan sendiri dan kita bekerja siang dan malam,

“Kebanyakkannya meninggalkan kerja ‘hakiki’ mencari rezeki semata-mata demi membantu menyiapkan tandas bagi melancarkan program Fastaqim 2.0 ini dan kita jangka akan siap sepenuhnya selewatnya pada hari Selasa, 26 September ini,” jelasnya.

Oleh itu, beliau menyucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas yang secara sukarela membantunya menyiapkan segala kerja yang diberi tanpa mengharapkan sebarang upah dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa sahabat semua.




































Sumber BO - 20-9-2017



































Muslimat Muda Penentu Kemenangan

Oleh : Afini Yahaya

MARANG – Muslimat muda dilihat sebagai faktor penyumbang terbesar yang akan menentukan kemenangan dalam PRU14 yang bakal menjelang bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali berkata, menurut data Daftar Pemilih Induk 2016, seramai 5,313 wanita berumur dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun ialah pengundi kali pertama yang akan mengundi dalam kawasan Marang.

“1,392 pengundi ialah dari Dun Alur Limbat, 1,134 pengundi ialah dari Dun Bukit Payung, 1,326 pengundi ialah dari Dun Ru Rendang dan 1,461 pengundi ialah dari Dun Pengkalan Berangan,” jelas beliau.

Beliau yang ditemui ketika merasmikan Himpunan Muslimat Muda (Hamra) Marang mengulas lanjut, kerja-kerja mencari dan membina ‘engagement’ perlu dirancakkan.

“Pelbagai pendekatan boleh dibuat samada melalui ziarah rumah ke rumah, membina hubungan dengan masyarakat dalam ruang riadah dan rekreasi di tempat awam dan hubungan ‘personal touch’ dengan sasaran,” tambah beliau.

Hamra Marang berlangsung meriah pada Sabtu, 16 September di Madrasah Darul Iman, Bukit Payung dengan kehadiran hampir 500 orang peserta. Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman dan Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Mohd Nor.

Haji Yahaya Ali yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu juga menyeru muslimat muda mestilah ada suatu niat yang suci untuk memberikan saham dalam perjuangan ini samada dalam keadaan ringan atau berat.

“Kena bersungguh dengan niat yang ada, melakukan yang terbaik dengan mengenalpasti sasaran dan strategi yang sesuai,” katanya.

Tambah beliau lagi, PAS tidak mahu ke Putrajaya tanpa membawa Islam sebagai dasar perjuangan parti.

Sumber BO - 19-9-2017
































Rakyat mahu kembalikan momentum 1999

HIMPUNAN Fastaqim 2.0 di Pantai Peranginan Tok Jembal pada 29 dan 30 September ini menjadi harapan besar rakyat Terengganu bagi mengembalikan momentum 1999.
Rata-rata orang ramai yang ditemui menaruh harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan PAS Terengganu pada 1999-2004. 
Sukarelawan Jabatan Amal Terengganu, Zor Alias, 56, dari Kampung Padang Air berkata, beliau masih lagi terkenang kejayaan PAS Terengganu mentadbir negeri ini. 
Katanya, banyak perubahan untuk rakyat dilaksanakan kerajaan PAS ketika itu. 
“Janji manifesto pilihan raya umum ke-10 kerajaan PAS Terengganu laksanakan. Apa yang paling saya tidak dapat lupa semasa PAS memerintah Terengganu, penghapusan Tol di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. 
“Kerajaan PAS juga berjaya mengagih tanah kepada rakyat seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya,” katanya ketika ketika ditemui Kuala Terengganu. 
Seorang peniaga kedai makan, Mustafa Ismail, 56, dari Kampung Batu Enam, Dun Bukit Tunggal pula berkata, kemarahan rakyat terhadap Umno dan kerajaan BN tidak dapat dibendung lagi. – HARAKAHDAILY 19/9/2017




















































































































Sumber HD- 19-9-2017

Ambil Tindakan Segera Kepada Penghina Islam

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera keatas Siti Kasim dan David Orok kerana menghina Islam dan Nabi Ibrahim A.S.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, kedua-dua individu itu telah mempermainkan akidah dan kepercayaan umat Islam.

“Kami dari Dewan Muslimat PAS Negeri amat mengharapkan supaya kerajaan yang berautoriti mengambil tindakan, jumpa Siti Kasim dan David Orok ini, beri penjelasan dan sebagainya kerana ianya melibatkan aqidah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis terhadap kedua-dua individu tersebut di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini pada Isnin, 18 September.

Menurut Zarani, laporan dibuat merujuk kepada catatan di dalam ‘facebook’ Siti Kasim pada 8hb September jam 9.00 malam dan juga pada 10hb September serta kenyataan David Orok dalam laman sosial yang sama pada 1hb September 2017.

Katanya, berdasarkan ajaran Islam, mereka telah membuat tafsiran yang menyimpang dan menyesatkan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.


“Penulis menyebut ‘orang-orang Melayu ikut sahaja suruhan pemimpin agama’, maknanya orang-orang Islam melaksanakan suruhan agama secara membabi buta.” ujarnya

Sehubungan itu, Siti Kasim juga sewenang-wenangnya menyangkal mimpi Nabi Ibrahim, sedangkan di dalam Surah As-Saffat Ayat 102, memang Allah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim bermimpi, dan mimpi nabi adalah daripada Allah yang merupakan perintah Allah.

“Dia (Siti Kasim) juga mengaitkan (ibadah) korban dengan pembunuhan, dengan erti kata lain, korban ini dengan (adalah) jenayah dan tindakan Nabi Ibrahim adalah satu tindakan dosa dan bertentangan dengan agama,” tambah beliau.

Manakala David Orok pula, kata Zarani, telah memuatkan dalam dalam laman sosialnya pada 5 September pukul 10.51 malam, bahawa Nabi Ismail adalah anak ‘luar nikah’, hasil hubungan ‘zina’ Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar.

Justeru itu, Muslimat menggesa tindakan segera diambil, kerana isu yang menghiris perasaan dan melibatkan orang Islam ini, menjadi ‘permainan’ mereka yang tidak bertanggungjawab.

“dan kita juga tidak mahu apa yang disebut boleh mempengaruhi masyarakat yang ada dan paling penting juga ianya memberi satu impak kepada yang bukan Islam,

“bahawa apa yang kita buat selama ini adalah perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam,” jelasnya.

Sedangkan, kata beliau, ajaran Islam yang suci itu difahami dan diterima oleh seluruh masyarakat Islam, bukannya hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

“Begitu juga status ini, adalah penghinaan yang melampau dan boleh menyinggung dan hasutan secara bida’ah dan apa yang dibangkitkan,

“boleh mengugat keharmonian (dan keselamatan negara),” tegas beliau lagi.

Sumber BO - 19-9-2017
































20 Ribu Peluang Pekerjaan Jika PAS Perintah Terengganu

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Terengganu berjanji akan menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan jika diberi peluang memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Dr Alias Razak berkata, ia termasuklah dua sektor penting yang akan dilaksanakan dan membuka peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada pengundi muda wanita.

“Apabila diberi peluang memerintah kembali negeri Terengganu, PAS akan membina satu universiti sebagaimana Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dahulu. Kita nak ganti KUSZA yang mana akan dapat mewujudkan 1500 peluang pekerjaan. Mana-mana Universiti maksimun 6000 peluang pekerjaan. Tapi kita mula dengan 1500,

“Bila sebut tenaga pensyarah kebanyakkannya perempuan kerana wanita-wanita ni hebat belaka. Ramai yang berkelulusan luar negara tapi balik tak ada kerja. Bila ada Universiti, kita boleh ambil yang lepasan tinggi-tinggi ini untuk jadi pensyarah di Universiti yang akan dibina nanti dan ini satu peluang yang besar. Biasanya kakitangan Universiti ni ¾ perempuan manakala lelaki hanya ¼,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap perasmian program Himpunan Ameerah (HAMRA) Kuala Nerus, Jumaat, 15 September, disini.

Menurutnya, PAS juga merancang untuk membina sebuah sekolah menengah agama di setiap daerah yang mana syarat kemasukkannya tidak terikat dengan kelulusan 6A atau 5A UPSR dan kita buka kepada sesiapa yang nak masuk.

“Walaupun Umno buat Imtiyaz tetapi syaratnya mesti 6A atau 5A kalau nak masuk. Yang lebih rendah daripada itu macamana? Tak apa peluang sedangkan ibu bapa nak juga anak mereka belajar agama. Bila kita buka sekolah itu nanti, sudah tentu memerlukan sekurangnya 150 kakitangan,
“Yang mana sebahagian besarnya sesuai dengan wanita-wanita muda kita dan sekolah agama tidak semestinya ambil guru dari kalangan ustazah belaka. Ia juga memerlukan guru dari pelbagai bidang seperti Metametik, Sains, Geografi , Sejarah dan sebagainya. Dan semua yang ada kelulusan dan layak boleh kita tempatkan di sekolah menengah agama kita,” kata beliau.

Selain itu, PAS juga akan membina Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) disetiap dun. Maknanya di Terengganu ni akan mempunyai 32 buah SRAB yang mana pernah dibina dahulu masa PAS memerintah tahun 1999 hingga 2004 tapi bila Idris Jusoh (Umno) menang dia tutup. Sekarang akan dibuka balik jika kembali berkuasa.

“Inilah peluang kepada anak-anak kita yang ibu bapa pilih aliran agama masuk situ dan juga membuka peluang untuk para guru, kakitangan sekolah yang bilangannya sekitar 130 hingga 150 orang setiap buah sekolah. Tak semestinya ada ijazah atau diploma. Kelayakan SPM pun boleh bertugas sebagai kerani, pembantu, tukang masak dan sebagainya banyak mewujudkan peluang pekerjaan,

“Bila disebut bidang pendidikan, sebahagian besar kakitangan ialah terdiri daripada golongan wanita dan memang sesuai beri peluang ini pada para wanita muda dikalangan anak negeri terengganu dan inilah peluang yang kita buka seluas-luasnya kepada anak-anak kita yang tak ada pekerjaan,” jelasnya.

Justeru, PAS akan membuka ‘nursery’ di setiap sekolah dan jabatan kerajaan dibawah kerajaan negeri yang mana ibu bapa akan ada hubungan dengan anak mereka di tempat mereka bekerja dan tidak perlu letak di pusat jagaan yang jauh dari mereka bekerja.

Jadi, tambah Dr Alias, para ibu ada masa untuk bersama anaknya diwaktu rehat dan berterusan walaupun mereka berada ditempat kerja.

“Ini antara kaedah kita nak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa pada hari ini. Nak bekerja tapi anak tak tahu mana nak letak. Ayah dan ibu sudah tua. Dah tak larat nak jaga cucu mereka.

“Nak gaji orang tak padan pasal gaji kecil. Padan bayar gaji je. Jadi kerajaan tanggung nursery di jabatan-jabatan kerajaan negeri dan juga di sekolah-sekolah milik kita, insya Allah,” jelasnya.

Sumber BO - 18-9-2017

Pegang Teguh Ajaran Islam Hadapi Gelombang Sekular

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Muslimat muda PAS diingatkan agar berpegang teguh dengan ajaran Islam bagi menghadapi penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dalam pelbagai warna.

Ketua Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Mohd Nor berkata, walau apapun warna yang datang melanda diri dengan membawa gelombang jahiliah, maka wajib ditentang habis-habisan.

“Perjuangan Islam yang didokong Ameerah itu sendiri merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah serta kita pasti dan yakin akan diganjari pahala oleh Allah yang mana penyertaan Ameerah dalam Dewan Muslimat bertujuan untuk mengabdikan diri kita kepada Allah SWT,

“Setiap program yang dibuat hendaklah jelas matlamat, objektif, strategi dan aktiviti berlandaskan Al Quran dan As Sunnah serta prinsip berjemaah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Ameerah (HAMRA) Kuala Nerus,Jumaat, 15 September, disini.

Menurutnya, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada menyatakan bahawa perjuangan yang kita tempuhi hari ini, perjuangan yang kita galas hari ini adalah bukan satu pilihan tapi satu kewajipan yang perlu ada dalam diri kita sendiri. Kita perlu galas tanggungjawab ini.

“Kita mesti memberi kefahaman kepada anak muda bahawa pentingnya memilih perjuangan Islam, pentingnya bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS). Peranan utama Ameerah terutamanya yang memegang jawatan pimpinan di peringkat kawasan ataupun dun, yang pertama mesti memberi dan menyebarkan pendidikan politik kepada wanita muda diluar sana,

“Untuk membuktikan gerak kerja kita kepada masyarakat, membuktikan kepada Dewan muslimat, membuktikan kepada Pas Kawasan bahawasanya Ameerah ini bukan sekadar orang kata satu unit jadi menceriakan majlis tapi kita mesti berperanan untuk membantu kemenangan Islam bagi meraih undi sokongan wanita muda pada parti PAS itu sendiri,” jelas beliau.

Tambah Zuraida lagi, kemeriahan anak –anak muda hadir memberi sokongan tanda anak muda untuk sama2 memperjuangkan Islam khususnya untuk kemenangan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

“Saya membawa satu harapan tinggi daripada Ameerah Terengganu terutama Ameerah kawasan biar kita ada satu perasaan bangga bahawa kita ada persatuan yang diiktiraf oleh Dewan Muslimat yang mana Ameerah, Briged serta Nusaibah duduk setaraf dan sebaris dengan lajnah-lajnah yang lain,
“Kita perlu rasa bangga bergelar Ameerah,Nusaibah dan Briged Muslimat biar kita ada rasa satu tanggungjawab untuk memastikan meletakkan diri kita sebaris dengan saf kepimpinan Dewan Muslimat yang lain,” katanya.

Justeru, Ameerah disaran mengambil contoh Serikandi Islam zaman Rasulullah SAW yang boleh diambil pengiktibaran dan semangat untuk mendaulatkan Islam walaupun nyawa menjadi taruhan.

Sumber BO - 18-9-2017
































Wakaf Mempelam Anjur Majlis Silaturrahim, eratkan Hubungan

KUALA TERENGGANU – Anak-anak Terengganu di Perantauan yang berada di Lembah Kelang dijemput menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Majlis Ramah Mesra itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

“saya nak merayu, kalau boleh semua anak-anak Terengganu di Perantauan (hadir)……kita ada Majlis Makan di Restoran Warisan dekat Batu Caves dan ada ucapan ringkas,

“dan kita beri sedikit taklimat perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di dalam negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau yang ditemui di rumahnya kelmarin berkata, turut akan dibincangkan ialah isu-isu semasa untuk memberi penjelasan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya Majlis yang akan diadakan pada Ahad 17 September bermula jam 10 pagi hingga hingga pukul satu petang.

“disamping akan dibincangkan isu-isu kita nak hadap pilihan raya (kerana) ia sudah dijangkakan terlalu hampir,

“semoga kita dapat mengeratkan hubungan dan saya harap semua tidak menguzurkan diri,” jelasnya.

Sumber BO - 17-9-2017
































Fastaqim 2.0 ; Datang Jangan Tak Datang……

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Datang jangan tak datang …. Jom kita sama – sama meriahkan Fastaqim 2.0 yang akan tiba tak lama lagi.

Ketua Unit Publisiti Fastaqim 2.0, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat seruan itu kepada semua penyokong dan pendokong perjuangan Islam seluruh Malaysia hadir bersama memeriahkan program Fastaqim 2.0.

“Segala persiapan sedang giat dilaksanakan dan segala maklumat sepanjang program yang akan dilaksanakan dari 29 sehingga 30 September ini telah disebar,

“Selain poster, kita juga menyebarluaskan melalui media maya yang boleh diikuti melalui facebook Fastaqim 2.0, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Pot Luck Penerangan di Lagoon Kuala Ibai, Rabu,13 September, disini.

Seramai 60 orang peserta hadir dalam program anjuran Lujnah Penerangan dan Hubungan Muslimat negeri Terengganu itu, yang disertai oleh wakil dari kawasan-kawasan seluruh Terengganu.

‘Pot Luck’ adalah satu program pertemuan santai untuk mengeratkan silaturrahim dengan masing-masing membawa makanan.

Sehubungan itu, mengulas lanjut tentang Fastaqim 2.0, Ustaz Mohd Nor berkata. pelbagai program menarik menanti pengunjung bermula petang Jumaat.

Katanya, ada Autoshow Pameran, ucapan Pimpinan Dewan-Dewan dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zul Handyblack serta kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Syed Qadir Al Joofree diikuti ceramah pada malamnya bersama tiga orang Naib Presiden PAS Malaysia,Datok Mohd Amar Abdullah,Yb Ustaz Idris Ahmad dan Iskandar Samad.

Manakala keesokan harinya, Karnival Anak Muda mengambil tempat memeriahkan program Fastaqim 2.0 dengan pelbagai acara seperti pertandingan mengail,bola sepak pantai dan tidak ketinggalan acara Sukan Pantai Muslimat seperti pertandingan memanah, congkak, musang berjanggut, dam, carom, dart, treasure hunt dan bowling padang yang akan memeriahkan suasana.

“Dan pada pukul 2 petang, program Kesenian Islam bersama dengan beberapa artis kita seperti UNIC, Shoutul Amal, , HIJJAZ, dan Zul Handy Black akan berlangsung,

“Kemudian sesi Santai Bersama Ustaz Ahmad Dasuki dan PU Akram pada pukul 5 petang.Dan pada malam kemuncak kita akan mendengar dan mengutip mutiara – mutiara ilmu dari taujihad yang akan disampaikan oleh penceramah – penceramah utama dalam parti PAS termasuklah dari Gagasan Sejahtera dan NGO – NGO sehinggalah kita mendengar pesanan terakhir daripada Presiden PAS, insya Allah,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, gerai-gerai disediakan mencukupi untuk para pengunjung menjamu selera bersama keluarga disamping mencari bahan – bahan yang diperlukan di Pantai Tok jembal, Kuala Nerus,Terengganu pada 29 dan 30 September.

Sumber BO - 15-9-2017
































Arwah Nasir Berjuang Hingga Ke Akhir Hayat

BESUT – Allahyarham Mohd Nasir Awang terus berkhidmat dengan PAS dan jamaah Islam selepas beliau pulang dari pengajiannya di Amerika Syarikat, higgalah ke akhir hayatnya.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, beliau mengenali arwah sejak tahun 1988.

“saya kenal saudara Nasir atau saudara Anwar ini ialah bermula pada tahun 1987 ketika beliau sedang belajar di Terrahood, Amerika,

“ertinya pemergian beliau adalah satu kehilangan kepada parti….bago AS Besut sendiri beliau adalah seorang penggerak terutamanya dibidang penerangan dan penulisan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketila ditemui di tanah perkuburan Islam Batu 8 Kampung Air Tawa, Kota Putera, selepas pengebumian arwah.

Ustaz Husain berkata, allahyarham juga banyak menyumbang idea dan mengupas isu-isu semasa dalam setiap artikel yang ditulis.

Oleh itu, Ustaz Husain berharap keluarga arwah dapat berdabar dan menerima ketentuan yang lebih baik dari Allah.

“kita sayang dia tapi Allah lebih sayang kepadanya……..saya mendoakan agar beliau ditempatkan dikalangan golongan yang diredai Allah, in shaa Allah,” jelasnya

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, PAS kawasan tersebut kehilangan seorang ‘murabitun’.

Katanya, bekas Setiausaha PAS Kawasan Besut itu sangat dirasai bukan sahaja oleh anggota keluarganya, tetapi kepada sahabat-sahabat dan mereka yang pernah mengenalinya.

“Almarhum seorang yang sangat komited dalam tugasannya. Sewaktu diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Besut boleh dikatakan hampir setiap pagi kami akan berbincang tentang gerakkerja parti.

“Dengan sebuah buku nota beliau merekodkan butiran perbincangan dengan cermat,” ujar beliau
Menurutnya, arwah yang juga bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Besut seringkali memberi pandangan yang agak kritis terutama dalam konteks politik di Besut.

“Saya fikir adunan formula pendekatan politik di Besut dengan mengambilkira pandangan kawan-kawan dan kajian di lapangan menjadikan Besut semakin tenang untuk lebih fokus kepada pencapaian KPI yang disasarkan.

“Sebab itu kalau ditanya kepada saya tentang arwah, sepanjang mengenali beliau saya kira rumusannya beliau adalah seorang sahabat yang sangat komited dengan tugasan,”jelasnya.

Menurutnya, arwah seorang sahabat yang baik, seorang penganalisa politik yang kritis, seorang penulis yang jujur dan seorang murabithun yang mewakafkan sebahagian besar kehidupannya untuk perjuangan Islam.

Justeru itu, PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan anak-anak almarhum dengan mengharapkan kesabaran dan ketenangan kepada mereka dalam menghadapi situasi ini.
“Kita mendoakan semuga almarhum ditempatkan bersama golongan yang soleh yang diberi keampunan oleh Allah SWT,” tamah beliau.

Allahyarham Mohd Nasir Awang menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 7.20 pagi tadi di rumahnya Kampungg Air Tawar, Kampungg Raja, Besut setelah berjuang menghadapi kancer usus selama lebih dua tahun.

Sumber BO - 15-9-2017
































5000 Peserta DUN Tepoh Memeriahkan Fastaqim 2.0

KUALA TERENGGANU – PAS DUN Tepoh akan menghantar 5000 orang peserta bagi memerahkan Himpunan Fastaqim 2.0 yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.
Pengarahnya, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata komitmen itu dimulakan lebih awal dengan pelancaran kempen secara besar-besaran bermula 17 hingga 28 September 2017

“Beberapa inisiatif juga akan dilancarkan seperti Ceramah Pra Fastaqim pada 20 September 2017 di Gong Badak 4, Khutbah Jumaat Khas dan Kuliah Fastaqim (Kuliah Maghrib Khas) di seluruh surau dan masjid,

“Kenderaan Khas Fastaqim untuk hebahan program setiap Jumaat dan setiap hari minggu terakhir juga akan digerakkan disamping jualan baju Fastaqim 2.0 yang berharga RM 25 setiap satu selain pelekat kereta dan motosikal. Promosi maya juga akan dibuat secara besar-besaran,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mensyuarat Pemberita Kuala Nerus pada Selasa, 12 September di Kompleks At-Taqwa (KOMTAQ), disini.

Oleh itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus menyeru agar, semua PAS Cawangan memainkan peranan dalam menjayakan himpunan itu dengan memanjangkan jemputan dan menghebahkan ke segenap lapisan masyarakat.

Disamping itu, beliau mempelawa ahli dan penyokong PAS meningkatkan amalan kebajikan dengan membantu kerja-kerja persiapan tapak Himpunan.

“Kami juga memohon semua anggota dan penyokong PAS yang berkelapangan untuk membantu kerja-kerja persiapan yang berlangsung pada setiap hari di tapak FASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal bermula 8 September 2017 yang lalu,

“Atas sokongan semua, PAS DUN Tepoh merakamkan jutaan terima kasih dan mendoakan agar semua usaha ini akan dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT,” katanya.

Justeru, Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Unit Persiapan Fastaqim 2.0 mempelawa mana-mana pihak yang mahu menyumbang untuk menaja ‘pakej keceriaan’ sempena himpunan peringkat nasional itu.

“Kami mengalu-alukan samada pihak PAS Cawangan, MTD PAS, PAS Kawasan mahupun individu perseorangan untuk menaja sebahagian bendera PAS yang akan dipasang disepanjang jalan menuju ke tapak himpunan,

“Dan kami menawarkan pakej tajaan bendera PAS untuk 10,000 bendera di lokasi strategik menuju ke tapak himpunan. Kos satu set (bendera dan tiang) dianggarkan RM3.00. Keperluan keseluruhan adalah sebanyak RM30,000.00.

“Semua set bendera ini akan diserahkan kembali kepada pihak PAS Cawangan, MTD PAS dan PAS Kawasan yang mengambil bahagian untuk menaja set bendera ini,” jelasnya

Sumber BO - 14-9-2017
































Sambutan hangat peniaga untuk Fastaqim 2.0

PANTAI Tok Jembal, Kuala Nerus bakal menghimpun kira-kira 200,000 penyokong PAS dari seluruh negara bagi menyemarakkan Fastaqim 2.0 akhir bulan ini.
Menjelang perhimpunan itu pada 29 dan 30 September ini, PAS Terengganu kini bertungkus lumus membuat persiapan menyambut tetamu yang bakal berkunjung. 
Ketua persiapan Fastaqim 2.0 (200K), Dr Alias Razak berkata, kerja-kerja persiapan berjalan lancar dan dijangka dapat disiapkan lebih awal. 
Katanya, lokasi himpunan itu seluas kira-kira 50 ekar boleh menampung lebih 200,000 peserta Fastaqim 2.0 yang datang dari seluruh negara. 
“Kami telah memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan dan persiapan tempat sejak 8 September lalu. 
“Kerja-kerja ini akan berterusan sehingga 28 September ini. Alhamdulillah, kehadiran petugas sukarelawan begitu bersemangat dari seluruh Kuala Nerus,” katanya ketika ditemui ketika menyertai gotong-royong di Pantai Tok Jembal. 
Menurutnya juga pihak urusetia turut menyediakan 200 gerai berkanopi dan 100 lot lagi gerai tidak berkanopi. 
Kata beliau sehingga sekarang sambutan daripada peniaga sangat menggalakkan dari seluruh negara. – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD -14-9-2017 

































Isu-Isu Pertanian Dan Asas Tani Malaysia/ Terengganu

1. Keselamatan Negara/ Negeri – Ketidakcukupan Bekalan Makanan

1.1 Isu berkaitan sekuriti makanan mula mendapat perhatian rakyat negara ini apa­bila Malaysia berhadapan dengan krisis kekurangan makanan pada tahun 2008. Ini berikutan pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan pada tahun berkenaan seperti beras, gandum dan jagung susut mendadak di negara-negara pengeluar utama hingga menjejaskan bekalan.

1.2 Antara punca utamanya adalah disebabkan perubahan iklim kesan daripada pemanasan global. Sebagai sebuah negara pengimport makanan khususnya beras, Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan situasi yang amat sukar itu.

1.3 Sehingga hari ini tahap pengeluaran beras di Malaysia secara keseluruhan masih tidak mencukupi iaitu dalam lingkungan 72 peratus dan terdapat 28 peratus lagi kekurangan yang perlu ditampung bagi kegunaan rakyat.

1.4 Mahu tidak mahu jumlah baki beras yang kurang itu perlu diimport dari negara-negara pengeluar memandangkan beras keluaran tempatan masih belum cukup untuk menanggung keperluan ke­seluruhan penduduk negara ini.

1.5 Selain beras, Malaysia turut berhadapan dengan kekurangan pengeluaran bekalan makanan lain antaranya daging lembu tempatan yang hanya mencakupi ke­gunaan 28 peratus, daging kambing (28 peratus) dan sayur-sayuran (33 peratus). Bagi menampung kekurangan tersebut, negara terpaksa bergantung kepada import. [Rujuk; http://www.utusan.com.my/rencana/mantapkan-sekuriti-makanan-1.346405, 24 Jun, 2016]

1.5 Terengganu terpaksa mengimport hampir 40 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan penduduknya.[Rujuk; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm, 7hb Januari, 2012]

2. Tiada Pembukaan Kawasan Pertanian

2.1 Hanya ada tiga kawasan yang digazetkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri Terengganu;

i. TPKM Rhu Tapai, Setiu
ii. TKPM Serating, Marang
iii. TKPM Tok Dor, Besut

2.1 Hanya satu sahaja TKPM bagi kegiatan perikanan (Akuakultur) iaitu di Sungai Como, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu [Rujuk; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0813&pub=Utusan_Express&sec=Economy&pg=ec_07.htm, 13hb Ogos, 2001]

2.3 Satu pembukaan kawasan penanaman padi baru di Jelapang, Setiu, Terengganu, seluas 735 hektar [Rujuk; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm, 19 September, 2009]

3. Kegagalan Projek-projek Pertanian

Banyak projek-projek pertanian yang dilaksanakan di negeri Terengganu oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri mengalami kegagalan, sekaligus menanggung kerugian. Antara projek-projek tersebut adalah seperti dibawah;

3.1 Fertigasi Mega

i. Pada Sidang DUN bulan Disember 2008, seorang wakil kerajaan mengakui bahawa projek Fertigasi Mega tidak berjaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad
memberitahu sidang DUN sekaligus mengesahkan para peserta program pertanian tersebut merungut kerana ianya adalah projek yang gagal.[Rujuk; http://buletinonline.net/v7/index.php/rm20juta-hangus-projek-fertigasi-mega-disahkan-gagal/, 9hb Oktober, 2012]

ii. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan Projek Fertigasi Mega di seluruh negeri pada 2006.

iii. “Namun, akhir-akhir ini ianya mengalami penurunan yang amat ketara dalam mendapatkan hasil keluaran tanaman. Keadaan ini amat membimbangkan dan memerlukan perhatian serius,” katanya.[Rujuk; http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hasil-projek-fertigasi-merosot-1.94472, 14hb Oktober, 2012]

3.2. TADC

i. Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Ia ditubuhkan pada 31 mei 1972 di bawah Akta Syarikat 1965 yang asalnya dikenali sebagai Terengganu Garam Sdn. Bhd. Dan ditukarkan kepada TADC pada Feb 2006 mempunyai modal saham dibenarkan sejumlah RM 1 juta dan modal berbayar sejumlah RM500,000.

ii. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan TADC adalah kurang memuaskan dengan catatan kerugian terkumpul sejumlah RM5.17 juta.

iii. Pengauditan yang dilakukan terhadap anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) antara September hingga November 2013 mendapati, prestasi kewangan syarikat itu kurang memuaskan dengan catatan kerugian terkumpul berjumlah RM5.71 juta.

iv. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 1, hasil analisis nisbah mendapati prestasi kewangan kurang memuaskan melibatkan masalah kecairan, margin keuntungan dan kemampuan bayaran hutang yang rendah.

v. Selain itu, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan dengan kelemahan seperti prestasi syarikat subsidiari kurang baik, strategi dan rancangan korporat tidak disediakan, Standard Operating Procedures (SOP) tidak disediakan dengan menyeluruh, bayaran reimbursable expenses tidak berkaitan dengan urusan syarikat dan pengurusan aset kurang memuaskan.[Rujuk; http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/prestasi-kewangan-tadc-tidak-memuaskan-1.268937, 10 April, 2014]

3.3 Projek Berimpak Tinggi Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) Sungai Como

i. Terengganu Agrotech Corp. Sdn. Bhd (TADC) sedang melaksanakan projek berimpak tinggi bernilai RM50 juta di Sungai Como, Tasik Kenyir, bagi membantu kerajaan membasmi masalah kemiskinan di negeri ini.[Rujuk; http://1ganukita.blogspot.my/2009/03/tadc-laksana-projek-berimpak-tinggi.html, 5 Mac, 20019]

ii. Projek ini tidak mencapai target seperti yang dijaja oleh pihak Kerajaan untuk menjana pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, bahkan ia menyebabkan kerugian RM50 juta hasil daripada pengurusan dan perancangan yang tidak baik. Setakat ini terus timbul tanda tanya, ke mana peserta dari kalangan siswazah, nelayan dan golongan PPRT. Adakah mereka telah berjaya?

iii. Projek ini juga gagal untuk mensasarkan jumlah pengeluaran ikan yang ditetapkan. Ia menjadi projek yang terbengkalai “hidup segan, mati tak mahu’.[Rujuk; Buku Isu Jabatan Penerangan PAS Terengganu, ms 93, Cetakan 2015]

3.4 Projek Ubi Gadong

i. Ubi gadong terdapat 1,137 spesis di seluruh dunia. Nama saintifik bagi ubi gadong ialah Dioscorea sp. Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadung termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata.

ii. Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan lain.Ubi ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ubi Nasi, Tuba Ubi, Ubi Cerok, Ubi Merah, Ubi Kendudok dan Ubi Kipas.

iii. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said telah mencetuskan idea kajian dan tanaman ubi gadong pada tahun 2010 dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1 Juta untuk membolehkan pihak UDM membuat kajian mengenainya.[Rujuk; Buku Isu Jabatan Penerangan PAS Terengganu, ms 95, Cetakan 2015]

Sumber BO - 14-9-2017
































Jihad Dalam Pemberitaan, Mencurahkan Segala Kesungguhan Untuk Memperolehi Maklumat

Saya meletakkan satu perkara yang paling penting sekali untuk kita laksanakan tugas kita (sebagai pemberita) adalah aspek keikhlasan.

Sebab mana-mana tempat pun kebanyakkan para alim ulama meletakkan keikhlasan adalah suatu perkara yang utama ketika kita nak melaksanakan sesuatu kerja.

Duduklah posisi manapun samada kita menjadi seorang pendakwah, kita perlu ikhlas. Kalau kita jadi seorang pemimpin, kita perlu kepada keikhlasan. Kalau kita petugas biasa, kita perlu kepada keikhlasan. Walaupun kita memberi ilmu kepada orang lain, kita perlu kepada keikhlasan.
Aspek ikhlas ini menghubungkan kita dengan akhirat. Kalau setakat kita duduk atas dunia, kita boleh cari aspek lain. Tapi kerana kita ada satu lagi ‘jambatan’ untuk kita tuju pada hari akhirat, maka ikhlas adalah suatu perkara yang telah diberikan perhatian oleh nabi SAW.

Al-Imam An Nawawi rahimahullah, ketika mana membuka kitab-kitab hadis yang disusun oleh beliau, kita mendapati hampir kebanyakkan kitab hadis beliau akan dimulai dengan hadis tentang niat ataupun tentang ikhlas.

Bercakap tentang ikhlas mudah tapi bila kita masuk dalam pelaksanaan, ia jadi payah. Walaupun benda tersebut sangat ringan untuk kita bicarakan. Sangat ringan untuk kita tulis. Sangat ringan untuk kita jadikan dia sebagai satu bahan tazkirah.

Abdullah bin al Mubarak rahimahullah menyebut dalam satu kata-kata hikmah beliau,”Berapa banyak amalan yang kecil, Allah agungkan amalan tersebut kerana peranan yang ada pada niat. Berapa banyak amalan yang besar tapi Allah SWT memperkecilkannya.” Amalan dia besar, kerja dia hebat tapi Allah memperkecilkan amalan tersebut ataupun menghancurkan terus amalan tersebut dengan sebab niat.

Maka kalau kita tengok apakah perkara yang besar kita buat. Kalau kita jadi seorang penceramah, nampak besar sebab gambar kita duduk dalam ‘banner’, gambar kita duduk dalam poster. Tapi kalau hilang niat ikhlas kita walaupun besar kita nampak tapi tak ada nilai.

Kemudian walaupun kecil, contoh kita buat berita. Nampak kecil. Guna pun nama samaran. Orang pun tak tahu siapa buat berita. Ramai orang baca tapi tidak dikenali siapakah individu. Pada waktu tersebut dengan sebab peranan niat kita yang ikhlas, Allah Taala memperbesarkan dia. Memperagungkan dia kerana peranan yang ada pada niat.

Sebab itu semua posisi dalam Islam ini dia sangat penting. Kalau kita ada jambatan pergi ke akhirat tapi kalau tiada jambatan ke akhirat, kita duduklah kat mana pun hatta berada dalam jemaah Islam, kita akan gagal untuk mendapat peluang yang dikurniakan oleh Allah, yang ditawarkan oleh Allah SWT.

Balik pada tugas kita. Tugas kita pada hari ini adalah untuk menyebarkan berita-berita dan maklumat berita-berita kita ini tentulah sekali perlu kepada disiplin yang sangat tinggi.

Sebab itu Allah SWT menyebut dalam satu ayat quran yang bermaksud,” Wahai orang yang beriman, kamu mesti bertakwa kepada Allah. Dan hendaklah kamu tengok apa yang kamu nak buat esok. Dan kamu mesti bertakwa kepada Allah.”

Satu kita sebagai orang yang beriman, kita kena bawa prinsip bertakwa kepada Allah. Bila sebut saja bertakwa kepada Allah, esok yang kita nak rancang pun mesti bertakwa kepada Allah.

Maknanya hari ini kita bertakwa kepada Allah. Esok kita nak buat apa?. Kita bekerja untuk menangkan PAS sebagai satu contoh, supaya dapat martabatkan Islam. Kamu mesti buat kerja dengan bertakwa kepada Allah.

Jadi kerja kita sebagai pemberita kena duduk pada disiplin situ.

Apa makna takwa? Takwa ialah buat apa yang Allah perintah dan tinggalkan apa yang Allah larang. Samada kita duduk seorang diri secara sunyi ataupun kita duduk ditempat orang awam atau orang ramai.

Maka bila kita ada disiplin tersebut, kita akan karang berita dalam keadaan yang penuh disiplin. Sebab itu kita berbeza dengan pemberita-pemberita lain.

Pemberita lain boleh timbulkan persepsi. Pemberita lain boleh reka benda yang bukan-bukan. Tapi kita bergantung kepada fakta kerana dia akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Oleh kerana itu dia perlu kepada mujahadah iaitu kesungguhan. Dan disinilah orang sebut, kita terlibat dalam jihad.

Jihad dalam pemberitaan. Macamana jihad dalam pemberitaan? Kita mencurahkan segala kesungguhan kita untuk memperolehi maklumat.

Maka kita nak bawa berita, kita pun akan bawa berita dengan kajian. Kita akan bawa berita dengan penelitian. Kita akan bawa berita dengan bukti bergambar. Kita tak bercakap ikut sedap kita. Kita ada disiplin kita sendiri.

Bukan kerana takut pada undang-undang. Tapi kerana kita ada disiplin yang cukup kuat dengan asas takwa yang telah dipesan oleh Allah SWT.

Kunci kejayaan kita duduk situ. Sebab itu kita jangan rasa bila kita bawa pemberitaan, kita akan rasa ‘sangkut’ nak bawa berita cara kita sekarang ini, payah. Kalau bawa berita cara orang lain mudah kita nak reka. Nak tabur fitnah pun boleh macam Serawak Report buat. Kita boleh menarik perhatian orang.

Tetapi insya Allah pemberitaan yang kita bawa ini adalah satu pemberitaan yang ada disiplin dan kualiti yang tinggi.

Itulah kaedah yang dibawa oleh nabi SAW. Sebab itu seorang nabi, dia dikenali dengan ‘An Nabi’. Nabi ni maknanya dia bawa berita. Berita apa nabi bawa? Satu berita baik. Kedua berita yang tak baik. Dan semua berita baik dan buruk ni adalah berita akhirat yang nabi bawa.

Maka prinsip kita pun begitu juga. Kita kempen orang supaya sokong Islam. Supaya mereka boleh kebaikkan hari akhirat. Kita bawa berita supaya kita jauhi kezaliman. Supaya hari akhirat nanti dia akan duduk ditempat yang lebih baik dan tidak disentuh kerana kita ni cenderung kepada kezaliman.

Maka dengan disiplin yang cukup mudah ini kita perlu rasa beruntung sebab Allah posisikan kita duduk dalam ‘petugas media’ yang bawa berita yang boleh untuk memperkenalkan perjuangan kita di masyarakat awam.

Jadi kita harap selepas daripada ni insya Allah diperingkat PAS Kawasan Kuala Nerus, seluruh anggota petugas kita ni akan mampu untuk memperdayakan balik media pemberitaan dan kita ucap terima kasihlah kepada yang sudi untuk jadi pemimpin dan membantu kita sepenuhnya sehingga melahirkan beberapa orang pemberita dari Kuala Nerus.

Mudah-mudahan Allah SWT berkati kita dan terus beri kekuatan kepada kita. Wallahu a’lam ….

***Ucapan YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Taujihat Untuk Petugas Media Kawasan Kuala Nerus, di KOMTAQ, 12hb September, 2017

Sumber BO - 14-9-2017
































Aktivis Media Sepanjang Zaman Kembali Ke Rahmatullah

KUALA TERENGGANU – Penerima Anugerah Aktivis Media Sepanjang Zaman, Mohd Nasir Awang, 52, telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap ‘kanser’ sejak dua tahun lalu.
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah memberikan anugerah khas kepada Allahyarham kerana sumbangan beliau terhadap dunia media yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Beliau telah menyertai akhbar Harakah sejak 1989 dan terus menulis tanpa henti didalam ruangan ‘kolum’ beliau sehingga kira-kira tiga tahun yang lalu.
Allahyarham turut terlibat sebagai wartawan penyiaran dalam siaran berita atas talian melaui Urusetia Penerangan Kerajaan Terengganu, Pustaka UPKNT Siaran Darul Iman (SiDI), semasa kerajaan PAS 1999 – 20014.

Selain itu, beliau menulis buku ‘Masa untuk Tok Guru buktikan’ yang berkisar pengamatan pemerhatian beliau terhadap kejayaan PAS Terengganu memenangi pilihan raya umum kali ke-10 tahun 1999.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim mengucapan takziah kepada seisi keluarga allahyarham.

“saya mnyampaikan ucapan takziah kepada melalui anakanda almarhum Mohd Nasir Awang, Pengerusi Tetap PAS Kawasan Besut dan Kolumnis Harakah

“yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di Kampung Air Tawar Besut,” ujarnya dalam satu pesanan ringkas.

Beliau berharap keluarga arwah dapat bersabar dengan ujian daripada Allah dan menyifatkan kehilangan Nasir sebagai, “Perginya seorang sahabat ke alam baqa’ setelah berjuang melawan kanser usus yang dideritainya sejak lebih setahun lalu”.

Selaku Pengerusi KAMI, Dr Azman berkata, pemergian allahyarham ada satu kehilangan seorang ‘otai’ dalam bidang kewartawan dan berita serta dunia penulisan di negeri Terengganu dan Malaysia amnya.

Solat jenazah allahyarham akan ditunaikan di masjid Tengku Zainal Long, Kampung Air Tawar, selepas solat fardhu Asar hari ini, Khamis 14 September.
































Sumber BO - 14-9-2017
































Arak Adalah ‘Toksik’ Sebenar

KUALA TERENGGANU – Mereka yang kononnya memperjuangkan ‘anti politik toksik’ seharusnya sedar bahawa arak atau ‘alkohol’ itu sendiri adalah toksik yang sangat besar.

Ia adalah kerana menurut Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS, Haji Ahmad Azad Hashim, mereka yang dibawah pengaruh alkohol dirujuk dengan istilah ‘intoxication’.

“Dalam Islam, alkohol atau arak dirujuk sebagai dosa besar yang menjadi punca dosa dosa yang lain……Ia bapak kepada dosa,

“Dalam satu hadis saheh, seorang yang soleh telah ditipu daya oleh iblis supaya meminum arak yang kemudiannya dalam keadaan dibawah pengaruh arak ia melakukan dosa besar berzina dan kemudiannya membunuh,” ujarnya.

Beliau berlata demikian merujuk kepada kononnya ada pihak yang memperjuangkan ‘anti politik toksid’ sedangkan mereka membiarkan pesta arak berleluasa di ibu negara, Kuala Kumpur.
Katanya, negara Eropah yang dianggap maju terkial-kial mencari jalan mengatasi masalah arak kerana halangan budaya yang telah terlalu lama.

Katanya, arak menjadi beban yang berat kepada populasi Kesatuan Eropah yang penyumbang kepada lebih 200 masalah kesihatan, kos penyakit sosial yang mencapai angka 372 billion EURO setiap tahun. Ia masalah dikongsi bersama yang menjejaskan semua lapisan umur di Eropah.

“Tiba-tiba di Malaysia, konon atas nama kebebasan, begitu bersungguh mahu menjadikan budaya arak ini sesuatu yang diperbolehkan secara terbuka dan mahu diberi kebebasan,

“pada masa yang sama, kumpulan itu memperjuangkan liberalisme, comanggo, LGBT, pluralisme, (sesungguhnya) pesta arak adalah jelas tanda akidah yang rosak,”tegasnya.

Justeru beliau menyeru agar orang Islam tidak terpengaruh dengan perjuangan ‘slogan’ kum[ulan tersebut, sedangkan kehidupan mereka bergelumang dengan ‘toksid’.

“orang Melayu atau bukan Melayu…….anak-anak muda perlu berhati-hati dengan pihak yang cuba memesongkan pemikiran dan halatuju sebenar,

“negara sudah cukup parah dengan gejala sosial, sebaliknya ada pihak yang mahu ‘menghalalkan’ cara hidup bebas kononnya memperjuang kebenaran,” tambah beliau

Sumber BO - 13-9-2017
































Muslimat Muda Berperanan Tangkis Serangan Pemikiran

Oleh : Rohayati Ripin
MARANG – Muslimat Muda mesti berperanan memberi penerangan dan kesedaran kepada masyarakat yang terdedah dengan pelbagai serangan pemikiran serta gejala sosial

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, peranan mereka penting sebagai agen perubah masyarakat dan membentuk generasi pemimpin Islam akan datang.

” ‘pemuda Harapan bangsa, pemudi tiang negara’ merupakan satu mesej yang memberi gambaran betapa pentingnya anak-anak muda mencorak dan menentukan masa depan Malaysia yang kita sayangi,

“Muslimat PAS Marang bertanggungjawab mempastikan Program Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) Marang dapat berjalan dengan jayanya, insya Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program HAMRA yang akan diadakan di Madrasah Darul Iman, Sabtu, 16 September, disini.

Oleh itu, pihaknya telah mengarahkan setiap cawangan agar mengerahkan ahli Ameerah untuk turut serta menjayakan program itu nanti.

“Kami juga mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa, pemimpin PAS Kawasan atau Cawangan serta pemimpin Pemuda untuk membawa anak dan isteri masing-masing bagi menjayakan program HAMRA,

“kerjasama dengan pihak Maahad Darul Quran (MDQ), Madrasah Darul Iman (MDI) dan Majlis Guru Pasti (MGP) Marang juga dibuat bagi mempastikan semua guru dan pelajar masing – masing dapat turut hadir,” kata beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Marang.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengarah Ameerah Terengganu, Asma’ Abdullah berkata, HAMRA Marang merupakan momentum bagi menuju Fastaqim 2.0.
“Himpunan ini bertujuan untuk mengumpul tenaga muslimat muda bagi pengukuhan fikrah dan ‘amal jamaei’, mempersiapkan diri menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan mensasarkan 500 orang anggota yang berumur 15 hingga 40 tahun,

“Pelbagai aktiviti menarik disajikan antaranya ‘talkshow’ bertajuk ‘Road To Cinta Halal’ disamping program mewarna kanak-kanak, teka berat buku, cabutan bertuah dan pertandingan kuih tradisional,
“Hadiah utama ditaja oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berupa dua buah basikal untuk dewasa dan kanak-kanak.” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua muslimat dan wanita muda khususnya di Marang, supaya beramai-ramai menghadirkan diri ke himpunan HAMRA ini.

“Semoga himpunan ini berjaya melahirkan muslimat muda yang ikhlas dalam memperjuangan Islam dan bersama berpartisipasi dalam masyarakat seterusnya istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayat,” tambah beliau.

Sumber BO - 13-9-2017































































Pemuda PAS Gesa Polis Ambil Tindakan Terhadap Siti Kassim Dan David Orok

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu membuat satu laporan menggesa pihak polis bertindak terhadap Siti Kasim dan juga David Orok atas kenyataan yang menghina Islam.

Timbalan Ketuanya, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, mereka berdua dengan jelas telah membawa satu unsur penghinaan melibatkan Nabi Ibrahim AS dan juga Nabi Ismail AS serta ibadah korban.

“atas kenyataan yang di keluarkan (oleh mereka) dalam facebook beberapa hari yang lepas…..yng kita melihat dan membuat tanggapan secara jelas, kedua-duanya sudah membawa satu unsur penghinaan terhadap agama Islam,

“Ekoran daripada ‘posting’ yang telah dibuat oleh kedua individu tersebut, kami anak-anak muda PAS merasakan tidak sewajarnya kita mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia berkata demikian kepada pihak media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, di sini hari ini, Selasa 12 September.

Oleh kerana itu, beliau berkata, pihaknya juga mengarahkan semua Pemuda PAS Negeri membuat laporan yang sama, secara rasmi pada kelmarin dan hari ini.

Menurutnya, kecuali negeri Kedah yang menunda laporan kerana penghormatan terhadap kemangkatan Sultan, semua negeri lain telah mengambil tindakan membuat laporan.

Justeru, beliau berharap pihak penguatkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua individu terbabit.

“Tujuan laporan polis dibuat pada hari ini kita harap pihak berkuasa mengambil satu sikap yang serius bukan hanya menerima laporan tapi membuat satu tindakan yang tegas menyiasat dan memanggil individu tersebut bagi mendapatkan penjelasan,

“Dan kita telah memberikan pautan Facebook yang saya semak pada pagi tadi masih belum di padam dan kita yakin pihak Cyber Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memiliki keupayaan untuk mengesan dan memastikan kesahihan maklumat yang telah di bawa oleh kedua individu tersebut,” jelas beliau.

ADUN Tepoh itu juga menyeru semua pihak, berharap bukan sahaja pihak polis memainkan peranan malah Jabatan Agama Islam negeri dan Jakim memainkan peranan bagi memastikan penghinaan terhadap Islam ini di hentikan.

Hadir sama ia Ketua Pemuda PAS  Terengganu Ustaz Karuzaman Abdullah dan Ketua-ketua Pemuda Kawasan Kuala Terengganu serta Kemaman, Azriin Aris dan Ustaz Ramlan Mahmood

Sumber BO - 12-9-2017
































Rantau Abang pernah tembung tiga penjuru

PAS Terengganu pernah berdepan dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) lepas antaranya di Dun Rantau Abang.
Ketika itu calon PAS berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Bebas. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Alias Harun berkata, sekiranya berlaku lagi pertandingan tiga penjuru, bermakna kali kedua PAS Rantau Abang akan hadapi. 
“Jika berlaku juga ini pengalaman kedualah. Pertandingan tiga penjuru atau lebih mungkin tidak dapat dielakkan dalam pilihan raya kali ini. 
“Kami di Dun Rantau Abang memang sedia berhadapan dengan pilihan raya tiga penjuru. Persiapan ke arah itu sudah lama dilakukan,” katanya selepas ceramah perdana Himpunan PAS Dungun (Himpun) 2.0, di Kampung Pulau Serai, Dungun, kelmarin.
Sumber HD - 12-9-2017 
































PRU 14 Titik Penting Memilih Pemimpin Patuh Syariah

Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – Masyarakat diseru agar kembali kepada Allah dan melaksanakan syariatNya dan menjadikan pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 nanti sebagai ‘titik penting’ bagi memilih pemimpin yang benar-benar amanah dan mengutamakan rakyat daripada diri mereka sendiri.

Ketua Ameerah Kawasan Besut, Suzana Zakaria berkata, persepsi wanita muda terhadap terma politik harus diperbetulkan kerana politik atau ‘siyasah’ itu adalah salah satu cabang dalam Islam yang menekankan tiga aspek tarbiyah iaitu rohani, jasmani dan pemikiran serta ia bersifat mulia.

“Kita mesti yakin dan percaya bahawa ajaran Islam adalah murni dan bersih dengan konsep menyerah diri kepada ajarannya, dengan ikhlas serta percaya Islam akan kembali mentadbir dunia sekali lagi,

“Kalau dahulu ia boleh menjatuhkan kuasa besar dunia dan membetulkan kehidupan dunia, kali ini kebangkitan Islam akan dapat mengambil alih dan kembali memimpin dunia, insyaAllah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) peringkat kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh, Jumaat, 8 September, disini.

Menurutnya, pendidikan politik Islam juga membantu wanita muda dalam mengakses maklumat dan isu yang tepat serta mencukupi dengan menjadi landasan kepada mereka bagi memastikan mereka mampu membuat keputusan yang tepat serta memiliki prinsip politik Islam yang jelas.

“PAS hendak membina generasi wanita muda yang sentiasa cakna dan berani menyuarakan hak-hak dan kepentingan mereka sebagai rakyat Malaysia dan isu-isu yang berkaitan dengan negara sama ada yang bersifat dalaman mahupun hubungan luar dengan negara lain,
“Serta melahirkan generasi wanita muda yang menjadikan Islam sebagai landasan dan bebas dari sebarang sentimen perkauman sempit serta mampu untuk hidup bersama dalam suasana kepelbagaian bangsa dan agama dengan harmoni dan sejahtera

“serta menggalakkan penyertaan wanita muda dalam membincangkan penyelesaian kepada permasalahan masyarakat di dalam komuniti mereka,” jelas beliau.

Justeru, kata beliau, Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) yang diadakan ini diharap dapat melahirkan wanita muda yang celik dan matang politik serta meningkatkan kefahaman dalam merungkai cabaran yang dihadapi para wanita masa kini.

Sumber BO - 12-9-2017

Fastaqim 2.0: Persiapan tapak dijangka ‘beres’ awal







KERJA persiapan tapak Fastaqim 2.0 dijangka ‘beres’ lebih awal berikutan sambutan petugas yang begitu bersemangat, bukan sahaja dari kawasan Kuala Nerus bahkan sukarelawan yang datang dari kawasan Setiu.
Ketua unit persiapan, Dr Alias Razak berkata, kerja-kerja pembersihan kawasan tapak bermula pada Jumaat, 8 September lalu dan akan berterusan sehingga Khamis, 28 September iaitu hari akhir untuk persiapan. 
“Kita jangka kerja di tapak program dapat disiapkan lebih awal, mungkin dalam minggu ini pun kita sudah dapat membersihkan seluruh kawasan yang luas hampir 30 ekar ini. Hanya menunggu kehadiran peserta-peserta dari seluruh negara. 
“Jadi, setakat ini saya selaku Ketua Unit Persiapan amat berpuas hati dengan kerjasama dan juga hasil kerja-kerja gotong royong daripada semua pihak. Saya ucap terima kasih banyak-banyak dan kalau kita tengok kawasan gerai jualan memang sangat luas.
“Kita jangkakan muat lebih daripada 200 gerai yang berkanopi dan insya Allah di hujung sana kita juga sediakan 100 lot tapak gerai yang tidak berkanopi,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau yang Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS negeri berkata demikian ketika ditemui di tapak Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, kelmarin. 
Menurutnya, bahagian pemasangan kanopi dijangka akan mulai masuk pada 20 September diikuti elektrik dan air. 
“Dan kerja-kerja akan lebih agresif selepas daripada 20 September ini oleh petugas-petugas kita bagi memastikan ianya berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan saya rasa inilah peluang yang sangat baik kepada peserta seluruh negara kerana tempat berlangsungnya Fastaqim kali ini merupakan tempat rekreasi. 
“Kita ‘outdoor’ kali ini dengan suasana pantai dan laut yang menenangkan jiwa juga suasana nyaman dan redup bernaung di bawah pokok ru ditepi pantai seolah-olah kita hadir ke satu majlis perkelahan. Jadi amatlah rugi kalau tak datang,” ujarnya yang juga Adun Bukit Tunggal. 
Justeru, beliau berharap dengan segala persiapan yang terbaik disediakan itu, seluruh peserta Fastaqim 2.0 akan merasa selesa dengan keluasan tempat yang begitu lumayan dan besar. 
“Kepada seluruh ahli dan penyokong PAS, jom hadir beramai-ramai bagi menjayakan program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal,” tambahnya.
Sumber HD - 12-9-2017
































Islam Tunjang Kekuatan PAS

Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – PAS komited dengan dasar Islam yang menjadi tunjang kekuatannya, berbeza parti lain yang hanya fokus pada sudut politik bagi pilihan raya semata-mata.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, PAS tetap akan pertahankan Islam walaupun terpaksa mengorbankan keuntungan politiknya.

“Sebab itu PAS rela meninggalkan Pakatan Rakyat apabila rukun tahaluf siyasi yang dipersetujui dikhianati,

“PAS harus mempertingkatkan reputasi gerak kerja melalui pelbagai pendekatan untuk menarik seramai mungkin masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan perasmian Himpunan Ameerah Peringkat Kawasan Besut (HAMRA) di Dewan Haji Salleh, Kampung Raja, Jumaat 8 September.

Menurutnya anggota dan pimpinan mesti sentiasa bersabar disamping berusaha untuk menepati syarat-syarat kemenangan dengan kita perlu melihat kepada kekangan dan halangan di hadapan, yang boleh merencatkan proses ke arahnya.

“Pendekatan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyah yang sangat dihormati bahkan kesannya sangat besar apabila permohonan untuk menyertai PAS telah diluluskan setiap bulan dalam jumlah angka yang sangat membanggakan,

“PAS telah memutuskan untuk terus berdiri di atas paksinya. Bahkan tindakan pihak -pihak tertentu yang menuduh PAS akan bekerjasama dengan UMNO dalam PRU14 akan datang sebagai ketandusan idea dan bankrup politik,” tegas beliau.

Justeru beliau mengucapkan tahniah kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (DMPKB) yang telah berjaya mengembangkan sayapnya dengan penubuhan Ameerah di peringkat kawasan Besut.

“Semoga ia akan menjadi platform bagi golongan wanita muda untuk menyertai gelombang kebangkitan rakyat disamping akan menjadi penanda aras kemenangan untuk menghadapi PRU 14 akan datang,” tambah beliau

Sumber BO - 11-9-2017
































PAS tetap jadi rebutan parti politik

MEREKA mendakwa PAS lemah. Gagasan Sejahtera tidak kuat, tidak ada suatu impak kepada politik. Tetapi, mereka sentiasa menyerang PAS.
“Seolah-olah mereka mengatakan PAS tidak kuat tetapi mereka serang,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, ketika mereka dakwa PAS tidak kuat, kenapa parti Islam tersebut masih lagi menjadi rebutan. 
Sehinggakan katanya DAP biar pun sering mengutuk PAS, namun masih mengharap mendapat peluang untuk berbincang. 
“Ini seolah-olah DAP tidak percaya, tidak yakin kepada pendirian sendiri tentang kekuatan PAS,” katanya selepas ceramah perdana Himpunan PAS Dungun (Himpun) 2.0 di Tapak Harap-PGU 3.2, Kampung Pulau Serai, Dungun, malam tadi. 
Hadir sama Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor; Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli; Pengerusi Lajnah Dakwah dan Kesenian PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. 
Adun Rantau Abang, Alias Harun dan Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik. – HARAKAHDAILY 10/9/2017
Sumber HD - 10-9-2017 
































Memali Bukan Isu PRU

Oleh Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – PAS menyangkal bahawa Isu Memali adalah merupakan umpan Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) sebagaimana pihak yang bermusuh dengan parti itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah, tregedi pembunuhan berama-ramai tersebut akan sentiasa diingati dan dikenang dengan syahidnya seorang ulama yang hebat, yang tegas menegakkan kebenaran iaitu As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

“Sudah 32 tahun, peristiwa disebalik isu Memali ini disembunyikan oleh pemerintah, dan apa yang berlaku, dengan program yang dihadiri oleh Tun Mahathir, yang dikala itu, isu ini dimainkan semula, dengan jawapan yang tidak bertanggungjawab,”

“mangsa-mangsa (dan) balu syuhada, anak-anak syuhada dan mangsa-mangsa yang diISAkan seramai 34 orang mereka tertanya-tanya atas alasan apa, anak-anak syuhada yang masih kecil mereka tertanya-tanya atas alasan apa, atas dosa apa, atas sebab dan kenapa ayah-ayah mereka dibunuh, ayah-ayah mereka ditembak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Perasmian Himpunan PAS Dungun (HIMPUN 2.0) di Kampung Pulau Serai, di sini Khamis, 7 September.

Yusni yang juga merupakan anak mangsa Memali menambah, operasi yang dikenali sebagai ‘Operasi Hapus’ itu sebenarnya, untuk memadamkan Islam yang diajar Ustaz Ibrahim Libya apabila kembali ke kampung halaman selepas meletakkan jawatannya di Kuala Lumpur.

“Kenapa Ustaz Ibrahim Libya dibunuh, kenapa rumahnya dikepung, kenapa dia ditembak, tiada rekod Ustaz Ibrahim Libya ini penjenayah, yang pernah menyerang ibu pejabat polis daerah, negeri atau negara, tidak pernah rompak bank-bank, tiada bukti dia mengajar ajaran sesat tetapi mengapa dia dibunuh?

“kerana perjuangan dia menegakkan agama Allah, menegakkan prinsip, tidak tunduk kepada ISA, tangkap tanpa bicara, akibat tidak tunduk kepada akta yang zalim ini (beliau dibunuh),” tegasnya.
Sehubungan itu, menyentuh tentang isu semasa beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah berkata ingin melaksanakan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Namun malang, kata beliau, hendak mencontohi Al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memerintah Kelantan selama 27 tahun tanpa rasuah pun, Guan Eng tidak mampu.

“Penangkapan Exco Pulau Pinang kerana terlibat dalam (kes) kilang haram, jawapan Lim Guan Eng, menyatakan ianya telah beroperasi sebelum 2008 lagi (sebelum DAP memerintah) sedangkan, Restoran Do Re Mi (milik Melayu) dirobohkan kerana beroperasi secara haram,”

“Ini sikap terhadap orang melayu” , jelas beliau.

Sebelum itu Yang Dipertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli mengingatkan bahawa program ini penting untuk kita ambil penghayatan, bila kita berjuang dengan agama Allah walaupun menghadapi dengan kesulitan tetapi mendapat berkat.

“Kita bermula dari kosong (tanpa satu sen pun) tetapi apabila program ini berakhir, tiada hutang kita tanggung, masing-masing menyumbang untuk menjayakan program ini,” katanya dengan mengambil contoh HIMPUN 1.0 yang diadakan pada Mac, tahun lepas.

Sumber BO - 9-9-2017

Himpunan Fastaqim 2.0, Hijau Menuju Kemenangan

Himpunan Fastaqim 2.0 yang bakal diadakan di Pantai Tok Jembal pada 29-30 September 2017 nanti, adalah satu himpunan yang mesti disertai oleh anda semua yang cintakan Islam bagi membuktikan sokongan anda kepada PAS, dan juga sebagai bukti bahawa PAS tidak sekadar menempel dalam arena politik tanahair, tetapi PAS adalah pemain utama yang digeruni dan dicemburui lawan.

Setelah kejayaan menghimpunkan kira-kira seratus ribu peserta pada Fastaqim 1.0 di Kota Bharu dahulu, PAS terus diasak, dipujuk, didendami, difitnah dan tidak kurang dilabel sebagai pengacau oleh musuh-musuh PAS yang gagal memperdayakan PAS sebagaimana mereka memperdayakan pihak lain bagi menjadi kuda tunggangan mereka. PAS tetap istiqamah dalam memperjuangkan Islam sebagai agenda utama, samada dibenci atau dipuji.

Kini setelah sekian lama rakyat berada didalam kekeliruan akibat tindakan sesetengah manusia yang suka memfitnah, dengan mencari jalan yang salah bagi mengejar kemenangan, rakyat mula dapat melihat kebenaran Islam yang PAS bawakan dengan satu persatu pakaian kepalsuan musuh PAS dilondeh Allah.

Dengan kehadiran anda semua ke himpunan ini, PAS insyaAllah akan berganding bahu bersama-sama anda dalam membentuk Gelombang Hijau di negeri Terengganu ini. PAS dengan bantuan anda akan berusaha mengubah lanskap politik Terengganu yang sedang dimusnahkan oleh Umno dan kuncu-kuncunya. Bukti-bukti nyata seperti Projek di Kenyir, Monsun Cup, Taman Ilmu, Jertih Souq, LPT2 yang menggunakan wang rakyat Terengganu dan banyak lagi, seharusnya sudah mencukupi bagi rakyat mengubah tampuk pemerintahan Terengganu dan memberi kepercayaan kepada PAS pula.

PAS Terengganu mensasarkan kehadiran seramai 60 ribu orang penyokong PAS dari Terengganu sebagai tuan rumah bagi mencapai jumlah kehadiran seramai 200 ribu orang. Ayuh kita hadir beramai-ramai ke Himpunan Fastaqim 2.0, pastikan anda salah seorang daripada 200 ribu itu.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
17 Zulhijjah 1438 / 8 September 2017

Sumber BO - 9-9-2017 

Fastaqim 2.0; Pemuda Kawasan Marang Hantar 5K Peserta

Oleh : Rohayati Ripin

MARANG – Pemuda PAS Kawasan Marang akan menghantar 5,000 orang peserta menghadiri program Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal hujung bulan ini.

Ketuanya, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata, perhimpunan Fastaqim pada kali ini yang dibuat di Terengganu mensasarkan penyertaan seramai 200K ahli PAS di seluruh negara yang mana, ia akan menjadi satu himpunan raksasa yang akan menggerunkan musuh-musuh PAS.

“Alhamdulillah Terengganu akan menjadi tuan rumah dan ini satu mesej yang sangat jelas bahawa apabila program besar yang diatur oleh PAS Pusat yang dibuat di sini menunjukkan bahawa pilihan raya akan datang PAS akan mengambil alih pemerintahan,

“Program Fastaqim bertujuan mengumpul kekuatan bukan sahaja orang muda termasuklah seluruh ahli – ahli PAS bagi tujuan untuk mengatur saf kita, yang juga ahli-ahli PAS terutamanya para pimpinan diperingkat pusat, negeri, kawasan, DUN dan cawangan,

“semuanya bagi mempersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,“ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program t\Taklimat Gempur Fastaqim 2.0 di Dewan Pejabat PAS Marang, Khamis, 7 September, disini.

Menurutnya, tujuan Fastaqim dianjurkan ialah untuk merapatkan lagi susun atur perjuangan sepertimana sedia maklum Parti Islam Semalaysia (PAS) mempunyai ahli seramai sejuta orang lebih.
“Sebab itulah diantara kekuatan kita….. Walaupun PAS tidak mempunyai kemudahan seperti mana parti Umno yang mempunyai duit, jentera dan sebagainya,

“Yang mana kekuatan PAS ialah tidak lain tidak bukan (ialah) kita berkumpul dan mengaturkan kerja serta turun ke padang. Seperti mana yang kita tahu pilihan raya pada kali ini sangat sengit, kita bukan sahaja berhadapan dengan Umno (bahkan) termasuklah dengan parti-parti lain,” kata beliau.

Justeru, beliau menyeru seluruh Pemuda PAS, bersama-sama menggembleng tenaga, masa dan harta benda bagi menjayakan program Fastaqim 2.0

Sumber BO - 9-9-2017
































Perangkap ‘Air Menari’ Di Pulau Poh

Menteri Besar (MB) kerajaan Umno Terengganu dilaporkan telah pun tertawan dan bersetuju menerima mainan baharu ‘air pancut menari’ di Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Walaupun bulan lalu, Datuk Seri Ahmad Razif merasmikan pembukaan jualan zon bebas cukai di Pengkalan Gawi, beliau datang lagi bulan ini, untuk melihat projek-projek ‘membazir’ di Tasik itu.
Dalam jadual lawatannya dinyatakan, beliau melawat Taman Botani, Taman Rambutan, Heleconia, Tropika dan Durian yang entah di mana letaknya?

Tetapi, tidak ada pula mana-mana media yang menyiarkan gambar dan berita Razif sedang menikmati buah-buahan hasil keluaran taman-taman di Tasik Kenyir itu.

Projek yang dimulakan pada tahun 2011 itu sepatutnya sudah mengeluarkan hasil dan rakyat Terengganu boleh tumpang sama merasa nikmatnya.

Namun media perdana hanya memperbesarkan dua berita propaganda; cerita tentang pembinaan hotel di Pulau Poh dan dakwaan kononnya Tasik Kenyir adalah titik pelancongan berlandaskan Syariah.
Itu yang tersurat, tetapi yang tersirat dari lawatan daripada lawatan MB pada 3hb dan 4hb September itu ialah ‘air pancut’ yang memancar mengikut irama lagu.

Menurut sumber, ia adalah produk dari negara China (lagi-lagi China) yang melibatkan kos RM200,000.

Namun, kos sebenarnya adalah lebih besar dan tersembunyi!

Pemasangan ‘air pancut menari’ asal China di sebelah tiga bangunan tiga kubah asal dari Belanda itu adalah cuma suatu promosi, sebab itu harganya lebih murah.

Hasrat pemaju untuk mengaut untung lebih besar akan berhasil sekiranya Razif suka dan berminat untuk menjadikan mainan baharu itu, sebagai tarikan rakyat menjelang pilihan raya umum.
Tentu menjadi pujian kerana ia adalah antara yang pertama di Malaysia!

Sekiranya benar sebagaimana dikhabarkan, ‘air pancut menari’ itu akan dipasang di Bandar Baharu Kuala Nerus, dan di situlah keuntungan sebenar pemaju.

Apabila ia dilaksanakan nanti, akan menambah satu lagi kejutan selepas ‘pokok buncit’ berharga RM150,000 yang dilaporkan disumbangkan oleh pemaju.

Namun harga air pancut itu bukan ratusan ribu, tetapi akan menelan kos sebanyak RM1.5 juta!
Kedua-dua projek, memajukan Pulau Poh dan Membangunkan Bandar Baharu Kuala Nerus (BBKN) diberi kerajaan negeri kepada Casa Hartamas Sdn Bhd.

Sekiranya ia berlaku, pasti ada ‘Variation Order’, tambahan pembinaan yang akan meningkat harga pembinaan BBKN yang sebelum ini disebaut sebagai RM600 juta dan dibayar secara beransur-ansur menjadi RM700 juta!

Sumber BO - 8-9-2017
































Perlombongan Pasir Silika Bukit Senyamok Terbiar?

DUNGUN – PAS Terengganu mempersoalkan status projek Perlombongan Pasir Silika di Bukit Senyamok, Rantau Abang, yang nampak seolah-olah terhenti operasinya.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya projek tersebut dapat memberi manfaat yang besar kepada negeri dan rakyat, tapi nampaknya seperti tergendala.

“Projek tersebut berkeluasan 68.03 hektar itu dimulakan pada 10 Mac 2016 dan dijangka siap pada 9 Mac 2021 diuruskan oleh satu Kontraktor Permint Granite Sdn Bhd,
“Yang menjadi persoalannya kenapa kerajaan tidak membina kilang bagi memproses silika disini kerana sepatutnya silika ini diproses disini ataupun di negeri Terengganu supaya kilang itu memberi peluang akhirnya, kepada rakyat Terengganu untuk bekerja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika meninjau sendiri projek tersebut pada Rabu, 6 September.

Katanya, pasir Silika yang bermutu tinggi itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negeri ini.

“Pasir-pasir Silika ini merupakan hasil mahsul negeri Terengganu yang sepatutnya ia dapat memberikan manfaat yang besar buat penduduk negeri ‘penyu’ ini tapi nampaknya ia telah terhenti tanpa diketahui sebabnya,” kata beliau.

Justeru beliau menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) agar bertanggungjawab dengan menjelaskan kedudukan sebenar projek perlombongan silika itu.

Sumber BO -m8-9-2017
































Muslimat Sedia Unit Bermotosikal Angkut Peserta Fastaqim 2.0

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) telah bersedia menyambut kedatangan 200K peserta serta mengalu – alukan kehadiran mereka ke program Fastaqim 2.0 .

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, selaku tuan rumah, segala persiapan telah siap diatur.
Ia termasuk menyediakan petugas-petugas sukarelawan muslimat muda yang bermotor siap bersemangat tinggi, bersedia untuk mengangkut para peserta Fastaqim ke tempat program.
“Dengan pantai yang cantik dan suasana yang damai diharap dapat memberikan ketenangan dan sekaligus membangkitkan semangat juang,

“Untuk mendepani segala tribulasi perjuangan dan meneruskan perjuangan Islam bersama-sama dengan Parti Islam Se Malaysia (PAS),” ujarnya.

(Sedia berkhidmat! Unit bermotosikal Ameerah mengangkut peserta Ijtimak Perpaduan Ummah pada bulan Mac 2015)
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan Muslimat PAS Terengganu sebagai tuan rumah Himpunan Fastaqim 2.0.

Katanya pihak beliau telah memperhalusi semua tindakan bagi memastikan Fastaqim 2.0 mencapai matlamatnya.

“Kita telah pun mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi memastikan segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang,

“Termasuklah tempat lokasi program, senarai penginapan sekitar tempat program seperti hotel, chalet, homestay, Pasti dan lain-lain lagi telah pun kita tularkan ke negeri-negeri untuk buat pilihan masing-masing,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli dan peyokong PAS terutamanya dikalangan Muslimat agar dapat menghadiri semua acara yang telah dirancang, di tapak Fataqim, di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September 2017,

Sumber BO - 7-9-2017
































PAS Seberang Takir Sedia Sambut 200K Peserta Fastaqim 2.0

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Seberang Takir telah bersedia sepenuhnya samada dari segi ‘tentera’ dan peralatannya bagi menyambut kehadiran 200 ribu peserta Fastaqim 2.0 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2017.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Haji Zakaria Dagang berkata, sebagai tuan rumah, sudah pasti akan mengerahkan seluruh ahli dan penyokong untuk mendokong dan menjayakan program tersebut.

“Para petugas kami dan warga PAS Dun Seberang Takir sudah bersedia untuk menerima kedatangan para tetamu dan peserta ke program ini,

“Kita telah menggerakkan para petugas kita untuk membantu kerja-kerja persiapan tapak program. Setakat ini, Alhamdulillah, usaha ini disambut baik dan penuh bersemangat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persiapan PAS Seberang Takir yang diberi kepercayaan mengurus dan menjayakan program Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September 2017, disini.

Menurutnya, pada kali ini Terengganu telah diberi amanah sebagai tuan rumah selepas Kelantan mengadakan Fastaqim 1.0 di Kota Baharu dua tahun yang lalu.

“Bagi pihak Majlis Tindakan Dun Seberang Takir, saya menyambut program ini dengan tangan yang terbuka dan penuh bangga kerana memilih sebuah lokasi dalam Dun ini sebagai tapak program,

“Terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang memberi amanah dan kepercayaan kepada kami sebagai tuan rumah,” kata beliau.
\
Justeru, kami meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada semua ahli dan penyokong PAS di seluruh negara untuk datang menjayakan program yang sangat berprestij ini.

“Kami berazam untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk kepuasan dan keselesaan para peserta, insya Allah,” tegasnya.

Sumber BO - 6-9-2017
































PAS Bersama Keperitan Masyarakat Bandar

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS Dun Bandar bersempena dengan hari raya korban turut menyembelih daging lembu dan mengagihkan kepada mereka yang jarang dapat makan daging kerana keperitan hidup menghadapi ekonomi yang tidak menentu.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah berkata, di tambah semua perbelanjaan sekarang meningkat menjadikan kehidupan dan perbelanjaan begitu berhemah.
“Setiap tahun di Dun Bandar kita menyambut hari raya korban ini dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu dan kambing untuk diagihkan,

“Seperti mana sirah Rasulullah SAW yang menyembelih lembu kambing untuk di agihkan kepada saudara mara, jiran dan juga mereka yang susah. Maka kita merupakan kesinambungan daripada sirah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui bersama para petugas di tempat penyembelihan lembu korban di Pasti Mawaddah Tokku, 2 September, disini.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab ini diambil semata – mata untuk meneruskan ibadah korban yang setiap tahun di sambut dan tanda prihatin cawangan dalam memikul tanggungjawab bersama bukan saja dari sudut ibadah tapi rasa cakna pada masyarakat sekeliling terutama golongan marhein yang hidup sekadar kais pagi makan pagi.

“Kita berdoa mudah mudahan ibadah korban yang dilaksanakan ini akan mengingatkan kita kepada jemaah haji yang berada di Mekah Mukarammah semoga selamat melaksanakan ibadah haji dan kembali dengan selamat,” ujar beliau.

Justeru, diharapkan korban yang dilakukan ini selain daripada mereka yang miskin dapat merasa daging, apa yang penting ialah tautan ukhuwah yang terjalin di dalam sesebuah masyarakat.

Sumber BO - 6-9-2017
































Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

Oleh : Rohayati Ripin

DUNGUN – Wanita muda diseru untuk menghayati erti pengorbanan dan kemerdekaan dalam kehidupan kerana tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti berkata, kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan para pejuang terdahulu seperti Tok Janggut, Tok Bahaman, Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi.

“Mereka sanggup berkorban harta dan nyawa untuk membebaskan negara dari penjajah yang silih berganti bermula dari British, Jepun dan Komunis,

“Mereka menentang habis-habisan dan hasil pengorbanan itulah kita mampu menikmati apa yang ada hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang program Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) yang akan diadakan di Dungun, pada Jumaat, 8 September di Kampung Pulau Serai, Dungun selepas HAMRA Kuala Terengganu dan Kemaman.

Kata beliau, program HAMRA diadakan untuk melahirkan generasi wanita muda yang cakna dan peduli tentang hal semasa yang berlaku dalam negara. Ianya satu program bermanafaat dan berinformasi serta tidak melalaikan .

“Saya berharap agar program ini dapat menghimpunkan seramai mungkin wanita muda untuk menjadi medan perkongsian ilmu,

“Ayuh wanita muda seluruh Dungun, bangkit dan sertailah diri dalam program HAMRA yang akan diadakan pada 8 September 2017 ini kerana banyak pengisian yang bermanafaat sesuai dengan wanita muda,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Ameerah Kawasan Dungun, Aina Mardhiah Abdullah menyeru kepada muslimat muda agar bangkit bersama ke HAMRA.

“Ameerah merupakan sebahagian daripada pembantu agama Allah dan agen perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) ke – 14,

“Sebagai tanda kebersamaan dan sokongan wanita muda, saya menyeru kepada semua wanita muda untuk hadir seramai mungkin bagi melahirkan generasi yang celik politik dan meningkatkan kefahaman dalam merungkai cabaran yang dihadapi para wanita masa kini,” seru Aina.

Katanya lagi, kepada semua wanita yang mendokong dan penyokong perjuangan Islam di muka bumi Malaysia ini khususnya di daerah Dungun ini untuk hadir dan bersama memeriahkan program HAMRA peringkat daerah Dungun. Pelbagai aktiviti dan program bermanfaat disediakan. Semoga kehadiran kalian menambahkan keberkatan di majlis yang baik ini.

Ameerah Terengganu sebelum ini telah telah menganjurkan HAMRA di Kuala Terengganu dan Kemaman.

Sumber BO - 5-9-2017
































Kerajaan Buat ‘Rumah Rakyat’ Nak Bunuh Orang

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT – Rata-rata penduduk Pulau Perhentian yang ditemui menyifatkan projek perumahan rakyat yang dibina oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak munasabah dan dianggap ‘mahu bunuh penduduk’.

Abdullah Umar, 60 tahun, penduduk asal Pulau tersebut berkata, beliau rasa sedih apabila projek perumahan itu, yang sudah empat tahun di bina masih tidak siap hingga sekarang.

Katanya, projek bangunan setinggi lima tingkat itu ia dibina tanpa ‘platform’ dan kontraktor hanya meletakkan gabus ditengah dan besi kawat di kiri dan kanannanya.

“Lepas tu dia lepa dengan simen……satu blok mengandungi lima buah rumah. Dinding sudah didirikan cuma atap saja yang belum pasang.

“Bila mari angin baru-baru ini, habis terbang dinding. Kalau rumah ‘setara’ tu bagi kita orang-orang kampung ni tak perlu,

“Puak-puak ni dia pandai atas kertas je. Dia (bina rumah) tak guna otak. Tanah bukit kalau tanpa cerucuk, tak kukuh. Dia kena tanam cerucuk dulu tanah tu … ‘mati’ dulu (tanah)….. ni pakai sodok-sodok….. ketam-ketam (ratakan)…..diri rumah tanpa tiang. Macam nak bunuh orang !!!,” tegas beliau,

Menurut rakannya Aziz Ismail, 51, pembangunan rumah di situ berbeza dengan Pulau Redang, yang telindung dari badai.

Sebaliknya di Pulau Perhentian, kata Aziz, terdedahdengan ‘kepala angin’ bila musim tengkujuh tiba.
“sebab itu laluan ‘kepala angin’….tak sesuai, kalau betul lah kerajaan nak tolong orang pulau ……. perumahan disini (kawasan itu) memang tak sesuai begitu,

“Projek ‘start’ buat beberapa tahun yang lepas, angin kuat baru ni dinding sudah tercabut,

“Tanah (tempat didirikan) tu kan mula-mula molek. Dia sama buat (paras) tiga tingkat. Macam teres orang nak tanam getah. Lepas pada hujan lebat suatu tahun, tanah tu hakis sehingga tujuh kaki dalam,
“Tinggal simen tapak setebal lebih kurang 2 inci. Macam simen kaki lima je dia buat. Memang nak bunuh orang. Kalau diteruskan projek sebegitu kesian lah kepada orang pulau,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan agar kerajaan menghentikan pembinaan semua rumah tersebut dan membina rumah yang lebih kukuh dan sesuai untuk penduduk Pulau Perhentian.

Sumber BO - 5-9-2017































































Yayasan Amal Terengganu ucap terima kasih


SAYA mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) mengucapkan terima kasih kepada seluruh delegasi yang mengikuti program pada kali ini. Pencapaian kita mendapatkan sumbangan 475 ekor lembu dan 564 ekor kambing amat memberangsangkan.
Segala usaha yang tuan-tuan jalankan bagi menghebahkan program tahunan YAMCT ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jumlah lembu dan kambing yang diperolehi itu adalah demi kebajikan dan kemanusiaan para pelarian di sempadan Sudan dan Ethiopia. 
Sesungguhnya mereka memerlukan lebih daripada itu. Sokongan moral dan harta kepada para pelarian itu bagi menjamin kehidupan yang lebih baik. 
Taraf kehidupan mereka terkebelakang 20 tahun dari negara kita. Serba kedaifan, dengan bekalan elektrik terhad di lokaliti pekan sahaja, air dicatu dan kemudahan asas lain yang menyedihkan. 
Jutaan terima kasih juga kepada seluruh para penyumbang daging qurban yang mendaftar di bawah YAMCT. Sesungguhnya sumbangan tuan-tuan dan puan-puan bukan sekadar ibadah, tetapi ianya adalah jihad kemiskinan bagi membantu saudara seagama di hujung dunia ini. Terima kasih kerana membantu kami dalam membantu para pelarian yang mencecah lebih dari satu juta itu. 
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang membantu meringankan lagi perjalanan kami ke bumi Sudan. Antara para penyumbang tersebut adalah: 
1. Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd
2. HRM Travel & Tours
3. Aqila Industries
4. Pondok Tahfiz At Tauhid
5. Eyeris Optometri Kemaman
6. Ko Insaf Sdn Bhd
7. Wallbina Developement Sdn Bhd
8. Restoran Maryam Garden
Saya mengharapkan segala usaha dan amalan kita mendapat redha Allah.
Amal kerana Allah 
Suhazeli Abdullah
Ketua Delegasi #AmalQurban YAMCT
Sudan 2017 
Fb.com/drsuhazeli
Fb.com/Amalterengganu
4.9.2017
Cairo Airport
Sumber HD - 5-9-2017 
































Rojak Kateh Menu Istimewa Rakyat Terengganu

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KEMAMAN – Rojak Kateh adalah menu paling istimewa orang Terengganu setiap tahun apabila musim ibadat korban kerana berlaku lambakan kaki lembu atau kerbau juga lidah sebagai bahan utama membuat rojak kateh.

Seorang penggemar makanan tadisi rakyat Terengganu itu, Khalid berkata,

walaupun cara membuatnya mungkin sedikit rumit dan mengambil masa, namun ianya berbaloi jika dapat dinikmati kesedapannya bersama ahli keluarga.

“Kaki lembu perlu dibersihkan terlebih dahulu dan bakar kaki lembu itu untuk hilangkan bulu. Kikis bahagian yang telah dibakar, buang kuku dan tinggalkan isinya sahaja,

“Kita tak guna tulang, hanya ambil kulit, isi dan uratnya sahaja. Pastikan semuanya bersih, bulu dan bekas arang semua harus dibersihkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam status terbaru facebooknya hari ini, Ahad, 3 September, disini.

Menurutnya, rebus isi tadi di dalam periuk berisi air secukupnya dengan api sederhana besar. Rebus sehingga lembut dan air hampir kering.

“Tumis cili giling dan larutkan nisan kerek Terengganu . Kemudian masukkan semua bahan dan diakhiri dengan kaki lembu dan lidah lembu,

“Maka, siaplah rojak kateh kita dan jika ingin membeli yang telah siap bolehlah ke Pasar Batu Enam, Pasar Kedai Payang atau pasar-pasar utama di seluruh negeri,” kata beliau

Sumber BO - 4-9-2017
































Sediakan Peluang Rakyat Untuk Tambah Pendapatan.

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kerajaan sepatutnya menyediakan -peluang untuk rakyat menambah pendapatan sejajar dengan peningkatan kos sara hidup supaya mereka ada lebihan untuk simpanan.

Menurut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, ia adalah sangat penting untuk masa depan generasi mendatang.

“ianya mestilah tidak statik tetapi mampu meningkatkan pendapatan berdasarkan keperluan hidup hari ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Korban sempena Aidil Adha, PAS Cawangan Balai Besar di sini Sabtu 2 September.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata, ada diantara mereka yang membantu keluarga, ibu bapa beberapa tahun sebelum ini, kerana mereka mempunyai tabungan.

Namun kini, mereka gagal berbuat demikian setelah ekonomi yang tidak menentu dan perbelanjaan yang terus meningkat.

“Ditambah lagi dengan cukai yang membebankan, GST dan hari ini ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi,

“bahkan hutang isirumah dan hutang pendidikan meningkat, ini juga perlu diberi perhatian yang serius,” tegas beliau.

Ustaz Wan juga mengajak rakyat untuk kembali kepada konsep Islam yang berlandaskan keberkatan.
“Dimana lembu-lembu dan kambing samada dikorbankan atau di’akikah’kan meningkat saban tahun, walaupun setiap tahun banyak dikorban tapi setiap tahun meningkat, ini juga keberkatan”,

“Allah juga akan menurunkan keberkatan apabila kita berjuang menegakkan agama Allah dan memastikan pemerintahan Islam seperti yang dikehendaki Allah,“ jelas beliau.

Pada program tersebut, sebanyak tujuh ekor lembu korban telah disembelih dkemudian dagingnya diagih kepada mereka yang memerlukan.

Sumber BO - 4-9-2017
































Perjuangan Mesti Diteruskan!

– Perutusan DMPNT Sempena Eidul Adha

الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر!

Hari ini, 10 Zulhijjah 1438H, umat Islam menyambut Eidul Adha di seluruh dunia sementara jemaah Haji menunaikan kefardhuan Haji di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah. Inilah hari perpaduan seluruh umat Islam, menyatukan manusia dari pelbagai bangsa dan negara di atas satu tujuan, mengabdikan diri hanya kepada Allah serta menunaikan segala tuntutan mengikut syari’at yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Perayaan kedua terbesar umat Islam ini juga memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama isteri dan anak Baginda, Nabi Ismail a.s. Ketaatan dan kepatuhan kepada Yang Maha Esa dibuktikan dengan peristiwa korban yang berlaku pada zaman Baginda.

Difardhukan ibadat Haji di Baitullah dan disunatkan mengerjakan ibadah korban bagi yang berkemampuan sebagai tanda syukur dan patuh kepada Allah S.W.T Pengorbanan yang dianjurkan Islam tidak hanya berlegar seputar ibadah korban semata-mata, akan tetapi ianya lebih besar daripada itu.
Sejarah Islam telah melakarkan kehebatan kisah perjuangan dan pengorbanan para Rasul, sahabat dan pejuang-pejuang Islam demi meninggikan Islam. Perjuangan yang menegakkan Aqidah Tauhid sekaligus menentang kebatilan dan syirik, menyekutukan Allah dalam apa saja bentuk penyembahan dan perjuangan ini diteruskan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang sangat memerlukan keikhlasan, ketaqwaan, kesungguhan dan pengorbanan seluruh jiwa dan raga setiap yang bergelar muslim.

Perjuangan ini, yang mesti diteruskan oleh kita semua, umat Islam yang ada hari ini memerlukan pengorbanan yang besar daripada para penyokong serta pendokongnya kerana kita berhadapan dengan cabaran alaf baru yang lebih mencabar; Islam Liberal, Islam Moden dan pelbagai lagi bentuk penyembahan yang hanya menggunakan akal dan mengutamakan wang ringgit dan keduniaan semata-mata. Semakin tinggi keyakinan kepada Allah SWT, semakin bertambah keinginan untuk berkorban untuk-Nya.
Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah, ayat 111 :

إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون ويقتلون وعدا عليه حقا في التورىة والإنجيل والقرآن ومن اوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم

Maksudnya: “Sesungguhnya, Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung”.

Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha 1438H kepada semua. Semoga kita tergolong di kalangan hamba Allah SWT yang berkorban tepat pada waktu dan tempatnya, dan juga segala pengorbanan yang dilakukan ini mendapat perhatian di sisi Allah SWT.

Siiru ‘Ala Barakatillah.
Puan Hajjah Zarani Othman,
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu

































Sumber BO - 2-9-2017

GST Punca Kos Sara Hidup Meningkat

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS menegaskan bahawa peningkatan kos sara hidup dan harga barangan serta perkhidmatan, adalah berpunca dari penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, banyak sungutan yang timbul dikalangan rakyat hari ini berkait tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.

“Kita mengatakan bahawa punca kepada kenaikkan kos hidup ini adalah GST. Itu realiti walaupun cuba dinafikan oleh kerajaan,

“Kerajaan mengatakan ketika mana hendak memperkenalkan GST bahawa berlaku inflasi sekitar dua peratus sahaja dalam tempoh dua tahun pertama,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana Dan Kenduri Rakyat di sini semalam, Jumaat, 1 September.

Menurutnya, kadar inflasi meningkat daripada 3.1 peratus pada Januari 2017 kepada 4.5 peratus pada bulan Febuari tahun yang sama.

Katanya, kadar tersebut terus bertambah pada bulan Mac sehingga 5.1 peratus.

Namun, apa yang paling dirasai oleh rakyat ialah kata beliau, peningkatan harga makanan dan minuman, termasuk yang dijual di gerai-gerai tepi jalan.

“Jadi PAS mengatakan bahawa perlu kerajaan mengkaji balik GST walaupun ternyata kerajaan mendapat pendapatan yang banyak melalui GST tapi duit yang banyak itu datang daripada poket rakyat dan yang terkesan dengan perkara ini bukannya orang kaya tapi orang miskin,

“Tapi itulah kita sebut pada awal diperkenalkan GST bahawa walaupun cukai ini dikenakan kepada orang kaya dan juga orang miskin dengan hujah orang kaya lebih banyak membeli berbanding orang miskin,

“tapi kesan global daripada GST tetap akan kena pada semua orang kaya dan juga miskin. Kerana itulah kita menuntut kerajaan untuk ‘review’ balik dan kena hapuskan GST ni dan kembali kepada konsep asal,” tegas beliau.

Justeru katanya, PAS menekankan peri pentingnya kerajaan untuk berhemah dalam berbelanja kerana peningkatan hutang kerajaan persekutuan begitu ketara sekali tahun 1997 sampai sekarang, 655 billion.

“Walaupun mendapat pendapatan yang besar daripada GST tetapi kalau perbelanjaan tidak dikawal maka peningkatan hasil negara macamana sekalipun tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah kita bukan pada ‘income’ yang kurang tetapi pada cara berbelanja yang boros,

“Apa yang kita mahu ialah keberkatan ekonomi. Bukan hanya pendapatan bertambah tetapi tidak berkat. Jika rakyat mengeluh, dimanakah barakahnya?,” soal Ustaz Khairuddin.

Oleh itu, beliau menggesa rakyat menilai realiti yang wujud menjelang pada PRU ke-14 akan datang.
Katanya, PAS menawarkan kepada rakyat kehidupan sejahtera bersama Islam dan sesungguhnya hanya Islam boleh menyelamatkan rakyat dan negara daripada kemelut ekonomi yang sedang dihadapi pada hari ini,

Beliau turut mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan selamat hari raya pada seluruh rakyat di parlimen Kuala Nerus khususnya dan seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia secara umumnya.

Sumber BO - 2-9-2017
































Manusia Hebat Bila Berakidah, Bersyariat, Berakhlak Dengan Islam

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Sambutan Hari Raya Aidiladha bukanlah semata-mata kerana ibadat haji bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim AS, yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad SAW.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kehebatan baginda ialah kerana berakidah, bersyariat, dan berakhlak dengan Islam.

“Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah SWT Kita menyaksikan bagaimana kehebatan Islam baginda apabila diperintah oleh Allah membuka bumi Makkah yang kering kontang tidak ada air dan kemudahan asas,

“Meletakkan puteranya Ismail di situ dan mendirikan Kaabah yang menjadi kiblat untuk seluruh manusia sehingga akhir zaman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena hari raya Aidil Adha yang akan disambut pada Jumaat, 1 September oleh umat Islam di Malaysia.

Menurutnya, baginda menunaikan kewajiban itu bagi menyatakan Islam adalah menyerah diri yang sebenar kepada Allah.

“Kita menyaksikan bagaimana bumi yang kering kontang itu dikunjungi oleh manusia dari seluruh pelosok dunia dengan menghidupkan ibadat haji dan umrah sehingga ke hari ini,

“Mereka melakukan ibadah Qurban yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim sejak ribuan tahun lamanya dan selepasnya Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul terakhir kepada seluruh manusia,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, tidak tergambar dalam hati manusia bagaimana, di situ bermulanya dakwah bagi dengan keyakinan kepada Islam yang mengabdikan kepada Allah.

Bahkan kata beliau, nabi Muhammad telah berjaya membangun manusia generasi awal umat Islam dengan akidah, keimanan dan menyerah diri kepada Islam menghadapi dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang kuat dan kaya raya.

“Sehingga berakhir dengan kewafatan Nabi Muhammad, meninggalkan ajaran hidup baginda dan disambung oleh Khulafa’ ar-Rasyidin yang menyaksikan kejatuhan kuasa besar dunia Parsi dan Rom,
“Orang Islam generasi awal yang datang dengan ‘kosong’ berjaya menguasai Parsi dan Rom, membina tamadun baru Islam, memanfaatkan segala kemajuan kebendaan yang positif, menghapuskan segala yang negatif dengan Islam sehingga berjaya memimpin dunia selama 13 abad dan memerintah negara yang besar bermasyarakat majmuk,” tegasnya.

Sebaliknya, umat Islam lemah masa kini setelah meninggalkan ajaran Islam dan diasak serangan musuh yang bertubi-tubi.

Bukan sahaja negara umat Islam dimamah dan diratah dengan ketenteraan musuh bahkan diserang melalui media yang menguar-uarkan Islamofobia.

Mereka, kata beliau, menyebarkan berita seolah-olah semua keganasan daripada ajaran Islam, padahal ia dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan bebal.

“Marilah kita yakin dan percaya bahawa ajaran Islam adalah murni dan bersih dengan konsep menyerah diri kepada ajaran Islam dengan ikhlas. Kita percaya Islam akan kembali mentadbir dunia sekali lagi,

“Kalau dahulu boleh menjatuhkan kuasa besar dunia dan membetulkan kehidupan dunia, kali ini kebangkitan Islam akan dapat mengambil alih memimpin dunia sekali lagi, insyaAllah,” tegasnya.

Justeru beliau menyeru seluruh umat, agar menyambut Hari Raya Aidiladha dengan semangat Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan disambung oleh nabi akhir zaman, Muhammad menyebarluaskan Islam ke seluruh pelosok dunia.

Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

“Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua,” tambah beliau

Sumber BO - 1-9-2017
































Kenaikan Harga Minyak Beri Kesan Kepada ‘Perantau’

Oleh : DMS

SETIU – Kenaikan harga minyak menjelang hari raya Aidil Adha pada Rabu lalu, nyata memberi kesan kepada anak-anak Terengganu di perantauan (Perantau), disamping kos sara hidup yang semakin tinggi, untuk mereka pulang ke kampung halaman.

Menurut Ketua Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail ramai di antara perantau tidak kelihatan pulang beraya di kampung kali ini walaupun terdapat cuti yang panjang.

“kita lihat tidak ramai Perantau yang pulang berhari raya dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi tambahan pula kenaikan harga minyak yang di umumkan baru ini,

“memberi kesan terhadap mereka yang hendak pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui selepas menyembelih lembu korban di Cawangan Kampung Tanjung.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sambutan rakyat terhadap sambutan hari raya yang di sambut oleh seluruh umat hari ini, Jumaat 1 September.

Walau bagaimana pun Shafizi melihat sambutan korban tahun ini cukup meriah dengan semua cawangan melaksanakan sembelihan.

Katanya, lebih daripada 20 ekor lembu telah disembelih sejurus selesai solat sunat Aidil Adha.

\Menurutnya lagi, rakyat telah melakukan suruhan agama untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini dan berharap istiqamah, termasuk untuk memilih pemimpin.

“kita harap rakyat akan terus melaksanakan perintah Allah termasuk juga perantau supaya pulang mengundi pada pilihanraya terdekat ini untuk memberi kemenangan parti Islam (PAS).

“kepulangan mereka untuk mengundi nanti kita harap akan memberi peluang PAS untuk memerintah seterusnya dapat kita menjaga kebajikan rakyat,” tegasnya.

Sumber BO - 1-9-2017
































PAS Punya Hubungan Baik Dengan Warga Tionghua

KUALA TERENGGANU – PAS secara tradisinya mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Cina (Tionghua) di Terengganu sejak dulu lagi.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, PAS yang pernah dua kali memerintah Terengganu sentiasa berusaha menyegarkan persahabatan antara kaum di negeri ini.

“Pesta Peranakan Terengganu 2017 membolehkan masyarakat peranakan di Terengganu mempamerkan kebudayaan kaum mereka,

“PAS Kuala Terengganu mengalu alukan semua usaha yang baik dalam merapatkan hubungan antara kaum disamping boleh mengenali pelbagai kebudayaan sesuatu kaum bagi memupuk kesejahteraan hidup bermasyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengunjungi hari terakhir Karnival tersebut pada Rabu 30hb Ogos setelah berlangsung selama empat hari di Kampung Cina, Kuala Terengganu sejak 25hb.

Menurutnya, pesta ini adalah satu program apresiasi kepelbagaian budaya yg menampilkan masyarakat peranakan Terengganu dari kaum Cina yang telah berkurun menjadi sebahagian dari rakyat Terengganu, hidup saling menghormati dan harmoni.

“Allah menciptakan manusia dari pelbagai kaum dan bangsa supaya kita boleh hidup bersama dengan aman, saling kenal mengenal,

“Itu dituntut dalam Islam dan diberi pengajaran berterusan melalui para ulama,” jelasnya.

Justeru Amzad berkata, mereka yang paling beriman dan bertakwa, baik amalannya, sejahtera masyarakat oleh peribadinya, diangkat oleh Allah SWT darjatnya tanpa mengira dari kaum atau bangsa apa.

“Dalam lawatan selama 45 minit itu, kami singgah hampir semua gerai yang ada dan bertanya khabar,
“Serta berkongsi sama kemeriahan bersama masyarakat cina di Kampung Cina di mana Pesta Peranakan ini dilangsungkan,” katanya.

Turut sama ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Jefri Chua.

Sumber BO - 1-9-2017
































Peneroka Felda; Merdekakah Kita?

Lurah Bilut pembuka tanah keramat
Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat
Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua simbolik penghijrahan ayah dan ibu seawal 60an
Felda mengiringi kemerdekaan negara
Bagai adik beradik seiringan usia
Usaha Tun Razak pembuka minda
Agar nasib melayu terbela
Tinggal keluarga, tinggal halaman
Menyahut seruan basmi kemiskinan
60 tahun pengkisahan suka duka tersimpan
Felda cemerlang, gemilang dan terbilang
Kini generasi anak Tun Razak bertahta pula
Diambil perasuah negara menjaga harta
Punah hancur harapan Ayahandanya
Isa Samad dijulang, dibela wira negara
Habis rosak semua benda
Hancur lebur hati peneroka
Luluh semua jiwa petugas bersama
Tinggal kesan mendalam dijiwa anak bangsa
Durian runtuh pembuka bicara
Digadai tanah kerana kuasa
Tranformasi dijaja kayakan kita
Sebaliknya hutang mengunung meredah masa
Dikatakan Isa Samad pembela warga
Dijulang tinggi pelaksana tranformasi negara
Dikaut habis harta anak bangsa
Dibelanja sakan bagai harta ahmad albab yang punya
Dilaungkan Perdana Menteri nak jadikan peneroka kaya
Lalu disenaraikan FGV langkah bergaya
Kini nak cerita pun tidak bermaya
Ribuan juta duit hilang entah ke mana
Merdekakah kita duhai peneroka semua
Kini hutang ratusan ribu melingkari kita
Berbagai kaedah dan cara tindasan dikena
Yang tanggungnya nanti generasi kita
Berpuluh tahun mengerah keringat
Sepuluh ekar tanah besar hasilnya
Tapi tidak bagi kita
Kenapa kini besarnya hutang kita
Jangan ditanya kenapa
Jangan dihirau sarahan kita
Tak kan Najib nak tipu kita
Tak kan Isa Samad sejahat rupa
Orang cina jika memiliki tanah seluas kita
Menjadi kaya raya jangan dikira
Peliknya kita kaya dengan hutang ternyata
Apa lagi boleh dikata
Dizaliminya peneroka berdikari
Dinafikan hak duit raya dan perbagai lagi
Sedangan mereka mulia dihati
Ingin bebas dari hutang dikemudian hari
Mereka ini tiada diberi inisiatif RM5000 nanti
Alasan pengderhaka gelaran diberi
Walhal golongan ini peneroka berdikari
Berhempas pulas menjaga kebun sendiri
Adilkah ini buat mereka semua
Kenapa perlu dianaktiri
Bukankah mereka semua diikat akta gsa
Kenapa pula ada dua golongan yang tidak selari
Jika benar mereka bukan peneroka Felda lagi
Kenapa tidak dikeluarkan mereka dari akta ini
Biarkan mereka hidup berdikari
Agar menjadi manusia senang dikemudian hari
Merdekakah kita bila menutup mata mengadap ilahi
Penyata hutang tidak boleh lari
Mati ayah dan ibu anak pula dicari
Apakah ini pengakhiran hidup peneroka kini
Duit diberi, janji ditabur, lumrah sang penguasa menghampiri diri
Janji manis 5 tahun sekali, apa peneroka hendak semua diberi
Mari kita berhitung untung rugi dikemudian hari
Agar tenang mengadap ilahi
Isa Samad disingkir kini
Yang jahatnya sudah tiada lagi
Ini lah kalimah keramat kini
Dijaja seluruh pelusuk tanah rancangan setiap hari
Najib sudah selamatkan kita
Najib sayangkan peneroka Felda semua
Najib beri duit lagi pada kita
Hilang lenyap 6 tahun Isa membaham harta kita

Naraza Muda
Selamat membebaskan diri
31 Ogos 2017

Sumber BO - 31-8-2017
































PAS Tidak Mahu Kemerdekaan ‘Separuh Masak’

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dalam pada sebahagian rakyat gembira menyambut ulang tahun kemerdekaan, PAS memberi amaran, ia tidak mahu satu kemerdekaan yang hanyalah sekadar ‘separuh masak’.

Timbahan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Haji Yahya Ali berkata, walaupun negara telah merdeka selama 60 tahun tetapi warisan penjajah terutamanya undang-undang Inggeris masih lagi diguna pakai.

“Bila bercakap soal kemerdekaan,apa tujuan kita dihidupkan diatas dunia ini ?jadi Allah SWT menyebutkan (ayat al-Quran) , ‘dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepada ku’,

“ini merupakan kemerdekaan yang sebenar yakni kita membebaskan diri kita daripada sebarang bentuk perhambaan yang lain melainkan kepada Allah,

“Kita juga terikat kepada Allah yang menjadikan kita ini dengan tujuan sebagai khalifah yang bermaksud dengan satu huraian ‘ iqamatuddin wasiasatuddunniabih’ (iaitu) tugas dan peranan kita ialah untuk menegakkan agama yakni agama Islam dan mentadbir dunia dengan agama,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Ambang Kemerdekaan di Dataran Ko-Khidmat (MYDIN) Kuala Ibai 30 Ogos, disini.

Menurutnya, dengan barulah kita boleh merdeka dalam erti kata sebenar dan ini merupakan apa yang diperkatakan apabila seorang tentera biasa islam dalam satu peperangan besar yang bernama Ruba’i bin Amir berdepan dengan ketua panglima tentera Parsi yang bernama Rusdum yang melihat kehebatan tentera Islam pada waktu itu berjuang bermati-matian untuk mengejar syahid.

“Apabila di tanya kepada Ruba’i bin Amir atas tujuan apa kamu berperang ?. Beliau menyatakan bahawa kami umat islam berperang bagi membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah swt semata-mata,

“Membebaskan manusia daripada kesempitan hidup di dunia ini kepada keluasan hidup di dunia dan keluasan hidup hidup di akhirat, membebaskan manusia daripada kezaliman agama-agama , pelbagai fahaman dan juga agama kepada keadilan Islam,” jelasnya.

Justeru katanya, itulah merdeka suatu yang dituntut oleh Islam.

Oleh kerana itu, kata beliau, sekiranya ia diambil sebagai suatu asas, maka soalnya, adaka kita duduk dalam negara yang benar-benar merdeka?

“saya nak tanya saudara saudari, muslimin muslimat sekalian, adakah kita telah merdeka dalam erti kata sebenarnya ataupun tidak?,

“Kita belum lagi merdeka! Oleh kerana itu, ini merupakan perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) sejak ditubuhkan daripada tahun 1951, inilah perjuangan kita untuk merdeka dalam ertikata yang sebenarnya,” tegasnya.

Sumber HD - 31-8-2017































































Setelah 60 Tahun, Merdekakah Wanita?

KUALA TERENGGANU – Walaupun pada hari ini, genaplah 60 tahun negara Malaysia merdeka dari penjajahan British, namu begitu banyak persoalan yang timbul, ada benar-benar wanita atau golongan Muslimah itu merdeka.

Antara pertanyaan yang dilontarkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman, adakah rakyat telah merdeka daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan hati?

“Adakah kita telah merdeka daripada iktiqad yang serong dan terpesong kepada iktiqad yang subur dan merdeka,

“Adakah kita merdeka daripada kezaliman pemerintah berdasarkan hawa nafsu kepada pemerintah yang beramal dengan Islam sepenuhnya

“Adakah kita telah benar-benar merdeka, dengan jiwa dan minda kita hanya tunduk semata-mata kepada Allah?,” soal beliau lagi.

Apa yang amat menyedihkan, kata beliau, setelah 60 tahun merdeka dan walaupun ramai wanita dan lelaki Malaysia yang berpelajaran dan berjawatan tinggi, namun rasuah dan salah guna kuasa semakin bertambah.

“kadang-kadang wanita lebih tinggi jawatan dan kedudukannya daripada kaum lelaki………. ibarat pepatah melayu yang berbunyi ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi tetapi’,

“sayang seribu kali sayang apabila ianya tidak berpaksikan aqidah Islam, segala yg ada hanyalah membuahkan natijah yag semakin meruntuh dan merosakkan negara,

“salahguna kuasa semakin bermaharajalela, rasuah, gejala sosial yang semakin parah, pergaulan bebas, wanita-wanita yang mengandung tanpa nikah,

“kelahiran anak tak sah taraf yang semakin hari semakin membarah dlm masyarakat kita, seks bebas di kalangan anak-anak muda, dadah dan arak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan ‘kaum hawa’ di negara ini setelah lebih setengah abad menyambut kemerdekaan.

Oleh itu, beliau yakin, sistem yang ditawarkan Islam adalah ubat dan penawar kepada penyakit da penyelesai kepada masalah-masalah yang kita hadapi sekarang.

“Semua kita, khususnya rakyat Malaysia, tak kira tua maupun muda mesti kembali kepada Allah dan melaksanakan syariat-Nya.

“Piliiharaya Umum kali ke-14 sebagai (adalah) ‘turning point’ kita memilih pemimpin yang benar-benar amanah dan mengutamakan rakyat dari diripada diri mereka sendiri.

“ia medan terbaik untuk merealisasikan Terengganu Berkat Maju dan Sejahtera yang mendapat keberkatan dan keredhaan,” jelas beliau.

Sumber BO - 31-8-2017
































PAS ingin membawa manusia supaya merdeka













ISLAM menegaskan bahawa hubungan antara tuan dan hambanya bukan bertujuan untuk menindas, menghina atau mengeksploitasi, sebaliknya ia bersifat persaudaraan dan kasih sayang, kerana Allah melarang manusia memperhambakan sesama mereka.
Sesungguhnya perhambaan manusia itu, hanya mutlak kepada penciptanya, Allah SWT sahaja. 
Islam telah memerdekakan jiwa manusia daripada menjadi hamba sesama manusia, kepada hanya menjadi hamba kepada Allah, sebagaimana disebut oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan Panglima AngkatanTentera Parsi, “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”. 
Justeru, Allah memberikan akal dan ilmu serta kebebasan kepada manusia untuk berfikir dan menentukan apa yang terbaik kepadanya. 
Sebagaimana sahabat Nabi SAW Bilal bin Rabah, walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekan jiwanya dan dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat, sekalipun tubuhnya diseksa di terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk pada ilahi. 
Sesungguhnya, nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada manusia ialah apabila mereka mampu memerdekakan diri mereka dari segala fahaman dan anutan yang bercanggah dengan Islam. 
Tidak ada ada ertinya, jika sesuatu kemerdekaan itu sekiranya manusia terikat dengan sistem-sistem seperti kapitalis dan komunis yang menjadikan manusia sebagai alat ekonomi. 
Negara yang merdeka bukan sahaja negara yang bebas dari penjajahan asing tetapi juga negara yang mempunyai warga yang bebas minda dan keyakinan mereka daripada belenggu perhambaan sesama manusia sama ada dalam bentuk idealisma mahupun amalan praktikal seharian. 
Kemerdekaan negara ini daripada penjajahan British 60 tahun yang lalu, seharusnya diisi dengan pengabdian yang sempuna kepada Allah semata-mata. Taat dan patuh kepada Allah dengan melaksanakan segalanya perintahnya mencakupi siasah, ekonomi dan seluruh kehidupan manusia berlandaskan syariat yang diturunkan oleh Allah. 
PAS ingin membawa manusia supaya merdeka, jiwa dan raga mereka kepada undang-undang kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran yang diturunkan olehNya dan menuruti jejak as-Sunnah Nabi Muhammad SAW. 
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60! 
Dato’ Ustaz Husain Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Sumber HD - 31-8-2017
































Merdeka perlukan pengorbanan














Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Walillahilhamd 
Alahmdulillah segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini. Syukur juga pada tahun ini, kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan berselang sehari dengan Eidul Adha. Oleh itu, saya gabungkan kedua-dua topik penting ini di dalam perutusan ini. 
Kemerdekaan di dalam Islam, mempunyai maksud yang sangat luas dan relevan dengan tugas kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Perkataan kemerdekaan atau kebebasan sering digunakan oleh Islam apabila mujahid-mujahid Islam berjaya dalam peperangan dengan sesebuah kerajaan kuffar. Islam tidak menggunakan penjajahan kepada kemenangan ini. Memberikan makna bahawa, Islam ditugaskan membebaskan atau memerdekakan sesebuah negara atau masyarakat itu dari perhambaan kepada tuhan yang salah kepada perhambaan kepada tuhan yang sebenar-benarnya, yang tiada sekutu, esa dan maha berkuasa ke atas segalanya iaitu Allah dan bukan menjajah. 
Tugas memerdekakan ini tidak hanya dilihat kepada skop yang sangat khusus sahaja seperti perang berhadapan dengan musuh yang nyata sebagaimana peperangan Badar, Uhud, Ahzab dan lain-lain. Tetapi kemerdekaan ini juga termasuk membebaskan diri sendiri daripada belitan nafsu, godaan syaitan ataupun dosa-dosa yang sering melingkari kehidupan kita. Jika sekiranya kita telah berjaya membebaskan diri kita daripada semua godaan-godaan ini, maka kita telah memerdekakan diri kita dalam erti kata yang sebenarnya. Sebagaimana ashabul ukhdud yang matinya dalam keadaan merdeka kerana pada waktu itu, hanya dia yang beriman kepada Allah dan setelah matinya dia, seluruh rakyat juga turut mati demi kerana beriman kepada Allah yang satu. 
Kegagalan kita melihat daripada skop dalaman dan berusaha merubahnya inilah yang bakal menyebabkan kita akan sentiasa gagal juga dalam usaha bagi membebaskan masyarakat, negara ataupun dunia daripada. Lihatlah bagaimana rasulullah saw membentuk satu kekuatan masyarakat yang beriman dengan memulakannya daripada dalam dirinya dan keluarga baginda sendiri. Baginda memberikan contoh akhlak terpuji sebagai tawaran jualan baginda kepada masyarakat baginda yang rosak ketika itu. Baginda adalah seorang manusia merdeka yang terulung. Inilah contoh terbaik bagi membawa manusia lain kepada Allah. Namun, mampukah kita? 
Bagaimanakah kita mahu berjaya melepasi godaan syaitan dan penguasaan hawa nafsu jika akhlak kita masih lagi tidak ada bezanya dengan mad’u (sasaran dakwah) kita? Kita tidak memberikan gambaran wajah sebenar Islam dalam dakwah kita. Tiada tawaran menarik yang boleh kita tawarkan kepada sasaran kita. Orang Islam masih dijajah oleh sikap tamak, pembaziran, penyelewengan, fitnah dan pelbagai contoh-contoh buruk yang terpalit dengan nama Islam. Tidak boleh disalahkan kepada bukan Islam jika mereka tidak dapat menerima Islam yang kita bawakan. Bagi merealisasikan seruan Allah bagi membawa semua manusia kepada perhambaan sebenar-benarnya hanya kepada Allah, maka kita perlukan pengorbanan. 
Allah telah menukilkan perjalanan pengorbanan nabiNya Ibrahim beserta keluarga baginda dalam al-Quran demi kerana mahu menjadi hamba Allah yang sejati dengan membuang kesyirikan bahkan juga membuang ayahnya demi kerana Allah. Tidak terhenti di situ sahaja, baginda juga terpaksa meninggalkan anak dan isterinya di tengah tanah yang kontang dan tandus demi kerana Allah. Hebatnya iman sang isterinya apabila tidak mengeluh apapun setelah mengetahui ianya adalah perintah Allah kerana percaya Allah tidak akan mempersia-siakan mereka berdua. 
Diperintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya Ismail. Namun bukan bantahan daripadanya anaknya, tetapi galakan supaya  disembelih kerana kepercayaan kepada Allah yang tidak berbelah bahagi. Begitulah kisah perjalanan keluarga mulia ini yang kemudiannya diberikan pujian yang selayaknya dalam ucapan selawat yang dipanggil selawat terbaik iaitu selawat Ibrahimiyyah. Bahkan nabi Ibrahim juga digelar sebagai bapa kepada semua agama di dunia ini kerana lahirnya Yahudi, Nasrani dan Islam adalah melalui benih baginda. Nabi Ibrahim telah memerdekakan diri, keluarga dan masyarakat baginda dengan menjadikan Allah yang esa sebagai tuhan yang mesti disembah. 
Dengan mengambil peringatan daripada kisah para nabi ini yang berkorban bagi memerdekakan diri kita, maka perlulah kita memilih satu wadah atau jemaah yang menunjukkan corak atau bentuk yang mengikut acuan al-Quran dan sunnah bagi menyelamatkan diri kita daripada kegelinciran iman akibat daripada kejahilan masyarakat mengenal panduan ke jalan yang Allah redhai. Mestilah kita sentiasa melalui jemaah bersama-sama berganding bahu memperbaiki diri kita bagi menjadi perisai bukan sahaja kepada diri kita dan keluarga, malah juga kepada negara yang kta cintai ini. 
Semakin membarah dosa dan noda yang dicipta oleh manusia-manusia yang tidak amanah di dalam negara kita, yang bakal menyebabkan kita juga akan menerima bala daripada Allah. Marilah kita bersama-sama dengan PAS, menyelamatkan negara kita ini daripada kegagalan pemerintah untuk membawa kita semakin dekat dengan Allah, malah semakin jauh daripada Allah. Peluang anda terbuka luas di dalam PRU nanti bagi membina negara dan masyarakat yang lebih baik, yang lebih dekat dengan Allah. Marilah kita bersama-sama memerdekakan negara ini daripada kejahilan. 
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Walillahilhamd 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
9 Zulhijjah 1438 / 31 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017
































YDP Kuala Nerus Dimasukkan Ke Hospital Kerana Keletihan

KUALA NERUS – Keletihan melampau mungkin antara faktor menyebabkan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Cikgu M Shukrimun Shamsuddin dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Isnin, 28 Ogos yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun keadaan Cikgu Shukrimun dilaporkan stabil, namun buat masa ini, pihak HSNZ memindahkan kembali beliau ke wad ICU bagi menerima perhatian rawatan yang lebih teliti.

“Di samping itu, ia juga boleh meminimakan kunjungan orang ramai agar beliau dapat berehat sebaiknya. Situasi terkini adalah stabil dan semakin pulih,” jelasnya.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata demikian ketika diminta mengulas status kesihatan Ydp Kuala Nerus itu yang dimasukkan ke HSNZ akibat serangan stroke.
Menurutnya, seluruh ahli PAS Kuala Nerus dipohon untuk mengadakan solat hajat buat YDP dan mendoakan agar beliau dikembalikan kesembuhan agar dapat kembali berkhidmat untuk Islam.

“Bagi pihak PAS Kawasan Kuala Nerus, kami semua mendoakan agar seluruh ahli keluarga Cikgu M Shukrimun Shamsuddin sentiasa bertabah melalui ujian ini,” ujar Ustaz Hishamuddin.

Sumber BO - 29-8-2017

Muslimat Kongsi Kesukaran Hidup Keluarga Zakaria

Oleh : Che Ana

KUALA TERENGGANU – Kesukaran dan kepahitan hidup yang menimpa keluarga arwah Zakaria Omar dikongsi bersama oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang ( DMPM ).

Ketua Dewan Muslimatnya Hajah Zarani Othman berkata, beliau bersama DMPM turut merasa apa yang dilalui oleh isteri Zakaria, Puan Fatimah Ibrahim.

” Hiba rasa hati mendengar keluhan rasa isteri mangsa mengharap agar suaminya ditemui dengan selamat,

“berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…..,” hanya itu sahaja perkataan yang dapat diungkapkan apabila melihat anak-anak Zakaria.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada Sabtu 26 Ogos, krtia diminta memberi komen lawatan DPPM menziarahi keluarga tersebut pada Khamis 24 Ogos.

“dan tambah menyedihkan apabila diberitahu bot mangsa yang masih hidup enjinnya ditemui terdampar di pantai dengan hasil tangkapan masih berada di dalamnya,

“tanpa Zakaria, yang ayah kepada anak-anak mereka,” tambah Zarani.

Katanya, rombongan DPPM sempat meninjau bot yang kembali tanpa tuannya dan paling menyayat hati apabila cucunya yang berumur empat tahun tidak membenarkan orang lain, memegang bot itu, sambil berkata, ” ini bot Tok Abah”.

Sehubungan itu beliau berharap, Hajah Zarani berharap agar Fatimah sekeluarga bersabar dan tabah menghadapi ujian llahi.

Allahyarham Zakaria Othman berasal dari Kampung Jambu Bongkok, Marang, kaluar menangkap ikan tidak pulang, dikhuatiri hilang di laut.

Sehubungan kejadian yang berlaku pada 14 Ogos lalu, operasi mencari dan menyelamat ( SAR) telah dijalankan oleh agensi keselamatan negara serta dibantu oleh nelayan.
Namun sehingga kini nasib beliau masih belum dapat dipastikan.

Sumber BO - 29-8-2017
































Tahniah Azizulhasni, emas 111 buat Malaysia














SAYA panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana kejayaan Azizulhasni Awang mengukir sejarah mengesahkan pingat emas acara 200 meter pecut individu lelaki di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai semalam. 
Pingat emas yang dimenanginya memahat sejarah menarik apabila menjadi pungutan pingat ke-111 menepati sasaran pingat emas negara untuk pasukan Sukan Sea Malaysia kali ini. 
Sudah tentu kejayaan ini menjadi kebanggaan warga Dungun semua. Tidak lupa juga kepada penyumbang pingat ke-110, juga anak Terengganu, Fatehah Mustapa menerusi acara pecut individu wanita dan seluruh atlet Terengganu yang lain. 
Kami warga Dungun sekali lagi mendoakan Azizulhasni terus mencipta kejayaan demi kejayaan untuk  Terengganu dan Malaysia pada masa akan datang. 
USTAZ WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun / Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun. - HARAKAHDAILY 29/8/2017
Sumber HD - 29-8-2017 
































Penduduk Redang Sambut Baik Manifesto PAS

Oleh : DMS

Pulau Redang, SETIU – Penduduk pulau ini menyambut baik tawaran Manifesto PAS Terengganu yang menjanjikan tawaran, bayaran percuma caj wad kelas tiga percuma di semua hospital kerajaan.
Bagi mereka, ia dapat membantu meringankan beban perbelanjaan, kerana mereka juga terpaksa menaiki bot dan kenderaan darat, sebelum sampai ke hospital.

“mestilah kami suka jika ianya dapat membantu, perbelanjaan untuk naik ke darat pun besar sekarang, naik bot dan kereta di darat,

“sekurang-kurangnya rawaran ini dapat meringankan beban kami orang pulau yang menerima rawatan di hospital,” kata Farahana Maliki, 30, seorang ibu tunggal.

Pandangan beliau turut disokong oleh beberapa lagi penduduk yang bersedia membuat perubahan untuk menerima tawaran PAS, demi kebaikan rakyat.

Sementara itu, rakan beliau, Atimi Rafen, 44, berharap PAS DUN Batu Rakit dapat meneruskan program rawatan percuma perubatan Islam As Syifa secara berkala.

Katanya, aktiviti itu dapat menjimatkan belanja berbanding sekiranya mereka mendapatkan rawatan di tanah besar.

“rawatan percuma ini dapat menjimatkan kos dan kaedah perubatan Islam ini amat baik sekali, boleh membantu meringankan perbelanjaan kami jika membuat rawatan di tempat lain,

“kami ucap terima kasih dan harap ada lagi rawatan seperti ini.” katanya yang ditemu pada Jumaat 25 Ogos.

Sehubungan itu wakil Seiausaha Kerja DUN, Ustaz Khairul Nizam Rozali menegaskan pihaknya akan terus memberikan bantuan kepada penduduk Pulau Redang dengan segala kemampuan yang ada.

Katanya, ia bagi menjamin keselesaan penduduk yang terhimpit dengan pelbagai masaalah ekonomi yang berlaku dengan kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Perubatan Islam As Syifa.

Sumber BO - 28-8-2017
































Moga Ketulusan Muslimat, Ameerah Membuka Hati Pengundi

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Kesungguhan dan ketulusan Ameerah dan muslimat menyebarkan risalah PAS diharap dapat membuka minda masyarakat untuk mengundi PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, Hajah Fadhilah Mohamad berkata, penyebaran risalah penerangan seperti itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perkara yang berlaku dalam negeri Terengganu.

“Jadi inilah diantara tugasan yang kita lakukan menjelang PRU nanti dan kita harap dengan tersebarnya risalah yang diedarkan kepada pengunjung di sini akan dapat memberi kesedaran kepada mereka setelah mereka membaca risalah yang kami edarkan tadi,

“Apabila kita mengedarkan risalah, kita pergi kehadapan kenderaan mereka yang berjalan perlahan tu, mereka buka cermin dan menerima pemberian risalah dan juga belon untuk anak-anak kecil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ‘Street Dakwah Ambang Merdeka’ anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) Muslimat PAS negeri Terengganu dan Ameerah kawasan Kuala Nerus di Dataran Tembesu, pada Sabtu, 26 Ogos.

Menurutnya, program yang bermula jam tiga petang itu berjaya mengumpulkan seramai 30 orang petugas sukarela.

“Apa yang kami dapati pengunjung –pengunjung di dataran ini memberi kerjasama. Saya sangat berpuas hati dengan pogram pada petang ni,

“Dan pada hari ini kita sempat menyebarkan beberapa risalah antaranya lima manifesto yang terakhir tu, risalah ambang merdeka, buletin dan siaran program HAMRA pada 15 september nanti,” katanya

Justeru itu beliau yakin, usaha tersebut akan membuahkan hasil dan berdoa agar Allah memberikan hidayah untuk mengundi PAS.

Sementara itu, Ketua Ameerah kawasan Khairunnajjah Mohd berkata, program sempena sambutan merdeka itu selitkan dengan semangat patriotik cintakan watan berteraskan Islam.

“Pada hari ini penyertaan daripada muslimat dan Ameerah setiap dun di Kuala Nerus kita hantar lima orang Ameerah ke program ini,

“Kerana pada hari sabtu ni biasanya ramai pengunjung dan Insya Allah risalah ini akan sampai kepada setiap pengunjung disini dan kita telah sediakan sebanyak 400 risalah,” jelas beliau.

Oleh itu, beliau berharap supaya orang ramai yang menerima risalah itu dapat membaca dan memahami isi kandungannya.

Khairunnajjah turut menyeru agar semua Muslimat dan Ameerah serta penyokong PAS dapat beramai-ramai hadir ke program HAMRA yang dijadualkan pada 15 September depan, di perkarangan PASTI Tanjung Sabtu, Teluk Pasu.


Sumber BO - 28-8-2017
































PAS Yakin ‘Pitas’ Selesai Masalah Rakyat

KUALA NERUS – PAS yakin dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas) dan pengalaman pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali sebelum ini, dapat mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat negeri ini

Pesuruhjaya II PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, bukan bercakap kosong tetapi sarat dengan persediaannya.

“Saya yakin berjaya. Kita (PAS) telah buat satu pelan induk iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas).

“Apabila kita masuk Wisma Darul Iman, panggil Mesyuarat Exco Kerajaan negeri, terus kita boleh pegawai-pegawai buat mengikut jabatan masing-masing.

“Bukan kita masuk kosong…arah dia (pegawai) buat sahaja. Sebab, kita sudah ada pengalaman memerintah (tahun) 1999,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal Media 2017 anjuran bersama Unit Media, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu di NR Café Tok Jembal, semalam.

Katanya, dengan pendekatan masakini, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) PAS yakin dapat memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang.

“dengan BPMS bukan mencari masalah dalam kerajaan, ‘problem’ yang ada tetapi penyelesaian kepada masalah itu.

“Itu yang paling penting,” tegasnya dihadapan 350 hadirin.

Sehubungan itu, beliau menggesa Dato’ Seri Najib bersikap ‘lelaki’ sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi mengistiharkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Pilihan raya semakin dekat. Najib umum bila-bila masa. Ayat bila-bila masa ini saya pun boleh kata. Selepas tiga tahun, memang bila-bila masa. Tetapi, dia sebagai Perdana Menteri Malaysia beritahulah senang sikit.

“Dia kena ‘gantelmanlah’ sikit, beritahu kita (rakyat) nak buat pilihan raya bila 12.12.2017 ke, senang. Perdana Menteri, angka itu, tarikh itu ada dalam ‘kocek’ dia. Tidak payah bila-bila masa…bila-bila masa, saya pun kata begitu. Tidak jadi Perdana Menteri pun saya boleh beritahu bila-bila masa ini,” ujarnya dengan nada sinis.

Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim.

Pada majlis makan malam amal media itu, beberapa anugerah diperkenalkan seperti Anugerah Videografi Harapan, Anugerah Fotografi Harapan, Anugerah Aktivis Media Harapan Lelaki, Anugerah Aktivis Media Harapan Wanita dan Anugerah Aktivis Media Sepanjang Zaman.

Sumber BO - 27-8-2017































































Tun M Perlu Ukur Baju Dibadan Sendiri

GOMBAK – Tun Dr. Mahathir Mohammad perlu mengukur ‘baju di badan sendiri’ sebelum mengeluarkan kenyataan menyifatkan PAS sebagai pengacau dalam usaha Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman berkata demikian ketika ditemui di Program Ramah Mesra Pimpinan PAS Kawasan Kemaman Bersama Perantau Kemaman Lembah Kelang yang adakan di sini pada semalam.

“Pendirian kita mudah, PAS bukan pengacau pilihan raya, kita ada kekuatan yang tersendiri, kemenangan Pakatan Rakyat dahulu, sebahagian besarnya adalah sumbangan penyokong kita dan mereka yang bekerja siang malam untuk menangkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat”

“Sekarang ini, Pakatan Rakyat telah terkubur, yang ada ialah Pakatan Harapan, yang belum lagi membuktikan apa-apa dalam sebarang pilihan raya, Tun Dr. Mahathir tidak boleh menyatakan kita (PAS) sebagai pengacau, sebenarnya mereka adalah pengacau kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang”

“PAS telah terbukti selama lebih 60 tahun semakin hari semakin kuat dan kita mendapat sokongan khususnya dari rakyat Terengganu” tambah Ariffin lagi.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu membuat tohmahan bahawa PAS adalah pengacau pilihan raya pada setiap ceramah beliau sepanjang 2 hari berada di Terengganu bermula Sabtu lalu.

Terdahulu, Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Terengganu memuji usaha pimpinan PAS Kawasan Kemaman mengatur program pertemuan dengan anak-anak Kemaman yang menetap dan mencari rezeki di Lembah Kelang.

Sumber BO - 27-8-2017

“Aku Ingin Masuk Syurga Dengan Tulisan”

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

“Story” … Satu perkataan yang mengandungi lima huruf. Namun itulah perkataan yang menimbulkan seribu ‘keresahan’.

Setiap kali sampai mesej whatsapp dari Cikgu Sazali yang meminta Story (berita) sesuatu pogram, aku keresahan. Maklumlah penulisan ‘bukan’ bidang aku.

Namun demi menyempurnakan amanah yang dipikulkan keatas bahu ini, aku gagahi juga jari jemari ini menulis berita.

Dunia ku yang selama ini bergelumang dengan batu dan simen mula bertukar. Jejari ini yang terbiasa ‘membelai’ penyodok dan ‘keta labi’ mula mengenal papan kekunci. Dari seharian menghadap dinding melepa simen kepada menghadap komputer.

Soalan yang biasa ku dengar dari majikan cina tempat kerjaku,”Kailo … kerja sudah siap ka? ” … bertukar menjadi,”Kailo … mana story?,” tanya Cikgu Sazali.

Segala rutin harian sudah bertukar. Gelaran ‘Mat Kontrek’ mula hilang diganti dengan gelaran ‘Wartawan’. Satu gelaran yang tidak sekali-kali dipinta.

Dan segala cerita diatas bermula dengan cerita dibawah ini ….

Suatu hari, aku diberitahu ada satu kursus Asas Penulisan Dan Fotojurnalis anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

Ketika itu aku duduk dalam Lajnah IT & Media Baharu PAS Seberang Takir. Aku tidak mengetahui bahawa dua orang sahabatku dalam lajnah ini sebenarnya anggota KAMI iaitu Che Ana dan Fakhrul.
Aku memang meminati bidang fotografi ni cuma kekurangan peralatan dan bimbingan. Aku pergi ke kursus tu bersama dua orang sahabat, Emy dan Husna.

Pada mulanya terasa juga sedikit malu memandangkan aku hanya menggunakan kamera kecil cap ayam …. sedangkan kekawan lain menggunakan Dslr.

Namun, aku pegang kata-kata pengajar dalam kursus tu, Pejo … “Jangan malu menggunakan kamera kecil ketika bertugas. Bukan kamera yang menjadi ukuran walaupun Dslr banyak kelebihan tapi ‘kemahiran’ mengambil gambar yang paling penting “.

Slot penulisan yang dikendalikan Cikgu Sazali kurang menarik minatku … maklumlah dengan taraf pendidikan aku yang cuma setakat tingkatan tiga sahaja.

Selepas habis kursus, aku meneruskan aktiviti dalam Lajnah IT & Media Baharu Seberang Takir macam biasa … Che Ana, selain menunjuk ajar aku cara mengambil gambar, beliau juga mengajar aku menulis …

Di pendekkan cerita, suatu hari …. selepas maghrib Cikgu Sazali mengajak aku ke Nr Cafe. Aku pun pergi … dalam fikiranku ajak minum air je. Bila sampai disana, semua anggota KAMI telah pun sampai … dan Cg Sazali telah memperkenalkanku kepada mereka.

“Inilah anggota KAMI yang baru, Khairul Nizam Abdullah atau Kailo. Mudah-mudahan penyertaannya dalam KAMI dapat menyemarakkan lagi kerja-kerja kita,” kata Cikgu Sazali.

Bagiku … ini satu penghormatan kerana dipilih menyertai team KAMI …. kerana Allah telah mengabulkan doaku … Kenapa aku kata begitu?

Sedikit ‘flashback’ …. Awal tahun 2016, aku berada dipenghujung ‘platfrom’ Pemuda. Aku terlibat dengan Penyelaras Pemuda PAS Dun Seberang Takir(PPDST) yang diketuai oleh Hj Mohd Fadhil Wahab.

Aktiviti politik ku bermula disitu. Aku perhatikan ramai kawan-kawanku yang terlebih dahulu ‘meninggalkan’ dunia pemuda, dulu mereka cukup aktif tapi bila habis zaman pemuda, mereka jadi ‘slow’, tak aktif dalam kerja-kerja parti.

Keadaan itu ‘menganggu’ fikiran lalu aku pun berdoa, ” Ya Allah … aku nak buat kerja dalam PAS ni sehingga nafas aku yang terakhir … berilah aku suatu tugas dalam PAS agar dapat aku tunaikan cita-cita aku”.
Alhamdulillah Allah ‘lorongkan’ diri ini ke arah media .
Terima kasih kepada semua sahabat KAMI. Kalian semua ibarat keluarga ku.
Ribuan terima kasih juga aku ucapkan kepada Cikgu Sazali Mohd Nor yang sabar mendidik, memberi nasihat dan tunjuk ajar serta mengasah bakat menulisku.

Walaupun aku berpendidikan ‘kurang’ tinggi namun dua kata-kata Cg Sazali yang aku jadikan ‘Azimat’ untuk menulis;

Pertama Cikgu Sazali kata, “kalau kita boleh menulis nama kita, maknanya kita boleh menulis” …

Kedua katanya,”program parti walau banyak macamana pun kita buat, tanpa liputan media, tanpa berita, program tu hanya berlegar disekeliling kita. Kita hanya syok sendiri. Orang luar tak tahu pun kita ada buat program. Sedangkan kita nak menarik masyarakat supaya sokong PAS … Nak bina imej yang baik untuk PAS dimata masyarakat semua”.

Terima kasih Cikgu Sazali ….. hanya Allah yang mampu membalas jasa Cikgu Sazali.
Insya Allah aku akan terus menulis sehingga nafas yang terakhir.

Akan aku semat dihati ini pesanan Cikgu Sazali yang sentiasa mengulang formula ‘3M’,” Menulis … Menulis … Menulis … teruskan menulis sehingga akhir hayat kita. Menulis ni kerja mulia. Kalau tidak kerana penulis, nescaya kita tak akan dapat membaca al quran sekarang,”

Kepada teman-teman semua … walau apapun posisi anda dalam parti … baik pimpinan mahupun bawahan … jadikanlah diri kalian seperti Tok Guru Hj Hadi … sentiasa menulis walau dimana duduk sekalipun … tak pernah berhenti menulis walau dalam apa jua keadaan, dimana jua beliau berada.
Dan kepada rakan-rakan media … sentiasalah menulis kerana satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala namun satu tulisan mampu menembusi beribu kepala.

Bukan pujian manusia yang aku kejar dalam menulis tapi keredaan Allah yang lebih didambakan … sekurang-kurangnya ada satu ‘benda’ yang boleh aku bawa bila berjumpa dengan Rabbul Jalil … TULISAN! Aku ingin masuk syurga dengan tulisan.

Akhir sekali, aku buat kerja dalam PAS ni ibarat ……

Di tengah lautan ada satu pulau. Di pulau tersebut terdapat sebutir mutiara yang cukup berharga. Barangsiapa yang dapat mutiara tu, dia akan senang … dia akan kaya … dia akan dapat segala-galanya … semua hajatnya akan tercapai …

Aku diantara ribuan bahkan jutaan manusia yang berlumba-lumba untuk mendapatkan mutiara itu …
Dengan kemampuan yang terhad … perahu aku kecil, buruk … nak beli enjin sebagaimana orang lain aku tak mampu …

Aku berkayuh ke tengah lautan menempuh segala cabaran dan dugaan. Dengan geloranya … dengan hujan ributnya … dengan jerungnya …

Namun aku gagahi juga diri ini berkayuh menuju pulau tu.

Walaupun aku nak dapatkan mutiara tu tapi …. aku lebih suka karam ditengah lautan dalam keadaan berkayuh menuju pulau tersebut.

Ketahuilah … mutiara itu adalah sempat melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia ini sebagaimana yang di idamkan PAS …. dan karam ditengah lautan itu adalah Mati Syahid dalam keadaan buat kerja untuk mendaulatkan Islam di Malaysia … *سيروا على بركة الله *
Sekian …..

***Khairul Nizam Abdullah@Kailo ialah penerima Anugerah Aktivis Media Harapan Lelaki, pada Majlis Makan Malam KAMI 25 Ogos 2017

Sumber BO - 27-8-2017
































PAS Terengganu dalam ‘mood’ sedia jadi kerajaan














PAS Terengganu secara terbuka mengisytiharkan bahawa parti itu kini berada dalam keadaan ‘mood’ bersedia untuk memerintah negeri. 
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata PAS juga berada dalam keadaan siap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
Menurutnya, kajian dilakukan jika berlaku pilihan raya itu PAS boleh mempertahankan kemenangan kerusi sedia ada serta mampu mencapai kemenangan beberapa kerusi lain.
“Jika pilihan raya terdekat ini. Setakat yang kita ada, insya Allah boleh bertahan dengan kita dah ada dan ada dua, tiga, empat Dun lain. 
“Insya Allah, kita boleh capai kemenangan. Kita sekarang dalam ‘mood’ bersedia untuk ke Wisma Darul Iman, bila-bila masa pilihan raya diadakan. 
“Sekarang ini kita ke arah hendak tawan Terengganu. Ada beberapa perkara besar yang hendak kita ‘highlight’ selepas ini. Sebenarnya kita telah siap dua perkara untuk persiapan ke Wisma Darul Iman,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Amal Media 2017 di NR Café Tok Jembal, malam tadi. 
Katanya, keyakinan itu berasaskan perancangan pelan induk serta pengalaman pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 yang lalu. 
Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal menegaskan PAS bukan bercakap kosong tetapi sarap dengan persediaannya. 
“Saya yakin berjaya. Kita telah buat satu pelan induk iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas)," ujarnya. 
Majlis anjuran bersama Unit Media, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu itu memperkenalkan beberapa anugerah seperti Anugerah Videografi Harapan, Anugerah Fotografi Harapan, Anugerah Aktivis Media Harapan Lelaki, Anugerah Aktivis Media Harapan Wanita dan Anugerah Aktivis Media Sepanjang Zaman.- HARAKAHDAILY 26/8/2017
Sumber HD - 26- 8-2017
































Bot Pulang Tanpa Tuan

Oleh : Wan Mariam Wan Jusoh

MARANG – Bot milik nelayan pantai, Zakaria Omar, 58, berasal dari Kampung Jambu Bongkok, dekat sini telah ditemui dengan injinnya ‘masih hidup’ tetapi tuannya tidak ada.

Tambah menghairankan kata isterinya, Fatimah lbrahim, 50, semua peralatan masih ada dalam bot tersebut ketika ditemui tersadai di tepi pantai, dekat Rantau Abang.

“ikan hasil tangkapan ada di dalam bot…….semua peralatan ke laut juga ada….pukat masih berada di dalam air,

“tapi suami saya tak ada…..,” ujarnya sedih, ketika ditemui menerima kunjungan isteri Ahli Parlimen Marang To’ Puan Hajah Zainab Awang Ngah, di rumahnya pada Khamis 24 Ogos.

Turut sama dalam program ziarah itu ialah ialah Ketua Dewan Mulismat PAS Terengganu Hajah Zarani Othman dan Ketua Muslimat DUN Pengkalan Berangan, Puan Noridah Majid.

Fatimah berkata, beliau tidak menyangka ‘laut yang tenang’ pada Isnin 14 Ogos, membawa berita menyedihkan kepada seisi keluargnya.

“saya mempunyai tujuh orang anak……yang bongsu berusia 19 tahun, pagi itu laut sungguh tenang (dan) seperti biasa nelayan turun seawal mungkin,

“mereka turun bersama tetapi bot masing-masing….mereka semua pulang, tapi suami saya tak,” tambah beliau sedikit hiba.

Menurutnya, suami beliau keluar menahan pukat pada kira-kira jam 4 pagi dan apabila semua rakan-rakannya pulang, kelibat suaminya tidak kelihatan.

Setelah menyedari suaminya tidak pulang pada petang itu, Fatimah pergi ke pangkalan nelayan untuk bertanya kepada rakan-rakannya, namun hampa.
\
Sehubungan itu, berkongsi kesedihan yang menimpa, Dewan Muslimat PAS dan To’ Puan Zainab menghulurkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban Fatimah sekeluarga.

































Sumber BO - 25-8-2017

































PAS Teluk Pasu Zahirkan Simpati Kepada Mangsa Ribut

Pleh : Rusni H

KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dun (MTD) Teluk Pasu melahirkan rasa simpati kepada mangsa ribut yang melanda kampung itu secara tiba-tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, YB Ustaz Ridhuan Hashim berkata, kejadian yang berlaku pada sebelah petang Khamis 24 Ogos itu telah melibatkan seramai 10 buah keluarga.
“Pada sebelah petang semalam, saya bersama dengan Setiausaha PAS Cawangan Buluh Gading telah pergi menziarahi semua mangsa yang terlibat dalam ribut tersebut,

“Dan pihak MTD telah menyalurkan sedikit bantuan kewangan kepada semua mangsa ribut bagi menampung dan meringkan sedikit kos kerugian yang dialami mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai melawat serta melihat sendiri kerosakkan yang melanda beberapa buah rumah yang dipukul ribut, Khamis 24 Ogos, disini.

Menurutnya, selain daripada Kampung Buluh Gading, seramai lapan buah keluarga dari Kampung Tanjung Bunut turut terlibat dengan bencana ribut petang semalam.

“Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak seberapa namun mereka cukup terharu atas kecaknaan yang ditunjukkan pihak MTD terhadap nasib yang menimpa mereka,

“Dan mereka mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan pihak MTD ke rumah kediaman mereka yang rata-ratanya mengalami kerosakan yang agak ketara juga,” kata beliau.

Turut hadir sama dalam lawatan tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan Dun Teluk Pasu,Tuan Haji Sanusi bin Taib.

Sumber BO - 25-8-2017
































Tengkorak Manusia Ditemui Di Pulau Perhentian

BESUT – Anggota Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dipanggil bagi menyiasat penemuan satu tengkorak manusia di kawasan hutan Pulau Perhentian kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata tengkorak tersebut ditemui oleh penduduk di satu kawasan hutan berdekatan Kampung Pasir Panjang, Pulau Perhentian, kira-kira tiga kilometer dari kawasan perkampungan penduduk.

“Turut dijumpa bersama tengkorak itu sepasang kasut berwarna hitam , sebuah beg sandang dan sepasang cermin mata”, kata Mohd Zamri kepada media di sini hari semalam..

Menurutnya, polis meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya datang membuat aduan di mana-mana balai polis bagi memudahkan penyiasatan.- BERNAMA
Berita Pulau Perhentian;

Baiki Segara Jeti Runtuh dan Tangga Reput Di Kawasan Kincir Angin

Sumber BO - 24-8-2017
































Kerja Pemimpin Fikirkan Masalah Rakyat

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Seorang pemimpin mestilah sentiasa memikirkan permasalahan rakyat dan melaksanakan dasar-dasar untuk memudahkan urusan rakyat.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, oleh itu, kerja memilih pemimpin bukanlah kerja main-main.

“Rakyat nak bayar ‘premium’ tanah, tak cukup duit……..maka untuk mudahkan rakyat, bayar sikit-sikit,” ujar beliau.

Beliau ketika demikian ketika berucap pada Program Munajat Perdana Siri Kelapan di Surau Kampung Baru Kuala Abang di sini, selasa, 22.Ogos lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar jentera Muslimat mestilah bekerja keras, memandangkan DUN Rantau Abang dimenangi PAS hanya dengan majoriti 141 undi sahaja.

Beliau menempelak dan melahirkan rasa dukacita, kerana orang yang mengaku Islam, tetapi tidak memilih pemimpin yang mahu melaksanakan Islam.

Bahkan sebaliknya, menurut beliau mereka melantik golongan yang tidak mahu melaksanakan Islam sejak negara merdeka, 60 tahun lalu.

“Yang lebih dahsyat, orang Islam, dia berjuang supaya orang bukan Islam jadi pemerintah, yang pasti tak akan jalankan Islam.

“(yang) tidak menjadi agenda menegakkan syariah dalam perjuangan…Kita? Kita kena kira Allah.” katanya lagi

Sebelum itu, Ketua Muslimat DUN, Hajah Rugayah Mahmood berharap Ameerah dapat meningkatkan usaha menarik golongan muda memahami dan menyokong Islam.

Beliau berkata, lebih separuh jumlah pengundi dalam DUN terbabit dalam pilihan raya umum ke-14 adalah pengundi baharu mendaftar sebagai pemilih.

“Bayangkan saluran 3, saluran 4, saluran 5 dimonopoli oleh remaja, dan alhamdulillah kita telah ada pelapis (Ameerah),

“kita nak remaja-remaja ini terus bekerja, kita (muslimat) membantu, “ terang beliau sambil memuji muslimat muda PAS (Ameerah) yang telah berjaya mengendalikan program munajat perdana Muslimat.

Beliau turut memberi ingatan kepada muslimat yang hadir. agar memastikan anak-anak yang sudah berumur 21 tahun, segera mendaftar sebagai pengundi.

Sumber BO - 24-8-2017































































Tidak Betul Hanya Golongan Kebangsaan Pejuang Kemerdekaan!

KUALA TERENGGANU – Fakta yang menyatakan bahawa golongan kebangsaan sahaja yang bertungkus lumus untuk menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan, adalah tidak tepat.
Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata ada kumpulan lain yang berjuang namun nama-nama dilenyapkan dalam sejarah.

“ramai tokoh-tokoh Melayu, ulama yang menentang penjajah. Kalau di Kelantan ada almarhum Tok Janggut, beliau mati dibunuh di Pasir Puteh dan mayatnya diheret sampai Pasir Pekan, Kota Bharu,
“dia berjuang untuk menentang penjajah (dan) di Terengganu Haji Abd Rahman Limbong (ialah) orang yang bangkit menentang penjajah,

“di Pahang Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut,orang- orang tokoh yang menentang penjajah.Di Perak pun ada Ustaz Abu Bakar AL Baqir (juga) bangkit menentang penjajah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada program Temubual Santai ‘Soal Kemerdekaan Tanah Air’ dengan HARAPTV di sini pada Selasa 11 Ogos.

Oleh itu katanya, PAS Terengganu melalui Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan akan mengadakan satu sambutan yang menyambut ambang kemerdekaan.

Menurutnya, program yang akan diadakan di Kuala Ibai pada 30 Ogos itu, bukan sahaja berhibur tanpa tujuan, bahkan aka diselitkan dengan ucapan para pemimpin yang memberitahu anak-anak muda tetang sejarah perjuangan sebenarnya.

“disamping kesenian hiburan yang kita beri kepada anak- anak muda, kita selitkan ucapan-ucapan pemimpin yang menceritakan sejarah perjuangan ditanah air kita,

“supaya suasana dapat dihadiri oleh semua peringkat.orang tua pun boleh hadir, orang muda pun boleh hadir,

“dan lagu- lagu yang kita bawa sepanjang malam kemerdekaan itu (ialah) lagu-lagu yang memberi semangat patriotik yang berunsur keagamaan yang memberi semangat kepada anak- anak muda dan inshaallah tidak melalaikan mereka,” tegasnya.

Justeru kata beliau, PAS mengajak seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya untuk memerdekakan diri dan tanah air tercinta ini, dengan sebenar-benar kemerdekaan.

“sebenar-benarnya merdeka itu bukan setakat kita sudah menafikan kehadiran penjajah (tetapi) kalau boleh sistem-sistem yang masih ada kesan-kesan penjajah ni mesti di nafikan terus untuk masa yang akan datang.

“dan saya berpendapat sistem ini akan kekal, jika kerajaan yang ada hari ini kekal untuk memerintah pada masa yang akan datang,” jelasnya.

Katanya, rakyat perlu menukar kepimpinan dan dasar negara sekiranya hendak memerdekakan negara.

“Kena tukar dasar negara insya Allah (bertukar memilih) kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) (menjadi kerajaan),” tambah beliau.

Sumber BO - 24-8-2017
































Ke manakah Dibelanjakan RM1 Juta Setiap DUN?

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS persoalkan, kemanakah dibelanjakan sebanyak satu juta ringgit peruntukan wang rakyat yang diberi oleh kerajaan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Terengganu?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, wang tersebut tidak diberi kepada wakil rakyat pembangkang tetapi sebaliknya disalurkan terus kepada Pegawai Pembangunan DUN Umno.

Sedangkan kata beliau, ADUN PAS telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi, melalui pilihan raya.

“Ini yang jadi masalahnya…….sekiranya kita dapat (peruntukan) sepertimana yang diberikan kepada wakil rakyat kerajaan, secara langsung sejuta ringgit satu DUN, insya Allah banyak perkara yang boleh kita bantu rakyat,

“tapi malangnya di DUN Bukit Tunggal ni, duit peruntukan tersebut disalurkan kepada Pegawai Pembangunan DUN, kita sebagai wakil rakyat pembangkang dinafikan sebarang peruntukan (itu). hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan BN.,

“Kita tak tahu apa benda yang mereka buat sebenarnya dengan duit yang diagihkan tu?,” soal beliau
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi beberapa buah rumah penduduk miskin di Kampung Pulau Ketam, di sini pada Isnin 21 Ogos.

Menurutnya, apa yang dapat dilihat hanyalah, pembinaan wakaf-wakaf dan bangsal-bangsal tidak banyak membantu kesusahan rakyat.

Sehubungan itu, Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Terengganu berkata, beliau mengadakan program rutin meninjau rumah-rumah yang mempunyai masalah.

Katanya, program itu diadakan dua kali seminggu secara berjadual, dan memberikan bantuan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

“Program bermula pagi yang mana kita ada ‘sembang kedai kopi’ bersama penduduk setempat dan kita bertanya apa masalah atau pun menerima aduan dari rakyat,

“(untuk) kita akan mengambil tindakan……. mana yang boleh kita bantu segera, manakala yang patut kita bawa ke peringkat atasan atau bawa ke jabatan-jabatan kerajaan, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” jelas beliau.

Kata beliau, lawatan rumah ke rumah dibuat terutamanya keatas orang miskin, warga emas, orang dan yang sakit

“Kita pergi dari satu kampung ke satu kampung yang lain bergilir-gilir, sebenarnya dah berkali-kali kita buat lawatan ziarah ni di kampung yang sama…..dan dari apa yang dapat kita perhatikan pada hari ini, rakyat sebenarnya (tertekan) …. banyak kita terima (aduan rakyat) berkaitan kos sara hidup (tinggi),

“mana-mana orang (pun yang) miskin baik, (atau) orang sakit dan orang kedai kopi pun, aduan utama (mereka) adalah masalah harga barang yang terlalu tinggi,

“khususnya keperluan harian seperti harga ikan dan ayam yang terlalu mahal termasuklah keperluan barangan dapur yang lain,” ujarnya.

Bahkan kata beliau, sebahagiannya merasakan dengan pendapatan yang biasa mereka terima, tidak padan untuk menyara kehidupan, sedangkan dahulunya ia cukup.

“Sudah tentu ini memberi tekanan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan (dan) kami di DUN Bukit Tunggal ada program untuk keluarga yang benar-benar susah….kita akan beri bantuan tetap secara bulanan kepada mereka,

“Kita ni jenis tak suka nak heboh-heboh……kita ada dibawah Lajnah Kebajikan DUN Bukit Tunggal, setiap bulan kita hantar bantuan barangan keperluan dia untuk membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung,” ujarnya lagi.

Sekurang-kurangnya, kata beliau, keperluan asas mereka mencukupi dalam tempoh sebulan di dan PAS sebagai pembangkang dapat membantu termampu.

Oleh Sebab itu katanya, PAS berjanji dalam manifestonya akan bantu meringankan beban hidup untuk orang-orang susah terbabit.

“Golongan yang kita panggil ‘GBR’ (golongan berpendapatan rendah) ini (adlah) fokus kita termasuk beri air percuma, bantuan rumah dan sebagainya,

“Justeru, kita mengharapkan semoga rakyat mempunyai kesedaran inilah masalah yang kita hadapi……PRU yang akan datang ni boleh buat pertukaranlah supaya PAS pula memerintah. Kita boleh beri satu kecaknaan yang lebih kepada masyarakat,” tegas beliau

Sumber BO - 23-8-2017

Muslimat Perkukuh Jentera Untuk Hadapi PRU14

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Muslimat PAS Terengganu memperkukuhkan jentera dan ‘kesiapsiagaan di kubu masing-masing’ bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke14 (PRU 14), untuk memastikan kemenangan dan kembali mentadbir Wisma Darul Iman.

Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata ia adalah sebagai meyahut seruan Ucaputama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Ustaz Husain Awang di Konvensyen dan Munaqasah Rakyat PAS Terengganu, Sabtu lalu.

Kata beliau, antaranya adalah mempersiapkan tenaga muslimat termasuk penceramah hingga ke peringkat cawangan.

“Alhamdulillah dengan program yasin dan sebagainya, di situlah muslimat boleh menyuarakan isu-isu dan fakta-fakta hendak disampaikan kepada rakyat seluruhnya,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Muslimat PAS Terengganu di konvensyen tersebut di Masjid Lama Kampung Sura, di sini pada 19.Julai lalu.

Tuan Roslina turut memuji usaha Lajnah Penerangan Hubungan Media, Muslimat PAS yang telah mengadakan Lawatan Berinformasi ke Kenyir baru-baru ini.

Katanya, ia telah memberi ‘input’ berguna kepada penceramah-penceramah muslimat dengan bukti-bukti yang jelas tentang penyelewengan kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu.

“Perkara ini dibuat supaya penceramah melihat sendiri di mana dia Pulau Bebas Cukai yang di buat oleh kerajaan negeri, di mana Taman Burung, supaya kita dapat menceritakan kepada mad’u kita,”
“dengan ada bukti sehingga ke tahap ‘haqqul yaqeen’ ,bukan sekadar mendengar atau melihat tayangan-tayangan video PAS sebagaimana yang selalu”, tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor menekankan bahawa anggotanya di semua peringkat mestilah konsisten dalam melaksanakan pelbagai program.

“Memperkasakan ‘Ameerah Care’ dengan program ziarah dan kita pergi ‘direct’ kepada sasaran, ‘ ‘touch’, sentuh sasaran iaitu pengundi muda, kita menyelami ,merasai permasalahan dan yang penting kita mendekati pengundi muda,”

“Saya lihat Ameerah mampu menarik pelbagai latarbelakang belakang pengundi untuk hadir ke program Ameerah”, ujar Zuraida.

Beliau yang ditemui di program tersebut seterusnya menjelaskan, Ameerah telah mengatur program kempen dan penerangan supaya lebih teratur dan bermatlamat.

“Contohnya memberi penerangan dan menguasai isu, dengan program Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, DMPNT, Lawatan Berinformasi,”

“saya amat tertarik , kita.akan memberi pendedahan kepada pengundi muda tentang isu-isu di negeri kita, apa penyelewengan di negeri Terengganu itu sendiri,” terang beliau lagi.

Zuraida juga mahu Ameerah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan Puteri umno agar di lihat lebih berketrampilan dengan menguasai ilmu dan berbagai bahasa.

Manakala seorang peserta yang ditemui, Normah bt. Idrus berkata, topik berkisar Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diketengahkan pada Konvensyen, memberi ingatan kepada setiap ahli PAS supaya menerangkan isu-isu dengan fakta yang betul.

“bukannya ‘dengar orang kata’ disamping perkemaskan kerja-kerja pilihanraya untuk memenangi PRU 14,” tambah beliau.

Sumber BO - 22-8-2017
































Hadapi Gelombang Fitnah Dengan Petunjuk Wahyu

Oleh : Rohayati Ripin

DUNGUN – PAS menjangka gelombang fitnah media baharu sangat luar biasa terutamanya menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan tohmah akan menular dalam media sosial.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam menghadapi situasi itu ahli dan penyokong, perlu menjadikan Rasulullah sebagai panduan.

“Nabi SAW peringatkan kita, jangan kau masuk dalam gelombang fitnah bila mana fitnah itu sedang membara. Jangan kamu rasa hebat untuk berlawan fitnah bilamana fitnah itu muncul. Hendaklah kamu sabar bilamana fitnah itu terkena pada kamu.”,

“Presiden PAS dalam ucapan penutup Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kelantan 2017 di Kota Bharu mengingatkan kita agar sentiasa bersedia kerana suasana PRU 14 tidak sama dengan PRU 13 dan PRU12 sebelumnya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen dan Munaqasyah Rakyat Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Masjid Lama, Kampung Sura, Sabtu 19 Ogos, disini.

Menurutnya, segala langkah dan tindakan politik PAS tidak hanya sekadar berpandukan logik akal semata-mata, tetapi mesti mendapat suluhan wahyu Allah.

Katanya, Islam telah mengajar manusia cara bersiasah melalui tindakan para Nabi dan RasulNya.

“Ahli PAS diingatkan supaya tidak hanyut berpolitik dalam berdepan dengan gelora fitnah sehingga terikut-ikut kaedah politik barat dan jahiliyah yang meminggirkan Al-Quran dan As-Sunnah,

“Dan PAS meraikan kepelbagaian latar belakang agama, budaya, bahasa dan loghat, etnik serta kaum yang ada di Malaysia kerana kita bukan parti yang hanya mementingkan Melayu bahkan Islam ini ialah untuk menyelamatkan seluruh manusia,” tegas beliau.

Beliau menambah, pengalaman PAS dalam pentas politik negara yang mencecah lebih daripada 66 tahun merupakan tempoh yang paling lama dan paling matang menghadapi sejarah politik negara meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, PAS terus istiqamah dengan prinsip Islamnya dan tidak pernah sesekali tertinggal diatas nota perjuangan PAS.

“Kita tegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak dari pendapat Islam yang kita bawa. Siapa sekalipun yang akan jadi Presiden, dasar PAS tetap sama dan kita terus istiqamah diatas dasar Islam tersebut,

“Ketidakstabilan politik tanah air yang begitu membimbangkan kita, penguasa yang bermaharajalela membelakangi kepentingan syariat dan jawatan menjadi suatu rebutan bagi mengisi tajuk perbincangan. Semua ini politik cerminan barat yang berpaksi kepada tiga tunjang utama iaitu kekayaan, kekuasaan dan pengaruh,” katanya.

Justeru, PAS hadir untuk membetulkan ‘aligment’ berpolitik yang banyak berasaskan persepsi tidak matang dan penuh kebencian bagi membina politik berasakan akidah, kematangan dan rasional.

“Akhirnya kita duduk dalam suasana yang tidak realistik sehingga menyebabkan cara kita berfikir, merancang dan berhijrah menjadi tidak realistik. Kita perlu buat anjakan. Siapakah lagi yang akan membetulkan elemen politik negara kalau tidak pada PAS?,

“Kenapa hanya PAS? Kerana kita bertunjangkan Al Quran yang pasti benar dan tidak pernah bohong kerana wahyu Allah tak pernah salah,” jelas beliau lagi.

Sumber BO - 21-8-2017
































Konvensyen, Munaqasyah Rakyat Suntik Semangat Petugas

Oleh : Rohayati Ripin

DUNGUN – Konvensyen dan Munaqasyah Rakyat Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Masjid Lama, Kampung Sura, dapat menyuntik semangat para perwakilan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Marang, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail , 41, berkata, program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu ini cukup baik terutama ketika diambang PRU 14 .

“Dengan suntikan semangat yang diberikan oleh para pimpinan kita, memberikan kefahaman dan suntikan semangat serta menjelaskan lagi segala kekusutan yang timbul dikalangan ahli dan juga pimpinan masyarakat,

Seluruh jentera dan kepimpinan berbincang sehari suntuk khusus bagi menghadapi PRU ke -14,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut semalam Sabtu 19 Ogos.

Menurutnya, konvensyen pada hari ini bermula dengan perbarisan yang melibatkan kepimpinan diseluruh kawasan.Ini menunjukkan komitmen kawasan untuk persiapkan diri masing-masing untuk pilihanraya akan datang.

“Selepas daripada itu ucapan perasmian dan juga ucaptama daripada pesuruhjaya sendiri dan juga ucap tama daripada timbalan presiden merupakan satu ucapan yang antara sebahagian merungkai sebahagian daripada ketidakfahaman dikalangan ahli- ahli kita sendiri bahkan mungkin dikalangan pimpinan berkenaan dengan dasar parti,

Apa yang dibentangkan pada hari ini harap dapat dilebarkan lagi keperingkat bawah, peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD), Unit Peti Undi (UPU) dan di peringkat cawangan. Semoga dasar yang kemukakan oleh pimpinan kita difahami disemua peringkat sehingga sampai kepada rakyat,”kata beliau.

Sementara itu, seorang lagi peserta yang ditemui, Hajah Fadhilah Mohamad, 55, berkata, PAS telah berjaya melahirkan pimpinan muda yang berpontensi memimpin dan mentarbiyah masyarakat mengenali Islam serta perjuangan PAS.

“Konvensyen ini juga berjaya meyakinkan para petugas parti bahawa PAS tidak ketandusan pimpinan dari pimpinan tertinggi hingga ke pimpinan bawahan,

“Dengan kehadiran muslimin, muslimat dan pemuda serta Ameerah menunjukkan bagaimana mereka begitu bersemangat untuk mendengar dan menerima amanat dari pimpinan negeri dan pusat,

“Bagi menggalas dan melaksanakn amanah yg mereka sedia maklum iaitu bekerja, berusaha sedaya mungkin bagi memenangkn PAS dalam PRU ke 14,” jelasnya yang juga Ketua Muslimat DUN Seberang Takir.

































































Sumber BO - 21-8-2017


































































RM1 Juta Lagi Diperlukan Untuk ‘Dewan Darul Ansor’

Oleh : NM

DUNGUN – Pembinaan struktur Dewan Darul Ansor berkeluasan 12,800 kaki persegi, sudah memasuki fasa menaikan tiang, penaga dan kekuda, memerlukan kos pembinaan sebanyak RM1 juta.
Menurut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, apabila siap kelak, bangunan bernilai RM1.2 juta itu, bakal menjadi dewan utama di Kompleks Tarbiyyah Darul Ansor.

Katanya, usaha membangunkan pusat pentadbiran PAS Kawasan Dungun itu memerlukan sumbangan dan pengorbanan orang ramai.

“bukan mudah apabila melibatkan pembinaan tanpa peruntukan. Duit datang dari orang ramai, pembangunan kompleks ini melibatkan jutaan ringgit mengikut perancangan jangka panjang. Kita buat mengikut kedudukan kewangan semasa.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini kita menerima lebih RM200 ribu dan saya dimaklumkan kos sekarang ini sehingga stuktur bangunan dewan dinaikan. Selepas ini kita akan lancarkan kutipan untuk atap. 25hb Ogos ini sekali lagi kita buat kuliah dhuha ditapak ini bagi memungut sumbangan orang ramai.

“InsyaAllah seorang Adun Selangor akan hadir menyampaikan kuliah,” ujanya ketika ditemui di tapak pembinaan di Kampung Alor Makboh pada Ahad 20 Ogos.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan solat hajat dan membantu menaikan tiang serta memasang rantai dan mengikatnya, yang diangkat menggunakan sebuah kren.

Sehubungan itu, kata beliau, satu jawatankuasa pengurusan telah ditubuhkan bagi memantau serta mengurus semua sumbangan orang ramai agar kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

Beliau mengharapkan orang ramai dari daerah ini terus menyumbang serta mencari dermawan dari seluruh negara bagi menyiapkan Fasa seterusnya.

Beliau yakin, dengan sokongan semua pihak, Dewan yang akan mempunyai ‘nilai tambah’ sebuah gelanggang Futsal itu, akan siap pada awal tahun 2018.

Justeru itu, Pengurus Projek Kompleks, Ustaz Sufian Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada para muhsinin yang telah menyumbang pelbagai keperluan untuk kerja-kerja utama stuktur pembangunan dewan itu.

“Kita masih perlukan sumbangan untuk melihat kerja-kerja menyiapkan dewan ini berjalan lancar. RM1 juta lagi kita perlukan untuk melengkapkan segala pasarana berkaitan dewan.

“Jika aliran penerimaan sumbangan berjalan lancer……..sudah tentu projek ini mengikut jadual InsyaAllah kita sedaya upaya menunaikan amanah besar ini,” ujar beliau yakin.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka secara terus kepada Jawatankuasa pembinaan Pusat Tabiyyah itu.

“boleh derma atau beri sumbangan secara terus atas nama ‘Markaz Tarbiyyah Darul Ansor’. No akaun Bank Islam 1304 4010 0454 57. Dan boleh menghubungi nombor telefon 013 -921 6848, untuk sebanarang pertanyaan,” jelas beliau.

Hadir sama ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, YB Haji Wan Hapandi Wan Nik dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Abang, YB Alias Harun serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa pembangunan Pusat Tarbiyyah Darul Ansor.

Sumber BO - 21-8-2017

































































PAS Terengganu sasar 22 Dun, 6 parlimen













PAS menyertai politik pilihan raya sejak tahun1955 hingga ke hari ini bagi menyelamatkan manusia sama ada Islam mahu pun bukan Islam. 
Sepanjang tempoh itu, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, dasar PAS adalah jelas dan tidak berubah. 
Namun, katanya strategi dan pendekatan PAS boleh fleksibel dan berubah-ubah kerana mengambil kira suasana dan cabaran semasa. 
“Ada beberapa asas dan prinsip yang perlu kita tekuni untuk memberikan kefahaman menyeluruh, apakah sasaran kita dalam sesuatu pilihan raya. 
“PAS sertai siasah adalah untuk menyelamatkan manusia dengan Islam. Manusia itu adalah individu Islam dan bukan Islam. PAS perlu membawa wajah Islam kerana itulah cerminan kewujudan PAS dan itulah keyakinan kita bahawa tugas kita adalah untuk melaksanakan amanah Allah. 
“PAS menyertai pilihan raya adalah untuk menang dan sebagai satu syiar. Dalam konteks PAS Terengganu khususnya, kita mempunyai pasang surut kemenangan dan kekalahan,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Mempersiapkan Jentera dan Tindakan Untuk Menghadapi PRU14 pada Konvensyen dan Munaqasyah Rakyat Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Lama Kampung Sura, Dungun, hari ini.
Menurutnya lagi, pada PRU 1959 PAS menang dan memerintah Terengganu dengan majoriti kecil tetapi digulingkan menerusi undi tidak percaya pada tahun 1961. 
Katanya, pada PRU 1969 PAS bangkit semula dan berjaya mendekatkan jarak dengan memenangi 11 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). 
“Pada PRU 1999, kita menang dengan bergaya 28 kerusi daripada 32 kerusi Dun. PAS membentuk kerajaan dan menerapkan serta melaksanakan agenda Islam sehingga berjaya meminda Perlembagaan (Undang-Undang Tubuh) Negeri. 
Pada PRU13 lalu, PAS bersama pembangkang memenangi 15 kerusi Dun berbanding 17 BN. 
“Insya Allah, pada PRU14, kita bertekad untuk mencipta kemenangan sekali lagi. Inilah azam dan tekad kepimpinan, petugas, ahli dan seluruh pengundi di Terengganu,” tegasnya. 
Justeru, katanya bagi mencapai hasrat ke Wisma Darul Iman, PAS Terengganu telah merangka ‘Road Map WDI’ yang konklusif. 
“Kita akan bertanding di semua 32 kerusi Dun dan lapan kerusi Parlimen dengan sasaran menang paling kurang 22 Dun dan enam Parlimen. 
“Setiap Dun hendaklah melaksanakan aktiviti mengikut ‘KPI’ yang telah ditetapkan.
“Program  Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti (Harap-PGU) 3.0 telah berjaya menggerakkan rakyat ke arah kemenangan PAS dalam PRU14,” ujarnya. 
Katanya, PAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS di semua peringkat yang telah menyumbang sebanyak RM1.3 juta bagi menjayakan program Harap-PGU 3.0 yang berlangsung sebanyak tujuh kali. 
Konvensyen dan Munaqasyah itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut disertai Datuk Mustafa Ali. - HARAKAHDAILY 19/8/2017 










Sumber HD - 19-8-2017 

































































PAS bukan mahu rampas jawatan semata-mata













PAS bukan sekadar mahu merampas jawatan semata-mata atau sekadar membalas dendam terhadap mereka pernah yang menjatuhkannya tetapi peranan PAS adalah menjadi penyelamat bersama Islam supaya yang bersalah kembali ke pangkal jalan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Husain Awang berkata, mesej politik Islam adalah mengajak manusia bersama Islam dan menjadi penyelamat serta mengemukakan penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 
“Islam menunjukkan bahawa punca dan sebab paling utama adalah masalah akidah dan akhlak. Tetapi aspek ini tidak diminati oleh masyarakat umum hari ini untuk diselesaikankeran a mereka hanya berfikir di perut, bukannya berfikir di kepala dan hanya mengutamakan masalah kehidupan yang sangat menekan. 
"Jauh sama sekali untuk memahami bahawa punca segala masalah di sebabkan oleh kefahaman yang salah,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen dan Muqasyah Rakyat Negeri Terengganu di Masjid Lama Kampung Sura, Dungun, hari ini. 
Oleh itu katanya, PAS mempersiapkan diri petugas dan jentera parti dengan semua semua pihak mempunyai peranan masing-masing. 
Jelasnya, ahli dan penyokong mempunyai peranan yang sangat penting, menggerakkan jamaah atau parti manakala pemimpin pula bertugas merangka strategi, merancang pelaksanaannya. 
“Ahli dan penyokong terus secara langsung berdepan dengan pengundi dan cabaran di bawah. Manakala pemimpin pula bertugas merangka strategi. 
"Semua pihak melaksanakan dari sekecil-kecil tugas hinggalah sebesar-besarnya dalam PAS adalah sangat penting,” katanya. 
Justeru, beliau menegaskan, tujuan PAS memasuki pilihan raya adalah untuk menang dan bukan untuk kalah. 
Katanya, perjuangan dan pengorbanan ahli-ahli dan penyokong adalah untuk mmemenangk Islam. 
“Perlu jelas sejelas-jelasnya, tujuan kita menyertai pilih raya untuk menang. Adalah tidak masuk akal, kalau ada yang menyebut bahawa PAS menyertai pilihan raya untuk kalah.
“Bagaimana mungkin kita berusaha begitu bersungguh-sungguh dengan jiwa raga kita, bergolok dan bergadai harta, tidur malam terganggu, tetapi kononnya kita memasuki pilihan raya untuk tidak menang. 
“Hakikatnya ialah kemenangan yang kita inginkan adalah kemenangan untuk Islam,” jelasnya lagi. 











Sumber HD - 19-8-2017 

































































Pergi Dengan Satu Tujuan, Untuk Menjadi Juara!

Oleh : Zulshawal

KUALA TERENGGANU – Kontinjen PASTI Terengganu yang berlepas ke Pertandingan Alam Ria 2017 peringkat Nasional pergi dengan satu tujuan, untuk menjadi juara!

Pengarah PASTI negeri Ustaz Sulaiman Sulong berkata, seramai tiga orang pelajar yang terpilih bagi mewakili Negeri Terengganu telah diiringi oleh para guru dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

“mereka selamat berlepas ke Pulau Pinang pagi tadi……pertandingan yang dijadualkan bermula Sabtu ini, amat diberi perhatian khusus oleh pimpinan Pasti Negeri dalam usaha menjadikan Terengganu,

“memperolehi gelaran johan berganda setelah merangkul johan keseluruhan dalam Pesta Sukan Pasti Pusat 2017 pada Bulan Mei lepas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada para guru dan pelajar sebelum mereka berlepas, di bandar Jerteh, Besut pada pagi Jumaat 18 Ogos.

Katanya, PASTI Terengganu mempunyai misi yang cukup besar pada kali ini setelah berjaya menjaya menjadi johan keseluruhan dalam Pesta Sukan Pasti di Pahang baru-baru ini.

“Saya mohon para guru memastikan para pelajar kita berada dalam keadaan selesa agar mereka dapat memberi tumpuan penuh kepada acara yang mereka tandingi,

“Tahun lepas kita hampir menjadi johan keseluruhan, namun kita tewas apabila sistem kiraan mata bergantung kepada pasukan mana yang memperolehi pingat emas yang banyak,

“Jadi insyaallah tahun ini kita merasakan kita mempunyai harapan untuk membawa balik gelaran johan keseluran tersebut,” tegas Ustaz Sulaiman.

Sementara itu, Ahli Dewan Unfangan Negeri (ADUN) Alor Limbat YB Ustaz Arifin Deraman mengharapkan agar kontinjen PASTI Terengganu beroleh kemenangan dalam semua acara yang dipertandingkan.

“Saya mendoakan kontijen yang terpilih bagi mewakili Terengganu pada kali ini dikurniakan kemenangan. Kita telah berusaha dan menjalani latihan yang dan seterusnya kita harus bertawakal kepada Allah” katanya yang hadir sama dalam memberi semangat kepada Kotinjen tersebut.

Pada Pertandingan Alam Ria kali, yang dilanggsungkan bertempat di Dewan Melinium, Kepala Batas, bakal menyaksikan pertandingan nasyid, Kalam Jamaie, Khutbah, Sajak, Azan, Bercerita, dan Pidato.

Sumber BO - 19-8-2017

Allah Akan Membalas Dosa Pemerintah Yang Zalim

MARANG – Dosa seorang pemerintah yang melakukan kezaliman dan membunuh rakyatnya akan dibalas oleh Allah.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, walaupun telah berpuluh tahun berlalu peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Kampung Memali di Kedah, dibangkitkan semula oleh Allah.

“dosa buat zalim kepada orang dan bunuh penentangnya, dia bunuh ikut pandai (suka) dia…..ini zalim yang dahsyat….orang yang zalim bunuh orang ni Allah akan balas,

“bagaimana peristiwa Memali (yang sudah berlaku puluhan tahun) Allah bangkitkan semula, dan orang buat zalim zaman dulu….hari ni dia nampak,” jelasnya.

Seluruh rakyat juga, kata beliau, dengan timbulnya isu Memali sekarang ini, boleh melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh As-syahid Ustaz Ibrahim Mahmood (Libya).

ADUN Bukit Payong itu berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di masjid Rusila, di sini hari ini 18 Ogos, yang menceritakan kisah bagaimana dialog seorang budak dengan seorang pemerintah zalim, ketika zaman khalifah Bani Umaiyyah.

Sehubungan itu, menurut beliau, kekecohan yang berlaku pada program ‘Nothing To Hide’ di Shah Alam baru-baru ini telah menyebabkan rakyat bercakap kembali tentang kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1985.

“Allah telah mendedahkan kepada kita semua….termasuk mereka (anak-anak muda) yang tidak sempat (melalui zaman ) eristiwa itu berlaku, telah mula bercakap dan berbincang,
“(serta) bercakap tentang peristiwa (Memali yang telah dicacat dalam sejarah),” tegas beliau.

Sebelum itu, beliau menyeru agar umat Islam memberi fokus kepada penyelesaian masalah utama yang dihadapi, supaya ummah dapat hidup sejahtera dengan ugama.

Katanya, pemimpin telah meletakkan gagasan ‘Politik Matang dan Sejahtera’, supaya ahli dan penyokong PAS mendekati semua lapisan masyarakat.

“kitak tidak seperti pejuang Hamas yang berhadapan dengan Yahudi (tetapi) kita berhadapan dengan orang Islam yang jahil……yang menzalimi diri mereka,

“yang ada masalah, yang menyeleweng, yang leka dan lalai…..yang jauh daripada ugama,” jelasnya lagi.

Justeru itu katanya, umat Islam perlu membudayakan kehidupan yang matang dengan ugama dan berhujah dengan fakta serta bertindak dengan kaedah-kaedah menurut ajaran ugama.

Sumber BO - 19-8-2017

































































Makan Malam Amal ‘Jihad’ Media

Makan Malam Amal Media anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang merupakan acara tetap dalam kalendar tahunan KAMI telah memasuki tahun ketiga diadakan.

Disamping diadakan dengan objektif untuk mengumpulkan dana bagi membiayai tugasan jihad media sepanjang tahun, Makan Malam Amal Media juga merupakan medan pertemuan petugas media dari pelbagai ceruk lapangan dalam satu acara tahunan bagi merapatkan ukhuwwah serta mendapatkan arahan dan amanat pimpinan untuk kelangsungan tugas di medan.

Bagi kali yang ketiga ini, Makan Malam Amal Media KAMI akan diadakan pada hari Jumaat 25 Ogos 2017 bertempat di NR Cafe Tok Jembal, Kuala Nerus dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Haji Hussain Awang sebagai tetamu kehormat.

Beberapa anugerah media dan kewartawanan juga akan diberi kepada petugas-petugas media terpilih dalam beberapa kategori.

Pihak KAMI juga membuka ruang kepada para dermawan untuk bersama menyumbang untuk kita bersama memperkukuhkan lagi benteng media Islam yang diperjuangkan KAMI.

Sejahtera Bersama Islam
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi KAMI

19 0gos 2017 Makan Malam Amal Media anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang merupakan acara tetap dalam kalendar tahunan KAMI telah memasuki tahun ketiga diadakan.
Disamping diadakan dengan objektif untuk mengumpulkan dana bagi membiayai tugasan jihad media sepanjang tahun, Makan Malam Amal Media juga merupakan medan pertemuan petugas media dari pelbagai ceruk lapangan dalam satu acara tahunan bagi merapatkan ukhuwwah serta mendapatkan arahan dan amanat pimpinan untuk kelangsungan tugas di medan.

Bagi kali yang ketiga ini, Makan Malam Amal Media KAMI akan diadakan pada hari Jumaat 25 Ogos 2017 bertempat di NR Cafe Tok Jembal, Kuala Nerus dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Haji Hussain Awang sebagai tetamu kehormat.

Beberapa anugerah media dan kewartawanan juga akan diberi kepada petugas-petugas media terpilih dalam beberapa kategori.

Pihak KAMI juga membuka ruang kepada para dermawan untuk bersama menyumbang untuk kita bersama memperkukuhkan lagi benteng media Islam yang diperjuangkan KAMI.

Sejahtera Bersama Islam
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi KAMI
19 0gos 2017

Sumber BO - 19-8-2017

































































BPMS Bukan Hanya Bongkar

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS – Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) tidak menghalang PAS membongkar ‘kebobrokan’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu serta mencegah kemungkaran.

Bahkan menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman, parti itu turut menyarankan penyelesaian dan jalan keluar kepada kebuntuan dan masalah yang dihadapi rakyat.

“Kita sebagai da’i untuk menyampaikan Islam dan bukan saja bongkar tapi kita PAS (ketika menjadi pembangkang),

“bila kita jadi kerajaan dengan sokongan daripada rakyat, kita ada manifesto iaitu penyelesaian,” jelasnya.

Belau berkata demikian ketika berucap pada program Lawatan Berinformasi Dewan Muslimat PAS Terengganu Siri Kedua, di Pusat Khidmat DUN Teluk Pasu di sini, khamis, 17 Ogos.

Beliau turut mengajak ahli dan penyokong PAS terutama Muslimat agar memberikan tumpuan dalam usaha memberi penerangan 15 Menifesto Awal yang telah dibentangkan kepada rakyat negeri ini.

Disamping itu katanya, Muslimat akan terus mendedahkan kelemahan, kekurangan, kerakusan, kezaliman yang dilakukan Umo-BN Terengganu.

Ketua Muslimat PAS Marang itu juga mendedahkan bahawa PAS yang memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004 telah menangguhkan projek pembinaan stadium kerana merasakan ia bukan satu keperluan utama kepada penduduk.

Katanya, keadaan tanah di kawasan yang dicadangkan untuk tapak stadium tersebut juga didapati tidak sesuai.

“Tetapi projek itu diteruskan oleh kerajaan BN yang mengambil alih pemerintahaan pada 2004,
“dibina pada 2006 dan siap 2008, sebab nak guna sukan SUKMA pada 2008 siap secara tergesa-gesa,” tegasnya.

Beliau seterusnya menambah, stadium yang telah dirasmikan pada 10 Mei 2008 oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu, runtuh bumbungnya pada 2 Jun 2009.

Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Maznah Muftahuddin berkata gempur muslimat ke DUN MB, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman adalah untuk menyedarkan rakyat yang menjadi mangsa kezaliman kerajaan Umno-BN.

“kita tak nak rakyat tertipu lagi dan teruja dengan pembangunan yang ada sedangkan pembangunan-pembangunan yang dibuat itu, rakyat menjadi mangsa kezaliman, ”ujar beliau lagi.

Menurutnya, Lawatan Berinformasi kali kedua itu meninjau isu-isu sekitar Kuala Nerus termasuk Kompleks ‘Gajah Putih’ Usahawan Terengganu dan ‘Stadium Runtuh’ selepas, peserta dibawa melawat ke projek-projek membazir di Tasik Kenyir, dua minggu lalu

Sumber BO - 18-8-2017

































































RM23 Juta Tambahan Untuk Bebas Cukai Kenyir Meragukan!


Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu menambah lagi peruntukan tambahan bagi Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir sebanyak RM23 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, peruntukan sebanyak RM37 juta telah pun diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, 26 November 2016.

Sidang DUN hari Isnin telah meluluskan peruntukan tambahan baharu sebanyak RM23, yang diragui oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mendedahkan hampir RM350 juta telah dibelanjakan bagi tujuan pembangunan kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir sejak tahun 2014 hingga 2017.

Apa yang diraguinya kata Hishamuddin ialah, berlaku ‘extension time’ yang begitu panjang sebelum projek itu dapat disiapkan 100 peratus.

“Berdasarkan rekod yang kita catatkan sepanjang penggal ini bermula dari 2014, untuk kod P.02 (03944)- Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir itu telah mencatatkan jumlah sebanyak RM349,500,000.00 juta.

“Bajet yang telah pun disenarai berdasarkan Bajet 2014, 2015, 2016 dan 2017. Dan kini, kita ada tambahan lagi RM23 juta ke atas RM37 juta yang difahamkan telah pun digunakan pada tahun 2017.

“Apa yang ingin saya sentuh dalam kesempatan ini adalah dari beberapa sudut. Pertama mohon penjelasan pihak kerajaan kenapakah projek-projek yang dibuat mengalami ‘extension time’ (tambahan masa) yang begitu panjang.

“Bermula dari komponen (Kompleks Kastam) Pulau Bayas. Kalau kita melihat Pakej 1 sehingga Pakej 6, ada sebahagiannya selesai dan kebanyakkannya mengalami suatu masalah yang cukup serius,” tegasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan jika kerap kali berlaku tambahan masa akan menjejaskan operasi projek tersebut.

“Saya beri contoh, Pakej 3 iaitu bangunan pencawang elektrik dan pemasangan kabel elektrik yang dianugerahkan kepada Archpac Corporation Sdn Bhd.

“Ini kerana, ‘Extension of Time’ kali kelima (berlaku) pada 30 Jun 2017 lalu, dan saya yakin oleh kerana ‘progress’ projeknya masih lagi berada dalam keadaan mendukacitakan.

“Kemungkinan besar jika sekiranya tidak diambil suatu tindakan yang serius, Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas itu yang dicadangkan untuk beroperasi pada bulan Ogos 2018 kemungkinan besar tidak akan berjaya untuk dioperasikan,” jelasnya kepada Dun Terengganu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu mengimbau janji-janji pemimpin kerajaan Umno-BN Terengganu mengenai operasi Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir itu.

“Apa yang telah dijanjikan oleh kepimpinan kerajaan negeri pada 8 September 2015, Adun Permaisuri, Dato’ Mohd Jidin Shafee ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

“Januari 2016, kita akan operasi (Zon Bebas Cukai) dan diperkukuhkan lagi dengan laporan media pada November 2015. Operasi Pusat Bebas Cukai akan mulakan operasi bermula awal tahun 2016 dan kini, yang terbaru (operasi) adalah pada Ogos 2018.

“Oleh kerana ini adalah satu projek yang ‘super mega’ pada saya dan kesungguhan rakyat untuk mengetahui. Apa guna ratusan juta (wang) yang kita keluar kemudian ‘extension time’ terus berlaku dan dalam masa yang sama kita terus untuk meningkatkan perbelanjaan,” jelasnya dengan nada kesal.
Sehubungan itu, Ustaz Hishamuddin menuntut penjelasan dari pihak kerajaan negeri terutamanya Ahli Exco berkenaan.

“Tambahan (Bajet) yang kita (Ahli Dewan) buat pada hari ini dan saya yakin apabila tambahan ini dibuat kita perlu mendapatkan penjelasan Exco yang bertanggungjawab

Sumber BO - 17-8-2017

































































Apa Pula Nasib Bakal Menimpa ‘Kenyir Water Park’?

Penutupan operasi Kenyir Water Park (KWP) sejak 27 Mei 2017 lalu dilihat seakan menyembunyikan sesuatu isu disebalik pembinaannya. Pihak pengurusan pusat rekreasi tersebut hanya memaklumkan mengenai penutupan pada 16 Jun 2017 menerusi medium facebook dengan mengemukakan alasan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

2. Apatah lagi Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri I menyatakan bahawa KWP telah beroperasi sejak 31 Mei 2015 tanpa memperolehi Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). Malah, ia dibina di Pulau Poh meliputi keluasan 4.3 ekar tanpa menjalankan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang hanya baharu dipersetujui untuk disediakan melalui mesyuarat pada 30 November 2016.

3. Hal ini menimbulkan syak betapa terdapat kemungkinan penyelewengan semasa pembinaannya dahulu, atau adanya pihak yang menjana keuntungan segera untuk memulakan operasi sempena Festival Kenyir 2015 dahulu. Bermakna juga, selama tempoh itu ia beroperasi dengan mempertaruhkan keselamatan pengguna kepada suatu risiko dan pelbagai kemungkinan.

4. Kesangsian ini munasabah berikutan operasi KWP berlangsung tanpa memiliki dokumen hitam putih di mana EPIC selaku pihak yang membangunkannya akan menerima bayaran sejumlah RM7.86 juta secara ansuran selama lima tahun daripada KETENGAH. Premis milik Kerajaan Negeri Terengganu itu telah diserahkan pengurusannya kepada KETENGAH pada 27 Mac 2015. Penyerahan kepada KETENGAH, diserahkan pula kepada KETENGAH Holding Sdn.Bhd (KHSB) dan seterusnya diserahkan pula kepada KETENGAH Properties Sdn.Bhd (KPROP).

5. Ternyata pula rekod hasilan 2015 menyaksikan KPROP mencatat keuntungan menerusi catatan pendapatan RM978,779 dan perbelanjaan pula sebanyak RM640,093. Namun kini, masa depan KWP terus menjadi tanda tanya yang dikhuatiri akan termasuk dalam senarai ‘gajah putih’ atau projek bermasalah setelah permohonan CCC sementara juga hanya dilakukan setelah ditegur Jabatan Audit Negara.

6. Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menggesa Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga selaku Pengerusi KETENGAH agar menjelaskan secara telus perkara ini supaya tidak menerbitkan kecurigaan yang lebih besar terhadap pentadbiran beliau. Kerajaan negeri juga diingatkan agar lebih serius dan tidak berkompromi terhadap setiap pembangunan yang dijalankan serta memastikan ia benar-benar memiliki nilai tinggi kepada kepentingan rakyat.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
USTAZ KAMARUZAMAN ABDULLAH
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu\

Sumber BO - 17-8-2017

































































































































Projek Politik Untuk Kontraktor Umno

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak menyifatkan peruntukan tambahan dibawah kod projek 16919 bagi Pembangunan Projek-projek Kecil Seluruh Dun merupakan projek politik untuk kontraktor Umno.

Menurutnya, peruntukan asal yang diluluskan dalam Bajet 2017 lalu berjumlah RM24.5 juta itu tidak mencukupi anggaran serta memerlukan kelulusan tambahan sebanyak RM7,750,000.00 lagi.

Katanya, projek berjumlah RM24.5 juta itu hanya disalurkan kepada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan tidak kepada wakil rakyat pembangkang.


“Apa yang hendak saya bangkitkan di sini mengenai projek dibawah peruntukan wakil rakyat (kerajaan). Pembangkang tidak diberikan peruntukan itu. (Sama ada) Untuk memilih projek atau juga memberi kelulusan.

“Pembayaran dibuat oleh Pejabat Daerah tetapi dari segi pemilihan dan kelulusan di atas (kuasa) wakil rakyat (kerajaan). Kawasan yang tidak ada wakil rakyat kerajaan dilantik Pegawai Pembangunan Dun dan merekalah yang setakat hari ini berhak untuk menentukan projek-projek dan kelulusannya.

“Peruntukan RM24.5 juta itu, kawasan (BN) menang beri RM1 juta dan kawasan BN tidak menang diberi RM500 ribu sahaja,” ujarnya menyifatkan tindakan itu tidak adil kepada rakyat.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan Anggaran Perbelanjaan Bekalan Tambahan Pertama 2017 pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Isnin 14 Ogos.

Namun, Dr Alias mempersoalkan projek-projek dibawah kod 16919 dibawah kuasa wakil rakyat kerajaan dan Pegawai pembangunan Dun itu tidak banyak manfaat kepada rakyat.

“Tidak nampak apa ‘benda’ sebenarnya yang hendak dibuat. Cuma ada suatu perkara yang sangat aneh banyak dibina pondok-pondok kecil, macam-macam warna dan setiap kampung ada dibinanya.
“Kebanyakkan pondok-pondok itu dibina atas tanah rezab kerajaan. Saya tidak tahu mendapat kelulusan atau tidak dan sesetengah tempat itu amat merbahaya kerana ditepi jalan raya, berhampiran tempat buang sampah.


“Hampir setiap buah kampung ada pondok ini. Walaupun telah siap bangunannya tetapi tidak ada apa-apa aktiviti. Apa tujuan sebenarnya?

“Langsung tidak ada kepentingan untuk rakyat, semata-mata untuk apat projek. Pada saya, bila timbul kod projek P.02 itu adalah projek politik yang diberi kuasa kepada wakil rakyat untuk meluluskan segera projek-projek yang memberi keuntungan kepada kontraktor-kontraktor,” jelasnya.
Justeru, katanya secara peribadi beliau amat tidak menyokong peruntukan tambahan itu jika tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Harap kerajaan berhati-hati dalam membelanjakan duit rakyat, amanah rakyat yang sangat besar. Setiap sen yang kita belanja akan dipertanggungjawabkan.

“Kita (wakil rakyat) akan dipersoalkan kelak setiap apa yang kita lulus di Dewan (Dun) ini. Jika membazir dan sia-sia, kita akan dipertanggungjawabkan dan dengan jelas saya tidak bersetuju dengan peruntukan tambahan ini,” teganya.

Sumber BO - 16-8-2017

Baiki Segara Jeti Runtuh dan Tangga Reput Di Kawasan Kincir Angin

BESUT – Penduduk dan pengusaha pelancongan, mahu kerajaan mengambil tindakan membaikpulih jeti serta tangga di kawasan kincir angin ‘sistem hibrid tenaga gabung empat kuasa’ di Pulau Perhentian Kecil, Besut.

Seorang nelayan, Aziz Ismail berkata, kincir angin itu yang tidak berfungsi lagi untuk menghasil elektrik, menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar.

Katanya, jeti dan tangga itu telah rosak sejak tiga tahun yang lalu namun masih mebuk diperbaiki, walaupun telah dibuat laporan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

dua tiga tahu ni dah rosak……..yang rosak teruk dua tahun ni lah…….yang rosak terukya, yang terbalik tangga depan (jeti) tu…….tiga tahun dah,

“(buat laporan dah dan) dia (JKR) kata nak baiki…..tapi tak baiki lagi, mari tengok dah berapa kali tengok dah,” ujarnya ketikat ditemui.

Menurutnya, walaupun kincir angin itu tidak berfungsi dan jeti serta tangga telah ‘punah’ tapi kawasan itu tidak ditutup dan masih ramai yang bekunjubg ke situ, tanpa menghiraukan ‘bahaya’ yang menunggu.

Beliau berkata, kira-kira dua minggu lalu, beliau mendengar ada pengunjung yang telah cedera kerana terjatuh dari tangga ‘yang karat’ itu

Kata beliau, kincir tersebut dapat membekalkan elektrik tambahan tetapi ia telah rosak tidak berapa lama selepas itu.

“kincir tu tak ‘mmusing’ dah, cuma orang ambil gambar sahaja…….mula-mula berpusing dan ada lelktrik dan boleh bantu (kampung) sini la,

TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata nak baiki tapi tak baiki…….mungkin sebab belanja banyak…..sebab tu tak jadi baiki,” tambahnya.

Sehubungan itu, Pengurus Agensi Pelancongan, Bokhari Mansor memohon pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera untuk membaikpulih tangga dan jeti terbabit.
B
eliau melahirkan kebimbangan kerana katanya, telah berlaku kemalangan dikawasan itu, kira-kira sebulan yang lalu.

Menurutnya, seorang pelancong, Arif Aslam Bin Abdullah Kamal, 28, (Gambar atas) yang bekerja di Kota Damansara Kuala Kumpur telah patah kedua kakinya kerana kemalangan itu.

“sekarang ni masih dirawat di hospital (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu……barangkali dia jatuh sewaktu menuruni tangga itu, sebab tangga itu dah berkarat,

“mungkin terjerlus ke bawah, nasib baik tidak apa-apa (tidak meninggal dunia),” katanya.

Justeru itu beliau berharap agar kerajaan mengambil inisiatif yang sesuai agar ‘Tahun Melawat Terengganu’ pada tahun tidak membawa meninggalkan ‘peristiwa hitam’ kepada sektor pelancongan di pulau peranginan yang terkenal itu.

Sumber BO - 16-7-2017

































































PAS Gesa Kerajaan Terengganu Tolak Akta Laut Wilayah

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – PAS amat menyedari bahawa hasil negeri, hak rakyat serta kedaulatan negeri Terengganu wajar dipertahankan.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah melihat kewujudan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) itu merupakan suatu penubuhan yang besar.

Sepatutnya, kata beliau, penubuhan TPC itu dapat dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi mengetahui ketepatan objektifnya.

“Saya melihat tentang Majlis Petroleum Terengganu ini merupakan suatu penubuhan yang besar, yang sepatutnya dibincangkan dalam Dewan (Dun) seperti ini.

“Apakah peranan-peranan TPC ini, supaya kita dapat mengetahui ketepatan objektif menubuhannya dan kita tahu matlamat, usaha-usaha yang sedang dilakukan,” ujarnya kepada wakil media.

Beliau berkata demikian selepas Dewan Undangan Negeri berhenti rehat setelah selesai sesi Soal Jawab Lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Isnin 14 Ogos.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu mendesak agar Akta Laut Wilayah 2012 ditolak oleh kerajaan negeri.

“Pertama, jika selesai menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu ini kita mesti desak supaya Akta Laut Wilayah 2012 ditolak oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Kedua, sehingga hari ini kita belum lagi mendapat maklumat yang lengkap tentang royalti sepatutnya diperolehi daripada hasil telaga minyak 307 Bertam.

“Ketiga, kerajaan tidak mampu memberikan suatu desakan yang besar terhadap segala usaha menjadikan hasil royalti negeri Terengganu ini menjadi hak rakyat Terengganu,” jelasnya.

Justeru, beliau menyokong usul yang cuba dibawa oleh Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin kerana berkait rapat dengan hasil negeri, kedaulatan negeri serta hak rakyat negeri Terengganu.

Sumber BO - 16-8-2017

































































PAS Gesa ‘TPC’ Utamakan Tuntutan Royalti Minyak Terengganu

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa pihak Majlis Petroleum Terengganu (TPC) agar mengutamakan penuntutan kembali royalti minyak negeri Terengganu serta mengembalikan hak kawasan minyak di Blok PM 307 BERTAM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, TPC tak boleh diwujudkan semata- mata untuk menjadi hiasan ataupun khabar indah kepada rakyat Terengganu.

“Misi yang paling utama yang perlu disegerakan adalah menuntut kembali royalti minyak dan yang kedua adalah menuntut kembali hak telaga minyak BERTAM PM 307,

“Jadi itu sebenarnya perkara yang saya ingin bawa dalam dewan supaya berlaku penangguhan kerana ini kepentingan dan kita tidak berhasrat TPC ditubuhkan hanya untuk megelabui mata rakyat dalam masa yang sama tidak dibuat desakan untuk mengembalikan semua hak milik rakyat Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Terengganu, 14 Ogos, disini.

Beliau menzahirkan rasa kecewa atas alasan yang dikemukakan oleh pihak Speaker Dewan yang memberi ruang kepada Adun Batu Rakit, YB Bazlan.

“Saya yang terlebih dahulu bangun dan sistem dalam dewan ini kita boleh kenal pasti dengan menekan butang untuk kita bercakap dan dia akan terus naik skrin,

“Namun malangnya saya dinafikan hak untuk membawa usul ini dan ini merupakan satu sikap yang tidak serius oleh pihak kerajaan untuk melihat apa yang dibawa oleh pihak pembangkang dalam membawa ‘check and balance’ untuk sebuah kerajaan,” katanya kesal.

Sumber BO - 15-8-2017

































































Chaos Breaks Out In Terengganu Assembly Sitting



































































KUALA TERENGGANU 14 AUGUST 2017. Suasana ketika sesi penggulungan usul pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Ketiga Belas di Wisma Darul Iman. NSTP/GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU: Chaos appeared to be the order of the day as shouting matches broke out among elected representatives at the state assembly sitting today.

The proceedings, which were aired live on the state’s web television channel, saw Speaker Datuk Mohd Zubir Embong having his hands full at maintaining order in the house. The antics of the assemblymen however, had the 375 members of the public gallery, comprising mostly secondary school students, in stitches.

It began with a question from Satiful Bahari Mamat (Pas-Paka) who wanted to know whether the state government had allocated additional funds to repair the damage at the Knowledge Park in Besut, to which state chairman for Infrastructure and Public Utilities Ir. Rosli Othman replied that it would not incur any cost on the part of the government.

“The costs of repairs will be borne by UniSZA (University Sultan Zainal Abidin) which has agreed to spend RM10 million. Under an agreement, UniSZA will lease and repair two blocks of hostels for 10 years. It will also repair the lighting and security measures in the campus,” said Rosli.

When Satiful asked a supplementary question on when UniSZA will start operating in the Knowledge Park and when will the repairs be made, Rosli said the hostels will be opened on Sept 9, and the repairs will be carried out according to specifications.

Rosli also said the government had spent RM340 million towards developing the Knowledge Park since 1997 and hoped with UniSZA will gain recognition as centre of excellence for education.
Things went downhill when Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) asked if the original developer of the Knowledge Park had filed legal claims and whether the government had made any payments to settle the suit.

Wahid said the state government had settled RM40 million over the legal suit. However, when Zubir asked for proof, Wahid said he needed notice to gather the information.

The reply irked the Barisan Nasional assemblymen and a shouting match ensued, with the BN representatives accusing Wahid of fabricating the information and saying he should not have raised the matter in the august house if he could not provide proof to back his claims.

To another question by Wahid on royalties and fees earned by the government from the Sultan Mahmud Hydroelectric Dam, Rosli said the annual revenue from the hydroelectric dam was RM11.63 million.

However, Rosli said the agreement with Tenaga Nasional Bhd expires on Aug 28 and discussions are being held to renew the agreement with terms more favourable to the state government.

“The agreement will also include terms for the second hydroelectric dam in Tembat. The agreement will not benefit just one party but will be in the interest of the state government,” he added.

The house later approved a supplementary bill to utilise RM100 million for development projects, of which RM33 million would be used for the development at duty free areas in Tasik Kenyir. -NST

Sumber BO - 15-8-2017

































































Taman Ilmu; Kerajaan ‘Susup Fakta’

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak mendedahkan fakta sebenarnya tentang keadaan semasa keseluruhan kompleks Taman Ilmu di Tembila Besut, yang dibina dengan wang rakyat sebanyak RM340 juta.

Ketika ditanya tentang adakah kerajaan akan membiarkan bangunan-bangunan ‘yang terbengkalai’ di kempleks tersebut ‘hancur’, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, kerajaan sedang membuat kajian.

Soalan asal yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka YB Ustaz Satiful Bahri Mamat meminta penjelasan kerajaan,” Apakah status terkini Taman ilmu di Besut? Adakah pihak kerajaan berusaha untuk memulihkan pembangunan yang sedia ada? Berapakah peruntukan yang dijangka terpaksa dikeluarkan?,”

Namun kerajaan Umno dan BN Terengganu menyatakan, dua blok asrama telah dipersetujui akan digunakan oleh UniSZA dengan kos pembaikpulihan sebanyak RM10 juta, yang akan ditolak sebagai sewa.

Kerajaan jelas telah menyembunyikan fakta dangan menafikan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu itu, yang meminta penjelasasan adakah benar, ada syarikat pemaju projek terbabit yang telah menyaman kerajaan?

“setakat ini tidak ada…….kita tak ada apa-apa maklumat lagi tentang pemaju yang mengemukakan sama kepada kerajaan negeri,” jawab Ir. Rosli.

Namun demikian apabila ditekan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain, akhirnya ADUN Kemasek itu terpaksa mengaku, memang ada ‘kontraktor’ yang telah mengemukakan saman.

“perbincangan dengan pihak Posc Ti (Sdn. Bhd) telah pun kita ambil langkahselesaikan masalah yang mana…….isu sama tu kita (kerajaan) dah selesai,

“untuk menjawab soalan itu saya perlu notis……..” kata Ir. Rosli.

Jawapan tersebut tidak memuaskan hati dan telah dicelah oleh ADUN Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut, yang menegaskan, jawapan tersebut tidak perlu notis kerana ia telah jelas dan nyata.

“saya rasa Dato’ Yang DiPertua…….tak perlu notis, kita ada keterangan…….(kerajaan) bayar RM40 juta……betul tak?

“saya cabar (kerajaan mengaku) kerajaan bayar RM40 juta….betul tak? perlu notis apa? Fakta kita ada!,” jelasnya.

Menurut Haji Wahid, kerajaan tidak perlu ‘susup fakta’ tersebt kerana ianya melbatkan kewangan kerajaan negeri yang telah menggunakan wang rakyat dalam pembinaan Taman Ilmu itu.

Sumber BO - 15-8-2017

































































Pembinaan Pondok Warga Emas Perlu Sumbangan

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Pengurusan Madrasah Darul Tauhid, Kampung Mesah, Kuala Telemong di sini memerlukan sumbangan orang ramai dalam projek pembangunan pondok untuk warga emas.

Mudirnya, Ustaz Haji Sufian Abdullah berkata, perancangan membina pondik baharu itu adalah usaha memberi kemudahan untuk warga emas untuk mendalami ilmu agama.

Menurutnya, maahad tersebut mula beroperasi Ramadhan tahun lalu di sebuah masjid lama yang diwakafkan untuk dijadikan pusat ilmu.

“Buat masa ini kami baru siap membina lapan buah pondok hasil infak orang ramai dan kini digunakan untuk penempatan pelajar dan pengajar.

“Jadi kami harap orang ramai dapat bantu salurkan dana bagi membolehkan beberapa buah lagi pondok dapat diwujudkan serta mampu menempatkan lebih banyak penginapan di madrasah ini,” katanya di Majlis Hi-tea perlancaran pembinaan pondok warga emas di sini, semalam.

Beliau berkata, pusat tahfiz itu bergantung sepenuhnya kepada kewangan pengurusan madrasah sendiri dan juga sumbangan orang ramai untuk pengurusannya.

Tambahnya, pihak pengurusan membelanjakan jumlah yang banyak setiap bulan bagi memastikan kelancaran madrasah termasuk pembayaran saguhati kepada lima tenaga pengajar tetap selain bil semasa serta keperluan asas pelajar.

“Sehingga kini maahad tahfiz ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak khususnya orang ramai, agensi swasta dan pemimpin setempat.

Menurutnya. permintaan daripada orang ramai dari sekitar daerah ini untuk pengajian warga emas amat tinggi namun kekangan dari segi penginapan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengehadkan pengambilan,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ustaz Sukiman Taha Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Hulu Terengganu, wakil-wakil dari PAS Kawasan Hulu Terengganu dan wakil dari Majlis Tindakan Dun Telemong.
\
Sumber BO - 14-8-2017
































































































































































PAS anjur solat hajat, bantu cari nelayan hilang













USAHA mencari nelayan yang masih hilang sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa keselamatan dan juga orang-orang kampung. 
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, di samping segala usaha mencari dilakukan dengan bantuan nelayan, pihaknya juga melakukan solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan usaha mencari mangsa hilang di laut. 
“Untuk menghilangkan kerunsingan kepada keluarga dan juga ahli waris, di samping itu kita mengharapkan rakan-rakan dan juga sahabat handai terus memberi sokongan, dan memberi motivasi kepada keluarga (mangsa) supaya mereka dapat bersabar menerima ujian ini dengan penuh keredhaan dan anggaplah ini satu takdir dan ujian dari Allah SWT,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tepi pantai lokasi pencarian dijalankan.
Pada petang 12 Ogos lalu, Zakaria Omar, 58, dari Kampung Jambu Bongkok, Marang yang keluar menangkap ikan tidak pulang sehingga lewat petang dan dikhuatiri hilang di laut. 
“Kita beserta penduduk kampung telah mengadakan solat hajat di beberapa buah masjid dalam kawasan kita ini. 
“Dan insya Allah solat hajat akan diteruskan pada malam ini sehingga mangsa ditemui,” kata beliau
Sumber HD - 14-8-2017 


































































































































































Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu : Royalti Minyak Dan Tuntutan Kembali Telaga Minyak Bertam Perlu Dijadikan Agenda Utama

Cadangan penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) yang akan berfungsi untuk melindungi hak dan kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas di negeri Terengganu. Kami difahamkan juga, ia sebuah entity baharu yang akan bertindak sebagai platform bagi kerajaan negeri merencana, menyelaras dan memantau urusan yang berkaitan dengan industri petroleum di negeri ini. Di samping itu, ia turut mendapat mandat mengkaji kemungkinan dan mengenal pasti potensi manfaat untuk rakyat di sepanjang nilai rantaian industri berkenaan.

2. Justeru, kami mencadangkan agar TPC perlu diberikan sokongan oleh dewan undangan negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini untuk mendapat mandat yang lebih besar bagi meletakkan keutamaan mengembalikan royalti minyak untuk rakyat negeri Terengganu dan bukan lagi hanya menerima atas nama ‘ehsan’ atau ‘dana khas persekutuan’. Malahan tuntutan kembali hak kawasan minyak di Blok PM 307 Bertam hendaklah diseiringkan bersama. Usaha kami membawa usul tergempar pada hari ini di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah untuk memperkukuhkan kedua kepentingan rakyat ini.

3. Inilah dua kes besar yang perlu untuk dibuktikan oleh pihak TPC dalam mengfungsikan hasrat penubuhannya. Amat malang kalau penubuhan ini hanya untuk membuktikan Terengganu tidak ketinggalan berbanding Sarawak dalam menuntut hak negeri melalui penubuhan syarikat petroleum negeri yang diasaskan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak. Lebih malang juga, seandainya ia ditubuhkan untuk melunakkan perasaan rakyat demi mendepani PRU dalam tempoh terdekat.

4. Rakyat akan menilai perkembangan ini dengan lebih cermat dan meletakkan keutamaan yang dinyatakan ini sebagai komitmen yang mesti dibuktikan sepenuhnya oleh pihak TPC.
Sekian, terima kasih.

“Sejahtera Bersama Islam”
Y.B HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh
Terengganu Darul Iman

Sumber BO - 14-8-2017



































































































































































Usul Tergempar YB Tepoh Yang Tidak Dibenarkan Oleh ‘Speaker’ DUN


Usul Di Bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
________________________________________________________________________
Dato’ Yang Di-Pertua,
Adalah saya Hishamuddin bin Abdul Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh mohon mencadangkan,

“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini menyokong Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) Dan Menggesa Dua Keutamaan Yang Perlu Disegerakan Oleh Pihak TPC Iaitu Menuntut Kembali Royalti Minyak Negeri Terengganu dan Menuntut Kembali Hak Kawasan Minyak Di Blok PM 307 Bertam”.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Kedua-dua isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah melibatkan pencabulan hak rakyat negeri Terengganu melalui penarikan balik royalti minyak dengan melanggar perjanjian asal di bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti yang telah ditandatangani di antara kerajaan negeri Terengganu, Kerajaan Persekutuan dan Petronas pada tahun 1975 dan juga pencabulan hak pemilikan telaga minyak Blok PM 307 Bertam yang ditemui dan disahkan oleh pihak Syarikat Lundin Oil, sebuah syarikat carigali dari Swedan yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan dengan kerjasama Petronas Carigali. Secara jelas mereka memperakui Blok PM 307 Bertam adalah sah terletak di kawasan perairan negeri Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu sebelum ini menerima pembayaran Wang Royalti secara tunai menurut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974, ia telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan Wang Ehsan atau sekarang Dana Khas Persekutuan yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat.

Negeri Terengganu telah menyumbangkan hasil minyak dan gas kepada Kerajaan Persekutuan lebih 40 tahun bermula pada 1975. Apakah wajar Royalti sebanyak 5% yang diterima oleh kerajaan Terengganu semenjak dari tahun 1978 kini terbatal sepenuhnya dan hanya dianggap sebagai ‘ehsan’ dan ‘dana khas’ dari Kerajaan Persekutuan? Kini, kerajaan Terengganu langsung tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak dan gas yang terletak di perairan negeri.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai apabila hak yang secara berperundangan dinafikan sewenangnya iaitu perjanjian royalti minyak dengan pihak kerajaan negeri Terengganu dan menafikan hak milik rakyat Terengganu hasil penemuan Telaga Minyak Blok PM 307 Bertam.

Sikap tidak serius dalam kedua kes ini, menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk menuntut hak rakyat. Tindakan meletakkan royalti sebagai Dana Khas Persekutuan amat bertentangan dengan semangat federalisme.

Kes yang berlarutan ini melibatkan kepentingan lebih satu juta rakyat negeri Terengganu. Demi untuk masa depan anak cucu watan Terengganu dan mengelakkan Terengganu menjadi negeri yang terus ’dianak tirikan’ oleh kerajaan Persekutuan.

Dato’ Yang Dipertua,

Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh pelanggaran hak, pelanggaran perjanjian dengan pihak kerajaan negeri dan penafian milik kerajaan negeri. Apatah lagi dengan pengumuman kerajaan menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu (TPC). Justeru, peranan segara perlu dikeluarkan oleh kata sepakat dewan undangan negeri agar TPC mengutamakan dua kes ini sebagai bukti komitmen memelihara kepentingan rakyat.

Penarikan balik sama kerajaan negeri terhadap Petronas dengan alasan ia telah diselesaikan perlu dibentangkan kepada pihak Dewan Undangan Negeri. Sifat pengembalian royalti masih di atas nama Dana Khas Persekutuan dan bukannya di atas nama royalti seperti yang terkandung di dalam perjanjian rasmi.

Kerajaan negeri Terengganu, Majlis Petroleum Terengganu (TPC), semua Ahli Yang Berhormat dan rakyat negeri Terengganu mesti bersatu hati menuntut agar pelanggaran perjanjian royalti minyak ini perlu ditebus segera dan penafian hak pemilikan Telaga Minyak Bertam perlu dituntut kembali.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

Yang mengusulkan,
YB HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh
Terengganu
14 Ogos 2017

Sumber BO - 14-8-2017



































































































































































Petani Mengeluh, Kerajaan Tak Ada Duit

SETIU – Seramai 14 orang pesawah di kawasan Gong Setar, Kampung Padang Lengkuas mengeluh kerana masalah pengairan padi mereka yang rosak semasa musim banjir lalu, belum dibaik pulih.
Saifulreza Shafie, 42, berkata, berkali-berkali beliau telah membuat laporan ke pejabat Pertanian dan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun hampa.
“parit ni ‘punoh’ sebab banjir……..tak baiki lagi sampai hari ni………ada pegawai datang tengok (kerosakan itu) tapi tak baiki,

“dia kata tak ada peruntukan, tak ada ‘pitih’, tak dok sokmo…..(bika kita) gi pejabat pun tak dok sokmo,” katanya ketika ditemui.

Namun begitu, beliau telah disuruh oleh pegawai berkenaan untuk memperbaiki sendiri kerosakan parit terbabit dan kemudian membuat tuntutan perbelanjaan kepada pejabat.

Oleh itu, atas usaha beliau dan rakan-rakan petaninya yang lain, parit yang telah terhakis itu telah dibaik pulih sementara, bagi memastikan bekalan air sampai ke petak sawah yang terputus.

Malangnya, tuntutan perbelanjaan atas barangan yang dibeli dan upah kerja tidak dibayar oleh pejabat kerajaan itu.

“dia suruh kita buat (baiki) lepas tu kita baiki lah……..kita bawa ‘bil’ (tuntutan) ke pejabat……kita buat (habis belanja) seratus ringgi lebih tak masuk upah kerja,

“kita buat tiga orang……itu pun tak bayar (dijelaskan) lagi oleh pejabat JPS,” keluh beliau.
Ketika tinjauan dibuat ke kawasan tersebut didapati, parit itu terpaksa disambut dengan paip PVC sepanjang kira-kira 30 meter.

Selain itu, konkrit parit yang pecah dan hanyut ke petak sawah disebabkan banjir, menyebabkan kawasan terbabit tidak dapat diusahakan kerana jentera pembajak tidak boleh masuk.

Justeru itu, Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Rafie Long Hassan menggesa kerajaan agar bertindak segera menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek yang datang ke kampung tersebut beberapa bulan dahulu menyatakan, peruntukan yang telah diberi ke kawasan tersebut adalah RM5 juta.


“Menteri (Ahmad Shabery) datang baru ni ‘kecek’ sedap……dia kata dia letak peruntukan RM5 juta bagi kawasan ini…….(dan) baru RM1 juta yang habis,

“jadi……ke mana wang tersebu di belanjakan? Sehingga nak bayar tuntutan (claim) pesawah sebanyak RM200 pun tak ada duit?,” soal beliau.

Beliau yang juga seorang pesawah kesal kerana pengusaha padi di luar kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Utara (KETARA) yang ditadbir urus oleh kerajaan persekutuan tidak menghadapi sebarang masalah.

“saya buat padi juga tapi dalam kawasan KETARA…..tak ada masalah, kalau kita bat aduan aduan tentang apa-apa masalah,

“cepat diambil tindakan dan diselesaikan oleh para pegawai,” jelasnya.

Namun, kata beliau, bagi para petani yang mengusahakana tanaman samada padi atau tanaman kontan yang lain, dibawah Jabatan Pertanian dan JPS kerajaan negeri Terengganu, menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan.

“sedangkan setiap tahun kita dengar, bajet kerajaan negeri ebih dari RM 1bilion…….setiap tahun Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman lulus,

“kenapa payah sangat untuk membantu para petani yang mengeluarkan makanan untuk keperluan dan membantu memajukan neger ini?,” tambah Rafie

Sumber BO - 13-8-201





































































































































































PAS Terengganu sedia ‘rehatkan’ Umno











PAS Terengganu telah bersedia memberi ‘rehat’ yang panjang kepada pemimpin Umno khususnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 
Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Dr Alias Razak berkata, beberapa langkah telah dirancang bagi persediaan mengambil alih pentadbiran Wisma Darul Iman selepas PRU14, lapor Buletin Online
“Andainya kita diberi mandat memerintah oleh rakyat, kita telah bersedia dengan segala perancangan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan BN di sepanjang pemerintahannya. 
“PAS Terengganu telah memuat naik perancangan dalam manifestonya bagi menghadapi PRU14 nanti. Sebenarnya banyak lagi perancangan yang kita ada, bukan hanya sekadar seperti mana yang tersenarai dalam manifesto. 
“Itu hanyalah sebagai iklan iaitu perkara yang lebih penting kita dahulukan dan segala perancangan yang lain kita akan laksanakan sepanjang kita mentadbir nanti,” jelasnya ketika merasmikan program Jelajah Saidatina Aisyah (Perjelas) 3.0 di Kompleks Tarbiyah At Taqwa (Komtaq), Kuala Nerus, semalam. 
Menurutnya, pengumuman yang dibuat itu hanya menyebut sebahagian sahaja daripada manifesto PAS, antaranya penyelesaian kepada masalah pengangguran golongan muda.
Katanya, seramai 18,000 lepasan pusat pengajian tinggi dan pusat kemahiran yang menganggur, mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia.
Oleh itu, katanya rancangan PAS ialah untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun. 
Adun Bukit Tunggal itu amat yakin semua perancangan itu dapat dilaksanakan dalam situasi negeri itu yang kaya dengan bahan mentah dan galian. 
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terutamanya anggota Muslimat PAS agar menggerakkan usaha memberi penjelasan tentang manifesto PAS kepada seluruh rakyat Terengganu. 























































































































































































































































































































































Sumber HD - 14-8-2017







































































































































































Royalti, tuntutan Telaga Bertam perlu jadi agenda utama














CADANGAN penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) yang akan berfungsi untuk melindungi hak dan kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas di negeri Terengganu. Kami difahamkan juga, ia sebuah entiti baharu yang akan bertindak sebagai platform bagi kerajaan negeri merencana, menyelaras dan memantau urusan yang berkaitan dengan industri petroleum di negeri ini. 
Di samping itu, ia turut mendapat mandat mengkaji kemungkinan dan mengenal pasti potensi manfaat untuk rakyat di sepanjang nilai rantaian industri berkenaan.
Justeru, kami mencadangkan agar TPC perlu diberikan sokongan oleh dewan undangan negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini untuk mendapat mandat yang lebih besar bagi meletakkan keutamaan mengembalikan royalti minyak untuk rakyat negeri Terengganu dan bukan lagi hanya menerima atas nama ‘ehsan’ atau ‘dana khas persekutuan’ 
Malahan tuntutan kembali hak kawasan minyak di Blok PM 307 Bertam hendaklah diseiringkan bersama. Usaha kami membawa usul tergempar pada hari ini di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah untuk memperkukuhkan kedua kepentingan rakyat ini. 
Inilah dua kes besar yang perlu untuk dibuktikan oleh pihak TPC dalam mengfungsikan hasrat penubuhannya. Amat malang kalau penubuhan ini hanya untuk membuktikan Terengganu tidak ketinggalan berbanding Sarawak dalam menuntut hak negeri melalui penubuhan syarikat petroleum negeri yang diasaskan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak. Lebih malang juga, seandainya ia ditubuhkan untuk melunakkan perasaan rakyat demi mendepani PRU dalam tempoh terdekat. 
Rakyat akan menilai perkembangan ini dengan lebih cermat dan meletakkan keutamaan yang dinyatakan ini sebagai komitmen yang mesti dibuktikan sepenuhnya oleh pihak TPC. 
HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh
14 Ogos 2017 | 21 Zulkaedah 1438H – HARAKAHDAILY 14/8/2017
Sumber HD-14-8-2017 











































































































































































Umno Tak Boleh Diharap!

Oleh : Zakaria Ismail

MARANG – UMNO tidak boleh diharap untuk mempertahankan agama Islam dan usaha memartabkan mahkamah Syariah.

Speaker Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah Yaakob berkata, usaha untuk meminda RUU355 di parlimen membuktikan, Umno tidak mampu mempengatuhi rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN) bagi menyokong usul yang dibawa oleh ahli parlimen Marang.

“Pada peringkat awal, PM (Perdana Menteri) kata nak bawa, TPM kata nak bawa, sampai peringkat ‘last’ sekali dia bincang dengan sama-sama pimpinan Barisan Nasional, akhirnya serah balik kepada presiden kita (PAS).”

“Presiden kata tak apalah, kerana tak ada orang nak bawak, tak apalah serah balik ke kita.” jelasnya

Beliau berkata demikan ketika berucap merasmikan Karnival Dakwah PAS Kawasan Marangpada Khamis malam 10 Ogos di Mercang, dekat sini.

Sebaliknya kata beliau, PAS yang ditubuhkan atas dasar dan asas Islam, terus gagah membawa obor perjuangan,

“Di mana parti kita (PAS) ditubuh di atas dasar dan di atas asas untuk membawa obor risalah Islamiyyah di bumi tercinta,

“Tanah Melayu pada ketika itu adalah semata-mata untuk menunjukkan kesyumulan Islam, keluhuran Islam, keadilan Islam dan kesucian Islam secara keseluruhannya,

“Semestinya, kita sebagai orang Islam, perlu menyelami dan menghayati perjuangan yang telah pun dimulakan oleh alim ulamak kita semenjak tahun 1951.” tegasnya.

Menyentuh mengenai pindaan Akta 164 di parlimen pada 9 Ogos yang lalu, beliau berkata, “Akta 164 ialah satu rang undang-undang, satu pindaan yang jelas tidak memihak kepada Islam.”

“Tuan-tuan semua! Kalau kita perhati betul-betul untuk masa depan Islam RUU ini adalah sesuatu yang akan merugikan kita ummat Islam,

“Malangnya, seramai 141 orang ahli parlimen Malaysia sanggup menyokong rang undang-undang ini. Cuma tinggal 13 orang ahli parlimen PAS saja yg bangkang”, ujarnya lagi.












































































































































































Sumber BO - 13-8-2017











































































































































































Harungi Cabaran Dengan Taat Perintah Allah

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – Para remaja diseru agar lebih berani dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup dalam dunia tanpa sempadan ini.

Ketua Ameerah DUN Teluk Pasu, Aishah Rodiah Rashid berkata, remaja perlu mempunyai sikap peduli masyarakat dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,

Di samping dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mematuhi segala syariat yang telah ditetapkan di dalam Al Quran dan Hadis.

“Tenaga pelapis parti (PAS) dikalangan anak-anak muda dikumpul untuk menggerakkan kerja- kerja dakwah dan tarbiyah,

“Bagi mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara ahli jawatankuasa (AJK) Ameerah dun agar lebih mengenali dan lebih mesra antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program ‘Rehlah Cinta’ di Sungai Kampung Tanjung pada hari khamis, 10 Ogos, disini.

Menurutnya, program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 30 orang remaja yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.

“Program Rehlah Cinta ini diselitkan dengan program santai seperti ice breaking dan juga program motivasi diri.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Muslimat Dun Teluk Pasu, YM Ustazah Tuan Roslina bt. Tuan Sulaiman.

Sumber BO - 13-8-2017











































































































































































Anak muda bantah kekejaman Israel











RATUSAN anak muda menyertai Himpunan Aman Bantah Kekejaman Israel yang diadakan di dua tempat berasingan iaitu perkarangan Masjid As-Salam, Batu Rakit dan Masjid Lama Jabi, Setiu. 
Himpunan aman itu anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit yang diadakan selama hampir 40 minit selepas solat Jumaat, hari ini. 
Ketua Pemuda PAS Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata himpunan aman itu sebagai tanda solidariti umat Islam dan mewakili warga penduduk di Dun Batu Rakit.
Justeru, katanya sebagai umat Islam yang prihatin mendesak agar diadakan rundingan antara kerajaan dengan kerajaan di seluruh dunia. 
“Kami mewakili rakyat di Dun Batu Rakit telah menunjukkan solidariti kita. Kita mahu supaya diadakan satu rundingan antara kerajaan dengan kerajaan yang ada di seluruh dunia. 
“Ini penting untuk menyatakan pendirian mereka bahawa mereka juga menentang Israel terhadap apa yang rejim itu lakukan kepada penduduk di Palestin. 
“Saya ucap tahniah kepada mereka yang hadir bersama bersolidariti pada tengahari ini, di bawah panas mentari mewakili rakyat di Dun Batu Rakit,” ujarnya ketika berucap pada himpunan tersebut. 
Menurutnya, barang siapa mengaku Islam tetapi tidak mengambil peduli tentang nasib umat Islam lain bukan dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW. 
“Barang siapa yang tidak ambil cakna terhadap urusan umat Islam yang lain, dia bukan dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW. 
“Alhamdulillah, kita ini di kalangan umat Muhammad SAW kerana mengambil cakna terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam yang lain,” tegasnya disambut laungan takbir. 
Sementara itu, Wakil Petubuhan Lepasan Siswa-Siswi Institut Berakan (Sisbakti), Ustaz Ahmad Naim Abu Bakar yakin dengan kebenaran Islam pasti akan menang.
Katanya, sesuatu yang batil dan salah pasti akan dikalahkan dengan kebenaran Islam kerana janji Allah SWT. 
“Nafas kebenaran itu walau pun kelihatan ‘slow’ tetapi sebenarnya ianya berpanjangan dan akan ada sambungannya. 
“Kebatilan apabila bertemu dengan kebenaran. Kebenaran pasti akan menang, kerana kebatilan itu bersimpang siur dan banyak kumpulan. Tetapi, kebenaran itu hanya satu kumpulan dan pasti akan menang. 
“Walaupun nafas kebatilan itu kuat, ianya tidak akan ada penyambungnya. Tetapi, nafas kebenaran pasti akan ada penyambungnya. 
“Islam pasti menang kerana itu janji Allah. Kita mahu menjadi orang yang memenangkan Islam,” jelasnya ketika berucap mewakili sebuah NGO lepasan pelajar.
Beliau yang juga seorang guru tahfiz menyelar sikap segelintir pihak tertentu yang beranggapan sia-sia menentang Yahudi dan rejim Israel. 
“Di mana kita semua pada hari ini? Kita bersuara (berdemo) dikatakan Yahudi tak dengar. Kamu yang bodoh mengatakan demikian. Apa yang kamu buat untuk umat Islam yang sedang dizalimi di Palestin dan di mana-mana sahaja. 
“Hari ini puak Yahudi menghalang umat Islam dari masuk ke Masjidil Aqsa untuk beribadat dan menyebut nama Allah. Yahudi (sekarang) berusaha untuk meroboh rumah Allah (Masjid Al-Aqsa) itu. 
“Orang menjerit untuk umat Islam, orang menjerit menyatakan kebersamaan bersama dengan Palestin, kamu mengutuk dan kamu tidak bersama…tetapi kamu tidur. Adakah itu diredhai oleh Allah SWT,” ujarnya dengan penuh bersemangat. 
Selain Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sisbakti, Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (Gamis) Cawangan Terengganu turut menghantar wakilnya berucap pada himpunan tersebut. 
Manakala, Pemuda PAS Dun Jabi, Setiu turut mengadakan bantahan yang sama selepas solat Jumaat di Masjid Lama Jabi, Setiu. - HARAKAHDAILY 11/8/2017















Sumber HD - 11-8-2017 













































































































































































Karnival Dakwah Rapatkan Pas Kepada Masyarakat

MARANG – Karnival Dakwah anjuran PAS Kawasan ini yang mula berlangsung semalam adalah sebagai satu usaha parti itu bagi merapatkan lagi ukhuwan di kalangan masyarakat setempat.

Yang di-Pertua PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali berkata, pelbagai program sempena Karnival itu menunjukkan PAS cakna.

“Tujuan program Karnival Dakwah ini ialah bagi membina hubungan yang lebih rapat antara PAS dengan masyarakat setempat atau memasyarakatkan PAS…..sebab itu program disusun menggambarkan kecaknaan PAS untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga orang tua.

“dari sukan rakyat, santai orang muda, hiburan Islam, gotong- royong, ziarah, rawatan perubatan hingga majlis ilmu, ceramah dan peluang kepada mereka yang ingin berniaga,” ujarnya.

Beliau berkata, Karnival tersebut bakal berlangsung selama tiga hari dan akan membuka tirainya pada hari Khamis, dengan gerai jualan, simulasi memanah serta ujibakat nasyid selain Ceramah Perasmian pada sebelah malamnya.
“pada kesempatan ini, saya sekali lagi mengajak semua khususnya penduduk di Kawasan Marang untuk hadir beramai-ramai ke tapak Karnival Dakwah,

“yang akan diadakan bertempat di Pekan Merchang di sini,” seru beliau, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang, Zarani Othman berkata, Karnival itu akan memberikan informasi kepada golongan wanita.

“Ayuh rakyat di sekitar kawasan Marang hadir ke Karnival Dakwah ini, banyak program yang disusun penganjur yang sememangnya bermanfaat untuk semua,

“Pada Sabtu 12 Ogos ini, akan diadakan satu slot khusus untuk para wanita……..kita jemput seorang ustaz selebriti bersama-sama kita. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendengar penyampaian daripada beliau,” tegasnya.
\
Selain itu menurut Zarani, pihak penganjur juga menyediakan aneka permainan dan sukaneka yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur dan jantina.

Sumber BO - 11-8-2017
















































































































































































MBKT Perlu Ambil Tindakan Segera Selesai Masalah Najis Burung

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Para peniaga di Pasar Borong Gong Pauh terutama di bahagian penjualan makanan melahirkan kekesalan kerana pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu belum bertindak sewajarnya menyelesaikan masalah najis burung .

Perkara tersebut sudah di ajukan berkali-kali kepada pihak berkuasa itu bahkan ia telah pun menjadi berita ‘di dada’ akhbar tempatan dan atas talian.

Namun begitu, menurut seorang seorang penjual kuih Pasar itu, Mohd Yasing Osman, tindakan MBKT hanya ‘sekerat jalan’ sahaja.

“aduan berkenaan najis burung ini sekadar diambil tindakan ibarat ‘melepas batuk di tangga’ kerana kerja-kerja menanganinya hanya separuh jalan dan di tinggal begitu saja,


“sedang masalah najis burung masih belum selesai………..kita kena sedar di sini tempat kami peniaga Melayu cari makan…….ramai peniaga di sini terdiri dari kaum wanita yang menyara keluarga mengharap ‘serial samah’ dari jualan kuih-muih,”

“akhbar sinar pernah ‘interview’ saya dan sudah keluar berita……. ingatkan keluar surat khabar selesai tapi tak juga, ambik tindakan tapi ginilah,” ujar beliau.

Manakala seorang pengusaha wanita, Siti Nadhira M.Nasir, 24, najis burung yang banyak datas meja jualan kuih muih di Pasar terbabit, memberikan pandangan yang ‘jelek’.

” bila peraih mari ambil kuih awal sekitar jam 4 pagi, burung ni masih ada diatas……..melepaskan najisnya dan masa tulah banyak bertaburan,

“jadi nampak menjijikkan dan tidak selesa apatah lagi ini bahagian makanan,” katanya.

Rakan mereka, Zulkifli Ambak memohon agar MBKT menyegerakan tindakan meletakkan ‘pukat’ agar masalah itu dapat diselesaikan.

Walaupun meja jualannya agak jauh sedikit dari tempat burung itu bertenggek, beliau mempersoalkan, mengapaMBKT mengambil tempoh yang sangat lama untuk mengatasi ‘kerimasan’ tersebut.

“saya agak beruntung……….gerai saya agak jauh sedikit dari bumbung besar tu dan terlindung dengan kanopi jadi najis burung tak kena meja jualan saya,

“tapi atas kanopi saya tetap penuh juga dengan ‘tahi’ burung ni dan merimaskan pandangan pelanggan mahu membeli kuih,

“saya harap pihak Majlis (MBKT) dapat segerakan menyiapkan pukat yang terbengkalai ni sebab dah ambil masa agak lama,” jekasnya.

Sedangkan kata beliau, sekiranya diberi penumpuan, perkara yang kini sudah berlarutan berbulan-bulan, boleh diselesaikan dalam masa dua minggu sahaja.

Justeru itu, masalah najis burung yang bersepah-sepah di Pasar Borong itu buan hanya mengotorkan kawasan penjualan kuih muih, bahkan memberi imej yang buruk kepada MBKT selaku agensi mewakili ketajaan negeri dan persekutuan.

Seorang penjual ikan di pasar yang sama berkata, walaupun pada bahagian jualan beliau tidak menghadapi masalah tersebut namun tetap terpalit dengan ‘kekotoran’.

“saya kesian tengok orang jual kuih ni, walaupun gerai ikan saya tak kena tapi ini menjatuhkan imej pasar borong dan sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan mereka,

“sewajarnya MBKT ambil tindakan segera menyiapkan (pukat burung itu) jangan tangguh sampai nak tunggu saat dekat pilihan raya, baru nak buat,” kata Ridzuan Yusof, 27

Sumber BO - 10-8-2017


















































































































































































Masalah Dadah; Tindakan Kerajaan Ibarat ‘Menyapu Sampah Ke Bawah Karpet’

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Tindakan sambil lewa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan masalah dadah masakini, dilihat seolah-olah mereka hanya ‘menyapu ke bawah karpet’ bagi menyembunyikan keadaan yang sebenar.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan yang ada hari ini mereka seolah-olah tidak menghadapi masalah sedangkan pemimpin kerajaan Umno dan BN pernah mengumumkan tahun 2013 sebagai tahun sifar dadah .

“Maknanya dadah tidak ada dalam masyarakat negara kita dan jika dilihat perkembangan di negara Filipina yang bertindak tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dalam penagihan dan pengedaran dadah,

“Dan yang terbaru kita tengok kerajaan telah seolah-olah melonggarkan lagi (hukuman). Tidak ada lagi kemungkinan hukuman mandatori yang melibatkan dadah,

“Jadi nampaknya pengedaran dadah akan lebih akan berkembang dan kita tengok masalah dadah ini sampai kepada pusat-pusat serenti seolah-olah benda itu tidak boleh diselesaikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh HARAP TV bagi menjelaskan manifesto awal PAS Terengganu untuk menghadapi pilihan raya ke-14, semalam Rabu 9 Ogos di sini.

Menurutnya, PAS menawarkan dalam manifestonya iaitu untuk mewujudkan pusat pemulihan dadah secara ‘holistik’ sebagai tambahan kepada usaha yang sedia ada.

“PAS inshaallah kalau diberi peluang memerintah menawarkan sebagai penyelesaian kepada masalah yang makin hari makin meruncing dalam masyarakat kita. Perkara ini sebenarnya ia mempunyai perkaitan jalinan dalam masyarakat itu sendiri,

“Sebab itu dalam memperkenalkan tema hala tuju PAS memerintah ini, kita meletakkan tema Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera iaitu maju dari segi fizikal dan sebagainya tanpa membelakangkan spiritual dan juga tuntutan dunia dan akhirat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dengan mengambil kira komponen keberkatan dan kesejahteraan bukan hanya pada kehidupan duniawi, fizikal dan metarial, tetapi juga mengambil kira soal spiritual.

“Hubungan sosial dan masyarakat, hubungan manusia dengan ketuhanan dengan mengambil kira tentang dunia dan akhirat,

“Kita yakin Islam itu penyelesai masalah dan dengan pendekatan yang PAS bawa in sha Allah menggabung jalinkan bukan hanya luaran fizikal tapi spiritual, keimanan, ketakwaan dengan cara zikrullah dan pengisian perubatan, rawatan secara total,” tegasnya.

Sumber BO - 10-8-2017




















































































































































































PAS Bukan Pembangkang ‘Membabi Buta’

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – PAS bukanlah membangkang membabi buta terhadap segala tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional  sebaliknya menjadi ‘check and balance’ kepada pihak pemerintah.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Kita perlu memahami nilai pada wang yang telah dibelanjakan dalam konsep untuk kita  menerapkan ‘value for money’ dengan harta dan khazanah negeri Terengganu yang cukup bernilai tinggi.

“Tetapi kita fokus terhadap isu pembangunan supaya nilainya, pulangannya balik kepada rakyat negeri Terengganu secara optimum sebab itu kalau kita melihat Tasik Kenyir pada tahun 1993, sebenarnya telah diwartakan berada di bawah Pengurusan Lembaga Kemajuan Tengah ataupun dipanggil KETENGAH,

“Dengan satu kawasan yang cukup luas sekitar 209 199 hektar Tasik Kenyir yang telah pun diserahkan kepada KETENGAH,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual berkenaan isu ‘Pembangunan di Tasik Kenyir’, di studio HARAP TV, 8 Ogos, disini.

“Tetapi inisiatif kerajaan pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif mereka telah  mengambil wang negeri Terengganu untuk  membangunkan kawasan Tasik Kenyir ini dalam keadaan pembangunannya  sangat luar biasa dan menggunakan pembelanjaan  yang sangat tinggi,

“Sebab itu kalau kita melihat, saya suka berkongsi  bermula daripada tahun 2004 setelah daripada kejatuhan kerajaan  PAS negeri Terengganu sebenarnya tunggakan wang royalti  negeri Terengganu pada waktu tersebut kurang lebih sekitar enam billion,” jelas beliau.

Menurutnya, itulah gagasan untuk menubuhkan ‘Terengganu Invesment Autority’ (TIA) sebelum daripada 1MDB diambil alih dan diperkenalkan oleh Kementerian kewangan yang diperbadankan. Jadi enam bilion ini sebenarnya duit negeri Terengganu yang digunakan untuk membangunkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

“Dan konsep ini saya membuktikan bahawa  empat tahun pemerintahan PAS negeri Terengganu 1999-2004 pada waktu tersebut dia nafikan penggunaan enam bilion ini untuk membangunkan  negeri  Terengganu,

“Ekoran daripada itu,beberapa projek setelah daripada Dato Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar kemudian di sambung oleh Dato Seri Ahmad Said dan kini oleh Dato Seri Ahmad Razif,

“Duit daripada royalti yang telah di beri nama dengan dana khas  diguna pakai untuk pembangunan-pembangunan seluruh negeri Terengganu,” katanya.

Justeru katanya, dalam banyak pembangunan seluruh negeri  Terengganu  antara yang super mega yang boleh kita infak kan pembangunan tersebut  adalah di Tasik Kenyir. Jadi kalau ditanya apa pembangunan berlaku di Tasik Kenyir selain daripada yang besar di Tasik Kenyir iaitu Pusat Bebas Cukai, ada beberapa pembangunan  yang  lain.

“Saya sebutkan beberapa  contoh, antaranya  Taman Tropika yang melibatka kos sebanyak  rm 7.6 juta. Kos  asalnya  sebanyak  7.08 juta. Taman Rama-rama yang membabitkan kos asal sebanyak rm 7.39 juta dan kos solar untuk Taman Rama-Rama sebanyak 4.05 juta yang keseluruhannya  untuk Taman Rama-Rama ialah sebanyak rm 11.44 juta,

“Kemudian Taman Burung  yang ditutup kos asal adalah sebanyak rm5.5 juta. Kemudian kos solar 2.1 juta yang membabitkan kos sebanyak 7.6 juta. Ini adalah kos asal yang kita tidak ketahui kos sebenar berapa. Itu memerlukan ketelusan  pihak kerajaan untuk bersikap  jujur memaklumkan  dengan pelbagai perkara berlaku berapa kos yang telah terbabit,” tegas beliau.

Sumber BO - 9-8-2017




















































































































































































Cukuplah Rakyat Di Perbodohkan Umno dan BN

SETIU – Rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, diseru agar menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah melakukan terlalu banyak perkara ‘sumbang’, seolah-olah memperbodohkan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kebanyakan Menteri dan Timbalan dibawah kabinet Dato’ Seri Najib sekarang adalah pemimpin Umno yang sama, mentadbir kerajaan di waktu itu.

Katanya, merekalah orang sama yang membela Dr. Mahatir pada masa tersebut, walaupun Mahathir telah melakukan pelbagai ‘onar’ dan ‘makar’.

“waktu Mahathir jadi Perdana Menteri, (terjadi peristiwa) ‘bunuh’ di Memali. masalah ‘BMF’ (iaitu) kehilangan wang di Hong Kong….tak selesai sampai hari ini,

“kes Perwaja Terengganu……(skandal) kilang besi…..entah ke mana hari ini (dan) kita desak supaya tubuh Suruhanjaya Diraja menyiasat pemimpin-pemimpin Umno hak yang marah ke Mahathir le leni lah yang (dulunya) tukang ampu…… tukang duk pertahan, tukang duk bela Dr Mahathir,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketia menyampai ucapan pada ceramah penutup Karnival Jabi Sabtu, 5 Ogos.

Sebaliknya menurut beliau, setelah tidak ada kuasa Mahathir yang sama sekarang telah membuat dakwaan bahawa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memiliki wang sebanyak RM230 juta dalam akaunnya ketika mengisytiharkan hartanya pada tahun 1996.

Pada masa yang sama, kata beliau, rakyat kita terus ‘diperolok-olokkan’ oleh pemimpi Umno kerana Mahathir sendiri tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun mempunyai maklumat bekas Ketua Pemuda Umno itu mempunyai ‘laba’ sebanyak itu.

“Bodoh kita ketika tu kita percaya……..bila Mahathir tak ada kuasa puak-puak ni juga lah hak tukang ampu hari tu nye (dia) ‘kebe’ (bongkar) balik kejahatan Mahathir,

“Tak (ke) jadi bodoh kita? (Dato’ Seri Dr.) Zahid Hamidi waktu dia dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno, Mahathir minta laporan mengenai dengan harta diatas sifat dia sebagai Perdana Menteri minta supaya menteri-menteri dan kabinet laporkan pemilikan harta masing-masing,

“Mengapa baru sekarang lapor (beritahu rakyat) Zahid Hamidi dia ada pitih (duit) RM320 juta? Waktu tu, 20 tahun dulu ataupun 10 tahun dulu (mengapa tidak bertahu)? (jadi) sekarang berapa juta (duit Zahid) yang ada tak tahulah.,” soal beliau

Justeru itu, beliau menyeru semua rakyat membuat perubahan pilihan raya denga tidak memilih parti Umno dan BN yang telah merosakkan negara ini.

“saudara-saudara sekalian marilah bersama-sama dengan PAS dan marilah kita memberikan keyakinan semula kepada PAS negeri Terengganu

“untuk mengurus dan memimpin negeri pada pilihanraya akan datang ini,”seru Ustaz Husain.

Sumber BO - 9-8-2017

















































































































































































































































































































































































Isu Kenyir Bertambah Besar

KUALA TERENGGANU – Isu Tasik Kenyir tidak terhenti dengan pembinaan Kompleks Bebas Cukai (KBC) yang tergendala dan pembangunan pulau-pulau yang membazir.

Bahkan, ‘bau busuk’ perlumbaan kuasa dan ‘meratah kekayaan’ negeri ini merebak kepada pembinaan jambatan ke Pulau Poh serta komponennya.

Perkembangan terbaharu membawa khabar, KBC tidak mungkin dapat disiapkan sebagaimana dijanjikan pada Ogos tahun hadapan.

Menurut sumber dalaman, pertelagahan antara pemimpin Umno menyebabkan pembinaan KBC akan tertangguh lagi.

Pada awal minggu ini, bekas Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dikesan muncul di pinggiran Tasik yang indah itu.

“Memang Ahmad Said selalu datang melawat Tasik kenyir ini, membuat tinjauan,” kata sumber itu yang tidak mahu dikenali.

Rupanya projek KBC masih menjadi minat Ahmad Said, bahkan lebih daripada itu, beliau sedang memerhati ‘beberapa’ premis baharu di atas jeti berbentuk kubah bernilai RM100 juta, bersebelahan jambatan ke Pulau Poh.

Sumber tersebut memakkumkan, projek KBC yang dimulakan pembinaan pada zaman beliau, masih dalam kawalannya.

“Razif tak ada kuasa, dan tidak minat untuk meneruskannya…….sebab itu Razif pernah berkata, buatlah selama mana pun, memakan masa lama sekali pun,” menurut sumber itu.

Razif lebih berminat untuk membangunkan ‘Zon Bebas Cukai’ di Pegkalan Gawi, di dalam bangunan berbentuk kubah itu.

Lima buah binaan tersebut, adalah diimpot teknologi binaannya dari Belanda, sebab itu kosnya mahal, kata sumber itu.

Bahkan bangunan yang dibina dari bahan besi, kaca gentian berisi gabus itu, dibawa terus dari luar negara dan hanya dipasang di situ.

“Sebab itu Razif lancarkan ZBC di Pengkalan Gawi pada 1hb Ogos lalu……..dia nak buat dalam bangunan bentuk kubah itu dan kemudian barulah dipindahkan ke KBC Pulau Bayas,

“Pihak kerajaan sekarang memang sedar, kalau buat terus di Pulau Bayas, memang tidak ada orang akan pergi,” ujarnya.

Keseluruhan projek jambatan Pulau Poh adalah bernilai RM330 juta termasuk pembinaan jeti kubah itu, terminal kargo, kawasan parkir dan lain-lain.

Semua perbelanjaan pembinaan projek jambatan itu adalah ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu

Sumber BO - 9-8-2017

























































































































































































Bukti Jelas Malaysia Negara Sekular

Oleh : KAM

SETIU – Keputusan Mahkamah Rayuan yang membolehkan “Anak Tak Saf Taraf “ atau yang lahir luar nikah boleh dibinkan kepada nama bapa bukti paling jelas, Malaysia ini sebuah negara sekular.
Naib Presiden PAS, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika Malaysia sebuah negara Islam perkara tersebut tidak akan berlaku di mahkamah.

Oleh kerana, katanya Malaysia ini sifatnya Sekular maka keputusan Mahkamah Rayuan itu mengenai anak tak saf taraf mengikut bidang kuasanya.

“Jika Malaysia ini negara Islam tidak akan terjadilah keputusan Mahkamah Rayuan (menyanggah) dengan pandangan fatwa para mufti. Inilah bukti paling besar Malaysia ini sebuah negara sekular.

“Sebab itu, wajib kepada kita orang Islam berjuang untuk ambil kuasa politik dan perbetulkan semula supaya Islam berada di landasan agama.

“Oleh kerana, sifat negara kita Sekular dan dia (mahkamah) tidak terikat dengan agama. Ini kerana, kuasa politik yang tidak peduli tentang Islam, Umno yang pegang kuasa politik dan sebab itu kita kena tukar Umno-BN dalam pilihan raya,” tegasnya ketika berucap pada Ceramah Penutup Karnival Dun Jabi 2.0 di Dataran PGU Jabi, Besut, Abtu 5 Ogos.

Namun, kata Dato’ Nik Mohd Amar, pandangan balas itu bukan bermakna mempertikaikan keputusan para hakim dan mahkamah 100 peratus tetapi dari sudut pandangan Islam.
Menurut beliau, hakim dan mahkamah itu membuat keputusan berdasarkan bidang kuasanya yang tidak terikat dengan agama.

“Kita bukan mempertikaikan keputusan mahkamah, itu hak dia tetapi kita beri sudut pandangan sebagai orang Islam. Rasa kecewa kita, rasa tidak puas hati kita, rasa kesal kita kerana sistem yang ada di Malaysia ini sistem Sekular yang memisahkan agama daripada pentadbiran dan politik negara.

“Kita hormatlah keputusan mahkamah tetapi sebagai orang Islam kena komen. Hakim buat keputusan anak diberi ‘bin’ kepada ayah dia yang tidak cukup syarat yang sepatutnya.

“Tidak cukup enam bulan dua lafzah. Mana-mana anak yang lahir dari enam bulan dua lafzah perkahwinan anak itu tidak boleh dibinkan kepada bapanya. Sebab, diragui nasab keturunannya.
“Mahkamah buat keputusan itu dalam bidang kuasa dia. Kesannya besar kepada agama, besar kepada hukum (Islam),” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menter Besar Kelantan menegaskan perjuangan PAS adalah untuk mengambil kuasa politik bagi mendaulatkan Islam di Malaysia.

Justeru, katanya Umno dan kerajaan Barisan Nasional yang telah lama memerintah wajar ditukarkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

“Lama doh kita beri peluang kepada Umno ini memerintah, orang Melayu beri kepercayaan kepada Umno sejak mula-mula merdeka lagi. Macam-macam doh Umno buat kepada orang Melayu dan agama Islam. Bukan makin gagah, makin berat ada…

“Kerajaan yang perintah hari ini orang Islam, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri orang Islam, Menteri Kabinet pun ramai orang Islam. Tetapi, fatwa para mufti…mahkamah pun tidak pakai.

“Dari sudut agama, mahkamah (sepatutnya) kena hormat kepada fatwa (mufti). Dalam Islam Undang-undang dengan hukum, hukum kena duduk di atas (tinggi).

“Tapi kerana negara kita Sekular. Sebab itu, PAS berjuang seluruh Malaysia untuk jadi Islam. Bukti Sekular yang paling besar seperti dalam kes ini, mahkamah boleh tolak fatwa, boleh tolak pandangan mufti, boleh tolak pandangan agama kerana dia (Hakim) ada kuasa dia sendiri.

“Ini yang kita (PAS) hendak betulkan jika boleh perintah Malaysia. Umno ini ‘mati-mati’ kata Malaysia ini negara Islam,” ujarnya dengan sinis.

Sumber HD- 8-8-2017



























































































































































































PAS Adalah Sebuah Jemaah Islam Yang Lengkap

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS menekankan kepada ahlinya dan masyarakat bahawa ia bukanlah semata-mata parti politik yang masuk bertanding pilihan raya bahkan PAS adalah sebuah jemaah Islam yang lengkap.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, PAS menyempurnakan tuntutan agama termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
“Alhamdulillah, daripada sudut aspek pendidikan kita telah tampilkan kejayaan yang begitu cemerlang. Kita menubuhkan Maahad Darul Quran di Rusila,

“Tujuan penubuhan Maahad Darul Quran (MDQ) ini adalah untuk melahirkan kader-kader para alim ulama yang boleh berfungsi menjadi pendakwah di dalam masyarakat yang mereka duduk,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Jamuan Dana Pembangunan Madrasah Darul Falah, Kampung Pengkalan Maras, 4 Ogos, disini.

Menurutnya, MDQ berkembang daripada hanya menerima lima orang pekajar dari satu daerah sehingga kini berkembang dengan pelajar mencecah hampir 1,000 orang pelajar dan melahirkan puluhan ribu ‘alumni’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menjelaskan, PAS juga berjaya mengembangkan bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah melalui madrasah-madrasah DAR.

“Madrasah-madrasah yang kita tubuh ni hampir disetiap kawasan. Di Terengganu ni dia ada lapan kawasan. Kuala Nerus saja ada dua (DAR) Madrasah Darul Taqwa dan Darul Falah,
“barangkali ramai daripada masyarakat kita tak sedar ada sekolah rendah sini, yang perlu kita perbesarkan,” katanya.

Oleh itu, katanya, pembangunan Madrasah Darul Falah ditingkat dengan pembinaan beberapa blok bangunan baru bagi menambah jumlah kelas sesuai dengan permintaan orang ramai.

Sehubungan itu, Mudir Madrasah Darul Falah, Ustaz Ayub Yusof ketika ditemui menjelaskan, Madrasah Darul Falah di Kampung Pengkalan Maras memulakan persekolahan pada tahun 2017.
“Alhamdulillah bangunan sedia ada dapat diubah suai menjadi kelas dan pejabat untuk sekolah. Maka berjaya memulakan operasinya bermula sesi persekolahan 3 Januari 2017,

“Dengan dapat mengadakan satu kelas sahaja darjah satu seramai 23 orang pelajar. 13 lelaki dan 10 perempuan serta dibantu empat guru, dua lelaki dan dua perempuan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau memohon agar mereka yang prihatin dan muhsinin menyokong usaha murni untuk membina bangunan baharu bagi sekolah tersebut.

“Insya Allah kita akan meneruskan sekolah ini sampai bila-bila pun selagi mana kita mampu dan akan kita besarkan bangunan itu supaya ia menjadi lebih baik dan sempurna untuk masa-masa akan datang,

“Kita turut mengalu-alukan sebarang sumbangan dari para dermawan diluar sana samada dalam bentuk bahan binaan mahupun wang ringgit dan sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank atas nama Madrasah Al Falah, MayBank – 56 301 9255 872 , Bank Islam – 13 06201 0008 317 atau boleh berhubung terus dengan Ustaz Ayub – 012 662 5323 atau saudara Yusri Yunus – 0111 3299 042 ,” jelas Ustaz Ayub.

Sumber BO - 7-8-2017





























































































































































































Taman Burung Hanya Tinggal ‘Gambar Burung’ Sahaja!

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Projek Taman Burung seluas 1.7 hektar di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir kini di tinggalkan kosong tanpa seekor burung, dengan hanya gambar-gambar unggas berkaitan sahaja, dipaparkan di ruang legarnya.

Ketua Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Maznah Muftahuddin berkata, jutaan ringgit wang rakyat dihabiskan untuk membina Taman itu, membeli dan membiayai berbagai jenis burung untuk ditempatkan di situ.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional hanya mementingkan pembinaan projek semata- mata tanpa mnghiraukan faedah untuk rakyat,

(ia) merupakan projek yang membazir dan hanya menguntungkan kroni-kroni tertentu sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semalam 6 Ogos, mengulas mengenai Lawatan Berinformasi ke Tasik Kenyir yang telah dianjurkan oleh Muslimat pada 3 Ogos yang lalu.

Beliau menyifatkan tindakan membiarkan premis yang telah dibangunkan dengan kos RM8 juta itu adalah satu kerja sia-sia kerajaan Umno dan Barisan Masional (BN).

“kini hanya tinggal gambar-gambar burung yang cantik, serta bangunan dilengkapi surau dan tandas yang tidak digunakan,

“Taman Burung di Tasik Kenyir yang tiada burungnya itu jelas menunjukkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional membangunkan sesuatu projek tanpa membuat kajian terlebih dahulu terutama dari segi lokasi, prasarana dan habitat serta pemasaran,” jelasnya.

Justeru katanya, dalam situasi rakyat terhimpit dalam kemiskinan sepatutnya kerajaan membela kepentingan rakyat.

“Hasil lawatan singkat baru-baru ini memberikan kesedaran kepada rakyat tentang segala penyelewengan dan pengkhianatan terhadap rakyat negeri Terengganu,

“Pendedahan mengenai hasil tinjauan kami baru-baru ini menimbulkan berbagai reaksi. Kami tidak menyangka usaha kecil ini telah menggemparkan pihak-pihak tertentu terutama yang terlibat dengan projek-projek ini,

“Harapan kami supaya rakyat tahu apa yang berlaku disekitar mereka dan tidak mudah teruja dengan apa yang dijanjikan,” kata Maznah.
































































































































































































Sumber BO - 7-8-2017

Drugs, Sexually-Transmitted Diseases Reached Alarming Levels Among Fishermen

KUALA TERENGGANU- INTRAVENOUS drug use, overdose deaths and cases of sexually-transmitted diseases have reached alarming levels among fishermen in Terengganu.

At least one dead body is found every month by fishermen in the district of Dungun in Terengganu.
The bodies of drug addicts are discovered in fishing vessels, at fishermen jetties and floating at the sea. There have also been cases where bodies were found entangled in fishing nets with syringes still stuck to the stiff limbs.

A recent Tenaganita study carried out in collaboration with the Malaysian AIDS Council (MAC) and the Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) with the support of WWF-Malaysia revealed a worrying prevalence of Human Immunodeficiency Virus (HIV) cases among fishermen.

The study found that many of them had contracted HIV through the sharing of syringes and unsafe sexual practices.

Out of 127 fishermen surveyed, 37 admitted to using drugs within the last 30 days. More than half of the respondents (56 per cent) said they had never used condoms during penetrative sex with their primary partner, while 16 fishermen said they had had intercourse with sex workers.

Terengganu Fishermen Association chairman Mat Yassin Mohamed told the New Sunday Times that most of the fishermen who were addicted to drugs would satisfy their cravings after returning from the sea.

“They are so engrossed with their addiction that drugs are their world.

“This problem is common at most fishermen jetties in Terengganu, but the scenario at the jetty in Kuala Dungun is the worst.

“You will find them taking drugs near the jetty or inside vessels berthed at the river mouth.

“I was told that the authorities had given up on them because confining them at rehabilitation centres might worsen the situation, as they might spread HIV to other inmates.”

The easy availability of drugs such as methamphetamine and amphetamine, believed to be smuggled from neighbouring countries, has also contributed to the rising number of drug abuse cases in the fishing community.

Fisherman Hamed Hamzah Awang, 58, said drugs could also be obtained from foreign fishermen on the high seas.

“I heard reports about local fishermen sourcing their supply of illegal drugs from foreign fishing vessels.”

He said some of his friends had trawled up more than just fish from the water.

“Sometimes, a dead body is found entangled in their nets with syringes still attached to the body. Such cases are not uncommon.

“When this happens, the dead body will be thrown back into the sea to prevent any diseases from contaminating their vessels,” he said.

South Kuala Terengganu Fishermen Association chairman Hassan Ismail said Telok Raja in Pulau Redang was once a notorious transit point for foreign fishing vessels that brought drugs into the country.

To those who were not in the know, he said, it would appear as if the foreign fishing vessels were merely docking in Telok Raja to transfer fish from smaller boats to their vessels.

“While this was taking place, illegal drugs were unloaded from their vessels.

“The drugs were distributed across the country.

“I am not sure whether it is still prevalent, but the fact remains that foreigners will always find ways to smuggle drugs into our country.”

He said the problem had been raised numerous times at the association’s annual general meetings.
“Action has been taken to curb the problem and drug abuse among fishermen at the Pulau Kambing and Chendering jetties is now under control,” he said- NST

Sumber BO - 7-8-2017
































































































































































































Tidak Ada Barang Tiruan Semuanya Asli Di Jabi…..

Oleh : Azizah Mahmood

Melihat tanah merah di kejauhan tapak Karnival Jabi pastinya menimbulkan sangkaan, ramai yang tak nak kotorkan selipar, tapi sebaliknya bukan halangan untuk anak-anak muda meramaikannya.
“tapak kita ni comel tepi jalan tapi gitulah tanahnya………dari dulu sampai sekarang ia menjadi mercu tanda program PAS Jabi dan alhamdulillah,

“disinilah kita membina kekuatan dengan kerjasama semua peringkat dan hasilnya……..inilah Karnival Jabi,” ujar Dr Azman Ibrahim yang di temui di tapak karnival .

Karnival yang berlangsung selama tiga hari empat malam bermula daripada 3hb Ogos hingga 5hb Ogos itu, di sertakan dengan berbagai aktiviti menarik antaranya gerai jualan, kuliah UAI, permainan kanak kanak, sesi jabatan kerajaan bersama pelanggan, ceramah dan malam kesenian islam .

“saya mari dari hari Khamis lagi, suka tengok orang ramai mari berhimpun kat program PAS, harapnya ‘demo’ ni mari bukan saja tapi mari sebagai penyokong PAS,” kata seorang pengunjung Ismail bin Mahmud, 68, yang hadir bagi menunjukkan golongan veteran tetap menyokong PAS Jabi untuk menang PRU14.

“kita ni orang tua tetap jadi kayu pasak Jabi, PAS Jabi ni kita nak ambik balik semula, kita tengok orang muda pun ramai mari tak takut takut doh,” beliau menambah lagi penuh semangat.

Seorang muslimat yang di temui berkata, tidak ada barang yang barang tiruan semuanya asli Di Jabi, sebab itu, cenderahati yang diberikan kepada tetamu adalah prodekmJabi.

“seminggu lebih doh kita buat persiapan ulang-alik….ulang- alik semata-mata kita nak tengok PAS di DUN Jabi ni gagah tidak lemah dan,

“alhamdulillah kita berjaya, kalau kerja kita ni saya rasa tak mustahil Jabi kita boleh ambik balik PRU ni,” kata Puan Nik Rubiah, 50, yang sedang berehat menanti program Malam Kesenian Islam berlangsung pada malam kedua Karnival.

“kita tiada harta banyak tapi kita boleh buat banyak perkara sebab di DUN Jabi ni, kita ada hasil sendiri kita buat benda kita guna benda yang kita ada,

“kita ada buah nenas kita buat ‘hamper’ nenas, kita tak perlu nak menunjuk-nunjuk……inilah hok kita ada inilah hok kita beri (kepada orang),” kata beliau lagi.

“Karnival Jabi ini akan dijadikan sebagai kayu ukur untuk melihat kekuatan PAS Jabi, Alhamdulillah saya berpuas hati dengan kerjasama semua ahli dan penyokong dalam menjayakannya dan,
“insyaAlah kalau tahap ini kekal dengan sedikit lonjakan tak mustahil DUN Jabi mampu PAS tawan,” kata Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli JawatankuasamKerja PAS Pusat.

Sumber BO - 6-8-2017


































































































































































































Zon bebas cukai tidak seperti digembar gembur

PUSAT jualan sementara Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan kerana ia hanyalah hanya empat buah premis, umpama expo biasa.
Di samping itu, harga barangan yang dijual kononnya bebas cukai cukai itu, tidaklah murah. 
Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail berkata, ternyata ianya tidak seperti yang ditayangkan di kaca televisyen, lapor Buletin Online
“Saya yakin rakyat di luar sana menyangkakan jualan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Ogos baru-baru ini adalah di tapak Kompleks Zon Bebas Cukai yang sedang dibina di Pulau Bayas. 
“Namun ternyata ianya tidak benar dan tindakan (pelancaran) tersebut dibuat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata rakyat daripada fakta yang sebenarnya,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelancaran premis jualan sementara Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir selepas meninjau sendiri lokasi tersebut di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir kelmarin. 
Tambahnya, pembinaan Kompleks Bebas Cukai yang dibina di Pulau Bayas akan menjadi projek yang tidak berdaya maju. 
“Bangunan kompleks yang masih tidak siap yang memakan belanja hampir mencecah RM600 juta di pulau dalam tasik buatan yang tidak boleh dimasuki oleh mana-mana kapal dari luar, ia bakal menjadi satu lagi projek ‘gajah putih’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional di Terengganu,” tegas beliau. 
Mengulas perkara yang sama, Ketua Muslimat PAS negeri, Zarani Othman berkata, pelancaran zon bebas cukai itu memperlihatkan bahawa kerajaan sangat terdesak untuk menjawab pelbagai soalan ekoran kemarahan rakyat. 
“Duit habis (banyak) tapi projek tak nampak lagi sebagaimana projek gah Taman Ilmu di Tembila, Besut. 
“Projek Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang dimulakan tahun 2011 dan dikatakan akan siap pada tahun 2014 sehingga kini masih lagi tidak siap,” ujarnya. 
Justeru, kata beliau, lawatan berinfomasi anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS negeri ke Tasik Kenyir membenarkan apa yang menjadi sungutan rakyat negeri itu.
Sumber HD - 5-8-2017




































































































































































































Hubungan Dengan Allah Atasi Kemelut

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Masyarakat disaran meningkatkan usaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah dalam usaha menangani kemelut kehidupan yang cukup mencabar kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, Hajah Mumtaz Mohd Nawi berkata kejayaan atau kegagalan hidup manusia di muka bumi ini adalah bergantung kepada Allah.

“Perlu diingat dalam kehidupan, 90% hasil kejayaan kita adalah hasil hablum minallah (hubungan dengan Allah) hanya 10% dari hablum minannas (hubungan sesama manusia)

“jadi, kekuatan kita adalah kerana berada di atas hubungan dan kefahaman kita dengan Allah dan bakinya hanya hubungan kita sesama manusia,

“Dalam berurusan sesama manusia pula kita harus menjalani dengan penuh hikmah……antara beza orang yang pandai dan orang bijak adalah orang yang pandai diberi kebolehan menghafal manakala orang yang bijak boleh sesuaikan diri dengan suasana,” kata beliau

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Bicara Ummah, Cabaran Kehidupan Dalam Masyarakat anjuran Dewan Muslimat PAS Cawangan Pekan Binjai pada Khamis 3 Ogos.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit itu juga, berkongsi pengalaman tentang kebijaksaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi Menteri Besar Kelantan, menambat hati rakyat.

Menurutnya, kerja-kerja dakwah yang dilakukan, mestilah sesuai dengan kehidupan masyarakat setempat.

“Jangan pakai jubah, pakai baju kurung sahaja, jangan masuk kepada masyarakat yang rasa terasing dengan penampilan kita

“bila masyarakat sudah ramai pakai jubah, kita baru boleh pakai jubah, benda ini nampak kecil tapi impak kepada masyarakat sangat besar,” ujarnya.

Katanya, itulah pesan mantan Mursyidul Am PAS kepada beliau, semasa beliau mula menceburkan diri dalam politik.

Beliau juga menzahirkan rasa bersyukur dapat bekerja di bawah kepimpinan ulama yang bergerak atas landasan agama sebenar dan beliau berkeyakinan seluruh permasalahan utama manusia ada dalam Al Quran untuk diselesaikan.

Seramai hampir 100 orang menghadiri program tersebut yang dianjurkan bersama Pusat Tarbiyyah Islamiyah Binjai (PUTIB).

Sumber BO - 5-8-2017






































































































































































































Zon Bebas Cukai Tidak Sebagaimana Digembar-gemburkan!

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Premis jualan sementara Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan kerana ia hanyalah hanya empat buah premis, umpama expo biasa.

Disamping itu, harga barangan yang dijual ‘kononya’ bebas cukai cukai itu, tidak lah murah.
Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail berkata, ternyata ianya tidak seperti yang di tayangkan di kaca televisyen.

“Saya yakin rakyat di luar sana menyangkakan jualan yang dilancarkan oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Ogos baru-baru ini adalah di tapak Kompleks Zon Bebas Cukai yang sedang dibina di Pulau Bayas,

“Namun ternyata ianya tidak benar dan tindakan (pelancaran) tersebut dibuat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata (dan fikiran) rakyat daripada fakta yg sebenarnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelancaran premis jualan sementara Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir selepas meninjau sendiri lokasi tersebut di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini, semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, pembinaan Kompleks Bebas Cukai yang dibina di Pulau Bayas, akan menjadi projek yang tidak berdaya maju.

“bangunan kompleks yang masih tidak siap yang memakan belanja hampir mencecah RM600 juta di pulau dalam tasik buatan……..yang tidak boleh dimasuki oleh mana-mana kapal dari luar,
“Ianya bakal menjadi satu lagi projek ‘ gajah putih’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu,” tegas beliau.

Mengulas perkara yang sama, Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman berkata, pelancaran Zon Bebas Cukai baru-baru ini itu, memperlihatkan bahawa kerajaan sangat terdesak untuk menjawab pelbagai soalan ekoran kemarahan rakyat.

“Nampak sangat kerajaan di bawah pimpinan ADUN Seberang Takir itu tiada persediaan…….hanya dengan empat premis jualan sementara yang dibuka,

“Ini (adalah sebenarnya) sebagai gimik dan petanda pilihan raya umum (PRU) 14 sangat hampir,” katanya.

Bahkan jelasnya, parti lawan dilihat semakin takut dan gelisah dengan sokongan rakyat yang semakin bertambah kepada PAS, selepas kejayaan HARAP 3.7 di Batu Rakit.

“Yang paling ditakuti (Umno), rakyat Terengganu tidak memilih mereka (untuk) memerintah selepas PRU 14 ini,

“(Sudahlah) duit habis (banyak) tapi projek tak nampak lagi …. sebagaimana projek gah Taman Ilmu di Tembila, Besut,

“Projek Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang dimulakan tahun 2011 dan dikatakan akan siap pada tahun 2014 (tapi) sehingga kini masih lagi tidak siap,” jelasnya.

Justeru kata beliau, Lawatan Berinfomasi anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu ke Tasik itu, membenarkan apa yang menjadi sungutan rakyat Terengganu.

“Kami dimaklumkan kos pembinaan (semua projek) sehingga kini mencecah hampir RM1 biliom dengan ekonomi yang merudum dan harga barang semakin naik,

“Akhirnya projek tersebut hanya untuk (keuntungan) kroni sahaja dan rakyat juga yang menderita ………. cukup cukuplah…. …jom kita realisasikan slogan PAS GANTI UMNO,” seru Zarani.

Sumber BO - 5-8-2017








































































































































































































Bukit Maras Botak, Penduduk Bimbang

Batu Rakit, SETIU – Penduduk Maras, Batu Rakit menzahirkan kebimbangan mereka seraya tertanya-tanya akan keadaan bukit di kampung mereka kini gondola, sebahagiannya kerana ditebas dan tebang oleh pihak tertentu.

Seorang warga qaryah itu, Zakaria Nong, berkata beliau mendapat ‘khabar angin’ bukit yang dahulunya menghijau tetapi kini ‘botak’ kerana akan di jadikan sebagai tempat lokasi rekreasi oleh para ‘peluncur para’ (Paragliding), satu aktiviti sukan lasak.

Namun katanya, tiada pihak berwajib yang mengesahkan perkata tersebut dan tiada pemakluman dari wakil rakyat, Bazlan Abdul Rahman.

“ada orang kata nak buat main ‘glider’, tapi kita orang kampung tidak diberitahu siapa pemaju dan tidak ada apa-apa maklumat tentang projek ini,

“cikgu Bazlan (ADUN) pun tak beritahu apa-apa, ” katanya ketika di temui.
Sehubungan itu, bekas Ketua PAS Cawangan kampung tersebut Jusoh Mohd menggesa kerajaan menjelaskan perkara tersebut kerana mereka bimbang ia akan merosakkan alam sekitar dan kebun durian penduduk.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, sumber bekalan air kampung itu adalah bergantu dari kawasan tersebut.

“orang kampung ada guna air bukit, dulu kita buat takungan air gotong royong dengan pejabat kesihatan untuk kegunaan orang kampung,

“bila ada pembangunan…….ditebas dan ditebang, sumber air akan tercemar, musim hujan nanti air mesti kotor,” tegas beliau.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, pokok-pokok kayu balak dalam kawasan itu juga ditebang yang sudah pasti akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.

Namu begitu, beliau melahirkan rasa hairan kerana katanya, pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kampung Maras juga tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku atas bukit itu.

“saya tanya dan ‘risik-risik’ dengan JKKK tapin mereka juga taka da maklumat pasal perkara itu…….jadi siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab,

“ jadi saya harap wakil rakyat dapat tampil memberi penjelasan kepada penduduk kampung dengan segera, ” kata beliau.

Sumber BO - 5-8-2017









































































































































































































‘Sandiwara’ Momokkan Rakyat

Saya mengambil sedikit masa untuk menulis beberapa isi penting berkenaan Pulau Bebas Cukai di Kenyir, yang baharu dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Ogos lalu. Saya tidak mempunyai perkataan utama lain selain daripada menyatakan bahawa ini adalah SANDIWARA Umno yang cuba memomokkan rakyat dengan lakonan perasmian ini.

Umno Terengganu sebenarnya berkeyakinan bahawa jika tidak dirasmikan sekarang, Kenyir akan menjadi masalah besar bagi mereka dalam menghadapi PRU 14 nanti kerana projek yang hampir menjadi gajah putih itu, jika tidak dicat dengan warna lain, sekurang-kurangnya warna kelabu, bakal menumbangkan mereka di Terengganu. Sayang, Umno yang sentiasa lupa akan kebijaksanaan rakyat Terengganu, menganggap rakyat Terengganu akan dapat diperbodohkan mereka begitu sahaja.

Beberapa portal atau penulis-penulis upahan, begitu galak menari-narikan jari jemari mereka mengikut rentah irama yang dimainkan Umno dengan memberikan pandangan positif dari pelbagai sudut dan mereka pula begitu rakus menerkam dengan makian, cacian atas segala komen negatif terhadap Pulau Bebas Cukai ini. Amat jelas ia menjadi petunjuk betapa pentingnya projek di Kenyir ini demi survival politik Umno. Sememangnya kerja mereka dalam mendungukan pemikiran rakyat.

Tetapi sayang, ini semua telah dibuktikan dengan kehadiran sejumlah orang yang terpaksa hadir, dengan hanya tiga buah kedai dibuka sewaktu acara perasmian kepada projek yang rakus bagaikan ikan tapah di dalam Tasik Kenyir, menelan hampir RM1 billion wang rakyat Terengganu. Majlis itu juga meninggalkan jauh Pulau Bayas yang dianggarkan perbelanjaannya ratusan juta itu jauh ke tengah, kerana ianya hanya diadakan di sebelah tanah utama di Pengkalan Gawi. Apakah makna perasmian ini? Bolehkah diterima akal apabila perasmian dibuat di tempat lain sedangkan lot perniagaan di tempat lain? Teramat bodohkan rakyat Terengganu sehingga sebegitu hina cara Umno mahu menipu rakyat? Bukankah semua rakyat Terengganu tahu yang Kompleks Bebas Cukai itu hanya siap pada 2018? Jadi untuk apa perasmian ini?

Sebenarnya tidak perlu rakyat melihat mahupun meramal masa depan projek ini. Cukuplah sekiranya rakyat menyewa bot dan membuat tinjauan sendiri ke lokasi-lokasi seperti Taman Burung yang sudah ditinggalkan hampir tiga tahun lalu- RM8 juta, Taman Tropika RM7.6 juta, Taman Rambutan yang tiada buah-RM2 juta, Taman Orkid yang tiada orkid RM8.6 juta, Taman Rama-Rama RM11 juta dan beberapa lagi taman-taman yang terbiar, terbengkalai atau musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Cukuplah itu sebagai penanda aras sebenar kepada nasib Pulau Bayas sebagai Pulau Bebas Cukai. Begitu juga nasib amphicoach iaitu dua bas dua alam yang bernilai RM6 juta, yang hanya dapat dilihat kemunculannya di dalam video sahaja. Bak kata orang boleh tengok tapi tak boleh dipegang.

Begitulah wang rakyat Terengganu dihilangkan oleh Umno. Masih ingatkah anda dengan Monsun Cup? Ianya gah dikhabarkan akan mendapat liputan dunia dan Terengganu bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah. Kepala rakyat ditenyeh-tenyeh mereka agar menerima cerita Umno bahawa ini adalah projek menguntungkan rakyat, namun setelah lebih RM1 billion ditenggelamkan di dasar Sungai Terengganu ataupun masuk ke poket kroni-kroni mereka, penduduk di Pulau Duyung masih begitu juga keadaan ekonomi mereka walaupun pernah diberi harapan bahawa mereka akan untung berniaga kerepok, air tebu dan sebagainya ketika pertandingan Monsun Cup berjalan. Rupanya tidak kemana. Duit rakyat disapu kroni, kerepok dan air tebu yang tak habis dimakan sendiri.

Kini mereka datang lagi, tetapi dengan MB yang sudah bertukar wajah, setelah berkelahi dan bercakaran sesama sendiri. Kali ini dengan janji kepada rakyat Kuala Berang pula untuk memberikan kemajuan kepada Kenyir dan rakyat akan mendapat manfaatnya. Dapat atau tidak manafaat kepada rakyat, itu belum pasti, tetapi yang pasti, wang rakyat Terengganu hampir RM1 billion untuk projek ini, sudahpun masuk ke kocek-kocek kroni-kroni mereka, yang ramai juga bukan rakyat Terengganu. Begitulah, proses ini akan berulang-ulang, berterusan jika sekiranya rakyat Terengganu masih sanggup dibodohkan Umno. Jangan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Ini bukan sifat orang mukmin. Terengganu Darul Iman, negeri orang yang beriman, rakyatnya insyaAllah beriman.

Lihat sahajalah nanti janji memberi lot tanah oleh MB, ia akan menjadi bahan ugutan kepada pengundi. Janji ini berlaku secara ‘kebetulan’ dekat dengan PRU yang dijangka paling lewat sebelum Mei 2018. Percayalah 5900 lot tanah itu tidak akan diberikan secara sah kepada penerima sebelum PRU. Yang diberikan ialah hanya geran sementara yang boleh ditarik balik bila-bila masa. Ia sudah terbukti, percayalah.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
11 Zulqaedah 1438 / 4 Ogos 2017

Sumber BO - 4-8-2017










































































































































































































Umno Cuba Sekat Usaha PAS Bersama Masyarakat

SETIU – Umno sering melakukan pelbagai ‘makar’ untuk cuba menyekat PAS bersama masyarakat.
Seorang penduduk Kampung Padang Kemunting di sini, Fatimah Abdullah, 69, kesal kerana tindakan beberapa pemimpin Umno setempat yang menghalang dan cuba merampas sebuah surau yang menjadi premis bagi aktiviti kemasyarakatan.

“surau Tanjung Kedepan tu asal buat untuk orang ramai……….(tapi) bila orang (pemimpin) Umno dok benar orang PAS sembahyang, sebab dia kata surau lama tu surau dia,” ujarnya

Beliau yang ditemui berkata, surau yang dibina pada tahun 2007 itu adalah hasil usaha dan sumbangan orang ramai di atas tanah yang diwakafkan oleh pengasasnya, Almarhum Haji Muda Abdullah.

Warga emas yang selesa disapa sebagai ‘Mok Da’ itu berkata, orang kampung sukacita dan bersyukur kerana adanya surau tersebut, pelbagai aktiviti majlis ilmu dapat diadakan.

Malah kata beliau, ramai kaum wanita di kampung itu yang kini pandai dan menjadi pengajar mengaji Al-Quarn adalah kerana hasil tunjuk ajar Almarhum Haji Muda.

Katanya, walaupun Almarhum sudah meninggal baru-baru ini, kelas pengajian masih diteruskan dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut.

Sehubungan itu, cucu kepada arwah Haji Muda, Aminah Razak, turut dukacita dengan tindakan pemimpin Umno kampung terbabit.

“Jadi sekarang ni, surau nilah tempat buat aktiviti penduduk kampung…..sekarang (pemimpin) Umno sekat,

“tujuan mereka untuk menghalang usaha murni PAS dan menyekat penduduk kampung hidup subur dengan agama Allah,” jelasnya.

Justeru itu, penduduk kampung terbabit telah berganding bahu untuk mendirikan surau baharu, menggganti premis lama itu, sebagai pusat aktiviti.

“Alhamdulillah, walaupun dia kuasai surau lama….tapi tak  berjaya memakmurkan masyarakat,
“surau baru ni hidup, tapi surau lama tu, nampak lesu,” ujar beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Cawangan Padang Kemunting.

Sumber BO - 4-8-2017











































































































































































































Insentif Veteran Tentera Hanya Umpan Pilihan Raya

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Bekas tentera menyifatkan insentif yang diumumkan Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk veteran tentera minggu lalu, hanyalah sebagai umpan pilihan raya semata-mata.

Kapten (B) Zulkifli Muda berkata, apa yang PM umum itu sama sahaja dengan kenyataan yang aka diberikan kepada warga peneroka Felda pada minggu lalu

Katanya, ia adalah perkara yang sepatutnya diperolehi oleh berkas-bekas tentera namun dipendam sejak 10 tahun yang lalu.

“yang ni (janji insentif) sebagai umpan untuk pilihan raya sebagaimana tahun lepas semasa sebelum pilihan raya tahun 2013.

“bekas tentera dia (janji) bagi RM1000 ‘one off’ ketika itu tetapi semua bekas-bekas tentera lain yang bersara selepas 2013 tak ada pula dia bagi……….Tiba-tiba hari ini dia bagi inisiatif,

“Kenapa perlu tunggu umur 60 tahun baru boleh dapat bantuan?.Kalau dia uzur, dia hilang upaya ketika umur 40, 50, apa dia nak buat?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Perdana menteri Malaysia itu seperti dilaporkan media massa baru-baru ini.

Menurutnya, sepatutnya pencen hilang upaya itu diberi pada kadar tahap kesihatan yang disahkan oleh doktor.

“(bila disahkan doktor) kena bayarlah pencen hilang upaya dia (bekas tentera) sebagaimana Socso bagi kakitangan swasta sekiranya suami dia ataupun pekerja itu hilang upaya, Socso boleh bayar,
“tapi kenapa bekas tentera dan anggota tentera yang berkhidmat, hilang upaya dalam perkhidmatan, baru sekarang nak bagi. Kenapa tak bagi dulu?,

“Kenapa Najib tak sentuh tentang hak sebenar anggota tentera untuk mendapatkan tanah pertanian dan juga tanah perumahan. Tak disentuh sampai ke hari ni pun,” soalnya lagi.

Bahkan katanya, berapa ramai bekas tentera yang tidak mendapat pembelaan kerajaan yang tidak dapat tanah dan tidak ada rumah.

Jelas beliau, ramai dikalangan mereka yang duduk di rumah setinggan atau pun ‘rumah haram’, dan lebih malang, mereka dihalau oleh kerajaan

“Hak (perkara) sebenar tak bagi, hak tambahan saja. Kita tak nafilah kamu bagi tambahan (namun tambahan tersebut) umpama bangunan lama yang di cat baru je,

“Kalau dulu tak de Jabatan Hal Ehwal Veteran….pencen kakitangan tentera yang berpencen dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,

“Bila Jabatan Veteran ambil alih, pindah saja ke Jabatan Veteran.

“Sebelum jabatan ni wujud telahpun ada Jabatan Bantuan Kebajikan Masyarakat oleh jabatan kerajaan yang lain. Bila Jabatan Veteran wujud dan ambil alih, bayaran kebajikan tu dia tukar ke Jabatan Veteran,

“benda yang serupa je……kaedah yang serupa. Cuma di ambil alih oleh Jabatan Veteran,” tegas Zulkifli

Sumber BO - 4-8-2017















































































































































































































Pelancaran Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir hanya gimik?

PELANCARAN Jualan Bebas Cukai di Tasik Kenyir oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Ogos lalu hanya mengabui pemikiran rakyat dan gimik pilihan raya semata-mata. 
Pengarah Plihan Raya Dewan Muslimat negeri, Shamsiah Abu Bakar berkata, rakyat yang percaya bahawa Kompleks Bebas Cukai Kenyir telah beroperasi sebenarnya telah terpedaya dengan propaganda Umno dan Barisan Nasional. 
Hakikatnya kata beliau, kompleks tersebut masih belum siap dan tergendala dari rancangan asal pembinaannya. 
“Pelancaran zon bebas cukai yang kononnya dibuka MB itu bukanlah jualan yang dibuat pada kompleks bebas cukai tersebut kerana kompleks itu sebenarnya belum siap lagi.
“Jualan yang diuar-uarkan oleh media massa sebenarnya hanya dalam empat buah khemah (booth) yang dirikan sementara di Pengkalan Gawi,” jelasnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Lawatan Berinformasi Dewan Muslimat PAS Terengganu ke Tasik Kenyir, semalam. 
Katanya, bukan sahaja projek bebas cukai itu terbengkalai bahkan hampir semua projek pembangunan pelancongan Tasik Kenyir sama ada tidak siap, rosak atau belum siap.
“Rakyat rasa tertipu apabila melihat sendiri Pulau Zon Bebas Cukai yang masih terbengkalai serta pembaziran penggunaan wang rakyat oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional melalui projek yang dilaksanakan tanpa kajian yang terperinci,” jelasnya. 
Menurut beliau, selama ini perkhabaran itu hanya didengar melalui ceramah dan program penerangan yang dianjurkan PAS. 
“Hasil dari lawatan hari ini makin ‘terasa’ betapa kerajaan yang ada langsung tidak merasa bersalah dengan melaksanakan projek ratusan juta yang terbengkalai dan terbiar sebegitu," ujarnya 
Justeru itu, beliau berikrar akan terus mendedahkan penyelewengan dan salah urus yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN kepada rakyat negeri itu. 
“Kami akan terus memberi penerangan kepada masyarakat agar mereka sedar dan sama-sama merasa bertanggungjawab menghentikan kezaliman serta pembaziran ke atas wang rakyat Terengganu ini,” kata beliau. 
Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pengundi pada pilihan raya umum akan datang membuat perubahan dengan memberi mandat kepada PAS untuk mentadbir negeri itu.












Sumber HD - 4-8-2017 














































































































































































































Kenyir tak ubah seperti Monsun Cup

SAYA mengambil sedikit masa untuk menulis beberapa isi penting berkenaan Pulau Bebas Cukai di Kenyir, yang baharu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Ogos lalu. Saya tidak mempunyai perkataan utama lain selain daripada menyatakan bahawa ini adalah 'sandiwara' Umno yang cuba memomokkan rakyat dengan lakonan perasmian ini. 
Umno Terengganu sebenarnya berkeyakinan bahawa jika tidak dirasmikan sekarang, Kenyir akan menjadi masalah besar bagi mereka dalam menghadapi PRU14 nanti kerana projek yang hampir menjadi gajah putih itu, jika tidak dicat dengan warna lain, sekurang-kurangnya warna kelabu, bakal menumbangkan mereka di Terengganu. Sayang, Umno yang sentiasa lupa akan kebijaksanaan rakyat Terengganu, menganggap rakyat Terengganu akan dapat diperbodohkan mereka begitu sahaja. 
Beberapa portal atau penulis-penulis upahan, begitu galak menari-narikan jari jemari mereka mengikut rentak irama yang dimainkan Umno dengan memberikan pandangan positif dari pelbagai sudut dan mereka pula begitu rakus menerkam dengan makian, cacian atas segala komen negatif terhadap Pulau Bebas Cukai ini. Amat jelas ia menjadi petunjuk betapa pentingnya projek di Kenyir ini demi survival politik Umno. Sememangnya kerja mereka dalam mendungukan pemikiran rakyat. 
Tetapi sayang, ini semua telah dibuktikan dengan kehadiran sejumlah orang yang terpaksa hadir, dengan hanya tiga buah kedai dibuka sewaktu acara perasmian kepada projek yang rakus bagaikan ikan tapah di dalam Tasik Kenyir, menelan hampir RM1 bilion wang rakyat Terengganu. Majlis itu juga meninggalkan jauh Pulau Bayas yang dianggarkan perbelanjaannya ratusan juta itu jauh ke tengah, kerana ianya hanya diadakan di sebelah tanah utama di Pengkalan Gawi. Apakah makna perasmian ini? 
Bolehkah diterima akal apabila perasmian dibuat di tempat lain sedangkan lot perniagaan di tempat lain? Teramat bodohkan rakyat Terengganu sehingga sebegitu hina cara Umno mahu menipu rakyat? Bukankah semua rakyat Terengganu tahu yang Kompleks Bebas Cukai itu hanya siap pada 2018? Jadi untuk apa perasmian ini? 
Sebenarnya tidak perlu rakyat melihat mahupun meramal masa depan projek ini. Cukuplah sekiranya rakyat menyewa bot dan membuat tinjauan sendiri ke lokasi-lokasi seperti Taman Burung yang sudah ditinggalkan hampir tiga tahun lalu bernilai RM8 juta, Taman Tropika (RM7.6 juta), Taman Rambutan yang tiada buah (RM2 juta), Taman Orkid yang tiada orkid (RM8.6 juta), Taman Rama-Rama (RM11 juta) dan beberapa lagi taman-taman yang terbiar, terbengkalai atau musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Cukuplah itu sebagai penanda aras sebenar kepada nasib Pulau Bayas sebagai Pulau Bebas Cukai. Begitu juga nasib amphicoach iaitu dua bas dua alam yang bernilai RM6 juta, yang hanya dapat dilihat kemunculannya di dalam video sahaja. Bak kata orang boleh tengok tapi tak boleh dipegang. 
Begitulah wang rakyat Terengganu dihilangkan oleh Umno. Masih ingatkah anda dengan Monsun Cup? Ianya gah dikhabarkan akan mendapat liputan dunia dan Terengganu bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah. Kepala rakyat ditenyeh-tenyeh mereka agar menerima cerita Umno bahawa ini adalah projek menguntungkan rakyat, namun setelah lebih RM1 bilion ditenggelamkan di dasar Sungai Terengganu ataupun masuk ke poket kroni-kroni mereka, penduduk di Pulau Duyung masih begitu juga keadaan ekonomi mereka walaupun pernah diberi harapan bahawa mereka akan untung berniaga keropok, air tebu dan sebagainya ketika pertandingan Monsun Cup berjalan. Rupanya tidak ke mana. Duit rakyat disapu kroni, keropok dan air tebu yang tak habis dimakan sendiri. 
Kini mereka datang lagi, tetapi dengan MB yang sudah bertukar wajah, setelah berkelahi dan bercakaran sesama sendiri. Kali ini dengan janji kepada rakyat Kuala Berang pula untuk memberikan kemajuan kepada Kenyir dan rakyat akan mendapat manfaatnya. Dapat atau tidak manfaat kepada rakyat, itu belum pasti, tetapi yang pasti, wang rakyat Terengganu hampir RM1 bilion untuk projek ini, sudahpun masuk ke kocek-kocek kroni-kroni mereka, yang ramai juga bukan rakyat Terengganu. Begitulah, proses ini akan berulang-ulang, berterusan jika sekiranya rakyat Terengganu masih sanggup dibodohkan Umno. Jangan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Ini bukan sifat orang mukmin. Terengganu Darul Iman, negeri orang yang beriman, rakyatnya insya Allah beriman.
Lihat sahajalah nanti janji memberi lot tanah oleh MB, ia akan menjadi bahan ugutan kepada pengundi. Janji ini berlaku secara ‘kebetulan’ dekat dengan PRU yang dijangka paling lewat sebelum Mei 2018. Percayalah 5900 lot tanah itu tidak akan diberikan secara sah kepada penerima sebelum PRU. Yang diberikan ialah hanya geran sementara yang boleh ditarik balik bila-bila masa. Ia sudah terbukti, percayalah. 
Lihat sahajalah nanti janji memberi lot tanah oleh MB, ia akan menjadi bahan ugutan kepada pengundi. Janji ini berlaku secara ‘kebetulan’ dekat dengan PRU yang dijangka paling lewat sebelum Mei 2018. Percayalah 5,900 lot tanah itu tidak akan diberikan secara sah kepada penerima sebelum PRU. Yang diberikan ialah hanya geran sementara yang boleh ditarik balik bila-bila masa. Ia sudah terbukti, percayalah. Wallahua’lam. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
11 Zulqaedah 1438 / 4 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 4/8/2017













Sumber HD - 4-8-2017 















































































































































































































Zon Bebas Cukai Kenyir Bukan Untuk Bantu Rakyat

(Gambar atas – Pulau Burung yang terbiar…..akan turut menjadi lokasi Lawatan Berinformasi, Muslimat PAS Terengganu)
Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Projek Zon Bebas Cukai yang dibangunkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Tasik Kenyir adalah suatu pembaziran dan bukan dibina atas dasar mahu membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu ‘masuk poket sendiri’.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia sepatutnya dibangunkan di bandar Kuala Berang yang mana dari sudut perhubungan, jalanraya dan infrastruktur sudah mencukupi.

“Malah dari aspek pengangkutan yang hanya mengharapkan bot dan house boat tidak memberi nilai ekonomi yang baik kepada pelancong mahupun peniaga,

“Kos membawa barangan sangat tinggi dan ia pastinya akan menyebabkan peniaga menaikkan harga jualan apabila zon bebas cukai ini nanti siap sepenuhnya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas mengenai program Lawatan Berinformasi Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Maznah Muftahuddin berkata, pihaknya menganjurkan satu lawatan ke Tasik Kenyir bagi meninjau tantang projek yang tergendala itu.

Katanya, lawatan sehari menaiki ‘rumah bot’ akan mendedahkan maklumat projek-projek pelancongan yang menelan wang rakyat lebih RM300 juta.

“Lawatan ini akan diadakan pada 3hb Ogos bagi memberi pendedahan kepada tenaga kempen (petugas) parti cara-cara memahami isu-isu dan menyebarkannya kepada rakyat,

“tujuannya agar para penceramah dan jentera kempen parti berpengetahuan tentang isu-isu yang berlegar disekeliling masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, rombongan seramai lebih 40 orang itu akan dilepaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustas Kamaruzaman Abdullah.

Oleh itu, beliau berharap agar tenaga kempen parti dan penceramah Muslimat dapat melihat sendiri dengan mata mereka dan memberi keyakinan kepada masyarakat tentang projek membazir itu.

Seorang peserta lawatan, Nur ‘Afini Yahaya, 24, ketika ditemui berkata, lawatan itu akan dapat membuka minda para peserta tentang situasi sebenar.

“Saya harap tenaga kempen parti dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas dalam memahami sesuatu isu secara fakta dan realiti,

(Gambar bawah – Taman Botani di Pulau Selimbar Tasik Kenyir masih semak samun)

“Seperti yang dimaklumkan, lawatan kali ini padat bersama taklimat dan pencerahan serta aktiviti-aktiviti yang akan melatih kemahiran para petugas,” ujarnya.

Beliau mengakui sangat teruja dapat menyertai lawatan tersebut yang kali kali pertama diadakan oleh Muslimat Negeri Terengganu.

Seorang lagi peserta yang ditemui, Siti Ruqayah Mohd Akahsah, 31, berkata, “lawatan ini akan memberi manfaat kepada kami ‘ para peserta’ sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim di antara kami insya-Allah,

“Saya berharap dapat sesuatu yg boleh ‘ improve skills’ penulisan dan ‘presentation’ dan yang paling penting moga kehadiran esok dapat membantu kelancaran program jemaah,” katanya.

Sumber BO - 3-8-2017



















































































































































































































Perniagaan Seiring Dakwah, Menanti ‘Sebuah Daulah’

Sabasun satu nama sektor peruncitan yang amat dekat dengan orang ramai negeri Terenggan denga slogannya ‘Murah Sokmo’.

Ia merupakan gedung ‘Hyperruncit’ yang tidak asing lagi terutamanya bagi buat penduduk sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Bangunannya tersergam ‘gah’ berwarna merah di dua lokasi strategik iaitu di pinggir bandar Kuala Terengganu dan di Gong Badak berhampiran Stadium Sultan Zainal Abidin.

Che Salmi Che Ibrahim yang merupakan Pengarah Urusan di syarikat Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd. Yang juga pelopor kepada syarikat terbabit telah memulakan perniagaan pada 2 April 1995.

Sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan, beliau adalah seorang pensyarah sepenuh masa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang sekarang ini dikenali sebagai UniSZA telah berkhidmat selama 5 setengah tahun di institusi pengajian tinggai itu.

Dengan tekad dan keazaman yang tinggi, Che Salmi telah menceburkan diri sepenuh masa dalam bidang peruncitan bermula dari tahun 1995 sehinggalah ke saat ini, yang sudah memakan masa lebih dari 22 tahun.

Menurutnya, pada ketika awal mula menceburkan diri dalam bidang berkaitan, terus terang beliau katakana, beliau tidak mempunyai pengalaman ataupun mempunyai ilmu-ilmu yang lengkap untuk menjalankan perniagaan runcit.

Namun, sunnah nabi SAW sendiri, yang termaktub dengan jelas memulakan ‘karier’ Baginda sebagai peniaga sedangkan Muhammad adalah seorang ‘ummi’, tidak tahu membaca dan menulis.

“Tak pernah pergi Universiti……..Tak pernah belajar pasal ‘business study’……..tetapi Baginda telah berjaya membuktikan bahawa Baginda merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya,” ujar beliau ketia ditemu bual pada Sabtu, 29 Julai.
Bertitik tolak dari situlah maka perjalanan perniagaan ini bermula dengan ‘try and error’, beliau mencuba sesuatu yang salah dan kemudian memperbetulkan dan terus belajar dari masa ke semasa.
Kerana sesungguhnya menurut beliau, dalam bidang perniagaan 60% keputusan yang dibuat adalah logic yang tidak semestinya kita kena ada Ilmu.

“60% tu logik dan 40% tu ilmu yang mana kita dapat cari kemudian,

“Kita dapat ‘gain’(memperolehi ilmu) kemudian dalam perjalanan perniagaan kita. Kalau kita lihat dalam perniagaan ini kita lalui seharian yang akan hanya melibatkan pengiraan campur tolak darab dan bahagi,” jelasnya.

Dan ia adalah sangat ‘simple’ sebenarnya, kerana selama tempoh 20 tahun perniagaan Sabasun yang bermula dengan lima orang pekerja dan dibantu ahli keluarga sehinggalah pada hari ini, Sabasun telah berjaya menawarkan 330 pekerjaan kepada kepada, semuanya anak tempatan 100%.
Cukup menarik kerana Sabasun digerakkan dengan tidak menggunakan tenaga luar, samada ‘Bangla’ atau ‘ Nepal’ kerana Che Salmi, percaya bahawa peluang kerja yang ada ni sepatutnya diberikan anak tempatan terlebih dahulu daripada orang asing.

Berdakwah Satu Kewajipan


Justeru, Sabasun Hyper Runcit telah membuktikan bahawa anak Terengganu boleh duduk sama rendah, dan boleh berdiri sama tinggi, boleh bersaing sama maju dengan bangsa lain serta perniagaan runcit asing.

Selain berjaya dalam bidang perniagaan, Che Salmi juga aktif dalam bidang dakwah terutamanya kepada ‘orang asal, disamping sering menyertai misi-misi bantuan antarabangsa dan domestik.

Menurut berliau, masyarakat orang asli di seluruh Malaysia sangat ramai dengan kedudukan mereka bertebaran terutamanya di muka bumi yang luas seperti di negeri Sarawak , Sabah dan tidak ketinggalan di negeri Terengganu sendiri, serta seperti di negeri-negeri lain semenanjung.

Dalam masa yang sama, Jabatan Agama dengan kerjasama pegawai- pegawai agama yang sedia ada tidak mencukupi untuk buat ‘follow up’ menyantuni semua masyarakat ‘orang asal’ yang ada.

“Maka dengan itu NGO-NGO bergerak…… seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan sebagainya telah mengambil peranan ini untuk sama-sama menampung dimana kekurangan yang patut dilakukan oleh pihak berwajib,

“Kami cuba untuk menampungnya dengan cara menggemblengkan semua tenaga yang ada di bawah NGO-NGO yang telah sedia ada dan terus menjalankan kerja-kerja misi dakwah dan juga kemanusian,

“bagi membantu meringankan beban hidup masyarakat orang asli dalam masa yang sama bagi menambahkan lagi ilmu yang sedia ada dalam bidang feqah dan sebagainya,” ujar Che Salmi
Beliau berpendirian dakwah adalah merupakan tanggungjawab bagi setiap seorang yang bergelar muslim.

Ia adalah suatu kewajipan, tidak kira kepada yang kaya ataupun miskin kerana Rasullullah SAW telah bersabda menngarahkan umat untuk menyampaikan Islam kepada sesiapa sahaja, walaupun dengan sepotong ayat.

Di dalam Al-quran juga, Allah Ta’ala berkali-kali memberi peringatan ataupun memberi motivasi kepada dengan perintah dakwahnya, jika sesorang Islam menolong membantu agamaNya maka Allah Taala akan memudahkan segala urusan individu itu diatas muka bumi ini.

“Insya Allah maka oleh sebab itu kita rasa sama-sama terpanggil untuk membina masyarakat Islam yang lebih madani untuk bersedia menghadapi sebuah negara (Daulah) Islam yang sebenarnya pada suatu hari nanti,” tambah beliau.

Sumber BO - 2-8-2017























































































































































































































Kerajaan Terengganu gagal tangani hakisan pantai

ISU hakisan pantai di Terengganu yang masih gagal ditangani oleh pihak kerajaan. 
Meskipun telah ada pandangan penyelesaian oleh pihak pakar, namun langkah sewajarnya masih belum diambil oleh pihak yang berkenaan. 
Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali telah membangkitkan isu tersebut di Parlimen sebentar tadi. 
Isu ini telah berlarutan sejak Januari lalu. Antara kawasan yang terjejas termasuklah Pantai Mengabang Telipot dan Pengkalan Maras. – HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD -2-8-2017 






















































































































































































































Apa nasib pusat bebas cukai Pulau Bayas, Kenyir?

PELANCARAN Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di premis sementara di Pengkalan Gawi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tanggal 1 Ogos 2017 dilihat langkah terdesak Kerajaan Negeri Terengganu setelah berkali-kali membuat pengumuman untuk membuka operasi pusat bebas cukai itu. Janji baru untuk rakyat, Kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas akan dibuka tahun hadapan iaitu pada Ogos 2018. 
Dengan pelancaran itu bermakna Terengganu berjaya memiliki sebuah zon bebas cukai, tetapi masih banyak ketidakpastian dan kesamaran yang menuntut penjelasan telus daripada pihak kerajaan negeri. Agak menarik dengan premis sementara ini, para peniaga dan pengunjung dapat mengadakan penilaian pada aspek hasil jualan dan harga pembelian sama ada setara kekal atau berlaku peningkatan antara dua premis dan dua masa tersebut. Bagi pengusaha, perbandingan hasil jualan antara premis sementara selama setahun dan premis kekal akan dapat melihat perbezaan antara keduanya. Pelanggan juga dapat meninjau samada harga yang ditawarkan kekal antara dua premis tersebut ataupun tidak. 
Pembangunan mega melibatkan wang rakyat serta penggunaan kawasan seluas 65,417 hektar di Pulau Bayas itu juga perlu diteliti terhadap manfaat pada setiap nilai yang dibelanjakan. Difahamkan perbelanjaan pembangunan mengikut pakej adalah seperti berikut:- 
(a) Pakej 1, Bangunan Terminal Utama, Jeti Penumpang dan Jeti Servis dan kerja berkaitan di Kenyir Trade Centre Pulau Bayas dengan kos sebanyak RM75 juta (termasuk VO). 
(b) Pakej 2, Membina dan menyiapkan Kompleks Membeli Belah dan kerja-kerja berkaitan  di Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas dengan kos sebanyak RM62 juta (termasuk VO). 
(c) Pakej 3, Membina dan menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan  Tinggi & Rendah dan kerja berkaitan di Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas dengan kos sebanyak RM8.9 juta. 
(d) Pakej 4, Membina dan menyiapkan Jalan Servis, Laluan Pendaratan Bot, Hentian  Rehat, Buggy Station, Buggy Lay-By, Wakaf, Sistem Paip Air Retikulasi, Sistem Paip Air Kumbahan Dan Kerja-kerja Berkaitan di Kenyir Trade Centre Di Pulau Bayas dengan kos sebanyak RM23 juta (termasuk VO). 
(e) Pakej 5, Membina dan menyiapkan Sistem Rawatan Air, Sistem Rawatan Kumbahan Dan Kerja-kerja Berkaitan di Kenyir Trade Centre Di Pulau Bayas dengan kos sebanyak RM23 juta (termasuk VO). 
(f) Pakej 6, Membina dan menyiapkan Jalan Servis PPU TNB ke SSU Pulau Bayas, Tasik Kenyir dengan kos sebanyak RM11 juta. 
Pakej 3 sebagai contoh, memiliki kemajuan kerja yang paling perlahan berbanding semua pakej yang lain di Pulau Bayas dan seolah-olah langsung tiada kemajuan semenjak awal tahun ini. Sedangkan pakej tersebut merupakan nadi bagi keseluruhan komponen di Pulau Bayas kerana ia bertanggungjawab membekalkan elektrik ke semua kemudahan yang ada dalam kawasan tersebut. 
Manakala pembangunan di Pengkalan Gawi pula memiliki tiga pakej utama dengan perbelanjaan seperti berikut: 
(a) Membina dan Menyiapkan Bilik Pentadbiran Dan Lain-lain kerja Berkaitan Di Kompleks Kastam Diraja Malaysia dengan kos sebanyak RM6.3 juta. 
(b) Pembinaan Kuarters Perumahan Kastam dengan kos sebanyak RM20 juta.
(c) Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Marina Pengkalan Gawi dan Jambatan ke Pulau Poh di Tasik Kenyir dengan kos sebanyak RM330 juta. 
Juga terdapat terdapat komponen sokongan di Pengkalan Gawi yang melibatkan kos seperti berikut:- 
(a) Kerja-kerja Tanah Bagi Pembangunan Kuarters Perumahan Kastam Di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dengan kos sebanyak RM2.38 juta. 
(b) Membina dan Menyiapkan Pagar Persempadanan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir dengan kos sebanyak RM1.39 juta. 
(c) Bekalan elektrik ke Pulau Bayas daripada Kuala Ping dengan kos sebanyak RM31.9 juta. 
Apakah benar, jumlah keseluruhan kos asal (termasuk jumlah Variation Order/VO) adalah sebanyak RM600 juta? Rakyat sememangnya tidak  mengetahui jumlah wang yang telah dibelanjakan buat masa ini. Melainkan pihak kerajaan negeri sedia untuk mendedahkannya kepada umum. Apatah lagi perkembangan projek di Pulau Bayas dilihat pada tahap amat mendukacitakan. Ini menimbulkan keraguan yang sangat menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan negeri. Isu ini pernah diketengahkan dalam kenyataan saya sebelum ini. Sila rujuk: 
http://buletinonline.net/v7/index.php/pembangunan-pusat-bebas-cukai-di-pulau-bayas-memperjudikan-wang-rakyat-terengganu/. 
Selain perbelanjaan yang besar, kemajuan kerja juga melibatkan tuntutan Lanjutan Masa (Extension Of Time/EOT).  Lanjutan Masa melibatkan tempoh yang lama bagi kebanyakan projek. Dalam konteks pembinaan, kelewatan penyiapan projek bermaksud masa yang telah berlalu dan telah melepasi tempoh kontrak atau melepasi tarikh yang dipersetujui untuk menyiapkan projek. Kedua situasi ini, lazimnya menyebabkan kos kontrak akan meningkat. Soalnya, berapakah jumlah kos kontrak ini ditanggung pihak kerajaan? Sebagai contoh, tarikh untuk projek disiapkan pada 28 September  2013 tapi EOT yang diperolehi sehingga 2018. Apakah ini wajar? 
Meskipun demikian, kami tetap menghargai jasa dan daya usaha para pegawai dari semua jabatan yang terlibat dalam menjayakan agenda pusat bebas cukai di Pulau Bayas ini.  Namun isu berkaitan operasi dan pengurusan kompleks tersebut dalam tempoh mendatang masih menjadi suatu persoalan yang amat besar. Dikhuatiri pendapatan yang bakal dijana hasil sewaan kiosk dan gerai tidak mampu menampung kos operasi kompleks bebas cukai tersebut yang akhirnya memerlukan suntikan dana yang berterusan dari pihak kerajaan yang pasti membebankan kantung kewangan negeri. 
Jumlah gerai dan peniaga yang ditempatkan pada premis sementara yang dirasmikan pada hari ini adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah lot dan kiosk yang bakal wujud di premis kekal di Pulau Bayas kelak tidak mencerminkan pelan perniagaan yang ingin diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri sebagai tarikan pelancong ke destnasi ini. 
Tambahan, jumlah pelancong yang disasarkan hanya sekitar 750,000 bagi tahun 2017. Tahun 2017 pula merupakan Tahun Melawat Terengganu adalah amat sedikit berbanding unjuran tahun 2015 yang menerima pengunjung sekitar 706,222 orang. Boleh jadi, janji bahawa operasi sepenuhnya pada Ogos 2018 hanyalah gula-gula menjelang PRU14, sedang aktiviti pembangunan kelihatan semakin merosot dan suram. 
"Sejahtera Bersama Islam"
YB HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Adun Tepoh / Timbalan Ketua DPPNT - HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 
























































































































































































































Audit: Berlaku Kelemahan Dalam Program Ulul Albab

KUALA TERENGGANU – Terdapat kelemahan dalam Program Pendidikan Ulul Albab (PPUA) bagi pelajar-pelajar di tujuh buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) di negeri ini menyebabkan matlamat utama dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik tidak tercapai.

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang di Parlimen hari ini mendapati tempoh tahun 2010 hingga 2015 mengesan kelemahan pada pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan SPM, sasaran menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk Al-Quran sehingga tamat Tingkatan 3 tidak tercapai bagi program Quranik dan nisbah pembahagian antara guru dan pelajar yang ditetapkan bagi halaqah khatam hafazan tidak dipatuhi.

Laporan itu mendapati punca pencapaian GPS SPM tidak menepati sasaran adalah disebabkan penetapan GPS yang tinggi iaitu 1.2, kekurangan guru pakar, guru tidak didedahkan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan SPM (sehingga tahun 2014) dan kurang penyelarasan program akademik secara berpusat antara tahun 2011 hingga 2013.

Pencapaian sasaran semua pelajar boleh menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk Al-Quran semasa Tingkatan 3 adalah juga kurang memuaskan kerana hanya 46.1% pelajar berjaya menghafaz sekurang kurangnya 20 juzuk Al-Quran sehingga tahun 2015.

Laporan itu juga mendapati kadar nisbah halaqah pelajar yang khatam hafazan adalah kurang memuaskan kerana tidak mematuhi kadar nisbah 1:5 (guru dan pelajar) yang ditetapkan dalam garis panduan.

Sehubungan itu laporan itu mengsyorkan mengkali semula Pelan Perancangan Strategik SMIYT dan menilai pencapaiannya secara berkala setiap tahun dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk perbincangan bersama pihak terlibat agar sasaran lebih realistik dan mampu dicapai dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar dan guru.

Laporan itu turut mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar pengurusan PPUA diletakkan secara langsung di bawah satu jawatankuasa khas di peringkat Kerajaan Negeri agar segala keperluan dan permasalahan yang dihadapi terutamanya kekurangan guru hafazan dan guru pakar dapat ditangani dengan segera bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan program ini.

Ia turut mengesyorkan agar mendapatkan khidmat bekas pelajar SMIYT melalui Alumni SMIYT bagi menangani masalah kekurangan guru hafazan berkelayakan.

Selain itu melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan melibatkan aspek penetapan sasaran GPS bagi peperiksaan SPM, minimum hafazan 20 juzuk Al-Quran bagi semua pelajar Tingkatan 3 dan pemakaian nisbah 1:5 bagi halaqah khatam hafazan.

Laporan itu turut mengsyor pemantauan terhadap pelaksanaan dan pencapaian PPUA wajar dibuat secara berterusan bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri melahirkan generasi pemimpin negara berketrampilan Ulul Albab yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dapat dicapai dalam tempoh yang dirancang. – Bernama

Sumber BO - 1-8-2017


























































































































































































































Peneraju Politik Islam Wanita Muda

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ameerah yang merupakan salah sebuah agensi dalam PAS adalah peneraju politik wanita Muda Islam yang banyak menyuarakan isu-isu golongan tersebut.

Pengarah Ameerah Negeri Terengganu Zuraida Md Noor berkata, pengundi muda memainkan peranan penting dalam membantu kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) 14 yang akan datang.

“kita kena faham dan jelas sebab kita tahu hari ini pengundi muda memainkan peranan (penting) untuk membantu kemenangan parti kita sendiri iaitu kemenangan Islam,

“Macam mana kita nak tarik anak-anak muda di luar sana terutamanya wanita muda untuk memilih PAS sebagai platform dalam membantu kemenangan Islam,” katanya.

Beliu berkata demikian ketika ditemu bual di studio Harap TV di tapak program Himpunan Harapan Semua (HARAP)–PGU 3.7 Setiu, di kampung Pengkalan Atap pada sabtu, 29 Julai.

Menurutnya, Ameerah berperanan dalam membantu serta cakna kepada masyarakat terutamanya wanita muda dan turut terlibat (secara) langsung dengan Ameerah Care.

“Yang mana Ameerah Care ini mengambil berat kebajikan muslimat muda yang cakna kebajikan, kemasyarakatan dan yang paling penting misi-misi kemanusiaan,

“Kita bantu mereka memberi penerangan tentang isu-isu wanita terutamanya banyak sekarang ni isu yang banyak Ameerah cakna seperti isu penceraian wanita muda,

“Yang umur 20, 22 dan 23 tahun ramai yang bercerai. Jadi isu-isu kadang melibatkan hal-hal yang remeh temeh, oleh sebab itu antara peranan Ameerah adalah cakna tentang isu wanita muda di luar sana,” jelasnya.

Ketika ditanya pemberita, bagaimanakah persiapan Ameerah bagi membantu muslimat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14, beliau menjelaskan, “Sekarang ni pada bulan Ogos dan bulan September kami gempur setiap kawasan di Terengganu,

“Kami arahkan kepada setiap kawasan untuk mengadakan Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) ataupun himpunan Ameerah kawasan-kawasan,

“Di mana objektif utama HAMRA ini adalah (untuk) mengumpul dan menghimpunkan seramai mungkin tenaga muda terutamanya wanita muda untuk kita memberi penerangan tentang kepentingan mengundi,” kata beliau.

Jelasnya lagi, pengundi muda perlu tahu hak-hak mereka dan yang paling penting mereka menjadi jentera utama membantu muslimat dan parti PAS sendiri untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya inshaAllah.

“Saya menyeru agar muslimat dan wanita-wanita muda diluar sana untuk sama-sama bangkit untuk membantu muslimat kita, bantu Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk sama-sama menyumbang bagi kemenangan dalam perjuangan Islam itu sendiri,

“Dan sekaligus kita turut sama memberi saham dan membantu pilihanraya akan datang, inshaAllah”, katanya.

Sumber BO - 1-8-2017

PAS Parti Islam Terulung Menang

Oleh : KAM
SETIU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada tahun 1951 merupakan sebuah parti jamaah Islam yang terulung menang di seluruh dunia.
Pencapaian itu bagi PAS suatu kejayaan yang besar di Malaysia, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan taujihat ringkasnya di Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7, di Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu pada Sabtu 29 Julai.
“Alhamdulillah, PAS telah mencapai suatu kejayaan yang besar di Malaysia ini. Kebetulannya, PAS adalah parti Islam yang ulung menang di seluruh dunia, yang memerintah.
“Kebetulannya, tahun 1959 negeri Terengganu negeri yang pertama PAS menang. Tahun 1959, PAS menang di Terengganu dahulu dari Kelantan.


“Tetapi, kemenangan kita di Terengganu hanya (setakat) tahun 1961 sahaja kerana kita telah dikepung, kita telah disekat. Kita telah dihalang dan ada wakil rakyat kita dibeli pada masa itu.

“Menyebabkan kerajaan kita jatuh di Terengganu. Di Kelantan, kita (PAS) menang selepas daripada itu. Kita (Kelantan) boleh bertahan hingga tahun 1978,” ujarnya.

Namun, katanya kerajaan PAS Kelantan juga menerima nasib yang sama dikepung, disekat bagi menjatuhkan penguasaan parti itu.

Menurutnya, Umno yang satu bangsa dengan PAS bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

“Kelantan pun kena kepung juga, kena sekat jatuh di Kelantan. Dan yang tukang ‘belasah’ bukan orang lain, saudara-saudara kita orang Umno.

“Saya sebut saudara-saudara kita orang Umno yang semasa dengan kita, sekaum dengan kita, sepuak dengan kita yang menghalang perjuangan kita.

“Kita ajak orang-orang Melayu khususnya yang beragama Islam supaya mendukung perjuangan kita (Islam). Jangan halang perjuangan kita, jangan sekat perjuangan kita,” tegasnya yang juga Ahli Parimen Marang.

Sehubungan itu, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, orang bukan Islam yang berbilang kaum di Malaysia hendaklah memberi peluang kepada Islam memerintah.

“Dalam masa yang sama, kita minta orang bukan Islam juga beri peluang kepada Islam. Orang bukan Islam, orang Kristian, orang Hindu, orang Budha…beri peluang kepada Islam untuk memerintah.

“Macam mana Islam memerintah. Jangan sekat, jangan halang. Kalau tak sekat, tak halang pun kerajaan kita di Kelantan, kerajaan kita di Terengganu. Kita pernah memerintah Kedah, di mana kerajaan kita (PAS) bersih dari salah-laku, bersih dari rasuah.

“Kita memerintah Kelantan bersih walaupun alam keadaan miskin, dalam keadaan susah kerana dalam Islam itu ada aspek rohani. Aspek dosa dan pahala, aspek beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perkara ini tidak ada dalam ideologi-ideologi yang lain,” jelasnya dihadapan ribuan peserta Harap-PGU 3.7 tersebut.

Himpunan Harap-PGU 3.7 itu telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin. Hadir sama pada majlis tersebut veteran PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong.

Pada himpunan mega PAS Terengganu itu, lima lagi tawaran awal manifesto pilihan raya diumum dan menjadikan 15 agenda manifesto PRU14 telah diistiharkannya.

Sumber BO - 1-8-2017






























































































































































































































Program Ibadah Qurban di Kemboja Anjuran Kelab Kebajikan BPPNT 2017

Ibadat korban merupakan amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW. Baginda menggalakkan sahabatnya melakukan ibadat korban.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih korban).

Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi” ( Hadis Riwayat at-Tirmizi )

Antara hikmat ibadah korban ialah yang pertama, untuk mengekalkan ingatan kepada kisah Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s sebagai korban.

Yang Kedua, ia melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Yang ketiga, memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban kepada fakir miskin.

Dan yang keempat ialah, untuk menyemai dan menanamkan sifat terpuji dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.


Antara fadilat berqurban itu ialah sebagamana dibawah;

1. Keampunan…,Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT.
Oleh itu marilah kita sama-sama melaksanakan amalan ini.

Bagi mencari alternatif kos amalan qurban di tanah air yang mencecah RM 600.00 – 800.00 sebahagian, kami menawarkan harga yang terbaik bagi anda iaitu hanya RM350.00 satu bahagian.
Yang penting ialah keikhlasan dalam amalan qurban, (Every one can qurban) dan pelaksanaan kami pastikan bahawa lembu dari jenis domestik, yang cukup sifat dan umur.

Penyembelihan akan di lakukan di kawasan pedalaman Kemboja dan setiap penyertaan akan dikeluarkan sijil penyertaan dan gambar penyembelihan.

Salam hormat dari kami ‘Team Qurban Kemboja KEBAP 2017.

YB. Ustaz Ariffin Deraman
Haji Abdullah Suhaimi Zakaria
Mohd Al Ghazali Abu Bakar

Sumber BO - 31-7-2017
































































































































































































































Razif Tak Peduli Nasib Rakyat Seberang Takir

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif yang membina jambatan angkat (draw brigde) yang menelan kos RM300 juta disifatkan sebagai tidak mempedulikan nasib rakyat terutamanya di Seberang Takir.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Dr Alias Razak berkata, PAS bukan nak halang buat jambatan tetapi tidak perlu dibuat jambatan angkat yang nilainya hampir 300 juta. Cukup untuk buat jambatan biasa. Yang nilainya mungkin tak sampai 100 juta.

“Razif ni antara menteri besar yang kepala dia ‘pelik’ sikit. Dia buat jambatan daripada utara sungai Terengganu hingga selatan sungai Terengganu,

“Tapi direka satu bentuk jambatan ..… Satu model jambatan (yang) tidak ada dalam Asia ni. Nok pelik pada orang. Dengan belanja yang begitu besar menggunakan duit rakyat,

“Sedangkan rakyat Seberang Takir pun ramai yang miskin lagi. Yang tak ada tanah pun lagi. Yang tak ada rumah pun ramai lagi. Pulau Duyong ramai lagi yang tak ada rumah. Yang menumpang tanah orang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana 2, di program Himpunan Harapan Semua -PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) 3.7 yang diadakan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, 28 Julai, disini.

Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang dipimpin Dato’ Seri Ahmad Razif sanggup belanja beratus juta untuk projek yang tidak memberi faedah yang besar (kepada rakyat).

“(Sedangkan) ada alternatif yang lain. Yang harganya lebih murah dan tujuannya sama. Matlamatnya sama, dapat menyelesaikan masalah perhubungan,

“Tapi saja dia buat satu projek yang menelan belanja yang besar menggunakan duit rakyat kerana itu akan memberi keuntungkan yang besar kepada kroni-kroni mereka,” jelas beliau.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal mengajak rakyat Terengganu agar tidak lupa pengkhianatan Umno dan Barisan Nasional.

“Oleh itu untuk pilihan raya yang akan datang kita jangan lupa. Ingat perkara ini dan sampaikan perkara ini (kepada semua) supaya tidak ada lagi orang memberi undi kepada kerajaan (Umno dan Barisan Nasional) yang mengkhianati hak rakyat mereka sendiri demi kepentingan kroni-kroni mereka,

“Kita kena sentiasa ingat kezaliman-kezaliman ini dan inilah yang membawa kita ini terus istiqamah untuk menentang Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang,” tegasnya.

Katanya, rakyat mesti menentang Umno dan Barisan Nasional selagi mereka tidak kembali kepada Al-quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Kias.

“PAS istiqamah. Kita istiqamah sebab apa? Sebab kita berpegang pada Alquran dan AsSunnah. Alquran dan As Sunnah tidak pernah berubah,

“Sebab itulah perjuangan kita. Istiqamah sehingga kita berjaya mencapai kemenangan samada kita menang di dunia yang dekat ini ataupun yang pastinya kita akan menang di akhirat kelak insya Allah,” tegas Dr Alias.

Sumber BO - 31-7-2017

Tempat Pengumpulan Sampah Ganggu Keselesaan Kedai Makan


Oleh : NM

DUNGUN – Langkah pihak pengurusan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) membina tempat pengumpulan sampah sementara dipungut untuk dilupuskan, menganggu keselesaan aktiviti perniagaan di kedai makan di Pasar baharu Felda Jerangau.

Masalah itu semakin teruk apabila tempat pengumpulan ini dibina sejak dua bulan lalu kerana semua sampah dari sisa buangan 30 lot perniagaan dilonggokkan di sini dengan jarak hanya lima meter sahaja dari deretan kedai makan yang terletak di tingkat atas pasar.

Seorang pelanggan Draman Mohammad, 57, mengadu beliau tidak selesa untuk habiskan makanan di kedai ini kerana bau sampah yang kuat kerana sepanjang berada di sini, bau datang sepanjang masa, bukan sesekali angin bertiup.

“lima minit bulih tebeng lagi duk dalam kedai, lebih pada tu jadi macam duduk tempat pelupusan sampah. Makan pun dok habis, dok bulih tahan dengan bau..” ujarnya

Manakala seorang lagi pelanggan kedai makan roti canai din, yang hanya dikenali Pok Ya 30, memberi pendapat agar masalah ini diselesaikan segera oleh pihak pengurusan.

“Kena alih segera la, pasal tempat ni berada di sebelah punca angin bertiup dan dekat sangat dengan kedai makan ni, hilang selera kita tengoh makan, nok cari kedai lain pun kita biasa doh makan sining” ujarnya.

Salah seorang pemilik kedai makan yang dikenali Din memberitahu, sebelum ini sampah dikumpulkan di tempat lain, mungkin menimbulkan bau di sekitar itu kedai berhampiran.

“Sekarang, pihak pengurusan buat ditepi kedai saya dan hanya 2 kali seminggu sampah ini akan dipungut dan sudah tentu baunya akan menganggu kami

“Keadaan akan bertambah teruk sewaktu angin bertambah kuat terutama tengah hari, keadaan semakin teruk sehingga ramai pelanggan kami tidak masuk ke kedai dan menjejaskan perniagaan kami”ujarnya.

Beliau hanya mengharapkan pihak terbabit dapat bertindak segera agar peniagaan di pasar ini tidak lumpuh kerana semakin hari semakin kurang pelanggan berkunjung ke premis peniaga terutama kedai makan sejak tempat pelupusan ini dibina.






























































































































































































































Sumber BO - 31-7-2017






























































































































































































































Pintu Rundingan PAS Sentiasa Terbuka

Oleh : KAM

SETIU – Sikap dan keterbukaan PAS untuk berunding dengan sesiapa sahaja sentiasa terbuka dengan syarat kali ini PAS mesti memimpinnya.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin berkata meskipun ‘pintu telah ditutup tetapi kuncinya belum lagi dipasang sepenuhnya.

Justeru, kata beliau, tidak mustahil dengan perkembangan politik mutakhir ini Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) menguntungkan PAS.

Namun, kata Ustaz Hashim antara PAS dengan Umno tidak ada tahaluf tetapi perbincangan demi kebaikan rakyat boleh diteruskan.

“Tidak mustahil dengan perkembangan (politik) mutakhir ini telah menampakkan kepada kita bahawa PAS dengan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), memberikan suatu gambaran keterbukaan kita (PAS).

“Saya pernah dilawati, datang rumah saya pemimpin kanan dari sebuah parti politik. Dia (pemimpin) itu pernah menyebut walaupun kita pernah putus, tahaluf kita telah putus…tetapi takkan tidak ada ruang-ruang perbincangan, pertemuan.

“Dia (pemimpin itu) nak sangat dengan kita (PAS). Akhirnya, kami (PAS) kata, pintu telah ditutup tetapi belum lagi ‘kuncinya’ dipasang.

“Maknanya, kita (PAS) dengan Umno tidak ada tahaluf tapi kita boleh berbincang, bercakap, mengajak, memujuk dengan luasnya. Kita (PAS) bermusuh dengan parti tetapi kita tidak bermusuh dengan ahli parti,” ujarnya disambut laungan takbir hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7 di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu, pada Sabtu 29 Julai.

Hadir sama pada himpunan itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan bertongkat bagi menyampaikan taujihat kepada ribuan peserta Harap-PGU tersebut.

Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa mana-mana parti boleh bersamanya dengan syarat kepimpinan itu mesti dipimpin oleh PAS.

“Tanggungjawab dan peranan kita (PAS) bahawa kita mesti, siapa pun yang hendak ‘join’ dengan kita, siapa pun nak bersama dengan kita. Kepimpinan mesti dipimpin oleh PAS, sudah cukup pengalaman kita yang banyak,” jelasnya.

Kata beliau, PAS Perlis telah mengambil sikap tegas itu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bahawa PAS sendiri yang menentukan calonnya bertanding.

“Mulai Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, kami di Perlis mengambil satu sikap kita pimpin, kita menentukan calon-calon yang bertanding.

“Kita (PAS) istihar terlebih dahulu walaupun ganggu-gugat datang untuk membatalkan keputusan yang sudah kita buat, kita (PAS) berkeras sampai ke akhir.

“Siapa pun (pembangkang) yang hendak ikut kita boleh tetapi yang memimpinnya mesti PAS,” tegasnya.

Antara pemimpin veteran PAS yang hadir mantan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong.

Sumber BO - 30-7-2017






























































































































































































































PAS Terengganu sedia memerintah

PAS Negeri Terengganu pernah memperolehi mandat pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu pada PRU-10 pada tahun 1999. Menerusi pemerintahan sepenggal itu, PAS Negeri Terengganu berjaya membuktikan kewibawaan kepimpinan PAS waktu itu dalam menghadapi cabaran pentadbiran. Terutamanya menguruskan negeri tanpa peluang menggunakan wang royalti berikutan tindakan zalim Kerajaan Persekutuan menyekatnya. 
Usaha untuk menawan Terengganu dari pemerintahan BN telah digerakkan secara serius sejak tahun 1986 (PRU-7) dengan membawa slogan "Tahun Tawan Terengganu" (TTT1). Diteruskan setelah itu projek TTT2 untuk tahun 1990 (PRU-8) dan TTT3 pada tahun 1995 (PRU-9). 
Walaupun agenda ini tidak membuahkan hasil, namun kegigihan para pimpinan PAS pada waktu itu amat luar biasa. Akhirnya, pada tahun 1999 iaitu PRU-10, PAS Terengganu berjaya memperolehi mandat daripada rakyat untuk memerintah. 
Sepanjang tempoh berkuasa, pimpinan kerajaan negeri terus berusaha untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. Paling utama adalah usaha teras perjuangan PAS untuk Islam dimartabat dan dilaksanakan. Urus tadbir telah berlangsung dengan cemerlang di sebalik kekangan berlaku di mana ia wajar diberi pujian. 
Meskipun terdapat juga kelemahan yang berlaku, ia adalah lumrah dari pengalaman pertama pemerintahan. Apatah lagi ia turut disebabkan faktor pendapatan yang lazimnya diterima Kerajaan Terengganu dinafikan sepenuhnya. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyekat royalti yang menjadi hak rakyat Terengganu dengan menggantikan wang ehsan yang dipolitikkan. 
Rakyat Terengganu wajib mengenang perkara itu sebagai rampasan hak rakyat dan kepentingan negeri yang paling dahsyat dilakukan terhadap negeri ini. Meskipun demikian dan pelbagai kelicikan pihak musuh hadapkan kepada PAS, menyebabkan mandat rakyat tidak dapat PAS Terengganu pertahankan pada PRU-11. Hanya empat Dun sahaja dapat PAS pertahankan waktu itu. 
Tidak dinafikan, perkara itu memberi kesan besar kepada PAS, namun kembali membuat lonjakan kebangkitan pada PRU-12 dengan mendapat kembali tambahan empat lagi kerusi. Tidak sekadar itu, momentum usaha gigih terus direncanakan antaranya pelancaran agenda 'PAS Ganti Umno" (PGU) yang dianjur secara bersiri di seluruh parlimen dalam Terengganu. 
Hasil diperolehi dari kerja keras ini meletakkan PAS Terengganu sebagai pembangkang terkuat dan hampir berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri Terengganu pada PRU-13 lalu. Kini PAS Terengganu terus memanfaatkan kekuatan jentera di semua peringkat dengan azam yang tidak pernah luntur. Agenda baharu diluncurkan menerusi Himpunan Harapan Semua - PAS Ganti Umno (HARAP-PGU). 
Sebanyak tujuh siri berjaya digerakkan di seluruh Terengganu untuk membina gelombang kebangkitan rakyat dan HARAP-PGU 3.7 yang berlangsung semalam adalah siri terakhir berjaya melabuhkan tirai dengan jayanya. 
Perkara lebih menarik, tiga siri HARAP-PGU yang terakhir, PAS Terengganu dengan penuh keberanian dan berjiwa besar mengisytiharkan lima manifesto PAS Terengganu pada setiap siri HARAP-PGU. Tindakan ini membuktikan PAS Terengganu serius dan sangat bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri. 
Dalam strategi berpolitik dalam kalangan masyarakat Melayu, pengisytiharan awal manifesto dilihat akan merugikan sesebuah parti pembangkang. Kerana kononnya, ia akan dipintas lebih awal oleh pihak kerajaan dengan melaksanakannya sebelum pilihan raya. Atau tawaran tersebut akan diburukkan dengan pelbagai tohmahan. 
Keberanian untuk menongkah arus satu perkara luar biasa ditunjukkan PAS Terengganu. Jikapun kerajaan negeri mengambil langkah melaksanakan lebih awal manifesto PAS, ia akan memberi gambaran betapa tawaran itu signifikan dan realistik. 
Skeptikal bahawa PAS Terengganu akan ketinggalan sebab itu tidak berbangkit kerana rakyat pasti memahami bahawa ia bukti jiwa besar PAS mendepani semua perkara ini demi rakyat. Tawaran idea diumumkan, diceduk pula kerajaan memerintah itu pasti menjadi manfaat kepada rakyat. 
Dalam erti kata lain, mereka melaksanakan bagi menyaingi tawaran dikemukakan PAS. Justeru, sikap diambil PAS Terengganu membuktikan kesediaannya mengambil alih kerajaan. Membuktikan juga bahawa kepimpinan PAS Terengganu mempunyai idea membangunkan kembali negeri ini. 
Malah, dilihat bersedia mengharungi cabaran memerintah walaupun tanpa memperolehi pendapatan sebagaimana diperolehi kerajaan negeri dari Dana Khas (baca: Royalti). Di mana ia meliputi 80% pendapatan kerajaan negeri setiap tahun. 
Sebagai antara kepimpinan anak muda Terengganu, sudut pandang ini diketengahkan setelah melihat 15 tawaran Manifesto PAS Terengganu untuk rakyat. Impian PAS Terengganu untuk melihat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera diharap menjadi kenyataan pada PRU14 nanti. 
YB Haji Hishamuddin Abdul Karim
Timbalan Ketua DPPNT
30 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 30/7/2017
Sumber HD - 30-7-2017 




































































































































































































































Karnival DUN Jabi Bakal Tiba

Setelah merakamkan kejayaan yang membanggakan sepanjang penganjuran Program Karnival DUN Jabi pada tahun lepas, maka pada 3-5 Ogos 2017, Karnival DUN Jabi 2.0 yang merupakan siri kedua penganjuran akan memeriahkan Dataran PGU Jabi sekali lagi.

Pelbagai acara menarik bakal menanti pengunjung termasuk karnival jualan, kuliah dan ceramah, rawatan perubatan dan kesihatan, derma darah, kaunter SPR, sukaneka, persembahan silat dan pelbagai lagi.

Acara yang dijangka paling mencuri tumpuan ialah Santai Petang Ustaz Azhar Idrus bersama Bob Lokman pada jam 5 petang Jumaat 4 Ogos 2017. Juga Ceramah Perdana yang bakal menampilkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah pada Sabtu 5 Ogos 2017.
Semua lapisan masyarakat adalah dijemput untuk bersama memeriahkanya.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah
Majlis Tindakan DUN Jabi
29 Julai 2017

SumberBO - 29-7-2017






































































































































































































































300 Pemuda Qiamullail Munajat Sempena HARAP-PGU 3.7

Oleh : Solahuddin Al-Idrus

SETIU – Sekurang-kurangnya 300 orang pemuda menghadiri Qiamullail dan munajatdi tapak HARAP-PGU 3.7 di Kampung Pengkalan Atap pada pagi 19 Julai ini.

Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, program itu diharap memberi syiar dan impak serta kekuatan kepada pemuda.

“Kita diimami dengan alunan bacaan Quran yang sangat menusuk kalbu. Mudahan program seperti ini dilipat gandakan lagi untuk memberi kekuatan kepada pemuda kita untuk dibantu oleh Allah Taala ”

“Pada pagi ini kita dapat menghimpunkan pemuda-pemuda yang rasanya bilangan kehadiran diluar jangkaan, ” katanya

Program dengan kerjasama Dewan Pemuda Negeri itu bermula jam 4.00 pagi dengan dipimpin oleh Imam Syeikh Bilal dari Iraq.

Beliau melahirkan rasa semangat untuk sama-sama bermunajat kepada Allah.

“kita rasa begitu semangat untuk sama-sama bermunajat kepada Allah. Pertamanya kerana keadaan sahabat kita di bumi Palestin yang sangat mengerikan untuk mereka. Mudah-mudahan Allah memberi pelepasan buat mereka ”

“Yang kedua, munajat ini adalah untuk memberi kemenangan pada pejuang Islam dalam pilihanraya akan datang In sha allah ”

Munajat diakhiri dengan slot kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan doa wehdah oleh seluruh pemuda yang hadir.

Sumber BO - 29-7-2017







































































































































































































































HARAP 3.7; Anggota Jabatan Amal Bantu Lancarkan Perjalanan Program

Oleh : Khairul Nizam Abdullah
Setiu – Anggota Jabatan Amal (Unit Amal) Terengganu telah mengatur gerak anggotanya untuk memastikan kelancaran program Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP) – PGU 3.7 Setiu.
Timbalan Amal Comand Center (ACC), Mohd Nizam Wahab atau lebih dikenali sebagai Nizam Al Qassam menjelaskan, kita atur beberapa perkara penting sebab kita difahamkan ada tiga program besar pagi ini.
“Yang pertama konvoi ARC Bersama Pimpinan PAS. Seterusnya pelepasan pesrta Langkah HARAP dan perasmian HARAP 3.7,

“Jadi untuk pagi ini kita telah meletakkan anggota-anggota kita di posisi-posisi tertentulah yang kita kira posisi kritikal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai memberi taklimat kepada anggotanya ditapak HARAP 3.7, pagi ini, disini.

“Dan untuk pengetahuan semua, anggota amal pada pagi ini kita bagi beberapa bahagian di bilik gerakan. Kita meletakkan tiga ataupun empat orang untuk ‘Control ACC’ (Amal Comand Center) yang akan menjadi orang kata pengarahan berpusat daripada sini,

“Lepas tu kita ada unit ‘Runner’. Kekuatan kita seramai 12 orang. kita meletakkan di posisi-posisi kritikal tadi untuk melancarkan lalu lintas peserta dan juga lalulintas awam insya Allah,

“Seterusnya kita ada juga group medik. Kekuatan kita ini tujuh orang beserta dengan satu ambulans dan hari ini adalah persediaan kitalah dalam HARAP lepas pun kita inilah persediaan kita buat untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk melancarkan lagi program harap 3.7,” katanya.

Menurutnya, kekuatan keseluruhan (anggota) Amal pada pagi ini mencecah 70 anggota semua sekali termasuk di laluan lalulintas dan juga di parking-parking.

“Kita tidaklah menggunakan sepenuhnya kekuatan anggota kita pada pagi ini kerana kita simpan juga tenaga Amal ini untuk (program) malam ini pula,

“Kita tengok kalau perlu baru kita akan buat kerahan sebab yang terlibat untuk pada pagi ini hanya beberapa kawasan sahaja iaitu daripada Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Besut dan juga Dungun,” jelasnya.

Jelas Beliau lagi, lima kawasan sahaja (bertugas) dan mengikut shif . Di sebelah malam pula kita akan meletakkan ‘hardcore’ kitalah terutama daripada Kuala Nerus sendiri, Kuala Terengganu dan Marang (mengikut) perubahan shif.

“Hari ini antara ‘hardcore’ Jabatan Amal negeri Terengganu dan insya Allah saya selaku Timbalan Pengarah Dua Jabatan Amal Negeri Terengganu diamanahkan sebagai timbalan ‘pic’ program HARAP 3.7,

“Mengharapkan program ini berjalan dengan lancar dan lebih baik daripada program yang lepas,
“Sebarang kelemahan yang ada diperingkat Jabatan Amal Negeri Terengganu kami mohon kemaafan. kita buat sekadar yang mampu yang kita boleh buat,” katanya.

Sumber BO - 29-7-2017











































































































































































































































Penduduk Batu Enam Berhimpun, Tunjuk Kemarahan Kepada Israel

KUALA NERUS – Lebih 200 orang penduduk sekitar Pekan Batu Enam telah berhimpun dan menunjukkan kemarahan mereka terhadap Israel yang menzalimi rakyat Palestin.

Mereka beramai-ramai keluar ke jalan raya, menunjukkan perasaan sejurus selepas menunaikan solat Jumaat, 28 Julai.

Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim berkata, ia bertujuan untuk memberitahu seluruh dunia bahawa penduduk pecan kecil di negeri Terengganu itu, bersatu hati dengan Palestin.

“tidak ada tujuan lain kita berhimpun ni……..orang kata berhimpun buat apa bukan kita boleh ‘royak’ bukan kita boleh bunuh Israel pun,

“Memang kita tak boleh nak bunuh yahudi tetapi para hadirin sekalian kita berhimpun pada hari ini kita nak tunjuk pada seluruh dunia bahawa umat Islam bersatu hati dengan Palestin,” tegasnya.
Disamping itu, kata beliau, ia adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh orang Islam yang duduk di daerah tersebut dan penduduk Terenggannu umumnya, agar memahami kedudukan sebenar rakyat Palestin.

Menurutnya, isu warga Palestin yang dijajah oleh rejim Israel bukan bermusim, sebaliknya berterusan sehinggalah milik Islam itu dibebaskan.

“tiba-tiba Yahudi pergi sekat……Yahudi tak benar untuk kita sembahyang (jadi) sensitiviti perasaan orang Islam ni macam mana?

“Takkan kita nak biarkan orang Palestin saja yang marah? Orang duduk Batu Enam tak ada apa apa boleh makan nasi sedap, malu kepada orang kafir mereka boleh bersatu hati bantai orang Islam kita syok sama kita je,” jelas beliau.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewab Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menyeru agar orang ramai merakam gambar himpunan dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

“mintak tuan-tuan rakam gambar, kita akan sebut dan kita akan isytihar di luar bahawa orang Batu Enam berhimpun marah tunjuk sepanduk kita tak setuju dengan perangai yahudi yang buat khianat,
“tanda kita bersatu hati pada hari ini kita nak suruh jadi bukti di hadapan Allah bumi Palestin dibela oleh orang orang yang duduk Batu Enam, bumi Palestin dibela oleh penduduk Kuala Nerus yang kita tidak berpeluk tubuh dan kita akan terus bawa pembelaan ini,” ujar beliau lagi.










































































































































































































































Sumber HD- 29-7-2017










































































































































































































































PAS Dedah Lima Lagi Manifesto PRU Ke-14

SETIU – PAS Terengganu mendedahkan lima lagi Manifesto Awal pilihan rayanya menjadi 15 semua janji yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya parti tu diberi mandat oleh rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, 52 peratus pengundi Terengganu adalah mereka yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang.

Oleh itu, beliau yakin PAS akan menang pada PRU Ke-14, dengan perubahan yang akan dibuat oleh kelompok pengundi muda tersebut.

Katanya PAS Terengganu telah mengisytiharkan 10 manifesto awal sebelum ini pada HARAP-PGU 3.5 diBesut dan HARAP-PGU 3.6 di Hulu Terengganu.

“pada (HARAP-PGU 3.7) kali ini kita tambah lagi lima manifesto awal menjadikan 15 perkara semuanya,

“yang pertama emperuntukkan tabung RM50 juta setahun untuk tabung pinjaman perumahan rakyat, yang kedua menyediakanKad sejahtera bernilai RM500 setahun untuk golongan berpendapatan rendah,

“yang ketiga memberi cuti 30 hari bergaji kepada kakitangan kerajaan yang kematian suami, Membuka pusat asuhan (nursery) di setiap jabatan kerajaan negeri,

“dan yang kelima ialah mewujudkan bandar bahari Lestari di setiap daerah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Penutuop HAPAP-PGU 3.7 di kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dekat sini pada mala mini.

Justeru itu beliau menyeru kepada semua hadiri agar menyebarluaskan lima lagi manifesto tersebut melalui pelbagai saluran.

“semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kita dan membantu PAS memang pada pilihan raya kali ini,” menurut beliau.

Turut hadir pada malam akhir HARAP

Sumber BO - 29-7-2017












































































































































































































































Karnival Dun Jabi bakal tiba

SETELAH merakamkan kejayaan yang membanggakan sepanjang penganjuran Program Karnival Dun Jabi pada tahun lepas, maka pada 3-5 Ogos 2017, Karnival Dun Jabi 2.0 yang merupakan siri kedua penganjuran akan memeriahkan Dataran PGU Jabi sekali lagi. 
Pelbagai acara menarik bakal menanti pengunjung termasuk karnival jualan, kuliah dan ceramah, rawatan perubatan dan kesihatan, derma darah, kaunter SPR, sukaneka, persembahan silat dan pelbagai lagi. 
Acara yang dijangka paling mencuri tumpuan ialah Santai Petang Ustaz Azhar Idrus bersama  Bob Lokman pada jam 5 petang Jumaat 4 Ogos 2017. Juga Ceramah Perdana yang bakal menampilkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah pada Sabtu 5 Ogos 2017. 
Semua lapisan masyarakat adalah dijemput untuk bersama memeriahkannya. 
Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi
29 Julai 2017
Sumber HD - 29-7-2017 

Apa yang PAS buat untuk bantu masyarakat

PAS akan menyelesaikan masalah pajakan tanah yang dibangkitkan penduduk Kampung Bukit Wan dan Kampung Bukit Nenasi jika berjaya memerintah Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti. 
Setiausaha PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, beberapa orang penduduk yang ditemui dalam program ziarah telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap syarat pajakan tanah yang hanya diberi 60 tahun, lapor Buletin Online
“Saya maklumkan tentang manifesto PAS kepada mereka dan mereka mengalukan malah mencadangkan supaya beberapa cadangan baru dibuat terutamanya bagi menyelesaikan masalah tanah, di antara yang dibangkitkan tadi ialah masalah tempoh pajakan tanah yang agak pendek iaitu 60 tahun, ” ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menziarahi beberapa orang pemimpin masyarakat di Unit Peti Undi (UPU) Bukit Wan sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap)-PGU 3.7 yang diadakan di Kampung Pengkalan Atap, Setiu. 
“Masyarakat atau orang kampung telah mengusahakan tanah sekian lama tapi setelah habis tempoh pajakan, mereka terpaksa menyambung pajakan dan diberi tempoh hanya 60 tahun sedangkan usaha yang telah dibuat banyak untuk memajukan, menghidupkan tanah,” ujarnya. 
Begitu juga, katanya beberapa isu lain yang beliau nampak ada tanda-tanda positif mereka akan bersama dengan PAS. 
“Saya jangka akan berlaku perubahan yang besar di dua buah kampung iaitu Kampung Bukit Wan dan Kampung Bukit Nenasi dan saya dimaklumkan dua buah kampung ini kubu kuat bagi Barisan Nasional. 
“Saya menemubual beberapa orang berpengaruh di antaranya guru silat, bekas Jawatan Kuasa Kawalan Kampung (J3K), imam serta bilal, masing-masing memberikan respons yang positif dengan PAS,” jelasnya lagi. 
Katanya lagi, selepas beliau menziarahi dari rumah ke rumah, sebenarnya masyarakat di situ sangat terbuka dan bersedia mendengar pandangan PAS. 
Justeru kata Muhyiddin lagi, program yang dibuat itu perlu diteruskan iaitu pergi rumah ke rumah dan mendengar sendiri masalah-masalah yang dibangkitkan oleh mereka. 
“Kita memberi cadangan-cadangan atau kita memberi maklumat kepada mereka apa yang sedang kita usahakan dan apa tawaran PAS terutamanya manifesto untuk menghadapi pilihan raya menjadikan isu penting yang kita, insya Allah akan lontarkan kepada masyarakat. 
“Dan saya berharap semoga rakyat dapat menilai apa usaha yang kita buat ini untuk membantu masyarakat dan rakyat Terengganu khususnya, insya Allah,” tegasnya.
Sumber HD - 29-7-2017 















































































































































































































































Uzur dan penat, tapi Tok Guru hadir dengan bertongkat

KETIKA melihat iklan Ijtimak Perpaduan Ummah dan membaca tentatif program, saya terfikir barangkali Tok Guru tidak akan hadir. Baharu sahaja menjalani rawatan intensif. 
Perlu banyak rehat. Juga dengar khabarnya diminta berehat selama enam bulan. 
Kalau kena kepada saya, mungkin boleh dibuat alasan paling logik untuk tidak menghadiri mesyuarat PAS kawasan atau negeri. 
Saya fikir, Tok Guru boleh sahaja mewakilkan ucapan kepada orang lain. Gambar pada poster dan nama pada tentatif program untuk dibuat tarikan kepada pengunjung. Kalau ramai yang datang, Tok Guru tak datang pun, program akan berjalan. 
Namun, ramalan itu meleset. Tok Guru muncul di khalayak umum, berapa kali saya tak pasti, tetapi yang pastinya perasmian Konferens Dakwah Dan Nadwah Ulama di Dewan Kelantan Trade Center (KTC) Tok Guru datang bertongkat. Bukan kerana sombong, tetapi agaknya menanggung tubuh yang sedikit tidak larat. 
Saya teringat kisah Nabi Musa dalam al-Quran, apabila Allah bertanya Nabi Musa tentang tongkatnya, Nabi Musa menjawab: Itulah tongkat yang digunakan untuk menjaga kambing. Ketika berhadapan dengan Firaun, Allah perintahkan Nabi Musa campakkan tongkatnya sehingga menjadi ular yang menelan ular ahli sihir Firaun. 
Pada saat yang sangat genting, ketika berada di tepi laut, menghadap laut di hadapan, tentera Firaun di belakang, pemuda yang bersama Nabi Musa bertanya: Di mana perintah Tuhanmu? Nabi Musa menjawab? Di hadapan. Pemuda itu meredah laut. Kembali ke darat. Bertanya lagi kepada Nabi Musa: Di mana perintah Tuhanmu? Soalan yang sama diulang, dan jawapan yang sama disebut: Di hadapan! Akhirnya Allah perintahkan Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut. Tidak pernah terfikir dek akal, laut terbelah dengan kehendak Allah. Nabi Musa dan Bani Israel selamat di hujung darat di sana. Firaun bersama bala tenteranya tenggelam dalam laut. 
Itu kisah Nabi Musa. Kisah kita pula ialah kita sedang berhadapan dengan kerajaan Umno/BN, juga berhadapan dengan pembangkang yang tidak kurang hebat menyerang PAS. Nabi Musa bergantung dengan Allah. Kita juga bergantung dengan Allah. Nabi Musa membawa Bani Israel keluar dari kezaliman Firaun. Kita juga mengajak rakyat supaya keluar dari kezaliman pemerintah zalim. Nabi Musa berdepan dengan ahli sihir Firaun. Kita berhadapan dengan 3M-money, machine, media di bawah kuasa kerajaan, dan kita juga berdepan dengan Dr M yang masih tidak serik untuk berpolitik. 
Semangat Tok Guru tidak pudar. Istiqamah Tok Guru sentiasa segar. Kesungguhan Tok Guru jangan dicabar. Walaupun imej Tok Guru cuba dicalar, tetapi jiwa Tok Guru tidak gentar. 
Moga Allah kurniakan kesihatan kepada Tok Guru agar dapat terus memimpin kami dan umat dalam situasi penuh mencabar. – HARAKAHDAILY 29/7/2017 
Penulis ialah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu
Sumber HD - 29-7-2017 






































































































































































































































Royalti T’ganu: Antara ‘dosa’ Tun M kepada PAS

TERCATAT dalam lipatan sejarah betapa pada 26 Jun 2000, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mengumumkan betapa Kerajaan Terengganu, yang pada waktu itu dikuasai oleh PAS setelah ia memenangi DUN Terengganu di dalam PRU 10 pada 29 November 1999, tidak berhak untuk mendapat bayaran royalti petroleum yang telah diterimanya selama ini. 
Pengumuman Tun Dr Mahathir ini diikuti oleh pengumuman Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 bahawa bayaran royalti petroleum ini tidak lagi akan diberikan kepada Kerajaan Terengganu tetapi akan disalurkan terus kepada rakyat Terengganu melalui Program Pembiayaan Wang Ehsan. 
Ketika itu, Tun Dr Mahathir galak bercakap mengenai “hak” dan “undang-undang” yang kononnya tidak dipunyai oleh Kerajaan Terengganu ke atas bayaran royalti petroleum ini. 
Bagaimanapun, segala cakap-cakap mengenai “hak” dan “undang-undang” ini ternyata hanyalah satu penipuan di siang hari sahaja kerana, setelah bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka mengakui bahawa penamatan bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Terengganu ini adalah berpunca daripada perkiraan politik sempit semata-mata. 
Tertulis kemas di dalam memoir Tun Dr Mahathir bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” yang diterbitkan pada tahun 2011 pengakuan beliau mengenai perkara ini berbunyi: 
“Terengganu was and is the biggest producer of oil in Malaysia and five per cent of that revenue, worth almost RM1 billion a year, went to the state government. We knew that if the new PAS state government were to gain access to the money, they would likely use it to enhance their popularity and promote their cause. A way had to be found to deny them access to these funds.” 
(Terjemahan: “Terengganu adalah pengeluar minyak terbesar di Malaysia dan lima peratus daripada hasil itu, bernilai hampir RM1 bilion setahun, pergi kepada kerajaan negeri. Kita tahu bahawa jika kerajaan negeri baru PAS dapat wang ini, mereka akan gunanya untuk meningkatkan populariti mereka dan mempromosi perjuangan mereka. Satu cara mesti dicari untuk menyekat mereka dari mendapat akses kepada dana ini.”)
Orang-orang PAS pasti ingat sampai bila-bila kezaliman Tun Dr Mahathir terhadap mereka ini: “Satu cara mesti dicari untuk menyekat mereka dari mendapat akses kepada dana ini.” – HARAKAHDAILY 27/7/2017
Sumber HD - 27-7-2017 





















































































































































































































































MCA Terengganu terkejut dari 'tidur'

SAYA mengambil maklum berkenaan satu laporan akhbar mengenai komen atau kritikan oleh MCA Terengganu melalui Pengerusi Perhubunganya Datuk Toh Chin Yaw terhadap surat terbuka tulisan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelawaan Datuk Seri bagi seluruh rakyat Malaysia menerima pendekatan menggunakan cara Islam dalam menangani jenayah rasuah mahupun jenayah-jenayah lain di Malaysia. Dengan penuh angkuh tetapi bodoh, Toh telah cuba menolak cadangan pendekatan itu dengan memberikan alasan-alasan lemah serta contoh-contoh yang salah.
Mungkin kerana sudah terlalu lama tidur, maka dengan hampirnya PRU14, Toh bangun bagi menunjukkan keberadaannya di arena politik Terengganu, mungkin takut digugurkan dan menjadi calon, dia memilih langkah sumbang, mengkritik Presiden PAS. Lebih menyedihkan orang yang pernah mewakili rakyat di Dun Bandar ini, yang mana rakyat di Dun Bandar terkenal dengan keluasan pemikiran mereka tanpa malu, cuba memperkecilkan kemampuan rakyat menilai isu ini.
Untuk pengetahuan rakyat semua, tidak pernah negara-negara yang Toh sebutkan itu diambil mewakili sebagai negara-negara yang mengamalkan Islam secara menyeluruh. Tidak pernah. Mereka hanya dipanggil negara umat Islam, sama sebagaimana Malaysia ini, bukan negara Islam. Oleh itu kegagalan mereka dalam mentadbir negara, adalah kegagalan mereka sendiri tanpa boleh dunia mengaitkan dengan kegagalan sistem yang Islam anjurkan. Juga mesti diambil kira, jika pemerintah yang korup berkuasa seperti BN yang Toh juga menganggotainya, maka datangkanlah apa-apa juga sistem pemerintahan, nescaya negara itu akan gagal sebagaimana BN di Malaysia kini yang membawa rakyat kepada kemusnahan dengan skandal-skandal para pemimpin mereka.
Seterusnya tanpa menggunakan perasaan segan, Toh terus menyerang Presiden PAS dengan menyatakan bahawa cadangan pindaan yang dibentangkan di Parlimen itu, tidak menghormati hak perlembagaan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia. Saya pasti semua rakyat Malaysia tahu di mana sepatutnya kelulusan, pindaan, perbahasan atau apa-apa isu berkenaan perbincangan bagi undang-undang negara, mesti diadakan di Parlimen sebagai memenuhi kehendak perlembagaan. Mungkin hanya Toh tidak tahu di mana ia sepatutnya dibincangkan. Jadi jelas, suatu tragedi bagi orang MCA di Terengganu yang dipimpin oleh Toh kerana mempunyai ketua sebegini.
Tidak terhenti di situ sahaja, Toh menambahkan lagi keyakinan rakyat Terengganu bahawa beliau tidak layak memimpin dengan memberikan satu statistik rekaannya sendiri yang mengatakan cadangan pindaan ini tidak mendapat sokongan orang bukan Islam dan “ramai” orang Islam yang secara senyap membantah usul yang dibawakan oleh Presiden PAS. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya faham bahawa cadangan pindaan ini adalah hanya kepada orang Islam, tidak melibatkan orang bukan Islam. Jadi apa signifkannya sokongan bukan Islam dalam hal ini?
Keduanya, bilangan “ramai” orang Islam yang membantah senyap tidak dikeluarkan oleh Toh dan tidak memaklumkan apakah kaedah yang dia gunakan bagi membayangkan maksud “ramai’ itu. Namun Toh gagal membaca bahawa buka sahaja ahli PAS, malah penyokong kumpulan Islam lain juga menyokong pindaan ini. Terbukti dengan kehadiran ratusan ribu orang Islam di Padang Merbok ketika himpunan menyokong pindaan ini dijalankan. Yang menentang ialah DAP dan sekutunya yang jelas anti Islam. Adakah MCA bergabung dengan DAP yang anti Islam dalam hal ini? Rakyat Terengganu pasti cerdik membuat kesimpulan.
Oleh itu, suka saya mengingatkan pengundi di Dun Bandar agar menjauhi calon BN apatah lagi calon yang baru 'bangun tidur' seperti Toh jika dia dipilih sebagai calon. Insya Allah dengan ketegasan pimpinan PAS memutuskan kerjasama dengan PKR, maka saya yakin dan percaya, PAS akan bertanding di Dun Bandar dan ianya akan sekali lagi dikuasi oleh PAS dengan calon yang berwibawa yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap rakyat, tidak memperbodohkan rakyat dan mempergunakan rakyat demi politik sempit seperti BN lakukan sekarang. Wallahua’lam. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
2 Zulqaedah 1438 / 26 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 26/7/2017
Sumber HD - 26-7-2017 





















































































































































































































































PAS Gesa Masalah Tekanan Bekalan Air Ditingkatkan Segera

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan negeri meningkatkan tekanan bekalan air dan memastikan pili bomba dalam kawasan bandar raya Kuala Teregganu dalam keadaan baik.

Yang DiPertuanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerugian akibat kejadian kebakaran yang sering berlaku di ibu negeri mungkin dapat dikurangkan sekiranya pihak Bomba dan Peneyelamat dapat memadamkan api dengan segera.

“kejadian kebakaran ini berlaku pada kira-kira sebulan lalu……kita lancarkan kutipan derma untuk membantu mangsa terlibat dan kita serahkan hari ini,


“berdasarkan laporan media, semasa kejadian Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, ada masalah tekanan air dikawasan, jadi kita harap ia dapat diselesaikan segera,

“sebagaimana sesuai status Kuala Terengganu ini sebagai sebuah bandar raya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kewangan hasil kutipan derma dari orang ramai kepada mangsa berbabit kebakaran di Jalan Petani, dekat Dataran Syahbandar, di sini pada Ahad 23 Julai.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah Ketua Lajnah Kebajikan Ustaz Salleh Abdullah, Pengarah PAS DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Ketua Pemuda DUN Bandar Khairuddin Muhammad dan Ketua DHPP Jefri Chua.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Kuala Terengganu Ustaz Mohd Soud ketika dihubungi. mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu semasa kebakaran berlaku dan memberikan sumbangan wang ringgit untuk meringankan beban penduduk tersebut.

“Bagi pihak PAS……..kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang telah menghulurkan sumbangan bagi sama-sama meringankan beban keperitan yang dihadapi oleh mangsa tragedi,” katanya.


Menurut beliau, pada kira-kira jam 9.30 malam 15 Jun lalu, 13 premis dilokasi terbabit telah musnah ‘dijilat’ api melbatkan enam buah kedai dan tujuh kediaman musnah.

Justeru itu, beliau berharap penduduk Kuala Terengganu mengambi sikap berhati-hati agar dapat mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

“tragedi yang membawa kesusahan memang sudah takdir Allah……tapi kita manusia disuruh agama kita supaya sentiasa berhati-hati,” tambah beliau.

Sumber BO - 25-7-2017

























































































































































































































































PRU14: Perantau pemangkin kemenangan PAS

ANAK Terengganu yang tinggal di perantauan dilihat mampu menjadi pemangkin kemenangan PAS dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata, Perantau Terengganu diharapkan dapat menjadi pencetus kepada gelombang bagi membina kesedaran dan kebangkitan rakyat untuk balik mengundi di kawasan masing-masing termasuk Marang sekali gus membantu kemenangan PAS di negeri itu. 
“Kemenangan di Terengganu sangat bergantung kepada peratusan perantau yang akan balik mengundi (pada PRU14) dalam keadaan perbezaan kerusi yang sangat kecil antara PAS dan Umno iaitu dengan kedudukan 15-17,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri Bersama Perantau Kawasan Marang di sebuah restoran di Batu Caves, semalam. 
Menurutnya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, majlis tersebut yang dianjurkan oleh PAS Marang dengan kerjasama NGO Perantau berlangsung meriah bermula jam 11 pagi hingga 2 petang dengan kehadiran para perantau terutama yang tinggal di Lembah Kelang. 
Oleh itu, beliau mengharapkan perantau daripada golongan profesional dan teknokrat dapat membantu menyumbangkan idea untuk memajukan negeri Terengganu dalam pelbagai bidang melalui saluran yang disediakan oleh parti. 
Tambah beliau, majlis yang dihadiri lebih 150 orang ‘anak-anak Marang’ tersebut merupakan permulaan langkah yang baik untuk pertemuan dan perbincangan selanjutnya.
Sumber HD - 24-7-2017 


























































































































































































































































Kembalikan Semula Matlamat Asal Pembangunan Ladang Rakyat Batu Rakit

KUALA TERENGGANU – Penduduk Batu Rakit menggesa kerajaan mengembalikan semula matlamat asal pembangunan Ladang Rakyat Lembah Bidong yang diusahakan semasa kerajaan PAS Terengganu 1999 – 2004.

Penduduk Kampung Lingai Shafie Ngah, 55 (Gambar bawah) berkata, warga tempatan sangat sukacita ketika kerajaan mengumumkan Ladang tersebut akan dibangunkan untuk manfaat penduduk tempatan.

Sebaliknya kata beliau, apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambilalih pemerintahan pada tahun 2005, usaha tersebut menjadi ‘sia-sia’.

“(orang ramai) rasa suka ria dengan (cadangan kerajaan membangunkan Ladang Rakyat)…….cuma dengan kata-kata (almarhum) Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik, sia-sialah kita hari ini,


“zaman dia ada hari tu, dia (kerajaan) nak buka Ladang Rakyat nak beri (manfaat) ke rakyat…..tina-tiba (bila Umno memerintah) jadi begini,” ujarnya kesal.

Mengimbas kembali saat permulaan pembangunan terbabit, beliau berkata, lebih 20 orang penduduk tempatan telah diambil sebagai pekerja.

“rakyat boleh tambah pendapatan, lebih kurang 20 orang kerja isi tanah dalam ‘polybag’ di tapak semaian masa tu,

“tapi lepas PAS kalah, dia ambil pekerja Indonesia (tidak ada lagi pekerja tempatan) ramai orang kita kena buang kerja,” jelasnya.


Bahkan menurut beliau, rakyat telah kehilangan salah satu kegiatan ekonomi tradisi apabila pihak pengurusan Ladang Rakyat tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan tersebut, untuk memancing.

“asal Ladang Rakyat itu…..bukan tanah sesiapa (tanah kerajaan) orang-orang tua dahulu tempat memamcing ikan, ada yang pergi sehariandan ada yang bermalam (di kawasan) itu berhari-hari,

“memang orang suka cari ikan (antaranya) ikan Tapah, mata pencarianorang kampung….sekali-sekali balik banyak bawa ikan, buat ikan salai,” kata beliau.



Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit menyifatkan ia adalah jasa PAS khususnya manta Exco Pertanian negeri waktu itu, untuk membangunkan Batu Rakit.

Kata beliau, cadangan asalnya adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dengan menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“antara idea besar yang dibangunkan oleh bekas Exco (yang juga ADUN) Batu Rakit ketika itu ialah Ladang Rakyat untuk membangunkan ekonomi,

“bukan sahaja nak menyediakan peluang pendapatan tetapi menambah peluang pekerjaan sebagaimana sekarang ni dia (kerajaan) hanya beri bantuan (kewangan) beberapa ratus (ringgit) sebulan,


“tetapi (kerajaan PAS) nak rakyat kita ada kerja…..ada peluang untuk kerja…….antaranya adalah Ladang Rakyat,” tegasnya.

Disamping itu katanya, hasil dari Ladang itu, pada asalnya adakah untuk membantu penduduk DUN Batu Rakit.

Namun begitu, kata beliau, generasi baharu penduduk hampir tidak tahu sebenarnya, kewujudan Ladang Rakyat tersebut adalah hak penduduk Batu Rakit.

“ia telah menjadi asing kepada penduduk Batu Rakit itu sendiri!,” tambahnya

Sumber BO - 23-7-2017



























































































































































































































































Suburkan budaya gotong royong

BUDAYA bergotong royong dan semangat kerjasama saling membantu di kalangan penduduk harus dipupuk kembali sebagaimana ajaran Islam yang menyuruh “bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa”.\ 
Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ia padat menjalin silaturahim sesama umat Islam dalam meneruskan agenda murni memakmurkan muka bumi ini, lapor Buletin Online
“Saya berharap agar kerjasama ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk setempat di samping menjalin silaturahim sesama umat Islam dalam meneruskan agenda murni menjadikan al-Quran sebagai teras hidup orang beriman,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program gotong royong membaik pulih sebuah balai raya lama untuk dijadikan tempat mengaji al-Quran bagi kanak-kanak setempat di Kampung Durian Pahit, Mercang, Marang, semalam. 
Menurutnya, beliau dijemput bersama Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K), Asri bin Mohamad bagi memberikan semangat kerja lebih 20 orang penduduk kampung. 
Turut sama beberapa anggota Jabatan Amal PAS Kawasan Marang.
Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Marang merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberi ‘infaq’ sama ada tenaga mahupun wang ringgit. 
“Saya ucap terima kasih dan mendoakan agar tempat ni ‘jadi molek’ dan budak-budak boleh belajar ngaji dengan selesa dan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan masa pagi ni, insya Allah kita berjumpa lagi pada masa hadapan,” ujarnya.














Sumber HD - 22-7-2017 





























































































































































































































































PAS Terengganu akan umum 5 lagi manifesto awal

PAS Terengganu akan mengumumkan lima lagi manifesto awal Pilihan raya Umum ke-14 kepada orang ramai sempena program Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU 3.7). 
Pengarahnya, Ariffin Deraman berkata, ia akan menjadikan 15 perkara yang akan dilaksanakan oleh PAS Terengganu sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU akan datang. 
“Lima lagi janji kita kepada rakyat akan dibentangkan pada Harap-PGU 3.7 yang akan diadakan di Kampung Pengkalan Atap minggu hadapan, dari 27 hingga 29 Julai, insya Allah. 
“PAS komited dengan janji sebagaimana yang pernah kita lakukan ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, kita beri tanah kepada rakyat,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata, pengumuman manifesto awal PAS itu akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Husain Awang pada majlis ceramah kemuncak Sabtu malam, 29 Julai. 
Oleh itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS negeri itu menyeru semua rakyat agar turun beramai-ramai bagi mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan isu semasa.
Sementara itu, Ketua Persiapan Harap-PGU 3.7, Ustaz Mohamad Nazari Alias berkata, kerja-kerja dijalankan mengikut perancangan bagi menjayakan program peringkat negeri Terengganu itu. 
“Setakat ini sambutan yang cukup baik dari para petugas parti dan masyarakat setempat sebagai tuan rumah dan kerja-kerja persiapan sudah 80% berjalan dan dijangka semua prasarana dapat disiapkan sebelum program bermula,” katanya yakin. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas gotong royong terakhir di tapak Harap-PGU 3.7, semalam. 
Nazari yang juga Pengerusi MTD Batu Rakit mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menzahir rasa bangga serta sukacita dengan kesungguhan para petugas yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan. 
“Selaku tuan rumah, saya ucapkan terma kasih kasih kepada semua dan saya mengalu-alukan kehadiran semua penduduk Terengganu yang jauh dan dekat. 
“Datang bersantai bersama keluarga dan jangan lepaskan peluang untuk sama menjayakannya dengan penuh gemilang,” kata beliau.









































































































































































































































































Sumber HD - 22-7-2017































































































































































































































































Terminal Bas Misteri?

BESUT – Orang ramai yang melalui dan berurusan di kawasan pasar Jerteh, tertanya-tanya, bilakah Terminal Bas yang ‘berdiri’ sejak tahun lalu, dapat digunakan.
Sejak beberapa bulan yang lalu, rakyat tambah bingung apabila, Terminal Bas yang didakwa telah siap ttu, tiba-tiba dibaik pulih pula.
Setelah Jerteh Souq tidak siap, kerajaan cuba ‘membeli’ perhatian rakyat dengan membina Bahkan Terminal Bas dan Teksi imisteri di bandar Jerteh, Besut.

Bangunan yang disiapkan dengan harga RM5 juta oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bagaimanapun tergendala dan masih tidak boleh digunakan oleh rakyat.

Walaupun bangunan berwarna merah itu dikatakan dan kelihatan telah siap pada tahun 2016, namun ia tidak digunakan kerana tidak mempunyai kemudah lengkap dan selayaknya sebagai hentian bas.
Antara masalahnya ialah tidak ada tandas, keperluan utama untuk penumpang dan orang ramai yang menggunakan sesuatu hentian.

Justeru itu, ia telah dibaikpulih semula bermula bulan lalu tetapi tidak ada papan tanda projek yang menerangkan maklumat sebagaimana projek-projek kerajaan yang lain.

Siapakah yang bertanggung jawab keatas projek tersebut tidak diketahui.

Apa yang tertera diatas sekepimg papan tanda berwarna biru, disisi pembinaan yang sedang berjakan hanyalah menyatakan ‘Projek Kerajaan Persekutuan Cadangan Menaiktaraf TempatLetak Kereta Di Terminal Bas Dan Teksi Di Bandar Jerteh’.

Tidak ada papa tanda sebagaimana biasa, ‘Sebuah Projek Kerajaan Barisan Nasional’ yang lazimnya memaparkan nama kontraktor dab butiran lain seperti, Tarik mula projek dan tarikh siapnya.

Sumber BO - 20-7-2017
































Peluang kerja daripada sumber halal dan bersih

SEKIRANYA diberi mandat untuk memerintah, PAS Terengganu yakin bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan, bahkan yang lebih penting, ianya dijana daripada bidang-bidang ekonomi yang halal dan bersih. 
Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Dr Alias Razak berkata, ia bertepatan dengan tema manifesto PAS yang mahu menjadikan Terengganu negeri Berkat, Maju dan Sejahtera.

“Semua orang sudah arif dan maklum bahawa Terengganu ini antara negeri yang masih mundur dalam negara kita dengan kedudukkannya baik sikit daripada Sabah dan Sarawak. 
“Kita dikategorikan negeri yang masih ketinggalan dari sudut pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi walaupun Terengganu dianugerahkan sumber yang begitu banyak, antaranya sumber petroleum,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Manifesto Awal PRU14 PAS Terengganu, ‘Mewujudkan 20,000 Peluang Pekerjaan Dalam Masa 4 tahun’ di Studio Harap TV, Kuala Terengganu, semalam. 
Katanya, walaupun pelbagai usaha boleh dibuat untuk meningkatkan peluang kerja, tetapi ia mesti bertepatan dengan pegangan PAS yang berpanduan Al-Quran, As Sunnah, ijmak ulama serta qias. 
“Maka kita juga kena ambil kira perkara dosa dan pahala. Tak boleh tiru orang sehingga kita dah melampaui dan melebihi had yang ditetapkan agama Islam. 
“Dan yang penting juga memastikan ianya memberi kesejahteraan bukan kaya melampau tapi tidak ada kesejahteraan dalam hidup. Kita mahu mereka hidup dalam sejahtera,” jelasnya yang juga Adun Bukit Tunggal.
Sumber HD - 20-7-2017
































HARAP 3.7 : Muslimat Batu Rakit Ikrar Jadi Tuan Rumah Terbaik

SETIU – Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu (DMPKS) khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sudah bersedia dan berikrar untuk menjadi tuan rumah Himpunan Harapan Semua – PAS Ganti Umno yang terbaik.

Menurut Ketuanya, Ustazah Wan Ramlah Abd Rahman muslimat berikrar akan menjadikan penganjuran terakhir HARAP ini sebagai yang terbaik dalam penganjurannya.

“Kami (muslimat) sudah bersedia untuk menerima kehadiran peserta seluruh Negeri dan akan membantu menjadikan program ini berlangsung dengan meriahnya.

“Kami bukan pelengkap kepada penganjuran ini dan anda yang hadir pasti akan menjadikan HARAP kali ini sebagai satu kenangan dan sejarah di antara program yang telah di anjurkan,” katanya yakin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas program yang berlangsung kurang dua minggu lagi, di Kampung Pengkalan Atap, pada 27 – 29 Julai ini.

Wan Ramlah yang juga merupakan Ketua Penyelaras Muslimat DUN Batu Rakit percaya program yang selama ini telah di atur seperti ziarah kebajikan, ziarah orang muda dan sebagainya akan menyaksikan kejayaan dengan kehadiran yang ramai.

Katanya. mereka akan menjadi satu suntikan bagi petugas parti untuk meneruskan momentum gerak kerja menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU 14) nanti.

“selain itu kita telah menggempur kehadiran muslimat di seluruh Unit Peti Undi (UPU) di Setiu untuk hadir termasuk di semua program berkala yang kita adakan untuk mempertingkatkan ukhwah bersama puluhan ribu orang yang akan hadir nanti.” katanya lagi.

Beliau mengesahkan kehadiran YB Ustazah Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang di anggap sebagai ikon muslimat pada program santai yang akan di adakan nanti.

Sehubungan itu, Wan Ramlah menyeru kepada semua wanita dari pelbagai umur untuk hadir bersantai bersama keluarga di sepanjang tiga hari dua malam itu.

“menyertai Himpunan terbesar rakyat Terengganu sambil mendapatkan maklumat dan gambaran jelas terhadap situasi politik terkini tanah air dari pimpinan tertinggi PAS yang di akui oleh semua rakyat Malaysia kini,” tambah beliau

Sumber BO - 19-7-2017
































Kuarters Kerajaan Terbiar

KEMAMAN – Lebih 12 blok Kuaters Kerajaan di kiri dan kanan Jalan Air Putih, Kemaman terbiar tanpa penyelenggaraan sejak setahun yang lalu.

Kompleks tersebut yang sepatutnya menjadi tempat tinggal para pegawai kerajaan umpana kawasan belukar, ditumbuhi rumput.

Ketika tinajuan dibuat di kawasan Kuaters Kumpulam A dan B, di Jalan Merbau, masih terdapat pegawai yang tinggal walaupun 90 peratus, tidak diduduki.


Seorang pegawai yang masih menetap di situ yang ditemui berkata, beliau tidak tahu mengapa pihak pejabat daerah Kemaman tidak membersihkan kawasan ‘elit’ itu.

“saya tak tahu mengapa Pejabat Daeran tak buat perkhidmatan…..walaupun dah banyak kali buat laporan…….saya harap pihak media dapat dedahkan,” ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Kompleks yang juga menempatkan Pejabat dan Pusat Operasi Jabatan Pertanahan Awam itu semak samun walaupun dilaporkan ada seorang Penolong Pegawai Daerah yang masih tinggal di situ.


Justeru itu, Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman Haji Zulkili Md Yakim menggesa pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera.

“saya menyerulah kalau sekiranya kerajaan yang bertanggungjawab ambil cakna dan segerakanlah buat pembersihan atau memberi penyelenggaraan yang sesuai,

“sebagaimana yang kita hendak kawasan kita negeri kita daerah kita cantik dan bersih,” ujarnya











































Sumber BO - 19-7-2017
































PAS DUN Paka Lancar Khidmat Ambulan Percuma

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka telah melancarkan satu lagi khidmat yang memberikan kemudahan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Khidmat Ambulan tersebut akan diberikan secara percuma khusus warga DUN terbabit.

“kita akan beri khidmat, setakat ni……..kita akan beri khidmat secara percumalah…….untuk pengundi rakyat kawasan Paka ni…….daripada rumah ke hospital,


“sebab ada orang kadang-kadang kereta (tak ada), kadang-kadang ‘tak dok’ kenderaan jadi kita akan beri khidmat secara percuma …… bawa dia (pesakit) dari rumah ke hospital dan daripada hospital ke rumah,” jelasnya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu itu berkata, ambulan terpakai itu adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihtin, melalui badan kebajikan DUN Paka, Markaz Ehsan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Ambulan itu yang diadakan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Paka, pada Sabtu 15 Julai, disini.

Oleh itu, kata beliau, perkhidmatan ambulan tersebut akan dimulakan secepat mungkin kerana keperluannya yang amat mendesak.



“Kita dah nak siap dhh dari segi kelengkapan dan sebagainya (dan) cukai calan pun Ok belaka doh…..sebab setakat ni ambulan diperingkat hospital pun ada masalah,

“untuk memberi khidmat kepada masyarakat apatah lagi kawasan Dungun ni, penggunaan ambulan masih lagi (tidak mencukupi kerana) diguna pakai daripada Dungun ke hospital Kuala Terengganu,” jelas beliau.

Apatah lagi katanya, hospital Dungun dalam proses lagi dalam pembinaan dah tidak tahu, bila akan siap.

Setakat ini menurutnya, pihak belia hanya merancang memberikan perkhidmatan ujtuk mengangkut pesakit dari rumah ke hospital Dungun sahaja.



Namun begitu, beliau akan meneliti kemungkinan membawa penduduk yang sakit terus ke hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ).

“kita tengok………(khidmat) untuk di kawasan ke hospital Dungunlah (tetapi) kita tengoklah atas permintaan……tengok atas keperluan dan sebagainya,

“Jadi insya Allah kita guna pakai (khidmat) Markas Ehsan ataupun apa khidmat dalam DUN Paka….. kita ni cuba memberi khidmat operasi terbaik, insya Allah,” tegas beliau

Sumber BO - 18-7-2017
































Alam Ria Memeriahkan HARAP 3.7

Oleh : Zulshawal

KUALA TERENGGANU – Program Himpunan Harapan Rakyat – PGU 3.7 (HARAP 3.7) yang bakal diadakan pada 27 hingga 29 Julai nanti akan dimeriahkan dengan penganjuran pertandingan Alam Ria PASTI peringkat Negeri Terengganu.

Pertandingan ini melibat penyertaan dari semua daerah merupakan acara tahunan bagi mencungkil bakat para pelajar PASTI dalam acara yang dipertandingkan.

Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong mengharapkan dengan adanya pertandingan ini dalam tentatif HARAP 3.7 dapat menarik seramai mungkin pengunjung ke tapak program tersebut.

“Kebiasaannya kami mengadakan pertandingan ini dalam program khas. Namun kali ini PASTI cuba membawa kelainan dengan objektif mempromosikan PASTI kepada masyarakat.”



“Selain itu, kami juga berharap agar acara Alam Ria ini dapat menarik kehadiran pengunjung ke tapak HARAP 3.7.” Ujar Ustaz Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Pengkalan Berangan.

Pertandingan tersebut dijadualkan pada hari Jumaat, 28hb Jun 2017 melibatkan 11 acara yang dipertandingkan. Ianya termasuklah pertandingan pidato, azan, nasyid, kalam jamae dan hafazan yang melibatkan hampir 200 orang peserta.

“Pertandingan ini melibat 3 pentas yang telah kami putuskan dalam kawasan tapak HARAP. Jadi kami mohon agar semua pengunjung dapat hadir pada hari Jumaat, 28 Jun bermula jam 8 pagi bagi memberi sokongan kepada anak-anak PASTI yang mengambil bahagian.” Tambah beliau lagi.

HARAP 3.7 kali ini akan diadakan di Kampung Pengkalang Atap, Batu Rakit merupakan edisi terakhir siri jelalah program HARAP kesemua daerah dalam Negeri Terengganu.

Sumber BO - 18-7-2017
































Beri Peluang Kepada PAS

Oleh : Zulshawal

DUNGUN – Pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi diseru agar memberi peluang kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 nanti.
Ini kerana, kata Yang DiPertua PAS Kawasan YB Ustaz Wan Hassan Mohd Rami, parti itu telah membuktikan kecemerlangannya, menjuarai kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat selepas PRU kali ke-13 lalu.

“Saya mohon agar tuan dan puan memberi peluang kepada PAS Bukit Besi (dengan) pilih PAS dalam PRU14 nanti agar kerja-kerja kebajikan yang telah kami buat ini akan dapat ditambah jumlahnya,
“Dalam keadaan kami ketiadaan sumber kewangan (dan) ianya datang datang daripada sumbangan kawan-kawan, kita berjaya mengadakan pelbagai program termasuk majlis hari ini,


namun, jika tuan puan memilih PAS dalam PRU akan datang, insya Allah program-program kita nanti lebih banyak dan lebih ramai penduduk yang akan menerima manafaatnya,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap program penyampaian duit raya kepada anak yatim sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Besi, di Kampung Jerangau Sunia pada Sabtu 15 Julai.

“Tahun ini kita hanya mampu menyampaikan duit raya kepada anak yatim yang berusia 12 tahun ke bawah………saya mohon kita semua berdoa agar PAS menang supaya kita dapat menaikkan jumlah sumbangan,” jelas beliau.

Shubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, lokasi majlis sambutan hari raya dipilih melalui pusingan kesemua Unit Peti Undai (UPU) yang berada dalam DUN tersebut.


“Tahun lepas di UPU Felda Jerangau telah menjadi tuan rumah, tahun ini UPU Nerang. Namun UPU lain tetap mengambil bahagian bagi menjayakan majlis kita ini,

“Ini adalah bukti kerjasama kami dalam jemaah PAS DUN Bukit Besi. Dan kerjasama ini bakal diterjemahkan dengan tuan puan dapat menerima lebih banyak manafaat jika PAS dipilih menerajui DUN Bukit Besi dalam PRU 14 nanti,” tegas beliau.

Lebih 1,000 orang hadir bagi meraikan majlis rumah terbuka tersebut dengan para tetamu, dijamukan gulai kawah daging kerbau serta juadah lain yang disediakan oleh ahli dan penyolong PAS.

Seramai 91 orang anak yatim bawah 12 tahun telah diraikan pada Majlis yang merupakan acara tahunan anjuran PAS DUN Bukit Besi.

Sumber BO - 1-7-2017
































PAS Rapat Dengan Masyarakat Bandar

Oleh : Solahuddin Al-Idrus

KUALA TERENGGANU – PAS mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat, dapat dilihat dengan kehadiran 2000 orang hadirin pelbagai lapisan mengunjungi Majlis Sambutan Aidil Fitri peringkat DUN Bandar.

Pengarahnya Ustaz Ahmed Shah Mohamad ketika dihubungi berkata, membangkitkan lagi semangat ahli dan penyokong PAS menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berpuas hati dan sukacita dengan majlis yang dihadiri oleh berbilang bangsa dan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Alhamdulillah walaupun Syawal hampir menuju penghujungnya, tetapi kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri masih hangat dirasai ”


“Kami menerima kunjungan tetamu berbilang bangsa dari pelbagai lapisan masyarakat yang tidak putus putus dari jam 10pagi sehingga berakhir jam satu petang,” ujarnya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu itu, program tahunan ini dilihat sangat berjaya dan dapat merapatkan hubungan terutamanya dengan orang muda.

“Kami turut menganjurkan pelbagai program berbentuk hiburan santai, futsal juga dakwah jalanan dalam masa yang sama kami menyelitkan tentang gejala sosial serta kesedaran bahaya dadah dan buruknya merempit.

“masalah sosial bukan hanya melibatkan tanggungjawab ibu bapa sahaja, tapi semua memainkan peranan dalam menangani masalah ni, dan dibandar ni kita telah berjaya membanteras isu rempit,” jelasnya.


Justeru, tegas beliau, perjuangan PAS bukan sekadar perjuangan politik sahaja tetapi juga berdakwah mengajak masyarakat kembali kepada jalan yang betul.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda PAS Dun Bandar, Khairuddin Mohamad, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera yang dibudayakan PAS pada hari ini mampu mendekatkan semua golongan masyarakat kepada PAS.

Tiada lagi kebimbangan atau ketakutan dengan pelbagai ugutan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini menjadi momokkan kepada orang kampung.

“Pelbagai lapisan masyarakat datang menjamu selera. Ketua Pemuda Umno Bandar pun hadir meraikan majlis ini, orang kampung dah tak takut dengan ugutan mana-mana pihak,” katanya.


Dulu mereka takut sebab kalau mereka pergi program PAS, takut kena potong bantuan ini dan itu, tapi nampaknya sekarang mereka dah faham,” ujarnya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, kehadiran para pemuda sangat memberangsangkan dan diluar jangkaan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Haji Mustafa Ali, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, Azrin aris dan diserikan lagi dengan kehadiran Kerabat Band yang dianggotai oleh Kamal, bekas pemain drum IKLIM serta Had, bekas pemain gitar sensasi suatu ketika dulu.

Sumber BO - 18-7-2017
































PAS Batu Buruk Ikrar Kekalkan Kemenangan

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Buruk berikrar akan mengekalkan kemenangan dan membantu Badan Perhubungan PAS Terengganu kembali mentadbir negeri Terengganu pada pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

Pengarahnya Ustaz Mohd Soud Said berkata, kalau dilihat politik di negeri Terengganu pada hari ini, banyak perkara-perkara yang membebankan rakyat, yang menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya sehinggakan merugikan rakyat di seluruh negeri.

“Kami di DUN Batu Buruk sentiasa melihat perkembangan perjalanan terkini politik terutamanya politik di negeri Terengganu,


“Jadi kami akan bersedia untuk bersama-sama dengan rakyat bagi memastikan semua untuk kepentingan rakyat akan tetap kami bela pada masa-masa yang akan datang, insya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Jamuan Raya MTD Batu Buruk yang diadakan di Dataran Wisma KOKHIDMAT, Kuala Ibai, hari ini 15 Julai, disini.

“Terutamanya dalam memastikan kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang ini agar hak rakyat terbela pada masa yang akan datang,


“Kami sentiasa melakukan persiapan dan telah menyediakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang yang kemungkinan akan berlaku pada awal tahun hadapan ataupun kita tunggulah bila waktu pilihan raya,” jelas beliau.

Menurutnya, dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan dan ramai pada hari ini, melibatkan muslimin muslimat seluruh dun Batu Buruk menandakan bahawa PAS masih lagi mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan yang padu di dalam dun Batu Buruk.

Ustaz Soud yang juga Setiusaha PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, semua persiapan terutamanya penyedian peralatan pilihan raya, bilik gerakan dan jentera telah digerakkan sejak beberapa bulan yang lalu.


“Jentera kita semuanya telah siap sedia. Bilik gerakan kita semua telah dibuka dan kita telah mengarahkan setiap unit peti undi (UPU) kita dan juga setiap cawangan kita bersiap siaga dengan persiapan jentera dan sebagainya,

“Disamping itu juga kita sentiasa melakukan daftar pemilih bagi pengundi-pengundi yang baru yang layak untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih,” tambahnya.

“Maka kita telah menggerakkan supaya mereka semua berdaftar dengan pihak SPR ataupun di pejabat Pos . Inilah antara kerja-kerja yang telah kita lakukan dan insya Allah kita mengharapkan kerja-kerja persiapan ini akan terus bergerak dari hari ke hari,


“Dan pihak jawatankuasa PAS Dun Batu Buruk akan sentiasa terus beri khidmat kepada masyarakat dalam dun batu buruk terutamanya bagi memastikan kemenangan akan terus berada di pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS),

“Mudah-mudahan dengan persiapan yang kita sediakan hari ini akan dapat mengekalkan kemenangan PAS di dun Batu Buruk,” katanya lagi

Sumber BO - 17-7-2017
































Razif Tak Reti Politik Langsung!

                   
KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai ‘tidak tahu politik langsung’ apabila beliau berkata akan meminta konsensus MCA, MIC dan Gerakan dalam membuat keputusan untuk melaksanakan perundangan Islam di Terengganu.

Ahli Panel Penasihat PAS Pusat Datuk Wan Mutalib Embong berkata, seharusnya Razif memberi kefahaman mengenai perundangan syariah supaya lebih difahami rakan-rakan bukan Islam.
“Itu bukan pendekatan orang Islam. Sepatutnya kita ‘mencerahkan’ orang bukan Islam kepada Islam, bukan kita hendak ambil panduan daripada orang bukan Islam.

“Dan kita tahu kekuatan MCA tiada lagi di Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Jamuan Raya Majlis Tindakan DUN Batu Burok, di sini pada Sabtu 15 Julai.


Dalam laporan media Jumaat lalu, Ahmad Razif turut menyebut bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan pandangan parti komponen dalam BN dengan mengambil kira hasrat dan kebimbangan mereka terhadap sesuatu isu.

Mengulas lanjut mengenai hukuman sebat di Kelantan, Wan Mutalib berharap ia dapat dilaksanakan, dalam masa yang, sama kerajaan Kelantan memberi kefahaman secara menyeluruh kepada rakyat.

Beliau yang turut terlibat dalam menggubal Enakmen Syariah di Kelantan dan Terengganu semasa menjadi Pengerusi Lajnah Perundangan dan Penasihat Undang-Undang kepada PAS suatu ketika dahulu berkata, apa yang penting buat masa ini adalah memperkenalkan kelebihan undang-undang Islam supaya penerimaan kelak dapat diterima rakyat yang kebanyakannya disifatkan masih lagi kabur.

Katanya, pendekatan tersebut perlu dibuat supaya rakyat lebih memahami dan bersedia menerima pelaksanaannya kelak berikutan Rang Undang-Undang (RUU) 355 akan membuka jalan bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.


“Kita kena guna pendekatan itu, perkenalkan undang-undang Islam ini dan beritahu rakyat, orang Islam bahawa undang-undang Allah ini yang tertinggi dan kelebihan undang-undang Islam ini kena ditonjolkan supaya rakyat tahu…Penguatkuasaan itu ikut keupayaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai beberapa pihak yang cuba mempersoalkan hukuman sebat di Kelantan sehingga menjadi polemik, Wan Muttalib meminta supaya pihak terlibat perlu yakin dengan undang-undang Islam.

Beliau turut meminta supaya al-Quran dan sunnah tidak harus diketepikan sehingga mempersoalkan perkara tersebut.

“Kalaulah undang-undang Allah tidak baik, apa guna jadi orang Islam? Apa guna letak iktikad pada Islam? Islam (agama) tertinggi (sebab itu) kita pilih Islam kerana yakin.


“Cuma politik hidup pada hari ini, kita tidak diperintah Islam secara mutlak. Jadi orang Islam tidak percaya pada undang-undang Islam,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sikap tersebut timbul kerana umat Islam masih belum terdidik sepenuhnya dengan kelebihan dan hikmah undang-undang Islam dan berharap ia ditonjolkan supaya diterima oleh orang Islam khususnya.

“Macam kita makan makanan (tempatan) kita ini, walaupun makanan orang Islam tetapi kita lebihkan makanan orang putih (barat), lagi sedap. Pasal kita tidak ‘dihidang’ dengan kebaikan undang-undang Islam itu sendiri,” katanya.

Sumber BO - 16-7-2017

No comments:

Post a Comment