BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, September 10, 2014

BENTENG PERTAHANAN PAS CUBA DIPECAH

Pas berpecah, siapa untung?

Posted on Monday, August 24 @ 10:49:46 MYT by paklang

Oleh Zulkiflee Bakar 

BAHTERA Pas kini berada dalam terumbang-ambing. Dari semasa ke semasa khususnya di Selangor semakin ramai yang me­ninggalkan parti itu untuk me­nyambung perjuangan dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pemimpin Pas menganggap apa yang berlaku hanya menguntungkan UMNO manakala pemimpin GHB pula menyifatkan tindakan mereka menubuhkan parti baharu kerana Pas mahu bersama UMNO.

Tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan berikutan konflik dalaman Pas. Sebenarnya apa pun berlaku dalam Pas, tidak akan menguntungkan UMNO, jauh sekali akan menguntungkan Pas mahukan GHB.

Sebaliknya yang bersedia me­ngaut keuntungan hasil daripada perpecahan Pas dan kekalutan dalam parti yang mewakili orang Melayu secara keseluruhannya DAP. Perpecahan Pas sudah membuktikan segala usaha DAP untuk melemahkan Pas telah berhasil.

DAP sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada GHB yang bakal menjadi sebuah parti baharu tidak lama lagi. Pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengan perjuangan golongan ulama dalam Pas akan berpindah ke dalam bahtera GHB. Mereka akan bersama-sama melayari bahtera itu menuju ke Putrajaya bersama DAP dan PKR.

Pemimpin-pemimpin GHB akan mengikut apa sahaja kata DAP kerana DAP ibarat ‘minyak’ yang mengge­rakkan GHB. Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin GHB bercakap soal perjuangan Islam kerana ia tidak akan ke mana kerana segala-galanya akan ditentukan oleh DAP.

Kewujudan parti baharu yang dicetuskan oleh GHB tidak akan menguntungkan politik orang Me­layu, malah kekuatan politik mereka semakin lemah. Pas berpecah dua manakala UMNO pula harus ber­usaha keras untuk meraih sokongan rakyat yang dikatakan semakin terhakis berikutan pelbagai isu yang berlaku.

Kesudahannya yang akan menjadi ‘ayam kenyang’ berikutan ‘lesung sama lesung berlaga di atas’ ialah DAP. Mereka bertepuk gembira kerana berjaya melemahkan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dengan begitu mudah sekali. Dan ini juga bermakna orang Melayu berpecah lagi. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pas yakin kewujudan GHB tidak akan melemahkan mereka. Sebaliknya mendakwa semakin ramai yang memohon untuk menyertai Pas sejak tercetusnya konflik dalaman sehingga terwujudnya GHB.

Sumber dalaman Pas memberitahu penulis, berdasarkan kaji selidik yang dibuat GHB hanya mendapat sokongan tidak lebih 10,000 orang. Ia bukanlah datang daripada kalangan orang Pas sahaja tetapi juga daripada kelompok-kelompok lain.

“Kita tidak berasa gusar atau bimbang dengan ancaman GHB kerana sejarah Pas telah membuktikan parti itu sentiasa teguh biarpun berlaku konflik dalaman sehingga terwujudnya parti serpihan,” kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, persoalan le­bih serius perlu diperkatakan, apa akan berlaku kepada kekuatan kuasa politik orang Melayu. Adakah kewujudan sebuah lagi parti baharu itu akan menguntungkan mereka atau semakin melemahkan cengkaman politik mereka?

Namun ia bukanlah persoalan yang difikirkan oleh GHB. Apatah lagi mereka begitu yakin akan mampu menggerakkan perjuangan Islam yang dikatakan jauh lebih mesra berbanding apa yang diperjuangkan oleh Pas.

Apabila menyentuh soal perjuangan Islam, sudah pastilah ramai yang ingin mengetahui apa pula pandangan DAP apabila parti yang dianggap ‘proksi’ mereka itu akan meneruskan perjuangan tersebut yang hakikatnya menjadi punca perbalahan dalam pakatan pembangkang.

Atas sebab itulah ramai pemerhati politik melihat apa yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin GHB untuk meneruskan perjuang­an Islam dengan cara yang boleh diterima oleh pelbagai pihak hanya retorik semata-mata.

Bagi Pas pula, inilah cabaran terbesar untuk golongan ulama yang menguasai sepenuhnya kepe­mimpinan parti itu. Mereka perlu berusaha keras untuk kembali memperkukuhkan parti berikutan apa yang dilakukan oleh bekas-bekas pemimpinnya.

Pemimpin-pemimpin Pas tidak perlu membuang masa untuk menyeru wakil-wakil rakyat parti itu yang bergabung dalam GHB meletakkan jawatan. Sudah pasti wakil rakyat terlibat tidak akan melepaskan kenikmatan yang diperoleh biarpun ia hasil perjuangan dalam Pas.

Apa yang paling penting bagi pemimpin-pemimpin Pas sekarang ialah bagaimana mahu memperteguhkan sokongan ahli-ahli Pas terhadap parti itu supaya mereka tidak beralih arah kepada GHB. Jangan kaitkan UMNO. Jangan buat tohmahan kononnya kewujudan GHB hanya akan menguntungkan UMNO. Pas berpecah bukan kerana UMNO tetapi Pas berantakan kerana kesilapan parti itu sendiri yang sebelum ini begitu teruja menjalin tahaluf siyasi dengan DAP.

Dan kini DAP menjadi punca perpecahan Pas apabila pemimpin-pemimpin Pas terlalu ghairah mahu menjaga tahaluf tersebut sehingga sanggup meminggirkan dasar perjuangan parti itu. UMNO tidak untung apa-apa kerana ahli-ahli Pas bukan mudah mahu menyokong UMNO. Sebab itulah menjalin kerjasama dengan UMNO atau memburuk-burukkan UMNO sering kali menjadi modal politik paling ampuh kepada Pas dan pemimpin GHB untuk meraih sokongan.

Apapun bagi penulis semua itu bukanlah persoalan utama yang harus dibincangkan lagi. Pemimpin Pas sudah menolak pemimpin GHB manakala pemimpin GHB akan meninggalkan Pas. Persoalan lebih penting daripada itu siapakah antara mereka yang akan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam atau sekurang-kurangnya bersedia bersama UMNO dalam soal tersebut.

Percayalah, apa yang berlaku dalam Pas tidak menguntungkan orang Melayu, begitulah juga de­ngan kewujudan GHB. Ia bukanlah satu berita gembira untuk orang Melayu. Sebaliknya ia membuka ruang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan terhadap perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu.

Tetapi apa boleh buat kerana sudah menjadi adat dalam politik, kepentingan kelompok dan individu sering kali menjadi keutamaan, biarpun akhirnya orang Melayu menjadi ‘lebai malang menang sorak kampung tergadai’.- utusan.com.my

Sumber DD - 24-8-2015

PAS tetap istiqamah dengan prinsip perjuangan
Posted on Wednesday, August 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Roslan SMS


Berbanding parti-parti politik lain di Malaysia, PAS ternyata mengejar satu matlamat yang sama-sekali asing, yang tidak dikongsi atau diimpikan oleh mana-mana parti lain. Semua parti politik memilih untuk menyertai proses demokrasi yang diamalkan iaitu melalui sistem berpilihanraya bagi memperolehi kuasa, PAS tidak terkecuali.

Bezanya apa yang diperjuangkan oleh PAS khasnya dalam beberapa perkara tertentu tidak langsung disentuh atau diberi perhatian oleh mana-mana parti lain. Lebih-lebih lagi jika parti berkenaan menganut fahaman sekular yang memisah dan mengasingkan bab agama dari urusan politik dan pentadbiran ataupun mereka yang menganut faham “Machiavelli”dimana matlamat menghalalkan cara.

Setelah berada dalam kancah politik tanahair lebih 60 tahun tidaklah keterlaluan kalau dikatakan bahawa rata-rata rakyat Malaysia tahu dan faham bahawa PAS berjuang dengan dasar Islam dan bercita-cita mahu memperkenalkan sistem hidup bernegara dan bermasyarakat yang selari dengan Islam dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Dan PAS selama 60 tahun kebelakangan ini konsisten dan berterusan memperjuangkan perkara ini tanpa sedikit pun berkompromi atau melonggarkan tuntutannya itu. Malah semasa berada dalam Barisan Nasional sekali pun dasar dan prinsip perjuangan PAS kekal sebagaimana hari ini.

Kerana itu berkawan dengan PAS tiada masalah. PAS sedia berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan matlamat dan prinsip perjuangannya tidak disentuh atau diganggu-gugat dan saya percaya begitulah juga parti yang mahu berkawan dengan PAS, sudah pastinya tidak akan menerima kiranya hal rumahtangga mereka diambil tahu apalagi dicerobohi.

Dari pengalaman PAS telah menjalin persahabatan dengan banyak pihak termasuklah BN sepanjang enam dekad usianya. Bermula dengan  Parti Negara dalam Pilihanraya Umum pertama 1959, dan berbagai lagi termasuklah HAK atau Haraklah Keadilan Rakyat, APU atau Angkatan Perpaduan Ummah, Gagasan  Rakyat, Barisan Alternatif dan terakhir Pakatan Rakyat.

PAS menjadi kawan yang menguntungkan kerana ia antara parti yang terbesar selepas Umno, dengan jentera yang teratur dan luas pengaruhnya meliputi seluruh negeri-negeri dalam negara. Malah HAK, APU, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat, kesemuanya mampu dimobilisasikan secara berkesan hasil dari kekuatan akar-umbi yang ada pada PAS.

PAS membukadan menyediakan  gelanggang, markas dan kekuatan jenteranya untuk digunakan oleh kawan-kawannya dan dalam kes-kes tertentu beberapa kerusinya pun diserahkan kepada kawan-kawannya atas nama persahabatan politik yang sebenar. Demikianlah PAS apabila berkawan.

Ringkasnya keikhlasan dan kejujuran PAS tidak pernah dipertikaikan,

Contohnya selepas Pilihanraya Umum 1959, walaupun PAS yang menguasai blok pembangkang dengan 13 kerusi melalui Almarhum Dr Burhanuddin, Prof Zulkifli, Khatijah Sidek dan lain-lain, atas nama persahabatan, PAS bersetuju agar Allahyarham Dato Onn Jaafar yang menjadi ketua blok pembangkang di Parlimen (ketika itu tiada lagi peruntukkan untuk Ketua Pembangkang) walaupun Dato Onn wakil tunggal partinya.

Begitu juga bersama Parti Melayu Semangat 46 dan kemudiannya PKR, PAS tidak ada masalah, menamakan Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kiranya pakatan pembangkang menang peringkat Federal atas dasar kerjasama.

Dan terbaru selepas PRU 2013 lalu, walaupun PAS punya 15 kerusi DUN di Selangor, PAS tetap beri laluan kepada PKR yang punya 14 kerusi menjadi MB Selangor, tanpa sebarang tuntutan.

Begitulah mudah apabila berkawan dengan PAS. Dalam hal-hal bukan prinsip PAS amat anjal. Syarat utamanya, prinsip dan dasar perjuangan PAS perlulah dihormati, walaupun tak semestinya diterima, itu sahaja. Tidak pernah ada paksaan atau tekanan dari PAS.

Hari ini robohnya Pakatan Rakyat, terus-menerus menjadi isu dan bualan ramai. Kerjasama politik yang telah berjalan dengan baik dan lancar, mengikat ketiga-tiga tunggak politik pembangkang dalam negara, iaitu PAS, DAP dan PKR, terus menjadi sesuatu yang dikagum ramai sehinggalah ia roboh.

Kerjasama inilah yang telah menggugat kekuatan BN, khasnya apabila masing-masing parti menunjukkan disiplin dan kekuatan perpaduan masing-masing mengatasi disiplin komponan BN yang acapkali longgar dan bertelagah sesama sendiri.

Amalan hodoh politik rasuah, kronisma dan nepotisma yang berakar-umbi dalam BN termasuklah antara parti-parti komponannya telah menjejaskan selera rakyat terhadap mereka, dan akhirnya kebangkitan rakyat melalui kesepaduan pembangkang ini telah menafikan BN dari penguasaan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat selain gagal menguasai negeri-negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Kini Pakatan Rakyat telah tiada, walaupun PAS masih menjalin hubungan dengan PKR, tetapi DAP bertegas memilih “menceraikan” PAS. Dan PAS sendiri pun melalui keputusan Majlis Syura Ulamak nya atas dasar prinsip kerjasama yang dinodai turut memutuskan hubungan dengan DAP.

Puncanya bagi saya, DAP enggan dan tidak pernah mengiktiraf PAS. DAP mahu berkawan dengan PAS dan mahu mengaut keuntungan politik dari persahabatannya dengan PAS akan tetapi DAP tidak mahu mengiktiraf dasar dan prinsip perjuangan PAS. Bukannya menerima, tetapi menghormati, itupun terlalu berat buat DAP.

Sedangkan DAP kenal dan tahu tentang PAS dan perjuangannya sejak sebelum berkawan dengan PAS lagi.

Menurut Presiden PAS sebagaimana ditegaskannya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat tahun lalu, beradab dalam berbeza pendapat adalah kritikal bagi parti-parti yang berkawan. Perbezaan pandangan pasti ada dalam mana-mana hubungan, tetapi perbezaan itu haruslah diraikan dan bukannya diasak sehingga menjadi punca perbalahan dan perpecahan.

Parti-parti kawan tidak harus campurtangan dalam urusan dan masalah parti lain yang berkawan. Ini sesuatu yang perlu dihormati dalam apa jua hubungan pun. Kita lihat ketika krisis memuncak, DAP secara terang-terangan telah melibatkan diri dalam proses pemilihan pimpinan dalam PAS dan ini bukan rahsia lagi. Sedangkan PAS tidak pernah sama-sekali terlibat apalagi memberi ulasan terhadap masalah rumahtangga DAP.

Dan bagi PAS jatidiri Islam adalah keutamaannya dan parti kawan tidak berhak memaksanya bertolak-ansur dalam perkara dasar seumpama ini. Dalam kes Hudud umpamanya, ianya bukan perkara baru, ianya telah melalui banyak proses dialog dan perbincangan sehingga PAS memutuskan bahawa masyarakat bukan Islam terkecuali daripadanya. Namun bagi DAP, ianya bukan hanya telah ditolak mentah-mentah tetapi ditentangnya secara terbuka dan dalam skala yang besar.

Penasihat NGO SUARAM, Dr Kua Kia Soong, seorang bekas pemimpin dan ahli parlimen DAP dalam satu artikelnya di laman Malaysia Today menyebut bahawa rakyat Malaysia bersedih apabila DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah berkubur atas alasan DAP tidak lagi boleh berkerjasama dengan PAS. Pemerhatian Dr Kua ini sesungguhnya tidak dapat dinafikan.

Dr Kua kesal bagaimana DAP boleh mudah memutuskan hubungan dengan PAS begitu sahaja sedangkan usaha mendekatkan PAS dengan DAP ini telah dilakukan lebih 30 tahun dengan inisiatif dan kerjasama banyak pihak termasuklah Kesatuan-kesatuan Masyarakat Cina dan pelbagai NGO Cina.

Anehnya menurut Dr Kua lagi DAP lebih mudah mahu bekerja dengan Tun Dr Mahathir, orang yang sama yang telah melumpuhkan demokrasi sepanjang 22 tahun pentadbirannya sebagai PM kononnya hari ini kerana mahu menyelamatkan Malaysia.

Bagi Dr Kua DAP lah punca perpecahan ini bermula dari “Langklah Kajang” yang telah membelakangkan pimpinan PAS sehinggalah kenyataan-kenyataan kasar dan tuduhan liar yang dikeluarkan oleh pimpinan kanan DAP terhadap Presiden PAS lanjutan dari itu.
Apa pun kini nasi sudah menjadi bubur dan oleh kerana berpegang pada dasar dan prinsip, PAS menerima hakikat ini dan bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan.

Bagi PAS persahabatan dan kerjasama politik itu penting tetapi kepentingan Islam mengatasi segala-galanya. Ramai yang tidak boleh memahaminya termasuklah segelintir ahli-ahlinya yang terpesona dengan DAP, tetapi bagi kebanyakkan ahli-ahlinya yang komited apabila Tuan Guru Presiden mereka menyatakan: “Saya tak bersedia nak bawa ahli-ahli PAS ini ke neraka jahanam”, mereka insaf, akur dan faham.

Di sinilah titik tolak perbezaan antara PAS dan parti-parti lain, ahli-ahli PAS mendambakan redha Allah swt dan berpolitik dengan mengejar balasan di Hari Kemudian, sesuatu yang asing dan tiada dalam kamus politik mana-mana parti pun.

Atas dasar itulah PAS istiqamah sehingga hari ini dan atas dasar itu jugalah rakyat jelata menghormati dan insyallah terus menerima PAS walaupun dibenci dan telah “diceraikan” oleh DAP.

Islam dan PAS tidak boleh dipisahkan apatah lagi oleh DAP.

Sumber TKO - 19-8-2015

Parti Islam baru tak ikut model, struktur PAS

Posted on Tuesday, August 11 @ 13:41:38 MYT by paktam

Oleh Zulaikha Zulkifli

Parti Islam baru yang akan ditubuhkan tidak akan meniru struktur organisasi PAS, parti serpihannya, kata seorang pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB).

Malah, anggota jawatankuasanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, membayangkan tiada lagi badan seperti Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam pembuat keputusan selepas muktamar.
 


Kita tak nak tiba-tiba ada dua kuasa dalam parti seperti contoh Majlis Syura dan ada pula kuasa eksekutif. Kita tak nak perkara ini bertindan.

"Biar jawatankuasa dan kepimpinan yang akan menentukan perjalanan parti ini nanti," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Bagaimanapun, walaupun tiada badan seumpama itu, mereka merancang mewujudkan sebuah panel penasihat, bukan sahaja dalam isu agama tetapi juga hal ehwal semasa.

"Kita tidak meletakkan mana-mana eksekutif dalam pendekatan kita (melalui panel itu). Yang ada pada majlis kita ialah yang bersifat menasihat.

"Kita bukan nak bekerja soal agama sahaja, walaupun dia orang agama tetapi perlu tahu tentang ekonomi sebagai contoh. Ini apa yang kita cuba ketengahkan. Masih belum muktamad," katanya.

Elak krisis PAS berulang

Berhubung struktur dewan-dewan pula Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar, berkata perkara itu masih belum diputuskan.

"Struktur dewan-dewan itu kita belum muktamadkan lagi tapi saya rasa mana-mana organisasi boleh buat apa-apa sayap. Yang penting fungsi sayap ini akan membantu parti itu dan kepimpinan.

"Akan ada perbezaan (dengan PAS). Perbezaannya ialah falsafah yang kita perjuangkan,” katanya lagi.

Pengerusi GHB Pulau Pinang itu berkata, walaupun timbul cakap-cakap yang mengatakan mereka menolak ulama, namun perkara itu tidak benar sama sekali.

Katanya, GHB akan tetap melibatkan peranan ulama selepas gerakan itu menjadi sebuah parti, tetapi menegaskan tidak akan meletakkan pemisahan dengan golongan lain, seperti profesional.

Ia bagi mengelak krisis yang kini melanda PAS berlaku sekali lagi, katanya.

"Sifat keterangkuman yang dibawa GHB ini adalah termasuk golongan ulama. Cuma kita lihat, tidak perlu ada satu klausa khas untuk beritahu bahawa mereka ini ulama.

"Dalam GHB, kita terbuka pada semua orang selagi mereka menyakini cara yang gerakan ini bawa. Semua ialah penggerak dan tak perlu letak dikotomi (pemisahan) ulama dan bukan ulama. Sebab kalau tidak, konflik dalam PAS akan berulang," katanya.

PAS nak masuk? Fikir panjang

Bagi membuktikan GHB serius untuk melibatkan ulama dalam gerakan itu, satu persidangan bagi membincangkan konsep syariah Islam dalam konteks negara Malaysia akan diadakan.

Mujahid berkata, persidangan itu akan turut dihadiri oleh wakil sebuah parti politik dari Tunisa bagi berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan prinsip syariah terhadap sesebuah negara.

"GHB sangat serius untuk melibatkan peranan ulama dalam gerakan ini dan kita akan buat satu persidangan iaitu untuk membincangkan tentang konsep Islam dalam konteks negara.

"Dan kita juga akan membincangkan prinsip syariah mengikut konteks Malaysia," kata Mujahid sambil menambah persidangan itu akan diadakan pada 15 Ogos ini.

Selain itu, Mujahid turut berkata GHB tidak akan menjadikan ahli PAS sebagai sasaran mereka mendapatkan anggota baru.

“Kita juga tumpu pada NGO dan masyarakat sivil. Sebab itu GHB kini dah berkembang pesat.

"Kita tak akan memaksa orang PAS untuk sertai GHB. Kalau orang PAS nak sertai, kita suruh mereka fikir panjang. Kita bukan nak memperkecilkan sasaran kumpulan kita, misi kita sebenarnya luas," katanya lagi.-Mkini

Sumber DD   - 11-8-2015  


USUL TAHALUF SIYASI : DAP JANGAN CEPAT MELATAH



http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35854-usul-tahaluf-siyasi-dap-jangan-cepat-melatah

Sumber HD - 9-6-2015

Ahli PAS takkan terpengaruh rentak DAP, kata penganalisis

Posted on Saturday, April 11 @ 23:05:05 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai strategi halus untuk menolak pemimpin berkenaan, namun ia tidak akan mempengaruhi sokongan ahli parti Islam berkenaan terhadap ulama itu.

Menurut penganalisis politik, Datuk Seri Azman Ujang, jika benar itu adalah matlamat sebenar DAP, maka perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ahli PAS lebih bijak menilai pemimpin mereka.       


"Mungkin Datuk Seri Hadi ketegasannya tidak berganjak dalam hal ini, mungkin dia nampak nak jatuhkan tapi saya tak percaya DAP boleh menjatuhkan presiden PAS, cuma ahli PAS saja yang boleh jatuhkan presiden parti mereka sendiri. DAP cuma cuba mempengaruhi tapi takkanlah ahli PAS nak berdansa ikut rentak DAP. Saya rasa tidak akan berlaku," ujarnya kepada Antarapos.


Bekas Ketua Pengarang Bernama itu juga melihat tindakan DAP yang menjadikan Hadi sebagai sasaran utama adalah demi 'mematikan' ketegasan pemimpin berkenaan khususnya berkaitan pelaksanaan hukum kanun jenayah syariah.

"Mungkin pada pandangan DAP, yang bertanggungjawab adalah Presiden parti. Biasanya Presiden parti bertanggungjawab atas segala tindak tanduk, jadi sasaran itu kepada presiden parti.. kalau bukan presiden, mungkin terlalu ramai yang nak disasarkan..ini saya rasa pandangan peribadi atau pandangan DAP.. Mereka mulakan serangan terhadap presiden parti kerana setiap presiden mempunyai kuasa mutlak atau kuasa sendiri," ujarnya lagi.
Hadi, yang sebelum ini bertegas tentang pelaksanaan hudud di Kelantan, sekali lagi menimbulkan kemarahan DAP apabila bertindak menghantar notis usul secara persendirian kepada Speaker Dewan, selepas rang undang-undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.
Ia bagi membolehkan hukum kanun jenayah syariah Islam itu dilaksanakan di negeri berkenaan. 
Bagaimanapun, pembentangan Rang Undang-Undang persendirian berkaitan hudud itu, ditangguhkan Dewan Rakyat untuk sesi yang akan datang.
Pendirian nekad PAS itu kata Azman membuktikan bahawa parti Islam itu mempunyai prinsip perjuangan yang jelas sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang melihat PAS di bawah telunjuk DAP sebelum ini.
"Disebabkan hudud ini menyentuh soal syariah jadi PAS sebagai sebuah parti Islam dia bertegas.. kalau soal Kajang dan politik memang boleh bertolak ansur atau 'accomodate' tapi soal hudud ini memang PAS tegas dari mula," ujar beliau.
Hari ini DAP menuduh PAS sebagai bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.
Penasihat DAP Lim Kit Siang  mendakwa sebarang pembentukan kerajaan perpaduan PAS-Umno demi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bukan sahaja menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), tetapi juga mengancam Barisan Nasional (BN).

Sumber TKO - 11-4-2015


Muktamar Ahli PAS diminta awasi fitnah


Posted on Sunday, April 05 @ 16:10:54 MYT by paktam

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar desas-desus yang tidak jelas asal-usulnya.Suatu peristiwa kecil, tetapi dalam pemberitaannya, peristiwa itu begitu besar atau sebaliknya kerana desas-desus yang tidak diketahui kebenarannya.

Terkadang juga berita itu menyangkut kehormatan seorang muslim dan pemimpin.


Jika sebuah rumah tangga boleh menjadi retak, hanya kerana sebuah berita yang belum tentu benar, apatah pula jemaah kita?

Allah berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat: 6]

Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya?

Ayat Quran di atas mengajar agar siasat berita dari orang fasik terlebih dahulu. Bahkan, berita dari mereka yang kita tidak ketahui latar belakang dan identiti lagi perlu ditolak kerana ia merosakkan dan menimbulkan pelbagai fitnah kepada individu yang tidak disukai atau sengaja memecahkan jamaah.

Berhati-hatilah. Kerana di dunia digital ini, musuh boleh menyamar dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Jauhi fitnah dengan berita yang belum tentu sahih dan benar. Fikirkanlah dosa dan balasan akhirat yang berat sekiranya kita melakukan fitnah kerana desas-desus yang daripada orang yang tidak diketahui. Itulah bagaimana seharusnya sikap kita sebagai seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS         

Sumber DD - 5-4-2015



AHLI PAS DIMINTA AWASI FITNAH - DTITM



DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN - NAIB PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34715-ahli-pas-diminta-awasi-fitnah

Sumber HD - 4-4-2015

Kasihan Presiden PAS Dibiar DiHina dan DiCerca

Posted on Wednesday, March 25 @ 13:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sekali lagi kewibawaan Pas dan maruah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperkotak-katikkan oleh rakan sekutu sendiri. Kali ini ianya dilihat semakin memuncak apabila Pas bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun yang menjadi persoalannya kini adalah, di manakah suara pemimpin-pemimpin Pas yang lain bagi membela nasib presiden dari terus ‘dilanyak’ Dap dan PKR.

Pas kini juga telah dikuasai oleh pemimpin golongan profesional dan sederhana. Ini berbeza dengan Pas dahulu yang dibarisi oleh ulama.

“Pemimpin-pemimpin Pas yang terdiri daripada profesional dan sederhana ini terperangkap samada mahu memperjuangkan Islam ataupun tumbangkan kerajaan pusat sediada malah mereka juga sedang leka untuk mendapatkan kuasa.

“Kerana itulah apabila presiden  yang masih utuh mempertahankan agama Islam dikejam, tiada suara-suara pemimpin lain yang mahu membela.

Pemimpin Pas di kalangan profesional dan sederhana ini seakan menganggap tidak penting membela presiden. Apa yang lebih penting adalah mendapat kuasa untuk ke Putrajaya.
Ini bukanlah kali pertama suara Hadi dipertikaikan oleh rakan sekutu Pas.

Sebelum ini Hadi turut diserang oleh pemimpin Parti PKR dan Dap kerana membuat kenyataan terbuka menolak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.

Adakah hanya Pas yang terhegeh-hegeh mempertahankan tahaluf siyasi dengan PKR dan Dap. Pas begitu beriya-iya ke hadapan membela rakan sekutu mereka sehinggakan demonstrasi jalanan juga majoritinya adalah ahli Pas.

Tapi sayangnya, apabila tiba saat untuk Pas mengharapkan pembelaan dan sokongan, rakan politik sendiri menghentamnya. Lebih malang, pemimpin Pas yang lain yang sepatutnya mempertahankan ketua mereka turut menikus kerana takut hilang kuasa.

Sumber TKO - 25-3-2015

Khalid Samad Cuba Mengelirukan, Hudud Masalah Peribadi Presiden?

Posted on Tuesday, March 24 @ 21:35:24 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Belum lagi Presiden PAS mengeluarkan kenyataan, Khalid Samad yang selalu menyuruh pimpinan  PAS lain ikut perlembangaan tapi dia laju daripada perlembangaan (baca di sini) telah mengeluar kenyataan dengan menyifatkan masalah yang timbul sekarang lebih merupakan masalah peribadi antara Presiden PAS dan DAP.

Khalid kata tak perlu menyingkirkan Hadi Awang berikutan keputusan DAP yang telah memutuskan segala kerjasama dengan Presiden PAS itu. Kalau tidak boleh bekerjasama dengan presiden, boleh berurusan dengan orang lain. PAS dengan presiden bukan satu. PAS ialah PAS dan presiden ialah presiden,” kata Khalid.

Khalid beranggapan bahawa pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai kuasa mahkamah syariah yang tidak disetujui oleh DAP adalah masalah peribadi antara Presiden PAS, TG Abdul Hadi dengan DAP. Rasanya macam pelik.

PAS dan Presiden PAS bukan satu. Habis ikut perlembagaaan PAS seperti Khalid selalu sebut Presiden PAS tu TUNGGOL KAYU ke? Pelantikan Presiden bawah pokok ke? Bukan keputusan Muktamar?

Nordin Bin Ali
http://nordinali.blogspot.com



Sumber TKO - 24-3-2015


Penyelesaiannya adalah PAS pecah dua?

Posted on Saturday, March 21 @ 10:14:39 MYT by paktam

Oleh Khalid Samad
Ada yang memaklumkan kepada saya dalam sesi dialog saya dan Zuhdi, dia ada menyebut kononnya saya bersetuju dengan cadangannya supaya PAS berpecah dua. Menurut Zuhdi, inilah apa yang disampaikan kepadanya oleh pimpinan PAS Kawasan Parit Sulong, Johor.

Mereka bertanya, adakah ini benar? Memandangkan ini merupakan persoalan penting, maka saya diminta untuk menjelaskan pendirian saya terhadap cadangan Zuhdi PAS perlu pecah dua demi masa depan yang lebih cemerlang.


Pendirian saya berhubung cadangan PAS berpecah


       Sebenarnya saya sudah jawab isu ini pada malam tersebut, tetapi secara indirect. Oleh kerana ada yang tidak faham, maka biarlah saya nyatakan di sini dengan jelas saya tidak setuju dengan cadangan ini.

Bagi saya apa yang perlu dilakukan ialah supaya perbezaan pendapat yang wujud dibahas dan dibincang dengan penuh bertanggungjawab. Perbezaan pendapat yang wujud berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan PAS dalam suasana politik yang sedia wujud. Persoalan ini boleh dibahas secara ilmiah demi mendapat rumusan yang terbaik. Ia isu ‘ijtihad siayaasah’ atau pendapat dan pandangan serta bacaan politik dan sudah pasti merupakan ruang di mana perbezaan akan wujud.

Masalahnya sekarang perbezaan sebenar ini tidak dibahas. Sebaliknya dikemukakan masalah yang tidak wujud sebagai masalah sebenar. Masalah yang tidak wujud yang sengaja diada-adakan ialah persoalan kononnya adanya golongan yang ingin menjatuhkan presiden, menolak kepimpinan ulama dan menolak syariat. Mana mungkin ada ahli PAS, apatah lagi di peringkat pimpinan Pusat, yang menolak konsep kepimpinan ulama dan syariat! Kalau benar berpandangan sedemikian, sudah lama bersama Umno. Dalam soal kedudukan presiden, sepertimana kedudukan semua AJK PAS Pusat, kuasa penentunya adalah di tangan muktamar. Terpulang pada ahli menilai prestasi semua dan mengundi mengikut pandangan masing-masing.

Saya yakin sekiranya masalah sebenar dibahas, di mana kedua-dua pandangan berhubung kaedah pendekatan dikaji dan dibedah siasat dengan menyeluruh dan teliti, satu keputusan yang terbaik akan akhirnya dicapai. Tetapi sekiranya ia tidak dibincang dan sebaliknya ditonjolkan tuduhan yang tidak berasas, maka akhirnya perpecahan dan keputusan yang songsang pasti terhasil.

Bagi saya, mereka yang tidak sanggup membahaskan pandangan berbeza berhubung isu kaedah dan pendekatan sambil menaburkan tuduhan palsu adalah pihak yang inginkan perpecahan ini berlaku. 

Mereka seolah-olah membuat kesimpulan satu keputusan dan kata sepakat tidak mungkin tercapai atau sekiranya tercapai sekali pun, ia keputusan yang tidak seperti yang mereka inginkan. Oleh itu, usaha dilakukan untuk awal-awal membuka jalan ke arah perpecahan.

Dan sebenarnya inilah punca masalahnya. Ada yang tidak mahu menerima keputusan jemaah untuk bersama PR kerana dianggap PR menyebabkan PAS kehilangan punca. Maka walau dengan apa cara sekali pun, mereka berusaha supaya pendekatan yang mereka inginkan terlaksana. Walau pun ia bererti memfitnah melalui tuduhan ‘Islam tanpa syariat’, ‘menolak kepimpinan ulama dan sebagainya. Akhirnya yang diinginkan kaedah dan pendekatan mereka dilaksanakan. Iaitu PAS bersendirian walau pun terpaksa berpecah.

Perumpamaan yang digunakan Zuhdi, iaitu perceraian dalam kes rumah tangga yang bermasalah, adalah perumpamaan yang tidak tepat. Keahlian dalam sebuah jemaah Islam tidak boleh disamakan dengan perkahwinan. Dalam sesebuah jemaah Islam keahliannya beratus ribu. Ruang perbezaan pendapat perlu jauh lagi luas dan sikap saling menghormati perbezaan ini perlu lebih jujur dan kukuh. Kalau perbezaan dalam jemaah pun tidak mampu ditangani tanpa berpecah, bagaimana pula hendak ditangani perbezaan dalam masyarakat, yang pastinya lebih banyak dan beraneka ragam, sekiranya dijadikan pemerintah? Tangkap dan penjara? Tembak sebagai rakyat yang ‘bughah’?
Pada masa yang sama, dalam perkahwinan sekali pun, usaha menyelamatkan rumah tangga perlu dilakukan dengan bersungguh dan sekiranya habis segala usaha barulah keputusan bercerai diambil. Ia perkara yang diharuskan yang paling dibenci Allah. Maka sekiranya keredaan Allah matlamat terutama, semestinya ia pilihan terakhir.

Hakikatnya perpecahan akan hanya menguntungkan Umno/BN. Hanya yang buta politik tidak akan nampak hakikat ini. Oleh itu saya amat pelik apabila perpecahan dilihat sebagai kaedah penyelesaian terbaik. Terbaik untuk siapa?

Strategi dua aras

Ada juga yang bertanyakan persoalan ‘Strategi dua lapis’ atau ‘dua aras’ yang ditimbulkan Zuhdi. Mereka ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan strategi dua aras itu dan adakah benar  melalui perpecahan PAS maka akan terlaksana strategi ini yang pernah dicadangkan satu ketika dulu.

Sebenarnya strategi dua aras tidak ada kena mengena dengan berpecahnya PAS kepada dua badan atau parti yang berasingan. Strategi dua aras merupakan strategi yang mengiktiraf perbezaan antara kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat dari sudut kekuatan PAS. Diperakui bahawa PAS mampu menang dengan sendirinya di beberapa negeri tetapi tidak mungkin menang secara bersendirian di peringkat Pusat.

Diperakui juga kemenangan di peringkat negeri saja tidak memungkinkan kelebihan pemerintahan PAS terserlah kerana disekat dan difitnah serta ditutup kebaikannya oleh kerajaan pusat. Oleh itu, di peringkat pusat apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang lebih adil yang tidak memusuhi perjuangan Islam yang dibawa PAS. Walaupun ia tidak bersetuju, tetapi tidak memusuhi sehingga bertindak tidak adil terhadap PAS sepertimana yang dipraktikkan di bawah BN.

Kerajaan pusat yang tidak memusuhi PAS semestinya mengambil bentuk kerajaan campuran antara komponen parti pembangkang termasuk PAS. Hanya melalui pendekatan begitu saja akan BN mampu dikalahkan dalam suasana sekarang. Walaupun kerajaan campuran di peringkat pusat ini bukan kerajaan PAS semata-mata, namun dengan pembentukannya, ia akan menguntungkan PAS. Kerajaan PAS di peringkat negeri tidak akan disekat dan dizalimi dan pada masa sama, mesej PAS tersebar luas melalui semua saluran media termasuk radio dan televisyen.

Maka strategi dua aras atau dua lapis ini mengandaikan pembentukan kerajaan PAS di beberapa negeri dan ‘kerajaan campuran PAS dan parti lain’ di peringkat pusat. Apa yang sedang berlaku sekarang melalui PR sudah menghampiri strategi dua aras ini. Pada masa yang sama terbentuk juga kerajaan campuran PAS bersama parti PR di peringkat beberapa negeri. Aspek kerajaan campuran di negeri tidak diberikan tumpuan pada ketika strategi dua aras ini diutarakan kerana tumpuan pada masa itu adalah:

i) Kerajaan PAS di negeri dan kerajaan campuran di usat dan
ii) Bagaimana kerajaan campuran di pusat akan membantu kerajaan PAS di peringkat negeri.
Matlamat utama strategi dua aras adalah untuk memberi manfaat kepada PAS.

Maka diharapkan penjelasan tambahan ini akan mengukuhkan keyakinan semua ahli untuk terus bersatu sambil menguruskan perbezaan pendapat dengan cara yang matang dan bukan cara kebudak-budakan. Cara kebudak-budakan adalah melalui melempar tuduhan tidak berasas terhadap pihak yang berbeza pandangan. Inilah apa yang dilakukan sekarang ‘golongan muda yang lebih semangat’. Sudah pasti ia tidak wajar untuk PAS berpecah setiap kali adanya khilaf atau perbezaan pendapat. 

Kaedah yang lebih selari dengan Al-Quran adalah “wasyaawirhum fil amr” atau “dan mereka bersyura (berbincang) dalam urusan pemerintahan”.

Pada masa sama semoga penjelasan ini mengukuhkan juga keyakinan PAS terhadap pendekatan PR yang terbukti keberkesanannya. Perlu juga diadakan kesediaan untuk menerima keputusan yang diambil secara jamaai berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan. Jangan ada pihak yang kerana keputusan itu tidak selari dengan pandangan mereka maka diusahakan perpecahan. – khalidsamad.com

* Penulis ialah ahli Parlimen Shah Alam.

Sumber DD - 21-3-2015

Bukan tidak layak, tetapi tidak puas hati















ABU IMAN MUHAMAD HAKIMI | .

PADA pandangan saya serangan untuk ‘menjatuhkan’ Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipertingkatkan dari segenap penjuru termasuk menggunakan lidah parti lain.

Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung dalam pertengahan tahun hadapan bakal menyaksikan pertembungan sengit di dalam aksi pemilihan kepimpinan untuk sesi akan datang.

Kempen ‘menjatuhkan’ ini dikaburi dengan kata-kata semangat demokrasi dan masa depan parti.

Selepas menyaksikan senario yang berlaku kini, semangat menjaga masa depan parti dengan kempen menukar Presiden kini bukanlah kerana tidak layak atau faktor kelemahan Presiden, tetapi kerana faktor tidak puas hati.

Semuanya kerana Presiden tidak banyak menurut kata-kata dan telunjuk Pakatan Rakyat yang menjadi kiblat bagi sesetengah pimpinan di dalam PAS.

Selepas serangan terhadap Presiden tidak menjadi, PasMa ditubuhkan buat golongan yang tidak puas hati, sama seperti tertubuhnya Hamim dahulu. PasMa ditunjangi oleh tokoh terkenal yang juga disebut-sebut sebagai calon paling layak menerajui PAS, menjadi kumpulan ‘gerila’ mengetuai serangan terhadap Tuan Guru Presiden dengan alasan karut dan fakta palsu.

Kini jelas bagi saya, kempen ‘menjatuhkan’ Presiden bukan kerana tidak layak, tetapi kerana tidak puas hati. – HARAKAHDAILY 17/12/2014

Menjawab Dinsman: Kenapa dicalar imej ulama?
















IZWAN ABDUL HALIM | .

RIBUAN tahun sebelum kelahiran Muhammad SAW, para pendeta, rahib dan umat kebanyakan telahpun mengetahui serta mengenali kenabian Rasulullah berpedomankan ilmu daripada Taurat, Zabur dan Injil serta keimanan terhadap perkara itu sebagai perkhabaran akhir zaman. Tetapi apabila Baginda telah berada dalam kalangan manusia menyampaikan agama Allah, bukan sahaja seruan dikesampingkan, bahkan batang tubuhnya yang mulia itu turut diingkari dan dipertikaikan sebahagian manusia. Hal sama turut berlaku kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya oleh umat masing-masing, termasuk pemimpin yang dilantik Allah iaitu Thalut sebagaimana terangnya semua kisah itu di dalam al-Quran.

Namun, agama Allah tidak berakhir dengan kewafatan para Nabi dan Rasul. Sebagaimana umat terdahulu adanya para pendeta dan rahib yang menjadi penghubung dengan manusia umumnya, seperti itulah Islam mempunyai para ulama yang menyambung ganti tugas kenabian menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Jika Rasulullah SAW tidak memimpin manusia hanya dalam perkara akidah, tetapi turut memimpin seluruh ad-din yakni cara hidup, seperti itulah para ulama memimpin manusia di pengakhiran zaman.

Dalam keorganisasian PAS, ulama memimpin atau sebagai pemimpin bukanlah satu gagasan PAS, tetapi hakikatnya ia berakar dari gagasan Islam itu sendiri sebagaimana sabda Baginda bahawa ulama adalah pewaris para Nabi. Bermakna ia prerogatif yang tidak boleh diubah, kerana ia adalah tuntutan keimanan. Melainkan mereka yang menganggapnya sebagai rekayasa PAS, maka kedudukan itu boleh diubah. Bahkan, tabiat tubuh dan naluri roh orang beriman akan cenderung bersandar kepada sifat ulama untuk memimpin mereka kepada tujuan keimanan. Maka, tatkala zahir jasad ulama itu ada di samping mereka, menjadi suatu kontradik seandainya mereka mengenepikannya.

Wahana itulah yang menyegarkan pemikiran para pendokong PAS dan menjadi iltizam sejak dahulu, bahawa mereka berjuang untuk memartabatkan kemenangan Islam di bumi Malaysia bersama hasrat menobatkan ulama sebagai ketua pemerintah negara. Bahkan tinggi sekali keredaan ahli-ahli PAS di semua peringkat memilih, melantik juga mendesak ulama memegang jawatan dalam parti, sedang para ahli sedia berkorban menjadi amilin belakang tabir. Malah, begitu bersemangat dan meluasnya cita-cita untuk mengulamakan semua golongan di dalam PAS. Hinggakan bertebaran dalam keluarga ahli PAS, usaha mewakafkan sebahagian anak-anak mereka supaya ditarbiyah ke arah PAS menyediakan angkatan ulama atau sekurang-kurangnya berjiwa ulama.

Akhirnya, kemanisan itu muncul dari kemenangan PAS Kelantan menjadi kerajaan pada tahun 1990 dan Kepimpinan Ulama yang digagaskan sebelum itu dirasa kian subur berkembang. Sejak itu juga kepimpinan ulama terus-menerus diwacana, dijadikan solusi dan alternatif bagi mengganti dan menangani segala kebejatan serta malapetaka ciptaan pemerintahan Umno-BN. Kebimbangan kehilangan ulama telah menjadi perasaan yang besar dalam sanubari jiwa orang-orang PAS selaras ia dengan sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya daripada hamba-hamba tetapi Dia menarik ilmu dengan mengambil nyawa para ulama, sehingga apabila tiada lagi seorang ulama, orang ramai melantik ketua-ketua yang jahil lalu mereka ditanya, lantas mereka memberi fatwa tanpa ilmu lantaran itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.”

Tiba-tiba apabila PAS semakin mendekati Putrajaya, tubuh ulama dipertikai dan dicederakan semahunya, selain cuba diperuk campak ke sudut paling sempit, menjadikan kita terlihat di mata umum lebih rakus dari musuh Islam yang selama ini perbuatan itu kita cemuhkan. Dahulunya sanggup bermati-matian mempertahankan dan menjadi galang ganti terhadap tindakan keji musuh Islam menghina, mencerca, menangkap, memenjara dan menghukum ulama, kini ada yang menjadi senada, bahkan lebih sudu dari musuh Islam.

Ada juga tolong membesarkan perbuatan musuh Islam yang menjadi pewaris kaum penentang Nabi dan Rasul. Hanya kerana ada beberapa individu ulama yang melakukan kesilapan atas sifat manusiawinya, lalu dihukum seluruh ulama dengan tuduhan sama dan bagaikan hilang seluruh kebajikan dirintis serta ditebar para ulama. Malah, dipanjangkan pula paluan yang mendikotomikan antara ulama dan profesional di mana hampir kedengaran diagendakan pada setiap kali muktamar. Sedangkan, pelbagai latar belakang di dalam PAS telah diterima sebagai satu keunikan sejak ia ditubuhkan lagi dan didendang dengan kata-kata, dari yang ada PhD sampai yang tidak gosok gigi.

Di mana salahnya, para ulama yang dahulu dijulang ke jawatan tertentu, kini apabila mereka bersedia kepada taklifan parti, dipersalahkan pula kononnya berkempen ala-ala Umno. Sedangkan Allah di dalam al-Quran berkempen berkali-kali untuk Nabi-Nya diikuti dan ditaati. Sewajarnya kesanggupan para ulama disyukuri setelah mereka punyai tugas asasi yang begitu banyak melakukan muayasyah dengan ummah dan memahamkan kepada Islam.

Kepada ulama jugalah sandaran merungkai dan menjelaskan sebegitu banyak permasalahan bersimpang siur dan kritikal negara berdasar kaedah syarak di mana kefakihan kepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu sukar ditemui pada ilmuan dibidang lain. Cukuplah isu kalimah Allah yang menjadi sebutan setiap waktu individu Muslim, tetapi saat ia muncul, ramai terkial-kial untuk faham atau menerangkannya; belum lagi diterjah kerencaman isu-isu lain. Begitu juga dalam menanggapi dan memahami permainan musuh Islam menggugat akidah ummah dalam kelicikan yang tidak difahami orang biasa.

Kecuali kita secara plural telah menjustifikasi kewenangan bahawa semua orang berhak menjelaskan al-Quran dan as-Sunnah atau ke tahap lebih ekstrem iaitu mengenepikan terus sendi akidah, akhlak dan syariah. Maka ketika itu wajarlah ulama dihunikan hanya di masjid-masjid dan surau sahaja. Andainya ketika itu pemerintahan berada di tangan, ulama pasti hanya dapat menegur dari pagar masjid dan surau. Paling malang, al-Quran dan as-Sunnah tidak terjamin dipugar dalam pelaksanaan siyasah pemerintahan. Akan berlakulah mala petaka pertelingkahan sebagaimana yang pernah berlaku. Sabda Baginda Nabi SAW:

“Kamu akan melihat selepas pemergianku pertelingkahan kuat, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa rasyidin yang diberi petunjuk. Gigitlah dengan geraham-geraham kamu.”

Dalam sejarah perjuangan PAS, ketika para strategis pilihan raya silih berganti dan dilanda kekecewaan gagal menembus dan membuka pintu kemenangan, para ulamalah yang terus-menerus menyuntik semangat dan keyakinan iman bahawa perjuangan Islam pasti menemui kemenangan sama ada kesempatan di dunia atau keabadian di syurga kurniaan Allah. Terlalu banyak perkara-perkara samiyyat yang tidak dapat diterap ke jiwa orang mukmin melainkan oleh keilmuwan para ulama, serta merekalah pencantum kasih sayang pejuang parti dengan rakyat seluruhnya.

Para ulama jugalah dianggap paling bersih dan dekat dengan Allah SWT dalam realiti kehidupan masyarakat hari ini. Di saat ahli parti umumnya lemah bertawajjuh dihadapan Allah, ulama pula diyakini saban waktu takwanya merasa takut dan mengharap pada Allah bermunajat untuk kepentingan perjuangan; semua ini kerja-kerja yang tidak menerima ganjaran wang ringgit. Selalu dalam banyak konflik yang berlaku, kepada ulamalah yang dirujuk dan menjadi pemurni situasi. Daurah tarbawiyah dari ulama juga yang menjadi signal dirasah dan kifarah kepada pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan dari kalangan Adun PAS untuk tidak menyeleweng, mendekati rasuah dan fitnah apabila terhidang kemewahan hak rakyat serta mengenal kepada haq dan batil.

Jangan masa senang dibuang ulama, masa susah dicari mereka. Jangan jadi seperti musuh Islam yang berdendam kesumat hingga membunuh ulama, kita pula membunuh imej dan kewibawaan ulama dengan ucapan atau tulisan-tulisan. Sebelum mendakwa ulama telah rosak, terlebih dahulu lihatlah mungkin diri kita yang rosak. Jika merasa kononnya ulama telah terpedaya dengan duniawi, yakinlah terlebih dahulu bahawa ulamalah yang dapat memahamkan kita kepada fitnah akhir zaman.

Para ulamalah yang mengenali tanda antara kebenaran Imam Mahdi dan pemerdayaan makhluk Dajjal. Kerana ketika mana saat itu muncul, kita sangat mungkin terpesong biarpun telah menekuni pengajian mengenai gelojak akhir dunia; sebagaimana melencongnya umat terdahulu daripada hidayah setelah mereka mengenali Rasulullah SAW melebihi mereka mengenali diri sendiri. Wallahualam. – HARAKAHDAILY 13/12/2014

Awasi pemberontakan terhadap jamaah kerana kecewa


















HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man mengingatkan para pendukung jamaah supaya berwaspada dengan golongan yang kecewa.

Ini, katanya kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah.

"Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini," tulis beliau menerusi facebook, seperti di bawah.

Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan.

Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Senyum.

Sumber HD - 19-10-2014

Sang presiden, si kambing hitam



















MAJDAN DAGANG | .

Sejarah Yang Ditinggalkan

Pada tahun 1955, Pilihan Raya Umum yang pertama diadakan dan PAS mencatatkan sejarah apabila memenangi 1 kerusi parlimen daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ketika PAS bergerak secara sendirian menentang Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC.

Pada tahun 1959, Pilihan Raya Umum kedua diadakan yakni selepas Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Dalam PRU ini PAS memperoleh 13 kerusi parlimen. Ada dua peristiwa penting selepas pilihan raya tahun ini iaitu Presiden PAS (ketika itu Yang Di Pertua) Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi dilantik sebagai ketua pembangkang pertama di parlimen Tanah Melayu.

Yang kedua, PAS membentuk kerajaan negeri di Kelantan selepas memenangi 28 daripada 30 kerusi Dun. Menteri Besar yang pertama yang dilantik melalui sistem demokrasi di Kelantan ialah Dato' Bentara Jasa Ishak Lotfi Omar dari PAS.

Selepas itu, perjalanan PAS dalam politik tanah air melalui jatuh dan bangun sama ada secara sendirian mahupun bersama rakan-rakan sekutu yang bertahaluf siasi.

PAS sedar bahawa rekod lama tidak akan menjamin kelangsungan parti ini. Lantas ketika era 80-an, PAS melakukan reformasi apabila membentuk kepimpinan ulamak bagi memantapkan organisasi parti dan badan dakwah. Badan yang digelar Majlis Syura Ulamak ini berperanan besar bagi menghadapi gelombang perjuangan yang kian rencam dan mencabar yang memerlukan kefaqihan politik yang tinggi.

PAS yang ada pada hari ini telah melalui pelbagai pahit maung, fitnah, khianat dan segala macam lagi.

Hikmah daripada Krisis

Hari ini, PAS sekali lagi melalui ujian ketahanan, ujian fitnah dan ujian khianat. Sepanjang sejarahnya, hanya mereka yang jujur dan ikhlas dapat kekal lama. Bagi mereka yang mengejar pangkat, harta dan populariti akan tersinggkir dengan sendirinya.

PAS ada sejarah tersendiri apabila menyingkirkan presidennya! Apalah sangat jika timbalan presiden, naib presiden, AJK pusat, ketua pemuda, pesuruh jaya negeri dan YDP kawasan. Di dalam PAS, perjuangan dan prinsip Islam yang dianutinya lebih penting daripada individu. Ahli PAS amat sedar tentang itu.

Oleh itu, krisis di Selangor ini sekali lagi akan memperlihatkan wajah sebenar diri kita, di mana kita berada.

Sebagai sebuah parti yang meletakkan al-Quran dan hadis sebagai sumber tertingginya sudah tentu meletakkan kepercayaan kepada ulama untuk memimpin. Bukan seorang tetapi sekumpulan ilmuwan agama.

Oleh itu, apabila ada kalangan kita yang mula mempertikai dan melanggar arahan MSU dan presidennya secara terbuka, maka ada sesuatu yang tidak kena.

Etika Dalam Organisasi Atau Adab Berjemaah

Benar, presiden bukan maksum dan boleh dikiritik, tetapi mestilah dalam adab jemaah. Tetapi jika dilakukan berulang kali dan di forum terbuka mempertikaikan itu dan ini, tindakan itu tidak selari dengan adab kebiasaan.

Lihat sahaja Umno, adakah majlis tertingginya mempertikai presidennya secara terbuka sama ada dalam media atau forum? Mereka bukan parti yang meletakkan al-Quran dan hadis sebagai sumber tertinggi parti tetapi memahami etika organisasi – atau mungkin takut.

Yang banyak mengkritik presiden/perdana menteri ialah ahlinya yang tidak berjawatan besar atau ahli yang sudah tidak ada jawatan lagi dalam parti. Ruang untuk mereka mengkritik dalam mesyuarat parti sudah tidak ada dan tentunya hanya di media sosial atau forum sahaja tempatnya untuk berbuat demikian.

Sepatutnya, begitulah kita yang diasuh dengan adab dalam berjemaah. Kita boleh bertegang urat dan menghentak meja tidak bersetuju dengan presiden tetapi mestilah di dalam mesyuarat sebab kita berjawatan dalam parti, bukan menyerangnya di luar.

Yang berlaku kini, perbahasan di dalam mesyuarat pun ada yang dibocorkan kepada pihak luar secara terbuka – kita patut malu dengan Umno.

Hatta, dalam PKR sendiri ahli majlis tertingginya tidak menyerang presidennya secara terbuka dalam media mahupun dalam forum.

Jika AJK PAS pusat tidak tahu adab menegur dalam jemaah, takkanlah etika menegur dalam organisasi pun mereka tak tahu. Kecualilah mereka buat-buat tak tahu.

Mencari Kambing Hitam

Kenapa tiba-tiba presiden dan MSU menjadi sasaran serangan dan menganggap mereka sebagai pihak yang salah.

Tidak lain dan tidak bukan kedua-duanya – presiden dan MSU menjadi penghalang utama kepada cita-cita politik mereka – matlamat menghalalkan cara – yang bertentangan dengan prinsip Islam yang didokong teguh oleh presiden dan MSU iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Jalan mudahnya jadikan penghalangnya sebagai kambing hitam dan mana-mana institusi yang sejalan dengannya.

Prinsip perjuangan ditolak ketepi asalkan hajat dihati dapat dicapai. Hilanglah segala wala’ dan thiqah. Hilang segala adab dan susila hingga sultan pun mahu dilanggar. Hilang kewarasan sehingga sahabat disangka hantu.

Maka digunakan segala upaya yang ada – termasuk gunting dalam lipatan untuk melemahkan dan menghodohkan kedua-dua institusi ini. Akhirnya mereka berharap rakyat biasa akan nampak bahawa presiden dan MSU lah yang bersalah dan buruk sehingga kita terlupa siapakah yang sebenarnya pembikin onar.

Jika anda peka dan rajin, lihat-lihatlah kembali beberapa detik penting dalam politik tanah air termasuk perancangan 16 September pasca PRU13 beberapa tahun yang lalu, kemudiannya diikuti dengan pelbagai perancangan termasuk langkah yang sumbang di Kajang.

Jika situasi ini kembali reda pun, luka yang sembuh tetap ada parutnya. Ya mungkin ada yang berkata, carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga. Namun, mana-mana bulu yang sudah rosak, eloklah dibuang sahaja, biarlah tumbuh bulu yang baru yang mudah dibentuk kerana akarnya masih lembut. – HARAKAHDAILY 10/9/2014

Sumber HD - 10-9-2014

No comments:

Post a Comment