BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, September 8, 2014

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI- ICT DAN MEDIA BARU

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI : SESI 2017 - 2019

Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Pengerusi: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Takiyuddin Hassan


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI : SESI 2015 - 2017

Pengerusi : Dato Setiausaha Agung PAS (Dato’ Takiyuddin Hassan)
Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal)


Sumber PP - 23-6-2015 

 

Awas Pengguna Apple, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini
Posted on Friday, February 16 @ 18:29:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38270



PENGGUNA Apple dinasihatkan tidak membuka sekiranya menerima 'teks bom'.

Teks dari bahasa Telugu yang digunakan oleh golongan Dravidia di bahagian selatan India ini mampu merosakkan peranti yang digunakan dalam iPhone, iPad dan juga Mac.



Teks dalam bahada Telugu ini mampu merosakkan aplikasi dalam Apple.

Sekiranya pengguna Apple terus membuka teks tersebut, ia boleh merosakkan sistem aplikasi dalam sebarang gajet jenama berkenaan.

Semua gajet Apple meggunakan iOS 11.2.5 atau MacOS mudah terkena dengan pepijat tersebut sekaligus menggagalkan untuk penggunaan iMessages.

Selain itu ia juga memberi kesan kepada aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger, Outlook (IOS) dan juga gmail.

Dilaporkan, sekiranya berlaku, gajet tersebut akan tertutup (off) secara berterusan.

Sumber TKO - 16-2-2018


LibreOffice 6.0 Dilancarkan – Perisian Alternatif Untuk Microsoft Office
Posted on Saturday, February 03 @ 07:40:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38073



LibreOffice merupakan salah satu perisian sumber terbuka dan percuma yang ditawarkan sebagai alternatif untuk Microsoft Office. Dibangunkan sebagai cabang daripada OpenOffice sebelum ini, ia telah melalui beberapa fasa, dan terkini, LibreOffice 6.0 telah pun dilancarkan.

Versi terkini ini hadir dengan sedikit kemaskini pada rekaan antaramuka, selain turut menyertakan kebolehan untuk pengguna menyimpan dokumen dalam format ePub. Pelbagai aplikasi dibawahnya turut menerima sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Writer, dan Calc.

Seperti sebelum ini, LibreOffice 6.0 ditawarkan untuk semua sistem operasi desktop – iaitu Windows, Mac dan juga Linux.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian LibreOffice 6.0 ini hari ini, dan mencubanya sendiri.


Muat-Turun LibreOffice

Sumber TKO - 3-2-2018


Microsoft Office 2019 Hanya Akan Menyokong Windows 10
Posted on Saturday, February 03 @ 07:39:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38072



Microsoft telah pada awalnya mengumumkan Office 2019 pada tahun lepas, tetapi tidak berkongsi sebarang info lanjut mengenainya ketika itu. Terkini, gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi beberapa perkara mengenai pelancarannya, dimana perisian pejabat popular ini disasarkan untuk pengenalan pada pertengahan kedua 2018 kelak.

Dan satu lagi perkara yang dikongsikan oleh Microsoft hari ini melalui laman sokongan mereka adalah dimana Office 2019 hanya akan menyokong Windows 10 sahaja. Ini bermakna, pengguna Windows 7 dan Windows 8 perlu menaik-taraf sistem operasi mereka kepada Windows 10 sebelum dapat menggunakannya.

Dari segi sokongan, Office 2019 akan disokong selama 5 tahun lamaanya, dengan sokongan lanjutan selama 2 tahun.

Microsoft dijangka akan menawarkan versi pembangunan kepada pengguna untuk mengujinya terlebih dahulu menjelang suku kedua 2018 ini.
Sumber Rujukan: Microsoft
AMANZ

Sumber TKO - 3-2-2018


Telegram Meningkatkan Had “Group Chat” Kepada 75,000 Ahli
Posted on Thursday, January 25 @ 20:02:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37904



Telegram merupakan antara aplikasi permesejan dengan pelbagai pilihan saluran dan sembang berkumpulan dengan topik-topik berbeza dan menarik. Sebelum ini, Telegram mengehadkan jumlah ahli pada sesuatu “Group Chat” hanya sehingga 50,000 ahli sahaja, dan kini mereka meningkatkannya lagi.

Bermula kini, Telegram menyokong lebih 75,000 ahli dalam sesuatu Group Chat, sekaligus membolehkan lebih ramai menyertai sesuatu Group Chat dan membincangkan mengenai perkara yang mereka inginkan.

Bagi anda yang menggunakan atau mentadbir sesuatu Group Chat, kini anda boleh mengajak lebih ramai menyertainya. Dengan perkembangan ini, tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita lihat Telegram membuang had dan menjadikan sesuatu Group Chat itu sebagai tanpa had ahli.

.....

Mahathir buat satu group berikan nama "Reformati" bagi memberikan khusus agama kepada ahli-ahli BERSATU, PAN dan PKR. Rasa cukup 3 parti itu (tak termasuk DAP) seramai 75K. Bersatu (20K), PAN (23K) dan PKR (32K)



Sumber TKO - 25-1-2018



Apple Mohon Maaf Kerana Memperlahankan iPhone Generasi Lama
Posted on Friday, December 29 @ 14:38:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37479



Lanjutan daripada laporan mengenai Apple yang memperlahankan iPhone generasi lama, hari ini gergasi perkomputeran berkenaan mengeluarkan kenyataan rasmi, dan memohon maaf kepada semua pengguna disebabkan olehnya.

Apple mengatakan mereka melakukan perubahan dan mengurangkan kuasa pemprosesan pada iPhone generasi lama dalam memastikan para pengguna akan dapat kekal menikmati iPhone seperti biasa – dan supaya bateri lama tidak memberikan kesan kepada penggunaan mereka.

Apple sebelum ini telah mengimplementasi kawalan terhadap prestasi iPhone lama sejak setahun lepas melalui kemaskini iOS 10.2.1 yang memberikan kesan kepada iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, dan juga iPhone SE. Disamping itu, perkara sama turut dilakukan pada iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus melalui iOS 11.2.

Seperti dinyatakan sebelum ini, pengguna boleh mengembalikan prestasi iPhone seperti biasa dengan mengubah kepada bateri baru. Apple sebelum ini dikatakan mengurangkan prestasi iPhone generasi lama kerana mungkin terdapat pemprosesan yang memerlukan tenaga tinggi yang mungkin tidak dapat ditampung oleh bateri lama – sekaligus membuatkan iPhone tertutup secara automatik. Untuk mengatasinya, Apple mengurangkan prestasi iPhone lama melalui kemaskini perisian iOS – namun tidak berterus terang dengan pengguna berkaitan dengannya.

Bergerak kehadapan, Apple mengatakan mereka akan mengurangkan harga untuk menggantikan bateri lama pada iPhone bermula Januari 2018 kelak, selain Apple turut akan menawarkan kemaskini iOS yang turut memperlihatkan jangka hayat dan prestasi bateri iPhone mereka tersendiri. Harga gantian untuk pengguna di Malaysia masih belum diumumkan – tetapi di Amerika Syarikat ia berharga sekitar $25.

Sumber TKO - 29-12-2017


Jualan iPhone X Bakal Menyumbang Keuntungan RM 89 billion Kepada Samsung
Posted on Friday, December 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37404


Samsung dan Apple mempunyai hubungan yang amat kompleks di dalam dunia teknologi. Mereka saling saman menyaman tetapi masih memerlukan di antara satu sama lain untuk terus beroperasi. Menurut laporan media Korea Selatan, jualan iPhone X bakal menyumbang sehingga $22 bilion (RM 89 bilion).

Ini adalah kerana Apple dijangka memesan di antara 180-200 juta panel OLED untuk skrin iPhone X tahun hadapan. Tahun ini sahaja mereka dilaporkan telah memesan 50 juta panel dari Samsung. 


Setiap panel dianggarkan dibekalkan pada harga $110 (~RM 448) sebuah. Ini bersamaan dengan keuntungan di antara $19.8-$22 bilion (~RM 81-89 bilion) kepada gergasi Korea ini.

Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar dengan kualiti terbaik di dunia. Pesaing terdekat mereka LG tetapi seperti yang dilihat pada Pixel 2 XL, mempunyai masalah tuna-skrin yang masih belum berjaya diselesaikan.
Sumber Rujukan: The Investor
AMANZ

Sumber TKO - 22-12-2017


Prestasi iPhone Lama Didapati Boleh Dipertingkatkan Dengan Hanya Menggantikan Bateri
Posted on Thursday, December 14 @ 06:54:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37292



Setiap tahun anda pasti mendengari rintihan pengguna iPhone yang mengatakan peranti mereka terasa perlahan selepas melakukan kemaskini perisian. Apple dituduh melakukan planned obsolescence, yang membuatkan pengguna berubah ke peranti model terkini. Tetapi sebenarnya jawapan kepada masalah iPhone terasa perlahan mungkin lebih mudah dan murah dari yang disangkakan.

Menurut bebenang Reddit yang sedang hangat sekarang, masalah iPhone model lama terasa perlahan adalah kerana masalah bateri. Perisian menganalisa prestasi bateri dan akan mengurangkan kelajuan pemproses mengikut arus yang mampu dibekalkan. Ini menjurus kepada peranti dengan bateri yang tidak lagi optimum berfungsi lebih perlahan dari pada hari pertama ia dibeli.
Untuk mengesahkan perkara ini, pembuka bebenang melakukan ujian penanda aras Geekbench. Markah yang dicatatkan pasca penukaran bateri nyata lebih tinggi.
Pengguna Reddit kini mempunyai teori ini berkait rapat dengan masalah bateri iPhone 6 dan 6S tahun lalu. Seperti yang kami laporkan tahun lalu, kedua-dua peranti mengalami masalah mati dengan sendiri apabila bateri mencapai tahap sekitar 30%. Program gantian bateri dilakukan oleh Apple. Pada waktu yang sama Apple didakwa melakukan perubahan kepada iOS untuk merendahkan kelajuan pemproses apabila tahap bateri rendah atau tidak lagi pada kesihatan optimum.
Masalah ini tidak dialami oleh iPhone 7 dan ke atas. Pemproses A10 Fusion (iPhone 8 )dan A11 Bionic (iPhone 8, X) mempunyai empat teras. Dua daripada teras ini adalah teras prestasi rendah yang tidak menggunakan kuasa yang banyak. Oleh itu iOS tidak perlu merendahkan kelajuan pemproses bagi mengoptimasikan prestasi peranti berasaskan kapasiti bateri.
Jadi kepada pemilik iPhone 6, 6S dan SE, anda hanya perlu menukar bateri untuk peranti terasa sepantas hari pertama ia digunakan. Ini masih lebih bertanggungjawab kepada tanggungjawab fiskal peribadi berbanding membeli peranti baru.

Sumber Reddit menerusi MacRumors
Sumber TKO - 14-12-2017


Perbandingan Xiaomi Redmi 5 Plus, Honor 7X Dan Oppo F5
Posted on Friday, December 08 @ 08:21:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37209



Xiaomi Redmi 5 Plus akhirnya dilancarkan di China semalam dan merupakan peranti skrin 18:9 mampu milik dari Xiaomi. Ini meletakkannya di dalam pasaran yang sama dengan Honor 7X yang bakal dilancarkan di Malaysia minggu hadapan dan Oppo F5. Mari lihat perbandingan diantara ketiga-tiga peranti dengan skrin 18:9 ini.



...
AMANZ 


Sumber TKO - 8-122-2017




Samsung Mempatenkan Mengimbas Tapak Tangan
Posted on Tuesday, December 05 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37163


Pada hari ini, terdapat sejumlah kaedah pengecaman berasaskan biometrik yang digunakan pada telefon pintar – termasuk dengan mengimbas jari serta mengimbas mata dan wajah. Terkini, Samsung turut mempatenkan sebuah kaedah pengecaman baru untuk seseorang pengguna, iaitu dengan mengimbas tapak tangan.

Walaubagaimanapun, tujuan mengimbas tapak tangan adalah berbeza dengan kebiasaanya. Samsung mempatenkan kaedah ini lebih kepada untuk mendapatkan kembali kata laluan yang hilang – dan sebaik sahaja diimbas menggunakan kamera pada peranti, ia akan memperlihatkan petanda untuk kata laluan anda.

Memandangkan ada yang mengatakan garisan pada tapak tangan adalah berbeza bagi setiap orang – selain ia mungkin agak pelik untuk seseorang merakamkan gambar tapak tangan, maka ia mungkin salah satu kaedah menarik untuk mengingatkan anda dengan kata laluan yang anda terlupa.

Seperti biasa, buat masa ini, ia sekadar pemfailan paten sahaja. Tidak dketahui lagi sama ada ia benar-benar akan diimplementasikan ataupun sebaliknya.
Sumber Rujukan: SAMMOBILE
AMANZ

Sumber TKO - 5-12-2017



YouTube Go Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia
Posted on Friday, December 01 @ 14:52:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37089



Google Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran aplikasi penjimatan data dan saiz mereka untuk YouTube, iaitu YouTube Go.

YouTube Go ini bersaiz sekitar 9MB, dan ia membolehkan anda bukan sahaja menemui dan melihat pelbagai kandungan video melaluinya – tetapi turut mengawal ruangan storan, serta memut-turun sesuatu video untuk ditonton kemudian. Anda boleh memilih untuk menyimpan video yang dimuat-turun pada telefon ataupun pada kad-SD.

Google mengatakan aplikasi ini direkabentuk untuk digunakan bersama telefon dengan storan kecil, dan pada masa yang sama digunakan pada kelajuan rangkaian yang rendah.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi YouTube Go ini hari ini.



Sumber TKO - 1-12-2017


Samsung Tak Sengaja ‘Dedahkan’ Galaxy X
Posted on Thursday, November 30 @ 12:36:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37072



SAMSUNG dikatakan secara tidak sengaja mengesahkan telefon pintar baru yang sedang diusahakan.

Bentuk telefon itu, yang desas-desusnya sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu, dijangka jauh berbeza daripada telefon-telefon lain di pasaran, lapor laman Independent.

Ia dijangka fleksibel, membolehkan para pengguna untuk melipat malah mengubah saiznya mengikut keperluan mereka.

Samsung turut menerbitkan ruang sokongan bagi telefon Galaxy X di laman rasminya minggu ini, bagaimanapun ruang sokongan itu sudah pun dipadamkan.

Meskipun ia tidak mendedahkan banyak mengenai telefon tersebut, hakikat menerbitkannya di laman mereka merupakan tanda bahawa syarikat tersebut sedang merancang untuk melancarkan Galaxy X tidak lama lagi.

Ruang sokongan itu juga tertera kod SM-G888N0, yang bermakna Galaxy X hanya akan dilancarkan di Korea Selatan sahaja, menurut Forbes.

Ini adalah satu langkah yang logik memandangkan Samsung baru sahaja melancarkan dua telefon bijak baru – Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 dan enggan menanggung risiko menjejas penjualannya dengan melancarkan Galaxy X yang masih di peringkat percubaan.

Bentuk dan rupa Galaxy X ini masih belum jelas namun ia berkemungkinan boleh diubah saiz menjadi sebesar tablet atau dikecilkan kepada saiz telefon yang kecil. – MYNEWSHUB.CC


Sumber  TKO - 30-11-2017


Rekaan Samsung Galaxy A7 (2018) Dan Galaxy A5 (2018) Tertiris
Posted on Tuesday, November 28 @ 09:23:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37035



Hanya minggu lalu rekaan peranti yang dikatakan Samsung Galaxy A (2018) tertiris melalui imej pengolokan pengeluar kerangka. Hari ini dua imej pengolokan untuk Samsung Galaxy A7 (2018) dan A5 (2018) tertiris sekali lagi menerusi pengeluar kerangka.

Seperti model tahun ini, tiada perbezaan dari segi rekaan boleh dilihat di antara kedua-dua model. Hanya saiz skrin akan membezakannya. Skrin nirbingkai Infinity Display digunakan pada peranti Galaxy A (2018) bersama dengan butang Bixby serta pembesar suara pada sisi sebelah kanan.


Pengimbas cap jari terletak pada bahagian bawah lensa kamera yang jelas lebih mudah diakses berbanding yang ditemui pada Galaxy S8. Peranti-peranti ini dipercayai akan dilancarkan awal tahun hadapan.

Sumber Rujukan: Slashleak

Sumber TKO - 28-11-2017


Bas London bakal guna minyak kopi
Posted on Wednesday, November 22 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36927



LONDON 20 Nov. – Tidak lama lagi, beberapa bas di London bakal menggunakan minyak bio yang dihasilkan daripada sisa kisaran kopi.

Channel News Asia melaporkan, minyak bio tersebut dihasilkan menerusi campuran minyak kopi yang diekstrak daripada sisa kisaran biji kopi dengan diesel.

Syarikat pengeluar minyak Shell dan firma teknologi, Bio-bean dalam satu kenyataan ber­sama menjelaskan minyak kopi tersebut boleh ditambah ke dalam rantaian bekalan bahan api di London tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian.

Pengasas Bio-ben, Arthur Kay menyatakan penggunaan sisa kopi yang diubah menjadi bahan api adalah satu perkara yang amat menarik.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Luar Shell Singapura, Jason Leow pula menyifatkan teknologi ber­kenaan berguna kepada negara yang mempunyai volum penggunaan kenderaan yang tinggi.

“Bahan api ini bukan sahaja boleh digunakan di London, ma­lah ia berpotensi untuk negara di seluruh dunia yang bercadang untuk menggunakan sistem pe­ngangkutan lebih efisien serta tahan lama,” katanya.

Berkerjasama dengan penge­luar minyak bio iaitu Argent Energy menyaksikan campuran akhir bahan api tersebut terdiri daripada 80 peratus diesel dan 20 peratus minyak bio.

Bahan api baharu itu berupaya mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih apabila ia mengurangkan pelepasan gas karbon berlebihan yang boleh mencemarkan udara.

Secara purata, penduduk Lon­­don minum 2.3 cawan kopi sehari, sekali gus menghasilkan kira-kira 200,000 tan sisa kopi setiap tahun dan kesemua sisa kopi tersebut akan dikumpul daripada kedai minuman serta kilang.


Setakat ini, sebanyak 6,000 li­ter minyak kopi sudah dihasilkan dan berupaya menjana operasi bas selama setahun.

Sumber TKO - 22-11-2017
















Terokai IT utuk manfaat parti















BERKEMAHIRAN dalam pelbagai bidang memudahkan beliau untuk menyumbang kepada parti. Dalam masa sama, penglibatan dengan beberapa pertubuhan turut membantu beliau meneruskan perjuangan bersama PAS.

Selain pernah aktif bersama Pertubuhan Al-Arqam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), beliau yang dilahirkan pada 4 Oktober 1962 ini juga mahir dalam bidang grafik, perniagaan serta aktif di dalam sukan.

Bahiki Ismail, bapa kepada lapan orang anak ini pernah mewarisi perniagaan kedai kitab milik bapanya, selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber HD - 18-11-2017


Perbandingan OnePlus 5T, Huawei Mate 10 Pro Dan iPhone X
Posted on Saturday, November 18 @ 06:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36808



OnePlus 5T dilancarkan pagi tadi dan merupakan peranti kemaskini kepada OnePlus 5. Skrin kini menggunakan rekaan nirbingkai 18:9 dan sistem telefoto pada dwi-kamera kini tidak lagi disertakan. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Huawei Mate 10 Pro dan Apple iPhone X, dua peranti nirbingkai yang akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi.



....
AMANZ

Sumber TKO - 18-11-2017


Telegram Kini Memudahkan Perkongsian Sehingga 10 Gambar Dalam Bentuk Album
Posted on Thursday, November 16 @ 14:36:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36767



Pada aplikasi permesejan, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila anda berkongsi sejumlah gambar – dan ia memaparkannya secara satu-satu, sekaligus memberikan kesan seumpama spam kepada penerima.

Dalam usaha untuk mengatasinya, kini Telegram melalui kemaskini Telegram 4.5 memperkenalkan ciri perkongsian gambar dan video dalam bentuk album.

Kini, sekiranya anda berkongsi sejumlah gambar atau video, ia akan mengumpulkannya dan memaparkan ia dalam bentuk satu album untuk memudahkan penerima melihatnya.

Anda juga turut boleh memilih urutan gambar dipaparkan kepada penerima, sekaligus membolehkan sesuatu gambar dihantar mengikut bagaimana ia perlu dipaparkan.


Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baru ini.

Sumber TKO - 16-11-2017


Face ID Berjaya Dipintas Oleh Anak Yang Mempunyai Wajah Seiras Ibu
Posted on Wednesday, November 15 @ 19:59:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36742



Ketika dilancarkan September lalu, Apple dengan cukup yakin mengatakan sistem Face ID adalah lebih selamat berbanding Touch ID. Kebarangkalian ia dipintas adalah lebih rendah menurut mereka. Tetapi sejak dilancarkan ia jelas masih mempunyai beberapa kelemahan. Terkini ialah video seorang ibu yang mendakwa iPhone X beliau boleh dinyahkunci oleh anak beliau.

Sana Sherwani mendakwa anak beliau Ammar boleh menyahkunci iPhone X milik beliau kerana wajah mereka yang seiras. Beliau turut mendakwa Ammar turut berjaya menyahkuci iPhone X milik suami tetapi ia berlaku hanya sekali. Apa yang berlaku ini sebenarnya sudah boleh dijangka kerana Face ID telah terbukti boleh dipintas sekiranya anda mempunyai kembar seiras.

Ia turut boleh dipintas sekiranya anda mempunyai mesin cetakan 3D dan penghasilan topeng berteknologi tinggi seperti yang dilakukan oleh firma Bkav beberapa hari yang lalu.


Video - https://youtu.be/dUMH6DVYskc

Sumber TKO - 15-11-2017




Sebilangan Pengguna iPhone X Melaporkan Masalah Garisan Hijau Pada Skrin
Posted on Sunday, November 12 @ 18:51:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36669



Masalah dengan peranti baru kini seperti sudah dijangka kerana sudah lumrah di dalam pengilangan dalam skala besar sebilangan kecil peranti akan mempunyai cacat cela. Hari ini timbul pula laporan pemilik iPhone X menerima peranti mereka dengan kecacatan pada skrin.

Kecacatan pada skrin adalah dalam bentuk garis hijau memanjang dari atas ke bawah skrin. Jenis kecacatan ini kerap kali kami lihat pada skrin LCD komputer yang telah berusia dan tidak boleh dibaiki dengan menggunakan kemaskini perisian. Sekiranya ia berlaku pada anda pada hari pertama pembelian, anda dinasihatkan supaya mendapatkan peranti gantian dengan segera. Jumlah pemilik iPhone X yang melaporkan masalah garis hijau setakat ini masih lagi kecil.




Sumber TKO - 12-11-2017


Phone X Tak Tahan Sejuk?
Posted on Sunday, November 12 @ 17:04:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36664




MESKIPUN model iPhone X baharu sahaja dilancarkan, pengeluarnya Apple Inc menyedari kelemahan telefon bimbit tersebut selepas menerima laporan daripada beberapa penggunanya.


Menurut pengguna telefon bimbit tersebut, iPhone X tidak berfungsi dalam suhu sejuk.

Apple Inc mengumumkan mereka akan menyelesaikan isu tersebut dalam kemas kini perisian yang akan datang berikutan laporan telefon berkenaan tiada tindak-balas sebaik sahaja dibawa ke luar rumah.

"Saya menyedari skrin iPhone X saya tiada tindak-balas sebaik sahaja saya keluar dari rumah.

"Saya cuba meleret pada laman web dan ia tidak dapat membaca sentuhan tersebut. Ia amat ketara. Ada sesiapa yang turut berdepan masalah sama?," soal salah seorang pengguna.

Beberapa pengguna lain turut memberitahu mereka mengalami masalah sama.

Dalam satu kenyataan kepada Independent, Apple berkata: "Kami menyedari keadaan di mana skrin iPhone X tiada tindak-balas selepas terdedah kepada cuaca sejuk."

"Selepas beberapa saat di skrin ia akan menunjukkan tindak-balas. Ia akan dikemas kini dalam perisian akan datang."

Menurut Apple, keadaan cuaca panas dan sejuk mungkin menyebabkan telefon bimbit itu berubah sifat dalam mengawal suhunya.

"Menggunakan peranti iOS dalam keadaan terlampau sejuk di luar mungkin memendekkan hayat bateri dan boleh menyebabkan telefon bimbit terpadam secara tiba-tiba," katanya.

Sumber TKO - 12-11-2017


Call of Duty: WWII (World War II)
Posted on Saturday, November 11 @ 18:06:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36638



Ramai yang tunggul permainan ini kerana gambarnya sangat baik.

#808 Call of Duty: WWII [RiP]


Genres/Tags: Action, Shooter, First-person, 3D

Companies: Sledgehammer Games, Raven Software, Activision
Languages: RUS/ENG/MULTI10
Original Size: 88.9 GB
Repack Size: from 27.7 GB
ATTENTION! This rip contains ONLY SINGLEPLAYER FILES. For multiplayer and zombie mode support you need this addon. Download Mirrors
Discussion and (possible) future updates on CS.RIN.RU thread
Screenshots (Click to enlarge)


Rip Features
  • Based on Steam version v1.3: 88.9 GB
  • Koncept crack applied over
  • 100% Lossless & MD5 Perfect: all files are identical to originals after installation (but for multiplayer/zombie files)
  • Multiplayer and zombie files ripped (as they aren’t playable at the moment), NOTHING re-encoded
  • Selective Download feature: you may skip downloading and installing of languages you don’t need
  • Significantly smaller archive size (compressed from 88.9 to 27.7~46 GB, depending on selected languages)
  • Installation takes from 45 minutes to 1.5 hours (depending on your system)
  • After-install integrity check so you could make sure that everything installed properly
  • HDD space after installation: up to 62 GB
  • At least 2 GB of free RAM (inc. virtual) required for installing this repack
  • ATTENTION! If you’re installing this repack under Windows 10, run setup with compatibility set to Windows 7
  • If you’re installing more than one language, remember to move ALL language folder but one you need to “temp” folder. In example, if you install “english” and “russian”, move “english” folder to “temp” one to play in Russian and vice versa. Japanese and Chinese languages require “english” folder present, but all .fd/.ff files must be removed from it (only .toc and .pak should be inside)
Call of Duty: WWII – Multiplayer + Nazi Zombies Add-on
#808 Add-on Call of Duty: WWII Multiplayer + Nazi Zombies Add-on

Genres/Tags: Action, Shooter, First-person, 3D
Companies: Sledgehammer Games, Raven Software, Activision

Languages: RUS/ENG/MULTI10
Original Size: 26.9 GB
Repack Size: 19.6 GB

ATTENTION! This is an add-on for your current SP-only game installation. IT DOESN’T WORK WITHOUT SINGLEPLAYER FILES. You need my rip installed (any other rip also will do) and install this add-on to the same folder. Download Mirrors
Discussion and (possible) future updates on CS.RIN.RU thread
RELOADED Crack-only (SP/ZM/MP)
Works OK with all three modes w/o Steam needed, Tunngle and REVOLT’s VPN work too.
http://www14.zippyshare.com/v/sy8r3JiV/file.html
or
http://sendfile.su/1375748
Screenshots (Click to enlarge)


Repack Features
  • Based on Steam version v1.3 (multiplayer/zombies depots only): 26.9 GB
  • Call.of.Duty.WWII.LAN.Fix-REVOLT crack applied over
  • 100% Lossless & MD5 Perfect: all files are identical to originals after installation
  • You can install it over any SP-rip, not only over my SP-rip
  • Only multiplayer and zombie files included, NOTHING re-encoded
  • Smaller archive size (compressed from 26.9 to 19.6 GB)
  • Installation takes from 20 to 45 minutes (depending on your system)
  • After-install integrity check so you could make sure that everything installed properly
  • HDD space after installation: +27 GB to game installation (~32 GB during installation)
  • At least 2 GB of free RAM (inc. virtual) required for installing this repack
  • ATTENTION! If you’re installing this repack under Windows 10, run setup with compatibility set to Windows 7
Sumber TKO - 11-11-2017


Samsung Mengesahkan Kewujudan Pemproses Exynos 9810
Posted on Saturday, November 11 @ 18:02:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36637



Ura-ura kewujudan pemproses Exynos 9810 pertama kali kami laporkan pada bulan Februari. Pada awalnya ramai menyangka ia akan digunakan pada Galaxy S8 yang masih belum dilancarkan pada ketika itu. Sangkaan ini salah selepas S8 dan kemudian Note 8 kedua-duanya dilengkapi pemproses Exynos 8895 di bawah keluarga Exynos 9.

Kewujudan Exynos 9810 akhirnya disahkan sendiri oleh Samsung semalam. Pemproses yang juga di bawah keluarga Exynos 9 ini memenangi anugerah yang diberikan oleh CES 2018. Maklumat yang dikongsi masih lagi terhad dengan CPU generasi ke-tiga, GPU yang dipertingkatkan, sokongan moden 1.2 GBPS dan penghasilan menggunakan teknologi 10nm FinFET.  Besar kemungkinan Exynos 9810 akan menjana Samsung Galaxy S9 tahun hadapan.     

                                                
Sumber Rujukan: Samsung
AMANZ

Sumber TKO - 11-11-2017
























PRU14: Peranan media sosial sangat penting

CYBER trooper atau media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
Justeru, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor, parti perlu ke hadapan untuk membina dan merancang gerakan penerangan parti melalui mujahid siber di setiap cawangan, Majlis Tindakan Dun (MTD), kawasan, negeri dan peringkat pusat. 
"Dalam dunia langit terbuka,semua orang mengakses maklumat maka peranan cyber trooper sangat penting. 
"Tambahan pula, pada era teknologi maklumat semua orang mempunyai peranti pintar atau gajet telefon pintar dengan mengakses maklumat di tangan mereka," katanya kepada Harakahdaily. 
Menurutnya, kerana itu  kerajaan memperuntukkan wang yang besar untuk membayar dan menggajikan cyber trooper mereka. 
Malah pada 4 November lalu, Umno melancarkan perang sibernya untuk menghadapi PRU14 nanti. 
Kata Riduan, hambatan media sosial yang terlalu tinggi menyebabkan ceramah-ceramah kelompok, ceramah skala kecil, program penerangan parti menjadi tidak berkesan bukan sekadar kepada parti pemerintah juga kepada parti-parti oposisi. 
Oleh kerana itu, katanya gerakan cyber trooper memain peranan penting untuk menyebarkan dokumen, prinsip dan falsafah perjuangan  dan untuk menangkis serangan musuh kepada parti. 
"Saya bersetuju dalam PAS ini diperkasakan peranan mujahid siber agar dapat menguasai maklumat dan menangkis serangan musuh. 
"Masyarakat hari ini tidak lagi menggunakan media perdana sebaliknya lebih gemar dan mempercayai sumber-sumber daripada media sosial," katanya. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 


Apple Disaman Kerana Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus Didakwa Melanggar Paten
Posted on Wednesday, November 08 @ 22:55:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36553



Tahun 2017 ialah tahun saman datang bertali arus kepada Apple. Kes saman melibatkan mereka dan Qualcomm masih belum selesai tetapi sebuah lagi saman baru difailkan oleh syarikat Corephotonics. Syarikat yang berpangkalan di Israel ini mendakwa Apple telah melanggar paten teknologi dwi-kamera mereka yang kemudiannya digunakan pada iPhone 7 Plus dan 8 Plus.

Menurut writ saman yang difailkan, Corephotonics mempunyai beberapa paten sistem dwi-kamera yang meningkatkan kualiti gambar yang diambil. Mereka pernah menghubungi Apple untuk berkongsi teknologi yang dihasilkan. Apple dikatakan memuji teknologi yang diperlihatkan tetapi tidak berminat untuk melakukan kerjasama.

Selepas itu Apple telah mengeluarkan iPhone 7 Plus yang merupakan peranti dwi-kamera pertama mereka. Corephotonics mendakwa Apple telah menggunakan rekaan lensa telefoto, zoom optikal dan cara gambar digabungkan menjadi satu imej menerusi dua sensor berbeza milik mereka tanpa kebenaran.

Setakat ini hanya iPhone 7 Plus dan 8 Plus disenaraikan oleh Corephotonics sebagai peranti yang melanggar paten. iPhone X mungkin akan turut dimasukkan ke dalam senarai peranti melanggar paten di masa hadapan kerana ia baru sahaja dilancarkan.

Corephotonics telah melantik firma guaman Quinn Emanuael Urquhard & Sullivan untuk mewakili mereka. Ini ialah firma yang sama digunakan oleh Samsung di dalam kes menentang Apple.
Sumber Rujukan: MacRumors

AMANZ

Sumber TKO - 8-11-2017


Beratur 3 Hari Untuk Beli IPhone X Dan Kemudian…
Posted on Wednesday, November 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36539



IPHONE X adalah telefon berspesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding iPhone 8 daripada syarikat gergasi teknologi, Apple.

Bermula minggu ini, telefon pintar ini telah ditawarkan di beberapa buah negara termasuk di negara jiran, Singapura.

Seperti pelancaran versi terdahulu, telefon pintar keluaran Apple sentiasa mendapat sambutan yang boleh dikatakan bak goreng pisang panas.

Bukanlah perkara baru jika peminat tegar produk Apple ini sanggup bermalam atau beratur panjang di hadapan Apple Store seluruh dunia semata-mata untuk menunggu giliran membeli telefon pintar pintar berkenaan.

Bagaimaapun sejak semalam, rakaman video memaparkan orang ramai mula beratur panjang di hadapan Apple Store Singapura turut menjadi tular di media sosial.

Menariknya, seorang lelaki daripada ratusan peminat Apple yang ‘berkampung’ di situ merupakan warga Malaysia.

Lelaki yang dikenali sebagai Hairi sewaktu ditemubual wartawan Todayonline memberitahu bahawa dia telah beratur selama tiga hari semata-mata mahu membeli iPhone X.

Mengakui penat kerana tidak cukup tidur, namun Hairi tetap bersyukur dan berpuas hati kerana dirinya dan isteri berjaya menjadi antara yang terawal memiliki telefon pintar keluaran Apple itu.

Sesetengah netizen memuji kecekalan lelaki dari Johor Bahru itu serta mengucapkan tahniah kerana berjaya memiliki peranti idaman selepas tiga hari berada di negara jiran itu.

Bagaimanapun menurut perkongsian netizen di laman sosial, Hairi membeli iPhone X bukan untuk dirinya dan isteri sebaliknya untuk djiual semula di Malaysia dengan kadar harga dua kali ganda daripada harga asal.

Hairi yang menggunakan akaun nama ‘Gua Shidan’ di laman Facebook menjual kembali dua set iPhone X versi 256GB itu pada harga RM9,888 seunit.

Boleh dikatakan RM9,888 itu merupakan satu jumlah harga yang sangat mahal untuk dihabiskan semata-mata untuk telefon pintar, membuatkan netizen memerli tindakan Hairi ekoran meletakkan harga yang keterlaluan.

“Belanja kahwin adik pun tak mahal macam ni,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Yaacob Farhani.

Seperti yang dipaparkan dalam laman Apple Store Malaysia, harga buat iPhone X untuk versi 256GB dijual pada harga RM5,899 berbanding harga yang ditawarkan Hairi iaitu RM9,888.

Bagaimanapun melalui semakan kami hari ini, Hairi telah pun menukar harga penawaran awalnya, iaitu daripada RM9,888 kepada RM7,888.

Tidak dinafikan, trend sanggup beratur panjang demi menjadi pemilik iPhone terawal dan kemudian jual kembali pada harga tinggi sememangnya merupakan modus operandi yang telah lama digunakan segelintir peminat Apple.


Apa-pun, wang ringgit sebenarnya tidak jadi isu buat peminat tegar Apple ini kerana mereka sememangnya  sanggup habis ribuan ringgit demi menjadi individu terawal memilik peranti yang memilik teknologi tercanggih. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-11-2017




























Langkah kerajaan pupuk kesedaran buli siber dipersoal




























PAS mempersoalkan langkah proaktif yang dilakukan kerajaan dalam usaha memupuk kesedaran kepada masyarakat berkaitan kesan buruk kegiatan buli siber.

Memandangkan kegiatan buli siber dilihat berlaku dengan meluas, Dato' Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata, fenomena sedemikian tidak baik untuk negara dan memerlukan penyelesaian segera.

Menurutnya, fenomena buli siber ini membimbangkan apabila ada mangsa-mangsa kepada buli siber ini bertindak membunuh diri.

"Apakah langkah ataupun tindakan yang dibuat oleh kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa beratnya kesan daripada kegiatan buli siber ini?" soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat, 6 November lalu.

Sumber HD- 8-11-2017


Reka Bentuk Industri: Kes Apple VS Samsung!
Posted on Tuesday, November 07 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36521



KORANG tahu tak kira-kira lima tahun lepas, syarikat gergasi telekomunikasi Apple telah menuntut pampasan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) daripada Samsung di mahkamah Amerika Syarikat atas alasan Samsung telah menciplak reka bentuk iPad dan iPhone.

Bicara punya bicara, mahkamah di Amerika Syarikat (AS) memutuskan Samsung perlu membayar Apple pampasan berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.15 bilion!)
Ini kerana mahkamah di sana mendapati beberapa produk keluaran Samsung telah melanggar aspek reka bentuk dan perisian iPhone Apple.

Dahlah menang, susulan kepada keputusan itu, nilai saham Apple meningkat kepada AS$12 sesaham!

Nampak tak ‘kelicikan’ Apple, dapat keuntungan berkali-kali ganda. Ini kerana daripada awal lagi mereka sedar akan hakikat betapa pentingnya mendaftarkan reka bentuk perindustrian mereka.

Nasib baiklah Samsung bukan ‘kecik anak’ punya syarikat, mereka masih mampu membayar jumlah tersebut walaupun ‘pening kepala’ jugalah memikirkan bagaimana laba mereka ‘hilang’ begitu saja.
Korang rasa korang boleh jadi macam syarikat Apple tak? Mengapa pula tidak?

Seperti mana Apple, korang juga berhak ke atas produk yang korang reka tetapi itu semua tidak bermakna kalau korang tidak mendaftarkan reka bentuk industri korang di MyIPO dengan segera!
Sebelum pergi lebih jauh, jom kita tengok apa yang dimaksudkan dengan REKA BENTUK PERINDUSTRIAN.

Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.

Kalau nak daftar, ia mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di negara kita dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian.

Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah (3D), corak dan hiasan (2D) atau gabungan kedua-duanya sekali yang terdapat pada barang tersebut.

Untuk pengetahuan korang, sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama lima (5) tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 4 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 25 tahun!

Pun begitu, ada juga yang reka bentuk perindustrian yang TAK BOLEH didaftarkan.

Pertama bila ia tidak mempunyai nilai estetik yang jelas. Kedua kaedah atau prinsip pembinaan yang melanggar syarat ditetapkan.

Ketiga bila ciri reka bentuk itu hanya ditentukan semata-mata oleh fungsi (Dictated solely by the function). Keempat, ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain.

Apapun yang paling penting, reka bentuk yang korang cipta itu tak boleh bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral.

Dah jelaskan pasal maksud reka bentuk industri dan ciri-ciri barangan yang tak boleh didaftarkan?
Baik, ini bahagian paling penting DAN korang perlu ambil tahu.

KENAPA REKA BENTUK INDUSTRI INI PERLU DIDAFTARKAN?

Pertamanya hak eksklusif bro. Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan BOLEH digunakan sebagai bukti yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah.

Sebagai pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar, korang mempunyai hak eksklusif untuk MEMBUAT, MENGIMPORT, MENJUAL, MENYEWA atau MENGGUNAKANNYA bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.

Kalau ada pihak yang hendak menggunakan reka bentuk korang yang berdaftar itu, mereka mesti minta kebenaran korang dulu. Jika tidak, korang boleh mengambil tindakan melalui undang-undang sivil di bawah peruntukan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Cuma satu je nak pesan, sesuatu reka bentuk perindustrian yang berdaftar di Malaysia adalah diberi perlindungan hanya di Malaysia SAHAJA. Untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara lain, pemohon hendaklah membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang berkaitan.
BERAPA LAMA PROSES DIAMBIL UNTUK SIJIL DIKELUARKAN?

Purata Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dikeluarkan adalah dalam tempoh 8 bulan dari tarikh penerimaan borang, dokumen dan yuran pemfailan yang lengkap. Tempoh tangguhan selama 6 bulan adalah bertujuan menghormati peruntukan Artikel 4(c)(1), Konvensyen Paris (pindaan 28 September 1979).

Oleh yang demikian, MyIPO hanya akan membuat carian dan pemeriksaan kebaharuan yang telah didaftarkan 6 bulan selepas dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan.

Akhir sekali nak pesan kat sini, janganlah berlengah untuk mendaftarkan reka bentuk industri korang dengan segera di MyIPO. Kena ingat, ia berdasarkan siapa dulu yang daftar.
Andai kata ada orang lain yang terlebih dahulu menciplak dan mendaftarkan reka bentuk yang korang reka tu, korang tak boleh marah seandainya hak itu jatuh ke tangannya.

Jangan kata abang tak payung! – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 7-11-2017


Berhati-Hati Dengan Perisian Hasad Yang Menawarkan Ciri Berwarna Untuk WhatsApp
Posted on Monday, November 06 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36491



Salah satu perkara yang kami lihat pada penghujung minggu ini adalah dimana kami menerima beberapa mesej melalui WhatsApp Group mengatakan pengguna boleh mengaktifkan ciri WhatsAppp berwarna hari ini. Mungkin ada yang menawarkan ciri berkenaan – tetapi daripada beberapa pautan yang kami semak sendiri, pautan yang kami terima menyertakan perisian hasad dan anda dinasihatkan tidak klik padanya.

Petikan mesej yang dihantar adalah “You can now activate the new multicolor WhatsApp!. Click here to activate!.

Sebaik sahaja anda melayari URL berkenaan, ia akan meminta anda berkongsi pautan berkenaan kepada rakan-rakan anda yang lain. Ia dengan mudah menggunakan ciri perkongsian ke WhatsApp – dan menekan butang pada laman berkenaan akan melakukan perkongsian secara automatik kepada rakan-rakan anda di WhatsApp.
Scam WhatsApp Color
Seterusnya, pengguna akan turut diminta untuk memasang sebuah pemalam khusus pada Google Chrome yang mana merupakan pemalam berunsurkan perisian hasad (malware). Pemalam ini akan mula memaparkan beberapa mesej menganggu apabila ia terpasang pada komputer anda.


Seperti biasa, anda dinasihatkan tidak memasang atau menekan sebarang pautan yang meragukan pada perkhidmatan permesejan anda. Kebiasaannya, ciri seperti ini akan ditawarkan secara terbina tanpa anda tidak perlu untuk menekan sebarang pautan tambahan – dan dalam kes WhatsApp, mereka tidak menawarkan ciri berkenaan.

...
AMANZ

Sumber HTO - 6-11-2017


iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Mula Ditawarkan Pada Diskaun Sehingga 11% Di Malaysia
Posted on Monday, November 06 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36492



Pada minggu lepas, kita sedia melihat iPhone 8 dijual pada harga potongan diskaun mencapai 20% di China. Kini, di Malaysia sendiri, ia dilihat Lazada telah mula menawarkannya pada harga diskaun sehingga 11% untuk model iPhone 8 Plus, dan sehingga 10% untuk model iPhone 8.

Menariknya adalah set yang dijual ini bukan oleh pihak ketiga, tetapi oleh Lazada sendiri – dan hadir dengan jaminan Apple Malaysia.

Melalui penyenaraian, iPhone 8 64GB ditawarkan pada harga RM3299, sementara iPhone 8 Plus 64GB pula ditawarkan pada harga RM3699.

Dengan permintaan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang sedikit rendah – dan lebih ramai menantikan iPhone X, tidak mustahil kita melihat beberapa penjual lain turut mengikut jejak untuk melakukan perkara sama.

Sumber TKO -6-11-2017




Perbandingan HTC U11 Life, Motorola Moto X4 Dan Xiaomi Mi A1
Posted on Sunday, November 05 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36453



Peranti kelas pertengahan HTC U11 Life dilancarkan semalam. Ia adalah peranti pertama di dunia yang menggunakan Android One versi Oreo dan turut mempunyai sokongan Edge Sense, kalis air IP67 dan tiada bicu audio. Selain daripada itu rekaan kaca U11 telah diubah kepada rekaan plastik sepenuhnya bagi mengurangkan kos. Mari bandingkan spesifikasi peranti ini dengan Motorola Moto X4 dan Xiaomi Mi A1 yang turut menggunakan Android One.


Sumber TKO - 5-11-2017



Perbandingan Oppo F5, Huawei Nova 2i Dan Vivo V7+
Posted on Sunday, November 05 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36454



Peranti kelas pertengahan dengan skrin nirbingkai telah mula dipasarkan sejak September. Semalam Oppo F5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia menjadikannya peranti kelas pertengahan ketiga dengan rekaan skrin memanjang 18:9 untuk pengguna tempatan. Mari lihat perbandingannya dengan Huawei Nova 2i dan Vivo V7+.



- Amanz

Sumber TKO - 5-11-2017




































Kebodohan Manusia Menguruskan Telefon Pintar


Telefon pintar yang dicipta bagi membantu para penggunanya, banyak membantu manusia menguruskan kehidupan seharian.

Antaranya ada adalah pelbagai aplikasi yang dimuatkan seperti media sosial dan peta peta, dapat memberi kemudahan komunikasi dengan teman-teman serta menunjuk jalan.

Namun ‘kebodohan’ manusia yang menggunakan alat perhubungan itu boleh menyebabkan kesusahan dan kecelakanaan.

Merenung paparan skrin telefon ketika memandu mnyebabkan banyak berlaku kemalangan sehingga boleh membawa maut.

Asyik dengan bermain telefon ketika sesuatu majlis berlangsung memberikan gambaran yang tidak baik, terutamanya kepada pemimpin di atas pentas yang dilihat jelas tentang perilaku mereka oleh penonton serta orang ramai dibawah.

Membaca mesej dan menjawabnya ketia sedang berjalan juga sering memberikan kesusahan kepada orang lain dipersekitaran.

Justeru, bandar Honululu di Hawaii, Amerika Syarikat berusaha untuk mencuba dan menghalang orang ramai daripada merenung telefon ketika mereka melintas jalan.

Bandar pelancongan itu telah mengutkuasakan peraturan sehingga pengguna yang leka menggunakan telefon boleh didenda sehingga $99 bagikesalahan pertama dan antara $79 sehingga $99 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bandar raya itu telah meluluskan peraturan bahawa;

“Tiada pejalan kaki akan menyeberang jalan atau lebuh raya semasa melihat peranti elektronik mudah alih,

“Peranti mesej teks, peranti kelui, pembantu digital peribadi, komputer riba, permainan video, atau peranti fotografi digital.”

Anda boleh mendengar muzik dan anda juga boleh bercakap di telefon anda tetapi anda tidak boleh mencari di mana-mana jenis skrin apabila anda melintas jalan!

Sumber BO - 1-11-2017


Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple
Posted on Tuesday, October 31 @ 11:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36323



APPLE dilaporkan telah memecat salah seorang juruteranya selepas anak perempuan jurutera terbabit telah mendedahkan mengenai iPhone X sempena ulang tahun ke 10 iPhone, menerusi YouTube.


Ia susulan tersebarnya video berkenaan pada Rabu lalu yang menyaksikan Brooke Amelia Peterson memuatnaik gambar iPhone itu, yang didakwa diambilnya ketika melawat bapanya di ibu pejabat iPhone di California.

“Ayah ada iPhone X yang baru. Lihatlah bagaimana besarnya skrin,’’ kata Brooke sambil menunjukkan iPhone berkenaan dalam videonya hingga mencetuskan kontroversi.

Namun pada Sabtu, Brooke telah memaklumkan bahawa bapanya telah kehilangan kerja disebabkan video yang dimuatnaik olehnya dan dia turut merayu orang ramai supaya tidak menjadikan bapanya sebagai sasaran kecaman.

“Bencilah saya semahu kamu tapi tolong jangan benci bapa saya kerana dia orang yang baik.


“Saya tidak marah kepada Apple. Saya tidak akan berhenti membeli produk Apple. Peraturan ditetapkan untuk keselamatan dan kegembiraan pekerja dan bapa saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya,’’ kata Brooke yang tidak menyangka video berkenaan akan menjadi tular.

iPhone X itu akan dilancarkan pada 3 November ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 31-10-2017


Buang Fail Windows 10 Lama Dan Dapatkan Storan Tambahan Selepas Naik-Taraf Windows 10 FCU
Posted on Monday, October 23 @ 12:16:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36100



Bagi anda yang telah menaik-taraf Windows 10 kepada versi terkini, mungkin anda perasan yang mana ruangan storan anda sedikit berkurangan berbanding sebelumnya. Ini adalah sesuatu yang dijangka kerana penambahan beberapa fail baru – tetapi pada masa yang sama, ini berlaku kerana fail Windows 10 lama turut disimpan pada komputer.

Microsoft menyimpan salinan Windows 10 lama kerana ingin memudahkan proses sekiranya pengguna ingin beralih kepada versi sebelumnya dengan mudah. Namun, jika anda telah menggunakan Windows 10 Fall Creators Update ini untuk beberapa hari, dan mendapati anda tidak perlukan salinan Windows 10 lama, anda boleh membuangnya.

Dengan membuangnya, anda akan boleh menambah ruangan storan pada komputer anda – sesuatu yang sangat berguna sekiranya anda menggunakan SSD dan mempunyai ruangan yang terhad.
Windows 10 FCU
Untuk membuangnya, anda boleh membuka Disk Cleanup (tekan butang Windows dan menaip Disk Cleanup), dan menjalankannya sebagai pentadbir. Selepas mengimbas komputer anda, Disk Cleanup, akan memaparkan berapakah ruangan yang boleh anda kosongkan. Daripada percubaan kami sendiri, ia memberikan ruangan tambahan hampir 26GB dengan membuang fail pemasangan Windows 10 lama.


Sekiranya anda yakin anda tidak akan memerlukan versi lama atau ingin kembali ke Windows 10 lama, anda boleh memilih untuk membuangnya dan mendapatkan ruangan tambahan pada komputer anda. Sekiranya anda masih ragu-ragu, mungkin boleh menyimpannya, atau membuat salinan pendua sebelum membuangnya. - AMANZ

Sumber TKO - 23-10-2017



Benarkah ada kebocoran data terbesar di M'sia?
Posted on Friday, October 20 @ 07:33:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36037


Suruhanjaya Komunikasi dan Mulimedia (SKMM) telah mengarahkan Lowyat.net untuk membuang sebuah laporan yang didakwa portal teknologi itu sebagai kebocoran data paling besar dalam sejarah negara.


Selepas kira-kira dua jam selepas laporan berjudul 'Personal data of millions of Malaysians up for sale, sources of breach still unknown' dimuat naik, Lowyat.net membuang kandungan berita itu.
Ia digantikan dengan pesanan berbunyi: "SKMM telah mengarahkan pembuangan artikel ini. Kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada mereka."

Lowyat.net, dalam laporan awal berkata ia mendapat maklumat bahawa ada pihak sedang menjual pengkalan data maklumat peribadi milik rakyat Malaysia yang sangat besar.

Portal teknologi itu mendakwa pada peringkat awal, ia sangat ragu-ragu dan menganggap cubaan menjual data peribadi itu sebagai penipuan. Tetapi dakwa portal itu lagi setelah disiasat didapati ia boleh menjadi 'kebocoran data paling besar dalam sejarah Malaysia'.

Antara data untuk dijual itu ialah 50 juta masukan daripada berbagai syarikat telekomunikasi.
Ia berkata data itu termasuklah nama pelanggan, alamat bil, nombor telefon bimbit, nombor kad sim, model telefon bimbit dan nombor kad pengenalan MyKad para pelanggan.

Katanya lagi kecurian data itu dipercayai berlaku diantara tahun 2012 hingga 2015.

Data lain untuk dijual ialah 17 juta aturan maklumat pelanggan daripada portal pekerjaan.
Data itu termasuklah nama calon, nama log masuk, kata kunci, alamat emel, kewarganegaraan, alamat dan nombor telefon bimbit.

Ia menambah data tersebut mungkin didapatkan di antara tahun 2012 ke 2013.

Selain itu, terdapat juga kebocoran data sekitar 62,000 doktor yang didapatkan daripada persatuan perubatan dan 720,000 masukan permohonan pinjaman perumahan.

Data para doktor itu termasuklah nombor MyKad, alamat operasi dan nombot telefon bimbit.

Data pinjaman perumahan mengandungi maklumat seperti nama, nombor MyKad, nombor kontak, alamat emel, status senarai hitam, alamat, pekerjaan, butiran majikan, gaji dan maklumat pasangan.
Malaysiakini telah menghubungi SKMM untuk komen dan sedang menunggu makluman balas.

Sumber TKO - 20-10-2017



Windows 10 Fall Creators Update Kini Boleh Dimuat-Turun
Posted on Thursday, October 19 @ 14:26:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36021


 Microsoft telah mengumumkan kemaskini Windows 10 seterusnya, dikenali sebagai Windows 10 Fall Creators Update sebelum ini. Kini, selepas diuji sekian sejak beberapa bulan lepas, hari ini Microsoft telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 Fall Creators Update kepada semua pengguna Windows 10 seluruh dunia.


Windows 10 Fall Creators Update ini menawarkan beberapa ciri-ciri baru, termasuk fokus kepada sokongan Windows Mixed Reality. Sejumlah pengeluar bakal memasarkan set realiti-gabungan mereka, dan dengan sistem operasi terkini ini, ia bakal menyokongnya.


Disamping itu, Microsoft turut menyertakan Microsoft Edge yang ditambah baik sekuriit dan privasi, kemudahan membuat kandungan 3D melalui Paint 3D, penambah-baikkan kepada sokongan permainan video, serta kemudahan membuat kandungan interaktif melalui aplikasi Photos.

Bagi anda yang menggunakan komputer dengan Windows 10, boleh menyemak kemaskini pada sistem operasi anda dan memulakan proses penaik-tarafan bermula hari ini.

SUMBER RUJUKAN: MICROSOFT

Sumber TKO - 19-10-2017


Samsung Galaxy J5 Pro Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1149
Posted on Thursday, July 06 @ 14:32:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35650


Baru sahaja semalam kita mendengar mengenai pengenalan telefon pintar Galaxy J5 Pro di Thailand. Kini, nampaknya pihak Samsung Malaysia bergerak pantas menawarkan peranti ini untuk pasaran tempatan, dan beberapa pengedar telah mula menawarkan telefon pintar ini.

Galaxy J5 Pro hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan Exynos 7870, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD 256GB.

Galaxy J5 Pro menggunakan kamera depan dan belakang 13-megapixel, serta dilengkapi Android 7.1 Nougat.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1149, dan telah boleh dibeli bermula hari ini.

Sumber Rujukan: DirectD

AMANZ

Sumbeer TKO - 6-7-2017


5 Cara Untuk Menghidupkan Smartfon Sekiranya Butang "Power" Rosak
Posted on Saturday, June 24 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35526



Berikut TG kongsikan 5 cara alternatif yang boleh korang cuba untuk menghidupkan fon tanpa menggunakan butang kuasa. Cara ini boleh korang cuba sekiranya butang tersebut rosak.

Berikut diantara 5 kaedah yang korang boleh cuba.


1. Gunakan pencungkil gigi atau yang seangkatan dengannya


Teknik ini khusus untuk smartfon korang yang boleh dibuka cover nya... cucuk pada bahagian yg mengelembung pada tombol power, insya allah sekiranya kerosakan hanya pada tombol luar maka fon korang akan dapat dihidupkan kembali...


2. Sambung ke Pengecas


Untuk sesetengah model, ianya akan automatik dihidupkan sekiranya tersambung ke charger... sbg contoh fon Lenovo, Oppo dan beberapa model yg tertentu...


3. Sambung ke Power Bank


Teknik ini ada kaedahnya tersendiri, korang follow step pada video diatas.. namun begitu..cara ini hanya boleh dilakukan pada fon yang boleh dicabut baterinya...


4. Guna Tombol lain Yang ada Pada Fon


cara ini agak sedikit rumit tetapi peratus keberhasilannya agak tinggi.. TG syor kan korang cuba. Ada 2 teknik berbeza bergantung kepada jenis fon..

Teknik 1
Tekan butang volume atas dan bawah secara serentak dan sambung ke PC. Seterusnya tekan butang volume atas dan bawah bersama butang Home secara serentak ketika fon masih lagi berhubung dgn PC, sekiranya berjaya satu paparan menu akan muncul pada  skrin fon yg dipanggil boot menu.. guna butang volume untuk pilih fungsi restart fon.

Teknik 2
Untuk fon yang tiada butang Home, korang hanya perlu menekan butang volume sahaja...  iaitu dengan menekan butang volume bawah sambil fon dihubung ke PC. Kemudian tekan dan tahan butang volume sehingga keluar paparan menu boot pada skrin fon.. seterusnya pilih menu restart fon pada menu tersebut... pilihan boleh dibuat dengan menekan butang volume atas atau bawah...


5. Khusus untuk Smartfon Samsung Sahaja (Tidak Semua)


Cas kan fon sedikit, kemudian cabut kabel pengecas.. dengan cara ini fon samsung korang akan secara otomatik dihidupkan



 Itulah diantara 5 kaedah yang korang boleh cuba...  selamat mencuba... jgn lupa share ye.. tq

,,,,,,,
http://www.tipsgajet.com

Sumber TKO - 24-6-2017


20 Masalah Biasa Komputer dan Penyelesaiannya
Posted on Sunday, June 11 @ 10:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Oleh Syafiq Bakri

Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil

yang sebenarnya boleh diatasi sendiri. Usah bazir wang untuk terus menghantarnya ke kedai, tetapi lakukan pemeriksaan awal dahulu sedaya mungkin kerana anda pasti menepuk dahi berikutan penyelesaiannya lebih mudah daripada jangkaan.


Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.

Perkakasan (Hardware)

1.         Gangguan bekalan kuasa
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dahulu jika perlu.


2.         Kepanasan
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
3.         Bunyi asing dan getaran
Masalah ini hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.
Penyelesaian
Buka sarung kepada CPU anda berhati-hati untuk mengetahui penyebab masalah tersebut. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan yang lebih pakar.
4.         Selalu reboot sendiri
Masalah yang biasa dialami oleh komputer ialah kadang kala akan berulang kali reboot sendiri tanpa permintaan. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.
Penyelesaian
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.
5.         Sambungan USB tidak berfungsi
Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.
Penyelesaian
Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.    
6.         Masalah pencetak (printer)
Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara tepat pencetak ke komputer anda mengikut arahan pengilang pencetak anda. Kemudian cuba untuk troubleshooter pencetak tersebut yang mana ia akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah anda.
Penyelesaian
Windows 7 - Buka troubleshooter pencetak dengan klik pada Start  ̶> Control Panel  ̶> taip troubleshooter pada kotak carian  ̶> Troubleshooting  ̶> Di bawah Hardware and Sound, klik pada Use a printer  ̶> Next.
Tindak Balas
7.         Prestasi komputer semakin perlahan
Apabila menyedari komputer anda mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail-fail yang tidak perlu, pecahan data, registry korup, gangguan program spyware, perkhidmatan atau perisian.
Penyelesaian
Uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan registry dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30% daripada kelajuan prestasinya.
Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan :
Windows 7 – Butang Start  ̶> Control Panel  ̶> Lihat pada Programs  ̶> Uninstall a program  ̶> Pilih program/perisian dan klik Uninstall/Change/Repair. 
#Anda perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program/perisian yang penting.
8.         Ralat mesej ketika start-up
Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, anda dapat melihat mesej-mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya. Jika melihat mesej ini, anda perlu menekan kekunci kira-kira 8 hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula.
Penyelesaian
Ini berlaku kerana anda telah hanya memadam sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya. Jika anda benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah nombor 7. 
9.         Skrin membeku (Frozen)
Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, anda mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware.
Penyelesaian
Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.
10.     Serangan virus dan spyware
Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi, bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti anda masih belum dikemas kini?
Penyelesaian
Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan
Windows 7 – Start  ̶> taip Defender dalam kotak carian  ̶> Windows Defender.
11.     Tidak dapat jalankan Windows
Jika anda masih dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.
Penyelesaian
Cuba menggunakan system restore jika anda berada dalam Safe Mode atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya. Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode, cuba boot ke dalam komputer dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki masalah isu start-up tersebut.

Teknikal

12.     Kehilangan fail Dynamic-Link Library (DLL)
DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi anda tentang bagaimana untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Kadang kala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan. Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika anda cuba melakukan fungsi yang terlibat seperti penyimpanan.
Penyelesaian
Jika masalah tersebut dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, anda perlu mengenal pasti fail DLL tersebut melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (dari Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail atau pun carian di enjin carian.
13.     Blue Screen of Death (BSoD)
Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini yang mana skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ia ialah salah satu petanda bahawa telah berlaku masalah yang agak kronik.
Penyelesaian
Untuk risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu rujukan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.
14.     Ruang Disk penuh
Ia berlaku kerana anda membiarkan bagi jangka masa yang lama disk komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian
Alatan Disk Cleanup membantu membebaskan ruang pada hard disk dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadam beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.

Windows 7 – Start  ̶> All Programs  ̶> Accessories  ̶> System Tools  ̶> Disk Cleanup. Jika anda memiliki beberapa bahagian pemacu, anda boleh spesifik yang mana hendak dibersihkan  ̶> OK. Pilih apa yang ingin anda bersihkan.     

15.     Hard drive gagal berfungsi

Ini merupakan senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan hard drive rosak atau korup. Anda dapat mengesannya jika sistem anda tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Penyelesaian
Jika anda bimbang berkenaan keselamatan fail anda, cuba langkah-langkah berikut sebelum menghantar ke kedai. Anda boleh cuba untuk mengambil fail menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan alatan pemulihan sistem percuma seperti SuperDuper, The Ultimate Boot CD dan sebagainya. 

16.     Windows out-of-date
Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walau pun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi. Ia kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Tetapi, untuk keselamatan anda juga boleh lakukannya sendiri jika Windows telah out-of-date.

Penyelesaian
Windows 7 - Start  ̶> All Programs  ̶> Windows Update  ̶> Check for updates. Selepas itu, pergi kepada panel kiri, pilih Change Settings  ̶> Pastikan Install Updates Automatically (Recommended) dan Every Day dipilih.

17.     Penggunaan memori berlebihan
Jika anda mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila anda sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori. Untuk menghentikan kebocoran tersebut, anda perlu menghentikannya dengan menutup program tersebut.

Penyelesaian
Untuk memperbaiki kebocoran memori tersebut, anda perlu memeriksa kemas kini perisian program tersebut atau hubungi empunya perisian. Tetapi, bagaimanakah untuk mengesan perisian manakah yang mengalami kebocoran ketika anda sedang bekerja?

Windows 7 – Buka Task Manager (Ctrl + Alt + Del)  ̶> Start Task Manager  ̶> Klik pada tab Processes  ̶> Untuk menyusun program mengikut penggunaan memori, klik pada Memory (Private Working Set)
Internet
18.     Carian rangkaian wayerles
Jika dengan laptop, anda sering kali bermasalah menyambung senarai rangkaian wayerles ketika anda memerlukan sambungan internet jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian wayerles hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai rangkaian wayerles, driver dipasang dan penyesuai diaktifkan.

Penyelesaian
Tetapan secara manual untuk Windows 7 – Buka Connect to a Network dengan klik pada ikon rangkaian di kawasan notifikasi  ̶> lihat senarai  wayerles  ̶> klik rangkaian pilihan  ̶> Connect
#Sesetengah rangkaian memerlukan kata laluan sekuriti atau passphrase. Ia boleh didapatkan melalui admin rangkaian atau Internet service provider (ISP) untuk kata laluan/ passphrase tersebut. 

19.     Sambungan internet perlahan
Tidak kira seberapa pantas pun sambungan internet yang anda miliki, kadang kala anda dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.

Penyelesaian
Windows 7 - Buka Internet Connections troubleshooter : Start  ̶> Control Panel  ̶> Taip troubleshooter  dalam kotak carian  ̶> klik Troubleshooting  ̶> di bawah Network and Internet klik Connect to the Internet.
20.     Masalah sambungan internet

Masalah kehilangan sambungan internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh anda lakukan cuba jalankan troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis. Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah tersebut.

Penyelesaian

Jika masalah ini berlaku selepas anda memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia telah berubah. Klik kekunci Start  ̶> Control Panel  ̶> Taip perkataan Adapter di kotak carian dan bawah Network and Sharing Center klik View network connections. Klik kanan pada sambungan  ̶> Properties. Jika memerlukan kata laluan untuk pengesahan, berikan dan ikut langkah-langkah tersebut.-Majalah P


Petikan :http://mawicom.blogspot.my/

Sumber TKO - 11-6-2017


























































































Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Zainal Abidin Kidam mengumumkan langganan e-paper Harakah selama sebulan atau 30 hari hingga hujung tahun 2017 ini secara percuma bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh pembaca dan peminat Harakah selama ini bersempena sambutan 30 tahun Harakah yang bermula pada 1hb Mac, 2017 yang lepas.
harakah percuma
Kali terakhir Harakah memberikan kemudahan epaper percuma kepada warga siber adalah pada masa pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada tahun 2013 yang lepas. Pengumuman langganan percuma epaper dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah ketika itu yang  dibuat serentak dengan pembubaran parlimen yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada 3hb Mac, 2013.

Bagi mendapat akses kepada langganan epaper Harakah secara percuma ini, warga siber hanya perlu mendaftarkan maklumat yang diperlukan dalam web www.myharakah.net dengan segera untuk menikmati kemudahan ini. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan pemgumuman ini, sila hubungi 03-4021 3343 (Puan Norhafizah Ibrahim).

Bagi pelanggan yang belum lagi memiliki kad setia pelanggan yang dikenali sebagai kad Istiqamah, mereka boleh mendaftarkan kad Silver dengan harga pakej epaper sebanyak RM10 sahaja untuk sebulan. Serentak dengan tawaran ini juga, bagi kad silver berkenaan, harakah akan menambah akses selama satu bulan lagi menjadikannya 2 bulan.

Sehubungan dengan ini, bagi pemegang kad Istiqamah yang sedia ada, Harakah akan mengemaskini rekod pelanggan-pelanggan sedia ada dengan memanjang tempoh langganan mereka selama sebulan secara automatik.

Manakala bagi pengguna-pengguna baru perlu mengemaskinikan maklumat mereka dengan sendiri dalam laman web http://sso.myharakah.net dengan segera untuk menikmati kemudahan ini.

08/06/2017













































30 tahun Harakah diraikan bersama KAMI

SAMBUTAN 30 tahun Harakah diraikan bersama Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) dengan warga Kampung Bukit Tanah, Jabi, Setiu dalam satu program Kampung Media. 
Program dua hari satu malam itu bermula 24 dan 25 Mac diisi dengan aktiviti ziarah, BBQ, wayang pacak, sukaneka, jamuan rakyat serta ceramah umum. 
Beberapa orang penduduk tempatan yang yang ditemui berpendapat program Kampung Media itu amat bermanfaat dan wajar diteruskan. 
Mustafa Kasim, 59, dari Kampung Bukit Tanah berkata melalui program Kampung Media boleh membuka minda penduduk dengan isu-isu semasa. 
Malah, kata beliau boleh merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk setempat melalui pelbagai pengisiannya. 
“Pada Abang Pa, ini satu program yang baik untuk membuka minda rakyat dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam negeri kita. 
“Kami orang kampung ini kurang sikit dapat maklumat kerana kurang ambil hal (tahu) mengenai isu-isu semasa. 
“Dan, program macam ini juga merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk dengan warga media,” ujarnya. 
Seorang petani, Salleh Che Kar, 60, menyambut baik usaha pihak media KAMI yang sudi bertandang di Kampung Bukit Tanah, Jabi. 
“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak media KAMI yang sudi datang ke kampung kami ini, yang serba kekurangan. 
“Selama ini, orang kampung tak ambil hal sangat tentang isu-isu negara dan serah kepada orang politik yang uruskan. 
“Apabila didedahkan oleh pihak media tentang isu penyelewengan, rasuah dan pembaziran. Maka, kami (penduduk) terkejut apa yang dilakukan oleh pihak pemerintah (Barisan Nasional),” jelasnya. 
Manakala, Zakaria Mahmud atau lebih dikenali Abang Lias, 51, menyokong usaha murni pihak media KAMI dan Harakah yang meraikan ulang tahun ke-30 di Kampung Bukit Tanah, Jabi. 
Beliau tidak menyangka pihak KAMI dan Harakah memilih perkampungan ini untuk merayakan sambutan tersebut. 
“Saya tak sangka pihak media KAMI dan Harakah pilih untuk datang ‘berkampung’ di Kampung Bukit Tanah ini dan bersama warga kampung selama dua hari satu malam.
“Kami rasa bertuah kerana memilih kampung ini untuk merayakan ulang tahun ke-30, akhbar Harakah,” ujarnya. 
Menurutnya, dengan pelbagai acara seperti sukaneka rakyat, BBQ, jamuan dan ceramah umum telah memeriahkan suasana Kampung Media. 
Kemuncak program tersebut Ceramah Umum sempena Sambutan 30 Tahun Harakah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, Ketua Generasi Felda Terengganu, Naraza Muda dan Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim.
MEDIA1
Sumber HD- 8-6-2017 

















































PAS atur strategi perkasa media baharu

PAS kini mengorak langkah ke hadapan setelah berjaya membawa imej politik matang melalui penggunaan media baharu. 
Dalam mesyuarat PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad telah diberikan tanggungjawab menggalas porfolio Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT) sementara jawatan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat sesi 2017/2019 disandang Suhaimi Embong.Satu majlis taklimat dan pertemuan khas bersama Jabatan IT PAS Pusat sesi lalu bersama Iskandar diadakan di Ampang, kelmarin. 
Dalam pertemuan tersebut, beliau mengakui bidang IT pada hari ini begitu mencabar dan perlu digunakan sebaik-baiknya khususnya media online. 
Hal demikian, jelasnya bagi mengelakkan sebarang maklumat yang boleh memberi fitnah kepada parti. 
Katanya lagi, PAS kini menyedari kepentingan media baharu dan bakal mengambil langkah pemerkasaan melalui media online dan sebagainya demi memastikan sebaran parti berjaya menembusi pelbagai lapisan masyarakat. 
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din, Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohammad Nadzim Ahmad Azmi dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Puan Jazlina Shafawi di samping AJK yang telah dilantik
Sumber HD - 17-5-2017 


Serangan e-mel jadi pilihan utama penyerang siber di Malaysia pada 2016
Posted on Saturday, May 06 @ 16:28:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34816

KUALA LUMPUR: Serangan e-mel merupakan senjata paling digemari para penyerang siber di Malaysia tahun lepas.

Memetik trend serangan siber pada 2016 yang dikeluarkan Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec (ISTR) Jilid 22, Pengarah Systems Engineering Malaysia David Rajoo berkata dapatan terbaru menunjukkan bahawa satu daripada setiap 131 e-mel yang dihantar kepada pengguna mengandungi pautan atau lampiran berniat jahat.

"Statistik terkini membayangkan bahawa kadar e-mel berniat jahat di negara ini meningkat empat kali ganda dalam tempoh setahun, di mana satu daripada setiap 131 e-mel adalah berniat jahat pada 2016, berbanding satu daripada setiap 437 e-mel pada 2015," katanya pada taklimat media bertajuk '' Threat Landscape: Living off the land working with ubiquitous tools'' di sini ,hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia Datuk Amirudin Abdul Wahab.
Menurut David, kebanyakan serangan menggunakan helah mudah untuk memancing mangsa supaya membuka lampiran, mengikuti pautan atau memberi butiran peribadi mereka.

"Terdapat juga cubaan memancing data emel seperti e-mel palsu yang mengarahkan sasaran supaya set semula kata laluan Gmail mereka," katanya.

Memandangkan serangan e-mel dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang, David menasihati pengguna supaya lebih berwaspada dengan memadamkan e-mel meragukan yang mereka terima, lebih-lebih lagi sekiranya ia mengandungi pautan atau lampiran yang mencurigakan.

"Menukar kata laluan e-mel setiap dua bulan adalah antara cara paling selamat untuk menghalang serangan seperti itu," katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata Cybersecurity Malaysia merekodkan 1,331,333 e-mel spam yang diterima pengguna Internet di Malaysia.

Beliau menyifatkan statistik terkini itu sebagai membimbangkan kerana ia boleh memberi ancaman serius terhadap pengguna Internet di Malaysia, termasuk menghadapi risiko dicuri maklumat peribadi mereka.

"Orang ramai perlu memahami dan menggunakan amalan terbaik untuk menangkis ancaman ini.

"Mereka perlu bersikap amat berhati-hati dengan tidak mengklik sebarang e-mel tidak dikenali, di samping memastikan sistem operasi dan perisian masing-masing sentiasa berada dalam keadaan kemas kini," kata beliau.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 6-5-2017


Jangan dedah data peribadi di media sosial
Posted on Sunday, April 23 @ 13:13:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34663

HULU TERENGGANU, 23 April ― Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial.

Mengingatkan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata kebanyakan pengguna sering cuai dengan memuatnaik data peribadi mereka secara terbuka di media sosial tanpa menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan data mereka untuk perkara  negatif.

"Apa yang ingin saya nasihatkan pengguna-pengguna di luar sana, jangan kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi sama ada nama, tarikh lahir atau pun nombor akaun (bank).

"Kebanyakan pengguna media sosial teruja memuat naik gambar yang mengandungi maklumat peribadi contohnya keputusan peperiksaan di mana di dalamnya terkandung nombor kad pengenalan dan lain-lain, begitu juga mereka yang memuatnaik gambar pasport sedangkan banyak maklumat peribadi dipaparkan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata maklumat ataupun data peribadi rakyat negara ini adalah tertakluk di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)  di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130... apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membantu sekiranya ada pihak yang mencuri dan menyebarkan data peribadi orang lain, katanya.

Sebarang permasalahan ataupun aduan mengenai kecurian data peribadi boleh dibuat di laman web [email protected]/* */, katanya. ― Bernama

Sumber TKO -23-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik (bersama video)
Posted on Friday, April 21 @ 07:00:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34632
















JEPUN merupakan negara kepada asal-usul pelbagai ciptaan teknologi yang selangkah ke hadapan mendahului negara maju lain di dunia.
Jika diperhatikan dengan teliti, pelbagai perkara yang kita gunakan dalam kehidupan seharian sebenarnya dicipta oleh negara ‘matahari terbit’ ini.

Lihat sahaja ciptaan dari mereka seperti kayu swafoto, bateri sel kering, cakera padat, walkman dan pelbagai lagi yang kemudiannya menjadi ikutan satu dunia.

Maka tidaklah mengejutkan pada tahun 1980-an dahulu, negara kita sendiri pernah mengamalkan Dasar Pandang ke Timur bagi mendapatkan inspirasi bagaimana memajukan negara.

Kini, sebuah lagi idea kreatif mereka yang mungkin boleh kita contohi adalah menerusi ciptaan surat khabar mereka iaitu, Green Newspaper.

Ia bukanlah seperti akhbar kebiasaan, sebaliknya ia merupakan surat khabar khas yang membolehkan ia ditanam menjadi bunga atau tumbuhan-tumbuhan hijau setelah tidak digunakan.

Dengan menggunakan Green Newspaper, pengguna hanya perlu koyak kertas akhbar itu kepada beberapa bahagian kecil di tanah, kemudian siram sedikit air dan biar sahaja mengenai cahaya matahari dalam beberapa hari.

Hasilnya pasti mengejutkan apabila benih-benih mikro yang terdapat pada kertas berkenaan akan tumbuh menjadi bunga-bungaan yang cantik.

Ciptaan surat khabar ini merupakan hasil cetusan idea Dentsu Inc, iaitu sebuah syarikat pengiklanan di bawah sayap syarikat penerbitan akhbar Mainichi Shimbunsha.

Menurut Dentsu, matlamat mereka adalah ingin menjadikan bumi lebih hijau dan pada masa yang sama sebagai satu langkah mengurangkan pencemaran alam.

Difahamkan, jualan akhbar ‘mesra alam’ ini menerima sambutan amat baik daripada penduduk Jepun apabila dijual lebih empat juta naskhah sehari, sekali gus mengaut keuntungan sebanyak 80 juta yen.
Sementara itu, inisiatif penggunaan Green Newspaper turut melibatkan institusi persekolahan, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai isu alam sekitar dan mendidik mereka tentang kepentingan kitar semula.

Adakah anda merasai idea surat khabar ‘hijau’ daripada Jepun ini sangat kool? Kongsikan komen anda bersama kami! – MYNEWSHUB.CC

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-s2xP6WFrd8


Sumber TKO - 21-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada Apa Dengan USB-C ? – Sejarah, Kemampuan Dan Masa Depannya
Posted on Wednesday, April 19 @ 11:37:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34598



USB-C ataupun USB type C ialah perkataan yang sering kita dengari sejak pengumuman komputer riba Macbook 2015 isnin yang lalu. Ianya menjadi bualan kerana ia satu-satunya port yang digunakan komputer riba terkini dari Apple. Semalam giliran Google pula memperlihatkan Chromebook Pixel terkini mereka dengan 2 port USB-C. Mereka juga turut menyatakan peranti Android di masa hadapan akan mula menggunakan rekabentuk terkini USB ini. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa tiba-tiba format baru diperlukan? Apakah kebaikannya kepada pengguna dan kemampuannya berbanding USB type A yang digunakan sekarang?

Sedikit Sejarah USB

Universal Serial Bus ialah port yang dicipta pada tahun 1995 atas usaha sama Compaq, DEC, IBM, Intel, Microsoft, NEC dan Nortel. Ianya dicipta bagi menyeragamkan port yang digunakan oleh pelbagai peranti yang disambungkan kepada komputer anda. Sekiranya anda pernah menggunakan komputer sebelum milenium, anda pasti ingat papan kekunci menggunakan kabel PS/2, pencetak menggunakan kabel IEEE dan modem menggunakan kabel Serial.
Penggunaan pelbagai kabel berlainan untuk penyambungan peranti berbeza adalah melecehkan. Dengan penggunaan penyambungan USB kesemua peranti berkongsi kabel yang sama. Jika ada kabel yang rosak, kabel peranti lain yang tidak digunakan boleh menggantikan kabel yang rosak.
 Penggunaan port USB hanya meletus pada tahun 1998 apabila semakin banyak motherboard mula meletakkannya sebagai standard. Sebelum itu jika anda mahukan port USB pada komputer, anda perlu membeli kad tambahan (daughter board) yang disambungkan kepada slot PCI komputer.
Penggunaan USB kini sudah menyeluruh dan dianggarkan terdapat 6 billion peranti di dunia mempunyai port USB dalam pelbagai bentuk dan versi. Tahun lalu sahaja 2 billion peranti dengan port USB dijual di dunia.

Jenis Kepala USB

Apa yang anda lihat di bawah ialah beberapa rekaan kepala USB yang ada sekarang. Rekaan Type A dan Mikro Type B adalah yang paling kerap kita lihat. Ini bermakna selama 20 tahun berjuta-juta pengguna USB sudah merana dengan rekaan Type A yang hanya boleh dimasukkan pada satu orientasi sahaja. Atas sebab ini jugalah kepala USB-C dicipta kerana ia tidak mempunyai orientasi khas untuk disambungkan. Walaupun “terbalik” ia masih boleh disambungkan tanpa sebarang masalah.

Sumber foto Gao Young
Versi Dan Kelajuan USB
USB

VersiKelajuan MaksimumTahun Diperkenalkan
USB 1.012 Mbps1995
USB 2.0480 Mbps2000
USB 3.05 Gbps2008
USB 3.110 Gbps2013








Sejak 20 tahun kewujudannya, empat versi USB digunakan dengan versi 3.1 diperkenalkan dua tahun yang lalu. Penambahan kepantasan pemindahan data dapat dilihat dengan jelas. Dengan versi 3.1 anda boleh memindahkan sebuah filem 1080P YIFY ke dalam cakera keras mudah alih dalam masa kurang dua saat. Kebanyakan pemacu ibu jari yang ada di pasaran pula masih lagi menggunakan versi 2.0. Kadar pemindahan data maksimum ialah sekitar 480 Mbps/60 MBps. Oleh sebab itulah apabila memindahkan filem 720P YIFY sekalipun mengambil masa yang agak lama.
Apakah Kelebihan USB-C?

Selain memastikan kabel yang lebih mudah dipasang, USB-C berkemampuan melakukan pemindahan data yang lebih pantas kerana menggunakan versi USB 3.1. Saiznya yang kecil pula memastikan peranti pintar yang akan memasuki pasaran di masa akan datang boleh direka untuk menjadi semakin nipis. USB-C juga boleh digunakan sebagai pengganti jack fon kepala anda. Jadi masalah ketiadaan jack fon kepala kerana peranti terlalu nipis seperti yang berlaku kepada Oppo R5  akan dilupuskan. Ini juga bermakna di masa hadapan fon kepala gaming anda yang kini menggunakan kepala USB-A boleh digunakan pada peranti pintar dengan menggunakan penyesuai ke USB-C.

Penggunaan USB-C oleh Apple dan Google pada dua komputer riba terkini mereka juga menunjukkan kini ada usaha untuk menjadikan USB-C sebagai kepala pilihan untuk pengecas universal kesemua peranti. Pada tahun 2014, Kesatuan Eropah mengarahkan kesemua pengeluar peranti pintar untuk menggunakan pengecas yang menggunakan kepala yang sama menjelang 2016. Apple Macbook sudahpun menggunakan USB-C sebagai pengecas menggantikan sistem MagSafe. Jangan terkejut jika tahun ini pengeluar komputer riba yang lain akan turut menggantikan port pengecas mereka kepada USB-C kelak.

Bayangkan dunia di mana tablet, telefon pintar, power bank dan komputer riba kesemuanya dicas menggunakan pengecas yang sama. Rakan anda yang menggunakan peranti iPhone tidak perlu risau lagi anda tidak mempunyai kabel Lightning untuk mengecas peranti Apple mereka. Tidak perlu lagi membawa pengecas komputer riba yang besar di dalam beg. Di dalam Lord of The Ring ada “sebentuk cincin yang memerintah kesemuanya”. Dengan USB-C kita bakal mempunyai “sebuah pengecas yang mengecas kesemuanya”.  Pendek kata pengenalan pengecas universal untuk kesemua peranti milik anda di masa hadapan impaknya sama seperti pengenalan USB sebagai pengganti kabel berlainan kepala untuk peranti komputer pada tahun 1995.

Mengapa ini boleh dilakukan? Ini adalah kerana USB-C mampu membekalkan kuasa sehingga 100 watts berbanding hanya 4.5 watts yang dibekalkan USB-A.
USB-C

Sumber foto PocketLint
 USB-C vs Thunderbolt vs Lightning



USB-C.-Thunderbolt

Penggunaan hanya satu port USB-C pada Macbook 2015 mengejutkan pengguna Apple kerana tiada lagi sokongan untuk Thunderbolt. Mengapa teknologi yang dibangunkan oleh Apple (dengan kerjasama Intel)  sendiri tidak disertakan pada MacBook terkini mereka? Thunderbolt sebenarnya lebih pantas berbanding USB 3.1 dengan kadar pemindahan data mencecah 20 Gbps/ 2.5 GBps. Teori popular setakat ini ialah Macbook 2015 bukanlah sebuah komputer riba yang akan digunakan profesional untuk tugasan berat. Ia tidak mempunyai kad grafik ataupun pemproses yang berkuasa (hanya Intel Core M). Pemindahan data pada kadar yang tinggi untuk fail video 4K yang besar contohnya hanya diperlukan untuk pengguna Macbook Pro. Oleh sebab itu tiada sebab untuk meletakkan Thunderbolt pada Macbook 2015.


Lightning adalah kepala kabel pertama yang membenarkan penyambung dari dua arah sebelum USB-C. Sungguhpun begitu ia masih lagi menggunakan protokol USB 2.0. Ya pembaca sekalian jangan terpedaya dengan nama gah yang diberikan Apple. Kelajuan pemindahan data kabel mahal Lighthing adalah setanding kabel murahan USB 2.0 yang anda gunakan untuk peranti Android!
Masa Depan USB-C

Seperti biasa apabila rekaan baru diperkenalkan ia akan mengambil masa sebelum digunakan secara menyeluruh. Port pengecasan MikroUSB yang anda lihat sekarang dipilih sebagai standard pada tahun 2009. Tetapi ianya hanya digunakan oleh kesemua pengeluar peranti (kecuali Apple) pada tahun 2011. Tambahan lagi rekaan port USB-A pada komputer sekarang sudah digunakan selama 20 tahun dan untuk memaksa pengguna mengubah kepada rekaan baru akan mengambil masa. Kami sendiri mungkin hanya akan menggunakan PC dengan port USB-C apabila membeli komputer desktop baru dua tahun dari sekarang .

Adakah Rekaan Kepala Baru Dengan USB 4.0?

Jangan risau. Rekaan kepada USB-C akan dikekalkan sebagai standard jika versi baru USB dihasilkan di masa hadapan. Sama seperti USB-A menjadi rekaan standard dari USB 1.0 hingga USB 3.0. Jadi untuk sekurang-kurangnya 10 tahun mendatang tidak akan berlaku perubahan rekaan pada peranti. Kesemua versi USB juga direka dengan kemampuan backward compatible.

Kami tidak sabar melihat bagaimana dunia peranti pintar dan komputer riba akhirnya akan bergabung dalam masa yang terdekat ini. USB-C akan mengubah hidup kita semua kerana mengurangkan masalah membawa pelbagai kabel ketika melakukan tugasan di luar. Adakah anda kini teruja dengan penggunaan teknologi USB-C?


Effi Saharudin.
AMANZ

Sumber TKO - 19-4-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TKO Android Versi 3.8
Posted on Friday, April 14 @ 09:28:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34509



Alhamdulillah kami telah menyiapkan Tranungkite Andoroid Versi 3,8 seperti di atas. Versi ini mengandungi RSS akhbar, laman dan portal utama Tranungkite, Detikdaily, Harakahdaily, Malaysiakini, Sinar harian dll yang lebih kurang 15 laman utama. Anda boleh download di menu muat turun (sebelah kiri anda) atau di sini

Di sini saya detailkan Tranungkite_v38.apk ini



Anda boleh download di laman Tranungkite pada Notis Semasa #2



Lihat download pada HP anda. Klik dan install. PASTIKAN WIFI DIBUKA untuk mudahkan RSS ditarik ke android ini. Selepas install tak perlu bergantung pada setting



Untuk security kena buka block. pilih setting



Tips pada unknow source



Jika anda dah install versi sebelum ini pilih all. Bagi yang pertama kali pertanyaan ini tak keluar.



Teruskan tunggu tak lama... tak sampai 1 minit



Install selesai, pilih open. Jika pilih Done anda kena cari dipaparan application.



Menu utama ialah berita yang belum di baca. Klik pada bar 3 bari untuk menu di bawah



Anda boleh lihat berita yang dikemaskini.



Misalnya anda pilih Free Malaysia Today.... anda dapat beritanya.



Misalnya ada pilih berita Tranungkite... anda dapat berita-berita terkini daripada TKO.



Klik pada 3 titiksebaris anda akan dapat menu untuk set nbarita daripada laman TKO. Anda boleh delete jika nak kosongspace telefon anda. Anda juga boleh ubahcara berita dipaparkan.



Misalnya anda pilih layout grid



Atau pilih bentuk CardMagazine sperti di atas



Anda boleh lihat beberapa setting lagi pada TKO Android ini di bawah.



Menu setting



Setting wifi dll



Bagaimana setting delete automatik artikel yang dibaca



Bolehtukar kepada Bahasa Melayu jika anda kurang mahir bahasa Inggeris... atau mungkin anda orang Partugis (bekas penjajah).




Ini Menu bahasa melayu



Jika anda berita bar, notis ikon di paparan atas sekali berhampiran bateri dan wifi ditunjukkan.

Dengan menggunakan android TKO ini anda tak perlu lagi cari berita tapi berita cari anda sehingga anda tak sempat baca berita....

Sumber TKO -14-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Telegram Calls Kini Boleh Digunakan Oleh Pengguna Di Malaysia
Posted on Wednesday, April 05 @ 17:14:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34369



Telegram telah mengumumkan sokongan panggilan audio sejak minggu lepas, dan kini fungsi berkena.an dilihat turut telah memperkenalkan sokongan tersebut kepada pengguna tempatan.

Berbeza dengan WhatsApp, Telegram tidak menyediakan sebuah tab khusus pada bahagian hadapan, tetapi sebaliknya ia diletakkan pada bahagian navigasi dibawah pautan dinamakan Calls.

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh mengakses sokongan panggilan ini dengan membuka profil seseorang pengguna – dan menekan pada butang panggilan di sana.
Telegram Call
Daripada percubaan kami, fungsi panggilan ini berjalan dengan lancar, malah kualiti panggilan adalah sangat baik seumpama panggilan telefoni biasa. Apa pun, seperti biasa, ia masih bergantung kepada kualiti sambungan internet anda.


Bagi anda yang menggunakan Telegram, mungkin boleh menyemak kemaskini aplikasi anda di Android dan iOS, serta mencuba fungsi panggilan suara ini.

AMANZ

Sumber TKO - 5-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Samsung Tawar Potongan RM500 Galaxy S7 Dan S7 Edge
Posted on Thursday, March 23 @ 13:50:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34151



KUALA LUMPUR:
Samsung Malaysia Electronics (Samsung) menawarkan potongan sebanyak RM500 bagi setiap pembelian telefon pintar Galaxy S7 dan S7 edge.

Samsung berkata, promosi tersebut bermula hari ini sehingga 9 April 2017 dan boleh ditebus menerusi aplikasi mySamsung.

Katanya, tawaran itu juga sah bagi kesemua varian warna model berkenaan termasuklah bagi Galaxy S7 edge edisi Black Pearl 128GB.

“Promosi ini ditawarkan untuk tempoh terhad dan sah di semua rangkaian Samsung Experience Stores dan pengedar sah Samsung,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Samsung Galaxy S7 dijual pada harga RM2,699 dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna Hitam Onyx, Emas Platinum dan Perak Titanium.

Sementara itu model Samsung Galaxy S7 edge pula ditawarkan dalam enam pilihan warna Black Onyx, Gold Platinum, Silver Titanium, Pink Gold dan Blue Coral serta Black Pearl dan dijual pada harga RM3,399.

“Samsung Galaxy S7 edge 128GB dalam Black Pearl adalah edisi baharu yang diwujudkan untuk pengguna zaman moden yang suka bergaya bagi melengkapi personaliti penggunanya,” katanya.

Sumber   TKO - 23-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































Jelajah Rangsangan IT PRU14 Bermula di Sarawak

26 Februari 2017, Sibu - Jabatan IT Negeri Sarawak (JITN) dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP), telah dengan jayanya menganjurkan Jelajah Rangsangan IT (JERIT) berkonsepkan Seminar Pengurusan ICT dan Bengkel Media Baru Multimedia & e-PAS yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 - 26 haribulan Februari 2017 bersamaan 29 - 30 Jamadil Akhir 1438H bertempat di Li Hua Hotel Sibu, Sarawak. 
Seminar selama dua hari ini telah menghimpunkan seramai 33 orang wakil IT-MBMM dan DataApps dari seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk menyusun strategi dan tindakan yang akan dilaksanakan untuk memantapkan gerak kerja IT PAS di bumi Darul Hana Sarawak terus diperkukuh. Seminar dan bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Ustaz Shuhaimi Embong (Pengarah JIT PAS Pusat) dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan jentera IT-MBMM dan DataApps bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU-14) yang bakal mendatang. 
Program yang dianjurkan oleh Jabatan IT PAS Negeri Sarawak (JITNS) memfokuskan dua teras utama IT PAS iaitu Media Baru dan Multi Media (MBMM) serta Data dan Aplikasi Sistem (DataApps). Seminar dua hari ini merangkumi penerangan teori serta bengkel-bengkal praktikal untuk memberikan pendedahan yang menyeluruh buat AJK IT-MBMM dan DataApps PAS Sarawak. Selain itu juga, seminar ini telah menghasilkan 5 resolusi yang melibatkan organisasi IT, komunikasi dan keselamatan IT, Media Baru & Multimedia, Data dan Aplikasi Sistem (DataApps) dan Dana usaha IT bagi memantapkan gerak kerja IT PAS Sarawak.
jelajah it
Selain daripada Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Ustaz Shuhaimi Embong, turut menjayakan seminar ini dan juga yang banyak mencurahkan segala ilmu dalam IT dari JITP, iaitu Ustaz Hj Mohd Nasri B Mohd Zaid, Ustaz Abdullah Atan, Cik Azlina Ahmad dan Cik Hadijah Hassan. 
Majlis perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh Ustaz Nazri Ismail, 
Pemangku YDP PAS Kawasan Sibu. Antara ucapan dan taujihat beliau buat semua peserta yang hadir kata beliau, "Kita doakan program yang dilaksanakan dua hari ni, dapat melancarkan gerak kerja khususnya jabatan IT, bukan semua orang boleh IT. 
Setiap kawasan ada mereka yang sesuai, bekerjalah di posisi masing-masing. Maksud ayat Al-Quran, setiap kamu bekerja ikut posisi masing-masing. Semuanya memainkan peranan masing-masing. Allah SWT tahu siapa yang kehadapan dalam tugas masing-masing. Masing-masing buat tugas tanpa perasaan tidak puas hati. Kita bekerja kerana ALlah tidak mengharapkan apa-apa. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Ada dikalangan mereka istiqamah, tidak mengharapkan apa-apa, mereka bawa kereta dari Kuching ke Miri. Bertolak waktu malam, tidak berhenti Ini menunjukkan mujahadah. Tadi saya nampak ada tajuk Mujahid Siber. Sekarang kita berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak nyata. Kita berjuang di alam siber bagi memperluaskan menang di pilhanraya. Walaupun tidak menang mesej sampai. Mereka tahu perjuangan PAS, tinggal mereka nak pilih atau tidak." 
Sememangnya, seminar seperti ini adalah prorgam yang dinanti-nantikan oleh penggerak IT PAS di Sarawak. Semoga Seminar seperti ini dapat diteruskan demi memantapkan lagi IT di Sarawak
Sumber HD - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 































































Islamic Relief Malaysia raikan rakan media

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44428-islamic-relief-malaysia-raikan-rakan-media

KUALA LUMPUR: Islamic Relief Malaysia (IRM) mengadakan majlis khas meraikan rakan-rakan media yang telah membantu gerak kerja dan usaha mereka di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Hari Penghargaan Media 2017 yang diadakan Comedy Planet milik pelawak terkenal Afdlin Shauki turut dihadiri beberapa ikon kemanusiaan IRM dan selebriti serta pengamal media cetak dan elektronik.

Majlis tersebut dirasmikan oleh bekas duta Malaysia ke India Datuk Naimun Ashakli Mohammad.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, peranan rakan media sangat penting dalam membantu gerak kerja mereka sebagai medium bagi mengetengahkan isu-isu kemanusiaan untuk perhatian masyarakat umum.

"Tuan-tuan menjadi suara dan jurucakap bagi pihak jutaan insan yang sedang menderita dan memerlukan. Moga segala usaha mulia rakan-rakan media di dalam arus perdana terutama isu-isu kemanusiaan kepada masyarakat umum sekali gus dapat membantu mewujudkan sebuah dunia yang prihatin," katanya ketika memberi ucapan.

Di dalam majlis yang ringkas namun meriah dengan persembahan pelawak-pelawak yang sedang menempa nama di persada hiburan tanah air antaranya Reyza Mukmin, Denial dan Mat Sabah dan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.

Di samping itu, beberapa anugerah turut disediakan iaitu 14 Anugerah Kemanusiaan kepada media dari pelbagai agensi atas khidmat dan sokongan kepada IRM.

Antara yang menerima anugerah adalah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Media Prima Berhad, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ikim FM, Astro Awani, New Straits Times Press (NSTP), Kumpulan Media Karangkraf, Utusan Malaysia dan TV AlHijrah.

Pelbagai kategori anugerah mula diperkenalkan oleh IRM pada tahun ini iaitu Temubual TV Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Temubual Santai Kategori Televisyen dan Radio, Laporan Berita Televisyen dan Radio, Rencana Kemanusiaan, Laporan Peristiwa Kategori Majalah, Laporan Berita Tempatan Kategori Bahasa Melayu, Laporan Berita Antarabangsa Kategori Bahasa Inggeris, Dokumentari Khas Kemanusiaan, Khidmat Kewartawanan, Jalinan Kerjasama Kemanusiaan Kategori Televisyen dan Radio.

Islamic Relief (IR) diiktiraf sebagai sebuah badan bukan kerajaan dengan status perundingan khas sejak tahun 1993 oleh Majlis Ekonomi dan Sosial PBB. IR telah mengembangkan mandatnya untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bidang termasuk bantuan kecemasan, pembangunan mampan sosial bersepadu (teramsuk perubatan, pembagunan komuniti, pendidikan, kehidupan, tempat tinggal, psikososial) dan pengurangan risiko bencana.

Sehingga kini IR telah berkhidmat di lebih 40 buah negara. Sejak 1984 IR telah mempunyai rangkaian tetap di lebih 35 buah negara merangkumi 100 buah cawangan di seluruh dunia yang bertangunggjawab untuk menyelaras, menjana dana dan melaksanakan program-program IR. – HARAKAHDAILY 27/2/2017

Sumber HD - 27-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Cara Baiki Masalah Catridge Printer Garisan Putus-putus atau Rosak
Posted on Sunday, February 26 @ 04:25:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33732


Sebagai seorang pelajar, guru, pekerja swasta, pekerja kerajaan di mana sahaja anda berada pastinya ramai yang menggunakan printer.

Jadi, masalah printer rosak seperti dakwat kering, garisan putus-putus, warna bertompok atau beberapa masalah yang dianggap “common” pastinya sudah tidak asing lagi.
Kali ini SGO sediakan satu cara yang sebenarnya agak mudah untuk Baiki Masalah Catridge Printer Cetar Garisan Putus-putus ini. Dari bazirkan beli catridge baru atau printer baru lebih baik cuba buat sendiri yang mungkin kosnya hanya RM0.00.
Tonton Video Tutorial dibawah.


Masalah Printer dan Penyelesaian ( Khas untuk Canon) Brother dll try and error
1. Ink kering dan tersumbat pada Cartridge .
a. Keluarkan cartridge pada printer.
b. Rendamkan cartridge dengan air suam-suam panas dalam 5minit. Beringat, berhati-hati agar chip pada cartridge tak terendam sekali.
c. Keringkan cartridge korang dengan kain lembut dan jangan gosok dikawasan head cartridge..
d. Pasangkan semula cartrige pada printer.
2. Ink tidak sampai ke cartridge.
a. Tekan button Setting(gambar sepanar) sebanyak 3 kali.
b. Sehingga ada keluar simbol Y.
c. Tekan button Colour kalau nak sedut masuk ink warna kedalam cartridge dan tekan                    button Black kalau nak sedut masuk ink hitam ke dalam cartridge.
d. Buat beberapa kali sehingga ink korang ok. Tapi jangan terlalu kerap. Risau ink tumpah.. 😀
3. Terdapat buih udara dalam salur.
a. Buka “Control Panel”
b. Find “Device and Printer”
c. Right klik pada ikon printer dan pilih “Properties”
d. Seterusnya pergi pada “Maintainance”
e. Akhir sekali lakukan “Deep Cleaning” beberapa kali..
Kalau semua ni tak berhasil. Cara terakhir ialah tukar cartridge baru. Kerana mungkin sudah terlalu lama..
Code Maintenance 
[ A ] Print nozzle check pattern.
[ H ] Run head cleaning routine.
[ Y ] Run deep head cleaning routine.
[ u ] Print out alignment page.
[ U ] Align page
[ L ] Print out head position adjustments.
[ b ] Clean the paper feed roller.
[ J ] Clean the bottom plate.
[ d ] Switch paper size.
[ r ] Switch to prevent paper abrasion.
Sumber : https://printerthinker.com/canon-pixma-mp280/

Sumber TKO - 25-2-2017


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Facebook Messenger Lite Kini Menyertakan Sokongan Multi-Akaun
Posted on Friday, February 03 @ 15:51:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33447


Messenger Lite merupakan salah satu aplikasi berbentuk “ringan” yang ditawarkan oleh Facebook untuk pengguna dinegara membangun, selain kepada mereka yang menggunakan telefon pintar dengan spesifikasi rendah. Terkini, hari ini Facebook telah mula menawawarkan kemaskini baru untuk aplikasi baru, iaitu Messenger Lite 4.1.

Melalui Messenger Lite 4.1, pihak Facebook menyertakan sejumlah fungsi baru melaluinya. Salah satunya adalah penyertaan sokongan multi-akaun pada Messenger Lite – memudahkan anda mengakses kepada lebih daripada satu akaun menggunakan aplikasi sama.

Disamping itu, anda juga kini boleh mengaktifkan sama ada atas-talian atau tidak menggunakannya, dan menghantar mesej bersuara.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun versi Messenger Lite terkini dan menikmati pelbagai fungsi baru ini.


Muat-Turun Facebook Messenger Lite

AMANZ

Sumber TKO - 3-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SKMM : Lebih Separuh Pengguna Streamyx Mengalami Sambungan Internet Lemah
Posted on Thursday, February 02 @ 11:34:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33427&mode=thread&order=0&thold=0



Pihak SKMM merupakan salah satu badan bertanggungjawab dalam memantau pelbagai prestasi dan kawalan disebalik rangkaian internet di Malaysia. Terkini, mereka telah berkongsi mengenai laporan kajian prestasi rangkaian tahunan untuk 2016, berkongsi mengenai pelbagai prestasi daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Malaysia.

Melalui laporan kajian prestasi rangkaian tahunan berkenaan untuk jalur-lebar talian tetap, pihak SKMM menekankan yang mana para penyedia perkhidmatan perlu menawarkan sekurang-kurangnya 70% prestasi kadar celus (throughput) daripada langganan DSL, ataupun sekitar 90% prestasi kadar celus untuk langganan fiber. Disamping itu, kadar masa pendam (latency) perlulah tidak melebih 85 ms untuk 95% masa, selain kadar kehilangan paket kurang daripada 1%.

Mengambil kira semua ini, pihak SKMM telah menyediakan laporan penuh mengenai prestasi perkhidmatan jalur lebar talian tetap di Malaysia, dan memperlihatkan prestasi setiap syarikat.
Daripada keputusan purata yang dijalankan oleh SKMM, ia memperlihatkan Maxis menawarkan kualiti dan sambungan internet yang lebih stabil berbanding dengan lain.
SKMM Laporan 2016
Daripada laporan kajian prestasi rangkaian yang dikeluarkan SKMM juga, ia memperlihatkan penggunaan copper untuk sambungan ADSL hanya menawarkan prestasi yang baik sehingga 6Mbps sahaja. Kestabilan untuk rangkaian melangkaui 6Mbps adalah sedikit kurang baik. Seperti biasa, kestabilan rangkaian juga turut bergantung kepada kualiti kabel yang digunakan untuk penyambungan, jarak, dan pelbagai faktor lain.

Untuk penggunaan fiber pula, ia tiada masalah untuk menawarkan prestasi yang baik walaupun pada kelajuan berbeza. Namun, beberapa penyedia perkhidmatan dilaporkan mengatakan kualiti turut bergantung kepada penggunaan jenis modem – serta memerlukan kemaskini perisian untuk modem bagi menawarkan prestasi yang optimum.
SKMM Laporan 2016
Pada laporan sama juga, pihak SKMM turut berkongsi mengenai penawaran perkhidmatan jalur-lebar talian tetap mengikut negeri. Daripada apa yang dikongsikan, penawaran talian berasaskan fiber adalah baik, sementara untuk DSL, ia dikatakan sekitar 46.1% daripada pengguna TM (Streamyx) sahaja menerima prestasi yang baik, sementara selebihnya mempunyai sambungan internet yang rendah untuk muat-turun – mengakibatkan pengalaman yang kurang baik.

Ia tidak diketahui apakah tindakan SKMM terhadap penyedia rangkaian yang kurang mencapai piawaian yang ditetapkan. Namun, apa yang pasti, ia semestinya tidak digemari pengguna, apatah lagi dengan promosi TM baru-baru ini yang tidak disukai ramai.
SKMM Laporan 2016
SKMM Laporan 2016

Muat-Turun Laporan Prestasi Rangkaian 2016 (PDF)

- AMANZ

Sumber TKO - 1-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Samsung Megesahkan Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup
Posted on Monday, January 23 @ 19:45:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33284



KOREA SELATAN:
Konglomerat Korea Selatan, Samsung menyalahkan pengeluaran bateri dan rekaan sebagai punca utama kegagalan telefon pintar 'flagship', Note 7 yang memalukan syarikat terbabit pada tahun lalu.

Presiden Bisnes Komunikasi Mudah Alihnya, Koh Dong-jin berkata, syarikatnya bertanggungjawab atas kegagalan untuk mengenalpasti isu rekaan bateri dan proses pengeluaran lebih awal sebelum pelancaran Note 7.

“Pada masa depan, kami melantik pasukan penasihat bateri yang fokus kepada kualiti pada setiap komponen perkakasan,” katanya.

Dalam sidang media di Korea Selatan pagi tadi, Samsung dan pakar luar dilantik mengatakan bateri dihasilkan dua pembekal berasingan menyebabkan telefon cepat panas dan pada kes tertentu mengakibatkan kebakaran.

Samsung menghentikan jualan Note 7 di peringkat global pada 11 Oktober 2016 selepas berjaya menjual sebanyak tiga juta unit.

Selepas itu, Samsung melancarkan program pengembalian semula dengan 92 peratus daripadanya dipulangkan.

- Harian Metro

Sumber TKO - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Yahoo Kini Dikenali Sebagai Altaba Selepas Pengambil Alihan Oleh Verizon
Posted on Tuesday, January 10 @ 19:51:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33153



Yahoo diambil alih oleh Verizon tahun lalu dengan nilai jualan mencecah RM 19.6 Billion. Aset yang dijual ialah perniagaan pengiklanan, kandungan, carian, blog dan juga berkaitan dengan platform mudah-alih. Tetapi Verizon tidak mengambil alih kesemua aset Yahoo. Yahoo Japan, stok 15% di dalam Alibaba (bernilai $36.7 Billion) dan paten tidak dijual.



Oleh sebab itu Yahoo kini terbahagi dua dengan syarikat yang tidak dijual kepada Verizon menukar nama kepada Altaba. Sementara Yahoo yang dikenali seperti portal dan perkhidmatan emel akan terus menggunakan nama Yahoo. CEO Yahoo Marissa Mayer pula akan melepaskan jawatan di dalam Altaba tetapi mungkin akan memegang jawatan yang sama di dalam syarikat yang kini dimiliki Verizon.

Apa yang berlaku ke atas Yahoo ini ialah iktibar bahawa tidak ada syarikat yang terlalu besar untuk tersungkur. Blackberry dan Nokia ialah dua lagi contoh terbaik bahaya sesebuah syarikat yang gagal berevolusi mengikut masa.

Sumber TKO - 10-1-2017


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Honda BR-V Dilancarkan Pada Harga RM85,800 Dan RM92,800
Posted on Thursday, January 05 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33094

KUALA LUMPUR:
Honda Malaysia hari ini melancarkan model crossover tujuh tempat duduk, BR-V yang dijual pada harga atas jalan RM85,800 dan RM92,800 sebuah berbeza mengikut varian.

Model baharu pertama yang dilancarkan bagi 2017 itu menawarkan dua jenis varian, E Variant dan V Variant dengan kesemuanya dipacu dengan enjin 1.5 liter.

Jelas Honda Malaysia, model baharu itu menampilkan beberapa ciri seperti lampu nyalaan siang (DRL) selain, roof rail, penghawa dingin tempat duduk belakang, kawalan kestabilan elektronik selain memiliki taraf keselamatan lima bintang ASEAN NCAP.

Jelas syarikat itu lagi, BR-V memenuhi keperluan pengguna khususnya golongan keluarga yang mahukan keluasan tempat duduk dan ruang penyimpanan yang luas serta pada sama mempunyai ciri-ciri prestasi sebuah kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV).


Jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi syarikatnya menyasarkan 800 buah model itu mampu dijual dalam sebulan.

Sumber TKO - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Samsung Galaxy A7 Dan A5 2017 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1699
Posted on Thursday, January 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33093



Peranti Samsung Galaxy A7 dan A5 2017 dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Kedua-dua peranti kelas pertengahan ini mempunyai  ketahanan kalis IP68 dan sokongan Samsung Pay terbina. Ini menjadikannya peranti pertama keluarga Galaxy A yang menyokong kedua-dua fungsi di atas.

Galaxy A7 2017

Galaxy A7 2017 dilengkapi skrin 5.7″ SAMOLED HD penuh, pemproses 1.9 GHz lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabayte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama  dan hadapan 16-Megapixel f/1.9. Bateri 3600 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Harga jualan Galaxy A7 2017 ialah RM 1899.
Samsung Galaxy A5 2017
Galaxy A5 2017 dilengkapi skrin 5.2″ SAMOLED HD penuh, pemproses 1.9 GHz lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabayte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama  dan hadapan 16-Megapixel f/1.9. Bateri 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C disertakan. Harga jualan Galaxy A7 2017 ialah RM 1699.


Pra-tempahan kedua-dua peranti ini akan dilakukan dari 5 sehingga 15 Januari di galeri jualan Samsung yang terpilih. Kesemua yang melakukan pra-tempahan akan menerima fon kepala tanpa wayar Level U Pro bernilai RM 399. Pra-tempahan turut boleh dilakukan di atas talian menerusi Lazada dan 11Street . Peranti hanya akan diterima pada 25 Januari.

AMANZ

Sumber TKO - 5-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Papar (view) fail PSD (Photoshop) sebagai thumbnail
Posted on Thursday, December 22 @ 17:25:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32946


Bila kita ada banyak fail photoshop (biasanya dalam format PSD) kita sukar nak pilih mana satu yang terkini kerana kita tak tahu kandungannya melainkan kita kena buka dulu. Kalau guna harddisk SSD (baca di sini) dengan komputer terkini tidak menjadi masalah. Tapi kalau komputer buruk kena tunggu untuk load photoshop.

ika ada thumbnail, perkara ini tidak menjadi masalah. Photoshop tak tersedia tumbnail seperti Coreldraw. Ada 2 cara untuk memamparkan thumbnails di explorer


Cara Pertama:

Sebelum diplug-inkan

Mula download plugin di sini

Kemudian copy fail psicon.dll ke folder C:Program FilesCommon FilesAdobeShell
(Jika folder ini tidak ada sila buatkan.)

Langkah seterusnya Run fail Adobe.reg
(Kalau ditanya untuk pengesahan, klik aje OK.)

Boleh Restart PC.

Selepas plug-in fail psicon.dll

Cara Kedua: (Sah ok untuk win10 64bit)

Cara ini adalah menggunakan software free SageThumbs 2.0.0.22
(Boleh dowload di sini)  atau https://telegram.me/software_application

Kelebihan software SageThumbs ini ialah boleh thumbnails bukan sahaja fail PSD malah banyak lagi fail-fail lain. Tapi dia menggunakan sedikit memory pc.

Satu lagi saya suka ialah semasa list view pun thumbnail kelihatan. Lihat contoh di bawah.

Sebelum install SageThumb

Selepas Install SageThumbs

Selamat mencuba
Terima kasih...

http://zulbmohd.blogspot.my/
Sunday, October 13, 2013


Sumber TKO - 22-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bagaimana Memasukkan Subtitle (fail SRT) Pada Sesebuah Filem (MKV, AVI, MP4 dll)
Posted on Sunday, December 18 @ 08:00:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32888



Sebelum ini saya telah menulis bagaimana nak edit subtitle daripada Bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa ke Bahasa Melayu. Anda boleh baca di sini (Alih Bahasa Subtitle Filem). Hari ini saya akan menunjukkan pula bagaimana subtitle itu terus dimasukkan kedalam filem tanpa perlu ada fail sampingan SRT, ASS dll di sisi file filem.


Sebelum saya tunjukkan bagaimana nak masukkan fail SRT dalam file filem berkenaan seperti di atas saya akan tunjukkan kita boleh guna beberapa subtitle untuk sesebuah filem dengan menambahkan 'titik' pada fail berkenaan misalnya "Big Hero (2016).srt" kepada "Big Hero (2016).BI.srt" maka MoviePlayer akan membaca kedua-dua file SRT berkenaan.

Untuk masukkan SRT ke file Filem kita perlukan satu software percuma iaitu MKVToolNix GUI versi 9.50. Anda boleh download di sini (klik)




Klik "Add Source Files" dan masukkan file filem dan SRTnya sekali. Lihat di atas.


Namakan Subtitle pada "Track Name" dan setkan default Bahasa apa yang akan keluar semasa filem berkenaan dimainkan secara automatik jika anda masukkan beberapa subtitle.

Fail filem baru akan disimpan dengannama baru pada sisi fail filem asal. Anda boleh delete filem asal dan fail subtitle kerana anda tak perlu lagi fail srt berkenaan. Jika fail filem asal adalah selain MKV fail baru adalah dalam format MKV.

Selamat Mencuba.

Petikan laman
http://zulbmohd.blogspot.my 


Sumber TKO - 18-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagaimana Nak Buka Fail Format .ISO?
Posted on Sunday, December 18 @ 07:52:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32886



.ISO bermaksud "In Search Of". Mungkin bagi sesetengah kita jarang terlibat dalam proses 'burning CD atau DVD' yang melibatkan fail image, dalam bentuk *.ISO atau .img.

Fail dalam format .ISO adalah penyusunan data/fail seperti berada pada sebuah CD dan DVD serta bagaimana tata letak file tersebut di dalam CD/DVD berkenaan.

Membina images fail dalam format .ISO adalah bertujuan untuk membuat klon/salinan CD/DVD. Pelbagai fail akan dipack dalam satu fail berformat .ISO

Salinan kandungan CD/DVD boleh kita simpan dalam komputer dalam bentuk ISO atau fail ISO. Fail ini boleh digunakan untuk 'buning' bagi menjadikan CD/DVD salinan lain. Fail ISO ini boleh dibuat "Virtual Drive", dimana seolah-olah dalam komputer kita terpasang CD-Room baru/ Drive Baru. Tapi perlu ada software untuk lakukannya. Kita boleh guna software PowerIso, Deamon Tools dll..


Ada ramai yang tanya, jika fail dalam format ISO, apa perlu buat? Kena burn dalam CD/DVD ke?

Fail .ISO boleh dibuka dengan beberapa cara. Lihat gambar di atas 'Open With' pada pc saya yang boleh di buka dengan;
    1. UltraISO (Satu software burning)
    2. Windows Explorer (Standard bagi Windows 8 ke atas)
    3. Winrar (Solfware pemampatan, selali itu Winzip)

Jika kita buka dengan Windows Explorer, fail ISO berkenaan terus menjadi Vitual drive CD/DVD baru. Lihat di bawah. Seolah-olah kita ada satu lagi drive CD/DVD baru




Jadi kandungannya boleh diambil di situ, seperti kita guna CD/DVD. Sekarang ini ramai yang guna format ini untuk tujuan menyimpan software installation kerana lebih selamat daripada RAR bagi tujuan 'crack' tidak diganggu oleh anti-virus.


Selepas digunakan kita hanya perlu 'Eject' sahaja CD/DVD berkenaan.



Bagaimana nak membuat fail ISO. Kita hanya perlu ada satu falder. Terus klik sebelah kanan mouse, dan terus pilih add to "New folder.iso". Menu sebelah kanan ini ada jika ada membuat installation software burning UltraISO atau PowerISO.

Cara kedua ialah menggunakan burning software seperti UltraISO atau PowerISO. Saya lebih suka menggunakan UltraISO.


Kandungan fail di dalam anda boleh extract keluar dimana-mana yang anda suka. Atau pada New Folder baru.

Cara ketiga ialah menggunakan software Winrar/WinZip. Saya suka menggunakan WinRAR.


Anda boleh klik terus pada fail setup di dalamnya atau 'extract' pada suatu tempat tertentu. Terpulang. Terbaik extract pada folder baru.

Walaupun perkara ini mudah, tapi ramai tak ambil tahu dan tidak mengetahuinya. Saya harap penerangan ini membantu. Sekian terima kasih. Selamat mencuba.

Petikan Laman
http://zulbmohd.blogspot.my

Sumber TKO - 18-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagaimana Nak Dapat Maklumat (Misanya ProductKey) Notebook/PC dengan Mudah?
Posted on Sunday, December 18 @ 07:39:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32884



Selalunya kalau kita nak tahu 'productkey' notebook atau desktop kita balikkan notebook atau ke belakang nak lihat. Kalau tak nampak kita guna kamera ambil gambar untuk besarkan nombornya. Bagaimana kalau label 'productkey' ini hilang atau tercabut??

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan guru berkenaan productkeynya yang tercabut.

Paling mudah gunalah "COMMAND PROMPT" CMD




Taipkan "wmic bios get serialnumber" untuk Siri Nombor
Taipkan "wmic csproduct get name" untuk Jenama Notebookni kalau anda biasa format notebook kemudian nak cari driver.

Boleh juga taipkan "wmic logicaldisk get deviced, volumename, description"
Taipkan "wmic os get BuildNumber" untuk versi dan build Windows




Saya sebenarnya dah menulis mengenai perkara ini di sini (Serial Number Laptop Atau PC Yang Hilang Sticker)

http://zulbmohd.blogspot.m


Sumber TKO -18-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


LibreOffice Bakal Hadir Membawakan Antaramuka Seumpama Ribbon UI Pada Microsoft Office
Posted on Sunday, December 18 @ 07:34:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32882



LibreOffice merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang beroperasi sebagai alternatif kepada Microsoft Office. Kini dengan perkembangan perisian yang lebih beroperasi sebagai aplikasi web, pihak LibreOffice turut dilihat sedang membangunkan antaramuka seumpama Ribbon UI pada Microsoft Office.

LibreOffce dijangka memperkenalkan sokongan antaramuka baru ini pada LibreOffice 5.3 kelak yang dijadualkan hadir pada awal 2017.

Melalui antaramuka baru ini, ia memperlihatkan pelbagai akses pantas dalam bentuk ikon tersendiri dan tidak memerlukan pengguna klik pada sebarang menu untuk mengaksesnya terlebih dahulu.

Berkemungkinan besar, LibreOffice turut akan menawarkan pilihan untuk pengguna mematikan antaramuka ini, atau mengaktifkannya – bergantung kepada citarasa pengguna sendiri.

Sumber Rujukan: OMG Ubuntu
AMANZ

Sumber TKO - 18-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apple Memfailkan Paten “iPhone Note” Untuk Bersaing Dengan Samsung Galaxy Note
Posted on Friday, December 16 @ 11:24:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32863



Kemunculan Samsung Galaxy Note pada tahun 2011 pada awalnya menjadi bahan ketawa media teknologi barat. Gizmodo pernah mengatakan peranti dengan skrin bersaiz 5.3″ adalah terlalu besar untuk digunakan dengan selesa. Penggunaan stylus S-Pen pula dianggap ketinggalan zaman di zaman peranti dengan skrin sesentuh. Mendiang Steve Jobs sendiri pernah dipetik berkata sepuluh jari pada tangan manusia adalah lebih baik dari sebatang stylus.

Masa telah berubah dan peranti dengan skrin 5.5″ kini dianggap normal. Apple sendiri akur dengan permintaan pengguna dan menghasilkan “phablet” iPhone 6 Plus pada tahun 2014. Tahun lalu stylus Apple Pencil dihasilkan untuk iPad Pro. Jelas kehendak pengguna lebih berkuasa dari apa yang pernah diucapkan oleh wartawan teknologi dan Steve Jobs.


Apple mungkin akan menghasilkan iPhone Note di masa hadapan berdasarkan paten yang dianugerahkan kepada mereka baru-baru ini. Di dalam paten ini Apple Pencil digambarkan boleh digunakan pada iPhone dan MacBook. Pelan Apple untuk iPhone menyokong Pencil pada iPhone didedahkan sendiri oleh Tim Cook Ogos lalu.

Seperti di dalam artikel 7 Peranti Alternatif Kepada Galaxy Note 7 yang kami terbitkan beberapa bulan yang lalu, pengganti gantian terbaik masih lagi sebuah Galaxy Note 5. Tiada peranti
berspesifikasi tinggi lain di pasaran yang memberikan fungsi unik yang dibawakan oleh peranti Note.
Tidak mengejutkan masih terdapat 300 000 Note 7 yang masih belum dipulangkan kerana pengguna tidak mempunyai alternatif lain.

Dengan paten ini mungkin akhirnya Apple akan dapat menghasilkan peranti pesaing Note pada masa hadapan. Persoalannya ialah adakah peminat Apple akan menerima kewujudannya sedangkan ia berterbangan dengan prinsip rekaan Steve Jobs.

AMANZ 

Sumber TKO - 16-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Drone Gun Mampu Jatuhkan Dron Sejauh 2km
Posted on Saturday, December 03 @ 12:01:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32693



VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Pemilik dron berjaga-jaga! Kini sudah wujud alat yang mampu menjatuhkan dron yang tidak dikehendaki atau menceroboh ruang udara.

Menurut laporan Dailymail, alat berupa senapang yang dikenali segai Drone Gun tersebut dihasilkan oleh DroneShield yang berpusat di Sydney dan Virginia.

DroneShield yang fokus kepada teknologi pengesan dron dan perlindungan berkata, alat berfungsi dengan tembakan isyarat 'jamming' yang mampu mencapai jarak dua kilometer.

Drone Gun juga mampu mengambil alih kawalan dron yang menjadi sasaran dan mengawalnya atau mendaratkannya dengan selamat.

Selain itu, Drone Gun juga akan menghalang isyarat dari pengawal asal malah mampu 'mengacau' sistem GPS dron.

Drone Gun dipercayai dicipta selepas kebimbangan terhadap penerbangan dron di kawasan terlarang dan mengganggu lalu lintas udara meningkat.

Walaupun begitu, Drone Gun masih menunggu persetujuan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) dari Amerika Syarikat untuk produksi skala besar.

-Sinar Harian

Sumber TKO - 3-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kajian Menunjukkan Pengguna iPhone Lebih Angkuh Dan Kurang Jujur Berbanding Pengguna Android
Posted on Saturday, November 26 @ 15:07:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32596



Ruangan komen Amanz sering dihujani perang di antara peminat iPhone dan peranti Android. Komen yang menyokong iPhone, Apple dan iOS akan menerima paling banyak reaksi  negatif walaupun ia dipenuhi fakta yang benar. Kajian yang dilakukan di Universiti Lincoln dan Lancaster United Kingdom menujukan terdapat perbezaan ketara di antara pengguna iPhone dan Android. Pengguna iPhone didapati lebih angkuh, tidak jujur dan beremosi berbanding pengguna Android.

Kajiselidik selama dua tahun dilakukan ke atas 530 peserta. Golongan wanita dan orang muda didapati lebih menggemari iPhone kerana ia adalah peranti yang menunjukkan status mereka di dalam masyarakat. Pengguna Android pula didapati lebih berusia, jujur, tidak mementingkan kemewahan serta status dan kurang cenderung melanggar undang-undang.

Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Cyberpsychology, Behavior and Social Networking. Adakah anda bersetuju dengan keputusan kajian ini? Kongsikan pendapat anda di bawah. - AMANZ


Sumber Rujukan: Cnet

Sumber TKO - 26-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Samsung Mungkin Menjual Perniagaan Komputer Kepada Lenovo
Posted on Saturday, November 26 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32589



Samsung dalam usaha untuk memfokuskan kepada perniagaan utama, telah mula menjual bahagian perniagaan yang kurang menguntungkan. Sebelum ini, mereka telah menjual bahagian percetakkan kepada HP, dan kini laporan baru hadir mengatakan Samsung dalam perbincangan untuk menjual bahagian perniagaan komputer mereka.

Samsung dikatakan mungkin menjual bahagian perniagaan kepada Lenovo. Untuk makluman, sebelum ini sendiri Samsung telah mula menghentikan jualan komputer mereka di beberapa buah negara, termasuk di Malaysia.

Menurut laporan yang hadir ini, ia dikatakan Samsung telah dalam perbincangan untuk beberapa bulan, dan progresnya adalah amat sedikit.

Untuk Lenovo pula, ini mungkin akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena perkomputeran. Sebelum ini, ia turut diperkatakan mereka sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih bahagian perniagaan Fujitsu. - AMANZ

Sumber Rujukan: SamMobile

Sumber TKO - 26-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































Membina revolusi media Islam yang amanah

Ahmad Hakimi Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43216-membina-revolusi-media-islam-yang-amanah

Masalah bagi umat islam hari ini adalah terlalu mudah dikelirukan media-media bukan Islam dan musuh Islam. Umat Islam pula terlalu naif membaca agenda di sebalik sebaran media dan propaganda media. Akhirnya kehidupan disandarkan kepada maklumat yang bercampur campur dan menyebabkan urusan umat sering terbantut kerana kejahilan umat terpedaya dengan agenda setting musuh Islam melalui media-media mereka. Apakah umat Islam hari ini perlu terus menerus begitu? Maka perlu ada usaha kesedaran dan revolusi Media Islam yang mampu melawan balik arus arus sihir moden ini.

Media Islam Perlu Kembali Kepada Metodologi Wahyu

Sebaran maklumat umat Islam mesti diusahakan untuk mampu bawa agenda Islam dan membasmi kekeliruan yang dibawa musuh Islam dan kelompok duniawi dan Ad-Dahriyyin ataupun Maddiyah. Sebagai mana kaedah Islam berteraskan kepercayaan kepada wahyu, risalah dan Rasulullah Al-Amin dibentuk, maka media Islam juga perlu dibentuk dan diasas begitu. Kaedah Tabayyun, Rijal yang Thiqah, fahaman dan tasawwur yang jelas perlu dikembangkan dari perkembangan ilmu Quran dan Hadis. Kita perlu kembali kepada asas ini.

Memahami Metodologi Media Duniawi Dan Maddiyah

Perlu juga kita memahami cara-cara propaganda musuh melalui media. Bagaimana mereka menggunakan penentuan ekonomi politik, penentuan organisasi tertentu dalam menyampaikan media atau cara menggabungkan semuanya yang membentuk sistesis kultural budaya media yang akhirnya membentuk umat.

Mereka ini dalam membentuk pemikiran masa akan menggunakan cara seperti ini:

1. Language of Politics

Dengan tunjang mesej diolah dengan simbol simbol politik untuk mempengaruhi audien media tersebut.

2. Framing Strategies

Pemilik media meletakkan satu boundary tujuan yang akan disajikan mesej kepada umum untuk membentuk “public opinion” yang diinginkan dari pemberitaan yang disampaikan. Boleh jadi digunakan “false flag operation” untuk melariskan berita sehingga kerangka pendapat awam sekadar propaganda yang dibentuk.

3. Agenda Setting Function

Media memainkan peranan penting membentuk kehendak pemerintah, ekonomist atau sesiapa sahaja yang mengawal media untuk tujuan mereka.

Harapnya akan ada perubahan oleh pengamal media gerakan Islam dalam menghadapi kumpulan ahzab media duniawi ini. Moga-moga pemuda hari ini mampu memulakan langkah ini. (ulamasedunia)

Sumber HD - 15-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemilik Samsung Galaxy Note 7 Boleh Dapat Bayaran Balik Atau Tukar Baharu
Posted on Wednesday, October 12 @ 17:43:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31998


PETALING JAYA: Pemilik pra-pesanan Samsung Galaxy Note 7 boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar kepada telefon jenama Samsung yang lain.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Samsung Malaysia menggesa pemilik Samsung Galaxy Note 7 untuk segera mematikan peranti mereka.

"Selaras dengan itu pilihan untuk bayaran balik atau penukaran kepada Samsung Galaxy S7edge disediakan kepada pemilik pesanan awal dengan syarat mereka mengembalikan Samsung Galaxy Note7 mereka sewajarnya," kata kenyataan itu.

"Pemilik pra-pesanan dijangka akan dihubungi mulai 13 Oktober 2016 oleh bahagian Khidmat Pelanggan Samsung, pengendali rangkaian mudah alih yang berkaitan atau rakan kongsi runcit yang mengambil bahagian dalam program pembayaran balik atau pertukaran itu," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799.

Samsung Electronics pada Selasa menarik balik dan menghentikan penjualan Samsung Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan kebimbangan masalah keselamatan yang berterusan. 


Sumber TKO - 12-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nokia 301 Menyelamatkan Nyawa Pemilik Dengan Menyerap Sedas Tembakan
Posted on Sunday, October 09 @ 21:27:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31970



Nokia 3310 memang sudah dikenali sebagai peranti legenda yang tahan lasak. Hanya beberapa minggu  lalu ia terbukti lebih tahan lasak dari sebuah iPhone. Legenda peranti Nokia yang “agi idup agi ngelaban” ini diteruskan oleh Nokia 301. Peranti yang dilancarkan pada tahun 2013 ini dilaporkan menyelamatkan nyawa pemiliknya di Afghanistan.



Peluru menembusi bahagian belakang peranti tetapi menghalang dari menembusi skrin hadapan. 


Gambar di atas dikongsi oleh Peter Skillman yang pernah terlibat di dalam penghasilan peranti ini. Ini bukan kes pertama peranti menyelamatkan nyawa pemilik tahun ini. Hanya bulan lalu sebuah Huawei P8 Lite menyelamatkan nyawa seorang pemilik di Afrika Selatan.   
                              
Sumber Rujukan: @PeterSkillma

Sumber TKO - 9-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lenovo Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Perniagaan PC Milik Fujitsu
Posted on Sunday, October 09 @ 21:24:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31969



Fujitsu merupakan salah satu pengeluar komputer riba, dan beberapa model keluaran mereka turut ditawarkan untuk pasaran tempatan. Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini, dengan persaingan sengit perkembangan arena peranti mudah-alih, ramai pengeluar PC menghadapi masalah untuk menghasilkan keuntungan dalam arena PC.

Fujitsu merupakan salah satu daripadanya, dan dilaporkan mereka menghadapi kerugian dalam perniagaan PC. Perkara ini membuatkan mereka ingin menutup atau menjual perniagaan mereka.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan mereka dalam perbincangan bersama VAIO dan juga Toshiba untuk bersatu dan hadir dengan sebuah syarikat baru memfokuskan pengeluaran dan pemasaran PC. Namun, perbincangan tersebut dilihat tidak membuahkan sebarang hasil.

Terkini, laporan baru hadir mengatakan Fujitsu dalam perbincangan bersama pihak Lenovo untuk menjual bahagian PC mereka. Sekiranya Lenovo membelinya, ia akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena perkomputeran. Ia turut dikatakan mungkin Fujitsu akan terus mengekalkan sedikit pegangan minoriti pada bahagian mereka, dan Lenovo memegang majoriti pegangan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan selanjutnya dalam arena perkomputeran ini.
Sumber Rujukan: Arstechnica

Sumber TKO - 9-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sony RX100 Mark V Dilancarkan Dengan Sistem Pemfokusan Terpantas Untuk Kamera Kompak
Posted on Sunday, October 09 @ 21:22:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31968


Sony RX100 ialah kamera kompak yang menjadi idaman kalbu kami secara peribadi sejak Mark III lagi. Ia kamera kompak kecil-kecil cili padi yang mampu mengambil gambar dan merakam video setanding dengan kamera DSLR berkemampuan tinggi. Hanya harga jualannya yang tidak mampu milik menghalang kami dari memilikinya. Versi terkini Sony RX100 V dilancarkan hari ini dengan beberapa pembaharuan. Sensor baru 1″ Exmor RS CMOS sebesar 20.1-Megapixel digabungkan dengan lensa ZEISS Vario-Sonnar T* 24-70 mm F/1.8 – f/2.8.

sony-rx100-v-3
Sisytemhibrid PDAF dengan 315 titik pengesan memberikan kemampuan memfokus dengan kelajuan 0.05 saat. Kemampuan merakam video ialah 4K (30/24 FPS) dan 1080P 120 FPS. Ia turut mempunyai kemampuan merakam pergerakan perlahan sehingga 960 FPS. Terdapat skrin 3″ LCD pada panel belakang serta viewfinder 0.39″ XGA OLED. Terdapat sokongan WiFi dan NFC bagi memudahkan kawalan kamera dari menggunakan peranti pintar. Sony RX100 V dijual mulai bulan ini pada harga $998 (~RM 4150) sebuah.
sony-rx100-v-5

Sumber Rujukan: Sony

Sumber TKO - 9-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































JITP lancar 1Media Online penuhi keperluan semasa

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42749-jitp-lancar-1media-online-penuhi-keperluan-semasa

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jaringat IT Prihatin (JITP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Pertubuhan Jaringan IT Prihatin dan 1Media Online pada esok, 9 Oktober 2016.

Majlis pelancaran ini akan diadakan di Astana Banquet Hall Garden Residence Club house Cyberjaya bermula 10 pagi hingga 2 petang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob

Antara objektif  pelancaran 1Media Online ialah untuk membolehkan penyebaran maklumat secara lebih mudah dan berkesan serta bertanggungjawab  menerusi teknologi media terkini.

Selain itu, 1Media juga difokuskan untuk memanfaatkan media sosial ke arah kebaikan dengan menyebarluaskan maklumat dan ilmu yang tepat, telus dan terkini.

Beberapa slot menarik yang bakal disajikan, iaitu Bual Bicara dengan menampilkan 3 panelis jemputan, iaitu Dr. Mohamed   Awang Lah, Bapa Internet Makaysia yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communications Sdn Bhd, Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf dan juga Mohd Rafee Md Aris, mantan Pengurus Besar, Tiga Events Sdn Bhd.

Turut memeriahkan lagi acara majlis adalah menerusi satu slot Ucapan Khas bertajuk 'Islam dan Jihad Media' yang bakal diberikan  oleh Prof Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa) USIM

Majlis pelancaran ini akan diakhiri dengan jamuan tengahari di samping beberapa persembahan lain yang diatur oleh pihak penganjur. – HARAKAHDAILY 8/10/2016

Sumber HD - 8-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Note 7 “Selamat” Dilaporkan Terbakar Di Amerika Syarikat
Posted on Thursday, October 06 @ 18:03:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31923



Penukaran peranti Note 7 yang mempunyai masalah bateri meletup sudah dilakukan sejak dua minggu yang lalu. Ini dilakkan atas sebab keselamatan dan sepatutnya menyelesaikan masalah berbahaya ini. Tetapi di Amerika Syarikat sebuah Note 7 yang disahkan sebagai peranti baru dilaporkan terbakar ketika di dalam sebuah pesawat.

Kejadian berlaku ke atas Brian Green yang membeli peranti ini 21 September yang lalu. The Verge mengesahkan peranti ini tidak di dalam senarai peranti yang bermasalah selepas melakukan carian IMEI pada laman Samsung. Apa yang merisaukan ialah peranti telah dimatikan dan dimasukkan ke dalam kocek seluar beliau sebelum kepulan asap mula kelihatan. Brian terus mencampakkan peranti ke lantai pesawat di mana ia terus terbakar. Pihak Samsung sedang berusaha untuk mendapatkan peranti terbakar ini untuk dianalisa. Setakat ini tiga kes kebakaran secara tiba-tiba telah dilaporkan di kalangan peranti yang telah disahkan “selamat”. Insiden ini pastinya menimbulkan tanda tanya tentang status keselamatan Note 7 di pasaran sekarang.

Sumber Rujukan: The Verge

AMANZ

Sumber TKO - 6-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Harga iPhone 7 Macam Harga Notebook RM3199, Sementara iPhone 7 Plus Bermula RM3799
Posted on Saturday, October 01 @ 17:39:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31863



Lanjutan daripada tarikh jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus untuk pasaran tempatan yang telah diketahui pada awal pagi tadi, kini sejumlah pengedar rasmi Apple di Malaysia telah mula berkongsi harga jualan untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan.

Di Malaysia, iPhone 7 akan dijual pada harga RM3199 (model 32GB), RM3699 untuk 128GB dan RM4199 untuk model 256GB.

Sementara iPhone 7 Plus pula dijual pada harga bermula RM3799 untuk model 32GB, RM4299 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 256GB.

Harga jualan untuk kedua-dua model ini sebenarnya sedikit lebih murah berbanding harga iPhone 6S apabila ia ditawarkan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu. Sebagai contoh model asal iPhone 6S 16GB ialah RM3199 dan model 128 GB ialah RM4199. Model asal iPhone 6S Plus 16GB pula RM3699 dan model 256GB pula ialah RM4699. Jelas sekali tahun ini pemilik iPhone mendapat nilai yang lebih tinggi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Kesemua harga model lama iPhone sudahpun diselaraskan semula 8 September lalu.

Bagaimana pula sekiranya harga peranti ini dibandingkan dengan pesaing? Sony Xperia XZ yang dilancarkan hari ini boleh dikatakan sebagai peranti pesaing iPhone 7. Ia dijual pada harga RM 2699 dengan storan 64 GB. Pesaing untuk iPhone 7 Plus pula pastinya Samsung Galaxy Note 7 yang dijual pada harga RM 3199 dengan storan 64 Gigabyte. Tetapi seperti biasa bagi penggemar peranti iPhone, harga bukanlah penghalang untuk memiliki peranti. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah tawaran harga ini berbaloi pada pendapat anda?
Apple iPhone 7 Plus

Sumber Rujukan: MacStudio
AMANZ

Sumber TKO - 1-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AS Beri Amaran Risiko Bahaya Mesin Basuh Samsung
Posted on Friday, September 30 @ 19:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31845


SELEPAS ribuan unit telefon pintar model Galaxy Note 7 terpaksa ditarik balik akibat kebakaran bateri, kini pengguna produk lain keluaran syarikat teknologi Samsung itu pula didapati bermasalah.
Badan pengawal Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pemilik sesetengah model mesin basuh muatan atas jenama berkenaan “isu keselamatan” susulan beberapa aduan bahawa terdapat beberapa unit yang telah meletup.

Amaran itu, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, menyenaraikan mesin buatan Korea Selatan tersebut yang dibuat antara Mac 2011 dan April 2016.
Bagaimanapun, senarai itu tidak menyediakan contoh model.












Suruhanjaya tersebut turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pusingan cucian lembut untuk membasuh cadar tilam dan fabrik kalis air dan besar.

Ini kerana kitaran perlahan akan “mengurangkan risiko kecederaan impak atau kerosakan harta benda disebabkan oleh mesin basuh tersumbat.”

Agensi itu berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak Samsung bagi mengatasi masalah tersebut.

Amaran tersebut dikeluarkan lebih sebulan selepas Samsung dikenakan tuntutan undang-undang berkumpulan oleh pelanggan di AS yang mendakwa bahawa mesin basuh mereka telah meletup semasa digunakan.

Pelanggan di negeri Texas, Georgia dan Indiana berkata, insiden kemalangan itu berlaku ketika mereka sedang membasuh pakaian sebelum terdengar dentuman yang kuat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 30-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rasmi : HP Akan Mengambil-Alih Perniagaan Pencetak Samsung Pada Nilai RM4.34 Bilion
Posted on Tuesday, September 13 @ 07:53:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31638


Lanjutan daripada laporan sebelum ini, hari ini HP secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih perniagaan pencetak Samsung, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pengeluaran pencetak seluruh dunia.
Dibawah transaksi ini, walaupun menjual perniagaan pencetak mereka, Samsung tetap akan mendapatkan pencetak daripada pihak HP dan memasarkan ia di Korea Selatan dibawah jenama Samsung.

Selain daripada perniagaan pencetak Samsung, HP juga akan menerima lebih kurang 6,500 paten milik Samsung melalui pengambil-alihan ini yang berkait rapat dengan arena pencetak.

HP mengatakan selain mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pencetak, pengambil-alihan ini juga akan memberikan mereka idea dan tenaga baru dalam terus hadir dengan pelbagai pembaharuan dalam industri ini.
Sumber Rujukan: HP


Sumber TKO - 13-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


5 Teknologi Yang Dibunuh Dengan “Berani” Oleh Apple
Posted on Monday, September 12 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31635



“Keberanian”. Ini ialah sebab mengapa bicu audio 3.5mm tidak lagi digunakan pada iPhone 7 dan 7 Plus. Sebaliknya teknologi yang telah digunakan sejak Mac yang pertama 32 tahun yang lalu digantikan dengan Lighthing. Pengakuan yang “berani” ini menjadi bahan ketawa internet semalam kerana dianggap sebagai antara kenyataan paling hiperbola pernah mereka keluarkan. Reaksi negatif yang diterima sebenarnya bukanlah perkara baru bagi Apple.

Percaya atau tidak ini bukanlah kali pertama mereka menghentikan sokongan kepada perkakasan dan teknologi lama. Di dalam majoriti kes, apa yang mereka lakukan kemudian menjadi ikutan industri. Berikut ialah senarai pendek teknologi yang dimatikan oleh Apple dan teknologi yang mengambil alih tempatnya.

01 – Apple Desktop Bus

Apple Desktop Bus ialah sistem sambungan aksesori seperti tetikus dan papan kekunci kepada komputer. Ia kali pertama digunakan pada Apple IIGS pada tahun 1986. Sistem sambungan ini direka sendiri oleh Steve Wozniak bagi memudahkan sambungan pelbagai peranti input kepada komputer buatan Apple. Apabila Steve Jobs dibuang dari Apple, komputer NeXT rekaan beliau turut menggunakan ADB. Teknologi ini dibunuh pada tahun 1998 apabila iMac diperkenalkan dan digantikan dengan penggunaan port USB-A. Kali terakhir ADB digunakan ialah pada Macintosh G3 1999.
apple-desktop-bus-1
Teknologi ADB dihentikan penggunaannya kerana Steve Jobs mahu pengeluar aksesori komputer menghasilkan aksesori USB-A yang boleh digunakan pada Mac dan juga Windows. Keputusan Apple ini menerima reaksi negatif oleh pengguna Mac pada waktu tersebut. Namun seperti yang kita lihat sekarang USB-A digunakan dengan meluas. Aksesori komputer seperti tetikus yang boleh digunakan pada Mac dan Windows juga sudah dianggap normal.
KEPUTUSAN – Apple 1 : 0 Pendapat Orang Ramai

 02 – Pemacu Cakera Liut

Cakera liut bagi generasi Millennial hanya dikenali sebagai ikon untuk menyimpan kerja di dalam komputer. Bagi generasi dinosaur seperti saya ia adalah medium simpanan paling penting untuk menyimpan dokumen.  Apabila iMac generasi pertama (1998) diperkenalkan, ADB bukan satu-satunya teknologi yang dengan beraninya dihentikan penggunaannya oleh Apple.

Pemacu cakera liut turut dikorbankan atas alasan untuk maju ke hadapan. Pemilik iMac perlu membeli pemacu cakera liut atau ZIP luaran USB sekiranya mahu terus menggunakannya. Seperti dijangka reaksi pengguna dan penulis teknologi adalah negatif. Pemacu cakera liut ialah teknologi yang pernah dianggap penting oleh Steve Jobs sehingga ia digunakan secara meluas pada Macintosh pertama.
imac-1998

Malahan ketika Macintosh masih di dalam fasa rekaan, Steve Jobs pernah bercadang untuk menggunakan pemacu cakera liut  sahaja dan tidak menyertakan cakera keras. Keputusan beliau dibangkang keras Joanna Hoffman, salah seorang ahli pasukan pengaturcara Macintosh. Pada pendapat Joanna penggunaan cakera liut semata-mata akan menyukarkan proses menyimpan fail dengan saiz lebih besar. Jobs akhirnya akur dan sehingga kini kesemua komputer Mac masih mempunyai sistem storan dalaman.

Pemacu cakera liut digantikan dengan pemacu cakera optik di bawah skrin kesemua iMac. Model-model iMac seterusnya akan disertakan dengan CD Burner untuk membenarkan pemilik iMac menghasilkan cakera lagu dan DVD filem mereka tersendiri. Seperti penggunaan USB, komputer Windows juga turut akhirnya menghentikan penggunaan cakera liut beberapa tahun selepas Apple.
KEPUTUSAN – Apple 2 : 0 Pendapat Orang Ramai

03 – Pemacu Cakera Optik

Seperti yang kami tulis di atas, pemacu cakera optik menggantikan pemacu cakera liut pada iMac. Tetapi pada tahun 2012 iMac mula dijual tanpa pemacu cakera optik SuperDrive. Alasan yang diberikan oleh Paul Schiller (individu yang sama yang mengumumkan penghentian penggunaan bicu audio) pada waktu tersebut ialah untuk menipiskan rekaan AIO popular ini. Batu nisan cakera optik sudah mula diukir sejak 2008 apabila MacBook Air diperlihatkan. Rekaan adi-nipis MacBook Air hanya boleh dilakukan dengan tidak menyertakan pemacu cakera optik.
apple-imac-2012
Selepas MacBook Air dan iMac, Mac Mini dan MacBook Pro turut mengikuti jejak yang sama.

Apple melihat cakera optik tidak lagi relevan. Penjualan muzik secara digital melalui iTunes semakin meningkat manakala penjualan cakera padat semakin merudum. Pembelian perisian secara fizikal oleh pemilik Mac juga semakin menurun dan digantikan dengan pembelian menerus Mac App Store.
Apple melihat pengguna peranti mereka terdiri daripada golongan yang terbuka kepada teknologi terkini. Sungguhpun pemacu optik tidak lagi disertakan, kami tidak pernah lagi menemui pengguna Mac mengeluh mengenai ketiadaannya. Pada platform Windows juga penggunaan pemacu optik semakin berkurangan. Kami secara peribadi sudah bertahun tidak mendengar CD muzik dan membeli perisian fizikal.  Sekali lagi pertaruhan Apple ke atas teknologi yang akan pupus membuahkan hasil.
KEPUTUSAN – Apple 3 : 0 Pendapat Orang Ramai

04 – Adobe Flash

Pada tahun 2010 Steve Jobs mengumumkan peranti iOS tidak akan lagi menyokong kandungan Adobe Flash. Menerusi surat terbuka “Thoughts on Flash”, beliau menegaskan pemalam laman web ini mempercepatkan penggunaan bateri, mendedahkan pengguna kepada penggodam dan tidak menyokong antaramuka sesentuh dengan baik. Reaksi orang ramai dan Adobe sekali lagi amat negatif. Wakil Adone dipetik mengatakan tindakan Apple adalah anti persaingan dan menjadikan iOS sebuah sistem operasi yang tidak terbuka.
adobe-flash

Jika anda masih ingat sokongan kandungan Flash ialah antara “peluru” yang digunakan pengguna Android untuk mentertawakan pengguna iOS. Ketika itu hampir 70% laman web di dunia menggunakan pemalam Flash kerana ia membolehkan animasi kompleks dipaparkan dengan menggunakan saiz yang kecil. YouTube, laman penstriman video nombor satu dunia ialah pengguna terbesar Adobe Flash Player. Tetapi seperti sebelumnya, Steve Jobs sekali lagi dibuktikan betul. Flash kini hampir pupus kerana adaptasi HTML5 oleh majoriti laman sesawang dunia. Malang sekali beliau pergi dahulu pada tahun 2011 untuk melihat pendapat beliau sekali lagi terbukti benar.
KEPUTUSAN – Apple 4 : 0 Pendapat Orang Ramai

05 – USB-A

Macbook 2015 menjadi komputer riba pertama Apple yang tidak mempunyai sambungan Thunderbolt ataupun USB-A. Hanya sebuah port USB-C dan bicu audio boleh ditemui pada Macbook premium ini. Penggunaan USB-C sekali lagi disebabkan oleh keperluan untuk menipiskan peranti serta mengadaptasi teknologi terkini yang memberikan kadar pemindahan data yang jauh lebih pantas.
macbook-rosegold_01
Tiada hadiah akan kami berikan kepada pembaca yang dapat mengagak reaksi orang ramai mengenai penggunaan hanya USB-C ini. Penjualan dok tambahan untuk USB-A keluaran Apple yang mahal menyiram petrol ke atas api kemarahan pengguna. Sejak kebelakangan ini penggunaan USB-C semakin meluas pada komputer riba Windows, peranti Android dan komputer deskstop.

Masih terlalu awal untuk melihat sama ada seperti keputusan Apple kali ini akan menjadi ikutan pengeluar lain. Komputer riba Windows yang kami lihat kebelakangan ini sudah mula menyertakan USB-C tetapi mengekalkan beberapa USB-A 3.0. Hanya HP Spectre 13 berani mengikuti jejak MacBook dengan menyertakan 3 port USB-C tanpa port USB-A. Di dalam kes ini tiada pihak yang boleh mengumumkan kemenangan.

KEPUTUSAN – Apple 4 : 0 Pendapat Orang Ramai

Kesimpulan

Mendiang Steve Jobs berpegang teguh kepada kata-kata tokoh hoki ais Wayne Gretzky iaitu  “Skate to where the puck is going to be, not where it has been”. Apple melihat diri mereka sebagai syarikat pelopor teknologi nombor satu dunia. Mereka memperkenalkan GUI kepada komputer peribadi. Merevolusikan penjualan muzik secara atas talian melalui iTunes. Menyempurnakan pemain MP3 dengan iPod dan mengubah landskap peranti pintar dengan iPhone.
steve-jobs-kuotasi
A lot of times, people don’t know what they want until you show it to them” ialah antara mutiara kata yang popular pernah disebutkan Steve Jobs. Ia menjadi mantra kepada Apple selepas kematian beliau. Adakah fon telinga Lightning  akan diterima pengguna?

Untuk terus menjadi pelopor mereka perlu berani melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh orang lain. Oleh sebab itulah Paul Shiller mengatakan tindakan membuang bicu audio memerlukan “keberanian”. Anda mungkin tidak bersetuju dengan pembuangan bicu audio sekarang. Tetapi dengan melihat sejarah kejayaan mreka sebelum ini, kami tidak akan terkejut sekiranya sekali lagi Apple akan dibuktikan betul.

Sumber Rujukan: Every Apple I/O List

Oleh AMANZ

Sumber TKO - 12-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Payung Ajaib Untuk Jemaah Haji Ciptaan Palestin (bersama video)
Posted on Tuesday, September 06 @ 17:22:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31576


JEDDAH - Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci setelah melakukan perjalanan melalui pesawat, kapal laut waima berjalan kaki di bawah panas terik matahari demi menunaikan ibadah haji.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam pada itu menasihati para jemaah untuk menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada sinaran terik matahari secara berlebihan sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.

Namun sebuah syarikat Palestin yang berpangkalan di Arab Saudi dipanggil sebagai Knowledge-Base mendapat perhatian luas seluruh dunia setelah berjaya mencipta sebuah payung ‘ajaib’ yang dikatakan boleh melakukan lebih daripada sekadar fungsi biasa.

Dinamakan “Kafya” sempena kain penutup kepala tradisional masyarakat Palestin, payung ‘bijak’ itu mampu mengumpulkan pancaran kuat dari matahari dan menukarnya kepada tenaga elektrik menerusi panel-panel solar yang dipasang di bahagian atas payung.


Tenaga elektrik yang disimpan di dalam bahagian pemegang payung boleh menyalakan lampu suluh, kipas dan sistem pengesanan global atau GPS yang dipasang pada payung itu, sekali gus membantu jemaah untuk mencari anggota keluarga mereka jika sesat jalan.

Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon dan komputer riba menerusi tiga penyambung USB yang ditempatkan di bawah pemegang, demikian dijelaskan oleh pencipta Manal Dandis, seorang konsultan dari Palestin, kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

“Kami memulakan idea ini daripada pengalaman urusan haji itu sendiri,” menurut Dandis. “Rakan niaga saya pula secara kebetulan merupakan seorang sukarelawan haji selama 40 tahun dan dia benar-benar tahu apa yang diperlukan para jemaah haji dari seluruh dunia.

Di Makkah, memang tiada alat penyesuai soket atau ‘adapter’ bagi pelbagai kepala suis elektrik selain masalah remeh apabila ada tiga hingga empat juta orang yang perlu mengecas telefon bimbit mereka setelah kehabisan bekalan kuasa bateri.

Produk ini bakal berguna untuk 10 tahun akan datang, apabila musim haji jatuh antara bulan Jun dengan September. Semasa bulan-bulan tersebut, suhu di kawasan itu boleh cecah ke paras sangat tinggi dan kes keletihan akibat cuaca panas dan strok haba dijangka meningkat.

Terdapat lebih 1,000 kes keletihan akibat cuaca terlalu panas yang dilaporkan berlaku semasa musim ibadah haji pada 2015 lalu, dengan sekitar 700 kes strok haba serta lebih 1,700 kes masalah berkaitan cuaca panas yang lain.

Dandis dan rakan niaganya, seorang saintis dari Arab Saudi bernama Kamel Badawi, sedang mencipta prototaip untuk payung mereka itu. Mereka memberitahu laman The Media Line bahawa payung itu belum dapat siap digunakan pada musim haji kali ini.

Mereka memaklumkan Reuters bahawa syarikat tersebut sedang berusaha untuk mendapatkan paten bagi ciptaan tersebut, dan mencari pelabur sebelum mereka boleh mula memasarkannya secara lebih komersial pada harga berpatutan.

Buat masa ini, mereka akan memulakan ‘crowdfunding‘ atau mengumpul dana modal sendiri dan terlebih dahulu hanya memasarkannya secara online kepada orang yang memang ingin membeli payung tersebut secara eksklusif.

Mereka berharap untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sejuta unit payung itu untuk pasaran rantau Timur Tengah dan kosnya dijangka adalah lebih murah, menurut Dandis yang bagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenarnya.

Kafya hanyalah satu daripada beberapa ciptaan teknologi seperti aplikasi telefon bijak dan gelang elektronik yang dicipta untuk menepati keperluan jemaah, dan meningkatkan kecekapan di Makkah semasa musim haji yang sibuk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=toLw5_3KupY


Sumber TKO - 6-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Note 7 meletup, jualan digantung
Posted on Friday, September 02 @ 19:48:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31531


Seoul: Samsung hari ini, menggantung jualan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.
Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, Koh Dong-Jin, berkata pihaknya telefon bimbit terkemuka dunia itu menyatakan ia menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

"Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.

Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada kesan terbakar dan cair.


Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara.

Sumber TKO - 2-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   


Jambatan Kaca Tertinggi, Terpanjang Dibuka Di China
Posted on Sunday, August 21 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31431



ZHANGJIAJIE – Jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia dibuka di kawasan pergunungan Zhangjiajie di China semalam hasil inspirasi daripada filem Avatar.

Jambatan sepanjang 430 meter dan tergantung 300 meter dari permukaan tanah yang bernilai AS$3.4 juta (RM14.6 juta) itu merentangi tebing gunung di Taman Zhangjiajie, di wilayah Hunan, China.
Jambatan dengan kelebaran enam meter yang diperbuat daripada 99 panel kaca itu mampu menampung 800 orang pada satu-satu masa.

Pelancong boleh berjalan merentas jambatan itu yang direka seorang arkitek Israel, Haim Dotan dan mereka yang berani boleh mencuba membuat lompatan bungee atau flying fox. – AFP/BH ONLINE

Video :https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0smPnhDvlcg

Sumber TKO - 21-8-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                                                                          
Rakyat Singapura Berjaya Tangkap Semua Pokemon Dibantu Kawan Di Luar Negara
Posted on Friday, August 19 @ 17:41:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31400

SINGAPURA: Terence Ho mendakwa menjadi orang pertama di Singapura yang berjaya menangkap kesemua 145 Pokemon, hanya 10 hari selepas permainan Pokemon Go dilancarkan di sini.

Dua pemain lain yang dilaporkan telah menyempurnakan tangkapan mereka adalah Ahmed Ali, 23, dari London dan Nick Johnson, 28, dari New York.

Tetapi sebahagian pemain Pokemon Go tidak puas hati dengan cara Ho melakukannya.

Ho, 39, menangkap hampir semua Pokemon dengan membuat perjalanan di seluruh Singapura, termasuk Sentosa dan Punggol.

Dia berjalan dan menunggu dari pukul 8 malam sehingga awal pagi untuk mencari atau 'mengevolusikan' jenis-jenis Pokemon, katanya kepada The Straits Times.


Beliau menunjukkan kepada The New Paper, yang menemu bualnya pada Rabu, secara langsung video Pokedexnya sebagai bukti.

Bagaimanapun, terdapat empat jenis Pokemon yang jarang-jarang ditemui di benua ini dan dia telah meminta rakan-rakannya di luar negara untuk menangkap mereka dengan cara log masuk ke dalam akaunnya.

Sebagai contoh, seorang kawannya di Sydney telah membantunya menangkap Kangaskhan, yang hanya terdapat di Australia dan New Zealand.

Walaupun beberapa netizen berkata ia satu penipuan, Ho memberitahu The Straits Times bahawa ini adalah cara kreatifnya.

Katanya, pemain menggunakan semua cara dan kaedah untuk mendapatkan kelebihan dalam permainan, dan ini adalah salah satu cara 'kreatif' dalam menyelesaikan masalah.

Dia mendapat idea itu ketika melihat seorang perempuan meminjam telefon teman lelakinya untuk bermain permainan itu apabila telefonnya kehabisan bateri.

Untuk pergi ke negara-negara lain bagi mendapatkan beberapa Pokemon yang jarang ditemui akan memerlukan masa, katanya.

"Saya hanya mahu menyelesaikannya dan menamatkannya, kemudian beralih kepada melakukan perkara-perkara lain. Saya tidak akan menghabiskan ribuan dolar untuk satu permainan," katanya.

Dia tidak menipu aplikasi itu dengan 'meletakkan' dirinya di lokasi lain menggunakan "spoofing GPS", satu cara penipuan yang boleh membuatkan pemain disekat daripada permainan, katanya.

Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                          ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                       
Laptop pertama Xiaomi dikenali sebagai Mi Notebook Air
Posted on Wednesday, July 27 @ 20:35:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo                                                                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31155



Selepas memperkenalkan telefon pintar Redmi Pro dengan dwi-kamera belakang, Lei Jun kekal berdiri di atas pentas dan mempamerkan satu produk serba baru dari Xiaomi, iaitu sebuah laptop. Ia diberi nama Mi Notebook Air, satu nama yang hampir serupa dengan sebiji buah yang sangat popular.

Mi Notebook Air adalah laptop yang pertama dihasilkan Xiaomi. Ia direka sebagai ultrabook, iaitu laptop yang nipis dan ringan, tetapi berkuasa tinggi. Tetapi sebagai produk Xiaomi, pasti harganya tidak semahal jenama lain.

Xiaomi memperkenalkan dua variasi Mi Notebook Air, pertama dengan skrin 13.3-inci dan model kedua dengan skrin lebih kecil 12.5-inci. Kedua-dua versi laptop ini menggunakan badan yang diperbuat dari besi, dan ia juga tahan lebih lasak berbanding kebanyakan laptop lain. Papankekuncinya dilengkapi lampu di belakang, untuk menaip lebih mudah di waktu malam.



Mi Notebook Air 13.3-inci merupakan Ultrabook paling lengkap. Kuasanya dijana menerusi cip Intel Core i5-6200U generasi ke-6, bersama 8GB RAM DDR4 yang pantas. Kuasa grafiknya pula digerakkan oleh kad grafik NVIDIA GeForce 940MX.

Untuk storan, Xiaomi memilih SSD dengan sambungan PCIe yang lebih pantas, berkapasiti 256GB. Tetapi Xiaomi turut menyediakan slot kedua SATA SSD, untuk mereka yang mahu menambah storan dalaman.

Jangka hayat Mi Notebook Air 13.3-inci sekitar 9.5 jam, tetapi ia boleh dicas pantas sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja. Laptop ini mempunyai semua sambungan yang diperlukan seperti 2x USB3.0, HDMI, 3.5mm audio serta USB-C yang turut digunakan untuk mengecas.



Jika berat 1.28kg pada Mi Notebook Air 13.3-inci masih agak berat, Xiaomi menawarkan Mi Notebook Air 12.5-inci yang lebih ringan, seberat 1.07kg sahaja. Seperti namanya, skrinnya sedikit kecil dengan ukuran selebar 12.5-inci.

Mi Notebook Air 12.5-inci lebih senyap kerana tidak menggunakan kipas untuk sistem penyejukan. Ia mampu dilakukan kerana ia menggunakan CPU Intel Core M3-6Y30 dan kad grafik Intel HD Graphics 515. Ia disertakan 4GB RAM DDR3 dan menggunakan storan SSD SATA 128GB. Bateri pada laptop ini boleh bertahan sehingga 11.5 jam dengan satu cas penuh.

Xiaomi menyediakan dua warna untuk laptop ini, Emas dan Perak. Ia akan mula dijual di China bermula 2 Ogos 2016, dengan harga RMB4,999 (~RM3,058) untuk Mi Notebook Air 13.3 dan RMB3,499 (~RM2,140). Nak tunggu sampai di Malaysia secara rasmi? Hmm, mungkin tidak.







theskop.com                                                                                                                                                                                                                        
Sumber TKO - 27-7-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                          
China mahu teroka kehidupan makhluk asing

Posted on Monday, July 04 @ 10:07:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30884


BEIJING - China meletakkan kepingan terakhir pada teleskop radio terbesar di dunia, yang akan digunakan untuk meneroka ruang dan membantu memburu kehidupan luar bumi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Aperture Spherical Teleskop (Fast) bersaiz sebesar 30 padang bola sepak dengan ukuran 500 meter, dan telah ditempatkan di sebuah kawasan pergunungan di barat daya wilayah Guizhou.

“Projek ini berpotensi mencari lebih banyak objek pelik tentang asal-usul alam semesta selain meningkatkan usaha memburu kehidupan luar bumi,” menurut Timbalan Ketua Pemerhati Astronomi Negara, Zheng Xiaonian.

Radio bernilai RM718 juta itu mengambil masa lima tahun untuk dibangunkan dan dijangka beroperasi September depan. - Reuters

Sumber TKO - 4-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Android N Dikenali Dengan Nama Android Nougat

Posted on Friday, July 01 @ 12:06:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30842

Google sering menamakan setiap versi Android mereka dengan nama manisan dan mengikut turutan abjad. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan nama untuk Android N, iaitu akan dikenali dengan nama Android Nougat.
Nougat adalah manisan yang dibuat dengan gula atau madu, pelbagai jenis kekacang, putih telur dan kadang-kala dengan beberapa buah-buahan kering.

Google sebelum ini telah membuka peluang kepada ramai pengguna dalam mencadangkan nama untuk Android N, dan mereka telah menerima pelbagai cadangan untuknya. Ramai yang mencadangkan nama Android Nutella – tetapi ia dilihat tidak menjadi, berkemungkinan kerana namanya yang berhak-cipta.

Android Nougat akan hadir tidak lama lagi, dan menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, masa bertahan bateri yang lebih baik, sokongan menggunakan dua aplikasi pada satu skrin, notifikasi yang ditambah baik, dan pelbagai perkara lain lagi.
Bagi anda, apakah komen anda berkenaan dengan nama Android Nougat ini?
2016-03-14 05.34.33 1


Sumber Rujukan: @Android

Sumber TKO - 1-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

Posted on Sunday, June 26 @ 15:33:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30738



Bagi anda yang biasa memuat turun video dari internet, istilah BRRip, DVDRip, DVDSCR, CAM, TS, TC, dan R5 adalah format biasa pada setiap video.

Tapi tahukah anda apakah maksud bagi setiap format ini? Ia sebenarnya adalah nama kualiti video dan supaya anda boleh mendapat kualiti video yang lebih baik, akan saya jelaskan lebih detail tentang erti BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, dan R5 tersebut.

Bluray/BRRip/BDRip

Resolusi besar iaitu 1920x1080 atau 1280x720 (bergantung failnya). Sesuai dengan namanya, filem jenis ini di rip dari media Blueray dimana kualitinya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan DVDRip.

DVDRip

Adalah filem hasil copy dari DVD original. Kualiti gambar dan suaranya sangat baik (DVD Quality), mendownload filem jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD original.

DVDScr atau DVD Screener

Adalah filem hasil copy dari PROMO DVD yang keluar sebelum DVD original dipasarkan. Video jenis ini biasanya akan terdapat pelbagai kelemahan dalam videonya seperti tanda air/watermark dalam video (hanya sebahagian layar), teks berjalan tanda preview atau di beberapa bahagian.

Video juga sering berubah warna yang asalnya full color menjadi hitam putih. Untuk kualiti suara biasanya sangat baik.

HDTV-Rip

Adalah video hasil copy dari sebuah channel HDTV (High Definition Television). Untuk kualiti gambar dan suara sangat baik namun biasanya pada bahagian atas atau bawah layar dipotong untuk menutup sumber channel tempat dirakam.

CAM Atau CAMRip

Adalah kualiti video yang bersumber dari video/filem yang dirakam menggunakan kamera tangan. Untuk kualiti, gambarnya sangat teruk dibandingkan dengan DVDRip, DVDScr dan R5.

TS Atau Telesync

Sama seperti kualiti CAM, ia juga berasal dari rakaman kamera tangan. Kelebihannya adalah, pada masa rakaman dibuat, perakam meletakkan alat audio recording dekat dengan sumber suara dan kemudian suara tersebut disatukan dengan hasil rakaman video menggunakan software video editor sehingga kualiti suara yang dihasilkan dari jenis video ini lebih baik daripada kualiti CAM.

Dan untuk kualiti gambar, sama saja dengan kualiti CAM dan bergantung kepada kedudukan kamera diletakkan pada saat merakam.

TC

Adalah proses rakaman video menggunakan alat untuk menyalin filem dari projector ke format digital atau biasa disebut Telecine. Untuk kualiti, audio dan videonya sangat baik.

R5

Adalah video yang dirilis di negara tertentu atau biasanya diseludup. Kualitinya sangat baik kerana di copy secara langsung dari DVD asli.

Sumber: Marimaribelajar/sentiasapanas.com



Sumber TKO - 26-6-2016




Logo Tertiris Seperti Mengesahkan Penggunaan Nama Samsung Galaxy Note 7
Posted on Sunday, June 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30734

Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Samsung akan melangkau penggunaan nama daripada Galaxy Note 6 terus kepada Galaxy Note 7, sekaligus menyelarikan penggunaan angka versi dengan keluarga Galaxy S mereka. Kini, sebuah logo tertiris dan seperti memberikan pengesahan untuk penggunaan nama akhir berkenaan.
Samsung Galaxy Note 7
Mengikut apa yang tertiris buat masa ini, Galaxy Note 7 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi QHD, dilengkapi kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dijangka menawarkan sokongan kalis air dan boleh diperluaskan storan menggunakan mikro-SD.

Samsung juga dilihat akan menyertakan sokongan pengimbas Iris untuk tujuan sekuriti tambahan berbanding hanya pengimbas cap jari sahaja.


Samsung Galaxy Note 7 ini dijangka diumumkan pada 2 Ogos 2016 kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran Samsung ketika acara pengumumannya kelak. - AManZ

Sumber TKO - 26-6-2016




Menjawab Komen-Komen Dalam Facebook BayangDiAir - Siri 1
Posted on Saturday, June 11 @ 15:10:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



1. Facebooker PAN mempertikaikan seolah-olah PAS tidak berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim


PAS antara parti tertua berjuang untuk menjatuhkan UMNO. Sehingga hari ini itulah kerja PAS sehingga ahli-ahli PAS dizalimi oleh kerajaan dari segala aspek dan ada ahli PAS yang mati dalam perjuangan ini. Terbaru 4 orang ahli PAS meninggalkan dunia dalam usaha memenangkan PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Facebooker PAN agak-agaknya sudah berapa tahun berjuang? Usia PAN sendiri baru setahun jagung.

2. Isu Pelaksanaan Hukum Hudud

Facebooker PAN kata Hudud perlu dilakukan beransur-ansur dan berhemah. Nampak sungguh loyar buruk facebooker ini. Sudah 60 tahun PAS berjuang untuk mendaulatkan hukum Allah. Dalam tempoh itu, majlis penerangan, perbincangan ilmiah, dialog dengan umat Islam dan bukan Islam,perancangan yang teliti dan tersusun, himpunan kepakaran tokoh-tokoh ilmuan Islam dan sebagainya telah dibuat. Caranya pula melalui sistem demokrasi; bukan revolusi. Tetiba PAS dianggap gopoh dan robust. Apakah Pakatan Harapan ada agenda untuk melaksanakan? Jawab dengan jujurlah.

3. PAS Dikatakan Terpengaruh Oleh Agenda Bilik Perang UMNO/BN.

Kurang tepat kalau hendak dikatakan PAS terpengaruh oleh agenda Bilik Perang UMNO/BN seperti dakwaan facebooker PAN. Yang tepat ialah orang-orang PAS yang diketuai oleh 18 AJK PAS Pusat dan PASMA yang berjaya dikantoikan oleh mereka. Kini orang-orang itu berjuang untuk memanjangkan hayat UMNO/BN melalui PAN. Harapan pembangkang untuk menumbangkan UMNO/BN sukar kerana adanya pemecah undi PAN ini. Tepat kan?

4. Dikatakan PAS bukan Islam dan Islam Bukan Dalam Kerangka PAS.

Inilah korok kering yang sudah dikeluarkan perdu otak darinya. Bilakah PAS mendakwa PAS itu Islam? Kenapa begitu jahat fitnah ini. Yang PAS kata ialah PAS ialah sebuah gerakan Islam yang membawa agenda untuk memartabatkan Islam. Dasar dan matlamat PAS ialah Islam bersumber daripada al-Quran, al-hadis, ijmak dan qias. Bacalah sendiri? Kemudian baca pula dasar dan matlamat PAN, UMNO, PKR. Tengok yang mana Islam menjadi kerangka perjuangannya. Sebab itu aku tak berbahas dalam facebook dengan puak-puak ini. Nampak sangat tak cerdiknya.

5. PAS Dipertikaikan Kerana Mendekati UMNO.

Pakaian sedondon, pakaian pahlawan semua jadi isu bagi PAN. Tak layanlah peluru angin ini. Yang berkait ialah dipertikaikan PAS dekati UMNO. Bagi PAN, PAS kena duduk jauh-jauh dari orang UMNO. Jangan makan semeja, jangan bertegur- sapa dan jangan sepentas walaupun untuk kebaikan agama. Apakah facebooker PAN rasa Nabi Musa berlawan dan berhujah dengan Firaun dari benua lain? Nabi Muhammad s.a.w. hanya duduk dalam bilik ketika berdakwah dan berjuang ketika di Mekah? Kenapalah jadi gelap hati begitu setelah keluar meninggalkan PAS?


Cukup sekadar ini dulu. Akan ada lagi komen-komen dari facebooker dari semasa ke semasa. Aku tak balas pun komen-komen jahat mereka. Aku belum layak digelar Mujahid Siber. Tapi aku bekerja menulis ke arah itu. Tiada masa untuk respon provokasi PAN (baca DAP). Hujah mereka menggambarkan kecelaruan kesan tewas dalam muktamar. Harap mereka insaf melalui tulisan-tulisanku. Aku yakin Salahudin Ayub, Mazlan Aliman dan seakhlak dengannya akan insaf dan pulang ke pangkuan PAS suatu hari nanti. Amin. Inilah motif tulisanku. Komenlah lagi untuk jadi bahan SIRI 2. He! Hee!. Hee!

Sumber TKO - 11-6-2016
















































































































Mengurus IT Muktamar PAS

SHUHAIMI EMBONG | .

MUKTAMAR Tahunan PAS adalah satu daripada program tahunan terpenting dalam kalender PAS. Sekarang ini Muktamar PAS menjadi seolah-olah satu perayaan penting yang disambut ahli-ahli  PAS dari seluruh negara pada setiap tahun. Kebiasannya diadakan pada pertengahan tahun tetapi ada kalanya beberapa kali disambut pada sukuan ketiga tahun berkenaan apabila terdapat satu-satu hal yang tak dapat dielakkan.

Saya tidak ingat bila terlibat dengan panitia penganjuran Muktamar PAS. Jika tidak silap ingatan adalah pada muktamar Tahunan PAS pada tahun 2001 yang diadakan di Kuala Terengganu bila saya diamanahkan sebagai Pengarah Eksekutif Jabatan IT PAS (JITP) pada tahun tersebut. Mulai akhir tahun 2000 saya juga adalah Setiausaha Jabatan IT PAS yang baru ditubuhkan.

Sejak itu, saya dipertanggungjawabkan mengurus persiapan IT pada setiap kali muktamar PAS diadakan. Jawatan dalam jawatankuasa panitia muktamar berbagai-bagai mengikut keadaan tempat muktamar tersebut diadakan.

Adakala jadi ketua IT, banyak kali juga jadi timbalan ketua dengan memberikan peluang pada Pengerusi atau Pengarah IT negeri tuan rumah menjadi ketua IT panitia muktamar berkenaan. Ada kalanya Pengarah JITP menjadi penasihat kepada urusan IT muktamar.

Ini adalah amalan yang biasa dilakukan. Walaupun apa pun jawatannya, kira-kira sudah lebih 15 tahun saya  berpengalaman menguruskan persiapan IT pada setiap kali muktamar diadakan sebelum ini. Hinggakan seolah-olah IT ini dah sebati dan sinonim dengan peranan dan kehadiran saya dalam PAS.

Cabaran Urus IT Muktamar PAS ke-62

Apa yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca kolum Gerbang IT pada kali ini adalah berhubung dengan persiapan IT pada Muktamar kali ke-62 di Kelantan sebaik sahaja tamat Pilihanraya Negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama berhadapan dengan Pilihanraya kecil yang tak dijangkakan dari awal terpaksa diadakan di Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor disebabkan kematian dua Ahli Parlimen berkenaan dalam tempoh berkempen PRN Sarawak tempohari iaitu penamaan calon diadakan pada 5 Jun, 2016 sebaik sahaja tamat Muktamar PAS di Putik, Kelantan.

Pada awalnya Muktamar kali ini dijadualkan berakhir pada 4 Mei tetapi telah dipendekkan sehari dengan masa muktamar tidak dikurangkan sebagaimana yang disebut oleh mantan Naib Presiden PAS yang pelik dengan muktamar PAS pada tahun ini kerana tidak mendapat maklumat yang tepat.

Sekadar imbasan sejak awal IT dilibatkan dalam potfolio muktamar, tugasan awalnya sekadar mengisi berita-berita muktamar untuk laman web PAS dan memastikan slide-slide persembahan lagu-lagu PAS (kemudiannya ditambah dengan lagu-lagu negaraku) dan ucapan dasar Presiden dipancarkan ke skrin melalui projektor serta menyiarkan muktamar ini secara live untuk dikuti melalui internet, web radio dan tv (webtv) dengan pendawaian dan  juruvideo untuk tujuan tersebut.

Tugasan asas IT ini tidak boleh dibuat 'ikut terlintas' sahaja kerana urusan tersebut saling kait berkait diantara satu dengan yang lain. Malah perlantikan jawatankuasa IT pun perlu diperhalusi dengan bidang tugas yang hendak diberikan kepada seseorang mengikut kepakaran individu masing-masing.

Ia tidak semudah 'perlantikan politik' untuk tugasan-tugasan lain yang kerana bila habis program, ia habis setakat itu sahaja. Tetapi IT ini bermula dari perancangan hingga habis program dan bersambung hingga ke arkib di samping keselamatan rekod berkenaan sebagai  satu 'supply chain' tersendiri.

Pada awalnya, jawatankuasa dan petugas IT ini tidak ramai sekitar 10 orang atau kurang sahaja pada setiap muktamar. Tetapi selepas IT berkembang dengan adanya media baru kumpulan tenaga IT yang diperlukan menjadi semakin berkembang ditambah lagi untuk menguruskan sokongan rakaman dan siaran langsung kepada dewan-dewan.

Peranan IT dalam muktamar semakin bertambah bila selepas sedekad JITP ditubuhkan,  IT mula membuka kaunter khidmat JITP pada Muktamar PAS ke-55 pada 2009 di Shah Alam dengan konsep Hari Bersama Pelanggan dari produk-produk IT seperti SPOKAS (sistem pengurusan organisasi dan keahlian PAS) untuk memberikan perkhidmatan untuk mencetak kad keahlian dan sebagainya dengan bantuan  kakitangan dari pejabat Agung PAS.

Beberapa tahun lepas kaunter ini ditukar konsep kepada kaunter 'bergerak' Pejabat Agung PAS dengan JITP memberikan sokongan teknikal dan petugas sukarelawan IT.   

Kemudian JITP memulakan konti 'terbuka' radio internet Hijau.fm pula untuk beroperasi di Muktamar PAS ke-59 pada 2013 di Shah Alam  selain mengekalkan tugasan tradisi membuat siaran langsung melalui webRTV dengan pelbagai nama WebTVPAS, Terengganukini, AmanTV, KelantanTV, EhsanTV, MakmurTV, YOPtv dan lain-lain.

Terbaru JITP juga membangunkan web khas untuk setiap kali muktamar diadakan dengan domain muktamar.pas.org.my bagi memudahkan pengunjung mencari maklumat tentang muktamar PAS selain news daripada Central Portal PAS (CPP) – www.pas.org.my.

Sejak itu, petugas IT bertambah hingga melebihi 50 orang pada setiap muktamar PAS menyebabkan menguruskan petugas dan sukarelawan IT untuk muktamar juga memerlukan satu sekretariat IT yang mengendalikannya dari segi logostik untuk pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang mereka bertugas untuk muktamar.

Selain Jabatan IT Pusat, pada setiap kali muktamar bantuan dari Jabatan IT Terengganu yang biasa ditugaskan mengendalikan sokongan IT untuk Muktamar Dewan Ulamak, Jabatan IT Kelantan mengendalikan IT Dewan Muslimat dan Jabatan IT Kedah serta Selangor bergabung mengendalikan keperluan IT Dewan Pemuda bersama dengan Jabatan IT Dewan masing-masing sebelum bergabung dengan JITP untuk menguruskan pengendalian muktamar pusat selepas berakhir muktamar dewan-dewan.   
  
Secara peribadi, saya rasa tugas mengurus IT pada Muktamar sebelum ini dibeberapa negeri tidaklah mencabar sebagaimana pada muktamar ke-62 di Kelantan yang diadakan mulai 2 hingga 3 Jun, 2016 dengan muktamar dewan-dewan bermula pada 31 Mei 2016.

Saya tidak bercadang untuk menyebut secara terperinci apa yang berlaku dan perlu dilakukan dalam memastikan urusan IT berkaitan dengan Muktamar berjalan lancar terutama bagi persiapan IT kali ke-62 pada kali ini termasuk pada muktamar dewan-dewan.

Ada sesekali Jabatan IT Perak dan Johor membantu bila muktamar diadakan di negeri mereka. Jabatan IT Pahang dan Penang serta Sabah pun pernah turun membantu jawatankuasa kecil IT panitia muktamar.

Sepanjang ingatan saya dalam mengendalikan IT muktamar, pada kali inilah saya terpaksa turun padang lebih lama berbanding dengan sebelum ini dan juga merombak jawatankuasa kecil IT Panitia Muktamar dengan perubahan yang agak drastik disaat-saat akhir bagi memastikan perjalanan urusan IT panitia Muktamat ke-62 berjalan dengan lancar.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan terima kasih khusus kepada saudara Roslan Mat Zin, mantan Pengarah JITN Kelantan yang bersedia menjadi Setiausaha dan bertungkus lumus menyelaras sekretariat IT bagi menjayakan amanah yang diberikan pada Muktamar PAS ke-62.

Tidak lupa kepada Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud Pengarah JITN Kelantan yang menjadi timbalan jawatankuasa kecil IT Panitia Muktamar dan  juga semua ahli jawatankuasa dan petugas dari  JITP dan JITN negeri yang terlibat membantu (tidak mampu untuk sebut satu-persatu nama mereka di sini) pada kali ini. – HARAKAHDAILY 4/5/2016

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT PAS Pusat.

Sumber HD - 4-6-2016




Malaysia nombor dua dalam aktiviti cetak rompak di Asia Tenggara

Posted on Wednesday, June 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Malaysia berada di tempat kedua selepas Filiphina dalam aktiviti cetak rompak di Asia Tenggara iaitu pada 17 peratus bagi suku pertama tahun 2016, kata Irdeto, sebuah peneraju terkemuka dalam keselamatan digital global.

"Aktiviti pelanunan ini tidak mengambil kira had geografi tradisional dan sempadan. Malah di negara-negara yang memiliki sistem perundangan yang kukuh juga, ia masih belum berupaya melindungi pembekal kandungan," kata Pengurus Besar & Naib Presiden Irdeto, Asia Tenggara, Jerry Park kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini.


Pasaran muda seperti Malaysia biasanya mempunyai aktiviti pelanunan cetak rompak yang tinggi khususnya dalam bentuk cakera video digital (DVD), rangkaian persendirian maya (VPN) serta rangkaian rakan ke rakan (P2P).

"Pasaran ini juga memiliki tahap pembayaran yang rendah untuk kandungan," katanya.

Park berkata penyedia perkhidmatan "over the top" (OTT) terpaksa bersaing dengan laman sesawang dan pembekal yang tidak berlesen dari segi kandungan.

Katanya, pasaran di Malaysia, dikuasai oleh Astro, pengendali TV satelit berbayar yang terkemuka yang menawarkan Astro on the Go, sebuah perkhidmatan OTT yang disokong oleh Irdeto sejak 2012.
"Memandangkan kami melihat semakin banyak perkhidmatan OTT baharu di Malaysia dan rantau ini, penawaran kandungan serta keselamatan kandungan akan menjadi faktor terpenting bagi membantu peneraju OTT mencipta perbezaan di antara satu sama lain," katanya.

Irdeto sedang bekerjasama dengan operator media berbayar, pencipta kandungan, pembekal aplikasi perisian dan pengeluar peranti berhubung bagi melindungi aset-aset digital untuk selama 50 tahun.

Ditanya bagaimana Irdeto boleh menjamin keselamatan kandungan reka cipta ini, Park berkata, syarikat itu menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan yang membolehkan pemilik dan pembekal kandungan menyampaikan media merentasi semua skrin dan peranti dengan selamat.

Salah satu daripada penyelesaian yang ditawarkan, Irdeto Rights, mampu mengukuhkan model-model perniagaan pembekal kandungan dengan memperkasakan perlindungan kandungan dalam perkhidmatan OTT yang ditawarkan.

"Ini membantu pembekal kandungan untuk memenuhi keperluan pelesenan bagi kandungan premium dan memudahkan operasi OTT merentasi suatu ekosistem yang semakin kompleks," kata Park.
Sistem penanda forensik Irdeto Tracemark pula membolehkan pemilik kandungan dan pemegang-pemegang lesen mengesan sumber cetak rompak kandungan dengan cepat bagi mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan pengedaran haram.

"Pengguna sering menonton kandungan cetak rompak selepas kecewa program yang mereka suka tidak disediakan di kawasan mereka.

"Dengan menggunakan sistem Pengesanan Cetak Rompak Dalam Talian Irdeto, pengusaha akan dapat menggunakan data aktiviti cetak rompak ini bagi melihat apa yang popular di rantau terbabit sebelum mengatur strategi pemerolehan kandungan mereka untuk membolehkan permintaan para pengguna ini dipenuhi," katanya.


Irdeto sedang menyertai Persidangan dan Pameran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Antarabangsa ke-27 (CommunicAsia 2016) yang akan berjalan selama empat hari di sini sehingga 3 Jun. - Bernama

Sumber TKO - 1-6-2016



Memperkasakan Media Penyampaian PAS

Posted on Friday, May 27 @ 06:55:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Assalamualaikum.sehingga artikel ini ditulis...kelihatan media rasmi PAS Harakahdaily tidak menyatakan apa-apa berita tentang RUU persendirian yg telah dibaca oleh TGHH..

Rakyat dan penyokong PAS perlukan maklumat yang tepat terus dari punca yang betul.nampaknya MalaysiaKini mendahului pelaporan tersebut..Samada betul,bohong atau spin terima saja la.Nak buat mcamana dh media rasmi pun tak update dah sehari berita yang sama..
Mohon pihak penerangan PAS memperhebatkan sesi penerangan melalui harakahdaily agar berita racun dari media lain dimakan oleh rakyat dan penyokong PAS.Jikalau media PAS dapat memintas pemberitaan Malaysiakini atau lain2 media pro PH, insyaallah persepsi buruk kepada PAS dapat dikurangkan dan kegelisahan ahli bawahan dapat dikurangkan..

Sumber TKO - 27-5-2016 


Saintis berjaya cipta kayu lut sinar

Posted on Wednesday, May 25 @ 08:12:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




MARYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Saintis di University of Maryland berjaya mencipta kayu lut sinar yang lebih kukuh dari kayu biasa. 



Menurut laporan CNN, saintis meramalkan kayu lut sinar tersebut mampu menjadi pengganti plastik.



Kata Dr. Liangbing Hu, kayu biasa perlu menjalani beberapa proses kimia untuk menghilangkan warna kayu tersebut.



Kemudian, beberapa unsur penguat seperti 'epoxies' digunakan untuk memperkukuhkan struktur kayu.



Selain plastik, kayu lut sinar juga berpotensi untuk menggantikan cermin.



"Cermin tingkap adalah masalah besar pada musim panas dan musim sejuk. Mereka mempunyai pembahagian suhu (thermal isolation) yang teruk)," kata Dr. Liangbing.



Kat Dr. Liangbing, kayu merupakan 'insulator' yang semulajadi, jadi kayu lut sinar mampu membahagikan suhu dengan efektif.



"Kayu lutsinar juga berpotensi untuk dijadikan sama kuat atau lebih kuat dengan keluli.



"Cuma bezanya, kayu yang diperkuatkan akan lebih ringan dari keluli itu sendiri," jelas Dr Liangbing.



Sumber TKO - 25-5-2016






















































































































Radio Hijau.fm lepasi usia 3 tahun

SHUHAIMI EMBONG | .

SAMA ada disedari atau tidak, radio internet, Hijau.fm yang mula ke udara mulai 16 Mac 2013 dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol telah melangkaui usia 3 tahun.

Soft-launch Hijau.fm telah dilakukan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang pada ketika itu adalah Ketua Penerangan PAS Pusat berkata Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm bagi menyalurkan maklumat yang tepat dan pantas kepada ahli, petugas parti dan pengundi serta penyokong dalam menghadapi PRU13 yang lepas.

"Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program dan aktiviti pilihan raya setelah parlimen dibubarkan," ujarnya.

Berikut adalah panduan pengguna untuk mendengar, hijau.fm sama ada Anroid atau iphone;

Panduan Hijau.FM Untuk Pengguna Android

Anda boleh membuat Short Cut ke Laman Hijau.FM di Home Screen pada Android melalui langkah2 berikut:

1) Dengan menggunakan perisian Web Browser, layari http://www.hijau.fm.

Tekan butang Bookmark yang berupa symbol bintang (lihat kotak merah).
 
2) Apabila tetingkap dialog muncul, ambil pilihan “Home screen” (lihat kotak merah).
 
3) Icon seperti berikut akan diletakkan di atas Home Screen anda. Tap icon (seperti di bawah) untuk pergi terus ke laman Hijau.FM.

Panduan Hijau.FM Untuk Pengguna iPhone

Anda boleh membuat Short Cut ke Laman Hijau.FM di Home Screen pada iPhone atau iPad anda melalui langkah2 berikut:

1) Dengan menggunakan perisian Safari, layari http://www.hijau.fm .
Tekan button Add Short Cut  (lihat bulatan merah).

2) Apabila Add Short Cut Screen muncul, tekan Add To Home Screen (lihat bulatan merah).
 
3) Anda akan diminta memasukkan nama yang sesuai (atau ikut sahaja cadangan tetapan yang telah disediakan).
Tekan butang Add  (lihat bulatan merah).
 
Sejak penubuhan Hijau.fm, beberapa siri bengkel pengendalian radio internet dengan melibatkan personaliti terkenal penyampai radio dan juga penerbit sebagai fasilitator diadakan secara in-house bagi memantapkan program yang disiarkan.  – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Sumber HD - 9-5-2016



WhatsApp Memperkenalkan Perisian Desktop Untuk Windows Dan Mac

Posted on Wednesday, May 11 @ 19:53:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



WhatsApp telah sedia menawarkan perkhidmatan mereka untuk pengguna desktop melalui web, dan hari ini mereka membuat kejutan dengan memperkenalkan perisian desktop mereka kepada para pengguna komputer dengan Windows 8 serta terkini, selain menjalankan Mac OS X 10.9 dan terkini.

Seperti pada web, untuk menggunakan perisian desktop WhatsApp, pengguna akan diperlukan untuk mengimbas kod QR pada perisian berkenaan, dan pada masa yang sama ia memerlukan telefon pintar anda turut aktif dan berjalan – sama seperti ketika menggunakan perisian web.

Namun, apa yang membezakan ia dengan penawaran versi web adalah anda boleh aktifkan supaya ia berjalan ketika komputer dimulakan, selain menggunakan pelbagai kekunci pintas ketika menggunakannya.





Sumber TKO - 11-5-2016


Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016?

Posted on Wednesday, May 11 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





SEMAKIN dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor dan apa yang menariknya gambar yang dimuat naik itu sangat jelas.

Walaupun sudah banyak gambar model baharu itu tersebar, namun pihak Proton Edar masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi model tersebut.


Model Proton Perdana 2016 khabarnya didatangkan dengan dua variasi iaitu 2.0L dan 2.4L.
Buat masa ini model baharu Perdana itu masih menggunakan enjin Honda Accord manakala enjin baharu dijangka akan dipasang pada tahun hadapan.
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016

Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016

Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Selain itu, menurut sebuah portal tempatan, model Perdana 2016 itu akan dijual pada harga RM100,000 hingga RM150,000.

Tambah portal itu lagi, Perdana 2016 memiliki ukuran 5,020 milimeter (mm) panjang, 1,845 mm lebar dan tinggi 1,475 mm. Manakala jarak roda pula 2,800 mm serta tangki bahan api berkapasiti 70 liter.

Selain itu, ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang.
Malah menurut pemerhatian kami semasa menghadiri majlis pra-tonton model ini, lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis light-emitting diode (LED).
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Aspek keselamatan juga ditikberatkan bagi model Perdana 2016 ini, ia turut dilengkapi dengan bantuan parkir termasuk pengesanan di bahagian hadapan dan belakang serta ditampilkan juga Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) bersama Anti-lock Braking Systems (ABS) dan Electronic Brake force Distribution (EBD).

Jelas laman itu lagi, Proton turut mengesahkan, model itu tidak disertakan dengan sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua jenis model itu.

Tambahnya lagi, kemasan dalaman bagi model itu ditawarkan dengan dua warna berbeza iaitu beige untuk model 2.4L manakala hitam untuk model 2.0L.
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Selain spesifikasi di atas, ia juga didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.  – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 11-5-2016



Bina kapal selam dengan modal RM3,000

Posted on Saturday, April 30 @ 15:23:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Bina kapal selam dengan modal RM3,000
Kapal selam yang berjaya dihasilkan Zhang Shenwu

ANHUI - CHINA. Seorang penduduk kampung di sini mampu menghasilkan sebuah kepal selam buatan sendiri dengan hanya bermodalkan 5,000 yuan (RM3,012).


Zhang Shenwu yang tinggal di sebuah perkampungan di bandar Ma'anshan membina kapal selamnya itu dalam masa dua bulan dengan memperuntukkan beberapa jam setiap hari untuk menyiapkannya.

Menurut Zhang, kapal selam berukuran 6 meter panjang, 1.2 hingga 1.5 meter tinggi dan berat sekitar 2 tan buatannya dibuat selepas mendapat ilham menontonnya di televisyen.

Memetik Shanghaiist, kapal selam itu mampu menyelam sedalam lebih 1 meter dan memandangkan ia bersaiz kecil maka kos yang diambil untuk menghasilkan kapal selam ini lebih murah berbanding kapal selam yang lain.

Zhang bukanlah orang pertama yang cuba membuat kapal selam sendiri.

Sebelum ini, Diu Xiutang dari Yulin, Shaanxi menghabiskan kira-kira 300,000 yuan (RM 181, 049) untuk membuat kapal selam namun impiannya terhenti kerana kehabisan dana.

Tan Yong dari Danjiangkou turut pernah menghasilkan sebuah kapal selam yang bukan hanya mampu menyelam sebaliknya terbang namun mengalami beberapa kegagalan sebelum berjaya menyiapkan sebuah kapal selam yang mampu menyelam lebih 10 meter. 

Sumber TKO - 30-4-2016
























































































































Telegram media penyiaran masa depan?

SHUHAIMI EMBONG | .

FACEBOOK dikesan mula menurun penggunaannya di beberapa negara mulai 2014 kerana berbagai alasan. Meskipun begitu, penggunaan facebook masih yang terbesar di kalangan komuniti pengguna internet tetapi dijangkkan akan menurun hingga 80 peratus pada tahun 2016 ini.

Sungguhpun begitu, aplikasi Telegram telah mula mengambil tempat yang cukup baik untuk dipertimbangkan sebagai alat pertukaran pesan yang aman dalam kelompok mereka, di mana setiap orang dapat mengakses “rantai” publik terbuka untuk umum tanpa disaring atau diblok seperti Twitter atau Facebook.

“Dalam pilihan raya Iran pada Februari, 2016, sejumlah 40% dari warga Iran dapat dengan mudah mengakses internet, serta dapat terus mengikuti kempen melalui iReporter di mana orang-orang mengirimkan video atau foto dari Iran dan kami mendistribusikannya, sungguh menakjubkan, kami menerima lebih dari lima puluh informasi menarik setiap hari melalui Telegram!” yang ada tanpa diketahui oleh media-media pemerintah.

Telegram ini tidak diklasifikasikan sebagai media sosial atau pun aplikasi chatting tetapi ia lebih kepada instant messaging atau mesej segera.

Mungkin ekoran penggunaan Telegram yang memberangsangkan dalam pilihan raya Iran tempohari, saya dapati telah ada percubaan di kalangan pendokong teknologi media internet ini telah membuat Kenyalang Mesengger, satu aplikasi telegram yang boleh dimuat turun dari Google Playstore dalam menghadapi pilihanraya Sarawak ini

Download Kenyalang Mesengger :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kenyalang
MessengerGram Aplikasi Telegram Premium Dengan Fungsi Tabs Dan Favourites.

Telegram melancarkan fungsi CHANNEL dalam aplikasi permesejan pada November 2015, Hanya aplikasi ini yang membenarkan mesej dihantar SERTA MERTA TERUS ke gajet semua SUBSCRIBERS/JOIN pengguna TANPA HAD. Fenomena menakjubkan yang menyaksikan beribu-ribu channel dari jenis berita, sukan kepada tips diet telah berkembang pesat.

Keahlian PUBLIC SUPERGROUP sehingga 5,000 pengguna dengan fungsi kawalan group yang lebih canggih juga menambah kepada letusan ini.

Dengan wujudnya banyak channel dan SUPERGROUP  group yang boleh di JOIN, pengguna Telegram memerlukan fungsi Tabs dan Favourite yang tidak wujud di Telegram Standard.

Telegram dengan prinsip Punca Code Terbuka (Open Source) yang menerbitkan kod aplikasi kepada awam dan membolehkan Telegram versi Premium sentiasa terkini seiring Telegram Standard. Bahkan Telegram Inc. menganjurkan pertandingan Telegram Premium terbaik.

Terdapat banyak aplikasi Telegram Premium di Google Playstore seperti MessengerGram, Challegram, Textgram dan lain-lain lagi.

Antara yang popular ialah MessengerGram di mana memberikan fungsi Tabs dan Favourite yang dinantikan. Ia juga mempunyai alert apabila Cache telah melebihi 300 MB dan mengesyorkan supaya Cache di kecilkan.

Juga beberapa fungsi notifikasi dari group yang mengganggu dimatikan semasa installasi. Walau bagaimanapun pengguna boleh mengubah tetapan ini.

Bagi sesetengah telefon, Telegram Standard perlu di UnInstall terlebih dahulu sebelum memasang Telegram Premium yang lain.

Download MessengerGram :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.messengergram
Download Challegram:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.thunderdog.challegram
Di Malaysia perkara ini masih baru dan tidak dapat dipastikan lagi keberkesanan pengunaannya tetapi MesenggerGram ini diyakini akan mengambilalih tempat facebook sebagai medium penyiaran masa depan terutama dalam mendepani pilihan raya umum ke-14 pada tahun 20017/2018 nanti. – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016





Samsung Galaxy S7 Akan Mula Dijual Di Malaysia Mulai Esok – Berharga RM2699

Posted on Thursday, April 28 @ 22:37:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Samsung Malaysia sebelum ini telah menawarkan Galaxy S7 Edge untuk pasaran tempatan, dan tidak berkongsi mengenai penawaran Galaxy S7 versi biasa ketika itu. Kini, selepas beberapa minggu, Samsung Malaysia juga kini berkongsi secara rasmi mereka akan mula menawarkan Galaxy S7 versi biasa bermula esok – 29 April 2016.

Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin bersaiz 5.1-inci, menggunakan memori 4GB RAM, kamera belakang 12-megapixel, dan turut menyertakan beberapa penambah-baikkan yang tidak terdapat pada Galaxy S6. Antaranya adalah termasuk sokongan mikro-SD untuk penambahan storan, disamping turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dan juga kalis air.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S7 akan dijual pada harga RM2699, dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna hitam, emas, dan juga perak. Samsung Galaxy S7 edge juga ditawarkan seperti biasa pada harga RM3099.

Sumber TKO - 28-4-2016


























































































































Terkini 11 Dun PAS dari sumber rasmi

SHUHAIMI EMBONG | .

DALAM kolum Gerbang IT minggu lepas, saya telah menulis PAS menyediakan ‘Gerbang Maklumat untuk PRN Sarawak ke-11’ dan kemudiannya satu kenyataan media telah dikeluarkan bertajuk “Dapatkan perkembangan terkini 11 Dun PAS bertanding dari sumber rasmi”.

Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dengan kerjasama Jentera Pilihan Raya telah mewujudkan jaringan maklumat untuk mengetahui perkembangan terkini di 11 kerusi Dun PAS bertanding.

Justeru, rakyat dan pengundi di Sarawak serta ahli PAS boleh mengikuti  perkembangan rasmi 11 Dun yang PAS bertanding dalam pilihan raya ke-11 Sarawak menerusi media sosial dengan pautan Facebook berikut:

1.N4.PANTAI DAMAI: https://www.facebook.com/DunPantaiDamai
2.N7. SAMARIANG: https://www.facebook.com/PASSamariang
3.N16. MUARA TUANG: https://www.facebook.com/PAS.Kota.Samarahan.Official
4.N24. SADONG JAYA: https://www.facebook.com/N24SADONGJAYA
5.N27. SEBUYAU: https://www.facebook.com/PASSebuyau
6. N29. BETING MARO: https://www.facebook.com/PASBetingMaro
7. N60. KAKUS: https://www.facebook.com/PASKakus
8. N67. JEPAK:https://www.facebook.com/PASJepak
9. N70. SAMALAJU: https://www.facebook.com/ZharudinNarudin/
10. N72. LAMBIR: https://www.facebook.com/PASLambir
11. N74. PUJUT: https://www.facebook.com/PASPujut

Semua kerusi Dun yang PAS bertanding menggunakan facebook nama kerusi Dun yang ditandangi kecuali Dun Muara Tuang menggunakan facebook kawasan Kota Samarahan https://www. facebook.com/ PAS.Kota.Samarahan.Official dan Dun Samalaju menggunakan facebook nama calon yang bertanding https://www.facebook.com/ZharudinNarudin/ diatas sebab-sebab tertentu.

Selain Facebook  rasmi Dun berkenaan, JITP juga menyediakan laman web Pilihan Raya Negeri Sarawak di alamat http://prnsarawak.pas.org.my yang dihubungkan kepada laman web 11 Dun yang PAS bertanding

Selepas pengumuman pembubaran Dun negeri Sarawak pada 11hb April, 2016 yang lalu saya telah menyatakan bahawa pihak JITP tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak yang mengambil maklumat tentang PAS tidak melalui dari sumber rasmi yang telah dinyatakan.

PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini menarik minat ramai pihak untuk melihat pendekatan dan usaha PAS untuk melahirkan kerusi sulung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ada beberapa pihak yang bertanya, kenapa tidak menggunakan media sosial yang lain seperti twitter, youtube dan sebagainya?

PAS juga ada menggunakan media sosial berkenaan yang telah sedia ada digunakan sebelum ini tetapi JITP memutuskan untuk tidak menjadikan media berkenaan sebagai ‘sumber maklumat yang rasmi’ untuk pilihan raya negeri kali ini kerana kita tidak cukup petugas untuk mengendalikannya secara efisien. 

Lagipun, seramai 5 orang bagi setiap peringkat, yakni Pusat dan Negeri Sarawak serta 11 Dun yang PAS bertanding dalam pillihan raya tersebut.

JITP telah selesai mengenalpasti dan melantik 65 orang Penyelaras IT yang khusus kepada Bidang Data Apps dan Media Baru (Multimedia). – HARAKAHDAILY 21/4/2016

Sumber HD - 21-4-2016




10 Bahasa Yang Mempunyai Paling Ramai Pengguna Di Internet - Anda Terkejut Dengan Malaysia

Posted on Friday, April 08 @ 20:36:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Data ini diperolehi dari laman web Internet World Stats yang menampilkan anggaran terkini jumlah penggunaan bahasa di kalangan pengguna internet di dunia.

bahasa 1
Bahasa Melayu berada di tangga ke-8 di dalam carta di atas dengan jumlah pengguna internet seramai 97,729,532 orang. Anda jangan salah faham pula. Angka itu diambil daripada jumlah keseluruhan populasi yang menggunakan bahasa Melayu iaitu seramai 286,937,168.

Ini bermakna ia bukan sekadar bilangan orang dari Malaysia sahaja. Ia melibatkan orang-orang dari negara-negara serantau yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan juga penduduk dunia lain yang menguasai bahasa Melayu.

Bilangan 97,729,532 orang itu menunjukkan pengguna bahasa Melayu menguasai 2.9% di dalam internet. Ia menyamai dengan peratusan bahasa Perancis. Turut berlaku ialah peningkatan pengguna bahasa Melayu di internet sebanyak 1,626.3% dalam tempoh 15 tahun (2000-2015).

Lebih menarik, didapati 6 bahasa rasmi United Nations iaitu bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol berada di dalam carta top 10 ini.

Tapi, ada kemungkinan berlaku data lapping di mana seorang pengguna menguasai lebih dari 1 bahasa. Dan juga faktor kemudahan mengakses internet turut memainkan peranan.

Sumber TKO - 8-4-2016



Cara Paling Sempoi Untuk Check Mungkin WiFi Rumah Anda Dicuri

Posted on Friday, April 01 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Kami akan kongsikan satu lagi tips mudah yang sangat sempoi untuk anda detect atau kesan jika wifi rumah anda dah di curi jiran anda atau tidak.

Ok. Macam ini. Jika anda guna internet terlalu perlahan/slow/berat/ tengok You Tube pendek tersangkut-sangkut, sedangkan dalam rumah tu anda sorang je yang guna WiFi , cuba guna langkah ini :



Off semua peralatan yang menggunakan WiFi atau internet di rumah anda sama ada telefon (boleh offkan wifi telefon), laptop atau sebagainya.



Perhatikan modem anda. Lampu Wireless / WiFi / WLAN still berkelip-kelip dengan laju atau tidak.

Jika lampu Wireless/WiFi/WLAN anda berkelip dengan laju, atau berkelip dengan kerap, sudah sah WiFi anda sedang digunakan oleh pengguna lain.



WIFI Anda Kena Guna Oleh Orang Lain? Apa Perlu Buat?



OFF modem . On modem anda apabila anda ingin gunakan sahaja. Jika tidak gunakan seperti waktu tidur, kerja, dan lain-lain, offkan sahaja modem tersebut supaya ruang masa untuk pencuri WiFi ni terhad selain menjimatkan elektrik.



Tukar Password WiFi anda. Kalau boleh jangan pakai yang sama. Sentiasa tukar password wifi. Penat sikit tak apa sebab jiran yang curi wifi anda pun terpaksa running software yang digunakan untuk dapatkan password wifi rumah anda itu banyak kali.



Sumber TKO - 1-4-2016
































































































































Review aplikasi PAS Touch `n Get (TnG)

SHUHAIMI EMBONG | .


MINGGU lepas, saya menulis tentang hal MINDA – Malaysian Inklusif Negara Digital yang dilancarkan di Sarawak. Tetapi pada minggu ini saya ingin mengajak pembaca sekalian, untuk melihat ke dalam aspek digital Parti Islam SeMalaysia (PAS).

PAS juga tidak ketinggalan mempelopori agenda digital. Antaranya PAS  telah  memperkenalkan aplikasi Android rasmi – PAS Touch n Get (PAS TnG) sejak 5 tahun yang lepas lagi, yakni pada muktamar PAS ke58 (bermula 17 November 2012) di Putik Kelantan.

Aplikasi mobile menggunakan smartphone yang dikenali sebagai PAS TnG itu dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat (JITP) boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG atau melalui Play Store

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, PAS sebagai sebuah parti politik di Malaysia tidak ketinggalan dalam mendekati para pengguna tempatan melalui pelbagai medium teknologi yang sedia ada dalam pasaran dimana selain memfokuskan kepada web blog dan laman sosial sebelum ini, mereka juga turut mula menawarkan aplikasi khas yang khusus untuk para petugas parti dan penyokong mereka.

Daripada penggunaan kami, kelihatan aplikasi Android PAS TnG ini masih mempunyai pelbagai kekurangan padanya, dan memerlukan pengguna untuk mempunyai akses internet untuk melihat kandungan utama aplikasi berkenaan seperti sejarah PAS, info semasa, dan sebagainya, walaupun pada saiz aplikasinya sekitar 10MB.

Ketika ia dilancar dahulu, PAS TnG ini mengandungi tujuh (7) menu disediakan dalam aplikasi itu ialah Berita, Kenali PAS, Aktiviti PAS, Webtv, Facebook, Twitter,  dan Extra.

Dalam menu berita mengandungi berita Harakah, berita mengenai PAS Pusat, Ulamak PAS Pusat, Pemuda PAS Pusat, Muslimat PAS Pusat, Presiden PAS, Mursyidul Am, dan Ketua Penerangan.

Dalam menu Kenali PAS mengandungi sejarah, misi, visi, perlembagaan, pimpinan, keahlian, lagu rasmi, hubungi, direktori Pejabat PAS Negeri dan Kawasan.

Dalam menu WebTV mengandungi semua chanel Web tv PAS, laman wbtv berita dan webtv ilmu.

Dalam menu Facebook dan Twitter pula semua ahli PAS Pusat, Ulamak Pusat, Pemuda Pusat, Muslimat Pusat, Harakah Daily, Mursyidul Am, dan Presiden PAS boleh diakses.

Namun, untuk beberapa info tambahan yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan, seperti doa-doa harian, hadith Arbaín, Al-Mathurat dan sebagainya, akses internet tidak diperlukan. Selain daripada itu, ia juga kelihatan butang Home yang disertakan pada aplikasi berkenaan tidak berfungsi sepenuhnya, dan tidak membawa pengguna ke halaman utama.

Kemudiannya, beberapa aplikasi untuk web radio hijau.fm juga dibangunkan menggunakan PAS TnG ini di samping yang terkni adalah beberapa aplikasi SSDP (Sistem Semakan Daftar Pemilih) dan juga laman web khas PAS untuk Pilihan Raya Sarawak (prnsarawak)

Sebagaimana aplikasi-aplikasi lain yang dibangunkan oleh JITP sebelum ini, dalam perancangan strategik ICT PAS 4.0 (2016-2020), pihak kami sedang mengkaji semula berbagai aplikasi yang telah dibangunkan sesuai dengan perkembangan teknologi dan juga keperluan dalam PAS.

Mana-mana pihak yang ingin membantu kami melakukan tugasan membangunkan konsep digital PAS atau PAS digital yang besar dan mencabar ini boleh berhubung dengan pihak Jabatan IT PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 25/3/2016

Sumber HD - 25-3-2016

































































































































MINDA untuk kempen PRN Sarawak?

SHUHAIMI EMBONG | .


MALAYSIA Inklusif Negara Digital dengan akronimnya MINDA yang kononnya dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)  untuk meningkatkan capaian digital seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman serta membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah atau B40 menyertai bidang keusahawanan menerusi platform online.

Kalau mengikut kenyataan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad seperti dilapor media, beliau berkata program MINDA dirancang turut diadakan di seluruh negara dengan siri pertama program selama tiga hari, bermula 11-13hb Mac 2016 dengan ruang pameran disediakan buat pelbagai agensi serta jabatan kerajaan persekutuan, negeri serta syarikat berkaitan teknologi komunikasi akan dipenuhi dengan pelbagai acara khusus yang disasarkan melibatkan 50 penyertaan.

Pameran dikategorikan kepada empat zon iaitu Zon Capaian, Zon Motivasi, Zon Kemahiran dan Zon Kebolehpercayaan bertempat  sekitar Tebingan Sungai Kuching bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang ramai mengenai kepentingan dan kaedah penggunaan teknologi komunikasi dengan lebih berkesan.

Kempen Peningkatan Capaian Digital MINDA di Sarawak untuk Pilihanraya?

Tidak sukar untuk mencari justifikasi kenapa Sarawak menjadi destinasi pertama program 'Minda' anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dipilih untuk pelancaran program MINDA tersebut dengan satu ekspo atau pameran MINDA diadakan di perkarangan Sungai Sarawak dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 12 Mac, 2016 lepas.

Sama ada ia diadakan kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan dalam jangkamasa terdekat atau tidak biarlah rakyat yang menilainya.

Sebagaimana yang umum sedia maklum, Sarawak adalah antara negeri yang terkebelakang dalam capaian digital yang kawasannya luas dengan Semenanjung. Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan pada Perasmian MINDA baru-baru ini.

"Sarawak ini besar... sama besar dengan Semenanjung, dan ada 5,000 kampung serta rumah panjang berselerak serta berada jauh. Yang penting ketika ini ialah hubungan komunikasi dalam negeri (Sarawak).

Jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini masih perlu diperbaiki, sehubungan itu, beliau berkata Sarawak berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang komited membantu mengurangkan jurang digital  tersebut.

Adenan berkata beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bahawa semua menara telekomunikasi di negeri ini, akan berfungsi menjelang akhir bulan ini.

"Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, ketika ini 85 peratus daripada kesemua menara itu sudah berfungsi.

Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkembangan era digital menyebabkan rakyat negara ini kini sudah berubah cara berkomunikasi di mana jika dahulu komunikasi adalah dalam bentuk 'muka ke muka' tetapi sekarang melalui laman sosial Facebook.

Malaysia adalah antara negara yang tertinggi di dunia menggunakan komunikasi melalui facebook dan difahamkan rakyat Malaysia menghabiskan sebanyak 5 hingga 6 jam untuk mengendalikan facebook masing-masing dan ia antara tertinggi di dunia adalah rakyat Malaysia yang terlibat dalam telekomunikasi seperti ini.

Ketika berucap di Majlis Pelancaran Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA), beliau berkata penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan bandar selesai sepenuhnya dan kini pelaksaan projek dijalankan di luar bandar.

Tambahnya, bagi meningkatkan akses kepada internet untuk Sabah dan Sarawak, kerajaan komited untuk melaksanakan pemasangan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun dengan kos sebanyak RM850 juta.

Katanya, ia membabitkan penambahan menara telekomunikasi bagi memastikan pengguna di negeri ini mendapat liputan 3G dan 4G.

Menurutnya, pelaksanaan Internet berkelajuan tinggi turut dilaksanakan bagi memastikan kawasan bandar menerima 10mbps Internet dan luar bandar antara empat hingga 10mbps.

Fasa satu pembangunan perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak sudah 85 peratus selesai membabitkan kos RM290 juta.

“Penambahbaikan sistem telekomunikasi ini memerlukan perbelanjaan besar dan fasa kedua akan dilancarkan, April ini, dengan kos RM1.8 bilion.

"Bagi Sarawak, sebanyak 150 menara komunikasi dan 438 WiFi komuniti telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama pemberi perkhidmatan utama iaitu Celcom, Digi, Maxis, Redtone dan Measat," katanya.

Bagi saya, semoga usaha mengurangkan jurang digital yang sedang diusahakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Sarawak menjadi kenyataan kerana agenda untuk menghubungkan rakyat dan membina masyarakat yang bermaklumat sahaja dapat melakukan perubahan dalam pilihan raya. – HARAKAHDAILY 18/3/2016

Sumber HD - 18-3-2016




Mengapa orang ramai perlu mula menerima keperluan iklan di internet?


Posted on Friday, March 18 @ 16:36:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PORTAL The Malaysian Insider akhirnya ditutup buat selama-lamanya pada 15 Mac 2016 lalu.

The Edge mengakui bahawa meskipun menduduki tempat ketiga dalam kedudukan portal berita paling popular di Malaysia, hakikatnya mereka kerugian hampir atau sekurang-kurangnya RM10 juta.

Hal ini disebabkan oleh kurangnya sokongan komersial untuk memastikan portal tersebut terus hidup.

Kepentingan sokongan komersial

Sesiapa saja atau mana-mana pihak yang terus mahu mengembangkan sayapnya – ataupun mahu terus kekal bernyawa – tidak dinafikan amat memerlukan sumber kewangan walaupun bergerak dalam alam maya.

Malaysiakini contohnya menawarkan pakej langganan bulanan untuk mengakses kandungan penuhnya, terutama kandungan yang disediakan dalam Bahasa Inggeris.

Tidak cukup dengan itu, Malaysiakini juga masih lagi menunggu agar permohonan mengeluarkan versi bercetak untuk akhbar mereka diluluskan kerajaan.

Tahukah anda bahawa iklan-iklan inilah yang selama ini menjadi antara punca utama mereka kekal berada dan bekerja untuk terus membekalkan kandungan yang anda gemari setiap hari dan minggu?
Tahukah anda bahawa iklan-iklan inilah yang selama ini menjadi antara punca utama mereka kekal berada dan bekerja untuk terus membekalkan kandungan yang anda gemari setiap hari dan minggu?

Menyokong kandungan yang kita gemari di internet

Sungguhpun begitu, tidak begitu ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mahu mengeluarkan belanja untuk mengakses kandungan yang mereka benar-benar gemari, apatah lagi jika bahasa pengantar yang lazim digunakan pengguna ialah Bahasa Melayu.

Mereka akan terus persoalkan, “Dah aku bayar mahal-mahal Unifi ni sebulan, takkanlah aku nak kena bayar nak tengok benda lain pula? Baik aku beli CD daripada bayar iflix kalau tengok bahan di internet pun kena bayar sekali lagi!”

Mungkin ini dilihat adil pada pihak pengguna. Tetapi bagaimana pula dengan pihak pembekal bahan kegemaran anda?

Cuba bayangkan berapa banyak kos pembuatan video kegemaran anda di YouTube dengan kualiti HD, suntingan video menggunakan perisian asli daripada pembangun perisian asal, sewaan tempat penggambaran video, masa yang diperlukan oleh penyunting dan pengarah video bagi bagi memastikan video yang bakal dimuat naik memenuhi kehendak orang ramai masa ini?

Bagaimana pula dengan bayaran pelakon, tambang mereka ke lokasi dari tempat tinggal, makan minum mereka dan antara yang paling sukar, idea asal mereka?

Begitu juga dengan pembekal bahan berita dan artikel dalam talian yang 100 peratus percuma seperti Free Malaysia Today, Majalahjom.com dan yang baru ditutup baru-baru ini, The Malaysian Insider.

Cuba bayangkan, mereka, seperti organisasi berita dan media lain juga punya wartawan mereka sendiri, jurugambar mereka sendiri, staf sumber manusia dan ramai lagi staf pengurusan lain.

Siapa yang akan menanggung nasib mereka?

Cuba anda kira sendiri (jika mampu), berapa tambang yang perlu wartawan dan jurugambar ini bayar untuk tiba ke tempat kejadian?

Berapa harga perakam yang perlu mereka beli bagi memastikan ketepatan berita yang bakal mereka laporkan?

Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula penderitaan mereka apabila terpaksa 'mengharungi' staf editorial yang ketat dalam tapisan mereka?

Bagaimana pula dengan masa yang terpaksa mereka korbankan bagi mendapatkan berita terbaik pada masa yang tepat; juga masa yang terpaksa mereka korbankan untuk menyunting berita sebelum tarikh akhir penerbitan berita?

Sebab itulah ruang iklan atau polisi membenarkan iklan di portal-portal dan di video-video yang dimuat naik ke laman YouTube amat membantu para pembangun dan pengeluar bahan kegemaran anda.

Mungkin mereka tidak mengharapkan wang ringgit anda; hanya kesetiaan daripada kita. Tetapi bagaimana pula dengan komitmen daripada pihak kita?

Tahukah anda bahawa iklan-iklan inilah yang selama ini menjadi antara punca utama mereka kekal berada dan bekerja untuk terus membekalkan kandungan yang anda gemari setiap hari dan minggu?

Tahukah juga anda bahawa dengan memasang perisian menghalang iklan, anda telah, dengan signifikannya menutup salah satu cara agar mereka dapat terus mencipta dan membangunkan kandungan media?

Ya, itu hak anda untuk mendapatkan kandungan anda mahu. Tetapi anda harus pertimbangkan mana lagi sumber kewangan mereka jika anda tidak membeli kandungan dalam versi cetak, digital mahupun menderma dengan ikhlas kepada mereka? Ideanya di sini ialah bukanlah kita perlu simpati terhadap mereka. Sebaliknya, kita perlu menghargai usaha mereka yang sedaya upaya menyampaikan bahan yang terbaik buat tatapan anda, lebih-lebih lagi jika anda tidak perlu membayar sesen pun kepada mereka!

Sekurang-kurangnya jika tidak dapat menghargai penat jerih mereka sekali pun, hargailah usaha mereka menghasilkan idea asli terbaik sebagaimana kita menghargai filem yang kita sanjungi dengan menontonnya di pawagam atau membeli cakera fizikal asli.

Oleh itu, selepas ini, apa kata anda pertimbangkan menutup “Adblocker” anda seketika atau sekali sekala?

Mungkin jika tidak ada “Adblocker” sebelum ini (dan sekatan daripada SKMM), The Malaysian Insider mungkin masih ada dan terus membekalkan bahan berita yang berlainan daripada apa yang ada di luar sana.


...........
Oleh Wan Salman 

Sumber TKO - 18-3-2016


'TMI tidak untung, kami rugi RM10 juta' - Kumpulan Media The Edge

Posted on Tuesday, March 15 @ 05:01:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Walaupun tersenarai dalam tiga portal berita paling tinggi dilawati di Malaysia, The Malaysian Insider (TMI) sebenarnya sukar untuk melepasi garis keuntungan.

Kumpulan Media The Edge selama ini menanggung kerugian kira-kitra RM10 juta sejak ia membeli pemilikan TMI pada Jun 2014.

Di bawah ini merupakan kenyataan penuh pengarah kumpulan, Ho Kay Tat, yang menjelaskan mengenai pemberhentian operasi portal tersebut:

"Adalah dengan dukacita dimaklumkan, Kumpulan Media The Edge mengumumkan bahawa kami telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) berkuatkuasa serta-merta.

Walaupun hakikatnya TMI merupakan salah satu daripada tiga portal berita yang paling tinggi menerima kunjungan trafik di Malaysia kerana laporan berita yang berani, ia tidak menerima sokongan komersial yang cukup untuk terus beroperasi.

Kumpulan Media The Edge telah mengalami kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh 20 bulan sejak kami mengambil alih pemilikan TMI pada Jun 2014 dan kami tidak lagi dalam situasi yang membolehkan ia diteruskan.

Dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kami telah didatangi oleh tiga pihak luar (kesemuanya memiliki perniagaan media) yang berminat untuk mengambil alih TMI, setelah kami mengumumkan hasrat untuk melepaskannya sebagai usaha penstrukturan semula Kumpulan Media The Edge.

Terdapat juga tawaran pembelian pengurusan (management buy-out - MBO).

Namun malangnya, kami tidak menemui persetujuan dengan mana-mana pihak luar itu termasuk MBO. Kami percaya masalah terkini yang dihadapi TMI dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menambahkan kesulitan untuk memuktamadkan urusan penjualan yang telah berlangsung sebelum itu.

Kami akan melepaskan kesemua 59 pekerja TMI dan mereka akan menerima pakej pemisahan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang.

Penutupan TMI harus menjadi peringatan indistri media dan khalayak umum amnya, bahawa kewartawanan yang baik tidak boleh diteruskan tanpa sokongan komersial.  Dan apabila kewartawanan baik terhenti, masyarakatlah yang rugi."

Ho Kay Tat

Terdahulu, berita mengenai TMI yang bakal menghentikan operasi bermula tengah malam ini telah dilaporkan.

Pengumuman itu telah dibuat oleh pengarangnya, Jahabar Sadiq, melalui kenyataan yang disiarkan di portal berita berkenaan. 

Sumber TKO - 15-3-2016




GERAMM gesa pampasan setimpal bagi kakitangan TMI
Posted on Monday, March 14 @ 20:11:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gerakan Media Marah (GERAMM) menggesa Edge Insider Sdn Bhd dan The Edge Media Group memastikan semua kakitangan portal berita The Malaysian Insider (TMI) mendapat pampasan yang sewajarnya mengikut undang-undang buruh.

Dalam kenyataan medianya, GERAMM mengalu-alukan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Edge Media Group, Ho Kay Tat bahawa semua kakitangan TMI akan menerima pampasan sepatutnya.

Bagaimanapun, GERAMM juga menyatakan kebimbangan memandangkan dua laman berita di bawah The Edge ditutup sebelum ini. Ini termasuk Laman FZ.com yang ditutup pada tahun 2014 menyebabkan sebahagian kakitangannya diserap ke dalam The Edge dan TMI.

"Turut menambah kebimbangan adalah ini hanya salah satu daripada senarai panjang laman berita yang ditutup; ABN News, mytourismtv, mobtv, theantdaily dan baru-baru ini The Rakyat Post, yang ditutup atas faktor kewangan, dan dalam kes TMI dan The Edge sebelumnya, kerana tekanan kerajaan.

Sementara itu GERAMM menyatakan penghargaan terhadap TMI kerana memberikan sumbangan kepada dunia kewartawanan, malah ada antara wartawan dan editornya kini bersama agensi berita antarabangsa.

"GERAMM ingin menyuarakan rasa simpati kepada semua kakitangan TMI yang hanya menerima berita mengejutkan ini awal hari ini.

"Pada masa sama, kami juga ingin menyatakan rasa terima kasih kepada semua kakitangan TMI - dulu dan kini - yang telah bersama-sama menegakkan kebebasan media dalam persekitaran Malaysia yang sentiasa bermasalah," kata kumpulan itu yang memperkenalkan diri mereka sebagai perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.


Terdahulu, editor TMI Jahabar Sadiq mengumumkan portal itu akan ditutup berkuat kuasa tengah malam ini selepas The Edge Media Group membuat keputusan berkenaan atas sebab-sebab komersial.

"Mungkin sesuai kita tidak lagi bersiaran pada permulaan Ides Mac (15 Mac)," kata Jahabar dalam satu artikel yang disiarkan di laman web portal berkenaan.

Sumber TKO - 14-3-2016
































































































































Malaysian Insider mula henti operasi tengah malam ini

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The Malaysian Insider (TMI), mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan media dalam talian, The Edge Markets, pengarang TMI, Jahabar Sadiq berkata penutupan itu dibuat atas sebab komersial.

"The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider mulai tengah malam ini atas sebab komersial. Barangkali, kami mengambil tindakan tepat dengan keluar daripada talian betul-betul mulai pertengahan Mac," katanya.

Menurut sumber daripada portal berita itu, satu perjumpaan antara 59 petugas dan pihak pengurusan TMI akan diadakan di ibu pejabat TMI di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, terdapat laporan bahawa ketua pegawai eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat berkata syarikat itu mengalami kerugian RM10 juta sepanjang tempoh 20 bulan sejak ia mengambil alih TMI pada Jun 2014.

Pada 25 Feb, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kepada The Malaysian Insider.

SKMM berkata tindakan itu diambil kerana kandungan portal berita itu didapati melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama

Sumber HD - 15-3-2016



Apakah Sikap PAS Terhadap Malaysiakini dan TMI?


Posted on Tuesday, March 08 @ 20:17:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Tidak sukar untuk menebak sikap dan layanan Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) terhadap PAS. Kedua-duanya merupakan media pro-pembangkang yang anti-PAS. Walaupun pemberitaan mereka agak terbuka dan seimbang namun mereka bukan penyampai wadah dan dasar PAS. Kita tahu siapa di belakang mereka. Mereka siar berita kita. Tetapi dalam halus mereka merobek imej kita. Itulah media munafikun.
PAS pernah memboikot akhbar Utusan Malaysia. PAS pernah memboikot akhbar arus perdana setelah mereka menyerang dan memfitnah PAS saban hari. Tindakan PAS itu telah menjelaskan kepada masyarakat bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian mengamalkan pemberitaan politik terkutuk. Jadi, apabila orang membaca berita politik tentang PAS, orang jadi curiga kerena mereka tahu akhbar-akhbar itu bersikap bermusuh dengan PAS.



Sebaliknya, Malaysiakini dan The Malaysian Insider menikam PAS dengan halus. Dalam benar, mereka spin. Mereka tidak tipu atau fitnah 100%. Namun tajuk berita sudah cukup untuk menunjukkan tusukan beracun itu. Rasanya ini lebih merbahaya. Yang baca kebanyakannya terdiri daripada rakyat pro-pembangkang dari pelbagai latarbelakang dan ras. Secara halus media durjana ini merosakkan imej PAS dan kepimpinan ulamanya. Mereka ingin melihat PAS berantakan dan berpecah-belah. Dalam usaha mereka memikat hari pengundi agar sebaris dengan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN, pada sudut yang lain mereka ingin melemahkan PAS dalam politik negara agar penyokong pembangkang bernaung di bawah Pakatan Harapan sahaja.



Onar Malaysiakini dan TMI ini akan lebih memualkan apabila PRU14 semakin hampir nanti. DAP akan berusaha keras untuk menjatuhkan kerusi-kerusi PAS. PKR dan PAN akan dipromosikan sebagai ‘kerajaan menanti’ yang akan mengakhiri hegemoni UMNO/BN. PAS akan dibelasah kiri dan kanan agar tidak berpeluang untuk menjadi ‘kuasa penentu’ dalam pembentukan kerajaan baru pasca PRU14 nanti.



Kesimpulannya, PAS mesti menyatakan suatu sikap yang jelas terhadap Malaysiakini dan TMI. Dengan ini rakyat akan lebih berhati-hati dan berfikir dalam menilai ketulusan dan kesahihan berita yang berkaitan dengan PAS. Sehingga kini PAS masih ‘cool’ walaupun sudah banyak kali berita berkaitan PAS dan pemimpinnya diputarbelitkan. PAS masih 'cool' walaupun mereka ada peranan dalam membelahdua PAS. PAS masih ‘cool’ walaupun sudah dapat membaca ‘hati budi’ media munafikun ini. Wajarkah?



Sumber TKO - 8-3-2016































































































































Satu dekad, Jabatan IT PAS Sabah makin mantap

SHUHAIMI EMBONG | .

FEBRUARI 27, 2016, saya hadir ke Konvensyen ICT dan DataRaya (KIDR) Sabah 2016 bagi membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘DataRaya: Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik’ yang telah saya bentangkan dalam Persidangan  ICT dan Dataraya 2015 pada Disember  lepas.

Ini kali rasanya sudah kali kelima saya dan rakan-rakan Jabatan IT Pusat (JITP) hadir  membentangkan kertas atau memberi latihan hands-on pada program Konvensyen ICT yang dianjurkan secara istiqamah oleh Jabatan IT Negeri (JITN) Badan Perhubungan PAS Sabah sejak tahun 2005.

Pada tahun 2005 itu, kalau tidak silap ingatan saya, ia dinamakan Bengkel IT Sabah 2005 (BITS 2005) yang diadakan di sebuah kolej swasta, Kolej Eastern di Sembulan, Kota Kinabalu Sabah. Saya pun tak pasti kolej tersebut masih ada lagi atau pun tidak.

Berbanding ditempat lain, Konvensyen IT di Sabah dan Sarawak diadakan dua (2) hari satu (1) malam secara intensif. Ia, biasanya bermula hari Sabtu dan berakhir pada hari Ahad tengahari.  

Sejak itu, Jabatan IT Negeri (JITN) Sabah menganjurkan Konvensyen IT Sabah (KITS) secara istiqamah setiap dua tahun sekali. Kalau tidak silap ingatan saya pada tahun 2007 dan 2009 Konvensyen IT Sabah diadakan di sebuah resort terkenal di Kundasang.

Manakala pada tahun 2011 dan 2013, Konvensyen IT Sabah diadakan di Tawau dan Sandakan kerana memenuhi permintaan supaya ia diadakan juga ditempat lain supaya tidak bertumpu di Kota Kinabalu atau sekitarnya sahaja.

Pada tahun 2015, ia tak sempat diadakan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kali ini pada 2016, KITS kembali semula diadakan di Kota Kinabalu. Walau dimana ia diadakan, kehadiran penggerak-penggerak IT Sabah adalah memuaskan, melebihi 50 orang walaupun tidak sampai pada tahap terbaik.

Begitulah sebahagian daripada intisari ucapan saya ketika menggantikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Pengerusi JITP ketika merasmikan Konvensyen IT dan Dataraya (KIDR) Sabah 2016 tempohari.

Sepintas lalu sejarah Jabatan IT Negeri Sabah

Saya tidak pasti bagaimana sejarah IT di Sabah bermula. Tetapi yang saya tahu dan diberitahu, orang yang banyak berkorban untuk mengasas dan menghidupkan serta menggerakkan Jabatan IT Negeri (JITN) Sabah adalah Pengarah JITN Sabah yang pertama, Alimin Jasman.

Alimin Jasman telah menjadi Pengarah JITN Sabah selama hampir satu dekad (2004 hingga 2013) sebelum menyerahkan kepada orang lain sebagai Pengarah JITN Sabah. Sepanjang beliau menjadi Pengarah JITN Sabah, beliau akan pastikan Konvensyen IT Sabah akan diadakan setiap 2 tahun sekali sebagaimana resolusi IT Sabah sebelum ini.

Mengikut percakapan beliau kepada saya sebelum ini, ada satu taklimat diberikan oleh Timbalan Pengerusi JITP Pusat kepada Setiausaha Perhubungan Sabah ketika itu, Ladim Abd Rahman dan beberapa orang tenaga IT dan dari situ bermulalah satu cadangan ditubuhkan Lajnah IT PAS Sabah dimana Ahmad Pazilah Saari (YDP PAS Kaw Tanjung Aru) dilantik sebagai Pengerusi IT yang pertama dan Alimin Jasman pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan IT.

Saya diberitahu, PAS Sabah telah hantar dua orang wakil, iaitu Anuar Ali dan Itqan Muhammad ke Seminar dan Bengkel IT 2000 (SBIT2000) PAS Pusat di Kuala Terengganu.  Selepas itu, IT Muhammad dilantik Pengerusi Lajnah IT DPPNS.

Menurut Alimin Jasman, sebelum Lajnah IT dan Jabatan IT BPPNS ditubuhkan, IT telah bermula lebih awal lagi dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) sejak 1997-1999 bila beliau dilantik exco DPPNS dengan mewujudkan group maya, pas_sabah@egroup.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. pada tahun 1998 dan projek awalnya membina laman web pas Sabah (passabah.tripod.com) menggunakan tapak percuma tripod.

Apa pun saya ucapakan sekalong tahniah tahniah kepada Setiausaha Perhubungan PAS, Dr Ali Akhbar yang juga Pengerusi IT PAS Sabah dan pasukan Jabatan IT Negeri (JITN) Sabah  yang berusaha menjayakan semula Konvensyen IT PAS pada Februari lepas.

Rasanya adalah elok Sdr Alimin Jasman sendiri memulis sejarah IT dalam PAS Sabah. Elok kalau ianya dibukukan bersama dengan ulang tahun ke-15 JITP dan ulangtahun ke30 PAS Sabah itu sendiri. Apa yang saya tulis ini adalah catatan sepintas lalu sahaja. – HARAKAHDAILY 7/3/2016

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT Pusat

Sumber HD - 7-3-2016



Raymond Tomlinson, Pencipta E-Mel Meninggal Dunia
Posted on Monday, March 07 @ 16:50:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



WALAUPUN nama Raymond Tomlinson tidak sepopular Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Tim Bernes-Lee tetapi impak ciptaan beliau pada tahun 1971 telah membawa perubahan kepada cara kerja di dunia.

Tomlinson adalah individu yang mencipta e-mel bagi mempercepatkan proses berhubungan yang pada dahulunya mengambil masa panjang.

Pada usia 74 tahun, Tomlinson telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam, akibat serangan jantung.qwerty

Tomlinson berada di tangga keempat dalam senarai alumni paling penting dalam sejarah 150 tahun Massachusetts Institute of Technology. Tomlinson juga tersenarai dalam Internet Hall of Fame pada tahun 2012 bagi menghargai hasil usahanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 7-32-201`6
































































































































Tingkatkan kesedaran keselamatan di Internet

SHUHAIMI EMBONG | .


ERA ledakan siber sekarang ini menerusi lambakan laman media sosial pada masa kini, termasuk Facebook, WeChat,  Twitter, Whatsapp, Skype dan banyak lagi aplikasi lain melahirkan sindiket jenayah alam maya secara tidak langsung.

Kebanyakan dilihat mengambil kesempatan yang melibatkan penipuan dalam  e-perdagangan, perbankan menerusi jaringan Internet, dan penggunaan ‘Voice Over Internet Protocol (VoIP) disebabkan kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan kemajuan siber serta teknologi maklumat menjadi faktor utama ramai rakyat di negara ini, khususnya terjebak ke lembah mangsa jenayah digital, yang juga dikenali sebagai jenayah siber.

Walaupun terdapat kebimbangan mengenai tahap keselamatan alam siber negara  ini, namun CyberSecurity Malaysia dilihat memberi jaminan ia berada di tahap terkawal. Justeru, katanya, kawalan keselamatan yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang adalah penting bagi memastikan isu itu dapat dikawal.

Meskipun aplikasi tersebut kesemuanya didatangkan dengan pengesahan keselamatan identiti pengguna seperti penggunaan kata laluan (password), ia masih boleh ditembusi secara mudah menerusi kelicikan penjenayah siber yang dikenali sebagai penggodam atau pencuri identiti.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Dr Aminuddin Abdul Wahab sebelum ini pernah berkata pihak CyberSecurity, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan di alam siber.

"Orang ramai tidak perlu risau atau cemas, mereka boleh membantu menjaga keamanan alam siber negara dengan mematuhi undang-undang negara ini terutamanya bagi individu dewasa ketika melayari Internet," kata beliau dalam kenyataan kepada Bernama.

Antara tindakan pengguna yang boleh membantu menjaga keselamatan alam siber ialah dengan sentiasa menjaga etika ketika menggunakan e-mel dan laman media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya.

"Fikir secara rasional, jangan bertindak ikut emosi dan jangan mudah percaya dengan sumber maklumat yang tidak sahih. Oleh itu, jangan 'share', 'like', atau 'forward' maklumat yang belum dipastikan kesahihannya kerana perbuatan tersebut seolah-olah menyebarkan fitnah," jelas Aminuddin.

Syahrul Nizam Junaini Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), ketika menyampaikan Ceramah Komuniti: Jenayah Siber, di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, di Kuching dilaporkan berkata punca masalah berlakunya jenayah siber adalah berhubung dengan kelemahan keselamatan pada peranti teknologi yang digunakan termasuk penggunaan kata laluan yang terlalu mudah untuk ditembusi.

“Tiga punca yang menjadi masalah utama berlakunya jenayah siber adalah ketanpanamaan (anonymous) pengguna Internet, kelemahan pengawalan di ruang Internet serta wujudnya penyamaran identiti di alam maya.

“Malah, bukan itu sahaja, masyarakat yang menjadi pengguna alam siber itu sendiri bersifat leka dan mengambil remeh terhadap tahap keselamatan komunikasi maklumat dan teknologi (ICT) sekali gus menjadi mangsa kerakusan penggodam bagi mencapai kepuasan peribadi mereka,” katanya.

Tambah beliau, pengguna seharusnya memikirkan keselamatan peribadi mereka sebelum membuat keputusan untuk berkongsi maklumat diri yang dimuat naik, disimpan serta disalurkan menerusi atas talian.

Selain itu, jelasnya, antara lain yang sering kali dikaitkan dengan jenayah siber ialah pemalsuan data secara umum yang tertumpu kepada pemalsuan imej dan nama.

Atas kesedaran bagi mempertingkatkan kesedaran keselamatan di Internet, Jabatan IT PAS Pusat telah mengadakan Bengkel Asas Keselamatan IT pada akhir bulan Januari 2016 yang lepas. – HARAKAHDAILY 29/2/2016

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT PAS

Sumber HD - 29-2-2016

































































































































Mengharmonikan media baru dengan lebih matang

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


HULU LANGAT: Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Penerangan PAS Pusat sedang mengusahakan satu unit baru untuk radio dan tv PAS sebagai satu  gerak kerja bersama dalam merealisasikan kombinasi peranan IT dan penerangan.

Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong berkata, semua penggerak radio dan tv yang hadir  perlu segera merumus dan membentuk struktur kerja E-Penyiaran Alam Siber (ePAS)  untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bulan April 2016  dan Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Jelas beliau, rakyat perlu dihidangkan dengan wajah yang lebih harmoni dan matang melalui media baru agar memperolehi maklumat sahih dan benar dar PAS sendiri.

Beliau berkata demikian ketika program Retreat dan Bengkel Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Pusat di Puncak Lui, Hulu Langat, 20 Februari lalu.

"Jabatan IT Negeri  dan Urusetia Penerangan Kelantan yang hadir sepenuhnya dalam retreat e-penyiaran alam siber selama dua hari ini dapat bekerjasama dengan pasukan  pusat dalam mempercepatkan gerak kerja berkaitan dengan radio dan tv.

"Usaha ini membolehkan rakyat Kelantan di dalam dan luar negeri Kelantan mendapatkan maklumat yang sebenar dari sumber rasmi.

"Semua penggerak radio dan tv yang hadir ini segera merumus dan membentuk struktur kerja EPenyiaran Alam Siber (ePAS) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada April 2016," tegas beliau kepada semua penggerak IT Negeri untuk meletakkan harapan untuk direalisasikan.

Sementara itu, beliau juga mengharapkan konsep MengITkan Penerangan, MemPenerangankan IT direalisasikan dengan baik di seluruh peringkat.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan IT Negeri, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan serta pegawai Penerangan PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 22/2/2016

Sumber HD - 22-2-2016































































































































Laman web, blog atau portal

SHUHAIMI EMBONG | .

SABAN hari dapat kita dapat lihat begitu banyak laman web, blog atau portal yang dibina dan diperkenalkan dunia internet sekarang ini. Masing-masing berlumba untuk menjadi satu laman web atau blog atau portal mereka sering dikunjungi oleh pelawat di seluruh dunia.

Bagi orang yang baru mengenali dunia internet dan laman web ini, masih ramai yang ragu-ragu dan pening kepala dengan pelbagai jenis laman web yang boleh dibina dan apakah jenis konsep yang sesuai digunakan sekiranya ingin membangunkan satu laman web.

Sebelum kita terperangkap dengan istilah-istilah yang digunakan, ada baiknya kita meneliti perkara ini sepintas lalu sahaja.

Apa itu Laman Web?

Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat.  World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library).

Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web(WWW) ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (Online). Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet.

Laman web ialah dokumen hyper text markup language (HTML) menggunakan bahasa khas yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web (WWW). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan Hyper Text Transfer Protocol.

Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.

Website atau laman web boleh juga diertikan sebagai kumpulan laman yang memaparkan maklumat data teks, data gambar diam atau gerak, data animasi, suara, video dan atau gabungan dari semuanya, baik yang bersifat statik dan dinamik yang membentuk satu rangkaian bangunan yang saling berkaitan di mana masing-masing dihubungkan dengan rangkaian-rangkaian laman

Namun, laman web hanyalah tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri.

Secara garis besar, website boleh digolongkan menjadi 3 bahagian iaitu: 1. Website Statik  2. Website Dinamik,  3. Website Interaktif.

Website statik adalah web yang mempunyai laman tidak berubah. Manakala, Website Dinamik merupakan website yang secara struktur diperuntukan untuk update sekerap mungkin. Contoh umum mengenai laman web dinamik adalah web berita atau web portal yang didalamnya terdapat kemudahan berita, polling dan sebagainya.

Sementara, Website Interaktif adalah web yang saat ini memang sedang berkembang. Salah satu contoh website interaktif adalah blog dan forum. Biasanya website seperti mempunyai moderator untuk mengatur supaya topik yang diperbincangkan tidak keluar jalur.

Selaras dengan perkembangan dunia laman web yang memperkenal konsep Web 2.0, yang lebih tekankan kepada interaksi 2 hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda.

Blog
Laman web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran.

Antara ciri-ciri laman web berjenis blog adalah:
1. Paling mudah dibangunkan dan paling senang untuk orang baru. Pendaftaran MUNGKIN diwujudkan tetapi biasanya pihak pembangun akan menggunakan kemudahan Open ID
2. Reka bentuk laman web perlu lebih menarik dan "catchy" untuk menarik pengunjung. Struktur laman web lebih ditekankan kepada teks berbanding gambar (70%-30%).
3. Kandungan artikel mungkin tertumpu kepada satu agenda atau bercampur aduk dengan perkara lain bergantung kepada pihak pembangun. Artikel atau bahan kandungan perlu sentiasa dikemas kini supaya pengunjung akan kembali semula bertandang. Keberkesanan laman jenis ini adalah bergantung kepada bilangan pengunjung yang melawat. Interaksi untuk pelawat lebih kepada penulisan komen berbanding perkara lain yang dinyatakan dalam portal
4. Penyertaan pihak pelawat membantu untuk menaikkan tahap populariti laman ini, tanpa pengunjung maka laman ini seolah-olah mati
5. Kebiasannya laman ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan-iklan yang mungkin serba sedikit mengganggu pengunjung

Pengendali blog ini dipanggil Blogger. Sekarang ini ramai ahli-ahli politik, wartawan dan tokoh-tokoh masyarakat menggunakan media ini yang kekadangnya boleh diisitilah ‘wartawan’ sendiri tanpa editor.
Bila wujudnya Facebook dan Twitter mereka beralih pula kepada media baru ini untuk menyampaikan pandangan masing-masing pada bila-bila masa tanpa ada had dan batas.

Portal
Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih ‘besar’ dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat berpuluh-puluh aplikasi yang menyokongnya. Portal membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil maklumat-maklumat yang dijanakan olehnya. Antara contoh yang paling mudah untuk portal adalah Google, Yahoo! Dan sebagainya.

Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk laman web berjenis portal adalah:
1. Struktur laman web lebih teratur dan tidak terlalu serabut. Susunan semua maklumat adalah lebih teratur dan mudah dicapai oleh pelawat.
2. Kandungan laman web lebih variasi dan tidak terlalu tertumpu untuk satu jenis. Penggunaan beberapa widget tambahan seperti video dan foto galeri.  Paparan maklumat atau informasi yang penting berada di laman utama.
3. Reka bentuk laman adalah ringkas dan setiap elemen-elemen dimasukkan dalam satu kawasan-kawasan tertentu. Kandungan berasaskan kepada teks dan grafik (50%-50%). Elemen multimedia dan interaktif seperti grafik animasi dan paparan pautan menu beranimasi menarik minat pengunjung
4. Pelawat boleh meninggalkan komen, menghantar artikel atau maklumat lain ke laman web
5. Informasi selalu ringkas tetapi padat agar pengunjung lebih mudah untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan

Secara umumnya, perbezaan yang paling ketara antara portal dan laman web ialah sasaran pengunjungnya.Ciri-ciri asas portal perlu mengandungi  semua ciri-ciri asas laman web ditambah dengan perkhidmatan online yang disediakan oleh agensi. Perbezaan portal berbanding laman web adalah portal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan online. – HARAKAHDAILY 15/2/2016

Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia.

Sumber HD - 15-2-2016
































































































































Laman web, blog atau portal

SHUHAIMI EMBONG | .

SABAN hari dapat kita dapat lihat begitu banyak laman web, blog atau portal yang dibina dan diperkenalkan dunia internet sekarang ini. Masing-masing berlumba untuk menjadi satu laman web atau blog atau portal mereka sering dikunjungi oleh pelawat di seluruh dunia.

Bagi orang yang baru mengenali dunia internet dan laman web ini, masih ramai yang ragu-ragu dan pening kepala dengan pelbagai jenis laman web yang boleh dibina dan apakah jenis konsep yang sesuai digunakan sekiranya ingin membangunkan satu laman web.

Sebelum kita terperangkap dengan istilah-istilah yang digunakan, ada baiknya kita meneliti perkara ini sepintas lalu sahaja.

Apa itu Laman Web?

Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat.  World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library).

Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web(WWW) ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (Online). Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet.

Laman web ialah dokumen hyper text markup language (HTML) menggunakan bahasa khas yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web (WWW). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan Hyper Text Transfer Protocol.

Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.

Website atau laman web boleh juga diertikan sebagai kumpulan laman yang memaparkan maklumat data teks, data gambar diam atau gerak, data animasi, suara, video dan atau gabungan dari semuanya, baik yang bersifat statik dan dinamik yang membentuk satu rangkaian bangunan yang saling berkaitan di mana masing-masing dihubungkan dengan rangkaian-rangkaian laman

Namun, laman web hanyalah tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri.

Secara garis besar, website boleh digolongkan menjadi 3 bahagian iaitu: 1. Website Statik  2. Website Dinamik,  3. Website Interaktif.

Website statik adalah web yang mempunyai laman tidak berubah. Manakala, Website Dinamik merupakan website yang secara struktur diperuntukan untuk update sekerap mungkin. Contoh umum mengenai laman web dinamik adalah web berita atau web portal yang didalamnya terdapat kemudahan berita, polling dan sebagainya.

Sementara, Website Interaktif adalah web yang saat ini memang sedang berkembang. Salah satu contoh website interaktif adalah blog dan forum. Biasanya website seperti mempunyai moderator untuk mengatur supaya topik yang diperbincangkan tidak keluar jalur.

Selaras dengan perkembangan dunia laman web yang memperkenal konsep Web 2.0, yang lebih tekankan kepada interaksi 2 hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda.

Blog
Laman web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran.

Antara ciri-ciri laman web berjenis blog adalah:
1. Paling mudah dibangunkan dan paling senang untuk orang baru. Pendaftaran MUNGKIN diwujudkan tetapi biasanya pihak pembangun akan menggunakan kemudahan Open ID
2. Reka bentuk laman web perlu lebih menarik dan "catchy" untuk menarik pengunjung. Struktur laman web lebih ditekankan kepada teks berbanding gambar (70%-30%).
3. Kandungan artikel mungkin tertumpu kepada satu agenda atau bercampur aduk dengan perkara lain bergantung kepada pihak pembangun. Artikel atau bahan kandungan perlu sentiasa dikemas kini supaya pengunjung akan kembali semula bertandang. Keberkesanan laman jenis ini adalah bergantung kepada bilangan pengunjung yang melawat. Interaksi untuk pelawat lebih kepada penulisan komen berbanding perkara lain yang dinyatakan dalam portal
4. Penyertaan pihak pelawat membantu untuk menaikkan tahap populariti laman ini, tanpa pengunjung maka laman ini seolah-olah mati
5. Kebiasannya laman ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan-iklan yang mungkin serba sedikit mengganggu pengunjung

Pengendali blog ini dipanggil Blogger. Sekarang ini ramai ahli-ahli politik, wartawan dan tokoh-tokoh masyarakat menggunakan media ini yang kekadangnya boleh diisitilah ‘wartawan’ sendiri tanpa editor.
Bila wujudnya Facebook dan Twitter mereka beralih pula kepada media baru ini untuk menyampaikan pandangan masing-masing pada bila-bila masa tanpa ada had dan batas.

Portal
Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih ‘besar’ dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat berpuluh-puluh aplikasi yang menyokongnya. Portal membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil maklumat-maklumat yang dijanakan olehnya. Antara contoh yang paling mudah untuk portal adalah Google, Yahoo! Dan sebagainya.

Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk laman web berjenis portal adalah:
1. Struktur laman web lebih teratur dan tidak terlalu serabut. Susunan semua maklumat adalah lebih teratur dan mudah dicapai oleh pelawat.
2. Kandungan laman web lebih variasi dan tidak terlalu tertumpu untuk satu jenis. Penggunaan beberapa widget tambahan seperti video dan foto galeri.  Paparan maklumat atau informasi yang penting berada di laman utama.
3. Reka bentuk laman adalah ringkas dan setiap elemen-elemen dimasukkan dalam satu kawasan-kawasan tertentu. Kandungan berasaskan kepada teks dan grafik (50%-50%). Elemen multimedia dan interaktif seperti grafik animasi dan paparan pautan menu beranimasi menarik minat pengunjung
4. Pelawat boleh meninggalkan komen, menghantar artikel atau maklumat lain ke laman web
5. Informasi selalu ringkas tetapi padat agar pengunjung lebih mudah untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan

Secara umumnya, perbezaan yang paling ketara antara portal dan laman web ialah sasaran pengunjungnya.Ciri-ciri asas portal perlu mengandungi  semua ciri-ciri asas laman web ditambah dengan perkhidmatan online yang disediakan oleh agensi. Perbezaan portal berbanding laman web adalah portal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan online. – HARAKAHDAILY 15/2/2016

Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia.

Sumber HD - 15-2-2016































































































































MengITkan Penerangan, MemPenerangankan IT

SHUHAIMI EMBONG | .

SAYA diminta membentangkan satu tajuk, Media Baru: MengITkan Penerangan dalam satu Confrence Muslimat Istiqamah (CONFIRM) yang dihadiri oleh jentera Penerangan Muslimat seMalaysia pada 23hb Januari yang lepas bertempat di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum kita pergi lebih jauh membincangkan tajuk ini, saya telah meminda sedikit dengan menjadikannya sebagai Media Baru: MengITkan Penerangan, MemPenerangankan IT sebagaimana satu ungkapan yang dipopularkan oleh mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Noor yang sentiasa menekankan gagasan, Mengulamakan Profesional, Memprofesionalkan Ulama.

Bersandarkan kepada gagasan tersebut yang dibawa oleh PAS dengan maksud, golongan profesional mestilah belajar ilmu-ilmu agama sebagaimana ulama, begitulah juga ulama juga mestilah belajar ilmu-ilmu baru di luar bidangnya sebagaimana golongan profesional untuk kepentingan PAS dan perjuangannya.

Jadi diatas semangat itulah, bila diberikan tajuk untuk dibentangkan oleh Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, saya menyarankan pendekatan MengITkan Penerangan, MemPenerangankan IT, di mana jentera penerangan mestilah belajar aplikasi IT untuk menyebar luaskan informasi yang berkaitan dengan menggunakan media IT atau sekarang lebih dikenali sebagai Media Baharu atau media sosial.

Dalam masa yang sama pula, orang-orang IT pula mengambil tindakan mempelajari dan memahami keperluan Penerangan supaya mereka juga boleh memperkasakan lagi jentera Penerangan yang sedia ada untuk beralih kepada media IT sebagai satu media yang penting dewasa ini.

Saya tidak bercadang untuk menurunkan satu persatu apa yang saya bentangkan kepada lebih kurang 300 orang jentera penerangan muslimat dalam CONFIRM tempohari tetapi akan mengambil beberapa perkara penting sahaja untuk ikhtibar kepada pembaca kolum Gerbang IT dan Media Baharu kali ini.  

Peranan Media Baru  dalam Perjuangan PAS
Peranan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media serta Jabatan IT PAS (dibawah Urusetia Komunikasi dan Multimedia) - Unit ePAS (ePenyiaran Alam Siber) dan MBMM (Media Baru & MultiMedia) menjadi semakin penting.

Ia perlu diperkukuhkan dalam organisasi PAS  bagi mengambil faedah daripada ledakan ‘media baru’ ini untuk dimanfaatkan sepenuhnya selain daripada Harakah dan Harakahdaily yang perlu dikembangkan kandungan dan capaiannya dari masa ke semasa terutamanya dalam menghadapi fenomena ledakan maklumat perang siber sekarang ini.

Seperti yang ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam beberapa muktamar PAS sebelum ini, media parti seperti Harakah, Harakahdaily dan radio internet hijau.fm, mestilah berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan bagi disampaikannya kepada rakyat yang menjadi pengundi senyap dalam pilihan raya bagi meghadapi PRU ke-14 nanti.

Justeru itu, satu mekanisme yang berkesan bagi memantapkan kerjasama jentera IT dengan Penerangan atau sebaliknya perlu dimantapkan. Untuk itu saya mengemukakan satu slogan, “mengITkan Penerangan, memPenerangankan IT bermaksud, orang IT kena belajar juga menjiwai kerja-kerja penerangan, begitulah juga sebaliknya, orang Penerangan juga kena diajar menggunakan IT.

Orang-orang yang dimaksudkan ini, perlulah diberikan peranan kepada mereka sebagai Champion ePAS (ePenyiaran Alam Siber) yang menjadi salah satu kepada resolusi PIDR2015 (Persidangan ICT dan Dataraya 2015) khususnya bagi menjuari maklumat atau data-data tidak berstruktur dalam pelbagai media siber sekarang ini.

Pada saya, penglibatan dalam media sosial kepada ahli gerakan Islam dengan mengambil PAS sebagai contohnya mestilah tidak lari dari dalam kerangka perlembagaan PAS itu sendiri yang bermatlamatkan untuk “mencari keredhaan Allah”.

Perkara ini boleh dirujuk dalam Fasa 6, bab ke-3 Perlembagaan PAS yang menyebut antara lainnya, “Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah serta menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan”.

Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 bermaksud;

"Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kejahilan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." -

Berikut adalah  sedutan Ucapan Dasar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-60 (2014) dibawah tajuk kecil, Istiqamah Membawa Kebaikan Menerusi Media Baru menyebut; Media baru dalam dunia tanpa sempadan ini sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi memperbetulkan manusia dan mengembalikan manusia ke jalan yang benar.

Saya bersetuju dengan saranan Lajnah IT, Komunikasi dan Multimedia yang menyarankan tiga langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan dalam memanfaatkan komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas melalui media baru ini agar lebih bertanggungjawab dan berhikmah, iaitu :

i. Tanggungjawab kepimpinan dalam memanfaatkan ICT dan Media Baru dimana kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggungjawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka.

ii. Memanfaatkan Laman Web dan Media Sosial rasmi PAS untuk sebaran maklumat rasmi organisasi dengan lebih bertanggungjawab dan teruurus melalui proses penyebaran yang selamat.
iii. Sentiasa memantau saluran media baru seperti blog dan media sosial demi mengurangkan mafsadah dan fitnah agar kandungannya menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri.

Saya akhiri tulisan berkaitan Media Baru kali ini dengan penegasan yang telah diberikan oleh Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 30/1/2016

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT Pusat.

Sumber HD - 30-1-2016




Windows 7, 8.1 dan 10 dalam satu fail ISO

Posted on Friday, January 29 @ 19:17:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Ramai yang bertanya saya pasal installer Windows 7. Saya cakap tak ada. Sebenarnya saya ada semua versi Windows daripada Windows 1, 2, 3... hingga 10 terakhir.


Kenapa saya cakap tak ada?

Ada dua sebab. Pertama saya lebih suka orang ramai guna windows 10 walaupun PCnya buruk. Kedua saya malas nak bawa installer windows 7 dalam pendrive.

Baru ini saya jumpa windows 7, 8.1 dan 10 dalam satu fail ISO bersaiz 11.1 GB dan boleh buat bootable. Sangat menarik dan selepas ini kalau orang tanya saya pasal windows 7 saya akan cakap ada. Pasal dah ada dalam poket saya bersama pendrive.

ISO ini dibuat oleh adguard seorang hackers Russia. Terkini dan sangat menarik. Windows 7 dengan SP1 update terkini, Windows 8.1 juga kemakini terkini, manakala Windows 10 telah dikemaskini sehingga 1511 build 10586 iaitu sehingga bulan Disember 2015.

Windows AIO 70in1 yang dibuat oleh Adguard, mempunyai dua bahasa iaitu English dan Russia.

Telah intergrated dengan NET Framework 3.5 (includes .NET 2.0 and 3.0) (hanya Windows 8.1 dan 10), manakala software updates sehingga 17 December 2015 dengan system program sebagai berikut:

  • Adobe Flash Player 20.0.0.228, plug-in for Windows (for Firefox and Netscape);
  • the Flash Player Get Adobe 20.0.0.228/235 Plugin, a plugin for Windows (for the Opera browser, and Chromium);
  • Adobe AIR 20.0.0.204, allowing the use of HTML / CSS, Ajax, Adobe Flash and Adobe Flex to migrate web applications to the desktop.
  • the Microsoft Silverlight 5.1.40416.0, plug-in player for the browser;
  • the Microsoft .Net Framework 4.6.1, really need a program on the PC, it claimed many programs [only in Windows 7];
  • the Microsoft Visual C ++ (2005-2015), a system component, more in demand in the games;
  • DirectX, system component, more in demand in the games.
Kadungannya:

Windows 7 Starter (32-bit) – English
Windows 7 Home Basic (32-bit) – English
Windows 7 Home Basic (64-bit) – English
Windows 7 Home Premium (32-bit) – English
Windows 7 Home Premium (64-bit) – English
Windows 7 Professional (32-bit) – English
Windows 7 Professional (64-bit) – English
Windows 7 Ultimate (32-bit) – English
Windows 7 Ultimate (64-bit) – English
Windows 7 Enterprise (32-bit) – English
Windows 7 Enterprise (64-bit) – English
Windows 7 Starter (32-bit) – Russian
Windows 7 Home Basic (32-bit) – Russian
Windows 7 Home Basic (64-bit) – Russian
Windows 7 Home Premium (32-bit) – Russian
Windows 7 Home Premium (64-bit) – Russian
Windows 7 Professional (32-bit) – Russian
Windows 7 Professional (64-bit) – Russian
Windows 7 Ultimate (32-bit) – Russian
Windows 7 Ultimate (64-bit) – Russian
Windows 7 Enterprise (32-bit) – Russian
Windows 7 Enterprise (64-bit) – Russian
Windows 8.1 Single Language (32-bit) – English
Windows 8.1 Single Language (64-bit) – English
Windows 8.1 Core (32-bit) – English
Windows 8.1 Core (64-bit) – English
Windows 8.1 Professional (32-bit) – English
Windows 8.1 Professional (64-bit) – English
Windows 8.1 Professional with Media Center (32-bit) – English
Windows 8.1 Professional with Media Center (64-bit) – English
Windows 8.1 Enterprise (32-bit) – English
Windows 8.1 Enterprise (64-bit) – English
Windows 8.1 Single Language (32-bit) – Russian
Windows 8.1 Single Language (64-bit) – Russian
Windows 8.1 Core (32-bit) – Russian
Windows 8.1 Core (64-bit) – Russian
Windows 8.1 Professional (32-bit) – Russian
Windows 8.1 Professional (64-bit) – Russian
Windows 8.1 Professional with Media Center (32-bit) – Russian
Windows 8.1 Professional with Media Center (64-bit) – Russian
Windows 8.1 Enterprise (32-bit) – Russian
Windows 8.1 Enterprise (64-bit) – Russian
Windows Embedded 8.1 Industry Professional (32-bit) – English
Windows Embedded 8.1 Industry Professional (64-bit) – English
Windows Embedded 8.1 Industry Enterprise (32-bit) – English
Windows Embedded 8.1 Industry Enterprise (64-bit) – English
Windows Embedded 8.1 Industry Professional (32-bit) – Russian
Windows Embedded 8.1 Industry Professional (64-bit) – Russian
Windows Embedded 8.1 Industry Enterprise (32-bit) – Russian
Windows Embedded 8.1 Industry Enterprise (64-bit) – Russian
Windows 10 Home Single Language (32-bit) – English
Windows 10 Home Single Language (64-bit) – English
Windows 10 Home (32-bit) – English
Windows 10 Home (64-bit) – English
Windows 10 Pro (32-bit) – English
Windows 10 Pro (64-bit) – English
Windows 10 Education (32-bit) – English
Windows 10 Education (64-bit) – English
Windows 10 Enterprise (32-bit) – English
Windows 10 Enterprise (64-bit) – English
Windows 10 Home Single Language (32-bit) – Russian
Windows 10 Home Single Language (64-bit) – Russian
Windows 10 Home (32-bit) – Russian
Windows 10 Home (64-bit) – Russian
Windows 10 Pro (32-bit) – Russian
Windows 10 Pro (64-bit) – Russian
Windows 10 Education (32-bit) – Russian
Windows 10 Education (64-bit) – Russian
Windows 10 Enterprise (32-bit) – Russian
Windows 10 Enterprise (64-bit) – Russian


Bila sudah dapatkan fail ISO ini sila buat bootable dengan pendrive sekurang-kurangnya 16GB. 



Contoh pilihan bila kita install


Proses installation...


Ini contoh windows 7.

Bagi yang nak dapatkan fail ISOnya sila download di bawah:-

Size : 11.1 Gb | @Part 1 Gb | Add recovery 5% Via dailyUploads
=> Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9 | Part 10 | Part 11 | Part 12
Via uptbx
=> Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9 | Part 10 | Part 11 | Part 12
Via Kmplbgi+Copia
=> Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9 | Part 10 | Part 11 | Part 12


Magnet Link ( Torrent )
  MagnetLink Torrent

Selamat mencuba..

Sumber LINK 

Sumber TKO - 29-1-2016












































































































































Impak TPPA ke atas industri ICT

SHUHAIMI EMBONG | .


PERTUBUHAN Jaringan IT Perihatin  Malaysia (JITP) dan  gabungan NGO usahawan ICT di bawah naungan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendapati Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak memberi manfaat kepada industri ICT negara ini dengan menegaskan Malaysia harus menarik diri daripada menganggotai TPPA serta-merta.

Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) usahawan teknologi komunikasi dan informasi (ICT) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) turut menyuarakan pendapat bahawa Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) tidak memberi manfaat kepada industri ICT di negara ini.

Ini berdasarkan dua perkara di dalam perjanjian TPPA yang perlu diambil perhatian, iaitu bab Harta Intelek (Intellectual Property Chapter) dan isu Hakcipta (Copyright).

“Bab Harta Intelek telah bertambah sehingga 80 muka surat. Harta Intelek ini merangkumi hak cipta, trademarks, paten dan kemungkinan besar juga Geographical Indication.

“Untuk isu Hakcipta pula, apa yang membimbangkan kami adalah bab ini tidak pernah dikeluarkan kepada umum dan tidak melibatkan pemain industri sendiri,” kata Pengerusi Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Mohd Azrul.

Tambah Mohd Azrul, isu jenayah hakcipta akan timbul, apabila memuat turun muzik sehingga polis merampas komputer atas alasan alat bantuan melakukan jenayah dan menghantar pengguna ke penjara.

“Seorang pelajar menukar format untuk bacaan e-reader juga boleh dikenakan tindakan jenayah,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa isu “creative content” seperti animasi dalam negara yang semakin popular boleh diceroboh oleh negara yang besar seperti Amerika Syarikat (AS).

“Mereka boleh mengeluarkan cerita animasi lebih murah untuk dijual ke negara lain, kerana di negara sendiri sudah untung berjuta dolar dan nilai rendah dijual di luar, sekaligus membolehkan filem animasi tempatan tidak dapat bersaing,” katanya.

Menurutnya lagi, boleh berlakunya kegagalan tidak dijangka seperti DMCA (Digital Millennium Copyright Act) yang sepatutnya mengurangkan lanun cetak rompak, tetapi bertukar menjadi sekatan dan bahaya kepada pengguna, saintis, dan persaingan.

Naik taraf Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) yang telah ditandatangani pada Oktober 2011 juga membimbangkan, kata Mohd Azrul.

“Beliau menambah ACTA melanggar privasi hak individu (due process) melalui manipulasi penguatkuasaan autoriti dan proses fasilitasi untuk mengenakan hukuman pada individu.

“ACTA juga menggunakan Kunci Digital (Digital Lock) untuk kandungan digital, sekaligus menjadikan mereka yang menukar format atau menyalin kepada alat lain daripada komputer ke e-readers (ipad dan sebagainya) sebagai penjenayah hakcipta,” jelasnya.

Mohd Azrul berkata , Kunci Digital mengawal pengedaran atau cara pengedaran, sebagai contoh produk digital hanya boleh digunakan lima kali, kemudian perlu membayar untuk mendapatkannya.

“Kawalan format, penukaran format kepada alat pembaca lain juga merupakan kesalahan jenayah harta intelek,” ujarnya.

“Malah beliau mendakwa Perjanjian TPPA juga boleh memberi arahan kepada Internet Service Provider (ISP) untuk memutuskan sambungan internet berdasarkan undang-undang “three strikes” yang digunakan di AS sekarang jika pengguna tiga kali membuat kesalahan.

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menyokong tindakan mengadakan bantahan terhadap Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 23hb Januari ini sebagai unjuk rasa rakyat sebelum kerajaan mendatangani perjanjian TPPA secara rasmi. Lebih 100 orang ahli NGO Jaringan IT Prihatin (JITP) akan bersama NGO  lain akan turun pada Sabtu ini.

NGO JITP berharap gabungan usahawan ICT dibawah MTEM turut serta turun padang menyatakan bantahan TPPA ini jika tidak bersetuju dan bersama menggesa kerajaan tidak menandatangani menandatangani TPPA atas beberapa sebab berikut, diantaranya:
1. Perkembangan e-commerce boleh merudum teruk dalam jangkamasa panjang,
2. Rejim baru berdaftar menguasai liabiliti ISP,
3. Duti Kastam atas Produk Digital,
4.  Perlindungan atau galakan produk digital tempatan,
5.  Penguatkuasaan Jenayah Harta Intelek

Asas kepada sokongan Pertubuhan JITP Malaysia menyokong bantahan TPPA ini adalah bila mendapati hasrat Gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini dan meggesa Malaysia  menarik diri daripada mengganggotai TPPA sejak bulan Julai, 2013 lagi.

Saya sependapat dengan Gabungan NGO Usahawan ICT di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Berdasarkan perkara-perkara di atas, kami membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini dan  tidak yakin dengan kemampuan syarikat-syarikat ICT tempatan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar juga menjadi faktor penting penolakan kepada TPPA. Justeru, Malaysia harus menarik diri daripada mengganggotai TPPA. – HARAKAHDAILY 22/1/2016

Penulis adalah Pengerusi Jaringan IT Prihatin Malaysia

Sumber HD - 22-1-2016












































































































































Media sosial boleh jadi medium cerai

SITI ZUBAIDAH | .


KUALA LUMPUR: Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.

"Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa kadar penceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan dengan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun lalu.

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Mariani berkata di zaman canggih ini, penggunaan WhatsApp juga boleh mendorong kepada perbuatan curang yang mana perkenalan biasa antara lelaki dan wanita menerusi aplikasi media sosial boleh membawa kepada perhubungan mesra hingga melupakan batas pergaulan.

"Penggunaaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain," katanya.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi dan wajib menyedarkan semua pihak terutama bagi pasangan yang mahu berkahwin mengenai kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga.

Beliau berkata pasangan seharusnya tahu dan faham bahawa setiap perceraian akan memberi gangguan kepada sistem diri anak-anak dan keluarga mereka termasuk soal kerjaya masing-masing.

"Pasangan sebaiknya mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang komunikasi berkesan iaitu cara pengurusan konflik, pengendalian krisis, psikologi keluarga dan pengurusan persepsi yang berkesan," katanya.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani berkata kursus praperkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.

"Pengisian dan intipati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga," katanya.

Beliau mencadangkan universiti turut menyediakan program pengajian berkaitan kaunseling keluarga dan perkahwinan kepada pelajar. - Bernama

Sumber HD - 14-1-2016




Internet Malaysia 2x lebih perlahan daripada Thailand

Posted on Saturday, December 19 @ 15:25:29 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Kadar purata kelajuan sambungan internet Malaysia terbukti merosot bagi suku ketiga 2015, malah dua kali ganda lebih perlahan daripada Thailand.Hasil tinjauan sedunia oleh penyedia rangkaian penghantaran kandungan (content delivery network), Akamai Technologies mendapati kelajuan sambungan internet di Malaysia adalah 4.9 megabit sesaat (Mbps) sahaja, berbanding Thailand 8.2 Mbps.


Kadar purata itu juga meletakkan Malaysia di belakang Sri Lanka (5.1 Mbps), Taiwan (10.1 Mbps) dan Singapura (12.5 Mbps).

Namun sukacita dilaporkan bahawa Malaysia berada di hadapan Vietnam (3.4 Mbps), Indonesia (3.0 Mbps) dan Filipina (2.8 Mbps).

Hasil tinjauan yang dijalankan pada Julai hingga September lalu itu dihimpunkan dalam laporan State of the Internet yang diterbitkan pada 16 Disember lalu.

Hyperlink: Akamai’s State of the Internet: Q3 2015 Report

Memetik laporan Bernama, Akamai mendapati rakyat Malaysia antara yang paling banyak berhubung secara global, malangnya ia tidak berpadanan dengan kelajuan yang diingini mereka.

“Kira-kira 87 peratus pengguna internet Malaysia melayari video secara kerap dan angka itu dijangka meningkat menjelang tahun depan.

“Bagaimanapun, kadar kelajuan sambungan sekarang tidak mungkin dapat menampung permintaan bagi melayari video di Malaysia,” katanya.~FMT

Sumber DD -  19-12-2015


Ramai abai aspek keselamatan gajet

Posted on Thursday, December 17 @ 07:51:55 MYT by paktam

JIKA anda baru membeli atau mendapat telefon pintar, gajet mahupun sebarang alat telekomunikasi apakah aplikasi pertama yang akan anda muat turun?

Sudah tentu aplikasi-aplikasi media sosial popular seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Instagram, Youtube dan Messenger yang membolehkan anda berinteraksi dalam alam maya, dan tidak ketinggalan permainan siber.


Keterujaan 'orang kita' mengikut peredaran zaman dengan membuka akaun dalam media sosial dan kebergantungan terhadap kemudahan alat telekomunikasi ini tanpa disedari mendedahkan diri mereka kepada peningkatan risiko menjadi mangsa jenayah siber.

Mudah tapi abaikan

Pernahkah anda terfikir untuk memuat turun aplikasi-aplikasi untuk melindungi gajet dan data anda daripada mudah dicuri atau digodam seperti 'Anti Theft' dan 'Android Device Manager'.

Tahukah anda akan kewujudan aplikasi-aplikasi seumpama ini?

Menceritakan pengalaman memberi ceramah berhubung jenayah siber, pengarah Onemyr Awareness Management yang juga pakar teknologi maklumat Mohd Ridzman Azzahari berkata rata-rata pengguna gajet ketika diajukan soalan sama tidak peka dengan kewujudan aplikasi seumpama itu.
"Sebenarnya banyak aplikasi percuma yang boleh dipakai untuk elakkan telefon daripada hilang. Benda mudah dan percuma tapi ramai yang tidak tahu. Kebiasaannya ceramah-ceramah saya melibatkan 80 peratus praktikal.

"Dari situ baru peserta buka mata. Contohnya, biasa kalau telefon hilang kita akan buat laporan polis. Tapi untuk ini kita lari daripada kebiasaan. Jika awak pergi buat laporan polis akan ambil masa yang lama. Pencuri tu boleh curi semua data anda dan gunakan untuk tujuan yang tidak baik.
"Kalau kita ada pengetahuan tentang aplikasi-aplikasi ini walaupun berada di London awak boleh hapuskan semua data itu dari jauh. Benda senang saja, dengan sedikit ilmu kita boleh lindungi data dan maruah kita," katanya kepada Bernama pada Program Jenayah Siber-Siapa Pahlawan Alam Maya di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah di sini.

Sebagai pengguna, seharusnya bijak membezakan mana yang perlu menjadi keutamaan dan mana yang boleh dikemudiankan ketika memuat turun sebarang aplikasi pada alat telekomunikasi.

Risiko menjadi mangsa

Mohd Ridzman berkata kurangnya pengetahuan mengenai aspek keselamatan dalam melindungi gajet atau telefon pintar menyebabkan ramai yang mudah menjadi mangsa jenayah siber.

Beliau berkata ramai yang menganggap telefon pintar adalah hak eksklusif dan peribadi serta boleh melakukan apa sahaja terhadap gajet berkenaan, namun mereka silap kerana dengan hanya satu gambar sahaja ia boleh mengubah kehidupan seseorang itu.

Beliau berkata golongan yang gemar mengambil gambar dan kemudian kongsi gambar berkenaan di laman sosial atau mengirimnya kepada teman lelaki mahupun suami mendedahkan mereka kepada kegiatan jenayah siber.

Aktiviti itu memberi kesan buruk jika gajet atau telefon pintar mereka hilang atau disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memandangkan telefon bimbit mudah digodam kerana disambung dengan internet.

"Kebanyakan pengguna terutama remaja perempuan tidak menyedari kesan jangka panjang sekiranya mereka menyebarkan gambar-gambar bersifat peribadi yang akhirnya boleh memerangkap diri mereka sendiri.

"Ada kes remaja perempuan diperas ugut oleh teman lelaki sendiri akibat kesilapannya menghantar gambar lucah sendiri kepada teman lelakinya. Hanya dengan satu gambar itu maruah boleh tercemar. Jadi berhati-hatilah sebelum berkongsi atau memuat turun gambar anda dalam laman sosial," katanya.

Justeru, beliau berkata sesiapa sahaja berisiko menjadi mangsa jenayah siber jika mendedahkan maklumat diri kepada aktiviti berkenaan.

Fokus aktiviti godam

 Mohd Ridzman berkata sejak program jenayah siber diperkenalkan pada Februari, pihaknya memberi fokus kepada aktiviti penggodaman selain memberi ilmu kepada para pelajar dan mahasiswa bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa godam.

"Kalau kita bercakap mengenai jenayah siber orang akan melihat kepada fitnah, scam dan sebagainya... bila dah terlalu banyak ia menjadi kebiasaan. Jadi kita tukar dan fokus kepada aktiviti penggodaman. Penggodaman ini boleh jadi satu bisnes.

"Bila saya tunjukkan bagaimana telefon pintar itu boleh digodam, para pelajar terkejut dan mereka ingin tahu lebih lanjut. Melalui program ini mereka diberi kesedaran mengenai kesan buruk jika terlibat dengan jenayah siber dan bukannya kaedah untuk melindungi aktiviti media sosial mereka.

Program secara percuma selama lima jam itu diadakan di 18 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan 80 peratus secara praktikal.

Sepanjang program itu syarikat berkenaan dapat mengumpulkan hampir 5,000 borang kaji selidik berhubung jenayah siber.

Mohd Ridzman menasihati para ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawal aktiviti media sosial anak masing-masing memandangkan kini kebanyakan pelajar mempunyai telefon bimbit. - Bernama

Sumber DD - 17-12-2015


PIDR2015 Hasilkan Resolusi Masa Depan ICT PAS?

PIDR2015a
Oleh : Shuhaimi Embong

Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR2015) dengan tema “Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi” telah diadakan pada Sabtu, 12hb Disember, 2015 di Dewan Auditorium MBPJ, Petaling Jaya.

Persidangan sehari yang diadakan lebih kurang 4 tahun sekali sekali sebenarnya telah bermula dengan Seminar dan Bengkel IT 2000 (SBIT200), Kongres IT PAS 2003 (KITP
2003), Persidangan ICT 2007 (PICT2007), Persidangan ICT dan Media Baru 2011 (PIBM2011) dan pada kali ini Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR2015).

Kehadiran pada persidangan kali ini agak memuaskaan, lebih kurang 700 orang telah hadir termasuk wakil IT setiap kawasan diminta hadir dengan pendaftaran agak ketat. Terimakasih kepada semua yang hadir.

Banyak komen berhubung dengan program PIDR2015 dalam facebook, portal dan sebagainya termasuk yang dilakukan oleh seorang blogger. Secara jujurnya saya tidak kenal siapa blogger Nordin Ali ini tetapi dia sebut dia hadir program tersebut. Mengikut rekod pendaftaran rasmi, saya diberitahu tidak ada nama Nordin Ali didaftarkan.

Hadir atau tidak blogger berkenaan pada PIDR2015 bukanlah perkara utama di sini. Saya tidak bercadang untuk menjawab tulisan beliau, PIDR2015 masih banyak yang perlu ditambah baik tetapi membiarkan perkara ini dinilai sendiri oleh ahli dan pimpinan PAS kerana program PIDR2015 ini dibuat Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia dengan kerjasama JITP bersempena dengan sambutan 15 tahun jabatan tersebut.

Blogger Nordin Ali perlu memisahkan mindanya daripada program-program tradisi PAS (jika beliau masih ahli PAS) dengan program persidangan PDIR2015 ini. Saya petik hujah yang hendak disampaikanbeliau kepada PAS khususnya berkaitan Dataraya yang dibincangkan.

Ini petikan pendapat Blogger Nordin Ali dalam tulisan tersebut yang disiarkan dan dipetik semula sebuah portal berita yang boleh dipertikaikan kredebilitinya.

PIDR2015

“Data Raya bagi saya sangat jauh untuk dibincangkan oleh PAS dalam konsep pelaksanaannya tetapi saya setuju jika data raya ini dibahaskan dalam persediaan PAS menghadapi cabaran dalam alaf akan datang terutamanya menghadapi Barisal Nasional yang mengkin menggunakannya sebagai senjata untuk menguasai maklumat. Negara Malaysia sendiri pun masih belum mampu untuk mendapatkan sendiri data ini. Malah Kementerian Pendidikan dan Lembaga Hasil Dalam

Negeri dikatakan telah membeli data daripada luar negara dengan kos jutaan ringgit bagi mendaptkan matlumat tertentu” kata blogger Nordin Ali.

Saya secara peribadi boleh bersetuju diatas beberapa perkara yang ditegur. Terimakasih pada cadangan diberikan, tetapi PAS kena realistik dalam menerima pandangan. Ada persidangan ICT diperingkat international pun yang membentang kertas lebih banyak daripada 6 kertas. Sepanjang ingatan saya, ada 12 orang yang bertanya dengan lebih 20 persoalan untuk dijawab oleh ahli panel.
Alaf baru yang kita sebut pada tahun 90’an dulu baru 15 tahun berlalu. Apakah PAS kena tunggu 75 tahun lagi dari sekarang untuk bincang aspek Data Raya?.

Rata-rata perserta PIDR2015 yang ada dalam dewan MBPJ tersebut mungkin sudah jadi ‘arwah’ kalau PAS ikut cadangan blogger Nordin Ali tersebut. Walau bagaimanapun saya mengucapkan terimakasih kepada peserta PIDR2015 yang berjaya merangka dan meluluskan resolusi dibawah pada persidangan tersebut.
Pesanan Presiden PAS, Datuk Ser Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika menutup Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR2015) menyebut, “inilah peringatan saya, gunakan teknologi maklumat terkini, senjata yang lembut, yang masuk ke dalam hati manusia. Gunakan kebijaksanaan dengan sebaik-baiknya, ilmu yang cukup, alat teknologi yang canggih”.

Sekali lagi saya sebagai Pengarah Persidangan ICT Dan Data Raya 2015 (PIDR2015) diamanahkan mendapat persetujuan peserta untuk membentang dan membincangkan resolusi persidangan ini sebelum diserahkan kepada Presiden PAS oleh Pengerusi Jabatan IT PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan.

Resolusi Persidangan ICT DAN DATA RAYA 2015 (PIDR2015)

Dengan ini, Persidangan ICT Dan Data Raya 2015 yang bersidang pada hari ini 30 Safar 1437 bersamaan dengan 12 Disember 2015 di Dewan Auditorium MBPJ, Petaling Jaya Selangor telah menggariskan beberapa ketetapan untuk dilaksanakan oleh seluruh jentera parti iaitu :

TEKNOLOGI 1. Memperlengkapkan kemudahan infastruktur ICT disemua peringkat organisasi (cth: Pusat,Negeri, Kawasan, Dun/UPU, dewan ulama, muslimat, pemuda dan DHPP) dan capaian internet dengan meminimumkan DOS “Denial of Service” bagi semua aplikasi/sistem capaian data/maklumat, memperhebatkan penggunaan media internet/media elektronik serta membangunkan Makmal IT (MIT) untuk pembangunan infrastruktur ICT (cth: grid Computing, Cloud computing, Smart Computing, Augmented Reality, Machine Learning, Artificial Intelligence In Software & Robotic, Teknologi Mobile, Teknologi GIS dan lain-lain).

PROSES 2. Membangunkan Pusat Aplikasi Siber ( PAS ) untuk menguruskan sumber data struktur (contoh SPOKAS, SSDP, SISPRO, SisKAP dll ), data semi struktur, dan data tak struktur (Media sosial, Media cetak, Media massa, media elektronik) dengan memanfaatkan kerjasama erat dengan komuniti (NGO, surau, institusi), akademik (universiti, kolej) dan industri (cth Internet Service Provider, Telco dll) untuk memastikan penyaluran maklumat yang cepat dan tepat dikalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS disemua peringkat organisasi bermula dari pusat, negeri, kawasan, dun/upu dan sebaliknya.

3. Membudayakan dan menjamin keselamatan data raya dan kerahsiaan maklumat parti disemua peringkat organisasi dengan memastikan perkhidmatan ICT yang diberikan adalah berkualiti dan memenuhi syarat-syarat CIA, iaitu: Confidentiality (keselamatan dan kerahsiaan data dan maklumat), Integrity(ketelusan, ketepatan data dan maklumat yang dikemaskini) dan Availability (tersediaan data dan maklumat dengan cepat dan meluas).

SUMBER MANUSIA 4. Mengoptimumkan tenaga pakar dan petugas data dalam bidang pengurusan maklumat dan rekod elektronik (PMRE) (ie. (i)Champion PMRE -SSDP/SISPRO/SisKAP,SPOKAS, (ii)Champion ePAS (ePenyiaran Alam Siber-Web/WebTV, Radio Internet, Media Sosial dll) dan (iii) Champion IT Sekuriti) serta memperkasa kepakaran penganalisis data (cth data scientist, Big Data Analyst dll) untuk menguasai minda masyarakat di bawah pemantauan Setiausaha Perhubungan atau Setiausaha Kawasan sebagai Pengerusi IT diperingkat masing-masing sebagaimana dilakukan Setiausaha Agong PAS keatas Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dengan menjadi Pengerusi.

5. Mempertingkatkan ilmu kepenggunaan dan pembudayaan ICT dan Data Raya dikalangan pimpinan dan petugas parti disemua peringkat organisasi dengan menghadiri program latihan yang disusun Akademi Latihan IT ( ALIT ) untuk memahami Infrastruktur Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik (PMRE).

Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia.

Sumber BO - 17-12-2015


Guna Teknologi Siber Menangi Hati Manusia

PETALING JAYA: Ahli PAS perlu menggunakan ilmu teknologi maklumat terkini sebagai senjata lembut untuk masuk ke dalam hati-hati manusia dengan menyampaikan risalah Islam, demikian seru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Apatah lagi katanya, dalam perjuangan melalui demokrasi pilihan raya adalah perlu untuk mencari undi sebanyak-banyaknya dan bukan mencari ramai musuh sama ada mereka yang menjadi ahli PAS, menyokong PAS dan yang tidak bermusuh dengan PAS.
Katanya, menyampaikan mesej perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menyelamatkan manusia sememangnya memerlukan kesabaran dan keteguhan hati.

“Nabi sebut dalam satu hadis, bukan orang yang hebat dan pahlawan itu, orang yang gopoh dan cepat bertindah. (Tapi) Orang yang hebat itu, orang yang dapat mengawal diri apabila dia marah. Bila dia marah, dia dapat mengawal diri. Kalau terlalu marah, bukan sahaja cakap celupar, menulis pun celupar.

“Inilah peringatan saya, gunakan teknologi maklumat terkini, senjata yang lembut, yang masuk ke dalam hati-hati manusia. Gunakan kebijaksanaan, dengan sebaik-baiknya, ilmu yang cukup, alat teknologi yang canggih,” ujarnya pada Persidangan ICT & Data Raya di Dewan Sivik MBPJ, di sini 12 Disember lalu.

Beliau memberi nasihat agar jangan menulis sebarangan, secara tidak betul, terpaksa atau tidak tepat hujah dan tajuknya, sebaliknya mestilah bertujuan memperkenalkan Islam dengan uslub dan cara yang lembut untuk menarik manusia serta tidak membiarkan mereka.

Tuan Guru memetik kisah perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun AS supaya bertemu Raja Mesir yang taghut, paling angkuh dan zalim dalam sejarah manusia iaitu Firaun dengan menyerukannya secara lembut, halus dan mengemukakan kekuatan hujah-hujah.

“Kadang-kadang penceramah kita kerja penceramah, dia sedap orang bawa kuat takbir, dia syok sendiri, sasarannya tak sampai. Penulisan begitu juga. Dengan bahasa yang halus, dengan uslub yang baik. Tujuan kita untuk menarik seberapa ramai orang, seberapa banyak musuh, melembutkan hati-hati mereka.

“Walaupun dalam keadaan berperang, musuh menggunakan senjata, Allah berfirman, “Jika musuh itu cenderung kepada damai, terima pendamaian itu dan bertawakal kepada Allah.” Nanti mereka tipu? Mereka nak tipu kita? Allah berfirman, “Apabila mereka hendak menipumu, cukup Allah menolong kamu.”

“Kerana mesej kita untuk menyelamatkan manusia, seberapa ramai dan banyak. Bukan untuk membunuh seberapa banyak. Kita melihat bagaimana kedatangan Islam ke seluruh pelusuk dunia, membawa ‘futuhat’ pembukaan terhadap negeri-negeri dan hati-hati penduduknya. Bukan imperialisma dan kolonialisma (menjajah dan menakluk),” terangnya.

Jelasnya, kemasukan pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia walaupun mereka itu tidak terdiri daripada pemidato, penulis, peniaga dan pekerjaan yang hebat-hebat, tetapi telah menarik ramai manusia kepada Islam disebabkan akhlak dan uslub terbaik.

Beliau turut memetik peringatan Nabi SAW kepada Saiyidina Ali KW ketika mengetuai misi Perang Khaibar menghadapi kubu Yahudi paling kuat, ganas dan zalim supaya menyerukan Islam terlebih dahulu.

Katanya, kejayaan penulisan, hujah dan penggunaan ruang siber hingga seseorang mendapat hidayah akan menghadirkan pahala besar hatta setelah meninggal dunia, sebaliknya maklumat yang menyesatkan manusia hanya membawa dosa sangat besar.

“Tanggungjawab kita, umat pengikut yang setia menyampaikan mesej ini, kepada seluruh manusia. Kepada orang Islam sendiri, supaya mengerti apa dia Islam, diamalkan Islam secara yang betul. Menyampaikan Islam kepada orang yang bukan Islam dengan segala alat, teknologi dan kebijaksanaan mengikut mauduk dan tajuk Islam itu.

“Islam adalah ajaran yang sempurna dan cukup. Mesej Islam yang disampaikan mestilah mengikut mauduk dan tajuk Islam sebenar yang lengkap. Bukan Islam yang dikerat dan dipotong-potong. Mestilah hujah yang kuat, bukan dengan celupar, sebarangan,” nasihat beliau.

Menurut Tuan Guru, al-Quran menunjukkan kisah para Nabi dan Rasul AS berdialog dengan pemimpin dan kaum di zamannya dan tidak menghabiskan masa melayan dan menjawab hujah-hujah orang jahil.

Katanya, ramai yang terlalu banyak menjawab kata-kata orang tanpa menerangkan mengenai Islam, menyebabkan dakwah dan mesej tidak berkesan.

Beliau turut menerangkan kepentingan menggunakan uslub yang baik sebagaimana diperintahkan para Nabi dan Rasul meletakkan sesuatu pada tempatnya serta menyampaikan dalam bahasa difahami sasaran.

Oleh itu tegasnya, setiap bidang ilmu itu dimahiri sebaiknya dan tidak memperkatakan perkara tidak diketahui berlebihan sehingga menimbulkan celaru dan salah faham.

Sumber PP - 14-12-2015



Mengapa Anda Perlu Mengelak Menggunakan Noktah Ketika Bermesej
Posted on Monday, December 14 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Nampaknya penggunaan noktah mungkin tidak lagi relevan di dalam kehidupan virtual kita sehari-hari.

Menurut satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Binghamton yang diketuai oleh Professor Celia Klin, penggunaan noktah pada hujung perkataan di dalam mesej teks(texting) akan membuatkan si penghantar itu kelihatan tidak jujur.

Sebagai contoh, jika anda dan pasangan anda bergaduh, anda akan dilabel tidak jujur dengan jawapan yang anda berikan jika menggunakan noktah.

Pasangan : Nanti jangan buat lagi tau.
Anda : Ok.

Pakar psikologi dari universiti tersebut menjalankan kajian itu ke atas 126 orang pelajar, yang dikehendaki membaca & membalas beberapa mesej di atas skrin(texting) atau bertulis.

Di dalam kajian pertukaran mesej itu, penghantar mesej diperlukan untuk memberi satu soalan jemputan kepada penerima; sebagai contoh : "Saya ada satu tiket wayang lebih. Nak ikut?'.

Penerima mesej berkenaan pula diperlukan membalas mesej-mesej berkenaan dengan menggunakan hanya satu patah perkataan seperti contoh "Okay", "Baik", "Yeah" atau "Yup".

Separuh dari pelajar-pelajar itu membalas dengan menggunakan tanda noktah pada hujung ayat manakala separuh lagi sebaliknya.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, mesej teks(texting) yang berakhir dengan tanda noktah disifatkan kurang jujur berbanding dengan mesej teks yang tidak berakhir dengan tanda noktah.

Sebaliknya, pelajar-pelajar yang menggunakan kaedah bertulis melaporkan biarpun mesej itu berakhir ataupun tidak berakhir dengan noktah, mereka masih merasa ianya jujur.

Hasil dari ujian ini mencadangkan penggunaan tanda baca di dalam mesej teks(bertaip) boleh menyampaikan mesej yang tidak tepat kepada penerima.

"Di dalam dunia texting dan IMing... cara untuk menghabiskan(satu-satu ayat) adalah dengan berhenti begitu sahaja, tanpa sebarang tanda baca.

"Dengan meletakkan satu noktah bermakna pembaca perlu memahami kenapa anda melakukannya. Apa yang mereka akan simpulkan(dengan penggunaan noktah) adalah seperti 'Ini adalah yang terakhir, ini adalah pengakhiran kepada perbualan ini atau ini sahaja yang terakhir yang mampu aku berikan'", kata Klin. - Siakapkeli.my 

Sumber TKO - 14-12-2015




Masjid Kedekut WiFi
Posted on Monday, December 14 @ 06:54:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perkara ini perlukan perhatian pihak pengurusan masjid di seluruh Negara. Ini kerana masjid bukan harta persendirian pihak AJK yang dilantik, tetapi adalah hak milik masyarakat Beragama islam diseluruh Negara. Cerita ini bukanlah nak  ‘condem’ pihak masjid , Cuma ingin menambah baik cara masjid diurus oleh AJK yang diberi amanah agar sentiasa peka dengan kehendak pasaran umat islam setempat. Ada satu masjid di kawasan shah alam tu memang kedekut nak bagi password wifi...'tension' betul..

Sepanjang persinggahan dimasjid-masjid dilembah kelang ini, dari 10 masjid yang disinggahi untuk menumpang solat, 9 daripadanya mempunyai rangkaian internet WIFI mereka sendiri. Dari 9 itu, 2 WIFI masjid tersebut berstatus ‘Free Access’ yakni boleh disambungkan tanpa perlu dimasukkan password sementara 7 lagi memerlukan password.

Dari statistic ini menampakkan bahawa, majority pihak pengurusan masjid tidak membenarkan jemaah yang hadir untuk menggunakan WIFI di masjid mereka secara percuma, kerana itulah mereka menetapkan PASWORD kepada rangkaian WIFI mereka.

Dari pengalaman yang lalu, saya pernah meminta jasabaik pihak pengurusan masjid untuk mendapatkan PASSWORD WIFI mereka sementara menunggu masuknya waktu isyak dan kebetulan tiada kuliah maghrib dimasjid yang saya singgahi.



Apa yang mengecewakan adalah, pihak pengurusan masjid cuba berdolak dalik mengatakan mereka tidak tahu apa passwordnya. Agak janggal kalau pihak AJK sendiri tidak tau password wifi masjid mereka sendiri ataupun sememangnya mereka tidak membenarkan orang bukan AJK menggunakan wifi mereka?



Terfikir sejenak! Adakah yuran bulanan internet masjid itu dibayar oleh orang persendirian ataupun dari kutipan tabung-tabung harian dan juga kutipan dari jemaah pada solat jumaat setiap minggu? Tidakkah ini bermakna , dengan infak dan sedekah oranglah pihak pengurusan masjid membayar itu dan ini bagi memenuhi keperluan masjid tersebut.



Kalau pihak AJK masjid tidak membenarkan orang ramai mengambil air dimasjid untuk tujuan perniagaan dan persendirian , itu senang untuk difahami. Begitu juga dengan elektrik yang ada kos langsung jika dipakai oleh jemaah yang hadir disitu.



Tapi bab internet ini saya agak sedikit tidak setuju pihak masjid ‘mengunci’ siaran WIFI mereka. Disinilah yang pihak AJk masjid boleh gunakan untuk mendekati anak-anak muda yang sentiasa rapat dengan dunia internet. Biarlah WIFI masjid itu di buka tanpa perlu ‘kunci dengan password’ ataupun pamerkan password mereka di papan notis masjid.



Masjid Negara yang besar itu pun tidak perlu password untuk menyambung ke WIFI mereka. Bila semua orang boleh duduk dimasjid sambil menunggu waktu solat seterusnya, bolehlah mereka membaca dan menonton perkara tertentu di ‘smart phone’ mereka dengan kelajuan yang tinggi dari wifi masjid itu berbanding dengan internet mobile telephone mereka yang terhad dengan quota tertentu.



Bagi saya , dengan keprihatinan pihak AJK masjid dalam berkongsi WIFI kepada jemaah tanpa perlu sebarang sekatan pin dan sebagainya, maka sampailah hajat para jemaah-jemaah yang menyumbang duit mereka setiap hari dalam tabung-tabung masjid agar institusi masjid itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai.



Tugas dakwah ini bukan setakat pendakwah-pendakwah sahaja, pihak AJK masjid juga perlu memahami bagaimana menjadikan masjid mereka mesra jemaah dan mesra semua peringkat umur dan juga mesra keperluan semasa. Ini juga adalah unsur dakwah yang perlu diterapkan dalam setiap diri AJK masjid tersebut.



Adalah suatu pembaziran yang nyata jika pihak masjid yang melanggan unifi yang paling murah RM149 sebulan dengan quota 60G (unlimited usage) Cuma sekadar tengok email dan berfacebook serta buat blog untuk pihak masjid. Kalau itulah keperluan pihak AJK masjid tersebut, adalah lebih baik pakai WIFI pada ‘smartphone’ AJK itu dari melanggan unifi yang hanya membazirkan duit derma orang ramai sahaja.



Akhirnya, kongsikanlah password unifi kalian wahai AJK masjid-masjid diseluruh Negara. Jadikan masjid sebagai tempat lepak anak-anak kita daripada membiarkan mereka duduk berjam-jam di cyber café tanpa solat dan juga tanpa pemantauan.



Ada satu masjid di seksyen 27 shah alam itu, walaupun wifi nya berpassword, tapi pihak AJK menampalkan kata laluan itu dipapan kenyataan masjid dan ini memberi impak kepada jemaah terutama anak-anak muda untuk ‘port’ dimasjid berbanding di kedai mamak untuk mendapatkan wifi percuma.



Jawatan AJK itu bukan hak persendirian, Cuma dipertanggunjawabkan untuk menguruskan masjid dan dipertanggungjawab untuk memakmurkan masjid. Biarlah setiap sen dari kutipan tabung-tabung masjid itu dapat memberi manfaat yang maksima kepada jemaah disekitar dan juga jemaah yang lalulalang di tempat kalian.



berita semasa @ www.dadiydoo.com




Sumber TKO - 14-12-2015






Persidangan ICT & Data Raya 2015 Masih Banyak Perkara Perlu Di Tambah Baik
Posted on Sunday, December 13 @ 17:51:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semalam telah diadakan Persidangan ICT & Data Raya 2015 dengan Tema "Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi" di Dewan Auditorium MBPJ, Petaling Jaya.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas apa yang dibentangkan oleh ahli panel yang membentangkan kertas kerja pada persidangan tersebut. Saya ingin mengulas secara umum serta konsep perlaksaan sahaja kerana persidangan ini dilakukan sekitar 4 tahun sekali bermula pada 2000, 2003, 2007, 2011 dan pada kali ini 2015. Lagipun JITP sudah gebap 15 tahun penubuhannya.



Kehadiran pada persidangan kali ini agak memuaskaan, wakil IT setiap kawasan diminta hadir dengan pendaftaran agak ketat mesti ahli PAS.

Urusetia agak baik tapi ada beberapa kelemahan yang biasa apabila diurus oleh Suhaimi Embong di mana ada 2 orang ahli panel menyebut mereka baru dihubungi seolah-olah macam persediaan tidak rapi, apatah lagi yang menyebut tersebut ialah Dr. Rosli Yaakub, Pengarah Urusan Harakah.

Masa yang agak suntuk dengan 6 kertas kerja suatu yang perlu diteliti  oleh pihak penganjur kerana ini tidak banyak memberikan kesan yang baik terhadap perjalanan majlis terutamanya untuk sesi dua hala seperti soal jawab.

Data Raya/Big Data

Data Raya bagi saya sangat jauh untuk dibincangkan oleh PAS dalam konsep pelaksanaannya tetapi saya setuju jika data raya ini dibahaskan dalam persediaan PAS menghadapi cabaran dalam alaf akan datang terutamanya menghadapi Barisal Nasional yang mengkin menggunakannya sebagai senjata untuk menguasai maklumat.

Negara Malaysia sendiri pun masih belum mampu untuk mendapatkan sendiri data ini. Malah Kementerian Pendidikan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri dikatakan telah membeli data daripada luar negara dengan kos jutaan ringgit bagi mendaptkan matlumat tertentu. LHDN sudah tentu kita tahu mereka ini mendapatkan maklumat sumber kekayaan rakyat bagi menambahkan hasil cukai kerajaan. Tak hairanlah hasil pendapat melalui cukai makin meningkat setiap tahun.

Jika kita nak beli data SPR pun kita masih berfikir-fikir. Itu pun belum lagi harga jutaaan. Harga data SPR sekitar RM40K yang mana JITP terpaksa menggunakan pekerja untuk membuat data sendiri yang memakan masa berbulan-bulan. Bagaimana kitaa nak sebut Data Raya dalam pengurusan maklumat dan pengurusan Rekod Elektronik seperti yang dibentangkan oleh Pengarah JITP pada kertas kerja ke-4?

Itu belum kita bercakap soal data keahlian PAS yang mana proses pemutihan ahli masih belum sepurnaa sepenuhnya kita pula terpaksa membersihkan sekali lagi untuk membuang ahli yang kini dah jadi PAN. Itu pun rasanya masih belum bermula!

Tambah parah kalau saya katakan bahawa ada orang yang diamanahkan untuk menjaga data PAS telah bertukar menjadi PAN dan mencuri serta membawa lari data dan maklumat PAS.

PAN ni memang semuanya dia nak curi dan bawa lari. Daripada kerusi Perlimen dan DUN, Bangunan PAS, Pasti malah cara kerja PAS pun dicopywrite bulat-bulat.

Saya berpendapat kertas kerja ke-6, Pengurusan Data Raya Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 masih belum sesuai. Macam mana perkara yang belum ada nak diuruskan. Saya rasa apa yang dibentangkan hanya sekadar pengurusan maklumat yang sedia ada tidak lebih daripada itu.

Walaupun bagaimanapun konsep DATA RAYA atau BIG DATA berjaya diperkenalkan pada persidangan kali ini.

Di mana Harakah?

Saya menunggu berita daripada harakah tentang perjalanan persidangan ini. Malangnya harakah hanya sekadar menyiarkan teks ucapan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Penerangan PAS. Terdapatlah 3 gambar disiarkan bersama dengan teks Ustaz Nasharuddin.

Ucapanya Presiden pada majlis penutupan persidangan tersebut walaupun pendek ada maksud yang sangat jelas dan baik untuk tatapan pembaca umum tidak disiarkan. Malang bagi PAS kalau berita kehadiran Presiden tidak ada dalam akhbar PAS Harakah. Adakah kita mengharap Malaysiakini atau Malaysian Insider menyiarkannya?

Mereka tidak akan siar melainkan jika ada sesuatu yang boleh untuk mereka 'spin' bagi memburukan PAS atau Presiden PAS sendiri!

Dr Rosli Yaakub patut ambil tahu perkara dan hal ini dengan lebih detail!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 

Sumber TKO - 13-12-2015


Catatan Ucapan Presiden PAS Menutup Persidangan ICT dan Data Raya 2015


Surah Fussilat: 33-35

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

IMG_20151213_131147

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

IMG_20151213_131703

1. Kita umat akhir zaman dikurniakan oleh Allah sedikit ilmu dan teknologi.

2. Kita menyambung tugas untuk menyampaikan risalah dakwah yang dibawa oleh para rasul kepada seluruh ummah.

3. Tiga kategori ummah:

i. Ummah dakwah – seluruh manusia

ii. Ummah ijabah – yg terima seruan islam

iii. Ummah ittiba’ – penganut setia

Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita untuk mnyampaikan mesej Islam kepada seluruh manusia dengan menggunakan semua alat, teknologi dan pendekatan.

4. Islam adalah ajaran yang sempurna; ajaran Islam mesti disampaikan mengikut mawdhuknya yang menyeluruh – bukannya secara terpisah – Fahami dahulu apa yg kita nak sampaikan agar kita tidak menyampaikan ajaran yg salah.

IMG_20151213_131108

5. Mesej Islam mesti disampaikan melalui uslub yang baik & sesuai
i. seruan dakwah kita adalah untuk menarik dan mendekatkan manusia kepada Islam

ii. kejayaan menarik orang kepada Islam adalah sangat besar

iii. dosa menyesatkan orang dengan ucapan atau tulisan kita adalah juga sangat besar

6. Gunakan teknologi maklumat sebagai senjata lembut yang menyampaikan Islam agar masuk dalam hati-hati manusia – mencari ahli yang sebanyaknya, bukan membuat musuh.

Sumber BO - 13-12-2015
























































































































































PIDR 2015: Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR 2015)  dianjurkan oleh Pertubuhan Jaringan IT Malaysia akan diadakan selama sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada 12 Disember, 2015  bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor.

Menurut Pengarah program Shuhaimi Embong, selain pendaftaran secara online, mereka yang tidak sempat berbuat demikian boleh mendaftar terus dikaunter berlainan pada hari esok.

Beliau tidak dapat memastikan jumlah sebenar yang akan hadir tetapi sehingga kini sekitar 500 peserta telah mendaftar secara atas talian. Jika berdasarkan pengalaman lepas sambutannya sehingga 700 peserta. Oleh itu, pihak urusetia membuat persiapan awal  bagi memastikan program berjalan lancar.

“Sekretariat program memutuskan untuk membuka kaunter pendaftaran terus kerana Jawatankuasa IT Pusat mencadang pihak Adun turut dibenarkan menghantar pegawai media dan data masing-masing. Jadi mereka akan terus mendaftar di kaunter tersebut,” ujar Shuhaimi.

Dalam perkembangan yang sama, Shuhaimi memaklumkan tiada siaran langsung melalui hijau.fm atau mana-mana tv internet persidangan kali ini.

Antara pembentang ialah Prof Dr Shahrom A. Noh, Dr Rosli Yaakop, Shuhaimi Embong, Timbalan, Dr Hani Ali.

Selain itu Timbalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Wan Nik Wan Yusof, akan membentangkan satu kertas bertajuk, “Pengurusan Data Raya untuk Pilihan Raya umum ke-14”.

Sesi perbincangan pada petangnya dikendalikan oleh Zaidy Abdul Talib, Exco Kerajaan Negeri Selangor dijangka melibatkan, Ibrahim Sufian (Pengarah Merdeka Center), Nasarudin Hassan (Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS) dan Datuk Abdullah Che Nawi (Exco Kerajaan Kelantan yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan).

Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan akan memberikan ucaptama pada sesi sebelah petang dan perasmian penutup dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 11/12/2015

Sumber HD - 11-12-2015



Mara Digital: Mampukah Usahawan ICT Bumiputera Bertahan?

MARA-Digital-IT-Center-1
Oleh : Shuhaimi Embong

KEWUJUDAN Mara Digital di Menara MARA, Kuala Lumpur dilihat sebagai alternatif kepada pengguna dan membuka ruang khususnya kepada usahawan Bumiputera mempunyai pusat perniagaan ICT yang tersendiri.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan media berkata, “penubuhan pusat perniagaan yang dikhususkan untuk peniaga bumiputera itu telah direalisasikan selepas tiga bulan cadangan pelaksanaannya Digital Mara sama seperti pusat perniagaan ICT yang lain. Mereka menjual get dan aksesori yang sama.

Pusat IT ini walaupun peniaganya 100 peratus di kalangan Melayu dan Bumiputera tetapi untuk penggunanya saya harap ia meliputi semua kaum,” katanya ketika merasmikan pusat Mara Digital pada Selasa, 8 Disember lepas.

Apa pun saya ucapkan tahniah pada MARA yang dikatakan agensi menjadi “paying orang Melayu” sanggup memulakan usaha Perniagaan ICT di Menara MARA ini. Sekurang-kurangnya ia memberikan pilihan kepada pelanggan yang tak sempat pergi ke Bukit Bintang yang sentiasa sibuk.

Saya tidak sempat hadir untuk melihat sendiri, pelancaran “Lowyat 2” yang dugembar gemburkan oleh warga maya setelah berlaku kekecohan “perkauman” di Plaza Low Yat di Bukit Bintang yang sangat popular.

MARA-Digital-Kuala-Lumpur-Launch-28-600x401

Saya juga benar-benar berharap ianya tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam atau respons kepada marah kepada apa yang berlaku di Low Yat tempohari tanpa MARA dan Menteri yang bertanggungjawab juga mempunyai perancangan bagi memastikan perniagaan ICT bumiputera ini mampu berdaya saing dalam bidang perniagaan ICT.

Menteri berkenaan cepat menagkis soalan-soalan sinis dari pelbagai pihak bila ada yang mengatakan, pusat digital MARA ini mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Malah beliau semacam terdesak bila dilaporkan berkata, “kita jangan dengar cakap-cakap MARA tidak mampu bertahan. Anggap ini sebagai cabaran untuk terus maju. Saya yakin dengan apa yang Mara lakukan hari ini, akan melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan Bumiputera khususnya dalam bidang ICT ini.

Saya juga berharap ianya mampu bertahan lebih daripada 6 bulan kerana peniaga di situ dikecualikan membayar sewa selama enam bulan dan Digital MARA ini boleh berkembang lebih daripada satu tingkat terletak di Aras 3 Menara MARA dengan 38 ruang niaga untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan lebih murah dan juga memberikan peluang perniagaan ICT kepada usahawan bumiputera yang lain juga.

Bagi rakyat terbanyak adalah Digital MARA ini perlu dibuka dinegeri-negeri di luar Klang Valley ini untuk membolehkan orang-orang Melayu di sana mendapatkan gajet-gajet ICT dengan harga yang lebih murah dan berpatutan bila usahawan-usahawan bumiputera terpaksa bersaing secara sihat di bawah satu bumbung seperti yang dilakukan oleh MARA dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebagai contoh mudah, mungkin Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkerjasama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, untuk buka MARA Digital di Kuala Berang ataupun setidak-tidaknya di Kuala Terengganu untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada rakyat negeri tersebut.

Sumber BO - 10-12-2015


























































































































































PIDR 2015 dijangka dapat tumpuan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR 2015)  dianjurkan oleh Pertubuhan Jaringan IT Malaysia akan diadakan selama sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada 12 Disember, 2015  bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong yang juga Pengarah program ini berkata, jawatankuasa penganjur telah memilih logo PIDR2015 dengan tema persidangan kali ini adalah, “Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi’  

Beliau berkata, beberapa orang tokoh akademik dan industri IT yang berkaitan dengan Data Raya ini telah bersetuju untuk membentangkan kertas dan pandangan mereka.

Diantara pembentang yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Prof Dr Shahrom A. Noh seorang ahli akademik yang menjadi Perunding Big Data yang terkemuka akan membentangkan ‘Perlaksanaan Data Raya (Big Data) – Strategi dan Cabaran”  dan seorang Perunding Keselamatan IT yang menjadi Chief Information Security Officer di sebuah syarikat multinasional terkemuka akan membentangkan satu kertas berkaitan dengan “Information Security – Keselamatan Data dan Rekod (Maklumat) dalam era siber”

Selain dua kertas yang dijangka menjadi tumpuan pada PIDR2015, terdapat empat lagi kertas yang akan turun dibentangkan bagi menjadikan persidangan ICT dan Data Raya ini sesuatu yang penting.

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop membentangkan pengalaman ‘Pelan Strategik dan Perancangan Bersepadu Pembangunan “Big Data” dan  Pengarah JITP, Shuhaimi Embong akan membentangkan kertas bertajuk “Data Raya – Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik”  serta Timbalan Pengarah JITP, Dr Hani Ali pula membentangkan dari aspek “Penyelidikan dan Latihan Data Raya.

Manakala Timbalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Wan Nik Wan Yusof akan membentangkan satu kertas bertajuk, Pengurusan Data Raya untuk Pilihan Raya umum ke-14” yang dijangka turut menarik perhatian ramai peserta persidangan nanti.

Selain kertas kerja yang dibentangkan pada sebelah pagi, satu diskusi berkaitan tema persidangan, ‘Kuasai Data raya, Kuasai Informasi’ akan diadakan pada jam 2 petang dikendalikan oleh Zaidy Abdul Talib, Exco Kerajaan Negeri Selangor dijangka melibatkan, Ibrahim Sufian (Pengarah Merdeka Center), Nasarudin Hassan (Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS) dan Datuk Abdullah Che Nawi (Exco Kerajaan Kelantan yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan).

Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan akan memberikan ucaptama pada sesi sebelah petang kerana program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan IT PAS setiap empat tahun sekali dan perasmian penutup dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pra pendaftaran peserta dilakukan secara online di http://www.pas.org.my/pict2015 - HARAKAHDAILY 9/12/2015

Sumber HD - 9-12-2015


Google Mempatenkan Kaedah Mendapatkan Sampel Darah Tanpa Jarum
Posted on Monday, December 07 @ 19:49:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Google melalui bahagian Life Science (yang kini beroperasi dibawah Alphabet) memfokuskan kepada beberapa perkara berkaitan kesihatan. Untuk penyakit berkaitan diabetes, sebelum ini Google telah memperkenalkan kanta lekap pintar, dan kini mereka menerima sebuah paten untuk sebuah kaedah baru mengumpulkan kuantiti darah yang sangat kecil untuk tujuan ujian ringkas.

Pada hari ini, untuk penyakit diabetes, seringkali jarum digunakan untuk menyemak kadar gula dalam darah. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai, dan kadang-kala kuantiti darah yang tinggi tidak diperlukan untuk tujuan berkenaan.

Melalui paten yang difailkan oleh Google ini, ia menggunakan gas zarah bersaiz mikro untuk melepasi kulit, dan mengumpulkan bebola darah bersaiz kecil ke dalam sebuah bekas dibawah tekanan.

Ia juga mungkin dilengkapkan didalam jam tangan pintar atau sebagainya yang memudahkan mereka yang mempunyai diabetes untuk menyemak kadar darah dalam gula mereka dengan mudah.
Google Jarum Diabetes
Buat masa ini, Google hanya sekadar memfailkan paten untuknya sahaja, dan tidak berkongsi sebarang perancangan untuk hadir dengan peranti berkenaan. Seperti biasa, pelbagai syarikat seringkali memfailkan paten untuk produk yang mungkin dibangunkan – tetapi tidak komersialkannya. Apa pun, jikalau produk berkenaan diperkenalkan oleh Google, ia semestinya akan membantu ramai pesakit diabetes di seluruh dunia – serta menjana pendapatan tambahan untuk Alphabet.


Sumber Rujukan: RT Sumber Amanz



Sumber TKO - 7-12-2015



Nostalgia Persidangan ICT dan Media Baru 2011

Posted on Friday, December 04 @ 18:25:36 MYT by paktam

Oleh SHUHAIMI EMBONG 

KETIKA ini terdapat keperluan untuk berbagai organisasi termasuk PAS sebagai sebuah parti politik utama di negara sekarang ini mahu tidak mahu mesti membincangkan bagaimana untuk memanfaatkan info-struktur ‘big data’ atau data raya ini dalam membuat keputusan terutama dalam aspek-aspek pentadbiran organisasi dan juga pilihan raya.

Dalam persidangan ICT dan Data Raya 2015 ini selain daripada penggerak-penggerak ICT  persidangan ICT ini tidak berjaya jika Setiausaha  Ketua Penerangan dan Pengarah Data Pilihanraya daripada pelbagai peringkat tidak hadir membincang dan merumuskan satu resolusi berntindak bagi membentuk satu jaringan Data Raya yang perlu dibangunkan segera.  

Ramai yang bertanya, apa tujuan  Persidangan ICT dan Data Raya 2015 ini diadakan. Saya tidak bercadang untuk menulis kenapa ia diadakan. Tetapi saya ingin memaklumkan bahawa biarlah persidangan itu sendiri yang menentukan penting atau tidak PIDR 2015 ini kepada PAS khususnya untuk persediaan menghadapi PRU ke-14.

Persidangan ini diadakan kira-kira 2 tahun atau lebih diadakan untuk membolehkan jentera pelbagai peringkat yang ada kaitan dengan ICT membuat persediaan sebelum PRU ke-14. Sebagai nostalgia Persidangan ICT dan Media Baru 2011 diadakan kira-kira 2 tahun seelum PRU ke-13 diadakan telah dihadiri lebih kurang 700 orang peserta dan menghasilkan resolusi PIMB2011 yang tersendiri. 

RESOLUSI PIMB2011

Ketika saya diamanahkan sebagai Pengarah PIMB2011 setelah dipersetujui oleh Peserta Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB2011) saya telah membentangkan resolusi berbunyi seperti di bawah;

Bahawa dengan ini, Persidangan ICT dan Media Baru 2011 yang bersidang pada hari ini, 24 Dzulkaedah 1432H bersamaan 22 Oktober 2011, di Dewan Datuk Ustaz Fadhil Noor, KUIZM, Gombak, Selangor telah menggariskan beberapa ketetapan untuk dilaksanakan oleh seluruh jentera Penerangan, ICT dan Media Baru, iaitu:

Sumber Manusia
(1)   Lajnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lajnah ICT (LICT) membangunkan satu pasukan kerja (“squad”) siber ie Kelab Media PAS atau PAS Media Club (PMC), Badan Bukan Kerajaan (NGO IT) dan lain-lain dengan tugasan khusus dalam bidang ICT dan Media Baru melalui rangkaian tenaga petugas sukarelawan (volunteers) yang dapat bergerak sebagai agen perubahan (change agent) dalam menyampaikan mesej/maklumat sebenar, telus secara dan beretika kepada masyarakat bagi memperkukuh dan memperkasakan gabungan kerja jentera Penerangan dan ICT yang bersepadu menghadapi PRU ke-13.

Info-struktur (Infostructure)
(2) Menyarankan Lajnah Penerangan & Dakwah mewujudkan Urusetia Penyiaran Media Baru melalui kerjasama mantap dan bersepadu antara penyedia teknologi (JITP/JITN) dan penyedia bahan/maklumat (Lajnah Penerangan)  di peringkat pusat, negeri, kawasan dan MTD bagi merancakkan lagi penyampaian maklumat atau mewarwarkan lagi inisiatif atau kegiatan parti kepada ahli atau rakyat secara tersusun/tersepadu sama ada secara formal (ie. penerangan) dan tidak formal (ie. saraf) dalam pelbagai format (teks, grafik, audio, video, multimedia, etc) dan melalui pelbagai saluran  media baru secara atas talian (online) seperti WebTV (ie TVPAS, KTV, AmanTV, Terengganukini dll) dan melalui TV offline atau “wayang pacak” ( ie. VCD/DVD) secara offline tanpa meninggalkan peranan media cetak seperti Harakah yang sangat berpengaruh.

(3) Menyarankan Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Jabatan IT PAS (JITP) mewujudkan Makmal IT (MIT) dan Akademi Latihan Teknologi Maklumat (ALIT) untuk melatih petugas sukarelawan secara profesional dalam bidang ICT dan Media Baru (internet, SMS, MMS,  EDGE/GPRS, 3G, Facebook, twitter, youtube dll) secara sistematik dan terancang.

Kandungan Aplikasi (Application Content)
(4) Untuk memastikan aplikasi KomITeP-Komunikasi IT dan ePAS (seperti Google Apps, emel@PAS,dll) yang dibangunkan untuk penyebaran maklumat dalam bentuk elektronik dan  komunikasi maklumat dalaman parti dengan selamat dibudayakan pengunaannya oleh pegawai dan pemimpin PAS.

(5) Bagi memastikan akan kandungan maklumat yang dikeluarkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli PAS menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri dan memikul amanah dan petanggungjawaban dengan apa jua kandungan aplikasi Media Baru (eg Blog, FB, Twitter dan lain-lain) yang berpunca dari mereka. –

Penulis adalah Pengerusi Jaringan IT Prihain Malaysia

Sumber DD - 4-12-2015



Media baharu jejas kredibiliti dunia kewartawanan

Posted on Friday, December 04 @ 12:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGETOWN - Kewujudan laman portal dan media baharu yang tidak beretika terutama di laman sosial sedikit menjejaskan kredibiliti dunia kewartawanan masa kini.

Malah perkembangan media baharu yang semakin pesat bakal menyebabkan syarikat media tempatan hilang identiti akibat persaingan media sosial yang semakin menjadi pilihan masyarakat masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya berkata,
pengaruh media sosial ketika ini mewujudkan ramai 'wartawan warga' yang membawa pelbagai berita dan isu-isu terkini kepada masyarakat.

Beliau berkata, keadaan itu memberi kesan terhadap kredibiliti dan identiti wartawan sebenar apabila masyarakat lebih mempercayai berita disampaikan menerusi media sosial termasuk mempertikaikan berita yang disiar akhbar atau televisyen.

"Kini masyarakat mempunyai pelbagai pilihan dan akses dalam mendapatkan sesuatu maklumat.
"Malah pada masa kini sesiapa juga boleh menjadi wartawan dan berkongsi berita tanpa mematuhi etika serta cara kerja seorang penyampai berita yang sebenar," katanya selepas menjadi panel dalam 'Forum-Kompetensi dan Cabaran Graduan Media dan Komunikasi Massa Kini' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.‎

Mengulas lanjut isu itu, Dr Chamil berkata, kredibiliti dan identiti pengamal media hari ini tergugat apabila wujud golongan masyarakat yang mula tidak mempercayai media dan menolak berita yang disiar.

"Fakta dan kesahihan berita yang disiarkan mula dipertikaikan walaupun pengamal media terikat dengan etika kewartawanan terutama dalam memastikan sumber berita.

"Sebelum ini tidak pernah berlaku dan masyarakat berpegang kepada berita disiar media dan kredibiliti pengamal media tidak terganggu," katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu dijangka tidak berpanjangan dan akan tamat bila tiba masanya kerana masyarakat sedang melalui proses kematangan dari segi teknologi terutama melibatkan penggunaan media sosial.

"Bagi mengatasi masalah ini, pengamal media profesional perlu sentiasa berpegang teguh dengan etika kerwartawan dalam menjaga imej profesion itu selain memastikan segala berita dilaporan adalah tepat dan tidak melakukan sebarang kesilapan termasuk pemilihan ayat," katanya. - SH 

Sumber TKO - 4-12-2015



Wifi Lembab? 3 Sebab Ini Mungkin Menjawab Kenapa Wifi di Rumah Anda Jadi Lembab
Posted on Thursday, December 03 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sekiranya anda melanggan perkhidmatan internet dan menggunakan router wifi, anda mungkin pernah merasa wifi di rumah anda menjadi lembab secara tiba-tiba. Dan tak dapat dinafikan masalah ini boleh mendatangkan kemarahan.

Ada banyak sebab mengapa wifi lembab. Antara sebab yang biasa router panas, menggunakan live streaming / bermain games online, atau kedudukan router yang jauh dari peranti anda.

Selain dari sebab-sebab yang biasa seperti diatas, disini kami kompilkan 3 lagi sebab yang mungkin anda tidak jangka boleh menjadi penyebab wifi anda lembab.

1 - Lampu, Peti Sejuk, etc.



Pakar dari Ofcom dalam satu kajian pada awal bulan ini mendapati barangan elektronik seperti lampu, peti sejuk, speaker, baby monitor, telefon tanpa wayar dan pembuka pintu garaj bertanggungjawab mengganggu signal wifi ketika signal itu bergerak ke arah komputer.

Ia kerana kesemua peralatan elektronik ini turut mengeluarkan gelombang radio; gelombang yang sama dikeluarkan oleh router di rumah anda.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan router anda berjauhan dengan peralatan-peralatan elektronik ini.

2 - Wifi jiran sebelah




Router di rumah anda mengeluarkan signal wifi yang menggunakan satu channel(frekuensi) dari beberapa channel yang telah tersedia.

Namun, router moden akan cuba memilih untuk menggunakan channel yang terbaik dan tidak sesak secara automatik tetapi itu juga mungkin bermakna anda dan jiran anda menggunakan channel yang sama.

Anda boleh mengubah channel mana yang patut digunakan oleh router anda dengan menggunakan manual yang tersedia.



 3 - Orang di dalam rumah


Mungkin anda pernah merasa wifi lembab ketika ramai orang berada di dalam rumah anda. Tapi ini bukan sahaja disebabkan mereka turut menggunakan wifi yang sama.

Satu eksperimen dari University of California mendapati jumlah manusia di satu-satu tempat mempunyai impak terhadap signal. Kajian itu mendapati signal wifi menjadi tidak menentu ketika kehadiran ramai orang di satu-satu tempat.

Di dalam kajian itu, dua adapter wifi diletakkan di hujung setiap bilik. Signal wifi menjadi lemah apabila seseorang berjalan diantara kedua-dua signal itu.

Lebih teruk, signal itu menjadi tidak menentu dengan kehadiran ramai manusia di dalam bilik tersebut walaupun tidak menghalang laluan signal.

Saintis berharap mereka dapat menggunakan hasil kajian ini untuk mengira jumlah manusia di salam sesebuah bilik menggunakan signal wifi untuk tujuan keselamatan dan operasi mencari dan menyelamat.

- Siakapkeli.my 

Sumber TKO - 3-12-2015


PIDR2015 pada 12 Disember, 2015 dijangka mendapat tumpuan

KUALA LUMPUR, 1 Disember  - Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR 2015) dianjurkan oleh Pertubuhan Jaringan IT Malaysia akan diadakan selama sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada 12hb Disember, 2015 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 1hb Disember, 2015, Pengerusi Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong yang juga Pengarah program ini berkata, jawatankuasa penganjur telah memilih logo PIDR2015 dengan tema persidangan kali ini adalah, “Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi’.

Beliau berkata, beberapa orang tokoh akademik dan industri IT yang berkaitan dengan DataRaya ini telah bersetuju untuk membentangkan kertas dan pandangan mereka.

Diantara pembentang yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Prof Dr Shahrom A. Noh seorang ahli akademik yang menjadi Perunding Big Data yang terkemuka akan membentangkan ‘Perlaksanaan DataRaya (Big Data) – Strategi dan Cabaran” dan seorang Perunding Keselamatan IT yang menjadi Chief Information Security Officer disemua syarikat multinational terkemuka akan membentangkan satu kertas berkaitan dengan “Information

Security – Keselamatan Data dan Rekod (Maklumat) dalam era siber”

Selain dua kertas yang dijangka menjadi tumpuan pada PIDR2015, terdapat 4 lagi kertas yang akan turut dibentangkan bagi menjadikan persidangan ICT dan Data Raya ini sesuatu yang penting.

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop membentangkan pengalaman ‘Pelan Strategik dan Perancangan Bersepadu Pembangunan “Big Data” dan Pengarah JITP, Shuhaimi Embong akan membentangkan kertas bertajuk “Data Raya – Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik” serta Timbalan Pengarah JITP, Dr Hani Ali pula membentangkan dari aspek “Pemerkasaan ALIT Hadapi Cabaran Data Raya".

Manakala Timbalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Wan Nik Wan Yusof akan membentangkan satu kertas bertajuk, Pengurusan Data Raya untuk Pilihanraya umum ke-14” yang dijangka turut menarik perhatian ramai peserta persidangan nanti.

Selain kertas kerja yang dibentangkan pada sebelah pagi, satu diskusi berkaitan tema persidangan, ‘Kuasai Data raya, Kuasai Informasi’ akan diadakan pada jam 2 petang dikendalikan oleh YB Zaidy Abdul Talib, Exco Kerajaan Negeri Selangor dijangka melibatkan, En Ibrahim Sufian (Pengarah Merdeka Center), YB Nasaruddin Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS) dan Dato’ Abdullah Che Nawi (Exco Kerajaan Kelantan yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan).

Setiausaha Agong PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan akan memberikan ucaptama pada sesis ebelah petang kerana program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan IT PAS setiap 4 tahun sekali dan perasmian penutup dilakukan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Pra pendaftaran peserta dilakukan secara online di http://www.pas.org.my/pict2015 sebelum 5hb Disember, 2015

Sumber PP - 1-12-2015




Mesin ATM Di Jepun Mula Menyokong Penggunaan Bahasa Melayu

Posted on Sunday, November 29 @ 13:41:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Apabila di luar negara kami akan pastikan mempunyai wang yang secukupnya. Ini adalah kerana jika anda mengeluarkan wang di negara luar, bank akan mengenakan caj tambahan. Tetapi kadang kala malang tidak berbau dan wang tunai masih perlu dikeluarkan menerusi ATM. Tetapi tidak semua ATM di negara luar menyokong bahasa Melayu. Hanya bahasa-bahasa utama dunia seperti Inggeris dan China mendapat sokongan dari bank luar negara.

Tetapi sekiranya anda ke Jepun anda kini boleh menggunakan mesin ATM menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah salah satu dari dua belas bahasa yang kini mula disokong mesin ATM di Jepun.

Sebelum ini mesin ATM di Jepun hanya menyokong bahasa Jepun, Korea, China dan Inggeris. Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka. Mereka menyedari pelancong lebih gemar menggunakan wang tunai dari kad kredit.

Apabila mesin ATM menyokong bahasa asing, mereka akan lebih mudah mengeluarkan wang seterusnya menjana ekonomi melalui pembelian barangan dari peniaga tempatan.

Mesin ATM Seven Banks adalah yang pertama akan menawarkan perkhidmatan pelbagai bahasa ini. Selain bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Thai, Perancis, German, Portugis dan Vietnam turut disokong. - Amanz

.........
Komen:
Kita tahu rakyat Malaysia melawat keluar negara atau pergi belajar mahir dalam Bahasa Inggeris. Tapi kenapa Jepun sediakan Bahasa Melayu??

Kalau orang lain boleh hormat Bahasa kita, tapi ada yang mengaku rakyat Malaysia tapi cuba ketepi Bahasa Melaya... Sangat Malang

Sumber TKO - 29-11-2015

Membuat Majalah dengan CorelDraw X6/x7 (bersama video)

Posted on Thursday, November 26 @ 14:44:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Hasil Kerja CorelDraw


Selapas raya saya masih belum kesempatan untuk membuat video. Minggu pertama buka sekolah ini saya akan mengajar CorelDraw Modul ke-4 iaitu bagaimana untuk membuat majalah/risalah/markalah atau apa nama seumpanya.


Sebenarnya cukup mudah menggunakan CorelDraw. Dahulu semasa saya masih belajar Adobe PageMarker adalah solfware pilihan. Tapi sekarang ramai orang menggunakan Adobe Illustrator bergabung dengan Adobe InDesign. Tapi saya lebih gemar menggunakan CorelDraw kerana saya berpendapat Coreldraw lebih baik dan satu dalam semua....



 

Sebelum saya mulakan kelas saya download satu majalah SOLUSI isu no. 38. Saya tunjukkan kepada pelajar bahawa Solusi adalah salah satu majalah yang mempunyai design yang agak menarik. Bolehkah kita buat macam ini?

Pelajar tak menjawab..

Saya ambil 2 muka surat daripada majalah berkenaan sebagai contoh. Satu 4 kolum dan satu lagi 3 kolum. Kemudian saya buka Berita Harian Online dan memlih isu terkini iaitu Pelancaran Proton Baru Suprima S. Lihat seperti di bawah:-




Saya tunjukkan bagaimana artikel daripada Berita Harian disalin kepada CorelDraw untuk dibuat Majalah. Saya buat rakaman terus dalam kelas dan kualiti suara tak baik. Tapi itu tak penting kita nak konsepnya.

Selama 80 minit saya mengajar di kelas 2 Intan 2 untuk 2 waktu pengajaran, saya siapakan modul 4. Lihat akhbar online Berita Harian telah di tukar menjadi bentuk majalah.






Di bawah ini adalah video untuk pelajar buat semula di rumah untuk pengukuhan. Selamat mencuba. Untuk modul-modul akhir ini saya lajukan gerakerja.... harap maaf.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jRNw2bMIkDM

Rujukan/Sumber
http://zulbmohd.blogspot.my



Sumber TKO - 26-11-2015






Xender: File Transfer dan Sharing yang sangat baik untuk smartphone
Posted on Monday, November 23 @ 20:33:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya selalu menggunakan handphone untuk mengambil gambar. Menjadi kesukaran kepada saya bila gambar tersebut perlu saya transfer ke pc atau notebook bagi kerja-kerja tambahan kepada gambar berkenaan.

Banyak application telah digunakan tetapi tak banyak yang membantu secara maksimum. Ya memang kita boleh guna cable mirco usb dengan sambungan terus, atau menggunakan bluethooth. Canggih tapi mahal (bagi saya tak ada pun tak apa) iaitu NFC.

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan dengan application Wifi Transfer Pro dan hari ini saya ingin berkongsi satu lagi application yang menarik dan mudah menggunakan asas web seperti whatsapp web tapi untuk pemidahan data.


Lebih cepat daripada bluethooth, AirDrop dan NFC. Malah hampir selesa dengan penggunaan cable. Applicatian XENDER. Boleh dapat secara percuma pada Google Store.




Boleh transfer data melalui HP kepada PC atau HP ke HP dan boleh dalam groups. Sengat menarik untuk dicuba.


Untuk transfer data ke PC atau notebook, kena cari xender web.


Macam Whatsapp Web juga, guna scanner QR untuk masuk ke Xender web.


Paparan Home pada Note 3 saya.


Ini adalah menu galeri.


Hanya bklik pada butang download untuk simpan faik ke PC.


Ini pula paparan pada menu video.


Ini paparan pada menu audio. Kita boleh download atau play.


Ini paparan fail audio yang dimainkan. Sambil kita explorer bahan/data lain.


Ini menu document terdapat semua bahan termasuk yang kita download daripada mana-mana aplication di HP kita.


Ini antara bab yang manrik. Kita boleh download application Intallation. Biasanya app yang free kita download di google play. Tapi dengan Xender kita boleh download dan simpan tak perlu lagi download di google yang mungkin makan masa. Boleh terus kongsi aje app tersebut. Saya tunjuk contoh bagaimana nak simpan My Script Calculator.


Kita juga boleh explorer fail. Jadi dengan Xender kita tak perlu lagi application ES File Explorer File Manager.




Paling akhir jangan lupa untuk log out selepas kita masuk ke Xender Web.

Selamat mencuba.


 





Sumber Link



Sumber TKO - 23-11-2015

































































































































































Simpati akan nasib pemandu teksi

SHUHAIMI EMBONG | .


PADA  18 November 2015, saya diberitahu dalam beberapa kumpulan sembang maya melalui aplikasi Whatsapp yang saya sertai memaklumkan bahawa Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Kelang mengadakan Perhimpunan Aman Besar-Besaran Pemandu Teksi di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.

Saya memang jarang menggunakan perkhidmatan teksi, jadi tidaklah mengambilberat sangat hal tersebut sehinggalah membacanya dalam aplikasi Whatsapp apabila ramai yang membincangkannya.

Seorang rakan mengajak untuk menemani beliau untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin persatuan teksi bagi memberikan sokongan moral kepada mereka. Saya terfikir, apa yang  patut saya buat sebagai Pengerusi Pertubuhan Jaringan  IT Prihatin (JITP)  Malaysia, kerana isu teksi tersebut yang tidak ada kaitan sangat dengan perjuangan NGO JITP Malaysia secara langsung.

Implikasi MyTeksi GrabCar Teksi Uber

Ketika ditapak perhimpunan, saya berjumpa dengan dua orang pemimpin persatuan teksi yang hadir, iaitu Saari Omar dan Maniam. Saari adalah Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya Selangor dan Maniam pula Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi KL dan Selangor.

Ketika berbincang dengan dua pemimpin persatuan tersebut banyak keluhan pemandu teksi ini tidak diambil peduli oleh pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan.

Saya tidak bercadang untuk menulis apa luahan mereka sepenuhnya tetapi membincangkan serba sedikit berkaitan dengan tuntutan ‘mengharamkan’ aplikasi telefon pintar seperti MyTeksi Grabcar, kereta sewa UBER dan lain-lain Aplikasi Kereta Sapu yang tertera pada risalah yang diedarkan oleh jawatankuasa tersebut.

'GrabCar', UBER dan Blakline adalah aplikasi dalam talian dalam telefon pintar untuk menawarkan perkhidmatan mengambil penumpang seperti perkhidmatan ‘kereta sewa atau teksi dengan mengguna kereta biasa dan pemandu pula tidak perlu mempunyai kad pemandu untuk berbuat demikian seperti seolah-olah mempunyai pemandu peribadi untuk menghantar dari destinasi yang diambil ke tempat yang dituju dengan bayaran dibuat melalui online terlebih dahulu.

Dari segi pelanggan, perkhidmatan ini adalah baik kerana ia memudahkan mereka. Malah ada yang memberitahu, keadaan keretanya dan layanan yang diberi pemandunya adalah memuaskan dan selesa dan membuatkan saya memilih untuk menggunakannya sebagai pengangkutan pilihan mereka kerana menawarkan kadar tambang yang amat berpatutan berbanding teksi yang mengenakan bayaran berdasarkan penggunaan meter.

Perkhidmatan “teksi haram” tersebut dikatakan telah menjejaskan kira-kira 40 peratus pendapatan pemandu teksi konvensional yang sedia ada dan berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat bekerjasama untuk menangani masalah ini supaya ia tidak berleluasa kerana perkara ini telah menimbulkan pergaduhan antara pemandu teksi biasa.

Mengikut dakwaan mereka,  pemandu Uber,  GrabCar dan Blackline didapati tidak menggunakan meter, tidak mempunyai perlindungan insurans penumpang, menggunakan kenderaan persendirian dan pemandunya tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Malah turut boleh membahayakan nyawa penumpang kerana perkhidmatan itu tidak mempunyai perlindungan insurans.

Sebelum ini difahamkan SPAD ada mengumumkan perkhidmatan Uber dan GrabCar tidak sah kerana kedua-duanya tidak mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sendiri kini tidak menang tangan untuk menangani masalah ini kerana mereka tiada kuasa untuk mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Apabila mendengar sendiri keluhan pemandu-pemandu teksi, Pertubuhan Jaringan IT Perihatin Malaysia merasakan adalah sukar bagi kerajaan untuk menghalang perkembangan teknologi  membawa ‘aplikasi teksi dalam talian’ kesan dari globalisasi yang berlaku pada hari ini.

Dalam pada itu, saya secara peribadi merasakan bahawa adalah tidak adil pada kerajaan kerana membiarkan ‘teksi haram’ tidak dikenakan sebarang lesen dan permit untuk menjalankan perniagaan mengambil penumpang berbanding dengan pemandu teksi yang dikenakan berbagai-bagai bayaran apabila lesen dan permit teksi tidak diberikan kepada individu tetapi sebaliknya mereka terpaksa menyewa permit daripada syarikat- teksi yang ‘dilesenkan’ oleh kerajaan. – HARAKAHDAILY 20/11/2015

Penulis adalah, Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia

Sumber HD - 20-11-2015





Rahsia Besar Lynk.My Yang Perlu Anda Tahu
Posted on Tuesday, November 17 @ 06:25:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Salam semua. Ini adalah maklumat yang baru saya terima. Saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa rahsia besar mengenai Lynk.my yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada saya ramai di antara kita yang tidak tahu. Mungkin kita terlalu sibuk dengan tugas harian sama ada kerja ke..belajar ke..bercuti ke… Apa yang saya post kali ini merupakan suatu rahsia yang saya akan bongkarkan kepada anda.

Tapi sebelum itu saya ingin kenalkan dulu apa dia Lynk.My ni? Nampak macam nama virus je kan? Lynk.my merupakan satu perkhidmatan inovatif bagi membantu anda memendekkan URL.



Ape kebendenya URL tu?


URL ni bahasa mudahnya alamat dalam laman web. Sebagai contoh saya letakkan satu link dalam post saya. Link dia macam ni:



Bila dipendekkan, ia akan jadi macam ni:


http://lynk.my/51P  ⇐ ia akan tetap membawa anda ke laman web yang sama seperti di atas. Cuma URLnya dipendekkan.


Apa keheinya nak pendekkan URL pulak? Biarlah dia macam tu..

Terdapat beberapa kelebihan memendekkan URL ni, antaranya ialah:

1. Bagi usahawan affiliate yang mempromosi link affiliate bagi menjana pendapatan, URL affiliate yang dipendekkan dapat menyembunyikan status affiliate yang ada di dalam URL asal affiliate.

2.Ia membantu dalam menjimatkan aksara dan ruang. Sebagai contoh Twitter. Twitter mempunyai had aksara yang sangat kecil. Jika URL produk/informasi kita terlalu panjang, adalah agak sukar untuk kita memanfaatkan ruangan yang diperuntukkan dengan penerangan yang lebih bererti berbanding aksara yang akan dihabiskan hanya dengan memasukkan URL penuh.

Eleh, aku dah selalu guna la…yang oversea punya. Ada Adf.ly, Bit.ly, Tinyurl.com, Goo.gl, Ow.ly, Wp.me, fb.com, fb.me….Apa barang guna Malaysia punya…takde kelasssss….


Inilah rahsia besar yang akan saya kongsikan kepada anda rahsia besar Lynk.my yang tak ramai orang tahu..Lepas anda tahu rahsia ni….hmmmmmmmm….jangan terkejut…



RAHSIA BESAR PERTAMA : Lynk.my akan membayar untuk setiap klik yang anda pendekkan menerusi Lynk.my



Yap ini sememangnya benar, anda akan dibayar sekiranya link anda yang dipendekkan mendapat klik. Sekurang-kurangnya 1 sen untuk setiap klik. Tetapi 1 sen itu minimum, kadar bayaran akan berubah berdasarkan link. Yang penting, anda akan dibayar tidak seperti perkhidmatan yang lain. Pendaftaran adalah percuma. DAN ANDA AKAN DIBAYAR. Sesuai sangat untuk anda yang nak cari duit-duit tercicir bak kata orang. Inilah masanya. Kepada anda yang ingin menjana pendapatan dengan Lynk.my, daftar dan pilih Publisher semasa pendaftaran tersebut.



RAHSIA BESAR KEDUA: Anda juga boleh iklankan produk anda di sini



Kepada peniaga-peniaga yang ingin mempromosi produk. Lynk.my menyediakan platform untuk anda. Pilih Advertiser semasa mendaftaran dan Lynk.my akan membantu meningkatkan visibiliti produk anda.



RAHSIA BESAR KETIGA: Lynk.my sekarang ni tengah cari orang nak bagi duit sehingga RM4000



Memang betul, tak tipu. Tapi dengan syarat kena masuk bertanding lah…iaitu menyertai “Write a review contest” anjuran Lynk.my 


 


Hadiah penyertaan adalah seperti berikut


TOP lynkUNDI

Tempat Pertama – RM500

Tempat Kedua – RM300

Tempat Ketiga – RM100



TOP SEO

Tempat Pertama – RM500

Tempat Kedua – RM300

Tempat Ketiga – RM100



TOP CREATIVE

Tempat Pertama – RM1000

Tempat Kedua – RM500

Tempat Ketiga – RM200  


Anda perlu membuat review mengenai sistem Lynk.my di dalam blog anda untuk melayakkan anda menyertai pertandingan ini. Dengan kata lain, anda perlu mempunyai blog.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini. Boleh layari laman web di bawah:




Semoga berjaya.


Aizen Nasa merupakan seorang blogger dan anda boleh melawat blog beliau di www.aizennasa.com 


Sumber TKO - 17 - 11 - 2015



Harakah Beralih Kepada Media Digital Dan Bisnes Online?


Oleh : Shuhaimi Embong

Harakah, mula diterbitkan seminggu sebelum muktamar PAS pada tahun 1987 setelah mendapat permit penerbitan sejak 1hb. Mac, 1987 sebagai surat berita atau dalam istilahnya akhbar pertubuhan tetapi kandungannya selain meliputi hal ehwal pertubuhan, ia boleh muatkan “rencana umum” dengan kekerapan seminggu sekali.

Sejak itu, Harakah menjadi organ penerangan (ie. Jabatan Penerangan) Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang telah membantu membawa PAS daripada sebuah parti politik dan gerakan Islam yang ekslusif kepada sebuah parti politik yang inklusif terbuka kepada pelbagai fahaman politik yang berbeza tetapi berasaskan kepada keadilan Islam yang universal.

Harakah diterbitkan untuk membina masyarakat melalui penyebaran ilmu dan menyampaikan informasi serta penerangan secara menyeluruh kepada semua pihak dengan menggunakan media penerbitan.

Dengan kandungan meliputi pelbagai perkara yang menyentuh pelbagai aspek Islam seperti tazkirah, khutbah, rencana dan berita umat islam di dalam dan luar negara, Harakah merupakan ‘media utama’ penyebaran risalah Islam dan penerangan PAS kepada masyarakat bila edarannya melebihi 100,000 naskah setiap keluaran.

Malah edaran tertinggi harakah pernah mencecah kepada 400,000 naskah dengan 2 keluaran seminggu menjelang pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 menjadikannya 2 kali ganda dari edaran akhbar-akhbar utama negara ketika itu

Dengan pengaruh harakah yang begitu meluas, menyebabkan ianya pernah beberapa kali digantung dan dikenakan berbagai sekatan bagi menghalang edarannya dalam masyarakat.Umpamanya, pada tahun 2000, penerbitannya disekat menjadi 2 kali sebulan dengan edaran kepada ahli PAS sahaja sebelum dikembalikan semula penerbitannya 2 kali seminggu pada tahun 2008.

Kajian keatas perangkaan edaran dan pembaca suratkhabar di Amerika.Syarikat dan Eropah Barat menunjukkan kedua petunjuk utama tersebut mengalami trend menurun. Ini kerana kajian mendapati portal berita atau berita atas talian dan blog yang telah berjaya menarik ramai orang untuk menggunakannya sebagai sumber utama berita dan maklumat menyebabkan pembaca mengalih minat kepada internet.

Berhadapan dengan kos operasi yang tinggi, para penerbit suratkhabar kini mempersoalkan arahtuju perniagaan mereka di masa depan. Dengan perubahan behavior pembaca kini, sedikit sebanyak menyebabkan suratkhabar mengalami penurunan edaran dan jumlah pembaca. Dengan itu banyak suratkhabar telah melancarkan laman web berita mereka sendiri dan ada antaranya telah berjaya menarik pembaca.

Apatah lagi bagi generasi muda hari ini, media cetak khususnya suratkhabar tak lagi jadi sumber utama berita dan maklumat kepada mereka. Gen X dan Y ini telah beralih kepada media baru seperti berita online, laman blog dan klasified iklan online serta pelbagai media sosial (ie instagram, facebook, twitter, telegram, WeChat dll).

Logo-myHarakah-bazaar-white-redbg

Produk Digital Harakah

Sebenarnya, website harakahdaily.com telah dimulakan seawall pada tahun 1997 lagi oleh pendokong-pendokong IT PAS dengan ‘outsource’ kepada webmaster dari luar Harakah untuk siarkan bahan-bahan yang ada dalam akhbar harakah terutamanya berita-berita utama dan kolum-kolum penting.

Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu pesat, Harakah segera memanfaatkan teknologi ini dengan mengadakan portal berita yang dinamakan harakahdaily.net sebagai versi online harakah secara aktif mulai tahun 2000, selepas PRU ke-10.

Bila kerajaan mengenakan sekatan terhadap penerbitan akhbar harakah pada tahun 2000 daripada 2 kali seminggu kepada 2 kali sebulan, harakah telah bersedia dengan versi internet yang boleh dilayari setiap hari. Ianya juga secara tidak langsung merealisasikan hasrat harakah untuk menjadi akhbar harian yang masih belum terlaksana.

Serentak dengan kemunculan harakahdaily, harakah juga memulakan usaha mengadakan HarakahTV tetapi sempat bertahan selama setahun sahaja. Kemudian projek webtv telah dihidupkan semula dengan nama TVPAS bagi menghadapi PRU ke-12 pada 2008. Selepas itu, mulai 2009 TVPAS telah diserahkan semula kepada Harakah untuk digabungkan Harakahdaily untuk dijadikan segmen video dalam Harakahdaily.

Perkembangan IT dalam Harakah agak perlahan kerana tidak ada unit IT yang khusus dibentuk untuk tujuan ini. Unit IT Harakah hanya mula dibentuk pada tahun 2009 untuk mempersiapkan Harakah dapat menjadi terus relevan dalam arus perkembangan media cetak yang mula merudum ekoran kehadiran internet dan pelbagai media baru yang mengancam dominasi akhbar dan media cetak sebelum ini khususnya kepada generarasi muda.

Pada Muktamar PAS ke55 pada tahun 2009 di Shah Alam, Unit IT Harakah yang baru dibentuk pada ketika itu, Pengurusan Harakah telah melancarkan Akhbar Harakah Digital atau dikenali sebagai epaper Harakah (eharakah) oleh Presiden PAS sebasgai satu persiapan awal untuk membina produk-produk digital harakah.

Dengan berkembangnya teknologi broadband dan capaian internet di negara kita, epaper ini merupakan pilihan masa depan yang sangat baik. ePAPER ini adalah anda membaca akhbar digital versi online, sama seperti membaca akhbar cetak atau print. Bezanya adalah ianya dicapai diatas talian dan boleh dicetak sendiri jika dikehendaki oleh pembaca online.

Tidak cukup dengan eharakah sebagai satu produk digital, Unit IT harakah terus meneroka lain-lain produk digital untuk membina perpustakaan maya atau digital library dengan memulakan proses pendigitilan bahan-bahan ilmu yang terkandung di dalam lipatan akhbar, buku-buku dan kitab tafsir yang diterbitkan oleh harakah untuk dimasukkan ke dalam arkib digital.

Dengan ini, bahan bacaan seperti kitab dan buku-buku rujukan ini akan dijadi ebook, ekitab dan sebagainya supaya lebih mudah dicapai dan ditelaah melalui simpanan di perpustakaan maya atau Arkib Digital yang dibina dibawah jenama Myharakah.net melalui konsep Single Sign On (SSO) atau di alamat sso.myharakah.net

Selain epaper Harakah dan ebook, Arkib Digital ini juga menyimpan koleksi gambar-gambar yang dimiliki oleh Harakah dan berita-berita Harakahdaily yang telah diarkibkan untuk dikongsikan dengan peminat-peminat harakah.

istiqamah

Istiqamah ‘passport’ kepada Produk Digital

Untuk tujuan ini, pada Muktamar PAS ke61 yang lepas, sekali lagi Presiden PAS bersetuju untuk melancarkan ‘Kad Istiqamah’ yang menjadi ‘passport’ atau kunci kepada Arkib Digital atau Perpustakaan Maya MyHarakah.net ini. Arkib Digital eHarakah telah dikemaskini kebelakang sehingga tahun 2011 dan harakahdaily sehingga 2005.

Sebagaimana yang diiklankan, Kad Istiqamah pelbagai fungsi ini terdiri daripada 3+1 kategori, iaitu Kad Sistiqamah Silver untuk melayakkan mereka kumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian sama ada di myharakah bazaar atau secara online di myharakahbazaar.com (mesti di ‘top up’ minima sebulan untuk akses kepada produk digital yang terhad, epaper sahaja bagi menggantikan konsep jualan epaper sebelum ini).

Harakah menawarkan Kad Istiqamah Gold (untuk tempoh 2 tahun) dan Platinum (untuk tempoh 5 tahun) bagi ahli yang hendak derma RM 10 kepada PAS dan juga diberikan pelindungan khairat kematian (RM 500 kepada pemegang kad dalam tempoh sah) selain mendapat akses kepada produk-produk digital harakah, seperti epaper, ebook, egambar dan arkib harakahdaily.

Satu lagi keistimewaan yang ada kepada pemegang kad Istiqamah Platinum yang tidak ada kepada pemegang-pemegang kad Istiqamah yang lain adalah, mereka boleh memohon dan berdaftar dengan Harakah untuk menjadi ejen kad Istiqamah dibawah konsep sistem ‘member get member’ yang baru dilancarkan pada 11hb November, 2015 oleh Pengarah Urusan Harakah.

Selain produk-produk Harakah, MyBazaar Harakah juga bersetuju mengendalikan produk-produk Kohilal atau Koperasi Al-Hilal. Jadi setiap pembelian produk-produk Hilah di Myharakahbazaar atau secara online, Myharakahbazaar.com, pemegang kad istiqamah tersebut akan dapat mengumpul mata ganjaran diatas asas ‘RM 1 dengan 1 mata ganjaran’ yang boleh ditebus semula oleh pemegang kad tersebut,

Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysla

Sumber BO - 12-11-2015


NGO IT Prihatin Gesa Malaysia tolak TPPA

IMG_20151106_060741
Oleh: Shuhaimi Embong

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menjadi salah satu daripada 100 lebih NGO lain bersetuju dengan Jawatankuasa Bertindak Kongres Rakya menghantart memorandum Bantahan Pemeteraian Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum perdebatan parlimen dan kerajaan mendatangani perjanjian TPPA secara rasmi.

Asas kepada sokongan Pertubuhan JITP Malaysia adalah bila mendapati hasrat Gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini yang memohon Malaysia menarik diri daripada mengganggotai TPPA sejak bulan Julai, 2013 lagi..
Kenyataan penuh gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) tidak bersetuju dengan rundingan dan perjanjian TPP atas dua dasar utama seperti berikut:

1) Perjanjian TPP dijalankan secara rahsia dan tidak terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada pemain industri.
2) Tiada input atau pandangan dari orang ramai terutamanya pemain industri.
Kerisauan kami semakin memuncak apabila mengetahui 14 bab daripada 29 bab secara teknikalnya telah dimuktamadkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:
1) Intellectual Property Chapter
Bab Harta Intelek telah bertambah sehingga 80 muka surat. Menurut beberapa perunding luar New Zealand, ini adalah bab paling panjang sekali. Harta Intelek ini merangkumi hak cipta, trademarks, paten dan kemungkinan besar juga Geographical Indication.
2) Isu Hakcipta (Copyright)
Apa yang menyebabkan kami bimbang adalah bab hakcipta ini tidak pernah dikeluarkan kepada umum dan tidak melibatkan pemain industri sendiri.
Tambah merisaukan, banyak cadangan dalam bentuk braket dan alternatif berdasarkan dokumen bocor dari negara seperti Australia, New Zealand, dan Chile.
Isu-isu utama yang membimbangkan adalah:
1. Tiada teks yang didedahkan kepada umum terutamanya kepada pemain industri.
2. Kegagalan tidak dijangka seperti DMCA (Digital Millennium Copyright Act) yang sepatutnya mengurangkan “lanun cetak rompak”, tetapi bertukar menjadi sekatan dan bahaya kepada pengguna, saintis, dan persaingan.
3. Naik taraf Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) yang telah ditandatangani pada Oktober 2011. 11 buah negara yang terlibat adalah US, EU, Switzeland, Kanada, Australia, New Zealand, Mexico, Singapura, Morocco, Japan, dan Korea Selatan.
a. ACTA sangat kontrovesi kerana menggunakan penyedia servis Internet (ISP) untuk polis menangkap mereka yang melakukan jenayah hakcipta dengan melakukan penyaringan, atau sekatan kandungan digital atau menutup talian Internet pengguna.
b. ACTA juga melanggar privasi hak individu (due process) melalui manipulasi penguatkuasaan autoriti dan proses fasilitasi untuk mengenakan hukuman pada individu.
c. ACTA menggunakan Kunci Digital (Digital Lock) untuk kandungan digital. Sekaligus menjadikan mereka yang menukar format atau menyalin kepada alat lain daripada komputer ke e-readers (ipad dan sebagainya) sebagai penjenayah hakcipta.
d. ACTA meningkatkan penalti bagi kesalahan hakcipta walaupun tujuan peribadi dan bukannya komersil.
4. USTR (United State Trade Representative) berusaha ke arah semua negara yang telah menandatangani untuk menerima undang-undang hakcipta yang lebih kompleks dengan agenda utama memajukan industri hiburan dan farmasutikal mereka.

5. TPP juga memberi kesan kepada bukan sahaja negara TPP yang terlibat, tetapi kepada negara lain yang terpaksa menerima secara tidak langsung kesan perjanjian ini seperti yang dilakukan USTR melalui Special 301 Report.

Kerisauan terhadap TPP – kebebasan bersuara, hak individu (due process), inovasi, masa depan infrastuktur global Internet, hak negara berdaulat untuk membangunkan polisi dan undang-undang mengikut keutamaan domestik.

Gabungan NGO Usahawan ICT di bawah MTEM tidak bersetuju dan menolak rundingan TPPA atas sebab berikut:

(1) Isu penyalahgunaan TRIPS melalui Policy Laundering.

Dalam ekonomi digital, kewujudan Trade-Related Aspects of Intellectual Property (TRIPS) yang asalnya digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam harta Intelek membolehkan tidak keseimbangan berlaku jika ada pihak yang melalukan Policy Laundering dengan menghantar Bill pada Kongres, contohnya idea tidak baik seperti PIPA, SOPA, atau contoh dalam negara kita Seksyen 114A yang dibahaskan dalam parlimen.

(2) Isu Cloud Computing

Pengkalan data mesti dijaga dalam negara untuk menjaga keselamatan sosial dan kedaulatan. Jika pengkalan data laman web, pengurusan traksaksi dan sebagainya mesti dibuka dan dihos pada pengkalan data luar negara, ia akan menjadi isu.

(3) Isu DRM (Digital Rights Management)

1) Copyright Owner power over “Buffer Copies” (Salinan kecil dimana komputer memerlukan data tersebut untuk melakukan proses) menyebabkan banyak transaksi akan memerlukan pelbagai lesen daripada pemilik IP sekaligus apabila digunakan banyak kali akan meningkatkan liabliti kepada pengguna.
2) Digital Lock – mengawal pengedaran atau cara pengedaran, sebagai contoh digital produk hanya boleh digunakan lima kali, kemudian perlu bayar untuk mendapatkannya.
Kawalan format, penukaran format kepada alat pembaca lain juga merupakan kesalahan jenayah harta intelek.
3) Kick / Ban People From Internet – TPP boleh memberi arahan kepada ISP (Internet Service Provider) untuk memutuskan sambungan internet berdasarkan undang-undang “three strikes” yang digunakan di US sekarang jika pengguna tiga kali membuat kesalahan.

4) Criminalize small scale copyright infringement (Jenayah Hakcipta) – Contoh muat turun muzik sehingga polis merampas komputer atas alasan alat bantuan melakukan jenayah dan menghantar pengguna ke penjara.

Seorang pelajar menukar format untuk bacaan e-reader juga boleh dikenakan tindakan jenayah.
5) The TPP should include limitations and exceptions to copyright.

Proposal rundingan yang bocor menyatakan hak cipta perlu terhad dan bersyarat, untuk digunakan bertujuan adil sebagai contoh untuk kegunaan gedung maklumat dan digunakan oleh mereka yang tidak mampu.

Isu utama adalah kita tiada jaminan bahawa TPP akan memasukkan proposal terhad dan bersyarat ini untuk seimbangkan hak pengguna dan hak pemilik hakcipta.

(4) Creative Content

Isu creative content seperti animasi dalam negara yang semakin popular boleh diceroboh oleh negara yang besar seperti Hollywood.

Mereka boleh mengeluarkan cerita animasi lebih murah untuk dijual ke negara lain, kerana di negara sendiri sudah untung berjuta dolar dan nilai rendah dijual diluar. Sekaligus membolehkan filem animasi tempatan tidak dapat bersaing.

Kesimpulan:

1) Perkembangan e-commerce boleh merudum teruk dalam jangkamasa panjang.
2) Rejim baru berdaftar menguasai liabiliti ISP.
3) Duti Kastam atas Produk Digital
4) Perlindungan atau galakan produk digital tempatan
5) Penguatkuasaan Jenayah Harta Intelek melebihi WIPO Internet Treaties.
Kesan keseluruhan pada ekologi ekonomi digital ialah:
1) Sekatan hak bersuara rakyat.
2) Sekatan pencipta kandungan digital.
3) Sekatan kebolehan syarikat teknologi mencipta produk inovasi.
4) Sekatan kebolehan pengguna untuk gunakan kandungan digital dalam pelbagai cara.

Berdasarkan perkara-perkara di atas, kami membuat kesimpulan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini. Justeru, Malaysia harus menarik diri daripada mengganggotai TPPA.

Sebagaimana yang disebut dalam memorandum Kongres Rakyat tersebut, antara sebab utama yang kepada bantahan ini adalah isu kedaulatan Negara (national sovereignty) disebabkan klausa ‘Investigator-State Dispute Settlement (ISDS)’ yang jelas bakal mengheret Malaysia ke lembah bahaya yang boleh menyebabkan dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat pelabur.

Selain itu, kemampuan syarikat-syarikat tempatan bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar juga menjadi faktor penting penolakan kepada TPPA.

***Penulis adalah Pengrusi Jaringan IT Prihatin Malaysia.

Sumber BO - 6-11-2015 


Siaran TV Digital Percuma (MYTV) Bermula Sepenuhnya Awal Tahun Depan

Posted on Tuesday, November 03 @ 22:30:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



CYBERJAYA: Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau Set Top Box atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.

Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai 'Label Pengguna Alat Penerima DTTB atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.

"Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio terbaik, katanya kepada pemberita selepas seminar Label Pengguna Alat Penerimaan DTTB di sini baru-baru ini.


MYTV selaku pelaksana dan pengendali infrastruktur DTTB di Malaysia juga memegang hak ekslusif penjualan serta pengedaran dekoder DTTB di negara ini dan semua dekoder dilengkapi label DTTV Malaysia.

Label DTTB Malaysia diperkenalkan oleh SKMM dan pengeluarannya dikawal selia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Menjelas lanjut mengenai DTTB Mohamed Redzwan berkata fasa pertama siaran yang dijadual awal 2016 akan meliputi kira-kira 85 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara sebelum dipertingkat kepada 98 peratus menjelang akhir 2016.

"Liputan kita adalah berdasarkan kepada populasi penduduk di sesuatu kawasan kerana pihak MYTV mahu memastikan setiap rakyat yang layak dapat menikmati perkhidmatan DTTB ini," katanya.
Beliau berkata menerusi perkhidmatan DTTB, penonton di negara ini akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, pilihan saluran siaran percuma lebih banyak selain akses perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli belah dari rumah serta menonton video atas pemintaan.

Menurut Mohamed Redzwan sebanyak dua juta set dekoder akan diedar dan diberi secara percuma kepada isi rumah yang yang layak iaitu mereka yang tergolong dalam kelompok pendapatan 40 peratus ke bawah (B40).

Beliau berkata pengguna hanya perlu menyambungkan alat dekoder kepada antena dalaman yang termasuk dalam pakej dekoder itu, ataupun kepada antena terestrial luaran yang sedia ada untuk menikmati siaran DTTB kelak.

Mengenai kos pelaksanaan Mohamed Redzwan memberitahu projek DTTB itu merupakan inisiatif pembiayaan swasta dan pihak MYTV memperuntukkan pelaburan sebanyak RM4.5 bilion bagi tempoh 15 tahun.

MYTV merupakan syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTTB di Malaysia sebagai usaha melaksanakan penghijrahan system penyiaran nasional daripada analog kepada digital menjelang 2017.

Sumber TKO - 3-11-2015



PhoneDrone – Mengubah Telefon Pintar Anda Menjadi Dron (bersama video)
Posted on Sunday, October 25 @ 19:21:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Telefon pintar mempunyai pelbagai komponen terbina seperti kamera, gyroscope, pemprosesan, dan pelbagai sensor lain. Ini menjadikan ia sesuai untuk diubah menjadi beberapa perkara. Sebelum ini, 
kita telah melihat telefon pintar menjadi pelengkap untuk peranti realiti-maya dengan menggunakan kelebihan skrinnya. Kini, sebuah aksesori tambahan diperlihatkan yang mengubah telefon anda menjadi dron.

Dinamakan sebagai PhoneDrone, ia dibangunkan oleh xCraft, merupakan sebuah aksesori yang memerlukan telefon pintar anda dihubungkan untuk menjadikannya sebagai sebuah dron. xCraft mengatakan dengan menggunakan pelbagai sensor terbina pada telefon pintar, ini sekaligus menjadikan harga untuk PhoneDrone lebih murah dan mampu dimiliki oleh orang ramai.


Untuk mengawal PhoneDrone, pengguna memerlukan lagi satu telefon pintar, dimana menggunakan aplikasi khusus untuknya, pengguna boleh menetapkan beberapa mod. Pengguna juga turut boleh merakamkan video dan mengambil gambar daripada dron tersebut.

PhoneDrone ini dilihat boleh digunakan bersama-sama pelbagai peranti Android dan iPhone di pasaran, selain turut menyokong Apple Watch.

PhoneDrone

Pembangunnya kini membuat pengumpulan dana melalui KickStarter, dimana ia ditawarkan pada harga bermula $195 (~RM829).

Sumber LINK

Sumber TKO - 26-10-2015



Meneroka bidang perniagaan internet

Posted on Friday, October 23 @ 12:57:36 MYT by paktam

Oleh NOR HARTINI SAARI 

PENDEDAHAN daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berhubung 200,000 graduan di negara ini gagal mendapat pekerjaan amat membimbangkan.

Apatah lagi melihat situasi pasaran buruh semasa yang melibatkan langkah kerajaan memberhentikan pengambilan pekerja sehingga menutup peluang untuk graduan bekerja di sektor awam turut dilihat sebagai penyumbang kepada punca situasi tersebut.

Melihat kepada situasi itu, kita bimbang jika ada graduan yang masih mengharapkan makan gaji semata-mata. Justeru, dengan latar belakang lepasan graduan diploma dan ijazah yang pelbagai dengan kemahiran tertentu penulis yakin para graduan boleh mengambil kesempatan dengan merebut peluang meneroka bidang perniagaan Internet atau perniagaan atas talian. Kesempatan meneroka dan memaksimumkan penggunaan Internet untuk sebarang aktiviti perniagaan yang baik dan boleh menjana pendapatan dalam Islam adalah dipandang mulia.

Bahkan dalam Islam, urusan perniagaan tidak kiralah sama ada menerusi internet atau yang berpremis sebenarnya mempunyai kedudukan yang tinggi sehinggakan Rasulullah SAW menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan” (Hadis Riwayat Tirmizi). Oleh itu, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

Konsep perniagaan internet atau perniagaan menerusi Internet dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kos tinggi atau modal yang besar mahupun pengalaman luas dalam perniagaan. Dengan hanya berbekalkan komputer atau telefon pintar dan Internet mereka sudah pun mampu membina perniagaan dan menjana pendapatan sendiri.

Bagi graduan yang masih menganggur, meneroka dan merebut peluang perniagaan di Internet bukanlah sukar. Malah dengan dunia tanpa sempadan, perniagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara tidak langsung juga dapat memenuhi pesanan pelanggan tidak kira waktu sama ada pagi, petang atau pada sebelah malamnya.

Boleh dikatakan perniagaan internet ini tidak jauh bezanya dengan perniagaan biasa atau yang ada premis. Perniagaan Internet ini masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Cumanya, terdapat perbezaan dalam proses transaksi; urusniaga Internet dijalankan secara dalam talian dan kedua-dua belah pihak tidak bersemuka dalam semua proses jual beli tersebut.

Sehingga kini sudah ramai yang berjaya membina rangkaian perniagaan Internet. Ada yang menjual produk kesihatan, pakaian, tudung, kosmetik dan sebagainya. Malah setiap hari kita boleh lihat akan muncul 3 hingga 10 orang peniaga yang mengusahakan perniagaan secara atas talian. Ditambah pula dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadikan pengguna internet di negara ini mencecah 18 juta pada 2012 dan dijangka meningkat sehingga 25 juta menjelang 2016.

Faktor ini juga adalah penyumbang terbesar kepada perkembangan perniagaan Internet di alam maya ini.

Bahkan juga peningkatan penggunaan telefon pintar di negara kita yang mencecah 63 peratus dengan trend terkini masyarakat lebih suka membeli-belah secara dalam talian turut menggalakkan graduan menceburi perniagaan sebegini. Penglibatan graduan di dalam dunia perniagaan ini dilihat suatu usaha positif untuk perkembangan ekonomi negara, di samping meramaikan lagi industri perniagaan Internet di negara kita.

Di samping itu, kadar penggunaan media sosial seperti facebook yang mencecah kepada 46.6 peratus turut sama menyumbang kepada perkembangan perniagaan Internet ini. Apatah lagi pengiklanan secara percuma di media sosial seperti di facebook ini adalah yang terbaik disebabkan hampir setiap daripada kita mempunyai akaun facebook sendiri.

Maka ruang dan peluang inilah sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh para graduan yang masih menganggur. Sekali gus tenaga para graduan yang masih segar dan kuat dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya di samping mencari rezeki yang halal. Dengan rezeki dan pendapatan tersebut juga mereka berpeluang mengeluarkan dan menunaikan zakat perniagaan yang adalah salah satu dari rukun Islam.

Namun begitu, graduan yang berminat dalam meneroka bidang baharu ini jangan sesekali terlupa untuk mematuhi garis panduan menurut Islam. Tujuan utama peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan umat Islam dapat dipelihara daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal dan keturunan. Ini adalah selari dengan konsep amanah dan benar dalam perniagaan untuk memastikan usaha memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam.

Walaupun menerusi perniagaan Internet, peniaga dan pelanggan tidak bersemuka, namun sebagai peniaga mereka perlu menjaga produk yang bakal sampai di tangan pelanggan dengan sebaik-baik yang mungkin. Ini penting untuk menjaga dan mewujudkan pelanggan yang setia terhadap produk yang ditawarkan di pasaran. Perkara ini tidak boleh diambil dengan mudah.

Oleh itu, bagi para graduan yang cuba berjinak-jinak untuk meneroka dan menceburi bidang perniagaan Internet, perlu menguasai ilmu terlebih dahulu. Sebaik-baiknya belajarlah daripada mentor sebelum memulakan perniagaan Internet ini. Siapa tahu graduan yang baharu berjinak-jinak memulakan perniagaan Internet pada hari ini boleh bergelar seorang usahawan berjaya atau seorang jutawan tiga tahun akan datang.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/meneroka-bidang-perniagaan-internet-1.148006#sthash.gIufEkW3.dpuf

Sumber DD - 23-10-2015        


Google Melancarkan Android 6.0 Marshmallow Untuk Pengguna Peranti Nexus
Posted on Tuesday, October 06 @ 07:40:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Google hari ini telah pun melancarkan secara rasminya kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk para pengguna peranti Nexus 5, Nexus 6, Nexus 7 (2013), Nexus 9 dan juga Nexus Player. 

Kemaskini ini akan ditawarkan secara berperingkat melalui OTA, dan pengguna turut boleh memuat-turun fail pemasangannya tersendiri dan memasang ia secara manual pada peranti mereka.

Android 6.0 Marshmallow merupakan kemaskini terkini daripada Google, dimana ia menyertakan kemaskini sekuriti terkini, disamping turut hadir dengan fungsi baru seperti kawalan kebenaran yang diakses oleh peranti, pengoptimasian bateri, Now On Tap dan sebagainya.

Pengguna yang berminat boleh memuat-turun fail pemasangan Android 6.0 Marshmallow untuk peranti Nexus anda hari ini, ataupun menantikan kemaskini OTA hadir dalam beberapa minggu lagi.

Beberapa pengeluar turut telah mengatakan akan menawarkan kemaskini sama dalam masa terdekat, termasuk HTC dan juga Motorola. - Amanz

Sumber TKO - 6-10-2015



Penyakit tunjuk pandai di alam maya

Posted on Saturday, October 03 @ 21:30:09 MYT by paktam

Oleh FAUZIAH AROF 

SEKARANG ini, hendak jadi popular atau mahu dikenali ramai bukannya susah sangat. Tidak perlu jadi seorang artis, bersusah payah bertunggu-bertangga masuk sesi uji bakat untuk layak ke Akademi Fantasia (AF), tidak perlu juga jadi seorang ahli sukan, pemain bola sepak atau ahli politik yang suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi.


Cukup dengan membuka akaun di laman sosial seperti Facebook, menulis dengan ilmu yang ada atau tahu, atau tidak kurang juga merapu meraban dengan jenaka sarcastic pun boleh menjadikan sesiapa saja popular apabila karya-karya atau status-status mereka dikongsi oleh orang ramai.

Walaupun sebenarnya orang itu biasa-biasa sahaja, bukan seorang ulama, bukan seorang selebriti, bukan seorang pelawak atau bukan tukang masak yang mahir, dia boleh saja jadi terkenal apabila apa yang dia tulis, gambar atau statusnya menjadi viral dalam laman-laman sosial.

Dek kerana kegilaan orang ramai berkongsi status atau karya inilah, membuatkan pemilik-pemilik akaun media sosial ini menjadi lebih bersemangat untuk menulis atau mengemaskini status. Apatah lagi perkara yang disentuh itu membabitkan isu-isu terkini yang orang semua ingin tahu dan tidak senang duduk untuk mengeluarkan pendapat mereka mengenainya.

Kalau yang ditulis itu memberi manfaat kepada orang lain dan memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu isu itu, ini tidak mengapa, malah amat baik untuk dikongsi. Tidak kisahlah, sekiranya ia ditulis dalam apa gaya penulisan pun termasuk jenaka yang bersahaja, asalkan orang ramai faham dan dapat membaca mesej yang ingin disampaikan, itu sudah cukup.

Ini sebenarnya adalah lebih baik, daripada penulisan yang serius dan ilmiah kononnya tetapi bersandarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih, mendengar daripada cakap-cakap orang, melalui pemerhatian rambang atau cut and paste daripada artikel-artikel orang lain.

Dan yang lebih teruk, ada juga, yang mengambil hasil tulisan orang lain, kemudian letak dalam statusnya tanpa kredit nama penulis asal dengan harapan agar orang ramai akan memuji-muji kebijaksanaan dirinya dalam mengupas sesuatu isu. Ini banyak berlaku.

Sebenarnya, sesuatu yang perlu kita akui dan tidak boleh menafikan bahawa sikap menunjuk pandai memang ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Bukan sahaja menunjuk pandai di tempat kerja, di rumah tetapi juga di alam maya.

Tidak kiralah apabila ada saja isu yang dibangkitkan atau berlaku apa sahaja insiden besar dalam negara atau luar negara, ramai yang tidak sabar-sabar mahu melontarkan pendapat masing-masing melalui penulisan yang sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh hal-hal peribadi dan emosi, bukan berdasarkan fakta dan ilmu.

Apa yang pasti, apa yang ditulis boleh sahaja mempengaruhi orang lain. Kepada yang menjadikan media sosial sebagai satu-satunya saluran untuk mendapatkan maklumat dan berita, mereka akan percaya dan mencedok habis-habis apa yang dibaca. Tulisan itu boleh juga mengubah persepsi mereka terhadap mana-mana pihak, sedangkan ada yang menulis berdasarkan apa yang dia mahukan, tidak menggambarkan perkara yang sebenar atau dia sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang ditulisnya. Sekadar mahu menunjuk yang dia tahu segala-galanya atau sebenarnya gilakan perhatian.

Adakalanya pendapat kita hanya sesuai untuk diri sendiri atau dikongsi dengan orang terdekat, bukan dengan semua orang kerana ia boleh mencetuskan keresahan dan kemarahan orang ramai.
Maka, tulislah perkara-perkara yang kita sendiri tahu, mahir dan ada ilmu mengenainya. Jangan hanya mahu tunjuk pandai atas perkara-perkara yang diri sendiri tidak tahu yang akhirnya satu dunia boleh membaca kebodohan itu - utusan.com.my

Sumber DD - 4-10-2015


Kenapa Internet sesak atau perlahan?

Posted on Saturday, October 03 @ 10:06:25 MYT by paktam

Oleh DR MOHAMED AWANG LAH

SEJAK beberapa hari lepas beberapa orang ahli politik, menteri dan bekas menteri berbalah tentang kelajuan Internet. Ada yang kata pengguna Internet Malaysia lebih suka perkhidmatan yang perlahan!

Pada pandangan saya, orang ramai memang suka Internet yang pantas tetapi mereka tidak mampu. Dan kalaupun mampu melanggani pakej berkelajuan tinggi, prestasinya hampir sama dengan pakej berkelajuan rendah. Jadi tentulah mereka melanggan pakej yang perlahan sahaja. Mengapa nak buang wang?

Tetapi, kenapa Internet selalu sesak?

Pembekalan Internet serupa dengan pembekalan air ke rumah. Ada paip besar dari tangki ke sesuatu taman perumahan di mana air disalurkan dengan paip kecil ke setiap rumah. Paip besar mungkin bergaris-pusat 100mm (dengan keluasan rentas 7,854 mm persegi). Paip kecil mungkin bergaris-pusat 20mm (dengan keluasan rentas 314 mm persegi). Nisbah keluasan rentas ialah 7,854/314 atau 25.

Ini bermakna paip yang besar itu hanya boleh membekalkan kepada 25 buah rumah sahaja sekiranya setiap rumah menggunakan air sepenuhnya sepanjang masa. Dalam situasi sebenar, ada rumah yang guna air dan ada yang tidak pada sesuatu ketika. Jadi lebih banyak rumah boleh disambungkan kepada paip besar yang sama.

Begitulah dengan Internet. Di sesuatu kawasan perumahan ada nod (atau suis atau menara pemancar bagi perkhidmatan wayarles) di mana semua talian pelanggan bersambung. Nod ini juga bersambung ke ibu sawat utama (atau gateway) dengan talian berkelajuan tinggi. Jika talian ke ibu-sawat berkelajuan 100 Mbps dan talian pelanggan berkelajuan 4 Mbps, secara mutlaknya hanya 25 pelanggan boleh menikmati kelajuan 4 Mbps. Tetapi tidak semua pelanggan menggunakan Internet dengan kelajuan maksimum pada masa yang sama. Ada yang guna sedikit sahaja dan ada juga yang tak digunakan langsung.

Oleh yang demikian kaedah "over-subscription" diguna - mungkin dengan nisbah 10:1 yang bermakna 250 pelanggan 4Mbps berkongsi talian 100Mbps. Kalau semua mereka menggunakan Internet pada masa yang sama, setiap pelanggan hanya akan dapat 0.4Mbps sahaja. Inilah yang dikatakan perkhidmatan ‘best effort’ - bergantung kepada nasib. Tidak ada jaminan.

Di sinilah kemungkinan penipuan berlaku. Pihak pembekal sentiasa menjual pakej 4 Mbps. Tetapi mereka tidak memaklumkan atau memberi jaminan nisbah "over-subscription". Ada yang guna 10:1,dan ada sehingga 50:1 untuk mendapat keuntungan yang lebih - hanya atas budi bicara pihak pembekal. Tidak ada keperluan oleh pihak berkuasa untuk memaksa pembekal membuat pengakuan kepada pelanggan.

Tentunya pelanggan yang dibekalkan perkhidmatan dengan nisbah 50:1 akan mengalami lebih banyak kesesakan berbanding 10:1. Yang idealnya 1:1 tetapi kosnya jauh lebih tinggi - biasanya dilanggani oleh pelanggan komersial.

Mungkin pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) perlu memberi lebih tumpuan kepada perkara ini untuk melindungi pengguna. Pemantauan tidak seharusnya terhad kepada kaedah statistik sahaja

Sumber DD         


Google Memperkenalkan Sokongan HTTPS Untuk Pengguna Perkhidmatan Blogspot
Posted on Thursday, October 01 @ 18:15:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Blogspot atau turut dikenali sebagai Blogger merupakan salah satu perkhidmatan milik Google yang memfokuskan kepada penawaran platform bagi pengguna menerbitkan kandungan. Baru-baru ini, Google telah mengaktifkan penggunaan nama domain .MY untuk pengguna tempatan, dan terkini Google turut memperkenalkan sokongan HTTPS pada perkhidmatan mereka itu.

Google telah mula mengimplementasikan sokongan penyulitan (encryption) pada perkhidmatan dan pelayan mereka sejak daripada tahun 2008 yang lepas, malah mereka turut menekankan penggunaan HTTPS dikalangan pemilik web lain.

Kini, sebahagian daripada usahanya, Google turut mengumumkan pengenalan sokongan HTTPS pada perkhidmatan Blogspot, membolehkan pemilik blog pada perkhidmatan tersebut mengaktifkan sokongan HTTPS.

Google mengatakan sokongan ini membolehkan pengguna pastikan mereka melayari web yang tepat, disamping mengelak daripada pihak ketiga mencuri ilmu atau memantau pelayaran mereka di sesuatu laman blog.

Pengenalan fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Blogspot – dan ia tidak ditawarkan untuk pengguna domain sendiri buat masa ini.


Sumber Rujukan: Blogger



Sumber TKO - 1-10-2015


Facebook Memperkenalkan Penggunaan Video Pendek Sebagai Gambar Profil
Posted on Thursday, October 01 @ 18:14:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Facebook kini telah menjadi salah satu identiti utama pengguna di web, dan pihak Facebook sendiri terus menambah-baik perkhidmatan mereka dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Terkini, pada hari ini, Facebook mengumumkan kemaskini pada halaman profil yang mana lebih memfokuskan pada paparan mudah-alih.

Melalui kemaskini yang diumumkan oleh Facebook, mereka memfokuskan kepada tiga perkara dalam memudahkan lagi pengguna mengekspresi diri mereka.

Fungsi pertama yang dibawakan oleh Facebook pada halaman profil baru ini adalah penggunaan gambar berbentuk video pendek (sekitar 7 saat) sebagai gambar profil – sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa.

Disamping itu, Facebook juga kini membolehkan anda menambah gambar profil sementara – seperti khusus sempena hari Raya, dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal.

Kemaskini baru untuk profil ini juga turut membawakan rekaan yang baru, disamping lebih kawalan berkenaan apakah informasi yang boleh dilihat oleh orang lain.

Facebook telah mula memperkenalkan kemaskini ini kepada segelintir kecil pengguna di UK dan Amerika Syarikat, dan dijangka memperkenalkan ia secara meluas dalam masa beberapa bulan lagi.

.......
https://amanz.my/201596287/

Sumber TKO - 1-10-2015




4 cara paling selamat membeli-belah atas talian

Posted on Wednesday, September 30 @ 13:24:46 MYT by paktam

Oleh Kohilah Sekaran

Membeli-belah di atas talian kini menjadi sebahagian dari kehidupan kita, malah perkara ini telah membuka lembaran baru dalam sektor perniagaan di negara kita.

Pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh kebanyakan orang dari industri perniagaan atas talian ini, namun apa yang membimbangkan ialah kes penipuan siber yang melibatkan produk tiruan, transaksi bayaran atau kualiti sesuatu produk.

Dengan acara jualan atas talian #MYCyberSALE berlangsung mulai hari ini, mari kita melihat empat cara yang selamat ketika berurusan atas talian.

1. Identiti, lokasi dan butiran berhubung peruncit elektronik perlu dikenal pasti

Sebelum melakukan sebarang urusan atas talian, identiti peruncit elektronik berkenaan perlu dikenal pasti. Seseorang pembeli harus perlu memastikan bahawa mereka sedang berurusan dengan jenama peruncit elektronik yang dikenali, sebagai contoh; Zalora dan Lazada.

Bagaimanapun, untuk menentukan identiti peruncit atas talian yang kurang popular, pembeli harus mendapatkan nama, nombor pendaftaran syarikat untuk negara anda, butiran perhubungan yang termasuk e-mel, alamat pos dan nombor telefon serta petunjuk yang jelas di mana ibu pejabat syarikat itu terletak.

2. Dapatkan maklumat lanjut mengenai reputasi syarikat

Selepas mengenal pasti identiti sesebuah peruncit elektronik, pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik  di kalangan pembeli atas talian.

Anda harus membaca ulasan pembeli yang pernah berurusan dengan peruncit berkenaan untuk mengetahui kelebihan serta kelemahan perdagang berkenaan. Hal ini kerana, kadang- kala sesebuah peruncit yang reputasi  baik mungkin berhadapan dengan masalah perkhidmatan seperti penghantaran yang lambat atau penjualan produk yang tidak berkualiti.

Jadi, ia adalah penting untuk mengetahui ulasan berkenaan peruncit atas talian untuk mengelakkan diri dari isu pembelian atas talian.

3. Guna laman web selamat jika melakukan pembayaran atas talian

Sebaik sahaja anda berpuas hati dengan syarikat berkenaan, pembeli atas talian harus memastikan bahawa butir-butir kad kredit diproses menggunakan sambungan yang selamat.

Sambungan enkripsi selamat yang sering digunakan ialah Secure Sockets Layer (SSL).

SSL menyulitkan data supaya maklumat berkenaan tidak dapat dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengodam laman tersebut.

Antara perkara yang boleh diberi perhatian URL sesebuah laman. Layari laman yang mempunyai https kerana tanda "S" menunjukkan laman web tersebut mempunyai 'security' .
4. Rekod butir pembelian

Butir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit dan pengesahan pesanan perlu direkodkan oleh pembeli sebagai satu bentuk bukti pembelian.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood sebelum ini mengesahkan bahawa, semua peruncit elektronik yang terlibat dalam jualan talian #MYCyberSALE telah melalui penapisan keselamatan, di mana mereka bebas dari senarai hitam serta mempunyai reputasi yang baik.

Pembeli atas talian akan berpeluang untuk memilih tawaran promosi melibatkan pedagang tempatan serta pedagang elektronik global dari 28 September hingga 2 Oktober depan.

Sumber DD - 30-9-2015        


Tentera Siber mula dapat perhatian pelbagai pihak?

Posted on Saturday, September 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DATUK Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) berjaya mencuri perhatian apabila membincangkan hal tentera siber ini dalam Sidang Parlimen pada bulan Mei 2015. “Kita perlu ambil langkah sebelum serangan. Sudah terlambat jika mahu menanganinya selepas diserang” katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Dewan Rakyat

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan peruntukan khas bagi memperkukuhkan pertahanan siber negara dengan membentuk Tentera Siber dengan meminta kerajaan mewujudkan satu ketumbukan baharu untuk menangani ancaman tentera siber apabila negara dikejutkan dengan pendedahan mengenai ancaman siber botnet (robot komputer yang berhubung antara satu sama lain melalui internet) yang menceroboh, mengintip, merekrut botnet komputer negara kita yang dipercayai boleh mengancam keselamatan negara.

Menggodam sistem komputer adalah salah satu strategi dalam serangan siber. Robot botnet adalah jaringan robot yang bukan saja menggodam, malah boleh mengambil alih rangkaian komputer di negara ini termasuk menceroboh sistem perbankan, pengangkutan dan pertahanan negara.

Penyerang siber pernah merekrut 100 botnet server di Korea Selatan sebelum melumpuhkan sistem kewangan dan perbankan sehingga menyebabkan semua urus niaga dan pengeluaran wang gagal selama 24 jam.

Berita Harian baru-baru ini melaporkan, dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja, 365,486 botnet bertindak sebagai tentera siber asing sudah ada dalam negara dan bersedia untuk melancarkan berbagai jenis serangan pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, lebih membimbangkan hampir semua sistem adalah produk negara luar dan dibimbangi akan berlaku kebocoran maklumat penting negara.

Pemantauan beliau sejak bulan April lalu mendapati analisis log sistem menunjukkan beribu-ribu serangan dan cubaan menggodam beberapa server, kebanyakannya dari China dan Israel, menggunakan alamat dan nombor IP yang didaftarkan pengendali telekomunikasi negara itu. Salah satu kesannya ialah talian internet perlahan dan pengguna gagal mendapatkan perkhidmatan oleh server yang diserang kerana capaian ke server berkenaan menggunakan talian internet dan nombor IP pengendali telekomunikasi negara ini.

Cybertrooper UMNO dan Read Bean Army (RBA)

Sebelum itu menjelang PRU ke-13, negara dihebohkan dengan kewujudan Cybertroopers Umno untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Read Bean Army (RBA) yang dikatakan dilakukan oleh satu pihak lagi yang pro kepada DAP untuk mempertahankan Pakatan Rakyat (PR).

Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP pernah  di dalam satu wawancara dengan Malaysiakini dilaporkan mengaku bahawa mereka mempunyai pasukan serangan siber sendiri. Begitu juga dengan parti-parti lain membentuk unit Media Baru masing-masing untuk menangani fenomena media sosial dewasa ini.

Sekarang Umno dan DAP boleh dikatakan ke depan dalam memanfaatkan cybertrooper atau tentera siber ini dalam kalangan BN dan PR. Malah ada dakwaan mengatakan mereka ini adalah petugas sepenuh masa yang dibayar gaji bulanan antara RM3,000 hingga  RM8,000 atau lebih sebulan bergantung kepada pengaruh atau populariti mereka dalam kalangan warga siber.

Saya tidak pasti tugasannya secara spesifik sehingga dibayar begitu mahal sekali sebab itu adalah urusan mereka. Ini adalah diluar kemampuan yang boleh dilakukan oleh PAS yang mempunyai kekangan kewangan. PAS sebagaimana biasanya hanya bergantung kepada sukarelawan yang bertaburan di seluruh pelosok negara.

Sesuai dengan nama cybertrooper Umno, satu jenis  ”pasukan” siber atau nama  lain dikenali sebagai keyboard warrior yang dipandu oleh Umno untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan Umno seterusnya, tugas  Cybertrooper Umno ini dikatakan bertugas untuk;

1. membuat blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan  Umno
2. menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
3. menyerang individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada
4. menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB
5. mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan Umno dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi
6. mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan Umno atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti Umno

Ketika saya bersama dalam satu bual santai yang dianjurkan oleh Bernama Radio bersama dengan Tun Ahmad Faisal, Ketua Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno pada tahun lepas, sempat kami berbincang lebih kurang berhubung dengan prinspip dan etika yang harus ada bagi pengamal-pengamal media baru. 

Dalam dua minggu lepas, pada 5 Oktober, saya ke Kota Bharu apabila diminta membentangkan satu kertas berkaitan cabaran Media Baru PAS dalam ‘Bengkel Merakyatkan Media” saya ada menyebut, PAS perlu memberikan sedikit tumpuan dan perhatian yang lebih serius  dalam menguruskan warga siber ini kerana banyak serangan yang dihadapkan kepada PAS oleh ahli-ahli PAS sendiri khususnya kepada kepimpinan Presiden PAS dari dua pihak yang berselisih pendapat berhubung dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh PAS.

Nampaknya kesedaran mula ada tentang pentingnya perkara ini  mula ada bila satu lagi program akan diadakan oleh PAS Kawasan Pasir Puteh yang turut meminta saya hadir untuk membentang tajuk yang hampir sama dalam “Konvensyen Penerangan dan Media Baru”pada 19 Oktober,  hujung minggu ini di Pasir Puteh.

Oleh Suhaimi Embong 

Sumber TKO - 19-9-2015



Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10
Posted on Friday, September 18 @ 10:17:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Windows 10 yang baru dilancarkan baru-baru ini tidak kurang dari dilanda kontroversi. Antaranya terdapat beberapa fungsi terbina dalam yang dikatakan “mengumpul data peribadi dan menghantar ia balik ke server Microsoft” dan mencetuskan spekulasi bahawa terdapat aktiviti ‘spying’. Saya akui bahawa terdapat penjelasan yang samar-samar mengenai isu ini daripada pihak Microsoft sendiri dan nasib baik terdapat cara yang mudah untuk mematikan fungsi ‘spying’ di dalam Windows 10.

Jom ikuti tutorial ringkas ini bagaimana untuk anda rasa lebih ‘selamat’ bila guna Windows 10.

disable spying windows 10

Anda boleh mematikan fungsi ‘spying’ dengan menggunakan Settings app tetapi langkahnya sedikit mengelirukan. Saya cadangkan anda muat turun tool Ultimate Windows Tweaker (UWT) untuk langkah yang pantas dan efisien.

Download Ultimate Windows Tweaker

Extract dan terus jalankan UWT tanpa perlu install. Kemudian klik bahagian Security & Privacy > Privacy > dan tick seperti dalam screenshot di atas. Saya tinggalkan fungsi Bing Web Search, Cortana dan Password Reveal Button kerana ia perlu bagi saya. Anda boleh matikan jika mahu.
Selepas itu, klik Apply dan restart komputer anda. Kini anda selangkah lagi ke arah penggunaan komputer yang lebih selamat.

windows 10 spying

Anda juga boleh mematikan fungsi “Stop getting to know me” yang boleh mengumpul maklumat mengenai kalendar, suara, kenalan dan perkataan yang ditaip oleh anda. Masuk Settings > Speech, inking & typing > tekan butang Stop getting to know me.

disable location windows 10

Ekstra : Tak nak lokasi anda dikesan? Anda boleh mematikan Location Service dan lokasi sebenar anda tidak akan dikesan oleh Windows. Akan tetapi, anda mungkin tidak boleh menggunakan kesemua fungsi dalam aplikasi Maps, GPS, ataupun Weather selepas ini.

Mudah sahaja kan? Anda masih boleh menikmati Windows 10 yang bagi saya lebih best dari Windows 7 dan 8 dan mendapat lebih ketenangan dari isu data kena ‘mining’ tanpa sedar.

Sumber

Sumber TKO - 18-9-2015
























































































































































































Berjayakah MYCyberSALE2015?

SHUHAIMI EMBONG | .


SEKALI lagi #Mycybersale 2015 yang diusahakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) akan diadakan sekali lagi pada tahun ini dari 28 September hingga 2 Oktober 2015 setelah inisiatif jualan dalam talian terbesar, #MYCyberSALE2014 telah diadakan pada kali pertama pada tahun lepas dari 29hb September, hingga 1hb Oktober, 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Yasmin Mahmood berkata, pada tahun pertama penganjurannya, sambutan juga begitu memberangsangkan kerana mampu menjana perolehan sebanyak RM67 juta daripada 227,000 transaksi pembelian dan jualan malah turut mencatatkan 200 peratus peningkatan trafik dalam talian.

“Program terbabit merupakan inisiatif di bawah Digital Malaysia untuk menjadi pemangkin terhadap pembangunan industri perniagaan elektronik kerana ia berupaya menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi yang cemerlang” katanya dalam sidang akhbar

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menyasarkan untuk menjana jualan sehingga RM100 juta menerusi kempen atas talian #MYCyberSALE2015 pada tahun ini. Dimaklumkan, jangkaan berkenaan adalah disebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan daripada usahawan dalam talian dengan penglibatan sebanyak 400 usahawan termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Cukup sayang saya tidak sempat hadir untuk mengikuti secara langsung majlis perasmian dan pelancaran #Mycybersale 2015 baru-baru ini. Diberitahu, ramai usahawan siber dijemput hadir dalam program perasmian dan pelancaran #Mycybersale2015 ketika saya hadir satu bengkel BDA (Bumiputera Development Agenda) anjuran MDeC.

Saya diberitahu, selain menjadi pemangkin pertumbuhan industri e-perniagaan atau e-biz negara, MYCyberSALE ini bermatlamat untuk mempertingkatkan pendapatan e-biz domestik khususnya membantu syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menghasilkan permintaan untuk menawarkan diskaun membeli-belah atas talian kepada pengguna.

Kempen atas talian itu kali ini dianjurkan selama lima hari berbanding dengan tiga hari pada tahun lalu untuk memberikan masa yang lebih lama kepada pengguna untuk membuat pembelian atau melayari 400 syarikat yang menyertainya.

Banyak lagi pengguna atau warga siber yang tidak mengetahui tentang program ini. Ada banyak lagi syarikat yang tidak menyertainya. Sebagai contoh  Islamic Cyberbazaar, MyHarakahbazaar.com tidak turut serta lagi dengan program MYCyberSALE ini tetapi saya yakin jumlah yang disasarkan sebanyak RM100 juta tersebut tidak sukar untuk dicapai. Semoga program ini mampu mencapai sasaran jualan tersebut dan menjadi katalis kepada perkembangan e-biz dinegara ini. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT PAS

Sumber HD - 12-9-2015

























































































































































































Kawal internet: Rakyat Malaysia yang lebih bebas?

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


SAYA baru terbaca berita dan isu berputar berkaitan kawal internet. Agak terlewat tapi belum terlambat. Terlewat sebab berita ni akhir Ogos, saya terlepas pandang sebab kalut dengan anak kecil waktu itu. Tidak terlambat sebab kesan internet seperti fitnah dan seumpamanya cepat tersebar dan merebak.

Bagi mengekang fitnah yang tersebar, pihak kerajaan ingin mengawal kebebasan internet dan media sosial seperti portal-portal berita, Facebook dan lain-lain. Mekanismenya mungkin setiap portal berita perlu memohon lesen dan sebagainya.

Dari sudut yang lain, jika ia tidak dikawal fitnah akan berleluasa. Saya melihat ramai mangsa-mangsa fitnah seperti skandal yang tersebar walhal itu adalah gambar super impose. Ada mangsa fitnah konon-kononnya makan duit sekolah, makan duit persatuan dan lain-lain. Paling kerajaan nak marah ialah konon-kononnya fitnah tentang 1MDB dan lain-lain.

Tuntasnya, jika disekat, maka mungkin kerajaan akan selesa melakukan penyelewengan. Dalam masa yang sama fitnah mungkin akan lebih perlahan penyebarannya. Dari sudut lain, fitnah akan lebih berbisa apabila yang sebar ada lesen manakala mangsa fitnah pula tiada lesen untuk memiliki laman sosial atau portal berita. Memang banyak pro dan kontra.

Pastinya sekat dan bebas ini ada buruk baik. Apabila sekat kebebasan, rakyat akan tanggung banyak akibat, monopoli pengiklanan, kos promosi produk akan naik menyebabkan peniaga marhaen akan terus di belakang.

Isunya, kenapa tidak diambil tindakan kepada si pesalah? Sepatutnya kerajaan perlu menyelesaikan mereka yang sebarkan fitnah, sekat dan ambil tindakan kepada mereka bukan ambil jalan pintas, sekat orang ramai. Seperti saya pernah ceritakan tentang penipuan dalam isu penukaran nama kereta. Orang yang menipu tidak dihukum sewajarnya, pendek kata orang ramai disekat dengan pelbagai peraturan dan prosedur sehingga rakyat tidak bebas.

Sebaliknya, jika penipu sudah sampai tahap pencuri, maka ia akan dipotong tangannya. Memang nampak keras, tapi ia memberikan kebebasan kepada orang ramai daripada diikat oleh prosedur pelbagai. Sampai masa, pelbagai prosedur yang mengekang transaksi orang ramai tidak diperlukan apabila ktia dapat sifarkan atau minimumkan penipuan.

Sama juga dalam isu kebebasan media. Hari ini, ‘hanky panky’ undang-undang menyebabkan ramai pemfitnah melalui media sosial bebas-sebebasnya. Ada sahabat saya difitnah melarikan duit ma'had. Apabila beliau berjumpa peguam, maka peguam nasihatkan jangan buang masa sebab yang tukang fitnah tu hanya ada motor kapcai sahaja.

Kes Tan Sri Khalid Ibrahim, apa kesudahannya? Yang salah minta maaf kemudian tiada apa-apa. Apa isu video Cukgu Pa? Apa isu video Azmin dan DS Anwar Ibrahim satu masa dahulu? Sampai hari ini masih tergantung keputusannya.

Dalam Islam, ibu kepada undang-undang fitnah ialah Qazaf. Kesalahan Qazaf bukan sahaja melibatkan si pembuat fitnah tetapi termasuk kepada si penyebar fitnah. Dengan kata lain, jika kes video di atas, orang yagn pertama kena Qazaf ialah orang yang letakkan gambar atau video tersebut di FB atau portal mereka jika ia sekadar kongsi tanpa dipastikan kesahihannya dan keaslian video tersebut. Jika sabit, maka si pesalah akan disebat di hadapan orang ramai. Jika ia melibatkan kos, maka si pesalah perlu membayarnya.

Hari ini, jika bersalah, maka kena bayar duit termasuk kos guaman. Jika si pesalah takde duit, maka kos itu ditanggung oleh si mangsa. Jadi, jika saman orang yang tiada duit, maka si mangsa akan jadi dua kali mangsa, mangsa fitnah dan habis duit.

Jika ia kesalahan fitnah yang tidak melibatkan kes zina dan kesalahan seangkatannya, maka ia akan diturunkan taraf kepada Takzir. Prosedurnya sama, cuma hukumannya terpulang kepada pihak berkuasa. Rohnya tetap sama dengan Qazaf justeru hudud adalah ‘benchmark’ kepada kesalahan lain.

Tuntasnya, undang-undang longgar rakyat dikekang atau undang-undang ketat maka rakyat bebas. Mana anda akan pilih?

Saya pilih Islam kerana undang-undangnya ketat dan tegas kepada si pesalah menjadi saya dan semua rakyat Malaysia bebas daripada kekangan prosedur dan ‘hanky panky’ pengurusan. – HARAKAHDAILY 8/9/2015

Sumber HD - 8-9-2015



10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak
Posted on Tuesday, September 01 @ 22:10:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Oleh Arif Atan

1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.


 2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!

3. Respon menganjing/ tak serius pada komentar ahli group yang bagi cadangan antu pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?

4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa punyalah payah.

5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya sampai jam 2,3 pagi. WTH?!

6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full.Gila kau! Habis jammed hp.

7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama, dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.

8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.

9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.

10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.

Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!

http://www.wartautara.com/

 Lain Lan Artikel Yang Mesti Anda Baca




Sumber TKO - 2-9-2015

























































































































































































1BestariNet atau SchoolNet punca Sekolah Bestari gagal?

SHUHAIMI EMBONG | .


PADA tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif dengan teknologi sebagai pengupaya telah menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah  Bestari diwujudkan sebagai satu daripada  Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sedutan ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, menyebut “Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia.

Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.” Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ‘flagship application’ dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia.

Konsep Sekolah Bestari

Dokumen asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat.

Sekolah Bestari Malaysia atau Malaysian Smart School ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat.

Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.

Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak ke arah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.

Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.

Pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Oleh itu, penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.

Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah.

Syarikat usahsama, Telekom Smartschool Sdn. Bhd  yang terdiri daripada tujuh syarikat tempatan telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk membangunkan system bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari ini dalam tempoh tiga tahun.

Kalau tidak silap ingatan saya, selain TMSmart School Sdn Bhd, ada tiga lagi  syarikat antarabangsa yang terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ialah seperti berikut:  BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd, Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn.Bhd dan NIIT Malaysia Sdn Bhd

Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Pada tahun 1999, 90 buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Kedua, aspek latihan kepada guru-guru amat penting. Ketiga, aspek bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan.

Kegagalan 1BestariNet dan SchoolNet

Telekom Malaysia menjadi kontrakor utama membekalkan infastruktur telekomunikasi kepada Projek SchoolNet yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem dan peralatan bukan-IT melalui anak syarikatnya Telekom SmartSchool Sdn Bhd.

Talian School Net yang dibekalkan mengalami banyak masalah terutama capaian internet. Dengan kelajuan 1 mbps, mana mungkin boleh digunakan oleh satu sekolah yang jumlah pengguna melebihi 100 guru dan murid. Capaian internet dikatakan kerap terganggu, terputus beberapa kali sehari menjadi perkara biasa ditambah pula dengan kelembapan untuk melayari internet.

Mulai tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menamatkan perkhidmatan talian SchoolNet secara berperingkat. Surat pemakluman dihantar kepada pihak sekolah dan tinjauan tahap kepuasan hati pengguna (sekolah) turut dijalankan sejak tahun 2010. Selepas itu, kerajaan menganugerahkan projek 1BestariNet kepada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyediakan akses internet dan pembelajaran maya.

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama YTL Communication telah memperkenalkan 1BestariNet, pengganti kepada SchoolNet yang diharap mampu mengatasi permasalahan yang kian lama wujud.

Talian yang menggunakan teknologi 4G atau tanpa wayar telah diperkenalkan ke seluruh negara.

Kalau tidak silap maklumat yang diberikan kepada saya oleh rakan-rakan yang terlibat, Setiap sekolah sekolah dibekalkan dengan empat set zoom untuk dipasang di tempat-tempat yang sesuai.

Contohnya di pejabat pentadbiran, bilik guru dan makmal komputer. Satu set zoom, dijadikan simpanan jika berlaku kerosakan bagi mana-mana zoom yang dipasang. Melalui Zoom yang dibekalkan iaitu alat yang berfungsi sebagai pemancar wifi kepada pengguna, guru-guru dan pelajar boleh membuat sambungan ke internet.

Pada peringkat awal pemasangan talian 1BestariNet, iaitu semasa pengujian pada bulan Mac 2012 kelajuan sungguh luar biasa. Melalui speed test yang dijalankan, download speed ialah 15 mbps dan upload speed hampir 8 mbps. Tetapi kemudiannya kelajuan capaian internet mula merudum dan kerap terputus. Akses 1BestariNet di sekolah pula diberikan kepada pelajar melalui Wifi. Apabila hujan, ia tak dapat digunakan.

Untuk rekod, kita mendapat maklumat Projek 1BestariNet adalah untuk tempoh 15 tahun berjumlah RM4.077 billion secara keseluruhannya. Masalah yang dihadapi oleh 1BestariNet ini setelah dua setengah tahun, tidak semua sekolah dapat disiapkan dengan perkhidmatan tersebut. Pada akhirnya, YTL hanya menerima RM663 juta dan telah didenda sebanyak RM2.4 juta kerana gagal melengkapkan keseluruhan 10,000 buah sekolah seperti di dalam kontrak perjanjian.

Malah ada yang menyebut, ia lebih teruk daripada zaman SchoolNet dulu. Akhirnya, 1Bestari menghadapi masalah yang sama seperti SchoolNet beratus juta wang kerajaan ‘hangus’ begitu sahaja tanpa manfaat yang jelas kepada sekolah.

Saya tidak terlibat secara langsung tentang Projek Sekolah Bestari ini. Tetapi semasa saya berkhidmat dengan Telekom Malaysia dahulu, saya terlibat juga sedikit sebanyak di peringkat awal.

Malah CEO TM Smartschool Sdn Bhd adalah bos saya dan juga CEO selepas itu juga adalah kawan-kawan saya. Jadi yang tidak bercadang menulis lebih daripada ini walaupun ada lagi maklumat yang saya tahu.

Saya tinggalkan dulu perkara ini kepada pembaca semua untuk memberikan maklumat tambahan.

Jika kita melihat hasrat menyediakan Sekolah Bestari ini, dimanakah silapnya? Adakah ia silap perancangan atau silap perlaksanaan?. – HARAKAHDAILY 29/8/2015

Penulis adalah Pengarah IT Pas Pusat.

Sumber HD - 29-8-2015


TM Perkenal Unifi Dengan Pilihan 30Mbps, 50Mbps
Posted on Monday, August 24 @ 16:11:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TELEKOM Malaysia (TM) menawarkan pakej 30Mbps dan juga 50Mbps yang ditawarkan di sejumlah kawasan sejak beberapa bulan lepas.

Untuk kedua-dua pakej ini, TM menggunakan kaedah penjenamaan baru, di mana ia 

dilabelkan sebagai Unifi 30Mbps dan Unifi 50Mbps; berbanding penggunaan VIP10 dan 

sebagainya sebelum ini.



Perkara ini memperlihatkan kepada penggunaan jenama baru dalam pakej penawaran 

Unifi. Disamping itu, TM turut memberikan petanda mereka akan hadir dengan pakej internet 

lebih laju.



Melalui pakej 30Mbps, TM menawarkan ia pada harga RM199 sebulan; merupakan harga 

sama seperti Unifi VIP10.



Ia turut menawarkan pakej kandungan tambahan untuk HyppTV, selain penawaran tambahan berbayar melaluinya.



Pengguna turut boleh menaik-taraf pakej tersebut kepada 50Mbps. Melalui pakej Unifi baru ini 

juga, TM memfokuskan kepada kebolehan pengguna mengubah dan menambah apa yang 

 diinginkan berdasarkan kepada penggunaan dan keperluan mereka – dan segalanya akan 

dipaparkan pada satu bil yang sama.



TM mengatakan pakej ini ditawarkan di semua lokasi Unifi, tetapi perlu menyemak terlebih 

dahulu sama ada kawasan tersebut menyokong rangkaian 30Mbps dan ke atas ataupun sebaliknya.



Seperti semua sedia maklum, ramai pelanggan sedia ada untuk pakej Unifi VIP 10 telah 

mula menerima penaiktarafan percuma ke pakej 30Mbps baru ini sejak beberapa minggu lepas. 



Sumber TKO - 24-8-2015


Jaring dan Bapa Internet Malaysia sukar dipisahkan?

Posted on Monday, August 24 @ 10:40:41 MYT by paklang

Oleh SHUHAIMI EMBONG

DI negara kita, hanya ada lima sahaja Penyedia Khidmat Internet atau Internet Service Provider (ISP). Bermula dengan perkhidmatan Jaring yang pada mulanya disediakan oleh MIMOS Berhad, kemudian  pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lessen daripada pihak kerajaan. Sehingga akhir 2000, di antara syarikat-syarikat lain yang turut menyediakan perkhidmatan ISP di Malaysia ialah Maxis Communications Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd. dan Time dotcom Berhad.



Apabila seorang sahabat memberitahu saya dia terbaca notis pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam iklan akhbar-akhbar tempatan memberitahu orang ramai bahawa perkhidmatan Jaring Communications Sdn Bhd (JARING) akan ditamatkan mulai 22hb Ogos 2015 setelah notis makluman diberikan sejak 23hb April, 2015 yang lepas.

Sekadar satu memori, sedikit kenangan silam bersama Dr Mohamad Awang Lah bermula. Apabila saya diminta pimpinan kerajaan Negeri Terengganu ketika itu balik  membantu memajukan sektor ICT di Negeri Terengganu, mahu tidak mahu saya ‘terpaksa’  meninggalkan TM dan pulang ke Terengganu dengan mengambil alih pengurusan sebuah syarikat kerajaan negeri untuk dijadikan ‘vehicle’ bagi merealisasi usaha menjadikan tema Terengganu Membangun Untuk Islam tidak ketinggalan dalam aspek ICT.

Ketika saya menerajui TOP IT Industries di awal abad ke-21, saya cuba menjadikan Dr Tengku Azman Sharifadeen (MIMOS) dan Dr Mohamad Awang Lah (Jaring) sebagai  ‘ikon’ dalam membangunkan satu agenda. Mimos (Dr Tengku Azman) dan Jaring (Dr Mohamad Awang Lah) serta beberapa pihak lagi dijemput untuk berkongsi pengalaman dan bersama membantu membangunkan prasarana infrastruktur IT di Terengganu.

Pada masa itu Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu merancangkan menjadikan ESCOMM (Expo-Seminar on Communication & Multimedia) sebagai pencetus awal kepada usaha membangunkan dan menjadikan Terengganu sebagai ‘hub’ dan ‘gateway’ Estern Corridor Multimedia.

Telah lebih sedekad ia berlalu. Jadi, saya tak pasti sama ada Yahaya Ali yang pernah menjadi exco kerajaan Terengganu dan bertanggunggjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Komunikasi dan Kemudahan Awam dan  juga Pengerusi TOP IT Industries serta rakan-rakan yang dijemput menganggotai Terengganu ‘State IT Agenda (SITA)’ ketika itu masih ingat atau tidak lagi rangka-rangka kasar yang sedang disiapkan ketika itu.

Kalau tidak silap ingatan saya, ESCOMM cuma sempat diadakan dua kali ESCOMM 2001 dan ESCOM 2003 sahaja dengan Dr Tengku Azman Sharifadeen dan Dr Mohamad Awang Lah menjadi ‘Key Speaker’ pada dua progam ICT terbesar di Pantai Timur ketika itu. Blue print ESCOMM yang sedang cuba disedia dan disiapkan dalam tempoh dua tahun itu akhirnya terbengkalai apabila PAS tewas mengejut pada 2014.

Cita-cita dan hasrat awal Kerajaan Terengganu ketika itu untuk menjadikan ESCOMM seperti mini ‘Multimedia SuperCorridor (MSC)’ bagi dilancarkan pada ESCOMM 2015  tidak menjadi realiti kerana tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu pada 2014.  Setakat ini dulu hal ini sebab itu bukan fokus pada penulisan kali ini.

Berbalik kepada Jaring yang menjadi fokus kepada penulisan kolum Gerbang IT kali ini. Tidak dapat dinafikan saya mempunyai ramai rakan-rakan di Jaring, malah ada sesetengahnya telah menjadi sahabat baik saya sekian lama. Tetapi, dalam ramai-ramai kenalan tersebut saya teringat kepada Dr Mohamad Awang Lah, pengasas dan pelopor kepada pembangunan internet di Malaysia dan Jaring itu sendiri bila MCMC mengumumkan penamatan ISP JARING ini.

Pada pengamatan saya, beliau begitu berdedikasi memperlopori dan secara ‘beristiqamah hingga kejayaan’ membangunkan rangkaian internet di Malaysia sejak awal dan  diberikan jolokan sebagai Bapa Internet Malaysia. Saya tidaklah mengenali beliau secara peribadi kerana tidak pernah bertugas dengannya walaupun saya hampir menyertai Jaring selepas tidak lagi berkhidmat dengan TM (dulunya dipanggil Telekom Malaysia). Ada beberapa orang rakan-rakan TM yang menyertai Jaring. Melalui sahabat dan pembacaan, saya mula mengenali dan mengkagumi beliau dari jauh.

Jaring dan Bapa Internet Malaysia       

Jaring Communications Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang popular dalam kalangan pengguna internet tempatan, iaitu ia telah bermula hampir 30 tahun yang lepas, dan menjadi salah satu syarikat penyedia internet paling awal di Malaysia.

Mengikut beberapa penulisan sebelum ini didapati Perkembangan Internet di Malaysia bermula pada tahun 1983  iaitu Dr. Mohamed Awang-Lah memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet di makmal Universiti Malaya. Pada ketika itu, beliau merupakan ahli akademik Fakulti Elektrikal/Elektronik di Universiti Malaya. Dr. Mohamed Awang-Lah telah membuat hubungan Internet yang sama di akhir tahun 1984 ketika beliau ditempatkan di MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System).

Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ia terus berkembang dengan sokongan dan perhatian daripada pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.

Jaring telah dibangunkan pada tahun 1986 dengan nama RangKoM.  Pada tahun 1989, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang-Lah.

Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING (Joint Advanced Integrated Networking) telah dirumuskan, dan ia dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh.  Dilaporkan, lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992.

Pada bulan Jun 1994, Jaring bergerak dengan lebih cemerlang lagi, keupayaan Jaring dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Rangkaian Jaring turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari Singapura, Brunei, dan Thailand.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan Jaring sebagai prasarana tulang belakang. Pada 1999, JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 negara dengan jumlah keahlian Jaring meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.

Selepas itu, ia telah dilancarkan kepada umum dengan nama Jaring, dan diletakkan sebagai anak syarikat MIMOS pada tahun 2002. Penubuhan MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang cerdik IT untuk menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik.

Dr Mohamed yang merupakan pengasas Jaring telah melepaskan jawatannya selaku CEO Jaring pada tahun 2011, dan digantikan oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO Jaring dan kemudiannya Utusan Printcorp telah membeli Jaring dengan nilai RM100 juta pada Ogos 2014. Sejak itu syarikat berada dalam keadaan terumbang-ambing, malah dilaporkan pekerja Jaring mula tidak menerima gaji dan caruman EPF dan lain dalam keadaan yang tidak menentu.

Kekecewaan Dr Mohamad Awang Lah atau dipanggil ‘Dr MAL’ kepada kerajaan khususnya Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKD) berhubung hal yang berlaku pada jaring ini dapat dilihat kepada entri FB beliau pada April, 24 sehari selepas notis makluman pada 23 April menyebut kekecewaan beliau yang amat jelas “Episod yang menyedihkan ini bermula MKD  menjual Jaring pada awal 2014 kepada satu pihak yang berminat dengan wang hasil jualan dan tidak berminat untuk menjaga kepentingan Jaring. Khabarnya bukan Jaring sahaja yang menjadi mangsa. Kita agak kecewa kerana tindakan segera untuk menyekatnya tidak dilakukan pada hal agensi kerajaan tertentu telah tahu keadaannya. Kita kecewa kerana pihak MKD tidak berhati-hati dalam memilih pembeli Jaring”

Saya pun tidak faham kenapa kerajaan tidak bertindak menyelamatkan Jaring. Kalau kerajaan tidak mempunyai duit untuk ‘bailout’, kerajaan mungkin boleh mengarahkan penggabungan Jaring dengan TMNet atau mana-mana ISP lain yang ada sebagaimana penggabungan yang dilakukan oleh bank-bank sebelum ini.

Memang sepatutnya Dr MAL bersikap begitu kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia dibiarkan sedemikian rupa setelah dia telah membidani kelahiran Jaring dan membesarkannya dengan ‘penuh kasih sayang’ tiba-tiba bila beliau ‘dipaksa’ melihat Jaring yang pernah menjadi ‘anak emas’ kerajaan satu ketika menerima nasib malang ditamatkan riwayatnya sebegitu rupa setelah beliau tidak lagi berada di situ.

Kepada Dr MAL dan rakan-rakan yang telah membangunkan Jaring harap bersabar. Mungkin ini sudah ada dalam ketentuan Allah sejak azali lagi.

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT PAS Pusat

Sumber DD  - 24-8-2015       


Semakan Nombor IMEI Dan Negara Pengeluar Telefon Pintar
Posted on Monday, August 24 @ 01:34:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain.

Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda.

Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda melalui;

Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta. Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti dan informasi untuk peranti anda.

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak nombor pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 123456019012345

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan untuk mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.

Semakan Pendaftaran Nombor IMEI

Jadi, mungkin ramai yang kini tertanya-tanya, apakah kegunaannya? IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri dan sebagainya.

Memandangkan IMEI digunakan sebagai identiti untuk telefon anda, maka sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi.

Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Untuk tujuan ini, angka yang tidak disenara-hitam akan digunakan. Jadi, untuk sebab ini, ia sering dikatakan angka IMEI perlulah disimpan untuk kegunaan peribadi, dan tidak dikongsikan kepada umum, yang mana boleh menjadikan peranti anda di klon dengan mudah.

sumber 

Sumber TKO - 24-8-2015



























































































































































































Jaring dan Bapa Internet Malaysia sukar dipisahkan?

SHUHAIMI EMBONG | .


DI negara kita, hanya ada lima sahaja Penyedia Khidmat Internet atau Internet Service Provider (ISP). Bermula dengan perkhidmatan Jaring yang pada mulanya disediakan oleh MIMOS Berhad, kemudian  pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lessen daripada pihak kerajaan. Sehingga akhir 2000, di antara syarikat-syarikat lain yang turut menyediakan perkhidmatan ISP di Malaysia ialah Maxis Communications Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd. dan Time dotcom Berhad.

Apabila seorang sahabat memberitahu saya dia terbaca notis pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam iklan akhbar-akhbar tempatan memberitahu orang ramai bahawa perkhidmatan Jaring Communications Sdn Bhd (JARING) akan ditamatkan mulai 22hb Ogos 2015 setelah notis makluman diberikan sejak 23hb April, 2015 yang lepas.

Sekadar satu memori, sedikit kenangan silam bersama Dr Mohamad Awang Lah bermula. Apabila saya diminta pimpinan kerajaan Negeri Terengganu ketika itu balik  membantu memajukan sektor ICT di Negeri Terengganu, mahu tidak mahu saya ‘terpaksa’  meninggalkan TM dan pulang ke Terengganu dengan mengambil alih pengurusan sebuah syarikat kerajaan negeri untuk dijadikan ‘vehicle’ bagi merealisasi usaha menjadikan tema Terengganu Membangun Untuk Islam tidak ketinggalan dalam aspek ICT.

Ketika saya menerajui TOP IT Industries di awal abad ke-21, saya cuba menjadikan Dr Tengku Azman Sharifadeen (MIMOS) dan Dr Mohamad Awang Lah (Jaring) sebagai  ‘ikon’ dalam membangunkan satu agenda. Mimos (Dr Tengku Azman) dan Jaring (Dr Mohamad Awang Lah) serta beberapa pihak lagi dijemput untuk berkongsi pengalaman dan bersama membantu membangunkan prasarana infrastruktur IT di Terengganu.

Pada masa itu Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu merancangkan menjadikan ESCOMM (Expo-Seminar on Communication & Multimedia) sebagai pencetus awal kepada usaha membangunkan dan menjadikan Terengganu sebagai ‘hub’ dan ‘gateway’ Estern Corridor Multimedia.

Telah lebih sedekad ia berlalu. Jadi, saya tak pasti sama ada Yahaya Ali yang pernah menjadi exco kerajaan Terengganu dan bertanggunggjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Komunikasi dan Kemudahan Awam dan  juga Pengerusi TOP IT Industries serta rakan-rakan yang dijemput menganggotai Terengganu ‘State IT Agenda (SITA)’ ketika itu masih ingat atau tidak lagi rangka-rangka kasar yang sedang disiapkan ketika itu.

Kalau tidak silap ingatan saya, ESCOMM cuma sempat diadakan dua kali ESCOMM 2001 dan ESCOM 2003 sahaja dengan Dr Tengku Azman Sharifadeen dan Dr Mohamad Awang Lah menjadi ‘Key Speaker’ pada dua progam ICT terbesar di Pantai Timur ketika itu. Blue print ESCOMM yang sedang cuba disedia dan disiapkan dalam tempoh dua tahun itu akhirnya terbengkalai apabila PAS tewas mengejut pada 2014.

Cita-cita dan hasrat awal Kerajaan Terengganu ketika itu untuk menjadikan ESCOMM seperti mini ‘Multimedia SuperCorridor (MSC)’ bagi dilancarkan pada ESCOMM 2015  tidak menjadi realiti kerana tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu pada 2014.  Setakat ini dulu hal ini sebab itu bukan fokus pada penulisan kali ini.

Berbalik kepada Jaring yang menjadi fokus kepada penulisan kolum Gerbang IT kali ini. Tidak dapat dinafikan saya mempunyai ramai rakan-rakan di Jaring, malah ada sesetengahnya telah menjadi sahabat baik saya sekian lama. Tetapi, dalam ramai-ramai kenalan tersebut saya teringat kepada Dr Mohamad Awang Lah, pengasas dan pelopor kepada pembangunan internet di Malaysia dan Jaring itu sendiri bila MCMC mengumumkan penamatan ISP JARING ini.

Pada pengamatan saya, beliau begitu berdedikasi memperlopori dan secara ‘beristiqamah hingga kejayaan’ membangunkan rangkaian internet di Malaysia sejak awal dan  diberikan jolokan sebagai Bapa Internet Malaysia. Saya tidaklah mengenali beliau secara peribadi kerana tidak pernah bertugas dengannya walaupun saya hampir menyertai Jaring selepas tidak lagi berkhidmat dengan TM (dulunya dipanggil Telekom Malaysia). Ada beberapa orang rakan-rakan TM yang menyertai Jaring. Melalui sahabat dan pembacaan, saya mula mengenali dan mengkagumi beliau dari jauh.

Jaring dan Bapa Internet Malaysia       

Jaring Communications Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang popular dalam kalangan pengguna internet tempatan, iaitu ia telah bermula hampir 30 tahun yang lepas, dan menjadi salah satu syarikat penyedia internet paling awal di Malaysia.

Mengikut beberapa penulisan sebelum ini didapati Perkembangan Internet di Malaysia bermula pada tahun 1983  iaitu Dr. Mohamed Awang-Lah memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet di makmal Universiti Malaya. Pada ketika itu, beliau merupakan ahli akademik Fakulti Elektrikal/Elektronik di Universiti Malaya. Dr. Mohamed Awang-Lah telah membuat hubungan Internet yang sama di akhir tahun 1984 ketika beliau ditempatkan di MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System).

Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ia terus berkembang dengan sokongan dan perhatian daripada pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.

Jaring telah dibangunkan pada tahun 1986 dengan nama RangKoM.  Pada tahun 1989, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang-Lah.

Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING (Joint Advanced Integrated Networking) telah dirumuskan, dan ia dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh.  Dilaporkan, lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992.

Pada bulan Jun 1994, Jaring bergerak dengan lebih cemerlang lagi, keupayaan Jaring dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Rangkaian Jaring turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari Singapura, Brunei, dan Thailand.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan Jaring sebagai prasarana tulang belakang. Pada 1999, JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 negara dengan jumlah keahlian Jaring meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.

Selepas itu, ia telah dilancarkan kepada umum dengan nama Jaring, dan diletakkan sebagai anak syarikat MIMOS pada tahun 2002. Penubuhan MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang cerdik IT untuk menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik.

Dr Mohamed yang merupakan pengasas Jaring telah melepaskan jawatannya selaku CEO Jaring pada tahun 2011, dan digantikan oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO Jaring dan kemudiannya Utusan Printcorp telah membeli Jaring dengan nilai RM100 juta pada Ogos 2014. Sejak itu syarikat berada dalam keadaan terumbang-ambing, malah dilaporkan pekerja Jaring mula tidak menerima gaji dan caruman EPF dan lain dalam keadaan yang tidak menentu.

Kekecewaan Dr Mohamad Awang Lah atau dipanggil ‘Dr MAL’ kepada kerajaan khususnya Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKD) berhubung hal yang berlaku pada jaring ini dapat dilihat kepada entri FB beliau pada April, 24 sehari selepas notis makluman pada 23 April menyebut kekecewaan beliau yang amat jelas “Episod yang menyedihkan ini bermula MKD  menjual Jaring pada awal 2014 kepada satu pihak yang berminat dengan wang hasil jualan dan tidak berminat untuk menjaga kepentingan Jaring. Khabarnya bukan Jaring sahaja yang menjadi mangsa. Kita agak kecewa kerana tindakan segera untuk menyekatnya tidak dilakukan pada hal agensi kerajaan tertentu telah tahu keadaannya. Kita kecewa kerana pihak MKD tidak berhati-hati dalam memilih pembeli Jaring”

Saya pun tidak faham kenapa kerajaan tidak bertindak menyelamatkan Jaring. Kalau kerajaan tidak mempunyai duit untuk ‘bailout’, kerajaan mungkin boleh mengarahkan penggabungan Jaring dengan TMNet atau mana-mana ISP lain yang ada sebagaimana penggabungan yang dilakukan oleh bank-bank sebelum ini.

Memang sepatutnya Dr MAL bersikap begitu kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia dibiarkan sedemikian rupa setelah dia telah membidani kelahiran Jaring dan membesarkannya dengan ‘penuh kasih sayang’ tiba-tiba bila beliau ‘dipaksa’ melihat Jaring yang pernah menjadi ‘anak emas’ kerajaan satu ketika menerima nasib malang ditamatkan riwayatnya sebegitu rupa setelah beliau tidak lagi berada di situ.

Kepada Dr MAL dan rakan-rakan yang telah membangunkan Jaring harap bersabar. Mungkin ini sudah ada dalam ketentuan Allah sejak azali lagi. – HARAKAHDAILY 21/8/2015

Penulis adalah Pengarah Jabatan IT PAS Pusat

Sumber HD - 21-8-2015


Hentikan kegilaan media sosial

Posted on Thursday, August 20 @ 14:30:09 MYT by paktam

Oleh ZULKIFLEE BAKAR 

APA sudah jadi dengan masyarakat kita? Ledakan teknologi maklumat yang memungkinkan pel­bagai aplikasi terwujud bukan lagi digunakan untuk kebaikan negara mahupun rakyat, sebaliknya diperalatkan habis-habisan bagi menabur fitnah, tohmahan dan mereka-reka cerita.

Akibat ‘kegilaan’ tersebut sa­ma ada melalui portal berita, WhatApps, Facebook, Instagram, SMS atau blog, masyarakat menjadi tidak menentu. Mereka teraba-raba mencari kebenaran dan dipaksa me­nerima kepalsuan.

Saban hari ada sahaja khabar-khabar palsu yang bertebaran, fitnah bertaburan dan tohmahan berselerakan. Dalam kalangan kita seolah-olah tidak ada kerja lain, selain terpaksa mengesahkan sesuatu berita itu betul atau tidak.

Terlalu ramai dalam kalangan kita yang kurang cerdik dan tidak bijak menggunakan teknologi maklumat demi untuk kebaikan negara. Paling malang wujud pula portal-portal berita yang cukup bijak memutarbelitkan fakta dan mempunyai kebijaksanaan luar biasa mewujudkan persepsi dalam kalangan rakyat.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh portal berita propembangkang Malaysiakini. Ada sahaja berita palsu mereka siarkan termasuklah yang terbaharu cuba melaga-lagakan Ketua Setiausaha Negara dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Biarpun sudah terang-terang satu fitnah, namun Malaysiakini masih bebas melakukannya tanpa halangan.

Kalau diteliti portal berita tersebut memaparkan pelbagai isu yang kadang kala langsung tidak ditapis. Malah mereka juga tidak memikirkan kesannya kepada negara.

Tiada pertimbangan benar atau palsu, betul atau salah, sebaliknya lebih menjurus kepada perhitungan politik kelompok tertentu. Bagi pakatan pembangkang, mereka menganggap ini rahmat kerana segelintir rakyat dilihat begitu mudah diperbodohkan melalui persepsi.

Mereka bernasib baik kerana dalam kalangan rakyat negara ini sudah dilumuri dengan politik kebencian. Kerajaan buatlah baik macam mana pun, tetap akan dibalas dengan tuba. Pelbagai kata nista dihamburkan seolah-olah mereka tidak pernah merasa secebis kenikmatan menjadi rakyat Malaysia.

Kebaikan kerajaan semakin dilupakan. Tidak cukup dengan itu pelbagai program kerajaan cuba diburuk-burukkan atau diwujudkan pandangan serong seperti rancangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mewujudkan ‘Low Yat 2’.

Pelbagai tafsiran negatif diberikan terhadap cadangan itu dan paling memualkan ada pihak termasuklah parti politik yang melompat bagaikan ‘kera kena belacan’. Mereka menulis di dalam blog-blog menentang idea yang bertujuan meningkatkan kaum Bumiputera dalam perniagaan itu.

‘Kegilaan’ akibat ledakan teknologi maklumat juga semakin buruk apabila ada pula mahu menjadi ‘wartawan tidak rasmi’ melalui penulisan dalam blog-blog. Walaupun majoriti mereka menjadi penulis blog yang baik tetapi ada pula yang bertindak bagaikan ‘batu api’. Hujah-hujah di dalam blog peribadi mereka cuba memaparkan seolah-olah merekalah paling hebat ketika memegang jawatan dalam sesuatu organisasi suatu ketika dahulu.

Tetapi bagi mereka yang mengetahui sejarah seseorang penulis blog tersebut, apa yang diperkatakan hanya ‘temberang semata-mata’ atau bak kata orang Kedah, ‘gempak lebih’. Namun sedikit sebanyak apa yang mereka lakukan boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara ini.

Justeru sampai bilakah kita akan membiarkan kegilaan melalui ledakan teknologi maklumat menghakiskan kestabilan negara sedikit demi sedikit? Apakah kita tiada keupayaan untuk mengawalnya atau sememangnya keupayaan sedia ada dibiarkan?

Sudah tiba masanya tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kalau perlu ada tindakan atau pindaan undang-undang lakukan sahaja, usah difikirkan apa yang hendak dikatakan oleh pakatan pembangkang atau pihak luar.

Kalau mahu mengamalkan sikap ‘takut apa orang kata’ sampai bila pun apa juga masalah tidak boleh diselesaikan. Tindakan lebih tegas perlu dilakukan bagi memerangi kegilaan teknologi maklumat ini.

Jangan bimbang soal menyekat kebebasan bersuara dan demokrasi. Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu bebas melakukan fitnah, tohmahan atau menyebarkan khabar ‘separuh masak’ mahupun palsu. Demokrasi bukan bererti seseorang bebas melakukan apa sahaja sehingga menggugat kestabilan negara.

SKMM tidak boleh mengharapkan kepada jentera penerangan kerajaan mahupun parti memerintah membuat penjelasan terhadap sesuatu isu. Memang penjelasan boleh dibuat tetapi sudah menjadi perangai sesetengah rakyat negara ini, mereka lebih percaya kepalsuan berbanding kebenaran.

Kalaulah penerangan ditolak, amaran sudah diberi maka tiada langkah lain yang boleh dibuat selain penguatkuasaan undang-undang. Ketegasan tersebut bukanlah bertujuan untuk menganiaya sesiapa sebaliknya demi memastikan kesejahteraan negara tidak tergugat.

Sama ada hendak diakui atau tidak, kestabilan negara sedang digugat oleh tangan-tangan yang tidak pernah tidur dalam menyebarkan maklumat palsu atau mewujudkan persepsi yang bertujuan memburuk-burukkan kerajaan sedia ada.

Janganlah kita hanya bertindak setelah keadaan sudah menjadi parah. Portal-portal berita yang merasakan mereka kebal dan bebas untuk melakukan fitnah dan tohmahan serta memutarbelitkan sesuatu berita perlu diajar memahami undang-undang.

Begitu juga sikap biadab sesetengah individu yang sanggup menyebarkan berita palsu berhubung sesuatu kejadian. Kegilaan mereka perlu dihentikan. Kerajaan tidak perlu berkompromi atau bertolak ansur.

Sudah cukup sikap toleransi diamalkan selama ini. Sekarang masa untuk bertindak bagi mengelakkan yang benar dianggap batil yang batil dianggap benar, fitnah diiktiraf sebagai bukti, tohmahan dijamah setiap hari. Jika semua ini terus dibiarkan, percayalah negara kita dalam bahaya. Segala yang dibina selama ini akan runtuh akibat ledakan teknologi maklumat yang tidak terkawal.-U/M

Sumber DD -20-8-2015



























































































































































































Kelebihan penggunaan ICT dalam perniagaan

SHUHAIMI EMBONG | .


PADA minggu ini, saya menulis sedikit lagi berhubung dengan penggunaan ICT yang perlu menjadi teras kepada perniagaan berasaskan internet. Dalam kolum ini pada keluaran lepas, saya telah menulis berhubung dengan betul atau tidak  perniagaan Internet jana untung lumayan?

Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Dengan adanya e-niaga (atau dipanggil e-dagang), sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini.

E-niaga kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Diantara kelebihan e-niaga dan Internet adalah:

1. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Ia membantu syarikat untuk meluaskan pasaran keseluruh pelusuk  dunia dengan menjadikan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung antara satu sama lain

2. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Ia membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan juga produktiviti.

3. Penggunaan ICT dalam perniagaan juga dapat membantu untuk menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak yang berkenaan seperti pelanggan dengan pantas dalam masa yang singkat para peniaga boleh membuat promosi dengan mengiklankan produk mereka melalui kemudahan Internet, SMS, emel dan pelbagai medium lain menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat.

Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer, malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi  perniagaan. Kecanggihan teknologi semasa sepatutnya direbut masyarakat terutama dikalangan bumiputera untuk mengakses maklumat selain menggunakan alam maya sebagai platform mempromosi perniagaan.

Bukan itu sahaja, peniaga juga akan dapat menjimatkan kos pengiklanan. Usahawan kini boleh mengiklankan  produk perniagaan mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter  dengan pantas dan berkesan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. Laman sosial tersebut boleh dikemaskini pada setiap masa jika terdapat maklumat baru mengenai perniagaan yang ingin disampaikan kepada pelanggan khususnya.

Melalui penggunaan ICT, usahawan juga akan mudah untuk mengetahui maklumat pesaing-pesaing yang ada dengan begitu mudah sekali. Ukuran kejayaan kepada perlaksanaan ICT di dalam perniagaan bercorak “k”(Knowledge) adalah:

1. Sentiasa menggunakan applikasi dan pendekatan baru dan inovatif,
2. Melakukan urusniaga secara berkala dan bersistem,
3. Berada dalam persekitaran yang selamat,
4. Maju dan senantiasa positif,
5. Sentiasa bersedia dalam persekitara selamat dan bermaklumat,
6. Mempunyai pengetahuan (berilmu) dan bermaklumat,
7. Pengurusan yang efisyen dan efektif.

Pihak kerajaan perlulah memperbanyakkan lagi program yang mampu memberi kesedaran kepada peniaga mengenai kepentingan ICT dan program yang mampu meningkatkan lagi kemahiran peniaga tentang penggunaan ICT.

Beberapa cadangan berkaitan ICT yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan atau CSR syarikat-syarikat korporat tertentu iaitu;

1. Perbanyakkan kemudahan ICT di kawasan pedalaman yang lain supaya peniaga atau usahawan yang berada di pedalaman juga dapat menikmati faedah dan kemudahan menggunakan kemudahan ICT

2. Memperbanyakkan kursus ICT terutamanya terhadap peniaga atau usahawan yang baru sahaja  berkecimpung dalam bidang perniagaan. Dengan adanya kursus ICT terhadap uasahawan, dapat menjadikan usahawan bertambah yakin dengan penggunaan ICT dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan begitu mudah.

3. Peniaga atau usahawan perlulah bersikap terbuka supaya dapat mengubah perniagaan bagi menjamin perkembangan sesuatu perniagaan tersebut dan tidak berada di takuk lama untuk menggunakan teknologi baru ICT yang baru bagi memajukan lagi perniagaan.

Pendek kata, teknologi baru ICT telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Dalam era ICT, penggunaan komputer tidak sepatutnya hanya kepada membuat operasi biasa atau asas sahaja seperti menyimpan akaun atau menguruskan kewangan, melakukan penaipan, malah ia harus digunakan lebih daripada itu. ICT perlu diekspoitasikan penggunannya dalam cabang perniagaan. – HARAKAHDAILY 18/8/2015

Penulis adalah Pengarah IT Pusat

Sumber HD - 18-8-2015


Twitter mansuh had 140 aksara dari mesej secara terus
Posted on Thursday, August 13 @ 16:54:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Laman microblogging Twitter sememangnya diketahui dengan had 140 aksara (huruf dan nombor) dalam setiap Tweet yang dimuat naik.

Namun had yang sama telah dimansuhkan buat fungsi mesej secara terus (Direct Messages).

Laman rasmi media sosial itu pada Rabu mengumumkan bahawa had 140 aksara yang sebelum ini turut diguna pakai pada mesej secara terus telah dimansuhkan.

“Had 140 aksara telah dimansuhkan dan pengguna kini boleh berbual secara berpanjangan menggunakan fungsi mesej secara terus,” jelas Twitter menerusi blog syarikat.

Pada Januari, Twitter mewujudkan fungsi mesej secara berkumpulan serta mengumumkan beberapa perubahan lain pada bulan April.

Perubahan tatacara yang diumumkan pada April termasuklah tetapan yang membolehkan pengguna menerima mesej dari pengguna lain meskipun keduanya tidak mengikuti satu sama lain. - Astro 

Sumber TKO - 13-8-2015


Media sosial yes, fitnah no!

Posted on Monday, August 10 @ 12:25:28 MYT by paklang

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

Dengan fungsinya yang sukar dikawal, Internet menyajikan bukan saja maklumat formal dan baku tetapi juga maklumat yang kurang jelas kesahihan sumbernya. Kebimbangan ini mula dirasai. Masakan tidak, jika salah memilih maklumat yang disajikan maka kesannya amat buruk.

Impaknya dalam sekelip mata, seorang sahabat akan berubah menjadi musuh manakala pemerintah akan kehilangan kewibawaannya.


Berita itu datang dengan cepat sehingga kebanyakkan kita tidak sempat untuk melaksanakan perintah Allah seperti mana maksud ayat al-Quran, surah al-Hujurat ayat ke-enam yang bermaksud:

‘’Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidiki dahulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesal apa yang kamu telah lakukan.’’

Walau bagaimanapun, kewujudan Internet dengan segala kesannya tidak dapat dielakkan kehadirannya dalam masyarakat moden hari ini. Seperti mana produk teknologi lain yang banyak memberi manfaat kepada umat manusia, kita yang mesti memanfaatkan teknologi itu. Bukan kita yang dimanfaatkan dan diperhambakan oleh teknologi.

Tindakan mengharamkan atau menyekat media sosial tidak hanya akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa, akan tetapi tindakan itu hanya akan semakin meningkatkan rasa ingin tahu yang meledak-ledak yang jika tidak dapat dikawal akan dapat merosakkan keharmonian masyarakat. Sekatan Internet juga akan memberi persepsi negara kita terasing daripada komuniti global dan bagaikan hidup dalam dunia antah berantah.

Kita memahami dan menyedari sepenuhnya kerisauan pihak berkuasa bahawa kemudahan media sosial ini dalam kadar dan konteks tertentu telah dimanfaatkan dan diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menghentam kerajaan. Akan tetapi cara penyelesaian yang arif dan bijaksana tentu bukan dengan mengharamkan media sosial, akan tetapi dengan mengemaskini peruntukan perundangan sedia ada bagi mengekang maklumat liar dan tidak bertanggungjawab.

Kita bersetuju, kebebasan ada hadnya. Namun bukan bermakna penutupan akses Internet menjadi satu-satunya jalan bagi mengawal keadaan. Kita sepakat, yang menyebarkan fitnah mesti diheret ke muka pengadilan. Kita tidak berbelah bahagi dan berkomitmen sepenuh hati untuk menerbit dan menyiarkan maklumat yang sahih dan jernih.

Kemudaratan

Pengajaran dari surah al-Hujurat ayat enam itu jelas membawa maksud suatu larangan keras terhadap sikap mudah percaya dengan berita yang dibawa oleh seorang yang fasik. Ayat ini menuntut kita supaya sentiasa bijak dan berwaspada dalam menilai sesuatu berita yang diterima.

Desas-desus mahupun laporan, terutama yang datang daripada sumber asing dan orang-orang yang tidak mengenalinya perlu diuji dan dibuktikan terlebih dahulu kesahihannya. Dikhuatiri, jika terus dipercayai dan seterusnya diceritakan kepada orang lain pula, maka kesannya akan membawa kemudaratan sehingga menyebabkan kita menyesali akibatnya.

Ayat tersebut juga menjelaskan kepada kita agar tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman dan memandang jelek terhadap seseorang sehingga menyebabkan orang itu dihukum kerana berita yang tersebar itu mungkin ternyata hanya suatu pembohongan semata-mata. Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu.” (HR Muslim).

Sama ada berita itu hanya bertujuan untuk kepentingan diri mahupun mencetuskan sensasi kosong, satu perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah bahawa berita yang tersebar di media sosial itu merupakan cerminan hati dan perasaan rakyat marhaen. Boleh jadi ia memantulkan suara kebenaran meskipun terasa pahit kita menelannya.

Memang betul, tidak semua berita yang disebarkan di media sosial terjamin kesahihannya. Kita perlu lebih teliti memilih satu berita. Akan tetapi, apabila kita betul-betul menginsafi dari hati nurani yang paling dalam, boleh jadi suara rakyat yang kritikal itu dilandasi bagi menyuarakan suara kebenaran. Rakyat sekarang sudah celik teknologi dan mudah memperolehi maklumat dari segala penjuru. Meminjam peribahasa yang masyhur, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Hakikatnya, masyarakat yang beriman dan berakhlak ialah masyarakat yang tidak mudah menerima dan mempercayai sesuatu berita itu dengan terburu-buru melainkan diselidiki terlebih dulu dengan saksama kebenarannya. Jika tidak ingin tergolong di kalangan orang-orang yang dikutuk Allah kerana penyebaran fitnah, maka berwaspadalah terhadap gejala-gejala yang menjurus ke arah itu.

Jauhilah daripada memfitnah, berbohong, mencaci, mencarut, memaki hamun, mengutuk, membuat hukuman sendiri, menggalakkan keganasan, menghasut perbuatan jahat dan menyebarkan khabar angin yang kini bermaharajalela di dalam media sosial. Ia merebak umpama wabak dengan amat cepat lantas sukar untuk kita menepis dan melaksanakan perintah Allah sepertimana perintah Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat ke-enam itu.

Fitnah bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada individu atas kepalsuan fakta yang disebarkan, bahkan lebih jauh akan meruntuhkan sesebuah negara. Bagi orang yang difitnah, ia akan mendapat aib yang besar dan akhirnya berlakunya permusuhan. Reputasinya bukan sahaja terjejas, moralnya terhakis pesonanya.

Disebabkan kesan buruk itulah Allah SWT menegaskan sebanyak 34 kali dalam al-Quran.

Walaupun perkataan fitnah membawa erti yang berbeza-beza, Allah SWT memberikan ingatan kepada manusia bahawa berpunca daripada fitnahlah akan menyebabkan umat Islam berpecah belah, lunturnya keimanan seseorang dan boleh menyebabkan malapetaka yang lebih besar.

Mereka yang menaburkan fitnah merupakan orang yang zalim, sebagaimana dijelaskan menerusi surah al-Anfal ayat 25: Dan peliharalah daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu.Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.”

Allah SWT turut memerintah agar fitnah itu bukan sahaja wajib dihindar, bahkan diperang berdasarkan kemudaratannya kepada agama: Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.”(surah al-Baqarah:193).

Tidak ada satu sudut kehidupan hari ini yang bebas daripada pengaruh yang merosakkan.”(Baca, Faith versus Materialism: The Message of Surat al-Kahfi (IBT, K. Lumpur: 2005).

Sesungguhnya, sehebat manapun satu fitnah dan kebohongan itu direka, ia tidak akan bertahan lama. Serapat dan seketat mana satu pendustaan itu cuba ditutup-tutupi, suatu saat ia pasti akan terdedah baik dengan cara yang disengaja mahupun tidak disengaja. Hanya kebenaran sejati akan terpacak kekal selamanya.

Penyebaran maklumat dan fitnah melalui media sosial yang berlaku dewasa ini suatu saat mungkin berubah wajah dalam bentuk dan wahana lain sesuai dengan peredaran zaman. Namun yang pasti, segala bentuk fitnah dan maklumat liar tidak akan berhenti meskipun alat perantaranya sudah berubah. Tiada pilihan lain bagi umat Islam semua itu mesti dihadapi. Hanya dengan keimanan dan ketakwaan sahaja yang mampu menyelamatkan kita daripada perangkap maklumat dan fitnah yang sentiasa mengintai kita.- http://www.utusan.com.my

Sumber DD - 10-8-2015


Perniagaan Internet jana untung lumayan?
Posted on Saturday, August 08 @ 10:49:24 MYT by paktam

Oleh SHUAIMI EMBONG

PERNIAGAAN sama ada di internet atau  perniagaan scara konvensional adalah sama sahaja konsepnya. Kedua-duanya mempunyai rukun jual beli; penjual-pembeli-produk. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut di mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian. 


Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya. Trend hari ini, pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari membeli melalui internet tak kira masa dan tempat.

Harakah sebagai contohnya, telah beberapa tahun beralih kepada e-niaga ini bermula dengan nufairshop.com pada 2008 dan kemudiannya epaper sejak 2009 lagi. Sejak tahun lepas, Harakah memulakan perniagaan internetnya ini dengan lebih serius lagi bila melancarkan segmen e-niaga dengan jenama, MyHarakahBazaar.com sebagai satu pilihan kepada pelanggan-pelanggan dunia maya.

Apa itu perniagaan internet?

Perniagaan internet atau Perniagaan elektronik (e-niaga) adalah sebarang aktiviti perniagaan yang berlaku secara online iaitu menggunakan internet sebagai medium perantaraan di antara peniaga dan pembeli.

Perniagaan Internet adalah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga melalui Internet atau ICT. Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya dengan perniagaan konvensional.
Secara asasnya, perniagaan internet boleh dibahagikan kepada 2:

1.Perniagaan berasaskan perkhidmatan - Produk mereka adalah perkhidmatan seperti perkhidmatan web design, pemasaran internet, pemasaran Facebook dan sebagainya.

2. Perniagaan berasaskan produk -  Terbahagi kepada 2 jenis iaitu produk fizikal dan produk digital.

i. Perniagaan digital adalah menjual produk digital adalah berasaskan ebook/epaper dan video, yakni menjual Ebook/epaper, l Perisian-perisian,  MP3 ceramah-ceramah pembelajaran, video-video tutorial,  gambar-gambar/ grafik professional dan sebagainya

ii. Perniagaan fizikal adalah menjual produk fizikal seperti baju, kasut, tikar, cadar, peralatan elektrik,  handphone, buku, CD Multimedia dan sebagainya

Peniagaan Internet yang berjaya

Sekarang banyak pihak beralih kepada perniagaan internet sebagai satu pilihan atau beralih kepada perniagaan elektronik ini sepenuhnya. Bukanlah sesuatu yang terlalu mudah untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya. Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja malah ia lebih sukar lagi.

Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet. Usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan diperlukan.

Pada kali ini saya mahu berkongsi sedikit tentang tips untuk sesiapa yang ingin berjinak-jinak dengan bisnes online. Terdapat beberapa tips untuk berjaya memulakan perniagaan internet, iaitu melibatkan beberapa perkara asas yakni  packaging/pembungkus, delivery / cara pengeposan barang dan sebagainya.

Lagi satu cara senang nak buat bisnes online tanpa modal,cari barang,bungkus barang dan pos barang, korang boleh lah jadi dropshipper. Cuma kena ada medium untuk promote dan akaun bank je untuk terima payment.

Di dalam perniagaan konvensional, untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen. Sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut akan diberikan kepada agen-agen yang berjaya membuat jualan pula.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil affiliate (sekutu). , program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Kebiasaannya proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini adalah percuma.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui.

Cukup sekadar ini dulu bagi yang mengikuti kolum Gerbang IT ini. Semoga dapat dijadikan manfaat buat semua.

Sumber DD - 8-8-2015



Bersatu demi kebebasan media
Posted on Saturday, August 08 @ 12:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lebih 300 orang berkumpul di Kuala Lumpur hari ini untuk memprotes penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily ekoran laporannya mengenai skandal 1MDB.

Penunjuk perasaan berkumpul di Pasar Seni sebelum berjalan ke bangunan Majlis Peguam Malaysia yang terletak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.

Sambil membawa plakad, mereka melaungkan pelbagai slogan menuntut kebebasan media.

Protes hari ini disertai petugas media, aktivis dan orang awam.

Ia juga mendapat sokongan daripada pelbagai parti politi.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah, yang hadir menunjukkan kebersamaan dengan media.

Tokoh lain yang dilihat termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Exco Selangor, Elizabeth Wong dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan.

Sumber TKO - 8-8-2015

Media ‘ditumbuk’, rakyat Malaysia yang ‘lebam’

Posted on Saturday, August 08 @ 09:12:06 MYT by paktam

Oleh Adrian Lim Chee En

Media berperanan melaporkan peristiwa dan mendedahkan kemungkaran mana-mana pihak demi kemaslahatan umum.Namun akibat ketakutan, atau barangkali dengan niat untuk menyembunyikan maklumat daripada diketahui, media sebagai mata dan telinga rakyat pula yang ditutup untuk membungkam pengetahuan.


Dalam kes penggantungan permit akhbar The Edge Financial Weekly, The Edge Financial Daily dan sekatan akses terhadap laman web Sarawak Report berhubung pendedahan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan kaitannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketiga-tiga organisasi media ini seolah-olah “ditumbuk” pemerintah.
Namun malangnya, mata rakyat Malaysia pula yang lebam, kerana “tidak dapat membaca” akibat penggantungan permit dan halangan akses ke laman web.

Komitmen perdana menteri dalam kenyataannya pada 2012 yang kerajaan menghargai kewartawanan yang berani dan terbuka tidak lain hanya retorik. Kata anak-anak muda, ucapan Najib ibarat “cakap tak serupa bikin”.

Sedangkan rakyat Malaysia berhak mengetahui tentang isu hutang 1MDB yang dikatakan berjumlah RM42 bilion itu, dan derma RM2.3bilion yang diterima Najib.

Tidak ada sebuah bangsa maju dengan mendiamkan mulut rakyatnya yang bertanya.

Tidak ada sebuah pentadbiran seimbang apabila mendiamkan media di negaranya daripada terus menyampaikan pengetahuan.

Demi Malaysia, sebuah perkumpulan longgar anak-anak muda semua bangsa di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai pelosok sosial dan latar belakang menyokong dan menunjuk solidariti kepada pihak media, yang dikatakan “estet keempat” dalam sesebuah sistem demokrasi, kerana jika bukan perjuangan pihak media selama ini, mustahil rakyat hari ini lebih terdedah kepada maklumat terkini.

Akhir kata, terima kasih kepada pihak yang menyempurnakan tugas dan amanah yang diberikan walaupun lebam “ditumbuk” bertubi-tubi oleh pemerintah.

Kita berpendirian kebebasan media dan kebebasan maklumat harus ditegakkan. Kami menyokong penuh “Perhimpunan 808” sebagai setiakawan kepada kempen #AtTheEdge.

* Penulis adalah penyelaras Demi Malaysia.

Sumber DD - 8-8-2015







































































































































































































Pengurusan rekod elektronik dalam PAS

SHUHAIMI EMBONG | .

REKOD adalah bahagian yang penting dalam proses urusan pentadbiran dan mestilah diuruskan dan dikekalkan selama ia diperlukan untuk menyokong fungsi organisasi dan sebagai bahan bukti mengenai semua keputusan dan aktiviti. Fungsi sesuatu rekod adalah untuk menjadi sumber maklumat yang sah, tepat dan andal serta sebagai cara untuk mendokumenkan keputusan.

Dokumentasi yang memerihalkan proses pengurusan rekod dan sistem rekod harus menumpukan perhatian kepada keperluan perundangan, organisasi dan teknikal. Kuasa bagi proses pengurusan rekod, seperti pengelasan, pengindeksan, kajian semula dan penyelesaian rekod harus dinyatakan dengan jelas.

Menurut Akta Arkib Negara 2003, dan selaras dengan Dasar Pengurusan Rekod Elektronik;

"Rekod" ertinya bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya;

Pada tulisan Gerbang IT kali ini, saya ingin memfokuskan kepada Pengurusan Rekod Elektronik di dalam organisasi PAS yang kurang diberikan perhatian oleh pimpinan PAS disemua peringkat organisasi.
 
Siapakah yang sepatutnya menjuarai urusan rekod elektronik ini di dalam sebuah organisasi politik seperti PAS yang besar meliputi pelbagai peringkat. Sama ada ia tugas Jabatan IT atau tidak, kita lihat dahulu apa itu rekod elektronik yang dimaksudkan dalam artikel ini.

Apa itu rekod elektronik?   

Rekod dalam bentuk elektronik ialah rekod yang memenuhi kriteria ini dan diwujudkan serta diselenggarakan secara elektronik. Arkib Negara Malaysia bertanggungjawab mengeluarkan piawaian dan panduan tentang pengurusan rekod elektronik. Boleh rujuk “Garis Panduan Pengurusan Rekod Elektronik” diterbitkan oleh Arkib Negara Malaysia bagi membantu pejabat awam menguruskan rekod elektronik.

 Rekod yang lengkap membolehkan pejabat awam:
1. Menjalankan urusan secara teratur, cekap dan bertanggungjawab.
2. Membantu menyampaikan perkhidmatan secara tekal dan saksama.
3. Menyokong dan mendokumenkan pembentukan dasar serta proses membuat keputusan.
4. Memberikan ketekalan, kesinambungan serta produktiviti dalam pengurusan dan pentadbiran.
5. Membantu peningkatan prestasi pelaksanaan aktiviti secara berkesan disesebuah organisasi.
6. Memberikan kesinambungan semasa berlaku bencana.
7. Memenuhi keperluan perundangan dan peraturan termasuk aktiviti kearkiban, pengauditan dan penyeliaan.
8. Memberikan perlindungan dan sokongan dalam litigasi termasuk pengurusan risiko berhubung dengan ada atau tiadanya bahan bukti aktiviti sesebuah organisasi.
9. Melindungi kepentingan organisasi dan hak pekerja, pelanggan dan pemegang kepentingan di sepanjang masa.
10. Menyokong dan mendokumenkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, perkembangan dan pencapaian serta penyelidikan sejarah.
k. Memberikan bahan bukti aktiviti urusan pentadbiran, individu dan budaya.
11. Mengukuhkan identiti urusan pentadbiran, individu dan budaya.
12. Berfungsi sebagai memori korporat, individu atau kolektif.

Pengurusan Rekod Elektronik

Untuk menguruskan pemeliharaan rekod elektronik sepanjang masa dengan memuaskan, dan memastikan kebolehaksesan berterusan, pengurusan organisasi mestilah bersifat proaktif. Ia harus membangunkan dan melaksanakan strategi seluruh organisasi bagi mengenal pasti, mengurus, memelihara, dan memastikan akses berterusan kepada rekod elektronik.

Suatu strategi pemeliharaan rekod elektronik yang berkesan harus menggabungkan dasar dan tatacara formal yang mengawal pendekatan agensi kepada pengurusan jangka panjang rekod elektroniknya dan mewujudkan proses bagi memastikan rekodnya diselenggarakan secara berterusan.

Bagi menyokong proses kerja, rekod elektronik harus ditawan ke dalam satu sistem yang mempunyai keupayaan penyimpanan rekod dan meletakkannya dalam konteks supaya rekod itu boleh diurus sepanjang masa.

Mengikut tataca daripada Arkib Negara Malaysia, prinsip untuk pengurusan rekod elektronik adalah seperti yang berikut:

1. Rekod elektronik ialah aset yang perlu diuruskan dengan teliti sama seperti mana-mana aset lain. Pelaksanaan pengurusan rekod elektronik yang berkesan bagi menyokong penyampaian program/perkhidmatan, pembuatan keputusan dan sebagainya hendaklah dilihat dari perspektif setakat mana ia dapat mengurangkan atau mengelakkan kos, mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang.

2. Infrastruktur pengurusan rekod elektronik dipacu oleh fungsi organisasi. Keputusan tentang jenis rekod yang perlu diwujudkan, dikumpulkan dan dipelihara secara sistematik bergantung pada keperluan dalam pelaksanaan program kerajaan atau hala tuju strategik.

3. Prinsip pengurusan rekod dalam kerajaan elektronik tetap sama walaupun terdapat perubahan teknologi komputer yang akan mengubah sifat rekod.

4. Jenis kerja dan kompetensi dalam pengurusan rekod elektronik menentukan komuniti yang terlibat. Komuniti yang penting termasuklah kakitangan registri, pengurus IT, Juruaudit serta pegawai sektor awam dan swasta yang terlibat dalam penyampaian program dan perkhidmatan kerajaan serta penyediaan teknologi. Oleh itu keperluan komuniti ini perlu diambil kira semasa membangunkan program kesedaran dan latihan.

5. Pengurusan rekod elektronik adalah tanggungjawab setiap individu.

Rekod elektronik mudah hilang dan musnah kerana:

1. Media yang digunakan untuk merekodkannya mudah rosak.
2. Teknologi yang digunakan berubah sepanjang masa.
3. Tiada maklumat kontekstual (metadata) yang membolehkan rekod difahami.
4. Tiada akauntabiliti yang ditetapkan bagi pengurusan rekod yang betul.

Jika isu ini tidak ditangani, maka kesan negatif berikut akan berlaku:

1.Keberkesanan dan kecekapan program menurun apabila maklumat yang berkaitan dengan program dalam rekod elektronik tidak tepat, tidak lengkap atau tidak lagi diperlukan.
2. Kos pentadbiran meningkat apabila koleksi dan simpanan rekod elektronik diduplikasi dan disimpan terlalu lama atau hilang dan perlu dibina semula.
3. Ketidakupayaan untuk menilai prestasi hasil sesuatu program apabila rekod elektronik yang berkaitan tidak disimpan.
4. Risiko perundangan, kewangan atau politik meningkat apabila bukti yang andal tidak terdapat dalam rekod tersebut.
5. Pelaburan dalam teknologi yang membazirkan apabila kerajaan tidak dapat mewujudkan persekitaran penyimpanan rekod elektronik yang andal.
6. Jurang dalam ‘memori korporat’ kerajaan apabila rekod elektronik yang bernilai kekal tidak dipelihara atau tidak boleh digunakan.

Yang menjadi natijah kepada penulisan ini adalah, PAS perlu membangunkan satu kerangka pengurusan rekod elektronik bagi pengurusan rekod elektronik PAS. Kerangka itu harus digabungkan dalam strategi penyimpanan rekod dan pengurusan maklumat keseluruhan bagi pejabat awam dan termasuk semua peserta utama yang akan mempunyai peranan dalam pengurusan rekod elektronik.

Justeru, struktur tadbir urus bagi rekod elektronik harus menggabungkan pemilik proses urusan pentadbiran dengan penasihat undang-undang, kakitangan sokongan IT dan kakitangan pengurusan rekod.

Artikel ini adalah sebagai mukadimah awal dan disunting daripada Dasar Pengurusan Rekod Dan Arkib Elektronik yang akan menjadi sebab penting kepada Persidangan ICT 2015 diadakan pada bulan Oktober nanti. – HARAKAHDAILY 3/8/2015

Penulis adalah Pengarah IT PAS

Sumber HD - 3-8-2015


ICT dalam komunikasi mengekalkan sesebuah organisasi

Posted on Saturday, July 25 @ 10:46:39 MYT by paktam

Oleh SHUHAIMI EMBONG

KOMUNIKASI adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam sebagaimana yang dijelaskan dari beberapa ayat Al-Quran dan Hadis. Di antaranya adalah termasuklah;

1. “Dan hendaklah ada di atara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruf berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat demikian adalah orang-orang berjaya.” (3:104);



2. “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (menggesa dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh…” (41:33);

3. “Wahai orang berselimut. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).” (74:1-2);

4. "Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk).” (96:1);

5. “Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.” (Hadis)

Pengertian Komunikasi
Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang memenuhi lima unsur menjelaskan siapa? mengatakan apa? dengan saluran apa? kepada siapa? dengan akibat atau hasil apa? (who? says what? in which channel? to whom? with what effect?). (Lasswell 1960).

Komunikasi secara ringkasnya bermaksud perkongsian makna, proses atau perlakuan komunikasi, mesej sebenar atau mesej yang dihantar atau diterima, dan kajian mengenai proses yang terlibat dalam menghantar serta menerima mesej.

Komunikasi adalah sebuah cara yang digunakan sehari-hari dalam menyampaikan pesan/rangsangan(stimulus) yang terbentuk melalui sebuah proses yang melibatkan dua orang atau lebih. Yakni satu sama lain memiliki peranan dalam membuat pesan, mengubah isi dan makna, merespon pesan/rangsangan tersebut, serta memeliharanya di ruang publik. Dengan tujuan sang "receiver" (komunikan) dapat menerima singal-singal atau pesanan yang dikirimkan oleh "source" (komunikator).


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Istilah "teknologi maklumat" atau sebelum itu Sistem Maklumat telah muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas berkaitan sains komputer boleh dikesani jauh lebih lama lagi.

Definisi asas ICT satu proses pengaliran, penyebaran, pemrosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi dan boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat melalui teknologi komputer dan telekomunikasi.

Payung teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang ini adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang sehingga menghasilkan satu “media baru” berasaskan internet yang melibatkan penggabungan teknologi pengkomputeran, telekomunikasi dan broadcasting.

Kepentingan ICT Komunikasi Dalam Organisasi
Komunikasi dalam sesebuah organisasi merupakan aspek utama yang perlu ditekankan terutamanya apabila melibatkan syarikat-syarikat yang besar. Ini adalah kerana saiz organisasi yang besar boleh menimbulkan pelbagai masalah komunikasi seperti tidak faham, salah faham, khabar angin, salah tafsir, mesej tidak sampai dan sebagainya.

Komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam sesebuah organisasi. Menurut Zaiko dan Dance (1965) pengurus-pengurus dalam organisasi besar di Amerika Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan komunikasi.

Semakin besar saiz operasi sesebuah organisasi maka lebih penting peranan komunikasi dalam syarikat tersebut. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini merupakan sebab utama para pemimpin dan pengurus hari ini perlu berfikir strategi dan saluran komunikasi paling berkesan untuk mengurus organisasi mereka.

Dalam hal ini, Argenti (2003:22) telah merujuk kepada pandangan Aristotle mengenai unsur retorik, bagi memahami akar umbi pemikiran teori komunikasi moden. Bagi membolehkan pihak pengurusan melaksanakan proses komunikasi yang berkesan, mereka harus terlebih dahulu mengenalpasti ‘pelanggan atau pihak’ yang memerlukan kepuasan layanan daripada sesebuah syarikat. Pihak utama yang berkait rapat dengan sesebuah syarikat adalah pekerja, pelanggan, pemegang saham dan masyarakat. Selain dari itu, syarikat juga bertanggungjawab untuk menawarkan kepuasan yang terbaik kepada pihak media, pembekal, kerajaan dan pemberi pinjaman. (Argenti, 2003:27)

Pemimpin yang berkesan perlu memahami proses komunikasi yang melibatkan perkara perkara seperti komunikator, berita, saluran, penerima dan maklum balas. Banyak faktor yang boleh mengganggu proses komunikasi. Persepsi atau tanggapan penerima, bunyi bising, penggunaan bahasa dan penilaian merupakan jenis gangguan yang ringkas. Pemimpin yang berkesan perlu memahami rintangan ini, dan perlu mengetahui cara mengatasinya.

Konsep komunikasi kepemimpinan memperlihatkan keperluan untuk seorang pemimpin mengingati bagaimana aspek kemasyarakatan terbentuk. Untuk memastikan fungsi-fungsi kepemimpinan boleh direalisasikan, Azahari (1998) menyatakan pembabitan komunikasi amat perlu, iaitu perkataan (words), makna (meaning), percaya (belief), dan tindakan (action).

Para pemimpin organisasi dianjurkan supaya bersedia dengan perubahan yang akan datang bersama pensejagatan (globalization) pasaran (Bass & Avolio, 1990). Bass dan Avolio (1990) menyarankan supaya fokus kini diberikan kepada apa yang dinamakan pemimpin-pemimpin transformasi yang menyambut perubahan secara positif di samping secara aktif mencipta perubahan dan tidak bergantung kepada pendekatan transaksi yang diasaskan kepada kepimpinan peneguhan (reinforcement) sahaja.

Nampaknya, terlalu banyak harapan yang diberikan kepada kepemimpinan, satu fenomena interaksi sosial yang amat sedikit difahami ini. Idea kepemimpinan juga dianggap bertentangan dengan keunggulan masyarakat bebas kerana adanya pemimpin-pemimpin autokratik yang membuat kita terpaksa tunduk kepada mereka dan melayani kita sebagai makhluk yang lebih rendah (Gardner, 1984).

Penulis adalah Pengarah IT Pusat

Sumber DD - 25-7-2015


Penipuan di alam siber tak dapat dikawal?

Posted on Wednesday, June 24 @ 14:27:59 MYT by paktam

Oleh MOHD SHUHAIMI EMBONG 

DUNIA siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden yang memainkan peranan penting dan banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia.Dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada perlakuan jenayah.

Dua minggu lepas, anak saya sendiri pun terkena penipuan oleh mereka yang menjual telefon di internet melalui laman sesawang mudah.com. Duit yang dia kumpul sendiri beberapa bulan lesap sekelip mata.


Malah ada kajian mendapati saban hari ada sahaja orang yang mendakwa ditipu dalam transaksi internet. Kajian yang dijalankan oleh David S Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini.
Menggodam komputer, mencuri kata laluan untuk perbankan internet, penyalahgunaan kad kredit untuk pembelian di internet dan pelbagai kegiatan jenayah era baharu ini dilakukan dengan mudah melalui dunia siber.

Selain itu, banyak lagi kes lain yang melibatkan berbagai transaksi internet seperti sindiket klon, penyamaran identiti dan sebagainya kerana dunia internet ini dunia yang terbuka tidak kedengaran diambil tindakan.

Contoh mudah adalah apa yang saya tulis dalam kolum Gerbang IT di Harakahdaily sebelum ini. Harakahdaily adalah nama dan identiti yang sinonim dengan akhbar Harakah yang dimiliki oleh PAS. Tetapi ada pihak yang menggunakan nama harakahdaily.my untuk tujuan menyamar atau mengelirukan pelayar internet kerana pengguna tidak baca penafian kecil di bahagian bawah weblog tersebut.

Ancaman jenayah siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian Internet di mana internet merupakan pusat yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara terbuka.

Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Kebanyakan penjenayah siber ini lebih mahir dan berilmu dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Mungkin kawan kita, mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja.

Kebiasaannya individu yang tidak bertanggungjawab ini akan mencuri identiti pengguna lain menggunakan pelbagai perisian seperti key logger tanpa disedari pengguna. Perisian ini biasanya dipasang pada komputer tanpa disedari pengguna terutamanya yang menggunakan kafe siber dengan niat untuk merekodkan apa sahaja aksara yang ditaip menerusi papan kekunci komputer.

Ramai yang tertanya-tanya, apa yang penguasa seperti Cyber Security, MYNIC, MCMC buat? Warga siber sendiri tak pasti.

Sebab itu banyak kes penipuan yang tak dilaporkan kepada pihak berwajib kerana tidak ada apa tindakan yang diambil melainkan sekadar untuk statistik melainkan beberapa kes yang berprofil tinggi sahaja.

Apa definisi dan konsep jenayah siber?

Di bawah ini saya ambil petikan dari web http://www. slideshare.net/fazleefaizan90/ jenayah-siber-15545014 untuk dikongsikan bersama bagi memahami definisi/konsep jenayah siber.

Jenayah dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara.

Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain.

Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.

Manakala jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di ruangan siber.

Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B Parker seorang penyelidik jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California.

Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah manamana aktiviti yang tidak sah di mana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.

Namun demikian kita harus akui bahawa wujudnya takrifan jenayah siber antara negara.
Bagi negara-negara Islam, judi, pornografi, pengiklanan seks adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah di kebanyakan negara.

Sumber DD - 25-6-2015



















































































































































































































Pasca-muktamar 61, ICT menanti peneraju baru

SHUHAIMI EMBONG | .

SEPANJANG ingatan saya, saya telah terlibat dan melalui berbagai peringkat dalam industri ini bermula dengan EDP (Elektronik Data Processing), kemudian MIS (Management Information System), IS (Information System), IT (Information Technology) dan sekarang pula ICT (Information Communication Technology).

Di dalam PAS, saya sering ditanya oleh banyak pihak dalam PAS sama ada untuk gunakan perkataan IT atau ICT, Ada yang tanya, kenapa PAS menggunakan ICT kepada nama Lajnah ICT PAS Pusat tetapi mengekalkan nama IT pada Jabatan IT PAS (JITP) dari mereka yang berkenaan terlibat dalam bidang IT ini secara langsung atau tidak.

Sesuatu itu berlaku atau dilakukan ada sebab dan sejarah serta nostalgia yang tersendiri kenapa dinamakan Lajnah ICT PAS (LICTP) dan dikekalkan pada JITP. Sukar juga saya untuk menulisnya secara ringkas dan ruangan yang terhad ini kepada semua pihak. Boleh jemput saya dilain masa, insya-Allah saya terangkan.

Perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat  LICTP sebelum ini adalah berhubung dengan penjenamaan semula LICTP ini kepada satu nama yang sesuai dengan peranannya yang sedang berkembang ekoran kepada berkembangnya bidang ICT ini yang melibatkan integrasi bidang  teknologi maklumat, telekomunikasi, penyiaran dan multimedia.

Dalam Muktamar ke-60 yang lepas di Batu Pahat, Presiden PAS menamakan sebagai Lajnah IT, Komunikasi dan Multimedia (LITKMM). Inilah cabaran terpenting kepada Lajnah IT Komunikasi dan Multimedia yang baru pada penggal 2015-2017 ini di samping meneruskan kecemerlangan JITP sebagai sebuah jabatan pasca 15 tahun usianya dalam PAS selepas diperbadankan.

Sejarah Awal Perkembangan JITP

Penggunaan IT dalam PAS ini telah bermula sejak awal lagi. Jauh sebelum tertubuhnya, Jabatan IT PAS Pusat (JITP) secara rasmi selepas menerima resolusi Seminar dan Bengkel IT (SBIT) PAS pada 7 Oktober, 2000 dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 18hb November 2000.

Sejak itu JITP sebagai sebuah entiti dalam PAS telah diperbadankan. Setiausaha Agong PAS ketika itu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagai Pengerusi dibantu oleh Dr Mohd Hata Ramli, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) sebagai Timbalan Pengerusi serta saya yang menjadi Pengarah SBIT2000 sebagai Setiausaha JITP yang pertama.

Mesyuarat yang pertama secara rasmi kalau tidak silap ingatan saya diadakan pada 27 Januari, 2001 di pejabat PPP, Jalan Pahang dan membuat beberapa keputusan termasuk membentuk Lembaga Penasihat JITP dan saya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif JITP yang pertama.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-11 (2004), satu bedah siasat yang terperinci yang dilakukan oleh PAS, juga telah melakukan kajian terperinci termasuk dalam bidang IT ini dan merumuskan untuk memperkasakan JITP sebagai satu entiti penting dalam parti bagi menghadapi perkembangan dunia IT pada masa depan khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan seterusnya nanti.

Suatu keputusan telah diambil dalam retreat PAS Pusat 2005, bahawa IT ini wajar diuruskan oleh seorang pengerusi sepenuh masa, bukan lagi seperti sebelum ini, di bawah Setiausaha Agung PAS.

Dilantik pula, Ustaz Abd Ghani Samsudin seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai Pengerusi Lajnah ICT sesi 2005/2007 dan dalam mesyuarat yang pertama selepas itu beliau mencadangkan untuk mengekalkan Jabatan IT PAS (JITP) yang telah beroperasi dengan baik selama ini diatas beberapa sebab.
   
Keputusan yang diambil adalah mengekalkan saya bukan sahaja dikekalkan sebagai Pengarah JITP telah diangkat menjadi Timbalan Pengerusi LICTP yang pertama untuk membantu beliau membentuk hala tuju Lajnah ICT yang baru dibentuk ketika itu.

Saya hanya memegang jawatan Timbalan Pengerusi LICTP itu selama satu sesi  2005-2007 ketika Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi sesi 2007-2009  untuk memantapkan organisasi ICT diperingkat jawatankuasa pusat tetapi dikekalkan sebagai Pengarah JITP.

Peranan LICT dan JITP

Bagi memastikan supaya tidak bertindan fungsi dengan Lembaga Penasihat  JITP yang telah sedia ada pada ketika itu dengan Lajnah ICT yang baru ditubuhkan, kita memutuskan untuk membubarkan sahaja Lembaga tersebut yang Setiausaha Agung menjadi Pengerusi sebelum ini tetapi mengekalkan fungsi Setiausaha Agung sebagai penasihat kepada JITP.
 
Dalam laporan tahunan PAS disebut bahawa misi Lajnah ICT PAS Pusat adalah memperkasa dan memperkukuhkan PAS melalui pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) demi memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-hilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, dimana;

- Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) bertanggungjawab merangka dasar, hala tuju/polisi PAS untuk jangka panjang dan memastikan pembudayaan ICT serta memantau pengunaan ICT dalam PAS

- Jabatan IT PAS (JITP) bertangungjawab membangun aplikasi dan sistem serta pengunaan prasaranan IT dalam PAS di peringkat pusat serta menyokong perlaksanaan IT diperingkat negeri dan dewan-dewan

Selepas Dato Takiyuddin Hassan berundur kerana dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS pada tahun 2010, tempatnya diganti oleh Datuk Dr. Mohamed Fadli Hassan, Exco ICT Kelantan. Amalan melantik Exco ICT Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS dalam Lajnah ICT Pas Pusat ini telah dimulakan seawal tahun 2001 (sebelum itu dipanggil Lembaga Penasihat JITP sehingga 2005).

Pada sesi 2011-2013, kedua-dua exco yang berkaitan portfolio ICT, Datuk Dr Mohamed Fadzli  Hassan dan Datuk Ismail Salleh dari Kerajaan Kelantan dan Kedah telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat

Pada penggal 2013-2015,  Datuk Hanipa Ahmad yang dilantik sebagai Exco ICT Kelantan selepas PRU ke-13, turut  dilantik ke dalam Lajnah ICT PAS Pusat bagi memenuhi amalan dan garis panduan awal anggota Lajnah ICT PAS Pusat.

Malah terdapat dua orang lagi exco kerajaan negeri dalam senarai lajnah ICT ini, iaiatu Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Kelantan) dan Zaidy Abdu Talib (Selangor) 

Apabila Ustaz Abdul Ghani Samsuddin tidak bertanding AJK Pusat, Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat  digantikan oleh Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang juga AJK Pas Pusat tetapi beliau dilantik pula menjadi Timbalan Pengerusi yang baru pada penggal 2013/2015.

Apabila kedua-dua Pengerusi LICTP (Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin) dan Timbalan Pengerusi (Ust Abdul Ghani Samsuddin) tidak menang dalam pemilihan Muktamar ke-61, terdapat kekosongan kepada jawatan tersebut.

Sekarang terserah kepada Presiden dan Jawatankuasa PAS yang menang untuk tentukan masa depan IT atau ICT dalam parti pascamuktamar ke-61 baru-baru ini dengan memilih peneraju yang sesuai. – HARAKAHDAILY 10/6/2015

Sumber HD - 10-6-2015




















































































































































































































15 Tahun JITP dalam PAS

SHUHAIMI EMBONG | .


PENGGUNAAN IT dalam PAS ini telah bermula sejak awal lagi. Jauh sebelum tertubuhnya, Jabatan IT PAS Pusat (JITP) secara rasmi selepas menerima resolusi Seminar dan Bengkel IT (SBIT) PAS pada 7hb Oktober, 2000 dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 18hb November 2000.

Sejak itu JITP sebagai sebuah entiti dalam PAS telah diperbadankan. Setiausaha Agong PAS ketika itu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagai Pengerusi dibantu oleh Dr Mohd Hata Ramli, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) sebagai Timbalan Pengerusi serta saya yang menjadi Pengarah SBIT2000 sebagai Setiausaha JITP yang pertama.

Mesyuarat yang pertama secara rasmi kalau tidak silap ingatan saya diadakan pada 28 Januari, 2001 di pejabat PPP di Jalan Pahang dan membuat beberapa keputusan termasuk membentuk Lembaga Penasihat JITP dan saya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif JITP yang pertama.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-11 (2004), satu post mortem yang terperinci yang dilakukan oleh PAS juga telah melakukan kajian terperinci termasuk dalam bidang IT ini dan merumuskan untuk memperkasakan JITP sebagai satu entiti penting dalam parti bagi menghadapi perkembangan dunia IT pada masa depan khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan seterusnya nanti.

Satu keputusan telah diambil dalam retreat PAS Pusat 2005, bahawa IT ini kena diuruskan oleh seorang Pengerusi yang sepenuh masa, bukan lagi seperti sebelum ini, dibawah Setiausaha Agong PAS.

Dilantik pula, Ustaz Abd Ghani Samsudin seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai Pengerusi Lajnah ICT sesi 2005/2007 dan dalam mesyuarat yang pertama selepas itu beliau mencadangkan untuk mengekalkan Jabatan IT PAS (JITP) yang telah beroperasi dengan baik selama ini diatas beberapa sebab.
   
Keputusan yang diambil adalah mengekalkan saya bukan sahaja dikekalkan sebagai Pengarah JITP  telah diangkat menjadi Timbalan Pengerusi untuk membantu beliau membentuk hala tuju Lajnah ICT yang baru dibentuk ketika itu.

Saya hanya memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah ICT itu selama satu sesi  2005-2007 tetapi mengekalkan tugasan Pengarah JITP ketika Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi sesi 2007-2009  untuk memantapkan organisasi ICT diperingkat jawatankuasa pusat.

Selepas Datuk Takiyuddin berundur kerana dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agong PAS, kedua-dua exco yang berkaitan portfolio ICT Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Datuk Ismail Salleh dari Kerajaan Kelantan dan Kedah telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat pada penggal 2011-2013.

Amalan melantik Exco ICT Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PAS dalam Lajnah ICT Pas Pusat ini telah dimulakan seawal tahun 2001 (sebelum itu Lembaga Penasihat JITP sehingga 2005).

Pada penggal sekarang (2013-2015) pun, apabila Datuk  Hanipa Ahmad dilantik sebagai EXCO ICT Kelantan selepas PRU ke-13, beliau  dilantik ke dalam Lajnah ICT PAS Pusat bagi memenuhi amalan dan ‘guideline’ awal anggota Lajnah ICT PAS Pusat.

Malah terdapat dua orang lagi exco kerajaan negeri dalam lajnah ICT ini, iaiatu Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Kelantan) dan Zaidy Abdul Talib (Selangor) 

Bagi memastikan supaya tidak bertindan fungsi dengan Lembaga Penasihat  JITP yang telah sedia ada pada ketika itu dengan Lajnah ICT yang baru ditubuhkan, kita memutuskan untuk membubarkan sahaja Lembaga tersebut yang Setiausaha Agong menjadi Pengerusi sebelum ini tetapi mengekalkan fungsi Setiausaha Agong sebagai penasihat kepada JITP.
 
Dalam laporan tahunan PAS disebut misi Lajnah ICT PAS Pusat adalah memperkasa dan memperkukuhkan PAS melalui pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) demi memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-hilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, dimana;

1. Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) bertanggungjawab merangka dasar, hala tuju/polisi PAS untuk jangka panjang dan memastikan pembudayaan ICT serta memantau pengunaan ICT dalam PAS

2. Jabatan IT PAS (JITP) bertangungjawab membangun aplikasi dan sistem serta pengunaan prasaranan IT dalam PAS diperingkat pusat serta menyokong perlaksanaan IT diperingkat negeri dan dewan-dewan

Apabila Ustaz Abdul Ghani Samsuddin tidak bertanding AJK Pusat, Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat  digantikan oleh Ir Muhammad Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang juga AJK Pas Pusat tetapi beliau dilantik pula menjadi Timbalan Pengerusi yang baru pada penggal 2013/2015.  

Dalam Muktamar ke-60 yang lepas di Batu Pahat, Presiden menamakan sebagai Lajnah IT, Komunikasi dan Multimedia (LITKMM). Inilah cabaran terpenting kepada Lajnah IT dan Komunikasi Multimedia yang baru pada penggal 2015-2017 ini di samping meneruskan kecemerlangan JITP sebagai sebuah jabatan pasca 15 tahun usianya dalam PAS selepas diperbadankan. – HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015






















































































































































































































MalaysiaKini Tukar Tajuk Artikel Harakah Untuk Perkenakan Presiden PAS?
Posted on Saturday, May 23 @ 05:21:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Malaysiakini telah menukar tajuk Harakahdaily bagi tujuan untuk menunjukkan Presiden PAS menyokong kerajaan dan usaha kerajaan serta menampakkan Presiden PAS ingin ber"UG" dengan UMNO. Presiden PAS meyifatkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam ada yang negatif dan positif.

Tapi Malaysiakini telah menukar kenyataan itu kepada "PAS BENARKAN KERAJAAN BETULKAN KELEMAHAN" dan diolah seolah-olah Presiden memberikan perluang kepada UMNO @ BN memerintah dan membetulkan keadaan.

Ini adalah kali ketiga Malaysiakini berbuat demikian termasuk perkataan TOLOL dan sebelum ini biar rakyat hukum Najib dengan tajuk PRESIDEN PAS SETUJU NAJIB KEKAL.

Mengikut maklumat unit penyelidikan PAS, memang ada serang secara sistematik dan berkala kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelang muktamar ke-61 ini.

......

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan perdana menteri di parlimen semalam.

Kata Abdul Hadi, ada perkara positif dalam rancangan kerajaan itu walaupun pada masa sama, ada yang negatif.

Harakahdaily melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, antara perkara positif pada pandangan Ahli Parlimen  Marang itu ialah "kemudahan yang sudah ada."

"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur," katanya kepada media selepas solat Jumaat di Rusila hari ini.

Mengenai aspek negatif, Abdul Hadi dilaporkan merujuk kepada kewujudan ramai rakyat yang masih terpinggir daripada kemudahan infrastruktur dan tidak sempurna walaupun mencapai kemerdekaan sejak lebih 50 tahun lalu.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi juga menyatakan pendirian PAS untuk "memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu."

"Kita beri peluang dia (kerajaan) betulkan itu semua. Insya-Allah saya akan berucap (di parlimen) Isnin atau Selasa," katanya. 

Sumber TKO - 23-5-2015

Geramm anjur 'Festival Kebebasan Media' 16 Mei

| .


KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada Mei setiap tahun, wartawan-wartawan dalam perikatan longgar Gerakan Media Marah (Geramm) dengan sokongan Malaysiakini dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menganjurkan 'Pesta Kebebasan Media'.

Acara ini akan berlangsung pada Sabtu, 16 Mei ini di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, bermula jam 2 petang hingga 10.30 malam.

Sebagai acara sulung, aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara media sesama media, dan juga antara media dengan masyarakat.

Aturcara lengkap seperti berikut:
Festival 'Hari Kebebasan Media Sedunia'
Tarikh: 16 Mei (Sabtu ini)

Jam: 2 petang - 10.30 malam
Tempat: Malaysiakini, No 9 Jalan 51/205 A, Off Jalan Tandang, Seksyen 51 Petaling Jaya.
FORUM 1: Jam 2-4 petang
Buku Haram: Terorisme Kebebasan.

- Wan Ji Wan Hussin (ustaz, pengarang 'Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi'),

- Zul Fikri Zamir (penerbit, pengarang 'Berlari Dari Jogja...'),

- Benz Ali (aktivis diskusi, pengarang 'Antithesis').
FORUM 2: Jam 4-6 petang

Portal-portal 'hipster' kuasa baru media
- Chak (ketua editor portal 'hipster' Cilisos)
- Noor Azam Shairi (editor portal berita Awani)
- Terence Fernandez (editor harian niaga The Edge)
- Hafidz Baharom (penulis kolum, penyumbang artikel)
SLOT 3: Jam 7.30 malam - 10.30 malam

Tayangan filem 'thriller' politik dan media, 'The Company You Keep'.
Dan juga pelancaran projek buku 'kebebasan media'!
Masuk/kehadiran: PERCUMA

Juga jualan buku-buku terbaik/top indie seperti Dubook, Thukul Cetak dan Legasi Oakheart, zines (Satu Malam), Obscura dan T-shirt. Buku-buku pencerahan yang terbaik dari Institut Kajian Dasar (IKD) juga dijual. - HARAKAHDAILY 13/5/2015

Sumber HD - 13-5-2015


Anugerah Blogger MSMW 2015: Makin Meriah atau Makin Bosan?

Posted on Wednesday, April 22 @ 11:55:48 MYT by tokdalang

Oleh SHUHAIMI EMBONG

SIDANG Kemuncak Blogger dan Media Sosial 2015 dijadual diadakan mulai  22-24hb April 2015  dan menampilkan personaliti terkemuka Negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri yang dijadual menyampaikan ceramah khas pada 23 April mengenai media sosial dan masa depan bersempena Minggu Media Sosial 2015 di Berjaya Times Square.


Selain Tun Dr Mahathir@blogger Chetdet, dimaklumkan kira-kira 30 penceramah antarabangsa termasuk dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura, di samping 10 penceramah tempatan terdiri daripada blogger terkenal dan pengamal industri media sosial akan berkongsi idea yang bertujuan membimbing peserta untuk melihat bagaimana menggunakan media sosial dengan lebih berkesan.

Saya hadir pada Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2012 yang julung kali diadakan di Putra Wold Trade Center (PWTC) pada tahun tersebut dari 13 hingga 17 Februari 2012 kerana turut mengikuti dunia blogger dan media sosial ini.

Blog, Kalam Perantau (https://kalamperantau.wordpress.com/) tidak bertanding kerana tidak ada kategori yang sesuai. Salah satu program yang saya hadir adalah World Bloggers Summit, iaitu sebuah program yang menghimpunkan blogger dari seluruh dunia berlangsung selama dua hari, iaitu pada 13 dan 14 Februari 2012.

Saya rasa ramai yang tidak tahu tentang adanya program Minggu Media Sosial (MSMW) ini walaupun telah diadakan bagi tahun yang ke empat sejak diadakan kali pertama pada tahun 2012.

Sejak blog tersebut lagi aktif, saya pun tidak pernah ambil tahu sangat tentang program MSMW ni, hinggalah ada seorang blogger yang pernah bertanding meluahkan rasa hatinya dalam blog beliau, MSMW 2015 Blogger Awards - Makin Meriah atau Makin Bosan?

Kalau tidak silap, saya diberitahu Minggu Media Sosial Malaysia 2013 (MSMW 2013) berlangsung bermula 26 Feb - hingga 3 Mac 2013 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Saya tidak hadir Persidangan Penulis Blog Dunia dan Anugerah Media Sosial 2013 akan diadakan pada 27 dan 28 Februari 2013 kerana blog saya sudah tidak aktif lagi.

Sejak itu, Minggu Media Sosial Malaysia dijadikan acara perbincangan sekitar trend baru melalui media social peringkat kebangsaan. Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week (MSMW) bagi tahun 2014 akan diadakan mulai 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 di Pusat Konvesyen Sunway Pyramid. 

Sepanjang Minggu Media Sosial ini terdapat empat acara utama yang akan dilangsungkan iaitu;
1. Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial
2. Anugerah Blogger dan Media Sosial
3. Bengkel Media Sosial
4. Twitterthon

Presiden Majlis Media Sosial Malaysia, Shahul Hameed Dawood dalam kenyataannya kepada media berkata, majlis anugerah yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu merupakan penghargaan untuk blogger dan syarikat korporat tempatan yang menyediakan maklumat dalam pelbagai sektor menerusi media sosial.

“Anugerah itu juga sebagai pemangkin untuk meningkatkan prestasi golongan blogger di negara ini sekali gus setaraf dengan blogger di peringkat antarabangsa dengan penerima anugerah akan membawa pulang trofi berserta sijil penghargaan bagi setiap kategori yang dimenangi” kata beliau.

Saya angkat isu ini dalam kolum saya, Gerbang IT ini setelah membaca keluhan blogger berkenaan yang sengaja saya tak tulis namanya di sini. Antara yang blogger berkenaan tulis, “Apa salahnya jika pihak MSMW 2015, selain memberikan sijil pengiktirafan dan trofi; diberikan hadiah sampingan lain agar dapat memotivasikan blogger yang bertanding. Paling tidak berilah hadiah yang relevan dengan usaha mereka sebagai blogger yang menjadikan majlis ini suatu mesti dihadiri, mesti disertai setiap tahun”.

Tambah blogger berkenaan, “Saya fikir, pihak yang menganjurkan event MSMW 2015 dapatlah kiranya memberikan sedikit imbuhan pada kerja keras para blogger yang cuba memeriahkan suasana Minggu Media Sosial Malaysia ini.

Mereka perlu sedar bahawa pengaruh blogger amat kuat di dunia maya. Jadi, jangan sampai tiba ketika akan ada blogger yang nampak bahawa MSMW hanyalah satu platform untuk pihak tersebut mendapat keuntungan sebelah pihak, walhal yang antara memberikan impak pada kehebatan MSMW itu sendiri datangnya dari blogger dan pengamal media online”.

Jika berkesempatan, saya juga akan cuba untuk meninjau MSWM 2015 ini, dan cuba hadir untuk dengar sendiri apa yang Tun Dr Mahathir akan beritahu tentang media sosial pada khamis nanti.

Selamat bertemu para blogger pada MSMW 2015. –

Sumber DD - 23-4-2015         

Kaspersky Lab announces the Chronicles of Hellsing: a Spy vs Spy Story



SINGAPORE--(BUSINESS WIRE)--

Kaspersky Lab has recorded a rare and unusual example of one cybercriminal attacking another. In 2014, Hellsing, a small and technically unremarkable cyberespionage group targeting mostly government and diplomatic organizations in Asia, was subjected to a spear-phishing attack by another threat actor and decided to strike back. Kaspersky Lab believes that this could mark the emergence of a new trend in cybercriminal activity: the APT wars.

The discovery was made by Kaspersky Lab experts during research into the activity of Naikon, a cyberespionage group also targeting organizations in the Asia-Pacific region. The experts noticed that one of Naikon’s targets had spotted the attempt to infect its systems with a spear-phishing email carrying a malicious attachment.

The target questioned the authenticity of the email with the sender and, apparently dissatisfied with the reply, did not open the attachment. Shortly thereafter the target forwarded to the sender an email containing the target’s own malware. This move triggered Kaspersky Lab’s investigation and led to the discovery of the Hellsing APT group.

The method of counter-attack indicates that Hellsing wanted to identify the Naikon group and gather intelligence on it.

Deeper analysis of the Hellsing threat actor by Kaspersky Lab reveals a trail of spear-phishing emails with malicious attachments designed to propagate espionage malware among different organizations.

If a victim opens the malicious attachment, their system becomes infected with a custom backdoor capable of downloading and uploading files, updating and uninstalling itself. According to Kaspersky Lab’s observations, the number of organizations targeted by Hellsing is close to 20.

Hellsing Targets

The company has detected and blocked Hellsing malware in Malaysia, the Philippines, India,

Indonesia and the US, with most of the victims located in Malaysia and the Philippines. The attackers are also very selective in terms of the type of organizations targeted, attempting to infect mostly government and diplomatic entities.

The targeting of the Naikon group by Hellsing, in some sort of a vengeful vampire-hunting-“Empire Strikes Back” style, is fascinating. In the past, we’ve seen APT groups accidentally hitting each other while stealing address books from victims and then mass-mailing everyone on each of these lists. However, considering the targeting and origin of the attack, it seems more likely that this is an example of a deliberate APT-on-APT attack,” said Costin Raiu, Director of Global Research and Analyst Team at Kaspersky Lab.

According to Kaspersky Lab analysis the Hellsing threat actor has been active since at least 2012 and remains active.

Protection

To protect against Hellsing attacks, Kaspersky Lab recommends the following basic security best practices:
  • Don’t open suspicious attachments from people you don’t know
  • Beware of password protected archives which contain SCR or other executable files inside
  • If you are unsure about the attachment, try to open it in a sandbox
  • Make sure you have a modern operating system with all patches installed
  • Update all third party applications such as Microsoft Office, Java, Adobe Flash Player and Adobe Reader.

Kaspersky Lab products successfully detect and block the malware used by both the Hellsing and Naikon actors.

To learn more about the Hellsing threat actor and the Empire Strikes Back espionage campaign go to Securelist.com

About Kaspersky Lab

Kaspersky Lab is the world’s largest privately held vendor of endpoint protection solutions. The company is ranked among the world’s top four vendors of security solutions for endpoint users*. Throughout its more than 17-year history Kaspersky Lab has remained an innovator in IT security and provides effective digital security solutions for large enterprises, SMBs and consumers. 

Kaspersky Lab, with its holding company registered in the United Kingdom, currently operates in almost 200 countries and territories across the globe, providing protection for over 400 million users worldwide. Learn more at www.kaspersky.com.

For the latest in-depth information on security threat issues and trends, please visit:
Securelist | Information about Viruses, Hackers and Spam
Follow @Securelist on Twitter

Threatpost | The First Stop for Security News

Follow @Threatpost on Twitter

* The company was rated fourth in the IDC rating Worldwide Endpoint Security Revenue by Vendor, 2013. The rating was published in the IDC report "Worldwide Endpoint Security 2014–2018 Forecast and 2013 Vendor Shares (IDC #250210, August 2014). The report ranked software vendors according to earnings from sales of endpoint security solutions in 2013.


MULTIMEDIA AVAILABLE:http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51079672&lang=en

Google Malaysia Website Apparently Hacked, Company Says DNS Attack

Users of Google’s Malaysia website were denied access to the website on Tuesday, and were redirected to a webpage that said “Google Malaysia Hacked by Tiger-Mate #Bangladeshi Hacker.”

Google has contacted MYNIC, the organization that manages the domain name, to solve the issue, the Wall Street Journal reported, citing a company spokesman in Malaysia.

“We’re aware that some users are having trouble connecting to google.com.my, or are being directed to a different website,” the Journal quoted the spokesman as saying. “We’ve reached out to the organization responsible for managing this domain name and hope to have the issue resolved shortly.”

MYNIC is operated by Malaysia’s ministry of communications and multimedia, and is the administrator for all websites ending with “.my,” Reuters reported.

At the time of reporting, google.com.my was still getting redirected to a website that showed the message “Google Malaysia Hacked” in white, red and yellow colored text over a black background.
Zeffri Yusof, the head of Google Malaysia’s corporate and communications, denied the incident to be hack, and said it was likely a repeat of the domain name system (DNS) attack, which had occurred at least twice before, the Malay Mail Online reported.

Meanwhile, Google Malaysia has directed users to use an alternate address to access the service until the issue is resolved.

Sumber IBT - 14-4-2015

PAS kecam penahanan pengamal media

KUALA LUMPUR: PAS mengecam tindakan pihak polis yang menahan tiga pengarang kanan portal berita The Malaysian Insider (TMI) petang semalam.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, penahanan pengamal media adalah tidak wajar kerana terdapat kaedah lain yang boleh dilakukan untuk mereka memperbaiki laporan jika didapati tidak benar.

"Media hanya melaporkan apa yang dirasakan perlu dan itu untuk pengetahuan rakyat.

"Menggunakan kekerasan adalah tidak wajar, media boleh diberi notis teguran untuk menarik balik laporan atau juga tindakan sama, jika menggunakan kuasa penahanan mereka ia bertentangan dengan kebebasan yang kita ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau lagi, tindakan menahan pemgamal media merupakan satu usaha untuk menutup ruang bersuara dan demokrasi.

"Media alternatif adalah satu ruang untuk kita melaporkan berita-berita yang betul, pihak yang dilaporkan itu harus tampil membuat penjelasan.

"Bukannya cara menahan mereka sebagai usaha menghalang laporan tersebut, penahanan ini dilihat sebagai cara untuk menakutkan pengamal media.

"Kerajaan perlu lebih profesional dalam kebebasan bersuara dan bukan mengambil jalan mudah dengan menutup ruang demokrasi," sambung beliau lagi.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, lebih 12 pegawai Polis dan SKMM menyerbu pejabat TMI di Petaling Jaya dan menahan tiga Pengarang Kanan serta merampas telefon bimbit dan komputer riba.

Lionel Morais, Zulkifli Sulong dan Amin Shah Iskandar ditahan atas dakwaan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Sekysen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Hari ini pula, penerbit dan CEO kumpulan The Edge Media Group yang memiliki kepentingan dalam TMI, Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal tersebut, Jahabar Sadiq pula ditahan.

Kedua-duanya ditahan mengikut Akta Hasutan sebaik tiba ke ibu pejabat polis Dang Wang pagi tadi.
Mereka pada awalnya tiba untuk memberi keterangan di balai tersebut susulan penahanan tiga pengarang kanan semalam.

Hanipa yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mempertikai tindakan terpilih apabila media atau pimpinan yang menyokong kerajaan dan telah mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan tidak dikenakan tindakan, sebaliknya media alternatif mahupun pembangkang terus diambil tindakan segera. - HARAKAHDAILY 31/3/2015


Sumber HD - 31-3-2015


GERAMM : TAHAN EDITOR TMI USAHA DIAMKAN MEDIA - GERAMM


SKMM SERBU PEJABAT TMI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34633-geramm-tahan-editor-tmi-usaha-diamkan-media


Sumber HD - 31-3-2015

Palsu rupanya surat nikah anak Najib tu...


Apa yang tersebar dilaman Facebook dan juga WhatsApp beberapa hari yang lalu kononnya adalah surat nikah anak Najib dengan maskahwin RM111.00 dan hantaran USD500,000 adalah palsu rupanya..

Siapa punya kerja entahlah.. tapi yang pasti manusia yang buat kerja , meyebar fitnah tu memang tak ada kerja atau terlalu banyak masa terluang..

Nak menyerang Najib pun biarlah dengan fakta, jangan sebar fitnah.. kalau yang menyokong Pakatan Rakyat pun menyebar fitnah.. tak ada bezalah antara penyokong Pakatan Rakyat dan macai...

Laporan berkaitan..

Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) menangkis dakwaan bahawa hantaran untuk perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyaK AS$500,000.

Pengerusi Yadim, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gambar yang mendakwa jumlah hantaran sebanyak itu disahkan "palsu" oleh Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Paimuzi Yahya.

“Tadi dalam mesyuarat pasca kabinet, Ustaz Paimuzi mendedahkan bahawa sijil nikah anak PM telah dipalsukan dengan meletakkan nilai hantaran sehingga As$500,000,” kata Wajdi dalam tulisan di Facebook.

Menurutnya, JAWI akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil nikah palsu itu.

Gambar tersebut menunjukkan sijil nikah di antara anak Najib, Nooryana dan pasangannya, anak kepada pembesar Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev.

Sijil nikah itu turut tertera alamat kediaman rasmi Najib di Seri Perdana Putrajaya ~ Malaysiakini

Nasihat aku buat penyokong Pakatan Rakyat yang sebar surat nikah palsu tu.. Jangan ikut perangai macai..

Tapi yang lebih pelik ialah mengapa pula YADIM dan JAWI pulak yang lebih-lebih?.. sedangkan yang menikah itu anak Najib.. dan yang kena fitnah itu juga anak Najib..

Apa kena mengena Pengerusi YADIM dan JAWI tu dengan Najib atau anak Najib?

Sepatutnya yang menjelaskan perkara itu ialah Najib sendiri atau anak Najib..

BODEK lah tu... 

Sumber HD - 21-3-2015


Fitnah Siber makin berleluasa!

Posted on Thursday, March 19 @ 13:49:43 MYT by paktam

Oleh SHUHAIMI EMBONG

BANYAK isu berkaitan dengan IT yang boleh dikongsi dengan pembaca tetapi saya jarang dapat peluang untuk menulis dalam kolum Gerbang IT ini kerana kekangan masa. Saya hanya  menulis apabila ada kelapangan dan ada keperluan yang mendesak untuk menulis sahaja.


Kira-kira setahun yang lalu, saya ada menulis berkaitan perkara ini, ‘Penyamaran atau Penipuan Siber: Apa kesudahannya?’ pada 25hb Mac, 2014 bila anak saya ditipu dalam transaksi internet dan handphone saya ‘digodam’ dengan dihantar pesanan ringkas (sms) yang kononnya daripada saya menyebabkan saya mendapat panggilan yang bertalu-talu tentang kesahihan sms tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Kajang.

Kali ini menjelang pemilihan PAS, sekali lagi nama saya muncul dengan berbagai-bagai tuduhan dan fitnah yang dibuat dengan menggunakan media social, facebook atas nama Osman Jailani dengan gambar saya sebagai ‘fake account’ oleh cybertrooper upahan bagi melakukan gerak kerja saraf dan propaganda siber, berkemungkinan berkaitan dengan pemilihan PAS pada kali ini dengan dakwaan ‘agen Umno dalam PAS’ dan mendapat peruntukan dana disalurkan melalui Zahid Hamidi.

Saya mendapat maklumat ini ketika berada ditanah suci mengerjakan umrah lebih seminggu yang lepas, tetapi saya beritahu kawan-kawan, sekarang sedang buat umrah, nanti balik Malaysia baru jawab sebab saya tidak mahu memikir hal tersebut.

Saya tidak pernah bertemu dengan Zahid Hamidi sama ada di Malaysia ataupun di luar negara, sama ada di London atau di mana-mana. Saya juga tidak pasti macam mana boleh jadi agen Umno, kerana tidak ada mana-mana pimpinan Umno pun yang menawarkan saya untuk menjadi agen mereka dalam PAS!

Saya tidak tahu dari mana maklumat ini diambil, tetapi saya meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat menyiasat perkara ini dan mendakwa cybertrooper yang melakukan penipuan di alam siber ini kemuka pengadilan.

Seperti yang saya sebut dalam tulisan setahun yang lalu, “Secara jujurnya saya nyatakan, adalah sukar untuk membenterasnya walaupun ditubuhkan beberapa agensi khusus untuk mengendalikannya selagi manusia tidak kembali kepada Islam dengan menjiwai adanya dosa dan pahala diatas apa yang dilakukan termasuk dalam dunia siber ini”.  

Dalam membincangkan tajuk berkaitan ‘Etika Media Sosial kepada Ahli Gerakan Islam’ sebagai respon kepada kertas yang dibentangkan oleh mantan Pengarah IT PAS Sabah dalam Seminar IT: Tepati Syariah, Patuhi Sunnah” saya meminta mereka mengambil pengajaran daripada ayat 6 dalam Surah Al-Hujurat: 6 bermaksud;

"Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kejahilan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

Saya teringat kepada satu quote dari Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Senyum Petang, “Asap fitnah merata-rata, apinya sukar dicari. Jangan sembur air pada asap, tetapi semburlah air pada api, nescaya hilanglah asap itu”   

Apabila ramai kawan-kawan dan kenalan yang bertanya tentang kebenaran hal ini, saya ada memberikan jawapan ringkas berikut kepada mereka dalam aplikasi WhatsApps “...semuanya adalah fitnah dan adu domba dalam media baru untuk tujuan pemilihan sahaja. Saya tak tahu-menahu apatah lagi tentang elHaraki dan TUC (Tok Usin ceroi). Sebelum ini Anti Husam pun dakwa saya juga... secara logiknya tak kan lah semuanya saya... tugas saya adalah Pengarah IT PAS dan terlibat sebagai AJK Penerangan tetapi tidak melibatkan bahagian saraf yang berada dibawah JPPrP. Semua ini ada perkiraan dosa dan pahala. Semuanya ini beri ganjaran pahala percuma kepada saya dan saya menyeru kepada yang buat tersebut bertaubatlah. Lebih elok minta maaf sekarang daripada terpaksa cari saya untuk minta maaf di padang masyhar nanti”
     
Penulis adalah Pengarah Jabatan IT Pusat.

Sumber DD 0 19-3-2015        


















































































































































































































PAS desak The Malaysian Insider mohon maaf

DATUK MAHFUZ OMAR | .






SAYA melahirkan kekesalan atas berita bergambar palsu yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa kononnya peserta demonstrasi Kita Lawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS memegang banner dan poster yang bertulis “Undur Hadi” iaitu merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Gambar itu dimasukkan pada kemas kini berita tersebut pada jam 2.37 petang.

Keterangan di bawah gambar itu mengatakan ia adalah gambar asli milik The Malaysian Insider sedangkan pada hakikatnya ia adalah gambar ‘superimpose’ yang telah diubah perkataan di dalamnya.

Sesungguhnya, penyiaran berita palsu yang bertujuan provokasi dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini amat memalukan sekaligus menjatuhkan kredbiliti portal The Malaysian Insider sebagai media alternatif kepada media arus perdana.

Adakah The Malaysian Insider begitu terdesak untuk membuat berita yang popular sehingga sanggup membuat gambar superimpose?

Berita ini sungguh berniat jahat kerana ia berunsur untuk melagakan para peserta demonstrasi kepada PAS dan Presiden PAS.

Justeru, PAS mendesak portal The Malaysian Insider agar segera memohon maaf secara terbuka kepada PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga para peserta demonstrasi atas penyiaran berita bergambar palsu tersebut.

Sifat tanggungjawab, amanah dan jujur adalah prinsip dunia kewartawanan dan media yang patut dipertahankan. - HARAKAHDAILY 7/3/2015
Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber HD - 7-3-2015


ETIKA MEDIA SOSIAL KEPADA AHLI GERAKAN ISLAM - SHUHAIMI EMBONG


MEDIA SOSIAL

http://www.harakahdaily.net/index.php/gajet/34066-etika-media-sosial-kepada-ahli-gerakan-islam


Sumber HD - 26-2-2015

Tok Guru, Ketika Hidup Media Perdana Mempersenda, Ketika Pergi Barulah Dihargai, Teruskan Perjuangan Menyebarkan Kebenaran


1. Sejak bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar , seluruh Malaysia bahkan ummat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama’ yang disayangi lagi dihormati oleh segenap lapangan masyarakat. Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.

2. Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengkebumian Almarhum. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang telah ditabur oleh Almarhum. Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.

3. Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca mata televisyen, corong radio mahupun dada akhbar. Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua. Jelas, ini membuktikan segala berita selama ini yang sering memburukkan Almarhum Tuan Guru adalah palsu semata-mata.

4. Sungguhpun demikian, saya tetap menzahirkan lafaz tahniah dan terima kasih kepada kesemua media yang telah memberikan liputan terbaik sepanjang majlis pengkebumian Almarhum Tuan Guru. Semoga keberanian untuk menyebarkan kebenaran itu akan kekal dan memanfaatkan ramai lagi tokoh sedia ada yang masih hidup yang perlu disebarluaskan nasihat mereka.

5. Usahlah menunggu insan hebat itu tiada lagi barulah kita mahu menyebarkan khabar yang benar mengenai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya. Sepertimana yang sering dipesan oleh Almarhum Tuan Guru, sesungguhnya segala amal baik dan buruk yang kita lakukan tetap akan dikira dosa-pahalanya maka kita tidak boleh berlepas diri daripada apa jua yang ditulis dan disebarkan kepada umum.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber PP - 15-2-2015


SELEPAS DIKRITIK,  TV3 AKHIRNYA INSAF 30 MINIT -  WARGA PRIHATIN



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33858-selepas-dikritik-tv3-akhirnya-insaf-30-minit

Sumber HD - 14-2-2015


13 FEBRUARI 2015 HIJAU.FM DAN HARI RADIO SEDUNIA - SHUHAIMI EMBONG



http://www.harakahdaily.net/index.php/gajet/33813-13-februari-2015-hijau-fm-dan-hari-radio-sedunia

Sumber HD - 12-2-2015


GERAMM KECAM LARANGAN TERKINI JPM KE ATAS MALAYSIAKINI - GERAMM


GERAMM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33701-geramm-kecam-larangan-terkini-jpm-ke-atas-malaysiakini

Sumber HD - 6-2-2015


AKHBAR E-HARAKAH BUKAN HARAKAHDAILY - SHUHAIMI EMBONG


AKHBAR E-HARAKAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33399-akhbar-digital-eharakah-bukan-harakahdaily

Sumber HD - 22-1-2015

SKMM - PENGERUSI DAN CEO WAJAR ORANG BERLAINAN - SHUHAIMI EMBONG


SHUHAIMI EMBONG - IT PAS PUSAT


Sumber HD - 13-1-2015


Himpunan 9 Januari solidariti untuk kawan-kawan di Harakah

Posted on Tuesday, January 06 @ 18:08:46 MYT by paktam

Oleh Dinsman

Hari ini pimpinan PAS jadi tidak boleh ditegur. Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu. Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga. Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti.



Mulanya Tarmizi diberhentikan sebagai pengarang Harakah, 1 Oktober 2014. Kemudian di pertengahan Disember Roslan pula diberhentikan, khabarnya kerana dialah editor yang bertanggungjawab menyiarkan 2 tulisan saya yang mengkritik ulama. Dan saya juga diberhentikan daripada menjadi kolumnis ‘Wacana Budaya’ di Harakah.

Terakhir ialah Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah sendiri, yang sedang bercuti sakit, diminta meletakkan jawatan. Barangkali kerana dia sedang mengalami sakit yang dipercayai oleh mereka akan menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya, atau sebab-sebab lain, tidak dapat dipastikan.


Tetapi khabarnya waktu diminta berhenti itu tidak ada apa-apa alasan diberi, dan hal sakitnya itupun tidak ditimbulkan.
Saya bukannya menghina ulama pun. Gilakah saya hendak menghina ulama yang diperakui Rasulullah sendiri ulama adalah pewaris para nabi? Saya hanya mengkritik segelintir ulama dalam pimpinan atasan PAS yang berkelakuan tidak seperti ulama, malah merosakkan imej mulia ulama.

Beberapa tulisan saya itu bertujuan cuba memperbaiki keadaan. Mereka yang mengikuti tulisan dalam Wacana Budaya tentu tahu bagaimana pandangan saya terhadap golongan tertentu di kalangan mereka yang dikatakan ulama dan pendakwah dalam masyarakat kita. Ramai di antara mereka itu yang bukan ulama sebenarnya. Mereka hanya mengambil kesempatan daripada gelar dan status ulama. Mereka itu sebenarnya sedang memburukkan imej ulama. Ini yang saya kritik.

Adapun berita Lutfi diminta berhenti itu menggemparkan beberapa pihak tertentu. Cikgu Ishak Surin, yang dipertua PAS Kawasan Batu (Kuala Lumpur) misalnya, menjadi begitu marah dan berang kerana sebelum ini Tarmizi, naib YDP PAS kawasannya sendiri pun disingkirkan daripada Harakah.

“Sekarang Ahmad Lutfi Othman pula!” katanya.

“Bukankah dia sedang bercuti sakit?” Soal Cikgu Ishak kepada saya dan beberapa kawan yang sedang berkumpul di Madrasah Seni (Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam) kerana membincangkan persiapan menganjurkan Malam Baca Puisi “Bebas”, pada Jumaat 9 Januari ini.
“Ini satu tindakan zalim,” katanya lagi. “Bagaimanakah sebuah akhbar Islam, yang menjadi suara kepada parti Islam di negara ini, tetapi pihak pentadbirannya tidak berakhlak Islam? Perbuatan zalim ini bukan akhlak Islam. Dulu Tarmizi disuruhnya berhenti dengan serta merta. Tak ada proses nasihat atau amaran dan sebagainya.”

Memang marah betul Cikgu Ishak pada petang itu. “Aku tak boleh diam lagi kali ini,” katanya. 
Selepas itu khabarnya dia menulis surat kepada pengerusi Harakah, merangkap setiausaha agung parti PAS, Datuk Mustaffa Ali – menyatakan protesnya terhadap tindakan yang dikenakan ke atas tiga wartawan kanan akhbar tersebut.

Saya sebenarnya turut berasa terlibat dalam kemelut itu, kerana jelas Roslan disabitkan dia harus ditamatkan khidmatnya ialah kerana dia meluluskan tulisan saya yang mengkritik ulama itu. Dan saya sangat khuatir apakah Ahmad Lutfi juga diminta berhenti itu disebabkan dua tulisan saya itu?
Sebenarnya kritikan terhadap ulama di dalam PAS itu bermula di sini – dalam The Malaysian Insider ini, dengan tulisan berjudul Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya, terbit pada 5 Disember 2014. Diikuti dengan “Apabila ulama kehilangan keyakinan diri” dalam Harakah 8 Disember; dan disusuli dengan “Penjelasan Dinsman: Imej ulama tercalar” (judul yang diubah daripada judul asalnya “Imej ulama sedang alami kerosakan besar”).

Saya bukan tidak menjangka yang tulisan itu akan menimbulkan semacam kemarahan di pihak pimpinan tinggi parti tersebut. Dan saya pun bukanlah secara tiba-tiba saja menulis kritikan tersebut. Perkara imej ulama yang tercalar di dalam PAS itu sebenarnya bukan satu perkara baru. Ia sudah lama menjadi buah mulut orang ramai. Sudah diperkatakan di mana-mana. Hanya barangkali ia tidak sampai ke telinga pihak yang berkenaan saja.

Maka saya melihatnya sesuatu yang tidak harus dibiarkan begitu, kerana khuatir ia akan menjadi bertambah buruk. Pihak tertinggi parti mesti tahu apa yang sedang menjadi buah mulut ahli-ahli di peringkat akar umbi. Maka saya memberanikan diri mengambil risiko untuk “berkata benar walaupun pahit”. Saya mulakan dengan wacana yang agak umum, dan memfokus kepada isu lain, “Krisis MB Selangor lebih rumit daripada isu Hudud?” (Harakah 15 September, 2014).

Seminggu kemudian melalui artikel “Apa sebenarnya PAS mahu sekarang?” (22 September, 2014), isu mengenai imej ulama yang merosot itu diperkatakan dengan jelas. Dan pada 17 Oktober saya menyebutnya dengan lebih jelas lagi: “Pemimpin tahu bila masanya dia harus berundur”, tetapi tulisan itu diolah agar sasarannya kelihatan sesuatu yang umum dan tidak ditujukan kepada seseorang pemimpin tertentu. Dan semua itu diterbitkan dalam kolum ‘Wacana Budaya’.

Pemberhentian wartawan Harakah yang dibuat secara sewenang-wenang itu juga mendapat perhatian rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi). Selama ini Pakatan Rakyat termasuk PAS selalu mengkritik pihak penguasa Barisan Nasional yang dikatakan tidak menghormati hak kebebasan bersuara, menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak secara sewenang-wenang dan sebagainya. Tiba-tiba sekarang mereka pula yang bertindak buruk seperti itu.

Maka Paksi yang kebetulan sedang membuat persiapan untuk memulakan program Baca Puisi Bulanan di Madrasah Seni (Jalan Gombak, Kuala Lumpur) pada 9 Januari ini, mendapati waktunya sangat sesuai untuk menunjukkan solidariti kepada rakan-rakan di Harakah tersebut.

Lalu diputuskan, di samping meraikan penyair Chan Yong Sin dengan antologi puisi “Bebas” yang ditulisnya sewaktu dalam tahanan ISA selama 11 tahun itu, majlis itu juga akan meraikan Ahmad Lutfi dan rakan-rakan wartawan Harakah yang dianiaya.

Datanglah beramai-ramai kita menunjukkan semangat solidariti sambil menghantar mesej kepada pimpinan PAS, khasnya pimpinan Harakah, supaya menyemak semula tindakan mereka yang berkenaan, agar ia tidak menambah burukkan lagi imej ulama PAS yang sudah tercemar itu.

Dan pada majlis itu juga Cikgu Ishak berharap agar dapat dibuat kutipan derma untuk mangsa banjir di Kelantan yang mengalami kemusnahan rumah dan harta benda dalam banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Jadinya, malam 9 Januari menjadi malam tiga dalam satu – pembacaan puisi daripada antologi “Bebas” karya Chan Yong Sin; solidariti untuk Ahmad Lutfi dan kawan-kawan di Harakah; dan derma untuk mangsa banjir di Kelantan

Anda Perlu baca artikel ini Kolumnis Dinsman "WACANA BUDAYA" dihentikan di Akhbar Harakah ?

Sumber DD - 6-1-2015
















































































































































































































































Banjir: SKMM siasat 2 lagi kes sebar berita palsu

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dua lagi kes penyebaran berita palsu menerusi aplikasi media sosial dan pesanan berhubung kejadian banjir di Pantai Timur.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata kes pertama melibatkan berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan dan pihaknya telah mengenal pasti individu yang boleh membantu siasatan kes tersebut.

"Kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu bahawa Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh semalam, hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan hari ini.

Suruhanjaya itu kini dalam proses memperkemas siasatan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. - Bernama

Sumber HD - 29-12-2014


















































































































































































































































Henti sebar berita banjir palsu - Pengerusi SKMM

BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi status berbentuk spekulatif mengenai bencana banjir tanpa berpandukan fakta daripada sumber yang sahih.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata perbuatan berkongsi atau 'forward' berita yang tidak ditentusahkan itu boleh mengeruhkan keadaan dan mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata maklumat palsu yang disebarkan pada waktu kritikal seperti sekarang bukan hanya akan menyulitkan kerja-kerja mencari dan menyelamat, malah boleh menyebabkan kekeliruan dalam operasi bantuan serta menambah rasa risau dan panik di kalangan anggota keluarga mangsa.

"Niat untuk membantu dengan menyampaikan maklumat memang baik, tetapi sebelum menyebarkan sebarang berita, tanyalah diri sendiri sama ada ia akan benar-benar membawa kebaikan atau menambah buruk keadaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Sharil berkata SKMM bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi sedang giat menjalankan usaha membaik pulih dengan menggunakan 'generator set' atau 'genset' serta kenderaan 'Cellular on Wheels' atau COW di kawasan yang tidak ditenggelami air.

Beliau turut meminta orang ramai mengurangkan penggunaan telefon selular di kawasan banjir bagi menjimatkan bateri bagi membolehkan ia bertahan lebih lama untuk kegunaan jika berlaku kecemasan. - BERNAMA

Sumber HD - 27-12-2014

Mati lemas: Facebook palsu kaitkan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pihak admin laman sosial facebook Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaklumkan tentang fb palsu mengaitkan tulisan beliau kononnya satu keluarga mati lemas di Kuala Krai.

"(Gambar) ini adalah FB palsu Tuan Guru Presiden, kami tidak ada kena mengena dengan fb ini, kecelaruan amatlah dikesalkan. Terima Kasih," jelasnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

"Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini," katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan. - HARAKAHDAILY 27/12/2014





















































































































































































































































Padam SMS pautan URL meragukan - SKMM

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengeluarkan nasihat itu, berkata SMS berkenaan yang berbunyi 'is this your photo' perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi Malware.

Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.

"Apabila URL itu diklik, perisian tersebut akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.

"Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu," menurut SKMM dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.

"SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti salah seorang kenalan anda yang sudah dijangkiti Malware tersebut," kata SKMM. - Bernama

Sumber HD - 23-12-2014

RALAT: Artikel '1MDB simbol kelemahan terbesar Najib - MTEM'

HARAKAHDAILY | .

MERUJUK kepada artikel bertajuk "1MDB simbol kelemahan terbesar Najib - MTEM" yang disiarkan Harakah pada muka surat 8, bilangan 2006. Pihak Harakah memohon maaf terhadap beberapa kesilapan dan penambahan fakta yang dibuat dalam penulisan tersebut.

Penulis mengakui telah menggunakan butiran perbualan biasa dengan pihak peneraju Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menjadi sebuah artikel yang bertentangan dengan sikap dan pendirian rasmi MTEM.

Sebarang salah faham berhubung penyiaran artikel tersebut dipohon maaf. - Editor Harakah



Sumber HD - 21-12-2014























































































































































































































































Utusan sudah mula jalan tugas hakiki

http://omakkau.blogspot.com | .

AKHBAR UTUSAN SUDAH MULA MENJALANKAN TUGAS HAKIKI ABADINYA ... AMBIL HUJUNG PANGKAL LESAP.

Peranan dan tanggung jawab untuk adu domba agar penyokong dan rakyat di bawah keliru dan marah sudah mula dijalankan oleh Utusan Malaysia nampaknya.

Dijadikan tajuk muka hadapan AZMIN KRITIK KHALID ... mau agar para penyokong TSKI berang dengan Azmin Ali ... sedangkan kenyataan beliau hanya berkisar mengenai tindakan MBI pecat DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang dibayar gaji RM1 sebulan.

Tetapi akhbar Sinar Harian yang agak non partisan ketika ini, menerbitkan cerita "Azmin puji Khalid Ibrahim" pula dalam gerak kerjanya.

Baca lagi

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 24-9-2014

Kebanyakan maklumat laman media sosial tidak benar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk wartawan harus skeptikal apabila memperoleh maklumat, terutama menerusi laman media sosial, kerana kebanyakannya adalah tidak benar.

Profesor Kewartawanan Caxton, Anton Harber dari Universiti Witwatersrand, Johannesburg berkata meskipun media sosial menjadikan orang ramai lebih prihatin kepada media dan menyediakan ruang untuk semua pihak bersuara, risikonya boleh memudaratkan pihak terbabit apabila cerita tidak benar disebar.

"Jangan terus percaya sebaliknya persoal dan lihat sama ada sesuatu maklumat disahkan.

"Adakah ia daripada orang yang anda percaya, mempunyai kredibiliti dan mempunyai rekod pengesahan serta kebenaran?" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah berkaitan sebuah buku yang dilancar baru-baru ini iaitu '100 Years of Investigative Journalism From Around The World-Global Muckraking' bersama editornya, Anya Schiffrin.

Sementara itu, Schiffrin yang juga Pengarah Program Media dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Antarabangsa dan Hal Ehwal Awam, Universiti Colombia di New York berkata selain bersikap skeptikal, sesetengah wartawan mungkin mewujudkan spekulasi dalam proses mendapatkan idea membuat liputan masing-masing.

"Spekulasi adalah satu perkara tidak dapat dielak. Ia sebahagian daripada dunia kewartawanan, dan ada sesetengah kisah bermula dengan spekulasi kerana ia tidak dapat disahkan atau tidak mempunyai maklumat lengkap," katanya ketika mengulas spekulasi berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan MH17, yang sering dilakukan pihak media.

Bagaimanapun, Schiffrin berkata berita berkaitan insiden itu perlu dilakukan secara hati-hati berdasarkan pengesahan, dokumentasi dan kebenaran kerana maklumat palsu akan menggores hati anggota keluarga terbabit.

Penerbangan MH17, membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas ditembak jatuh.

Penerbangan MH370 pula hilang daripada skrin radar pada 8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal. - Bernama

Sumber HD - 8-9-2014

No comments:

Post a Comment