BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, September 15, 2014

BENCANA ATAU BALA ALLAH




Macam mana boleh jadi begini? Ada sesiapa yang boleh berikan teori secara fizikal dan mental fizikal.






Sumber TKO - 25-10-2015
LPT2 ragut dua lagi nyawa malam tadi

Posted on Sunday, October 18 @ 20:45:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KEMAMAN – Saat kes enam beranak maut yang berlaku empat hari lalu di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) masih jadi bualan dan kesedihan belum pun reda, satu lagi nahas tragis menimpa empat sekeluarga menyebabkan peneroka dan anak sulungnya maut sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi di Kilometer 273.9 LPT2 dekat susur keluar ke Plaza Tol Cheneh, iaitu hanya lebih kurang 15 kilometer dari lokasi tragedi meragut nyawa Azaman Ramli, 49, sekeluarga pada Rabu lalu.

Bapa tiga anak itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazuani, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan di bahagian penumpang belakang pemandu.

Isterinya, Salimah Ghalam, 51, yang turut parah dan anak bongsu mereka, Hanis Shazizatul, 14, yang mengalami kecederaan ringan pula segera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan segera.

Lebih pilu, tragedi itu berlaku semasa Hasan sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kampung Ibok di Kijal ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru kerana menziarah adik iparnya, Mohd Amin Ghalam, 37, yang melecur teruk akibat insiden belon gas meletup.

Turut menyentuh hati, hari kejadian juga merupakan hari lahir anak kedua mangsa yang ketika insiden berlaku  tidak bersama empat ahli keluarganya itu kerana belajar di Pekan, Pahang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa sekeluarga terbabas melanggar pembahagi jalan susur keluar Plaza Tol Cheneh mengakibatkan bahagian kanan kenderaan itu remuk.

Mohd Amin yang melecur teruk di lengan kiri berkata, kakak dan abang iparnya itu sekeluarga pulang dari rumahnya kira-kira jam 11.15 malam iaitu selepas tamat perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung di televisyen (TV).

Namun pemandu Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) itu sekeluarga kemudian dikejutkan dengan panggilan tidak diduga dan di hujung talian terdengar sayup-sayup suara anak bongsu mangsa meminta tolong.

“Mok Dah…Mok Dah…Tolong, aboh kepit,” itu ayat didengar isteri Mohd Amin sebelum suara itu senyap dan beberapa saat kemudian terdengar suara orang awam di hujung talian yang memberitahu keluarga itu kemalangan di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mohd Amin berkata, ketika menonton TV bersama-sama, arwah abang iparnya tidak banyak cakap seperti biasa dan cuma diam seakan mulut terkunci.

“Waktu mahu balik dan undurkan kereta saya sempat jerit padanya ‘Abang Awang tepi sikit’ sebab jalan di depan rumah saya sempit, takut keretanya kena pokok.

“Saya juga sempat tanya dia nak balik ikut jalan mana dan dia bagitahu ikut LPT2,” katanya sambil memberitahu Awang adalah nama panggilan abang iparnya yang juga ketua blok di Peringkat 3, Felda Neram 2. - SInar Harian




Sumber TKO - 18-10-2015


















Budak perempuan maut kena beg udara

Posted on Thursday, October 15 @ 12:33:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat terpelanting apabila beg udara kereta dipandu abangnya mengembung setelah kenderaan itu terlanggar bonggol berhampiran rumahnya di Bandar Utama di sini, hari ini. 



Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8, bersama dua abangnya yang berusia 12 dan 17 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di Bandar Puteri Jaya.



Abang mangsa yang dikenali sebagai Along, berkata Khyra duduk di tempat duduk hadapan di sebelahnya dengan menyandarkan muka di papan pemuka yang menempatkan ruang beg udara, manakala seorang lagi adiknya duduk di belakang.





Katanya, apabila kereta itu terlanggar bonggol di tengah jalan, dia terus menekan brek yang menyebabkan beg udara di dua tempat duduk hadapan kereta terus mengembung dan mengenai adiknya.



"Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.



"Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal," katanya.



Khyra kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) tetapi disahkan sudah meninggal dunia.  -BH

Sumber TKO - 15-10-2015

Hasrat berkumpul di majlis kahwin tidak kesampaian

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: "Saya terkilan hasrat kami adik-beradik untuk berkumpul pada majlis perkahwinan seorang saudara di Shah Alam hari ini tidak kesampaian."

Itu luahan Zainal Alam Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi tadi.

Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.

Menurut Zainal Alam, beliau dimaklumkan mengenai tragedi itu oleh seorang saudara pada majlis perkahwinan berkenaan.

"Saya sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa kemalangan itu turut membabitkan isteri dan anak perempuan arwah," kata Zainal Alam, yang juga Pengurus Besar Lebuhraya Klang Selatan (SKVE), ketika dihubungi Bernama.

"Saudara saya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi polis yang menjumpai kad kenduri kahwin dalam kereta milik arwah," jelas Zainal Alam.

Katanya, beliau dan Allahyarham Dzulkarnain sudah merancang untuk bertemu sekitar 9 pagi tadi untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

Zainal Alam berkata abangnya, anak kelima daripada 10 beradik, ketika hayatnya begitu mengambil berat dan membantu adik beradik yang lain.

"Selain itu, arwah adalah seorang profesional dan komited dalam menjalankan tugasnya," kata Zainal Alam mengenai arwah abangya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh.

Jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Taman Meru Heights Ipoh untuk disolatkan dan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya. - Bernama

Sumber HD - 10-10-2015


Pasar lama Chow Kit musnah terbakar

Posted on Friday, October 09 @ 02:01:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

https://www.youtube.com/watch?v=1JqY-mIQHZM&feature=player_embedded

KUALA LUMPUR: Pasar lama Chow Kit dekat Jalan Raja Bot, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.26 tengah malam.

"Seramai 28 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dengan kekuatan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sehingga kini, api masih marak dan kami sedang berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi tadi. - Sumber BH


Sumber TKO - 8-10-2015


Kereta Tersepit Di Plaza Tol Jalan Duta
Posted on Friday, October 02 @ 19:46:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tersepit di Plaza Tol Jalan Duta apabila ia tidak semena-mena melanggar sebuah lori yang sedang menunggu giliran untuk membayar tol.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila lori itu yang sedang menunggu giliran untuk membayar tol dilanggar dari arah kanan oleh kereta terbabit.

Pemandu Proton Wira itu bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan di bahagian hidung dan tangan.

Dia kemudiannya dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu kereta Proton Wira itu dilaporkan dalam keadaan normal ketika insiden itu.  
Pemandu lori difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Sinar Harian

Sumber TKO - 2-10-2015























18 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi






















BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Sabtu.

Selain Sarawak, situasi itu melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Batu Muda merekodkan bacaan paling tinggi iaitu 162, diikuti Pelabuhan Klang (161), Samarahan (158), Shah Alam (157), Petaling Jaya (148), Kuala Selangor (147), Kuching (142) dan Nilai (141).

Kawasan lain ialah Sri Aman (136), Banting (134), Seremban (132), Cheras, Putrajaya, Jerantut (120), Bukit Rambai (108), Seri Manjung (107), Port Dickson (106) dan Bandaraya Melaka (101).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Sumber HD - 12-9-2015\

Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Lima kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat membabitkan tiga kawasan di Sarawak dan dua di Johor setakat 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pagi ini ialah Samarahan (177), Kuching (165), Sri Aman (164), Larkin Lama (111) dan Pasir Gudang (127).

Bacaan IPU bagi tiga kawasan di Sarawak itu mencatat peningkatan berbanding petang semalam iaitu Samarahan (167), Sri Aman (154), dan Kuching (146).

Sementara itu, sebanyak 33 lokasi lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU di Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana, sekitar 63 dan 76.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Sumber HD - 11-9-2015


Malaysia bebas gempa bukan lagi jaminan

Posted on Tuesday, August 11 @ 14:32:39 MYT by paktam

Oleh Mona Ahmad 

IA tiba tanpa amaran. Kehadirannya juga tidak dijangka dan diketahui masa serta tempat berlaku.

Dengan teknologi secanggih mana pun dicipta, manusia belum mampu meramal dengan tepat waktu atau tempat bakal berlakunya gempa bumi.
Jepun, negara yang sentiasa berdepan dengan kejadian gempa bumi, termasuk berskala besar, hanya mampu meramal bencana itu menerusi sistem amarannya tujuh saat sebelum ia berlaku.

Malaysia yang dikatakan berada di kawasan berisiko rendah terhadap gempa bumi, tidak terlepas dan kini terdedah kepada risiko bencana itu kerana berada tidak jauh dari zon yang selalu berlaku gempa.

Kesannya, Jun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian ini yang berlaku di Sabah. Tanpa sebarang petunjuk, tentunya tidak terlintas langsung di fikiran khususnya penduduk di Ranau dan pendaki yang sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu bahawa mereka akan menerima malapetaka berkenaan pada pagi 5 Jun lalu.

Gempa bumi berskala 5.9 magnitud itu menggegarkan bumi Ranau, meragut 18 nyawa, memusnahkan harta benda dan meruntuhkan tanda Gunung Kinabalu, puncak yang dikenali sebagai Donkey Ear.

Apa pun, sejak kebelakangan ini beberapa bukti menunjukkan Semenanjung juga bukan lagi selamanya kebal dari risiko gegaran dan gempa bumi.

Pensyarah Geologi Struktur dan Tetonik, Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof Madya Mustaffa Kamal Shuib, berkata sehingga kini, lebih banyak bukti kukuh menunjukkan andaian awal Malaysia bebas daripada gempa bumi adalah sesuatu yang tidak tepat.

"Malaysia dikelilingi Lingkaran Api Pasifik, kawasan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi hebat. Walaupun kita berada di luar jaluran itu, sebenarnya kedudukan kita agak hampir.

Ini bermakna apa yang berlaku sepanjang lingkaran itu, negara akan merasainya. Malah, dengan kedudukan zon itu yang hanya 450 kilometer dari Kuala Lumpur dan 1,000 kilometer dari Kota Kinabalu, sudah tentu negara seolah-olah dihimpit lingkaran ini. Tetapi di Sabah ia lebih kompleks berbanding Semenanjung kerana terdapat banyak zon aktif di sekitarnya," katanya.

Jelasnya, Malaysia dikelilingi kerak bumi (plat) tetonik dan negara berada di kerak bumi dikenali sebagai Plat Sunda. Plat Sunda juga berjiran dengan kerak bumi Indo-Australia dan Filipina-Pasifik.

Lebih mengejutkan, Plat Indo-Australia bergerak tujuh sentimeter (sm) setahun menjunam dan menghimpit Plat Sunda. Di sebelah timur pula, Plat Filipina-Pasifik sedang bergerak menghimpit Sabah dan Sarawak pada kadar 10sm setahun. Katanya, apabila berlaku interaksi antara kerak bumi ini, peparit lautan akan membentuk yang lazimnya kedalamannya melebihi satu kilometer. Peparit lautan adalah kawasan dalam yang membahagikan lautan dan benua.

Peparit berhampiran negara termasuk Peparit Sumatera, Jawa dan Filipina dan yang paling dalam di dunia adalah Peparit Marianas, iaitu 11 kilometer. Geseran hasilkan gempa "Justeru, gempa bumi dan aktiviti gunung berapi berlaku di sepanjang dan sempadan peparit.

Apabila berlaku, pergerakan plat lautan menjunam ke bawah plat benua, maka geseran berlaku menghasilkan gempa bumi.

Semakin ke dalam peparit gempa bumi berlaku, semakin lemah gegaran dirasai," katanya.Gempa bumi banyak berlaku di sepanjang sempadan plat, iaitu di Lingkaran Api Pasifik. Di Aceh misalnya, gempa bumi yang terjadi berukuran melebihi sembilan skala Richter.

Selain itu, Padang, Indonesia, juga pernah ditimpa bencana sama dengan kadar lebih kurang sama. Ini adalah gempa bumi yang berlaku di sepanjang jaluran aktif. "Kita tetap merasai gegaran walaupun kedudukan negara jauh dari kawasan berkenaan ditambah dengan Sumatera sebagai zon penampan jika gempa bumi berskala besar berlaku di sepanjang jaluran itu. Begitu juga di Sabah, walaupun puncanya jauh tetapi gegaran dapat dirasai.

Keadaan ini dikenali sebagai gempa bumi dari punca yang jauh. "Di Semenanjung tiada punca gempa bumi sebelum tahun 2004, tetapi kita turut merasa gegaran terutama apabila gempa bumi berasal dari Sumatera. Berdasarkan aktiviti gempa bumi di Sumatera dan gegaran diterima, Semenanjung diletakkan dalam zon yang gegarannya berskala lima hingga enam iaitu dalam zon sederhana dan kuat," katanya. Kajian di Indonesia mendapati, jika berlaku gegaran di Semenanjung potensi untuk kemusnahan bangunan adalah rendah.

Jabatan Meteorologi dalam kajian mereka juga menjurus kepada keputusan sama, iaitu antara dua hingga lima skala gegarannya. Mustaffa berkata, hampir keseluruhan bangunan di Malaysia kecuali Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS) Pulau Pinang, tidak mempunyai daya ketahanan gempa, tidak seperti negara di rantau ini seperti Jepun, Filipina dan Indonesia.

Kebanyakan bangunan di Malaysia tidak dibina dengan ciri rintangan gempa bumi. Selagi tiada gempa bumi kuat seperti di Indonesia, Jepun atau Filipina, kebanyakan bangunan di negara ini masih kukuh untuk menangani kesan gempa bumi sederhana jika ia dibina mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Namun, jika ada bangunan tinggi tidak mempunyai ciri yang boleh menyerap gegaran ada kemungkinan kemusnahan boleh menjadi besar walaupun gegaran kecil.

Walaupun risiko rendah, kita tidak boleh rasa selesa kerana risiko tetap ada," katanya. Mustaffa berkata, sebelum tahun 2004, apabila pergerakan tetonik membabitkan Plat Indo-Australia menjunam ke bawah Plat Sunda dan Plat Filipina turut menjunam ke bawah Sabah dan Sarawak, Plat Sunda bergerak ke arah timur akibat himpitan. Dalam keadaan ini Malaysia bergerak ke arah timur.

"Akibat pergerakan ke timur, Plat Sunda mengalami putaran secara mengikut jam. Ketika berlaku gempa bumi mega pada tahun 2004 di Aceh, kajian mendapati keadaan menjadi terbalik yang mana tanah Semenanjung bergerak ke arah barat menghampiri pusat gempa di Aceh dengan pergerakan antara lima hingga 20sm.

Kenaikan permukaan bumi "Mungkin kita rasa pergerakan ini kecil tetapi jika mengikut pandangan saintifik ia adalah sesuatu yang besar. Apabila pergerakan berlaku secara berterusan ia menyebabkan kenaikan permukaan bumi. Batu karang misalnya, yang berada di dasar laut turut terdedah di muka bumi, terutama di Aceh.

"Ini bermakna Plat Sunda kini mengalami perubahan bentuk.

Ia sentiasa menyerap tenaga dan tekanan akibat pergerakan di sempadan kerak bumi. Pergerakan ini tidak berhenti sewaktu gempa bumi Aceh tetapi berterusan sehingga sekarang," katanya.

Akibatnya, sejak tahun 2004, negara mula menghasilkan gempa bumi yang berasal dari Semenanjung sendiri bukan dari negara jiran. Ini terjadi apabila bumi menyahkan tekanan itu dengan mengalami retakan melalui satah (tempat) yang lemah. Ia terjadi di satah yang ada bukti rekahan yang terbentuk pada zaman dahulu kala yang dipanggil sesar. Rekahan lama akan bergerak semula dan gelinciran yang berlaku pada sesar lama ini boleh menghasilkan gempa bumi.

Di Semenanjung, sejak tahun 2004 gempa bumi berlaku yang puncanya berasal dari negara ini sendiri, misalnya di Bukit Tinggi dan Janda Baik. Sebanyak 31 gegaran direkodkan Jabatan Meteorologi yang berskala sehingga 3.6 Richter.

Selain itu, 24 gempa berskala 1.7 hingga 4.2 magnitud dikesan pada tahun 2007 hingga 2009 di Bukit Tinggi, Pahang; satu di Jerantut, Pahang pada tahun 2009 berskala 3.2 magnitud; Manjung, Perak (2.9 magnitud) dan empat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (2.6 hingga 3.2 magnitud) pada tahun sama.

Lima gempa bumi dikesan di Empangan Kenyir, Terengganu dengan skala 4.1 magnitud masing-masing pada tahun 1985 dan 2010. Satu gempa bumi dikesan di Mersing, Johor dengan skala 3.2 magnitud pada tahun 2012 dan di Baling, Kedah dengan skala 3.8 magnitud pada tahun 2013.

Semua ini berpunca dari bawah Semenanjung sendiri. Antara sesar yang besar di Malaysia adalah Sesar Bokbak di utara, Sesar Bentong di tengah, Sesar Lebir di timur, Sesar Bukit Tinggi, Sesar Kuala Lumpur, Sesar Jelebu dan Sesar Mersing. Kajian mendapati, sesar besar ini terletak berhampiran pusat gempa.

Di Baling, Kedah, misalnya, gempa yang berlaku pada tahun 2012, pusat gempanya berada di atas Sesar Bokbak. "Di sini, kita tafsirkan sesar lama sudah mengalami pergerakan semula dan menghasilkan gempa bumi yang dirasai di Semenanjung.

Inilah punca gempa bumi setempat di Semenanjung," katanya. Bagaimanapun, senario berbeza berlaku di Sabah dan Sarawak.

Lebih 20 gempa bumi dikesan di Sarawak dan lebih 90 lagi di Sabah sejak tahun 1874. Antara gempa utama yang mengakibatkan kemusnahan adalah gempa bumi Lahad Datu pada tahun 1976; gempa bumi Ranau pada tahun 1991 dan Miri pada tahun 2004. Gempa bumi yang mengakibatkan tanah runtuh di Ranau berlaku pada 26 Mei 1991 dengan skala 5.3 magnitud dan terbaru pada Jun lalu dengan kekuatan 5.9 magnitud. "Di Sabah kita rasai gegaran sejauh Filipina dan ada juga gempa bumi setempat.

Umpamanya, Ranau yang menghasilkan magnitud 5.9 menyebabkan malapetaka besar apabila meragut 18 nyawa dan banjir lumpur yang berlaku akibat pergerakan semula sesar yang memotong Gunung Kinabalu," katanya. Plat sedang mengalami serapan tekanan dari plat sekeliling.

Pergerakannya menyebabkan stres (tekanan) dan ia boleh pecah seperti periuk tekanan apabila sampai waktu, didihannya ia akan mengeluarkan bunyi.

"Umpama pesakit darah tinggi yang kadar tekanan darahnya meningkat sehingga boleh menyebabkan pembuluh darah pecah dan berkemungkinan berakhir dengan strok, itulah keadaan apabila bumi sudah tidak lagi dapat menahan tekanan dan terpaksa membebaskannya," katanya.

Dalam menangani hal ini katanya, orang ramai perlu dididik mengenai keselamatan dan persediaan menghadapi gempa bumi. Sudah tiba masanya pihak berkuasa menilai semula peraturan pembinaan bangunan dengan memasukkan ciri rintangan gempa bumi bagi meminimumkan kesan akibat bencana itu jika ia berlaku dengan skala lebih besar.

Bukan itu sahaja, kempen dan program kesedaran perlu dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai ciri keselamatan dan perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi. Amaran awal gempa seperti yang dilaksanakan di negara seperti Jepun boleh dipertimbangkan termasuk menggunakan kemudahan telefon bimbit.-bharian.com.my

Sumber DD - 11-8-2015
























Banjir diramal berlaku tahun ini tetapi normal 


























BERNAMA | .


BESUT: Banjir diramal tetap berlaku di beberapa negeri termasuk di pantai timur pada akhir tahun ini tetapi tidak seburuk yang berlaku pada tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail.

Katanya, jabatannya akan terus memantau dan akan melaporkan data ramalan terkini kepada orang ramai agar penduduk terutama di persisiran pantai dapat bersedia menghadapi keadaan yang berlaku nanti.

"MetMalaysia akan mula memberi taklimat kepada pihak berkuasa negeri-negeri tentang perkembangan semasa cuaca, mulai Oktober supaya semua pihak mampu bersedia menghadapi ancaman bencana alam itu," katanya kepada pemberita sempena Program Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti Daerah Besut di sini Jumaat.

Dalam perkembangan berasingan, Che Gayah berkata fenomena El-Nino yang dikesan berada di kawasan timur laut Pasifik buat masa ini berada dalam keadaan lemah yang tidak akan memungkinkan cuaca monsun timur laut ekstrim berlaku di negara ini.

Katanya, seperti pada tahun lalu, walaupun ramalan menunjukkan fenomena El-Nino kuat dijangka melanda negara tetapi sebaliknya ia tidak terjadi.

"Justeru keadaan ini tidak akan memungkinkan banjir peringkat ekstrim daripada terjadi seperti yang terjadi pada tahun lalu," katanya. - Bernama

Sumber HD - 7-8-2015

95 kematian selepas empat hari Op Selamat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Sebanyak 95 kematian dicatatkan dalam tempoh empat hari Op Selamat 7/2015 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang bermula di seluruh negara Jumaat lepas.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, 57 kes merupakan kemalangan melibatkan motosikal, motokar (19), pejalan kaki (tujuh), van (tujuh), lori (tiga) dan lain-lain (dua).
  
Katanya ini bermakna purata sehari 24 kes kematian dicatatkan, peningkatan yang sungguh ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini yang kebiasaannya 18 kes secara purata.
  
"Hari ini merupakan hari kelima Op Selamat dijalankan, saya amat berdukacita dengan jumlah peningkatan kes kematian yang direkodkan," katanya.
  
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Mes Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, di sini, hari ini.
  
"Seperti yang kita tahu kemalangan motosikal mendahului kemalangan maut yang lain...jadi kita kena fikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan jangan pentingkan diri-sendiri ketika memandu," katanya.
  
Khalid berkata mengikut analisis pihaknya banyak punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.
  
"Saya menyeru kepada orang ramai yang menggunakan jalan raya dan lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dan janganlah tergopoh-gapah untuk ke destinasi," katanya.
  
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh.
  
Katanya berita kemalangan maut ketika musim perayaan Aidilfitri amat menyedihkan bagi keluarga yang sedang menunggu di kampung.
  
"Polis akan mempertingkatkan penguatkuasaan di tempat yang sering berlaku kemalangan maut," katanya.
  
Sementara itu, Khalid berkata berdasarkan borang maklumat balik kampung di seluruh negara, sejumlah 1,185 orang telah pulang untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing.
  
"Saya amat gembira kerana 1,185 orang yang meninggalkan rumah, tidak ada kes pecah rumah yang dilaporkan setakat ini," katanya.
  
Khalid berkata apabila orang ramai memaklumkan kepada polis bahawa mereka pulang ke kampung, maka polis dapat membuat perancangan melakukan rondaan di kawasan rumah yang dikosongkan.
  
"Saya menyeru kepada orang ramai yang hendak meninggalkan rumah mereka sepanjang tempoh perayaan ini supaya mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun melalui online dan ambil borang ini dari mana-mana balai berdekatan atau boleh melaporkannya melalui aplikasi telefon.
  
"Janganlah malas hendak melaporkan kepada kita supaya kita dapat merancang semua tindakan rondaan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan," katanya.
  
Pada majlis itu, seramai 23 pegawai kanan polis menerima pemakaian pangkat masing-masing yang melibatkan lima pegawai dinaikkan ke pangkat SAC, 17 pegawai ke pangkat ACP dan seorang pegawai dinaikkan ke pangkat Supt. - BERNAMA

Sumber HD - 14-7-2015


ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE MENGIGAU PANGGIL IBU BAPA - IBU SAUDARA


Anak mangsa kemalangan Duke mengigau panggil ibu bapa: KUALA LUMPUR: Kehilangan ibu bapa secara mengejut akibat kemalangan dua bulan lepas masih menjadi igauan kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam,





KUALA LUMPUR: Kehilangan ibu bapa secara mengejut akibat kemalangan dua bulan lepas masih menjadi igauan kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam,

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/36297-anak-mangsa-kemalangan-duke-mengigau-panggil-ibu-bapa

Sumber HD - 7-7-2015


Isteri putus kepala, suami hilang tangan
Posted on Monday, July 06 @ 08:51:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


PORT DICKSON – Seorang ibu berusia 39 tahun menemui ajal dalam keadaan ngeri dengan kepalanya terputus selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mangsa bersama suaminya ketika menyertai konvoi sahur terbabas di Kilometer 14.2 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson semalam. 
Dalam nahas pukul 4 pagi itu, Nor Azina Mohd. Ratki yang dipercayai tertidur secara tidak sengaja mengheret motosikal yang ditunggangi suaminya, Shamasrol Abu Bakar, 36, ke kiri lebuh raya menyebabkan leher wanita itu terseret di atas besi penghadang jalan sehingga kepalanya terputus.

Shamasrol yang cedera parah terputus tangan kiri selepas turut merempuh besi penghadang jalan tersebut.

Mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Sumber TKO - 6-7-2015





























Rakyat Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Cuaca Lebih Panas - Jab. Meteorologi

Posted on Wednesday, July 01 @ 15:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR, 1 Julai - Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi cuaca lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Datuk Che Gayah Ismail berkata musim monsun itu akan membawa cuaca panas dan kering, yang diramalkan berlanjutan hingga September.

"Hanya terdapat sedikit hujan, terutama pada awal pagi di kawasan pantai dan kawasan di selatan Selangor," katanya kepada Bernama di sini hari ini sambil menjelaskan bahawa keadaan cuaca mungkin bertambah buruk serta mengakibatkan jerebu sekiranya terdapat pembakaran terbuka secara berleluasa.

Pemerhatian rambang di sini hari ini mendapati keadaan agak berjerubu, tetapi, menurut Che Gayah, keadaan itu mungkin kerana tiada hujan sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata ia bukan berpunca daripada aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung di Sumatra Utara, walaupun abu gunung berapi menuju ke arah tengah Semenanjung Malaysia dengan ketinggiannya ketika melalui Semenanjung adalah lebih 6,000 kaki.

Berdasarkan imej terbaru satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN (AMSC), tiada tompok panas dikesan di Semenanjung Malaysia, tetapi terdapat masing-masing dua di Sabah dan Sarawak.

Semakan dengan Jabatan Alam Sekitar mendapati kesemua 52 kawasan yang dibuat pemantauan kualiti udara di seluruh negara hari ini menunjukkan Indeks Pencemaran Udara berada pada paras baik dan sederhana.

Sementara itu, presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Ashok Philip berkata musim panas sekarang boleh mengakibatkan penyahhidratan sekiranya manusia banyak berpeluh dan tidak minum cukup air.

Katanya, keadaaan itu boleh berlaku walaupun mereka tinggal di tempat teduh, manakala keadaan lebih teruk akan menimpa mereka yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

"Apabila kadar penyahhidratan meningkat, seseorang yang terjejas akan mula berasa lemah, pening dan tidak menentu atau keliru kerana tekanan darah mula menurun dan suhu tubuh pula meningkat.

"Untuk sentiasa berada dalam keadaan sejuk dan bagi mengelak daripada masalah berkaitan haba, minumlah banyak air," katanya kepada Bernama melalui e-mel Rabu, sambil menjelaskan bahawa mereka yang mengalami penyahhidratan perlu berpindah ke tempat sejuk dan minum banyak air.

"Beringatlah agar tidak meninggalkan seseorang dengan bersendirian di dalam kereta yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya ditutup dan tingkapnya pula tidak dibuka - suhu boleh meningkat dengan mendadak kepada lebih 50 darjah Celsius akibat kesan rumah tanaman," katanya.

Dr Ashok juga menasihati mereka yang berpuasa supaya sering minum air pada waktu malam dan menambah pengambilan bendalir sebelum memulakan puasa.

Kata beliau, walaupun langkah itu mungkin menimbulkan keadaaan yang agak tidak selesa kerana boleh menyebabkan seseorang itu kerap ke tandas, tetapi itulah yang perlu dilakukan untuk terus berasa sejuk dan sihat.-bernama 
Sumber TKO - 1-7-2015

1,400 maut akibat cuaca panas di Pakistan

HARAKAHDAILY | .


JUMLAH angka kematian yang disebabkan oleh gelombang panas terik yang melanda wilayah Sindh, Pakistan selama lebih seminggu ini terus meningkat. Angka korban minggu ini sudah mencapai 1,400 orang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Sindh Hasan Murad, hampir 1,200 orang telah meninggal kerana serangan panas dan penyakit di bandar pesisir Karachi sejak 20 Jun.

Ketua Menteri Wilayah Syed Qaim Ali Shah mengatakan bahawa awal minggu ini lebih dari 200 orang juga tewas di daerah-daerah pedalaman Sindh.

Seorang pegawai kesihatan senior yang tak mau disebutkan namanya mengatakan kepada Anadolu Agency bahawa jumlah korban tewas sebenarnya boleh lebih tinggi kerana ratusan korban jiwa di daerah-daerah terpencil sudah dilaporkan.

"Angka-angka yang dilaporkan oleh media berasal dari hospital besar," katanya dipetik laman Islampos.

Menurut pegawai hospital, sebahagian besar mangsa adalah buruh dan mereka yang tiada tempat tinggal.

Hal ini disahkan oleh Edhi Foundation, sebuah NGO kesihatan, yang menerima lebih daripada 200 mayat yang tidak diiktiraf di Karachi sejak 20 Jun.

Faisal Edhi, ketua operasi Edhi Foundation berkata kepada wartawan Sabtu bahawa 140 mayat yang tidak diketahui dikebumikan di tanah perkuburan beramai-ramai, sementara 60 yang lain masih terbaring di bilik mayat NGO yang menunggu pengenalan.

Sumber HD - 29-6-2015

































Penyokong Kelantan maut dalam nahas di Kuala Krai

































BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Seorang guru tahfiz yang juga penyokong The Red Warriors (TRW) maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kereta dan sebuah treler di Km 105, Jalan Kota Baharu-Gua Musang dekat Kuala Krai awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa iaitu Afif Asyraf Yahya, 28, yang dalam perjalanan pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur menuju Kota Baharu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah treler di laluan bertentangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Mohd Azlan Abdul Kadir berkata mangsa meninggal di tempat kejadian manakala penumpang kereta berkenaan Amiruddin Nawi, 29, yang juga sepupu mangsa hanya cedera ringan.

"Akibat perlanggaran, treler tersebut terjatuh ke dalam gaung di kiri jalan. Bagaimanapun pemandunya Salmizi Ab Kader, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sementara sebuah kereta Perodua Alza yang berada di belakang kereta mangsa dipercayai gagal mengelak kereta mangsa lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

"Namun pemandunya Nor Azizi Jaaffar, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Mohd Azlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Mangsa dan sepupunya dalam perjalanan pulang ke Kampung Kubang Kacang di sini.

Seorang lagi sepupu mangsa yang juga kakak Amiruddin, Norhayati Nawi, 34, berkata Afif Asyraf pertama kali ke Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan buat pasukan Kelantan.

Jenazah dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tiong di sini. - Bernama

Sumber HD -  24-5-2015

Jenazah Allahyarham Datin Habibah selamat dikebumi


































BERNAMA | .

MUAR: Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Masjid, Parit Yusof Darat di sini, hari ini.
  
Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya Allahyarham Mahmud Abdul Aziz pada 8.45 pagi yang dihadiri lebih 100 anggota keluarga, rakan dan penduduk kampung.
  
Mengiringi jenazah, ibunya Habsah Omar, 77 dan tiga anak Allahyarham Haziani Farhana, 26, Haziani Sofia, 24, dan Haziq Fazli, 19.
  
Turut hadir di tanah perkuburan itu, Anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail, Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad.
  
Suami Allahyarham, Dr Hasrul Sani bagaimanapun tidak dapat hadir kerana menerima rawatan di Hospital Putrajaya sebaik tiba di tanah air malam tadi.
      
Sebelum itu, jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.25 malam tadi sebelum tiba di rumah ibunya di Semerah, Batu Pahat pada 1 pagi ini.
  
Habibah adalah antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter yang membawa delegasi kedutaan asing di Pakistan yang terhempas di Lembah Naltar dalam Wilayah Gilgit-Baltistan, 8 Mei lepas.
  
Turut terbuuh dalam nahas helikopter itu ialah duta besar Norway dan Filipina, isteri duta besar Indonesia dan dua juruterbang pesawat itu.
  
Bagaimanapun Dr Hasrul Sani mengalami cedera ringan dalam insiden itu dan menerima rawatan awal di Hospital Gilgit, Pakistan.
  
Pesawat malang itu membawa sekumpulan delegasi kedutaan asing dan isteri mereka untuk menghadiri sebuah program rasmi dihoskan oleh Kerajaan Pakistan.
     
Media melaporkan puak Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap nahas itu tetapi tentera Pakistan menafikannya.
  
Sementara itu adik ipar Allahyarham, Dr Ahmad Pauzi Abu ketika ditemui selepas pengembumian itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melancarkan proses kebumi dan membawa pulang jenazah.
  
Menurut beliau, Allahyarham sebelum ini ada menyatakan kerinduan kepada arwah bapanya dan atas alasan itu keluarga memilih tanah perkuburan itu untuk disemadikan jenazah.
  
"Alhamdulillah semuanya telah berakhir dan kami ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan," katanya.
  
Allahyarham Habibah merupakan anak kedua daripada sembilan beradik. - Bernama

Sumber HD - 16-5-2015

Keluarga Allahyarham Datin Habibah mohon tak diganggu

BERNAMA | .

BATU PAHAT: Keluarga kepada isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud memohon semua pihak terutama pihak media supaya memberi ruang privasi kepada mereka dan memahami situasi kesedihan yang mereka sedang hadapi.

Adik ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata buat masa ini mereka sekeluarga terutama ibu Allahyarham masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Ibu mentua saya sedang bersedih kerana kehilangan dua anggota keluarga iaitu suaminya dan Habibah dalam tempoh yang singkat. Harap semua pihak faham dengan keadaan kami," katanya kepada pemberita di rumah keluarga Habibah di Pekan Semerah di sini Sabtu.

Bapa Habibah, Mahmud Abdul Aziz, 80-an meninggal dunia pada Mac lepas.

Habibah maut selepas helikopter tentera Pakistan yang membawa rombongan duta-duta asing terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan semalam.

Nahas dilapor turut mengorbankan duta besar Norway, Belanda dan Filipina termasuk isteri Duta Besar Indonesia.

Sementara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dilapor cedera dan dirawat di Hospital Gilgit.

Adik ipar Habibah berkata kebanyakan anggota keluarga Allahyarham mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham.

Beliau berkata mereka masih menunggu sebarang perkembangan terkini mengenai Allahyarham.

Sementara itu di Nilai, Negeri Sembilan, seorang lagi anggota keluarga Allahyarham berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Malaysia sama ada esok atau lusa. - Bernama

Sumber HD - 9-5-2015





































Taliban mengaku bertanggungjawab tembak jatuh helikopter

Posted on Friday, May 08 @ 19:37:58 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GILGIT: Pihak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter tentera yang mengorbankan enam orang termasuk duta Norway dan Filipina.

Malah mereka berkata, Perdana Menteri, Nawaz Sharif adalah sasaran sebenar. "Helikopter itu ditembak oleh peluru berpandu anti pesawat yang mengorbankan juruterbang dan ramai duta asing," kata kenyataan dalam bahasa Urdu yang die-mel oleh jurucakap mereka, Muhammad Khorasani.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan untuk mengesahkan dakwaan berkenaan tetapi wilayah Gilgit-Baltistan di utara Pakistan, tempat helikopter itu terhempas tidak dikenal pasti sebagai kubu kuat pertubuhan militan.

Sementara itu, kenyataan pejabat Sharif berkata, pesawat perdana menteri dalam penerbangan ke wilayah Gilgit pada masa kejadian berkenaan tetapi berpatah balik ke Islamabad selepas berita nahas helikopter itu disiarkan. - AFP 
Sumber TKO - 8-5-2015

Nahas helikopter: Isteri P'jaya Tinggi Malaysia terbunuh





































BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datin Habibah Mahmud adalah antara enam orang yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi tadi.

Kementerian Luar Negeri turut mengesahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Gilgit.

"Helikopter itu membawa diplomat asing dan isteri masing-masing. Mereka dalam rangka program rasmi kerajaan Pakistan.

"Dalam kejadian itu, Duta-duta Besar Norway, Belanda dan Filipina serta isteri Duta Besar Indonesia dilaporkan meninggal dunia," kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini, hari ini.

Punca kejadian masih disiasat dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang berusaha mendapatkan laporan penuh berhubung nahas itu.

Kementerian Luar Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa tragedi itu. - Bernama

Sumber HD - 8-5-2015

Helikopter: Laporan dikeluar awal Mei, jawab spekulasi

BERNAMA | .


NILAI: Orang ramai diminta supaya bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca nahas helikopter yang meragut nyawa enam orang termasuk anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penyiasatan secara menyeluruh sedang dibuat melibatkan pelbagai aspek termasuk perbandingan serpihan bangkai helikopter yang dijumpai dengan data daripada kotak hitam yang telah diperoleh.

"Penyiasatan kepada kemalangan helikopter baru-baru ini berjalan dengan lancar di mana pasukan penyiasat telah pun kembali ke tanah air dari United Kingdom selepas kita dapat ambil semua data daripada perakam suara kokpit dan rakaman data penerbangan. Semua data-data dalam kotak hitam itu adalah sempurna, boleh dibaca dan boleh dianalisis.

"Kita yakin bersama dengan penyiasat di kawasan kemalangan dan juga mendapat semula bangkai pecahan, (dengan) serpihan helikopter yang ada kita dapat menentukan punca kemalangan helikopter ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan bengkel Rangka Kerja Wanita MCA (2015-2018) anjuran Wanita MCA Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita MCA Kebangsaan Datuk Heng Seai Kie dan Ketua Wanita MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lee Pit Chern.

Liow berkata laporan itu akan diumumkan awal Mei ini.

"Kita akan memberi satu dapatan konklusif kepada rakyat," katanya.

Liow yang juga Presiden MCA berkata kesemua data yang diperoleh berada dalam keadaan sempurna, boleh dibaca, serta dianalisis dan diubah kepada data yang lebih terperinci seperti 3D bagi menggambarkan situasi sebenar helikopter tersebut semasa terhempas dengan ketinggian dan masa yang tepat.

Katanya banyak perkara yang perlu dikaji dengan teliti dan diselesaikan dalam tempoh penyiasatan ini bagi mendapatkan jawapan tepat mengenai punca sebenar nahas itu.

"Jangkaan laporan penuh mengenai kejadian nahas tersebut akan dikeluarkan pada awal Mei ini bagi menjawab segala persoalan dan spekulasi yang diajukan oleh beberapa pihak.

Dalam kejadian tersebut, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-IGB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Selain juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, turut terkorban ialah Jamaluddin; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. - Bernama

Sumber HD - 18-4-20125







































Kesilapan penunggang motosikal berkuasa tinggi

BERNAMA | .

(Foto hiasan)

KUANTAN: Penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak digalak menganjurkan konvoi dalam jumlah yang besar kerana ia berisiko tinggi ditimpa kemalangan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abdul Haris Lakar berkata jika salah seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikal.

"Lebih baik jika konvoi dilakukan dalam dua atau tiga orang sahaja, dan diselang dengan dua atau tiga orang lagi di belakang, dalam jarak yang selamat," katanya.

Abdul Haris berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program advokasi khas bersama JKJR di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Selasa.

Beliau berkata kesilapan yang sering dilakukan penunggang motosikal berkuasa besar semasa berkonvoi adalah menggunakan laluan paling kanan.

Sedangkan laluan itu sebenarnya untuk tujuan memotong dan kenderaan yang menggunakannya perlu kembali ke laluan tengah selepas selesai memotong, kata beliau.

"Ada pengguna jalan raya lain membuat rungutan mengenai situasi yang mereka hadapi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini. Sebab itu kita harap mereka (berkenaan) boleh melaksanakan aktiviti berkonvoi secara berhemah.

"Lakukan dalam kumpulan yang kecil, ikut peraturan dan had laju yang selamat serta dapatkan khidmat 'marshall' yang bertauliah selain mempunyai seorang 'sweeper' di akhir konvoi," katanya.

Selain itu, Abdul Haris mengingatkan semua penunggang motosikal agar menggunakan topi keledar yang menepati spesifikasi SIRIM kerana ia telah menjalani ujian ketahanan.

"Masih ada penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar berbentuk separuh atau 'kura-kura' yang sebenarnya dibuat untuk tujuan rekreasi dan tidak sesuai digunakan atas jalan raya," katanya.

Pada program itu, JKJR mengadakan demonstrasi yang menunjukkan topi keledar tanpa kelulusan SIRIM mudah dipecahkan dengan hanya menggunakan tukul.

Abdul Haris kemudian menyampaikan sumbangan 100 topi keledar dan 100 jaket dan pelekat pantulan cahaya kepada kakitangan dan penuntut UIAM yang melalui laluan utama kampus itu. - Bernama

Sumber HD - 14-4-2015

Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng bukan antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam, menurut bekas Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai, yang merupakan sahabat Tan.
"Saya ingin menegaskan bahawa itu (yang terkorban) bukan beliau (Robert Tan), (kerana) saya baru bercakap dengan beliau melalui telefon semalam. Beliau kini berada di Australia," katanya semasa dihubungi Bernama, Ahad.

Nama Tan disebut pada mulanya kerana berlaku kekeliruan nama sama dilaporkan terbabit dalam nahas helikopter itu, iaitu seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang.

Huat Seang, seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam insiden helikopter terhempas itu, merupakan ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.

Sementara itu, IGB REIT Management dalam satu kenyataan berkata Tan tidak berada di dalam helikopter itu dan beliau masih hidup dan dalam keadaan sihat.

"Berhubung insiden helikopter malang itu dan nyawa yang terkorban, berlaku silap lapor bahawa Datuk Robert Tan daripada IGB merupakan seorang daripada penumpang dalam penerbangan itu.

"IGP Corp Bhd akan mengeluarkan segera satu kenyataan rasmi mengenainya," menurut kenyataan itu.

Selain ahli perniagaan Kedah itu, yang turut terbunuh dalam nahas semalam ialah anggota Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengawal Peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier dan pembantu operasi Aidana Baizieva.

Helikopter dengan enam penumpang termasuk juruterbang, terhempas di Semenyih dekat sini pada pukul 4.55 petang Sabtu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan siasatan rapi diadakan terhadap insiden itu. - Bernama

Sumber HD - 5-4-2015









































Kotak hitam helikopter terhempas ditemui

BERNAMA | .


SEMENYIH: Kotak hitam helikopter yang terhempas di sini semalam ditemui di lokasi utama kejadian pada pukul 11.30 pagi tadi.
  
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kotak hitam itu berada dalam keadaan baik dan sudah diserahkan kepada pasukan siasatan khas Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
  
"Ia disimpan di bilik khas bagi pasukan DCA untuk membuat analisis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Kampung Sungai Pening, di sini.
  
Selain kotak hitam, Abdul Samah berkata sehingga kini pasukan forensik dan pasukan siasatan khas DCA menemui isi perut dipercayai daripada manusia, gigi palsu dan beberapa barangan peribadi.
  
Katanya pencarian dilakukan dalam kawasan lingkungan 500 meter dari lokasi utama bangkai pesawat ditemui dan jika perlu pasukan itu akan memperluaskan kawasan pencarian sehingga mereka berpuas hati dengan bukti yang dikumpul.
  
"Cabaran utama kita ialah kawasan hutan berbukit bukau, ini akan mengambil sedikit masa namun apapun kami akan melakukan apa jua sebaik mungkin sehingga kami benar-benar berpuas hati segala bukti yang kami (polis dan DCA) perlukan dapat dikumpul," katanya. - Bernama


Sumber HD - 5-4-2015








































Nahas helikopter: Siasatan termasuk elemen jenayah

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap punca nahas helikopter di Semenyih semalam yang meragut nyawa Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi, akan dijalankan meliputi pelbagai elemen, termasuk jenayah dan kecuaian.
  
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat mayat kesemua mangsa di samping mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian.
  
"Siasatan bermula dari semalam iaitu selepas nahas berlaku dan untuk permulaan, kami membuka kertas siasatan di bawah 'mati mengejut'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
  
Beliau berkata selain Polis Diraja Malaysia, siasatan dari segi teknikal pula akan dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam.
  
Helikopter itu yang dinaiki enam orang, termasuk Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang semalam.
  
Noor Rashid berkata lokasi nahas juga ditutup kepada orang awam dan polis sedang mencari saksi-saksi di tempat kejadian untuk ditemu bual.
  
"Setakat ini kami telah merakam percakapan daripada tiga saksi iaitu orang kampung di kawasan ini," katanya. - Bernama


Sumber HD - 5-4-2015

PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Datuk Jamaluddin dan Keluarga Ahli Rombongan Yang Terkorban


MARANG – Tragedi yang berlaku kepada Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Datuk Jamluddin Jarjis mengejutkan semua pihak termasuk PAS sendiri.

Naib Presiden PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan takziah kepada beliau dan rombongannya yang terlibat dengan kemalangan helicopter.

“kita mendapat berita yang mengejutkan semua pihak dengan tragedy yang menima kepada Ahli Parlimen Rmpin Datuk Jamaluddin jarjis dan rombongan yang ditimpa musibah akibat kemalangan helicopter

“saya bagi pihak PAS Pusat dan PAS negeri Pahang kepada keluarga beliau dan kepada keluarga mangsa yang terlibat,”ujar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 di masjid Rusila, Marang Terengganu pada Sabtu malam 4 April.

Sehubungan itu, PAS berharap agar satu siasatan yang terperinci dapat dilakukan bagi mengenalpasti punca kemalangan tersebut.

Beliau berkata, dalam konteks kepimpinan di negeri Pahang, pemergian Datuk Jamaluddin sebagai satu kehilangan kepada rakyat dan memohon semua pihak agar berdoa agar rohnya di rahmati oleh Allah SWT.



Sumber BO - 5-4-2015









































Helikopter terhempas: PAS Pahang rakam takziah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Pahang melahirkan dukacita dan terkejut dengan tragedi yang menimpa Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta beberapa tokoh penting yang lain di Kajang hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tragedi malang itu menuntut suatu siasatan terperinci bagi mencari punca nahas tersebut.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mangsa-mangsa lain.

"Semoga mereka dicucuri rahmat oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.

Menurut laporan Bernama, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. - HARAKAHDAILY 4/4/2015


Sumber HD - 4-4-2015


Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang tadi

Posted on Saturday, April 04 @ 22:20:09 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu

Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Empat orang lagi ialah hartawan Robert Tan - pemilik pusat membeli-belah terbesar di negara ini, Mid-Valley City - kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Tan yang dikenal pasti sebagai Raskan.


Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.


Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.

Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.


Sumber TKO  - 4-4-2015


Saksi lihat helikopter meletup di udara

Posted on Sunday, April 05 @ 06:50:08 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saksi melihat sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu  berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.

"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.

Sehingga kini, belum ada mangsa nahas itu yang dikeluarkan pihak berkuasa dari tempat kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.

Menurut jabatan itu lagi kesemua enam penumpang helikopter itu sudah ditemui.
 
- Bernama




Sumber TKO  - 5-4-2015


RUMAH TERBAKAR IBU TUNGGAL 8 ANAK SEHELAI SEPINGGANG


SUZILAWANA SUDIN BERSAMA 2 ANAK DARIPADA 8 ANAK DI HADAPAN RUMAH YANG TERBAKAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34657-rumah-terbakar-ibu-tunggal-8-anak-sehelai-sepinggang

Sumber HD - 2-4-2015




















































TAYAR GERABAK TERBAKAR KHIDMAT MONOREL TERGENDALA - KPBKL


STESEN TITIWANGSA



Sumber HD - 30-3-2015

Malaysia siap sedia hadapi fenomena puting beliung

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Malaysia yang selama ini tidak pernah mengalami fenomena puting beliung, kini bersiap sedia menghadapinya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata negara mengalami lapan kejadian puting beliung tahun lalu, masing-masing empat di darat dan empat di laut yang juga dikenali sebagai 'belalai air'.

Beliau berkata fenomena puting beliung, ribut petir kuat, taufan dan angin kencang merupakan kesan daripada perubahan iklim serta pemanasan global.

"Sebelum ini puting beliung amat jarang berlaku di negara kita. Tetapi tahun lalu ia berlaku. Kemungkinan ia akan berulang atau sebaliknya tidak boleh diramalkan kerana Malaysia masih belum mempunyai kepakaran meramalkannya," katanya Bernama sempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2015 esok.

Sehubungan itu Che Gayah berkata MetMalaysia sedang berusaha membawa pakar dari Jepun untuk melatih lebih ramai pegawai cuaca tempatan mengenai kaedah terbaik untuk membuat ramalan tentang puting beliung.

"MetMalaysia juga kemungkinan akan menghantar pegawai ke Amerika Syarikat yang mempunyai ramai pakar, pengalaman serta peralatan canggih berkaitan puting beliung," jelasnya.

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia disambut setiap 23 Mac yang kali ini bertemakan 'Iklim: Pengetahuan Untuk Tindakan'.

Beliau berkata tema itu membolehkan negara anggota Pertubuhan Metereologi Sedunia merangka pelan tindakan dan mitigasi untuk menghadapi perubahan iklim.

Che Gayah berkata sempena hari sambutan, MetMalaysia akan melancarkan "myCuaca" iaitu aplikasi telefon pintar yang menyediakan ramalan dan amaran cuaca harian, gempa bumi dan tsunami serta imej terkini bagi satelit dan radar.

Beliau berkata aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apps Store secara percuma.

Pelancaran aplikasi itu merupakan anjakan MetMalaysia yang antara lain bertujuan meningkatkan kemudahan, kecekapan dan ketelusan sistem penyampaian maklumat serta perkhidmatan kepada rakyat melalui penggunaan teknologi aplikasi mudah alih, katanya. - Bernama

Sumber HD - 22-3-2015

ANGIN KENCANG TIMUR LAUT DIJANGKA SEHINGGA JUMAAT - JMM



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34245-angin-kencang-timur-laut-dijangka-sehingga-jumaat

Sumber HD - 9-3-2015


CUACA PANAS BERAKHIR HUJUNG MAC - JAB. METEOROLOGI



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34023-cuaca-panas-berakhir-hujung-mac-jab-meteorologi

Sumber HD - 24-2-2015


ANGIN KENCANG LAUT BERGELORA DIJANGKA HINGGA SELASA - JMM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33595-angin-kencang-laut-bergelora-dijangka-hingga-selasa

Sumber HD - 1-2-2015


ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA BERTERUSAN HINGGA  AHAD:


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33152-angin-kencang-laut-bergelora-dijangka-sehingga-ahad

Sumber HD - 9--2015





























































Remaja maut dalam perjalanan bantu mangsa banjir

http://kachipemas.blogspot.com/ | .


Remaja Maut Semasa Dalam Perjalanan Ke Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan


Sekadar berkongsi kisah sedih dan al fatihah untuk arwah.

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9 pagi td selepas memasuki plaza tol Cheneh, Kemaman ,menemui sebuah motor baru terbabas .Kelihatan seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang di luar penghadang lebuhraya dan kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulans dan tiba 20 minit kemudian. Setelah dicek, seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan yang cedera parah ,Fajrul Iman b



















Berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal.

Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Kelihatan di tepi jalan penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid cita-cita kami".Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.

Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan di kalangan orang beriman.Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.

Al Fatihah






Sumber HD - 4-1-2015






























































Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur pulih

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dihentikan sementara sejak 26 Dis lepas akibat banjir kini disambung semula.


Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Sememanjung Malaysia (PEMBAWA), Tajuddin Mohd Yunus berkata kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dari ibu negara ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu sudah membuka semula perkhidmatan mereka.

"Namun laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan Pekan perlu melalui jalan alternatif seperti laluan Bahau, Muadzam Shah dan Rompin kerana laluan biasa telah dinaiki air," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perjalanan ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu mungkin mengambil tempoh masa lebih lama kerana jalan masih dalam keadaan kurang baik.

"Contohnya jika kebiasaannya ia mengambil masa tujuh jam dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, kini ia mungkin mengambil masa sehingga sembilan jam kerana jalan rosak atau mungkin masih ditenggelami air," katanya.

Tajuddin berkata walaupun bas terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih panjang, namun kadar tambang kekal seperti dahulu.

"Pengusaha dan syarikat tidak dibenarkan mengambil kesempatan untuk menaikkan kadar tambang dengan alasan mereka menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh," katanya.

Pada 29 Dis lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menghentikan perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dilanda banjir dan menggalakkan syarikat menggunakan laluan alternatif. - BERNAMA

Sumber HD - 3-1-2015

































































Banjir semakin pulih, jumlah mangsa terus menurun

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan pagi ini, terus mencatat penurunan, iaitu kepada 84,575 orang berbanding 91,025 orang, malam tadi.

Keadaan banjir di Johor juga beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah sejak tiga hari berturut-turut manakala di Sabah pula, beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air pagi tadi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir menurun kepada 28,087 orang pagi ini berbanding 30,309 orang malam tadi, di 153 pusat pemindahan.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, mangsa yang terdiri daripada 7,000 keluarga masih ditempatkan di 153 pusat pemindahan di tujuh jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (976 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (1,440 orang), Machang (2,555 orang), Pasir Mas (281 orang), Gua Musang (3,006 orang).

Di TERENGGANU keadaan banjir di negeri itu semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun mendadak kepada 4,359 orang pagi ini berbanding 7,940 malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, enam orang mangsa berada di pusat pemindahan di Kuala Terengganu, 2,917 orang di Dungun dan 1,436 orang di Kemaman.

Di PAHANG pula, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah mangsa banjir juga menurun sedikit pagi ini iaitu kepada 44,591 orang berbanding 45,366 malam tadi yang ditempatkan di 203 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terlibat.

Jurucakap itu berkata daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat pemindahan diikuti Pekan (10,964 orang di 36 pusat), Jerantut (4,549 orang, 38 pusat), Bera (3,303 orang, 19 pusat), Maran (2,454 orang, 21 pusat), Lipis (1,252 orang, 15 pusat), Kuantan (1,058 orang, empat pusat) dan Rompin (49 orang, satu pusat).

Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 7,400 mangsa daripada 2,017 keluarga berbanding 7,410 mangsa daripada 2,019 keluarga malam tadi yang ditempatkan di 53 pusat pemindahan di lima daerah.

Jurucakap MKN Perak berkata daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Teluk Intan iaitu seramai 39 mangsa daripada lapan keluarga.

Di Perak Tengah pula masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 5,221 mangsa, Kuala Kangsar (1,145 orang), Hulu Perak (765 orang), Kerian (104 orang) dan Manjung (126 orang).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal sebanyak 138 orang, sejak tiga hari berturut-turut di dua daerah terjejas iaitu Segamat sebanyak 93 orang dan Batu Pahat, 45 orang.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, walaupun cuaca cerah, jumlah itu tidak berubah memandangkan air lambat surut dan keadaan itu belum sesuai untuk membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Di SABAH, pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said di Kota Belud dibuka hari ini sebagai persediaan menerima mangsa banjir selepas beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air sejak pagi tadi.

Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton berkata setakat ini lima buah kampung dinaiki air berikutan limpahan air Sungai Lebak Moyoh yang kini mencecah paras bahaya 5.7 meter namun belum ada mangsa banjir yang dipindahkan.

"Pada jam 6 pagi tadi, paras air Sungai Lebak Moyoh adalah 5.4 meter dan meningkat mendadak kepada 5.7 meter. Agensi-agensi penyelamat sedang melakukan operasi tinjauan banjir dan penyelamat," katanya kepada Bernama.

Katanya Pusat Kawalan Operasi Banjir daerah juga sudah diaktifkan.

Sementara itu, jalan raya di Kampung Bobot, satu daripada laluan darat utama ke daerah di utara Sabah seperti Kudat, kini cuma boleh dilalui kenderaan berat selepas laluan itu dinaiki air kira-kira 0.5 meter. - BERNAMA

Sumber HD - 2-1-2015



































































Mengapa bantuan banjir ada gambar pemimpin Umno?

ASLANI M | .




KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

“Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan,” kata seorang sukarelawan dari Selangor.

Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno.

Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

“Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya seperti disiar sebuah laman berita. - HARAKAHDAILY 30/12/2014







































































Angin kencang, laut bergelora hingga esok

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang timur laut itu dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.

Jabatan itu juga memaklumkan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan juga dijanGka berterusan sehingga esok.

Angin kencang timur laut itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - BERNAMA

Sumber HD - 30-12-2014

Lebuhraya PT-PB :

https://www.youtube.com/watch?v=XIQibAHK7YQ






































































Jangan abaikan mangsa di luar pusat pemindahan banjir

DR MOAZ NAIR | .

DALAM keadaan banjir yang teruk melanda di kebanyakan negeri sekarang sudah tentu ramai mangsa akan dipindahkan kekawasan yang selamat. Kerajaan telah menetapkan pusat-pusat pemindahan banjir di kebanyakan kawasan yang terlibat. Ini merupakan langkah yang baik dalam menangani masalah tiada tempat tinggal sementara bagi mangsa yang terlibat.

Namun, apabila didapati pusat pemindahan sudah penuh sesak dengan mangsa banjir mereka terpaksalah mencari tempat tinggal alternatif. Semangat kekeluargaan, persahabatan dan kejiranan tetap wujud dalam kalangan penduduk di negara kita, terutamanya di kawasan luar bandar malah di bandar pun di mana musibah banjir telah mengancam keselamatan nyawa dan harta benda orang awam.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah menjadi kebiasaan di mana mangsa banjir akan berpindah atau menumpang di rumah saudara mara, sahabat atau jiran sehingga mereka dapat kembali ke kediaman mereka apabila keadaan sudah pulih.

Kerajaan juga sangat prihatin apabila disediakan peruntukan wang dan barangan lain kepada mangsa banjir. Mangsa di pusat pemindahan didaftarkan dan diberi bantuan sekadar yang mampu, termasuk wang ringgit oleh wakil kerajaan.

Elok jika peruntukan ini diberikan sama kepada semua mangsa yang terlibat samaada yang tinggal di pusat pemindahan mahu pun yang berpindah ke rumah sanak saudara, sahabat atau jiran, setelah dibuat siasatan rapi.

Bantuan ini harus diberi setelah diterima aduan dan didapati bahawa memang benar rumah dan harta benda mangsa itu terlibat.

Malangnya dalam kami dengan sukarela membantu mereka yang terlibat dalam banjir di Terengganu sekarang ramai mangsa yang membuat aduan bahawa mereka yang tidak berpindah kepusat pemindahan tidak diberi bantuan kewangan dan barang-barang keperluan lain.

Ini telah mengecewakan ramai mangsa banjir yang tidak dapat berpindah ke pusat pemindahan tetapi berpindah dan tinggal bersama dengan keluarga atau sahabat handai.

Rakyat mengharapkan bahawa pihak yang mengendalikan bantuan kepada mangsa banjir mengambilkira semua mangsa tidak kira di mana mereka berlindung dan dihulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan kepada mereka. – HARAKAHDAILY 30/12/2014






































































Mangsa banjir di Pahang, Perak, Kelantan meningkat

BERNAMA | .



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak, dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan pagi ini, manakala di Terengganu menunjukkan penurunan dan di Johor tidak berubah berbanding malam semalam.

Di PAHANG, jumlah mangsa yang dipindahkan mencatat peningkatan ketara iaitu 49,369 orang berbanding 35,501 orang malam tadi.

Mereka ditempatkan di 262 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, semua lapan daerah terlibat menunjukkan pertambahan mangsa banjir dengan Temerloh masih menempatkan jumlah paling banyak 19,875 mangsa banjir ditempatkan di 62 pusat pemindahan.

"Tujuh lagi daerah ialah Pekan sebanyak 9,387 mangsa di 40 pusat pemindahan, Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat), Maran (4,351 di 32 pusat), Kuantan (3,880 di 17 pusat), Lipis (2,930 di 27 pusat), Bera (2,755 di 19 pusat), dan Rompin (166 di enam pusat)," katanya.

Di PERAK, keadaan banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian kian bertambah, dan ia menjadikan keseluruhan mangsa di seluruh negeri seramai 7,735 orang daripada 2,049 keluarga, berbanding 7,408 daripada 1,948 keluarga malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini di daerah Kerian, seramai 300 orang daripada 90 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan.

Daerah Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,512 mangsa daripada 1,201 keluarga kini berada di 19 pusat pemindahan.

Di daerah Hulu Perak, sebanyak 746 orang daripada 202 keluarga ditempatkan 16 pusat pemindahan.

Di daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi kawasan Sungai Siput, jumlah mangsa tidak banyak berubah setakat ini iaitu 2,177 orang daripada 556 keluarga berada di 22 pusat pemindahan.

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat sedikit kepada 142,582 pagi ini orang berbanding 142,564 orang malam tadi.

Kesemua mangsa di tempatkan di 317 pusat pemindahan melibatkan 35,894 keluarga.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan jalan di negeri tersebut telah dibuka dan air di kebanyakan kawasan telah mula surut pagi ini.

Di JOHOR,jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak berubah iaitu 171 orang daripada 49 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan iaitu satu di Muar, masing-masing dua di Batu Pahat dan Kluang dan tiga di Segamat.

Sementara itu, satu jalan masih ditutup iaitu Jalan Kampung Asli Sedohok di daerah Kluang.

Keadaan banjir di TERENGGANU pula semakin surut, dan jumlah mangsa menurun kepada 30,652 pagi ini berbanding 31,805 malam tadi.

Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, lebih 1,100 mangsa telah meninggalkan pusat pemindahan sejak semalam hingga pagi ini.

Kini masih terdapat 21,532 mangsa di Kemaman di 36 pusat pemindahan, Dungun (8,770 di 27 pusat), Hulu Terengganu (74 di empat pusat) dan Kuala Terengganu (276 di enam pusat). - Bernama

Sumber HD - 30-12-2014

Mangsa banjir enam negeri meningkat lebih 225,000

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.

Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa.

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.

Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 33,225 orang berbanding 31,095 mangsa semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan).

Sehingga kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama masih ditutup kepada lalu lintas.

Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.

Di PERAK jumlah mangsa terus meingkat kepada 7,813 mangsa berbanding 7,539 mangsa malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 54 pusat pemindahan iaitu 22 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (20), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 4,220 orang.

Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat jumlah mangsa banjir sebanyak 2,565 manakala di Hulu Perak sebanyak 738 dan Kerian (290) mangsa.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,260 orang berbanding 36,210 malam tadi.

Di Kemaman masih tinggal 22,214 mangsa manakala hampir 3,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan air beransur surut.

Di Dungun masih terdapat 10,138 orang mangsa, Kuala Terengganu (759) orang dan Hulu Terengganu (149) mangsa.

Jumlah pusat pemindahan di Terengganu juga menurun daripada 88 malam tadi kepada 79 pagi ini, iaitu Dungun 34, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (35) dan Kuala Terengganu (enam).

Sementara JOHOR mencatatkan sedikit penurunan mangsa banjir iaitu empat orang, dengan seramai 328 mangsa direkodkan pagi ini berbanding 332 mangsa malam tadi.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sembilan pusat pemindahan menempatkan 85 keluarga masih dibuka iaitu di satu di Muar, Batu Pahat (dua) dan masing-masing tiga di Segamat dan Kluang.

Jalan Kampung Asli Sedohok di Kahang, Kluang masih belum boleh dilalui, menurut pusat kawalan terbabit.

Sementara di SELANGOR, hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Klang, antaranya Kampung Budiman, Meru dan Kampung Sementa, Kapar mengalami banjir kilat melibatkan 33 mangsa.

Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. - BERNAMA

Sumber HD - 29-12-2014






































































Petugas bilik operasi sudah jadi mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .
 


KUALA LUMPUR: Petugas Bilik Operasi Banjir PAS Kawasan Temerloh semakin kurang kerana ramai sudah menjadi mangsa banjir.

"Ada yang tersekat untuk datang bertugas. Barang bantuan pula perlu diurus. Atas kekurangan ini Bilik Operasi Banjir Kawasan Temerloh berusaha memberi khidmat terbaik insya Allah," tulis Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Sehubungan itu, katanya sukarelawan yang tidak terkena banjir diharap dapat datang berkhidmat terutama anak ahli yang sedang bercuti.

"Dapur Rakyat kami kehabisan gas memasak. Semua kedai di Temerloh habis. Mohon bantuan," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 29/12/2014


Sumber HD - 29-12-2014






































































LPT Kuantan-Karak masih ditutup semua kenderaan

BERNAMA | .


KUANTAN: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari jarak Kuantan hingga Karak bagi kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan di Km126 masih ditenggelami air banjir sejauh 800 meter.

Menurut kenyataan Anih Berhad, walaupun cuaca baik, namun pergerakan air masih laju dan berbahaya kepada semua jenis kenderaan.

"Pengguna disaran agar menangguhkan perjalanan kerana banyak laluan persekutuan turut dinaiki air.

"Bagaimanapun laluan Gombak-Bentong dibuka seperti biasa," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya berkenaan boleh merujuk kepada bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) atau tweeter @lpttrafik. - Bernama

Sumber HD - 28-12-2014




































































JUHAM desak pengisytiharan darurat bencana

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: JUHAM mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat bencana mengikut perkara 20 arahan no. 20, dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara, majlis keselamatan negara. Desakan itu berdasarkan situasi banjir di negara ini khususnya di Pantai Timur masih dalam keadaan kritikal.

Demikian dinyatakan JUHAM dalam satu kenyataan medianya melalui Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia Noorazmir Zakaria.

Berikut kenyataan penuh JUHAM.

1. Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia (JUHAM) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat serta-merta di negeri-negeri yang teruk terjejas dilanda bencana banjir mengikut Per. 25 Arahan No. 20, Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara.

2. JUHAM berasa amat aneh dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan dan menetapkan sendiri Standard Operating Procedures (SOP) mereka dalam mengendalikan bencana melalui Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara tersebut. Namun, kali ini mereka memilih untuk tidak mengikut SOP mereka sendiri.

3. Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.

4. Berdasarkan kepada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke tempat operasi pemindahan, jumlah mangsa yang belum dipindahkan juga sebenarnya masih belum dipastikan. Malah, masih terdapat mangsa banjir yang sedang berada di bukit-bukau yang tersisih daripada operasi menyelamat.

5. Ironinya, TV9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.

6. Situasi sebegini mengharuskan untuk pengisytiharan darurat serta-merta kerana bencana ini bukan lagi bencana biasa, tetapi melibatkan nyawa yang bertarung dengan masa. Kerajaan mahupun media tidak boleh menafikan bahawa bencana banjir ini sudah meragut nyawa manusia, namun statistik sebenar masih samar ekoran laporan yang tidak dikemaskini secara tersusun.

7. JUHAM kesal dengan mainan media yang cuba menghalalkan tindakan Kerajaan yang gagal mengisytiharkan darurat ini dengan menggunakan alasan rakyat akan rugi kerana mereka tidak boleh menuntut insuran akibat daripada pengisytiharan darurat tersebut.

8. JUHAM menegaskan bahawa alasan ini tidak berasas atas faktor berikut:
a. Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan yang serupa. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir adalah langsung tidak relevan.

b. Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir tersebut sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka adalah SEBELUM pengisytiharan darurat.

9. Justeru, JUHAM menegaskan bahawa alasan berkenaan insurans tersebut langsung tidak relevan dalam menafikan pengisytiharan darurat dibuat.

10. Seterusnya, JUHAM menafikan sekeras-kerasnya alasan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Persekutuan akan mengambil-alih hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri. Hal ini kerana pengisyiharan darurat bencana ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan kerana ia hanyalah melibatkan pengurusan bencana semata-mata, bukannya membawa kepada peralihan penguasaan sesuatu kerajaan.

11. Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya. Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset Kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri? Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.

12. Apatah lagi, JUHAM percaya pengisytiharan darurat bencana ini akan menyebabkan usaha menyelamat lebih efisyen kerana segala arahan di setiap agensi kerajaan akan lebih mudah diturunkan tanpa bebanan birokrasi.

13. Tenaga serta aset menyeluruh daripada Kerajaan Pusat amat ditagih bukan sahaja ketika banjir melanda, tetapi juga dalam operasi pasca banjir memandangkan proses pembersihan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan wabak penyakit yang boleh meragut nyawa.

14. Akhirnya, JUHAM mendesak kesemua media utama membuat laporan terkini terhadap operasi menyelamat bencana banjir ini setanding dengan laporan media sebelum ini terhadap kehilangan pesawat MH370. Rakyat mahukan laporan terkini kerana mangsa yang bertarung nyawa akibat bencana banjir ini adalah rata-ratanya terdiri daripada keluarga mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 28/12/2014

Sumber HD - 28-12-2014

132,684 mangsa dipindah, N Sembilan pula banjir

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas.

Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini.

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik.

Di KELANTAN, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam.

Cuaca di Kota Baharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak.

Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi.

Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di tempat pemindahan, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,258 mangsa dan Hulu Terengganu 180 orang. Mangsa banjir di semua kawasan terjejas ditempatkan di 95 pusat pemindahan.

Banjir di Terengganu kini sudah meragut empat nyawa.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,104 orang daripada 896 malam tadi dengan Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu terjejas, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Lima lagi daerah yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Kluang.

Di NEGERI SEMBILAN, sejumlah 331 mangsa banjir terdiri daripada 124 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Abdullah Hanapi.

"Pemindahan mereka itu berikutan rumah mereka dinaiki air ekoran banjir kilat yang melanda semalam. Buat sementara waktu, semua mangsa telah dibekalkan makanan yang dimasak serta peralatan untuk tidur," katanya.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata beliau telah mengarahkan semua anggotanya bersiap sedia 24 jam dan sentiasa peka bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Di PERAK, banjir kini merebak ke daerah Kerian, menjadikan empat daerah kini terjejas dengan mangsa meningkat kepada 6,724 berbanding 6,335 semalam.

Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, 43 mangsa banjir direkodkan di Kerian, daerah Kuala Kangsar (2,711 orang), daerah Perak Tengah (3,317 orang) dan di Hulu Perak (653 orang).

Di PAHANG, jurucakap bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan keadaan banjir di negeri itu tidak menunjukkan tanda-tanda pulih apabila semakin ramai mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Jumlah mangsa 33,324 orang setakat ini dijangka meningkat.

Di PERLIS keadaan semakin baik dengan jumlah mangsa banjir berbaki 200 orang manakala di KEDAH hanya 13 mangsa banjir di daerah Bandar Baharu masih berada di pusat penempatan setelah tiga pusat pemindahan di daerah Padang Terap ditutup semalam. - Bernama

Sumber HD - 27-12-2014


















































































Fenomena awan gergasi, gambar Jun lalu

http://www.ekeleh.com | .

Arcus_Cloud_1
Fenomena awan gergasi atau ‘arcus cloud‘ di atas yang dikatakan berlaku di Selatan Thailand dan disebar di laman sosial ketika ini untuk menimbulkan rasa panik pada musim banjir telahpun disebarkan oleh media sosial Thailand Jun lalu.
Arcus_Cloud_2

Sumber HD - 27-12-2014

Banjir: Kerohanian dan semangat membina jati diri

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS | .

Sekembalinya daripada tugasan parti di Negeri Sabah pada 24 Disember 2014 sekitar jam 12.30 pagi, terus menaiki bas jam 1.00 pagi menuju ke Kuala Kangsar setelah mendapat khabar berita keadaan bencana banjir yang berlaku dan tiba di Bilik Gerakan Banjir, PAS Cawangan Sayong jam 5.00 pagi bertemu para petugas terutama di kalangan Ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar di sana.

Pada 5 November 2014 yang lalu, saya telah melontarkan beberapa pandangan melalui satu kenyataan media bagi memberikan pandangan balas kepada pihak Kerajaan Negeri Perak terutamanya untuk dimasukkan di dalam Perbentangan Bajet tahun 2015 yang lalu bagi memberikan fokus perbelanjaan terutamanya berkaitan banjir secara menyeluruh sebagai respon keadaan yang telah berlaku sebelum ini.

Antara perkara yang saya sentuh adalah peruntukan yang bukannya berbentuk bantuan khas kepada mangsa banjir ataupun keperluan bagi kegunaan di Pusat Bantuan Banjir, tetapi apakah peruntukan bagi usaha mengurangkan kesan banjir ataupun perancangan membaiki saluran-saluran perparitan yang menjadi punca berlakunya banjir tersebut.

Ianya termasuklah kerana akibat tersumbat atau gagal berfungsi dengan baik perparitan yang ada dan dapat diatasi masalah yang berpunca akibat banjir yang telah berlaku tersebut sebelum ini serta bagi saya, kekerapan kejadian banjir bukannya isu baru terutamanya di tempat yang sama berlaku berulang kalinya seperti tiada perancangan ataupun pelan tindakan bersepadu.

Tetapi apabila musim banjir, Kerajaan Negeri Perak banyak memfokuskan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir dan memperuntukkan satu kos yang besar juga kepada Pusat Bantuan Banjir semata-mata dan sepatutnya juga satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji dan meneliti kekerapan berlakunya banjir di tempat yang sama dapat dilaksanakan.

Pihak saya juga telah cuba mendapatkan maklumat rasmi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, tetapi malangnya tiada respons balas bagi mengetahui kedudukan terkini bencana banjir di Perak khasnya dan tiada kenyataan rasmi yang daripada pihak yang berwajib untuk mendapatkan berita sebenar kedudukan apa yang berlaku di Perak ketika ini.

Saya turut mencadangkan agar difikirkan empangan-empangan baharu diwujudkan bagi menampung empangan sedia ada yang sudah tidak mampu menampung jumlah air yang begitu banyak dan empangan yang berisiko rosak yang sudah sekian lama, mungkin pihak kerajaan negeri boleh memasukkan cadangan tersebut dengan kajian yang menyeluruh kelak.

Saya juga menjunjung kasih di atas keberangkatan dan mencemar duli Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang hadir bagi mendengar taklimat mengenai situasi banjir di Perak di bangunan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) baru-baru ini dan sebelumnya pihak saya telah panjangkan maklumat yang sedang berlaku dalam masa yang sama.

Dengan titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar semua acara sambutan bagi menyambut Tahun Baharu 2015 di negeri ini dibatalkan berikutan banjir yang melanda amat disambut baik dan disokong sama sekali, serta baginda turut melawat lokasi kawasan yang dilanda banjir sekitar Kuala Kangsar termasuk menggunakan bot meninjau ke kawasan yang sukar dilalui melalui dengan jalan darat.

Laporan yang saya terima daripada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak memaklumkan bahawa beberapa kawasan Parlimen yang terlibat seperti di Lenggong, Sungai Siput, Parit, Pasir Salak dan Kuala Kangsar memerlukan ramai petugas bagi membantu mangsa-mangsa banjir bagi tujuan membersihkan rumah-rumah mereka selepas air mulai surut kelak, saya juga telah kerahkan Pemuda PAS seramai mungkin membantu operasi ini nanti.

Saya juga panjangkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali, Datuk Menteri Besar Negeri Selangor yang mengambil berat dengan bencana banjir di Perak dan turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM 100 Ribu dan menghantar Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) untuk khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah memfokuskan program pasca bencana banjir untuk memberikan khidmat kerja-kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Selangor sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir dan kami amat alu-alukannya ke Perak juga khasnya.

Difahamkan juga Kerajaan Negeri Selangor akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak-anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat-syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah turut dialukan.

Seperkara yang mungkin terlepas pandang banyak pihak adalah berkaitan para mahasiswa yang kini di dalam peperiksaan di mana keluarga mereka sedang berdepan dengan bencana banjir yang sedang berlaku, dan suka saya mencadangkan agar menangguhkan peperiksaan mereka tersebut dan memberikan ruang mereka balik ke kampung membantu ibu bapa mereka yang terlibat.

Dalam keadaan ini, ada dua keadaan yang perlu kita berhadapan dalam konteks dalaman dan luaran, Islam telah menunjukkan jalanNya agar kita sebagai manusia berfikir sejenak untuk melihat kerohanian serta semangat kita untuk berdepan dengan musibah yang berlaku tidak kira siapakah kita dan di manakah kita berada sekalipun.

Dan tidak mustahil suatu hari nanti, Ipoh juga bakal tenggelam jika kita masih leka dan bersikap ‘ego’ dengan mengambil kira sejarah awal Ipoh yang sebelumnya adalah kawasan lombong dan Ipoh juga terdapat sungai-sungai yang berisiko naik mendadak jika tidak diurus dengan baik dan sempurna dengan mengambil kira pembangunan yang sedang dibangunkan.

Kita juga perlu sedar antara sumber pendapatan kantung kerajaan negeri yang datangnya daripada sumber pembalakan perlu dinilai semula terutamanya di persekitaran Gerik dan Lenggong kerana pusat tadahan air sudah tidak mampu menampung bebanan air berikutan pokok sedia ada telah diterbang bagi tujuan pembalakan dan risiko yang sedang menanti kita di masa akan datang kelak.

Marilah kita bermuhasabah dan merenung jauh keperitan dan kesusahan mereka yang dilanda bencana banjir setelah rumah dan harta benda mereka rosak dan tidak boleh digunakan lagi, duit tidak bernilai juga ketika itu kerana bimbangkan nyawa mereka boleh terancam dan dengan nada sedih, saya merayu bantulah kami di sini.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

Sumber HD - 26-12-2014

















































































Jumlah mangsa banjir di Pahang naik mendadak

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

PAHANG paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam.

Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.

Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).

Di KELANTAN, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi.

Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan banjir di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam.

Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi.

Di TERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan banyak perubahan dengan jumlah mangsa banjir kini mencecah 30,147 orang berbanding 29,082 orang semalam. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan 20,679 mangsa masih berada di 46 pusat pemindahan.

Turut terjejas teruk ialah daerah Dungun dengan 7,314 mangsa banjir, Kuala Terengganu (1,551), Besut (317) dan Hulu Teregganu (286).

Banjir di daerah Marang dan Setiu kini kembali pulih.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 5,530 berbanding 5,512 malam tadi. Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi Sungai Siput mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir membabitkan 2,558 mangsa daripada 621 keluarga.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 47 pusat pemindahan, katanya.

Di KEDAH, keadaan banjir semakin buruk dan setakat pagi ini, sejumlah 157 orang penduduk melibatkan 31 keluarga di Daerah Padang Terap dan Bandar Baharu terpaksa berpindah.

Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan. - Bernama

Sumber HD - 26-12-2014

Stubborn residents complicate flood evacuations

Channel NewsAsia | .


More than 58,000 people across Malaysia have been forced to evacuate their homes due to rising floodwaters.

Kelantan in the north-east is one of the worst affected states with more than 25,000 people seeking refuge at evacuation centres. One village in Tumpat has all but disappeared and authorities, fearing the villagers' homes could soon be swallowed up by the floods, have initiated an evacuation process.

Firefighters have been trying their best to rescue those affected by the rising floodwaters but it has not always been an easy task. Rescue boats have at times found it difficult to access certain flood-affected areas.

Read the full story here

Sumber HD - 24-12-2014

















































































Banjir makin serius hampir 60,000 mangsa dipindah

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir bertambah serius menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).

Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat kepada 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi.

Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.

Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.

Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Pasir Mas iaitu 8,754 orang, diikuti Gua Musang (5,259) dan Kuala Krai (4,608).

Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.

Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.

Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan.

Paras air di beberapa batang sungai utama di Terengganu dilapor melepasi tahap bahaya antaranya Sungai Dungun di Jambatan Jerangau setinggi 14.21 meter (bahaya 12.50 meter), di Kuala Jengai 26.33 meter (bahaya 21 meter) dan Pasir Raja 38.62 meter (bahaya 37.50 meter).

Di PAHANG, 2,768 keluarga di lapan daerah terpaksa dipindahkan pagi ini menjadikan keseluruhan jumlah mangsa di negeri ini 10,825 orang berbanding 6,286 malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu 6,231 orang diikuti Maran (2,542).

Katanya beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis, Jerantut-Kuala Tahan dan Kilometer 42 Jalan Kuantan-Segamat.

Di PERAK, daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk menyebabkan 1,030 penduduk daripada 252 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamat Negara (MKN) Negeri Perak, jumlah mangsa di Kuala Kangsar meningkat kepada 823 orang berbanding 142 orang malam tadi.

Bagaimanapun katanya, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Tasek sudah ditutup dan kesemua 23 mangsa dari Kampung Tasek Hulu Seberang telah dibenarkan pulang.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris mengesahkan laluan Timur Barat dari arah Gerik ke Jeli masih ditutup bagi semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Kilometer 63, berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa malam tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa di Beaufort meningkat kepada 336 orang berbanding 268 orang malam tadi dengan banjir yang melanda beberapa kampung di Tenom kembali pulih.

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Beaufort berkata kesemua mangsa di Beaufort yang melibatkan 128 keluarga dari sembilan buah kampung ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru.

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tenom berkata kesemua mangsa di daerah ini dijangka dibenarkan pulang pagi ini.

Di PERLIS, 143 penduduk antaranya dari kawasan Beseri, Padang Melangit dan Tasoh telah dipindahkan sehingga pukul 7.30 pagi tadi, berbanding 104 mangsa malam tadi.

Menurut Sistem Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, paras air di Empangan Timah Tasoh kini mencatat bacaan 29.78 meter, melebihi paras bahaya 29.60 meter. - Bernama

Sumber HD - 24-12-2014

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang meningkat

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat pagi ini berbanding malam tadi.

Di KELANTAN jumlah mangsa di lapan jajahan meningkat daripada 16,081 mangsa malam tadi kepada 20,468 orang pagi ini dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 buah kepada 70 buah, menurut portal banjir kerajaan negeri.

Peningkatan mangsa banjir adalah berikutan hujan lebat yang berterusan semalam di jajahan Gua Musang yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan membanjiri termasuk di bandar Gua Musang.

Di Gua Musang, jumlah mangsa semakin meningkat iaitu 3,692 orang berbanding 179 orang malam tadi yang kesemuanya ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan.

Di Jajahan Pasir Mas, jumlah mangsa sedikit menurun iaitu seramai 10,565 orang berbanding 10,575 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 31 buah pusat, dan di Tumpat, jumlah mangsa terus kekal 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh (556 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (141 orang/dua pusat pemindahan), Machang (19 orang/satu pusat pemindahan) dan Jeli, (211/satu pusat pemindahan).

Bacaan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih pada paras bahaya, empat bacaan di tiga sungai utama lain kembali meningkat melepasi paras bahaya.

Sungai Galas di Dabong, Gua Musang kini pada bacaan 41.59 meter melepasi paras bahaya 38 meter, Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 39.83 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 28.83 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah 17.71 meter (bahaya 16.00 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang pada paras 10.35 meter (bahaya 9 meter).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata penduduk yang tinggal di pesisir pantai diminta berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan terdapat laporan berlakunya ombak besar.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa bertambah kepada 6,003 orang berbanding 5,981 orang malam tadi berikutan kawasan rendah dinaiki air laut pasang dan air sungai yang melimpah akibat hujan lebat di hulu sungai.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Dungun masih mencatat mangsa tertinggi iaitu 2,174 orang, diikuti Kemaman (1,877), Kuala Terengganu (1,081), Hulu Terengganu (585), Besut (186), Marang (102) dan Setiu (22).

Sehingga pukul 9 pagi, 63 pusat pemindahan beroperasi iaitu Besut (4), Dungun (17), Hulu Terengganu (10), Kemaman (22), Kuala Terengganu (6) sementara Maran dan Setiu (masing-masing 2).
Di PAHANG, mangsa bertambah kepada 2,386 orang daripada 560 keluarga di lima daerah termasuk empat daerah yang baharu terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata selain Kuantan yang dilanda banjir sebelum ini, empat daerah lain yang mula menempatkan mangsa banjir ialah Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis.

Daerah Kuantan masih menempatkan mangsa paling banyak iaitu 1,421 orang daripada 357 keluarga di 19 pusat pemindahan.

Maran melibatkan 594 orang daripada 121 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Lipis (325 oarang daripada 71 keluarga di tiga pusat pemindahan), Pekan (25 orang daripada lima keluarga di dua pusat pemindahan) dan Jerantut (21 orang daripada enam keluarga di satu pusat pemindahan).

Sementara itu enam laluan utama di tiga daerah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kuantan melibatkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), di Lipis, Jalan Lipis-Gua Musang dan Jalan Lipis-Merapoh sementara di Maran melibatkan Jalan Benta-Jerantut dan Jalan Utama Bandar Maran. - BERNAMA

Sumber HD - 23-12-2014

















































































10 tahun berlalu, Rahmawati masih dihantui badai tsunami

SYED IYLIA HARIZ AL-QADRI SYED IZMAN | .

BANDA ACHEH: Hampir 10 tahun berlalu, tsunami yang melanda Acheh masih menghantui penduduknya termasuk Rahmawati Zainuddin.

Rahmawati yang berumur 8 tahun ketika itu, masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut yang berlaku pada tanggal 26 Dis 2004 yang meragut nyawa ibu bapa dan dua abangnya.

Dia yang kini tinggal di Rumah Anak Yatim Dayah Darul Ulum Al-Fata di Kampung Kayee Kunyet yang terletak 25 kilometer dari laut, yang dibangunkan Mercy Malaysia masih merasa sebak apabila menceritakan detik-detik itu kepada Bernama.

Dia ketika itu berada di rumah dan sejurus gempa bumi kuat berlaku, di diarahkan keluarganya untuk melarikan diri ke kawasan tinggi berhampiran.

Dan itulah kali terakhir dia melihat ibu bapa dan abang-abangnya.

Sepupunya Mokhtar Lutfi Abdul Rashid, 27, yang tinggal di penempatan yang sama mengiyakan bahawa Rahmawati masih lagi trauma dengan kejadian itu.

"Dia akan menangis sepanjang hari. Kadang kala bila dia tidak dapat menahan kesedihan, dia akan pengsan. Pada awal-awal dia masuk ke rumah ini, dia tidak bercakap selama dua tahun, namun lama-kelamaan dia semakin pulih," katanya.

Bagi dirinya, Mokhtar kehilangan bapa dan seorang kakak.

Ibu dan seorang lagi kakaknya masih menetap di kampung halaman mereka di Acheh Jaya sementara dia memilih untuk menetap di rumah anak yatim ini bagi membantu dan membimbing anak yatim yang lain.

Di Darul Ulum Al-Fata, anak-anak yatim yang kebanyakannya kehilangan ibu bapa akibat bencana tsunami turut memberi kemahiran seperti menjahit dan bercucuk tanam kepada penghuninya.

Menurut ketua pimpinannya Marwan Abdullah, 47, melalui bantuan dana Mercy Malaysia, beliau berjaya mewujudkan pusat bengkel menjahit yang mempunyai lebih 10 mesin jahit bagi menghasilkan telekung untuk dijual. - Bernama

Sumber HD - 22-12-2014

Typhoon Hagupit: Movement prepares to meet humanitarian needs



Harakahdaily - TS | .

Manila / Geneva – The International Red Cross and Red Crescent Movement is gearing up for a humanitarian relief effort in response to the impact of Typhoon Hagupit (locally known as Ruby), which is sweeping across central Philippines and southern Luzon island.

Although the storm has weakened since it first made landfall on Saturday night, it continues to traverse slowly across islands in the Sibuyan Sea with winds gusting up to 150 Kph. The heavy rains accompanying the typhoon are the greatest cause for concern. Chairman of the Philippine Red Cross, Richard Gordon, warned against complacency.

“At this stage, we don’t know the full extent of the damage caused by Typhoon Hagupit. It will linger over the Philippines and we can expect incessant rains to continue for the next few days. We are very concerned about the safety of people living in low-lying and mountainous areas who are at a high risk from flash-floods and landslides”, explains Mr. Gordon.

Hagupit is the strongest typhoon to hit the Philippines since Typhoon Haiyan struck last year. While not as strong as Haiyan, Hagupit could have significant humanitarian consequences for thousands of people living in its path, particularly those still recovering from the effects of Haiyan.

“This is the third consecutive year that the Philippines has been hit by a major typhoon, but swift and pre-emptive early warnings and evacuations by the government and the Philippine Red Cross have ensured that casualties have so far been minimal”, says Kari Isomaa, head of delegation of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies in the Philippines

Red Cross assessment teams visiting Samar Island and Southern Luzon found roofs blown off, trees brought down and electricity and communication lines cut in some areas. There are fears that the impact of the typhoon could be more severe in remote areas of northern Samar which have been so far inaccessible due to blocked roads.

“It is too early to give an accurate assessment of overall needs. Food, clean water, emergency shelter materials and primary health care could be among the priorities”, explains Pascal Mauchle, head of delegation of the International Committee of the Red Cross in the Philippines. “The typhoon hit areas where poverty and vulnerability levels are very high, in particular within communities suffering the consequences of protracted armed conflicts.”

Today, further assessments are being carried out to inland and coastal communities. Collectively Movement partners have pre-positioned food and non-food relief stocks sufficient for 75,000 families. Hundreds of Philippine Red Cross volunteers have also been mobilized to pack relief items and provide cooked meals to thousands of people who remain in evacuation centres.

“It is re-assuring to have the support of our partners in the International Red Cross and Red Crescent Movement. Over the past year they have stood with us to support the recovery of thousands of people who were affected by Typhoon Haiyan and they have also been helping us to meet humanitarian needs elsewhere in the country,” says Gwendolyn Pang, secretary general of the Philippine Red Cross.

Sumber HD - 9-12-2014




























































































Tanah runtuh: Jalan ke Genting Highlands tertimbus

BERNAMA | .
KUANTAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 4.2 iaitu jalan naik ke Genting Highlands tengah malam tadi mengakibatkan keseluruhan jalan tiga lorong ke pusat peranginan itu tertimbus.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

"Namun dalam kejadian itu, sebuah MPV milik Polis Bantuan Genting Highlands yang datang membuat tinjauan selepas menerima maklumat turut tertimbus dalam runtuhan kedua. Bagaimanapun tiada kecederaan berlaku," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata buat masa ini sebelah jalan laluan turun digunakan sebagai laluan untuk naik ke Genting Highlands dengan laluan dilencongkan ke Chin Swee Temple.

Kerja-kerja memecahkan batu juga sedang giat dijalankan dan masih terdapat banyak timbunan tanah yang belum diangkut, katanya dan menambah kerja-kerja pembersihan dijangka memakan masa sehari.

Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Mohamad Nor berkata anggota polis bantuan itu terselamat kerana beliau sempat melarikan diri sebelum kereta perondanya tertimbus.

"Dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Genting sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian. Kejadian berlaku ketika hujan," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata anggota bomba dan penyelamat turut digegaskan ke lokasi kejadian pada pukul 1.26 pagi.

"Hasil tinjauan dan siasatan mendapati seorang anggota polis bantuan sempat melarikan diri dari runtuhan itu. Bagaimanapun keretanya tertimbus," katanya. - Bernama

Sumber HD - 18-11-2014

4 kali puting beliung landa Kedah, penduduk trauma

HARAKAHDAILY | .

ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 20 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat sini rosak akibat dilanda puting beliung petang Rabu.

Kejadian kira-kira 2.45 petang itu turut melibatkan sebuah kandang kambing.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohamad Yunus Abu berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira 3 petang dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian.

"Kami dapati lima buah rumah rosak teruk. Tiada penduduk yang mengalami kecederaan. Cuma ada beberapa penduduk yang trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian Rabu.

Katanya akibat kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Wira tersangkut pada sebatang pokok mangga pada ketinggian satu meter akibat diterbangkan pusaran angin itu.

Beliau berkata 12 anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja memotong pokok yang tumbang dan membantu mangsa kejadian.

Pusaran angin yang dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit mengejutkan penduduk kampung yang ketika itu sedang beristirahat di rumah.

Difahamkan, mangsa-mangsa kejadian puting beliung itu ketika ini menumpang di rumah saudara mereka sementara menanti bantuan daripada pihak-pihak berkaitan.

Tinjauan Bernama mendapati selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota Jabatan Pertahanan Awam turut menjalankan kerja-kerja memotong pokok-pokok yang tumbang.

Kejadian hari ini merupakan kes keempat membabitkan puting beliung yang dilaporkan berlaku di Kedah dalam masa tidak sampai sebulan.

Kes pertama berlaku di Kampung Alor Besar, Pendang pada 14 Okt yang menyebabkan 11 buah rumah dan sebuah sekolah rosak teruk.

Kes kedua berlaku pada 31 Okt di lima kawasan di daerah Kota Setar iaitu Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya yang menyebabkan kerosakan teruk pada 71 buah rumah dan sebuah klinik desa.

Pada 2 Nov lepas, sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong di sini mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung. - Bernama

Sumber HD - 12-11-2014
















































































Laluan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sementara

BERNAMA | .

CAMERON HIGHLANDS: Laluan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sementara untuk semua kenderaan sejak pukul 9.25 malam tadi hingga kini bagi kerja pembersihan berikutan berlaku runtuhan kecil di beberapa tempat sepanjang laluan itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata semua pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Beliau berkata kerja pembersihan tanah runtuh dan membaik pulih struktur jalan sedang dilakukan di beberapa tempat sepanjang laluan itu.

"Bagi pengguna jalan raya dari arah Pantai Timur dan Kuala Lumpur, mereka boleh menggunakan laluan Sungai Koyan, Kuala Lipis untuk ke Cameron Highlands," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 9/11/2014

Sumber HD - 9-11-2014
















































































Mati tertimbus: Kegusaran suami jadi kenyataan

BERNAMA | .
CAMERON HIGHLANDS: Isteri kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Lembah Bertam di sini tidak menyangka kegusaran suaminya, Hanipan Saroni, berhubung hujan lebat yang turun pada 5 Nov lepas, menjadi kenyataan apabila lelaki itu mati tertimbus.

Sunami Marzuki, 44, berkata suaminya bimbang hujan lebat dan perkara buruk menimpa mereka pada malam kejadian.

"Dia (Hanipan) berasa tidak sedap hati ketika bermalam di rumah kongsi yang kami diami, kerana hujan sangat lebat pada malam itu tidak seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menceritakan detik cemas kejadian, Sunami berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya yang berusia 48 tahun terkorban di depan mata.

"Tanah telah mencecah paras lutut dan saya merangkak untuk selamatkan diri, apabila pandang ke belakang saya dengar dia mintak tolong dan melihat dia telah tertimbus, hanya tangannya sahaja yang terkapai-kapai," katanya.

Katanya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan suaminya.

Dia berkata tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang tidur dan kedengaran bunyi runtuhan yang kuat di luar rumah.

"Kami segera bangun untuk menyelamatkan diri tetapi suami saya tidak sempat melarikan diri kemungkinan kain pelekat yang dipakainya tersangkut menyebabkan dia sukar bergerak," katanya.

Sunami berjaya menyelamatkan diri dan segera meminta bantuan daripada jirannya.

Dia yang mempunyai dua orang anak berumur 22 tahun dan 17 tahun hasil perkahwinannya dengan Hanipan, berkata jenazah suaminya dibawa pulang ke Surabaya, Jawa Timur, Indonesia pada pukul 5.30 petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk dikebumikan.

"Segala kos penghantaran majikan saya yang tanggung dan saya juga pulang ke kampung selepas selesai proses imigresen," katanya yang sudah dua tahun tinggal di Malaysia.

Mayat Hanipan ditemui tertimbus di rumahnya oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.20 pagi, Khamis lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata untuk bedah siasat.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Kejadian yang mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. - Bernama

Sumber HD - 8-11-2014

Mayat dua lagi mangsa tanah runtuh ditemui

BERNAMA | .


CAMERON HIGHLANDS: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun antara dua lagi mayat yang ditemui dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban tiga orang.

Mayat R. Punesh, pelajar Sekolah Menengah Kampung Raja, di sini dan seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia, Anipan, 48, masing-masing ditemui pada pukul 8.45 pagi dan 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan setakat ini hanya tiga orang terkorban dalam kejadian pada pukul 6.30 petang Rabu.

"Lima mangsa cedera dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata mayat pelajar itu ditemui pasukan keselamatan dan penduduk kampung kira-kira lima kilometer dari tempat dia dilaporkan lemas di Sungai Telom, Kuala Terla, Kampung Raja, di sini.

Sementara itu, mayat Anipan pula ditemui tertimbus kira-kira satu meter di dalam tanah.

"Mangsa dipercayai sedang cuba menyelamatkan diri tetapi tidak sempat," kata Wan Mohd Zahari.

Beliau berkata ketika kejadian, isteri Anipan yang dikenali sebagai Tsunami, 41, sempat melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tanah runtuh itu mengakibatkan rumah kongsi yang didiami Anipan dan isterinya tertimbus.

Katanya kejadian banjir kilat itu melibatkan 203 mangsa daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam, dengan 20 buah rumah terjejas serta 20 kenderaan rosak.

"Pihak pengurusan Empangan Sultan Abu Bakar telah memaklumkan kepada polis untuk membuat pelepasan air melalui Sungai Bertam, apabila paras air mencapai 35.9 kaki akibat hujan lebat.

"Bagi mengelak kejadian tidak diingini, polis mengambil langkah keselamatan dengan memindahkan penduduk di kawasan itu ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet dan kesemua pemindahan penduduk selesai pada pukul 8 malam," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata setakat ini keadaan di tempat kejadian terkawal dan cuaca baik.

Semalam, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, yang turut meninggal dunia dalam kejadian itu ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet kira-kira pukul 8.30 malam.

Wan Mohd Zahari berkata hujan lebat yang melanda sejak pukul 6 hingga 7 petang semalam turut mengakibat rumah kongsi yang didiami Md Yousuf dan rakannya Iswandi Nahrowi, 40, tertimbus.

"Mayat Yousuf yang tertimbus tanah itu berjaya dibawa keluar manakala rakannya patah kaki," katanya.

Mayat dan kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 37 anggota polis, bomba (15), Jabatan Pertahanan Awam (24), Rela (35), Jabatan Pengairan dan Saliran (2), Tenaga Nasional Berhad (8) serta Majlis Daerah Cameron Highlands (12) dan akan menerima bantuan tentera dari Kem Tapah.

Pada tahun lepas, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah. - Bernama

Sumber HD - 6-11-2014
















































































Warga Nepal maut banjir kilat di Cameron Highlands

BERNAMA | .

KUANTAN: Seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut dan empat lelaki cedera dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata warga Nepal yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ulu Merah, Ringlet pada pukul 7.30 malam tadi itu dikenali sebagai Md Yousus Miya, 66.

"Mayat warga Nepal itu dibawa keluar akibat tertimbus tanah pada pukul 8.30 malam tadi," katanya.

Manakala lelaki Indonesia yang cedera di Ringlet itu dikenali sebagai Iswandi Nahrowi, 40 tahun, katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat pula berkata pihaknya menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet.

"Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Morni berkata kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga dari Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet malam tadi.

Wan Mohd Zahari juga berkata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang identitinya tidak dikenali dikhuatiri lemas dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Sungai Telom, Kuala Terlah dekat Kampung Raja.

Usaha mencari dan menyelamat remaja lelaki itu akan disambung hari ini.

Beliau berkata air dari Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan sejak petang tadi secara berperingkat dan penduduk diarahkan berpindah ke kawasan tinggi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya setakat ini keadaan di tempat kejadian terkawal.

Pada tahun lepas, Tasik Ringlet di Lembah Bertam, di sini, yang melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan tiga nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah. - Bernama

Sumber HD - 6-11-2014

Berpaut tiang rumah elak diterbang puting beliung

BERNAMA | .

ALOR SETAR: "Saya, anak saya dan beberapa orang jiran berpaut pada tiang rumah saya agar kami tidak ditolak pusaran angin kuat," demikian kata seorang penduduk Kampung Mergong Hilir yang mengalami kejadian angin puting beliung yang melanda beberapa kawasan di Daerah Kota Setar petang semalam.

Rohaya Md Saad, 37, kemudiannya mendapati sebahagian besar bumbung rumahnya rosak teruk dan kesemua barangannya seperti perabot dan peralatan elektrik dibasahi air hujan.

Beliau berkata ketika itu beliau bersama anak lelakinya Mohamad Azim Mohd Irwan, 10, sedang berada di dalam rumah dan terdengar teriakan jirannya yang ternampak puting beliung yang sedang berpusar datang dari kawasan sawah padi.

Katanya tidak sampai beberapa minit sahaja puting beliung menghampiri kawasaan rumah mereka dan sekali gus mengangkat bumbung rumahnya dan bumbung rumah jirannya.

"Buat masa sekarang, kami sekeluarga terpaksa tinggal dalam rumah yang rosak ini sebab kami tidak ada tempat lain untuk tinggal. Malam ini pun kami akan tidur di bahagian hadapan rumah yang bumbungnya tidak rosak," katanya ketika ditemui di rumahnya yang perlu dibaiki segera.

Sebanyak enam buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan.

Dalam kejadian antara 10 hingga 15 minit yang bermula kira-kira pukul 5 petang, keseluruhan 71 buah rumah dan sebuah klinik bidan di kawasan Kota Setar rosak.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya.

Azizan Abdul Rani, 39, pula berkata beliau segera membawa anak dan isterinya keluar dari rumah mereka dan berlindung di rumah jirannya sebaik melihat puting beliung sedang menghala ke rumah mereka.

Rumahnya rosak teruk pada bahagian bumbung di ruang tamu dan kesemua barangan termasuk buku sekolah anaknya rosak akibat terkena air hujan.

"Saya harap bantuan dapat segera disalurkan kepada kami. Kami memerlukan rumah yang lebih selesa dengan segera kerana hujan lebat sentiasa turun pada waktu petang ketika ini," katanya. - Bernama

Sumber HD - 1-11-2014


PUTING BELIUNG DI PANDAMARAN KLANG:

http://www.youtube.com/watch?v=xKaPDGhHgvQ
















































































Kemalangan ngeri motosikal di Lebuh raya Karak

http://omakkau.blogspot.com | .

KEMALANGAN NGERI MELIBATKAN 3 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI ... DUA MAUT SALAH SEORANGNYA RENTUNG DAN SEORANG CEDERA PARAH.










Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.

Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang.

Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan.

Sumber HD - 19-10-2014

Lelaki dan anak saudara maut kemalangan di Kuala Lipis

BERNAMA | .

KUANTAN: Seorang lelaki dan anak saudaranya maut manakala sepasang suami isteri parah dan isteri keduanya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di KM19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta jenis Honda Civic, Zahari Abdullah, 35, dari Kampung Pagar Sasak, Lipis dan anak saudaranya iaitu penumpang di sebelah pemandu, Nor Ain Syuhaidah Zainuddin, 13, pelajar SMK Sri Lipis. Bagaimanapun, rakan Nor Ain, pelajar sekolah yang sama Nurul Aini Mohd Zaman, 15, yang duduk di bahagian belakang cedera parah.

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Frontier, Abillah Hamat, 60, seorang pesara tentera bersama isteri pertamanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Semah Chik, 54, cedera parah manakala isteri keduanya, penumpang di bahagian belakang Faridah Daud, 43, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, nahas pukul 2.30 petang itu berlaku semasa Honda Civic yang dinaiki Zahari bersama anak saudara serta rakan anak buahnya itu dalam perjalanan dari arah Lipis menghala ke Merapoh.

Katanya, Zahari dikatakan mengambil anak buahnya dari SMK Sri Lipis yang baru selesai menduduki peperiksaan di sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta itu memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

"Akibat pertembungan itu Zahari mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anak saudaranya, Nor Ain akibat kecederaan dalaman," kata Abdul Razak hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipandu laju semasa menuruni jalan berbukit di situ sebelum masuk laluan bertentangan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang parah iaitu Nurul Aini dan Semah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan sementara Abillah dirawat di Hospital Lipis. - BERNAMA

Sumber HD - 18-10-2014
















































































Jangan anggap ini kejadian biasa

Pokok tumbang, dua anggota polis maut

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Dua anggota polis maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kontena pondok polis akibat hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara pada hari Ahad.

Dua anggota polis yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam di Jalan Bellfield, Kampung Attap di sini itu dikenali sebagai Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, dan Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48.

Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.

Bercakap kepada pemberita di Zon Kritikal HKL, beliau berkata hujan lebat petang Ahad menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap pondok polis itu.

Zainol berkata Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Anggota keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Bedah siasat akan dilakukan esok," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah. - BERNAMA

Sumber HD - 13-10-2014
















































































Negara pesisir Lautan Hindi lebih bersedia hadapi tsunami

MANIK MEHTA | .

NEW YORK: Simulasi tsunami yang diberi nama 'Latih Amal Indian Ocean Wave 2014 (IOWave14) yang dilakukan dalam kalangan 24 negara termasuk Malaysia mendapati negara-negara berkenaan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlaku tsunami sekali lagi.


Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudyaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Irina Bokova berkata ujian latihan itu dilakukan pada 9 dan 10 Sept lalu.

Beliau berkata PBB telah membentuk sistam amaran untuk menilai aliran komunikasi dan kesediaan di wilayah Lautan Hindi dan ia didapati berfungsi dengan berkesan.

Sistem tersebut merupakan pencapaian besar dalam kerjasama saintifik global dan mampu menyelamatkan nyawa, katanya.

Hampir suku juta nyawa terkorban semasa kejadian tsunami di 12 negara di lingkaran Lautan Hindi sedekad lalu.

Bokova berkata laporan susulan yang mengandungi butiran terperinci penilaian latihan akan diterbitkan November ini.

IOWave14 menggunakan dua senario iaitu berdasarkan gempa bumi berskala 9.1 di selatan Jawa, Indonesia pada 9 Sept dan gempa berskala 9.0 di Makran Trench, selatan Iran dan Pakistan.

Kedua-dua gempa itu boleh mendatangkan ancaman tsunami di Lautan Hindi. - Bernama

Sumber HD - 15-9-2014

No comments:

Post a Comment