BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, September 5, 2014

LAJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI PAS (LUHAM) - DDRMFH

SESI 2017 - 20219:

Pengerusi: YB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
Timbalan Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud



SESI 2015 - 20217:

Pengerusi : YBhg. Dato Wan Abdul Mutalib Embong
Timbalan : YB Dato Dr Mohamad Fadzli Hassan


Sumber PP - 23-6-20125

Kes murtad lebih sesuai di Mahkamah Syariah

LUJNAH Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat (LUHAM) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak yang sebenarnya memiliki bidang kuasa untuk membicarakan permohonan untuk meninggalkan agama Islam. 
Ini disebabkan sistem perundangan Islam telah menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu diisytiharkan sebagai bukan lagi orang Islam. Tatacara yang lengkap dan terperinci itu telah dibuat bukan sahaja untuk memastikan kemaslahatan kepada Islam sebagai agama Persekutuan dipelihara pada setiap masa sebagaimana yang terkandung di dalam Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong, malah turut melibatkan kemaslahatan orang Islam yang merupakan populasi terbesar dalam negara ini, juga tidak ketinggalan demi kebaikan pihak yang membuat permohonan itu sendiri. 
Masyarakat perlu dididik untuk memahami bahawa isu menukar agama bukanlah isu yang remeh seumpama menukar pakaian. Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama sebagaimana Perkara 11 (1), tetapi ia sama sekali tidak bermaksud kebebasan mutlak, khususnya apabila ia melibatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Bahkan, rakyat perlu maklum bahawa apabila mereka menganuti sesuatu agama, maka mereka tertakluk kepada prinsip perundangan yang ada pada setiap agama yang terlibat. 
Apabila kes seumpama ini dibicarakan sebagaimana yang sepatutnya di Mahkamah Syariah, maka ia akan melibatkan proses istitabah iaitu anjuran agar bertaubat. Prosedur ini sangat mustahak bagi kemaslahatan individu terlibat kerana siasatan dan pengumpulan maklumat perlu dibuat untuk mengenal pasti sebab sebenar yang membawa kepada permohonan itu dibuat. Jika sekiranya kebajikan individu terlibat terabai, maka ianya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya. Sememangnya menjadi naluri biasa manusia, apabila mereka kesepian lantaran kehilangan pasangan sama ada disebabkan perceraian atau kematian, mereka akan tercari-cari dahan baru untuk berpaut. 
Mekanisme istitabah juga adalah sangat baik kepada pihak berkuasa terlibat. Ini kerana, daripada maklumat yang diperolehi inilah maka pihak berkenaan dapat memperbaiki mana-mana kecacatan pada sistem sokongan atau bantuan. Jika terdapat mualaf yang tidak pernah hadir kelas bimbingan agama, lalu kemudiannya datang ke Mahkamah Syariah untuk keluar Islam, maka inilah peluang terbaik untuk menemui mereka yang terlibat dan berusaha untuk membantu mereka. Bukan bertindak menyapunya ke bawah permaidani. 
Setakat ini, Mahkamah Syariah di seluruh negara, pernah membuat keputusan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam disebabkan oleh amalan dan iktikad mereka sama sekali tidak dapat diselamatkan berdasarkan hukum syarak. Ini berlaku selepas segala kehendak undang-undang yang berkuat kuasa dipatuhi termasuk proses istitabah. 
Justeru, ini menjadi suatu cabaran dan tanggungjawab masyarakat Islam dan pihak berkuasa terlibat untuk menyediakan suasana yang kondusif dan sistem bantuan yang bersifat komprehensif bagi memastikan masalah ini dapat ditangani secara matang dan harmoni. 
Oleh yang demikian, LUHAM memohon semua pihak agar sentiasa sensitif terhadap prinsip perundangan agama serta pada waktu yang sama tidak menangguk di air keruh. 
Sejahtera Bersama Islam

YB DATO DR MOHAMED FADZLI DATO HJ HASSAN
Pengerusi
Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), PAS Pusat
28 Februari 2018 | 12 Jamadil Akhir 1439 - HARAKAHDAILY 28/2/2018

Sumber HD - 28-2-2018 


Perlu perkasa semula Mahkamah Syariah semua peringkat

LUJNAH Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, mendapati keputusan kes 'unilateral conversion' (Indira Ghadhi a/p Mutho) oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018, membuktikan betapa rumitnya mencari jalan penyelesaian dalam kes seumpama ini dalam waktu yang sama untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.
Ini terbukti apabila keputusan kes ini sangat berbeza dengan keputusan kes 'R Subashini' yang juga diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007. Ketika itu, mahkamah tertinggi dan terakhir negara membuat keputusan bahawa kes 'unilateral conversion' adalah berada dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Ini belum mengambil kira bagaimana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan juga membuat keputusan yang bertentangan di antara satu sama lain. Jika proses rayuan ini boleh berlanjutan selepas Mahkamah Persekutuan, kita tidak akan terkejut bahawa ia juga boleh membuat keputusan berbeza. Adalah tidak keterlaluan bahawa dengan mengambil kira corak keputusan mahkamah yang kerap berbeza ini, kita boleh menjangkakan jika ada kes seumpama ini pada masa akan datang, keputusan yang berbeza juga boleh berlaku.
Kerumitan ini boleh difahami apabila kita meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018. Mahkamah tidak menafikan fakta bahawa 'anak-anak tersebut' telah memeluk Islam dan telah didaftarkan. Tetapi mahkamah menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan 'judicial review' bagi menentukan 'legality' Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf. Usaha untuk membezakan antara fakta pemelukan Islam dan 'legality' Perakuan Memeluk Islam boleh difahami kerana Mahkamah Persekutuan tidak mahu 'terperangkap' ke dalam halangan Artikel 121 (1A) yang menghalang Mahkamah Sivil campur tangan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah / batal di sisi undang-undang lantaran 'anak-anak tersebut' tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004. Lebih menarik, apabila mahkamah menyatakan bahawa Enakmen Negeri Perak tidak memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan sah atau tidaknya keIslaman seseorang.
Keputusan sebegini sebenarnya sangat sensitif kepada majoriti umat Islam di negara ini. Ini kerana majoriti ulama Islam berpendapat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam maka agama anak-anak yang masih kecil akan mengikut agama ibu atau ayahnya yang telah memeluk Islam. Malah, sebahagian ulama berpendapat bahawa ini adalah ijmak ulama. Keislaman anak-anak kecil ini, tidak memerlukan mereka untuk melafaz dua kalimah syahadah. Adalah lebih harmoni, jika Mahkamah Sivil yang ingin membuat keputusan berkaitan hukum hakam agama Islam agar merujuk terlebih dahulu pihak berotoriti berkaitan agar tidak menjejaskan pengamalan agama Islam yang merupakan agama Persekutuan.
Lompang yang wujud di dalam Enakmen tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan boleh dilihat secara positif sebagai 'wake-up call' kepada pihak terlibat agar memperkemaskan undang-undang syariah berkaitan. Pihak berkuasa agama setiap negeri seharusnya memperkemaskan enakmen masing-masing agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan pada waktu yang sama perlu mengambil kira kepentingan rakyat bukan Islam.
LUHAM percaya sudah sampai waktunya agar Mahkamah Syariah juga dibuka kepada rakyat bukan Islam untuk menuntut hak mereka berdasarkan hukum syarak. Undang-undang Islam telah melalui zaman yang cemerlang dan terbukti turut memberi faedah kepada rakyat bukan beragama Islam.
Oleh yang demikian, LUHAM menyeru semua pihak yang berkepentingan agar memulakan dengan seberapa segera satu mekanisme sama ada dinamakan sebagai mediasi, timbang tara, mahkamah 'khas' atau apa-apa istilah lain yang lebih tepat yang boleh mengimbangkan antara kepentingan melindungi agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada waktu yang sama lebih berkesan dalam meminimakan kesan perbalahan yang wujud antara pihak terlibat, dan dengan itu diharap dapat menguruskan masyarakat majmuk pelbagai agama dengan lebih harmoni.
"Sejahtera Bersama Islam"
YB DATO’ DR MOHAMED FADZLI DATO' HJ HASSAN
Pengerusi
Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), PAS Pusat
1 Februari 2018 | 15 Jamadil Awwal 1439 - HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD - 1-2-2018 




“Pasca Kes Indira Gandhi: Perlu Perkasa Semula Mahkamah Syariah Semua Peringkat”



LUJNAH Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, mendapati keputusan kes ‘unilateral conversion’ (Indira Ghadhi a/p Mutho) oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018, membuktikan betapa rumitnya mencari jalan penyelesaian dalam kes seumpama ini dalam waktu yang sama untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.

2. Ini terbukti apabila keputusan kes ini sangat berbeza dengan keputusan kes ‘R Subashini’ yang juga diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007. Ketika itu, mahkamah tertinggi dan terakhir negara membuat keputusan bahawa kes ‘unilateral conversion’ adalah berada dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

3. Ini belum mengambil kira bagaimana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan juga membuat keputusan yang bertentangan di antara satu sama lain. Jika proses rayuan ini boleh berlanjutan selepas Mahkamah Persekutuan, kita tidak akan terkejut bahawa ia juga boleh membuat keputusan berbeza. Adalah tidak keterlaluan bahawa dengan mengambil kira corak keputusan mahkamah yang kerap berbeza ini, kita boleh menjangkakan jika ada kes seumpama ini pada masa akan datang, keputusan yang berbeza juga boleh berlaku.

4. Kerumitan ini boleh difahami apabila kita meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018. Mahkamah tidak menafikan fakta bahawa ‘anak-anak tersebut’ telah memeluk Islam dan telah didaftarkan. Tetapi mahkamah menggunakan kuasa semulajadinya ( inherent power ) untuk melakukan ‘judicial review’ bagi menentukan ‘legality’ Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf. Usaha untuk membezakan antara fakta pemelukan Islam dan ‘legality’ Perakuan Memeluk Islam boleh difahami kerana Mahkamah Persekutuan tidak mahu ‘terperangkap’ ke dalam halangan Artikel 121 (1A) yang menghalang Mahkamah Sivil campur tangan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

5. Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah / batal di sisi undang-undang lantaran ‘anak-anak tersebut’ tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004. Lebih menarik, apabila mahkamah menyatakan bahawa Enakmen Negeri Perak tidak memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan sah atau tidaknya keIslaman seseorang.

6. Keputusan sebegini sebenarnya sangat sensitif kepada majoriti umat Islam di negara ini. Ini kerana majoriti ulama Islam berpendapat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam maka agama anak-anak yang masih kecil akan mengikut agama ibu atau ayahnya yang telah memeluk Islam. Malah, sebahagian ulama berpendapat bahawa ini adalah ijmak ulama. Keislaman anak-anak kecil ini, tidak memerlukan mereka untuk melafaz dua kalimah syahadah. Adalah lebih harmoni, jika Mahkamah Sivil yang ingin membuat keputusan berkaitan hukum hakam agama Islam agar merujuk terlebih dahulu pihak berotoriti berkaitan agar tidak menjejaskan pengamalan agama Islam yang merupakan agama Persekutuan.
7. Lompang yang wujud di dalam Enakmen tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan boleh dilihat secara positif sebagai ‘wake-upcall’ kepada pihak terlibat agar memperkemaskan undang-undang syariah berkaitan. Pihak berkuasa agama setiap negeri seharusnya memperkemaskan enakmen masing-masing agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan pada waktu yang sama perlu mengambil kira kepentingan rakyat bukan Islam.

8. LUHAM percaya sudah sampai waktunya agar Mahkamah Syariah juga dibuka kepada rakyat bukan Islam untuk menuntut hak mereka berdasarkan hukum syarak. Undang-undang Islam telah melalui zaman yang cemerlang dan terbukti turut memberi faedah kepada rakyat bukan beragama Islam.

9. Oleh yang demikian, LUHAM menyeru semua pihak yang berkepentingan agar memulakan dengan seberapa segera satu mekanisme sama ada dinamakan sebagai mediasi, timbang tara, mahkamah ‘khas’ atau apa-apa istilah lain yang lebih tepat yang boleh mengimbangkan antara kepentingan melindungi agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada waktu yang sama lebih berkesan dalam meminimakan kesan perbalahan yang wujud antara pihak terlibat, dan dengan itu diharap dapat menguruskan masyarakat majmuk pelbagai agama dengan lebih harmoni.

“Sejahtera Bersama Islam”

YB DATO’ DR MOHAMED FADZLI DATO’ HJ HASSAN
Pengerusi
Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), PAS Pusat
1 Februari 2018 | 15 Jamadil Awwal 1439

Sumber BO - 1-2-2018





PRU14: Peguam PAS bersiap siaga

TIDAK kira tarikh mana pun PRU bakal dilangsungkan, peguam PAS seluruh negara telah berhimpun sekali lagi di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu, semalam dalam Konferens Peguam Istiqamah 2017.
Proses dan isu-isu pilihan raya menjadi fokus utama yang dibincangkan dengan serius oleh pasukan peguam PAS. 
Program sehari suntuk ini menyajikan 4 kertas kerja berkaitan pilihan raya, dan diakhiri dengan simulasi pengundian. 
Seramai 143 orang peguam yang hadir ini akan diletakkan di Parlimen dan Dun-dun yang akan PAS tandingi. Lebih separuh daripada peguam yang ada terdiri daripada peguam-peguam muda yang tetap memilih PAS sebagai wadah perjuangan. 
Pada malamnya pula, majlis makan malam diteruskan bersama sesi dialog tertutup bersama kepimpinan tertinggi PAS. Konvensyen ini akan terus membakar semangat peguam yang istiqamah untuk membantu parti sepanjang pilihan raya nanti
Sumber HD - 6-8-2017





Kenyataan Luham berkenaan Husam ceroboh ceramah PAS

NIK BAHRUM NIK ABDULLAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44369-kenyataan-luham-berkenaan-husam-ceroboh-ceramah-pas

UNDANG-undang yang mengawal selia program ceramah dan himpunan di Malaysia adalah Akta Himpunan Aman 2012. Seksyen 9 akta menghendaki penganjur memaklumkan kepada pihak polis dalam masa 10 hari sebelum program diadakan.

Seksyen 10 akta yang sama menetapkan butiran-butiran yang perlu diberitahu kepada pihak polis. Antara lainnya butiran penganjur, maksud himpunan, tarikh, tempat himpunan termasuklah nama dan alamat penceramah sebagaimana peruntukan 10 (c) akta.

Antara tanggungjawab penganjur pada seksyen 6(2)(d) adalah memastikan program tersebut berjalan mengikut sebagaimana pemberitahuan. Kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan penganjur program boleh dikenakan tindakan.

Justeru itu saya berpendapat bahawa keputusan penganjur tidak membenarkan YB Dato Husam berucap (walau lima minit) adalah tepat sebagaimana peruntukan undang-undang yang difahami.

Nama YB Dato Husam tidak termasuk dalam senarai penceramah sebagaimana yang dikehendaki dalam peruntukan 10 (c) Akta.

Walaupun peruntukan tidak menghadkan bilangan penceramah; tetapi senarai penceramah wajib diberitahu terlebih dahulu.

Pada masa yang sama saya tetap berpegang kepada perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warganegara untuk bersuara; tetapi hak bersuara itu tetap tertakluk kepada undang-undang lain.

NIK BAHRUM NIK ABDULLAH
Pengerusi, Lajnah Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










TG Abdul Hadi berjaya ketepikan penghakiman ingkar

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43123-tg-abdul-hadi-berjaya-ketepikan-penghakiman-ingkar

KUALA LUMPUR: Pada jam 2.30 petang tadi, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah telah membenarkan permohonan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengenepikan perintah engkar bertarikh 12 Ogos 2016 yang difailkan terhadap dirinya, demikian menurut peguam beliau Hamid Ismail hari ini.

Pada 28 Oktober 2016 lalu, Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu telah menunda permohonan Presiden PAS untuk mengenepikan perintah engkar terhadapnya ke hari ini kerana hakim yang mendengar permohonan tersebut mempunyai hal kecemasan.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi telah disaman oleh Marcel Jude Joseph atas sebuah artikel yang diterbitkan dalam Harakah yang berkaitan dengan Kristian.
TGHH BERJAYA KETEPIKAN PENGHAKIMAN INGKAR

1. Alhamdulillah. Pada jam 2.30 petang tadi, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah telah membenarkan permohonan Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (TGHH) untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 12/8/2016 yang dimasukkan tanpa kehadiran dan pengetahuan TGHH.

2. Penghakiman Ingkar bertarikh 12/8/2016 tersebut telah dimasukkan oleh Peguam Marcel Jude a/l M S Joseph melalui Writ Saman yang difailkan dalam Guaman No. BI-A52NCVC-11-1/2016 (Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu Sabah).

3. Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Hj Takiyudin Bin Hassan bagi pihak TGHH dan PAS telah menyampaikan ucapan Tahniah dan Penghargaan kepada Peguam PAS yang mengendalikan kes ini, Tuan Hamid Bin Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Pengerusi Luham Sabah.

4. Kes ini dianggap selesai kerana Mahkamah Sesyen telah membuang Writ Saman tersebut pada 28 Julai 2016.

Ahmad Lutfi Awang
Setiausaha Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












Prosecution of YBGK lawyers must adhere to due process

Steven Thiru, President, Malaysian Bar | .


The Malaysian Bar is troubled about the reported prosecution of two Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (“YBGK”) lawyers, under Section 18 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, in the Kota Bharu Sessions Court on 20 October 2016.
[1]
  It has also been reported that bail was set in the amounts of RM10,000 and RM15,000, and that both lawyers were required to surrender their passports to the court. 
The Malaysian Bar hopes that this prosecution was commenced only after a thorough investigation into the allegations against the two Members of the Bar concerned.  In this regard, it must be borne in mind that, as in the case of any person accused of a criminal offence, the two lawyers must be presumed innocent of the allegations made against them, and there must be no pre-judgement of the case.  Further, they must be afforded due process and be given every opportunity to avail themselves of all defences that are open to them in law, for a fair trial.  
The Malaysian Bar is holding a watching brief in the matter.  When the charges were preferred against the two lawyers on 20 October 2016, Norazham Yahaya — Chairman of the Kelantan Bar Committee and a member of the Bar Council — held a watching brief for the Malaysian Bar.  The Malaysian Bar takes a serious view of all allegations of unlawful or inappropriate conduct by Members of the Bar, including the filing of fraudulent claims under the YBGK scheme.
The prosecution of these two Members of the Bar should not detract from the essential role and invaluable contribution made by YBGK lawyers to the fundamental right of access to justice.  It is noteworthy that more than 900 YBGK lawyers have represented over 500,000 accused persons over the last four-and-a-half years.
The YBGK (also known as the National Legal Aid Foundation) scheme, which kicked off in 2012, provides free legal representation to accused persons.  Such legal representation is undertaken by Members of the Bar, at nominal rates.  The establishment of YBGK has thus provided a comprehensive and sustainable legal aid programme for those embroiled in the criminal justice system.
YBGK is also an important collaboration between the Malaysian Bar, the Advocates’ Association of Sarawak, the Sabah Law Association and the Malaysian Government.  In Peninsular Malaysia, the Bar Council Legal Aid Centres (“LAC”) work closely with YBGK to assist in its delivery of services, which means that Malaysians who require legal assistance from YBGK need only to contact the nearest Bar Council LAC.
The Malaysian Bar continues to be deeply committed to the effectiveness, development and growth of the YBGK scheme, in upholding access to justice for Malaysians.

Sumber HD- 28-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------


1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara
Posted on Monday, May 18 @ 09:20:20 MYT by paktam

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud. Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah Pas dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada Pas. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai Pas dan pernah dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.

Berapa ramai pemimpin Pas di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong Pas yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Pas juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.

Saya masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah Pas pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen syariah yang Pas ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.

Saya juga masih ingat saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta Pas juga berdialog dengan Dap dan golongan bukan Islam dalam isu hudud.Pokoknya Pas sudah buat apa yang terdaya di dalam kemampuannya mengenai hudud ini.

Kita lihat pula Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana mana negeri yang diperintah oleh Umno menggubal jauh sekali membentang rang undang undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media bercetak dan elektronik, Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud. Jika dalam kes GST Umno sanggup gunakan segala prasarana berkempen untuk GST dengan membelanjakan wang berbilion ringgit, Umno sebaliknya tidak bernafsu untuk berkempen tentang hudud dengan semangat yang sama.

Jika Umno yang bermajoriti orang Islam tidak terasa terpanggil untuk menerangkan hudud di televisyen atau di radio yang mereka kuasai , Umno terpanggil pula menentang dan memperlekeh hudud. Kita boleh bawa banyak bukti kenyataan kenyataan para pemimpin Umno memperlekeh hudud. Malahan ada pemimpin Umno yang sanggup mengugut Kelantan dalam isu hudud dan ada juga bekas pemimpin Umno yang cabar hudud di Mahkamah. Apabila Adun Pas di Dun Trengganu baru baru ini membawa usul untuk bincang enakmen hudud di Trengganu , Kerajaan Trengganu yang dikuasai Umno tolak usul tersebut.

Umno bukan sahaja gagal berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat, malahan tidak bersungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu menghentam hudud dengan sesuka hati. Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ianya bercanggah dengan Perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hudud sehingga sanggup untuk menjadi rantai manusia ( human chain ) bagi menghalang Pas bentang rang rang undang persendirian Ahli Parlimen di Parlimen. Sehingga kini kita tidak dengar reaksi pemimpin Umno termasuk Presidennya menegur gelagat MCA dan Gerakan.

Kini secara tiba tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Maka Umno tukar skrip dan tukar watak. Dari watak penjahat kini Umno cuba berwatak hero dalam isu hudud. Ianya semata mata untuk lariskan tiket wayang. Tetapi masih bermain wayang. Bukankan parti sekular seperti Umno berpegang kepada motto matlamat menghalalkan cara.

Adegan pertama watak “hero” Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar Pas bentangkan rang rang undang persendirian Ahli Parlimen ( private member’s bill ) bagi memberi laluan kepada Kelantan untuk laksanakan hudud. Apabila adanya respon dari Kelantan, maka diteruskan adegan kedua iaitu pemimpin tertinggi Umno menziarahi tokoh tokoh Pas. Adegan ketiga watak hero ini adalah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bersama. Bagaimanapun dalam wayang gambar itu ada juga adegan si hero membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang Pas dan hudud itu sendiri.

Bagi mereka yang naif politik akan menyatakan kepada Pas bukankan Umno sudah beri peluang mengapa Pas tidak gunakan ruang yang diberi. Ya benar Umno beri ruang tapi diberi ruang yang sempit dengan Umno tinggalkan ruang yang besar. Disuruhnya Pas memilih jalan yang sempit dan berliku meskipun di sana ada jalan yang lurus dan lebih selesa.

Menyuruh Pas membentang rang rang undang persendirian bagi memberi ruang perlaksanaan hudud di Kelantan adalah ibarat menyuruh Pas menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang undang persendirian berliku liku jalannya.Antaranya ia perlu mendapat persetujuan Menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan Kerajaan termasuk usul usul lain.Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat ( Standing Orders ). Pas pernah melalui Presidennya bentang rang undang undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan , ia bukan sahaja tidak dapat sokongan Menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

Mungkin ada yang kata itu dulu, kini Umno dah berubah. Ya, Umno dan berubah tapi bukan ubah perangai sebaliknya ubah strategi. Jika ubah perangai paling kurang minta maaf dera rakyat Kelantan selama ini dan beri wang royalti.

Jika Umno serius dalam membantu Kelantan kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang undang Kerajaan (government’s bill) sepertimana rang undang undang lain yang biasa dibentangkan di Parlimen . Ianya lebih mudah dan pasti akan berjaya kerana jika undang undang dibawa oleh Kerajaan ia wajib disokong oleh semua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun Dap dan Pkr katakan tidak menyokong ia masih akan lulus.

Sebab itu selama ini jika Kerajaan kemukakan rang undang undang di Parlimen meskipun dalam perbahasan rakan sekutu Umno kadangkalan mengkritik rang undang undang itu tapi mereka akhirnya masih mengundi rang undang undang itu. Ini kerana jika mereka menolak rang undang yang dibawa oleh Kerajaan akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin terbubar Parlimen.

Keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang undang persendirian. Jika Pas yang bawa rang undang undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib pastikan rakan rakan sekutunya seperti Mca, Gerakan, Mic dan ahli ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak menyokong rang undang undang yang Pas akan bawa. Maka jika Umno sokong sekalipun rang undang undang itu tanpa sokongan dari sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang undang itu diluluskan ibarat kata Mat Sabu seperti menunggu ikan keli tumbuh sisik.

Di sinilah kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara dalam isu ini. jika Umno serius dalam isu hudud ini lupakan rang undang undang persendirian. Sebaliknya Umno perlu bawa rang undang Kerajaan yang mana kamu kuasai maka ketika itu barulah kewujudan Jawatankuasa Teknikal adalah relevan dan bermakna.

Sumber DD - 17-5-2015














Ketua hakim minta benarkan muslimah pakai jilbab

HARAKAHDAILY | .

Ketua Hakim Mahkamah Agung Inggeris, Lord Naobergr meminta para hakim dan pihak mahkamah untuk dapat membolehkan wanita Muslimah memakai tudung ataupun cadur dalam bilik sidang.

Dalam komentarnya pada hari Jumaat, kelmarin Hakim Ketua MA Inggeris berkata, "Adalah penting bagi mahkamah dan hakim untuk menunjukkan rasa hormat terhadap pelbagai perbezaan yang ada di dunia termasuk memahami budaya dan sosial daripada defendan, saksi, ataupun anggota pasukan peguam".

Memetik laporan web Eramuslim, kenyataan itu dilontarkan Ketua Mahkamah Agung Inggeris menanggapi banyaknya aduan mengenai larangan wanita Muslimah untuk mengenakan jilbab ataupun cadur di dalam ruang sidang pengadilan.

Sumber HD - 18-4-2015

Juham komited jayakan penerangan EKJS II

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) menyatakan sepenuh komitmen untuk menjayakan penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) ke seluruh negara bagi menangkis pelbagai tohmahan terhadap set undang-undang tersebut yang diluluskan di Dun Kelantan pada 19 Mac lalu.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Zaki Sukery, hal itu dibuktikan dengan penganjuran sehari Seminar Hudud Peguam PAS di Hotel Vistana, di sini semalam dengan mengumpulkan hampir 150 tenaga peguam parti melalui Luham dan Juham dari seluruh negara.

Katanya, ia dibantu oleh wakil Jabatan Kehakiman Syariah negeri, JAHEAIK, ahli akademik dan mahasiswa bagi memantapkan lagi usaha membumikan pencerahan EKJS II termasuk hudud ke seluruh pelosok negara.

Tambahnya, dalam keadaan isu EKJS II termasuk hudud kini tidak lagi berkisar sekitar soal hukum-hakam yang diakui kewajibannya, dibantu oleh penganjuran pelbagai bentuk program berkenaan dengannya yang kini sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat, Juham mengambil langkah proaktif dengan komitmen membawa isu ini setapak ke hadapan apabila fokus akan diarahkan berkisar soal mendepani cabaran dan halangan ke arah merealisasikannya, khususnya dari aspek undang-undang dan permainan politik Umno.

Bagi menjayakannya, ujar beliau keseluruhan peserta program telah sepakat untuk menjayakan tujuh resolusi yang telah dipersetujui sebulat suara pada akhir penganjuran program tersebut, iaitu:

1) Kami menyokong penuh tindakan kerajaan Negeri Kelantan dalam meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015, dan kami berikrar untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan usaha merealisasikannya; 

2) Kami mengesyorkan agar Kerajaan Negeri Kelantan mengambil kira nasihat dan saranan pelan tindakan (Roadmap) yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah Peringkat Negeri dan Persekutuan; 

3) Kami mencadangkan agar Juham dan Luham dirujuk oleh PAS Pusat sebelum sesuatu ketetapan berkaitan undang-undang dibuat; 

4) Kami mencadangkan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menerbitkan buku manual/kit penerangan KJS 2015 dengan bantuan Juham dan Luham sebagai rujukan rasmi kepada para peguam PAS dalam menjadi ejen penerangan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan ke seluruh negara; 

5) Kami mengesyorkan agar pihak Kerajaan Negeri Kelantan memberikan tauliah rasmi kepada para peserta Seminar Hudud Peguam PAS 2015 sebagai ejen penerangan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi menerangkan KJS 2015 ke seluruh Malaysia; 

6) Kami mencadangkan Kerajaan Negeri Kelantan pada masa ini memberi penekanan dalam soal penyediaan prasarana, kehakiman, pendakwaan, penyiasatan dan lain-lain termasuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan dalam sistem kehakiman mahkamah negeri Kelantan; dan 

7) Kami mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan mengambil perhatian yang serius melalui Sekretariat Tetap KJS 2015 di negeri Kelantan agar menjadi pusat gerak kerja hudud di peringkat negeri dan pusat. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015


















Kanun Jenayah Syariah: Kini Umno perlu bukti keikhlasan

HISHAM FAUZI | .



Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Ustaz Datuk Menteri Besar di atas pembentangan Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pagi bersejarah 18/3/2015.

Saya juga ingin melahirkan rasa gembira saya melihat sokongan menyeluruh daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan termasuklah daripada pihak pembangkang iaitu dari Umno.

Justeru kini Umno perlu membuktikan keikhlasan mereka menyokong perlaksanaan hudud ini dengan cara segera membuat di Parlimen Malaysia satu pindaan kepada kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk menaikkan bidang kuasa Mahkamah Syariah daripada hanya boleh jatuhkan hukuman maksimum 3 tahun penjara RM5,000 denda dan 6 kali sebatan.

Sebagai langkah yang lebih jauh, Umno juga perlu segera melalui mana-mana menteri mereka membawa usul pindaan kepada Perlembagaan Malaysia agar tiada lagi sebarang pertikaian mengenai keabsahan Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 ini. Ia juga demi memberi jalan seluas-luasnya ke arah pelaksanaan kanun hudud tersebut.

Dengan sokongan berbaur air mata oleh wakil Adun Umno di dalam sidang Dun, sewajarnya PAS tidak perlu membawa sendiri usul pindaan Perlembagaan Persekutuan ke Parlimen melalui 76A. Ini kerana prosedur 76A yang sangat rumit.

Menurut Peraturan Mesyuarat 49 (PM 49); private member's bill yang di bawa perlu diminta izin dewan untuk dibawa. Kemudian ianya perlu beratur mengikut agenda. Menurut PM 14 (1) (p) private member's bill duduk di nombor kedua terakhir selepas semua agenda-agenda kerajaan diselesaikan.
Melihat kepada kepadatan agenda sidang dalam jangka masa sidang yang terhad, dikhuatiri agenda private member's bill ini akan terpaksa diketepikan begitu sahaja kerana ketiadaan masa.

Jika selepas diputuskan oleh dewan dan ianya diizin untuk dibawa ke sidang, usul itu akan diserahkan kepada menteri yang berkaitan menurut PM 49(4) dibaca bersama PM 51. Maka pada masa itu terserahlah kepada menteri itu untuk mengendalikan private member's bill itu.

Selepas itu private member's bill itu akan mengikuti proses yang sama dengan pembentangan bill biasa kerajaan.

Jadi kalau menteri Umno yang membawa pindaan itu sejak dari awal, semua kerumitan ini boleh dielakkan dan akan banyak menjimatkan masa dewan.

Malah, dengan sistem whip yang diamalkan di Malaysia, sokongan keseluruhan Ahli Parlimen Umno juga dapat digemblengkan. Takkanlah ada ahli parlimen dari Umno tak boleh bersetuju dengan usul daripada menteri Umno sendiri.

Sekaranglah masanya. Ayuh Umno! Buktikan keikhlasan titisan airmata mu! - HARAKAHDAILY 19/3/2015

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS Pusat.

Sumber HD - 19-3-2015

Hanya di era Najib, saman PM ditunggu-tunggu?

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Dalam kes ancaman saman oleh Perdana Menteri, sudahlah ia tidak digeruni, bahkan bagai ditunggu-tunggu pula kerana ia dianggap peluang terbaik untuk mendedahkan lebih banyak perkara lagi.

"Ini benar-benar merupakan situasi yang asing dan luar biasa, bukan saja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia sekali pun," tulis Shahbudin Husin dalam blognya, semalam.

Di Malaysia, bagi beliau ia barangkali hanya berlaku di era kepimpinan Najib sahaja.
Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Biasanya antara perkara yang paling ditakuti dalam kehidupan moden ini ialah tindakan saman oleh seseorang ke atas kita berkaitan perbuatan, percakapan atau tulisan yang kita lakukan yang tidak menyenangkan dan dianggap fitnah.

Saman bukan saja boleh membuatkan kita terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak jika akhirnya kalah di mahkamah, bahkan juga kena memperuntukkan duit yang bukan sedikit untuk mengupah peguam.

Jika tidak mampu membayar denda yang ditetapkan pula, kekalahan di mahkamah mungkin juga menyebabkan kita diisytiharkan muflis dan tidak berharta lagi. Ada juga kes yang menyebabkan mereka yang kalah terpaksa merengkok di penjara kerananya.

Lebih ditakuti lagi jika yang mengemukakan saman itu ialah individu berpengaruh, dikenali ramai dan diketahui mempunyai wang yang banyak.

Kalau Perdana Menteri yang mahu mengemukakan saman itu, lagilah berganda ketakutan seseorang itu kerana ia bukan saja menjadikan potensi kalah lebih terbuka luas, gantirugi yang terpaksa dibayar juga tentulah besar jumlahnya.

Tetapi senario ini berbeza dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau seolah-olah langsung tidak ditakuti apabila beliau mengancam untuk menyaman dan membawa Harakahdaily serta Pengarah Urusannya, Dr Rosli Yaakop ke mahkamah, malah pihak lain turut tampil mencabar agar Najib menyamannya terlebih dahulu.

Dalam kes ancaman saman atau mahu disaman oleh Najib, sudahlah ia tidak digeruni, bahkan bagai ditunggu-tunggu pula kerana ia dianggap peluang terbaik untuk mendedahkan lebih banyak perkara lagi.

Ini benar-benar merupakan situasi yang asing dan luar biasa, bukan saja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia sekali pun. Di Malaysia, ia barangkali hanya berlaku di era kepimpinan Najib ini saja.

Khamis lalu, Najib melalui peguamnya telah mengemukakan notis tuntutan kepada Dr Rosli dan Harakahdaily agar memohon maaf dan menarik sebuah aktikel yang mengaitkan anak tirinya, Riza Aziz dengan dana 1MDB untuk menerbitkan filem di Hollywood atau berhadapan dengan tuntutan saman di mahkamah.

Najib dikatakan bertindak demikian untuk melindungi keluarganya.

Sementara Dr Rosli dilaporkan sebelum ini berasa bangga dengan saman yang dikemukakan oleh Najib itu, peguam Hanipa Maidin yang bakal bertindak sebagai peguam kepada Dr Rosli, turut mengalu-alukan tindakan saman tersebut.

Katanya, beliau sebelum ini tidak berkesempatan untuk bertanyakan soalan dengan Najib di Parlimen dan kesempatan untuk bertembung di mahkamah adalah peluang terbaiknya untuk mengasak Perdana Menteri dengan pelbagai pertanyaan.

Jadi, kita syukran jazilah, terima kasih banyak-banyaklah, katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat serta Ahli Parlimen Sepang.

Dalam masa yang sama sebelum ini, apabila tersebar berita mengenai ancaman saman kepada Dr

Rosli dan Harakahdaily itu, Rafizi Ramli juga bingkas mencabar Perdana Menteri agar menyamannya terlebih dahulu.

Jika Dr Rosli dan Hanipa berasa bangga dan bersyukur kena saman dengan Perdana Menteri, Rafizi pula terasa sedih dan tidak gembira kerana tidak dibawa ke mahkamah oleh Najib.

Ini kerana Najib juga pernah mengancam untuk menyaman Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkaitan isu 1MDB tetapi sehingga ini tidak diketahui statusnya.

Ancaman saman turut pernah dikemukakan oleh Najib kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua serta portal berita Malaysiakini.

Sama seperti tuntutannya agar kedua-dua mereka memohon maaf dan menarik balik atau berhadapan dengan tuntutan saman, ia juga tidak diketahui statusnya apabila permintaan itu enggan dipatuhi hingga tarikh akhirnya.

Najib hanya mengemukan notis tuntutan beserta dengan ancaman, tetapi apabila ianya tidak dipedulikan, beliau juga jadi senyap dan diam tanpa diketahui sama ada meneruskannya atau sekadar acah-acah saja.

Ia tidak ubah seperti "janji ditepati" bertukar menjadi "janji dicapati".

Begitu juga, saman Najib terhadap Harakahdaily dan Dr Rosli ini, ia turut tidak diketahui sama ada beliau serius atau acah-acah juga.

Jika terbukti ia hanya acah-acah saja, sekali lagilah "janji ditepati" turut bertukar menjadi "janji dicapati". - HARAKAHDAILY 3/3/2015

Sumber HD - 3-3-2015


NAJIB PATUT SAMAN NEW YORK TIMES - HANIPA

https://www.youtube.com/watch?v=yUwQ3pFd1pM


YB HANIPA MAIDIN - PEGUAM PAS / AP SEPANG

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34125-najib-patut-saman-new-york-times-hanipa

Sumber HD - 2-3-2015


MENJAWAB HUJAH G25 TENTANG KANUN JENAYAH SYARIAH - HANIPA MAIDIN


DATUK NOOR FARIDA ARIFFIN - JURUCAKAP G25 


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34034-menjawab-hujah-g25-tentang-kanun-jenayah-syariah

Sumber HD - 25-2-2015


MAJOR ZAIDI - WHO WAS REALLY ON TRIAL - HANIPA MAIDIN


YB HANIPA MAIDIN - PEGUAM BELA MEJOR ZAIDI

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33257-major-zaidi-who-was-really-on-trial
























Sumber HD - 14-1-2015

KES MEJAR ZAIDI - SIAPA SEBENARNYA DIBICARAKAN - HANIPA MAIDIN


MEJAR ZAIDI AHMAD


Sumber HD - 13-1-2015

Motif hitam di kertas putih

MOHAMED HANIPA MAIDIN | .

BARU-BARU ini Kerajaan Barisan Nasional membentangkan kertas putih di Parlimen berkenaan isu keganasan yang dilakukan oleh ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant), organisasi teroris. Perdana Menteri sendiri yang membentangkan Kertas Putih tersebut. Antara lain kertas putih itu menyatakan wujudnya rakyat Malaysia yang terlibat dalam isu keganasan di peringkat antarabangsa termasuk penglibatan dalam skuad pengebom berani mati di Iraq.

Sebenarnya, kami sebagai Ahli Parlimen begitu hairan dengan tidak semena-mena Kerajaan tiba tiba membentangkan Kertas Putih itu sedangkan kami rasakan wujud banyak isu lain yang memerlukan Kerajaan membentangkan Kertas Putih tapi hingga sekarang masih tidak dibentangkan. Saya pernah bangkitkan di Parlimen tentang isu Kertas Putih mengenai serangan pengganas Sulu di bumi Sabah namun sehingga kini tiada sebarang Kertas jauh sekali Kertas Putih dibentangkan tentang isu Sulu itu.

Setelah pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri, kedua-dua wakil rakyat dari BN dan Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang berbahas iaitu bagi pihak PR wakil yang berbahas adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), YB Lim Kit Siang (DAP) dan YB Dato Kamarudin Jaafar (PAS).

Suatu yang amat malang apabila Perdana Menteri gagal menunjukkan satu sikap yang matang dan profesional apabila beliau tidak duduk di dewan apabila Ketua Pembangkang bangun berucap sedangkan ketika beliau berucap Ketua Pembangkang tekun mendengar beliau berucap. Keadaan yang sama juga berlaku semasa perbahasan belanjawan. Jika Ketua Pembangkang tekun mendengar Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara, Perdana Menteri pula gagal berada di dewan apabila Ketua Pembangkang, sebagai pembahas pertama, bangun berbahas belanjawan yang Kerajaan bentangkan.

Jelas sikap Perdana Menteri itu adalah satu tradisi yang menyimpang daripada amalan sistem Westminster yang negara ini warisi dari British. Di England, Ketua Pembangkang diberi status yang tinggi dan mulia iaitu ia diiktiraf ibarat sebagai Perdana Menteri Kabinet Bayangan (Shadow Cabinet). Di England, Ketua Pembangkan dikenali sebagai "Leader of Her Majesty's Official Opposition".

Jika sekalipun Ketua Pembangkang di negara ini tidak diiktiraf sebegitu tinggi seperti mana di negara yang maju demokrasinya, paling kurang Kerajaan BN seharusnya menunjukkan rasa hormat kepada jawatan Ketua Pembangkang itu tanpa mengira siapa yang memegang jawatan itu. Perdana Menteri sepatutnya turut berada di Parlimen ketika mana Ketua Pembangkang berbahas dalam isu besar negara seperti isu belanjawan negara atau pembentangan Kertas Putih.

Berbalik kepada isu Kertas Putih. Kesemua ahli parlimen yang berbahas, tanpa mengira BN atau PR nampaknya sebulat suara menentang keganasana dalam apa bentuk sekalipun Malahan mereka juga sebulat suara menentang keganasan yang dilakukan atas nama agama. Bagaimanapun wujudnya perbezaan besar dan ketara antara BN dan PR berkenaan cadangan yang dibangkitkan dalam kertas putih itu.

Apakah cadangannya? Ia berkenaan cadangan BN perlunya wujud satu undang undang baru yang perlu digubal untuk menentang isu keganasan ini. Di sini lah pemisahan antara PR dan BN seperti mana pemisahan (firaq) antara Nabi Khidir a.s dan Nabi Musa a.s dalam kisah yang dinyatakan dalam surah al-Kahfi di dalam al-Quran.

BN sebulat suara menyokong penggubalan satu lagi akta untuk memerangi keganasan. PR pula sebulat suara menentang idea busuk itu. Persoalannya adakah pendirian PR itu boleh ditafsirkan sebagai menyokong keganasan? Jika ditanya kepada BN itulah kesimpulan mudah yang mereka akan katakan.

Pendirian PR hakikatnya satu pendirian yang wajar dan amat munasabah. Kita perlu bertanya adakah negara kita ini tidak mempunyai undang-undang bagi menentang isu keganasan sehingga kita perlukan undang-undang baru seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan BN dalam Kertas Putih itu.

Jawapan kepada persoalan itu adalah kita sudah ada tiga undang-undang yang telah digubal oleh Kerajaan BN bagi memerangi keganasan. Maka apa perlunya Kerajaan ingin menambah satu lagi undang-undang? Kita sudah ada Akta Pencegahan Jenayah yang telah dipinda tahun lepas dengan dimasukkan peruntukkan baru yang tersangat drakonian bagi memerangi antara lain isu keganasan. Akta tersebut juga mengembalikan semula tahanan tanpa bicara iaitu roh jahat ISA yang ditiup masuk ke dalam Akta itu.

Kita juga sudah ada SOSMA iaitu Akta yang secara spesifik digubal untuk memerangi keganasan. Akta ini sarat dengan pelbagai peruntukkan yang amat bertentangan dengan prinsip karamatul insan (kemuliaan manusia) dan prinsip-prinsip keadilan khususnya hak-hak orang yang dituduh. Saya telah berbahas panjang dalam Parlimen ketika Akta Pencegahan Jenayah dan SOSMA dibentangkan iaitu saya telah masukkan dalam ucapan saya prinsip-prinsip Islam dan undang-undang dalam perbahasan saya.

Saya masih ingat ketika mana saya menyebut dan menghurai prinsip keadilan dalam Islam di Parlimen tatkala berbahas kedua-dua Akta ini, Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, iaitu wakil rakyat bukan Islam bangun mencelah dan menyatakan "saya amat tertarik dan terpegun dengan prinsip Islam yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Sepang..." Alhamdulillah ia meyakinkan lagi saya betapa keindahan Islam itu wajar diterangkan dengan lebih agresif kepada orang orang bukan Islam.

Akhirnya kita juga mempunyai peruntukkan khas dalam Kanun Keseksaan yang bertujuan memerangi keganasan. Jelas Kerajaan BN terlalu "stereotaip" dalam berfikir dan bertindak. Bagi mereka segala isu hanya boleh diselesaikan melalui undang-undang. Hakikatnya salah satu ciri sebuah negara diktator adalah negara itu mempunyai terlalu banyak undang-undang. Adakah negara ini sedang bergerak ke arah tersebut?

Bagi kita, isu keganasan ini lebih kepada isu fahaman atau ideologi, maka undang-undang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah itu kerana undang-undang bukan digubal untuk berlawan dengan ideologi. Amat perlu difikirkan mekanisme lain.

Ya, benar keganasan melibatkan keselamatan negara maka sewajarnya Kerajaan memikirkan soal sistem pertahanan kita yang begitu rapuh sehingga mudah ditembusi pengganas dan ini melangkaui aspek undang-undang.

Justeru, apabila Kertas Putih dibentang bagi menjustifikasi penggubalan satu lagi undang-undang yang baru dan represif maka kita berhak bertanya mengapakah Kertas Putih ini dicemarkan dengan motif yang hitam! – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Sumber HD - 2-12-2014


























Keputusan kes transgender- satu penilaian

MOHAMED HANIPA MAIDIN | .
MAHKAMAH Rayuan pada 7/11/2014 mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 memperuntukkan “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Antara alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan adalah Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.

"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya. GID merujuk kepada Gender Identity Disoder.

Hishamuddin berkata terdapat kesilapan di pihak hakim apabila tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya. Beliau berkata pihak berkuasa negeri gagal menolak laporan perubatan yang dikemukakan oleh pakar psikiatri Dr Ang Jin Kiat dan pendapat pakar perunding psikiatri Dr Deva Dass. Hishamuddin berkata mufti negeri memberikan pendapatnya apabila pertikaian ke mahkamah.

"Kami ingin menjelaskan sama ada atau tidak Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," katanya.

Para pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri. Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada "memakai pakaian perempuan" atau "menyamar sebagai seorang wanita" di Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.

Saya ingin memberikan sedikit komentar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut namun harus dinyatakan di sini komen ini bukanlah suatu komen yang terperinci yang menyentuh setiap aspek penghakiman tersebut. Sebaliknya ia lebih bersifat umum dan hanya memfokus intipati penghakiman itu sahaja.

Biarlah saya mulakan begini. Walaupun seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan itu agak jelas iaitu seksyen yang “menjenayahkan” mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam namun fakta kes di hadapan Mahkamah tidak sejelas peruntukkan di seksyen 66 tersebut.

Dengan lain perkataan jika kes seorang yang jelas dilahirkan sebagai seorang lelaki normal dan tidak menghadapi apa apa masalah untuk hidup dan berkelakuan seperti lelaki dalam kehidupannya sehari hari maka tindakan lelaki normal itu memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah jelas melanggar seksyen 66 tersebut.

Bagaimanapun apa yang berlaku dalam kes ini adalah Mahkamah berhadapan dengan satu isu di mana meskipun ketiga-tiga pemohon tersebut dilahirkan sebagai seorang lelaki namun mereka telah dibuktikan melalui keterangan perubatan mengidap penyakit yang dikatakan “Gender Identity Disoder” (GID) di mana keterangan ini tidak disangkal oleh pihak Jabatan Agama Negeri Sembilan.

Dalam keadaan begitu persoalan yang timbul adakah seksyen 66 itu terpakai kepada ketiga-tiga pemohon tersebut? Atau wajarkah atau adilkah mereka dikenakan apa apa pertuduhan di bawah seksyen 66 tersebut?

Saya melihat pihak Jabatan Agama Islam hanya melihat dari sudut mereka bertiga dilahirkan sebagai lelaki dan beridentitikan seorang lelaki berdasarkan nama dan identiti kelahiran mereka tanpa mengira bahawa mereka mengidap GID. Di situlah, dengan hormat, saya berpendapat mereka tersilap kerana terlalu mudah menangkap dan menghukum mereka bertiga.

Saya berpendapat memandangkan wujudnya bukti perubatan yang tidak disangkal bahawa ketiga tiga pemohon itu mempunyai masalah GID maka tidak wajar mereka didakwa di bawah seksyen 66 kerana wujudnya keraguan pemakaian seksyen 66 ke atas mereka.

Bagaimanapun adakah seksyen 66 tersebut wajar dikatakan bercanggah dengan Artikel Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan? Artikel 5 berkaitan dengan tiada mana-mana orang boleh dilucutkan kehidupan (life) dan kebebasannya (liberty) kecuali menurut undang-undang. Artikel 8 pula menyentuh tentang hak sama rata di sisi undang-undang. Artikel 9 mengenai hak kebebasan bergerak (freedom of movement) mana kala Artikel 10 berkaitan tiga hak iaitu hak kebebasan bersuara, kebebasan berekspresi dan kebebasan berpersatuan. Dalam kes ini saya percaya ia lebih merujuk kepada kebebasan berekspresi.

Saya berpendapat meskipun Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang bagi saya adil dan wajar kepada ketiga-tiga pemohon itu namun saya, dengan hormat, berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan seksyen 66 itu adalah bercanggah dengan Artikel 5, 8, 9 dan 10 Perlembagaan adalah satu kesilapan atas alasan alasan berikut.

Pertamanya seksyen 66 itu bagi saya adalah satu kesalahan jenayah syariah yang dipanggil takzir yang mana ia secara jelas di bawah kuasa Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Negeri Sembilan maka seksyen itu adalah satu yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keduanya meskipun GID boleh dihujahkan menghalang seksyen 66 ini terpakai kepada “lelaki” yang tergolong dalam ketegori seperti pemohon-pemohon dalam kes ini ia tidak dengan sendirinya bermakna seksyen ini masih tidak boleh dipakai ke atas kes-kes yang secara jelas merujuk kepada lelaki yang normal dan dengan secara sengaja memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam. Jadi saya tidak nampak bagaimanakah seksyen 66 itu dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketiganya bagi saya Mahkamah perlu membezakan antara tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama dan seksyen 66 itu. Bagi saya, tindakan penguatkuasa undang-undang yang seharusnya dicabar dan bukannya seksyen 66 itu kerana seksyen 66 itu bagi saya lebih berbentuk umum maka insiden yang spesifik tidak sewajarnya menyebabakan seluruh seksyen 66 dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh jika seksyen 66 dikatakan bercanggah dengan Artikel 8 kerana isu perbezaan gender adakah Mahkamah juga akan katakan kes pembahagian faraid juga bercanggah dengan Artikel 8 kerana ia membezakan pembahgian harta pusaka antara lelaki dan perempuan ?

Keempat bagi saya Mahkamah seharusnya memutuskan bahawa seksyen 66 itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan sebaliknya tindakan penguatkuasa itu mungkin boleh ditafsirkan bercangah dengan Perlembagaan .

Mengenai kenyataan setengah pihak bahawa Mahkamah Sivil tidak seharusnya terlibat dalam kes ini kerana Artikel 121A Perlembagaan Persekutuan, bagi saya ini hujah yang tidak betul kerana isu di sini bukan isu bidang kuasa tetapi isu adakah sesuatu undang-undang itu bercanggah atau tidak bercanggah dengan Perlembagaan ? Maka ia adalah termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Sivil.

Akhirnya saya rasa berpendapat ketiga-tiga pemohon itu tidak wajar sama sekali ditangkap dan didakwa di bawah seksyen 66 tersebut dan saya bersetuju Mahkamah Rayuan melindungi hak mereka. Namun saya tetap berpendapat alasan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah sukar untuk dipertahankan. Kita lihatlah bagaimana Mahkamah Persekutuan melihat isu ini nanti ? – HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

Segarkan terus politik tahaluf

MOHAMED HANIPA MAIDIN | .




Berjuang atas parti Islam bukan suatu yang mudah kerana pendukungnya membawa mesej Islam ke tengah-tengah masyarakat. Apabila PAS membawa mesej Islam tidak dapat tidak rakyat akan mengaitkan segala tindak tanduknya dengan Islam. Jika ada tindak tanduk PAS yang dilihat tidak selari dengan Islam maka bukan sahaja imej PAS yang akan tercalar imej Islam juga turut sama tercalar. Di sinilah beban besar yang ditanggung oleh PAS.

Muktamar PAS baru berlalu. Muktamar PAS kali ini mengukir banyak sejarah yang manis dan yang pahit. Sejarah manisnya buat kali pertama PAS berjaya mengadakan muktamarnya di Johor. Semua tahu betapa sukar bagi PAS untuk melebarkan sayapnya di Johor - negeri yang sinonim dengan Umno.

Namun kecemerlangan muktamar PAS malangnya diselit dengan beberapa adegan yang sedikit sebanyak mencacatkan sedikit sebanyak jati diri dan imej PAS. Adegan beberapa orang perwakilan Pemuda meninggalkan dewan semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS dan adegan dalam muktamar penuh PAS khususnya adegan perwakilan Wilayah Persekutuan membaca doa yang penuh dengan kata-kata yang tidak mencerminkan sebuah doa dan adegan mengeboo oleh para pemerhati menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak..apa sudah jadi pada PAS? Di mana akhlak orang orang PAS yang selama ini dicemburui oleh rakan-rakan dan musuh-musuh politik PAS?

Apa pun muktamar PAS masih tetap tegas berpegang kepada keputusan mengukuhkan tahaluf Pas bersama Pakatan Rakyat.

PAS adalah parti politik yang terlibat dalam sistem demokrasi. Penyertaan dalam politik adalah suatu keperluan bagi mendapatkan kuasa di mana kuasa itu pula perlu bagi melaksanakan agenda agenda Islam dalam aspek pentadbiran dan kenegaraan.

Dalam sistem demokrasi kuasa disandarkan kepada rakyat maka bagi mendapatkan kuasa, parti politik termasuk PAS tidak boleh berpisah dari rakyat. Dr Ali Shariati menggambarkan kalimah al-nas di dalam Al Quran dengan istilah rakyat dan para Nabi dan Rasul adalah memimpin al-nas.

Rakyat Malaysia adalah pelbagai kaum , bangsa dan agama. Maka PAS tidak ada pilihan selain menerima hakikat realiti komposisi rakyat Malaysia yang ditakdirkan begitu. Atas dasar itu sebagai parti politik PAS perlu mendekati seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan sokongan jika ingin berkuasa di negara ini.

Sejarah PAS menunjukkan bahawa apabila ia bergerak bersendirian PAS hanya mampu menawan negeri negeri di pantai timur yang majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam. Maka tidak dapat tidak bagi mendapat sokongan orang bukan Islam dan bukan Melayu, bergerak secara solo, buat masa ini, bukan suatu opsyen bagi PAS.

PAS tidak boleh elak selain mengadakan kerjasama dan kesepakatan politik dengan parti parti politik yang mempunyai agenda yang substantifnya sama dengan PAS meskipun berlainan ideologi.

Melalui Pakatan banyak manfaat yang PAS perolehi jika PAS bijak mengambil peluang manfaat itu. PAS kini boleh memasuki ruang dan wilayah yang selama ini tidak boleh ditembusi atau sukar dimasuki oleh PAS. Ini, bagi saya satu imbuhan kepada PAS apabila ia bersama PR.

Politik tahaluf berpremiskan kesediaan menerima kepelbagaian bagi berhadapan musuh yang sama. Di situlah signifikannya hilfu al fudul iaitu kesepakatan atau tahaluf antara orang orang jahiliyyah bagi menentang musuh mereka yang sama yang dilakukan di rumah Abdullah ibn Judan, pemimpin bani taym yang mana Rasulullah s.a.w (ketika itu baginda masih belum menjadi Rasul) turut hadir di rumah tersebut dan menyaksikan hilfu al fudul tersebut.

Apa yang menarik Rasulullah s.a.w menyatakan jika Baginda masih diminta untuk mengambil bahagian dalam pakatan seperti itu ketika waktu ini (waktu Baginda sudah pun menjadi Rasul), Baginda merasa gembira untuk menerimanya. Hatta Rasulullah s.a.w menyanjungi pakatan tersebut yang Baginda sifatkan sebagai suatu yang amat cemerlang sehingga Baginda tidak akan sama sekali menukar ganti pakatan tersebut sekalipun diminta ditukar ganti dengan sekumpulan unta merah yang tinggi nilainya.

Dalam buku kupasan mengenai seerah oleh Dr Tariq Ramadan dalam bukunya bertajuk "In the footsteps of the Prophet..lessons from the life of Muhammad", penulis menulis antara lain: "Di sini Rasulullah s.a.w secara jelas mengakui keesahan prinsip keadilan dan prinsip membela golongan yang tertindas yang dipersetujui oleh satu pakatan sebelum era Islam. Keduanya Rasulullah s.a.w juga mengakui keesahan berpegang kepada prinsip keadilan dan membela golongan yang dizalimi tanpa mengira prinsip itu datang dari dalam kerangka Islam itu sendiri atau di luar kerangka Islam."

Di sini juga menunjukkan mesej Islam bukanlah satu sistem nilai yang tertutup (a closed value system) yang sepanjang masa bercanggah atau berkonflik dengan sistem nilai yang lain.

Kepelbagaian bukan suatu yang mudah untuk diuruskan melainkan ada satu sikap toleransi dan tahap kesabaran yang tinggi. Tanpa toleransi dan kesabaran tahaluf sukar untuk dipertahankan. Toleransi dan kesabaran akan mudah dicapai jika PAS memahami bahawa Islam tidak tertegak atas retorik semata mata sebaliknya ia dimanifestasi melalui satu kepercayaan yang jitu dan kental ke atas kehebatan Islam dan pembawa mesej Islam itu sendiri.

Tahaluf juga bagi saya memerlukan satu persiapan mental dan jiwa dari semua lapisan dalam PAS menyesuaikan diri dengan kaedah dan wasilah baru dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita PAS.Kegagalan menyesuaikan diri dalam politik tahaluf akan mengancam kestabilan tahaluf itu sendiri.

Mereka yang selesa berjuang bersendirian dan enggan menyesuaikan diri mereka dengan politik tahaluf akan mudah mengalah dan kecewa. Begitu juga mereka yang tidak melihat Islam dalam bentuknya yang holistik dan universal khususnya Islam sebagai rahmah kepada alam sebaliknya lebih selesa memilih untuk menyampaikan Islam dalam bentuk hukum akan terasa tahaluf melambatkan proses untuk "memenangkan Islam".

Apabila PAS menggagaskan idea Negara Kebajikan dan PAS for all, bagi saya, ia adalah satu bentuk penyesuaian diri dan kebijaksanaan PAS bagi menjayakan proses tahaluf siyasi ini. Kedua dua idea ini telah berjaya membantu PAS mendekati segmen rakyat yang dahulunya terlalu prejudis dengan PAS!

Selagi PAS bergerak mengguna wasilah demokrasi dan muwajahah silmiyyah maka PAS mesti sedar bahawa ia terlibat dalam pertembungan idea dan pemikiran. Idea dan pemikiran tidak boleh dipaksakan ke atas sesiapa. Idea yang dipaksa untuk diterima tidak akan mampu bertahan lama. Idea dan pemikiran perlukan pujukan dan rayuan dengan menggunakan bahasa dan hujah yang terang dan nyata, rasional, logikal dan tidak bersifat judgmental (menghukum), munasabah dan tidak memaksa, lembut tanpa apologetik.

Di sinilah perlunya para pimpinan tertinggi PAS mendidik semua lapisan dalam PAS supaya membudayakan dialog atau hiwar dan memilih pendekatan inklusif dan bukannya eksklusif dalam berhadapan masyarakat yang rencam tabiat dan kelakuannya. Tanpa kesedaran ini akan berlakunya kontradiksi berpanjangan antara pendirian PAS dan tindak tanduknya. Pendiriannya bertahaluf tapi tindak tanduknya menghancurkan tahaluf!

Jika tahaluf gagal jangan salahkan orang lain salahkan diri kita sendiri!

Sumber HD - 30-9-2014





























Kes Safwan bukti transformasi Najib bohong

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24, yang disabit bersalah atas tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dilihat satu lagi kegagalan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan terbaru itu menunjukkan betapa Najib tidak lebih dari berbohong untuk memansuhkan akta tersebut.

Pengarah Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Wilayah, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi ketika dihubungi memberitahu keputusan mahkamah tersebut merupakan satu kejutan.

"Kita melihat keputusan tersebut satu kejutan di saat Najib mengatakan menghapus akta hasutan itu.

"Satu pembohongan jelas dalam janji beliau sebelum ini dan keputusan ini telah menyekat kebebasan rakyat di negara ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut berpendapat hukuman 10 bulan penjara dan ikat jamin RM15 ribu merupakan keputusan yang amat keras apatah lagi ia bukanya jenayah berat atau mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

"Hukuman yang dikenakan itu terlalu berat, lagipun kenyataan Safwan mengikut fakta jelas mengenai isu pilihanraya yang telus.

"Lagi pun ia bukannya jenayah berat serta mendatangkan kecederaan kepada sesiapa pun, kita pun tuntut pilihanraya yang bebas dan telus," kata yang juga merupakan Exco Pemuda PAS Malaysia.

Ahmad Zamri turut menjangkakan empat orang lagi MP Batu Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, aktivis Adam Adli Abdul Halim, anggota PAS Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar dan aktivis Haris Fathillah Mohamed Ibrahim akan turut menerima nasib yang sama.

Hakim Norsharidah Awang memutuskan Safwan bersalah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berpuas hati ucapannya itu mengandungi elemen menghasut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan bermula hari ini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di alamat Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei tahun lepas.

- HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014

No comments:

Post a Comment