BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, September 6, 2014

PERTAHAN KAMPUNG MELAYU WARISAN

Aktivis warisan selar kerajaan DAP Pulau Pinang
Posted on Tuesday, July 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30903


GEORGETOWN 4 Julai - Aktivis warisan terkenal di Pulau Pinang, Khoo Salma Nasution menyelar kerajaan negeri kerana membiarkan para pemaju merangka pelan pembangunan negeri ini dan bukan menyerahkannya kepada para perancang.

Khoo Salma berkata, usaha menambak tiga buah pulau di Permatang Damar Laut tidak boleh diluluskan kerana ia tidak berada dalam pelan Draf Struktur Asal.

Bagaimanapun, selepas mesyuarat Majlis Pengangkutan Pulau Pinang sebelum ini, kerajaan negeri meminda pelan struktur asal draf itu dengan segera dan mengadakan satu lagi mesyuarat untuk memindanya, katanya.
"Kerajaan negeri mengakui perkara itu namun atas permintaan pemaju, mereka terus memindanya. Ini menunjukkan satu perkara yang pasti iaitu perancangan negeri bukan dilakukan oleh para perancang, ia dilakukan oleh para pemaju," katanya.

Beliau yang juga Presiden Penang Heritage Trust berkata, kebanyakan rumah-rumah yang akan dibina di ketiga-tiga pulau itu tidak akan mampu dibeli penduduk tempatan. - BERNAMA
Sumber TKO - 5-7-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banggol Donas; Perobohan Tidak Mengikut Undang-undang

20150914_105029
Pada hari Isnin 14hb September 2015 sekitar jam 7-9 pagi satu pasukan penguatkuasa tanah Kuala Terengganu diketuai oleh Fardiana Hashim dan Mohd Huzir bin Mohamed telah melakukan pencerobohan terhadap tanah dimiliki oleh Zulaidi bin Putih beralamat 2597 B, Banggol Donas,

Mukim Manir dan merobohkan rumah di atas tapak tersebut secara tidak mengikut lunas undang-undang.

Kedua-dua mereka juga berniat dan berhasrat untuk menceroboh tanah dan merobohkan 4 buah lagi rumah di sekitarnya dimiliki oleh:

20150914_094544

1. Hj Salleh bin Embong beralamat 2597 A, Banggol Donas, Mukim Manir
2. Abd Halim Mohamad beralamat 2596 B, Banggol Donas, Mukim Manir
3. Md Sufian bin Mohamad beralamat 2596 C, Banggol Donas, Mukim Manir.
4. Dayang binti Salleh beralamat 2596 A, Banggol Donas, Mukim Manir.

Tindakan ini melanggar undang-undang negara kerana kelima-lima pemilik tanah dan rumah sebagaimana disebutkan di atas adalah masih pemilik sah bagi premis-premis tersebut mengikut undang-undang negara.

Kerajaan berhasrat mengambil tanah tersebut menurut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara. Namun, keesahan proses pengambilan masih dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan menerusi pertikaian terhadap keesahan notis 425 KTN.

a. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.

20150914_104933

b. Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen 4(1) APT 1960 menyatakan.” ….Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.”

c. Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.

d. Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 “yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu “.
IMG-20150914-WA0104

e. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan . Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.

Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) ….Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.

f. Proses pengambilan tanah tidak mematuhi Seksyen 20 Akta Pengambilan Tanah dengan menyampaikan borang J kepada pemilik. Borang J tidak diterima oleh pemilik sehingga harini.

IMG-20150914-WA0132

g. Pampasan yang dicadangkan oleh kerajaan belum diterima oleh penduduk kerana masih dalam pertikaian.

Laporan ini dibuat supaya pihak berkuasa segera melakukan siasatan ke atas pencerobohan oleh pasukan yang diketuai oleh diketuai oleh Fardiana Hashim dan Mohd Huzir bin Mohamed.

Laporan ini dibuat atas kapasiti kami sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili ke lima-lima rakyat yang terjejas dengan tindakan tidak mengikut undang-undang ini.

Sekian laporan kami.

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus

YB Ridzuan bin Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu

Sumber BO - 14-9-2015

Mengapa Kerajaan Tidak Menunggu Selepas Keputusan Mahkamah Persekutuan?

roboh banggol donas1
KUALA NERUS – Robohnya rumah milik Zuliadi Putih, 46, tepat jam 9.36 pagi ini, di Kampung Banggol Donas menjadi simbol kemuncak ‘kepongosan’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menangani masalah rakyat.

20150914_081320

Walaupun kes pengambilan balik tanah Banggol Donas masih dalam proses perbicaraan mahkamah, kerajaan begitu rakus mahu merobohkan bagi rumah penduduk yang masih bertahan menuntut hak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas Haji Salleh Embong telah bersemuka dengan ‘gerombolan’ penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan pihak polis dan meminta penjelasan.

Pegawai yang menjadi ketua operasi perobohan Fardiana Hashim, gagal mengemukakan sebarang perintah mahkamah yang mengarahkan tindakan tersebut.

Bahkan Pegawai Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Kuala Terengganu itu turut gagal menjawab persoalan, mengapa rumah tersebut perlu dirobohkan sekarang dan bukan selepas perbicaraan yang bakal diadakan di mahkamah pada 22 Oktober dan 5 November depan.

“mahkamah tinggi sudah putus hari itu (tapi) tak ada arahan khusus untuk penguatkuasaan…..jadi
bila-bila masa

  20150914_084319

kita ke ‘on lah’ (teruskan)………,”ujar Fardiana ketika bercakap dengan Haji Salleh Embong dan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ustaz Ridzuan Hashim dan Ustaz Hilmu Harun yang turut berada di lokasi.

Haji Salleh berkata, beliau sudah berbincangan dengan Pegawai Daerah untuk bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Ahmad Razif Abdul Rahman, namun Razif berkata, tunggu keputusan mahkamah.

Oleh itu, kata Haji Salleh, tidak ada arahan mahkamah untuk merobohkan rumah penduduk kerana kes tersebut masih dalam perbicaraan.

“tidak ada arahan (kerana) proses perbicaraan belum lagi selesai (kalau nak roboh) mesti mahkamah beri satu arahan untuk roboh, tak boleh dengar cakap macam tu sahaja, tak boleh begitu,

roboh banggol donas 2

“saya sendiri dah berapa kali jumpa DO (Pegawai Daerah) untuk berunding…….kita beritahu mahkamah untuk berunding…..tapi pihak LA (Pegawai Undang-undang) kata MB tak mahu berunding…..nak tunggu keputusan mahkamah,”jelasnya.

Oleh itu beliau mempersoalkan, keputusan mahkamah belum ada mengapa datang untuk merobohkan rumah beliau.

“siapa nak bertanggungjawab dengan harta benda saya yang diroboh, kalau mahkamah arah tak apa……..,”tambah Haji Salleh.

Beliau menegaskan ada dua lagi tarikh mahmakah yang telah ditetap pada bulan Oktober dan November depan.

Secara tidak langsung Fardiana mengakui arahan operasi perobohan tersebut telah dibuat oleh pihak Pegawai Undang-undang Kerajaan Terengganu.

roboh banggol donas

Beliau berkata demikian apabila diajukan soalan oleh peguam Yasin Aminuddin Anwar yang turut berada dilokasi ketika operasi perobohan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, pihak pejabat tanah tetap berkeras untuk merobohkan lima buah yang diarahkan.

Selepas perbincangan itu, Fardiana meninggalkan lokasi dan dimaklumkan oleh beberapa pegawai yang terbabit, operasi akan tetap diteruskan.

Terdapat sekurang-kurangnya dua orang lelaki dalam kumpulan penguatkuasa itu yang beriya-iya mahu merobohkan rumah penduduk terbabit.

Dalam keadaan teragak-agak itu, akhirnya mereka memilih rumah Zuliadi yang dilihat sebagai tiada berpenghuni.

Dal20150914_104933

am pada itu ADUN Manir Hilmi Harun yang telah menghubungi beberapa pemimpin Umno dan juga pemimpin kerajaan dan telah berjaya bercakap dengan MB sendiri.

Dalam meminta penjelasan dan memohon agar perobohan tersebut dibatalkan serta meminta pihak kerajaan mengadakan perundingan dengan pihak pemilik tanah.

Persetujuan dicapai supaya pihak penguatkuasa memberhentikan tindakan mereka setelah merobohkan rumah Zuliadi.





Sumber BO - 14-9-2015




Banggol Donas: Loporan polis MP Kuala Nerus, Adun Teluk Pasu




HARAKAHDAILY | .




Laporan polis isu pencerobohan tanah lot 2596 & 2597, Banggol Donas, Mukim Manir oleh Penguatkuasa Tanah Kuala Terengganu

Pada hari Isnin 14hb September 2015 sekitar jam 7-9 pagi satu pasukan penguatkuasa tanah Kuala Terengganu diketuai oleh Fardiana Hashim dan Mohd Huzir bin Mohamed telah melakukan pencerobohan terhadap tanah dimiliki oleh Zulaidi bin Putih beralamat 2597 B, Banggol Donas, Mukim Manir dan merobohkan rumah di atas tapak tersebut secara tidak mengikut lunas undang-undang.

Kedua-dua mereka juga berniat dan berhasrat untuk menceroboh tanah dan merobohkan 4 buah lagi rumah di sekitarnya dimiliki oleh:

1. Hj Salleh bin Embong beralamat 2597 A, Banggol Donas, Mukim Manir

2. Abd Halim Mohamad beralamat 2596 B, Banggol Donas, Mukim Manir

3. Md Sufian bin Mohamad beralamat 2596 C, Banggol Donas, Mukim Manir.

4. Dayang binti Salleh beralamat 2596 A, Banggol Donas, Mukim Manir.

Tindakan ini melanggar undang-undang negara kerana kelima-lima pemilik tanah dan rumah sebagaimana disebutkan di atas adalah masih pemilik sah bagi premis-premis tersebut mengikut undang-undang negara.

Kerajaan berhasrat mengambil tanah tersebut menurut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara. Namun, keesahan proses pengambilan masih dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan menerusi pertikaian terhadap keesahan notis 425 KTN.

a. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.

b. Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen 4(1) APT 1960 menyatakan.” ....Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.”

c. Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.

d. Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 “yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu “.

e. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan . Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.

Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) ....Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.

f. Proses pengambilan tanah tidak mematuhi Seksyen 20 Akta Pengambilan Tanah dengan menyampaikan borang J kepada pemilik. Borang J tidak diterima oleh pemilik sehingga hari ini.

g. Pampasan yang dicadangkan oleh kerajaan belum diterima oleh penduduk kerana masih dalam pertikaian.

Laporan ini dibuat supaya pihak berkuasa segera melakukan siasatan ke atas pencerobohan oleh pasukan yang diketuai oleh diketuai oleh Fardiana Hashim dan Mohd Huzir bin Mohamed.

Laporan ini dibuat atas kapasiti kami sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili ke lima-lima rakyat yang terjejas dengan tindakan tidak mengikut undang-undang ini.

Sekian laporan kami.

YB Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Nerus

YB Ridzuan bin Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu - HARAKAHDAILY 14/9/2015

Sumber HD - 14-9-2015

Bantah perobohan rumah penduduk Banggol Donas

HARAKAHDAILY | .






SELAKU Pengerusi Kongres Rakyat yang baru selesai, saya terkejut dengan kes perobohan rumah penduduk di Banggol Donas, Terengganu.

Penduduk didakwa sebagai  penumpang tanah kerajaaan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri.

Maklumat yang saya terima mereka telah tinggal di atas tanah mereka sendiri yang memiliki geran. Mereka tidak tinggal di tanah tersebut setahun dua ini sahaja.

Mereka sudah berada di tanah itu sejak bergenerasi yang diwarisi dan dipusakai dari bertahun-tahun lamanya.

Berdasarkan fakta, kes ini berlarutan lama kerana pihak kerajaan kurang cermat dalam melihat peraturan. Pihak kerajaan tidak boleh menyalahkan penduduk.

Saya mendapat aduan sehingga hari ini penduduk masih belum menerima  bayaran pampasan pengambilan tanah.

Malah dimaklumkan mahkamah baru sahaja memutuskan nilai pampasan selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun ini sekitar sebulan yang lalu. Namun bayaran masih belum diterima lagi.

Oleh itu, saya terperanjat kerana tidak munasabah rumah diroboh, sedangkan tuan tanah belum dibayar.

Bukan sahaja ini tidak mengikut peraturan Akta Pengambilan Tanah, ia juga suatu kezaliman. Hak mereka dinafikan terang-terangan yang bertentangan dengan keadilan sosial yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Saya menyatakan bantahan dengan keras terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan ini, sedangkan rakyat sedang keluh kesah dengan situasi kos sara hidup yang semakin menyempitkan kehidupan.

Saya mendesak perobohan ini dihentikan serta merta sehingga semua peraturan undang-undang dipatuhi berdasarkan keputusan mahkamah. - HARAKAHDAILY 14/9/2015

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Pengerusi Kongres Rakyat
Presiden Mapim

Sumber HD - 14-9-2015


Banggol Donas; Kerajaan Berkeras, Rumah Pertama Diroboh

IMG-20150914-WA0058
KUALA NERUS – Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Hishamuddin Abd Karim, merayu supaya operasi perobohohan lima buah rumah di Kampung Banggol Donas ditagngguhkan.

ADUN Tepoh itu berkata demikian kerana, kes pengambilan semula tanah terbabit masih dalam perbicaraan dan hanya akan selesai selepas 22 Oktober depan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda YB Hilmi Harun memohon jasa baik pihak penguatkuasa pejabat tanah, polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar pulang ke pejabat masing-masing dan tidak meneruskan operasi perobohan itu.

ADUN Manir itu berkata, perintah 425 yang dikeluarkan sebelun ini adalah terpakai jntuk rumah setjnggan sahaja bukan kepada rumah dan tanah milik seperti di Kampung Banggol Donas.

20150914_094544

Sehubungan itu, ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim meminta pejabat tanah untuk, menggunakan budi bicara.

Bahkan beliau berjanji, sekiranya keputusan perbicaraan pada oktober depan memihak kepada kerajaan, beliau sendiri akan membantu pemilik rumah Haji Saleh untuk merobohkan premisnya, tanpa perlu penguatkuasaan kerajaan.

Sehingga kini jam 9.36 pagi, operasi yang bermula kira-kira jam 8 pagi itu, pihak pejabat tanah berkeras dan telah merobohkan rumah pertama

Sumber BO - 14-9-2015

Banggol Donas; Kerajaan Perlu Berfikir Semasak-masaknya

Banggol Donas
KUALA NERUS – Ura-ura menyatakan beberapa agensi kerajaan sedang dikerah ke kampung warisan Banggol Donas esok Isnin 14 Septdmber, untuk merobohkan rumah rakyat.

Menurut Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsuddin, kes tersebut masih dalam proses mahkamah dan sebarang tindakan tanpa kelulusan mahkamah adalah salah.

“Jika benar, satu lagi kezaliman penguasa akan berlaku esok di negeri Terengganu. PAS sebagai pejuang keadilan dan nasib rakyat tidak akan sesekali berdiam diri tanpa sebarang ikhtiar.

“Pastinya hasrat penguasa untuk memenuhi segala desakan kroni tidak akan menemui jalan mudah esok,”ujarnya dalam satu kdnyataan petang Ahad.

shukrimun

Mantan Ahli Parlimden Kuala Nerus itu menyifatkan tjndakan yang bakal diambil oleh kerajaan Umno Terengganu asalah terburu-buru dan zalim.

“kerana proses undang2 menentukan status tanah Banggol Donas yg terlibat dgn pembinaan jalan belum selesai, kami menganggap apa saja tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap tanah-ta ah dan apa-apa premis yg berada di atasnya adalah terburu,

“Oleh kerana masih terdapat lagi individu yg mendiami dan memanafaatkan premis tersebut maka sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kehidupan individu terbabit dianggap zalim,”jelasnya.

Oleh yang ddmikisn, katanya, sejajar dengan pendirian PAS yang istiqamah menentang kezaliman maka pihaknya tidak akan membiarkan kezaliman berlaku.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak ysng bertanggungjawab dan prihatin agar melibatkan diri dalam mencegah kemungkaran yang dianggap amat serius ini.

Namun begitu, beliau mengharapkan pihak kerajaan memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil sebarang tindakan yang tidak diingini.

“Kami sangat berharap agar pihak berwajib memikirkan semasak-masaknya dan lebih rasional dalam menangani isu-ish yang boleh menjejaskan kehidupan dan hak-hak rakyat agar perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan,”tambahnya

Sumber BO - 14-9-2015

Banggol Donas; Isu Keesahan Notis 425, Akan Dibicarakan Pada Bulan November – Jangan Zalimi Penduduk

salleh embong090415b
Saya terima maklumat dari sumber yang boleh di percayai bahawa operasi perobohan rumah-rumah kediaman di Kampung Banggol Donas akan di lakukan pada besok Isnin 14vSept 2015 bermula jam 7 pagi.

Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas merasa amat kesal berhubung dengan tindakan zalim dan kejam tersebut.

Ini adalah kali ke 3 usaha hendak merobohkan rumah-rumah penduduk.

Yang hendak dirobohkan ini rumah-rumah kediaman yang sedang dihuni oleh pemilik.

Kerajaan dan pemimpin kerajaan sepatutnya meletakkan diri mereka ditempat penduduk, bagaimana kalau rumah-rumah kediaman mereka di roboh tanpa apa-apa notis.

Isu keesahan Notis 425 telah dirujuk ke mahkamah dan tarikh perbicaraan rayuan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 22 oktober dan 5 Nov 2015.

Bagaimana Pejabat Tanah boleh mengambil tindakan diluar undang-undang menghalau pendudok yang menduduki diatas tanah yang sah dan pertikaian masih belum di putuskan oleh Mahkamah.

Haji Salleh Embong
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas
13hb September, 2015
Jam 4 petang.

Sumber BO -  14-9-2015

"Ada ke rumah lagi?"

Posted on Monday, August 17 @ 15:51:20 MYT by paktam

Oleh Arif Atan

Menjelang Zohor tadi, saya mendengar keluhan seorang ibu - penduduk Kg Chubadak Tambahan tentang notis Pejabat Tanah & Galian Wilayah yang sejak seminggu lalu ditampal di pokok kelapa lorong masuk ke rumahnya.

Sambil mendengar pendapatnya tentang nilai kejujuran pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri daripada "orang-orang kita" (orang Melayu), sempat juga makcik itu menyatakan rasa kecewanya terhadap apa kerja sebenar 9 sultan kita termasuk Agong dalam membela hak rakyat terutama berkaitan pemilikan tanah dan rumah kediaman.


 Tiba-tiba dari jauh nampak seorang nenek berjalan di tengah panas terik. Makcik tadi yang katanya pembaca setia akhbar Harakah itu menyapa nenek itu. Dari saling menyapa itu nampaknya mereka saling mengenal dan warga emas berkain batik berbaju kurung Kedah itu seorang yang masih waras.

Nenek yang dengar dari loghatnya tahu orang Perak itu meneruskan perjalanan. Tak singgah. Di tangan kanannya kelihatan tin minuman kosong. Memandangkan azan Zohor sudah mulai kedengaran, saya pun minta diri daripada makcik yang baru saja kematian suami pada bulan puasa lalu itu.

Sambil lalu di sebelah nenek itu, saya beri salam.

Dijawabya salam lantas spontan bertanyakan saya, "Macam mana dia (nenek Suha)? Dapat ke rumah (PPR Batu Muda) tu?" tanyanya spontan macam tahu saya pagi tadi ke rumah nenek Suha.

Memperkenalkan dirinya "Jah", Opah Jah yang dulunya berasal dari Kg Gajah, Perak itu berhasrat untuk memujuk anaknya seorang despatch supaya tak putus asa memohon flat DBKL.

Kata Opah Jah, anak lelakinya berusia awal 30-an yg sudah punya dua anak itu sudah semacam putus asa untuk memohon flat PPR.

"Entah. Aku pun tak paham. Projek bina itu, ini bukan main galak. Tanah habis semua dah kerajaan ambil. Tapi rumah untuk orang susah takde memanjang. Penuh aje alasannya. Apa tanah di Malaysia swmua.

"Kesian aku tengok anak aku tu menyewa di Selayang RM3,4 ratus sebulan. Ulang-alik ke Kolumpo dengan motor. Bahaya," katanya yang selesa membahasakan dirinya sebagai "aku" - kata panggilan yang lazim sebenarnya diguna 'orang-orang dulu'.

Opah Jah dulunya memang penghuni Kg Chubadak waktu air Sungai Gombak boleh lagi diguna untuk basuh kain, katanya. Sekarang, dia tinggal bersama anak perempuannya di flat di Taman Datuk Senu iaitu sebelah saki-baki Kg Chubadak Tambahan.

Untuk meringankan beban anaknya, warga tua berusia 75 tahun ini mengambil upah bersih rumah seorang pegawai Kastam. Kerja sekerat hari. Jam 1 balik. Sambil berjalan balik itulah Opah Jah kutip tin kosong di tepi jalan.

 
"Ada orang kata aku gila. Bior le nak kata apa. Bukan demey bagi aku makan, " katanya.

Ketika operasi DBKL memunggah barangan milik keluarga nenek Suha, saya menjenguk rumah Pak Long. Rupa-rupanya, Haji Halim & Opah Wahidah juga ada di situ. Haj Halim waktu saya sampai sedang mengutip ulam pegaga yang subur di tepi rumah Pak Long.

Ya. Opah Jah, nenek Suha, Pak Long, Hj Halim, Opah Wahidah antara ribuan warga emas yang masih hidup dan dulunya pernah menyumbang tenaga pada kemajuan ibu kota seperti yang kita lihat hari ini.

Malangnya, hari ini mereka dan keturunan masing-masing diusir dari tanah yang sudah didiami puluhan tahun lalu itu untuk projek rumah mewah dan komersial.

Padahal, mereka tidak minta lebih. Hanya tempat tinggal untuk mereka menghabiskan baki usia tidak diganggu. Lebih penting lagi mereka mahu anak cucu mereka juga diberi ruang tinggal di ibu kota.

Ya. Soalan yang wajar kita renung kembali, "Ada tak rumah (yang mampu milik bukan mampu tengok) lagi?"..








Sumber DD - 17-8-2015

Kes Kampung Tanjung Paya; Kalau Kerajaan Tak Boleh Selesai, Beri Kepada PAS Perintah

IMG-20150702-WA0060
KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan negeri Terengganu menyelesaikan segera masalah yang dihadapi oleh Penduduk Kampung Tanjung Paya di bandaraya ini, berikutan pagar yang didirikan, menghalang laluan mereka.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu perlu turun untuk menyiasat dakwaan bahawa pagar tersebut telah dibina atas rezab kerajaan.

“(Kami) mendapat aduan yang dikemukakan oleh beberapa penduduk Kampung Tanjung Paya berhubung sekeping tanah milik persendirian yang sekarang ni telah mendirikan pagar,

“yang mana kita telah menerima aduan bahawa pagar yang dibina itu telah menghalang laluan penduduk kampung,”ujarnya.

IMG-20150702-WA0059

Beliau berkata, lawatan susulan ke tanah yang berkenaan mendapati dengan jelas bahawa, pagar yg dibina memang menghalang laluan orang kampung.

“Yang menarik (perhatian kami) sebahagian daripada pagar itu dibina atas tanah kerajaan.

“Kami lihat pada geran yang ditunjukkan kepada kami mendapati batu sempadan dilangkaui oleh pagar itu yang mana kami merasakan pejabat tanah boleh menyiasat sekiranya menutup laluan,”jelasnya.

Selain itu, kata Amzad, beliau difahamkan kawasan terbabit telah digazetkan bagi tujuan ‘Pembangunan Warisan’ bertujuan menggantikan kawasan industri kraftangan di Ladang Tok Pelam yang telah ‘dimusnahkan’ sebelum ini untuk membangunkan rumah pangsa.

“dulunya berasal dari kampung Ladang Tok Pelam (jadi kerajaan) mahu (agar) dibuat satu pembangunan (kawasan warisan) yang lain di kawasan Kampung Tanjung berkenaan.

“Tetapi apabila pagar yang berkenaan dibuat, maka difahamkan ada rancangan (lain pula) bagi memajukan sebuah flat,”jelasnya.

Oleh itu, menurutnya, kerajaan perlu menjelaskan perkara tersebut.

Sekiranya benar, sudah tentu ia bercangggah dengan cadangan asal yang telah dibuat oleh kerajaan bahawa tanah itu digazetkan bagi tujuan ‘Pembangunan Warisan’.


Beliau menegaskan, PAS Kuala Terengganu memandang berat perkara tersebut dan akan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua 10 orang penduduk yang terjejas itu.

Mengulas lanjut, Haji Amzad berkata, beliau dimaklumkan tanah yang berkenaan itu, asalnya milik orang Melayu kemudian meniadi milik sebuah syarikat.

“Kemudian, menurut orang kampung, tanah itu telah dilelong dan disambut oleh pihak yang lain. Jadi isu ini sebenarnya berkait dengan masalah orang Melayu.

“Jadi pagar yang dibuat itu menyebabkan tekanan sebab pemilik tanah itu sedang memujuk (memaksa) penduduk terbabit menjual tanahnya,”katanya lagi.

Isunya, kata Amzad, semakin banyak tanah-tanah milik milik orang Melayu hilang dan terpaksa dilepaskan atas nama pembangunan.

Belia melahirkan kebimbangan, sekiranya kerajaan tidak boleh mengambil langkah bagi menyelesaikan masalah itu, sedikit demi sedikit orang Melayu akan dikeluarkan secara sistematik dari kawasan bandar.

“Jadi kerana itulah kita rasa kerajaan yang mendakwa menjaga kepentingan orang Melayu perlu melihat perkara ini,

“Kalau kerajaan (Umno – BN) tak boleh selesaikan, beri kami (PAS) pula memerintah sebagai kerajaan,”katanya dengan jelas.

Sumber BO - 8-7-2015



SELAMATKAN TANAH WARISAN PENDUDUK MIRIEK - TPJ PAS SARAWAK

Selamatkan tanah warisan penduduk Miriek: SERAMAI lebih daripada 2,000 penduduk termasuk ahli keluarga mereka akan terjejas sekiranya masalah ini





SERAMAI lebih daripada 2,000 penduduk termasuk ahli keluarga mereka akan terjejas sekiranya masalah ini



Sumber HD - 17-6-2015

Rumah Rakyat Diroboh Menjelang Ramadhan?

roboh-rumah-Kg-Mak-Chili

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

PAS Kuala Terengganu mengambil berat berita operasi meroboh rumah penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan jalan Jeram – Banggol Tuan Muda yang kemungkinan besar berlaku pagi hari ini 23 Syaaban, cuma seminggu lagi menyambut bulan Ramadhan yg barokah.

Ini kerana kes ini masih belum dimuktamadkan penyelesaian undang undangnya dan sedang dalam proses mahkamah.

Penduduk yang terlibat masih belum menerima sebarang pampasan atas pengambilan tanah mereka.
Berapa nilainya belum diputuskan mahkamah. Mahkamah telah memberi tarikh bicara bagi pampasan ini pada 25hb Jun 2015.

Jika baru mahu dibicarakan maka jelas sekali isu pampasan belum diselesaikan.

Tanpa pampasan, penduduk yg terlibat tidak punya sumber kewangan untuk mengatur rumah yg baru sebagai ganti.

Saya pernah berhubung langsung dengan Dato’ Seri Ahmad Razif bagi mewakili penduduk meminta supaya isu ini diselesaikan secara berhemah kerana penduduk telahpun menyatakan pendirian bukan berhasrat menghalang projek berkenaan. Tetapi malang sekali hasrat untuk berbincang tidak kesampaian kerana tiba tiba Menteri Besar memaklumkan kepada saya Penasihat Undang Undang mahu berlawan di mahkamah.

Ini amat menjengkelkan kerana sesudah dirintis jalan berhemah yg boleh masing masing berlapang dada tiba tiba Menteri Besar boleh tunduk kepada pegawai bawahannya yg hanya memikirkan aspek undang undang sahaja.

Sebagai Menteri Besar beliau berkuasa. Luangkan masa lima minit untuk turun berjumpa pendudukpun sudah memadai jika betul beliau berhati budiman.

PAS Kuala Terengganu menegaskan Isu Banggol Donas perlu diselesaikan dengan cara berhemah.
Merobohkan rumah penduduk yg masih belum menerima pampasan atas pengambilan tanahnya adalah zalim.

Tindakan zalim ini beserta senarai panjang kesalahan, penyelewengan, pembaziran dan salah guna wang rakyat dalam jumlah yg sangat besar, pengkhianatan terhadap negeri dalam isu royalti dan telaga minyak milik Terengganu yg semakin jelas dengan pendedahan terbuka oleh mantan Menteri Besar DS Ahmad Said ADUN Kijal dan Tun Mahathir Mantan Perdana Menteri, mewajarkan agar segala usaha dibuat oleh rakyat Terengganu untuk memastikan UMNO dijatuhkan dari terus memimpin Terengganu.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Ketua Penerangan PAS
Kuala Terenggan

Sumber BO - 10-6-2015

Isu Banggol Donas; Kerajaan Cuba Mempertahankan Kesilapan Yang Memalukan

KUALA NERUS – Isu jalan dan pengambilan tanah kampung Banggol Donas memperlihatkan bagaimana sebuah kerajaan cuba mempertahankan kesilapan yang dilakukan oleh pentadbir.

IMG-20150607-WA0022

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong berkata, disamping pembelaan di mahkamah, pelbagai tuduhan jahat di lemparkan kepada pihaknya.

“kami dituduh (sebagai orang yang) degil dan menyusahkan orang ramai. Tidak cukup dengan hujah jahat di mahkamah, pada 21 April 15 lepas,

“satu majlis tandatangan bertujuan mengahalau kami telah diadakan diatas jambatan separuh di hadapan kg Banggol Donas,”jelasnya.

Beliau berkata ia adalah satu tindakan berniat jahat dan memalukan yang tidak pernah dilakukan oleh sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi.

Katanya, penduduk yang merujuk kes tersebut ke mahkmah di anggap penentang kerajaan dan dilayan lebih teruk dari pendatang haram yang meneroka tanah haram.

IMG-20150607-WA0077

“Karajaan menuduh kami degil walhal pintu rundingan ditutup rapat semenjak dari tahun 2008 lagi. Surat SUHAKAM pada tahun 2010 sebagai bukti minta perundingan dengan kami tetapi malangnya dibangkul sampahkan,”ujarnya.

Beliau menambah, peguam pihak beliau telah menulis surat ke Pejabat Tanah untuk menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku.

“kerana kami percaya tindakan yang menghalau kami selama ini dibuat tanpa maklumat yang cukup.
Peguam juga menghantar salinan kepada agensi yang terlibat untuk menyalurkan maklumat sebenar kerana kami telah di labelkan sebagai degil dan penentang kerajaan sebelum ini,”katanya
Menurutnya, pada Rabu 3hb Jun minggu lalu, sekali lagi Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah mengeluarkan ‘surat ugutan’ akan mengambil tindakan penguatkuasaan pada bila-bila masa, sekiranya belau dan para penduduk terabit tidak ‘keluar’ dari tanah tersebut.

IMG-20150607-WA0078







IMG-20150607-WA0079








IMG-20150607-WA0076

Sumber BO - 7-6-2015


Banggol Donas; Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Siasatan

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Kemelut berpanjangan isu pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri berkaitan pembinaan jalan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda wajar deselesaikan segera.

banggoldonas03042012 030

Justeru, penduduk terbabit mencadangkan agar dapat ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat projek pembinaan jalan tersebut.

Terma rujukan jawatankuasa berkenaan adalah berhubung dengan prosedur pemberian tender kerajaan, kanun tanah negara, prosedur akta pengambilan tanah 1960 serta prosedur perbelanjaan atau pengeluaran dana khas (royalti).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Salleh Embong berkata justifikasi projek tersebut dibina tanpa mematuhi prosedur Akta Pengambilan Tanah seperti mana yang dilaporkan Ketua Audit Negara.

Katanya, pembinaan jalan itu tanpa membuat kajian terlebih dahulu juga seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

banggoldonas03042012 048

“Pembinaan projek jalan (Banggol Tuan Muda) dimulakan di atas tanah milik persendirian yang belum diwartakan dan selepas 10 bulan pelaksanaan projek barulah diwartakan di bawah Seksyen 8.

“Kos projek pembinaan (jalan) sepanjang 7.6 kilometer sahaja (termasuk dua kilometer jalan naik taraf) bernilai RM226 juta.

“Jadi, kos purata per/kilometer ialah RM29.736 juta berbanding dengan kos projek Labuhraya Pantai Timur (LPT2) bernilai RM4.110 bilion sepanjang 184 kilometer. Jumlah kos per/kilometer ialah RM22.336 juta,” jelasnya.

Menurutnya, pihak Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas telah membuat empat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

polis gempur banggol donas1

Namun, katanya yang menghairankan pada 16 Jun 2010, Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Ahmad Said telah mengumumkan jajaran tersebut diubah tetapi kontraktor terus melaksanakan projek berkenaan tanpa henti.

Persoalannya, kata Salleh, siapakah yang lebih berkuasa sama ada Menteri Besar (kerajaan) atau kontraktor dan kroni-kroni Umno.

Mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan berkata kerajaan negeri memutuskan membina jambatan baharu dari Losong ke Bukit Datu yang menghala ke persimpangan Semarak, Bukit Tunggal.

Katanya, laluan itu merupakan alternatif terbaru yang diubah dari cadangan asal pembinaan jambatan sebelum ini iaitu dari Losong melalui Pulau Sekati dan Tanjung Sabtu melalui Banggol Tuan Muda.

(d)-banggol donas4

“Sebelum itu, jambatan ini dibina menghubungkan Tanjung Sabtu melalui Banggol Tuan Muda, sekarang kita (kerajaan) ubah laluan melalui Losong ke Bukit Datu dan terus ke persimpangan Semarak di Bukit Tunggal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbarnya selepas majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Yayasan Terengganu ke IPTA dan Swasta di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu 16 Jun 2010.

Suhakam juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah pada 11 Oktober 2010 bagi memaklumkan tentang aduan tersebut.

Sumber zbo -3-6-2015



Tanah Asal Penduduk Melayu Bumiputera Sarawak Semakin Pupus Di Pinggir Bandar

Posted on Friday, May 29 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jangan Rampas Tanah Warisan Melayu Jati MiriekKaum Jati Miriek merupakan penduduk asal Bumiputera di bandaraya Miri yang terletak berhampiran dengan sempadan Brunei di bahagian utara Sarawak. Kebanyakan penduduk di Miri berketurunan Malayu asal dari suku kaum Jati Miriek sebelum kedatangan pendatang dari luar menetap di bandaraya Miri.

Walaupun terdapat lain-lain kaum Bumiputera juga tinggal di Miri tetapi sejak telaga minyak pertama ditemui di bukit Kanada Miri, ramai penduduk dari luar bahagian Miri datang berhijrah untuk bekerja dengan syarikat minyak Shell yang mula-mula sekali beroperasi di kawasan utara Sarawak.



Kebanyakan penduduk di Miri dulu bekerja sebagai petani, nelayan dan juga bekerja dengan syarikat minyak Shell. Kebanyakan tanah penduduk di Miri asalnya ditanam padi dan mereka juga bebas meneroka tanah untuk bercucuk tanam seperti, pisang, keladi dan lain-lain. Tanah ini di panggil ‘Tanah Termuda’ sebab asalnya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran  penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan.



Tanah merupakan satu-satunya pusaka warisan peninggalan kepada generasi sekarang. Ianya amat berharga dan bernilai tinggi, tanpa tanah sukar untuk menyara kehidupan seharian lebih-lebih lagi zaman sekarang, banyak tanah warisan pusaka telah bertukar hak milik kepada pihak kapitalis. Sebelum kedatangan British, orang Melayu sudah lama menetap di Miri dan mereka bercucuk tanam serta ada juga jadi nelayan untuk menyara kehidupan seharian mereka.



Pembangunan yang semakin pesat di bandaraya Miri menyebabkan banyak tanah warisan sekarang sudah bertukar hak milik kepada syarikat pemaju. Dimana lagi tanah warisan Melayu di Miri yang masih ada?



Baru-baru ini penduduk asal kampung Pujut Tanjung Batu dan penduduk Pujut Padang Kerbau mengadu kepada pihak kami yang tanah petanian pusaka warisan mereka juga akan diambil alih oleh pihak pemaju.



Pihak pemaju telah mengeluarkan notis peringatan kepada penduduk kampung yang bercucuk tanam disitu supaya meninggalkan kawasan tersebut serta merobohkan pondok yang didirikan disitu dalam tempoh 2 minggu. Pihak pemaju menuduh penduduk kampung sebagai menceroboh tanah pemaju dan diminta meninggalkan tanah tersebut dengan segera.



Menurut penduduk kampung yang ditemui mengatakan mereka sudah berpuluh-puluh tahun meneroka serta mengusahakan tanah tersebut sebelum kedatangan pihak pemaju. Mengapa sekarang pihak pemaju menuntut tanah mereka sedangkan sebelum ini penduduk kampung  sudah banyak kali memohon tanah untuk pertanian tapi tiada jawapan dari pihak berkuasa.


Penduduk kampung sudah lama menuntut dan memohon tanah tersebut sehingga kini tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa sedangkan pemaju yang bukan asal orang tempatan pula diberi hak untuk memiliki tanah pusaka warisan mereka.

Seramai lebih dari 300 orang yang mempunyai hak di tanah tersebut akan dihalau keluar dari tanah sendiri seolah-olah mereka dianggap sebagai pendatang asing oleh pihak pemaju. Sekiranya mereka dihalau keluar dari tanah mereka sendiri, dimana mereka akan meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan berkebun.

Kebanyakan penduduk kampung disitu adalah petani dan mereka hanya mengharapkan hasil dari petanian untuk menyara kehidupan harian mereka. Itulah satu-satunya tanah yang masih ada dan merupakan sumber rezeki pendapatan untuk menyara keluarga mereka dengan menjual ubi kayu, keladi, pisang, buah sawit dan lain-lain hasil dari pertanian.

Kawasan tanah yang beratus hektar itu kalau diambil alih oleh pihak pemaju akan menyebabkan mereka akan kehilangan tanah warisan mereka. Datuk nenek moyang mereka sudah lama meneroka tanah tersebut sebelum adanya pemaju datang ke Miri. 

Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah memberi perakuan pendaftaran kepada Koperasi Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau Miri. Ini secara tidak langsung memberi hak kepada pekebun untuk memiliki tanah tersebut secara sah bukan menceroboh seperti dakwaan pemaju.

Mengapa pihak pemaju pula boleh mendakwa yang tanah tersebut hak milik mereka sedangkan penduduk kampung sudah lama meneroka tanah tersebut sebelum ada pemaju datang kesitu? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab memberi hak milik tanah yang berstatus NCR itu kepada pemaju?

Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Mengikut undang-undang Kanun Tanah Sarawak 1957, tanah adat Bumiputra ['native customary land' (NCL)] memang diakui.

Tanah ‘Temuda’ pula terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran  penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan.

Rang Undang-Undang Pindaan Kanun Tanah Sarawak yang telah dibentangkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lalu dimana Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem memberi jaminan, pindaan itu tidak akan menyebabkan Bumiputera hilang hak pemilikan tanah NCR kerana ia tidak membenarkan urusan jual beli kepada Cina atau kaum bukan Bumiputera lain.

Walaupun tujuan mengubah undang-undang ini untuk memudahkan jual beli tanah NCR kepada syarikat kononnya Bumiputera boleh dilaksanakan bagi tujuan membangunkan tanah tersebut tetapi syarikat berkenaan tidak membangunkan tanah NCR sebaliknya melantik atau mencari syarikat yang dimiliki oleh bukan Bumiputera bagi melaksanakan aktiviti di atas tanah tersebut.

Kebanyakan golongan Bumiputera yang miskin terpaksa menjual tanah, harta benda atau barangan milik mereka sendiri pada masa kecemasan atau kesuntukan wang untuk mendapatkan tunai segera. Ada diantara mereka juga terpaksa menggadaikan tanah untuk mendapatkan duit yang sedikit misalnya bagi membiayai persekolahan anak mereka atau melanjutkan pengajian dan sebagainya.

Walaubagaimana pun bukan semua penduduk kampung menjual tanah mereka semata-mata untuk mendapat tunai segera, ada juga yang masih berusaha sendiri membangunkan tanah mereka
seperti penduduk di kampung Pujut. Mereka merayu agar pihak pemaju jangan rampas tanah warisan pusaka mereka di Miri kerana inilah satu-satunya tanah yang masih ada dalam kawasan pinggir bandaraya Miri untuk penduduk asal Miri.

Kita mengesa pihak berkuasa terutama Ketua Menteri sekarang dapat membantu menyelesaikan masalah tanah warisan Melayu di Sarawak agar ianya selamat dari kepupusan akibat dari pembangunan yang semakin pesat dan hanya menguntungkan pihak pemaju yang bukan asal dari Sarawak.

Kita juga mengesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana tanah NCR, Tanah Termuda orang Bumiputera boleh bertukar hak milik kepada pemaju tanpa pengetahuan penduduk asal yang sudah berpuluh-puluh tahun  meneroka dan menetap di bumi Sarawak.

Penduduk kampung akan berusaha untuk menghalang pemaju dari menceroboh tanah warisan mereka dan mereka tidak sanggup kehilangan tanah mereka. Mereka tidak mahu pampasan sebab segala tanaman mereka yang telah mereka usahakan selama ini telah mendatangkan hasil dan mereka mahu pihak kerajaan memberi hak milik tanah sepenuhnya kepada mereka.

Kita harap pihak berkuasa segera mengatasi masalah ini dengan adil dan tidak hanya memihak kepada syarikat yang kaya raya untuk mengambil hak orang kampung yang hidup bergantung hidup hasil dari pertanian. Tanpa tanah dimana mereka akan mendapatkan hasil pendapatan?

Adakah pihak kerajaan mampu menyara kehidupan harian mereka setelah mereka kehilangan hak mereka? Adakah pihak kerajaan ingin melihat rakyat sendiri tiada punca pendapatan dan terus hidup dalam kemiskinan dan menumpang di tanah sendiri? Kita perlu selamatkan tanah warisan Melayu Bumiputera dari jatuh ke tangan orang luar.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

Sumber TKO - 29-5-2015

Umno dan Kezaliman, Berpisah Tiada!

KUALA NERUS – Sejak dari zaman pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad sebagai Menteri Besar Umno negeri Terengganu sehinggalah Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman, Umno meneruskan dasar yang menzalimi rakyat Terengganu.

Bekas Setiausaha Jawatankuasa Pembelaaan Hak-hak Rakyat Terengganu Ustaz Wan Sukairi berkata ‘Umno dan kezaliman berpisah tiada’.

“dan sekarang (Dato’) Ahmad Said jatuh (sebagai Menteri Besar) naik pula Razif…….yang kononnya dicanangkan sebagai pemimpin yang baik dan bersih,

wan sukairi

“(tapi) sifat Umnonya muncul dan dia (Razif) bertindak sebagai seorang pemimpin Umno…..melakukan kezaliman, sebab itulah saya (suka) ulangi sekali lagi,

“Umno dan kezaliman berpisah tiada……Umno dan meroboh rumah rakyat bagai isi dan kuku……bagai aur dan tebing….ini lah yang berlaku,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Solidariti Banggol Donas, dekat sini pada Isnin 13 April, kerana membantah tindakan kerajaan yang mahu merobohkan rumah penduduk.

Beliau mengucapkan syabas dan ‘salute’ kepada Tuan Haji Salleh Embong dan rakan-rakanya yang bersemangat mempertahankan tanah milik beliau.

Menurutnya, mempertahankan harta adalah satu kewajipan kepada orang Islam sebagaimana yang telah diajar nabi Muhammad SAW.

“dalam hadis Nabi SAW bersabda…..orang yang mati disebabkan kerana mempertahankan hartanya, maka matinya adalah mati syahid,

“dan (ia) adalah warisan yang telah ditunjuk ajar oleh datuk nenek moyang kita……kita ambil semangat Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong…..kita ambil semngat Tok Ku Paloh……kita ambil semangat Megat Terawis,”tegas beliau.

20150413_104709 (2)

Menurutnya lagi, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong mempertahankan prinsip pemilikan tanah adalah milik Allah, menentang undang-undang British yang menggubal perlembagaan baru bahawa semua tanah di negeri Terengganu adalah milik kerajaan.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada semua penjawat awam bahawa, semua manusia adalah hamba Allah SWT dan tidak ada seseorang pun yang boleh mengatasi kuasa Allah.

Beliau menegaskan, seragam dan pangkat yang dipakai adalah untuk keamanan dan keadilan, bukannya untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Oleh itu, menurut beliau, sebagai hamba Allah, haruslah berhati-hati melaksanakan arahan supaya tidak melakukan ‘maksiat’ kepada Allah.

“betul kamu adalah penjawat awam……tapi yang sebenarnya kamu adalah hamba Allah {oleh itu) kita kena ingat…….sekiranya kita sanggup buat apa yang diarahkan oleh tuan kita walaupun benda itu salah…..benda itu haram,

“pada waktu itu kita bukan lagi hamba Allah (tetapi) kita pada waktu itu adalah hamba kepada tuan kita…..,”katanya.

Sumber BO - 14-4-2015


















Selamatkan Kampung Banggol Donas!

ADIB AZMAN | .


TAJUK tulisan ini mungkin agak sedikit provokatif, namun dalam lanjutan tulisan ini, ia akan menjelaskan kenapa tulisan ini diberi tajuk sedemikian. Sebelum pergi dengan lebih lanjut, amatlah baik untuk menelusuri semula antara kandungan “Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu” yang diisytiharkan pada 5 Ogos 1957. Antara lain kandungannya menyebut;

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasil dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”

Satu wasiat yang sangat utuh selain indah untuk dihayati oleh generasi muda hari ini, khususnya orang Melayu sendiri dewasa ini. Namun apa yang berlaku selepas puluhan tahun di Malaysia, tanah rizab Melayu ini makin hilang dan dirampas oleh pihak kapitalis yang angkuh, sehingga hari ini hanya tinggal 12 peratus sahaja.

Satu kajian yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyebut kumpulan tanah rizab Melayu yang tinggal hanya 12 peratus ini hanya sebahagian dari 12.9 juta hektar tanah dari keseluruhan Semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang.

Bagaimana pula dengan nasib kampung-kampung warisan Melayu? Nasib yang sama juga menimpa mereka. Kampung Chu Badak di Kuala Lumpur, Kampung Matau di Jengka Pahang, Kampung Banggol Donas di Kuala Nerus Terengganu, Kampung Puah Seberang di Kuala Lumpur, Kampung Chetti di Melaka dan lain-lain kampung warisan yang tidak disebutkan, kesemua kampung ini menjadi jamuan yang menyelerakan bagi pihak kapitalis yang lapar mengejar keuntungan tanpa memikirkan nasib para penduduk kampung yang telah menghuni kampung warisan tersebut puluhan tahun.

Sebagai contoh dalam isu Kampung Chu Badak di Kuala Lumpur, para penduduknya digelar setinggan oleh pihak pemaju sedangkan para penghuninya memiliki “Lesen Menduduki Beserta Ekuiti” (Licensees Coupled With Equity).

Nasib 160 keluarga yang tinggal di sana menjadi  taruhan apabila jentolak meranapkan rumah-rumah mereka malah ada yang ditangkap dan diheret ke balai polis kerana mempertahan kampung mereka tempoh hari lalu. 200 keluarga di Kampung Matau Jengka Pahang juga menjadi mangsa apabila rumah mereka diranapkan oleh pihak Majlis Daerah Maran atas tujuan pembangunan kedai. Penduduk Kampung Puah Seberang pula tidak diberi pampasan yang setimpal  sedangkan tanah mereka bakal dibangunkan dalam projek River Of Life.

Dalam kes Kampung Banggol Donas di Kuala Nerus Terengganu, nasib yang sama menimpa mereka atas alasan kampung mereka adalah cadangan laluan baharu antara Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda. Penduduk kampung diberi notis untuk keluar dari tanah tersebut dalam tempoh 21 hari.

Dalam keadaan yang ditekan, penduduk kampung masih bersikap rasional dengan mencadangkan kawasan tanah sekitar yang tidak berpenghuni sebagai laluan alternatif baharu. Namun cadangan mereka diabaikan oleh pihak pemaju syarikat milik bekas Ketua Pemuda Umno Terengganu. Kini hanya tinggal lima keluarga sahaja dari 24 keluarga yang bertahan di sana.

Ke manakah hala tuju, nasib dan hak pemilikan tanah orang Melayu sedangkan dalam setiap Perhimpunan Agung Umno saban tahun, ucapan dan teriakan membela nasib orang Melayu, membangunkan nasib dan pemilikan ekonomi orang Melayu, tangan-tangan yang diacung ke udara tanda sokongan, slogan-slogan “Hidup Melayu, Hidup Umno”, semua ini hanyalah metafora yang dilampirkan oleh golongan yang selalu menggelar diri mereka pembela nasib Melayu. Hakikatnya orang Melayu makin tertindas dan tertipu diabaikan oleh golongan ini secara sedar dan tidak sedar.

Boleh dilihat sendiri seawal dalam polisi Dasar Ekonomi Baru, satu dasar yang diunjurkan oleh Tun Abdul Razak usai peristiwa 13 Mei 1969. Dasar dan polisi ini diluncurkan untuk mengimbangi penguasaan ekonomi antara kaum dan pecahan kek ekonomi dapat dirasai dengan adil dan saksama oleh rakyat. Sasaran utama dasar ini adalah membangunkan masyarakat Melayu desa agar turut bersaing dalam perlumbaan ekonomi dan kemandirian hidup di Malaysia. Maka lahirlah cadangan mewujudkan Felda dan kemudiannya Felcra.

Antara sasaran utama dalam dasar ini menyasarkan penguasaan ekuiti Bumiputera mencapai 30 peratus ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan ada juga kebaikan dari dasar ini bilamana hasil Felda dapat dituai dan dinikmati oleh generasi kedua dan ketiga peneroka, namun sehingga ke hari ini sasaran pegangan ekuiti ini gagal untuk dicapai kerana sikap tamak pihak berkepentingan dalam politik mengaut keuntungan untuk tembolok mereka sendiri.

Hari Isnin (13 April 2015), hari yang merupakan hari yang malang buat penduduk Kampung Banggol Donas di Kuala Nerus Terengganu. Rumah mereka akan dirobohkan. Apalah malang dan nasib yang menimpa masyarakat kampung Melayu yang tidak berdosa, mereka tidak melakukan kesalahan yang mengancam kerajaan negeri apatah lagi melancarkan ancaman subversif melumpuhkan ekonomi negeri, mereka hanya menentang tindakan kerajaan negeri mengambil tanah mereka untuk dijadikan laluan lebuh raya!

Kes tanah kampung ini yang masih ingin diperjuangkan di mahkamah persekutuan sepatutnya diteliti dengan baik terlebih dahulu oleh pihak kerajaan negeri. Jangan gopoh dan tuntas mengambil tanah rakyat.

Ruang perbincangan sepatutnya masih dibuka antara pihak pemaju dan penduduk kampung, tetapi kenapa esok dijadikan hari rasmi rumah mereka untuk dirobohkan oleh pihak penguasa negeri?

Lantaran itulah, tanah rezab Melayu akan terus menjadi tanah angan-angan orang Melayu sekiranya mereka masih tidak sedar akan apa yang menimpa mereka hari ini. Mungkin hanya segolongan penduduk kampung dan desa menjadi mangsa kerakusan pihak pemaju dan kroni-kroni Umno, jangan hairan kalau kelak di masa hadapan, orang Melayu sendiri akan merempat dan menjadi penduduk setinggan sedangkan laungan “Hidup Melayu, Hidup Umno” masih bergema kuat di dewan PWTC. – HARAKAHDAILY 13/4/2015

Penulis adalah Adib Azman, aktivis Pro-Mahasiswa We Unite For Islam (WUFI) UIAM.

Sumber HD - 13-4-2015


Mengapa Razif Tidak Turun, Selesaikan Kes Tanah Banggol Donas



KUALA TERENGGANU – Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsuddin mengkritik sikap tidak peduli kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), yang tidak mengambil sebarang usaha menyelesaikan kes pengambilan semula tanah di Kampung Banggol Donas.

Menurut beliau, setelah aduan-demi aduan dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan, terdapat ‘perlanggaran hak’ ketika proses pengambilan balik tanah, sepatutnya disiasat dengan teliti samada oleh satu Suruhanjaya atau pun apa-apa pasukan penyiasat.



“sepatutnya ada pihak yang berwajib (yang mempunyai kuasa) dari segi ‘high-profile’ sepatutnya telah melantik satu jawatankuasa bertindak atau suruhanjaya,

“untuk menyiasat mengapa kes (tanah Banggol Donas) ini berlaku,”katanya.

Mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berhujah, sebagai bukti bahawa terdapat tindakan yang tidak betul, kerajaan tidak dengan ‘cara yang lebih rakus’ menyodok sahaja rumah-rumah yang masih berdiri di kampung tersebut.

“mengapa tidak dengan cara yang lebih rakus ‘buldoze’ sahaja……mari sodok sahaja….tapi mereka tidak berbuat demikian,

“kerana mereka tahu ada kesilapan yang mereka lakukan di sana,”jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS Kuala Nerus bersedia menegakkan keadilan dan membela orang yang dianiaya, mengerahkan ahli-ahlinya untuk turun menentang kezaliman, khususnya dalam kes tanah Kampung Banggol Donas.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridhuan Hashim menyatakan kekesalan atas tindakan kerajaan yang tidak mematuhi undang-undang.



Beliau menyifatkan pelbagai ‘kepelikan’ yang berlaku dalam kes Tanah Banggol Donas menunjukkan Umno dan Barisan Nasional bukanlah pembela orang Melayu dan memperjuangkan hak memiliki tanah kepada orang-orang Melayu.

Katanya, beliau menyambung usaha yang dibuat oleh ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak pada penggal lalu, beberapa kali membawa isu tersebut ke dalam persidangan DUN dan meminta bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said menyelesaikannya dengan cara yang betul.

“saya minta kepada Menteri Besar ketika itu Datuk Ahmad Said supaya turun dan berbincang bagaimana untuk menyelsaikan dengan cara yang terbaik,

“Umno sendiri yang mendakwa memperjuangkan hak-hak orang Melayu sepatutnya terbuka untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit, tapi sebaliknya……,”tegas beliau.

Beliau berkata, sepatutnya Menteri Besar yang baru Dato’ Ahmad Razif yang membawa slogan
‘Transformasi Terengganu Baharu’, yang dikatakan membawa satu pendekatan mesra rakyat, namun tidak turun untuk menyelesaikan kes yang telah berlarutan sejak tahun 2008 lagi itu.

Sementara itu, Presiden NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Haji Amad Amzad Hashim menyelar sikap Razif yang dikatakan sebagai ‘orang yang baik’, tetapi sehingga kini, tidak turun ke Banggol Donas.



Beliau hairan, bagaimana Razif yang juga Ketua Bahagian Umno Kuala Nerus tidak menjejakkan kakinya langsung ke kampung terbabit, dan cuba menyelsaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk.

“saya hairan…..dulu kita kata Menteri besau yang dulu mungkin dia orang jauh…..orang Kemaman……mungkin jiwa dan hati dia tak lekat dengan Kuala Nerus,

“sekarang ni bila Menteri Besar yang baru, orang kata orang yang baik, sampai sekarang tak boleh menjejakkan kakinya ke sini (Kampung Banggol Donas) untuk menyelssaikan masalah ini,

“macam seolah-olah orang kampung ini bangsa asing…ini orang Melayu kita….orang Islam kita….apa masalahnya???….,”kata Amzad.

Bagi pihak NGO, beliau memberi amaran, tindakan kerajaan merampas tanah-tanah orang Melayu ditambah lagi dengan bebanan kos sara hidup yang ‘melonjak’ dan tekanan-tekanan yang lain, akan menyebabkan rakyat hilang sabar!.

Sumber BO - 12-4-2015

Tiga Tindakan Mempertahankan Tanah Kampung Banggol Donas – Haji Salleh Embong



KUALA NERUS – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong menganggap tindakan Pejabat Tanah Kuala Terengganu menghantar notis terbaru adalah sangat keterlaluan.

Menurutnya, arahan supaya mengosongkan tanah miliknya adalah perbuatan ‘menghambat’ beliau sedangkan kes tanah tersebut masih lagi dalam proses mahkamah.

Katanya, beliau tidak berpuas hati apa yang telah diputusakan oleh mahkamah rayuan di Putrajaya pada 11 Mac yang lalu dan telah pun membuat rayuan ke mahkamah persekutuan.

salleh embong090415b

“Kita tidak berpuas hati, atas keputusan yang telah dibuat oleh hakim mahkamah rayuan. Sebab keputusan tu hanya dibuat berdasarkan (surat) akuan bersumpah, bukan (berdasarkan) kepada akta (tanah),

“sebab pihak penasihat undang-undang (negeri Terengganu) tidak boleh membuktikan ‘borang k’ itu telah dikeluarkan (iaitu) pemilikan tanah……..walaupun hakim bertalu-talu minta. Jadi kita tak puas hati, kita rayu,”jelasnya.

Oleh itu, notis arahan mengosongkan tanahnya yang bertarikh 7hb April, 2015 tidak boleh diambil tindakan dan kes tersebut perlu diselesaikan di mahkamah persekutuan terlebih dahulu.

Haji Salleh berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di rumah beliau dekat sini, pada Khamis 9hb April.

Sehubungan itu, beliau berkata, sekiranya pihaknya ‘kalah’ dalam usaha tersebut, kerajaan tidak berhak juga ‘menghambat’ beliau secara ‘bodoh’.

Beliau mahu pihak kerajaan menyelesaikan perundingan pampasan dan memberi tempoh pengosongan selama empat bulan.

“Dan notis penggantungan (mengosongkan tanah) ni pun yang pertama kita kata, kena selesai dulu mahkamah persekutuan, apa jua keputusan……….kemudian, kalau kita kalah juga, maknanya kita tak dop doh (sudah habis usaha) smampai ke siling doh,

“kemudian, notis penggantungan ini kita minta supaya diberi peluang 4 bulan selepas pampasan dibayar………maknanya bukan macam nilah.

“Kita kalah, kita runding pampasan dan kerajaan kena bagi 4 bulan tempoh untuk kita pindah,”tegas beliau.

Ada Niat Yang Tidak Baik

20150409_114843 (2)

Haji Salleh berkata, notis tersebut dikeluarkan kerana sudah ada niat yang tidak baik dan tindakan yang telah menyalahi undang-undang sejak dari awal perlaksanaan pembinaan jalan tersebut.

Katanya, Pegawai Undang-undang negeri Terengganu sejak dari awal perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah pun menunjukkan sikapnya dan nitanya itu.

“Dia begini, kalau kita ikut perbicaraan daripada awal Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sampai ke Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur, pihak LA (Pegawai Undang-undang) mengatakan kita degil………kita menyusahkan orang……… kita keras kepala……..Itu cerita dia.

“Jadi sebab itu peguam kita pergi pagi semalam, jumpa pegawai ni pun dia kata (perkara yang sama),”katanya.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut dinyatakan dalam ‘affidavid’ beliau dan beliau telah buktikan Pegawai Undang-undang menyebut perkataan-perkataan tersebut.

Sedangkan kata beliau, perlanggaran Seksyen 4 (Akta Tanah) yang wajib dibuat dan dilaksanakan tidak dibuat mengikut prosedur.

“Dalam affidavit kita……………..saya boleh buktikan (ucapan Pegawai Undang-undang terhadap saya) degil, keras kepala, menyusahkan orang.

“Jadi kita jawab balik, benda ni tak timbul kalau kerajaan buat ikut prosedur. Kita bagi tahu dia, nak ambil ada prosedur. Kita bergaduh tentang seksyen 4. Audit kata seksyen 4 ni compulsory (mesti), mandotari, wajib.

“LA kata tak payah. Seksyen 20 sebab tanah ni ada rumah. Pasal dia ambil mengikut kuasa terdesak. Seksyen 19 dia kena keluar…….. seksyen 20. Tapi pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) kata tak payah. Jadi semua akta yang dibuat di parlimen ni, mari ke Kuala Terengganu semua kata tak payah,”jelasnya lagi.

Serahan Notis Juga Memfitnah

salleh embong090415c

Sekiranya kerajaan negeri dan Pegawai Undang-undang berniat baik, kata Haji Salleh, pastinya notis pengosongan tanah itu diserahkan sendiri kepadanya dan empat orang yang lain, yang terlibat dengan kes tersebut.

Bukan sahaja tidak datang menyerahkan notis itu sendiri, bahkan pihak kerajaan menuduh Haji Salleh tidak mahu menerima notis tersebut.

“kalau dia niat baik, kenapa dia hantar (notis pengosongan tanah) kepada (melalui) peguam. Yang ada (terlibat) disini bukan saya seorang. Yang (lain) empat lagi pun ada. Kalau jawapan dia menyatakan bahawa kita dah pergi tapi tak jumpa rumah, itu cerita lain.

“Ini (dia) kata dah pergi, (tetapi kita) enggan terima………(pihak kerajaan tidak serahkan notis sebaliknya) dia pergi pejabat peguam, dan mendakwa kita menolak (untuk menerima notis)……. padahal kita tak terima pun (dia tak datang pun),”katanya lagi

Oleh itu Haji Salleh berkata, beliau akan membuat akuan bersumpah menafikan dakwaan tersebut dan akan membawanya ke mahkamah.

“Dakwa tak terima……..(dakwa) Kita tak (mahu) terima notis tu…….sedangkan dia tak datang. Sebab tu kami akan buat akuan bersumpah menafikan cakap dia (dan) kita akan bawa ke mahkamah. Yang kes surat ini, kita akan menafikan.

“Kita minta bukti bila dia mari kesini. Dia pejabat ni, kalau dia mari, dia ambil gambar, kalau dia serah pun, dia ambil gambar. Kalau kita tak terima pun, dia akan serah kita tak terima,”kata beliau.

alleh embong090415d

Justeru itu, tegas Haji Salleh, sebanyak tiga tindakan yang akan dibuat oleh pihak beliau melalui seorang lagi peguam, Hassan Karim yang berasal dari negeri Johor.

Selain membuat rayuan di mahkamah Persekutuan, mengambil tindakan atas dakwaan tidak benar terhadap penyerahan notis tersebut, beliau juga akan membuat satu tuntutan sivil.

Dalam ‘saman’ sivil itu nanti, katanya, beliau akan memanggil semua pihak yang terlibat dengan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram ke Kampung Tok Kong ke Bukit Guntung, Kuala Terengganu itu, bagi memberikan keterangan di mahkamah.

“Kita ada seorang lagi peguam, Hassan Karim dari Johor………Saya dah berjumpa minggu lepas di Kuala Lumpur bersama dengan peguam kita ni (Terengganu).

“Kita ada 3 (tindakan) sekarang ni, yang pertama, kita rayu di mahkamah persekutuan, yang kedua, kita ambil notis ‘injunction’ mengenepikan tindakan (pengosongan tanah), yang ketiga kita akan (buat) saman sivil.

“Kita akan panggil semua yang berkenaan……..‘consultant’ (juru perunding), DO (Pegawi Daerah) (dan) semua pegawai yang terlibat dengan pengambilan tanah ini, kita akan panggil.
“Sebab utama ialah, perbuatan yang melanggar peraturan ini memberi kesan yang amat sangat bagi kita,”tegas beliau.

Sumber BO - 10-4-2015





















Sokongan, solidariti untuk JK Bertindak Kg Banggol Donas

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan isu pengambilan
tanah Kg Banggol Donas, Kuala Nerus diselesaikan dengan mengambil kira cadangan-cadangan penyelesaian yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa bertindak.

"Semoga hak rakyat dapat dikembalikan semula," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam satu kenyataan.

Katanya, Jawatankuasa Bertindak Kg Banggol Donas, Parlimen Kuala Nerus akan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya, esok (11 Mac) bagi mendengar kes rayuan berhubung isu pengambilan tanah di kampung itu untuk tujuan pembinaan jalan susur Lebuh raya Pantai Timur (LPT) II.

Beliau berkata, berikutan itu telah memangsakan tanah 22 keluarga di Kg Banggol Donas yang dirampas secara paksa dan tidak berperaturan.

"Oleh yang demikian, saya merayu dan menyeru kepada warga Malaysia sekalian untuk memberikan sokongan dan bersolidariti bersama jawatankuasa ini bagi membela hak penduduk yang menjadi mangsa kezaliman dan penindasan pemerintah," ujarnya lagi.

Untuk makluman semua juga, ujarnya bantahan dibuat oleh jawatankuasa itu kerana sebenarnya kerajaan mempunyai alternatif lain untuk tidak mengambil tanah penduduk Kg Banggol Donas iaitu dengan meluruskan jajaran dari Kg Banggol Tuan Muda melalui sebidang tanah lapang milik sebuah syarikat korporat.

Namun begitu, jelas beliau kerajaan tidak sedikit pun mengusik tanah itu bahkan merampas pula tanah penduduk Kg Banggol Donas.

Selain itu, tambahnya pengambilan tanah itu juga dibuat dengan tidak mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 apabila pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan diambil oleh kerajaan.

Fakta lanjut berkenaan isu itu boleh dirujuk di blog beliau http://drtakiri.blogspot.com/2014/11/surat-terbuka-kepada-pm-isu-rampasan.html. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Sumber HD - 10-3-20215























Apa penduduk asal Tanjong Tokong mahu

AZIZ MUDA | FOTO NASIR SUDIN | .
PERSATUAN Penduduk Tanjong Tokong mengucapkan terima kasih atas sikap keterbukaan Datuk Johari Abdul Ghani dan UDA yang ditunjukkan dalam rundingan kedua mereka pada 20 November 2014 lalu bagi menyelesaikan permasalahan di kampung itu yang sudah melampaui 30 tahun. Untuk mengetahui butiran rundingan mereka dengan lebih lanjut, ikuti wawancara bersama Penasihat yang juga Pakar Rujuk Pembangunan persatuan itu, Mustafa Yahya.


HARAKAHDAILY: Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak persatuan tuan dan para penduduk asal Kampung Tanjong Tokong?

MUSTAFA YAHYA: Kami orang-orang Melayu, Orang Asal (Penduduk Asal) Kampung Tradisi Tanjong Tokong dan Pulau Pinang ingin melihat kampung ini maju ke hadapan menjadi Kampong Warisan Melayu/Islam yang tersusun dalam konsep recreational atau mengwujudkan semula Kampung Warisan Melayu yang tersusun, hidup dengan budaya dan tradisinya. Kami mohon kawasan yang masih berbaki diperuntukan 4 ekar untuk dijadikan sebagai Zon Kampong Warisan Melayu, Pulau Pinang.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Johari atas tawaran yang diberikan kepada kami dan dalam rundingan tersebut, kami telah menyediakan tuntutan kami hasil daripada perbincangan kami dengan penduduk. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sikap keterbukaan Datuk Johari dan UDA dalam rundingan kedua itu bagi menyelesaikan permasalahan yang sudah melampaui 30 tahun lamanya.

Apakah butiran rundingan itu atau maklum balas dan cadangan balas pihak persatuan tuan kepada Datuk Johari Abdul Ghani bagi pihak Uda Holding?

Beberapa statement atau kenyataan yang mempunyai significant, pertamanya, kami memohon kawasan yang masih berbaki diperuntukan 4 ekar untuk dijadikan sebagai Zon Kampung Warisan Melayu, Pulau Pinang. Kedua, semua komponen pembinaan di dalam zon itu hendaklah dirujuk kepada persetujuan Persatuan Penduduk Tanjong Tokong, Pulau Pinang bermula daripada mendapat "Kelulusan Kebenaran Merancang" daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau Special Approval Plan (SAP).

Ketiga, komponen pembinaan dalam Kampong Warisan Melayu Tanjong Tokong adalah seperti berikut:

A. Rumah-rumah tradisi akitektual Melayu didirikan semula dengan memasukkan unsur-unsur kebudayaan yang kaya dengan keseniannya yang terdapat pada ruang bilik, serambi, seni ukir pada papan layar (cantik), tiang, tangga, bumbung, gril seni kayu, dinding, alas duduk, bilik air, sandaran, kerusi meja, ruang dapur, pagar, tamaman landskap, susun atur rumah, lorong, kolam ikan, ruang santai, ruang tetamu atau beranda, tangga luar, papan layar berukiran Melayu.
Bagi rumah-rumah tradisi architectual Melayu, kami mohon 12 unit rumah disediakan dengan kelengkapan seperti berikut:

i. Rumah-rumah tradisi architectual Melayu didirikan semula dengan memasukkan unsur-unsur kebudayaan.
ii. Kami mohon 12 buah rumah didirikan kepada penduduk dalam Zon 4A yang akan dipindah keluar.
iii. Rumah ini mestilah didirikan sebagai sebuah kampung yang tersusun tradisi dan moden dengan seni bina Melayu tradisi dengan 5 bilik tidur serta 5 bilik air, dapur, ruang tetamu atau beranda, tangga luar, papan layar berukiran Melayu serta rumah-rumah tradisi architectual Melayu didirikan semula dengan memasukkan unsur-unsur budaya dan keseniannya yang terdapat pada ruang bilik, serambi, seni ukir pada papan layar (cantik), tiang, tangga, bumbung, gril seni kayu, dinding, bilik air, sandaran, kerusi, meja, ruang dapur, pagar, tamaman landskap, susun atur rumah, lorong, ruang santai dan seterusnya.

iv. Ruang bina atau as-built ialah 4,000 kaki persegi, rumah 2 tingkat dengan ruang tanah ialah 4000-6000 kaki persegi.
v. Ruangan lebihan tanah ini mesti digunakan untuk tanaman pokok bunga-bungaan bagi menghidupkan suasana Kampong Warisan Melayu Tanjong Tokong yang tersusun.
vi. Rumah ini kekal tanpa boleh diubahsuai dan mengikuti Akta Warisan.
vii. Lihat gambar konseptual yang terdapat pada slide presentation yang dilampirkan bersama.

Bagaimana dengan Bangunan Kelab Setia Tanjong Tokong.

Perkara itu termasuk dalam kenyataan berhubung komponen pembinaan dalam Kampong Warisan Melayu Tanjong Tokong bagi bahagian B iaitu atas tajuk Bangunan Kelab Setia Tanjong Tokong dengan pernyataan berikut:

i. Tapak budaya untuk permainan rakyat, sebuah dewan tertutup dua tingkat dan tanah lapang (halaman) untuk aktiviti warisan rakyat seperti takraw, permainan Silat Melayu Pulau Pinang.
ii. Akitektualnya ialah membina semula seni binaan asal Bangunan Kelab Setia Tanjong Tokong dengan komponen bilik mesyuarat untuk 30 orang, bilik kelas bimbingan (berkapasiti 40 orang - 3 bilik darjah), pentas serta gelanggang sukan dengan 4 gelanggang takraw/pelbagai.
iii. Membina bilik setor, ruang pejabat serta tandas (2) buah lengkap lelaki dan perempuan.
iv. Dewan ini juga mempunyai ruang pemeran.
v. Setelah siap dewan ini seterusnya diserahkan kepada Persatuan Kelab Setia Tanjong Tokong untuk ditadbir.
vi. Bangunan dua (2) tingkat ini mestilah mempunyai akitectual kesenian Melayu.
viii. Tapak budaya, berseni dan permainan rakyat seperti sepak raga, silat, kompang, nasyid, tilawah Quran, berzanji, berkhatan, majlis kenduri, bertunang, ruang pameran (galeri), ruang pidato, berseni. Komponennya adalah sebuah dewan yang bertutup penuh dan padat dengan budaya dan kesenian aktiviti warisan rakyat setempat. Dewan Persekutuan Kelab Setia ini dari segi akitektual adalah berkonseptual seni bina Melayu yang asal / tradisinya terpahat pada ruang masuk utama, pentas, meja pidato/ bersajak/bersyair, ruang dalam, bumbung, tingkap dan pintu ukiran kayu.

Bagaimana dengan tempat ibadat atau madrasah?

Perkara itu termasuk dalam kenyataan berhubung komponen pembinaan dalam Kampong Warisan Melayu Tanjong Tokong bagi bahagian C iaitu atas tajuk Mendirikan Semula Madrasah At-Taqwa dan memasukan unsur-unsur seni bina Melayu/Islam ke atas madrasah At-Taqwa, Tanjong Tokong, Pulau Pinang yang sedia ada dengan pernyataan berikut:

i. Pembinaan semula Madrasah At-Taqwa yang terdapat pada Zon 4A dipindahkan ke Zon 4B.
ii. Luas keluasan Madrasah At-Taqwa mestilah boleh memuatkan 300 jemaah termasuk perempuan. Terdapat rak-rak buku yang disediakan.
iii. Menyediakan tempat wuduk untuk lelaki dan perempuan yang berasingan.
iv. Terdapat ruangan dapur untuk memasak serta kelengkapan ruang kabinet untuk menyimpan peralatan memasak serta talam, pinggan dan mangkuk. Terdapat peti sejuk dan larder.
v. Mempunyai tandas lelaki dan perempuan yang berasingan dan bilik mandi.
vi. Mempunyai bilik rehat untuk tetamu (4 bilik) lengkap dengan bilik mandi dan tandas.
vii. Mempunyai ruang pejabat, setor, lengkap dengan pembesar suara, sistem PA dan halaman serta padang mainan.
viii. Tuntutan ini selaras dengan ruang serta persekitaran yang terdapat di Madrasah At-Taqwa.
ix. Seni ukir pembinaan adalah seni bina Islam/Melayu.
x. Madrasah yang ada sekarang tidak boleh dirobohkan sehingga bangunan baru telah didirikan dan boleh digunakan. Madrasah yang ada sekarang masih mempunyai jemaah solat dan masih berfungsi dalam pelbagai aktiviti berjemaah.
xi. Madrasah ini setelah siap diserahkan kepada Jawatankuasa yang ada sekarang untuk diurus tadbir.

Boleh pihak tuan jelaskan, bagaimana dengan medan selera?

Perkara itu termasuk dalam kenyataan berhubung komponen pembinaan dalam Kampong Warisan Melayu Tanjong Tokong bagi bahagian D iaitu atas persoalan Mendirikan Balai/Galeri Medan Selera Pemakanan Rakyat. Melahirkan pembikinan kuih muih Melayu lama Pulau Pinang (seperti lopeh, kuih ca, beka kacang, ubi kayu, kolca, apam bakar, bingka, serawa, pengat, dangai, seri muka, suji, tepung talam, ondeh-ondeh, kueh kosui, buah Melaka dan sebagainya).

Masakan pemakanan orang Melayu Tanjong Tokong lama dengan resipi masakan yang sudah ada lama di Tanjong Tokong seperti nasi lemak Rokiah, sambal tumis udang, ikan belah belakang, bamia, daging masak lada, mi rebus Pak Park, nasi minyak Pak Nagor, gulai ikan Abdul Rahman, Masakan Mak Lal. Menghidupkan kembali syurga makanan penuh dengan adat dan tradisi.

i. Mendirikan balai/galeri medan selera pemakanan rakyat untuk penduduk Tanjong Tokong sebagai aktiviti harian.
ii. Mendirikan balai/gelari medan selera tradisi sesuai dengan seni bina akitektual Melayu dengan kemudahan moden. Aktiviti ini dapat menampung penjualan kuih tradisi dikekalkan sehingga ke abad yang melampaui.
iii. Mendirikan ruang untuk buatan dan jualan pemakanan rakyat - Melahirkan pembikinan kuih muih Melayu lama Pulau Pinang.
iv. Bangunan ini setelah disiapkan diserahkan kepada Persatuan Kampong Warisan Tanjong Tokong, Pulau Pinang untuk mentadbir Galeri Medan Selera Tradisi Warisan. Semua bangunan seni bina ini adalah diaktakan di bawah Akta Warisan.

Bagaimana pula dengan statement atau kenyataan lain yang significant dengannya.

Perkara ini termasuk dalam perkara yang keempat, iaitu kami memohon semua tuntutan itu dibangunkan dan dibiayai oleh UDA dengan konsep pembangunan yang dipersetujui oleh Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong.

Perkara kelima, kami mohon satu bank gurantee diberi atas nama Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong bernilai RM50 juta untuk tempoh 3 tahun atau 36 bulan diserahkan kepada syarikat peguam kami, Ong & Associates sebagai jaminan kekal. Tempoh masa 36 bulan adalah munasabah dan memenuhi kriteria sesuatu projek patut siap. Jika tuntutan itu tidak ditunaikan dalam tempoh masa tersebut, maka kami berhak untuk mendapat tuntutan/peruntukan itu untuk membangunkan semula Zon Warisan Melayu di atas tapak yang lain di Pulau Pinang.

Perkara keenam, UDA mestilah meyediakan tempat tinggal sementara untuk penduduk-penduduk di Zon 4A yang akan dibangunkan ke kawasan penempatan sementara sebelum rumah mereka dirobohkan. Kami pohon tanah bersebelahan dengan Masjid Tuan Guru sebagi tapak sementara dalam pembangunan tersebut.

Ketujuh, senarai nama-nama penduduk yang akan ditempatkan ke Zon Warisan Melayu Tanjong Tokong, Pulau Pinang adalah seperti berikut:

a. Sini Ibrahimsa bin Aziz beralamat 281-E, Jalan Shaikh Ibrahim, Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
b. Abdul Wahab bin Sini Ibrahimsa beralamat di 282-L, Jalan Shaikh Ibrahim, Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
c. Mohd Salleh bin Yahya beralamat di 282-H, Jalan Shaikh Ibrahim, Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
d. Che Gayah binti Mohd Yusuf beralamat di 283-B, Jalan Shaikh Ibrahim, Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
e. Rajali bin Abdul Aziz beralamat di 214-B, Jalan Shaikh Ibrahim, Tanjong Tokong, Pulau Pinang, berada di Zon 4B.
f. Mahmud bin Yusuf beralamat di 214-E, Jalan Shaikh Ibrahim, Tanjong Tokong, Pulau Pinang, berada di Zon 4B.

g. 6 unit lebihan dicadangkan sebagai rumah tumpangan/rumah tetamu untuk pelancong-pelancong yang berkuncung ke tempat ini atau digunakan semasa majlis keramaian, kenduri perkahwinan dan seterusnya. Unit-unit ini diserahkan kepada Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
h. Tapak ini akan dijadikan Zon Warisan Melayu Tanjong Tokong sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan di Pulau Pinang. Orang Melayu sudah berada di Pulau Mutiara ini lebih awal daripada kedatangan Kapten Sir Francis Lights.

Boleh pihak tuan jelaskan lagi mengenai tuntutan lain.

Tuntutan lain itu termasuk dalam perkara kelapan iaitu, mereka yang disenaraikan itu mempunyai hak ke atas bank guarantee RM50 juta jika UDA gagal melaksanakan Pembinaan Zon Warisan Melayu Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Kesembilan, kami mohon diadakan satu memorandum of agreement (MOA) di antara UDA Holding Berhad, Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong dan disaksikan oleh Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri 1 dan peguam kedua-dua pihak iaitu bagi pihak Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong dan UDA Holding Berhad.

Kesepuluh, kami mohon semua tindakan kehakiman dan undang-undang dihentikan dalam tempoh reda ini. Kesebelas, setelah termetrai perjanjian MOA, semua tindakan undang-undang dan penghakiman ditarik balik ke atas kedua-dua pihak dan ke-kes yang berkaitan juga ditarik balik dengan serta-merta bagi menghormati perjanjian kedua-dua pihak.

Perkara keduabelas, di antara kenyataan akbar dan liputan yang berkaitan dengan perjuangan kami ini iaitu:

a. Kenyataan akhbar dalam Sinar Harian, 11 Disember 2014, Pengarah Urusan UDA Holding, Datuk Ahmad Abu Bakar bersetuju membenarkan kewujudan 1.6 hektar (3.778 ekar) tanah berbaki untuk dibangunkan Kampong Warisan Melayu yang tersusun dalam Fasa 4B.

b. Kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa nasib penduduk Tanjong Tokong akan dibela di dalam internet pada 8 Disember 2012 dalam lawatan rasminya di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Katanya, lawatan beliau ke kampung Tanjong Tokong itu adalah sebagai mengulangi sejarah lawatan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak pada tahun 1972 dengan misi yang sama iaitu membantu masalah penduduk kampung berkenaan. - Petikan dari internet Hidup Umno.

Lagi laporan mengenai isu Kampung Tanjong Tokong dalam Harakah Bil 2011 Edisi Jumaat ini.

Sumber HD - 7-1-2015 / http://mypenangonline.blogspot.com/2012/09/penduduk-tanjung-tokong-bantah-bina.html

























Tanjong Tokong wajar jadi kampung warisan Melayu-Islam

AZIZ MUDA | FOTO NASIR SUDIN | .

TANJONG Tokong adalah di antara kampung yang tertua di Pulau Pinang. Ia turut dikenali sebagai Mukim 18 dan wujud sebelum pengiktirafan Georgetown oleh Queen. Terdapat tapak warisan yang lengkap seperti rumah warisan, masjid tua, tanah perkuburan, Kelab Setia yang dibina sejak tahun 1904, tapak budaya dan peradapan. Di Georgetown terdapat British Colonial, China Town dan Little India sebagai warisan dunia atau world heritage, namun di mana pula kewujudan warisan Melayu di peringkat pengiktirafan dunia di Pulau Pinang yang sepatutnya terdapat di Tanjong Tokong. Inilah yang berlaku ke atas Tanjong Tokong. Inilah juga yang menuntut orang-orang Melayu, penduduk asal di kampung itu terus berjuang untuk membolehkan Tanjong Tokong menjadi kampung warisan Melayu-Islam. Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, ikuti wawancara eksklusif Harakahdaily bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahya.

HARAKAHDAILY: Boleh pihak tuan ceritakan asal usul Tanjong Tokong.

MOHD SALLEH YAHYA: Nama Tanjong Tokong dari segi sifat dan keadaannya adalah sebuah penamaan yang tepat, sesuai dengan bentuk geografinya. Tanjong Tokong bererti tanah mengunjur ke laut yang dipenuhi gugusan batu-batu. Tokong ialah perkataan Melayu lama yang jarang diguna pakai kini. Tokong bukan bermaksud tok kong atau tua pek kong.

Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan nelayan Melayu yang asal. Wujud sebelum kedatangan penjajah. Erti tokong berdasarkan Kamus Dewan muka surat 1379: Pertama, pulau-pulau kecil terdiri daripada batu-batu karang. Kedua, jendul. Dalam Kamus Winstedt, tokong bererti "bare rock or atoll". Dalam Kamus Besar Bahasa Melayu muka surat 2084, tokong, pertamanya bererti jendul, tonjol. Kedua, gugusan pulau-pulau kecil. Ketiga, tidak ada ekor (ayam).

Terjemahan yang tepat untuk Tanjong Tokong ialah "Rock Promontory" atau "Rocky Islet". Promontory bererti tanah mengunjur ke laut yang agak menajam di hujungnya. Amat tersasar jika diterjemahkannya sebagai "Cape of the Temple" yang bererti Tanjong Berhala. Cape meliputi kawasan yang luas dan bukannya sebagaimana tanjong iaitu tanah mengunjur ke laut yang menyempit di hujungnya.

Biasanya bersebelahan dengan tanjong terdapat teluk. Kebetulan dekat dengan Tanjong Tokong terdapat Teluk Tikus. Terjemahan Tanjong Tokong sebagai "Cape of the Temple" sangat asing dan menyimpang daripada budaya dan makna Melayu. Inilah Tanjong Tokong, tanjung yang dipenuhi gugusan batu-batu tongkol.

Bagaimana gambaran Tanjong Tokong dari segi sejarah.

Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan nelayan tradisi yang termasyhur di Malaya sebelum Perang Dunia Kedua. Namanya tercatat dalam buku Malaysia In Pictoral History 1400-2004 muka surat 149 yang menyatakan di sesetengah pelosok negeri ini orang Melayu tinggal di kampung-kampung nelayan. Mereka membina rumah dengan menggunakan pancangan-pancangan kayu di atas air di kawasan dekat gigi-gigi air. Ini sebagaimana pemandangan di Tanjong Tokong pada tahun 1906 hasil rakaman Charles Kleingrothers.

Adakah catatan sejarah lain mengenai Tanjong Tokong?

Pada tahun 1921, Ismail Haji Abdullah Omar Affendi, seorang Mandailing dari Dutch Indies telah melawat Pulau Pinang. Beliau sangat kagum dengan George Town dan sangat sedih dengan keadaan di Tanjong Tokong. Beliau menyatakan: Kalau kamu hendak ke kampung Melayu yang tidak ada seorang pun bangsa asing, pergilah ke arah Tanjong Bunga. Bermula dari Bagan Jermal selepasnya itulah Tanjong Tokong. Tempat itu terletak di atas tanah yang becak. Keadaan rumah-rumahnya sangat daif. Dindingnya terbuat daripada atap nipah dan tiang-tiang daripada kayu. Mereka yang tinggal di situ amat miskin. Penghidupannya bergantung pada kerja-kerja di laut.

Boleh pihak tuan jelaskan lagi mengenai gambaran awal Tanjong Tokong dari sudut sejarah.

Kampung Tanjong Tokong adalah sebuah mukim yang luas dikenali sebagai Mukim 18. Mukim ini telah wujud sebelum George Town menerima taraf bandar raya pada tahun 1839. Di kampung ini terdapat 2 buah masjid dan sebuah madrasah, sebuah kelab Melayu antara yang tertua di Pulau Pinang (1911), sebuah balai polis yang pertama dibina di luar George Town, sebuah sekolah Melayu (1890), klinik bidan dan kesihatan antara yang terawal di Pulau Pinang.

Apa yang berlaku ke atas Tanjong Tokong sekarang?

Sebagai kampung Melayu, Tanjong Tokong sepatutnya terus berkembang sesuai dengan kedudukannya sebagai kampung warisan Melayu. Namun perkembangan yang berlaku tidak sedemikian, tidak seperti yang diharapkan itu.

Sebaliknya, pada tahun 1970 apabila kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan membawa kepada penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pada tahun 1971, UDA didapati gagal memainkan peranannya dengan baik bagi membangunkan Tanjong Tokong seperti yang sepatutnya.

Tanjong Tokong mempunyai keluasan 48 ekar. Untuk membolehkan UDA memajukan tanah-tanah di kampung Tanjong Tokong, ia telah dijual oleh kerajaan negeri yang ketika itu berada di bawah Barisan Nasional kepada UDA dengan harga yang hanya memenuhi syarat jualannya sahaja iaitu dengan nilaian RM1.

Dari segi nilaian jualannya itu tak ada apa-apa masalah kerana ia hanyalah untuk memenuhi syarat jualan sahaja bagi membolehkan UDA melaksanakan peranannya ke atas Tanjong Tokong. Namun yang menyedihkan, UDA telah menyeleweng dari segi peranannya dalam hal ini.

Penubuhan UDA adalah untuk membangunkan tanah-tanah Melayu di seluruh negara yang antara lain supaya orang-orang Melayu terus kekal tinggal di bandar-bandar dan di bandar-bandar besar bersama kaum-kaum lain di seluruh negara termasuk di Tanjong Tokong, tetapi apa yang berlaku di sebaliknya.

Setelah UDA menguasainya, beberapa pembangunan telah dijalankan sehingga tanah di Tanjong Tokong yang masih berbaki atau yang belum dibangunkan sekarang hanyalah sebanyak 22 ekar sahaja. Dalam masa yang sama, ramai penduduk asal Tanjong Tokong telah dihalau keluar. Pembangunan yang dijalankan oleh UDA itu adalah pembangunan fizikal seperti pembinaan flat dan tidak memberikan sebarang kesan bagi pemuliharaan Tanjong Tokong sebagai kampung warisan Melayu-Islam.

Pembinaan flat-flat itu dilakukan mengikut beberapa fasal. Fasal pertama, pembinaan flat 4 tingkat sebanyak 99 unit rumah. Fasal kedua, pembinaan flat 16 tingkat bagi 366 unit rumah. Fasal keempat, pembinaan flat 5 tingkat bagi 220 unit rumah. Sekarang, UDA sedang melakukan pembangunan bagi fasal keempat pula dan rumah-rumah yang dibina itu adalah bagi pasaran terbuka iaitu akan dijual kepada umum.

Ini bermaksud tindakan UDA itu tidak memuaskan hati penduduk Tanjong Tokong dan lari dari termanya?

Tindakan UDA itu sememang tidak memuaskan hati penduduk asal Tanjong Tokong dan memang lari dari termanya. Syarat nyata pemberian tanah khususnya di Tanjong Tokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada UDA seperti yang terdapat dalam surat berkenaan, dinyatakan tanah itu diberi secara pajakan kepada UDA bagi pembangunan semula Tanjong Tokong.

Tindakan UDA membeli tanah itu pula adalah atas arahan Kerajaan Pusat. Pembangunan semula yang dimaksudkan itu pula adalah ke arah mengekalkan atau menjadikan Tanjong Tokong sebagai kampung warisan Melayu, tetapi tindakan yang dilakukan oleh UDA itu ke arah penghapusannya. Ini pasti tidak memuaskan hati penduduk asal di Tanjong Tokong.

Kini penduduk asal Tanjong Tokong seramai 6,000 orang. 300 orang daripada mereka menjadi ahli Persatuan Kampong Tradisi Tanjong Tokong yang dipimpin oleh kami setelah persatuan kami ini ditubuhkan pada tahun 1981. Persatuan kami ini ditubuhkan secara sah dan berdaftar. Tindakan UDA itu pasti akan kami tentang sehingga matlamat menjadikan Tanjong Tokong sebagai kampung warisan Melayu tercapai.

Ertinya, kini telah ada satu perjuangan dalam hal ini. Jadi, apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak persatuan atau penduduk Tanjong Tokong?

Antara tindakan yang telah kami lakukan termasuklah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan kepada Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang bertarikh 14 Disember 1983.

Hasilnya, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang yang terletak di tingkat 21-22, Komtar telah mengutus surat, bil: (44) dlm. PTG/PM/DTL/76 kepada Setiausaha Sulit Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang atas perkara Memorandum Dari Penduduk-Penduduk Tanjong Tokong.

Surat tersebut bertarikh 13 Januari 1984 yang ditandatangi Pengarah Tanah dan Galian, Pulau Pinang, Zainal Karib Abd Rahim yang merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh kami itu kepada mereka.

Pada perkara kedua di dalam surat itu disebutkan, sebagaimana yang tuan maklum, tanah berkenaan telahpun diberi milik kepada pihak UDA dengan syat khas iaitu "The land hereby alienated shall be used solely for the rehabilitation, reconstruction and renewal of Tanjong Tokong Village".

Di dalam surat itu turut dinyatakan pada 2 Julai 1974 lalu, hakmilik-hakmilik kekal telah pun dikeluarkan seperti nombor pajakan (hakmilik) 258 bagi nombor lot 253, nombor 259 bagi nombor lot 339, nombor 260 bagi nombor lot 340, nombor 261 bagi nombor lot 341, nombor 262 bagi nombor lot 859 dan nombor 263 bagi nombor lot 860 yang terletak di Bandar Tanjong Tokong.

Pada perkara ketiga di dalam surat itu dinyatakan, semenjak tarikh tersebut tidak ada Lesen Tumpangan Sementara yang dikeluarkan kepada penduduk-penduduk di situ. Oleh itu pihak UDA adalah pihak yang wajar untuk meneliti segala syor dan perkara yang ditimbulkan di dalam memorandum tersebut.

Sehingga kini, apakah cabaran yang telah dihadapi oleh pihak persatuan dan penduduk dalam perjuangan ini.

Kami yang masih tinggal di Tanjong Tokong, di atas tanah yang sudah menjadi warisan sejak sudah 200 tahun lalu, dianggap oleh UDA dengan anggapan yang amat menyakitkan hati. Kami penduduk asal Tanjong Tokong ini kini masih dilihat oleh UDA sebagai setinggan. Kami tidak akan berdiam diri dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh UDA itu.

Antara cabaran yang telah saya hadapi, UDA telah saman kami yang seramai 12 orang kerana tidak mahu keluar dari Tanjong Tokong, walaupun kami berdiri atas nama penduduk asal kampung kami itu. Di manakah logiknya jika UDA menuduh kami setinggan, sehingga kami dianggap sebagai penceroboh ke atas tanah di kampung asal kami sendiri dan enggan keluar daripada kampung kesayangan kami ini?

Mereka yang disaman itu, antara lain termasuklah saya sendiri yang tinggal di 282-H, Sini Ibramsah Aziz yang tinggal di 281-E, Abdul Wahab Sini Ibramsah yang tinggal di 282-L, Che Gayah Mohd Yusuf yang tinggal di 283-B, Rajali Abdul Aziz yang tinggal di 214-B dan Mahmud Yusuf yang tinggal di 214-E. Kesemua mereka ini adalah mereka yang berhak ke atas rumah warisan yang terletak di Zon B.

Dalam rundingan bersama dengan Uda Holding Berhad dan Persatuan Penduduk Kampong Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 20 November 2014 lalu yang turut melibatkan Pengerusi Uda Holding, Dato' Johari Abdul Ghani, pihak Uda Holding telah menarik balik label setinggan ke atas kami. Penarikan balik label itu telah dilakukan oleh Dato' Johari Abdul Ghani sendiri.

Boleh pihak tuan terangkan, apakah perancangan di Zon B.

Dalam perjuangan kami, kami telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak UDA. Dalam pertemuan itu, kami mohon daripada 22 ekar tanah di Tanjong Tokong yang masih berbaki itu, 4 ekar daripadanya diperuntukkan sebagai Zon Warisan Melayu Pulau Pinang yang terletak di dalam Zon Pembangunan UDA 4B seperti yang ditawarkan oleh Pengerusi UDA, Dato' Johari Abdul Ghani di bawah Special Approve Plan (SAP).

Tanah keluasan 4 ekar yang diperuntukkan kepada Kampong Warisan Melayu Tanjong Tokong yang tersusun di kawasan Zon 4B itu seperti yang ditawarkan oleh pihak UDA kepada kami dalam rundingan pada 20 Oktober 2014.

Bagaimana sikap dan tindakan kerajaan Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat sekarang dalam isu ini.

Pada 3 November 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang bahawa Tanjong Tokong adalah Kampung Warisan Melayu-Islam. Pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu pasti akan membantu usaha kami. Ia sudah menjadi satu pengisytiharan. Jadi, pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang itu sepatutnya akan disambut dengan tindakan yang sewajarnya oleh pihak UDA.

Lagi laporan mengenai isu Kampung Tanjong Tokong dalam akhbar Harakah Bil 2010 di pasaran sekarang. - HARAKAHDAILY 5/1/2015

Penduduk Kg Tanjung Tokong tuntut UDA kekal kampung tradisi

ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) digesa kembali merujuk peranan utama agensi itu ditubuhkan sejak 1971 dalam memastikan perkampungan tradisi Melayu dikekalkan.


Ia berikutan kebanyakan projek yang dibangunkan UDA Holdings didakwa mengetepikan dan menyisihkan penduduk asal di beberapa buah kampung tradisi dan warisan Melayu di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, Mohd Salleh Yahya, Kampung Tanjung Tokong turut menerima tempiasnya apabila UDA Holdings telah mengambil alih kawasan perkampungan tersebut bagi tujuan pemulihan, penyusunan semula kampung tradisi tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau pembangunan yang dijalankan setakat ini tidak mengekalkan tradisi yang ada di kampung tersebut, sebaliknya memusnahkan segala tinggalan tradisi yang ada.

Dalam pertemuan di pejabat Harakah, hari ini, Mohd Salleh berkata pembangunan yang dilakukan UDA bukan setakat memusnahkan bangunan tradisi yang terdapat di Kampung Tanjung Tokong, malah penduduk kampung juga terpaksa berdepan dengan saman UDA atas tuduhan mereka merupakan penduduk setinggan.

"Yang kita perlu tahu, Kampung Tanjung Tokong ini telah dibuka oleh orang Melayu sebelum ketibaan Kapten Francis Light lagi. Namun, sejarah hanya mengatakan Francis Light yang membuka kampung tersebut," tegas beliau.

Tambah Mohd Salleh, pada 20 November lalu, pihaknya telah membuat pertemuan dengan pihak UDA bagi membincangkan isu ini, namun tiada tindakan susulan selepas pertemuan tersebut.

Menurutnya, pada pertemuan tersebut Pengarah Urusan UDA Holding, Datuk Ahmad Abu Bakar bersetuju membenarkan kewujudan 1.6 hektar (3.778 ekar) tanah yang berbaki untuk dibangunkan kampung warisan Melayu yang tersusun dalam Fasa 4B.

"Bagaimanapun, persetujuan itu hanya melalui perbincangan tersebut, tanpa sebarang surat rasmi yang mengesahkan tanah itu akan dibangunkan dengan mengambil kira faktor tradisi kampung tersebut," kata beliau.

UDA telah menjalankan tiga fasa pembangunan iaitu pembinaan rumah pangsa empat tingkat di fasa 1, rumah pangsa enam tingkat di fasa 2, serta rumah pangsa lima tingkat di fasa 3 - yang membabitkan 26 ekar tanah daripada 48 ekar keluasan seluruh kampung tersebut.

Yang dapat dilihat daripada pembangunan itu, kata Salleh ia merupakan pembangunan fizikal semata-mata dengan tiada sebarang kesinambungan daripada bangunan tradisi yang masih ada di kampung itu yang telah wujud sejak 250 tahun lalu.

Menurut beliau, antara bangunan tradisi yang masih ada di kampung itu, termasuklah rumah penduduk itu sendiri, selain sebuah madrasah dan sebuah kelab Melayu yang dikira antara yang tertua di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Salleh berkata pihaknya turut mengemukakan cadangan balas kepada UDA untuk mengambil kira pembangunan semula yang mengekalkan tradisi kampung tersebut dengan rumah-rumah memasukkan unsur-unsur kebudayaan yang kaya dengan keseniannya.

Pengekalan unsur tradisi itu juga, katanya perlu dilakukan pada pembangunan Kelab Setia Tanjong Tokong, yang merupakan tapak budaya untuk permainan rakyat seperti takraw dan seni silat Melayu Pulau Pinang.

Justeru, beliau berharap pihak UDA berpegang pada janji untuk mengekalkan konsep tradisi Melayu untuk 1.6 hektar dalam pembangunan terancang dalam fasa 4B.

Selain Salleh, turut serta dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakop, ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli PAS Pusat, Mazlan Aliman, Penasihat Profesional, Mustafa Yahya yang juga seorang pemaju, Pegawai Perhubungan persatuan penduduk, Abdullah Yahya dan Penasihat Media, Ismail Hashim. – HARAKAHDAILY 31/12/2014




























Mampukah Umno pertahan kampung warisan?

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .



BANDAR JENGKA: Akhirnya nasib, keluhan dan suara hati penduduk Matau di sini diserahkan melalui memorandum kepada pemimpin Umno pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). (Foto atas oleh Nasir Sudin)
Memorandum berkenaan antara lain meminta pemimpin-pemimpin parti pemerintah turut mempertahankan tanah warisan yang telah diteroka sejak berpuluh-puluh tahun lalu, daripada terlepas kepada kaum kapitalis terutama bukan Melayu.

Memorandum tersebut dirasakan tepat pada masanya di saat terdapat beberapa kerat perwakilan Umno yang begitu lantang mahukan kerajaan dan Umno sendiri mempertahankan tanah milik Melayu daripada terlepas ke tangan bangsa lain.

Seperti perjuangan mempertahankan Kampung Banggol Donas di Terengganu dan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, Matau yang kini dalam proses dimangsakan atas nama pembangunan juga turut menuntut perhatian pemimpin Umno.

Mengikut catatan sejarah, Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembalakan dari Kanada yang beroperasi di situ. Selain daripada itu ada juga penghijrah-penghijrah berbangsa Melayu dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.

Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.

Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh Majlis Daerah Maran (MDM) dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL (cukai pendudukan tanah sementara). Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran tol seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.

Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama dari Umno sehingga sering kali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya.

Terdapat hampir 600 penduduk Matau dengan seratus peratus Melayu daripada 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 27 ekar itu.

Akhirnya MDM telah mengeluarkan notis arahan kepada penduduk supaya mengosongkan premis dan tapak di kawasan tersebut. Alasannya MDM telah menandatangani satu perjanjian dengan pemaju Mentiga Corporation Bhd.

Bagi penduduk, mereka tidak boleh menerima apapun alasan untuk pembangunan berkenaan kerana di pekan Sungai Jerik, iaitu juga dalam daerah Maran, diizinkan pula peneroka awal bukan Melayu meneruskan perniagaan mereka. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya.

Perkembangan terkini menyaksikan sudah banyak premis dirobohkan dan tanah diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan tersebut.

Difahamkan pemaju akan membina lot kedai bangunan tiga tingkat dengan harga menjangkau setengah juta ringgit setiap unit.

Penduduk telahpun membawa kes berkenaan di mahkamah namun rayuan mereka untuk terus kekal menetap di situ telah ditolak.

“Kita mungkin tidak dapat lagi untuk mengembalikan tanah Matau kepada penduduknya, akan tetapi kita mahukan keadilan kepada mangsa-mangsa terutamanya peniaga,” kata salah seorang pejuang tanah Matau Mohd Syafie Mohd Isa.

“Apa yang dapat kita perjuangkan sekarang ialah menuntut kerajaan negeri memberikan pampasan setimpal yang sesuai dengan mereka.

“Umpamanya mereka perlu diberi tapak gantian yang sesuai sesuai kepada pengusaha-pengusaha kilang keropok, kilang sos, bengkel motosikal, tapak pasar mini, kedai runcit, kedai tayar, hardware dan lain-lain agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka seperti sedia kala.

“Mereka tidak minta jutaan ringgit sebagai tekanan atau pampasan tetapi yang mereka minta ialah tempat berteduh dan premis atau tapak yang sesuai untuk mereka meneruskan perniagaan,” katanya.

Menurut Syafie, pada masa ini perniagaan penduduk Matau terpaksa ditutup sedangkan mereka dapat menyaksikan tanah milik mereka sedang diagihkan kepada bangsa lain di atas nama pembangunan.

“Dengan itu kita minta siapa saja terutama wakil rakyat agar berbuat sesuatu demi sedikit keadilan untuk penduduk yang teraniaya ini,” keluhnya.

Tambahnya, sudah tiga generasi penduduk bermukim di situ dan setiap kali menjelang kali pilihan raya mereka dijanjikan dengan penyelesaian yang menang-menang. Namun pada hakikatnya, janji tidak pernah ditepati. - HARAKAHDAILY 30/11/2014





Sumber HD - 30-11-2014
































Sudah tentunya bukan penduduk Matau


TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


PAS bersama merasai kesedihan penduduk Matau bila mana Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan mereka bagi mendapatkan hak menduduki kediaman yang telah mereka bina sejak lebih 40 tahun.

Harapan kepada Mahkamah Rayuan mendengar rintihan mereka ternyata musnah bersama runtuhan rumah mereka oleh tangan-tangan rakus dan zalim.

Inilah nasib rakyat marhaen dalam menghadapi kemelut harga barangan dan kos hidup yang tinggi, kediaman mereka pula akan dihancurkan dengan sebahagiannya dibayar saguhati antara RM10,000 - RM20,000 sahaja.

Apalah nilai sebanyak itu berbanding kediaman dan harta-harta yang telah mereka kumpul berpuluh tahun?

Sayang kita punya kerajaan yang lebih mesra pemaju berbanding rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanyalah pembohongan bagi mengizinkan kekuasaan diperolehi. Bukan rakyat didahulukan untuk mendapat perlindungan, tapi kepentingan rakyat dikorbankan terlebih dahulu.

Walaupun penduduk Matau telah melakukan pelbagai ikhtiar, bertemu PM, MB dan berpuluh kali dialog dengan Pentadbiran Tanah Daerah, namun semua usaha mereka lenyap bilamana mereka tetap ingin mengambil alih perkampungan tersebut untuk diserahkan kepada pemaju.

Kini sebuah lagi perkampungan orang Melayu akan dimusnahkan bagi menggantikannya dengan warga asing, dan bangunan-bangunan kedai yang berharga antara RM600,000 ke RM1 juta - orang Melayu mana yang mampu membelinya?

Sudah tentunya bukan penduduk Matau.

Sumber HD -28-11-2014

Isu Banggol Donas: Kezaliman yang wajar dihentikan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan pengambilan tanah Kampung Banggol Donas diambil perhatian besar dan segera oleh Perdana Menteri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus membuat gesaan itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tanah di kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus itu.
Kandungan surat terbuka sebagaimana di bawah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dato’ Sri,

Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato’ Sri selaku Perdana Menteri.

Untuk makluman Dato’ Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008.

Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.

Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.

Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa'iid bin Musayyab.

Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.

Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka'ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.

Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.

Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.
Fakta kes kezaliman Banggol Donas adalah seperti berikut:

PROJEK PEMBINAAN JALAN SUSUR LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

1. Kerajaan Negeri Terengganu ingin membina jalan susur Lebuhraya Pantai Timur 2 dari Gemuruh ke Kuala Terengganu dengan pembinaan jalan susur Kg Jeram ke Kg Bukit Guntong sepanjang 7.6 KM, termasuk 2 kilometer naik taraf Jalan Persekutuan FT03. Fasa 1 dari Kg.Banggol Binjai ke Jeram Tokkong sejauh 2 kilometer. Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda sejauh 3.6 kilometer. Kedua-dua fasa dihubungkan dengan sebuah jambatan Sungai Nerus sepanjang 200 meter.

2. Kos projek sebagaimana laporan akhbar Sinar bertarikh 25hb. Jan 2010 bernilai RM226 juta. Ia bermakna 1KM bernilai RM30 juta, mungkin menjadikannya sebuah projek jalan antara yang termahal dibina di negeri Terengganu, lebih mahal dari LPT2 bagi satu kilometre.

3. Projek ini dibina secara runding terus menggunakan DANA KHAS negeri Terengganu oleh MZ Hakujaya Sdn Bhd.

4. Tempoh pembinaannya selama 3 tahun bermula Jan 2010-Dis 2012.

MANGSA KEZALIMAN PROJEK

1. Projek ini memangsakan tanah rumah penduduk di Kg Banggol Donas seramai 22 keluarga yang diambil secara paksa dan tidak berperaturan beralaskan Kanun Tanah Negara.

2. Penduduk mempunyai geran tanah namun akhirnya dimaklumkan mereka menduduki tanah kerajaan. ‘Borang K’ dikeluarkan menyatakan tanah mereka telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.

3. Penduduk semenjak 2008 telah mencadangkan pembinaannya mengambil tanah sekitar yang tidak berpenghuni, namun pandangan itu diabaikan dan tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan negeri.

4. Ada laluan alternatif yang boleh dibina tanpa menyentuh kampung ini dan melenyapkan hak milik penduduknya namun pihak kerajaan negeri Terengganu seperti tidak mahu mengubahnya.
KENAPA PROJEK INI DIBANTAH?

1. Kerajaan Mempunyai Alternatif Untuk Tidak mengambil Tanah Penduduk Banggol Donas. Motif Pengambilan Tanah dipertikai.

Pembinaan Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda melibatkan pengambilam tanah 24 buah rumah kediaman di kg. Banggol Donas boleh dielak sekiranya jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda diluruskan melalui tanah lapang milik sebuah syarikat korporat di tepi kampung. Kenapa jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda bila tiba dihadapan kg. Banggol Donas dilencong ke kiri mengakibatkan lenyapnya 22 buah rumah kediaman dan melencong pula ke kanan menuju ke kg. Jeram setelah melepasi kampung Banggol Donas. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar.

2. Tidak Mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 (akta 486) Penduduk dinafikan hak untuk diberitahu. Motifnya juga dipertikai.

a. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.

b. Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen

4(1) APT 1960 menyatakan.” ....Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.”

Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.

c. Pembinaan jalan susur ini dimulakan sebelum tanah milik diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960. Pencerobohan ini seolah-olah direstui apabila EXCO JKR membuat lawatan tapak pembinaan pada 3hb. Ogos 2010 sebelum tanah tersebut diwartakan pada 28hb. Oktober 2010.

d. Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 “yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu “. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis

SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan . Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.

Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) ....Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.

Tindakan Penduduk
Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk oleh penduduk kampung telah mengambil tindakan berikut:

1. Pada 31hb. Jan. 2008; menghantar surat bantahan pertama kepada Pengarah JKR Negeri dan salinan kepada Menteri Besar Terengganu. Susulan itu suatu perjumpaan diadakan dengan Pengarah JKR pada 11hb. Feb 2008 yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika itu.

2. Surat-surat bantahan juga telah dihantar kepada Menteri Besar, Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Negeri, Ketua Pengarah JKR, Menteri Kerja Raya, Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan konsultan seawal tahun-tahun 2008, 2009 dan 2010. Kesemua surat tersebut tidak mendapat respons kecuali surat kepada Perdana Menteri dan surat kepada Ketua Pengarah JKR.

3. Pada 8hb Oktober 2010; menghantar Memorandum kepada SUHAKAM. Susulan itu pada 11hb. Okt 2010 SUHAKAM menulis surat kepada kerajaan Negeri meminta supaya kerja-kerja pembinaan diberhentikan buat sementara, berunding dengan pemilik tanah berhubung dengan bantahan jajaran dan meminta Pihak Berkuasa mematuhi procedur Akta Pengambilan Tanah 1960. Namun, permintaan SUHAKAM tidak dipedulikan. Dialog dan perundingan tidak diadakan seolah-olah penduduk kampung menduduki tanah haram.

4. Pada 11hb. Mei 2011, menghantar MEMORANDUM kepada Menteri Besar Terengganu meminta jajaran diubah. Respon beliau ialah jalan tidak boleh di ubah kerana jalan sudah buat.

5. Pada 12hb. Jun 2011, membuat lapuran ke SPRM Kuala Terengganu. Penduduk sehingga hari ini masih menunggu hasil daripada lapuran salah guna kuasa dan tidak mematuhi procedure dalam pelaksanaan projek.

Cadangan Penyelesaian oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung

1. Jajaran di kawasan penempatan di Kampung Banggol Donas dikaji semula, diubah dan “re-align”untuk menyelamatkan kawasan penempatan Melayu.

2. Memberhentikan kerja-kerja pembinaan dalam kawasan penempatan sehinggalah kajian semula jajaran selesai.

3. Pihak Berkuasa Negeri mengadakan dialog terbuka dengan penduduk kampung Banggol Donas.

4. Pelaksanaan projek ini hendaklah mematuhi kesemua Procedure Akta Pangambilan Tanah 1960 untuk melindungi kepentingan pemilik tanah berdasarkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Saya mengharapkan isu ini diambil perhatian besar dan segera oleh YAB Dato Sri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.

Sumber HD - 28-1-2014


































Banggol Donas: Kroni dijaga, tanah penduduk dirampas

ANIS NAZRI | .



KUALA LUMPUR: Hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu, 22 penduduk Kampung Banggol Donas kini diselubungi keresahan dan kebimbangan kediaman mereka dirobohkan bila-bila masa.

Kebimbangan itu ekoran projek pembinaan jalan yang sedang giat dilakukan kini sudah semakin menghampiri kampung mereka, yang akhirnya akan menyebabkan mereka bakal kehilangan tanah dan kediaman.

Biarpun penduduk telah mengemukakan rayuan agar jajaran ditukarkan dan dipersetujui kerajaan negeri, pihak pemaju masih enggan mengubah jajaran tersebut.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata penduduk mencadangkan dua laluan alternatif yang tidak melibatkan banyak rumah kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Difahamkan, jajaran alternatif pertama lebih pendek serta melibatkan hanya lima buah rumah sahaja, tetapi melalui tanah milik keluarga bekas Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK).

Manakala, jajaran alternatif kedua pula melalui tanah kosong, serta tiada rumah yang terlibat tetapi melalui tanah milik syarikat korporat, namun rayuan itu tidak dilayan pihak kerajaan,

Dalam masa sama, projek itu dijalankan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) apabila projek ini tidak diwartakan bawah Seksyen 4 (bahawa tanah kemungkinan diambil) sebelum memulakan projek.

"Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Bil 1/Tahun 2003) menetapkan bahawa agensi yang memerlukan tanah bagi sesuaatu projek hendaklah mencari dan menentukan tapak atau jajaran yang sesuai dua tahun sebelum pelaksanaan projek.

"Bagaimanapun, projek telah berjalan pada 18 Julai 2010, sedangkan ia diwartakan pada 18 Oktober 2010," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS petang tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg Banggol Donas, Salleh Embong berkata perjuangan bagi memastikan tanah warisan mereka tidak diceroboh akan terus dilakukan.

Katanya, pihak penduduk kampung telah mengemukakan injunksi di Mahkamah Persekutuan Kuala Terengganu dan perbicaraan mengenainya akan berlangsung pada 25 Nov akan datang.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera bertindak memandangkan kerajaan negeri pernah menyatakan persetujuan untuk menukar jajaran tersebut, namun tidak diendahkan pemaju.

"Senang cerita, dalam kes ini pemaju menang dan lebih besar dari kerajaan negeri. Mungin ada tangan-tangan ghaib di sebalik semua ini, itu saya tidak tahu," kata beliau dengan nada kesal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, menegaskan sekiranya kerajaan benar-benar mempunyai kesungguhan, isu berkaitan tanah kampung warisan ini boleh diselesaikan.

Namun, tegasnya kerajaan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan yang menyebabkan rakyat diancam dan tertindas.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah wakil Pertubuhan Prihatin Asnaf Anak Terengganu (Bantu) dan Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti). - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

Mahkamah Rayuan benarkan rayuan penduduk Kg Chubadak

HARAKAHDAILY | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara telah membenarkan rayuan 31 orang penduduk Kampung Chubadak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai yang lalu.

Kes didengar di hadapan Datuk Abdul Aziz Rahim, Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham.

Penduduk Kampung Chubadak diwakili barisan Peguam dari Juham serta Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Menurut Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014



































Kg Chubadak: Pemaju setuju ganti rumah Mak Cik Wahida

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Isu melibatkan pasangan warga emas, Wahida Mat Salleh, 73, dan suami Haji Halim Hamid, 76, yang kediaman mereka dirobohkan pihak pemaju di Kampung Chubadak Tambahan hampir selesai apabila kedua-dua pihak bersetuju membuat penyelesaian cara baik.

Semalam, satu perbincangan hampir dua jam diadakan antara pemaju dengan pihak keluarga yang dihadiri Haji Halim sendiri dan wakil persatuan penduduk.

Perbincangan mencari penyelesaian itu turut disertai disertai Peguam dan juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi serta Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Pihak pemaju diwakili sendiri oleh Pengarah Urusannya Datuk Tan yang hadir bersama pasukan peguam mereka dari Tetuan Skrine.

Ahmad Zamri (gambar) dalam satu kenyataan berkata, antara persetujuan yang dicapai adalah, pemaju bersetuju memberi gantian rumah kos sederhana kepada keluarga kepada Makcik Wahida yang akan dibina di tapak Kg Chubadak tersebut.

"Keluasan 700 kaki persegi, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 lot parking.

"Saya akan menguruskan hal dokumentasi yg diperlukan dan permohonan akan dibuat melalui pejabat Ahli Parlimen Batu," katanya.

Selain itu, pemaju juga jelasnya akan membayar pampasan yang setimpal kepada keluarga pasangan itu termasuk menanggung segala kos perpindahan dan bayaran sewa bulanan rumah transit di PPR Batu Muda, sehinggalah rumah gantian mereka siap.

Pemaju juga ujarnya bersetuju memberi tempoh perpindahan yang munasabah iaitu sehingga Sabtu 15 Novemver ini dan sepanjang tempoh itu pemaju memberi jaminan tidak akan membuat apa-apa tindakan selanjutnya ke atas tanah tersebut.

"Pemaju bersetuju tidak akan menuntut segala kos-kos mahkamah dan bayaran guaman ke atas kes-kes yang telah dimenangi oleh pihak pemaju di mahkamah sebelum ini.

"Kos-kos tersebut yang dianggarkan tidak kurang RM50,000 akan ditanggung (absorbed) sepenuhnya oleh pihak pemaju," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bersolidariti dalam isu Kg Chubadak, khususnya NGO, aktivis masyarakat, aktivis siswa dan parti-parti politik.

Bagaimanapun kata beliau, masih terdapat 50 lagi keluarga yang kes mereka masih dalam proses mahkamah dan perlu diselesaikan. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014



































Banggol Donas bakal senasib Kampung Chubadak?

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: ‎Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail tidak menolak kemungkinan Kampung Banggol Donas, Kuala Terengganu bakal menerima nasib seperti Kampung Chubadak Tambahan apabila kerajaan ingin mengambil tanah secara paksa bagi tujuan pembinaan jalan raya.

Beliau ketika dihubungi berkata sebelum rundingan dibuat dengan penduduk, kerajaan telah pun menukar status tanah daripada milik penduduk secara bergeran kepada milik kerajaan tanpa pengetahuan penduduk.

‎"Notis ditampal meminta penduduk keluar kerana menduduki tanah kerajaan. Pelik mereka boleh tukar nama tanah tanpa pengetahuan dan perbincangan dengan penduduk.

"Belum pun prosedur sepatutnya diselesaikan, pembinaan jalan empat lorong pergi dan balik telah dilakukan.

"Hanya terhenti sekitar 500 meter ke 1 km di kawasan rumah yang dibantah penduduk. Penduduk memberi cadangan supaya diubah laluan ke tanah penduduk yang tidak melibatkan perumahan, tetapi kerajaan tetap berdegil," jelas beliau yang sempat mengunjungi kampung tersebut. Hadir sama ialah Adun Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.

Tambah beliau lagi, isu itu menampakkan usaha terancang pihak pemerintah untuk menggadaikan tanah rakyat dan menghapuskan kampung tradisi demi untuk kroni mereka.‎

"‎Unsur salah guna kuasa, pemaksaan, pemalsuan dokumen, kronisme sangat jelas dalam isu ini. Banggol Donas akan menjadi Chubadak 2.

"Jika berjaya mereka roboh kampung ini, maka nantikan perkampungan rakyat seterusnya akan dirobohkan secara paksa selepas ini atas nama pembangunan.

"Insya Allah, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita tidak akan membiarkan semudah itu kerajaan bertindak kepada rakyat," sambung beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak untuk bersama-sama memperjuangkan hak rakyat sebelum lebih banyak perkampungan warisan tergadai kepada orang lain.‎‎ - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014



































Kampung Tradisi: Perlu wujud polisi khas

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan satu polisi khas bagi menangani isu kampung tradisi dan kebajikan peneroka bandar dengan mewartakan kawasan tersebut di sisi undang-undang bagi tujuan perlindungan.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri 'Asad Khuzaimi memberitahu polisi khas itu juga bagi menjaga kebajikan peneroka-peneroka bandar yang terpaksa dipindahkan akibat arus pembangunan, perintah Mahkamah atau sebab-sebab yang lain.

"Pindaan juga perlu dibuat kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi melindungi perkampungan tradisi atau warisan ini daripada terus diganggu-gugat dengan sewenang-wenangnya.

"Kita merasa sedih dan kecewa dengan insiden rumah pasangan keluarga Melayu di Kampung Chubadak Tambahan, Kuala Lumpur yang dirobohkan tempoh hari.

"Rumah tersebut didiami oleh pasangan warga emas iaitu Makcik Wahidah bersama suaminya Hj Halim dan mereka telahpun menduduki tanah tersebut semenjak 45 tahun yang lalu," jelasnya.

Katanya lagi, apa yang menyedihkan, kerja merobohkan rumah dibuat tanpa rundingan atau notis awal dari mana-mana pihak dan tiada langsung bayaran pampasan yang diberikan sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju sebelum ini.

"Mereka adalah rakyat negara ini yang telah lama mendiami kawasan tersebut dan telah banyak menyumbang ke arah pembangunan bandar dan hal ehwal kemasyarakatan setempat.

"Sekiranya perpindahan benar-benar tidak dapat dielakkan, maka sewajarnyalah layanan yang adil dan berperikemanusiaan perlu diberi khususnya dari segi penempatan baru yang bersesuaian dan bayaran pampasan yang adil dan munasabah mengikut situasi semasa," katanya.

Pihak Kerajaan juga ujarnya, haruslah membuat kawalan yang ketat terhadap apa-apa projek pembangunan yang dirancang berdekatan atau di atas tanah kampung tersebut dengan mengambil kira faktor penduduk asal di kawasan itu yang harus diberikan keutamaan.

Tambah beliau, sewajarnya perkampungan tradisi atau warisan yang sudah berusia ratusan tahun ini dipelihara dan disusun semula dengan lebih teratur serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas melalui peruntukan dana khas dari Kerajaan. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

Sumber HD - 31-10-2014

Ketuanan Melayu: Makcik Wahidah dibiar merempat

HARAKAHDAILY | .



Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff menyantuni Makcik Wahidah di Kampung Chubadak Tambahan.

KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LPTB PPM) merasa sedih dan kecewa dengan insiden rumah pasangan keluarga Melayu di Kampung Chubadak Tambahan, Kuala Lumpur yang dirobohkan tempoh hari, ujar pengerusinya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Rumah tersebut didiami oleh pasangan warga emas iaitu Makcik Wahidah bersama suaminya Haji Halim dan mereka telahpun menduduki tanah tersebut semenjak 45 tahun yang lalu.

Insiden tersebut mengakibatkan dua orang mahasiswa yang mempertahankan rumah beliau daripada diroboh telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

"Apa yang menyedihkan, kerja merobohkan rumah beliau dibuat tanpa rundingan atau notis awal dari mana-mana pihak dan tiada langsung bayaran pampasan yang diberikan sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju sebelum ini," ujar Ahmad Zamri.

Apa yang dikesali juga, katanya sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin Umno sama ada Menteri Wilayah Persekutuan mahupun ketua Umno bahagian tampil memberikan bantuan atau pembelaan terhadap keluarga ini.

Menurutnya, mungkin slogan 'Ketuanan Melayu' atau ‘Rakyat Didahulukan’ hanya untuk membela rakyat yang mesra mereka sahaja tetapi rakyat marhaen seperti Makcik Wahidah ini dibiarkan merempat dan menderita.

Melihat kepada tragedi sedih di Kampung Chubadak Tambahan dan peristiwa-peristiwa sama yang kerap berlaku di kebanyakan perkampungan-perkampungan tradisi lain di seluruh negara, beliau berpendapat sudah sampai masanya untuk pihak kerajaan lebih serius dalam menangani isu-isu berkaitan perkampungan tradisi/warisan dan juga kebajikan peneroka-peneroka bandar seperti yang berlaku kepada keluarga Haji Halim ini.

Katanya, satu polisi khas atau undang-undang khusus perlulah diwujudkan segera bagi mewartakan perkampungan tradisi/warisan ini di sisi undang-undang yang bertujuan untuk mengawal dan melindungi perkampungan tersebut serta menjaga kebajikan peneroka-peneroka bandar yang terpaksa dipindahkan akibat arus pembangunan, perintah mahkamah atau sebab-sebab yang lain.

Tambahnya, pindaan juga perlu dibuat kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi melindungi perkampungan tradisi/warisan ini daripada terus diganggu-gugat dengan sewenang-wenangnya.

"Mereka adalah rakyat negara ini yang telah lama mendiami sesebuah kawasan tersebut dan telah banyak menyumbang ke arah pembangunan bandar dan hal ehwal kemasyarakatan setempat," jelasnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya perpindahan benar-benar tidak dapat dielakkan, maka sewajarnyalah layanan yang adil dan berperikemanusiaan perlu diberi khususnya dari segi penempatan baru yang bersesuaian dan bayaran pampasan yang adil dan munasabah mengikut situasi semasa.

Pihak kerajaan juga, kata beliau haruslah membuat kawalan yang ketat terhadap apa-apa projek pembangunan yang dirancang berdekatan atau di atas tanah kampung tersebut dengan mengambil kira faktor penduduk asal di kawasan itu yang harus diberikan keutamaan.

Tambah beliau, sewajarnya perkampungan tradisi/warisan yang sudah berusia ratusan tahun ini dipelihara dan disusun semula dengan lebih teratur serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas melalui peruntukan dana khas dari kerajaan.

"Dalam insiden di Kampung Chubadak Tambahan ini, saya menegaskan bahawa diplomasi dan rundingan adalah jalan terbaik supaya hak tuan rumah dapat dipertahankan," katanya.

Katanya, golongan penduduk, aktivis atau mana-mana pihak yang berjuang mempertahankan rumah tersebut perlu diberikan ruang untuk berbincang bagi mencapai jalan penyelesaian yang terbaik dalam situasi menang-menang, bukannya ditangkap, diludah dan diperlakukan dengan cara yang sangat tidak bertamadun.

Bagi beliau, penyelesaian jangka panjang perlu dibuat bagi memastikan kebajikan dan hak-hak peneroka bandar terus terbela dengan adilnya.

"Biarlah episod hitam di Kampung Chubadak Tambahan ini menjadi detik kezaliman yang terakhir dengan era baru selepas ini di mana kampung-kampung warisan atau tradisi menjadi kebanggaan khususnya kepada orang-orang Melayu di negara ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

Sumber HD - 31-10-2014



































Kg Chubadak: Tragedi Muharam 1436 hilang kemanusiaan

MOHD NOOR MOHAMAD | .




Kawasan rumah penduduk Kampung Chubadak yang sudah dirobohkan oleh pemaju. (Foto dari fb)

PAS Wilayah Persekutuan berasa dukacita, sedih, pilu serta terkejut dan memandang serius kejadian perobohan rumah pasangan warga Malaysia berbangsa Melayu di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur pada hari semalam, 4hb Muharram 1436 bersamaan 28hb Oktober 2014.

Apatah lagi apabila kami dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik pasangan warga emas yang sudah menetap di situ sekitar 45 tahun lamanya.

Apa yang lebih mengejutkan kami juga ialah, operasi perobohan itu dilaksanakan tanpa notis awal. Apatah lagi menurut laporan yang kami terima, sehingga kini pihak pemaju masih gagal melunaskan bayaran pampasan kepada pasangan warga emas tersebut. Mereka datang dan terus roboh!

Ianya merupakan satu kemalangan dan tragedi kepada isu kemanusian dan kebajikan rakyat Malaysia. Apatah lagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman tersebut adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya. Apa yang mereka miliki hanya semangat dan lidah untuk mengungkapkan kata-kata mempertahankan hak mereka. "Tolong jangan roboh rumah kami". Ungkapan pendek tapi sayang adakah ianya sampai kepada perdengaran Perdana Menteri kita yang terkenal dengan ungkapan 'Rakyat didahulukan'?

Kami PAS Wilayah Persekutuan yakin rintihan itu pasti Allah s.w.t akan mendengarnya. Sekiranya isu Kampung Chubadak pun kerajaan gagal untuk mencari penyelesaian yang baik, apatah lagi rakyat Malaysia boleh harapkan daripada kerajaan ini?

Tanah sekangkang kera yang didiami pasangan warga emas yang berjasa kepada Kota Kuala Lumpur pun diambil dengan sedimikian rupa, inikan pula tanah milik rizab Melayu yang dikatakan agak terancam di tempat-tempat yang lain?

Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pihak DBKL kepada pemilik rumah tersebut, adakah nilai kemanusiaan juga kita tidak boleh bertolak ansur?

Pasangan warga emas yang terdiri daripada 12 ahli keluarga tersebut bukanlah asing kepada kita, mereka berbangsa Melayu dan apa yang lebih penting daripada seorang Melayu iaitu mereka adalah manusia beragama Islam dan banyak berjasa kepada bumi kota raya ini. Tetapi inikah balasannya!

Rasulullah s.a.w bersabda:
ثلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَاباتٌ لهُنَّ ، لا شَكَّ فيهِنَّ : دَعْوَةُ المَظْلومِ ، و دَعْوَةُ المُسافِرِ ، و دَعْوَةُ الوالدينِ على ولدِهِما
الراوي: أبو هريرة المحدث: المصدر: صحيح الأدب المفرد - الصفحة أو الرقم: 24
خلاصة حكم المحدث: حسن
Maksudnya: Tiga doa yang akan dimustajabkan oleh Allah s.w.t. tanpa ada keraguan baginya: Pertama, doa orang yang dizalimi. Kedua, doa orang yang bermusafir dan yang ketiga, doa kedua-dua ibu bapa ke atas anak mereka. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 29-10-2014






































Chubadak: Rumah diroboh, warga emas tidur dalam khemah

HARAKAHDAILY | .



(Makcik Wahida menunjukkan kesan rumahnya yang telah diroboh)

KUALA LUMPUR: Sepasang warga emas di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa tidur dalam khemah malam tadi selepas pondok usang yang mereka diami sebelum ini dirobohkan semalam.

Wahida Mat Salleh, 73, dan suami Pak Cik Halim hilang tempat berteduh dan kini hanya tinggal di khemah sementara yang dibina secara gotong-royong oleh aktivis dan penduduk.



(Khemah didirikan penduduk dan aktivis sebagai tempat berteduh kepada pasangan ini)

Kehidupan yang daif, ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang semakin uzur, pasangan ini langsung tidak mendapat pembelaan dari pihak kerajaan.

Bagi pasangan ini, walau apapun terjadi, mereka tidak akan berganjak dari meninggalkan tapak rumah yang telah mereka diami lebih 40 tahun itu.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju berjaya meranapkan tempat berteduh mereka.

Dalam operasi itu, dua aktivis mahasiswa turut ditangkap ketika cuba menghalang rumah pasangan warga emas itu dari dirobohkan.

Mereka adalah Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad dan Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar.

Kedua-dua mereka bagaimanapun dibebaskan petang semalam selepas ditahan dan diambil keterangan lebih empat jam di IPD Sentul. - HARAKAHDAILY 29/10/2014


(Menerima kunjungan aktivis di khemah mereka malam tadi)


(Rumah asal yang dirobohkan semalam)

Sumber HD - 29-10-2014



































Chubadak: Operasi meroboh diteruskan, 2 ditahan

HARAKAHDAILY|Foto ABAH ANAS FB | .



KUALA LUMPUR: Di saat seluruh mata orang politik dan aktivis tertumpu kepada kes mahkamah dua pemimpin besar Pakatan Rakyat hari ini, kesempatan itu digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Difahamkan turut berlaku pergelutan antara penduduk dan beberapa aktivis pelajar dengan pihak berkuasa ketika mereka berusaha mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.


Antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.
Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.

Harakahdaily dimaklumkan sekurang-kurangnya dua aktivis mahasiswa ditahan pihak polis setakat ini ekoran tindakan mereka mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.

Antara yang ditahan termasuk aktivis Mahasiswa, Abdul Muqit Muhammad dan Ahmad Fahmi Mokhtar.

Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Sentul bagi diambil keterangan.

Sebelum ini beberapa kali cubaan dibuat pihak DBKL untuk merobohkan kediaman penduduk di sini namun dihalang oleh penduduk, ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat.

Bagaimanapun hari ini, ramai di kalangan mereka terlibat memberi sokongan kepada dua kes mahkamah melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peluang itu dilihat digunakan sepenuhnya pihak berkuasa Kuala Lumpur untuk meneruskan hasrat mereka merobohkan kediaman penduduk di kampung Chubadak Tambahan.

Turut beada di sana ketika ini termasuk pemimpin PAS Batu, dan juga beberapa pemimpin dari Pemuda PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/10/2014























Sumber HD - 28-10-2014

Chubadak: Penjawat awam jaga kepentingan pemaju?

ARIF ATAN | .





(Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, aktivis dan mahasiswa meraikan kejayaan di depan rumah Suhaimah yang berkerusi roda selepas berjaya mempertahan rumah beliau dari diroboh)

KUALA LUMPUR: "Biadap. Redah ikut suka". Itu luahan penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Sentul ketika ditemui Harakah yang berang dengan tindakan zalim jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pada 21 Oktober lalu.

Operasi merobohkan lapan kediaman dan bengkel tanpa notis itu kemudiannya berjaya dihalang selepas tiga jam penduduk kampung bertegang leher dengan pihak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramli Ahmad, 45, berkata, sikap pihak berwajib yang mahu meneruskan operasi meroboh itu dilihat mengkhianati undang-undang kerana penduduk masih memperoleh perintah mahkamah atas pemilikan tanah tersebut.

"Lebih 20 tahun kami ditekan dengan pengusiran. Kalau bawa notis hari ini (21 Oktober), kami boleh bawa ke mahkamah untuk dapatkan injuksi (perintah bertulis) halang rumah diroboh. Bayangkan orang yang balik dari kerja, tengok-tengok rumah sudah ranap.

"Encik itu dari PTP. Katanya, dia tuan tanah kampung ini tapi dia pun tidak tahu sempadan. Lucu. Tuan tanah apa kalau tidak tahu mana sempadan? Biasanya, penyamun saja tak tahu sempadan ni!" bidasnya kepada Harakah ketika wakil PTP dan PTG dilihat masih buntu dalam perbincangan mereka.


(Teriakan dan tangisan ahli keluarga Suhaimah Alang Dom, 72 apabila jentolak DBKL mula menghentak bahagian belakang rumah mereka)

Menurut Ramli, pampasan setimpal seperti dituntut penduduk masih belum diberikan walaupun hal tersebut pernah disuarakan penduduk dalam mesyuarat kali pertama dengan pihak PTG yang dipengerusikan Timbalan Pengarahnya, Abdul Aziz Ismail, 29 Oktober tahun lalu.

"Selepas dua rumah milik pasangan warga emas di kampung ini dirobohkan 9 Jun lepas menjelang Ramadan, PTG datang lagi sebagai macam penjenayah bukan penjawat awam. Kali ini dengan membawa pihak tidak terlibat dalam urusan ini," tegasnya di depan lebih 50 anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya KualaLumpur (DBKL).

Tambahnya lagi, tindakan meroboh itu juga bercanggah dengan keputusan mesyuarat pada Julai lalu dipengerusikan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz yang antara lain menetapkan perlunya diadakan perbincangan dengan penduduk terlebih dahulu.

Dalam operasi dipantau kira-kira 20 anggota polis itu, tujuh ahli keluarga Suhaimah Alang Dom, 72, termasuk dua cicit, terkejut dan kecewa apabila jentolak DBKL cuba merobohkan bahagian belakang rumah tersebut ketika rundingan masih berlangsung.

Tepat jam 11.20 pagi, beberapa pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak memotong bekalan elektrik ke rumah Suhaimah dengan alasan mengikut arahan tetapi menyambungkannya kembali 30 minit selepas didesak penduduk supaya menunjukkan notis pemotongan sebagai bukti arahan rasmi.

Suhaimah yang tinggal di kampung itu sejak tahun 1963 dan kini berkerusi roda ketika ditemui Harakah, berkata, beliau kecewa dengan layanan pihak kerajaan yang dilihat tidak mempunyai belas kasihan terhadap warga emas di kampung berstatus Tanah Rizab Melayu itu.

Operasi meroboh yang turut menyaksikan bengkel besi milik Darus Jam, 62, dan rumah diduduki bersama ibunya, Baidah Ismail, 91, kemudiannya dibatalkan apabila empat jentolak bergerak keluar dari kampung kira-kira jam 12 tengah hari.


(Baidah Ismail, 91, dan anaknya Darus Jam, 62, serta cucu dan cicit mereka antara yang dibimbangi terjejas kehidupan mereka akibat usir paksa)

Hadir sama bersolidariti membantah pengusiran paksa dilakukan pihak kerajaan ini ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Batu, Abd Kadir Tauhid dan aktivis #SuaraAnakMudaBatu, Aznida Hamidun.

Turut memberi sokongan mempertahankan kampung warisan ialah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dari Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014



































Himpunan 1 Muharam: Terima kasih sumbangan

DINSMAN | .

KADANG-kadang kita tidak menyangkanya sama sekali. Seperti tulisan saya sebelumnya mengenai Siti Zainon (Gambar) dan program Himpunan Budayawan 1Muharam yang akan diadakan 25 Oktober itu – “Siti Zainon perjuangkan kampung warisan” (terbit dalam Hrkh bil.1973, 25 Ogos).


Tulisan itu diakhiri dengan satu paragraf pendek seperti berikut: “Hanya yang memeningkan kepala kami ialah soal dana untuk pembiayaannya – belum ada. Maka saya bertanya: Ada sesiapa ingin menyumbang?”

Itu saja. Tanpa mengharapkan sangat ada orang akan memberi respon untuk memberi sumbangan kepada program budayawan mempertahankan Kampung Melayu warisan itu.

Biasanya begitulah. Sebelum ini pun saya pernah menyatakan demikian, dan ia pun habis begitu sahaja. Tetapi yang ini lain. Berbeza sama sekali. Petang hari pertama akhbar Harakah di pasaran, saya menerima satu SMS daripada seorang muslimat dari Sungai Buaya, Selangor; katanya:

“Kalau tak keberatan berapakah agaknya sasaran dana yang pihak tuan perlukan? Andai tak keberatan berkongsi dengan yang ingin menyumbang, insya-Allah.”

Saya menjawab dengan menjelaskan bahawa program awalnya dirancangkan besar, dengan bajet yang diperlukan tidak kurang RM100 ribu. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, ada faktor yang menyebabkan pihak yang dipercayai akan mendanainya telah tidak dapat berbuat demikian, maka pihak kami pun bersedia untuk mengecilkan skop aktivitinya.

Jawab saya kepada muslimat tersebut: “Sekarang kalau ada RM10 ribu, kita buat saja setakat yang ada.”

Lalu dia membalas: “Selalunya perkara yang baik Allah permudahkan. Kiranya dapat SMSkan nombor akaun yang berkenaan, ingin sama membantu. Biar pun kecil, yang penting program diteruskan. Kami doakan yang terbaik.”

Alhamdulillah. Tidak diduga sama sekali. Apakah itu disebabkan simpati terhadap perjuangan seorang wanita bernama Siti Zainon Ismail, yang telah menghasilkan beberapa buah karya bagi menyatakan perjuangan menuntut hak untuk beberapa buah kampung Melayu di pinggir Kuala Lumpur itu terus wujud bersama dengan arus pembangunannya, dan tidak dimusnahkan?

Ataupun itu hanya satu kebetulan sahaja. Seorang muslimat jadi tersentuh dengan isu tersebut, lalu ingin menyumbang. Ada kemungkinan demikian. Maka saya pun tidak mengharapkan ada lagi yang akan menyusul dengan hasrat yang serupa itu.

Tetapi kemudian masuk lagi satu SMS. Daripada Labu, Negeri Sembilan. Juga daripada seorang muslimat. Mesejnya: “Insya Allah perkara yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat Allah permudahkan. Bagaimana kami semua nak memberi sumbangan kepada projek seniman-budayawan, jika kami tak tahu di mana nak disalurkan.”

Saya mula berfikir sesuatu. Apakah yang menggerakkan dua muslimat tersebut hendak menyumbang? Dan dalam saya berfikir begitu tiba-tiba masuk pula SMS daripada seorang sahabat dari utara. Ini sahabat yang saya kenal baik, dan pernah hadir dalam program anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) untuk kampung-kampung Melayu warisan, yang dibuat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor tidak lama dulu.

Saya tidak syak apa-apa pun, sebab kami memang biasa berSMS. Tetapi apabila saya buka, alangkah terkejutnya saya. “Salam, ana dengan rendah diri akan sumbang RM seribu kepada tabung 1Muharam. Tolong bagi nombor akaun. Didoakan mendapat petunjuk Allah jua.”

“Alhamdulillah,” jawab saya, “atas hasrat tuan untuk menyumbang. Kita pakai akaun surau Madrasah Tarbiyah. Nanti ana dapatkan nombor akaunnya. Terima kasih kerana sokongan dan sumbangan.”

Di samping itu ada pula seorang Pengerusi masjid yang saya kenal, menelefon dan bertanya – “Eh, bagaimana kami nak bagi sumbangan ni?” Saya pun menjelaskan lebih kurang, dan kemudian dia mencadangkan:

“Boleh tak Dinsman sendiri datang ke masjid, ajak Cikgu Ishak Surin datang sama, kita buat macam sesi ceramah?” Dia mencadangkan.

“Ini pun berkaitan dengan kepentingan umat Islam juga,” katanya lagi. “Banyak nilai-nilai Islam yang sudah hilang di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur itu, kecuali yang masih bertahan kerana ada lagi beberapa buah kampung Melayu. Kalau kampung-kampung ini dimusnahkan, akan musnah juga nilai-nilai Islam di bandar-bandar.”

Ada kebenaran juga dalam kata-katanya itu. Namun yang lebih pentingnya ialah hasrat dia dan beberapa orang lagi yang telah menghubungi saya itu untuk menyumbang. Bagi pihak Paksi dan Madrasah Tarbiyah saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Semoga itu menandakan kesedaran rakyat yang memahami dan menghargai peranan warisan seni-budaya dalam pembinaan tamadun baru yang berpaksikan agama Islam. – HARAKAHDAILY 6/9/2014

Sumber HD - 6-9-2014

No comments:

Post a Comment