BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, September 3, 2014

SPR

Dilarang masuk pusat penamaan calon, SPR tunggu laporan
Posted on Monday, April 30 @ 07:04:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39459



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ada calon tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, sehingga laporan lengkap diperolehi dan siasatan polis dijalankan.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, difahamkan ada pihak telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut, dan oleh itu adalah tidak wajar pihaknya memberikan sebarang kenyataan.

“SPR mengambil maklum terhadap bantahan pihak terbabit yang tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan kertas pencalonan mereka semasa hari penamaan calon di bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ekoran tidak mempunyai pas SPR.'

“Terpulanglah kepada pihak terbabit untuk menggunakan saluran perundangan yang dibenarkan berkaitan kes itu,” katanya hari ini.

SPR meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Semalam, calon PKR, Dr S Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.


Ini menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau.

Sumber TKO - 30-4-2018


5,468 Borang Pencalonan Dijual Setakat 23 April
Posted on Wednesday, April 25 @ 09:45:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39366



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjual sebanyak 5,468 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) setakat semalam.

SPR dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa sebanyak 1,836 daripadanya adalah borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 3,632 adalah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebanyak 84 borang pencalonan dijual di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan 248 borang dijual di Sarawak.

Sabah dan Labuan mencatatkan penjualan borang yang tertinggi iaitu 1,070 (344 Parlimen, 726 DUN) diikuti Selangor 657 (192 Parlimen, 465 DUN), Johor 613 (234 Parlimen, 379 DUN), Pulau Pinang 579 (133 Parlimen, 446 DUN) dan Perak 528 (153 Parlimen, 375 DUN).

Di Kedah, sebanyak 117 borang pencalonan Parlimen dan 273 DUN telah dijual, Terengganu (64 Parlimen, 210 DUN), Kelantan (69 Parlimen, 194 DUN), Pahang (68 Parlimen, 179 DUN), Negeri Sembilan (39 Parlimen, 136 DUN), Melaka (24 Parlimen, 108 DUN) dan Perlis (22 Parlimen, 96 DUN).

Menurut SPR, sebanyak 45 borang pencalonan Parlimen dan 45 borang pencalonan DUN turut dijual di ibu pejabatnya di Putrajaya.

SPR menetapkan hari mengundi PRU14 pada 9 Mei, penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei.


Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini masih kekal seperti PRU13 iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. – BERNAMA

Sumber TKO - 25-4-2018


SPR: Hanya boleh guna gambar presiden, timbalan presiden parti
Posted on Wednesday, April 25 @ 09:41:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39365



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan parti bertanding hanya boleh menggunakan wajah presiden, timbalan presiden atau setaraf dengannya pada gambar pemimpin utama dalam bahan kempen sepanjang pilihan raya.

Suruhanjaya menambah penggunaan gambar pemimpin utama berdasarkan lambang parti politik yang didaftarkan calon semasa hari penamaan.


“Jawatan selain daripada presiden dan timbalan presiden (atau setaraf) parti adalah tidak dibenarkan,” kata Pengerusi Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan malam tadi.
“Gabungan gambar pemimpin utama parti politik di atas satu bahan kempen yang sama hanya dihadkan kepada presiden, timbalan presiden, pengerusi negeri (atau setaraf), menteri besar/ketua menteri dan calon.”

Beliau menjelaskan “penyelarasan” semula dasar sedia ada bagi memastikan kempen berlangsung secara aman, lancar serta “tidak mengelirukan pengundi”.

Pada pilihan raya akan datang parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan akan bertanding menggunakan lambang PKR kerana pendaftaran satu gabungan rasmi dan logo bersama belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Gabungan itu menggandingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri dan timbalan. Wan Azizah adalah presiden PKR dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber TKO - 25-4-2018

Kini, SPR benarkan lambang parti selain parti bertanding di atas poster
Posted on Wednesday, April 25 @ 09:34:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39363



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata lambang dan gambar pemimpin parti yang berpakat dengan parti calon yang bertanding boleh digunakan pada poster kempen, dalam panduan khas penggunaan poster menjelang hari pemilihan 9 Mei nanti.

Panduan yang dikeluarkan itu juga mensyaratkan parti politik yang bertanding mendapatkan permit khas untuk bahan kempen.

Difahamkan panduan terkini SPR itu bermakna lambang parti lain boleh digunakan sekiranya parti itu mempunyai persefahaman dengan parti calon yang bertanding, walaupun sebelum ini ia tidak dibenarkan.

Kempen pilihan raya selama 11 hari bermula sebaik sahaja selesai penamaan calon Sabtu ini.
Antara lain, SPR berkata ia membenarkan penggunaan gambar pemimpin parti, bagaimanapun ia terhad kepada presiden dan timbalan presiden atau jawatan setarafnya.
Pada kain rentang besar pula, hanya presiden, timbalan presiden, pesuruhjaya negeri, menteri besar atau jawatan setaraf mereka boleh dipaparkan oleh parti yang bertanding.
Menurut SPR, panduan itu akan dikuatkuasakan oleh sejumlah 445 Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang dilantik di seluruh negara, yang bertugas memastikan semua calon dan parti tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mereka antara lain diberikan kuasa menurunkan bahan kempen yang melanggar akta tersebut, di samping mendapatkan bantuan polis untuk memberhentikan ceramah atau program yang tidak mempunyai permit.

“SPR menyeru agar setiap calon atau parti politik yang bertanding supaya tidak berkempen dengan cara yang boleh menimbulkan hasutan, permusuhan, mengembangkan perasaan jahat dan sebagainya selaras dengan Seksyen 4A, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Selain Barisan Nasional yang didaftarkan untuk menggunakan simbol dacing, 2 gabungan pembangkang besar di Semenanjung termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera.

PH memutuskan untuk menggunakan hanya lambang PKR, dalam usaha menunjukkan kesatuan pembangkang, walaupun gagal didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai sebuah gabungan sah.

Sebelum ini, Hashim berkata hanya simbol PKR boleh digunakan sekiranya ia menjadi logo pilihan calon PH.

“Katalah di Putrajaya, bertanding cuma 3 parti, iaitu parti A, parti B dan parti C. Cuma parti A, B, C sahaja yang kita benarkan pasang bendera dan kain rentang di Putrajaya,” Hashim dipetik berkata pada 7 April lalu.

Sumber TKO - 25-4-2018



PRU14: HARAPAN boleh guna logo PKR, kata SPR
Posted on Thursday, April 19 @ 06:23:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39236



Tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata adalah jelas seperti yang dimaklumkan sebelum ini bahawa mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.

"Namun SPR mengingatkan bahawa bagi tujuan untuk mengambil bahagian dalam PRU14, parti-parti politik mestilah merupakan parti yang didaftarkan dan dibenarkan menjalankan segala aktivitinya di bawah Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang bersetuju untuk membenarkan mana-mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka diminta membawa surat kebenaran bertulis.

Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah ditandatangani oleh pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan calon itu menggunakan simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya satu simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.

"SPR menegaskan, selagi mana syarat dipatuhi, individu tersebut adalah layak untuk mewakili mana-mana parti yang telah memberikan kebenaran bertulis tersebut," katanya.

Menjelas lanjut, katanya tiada peruntukan yang menyatakan ahli parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU.

Katanya SPR juga tidak pernah menghalang selagi Perkara 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 tersebut dipatuhi sepenuhnya.

Mohd Hashim berkata SPR akan mengeluarkan peraturan dan garis panduan lengkap mengenai penggunaan logo dan bahan kempen dalam masa terdekat untuk menjelaskan kepada semua pihak berkepentingan.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir mendakwa SPR enggan bertemu dengan gabungan pembangkang itu bagi menjelaskan berkaitan penggunaan logo dan simbol PKR pada Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) ini.


Surat balas SPR kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyatakan bahawa suruhanjaya itu terpaksa menolak permintaan untuk mengadakan satu perjumpaan kerana mereka sibuk dengan beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sumber TKO - 19-4-2018


Warga Klang terkejut didaftarkan sebagai pengundi Kamunting
Posted on Sunday, April 15 @ 17:24:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39160



KLANG: Sekumpulan pengundi di Klang, Selangor terkejut apabila mendapati nama mereka tersenarai sebagai pengundi Kamunting, Perak, yang terletak kira-kira 300km daripada tempat tinggal mereka.

Cheong Chee Woh dan isteri, Loo Sook Whai, masing-masing berusia 68, berasa sangat kecewa kerana tidak dapat membuang undi pada 9 Mei nanti.

“Kami tak dapat pergi ke Kamunting. Kami sangat kecewa tidak dapat mengundi,” kata Loo, yang tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam 5 pilihan raya umum lepas.

Pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago turut mengetengahkan nasib 8 warga Klang lain, termasuk seorang pemuda yang tidak pernah berdaftar sebagai pengundi.

Kerusi DUN Kamunting terletak bawah Parlimen Taiping. Kerusi itu disandang wakil rakyat BN, Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menewaskan calon PAS, Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz pada pilihan raya lepas.

Pegawai bank T Sargunan berkata dia mendaftarkan dirinya sebagai pengundi pada tahun lepas menggunakan kad pengenalan beralamat Klang.

Pada satu ketika kad pengenalannya hilang dan Sargunan sudah menggantikannya.

“Walaupun alamat di MyKad terterea Klang, saya dapati menurut mikrocip saya menetap di kawasan bernama Medan Saujana di Kamunting. Saya tidak pernah ke Kamunting. Tiba-tiba saya seorang pengundi di sana.”

Eugene Oliver, 25, terkejut apabila mendapati dia seorang pengundi Kamunting walaupun tidak pernah berdaftar sebelum ini.

“Ada sesuatu yang tak kena. Macam mana seseorang yang tak pernah berdaftar sebagai pengundi tiba-tiba jadi pengundi?” kata Santiago.

Beliau berkata aduan sama diterima daripada seorang pelajar Malaysia di Rusia, yang berkata dia tak pernah berdaftar sebagai pengundi.

Santiago berkata mengikut Akta Pilihan Raya, daftar pemilih yang sudah diwartakan tidak boleh dipinda sehingga daftar baharu dikeluarkan.

“Saya bukan meminta SPR melakukan pembetulan. Saya minta suruhanjaya tunjukkan bukti mereka yang terkesan ini ada memohon untuk berpindah kawasan atau mendaftarkan diri sebagai pengundi di Kamunting,” katanya.

Santiago akan mengheret SPR ke mahkamah jika suruhanjaya itu gagal menunjukkan bukti permohonan pindah kawasan atau pendaftaran.

FMT belum dapat menghubungi Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Sumber TKO - 15-4-2018





Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14
Posted on Tuesday, April 10 @ 17:41:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39069



Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada 2018 tidak layak mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini, kata Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

"Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga suku keempat tahun 2017.

"Daftar pemilih tersebut mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar, " kata Pengarah SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Jurucakap SPR selepas itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa ini bererti individu yang mendaftar sebagai pengundi tahun ini tidak akan layak mengundi pada PRU ke-14.

"Ini kerana (daftar pemilih untuk) suku pertama 2018 belum digazetkan.

"Proses pameran dan bantahan juga belum dijalankan," kata jurucakap SPR itu.

Daftar pemilih boleh mula diperolehi pada 16 April 2018.

Pengundi juga boleh menyemak status pengundian mereka di laman web SPR melalui aplikasi telefon MySPR Semak, menghubungi talian 03-88927018, atau melalui khidmat pesanan ringkas 15888, bermula 16 April ini.

Terdahulu, Hashim mengumumkan dalam sidang media itu bahawa hari pengundian akan diadakan pada Rabu, 9 Mei.

Pencalonan akan diadakan pada 28 April dengan tempoh berkempen kekal 11 hari.

Sumber TKO - 19-4-2018

Sidang media SPR tak layan soalan wartawan
Posted on Tuesday, April 10 @ 14:58:03 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39062



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini enggan menerima atau menjawab soalan daripada wartawan yang membuat liputan pengumuman tarikh PRU ke-14 di Putrajaya hari ini.

Selepas membuat pengumuman yang dinanti-nantikan ramai itu beliau menyerahkan sejumlah surat pelantikan kepada beberapa pegawai di depan kamera media sebelum meninggalkan tempat berkenaan.

Ia berlaku ketika wartawan menjeritkan "Tan Sri! Tan Sri!" untuk menarik perhatian beliau dan berharap ada soalan boleh ditanyakan.

Bagaimanapun Mohd Hashim tidak berhenti sebaliknya tetap berlalu dari situ.

Malaysiakini adalah salah satu portal yang membuat liputan 'sidang media' berkenaan. Antara soalan yang ingin dikemukakan kepada SPR ialah kewajaran mereka menetapkan 9 Mei - bersamaan Rabu - untuk membuang undi.

Lazimnya hari membuang undi ditetapkan pada hujung minggu untuk memudahkan orang ramai keluar mengundi.

Sepanjang sejarah PRU hari membuang undi ditetapkan pada hari biasa hanya terjadi empat kali iaitu pada 1959, 1982, 1999 dan 1995.

Sementara itu pada sidang media sama Mohd Hashim turut mengumumkan SPR membuka ruang untuk pemerhati tempatan dan antarabangsa melihat sendiri perjalanan PRU ke-14 ini.

Katanya mereka boleh memantau perjalanan hari penamaan calon - yang ditetapkan pada 28 April ini - selain proses undi awal , pembuangan undi serta penjumlahan undi.

Wakil negara asing sudah terima
Bagaimanapun Mohd Hashim tidak menyatakan sama ada keputusan pemantauan itu akan didedahkan kepada umum atau sebaliknya.

Pemerhati yang diberi kebenaran oleh SPR itu ialah Pusat Kajian Komanwel Malaysia (MCSC).

Selain tidak begitu dikenali pertubuhan itu yang berpangkalan di Cambridge, UK nampaknya tidak mempunyai laman sesawan untuk dirujuk.

Mohd Hashim juga mengumumkan pemerhati antarabangsa lain yang akan memantau perjalanan PRU ke-14 ini. Mereka ialah dari Indonesia, Thailand, Maldives, Timor Leste, Azerbaijan, Kemboja Kyrgyzstan.

Katanya pihak terbabit sudah menerima jemputan daripada SPR.

Mohd Hashim juga memberitahu jemputan juga dihantar kepada pemerhati dari Bosnia Herzegovina, Uzbekistan, India, Pakistan, New Zealand, Myanmar, Australia dan Kazakhstan.

Daripada semua negara yang disebut SPR itu hanya India, Australia, New Zealand dan Timor Leste dianggap melaksanakan demokrasi secara bebas oleh laporan terkini Freedom House - sebuah pertubuhan yang memantau pelaksanaan demokrasi di dunia.

Menurut badan itu Kyrgyzstan dan Azerbaijan adalah negara yang ditadbir oleh rejim autoritarian yang kukuh.

Sumber TKO - 10-4-2018

PRU14: Penamaan calon 28 April, mengundi 9 Mei









PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari mengundi bagi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14). 
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di ibu pejabat SPR, Putrajaya sebentar tadi. 
Sementara itu, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April.
(lanjut menyusul)
Sumber HD - 10-4-2018 


SPR mesyuarat esok tentukan tarikh penting PRU14
Posted on Monday, April 09 @ 18:57:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39039



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi esok, antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.

"Turut dibincangkan ialah daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU14 dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu (7 April) bagi memberi laluan kepada PRU14.

Sumber TKO - 9-4-2018



PH perlu kebenaran SPR guna logo PKR
Posted on Saturday, April 07 @ 21:25:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39001



PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semua parti komponennya menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, SPR belum menerima notis rasmi daripada PH berhubung penggunaan logo PKR itu.

“Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita.

“Kalau dia mahu guna logo baru dan sebagainya, kita kena beri kelulusan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR hari ini.

Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semua calon PH, termasuk DAP, Amanah dan PPBM akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU14.
Hashim enggan mengulas lanjut berhubung keputusan PH menggunakan logo PKR.

“Kita jawab kemudian, nanti bila sampai masanya hendak bertanding. Saya hendak minta maaf sebab tidak ada lagi pengesahan dari parti berkenaan, ini cuma dia bercakap.

“Esok dia boleh cakap lain, tetapi saya pula sudah berikan komen pada hari ini. Nanti komen saya tidak kena, jadi macam main badminton,” katanya merujuk pemilihan logo oleh PH.
Pengerusi SPR itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap parti yang tidak bertanding pada PRU14, tetapi mengibarkan bendera mereka di sesebuah kawasan.

“Apabila kita tahu siapa bertanding, calon mana, parti politik mana bertanding, barulah kita mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam kawasan itu.
“Katalah di Putrajaya, bertanding cuma 3 parti, iaitu parti A, parti B dan parti C. Cuma parti A, B, C sahaja yang kita benarkan pasang bendera dan kain rentang di Putrajaya.

“Tetapi, mana-mana parti yang tidak bertanding dalam kawasan ini, kita tidak benarkan. Tidak kira dia parti kerajaan ke bukan parti kerajaan,” katanya.

Sumber TKO - 7-4-2018


Semak daftar pemilih baru dalam masa seminggu - SPR
Posted on Thursday, March 29 @ 14:35:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38853



Semakan terhadap daftar pemilih baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat semalam dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.

Sehubungan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti-parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu selepas sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih baharu yang disahkan.

“Sebab itu, kita adakan Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi. Apabila dia buat semakan, dia akan dapat tahu. Kalau pada masa pencalonan dia (pengundi) akan dapat tahu siapa calon dia, siapa yang akan bertanding dalam kawasan dia...kalau sekolah, di sekolah mana (pusat mengundi).

“Ini penting supaya semasa hari mengundi nanti mereka tidak pergi ke tempat tidak sepatutnya. Apabila tidak buat semakan, dia akan pergi ke tempat lama dan tiba-tiba namanya tiada di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual hos Shuhaimi Mohamed dalam program Sesi Khas Bersama SPR yang disiarkan di TV1, malam tadi.

Usul kajian semula persempadanan itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diluluskan Dewan Rakyat semalam, setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian, dengan 129 menyokong dan 80 lagi yang menolak.

SPR mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia, dan juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung.

Mengulas lanjut, Mohd Hashim menolak dakwaan kajian semula persempadanan itu adalah untuk memberi kemenangan kepada mana-mana pihak kerana beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas meskipun menggunakan persempadanan semula yang dibuat SPR.

Malah, katanya SPR bukanlah sebuah parti politik dan beliau sendiri tidak menyertai mana-mana parti politik.

Mengulas mengenai perbahasan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya itu yang hangat diperdebatkan di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata ia menunjukkan komitmen tinggi wakil rakyat untuk mempertahankan kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR bercadang mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti atau institusi untuk mengadakan kajian dan impak sebelum dan selepas kajian semula persempadanan, kerana kebanyakannya hanya dibuat sebelum kajian semula persempadanan dilaksanakan.

- Bernama

Sumber TKO - 29-3-2018


Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen
Posted on Thursday, February 22 @ 22:15:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38364


Laluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan rancangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kini terbentang luas ekoran kejayaan badan itu mengetepikan semua saman yang dikemukakan terhadap mereka.


"Kejayaan SPR di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan setakat ini ialah 100 peratus," kata peguam yang mewakili kerajaan Selangor, Lim Wei Jiet.

Sesi kedua pendengaran setempat SPR untuk Selangor dijadual diadakan pada minggu depan. Pelaksanaan persempadanan semula untuk negeri itu sudah tertangguh kesan daripada pelbagai kes yang dirujuk ke mahkamah oleh kerajaan negeri.

Pendengaran tempatan diadakan oleh SPR bagi mendengar hujah wakil pengundi berhubung cadangan sesuatu persempadanan baru.

Menurut Lim apabila pelaksanaan persempadanan semula untuk Selangor selesai, SPR akan mempertimbangkan semua pandangan yang diterima dan menyediakan laporan untuk diserahkan kepada perdana menteri.
Kemudian katanya kerajaan akan membentangkan usul persempadanan baru itu untuk mendapat kelulusan semasa persidangan parlimen yang bermula pada 5 Mac ini.

"Perdana menteri akan mengemukakan laporan SPR itu bersama perintah draf - dengan atau tanpa pengubahsuaian - kepada cadangan SPR. Ia kemudian akan diundi," katanya.

Untuk membolehkan usul berkenaan diluluskan, menurut Lim, apa yang diperlukan kerajaan cuma sokongan daripada majoriti mudah anggota Dewan Rakyat.

"Jika gagal mendapat majoriti mudah atau jika ia ditarik balik, perdana menteri - selepas berunding dengan SPR dan membuat pindaan kepadanya - usul itu akan dibentangkan untuk diundi semula," katanya.

Dengan memiliki 133 wakil di Dewan Rakyat, BN boleh memastikan usul berkenaan diluluskan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pakatan Harapan sebelum ini mempertikaikan cadangan dibuat SPR itu dengan mendakwa ia dilaksanakan untuk memberi kelebihan kepada BN.

Pada Isnin lalu Mahkamah Persekutuan enggan memberikan kebenaran kepada permohonan tujuh penduduk di Melaka serta dua anggota parlimen dari Perak untuk mencabar persempadanan semula SPR itu.

Ketua Hakim Negara Tun Mohd Raus Sharif berkata, terserah kepada parlimen untuk membuat keputusan ke atas laporan persempadanan semula diserahkan SPR.

Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan kerajaan Pulau Pinang yang memohon semakan perundangan bagi mencabar persempadanan semula itu.

Sumber TKO - 22-2-2018


SPR perkenal keadah ‘urut jari’ pada PRU14
Posted on Wednesday, February 14 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38234



KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah “urutan jari” pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.

“Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangkan pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

“Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat sempena Siri Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM hari ini.

Lebih 60 pengamal media Pahang mengikuti taklimat itu yang bermula dari 9 pagi hingga 1 tengah hari yang turut disampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi tersebut Abdul Fatah Mohd Pilus.

Dalam program itu, pihak media diberi penerangan berhubung perjalanan sistem pilihan raya di negara ini di samping prosedur permohonan pas media dan tatacara membuat liputan sepanjang PRU14.

Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian, selain turut menyentuh isu berbangkit setiap kali pilihan raya.

Beliau turut berharap hasil maklumat yang diperoleh itu dapat digunakan pengamal media untuk disebarkan kepada orang ramai bagi mengelak persepsi negatif rakyat kepada SPR.

Katanya Pahang merupakan negeri ke-4 program SPR turun padang selepas Terengganu, Kelantan dan Selangor.


“Kami akan teruskan program seperti ini, dengan penjelajahan ke negeri lain berdasarkan jemputan untuk memberikan lebih banyak maklumat dan pendedahan kepada rakyat dalam meningkatkan kesedaran prosedur pilihan raya yang SPR lakukan selama ini telus dan tidak memihak kepada mana-mana parti,” katanya.

Sumber TKO - 14-2-2018













PRU 14: SPR akan undang pemerhati antarabangsa
Posted on Sunday, February 04 @ 07:11:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38080



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang sepertimana yang dilakukan pada PRU terdahulu, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata SPR juga melantik wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) tempatan sebagai pemerhati di samping pemerhati tetap yang terdiri daripada wakil-wakil calon yang juga merupakan anggota daripada parti-parti yang bertanding.

“Untuk pengetahuan, pada PRU ke-13 yang lepas, SPR telah mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa daripada beberapa negara.

“Pada PRU ke-14 ini juga, SPR akan mengundang pemerhati-pemerhati pilihan raya untuk meninjau ketelusan proses pilihan raya. Mereka ini terdiri daripada pemerhati tempatan dan juga luar negara,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini adalah telus dan adil serta tidak sepertimana yang digambarkan oleh pihak tertentu.

“Sikap pihak tertentu yang mempertikaikan ketelusan sistem pilihan raya menjelang PRU ke-14 dianggap satu usaha propaganda yang cuba mengelirukan rakyat dan pengundi,” katanya.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mencabar kerajaan supaya mengundang pasukan pemantau pilihan raya bebas daripada Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memantau perjalanan PRU14.

Mohd Hashim berkata, pemerhati tempatan terdiri daripada wakil-wakil NGO atau mana-mana organisasi tempatan yang layak serta berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Bagi pemerhati antarabangsa pula, beliau berkata mereka daripada pelbagai negara yang mewakili negara-negara Komanwel, ASEAN dan lain-lain.

Mohd Hashim menjelaskan, pemerhati tetap daripada parti-parti yang bertanding akan bertugas sebagai pemerhati barung untuk semakan SPR, Ejen Tempat Mengundi (ETM) yang bertugas sebagai pemerhati dalam tempat mengundi semasa proses pengundian berlangsung, dan Ejen Mengira Undi (EMU) yang bertugas sebagai pemerhati semasa proses pengiraan undi dijalankan.

Beliau berkata, wakil/ejen ini berperanan penting sebagai pemerhati dan pemantau bagi setiap proses pengundian dan pengiraan yang berlaku di Tempat Mengundi (saluran) secara langsung kerana mereka berada di dalam bilik pengundian dan pengiraan undi sepanjang masa, iaitu dari awal pusat pengundian dibuka hinggalah kepada pengiraan kertas undi dijalankan.

“Bukan sahaja proses yang berlaku di dalam tempat mengundi bahkan di luar tempat mengundi juga terdapat ejen calon yang bertugas sebagai ejen pemerhati barung semakan daftar pemilih dan segala proses pilihan raya yang berlaku di dalam dan luar tempat mengundi itu adalah dalam pengetahuan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata SPR akan memastikan semua calon yang bertanding pada PRU14 akan menghantar wakil/ejen mereka bertugas semasa proses pilihan raya itu dijalankan.

“SPR akan hebahkan nama wakil/ejen yang bertugas pada hari tersebut supaya rakyat tahu bahawa proses pilihan raya berlaku dengan telus dan adil.

“Dengan kehadiran ejen-ejen calon sebagai pihak ketiga, ia merupakan bukti bahawa SPR tidak menafikan hak pemerhati untuk turut serta dalam proses pilihan raya.

“Parti-parti politik tidak wajar berasa bimbang dengan ketelusan proses pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini,” katanya.
-Bernama
Sumber TKO - 4-2-2018














Malaysia General Election Will Be Over Before July Haj Season Begins

Malaysia’s general election will be held before the annual Haj pilgrimage season begins in July, Prime Minister Najib Razak hinted on Friday (Feb 2).

He was speaking to more than a thousand recipients of a special Haj programme sponsored by state investment fund 1MDB’s charitable foundation, Yayasan 1MDB.

“By Jul 14, two major events would have taken place. One is the Hari Raya Aidilfitri and the other is another raya,” said Mr Najib, in a clear reference to pilihan raya which means elections in Malay.

Hari Raya Aidilfitri falls on Jun 15 this year, marking the end of the fasting month. The pilgrims are scheduled to leave for the Haj on Jul 14.

“So, when you are there (in the Holy Land), pray for the success and prosperity of the country in order to make Malaysia a model among Islamic nations,” Mr Najib added.

Some people at the event, attended mainly by imams, community leaders and village chiefs, took it as an indication that the election will be held right after Hari Raya, while others believe that the polls are likely to be called before the fasting month begins in May.

“The hint he gave just now, it’s likely (the election) will be held just after Hari Raya. After that, they will (leave) for the Haj. There will be a short window there after Hari Raya,” said Dr Abdul Rahman Junaidi, a state assemblyman for Sarawak.

Last Friday, speaking after the UMNO supreme council meeting, Mr Najib told the media that he’s still waiting for “the spark of inspiration”, before calling an election.

Sources within UMNO said the Prime Minister wants to wait for the redelineation exercise, the drawing of electoral boundaries, to be completed and tabled in Parliament.

The current term of Parliament expires on Jun 24 and the 14th general election must be held within 60 days after that date.

Sumber BO - 3-2-2018

Ramai pelajar IPT belum daftar pemilih

KUALA TERENGGANU: Sehingga sekarang seramai 3.8 juta rakyat yang cukup umur 21 tahun belum mendaftar sebagai pemilih. 
Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdul Fatah Mohd Pilus berkata, sebahagian besar pemilih terbabit dalam kalangan generasi muda di institusi pengajian tinggi. 
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) begitu risau terhadap kesedaran rendah golongan terbabit.
“Jumlah generasi muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih itu cukup besar mencecah 400,000 rakyat.
“Hari ini, kita ada 3.8 juta rakyat yang sudah layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Kami di bahagian akademi pergi menyantuni generasi muda. 
“Pelajar yang paling ramai belum mendaftar. Kami pergi ke sebuah universiti ada 5,000 pelajar yang berumur 21 tahun tidak daftar mengundi. 
“Campur semua pelajar IPTA kira-kira 300,000 sehingga 400,000 yang tidak daftar mengundi. Ini perkara-perkara yang menjadi kerisauan SPR,” katanya pada Taklimat Petugas Media di Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terenggganu, Kompleks Seri Iman, hari ini. – HARAKAHDAILY 23/1/2018
Sumber HD - 23-1-2018 


SPR: 3.6 juta rakyat masih belum daftar sebagai pengundi
Posted on Wednesday, January 17 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37769



PUTRAJAYA: Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata pemilih dalam Daftar Pemilih sehingga suku ke-3 tahun 2017 adalah seramai 14.8 juta.

“Untuk tempoh pendaftaran pemilih suku ke-4 tahun lepas, SPR menerima 212,042 pendaftaran pemilih baharu dan 72,998 permohonan pertukaran alamat bahagian pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 4/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai esok sehingga 30 Januari ini di 961 tempat pameran seluruh negara.

Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada Oktober, November dan Disember tahun lalu dinasihatkan untuk menyemak, katanya.

Bagi permohonan pendaftaran baharu, pemohon yang mendapati namanya tidak tersenarai dalam Rang DPT itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT itu, katanya.

Katanya, bagi pemilih yang berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT Suku Tahun 4/2017 di satu-satu bahagian pilihan raya, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

Abdul Ghani berkata seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

“Bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017,” katanya.

Semasa tempoh pameran Rang DPT itu, SPR juga mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih kerana didapati tidak berhak kekal dalam daftar pemilih atas sebab antaranya telah meninggal dunia, melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraanya, katanya.

Menurutnya, pemohon boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar My SPR Semak untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT suku ke-4.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya.

Sumber TKO - 17-1-2018

Imigresen Antara 4 Kategori Tambahan Undi Pos
Posted on Friday, December 22 @ 08:03:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37400




SPR kini memberi nyawa baru kepada UMNO

PUTRAJAYA:
Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas ketika pilihan raya umum adalah antara empat kategori tambahan yang dibenarkan mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata selain JIM, kemudahan pengudian secara pos kini dibuka kepada anggota  Agensi Pertahanan Awam (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sahaja.

Beliau berkata perkara itu telah diputuskan SPR  dalam mesyuarat pada 28 November lepas.
“Kemudahan ini diberikan kepada anggota yang bertugas pada Hari Mengundi sahaja atas justifikasi bahawa anggota yang terbabit merupakan pemilih yang tidak dapat meninggalkan tugas mereka pada hari mengundi demi memastikan aspek keselamatan dan perkhidmatan kepada rakyat terjamin.

“Kemudahan ini akan dilaksanakan pada PRU14. Pewartaannya telah dibuat pada 13 Dis berdasarkan kepada  Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2013,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

November lalu, Mohd Hashim mengumumkan bahawa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) petugas kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja), anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, anggota Jabatan Penjara Malaysia dan anggota Sukarelawan Polis yang bertugas ketika pilihan raya umum  antara lima kategori yang akan dibenarkan mengundi secara pos pada PRU akan datang.

Sebelum ini kategori pengundi dalam negara yang boleh memohon untuk menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal, petugas media dan petugas pilihan raya yang terpaksa mengundi di luar pusat mengundi. - Bernama

Sumber TKO - 22-12-2017

Bekas pengerusi pertikai dakwaan SPR lupus data pengundi
Posted on Friday, October 13 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35859&mode=thread&order=0&thold=0



KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertikaikan dakwaan suruhanjaya kononnya data alamat 136,272 pengundi yang dipohon kerajaan Selangor sudah dilupuskan.

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata selaku institusi yang bertanggungjawab ke atas integriti dan ketelusan proses pilihan raya, SPR diberi tanggungjawab untuk menyimpan alamat pengundi.

“Oleh itu, saya terkejut apabila responden (SPR) mendakwa alamat pengundi telah dilupuskan dan tidak relevan dalam proses persempadangan semula,” katanya dalam afidavit yang difailkan untuk kerajaan Selangor yang mahu membatalkan notis persempadanan semula SPR.

Kerajaan negeri dalam saman yang difailkan tahun lepas mendakwa SPR menyalahi Perlembagaan Persekutuan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerajaan negeri dan SPR ke Mahkamah Rayuan untuk membuat rayuan berhubung satu permohonan penzahiran, termasuk maklumat mengenai 136,272 pengundi.

Mahkamah Rayuan, pada 20 Julai, membenarkan rayuan SPR yang suruhanjaya tidak perlu memberikan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi dalam persempadanan semula 1994 dan 2003 kepada kerajaan negeri.

Mahkamah Persekutuan bulan lepas juga membuang rayuan kerajaan negeri ke atas keengganan SPR untuk menyediakan maklumat itu.

Di Mahkamah Rayuan, peguam kerajaan Amarjeet Singh memberitahu para hakim data SPR yang diminta kerajaan negeri itu sudah dilupuskan.
 
Beliau berkata jabatan kerajaan tidak menyimpan rekod selepas 7 tahun.

“Maklumat daftar pemilih 1993 dan 2004 tidak ada mengikut operasi undang-undang,” katanya.
Keputusan itu menyukarkan kerajaan negeri membuktikan SPR menjalankan penentuan sempadan dan salah pembahagian untuk memastikan pihak tertentu terus berkuasa.

Afidavit Rashid dibacakan di mahkamah hari ini oleh peguam Ambiga Sreenevasan di pendengaran utama di depan Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan yang bersambung semula selepas 7 bulan.

Rashid, yang merupakan pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008, berkata pelupusan maklumat yang berkaitan dengan pengundi mesti dilakukan dengan persetujuan para pesuruhjaya.

“Selaku setiausaha dan pengerusi, saya tidak pernah memberi kelulusan, dan tidak sedar ada permohonan untuk melupuskan alamat pengundi,” kata Rashid, yang merupakan setiausaha SPR dari 1979 hingga 1995.

Sepanjang berkhidmat dengan SPR, Rashid berkata beliau menyelia 3 persempadanan semula, termasuk pada 1994 dan 2003.

“Saya amat menyedari dasar pentadbiran dan dalaman SPR,” kata Rashid yang kini merupakan naib presiden PPBM.

Rashid berkata dakwaan oleh SPR itu sangat meragukan, tidak jujur dan tidak telus.
“Selaku bekas pengerusi SPR, saya mengharapkan responden membantu mahkamah demi kepentingan keadilan,” katanya.

Sumber TKO - 13-10-2017




















EC: No, GE14 Not On Oct 13 This Year

The Election Commission (EC) today denied that the 14th general election will be held on Oct 13 this year, after a video recording purportedly showing its officers at a pre-election briefing made its rounds on social media.

An unnamed announcer in the 39-second video said that early voting will be held on October 11 this year, and that voting day will be held two days later, on October 13.

“I hereby announce that early voting will be held on October 11, 2017 and voting day on October 13, 2017, voting centres will be notified…” said the unnamed announcer in the video.

An aide to EC chairman Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah confirmed the authenticity of the video contents, but said that it was merely a simulation exercise ahead of GE14.

“It is just a simulation exercise to registrar officers in Kelantan recently. Only an exercise.

“There are some naughty people (trying to spread rumours),” the aide told Malay Mail Online when contacted.

The 14th general election must be called by August next year.
SPR Statement in BM as below;

KENYATAAN MEDIA
SPR NAFI PRU OKTOBER INI

Suruhanjaya Pilihanraya  (SPR)  ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan kemungkinan PRU 14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat.

SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan  reputasi SPR.
Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

SURUHANJAYA PILIHANRAYA
PUTRAJAYA
2 OGOS 2017

Sumber BO - 2-8-2017



SPR terima notis kerusi Nenggiri kosong
Posted on Sunday, June 04 @ 17:27:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35263



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima surat daripada speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri telah hilang kelayakan kerana muflis.

SPR Kelantan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Dipetik BH Online, jurucakap SPR Kelantan berkata, surat itu memaklumkan Datuk Mat Yusoff Ab Ghani, wakil rakyat Barisan Nasional (BN), telah hilang kelayakan disebabkan muflis.

“Apa pun bergantung kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya memandangkan kita baharu saja memaklumkan surat itu kepada mereka,” kata sumber itu.

Pilihan raya kecil hanya boleh diadakan sebelum tempoh matang 3 tahun dari tarikh pilihan raya umum lalu.

“Jika lebih 3 tahun, keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil bergantung kepada speaker,” katanya.


Minggu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong berikutan penyandangnya muflis.

Abdullah berkata, beliau menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff muflis.

Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi anggota Dewan (Undangan) Negeri (Kelantan).

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mat Yusoff menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi.

Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan Jabatan Insolvensi bahawa Mat Yusoff dikenakan hukuman kebankrapan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 November 2016 atas permohonan sebuah bank dan jabatan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya hanya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi berhubung perkara berkenaan pada 28 Mei lepas manakala daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada 21 Mei lalu.

Sumber TKO -  4-6-2017


Transparency International tuntut PRU14 adil, bersih
Posted on Wednesday, May 03 @ 17:02:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34780


PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut kempen pilihan raya yang bersih dan adil pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan menjelang Jun 2018.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar juga mahu “toleransi sifar” untuk “politik wang”, naungan politik, pilih kasih, nepotisme dan konflik kepentingan dalam pemberian konsesi, kontrak atau projek kerajaan.


Beliau menekankan isu pembiayaan parti politik kerana cadangan itu dikemukakan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik pada September lalu.

“Mempunyai 1 set undang-undang untuk mengawal selia pembiayaan politik akan memberi kesan positif kepada Malaysia kerana ia akan meningkatkan imej negara dari segi ketelusan, integriti dan akauntabiliti,” kata Akhbar dalam kenyataan hari ini.

TI-M berkata, wujud kebimbangan integriti serius berhubung kempen penguatkuasaan pembiayaan kerana ahli politik memerlukan sejumlah besar wang untuk menggerakkan kempen mereka.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had perbelanjaan berkempen setiap calon ialah RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan RM100,000 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.

“Hanya perbelanjaan antara tarikh penyiaran notis pilihan raya dan hari pilihan raya tertakluk kepada had kewangan. Oleh itu, tidak ada kewajipan untuk calon mendedahkan sebarang pendapatan atau perbelanjaan di luar tempoh kempen.

“Persoalan kami ialah dana kempen ini datang dari mana dan berapa banyak wang yang sebenarnya dibelanjakan setiap calon?”

TI-M berkata, akses kepada maklumat itu penting untuk menjaga integriti kerana ia menggalakkan ketelusan dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap proses pilihan raya.

TI-M turut menggesa akses media yang adil kepada calon daripada kedua-dua belah parti politik dan perdebatan secara profesional mengenai manifesto politik.

Selain itu, Akhbar berkata, TI-M mahu perhatian diberikan terhadap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang jatuh daripada kedudukan ke-54 pada 2015 kepada tempat ke-55 pada 2016.

“Ahli politik perlu menunjukkan komitmen ke arah ‘pemerhatian prinsip kebenaran, integriti, akauntabiliti dan tingkah laku beretika’ sepanjang tempoh pilihan raya dan selepas diberikan mandat.

“Mereka perlu mengelak politik wang dan sebarang isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara berbilang kaum.


“Pemimpin yang membangunkan negara tidak berfikir tentang pilihan raya akan datang, mereka berfikir tentang generasi akan datang. PRU14 bukan sahaja perlu adil dan bersih, tetapi perlu dilihat sebagai adil dan bersih.”-FMT

Sumber TKO - 3-5-2017


























Election Commission Ready To Hold General Election














The Election Commission is always ready to hold a general election, EC chairman Datuk Seri Hashim Abdullah (Picture below) said today.

“Don’t worry. We make preparations in terms of logistics and such, all the time. We have made all preparations. Recently, we were able to immediately swing into action when an elected representative died. For our staff too, this is not the first time they will be handling a general election,” he said.

“We have no problem if there is an early general election or whatever. God willing, we will conduct it as best as possible.


“In Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, peninsula-wide… we conduct training all the time. We don’t wait for the general election to conduct training,” he said.

Mohd Hashim was asked to comment on a social media viral message that a government department issued an internal circular freezing leave for personnel and personal trips abroad, which triggered speculation on the possibility of an early general election.

Speaking to reporters after handing over appreciation certificates to Tanjong Datu by-election workers at the Lundu Community Hall here today, he said the issue of freezing leave was up to the respective departments.

On the presence of EC officers in Lundu today, Mohd Hashim said it was to conduct a post-mortem on the Tanjung Datu by-election to identify weaknesses and show appreciation to those involved for their roles in the by-election. — Bernama

Sumber BO - 14-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























4.1 Juta Belum Mendaftar; SPR Perlu Pertingkat Sistem

KUALA TERENGGANU – PAS memandang serius pernyataan bahawa seramai 4.1 juta orang rakyat Malaysia yang telah layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Pengarah Jabatan Pillihan Raya PAS Terengganu YB Ariffin Deraman berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sistem pendaftaran pemilih perlu dipertingkatkan.

Katanya, ia membawa risiko, kerana sejumlah yang besar dikalangan orang muda tidak akan dapat mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Dan (kenyataan ini) jadikan mereka tak dapat mengundi pada PRU akan datang (kerana) lebih 90% adalah pengundi-pengundi muda yang tak berdaftar.


“jadi, kita melihat terutama sekali mereka ini kurang komitmen (tidak) memikirkan bahawa satu kewajipan yang menyebabkan mereka tidak mendaftar,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada program Temubual Mengulas Isu terbabit oleh HARAP TV pada Isnin 6 Mac.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat itu menyifatkan sistem pendaftaran yang diamalkan oleh SPR menyumbang kepada masalah tersebut.

“sistem…….pada saya yang dibuat oleh SPR yang menyukarkan belia (atau) pemuda untuk mendaftar sebagai pengundi,” tegasnya.


Katanya, pelbagai permasalahan berlaku apabila SPR perkenalkan sistem mendaftar melalui pejabat pos.
“yang pertama, kena datang ke pejabat pos…….yang kedua, mereka perlu pergi ke pejabat SPR dan kemudian ada operasi bergerak yang dibuat oleh SPR diatas permintaan dan juga mereka juga mengadakan pendaftaran di pasaraya,
“pada saya, sistem ini masih tak cukup terutama isu pejabat pos, di DUN saya tidak ada dan banyak DUN, Air Putih. Mereka terpaksa ke bandar, mereka terpaksa tinggal kerja, mereka terpaksa guna duit untuk pergi dan kesedaran tak begitu tinggi di kalangan pemuda-pemuda untuk berdaftar.
“Ini menjadi kesulitan, begitu juga dengan pejabat SPR jauh,”tegasnya.


Katanya, beliau tidak menafikan ada satu usaha yang dibuat oleh pihak SPR dengan melantik Penghulu dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mendaftarkan pemilih.
Namun katanya, tindakan itu menjadikan SPR tidak adil dan berpihak.
“Bila JKKK (dilantik) tentu dia akan daftar hanya orang Umno sahaja…..dan jadi ia menyebabkan SPR berpihak. Bagaimana SPR boleh berpihak?
“Sedangkan (mereka) Pegawai SPR…….Pembantu Pendaftar Sementara (PPS) yang dilantik oleh SPR!,” kata beliau.
Sebaliknya, dahulu kata beliau, SPR melantik PPS dari kalangan parti politik, dan membenarkan Umno dan PAS sama-sama mendaftarkan ahli-ahli mereka.


“dibenarkan kepada kita satu DUN, dua orang. Kalau ada 32 DUN……. 64 orang PPS dilantik daripada kalangan parti politik,
“di sebelah Umno boleh, PAS pun boleh. Disini wujud keadilan dalam SPR, sistem ini kita tak pasti apa masalah (mengapa SPR tidak laksanakan), “soal beliau.

Selain itu, katanya, PAS sudah lama mencadangkan agar pendaftaran pengundi dibuat secara atas talian (online) atau pendaftaran secara ‘otomatik’, apabila sampai umur 21 tahun.

Sumber BO - 8-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tak daftar undi, SPR tak boleh buat apa-apa
Posted on Saturday, March 04 @ 10:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33833



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai pengundi mahupun terhadap mereka yang tidak keluar mengundi.

Ini kerana jelas Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah, itu merupakan hak mereka sebagai warganegara.

“Tidak daftar mengundi dan tidak keluar mengundi ketika pilihan raya adalah hak mereka. Kita (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa, termasuk mengheret ke mahkamah kerana itu adalah hak mereka.


“Kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar dan keluar mengundi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen ‘Jom Kita Daftar Undi’ sempena Karnival Karangkraf 2017 di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Namun menurut Hashim, selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga pendaftaran pemilih, SPR perlu menggiatkan usaha menarik lebih ramai khususnya orang muda untuk mendaftar.

“Statistik terkini menunjukkan lebih empat juta warganegara yang layak mendaftar sebagai pengundi namun tetapi masih belum mendaftarkan diri.

“Jadi kita perlu melakukan sesuatu. Kita juga mengharapkan bantuan media untuk memainkan peranan membantu dan bukannya menghentam kerana kita bukannya parti politik,” katanya.

Sumber TKO - 4-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




4.1 juta rakyat M'sia yang layak mengundi belum berdaftar
Posted on Saturday, March 04 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33832



Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Disebabkan itu, katanya SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.

"Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

"Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di Shah Alam semalam. Jelas Mohd Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau berkata kempen selama tiga bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.

"SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Mohd Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar supaya lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Ini kerana katanya, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai sehingga 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus.

"Sebagai contoh semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi, .mana lagi baki 22 peratus. Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita," katanya.

Kempen Pendaftaran Pengundi selama tiga hari di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf itu buat julung kali dianjurkan dengan usahasama dua badan swasta iaitu akhbar Sinar Harian dan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia X Berhad.

Menerusi kempen itu, Air Asia X Berhad menawarkan 1,100 tiket penerbangan percuma ke beberapa destinasi luar negara bagi rakyat yang berdaftar sebagai pengundi.
- Bernama

Sumber TKO - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPR Putuskan Tiada PRK Sungai Air Tawar
Posted on Thursday, January 19 @ 17:58:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33236



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Selangor bagi mengisi kekosongan susulan kematian penyandangnya berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan bahawa kekosongan tersebut tidak menjejaskan kekuatan parti majoriti yang membentuk kerajaan negeri.

"Oleh itu, SPR memutuskan bahawa tiada PRK diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Penyandang kerusi berkenaan Kamarol Zaki Abdul Malik, 59, meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pada 17 Januari lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, Kamarol Zaki yang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

Yeoh dalam kenyataan semalam menyatakan selaras dengan peruntukan Perkara LXX (5) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyatakan kekosongan itu hanya perlu diisi sekiranya bilangan parti yang membentuk majoriti DUN Selangor terjejas.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Parti Amanah Negara (2) dan Bebas (2).

Sumber TKO - 19-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tanjong Datu: Pengundian 18 Feb, penamaan calon 4 Feb
Posted on Thursday, January 19 @ 13:04:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33233



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N 03 Tanjong Datu, Sarawak pada 18 Februari ini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata mesyuarat khas hari ini juga
menetapkan hari penamaan calon pada 4 Februari ini manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 Februari.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei tahun lalu, Adenan, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hanya meraih 468 undi.


Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak pilihan raya negeri 2006.

Kawasan DUN Tanjong Datu mempunyai 9,959 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (9,771) dan pengundi awal (188).

"Seramai 250 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM997,919," katanya.

Azizul Annuar Adenan, anak bongsu Adenan disebut-sebut sebagai antara calon yang akan dikemukakan oleh BN bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Sumber TKO - 19-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.2 juta rakyat Malaysia masih belum daftar undi
Posted on Thursday, January 12 @ 16:26:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33167



SHAH ALAM - Seramai  4.2 juta rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana jumlahnya besar dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

“Perkara yang menjadi kebimbangan SPR kini ialah generasi muda yang tidak mendaftar mengundi dan juga generasi yang tidak keluar mengundi.

“Mengundi ini satu tanggungjawab penting terhadap negara tetapi kenapa ramai yang tidak melakukannya?,” soalnya, semalam.

Sebelum ini, laporan menunjukkan ramai golongan muda terdiri daripada mahasiswa tidak mendaftar sebagai pemilih, malah 40 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang layak mengundi adalah generasi muda.

Sementara itu, beliau turut meminta rakyat supaya tidak salah faham dan mengaitkan SPR dengan politik di negara ini.

“Jika tidak setuju dengan mana-mana parti sekalipun, yang pentingnya ialah mendaftar dan juga keluar mengundi ketika PRU.

“Selain itu, kami di SPR ingin menegaskan bahawa jika rakyat menyokong parti mana pun, itu bukan menjadi kepentingan kami, tetapi yang kami pentingkan ialah jumlah yang keluar mengundi," katanya.

Dalam pada itu katanya, mesej yang tular di media sosial mengenai pendaftaran mengundi sebelum 30 September tahun lalu, berjaya menarik pendaftar baharu walaupun mesej itu tidak benar.

“Ketika isu ini menjadi tular di media sosial, jumlah rakyat yang mendaftar pemilih sangat ramai. Malah rakyat di luar negara juga turut sama berbuat demikian.

“Dianggarkan lebih 500,000 jumlah pendaftaran mengundi yang kami terima sebelum berakhirnya tarikh tersebut,” katanya.

Sumber TKO - 12-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Persempadanan: Selangor kemuka bantahan kepada SPR

HARAKAHDAILY | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42816-persempadanan-selangor-kemuka-bantahan-kepada-spr

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Akhbar Menteri Besar Selangor, sebagaimana di bawah.

Hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor.

Bantahan ini dilakukan bagi mempertahankan hak demokrasi pengundi Selangor berdasarkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Seksyen 5.

Antara bantahan Kerajaan Negeri Selangor adalah syor persempadanan semula SPR tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan, kegagalan keadilan asasi, kegagalan SPR memberikan maklumat penuh yang diperlukan, dan masa tidak mencukupi bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk mengkaji impak hasil daripada persempadanan semula.

Menteri Besar menggesa SPR meneliti semula bantahan dikemukakan agar integriti SPR terjamin dan konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Selangor juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan hak demokrasi pengundi Selangor.

Bantahan diserahkan Setiausaha Politik kepada Datuk Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei bagi pihak Menteri Besar di pejabat SPR Selangor, Kompleks PKNS, petang tadi. - HARAKAHDAILY 13/10/2016

Sumber HD - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Semua muslim, daftarlah sebagai pengundi

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42644-semua-muslim-daftarlah-sebagai-pengundi

SAYA ingin ajak kepada semua muslim, warganegara Malaysia khususnya dari apa jua latarbelakang anda untuk berdaftar sebagai pengundi. Ia bukan sahaja tanggungjawab setiap rakyat, tapi juga kewajipan setiap muslim.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dalam menentukan pemimpin negara. Di tangan pemimpin terletaknya keputusan untuk melakukan apa sahaja terhadap negara ini sama ada yang halal atau yang haram. Demokrasi memberi hak kepada setiap rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu. Caranya ialah mengundi pada pilihan raya.

Benar. Demokrasi adalah ciptaan barat (walaupun ideanya diambil dari tamadun Islam). Kita tidak sekali-kali beriman bahawa demokrasi adalah sistem Islam. Namun sekiranya kita umat Islam mengambil langkah boikot demokrasi dan boikot pilihan raya, ia akan didominasi oleh pihak lain dalam negara ini.

Sedarlah negara kita hanya memiliki sekitar 60 peratus muslim. Bermakna non muslim 40%. Jika kita boikot, mungkin peratus muslim akan berkurang hingga ke 30-20%. Sedangkan penganut agama lain komited berdaftar sebagai pengundi. Tidak mustahil dengan kelekaan mengundi ini menyebabkan pemimpin negara akan datang adalah pilihan orang bukan Islam.

Justeru saya mohon mana-mana jemaah Islam yang menolak demokrasi dan memboikot pilihan raya supaya berfikir dua kali. Kalaupun berpendapat demokrasi ini haram dan tidak syar'ie, fikirkan semula ia sebagai darurat yang diharuskan kerana menolak mafsadah yang sangat besar; bimbang negara jatuh ke tangan musuh Islam.

Walaupun ada pengalaman lepas menunjukkan demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada Islam, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. Jadikan faktor-faktor penggulingan FIS di Algeria dan IM di Mesir sebagai panduan untuk kita berjaga-jaga.

Kepada jemaah-jemaah Islam lain. Jalankanlah operasi jemaah anda seperti biasa. Kami tidak menghalang. Bahkan dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah, pasti kami sokong. Cuma minta sedikit kompromi, benarkanlah ahli anda mengundi. Mintalah mereka berdaftar.

Urusan melantik pemimpin bukan sekadar urusan dunia. Ia bakal dipersoal di hari akhirat kelak. Jika ditakdirkan dengan sebab kita tidak mengundi maka kemenangan berpihak kepada musuh Islam, lalu dasar-dasar negara yang menjamin urusan agama ini dihapuskan olehnya, maka menjawablah kita di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya tiada satu pun perkara yang akan terlepas dari hisab Allah walau sebesar zarah.

Allah berfirman kepada semua orang beriman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya). [An-Nisa:58]

Wajib menjalankan perintah tuhan melantik pemimpin yang akan menggalas amanah kepada yang benar-benar layak. Jika wajib, maka apa hukum meninggalkannya? Apakah amanah terbesar selain dari kuasa pemerintahan.

Yang mahu meneruskan agenda dakwah fardi, teruskan. Ia amat baik sekali. Yang berjuang menegakkan khilafah, teruskan. Kami juga berkongsi cita-cita yang sama. Yang mengambil pendekatan zikir dan pembersihan jiwa, tafaddol. Anda memiliki peranan tersendiri. Namun tolonglah hanya untuk sekali seumur hidup berdaftar sebagai pengundi dan sekali untuk setiap 4-5 tahun untuk keluar mengundi. Kerja-kerja politik selain itu serahkan sahaja pada kami.

Menolak politik dan pemerintahan bakal menyebabkan agama kita makin lemah. Sabda Rasulullah SAW:

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة
Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang. (HR Ahmad)

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum suku ketiga daftar pemilih ditutup. Jika ditakdir bulan Mac berlaku pilihan raya, maka mereka yang tidak mendaftar sebelum 1 Oktober tidak boleh mengundi.

Dengan bacaan politik hari ini, sangat besar kemungkinan untuk pilihan raya berlaku pada bulan tersebut. Ini kerana situasi kini adalah paling selesa buat pemerintah.

Usah bercakap soal kos sara hidup, soal ketelusan undang-undang, pendidikan, keamanan, ekonomi dan sebagainya tapi diri tidak berdaftar. Buat malu sahaja.

Saya merayu. – HARAKAHDAILY 28/9/2016

Sumber HD - 28-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Demi Jaga Kredibiliti SPR, Pengerusinya Mesti Jelas Secara Profesional Cadangan Persempanan
Posted on Wednesday, September 21 @ 17:21:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31760



SHAH ALAM - Pas mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memberi justifikasi cadangan persempadanan semula yang menerima bantahan daripada pelbagai parti politik di negara ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penjelasan itu perlu demi menjaga nama baik SPR yang berfungsi sebagai pengadil ketika pilihan raya.

“Persempadanan semula sentiasa akan mewujudkan kontroversi kerana ia dilihat sebagai senjata pihak pemerintah untuk kekal berkuasa.

“Syor persempadanan semula ini telah mendapat kritikan pelbagai pihak. Pas mendesak Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah tampil memberikan justifikasi mengapa cadangan persempadanan semula berupa sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bermula Khamis lalu, SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah.

Menurut Tuan Ibrahim, Mohd Hashim perlu menjawab segala persoalan yang berbangkit bagi menjelaskan segala kekeliruan.

“Apa kriteria-kriteria yang menentukan sesuatu kawasan dibahagi sebegitu rupa? Sehingga ada 13 kawasan yang mempunyai jumlah pengundi 100,000 dan ada kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang sangat kecil.

“Apakah formula SPR di sebalik persempadanan semula ini? Apakah SPR mengambil kira keserataan nilai keberkesanan satu undi ketika membuat persempadanan semula?

“Apakah justifikasi beberapa nama kawasan Parlimen ditukar? Apakah keperluannya?,” katanya.
SPR bercadang mengesyorkan tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dun namun bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dun dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu.

Bagi Sabah pula, SPR mengesyorkan supaya jumlah kerusi Dun ditambah sebanyak 13 bahagian berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 73 kerusi Dun selain mencadangkan pindaan serta perubahan nama.

Pihak yang dibenarkan membuat bantahan adalah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian pilihan raya yang berkaitan dengan syor itu serta seratus atau lebih orang yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.

Representasi bantahan itu mesti sampai kepada SPR dalam masa sebulan bermula dari 15 September hingga 14 Oktober ini.

Sumber TKO - 21-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPR Masih kekal Dan Rela Jadi ‘Kuda Tunggangan’ Barisan Nasional












http://www.buletinonline.net/v7/index.php/spr-masih-kekal-dan-rela-jadi-kuda-tunggangan-barisan-nasional/

Oleh : Sheikh Hanafi A. Aziz

Merujuk kepada Kajian Semula persempadanan bagi dun dan parlimen di seluruh Malaysia beserta dengan cadangan yang mula dipamerkan Khamis tempohari, amat mendukacitakan rakyat jelata. Ia menyerlahkan betapa SPR sangat tidak berintegriti. Masih kekal dan rela menjadi barua dan kuda tunggangan Barisan Nasional untuk terus berkuasa.

Penerapan praktis ‘Gerrymandering’ yang sangat tidak bermoral dan licik melalui cadangan ini merupakan penyalahgunaan kuasa dan ‘perogolan’ terhadap konsep kebebasan memilih dan bercanggah dengan aspirasi semasa sebahagian besar rakyat.


Alangkah malangnya tatkala sebahagian besar negara-negara dunia ketiga mulai melaksanakan transformasi dan reformasi sistem pilihanraya mereka. SPR masih sanggup menjadi ‘perkakas’ sang penguasa untuk terus berada di era kegelapan dan terus memilih untuk mencabul sistem pilihanraya negara.

Asas asas seperti rasionaliti jumlah pemilih, keluasan, sempadan pentadbiran dan kebolehupayaan khidmat wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun) kepada pengundi yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama SPR dalam merangka cadangan bagi kajian ini lenyap sama sekali kerana sanggup memuaskan serakah nafsu pemerintah. Justeru kita melihat terdapat banyak cadangan tersebut langsung tidak munasabah bahkan seolah olah disiapkan oleh jawatankuasa pilihanraya BN dan SPR hanya menjadi ‘rubber stamp’ sahaja.

Kendati pun ada masa dan ruangan untuk dibantah cadangan tersebut, namun melihatkan sejarah lampau SPR yang tanpa malu menjadi jentera simpanan pilihanraya BN, kita bimbang ianya hanya sekadar melengkapkan prosedur semata, lebih lebih lagi cadangan ini hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen untuk diwartakan.

Mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) saya memberi amaran kepada SPR supaya insaf dan menghentikan pencabulan ini, jika tidak kami akan pastikan amarah pemilih dizahirkan dengan bantahan besar-besaran di seluruh negeri Terengganu.


Kami berlapang dada menerima kekalahan dalam pilihanraya jika ia sememangnya kehendak sebenar pengundi, namun kami sekali-kali tidak akan redha dan tunduk jika sekiranya ianya adalah penyelewangan yang kamu menjadi dalangnya.

Kepada seluruh warga pemilih Terengganu khususnya kalangan pemuda bersiap siagalah untuk bangkit membantah penyelewangan dan salahguna kuasa ini, cukuplah untuk sekian kalinya memilih untuk sekadar berdiam diri atau leteran di kedai kopi sahaja. Membujur lalu melintang patah, pemuda akan terus maju takkan sekali menyerah.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya : “Dan jangan sekali kali kamu merasa lemah dalam mengejar musuhmu ( untuk mengalahkan mereka), jika sekiranya kamu menderita (tatkala bertembung dengan mereka), mereka juga mengalami penderitaan yang sama, (namun apa yang membezakan kamu dan mereka adalah) kamu meletakkan harapan kepada Allah sedangkan mereka tidak, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

***USTAZ SHEIKH HANAFI A.AZIZ IALAH Pengarah Jabatan Pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

Sumber BO - 20-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan tukar sempadan p'raya di semua kerusi parlimen KL, T'ganu
Posted on Thursday, September 15 @ 15:18:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31667



Sempadan pilihan raya untuk kesemua 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur akan bertukar, berdasarkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Terengganu menyaksikan cadangan kesemua lapan kerusi diubah, sementara Johor menjadi negeri paling banyak perubahan dicadangkan, iaitu di 21 daripada 26 kerusi.

Ini diikuti Selangor (18 daripada 22 kerusi terjejas) dan Perak (17 daripada 24 kerusi terjejas).

Untuk Sabah, perubahan dicadangkan untuk 15 daripada 35 kerusi parlimen.

Tiada perubahan untuk Perlis, Putrajaya dan Labuan.

Maklumat ini berdasarkan notis SPR di akhbar-akhbar utama hari ini, yang disiarkan bawah Seksyen 4, Bahagian II, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Antara lain, ia menyenaraikan jumlah pemilih dicadangkan setiap kawasan, perubahan nama dan sama ada sempadan kawasannya diubah.

Orang awam boleh menyemak dan membuat bantahan terhadap cadangan itu sehingga tamat waktu bekerja pada 14 Ogos depan.

Tiada peta dimuatkan dalam notis itu.

Bawah cadangan itu, keseluruhan 12 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dicadangkan ditukar nama.

Perubahan paling banyak dicadangkan di Selangor di lima parlimen dan enam DUN.

Sebagai contoh, kerusi Subang yang disandang oleh PKR akan ditukar nama kepada Sungai Buloh manakala Kelana Jaya (juga PKR) dicadang ditukar kepada Subang. 


Sumber TKO - 15-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































PAS lapor SPR, dakwa AMANAH guna logo ubah suai
Posted on Monday, June 13 @ 15:24:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KUALA KANGSAR: PAS akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang ini kerana mendapati AMANAH melanggar peraturan pilihan raya berhubung warna benderanya.

Pegawai Perundangan PAS Parlimen Kuala Kangsar Mohd Zamri Ibrahim berkata warna bendera yang digantung AMANAH di Kuala Kangsar berbeza dengan warna yang terdapat dalam laman web SPR.

“Saya dihubungi wakil calon PAS, Ali Juhari Ahmad berhubung perkara ini. Jika disemak dalam laman web SPR, logo mereka berwarna oren dan latar belakang putih. Tetapi pada bendera yang digantung, ia terbalik.

“Maka kami bertemu dengan pegawai pilihan raya SPR bagi PRK Kuala Kangsar dan beliau meminta kita membuat laporan rasmi berhubung kesalahan ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata tindakan tersebut tidak berniat untuk menganiaya mana-mana pihak, sebaliknya hanya mahukan penjelasan SPR.


“Tataetika pilihan raya tidak menyebut sama ada parti politik boleh mengubah logo atau tidak. Kita cuma mahu tanya kepada SPR.

“Ini boleh menjadi rujukan dan duluan yang baik. Jika tidak mana-mana parti atau calon boleh akan mengubahsuai logo mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau memetik kes pada PRU lalu apabila mendakwa calon bebas bagi Parlimen Ipoh Barat menggunakan logo kuda berbeza dengan yang ditetapkan SPR, dan akhirnya diarahkan menurunkan logonya.

Beliau berkata, perbezaan tersebut hanya pada bendera parti, manakala logo di papan tanda dan poster masih menggunakan warna yang sama dengan logo rasmi.

“Saya pun tidak pasti mengapa ada dua versi yang berbeza,” katanya.

Sumber TKO - 13-6-2016

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar 18 Jun

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan demikian, sebentar tadi.
Menurutnya, pengundian awal diadakan pada 14 Jun.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 lalu, Noriah memperolehi 18.695 undi sementara calon PAS, Mohamed Salleh M Husin mendapat 18,296 undi. Manakala Mohammad Khair-il Anuar memperolehi 14,218 undi sementara calon PAS, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mendapat 13.136 undi dan calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim mengutip 447 undi.

Sumber HD - 13-5-2016



















































SPR bincang PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar 13 Mei

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membincangkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada mesyuarat khas, 13 Mei ini.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 6 petang semalam.

"Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil tersebut," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 lalu, Noriah memperolehi 18.695 undi sementara calon PAS, Mohamed Salleh M Husin mendapat 18,296 undi. Manakala Mohammad Khair-il Anuar memperolehi 14,218 undi sementara calon PAS, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mendapat 13.136 undi dan calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim mengutip 447 undi.

Pada Ahad lalu, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. - HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016



Sepanjang tujuh tahun saya diugut, difitnah

Posted on Saturday, January 23 @ 23:31:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA - Difitnah dan diugut adalah antara liku-liku yang perlu ditempuhi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sepanjang lebih tujuh tahun menerajui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Esok, genaplah usia 66 tahun Abdul Aziz dan secara automatik beliau menamatkan khidmatnya sebagai Pengerusi SPR, badan yang mengelolakan dan mengendalikan urusan pilihan raya di Malaysia.

Meskipun kerjaya itu antara pengalaman paling manis untuknya, namun Abdul Aziz terkilan dan sedih dengan fitnah serta tuduhan yang dilemparkan terhadap SPR apatah lagi ia dipercayai rakyat Malaysia.

Menurutnya, fitnah yang paling beliau ingati adalah apabila SPR dituduh sengaja memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi dan membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

"Saya sangat kecewa apabila rakyat mempercayai tuduhan itu," katanya yang sentiasa berhemah ketika bertutur dan memiliki sifat kebapaan apabila didekati, dalam temubual bersama Bernama sempena persaraannya.

Beliau menegaskan bahawa SPR adalah institusi bebas dan tidak menerima arahan daripada mana-mana pihak.

"Malangnya, persepsi negatif sudah dibentuk dan sudah melekat di fikiran mereka bahawa SPR tidak boleh dipercayai sekaligus menjadikan saya sebagai sasaran," katanya.

Katanya, mengurus persepsi masyarakat terhadap SPR adalah antara cabaran terbesar yang dihadapinya sepanjang menerajui badan itu, selain mengendalikan 26 pilihan raya kecil di seluruh negara.

Abdul Aziz turut mendedahkan beliau pernah mendapat ugutan bunuh selain menerima bungkusan berisi kepala ayam yang dihantar ke pejabatnya.

Beliau juga pernah diugut bahawa kuburnya beserta keranda yang diletakkan patung beliau sudah disediakan di Presint 20, Putrajaya.

Meskipun diugut sedemikian, Abdul Aziz tidak gentar malah sentiasa berlapang dada menjalankan tugasnya kerana berpegang pada kata-kata 'ajal maut di tangan Allah'.

Dalam melaksanakan pembaharuan terhadap proses pilihan raya negara, Abdul Aziz berkata beliau mengamalkan prinsip terbuka dengan mendengar dan melihat cadangan daripada semua pihak termasuk parti politik, badan bukan kerajaan dan individu.

Terdapat 17 pembaharuan yang dilakukan sepanjang perkhidmatannya bersama SPR antaranya penggunaan dakwat kekal, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara dan petugas media mengundi secara pos, menjalankan pengundian awal bagi polis dan tentera, menambah baik proses penamaan calon, memanjangkan tempoh kempen, membersihkan daftar pemilih dan penggunaan pen bagi menggantikan pensel untuk memangkah kertas undi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, masih terdapat beberapa pembaharuan yang tidak dapat dilaksanakan kerana melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang pastinya memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

"Antaranya berkaitan pendaftaran pengundi secara automatik apabila genap usia 21 tahun dan tinjauan yang dilakukan SPR mendapati ia sukar dilakukan kerana
komposisi Dewan Rakyat.

"Tidak semua saya dapat laksanakan dalam tempoh tujuh tahun ini, tetapi pada masa akan datang jika keadaan mengizinkan mungkin perkara seperti itu dapat dilaksanakan," katanya.

Abdul Aziz berkata sistem pilihan raya di negara ini telah melalui pelbagai transformasi dan diiktiraf sebagai antara sistem terbaik di dunia oleh pemerhati luar negara.

"Jumlah yang keluar mengundi antara yang tertinggi dalam dunia dengan purata 80 peratus, proses pengiraan undi berjalan dengan baik dan boleh dilihat oleh wakil calon dan parti, keputusan pilihan raya kita pantas dan jika tidak berpuas hati boleh buat petisyen di mahkamah," jelasnya.

Pada masa akan datang, Abdul Aziz berharap beberapa pembaharuan boleh dilakukan antaranya proses pendaftaran calon secara atas talian bagi mengelakkan ketegangan antara penyokong parti politik di pusat penamaan calon.

"Yang bertanding seorang, yang datang 5,000 hingga 10,000 orang. Apabila halang mereka kata biarlah sekali-sekala meriah. Kalau meriah tak apa, tetapi berkelahi yang tidak bagus," katanya.

Abdul Aziz berharap kempen dapat dihentikan pada hari pengundian agar pengundi dapat membuat pilihan dengan tenang.

Selain itu, beliau turut berharap kesedaran dalam kalangan rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih terus meningkat.


  "Ada empat juta orang yang layak tetapi belum mendaftar. Begitu mudah untuk mendaftar sekarang jadi kalau boleh rakyat Malaysia beramai-ramai mendaftar," katanya.- Bernama

Sumber TKO - 23-1-2016



















































SPR sedia bila-bila masa hadapi pilihan raya Sarawak



















































BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada bila-bila masa mengikut tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diumumkan kelak, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata PRN Sarawak adalah cabaran pertama yang akan dihadapinya sebagai pengerusi baharu SPR bermula 24 Jan ini dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan baik menerusi kekuatan para pegawai SPR yang berpengalaman dan sumber rujukan sedia ada.
  
"Ini bukan kali pertama SPR mengadakan pilihan raya, sudah lama kita melaksanakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
  
"Jadi saya rasa tiada masalah. Kita akan aturkan kerja untuk PRN Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menerima nota serah tugas sebagai Pengerusi SPR daripada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu majlis perpisahan di Ibu Pejabat SPR, di sini hari ini.
  
Ditanya mengenai perbelanjaan besar yang diperuntukkan oleh SPR bagi PRN Sarawak, beliau berkata ia berikutan kenaikan kos logistik.
  
Mohd Hashim berkata perbandingan tidak sepatutnya dibuat antara kos perbelanjaan bagi PRN Sarawak kali ini dengan kos pada lima tahun lepas kerana peredaran masa dan peningkatan harga barangan.
  
"Tempatnya sama, tetapi sewa kenderaan mungkin naik, sewa helikopter naik, makan minum pun naik, itu yang menyebabkan kos itu naik," katanya sambil menambah ia bukanlah peningkatan yang melampau.
  
Sebelum ini, Abdul Aziz berkata PRN Sarawak dijangka menelan belanja sebanyak RM181 juta, lebih dua kali ganda kos perbelanjaan pada 2011 iaitu sebanyak RM78 juta.
  
Selain kos logistik, Abdul Aziz berkata peningkatan itu juga berikutan jumlah kawasan mengundi yang lebih besar dengan mencatatkan penambahan daripada 71 kepada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Bernama

Sumber HD - 22-1-2016

Mohd Hashim Abdullah dilantik Pengerusi SPR

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai pengerusi baharu badan itu berkuat kuasa Ahad ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata Mohd Hashim, 62, akan menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang tamat tempoh perkhidmatan setelah mencapai usia 66 tahun pada Sabtu ini, seperti termaktub dalam Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Mohd Hashim mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan Tan Sri Abdul Aziz sebagai Pengerusi SPR selama tujuh tahun dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Mohd Hashim yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Okt 1954 memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya dalam kerajaan pada 2 April 1980 sebagai Pegawai Tadbir, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau bersara wajib pada 31 Ogos, 2014 sebelum dilantik sebagai timbalan pengerusi SPR pada 5 Sept 2014. - Bernama

Sumber HD - 20-1-2016


Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Posted on Wednesday, December 16 @ 13:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.


Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.


Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".

Sumber TKO - 16-12-2015





















































SPR Mula Kajian Persempadanan Semula Parlimen Dan DUN

Posted on Tuesday, December 01 @ 17:02:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran sebagai persiapan awal untuk memulakan kajian urusan persempadanan semula bahagian-bahagian Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerja-kerja tersebut membabitkan pengumpulan maklumat pembangunan, pertambahan penduduk dan bilangan pengundi semasa.

“(Kerja-kerja itu) seterusnya menyediakan draf laporan awal urusan persempadanan sebelum cadangan persempadanan SPR dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) yang ingin tahu setakat manakah persediaan yang dilakukan SPR bagi proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Menyentuh mengenai negeri Sarawak, Azalina memaklumkan bahawa kajian telah selesai dilaksanakan apabila laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Ogos lepas.

“Tarikh tersebut juga diwartakan sebagai tamatnya tempoh urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak,” katanya.

Sumber TKO - 1-12-2015

Persempadanan: Tindakan licik SPR dikesali























































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan licik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tergesa-gesa menyerahkan laporan persempadanan semula Sarawak kepada Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu, tindakan SPR itu telah menggagalkan usaha mencabar persempadanan tersebut, yang ketika itu baru sahaja diputuskan di peringkat Mahkamah Rayuan.

"Perbuatan tidak sabar-sabar SPR, yang tidak sempat menanti rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan telah mengagalkan proses keadilan.

 "Malah secara langsung turut menghina proses mahkamah apabila proses undang-undang yang sedang berjalan di peringkat rayuan dipintas oleh kepentingan politik," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan notis SPR berkaitan cadangan persempadanan semula bagi kawasan pilihan raya di Sarawak dikekalkan.

SPR sebelum ini memohon untuk mewujudkan 11 kawasan pilihan raya baharu di Sarawak, meningkatkannya daripada 71 sekarang kepada 82.

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak dan seorang pengundi berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas memutuskan perkara itu bersifat akademik.

"Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengecam perbuatan jahat SPR, yang jelas begitu beriya mahu supaya persempadan semula tersebut dibentangkan dalam sidang Parlimen yang bakal bermula minggu hadapan, walaupun keputusan rayuan masih dalam proses.

"Ini turut memberi isyarat jelas bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin akan diadakan dalam masa terdekat, demi memberikan legitimasi atau keabsahan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak yang dilihat sedang dirundung seribu satu masalah termasuklah skandal ‘derma’ RM2.6 bilion ke akaun peribadinya dan juga skandal hutang 1MDB," jelas jawatankuasa itu lagi.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 turut melahirklan kekecewaan dengan sikap SPR yang telah menggunakan taktik yang begitu licik untuk menggagalkan tindakan sah mencabar persempadanan semula oleh Adun Batu Lintang See Chee How dan pengundi Ulu Baram Pauls Baya.

Menurut jawatankuasa itu lagi, Bersih 2.0 tidak akan berdiam diri dan tetap komited untuk melawan apa sahaja cubaan penipuan dan memperjuangkan integriti pilihan raya, terutamanya dalam hal persempadanan semula di seluruh negara yang melibatkan pembahagian tidak adil (malapportionment) dan ‘gerrymandering’. – HARAKAHDAILY 15/10/2015

Sumber HD - 15-10-2015

SPR perlu kuasa untuk audit akaun parti politik

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar diberi kuasa untuk melakukan audit terhadap akaun parti politik dan perbelanjaan calon yang bertanding semasa pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata ketika ini SPR hanya dipertanggungjawabkan untuk menerima laporan perbelanjaan selepas sesuatu pilihan raya selesai.

"SPR buat masa ini tiada kuasa audit kita cuma terima laporan sahaja itupun hanya perbelanjaan sepanjang tempoh rasmi kempen.

"Laporan itu pula hanya dalam bentuk mengemukakan resit, bil menunjukkan calon berbelanja mengikut yang ditetapkan iaitu RM200,000 untuk Parlimen dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari ulang tahun ke-58 penubuhan SPR sini Jumaat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata walaupun SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengaudit, namun terdapat pihak lain bertanggungjawab berbuat demikian antaranya Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bertanggungjawab untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam pertandingan.

Ketika ditanya mengenai pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Abdul Aziz berkata SPR sedia untuk menyertai jawatankuasa itu sekiranya dipelawa menjadi sebahagian daripada anggota.

"Jika dipelawa, kami akan menyertainya, tapi kalau tak, ia bukanlah kemestian untuk turut serta, mereka (jawatankuasa) boleh hubungi kita kalau ada keperluan," katanya.

Menurut Abdul Aziz pembentukan jawatankuasa khas itu juga satu tindakan baik kerana ia dapat mengelak mana-mana parti politik daripada sebarang tohmahan tidak berasas.

Penubuhan JKNMPP diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos bagi merangka pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif untuk dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi SPR itu juga berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pihak Bersih selagi ia mematuhi undang-undang.

"Dia demonstrasi ada apa? Kami tidak mahu pemerhati tidak bebas. Fikirkan, kenyataan mereka, tindakan mereka, adakah mereka bebas?" soal Abdul Aziz. - Bernama

Sumber HD - 4-9-2015













































Persempadanan: SPR akan teliti keputusan mahkamah















































BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti secara terperinci keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung arahan agar mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata buat masa ini pihak SPR belum menerima pemakluman rasmi mengenai perkara itu dan hanya mengetahui tentangnya melalui media massa.

"Kami akan tengok butiran keputusan mahkamah pada Isnin sebabnya kami hanya mendengar melalui media sahaja.

"Apa-apa hal kami akan buat kenyataan pada Isnin selepas kami dapat maklumat," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Yew Jen Kie mengarahkan SPR agar mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana hakim mendapati terdapat kekurangan maklumat penting dalam notis bertarikh 5 Jan bagi orang ramai yang terlibat untuk membuat keputusan.

SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Jan lepas hingga 4 Feb di beberapa tempat di negeri itu.

Berikutan keputusan mahkamah itu bermakna SPR harus mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak. - Bernama

Sumber HD - 16-5-2015

SPR terima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Rompin

| .




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi kawasan Parlimen Rompin daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehubungan itu suruhanjaya berkenaan akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat khas itu adalah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa dan menentukan daftar pemilih yang akan diguna pada PRK Parlimen Rompin," katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz menjelaskan SPR perlu mengadakan mesyuarat khas jika berlaku kekosongan kerusi sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari dari tarikh penerimaan notis pemberitahuan kekosongan sesuatu kerusi.

"Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan," katanya.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.

Selain Jamaluddin, tragedi itu turut mengorbankan lima yang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford William Fournier Jr, pembantu operasi Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. - Bernama

Sumber HD - 7-4-2015


SPR MESTI LANTIK SEMULA PEMBANTU PENDAFTAR - BERSIH 2.0



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34162-spr-mesti-lantik-semula-pembantu-pendaftar

Sumber HD - 4-3-2015


STATUS KERUSI PERMATANG PAUH SELEPAS 24 FEB - SPR


TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF - PENGERUSI SPR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33937-status-kerusi-permatang-pauh-selepas-24-feb-spr

Sumber HD - 18-2-2015


SPR MESYUARAT BINCANG PRK DUN CHEMPAKA RABU INI - SU SPR


DATUK ABDUL GHANI SALLEH - SETIAUSAHA SPR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33901-spr-mesyuarat-bincang-prk-dun-chempaka-rabu-ini

Sumber HD - 16-2-2015














































SPR dedahkan wajah sebenar?


Posted on Wednesday, January 07 @ 23:21:50 MYT by paktam

Oleh Aziz Bari
Tahap integriti dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah lama diragui. Pengakuan bekas Pengerusi SPR yang kini Naib Presiden Perkasa, Tan Sri Rashid A Rahman bahawa beliau adalah penyokong BN ternyata mengesahkan keraguan itu.

Rashid seperti tidak memiliki rasa malu apabila membuat pengakuan itu ketika berucap dalam satu perhimpunan pro-Umno 14 Desember lalu


Namun sedikit menarik apabila beliau juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “berbohong” kepada orang Melayu.

Apa-apa pun, itu bukanlah kali pertama seorang ketua badan – yang tugasnya menurut Perlembagaan termasuk mengendalikan pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih - dilihat condong ke arah parti pemerintah. Tidak lama dahulu, pengganti Rashid yang kini pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof didapati termasuk dalam senarai nama ahli Umno.

Melihat dua insiden ini, saya tidaklah terkejut sangat apabila salah seorang Ketua SPR negeri secara tertutup mengatakan perlunya menambahkan kerusi, kononnya demi “kepentingan politik Melayu-Muslim”. Beliau juga menyifatkan sukar untuk “kita” merampas kembali Selangor dan Pulau Pinang. Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap berat sebelah kepada Umno-BN.

Untuk rekod, Rashid adalah Setiausaha SPRsejak 1979. Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau dilantik menjadi Pengerusi SPR dan berkhidmat sejak 2000 hingga 2008. Sepanjang perkhidmatannya, Rashid telah mengendalikan enam pilihan raya umum dan tiga persempadanan semula; pada tahun 1984, 1994 dan 2003.

Sebelum membuat pengakuan itu, Rashid sudah beberapa kali secara terbuka mengisytiharkan bahawa beliau tahu bagaimana untuk “menjadikan Melayu (baca: Umno) kekal berkuasa”. Beliau juga mendakwa dirinya “memperjuangkan hak Melayu dan memastikan Melayu kekal memegang 
kuasa politik”.

Jelas, kesemua kenyataan ini cukup untuk menjelaskan mengapa Rashid kini menjadi pimpinan tertinggi sebuat organisasi sayap kanan. Atau boleh jadi itulah dirinya yang sebenar.

Sama seperti bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad – yang juga aktif dalam Perkasa – pandangan mereka yang condong terhadap Umno membangkitkan keraguan ke atas institusi yang mereka ketuai dahulu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, mengapa dan bagaimana Umno-BN mampu kekal berkuasa sejak Kemerdekaan pada 1957.

Beberapa hari selepas pengakuan Rashid, penggantinya Abdul Aziz menolak permintaan beberapa pihak untuk berbincang soal persempadanan semula yang akan dilakukan.

Dalam satu laporan 18 Desember lalu, Abdul Aziz berkata, SPR tidak perlu mendengar suara pihak seperti NGO Bersih. Katanya, suruhanjaya itu hanya perlu bertemu dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Perlu disebut bahawa Bersih sebelum ini mengatakan yang SPR tidak memiliki kuasa untuk memutuskan penambahan kerusi secara sendiri; seperti yang sering terjadi sebelum ini.

Namun di sebalik kenyataan Abdul Aziz itu, SPR negeri tetap enggan bertemu dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili kerajaan negeri dalam soal itu. Tiga MP tersebut adalah Sim Tze Tzin (PKR), Ng Wei Aik (DAP) dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS).

Maka, jelas bahawa SPR bertindak secara tidak konsisten. Malah, mengapa SPR enggan melaksanakan kuasa dan mengehadkan peranan mereka juga kekal misteri. Bukanlah susah sangat untuk memahami bahawa bagi memastikan persempadanan itu berjalan dengan telus dan adil, SPR Pulau Pinang patut melaksanakan komitmen yang dinyatakan Pengerusinya itu.

Punca mengapa SPR menafikan wakil kerajaan Pulau Pinang juga tidak jelas. Apa yang nyata, tindakan itu merugikan SPR sendiri dalam usaha meyakinkan pihak berkepentingan bahawa ia adalah badan yang bebas dan tidak berpihak.

Melalui Artikel 114(2), Perlembagaan menggariskan perlunya suruhanjaya pilihanraya yang berkredibiliti dan bebas. Ia turut menyatakan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam memastikan soal itu. Perlembagaan juga melibatkan Majlis Raja-raja dalam proses tersebut, walaupun hanya dengan kapasiti penasihat.

Ramai yang mengatakan, Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu bertindak di bawah nasihat Perdana Menteri dalam soal ini. Ini kerana jelas bahawa PM turut terlibat dalam pilihanraya.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong digalaskan dengan tugas tersebut, ia tidak sepatutnya berhenti setakat itu sahaja. Selepas dilantik, suruhanjaya perlu mengambil inisiatif untuk menunjukkan serta membuktikan kebebasannya.

Inilah sebabnya mengapa Perlembagaan memperuntukkan beberapa perlindungan, bagi memastikan anggota suruhanjaya tidak menerima sebarang ancaman atau ugutan. Ia termasuk perlindungan daripada dipecat begitu sahaja, dan juga peruntukan berhubung ganjaran kepada mereka.
Kita boleh mengatakan bahawa berdasarkan peruntukan ini, tindakan SPR yang menolak untuk bertemu dengan Bersih adalah bertentangan dengan tugas perlembagaannya.

Walau apa-apa pun, sikap SPR yang menuruti Umno-BN dan menolak banyak cadangan daripada pembangkang sudah menjadi satu rahsia umum.

Walaupun ketika SPR menerima cadangan mereka – seperti penggunaan dakwat kekal – pelaksanaannya dipenuhi pelbagai masalah.

Amat jelas bahawa SPR – di sebalik tapak dan mekanisme yang diperuntukkan Perlembagaan – memilih untuk menjadi rapat dengan satu pihak, bukannya menjadi sebuah institusi Perlembagaan yang benar-benar berkhidmat untuk demokrasi dan kesaksamaan.-bm.theantdaily.com

Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas pensyarah undang-undang UIA dan kini mengajar di Unisel. Beliau juga merupakan Felo Kanan di badan pemikir IDEAS.

Sumber DD -  7-1-2015

Banjir: Notis kajian semula persempadanan ditunda

ROHANI MOHD IBRAHIM | .


PUTRAJAYA: Notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pada awalnya dirancang untuk diwartakan bulan ini, ditunda tahun depan berikutan banjir yang melanda beberapa negeri pada masa ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, notis berkenaan tidak dapat diwartakan bulan ini kerana pengundi di kawasan yang dilanda banjir akan menghadapi masalah untuk melihat notis tersebut yang dipamer di pejabat-pejabat SPR seluruh negara.

"Saya tengok sekarang ini banjir di beberapa tempat. Tindakan mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan pada masa ini boleh mengakibatkan SPR dituduh sebagai tidak berlaku adil kepada pengundi yang menjadi mangsa banjir.

"Jadi SPR kena pilih tarikh yang sesuai untuk mewartakan notis itu. Bagaimanapun kenyataan media akan dikeluarkan berhubung perkara ini pada waktu yang sesuai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.

Laporan Bernama bulan lalu menyebut SPR dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun menjelang akhir tahun ini.

Jelas Abdul Aziz, pada masa ini hanya Notis Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri Sarawak yang sudah disiapkan dan ia sudah dipamer di negeri itu.

"SPR beri keutamaan kepada Sarawak kerana Sarawak telah meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota Dun," katanya.

Bulan lepas media melaporkan Persidangan Dun Sarawak meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota Dun daripada 71 ketika ini sekali gus menjadikan keseluruhan 82 kerusi Dun bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ditanya mengenai beberapa pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan pandangan kepada SPR berhubung kajian persempadan semula, beliau berkata, SPR melaksanakan proses persempadanan semula mengikut perlembagaan dan tidak berbuat sesuka hati.

"SPR juga tidak boleh mendengar cakap-cakap pihak tertentu," katanya.

Kajian semula Persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003.

Persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.

Sebelum mewartakan notis berkenaan, SPR perlu memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.

Apabila notis berkenaan diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit.

Laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai. - Bernama

Sumber HD - 22-12-2014













































Wanita juga wajar cakna persempadanan semula

ADEEBA ADNI | .


WANITA Malaysia digesa untuk menyemak dengan teliti segala yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan persempadanan semula. Hal ini kerana ia akan memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan wanita Malaysia dalam semua aspek dan ruang lingkup kehidupannya secara individu, berkeluarga, berkelompok dan bermasyarakat. Bahkan menentukan masa depannya dan negaranya.

Tidakkah itu sesuatu yang mewajarkan wanita Malaysia untuk memberi keutamaan dalam meneliti langkah-langkah persempadanan semula yang bakal diambil oleh SPR sedikit masa lagi?

Apakah maksud persempadanan semula?

Ia adalah pengolahan semula kawasan-kawasan pilihan raya di Malaysia di peringkat Parlimen dan Dewan Negeri. Kini jumlah bilangan kerusi Parlimen ialah 222 dan Dewan Negeri di semua negeri ialah 576. Tambahan bilangan kerusi sejak pilihan raya pertama:

Dalam persempadanan semula, bilangan dan jumlah kerusi-kerusi di atas boleh berubah – kebiasaannya ditambah. Yang perlu dipastikan ialah bagaimanakah cara atau kaedah SPR mengolah semula sempadan-sempadan kawasan pilihan raya tersebut.

Adakah ia akan diolah untuk mencapai sesuatu matlamat? Umpamanya, supaya keberhasilan atau keputusan pilihan raya akan datang akan berpihak kepada Umno-BN?

Adakah itu suatu asas yang adil dan bermoral dalam kaedah persempadanan semula SPR? Persempadanan semula itu dibolehkan oleh kuasa yang diberikan dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 113 (2) (ii).

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, proses pembuatan sesuatu keputusan itu adalah juga wajib diutamakan sebelum sesuatu keputusan itu dicapai. Di dalam sesebuah rumahtangga sekalipun, keputusan mengenai sesuatu isu itu sebaiknya disepakati bersama. Kesepakatan itu adalah berlandaskan prinsip musyawarah atau syura atau “collective decision making”.

Prinsip tersebut merupakan antara ciri sistem pemerintahan demokrasi yang berlawanan dengan kediktatoran atau fasis, yang memaksa keputusan-keputusan dipatuhi, tanpa sebarang pertimbangan dalam soal keadilan, kesaksamaan dan moral. Tentunya paksaan akan menatijahkan protes. Prinsip syura itu adalah suatu proses menuju keharmonian dalam masyarakat, dan memberi implikasi bahawa pertanggungjawaban digalas oleh rakyat dan pemimpin bersama-sama.

Lebih-lebih lagi dalam perkara sepenting persempadanan semula oleh SPR – tentu ia perlu menjalani suatu proses yang telus ke arah mencapai suatu keputusan yang adil, saksama, seimbang dan berintegriti tentang sempadan-sempadan baru kawasan-kawasan pilihan raya. SPR perlu bersikap telus dan terbuka terhadap golongan yang berkepentingan (stakeholders) agar persempadanan semula itu suatu yang menepati aras, ukuran atau piawaian antarabangsa dan berintegriti sepenuhnya. Supaya nanti keputusan pilihan raya benar-benar mempamerkan perwakilan rakyat secara adil dan saksama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Parlimen Kapar di Selangor, pengundinya ialah seramai 144,159. Parlimen Putrajaya hanya mempunyai jumlah pengundi kira-kira 15,798. Itu adalah satu contoh ketidakseimbangan ciri kerusi-kerusi Parlimen di Malaysia. Sangat tidak munasabah, tidak seimbang dan tidak adil.

Rakyat perlu diwakili oleh wakil rakyat secukupnya mengikut jumlah bilangan pengundi di sesuatu kawasan.

Dalam era perkembangan teknologi yang pesat, status dan situasi geografi tidak sukar diurus oleh wakil-wakil rakyat. Seperti di Australia, sebuah negara maju dan contoh dalam persempadanan kawasan-kawasan pilihan raya, West Australia dengan keluasan keseluruhannya ialah 2,529,875 km2, diwakili oleh hanya lima belas (15) orang wakil rakyat. Ia mempunyai dua kerusi bertaraf luar bandar, iaitu O’Connor dan Durack, selebihnya tertumpu di kawasan bandar, termasuk Perth (9 kerusi) dan di luar Perth (4 kerusi).

Australia hanya mempunyai 150 kerusi Parlimen berbanding Malaysia, 222.

Justru, mengapa wanita mesti mengambil berat tentang tindakan persempadanan semula yang akan dilakukan oleh SPR?

Untuk itu, perlu diketahui terlebih dahulu apakah perkara yang penting pada pandangan wanita Malaysia?

Beberapa kajian telah menyenaraikan isu-isu antaranya yang berikut:

1. Keselamatan diri, anak-anak dan mereka yang disayangi
2. Mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik dan mampu diperoleh
3. Mudah untuk bergerak dari satu tempat ke suatu tempat dengan selesa – melibatkan sistem pengangkutan awam bagi wanita yang seisi keluarga berpendapatan rendah dan jalan raya yang tidak sesak, kerana wanita saban hari menggunakannya untuk menghantar anak ke sekolah dan balik, untuk urusan pengurusan rumahtangga dan lain-lain. Juga bebas daripada kesesakan lalulintas yang menjadi punca stres dan masa terbuang.
4. Boleh berekreasi dengan selesa bersama keluarga dan kenalan dan mampu dilaksanakan berkala.
5. Kos kehidupan harian yang mampu dibiayai
6. Mendedahkan anak-anak kepada sistem pendidikan yang terbaik dan mampu dibiayai
7. Memiliki rumah sendiri, yang selesa dan dalam kawasan perumahan yang selamat
8. Anak-anak yang boleh mendapat pekerjaan yang baik untuk menyara kehidupan dan keluarganya
9. Mencapai potensinya dalam bidang-bidang yang diminati dan menjadi kepakarannya
10. Mudah untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara
11. Tiada cukai yang membebankan
12. Kemudahan memperoleh kredit untuk perniagaan dan mengembangkan perniagaan
13. Mendapat pembelaan yang perlu tanpa kerenah birokrasi dan kos yang tinggi di mahkamah-mahkamah syarah dan sivil
13. Tiada sebarang bentuk keganasan, penindasan dan diskriminasi terhadap wanita
14. Masa depan yang cerah, selamat, harmoni dan bahagia

Siapakah yang akan membantu dan memastikan Wanita Malaysia diwakili sebaiknya untuk mengetengah dan memenuhi keinginan-keinginan sedemikian – di Parlimen dan Dewan-Dewan Negeri?
Individu dan keluarga sahaja tidak akan mampu untuk mengurus sesebuah negara di mana “stakeholders”nya mempunyai keinginan dan cita-cita serta cita rasa yang pelbagai. Dalam sesebuah negara perlu ada satu sistem pemerintahan yang berkuasa melaksanakan amanah memelihara kepentingan rakyat secara adil, telus, saksama, berintegriti dan mesra rakyat. Apakah yang menjadi hak dan milik rakyat akan dikembalikan dengan baik, tanpa diminta-minta dan sama sekali tidak menyulitkan kehidupan rakyat.

Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia, ada tiga peringkat pemegang amanah itu – di Parlimen, Dewan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Di peringkat Parlimen akan lahir jamaah menteri yang menerajui kementerian-kementerian. Di peringkat Dewan Negeri akan lahir para barisan exco atau menteri di peringkat negeri.

Dalam konteks persempadanan semula SPR, yang menjadi perhatian kita ialah pemilihan akan datang bagi wakil rakyat peringkat Parlimen dan Dewan negeri di semua 13 negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan.

Justeru, sebarang persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh mengesani kedudukan wakil rakyat sekarang dan juga prestasi bakal parti-parti politik yang akan bertanding. Tentunya wanita Malaysia ingin memilih wakil rakyat yang boleh dan mampu bekerja keras untuk memenuhi kepentingan-kepentingan di atas.

Oleh hal yang demikian, sekiranya persempadanan semula itu dibuat secara adil, saksama, seimbang dan berintegriti, maka pemilihan dalam pilihan raya akan datang memberikan peluang yang sama rata kepada semua calon yang akan bertanding. Jika persempadanan semula diolah agar kemenangan itu sudah ditentukan untuk siapa, maka ia suatu yang tidak adil, tidak bermoral dan menyanggahi prinsip-prinsip demokrasi tulen.

Oleh kerana itu, kepedulian wanita Malaysia tentang segala tindakan yang bakal direncanakan oleh SPR amatlah kritikal.

Wanita Malaysia perlu faham dan bangkit untuk bersuara agar calon (lelaki dan wanita) yang kita yakini mempunyai tekad, komitmen dan pelan tindakan untuk memperjuangkan kepentingan wanita Malaysia, keluarga, kelompok dan masyarakatnya diberi peluang yang saksama untuk memenangi mana-mana pilihan raya kelak.

Sebahagian wakil rakyat yang bakal menang nanti adalah bakal jemaah menteri dan exco yang akan menerajui Malaysia dan setiap negeri di Malaysia. Barisan itulah yang akan merangka dasar dan pelan tindakan yang sewajarnya memelihara kepentingan wanita.

Tidakkah wanita Malaysia ingin supaya wakil rakyat itu nanti memahami dan menghayati hasrat dan keinginan wanita Malaysia? Sebelum wujud pilihan raya, semua proses untuk mewujudkan satu pilihan raya yang adil, bersih dan telus perlulah wujud, termasuk dalam urusan persempadanan semula.

Wanita Malaysia boleh bertanya dan memohon maklum balas, bahkan memprotes sebarang ketidakadilan dan ketidaksaksamaan yang mungkin terbit daripada rencana persempadanan semula SPR itu, yang akan dibentangkan sebelum berakhir tahun ini.

Tindakan praktikal sekarang ini, sebelum dihebahkan butiran dan peta persempadanan semula itu ialah para wanita Malaysia sekalian boleh melibatkan diri untuk menjadi apa yang dipanggil “pihak yang layak membuat representasi (objectors)”, status yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia:

“Mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah, i- Kerajaan Negeri ii- Pihak Berkuasa Tempatan iii- Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat” - SPR

Objectors boleh mendaftar di pejabat ahli parlimen atau adun pilihan wanita Malaysia atau menghubungi BERSIH atau Tindak Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Wanita Malaysia tentunya inginkan negara Malaysia menjadi negara contoh dalam membina dan mewujudkan masyarakat yang:
1. Menjamin keadilan untuk semua ahlinya
2. Menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan
3. Mengukuhkan institusi kehakiman
4. Mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya
5. Malaysia menjadi negara idaman dan selamat dihuni dengan masa depan yang cerah dan harmoni.

Dengan itu, wanita Malaysia mestilah diwakili oleh wakil rakyat yang diyakini komitmennya ke arah itu dan berprestasi mengotakan katanya.

Persempadanan semula SPR mestilah dipastikan adil proses dan rencananya dengan melibatkan wanita Malaysia juga, sebagai objectors untuk menentukan keintegritian persempadanan semula itu agar bakal wakil rakyat yang diyakini oleh wanita Malaysia berpeluang sama rata untuk memenangi mana-mana pilihan raya yang akan diadakan kelak.

Ia suatu amanah yang perlu dilaksanakan dan dihayati oleh wanita Malaysia secara sedar dan penuh tanggungjawab. – HARAKAHDAILY 12/12/2014

Adeeba Adni adalah seorang penulis bebas dan aktivis memasyarakatkan kebajikan dan politik













































SPR jangka warta notis kajian semula persempadanan Dis

ROHANI MOHD IBRAHIM dan NUR SYUHADA SHAMSUDIN | .

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) penghujung tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebelum mewartakan notis tersebut, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Bila notis itu diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai.

Abdul Aziz berkata persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.

"Kawasan mengundi yang luas perlu dikecilkan supaya jumlah pengundi yang terdapat di satu-satu kawasan pilihan raya adalah munasabah," jelasnya.

Katanya, sebagai contoh di Kuala Lumpur, keluasan kawasan Parlimen adalah kecil sahaja seperti kawasan Batu dan Segambut namun jumlah pengundinya besar, dan tanpa persempadanan semula, rakyat sukar untuk mendapat perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat.

" Persempadanan semula bukan untuk menentukan satu-satu parti memenangi pilihan raya," tegasnya dan menambah, prinsip yang digunakan SPR dalam membuat persempadanan semula ialah untuk menyenangkan pengundi.

Abdul Aziz berkata kajian semula Persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003, dan mengikut peraturan, persempadanan semula sepatutnya dilaksanakan pada 2011.

"Pada masa itu, SPR takut ia bertembung dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Jadi persempadanan semula ditangguhkan, dan hasil persempadanan semula kali ini hanya boleh digunakan untuk pilihan raya umum akan datang yang selewat-lewatnya diadakan pada 2018," katanya.

Abdul Aziz berkata setelah lebih lapan tahun sudah pasti bilangan pengundi bertambah berikutan pembangunan pesat seperti pembinaan bangunan baharu oleh kerajaan yang boleh dijadikan pusat mengundi selain lebih banyak jalan raya yang dibina, yang akan memudahkan usaha SPR untuk mengecilkan bilangan pengundi.

"Sekarang ada kawasan Parlimen yang mempunyai dua pejabat daerah dan dua pihak berkuasa tempatan (PBT), dan keadaan ini menyusahkan wakil rakyat selain menyusahkan penyelarasan semasa hari mengundi dan pendaftaran pengundi," katanya.

Beliau berkata apa yang dilalukan oleh SPR dalam persempadan semula adalah untuk mendekatkan tempat mengundi untuk para pengundi demi kemudahan mereka.

Yang kedua dalam setiap kawasan mengundi itu mesti ada kemudahan pentadbiran seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah, majlis bandaran dan bandar raya.

"Seberapa daya yang boleh, jumlah pengundi itu mesti lebih kurang sama banyak. Tapi sama banyak pun, SPR tidak boleh samakan jumlah pengundi di bandar dengan luar bandar. Kawasan bandar kepadatan penduduknya tinggi, di kawasan luar bandar kepadatan penduduknya rendah," jelasnya. - Bernama

Sumber HD - 2-11-2014













































JK Auto 21 desak segera laksana daftar pengundi automatik

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Auto 21 yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pilihan Raya Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan, menggesa pendaftaran pengundi secara automatik pada umur 21 tahun dilaksanakan dengan segera.

Penyerahan itu dketuai Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di parlimen hari ini.

Turut serta pada penyerahan itu angota parlimen PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) dan Idris Ahmad (Bukit Gantang).

Ahli Jawatankuasa Auto 21, Sany Hamzan ketika bercakap kepada pemberita berkata, inisiatif tersebut dilihat akan mengurangkan perbelanjaan negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia berlaku secara automatik sekaligus menjimatkan tenaga kerja dan masa.

Menurutnya, pendaftaran automatik ini juga dijangka mampu meningkatkan peratusan keluar mengundi.

Selain itu katanya, perlaksanaannya juga dilihat lebih mudah dengan kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan data warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun.

"Senarai data ini akan diproses oleh pegawai SPR untuk didaftarkan sebagai pengundi baru,"katanya sambil menambah ianya lebih selamat dari manipulasi data oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Shahidan ketika mengulas perkara itu berkata, kerajaan perlu meneliti beberapa perkara sebelum melaksanakan cadangan itu.

Katanya, proses pelaksanaan pendaftaran automatik melibatkan banyak agensi terutama membabitkan rekod rakyat negara ini.

"Ada sedikit perkara yang perlu dikemaskini, ianya melibatkn rekod. Kita bukan untuk tidak laksanakan," katanya. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Sumber HD - 30-10-2014

Bekas KSU Pertanian dilantik Timbalan Pengerusi SPR

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 Nov lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Mohd Hashim, 60, berkuat kuasa 5 Sept sehingga beliau genap usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Hashim, berasal dari Kota Baharu, Kelantan, memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian itu dari 11 Nov 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Hashim memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980.

Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

- BERNAMA

Sumber HD - 3-9-2014

No comments:

Post a Comment