BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, December 11, 2014

PENGAMATAN RAKYAT


Jika Di Tanah Jawa Terkenal Dengan Wali 9, Di Tanah
Melayu Terkenal Wali 7


Posted on Saturday, May 07 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mereka pernah berperanan di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara abad ke19
dan awal abad ke20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah barat dengan benteng iman, ilmu dan
amal.

Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah masing-masing dalam
perjuangan jihad mereka bagi menyemarakan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu
sehingga kini begitu sinonim Melayu-Islam. Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi
 terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan
semula Islam.

Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui (wallahu alam).
Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah SWT
dan RasulNya. Mereka adalah kekasih Allah:

HABIB NUH.

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang
dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul
keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin
bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau.
Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki
iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan
 Habib Salikin, yang meninggal di Daik.

TUKKU PALOH.

Nama penuh Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid
Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus juga mempunyai beberapa nama gelaran,
yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan
Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu.

Ayahanda Tok Ku Paloh pula adalah Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain bin Mustafa
al-Aidarus yang juga lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar Syaikh al-Ulama Paduka Indera
 pada zaman pemerintahan Baginda Omar. Tok Ku Paloh merupakan anak kedua daripada
perkahwinan Tok Ku Tuan Besar dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah. Tok Ku Paloh
mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu.
Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Sayyid Zain al-Aidrus yang digelar dengan Engku
 Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus digelar Tuan Ngah Seberang Baroh, Sayyid Mustafa
al-Aidrus yang digelar Tuan Dalam dan Sayyid Hassan yang dikenali Tuan Senik Parit. Adik-
beradiknya selain yang disebut itu ialah Sayyid Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embong
 Solok atau Tuan Kecik, Sayyid Abdul Kadir yang dikenali sebagai Engku Sayyid Syaikh Aishadat
dan Sayyid Hussain juga digelar Tuan Muda Wakaf. Manakala adik beradik perempuannya pula
terdiri daripada Tuan Nik, Tuan Hitam, Tuan Senik, Tuan Puteh, Tuan Mariam, Tuan Saripah dan
Tuan Wook.

TUAN TULIS.

Nama sebenar beliau ialah Ismail Jaaman. Beliau dipercayai lahir dalam tahun 1840an di Kampung
Talang iaitu dalam Daerah Kuala Pilah dan yatim piatu sejak kecil.

Apabila berusia lapan tahun, beliau mula hidup berdikari dan berakhlak mulia. Tuan Tulis mendapat
nama gara-gara kerajinan beliau menyalin isi kitab-kitab yang dimilikinya atau didakwa pernah
menjadi jurutulis gurunya. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau menulis kerana tidak mampu
membeli kitab-kitab pengajian maka beliau terpaksa menyalin semula kitab-kitab yang dipelajarinya. Tuan Tulis menulis seolah-olah seperti membaca kitab-kitab itu. Ada pula memanggilnya Tuan Tulus kerana sifat peribadinya yang tulus ikhlas dalam
 menyampaikan dakwah.

SYEIKH SAID AL - LINGGI.

Nama penuh Haji Encik Sa ‘id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris.
Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris
anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin ‘Amaluddin bin Awaluddin @ Dato' Awal bin Faqih@
Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya
 dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu.

Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang
berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau.

Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di Negeri
Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina
 Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah,
iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin
Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri
Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kola
 Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah yang pelik-
pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang walau sesen pun!

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal 
elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira'at al-Quran baik semasa tinggal di
Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai.
Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn adalah
seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada
satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan 
kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama'
yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang
tersendiri.

Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama' yang terkemuka
dan yang alim turun-temurun.

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat
atau yang ketiga daripada bulan Sya'ban tahun 1292″ (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18
September 1875. Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang
berkhidmat di Tanah Jawi.

Syeikh Muhammad Nor Al- Kholidi.

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi mula berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1884 dari
kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.

Turut berhijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkat-nya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama
lain. Mereka dari keturunan Mendeleng.

"Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah,
seorang menetap di Tapah, Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh
Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak pernah berpisah," kata Hajah Fatimah, 69
tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol
Pasar,Kuala Lumpur.

Hajah Fatimah mendapat cerita sahih tentang ayahnya itu daripada mulut emak tuanya sendiri iaitu
isteri Syeikh Muhammad Nor yang kedua, Hajah Halimah. Menurut cerita, Hajah Halimah adalah
isteri yang paling alim dan warak di antara tujuh orang isterinya. Malah Syeikh Muhammad Nor
pernah berkata bahawa Hajah Halimah adalah kitab tempat rujukannya dan tempat beliau
berbincang terutamanya tentang hal-ehwal kaum wanita. Dan Hajah Halimah juga membantu
suaminya mengajar dan membimbing kaum ibu secara terasing dari kaum lelaki.

Bersama Syeikh Zainal Abidin selaku pembantu kanannya, Syeikh Muhammad Nor meneroka
perkampungan Sg. Cincin serta berjuang membangunkan sistem hidup Islam di dalamnya. Tapak
perkampungan itu adalah tanah yang diwakafkan oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan
Selangor yang kelima (memerintah hingga 1938).

TUK KENALI.

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/
1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Ada meriwayatkan ini adalah
berdasarkan pelbagai cerita yang didengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan
ilmiah.

Pada tahun 1953, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid
ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama
menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan
ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf
an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang
Kenali ikut serta.

Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’,
Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali
ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang
pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa
ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang
sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya
dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970).

Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan
Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’
 saja tanpa menyebut nama lainnya.

Pada tahun 1969 diceritakan bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan
peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak
mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui
beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang
yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke
satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak
pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya.

Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka
beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram
ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah
 sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia
itu kepada murid-muridnya.

Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang
berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad
al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi
halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani.

Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah
mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh
Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya,
kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar,
Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan 
menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad
al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad
al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda
Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan
 sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad
al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad
al-Fathani.

Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya
bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan
bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud
bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin,
sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah ditemui meriwayatkan bahawa orang yang pernah
belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang
murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya.
Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang
pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya
sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka
termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini
daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah,
yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah
 pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji
Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu
disebutkan.)

Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok
Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan
dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun
menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan
oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini
didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama
terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu
mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah
 Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan
hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di
Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya
tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud
Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M.

Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam
bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, selesai
 penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf.

Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul
Asma’ wal Af’al. Dicetak oleh Mathba’ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan
Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil
 Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H.

Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau
ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad,
Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah
Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.

Abu Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin Qadhi Abu
Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20
Jumadil Awwal 1280H bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah. Nama timangan sewaktu
kecilnya adalah Che Megat. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Haji Muhammad. Nasir,
 seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang
kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul Qiyam. Kemudiannya beliau mashyur dengan nama Tuan Guru
Tuan Hussin Kedah.

Keturunan Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Kelompoyan Martapura Banjarmasin, 
Kalimantan, Indonesia. Dan beliau adalah dari keturunan seorang ulama yang sangat tersohor di
Nusantara iaitu Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pengarang kitab Sabil al-Muhtadin. Sejarah
kedatangan keturunan beliau ke Kedah adalah apabila datuk kepada datuknya yang bernama Qadhi
Haji Abu Su’ud diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan perjalanannya
pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Apabila sultan Kedah mendapat tahu kehadiran ulama
Banjar ini maka baginda Sultan Kedah telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah untuk
menjadi guru baginda dan juga rakyat Kedah.Di Kedah Qadhi Haji Abu Su’ud al-Banjari atas
kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari perkahwinan itu
memperoleh anak dinamakan Mas’ud, iaitu moyang kepada Tuan Hussin Kedah.

Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud selain menjadi
ulama di Kedah, beliau juga dilantik oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang
kerajaan Kedah ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan beliau gugur sebagai syahid
ketika peperangan menentang Thai.Pendidikan dan Membuka Pondok.

Tuan Hussin Kedah mendapat didikan awal dari datuknya Haji Muhammad Thayyib bin Mus’ud al-
Khalidi an-Naqsyabandi dipondok Titi Gajah. (Insyaallah, tulisan mengenai tokoh ini akan paparkan
keblog ini nanti). Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di di Pondok Bendang Daya,
Fathani. Beliau sempat belajar dengan Tuan Guru Syaikh Haji Wan Mushthafa bin Muhammad
al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syaikh Abdul Qadir bin
Syaikh Wan Mushthafa (Tok Bendang Daya II). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau
bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa al-Fathani (Tok Ayah Doi – pengasas pondok Gajah
 Mati, Kedah) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang Daya, Tuan Husein Kedah juga pernah belajar
di Pondok Semela, pondok dimana datuknya pernah menuntut ilmu. Tuan Hussain Kedah telah
merantau ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Perak untuk mendalami ilmu agama.

Setelah lama di perantauan mencari ilmu, beliau kembali ke Titi Gajah dengan niat untuk
membantu datuknya mengajar.Memang sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut, tidak lengkap
ilmu seseorang sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, yang merupakan pusat ilmu ketika
 itu. Maka pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama isterinya iaitu Wan Khadijah binti
Wan Yusuf untuk mengerjakan haji dan menambahkan pengetahuan agamanya. Ketika di Mekah
beliau sempat berjumpa dan berguru dengan ulama-ulama besar disana seperti Syaikh Abdul Qadir
 bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syaikh Muhammad bin Sulaiman
Hasbullah al-Makki, Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Umar Sumbawa, Syaikh Ahmad Umar
Bali, Syaikh Ahmad Lingga, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.

Apabila Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896M, beliau meneruskan pengajarannya
di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau ditawarkan untuk membuka pondok di
kampung Alor Ganu, sebuah perkampungan yang berhampiran.

Beliau menerima tawaran tersebut dan mengajar di sana selama tiga tahun. Pada tahun 1900, beliau
berpindah Bohor dan membuka pondoknya di sana. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok
Bohor berumur antara 15 hingga 60 tahun.

Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana disediakan untuk orang yang sudah
berkeluarga dan Pondok Luar untuk anak-anak bujang. Tuan Hussin mengendalikan pondoknya di
Bohor selama 12 tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan “Tuan Hussain Bohor”.

Justeru itu, amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah
daripada Allah SWT pada 7 tokoh Melayu ini. Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah"

Sumber FB
Pendekar Jerung Merah

Sumber TKO - 7-5-2016



Kerana 'peti ais bodoh', dua beradik dapat peti ais baharu

Posted on Friday, May 06 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MINGGU lalu, viral sebuah video yang memaparkan gelagat dua beradik yang kecoh apabila pintu 

peti ais di rumah mereka yang tercabut.

Apa yang mencuit hati netizen adalah kesungguhan mereka yang cuba membaiki pintu peti ais 

berkenaan, namun dalam masa yang sama, masih sempat 'bercekau' sesama sendiri.

Menerusi video itu, dapat didengar dengan jelas suara seorang wanita yang dipercayai ibu dua 

beradik berkenaan, memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.

Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan adiknya, sambil mulutnya 

membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai 'bodoh'.

https://www.youtube.com/watch?v=UCpd47nmNco&feature=

player_embedded

"Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si 

abang dalam loghat utara.

Tidak dapat dipastikan sama ada peti ais itu dapat dibaiki.

Namun mungkin sudah rezeki, mereka sekeluarga menerima cenderahati sebuah peti ais baharu 

selepas menjadi tetamu rancangan Meletop Kebaboom, dua hari lalu.




Mereka juga sempat beramah mesra dan ke udara bersama krew pagi Sinar FM, Sepahtu.

https://video-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t42.1790-2/13160987_246544869038678_617132450_n.mp4?efg=eyJybHIiOjM1MSwicmxhIjo3MTcsInZlbmNvZGVfdGFnIjoic3ZlX3NkIn0%3D&rl=351

&vabr=195&oh=43fd4e2086f1ddf81fda9776eb53ef64&oe=572C0C3F

Nampaknya 'kenakalan' mereka yang satu ini menjadi kenangan manis yang akan diingati 

sepanjang hayat.                                                  

Sumber TKO - 6-5-2016







Hari pekerja 1 Mei, Malaysia tunggu saat 

kehancuran

AHMAD MARZUK SHAARY | .

DALAM sejarah tercetusnya Hari Pekerja, 5 September 1882, di jalan raya  New York, berarak
20,000 kaum pekerja  melaungkan slogan menuntut " 8 Jam Kerja, 8 Jam Rehat, 8 Jam Rekreasi."

Namun hakikatnya  Hari Pekerja, 1 Mei 2016 di Malaysia, menampakkan 24 jam  kezaliman yang
dilakukan oleh pemerintahan BN terhadap kaum pekerja.

Lebih 400,000 tiada pekerjaan. 200,000 daripadanya adalah mahasiswa. Belum pun bekerja,
mahasiswa diburu hutang PTPTN. Yang telahpun punyai pekerjaan sebelum ini, mulai kehilangan
pekerjaan.

Kaum pekerja yang berkhidmat cemerlang dalam kerajaan pula dizalimi, hanya pengampu dinaikkan
pangkat. Bukan setakat Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Polis Negara dipersoalkan oleh
Rakyat.

Bahkan guru guru di sekolah, petani di sawah serta nelayan di laut juga dizalimi oleh pemerintah
BN. Tiada jenis pekerjaan dan pekerja yang tidak terkena tempias kezaliman pemerintahan BN.

Sebenarnya tuntutan terbesar Hari Pekerja di Malaysia pada hari ini,1 Mei 2016 adalah, kerajaan BN
patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang ahli, yakni berpaksikan agama dan kebenaran.

Peringatan Rasulullah "Jika kamu menyerahkan urusan kepada yang bukan ahlinya, nescaya
tunggulah saat kehancurannya." Menyerahkan urusan negara kepada BN, Malaysia menunggu saat
kehancurannya.

Pada kesempatan ini, saya menyeru jutaan pekerja dan keluarga mereka di Sarawak, supaya menolak
Barisan Nasional, seterusnya memilih calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), dalam Pilihan
Raya Umum DUN Sarawak Ke-11. – HARAKAHDAILY 1/5/2016

Sumber HD - 1-5-2016



Pengarang NST sah letak jawatan, enggan beri sebab

Posted on Monday, May 02 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Berita









Pengarang kumpulan News Straits Times (NST), Mustapha Kamil Mohd Janor disahkan telah
meletakkan jawatan namun tidak mengulas lanjut berhubung tindakannya itu.

Mustapha menamatkan tempoh perkhidmatannya selama 26 tahun dengan akhbar berbahasa
Inggeris itu hujung bulan ini.

“Ya, benar, Saya telah meletakkan jawatan, berkuat kuasa hujung bulan ini,” ujar beliau kepada
Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa keputusannya itu ada kaitan
 dengan tuduhan "campur tangan" dalam jabatan pengarang, wartawan veteran itu tidak mahu
mengulas.

“Tiada sebab. Saya hanya mengesahkan saya telah letak jawatan,” jelasnya.

Menurut profil awamnya, Mustapha menyertai NST sebagai pelatih pada 1989, sebelum diambil
bekerja sebagai wartawan kadet Business Times.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai koresponden luar negara NST di New York mulai 1999
hingga 2002.

Sebelum jawatan semasa, beliau pernah menjadi pengarang urusan Business Times dan bahagian
Lifestyle.

Pengunduran wartawan veteran

Peletakan jawatan oleh Mustapha Kamil dibuat sejurus selepas Berita Harian - penerbitan lain
di bawah kumpulan NSTP - menghentikan kolum yang dikendalikan Abdul Kadir Jasin yang
diberi nama ‘Kunta Kinte Original’.

Abdul Kadir, yang mana penulisannya disifatkan sebagai terlalu kritikal terhadap Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, pernah mengatakan ada “kuasa lebih besar” yang
mampu menolak cubaan Berita Harian untuk mempertahankan kolumnya.

Awal tahun ini, Ku Seman Ku Hussain, meletakkan jawatan sebagai pengarang Mingguan 
Malaysia, menamatkan kerjaya 32 tahunnya bersama Kumpulan Utusan.

Sumber TKO - 2-5-2016



Benarkah Harga Nissan Note Nismo Serendah RM59 Ribu?


Posted on Tuesday, April 26 @ 00:41:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEJAK beberapa minggu lalu, tersebar beberapa gambar berkenaan spesifikasi dah harga terbaru 

Nissan Note Nismo yang mana membuatkan ramai netizen berminat untuk memiliki serta 
mengetahui lebih lanjat tentang model kereta ini.
Tidak dinafikan, ianya mempunyai rekabentuk yang sangat menarik dan mampu memikat
pandangan hanya kali pertama melihatnya.

Ditambah pula dengan tanda harga RM59,400 sebuah, begitu ramai yang bertanyakan soalan
berkenaan benarkah harga yang ditawarkan adalah begitu rendah, yang mana jika ianya benar,
pastinya membuatkan pemandu Myvi SE merasa sedikit terkilan.
nism note2
nismoking
Sebelum segala persoalan anda terjawab, mari kita lihat akan spesifikasi Nissan Note ini yang
telah dilancarkan di Jepun sejak pertengahan tahun 2012 lagi.

Nissan Note merupakan sebuah kereta mini MPV yang setara kategori dengan model Honda Jazz,
Perodua Myvi dan Proton Iriz dalam segmen B (sedan bersaiz kecil).

Nissan Note yang berada di pasaran pada waktu ini merupakan model generasi kedua selepas
generasi pertama pada tahun 2005.

Berkenaan Model Nissan Note Nismo yang sedang hangat diperkatakan netizen pula, ia telah
dilancarkan di Jepun dengan harga 1.95 million yen (RM59,400) dan model Note Nismo S pula
berharga 2.2 milion yen (RM68,300).
Nissan-Note-Nismo-Live-0004

E12-141010-27-e1413232445204

nismo
Versi Nismo ini merupakan penaiktarafan daripada versi asal Nissan Note, yang mana pelbagai
ciri-ciri menarik diterapkan seperti gril kustom dibahagian hadapan dan bampar belakang yang
telah diubahsuai agar lebih aerodinamik.

Nissan berkata, pasukan Nismo telah menentukan jenis tayar, suspensi dan juga ciri aero yang
bersesuaian untuk dipadankan dengan model Note Nismo ini di mana penggunaan sistem
suspensi yang sedikit rendah agar lebih stabil sewaktu membelok.

Tempat duduk bucketseat juga telah ditampilkan pada model Nismo S sebagai elemen standard,
dan pilihan bagi versi Nismo. Manakala tempat duduk Recaro juga turut ditawarkan sebagai
pilihan.

Berbalik kepada harganya, kini jelaslah tawaran tersebut adalah harga jualan di Jepun dalam nilai
ringgit pada waktu itu dan bukannya harga di Malaysia.

Jadi sekiranya ia dipasarkan di Malaysia, harganya pasti tidak akan menjadi serendah RM59,400
yang mana spesifikasi kendaraaan itu adalah dalam lingkungan harga Honda Jazz iaitu dari
RM70 ribu ke RM90 ribu atau mungkin lebih mahal setelah dikira dengan cukai sedia ada.

Sementara itu, pihak Tan Chong Motors, iaitu pembekal dan pengedar rasmi model Nissan di
Malaysia telah mengumumkan bahawa model Nissan Note ini akan mula dipasarkan pada
penghujung tahun 2014 namun sehingga kini ianya gagal direalisasikan.

Mereka masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang model Nissan Note ini
untuk pasaran Malaysia.-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=7fa-1xM-8UU&feature=
player_embedded

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=
A3_v_tOEfLE


Sumber TKO - 25-4-2016



Power Pakcik Ni, Sekali Tumbuk Lawan Terus ‘K.O’


Posted on Sunday, April 24 @ 20:46:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Rencah/Viral

KEBANYAKAN kita tahu maksud simpulan bahasa ‘penumbuk sulung' iaitu tumbukan padu
yang dilepaskan hingga mangsa terus rebah tetapi benar-benar menyaksikannya di alam nyata
boleh dikatakan jarang atau tak pernah jumpa lagi.

Bagaimanapun dalam satu insiden yang dipercayai berlaku di Ipoh pada 18 April lalu, kesan
penumbuk sulung yang hinggap ke muka dapat disaksikan.

Apa yang menarik, penumbuk sulung berkenaan dilepaskan seorang lelaki warga emas yang
bertubuh kurus dan masih memakai kain pelekat serta songkok.


https://www.youtube.com/watch?feature=player_
embedded&v=jBpV2lsvezc


Sebaik sahaja terkena penumbuk pakcik berkenaan, mangsa terus terlentang jatuh ke jalan.
Difahamkan kejadian berpunca daripada kes gesel kereta sahaja.

Apa pun tak kiralah kes apa sekalipun, lebih banyak mudarat daripada kebaikan yang diperoleh
apabila seseorang itu melayan rasa amarahnya.

Bayangkan kalau mangsanya itu mati, apa nak jawab? - MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 24-43-2016


Netizen kecam rekaan Baju Melayu tanpa baju

Posted on Sunday, April 24 @ 20:13:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal dikecam selepas 

membabitkan rekaan yang dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidifitri.

Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu memperaga sesetengah model yang mengenakan

 koleksi yang hanya berseluar.
Tindakan Anuar memuat naik beberapa keping gambar rekaannya laman sosial Instagram menarik 

perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu
mendedahkan aurat.

"Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat" katanya.

Selain, "Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting
selitkan warna-warna Aidilfitri," kata abam_ad96 pula.

Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran
pereka biasa.

"Creative people thinks outside the box.. good job," kata ronn_luffy.


Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai
rekaanya itu.

Sumber TKO - 24-4-2016



Maksud Disebalik Nombor 786 Yang Selalu Ada Di Papan
Tanda Kedai Mamak


Posted on Sunday, April 17 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Selongkar

Ketika mencari beberapa info di Google... saya terbaca artikel ini dalam Blog 'Demi Pena'.. dan
penerangannya memang terperinci bersesuaian dgn apa yg telah aku cari selama ini.. aku selalu
terlihat tanda '786' ini di paparkan di 'signboard' kedai makan India Muslim.. dan aku pernah
terdengar dalam kandungan lirik lagu kumpulan muzik di Malaysia yg bunyinya lebih kurang
begini "786 Alhamdulillah syukur".. aku sering tertanya apa maksud 786 dalam Islam..

dan pernah ternampak dalam movie Bollywood yg dilakonkan oleh hero kegemaranku ShahRukh 

Khan yg di penjara kerana kesalahan mencintai seorang wanita hindu yg di lakonkan oleh Priety 

Zinta.. dalam penjara tersebut Shah Rukh Khan di panggil dengan nama '786' yg di anggap suci... 

dan hari ini.. segala persolan mengenai nombor ini telah terbungkai.. terima kasih yg tidak 

terhingga kepada saudara AlFaisal empunya 'Demi Pena".. semoga segala usaha saudara AlFaisal 

diberkati Allah SWT dan mendapat keredaanNYA... Amin

*saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan menyerang secara peribadi mana-mana pihak tetapi 

untuk menjelaskan sesuatu bagi menghilangkan kekeliruan dan mengharap keredhaan-Nya. yang 

baik dari Allah dan yang buruk natijah dari kelemahan saya sebagai hamba-Nya namun tiap satu 

kejadian itu tetap dari Allah.

Dalam saya melayari forum-forum baru-baru ini, saya tak sangka sehingga hari ini masih ada 

yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-

Rahmani-Rahim). Dalam forum sebuah kumpulan penyanyi remaja yang agak dikenali dewasa 
ini, penggunaan 786 sebagai penggati Basmalah masih dipertahankan. Kasihan melihat 
sesetengah mereka yang tidak banyak ilmu agama disuruh rujuk pada sebuah website kumpulan 
anti hadis mengenai 786. Dengan ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan 
sekadar kemampuan agar tiada dari kita tertipu lagi terutamanya golongan remaja yang dewasa 
ini mungkin semakin kerap dimomokkan dengan angka tersebut.

Asal-Usul Angka 786

Agak perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini.Nombor 786 ialah jumlah beberapa 
nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi 
nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas 
Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak 
digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam 
sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan 
ia sesat lagi menyesatkan.

Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)

ب (1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)

Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

Menurut laman tersebut juga ada menyatakan, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah 
bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.

(to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers.)

Bid’ah Angka 786 Menggantikan Basmalah.


Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan 
dan panduan.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu 
bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia 
pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 
33:21]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya 
Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha 
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah 
Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan 
urusan agama adalah terlarang.

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:

Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang 
diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. [2]

Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:

dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka. [3]

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر

Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. 
Islam], akan ditolak [4]

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:

Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan 
agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu 
daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]

Dan berkata Ibnu Mas'ud :

"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal 
dengan cara lama)"

Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan 
kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah 
tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa 
kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh 
orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu
-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran 
pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?

"Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw 
mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan 
 nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira 
huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. 
Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. 
Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini". [6]

Fatwa negeri Johor Darul Takzim

Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini 
bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah 
satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam 
syariah serta akhlak Islam.

Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan 
Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan 
tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan 
penggunaannya serta merta. [7]

Kesimpulan
Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. 
Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah 
malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka 
tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan 
aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa 
berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-
Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu 
nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.[Al-Maidah 5:3]

Wallahua’lam

alFaisal

Cyberjaya
22 Ogos 2005
------------------------------------------------------------------------------- 

[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number "786" Substitute for the Basmallah? url 
:http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78709

[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam 
Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi 
(no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).

[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa'ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh 
Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu' al-Fatawa (3/58).

[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A'isyah (r.h).

[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – 
no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan 
Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin 
 Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.

[2] Rujuk
surat baginda pada Heraclius dalam Sohih Bukhari, Volume 1, Book 1, Number 6

[6] 1. Shikeh Muhammad Salih Al-Munajjid. The number 786 means 786 and nothing more url 

Sumber

Sumber TKO - 17-4-2016


Kenapa Sandaran Kepala Pada Kerusi Kereta Boleh dcabut
dan Besinya Tajam??


Posted on Thursday, April 14 @ 17:58:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Petua/Tips

TAHUKAH ANDA?..Bawah tempat sandaran kepala pada kerusi kereta sengaja dibuat agar boleh 

dicabut dan mempunyai besi tajam, gunanya untuk memecahkan cermin kaca kereta sekiranya 
berlaku kebakaran dan kecemasan. Cermin kaca pada kereta dibuat agar mudah dipecahkan dari 
dalam. Tidak ramai yang tahu tentang perkara ini, dengan itu mereka tidak boleh menyelamatkan 
diri sekiranya berlaku kecemasan.

Hah, apa lagi??? Sila kongsikan info ini dengan seramai mungkin untuk mendidik pengguna 

perkara2 yang berguna ketika kecemasan di sekitar mereka.

P/s: Merujuk kepada seat kereta yang standard keluaran kilang (rujuk gambar).Korang yang guna 

"Recaro Bucket Seats" dan species berkenaan jangan banyak tanya??

Kredit:


Sumber TKO - 14-4-2016



Pemandu teksi malukan pemandu Grab, penumpang

Posted on Tuesday, April 12 @ 01:08:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Berita
Bukan sahaja pemandu malah penumpangnya yang juga warga asing turut dimalukan menerusi
video itu.


PETALING JAYA:
Seorang pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian Grab dimalukan
oleh beberapa pemandu teksi dalam bandar yang bertindak seperti samseng.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sesawang Youtube, pemandu kereta jenis Proton Saga
model BLM yang merupakan seorang lelaki Melayu terpinga-pinga selepas kereta yang
dipandunya ditahan pihak berkuasa.

Kelibat anggota polis juga dilihat dalam rakaman yang berdurasi 2 minit 50 saat itu dan turut
dikongsi pengguna laman sosial.

Seorang lelaki dipercayai pemandu teksi telah bertindak merakam video dan ia dikatakan berlaku
malam semalam.

Berdasarkan suara pada audio dalam rakaman itu, lelaki yang merakam gambar turut
menggunakan bahasa kasar bagi tujuan menggertak pemandu berkenaan yang ketika itu bersama
dengan penumpangnya.

Penumpang yang menaiki kereta itu merupakan seorang lelaki dan dua wanita warga asing turut
dirakam gambarnya dan mereka didakwa di dalam video itu masuk ke negara ini tanpa dokumen
yang sah.

Menerusi pemerhatian juga, mereka ketika itu menunggu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) untuk mengambil tindakan ke atas pemandu Grab itu.-fmt

https://www.youtube.com/watch?feature=player_
embedded&v=ZDCp96vVKX4


Sumber TKO - 12-4-2016

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kenderaan Mahu Rosak

Posted on Sunday, April 10 @ 17:13:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Petua/Tips Tanda-Tanda Awal Gearbox Mahu Rosak_
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3
ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang
disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
  1. Lambat menukar minyak gear
  2. Tidak pernah tukar filter auto
  3. Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
  4. Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
  5. Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
  6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi
untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.
Tanda-tanda seperti:-
  1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
  2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau 
  3. dari P ke D)
  4. Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 
  5. ke 4
  6. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  7. Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
  8. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar
  9. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan
berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa
menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah
tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda
sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
  1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  2. Tukar minyak auto
  3. Tukar mounting gearbox
  4. Tukar pin pada panel gear
  5. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear
seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan
membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan
minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus
diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau
melanggar becak yang besar.
Minyak pelincir kotak gear gred EP90
Minyak pelincir kotak gear gred EP90
EP90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.
Manakala, untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000
kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar
minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip
transmisi berlaku.

Sumber TKO - 10-4-2016



Tips Penjagaan Air-Cond (Simple Guide)

Posted on Saturday, April 09 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Petua/Tips

Ada beberapa bahagian yang perlu diperiksa untuk memastikan tahap kualiti air-cond.

1. Selalu periksa kebocoran (sebulan sekali) dengan menyiram air sabun pada paip air-cond. Ini
bagi memastikan tiada kebocoran dan mengekalkan tahap puas hati air-cond.
Isi Gas Air-Cond
Isi Gas Air-Cond
2. Apabila hidupkan enjin kereta, jangan hidupkan terus air-cond. Biarkan 2-3 minit enjin panas,
baru hidupkan air-cond dan tunggu lagi 2-3 minit untuk memulakan perjalanan. Jika tidak,
compressor air-cond mudah rosak.
Tukar Cooling Coil
Tukar Cooling Coil
3. Selalu periksa bahagian belt air-cond, pastikan tidak kendur kerana jika kendur ianya juga
boleh merosakkan compressor.

4. Jangan matikan enjin tanpa mematikan air-cond dahulu.

Sumber TKO - 9-4-2016



Posisi betul cermin sisi kereta

Posted on Monday, April 04 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Antara aksesori paling penting dalam sesebuah kenderaan ialah cermin sisi.

Walaupun ramai penunggang motosikal membuang cermin sisi mereka atau memasang cermin sisi
sebesar siput sedut atas alasan cermin sisi itu hodoh dan mereka sanggup mati dari motosikal
mereka kelihatan hodoh, cermin sisi bertanggung-jawab mengelakan kemalangan ketika memandu.
 Malah, ramai pemandu kereta yang berkata mereka tidak boleh memandu tanpa cermin sisi.


Dalam tahun 1995, Persatuan Jurutera Automotif (SAE) telah menghasilkan satu kertas kerja
mengenai kedudukan cermin sisi yang mampu mengelakan titik buta (blind spots).

Menurut kertas kerja tersebut, pemandu sepatutnya memastikan pemandangan dalam cermin sisi
itu bersambung dengan pemandangan yang diberika oleh cermin pandang belakang di dalam kereta
kita.

Ini bermakna, posisi cermin sisi perlu jauh ke luar dan tidak menampakan badan kereta kita
sendiri. Sememangnya cara ini perlu dibiasakan kerana bila kita tidak dapat melihat badan kereta
kita sendiri, secara automatik kita rasakan wujud ruang atau titik buta di situ. Sebenarnya tidak
kerana ruang itu boleh dilihat dengan cermin pandang belakang.

Apapun, bagi mereka yang telah mencubanya dan sudah biasa dengannya, ia adalah posisi cermin
sisi terbaik.

Sekiranya kenderaan anda tiada sistem BLISS (Blind-spot Indication System) seperti di dalam
Volvo atau jenama premium lain, mungkin kita boleh mencuba cara ini.

Gambarajah di bawah di ambil dari laman web Car and Driver
cleanup-blindspots-photo-519796-s-original copy
Fig 1 (cara SAE)

Bila cermin sisi diubah untuk menyambungkan pemandangan belakang yang diberikan oleh
cermin Fig 3, gambar kereta sendiri yang berwarna biru tidak kelihatan. Tetapi yang penting,
kereta merah di belakang jelas kelihatan.

Fig 2 (cara lama)

Ini ialah cara posisi cermin sisi yang dilakukan oleh hampir semua pemandu dan seperti yang anda
lihat, kereta merah di belakang tidak kelihatan.

Fig 4 (cara SAE)

Posisi SAE membuktikan walaupun cermin sisi diletakkan jauh keluar, kereta hijau di belakang
masih kelihatan.

Fig 5 (cara lama)

Sama seperti dalam posisi cermin sisi lama yang biasa kita gunakan. Tetapi jika kereta hijau itu
semakin hampir, ia akan hilang dari pandangan.

Sumber TKO - 4-4-2016


80% penagih dadah adalah Melayu

Posted on Sunday, April 03 @ 22:39:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Kita diberitahu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed,  80% daripada 127,

606 penagih dadah di dalam negara ini adalah Melayu.

Kahbar ini, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), antara tahun 2013 

sehingga 2015, 80% daripada 127,606 penagih dadah adalah Melayu.
Kahbar ini adalah kahbar yang benar dan kahbar yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.
Sesungguhnya dadah adalah musuh Negara juga penagihnya sejumlah 80 peratus Melayu itu adalah 
musuh Negara yang berbahaya.

Kita dikahbarkan bahawa Negeri yang mempunyai bilangan penagih paling ramai ialah Pulau 
Pinang dengan 18,889 kes.


Persoalan yang timbul, mengapa lapan puluh peratus orang melayu. Pasti ada yang tidak kena 
dengan bangsa melayu ini.

Melayu adalah bangsa penduduk asal tanah melayu sebelum nama Negara ini ditukar kepada 
Malaysia pada tahun 1963.

Tanah Melayu adalah Negara orang melayu.Istilah Melayu bermakna suatu bangsa yang mendiami 
Negara ini sejak sekian lama.

Kita tidak boleh lupa bahawa tanah melayu telah di jajah oleh Portugis sejak 1511 hingga 1641 
selama 130 tahun.Dijajah oleh Belanda sejak 1641 hingga 1824 selama 183 tahun. Di Jajah oleh 
Bristish 1 sejak 1824 hingga 1942 selama  118. Dijajah oleh Jepun 1942 hingga 1945 selama 3 tahun dan dijajah oleh British 2 sejak 1945 hingga 1957. selama 12 tahun.446 tahun tanah melayu dijajah.

1957 tanah melayu merdeka.Selepas namanya ditukarnya kepada nama Malaysia maka penduduk 
yang mendiami Negara ini pelbagai kaum dan bangsa. Ada China dan ada India dan kaum kaum 
lain di Sabah dan Sarawak.

Mengapa melayu? tidak china dan tidak India 80 peratus menjadi penagih dadah di Negara ini. 
Mungkin jumlah penduduk China dan India manoriti.

Sesetengah mengatakan Melayu memang bangsa yang pemalas. Menteri dalam negeri pernah 
berkata Melayu malas. Malas bekerja. Malaslah punca orang Melayu jadi begitu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika jadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dahulu 
pernah berkata orang melayu pandai beranak tapi tak pandai bela anak. Betulkah begitu.

Akan tetapi perlu dingat, Melayulah yang jadi perdana menteri .timbalan perdana menteri. melayu 
yang jadi menteri dan timbalan menteri.

Pasti puncanya duduk disini. Jika melayu malas pasti perdana menteri dan timbalan perdana menteri, menteri menteri dan timbalan timbalan menteri pun malas.Bukan malas kerja. Kerja rajin tetapi malas
 fikir mengenai nasib bangsa sendiri.

Mereka lebih utamakan diri sendiri dan  pentingkan diri sendiri berbanding pentingkan rakyat dan 
bangsanya yang pemalas.

Jika orang melayu Malas perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para pemnerilah yang 
wajar lakukan inisiatif agar orang melayu jadi rajin menerusi system pendidikan negara.

Yang peliknya, perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para menteri dan para timbalan  
menteri asyik duduk kumpul harta untuk jadi jutawan dan membiarkan orang melayu pada papa 
kedana dan hidup menderita.

Dan selari dengan istilah Malaysia. Malay bahasa Engglish. Diterjemahkan kepada bahasa melayu, 
malay itu, Melayu.

Kita sedia maklum bahawa melayu bangsa penduduk satu Malaysia.Persoalan yang timbul 
perkataan “sia” diambil dari perkataaan apa pula.

Diambil daripada perkataan Asiakah, kerana Malaysia duduk dibawah Negara Negara Asia.

Akan perlu dingat, perkataan “sia” itu adalah istilah bahasa melayu iaitu “sia sia” yang maknanya 
tidak memberi faedah. Tidak mendatang apa apa faedah.

Maka sesungguhnya pembangunan ekonomi Negara tidak memberi manfaat kepada orang melayu.
Malah orang melayu sudah dipinggirkan oleh kerajaan yang memerintah.

Bukan setakat itu sahaja malah orang melayu dihalau keluar dari bandar bandar oleh kerajaan 
orang melayu sendiri kerana tidak boleh bersaing dengan bangsa China yang mendapat peluang 
peluang keemasan dari parti umno yang membela orang melayu konon.

Kini, orang china dibawa masuk kekampung kampung melayu oleh para pemimpin Melayu yang 
pentingkan diri sendiri dan sedang asyik mengumpul harta sebanyak mungkin untuk simpan dalam 
bank bank diluar Negara.

Bayangkan ia sia sia sahaja.Perlu juga ingat kata kata sia jika ditambah dengan huruf L di 
belakangnya jadilah ia “sial”.


Sial, pada istilahnya ia tidak bagus dan buruk. Ia sepadam dengan 80 peratus penagih dadah adalah
Melayu. Demikian status qua orang melayu di Negara satu Malaysia ini.

Sumber TKO - 3-4-2016




INILAH Cara Baiki Gearbox Auto Yang Ramai TAK 
TAHU !!


Posted on Friday, March 25 @ 13:09:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"gearbox autoRamai pengguna kereta hari ini menggunakan gear auto khususnya
pengguna di bandar- bandar besar yang sering mengalami kesesakan.
Gear auto mudah rosak jika tidak diselenggara dengan betul. Jika tidak
kena caranya kos membaikinya boleh mencecah ribuan ringgit.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman membaiki gear auto ini dengan
pembaca. Ini memudahkan anda yang mempunyai masalah yang sama
mengambil tindakan yang serupa supaya kita tidak ditipu oleh pomen
yang tidak bertanggungjawab.

Saya pakai Proton Putra 1.8 auto sudah 13 tahun. Baru-baru ni gearnya meragam. Masuk gear 4 dia
slip, gear macam free dan enjin mengaum. Tapi bila off Over Drive, ok pula. Tapi gear sampai 3
sahajalah dan bila bawa kereta enjinnya terasa berat dan RPM tinggi.

Bila jumpa pomen macam-macamlah dia punya teori. Valve body kotorlah. Kena overhaullah atau
beli gear second hand. Harganya dekat 2 ribu. Memang pomen cap ayam. Saya cuba cari sendiri
masalahnya. Saya search google dan saya temui jawapannya.

Saya kena tukar end clucth sahaja. Jadi saya berbincang dengan pomen yang pandai dan tahu
masalah ni. Sekarang gear kereta saya dah ok. Harga end clucth terpakai hanya sekitar RM350
ringggit dan kos baikinya tak sampai RM500 ringgit.

Jadi nasihat saya kat pengguna kereta auto berhati-hatilah hantar kereta ke bengkel kereta untuk
membaiki kerosakan. Pastikan pomen tu betul-betul mahir. Pomen cap ayam ada di mana-mana
sekarang. Mereka tahu kaut untung sahaja. Satu lagi bagi pengguna kereta auto ni, mereka
hendaklah sentiasa menjaga minyak ATF. Tukar setiap 20 ribu km bersama penapisnya.
[BACA LAIN-LAIN ARTIKEL..]

Sumber TKO - 25-3-2016



5 Trik Pakai Baju Kemeja Lebih Kemas Yang Ramai Tidak
Tahu


Posted on Friday, March 18 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis 

atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri 
yang lebih tinggi.

Hari ini kami kongsikan 5 trik bagaimana untuk kelihatan lebih kemas apabila menggenakan baju 

kemeja.

1 - Pakai baju singlet bewarna grey di belah dalam jika memakai baju kemeja berwarna 

putih.

Jika ingin memakai baju kemeja bewarna putih, pastikan pakai baju kemeja bewarna grey di belah 

dalam. Ini kerana warga grey akan lebih 'matching' dengan tona kulit.
Singlet putih di dalam
Singlet grey di dalam

2 - Lipat separuh sebelum lipat penuh.
Untuk lipatan lengan yang sempurna, lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya dengan 

penuh supaya lipatan kelihatan lebih kemas.



3 - Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum 'tuck ini'.
Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum memasukkan baju ke dalam seluar supaya 

nampak lebih kemas. Jika tidak, baju kemeja akan nampak menggelebeh.
tarik lebihan baju ke sisi belakang.
sebelum
selepas
4 - Kemeja yang panjang untuk 'tuck in', kemeja yang pendek untuk 'tuck out'.
Kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang panjang direka untuk dimasukkan ke dalam seluar 

manakala kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang pendek direka untuk dibiarkan sahaja di 
luar. Jadi jangan tersilap ya :-).
Kemeja panjang seperti ini direka untuk dimasukkan ke dalam seluar
Kemeja pendek seperti ini direka untuk dibiarkan di luar.

5 - Guna 'collar stays' untuk kolar yang lebih segak.
Ruang kecil di bahagian bahagian kolar baju bertujuan untuk "collar stays" (plastik yang diletakkan 

di bahagian kolar). Jadi, jangan buang dan pakainya supaya kolar anda kelihatan lebih formal dan 
tidak royok.






- Siakapkeli.my
Sumber : Buzzfeed. 


Sumber TKO - 18-3-2016 






















5 Tabiat Ini Perlu Anda Elak Ketika Memandu Kereta
Transmisi Automatik


Posted on Sunday, March 13 @ 07:56:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Memandu kereta bertransmisi automatik lebih mudah jika dibandingkan dengan membawa kereta 
bertransmisi manual, tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak supaya kereta anda lebih 
terjaga.

Satu video yang dimuat naik oleh Jason Fenske dari EngineeringExplained di Youtube, menjelaskan 
beberapa tabiat buruk memandu kereta automatik yang mungkin boleh membahayakan kereta. 
Fenske bukan sahaja menjelaskan tabiat yang perlu dielakkan, malah dia juga turut menjelaskan 
secara teknikal kenapa ia perlu dielakkan


1 - Jangan sesekali menuruni bukit dalam keadaan 'Neutral'.
Menurut Fenske, sesetengah orang mempunyai tabiat meletakkan kereta dalam keadaan neutral 
ketika menuruni bukit dengan alasan untuk menjimatkan minyak. Namun kata Fenske, enjin zaman 
moden mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan minyak jadi meletakkan kereta dalam 
keadaan 'neutral' ketika menuruni bukit untuk menjimatkan minyak adalah mengarut. Malah ia 
boleh membahayakan kerana anda kehilangan beberapa kawalan terhadap kereta anda ketika ia 
dalam keadaan 'neutral' (seperti memecut).

2 - Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.

Di dalam 'point' kedua, Fenske berkata jangan sesekali menukar arah(ke hadapan atau ke belakang) 
tanpa berhenti sepenuhnya. Jika tidak, anda akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang 
terpaksa bekerja sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda rosak.


3 - Jangan sesekali tekan minyak dalam keadaan 'neutral' kemudian pecut.
Mungkin tabiat ini dilihat sebagai trend, tetapi tabiat menekan minyak dan meletakkan kereta 
dalam 'drive' boleh menyebabkan sistem transmisi anda lebih cepat haus. Dan sistem transmisi 
sangat mahal untuk ditukar ganti.


4 - Tak ada sebab untuk letakkan kereta anda dalam keadaan 'neutral' ketika menunggu 
lampu isyarat merah. (Gunakan brek untuk menunggu)

Ketika di lampu merah, Fenske menasihati pemandu supaya menggunakan brek untuk menunggu. Rasionalnya, Fenske berkata kereta lebih mudah bergerak dari keadaan brek jika dibandingkan dari 
keadaan "neutral" ke "drive".

**Nasihat kami, jika anda perlu menunggu lama, lebih baik letak kereta dalam keadaan 'neutral'. 
Jenuh kaki nak tekan brek. ;-)

Tapi apa yang perlu anda 'take note' adalah terlalu kerap menukar gear dari 'drive' ke 'neutral' juga 
akan membawa kesan negatif terhadap sistem transmisi kereta anda.


5 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'Parking' sebelum ia betul-betul berhenti.
Sekiranya anda mahu 'parking' kereta anda, pastikan ia betul-betul berhenti sebelum meletakkan 
gear ke mode 'parking'. Jika tidak, anda boleh menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang 
mengunci sistem transmisi anda dari bergerak rosak.



Ingin lebih penjelasan teknikal? Tonton video ini :

Sumber TKO - 13-3-2016

Mat motor tidak semestinya mat rempit - 

peminat motor

KHATIJAH JISTOH DAN ANIS AMIRA | .


(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR: Memiliki motosikal dan gemar mengubah suai kenderaan beroda dua itu tidak
bererti seseorang itu adalah mat rempit atau samseng jalanan.

Namun, disebabkan tanggapan umum masyarakat yang sering 'disuap' dengan imej sedemikian,
hampir kesemua memberi label yang sama kepada penunggang motosikal.

Hakikatnya, hanya sebilangan kecil penunggang motosikal adalah daripada golongan itu, selebihnya
boleh dilabel sekadar 'Mat Motor', kata pengarah dan pelakon filem, Pekin Ibrahim, 34, yang juga menganggap dirinya sebagai golongan 'Mat Motor'.

Pekin yang telah mengarahkan filem Mat Moto, sebuah filem aksi permotoran berkata beliau
kurang gemar digelar mat rempit kerana perkataan itu membawa maksud negatif dan sering
dikaitkan dengan perlumbaan haram dan gejala sosial.

"Mereka yang digelar mat rempit ini juga selalunya 'keras kepala' terhadap undang-undang, berbeza
mereka yang digelar mat motor yang selalunya lebih prihatin," katanya kepada Bernama baru-baru
ini.

Namun, Pekin berkata, secara amnya tidak ada definisi tepat mengenai kedua-dua label ini, kerana
ia hanyalah gelaran diberi media massa dan bukan perkataan direkodkan kamus.

Pekin berkata beliau sendiri sebelum ini pernah disalah anggap oleh seorang wanita sebagai mat
rempit kerana menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Sementara itu, seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, mengaku pernah
terlibat di dalam aktiviti mat rempit.

Katanya, golongan mat rempit adalah mereka yang suka kebebasan, tunjuk lagak dan selalunya
bergerak secara berkumpulan.

"Tidak ada mat rempit yang bergerak solo," katanya dan menambah, kebanyakan motor yang
digunakan adalah jenis 'kapcai' atau motosikal kecil yang banyak diubah suai enjinnya supaya lebih
berkuasa.

Zaidi berkata, ini berbeza dengan mereka yang digelar mat motor, yang selalunya lebih banyak
melakukan pengubahsuaian dari segi kosmetik.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nasrudin Subhi berkata mereka yang terlibat sebagai mat rempit
adalah golongan yang berada di usia hujung remaja dan awal dewasa serta bujang.

"Darah muda, ada keinginan dan dia punya tahap keberanian yang tinggi. Bukanlah kategori
terlampau muda atau pertengahan dewasa yang bila mereka matang sudah pasti akan memikirkan
tentang masa depan mereka," kata Nasrudin kepada Bernama baru-baru ini.

Memandangkan usia mereka terlibat masih di peringkat remaja, Nasrudin mencadangkan supaya
golongan ini diberikan kelas-kelas kemahiran sebagai satu daripada outlet untuk mengisi masa
lapang.

"Ini sekali gus meningkatkan kemahiran dan membolehkan mereka menggunakan kemahiran
tersebut untuk menjana pendapatan secara kecil-kecilan kerana mereka yang merempit ini selepas
mencapai suatu tahap kematangan, mereka akan berhenti merempit," katanya.

Baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
mencadangkan untuk menyediakan trek perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu kota bagi
memenuhi kehendak dan minat anak muda, yang dikenali sebagai Mat Motor.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana mengaitkan pelumbaan
itu dengan Mat Rempit. - Bernama

Sumber HD - 6-3-2016


Masjid ini juga yang untung!

Posted on Monday, February 29 @ 00:21:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"Sejak dari kisah DR M buang DSAI suatu masa dahulu sampailah kehari 
ini, buatkan kita semua tak jadi kerja kerana memikirkan apa kisah 
selanjutnya lepas ini. Kisah ini semacam berulang semula dengan kisah 
DSAI dulu. Memang DSN ikut sebiji-sebiji cara dan gaya pemerintahan 
DRM ini. Malas nak kupas panjang-panjang kerana dulu (masa pemecatan 
DSAI) seharian tidak dapat tidur memikirkannya.' Buang masa jer dengan 
dorang ini'.

Ada satu kisah yg best, iaitu kisah satu masjid di Perak yang menarik, kerna dianugerahkan satu keunikan yang mungkin tiada di masjid yang lain....

Keunikan yang dimaksudkan adalah , dimasjid itu Allah letakkan sepasang kembar untuk 

menguruskan kebersihan dan kecantikkan masjid itu. Ini suatu yang unik kerana kedua-dua kembar 
ini cukup sukar untuk dikenali disebabkan wajah mereka yang agak sama pada pandangan mata 
kasar.

Video ini ada kisahnya.
https://www.youtube.com/watch?v=vHpISf92RY4&feature=player_embedded


Atau tontonnya diSINI.

Berkat rahim ibu yang mengandungkan kedua anak kembar yang hebat ini. Mereka sentiasa aktif 

dalam menyediakan kelengkapan dimasjid seperti makan minum jemaah, susun atur dan kebersihan.

Seronok ayahnya 'disana' kerana dikurniakan anak-anak yang dapat berbakti 'dirumah sang 

Penciptanya'.

'zuriat yang baik campak ke laut pasti menjadi pulau'.

wallahuaklam

md daud yusri alhutan melintangi

ziarah ana @ www.dadiydoo.com"



Sumber TKO - 29-2-2016


Surat Terbuka buat Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Posted on Monday, February 29 @ 00:13:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"

Assalamu'alaikum,

Sinar Harian Online 20 Februari 2016 melaporkan satu majlis pelancaran kempen 'Let's Read The
Quran'
dengan tajuk berita "Al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam satu bahasa."
Menurut penaja program kempen ini, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy,
al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam bahasa Arab sahaja; tetapi al-Quran boleh dibaca dan
dihayati dalam bahasa (selain Arab) yang mudah difahami.

Pada majlis pelancaran kempen yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad itu, enam orang
individu dilaporkan telah membaca 12 ayat al-Quran masing-masing dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Arab dan Kadazan.

Terpinga-pinga saya setelah saya membaca keseluruhan laporan berita tersebut. Tertanya-tanya saya, "Adakah al-Quran boleh ditulis dalam bahasa selain bahasa Arab? Al-Qurankah namanya kitab itu jika isi kandungannya hanya terjemahan al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu, misalnya? Adakah
kita membaca al-Quran sekiranya kita sekadar membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu,
misalnya?

Tidak keterlaluan sekiranya saya berpendapat bahawa kempen program membaca al-Quran dalam
bahasa selain Arab ini ialah satu kempen besar bagi mempromosikan satu ajaran sesat profesional
yang berpusat di Malaysia.

Menurut Anas Zubedi, membaca al-Quran dalam bahasa yang mudah difahami (selain bahasa Arab), "lebih mudah bagi semua pihak untuk mengaplikasikan mesej-mesej kitab tersebut dalam kehiudupan
mereka".

Tidakkah sesat fahaman Anas Zubedy itu? Jelas sekali dia seolah-olah menolak al-Quran dalam
bahasa Arab itu sedangkan al-Quran ialah mukjizak Rasulullah yang teragung.

Bagi saya, fahaman Anas Zubedi itu amat menyeleweng daripada kebenaran. Bukankah al-Quran
wajib dibaca dengan tartilnya dan diterjemahkannya sebelum ditafsirkannya?

Pendedahan ini saya tujukan kepada pihak berkuasa agama Islam Malaysia seperti Majlis Fatwa
Kebangsaan, JAKIM, para Mufti, Jabatan Agama Negeri, Majlis Ulama Malaysia, Majlis Ulama
parti PAS dan para individu ulama dengan harapan semoga tunas ajaran sesat profesional ini dapat
dicantas sebelum berkembang biak dan merebak ke seluruh pelosok negara dan dunia.

Keterlibatan manusia jahil seperti Tun Dr Mahathir dan Zaid Ibrahim dalam program sesat ini
tidaklah menghairankan saya. Namun, saya berasa pelik juga apabila nama Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dr Asraf Wajdi Dusuki dikaitkan juga dalam program kempen ini sebagai
seorang "penyumbang kempen".

Sekian. Wassalam. "

Sumber TKO - 29-2-2016


Sebagai seorang Islam

Posted on Wednesday, February 24 @ 13:09:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Kita sedia maklum bahawa Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Tuhan 
semesta alam (Allah).

Ia terhabagi kepada dua, pertama ialah istislam qasri iaitu tunduk secara paksa. Yang kedua,istislam ikhtiyari,ia itu tunduk secara sedar keatas keinginan sendiri.

Pem bahagian pertama, dilihat kepada kepatuhan manusia kepada sunnatullah 

(hukum alam) didalam hal penciptaan, keabdian dan kefahamannya serta 
semua makhluk sebagai manusia secara mutlak menyerah dan tunduk kepada Allah subhanahu 
wataala secara terpaksa.

Pembahagian kedua, dilihat atas kepatuhan manusia kepada Allah Tuhan semesta alam diatas dasar 

keinginan sendiri dan kesedaran.


Kepatuhan secara sedar ini pada dasarnya berada didalam hati dan gejalanya nampak diluar. Ia adalah kepatuhan terhadap ketentuan Allah subhanahu wataala. Inilah inti dan kandungan agama yang 
dikehendaki oleh Allah untuk hamba hambanya sepertimana firmannya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam” (surah al Imran ayat 19).

Dengan demikian, Islam adalah merupakan agama daripada semua nabi sepertimana sabda 
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya kami, para nabi memilki satu agama”
Bermakna semua nabi nabi beragama Islam.

Agama para nabi ini iaitu kepatuhan secara sedar dan secara mutlak kepada Allah subhanahu 
wataala yang dikenali sebagai agama tauhid sepertimana firman Allah yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembah dia (Allah), inilah jalan yang 
lurus” (surah Ali-Imran ayat 51)

Hal itu, dilihat sebagai bentuk kepatuhan kepada ketentuan Allah subhanahu wataala (syariat) yang 
boleh sahaja berbeza dan beragam sesuai dengan perbezaan para nabi dan ada manusia yang 
salahfaham mengatakan ada agama sarmawi lain selain daripada Islam.

Semacam lojik ada agama sarmawi (agama langit) lain selain Islam, kerana kebanyakan kita 
mengatakan dan bersetuju agama Islam datang kemudian. Pada hal agama Islam datang bersama para 
nabi yang bermula dengan Nabi Adam AS dan disempurnakan di zaman nabi Muhammad SAW.

sepertimana firman Allah yang bermaksud: pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama 
kamu dan telah aku cukupkan atas kamu nikmatku dan aku radha Islam sebagai agama kamu” 
(surah al-Maidah ayat 3)

 Bagi kukukan bukti lihat firman Allah yang bermaksud: “ Katakanlah, sesungguhnya aku telah 
ditunjuki Tuhanku ke jalan yang lurus, iaitu agama yang betul, agama nabi Ibrahim yang suci dan 
tidak dia (Ibrahim) itu dikira dari orang orang musyrik” (surah An’am ayat 161)

Sangat tidak lojik jika kita andakan Kitab kitab Allah seperti Zabur, Taurat dan injil bukan kitab agama 
Islam. Kitab agama Islam hanya Al Quran yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad  SAW sahaja.

Kitab Zabur, Taurat dan Injil telah diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani dan dijadikan agama baru 
yang dipesongkan. Islam bukan agama baru sepertimana kebanyakan kita fahami.Islam disempurnakan kemudian dengan kitab yang diberi nama Al Quran.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada nabi nabi dibunuh kerana pengikut pengikutnya tidak sekali kali 
akan setuju dengan agama tauhid yang diturunkan kepada nabi nabi, termasuk Nabi Musa AS dan 
nabi Isa AS.

Yahudi dan nasrani mengubah kitab kitab Allah dan membunuh Nabi nabi termasuk membunuh nabi 
Isa AS dengan alasan sebagai penebus dosa tanpa disedari tindakan tersebut semata mata untuk 
mengadakan agama baru yang dipesongkan.

Sedangkan kita sedia maklum bahawa Allah tidak akan terima agama lain selain Islam .Firman Allah 
yang bermaksud: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam,maka sekali kali tidak akan 
diterima (agama itu) daripadanya dia diakhirat termasuk orang orang yang rugi.” (surah surah al 
imran ayat 85)

Definisi Islam secara istilah, didalam pengertian syar’ie.Lafaz Islam secara khusus diertikan sebagai 
syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan oleh Allah subhanahu wataala kepada nabi 
Muhammad SAW dan nabi disuruh untuk menyampaikannya kepda manusia.

Suruhan atau perintah itu adalah patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala. Maka syariat 
yang diturunkan dan perintah Allah subhanahu wataala kepada manusia secara keseluruhan untuk 
tunduk kepadanya.itulah islam yang diterima di sisi Allah subhanahu wataala. Umat manusia wajib 
untuk menjadikan Islam sebagai agama.


Allah subhanahu wataala tidak akan menerima apa pun dari seseorang yang tidak menjadikan Islam 
sebagai agama.

Sumber TKO - 24-2-2016






























Malaysia sesuai salaf atau khalaf?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


"USTAZ, tuhan tak ada sifat Maha Kaya ke? Tak ada pun kita belajar." Soal salah seorang pelajar
saya.

Soalan yang menyentak minda. Bukan kerana tidak pernah belajar, tetapi hampir lupa kerana terlalu
terikut dengan cara pengajian tauhid di Malaysia. Lebih tersentak apabila yang bertanya itu adalah
pelajar dari kelas tercorot di MDQ!

Kalau begini luasnya daya fikir pelajar tahap itu, maka bagaimanakah pula pelajar di kelas yang l
ebih hadapan? Bagaimana pula orang yang lebih dewasa dan matang?

Jawapan ini sukar diterangkan dengan method pengajian tauhid sifat 13 atau sifat 20 yang pernah
saya pelajari. Tetapi dengan method tauhid tiga, jawapannya mudah diberi.

Ini kerana tauhid 13 dan 20 hanya memfokuskan bilangan sifat-sifat tuhan yang tertentu sahaja
daripada wujud, qidam hinggalah kalam atau kaunuhu mutakalliman. Sifat Maha Kaya perlu kepada
rungkaian daripada sifat-sifat qiam binafisih, qudrah dan iradah.

Sedangkan tauhid tiga khususnya bahagian asma dan sifat membilang kesemua sifat tuhan yang
terkandung dalam al-Quran. Maka sudah tentu akan berjumpa dengan sifat al-ghaniy (yang maha
kaya).

Tetapi kalau ada orang kafir bertanyakan apakah bukti Allah itu Maha Perkasa, sudah tentu saya a
kan gunakan method tauhid 13 atau 20 kerana orang kafir tidak beriman dengan al-Quran!

SEJARAH


Tauhid 13 dikenali oleh umat Islam sebagai method mazhab Asyairah, aliran yang diasaskan oleh
Imam Abu Hasan Asy'ari sebagai salah seorang mujaddid Islam. Ia bertujuan memperbaharui
metodologi pengajian mengenal tuhan untuk berhadapan dengan berbagai keraguan berhubung
sifat-sifat tuhan yang ditimbulkan oleh ahli falsafah. Perbahasannya lebih mendalam dan menjurus
kepada 13 sifat utama tuhan.

Umat Islam pada waktu itu sangat obses terhadap ilmu. Mereka terkenal sebagai bangsa yang suka
mendalami apa jua ilmu pengetahuan yang ada dari mana-mana tamadun yang pernah wujud dalam
sejarah peradaban manusia. Mereka boleh menghadam dengan baik keterangan yang disampaikan
Imam Asy'ariy.

Ulama sezamannya pula iaitu Abu Mansur al-Maturidiy menambah 7 lagi sifat maknawiyyah
menjadikan sifat tuhan sebagai 20 lalu dikenali sebagai sebuah lagi mazhab akidah. Usaha dua
Ulama ini telah berjaya mengekang kecelaruan yang timbul dari pengaruh falsafah, muktazilah dan
orientalis.

Kedua-duanya mempunyai persamaan dari sudut mempertahankan sifat tuhan menggunakan method
falsafah dan akal bagi membantu memahami nas al-Quran dan Sunnah.

Namun setelah lama, masyarakat Islam mula meninggalkan bidang ilmu dan sibuk berebut harta,
pangkat dan dunia. Ini menjadikan pengajian tauhid 13 dan 20 sukar difahami orang-orang awam
kerana daya dan minat mereka terhadap ilmu tidak lagi mendalam. Ada yang tersesat dalam sehingga
membawa kepada syirik. Ada juga yang menokok tambah sifat yang tidak layak bagi tuhan.

Lalu bangkitlah para mujaddid agama cuba memperkenalkan metod pengajian yang lebih mudah
untuk orang awam seperti manhaj Imam Ibn Taimiah. Sumbernya lebih menjurus kepada al-Quran
dan Sunnah tanpa banyak terpengaruh dengan ilmu falsafah. Apa yang ada dalam nas, diterangkan
sebaiknya dan apa yang tiada dalam nas tidak diada-adakan.

Maka ketiga-tiga metodologi ini telah menyumbang kepada Islam sehingga agama ini terus
terpelihara di setiap zaman daripada menyeleweng. Kesemuanya ada jasa kepada Islam tanpa boleh
dinafikan mana-mana pihak. Mazhab Maturidiah dan Asyairah digelar sebagai mazhab khalaf
manakala gagasan Ibn Taimiah digelar mazhab salaf.

SALING MELENGKAPI

Oleh kerana kedua-dua mazhab ini adalah ciptaan manusia, maka ia tidak akan lari dari kekurangan
dan kelemahan sebagaimana mazhab-mazhab fiqh yang ada. Namun begitu ia tidak menjadi sebab
untuk mengkafirkan, menyesatkan atau mewahabi mana-mana pengikut mazhab tauhid ini.

Teladanilah slogan yang menjadi pedoman ribuan alim ulama:

منهج السلف أسلم ومنهج الخلف أحكم

"Manhaj salaf itu lebih selamat dan manhaj khalaf itu lebih berhikmah"

Maka di zaman akhir ini pula, apakah method tauhid yang lebih sesuai? Saya lebih cenderung
kepada pegangan Imam Hasan al-Banna menerusi usul 20-nya. Beliau menganjurkan supaya
diraikan kedua-dua method tersebut.

Keduanya perlu dipelajari oleh semua umat Islam tanpa prejudis supaya kelemahan-kelemahan yang
ada dari dua method ini ditampung satu sama lain. Sementelah pula hari ini musuh Islam berjaya
menjadikan perbezaan mazhab ini sebagai senjata pemecah belah. Jatuhnya Khilafah Uthmaniah ada
kaitan dengan pertelagahan ini.

Saya gemar dengan method pengajian yang dianjurkan ketika belajar di Syria dahulu. Di Institut
al-Fatah, Damsyik, mereka meraikan semua mazhab tasauf, fiqh mahupun akidah. Dalam bab akidah khususnya, saya belajar melalui kitab Aqidah Islamiah karangan bersama Dr Mustafa Khan dan
Dr Mahyuddin Misto yang mengetengahkan kedua-dua metodologi mazhab. Begitu juga sebuah
lagi
kitab aqidah Islamiah karangan Dr Abdurrahman Habannakah, turut mengetengahkan teori
kedua-dua mazhab.

Hasilnya, saya berjaya menyampaikan ilmu tauhid dengan berbagai cara. Untuk tidak menimbulkan
kontroversi tidak sihat, saya menggunakan method tauhid 13 dan 20 dalam pengajaran di Malaysia.
Tetapi jika timbul permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh tauhid tersebut, maka saya akan
merujuk kepada isi-isi methodologi tauhid tiga.

Kesimpulannya, perbezaan dua method ini hanya dari sudut methodologi pengajian. Keduanya
berkongsi matlamatnya yang sama iaitu mentauhidkan Allah dengan selayaknya. Analoginya sama
seperti menyelesaikan masalah matematik. Ada yang guna jalan kira melintang, ada yang ke bawah,
ada yang mengguna sempoa, ada yang mengikut method mesir purba dan ada mengguna cara india.

Apapun jalannya, jawapan yang diperolehi adalah sama sahaja! Tiada yang memperoleh hasil 1
tambah 1 selain 2. Cuma mendapatkan 2 itu, masing-masing punya cara sesuai dengan keadaan
tersendiri.

Menurut sahih Muslim, di zaman nabi SAW, baginda SAW ada menguji iman seorang hamba
perempuan. Ditanya di manakah Allah, hamba itu menunjuk ke langit. Lalu Rasulullah
memerintahkan dia dibebaskan kerana bagi baginda, beliau telah beriman.

Maka apakah Rasulullah seorang mujassimah dengan dakwaan menetapkan tempat bagi tuhan?
Apakah baginda juga ahli bidaah? Tidak. Bahkan baginda mengajar kita bagaimana memilih
method yang sesuai dengan tahap akal seseorang.

Diriwayatkan juga di zaman Nabi sebelum dibangkitan Rasulullah SAW, ada seorang yang pendek akalnya telah berdoa kepada Allah kerana gembira hujan telah turun.

"Ya Allah. Aku sangat bersyukur hari ini. Dikau sangat mulia. Di manakah keldaimu, aku akan berkhidmat sebagai penarik tali keldaimu sekarang untuk membalas jasamu."

Orang ramai yang marah mendengarkan kata-kata menyamakan tuhan dengan manusia itu segera mendapatkannya, tetapi Nabi tersebut menghalang dan menyatakan.

"Biarkan dia. Sesungguhnya akalnya tidak berjaya untuk memikirkan tentang Allah lebih dari itu."

Berlapang dadalah. Banyak lagi yang perlu difikir. Bukan berbalah mana lebih betul. Tapi fikirkan
macamana nak betulkan iman ummah menggunakan pilihan method yang ada. Khilaf umat adalah
rahmat. – HARAKAHDAILY 23/2/2016

Sumber HD - 22-2-2016



Info Pokok Marijuana (Hemp Plant) dengan ID name 

Cannabis sativa (Cannabaceae),
Posted on Wednesday, February 10 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kenapa Yahudi mempengaruhi dunia supaya mengharamkan Ganja.....
Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan oleh “mereka” bahawa kononnya Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita didapati memilikinya.

Adakah motif sebenar “mereka” berkata begitu?
Apakah perbezaaan diantara daun Marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?
Perbezaannya ialah:
○● Daun Marijuana (ganja) merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak.
○● Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.
○● Sepatutunya "mereka" hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.
○● Tetapi kenapakah "mereka" mengharamkan pula pohon Marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?
Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?
○● Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.
○● Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkansebarang kajian dibuat mengenai Marijuana dan memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan itu tidak meneruskan kajian tersebut.
○● Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai Marijuana.Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan, Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi .......
○● Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran.Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.
○● Seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana. Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.
○● Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.
○● Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak?Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan kajian?
○● Pada September 18, 2014, Seorang doktordi Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu.
Dalam Ilmu Perubatan
(Fakta daun ganja)
1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.
2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja
3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.
4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.
5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.
kredit : http://bumiyangtercinta.blogspot.com/ &

Sumber TKO - 10-2-2016

Berkebun Di Laman Belakang Rumah (bersama video)

Posted on Wednesday, February 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perkongsian gambar hasil projek berkebun di laman belakang rumah yang diusahakan oleh En Mohd Fadzli lokasi di Pasir Gudang Johor.













MG kagum dengan usaha beliau walaupun ruang sempit tetapi masih boleh berusaha untuk membuat projek kebun yang nampaknya membuahkan hasil yang lumayan, antara tanaman yang diusahakan adalah
1) Tanaman terung
2) Rock Melon
3) Cili
4) Sayur sawi
5) Tomato
6) Sayur Kailan
Beliau menggunakan sistem penanaman fertigasi mini yang sesuai dengan ruang belakang rumah yang sempit. Tak perlu risau mengenai penyiraman dan pembajaan. Jika anda berminat untuk mencuba projek kecil seumpama ini boleh dapatkan kit fertigasi mini yang boleh dibeli pasaran.

https://www.youtube.com/watch?v=pTQ1tGYinl8&feature=player_
embedded


MG faham ada antara kita buntu apabila ruang untuk berkarya sempit, terutama mereka yang menghuni kediaman dibandar yang mempunyai ruang yang terhad akan tetapi dengan adanya bukti bergambar ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan pembakar semangat untuk mencuba, yang pentingnya tidak takut untuk gagal dan sentiasa berusaha keras. Pasti akan berjaya.
Berjasa kepada tanah pasti akan membuahkan hasil
Kredit gambar : En Mohd Fadzli

Sumber TKO - 10-2-2016



KATA-KATA Lelaki Ini Dedah Realiti Selepas Kahwin.. Anda 
Dah Sedia?

Posted on Tuesday, January 26 @ 13:06:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

kahwin

Zaman sekarang ni ramai yang kahwin awal untuk mengadakan hubungan secara halal. Takde la orang pandang dan fikir benda bukan-bukan kalau lelaki bawa anak dara orang keluar malam. Tapi kahwin bukan benda main-main.

Tanya diri, fikir dan rancang adakah sekarang masanya untuk tamatkan zaman bujang? Atau sebab pressure member-member dah kahwin tapi kita belum. Lelaki ini bagi gambaran dan realiti sebenar selepas berkahwin. Adakah anda semua (bagi yang belum kahwin) dah bersedia dengan cabaran-cabaran ni? Sumber: info.mydebat.com
 Anda dah sedia dengan semua cabaran di bawah ni?

Jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi..
‘Kahwin lah kerana Allah..’




Sumber TKO - 26-1-2016

































Agama bukan alat hiburan

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


PERJALANAN hidup Nabi Muhammad SAW adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman. Tuhan memilih baginda diantara sekalian manusia sebagai pembawa risalah Islam melalui wahyu-wahyu yang diturunkan kepadanya.

Cara terbaik untuk menguruskan kehidupan di dunia ini agar beroleh kejayaan hanyalah dengan mengikut segala jejak yang pernah ditinggalkan oleh baginda SAW.

Menyanjungi tokoh-tokoh Islam seperti Abdul Qadir Jailani, Imam Syafie, Imam Ghazali dan selainnya tidak menjadi salah. Tetapi ramai dalam kalangan manusia yang terlalu menyanjungi mereka sehingga menjadi taksub dan lupa kepada batang tubuh Rasulullah SAW. Padahalnya semua ulama dan tokoh Islam mengambil teladan dari baginda SAW sendiri.

Walau bagaimanapun, sirah Rasulullah SAW bukanlah semata-mata cerita yang disebut atau dinyanyikan pada hari maulud, memuja umur, pertabalan atau kewafatan dengan laungan semata-mata mahupun slogan-slogan yang ditulis pada sepanduk. Tetapi perlu digunakan buat memahami dan menghayati untuk diamalkan dalam apa jua ruang kehidupan seharian.

Kepada orang-orang yang meneruskan perjuangan melalui slogan-slogan, melalui qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid sahaja, atau sekadar memuji dan memuja dengan lidah dan dengan dakwah yang cair sebegitu, kita peringatkan dengan Firman Allah SWT:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). (Al-Anaam: 70)HARAKAHDAILY 13/11/2015

Petikan kuliah Jumaat Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila 13/11/15

Sumber HD - 13-11-2015



10 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Lebih Beruntung Dari Penduduk Jerman

Posted on Wednesday, November 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



“Jom saya ceritakan mengapa orang yang tinggal di Malaysia lebih untung dari orang di Jerman. Saya akan senaraikan 10 perkara penting yang dinikmati oleh rakyat Malaysia dan memang orang Jerman tak boleh lawan. Untuk perbandingan ini memang Malaysia menang 10-0 ke atas Jerman. Cukup untuk membalut luka kekalahan bolasepak ke atas UAE dengan skor yang sama tempohari.”

1. Membeli-belah



Orang di Jerman boleh membeli belah hanya 6 hari seminggu dan cuma setakat jam 8 malam sahaja. Lepas 8 malam kedai dan shopping complex semua dah tutup. Dah le 7 eleven pun takde, jadi kalau emergency nak beli apa tengah-tengah malam maka simpan sahaja lah niat anda tu. Tunggu lah kedai buka esok pagi yer. Itu pun kalau pagi esoknya tu hari Sabtu, kalau hari Ahad maka kena redhalah dan tunggu hari Isnin sebab hari Ahad semua kedai dan shopping complex tutup. Jadi terpaksalah orang Jerman menghabiskan cuti hari Ahad bersama keluarga dan anak-anak dengan pergi berkelah atau bermain di taman. Kesian kan diaorang tak boleh pergi shopping.

Kalau di Malaysia, boleh shopping 7 hari seminggu sampai jam 10 malam, kadang-kadang ada shopping complex atau supermarket bukak sampai jam 11 malam.Kalau taknak membeli belah pun boleh habiskan masa yang banyak tu dengan berjalan-jalan atau lepak layan facebook guna wifi free. 

Kalau nak beli barang jam 2 pagi boleh pergi 7 eleven atau banyak lagi kedai yang bukak 24jam. Atau pergi Uptown kalau teringat nak beli kasut jam 3 pagi. Jadi dengan membeli belah 7 hari seminggu maka kita rakyat Malaysia merancakkan ekonomi negara.

Jadi, untunglah orang Malaysia boleh shopping 24 jam dan negara bertambah maju. Orang Jerman pula peluk anak dan bini dan tidur memendam rasalah jawabnya. Malaysia skor 1-0 kat sini.

2. Makan Minum



Di Malaysia nak makan apa semua ada. Restoran bukak 24 jam, kalau lapar jam 3.48 pagi pun boleh start kereta atau motor dan menderum ke mamak. Kalau malas nak keluar boleh telefon dan order sahaja. Boleh makan 5-7 kali sehari bermula selepas subuh sehinggalah ke subuh keesokan harinya.

Kalau tak nak masak di rumah pun tak apa sebab 365 hari setahun 24 jam sehari kita boleh dapat makan di mana-mana sahaja. Restoran makanan segera pun banyak, boleh beli fries dan coke kemudian duduk 6 jam sambil guna wifi free. Lepas dah habis boleh terus belah saja. Balik rumah terus boleh tidur sebab perut dah kenyang. Alhamdulillah, kita semua sihat dan cukup makan.

Di Jerman pula, kalau dah makan fries tu dah habis kena lap meja sendiri, kena susun kerusi sendiri dan kena buang sampah dan tray ke tempat yang disediakan. Dah ler bayar duit, kena kemas sendiri pulak. Apa ke hal. Restoran pula biasanya tutup pukul 10 malam. Kafe dan bar tutup sekitar 12 malam dan kalau malam minggu diorang lajak sampai kul 1 atau 2 pagi. Itu pun takde makanan dah, setakat nak minum kopi boleh lah. Hari Ahad semua shopping complex tutup, restoran dan kafe pun separuh jer yang bukak, kadang-kadang dah muak makan di tempat yang sama, akhirnya balik rumah makan salad dan roti sahaja. Nak tidur pun awal lagi maka masing-masing pergi ke gym ataupun berjogging sekitar taman. Itu sebab lah orang Jerman kurus-kurus gamaknya. Tak berapa cukup makan.

Untunglah orang Malaysia, makan mewah. Malaysia mendahului dengan 2-0.

3. Kanak-kanak



Kanak-kanak di Malaysia sangat beruntung sebab boleh tidur lambat. Pukul 9-10 malam boleh ikut mak bapak pergi shopping lagi. Boleh lepak-lepak kedai mamak atau gi tengok midnite cerita Transformers. Balik rumah jam 12 malam atau 1 pagi dan tidur kemudian esok bangun lambat takde hal punya. Setiap anak-anak sekarang ada gajet masing-masing. Semua pakat ada smartphone ataupun ipad atau tab atau apa saja yang canggih-canggih tu. Maka anak2 boleh main ipad atau tab sambil breakfast kat kedai mamak dan mak bapak boleh layan facebook tanpa gangguan. Kalau ada orang nak salam, anak tadi ada skill hulur tangan sebelah saja sambil mata dan tangan sebelah lagi main ipad tu. Itu merupakan skill koordinasi yang bagus.

Kanak-kanak di Jerman pula malang sekali. Jam 8-9 malam semua dah kena tidur. Takde chance nak gi tengok midnite cerita Transformers. Kalau nak jugak maka kena tunggu pagi Sabtu maka barulah mak bapak bawak pergi tengok. Itu pun kalau cerita tu di label 12PG. Kalau tak memang melepaslah. Kalau bawak anak-anak gi makan atau minum kat restoran jam 9 malam memang kena jeling lah sebab memang takde budak2 lain kat dalam tu..awak sorang jer. Silap-silap mau kena tegur dengan makcik-makcik yang bermulut becok marahkan anda sebab bawak budak jalan malam-malam.

Lepas tu jangan harap lah nak berkepit dengan ipad atau tab atau phone dan sebagainya dan lepak kat kafe atau restoran atau di mana-mana kawasan public terutama ketika di meja makan. Biadap katanya kalau main benda alah tu kat meja makan, kena bersembang, kena jawab soalan pasal sekolah lah pasal itu lah pasal ini lah, memang takde chance lah nak main ipad bagai. Ada setengah tu umur dah 6-7 tahun, ipad pun tak pernah pegang. Kesiannnn.

Untunglah kanak-kanak di Malaysia. Malaysia terus mendahului dengan 3-0.

4. Pra-Persekolahan


Kanak-kanak di Malaysia sudah bijak pandai sekitar usia 4-6 tahun sebelum masuk sekolah lagi. Semua dah pandai membaca, mengira, menyelesaikan permasalahan matematik, menjawab pelbagai persoalan sains dan macam-macam lagi. Bila masuk darjah satu semua dah pandai. Ibu bapa kat rumah dah kurang beban mengajar sebab kat tadika semuanya dah diajar. Untunglah mak bapak semua sebab anak dah pandai, dan ada yang boleh speaking dah.

Di Jerman jangan kata speaking, dengar perkataan english pun belum tentu. Dah le rancangan tv semua dalam bahasa Jerman, kartun Spongebob pun dalam bahasa Jerman, macamana nak dengar perkataan English nyer kan? Mak bapak dah sah-sah berbahasa Jerman walaupun diorang tahu bahasa inggeris. Lepas tu di tadika belajar mengenal huruf, membaca dan mengira tu pun sikit sikit sahaja. Kalau yang boleh membaca dan mengira tu memang kira pandailah. Pegi tadika hari-hari main sahaja. Dah penat main, belajar hormat orang, belajar mendengar, belajar bercakap, belajar berdiam bila orang bercakap, belajar hormat orang yang lebih tua, belajar melintas jalan, belajar buang sampah, belajar kemas meja dan basuh pinggan mangkuk selepas makan dan pelbagai pelajaran sivik lain yang sungguh membosankan. Patutlah sampai dah besar panjang tak reti speaking English lagi.Hmmmm.

Nampak tak? Betapa untungnya kanak-kanak di Malaysia. Kita tambah skor lagi menjadi 4-0.

5. Memandu


Di Malaysia, hampir semua pemandu mempunyai deria ke-6 atau 6th sense. Ini kerana pemandu tak perlu bagi signal ketika membelok kerana kita tahu pemandu lain akan tahu atau kompom tahu yang kita akan membelok. Selain itu kalau nak cepat kita drive ikut emergency lane, kalau tak masuk situ rugilah lane tu besar dan membazir kalau tak digunakan. Nak potong que pun takde masalah sebab semua pemandu kita bertimbang rasa dan membenarkan kita potong que (kita tahu melalui deria ke-6 tadi yang pemandu lain tidak akan marah). Lepas tu lampu merah kita tak perlu berhenti, cuma perlu tengok-tengok sahaja kot-kot ada kereta lain, atau dengan gunakan deria ke-6 tadi dan kita pecut sahaja.

Pasal kadar kemalangan maut tu tak payah lah kita kira kan? Itu kan dah takdir dan ketentuan, kalau dah memang ajalnya mati eksiden, kita nak buat macamana kan? Kalau kita pakai seatbelt pun tapi kalau takdir nak mati, maka mati jugak kan?

Di Jerman, jangan harap nak jalan kalau lampu merah. Kalau langgar jugak maka anda kira alien lah sebab anda sorang jer yang buat. Lepas tu orang Jerman takde 6th sense macam orang Malaysia, maka semua orang bagi signal. Kalau jem maka semua terkedek-kedek jer, nak mencilok memang diaorang tak pandai langsung sebab kat sekolah memandu tak ajar semua tu. Kalau naik motor pun que jugak, apa ke pekdahnya naik motor tapi tak reti cilok dan que kat jem macam kereta? Bangang jugak orang Jerman ni. Diorang tak tau nak menggunapakai deria ke 6 tadi sebab tak pernah berlatih menggunakannya.

Kat Jerman pun ada kemalangan maut jugak, takde ler hari-hari. Jarang sangat dengar pasal mati eksiden ni. Mungkin sebab diorang tak pandai mencilok dan takde deria ke-6 tu gamaknya yang buat kurang eksiden. Tak thrill lah orang Jerman ni.

Nampak tak perbezaan yang ketara tu? Kalau anda duduk di Jerman memang hilanglah segala 6th sense atau deria ke-6 anda tadi. Sungguh saya tak tipu. Memang rugi duduk Jerman sebab dah hilang satu deria.

Oleh itu, Malaysia menang lagi 5-0

6. Remaja


Menjadi remaja di Malaysia jauh lebih best berbanding Jerman. Kalau tak nak belajar boleh berhenti sekolah dan mak bapak boleh belikan motor sorang satu. Dah ada motor boleh lah merempit. Merempit ni untung sebab boleh dapat awek. Malam minggu boleh ramai-ramai berkumpul di tepi highway atau dekat plaza tol Puchong tu. Disebabkan ramai maka kereta tak berani nak langgar diorang semua. Lepas tu pakat-pakat race, dapat duit, dapat awek. Kalau yang tak berani race boleh tunjuk skill buat willy ke wikang ke (eh betul ke saya eja tu?). Nanti ada awek tengok sure berkenan di hati dan terus boleh dapat.

Selain itu lagi untung jadi remaja ni, kalau malas macamana pun makan tetap ada, rumah tetap ada sebab mak bapak tanggung. Lepas tu boleh pakai handphone mahal-mahal. Boleh tackle awek kalau handphone canggih lepas tu boleh wechat, tukar-tukar gambar dan pakai bahasa rahsia yang orang lain tak faham seperti “aq xrse kt kn d2q sme stu smp tth woe x2 kke2 kaüf sjs” yang entah apa orang lain susah nak decrypt.

Remaja di Jerman ni, sejak kalah perang dunia ke 2 memang dah tak pakai bahasa atau tulisan rahsia yang nak kena belajar 3 tahun untuk paham. Jadi skill diorang dah memang lemah sangat dah sejak kalah perang. Nak merempit? jauh sekali lah. Motor honda cup pun tak ada, apatah lagi Yamaha LC Demak. Mak bapak diorang pun jarang yang ada kereta, apatah lagi nak beli motor kat anak-anak, memang tak lah. Kalau nak merempit maka kena lah belajar racing, jadi professional kemudian barulah boleh tackle awek. Tu sebab orang macam Michael Schumacher, Sebastian Vettel, Nico Rosberg tu dah tua baru ada awek. Bagi yang tak nak jadi racer maka kena tunggu dewasa dulu lah dah ada duit baru beli motor Ducatti atau BMW tu buat merempit time musim panas.

Rugi, sungguh rugi jadi remaja Jerman ni. Memang remaja Malaysia terutama mat rempit menang besar bab ni. Dah 6-0.

7. Pengurusan Sampah


Ada tak rakyat Malaysia yang asingkan 4-5 jenis sampah? Sampah bio (sisa makanan atau mudah reput) sampah plastik, botol plastik, botol kaca, kertas atau kotak dan sampah pembungkusan seperti kotak air, tin sardin dan sebagainya? Ada? Penat dan leceh tau nak asing semua sampah tu. Dah ler kat dapur tu kena ada 3-4 biji tong sampah kalau nak asingkan semua. Kita sumbat jer dalam satu tong sampah besar, nanti pandai-pandai lah abang kerja kutip sampah tu asingkan kalau dia nak recycle. kalau tak pun nanti bila sampai pusat pelupusan, ramai orang-orang yang kerjanya dok cari barang kat longgokan sampah tu. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka mencari rezeki, betul tak?

Lepas tu kadangkala kita tak perlu tong sampah pun, sambil pandu kereta makan rambutan boleh terus baling keluar tingkap jer kulitnya. Kalau makan kuaci kat hospital sambil tunggu isteri bersalin pun boleh jer buang atas lantai tu, nanti ada makcik cleaner tolong sapukan. Kalau kita tak buat sampah, nanti ramai orang hilang kerja pulak kan? Kesian makcik cleaner tu takde kerja.

Kat Jerman, semuanya nak kena asingkan. Leceh betul, kalau tak asingkan nanti abang angkut sampah tu tengok dia tak ambil, dia buat bodo jer. Jadi nak tak nak kena lah, kalau tak busuk pulak rumah nanti. Sisa makanan seperti tin sardin, kotak air semua nak kena bilas dulu kemudian baru boleh buang, botol kaca hijau lain tong, botol kaca coklat lain tong, botol kaca putih lain tong. Naik menyampah lah. Kalau ada sampah kecil, nak buang rasa bersalah pulak sebab orang tak buang jadi simpan lah dalam poket dan bawak balik rumah.

Nampak tak betapa tersiksanya menguruskan sampah harian di Jerman? Nak tengok lipas pun tak ada, susahlah saya nak tunjuk kat anak macamana rupa lipas yang sebenar. Kat Malaysia jugak yang best. Anak-anak dapat tengok secara live macamana rupa lipas, lalat, tikus mondok, tikus cencorot dan juga burung gagak. Kat Jerman jangan harap lah.

Maka kita bagi lagi satu skor untuk Malaysia. Kini sudah 7-0. Takde balasan nampaknya dari Jerman.

8. Waktu Bekerja

Imej dari ecommercemilo.com

Ini bab paling best. Orang Jerman memang tak pandai berhenti atau break time kerja ni. Bukannya tak ada langsung tapi ada lah bebrapa orang yang bijak, yang lain tu agak sendu sikit lah. Masuk opis jer terus kerja dan kerja. Facebook pun diorang tak berani bukak tau. Kalau dahaga maka minumlah kopi bekal tu, takpun kalau nasib baik ada pantry kat opis boleh buat air free. Takde lah nak break minum kopi atau ngeteh jam 10 pagi atau jam 4 petang. Time lunch pukul 1 semua pegi lunch dan pukul 2 semua dah ada depan komputer masing-masing. Kalau yang kaki rokok maka berkejaran turun ke bawah hisap rokok sepantas kilat dan lari balik ke opis sambung kerja. Pukul 5 semua terus balik sebab kerja dah siap, takde lah overtime dari boss. Balik rumah terus luangkan masa dengan keluarga atau pergi bersukan pulak.

Kita untung lah, masuk kerja punch-in lepas tu dapat pegi brekfast dulu. Lepas tu kul 9.30 ke 10 ke baru masuk opis. Duduk depan komputer bukak facebook dulu ye tak, nak update apa yang patut pastu baru start buat kerja. Pastu pegi lunch pukul 1, masuk balik ikut sedap lah, pukul 2.30 masih ok lagi. Nanti pukul 3.30 ke 4.00 ke boleh pegi minum petang pulak dan masuk balik sebelum pukul 5 dan duduk update facebook dulu. Dah pukul 5 atau 5.30 boleh balik dah. Kalau yang nak overtime sebab kerja tak siap sebab main facebook bolehlah sambung overtime. Kalau tak siap jugak kita buat overtime lusa pulak. Untunglah hari-hari dapat buat overtime, masyukkkk.

Jadi, nak kerja di Jerman? Tak payahlah, tak fleksible, takde overtime. Di Malaysia paling best. Kita skor lagi 8-0.

9. Temujanji Perkhidmatan

Imej dari blogsdicovermagazine.com

Untuk mendapatkan apa jua perkhidmatan di Malaysia, kita boleh terus saja pergi ke tempat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Nak servis kereta, maka pergi lah ke bengkel-bengkel berdekatan dan tunggulah. Kalau nak best sikit nak pergi ke Pusat Servis berjenama maka kena buat temujanji atau appointment. Kat Malaysia kalau nak ke klinik maka terjah sahaja mana-mana klinik dan tunggulah. Kalau yang ada appointment kat klinik atau hospital jam 10 pagi, kita ada masa 2 jam untuk berehat sambil menunggu jam 12 tengahari sebelum nama kita dipanggil walaupun appointment jam 10 pagi. Sambil tunggu kita boleh main facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Masa 2 jam menunggu tu sangat berfaedah kan?

Kat Jerman ni merepek sungguh. Nak pergi klinik kena buat appoinment, diorang ingat sakit yang datang tu by appointment jugak kot. Kalau appointment pukul 10.00 pagi maka sampai saja dalam 10.10 pagi terus dapat jumpa doktor, tak sempat nak rilek-rilek atau main facebook dulu. Nak pergi servis kereta kat bengkel-bengkel biasa pun nak kena buat appointment, pun sama tak sempat nak main facebook jugak. Nak tunggu orang datang pasang internet pun appointment, tapi lojik lah yang ni. Yang paling tak lojik nak kena appoinment dan tunggu orang datang baca meter api dan air. Dah ler nak datang bagi bil, nak kena appointment jugak. Best tak? Sangat tak best kan? dah ler tak sempat main facebook.

Jadi Malaysia skor lagi di sini. Sudah 9-0.

10. Kediaman

Imej dari thestar.com.my

Nak beli rumah agak mahal samada di Malaysia ataupun Jerman, jadi kita cerita pasal rumah sewa lah.

Kat Malaysia, nak sewa sangat mudah kan? Carilah iklan kat mana-mana, kat internet ada, kat tiang letrik ada, kat seven eleven ada. Dah jumpa, telefon tuan rumah, buat appointment pegi tengok rumah. Kalau ok bayar deposit 2+1 dan pindah masuk. Kadang-kadang takde agreement pun, main cakap mulut jer, kadang-kadang agreement satu mukasurat jer. Kalau taknak cari sendiri boleh suruh ejen carikan, lepastu tak payah bayar ejen, sebab tuan rumah yang akan bayarkan. Kalau nak untung sewa satu rumah, lepas tu sewakan pulak bilik-bilik lain kat orang lain dan naikkan harga sikit. Sewa rumah boleh bayar dan siap dapat untung lagi. Kalau geng Bangla atau Myanmar ke boleh ler kongsi-kongsi sewa satu apartment kecil dan duduk 10 orang. Bayar sorang RM100 jer sebulan. Natihjahnya, anda hidup harmoni dengan pelbagai bangsa dan budaya, ada bau kari, ada bau kucing panggang. Tompokan merah hasil ludahan air sirih pinang juga dapat menghiasi dinding koridor apartment kita. Seni tu.

Kalau rasa dah boring atau nak pindah maka bagitau tuan rumah dan pindahlah keluar. Tak nak bagitau pun tak apa, boleh lari jer keluar. Tuan rumah bukan boleh buat apa pun. Kalau sakit hati dengan tuan rumah, boleh longgokkan jer sampah sarap yang ada tu kat ruang tamu.

Orang Jerman ni seksa sikit lah nak sewa rumah. Ada law atau undang-undang penyewaan yang nak kena ikut. Nak jimat kena lah cari sendiri sebab kalau pakai ejen, penyewa yang nak kena bayar kat ejen. Mahal nak mampus pulak tu. Dah tu kalau berkenan kat rumah tu belum tentu boleh dapat lagi, kena ikut rules ditetapkan, kalau rumah tu ada 2 bilik dan muat untuk 3 orang sahaja maka hanya 3 orang dibenarkan duduk di dalam rumah tersebut. Kalau awak 4 orang, memang jangan haraplah. Jerman menetapkan yang setiap orang haruslah mempuyai ruang sekitar 500 kaki persegi untuk tinggal di dalam sesebuah rumah. Kalau dalam agreement kata 2 orang saja tinggal di situ maka kena 2 orang sajalah. Kalau dalam agreement kata pukul 12 tengahari sampai 3 petang tak boleh bising maka kena duduk diam-diam. Kalau bising jugak nanti polis ketuk pintu. Amboi polis Jerman ni tak ada kerja lain ke?

Kalaulah apartment kecil 650 kaki persegi, makanya seorang sahajalah boleh duduk di situ. Nak duduk 2 orang kena cari yang sekitar 900 kaki persegi. Sesetengah apartment kena interview dulu baru boleh masuk seperti yang saya kena. Macam-macam ditanyanya dan kalau tuan rumah puashati maka baru diberikan agreement 8-10 mukasurat untuk sign. Kalau dalam agreement kata tak boleh ada budak, maka tak bolehlah, kalau tak boleh ada binatang peliharaan maka tak bolehlah. Natijahnya, sunyi sepi dan aman damailah kediaman anda. Tiada jiran bangla atau myanmar, tiada bau kari maupun bau kucing panggang serta tompok seni hasil air ludahan sirih pinang.

Kalau nak keluar dari rumah, maka anda kena pastikan rumah tersebut kembali kepada keadaan asal pada hari pertama anda masuk. Kalau rumah tu kosong maka kena kosonglah, dia tak nak tengok ada perabut tinggal, ada lampu ada kipas dan sebagainya. Biasanya anda kena cat balik rumah tersebut seperti yang termaktub dalam agreement. Kalau gagal..maka saman, saman dan saman. Kuat betul orang Jerman ni saman orang.

Susahkan? Maka kita beri mata kemenangan besar kepada Malaysia 10-0.

————————————————————————————————————————–

Jadi cukuplah setakat 10 tu kan? Nanti apa pulak kata orang kan, juara dunia kena belasah 10-0.

Marilah kita sama-sama raikan kemenangan kita ini. Disamping itu saya juga menyeru kepada semua pembaca agar merenung juga di mana kelemahan pihak lawan kita sehingga boleh dibelasah sehingga begitu teruk sekali. Moga kita dapat jadikan iktibar kekalahan mereka tersebut agar kita terus dapat memperkuatkan dan menambah lagi kemenangan di masa yang akan datang.

Adakah anda betul-betul faham apa yang saya cuba sampaikan ini?

ENTAHLAH…I Dont Know. Kalau tak faham sindiran maka jangan bacalah!”




Sumber dari khairulabdullah.com


Sumber TKO - 11-11-20115


Hati budi pemimpin Melayu-Islam bila turun pangkat

Posted on Tuesday, November 10 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Rupa-rupanya memang ada banyak persamaan dalam pemikiran dan reaksi yang ditunjukkan oleh orang-orang politik apabila menghadapi masa depan yang  agak suram dalam parti mereka sendiri.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, misalnya, menyatakan beliau akan tetap berjuang bersama parti walaupun tiada jawatan dalam kerajaan kerana beliau ialah ‘ahli Umno totok’.


Begitu juga dengan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menegaskan bahawa kalau boleh ‘beliau tetap mahu menjadi ahli PAS sampai mati’.


Pernyataan dan ikrar begini adalah satu tindakan psikologi bahawa mereka sentiasa bersangka baik terhadap parti dan akan setia serta reda untuk terus berkhidmat kepada parti walaupun tiada jawatan tinggi. 


Husam mahupun Muhyiddin dikelilingi pihak berdendam


Bagaimanapun soal salah-faham, hasad dengki dan irihati pihak tertentu dalam parti sering dan telah menolak mereka ke satu sudut yang mencemar nama baik mereka. Maka halal jika mereka bertindak balas. 


Justeru tindak tanduk mereka lazimnya adalah bertentangan dengan ikrar yang dilafazkan. Baik Muhyiddin mahupun Husam kedua-duanya tidak sedikitpun terkilan mempersoal dan mengkritik halatuju parti masing-masing secara terbuka. 


Sekali pandang tindakan mereka itu bolehlah dibaca sebagai ‘menegur kelemahan atau kepincangan’ dalam parti dan mahu bersikap telus dalam membuat penilaian terhadap keberkesanan pimpinan parti. 


Bagaimanapun apabila dinilai secara terperinci kedua-duanya insaf dan akur apakah natijah teguran dan kritik yang dibuat secara terbuka itu. Dan, jika diamati lebih dekat, teguran-teguran mereka bersalut dendam.


Tidak kiralah dendam itu meresap daripada perasaan kecewa kerana tersingkir daripada tampuk pimpinan atau kekecewaan kerana jasa mereka tidak dikenang atau mereka berasa dinafikan hak untuk bersuara.


Apapun yang pasti teguran politik jika dibuat di depan khalayak dan meluas, sudah pasti akan mengenai sasaran – memburukkan imej parti, meremehkan nilai kepimpinan orang lain dan “menegakkan benang basah”.


Jika beginilah caranya kepimpinan Melayu-Islam, memang sukar disangkal aura, karisma dan kemuliaan perjuangan Islam mereka akan menjadi bahan yang akan dicebekkan oleh masyarakat, terutama generasi muda.


Beza 'buah catur' Muhyiddin dengan Husam 


Namun di segi pendekatan ada sedikit perbezaan protes Muhyiddin dengan Husam. Sungguhpun kedua-duanya sering menghamburkan apa yang terbuku di dada dalam ceramah dan forum anjuran pihak bersimpati, Husam memilih cara yang lebih meluas jangkauan strategi membela dirinya.  


Setiap kali ada sesuatu kritikan yang hendak dibuatnya terhadap kepimpinan parti atau kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS, beliau akan mengedarkan kenyataan media.


Kenyataan akan dikirimkan kepada berpuluh-puluh wartawan dan editor arus perdana mahupun penulis blog. Tentunya Husam mahu meraih liputan yang paling meluas. Ini boleh dibaca sebagai ‘teguran’ skala besar-besaran.


Apabila kenyataan atau pekeliling sedemikian diedarkan sudah tentu matlamatnya ialah untuk menyelar dan merobek seberapa parah yang mungkin terhadap kewibawaan parti yang beliau ingin ‘berjuang sampai mati’. Niatnya boleh dipersoalkan. 


Muhyiddin bertindak agak sopan dan terkawal. Apabila dihulurkan mikrofon atau diminta berdiri di depan khalayak yang mahu mendengar perspektifnya berhubung perbezaan pendapatnya dengan parti, baru beliau bersuara. 


Husam tidak demikian. Beliau mahu jika kritiknya membabitkan maruah dan citra parti, kritik itu mesti didengari dan difahami oleh semua orang tidak kira di dalam atau luar parti. Apa kesannya pada parti beliau tidak peduli.
Husam seolah 'gila talak'
Jika itu bukan aktiviti melondehkan masalah parti di khalayak ramai, apakah maksudnya? Justeru jika Husam mendakwa beliau tidak berubah dan masih ‘mengasihi partinya’ dan semua dilakukan ‘demi kasihnya’, beliau bertindak seolah orang gila talak. 
Jika tidak dapat kembali tempatnya dalam rumah-tangga (kepimpinan parti) beliau akan berusaha supaya nama baik parti atau ‘kekasih yang sudah hampir menjadi jandanya’ itu juga dipandang serong oleh masyarakat.
Justeru adalah wajar jika tindakan Husam tidak mahu menyertai kawan-kawannya dari PAS suatu ketika dahulu yang melompat keluar menubuhkan parti Amanah Negara (PAN) dipersoalkan umum.
Adakah Husam masih mahu duduk dalam PAS hanya untuk melondehkan kelemahan PAS, terutama presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, supaya kesannya lebih meluas kerana kritikan itu dibuat oleh ahli PAS sendiri?
Atau, ia ada kena mengena dengan lafaz bai’ah yang pernah dibuatnya ketika dipilih PAS untuk menjadi calon parti itu dalam beberapa pilihan raya yang pernah ditandinginya?
Adakah untuk mengalih pandangan umum terhadap isu ini, kini Husam bangkit dengan segala kekuatan untuk mempertikaikan “kezaliman” yang dilakukan oleh PAS terhadap dirinya yang didakwa menjadi sasaran fitnah sejak sebelum pilihan raya parti Jun lalu?
Husam masih memegang jawatan Yang Dipertua PAS kawasan. Ini bererti beliau masih boleh bersuara dalam Dewan Pimpinan PAS Negeri Kelantan, jika ada isu yang terkilan di hatinya. 
Bagaimanapun apabila beliau mendedahkan pelbagai isu yang boleh meremehkan halatuju parti dan kewibawaan presiden yang kini disindirnya autokratik, beliau sebenarnya menunjukkan ‘belangnya yang sebenar’. 
Mungkin Husam mahu membuktikan betapa hodohnya imej PAS kini demi menghalalkan tindakannya apabila benar-benar melangkah meninggalkan PAS untuk selama-lamanya kerana ‘kasihnya pada parti itu sudah tidak berbalas’?
Jika beginilah tabiat contoh pemimpin Melayu-Islam, tidak hairanlah khazanah Melayu sarat dengan bidalan dan pepatah ‘tikam dari belakang’, ‘gunting dalam lipatan’ dan musuh dalam selimut. 
Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa. Dalam bahasa Melayu peribahasa berkenaan hanya mencerminkan hati budi pemimpin Melayu-Islam, umumnya.

Oleh Abdul Rahman Malik
AntarPOS

Sumber TKO - 10-11-2015 

YaAllah! Banyaknya!

Posted on Tuesday, November 10 @ 19:50:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Bukan senang nak hadapi ujian Allah ini terutama bila dalam saat genting dengan ekonomi  yang sangat meruncing. Pemimpin boleh laungkan slogan ekonomi kita masih pada tahap yang boleh diurus dengan asas ekonomi yang kukuh, tp berapa ramai kawan-kawan dikampong yang faham maksud pemimpin itu.

Pada mereka ekonomi yang baik itu bermaksud ada duit dalam poket untuk digunakan. Ketika ini untuk mendapatkan Rm10 dengan berkerja sendiri bukan perkara yang mudah, akan tetapi untuk menghabiskan Rm10 itu terlalu cepat. Termasuklah dengan diri ana.

Pengalaman berniaga banyak membantu memaham diri ini. Berapa kuat sekalipun promosi dan pengiklanan yang dijalankan, betapa kuat sekali modal yang ada, pasaraya besar Carre4 tetap terjual. Apa yang pemimpin cakap tidak sama dengan apa yang berlaku dibawah.

Kita berkejaran pagi dan petang mencari rezeki sehingga lupa pada tanggungjawab kita pada anak dan juga agama. Pemimpin diatas pula, peniaga berkejaran mencari mereka untuk habuan projek itu ini. Halal dan haram bukan isu bila mengejar kekayaan.

Ana dah tak larat nak kejar ‘dunia’ sebegitu. Pengalaman ana berniaga dengan deal projek sana sini sebenarnya tak membantu peningkatan iman ana dan juga keluarga ana. Kerana apa? Kerana kita gadaikan prinsip agama untuk habuan sedikit dunia.

Berapa ramai yang hidup atas duit haram baik dipejabat-pejabat kerajaan mahupun pejabat swasta. Kita sebagai peniaga  bekerja kejar orang itu dan orang ini untuk habuan projek tertentu. Akhirnya apa yang kita dapat? Anak-anak mula tidak solat, isteri mula bosan duduk keseorangan tanpa didikan jiwa dan jiran-jiran sudah tidak dalam senarai keutamaan.

Sejak ana terkena dalam satu kes itu, ana fikir cukuplah apa yang ada. Ana dah meluat nak merasuah orang itu dan ini. Ana pun focus pada perniagaan kecil-kecilan sahaja yang berbentuk tunai. Biarlah sedikit asalkan berkat dan banyak masa renung diri.

Sehinggalah ana diuji perniagaan yang ana jalankan terpaksa ditutup kerana tidak mampu untuk menanggungnya. Berat mata memandang berat juga ujian Tuhan.

Syukurlah pada Tuhan kerana masih ada laptop buruk berusia 5 tahun untuk ana berbicara dengannya sorang-sorang. Ana buka akaun di Youtube, dan mula bermonolog meluahkan kerungsingan padanya. ‘Apa yang hendak aku kejar sekarang ni’. Bisik hati kecil aku. Kehidupan makin tidak terurus dengan pendapatan yang tidak menentu.

Masa datang dan pergi terasa amat laju. Sedar tak sedar dah beratus  nukilan di youtube ana pahatkan. Kusut otak memikirkan apa yang harus dilakukan. Semua kerja serba serbi tak menjadi.

Benarlah kata Tuhan, rezeki itu bukan kerja manusia. Berapa hebat dan berapa pandai seseorang itu berniaga sekalipun , kalau bukan itu rezekinya pasti takder sesiapa yang mampu menolongnya.
Tetiba ana dapat surat dari google USA. Jauhnya surat ini datang. ‘Apalah yang google hendak dari ana ini’ , bisik hati ana.

‘YaAllah, Allah bayar upah hasil kerja-kerja ana yang tak seberapa ini di youtube rupa-rupanya’.
YaAllah banyaknya pemberianMu.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Berbaik sangka dengan Allah dan berbaik sangka dengan setiap ujianNya. Minta dengan Allah tidak memerlukan rasuah, tapi minta dengan manusia wajib merasuahnya terlebih dahulu.

Gunakan kreativiti antum untuk sebarkan kebaikkan dengan banyak platform yang ada di dunia nyata mahupun maya. Tapi ingat, setiap tingkatan iman itu akan diuji secukupnya. Andai antum mengalah dengan ujian Tuhan ini, ditakuti antum boleh gila dibuatnya.
Setiap ujian Tuhan itu adalah terbaik untuk diri kita. InsyaAllah
Ziarah PANGGUNG kecil ana yang kelaut ini.

Wallahuaklam


Modayu73 

Sumber TKO - 10-11-2015


Abai kebersihan undang kemudaratan

Posted on Tuesday, November 10 @ 16:50:04 MYT by paktam

Oleh WAN ROSLAILI ABD. MAJID

KEBERSIHAN dan kesihatan sentiasa bergandingan. Jus­teru, apabila beberapa penyakit silih berganti seperti denggi, kencing tikus dan terkini demam kepialu melanda masyarakat negara ini, pantas sahaja kita dapat merumuskan punca sebenarnya. Punca yang dimaksudkan tidak lain adalah pengabaian soal kesihatan oleh sebahagian kita.

Apa yang lebih menyedihkan kita pengabaian aspek kebersihan ini turut atau dalam banyak keadaan membabitkan masyarakat Islam bukan sahaja di negara ini malah juga di seluruh dunia Islam.

Bahkan lebih mendukacitakan, sikap tidak prihatin ini bukan sahaja melibatkan diri, tempat tinggal, persekitaran, bahkan juga masjid sebagai tempat ibadah. Maka pelbagai kisah daripada hamparan sehinggalah bilik airnya, sering didengar dan diperkatakan orang.

Selain itu, khabarnya sikap tidak prihatin umat Islam terhadap aspek kebersihan juga begitu jelas semasa musim haji lalu. Timbunan sampah-sarap jelas dilihat di beberapa lokasi tertentu seperti di Mina dan Jabal Nur. Anehnya, sebahagian jemaah hanya sanggup untuk membawa botol yang berisi minuman semasa mendaki bukit yang adalah tempat pertama wahyu diterima itu, namun tidak sanggup pula membawa botol yang telah kosong ke bawah untuk dibuang di tempat yang sewajarnya.

Disebabkan ketiadaan tong sampah di puncak bukit tersebut, maka sebahagian jemaah haji membuang botol minuman yang kosong dengan sewenang-wenangnya. Adakah itu petanda bahawa kesukaran sanggup dipikul jika ia bagi memenuhi kepentingan diri semata-mata? Namun jika tiada lagi kepentingan untuk diri, maka bebanan atau kesulitan dilepaskan begitu sahaja.

Pemandangan jelek seumpama itu sudah pasti mencemari ibadah yang dijalani oleh jemaah haji.
Umat Islam seharusnya berasa malu akan bangsa lain yang tidak pun diberikan petunjuk melalui ajaran agama mereka tentang kebersihan dan penyucian. Rakyat Jepun misalnya tidak memperoleh kelebihan sebagaimana yang dikurniakan kepada umat Islam. Namun mereka ternyata meninggalkan umat Islam jauh di belakang dalam persoalan yang amat penting itu.

Budaya luhur yang dimiliki mereka dalam penjagaan kebersihan telah memasyhurkan nama bangsa dan negara mereka ke pelosok dunia. Dengan demikian, tidak hairanlah jika kita mendengar remaja dan pemuda-pemudi Jepun yang menyaksikan perlawanan bola sepak dalam Piala Dunia lalu tidak segan-silu untuk mengutip sampah sebaik perlawanan berakhir walau tidak diminta oleh sesiapa!
Kepentingan penjagaan kebersihan ditekankan oleh al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Al-Quran misalnya menegaskan bahawa Allah SWT mengasihi orang yang banyak bertaubat dan orang yang sentiasa menyucikan diri (Surah al-Baqarah, ayat 222). Al-Quran juga menghuraikan kewajipan berwuduk, iaitu penyucian anggota tubuh tertentu sebagai persediaan mendirikan solat. Dengan kata lain, wuduk adalah syarat sah solat. Sementara itu, Baginda SAW menegaskan kepentingan penjagaan kebersihan dalam segenap perkara. Malah Baginda sendiri terbukti menunjukkan teladan terbaik dalam penjagaan kebersihan diri yang akhirnya terzahir pada kesihatan fizikal Baginda yang amat sempurna.

Kesihatan begitu dititikberatkan oleh agama Islam kerana ia menjamin kelangsungan nyawa atau kehidupan. Pemeliharaan nyawa atau kehidupan ini pula sebagaimana diketahui umum adalah salah satu daripada matlamat syariah yang utama selain pemeliharaan agama, akal, keturunan, harta, dan maruah. Seterusnya pula pemeliharaan nyawa, akal, keturunan, harta yang dikategorikan oleh al-Ghazzali R.H., sebagai matlamat duniawi bertujuan memelihara matlamat dini, iaitu agama itu sendiri. Sebagai contoh, seseorang yang terpelihara kesihatannya pasti dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Umat Islam seluruhnya wajib mengembalikan nilai mementingkan kebersihan yang semakin lenyap daripada kehidupan mereka. Jika kebersihan yang dianggap kecil tidak mampu untuk diurus mereka dengan baik, bagaimana mungkin mereka mampu melaksanakan perkara-perkara yang dianggap jauh lebih besar lagi rumit. Selesaikanlah dahulu persoalan yang dianggap remeh tetapi mendatangkan aib yang bukan sedikit kepada ummah.

PENULIS ialah Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sumber DD -10-11-2015 


Gelagat penggemar Slurpee dengan bekas kreatif mereka

Posted on Tuesday, November 10 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bermacam-macam gelagat mencuit hati dirakamkan di kedai serbaneka Seven Eleven di seluruh negara sejak dua hari lalu, sempena promosi Bring Your Own (BYO) Cup Day.

Kreativiti penggemar minuman Slurpee jelas kelihatan, menerusi gambar-gambar yang dimuat naik ke laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, kerana ada yang sanggup membawa kuali, topi keledar dan periuk nasi untuk mengisi minuman berwarna-warni itu.

BYO Cup Day merupakan penghargaan kedai serbaneka terkenal itu buat penggemar Slurpee, kerana hanya dengan membayar RM2.90, orang ramai boleh mengambil seberapa banyak minuman itu mengikut kemampuan mereka.

Tetapi, syaratnya ialah mereka perlu membawa bekas sendiri untuk mengisi Slurpee itu.
“Slurpee macam goreng pisang panas! Hasil tangkapan di 7e ke-4 setelah hampa 3 kali,” kata seorang pengguna Twitter, Aqililies.

Today is 7e day and yeah. The struggle is real ! apa benda isi slurpee dalam pistol air,” Tweet Khairul Syafiq.'


“Weh! Slurpee fest dah start wei. 2 hari ja. Pi bawak baldi basuh baju pi tadah Slurpee kat 7e nuh,” komen seorang lagi pengguna sosial media, RepublicUSM.



Promosi selama dua hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam yang berakhir semalam itu, turut menyediakan hadiah lumayan kepada penggemar Slurpee yang memuat naik gambar bersama bekas kreatif mereka berisi minuman itu ke Facebook 7-Eleven Malaysia dengan hashtag #7ElevenMY #BYOCupMY, sebelum Rabu ini.


Sumber: therakyatpost



Sumber TKO - 10-11-2015

PAS Has Experts, Not Just Clerics

ridhuan_tee_
Columnist Dr Ridhuan Tee Abdullah criticised the DAP today for allegedly looking down on PAS and for trying to boot them from the Selangor government, claiming the Islamist party has many professionals and is not just made up of “turban-wearing” clerics.

Tee, who is also a Universiti Sultan Zainal Abidin lecturer, claimed that the DAP had questioned PAS when the Islamist party said it would abstain from voting on Budget 2016 and had asked since when PAS became experts, much less experts in the economy.

PAS Hulu Langat MP, Dr Che Rosli Che Mat who is a nuclear scientist.
PAS Hulu Langat MP, Dr Che Rosli Che Mat is a nuclear scientist.

“It looks like all this while, they’ve been looking down on PAS as a party of turban-wearing religious men?” Tee wrote in his column in Sinar Harian today.

“Don’t they know that in PAS, besides religious men, PAS does not lack in professionals, such as experts in the economy, finance, nuclear and others?

“PAS is no longer like before, even though a small group of professionals has left PAS to form Parti Amanah Negara (Amanah).

“PAS is not like Amanah; PAS has a stand — they’re not cows being led by the nose. PAS has greater political maturity compared to Amanah,” the Chinese convert added.

IMG_20151018_144257
500 PAS medical and health professionals including doctors, nurses, medical assistants, pharmacists and other professions in medicine and health, gather in Kota Bharu recently

DAP secretary-general Lim Guan Eng said recently at the Selangor DAP convention that PAS was now showing its true colours and its desire to be friendly with Barisan Nasional (BN), after PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said his party would not reject Budget 2016.

DAP delegates at the convention had also called for PAS to be booted from the Selangor state government, but executive councillor Datuk Teng Chang Khim from the DAP had downplayed the friction in the state’s ad hoc coalition government between the DAP, PKR and PAS.

Selangor Mentri Besar Azmin Ali has said a Pakatan Harapan administration is not needed in the state. Pakatan Harapan comprises the DAP, PKR and PAS splinter group Amanah.- themalaymailonline

Sumber BO - 10-11-2015


Vape perisa 'Uncle Maniam' persenda menteri kesihatan
Posted on Monday, November 09 @ 22:18:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dewan Perniagaan Vape Malaysia mengesahkan cecair vape berperisa "Uncle Maniam" yang viral dalam Facebook tidak wujud sama sekali, sebaliknya hanya troll (tindakan mempersenda).

Setiausahanya, Ridhwan Rosli berkata langkah itu dibuat ekoran kurang senang dengan tindakan Kementerian Kesihatan merampas merampas cecair vape mengandungi nikotin dalam serbuan ke atas penjualnya.

“Tidak ada (perasa itu), itu troll saja.

“Komuniti vape berasa kurang senang dengan tindakan menteri, itu yang mereka troll,” kata Ridhwan yang juga anggota Parlimen Belia kepada Malaysiakini.

Di Internet, gambar palsu perisa itu beredar meluas yang memaparkan gambar mirip Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam dipapar pada botolnya.

Nama Uncle Maniam sendiri seolah-olah merujuk kepada nama singkatan menteri itu.

Ia dilabel dengan perkataan “Uncle Maniam flava, most special product” (perisa Pakcik Maniam: Perisa paling istimewa) dan “unknown taste” (perisa tidak diketahui).

Ia juga memaparkan maklumat nikotin sangat tinggi dengan 100mg berbanding rokok biasa yang cuma 18mg.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Subramaniam pernah membuat cadangan agar penggunakan vepe diharamkan di negara ini.

Sumber TKO - 9-11-2015



Jimatkan Duit Tol- Mengaplikasikan Akta Pencatutan!

Posted on Sunday, November 08 @ 10:47:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"
 
Kenyataan Menteri Abdul Rahman Dahalan supaya pengguna lebuhraya mengambil langkah jimatkan duit tol dengan keluar awal ada logiknya. Kejayaan sesuatu usaha itu mesti ada respon yang positif dari Gomen. Seperti bertepuk tangan-tak jadi kalau sebelah aja ambil tindakan. Gomen juga perlu bertindak untuk mengkaji bagaimana ia bolih membuat sedikit carian [explore ] cara yang bolih trimkan kos tol pada pengguna.

Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011
-----------------------------------------------------

Gomen telah merangka akta ini untuk menjaga hak dan kepentingan pengguna.

Di bawah pimpinan Regim Mahathir, teras filosofi undang undang perniagaan adalah berat sebelah biasanya menyebelahi kroni kroni Dr Mahathir - geng geng kapitalisnya. YTL dan geng geng penswastaan LDP, Besraya dan seangkatan dengan mereka merupakan Lanun Bisnis generasi baru yang di didik dek apparatchik [ Mat KP EPU dan geng ] Mahathir..

Kini dengan wujudnya Akta Pencatutan wajarlah Mat Mat di AG dan KPDNKK membuat lawatan semula [ a revisit ] kepada syarat dan terma yang merupakan pencatutan di dalam tariff tol yang dikenakan.

Interesting. Akta ini tidak memberi pengecualian kepada harga / tariff yang telah dikeluarkan sebelum berkuatkuasa tarikh berkuatkuasa Akta. Maknanya [pandangan saya ] Mat mat Gomen bolih melawat semula dan menkaji untuk turunkan tol tol yang merupakan satu pencatutan.

Saya tabik hormat kepada Aktor dan Minah di dalam TV yang membuat saya paham pasal Akta yang istimewa ini. Pada pengalaman saya 2 Tol yang saya terperangkap membayar harga tol yang merupakan satu Pencatutan yang kejam ialah-

1. Tol LDP -Dari Sunway Bayrocks Menuju Ke Bandar Utama Bila keluar dari Bayrocks saya dikenakan 2 tol [ harga kini mungkin RM 6 ] untuk perbatuan yang tak lebih dari 10 km. Ini pelik dan memunuhi ciri ciri Pencatutan kerana ianya seperti kata pepatah Melayu - Pasang lukah di Genting. Jadi kalau kita cari unit kos tol ini -ianya mencecah 60 sen se km- sangat tak berpatutan!

2. Tol Besraya Bila saya naik teksi dari stesen komuter Serdang nak ke Convention Centre di Palace of Golden Horses pemandu teksi akan bayar tol dari laluan sebelah Stesen Kommuter dan setelah berlalu sejauh 5 km dia akan U-turn ke arah Convention Centre. Kedua dua laluan melibatkan pembayaran 2 tol yang harganya samasekali tak munasabah. Tol tol ini ditambar kepada kos sewa teksi.

Respon Yang Diharapkan
------------------------

Menteri Abdul kenalah kerah mat mat di AG dan Suruhanjaya Akta Anti Pencatutan di KPDNKK untuk mengkaji semula dan mengesyorkan satu toll yang munasabah dan menepati Akta Anti Pencatutan 2011 ini. Sesungguhnya niat Gomen itu murni tapi Mat Mangkok di Pejabat Gomen tak lakukan tugas dan tanggungjawab mereka."

Sumber TKO - 8-11-2015


Jangan cagar maruah dengan asap vape

Posted on Saturday, November 07 @ 22:20:44 MYT by tokdalang


Oleh Nur Afirah

Melihat kepada budaya merokok dan vaping yang kini semakin menular dalam kalangan belia wanita bahkan mahasiswi di institut pengajian tinggi, memanggil saya untuk memberi respons terhadap isu ini.

Alat elektronik yang kebanyakan diimport dari China, United Kingdom, Filipina, Amerika Syarikat dan Korea ini dimonopoli penggunaannya hampir 1 juta golongan muda di Malaysia tidak kira lelaki mahupun perempuan, dianggap sebagai satu budaya yang cool dan popular.


“Daripada hisap rokok, lebih baik hisap vape!” Vape dikelaskan sebagai selamat dan jimat berbanding rokok, maka ia dikira boleh diambil gadis mahupun wanita. Mereka pula tanpa segan silu menghembus kepulan asap tebal di khalayak ramai.

Percayalah, para lelaki meskipun perokok tegar sekalipun mengakui tidak menyukai melihat gadis menghisap vape, kerana menganggap gadis seperti ini tidak mempunyai pegangan malah tiada tarikan. Budaya ini juga tidak sinonim dengan wanita kerana ia bukanlah satu budaya ketimuran.

Impak yang sangat jelas boleh kita lihat daripada ketagihan vape ialah ia satu fenomena yang nyata melekakan, menyumbang kepada ketagihan, pembaziran wang serta boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Sekali gus, hilang nilai kewanitaan akibat merokok dan vaping ini.

Di mana sahaja, masyarakat semakin rakus malah semakin bangga berkongsi gambar di laman sosial yang kononnya mengikut trend. Hakikatnya, tanpa disedari hilang elemen serta ciri kesantunan dan kesopanan, serta menjejaskan imej wanita Islam yang cukup terkenal dengan adab sopannya.
Sebagai seorang wanita Islam, kita mesti meninggalkan perkara merosakkan. Sedarlah, andai kita rosak, bukan hanya diri kita seorang yang rosak, malah keluarga dan orang sekeliling turut menerima tempias akibat perbuatan sia-sia itu.

Usaha penganjuran Festival Vape baru-baru ini yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), berjaya mengumpulkan pengguna vape termasuk gadis bertudung. Hal ini dilihat mereka sedang meniru budaya orang bukan Islam, yang sebenarnya dilihat tidak bermaruah.

Budaya ini bukanlah satu proses kemodenan, apabila fenomena ini seolah-olah menggambarkan ia adalah normal. Mereka yang membantah pula dilabel sebagai seorang yang kolot dan menyekat hak individu walhal sudah jelas vape ini bertentangan. Islam mengharamkan semua perkara yang memabukkan dan memudaratkan diri.

Fenomena vape ini seolah memperkuda masyarakat mahupun pemimpin. Ramai golongan belia menceburi dalam bidang perniagaan industri vape pula dianggap membantu ekonomi negara.

Kita seharusnya cakna terhadap apa-apa serangan mendatang dan menunjukkan solidariti membantah sebarang penganjuran, sebagai contoh Kempen “Right to Vape, Vape it Right”. Minat golongan muda terhadap budaya vape jelas terang tidak memberi faedah dan manfaat secara langsung dalam kehidupan, dan ia tidak perlu disokong.

Ini bukan aspirasi anak muda yang perlu diagung-agungkan tetapi lebih kepada kehendak serta kemahuan terhadap budaya asing yang menjadi trend dan menyumbang kepada gejala sosial.
Keputusan Kabinet bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, dan dakwaan menteri vape merupakan aspirasi anak muda adalah disangkal. Aspek pembangunan jati diri belia sepatutnya dipandang lebih serius.

Sehubungan itu, saya mewakili Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) mendesak agar kajian dibuat semula terhadap keputusan Kabinet. Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat serbuan terhadap brewers yang melibatkan beberapa vapeshops dipuji dan dilihat sebagai satu tindakan serius yang harus dilaksanakan dengan lebih kerap dari masa ke semasa.

Saya juga mendesak agar meneliti semula dan menguatkuasakan pengharaman rokok, vape dan e-rokok serta menjalankan penguatkuasaan merampas bahan yang mengandungi nikotin.
Kami di Pembina mengajak seluruh masyarakat agar menyertai suara bantahan ini sehingga terkuburnya budaya vape di Malaysia, khususnya.

Ayuh Beliawanis, cakna terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Jangan sampai diri dan orang sekeliling terpengaruh dengan budaya vape sehingga melunturkan jati diri serta pegangan kita sebagai umat Islam. Wallahualam.

* Penulis adalah Akademi Tokoh Beliawanis Pembina dan timbalan ketua media Pembina, Shah Alam.

Sumber DD - 7-11-2015


'Manusia paling jahat...'

Posted on Saturday, November 07 @ 22:12:56 MYT by tokdalang

Oleh Lanh


DARIPADA sejumlah ceramah dan tazkirah sempena Maal Hijrah 1437 yang saya hadiri baru-baru ini, izinkan saya 'mempersembahkan' rumusan saya bagi difikir-fikirkan oleh pembaca 'barang sejenak jua'.

Saya begitu terkesan apabila seorang ustaz memberitahu bahawa orang paling jahat di dunia ini bukanlah penyamun, perompak, pembunuh, perogol dan 'penjahat sespesies' mereka tetapi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran. Mereka yang menutup pintu hati (hati keras) inilah adalah sejahat-jahat manusia.


Kata sang ustaz, manusia keras hati ini bukanlah hanya daripada golongan yang 'kelihatan jahat' tetapi juga di kalangan mereka yang 'nampak baik-baik'. Ya, mereka solat (malah secara berjemaah di masjid), berpuasa dan berhaji tetapi kata sang ustaz, 'tak berkesan' 'tonggang tongek' mereka (menunaikan solat) jika mereka tidak berlapang dada untuk menerima sesuatu kebenaran itu.

"Apa buktinya?" tanya sang ustaz. Katanya, orang jenis ini pantang ditegur. Kalau ditegur dia akan melenting. Sepantas kilat dia menolak pandangan orang malah cuba pula 'menegakkan benang basah'. Ini bermakna orang ini secara automatis sudah menutup pintu hati; dia fikir dia atau pendapat dia sahaja betul jadi bagaimana dia dapat mengutip 'mutiara-mutiara' daripada kehidupan ini!

Fokuskan kepada sirah Nabi Muhammad SAW. Sebelum menjadi Nabi dan Rasul pada usia 40 tahun, Nabi Muhammad diakui kejujurannya dan diberi gelaran Al-Amin (Yang Amanah). Ketika mula berdakwah secara terbuka Nabi Muhammad SAW menghimpunkan penduduk Makkah dan bertanya kepada mereka "jika aku katakan ada unta di belakang bukit ini (Safa) percayakah kamu?" Orang Quraisy mengiyakannya tetapi selepas Nabi SAW menyampaikan dakwahnya, mereka yang diketuai oleh Abu Lahab lantas menuduh Nabi SAW berbohong sedangkan sebelumnya mereka mengakui 'keamanahan' Nabi.

Ya, orang yang menutup pintu hati daripada kebenaran adalah sama cirinya dengan Abu Lahab yang dikutuk oleh Allah SWT dalam al-Quran. Menjadikan sirah Rasul SAW ini sebagai pedoman kehidupan, insaflah kita bahawa masalah-masalah membabitkan diri, keluarga, masyarakat, negeri, negara kita dan dunia ini adalah berpunca daripada keras hatinya diri kita daripada menerima kebenaran. Namun percayalah, apabila kebenaran datang maka sirnalah kejahatan.

Sekarang marilah kita 'terjemahkan' peristiwa zaman Rasul SAW sebagai pengajaran kehidupan semasa kita. Kemelut demi kemelut yang melanda negara sebahagiannya adalah disebabkan oleh kita terutama pemimpinnya yang sudah keras hati, tidak dapat menerima kebenaran. Hati mereka sudah beku, Mereka pekakkan telinga kepada teguran, mereka fikir mereka saja betul dan apabila ini berlaku, dikhuatiri suasana dalam negara kita daripada 'sebawah-bawah dan setinggi-tingginya' dalam keadaan 'tunggang-telanggang'.

Tidak 'makan ditegur' atau menjauhi daripada kebenaran ini menyebabkan dunia rosak; sebagai contoh di negara kita kini diancam jerebu; sebahagiannya disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat; mereka mementingkan hawa nafsu masing-masing - katakanlah berlaku kebakaran hutan puncanya kerana apa...pemerintah mahu mengaut keuntungan semaksimum mungkin, demikian juga pemodal, peneroka dan sebagainya. Manusia (daripada pemimpin kepada rakyat) rakus 'membotakkan' hutan dan bukit malah gunung pun ditarah mereka! Ya, apakah mereka ini dapat menerima kebenaran apabila ditegur? Tidak, kita bimbang mereka sudah jadi 'Abu Lahab' yang tidak dapat menerima kebenaran.

Manusia keras hati tidak boleh menjadi 'pentaubat' sedangkan inilah ciri sebaik-baik insan yang disayangi oleh Allah SWT. Perompak dan pembunuh (termasuk yang meletupkan orang) pun berpeluang mengaku bersalah dan bertaubat tetapi makhluk yang sombong daripada kebenaran ini (ketua mereka adalah iblis dan syaitan) tidak boleh dan akan berbuat begitu. Ya, manusia mana yang tidak membuat dosa...namun insan 'pentaubat' mengakui kesilapan diri dan berterusan merayu-rayu kepada Allah agar ditunjuki jalan yang lurus (kebenaran) yang dipohon sekurang-kurang 17 kali melalui solat. 

Sahlah kalau kita tidak membuka hati kepada kebenaran seterusnya bertaubat, kita adalah sejahat-jahat manusia kerana datuk kepada kita semua (manusia), Nabi Adam AS pun berdoa bersungguh-sungguh: "Ya Tuhan kami; kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." (Quran, Surah Al-A'raaf, ayat 23)

http://lanh14.blogspot.my/

Sumber DD - 7-11-2015 

Sikap kita kerap menghukum

Posted on Saturday, November 07 @ 11:58:52 MYT by paktam

Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sebahagian masalah sikap kita adalah kerap menghukum secara PUKAL dan mengabaikan kajian secara "big picture" sebagai contoh bila PM Canada naik, dipuji puja beramai-ramai kerana tak jabat tangan wanita Islam, bercampur & makan dengan muslim di masjid, jumpa orang ramai etc. Tiba-tiba apabila keluar video dia pakai kopiah yahudi dan sokong Israel, semua pakat beralih serta merta menjadi maki pula.


Didapati agak ramai yang berpendirian seperti 'lalang' kerana tiada kajian lengkap dan hanya membuat pendirian secara 'pantas' dan 'pukal' hanya dengan satu dua fakta, akhirnya berpendiriannya berubah-rubah & banyak menzalimi orang yang dihakimi. Hasilnya, kerapa saya terbaca di page beberapa tokoh ilmuan agama, yang disanjung oleh followersnya dan diambil manfaat darinya sejak bertahun-tahun, tiba-tiba, apabila ilmuan itu mengeluarkan satu statement yang dilihat berlainan dari kehendaknya atau arus perdana terus dikatakan "dah tak respect ustaz", "ustaz sampah", "ustaz dah kena beli" dan lain-lain. Walaupun ilmuwan itu punyai hujjah namun enggan didengari, dinilai sebaiknya atau dibaca. Demikianlah akibat pemikiran LALANG.

Dalam banyak isu khususnya dalam negara kita menunjukkan trend begitu sekarang, khususnya dalam bidang POLITIK kepartian & aliran agama. Contohnya:-

a. Ada seseorang yang dilihat pendapatnya seiring dengan kerajaan BN dalam satu isu, lalu secara PUKAL dituduh "dia penyokong BN" walau jika dikaji banyak lagi pendapatnya yang mengkritik BN atau sifatnya sebagai pemikir bebas atau ahli akademik yang memberi cadangan konstruktif.

b. Atau bersamaan pandangannya dengan pendirian PAS atau PKR dalam satu isu maka dengan cepat dia dianggap pembangkang kerajaan BN. Walau mungkin banyak juga pendapatnya yang menyokong dasar BN.

c. Atau tersama atau kelihatan menyokong dengan parti AMANAH dalam isu tertentu sahaja, maka dianggap secara pukal 'dia penyokong parti amanah'.

d. Atau ada ustaz yang satu dua pandangan berkaitan hukum fiqh yang lain sikit dari kebiasaan amalan di Malaysia, terus secara PUKAL dituduh wahabi. Padahal geng Wahabi yang dituduh tidak pernah iktiraf ustaz itu termasuk kalangan mereka kerana banyak berbeza dari serupa.

AKHIRNYA kita lebih cepat mencipta MUSUH dari berukhuwwah dan berkawan. Mencipta 'the others' lalu menghabiskan masa berdukacita dan stress dengan perkara yang tidak pasti, semua akibat PUKAL.

Semoga kita jadi orang yang lebih ADIL lalu sabar dan rajin mencari 'bigger picture' sebelum tuduh atau mengganggap seseorang tu jahat atau baik, penyokong itu atau ini secara PUKAL. Penilaian lebih adil dan berpijak atas kebenaran dan BUKAN secara PUKAL adalah suatu sikap yang perlu diterapkan dalam masyarakat kita hari ini.

Menilailah perkataan dan tindakan seseorang atas PERKARA itu sendiri terlebih dahulu, jika benar, akuilah dan sokonglah dan JANGAN menyokong atau membantah secara PUKAL KECUALI telah terbukti secara komprehensif. Demikian apabila membantah dan tidak setuju terhadap seseorang.

Sumber DD - 7-11-2015



Adakah Kita Jadi Boneka ???

Posted on Friday, November 06 @ 16:53:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Mengapa ada pihak beriya-ria mengaitkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi & pimpinan Syura Ulamak PAS dengan UMNO???

Jawabannya kita dapat perolehi dari pemerhatian.Setelah zaman Tun Mahathir .Mosad tidak lagi percaya BN dapat mengawal kebangkitan Islam di Malaysia.Meskipun Malysia masih bertaraf negara sekular dimana syariat Islam tidak dilaksanakan.Kebangkitan islam terutamanya melalui sistem pendidikan semakin baik.

Jika 50 tahun lahun lalu pegawai kerajaan menyajikan arak dalam majlis rasmi ,kini tidak lagi. Dulu jemaah kabinet majoriti non muslim ,Namun selepas era Mahathir ..kabinet 70% Muslim ,bahkan kini sebahagian sokong hukum Hudud.

Allah telah menentukan Kemenangan PR dibeberapa negeri memperhebatkan lagi kebangkitan Islam dimana Agenda Islam bukan setakat dilaksana oleh pimpinan PAS ,Namun UMNO turut meniru apa yang PAS buat contoh di Kedah.

Saudaraku yang mulia,

Untuk Mendapat kemerdekaan dari British setiap pimpinan perlu setuju perjanjian dengan British yang dibelakangnya Mosad.Namun Tun Mahathir banyak mengingkari perjanjian itu.
Kebangkitan PAS & usaha dakhwah dari pelbagai jemaah Islam di Malaysia amat dicemburui Zionist.Namun begitu mereka tidak ada banyak pilihan kerana PR bekerjasama dengan PAS.Jadi Langkah mereka adalah cuba mengambilalih teraju PAS dari pemimpin yang komited dengan Islam.

Pada Fasa Awal berjaya apabila sebahagian besar AJK PAS pusat sudah dikuasai ahli politik yang tak sedar fikir mereka agak liberal.Namun muktamar lalu semuanya kantoi.
Fasa seterusnya mengeluarkan PAS dari PR..Kini sudah Berjaya ..

Fasa seterusnya ialah memalitkan fitnah agar rakyat nampak PAS sama seperti UMNO banyak menyalahgunakan kuasa.Namun Krebiliti Tuan Guru Nik Abdul Aiz ,Ustaz Azizan & TGHH sebagi MB menyukarkan PAS disamkan seperti UMNO.Namun,Fasa ini akan berjaya sekiranya pimpinan PAS hari ini kurang jati diri dan terkesan dengan habuan dunia.Kita Doakan pimpinan Pas dikuatkan Iman dan pendokong Pas berani menegur kepimpinan secara berhikmah.
Saudaraku Yang mulia,

Sejak Pasca Era Perang Salib Yahud & Nasara percaya Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka. Mereka telah lakukannya di Mesir .Meskipun pada awalnya seolah tersilap menjatuhkan Mubarak yang belot pada Mosaad apabila Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna dengan memperkenalkan Islam yang benar dan adil.

Namun Mosaad bijak dengan mengucarkacirkan Mesir mengunakan kuasa ekonomi .Mereka melantik boneka lebih awal sebelum aura Islam merebak ke seluruh dunia . IkhwanulMuslimin yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi,pemimpin dibunuh.

Saudaraku yang mulia,

Allah memberikan mata untuk melihat dan akal untuk berfikir .Berfikirlah dengan fikir Orang mempunyai Iman.Bertindaklah dengan cara Islam dibawah pimpinan Para Ulamak yang mengamalkan sunnah Nabi SAW.Janganlah sesekali kerana harapan dunia kita tinggalkan perjuangan yang benar.Dan Jangan sesekali kita mengutamakan logik akal mengatasi Ijhtihad jumhur ulamak yang faqih.

Saudaraku yang mulia

Perbezaan pendapat kalangan ulamak berkenaan mujahdid kurun ke 14samada Imam Hassan AlBanna,,Maulana Ilyas &,Syeikh Abdullah Azzam adalah satu rahmat tersembunyi yang pasti dirungkai di kurun ini.Namun adalah satu yang mendukacitakan kita terdapat golongan yang mengunakan millah yang sama cth seperti menggunakan jalan demokrasi berpecah.sesama islam dan mengambil orang kafir sebagai rakan sekutu .( Rujuk Tafsir ulamak muktabar Spt Pak Hamka Surah An Nisa ayat 136-140).Mudahan kita terselamat dari Fitnah Dunia dan bersama dengan Kalangan Ulamak yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW.

Sumber TKO - 6-11-2015


Eksperimen Sosial Menggunakan FB Ini Bukti Orang Melayu Mudah Tertipu Dengan Kemewahan
Posted on Friday, November 06 @ 07:33:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Saban tahun kita dengar pelbagai kes penipuan berlaku gara-gara ketamakan diri sendiri yang mahu cepat jadi kaya. Akhirnya angan-angan kaya menjadi kayap kerana pelaburan lebur.

Lebih sadis apabila turut dicalit dengan status muflis. Ini boleh membuatkan mereka sakit jiwa mengenangkan duit yang hilang entah ke mana dan hutang membukit.

Saban tahun juga kita tahu pelbagai pendedahan berkenaan modus operandi sindiket penipuan duit orang ramai dibuat oleh pihak dan orang tertentu agar dapat mengurangkan jumlah mangsa penipuan yang rata-ratanya adalah orang Melayu.

Namun usaha itu seolah-olah menjirus air di daun keladi dan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan apabila ramai mudah terpedaya dan terpesona apabila kemewahan diperlihatkan kepada mereka walaupun hanya dalam bentuk kata-kata. Mudahkan!

Tak percaya?

Tuan Khairul Ezuwan Yusof, Penyelia Agensi di Premier Wealth Advisor dari CIMB Cawangan Seremban, Negeri Sembilan telah memuatnaik satu status yang menceritakan tentang kemewahan yang dimilikinya berserta peluang seminar percuma sekiranya netizen memberi respon.

Facebook Tuan Khairul Ezuwan

30 minit selepas itu, Tuan Khairul Ezuwan terkesima dengan respon yang diterima.

Facebook Tuan Khairul Ezuwan

Berikutan itu, Tuan Khairul Ezuwan membuat 17 kesimpulan rentetan daripada eksperimen sosial tersebut.

Kesimpulan Dari 9 jam Social Experiment mengenai ‘Scammer’ @ Conman yang saya buat bermula di sini.

1. Lebih 6000 likes, lebih 3100 komen dan 275 shares.

Facebook Tuan Khairul Ezuwan: Sehingga saat artikel ini ditulis pada 4 November 2015.
2. 85% menulis ingin tahu, 10% menolak, 5% memerli.

3. Berhati-hati kepada orang yang menonjolkan harta hingga tidak masuk akal untuk menarik perhatian orang lain atas tujuan sesuatu ke arah kepentingan.

Gambar Hiasan
4. Ada yang berkata, “Kami saja nak tau, bukan kena bayar pun”.

Gambar Hiasan

Daripada bermula ingin tahulah scammer akan merancang kepada step yang seterusnya. Daripada 100 orang, mungkin 10 orang akan terjerat.

5. “Kami mempunyai asas yang kuat, tak akan mudah terpedaya”.

Jangan lupa orang yang kuat ilmunya dengan agama juga ada yang akhirnya mengikut ajaran sesat.
6. “Kami cuma nak tau sebab nak siasat samada betul atau tidak”.

Gambar Hiasan

Lihatlah sejarah sontotan teragung emas sebelum ini berapa ramai golongan professional bijak pandai yang tersontot, berapa ramai yang dah siasat dan mengkaji hingga tahap pakar, akhirnya tertipu juga.

7. “Kami nak jumpa dan dengar penjelasan Tuan sendiri terlebih dahulu”.

Berapa ramai hari ini yang tidak percaya dengan sesuatu skim, datang berjumpa especially di syarikat berkenaan jadi terpesona.

Ingat!! Penipu Ada strength yang luar biasa. Masakan tidak nak jadi penipu Kalau takde strength untuk meyakinkan. Kalau betul anda semua kental, kenapa masih ramai yang terjebak walaupun dah hantar ‘CSI’ menyiasat.


8. “KEY dah ada NAMA, dah ada PENGIKUT sebab tu ramai percaya bila KEY yang tulis, KEY dah trusted“.


Gambar Hiasan

Penipu tidak datang terus menipu, mereka akan membina credibility terlebih dahulu, jika tidak mampu mereka akan gunakan booster seperti gelaran Dato’, Ustaz, Pakar, Jutawan. Selain itu mereka akan mencelah dalam Inner Circle orang-orang yang ada nama untuk mendapatkan tempias pengaruh untuk assuming as trusted person.

9. “Saya cuma nak tahu”.

Scammer boleh reka-reka cerita dan akhirnya nak tahu selanjutnya kena bayar satu amount yang besar. Kerana perasaan ingin tahu menebal, sanggup korbankan duit akhirnya dapatlah cerita-cerita basic atau cerita theory yang boleh direka.

10. “Awak tunjuklah geran, emas & duit awak”.

Gambar Hiasan

Datanglah seminar advance dulu, bayar dulu kalau nak saya tunjuk. Akhirnya dalam seminar berbayar, “Tak kan saya nak tunjukkan semua rumah-rumah saya, banyak sangat tu. Bawa la keluar 2 biji geran rumah yang ada. Emas? Takkan saya pikul 11kg ke hulu ke hilir. Duit dalam akaun. Tak berani saya nak tunjuk, kang nanti orang aim saya”.
Tak rasa basah ke?

11. Berpuluh-puluh PM terima, antaranya “Ceritalah macamana awak boleh dapat tu Semua dalam 9 tahun”.

Scammer akan menyorokkan ilmu supaya dapat grab profit dari mangsa. (Suka merahsiakan ilmu). Bayar dulu baru bagitahu. Lepas itu letakkan fee yang mahal.

12. Tulisan ‘Saya nak tahu’ tidak putus hingga walaupon Ramai dah bagitahu status ini adalah social Experiment.

Ini membuktikan, walaupon ramai yang dah menasihati, terus masih ramai yang terjebak kerana malas buat homework dan malas membaca. Persekitaran mempengaruhi untuk sama-sama terjebak.

13. Tetap perlu berhati-hati.

Gambar Hiasan

Yang telus, proven itu ramai yang membuat seminar bagi membantu orang ramai turut berjaya. Tetapi berhati-hati di celah-celah mereka ada yang menyusup mengambil kesempatan dari kelemahan emosi orang ramai. Mereka tidak menggunakan ilmu, tetapi hanya bermain emosi kebendaan serta gelaran. Ini kelemahan ramai orang.

14. “Panggil LHDN siasat”.

Orang kaya dan mempunyai harta yang banyak seboleh-bolehnya menyorokkan nilai harta mereka kepada umum, lagi-lagi Abang LHDN yang memerhati. Umumnya bila declare banyak pada umum, orang hanya akan tanya macam mana dapat tu, mereka tak tanya mana bendanya. Banyak sangat macam mana nak tunjuk. Nampak permainan mereka? Sebab tu kena declare 3 tan emas. Kalau 3 kilo orang nak tengok bukti.

15. “Kami cuma nak mencari jalan keluar dari tekanan ekonomi sekarang, mana tahu ini membantu”.

Gambar Hiasan

Scammer akan muncul kepada orang yang mencari penyelesaian, contohnya penerima VSS, MSS, berpencen yang mana mereka ini orang yang mencari sesuatu untuk kelangsungan hidup dan mempunyai duit di tangan, income yang dicari, disedut hingga kering tak berisi oleh sang Scammer.

16. “Saya awal-awal dah tak percaya”.

Ye, memang anda terlepas, tapi anda yakin keluarga & rakan-rakan anda yang lain tidak boleh jadi mangsa?

17. Menampakkan kebanyakan orang hanya mengharapkan jawapan yang keluar dari pihak scammer tanpa buat sebarang research.

Buktinya, 30 minit selepas status tunjuk ‘HARTA’ itu up, Saya telah up status baru menyatakan cerita harta Itu dusta semata. Hasilnya berlarutan hingga beribu-ribu komen tetap nak tahu. Pelik kan. Menunjukkan juga mudahnya scammer cari mangsa.

Saya juga berharap dari kesimpulan yang saya buat melalui social experiment ini dapat menyedarkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan kelicikan ‘Scammer’. Mereka sangat-sangat licik dan tiada belas kasihan. Anda rela diri anda, keluarga anda, rakan anda jadi mangsa?

Share-lah hasil experiment ini kepada orang ramai supaya mereka semua dapat alert dan tidak mudah menjadi mangsa sang ‘Scammer’. Saya tahu scammer marah betul dengan tulisan saya ini.
Anda tak perlu terasa jika anda bukan di kalangan mereka.
-KEY-

Sumber TKO - 6-11-2015


Bila naik,pastikan berbaloi untuk rakyat!

Posted on Thursday, November 05 @ 13:13:57 MYT by paktam

OLEH FAUZIAH AROF

HAKIKATNYA ketika ini, apa jua berita mengenai kenaikan, kecuali kenaikan gaji, pasti rakyat tidak suka. Itu satu fakta yang tidak dapat ditolak. Dan memanglah sukar untuk meminta mereka menerimanya dengan positif kerana bebannya mereka yang rasa.

Dengan kenaikan harga barangan, tol dan terbaru struktur tambang baharu pengangkutan awam LRT, monorel dan komuter, kos sara hidup rakyat jika dicongak dengan matematik yang mudah, sudah dikira semakin meningkat.


Apabila sudah meningkat bagi golongan yang berpendapatan rendah, ia satu lagi penambahan kepada beban sedia ada. Kehidupan yang perit, bertambah tersepit. Bukan sahaja kepada yang berpendapatan rendah, golongan yang berpendapatan sederhana pun turut merasakan bebannya.

Justeru, apabila sesuatu perkhidmatan untuk orang ramai yang terpaksa dinaikkan kadar harganya kerana sudah lama tidak naik-naik, maka sudah sepatutnya ia dijamin benar-benar memberi manfaat dan berbaloi kepada rakyat. Perkhidmatan itu wajib menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Contohnya, apabila kadar tol di beberapa lebuh raya naik, apa yang pengguna jalan raya dapat dengan membayar lebih? Bolehkah kenaikan itu mengatasi masalah kesesakan jalan raya atau paling tidak pun kesesakan dapat dikurangkan?

“Kita hendak beri duit pun, kita pula yang terpaksa beratur panjang dekat tol, bukan kita hendak minta duit!,” kata seorang teman yang membuat saya ketawa semasa menumpang kenderaannya baru-baru ini.

Begitu juga pengangkutan awam. Pengguna menuntut perkhidmatan yang lebih bagus dan efisien daripada sebelum ini. Kalau alasan untuk menggalakkan yang tinggal jauh mengunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, maka lokasi jauh yang dikatakan mendapat kelebihan kerana tambangnya murah berbanding jarak dekat, yang jauh itu berapa pula jaraknya stesen komuternya dengan lokasi-lokasi perumahan? Berapa kilometer pula pengguna perlu memandu atau mengambil pengangkutan awam lain untuk ke stesen komuter tersebut?

Sebab itu, ramai yang duduk di luar Kuala Lumpur, memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri, motosikal atau kereta untuk ke tempat kerja kerana stesen komuter yang jauh dari kawasan perumahan mereka selain bimbang ketinggalan komuter apabila bekerja lewat malam.

Dan jika struktur tambang baharu itu dikatakan mengikut standard rel lain di seluruh dunia iaitu dikira berdasarkan jumlah dan jarak perjalanan, namakan negara-negara itu.

Adakah ia adalah negara maju atau membangun. Bagaimana pula dengan kos sara hidup dan pendapatan minimum swasta atau awam di negara berkenaan? Adakah ia sama atau lebih kurang dengan Malaysia?

Jika tambang di negara-negara luar lebih tinggi, adakah mutu pengangkutan awam mereka sama dengan negara kita yang juga menaikkan harga yang lebih kurang sama?

Memang benar, untuk menuju negara maju kita perlu banyak kemudahan awam yang terbaik dan moden. Semuanya untuk menyenangkan orang ramai. Tetapi pada masa sama, perkiraan utama yang perlu diambil adalah kemampuan rakyat untuk membayar kemudahan itu.

Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, tetapi pendapatan tidak mengalami peningkatan terutamanya sektor swasta, ini adalah penyebab utama ia memberi tekanan kepada orang ramai apabila berlakunya mana-mana kenaikan perkhidmatan awam atau barangan. Barang naik, perkhidmatan pengangkutan awam naik dan tol naik, tetapi gaji mereka banyak itu juga.

Pada masa sama, apabila harga petrol naik atau gaji sektor awam diumumkan naik, ramai pula peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan. Menangani perangai segelintir peniaga yang macam ini pun, satu hal juga. Justeru, pemantauan daripada pihak berkuasa berkaitan adalah perlu untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga yang sepatutnya tidak berlaku.

Dengan ayat yang mudah, perkhidmatan untuk orang ramai naik harga, mutu perkhidmatan itu pun mesti naik dan pastikan ia betul-betul memberi manfaat kepada rakyat kerana rakyat terpaksa keluar duit lebih untuk itu. Jangan bersikap seolah-olah meminta orang ramai pasrah dengan apa jua kenaikan.- utusan.com.my

Sumber DD - 5-11-2015


Budak Kampung Menjawab Kenyataan Peguam Zaid Ibrahim

Posted on Wednesday, November 04 @ 11:51:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aku bukan penulis pun. Cuma aku rajin menulis demi Islam yang diperjuangkan PAS. Kalau PAS jadi PAN, tak perlu aku menghabiskan masa berharga aku. Tidur awal lagi baik dari tanggung dosa kering. Aku kepingin nak jawab kekeliruan yang tak patut menganggu rasional seorang yang bertitle peguam. Andai jawapan aku bertaraf longkang, padanlah dengan aku sebagai budak kampung.

Aku petik satu-satu kenyataan Zaid yang disiarkan oleh Malaysiakini sebentar tadi.

Zaid berkata"Mereka setia kepada parti di bawah (Allahyarham) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi itu berubah apabila Najib menjadi perdana menteri dan Nik Aziz meninggal dunia.

Kata aku: Siapa yang berubah. Ahli PAS kekal istiqamah. Yang berubah apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan Nik Aziz meninggal dunia ialah pemimpin dan ahli yang kini membentuk PAN. Benar mereka berubah apabila TGNA tiada kerana Allah dedahkan sikap berpura-pura mereka. Mereka segan dan gentar kepada TGNA tetapi mereka tidak segan dan gentar kepada Allah meskipun mereka tahu mereka berbai’ah kepada Allah?

Zaid berkata lagi "Ahli-ahli PAS berang dengan Umno selama 50 tahun kerana tidak membawa pemerintahan Islam tetapi Najib mampu membuat mereka menerima dan menyokong beliau tanpa sebarang perubahan di pihaknya, dan juga cara BN mentadbir negara ini," katanya.

Kata aku: Bilakah ahli-ahli PAS menerima dan menyokong Najib? Harap Zaid beri bukti jelas dakwaannya. Adakah dengan sanggup menasihati pentadbiran Najib, menyokong apa-apa yang baik dan menentang apa-apa yang salah  itu dikategorikan sebagai sokong Najib? 

Adakah tak setuju menolak Belanjawan yang dibentangkan Najib juga bermakna sokong Najib? Itukah definisi sokong dalam kamus Zaid? Sangat dangkal peguam bercakap begitu.

Lebih menggelihatikan apabila Zaid berkata lagi” "PAS juga menjadi begitu taksub dengan Najib sehingga ahli-ahlinya kini menjadikan misi mereka untuk memastikan tidak ada yang menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kata aku: (pecah kepala aku nak jawab ‘taksub’ ini) Aku pula jadi keliru. Zaid ini loyarkah atau loyar burukkah?Apakah tindakan-tindakan PAS yang dicirikan sebagai taksub? Ada PAS halang sesiapa yang nak menumbangkan Najib? Silakan.PAS berpendirian tak guna jatuhkan Najib. Najib jatuh, yang naik ganti perangai macam Najib juga. Apa erti? PAS nak jatuhkan UMNO/BN sekaligus. Sayangnya ada orang macam Zaid yang nak selamatkan UMNO/BN. Buktinya,mereka ini sanggup memecahkan undi PAS dalam PRU14. Mereka telah mencongak-congak untuk meletakkan calon di kerusi-kerusi PAS walaupun ahli mereka sebilangan kecil  sahaja. Mereka tahu mereka tak akan menang. Namun bagi mereka biar PAS juga tidak menang. Jadi kepada siapakah mereka relakan kemenangan itu?

Zaid juga berkata bagaimana perhimpunan 60,000 orang di sebuah stadium di Kota Baru tidak akan menjadi kenyataan di bawah kepimpinan Nik Aziz."Ini akan menelan perbelanjaan yang besar dan Nik Aziz tidak akan membiarkan pembaziran seumpama itu."Kita juga tidak akan melihat deretan bas yang digunakan untuk mengangkut orang ramai ke stadium, penyokong biasanya berjalan kaki. Muktamar PAS yang besar di Kota Bharu dua minggu lalu sangat berbeza Ia kelihatan lain dan mempunyai  gaya orang kaya baru..

Kata aku:Bila pula PAS menganjurkan Himpunan 60K pada era TGNA? Bila pula PAS buat muktamar? Dua minggu lepas? Kalau hal semacam ini pun peguam tersalah maklumat,baik budak-budak PASlah jadi peguam. Perhimpunan 60K itu bagi Zaid adalah satu pembaziran. Difikirnya lagi PAS guna bas untuk angkut ahli-ahlinya. Zahiiiddd, kami bayar dengan duit poket kamilah Zahiiidd. PAS bukanlah parti kaya seperti peguam sangkakan. Tetapi kami, ahli dan penyokong PAS adalah Orang Kaya Baru demi perjuangan kami.  

Zaid seterusnya membidas orang Melayu yang menyokong Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menjaga nama baik dan imej bangsa.Sebaliknya, mereka hanya memalukan orang Melayu.

Kata aku: 60 tahun hingga ke hari ini dan PRU14 nanti,kerja PAS adalah lawan UMNO/BN. Sila sebutkan parti mana begitu istiqamah lawan UMNO/BN meskipun menerima kekalahan demi kekalahan? DAP? PKR? SEMANGAT 46 ? KITA? PAN?Tiba-tiba kata orang Melayu sebaris menyokong Najib dan TGHH. Dikatakan pula penyokong PAS tidak menjaga nama baik dan imej bangsa dan memalukan Melayu. Mengikut track record politikmu, engkaulah Zahid jenis Melayu yang memalukan Melayu. Cerminlah diri sendiri Zahid. Inikah tahap pemikiran peguam Melayu? Bukankah sebenarnya ini yang memalukan?


Sumber TKO - 4-11-2015 



Penipu hidup tidak tenteram

Posted on Tuesday, November 03 @ 16:19:40 MYT by paktam

"SIAKAP senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri". Beginilah pantun dua kerat popular dalam kalangan masyarakat kita. Ada juga tangan-tangan nakal lagi kreatif yang mengubah suai pantun ini menjadi "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri".

Pantun ini mungkin ada benarnya dan mungkin juga salah. Namun, apa yang pasti bohong, tipu atau dusta adalah sifat yang tercela. Inilah sifat buruk yang menjadi pintu kepada keburukan lain. Tidak ada manusia yang suka ditipu. Bahkan penipu pun akan marah jika dia pula ditipu.

Sifat penipu

Sifat penipu yang ada kepada seseorang boleh menjerumuskannya kepada keburukan yang lain. Ibn Mas’ud meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sifat benar akan membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa kepada syurga.

Seseorang yang bersifat benar sehinggalah dia akan dicatat sebagai orang yang benar di sisi ALLAH SWT. Sesungguhnya sifat berbohong akan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan akan membawa kepada neraka. Seseorang yang suka bersifat bohong sehinggalah dia dicatat di sisi ALLAH sebagai pembohong". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Menipu ada kaitan yang sangat dekat dengan sifat munafik. Abdullah bin ‘Amr Ibn Al-‘As meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Empat perkara, sesiapa ada padanya maka dia adalah munafik yang sebenar dan sesiapa yang terdapat padanya satu perkara daripadanya, maka padanya ada satu sifat munafik sehinggalah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia menipu, apabila berjanji dia mungkir dan jika berselisih dia curang". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Sifat menipu pun merosakkan sistem kehidupan umat terdahulu. Perhatikan apa yang wujud dalam kalangan penduduk Madyan dalam ayat berikut: "Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib.

ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan ALLAH, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata daripada Tuhan kamu.

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah ALLAH menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". (Surah Al-‘A’raf: 85)

Nabi Syuaib diutuskan khas kepada kaum Madyan. Selain seruan ke arah tauhid, menjauhkan syirik, penduduk Madyan diingatkan supaya jangan menipu, tegakkan keadilan, jangan menafikan hak orang lain dan jangan lakukan kerosakan di atas muka bumi.

Antara jenayah dan sifat buruk yang berlegar dalam kalangan penduduk Madyan ialah menipu dalam sukatan dan timbangan. Sikap ini merosakkan nilai keharmonian dalam masyarakat mereka.

Peniaga yang tidak jujur. Sanggup menipu dengan sukatan barang jualan demi meraih untung yang banyak. Justeru, apabila Nabi Syu’aib diutuskan kepada kaum Madyan, antara seruan khusus yang lakukan ialah supaya menyempurnakan sukatan dan timbangan.
Undang kerosakan 

Hari ini, jika amalan buruk ini masih dibiarkan berleluasa, ia seolah-olah mengundang kerosakan ke dalam masyarakat kita. Bayangkan apa yang akan berlaku di masa hadapan, jika wajah penipu memenuhi segenap ruang dalam masyarakat kita? Lebih parah lagi jika wajah-wajah itulah yang menghiasi teraju kepimpinan sama ada di peringkat bawah mahu pun kepimpinan negara.

Kali pertama seseorang itu menipu, walau pun berjaya, pasti dia akan meninggalkan rasa gelisah dalam jiwa. Jika rasa gelisah itu tidak diambil berat, lalu diabaikan begitu sahaja, ia akan mendorong kepada penipuan kali kedua, ketiga dan seterusnya. Sehinggalah menipu menjadi sebati dan larut di dalam dirinya.

Hubungan suami isteri boleh tercalar disebabkan tipu. Sama ada suami menipu isteri atau sebaliknya. Sikap tidak jujur sesama pasangan jika dibiarkan menjadi amalan akan mengundang akibat yang menyakitkan.

Bermasam muka, berperang mulut, bertumbuk terajang atau bercerai berai. Ini semua boleh berlaku berpunca daripada sikap berbohong. Seorang anak yang mula berani menipu ibu bapanya, kehidupannya akan terdedah kepada kejahatan yang lain.

Bermula dengan menipu, lalu dia berkemungkinan membawanya menjadi anak derhaka kepada ibu bapanya.

Peniaga yang menipu dalam jualan mereka, sudah pasti rezeki yang diperoleh akan jauh daripada nilai keberkatan. Barang tiruan dikata asli. Timbangan yang kurang dikata cukup. Barang rosak dikata elok. Produk lama dikata baharu.

Barang tempatan dikata import. Dibekalkan barang murah tapi buat tuntutan wang dengan harga tinggi dan pelbagai lagi bentuk penipuan yang dilakukan. Walaupun mungkin mendapat untung yang banyak, tapi ia masih tidak mencukupi. Kehidupan dirundung seribu satu masalah. Walau pun dia masih mampu tersenyum gembira, namun ketenangan sunyi daripada jiwanya.
Agamawan menipu? 

'Orang agama' juga tidak terlepas daripada jenayah menipu. Membuat tafsiran al-Quran yang salah dan menyebarkan hadis palsu adalah satu penipuan. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan kesucian agama, bahkan boleh mengelirukan masyarakat.

Begitu juga mereka yang menggunakan nama agama untuk kepentingan dan kemewahan peribadi. Orang ramai dikelirukan dengan imej mereka yang berserban berjubah, tetapi seruan mereka tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW.

Orang ramai yang ada keinginan untuk mendekatkan diri dengan kehidupan beragama tidak dibawa untuk membesarkan ALLAH dan Rasul-Nya. Tetapi mereka dibuat supaya mengagung-agungkan tok syeikh dan tuan guru mereka. Inilah musibah dalam agama akibat penipuan yang dilakukan oleh 'orang agama' sendiri.

Kemudian, sikap menipu ini jika ada pada diri pemimpin, kesannya bertambah dahsyat. Semakin tinggi kedudukan pemimpin dan dia menipu, maka semakin buruklah kesannya. Bukan sahaja kredibiliti pemimpin akan rosak, bahkan kepercayaan rakyat kepadanya akan hilang. Urus tadbir negara menjadi tidak telus.

Janji dan manifesto tidak dipedulikan. Peraturan dan undang-undang tidak dipandang. Wang negara hilang melayang. Perasaan rakyat bertambah bimbang. Kestabilan negara boleh jatuh kecundang.

Kita mendambakan pemimpin yang bercakap benar dan jujur dalam pemerintahannya. Pemimpin yang bercakap benar, kebaikan bukan sahaja untuk dirinya, bahkan akan melimpah jua kepada rakyat jelata dan negara. Rakyat tidak mencurigai kata-katanya.

Tidak ada muslihat di sebalik tindak tanduknya. Kasih sayang rakyat kepadanya semakin bertambah. Sifat benar pemimpin membuka pintu keberkatan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.

Penipu, mungkin dia bijak menipu seseorang dalam satu masa. Tetapi, mustahil untuk penipu menipu semua orang dalam satu masa. Si penipu, mungkin dilihat boleh bergerak ke sana sini. Hidup seperti biasa seperti tiada apa-apa. Namun, percayalah, si penipu hatinya tidak akan pernah tenteram. Sementara ALLAH masih belum membuka tembelang si penipu, insaf dan bertaubatlah.

Sumber DD - 3-11-2015


Apa duit boleh buat pada otak kita?

Posted on Tuesday, November 03 @ 15:55:59 MYT by paktam

Oleh FATHIN ATHIRAH HASLI

WANG ataupun duit boleh membuatkan seseorang itu melakukan perkara-perkara yang tidak rasional dan merbahaya.Ada juga di antara kita yang tersilap membuat keputusan dalam urusan atas talian.Jadi apa sebenarnya yang berlaku pada fungsi otak kita bila ia melibatkan wang?

Bekas Naib Presiden dalam institusi perbankan terbesar di Amerika Syarikat, JP Morgan, Kabir Sehgal pernah berkongsikan pengalamannya tentang wang dan neurosains.


Pendapatnya itu dikongsikan ke dalam sebuah artikel yang disiar menerusi Harvard Business Review.

Sehgal menulis, pakar neuro mula menggunakan mesin pengimejan resonans magnet yang berfungsi untuk mengimbas kawasan otak yang dirangsang apabila seseorang individu itu berfikir untuk membuat keputusan dalam mengurus kewangan.

Hasil beberapa kajian mendapati wang boleh memuncakkan aktiviti neural pada otak dan ia dibuktikan  menerusi permainan judi yang disertai oleh 12 pemain.

Hasil kajian mendapati aktiviti neural yang memuncak pada otak mereka.

Penyelidik juga membandingkan hasil kajian mereka dengan laporan analisis individu yang ketagih dengan dadah dan hasilnya hampir sama.

“Tidak ada satu pun yang memberi kesan besar kepada manusia melainkan wang,” kata salah seorang penyelidik kajian itu kepada Sehgal.

Kajian juga melaporkan imbasan pada otak mencerminkan amalan pengambilan risiko.

Salah sebuah institut pendidikan dari Stanford melakukan kajian terhadap kesilapan pelabur dalam membuat keputusan.

Menurut penyelidik, berdasarkan imbasan otak yang diterima, mereka dapat meramalkan pilihan subjek sama ada untuk membeli saham yang mana ia merupakan keputusan berisik, atau yang kurang berisiko seperti bon.

Selain itu, kajian juga mendapati wang boleh mewujudkan perasaan ragu-ragu, khuatir dan gelisah dalam urusan melibatkan wang.

Subjek dalam kajian menunjukkan kesedaran diri, mengambil masa untuk seketika atau termenung dan menunjukkan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah kewangan yang kompleks-S/Harian

Sumber DD - 3-11-2015


51 manusia dalam van 6 tempat duduk

Posted on Monday, November 02 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Cuba kalian bayangkan betapa seksanya duduk berimpit-rimpit dalam kenderaan ayah semasa kecil-kecil dahulu. Jenuh ayah nak susun anak-anaknya yang ramai agar muat dimasukkan kedalam kereta kecilnya.

Tapi ini lagi gila. Bukan 10 orang yang dimuatkan dalam kenderaan kormesial yang bersaiz kecil ini. Bayangkan sebuah bus express pun membawa maksimum 40 penumpang, ini pula lebh dari itu dengan ruang yang amat sempit. YaAllah seksa betul bila lihat ini...

 ANda tontonlah bagaimana pemandu van ini menyusun strategi agar dapat memuatkan 51 orang kedalam van yang hanya ada 6 tempat duduk dibelakangnya. Tak ke melampau namanya...
   Andai tidak dapat melihatnya sila klik DISINI untuk menontonnya.

Bila tengok sebegitu sekali manusia menyumbat orang kedalam sebuah van yang kecil, pasti Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa akan meletakkan kita dipadang masyar yang terlalu panas dan bersesak-sesak dengan manusia pasti 1000 lagi teruk dari kisah ini kot..

Betapa manusia sudah hilang kewarasannya. Yang memandu pasti inginkan 'high return' dari perjalanan itu dan penumpang2 itu pula inginkan pengangkutan yang paling murah buat mereka. Oleh itu kenalah car pool yang paling gila pernah dilakukan oleh manusia.

Kat Malaysia ada konvoi motor terpanjang yang pernah diadakan. Mari kita kira berapa motor yang terlibat DISINI .

wallahuaklam
modayu73

Sumber TKO - 2-11-2015


Tandas kena kotor sebab rumah syaitan?

Posted on Saturday, October 31 @ 23:13:51 MYT by paktam

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM 

UMAT manusia sama ada yang baik, nampak baik, berlakon baik atau sememangnya jahat rasanya sepakat mengakui bahawa iblis iaitu bapa kepada syaitan ialah musuh utama manusia.

Malah jika ditanya Perdana Menteri kepada negara haram Israel, Benjamin Netanyahu rasanya dia akan mengakui bahawa makhluk ghaib itu punca segala kejahatan di dunia ini.

Barangkali kerana memahami maksud tersirat ini menyebabkan orang kita kurang gemar menjaga kebersihan tandas yang merupakan rumah syaitan. Tandas kena kotor, sebab nak pastikan syaitan sedih dengan kekotoran!

Apa yang peliknya, tandas di rumah masing-masing pandai pula memastikan kebersihannya tetapi apabila tiba kepada tandas awam atau masjid, langsung tidak dijaga kebersihannya.

Dalam kes-kes tertentu, niat asal untuk menyempurnakan ‘hajat’ di tandas kebanyakan masjid terpaksa dibatalkan apabila dari jauh terbau semerbak aroma hancing, pintunya terpaksa disendal dengan batang kayu, langkahan masuk disapa dengan najis kering dan terapung. Malangnya masjid iaitu rumah Allah itu dicat dan dijaga dengan elok, tetapi tandasnya?

Diakui memang terdapat tandas masjid yang bertaraf lima bintang, tetapi kenapa perlu terjadi perbezaan antara masjid-masjid lain. Adakah ajaran Islam mengenai pentingnya menjaga kebersihan berbeza di tempat-tempat lain?

Penulis tertarik dengan cadangan seorang rakan dalam kumpulan WhatsApp yang mencadangkan alternatif kepada pihak pengurusan masjid dan jemaah yang malas bagi memastikan tahap kebersihan tandas sentiasa terjaga.

“Dalam setiap daerah lazimnya mempunyai lima buah masjid mukim. Setiap masjid boleh buat sedikit bayaran kepada satu syarikat pencuci, bermakna dalam sebulan sebanyak RM5,000 dapat dikumpulkan. Syarikat ini boleh membuat giliran untuk mencuci tandas-tandas masjid terlibat.

“Kosnya macam mana? Jika malas kenalah berkorban sedikit atau alternatif lain yang boleh difikirkan ialah seperti menyewa sedikit tanah masjid atau bahagian tertinggi bangunan untuk didirikan tapak pencawang telekomunikasi. Sebahagian daripada kadar sewa ini boleh digunakan untuk kerja-kerja mencuci ‘rumah syaitan itu’,” kata rakan penulis itu.

Sebenarnya di dalam al-Quran terdapat pujian khusus Allah terhadap jemaah Masjid Quba’ yang menjaga kebersihan tandasnya. Pada suatu hari Rasulullah SAW terpegun dengan pujian Allah itu, lantas segera dihantar wakil bertanyakan apakah rahsia amalan mereka sehingga mengundang pujian Allah dalam ayat ini?

“Jangan engkau sembahyang di masjid itu (Masjid Dhirar yang dibina orang munafik) selama-lamanya, sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar takwa (Masjid Quba’) sejak hari pertamanya sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin),” (al-Tawbah [9:108]).

Menurut Musnad Ahmad dan Tafsir Ibn Kathir: Mereka akan membersihkan kemaluan dan tempat menunaikan hajat “dengan air” setiap kali selesai menunaikan hajat. Nampak seperti remeh tetapi mereka yang pembersih amat tinggi nilainya di sisi Allah. Lebih hebat lagi pujian ini kekal dalam al-Quran dan diulang baca oleh manusia sehingga kiamat!

Sementara itu, tidak menyucikan diri dengan sempurna selepas kencing juga boleh mengundang azab kubur. Seperti tidak logik tetapi itulah hakikatnya. Memang terdapat hadis Rasulullah SAW mengenainya: Pada suatu hari baginda bersama para sahabatnya melewati sebuah kubur, lalu baginda berkata:

“Mereka berdua (dalam kubur ini) sedang diazab, dan sebab mereka diazab bukanlah (kerana jenayah yang) besar pun. Rasulullah kemudiannya berkata: Sebenarnya ia memang dosa yang besar; seorang daripada mereka kencing secara terbuka. (Dalam riwayat lain disebut) “dia diazab kerana tidak benar-benar bersih daripada kencingnya. Manakala yang seorang lagi diazab kerana berjalan dengan umpatan (melaga-lagakan orang),” - Sahih Bukhari, Sunan al-Nasa’i.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa walau sebersih mana sesebuah tandas ia masih tetap rumah syaitan, cuma inisiatif itu bakal meningkatkan kemarahan makhluk itu apabila imej Islam bakal naik selari dengan kebersihan sebuah tandas.

Sumber DD - 31-19-2015


Politiking Sengal PAS Dan PAN

Posted on Wednesday, October 28 @ 14:40:33 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Penyokong PAN melabel penyokong PAS sebagai walaun. Penyokong PAS melabel penyokong PAN sebagai jebon, macai DAP.

2) Penyokong PAN hentam MP PAS sebab tak angkat playkad "Mana RM2.6 Bilion". Pemimpin PAS hentam PAN sebagai 'kebudak-budakan' sebab main plakad.

3) Penyokong PAN hentam pemimpin PAS tak ada dalam dewan sebagai 'ponteng'. Penyokong PAS hentam balik pemimpin PAN tak hadir sesi perbahasan, sebagai ponteng.

4) Hari ini penyokong PAN serang/sindir pula kenyataan Presiden PAS yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai UG dan mahu bergabung dgn Umno.

Penyokong PAS respons balas dengan memaparkan beberapa kenyataan pemimpin pembangkang yang lain yang mahu bekerjasama dengan BN dan kerajaan Pusat.

5) Arrghhh... politik kepala bana apa yang tuan-tuan sedang mainkan ini? Lebih lebih lagi PAS dan PAN yang masing-masing claim sebagai parti politik Islam?

6) Mana politik Islam ramah yang bukan marah-marah? Mana politik Islam yang benar dan istiqamah? Umno tersengih. PKR buat dono, sekali sekala jentik PAS dan PAN. DAP isap vape sekali sekala hembus kat muka PAN dan PAS.

7) Politiking level cari siapa ponteng siapa tak ponteng, siapa angkat playcard siapa tak angkat.

Politik label melabel. Politik level Tok Usin Ceroi, Teuku Zachariah, Belang Tarung, Elharaki dan sebagainya. Bila laa nak maju.

Sekian

Sumber DD - 28-10-2015


Gandingan PAS dan Umno-BN potensi mewujudkan polarisasi

Posted on Wednesday, October 28 @ 14:19:10 MYT by paktam

Oleh Wan Salman Wan Sallam

Pengumuman terkini PAS berkenaan kesediaannya bekerjasama dengan UMNO-BN dilihat agak membimbangkan dalam memastikan kewujudan politik dwi parti yang sihat.

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci bagaimana bentuk “kerjasama” itu, tidak pelik untuk diandaikan  kerjasama ini berkemungkinan besar bersifat politik; kerjasama ketika pilihan raya khasnya.


Hakikatnya, kewujudan persaingan politik yang sihat dengan kewujudan 2 angkatan politik besar – BN dan Pakatan Rakyat dahulu –  pun terancam apabila PAS dan DAP berbuat keputusan untuk tidak lagi bersama sebilik.


Sungguhpun begitu, pada awalnya kita masih lagi b bersikap optimis apabila PKR mencadangkan kepada PAS, melalui Timbalan Presiden Ustaz Tuan Ibrahim Tuan, agar diadakan kerjasama pilihan raya. Kerjasama ini wujud dalam erti kata memastikan perlawanan satu lawan satu dengan BN walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan (PH).

Mungkin ada yang bertanya  mengapakah penting PAS sebagai sebuah parti yang bersifat Islam tidak bergabung dengan BN?

Am mengetahui walaupun terdapat lebih daripada 10 parti yang menganggotai BN, yang benar-benar berpengaruh membuat keputusan hanyalah Umno.

Menyedari  MCA tidak mampu berperanan besar mempengaruhi hegemoni “penyelamat Melayu” kita melihat berlakunya peralihan undi kaum Cina terutamanya, kepada Pakatan Rakyat pada 2008. Peralihan tersebut yang menjadikan polarisasi kaum mengikut pilihan politik hanya bertambah teruk pada 2013 lalu dengan lebih tergambarnya Melayu memilih BN dan Cina memilih Pakatan.

Secara prinsipnya tiada masalah pun sesiapa hendak memilih parti mana. Namun senario ini dilihat tidak sihat memandangkan parti yang dipilih sebagai pemimpin dan parti yang bertindak sebagai penyemak dan pengimbang tidak mempunyai representasi kaum yang sihat. Hasilnya, setiap kali satu dasar dicadangkan dan setiap kali ia dibangkang, seolah  wujud konflik kepentingan mengikut kaum.

Bagaimana pula PAS akan memburukkan lagi keadaan ini apabila bergabung dengan Umno-BN?
Ketika PAS masih dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang menjadi representasi sihat Bumiputera–Melayu–Islam bagi sebuah pakatan politik. Malah Pakatan sendiri secara relatifnya pada awal penubuhannya lebih sihat dari segi peranan parti dalam sebuah gabungan politik gergasi. Mereka mempunyai majlis presiden yang mana setiap parti mempunyai suara dan jika ada yang tidak perasan, setiap suara yang mewakili parti komponen mempunyai suara yang lebih signifikan berbanding parti komponen BN selain Umno.

Takdir menimpa dan polarisasi undi mengikut kaum tetap berlaku. PAS pula akhirnya membawa diri dan tidak nampak tanda menerima cadangan PKR iaitu kerjasama pilihan raya.

Selama ini, dengan adanya PAS pun  sedia memperlihatkan kecenderungan kaum majoriti negara demokrasi ini terumpan dengan permainan perkauman. Apa pula yang bakal terjadi jika parti ini bergabung pula dengan parti yang awalnya memulakan permainan perkauman demi keuntungan diri sendiri?

Kritikan terhadap idea positif ini bukanlah bertujuan untuk memastikan PAS melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan menang dan BN kalah.

Justeru hal ini lebih besar daripada kemenangan satu parti itu.

Kita ingin menyelamatkan Malaysia daripada pihak yang ingin satu  kaum sahaja memerintah dan menjadikan Malaysia negara yang corak politiknya bersifat “Melayu lawan kaum  lain”.

Kita ingin mengikut semangat perlembagaan yang mengiktiraf kita semua yang lahir di sini, bertungkus lumus menjadikan Malaysia sekaya dan semakmur ini sihat perwakilan politiknya.

Malah lebih teruk untuk dakwah Islam, memandangkan majoriti kaum Melayu di negara ini beragama Islam, apabila terjadi situasi “Melayu lawan kaum lain”, situasi ini akan menggambarkan seolah  Muslim ini memang tamak kuasa sedangkan di Malaysia ini lebih 40 %  penduduknya ialah bukan Melayu dan Muslim.

Malah 40% peratus bukan Melayu faktor yang menguatkan lagi perlunya penyertaan dan representasi sihat dalam sesebuah gabungan politik memandangkan mereka juga pemegang minoriti yang besar.

Menghargai semua pihak yang menjadikan Malaysia ini merupakan satu dakwah mulia. Maka jika PAS ingin mempertimbangkan gabungan dengan BN, fikirkan semula ke mana anda akan tuju.
Akan sampaikah anda ke tempat yang dituju  atau hanya lebih jauh daripadanya?

Sumber DD - 28-10-2015


Penyakit ‘takut Cina’

Posted on Monday, October 26 @ 15:11:40 MYT by paktam

Oleh Willie Ong

Tujuan rencana ini adalah untuk menghantar mesej kepada orang-orang Melayu yang orang Cina bukannya musuh Melayu tetapi rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini dan berhasrat membina negara kita dengan aman, makmur dan harmoni.

Penyakit “takut Cina”, ataupun “Cina-fobia” tidak boleh dinafikan memang wujud dalam masyarakat kita, khususnya kaum Melayu. Penyakit “takut Cina” ini bukannya sejenis penyakit yang boleh dirawat dengan ubat sedia ada semata-mata, malah fobia ini pun menembusi pemikiran orang Melayu secara berterusan dan turun-temurun.


Perlu dijelaskan, rencana ini memberi fokus kepada hubungan antara orang Melayu dan warga Tionghua. Ini disebabkan tali persaudaraan antara dua kaum utama semakin merosot saban hari.

Lebih-lebih lagi, permainan isu perkauman oleh sesetengah ahli-ahli politik tidak bertanggungjawab serta tidak munasabah belakangan ini, menyebabkan terjadinya ketegangan dalam hubungan antara satu sama lain.


Baru-baru ini, perkataan “cabar” sering didengar dan dilihat dalam paparan media. Orang Cina dikatakan cuba mencabar orang Melayu dan agama Islam. Saya terkejut, saya bertanya diri sendiri, bilakah saya mencabar orang Melayu dan Islam?

Sejak bila saya mengeluarkan kata-kata berbau ancaman terhadap orang Melayu? Artikel-artikel yang ditulis sebelum ini  saya baca semula tetapi persoalan Cina cabar Melayu ini masih lagi menunggu jawapan.

Saya rasa ada banyak lagi rakyat Malaysia berketurunan Cina juga bertanya soalan yang sama seperti saya. Adakah Cina mencabar Melayu dan Islam? Majoriti daripada kami tidak pernah mencabar hak istimewa kaum Bumiputera dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Fakta ini tidak boleh dipertikaikan dan tuduhan orang Melayu diancam tidak benar dan tidak bersasas. Inilah pendirian saya sebagai seorang anak Malaysia berketurunan Cina.

Cubalah tanya rakyat Malaysia di sekeliling kita, adakah kita mahu sebuah negara yang aman dan damai ataupun sebuah negara huru-hara? Adakah Melayu mahu mencari rezeki dalam keadaan yang kecoh? Adakah Cina mempunyai tabiat istimewa yang sengaja hendak menimbulkan huru-hara?

Adakah India begitu senang dan tidak bekerja seterusnya menyebabkan kacau-bilau? Jawapan adalah sama bagi seluruh rakyat Malaysia, kita berhasrat menunaikan tanggungjawab sebagai anak, suami atau isteri dalam suasana tenteram dan harmoni.

Justeru, jawapan yang boleh saya dapat bagi persoalan kenapa Cina sering dipersalahkan dan dituduh mencabar Melayu ialah mereka ini  dijangkiti penyakit “takut Cina”. Minda mereka  dicuci pihak tertentu dan menganggap kumpulan Tionghua sebagai musuh mereka.

Sebenarnya, sebab-sebab wujudnya penyakit boleh dikesan melalui suasana politik negara. Seperti yang kita sedia maklum, politik tanah air adalah berasaskan kaum. Secara ringkas, Umno mewakili Melayu, MCA mewakili Cina dan MIC mewakili India. Demi memperkukuh kuasa mereka, selama ini pemerintahan kita adalah pecah dan perintah.

Penyakit “takut Cina” disebabkan usaha sesebuah parti bagi meneruskan pemerintahan dan pemegangan kuasa di dalam negara kita. Demi dilihat relevan oleh orang Melayu, orang Cina dijadikan sebagai sasaran. Ini adalah kerana kaum Cina sering dilihat sebagai kaum yang lebih rajin dan digambarkan kaya-raya. Sebagai kaum kedua terbesar selepas Melayu, jadi tidak hairanlah Cina selalu dijadikan sasaran.

Seperti saya katakan, parti politik ini berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dengan memainkan isu perkauman dan agama. Mereka menggambarkan Cina sebagai pencabar Melayu dan Islam serta kononnya mereka ini melindungi Melayu dan mempertahankan Islam.

Saya pernah diberitahu kawan-kawan Melayu yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), semasa dalam perhimpunan, mereka diingatkan mereka adalah “benteng terakhir terhadap Cina”.  Jelasnya, pemikiran orang Melayu dicuci sejak kecil-kecil lagi demi tujuan “survival” politik sesetengah parti.

Oleh itu, belakangan ini wujudnya pelbagai kejadian dan peristiwa berbau perkauman, termasuklah “Himpunan 916” dan kesediaan kumpulan silat untuk “berperang”. Saya ketawa melihat anasir-anasir ini yang sering mengatakan mereka dicabar. Kumpulan ini umpama bermimpi. Mereka ini bermimpi Cina mencabar Melayu Islam, sedangkan tidak sesiapapun mencabar orang Melayu.

Sekiranya terdapat kesempatan, saya ingin berbahas dengan kumpulan ini. Adakah betul-betul Cina mencabar Melayu ataupun mereka yang dijangkiti penyakit “takut Cina” ini menggunakan Cina sebagai platform untuk kepentingan sendiri?  Inilah persoalan yang patut kita perhalusi.
Apabila saya sedang menulis rencana ini, saya khuatir adakah saya juga akan dituduh mencabar Melayu kerana menggunakan bahasa ibunda Melayu dalam rencana ini?

Wahai saudara Melayu, janganlah terpedaya dalam permainan politik pemimpin kita. Cina bukannya musuh Melayu, Cina hanya ingin mencari makan bersama Melayu dan anak Malaysia yang lain dalam suasana yang aman dan damai, tiada sesiapapun daripada kami yang ingin menimbulkan keadaan huru-hara

Sumber DD - 26-10-2015


70% Ahli Politik Malaysia Tak Boleh Pakai…..

Posted on Thursday, October 22 @ 10:43:58 MYT by paktam

Oleh SadinTin

"Hari ini aku nak cerita pasal ahli-ahli politik negara Malaysia yang tercinta. Bagi aku… 70% ahli politik Malaysia tak kira dari blok pemerintah ke atau blok pembangkang ke…, semua tak boleh pakai. Semuanya menjaga tembolok masing-masing. Tak kira la dari parti mana sekali pun.
Kalau dari blok pemerintah…sebarang usul yang dibuat oleh Memanda Perdana Menteri akan diterima akan diterima tanpa sebarang bangkangan dengan alasan menghormati pendirian parti atau tak boleh langgar arahan parti. Itu bukanlah alasan sebenar kerana alasan sebenarnya adalah “Wa takut Miss Soru….”. Kita lihat contohnya apabila Muhyddin Yassin tegur PM maka hilanglah jawatan TPM. Bila Shafie Afdal tegur PM, hilanglah jawatan Menteri beliau. Bila ahli tegur presiden dalam perbahasan Mesyuarat Agung, dibuang dari parti (Pn. Aina – Langkawi) dan bila penjawat awam nak melaksanakan tugas dengan lebih telus, samaada ditukar atau dipencen awalkan (bekas Peguam Negara dan juga anggota SPRM). Jadi apa yang perlu ahli politik blok pemerintah lakukan adalah membela presiden mereka walaupun kadang-kadang ucapan pembelaan mereka memancarkan tahap kebodohan paling maksima dalam keintelektuallan mereka. Itu semua dilakukan adalah untuk menjaga tembolok mereka supaya tidak kering seperti rakyat yang diperah bak kain basah. Pergi mampus dengan rakyat yang mengundi aku…pergi mampus dengan rakyat yang menolak aku.



Yang penting aku diatas dan tembolok aku penuh. Itu flasafah ahli politik blok pemerintah.



Bagi blok pembangkang pun sama. PAS menukar wadah dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN. Maka berebut-rebutlah ahli-ahli politik PAS membuat roadshow keseluruh negara menerangkan bahawa NEGARA KEBAJIKAN membawa maksud hampir sama dengan NEGARA ISLAM kerana ISLAM mengutamakan KEBAJIKAN. Makin dekat dengan musim pilihanraya, makin banyak roadshow dibuat untuk diberi penerangan dan yang paling utama ialah meminta derma kerana kononnya PAS adalah sebuah parti miskin yang memerlukan derma untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional. Maka crowd puller seperti Mat Sabu, Husam, Khalid Samat, Mazlan Aliman, Dr. Hatta Ramli, Dr.Mujahid dan ramai lagi meninggalkan rumah untuk bergerak satu Malaysia bagi berkempen dengan berdiri satu pentas dengan Anuar Ibrahim, Tian Chua, Saifuddin Nasution, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan ramai lagi atas nama PAKATAN RAKYAT. Semakin banyak majlis yang dihadiri oleh nama-nama besar, semakin banyak duit derma yang masyuk. Akhirnya bila tiba masa penamaan calun, tikaman mula berlaku.



 Saya mengatakan tikaman dan bukan tikam menikam kerana hanya satu pihak sahaja yang menikam dan tiada tikaman balas dari pihak lain. Yang sedihnya parti yang menikam tu pulak parti yang mengaku sebagai parti Islam. Dituduhnya calun yang ditikam dengan pelbagai tuduhan yang yang tiada bukti sehingga calon BN menang  dengan mudah. Lepas tu tak mengaku… hahah… parti islam apa macam tu….Lebih baik tulis Parti Islam Separuh..



Bila buat muktamar, tuduh orang tu agen DAP la, agen Anwar la dan macam-macam lagi sampai suruh keluar parti. Bila puak-puak yang kena tuduh ni keluar, dituduhnya pengkhianat la…sampai satu tahap aku sendiri tak yakin ni parti Islam sebenar. Yang terbaru pula guna nama Dr.Yusuf Qardhawi pula untuk mengharamkan Parti Amanah yang ditubuhkan oleh orang-orang yang DIHALAU keluar dari PAS.



Lepas tu mula la buat roadshow tentang hal ehwal dalaman parti untuk mendapatkan balik sokongan dari puak-puak yang terjejas. Hal GST, hal kenaikkan harga barang, Hal kenaikkan harga minyak langsung tak dipeduli. Yang penting tembolok masing-masing mau jaga. Dah putus dengan DAP tapi masih tak nak letak jawatan di negeri yang dipimpin oleh DAP. Apa punya haprak ulama macam tu dalam PAS. Arwah bapak aku ajar, kalau  tak suka, berhenti…jadi tak kira la berapa gaji aku, bila aku tak suka aku akan berhenti… Bahkan pernah bekas boss datang rumah offer kat bini aku pujuk supaya aku masuk balik kerja dengan imbuhan bulanan kepada bini aku pun aku tak ingin. Tak mahu jilat balik ludah tu woii…. Tapi ulama PAS ni jenis ludah jilat balik…



PKR pun sama juga. Waktu awal penubuhan dulu kita Nampak hala tuju yang bagus. Walaupun Nampak seperti membela nasib Anwar Ibrahim, tetapi ianya tetap nampak kompiten dalan memperjuangkan rakyat. Waktu tu banyak hero muncul… Azam, Roslan Kassim, Lukman Nor Adam, Zahid Hamidi, Saifuddin Nasution, Rahim Ghaouse, Azmin dan beberapa nama lagi seperti Chandra Muzafar. Saya suka menyebut awal nama-nama seperti Azam, Roslan Kasim, Lokman Nor Adam, Zahid Hamidi dan Candra Muzafar kerana mereka2 ini merupakan orang kuat KeADILan tetapi akhirnya mencanak lagi kerana tembolok.



Di Era Reformasi, muncul pula nama-nama baru seperti Tian Chua yang menunjukkan kehebatan dengan berbaring dihadapan lori FRU dan dianggap paling hero di medan jalanan. Tetapi tanpa dokongan yang kuat dari almarhum Ustaz Fadzil Nor dan juga Tuan Guru Nik Aziz, PKR dah lama berkubur. Sama seperti PAS, PKR juga melaungkan untuk memperjuangkan rakyat dan macam-macam lagi janji-janji yang diutarakan semasa kempen pilihanraya dan ALLAH mengizinkan dengan memberi 5 buah negeri untuk diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kelantan, Perak dan Kedah oleh PAS, Selangor oleh PKR dan Pulau Pinang oleh DAP. Seperti yang diketahui, Perak hilang setelah berapa bulan diperintah oleh PR diatas perjuangan tombolok oleh beberapa ADUN dari PKR, DAP dan PAS yang melompat macam monyet untuk mendapatkan habuan dari pihak BN. Kelantan diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz yang sememangnya mengikut model pentadbiran Islam yang diterima oleh semua kaum di Kelantan kecuali pihak pembangkang (di Kelantan – BN pembangkang). Terangganu yang ditadbir oleh Hadi Awang hanya bertahan sepenggal kerana taka da ADUN melompat tapi cara Hadi mentadbir tak dapat diterima oleh masyarakat Melayu di Terangganu. Orang Terangganu kata Hadi ni tak mesra alam. Sama juga di Kedah, Pas diberi peluang memerintah dan hanya bertahan selama sepenggal  kerana macam Hadi juga, ustaz Azizan pun dianggap cengei bagi orang utara. Hanya dia saja yang betul.



Di Selangor, PKR dikendalikan oleh Khalid Ibrahim seorang tokoh usahawan yang membawa masuk Sime Darby ke Malaysia. Dengan latar belakang sebagai ahli korporat, kita boleh menjangkakan bahawa corak pentadbiran beliau akan kearah korporat management. Tanpa ilmu politik, Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor dengan pelbagai rancangan dalam membantu rakyat disamping menambah pendapatan negeri. Tak dapat disangkalkan bahawa sepanjang kendalian Khalid Ibrahim, Selangor mencatat pendapatan yang tinggi dan beberapa program kebajikan rakyat dilaksanakan. Tetapi langit tidak selalu cerah kerana sebagai Menteri Besar dari parti Pakatan Rakyat, Khalid Ibrahim yang berjiwa korporat menggunakan pendekatan ketelusan sehingga mengabaikan penyokong-penyokong pakatan rakyat. Sebagai contoh, Khalid Ibrahim akan memilih kontraktor yang memberikan sebutharga terbaik bagi projek di Selangor tanpa mengira kontraktor tersebut mendokong parti pemerintah (PR) atau parti pembangkang (UMNO/BN).



Beliau tidak sedar bahawa ketelusan beliau membawa kesusahan kepada kontraktor dari Pakatan Rakyat. Ini kerana sebelum PR memerintah, BN selalu meminggirkan kontraktor penyokong PR dengan tawaran tender terus kepada kontraktor BN. Ini kerana, para kontraktor BN ini akan menjadi mesin wang kepada BN jika berlaku pilihanraya kecil. Bagi kontraktor PR pula, sewaktu BN memerintah, mereka terpinggir tetapi masih meneruskan sumbangan kepada PR dalam menjatuhkan BN. Apabila BN jatuh dan PR naik, sekali lagi mereka disisihkan diatas semangat ketelusan oleh Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim lupa bahawa para kontraktor UMNO/BN akam meletakkan harga yang paling rendah untuk menafikan kejayaan kontraktor PR dan sekiranya mereka rugi, terdapat orang-orang bahagian dan pusat yang akan membantu mereka dan ditambah dengan sifat kedekut Khalid Ibrahim dalam menyalurkan peruntukkan kepada ADUN PR maka disitu timbullah idea Kajang Move yang mana ditolak oleh Hadi Awang walaupun disokong oleh barisan pimpinan PR yang lain.



Setelah Azmin ditabalkan menjadi Menteri Besar yang baru, kita melihat pentadbiran Najib semakin menekan rakyat. Tapi yang celakanya….bukan Najib saja yang menekan rakyat, Azmin pun sama. Rakyat yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan GST, Minyak dan yang terbaru TOL cuba menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka warong burger dan warong-warong makanan ringan. Tanpa memikirkan betapa susah rakyat mencari pendapatan tambahan kerana kerajaan negeri juga tidak mempunyai idea bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat Selangor, Majlis Perbandaran dibawah kerajaan Negeri Selangor bertindak meroboh dan merampas gerai-gerai dan peralatan mereka-mereka yang menjaja untuk menambah pendapatan keluarga.



Disini aku bukan nak sokong sesiapa tetapi aku puji Dato Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dia tahu bahawa kos sara hidup tinggi tapi dia tak mahu mana2 agensi penguatkuasaan menganggu para peniaga kecil ini. Biarkan mereka berniaga… Itu aku dengar sendiri dari mulut dia yang dimuatkan dalam youtube…



Sekarang geng-geng PKR bertekak merebut jawatan. Nak jatuhkan presiden dan juga setiausaha agung dengarnya. Wei kau orang semua, Rafizi tu layak berada disitu berbanding yang lain. Saya tak pernah dengan Tian Chua berbahas dalam Parlimen. Tak pernah melihat baik Azmin, Tian Chua mahupun Khalid Ibrahim semasa berada didalam KeADILan mencari dan membentang fakta seperti Rafizi. Rafizi mencari fakta untuk diberitahu kepada rakyat. Yang kau orang tahu hanya jaga tembolok masing-masing.



DAP pun sama…tapi masih terbaik dari kalangan parti-parti yang lain. Dituduh dengan pelbagai tuduhan rasis dan agen komunis, mereka masih lagi memberi dan menaikkan peruntukkan kepada Agama Islam setiap tahun di Pulau Pinang.



Dah dua hari Parlimen bersidang, hanya nama2 pemimpin dari DAP sahaja yang bangun dalam menyuarakan hal TOL dan GST.. Mana Tantawi Vellfire….Mana Nik Abduh…Mana Tuan Ibrahim….dan mana Hadi Awang yang tenggelam dengan HUDUDnya… Mana Tian Chua….Mana Azmin…..



Apa yang pasti mereka-mereka ni bila kalah pada pilihanraya depan dah pasti ada pencen Ahli Parlimen makan sampai mati…..Pooorah…..




Sumber DD- 22-10-2015 


Remaja: Bangkitlah!

Posted on Wednesday, October 21 @ 16:40:11 MYT by paklang

Oleh Anwar Ridhwan Muhammad Azhari

Sering kali kita melihat perubahan demi perubahan yang berlaku dari dulu hingga sekarang. Remaja hari ini semakin hanyut dengan perubahan arus semasa.

Sering kita bertanya di mana silapnya. Namun kita lupa,kita yang mencipta permulaan kesilapan itu. Acapkali penulis melihat remaja hari ini terbuai dengan kenikmatan dunia. Jika dulu, jarang untuk kita lihat remaja dengan bebasnya menghisap rokok.

Namun pada hari ini dengan lahirnya vape, lelaki mahupun perempuan sudah tidak mempunyai nilai malu dalam diri apabila dengan bangganya menghisap vape di khalayak ramai.

Aduhai remaja,di manakah integriti kamu ? Dunia hari ini perlukan kamu sebagai pelapis untuk meneruskan legasi pemerintahan yang bebas daripada keruntuhan akhlak dan moral. Siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa? Guru?  Masyarakat? Dalam konteks pembinaan individu, semua pihak berperan serta melakukan pelbagai usaha untuk menangani krisis keruntuhan akhlak.

Namun, apabila nilai Islam dijauhkan daripada kehidupan maka tiada apa yang tinggal melainkan hanya bersedia untuk menyaksikan saat keruntuhan akhlak dan moral generasi kini.

Generasi kini adalah generasi yang dikelilingi gajet serta maklumat di hujung jari. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun sudah mampu bermain dengan telefon pintar. Sudah mampu menghantar pesanan melalui aplikasi "Whatsapp". Generasi kini kian terbuka pemikirannya. Ada baik dan buruknya pada situasi zaman sekarang.

Kebaikannya dari sudut sumber pengetahuan yang mempercepatkan proses kematangan akal remaja, namun implikasi teknologi pada remaja lebih banyak daripada kebaikannya. Remaja hari ini, kian terdedah dengan laman web lucah yang sudah tentu ia merupakan penyumbang terbesar keruntuhan akhlak.

Oleh itu, penulis mengajak semua berperan serta dalam menangkis gejala keruntuhan akhlak ini. Usaha ini usaha kita bersama, tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Kita tolak ke tepi perbezaan ideologi politik, kita berganding bahu untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian agar krisis keruntuhan akhlak dapat dibendung sekali gus dalam kita berusaha untuk membina sebuah negara yang berintegriti.
Hidup biar berjasa.

Sumber DD - 21-10-2015


Bekas pengikut al-Arqam terus kumpul di hospital

Posted on Wednesday, October 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas pengikut kumpulan al-Arqam dilaporkan terus menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Alor Setar, hari ini untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Portal Sinar Harian Online melaporkan tinjauannya mendapati sebahagian mereka datang seawal jam 8.30 pagi bagi melawat Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’.

Balu pemimpin kumpulan al-Arqam yang diharamkan itu dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital swasta berkenaan sejak Sabtu lalu.

Menurut portal itu, yang memetik sumber, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Keadaan Ummu Jah juga dilaporkan tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” kata sumber yang dipetik Sinar Harian.

Pada November 2013, Hatijah Aam dan kira-kira 300 pengikutnya menyertai upacara istitabah (taubat) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa cuba menghidupkan semula kumpulan itu .- MK

Sumber TKO - 21-10-2015

Adaptasi ilmu memancing sebagai panduan tambat hati rakyat 

Posted on Monday, October 19 @ 16:55:20 MYT by paktam

Oleh Timmy Say

Apakah anda memancing? Mereka yang tidak gemar memancing biasanya memikirkan hobi itu malas atau bosan, tetapi ia adalah sebaliknya, sebenarnya.Ketika memancing, ratusan keputusan kecil yang perlu dibuat, pemboleh ubah yang perlu dipertimbangkan.

Dan anda tidak boleh pasti – keputusan mahupun pemboleh ubah yang menyebabkan kelainan pada hasil memancing.


Apakah joran anda dibaling terlalu tinggi atau terlalu ke kiri?

Apakah anda terlalu lambat menarik kembali tali joran atau terlalu cepat?

Apakah umpan anda terlalu menjolok mata atau langsung tidak menarik perhatian?

Apakah anda patut kekal di posisi ini atau pergi ke sebelah lain untuk memancing?

Anda tahu ia bukan nasib, tapi anda tidak tahu anda tersasar berapa jauh daripada sasaran.

Oleh itu, kepada yang suka memancing, mereka melihat ini sebagai cabaran, sebagai ilmu kehidupan.

Mereka tidak akan dikecewakan kerana situasi keadaan kerana setiap keputusan dan pemboleh ubah boleh memberikan harapan baharu.

Mereka terus berharapan, meskipun dalam kegagalan, kerana dalam aktiviti memancing, apa sahaja boleh terjadi.

Sebenarnya ilmu memancing ikan hampir sama dengan ilmu politik memancing undi.
Memancing hati manusia memerlukan seni, seperti juga mengail ikan.

Bagi kebanyakan ahli politik, mereka merasakan manusia pada dasarnya mudah dijangka – mereka tidak suka berubah dan membosankan.

Mereka suka menggunakan “bahasa badan” yang sama, memberikan alasan yang sama dan melakukan kesilapan yang sama.

Manusia boleh dikail dengan pelbagai cara. Tiga deria utama – mata, telinga dan mulut – menjadikan apa yang ditulis, didengar dan dikata – sebagai umpan utama.

Namun, tiada siapa yang pasti yang mana umpan akan mengena. Kadangkala maklumat yang diberi betul, tetapi kerana kata-kata penyampaian yang terlalu kasar, umpan tidak mengena.

Ada kalanya ada maklumat yang didengari betul, jadi ia disampaikan dengan cara menghina, umpan itu tidak mengena.

Ada kalanya apa yang dibaca itu betul, tapi kerana tindakannya tidak mengena, maka umpan tidak dimakan.

Dalam seni memancing, ada juga pihak yang suka mengambil sampel untuk memastikan apa jenis ikan yang ada di kolam sebagai pengetahuan kepada kaki pancing sebelum memancing. Seperti juga dengan politik, kajian populariti kini diadakan sepanjang masa.

Namun, kajian ialah kajian, sama seperti keadaan kolam pada satu-satu masa. Situasinya boleh berubah dengan sekelip mata – umpamanya banjir besar, musim kemarau mahupun pencemaran manusia.

Ada kalanya cara yang dirasakan akan membuahkan hasil tidak terjadi. Ada pula masanya cara yang dirasakan pelik pula membuahkan hasil.

Pemancing akan terus mencuba – kalau ada tanda-tanda kolam masih ada ikan di mana umpan di mata kail sering kehilangan ketika joran ditarik kembali.

Pemancing akan henti mencuba dan beralih ke kolam lain jika umpan yang diberi langsung tidak disentuh.

Begitu juga dengan dunia politik. Rakyat mesti memahami proses demokrasi ialah proses 2 hala. Ahli politik perlu merasakan mereka mempunyai peluang untuk menawan hati rakyat, atau mana-mana komuniti.

Pendek kata, rakyat atau mana-mana komuniti memerlukan ahli politik merasakan peluang masih terbuka untuk menambat hati mereka.

Jika tidak, ahli politik tidak akan mengendahkan dan akan meninggalkan mereka. Ahli politik akan terlepas tali untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat.

Ahli politik akan menjadi lali kepada rintihan. Bagi mereka, buat pun sama, tak buat pun sama. Rakyat bising pun sama, tak bising pun sama.

Ketika itu, polisi dibuat hanya untuk memenuhi nafsu dan kepentingan diri dan akhirnya rakyat yang rugi.

Lihatlah sahaja insiden kenaikan tol dan juga pengumuman Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan jika kenaikan tol tidak dilakukan sebagai bukti kepada apa yang sedang berlaku.
Diharap anda sudah boleh membacanya? Jika tidak, apa kata cubalah memancing? Kepada kaki pancing politik di PAS, selamat menyambut hari ulang tahun penubuhan ke-68 - themalaysianinsider.com

Sumber DD - 19-10-2015


Pekerja Bangladesh ditampar kerana dianggap kotor duduk atas kusyen kereta
Posted on Sunday, October 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jSGYF-b0YT0

Seorang tukang cuci warga Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.

Perbuatan biadap lelaki itu dirakam CCTV dan mendapat kutukan netizen selepas rakaman itu menjadi viral media sosial.

Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.

Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya. Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu beberapa kali.

Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dirujuk kepada hospital. "Semoga diberi hidayah kepadanya.

Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit," tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu. Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 20,000 penguna Facebook dan mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan lelaki itu.

Sumber TKO - 18-10-2015

‘Tol naik? Ala, orang mesti lupa punya’

Posted on Saturday, October 17 @ 08:33:26 MYT by paktam

Oleh Nomy Nozwir

"Tol naik? Ala, orang mesti lupa punya!" kata seorang kawan yang datang ke rumah selepas komentar tentang kenaikan harga tol ini diceritakan di rumah sewa saya."Manifesto pilihan raya umum 2013 kata harga tol turun, baharu 2 tahun, ramai yang dah lupa, pasrah sajalah," kata kawan saya lagi.


Buat pembaca yang membaca tulisan ini, 2013 adalah tahun di mana bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim punya ceramah masih macam konsert rock, sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa panggil Psy untuk konsert “Gangnam Style” di Pulau Pinang, termasuk kegilaan rakam video Gwiyomi oleh artis di video Keek. Oh ya, dan juga video YouTube remaja angkat sumpah “couple seminggu”.


Semua itu kedengaran sangat lama dan ramai sudah pun kata ini perkara “has been” (sudah berlalu) tapi ini baharu 2 tahun.

Dua tahun bukan sesuatu yang lama sangat pun tapi orang dah lupa.

Tak payah 2 tahun, kita ambil apa kata menteri komunikasi dan multimedia tentang isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai prabayar (top-up) yang dikatakan menimbulkan kemarahan kerana isu sama ada perlu atau tidak, caj tambahan 6% dalam nilai pembelian kad tambah nilai itu.

Ini petikan yang saya ambil daripada laporan berita mengenai isu GST dalam kad tambah nilai prabayar, seperti dilaporkan Malaysiakini pada 13 Mei 2015.

Selepas kekusutan berkaitan harga selepas GST, kerajaan hari ini bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai prabayar telefon.

Menurut Jabatan Penerangan kabinet meminta syarikat telekomunikasi (telco) melaksanakan kaedah dan pendekatan itu sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan.

Menteri bertanggungjawab sebelum ini mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu dan memohon maaf.

Pihak kastam sebelum ini mengarahkan telco menetapkan semula harga kad tambah nilai prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April lepas.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat kenyataan agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula sistem bagi menyelaraskan harga jualan.

Setakat tulisan ini ditulis, belum ada apa-apa bunyi dari mulut menteri atau pihak berkuasa tentang harga kad tambah nilai ini.

Ini kerana ahli politik, menteri ini semua tahu, rakyat kebanyakannya ada memori macam ikan emas – sekejap saja sudah boleh lupa.

Ini pernah dikatakan oleh seorang pegawai kerajaan Soviet Union, semasa tentera negara komunis itu menembak jatuh pesawat Korean Airlines pada awal 80-an.

Presiden Amerika Syarikat ketika itu Ronald Reagan bising-bising, dunia semua marah-marah, tetapi pegawai itu dengan selambanya berkata, "memori orang ramai ini tak lama, paling lama pun 100 hari."

Sebab itu kes MH17 ini pihak Rusia tak ambil kisah apa pandangan masyarakat dunia, sebab mereka tahu, dunia juga sudah lama lupa tentang kejadian kapal terbang Korea Selatan itu ditembak jatuh di Laut Bering.

Sebab itu ahli politik suka membuat retorik "100 days in office" (100 hari pemerintahan). Barack Obama macam-macam benda dia buat dalam masa 100 hari pertama menjadi presiden. Najib bebaskan tahanan Akta Dalam Negeri (ISA) dalam 100 hari pertama.

Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan perdana menteri “paling demokratik” semasa 100 hari pentadbiran. Tun Abdullah Ahmad Badawi sibuk melawat pejabat kerajaan untuk mantapkan perkhidmatan dalam masa 100 hari pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali sibuk bersihkan longkang, angkat sampah dan tebas rumput dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.

Ini kerana selepas itu, bak kata pegawai kerajaan Soviet, mesti orang lupa punya.
Lepas bising-bising harga tol naik ini, saya jamin, dalam masa sebulan dua ini, mesti rakyat akan lupa punya.

Hai, Malaysia yang amnesia.

Sumber DD - 17-10-2015


Kekeliruan Melayu tentang pemimpin dan ahli politik

Posted on Saturday, October 17 @ 08:39:39 MYT by paktam

Oleh Izmil Amri

Ramai antara kita orang Melayu yang tidak secara langsung bergulat dalam politik dan kepimpinan bangsa menyebabkan kita sering kehilangan arah apabila mereka yang kita lihat sebagai tokoh sudah tiada atau hilang ketokohannya.

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat ke penjara dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia, ramai orang Melayu langsung keliru dan yang mendiamkan diri  dalam parti yang disokong.


Kelompok Melayu dalam 2 parti ini PAS dan PKR  kelihatan masih tercari mata anginnya, hingga mengakibatkan struktur parti terpecah-pecah malah sehinggakan terpaksa sekumpulan daripada PAS menyelumbar dan membikin parti baharu.


Malah PAS sendiri sudah selesa berpelukan dengan "pengkhianat" paling besar yang kini menjadi ikon pertubuhan ultra Melayu, Perkasa. Lupa habis segala kutukan dan penghinaan yang dihamburkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali selama ini.

Justeru, bukan sahaja Umno yang sedang dirundung masalah kepimpinan, PAS dan PKR juga begitu. Ada lompang dalam kalangan tokoh Melayu, yang ternyata sedang cuba diisi oleh tokoh veteran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama penyokongnya dalam sidang media tempoh hari.
Cubaan tersebut belum berjaya, memandangkan ramai lagi masih belum lupa yang Dr Mahathir punca segala kekalutan yang sedang melanda negara.

Reaksi hilang punca orang Melayu sejak kehilangan tokoh pemimpinnya begitu bersangatan, hingga ramai yang tidak berasa dikerahkan ke perhimpunan aman Bersih 4 hujung Ogos lalu. Bagai pahat dengan penukul, tak ketuk, tak makan. Demikian kesimpulan yang kami capai dalam satu sesi sembang kencang seminggu lalu.

Orang Melayu memerlukan tokoh supaya boleh menjadi ikutan, tauladan dan sumber pengerah semangat dan faktor perpaduan.

Sehinggakan pemimpin Umno kesayangan ramai, Datuk Saifuddin Abdullah juga nampaknya seakan mencuba nasib untuk mengisi kekosongan jawatan "mursyidul am umat Melayu" ini dengan meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.

Saya pesimis sekali dengan usaha banyak orang untuk mengisi kelompangan dan ruang yang ditinggalkan oleh tokoh terdahulu dan tidak mampu diisi oleh presiden Umno sekarang, yang kononnya pemimpin de facto orang Melayu.

Namun sebenarnya apa yang diperlukan oleh orang Melayu? Tokoh pemimpin atau tokoh politik?

Peristiwa Rengasdengklok

Saya suka menceritakan tentang peristiwa Rengasdengklok kepada sesiapa yang sudi mendengar, apabila bercakap mengenai  ciri-ciri tokoh pemimpin.

Membaca sejarah kemerdekaan Indonesia, kita dipertemukan dengan peristiwa penculikan Sukarno oleh sekumpulan pemuda Menteng 31 kini disebut orang sebagai "Peristiwa Rengasdengklok".

Peristiwa ini penting kerana manifestasi gelora semangat anak muda Indonesia yang begitu agresif menuntut proklamasi Merdeka buat Indonesia, cuma 2 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah.
Mereka mengancam Bung Karno dengan berkata “Kalau Bung Karno tidak mau mengumumkan proklamasi, di Jakarta esok akan terjadi pertumpahan darah.”

Tokoh pemimpin Indonesia ini menjawab gertakan itu dengan berkata, “Ini batang leherku. Potonglah leherku malam ini juga.”

 Hatta sampai menjelang akhir hayatnya pun Bung Karno tetap teguh dalam mempertahankan pendiriannya. “Aku tidak mau digoyang-goyang,” katanya.

"Tidak mudah goyang" adalah ciri pemimpin yang baik. Malangnya, spesis pemimpin ini hanya mampu kita ketemukan pada saat awal bergulat mendapatkan kemerdekaan.

Pada ketika itu, orang Melayu hilang punca dengan begitu bersangatan. Tidak aneh kenapa Malaya mengambil masa lebih 10 tahun untuk merdeka meski sudah punya kesedaran ketika dijajah Jepun.
Malang sekali yang ada di depan mata kita sekarang bukanlah pemimpin. Sebaliknya sekadar pemuka kaum pemodal berkapital kebergantungan orang ramai yang mengharapkan kehidupan lebih baik.

Jadi sekarang mari kita bertanya, kita akan terpaksa menghunus pisau ke leher siapa demi memaksakan kesanggupan untuk menggalas tugas berat mengisi vakum kepimpinan negara, bukan sahaja untuk membela nasib satu kaum sahaja, tetapi demi membela masa depan anak bangsa Malaysia, tanpa mengira nasab keturunan, kaum, agama dan budaya?
- themalaysianinsider.com

Sumber DD - 17-10-2015         

Siapakah sebenarnya sampah di Malaysia?

Posted on Saturday, October 17 @ 08:56:42 MYT by paktam

Oleh Hafidz Baharom 

Saya memang tidak bersetuju dengan penghijrahan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR kerana ia satu perbuatan memakan diri selepas beliau menggunakan laman Twitter berkata tidak akan meninggalkan Umno.

Tetapi tiadalah sampai mengatakan beliau “sampah”, seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Saya tidak begitu kurang ajar.


Tetapi disebabkan Tengku Adnan sanggup membangkitkan perkataan sampah, dia memberi laluan kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menentukan siapa sebenarnya sampah di Malaysia.

Bagi definisi saya sendiri, sampah adalah orang yang pecah amanah, yang “mencapati” janji, yang memporak-perandakan rakyat Malaysia yang dulunya makmur dan bersatu, tetapi sekarang sudah luntur dan berbahagi daripada aspek agama, bangsa, malah jantina.

Daripada aspek agama, rakyat Malaysia sekarang dibahagi dari pelbagai segi, sampaikan hendak mengucap “Selamat Tahun Baharu Cina” dan “Merry Christmas” pun dijadikan isu syak.
Malah, memandangkan kita sekarang dalam bulan Oktober, tunggu sajalah “tokoh agama” bersuara 31 hari bulan nanti.

Malah, ada juga yang cukup bangang dan hipokrit, salahkan perempuan saja kerja golongan ini. Perempuan tidak pakai tudung, pakai tidak menutup aurat dijadikan sasaran hinaan, caci maki dan lawak seksual – ada juga yang bangang sampai ke tahap mengancam rogol dan bunuh semata-mata perempuan tersebut menyatakan sesuatu yang jantan ini tidak boleh terima.

Saya sengaja guna perkataan “jantan” sebab tidak boleh hendak terima mereka ini manusia berperangai binatang. Saya kata mereka ini hipokrit kerana tidak pula sama tapah keganasan ini terhadap lelaki – perempuan saja yang kena.

Ada ke tidak mereka tengok permainan bola sepak bising kata “tengok mereka itu tidak tutup aurat!” dan tanya “berapa inci agaknya itu dalam seluar pendek”?

Tentulah tiada. Kononnya nak tunjuk alim, tetapi jadi zalim kerana tiada hadis atau ayat al Quran pun yang menjustifikasikan perangai “sampah” mereka itu.

Kemudian sampailah kategori “sampah” kedua, iaitu cakap tidak serupa bikin. Kategori ini berlambak contoh baik daripada pihak politik prokerajaan dan propembangkang. Bagi pihak pembangkang di Selangor, mulanya kata tidak setuju dengan pembinaan mana-mana lebuh raya baharu.

Tiba-tiba, muncul pelan pembinaan Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH), Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Ekspres Kinrara Damansara (Kidex). Kidex dilupuskan, tetapi apakah justifikasi pecah janji bagi yang lagi 2 itu?

Bagi yang prokerajaan pula, pilih saja yang mana-mana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sampailah ke isu rumah mampu milik yang entah bagaimana definisinya sampai golongan yang perlukan pun tidak mampu membeli.

Kemudian ada seorang individu yang cuba mengharamkan perbuatan pemberian makanan percuma kepada golongan kurang bernasib di Kuala Lumpur pada suatu masa dahulu. Apabila perbuatan derma yang ikhlas pun boleh diharamkan, itulah perbuatan “sampah” sebenarnya.

Tambah lagi, tengoklah pelbagai kenyataan menteri kabinet berkait dengan kos sara hidup dari dulu sampai sekarang. Ada yang kata kalau tidak mampu beli daging, jangan beli. Ada yang suruh pelajar duduk di kampus masak sendiri hendak elak cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kemudian ada pula yang sekadar naik tren sehari dah boleh kata sistemnya “begitu bagus sekali”. Banyak sangat kenyataan dan perbuatan “sampah” bagi pihak kerajaan sampaikan yang menggeledah sampah dan membangkitkan isu korupsi tahap tinggi pun dihalang.

Kategori “sampah” ke-3 di Malaysia ini istimewa sikit dan paling berbahaya, yakni pihak yang rasis membangkitkan semangat perkauman semata-mata tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil oleh pihak berkuasa.

Ini kategori sampah ajaib, macam “Recycle Bin” di komputer yang tidak boleh dikosongkan.

Contohnya senang saja, boleh dilihat di Ampang memakai baju merah dalam protes terbarunya menentang kerajaan Selangor. Tidak cukup dia merosakkan keamanan negara dan memporak-perandakan perpaduan bangsa di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia lepas, sekarang pula Selangor menjadi mangsa yang perlu “diselamatkan”. Diselamatkan dari apa? Entahlah.

Yang tidak tahannya, siap ada penyokong tahap ahli Parlimen yang mengatakan beliau boleh rasis mengikut Islam. Memang sampah ajaib, entah ikut mazhab mana. Siap ada sampah berpangkat timbalan menteri yang kata rakyat Cina di Malaysia jangan bising supaya tidak dilempang. Malah, disebut dan direkod media massa tapi tiada tindakan.

Malah, “cover line” pihak Cina prokerajaan boleh kehilangan taring kata timbalan menteri itu “tidak cukup senior” untuk diendahkan sebagai alasan tiada tindakan. Macam mana itu?

Bagi saya, ketiga-tiga kategori sampah ini merupakan kebanyakan rakyat Melayu Malaysia, maaf saya katakan bagi mereka yang terasa. Inilah Melayu daripada pihak pemimpin sekarang sampailah kepada rakyat Melayu Islam Malaysia yang bergiat begitu aktif menjadi pendakwah hipokrit di media sosial.

Lebih menyedihkan, mereka inilah golongan majoriti di negara ini, pemimpin masa depan Malaysia dan juga kemudian hari juga mungkin menjadi tokoh korporat kita yang dibangga-banggakan.

Inilah bangsa Malaysia yang hendak menjadi negara “berpendapatan tinggi”, yang diwar-warkan di luar negara sebagai “Truly Asia” untuk warga asing dan kononnya negara yang menjadi tarikan bagi pelabur asing di Asia.

Inilah bangsa yang mengutuk mereka yang meminta tolong kerana kehilangan orang tersayang sebab tidak menggunakan bahasa Melayu. Inilah bangsa yang mengutuk pemenang pingat emas gimnastik Sukan SEA, malah pemenang biasiswa Bank Negara Malaysia kerana tidak menutup aurat.

Senang cakap, ini ialah bangsa sampah dan tin kosong yang perlu dikitarkan semula menjadi masyarakat bermentaliti dunia pertama. - themalaysianinsider.com

Sumber DD - 17-10-2015


Nurulhidayah dan vape: Jangan sampai menghina

Posted on Saturday, October 17 @ 06:55:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial.

Kali ini, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjadi perhatian selepas memuat naik gambar rokok elektronik atau vape di laman Instagram miliknya.

Nurulhidayah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen: "Jangan pernah tinggalkan rumah tanpa dua mesin yang genius ini" dan ia menerima pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial itu.

Ada antara mereka memuji tindakan Nurulhidayah, 36, yang menghisap rokok elektronik berperisa itu tetapi ada juga yang mengecam.

Selepas itu, Nurulhidayah kemudian memuat naik dua lagi gambar, dengan salah satunya memaparkan tiga mod vape yang tersusun dengan kapsyen: "Bukan untuk dijual" beserta hashtag #vapeon #mymod.

Kemudian, beliau memuat naik pula sebuah lagi gambar yang bertulis "Vape" dengan kapsyen "Apa orang nak cakap pasal vape itu hak peribadi tapi jangan sampai menghina".

Pembenci sentiasa membenci

Antara komen yang diterima oleh anak perempuan naib presiden Umno itu ialah daripada seorang pengguna Instragram yang bernama Wanyrashid yang menulis: Datuk sebagai ikon belia, ini bukan contoh yang terbaik. Jika Datuk tak nak orang bersangka jahat pada Datuk, Datuk tak perlu memuatnaik gambar ini. Orang tak akan sangka jahat tentang awak. Ingat, anda ialah ikon belia.

Tunjukkan sesuatu yang baik kepada kami.

Komen Wanyrashid itu turut dipersetujui oleh Mizaghazali.

Namun, komen itu dibalas oleh Nurulhidayah dengan mengatakan bahawa: Salam @wanyrashid @mizaghazali. Saya tak pernah dinobatkan sebagai ikon belia. Saya bukan muat naik gambar saya sedang bervape. Vape adalah hak individu.

 Dan saya bukan hipokrit. Saya selesa berkongsi hobi saya pada mereka yang bersifat terbuka.

Untuk mereka yang di sebaliknya, saya mengambil langkah 'abaikan'. Hidup kita bukan ditentukan oleh manusia lain.

"Saya akan teruskan dengan apa yang saya suka. Pembenci akan sentiasa membenci tidak kira anda baik macam mana sekalipun. Dunia kan? Biarlah. Terima kasih diatas keprihatinan anda. Semoga hari ini baik untuk anda".

Sebelum ini, Nurulhidayah menerima kritikan di media sosial berikutan kenyataannya yang menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 sebagai "kerja bodoh".

Kenyataan Nurulhidayah kemudian mendapat pelbagai reaksi dan turut "ditegur" oleh seorang pendebat terbaik Asia. - MK

Sumber TKO - 17-10-2015

Tol naik lagi, tiba masa untuk telus dalam soal konsesi

Posted on Friday, October 16 @ 12:41:33 MYT by paktam

oleh Hazlan Zakaria


Rakyat Malaysia sedang terkesima dengan satu lagi kenaikan bayaran tol pada 15 Oktober sepertimana yang diumumkan tentang kenaikan kadar tol sekurang-kurangnya di lima buah lebuhraya, mungkin sudah sampai masanya untuk bangkit dan mendesak ketelusan yang lebih dalam perjanjian konsesi tol.

Menurut laporan, Latar, DUKE, KLK, MEX dan KajangSilk serta terowong SMART akan menyaksikan kenaikan kadar bayaran tol sebelum hujung minggu ini. Dan sekiranya ini berlaku, lebuhraya lain juga berkemungkinan akan menaikan kadar mereka juga.



Ini berlaku ketika rakyat sedang berhadapan dengan kos kehidupan yang lebih tinggi serta subsidi yang dipotong, skandal 1MDB, kelembapan ekonomi dan krisis keyakinan kepada kepimpinan Malaysia, yang menjauhkan pelabur.

Bukan sahaja syarat perjanjian perlu didedahkan kepada rakyat, malah mana-mana syarat yang memihak kepada pihak konsensi dan menjejaskan kepentingan awam perlu dibetulkan, misalnya hak yang diberikan kepada operator untuk menaikan kadar tanpa usul periksa.

Lagipun penswastaan lebuhraya sepatutnya menyelamatkan rakyat dan kerajaan daripada terpaksa memberi duit untuk pembinaanya, sebagai balasan pihak konsesi lebuhraya dibenarkan mengutip tol untuk mendapatkan kembali wang kos pembinaan dan keuntungan yang sewajarnya.

Sangat penting untuk melihat samada mana-mana lebuhraya ini sudah mencapai margin keuntungan yang dibenarkan, dan kini perlu mengurangkan kadar tol atau hanya sekadar mengutip token untuk penyelenggaraan.

Yang lebih penting untuk melihat sekiranya mana-mana operator mengutip dan menaikan kadar tol dalam jangka masa keuntungan yang munasabah.

Syarat berat sebelah yang membenarkan diskriminasi dan kenaikan tol yang tidak munasabah perlu ditangani dan dikeluarkan.

Konsesisi lebuhraya bermaksud mengurangkan beban rakyat dan kerajaan serta menyediakan kemudahan pengangkutan jalan yang selesa, bukan lah sebagai lubuk wang kepada kroni berkaitan kerajaan.

Kenyataan bahawa banyak lebuhraya juga dimiliki bersama oleh syarikat berkaitan kerajaan tidak penting sekiranya rakyat terus ditindas, dan kutipan mana-mana tol nampaknya sukar dikembalikan kepada pembangunan rakyat.

Sebelum situasi menjadi lebih teruk dan rakyat ditekan oleh kerajaan serta kroni mereka, tindakan perlu diambil untuk menangani masalah ini, atau lebih banyak kebangkitan protes akan berlaku, dan  hanya Tuhan yang tahu apa lagi jenis penentangan rakyat yang lain.

Sumber DD - 16-10-2015 


Ke arah hijrah yang total

Posted on Thursday, October 15 @ 09:29:55 MYT by paktam

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS 

Hijrah dari segi harafiah bermaksud berpindah. Namun dari sudut sejarah Islam, hijrah berlaku apabila Nabi Muhammad SAW bersama umat Islam berpindah ke Madinah dari Mekah. Perjalanan yang jauh itu bukan dengan menaiki bas mahupun kereta tetapi dengan berjalan kaki dan menunggang unta.

Perjalanan hijrah tersebut bukan misi yang mudah kerana rombongan umat Islam itu turut diburu oleh orang Quraisy yang beria-ia menghalang mereka untuk mengembangkan ajar­an Islam di bumi baharu tersebut.


Sesungguhnya, halangan dalam bentuk ancaman nyawa itu menjadi pemangkin kepada Rasulullah SAW untuk meneruskan misi hijrah tanpa menoleh ke belakang. Selepas hijrah yang menjadi sejarah itu, kegiatan umat Islam terus berkembang berpusat di Madinah dalam pelbagai aspek termasuk pentadbir­an, ketenteraan dan muamalah.

Masyarakat negara ini harus sedar untuk berjaya, kita perlu mengubah nasib kita sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Apa yang berlaku hari ini umat Islam menjadi masyarakat yang ditindas disebabkan kelemahan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. Bagi mengubah nasib bangsa, kita perlu mengambil iktibar kepada nasib yang menimpa masyarakat dunia yang keciciran dalam kemajuan dunia tanpa sempadan.

Masyarakat Rohingya di Myanmar bukan sahaja menjadi orang hanyut malah dibunuh di tanah kelahiran mereka. Hak kemanusiaan mereka untuk hidup seperti manusia normal dinafikan atas alasan sejarah. Sewajarnya kita sebagai rakyat di bumi bertuah bernama Malaysia ini sama-sama mempertahankan negara kita dari rosak binasa dan membangunkan bangsa Malaysia secara total.
Percayalah kita sudah berada di tempat yang paling tepat untuk membina tamadun, cuma kita memerlukan hijrah minda daripada terus berpuas hati menjadi pengguna menukar diri menjadi peniaga. Dari seorang peniaga menjadi dermawan yang memperkasa ekonomi ummah melalui sumbangan zakat.

Setiap manusia di bumi bertuah ini berhak untuk berhijrah dari jahil menjadi mahir, dari susah menjadi mewah dan dari sahaya menjadi kaya. Seharusnya tiada yang mustahil jika kita mahu berhijrah dari mentaliti subsidi kepada minda kelas dunia iaitu menjadikan masalah sebagai penjana kuasa diri untuk membuat anjakan paradigma. Realiti hari ini kita hidup dalam zaman di mana pilihan adalah terbuka sama ada untuk me­neroka perkara kebaikan seperti mempelajari ilmu berguna di Internet atau mencari akses kepada laman sosial yang negatif. Jika selama ini kita berada dalam dunia siber yang bebas dan merosakkan rohani dan jasmani maka inilah masa untuk kita kembali ke dunia nyata dan berhijrah menjadi insan yang lebih hebat dari sudut akidah dan ibadah.

Umat Islam harus sedar hijrah bukan konsep mahupun peristiwa khusus untuk satu kaum semata-mata. Ia perlu dihayati dalam segenap aspek kehidupan. Baru-baru ini kerajaan kita mengadakan Hari Sukan Negara bagi mewujudkan budaya bersukan yang menyihatkan mental dan fizikal dalam kalangan rakyat. Jika kita mengalami obesiti, inilah masa kita menjadikan masalah kesihatan tersebut sebagai wadah untuk berhijrah ke arah kesihatan lebih baik dengan berat badan unggul menjadi sasaran.

Jika kita mengalami masalah kewangan, hijrahkan minda kita ke arah mencari peluang untuk menambah pendapatan seperti menyertai perniagaan dalam talian mahupun menjadi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Apa yang penting kita berhenti menjadi umat Islam yang hanya pandai mengeluh dan merungut atas sesuatu masalah seolah-olah ia mampu menyelesaikan masalah.

Sememangnya ada masalah yang merunsingkan fikiran tetapi dari ia terus bersarang dalam fikiran menjadikan kita stres, kita ubahlah atau hijrah dari pendekatan melayan masalah kepada menyelesaikannya. Sesungguhnya cara terbaik untuk lari daripada masalah adalah dengan menyelesaikannya. Berhij­rahlah dari keburukan kepada kebaikan kerana hijrah kepada kebaikan terbukti mewujudkan ruang untuk kecemerlangan dan kegemilangan. Daripada masalah semakin membarah le­bih afdal untuk kita berhijrah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/ke-arah-hijrah-yang-total-1.146265#sthash.lwLQQqNY.dpuf

Sumber DD - 15-10-2015



Melayu-Islam wajib bersatu,wajib pegang "Tali Allah"

Posted on Thursday, October 15 @ 08:30:30 MYT by paktam

Oleh abuamar

"Secangkir Kopi Pahit 

 Apakah kita benar2 memahami Maksud Firman Allah ini: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, (Surah Ali Imran, ayat 103)

Dan juga mafhum sabda Rasulallah saw ini: Rasulullah SAW bersabda: “sesungguhnya Allah redha untuk kamu tiga perkara dan membenci untuk kamu tiga perkara, maka yang Allah redha untuk kamu ialah bahawa pertama: kamu menyembah Nya sahaja dan jangan mensyirikkan Nya dengan sesuatupun, kedua : kamu berpegang teguh kepada tali Allah, ketiga : dan kamu tidak berpecah belah……………” (Imam Muslim dalam sahehnya,)

Kita kini berasa curiga dan cemburu melihat majority kaum Cina bersatu dalam wadah DAP dan menolak secara total MCA dan Gerakan.

Kenapa kita mesti curiga dan cemburu terhadap mereka? Apakah tidak lebih baik kita juga bersatu dalam satu wadah yang utuh dan kukuh demi untuk memertabatkan ugama,negara dan bangsa kita? Anjuran dan perintah untuk kita bersatu telahpun di sampaikan oleh Allah swt dan Junjungan Besar Rasulallah saw seperti ayat Quran dan hadis diatas.

Cuma yang menjadi sedikit masalah ialah “MEMILIH WADAH UNTUK KITA BERSATU”  Sebenarnya kita ada beberapa  pilihan:

  1. Bersatu dalam UMNO: jawapannya “TIDAK SAMASEKALI” Kita telah beri peluang kepada UMNO untuk menjadi payung yang melindungi kita dari hujan dan panas selama hamper 60 tahun.Malangnya mereka gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut, Payung koyak rabak, kita kepanasan dan kebasahan. Hanya mereka dan kroni mereka sahaja yang sejahtera.

    Kini mereka merayu2 agar peluang diberikan sekali lagi kepada mereka. Jawab nya TIDAK. Kita jangan terjatuh dalam lubang yg sama dua kali.

  2. Bersatu dalam PAS? Dulu mungkin kita boleh cuba, tapi kini kelihatannya mereka pun sama macam umno juga, lebih banya retorik daripada bertindak, lebih banyak bercakap dari berkerja, BANYAK OMONG KOSONG.

  3. Lalu bagaimana?: Kita boleh cuba wadah baru yg belum tercemar dan belum ternoda. Kita patut bersatu dibawah payung tersebut dan sama-sama berusaha dan bekerja untuk memantapkan wadah tersebut demi untuk manfaat kita dan generasi kita yang akan datang.

Kita berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan kemudian menyerahkan diribertawakkal kepada Allah Pencipta kita. Wallahu a`lam bissawab.
Sumber DD - 15-10-2015        


3 kung fu politik

Posted on Monday, October 12 @ 12:04:52 MYT by paktam

Oleh Timmy Say

Kung fu politik satu: Media sebagai alat politik

Semalam, Rafizi Ramli kekal sebagai setiausaha agung PKR meskipun ada laporan awal menyatakan wujudnya usaha menyingkirkan beliau daripada jawatan itu. Manakala Dr Boo Cheng Hau yang menerajui DAP Johor sebegitu lama dilaporkan menerima nasib berbeza di mana beliau jatuh tersungkur daripada 15 barisan kepimpinan DAP Johor setelah sekian lama tidak kedengaran berita mengenai dirinya.


Bayangkan apa nasib Dr Boo jika sebelum pemilihan DAP Johor diadakan, ada pihak melaporkan wujud usaha menyisihkan beliau secara total daripada DAP Johor. Apakah nasib beliau masih sama atau musuh politik beliau akan menekan brek?

Sejak berita Rafizi akan dibuang terledak, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berulang kali menyatakan usaha membuang Rafizi adalah fitnah sehingga mesyuarat habis semalam. Rafizi pula tidak membuat sebarang komen terhadap laporan tersebut.

Namun, sebagai pemerhati, cuba bertanya pada diri sendiri, siapa mendapat untung paling banyak kerana laporan tersebut? Siapa terselamat dan siapa yang tergendala atau semuanya hanya kabus disangka jerebu?

Inilah hebatnya kung fu politik yang pertama ini – kemahiran menggunakan media sebagai alat politik membunuh, menyelamat dan mengelirukan. Bagaimana pula dengan anda sebagai pembaca? Apakah anda terkeliru, atau digunakan sebagai alat membunuh atau menyelamat oleh mereka yang menggunakan kung fu ini? Di mana kebenaran sebenar, atau anda pun hanya mengikut persepsi semata-mata?

Kung fu politik kedua: Campur tangan dengan tidak menggunakan tangan
Sebelum PKR bermesyuarat semalam, seorang pemuda Amanah menulis komentar menggesa PKR membuang PAS dan hanya terus bersama Pakatan Harapan. Pandangan itu dijulang tinggi sesetengah media pro pembangkang yang memberikan persepsi seolah-olah komentar itu dibuat seseorang ‘newsmaker’ yang penting.

Apakah ini boleh dikira sebagai campur tangan dalam hal ehwal parti lain? Sudah tentu pelakunya menyatakan tidak, sebagaimana penafian sebuah parti yang membuat deklarasi untuk memutuskan hubungan dengan presiden parti kawan tapi tidak dengan timbalan dan partinya sebelum pemilihan parti diadakan.

Kadang-kala terfikir juga apakah yang mendorong komentar itu dikeluarkan? Apakah mereka merasakan PKR tidak boleh berfikir sendiri atau menilai kepentingan sendiri? Atau mereka mengharapkan PKR terfikir akan nasib mereka sebelum membuat keputusan?

Inilah kung fu politik kedua yang paling popular digunakan kebanyakan ahli politik – campur tangan hal ehwal parti lain tanpa campur ‘tangan’. Namun kung fu ini mudah dibaca jika diguna oleh mereka yang masih kurang berpengalaman dan ego berlebihan.

Kenyataan Azmin semalam yang berbunyi:“Parti-parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat” – sudah cukup sebagai kenyataan balas kepada mereka yang cuba mencampuri urusan PKR sebelum mesyuarat berlangsung.

Kung fu politik ketiga: Poligam (politik gambar)

Jika masalah dalaman parti tengah berkocak hebat, kehadiran semua pimpinan tertinggi untuk berada pada sidang media akan menjadi wajib. Kehilangan mana-mana satu pimpinan akan memberikan persepsi ada sesuatu tidak kena.

Inilah kung fu politik ketiga iaitu kemahiran menggunakan gambar untuk memberikan gambaran semuanya ok. Lakon pun lakonlah, yang marah kena senyum, yang bermusuh kena berpeluk dan yang tidak setuju kena akur, asalkan gambar positif itulah terletak di minda pembaca meskipun ia sangat palsu di dalamnya.

Ingatlah, sekiranya rakyat tidak berubah mindanya, percayalah negara ini tidak akan berubah nasibnya kerana yang menjadi bos tetap ialah ahli politik dan rakyatnya.

Sumber DD - 12-10-2015


Apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa menaiki lif dan eskalator

Posted on Friday, October 09 @ 11:46:01 MYT by paktam

Oleh Laura Lee

Dengan sejumlah kira-kira 17,000 lif dan 3,000 eskalator didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya, ianta telah menjadi "pengangkut" utama bagi ramai orang.

Malangnya baru-baru ini sering berlaku kemalangan yang melibatkan "pengangkut" ini, terutamanya melibatkan kanak-kanak di kompleks membeli-belah.


Abdul Kahar Husain, pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi WPKL dan Putrajaya, berkata terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatannya. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyenggaraan eskalator dan lif, tambah beliau.

Beliau menggesa orang ramai, ibu bapa khususnya, untuk memantau pergerakan anak-anak mereka apabila menggunakan lif dan eskalator.

Abdul Kahar berkata yang dalam separuh pertama tahun ini, pihaknya telah menerima 14 aduan dan enam laporan kemalangan yang berkaitan dengan lif dan eskalator.

Menurut Zaidi Md Zain, penolong pengarah JKKP WPKL dan Putrajaya, di antara tahun 2010 dan Jun tahun ini, telah berlaku 111 kemalangan yang berkaitan dengan lif dan eskalator yang rosak, menyebabkan 11 kematian. Jumlah kejadian laku musnah lif yang tinggi juga telah dicatatkan.

Abdul Kahar menyeru pengurusan kompleks-kompleks dan bangunan serta syarikat-syarikat penyelenggaraan lif berdaftar untuk memainkan peranan masing-masing dalam mengurangkan kemalangan sebegini. Beliau mengingatkan pemilik lif dan eskalator untuk memastikan ianya diservis atau disenggarakan oleh syarikat-syarikat yang diiktiraf dan berdaftar dengan JKKP.

Selain daripada pemeriksaan bulanan oleh syarikat penyelenggaraan lif, mesin ini juga perlu diperiksa oleh "jurulif kompeten" setiap tiga bulan.

Abdul Kahar mengulangi yang semua operasi lif dan eskalator perlu diperiksa setiap 15 bulan oleh JKKP, untuk menerima permit pembaharuan bagi jentera pengangkat.

Sambil menyifatkan lif sebagai peranti berkuasa elektrik atau mekanikal, pengarah Trident Quantum Sdn Bhd, Wong Weng Sum berkata yang kebanyakan kecederaan berkaitan lif berlaku apabila penumpang cuba untuk mengatasi peranti mekanikal dan keselamatan lif itu.

Wong, seseorang jurulif kompeten yang disahkan oleh JKKP, menekankan bahawa walaupun setiap lif mempunyai kapasiti yang ditunjukkan di dalam lif, beberapa peraturan keselamatan perlu dipatuhi.

Ini merupakan petikan sebuah rencana yang pertama kali diterbitkan dalam isu 29 Ogos-4 September 2015 Focus Malaysia. Sila layari www.focusmalaysia.my untuk membaca selanjutnya.

Sumber DD - 9-10-2015



Islamkah mereka itu?

Posted on Thursday, October 08 @ 15:55:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tidak lama dahulu penulis terkejut apabila ada orang Islam kata China DAP kafir zimmi. Baru baru ini penulis lagi terkejut apabila seorang Profesor Madya dr mengatakan Yahudi tak salah.

Hari ini penulis terkejut lagi, kerana dikatakan ramai orang Islam tak tahu mengucap. Penulis penah dengar ramai orang Islam tak pandai baca fatihah dan tak pandai solat.Ini ada lojiknya kerana  membaca fatihah dan solat itu payah sikit berbanding mengucap yang teramat mudah diucapkan.

 Jika hal ini berlaku dinegera yang diperintah oleh orang kafir tersangat lojik, kerana orang islam dinagera kafir tidak membenar mereka mengamalkan ajaran islam. Di Negara china orang islam dilarang berpuasa.

Akan tetapi ini berlaku dinegara Malaysia yang diperintah oleh orang islam, cuma undang undangnya sahaja yang bukan undang undang Islam dan orang islam bebas mengamalkan ajaran islam.



Penulis pernah dengar, ramai orang Islam yang tahu berwuduk. Macam mana boleh jadi macam ini, sedangkan mereka itu Islam dan mengaku Islam. Islamkah mereka itu.



Mengapa penulis tulis rancana ini? Penulis bimbang takut, ada orang mengatakan penulis syok sendiri, kerana sudah ada yang mengatakan penulis syok sendiri.



Jadi marilah kita tengok mengapa yang dikatakan ramai orang Islam tak tahu mengucap. Islamkah mereka jika mereka itu tahu pandai mengucap dua kalimah syahadah atau seumar hidup mereka, mereka tak pernah melafazkannya.



Sudah tentu mereka itu bukan seorang Islam, kerana seorang Islam itu mesti mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, puasa dibulan ramadhan, zakat fitrah dan mengerjakan haji setelah mereka ada kemampuan.



Inilah rukun yang wajib ada pada seseorang yang mengaku yang dia adalah seorang Islam. Maka baru munasabah mereka itu seorang yang mendakwa yang mereka adalah seorang yang beragama Islam.



Kalau tidak, mereka itu bukanlah seorang Islam sepertimana yang kita fahami. Tetapi mereka itu adalah seorang islam baqa yang lahir dari bineh  dua pasangan suamai Isteri yang dijadkabulkan oleh pihak berwajib secara Islam.



Atau dengan kata lain mereka dilahir dari pada perut Ibu bapak yang mengaku beragama islam sepertimana lahirnya.Lebih lebih lagi mereka yang tak pandai mengucap ini bermustatin didalam Negara yang diperintah oleh orang Islam dan ada pusat pusat islam yang diberi amanah untuk mendidik umat Islam menjadi islam sejati.



Sumber TKO - 8-10-2015


3 lessons BN should learn from PAP

Posted on Monday, October 05 @ 18:28:09 MYT by JackSparrow


By Julia Yeow

Earlier this week, the Singapore government announced a new Cabinet line-up made up of mostly young and new ministers to take over from the old guard of leaders shortly after the next elections.

Not many Singaporeans were surprised at the announcement. In fact, it was expected, as the ruling People's Action Party (PAP) had made leadership renewal and succession one of the key objectives of their election campaign.

And the PAP, for all its shortcomings and straight-laced pragmatism, almost always delivers on its promises.

‘Performance legitimacy'

It is this high level of confidence that the majority of the electorate have in PAP which had contributed to the stronger mandate that the party enjoyed in last month's general election, said Singaporean political analyst and former nominated MP Eugene Tan.

"One key takeaway is the need to build trust and confidence between the ruling party and the electorate," said Tan, who is also Associate Professor of Law at Singapore Management University.

Despite the incumbency factor, which was working against the PAP, the leadership's perceived integrity and efficiency won over not only a generation of older loyalists, but also the younger and more critical Singaporeans.

When Prime Minister Lee Hsien Loong said he would step down after the next elections, he took steps to put his retirement into place less than a month after celebrating a strong election victory.

Singaporeans know exactly what to expect when it comes to voting in PAP, and it's simply a matter of whether or not they agree with their policies.

With Barisan Nasional, though, voters hardly raise an eyebrow when promises are broken, and policies flip-flop.

For example, in a move that was largely hailed as progressive and liberal, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced in 2011 the abolishment of the Internal Security Act, which allowed for indefinite detention without trial on the orders of the home minister.

Najib had said then that the move was made to accommodate a mature and functioning democracy.
Less than four years later, the government passed the Prevention of Terrorism Act (Pota) which also allows indefinite detention without trial, only this time on the decision of a five-man board.

From education policies to pledges to clamp down on corruption, Malaysians are usually left with the bitter taste of unfulfilled promises and deception, when it comes to our ruling government.
Zero-tolerance for corruption and money politics

At a forum last week in Kuala Lumpur, former Singapore high commissioner to Malaysia K.

Kesavapany told delegates that one strong factor leading to PAP's strong performance in the last elections was the party's culture of zero-tolerance for corruption.

"We're not saying there is absolutely no corruption, but it happens at the lower levels, the officers," Kesavapany said.

"At the leadership level, I think it's safe to say almost every Singaporean - even the opposition - believes that the PAP is corrupt-free.

"We have also abhorred money politics right from the start... it's simply not in our culture."

In Malaysia, money politics has been called the "biggest scourge" of the nation by none other than the minister appointed to oversee good governance and integrity, Datuk Paul Low.

The fact that our prime minister can get away with receiving RM2.6 billion into his personal bank account as a "donation" from an unnamed foreign source further reinforces the fact that our system is flawed, and in dire need of greater transparency and standards of ethics.

Keeping politics free from race, religion and language

The final, and most outstanding, legacy and practice of the PAP leadership is the exclusion of race, religion and language from politics.

This culture has been in place since the birth of the nation and has resulted in a genuine sense of shared responsibility and national pride by the vast majority of its population, including the minority ethnic groups.

"There is a need to ensure every citizen feels that he or she is fairly treated and that there is no inherent advantage or disadvantage on account of one's race, religion or language," said Tan.

Even with a 70% ethnic Chinese-dominated society, voter discontent in Singapore rarely stems from racial issues and policies, but rather from problems affecting quality of life and economic position - simply put, issues that transcend race and religion.

Whenever there are performance and political assessments made between Singapore and Malaysia, the inevitable argument is that both nations are so different that there is little common ground on which to make valid comparisons.

While it is true that PAP and BN exist in two different political and physical landscapes, the principles that have led to PAP's continued and strengthening mandate are universal and can be adopted in Malaysia with the right leadership and will.

The results of the last Malaysian general election showed that more than 50% of the electorate want change from racially divisive politics, from corruption and from bad governance.

Unless BN changes from the archaic politics that defined Malaysia's past, they will risk almost-sure exclusion from Malaysia's future. And to achieve that change, they will do well to take a leaf out of the PAP's book.

Sumber DD - 5-10-2015

Tiba - Tiba Saja Melayu Disuruh Bertenang

Posted on Monday, October 05 @ 14:41:35 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam Aku pun hairan bagaimana dengan tiba-tiba saja orang Melayu disuruh bertenang. Setahu aku apabila disuruh ‘bertenang’ maknanya sudah wujud suatu keadaan yang ‘tidak tenang’. dan sepanjang pemerhatian dan penglihatan aku juga tidak timbul langsung suasana yang tidak tenang dikalangan kaum-kaum di Malaysia kini. Kelihatan semuanya ‘tenang’ dari segi hubungan kaum-kaum di negara ini. Semuanya ‘bergumbira’.

Maknanya tidak kelihatan langsung suasana ‘tidak tenang’ dalam pergaulan Melayu-Cina-India di negara ini. Semuanya kelihatan riang dan gembira dalam menjalankan tugas harian mereka. Jikalau ada pun keadaan yang ‘tidak tenang’ ialah apabila rakyat Malaysia dari semua kaum memikirkan tentang kerenah pemimpin di negara kita yang kelihatan seperti ‘cacing kepanasan’ ataupun ‘seperti kera kena belacan. Maknanya entah apa sebabnya kelihatan para pemimpin di negara kita kini semacam tidak tenang menghadapi suasana yang wujud kini.

Rakyat Malaysia sememangnya ‘tidak tenang’ apabila mengenangkan tentang wang RM 2.6 billion yang berada dalam akaun peribadi DS Najib. Rakyat Malaysia memang tidak tenang mengenangkan derita yang terpaksa ditanggung ekoran daripada cukai GST yang dikenakan oleh kerajaan. Rakyat sememangnya tidak tenang mengenangkan yang Ringgit Malaysia sudah hampir setaraf dengan ‘duit Jepun’ bergambarkan pokok pisang yang pernah dimiliki oleh datuk nenek kita zaman dulu ketika berada dibawah pemerintahan Jepun.

Dan yang paling merunsingkan rakyat Malaysia dari semua kaum ialah tentang para pemimpin negara yang semacam tidak kisah langsung tentang nasib rakyat yang terpaksa ‘bertarung’ siang malam memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam suasana negara yang dihimpit dengan berbagai masalah ini. Keluhan rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India akan kedengaran di mana-mana tentang kenaikan harga barang keperluan harian. Dan entah bagaimanalah mereka ( termasuk aku juga) menghadapi keadaan kehidupan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke sekolah.

Para pemimpin negara semacam tidak peduli dan tidak peka dengan keadaan kehidupan yang dialami oleh rakyat miskin luar bandar. Dan yang anihnya juga rakyat berketurunan Melayu yang miskin di luar bandar seolah-olah dapat melupakan penderitaan yang mereka alami hanya dengan menerima wang BRIM. Mereka akan terus melupakan derita hidup yang dialami oleh mereka. Dan mereka seolah-olah terus ‘memaafkan’ pemimpin mereka yang menyebabkan keadaan kemiskinan yang terus mencengkam kehidupan mereka untuk beberapa generasi akan datang.

Dan para pemimpin negara terus menggunakan ‘fear paradigm’ dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang kononnya orang Melayu sedang terancam dan diancam oleh orang Cina. Inilah cara yang digunakan oleh pihak tertentu semenjak zaman berzaman semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada memikir dan membincangkan isu-isu tertentu. Dan isu perkauman sering digunakan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu bagi menyokong sesuatu isu.

Kini isu IMDB dan isu RM 2.6 billion milik akaun DS Najib menjadi isu hangat dibincangkan bukan sahaja dikalangan golongan bijak pandai di bandar tetapi juga dikalangan penduduk kampung. Bukan sahaja diperkatakan oleh golongan dewasa tetapi kini sedang diperkatakan oleh anak-anak sekolah rendah. Seolah-olah mereka sedang diasuh oleh ibu bapa mereka tentang keadaan ‘malapetaka’ yang menimpa negara kini.

Dan para pemimpin negara terus menerus mengatakan bahawa orang Melayu sedang terancam. Dikerah ‘kumpulan Baju Merah’ dari seluruh negara untuk berkumpul di Padang Merbuk semata-mata untuk memberitahu bahawa orang Melayu sedang terancam dan diancam. Di pamerkan sepanduk-sepanduk untuk cuba meyakinkan orang Melayu bahawa sebenarnya Melayu sedang terancam.Dikatakan juga bahawa sudah ada kumpulan di negara ini yang berusaha untuk menggulingkan kerajaan. Dan yang menjadi sasaran mereka adalah kumpulan ‘Bersih’ yang menganjurkan perhimpunan yang telah dapat menarik ratusan ribu peserta untuk berarak, tanpa dijanjikan apa-apa bayaran.

Rakyat Malaysia dari berbagai keturunan amat hairan apabila dikatakan bahawa orang Melayu sedang diancam oleh orang Cina. Mereka hairan disebabkan bahawa tidak kelihatan langsung wujud suasana yang sedemikian samada di kawasan-kawasan perumahan ataupun di tempat-tempat kerja sebagaimana yang digambarkan oleh pihak-pihak yang sengaja menimbulkan suasana sedemikian. Malah tidak kelihatan langsung tindakan parti politik pembangkang untuk menggulingkan kerajaan. Tak nampak langsung. Maknanya tidak ada langsung bibit-bibit yang menunjukkan adanya suasana tegang dikalangan kaum-kaum di Malaysia kini.

Mungkin yang menimbulkan suasana tidak tenang ini hanya wujud dikalangan setengah pemimpin negara. Dan hanya pemimpin yang berperangai sedemikian saja yang sengaja mewujudkan suasana sedemikian untuk mengalihkan pandangan masyarakat Malaysia terhadap isu rasuah dan penyelewengan yang berleluasa di negara ini yang berlaku dimana-mana di negara kita kini.

Rupa-rupanya ‘hasutan’ setengah pemimpin yang mengatakan telah wujud suasana tegang dan tidak tenang dikalangan kaum-kaum di Malaysia kini hanya merupakan omong kosong dan tidak langsung merunsingkan fikiran rakyat Malaysia kini. Hasrat setengah pihak agar berulang Peristiwa 13 Mei 1969 pastinya mengecewakan kerana pastinya tidak akan berulangnya peristiwa sedemikian memandangkan tentang eratnya perpaduan dan hubungan kaum-kaum di Malaysia kini.

Golongan bukan Melayu amat faham bahawa orang Melayu adalah bangsa dan kaum yang sememangnya sukakan perdamaian. Sejarah telah membuktikan hakikat sedemikian. Hanya segelintir orang Melayu yang menyimpang jauh dari perangai orang Melayu sebenarnya. Golongan orang Melayu yang sebeginilah yang sentiasa menimbulkan suasana tegang dan tidak tenang di negara Malaysia yang aman damai ini.

Rakyat Malaysia dari semua kaum (Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dll) akan terus memerangi golongan yang bersikap demikian.http://abuhassanadam.blogspot.my/

Sumber DD - 5-10-2015


Diajak minum teh: 'Tak boleh bang, kerja'
Posted on Monday, October 05 @ 16:36:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KISAH mengenai seorang posmen yang mengutamakan kerjanya walaupun diajak berehat sebentar dan menikmati teh panas ketika hujan lebat mengusik hati dan menarik simpati pelayar di laman sosial Facebook.

Melalui sebuah perkongsian pada 2 Oktober lepas, seorang pelayar berkongsi kisah seorang posmen masih melakukan penghantaran walaupun hujan turun dengan lebat.

"Orang ramai di sekelilingnya duduk selesa, makan minum dan berketawa. Dia (posmen) cuma berdiri di situ di dalam hujan," tulisnya.

Menurut pelayar itu, dia kemudian membelikan sebungkus pai dan memberikan kepada posmen tersebut.

"Awak nak teh panas?," tanyanya kepada lelaki itu.

Namun kemudian dijawab dengan "tak boleh bang, kerja...".

Walaupun dipujuk, posmen tersebut masih enggan dan meletakkan pai tersebut di tempat simpanan barang di motosikalnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon positif netizen yang mencadangkan supaya posmen tersebut diberikan insentif.

"Disebabkan keramahan dan sifat baik anda, saya bertindak belikan nasi lemak atau minuman kepada pengawal di apartmen saya. Bukan kita tidak mahu jadi pemurah, tapi kita lupa," kata Pamela.

"Tak boleh, kerja bang. Inilah tandanya orang yang tidak mencuri ketika kerja.." kata Ummi pula.

"Semoga Tuhan rahmati anda berdua.." kata Rozian.  - Sinar Harian


Sumber TKO - 5-10-2015


PRU 14 - Manafaat dan Risiko
Posted on Saturday, October 03 @ 11:36:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamulaikum, 


Pru 14 apa yang akan berlaku?

Jika Pas bersendirian :-

1. Mendapat sokongan penuh ahli baru dan 80% ahli yg memilih pimpinan ulamak muktamar yg lepas. Gerak kerja yg padu.

2. Mendapat sokongan pengundi atas pagar yg tdk mau Dap.

3. Mendapat undi ahli umno dan penyokong umno yg boikot pimpinan umno skrg dn tidak suka Dap.

4. Bebas berusaha memartabatkan dasar islam mengikut syariat tanpa terikat kpd nafsu manusia.

Jika Pas memilih utk bekerjasama dgn Dap, Pkr dan amanah:-

1. Berisiko hilang sokongan ahli baru dan pemboikotan sebahagian 80% ahli lama yg memilih dlm muktamar lepas. Kerja2 pru 14 lemah.

2. Tidak akan mendpt undi org melayu yg boikot umno dan tidak suka Dap.

3. Memberi nafas serta talian hayat kpd gol pengkhianat untuk terus berpolitik

4. Pengkhianatan terbesar pimpinan pas terhadap perwakilan / pemilih semasa muktamar yg lalu.

Wallahua'lam.

Sumber TKO - 3-10-2015


Kita ini adil atau zalim?

Posted on Saturday, October 03 @ 08:59:43 MYT by paktam

Oleh abuamar

" Hajaj bin Yusuf,seorang gabernor yang zalim bertanya kepada seorang ulamak: “Apakah aku ini adil atau zalim?” Jawab ulamak tersebut: “Tuan ZALIM”.Maka murkalah sang gabenor lalu ulamak itu deperintahkan di pancung.

Hajaj bertanya soalan yang sama kepada seorang lagi ulamak; maka ulamak tersebut menjawab: “Tuan seorang yang ADIL”; maka membentak sang gabernor: “kamu ini penjilat, aku tak mau seorang penjilat”, dan ulamak itu diperintahkan di pancung.

Kemudian bertanya lagi Hajaj akan soalan yang sama kepada seorang pemuda,lalu dijawab oleh pemuda tersebut: “Tuan tidak zalim dan tidak juga adil.” Hajaj tersentak dan bertanya kembali:

“Lalu bagaimana?” , Maka jawab sang pemuda bijaksana: “Sebenarnya kami rakyatlah yang zalim, kami telah meninggalkan AMAR-MAKRUF dan NAHI-MUNKAR, maka ALLAH berkuasakan keatas kami pemimpin yang zalim, MAKA TUAN ADALAH HUKUMAN ALLAH KEPADA KAMI” Hajaj termangu dan berkata: “Pergilah kamu”

LALU BAGAIMANA KITA KINI???

kita berusaha nak jatuhkan najib dan BN, tapi kita LUPA bahawa najib dan rejimnya hanyalah pseudo- problem. kita lupa "THE REAL/ THE THRU PROBLEM" Ialah : Kita dah tinggalkan "AMAR-MAKRUF,NAHI-MUNGKAR" zina berleluasa, Riba dah mengetuk setiap pintu rumah kita. ITU BERMAKNA KITA TELAH MENGISyTIHARKAN PERANG TERHADAP ALLAH..Maka Allah turunkan BALA kpd kita iaitu: "MEMPERKUASAKAN KEATAS KITA PEMERINTAH YG ZALIM YG MENINDAS KITA".

Penyelesaiannya?? : gerakkan dan perhebatkan amarmakruf-nahimungkar, Insyaallah Allah akan kurniakan kita "BALDATUN THOYYIBATUN WAROBUN GHOFUR....." Dan semua thoghut dan rejimnya akan jatuh berdebuk,tergolek dog. WALLAHU A`LAM
Al-faqirillah abu ammar ;


Sumber DD - 3-10-2015        


AWAS: Ke Mana Sekolah Al-Amin Nak Bawa Anak-anak Ahli PAS?
Posted on Friday, October 02 @ 19:43:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Penubuhan Parti Tak Amanah menyedarkan ahli PAS dari tidur. Selama ini ramai juga ahli PAS yang berkemampuan menyekolahkan anak-anak mereka di Sekolah Al-Amin. Mereka percaya dan yakin dengan sistem al-Amin kerana diterajui oleh kepimpinan IKRAM yang mesra-PAS ketika PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Kini ke mana arah IKRAM ini?

Parti Tak Amanah sebahagian besarnya disertai oleh ahli-ahli IKRAM. IKRAM melalui Sekolah Al-Amin selain memberi pendidikan moden, tidak ketinggalan dalam mentarbiyah dan mengrekrut  pelajar-pelajar menengah mereka. Mereka juga mempunyai alumni. Boleh difikirkan, untuk apa?

Kini kedengaran sungutan daripada ibu bapa ahli PAS yang menyekolahkan anak mereka di sekolah menengah al-Amin. Anak remaja mereka tersebut bagai renggang dengan program-program keremajaan PAS. Selain itu, mereka juga  enggan menyertai Unit Amal dan Ameerah.

Tulisan ini tidak mahu membuat tuduhan-tuduhan kosong atau lebih tepatnya fitnah. Apa yang ditulis itulah yang didengar. Ahli-ahli PAS yang mempunyai anak-anak di Sekolah Menengah al-Amin siasatlah sendiri. Jangan nanti, tanpa kita sedari anak-anak yang diharapkan tertiarap disonglap oleh orang lain. Laksana menggantang asap, mengukir langit. Sia-sia dan berkecai.

PAS mengharapkan anak-anak remaja yang cemerlang untuk menyambung perjuangan ayah bonda. 

Situasi mutakhir memerlukan kita menyiasat dan menilai semula ke arah mana anak-anak harapan kita hendak dibawa. Jangan nanti ayah dan anak bertentang arah dalam memahami perjuangan jamaah Islam dan gerakan dakwah.

Satu cabaran yang timbul; mampukah PAS mewujudkan sebuah institusi pendidikan yang menjadi alternatif kepada Sekolah Al-Amin?


Sumber TKO - 2-10-2015


Kerja dari rumah, peroleh gaji besar

Posted on Thursday, October 01 @ 14:15:34 MYT by paktam

MEMPUNYAI kebebasan untuk bekerja dari rumah masing-masing adalah idaman setiap individu yang bergelar pekerja. Siapa yang akan menolak sekiranya ditawarkan bekerja dari rumah dan dijanjikan pendapatan mencecah sehingga RM100,000 secara bulanan?

Memetik laporan blog antarabangsa, lifehack.org, terdapat lapan pekerjaan yang boleh dilaksanakan dari rumah tanpa dibebani dengan masalah kesesakan lalu lintas, tanpa perlu berhadapan dengan ‘bos’ garang di tempat kerja dan tak perlu terlibat dengan gosip liar rakan sekerja, dan masih memberikan pendapatan lumayan kepada kita.

1.       Pengarah selia klinikal

Sebagai seorang pengarah, individu itu akan dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyediakan dan menyerahkan produk yang telah diuji secara klinikal dan diluluskan untuk pasaran kebangsaan dan antarabangsa.

Dengan bekerja dari rumah, individu itu akan mendokumentasikan proses perbicaraan dan mencipta dokumentasi pemasaran yang mengiringi produk. Pendapatan tahunan bagi pekerjaan tersebut adalah AS$150,000 (RM655,850) setahun.

2.       Peguam penyelia

Tidak semua peguam menghabiskan hari-hari mereka di mahkamah. Ramai graduan undang-undang yang mempunyai ijazah undang-undang  hanya bertindak sebagai penasihat kepada mereka yang memerlukan bantuan undang-undang.

Dengan menjadi peguam penyelia, individu tersebut boleh menumpukan usaha mereka kepada aspek-aspek lain dalam bidang undang-undang seperti cukai atau undang-undang hartanah dan bukannya hanya tertumpu kepada kes-kes jenayah.

Khidmat mereka mudah diperoleh dengan hanya menerusi telekomunikasi, jadi mereka boleh mendapat lebih ramai pelanggan. Pekerjaan ini akan memberikan pendapatan sekurang-kurangnya AS$117,000 (RM 519,360) setahun.

3.       Penulis perubatan kanan

Sektor pekerjaan ini pula melibatkan penulisan dalam bidang perubatan. Seperti kebanyakan penulisan teknikal, pekerjaan ini membolehkan individu itu bekerja dari rumah kerana ia memerlukan kajian dalam maklumat perubatan dan menterjemahkannya ke dalam pelbagai dokumen perubatan.

Individu yang bekerja dalam sektor ini juga ditugaskan untuk menyemak dan dokumentasi yang dibuat oleh rakan-rakan dan penyelianya. Individu yang berkerjaya dalam sektor ini boleh menjana pendapatan sehingga AS$110,000 (RM488,290) setahun sebagai penulis kanan perubatan.

4.       Jurutera alam sekitar

Sebagai jurutera alam sekitar, individu yang terlibat dalam sektor ini tidak semestinya perlu terperuk di rumah untuk menyiapkan kertas kerja, sebaliknya mereka boleh melakukannya di mana-mana sahaja yang dikehendaki.

Sektor pekerjaan ini melibatkan reka bentuk, penilaian melibatkan pengurangan pencemaran dan pendekatan pencegahan dan pelan. Individu tersebut juga perlu menganalisis langkah terbaik yang perlu diambil bagi majlis bandaran untuk mengurangkan pencemaran dan mengekalkan kebersihan.

Tangga gaji bagi jurutera alam sekitar pula sekitar AS$110,000 (RM488,290) setahun.

5.       Pengarah peningkatan kualiti

Tidak kira dalam apa pun industri, syarikat yang berusaha untuk menjadi yang terbaik akan melantik pengarah peningkatan kualiti untuk meningkatkan kualiti dan memelihara kualiti kerja dalam syarikat tersebut.

Seorang pengarah peningkatan kualiti kebiasaannya akan mereka bentuk kerja dan membangunkan amalan terbaik yang berkaitan dengan pentadbiran sistem dan seni bina data. Pada dasarnya, individu tersebut akan  menganalisis apa yang boleh diperbaiki oleh syarikat dan seterusnya melaporkan kepada pengurus dan ketua pegawai eksekutif syarikat.

Pekerjaan ini memberikan peluang kepada individu itu untuk bekerja dari rumah dan menjana pendapatan sehingga AS$100,000 (RM 443,900) setahun.

6.       Jurutera perisian

Bukan suatu yang mengejutkan dengan mengetahui bahawa jurutera kanan perisian boleh bekerja dari komputer di rumah mereka. Jurutera perisian membangunkan dan perisian reka bentuk, memastikan pengawasan program, menguruskan pasukan pembangunan, dan menyelesaikan isu-isu menghadapi sepanjang proses tersebut.

Kerjasama talian sebenarnya mungkin lebih berkesan untuk jurutera perisian, kerana mereka tidak perlu meninggalkan stesen kerja masing-masing untuk membincangkan kerja dan mereka juga dapat memastikan projek-projek mereka dapat berjalan dengan lancar.

Seorang jurutera perisian boleh menjana pendapatan sehingga AS$100,000 (RM 443,900) setahun.

7.       Pengarah pembangunan perniagaan

Individu yang bekerja sebagai pengarah pembangunan perniagaan akan ditugaskan untuk menguruskan jualan dan mengekalkan pendapatan yang konsisten, pada masa yang sama menyelidik cara-cara untuk meningkatkan jangkauan perniagaan dan pendapatan.

Individu yang menceburi bidang pekerjaan seperti ini mampu bekerjasama dengan pengarah yang lain dan membangunkan program-program untuk meningkatkan hubungan di seluruh kawasan yang berbeza.

Pekerjaan ini memberikan peluang kepada individu itu untuk bekerja dari rumah dan menjana pendapatan sehingga AS$100,000 (RM443,900) setahun, bergantung kepada keupayaan individu tersebut.

8.       Penyelidik biologi

Pengkaji biologi yang boleh bekerja dari rumah biasanya mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dalam biologi, seperti mikrobiologi atau kajian hidupan liar. Mereka menjalankan penyelidikan dan menganalisis keputusan ujian, kemudian membuat laporan kepada syarikat atau institusi masing-masing mengenai penemuan mereka.

Seperti jurutera alam sekitar, ahli biologi kadang-kadang akan ke lapangan untuk menjalankan penyelidikan, tetapi boleh melakukan kerja masing-masing di mana-mana sahaja.

Pekerjaan ini memberikan peluang kepada individu itu untuk bekerja dari rumah dan menjana pendapatan sehingga AS$93,000 (RM412,830) setahun.-S/Harian

Sumber DD - 1-10-2015






Perkara Yang Sering Dilakukan Rakyat Malaysia Hari Ini
Santai
Posted on Wednesday, September 30 @ 22:09:28 MYT by tokdalang



1. Selfie

Lepas bangun tidur selfie, selepas gosok gigi pun selfie, lihat saja di laman sosial Instagram contohnya, boleh dikatakan aktiviti selfie sudah boleh dikategorikan perkara ‘wajib’ buat sesetengah wanita mahupun lelaki di Malaysia.



2. Wifi Percuma
3

Jika anda mengunjungi restoran mamak atau kafe, pasti kedengaran sesetengah pengguna yang berkata “Bang, ada wifi tak kasi sini? Apa password?”. Tidak dinafikan keperluan Internet pada masa ini adalah penting dan apa yang lebih penting ialah ‘free wifi’.

3. Telefon Pintar
4

Anda boleh lihat sesiapa sahaja ketika ini, tidak kira generasi tua mahupun muda, pastinya telefon pintar tidak lepas dari gengaman. Sewaktu makan, hendak masuk tidur, ketika di dalam kelas, memandu, mahupun waktu ‘melabur’ pastinya telefon pintar merupakan peranti yang wajib ada walau di mana sahaja.

4. Facebook
A smartphone user shows the Facebook application on his phone in the central Bosnian town of Zenica, in this photo illustration, May 2, 2013. Facebook Inc's mobile advertising revenue growth gained momentum in the first three months of the year as the social network sold more ads to users on smartphones and tablets, partially offsetting higher spending which weighed on profits. REUTERS/Dado Ruvic (BOSNIA AND HERZEGOVINA - Tags: SOCIETY SCIENCE TECHNOLOGY BUSINESS)

Siapa di sini ketagih untuk menggunakan aplikasi sosial Facebook? Jika terdapat anugerah pengguna paling ‘aktif’ seumpamanya, pastinya negara Malaysia tercalon di mana sering kali kita lihat berita-berita viral juga kebanyakannya bersumberkan Facebook.

5. Instagram
6

Seakan berkonsepkan Facebook juga, laman sosial media ini merupakan tempat mempamerkan kreativiti mahupun tempat menyimpan gambar kenangan yang dirasakan cantik oleh pengguna, walaupun gambar tersebut bagi kami hanyalah selipar. Tidak ketinggalan juga Instagram juga adalah tempat ‘cuci mata’.

6. Gambar Makanan
8

Boleh dikatagorikan sebagai ‘tak Malaysia lah kalau tak post gambar lunch tadi’. Anda lihat sahajalah lambakan gambar makanan yang dikongsikan di mana-mana sahaja laman sosial. Entah apa niat sebenar mereka ini, nak kongsi bau makanan agaknya…

7. Snapchat
9

Mungkin tampak lebih cool jika terdapat video 5 saat ketika membalas mesej, penggunaan Snapchat ini merupakan laman permesejan bertemakan gambar atau video pendek sebagai medium perbualan. Jika anda pernah menyaksikan gaya pengguna aplikasi ini, jangan terkejut sekiranya individu terbabit membuat aksi pelik di hadapan telefon pintarnya.

8. Tonton Video Di Laman Youtube
10

Rata-rata pengguna sosial media juga tidak ‘sah’ jika tidak menonton video-video di saluran Youtube. Kebanyakan video adalah dokumentari, filem, video jenaka, viral dan bermacam-macam lagi. Youtube kini sudah mendominasi saluran yang ditayangkan di televisyen. Kami pernah duduk di hadapan pc ‘berjam-jam’ disebabkan menonton video Islamik di Youtube (percayalah). – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Sumber: Funnymalaysian.net
Sumber DD - 30-9-2015

Tujuh cara orang kaya simpan duit

Posted on Wednesday, September 30 @ 16:47:40 MYT by paktam

TIADA siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.


1.    Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2.    Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3.    Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.

Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4.    Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.

Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.

5.    Bekerja keras

Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.

6.    Melabur simpanan dengan bijak

Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperolehi.

Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.

7.    Menggemari jualan murah, tawar menawar

Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.

Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.~Sinar Harian

Sumber  DD - 30-9-2015    



Apalah Dr. Ridhuan Tee ni

Posted on Wednesday, September 30 @ 11:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

"Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani.

Kita mengetahui bahawa Amerika Syarikat yang mengatakan Yahudi tidak salah miskipun membunuh rakyat Palestin. Menyerang dan membunuh umat Islam di Iraq. menyerang dan membunuh rakyat Afghanistan yang tidak berdosa.

Yang salah ialah rakyat Palestin, kerana membaling batu terhadap orang Yahudi. Rakyat palestin bersalah kerana benci yahudi yang mezalimi serta membunuh 2 juta rakyat yang tidak berdosa. Alangkah beruntungnya jadi Yahudi,

Hari ini kelihatan ramai manusia yang berlumba lumba mahu jadi Yahudi, termasuk yang beragama islam.termasuk rakyat Malaysia yang akan rebut peluang keemasan agar beruntung didunia dan beruntung diakhirat konon.

Bayangkan orang yang tak salah, macam mana hendak humbangkan mereka yang tak bersalah dalam neraka. Kita mengetahui para para Nabi sahaja yang tak salah. Tapi hari ini (Dr Ridhuan Tee) orang islam sendiri yang berkata Yahudi tak salah.Malang sekali.

Orang Amerika mestilah tidak akan  berkata yahudi salah, kerana mereka itu sendiri adalah  yahudi. Malah Amerika Syarikat yang banyak membantu yahudi  untuk bunuh dan rampas tanah rakyat rakyat palestin.

Yang pelinknya orang Islam, Dr Ridhuan Tee seorang yang sudah masuk Islam sama macam orang Amerika yang mengatakan yahudi tak salah.Sama sama mereka mana mungkin boleh salah menyalah. Pasti apa yang dilakukan puakpuaknya betul belaka.

Adalah tersangat wajar orang kafir mengatakan Yahudi tidak salah, kerana sangat tidak munasabah kafit cop Yahudi itu salah.hatta membunuh segalapun. BBB tak pernah mengatakan Yahudi salah, miskipin tersangat kejam dan zalim terhadap rakyat palestin.Apa apa yang dilakukan oleh Yahudi betul belaka.

Dr. Ridhuan Tee suruh kita tangani sikap Yahudi, kerana sikapnya yang salah bukan yahudi. Sekiranya Yahudi tidak salah mengapa perlu kita tangani sikapnya. Kalau Yahudi tidak, salah. Wajarkah kita tangani sikap kejam dan zalim mereka.

Yang wajar biarkanlah Yahudi buat apa sahaja yang disukainya, hatta membunuh dua juta umat Islam di Palestin.Biarkan Yahudi menembak rakyat paslentin yang sedang solat dalam Masjid Al Aqsar. Biarkan Yahudi roboh rumah rumah Allah semahu mahunya. Kan Yahudi tak salah.

Tiada guna Hamas mempertahankan Gaza. Kan kerja jihad itu hanya sia sia. Biar Yahudi rampas tanah dan bunuh penduduk Gaza, kerana Yahudi memang tak buat salah apa apa pun terhadap umat islam.Biarkan Yahudi tembak rakyat palestin masuk masjid Al Aqsar.

Kita mengetahui bahawa Rasulullah sangat marah dan benci dengan yahudi di Madinah, Ini menunjukkan yahudi salah. Kalau tak salah mengapa Rasulullah Saw halau yahudi dari bumi Madinah, Malah Rasulullah SAW tak mahu tenguk muka yahudi ada diatas bumi Madinah dan Mekah.

Salahlah punca Rasulullah SAW berpesan kepada Saidina Omar,halau semua Yahudi dari bumi Madinah dan  jangan beri masuk Yahudi dimuka bumi  madinah dan Mekah. Antara salah Yahudi ialah mengkhianati perjanjian dan berbohong dalam serba serbi sepertimana pernah dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa kafir berbohong.,

Macam mana umat Islam hendak tangani sikapnya sedangkan sikapnya itu tidak menjadi sebarang kesalahan walaupun datang dari Yahudi.Jika kita bertindak maka tindakan itu adalah suatu kesalahan, kerana yahudi tak salah dan pernah buat salah.

Kalau yahudi tak salah apa guna tangani sikapnya yang zalim itu. Menzalimi rakyat palestin pun  tak salah juga, Mungkin yahudi tidak minta dilahir sebagai penjenayah, sebab itulah yahudi tidak salah apa apapun..

Sehubungan dengan itu, Dr Ridhuan Tee ada bertanya,Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina? Kita mengetahui bahawa DR Ridhuan Tee lah orang yang benci china DAP. Kita memang tidak boleh benci china walaupun dia kafir, Kita wajar benci China atas sebab ia kejam dan zalim.Macam Dr Ridhuan Tee yang teramat benci dengan DAP sehingga dia cop china DAP ultra Kiasu.

Persoalannya apakah Allah melarang kita membenci sesama manusia diatas muka bumi ini..

Allah nyatakan kafir adalah musuhnya dan musuh Islam.Musuh Islam, Allah memurkainya. Murka ialah marah apabila marah pasti benci. Kita kena benci, tetapi  benci dalam hati adalah selemah lemah iman atau mereka itu tidak beriman langsung.

Oleh itu kita kena benci sesiapa sahaja hatta china Islam sekalipun jika mereka melampau batas iaitu zalim dan kejam sesama manusia. Lebih lebih lagi china yang kafir adalah musuh Allah dan menentang perlaksanaan undang undang Islam diatas muka bumi Allah.

Demikian juga Yahudi yang di sebut oleh Allah laknatullah. Mustahil laknatullah tidak salah. Apakah batang tubuh Yahudi itu tidak ada kena mengena dengan sikapnya.

Dari mana datangnya sikap zalim dan kejam itu kalau tidak datang dari batang tubuh orang Yahudi itu sendiri. Apakah sikap zalim dan kejam itu muncul tanpa ada kaitan dengan nama Yahudi sehingga tergamak mengatakan Yahudi tak salah.

Yahudi bukan sahaja kejam dan zalim malah diberi nabi pun dibunuh dan digergaji kepala. Apakah wajar kita cop Yahudi tak salah juga?

Alangkah beruntung jadi Yahudi kerana atas dunia pun dia selamat dan akhirat nanti lagi selamat tak masuk neraka, Macam mana Allah nak masuk yahudi dalam neraka sedangkan yahudi tak salah. Lazimnya orang yang bersalah sahaja yang masuk neraka sebagai balasan dan hukuman yang dijanjikan Allah.."

Sumber TKO - 30-9-2015


Nota untuk pemilik anjing

Posted on Tuesday, September 29 @ 21:08:16 MYT by paktam

Oleh Abdul Jalil Ali

SUMPAH, saya tidak pernah ada prejudis terhadap anjing. Sebab haiwan itu adalah juga makhluk ALLAH, sama seperti unta, kambing, arnab, badak sumbu, tapir, gajah menta, babi tonyok dan lain-lain.

Tetapi selalu saya marah dan prejudis terhadap pemilik anjing. Contoh yang kerap terjadi di depan mata membuktikan tuan punya anjing lebih tidak peka – dan lebih bodoh – daripada haiwan kesayangan mereka itu.

Setiap kali ketika hendak bersantai di taman awam, saya terserempak dengan pemilik anjing. Pada hal di pintu masuk taman tersebut ada papan tanda memberitahu, dalam tiga bahasa: “Pengunjung tidak dibenarkan membawa binatang ternakan.”
Dia menemani anjing tersebut mengelilingi padang. Nama pun anjing, berak merata. Kerap kali orang berjoging terpijak najis anjing. Tuan anjing tidak ambil peduli, hanya tersenyum.

Pernah sekali, sebagai warga prihatin, saya menegur seorang pemilik anjing: “Tuan, awak tidak boleh bawa anjing di taman ini. Anjing tuan berak, dan ganggu orang lain hendak berjoging...”

Dia menjawab sinis: “Ini taman awam, anjing saya pun hendak jalan-jalan juga. Kalau awak jalan hati-hati, mesti tidak boleh pijak tahi anjing punya!” Lebih baik jangan dilayan, sahlah CGPA dia tidak mencapai tahap 3.8.

Saya berharap ada pengunjung taman yang lebih berani dan mengambil tahi anjing lalu dimasukkan ke dalam saku pemilik anjing yang bodoh sombong itu. Kalau berani lagi, masukkan najis itu ke dalam mulutnya! Hanya tahi anjing sendiri yang dapat merendahkan egonya.

Baru-baru ini dua insiden membuktikan pemilik anjing tidak menghormati hak orang lain. Seperti yang dilaporkan media, dan diviralkan, dua orang wanita berdiri berdekatan sebuah troli yang diletakkan seekor anjing, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Harap maklum bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam bangunan terminal di dalam lapangan terbang. Terdapat notis yang disediakan untuk mengingatkan pengguna lapangan terbang tentang peraturan ini,” kata Malaysia Airports Bhd.

Troli berkenaan telah diasingkan untuk pembersihan @ samak. Tetapi tidak dapat dipastikan apakah pihak MAB juga telah mengambil tindakan terhadap kedua wanita berkenaan. Patut sekali wanita terbabit ‘disamak’.

Hanya seminggu sebelum insiden di KLIA, satu kejadian yang lebih teruk berlaku di sebuah pasar raya terkenal di Plentong, Johor Baharu. Seorang pelanggan – wanita juga! – telah memasukkan anjing ke dalam troli ketika membeli-belah di situ.

Lebih menyakitkan hati, haiwan dalam troli itu kencing dan air najis itu melimpah ke lantai dan terkena pada banyak lagi troli. Pihak pasar raya kemudian menjelaskan 500 troli di situ telah disamak.

Bilal Masjid Kampung Plentong Baru, Omar Abd Jalil memberitahu media beliau telah didatangi seorang individu yang tidak dikenali sekitar jam 11 malam, memintanya melakukan samak ke atas troli di pasar raya berkenaan.

Apakah tindakan telah diambil ke atas pemilik anjing yang tidak prihatin itu? Menurut polis, setakat rencana ini ditulis, belum ada laporan dibuat.

Pemilik anjing berkenaan jangan dilepaskan begitu sahaja. Sengaja atau tidak, perbuatan tersebut terang-terang membuktikan sikap tidak sensitif terhadap agama. Atau, apakah pihak pasar raya juga tidak sensitif terhadap pengguna Islam?

Walaupun sebagai binatang kesayangan @ pet, anjing – seperti yang dijelaskan menerusi notis di situ – tidak boleh dibawa ke pasar raya. Saya pun ada pet, apakah pasar raya tersebut membenarkan saya membawa pet.

Sekiranya wanita anjing tersebut tidak diambil tindakan, saya pun ingin dalam waktu terdekat ini membawa pet kesayangan saya ke pasar raya berkenaan. Tetapi haiwan kesayangan saya tidak muat naik troli, saya boleh mengheretnya ke seluruh pasar raya berkenaan. Pet saya ialah seekor kerbau jantan, amacam?

Pihak pengurusan pasar raya tersebut mesti peka terhadap anjing, lebih-lebih lagi air kencing anjing, yang tidak sepatutnya dibiarkan di dalam tempat membeli-belah yang dikunjungi juga oleh pelanggan Islam.

Sekiranya terbukti sikap tidak peka, apa yang patut dilakukan oleh pengguna Islam ialah memboikot pasar raya tersebut. Mana yang dia lebih utamakan, seekor anjing atau pelanggan beragama Islam?

Keluhan saya ini adalah mengenai sesetengah tuan punya anjing yang kurang ajar lagi bodoh sombong. Jangan pula ada yang cepat-cepat menuduh saya sebagai rasis. Anjing tiada kaitan dengan kaum.

Sumber DD - 29-9-2015

Kenapa pilih untuk berzina?
Posted on Tuesday, September 29 @ 13:27:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Masalah rumah tangga dan masalah masyarakat di dalam negara kita sekarang agak meruncing. Baik masalah yang dilakukan oleh anak-anak hinggalah kemasalah yang dilakukan oleh orang-orang tua kita.

Kebanyakan permasalahan yang timbul yang banyak mendapat pendedahan di media dan kedai kopi adalah masalah hubungan terlarang. Masalah ini merangkumi dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat usia emas.

Masalah ini juga berlaku kepada yang kurang ilmu agama hinggalah kepada insan-insan bergelar ustaz.... Mungkin di sini ada penyelesaiannya.

Kenapa aku pilih untuk berzina? Mungkin video ini ada jawapannya.

https://www.youtube.com/watch?v=_GGvDTq1woM&feature=player_embedded 

 wallahuaklam
MODAYU73
ziarah ana @ www.dadiydoo.com

Sumber TKO - 29-9-2015 


Why Malaysia need Islam ? Why Malaysia need PAS ?

Posted on Tuesday, September 29 @ 13:22:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Dear respected readers,


In the name of Allah , The Most Gracious, Most Merciful.

1. Recently there are many suggestions to change the leader in Malaysia. There are calls for change of the Prime Minister from all sorts of parties and prominent individuals such as Tun Mahathir Mohamed, and the former Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyuddin Yassin.  



Dear respected readers,
In the name of Allah , The Most Gracious, Most Merciful.

1. Recently there are many suggestions to change the leader in Malaysia. There are calls for change of the Prime Minister from all sorts of parties and prominent individuals such as Tun Mahathir Mohamed, and the former Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyuddin Yassin.  

2. A writer named Aspan Alias recently made a call for the people to choose the next successor wisely, if Dato’ Seri Najib was to step down from his office. Interestingly, he has made it quite clear, that there is an inherent problem within UMNO that had actually led to the premiership of Dato’ Seri Najib and its mediocre predecessor, Tun Abdullah Badawi.  The premiership of these two poorly performing leaders lies in two major factors:   Money politics and the sycophantic moves to the top.

3. Rightfully so, it is this culture and system that has destroyed Malaysia’s premiership. No matter how many times you change the leader, as long as the culture is corrupt, and as long as the system is unjust and inhumane, you will end up with the same result, a leader of poor quality.

4. And that is why the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) offers Islam as the next step to a solution. A solution that shall be long lasting and robust as the religion itself. Islam had stand the test of time and has proven to be cornerstone of good governance through-out history. Almighty Allah in the Quran, has guaranteed the relevance of Islam and its principles until the end of time. PAS believes that the recipe to produce good leaders is by having a good and humane system of governance, acquired only by adhering to the principles of the Islamic faith.

5. Therefore, it is important for us to understand what Islam can offer to Malaysia. As simple as it sounds, Islamic governance emphasises on three key factors concerning its people :

1.       The sanctity of life, and livehood of a human being.
2.       The sanctity of honor and dignity of a human being.
3.       The sanctity of possession and the abode of the human being.

6. The sanctity of life can be further expanded to good governance in terms of providing clean and reliable source of water, food and energy. It can be further extrapolated to good governance in terms of providing quality education, reliable transportation, effective health care and communication system. It is important to note that in Islam, it is unethical and undesirable to make monetary profit out of these sectors. Hence, these sectors must be regulated well and require constant monitoring and scrutiny.

7. The sanctity of honor and dignity is further expanded to equality of rights, and the preservation of beliefs, religions and traditions. “All men are equal in the sight of Allah, except for their degree of faith and piety”. It means that Allah looks equally upon all men, and Allah bestow particular favours on those who are pious. The sanctity of honor and dignity also emphasises on good judiciary system that safeguard the chastity of men and women.

8. The sanctity of possession and abode can be further explained by the government providing adequate and comfortable housing. The environment that the people live in must be safe and unpolluted. It encompasses air quality, the control of noise level, the provision of safe and well-lit foot path, and the provision of quality playground for the children and adult. This requires careful planning and management of properties, and includes placing safety measures and security. Again, in Islam, it is unethical and undesirable to gain monetary profit out of providing these services for the people.

9. To ensure smooth provision of services outlined above, then Islamic law is required. Islamic law punish severely on those who are corrupt and those who abuse their position of power. They can be charged of stealing from the nation and hence, subjected themselves to the amputation of their dominant upper limb. Of course, this is not after a course of fair trial and witness in the court of law. However, if the guilty decided to redeem himself by returning all the sums of money that he unlawful took, then he may be grant pardon and thus, save his limb. This is under the discretion of the judge specialised in Islamic law.

10. It is important to note that non-Muslims who are convicted of crimes punishable under hudud law are given the choice either to be trialled under the conventional law or under Islamic law. This is because Islam allows freedom of religious beliefs and cannot force someone to be trialled under a system that is not based on their beliefs. However, that is not to say that he will be free from any trial in the court of law. By default, he will be trialled in the conventional judiciary system.

11. Unfortunately today, the enforcement of Islamic law has been mis-interpreted and mis-represented by the people who has no knowledge in this area. It is therefore, important for us Malaysians to hear the explanation of Islamic law from the rightfully guided scholars.  The rightfully guided scholars are those who are well resourced based on evidence brought forth by the Quran, Al-Hadith and the traditions of the Holy Prophet and the Four Rightly guided Caliph. Any “scholar” that does not follow these evidence, must be refuted and dismissed altogether. This is important for all Malaysians, Muslims and non-Muslims alike to understand.

12. Malaysia need Islam. It is the key to prosperity and good governance. Islam benefits all, and non Muslims’ rights are preserved equally to the rights of the Muslims. Malaysians must unite and demand such system of governance. Together, we shall live in harmony and share equal respect and dignity towards one another. May Allah grant peace and prosperity to the land of Malaysia.

13. Takbir !

Wassalamualaikum. (Recite tasbih kifarah)

Mr. Kama Mustaffa Muhammad.
General and Vascular Surgery.
University Hospital, Galway.
Republic of Ireland. 

Sumber TKO - 29-9-2015


PRU14 dan pembangkang

Posted on Monday, September 28 @ 10:07:54 MYT by paktam

Oleh Timmy Say

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), zaman di mana DAP masih bekerjasama dengan PAS, pembangkang mendapat 52% undi popular.

Namun 52% undi popular yang diperolehi pembangkang tidak dapat menewaskan Umno-BN, malah pembangkang tewas 89-133 (perbezaan 44 kerusi) di peringkat Parlimen.


Kini pembangkang berpecah, dan tertubuhnya Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Amanah. Manakala Pakatan Rakyat pula tinggal dua parti antara PKR dan PAS. Melihat senario perbalahan politik hari ini, boleh kita simpulkan secara ringkas:

a. Majoriti Orang Cina tidak menyokong PAS dan Umno b. Penyokong PAS tidak akan menyokong DAP dan Amanah

c. Penyokong Umno tidak akan menyokong DAP dan Amanah

d. PAS dan Umno tetap bertembung di kerusi majoriti Melayu

e. Kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru

Ada beberapa senario pertandingan tiga penjuru:

Senario 1:
PAS lawan Umno, Amanah masuk di tengah-tengah. Pertandingan ini hanya menguntungkan Umno-BN.

Senario 2:
DAP lawan MCA/Gerakan, PAS masuk di tengah-tengah dengan seorang calon Melayu.

Pertandingan ini akan menjadi menarik sekiranya peratusan undi orang Melayu di kawasan ini melebihi 60% kerana DAP sedang bermusuh dengan PAS dan juga Umno, dua parti yang masih mengawal majoriti undi Melayu.

Senario 3:
Tiga penjuru seperti Kota Damansara dan Semenyih jika perbincangan kerusi gagal diselesaikan.

Perlawanan tiga penjuru ini terbukti memihak kepada Umno, meskipun di kawasan campuran berinternet tinggi dan ketika pembangkang dalam keadaan bekerjasama.

Senario 4:
Akan berlaku satu senario yang menarik, di mana Umno merampas kerusi-kerusi MCA dan Gerakan yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu. Umno akan bertanding melawan DAP sendiri berdasarkan sentimen orang Melayu terhadap DAP.

Strategi ini akan terpakai sekali lagi di PRU14 kerana pada hari ini, MCA dan Gerakan sudah dikira lumpuh ekoran kontroversi perhimpunan baju merah. Jika sentimen kaum masih tinggi, pertandingan sengit dijangkakan akan berlaku.

Senario 5:
Jika DAP menurunkan calon Melayu, situasi Teluk Intan bakal berulang, malah dengan lebih teruk.
Pembangkang esklusif tanpa PAS

Bagaimana pula dengan undi popular di setiap negeri dan peringkat nasional bagi Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS bersama?

Analisa berikut melihat peratus undi popular bagi Pakatan Harapan di setiap negeri untuk 3 senario peratusan sokongan Melayu iaitu pada tahap 20%, 27% dan 33% manakala peratusan undi Cina berada pada 90%, undi lain-lain pada 65% untuk Semenanjung, 45% untuk Sarawak dan 55% untuk Sabah.

Analisa dibuat berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) pada PRU13 dan peratusan keluar mengundi 85% bagi Semenanjung dan 80% bagi Sabah dan Sarawak.

Carta analisa: Prediksi kasar bagi Pakatan Harapan peratusan undi popular

Berdasarkan analisa di atas, boleh dilihat kawasan selamat (peratusan undi popular melebihi 50%) bagi Pakatan Harapan hanyalah Pulau Pinang dan juga Wilayah, iaitu kawasan yang mempunyai lebih 50% pengundi Cina, meskipun peratusan sokongan undi Melayu hanya 20%.

Jika undi Melayu berkisar pada 33%, Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk memenangi undi popular di Johor, Perak dan Selangor.

Namun undi popular tidak mewakili jumlah kerusi dan segalanya boleh berubah jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

Di peringkat nasional, harapan Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya sangat malap di mana undi popular hanyalah bergelar sekitar 38%-45% untuk peratusan  sokongan Melayu antara 20%-33%.

Ini cuma anggaran kasar. Namun, ia tetap memberi gambaran mengapa PAS adalah komponen penting di kalangan pembangkang. Inilah sebab utama PKR masih berharapkan PAS ke dalam Pakatan Harapan, namun kehadiran Amanah menyulitkan perkara ini.

Jika ada salah seorang pekerja anda, berhenti bekerja dan menubuh syarikat baru sambil mengambil pelanggan anda bersama, sebagai pengurus syarikat, apakah anda akan mengiktiraf syarikat baru tersebut dengan berurusan dengan syarikat baru tersebut?

Jika anda mengiktiraf, bukankah anda sedang memberikan galakan kepada pekerja-pekerja lain untuk turut melakukan perkara yang sama pada masa hadapan?

Oleh itu, tiada syarikat akan melakukannya, sebab ia satu tindakan membunuh diri. Begitu juga dengan parti politik – sehinggalah satu waktu di masa depan.

Itulah senario kasar di PRU14 pada hari ini.

Namun, ada 4 faktor besar yang boleh menidakkan segalanya iaitu – perasaan rakyat pada perkauman, nilai ringgit, keadaan ekonomi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, jika beliau terus menerajui BN ketika PRU14 diadakan.

Sumber DD - 28-9-2015


Politik dan pembunuhan karakter memang tak dapat dipisahkan

Posted on Saturday, September 26 @ 08:54:46 MYT by paktam

Oleh Hazlan Zakaria

Nampaknya seperti ada kaitan antara PKR dan pembunuhan karakter, daripada Ketua Umumnya yang kini dipenjara sehinggalah kepada bekas MB, pemimpin kanan parti, dan juga parti pembangkang lain yang sepatutnya menjadi sekutu mereka.

Pada kebanyakan masa kita mahu menganggap yang PKR-lah mangsa kepada pembunuhan karakter dengan pelbagai serangan ke atas pemimpinnya daripada penguasa dan sekutu mereka. Dan memang benar, pada sebahagiannya.


Pemimpin PKR berhadapan serangan pembunuhan karakter dan terjejas kerananya. Contoh utama adalah Anwar Ibrahim sendiri, yang telah dibicarakan, dijatuhkan hukuman bersalah dan dipenjara atas tuduhan yang dianggap meragukan oleh ramai orang.

Pemimpin parti yang lain juga telah diserang untuk merosakkan karakter dan maruah mereka melalui media dan cara-cara lain.

Namun PKR bukanlah bersih sepenuhnya, kerana ada yang melihat parti itu juga nampaknya telah menggunakan cara yang sama dalam politik dalamannya.

Antaranya, ramai yang merasakan bahawa satu puak dalam parti itu, dipercayai mahu bersaing merebut kuasa, memainkan peranan dalam pembocoran kertas mahkamah berhubung prosiding penceraian yang membunuh karakter politik salah seorang calon utama bagi jawatan tinggi parti.

Selain itu tuduhan-tuduhan berat juga dilemparkan ke atas MB dari parti itu hanya kerana mahu menggantikan beliau dengan pemimpin yang lain.

Dan memang, pemimpin PKR yang membuat tuduhan ke atas bekas MB dan ahli parti itu sehingga perlu memohon maaf bagi menyelesaikan saman fitnah yang dibuat bekas MB tersebut.

Namun tuduhan yang dilemparkan telah memusnahkan karakter dan profil politik bekas MB, yang menyaksikan beliau ditohmah secara terbuka dan akhirnya berundur.

Mungkin beliau sendiri bukanlah “malaikat”, namun pasti ada yang tertanya-tanya sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut memandangkan ia diselesaikan di luar mahkamah.

Dan berkaitan soal pakatan politik, nampaknya PKR boleh dianggap parti yang melakukan pembunuhan karakter yang sama terhadap parti pembangkang yang tidak diinginnya dalam satu platform yang sama. Jika benarlah kata-kata sesetengah pihak.

Inilah yang berlaku dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM). Menurut laporan, pimpinan kanan PKR yang memberi penjelasan kepada wakil daripada DAP dan Amanah mengatakan bahawa PSM menentang hak keistimewaan Bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan, justeru tidak boleh menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan.

PSM menafikan tuduhan itu, sementara PKR berhujah itulah sebabnya mengapa PSM tidak menjadi komponen dalam Pakatan Rakyat dahulu. Namun agak pelik juga kerana hal ini tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Ini membangkitkan persoalan bahawa ia mungkin satu percubaan untuk membunuh karakter PSM, walaupun apa manfaatnya langkah ini bagi PKR masih boleh diperdebatkan. Kebenarannya juga masih menjadi tanda tanya.

Ia mirip hujah yang diberikan PAS untuk menafikan PSM dahulu, yang menuduh parti sosialis tersebut mempunyai kaitan dengan ideologi komunis yang “tidak bertuhan”.

Mungkin ada sebabnya mengapa Pakatan – lama dan juga baru – tidak dapat menerima PSM. 

Namun dapat dilihat politiking di belakangnya kerana sama ada dulu dan sekarang, Pakatan tidak dapat memberikan satu sebab yang konsisten melainkan serangan bersifat oportunistik.

Tentulah kita boleh berpegang kepada penjelasan yang diberikan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika beliau pertama kali mengumumkan Langkah Kajang – langkah yang memburukkan pergeseran dalaman dalam PKR dan juga pertelagahan antara DAP dan PAS, yang akhirnya membunuh Pakatan.

Kita juga boleh menggunakan hujah bahawa ini semua sebahagian daripada permainan politik yang terperinci. Teori Permainan (Game Theory) yang terbentuk di dalam satu permainan politik yang panjang.  Atau juga bukan, kerana lebih mudah untuk melihatnya sebagai satu proses ‘kelahiran semula’.

Ini membawa kita kepada sebab mengapa ramai menyokong PKR dan pembangkang, untuk mewujudkan kerajaan baru yang berbeza dengan BN – korup dan penuh dengan amalan politik kotor seperti pembunuhan karakter.

Dan selaku sebuah parti yang terus mengetuai pembangkang selaku teras moralnya serta pengikat yang menyatukan mereka, mungkin PKR juga patut membersihkan dirinya daripada amalan-amalan seperti BN ini.

Namun akhirnya politik tetap politik. Dan tidak kira siapa pun pemainnya, ia masih dan akan sentiasa kotor. Sesuatu yang mungkin kita terpaksa terima, tidak kira siapa pun yang memimpin dan apa pun yang didakwa mereka
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com


Sumber DD - 26-9-2015


PAS hanya akan kembali ke landasan sebenar jika Hadi berundur'

Posted on Saturday, September 26 @ 08:47:15 MYT by paktam

Oleh Ian McIntyre

Dahulu pernah menjadi kesayangan PAS, bekas ketua Dewan Penyokong PAS Hu Phang Chaw hari ini ialah seorang politikus yang patah hati setelah dikecewakan selepas parti Islam itu kembali menjadi parti dengan pendirian berhaluan kanan yang sangat sempit.

Pada 2004, sewaktu kemuncak populariti BN selepas kejayaan besarnya dalam pilihanraya umum 2004, Hu memutuskan untuk memulakan kerjasama dengan PAS


Ketika seluruh negara ketika itu terkesima dengan ayat perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi supaya “bekerja dengannya dan bukan untuknya”, Hu merasakan masih ada yang kurang dalam negara ini.

Dia merasakan perubahan yang dijanjikan Abdullah sukar berlaku kerana sekiranya BN berubah, ia mungkin hilang kekuasaan politiknya.

BN telah memimpin negara ini menerusi dasar pecah dan perintah, mencetuskan ketakutan di negara yang pelbagai kaum dan agama tidak akan wujud melainkan pakatan itu sentiasa berkuasa.

Tetapi untuk Hu, yang keluar daripada PAS dua tahun lalu, kuasa pemacu ke arah sebuah negara yang sejahtera adalah ekonomi yang makmur.

Dan hari ini dalam dunia tanpa sempadan, ekonomi adalah pasak utama mana-mana negara berdaulat, tambahnya.

Bagaimanapun, Hu berkata yang kerakusan BN kepada kuasa dan kemewahan menyakiti semua perkara yang diperlukan untuk mengekalkan sebuah negara yang stabil dan sejahtera, menambah yang situasi semasa semakin buruk.

Dan Hu bengang kerana PAS tidak dapat melihat semua alasan asas mengapa perlunya sebuah pakatan pembangkang yang kuat untuk menentang dan menyeimbangkan kekuasaan BN.

Bekas wartawan itu bekerja keras dengan MP Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Husam Musa selain Takiyuddin Hassan untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS Bukan Muslim pada tahun 2004.

Kelab itu berkembang menjadi sayap PAS dan kini khabar angin bertiup kencang yang akan ada ahli-ahlinya akan diletakan untuk bertanding menentang bekas rakan pakatan- DAP dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.

Pemerhati politik kagum dengan kumpulan bukan Islam yang menyokong parti Islam itu tetapi Hu tidak keliru.

Walaupun kini, pengkritiknya sedang bergelak ketawa selepas PAS membuang janjinya iaitu “PAS untuk Semua”.

Hu merasakan masih ada harapan untuk parti itu tetapi pemimpin mereka yang berfikiran sempit perlu diasak supaya berubah dahulu.

Dahulunya rakan rapat presiden PAS Abdul Hadi Awang, Hu telah menyalahkan semuanya kepada pundak presiden itu, mengatakan yang Hadi adalah beban kepada pembangkang.

PAS, katanya, hanya boleh kembali ke landasan pembangkang yang sebenarnya sekiranya Hadi mengundurkan diri atau membenarkan parti itu berubah.

Bercakap mengenai kedegilan PAS untuk tidak mahu bekerjasama dengan DAP ataupun dengan parti serpihannya- Amanah, Hu berkata dia tidak terkejut memandangkan PAS telah menjadi pertubuhan yang kacau bilau.

“Saya tidak fikir masyarakat bukan Islam akan kembali kepada PAS dalam keadaan semasa. Parti itu perlu bertindak progresif dan melakukan perubahan minda di bawah prinsip Islam.”

Sebaliknya, PAS memilih untuk kembali duduk di bawah tempurung lamanya, kata Hu.

Ia menyebabkan pembangkang tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan perjuangan mereka.

Hu berharap golongan muda akan mengalahkan semua cubaan untuk menukar rakyat negara ini kepada kelompok perkauman.

“Untuk sekarang dan masa hadapan, bebaskan diri daripada konsep perkauman. Jika anda tanya saya, Hadi patut bersara dan menghabiskan masa memancing. Dia gemar memancing, anda tahu,” kata Hu.

Sumber DD - 26-9-2015


Seronoknya jadi wakil rakyat di Malaysia

Posted on Saturday, September 26 @ 08:13:59 MYT by paktam

Oleh  Nik Aziz Afiq Abdul

Itulah yang terjadi.Rakyat entah bila akan sedar tugas Wakil Rakyat itu adalah sebagai ahli legislatif (legislator) yakni penggubal undang-undang peringkat tinggi.

Ketajaman perbahasan, kemampuan mematahkan hujah pihak lawan, sokongan data yang kemas, debat yang bermutu bukan indikator.


Pergi tanya "orang kuat politik" yang anda kenali. Tanya dia apa tokoh kesayangan dia bahas buat kali terakhir (yang paling terbaru) di dewan?


Pergi tanya "orang kuat politik" yang anda kenali. Tanya dia apa tokoh kesayangan dia bahas buat kali terakhir (yang paling terbaru) di dewan?

Rata-rata tak ikuti pun. Ramai yang lebih hadam apa yang Wakil Rakyat tersebut ucap dalam sidang media, ceramah, himpunan, segala perkara yang lain tapi bukan dalam dewan.

Wakil Rakyat dimata Malaysia adalah mereka yang turun depan mata, kacau gulai sama-sama walau api tak hidup, sembelih lembu walau itulah aktiviti sepanjang hayat, hadir majlis kematian, hadir majlis bersunat, majlis perkahwinan, tahnik, doa selamat.

Itulah "seronoknya" jadi Wakil Rakyat di Malaysia. Semua tempat dia pergi rakyat semakin sayang, hubungan makin erat dan paling penting sentiasa dijamu makan.

Ponteng parlimen tak ada masalah. Hujah taraf kanak-kanak tak jadi masalah. Fakta tepi longkang juga tak apa. Debat macam orang tak sekolah pun tetap disayang yang penting turun kenduri.

Elaun Wakil Rakyat ambil. Bila diusul naik gaji cepat-cepat sokong. Tiba waktu ceramah kononnya empati pada rakyat yang miskin dan dilanda cukai tinggi.

Apa yang lebih utama?

Jadilah legislator dahulu. Selesaikan peranan yang kamu minta melalui mandat rakyat terlebih dahulu. Kemudian jika turun makan kenduri, masak sama-sama (walau api tak hidup) sembelih binatang korban (walau itu rutin puluhan tahun samada jadi wakil rakyat atau tidak) dan segala aktiviti makan-makan yang lain itu bonus buat rakyat.

Kamu dihantar kesana untuk bekerja sebagai wakil kami bukan untuk menikmati segala kemudahan yang diperuntukkan semata-mata.

Kami anak muda sedang memerhati. 

Sumber DD - 26-9-2015


Jalan welfare vs Kg Selamat
Posted on Thursday, September 24 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Kalian tahu tak bahawa di sungai buloh Selangor terdapat satu kawasan yang unik buat aku sebagai pengguna jalan raya disitu. Kawasan yang aku maksudkan itu adalah disekitar jalan menuju ke shah alam dari arah sungai buloh berhampiran dengan komuter sg buloh.

Disitu jalan dia agak sibuk dengan lori dan kereta yang berpusu-pusu hendak ke Shah Allam,kepong dan juga ke sg Buloh. Kawasan itu juga agak berjerebu dengan pembangunan MRT yang giat dijalankan. Jalan utama menuju ke shah alam disitu dipanggil jalan Sg Buloh -Bt 3 shah alam lama. Cuma yang menarik perhatian aku disitu adalah dikiri dan kanan jalan tersebut. Apa yang menariknya?


Dari gambar diatas, sebelah kiri adalah kawasan jalan welfare sementara disebelah kanan adalah kawasan kg selamat. Dikawasan kg selamat itu, kawasan dia aman damai dengan persekitaran yang penuh dengan pokok-pokok. Disitu tiada aktiviti ekonomi yang besar yang membolehkan penduduk disitu untuk bekerja tanpa perlu meninggalkan kg itu.

Tetapi dikawasan jalan welfare pula penuh dengan aktiviri ekonomi yang merebak sehingga penuh tanpa kawasan kosong yang tidak digunakan. Macam-macam jenis perniagaan yang ada dijalan welfare itu dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah ke kilang-kilang yang besar ada disana.
Kenapa keadaan yang berdekatan itu tidak sama keadaannya?

Bagi aku ada beberapa faktor yang membezakan antara kg selamat dan jalan welfare.
1- Kebiasaannya orang melayu hanya menjalankan perniagaan yang bukan berbentuk 'Chain reaction'. Maksudnya orang-orang melayu kebanyakannya menjalankan perniagaan yang tidak memerlukan vendor yang ramai untuk menyokong perniagaannya. Contoh seperti membuka kedai makanan berbentuk gerai mahupun restoran.

Berapa vendor yang diperlukan untuk menyokong kedai-kedai makan tersebut. Paling banyak pun adalah 2,3 vendor sahaja yang membekalkan ikan-ikan,sayur-sayuran dan juga pelbagai jenis bahan asas masakan.

Oleh itu, perniagaan mereka itu tidak dapat membiakkan perniagaan sokongan yang lain agar dapat maju bersama-sama.

2- Berbeza dengan perniagaan di jalan welfare. Mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang mempunyai 'chain reaction' sifatnya. Contoh seperti kedai hardware yang banyak terdapat disana. Untuk menyokong sebuah kedai hardware yang besar, ianya memerlukan 20 ke 40 vendor yang membekalkan barangan dikedai tersebut.

Sementara itu vendor-vendor yang membekalkan produk mereka kekedai hardware itu juga mempunyai vendor-vendor mereka sendiri dan vendor-vendor itu juga ada vendor mereka yang tersendiri. Ini bermakna, setiap perniagaan yang dijalankan disitu mempunyai rangkaian perniagaan yang saling sokong menyokong sesama mereka.

Kerana itulah jalan welfare itu tidak cukup tanah untuk dibangunkan. Jika ada 20 kedai hardware disitu, bermakna ada lebih kurang 400 vendor perlu wujud disitu untuk menyokong setiap perniagaan mereka disitu.

Oleh itu kesimpulannya apa yang membezakan diantara kg melayu dengan kg cina adalah cara hidup itu diuruskan. Kampong melayu kelihatan seperti kawasan pelancongan dimana kelihatan seperti kawasan yang cantik dengan pelbagai jenis pemandangan yang sejuk mata memandang.

Sedangkan dikawasan perkampongan cina pula, penuh dengan lori-lori dan berabuk dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Dengan pelbagai jenis bau yang mewarnai kehidupan mereka diisitu menjadikan mereka sentiasa sibuk dengan dunia mereka.

Yang amat pasti suatu hari nanti adalah perkampongan melayu itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih besar disitu. Dan kawasan perkampongan cina akan terus maju dengan pelbagai bangunan naik dan ekonomi terus subur.
Siapa yang tersingkir dalam jangka masa panjang?

Seorang usahawan melayu yang berjaya, disebaliknya ada 10 orang cina yang juga berjaya. 10 orang cina ini adalah vendor kepada perniagaan melayu itu. Dan disebalik 10 vendor cina yang berjaya, akan wujud 100 vendor cina yang berjaya bersama-sama.
Apa nak buat sekarang?

Sapu minyak angin jelah dulu @ www.dadiydoo.com

Sumber TKO - 25-9-2015




Cerita Ambiga Memenuhi Ruang Whatsapp

Posted on Wednesday, September 23 @ 14:47:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pagi ini ruang whatsapp di beberapa groups yang saya hadir telah dipenuhi dengan cerita Ambiga. Parti-Parti Politik dan NGO telah dijemput untuk Persidangan Meja Bulat di Hotel Empire, Subang. Malangnya PSM tidak pula diundang (sila baca di sini) atas sebab yang hanya boleh dijawab oleh mereka yang menjadi perancang Pakatan Baru nak ganti pakatan lama.

Dikatakan Ambiga mempersoalkan persidangan meja bulat ini kerana wujudnya 'hidden' agenda disebalik persidangan tersebut. Ambiga mempersoalkan kenapa NGO dijemput sedangkan penubuhan PAKATAN HARAPAN telah pun dibuat sebelum itu.
Saya difahamkan bahawa kenyataan Ambiga ini adalah merujuk kepada pertemuan sebahagian pimpinan PKR, DAP dan serpihan PAS.


Pakatan Harapan sebenarnya telah dirancang awal. Anda boleh baca artikel Malaysiakini bertajuk "Pakatan leaders informally discuss Pakatan 2.0?" Jadi bagi Ambiga apa guna panggil NGO? Atau NGO sekadar alat sahaja untuk politik murahan ini?


Ambiga juga mempersoalkan kenapa persidangan ini bersifat tergesa-gesa seolah-olah sengaja untuk menepikan PAS. Kenyataan dikuatkan apabila PAS berkata tidak akan sertai terus AMANAH menunjukkan sikap sebenarnya yang memang tidak mahu PAS.


Bagi Ambiga, PAS adalah parti pembangkang yang kuat dan tulang belakang kepada Melayu perlu ada dalam barisan Pembangkang untuk politik Malaysia. Malah bukan sahaja Ambiga Tian Chua pun pernah membuat kenyataan seperti ini di akhbar berbahasa Cina.

Without PAS , Pakatan Rakyat cannot topple BN

Ambiga dikatakan keluar dalam majlis persidangan meja bulat setelah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh DS Wan Azizah serta Rafizi Ramli. Malah bukan Ambiga, Maria Chin turut keluar majlis lebih awal.

Saya sangat setuju dengan tulisan Zasyaf Ishak di The Malaysian Insider ‘Pakatan Harapan’ suatu permulaan yang longlai.

Kesimpulan tulisan Timmy Say dalam portal yang sama juga boleh diambil renungan

"Hanya mereka yang mempunyai ego yang tinggi sahaja masih cuba menanam idea bahawa situasi ini menguntungkan pembangkang. Berhati-hatilah dengan idea yang ditanam para 'political animal', takut-takut yang digali rakyat ialah bom yang diceritakan sebagai ubi."


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 23-9-2015


Kesan Amanat Haji Hadi Ke Atas Dirinya Sendiri

Posted on Tuesday, September 22 @ 11:22:53 MYT by paktam

Oleh ramziredang

"Kalau kita kumpulkan kata kata presiden PAS kebelakangan ini, ia seolah olah ada satu pakej lontaran kata kata yang ingin membawa kita kembali kepada era politik beliau pada tahun tahun 1980an. Yang mana pada ketika itulah terciptanya sesuatu yang menggemparkan negara, iaitu sesuatu yang dipanggil "Amanat Haji Hadi". Natijah dari amanat tersebut maka timbulnya isu mengkafirkan UMNO khususnya atau secara amnya sesiapa sahaja yang berjuang luar dari kerangka kepartian PAS, maka kafir

Sifat kerasnya amanat yang dikeluarkan pada ketika 80an dulu mungkin kerana terpengaruh dengan dunia islam timur tengah pada masa itu juga digemburkan dengan isu takfiri. Hinggakan mursyidul am Ikhwanul muslimin pada ketika itu mencari jalan untuk mengatasi isu kafir mengkafir sesama Islam.

Sehingga itu lahirlah sebuah buku karangan hassan hudaibi,mursyidul am ikhwanul muslimin ketika itu yang bertajuk "Du'ah La Qudah" atau  "Pendakwah Bukan Hakim'( atau dalam bahasa inggeris "preachers, not judges"). Melalui buku ini hassan hudaibi ingin melunakkan balik hubungan sesama islam dan lebih mementingkan kerja kerja dakwah dari kerja kerja menghukum orang.

Kebelakangan ini, patah perkataan yang terkeluar dari  bibir hadi awang atau kuncu kuncu sekelilingnya amat sinonim dengan era era keras 80an dahulu. Perkataan barua,anjing,babi,pengkhianat,"lebih bahya dari musuh" malah ada ayat 'mesti dimusnahkan', sangatlah bahaya dan ingin mengheret sesuatu.

Ia sebenarnya sama seperti "Amanat haji hadi" tetapi dalam versi yang lain, yang diolah jalan cerita yang lain, menggunakan plot yang lain dan menggunakan watak watak yang lain. Kekadang watak yang sama tetapi diberi peranan berbeza.

Hadi Awang masih menjadi pengarahnya. Tajuknya mungkin  lain tetapi sebenarnya ia hanyalah cerita lama yang digubah baru. Kisahnya hanya berkisar sesiapa yang tidak menyokong hadi, boleh dirumuskan sebagai penentang Islam.

Anehnya dua watak utama adalah sama, tetapi sering digambarkan karaktor berbeza berubah ubah oleh mereka. UMNO dan DAP tetap dari dulu sampai sekarang masih sama. Tetapi hadi mengolah skrip supaya ianya dipandang pada satu masa UMNO berbeza tetapi pada satu masa UMNO yang sama juga adalah lain.

Begitu juga DAP. Apa yang kita faham DAP dari dulu sampai sekarang tidak banyak bezanya. 


Tetap DAP yang sama. Tetapi hadi mengolah skrip mengikut kehendaknya supaya pada satu masa DAP boleh digambarkan berbeza pada masa yang lain berbeza pula.

Pada satu masa DAP boleh digambarkan sebagai kawan yang lebih baik dari musuh yang sesama Islam tetapi kontranya pula pada satu masa DAP adalah penentang Islam chauvinis dan membawa agenda antarabangsa untuk melemahkan Islam di malaysia.

Yang paling memberi kesan dari segi aqidah, adalah tentang UMNO. Ia tidak mungkin berlalu begitu sahaja. Kerana kata kata hadi ingin dijadikan 'hukum'. Maka apabila ia ingin dijadikan hukum, maka hukum tidak akan berubah kecuali jika keadaan orang yang dihukumkan itu ternyata berubah seratus peratus dari apa yang disimpulkan sebelum dijatuhkan hukum itu dahulu.

Yang paling membimbangkan dan seolah olah dipandang ringan, hukum ini sebenarnya telah diberi 'KATA DUA' oleh Rasullullah saw.

Ia tidak boleh diluahkan main main begitu sahaja. Kerana kesannya sangat besar kepada si penutur atau orang yang ditujukan oleh si penutur. Andaikata orang yang ditujukan oleh si penutur tidak kafir maka kafirlah si penutur.

Hadis riwayat bukhari dan muslim dari Ibnu umar:

Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya 'hai kafir' kata kata itu akan kembali pada salah satu di antara keduanya. Jika tidak(yang dituduh tidak demikian maka kata kata itu kembali kepada orang yang mengucapkannya(yang menuduh.

Hadis riwayat Tabrani:

Tahanlah diri kalian, jangan menyerang ahli 'la ila ha illlallah'.Janganlah kamu mengkafirkan mereka hanya kerana sesuatu dosa. Dalam riwayat yang lain dinyatakan,:Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari Islam kerana sesuatu perbuatan.

Di dalam surah An nisa' pula Allah swt berfirman: hai orang orang yang  beriman, apabila kamu pergi berperang di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucap salam kepadamu "kamu bukan seorang mukmin,lalu kamu membunuhnya...(sehingga akhir ayat)

Terlalu banyak hadis atau ayat ayat quran yang melarang umat islam menghukum sesama Islam, melabel sesama sendiri dengan panggilan yang buruk. Kerana iannya hanya akan berbalik kepada si penuturnya dan akibat dari penuduhan tersebut juga membawa kepada pecah belah.

Mari kita pergi kepada episod Amanat Haji Hadi:(saya ringkaskan)



1: Kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, kerana UMNO mengekalkan undang undang dan perlembagaan penjajah.



2: Tidak perlu masuk hindu, budha atau kristian, memisahkan politik dan agama (seperti UMNO) akan jatuh kafir



Kita tidak mahu membincangkan secara mendalam atau mencari hujah hujah panjang tentang mengesahkan tentang takfiri ini.



Tetapi kita ingin menimbulkan keraguan, andai mengekal dan menyokong perlembagaan penjajah menyebabkan jatuh kafir, apa status hadi awang ketika dia menyokong convention pakatan rakyat 2011. Beliau mem'PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN YANG TERMAKTUB DALAM BUKU JINGGA'



Jadi perlembagaan manakah yang dipertahankannya?. Jika ingin dirujukkan kepada amanat haji hadi. 'hadi yang mana satukah kafir'? Yang menentang perlembagaan penjajah atau yang mempertahankan perlembagaan di dalam buku jingga?



Desas desus juga telah lama berlegar bahawa hadi dan harun din ingin membawa PAS bergabung dengan UMNO demi perpaduan melayu dan Islam. 



Persoalannya dengan UMNO yang manakah mereka ingin bersatu? UMNO yang mengekal perlembagaan penjajah? Tidakkah UMNO sekarang tidak pernah berubah dari UMNO yang dulu?



UMNO sekarang masih mengekalkan perlembagaan penjajah. UMNO sekarang masih memisahkan agama dan politik pentadbiran. UMNO sekarang adalah UMNO yang dulu menyatakan poilitik suku agama suku. 



Kalau dulu tidak perlu masuk budha hindu kristian untuk jadi kafir, sekadar 'puak itu' memisahkan agama dan politik sudah jadi kafir dan mereka tidak pernah berubah sampai sekarang, apakah 'kafir' itu  hilang demi perpaduan melayu? Atau adakah dulu kafir sekarang tidak kafir??



Kalau sekarang mereka tidak kafir, apakah kafir itu kembali kepada si penuturnya??? 



Saya ulang lagi hadis riwayat bukhari.



 “Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat ‘Hai Kafir’, atau ‘musuh Allah’, padahal yang dikatakan itu tidak  demikian, maka akan kembali pada dirinya sendiri



Jadi daripada Hadi awang cuba kecamukkan balik dunia islam di malaysia hari ini dengan hukum label melabel. Lebih baik dia qat'ie kan dahulu amanatnya yang lama. Jangan kita lupa kerana amanat itulah terkorbannya Ibrahim libya dan pengikutnya.



Kami rakyat tidak mudah lupa. Apakah suasana yang lalu ingin dibiarkan seolah olah berlalu begitu sahaja? Dari sibuk sibuk cuba mempengaruhi penyokong dengan edisi takfiri terbaru lebih baik jelaskan dahulu hal lama berkaitan amanat. 



Hadi sekarang adalah sama dengan hadi dulu. UMNO sekarang adalah sama dengan UMNO yang dulu.



Kalau mengikut tafsiran hadis..antara dua yang lama dan dua yang sekarang itu, oleh kerana sudah dimainkan isu mengkafir, pasti salah satunya jadi kafir.


Jadi siapakah yang kafir sebenarnya???

Sumber DD - 22-9-2015


Menangis Teresak-esak Minta Mak Sapu Ubat Nyamuk Fumakilla Di kaki
Posted on Tuesday, September 22 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Alololloo… Kesiannyyyyyaaa adik comey ni menangis teresak-esak sampai bengkak-bengkak mata pi kat mak dia. Minta mak dia sapu ubat kat kaki dia sebab kena gigit nyamuk. Yang lawak tu bawa ‘ubat’ sekali pi kat mak dia. Hhahahhahahah.

Ubat tu la yang buat orang gelak sampai pecah perut.  Mak budak tu pun tak tahan dengan telatah anak dia tu. Dia pun gelak sakan bila anak dia bagi ubat nyamuk Fumakilla kat dia suruh sapu ubat tu kaki yang digigit nyamuk. Hihhihiii..

Mak dia la kongsi cerita lawak ni di laman sosial bersama gambar dan status, ‘Perggghhh..arini betul-betul buat aku pecah perut..anak aku datang kat aku..suruh sapu ubat..sebab kena gigit dinyamuk..hahahha..sampai nangis aku cakap tak boleh..wakakaka.’

Mesti budak tu ingat ubat nyamuk tu untuk kegunaan bila digigit nyamuk. Ubat nyamuk Fumakilla tu untuk menghalau nyamuk dik, kalau di sapu banyak mana pun tak hilang rasa sakit tu. Hiihhiihii..

So lepas ni explain la betul-betul kat anak korang ubat-ubat yang tersimpan dirumah tu betul-betul ye, lepas tu simpan tempat yang selamat dan tinggi dari anak korang. Takut-takut nanti diorang ambik bawa main lepas tu makan pula, haru la nanti! MissHana/Utaranews.com.

Sumber TKO - 22-9-2015




Ahli politik tanam idea, rakyat gali bom

Posted on Monday, September 21 @ 16:23:24 MYT by paktam

Oleh Timmy Say

Ia bukan lagi RM2.6 bilion. Ia bukan lagi pembongkaran The Wall Street Journal (WSJ) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ia bukan berkisar pada kejatuhan nilai ringgit.Ia perkataan “tampar” – petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berbunyi: "Sekali tampar, kita tidak buat apa. Dua kali tampar...tidak buat apa... tiga kali tampar... tidak buat apa... tetapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga."


Itulah hebatnya ahli politik yang pandai berpolitik. Rakyat kini tertukar gelanggang atau padang dan berbicara mengenai “tampar” dengan penuh emosi sehingga pudarnya isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB di mulut rakyat.


Dengan hanya satu petikan yang sensasi dan kontroversi, bagaikan gula, semua media berpusu-pusu melaporkannya.

Terbau gula, ahli politik lain yang tidak mahu ketinggalan lalu terus terjun menambahkan api dengan reaksi mereka kepada kenyataan tersebut.

Media disibukkan lagi dengan laporan bertubi-tubi debat terhadap isu tersebut, dan begitulah seterusnya sehinggalah isu ‘tampar’ menjadi topik utama bacaan rakyat.

Hasilnya, perhatian rakyat berjaya dialihkan.

Teknik menanam idea di minda orang lain merupakan satu taktik politik yang tinggi. Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Sebagai contoh, sekiranya ada ‘move’ politik yang tidak sesuai digerakkan diri sendiri terhadap rakan sendiri, ahli politik yang mahir akan menanam idea ini di pihak musuh supaya pihak musuh yang bergerak untuk menyulitkan rakan sendiri.

Lihatlah cara Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan idea Najib mungkin ditangkap sekiranya beliau ke luar negara. Kepada siapa idea ini ditanam?

Ada pula ‘move’ politik yang sengaja dilakukan untuk menonjolkan diri sebagai orang baik umpama kata-kata ketua menteri Melaka yang menolak sebarang bentuk perkauman tatkala bekas ketua menterinya bertindak sebaliknya.

Di sebelah pembangkang, aktiviti menanam idea juga giat dijalankan agar rakyat terbeli satu-satu idea yang dicetuskan.

Bagi mereka yang menyokong kewujudan parti baharu, mereka sedang menanam idea di minda rakyat mengenai perlunya pakatan pembangkang yang baru, seeloknya tanpa PAS, untuk mengalahkan dengan BN.

Idea yang ditanam ialah PAS tidak mahu bekerjasama dengan DAP. Jarang dibangkitkan pula ialah fakta yang DAP tidak mahu bekerjasama dengan PAS.

Selain itu, idea yang paling digemari ditanam ialah, PAS kini “sudah”, “ada niat” atau “akan” bersama Umno.

Segala apa yang boleh digunakan untuk membangkitkan persepsi adanya hubungan politik PAS dengan Umno akan digunakan termasuklah gambar lawatan Najib ke Institut Jantung Negara (IJN) menjenguk keadaan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din.

Tidak dinafikan, idea yang ditanam ini kini menyubur di kalangan bukan Islam.

Cuma yang tidak terfikir penabur-penabur idea berkenaan ialah kesan sampingan kepada idea ini ialah jurang bukan Islam dan orang Islam semakin jauh kerana mereka dibawa ke satu sudut untuk mempertikaikan Umno dan PAS pada waktu yang sama – yang kebetulan masih mewakili majoriti suara orang Melayu-Islam di Semenanjung Malaysia.

Banyak juga idea yang cuba ditanam di dalam pelawaan PKR kepada PAS untuk berbincang mengenai Pakatan Rakyat 2.0. PKR dipercayai ikhlas dan PAS pun menerima yang mereka masih bertahaluf siyasi dengan PKR.

Masalahnya di sini, ada pihak yang cuba bertindak kejam terhadap PAS dengan cubaan menanam idea yang kehadiran PAS ialah pengisytiharan PAS menerima Amanah.

Sesiapa pun tahu, tiada parti induk yang boleh terima kerjasama dengan parti serpihannya. Umno dengan Semangat 46 tidak boleh. Umno dengan PKR tak boleh. PAS dengan Berjasa atau Hanim pun tidak boleh.

Mereka yang cuba memaksa keadaan ini berlaku seolah-olah memaksa seorang manusia bertindak di luar batas kewarasannya.

Semua sedar akan perkara ini, namun jika PAS enggan bertindak di luar batas kewarasan, maka idea yang ditanam ialah PAS memilih untuk bersendirian. Ia pelik tetapi benar.

Hakikatnya bagi mereka, penerimaan DAP dan PKR terhadap Amanah sahaja tidak cukup. Mereka memerlukan penerimaan PAS.

Tanpa PAS, bukan sahaja kerusi Amanah dalam bahaya, malah sebahagian kerusi PKR dan juga DAP akan berada dalam bahaya sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku di kawasan yang mempunyai majoriti undi Melayu. Ini kesan yang tiada siapa boleh jangka hari ini.

Hanya mereka yang mempunyai ego yang tinggi sahaja masih cuba menanam idea bahawa situasi ini menguntungkan pembangkang.

Namun di luar sana, idea yang cuba ditanam ialah PAS tidak penting dan semakin hilang sokongan.

Berita berkaitan dengan ahli PAS yang keluar PAS dibesarkan sebagaimana berita kawasan PAS yang tidak mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden sebelum muktamar dulu.

Gambaran palsu itu akhirnya makan diri pada mereka yang bergantung kepadanya.
Nampaknya situasi kini sedang berulang dengan berita ahli PAS yang keluar PAS dibesarkan di sebalik fenomena kemasukan ahli baru PAS dari kalangan pemuda-pemudi yang tidak disenyapkan.

Berhati-hatilah dengan idea yang ditanam para 'political animal', takut-takut yang digali rakyat ialah bom yang diceritakan sebagai ubi.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/ahli-politik-tanam-idea-rakyat-gali-bom#sthash.6tzO1JuQ.dpuf
Sumber DD - 21-9-2015        




'Dapat CGPA Tinggi Tidak Menjamin Anda Kerja Di Syarikat Saya'
Posted on Monday, September 21 @ 15:08:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Interview: High CGPA (Best University) vs Low CGPA (Low University)

Yesterday I've interviewed 4 candidates for two posts of Assistant Quantity Serveyor in my company. All were fresh graduates without any working experience.

These were he candidates summary:

  • Candidate 1: Universiti Teknologi Mara (UiTM) - CGPA 2.72
  • Candidate 2: Universiti Malaya - CGPA 3.55
  • Candidate 3: Inti International University & College - CGPA 2.97
  • Candidate 4: Universiti Teknologi Malaysia - CGPA 3.41
Candidate 2 and Candidate 4 came from the best university (UM) and third best university (UTM) in Malaysia. Came with outstanding CGPA of 3.55 and 3.41. They brought in all the 'Sijil Dekan' and 'Sijil Kecemerlangan'.

I asked 10 questions to each candidate but they could only answer 3 out of 10 questions. They have no self confidence and the first impression was really bad. They not showing enthusiasm and interest on the job. They faild to elucidate how their skills match the job.

What surprised me, they were inattentive, looking around and fidgeting. And one of the candidate arrive LATE (overslept)!

Candidate 1 and Candidate 3 from UiTM (ranked 7 in Malaysia) and Inti International University and Colleges (not even in Top 10 in Malaysia). They obtained low CGPA of 2.72 and 2.97. No dean list, no Sijil Kecemerlangan but they managed to answer 8 out of 10 questions.

The spoken English was super duper great. They have self-confidence. They really understand about their scope of works as Quantity Surveyor. The first impression was great and presentable. And they have good leadership qualities in their CV's leading a few event during university life. And I hired Candidate 1 and Candidate 3, rejected Candidate 2 & Cancidate 4.

As employer:

  1. I am not looking for 'scorer' with high CGPA in my company.
  2. I don't care how many Sijil Dekan or Sijil Kecemerlangan you have got in your file.
  3. I don't care which university you came from whether the best university in Malaysia or the worst university in Malaysia.
  4. I am not looking for book smart but I prefer street smart that could help my company to make money.
  5. I am looking for someone with the ability to take charge, to volunteer for the tasks and to accepet accountability for achieving the required results of those task given.
  6. I am looking for someone who can work in a team not just sitting in front you a table and do your own work.
  7. I am looking for someone with the ability to set priorities, to seperate the relevant from the irrelevant tasks and then to concentrate single-mindedly until the job is complete.
  8. If I can have candidate with good CGPA, good attitude, presentable and got all the x-factor, then it is a bonus for my company to have them in.
Regards,
Sir Dr Md Azree

sumber

Sumber TKO - 21-9-2015


Pecat perdana menteri: Mengapa Australia boleh, Malaysia tidak?

Posted on Sunday, September 20 @ 15:13:56 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Sudah tiba masanya kita pertimbangkan pengenalan “parti/kaukus Parlimen” ke dalam sistem politik kita.Isnin lalu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dikalahkan Menteri Komunikasi Malcom Turnbull dalam pilihan pemimpin parti Liberal, parti utama dalam Pemerintah Gabungan (Coalition Government).

Abbot mendapat 44 undi manakala Turnbull mendapat 54 undi daripada badan pemilih iaitu “balai parti” (party room).Pada tengahari Selasa, Abbott meletak jawatan dan sejam kemudian, Turnbull mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di depan Gabenor-Jeneral Peter Cosgrove.


Perbandingan Australia dengan Malaysia Mengapa Australia boleh memecat perdana menteri dengan begitu mudah tetapi Malaysia tidak?

Beberapa perkara dalam episod ini yang wajarmendapat perhatian kita.

Pertama, penukaran perdana menteri dilakukan dalam masa kurang daripada 24 jam dan secara terbuka (sungguhpun dengan undi sulit).

Kedua, penukaran ini mengambil mekanisma yang sah di segiundang-undang dan persepsia wam (legal and legitimate).

Tiada sesiapa yang dituduh dan diugut tindakan polis kerana “menjejaskan demokrasi”.

Juga tiada perhimpunan raksasa dilakukan untuk menuntut pengunduran perdana menteri atau untuk membela beliau dan membela maruah orang putih atau orang Kristian.

Ketiga, Abbot dicabar dan ditolak kerana Parti Liberal takut pengundi akan menolak partinya, sama seperti alasan yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menuntut Datuk Seri Najib Razak mengundur.

Dan kejatuhan Abbott yang semakin tidak popular sememangnya menaikkan sokongan orang ramai kepada Parti Liberal malah dikatakan salah satu sebab Parti Liberal berjaya dalam pilihan raya kecil di Australia Barat semalam (Sabtu).

Berbeza dengan perdana menteri Malaysia, perdana menteri Australia ini cuma tidak popular dan tiada sebarang skandal kewangan atau pembunuhan.

Sememangnya, perdana menteri dalam demokrasi berparlimen itu boleh dipecat sekalipun tiada salah dalam undang-undang.

Keempat, Parti Liberal sendiri yang tentukan pemimpin baharu dan perdana menteri baharunya.

Rakan-rakang gabungannya – Parti Nasional, Parti Liberal Tanahair (CLP) dan Parti Nasional Liberal (NLP) – tidak ada hak untuk campur tangan, usah disebut kuasa veto.

Juga tiada peluang untuk ketua negara iaitu gabenor-jeneral untuk mengarahkan kehadiran semua ahli Parlimen di istana beliau untuk dikaji selidik pemimpin mana yang boleh mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.

Jika perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia, maka ini adalah implikasinya:

1. Najib akan dicabar dan dikalahkan dalam “balai parti” Umno.

2. Najib akan menyampaikan peletakan jawatannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Pencabar Najib yang berjaya mengalahkannya itu akan muncul sebagai pemimpin Umno dan perdana menteri Malaysia yang baharu.

4. Parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PBB tidak akan ditanya pandangan mereka, usah lagi diberi kuasa veto, tentang pengganti Najib.

5. Agong tidak perlu membuat kaji selidik mulut atau mengutip “akuan berkanun” (statutory declaration) ahli Parlimen tentang pengganti Najib.

Dalam kata lain, Umno tetap kekal berkuasa, sekalipun jika Najib dipaksa mengundurkan diri.

Ini akan melegakan kekhuatiran sebahagian orang Melayu yang tidak berani menolak pemimpin yang korup kerana takutkan kejatuhan rejim Umno.

Kelebihan kausus parti

Di Malaysia, “pemecatan” perdana menteri selalu dibincangkan seolah-olah hanya boleh dijalankan dengan 2 kaedah saja:

(a) undi tidak percaya (termasuk bentuk alternatifnya kekalahan dalam undi percaya dan penolakan belanjawan).

(b) akuan berkanun (selepas keputusan Mahkamah Rayuan tentang rampasan kuasa di Perak pada 2009).

Kedua-dua cara ini pada teorinya melibatkan semua ahli Parlimen.

Kalau sesebuah pemerintah itu pada asalnya mendapat sokongan majoriti, maka untuk sebuah usul tidak percaya itu diluluskan, “pemberontakan bangku belakang” (backbench revolt) - mestilahberlaku.

Dalam kata lain, sesetengah wakil rakyat parti pemerintah mesti berpaling tadah dan bekerjasama dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri daripada parti sendiri.

Ini boleh menjadi halangan dalam budaya politik yang amat menekankan kesetiaan kepada parti dan takutkan perpecahan parti.

Sebagai contoh, kerana “pemberontakan bangku belakang” tidak pernah berlaku di Malaysia, ramai rasa was-was malah menolak ideanya ini sama sekali.

Hakikatnya, pemecatan perdana menteri tidak perlu menjadi urusan seluruh dewan Parlimen. Sebaliknya ia boleh berlaku sebagai urusan parti pemerintah sahaja.

Jika perdana menteri dijatuhkan dengan undi tidak percaya, parti pemerintah sebenarnya dirugikan dalam 2 aspek.

Pertama, parti pemerintah berpecah dan dijatuhkan secara rasminya.

Kedua, jika perdana menteri yang dijatuhkan memohon restu ketua negara untuk membubarkan Parlimen, ketua negara mempunyai kuasa budi bicara secara mutlak.

Selagi para ahli Parlimen daripada parti pemerintah tetap bersatu, mereka seharusnya diberi kuasa untuk membuang undi untuk menentukan pemimpin mereka yang seterusnya menjadi perdana menteri.

Ini adalah konsep “kaukus Parlimen” (parliamentary caucus) yang sebenarnya memperkasakan institusi parti.

[Kaukus di sini adalah kumpulan ahli Parlimen daripada parti yang sama, berlainan dengan kaukus berasaskan isu tertentu yang mengandungi ahli Parlimen daripada pelbagai parti]
Bagaimana “kaukus Parlimen” mengundi itu adalah urusan parti dan oleh itu kita biasanya tidak membaca tentang “kaukus Parlimen” dalam Perlembagaan negara.

Akan tetapi, demokrasi berparlimen ala Westminster seharusnya menerima keputusan “kaukus Parlimen” sebagai sebahagian daripada “kelaziman Perlembagaan” (constitutional convention).

“Balai parti” Liberal itu sememangnya adalah bentuk “kaukus parti” yang diubahsuaikan. Ia merangkumi kedua-dua ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan negeri. Maka, selain 58 orang ahli Parlimen di “Dewan Rakyat”, terdapat juga lebih kurang 42 “Adun”.

(“Dewan Rakyat” Parlimen Australia mempunyai 150 kerusi, dan parti-parti sepakat Liberal mempunyai 32 orang ahli Parlimen untuk membentuk majoriti 90 orang).

Yang pentingnya, keputusan 100 orang wakil rakyat ini akan diterima oleh 58 orang ahli “Dewan Rakyat”.

Mereka tidak ada alasan untuk bekerjasama dengan parti lawan untuk menjatuhkan perdana menteri sendiri.

Sebenarnya, Abbott sudahpun dicabar pada Februari dan beliau berjaya mengekalkan kuasanya dengan 61 kepada 39 undi. Beliau berjanji akan mengubah polisinya untuk meningkatkan populariti Parti Liberal.

Kekalahan beliau kali ini adalah kerana kegagalannya menepati janjiperubahannya.
Jika Umno ada “kaukus Parlimen”, maka 88 ahli Parlimen akan berkuasa menentukan siapa perdana menteri.

Sama ada Najib dikekalkan atau dipecat, Umno tidak perlu risau kejatuhan kuasa pemerintahannya. Umno juga tidak perlu risau “raja” menjadi “penabal raja” (kingmaker).

Dengan logik yang sama, jika Pakatan Rakyat mempunyai “kaukus dewan perundangan” di Selangor, dalam krisis menteri besar tahun lepas, maka 44 orang Adun daripada PKR, PAS dan DAP boleh menentukan siapa ketua pakatan dan menteri besar, sama ada kekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tukar kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Umno dan Istana Selangor tidak ada peluag untuk campur tangan.

Malaysia meniru sistem Westminster tetapi institusi “kaukus Parlimen” ini ditinggalkan, mungkin kerana perdana menteri tidak ingin kuasanya ditentukan oleh ahli-ahli Parlimen separtinya.

Malangnya, daripada Khalid tahun lepas sampai Najib tahun ini, ketidakstabilan tidak dapat dielakkan atau diselesaikan tanpa institusi ini.

Tiba masanya kita pertimbangkan sama ada untuk tambah semula apa yang tertinggal selama ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 20-9-2015        


Melayu umno vs melayu pas
Posted on Sunday, September 20 @ 17:51:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bnyk beza bila lihat antara melayu umno dgn melayu pas. Jgn masukkn melayu pkr,dap dan amanah yg tidak beramanah dalam perbincangan ini.


Melayu didlm umno perlukan perubahan ataupun overhaul yg mnyeluruh . melayu umno di kg agak amat jauh ketinggalan berbanding yg lain. Mereka itu ibarat menunggu buah jatuh sahaja tanpa tahu kemana hendak dituju dalam hidup mereka. Pelbagai permasalahan sosial menyelubungi puak2 ini dikg. Amat bersimpati dengan keadaan mereka...akan tetapi...


Organisasi masjid disebelah perak dikuasai oleh org melayu umno, tapi sedihnya majoriti AJK tidak kelihatan setiap solat fardhu. Masjid mereka sekadar tempat ibadah tanpa ada sebarang pengisian didalamnya. Hanya orang2 yang sama mengunjungi masjid setiap waktu dan jumlah itu semakin mengecil disebabkan kematian demi kematian jemaah yang semakin berusia.
Dimanakah melayu umno yang berjumlah 3 juta orang tersebut? Dicari dimasjid cuma sorang dua, cari di pasar berniaga juga sorang dua. Yang agak ramai kelihatan mereka itu terkadang di kelab2 kuda membeli no kuda, ditepi2 jalan membuang masa dan juga didalam semak samun melepaskan gian. Melayu jenis ini memang ramai dalam kumpulan mereka. 

Bg melayu pas, mereka agak kuat politiknya.Semua perkara adalah politik sampaikn warna2 disekeliling juga dipolitikkn. Pantang salah sikit, memang kena tiau lah musuh mereka. Puak2 melayu pas ini memang borak penuh dengan idea yg berstrategi. Mereka tahu tang mana nak kona satu2 isu itu.

Akan tetapi melayu pas bnyk bezanya berbanding melayu umno. Melayu pas agak terkehadapan dlm merancang. Mereka merancang bagaimana utk jdkn masjid itu pusat tadbir masyarakat dan mereka berjaya lakukannya diselangor. Kenapa mereka berjaya mentadbir masyarakat setempat dengan mengubah fungsi masjid, ini kerana mereka dipimpin oleh pemimpin yang jauh pandangannya berbanding pemimpin musuh mereka.

Jadi bukan salah cina yang menjadikan masyarakat melayu umno sebegitu rupa tapi disebabkan oleh pemimpin mereka yang tidak amanah serta berpandangan dekat sahaja. Oleh itu kita kena faham isu baju merah itu sekadar membongkarkan masalah kumpulan mereka sendiri.
Yang berdemo itu hanya meriah sekadar berdemo, dapat sedikit bayaran dan pulang semula kekg halaman dgn keadaan yang sama iaitu tiada kerja tetap. Masih juga dok melepak di kg tunggu panggilan seterusnya utk berdemo.
So nampak tak permainan pemimpin mereka? Menjahanamkan melayu ke membangunkan melayu?
Peningkan kalau fikir pasal melayu.?
Kurangkan pening anda dengan ziarah ana @ www.dadiydoo.com  

Sumber TKO - 20-9-2015


Ini KATA-KATA Saiful Nang Yang Buat Anak MELAYU TERKEDU !!
Posted on Sunday, September 20 @ 17:50:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



saiful nang

Anak Melayu belajar dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh diwaris kepada anak


Anak Cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.

Perbandingan di atas itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina.

Tidaklah kita nak kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok "Diari Akademi" and all the lagho thing.

Anak Melayu berhibur pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.

Orang Melayu Raya, orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua kedai Cina tutup.

Saya bukan nak rasis. Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk dicontohi.



Belajar BERSUKATAN atau belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik. Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa? - mydebat.com

Sumber TKO - 20-9-2015


KONGSIKAN: Hati Ustaz Yang Terluah
Posted on Sunday, September 20 @ 17:47:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Demi menjaga hati jamaah, para ustaz meyimpan sahaja apa yang patut ditegur. Apabila seorang ustaz meluahkannya, kita mula terfikirkan kebenarannya. Kita biasanya hanya menjadi ahli jamaah dan pendengar kuliah. Kita tak pernah menilik tingkah-laku kita di di hadapan ustaz. Mari kita ikuti teguran Ustaz Rosmaini ini.

Katanya, ada ustaz jemputan yang datang dari jauh. Sampai di tempat kuliah sama ada surau atau masjid, penekun kuliah hanya 10-20 orang. Banyak ruang kosong di depannya. Masing-masing pula duduk santai di kakilima surau, di beranda dan yang di dalam pula memilih tempat menyandar di sudut-sudut  yang selesa. 
Ada pula jamaah yang buka sembang kosong ketika ustaz memberi kuliah. Menjawab salam dan pertanyaan ustaz bagai hendak tak hendak. Tak terdengar pun di telinga ustaz. Salam dan pertanyaan  terpaksa diulang. 
Ustaz datang dari dekat dan jauh. Datang pula bukan kerana bermatlamatkan duit poket. Kadang-kadang bergegas ke tempat kuliah kerana kesuntukan masa. Jamaah tak tahu ustaz kena 'speedtrap'. Ustaz tak kan nak cerita. Kalau cerita selingan pun, bukan niat nak suruh jamaah tolong bayar. 
Jamaah tak tahu ustaz pernah tidur di tepi jalan kerana mengantuk, letih memberi kuliah siang dan malam. Ustaz tinggal anak dan isteri kerana berkejar ke sana ke mari mengisi jemputan. Sampai-sampai tengok jamaah ada tak sampai 10% luas persegi lantai masjid. Yang ini duduk di luar, yang itu bersembang. Ke mana perginya ahli-ahli qariah atau penduduk kampung yang beribu orang kecil, besar, tua dan muda. Masjid tersergam indah. Kos berjuta. Karpet dan pendingin hawa bukan kepalang selesa. Jarak rumah ke masjid tak sampai pun sekilometer. 
Yang tinggal di sekeliling masjid dan surau pun sudah berpuluh-puluh keluarga, tapi yang gagah naik ke masjid tak sampai 10 orang. Ustaz datang dari jauh dengan semangat dan pengorbanan demi menyelamatkan ahli qariah dari api neraka. Tetapi yang ada masa untuk belajar agama boleh dibilang dengan mata. Semua jawab sibuk. Sibuk baru balik dari kerja, sibuk baru nak makan malam, sibuk nak hantar anak tuisyen. Ramainya sibuk. Yang tak sibuk, ustaz saja.
Sedarlah ustaz juga ada perasaan seperti kita. Ustaz itu tetamu bagi qariah kita. Bolehkah tetamu yang datang ke rumah kita, kita biarkan dia berseorangan di ruang tamu. Kita keluar rumah kerana terpaksa bergegas untuk berjumpa rakan niaga. Angkat air sejuk dan anak kecil disuruh melayan tetamu. Jauh dari budaya Melayu, apalagi dengan ajaran Islam.
Kesimpulannya, jawatankuasa surau atau masjid hendaklah melakukan sesuatu. Ambillah peranan golongan tabligh yang sanggup ke rumah-rumah untuk menjemput dan memaklumkan aktiviti kuliah. Sekurang-kurangnya edarkan handbill atau poster kuliah. Viralkan program melalui media sosial dan sebagainya. Ambil kesempatan ketika berjumpa mata dengan kawan, saudara-mara dan jiran tetangga. 
Arahkan para jamaah masuk dan duduk di bahagian hadapan yang kosong. Maklum dan edarkan kitab digunakan oleh pengkuliah. Raikan ustaz dengan cara bersalam-salaman dengannya selepas solat. Biar ustaz rasa kehadirannya dihargai. Biar ustaz rasa berbaloi datang dari jauh dan dekat, mengejar masa, menggadai letih dan waktu rehat bersama anak isteri semata-mata untuk menyelamatkan ummah dari siksaan api neraka. Terima kasih ustaz kerana menukul hati saya.

Sumber TKO - 20-9-2015

Rehatkan Umno, Beri PAS Perintah Dengan Islam

Posted on Sunday, September 20 @ 08:53:29 MYT by paktam

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

Sudah sampai masanya Umno direhatkan dan PAS diberi peluang memerintah dengan Islam yang akan menyelamatkan negara ini, demikian seru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, Islam mesti diberi peluang memerintah sebagai agama yang tidak memaksa, sehingga tertegaknya konsep politik, ekonomi dan segala pelaksanaan menurut Islam dalam kehidupan manusia.


“Orang Melayu ini kalau bukan PAS, (dia) Umno. (Kalau bukan) Umno, (dia) PAS. Atas pagar tak banyak mana. Kita dah beri lama dah masa pada Umno, 50 tahun lebih. Oleh kerana itu, biarlah orang Umno beri rehat kepada parti dia.

“Beri Umno berehat, tengok PAS memerintah negara ini macam mana. Dengan tokoh-tokoh politik, ekonomi yang ada macam-macam ini, tengok macam mana kita nak memerintah dengan Islam.

“Dan saya nak beritahu orang yang bukan Islam, jangan takut dengan Islam. Kalau orang bukan Islam boleh terima ideologi komunis, yang buat Komunis ini Karl Marx. Karl Marx ini bukan orang Cina, bukan orang India, dia orang Yahudi Jerman.

“(Tetapi) ada orang Cina, orang India berjuang untuk komunis masuk hutan sampai kurus kering, makan rumput, payah makan,” ucapnya pada Himpunan Harapan Semua (Harap 3.2) di Kampung Pulau Serai, di sini 18 September lalu.

Katanya, sebegitu juga sebagaimana masyarakat telah menerima BN, MCA dan MIC yang menganut kapitalisma, sedangkan idealogi itu dipelopori oleh Adam Smith berbangsa Inggeris.

Oleh itu serunya, jika ada yang sanggup berjuang menegakkan ideologi asing itu, maka sewajarnya mereka juga boleh memberi peluang kepada Islam.

“Barulah tak timbul kapal terbang hilang, tak timbul 1MDB, tak timbul Perwaja yang kilang besi itu, sedar-sedar besi tak ada, duit pun tak ada juga. Tidak timbul bermacam-macam penyelewengan. Kerana apa? Kerana kita yang berpegang dengan Islam ini ada perhitungan dosa pahala.

“Bukan sahaja dalam bab sembahyang, puasa (sahaja), termasuklah bab ekonomi, politik. Puak-puak ini (Umno), dosa pahala dia sembahyang puasa saja. Dalam bab ekonomi, politik tak ada dosa pahala. Baham duit banyak-banyak, lepas itu buat umrah.

“Buat umrah, balik, buat umrah pula. Selesai macam itu, dia ingat mudah begitu saja (hal dosa pahala). Kita lain dengan mereka. Terimalah pendekatan Islam yang kita bawa ini, insya-Allah boleh selamatkan negara kita,” seru beliau.

Pada ucapannya itu, Tuan Guru turut menyangkal kebimbangan bahawa terdapat dalam kalangan tertentu termasuk profesional kononnya sudah tidak bersama PAS.

Terang beliau, perjuangan Islam adalah umpama pokok yang subur di mana tunjang dan akarnya kuat mencengkam di dalam tanah, sementara batang, dahan dan rantingnya menjulang ke langit.

“Pokok ini tidak boleh mati, itu pokok yang baik. Islam adalah pokok yang baik, begitulah perjuangan Islam adalah pokok yang baik. Kalau pokok itu pokok yang baik, kerat ranting dia, kerat dahan dia, bukan sahaja pokok dia tak mati, dia akan tumbuh tunas 10, 20 ke 30, ini tunas dia akan tumbuh.

“Allah Taala buat ujian sebelum mendapat kemenangan, kerana orang yang layak bersama dengan kemenangan Islam, mesti seorang yang ikhlas, seorang yang jujur, seorang yang tidak menipu.

“Kita tak nampak orang ini jujur tak jujur, tak tahu dia ikhlas tak ikhlas. Maka Allah Taala buat ujian, Allah Taala singkirkan mereka yang tak ikhlas ini daripada perjuangan Islam. Ini dilakukan oleh Allah Taala,” jelasnya memetik ayat 179 surah Ali-Imran.

Sumber DD - 20-9-2015


Pecahkan Tradisi Majlis Kenduri Kahwin
Posted on Sunday, September 20 @ 08:02:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Semalam berkesempatan menunaikan undangan 4 majlis kenduri kahwin sekitar Seremban. Beginilah lazimnya, apabila cuti sekolah, hari Sabtu atau Ahad akan ada banyak diadakan majlis kenduri kahwin antara jam 12 tengahari ke 4 petang. Terima kasih kepada pihak yang sudi menjemput kami sekeluarga.

Ada sahabat yang pernah menerima sampai 8 undangan majlis kenduri kahwin dalam sehari pada jangka waktu yang sama.



Mungkin orang kita perlu pecah tradisi mengadakan majlis kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah , makan tengahari dengan nasi minyak.

Sebagai contoh pasangan penganti di Syria mengadakan majlis kenduri kahwin dengan memberi jamuan kepada ribuan pelarian Syria di sana.

Antara beberapa cadangan yang boleh difikirkan untuk memecah tradisi majlis kenduri kahwin kita ini agar tetamu tidak terkejar-kejar menunaikan undangan serta tuan rumah tidak ternanti-nanti tetamu, juga katerer dan tukang khemah dapat menyediakan makanan serta tempat dengan sempurna ialah :

1. Semasa cuti sekolah adakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis atau Jumaat, tidak perlu tunggu Sabtu atau Ahad.

2. Jika hendak dibuat pada hari Sabtu atau Ahad waktu cuti sekolah atau cuti panjang, buat untuk jamuan sarapan pagi, minum petang atau makan malam, tak perlu makan tenghari ada nasi minyak. Nasi dagang boleh, nasi kerabu boleh, nasi bajet boleh, roti canai boleh, bihun goreng boleh. Dengan ini mungkin jika ada 10 undangan pun, tetamu boleh buat jadual rumah mana nak pergi dulu.

3. Buat di madrasah, sekolah tahfiz, rumah anak yatim, rumah kebajikan atau rumah orang tua.
Dengan ini tidak berlaku pembaziran sekiranya ramai tetamu tidak hadir atau tidak dapat menghabiskan makanan kerana terlalu banyak nak makan pada waktu yang sama.

Sumber TKO - 20-9-2015

Kisah si makmum yang menampar imam

Posted on Saturday, September 19 @ 11:22:30 MYT by paktam

Oleh Nomy Nozwir 

Minggu ini kita ada bermacam-macam berita yang mengejutkan dan membuatkan kita berfikir, apa sudah jadi dengan negara ini.Minggu ini berlangsungnya Art For Grabs di mana ramai golongan "so-called liberal" ini tidak putus-putus menghentam filem dan drama Melayu yang mula diresapi unsur-unsur Islamisasi.

Minggu ini juga berlangsungnya demo Maruah Melayu, di mana kira-kira 20,000 orang berdemo dan berkata untuk mempertahankan Melayu Islam daripada diserang "so-called anasir jahat" ini.


Tapi saya tak mahu tulis semua itu. Barangkali sudah ramai yang menulis artikel tentang itu, jadi saya terfikir tentang kejadian yang berlaku pada solat Jumaat tadi.

Seorang lelaki warganegara India, datang ke arah imam Masjid Negara, dan menampar imam itu.

Sebab-sebabnya pula tidaklah saya ketahui, tetapi apa yang saya nak ceritakan ialah reaksi selepas peristiwa itu.

Menurut video yang saya tengok di Facebook, lelaki yang menampar imam tersebut dihalau keluar dan beramai-ramai dipukul makmum yang berada di luar.

Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya, tetapi saya fikir mungkin lelaki itu dibawa terus ke balai polis.

Dalam pada itu, yang menampar imam ditahan pihak berkuasa, makmum beramai-ramai yang memukul lelaki itu, adakah turut didakwa?

Alasan, kononnya lelaki itu melakukan tindakan biadap, menampar seorang imam Masjid Negara.

Jadi, apakah tindakan memukul lelaki tersebut juga satu tindakan yang betul?

Bukankah kalian semua selalu kata, Islam itu agama yang damai.

Damai apa kalau ramai-ramai pergi memukul lelaki itu?

Mungkin dia mengalami masalah mental. Mungkin dia rasa khutbah yang dibaca mengguris hatinya lalu lepas geram dan terus menampar imam itu.

Mungkin dia merasakan umat Islam di sini menindas golongan imigran sepertinya. Saya mengandaikan bermacam-macam faktor.

Tapi dalam kita melihat ini ke satu sudut yang lebih luas, sebenarnya masyarakat kita ini sedang mengalami depressi.

Contohnya, dalam hal forum Art For Grabs di The School, Jaya One awal minggu ini, saya melihat golongan liberal ini tidak habis-habis menghentam golongan konservatif, terutamanya Melayu.

Dan pada 16 September lalu, golongan “baju merah” pula menghentam kaum bukan Melayu dengan kata-kata kesat.

Ketiga-tiga kejadian ini, saya rangkumkan menjadi satu – masyarakat kita sedang tertekan dengan cara negara ini berjalan.

Kawan saya ada berkata ini adalah "The Great Depression of all sense," baik ekonomi, politik, agama atau budaya.

Rakyat tak kira apa fahaman dia pun, sedang diasak dan ditekan dengan daulah.

Dalam filem Fight Club, dialog watak Tyler Durden lakonan Brad Pitt berkata, "we don't have The Great War, or Great Depression. Our great war is spiritual war, our great depression is our lives."

Jadi, pertembungan spiritual, mental, kelas ekonomi, dan sosial yang semuanya ditekan ini membentuk satu kemarahan yang berterusan berlaku.

Kita melihat Islamisasi makin kembang pesat di media perdana serta liberalisasi juga berkembang pesat di arus alternatif.

Pertembungan ini mencetuskan satu peperangan mental dan ideologi, antara logik dan dogma, dan antara daulah dan rakyat biasa.

Forum liberal pun syok sendiri menghentam golongan lawannya, ceramah agama pun syok sendiri menghentam lawannya, dan semua kekalutan dan keserabutan ini, dan semua pertembungan dan saling cabar mencabar ini.

Peristiwa lelaki India itu menampar imam Masjid Negara adalah seperti satu letusan awal, sebelum letusan yang lebih besar bakal berlaku.

Saya bukan Nostradamus, tapi kalau inilah patennya, inilah coraknya, saya khuatir, 20 tahun dari sekarang, mungkin akan ada perang saudara.

Teruk sangat ke apa yang saya fikirkan ini? Tapi setiap peperangan besar itu berlaku apabila semua masyarakatnya ditekan dari segala aspek, dari ekonomi hinggalah ke seksualiti, maka bersedialah untuk menghadapi pertempuran ini.

Siapa yang tersepit? Orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, yang hanya mahu meneruskan kehidupan.-.themalaysianinsider.com


Sumber DD - 19-9-2015

Adakan Pula Perhimpunan Rakyat ?

Posted on Thursday, September 17 @ 13:18:18 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Pada 29 Ogos 2015, sempena menyambut kemerdekaan negara, pakatan pembangkang atas nama NGO Bersih mengadakan Perhimpunan Kuning untuk menuntut perubahan sistem politik negara. Hari ini, sempena Hari Malaysia, UMNO pula mengadakan Perhimpunan Merah untuk mempertahankan maruah dan martabat Melayu.

Pada 17 Oktober nanti, PAS pula hendak mengadakan Perhimpunan Hijau di Kota Bharu bertujuan untuk menguatkan semula sokongan rakyat pada partinya.

Saya fikir sudah mengarut kerja parti politik ini. Asyik hendak berlawan mengadakan perhimpunan pula.

Jika hendak sangat mengadakan perhimpunan, adalah lebih baik kesemua parti politik ini bergabung tenaga mengadakan Perhimpunan Rakyat bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah ekonomi sekarang.

Soal krisis ekonomi ini semua terkena, sama ada kepada penyokong parti pembangkang atau kerajaan.

Setelah 52 tahun negara persekutuan kita ditubuhkan, marilah kita bersatu atas nama Malaysia, bukannya atas nama perkauman.

Sumber DD - 17-9-2015

PAS UG UMNO!

Posted on Wednesday, September 16 @ 06:48:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,, 

Slogan UG sudah lama kedengaran dan walaupun UG sudah lama dilupakan kerana tiada ruang untuknya, tetapi untuk tujuan menjatuhkan TGHH sebagai presiden, UG masih dialun alunkan termasuk oleh LGE dan DAP ketika krisis PAS-DAP memuncak.UG dirujuk kepada unity Goverment antara PAS dan UMNO tetapi perkembangan terbaru menampakkan ada petukaran makna kepada UG, ia itu "UNTUK GANTI" dan pengertian penuh kepada tajuk artikal ini ialah
"PAS UNTUK GANTI(UG) UMNO" lanjutan kepada PGU- PAS GANTI UMNO.


Dengan bertukarnya makna UG maka UG boleh digunakan semula.PGU merupakan satu kempen yang dimulakan sejak 2 PRU yang lalu dengan perasmiannya diadakan di N31, DUN Chukai dan kemudian diperluaskan hingga ke seluruh semenanjung.Kesan kempen PGU mungkin perlahan di mana tidak dapat dilihat dengan jelas selama hampir 10 tahun ianya dilancarkan.

Tetapi hari ini, selepas krisis besar berlaku kepada UMNO dan krisis besar berlaku kepada PAS yang membawa penubuhan parti amanah, tiba tiba kesan PGU sudah mula dirasai.Kebetulan ada puak puak yang seronok mengalunkan UG antara PAS dan UMNO tiba tiba sinar UG mula berlaku dan semakin merebak.

Soalnya, mungkinkah UG akan berlaku antara PAS dan UMNO? UG yang diubahsuai kepada kenyataan PAS UNTUK GANTI UMNO, bukannya UNITY GOVERMENT.Perkembangan politik negara bakal menentukannya.Politik negara yang turut diwarnai oleh Pakatan 2.0 boleh menjadikan PAS sebagai parti yang dikehendaki samaada oleh BN atau Pakatan.Marilah kita tunggu saat yang boleh dianggap "moment of truth"

Sumber TKO - 16-9-2015


Mari belajar teknik salam jap...
Posted on Friday, September 11 @ 06:09:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bersalam ada banyak kaedah dan sebab. Pengkaji psikologi manusia telah membuat kajian tentang tabiat orang yang bersalam.. sikap dan kenapa tingkahlaku salam itu berlaku. Mari kita baca hasil kajian mereka.



Dan gambar di bawah contohnya



Kredit
Photos from King Jason's post 


Sumber TKO - 10-9-2015


PAN & PAS: Mencari titik persamaan dalam menyahut seruan Fastabiqul Khairat

Posted on Wednesday, September 09 @ 22:27:04 MYT by tokdalang

Oleh Ahmad Mustaqim

Pendahuluan

Sebagai orang Islam, setiap 'amalan yang kita lakukan akan dihitung & dikira samada akan menatijahkan sesuatu yang baik atau sebaliknya. Jika baik 'amalan kita, Allah menjanjikan ganjaran Pahala kepada kita, & jika sebaliknya, maka kita akan mendapat Dosa di atas apa yang kita lakukan. Sifir kehidupan ini terpakai kepada setiap perbuatan kita di atas muka bumi ini.



Begitu juga dalam kita berpolitik. Berpolitik bukan hanya bermaksud kita menjadi Penyokong, Ahli Biasa mahupun Pimpinan kepada sesebuah parti politik, bahkan lebih daripada itu, adalah untuk memakmurkan bumi Allah yang diamanahkan kepada kita selaku khalifah di atas muka bumi ini.

Penubuhan parti-parti politik mahupun ngo-ngo yang menjadikan Islam sebagai dasar utama perjuangan mer eka walaupun tampak perbedaan di antara mereka, tetapi adalah dinyakini di akhir matlamat perjuangan mereka adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk mendaulatkan Islam sepertimana tuntutan Islam itu sendiri.

Dari asas tersebutlah semestinya terdapat titik-titik persamaan yang boleh menjadikan mana-mana pendokong kepada perjuangan tersebut tidak kira samada pendokong parti politik mahupun NGO Islam boleh duduk semeja untuk berbincang atau paling tidakpun untuk tidak bergaduh sesama sendiri yang akhirnya akan mencalar imej Islam itu sendiri.

Muktamar PAS 61 & Penubuhan PAN

Umum mengetahui, Muktamar PAS kali ke 61 memperlihatkan kekalahan pimpinan PAS yang menggelarkan diri mereka sebagai "Islamis Progresif" dan digantikan dengan golongan yang lebih bersifat "Islamis Konservatif" yang memperjuangkan matlamat untuk membawa kembali Asolah Perjuangan PAS yang tulen.

Selepas kekalahan tersebut, kelompok golongan progresif ini tidak lagi menoleh ke belakang. Mereka bergerak di atas landasan yang mereka bina sendiri, sehingga tertubuhnya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kemudiannya akan didaftarkan sebagai parti politik yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN) sekiranya mendapat kelulusan pihak ROS.

Resolusi yang terhasil daripada program Nadwah 'Ulama' Nahdhah Jadidah (NUNJI 15) yang dianjurkan pihak GHB merupakan manifestasi jelas pergerakan mereka yang didasari pendekatan perjuangan Islam yang lebih bersifat inklusif, terbuka, yang sesuai dengan tema "Rahmatan lil 'alamin" berteraskan prinsip Maqasid Syar'iyyah.

Bagi kepimpinan PAS yang baru, mereka bukan hanya meraikan kemenangan tersebut, bahkan pelbagai program bersifat penerangan & tautan kembali ukhuwwah di antara pimpinan dan pendokong dijalankan di semua peringkat samada peringkat kawasan, cawangan, negeri mahupun peringkat Pusat. Setiap pimpinan bermula daripada presiden, naib presiden, ketua penerangan, ketua pemuda sehinggalah kepada pimpinan peringkat kawasan memainkan peranan masing-masing khususnya dalam memberi penerangan mengenai hala tuju perjuangan Islam. Penekanan mengenai kesungguhan kesediaan kerajaan Kelantan untuk perlaksanaan Hukuman Hudud terus diulang di dalam siri-siri penerangan yang dianjurkan PAS.

Berdasarkan kepada pengamatan tersebut, adalah jelas perjuangan PAN & PAS masing-masing didasari di atas perjuangan Islam & masing-masing secara tidak langsungnya menyahut seruan Fastabiqul Khairat sepertimana yang dianjurkan Al Quran.

Prinsip Ta'aawun (tolong menolong) ke arah Kebaikan dan Keta’atan.

Berpaksikan kepada premis tersebut, adalah disarankan agar Prinsip Ta'aawun dibina & diperkukuhkan di antara dua pihak dengan mengambil semangat saranan Al Quran iaitu bertolong-tolongan di atas perkara kebaikan dan keta’atan “Wa Ta’aawanuu ‘alal Birri WatTaqwa”.

Penulis percaya Prinsip Ta'aawun tersebut boleh dimanifestasikan melalui perkara-perkara berikut:

1) Hentikan segera Polemik bergaduh sesama sendiri. Setiap pihak perlu menginsafi diri dan sedar mereka sudah tidak lagi berada di dalam satu bahtera & tidak lagi berhak untuk meng"ganggu" pergerakan masing-masing. Elakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan media yang bersifat menyerang sesama-sendiri.

2) Fokus kepada Isu Rakyat & bukannya asyik bermain-main dengan Isu-isu kecilan yang dulunya merupakan Isu dalaman parti. Jangan hanya jadi jaguh semasa mengata sesama sendiri tetapi membisu seribu bahasa apabila melibatkan isu-isu rakyat.

3) Persembahkan Islam dengan sebaik mungkin supaya dapat diterima semua. Pendekatan yang diambil mestilah tidak terlalu ekstrim sehingga boleh menjauhkan orang daripada Islam dan dalam masa yang sama tidak terlalu bermudah-mudah "Tasaahul" sehingga menggadaikan Prinsip-prinsip asas Islam.

4) Berusahalah menjadi Pembangkang yang efisyen yang boleh menjadi Pengimbang (Check & Balance) kepada Kerajaan. Tunjukkan kepada rakyat kita seolah-olah Kerajaan Menunggu (Government in Waiting) & bersedia untuk mengambil tampuk pemerintahan daripada kerajaan sedia ada pada bila-bila masa.

5) Bersedia untuk menerima & menghormati kelainan pendapat.

6) Kemuncak Konsep Ta'aawun dalam konteks sistem pilihanraya di Malaysia adalah mengelakkan daripada Pertindihan Kerusi samada di peringkat Parlimen mahupun DUN & Pertandingan Tiga Penjuru dengan Umno Barisan Nasional.

Kesimpulan

Jika dirujuk kembali kepada kandungan Surat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Pembesar-pembesar negara pada waktu itu, antara metod da'wah Nabi adalah mencari titik persamaan " Kalimatin Sawa’ " di antara Ajaran Islam yang dibawa Nabi dengan Agama anutan pembesar pada waktu itu yang kebanyakannya menganut agama Ahli kitab samada Yahudi atau Nasrani.

Dengan itu, adalah diyakini semestinya wujud titik persamaan di antara PAN dengan PAS dan di atas titik persamaan itulah Ikatan yang lebih erat perlu dibina di antara kedua pihak demi untuk merealisasikan impian masing-masing iaitu untuk sama-sama menegakkan Islam di bumi tercinta ini. Moga-moga sinar persefahaman, penyatuan dan persaudaraan di antara pihak-pihak akan kembali akan kembali mekar menyinar suatu masa nanti. Semoganya.

Sumber DD - 10-9-2015

Berhenti wujudkan 'mahkamah umum' isu baiah talak
Posted on Thursday, September 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya menyokong penuh kenyataan dan gesaan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Guaman Syarie Malaysia, Saudara Musa Awang yang mengesyorkan pihak berkenaan dengan isu baiah taklik PAS supaya merujuk status perkahwinan mereka dengan segera ke Mahkamah Syariah.

Konflik baiah taklik yang diutarakan kebelakangan ini bukan sahaja menimbulkan konflik dan polemik di kalangan pimpinan dan ahli PAS serta pimpinan dan penyokong Amanah bahkan sudah melarat dan berjangkit kepada masyarakat umum hasil kenyataan yang pelbagai daripada kelompok-kelompok yang pelbagai.

Pimpinan politik, alim-ulama bahkan pegawai mahkamah melahirkan pelbagai reaksi dan respons dalam isu ini yang tidak perlu saya ulas lagi.

Kepelbagaian respon dan kenyataan ini – berkisar tentang kewajaran baiah taklik tersebut, kesahihan baiah taklik tersebut, kesan dan akibat baiah taklik tersebut – bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malahan lebih memburukkan keadaan memandangkan  masyarakat umum yang tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam isu ini sudah mula masuk ke gelanggang dan meluahkan ‘pandangan’, ‘keyakinan’ dan ‘persoalan’ melalui saluran media sosial yang pelbagai.

Walhal isu yang pelbagai ini seharusnya diselesaikan oleh ahli ilmunya dan bukan semudahnya dicampak sebagai perdebatan umum memandangkan ianya merupakan isu-isu yang bersangkutan dengan persoalan hukum-hakam syarak yang akan mempengaruhi aspek personaliti seorang Muslim.

Dalam hal ini, sama-sama kita, khususnya masyarakat awam, mengambil pedoman daripada perintah Allah s.w.t yang menganjurkan kita merujuk kepada mereka yang berkeahlian yang memahami usul dan furuk permasalahan ini sebagaimana disebut dalam Surah An-Nahl ayat 43yang bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” Tinggalkan perbahasan yang tidak seharusnya kita perbincangkan melalui ‘mahkamah umum’ ini.

Begitu juga dalam menangani konflik dan kepelbagaian pendapat dalam isu baiah taklik – samada sah taklik ataupun tidak, jatuh taklik ataupun tidak, berapa jumlah talaq yang jatuh jika taklik sah dan efektif – pihak-pihak berkenaan seharusnya merujuk kepada mereka yang berkelayakan dan berkuasa untuk memutuskan berdasarkan kepada  Al-Quran dan Sunnah.

Ini secara jelas adalah tuntutan dan suruhan Allah s.w.t dalam Suran An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Dalam konteks pemakaian dalil ini, Mahkamah Syariah adalah pihak berautoriti (ulil-amri) dan berkelayakan memutuskan dan menghuraikan isu-isu yang dibangkitkan dalam ‘mahkamah umum’ yang diwujudkan masyarakat awam. Adalah wajib pihak-pihak yang berkenaan supaya segera merujuk dan meletakkan kepercayaan kepada keadilan mahkamah bagi memutuskan status dan penyelesaian kekusutan seputar baiah taklik ini.

Perbahasan dan pembuktian dalil serta hujah di luar mahkamah tidak akan menyelesaikan masalah memandangkan legitimasi dan keboleh pakaian fatwa atau pandangan seseorang ulama, hatta sealim manapun, tidak boleh melangkaui kekuasaan dan kelayakan Mahkamah Syariah untuk memutuskan urusan dan status seseorang Muslim berkaitan pernikahan dan perceraian – dalam konteks ini baiah taklik – khususnya di Malaysia.

Ini adalah jelas lagi bersuluh termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri.

Justeru, bawalah segala hujah, dalil, saksi dan keterangan bagi membolehkan mahkamah menyelesaikan kemelut ini sesegera mungkin daripada dibiarkan ianya dihakimi oleh ‘mahkamah umum’ yang tidak berautoriti.

Apa yang paling penting, jujurlah pada diri sendiri dan berpeganglah kepada keadilan walaupun pahit untuk dihadapi sebagaimana dinyatakan Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa ayat 135 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.”|

Muhammad Nor Abdurrahim
Fakulti Undang-Undang, Universiti Multimedia


- HARAKAHDAILY 5/9/2015
Sumber TKO - 5-9-2015

Agamawan Yang Memburukkan Wajah Islam
Posted on Thursday, September 10 @ 00:27:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kenapa masih ramai yang mudah tertipu dengan agamawan-agamawan jahat? Mereka justifikasikan tindakan pihak yang menyebelahi mereka dengan berbagai hujah agama. Mereka sembunyikan sisi-sisi buruk dan sengaja mengemukakan sisi-sisi khilaf agar boleh menegakkan benang basah.

Secara jelas YB-YB yang melompat parti bersama jawatan wakil rakyat adalah perbuatan KHIANAT. Ini isu utama yang menjadi pertelingkahan sekarang. Tak perlu dalil agama, moral manusiawi pun akan kata ini perbuatan jahat. Bahkan mereka-mereka juga pernah mengatakan dahulu apabila ada wakil rakyat PKR dan DAP lompat ke parti lain, berbagai fatwa dikeluarkan mencemuh tindakan tersebut. Tapi hari ini, mufti dan agamawan inilah yang sedaya upaya menutup perkara ini dengan menimbulkan isu-isu lain bersifat sampingan dan sensitif tetapi sengaja diperbesarkan.

Apa yang dilakukan oleh YB-YB adalah KHIANAT dan MELANGGAR PERJANJIAN.

Perjanjian mereka sebelum ini adalah untuk meletakkan jawatan sekiranya keluar dari PAS.

Tetapi ada mufti yang menyesatkan manusia menyatakan perbuatan itu tidak mengapa, boleh diselesaikan dengan hanya membayar kafarah sahaja. Ajaran apakah ini?

Jangan belitkan sumpah dengan perjanjian. Sumpah adalah perkara-perkara yang dibuat tanpa penglibatan risiko pihak lain. Sedangkan perjanjian berkait dengan pemberian hak pihak lain kepada yang berjanji.

Kalaulah melanggar perjanjian dalam Islam semudah membayar kafarah sahaja, maka adakah halal seseorang yang meminjam wang 2.6 bilion dan berjanji memulangkannya kembali, boleh melanggar janji tersebut hanya dengan kafarah sembelih kambing dan jamu orang miskin lalu menyapu percuma 2.6b?

Adakah halal seorang jurujual kereta yang buat perjanjian menjual kereta syarikat, melanggar perjanjian dengan melarikan kereta dan hanya bayar kafarah?

Wakil-wakil rakyat sebelum dicalonkan PAS, mereka terlebih dahulu berjanji akan taat setia kepada parti dan melaksanakan amanah parti. Jika mereka enggan, mereka berjanji untuk melepaskan jawatan. Apa yang lebihnya perjanjian ini adalah, mereka turut diminta bersumpah dengan nama Allah dan demi agama Allah lalu jadilah ia sebuah baiah. Berbeza dengan orang yang bersumpah "akan berjalan kaki ke Mekah", dimana itu sumpah yang boleh dibatalkan dengan kafarah sahaja kerana tidak melibatkan kerugian yang ditanggung pihak lain.

Samalah halnya beza orang yang melakukan dosa dengan Allah dan dosa sesama manusia.

Menurut Imam Nawawi dosa dengan Allah seperti meninggalkan solat, zina dan hasad dengki boleh diselesaikan dengan bertaubat, tetapi dosa yang berkaitan dengan manusia seperti mencuri, mencederakan atau menipu tidak cukup dengan bertaubat, tetapi wajib meminta maaf dan menyelesaikan segala tuntutan orang tersebut. Barulah Islam akan dilihat adil.

Sikap mufti dan agamawan berat sebelah ini hanya memburukkan wajah Islam di mata masyarakat. Betapa mudahnya ajaran Islam menghalalkan tindakan mungkir janji hanya dengan kafarah. Kerugian yang ditanggung pihak lain langsung tidak terbela. Bagaimana bukan Islam mahu tertarik dengan sekiranya khianat dihalalkan dengan upacara tertentu sahaja? Agamawan sepatutnya menunjukkan keadilan Islam. Mereka mesti berpandangan secara menyeluruh. Faham dulu situasi sebenar sebelum gelojoh menjawab.

Saya amat menyanjungi sikap mufti Wilayah Persekutuan. Beliau mengeluarkan suatu tulisan menggambarkan Islam sebenar iaitu kewajipan akur kepada janji. Namun ia seolah tidak mendapat sambutan lantaran fatwanya berbeza dari nafsu serakah mereka yang gila kuasa. Maka tanggunglah wahai para agamawan yang tidak jujur dalam berpendapat sehingga menghodohkan kejernihan Islam. Wallahu ma aqulu wakil.

Kepada Dr Maza, UZAR, Dr Rozaimi dan seangkatan dengannya, bacalah pesan orang biasa ini. Kepada umat Islam dan bukan Islam, jangan salah sangka. Apa yang mereka nyatakan bukanlah gambaran Islam yang sebenar.
(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 10-9-2015


Bukan manusia tidak berilmu akan sesat, tetapi juga yang berilmu

Posted on Tuesday, September 08 @ 16:35:12 MYT by paktam

Ustaz ZAINUDIN HASHIM 

MUNGKIN umum dalam kalangan manusia, sama ada yang bijak mahupun dungu, muslim atau yang bukan muslim, berpendapat bahawa sesuatu perjalanan hidup terutama dalam aktiviti harian tidak akan tercapai, jika seseorang individu itu jahil apatah lagi tidak memiliki ilmu yang boleh menjadikannya meraih kedudukan selesa dalam hidup ini.

Memang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun, kerana itu adalah hukum dunia, yang bijak pandai berada pada posisi yang cukup selesa terutama dalam menjawat sesuatu jawatan.

Tetapi sebenarnya kelulusan atau sijil kelayakan seseorang bukanlah segala-galanya, kerana bagi Islam, jika seorang individu itu bijak dalam ilmunya, tetapi tidak beramal atau dengan lain perkataan, ilmunya tidak menjadikannya seorang yang mendekatkan diri kepada Tuhannya, maka dia tidak boleh dikatakan seorang yang bijak.

Dalam al-Quran pernah diceritakan mengenai kebijaksaan seorang tokoh ilmuan di kalangan Bani Israil yang setanding ilmunya dengan Nabi Musa a.s., hingga baginda begitu percaya kepadanya untuk mengambil posisinya menyampaikan dakwah kepada Fir’aun, setelah dia (Fir’aun) tidak mahu menerima seruan  Nabi Musa, maka baginda meminta daripada Bal’am Bin Ba’uraa menggantikannya untuk meneruskan misi dakwah, namun setelah dia menemui Fir’aun, bukan dia yang berdakwah, malah Fir’aun menyesatkannya, hal ini telah diceritakan al-Quran menerusi ayat 176 surah al-‘Araf dengan maksudnya : “Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi dia (Bal’am) bermatimatian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menjelirkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya ia juga menjelirkan lidahnya termengah-mengah.

Demikianlah bandingan orangorang yang mendustakan ayatayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”

Dahsyatnya ilmuan yang tidak beramal, malah hadapi risiko sesat

Sesungguhnya Allah SWT menjelaskan menerusi ayat 23 surah al-Jaathiah yang bermaksud : “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah dengan ilmu yang dimilikinya (bahawa ia tetap kufur ingkar walaupun bertaraf alim ), dan dimeteraikan pula atas pendengaran dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”

Jelas dalam ayat di atas, menggambarkan bahawa Allah SWT bila-bila masa sahaja boleh menjadikan seseorang itu tersesat walaupun terhadap ilmuan yang melebihkan kecenderungannya kepada dunia, jika apa yang dilakukannya bukan kerana Allah malah lebih kepada mendapatkan sesuatu dalam kehidupan ini seperti mahu menjadi terkenal.

Ini kerana Bal’am seorang ulama’ Bani Israil bukanlah calang-calang orang yang diminta oleh Nabi Musa a.s. untuk menggantikannya berdakwah bagi menyelamatkan Fir’aun sekiranya masih ada ruang baginya berubah kepada kebaikan, tetapi malang Bal’am yang memliki ilmu yang begitu luas dalam persoalan agama kecundang apabila dia yang ditarik Fir’aun meninggalkan bidang dakwah yang diceburinya, kerana dengan habuan dunia yang ditawarkan oleh Fir’aun.

Ulama’ seperti Bal’am itulah yang disifatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebagai ulama’ jahat yang mengelabui orang ramai dengan ilmunya, mereka bukan sahaja menyesatkan orang ramai dengan ilmu yang dimilikinya, malah disifatkan Nabi sebagai manusia yang memiliki hati serigala, sentiasa mahu membaham orang lain agar tersesat daripada kebenaran, inilah sedang berlaku di dunia Islam, para pemerintah menjadi jahat dan hilang perhitungan agama disebabkan mendapatkan nasihat songsang daripada ulama’ yang berkepentingan, bukan mahu menyelamatkan Islam daripada penyelewengan.

Kita jangan hanya menilai seseorang itu sebagai ulama’ dengan hanya dengan melihat luaran sahaja. Ulama’ bukanlah boleh diukur dengan serban sebesar bakul dan jubah umpama kelambu. Ulama’ juga tidak boleh dikenali dengan tanda hitam di dahi kerana ilmu serta iman tidak boleh kita nampak melalui mata kasar.

Justeru, kita diajar oleh Islam agar sentiasa berwaspada daripada golongan Ulama’ Su’ (jahat) yang sentiasa mencari publisiti murahan, kita juga disaran agar mengenali mereka di kalangan masyarakat awam agar tidak mudah menyesatkan mereka dengan ilmu, kerana mereka ini sebenarnya telah mengadaikan maruah agama untuk kepentingan diri sendiri.

Sebab itu, tidak hairanlah jika ada di kalangan mereka yang mengeluarkan fatwa songsang, menggelapkan wang zakat, mengampu pemimpin yang terang bercanggah dengan hanya berdiam diri.

Kita perlu mengenali mereka dan menghebohkan keburukan mereka yang boleh menyesatkan orang ramai agar tidak terus menjadi mangsa kejahatan ulama’-ulama’ su’ (jahat) ini. Macam mana kita boleh mengenali ciri-ciri manusia yang dikatakan sebagai ulama’ jahat itu? Ciri-ciri ulama’ jahat amat mudah untuk dikenali.

Mereka ini akan menjadi bisu dalam menyatakan kebenaran dan lebih cenderung kepada kezaliman. Mereka ini hanya mementingkan hal mereka sendiri sahaja daripada memikirkan tentang umat Islam keseluruhan, sebenarnya mereka tidak layak disebut sebagai ulama’ kerana tindakan yang memalukan Islam.

Ciri-ciri Ulama suu’ pula ialah.., mereka yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang mahu menghancurkan masyarakat dan pemerintahan Islam, mereka sanggup menjadi pak turut kepada sistem pemerintahan Sekular yang memisahkan Islam daripada pentadbiran negara.

Mereka memberi alasan kononnya mahu berdakwah kepada golongan kafir dengan bergabung dengan kumpulan tersebut, tetapi mereka sebenarnya berdusta. Mereka itu sebenarnya hanya dijadikan sekadar alat untuk puak-puak kafir berkuasa ke atas umat Islam lainnya, inilah yang berlaku di beberapa negara umat Islam seperti Turki satu masa dahulu, Maghribi, Tunisia, Libya, Algeria, Mesir dan lain-lain.

Kalau di Mesir satu ketika dahulu, muncul seorang ulama’ bertaraf kelulusan Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abdul Raziq yang menulis dalam bukunya ‘Al-Islam Wa Usul al-Hukum’ yang lebih kepada penjelasan tentang kebaikan konsep pemerintahan Sekular, namun beliau dikritik hebat oleh kebanyakan Sarjana al-Azhar, Sarjana Darul Ulum Universiti Kaherah dan lain-lain yang menyifatkannya sebagai agen dan tali barut Barat dengan menggunakan ijazah al-Azhar untuk menabur fitnah terhadap Islam.

Jadi, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati dengan golongan manusiamanusia yang menyamar sebagai alim ulama ini. Apatah lagi jika mereka menggunakan agama untuk meraih undi di dalam berpolitik. Jangan sampai kita terpedaya semata-mata mahu mencari syurga secara mudah.

Sesungguhnya, pahala dan syurga itu tidak akan dapat diperolehi hanya dengan sekadar memangkah kertas undi dan juga mengisi borang menjadi ahli kumpulan politik. Jangan terlampau taksub sehingga merugikan diri sendiri kelak.

Yang penting kita mempunyai jati diri masing-masing sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. yang kental tanpa mudah cair dengan pujuk rayu manusia-manusia durjana bertaraf ulama’ yang sanggup menjual agama untuk kepentingan dunia.

Kita harus faham, yang dikatakan sebagai ulama’ jahat itu adalah lebih teruk dari Dajjal. Ini kerana, mereka ini mampu dan sanggup menyesat dan menyelewengkan umat Islam dengan memutarbelitkan hadis serta ayat-ayat al-Quran bagi menyesuaikan pendapat mereka dengan pemerintah yang membayar gaji dan elaun mereka.

Sumber DD - 8-9-2015

Kadir, Mahathir dan Bersih

Posted on Monday, September 07 @ 15:23:29 MYT by paktam

Oleh Hasmi Hashim

Mahathir turun demontrasi Bersih. Siapa sangka? Dia turun selepas beberapa hari mantan bos NST, Dato’ A Kadir Jasin mengaku melakukan ‘dosa’. Pengakuan itu dibuatnya dalam sebuah forum di kantor Malaysiakini, dekat Petaling Jaya. Kadir berharap dosa-dosanya itu dapat diampunkan—apabila politik dan ekonomi Malaysia mutakhirnya ini berada keadaan begini gawat.Kadir seorang yang serdahana.

Seorang yang pernah mengemudi media propaganda pemerintah seperti yang dia sendiri akui. “Kita semua yang bersalah”, katanya, “kerana memilih pemimpin hari ini”. Dia merujuk, termasuk menjadikan BN menang dalam PRU, dan Najib Razak terpilih menjadi Pedana Menteri.

Dalam forum itu, saya bangun. Ada yang membekas pada kata-kata Kadir. Maka saya, seperti disaruk kuasa luar biasa, pun mendekati pembesar suara ketika sudah beberapa orang lain sebelum saya bertanyakan soalan.

“Tadi datuk kata kita ‘bersalah’. Saya rasa bukan ‘kita’ tapi hanya datuk yang memilih BN dan Najib sebagai PM. Bukan ‘kita’.” Memang saya bukan mahu bertanya. Saya mahu mencurahkan perasaan kerana sejak 17 tahun ini, saya tidak pernah lagi menyokong BN mahupun UMNO. Sejak 1998. Sejak Anwar Ibrahim dipecat. Sejak era Reformasi.

Begitu, saya pernah bertemu Kadir di sebuah restoran di Bangsar Utama pada tahun 2000, kalau tak silap. Mungkin tahun 2001, atau mungkin juga dalam tahun 2002. Lebih kurang tengahari waktu makan.

Restoran itu hanya di bawah bilik sewa saya. Kadir, saya tegur. Dan kami duduk semeja.

Orangnya lembut. Bahasanya baik. Walaupun saya tak dia kenal, tapi masih mahu Ketua Pengarang NST itu menerima saya. Lebih-lebih lagi, saya yang dulu bukanlah yang sekarang…

Waktu itu rambut saya panjang. Tak terurus. Yang tak terurus bukan cuma rambut, juga penampilan diri. Lusuh dengan jaket jeans. Juga seluar denim yang koyak-mabak.
Dalam kesempatan sekelip mata itu, saya cuba mengajak Kadir bercakap tentang politik.

Tentang Anwar Ibrahim yang ditangkap, dipukul dan dipenjara. Mustahil dia tak tahu, demontrasi di tengah ibu kota hampir tiap minggu. Seingat-ingat saya, saya juga cuba mengajaknya bercakap tentang garis-garis politik, termasuk faham “sosialisme” dan “komunisme”. Apakah ideologi berbarang mungkin dapat mengeluarkan warga kecil kota besar seperti saya, terlepas daripada “sumpah sial kotaraya ini”… sumpah yang terlekat kuat kepada anak-anak muda yang menjejaki harapan hidupnya di sini.

Separuh jalan, nampak Kadir sudah tak berminat lagi untuk bercakap dengan saya. Mungkin topik yang saya cuba bawa tak penting baginya. Atau sememangnya dia telah berkeputusan, bahawa dia tak menyokong demonstrasi yang selalu kami atur, dan tak menyokong pula Reformasi yang dianjur Anwar Ibrahim.

Kadir pun berlalu. Dengan kereta Jaguar-nya, kalau saya tak silap. Bagaimana selepas sedekad peristiwa itu, dengan mata telinga saya sendiri, saya mendengar Kadir insaf. Juga mengajak kita insaf. Mendengar pula dia mengaku dia bersalah dan berdosa. Dalam hati saya, ada sesuatu yang beruap-uap. Barangkali saya marah, mungkin saya separuh gembira separuh de javu. Ibarat berngingau di tengahari.

Itu cerita tentang Kadir, bos sebuah media propaganda besar ketika Tun Mahathir menjadi PM.

Lain pula ceritanya dengan Mahathir sendiri. Orang tua 90 tahun itu dua hari berturut-turut turun demontrasi Bersih 4. Media melaporkan begitu, walaupun Mahathir tak betul-betul masuk ke tengah-tengah pusat gempa demonstrasi. Dia hanya di pingir-pingir sahaja. Bukan betul-betul di titik pusat kerumunan para pendemonstran. Bukan cuma saya, ramai yang lain akan terfikir juga, apakah yang akan terjadi seandainya Mahathir masuk ke dalam ribuan manusia dengan warna kuning?

Saya bayangkan, Mahathir juga akan dicemuh. Atau diludah atas dosa-dosa yang dia sendiri lakukan ketika di pundak kuasa. Saya masih ingat sangat, dan pastinya saya takkan lupa bagaimana para pendemonstran di era Mahathir dipukul, ditembak gas pemedih mata, disimbah air asid, ditangkap, didera fizikal dan mental. Sebahagian mereka menyimpan dendam atas kehidupan dan masa depan yang hancur.

Tapi salut, saya. Salut kepada seorang tua 90 tahun itu yang begitu berani cuba hadir dan membayangkan dirinya mahu bersama sebahagian daripada rakyat. Bertambah-tambah berani kerana dalam pada itu, dia juga menyatakan dia hadir ke demonstrasi Bersih, namun “tak menyokong tuntutan bersih.” Mahathir ada agendanya sendiri.

Di saat ini, seolah-olah tak lebih Mahathir mahu buktikan bahawa dia selalu bersama rakyat. Di mata saya pada Sabtu dan Ahad lepas, Mahathirlah yang lebih memerlukan rakyat. Bukan sebaliknya. Untuk sesetengah orang, Mahathir perlu menerima pembalasan yang setimpal.

Mengikuti ucapan Mahathir sejak dia berlaga angin dengan Najib, Mahathir hari ini bukan seorang warganegara yang sepenuhnya mahu berubah. Dia masih mahu UMNO-BN kekal berkuasa dan kekal dalam sistem sedia ada. Dia hanya mahu menumbangkan Najib. Sepertimana pernah dia lakukan ke atas Abdullah Badawi.

Demi untuk menyingkir Najib, apa sahaja akan dilakukan. Apa sahaja akan ditunggangi Mahathir. Termasuk media. Termasuk demonstrasi. Termasuk Bersih 4. Apalah sangat sebuah demontrasi Bersih kepadanya? Apakah sangat 30 minit atau satu jam untuk dia turun di depan Central Market, kalau apa yang dia lakukan itu dapat menakut-nakutkan Najib?

Seperti yang diucap Ghandi, sang tokoh kemerdekaan India, “kita boleh memaafkan, tapi tidak untuk melupakan.” Kata-kata yang sama diungkap Gus Dur ketika bercakap tentang dosa-dosa Soeharto yang mengekang suara rakyat dan mengatur Indonesia persis kuasa luar yang menjajah Indonesia.

Maka sebenar-benarnya, Mahathir akan lakukan apa sahaja untuk mencapai maksud hatinya—yang dia saluti dengan slogan demi “agama, bangsa dan negara.” Di situlah apa yang saya maksudkan sejak pertama kali bercakap tentang “Mahathirisme” lebih sepuluh tahun lalu.

Memaafkan batang tubuh dan jasad Mahathir, bukan berarti melupakan “Mahathirisme” yang mungkin sahaja berada di dalam benak ramai orang lain selain Mahathir. Di saat ini, maka kita akan melihat pengakuan ‘dosa’ seperti yang dibuat oleh Kadir adalah sesuatu yang sangat hening dan mulia. Di situlah garis pemisah antara Mahathirisme-dengan-Mahathir itu sendiri.

Hasmi Hashim, juga dikenali sebagai Buddhi Hekayat, penulis, penulis lirik dan politisi. Boleh juga ikuti di Twitter: @HasmiHashim.

http://jalantelawi.com

Sumber DD - 7-9-2015


Krisis Pelarian Dan Nilai Kemanusiaan

Posted on Monday, September 07 @ 09:19:03 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff 

Saya terharu membaca dan mendengar berita tentang krisis pelarian Syria, Iraq, Afghanistan dan Rohingya.Saya marah sungguh dengan tindakan Hungary yang tidak memperdulikan nasib pelarian ini. Menjerit saya melihat anak-anak yang sakit dan lapar.

Namun, saya cukup teruja dengan tindakan pemimpin Austria dan Jerman yang sedia menerima ratusan ribu pelarian ini biarpun berlainan agama. Hebatnya nilai kemanusiaan mereka.

Negara-negara Islam yang kaya dan makmur pula, selain Turki dan Jordan hanya sekadar berdiam diri. Tidak malukah kita kepada negara bukan Islam yang bertindak membantu saudara seagama kita?

Terima kasih Austria dan Jerman kerana sudi membantu nasib malang saudara seagama saya.

Sumber DD - 7-9-2015


8 Sebab Wanita Malaysia Mudah Kena Pancing Dengan ‘Love Scam’ Di Internet
Posted on Friday, September 04 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





1. Angau

Angau dengan ‘mat saleh’ dan ‘pak Arab’ menjadi antara faktor utama wanita-wanita di negara ini tertipu dan mudah diperdaya oleh sindiket Love Scam yang didalangi oleh warga Afrika.

Difahamkan, mangsa-mangsa wanita ditipu kerana mereka terlalu teruja apabila berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya yang berasal dari England dan tanah Arab.



2. Terlampau terbuka


Menurut sumber, kebanyakan mangsa itu bersikap ‘terbuka’ di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki warga asing mahu berkenalan dan tidak menolak untuk terus berkomunikasi dengan pihak terbabit.



3. Teruja






“Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini yang teruja apabila berkenalan dengan warga asing terutamanya yang digelar ‘mat saleh’ dan perkara itulah sebenarnya yang terjadi kepada kebanyakan mangsa-mangsa wanita.



“Mereka teruja apabila seorang dari luar negara yang be­kerja di Malaysia mahu ber­kawan dengan mereka dan akan melayan lelaki itu dengan bersungguh-sungguh.



Lebih-lebih lagi jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang elok.



“Akibatnya, mereka jatuh cinta dan angau sehingga tidak berfikir panjang serta sanggup mengikuti segala kehendak lelaki itu. Ketika inilah lelaki yang ‘direka’ sindiket itu akan memainkan peranan dan sedaya upaya menipu mangsa,” ujar sumber.



4. Kesunyian



Sumber itu turut memberitahu, wanita yang kesepian, mahu mencari pasangan hidup dan diabaikan keluarga adalah antara majoriti mangsa yang ditipu oleh sindiket Love Scam ini.



“Mangsa yang terjebak dalam kes ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pasangan hidup, ditinggalkan suami seperti ibu tunggal dan wanita berstatus andartu.



5. Keinginan dari kecil



Teori psikologi juga mendapati, golongan ini sebenarnya mudah terbawa-bawa dengan keinginan semasa kecil. Sebagai contoh, mereka tidak dapat sesuatu ketika waktu kanak-kanak dan apabila sudah dewasa keinginan ini tanpa disedari akan keluar dan berazam untuk mendapatkannya.



“Misalnya, sejak dari kecil dia tidak mendapat kesenangan, sudah tentu di waktu besar dia akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan kemewahan, iaitu keinginan yang dipendam selama ini walau dengan apa cara sekalipun.



“Itu sebab apabila ada yang menjanjikan sesuatu, mereka akan alpa,” ujar sumber.



6. Janji manis



Akibat daripada mudah terpedaya dengan kata-kata atau mahukan sesuatu kemewahan yang di luar batasan, wanita terpengaruh dengan janji-janji yang ditabur.



Golongan lelaki berkenaan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekayaan pun, sebaliknya hanya mempunyai ‘kepakaran’ dan ‘berkemahiran tinggi’ dalam menggunakan ayat-ayat menggoda.



7. Tidak mengambil tahu isu semasa






Laporan juga menyebut mengenai kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket penipuan ini adalah terdiri daripada golongan wanita profesional.



Selain mereka memang dikejar kerana mempunyai aset, ada dalam kalangan golongan ini yang mungkin hanya tahu mengenai soal kerja sahaja tetapi tidak mengendahkan apa yang terjadi di sekeliling mereka atas dasar kurang pengalaman dan pengetahuan dalam hal berkenaan.



8. Tidak ramai kawan






“Selalunya orang yang begini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ramai kawan dan kurang berkomunikasi.



“Sebab itu dinasihatkan, kalau boleh kita perlu mempunyai ramai kawan, agar tidak terjebak dan terpedaya dengan sebarang unsur negatif. Lagi satu, sekiranya ada yang cuba menawarkan bantuan cinta kepada anda di Internet, jangan sesekali cuba mendekati diri, elakkan apa yang perlu.



“Kalau mahu dapatkan cinta, biarlah orang yang kita sayang itu benar-benar bertakhta di jiwa nyata dan bukannya di alam maya,” jelas sumber.



“Wanita yang terlalu memilih pasangan hidup juga turut dikesan berada dalam senarai mangsa yang ditipu warga Afrika.



“Kebanyakan mereka suka melayari laman Facebook untuk berkenalan dengan individu-individu yang dilihat berpotensi untuk menjadi pasangan,” ujarnya.



Artikel diatas telah disusun semula dari: Says.com



Sumber TKO - 4-9-2015

Cukuplah kita menyalahkan orang Cina

Posted on Thursday, September 03 @ 11:32:32 MYT by paklang

Oleh Mohammad Agus Yusoff 

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila berlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan? Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?


Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya?

Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Sumber DD - 3-9-2015

Aku yang tak bersih, bersihkanlah diriku'...

Posted on Thursday, September 03 @ 08:47:34 MYT by paklang

Oleh Lanh
PADA tazkirah setiap malam Rabu di sebuah masjid berhampiran rumah saya, ustaz yang mengajar merujuk kitab 'Bidayatul Hidayah' karangan Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali. Terkini ustaz membahaskan topik 'cara meninggalkan maksiat'...satu perkara menyentuh saya adalah 'isu bersih' - al-maklumlah perhimpunan Bersih 4.0 akan berlangsung hujung minggu ini!

Kata Imam Ghazali: "Seandainya engkau melihat dirimu bersih daripada dosa, baik zahir atau batin dan engkau melihat dirimu bersih daripada segala keaiban baik yang berkenaan dengan urusan agamamu ataupun duniamu, maka ketahuilah bahawa kejahilan terhadap dirimu sendiri adalah sejahat-jahat kejahilan. 


"Tidak ada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya bersih daripada segala dosa dan kesalahan. Sebenarnya ketika itu Allah SWT tidak menghendaki kebaikan terhadap dirimu. Jikalau Dia menghendaki kebaikan pada dirimu tentu Dia menunjukkan kepadamu akan aib dirimu. Jadi ketika engkau melihat dirimu sebagai seorang yang bersih, maka itu adalah kesudahan daripada segala kejahilan."

Subhanallah, sebenarnya kita semua tak bersih. Hakikatnya tiada orang yang boleh mengaku dia bersih. Tiada seorang manusia pun kecuali nabi-nabi yang bersih daripada dosa (maksum). Kalau seseorang itu mengaku dia bersih, sahlah dia tak bersih. Bercakap mengenai bersih ini, Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum itu pun bertaubat meminta ampun kepada Allah SWT; sesetengah riwayat menyatakan sebanyak 70 atau 100 kali sehari - jadi sudah pasti kita ini tidak bersih dan perlu sentiasa meminta maaf kepada manusia lain dan ampun kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi apabila menyedari hakikat diri kita yang tidak bersih ini, apa salahnya jika ada orang mahu mengadakan satu majlis (perhimpunan) bagi menyedar seterusnya menunjukkan apa tidak bersih yang ada pada diri kita. Orang atau pihak yang tidak mahu ditunjuk dan dinasihatkan mengenai perkara tidak bersih mengenai dirinya adalah orang sombong dan takabur, menepati ciri-ciri iblis yang tidak akan duduk diam sehingga semua manusia masuk neraka bersama-samanya! Namun iblis tewas kepada orang ikhlas dan salah satu ciri orang ikhlas ada orang yang sedia menerima teguran dan nasihat.

Apa yang mahu dinasihatkan oleh penganjur Bersih? Kunci tuntutan Bersih; dari dulu sehingga sekarang (selepas Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan kini Bersih 4.0) adalah pilihan raya adil, bebas dan bersih. Persoalannya apakah salah menegur pihak bertanggungjawab agar menjalankan peranan dan tugas dengan bersih? Banyak pihak berpendapat tidak salah; tetapi kata sesetengah mereka lakukan teguran melalui saluran yang betul. Kata mereka mengapa mahu dibuat melalui perhimpunan dan perarakan di jalan-jalan raya?

Separuh daripada jawapannya adalah kerana di negara kita sudah tertutup banyak saluran untuk memberi nasihat dan teguran. Kalau ada pun saluran, hasilnya dikhuatiri hampir tiada kerana pihak terbabit memekakkan telinga, membutakan mata dan hati. Dalam bahasa ringkas, sikap diktator sudah meraja dalam hati. Ya, kalau orang menegur dia akan dipecat, dilucutkan jawatan dan pelbagai penganiayaan lagi.

Keburukan yang melanda negara makin lama makin dahsyat (busuk). Masyarakat semakin 'konfius' (keliru antara perkara baik dan jahat). Ya, mereka terutama generasi baru tidak tahu lagi akan ketepatan istilah-istilah seperti 'derma', 'rasuah', 'politik wang' dan 'rasuah politik'. Mereka terkeliru apakah pemberian wang berbilion-bilion ringgit itu 'derma' sedangkan 'melarikan' seringgit dua daripada tabung masjid atau 'melesapkan' sepaket milo daripada pasar raya untuk diberi makan kepada anak isteri yang kelaparan adalah jenayah besar dan apabila tertangkap ada yang dipukul orang ramai sehingga separuh mati sebelum diserahkan kepada polis?

Ya, semua orang dan pihak (sebagai contoh tidak kiralah SPR, SPRM, PM, TPM, PAS, KEADILAN, DAP) perlu sentiasa membersihkan diri. Mengikut ajaran Islam, untuk melakukan ini kita perlu sentiasa belajar dan muhasabah (mengkoreksi) diri serta melakukan kebaikan sebanyak mungkin sebaliknya menghindari daripada segala kejahatan seperti makan rasuah, berlaku zalim ke atas orang lain yang jika dilakukan akan menumbuhkan titik-titik hitam di hati kita.

Kalau kita istiqamah untuk membuat kebaikan dengan ikhlas, insya-Allah, Yang Maha Kuasa akan membuka hijabnya sedikit demi sedikit, hati kita yang ditutupi terlalu banyak titik-titik hitam akan bersih secara beransur-ansur.

Insya-Allah, akan tiba suatu peringkat kita sendiri akan mengakui; "Ya Allah, rupanya aku ini tidak bersih, aku ini kotor, aku ini jahat, aku tak layak masuk ke dalam syurga-Mu, tapi aku tak tahan azab neraka-Mu. Jadi Kau ampunkan dosa hamba-Mu yang tidak bersih ini!"

Jadi siapakah diri kita untuk mengaku kita bersih dan tidak perlu sebarang nasihat atau penambahbaikan! Ya, akuilah kita sebenarnya TIDAK BERSIH, jadi jika ada orang mahu MEMBERSIHKAN kita, ucaplah terima kasih dan alhamdulillah!


sumber DD - 3-9-2015


Masjid simbol perpaduan

Posted on Wednesday, September 02 @ 11:43:19 MYT by paktam

Rumah Allah merupakan tempat paling aman

MASJID merupakan simbol syiar yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia adalah jantung hati dan nadi kehidupan umat Islam. Sewaktu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah perkara pertama yang menjadi agenda besar baginda ialah membina masjid di Quba’ Madinah. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa mendirikan sebuah masjid dengan mengharapkan keredaan Allah SWT nescaya didirikan baginya sebuah rumah di dalam syurga,” - Riwayat Bukhari

 Sejarah juga telah membuktikan bahawa masjid mempunyai fungsi pelbagai berabad lamanya bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga hari ini. Menjejaki sirah, kita dapat melihat betapa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadah, malah juga sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah.

Masjid Nabawi amnya menjadi nadi penggerak Islam, penggerak aktiviti masyarakat, malah tempat rakyat menuntut hak dan keadilan. Juga turut berperanan sebagai pusat kebajikan, gedung ilmu dan pusat hubungan dengan Allah serta manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah berjaya menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai al-Deen (cara hidup) melalui fungsi-fungsi komprehensif yang dijana oleh institusi masjid.

Ini jelas menunjukkan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk melakukan ibadah solat, bahkan mempunyai peranan yang lebih luas sebagai suatu tempat untuk menyebarkan dakwah dari segenap aspek kehidupan kepada masyarakat.

SIMBOL PERPADUAN UMMAH

Masjid sebagai simbol perpaduan ummah. Bermula daripada fungsinya sebagai tempat beribadat, tempat sujud, juga sebagai pusat pembelajaran segala ilmu-ilmu Islam seperti al-Quran, Tafsir, Hadis, Tauhid, Fikah, Sirah, Akhlak dan lain-lain. Pada zaman Rasulullah dan sahabat, masjid menjadi institusi paling penting dan besar pengaruhnya dalam pembinaan sahsiah, peribadi dan kehidupan umat Islam dalam semua bidang.

Terbukti apabila para sahabat yang diasuh dan dibimbing dalam suasana persekitaran masjid telah berjaya menjadi individu yang hebat, terbaik, cemerlang dan gemilang seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdur Rahman bin Auf, Abdullah bin Abu Bakar, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Mas’ud dan ramai lagi. Masyarakat Islam pada zaman itu merupakan generasi umat Islam terbaik.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik umatku adalah pada zamanku,” - Riwayat Tirmizi.
Hari ini fungsi masjid semakin berkembang pesat menjadi pusat penting dalam kehidupan. Antaranya menjadi pusat ilmu, dakwah, maklumat, kebudayaan, muamalat dan sebagainya. Dari sudut ilmu, ia berfungsi menjadi tempat mengadakan kelas bimbingan al-Quran, kelas bimbingan fardu ain, fardu kifayah, kelas tuisyen dan lain-lain. Dalam dakwah pula, masjid berfungsi menjadi tempat ceramah, motivasi dan bimbingan kepada saudara baharu.

Masjid sebagai pusat maklumat juga berfungsi menjadi pusat penyebaran ilmu kepada masyarakat setempat, ahli kariah, pelancong dan lain-lain. Menjadi pusat budaya dan muamalat, masjid berkesan dalam mendekatkan masyarakat khususnya umat Islam setempat, ahli kariah dan masyarakat umum tentang keindahan Islam dari sudut ajaran dan syariat Islam, juga tentang budaya, gaya hidup, akhlak dan akal budi umat Islam yang berpegang dengan Islam.

TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM

Tanggungjawab umat Islam terhadap institusi masjid juga semakin berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Rasulullah SAW menyuruh kita membangunkan masjid-masjid di daerah dan masjid-masjid itu dipelihara kebersihan dan keharumannya”.

Membangunkan masjid adalah perintah Rasulullah SAW, kemudian umat Islam disuruh supaya bangunan itu dipelihara dan dijaga sebaik-baiknya. Terutama kebersihan, keharuman dan keceriaan masjid, iaitu dalam dan luar masjid, termasuk menyediakan kemudahan asas lain seperti ruang membaca yang mesra pengguna, tempat berwuduk, bilik air yang bersih dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya mulialah orang yang sentiasa memelihara dan menjaga kemuliaan masjid-masjid Allah. Perlu diingatkan, bahawa masjid adalah tempat paling disukai Allah, sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Rasulullah bertanya kepada malaikat Jibril AS: ‘Wahai jibril, tempat manakah yang paling disukai Allah? Jibril AS menjawab: ‘Masjid-masjid dan yang paling disukai Allah ahlinya ialah orang yang pertama masuk dan orang yang terakhir keluar meninggalkannya.” - Riwayat Muslim.

KELEBIHAN MENGUNJUNGI MASJID

Masjid disebut sebagai rumah Allah. Ia merupakan tempat paling aman, selamat dan damai kepada umat Islam yang selalu berkunjung ke masjid. Umat Islam yang datang ke masjid akan mendapat bonus pahala dan keberkatan hidup di sisi Allah.

Masyarakat dan umat yang hidup dalam persekitaran masjid atau mereka yang sentiasa mengutamakan masjid dan tidak pernah renggang daripada masjid kerana sentiasa memakmurkan masjid dengan mengerjakan solat berjemaah, beriktikaf, hadir majlis ilmu dan seumpamanya adalah umat yang paling disukai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Gembirakanlah orang yang berjalan kaki di malam gelap gelita menuju ke masjid bahawa bagi mereka cahaya yang terang benderang di hari Kiamat.” - Riwayat al-Hakim dan at-Tirmizi.- utusan.com.my

Sumber DD - 2-9-2015


Perhimpunan Perpaduan Ummah jalan yang terbaik untuk Malaysia, bukannya BERSIH 4
Posted on Tuesday, September 01 @ 06:32:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Perhimpunan Perpaduan Ummah jalan yang terbaik untuk Malaysia, bukannya BERSIH 4.0.

Saudara Pengarang,

Dengan rasa rendah diri, izinkan saya memberi beberapa pandangan tentang perhimpunan BERSIH 4.0 dan isu-isu yang berlaku akhir-akhir ini.

Perhimpunan BERSIH 4.0 menyedarkan kita bahawa rakyat , khasnya orang cina amat merasa rungsing tentang banyak isu yang melibatkan kepimpinan serta ekonomi negara yang kian merosot. Kenaikan harga barang yang mendadak ekoran dari penguatkuasaan GST amat memberi tekanan kepada kehidupan harian, baik yang kaya mahupun yang miskin. Kerungsingan ini bukan sahaja dirasai oleh kaum Cina, malah semua kaum termasuk kaum Melayu, India dan lain-lain.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa majoriti peserta Perhimpunan BERSIH 4.0 adalah dari kaum Cina dan didalangi oleh kumpulan Pembangkang dan diketuai oleh DAP. Malangnya , ada beberapa manusia yang tidak bertanggungjawab membuat provokasi berbau perkauman dan kebencian terhadap orang Cina dan Melayu. Di media massa dan internet, ramai Melayu dan Cina saling bertindakbalas sesama sendiri dan menyatakan perkataan kesat dan keji terhadap diri masing-masing.

Ada pula desas desus bahawa Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan himpunan Sejuta rakyat untuk menyokong kepimpinannya dengan membelanjakan berjuta-juta Ringgit Malaysia. Ini adalah keborosan yang melampau di kala kita sedang menghadapi krisis kewangan yang amat kritikal.

Di sinilah kita perlu sama-sama memikirkan cara yang terbaik untuk menenangkan keadaan serta mencari penyelesaian. Dan apakah jalan yang terbaik selain jalan yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Justeru itu, saya ingin mengesyorkan supaya diadakan Perhimpunan Perpaduan Ummah se-Malaysia. Kita boleh mengumpulkan rakyat untuk menghidupkan malam dengan ceramah Perdana, solat hajat dan Qiyamulail , berdoa agar Allah dapat memberikan penyelesaian kepada kita terhadap krisis kepimpinan dan ekonomi negara ini. Kita meminta daripada Allah agar memberi pedoman kepada Perdana Menteri untuk melakukan yang terbaik dan menginsafi kesalahannya jikalau dia ada membuat salah. Kita juga perlu meminta doa kepada Allah supaya mengurniakan Malaysia dengan pemimpin Islam yang adil, berwibawa, tekun dan menyayangi rakyat. Kita  meminta kepada Allah untuk memberi kesejahteraan, kekayaan dan kemakmuran kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang  mana Islam adalah agama rasminya.

Saya ingin mengesyorkan supaya isi ceramah memberi fokus kepada perpaduan Ummah dan mengambil contoh bagaimana kaum Ansar dan Muhajirin bersatu. Ini juga dapat memberi penghayatan kepada kaum Muslimin tentang sejarah dan pengorbanan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta sahabat-sahabat nabi. Kita perlu menampilkan Tokoh-tokoh Islam seperti Ustadz Azhar Idrus,  Dato’ Harun Din, Ustadz Kazim Elias dan Ustadz Fathul Bari dalam menyampaikan ceramah.

Kita boleh mengadakan Perhimpunan Ummah ini secara global dimana rakyat Malaysia di seluruh dunia dapat sama-sama menghadiri program secara langsung, berinteraksi dan menyertai program ini. Kita boleh meminta kelab-kelab Melayu dan Islam Malaysia di luar negara serta pihak MSD dan kedutaan  untuk menjayakan program ini.

Kita boleh menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia cara yang terbaik yang dianjurkan oleh Islam dalam membuat suatu perhimpunan. Perhimpunan ini bukannya perhimpunan haram yang memberi laluan kepada pencampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan, apatah lagi tidur lambak di jalanan tanpa segan silu. Perhimpunan ini bukannya perhimpunan memekik-mekik , menyusahkan orang dan membuat bising seperti BERSIH 4.0. Perhimpunan ini bukannya pesta tari-menari , bergendang dan menyanyi. Sebaliknya ,  perhimpunan ini ialah perhimpunan yang benar-benar bersih dan suci kerana mengharapkan keampunan dan pertolongan daripada Allah s.w.t. dalam menangani segala jenis krisis yang melanda negara ini.

Inilah perhimpunan yang benar-benar memberi makna kepada rakyat Malaysia. Inilah perhimpunan yang mana setiap umat Islam tak kira dari fikrah politik mana sekalipun dapat berkumpul , bersolat hajat, berqiyamulail meminta kepada Allah mengurniakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi umat ini.

Sekian, terimakasih.



Mr. Kama Mustaffa bin Muhammad.
Pembedahan Am dan Vaskular,
National University of Ireland, Galway.



Sumber TKO - 1-9-2015

Islam adalah penyelesaian

Posted on Monday, August 31 @ 09:48:07 MYT by paklang

KATA-KATA “Islam adalah penyelesaian” telah lama disuarakan dan menjadi slogan gerakan-gerakan Islam pelbagai aliran dan pendekatan sejak berdekad-dekad lalu. Bagi sesetengah pihak, daripada sekularis tegar yang mewarisi sistem dari penjajah hingga kepada liberal yang menjelma untuk menjalankan program musuh Islam, slogan ini dilihat dengan sinis dan dianggap sekadar retorik.

Hakikatnya, syariat Islam yang kita kenali hari ini, yang disampaikan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w., menyediakan sistem dan nilai yang unggul untuk menjamin kesejahteraan umat manusia. Dunia hari ini sedang menyaksikan akibat amat buruk daripada sistem ekonomi kapitalis dan orde liberal yang menguasai dunia pada hari ini.

Malah, kesan-kesan buruknya telah kita saksikan sejak berdekad-dekad yang lalu, dan kita tidak menyaksikan keadaan menjadi lebih baik melainkan kemerosotan semata-mata.

Minggu lalu, dunia menyaksikan bagaimana sistem ekonomi yang dibina dan dipastikan kelangsungannya oleh kuasakuasa Barat dan kapitalis berdepan satu gugatan ekoran kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global.

Sebelum itu, para pengkaji melihat bagaimana dunia telah berlebih-lebihan dalam menggunakan sumber yang ia miliki, ekoran pembangunan pesat yang satu tunjang utamanya ialah penggunaan sumber secara tidak berhemah, yang satu puncanya ialah gaya hidup kelas konsumer yang menjadi penggerak ekonomi hari ini.

Warga kelas pertengahan terutamanya di seluruh dunia umumnya menjalani satu kehidupan yang tidak jauh berbeza; bekerja keras untuk pendapatan yang tinggi tetapi kemudian membelanjakannya pada barangan konsumer yang mahal dan memastikan gaya hidup kelas pertengahan dikekalkan.

Secara mudahnya, sistem ini memastikan manusia bekerja keras memastikan kelangsungan sistem, dan akhirnya hanya mendapat bahagian yang kecil untuk kebajikan dan kesejahteraan diri mereka sendiri.

Kita di Malaysia kini telah menyaksikan sendiri bagaimana sistem ekonomi global yang menguasai kita telah mendatangkan pelbagai bencana kecil dan besar yang di luar kawalan kita sendiri.

Daripada harga minyak dan komoditi hingga ke sistem kewangan global yang mempengaruhi kehidupan kita, kesan-kesan buruknya telah kita saksikan dan alami.

Sistem binaan Barat ini membawa ber-sama infrastruktur dan tetapan ekonomi dan kewangan, dan pada masa sama menyebarkan budaya dan gaya hidup konsumer yang menjadikan manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang dimiliki.

Hal ini semua demikian kerana sistem yang dominan dalam dunia hari ini menekankan pencapaian-pencapaian material jauh mengatasi kepentingan manusia yang lebih asas. Ekonomi menjadi semakin rancak pada masa sama manusia tidak mencapai kegembiraan dan rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang diperolehi.

Maka semua ini memberi satu gambaran jelas bagaimana pentingnya sistem ekonomi Islam yang turut sama memastikan kebajikan manusia terus diperkukuhkan.

Inilah antara agenda penting perjuangan PAS yang berusaha ke arah pelaksanaan Islam yang menyeluruh, supaya dapat membina satu masyarakat dan negara yang dirahmati Allah, dan dapat keluar daripada kemelut yang melanda dunia kini, menepati seruan “Islam adalah penyelesaian” dan “rahmatan lil alamin.”

Sumber DD - 31-8-2015

Pekerja Bangladesh Hidup Dengan RM35 Sahaja Sebulan
Posted on Saturday, August 29 @ 03:28:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hidup dengan hanya menggunakan RM35 sebulan? Mungkin ia nampak macam mustahil tapi sebenarnya, itu lah realiti bagi seorang pekerja Bangladesh ini yang hanya membelanjakan RM35 sahaja untuk membeli barang dapur setiap bulan.

"Dua hari lepas saya pergi basuh kereta. Lepas selesai cuci kereta, pekerja Bangladesh ini buka pintu kabinet di tepi kedai. Saya ingat dia nak ambil sabun atau kain lap, tiba-tiba saya terbau masakan. Rupa-rupanya pekerja Bangladesh tadi sedang memasak. Perghh kagum beb!

Berbekalkan dapur gas portable, sayur kangkung, udang dan nasi putih, pekerja ini cuma memerlukan RM35 sebulan untuk makan tengah harinya (ya saya tanya pada beliau). Gaji perkeja ini sebulan RM1300. Penginapan percuma kerana asrama disediakan. Bil api, air dan elektrik juga ditanggung majikan. Hujung minggu paling jauh kalau berjalan ke Kuala Lumpur sahaja. Betullah, satu hari nanti mereka ini akan lebih kaya dari penduduk Malaysia.
Mulai hari ini aku berazam, akan bawa bekal setiap kali ke tempat kerja.

Telur rebus, budu, cili api, nasi putih dan kicap.

*selain ingin berjuang menuntut perubahan, survivaliti juga penting"

Sumber TKO - 29-8-2015




Menegur biar tertib, beradab

Posted on Wednesday, August 26 @ 22:03:44 MYT by paklang

Oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

TAK salah menegur orang lain jika kita yakin ada kekurangan pada kata-kata atau perbuatannya.

Saling ingat mengingatkan itu satu perkara mulia. Sebagai manusia biasa, ada kalanya ada yang akan terlepas cakap atau mungkin ada melakukan sesuatu yang mungkin mengguris hati orang lain.


Juga bukanlah satu kesalahan untuk menegur pemimpin. Bagaimanapun, teguran harus dilakukan secara beradab dan kena pada masanya, selain mengemukakan pendapat yang boleh dipertimbangkan.
Jangan sampai menegur orang lain biadab, tetapi hakikat sebenar cara kita yang menegur itu pun dikira tak beradab juga.

Secara amnya, jika rasa ikhlas nak menegur, bersemuka terus dengan orang berkenaan dan tegur secara berhemah. Jangan menegur kesalahan orang, terutama orang yang lebih tua dan berkuasa, di depan orang lain. Perbuatan sebegitu seolah-olah kita membuka aib orang, niat baik kita untuk menegur itu mudah disalah tafsir orang lain.

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan pemimpin. Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda: "Barang siapa yang ingin menasihati Sultan (pemerintah), maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya, maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu, maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya."

Jauhi sifat kasar, keras

Jangan salah gunakan kebebasan untuk bersuara. Sebelum kita hendak menegur atau memperbetulkan orang lain Firman Allah yang bermaksud: "Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik...." (Surah An-Nahl: 125).

Namun, persoalan yang timbul ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin dengan semberono tanpa mempedulikan adab persaudaraan sesama Muslim ketika menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di atas.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh umat Islam menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada 'orang Islam' secara khususnya dengan bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Mestilah jauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberi nasihat agar orang ditegur tidak rasa malu dan lari, sekali gus matlamat 'memperbetulkan' menjadi realiti dan terlaksana.

"Mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan). Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan (aib dan kesalahan)". Sila lihat, Fudhail Bin I'yadh, Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah Al-Qurtubi juga menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama Muslim secara lemah lembut dan bijaksana ini kekal hingga ke hari kiamat.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat adalah sesuatu perkara lumrah, justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu, jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Kaji kebenaran

Janganlah kita terlalu gopoh membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah penuh emosi sehingga wujud cabar-mencabar. Sebaliknya, teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan adalah tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Sebagai yang berdaulat dan beragama setiap pertikaian harus diselesaikan dengan cara yang telus dengan kaedah yang terbaik. Di samping tidak mengetepikan keadilan dan kebenaran.

Ikutilah juga kaedah pemimpin agung kita Khalifah pertama, Saidina Abu Bakar as Siddiq; "Aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku."

Yang utama, kita tidak melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitung oleh Allah.

Hakikatnya semua orang melakukan kesilapan tetapi yang membezakannya ialah bagaimana kita menguruskan kesilapan itu. Bak kata orang tua-tua, menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM), UUM

Sumber DD - 26-8-2015

Mengisi makna kemerdekaan

Posted on Wednesday, August 26 @ 21:46:35 MYT by paklang

Oleh To'ki 

KEMERDEKAAN adalah proses menggalas tanggungjawab. Ia suatu amanah bagi warga mengisi kemerdekaan agar memberi erti dalam menjana perubahan dan kemajuan.

Penjajahan yang terjadi di Malaysia berlaku dalam tempoh ratusan tahun. Dasar pecah dan perintah sudah tentu memberi kesan yang parah terhadap bidang politik, ekonomi, pendidikan, pemikiran dan budaya

Sifat masyarakatnya yang majmuk menghasilkan jurang dalam pencapaian ekonomi dan pendidikan dan memerlukan langkah bijaksana mengatasinya.

Langkah untuk menyusun semula masyarakat, merapatkan hubungan antara kaum dan wilayah memerlukan tekad dan kebijaksanaan yang tinggi supaya ketidakseimbangan yang terjadi dapat dirapatkan secara berhemah dan berhikmah. Perlembagaan negara diwujudkan dengan peruntukan bagi mewujudkan keadilan dan keutamaan dalam bina negara.

Sudah tentu dalam mengurus kemerdekaan akan terdapat perbezaan pendapat dan kelainan pandangan dalam kalangan rakyat dan kelompok tertentu dalam sesuatu isu. Iklim demokrasi membenarkan perbezaan itu terjadi secara muzakarah, kritik yang membina, mengiktiraf yang baik itu baik dan yang lemah itu perlu diperbaiki dan diperkasakan lagi.

Masyarakat Malaysia dengan asas budaya yang menyantuni perlu memiliki etika perbezaan dengan pemikiran terbuka dan berlapang dada mengenai kelainan pendapat dan tidak sampai wujud perpecahan yang menyebabkan asas kesatuan rapuh dan runtuh. Menjadi pembangkang umpamanya tidak hanya membangkang dalam semua perkara. Pembangkang yang baik ialah yang konstruktif dengan idea-idea bernas bukannya retorik melampiaskan geram dan dendam kesumat. Ia bukan jalur tindakan yang Islami.

Mengisi kemerdekaan menuntut kefahaman tinggi masyarakat bukan Islam terhadap proses menyeimbangkan tahap pencapaian orang Islam supaya keadilan berlaku dan pembangunan terus terjadi. Bagi masyarakat Islam, bantuan kerajaan akan akhirnya menjadikan mereka berjiwa mandiri bukan masyarakat yang terus bergantung kepada kerajaan dan memiliki mentaliti subsidi yang tinggi.

Orang Islam harus menginsafi bahawa kekuatan ilmu dan kemahiran perlu dicari kerana ruang bagi generasi muda terbuka luas. Tanpa ilmu dan kemahiran, daya usaha dan kerajinan, amanah dan tekad tinggi untuk maju kita tidak akan mampu bersaing dengan orang lain.

Generasi penerus tidak harus leka dengan keselesaan dikecapi. Banyak biaya yang membantu mereka belajar dalam dan luar negara harus dibuktikan dengan pencapaian yang baik dan memiliki tekad untuk mengisi dan menyumbang ke arah proses pembangunan dan kemajuan negara. Mereka harus memiliki sifat syukur dan terima kasih seperti dianjurkan oleh Islam.

Jangan terjebak dengan gelagat kritik jamaah atau gerakan Islam yang mempunyai idealisme tinggi tanpa memahami proses mengisi kemerdekaan menuntut kefahaman mendalam terhadap realiti dan mengambil jalan bijaksana sebagai matarantai perubahan dan kemajuan.

Kecemerlangan dalam menerima ilmu dan kemahiran, ketangkasan dalam terlibat sama terhadap pembangunan ekonomi, mewujudkan masyarakat wehdah (kesatuan) yang sifatnya menyumbang, mengelak daripada terjebak dengan faham jumud, pelampau dan anti-establishment, jangan merasakan dirinya saja yang betul dan orang lain semuanya salah menjadi prasyarat penting mengisi kemerdekaan negara.

Jangan bazirkan masa dan hayat perjuangan untuk memilih jalan perjuangan ke arah pecah-belah yang menyebabkan pemikiran jadi terbelenggu dan kemajuan tidak berlaku. Amalkan sikap sedikit dariku dan sedikit dari yang lain dalam suasana muafakat, ia bakal membawa berkat.

Bukan Islam harus benar-benar memahami bahawa dasar membantu orang Islam adalah suatu agenda menyusun semula ketidakseimbangan dalam masyarakat. Jangan lihat Islam itu sesuatu yang negatif kerana Islam adalah agama rahmah untuk semua umat manusia.

Ilmu dan pendidikan berasaskan etika dan nilai sangat penting bagi melahirkan generasi beradab. Oleh itu mengisi kemerdekaan menuntut kefahaman dan kesabaran yang tinggi dan pentingnya keinsafan dalam kalangan orang Islam mendakap sikap berdaya maju dan persaingan sihat yang tinggi supaya ketidakseimbangan dapat dibetulkan.- www.utusan.com.my

Sumber DD - 26-8-2015


Negara ini perlukan kepimpinan bervisi, Bukan kepimpinan berasaskan “Committee”

Posted on Wednesday, August 26 @ 10:13:25 MYT by tokdalang

Oleh Zasyaf Ishak 

Apa jadi dengan National Economic Advisory Council (NEAC)? Apa jadi dengan pemudah? Apa jadi dengan pemandu? Apa jadi dengan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera? Apa jadi dengan mesyuarat kalangan bijak pandai ekonomi yang menasihati pimpinan negara? Apa jadi dengan Majlis Profesor?

Cukup menyedihkan apabila satu-satunya idea yang keluar dari mulut pemimpin negara adalah soal mewujudkan satu lagi "committee" untuk memantau dan melihat suasana ekonomi negara?

Bila kita bermasalah, ubatnya adalah "committee" dan jawatankuasa. Bagaikan "viagra", committee inilah yang dikatakan akan meletakkan ekonomi Malaysia kembali ke landasan yang lebih baik.

Apakah selama beberapa bulan ini tidak ada langsung mesyuarat ad hoc dilaksanakan untuk membentuk strategi ekonomi negara?

Akhirnya, kita perlukan satu lagi "committee" untuk melihat masalah ekonomi kita.

Yang penting, selepas daripada ini, bersusun lah segala Tan Sri/Dato' Sri/Datin Sri yang akan menjadi anggota "committee" ini. Kepada mereka, apalah sangat masalah ekonomi. Mereka tidak terasa sedikit pun. Susah untuk mereka faham tekanan yang dihadapi rakyat miskin dan sederhana.

Masalah kepada matawang, penurunan pendapatan minyak dan gas, kesan tekanan ekonomi GST, masalah perumahan yang tidak selesai, kos sara hidup tinggi bukan masalah baru. Tak perlu satu lagi "committee". Yang perlu hanya sebuah kerajaan yang COMMITT dengan keputusan dan polisi yang tegas.

Khazanah Research Institute (KRI)

Lebih menyedihkan apabila sebuah think-tank tahap tertinggi, hanya mengeluarkan kajian mengenai kenaikan harga rumah di dalam bulan Ogos, 2015. Rasanya, sudah banyak kajian yang dibuat berkenaan isu ini. Cukup malang, apabila sebuah think-tank yang mempunyai dana bersifat bottomless - lewat 5 tahun dalam mengeluarkan kajian dan dapatan statistik!

Ke mana bijak pandai negara ini? Apakah mereka membisu kerana mahu mensabotaj negara? Takkanlah mereka tidak memberikan sebarang input bagi memastikan ekonomi negara tidak terjerumus seteruk ini?

Ke mana Dato'-Dato' Majlis Profesor Negara yang mempunyai ribuan tahun pengalaman dan teori ekonomi terkini? Apakah mereka hanya tahu setakat mengadakan diskusi dan tampil cerdik di dalam tv? Mana pandangan dan kupasan ekonomi mereka yang neutral dan tidak berbunyi seperti pengampu yang agung.

Cukup menyedihkan, apabila isi laman web MPN (yang sepatutnya menjadi pelindung wisdom dan hikmah negara) - masih lagi bersifat "under construction". Yang dihebahkan adalah kerja-kerja ahli MPN yang sibuk bagaikan kumpulan ahli politik level tinggi yang bankrap idea dan aspirasi.

Elok bubarkan sahaja segala kluster yang ada di dalam MPN sekiranya pandangan mereka hanya dibakulsampahkan pimpinan.

Apa guna MPN punya kluster hebat 'Ekonomi dan Pengurusan' sekiranya satu lagi committee diperlukan untuk melihat strategi dan visi ekonomi.

Sebagai kesimpulan, negara ini perlukan pemimpin. Bukan "committee".

Atau ini strategi untuk membariskan lagi kroni yang berselindung sebagai "committee". Maka bolehlah dihalalkan segala macam "derma" dan keraian yang hadir bersama wujudnya sebuah "committee".

Siapa pula yang nak memantau "committee" ini nanti?

Oh ya, kita wujudkan satu lagi "committee" untuk memantau kerja-kerja "committee".

Sumber DD - 26-8-2015

Siapa sebenarnya yang ‘membangsatkan’ Melayu, Najib?

Posted on Tuesday, August 25 @ 14:54:32 MYT by paktam

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad 

Tidak pasti apa respons saya sebenarnya. Sedih atau suka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kata Melayu akan jadi 'bangsat' sekiranya Umno kalah dan hilang kuasa kerajaan persekutuan.

Secara ikhlasnya memang ada perasaan sedih dan kecewa mengenangkan masih ramai orang Melayu yang percaya akan khurafat dan doktrin hanya Umno mampu membela Melayu. Untuk membebaskan Melayu daripada doktrin ini sangat sukar.


Orang Melayu khasnya di luar bandar bahkan juga di bandar, yang kurang bermaklumat atau mendapat maklumat daripada akhbar perdana seperti Utusan dan RTM, akan terus percaya hanya Umno yang mampu membela Melayu.

Ya, memang sedih dan kesian orang Melayu terbelenggu dengan khurafat ini. Mereka kekal dalam politik perlindungan atau ‘patronage’ ini. Mereka mudah ditakut-takutkan atau diugut. Mungkin sampai kiamat agaknya.

Hendak ketawa dan merasa lucu ya juga, sebab PM ini tidak habis-habis hendak 'berjenaka'.

Dengan ‘expose' atau pendedahan yg dibuat media antarabangsa seperti WSJ dan New York Time (NYT) tentang pelbagai skandal, termasuk terkini hal 'derma', melibatkan Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat syarikat 1Malaysian Development Berhad atau 1MDB, dia masih mencuba. Ini melucukan.

Kalau dulu Umno memang jelas membantu rakyat khasnya orang Melayu. Contoh mudah, allahyarham Tun Razak, ayahanda Najib, membangunkan kaum Melayu dan Bumiputera dengan projek pembangunan seperti Felda. Sebaliknya, hari ini Umno di bawah Najib merungkaikan dan merencat usaha membangunkan warga peneroka.

Kini mereka dimangsakan. Ketika Felda Global Venture (FGV) akhirnya disenaraikan menjana hampir RM10 bilion, 112, 635 peneroka hanya diperuntukkan 91 juta saham dan berakhir dengan mendapat kurang daripada satu lot (800 unit). Mereka meminjam RM3,563 untuk membeli saham tersebut. Mutakhir, harga saham Felda merudum tinggal RM1.50 sesaham berbanding RM4.55 sesaham ketika diapung dulu. Peneroka terbeban hutang kerana membeli saham dahulu. Yang untung pihak korporat dan pengurusan. Yang merana peneroka. Umno membela peneroka Melayu?

Umum belum melupai bagaimana FGV Berjaya membeli 51% pegangan saham Koperasi Peneroka Felda (KPF) dalam Felda Holding Berhad (FHB) dengan harga murah daripada sepatutnya sebanyak RM4.1 bilion. Sekali lagi Melayu yakni kelompok peneroka ditipu korporat Melayu Umno!

Ramai yang mula celik sekarang ini dan tahu peneroka yg mengusahakan kebun sendiri mendapat pendapatan lebih lumayan daripada berurusan dengan pihak korporat Felda. Ada juga pihak tertentu terbukti sabit menipu peneroka tentang perahan minyak sawit.

Tun Razak sebagai Umno Asal atau Original, bangunkan Melayu, Umno sekarang tipu Melayu. Inilah 'Melayu tipu Melayu'.

Cerita terkini tentunya hal 1MDB. Bayangkan dana berbilion ringgit yang boleh digunakan untuk membangunkan orang Melayu dan juga kaum lain kalau tidak digunakan untuk 'bailout' dan selamatkan 1MDB. Hutang korporatnya mencecah lebih RM42 bilion. Seandainya gagal dilunaskan 1MDB, semua akan terbeban ke atas kerajaan persekutuan.

Berapa kali kerajaan bailout dengan diberi pula line kredit RM950 juta untuk digunakan 1MDB bila-bila masa.

Nah, bayangkan kalau tidak ada Umno dan Najib, maka tidak akan ada angkara 1MDB. Seluruh dana berbilion ringgit ini boleh kita gunakan membangunkan rakyat. Maka sekali lagi Umno bangsatkan rakyat khasnya bangsa Melayu.

Dengan kata lain, sebab angkara Najib dan Umnolah berbilion dana-dana awam ini 'koyak' dek mereka. Jadi siapa yang 'kencing dan tipu' Melayu. Umno!

Satu lagi contoh Najib 'tipu' Melayu ialah dengan menjual tanah diperuntukkan Pak Lah untuk Perbadanan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) kepada 1MDB. Itulah tanah yang kini hendak dibangunkan projek TRX Exchange.

Tanah itu asalnya diberikan kepada PHBB utk dibangunkan oleh mana-mana pemaju Bumiputera sebagai pembangunan hartanah Bumiputera dan akhirnya akan menerbitkan REIT seumpama Amanah Hartanah Bumiputera (ASH) untuk orang Melayu dan Bumiputera. Ini penting untuk bangunkan Melayu supaya memiliki saham dalam aset 'prima' di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sebab Najib dan Umno 'tipu dan bangsatkan' Melayu, maka semua perancangan baik dulu dikorbankan Umno hari ini. Menjadi lebih celaka dan bangsat kerana dijual kepada 1MDB dgn harga kroni sebanyak RM60 kaki persegi (kps), tetapi dijual semula kepada seumpama Tabung Haji setinggi RM2,700 kps dan terkini kepada Affin Bank melebihi RM4,700 kps. Apa yang orang Melayu dapat?

Dengan hanya mengambil beberapa contoh ini saja, cukup untuk saya buktikan Umno sekarang ini yang 'membangsatkan' Melayu! Naratif penuhnya terlalu panjang, dengan kisah pembangsatan bangsa Melayu yang sangat mengaibkan. Tolak tepilah hal urusan kewangan yang sangat culas, boros dan khianat yang mengakibatkan rakyat dibebani cukai GST yang ganas regresif.

Najib tidak sedar apabila beliau mengatakan kalau Umno kalah Melayu menjadi bangsat bermakna selain Umno, Melayu akan jadi bangsat! Tetapi hakikat sebaliknya tidak beliau sedari sehingga kini.

Nah untuk menamatkan program 'pembangsatan' Melayu, maka Melayu mesti tolak Najib dan Umno dalam pilihan raya akan datang. Tegasnya, Melayu akan selamat dan sejahtera apabila Umno hilang kuasa di peringkat persekutuan!

Dengan kata lain, siapa yang 'membangsatkan' orang Melayu? Najib dan Umno!

Sumber DD - 25-8-2015

Menarik generasi muda hayati kemerdekaan

Posted on Thursday, August 20 @ 14:17:37 MYT by paktam

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA\

DAHULU, sekitar tahun 80-an dan 90-an, menjelang bulan kemerdekaan ibu kota Kuala Lumpur dan bandar raya lain di seluruh negara meriah dengan hiasan Jalur Gemilang di pelbagai tempat.

Kenderaan di atas jalan raya turut dipasang Jalur Gemilang selain kibaran bendera kecil yang diletakkan di bahagian hadapan cermin kenderaan.
Generasi sebelum merdeka termasuk ayah penulis antara yang tidak pernah lupa untuk meletakkan Jalur Gemilang kecil itu di cermin keretanya.

Di rumah pula, beliau akan membeli Jalur Gemilang yang besar dengan kelebaran 61 senti­meter dan panjang 122 sentimeter - dibiarkan berkibar di hadapan rumah, melambangkan semangat patriotiknya yang melalui pengalaman hidup semasa zaman sebelum dan selepas merdeka.

Sehingga hari ini, Jalur Gemilang masih menjadi perkara pertama yang akan diingatinya setiap kali memasuki bulan Ogos. Ternyata berbeza sekali semangat patriotik orang lama dengan generasi hari ini yang walaupun Jalur Gemilang diberikan percuma, belum tentu akan dipasang di kenderaan apatah lagi dikibarkan di rumah.

Entah di mana silapnya, sema­ngat patriotisme generasi sekarang jauh berbeza dengan orang lama. Pada mereka 31 Ogos bermakna cuti umum. Sekadar hari untuk berehat. Bagi golongan muda, sambutan kemerdekaan seperti tiada makna.

Pada mereka, merdeka bermakna hari untuk bersukaria pada malam ambang merdeka dengan mengunjungi pusat hiburan atau berhimpun di tempat tumpuan ramai untuk bersosial dan berhibur.

Erti semangat patriotik iaitu mencintai dan berkorban untuk negara tidak dihayati sepenuhnya oleh mereka. Semangat mencintai, menyayangi, bangga dan keazaman untuk berbakti demi negara tanpa mengharapkan balasan jauh sekali tersemat dalam jiwa kalangan generasi muda hari ini.

Malah, lebih mendukacitakan ada antara mereka yang sudah berkira-kira untuk menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini di Dataran Merdeka, lokasi acara sambutan Hari Kemerdekaan.

Mereka sanggup mencemari Hari Kebangsaan yang penuh makna itu dengan menyertai perhimpunan yang hanya akan menjejaskan imej negara.

Agak mengecewakan juga apabila ada dalam kalangan orang muda yang mentafsir erti patriotik dan semangat cintakan negara dengan merekacipta pelbagai gambar, mesej dan lagu-lagu menerusi media sosial yang membawa maksud tidak baik malah sampai ke tahap menghina negara. Malah pernah ada pihak yang mahu menukar bendera kebangsaan satu tindakan biadab dan tidak menghormati Perlembagaan.

Generasi baharu ini masih kurang kesedaran tentang betapa pentingnya nilai kebebasan, keamanan dan kedaulatan yang dinikmati sekarang. Kuasa yang diperoleh untuk mentadbir dan mencorak sendiri masa depan negara tanpa dikuasai penjajah tidak dihayati mungkin kerana mereka lahir dan hidup selepas merdeka, tidak melalui susah payah yang dialami generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.

Hakikatnya, ramai antara kita memberikan pelbagai alasan untuk tidak memasang Jalur Gemilang di rumah, pejabat, sekolah atau tempat-tempat awam lain. Ada yang mendakwa terlupa akan Hari Kebangsaan. Ada juga yang merasakan buat apa membazir wang membeli Jalur Gemilang.

Malah tidak kurang juga yang memberikan alasan kesibukan bekerja menyebabkan mereka terlupa akan sambutan Hari Kemerdekaan. Ada pula yang mengharapkan Jalur Gemilang diberi percuma, barulah mereka mahu memasangnya. Sikap mengharapkan yang percuma ini masih tebal dalam kalangan kita. Dalam kalangan usahawan dan peniaga pula, mungkin memberikan alasan sukar untuk mendapatkan Jalur Gemilang dengan harga yang berpatutan dalam kuantiti yang banyak.

Sektor korporat mungkin merasakan tahun ini tahun untuk berjimat cermat, tidak perlu berbelanja lebih untuk menempah Jalur Gemilang. Ada juga yang mendakwa banyak prosedur harus dilalui untuk mendapatkan bajet seperti mendapatkan kelulusan bahagian kewangan, keselamatan dan komunikasi, yang akhirnya menyebabkan program dirancang untuk meraikan sambutan kemerdekaan berlalu begitu sahaja.

Acara-acara patriotik perlu disemarakkan bagi menyedarkan golongan muda tentang erti kemerdekaan. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang bagi sesetengah mereka tiada sebarang makna kerana tiada kesedaran tentang nilai kemerdekaan dan semangat patriotik.

Mereka tidak tahu kebebasan yang dinikmati hari ini adalah atas keringat para pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Kaum Ibu, Mat Kilau, Tok Janggut, Penghulu Dol Said dan ramai lagi.

Dahulu, semangat menggantung Jalur Gemilang menjadi amalan semua kaum. Di sekolah, pejabat dan pelbagai tempat tumpuan umum Jalur Gemilang di pasang di setiap sudut. Di sekolah saya dahulu, murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum bersama guru-guru akan memilih satu hari untuk menggantung Jalur Gemilang di setiap sudut sekolah dan bilik darjah tanpa mengharapkan Jalur Gemilang yang diberi percuma.

Tetapi sekarang, agak sukar untuk melihat kenderaan yang mengibarkan bendera negara. Ada pemilik kenderaan melakukannya untuk tujuan pertandingan atau apa sahaja yang boleh menyebabkan dia mendapat ribuan like di dalam Facebook atau Instagram.

Begitu juga hiasan Jalur Gemilang di rumah atau reka bentuk gubahan Jalur Gemilang dibuat semata-mata bagi menyertai sesuatu pertan­dingan atau mahu menjadi popular dengan viralkan apa yang dibuat itu di laman sosial.

Tahun ini sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-58, tiada lagi ungkapan berdasarkan ulang tahun iaitu “Hari Kemerdekaan ke-58” seperti kelaziman sambutan sebelum ini, sebaliknya dinamakan mengikut tahun iaitu “Hari Kemerdekaan 2015”.

Ini bagi menyeragamkan sambutan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia adalah pada 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung.

Bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ diharapkan akan menjadikan semangat perpaduan rakyat lebih utuh. Tema yang menekankan semangat kesepaduan, persefahaman dan kemanusiaan rakyat pelbagai kaum dipilih bagi menyemarakkan sambutan tahun ini.

Ditambah dengan lagu tema Sehati Sejiwa ciptaan Siso Kopratasa dan Yuri Edris yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Alif Satar diharap dapat menarik golongan muda untuk menghayati lagu bertemakan semangat kebangsaan itu.

Apa pun harus ada kaedah terbaik untuk meningkatkan penyertaan masyarakat khususnya golongan muda dalam pelbagai program sambutan kemerdekaan. Aktiviti yang mengikut peredaran masa dan dekat di hati mereka perlu dipertingkatkan. Penganjuran larian merdeka atau apa sahaja aktiviti yang disukai golongan muda wajar diperbanyakkan bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan generasi akan datang.- utusan.com.my

Sumber DD - 20-8-2015


Institut pentadbiran masih kekal walaupun pemimpin berubah

Posted on Thursday, August 20 @ 14:12:19 MYT by paktam

Oleh Alyaa Alhadjri


Menyingkirkan ketua eksekutif kerajaan melalui undi tidak percaya bukanlah satu jenayah, menurut pakar perlembangaan.Walaupun kekecohan tersebut ditimbulkan oleh beberapa pihak, pakar perlembagaan undang-undang Prof Dr Shad Saleem Faruqi berkata, “banyak perkara yang sah (di bawah undang-undang) selagi mana ia dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.”


Dalam kes ini, kekecohan terbaru ini dicetuskan oleh dakwaan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata seorang pemimpin kanan Umno menjadi dalang plot untuk “menjatuhkan kerajaan” melalui akuan bersama (SD) dari wakil rakyat parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang.

Zahid dilaporkan mendakwa yang SD ini akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukan penggubal undang-undang sudah hilang keyakinan kepada pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, berikutan skandal RM 42 bilion 1MDB dan skandal derma RM 2.6 bilion.

Menteri Dalam Negeri itu seterusnya mendakwa SD yang dikutip untuk menggerakan keperluan pembentangan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tindakan yang berpotensi dihalang oleh Yang di Pertuan Dewan Pandikar Amin Mulia.

Memberikan komen kepada kenyataan Zahid yang dia telah memberikan polis maklumat tentang plot tersebut, Shad Saleem memberitahu Semut Harian: “Tidak menjadi kesalahan bagi MP untuk menyingkirkan PM selagi mana tiada elemen rasuah atau cubaan mengenetepikan sistem.

“Sedihnya, ini (ketidakstabilan peraturan) ialah sebahagian daripada demokrasi berparlimen,” katanya.

Pada 18 Ogos, Malaysiakini memetik Zahid sebagai berkata yang dia telah menyerahkan maklumat supaya polis boleh menjalankan siasatan dan kemudiannya membuka kertas pendakwaan dalam kes itu.

Zahid juga menyifatkan 20 penggubal undang-undang yang terlibat dalam plot itu merupakan pengkritik daripada BN dan Pembangkang sebagai taktik gangguan semata-mata.

Walaupun mengakui yang ketidakstabilan demokrasi berparlimen ialah salah satu aspek “yang tidak dimahukan” dalam sistem, Shad Saleem juga menekankan yang pembentangan undi tidak percaya ialah langkah yang dibenarkan oleh Parlimen.

Untuk menyokong hujahnya, Shad Saleem memetik beberapa kejadian dalam sejarah politik Malaysia apabila seorang pemimpin disingkirkan melalui undi tidak percaya.

Kes terawal pada September 1966 di Sarawak apabila ketua menteri ketika itu Stephen Kalong Ningkan disingkirkan daripada jawatan dan digantikan oleh Tawi Sli.

Menurut laporan kejadian, pada 16 Jun 1966, 21 daripada 42 ahli perundangan negeri telah menghantar petisyen kepada Gabenor Sarawak Abang Haji Openg dan menyatakan yang mereka sudah hilang keyakinan kepada Ningkan.

Ningkan, akhirnya tewas dalam pertembungan undang-undang untuk mencabar keputusan tersebut yang turut mencetuskan krisis perlembangaan, telah disingkirkan daripada jawatan selepas dia enggan meletakan jawatan walaupun pentisyen itu sudahpun diluluskan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Satu lagi contoh terkini, menurut Shad Saleem, ialah krisis perlembagaan di Perak pada tahun 2009 yang terjadi berikutan kejadian lompat parti tiga orang wakil rakyat negeri Pakatan Rakyat ke dalam Barisan Nasional.

Sultan Perak ketika itu enggan memperkenankan permintaan Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan dewan undang negeri dan mengadakan pilihanraya baru.

Sebaliknya, BN dengan sokongan tiga orang wakil rakyat yang berpaling tadah itu telah membentuk kerajaan negeri baru- keputusan yang dipersetujui pada Febuari 2010 oleh keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengiktiraf Zambry Abdul Kadir selaku menteri besar yang sah.

Kejadian lain yang lebih kurang sama melibatkan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976; bekas Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977; bekas Ketua Menteri Sabah Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1994; dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pada awal tahun ini.

Mengenai pandangan Zahid yang Pandikar akan menghalang cubaan membentangkan undi tidak percaya, Shad Saleem menyifatkan ia sebagai “spekulasi semata-mata” kerana Parlimen hanya akan kembali bersidang pada bulan Oktober nanti.

Dalam perkembangan berkaitan, parti Islam PAS pada 19 Ogos telah mengisytiharkan yang ia akan menyokong undi tidak percaya yang dibentangkan kepada Najib.

“PAS akan memberikan undi menyokong usaha (untuk menyingkirkan Najib selaku PM) kerana sangat jelas rakyat sudah tidak boleh menerima segala tindakan yang dilakukan (untuk mempertahankan 1MDB) dan jawapan yang diberikan berkenaan derma RM 2.6 bilion,” kata timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataanya.

Ini terjadi walaupun presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 31 Julai memberikan sokongan penuh kepada Najib, berkata yang segala perubahan perlu dilakukan melalui “saluran yang betul”- melalui kemenangan dalam pilihanraya umum.

Berkenaan hal itu, PAS kini mempunyai 21 MP daripada 88 MP pembangkang, berbanding BN yang mengawal 134 kerusi persekutuan selebihnya.

Masih tidak jelas samada adakah mana-mana wakil rakyat BN yang berani untuk menyokong usul itu sekiranya ia dibentangkan, walaupun khabar angin ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka bertiup kuat.\

Bagaimanapun, apa yang jelas ialah, penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya atau petisyen langsung kepada Yang di-Pertuan Agong adalah kaedah yang diperuntukan di bawah sistem demokratik Malaysia.

Dan pastinya, menyingkirkan perdana menteri atau ketua negeri sedia ada tidak sama dengan cubaan “menggulingkan kerajaan”- yang sering menggunakan kuasa paksaan- kerana institusi pentadbiran yang diwakili oleh wakil rakyat masih kekal wujud, cuma dengan pemimpin yang berbeza.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com
- See more at: http://bm.theantdaily.com

Sumber DD - 220-9-2015


Adakah kita benar-benar tahu bila suatu derma itu bukan satu derma?

Posted on Monday, August 17 @ 19:36:16 MYT by paktam

Oleh Mariam Mokhtar 

Derma adalah satu pemberian, atau sumbangan untuk sebab yang wajar ataupun kebajikan. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu keperluan atau kemestian. Kadangkala, ia boleh jauh menyimpang, dan contoh-contoh derma menjadi kurang berkebajikan adalah seperti senarai di bawah. Orang yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan sebab-sebab atau kebajikan yang sah, untuk menyembunyikan niat sebenar terhadap yang dikatakan “derma” itu.


Pertama. Penderma membayangkan yang beliau menceburi satu perusahaan perniagaan dan berfikir yang beliau harus mempunyai syer keuntungan, dan mempunyai suara dalam menguruskannya. Pihak penerima tidak melihat ianya sebegitu dan kekal menganggap yang duit itu adalah satu derma.

Syarikat, badan kebajikan dan parti politik dikawal selia oleh pertaruran ketat, supaya pengaruh atau pertolongan tidak boleh dibeli. Dalam derma politik, penderma, jika beliau seorang individu, mesti disenarai sebagai pengundi berdaftar. Beliau mesti tidak tinggal di luar negara atau lari dari cukai. Kesemua transaksi mestilah telus dan terbuka. Bolehkah kita jamin perkara ini di Malaysia?

Kedua. Sesuatu yang terjadi lebih kerap akhir-akhir ini, iaitu menyalurkan derma sah ke dalam akaun peribadi, jadi penerima yang disasarkan tidak menerima wang itu. Selepas tsunami 2004, orang ramai menderma dengan murah hatinya, demi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, mangsa-mangsa tidak menerima sebarang wang.

Pada Jun 2005. BBC menulis laporan bertajuk “The mystery of Malaysia’s tsunami aid” (Misteri bantuan tsunami Malaysia) yang mempersoalkan kelewatan dalam pengagihan dana derma yang besar itu, untuk membantu mangsa tsunami 2004. Ia menyatakan bahawa derma itu telah menunjukkan sikap yang terbaik dan terburuk rakyat Malaysia.

Derma-derma yang berjumlah sehingga jutaan ringgit, yang telah diraih oleh media dan kempen hiburan, telah diserahkan kepada kerajaan untuk diagihkan tetapi malang sekali pengagihannya dibelenggu dengan kelewatan dan kontroversi.

Ketika disoal, timbalan PM pada waktu itu Najib Abdul Razak, mendakwa bahawa “ianya bukan mudah untuk mengenal pasti penuntut yang sahih” dan menekankan sebaliknya, rumah baru telah dibina di Langkawi untuk menggantikan rumah yang telah dihanyutkan.

Di Pulau Pinang, mangsa beragama Islam mendakwa bahawa lebih mudah untuk mendapatkan bantuan daripada badan kebajikan Buddha dan Tao, ketika sumber media memberitahu BBC bahawa derma dan hadiah jarang sekali melalui ketua kampung.

Ketiga. Penderma mungkin menggubah wang haram, dengan menderma kepada badan kebajikan, dan kemudian mengarahkan bahawa dana itu dipindahkan ke luar negara, untuk menyembunyikan sumber sebenar dana itu.

Keempat. Hasil jenayah dapat disembunyikan, dengan membuat derma wang tanpa dikenali untuk kebajikan yang kemudiannya pindahkan dana kepada seorang “penerima”.

Kelima. Sejumlah besar wang disembunyikan sebagai derma, mungkin untuk mengelak pembayaran cukai. Penderma cuba untuk mendapatkan pelepasan cukai terhadap derma mereka, tetapi meletakkan syarat tentang bagaimana badan kebajikan itu harus diuruskan, atau meminta syarikat tertentu menawarkan perkhidmatan kepada badan kebajikan itu.

Kadangkala, ia hanya perlu penderma yang tidak disengajakan atau penerima yang tidak jujur, untuk membuatkan “derma” itu bertukar menjadi buruk. Mujurlah, Malaysia dirahmati dan kita tidak mempunyai orang yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan sistem derma kita.

Sumber DD - 17-8-2015

Malaysiaku yang sakit

Posted on Sunday, August 16 @ 16:55:36 MYT by paktam

Oleh Young Syefura Othman

Malaysia, negara yang banyak keistimewaannya. Tetapi memasuki usia 58 tahun merdeka, negara ini tampak seolah-olah sedang sakit. Hilang sudah daya saing, berganti dengan satu demi satu skandal urus tadbir. Malaysia sedang perlahan-lahan memasuki fasa zaman gelap.

Negara terus dipimpin mereka yang lemah dan sistem urus tadbir yang sangat rapuh dan korup. Satu kombinasi yang membawa bencana kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Pemerintah tidak lagi memikirkan dasar yang baik untuk masa depan Malaysia. Segalanya berdasarkan kepada perkiraan untung poket masing-masing.


Sehinggakan pendidikan tertiari juga menjadi produk meraih keuntungan berlipat ganda sambil anak muda lepasan universiti terus menanggung beban hutang pinjaman pendidikan.

Sektor ekonomi semakin hilang arah tuju. Nilai matawang ringgit Malaysia terus mencipta rekod terburuk. Aliran keluar wang haram terus mengukuh. Keadaan kos sara hidup memuncak di kala pendapatan rakyat tidak jauh berbeza seperti zaman 80-an dan 90-an. Pasaran saham merudum. Petronas juga kehilangan separuh keuntungannya berbanding suku kedua 2014.

Sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi tunggak pemerintahan negara semakin tenat. Cabang eksekutif menjadi terlalu berkuasa. Legislatif dan kehakiman sudah hilang cengkaman. Terpaksa tunduk sahaja kepada setiap kemahuan eksekutif. Tiada lagi semak-dan-imbang. Lagak eksekutif seperti diktator pada ketika ini.

Umno-Barisan Nasional (BN) sudah gagal sama sekali. Baik dari segi politik, pentadbiran negara, pengurusan ekonomi sehinggalah kepada gagal dalam mencipta dan menggilap potensi berdikari dalam diri setiap anak bangsa Malaysia.

Umno-BN hanya mencipta rakyat yang kekal bergantung kepada kerajaan kerana dengan keadaan ini sajalah mereka akan kekal berkuasa.

Hari ini Malaysia sedang berada di persimpangan. Satu persimpangan yang bakal menentukan sama ada Malaysia akan kembali berdaya saing atau akan mengikut jejak langkah Greece. Kita semua perlu ingat dan faham, ini adalah zaman krisis paling buruk bagi negara kita.

29 Ogos ini adalah tarikh keramat untuk semua anak bangsa Malaysia khususnya anak muda. Kita akan berkumpul selama 36 jam di Dataran Merdeka. Dengan berbekal semangat untuk menyelamatkan negara yang dicintai ini.

Kita perlu dilihat sebagai kolektif untuk menghantar mesej yang kuat kepada kerajaan yang korup masih terdapat ramai orang menonton apa yang kerajaan sedang lakukan.

Anak muda Malaysia harus bangkit untuk merubah masa depan negara ini. Ayuh bersama dalam Himpunan Bersih 4. – 16 Ogos, 2015.

*Penulis merupakan koordinator Impian Kelantan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysiaku-yang-sakit-young-syefura-othman#sthash.2Jhw65OM.dpuf


Sumber DD - 16-8-2015        

Apa yang dilakukan kerajaan tentang ringgit yang semakin jatuh merudum?

Posted on Saturday, August 15 @ 22:37:30 MYT by paktam

oleh Joe Leong 

Tiada sebarang tanda-tanda kejatuhan ringgit akan berhenti dengan ia jatuh kepada nilai rendah baru 4.0805 pada penutup dagangan mingguan pada jam 5 petang 14 Ogos.

Dalam masa sama, Indeks Komposit Kuala Lumpur telah jatuh 24.8 mata kepada bawah paras genting 1,600 kepada 1,596.82, paling rendah sejak Jun 2012.

Ringgit jatuh melalui paras sokongan 3.9 terhadap Dollar Amerika pada 6 Ogos ketika ia jatuh kepada 3.9125 terhadap Dollar Amerika pada 5 petang hari itu.

Ringgit telah jatuh kepada nilai rendah niaga harian pada 4.1270 berbanding Dollar Amerika pada 14 Ogos sebelum berupaya pulih sedikit untuk menutup hari itu pada 4.0805. Penutup hari sebelumnya adalah 4.0107.

Dan semua petunjuk melihatkan yang penurunan ini akan berterusan.

Penganalisa berkata Malaysia adalah fokus penjualan ekuiti asing, terutamanya saham mewah, kerana ringgit yang lemah dan juga isu-isu domestik, menurut The Star Online dalam laporannya pada 14 Ogos.

Ringgit juga telah merekodkan nilai terendah berbanding Dollar Singapura hari itu, selepas ia merudum kepada paras terendah sejak 17 tahun berbanding Dollar Amerika. Berbanding Dollar Singapura, ringgit meudum 1.55 peratus kepada 2.9109 pada jam 11.45 pagi daripada penutupannya 2.8665 pada 13 Ogos.

Ringgit mencatatkan kerugian dagangan pada 2.8944 sehingga jam 2:04 petang. Rekod dagangan pada 14 Ogos menunjukkan nilai rendah 2.87420 dan tinggi 2.93036, dan penutup 2.90035. Ringgit sekarang ini bernilai 0.34501 berbanding Dollar Singapura.

Akhbar Singapura Straits Times berkata kejatuhan ringgit kepada nilai terendah berbanding Dollar Singapura dan Amerika terdahulu pada Jumaat telah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak, pergolakan politik di tanah air, dan juga kebimbangan mengenai pasaran membangun berikutan keputusan mengejut China untuk menurunkan nilai mata wangnya lebih awal dalam minggu itu.

 
Ia menyebut bahawa “Pelabur-pelabur antarabangsa telah membawa keluar wang dari Malaysia, di mana Perdana Menteri Najib Razak sedang bergelut untuk menepis dakwaan korupsi melibatkan firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB)”.

Ia berupaya pulih untuk berdagang pada 4.0660 kepada Dollar Amerika pada jam 2:04 petang, membawa kerugian minggu itu kepada kira-kira 4.5 peratus.

Malaysia turut telah mengeluarkan rizab tukaran asingnya dengan banyak untuk mempertahankan mata wangnya di tengah-tengah skandal politik, penurunan nilai yuan dan kejatuhan harga minyak.

Star Online telah melaporkan lebih awal bahawa ringgit yang lemah dan isu politik tanpa henti dalam negara memberi kesan kepada sentimen pengguna dan memberi impak negatif kepada sektor peruncitan tempatan.

Ringgit yang lemah memberi kesan kepada kos barangan kerana kos import yang lebih tinggi, menurut pengarah urusan Retail Group Malaysia (RGM) Tan Hai Hsin. “Ini akan menjurus kepada harga runcit yang lebih tinggi. Kos import yang lebih tinggi memberi kesan kepada semua sektor runcit, daripada kedai runcit, restoran, kedai fesyen, kedai perabot, kedai barangan elektrik dan elektronik,” beliau memberitahu StarBiz.

Tan menambah bahawa perkembangan politik sekarang dalam negara ini memberi kesan kepada penjualan runcit secara tidak langsung.

Memandangkan kerisauan terhadap impak negatif ringgit yang lemah, rakyat Malaysia difahami akan melihat kepada kerajaan adakah ada langkah baru akan diambil untuk menangani kejatuhan mata wang ini.

Walaupun Najib, yang juga menteri kewangan, telah memberi komen terhadap perkara ini di dalam blog beliau pertengahan minggu ini, beliau tidak memberitahu langkah apa yang akan dilakukan kerajaan untuk menangani kejatuhan ringgit yang semakin pantas.

Beliau sekadar mengenal pasti beberapa faktor yang mungkin mencetuskan kejatuhan ringgit. “Permainan politik yang ada dan spekulasi tegang telah menghasilkan sentimen tidak menentu kepada pentadbiran,” beliau menulis.

Menurut Najib, tindakan China untuk menurunkan nilai yuan turut telah menyebabkan nilai ringgit dan juga matawang Asia Tenggara lain jatuh.

Beliau berkata sebab lain kejatuhan ringgit adalah jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedahnya, yang akan membuatkan pelabur seluruh dunia memindahkan dana mereka kepada dollar.

Perdana menteri itu berjanji bahawa Putrajaya akan melakukan yang terbaik untuk menangani masalah ini “Saya memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan situasi ini dengan tujuan untuk menstabilkan ekonomi negara ini,” beliau berjanji.

Dalam masa sama, Bank Negara telah menjelaskan bahawa ia tidak akan menambat ringgit, ataupun memulakan kawalan modal kepada negara.

Gabenor Dr Zeti Akhtar Aziz berkata “Saya mahu menekankan yang kita tidak menjangka akan menambat mata wang. Saya juga mahu menambah bahawa kita juga tidak akan melaksanakan kawalan modal.”

Beliau berkata seperti sebelum AS mengurangkan peringanan kuantitatifnya, pasaran tidak menentu, tetapi sebaik sahaja ia berlaku, pasaran akan stabil.

“Saya percaya sebaik sahaja persekitaran luaran bertambah baik dan sebaik sahaja kita selesaikan isu-isu domestik, matawang kita akan bertambah baik mencerminkan asas-asasnya,” beliau memberitahu media di Kuala Lumpur.

Gabenor Bank Negara Malaysia itu berpandangan bahawa kesan penurunan nilai ringgit adalah mampu diuruskan dan sifat pelbagai ekonomi Malaysia akan membantu menahan risiko dan cabaran daripada mata wang yang lemah. - See more at: http://bm.theantdaily.com

Sumber DD - 16-8-2015

SPRM pencetus politik baharu

Posted on Saturday, August 15 @ 21:38:54 MYT by paktam

Oleh Azlan Sharif

SPRM memang dan semestinya bebas politik, agama, ketenteraan. Non-political, non-religous, non-military. Apa yang berlaku terhadap SPRM ini membuka harapan baru kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin papa kedana.

Semua rakyat bersatu bergabung melalui kumpulan Rakyat Bersama SPRM (RBS) ini, menyokong SPRM menentang rasuah, kezaliman, penindasan terhadap rakyat.

Tiada kezaliman yang tidak libatkan rasuah. Seperti kata oranh Melayu, tidak akan jadi sihir jika tidak ada libatkan jin iblis atau syaitan.

Kumpulan RBS ini membukti kita semua rakyat yang berbilang agama, bangsa, latar belakang boleh bersatu, bergabung dengan satu tujuan menyatakan sokongan kita kepada SPRM.

RBS buktikan mereka bukan politik parti, politik agama, politik bangsa, politik chauvinis, politik ekstremis dan sama sekali bukan politik ketenteraan atau hendak merampas kuasa.

Dengan sebab musabab apa yang berlaku kepada SPRM ini, mencetuskan dan membuka ruang selebar-lebarnya kepada politik baru.

Politik keadilan dan kebenaran yang berasaskan keterbukaan, kesamaan, keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Bukan politik partisan dan kebencian.

Kita jadikanlah contoh apa yang sudah berjaya grup RBS ini lakukan sebagai panduan dan tauladan politik baru kepada semua rakyat Malaysia.

Kita teruskanlah kesatuan rakyat ini, teruskan momentumnya ke arah politik baru sehingga PRU14 nanti. Kerajaan demokrasi acuan rakyat.

Selaras dengan kerajaan Malaysia adalah Kerajaan Raja Berperlembagaan, di mana Perlembagaan adalah ditetapkan Parlimen secara demokrasi melalui ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat dari seluruh negara menerusi pilihan raya, maka adalah jelas kerajaan adalah kerajaan pilihan rakyat secara demokrasi berparlimen.

Sebagaimana yang diketahui, pilihan raya adalah untuk memilih wakil rakyat dan bukan untuk memilih wakil parti.

Wakil-wakil yang dipilih adalah mewakili rakyat yang dipanggil Wakil Rakyat. Sama sekali bukan dan tidak boleh dipanggil wakil parti.

Kabinet dibentuk untuk melaksanakan kuasa pentadbiran negara dengan keanggotaannya dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen yang dipanggil sebagai Jemaah Menteri.

Amalan masa kini perdana menteri dilantik secara automatik daripada parti yang memperoleh majoriti kerusi Parlimen.

Perdana menteri pula yang akan melantik sesiapa yang disukainya sebagai jemaah kabinetnya.

Dengan kata lain, pemerintahan negara diserahkan sepenuhnya kepada satu orang sahaja, iaitu perdana menteri, bukannya Parlimen.

Sistem sebegini mencabul takrifan demokrasi melalui wakil rakyat.

Ini juga menyeleweng takrifan dan fungsi sebenar Parlimen. Parlimen bukan lagi kerajaan tetapi dipecahkan kepada kerajaan dan pembangkang yang mana sebenarnya adalah parti perdana menteri dan parti-parti lain.

Malah pembangkang dicop pula sebagai bukan kerajaan sedangkan mereka semuanya adalah Ahli Parlimen dan semua Ahli Parlimen itu adalah kerajaan.

Amalan memberi kuasa penuh kepada perdana menteri ini terbukti menyebabkan rakyat jelata semakin sengsara, tertekan, teraniaya, semakin miskin dan berbagai penindasan serta kezaliman lagi. Ini adalah sistem monopoli mengekalkan kuasa yang ditinggalkan penjajah.

Ia adalah punca kepada segala masalah yang timbul, maka inilah yang mesti dibetulkan, dibuang dan digantikan dengan yang lain. Inilah 'defect'nya.

Maka dengan politik baru ini, perdana menteri dan Kabinet hendaklah dilantik secara demokrasi semua ahli parlimen. Perdana menteri adalah Menteri Perdana (Prime Minister), menteri yang mengetuai Jemaah Menteri.

Ini membolehkan perdana menteri dan jemaah kabinet bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukannya kepada parti. Tidak ada sebarang kepentingan atau campur tangan parti. Parti bukan kerajaan.

Ini juga bermakna sebarang salah laku perdana menteri tidak boleh dihalalkan dengan berselindung di sebalik partinya.

Dengan politik baru ini kita bawa pilihanraya kembali kepada asas takrifan demokrasi, memilih wakil rakyat dan bukan memilih wakil parti. Namanya pun wakil rakyat.

Janganlah kita benarkan seperti apa yang berlaku selama ini, seperti yang sedang kita hadapi sekarang dimana nasib negara dan seluruh rakyat diletakkan kedalam tangan satu orang sahaja!

Rasuah penyelewengan salahlaku dan pecah amanah, dana politik, derma politik, politik duit, tangan ghaib, 'the untouchable' dan seumpamanya merosakkan negara seperti yang berlaku sekarang.

Bangunlah semua rakyat malaysia. Berikan sokongan anda bukan sahaja supaya SPRM kekal bebas, telus, adil dan bertindak secara profesional dan berkecuali malah lebih besar lagi kearah kerajaan dan pemerintahan negara mengikut kehendak dan acuan rakyat. Kerajaan rakyat dengan Raja Berperlembagaan. – 14 Ogos, 2015.

* Penulis ialah aktivis masyarakat

Sumber DD - 16-8-2015


Wartawan Melodi Hina PM Digantung Tugas
Posted on Sunday, August 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi terbitan TV3, dikatakan telah digantung tugas selepas memuat naik status dan gambar di laman Instagram yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tiada pengesahan rasmi daripada Media Prima berhubung laporan itu.

Sebelum ini, Zuan Azmi yang lebih dikenali Zuanbikinpanas dalam program hiburan berkenaan memuat naik sekeping gambar Najib yang telah diedit.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, dia kemudian memohon maaf.

“Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,” tulisnya di laman Instagramnya.

Jelas Zuan lagi, gambar yang dimuat naik itu bukan yang dihasilkannya tetapi telah diedit oleh orang lain.

Dia mendakwa diperolehinya daripada Whatsapp.

“Caption “Amboi posing takmau kalah no” juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara,” jelasnya.- FMT

Sumber TKO - 16-8-2015

Harapan baharu atau haru-biru?

Posted on Friday, August 14 @ 08:11:35 MYT by paktam

Oleh ZULKIFLEE BAKAR 

HARI ini kalau mengikut perancangan awal, secara rasminya Pas akan berpecah. Sekumpulan pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu akan bergabung menubuhkan parti baharu.

Walaupun mereka sudah memulakan langkah melalui apa yang dipanggil Gerakan Harapan Baru (GHB), ia akan dibentuk menjadi sebuah parti politik yang mendapat sokongan paling padu daripada DAP, musuh ketat Pas dalam pakatan pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Pas dalam GHB yang antara mereka sedang menikmati gaji dan elaun sebagai wakil rakyat hasil perjuangan dan sokongan ahli-ahli Pas akan bergabung di dalam parti tersebut.

Sebelum ini Pas pernah menempuh badai perpecahan apabila terwujudnya Hizbul Muslimin (HAMIM), Berjasa dan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM). Walaupun ada dalam kalangan pemimpin GHB mendakwa, mereka bukan serpihan Pas, ini boleh dianggap kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Malah berbanding parti-parti serpihan Pas sebelum ini, GHB agak unik kerana ketika mereka menguar-uarkan akan memperjuangkan Islam rahmat untuk semua, di dalam parti baharu itu akan terdapat pemimpin-pemimpin yang berasal daripada UMNO dan antaranya amat diketahui ke arah mana pemikiran mereka.

Tetapi tiada apa yang hendak dihairankan kerana majoriti pemimpin-pemimpin GHB terdiri daripada mereka yang sehati dan sejiwa dengan kehendak politik DAP. Sebab itulah mereka bersedia me­ninggalkan Pas apabila golongan ulama menguasai parti itu sepenuhnya dalam pemilihan lalu.

Kalau benar mahu memperjuangkan Islam sudah pasti mereka tidak akan meninggalkan Pas sebaliknya mereka akan terus berada dalam parti itu tetapi kekecewaan akibat tewas dalam pemilihan parti tidak dapat dibendung lagi. Banyak tindakan Pas dilihat tidak selari dengan kehendak politik mereka yang terlalu menurut kemahuan dan agenda DAP. Justeru cara terbaik adalah keluar daripada Pas.

Bagaimanapun mereka tidak harus lupa, sejarah politik negara membuktikan tiada parti serpihan Pas yang boleh bertahan selepas pilihan raya. Begitulah juga GHB, berbanding dengan Pas yang sudah mempunyai kekuatan sendiri, nyawa politik GHB bergantung kepada DAP.

Apabila itu berlaku tentulah GHB perlu mengikut apa yang dimahukan oleh DAP dan bukannya berkobar-kobar melaksanakan agenda politik sendiri khususnya dalam melibatkan soal orang Melayu dan Islam.

Kalaulah Pas begitu mudah di­perkotak-katikkan oleh DAP ketika dalam pakatan pembangkang, apa kekuatan yang GHB ada untuk memastikan mereka tidak menjadi ‘pak turut’ kepada DAP yang dianggap sentiasa mahu menjadi ‘taiko’ dalam kalangan parti pembangkang?

Setakat ini, penulis diberitahu, sokongan terhadap GHB tidaklah sehebat mana. Majlis-majlis yang dianjurkan tidak mendapat sam­butan diharapkan. Walaupun ada sedikit sebanyak ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang berkira-kira beralih arah namun ini dikatakan masih belum mampu menggugat Pas.

Bagaimanapun dalam politik segalanya boleh berlaku, tetapi apa yang pasti kehadiran GHB seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis hanya akan memungkinkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu bertambah serius.

“Kita sudah ada UMNO, Pas, PKR dan kini GHB. Kekuatan politik Melayu akan menjadi bertambah lemah, bukan kerana orang lain tetapi kerana kita sendiri,’’ katanya ketika dihubungi.
Oleh itu, kehadiran GHB bukanlah ‘rahmat untuk semua’ atau memberi harapan baharu seperti mana mereka uar-uarkan sebaliknya hanya akan memungkinkan politik orang Melayu menjadi semakin ‘haru-biru’.

Justeru, adalah wajar kepada orang Melayu tidak kira sama ada di dalam Pas atau tidak, janganlah mengikut perasaan untuk menyokong GHB membabi buta. Ini kerana sokongan mereka tidak akan memberikan sebarang keuntungan politik kepada orang Melayu.

Mungkin hujah ini sekali lagi akan dikecam bersikap perkauman atau cuba menakut-nakutkan orang Melayu tetapi fikirkanlah siapakah yang beria-ia benar menyokong kewujudan GHB?

Kajilah apakah kenyataan-ke­­nyataan yang pernah dibuat oleh pemimpin-pemimpin GHB ber­kai­tan orang Melayu dan umat Islam.

Janganlah mengikut emosi da­lam membuat keputusan politik. Usahlah terpengaruh dengan dakyah yang mengheret UMNO dalam perbalahan ini apabila menuduh Pas akan bergabung dengan parti itu.

Menuduh bersekongkol dengan UMNO merupakan bahan paling berbisa bagi meracuni penyokong dan ahli-ahli Pas. Mereka amat tidak menggemari jika kedua-dua parti itu bergabung hatta bekerjasama sekalipun.

Walaupun sudah beberapa kali ditegaskan, tidak timbul soal penggabungan tersebut termasuklah penubuhan kerajaan perpaduan tetapi ini tetap menjadi bahan politik oleh sesetengah pemimpin GHB bagi meraih sokongan.

Sekiranya GHB menjadi parti politik, kawasan manakah mereka akan bertanding? Pas sudah pasti tidak akan memberi laluan kepada GHB. DAP tidak akan korbankan kubu kuatnya untuk GHB. PKR pula tidak akan beralah kepada GHB demi menjaga hati Pas memandangkan mereka sudah sepakat tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Oleh itu ke mana GHB?

Apapun yang pasti GHB sama sekali tidak akan dibenarkan berkuasa melebihi DAP. Oleh itu, apakah keuntungan kepada orang Melayu khususnya penyokong Pas jika mahu mereka menyokong GHB, walaupun ada pandangan dalam kalangan penganalisis politik pro GHB, kononnya penubuhan GHB adalah satu penghijrahan seperti mana peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Membandingkan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan penubuhan parti baru GHB adalah hujah yang tidak munasabah. Rasulullah SAW berhijrah atas perintah Allah SWT manakala GHB ditubuhkan oleh kelompok pemimpin kecewa selepas tewas merebut jawatan.

Apapun kita terpaksa me­nerima hakikat orang Melayu akan berpecah lagi dan politik mereka akan menjadi `haru-biru’ dengan wujudnya sebuah lagi parti baharu oleh GHB. Kehadiran mereka akan disambut dengan tepukan dan kegembiraan oleh ‘pihak lain’ yang semakin yakin agenda mereka semakin mencapai kejayaan.- utusan.com.my

Sumber DD - 14-8-2015



Low dan Khairy, jangan ‘sembang’ , tetapi bertindaklah

Posted on Tuesday, August 11 @ 14:42:29 MYT by paktam

Oleh Robin Stanley Augustin


Sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi hanya mereka yang  berani akan bertindak.Secara asasnya, itulah ciri yang membezakan politikus dan pemimpin.Politikus memang pandai bercakap tetapi untuk menjadi pemimpin sejati, seseorang perlu bertindak.

Sekiranya seorang politikus kata yang mereka akan berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak mereka, maka tindakan mereka perlulah mencerminkan kata-kata tersebut.

Kebelakangan ini, dua orang menteri telah menyuarakan penentangan kepada tindakan kontroversi terbaru yang diambil ke atas Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan siasatan skandal 1MDB.

Dua orang menteri tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low serta, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Walaupun sokongan mereka kepada institusi tersebut dialu-alukan- terutama sekali selepas rombakan kabinet terbaru membuktikan ada risiko menyuarakan penentangan- kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah suara mereka mencukupi?


Bagi pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil (kiri), jawapan kepada persoalan ini ialah “tidak”.

Dalam kenyataan media terbaru, Fahmi mendesak Paul Low dan Khairy untuk meletakan jawatan mereka daripada Kabinet sebagai tanda protes kepada tindakan yang dikenakan terhadap SPRM.

Dia berkata yang tindakan itu memberikan tanggapan buruk bahawa ada cubaan untuk menghalang dan mengganggu proses siasatan berkaitan dengan skandal 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Naib ketua Pemuda PKR tersebut berkata yang kenyataan Low dan Khairy tidak mencukupi dan berdasarkan konsep tanggungjawab kolektif yang dipegang oleh Najib, tindakan terus kekal berada dalam Kabinet, akan menyebabkan mereka kelihatan bersetuju dengan dasar kerajaan.

“Ia (dasar-dasar tersebut) nampaknya merosakan integriti dan kebebasan yang ada pada institusi-institusi pemerhati utama ini.”

Dia berkata yang kedua-dua menteri itu perlu mengambil tindakan yang lebih tegas sebagai tanda protes sekiranya mereka tidak mampu mengubah dasar pentadbiran Najib dan seluruh negara sedang “memerhati” untuk melihat sekiranya mereka berani bertindak, atau hanya cukup berani mengeluarkan kenyatan semata-mata.

Fahmi telah membangkitkan beberapa persoalan penting.

Mendesak menteri meletakan jawatan sebagai tindakan protes tidak asing dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, melihatkan akibat kepada  pengkritik-pengkritik 1MDB yang lantang sebelum ini, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Pembangunan Wilayah Shafie Apdal yang disingkirkan umpama sampah sarap kerana kritikan mereka, desakan untuk Low dan Khairy untuk meletakan jawatan memang masuk akal.

Dua orang tersebut mungkin berpuas hati kerana suara mereka memberi kesan kepada pembatalan arahan pertukaran dua orang pengarah SPRM tetapi kemusnahan reputasi sudahpun berlaku.

Peristiwa terbaru yang berlaku di negara ini hanya akan menghangatkan syak wasangka kepada kerajaan dan ahli-ahli Kabinet.

Rakyat tidak bodoh. Mereka melihat apa yang sedang berlaku dan ramai tidak gembira.

Seperti yang dikatakan oleh Fahmi, mereka yang terus kekal dalam Kabinet akan kelihatan bersetuju dengan apa yang sedang berlaku kini.

Kita sedang dalam persimpangan paling penting pernah wujud dalam sejarah negara.

Kita mahukan pemimpin yang setia kepada rakyat, yang bersuara bagi pihak rakyat, yang akan berjuang untuk rakyat dan akan terus berada di sisi rakyat dan bukan hanya menunjukan kesetiaan kepada seorang individu sahaja.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com

Sumber DD - 11-8-2015


September Ini PAS Bakal Pecah Dua Lagi

Posted on Monday, August 10 @ 09:07:06 MYT by tokdalang

Oleh ramziredang

"September ini bakal menyaksikan tertubuhnya parti islam yang baru, yang membawa konsep 'Islam rahmatan lil 'alamin, rahmat kepada semua. Ianya berlainan sama sekali dengan PAS, yang 'rahmat hanya untuk ulama'. Kalau bukan ulama adalah sekular. Kalau bukan ulama, adalah sampah yang patut dibersihkan. Kalau bukan ulama, adalah barua DAP. Erdogan, nyamuk, bla bla bla.

Bila saja nanti tertubuhnya parti islam baru yang dibawa oleh Harapan Baru, maka dari saat itu akan terbinalah satu Pakatan baharu yang lebih kukuh dari dulu yang menggantikan pakatan rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS.

Bila saja pakatan 2.0 diistiharkan, maka pada saat itu PAS akan melaungkan pula PKR adalah pengkhianat. PKR akan dijaja sebagai tidak setiakawan. PKR akan dijaja sebagai perosak Islam.

Dari rentetan tertubuhnya parti islam baharu nanti, maka akan berlaku satu rancangan momokan besar besaran oleh PAS dan UMNO bahawa melayu dan Islam sangat terancam. Kononnya kuasa orang melayu sangat lemah. Kononnya pada masa itu akan digembar gemburkan kuasa orang bukan Islam terutamanya DAP semakin gagah.(pada saat inipun perkataan chaunvinis telah bermain dibibir semua pemimpin UG)

Dan......dan....tentu sahaja akan diselitkan, oleh kerana Islam dan melayu telah terancam, maka inilah masanya PAS perlu  bersatu dengan UMNO.

Ceramah ceramah akan diadakan seluruh negara. Tamrin, usrah atau apa apa panggilan yang menampakkan islam akan diadakan secara agresif nanti supaya ahli dapat menerima usaha supaya PAS bersatu dengan UMNO.

Namun percayalah, walaupun rancangan ini telah diatur sekian lama oleh sebahagian dari mereka, saya tetap percaya rancangan mereka akan gagal. PAS pasti akan berpecah dua lagi.

Pada masa sekarang memang ramai yang setia dengan PAS, kerana mereka belum tahu agenda jahat yang sedang diaturkan sekian lama oleh sebahagian pemimpin pemimpin PAS.

Saya pernah buat kajian rambang beberapa penyokong tegar PAS dengan bertanya soalan, "Apa akan kamu lakukan jika PAS bergabung dengan UMNO?" mereka menjawab, "tak mungkin".

Saya tanya lagi, "baiklah, andaikata, PAS bergabung dengan UMNO?, andaikan saja ianya  berlaku?"..mereka tetap menjawab, "tidak mungkin"

Satu jawaban psikologi yang menggambarkan mereka sendiri tidak akan dapat membayangkan PAS akan bersatu dengan UMNO.

Mereka mereka ini terlalu naif untuk mengetahui tentang TASK FORCE 2010. Mereka terlalu dungu untuk mengetahui bagaimana abdul hadi menyeludup masuk ke dalam kereta pemimpin UMNO, semata mata untuk dapat masuk ke Seri Perdana.

Dalam tulisan saya yang lalu, saya telah nyatakan untuk meneruskan AGENDA SULIT 2 mereka, mereka akan memainkan sentimen takfiri. Mereka akan gambarkan kepada ahli siapa yang keluar PAS akan jadi seperti keluar Islam. Mereka yang menubuhkan parti baru akan digambarkan sebagai pengkhianat kepada jemaah Islam.

NAH...telah ada bukan? Sehari dua baru ni kita sudah ada membaca di harakah, sehinggakan tahap 'wajib dibunuh'.

Sebagai kesinambungan kepada barang siapa yang keluar PAS adalah seolah keluar perjuangan Islam....akan ada pula 'regu'nya nanti.

Cuba ingat baik baik apa yang saya akan katakan ini dan nantikan keadaannya yang akan berlaku nanti.

Sampai masanya nanti, pemimpin PAS akan menyatakan, UMNO sekarang sudah  tidak sama dengan UMNO yang dulu. UMNO sekarang sudah menerima Islam. UMNO sekarang sudah berlembut. UMNO sekarang sedang cuba menyelamatkan melayu dan Islam. UMNO wajib dipertahankan. PAS perlu bergabung untuk menyelamatkan melayu dan Islam.

Sebenarnya beberapa pemimpin PAS, terutama harun din, sudah tidak sabar untuk bergabung dengan UMNO. Harun din berkata, "sekaranglah masa sesuai untuk bergabung dengan UMNO, jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak bergabung, nanti terlambat ahli tak dapat terima"
Tapi beberapa pemimpin tidak berani hendak menampakkan hal ini macam terlalu drastik.

Dan masa yang sesuai untuk mereka menyatakan hal ini adalah, ketika tertubuhnya parti islam baru yang dibawa oleh harapan baru iaitu pada  bulan september nanti. Andaikata pada masa itu mereka mengambil kesempatan untuk mengistiharkan perlu bergabung dengan UMNO, maka pada saat itulah PAS pasti akan berpecah lagi.

Oleh kerana PAS pada masa itu telah hilang jati diri Islamnya, maka saya memberi tempoh dua tahun untuk PAS berkubur, samada mati terus atau 'hidup segan mati tak mau '


Sumber DD - 10-8-2015


Kabinet Baru Malaysia - Arah Tuju Yang Kabur

Posted on Sunday, August 09 @ 16:42:36 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam 

Jelas kelihatan bahawa tidak banyak kegiatan yang dilakukan oleh Menteri di Malaysia kini yang boleh dikatakan ‘solid’ demi untuk memacu negara ke arah sebuah negara maju. Yang sentiasa dapat dilihat ialah ada dua ‘kegiatan’ yang maha penting yang dilakukan oleh Pak Menteri ( dan Timbalan Menteri ) ia itu samada bercakap dan mempertahankan isu mengenai IMDB dan RM 2.6 billion ataupun mereka membisu, senyap sesenyapnya.


Mungkin aku yang ‘buta’ yang menyebabkan tidak melihat apa yang dilakukan oleh para Menteri kita kini. Mungkin. Mungkin juga agaknya para pemimpin kita ‘bergerak’ dalam diam-diam memajukan bangsa dan negara ini. Mungkin juga. Mungkin juga mereka mengamalkan ‘falsafah’ bersikap ‘seperti penyu’ yang bertelur dalam diam dan tidak ‘seperti ayam yang bertelur riuh sekampung’. Mungkin begitu agaknya….

Dan tidak dapat dibayangkan juga tentang bagaimanalah ‘rupa’nya mesyuarat kabinet yang diadakan pada setiap hari Rabu itu. Mungkinlah agaknya setiap Menteri ‘berhempas pulas’ memerah otak memikirkan tentang bagaimana negara Malaysia ini harus dimajukan supaya setanding dan sama taraf dengan Singapura atau Hong Kong atau Taiwan. Mungkin. Ataupun mungkin juga agaknya mereka sekadar ‘memanaskan kerusi’ dan membincangkan isu-isu remeh tentang projek-projek negara yang boleh mendatangkan keuntungan kepada diri dan keluarga mereka. Mungkin.

Aku beranggapan sedemikian disebabkan telah timbul berbagai kenyataan yang mengatakan bahawa banyak perkara yang menyentuh kepentingan negara tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Isu IMDB dan kisah ‘sumbangan hadiah’ RM 2.6 billion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib tidak dibincangkan dalam kabinet, mengikut sumber yang boleh dipercayai. Dan tidak juga dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Menampakkan dengan jelas tentang ‘tertibnya’ perilaku ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tidak mahu ambil tahu langsung tentang wang keluar masuk yang ‘dijaga’ oleh Presiden parti UMNO.
Kenyataan Tun Mahathir yang menjelaskan hal ini boleh dirujuk apabila beliau menyatakan,”Kerajaan Persekutuan sebagai penjamin bagi pinjaman RM5 bilion adalah kerana Terengganu menolak perkara yang tidak masuk akal. Mengapa Terengganu perlu menarik diri daripada cadangan awal Kerajaan Persekutuan bahawa telaga minyak pengeluaran masa depan menjadi cagaran….Tiada Kertas Kabinet bagi pinjaman 5 billio telah dibentangkan. Tunjuklah Kertas itu untuk orang ramai melihat. …….”

Jelas bahawa isu yang sepenting itu tidak dibincangkan dalam kabinet. Dan tentulah kita bertanya pula bahawa , isu yang macam mana pula yang dibincangkan. Apakah para Menteri kabinet hanya menggunakan forum berkenaan semata-mata untuk bertanyakan tentang elok tidaknya bercuti di Switzerland berbanding dengan bercuti di Hawaii. Ataupun mungkinkah mereka sedang membanding-bandingkan jam tangan yang baru saja dibeli oleh mereka di New Bond Street, London ketika bercuti bulan Disember lepas. Mungkin.

Rakyat Malaysia kini merasakan bahawa tidak ada sesuatu yang mengembirakan hati dan perasaan mereka tinggal di negara yang dikatakan makmur ini. Setiap hari rakyat didedahkan dengan berita-berita ‘sedih’ dan kadang-kadang amat ‘menyakitkan hati’ disebabkan ‘berbezanya’ negara kita Malaysia dengan negara –negara jiran lain. Yang paling menyedihkan kita ialah bahawa sebenarnya kita sudah begitu jauh bergerak kehadapan dan sudah hampir dapat menyamai kemajuan yang dicapai oleh negara Singapaura, Hong Kong, Taiwan. Malah negara Jepun juga pada suatu ketika dulu telah memandang begitu tinggi akan pencapaian negara kita. Malangnya kini kita sudah jauh tinggal dibelakang.

Dengan Thailand kita sudah ketinggalan. Dengan Filipina, Indonesia, Vietnam dan berkemungkinan dengan Burma juga kita akan berada di belakang. Oleh itu tentulah kita amat sedih mengenangkan ‘nasib’ yang menimpa negara kita. Setiap hari kita ‘didendangkan’ dengan ‘lagu-lagu sedih’ dimana nilai ringgit kita sudah hampir merudum. Dan yang anihnya ada Menteri kita yang masih merasakan bahawa kejatuhan nilai ringgit kita belum lagi sampai ke peringkat ‘parah’. Mungkin agaknya beliau merasakan bahawa ‘parah’ yang dimaksudkan beliau ialah apabila nilai ringgit sama dengan keadaan sebagaimana yang dialami pada zaman pemerintahan Jepun di negara kita dulu. Mungkin begitu anggapan beliau agaknya.

Dalam keadaan kemelut dari segenap penjuru ini, para Menteri kita masih lagi terpekik dan terlolong disana sini mempertahankan hujah mengenai IMDB. Mereka ke sana dan ke sini memperkatakan bahawa wang RM 2.6 billion yang ada dalam akaun peribadi DS Najib adalah merupakan hadiah sumbangan daripada pemberi sumbangan yang ‘baik hati’. Ke sana ke mari mereka seolah-olah ‘memaksa’ rakyat menyetujui apa yang mereka perkatakan.

Persoalannya ialah selama mana lagi agaknya para Menteri kabinet akan menjalankan tugas sebegini ia itu ‘menjelas’ dan ‘mempertahankan’ tindakan Perdana Menteri ini. Apakah para Menteri kita tidak merasa bersalah langsung tentang tindakan dan kegiatan mereka itu. Tentulah para Menteri berkaitan tahu dan faham tentang perkara yang sebenar-benarnya berlaku dan apa yang diperkatakan oleh mereka itu adalah sebagai ‘menegakkan benang basah’ semata-mata.

Selama mana lagi agaknya Menteri-Menteri Malaysia akan ‘ditugaskan’ untuk menjalankan tugas sedemikian rupa?

abuhassanadam
9 Ogos 2015
http://abuhassanadam.blogspot.com/

Sumber DD - 8-9-2015 

Puisi Untuk Para Pemimpin
Posted on Sunday, August 09 @ 17:00:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

https://www.youtube.com/watch?v=-o0rqEsxpMI&feature=player_embedded

Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana - Gus Mus

Kau ini bagaimana
Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir

Aku harus bagaimana
Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan (flip-flop)

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain

Kau ini bagaimana
Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
Kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah

Aku harus bagaimana
Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggung jawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bisshowab

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu
Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu

Kau ini bagaimana
Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis (cerewet)
Kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis (tidak perduli)

Aku harus bagaimana
Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
Kau bilang carikan alternatifnya, aku kasi alternatif kau bilang jangan mendikte (mengarah) saja

Kau ini bagaimana
Aku bilang terserah kau, kau tidak mau
Aku bilang terserah kita, kau tak suka
Aku bilang terserah aku, kau memakiku

Kau ini bagaimana
Atau aku harus bagaimana
(A. Mustofa Bisri)

Youtube 


Sumber TKO - 9-8-2015

Rakyat dambakan pemimpin jujur dan bermoral

Posted on Saturday, August 08 @ 22:51:26 MYT by paktam

Oleh Faridah Mohd Tap 

Umum mengetahui krisis moral dan integriti pimpinan tertinggi yang mendapat liputan dalam dan luar negara setelah dikaitkan dengan ketirisan yang berlaku dalam dana awam (1MDB). Amanah yang diberikan rakyat secara terang dibeloti kemudian menggunakan segala kuasa prerogatifnya untuk menekan segolongan individu yang cuba mendedah dan membela rakyat yang tertindas.

Sebagai seorang pendidik yang mendidik anak bangsa dengan etika dan moral di sebuah IPTS merasakan ia suatu cabaran yang sangat hebat apabila para pelajar bertanyakan perihal kepimpinan negara yang sudah terang terpesong dari landasan dimensi moral; penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.

Bagaimana penulis mampu mengatakan kepada para pelajar untuk "hormati kepimpinan kerana mereka adalah pemimpin dan menjadi pembela rakyat sedangkan ia tidak berlaku seperti yang kami harapkan?"

Bak kata Gus Mus dalam puisi ‘Kau Ini Bagaimana atau Aku Harus Bagaimana?’
Aku harus bagaimana

Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain

Rakyat ditekan dalam keterpaksaan. Yang mengatakan kebenaran, disiasat habis-habisan sedangkan yang menjadi suspek utama dibiar bebas dan terlepas. Kami keliru. Adakah ia perbuatan yang bermoral dan jujur?

Pendidik mengajar anak didiknya dengan prinsip-prinsip asas moral iaitu altruism, keadilan dan autonomi sedangkan pimpinan negara sebaliknya. Rakyat diminta mengikat perut dan berbelanja penuh jimat sedangkan pemimpin berbelanja tanpa batas. Malah mendapat derma pula berbilion ringgit. Justeru, bagaimana harus kami menghormati dan mendokong sepenuh hati barisan kepimpinan ini?

Kata Gus Mus lagi,
Aku harus bagaimana
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya

• Mustofa Bisri )

Penulis juga begitu tertarik dan ingin mengingatkan mereka yang membarisi kepimpinan negara tentang sebuah tuntutan Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Nasai yang bermaksud, “ jika Allah bermaksud menjadikan seseorang pemimpin yang baik, Dia akan menjadikan lingkungan terdekatnya terdiri dari orang-orang yang jujur. Jika seorang pemimpin melakukan kesalahan, maka akan diingatkannya, dan jika melakukan kebaikan, maka akan dibantunya….).

Apa yang kami rakyat marhaen mahukan adalah pemimpin yang bermoral, jujur dan bersih daripada sebarang situasi yang mencurigakan seperti pecah amanah. Untuk itu, penulis mendidik para pelajar untuk lebih peduli, sensitif dan teliti dalam pemilihan pemimpin di masa akan datang supaya kebinasaan tidak dibiar terus menggelapkan masa depan kami pemimpin yang rakus. Kami rakyat kecil hanya mahukan negara Malaysia yang sejahtera! – 7 Ogos, 2015.

* Penulis merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sumber DD - 8-8-2015

Lelaki Kumpul Duit Syiling Beli Cincin Berlian Kekasih
Posted on Saturday, August 08 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SEMEMANGNYA benar cinta itu tiada sempadan dan sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar cinta masing-masing.

Seorang lelaki di China ini juga membuktikan bahawa tiada yang dapat menghalang cintanya walaupun tidak mempunyai harta benda sekaya orang lain.

Menurut sumber, Liang Liang yang berusia 30 tahun dikatakan sanggup membawa duit syiling seberat 150 kilogram dengan menggunakan basikal roda tiga miliknya ke kedai barangan kemas di Fuyang.

Di situ dia dilaporkan membeli sebentuk cincin berlian istimewa untuk kekasihnya.

Liang berjanji untuk melamar kekasihnya sejak kecil lagi malah memegang janji itu sehingga ke hari ini dan akhirnya berjaya melamar wanita itu.

Duit syiling yang dibawa Liang itu bernilai lebih RM7,000 sekali gus membolehkannya membeli cincin permata untuk buat buah hatinya itu.

Pekerja kedai tersebut menghabiskan separuh daripada hari mereka untuk mengira nilai duit syiling yang dibawa Liang bagi membuat pengesahan.

Bahkan pemilik kedai tersebut dikatakan telah mempamerkan duit syiling itu di situ bagi membuktikan wujudnya cinta sebenar yang tulus. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-8-2015

Wang besar, kes besar, SPRM tersasar?

Posted on Saturday, August 08 @ 09:05:49 MYT by paktam

Oleh Azlan Sharif

Tidak! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tersasar, sasarannya tepat, peluru ditembak dan mengena sasaran tetapi malangnya tidak boleh diambil! Ada “the untouchable” yang menjaga melindungi sasaran yang ditembak mengena secara “caught-red-handed”.

Wan Noor Hayati Wan Alias wartawan yang membongkar kes rasuah besar yang melibatkan wang besar sejak 2014 juga menerima berbagai ugutan, ancaman, tekanan, sekatan dan gangguan supaya kes rasuah besar ini tidak dilaporkan dalam media

 Tidak ada apa yang mampu dilakukan wartawan untuk melaporkan hasil siasatan selanjutnya.


Jika media menerima tekanan dan ugutan itu biasalah kerana semua maklum belum ada lagi kebebasan media di Malaysia ini. Kerajaan sendiri yang menyekat kewartawanan daripada menjadi satu profesion yang profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.

Tetapi apabila SPRM sendiri menerima tekanan, gangguan dan ugutan, itu langsung tidak boleh diterima. Tersiratnya bermakna ada yang lebih berkuasa daripada Duli Yang di-Pertuan Agong kerana pesuruhjaya SPRM adalah diperkenankan oleh Agong.

Salah satu contoh kes besar yang dibongkar oleh Wan Noor Hayati ialah warganegara ekspres, di mana kewarganegaraan dijual kepada warga asing dengan bayaran mencecah RM1.3 juta ringgit seorang! Bayangkanlah jika bilangannya mencecah 5 juta orang?

Jika RM1 juta seorang bermakna mendapat RM5,000,000,000,000,000,000.00 (dengan 18 kosong).
Jika paling murah RM10 ribu seorang, bermakna mendapat RM50,000,000,000,000.00 (dengan 13 kosong).

Memang wang besar! Dan itu tidak termasuk lagi yang masih “haram” berjuta lagi yang berkeliaran dalam negara.

Dan belum lagi 1.5 juta orang Bangladesh yang hendak dibawa masuk oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mulai tahun hadapan!

Adakah ini tuduhan fitnah? Sudah tentu tidak. Mengambil contoh Sabah sahaja, seperti yang didedahkan tahun lepas dan baru-baru ini, majoriti penduduknya sekarang adalah warga asing pendatang Filipina dan Indonesia, bukan lagi Kadazan Dusun.

Dalam satu operasi di Sabah baru-baru ini SPRM berjaya menangkap sindiket warganegara ekspres ketika sedang melakukan urus niaga. Tiga orang ditangkap berserta peralatan yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Pelanggan berbangsa Cina bersetuju membayar RM1.3 juta.

Apa jadi dengan kes tersebut? Sehingga tulisan ini, ia senyap begitu sahaja. Tahanan dilepaskan, pegawai penyiasat ditukarkan, bahan bukti dan sebagainya. Sesuatu yang pelik bunyinya?

Adakah itu kegagalan SPRM? Sudah tentu tidak tetapi tonto-tonto “the untouchable” di belakang sindiket sudah mendoktrinkan persepsi kegagalan SPRM.

SPRM sudah berjaya melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawabnya. Peringkat terakhir untuk mendakwa di mahkamah adalah terletak di tangan peguam negara.

Boleh kata AG negara, bolehlah. Tak boleh kata AG tak bolehlah. Sehingga kini sprm masih tidak ada kuasa untuk terus mendakwa ke mahkamah, walaupun telah diminta sekian lama.

Warganegara ekspres ini jelas dan terbukti melibatkan rasuah wang besar. Orang awam tak tahu pun nak menyebut berapa ringgitnya yang ada 18 kosongnya. Milion? Bilion? Trilion? Zilion? Quadrimilion? Quadribilion? Entahlah!

Tapi orang awam tahu, dengan wang besar sebanyak itu semuanya boleh dibeli. Jika diberi RM1 juta seorang kepada semua 30 juta rakyat Malaysia, baru berjumlah RM30 trilion.

RM500 beli undi pun sudah terjual. 30 juta rakyat baru RM15,000,000,000.00 iaitu RM15 bilion.
Wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan hilang itu sahaja sudah AS$42 bilion atau RM163,800,000,000.00 iaitu hampir RM164 bilion.

Isu besar, kes besar, melibatkan wang besar maka lebih  besarlah halangan yang dihadapi SPRM. Persepsi negatif yang didoktrinkan selama ini seperti SPRM hanya menangkap ikan bilis sahaja tetapi melepaskan jerung, berjaya diterima benar oleh masyarakat kerana mereka tidak mengetahui duduk perkara ini.

Setelah kebenaran apa yang sebenarnya dilakukan oleh SPRM diketahui, dengan sebab musabab tindakan polis menyerbu SPRM ini, barulah pihak yang skeptikal sebelum ini seperti pembangkang menunjukkan sokongannya kepada SPRM.

Dalam menghadapi cabaran seperti dalam contoh di atas, SPRM memerlukan sokongan daripada semua pihak terutamanya seluruh rakyat Malaysia. Apa yang dilakukan oleh SPRM adalah untuk rakyat.

Jika rakyat tak nak, setakat itu sahajalah SPRM. Jika rakyat nak, berilah kekuatan kepada SPRM dengan menyatakan sokongan anda mendaftar di Facebook “Rakyat Bersama SPRM”.

* Penulis adalah aktivis masyarakat

Sumber DD - 8-8-2015


Hukum Karma
Posted on Friday, August 07 @ 16:03:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Allah pasti membalas apa jua perbuatan yang manusia buat. Samada berbuat baik atau buruk.

Masih ingat bagi generasi yang membesar dengan Majalah Ujang macam saya? ...bagaimana Ujang diisytiharkan muflis kerana hasil karyanya dirompak oleh orang lain yang namanya anda boleh google (saya takkan sebut disini) dan kerana itu Ujang di saman.

Tapi yang mengikuti kisah Ujang pasti tahu tanpa perlu tanya Mr Google.

Kesilapan Ujang (gambar disebelah) yang menghasilkan hasil lukisan kartun Ujang ialah dia tidak mempatenkan hasil karyanya pada waktu itu. Yang mana sekarang dikenali sebagai MyIPO.

Akibatnya, hasil lukisan dan nama "Ujang" telah dipaten oleh orang lain tanpa belas kasihan pada Ujang yang real.

Terduduk Ujang!!!

Lama kemudian....tiba-tiba "HUKUM KARMA" datang jua....kpd yang "menyamun" hasil kerja dan titik peluh orang lain.

Dengan ledakan perubahan teknologi ...jualan majalah Ujang jatuh merosot sebagaimana pengumuman penutupan produksi Ujang dalam gambar ini.

Pengajarannya ialah jangan "MEROMPAK" kerana balasan Allah pasti datang....sebagaimana pastinya datangnya malaikat untuk mencabut nyawa manusia.

#HidupKeranaAllah

Oleh
Zahari Ghani


......
Surat Pembaca

Sumber TKO - 7-8-2015


Dari mana sumber RM2.6 bilion?

Posted on Friday, August 07 @ 12:44:22 MYT by paktam

Oleh Abdul Haq Mohd Nor

Umum mengetahui mengenai skandal RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Malah pegawai siasatan dibawah SPRM sendiri mengakui kewujudan wang tersebut.

Persoalannya daripada mana sumber dana tersebut diperoleh?

Di sini penulis menyenaraikan kemungkinan daripada sumber dana RM2.6 bilion tersebut:


1. 1MDB Walaupun Najib menafikan duit tersebut datang daripada sumber 1MDB, terlalu banyak persoalan masih belum terungkai. Hasil siasatan 1MDB belum berakhir dan tidak dapat dilihat penghujungnya apabila berlaku rombakan Kabinet, pemecatan Ketua Peguam Negara serta siasatan keatas petugas siasatan 1MDB. Terlalu banyak kesangsian ditambah dengan transaksi yang kompleks meilbatkan wang RM42 bilion. Saya yakin rakyat umum sukar memahami transaksi 1MDB yang begitu kompleks!

Bagaimana pula dengan wang RM15.4 billion yang dilaburkan di Pulau Cayman dan PetroSaudi?

Dimanakan wang tersebut? Hakikatnya wang tersebut tidak dapat dibuktikan kewujudannya.

2. Derma

Siapa pemberi derma yang budiman tersebut yang sanggup memberikan wang sebesar itu?

Apakah timbal balik daripada pemberian tersebut? Wujudkan sebarang syarat semasa pemberian wang tersebut? Sekiranya SPRM merumuskan duit itu adalah berbentuk sumbangan, adakah ‘derma’ tidak termasuk dalam kategori rasuah? Mengapa SPRM membuat kesimpulan mudah seperti berikut?

Sekiranya berlaku pemindahan wang sebesar itu, mengapa Bank Negara tidak bertindak sebelum ini? Mengapa LHDN tidak berusaha mengejar penerima sepertimana LHDN gigih mengejar serta menyaman pembayar cukai yang lain?

3. Kebocoran perbelanjaan negara

Setiap tahun Ketua Audit Negara mengesahkan kebocoran wang negara hampir RM20 billion setiap tahun. Di mana wang tersebut hilang? Adakah kemungkinan melalui proksi-proksi yang dianugerahkan kontrak dan tender seperti dilakukan pada era Tun Dr Mahathir Mohamad?

Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat yang melakukan transaksi perniagaan di Cayman Island?

Berapa banyak akaun syarikat dan rakyat Malaysia di Cayman Island? Bagaimana pula dengan skandal Mara yang masih belum selesai yang menunjukkan berlaku transaksi yang meragukan di negara tersebut?

Maka, saya berharap perdana menteri serta seluruh Kabinet baru dapat menjawab persoalan-persoalan di atas secara tuntas untuk menghilangkan keraguan kami kepada kerajaan Malaysia
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 7-8-2015        


Kebingungan seorang rakyat biasa


Posted on Friday, August 07 @ 12:52:31 MYT by paktam

Oleh Shin Sar Yeam

Nampaknya produktiviti kebanyakan rakyat menurun sejak kebelakangan ini. Lebih tumpuan diberikan kepada isu-isu semasa negara. Ada yang tidak pernah mengulas dan tidak pernah endah pada isu-isu politik sebelum ini, kini menyuarakan pendapat sendiri. Hampir setiap hari berita tergempar dipaparkan; dari pendedahan media antarabangsa, perlucutan dan perlantikkan jawatan pegawai-pegawai kanan dan atasan, penahanan pegawai-pegawai penyiasat, punca aliran wang daripada penderma  berjiwa besar dan kemunculan pesawat misteri.

Bilakah ini akan berhenti? Siapakah yang mampu menyelesaikan isu-isu ini? Siapakah yang boleh dipercayai? Siapakah mangsa yang seterusnya? Siapakah yang akan menumpas dan ditumpaskan?

Ramai yang kecewa, ramai yang marah, ramai yang bingung. Namun begitu, ada segelintir yang tidak ada apa-apa perasaan. Juga tidak dapat dinafikan lebih ramai yang merancang untuk berhijrah ke negara yang lebih stabil untuk masa hadapan yang lebih terjamin.


Sememangnya ekonomi negara tergugat dengan isu-isu dalaman. Sampai bilakah nilai wang negara akan terus menjunam? Bingung, memang bingung. Bolehkah kita bangkit semula? Sejauh mana kita boleh bertahan? Bagaimanakah kita dapat mengubah situasi ini? Bolehkan kita menunjuk perasaan seperti rakyat negara jiran?

Nampaknya agak sukar. Mengapa? Salah satu sebabnya adalah kerana rakyat di sini tidak terdesak lagi. Makanan ada, pekerjaan ada, tempat teduh ada, panggung wayang ada, pusat beli-belah ada. Apa lagi yang anda mahukan?

Kemungkinan besar satu tahun dari sekarang ataupun lima, sepuluh atau lima puluh tahun, keadaan masih tidak berubah. Tumpuan akan beralih pada isu-isu lain yang muncul pada masa-masa terdekat. Ini bukan perkara yang baru di negara ini.

Kepada anda yang akan terus menetap di tanahair yang tercinta ini dan percaya pada perubahan dan demokrasi, anda bukan bodoh. Anda hanya mahukan yang terbaik untuk masa depan anda dan generasi yang akan datang.

Pada saat-saat genting ini, musuh kepada musuh anda adalah kawan anda, walaupun berbeza pendapat (terutamanya dalam bidang politik). Tidak salah untuk anda turun ke jalan, ataupun duduk di rumah dengan ‘smart devices’ anda. Jangan biarkan keputusan orang lain mempengaruhi tanggapan anda. Janganlah membuat penilaian hanya kerana orang lain tidak sehaluan dengan anda. Hanya anda yang tahu, hanya Tuhan yang tahu.

Pada 29 Ogos ini, dapatkah jalan raya menjadi medan untuk menunjukkan perpaduan rakyat, perpaduan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, demi sebuah negara yang ‘Bersih’?-TMI

Sumber DD - 7-8-2015


Ada kambing hitam bakal mengaku jadi penderma Najib
Posted on Friday, August 07 @ 12:29:30 MYT by paktam

OLEH NABIHAH HAMIDSeorang veteran Umno menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga.

Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan.


Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.


"Ia sudah dijangka dan bukan satu kejutan, saya pasti mereka akan mencari individu yang kaya mengakui mendermanya," kata Sanusi melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mengatakan, tidak mungkin hanya seorang sahaja yang menderma wang sebanyak itu.

"Yang jelas ialah, kalau rakyat Malaysia yang derma, tidak mungkin seorang sahaja. Yang ada berbilion pun tidak mampu menderma sebanyak itu," kata bekas menteri yang berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Pada masa sama, beliau yang pernah menjadi menteri besar Kedah turut menamakan beberapa nama individu yang kaya sebagai contoh.

"Kenalah cari orang luar negara seperti Sultan Brunei, Bill Gates, Warren Buffet atau yang sekaya itu. Atau pun raja-raja Arab dan anak-anak mereka.

"Orang berniaga tidak mungkin derma sebanyak itu tanpa dapat sesuatu. Itu bukan derma namanya.
"Kecuali kita upah dengan lumayan seseorang yang sanggup mengaku dia yang menderma. Tetapi kenalah yang boleh dipercayai," katanya.

Sanusi turut sinis dengan mendakwa hanya mereka yang mencapai keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi di universiti akan "digunakan" untuk mencari individu yang sanggup menjadi kambing hitam.

"Kenalah pakai tokoh yang CGPA 3.85 untuk mencari penderma ini," katanya yang melahirkan keyakinan derma tersebut bukan dibuat ahli Umno, kerana pada kebiasaannya, yuran tahunan parti mereka sendiri dibayar ketua bahagian.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang wujud.

Bagaimanapun, ia bukan wang dari syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau entiti berkaitan dengannya seperti dakwaan pihak tertentu bulan lalu.

Menurut SPRM, wang itu ialah sumbangan derma politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Semalam, badan anti rasuah itu mengeluarkan satu lagi kenyataan menyatakan ia sudah mengenal pasti penderma itu yang merupakan seorang dari Timur Tengah tetapi tidak mendedahkan identitinya.

Ia juga mengatakan Najib akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu.
- www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 7-8-2015         

Duit, kuasa dan Tuhan

Posted on Thursday, August 06 @ 14:58:52 MYT by paktam

Oleh Meor Yusof Aziddin 

Memang benar duit bukanlah segala-galanya dalam hidup ini tetapi jika kita hidup tanpa duit yang mencukupi, ianya akan menjadi punca segala masalah. Apatah kita yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur ini.

Di kota ini, masih ramai para gelandangan yang tidur di merata-rata tempat seperti di bawah jambatan atau di celah-celah lorong bangunan yang kotor.

Puncanya mereka tidak punya duit yang mencukupi, bukan sahaja untuk membayar kos sewa rumah yang semakin membebankan, bahkan untuk menyara diri mereka sendiri pun mereka tidak mampu.

Kota ini tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka yang malas dan kuat berangan. “Take it or Leave it”, itu sahaja. “Give up” maknanya kita akan termasuk dalam golongan yang putus asa dan kecewa.

Kita lihat para warga keluar pada waktu subuh lagi untuk mencari rezeki sambil meredah “traffic jam” yang teruk saban hari. Pulang pula walau pada waktu petang namun atas sebab kesesakan jalan raya, sudahnya sampai ke rumah jam 9 malam ke atas juga.

Mereka melakukan itu demi untuk mencari sejumlah rezeki untuk menampung kehidupan. Bukan untuk jadi kaya, melainkan untuk meneruskan kehidupan.

Pendapatan mereka kebanyakannya mungkin di bawah RM3000, maka itulah biasanya si isteri juga turut bekerja untuk meringankan beban si suami. Inilah kenyataannya jika kita hidup di Kuala Lumpur.

Segala-galanya mahal. Sewa rumah, sewa kereta, bil itu ini, sudahnya sampai ke mati kita hidup dengan dibebani hutang. Inilah kenyataannya.

Pekerja asing yang bekerja di sini, kos sara hidup dan keperluan mereka segalanya dicatu. Masak sendiri dengan kos yang minimum.

Segala-galanya minimum. Maka itu mereka mampu hidup walau secara ala kadar. Kebanyakan kita tidak mampu melakukan seperti mana yang mereka lakukan.

Lainlah jika kita merantau ke negara luar, pun kita juga akan hidup secara ala kadar sahaja. Seorang kawan saya yang menjadi buskers di luar negara, makanan hariannya hanyalah sekeping roti keras yang dicelup dengan air berserta air mineral.

Dan dia mampu mengumpul sejumlah wang yang agak lumayan hasil duit busking sebelum pulang ke Malaysia.

Pun begitu segelintir dari masyarakat kita mampu hidup senang dan punya duit yang berlebihan.

Kebanyakan mereka ini adalah ahli perniagaan atau ahli politik.

Mereka ini terlalu kaya sama ada hasil dari jalan halal mahupun haram, itu bukanlah persoalannya.

Kekayaan adalah ujian bagi mereka yang memilikinya.

Benarlah seperti yang dikata, jika kita tinggal di negara membangun seperti di negara kita ini, yang kaya makin kaya, yang miskin makin papa.

Sebabnya jika kita punya banyak duit, peluang untuk kita mendapat lebih banyak duit itu cerah berbanding jika kita tidak punya duit yang mencukupi.

Apabila kita merasakan kita ini punya segala-gala terutamanya dalam hal materi dan ringgit, maka sifat kita yang sederhana ini mungkin akan berubah menjadi tamak dan ingin menjadi manusia yang berkuasa dan mampu menguasai.

Kita lihat mereka yang bertelagah di atas sana. Puncanya bukanlah duit,kerana mereka masing-masing sudah memiliki segala bentuk macam materi dan nilainya yang tak terhingga. Mereka hanya inginkan kekuasaan dan punya kuasa untuk menguasai.

Apabila sudah memiliki kuasa walau tidaklah dapat dibandingkan dengan kehebatan dan kuasa sang pencipta, maka mereka yang namanya manusia ini pun mulalah berkira-kira untuk menjadi Tuhan.

Sebabnya Tuhanlah di atas segala-galanya.

Menjadi seperti Tuhan akan menjadikan kita mampu menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal mengikut hukum dan perkiraan kita sendiri. Segalanya di tangan kita sepertimana kita melihat para diktator dunia seperti Hitler, Pol Pot dan Karl Marx antaranya.

Itulah sepertimana yang kita lihat Firaun, yang mengaku dirinya Tuhan walau akhirnya dia juga mati seperti manusia-manusia lainnya di muka bumi ini.

Punya duit yang mencukupi akan melengkapkan kehidupan dan fitrah kemahuan kita. Jika berlebihan pula mungkin akan menjadikan kita manusia yang lupa dan leka. Sehingga akhirnya bila kita memiliki kuasa, maka mungkin di benak kita akan berkata, “ akulah Tuhan”.

Pun begitu, punca segala macam hal di dunia ini adalah “duit”. Bak kata “Perwira Mat Gila”, (siri kartun yang terkenal yang terkandung dalam majalah Gila-Gila suatu masa dahulu ), “ Ada Duit Semua Jadi”.-TMI

Sumber DD - 6-8-2015

Tandas awam sebagai cerminan keadaan negara

Posted on Wednesday, August 05 @ 22:35:09 MYT by paktam

Oleh Mariam Mokhtar

Tandas awam di Malaysia barangkali adalah antara yang paling teruk di dunia. Kita lebih suka membiarkan orang lain membersihkan kotoran kita.

Anda mungkin tidak sedar, tetapi keadaan negara kita banyak persamaannya dengan cara kita menjaga kebersihan tandas ini.
Pertama. Tangisan ini untuk anda, Malaysia.

Rakyat negara itu tahu betapa susahnya berada dalam kapal tanpa nakhoda ketika mengharungi lautan yang tidak diduga. Dalam satu pertemuan secara kebetulan dengan bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam di Queensway, London pada 12 Julai lalu, beliau berkata “Malaysia kini dalam kecelaruan”. Kerisauan itu turut dirasakan bekas perdana menteri Abdullah Badawi, yang ketika berada di luar negara didengar berkata bahawa “Malaysia dalam keadaan yang teruk”.

Kita tidak boleh bergantung kepada dua tokoh ini untuk mendapatkan penyelesaian. Jawapan ada dalam diri kita. Samalah jika rakyat tidak suka dengan keadaan tandas awam sendiri, mereka perlu faham bahawa tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikannya.

Kedua. Tentang satu ucapan Najib.

Ketika berucap di Ekspo dan Forum Kebersihan Tandas Kebangsaan pada 2006, Najib Razak yang ketika itu masih menjadi timbalan perdana menteri berkata, “cuba bayangkan tandas yang kotor dan jijik sehingga membuatkan anda merasa mual – ini tentunya memberikan kita imej yang negatif.

“Tandas yang bersih dan baik berkait dengan kesihatan, tingkah laku, asuhan, kebersihan yang baik. Inilah sebabnya kerajaan merasakan perkara ini perlu menjadi satu usaha nasional.” Memang ironi!
Ketiga. Sikap rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia menutup hidung jika melalui tandas yang kotor dan busuk, dan enggan menggunakannya kecuali jika tiada pilihan lain. Adakah keadaan di sini perlu mencapai satu tahap buruk, barulah kita rasa tiada pilihan lain dan perlu bangun bertindak?
Keempat. Keadaan peralihan.

Ada yang merasakan rakyat Malaysia masih dalam fasa peralihan, dari tandas cangkung kepada tandas gaya Barat. Ramai pelancong merungut tentang kesan tapak kaki di tempat duduk tandas. Sesetengah syarikat membuang sahaja tempat duduk tandas, kerana apabila ada yang duduk di situ dan merosakkannya, kos tinggi diperlukan untuk menggantikannya. Adakah kita akan dapat mempraktikkan kaedah Barat yang didapati baik dalam perkara-perkara tertentu?

Kelima, Air di mana-mana.

Bekalan air tidak cukup, tetapi ramai rakyat yang percaya ia mampu menghanyutkan segala masalah yang ada. Kilang-kilang membuang sisa buangan toksik ke sungai, kerana menganggap arusnya akan mencairkan unsur yang berbahaya. Ikan dan tumbuhan tidak dapat hidup di “sungai yang mati”. Tukang cuci pula menggunakan pancuran air laju untuk “membersihkan” tandas awam, kerana merasakan itulah cara terbaik untuk membersihkannya. Akibatnya kita terpaksa mengharungi lantai basah yang berisiko tercemar itu.

Keenam. Pemikiran yang terperinci.

Pengurus yang bertanggungjawab terhadap penyenggaraan tandas awam sepatutnya diwajibkan untuk membersihnya sendiri selama sebulan, agar memahami betapa rumitnya kerja tersebut. Tukang cuci memerlukan alat dan pembersih yang betul untuk melakukan kerja mereka. Pengguna pula perlukan tisu tandas, kunci pintu dan paip yang berfungsi, sabun untuk membasuh tangan, serta tisu atau pengering tangan.

Ketujuh. Pendidikan.

Tukang cuci tidak salah jika gagal membersihkan tandas dengan sempurna. Mereka memerlukan arahan yang lengkap. Misalnya, mereka tidak boleh menggunakan berus tandas untuk membersihkan singki dan paip, kerana kuman di berus boleh melekat di situ. Mereka juga memerlukan sarung tangan untuk mengelakkan penyakit. Paip air pula tidak sepatutnya berada dalam mangkuk tandas.

Kanak-kanak yang diajar soal kebersihan tandas yang betul boleh menyampaikan pengetahuan mereka tentang kepentingan kebersihan kepada ahli keluarga yang lebih dewasa. Tugas guru adalah untuk mendidik pelajar, bukan memeriksa tangki rosak atau paip bocor.

Tandas di restoran tidak sepatutnya berada berhampiran dengan kawasan penyediaan makanan. Penguatkuasaan yang betul amat penting. Budaya rasuah juga perlu ditangani, memandangkan sesetengah pemilik restoran memang “kreatif” ketika membayar denda yang dikenakan.

Mendengar keperluan pengguna dan pencuci adalah penting, bukan sahaja dalam soal tandas, tetapi semua aspek.

Kelapan. Tanggungjawab.

Rakyat Malaysia memiliki masalah sikap. Kita menjaga kebersihan rumah dan tandas sendiri kerana kita perlu menunjukkan imej yang baik kepada orang lain. Kita buang sampah keluar dari kereta, agar kereta kita kekal bersih. Kita lebih mengambil berat tentang imej, berbanding membuat perkara yang betul. Anda boleh menyumbang untuk memperbaiki keadaan.
Sembilan. Tiadanya tindakan.

Pada 2007, Ketua Audit Negara berkata bahawa tandas di taman rekreasi di Perak amat kotor dan tidak diselenggara dengan baik. Sebagai respon, pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak Radzi Manan berkata, “…dengan penubuhan skuad (tandas), keadaan tandas kotor terutama di pusat tarikan pelancong tidak akan berlaku lagi. Skuad akan memberikan gred - tandas yang dijaga dengan baik akan menerima pengiktirafan, manakala tandas yang tidak terjaga pula akan diberi amaran.”

Seorang kenalan yang sentiasa mengembara berkata, “Setakat pengetahuan saya, tandas awam di Perak masih kotor seperti pada 2007. Ketika saya di Thailand, saya kagum dengan kebersihan tandas di sana. Program kesedaran kita perlu disertakan dengan penguakuasaan dan denda yang tegas. Rakyat Malaysia hanya akan berubah jika perlu mengeluarkan wang.”

Kesepuluh. Sikap tidak peduli.

Rakyat Malaysia tidak peduli untuk menjaga kebersihan tandas mereka. Sikap tidak peduli yang sama juga ditunjukkan dalam soal keadaan negara. Kita tidak menandatangani petisyen, menyertai protes aman atau mengecam perkara-perkara tertentu. Ini kerana kita ada pekerjaan yang perlu difikirkan, masa depan dan keluarga untuk dijaga. Segalanyan tentang “saya”. Tiada rasa tanggungjawab bersama. Kita cepat menyalahkan orang lain, tetapi enggan melihat peranan sendiri dalam gambaran yang lebih besar.

Mungkin kita memang perlukan “orang putih” untuk mengajar kita dalam soal kebersihan tandas, seperti mana kita memerlukan “orang putih” untuk mendedahkan tentang najis rasuah yang menggoncang negara mutakhir ini.

Mariam Mokhtar adalah “rakyat Malaysia yang berani berkata benar”.

Sumber DD - 5-8-2015

Malaysia, negara serba boleh

Posted on Tuesday, August 04 @ 21:07:52 MYT by paktam

Oleh Akh Mohamad

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, yang digantikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pengumuman Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kebanyakan rakyat tidak berpuas hati di atas keputusan ini kerana pengguguran Muhyiddin adalah disebabkan kritikan beliau terhadap perdana menteri berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Boleh, sememangnya ia boleh berlaku. Perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik siapa yang beliau suka, dan memecat siapa yang tidak disukai. Malahan, bekas menteri yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah juga dilantik semula menjadi menteri. Anda hairan?


Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Menteri merupakan pemimpin yang fungsinya adalah memimpin sesebuah kementerian dan menjaga kepentingan rakyat. Sepatutnya menteri yang dilantik mestilah seorang pemimpin berkaliber, berdedikasi, amanah, bersih daripada sebarang tuduhan dan mampu memikul tanggungjawab.

Sepatutnya tidak layak melantik seseorang yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah.

Bagaimana pemimpin ingin memimpin rakyat sekiranya pemimpin sendiri tidak amanah dan jujur, seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

Sepatutnya menteri menjadi contoh kepada rakyat. Sekiranya menteri pun terlibat dengan salah laku rasuah dan pecah amanah, bagaimana mereka hendak menjadi model dan contoh kepada rakyat?
Sejak kebelakangan ini, banyak menteri mengeluarkan kenyataan yang merepek, lawak dan boleh diklasifikasikan sebagai kenyataan bodoh. Adakah menteri-menteri ini tidak berfikir dan mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan?  Anda hairan?

Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Kadang-kadang penulis berfikir, adakah negara kita kekurangan pemimpin yang berkaliber? Tepuk dada, tanya selera.

Realitinya, bidang kuasa polis Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Apa yang menarik, menteri dalam negeri dilantik menjadi timbalan perdana menteri. Anda nampak hubung kaitnya di situ? Sudah pasti keputusan Najib melantik Zahid adalah satu keputusan bijak.

Rombakan Kabinet baru-baru ini menyaksikan sekali lagi perpecahan Kementerian Pendidikan kepada 2 kementerian berbeza, iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sebelum ini kementerian ini berpecah 2 sewaktu zaman Tun Abdullah Badawi. Bagaimanapun, pada 2013 selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kementerian ini bergabung semula oleh Najib. Maka banyak wang terpaksa dihabiskan untuk menukar logo dan juga kos-kos lain.

Bayangkan di Malaysia terdapat puluhan ribu sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang terpaksa mengeluarkan kos untuk menukar logo. Sudah pasti jutaan ringgit dihabiskan untuk menukar logo sahaja.

Setelah 2 tahun, sekali lagi Kementerian Pendidikan berpecah kembali. Bayangkan berapa juta lagi duit akan dihabiskan untuk menukar logo dan perkara-perkara lain. Kadang-kadang penulis hairan, adakah pihak kerajaan tidak melakukan kajian sebelum menggabungkan 2 kementerian ini? Baru 2 tahun sahaja, terpaksa dipecahkan kembali. Apakah rasional di atas keputusan ini? Anda hairan?
Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Mahdzir Khalid di atas pelantikan beliau sebagai menteri pendidikan. Antara kenyataan awal beliau sebaik dilantik adalah mengkaji bebanan tugas guru. Penulis merupakan bekas guru.

Jika ditanya kepada guru, isu bebanan tugas guru ini merupakan isu lapuk. Sudah berbelas-belas menteri pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang sama iaitu ingin mengkaji bebanan tugas guru. Tetapi sehingga kini bebanan tugas guru masih sama, malahan semakin berat. Apakah hasil kajian yang dilakukan oleh menteri pendidikan selama ini?

Mengapa bebanan guru semakin bertambah dari sehari ke sehari. Sering kali kita lihat menteri pendidikan membuat kunjungan rasmi ke sekolah-sekolah di luar negara, terutamanya di Australia dan United Kingdom. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri sistem pendidikan dan suasana sekolah di negara-negara tersebut untuk diaplikasikan di Malaysia.

Tetapi kenapa sistem pendidikan kita masih sama. Katanya ingin mencontohi sistem pendidikan dan sekolah mereka, tetapi sama sahaja. Bebanan guru tetap bertambah.

Penulis sendiri pernah mengajar dan melawat beberapa sekolah di United Kingdom. Suasana sekolah di sini sangat berbeza seperti di Malaysia. Guru-guru di sana sangat seronok dengan pekerjaan mereka. Mereka tidak dibebankan dengan pelbagai tugas seperti guru-guru di Malaysia.

Sebab itu penulis hairan, sudah banyak kali lawatan dibuat oleh menteri pendidikan ke sekolah-sekolah di United Kingdom dan Australia, tetapi malangnya tiada perubahan pada sistem persekolahan dan bebanan tugas guru masih sama.

Bukankah pihak kerajaan ada melantik konsultan pendidikan dari luar negara yang melibatkan kos yang mahal untuk merancang sistem pendidikan Malaysia? Tetapi kenapa hasilnya masih sama. Laporan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment) membuktikan Malaysia masih berada di kedudukan corot berbanding negara-negara lain.

Berapa banyak duit lagi perlu dihabiskan? Anda hairan?

Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Sebenarnya, banyak lagi isu-isu yang membuktikan Malaysia sebuah negara serba boleh. Walaupun nampak mustahil untuk berlaku, tetapi semuanya boleh berlaku di negara kita.

Penulis merasa kecewa dengan situasi yang berlaku di Malaysia sekarang. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, keadaan di Malaysia nampak semakin tenat dan menyedihkan, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Pada 2008, sewaktu penulis tiba di United Kingdom buat kali pertama.

Apabila memperkenalkan diri, I’m from Malaysia, antara respons yang diberikan oleh orang di sana:

It’s a very nice country...
Twin towers...
Dr Mahathir...
Great Leadership...
The best Islamic country in the world...
Selepas 7 tahun, sekali lagi penulis berpeluang ke United Kingdom pada tahun ini. Apabila memperkenalkan diri, I’m from Malaysia, antara respons mereka:
Poor Malaysia...
Missing plane...
MH370...
MH17...

Corruption...

Bad leadership...

Sedih, itulah perasaan penulis sekarang. Penulis rindu pada negara Malaysia yang dahulu, di mana rakyat sayang pada pemimpinnya. Jika dilihat pada situasi sekarang, majoriti rakyat benci dan marah pada pemimpin.

Penulis hanya mampu berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin dan rakyat Malaysia. Semoga Allah membangkitkan yang benar, dan menjatuhkan yang salah.
Seperti kata pepatah Melayu, "bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru". Suatu hari nanti ia pasti terbongkar.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 4-8-2015        




'Siapa sanggup derma RM2.6b tanpa balasan?'
Posted on Tuesday, August 04 @ 21:02:39 MYT by paktam

Oleh Salhan K Ahmad

Tiga tahun lalu, Najib mengumumkan satu inisiatif bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengawal pembiayaan politik. Laporan Utusan Malaysia pada Februari, 2012 menyebut, Najib menganjurkan demikian untuk mengelakkan rasuah dan penyelewengan.

Menurut akhbar milik Umno itu, Najib berkata, sumbangan hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti, tidak kiralah jika ia untuk parti peringkat pusat mahu pun negeri.


Tujuannya bagi mengelakkan ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk menagih sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian, tegas PM.

''Bagi pihak kerajaan isu dana politik amat penting kerana jika tiada suatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya, maka ia boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah,'' katanya.

Dalam laporan itu, Najib juga menekankan bahawa setiap sumbangan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

''Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan manfaat kepada sumbangan dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Kenyataan itu dibuat tidak lama sebelum wang sejumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadinya, seperti yang didakwa.

Ada yang kata, “derma” itu dihulur oleh Pak Arab tertentu. Jumlah yang disebut-sebut itu bukan satu jumlah kecil.

Mengapakah perdana menteri perlu meminta derma itu? Perkara ini tidak ditanya oleh partinya sendiri, Umno.

Umno juga tidak bertanya mengapakan wang tersebut tidak disalurkan melalui akaun rasmi parti, seperti yang dianjurkan bos mereka sebelum ini.

Mengapakan Umno kelihatan lali dan tidak hairan langsung dengan sumber wang tersebut dan kegunaannya?

Mengapakan Pak Arab ini begitu murah hati menyalur derma kepada seorang perdana menteri Malaysia?

Identiti dan hajat Pak Arab ini perlu didedahkan kerana mungkin tujuannya tidak betul.

Pastilah pihak tersebut ada hajat tertentu jika sanggup menghulurkan derma yang hampir bersamaan dengan jumlah bajet 2015 untuk negeri Selangor.

Tidakkah Umno bimbang jika sumbangan itu boleh mempengaruhi Najib membuat keputusan yang boleh menjejaskan kedaulatan kita?


Sumber DD - 4-8-2015


Sudah-sudahlah politik, tumpu isu kebajikan demi rakyat

Posted on Tuesday, August 04 @ 17:02:15 MYT by paktam

OLEH Saufi Arif

Dalam menelusuri kemelut politik di Malaysia yang semakin tidak seimbang, isu dalaman parti yang memuncak dengan ditambah pula dengan isu rombakan Kabinet yang rata-ratanya reaksi negatif daripada rakyat mengakibatkan isu rakyat kurang dinoktahkan dengan baik.

Suasana politik seperti ini ditambah pula dengan pengumuman nilai mata wang ringgit jatuh kesan daripada suasana ekonomi yang tidak seimbang menambahkan lagi sengsara kos sara hidup rakyat dalam meneruskan kehidupan sebagai "rakyat marhaen".

Sekarang ini pula, kita sentiasa dihidangkan dengan isu 1MDB yang masih belum terjawab dengan "ikhlasnya" serta isu ketidakcekapan mengurus dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) menambahkan lagi kegusaran rakyat di bawah pemerintahan BN.


Dengan rakyat melihat isu hasil GST yang tidak diterjemahkan kembali untuk rakyat pada akhirnya walaupun sudah 4 bulan pelaksanaan GST masih belum menampakkan hasil. Pada masa sama, dengan isu rakyat miskin kesan polemik politik ini juga memperlihatkan masih ramai rakyat memohon sedekah (terutamanya beragama Islam) yang memohon untuk sebutir nasi bagi meneruskan kehidupan. Walaupun pelbagai inisiatif daripada pusat zakat untuk menyalurkan hasil zakat kepada golongan sasar namun seolah-olah hasil zakat tidak mencukupi untuk menampung keperluan golongan sasar. 

Pada masa sama, secara realitinya, rakyat melihat akan keburukan jangka masa panjang jika isu 1MDB tidak ditangani dengan baik, namun isu 1 MDB ini juga tidak dinoktahkan dengan baik kesan permainan politik tanpa memikirkan sengsara rakyat. Bukankah semua agama mengajar nilai kebenaran, jika benar pemimpin dalam melakukan kesalahan maka mengaku demi rakyat Malaysia.

Dalam keadaan begini, sudah tiba masanya semua pimpinan parti di Malaysia, duduk bermuhasabah serta berbincang perancangan seterusnya untuk rakyat, bukan untuk kepentingan politik sendiri serta bukan masa lagi untuk wakil rakyat berkejar-kerja mencari harta untuk kesenangan peribadi serta membina survival politik.

Tidakkah rasa belas kasihan serta bersalah dalam diri semua ahli pimpinan negara mahupun pembangkang melihat rakyat yang bersusah payah mencari nilai erti kehidupan dalam pembangunan yang pesat namun rakyat sengsara dengan isu kos sara hidup.

Pemimpin yang baik pasti akan membawa rahmat kepada masyarakat yang diperintahnya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/sudah-sudahlah-politik-tumpu-isu-kebajikan-demi-rakyat-saufi-arif#sthash.Rs5bLIbl.dpuf
Sumber DD - 4-8-2015        


Kepada Dr Maza Pula...
Posted on Tuesday, August 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semakin ramai agamawan dijadikan pemain import untuk mempertahankan kebejatan perangai sesetengah wakil rakyat PAS yang cuba lompat parti. Jika dahulu masing-masing marah dengan tindakan wakil rakyat Dap dan Pkr yang membuat onar sehingga jatuh kerajaan PR Perak, atau setidaknya membisu bagi menjaga maslahah diri, kini mereka muncul membenarkan, malah menyokong tindakan tidak bermaruah ini.

Dr Maza adalah salah seorangnya. Dalam status terbaru, beliau menyatakan baiah ta'liq talak merupakan suatu perkara yang menggadaikan keharmonian keluarga demi matlamat politik. Institusi kekeluargaan sepatutnya menjadi teras tertinggi yang tidak boleh diusik mana-mana kepentingan lain. Ini yang saya faham dari kenyataannya.

Saya akan respon melalui beberapa point:

1. Pemikiran ini tercetus apabila memahami politik Islam sebagaimana politik konvensional dalam kerangka sekular yang lain, iaitu suatu urusan yang hanya bermatlamat keduniaan tanpa ada hubungkait dengan agama. Parti politik samada Islam atau ideologi lain sama sahaja. Dia tidak memahami parti politik itu boleh jadi sebuah gerakan Islam yang mempunyai disiplin tersendiri dan bergerak berdasarkan manhaj politik baginda SAW.

Sekiranya beliau memahami bahawa matlamat kita berpolitik adalah untuk mendirikan syariat Allah, maka ia termasuk dalam kerja jihad tertinggi untuk agama. Para ulama' telah menyusun prioriti maslahah yang perlu dijaga yang digelar kulliyat khams. Ia bermula dengan agama, kemudian nyawa, diikuti akal, maruah/keturunan dan harta. Maka demi menjaga agama, dibolehkan mengorbankan harta, maruah, akal hatta nyawa sekalipun.

Berpolitik adalah wasilah ke arah kelangsungan maslahah agama itu sendiri, dan perkahwinan pula adalah syariat yang bermaslahah keturunan/maruah sahaja. Maka mendahulukan urusan politik Islam ke atas perkahwinan, bahkan segala harta dan nyawa adalah perlu.

2. Seandainya diamati, baiah talak sebenarnya tidak menganjurkan supaya rumahtangga itu runtuh. Tetapi sebenarnya mengikat kedudukan wanita dan kelangsungan keluarga, setaraf dengan perjuangan agama. Apabila mereka menjaga agama, keluarga mereka terpelihara. Namun sekiranya mereka belot terhadap janji agama, mereka juga telah merosakkan keluarga sendiri.

Yang meruntuhkan rumahtangga bukan baiah talak, tetapi perangai orang yang berbaiah itu.

Kalaupun mereka tidak sayang perjuangan ini, mereka tetap akan istiqamah kerana sayangkan keluarga, sekurang-kurangnya sehingga tamat tempoh bertugas. Melanggar baiah membuktikan mereka sebenarnya lebih sayangkan sesuatu yang lain dari ikatan keluarga jua perjuangan.

3. Perlu diimbas kembali, Rasulullah SAW mengikat janji setia pengikutnya dengan baiah yang lebih dahsyat. Sewaktu baiah aqabah di Mekah sebelum hijrah, Nabi bukan sahaja menjamin perjuangan ini dengan ikatan keluarga, malah turut menggadaikan seluruh harta benda dan masyarakat.

Antara isi kandungan baiah golongan nuqaba Ansar sebelum didirikan kerajaan Madinah ialah:

"Kami memberi bai'ah kepada kamu wahai Rasulullah (untuk mempertahankan Nabi s.a.w dan memperjuangkan Islam) walaupun terpaksa membiarkan harta benda kami musnah dan terbunuhnya golongan bangsawan dikalangan kami".

4. Dr Maza juga memetik pendapat Ibu Taimiah secara serong. Dia tidak menyebutpun ta'liq tidak jatuh untuk tujuan 'meyakinkan'. Yang dimaksudkan hanya sekadar menakutkan atau mempengaruhi si isteri supaya si isteri mengikut kehendak suami atau neninggalkan larangan suami. Bukalah Fatawa Kubranya ataupun Fatawa Muasarah Qardawi sendiri yang memetik pendapatnya, pendapat yang mereka kemukakan tidak sampai ke arah tujuan meyakinkan, apatah lagi yang ingin diyakini itu pihak ketiga, bukannya si isteri.

Sebagai seorang mufti, menyatakan tidak jatuh talak orang berta'liq atas tujuan meyakinkan sebagai seorang mufti adalah amat berbahaya. Ia bakal membuka suatu ruang berhelah. Akan ada politikus lain yang berani bersumpah talak untuk meyakinkan rakannya yang lain untuk mendapatkan kuasa.

Akan ada juga penjual yang bersumpah talak untuk meyakinkan pembeli. Akan wujud pekerja-pekerja yang berani bersumpah talak dengan majikannya untuk mendapatkan jawatan. Malah ketetapan ta'liq yang diwajibkan oleh jabatan agama negeri-negeri juga tidak akan terpakai.

Pendapat Ibn Taimiyah ada benarnya kerana si suami mungkin terdesak untuk menyatakan sebegitu untuk mendidik isteri. Tetapi apa yang difahami oleh Dr Maza adalah terlalu jauh dari kata-kata Ibn Taimiyah dan para muridnya. Ia terlalu menyimpang dari roh kebenaran Islam dan seolah meniru ideologi pragmatis yang menghalalkan apa sahaja demi mencapai matlamat.

5. Apa yang disebut oleh sesetengah sarjana Islam dahulu sebagai tidak jatuh ialah apabila ia bertujuan untuk mempengaruhi si isteri sahaja. Mereka tidak langsung membincangkan soal ta'liq yang dijadikan item dalam transaksi pertukaran untuk memperoleh kuasa. Ini suatu perkara yang sangat berbeza dan perlu kepada perbahasan khusus.

Dalam hal mempengaruhi isteri semata-mata, ianya boleh jadi benar seperti yang dinyatakan Ibn Taimiah dan muridnya kerana suami punya kuasa mutlak untuk menceraikan isteri bila-bila masa.

Tetapi apabila ia berkait dengan mempengaruhi kepercayaan pemimpin seperti baiah untuk jawatan, ia menjadi lebih luas dan niat suami tidak boleh menjadi satu-satunya sandaran kerana kuasanya terhad dalam baiah. Ia tertakluk kepada give and take ruling dan konsep taradhi antara keduanya.

6. Dr Maza tidak sepatutnya taqlid teks Ibn Taimiah semberono tanpa memahami perbezaan konteks fatwa beliau dan situasi kita. Ini bukanlah sikap mufti yang baik. Seorang mufti harus mengeluarkan ijtihad baru sesuai dengan situasi apabila perkara tersebut tidak dibincangkan oleh sarjana sebelum ini.

Walaupun saya amat menyanjungi Ibn Taimiah dan para muridnya, janganlah kita bekukan fiqh dengan sikap taasub kepada mereka pula. Ia hanya akan menghodohkan ketrampilan sebenar insan agung itu. Sedangkan Imam Syafie sendiri lagi boleh berbeza dengan gurunya Imam Malik, inikan pula kita yang terlalu jauh situasi dan kondisi dengan mereka.

7. Apapun, pendapat jumhur(majoriti) ulama adalah menghukumkan jatuh talak ta'liq walaupun berniat atau tidak. Mereka bersandar kepada hadis Nabi SAW: Tiga perkara, dalam keadaan bergurau pun dianggap serius dan keadaan serius tetap menjadi serius;

1)akad nikah;
2)talak; dan
3)rujuk.

Menerusi hadis ini, seorang yang hanya melafaz talak dengan niat bergurau pun Nabi SAW hukum sebagai benar-benar mahu talak. Maka apatah lagi seandainya ia dikaitkan dengan urusan penting yang bakal mencorak masadepan negara?

8. Mengambil pandangan terpencil tanpa mengambil kira istidlal dari semua pendapat bukan peranan sebenar seorang mufti. Ia tidak lebih seperti sikap muqallid awam yang memilih pendapat mengikut hawa nafsu semata-mata. Kenapa pula pendapat yang terlalu jauh dari realiti waqi', terlalu jauh dari perbincangan semasa dan terlalu jauh dari pendapat majoriti Ulama sedunia juga yang diterima pakai?

9. Mereka yang melafazkan talak ta'liq tersebut, adakah mereka sememangnya berpegang sebagaimana pendapat Ibn Taimiyah itu semasa melakukannya? Jika tidak, mereka dikira sebagai muqallid awam dan mazhab utama orang awam tetap mengikut peraturan syariah Islam di Malaysia.
Jangan pula pendapat ini hanya dipilih sebagai jalan keluar buat mereka yang tersepit, demi menghalalkan tindakan rakan-rakan tanpa menelusuri disiplin akademik yang sepatutnya. Sangat bahaya sikap seorang mufti sebegini.

10. Seorang mufti perlu memberikan pendapat bukan untuk kes ini semata-mata. Mereka juga perlu melihat kesan dari pandangan yang dilontarkan itu terhadap masadepan umat Islam. Jangan kerana kelangsungan politik sesetengah pihak, ta'liq talak menjadi ruang besar bagi si penipu untuk menarik kepercayaan orang lain demi matlamat peribadi mereka.

Saya harap pandangan ini diambil kira oleh Dr Maza sebagai seorang mufti yang budiman. Bukalah ruang bermusyawarah dan seandainya berlaku kesilapan dalam pendapat ataupun fatwa, adalah menjadi suatu kemuliaan di sisi Allah sekiranya diperbetulkan kembali. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berfatwa buruk padahnya.

Wallahualam.

(Alang Ibn Shukrimun)
Sumber FB

Sumber TKO - 4-8-2015


Mungkin PAS hanya dapat bertahan 2 tahun lagi ?

Posted on Sunday, August 02 @ 15:58:11 MYT by paktam

Oleh Hasbie Muda

1. Ramai yang berminat nak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengemukakan persoalan ini. Mereka was-was apabila Presiden PAS meramalkan bahawa GHB hanya mampu bertahan 2 tahun sebelum melingkup.

2. Pertamanya, perkara yang akan berlaku pada masa depan adalah dalam ilmu Allah. Walau bagaimanapun sesiapa sahaja berhak membuat unjuran politik berasaskan sejarah serta kajian yang mungkin mereka lakukan. Ramalan atau unjuran untuk boleh jadi betul dan boleh jadi salah.


3. Izinkan saya berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam soal ini.

4. Survival sesebuah parti Islam di negara ini banyak bergantung (dengan izin Allah) kepada :

i) Dasar parti yang jelas dan teguh.

ii) Kepemimpinan parti yang diterima umum, cekap dan berkesan dalam mentadbir parti serta

iii) Keupayaan sesebuah parti untuk bersifat inklusif dengan tawaran yang memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak.

5. Memiliki semata-mata dasar parti yang jelas dan teguh belum tentu menjamin sesebuah parti itu mampu survive di arus perdana. BERJASA dan AKIM adalah contoh parti Islam yang gagal bertahan walaupun dasarnya jelas. Kelemahan parti-parti tersebut adalah mereka tidak dipimpin oleh kelompok kepemimpinan sebagaimana dalam perkara (ii) selain gagal dalam perkara (ii).

6. Ada juga yang memiliki percirian (i) dan (ii) tetapi tetap juga gagal kerana tidak berupaya menjadi sebuah parti yang inklusif. HAMIM yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato' Asri menggariskan dasar yang jelas serta dipimpin oleh barisan kepemimpinan yang hebat tetapi ia hanya dilihat eksklusif untuk rakyat Kelantan dan sedikit di Kedah semata-mata selain kelompok yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan baru PAS pada ketika itu. Lebih malang, ketokohan Almarhum Dato' Asri berjaya ditenggelamkan oleh Ketua Ulama' PAS Almarhum Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas panglima yang berada lama di belakang Asri.

7. PAS khususnya selepas 1982 sangat bergantung kepada kepada tokoh-tokoh utama yang memimpin PAS kerana mereka adalah idealogue atau institusi yang akan menghuraikan falsafah perjuangan PAS kepada masyarakat. Dulu,falsafah perjuangan PAS akan dihuraikan oleh 3 tokoh utama Kepemimpinan Ulama' iaitu Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum TGNA dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) . Apabila Almarhum Ustaz Fadzil meninggal pada tahun 2002, PAS masih ada dua institusi yang dominan iaitu Almarhum TGNA dan TGHH. Kedua-dua saling mengimbangi.

8. Apabila Almarhum TGNA meninggal beberapa bulan yang lepas, satu-satunya tokoh yang dianggap idealogue parti hanyalah TGHH. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh beliau akan dianggap sebagai falsafah perjuangan dan dasar parti. Sebab itu apabila adalah yang berbeza pandangan dengan Presiden dianggap sebagai berbeza dengan dasar parti.

9. Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah jika TGHH sudah tidak ada nanti, tokoh manakah yang akan diterima sebagai idealogue parti?

10. Saya tidak berniat memandang rendah tokoh-tokoh yang ada sekarang. Tetapi mereka ada kelompok ahli PAS yang tidak menerima mereka sepenuhnya. Timbalan Presiden dilihat terlalu lembut dan tidak keras dan sebab itu beliu 'dipaksa' menarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PAS 2013. Ustaz Nik Amar pula kurang popular dalam kalangan orang muda manakala Ustaz Idris Ahmad pula pernah hampir dilabel 'jebon play safe' kerana tidak keras menentang kelompok progresif dalam parti.

11. Cabaran PAS masa ini adalah mewujudkan tokoh idealogue parti yang mempu diterima oleh semua. Jika dahulu kelompok Pemuda PAS era 1980-an menukar gelaran TGNA daripada Ustaz Nik Aziz kepada 'Tuan Guru Nik Aziz' manakala gelaran TGHH diubah daripada 'Haji Hadi' kepada 'Tuan Guru Haji Hadi, maka sesebuatu perlu dilakukan agar maqam tokoh-tokoh pelapis dalam PAS juga boleh diangkat dengan pelbagai cara. Namun persoalannya adalah apabila gelaran 'Tuan Guru' diletakkan kepada Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nik Amar, Dr Mahfodz, maka ahli-ahli PAS dan masyarakat boleh menerima dengan mudah? Dulu orang menerima gelaran 'Tuan Guru' kepada TGNA dan TGHH kerana mereka benar-benar dilihat layak untuk digelar sedemikian.

12. Bagi GHB, tokoh-tokoh mereka tidak perlukan gelaran Tuan Guru kerana falsafah perjuangan parti terletak pada institusi penyelidikan parti yang akan ditubuhkan selain kolektiviti keputusan jawatankuasa eksekutif..

13. Jika PAS gagal dalam menginstitusikan tokoh-tokoh baru pada masa yang akan datang, saya bimbang bahawa yang akan bertahan (relevan) selama 2 tahun bukanlah GHB sebaliknya PAS itu sendiri.

14. Moga ada usaha dilakukan.
 http://wadahbaru.blogspot.com


Sumber DD - 2-8-2015


1MDB: Ketua Polis Negara Salahguna Kuasa

Khalid Abu Bakar                                 Kerajaan Rakyat

Kini seluruh negara khasnya, dunia amnya mengetahui dan mengikuti dengan dekat perkembangan politik serta ekonomi Malaysia, khususnya berkaitan penyelewengan dana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) bernilai US$700 million (RM2.67 billion).

Penyelewengan dana bernilai US$700 million (RM2.67 billion) menarik perhatian rakyat marhean kerna ianya melibatkan dua individu utama negara, perdana menteri; Datuk Seri Najib Razak dan isterinya; Datin Seri Rosmah Mansor. Skandal ini secara langsung telah menjejaskan bukan hanya keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional, lebih dari itu ia turut menjejaskan keyakinan para pelabur dalam dan luar negara terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Terkait secara langsung dalam skandal 1MDB ini, pendedahan demi pendedahan berserta gambar dan bukti bertulis oleh individu tertentu, juga oleh media dalam dan luar negara termasuk Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya sudah cukup bagi Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak polis menahan, menangkap dan seterusnya membawa tertuduh (Datuk Seri Najib Razak dan isterinya; Datin Seri Rosmah Mansor) untuk disiasat dan didakwa kemuka pengadilan.

Malangnya, Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar bukan hanya memandang sepi isu ini, malah beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Polis Negara dengan menahan serta mengkhianati rakyat marhaen yang menuntut keadilan dan memohon agar siasatan telus dilakukan.

Saya anak negeri Johor Darul Takzim, rakyat Malaysia negara berdaulat, dengan ini mendakwa; Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dengan sengaja mengkhianati amanah serta menyalahgunakan kuasa yang digalasnya sebagai Ketua Polis Negara.

Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan ini bersandarkan keyakinan saya bahawa pencetus utama skandal 1MDB; Datuk Seri Najib Razak wajib ditahan dan disiasat segera demi kesejahteraan rakyat serta keharmonian negara Malaysia tercinta.

Salam Takzim.
Mohd Sofi Yassin.
Kerajaan Rakyat.

Sumber BlogKR - 2-8-2015

Menilai punca di sebalik rombakan kabinet Najib

Posted on Saturday, August 01 @ 23:48:17 MYT by paktam

Oleh Christopher FernandezPermainan ‘kerusi muzik’ oleh Najib Razak diteruskan dengan barisan Kabinet baru, dengan Muhyiddin Yassin dan nama-nama lain yang pernah menyuarakan kebimbangan ke atas isu 1MDB digugurkan, untuk memberi laluan kepada mereka yang dilihat sebagai penyokong perdana menteri.

Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri bukanlah satu kejutan kerana ia “hanya menunggu masa untuk terjadi”.

 Dan hakikat bahawa beliau bukan lagi timbalan perdana menteri Malaysia menunjukkan cara Najib yang berani dan ‘tebal muka’ dalam menutup mulut pengkritik dan seteru yang dilihat tidak menyebelahinya.

Muhyiddin dan individu lain yang digugurkan dilihat sebagai “orang yang berlagak” yang mula mensabotaj Najib melalui isu 1MDB di mana RM42 bilion dipercayai telah hilang.

Apabila Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib, Muhyiddin pantas berpihak kepada bekas perdana menteri itu, dan menyebabkan Najib mula memantau timbalannya.

Najib mula khuatir apabila Muhyiddin menunjukkan sokongan kepada Mahathir dengan berkata “anda tidak keseorangan”. Ia memulakan pengakhirannya sebagai timbalan perdana menteri negara.

Tetapi apa yang benar-benar dapat diukur daripada rombakan ini adalah Najib memenuhkan Kabinet dengan “tukang-tukang angguk” – mereka yang akan mempertahankannya daripada apa sahaja. Ia juga menunjukkan Najib tetap mahu melawan unsur-unsur yang mahu menjatuhkannya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa populariti Najib telah merosot teruk, dan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kecewa dengan kemerosotan ringgit, kenaikan harga barang dan malah perubahan cuaca di sini.

Justeru dalam krisis keyakinan ini, Najib amat memerlukan aggota Kabinet untuk mempertahankannya. Rakyat Malaysia menyalahkan Najib atas semua masalah yang menimpa negara ini, dan beliau pula dalam masa beberapa tahun ini hanya menghabiskan masa menangkis tuduhan dan serangan terhadapnya dan isteri, Rosmah Mansor.

Maka sokongan penuh Kabinet amat penting baginya untuk kekal berkuasa. Akan tetapi pada masa sama, semakin ramai rakyat yang tidak lagi menyokongnya dan BN dan berharap kemunculan gabungan pembangkang baru untuk melawan mereka dan seterusnya mengambil alih pentadbiran negara.

Namun Najib kekal berwaspada dan kini kelihatan memiliki kawalan penuh ke atas mekanisme kuasa dan autoriti dalam negara ini, sehingga kian sukar bagi sesiapa dan mana-mana pihak di Malaysia atau luar negara untuk menyingkirkannya.- bm.theantdaily.com

Sumber DD - 1-8-2015




















































































































































































































Terkuburnya impian 4 timbalan perdana menteri

Posted on Wednesday, July 29 @ 21:07:44 MYT by paktam

Oleh Mohd Tawfik YaakubSecara rasminya semalam nama Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenarai bersama-sama dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh nombor dua dalam Umno yang kecundang sebelum berjaya menjawat jawatan perdana menteri.

Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan bukanlah perkara yang mengejutkan, namun penyingkiran tersebut berlaku ketika negara dilanda pelbagai kemelut ekonomi dan politik sehingga mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia.


Penyingkiran Ghafar dan Musa sebelum ini tidak membangkitkan kemarahan rakyat dan ahli Umno kerana pengaruh kedua-dua tokoh Umno ini kecil berbanding pengaruh Anwar. 


Namun sehingga saat ini, pengaruh Muhyiddin masih sukar dinilai sama ada menyamai kekuatan Anwar ataupun lebih lemah berbanding Ghafar dan Musa. Kesukaran menilai pengaruh Muhyiddin sehingga hari ini berlaku kerana beliau masih tidak menjelaskan hala tuju politiknya sama ada kekal bersama Umno ataupun menentang bekas ketuanya. 

Berkemungkinan Muhyiddin dan sebahagian rakyat Malaysia terkeliru dengan penjenamaan rombakan kabinet sama ada "dipecat", "disingkir", ataupun "direhatkan" sehingga menjadikan mereka terpinga-terpinga untuk merancang tindakan politik seterusnya.

Malah [ada sidang media yang diadakan Muhyiddin hari ini, beliau dilihat masih berada di persimpangan untuk memutuskan sama ada memperjuangkan nasibnya ataupun berehat sepenuhnya seperti Ghafar dan Musa.

Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, nasib sebenar Muhyiddin dalam politik akan ditentukan pada 31 Julai, 2015 dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan diyakini akan timbul cadangan oleh salah seorang ahli Majlis Tertinggi untuk memecat beliau sebagai timbalan presiden.

Secara tradisinya penyandang jawatan timbalan perdana menteri merupakan timbalan presiden Umno, maka timbul persoalan sama ada Najib, Zahid dan pemimpin kanan Umno lain akan mengekalkan Muhyiddin untuk memegang jawatan berkenaan?

Sudah pasti jawapannya tidak, kerana Ghafar, Musa dan Anwar sebelum ini juga terpaksa mengosongkan pejabat timbalan presiden Umno setelah tidak lagi memegang posisi itu.

Oleh itu, tarikh 31 Julai, 2015 merupakan tarikh keramat yang berupaya menentukan masa depan politik Muhyiddin sama ada mengikut jejak langkah Anwar ataupun tenggelam dalam lipatan sejarah seperti Musa dan Ghafar.

Yang pasti, nama Muhyiddin kini tersenarai bersama nama Ghafar, Musa dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri yang kecundang di pertengahan jalan. Satu lagi sejarah duka terpahat dalam pergelutan politik Malaysia.

Sumber DD - 29-7-2015        

Mampukah Muhyiddin ulangi kejayaan Anwar, Ku Li

M FAQIH | .


SELEPAS 17 tahun berlalu peristiwa seorang pemimpin kanan Umno disingkirkan, hari ini tragedi itu berulang kembali.

Tanggal 2 September 1998 detik terakhir dalam sejarah negara Timbalan Perdana Menteri digugur. Namun rupa-rupanya episod serupa kembali berulang semalam.

Cuma membezakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan dengan pertuduhan lebih aib, berkaitan isu liwat dan rasuah. Setahun sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad mengenepikan regunya itu, buku menghodohkan Anwar dijaja di Perhimpunan Agung Umno.

Buku 50 Dalil Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi PM dikatakan dimasukkan ke dalam beg setiap perwakilan Umno ketika itu.

Ini bermakna setahun berlaku pertembungan antara Anwar-Mahathir. Banyak kesimpulan dibuat terhadap krisis kedua-dua pemimpin terbabit.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda Umno, satu-satunya pemimpin Umno yang tampil mempertahankan Anwar tatkala itu.

Pindaan Akta Pencegahan Rasuah di parlimen ketika Anwar memangku jawatan Perdana Menteri juga antara penyebabnya.

Ada juga penganalisis politik yang mendakwa bahawa pertembungan perniagaan antara Tun Daim Zainuddin dan penyokong Anwar juga menjadi tetek-bengek membawa penyingkiran bekas Presiden Abim terbabit.

Kesimpulan daripada drama pertembungan itu dilihat ada kaitan kemungkinan Anwar boleh menggantikan Dr Mahathir.

Ternyata episod pertembungan Anwar-Mahathir begitu kritikal. Mungkin agak berbeza dengan apa berlaku semalam.

Ramai tidak nampak ada gelombang besar kecuali isu 1MDB. Benarkah ia sekadar 1MDB yang disebut orang ke merata dunia.

Isu 1MDB bukan sekadar seperti buku 50 dalil yang ditulis Khalid Jefri. Ia hanya sekadar persepsi dan pertuduhan umum.

Sebaliknya isu 1MDB dikatakan lengkap dengan data dan dokumen. Bermula dengan laporan Sarawak Report kemudian dipanjangkan pula The Wall Street Journal (WSJ).

Laporan tambah meluas dengan penglibatan The Edge Financial Daily. The Edge dibayar keringat oleh KDN kerana mendedah isu 1MDB dengan digantung permit tiga bulan.

WSJ juga diberi surat tunjuk sebab kerana mendakwa RM2.65 bilion daripada 1MDB disalur ke akaun Najib.

Sarawak Report juga berdepan tindakan keras. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses ke laman web pemberi maklumat yang berpangkalan di London itu.

Isu 1MDB turut mengheret Harakah dan Harakahdaily ke mahkamah. Datuk Seri Najib Razak memfail saman fitnah terhadap media milik PAS terbabit.

Saman difail Perdana Menteri pada 18 Mac lepas ekoran rencana ditulis Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob menyentuh isu dana 1MDB.

Boleh dikatakan kronologi penyingkiran Muhyiddin dimulakan dengan “serangan” terhadap media oposisi. Ramai melihat isu 1MDB benar-benar mengundahkan Najib.

Skala richter polemik 1MDB jauh mengatasi isu wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang pernah dikait dengan Perdana Menteri sebelum ini.

Tindakan politik drastik dilihat bakal mengheret sesiapa sahaja yang cuba bermain wayang di sebalik isu 1MDB.

Mangsa yang dijelmakan di sebalik drama 1MDB ialah Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal. Bagaimanapun Datuk Seri Hassan Malek, Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin dikatakan berlainan episodnya.

Begitu juga Datuk Abd Rahim Bakri, yang dilihat hanya melengkapkan senarai bagi mengiringi pemergian Muhyiddin dan Shafie.

Setidak-tidaknya Najib boleh mencari alasan lain, bukan semata-mata 1MDB. Apa pun tindakan Perdana Menteri mulai mempamerkan semangat jantan melalui hak prerogatif.

Muhyiddin dan Shafie sedar kehadiran mereka dalam kabinet Najib pada 15 Mei 2013 kerana hak prerogatif Perdana Menteri.

Namun kelaziman yang menjadi amalan kerana Muhyiddin berada di kerusi Timbalan Presiden Umno. Begitu juga Shafie salah seorang yang menang Naib Presiden Umno. Mereka menang pada pemilihan Umno Oktober 2013.

Biar pun sudah dua kali rombakan kabinet Najib sejak PRU 2013, namun Muhyiddin dan Shafie tidak tergugat.

Tiba-tiba semalam rombakan kabinet kali ketiga, Najib terus menyingkirkan mereka.

Pemilihan Umno

Pemilihan Umno sepatutnya diadakan pada akhir tahun hadapan. Namun Najib menangguh lagi selama 18 bulan. Ini bermakna usia barisan kepemimpinan yang ada sekarang akan berakhir Febuari 2018.

Berdasar kepada perkiraan itu pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan sekitar 2017. Namun sasaran itu mungkin berubah dengan krisis yang melanda Umno sekarang.

Jumaat ini mesyuarat MT Umno mungkin mencipta sejarah kedua buat Muhyiddin dan Shafie. Pada September 1998 sehari selepas digugur dari kabinet Anwar dilucut keahlian Umno.

Rakyat masih menunggu riak dicipta Muhyiddin dan Shafie dengan gandingan Dr Mahathir. Anwar berjaya mencipta gelombang pada 1998 selepas disingkirkan Dr Mahathir.

Hasilnya PRU 1999 Terengganu terlepas ke tangan PAS dan Kelantan kekal di bawah ulama. PAS menuai hasil dengan episod kekejaman menimpa Anwar apabila menang 27 kerusi parlimen.

Tengku Razaleigh Hamzah juga boleh dikatakan berupaya mencipta gelombang selepas tewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.

Semangat 46 dilahirkan Ku Li sehingga membolehkan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah bertapak kembali di Kelantan pada PRU 1990.

Apa yang jelas, Najib dilihat tanpa sedar mencipta banyak musuh sekarang. Penamatan serentak jawatan Tan Sri Ghani Patail mengejutkan.

Begitu juga pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamad sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dianggap ada kaitan bagi melambat prosiding siasatan PAC terhadap peneraju 1MDB.

Bagaimanapun Peraturan 77(3) Dewan Rakyat menyebut ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi PAC kerana keuzuran atau sebab lain, PAC hendaklah memilih salah seorang anggotanya mempengerusikan mesyuarat.

“Hal ini bermaksud, prosiding PAC yang diatur pada Ogos ini membabitkan 1MDB tidak perlu ditangguhkan,” dakwa Kajian Politik Untuk Perubahan.

Sekarang mampukah Muhyiddin dan Shafie mengulangi kejayaan Anwar dan Ku Li. – HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-2015
























































































































































































































Ikutlah pemimpin yang berintegriti

KAMARUDDIN HASSAN | .


Subjek berkenaan kepemimpinan dan pemimpin telah menjadi perkara perbincangan yang disukai oleh penulis; termasuklah ahli akademik, penyelidik, ahli politik dan lain-lain. Mereka bersetuju bahawa kualiti utama bagi seorang pemimpin ialah keperibadian yang baik. Kecekapan untuk memimpin adalah di tempat kedua.

Mark Sanborn yang menulis dalam bukunya, You Don’t Need A Title To Be A Leader, berkata bahawa kepemimpinan ialah satu seni atau kebolehan untuk mendapatkan pelaksanaan yang luar biasa dari seorang pekerja biasa.

Pemimpin pula ialah seseorang yang mengetuai sekumpulan orang, khususnya ketua bagi sesebuah negara atau organisasi. Ini adalah definasi seperti yang terdapat di dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

Dua orang penulis iaitu Harvey Robbins dan Michael Finley yang menulis di dalam buku mereka, The Accidental Leader, pula berkata: “Anda tidak perlu menjadi seorang yang sempurna untuk menjadi seorang pemimpin yang tertib”.

Namun, pemimpin yang sesuai untuk diikuti ialah apabila seseorang itu memperlihatkan sifat atau keperibadian yang elok, di antaranya ialah integriti.

Kita ingin bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan integritI ini? Sebagai contoh, penulis ada membaca satu iklan di dalam sebuah akhbar arus perdana, di mana sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menggunakan perkataan integriti sebagai salah satu daripada tiga elemen di dalam cogan kata korporatnya. Elemen yang dua lagi ialah kebijaksanaan dan kecemerlangan.

Bagi IPTS ini, integriti ialah perihal sesuatu nilai dan akhlak yang betul dalam kehidupan kita. Ia dilihat sebagai tulang belakang yang memegang teguh akan sesuatu keperibadian yang positif.

Sebuah lagi IPTS juga mengiklankan cogan kata mereka dengan menggunakan perkataan-perkataan integriti, kualiti dan penyayang.

Manakala IPTS yang ketiga pula membuat publisiti seperti berikut di dalam iklan mereka: integriti yang menentukan pengambilan kerja dalam dunia korporat.

Oxford Dictionary pula memberikan definIsi bagi integriti sebagai sesuatu yang mempunyai kualiti dari segi amanah serta mempunyai prinsip moral yang tinggi. Jika seseorang pemimpin itu seorang yang amanah, beliau akan bercakap benar dan tidak berbohong atau pun menipu.
Moral pula bolehlah dihuraikan sebagai mempamerkan sesuatu kelakuan yang betul serta standard yang biasa diterima oleh masyarakat. Pemimpin yang bermoral boleh memahami serta dapat membezakan di antara mana kelakuan yang betul dan yang salah.

Contoh yang paling cemerlang dari segi integriti ini ialah Nabi Muhammad SAW. Ketika hayatnya, baginda Rasulullah diberikan gelaran sebagai “al-Amin”, yang bermaksud orang yang dipercayai.

Seorang penulis, George E. Wolf, P.E. ada mengatakan bahawa ramai di antara kita suka menambah atau mereka cerita di dalam laporan, penyampaian atau semasa mengemaskinikan sesuatu program. Ia bertujuan untuk menarik minat atau agar sesuatu laporan itu boleh diterima ramai. Mengikut beliau, integriti dan mereka cerita ini adalah konsep yang tidak selari atau secocok.

Ramai juga pemimpin politik dan korporat di tanah air yang memberikan ulasan tentang konsep integriti ini. Di antaranya adalah seperti berikut:

- Kecekapan dan kebolehan penjawat awam adalah sangat mustahak dan integriti mestilah menjadi pelengkapnya.

- Disebabkan kurangnya budaya integriti, ramai pemimpin korporat telah kecundang semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dahulu.

- Apabila anda hidup dengan mengamalkan integriti, anda berjaya. Anda mempunyai sifat yang terbuka dan jujur. Dengan itu, kehidupan harian anda tidaklah berserabut, malahan anda kurang mengelamai perasaan tekanan.

Dalam tahun 2006, Mori of United Kingdom (UK) dan Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) telah berganding bahu membuat soal selidik tentang 15 jenis pekerjaan. Para responden di UK dan Malaysia mempercayai profesional berikut: pertama ialah doktor; kedua guru dan ketiga profesor. Ahli politik diletakkan di paras bawah sekali.

Dalam kata lain, jika seseorang pemimpin itu mempunyai sifat integriti, dia mempunyai kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan dengan bebas, tanpa memihak kepada sesuatu kumpulan. Pertimbangan hanya dibuat untuk kebaikan syarikat atau organisasi yang dipimpinnya.

Seseorang pemimpin akan diikuti disebabkan para pengikut mempunyai rasa hormat serta percaya kepadanya, bukan sekadar di atas kepandaian memimpin yang dimilikinya.

Sebagai kesimpulan, kita tidak perlu menghadiri kursus kepemimpinan di Harvard University atau University of Cambridge untuk mengetahui bahawa ujian asid seseorang pemimpin ialah untuknya menoleh ke belakang. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui sama ada masih ada lagikah para penyokong yang mengikutnya. - HARAKAHDAILY 27/7/2015

Penulis adalah bekas pengurus di sebuah syarikat GLC.

Sumber HD - 27-7-2015























































































































































































































Kesalahan The Edge dari sudut kewartawanan

OOI HENG | .


Tanggal 29 September 2002, akhbar harian berbahasa Cina Oriental Daily telah menerbitkan buat pertama kali dalam percubaannya menembusi pasaran akhbar berbahasa Cina di Semenanjung Malaysia.

Setelah disiapkan kerja-kerja penerbitan, pencetakan dan pengedaran buat kali pertama pada hari Ahad tersebut, pihak pengurusan atasan Oriental Daily telah menerima panggilan telefon daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekitar jam 1 petang, yang memaklumkan bahawa penerbitan Oriental Daily harus diberhentikan.

Kemudian, sekitar jam 7 petang, pihak pengurusan atasan Oriental Daily sekali lagi menerima panggilan telefon yang memaklumkan bahawa permit penerbitannya telah digantung.

Lembaran sejarah ini telah meletakkan Oriental Daily sebagai akhbar yang mempunyai sejarah penerbitan paling pendek di Malaysia, yakni satu hari sahaja. Hanya selepas 96 hari, Oriental Daily yang berada di pasaran hari ini diterbitkan semula pada 1 Januari 2003.

Tanggal 27 Julai 2015, penggantungan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly mula berkuasa selama tiga bulan. Semoga kedua-dua akhbar harian dan akhbar mingguan The Edge yang berkualiti dapat diterbitkan semula selepas tempoh tiga bulan nanti.

Berlatarbelakangkan fakta di atas, artikel ini ditulis untuk meletakkan perbincangan penggantungan The Edge dalam perspektif kewartawanan dan mengajukan persoalan yang relevan kepada pihak pihak yang berkaitan.

Dalam dunia kewartawanan, penerbitan akhbar mengandungi empat kategori utama berkaitan berita.

Pertama sekali adalah penulisan dan pelaporan berita yang menjadi asas kepada semua penerbitan akhbar. Pemberitaan asas yang dimaksudkan di sini lazimnya berpandukan 5W1H dan menitikberatkan fakta.

Kedua adalah penulisan berbentuk rencana atau feature yang menjadi tambahan kepada pemberitaan dan bercorakkan sesuatu naratif penulisan mengikut keperluan topik dan keupayaan wartawan.

Ketiga adalah penulisan berbentuk komentar merangkumi kolum sidang pengarang atau editorial, kolumnis jemputan, kolum wartawan, sudut pembaca dan seumpamanya. Penulisan berbentuk komentar ini yang membentuk perspektif berkenaan sesuatu isu dan merancakkan perbincangan ruang awam atau public sphere.

Keempat adalah pemberitaan bersifat penyiasatan atau investigative reporting yang menelan masa, perbelanjaan dan sumber lain yang lebih besar berbanding pemberitaan asas. Pemberitaan bersifat penyiasatan jarang-jarang sekali dilakukan kerana pemberitaan seumpama melibatkan kos dan risiko politik yang lebih besar.

Apakah kesalahan The Edge sehingga akhbar harian dan mingguan kepunyaannya yang begitu berkualiti dan mempunyai kredibiliti digantungkan penerbitannya?

Persoalan ini dapat dijawab menurut logik kewartawanan dengan mengolah semula pertanyaan kita dengan ayat yang berbunyi seperti berikut:

Apakah sifat kewartawanan yang ditonjolkan oleh akhbar dan mingguan kepunyaan The Edge yang begitu berkualiti dan mempunyai kredibiliti sehingga penerbitannya digantung?

Jawapannya ialah, The Edge telah melakukan pemberitaan bersifat penyiasatan yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh akhbar harian lain di Malaysia. Kebanyakan tuan punya akhbar harian yang kaya-raya enggan memperuntukkan perbelanjaan dalam pemberitaan bersifat penyiasatan kerana mereka tahu benar impak pemberitaan seumpama boleh jadi sangat besar dan seterusnya melibatkan risiko politik yang besar.

Lazimnya, impak pemberitaan bersifat penyiasatan menyumbang kepada hak menerima maklumat warganegara secara meluas dan mengangkat peranan media dalam menyemak tadbir urus sesebuah rejim pemerintah sehingga merencakkan demokrasi sesebuah negara dan membawa pembangunan negara ke arah negara maju.

Rakyat yang hidup dalam negara yang mempunyai media seumpama berpeluang menikmati kehidupan berdemokrasi yang berkualiti dan merasa bangga sebagai warga negara seumpama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba meletakkan dirinya sebagai bapa transformasi telah mengumumkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) pada sidang Parlimen yang lepas. RMK11 merupakan rancangan terakhir dalam membawa pembangunan Malaysia ke arah negara maju berimpiankan Wawasan 2020.

Masih ingatkah rejim pemerintah bernama Barisan Nasional (BN) bahawa janji Perdana Menteri Najib dan BN termasuk membawa transformasi politik, ekonomi, sosial dan pemerintahan kepada segenap lapisan masyarakat dan rakyat Malaysia?

Tahukah menteri-menteri kabinet BN dan ahli-ahli parlimen bahawa media yang mengangkat peranan menyemak tadbir urus negara seperti The Edge dan Sarawak Report merupakan elemen penting dalam transformasi negara ke arah negara maju yang dapat membanggakan rakyat Malaysia.

Sejarah reformasi tanah air kita telah membuahkan hasil. Kerana itu rejim pemerintah berbicara mengenai transformasi berasaskan tuntutan-tuntutan semenjak gerakan reformasi. Tetapi rejim pemerintah hari ini berhenti setakat perbicaraan.

Membaca laporan pemberitaan bersifat penyiasatan yang jarang-jarang sekali disajikan dalam dunia kewartawanan Malaysia, kami bangga apabila warga negara lain menanyakan apa kesalahan yang dilakukan oleh The Edge dan Sarawak Report sehingga mereka digantung dan dihalang aksesnya.

Kerana pertanyaan tersebut membawa kepada peluang kami menjelaskan bagaimana bangkitnya akhbar di Malaysia yang berani memainkan peranan dalam proses membawa pembangunan Malaysia ke arah negara maju dalam konteks sejarah tuntutan reformasi tanah air kita sendiri.

Akhbar lain yang masih berpuas hati dengan pemberitaan asas sahaja dan berkomplot dengan rejim yang menyeleweng, masa telah tiba untuk anda melakukan perubahan. Jika tidak, tuntutan perubahan dan pembaharuan rakyat akan menenggelamkan anda sekali pada masa yang akan datang.

Tuntutan rakyat hari ini bukan sekadar mengenai pengunduran seorang individu, tetapi penolakan sebuah rejim dan pemikiran yang mengekang media dan menekan segala usaha wartawan yang bermaruah dan mahukan pendemokrasian media. - HARAKAHDAILY 27/7/2015

Penulis ialah Pengarah Eksekutif Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Sumber HD - 27-7-2015

Nasihat buat Gerakan Harapan Baru

Posted on Monday, July 27 @ 14:39:54 MYT by paktam

Oleh ISMAIL BQWAJARKAH tidak meletak jawatan jika ingin tinggalkan PAS dengan alasan kerusi dimenangi bersama dengan Pakatan Rakyat?

Jika begitu, mengapa sebelum ini wujud desakan mengeluarkan PAS daripada kerajaan Pulau Pinang dan Selangor sedangkan dua kerajaan negeri itu dimenangi dengan kerjasama PAS? Apabila PAS tidak mengendahkan desakan itu, mereka dituduh sebagai sayang jawatan.
 

Hujah yang digunakan mereka dulu ialah PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP berdasarkan usul Dewan Ulama yang belum diputuskan Majlis Shura (walhal DAP yang memutuskannya terlebih dahulu). Jika dinilai, bukankah keputusan untuk menubuhkan Gerakan Harapan Baru ini sama dengan keputusan untuk berputus dengan PAS? Jika begitu, salahkah mereka ini didesak untuk melepaskan jawatan dan dituduh sayang jawatan sepertimana mereka menuduh PAS tempoh hari.

Atau mereka sendiri yang lebih sayang jawatan berbanding ahli-ahli PAS yang dituduh mereka?

PAS khianati mereka di GHB?

Tuduhan kini berlegar bahawa perwakilan PAS tidak memilih berdasarkan jasa dan sumbangan pemimpin. Ada pemimpin baru yang dipilih tiada rekod perkhidmatan pun.

Di dunia ini, tiada jaminan bahawa asalkan kamu berusaha, kamu akan berjaya. Yang penting ialah kamu istiqamah, kalau tak menang di dunia, maka menanglah di akhirat.

Jangan kerana kamu tidak dipilih, kamu terus menuduh parti yang mengkhianati kamu. Itu ego berlebihan. Ada ahli parlimen yang tewas pemilihan AJK di 2013 tidak pernah pun menuduh parti mengkhianati beliau. Beliau menunggu sehingga menang semula di 2015.

Mengapa yang tewas kali ini tidak mahu berusaha lagi sebaliknya mahu menubuhkan parti baru? Bukankah ini perbuatan khianat yang sedang dituduh mereka terhadap PAS?

PAS sudah berubah perjuangannya?

Mereka menuduh PAS sudah berubah haluannya dan tidak relevan. Tuduhan ini ditimbulkan kerana PAS kini diterajui barisan kepimpinan yang baru.

Apa yang diubah PAS? Perlembagaannya? PAS tidak lagi merujuk kepada al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma' Ulama sebagai hukum tertinggi? PAS tidak mahu lagi undi bukan Islam (Ya ke? Kalau ya, mengapa tidak tutup DHPP sahaja?)?

PAS tidak lagi mahu berlawan dengan Umno? Bulan Mac yang lalu, Majlis Syura sudah pun buat keputusan bahawa tiada kerjasama politik bersama Umno dan tiada siapa yang melanggarnya. Cuma ada hati yang tetap mencurigainya untuk dijadikan hujah dan alasan bagi menubuhkan parti baharu.

Mudahnya kalau PAS tidak lagi bernilai, mengapa bertanding di muktamar yang lalu? Kalau bertanding, mengapa tidak boleh menerima keputusannya apabila barisan kepimpinan harapan baru yang diketengahkan tidak disokong majoriti perwakilan dari seluruh negara.

Ataupun sebenarnya ialah cubaan mereka untuk mengubah haluan PAS yang tidak berjaya?

Bai’ah tidak sah?

Ahli PAS yang bertanding perlu diperkenan Majlis Syura dan surat watikah yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Mereka perlu membuat bai’ah taat setia. Semua ini atas dasar rela, suka sama suka. Bai’ah taat setia PAS paling mudah dan tidak melibatkan duit – ia bergantung kepada akidah dan iman dan Allah sebagai saksi.

Bai’ah dibuat dengan sukarela. Kalau sanggup berbai’ah, jika nak batal bai’ah, maka kena tanggunglah sendiri. Mufti atau sesiapa sahaja tidak dapat membantu apa yang perlu ditanggung hati. Hujah sekadar menyedapkan hati termasuklah hujah dangkal bahawa PAS telah khianati mereka yang berbai’ah.

Bagaimana PAS boleh khianati mereka yang berbai’ah kalau PAS langsung tidak berkuasa untuk menarik balik jawatan Adun atau Ahli Parlimen yang dimenangi ahli PAS yang mahu menyertai parti lain? Malah PAS tidak boleh menghukum mereka yang hendak melanggar bai’ah. Cuba renungkan.

Kesimpulannya

Oleh itu, cukup-cukuplah GHB menggunakan cara menghentam PAS sebagai alasan untuk meninggalkan parti. Janganlah cuba menaikkan diri kononnya lebih mulia daripada orang lain. Bukankah itu akhlak buruk yang sedang dituduh mereka kepada PAS?

Lebih elok mengakui bahawa GHB diperlukan untuk meneruskan karier politik masing-masing. Itu lebih mudah, telus, tidak menimbulkan sengketa yang tidak perlu dan susah dicari hujah untuk dipertikaikan.

Sumber DD - 27-7-2015         

Woi…Apa Yang Teruk Sangat Sekarang???

Posted on Monday, July 27 @ 12:08:07 MYT by paktam

Oleh IsaLinggi

"Sebenarnya memang malas sekali untuk aku bercakap tentang situasi semasa negara kita sekarang kerana apabila aku bercakap, maka darah tinggi aku pun naik dan akhirnya terbang lagi duit kerana bayaran kelinik.

Tapi lagi didiamkan, aku lihat semakin menjadi-jadi keadaannya. Sekarang aku dah tak tahan lagi dan aku nak bercakap.


Mula-mula aku nak bercakap pasai GST. Siapa yang tak terkesan dengan GST tolong bagi no contact kat aku sebab aku nak tanya formula yang dia pakai sampai dia tak terkesan. Kalau dia wakil rakyat, tak payah bagi la no contact kat aku sebab dalam orang dok terkial-kial cari seringgit dua, dia orang dapat tambahan elaun. Kalau peniaga yang berniaga juta2 pun jangan nak bagi no contact kat aku sebab duit kau orang yang berjuta tu memang boleh habis tapi bukan satu atau dua hari tapi mungkin makan masa setahun dua. Aku mahu no contact peniaga-peniaga yang pendapatan bulanan dalam  10 hingga 30 ribu sebulan sebelum ini yang tak terkesan dengan GST ni.

 Kerajaan mengaut berbillion ringgit melalui GST tetapi apa yang rakyat dapat. Orang kampong dapat BR1M, orang felda dapat duit raya, warga emas dapat duit raya dari YB atau MB, kakitangan kerajaan dapat bonus, tapi kami peniaga kecil dan sederhana dapat apa? Tahukah kerajaan dengan perlaksanaan GST ni, perniagaan kami merudum 70%. Kalau sebelum ini, pendapatan kasar RM20,000 sebulan kini tinggal RM6,000 sebulan. Kami tak dapat BR1M, kami tak dapat duit raya, kami tak dapat projek kroni, kami berdiri diatas kaki kami sendiri. Sebelum orang nak caci kami, perlu saya ingatkan bahawa kami membayar lebih banyak GST dari yang lain. Cek kami dikenakan GST setiap tranksaksi selain daripada caj 50 sen dari bank negara. Bayangkan dah la nak cari jualan susah, duit yang ada didalam bank pun dicukainya bila buat pengeluaran. Apa punya kerajaan la punya perangai macam ni. Dah la tu.. kutipan GST berbillion tapi nilai duit kita jatuh merudum. Apakah pemerintah rasa seronok tengok peniaga kecil dan sederhana macam kami ni gulung tikar. Sekarang pun berapa ramai dah yang gulung tikar. Aku tak pernah jumpa cukai zalim macam ni sejak lahir 55 tahun dulu. Budak kecil, orang tua, orang cacat, fakir miskin, semua dia orang sapu habis bayar cukai. Apakah tak haram ke kutip cukai kat fakir miskin, OKU dan juga orang-orang tua serta bayi baru lahir. Mana pi habis mufti-mufti yang ada kat Malaysia ni?? Dulu tok janggut sanggup mati kerana melawan cukai zalim dari penjajah tetapi sekarang bangsa Tok Janggut sendiri yang memperkenalkan cukai zalim…



Lepas kena GST, minyak pula kau orang naikkan. Macam KJ cakap, kerajaan perihatin sebab cuma naikkan minyak 10 sen sahaja walaupun seharusnya dinaikkan 20 sen. Punya la bangang KJ, ingatkan menteri muda boleh pikir dengan waras, harga minyak dunia turun tapi kau orang naikkan harga minyak buat apa. Aku tak kisah kalau kau orang naikkan harga minyak tetapi mengaku bahawa nilai duit kita jatuh. Ni tidak, siap kata ekonomi kita didalam landasan yang betul. Lepas tu ada YB dan MB masuk kampong tanya ada kesan ka kenaikkan minyak 10 sen kerana isi minyak full tank ex 5 katanya baru 5 ringgit tahan seminggu. Apa dia oaring ingat orang kampong sekarang tak pakai kereta ka?? Na kantar anak pergi sekolah, nak pergi antar ayah atau ibu pergi cek rutin hospital, nak melawat rakan dan taulan sakit, nak pergi sembahyang jumaat kalau pergi satu keluarga 4 orang nak naik ex 5 ke ulang dua tiga kali?? Apa punya pemikiran pemimpin kita sekarang. Cakap saja hutang kita banyak, rakyat tolong la bayaq.. kan senang.. rakyat tau.



Orang dok sibuk pasal 1MDB. Orang bandar tanya duit 1MDB hilang kemana? Orang kampong pula tanya menatang apa 1MDB?? Mahathir bising pasai duit 1MDB, Cikgu Bard bising mana hilang duit berbillion masa Mahatir jadi PM, Mazlan Aliman (ANAK) bising mana pi duit FGV, Rafizi tanya mana pi duit lebihan beli Bangunan MARA di luar negara, orang RANTAU tanya bila nak pi rumah terbuka Tok Mat (MB N9)… Last-last orang RANTAU kena rendang rumah tok mat (MB) terus lupa GST ka 1MDB ka apa ka.. Bila datang bil letrik lagi 2 3 hari, baru teringat GST balik.



Politik pun dah jadi caca marba. Tiap-tiap hari PAS dok kondem DAP dan GHB. Dulu bukan main sayang dengan DAP sekarang kutuk DAP macam-macam. Ok sekarang aku nak cakap kat pimpinan PAS. Masa muktamar tempohari, kenapa tak cakap pasal 1MDB? Kenapa tak cakap pasal GST? Kenapa tak cakap pasal saham FGV? Kenapa tak cakap pasal MARA? Kenapa tak cakap pasal PTPTN? Kenapa tak cakap pasal harga minyak? Ni bermuktamar dok kutuk pimpinan sendiri dengan gelaran Jebon, Barua dan macam-macam lagi siap dengan doa. Lepas tu siap nak bagi siku dengan lengan. Last sekali resolusi dia nak keluar pakatan dari DAP.



Apa kejadah kalau sekadar nak bermuktamar untuk kutuk ahli sendiri dan putus dengan DAP baik tak payah muktamar. Orang bermuktamar membincangkan hala tuju parti dalam menangani isu-isu negara yang hangat diperkatakan. Tapi dia orang bermuktamar nak bunuh pemimpin2 yang selama ini berada dibarisan hadapan dengan rakyat bermain dengan water canon dan bom asap FRU. Pemimpin yang berani masuk felda walaupun dihalau.. Pemimpin yang berani bercakap di Parlimen walaupun diboo..nak dipilihnya pemimpin yang suka membaca tapi tak mahu bercakap. Nak pilih pemimpin yang pandai sinsing lengan dan siku (dah macam shahrizat la pulak). Nak pilih pemimpin yang waktu parlimen bersidang pi luar negara… Nak pilih pemimpin yang bercakap ikut kepala lutut bukan kepala otak. Lepas tu dah siap kutuk orang, suruh pula orang tu berlapang dada. Apa punya pak lebai. Kena pula musyidul am baru siap kata haram nu haram ni pendapatan orang yang menetang parti… yang wakil rakyat tak datang bersidang tak haram pula pendapatan dia. Sebab itulah Harun Din walaupun bertanding dengan shahidan kassim pun tak boleh menang sebab orang Perlis kenal siapa dia. Nasib baik aku bukan orang Perlis…kalau tidak malu aku ada musyidul am PAS orang macam tu. Lepas tu siap ada baiah talak 3. Hebat betul ulamak2 PAS ni. Pasal politik saja boleh bagi syarat talak 3.



Sekarang aku nak cakap pasal agama. Kenapa dan mengapa kaum lain tidak memahami agama Islam. Ianya berpunca dari kita sendiri yang beragama Islam. Bila kita minta break nak pergi sembahyang zohor, sembahyang Cuma 5 minit, tapi ambil masa sampai setengah jam. Siap pi merokok dulu, siap bersembang dulu kemudian baru balik. Bila tokei cina x bagi pelepasan, kita bising kata x bagi kita beribadah.



Orang Islam sendiri bercakap dolak dalih. Ari ni kata A, besok kata B, lusa kata C lepas tu kata A balik. MacamTuan Presiden PAS, PARTI ISLAM SEMALAYSIA, hari ni cakap A esok boleh cakap B dan lusa boleh cakap C, sebab itulah DAP kata apa lu cakap tak serupa bikin.



HUDUD adalah satu hukum yang mana setiap orang Islam tidak sesekali boleh mempertikaikan kelebihan hukum hudud yang tercatat dalam al quran. Tetapi masaalah sekarang berapa ramai umat Islam dinegara ini yang tahu tentang hudud. Yang orang tahu kalau mencuri potong tangan, kalau berkhalwat kena sebat dan kalau berzina kena rejam sampai mati. Bila Mahathir kutuk hudud, tak ada pula orang melayu nak bising. Bahkan Hassan Ali dengan Nasaruddin bermati-matian nak berkerjasama dengan parti yang presiden dan ahli MT dok bergelak dalam mesyuarat mengutuk hudud. (Aku tak tuduh Hassan Ali dan Nasaruddin, aku cuma tengok video dalam youtube berapi-api ucapan mereka). Bila DAP menolak hudud, kau orang bising satu Malaysia. Memang la DAP tolok hudud sebab parti dia orang bukan parti Islam tetapi Democratic. Tolong buka kamus dan lihat apa maksud Democratic. Democratic dalam Bahasa melayu di panggil Demokrasi bermaksud satu bentuk kerajaan dimana kuasa mengubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh RAKYAT. Aku tak jumpa pun pengertian DEMOCRATIC bermakna KOMUNIS. Lagi satu nak tanya, pernahkah ustaz-ustaz PAS menerangkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama ISLAM tentang HUDUD. Jangan ingat semua rakyat Malaysia berugama Islam memahami hudud. Kalau mereka faham, tak akan ada kes buang bayi dalam sungai, kerat 8 bayi, gantung diri dan dalam internet bersepah video budak melayu beromen. Terangkan pada rakyat Malaysia yang beragama Islam dahulu barulah kita mampu terangkan kepada penganut ajaran lain. Ni orang melayu beragama Islam sendiri pun perangai macam setan kemudian kita nak suruh penganut agama lain mengikut kita.



Terbaru…satu Malaysia bising pasal kes Low Yat. Habis orang melayu Kuala Lumpur keluar nak berlawan dengan cina kononnya orang cina jual handphone tiruan. Dikatanya peniaga cina penipu dan macam-macam lagi. Woi… tolonglah guna pakcik google. Google tengok dalam website kes penipuan jualan handphone dan barang2 online. Kaum mana yang banyak menipu. Kaum kita wooo… kaum Melayu dan beragama Islam. Ada setengah penipu siap dengan profile gambar bertudung dan yang kena tipu pun banyak orang Melayu. Kenapa tak bising??



 Aku dah 10 tahun berurusan di Low Yat dan sebilangan pekedai aku kenal. Pernah aku nak beli barang tak cukup duit, tapi tokei tu percaya kat aku dan bagi aku ambil dulu dengan harga yang lebih murah dari pasaran. Sampai sekarang aku yang berniaga kecil-kecilan ni dibagi fasiliti kredit sehingga RM20,000.  Tak dak masaalah pun. Mana yang tak pernah pergi ke Low Yat aku minta kau orang turun ke Bukit Bintang (area Low Yat, Time Square dan Imbi Plaza) pada hari Sabtu dan Ahad. Aku tak suruh kau orang pergi shoping barang kat Low Yat sebab kau orang nak boikot lantak kau orang la. Aku nak kau orang pergi cuci mata kat situ. Tengok budak-budak cina dan tengok budak-budak Melayu.  Budak-budak Cina berkerja dikawasan itu manakala budak-budak Melayu pula menyemakkan mata dengan pakaian dan gelagat mereka yang kadang2 kita malu mengaku kita melayu.



 Kalau ikut hati aku banyak lagi aku nak tulis, tapi lagi aku tulis lagi meluat perasaan aku. Aku tak peduli apa kau orang nak komen tapi hakikatnya inilah kebenaran. Sebelum kita nak salahkan orang lain..lebih baik kita cermin diri sendiri dulu termasuklah aku..



Poh…Palaweih…..
"

Sumber DD - 28-7-22015

Strategi badan-badan NGO ke arah parti politik gagal?

Posted on Monday, July 27 @ 11:43:20 MYT by paktam

Oleh Arifin Hassan

Sejak akhir-akhir ini banyak kedengaran sebahagian dari badan-badan NGO seperti Ikram, Abim, Wadah dan Haluan  ingin bertukar angin dengan menerjunkan diri ke dalam arena politik. Ini kerana penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) memberi peluang kepada NGO-NGO ini untuk mencorakkan hala- tuju politik negara. Soalannya, adakah mereka ini sesuai dijadikan barang dagangan dalam pasaran pollitik?


Seperti juga di dalam dunia bisnes, berniaga menjual kopi secara kecil-kecilan di warung, berlainan gayanya dari menyewa di food court di Suria KLCC. Bolehkah seorang jaguh dalam acara tenis di peringkat antarabangsa mengulangi kejayaannya dengan bermain bolasepak bersama Liverpool FC?
Satu konsep pengurusan yang dinamakan sebagai The Peter Principle, diperkenalkan Laurence J Peter mungkin mempunyai jawapan bagi persoalan di atas. Dalam kajiannya, seseorang itu dikatakan mempunyai had kejayaannya apabila dia diletakkan dalam suasana yang berbeza dan prestasinya tidak semestinya akan meningkat secara berterusan. 


Mungkinkah, dengan kata lain, sesebuah NGO boleh  berjaya dalam sesuatu bidang, tetapi ianya akan menemui kegagalan dalam arena politik. Berikut adalah mungkin perkiraan yang harus diambil berat semasa melakukan perancangan strategik dalam menceburkan organisasi dalam arena yang baru ini. Siapa cepat dia dapat

Apabila gendang dipalu, badan-badan NGO perlulah mengambil satu pendekatan yang baru demi merebut peluang yang ada. Kalau dahulunya mereka berasa selesa dengan lenggok yang perlahan, ia sekarang harus berlari dan kadang kala perlu memecut selaras dengan perubahan semasa.

Ada juga yang menyatakan mereka perlu membuat beberapa penyesuaian dan “quantum leap” untuk berjaya dalam dunia yang baru diceburi ini. Ia perlu membuat anjakan paradigma agar tidak kelihatan sebagai jaguh kampung yang hanya mampu bersaing diperingkat lokal.

Jika dahulunya kenyataan media dikeluarkan hanya sebulan sekali, sekarang ianya hendaklah diadakan dengan lebih kerap, seminggu sekali sebagai contoh. Nah, bila ada parti politik, dua kali sehari pun tidak memadai! Sudahkah ia bersedia untuk perubahan ini?

Budaya kerja lama tak boleh pakai

Philip Kotler, seorang Professor Pemasaran Kellogg School  of Management, Amerika Syarikat menyatakan, kejayaan dan budaya kerja mempunyai kaitan yang rapat. Dalam kajian beliau, didapati kejayaan sesuatu organisasi berpaksi kepada ‘cara  ahlinya berfikir dan membuat kerja’ atau ‘how things are done around here’. Budaya kerja, pada hakikatnya adalah  jatuh bangunnya sesuatu organisasi dan menjadi akar tunjang kepada kejayaan-kejayaan pada masa hadapan.

Semasa Rasulullah s.a.w berada di Mekah pada tahap awal dakwah, Baginda menggunakan strategi dakwah yang bersifat defensif. Namun begitu, peristiwa Hijrah ke Madinah melatih Baginda dan para sahabat r.a. untuk menjadi lebih ofensif & proaktif. Ini merupakan satu pembudayaan semula, a reculturisation of work yang dirancang rapi Allah.

Ahli-ahli dan para pemimpin, kalau dahulunya sudah terbiasa bekerja dari kerusi empuk bersama ahli kumpulannya sahaja, kini perlu keluar bersama-sama untuk turun padang dengan masyarakat. Mereka harus bermesra dengan orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan bergaul dengan semua lapisan komuniti.

‘It is good if you are good, but if you are good and people do not know that you are good, then that is not very good for politics’. Dalam arena moden ini, dunia politik sentiasa memerlukan dorongan yang mampu membuat kita berkhidmat secara konsisten. Disebabkan itu, setiap kematian, kenduri dan kelahiran bayi bahkan sambutan harijadi dari semua bangsa dan agama wajarlah disantuni dan diambil kira.

Sudahkan budaya politik berada dalam ahli- ahli NGO anda?

Masuk sekolah semula

Seorang pakar pengurus perubahan dari Harvard University, Professor John Kotter, menyatakan penglibatan sesebuah organisasi dari satu tahap ke tahap yang lain memerlukan ilmu dan kemahiran yang berbeza. Justeru itu, badan-badan NGO perlu mengambil beberapa langkah yang strategik kalau mereka ingin memimpin dan dikenali sebagai the game changer dalam dunia politik kini.

Untuk ini, ahli-ahli NGO wajarlah menghadiri semula  latihan untuk ‘unlearn’ budaya yang negatif seperti bahasa badan yang tidak mesra media dan pendekatan negosiasi yang merugikan. Mereka perlulah di ‘retrain’ semula kefahaman ilmu terkini dalam pilihan raya, sebagai contoh teknik micro-targetting ala presiden Obama.

Strategi ini yang diperkenalkan Jim Messina semasa presidential election 2012 berjaya digunakan sekali lagi untuk memenangkan perdana menteri  David Cameron dari Conservative Party, United Kingdom. Pilihan raya pada zaman kini menjadi semakin kompleks dan ilmu yang baru perlu dipelajari secara mendalam, selari dengan pepatah Inggeris yang berbunyi “You can never find a new island using an old map”.

Sudahkah badan-badan NGO mempunyai persediaan sedemikian?


Kadangkala, berundinglah untuk kalah…….

Jika dahulu sesebuah NGO terbiasa  mengadakan negosiasi  bersama sahabat handai dengan harga tawaran yang agak murah mengenai isu-isu lokal dan remeh, sekarang ini, ia harus berdepan dengan isu masa depan negara yang lebih mencabar.

“Ambillah selangkah kebelakang untuk maju ke hadapan di kemudian hari’’. Kata-kata dari Lao-Tsu, pemikir Cina lebih 2000 tahun yang lalu boleh menjadi iktibar kepada pemimpin badan-badan NGO. Sebagai contoh, pemain catur yang handal mengambil satu langkah dan strateginya mampu melihat tiga langkah ke hadapan.

Budaya kompromi dalam politik juga berjaya dicerminkan dalam Perjanjian Hudaibiyah pada 6 Hijrah antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah. Justeru, NGO-NGO wajar mengaplikasikan pelan tindakan yang sama dalam menceburkan organisasi mereka dalam arena politik. Hal ini boleh menjurus kepada situasi ‘win-win’ dalam perundingan.

Adakah NGO sudah bersedia untuk berunding sedemikian?

Berharap yang terbaik, bersedia untuk terburuk.

Bidang politik merupakan satu  perjalanan yang sangat  jauh. Lim Kit Siang dan Tengku Razaleigh Hamzah memperuntukkan keseluruhan hidup mereka untuk politik dan sehingga ke hari ini, mereka masih belum nampak bersedia untuk bersara. Langkah Kajang yang mulanya nampak kecil sebenarnya memulakan satu rangkaian  agenda politik yang lebih besar.

Bagi NGO yang tidak pernah melalui  percaturan politik  yang kompleks ini, stamina dan persediaan yang diperlukan untuk membaca dan mengharungi liku-liku perjalanan ini cukup mencabar. Sebagai contoh, Tun Musa Hitam pada masa mudanya merupakan pemimpin pelajar universiti yang disegani ramai pada awal tahun 1950an. Beliau  merupakan pelajar yang mewakili Asia yang berpusat di Leiden, Belanda dan bersara awal dari politik apabila bertembung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sudah tidak dinafikan lagi, NGO-NGO akan mudah terkena sepak terajang politik seawal tertubuhnya parti politik. Bahkan ia harus bersedia dengan “siku dan lutut” yang datangnya dari kawannya sendiri yang kini pun berubah menjadi lawan.

Sudahkah NGO-NGO bersedia untuk bertembung dengan mereka ini?

Tidak ada kawan dan musuh politik yang kekal kecuali minat.

Henry Kissinger, penasihat politik kepada tiga presiden Amerika Syarikat pada tahun 70an hingga 80an pernah menyebut “There is no permanent friends or enemies, only permanent interest”

Perjalanan politik adalah penuh dengan liku-liku dan sahabat handai bakal bersilih ganti. 

Namun, tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang selama-lamanya. Justeru, ahli-ahli NGO perlu dilatih agar bersedia untuk berkawan dengan seramai mungkin, seeloknya dari semua lapisan masyarakat.

Sebagai contoh di Indonesia, seseorang dari Parti A ialah rakan politik koalisi pilihan raya tempatan bersama-sama Parti B. Namun di peringkat nasional, Parti A dan B merupakan musuh yang ketat. Justeru itu, ahli politik perlu dilatih dengan cekap untuk bermanis muka dan berkawan di satu suasana, berdepan dengan musuh berdasarkan prinsip yang utuh dan integriti.

Mampukah NGO kini berhadapan dengan suasana yang demikian?

Contohi yang terbaik

Pegawai-pegawai tentera Amerika dilatih di West Point Military Academy sejak ianya dibuka pada tahun 1802 lagi. Selama 4 tahun itu, mereka dilatih dalam teori ilmu ketenteraan, bidang akademik dan ilmu peperangan berdasarkan kajian kes.

Pengalaman digali dari General Hannibal yang hidup pada tahun 200 SM dan Napoleon Bonarparte yang menakluki Eropah sebanyak dua kali hinggalah ke strategi General Mac Arthur yang menakluki Jepun pada tahun 1945. Ahli politik juga boleh belajar dari tokoh militari di mana pembelajaran ini dikenalai sebagai “cross- industry benchmarking”

Dalam dunia politik, terdapat juga tokoh-tokoh besar yang mampu menjadi role model kepada bakal-bakal pemimpin. Badan-badan NGO seharusnya memberi focus kepada “lesson learnt” dari mereka.

Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., Omar al-Khattab, Tun Musa Hitam, Dr Burhanuddin Helmi, Soekarno, Churchill, Margaret Thatcher, Dr Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Lee Kuan Yew, sekadar menyebut beberapa contoh yang wajar dipelajari dalam meningkatkan ilmu.

Rumusan

Kejayaan dalam penghijrahan mereka ke dalam dunia politik bergantung kepada tiga faktor utama. Pertama, keupayaan dalam menguasai ‘cross-culture’ atau intrabudaya dari NGO kepada politik dan penyesuaian yang cepat ke alam yang baru.

Bahkan, pengalaman badan- badan NGO dalam usrah, tarbiyyah dan dakwah mampu melonjakkan dan memberi impak yang besar.

Keduanya, pemilihan pemimpin yang tepat, ataupun “strategic-fit leaders” iaitu yang sesuai dengan keadaan semasa. Kegagalan dalam berbuat demikian akan menghasilkan parti politik yang dipandang lemah dan tidak dihormati.

Akhir sekali, badan- badan NGO haruslah menggunakan networking yang ada secara meluas di Malaysia dan antarabangsa. Dengan pengalaman yang sudah lebih 40 tahun, Abim dan Wadah mampu mengorak langkah ke hadapan.

Selain itu, Ikram dan sejarahnya yang terdahulu sejak tahun 70an juga mempunyai pengalaman yang luas pun mampu merancakkan dan menggerakkan parti politik.

* Penulis adalah pengamal modal insan – HRD yang mempunyai pengalaman lebih dari 25 tahun.

Sumber DD - 27-7-2015

Rakyat Malaysia Makin Sakit: Video Gurauan Disunting Jadi Video Perkauman
Posted on Friday, July 24 @ 07:13:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Beberapa hari lalu disebarkan sebuah video klip yang berunsur perkauman menunjukkan seorang jurujual wanita berbangsa Cina enggan bersalam dengan seorang lelaki Melayu yang berpakaian baju Melayu lengkap.

Video klip tersebut dirakam ketika lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Kurup ke Plaza Low Yatt bagi melihat sendiri keadaan kawasan terbabit selepas hampir tercetus insiden pergaduhan antara kaum.

https://www.youtube.com/watch?v=aDOHU-D_QJY&feature=player_embedded
Namun kami menerima video versi yang lebih panjang yang jelas menunjukkan jurujual wanita kaum cina tersebut bergurau dengan pegawai lelaki tersebut dan mereka kelihatan saling mengenali.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wyXQmaUOhiM
Lihatlah bagaimana niat jahat seseorang hampir sahaja mencetuskan satu lagi insiden perbalahan antara kaum jika tidak diselidiki dan ditapis dulu maklumat yang tersebar.

Media sosial semakin hilang kredebiliti! Rakyat Malaysia pula semakin sakit mental dan jiwa.
KITA BOLEH BOIKOT LOW YATT TAPI JANGAN BERLANDASKAN FAKTA YANG SALAH DAN MEROSAKKAN KETENTERAMAN AWAM.

Sumber Link

Sumber TKO - 24-7-2015


Hebatkan Gerakan Harapan Baru (GHB)?

Posted on Wednesday, July 22 @ 12:08:32 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Setelah selesainya pemilihan kepimpinan baru PAS, muncul gelombang dari pemimpin yang kalah dari kumpulan progresif untuk menubuhkan parti baru.Sebabnya satu yang utama: Mereka kecewa dan marah dengan kumpulan ulama yang merancang pembersihan kumpulan progresif dalam PAS.

Kumpulan progresif ini melihat PAS sudah menjadi parti agamawan, bukan lagi ‘PAS for All.’

Apa kesannya kepada PAS?



Satu yang saya perhatikan ialah tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin PAS yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin PAS untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya.

Kedua, ketiadaan kumpulan progresif dalam PAS boleh memberi kesan kepada kekuatan PAS.

Mana-mana parti pun begitu apabila berpecah. Pada tahun 1978, apabila PAS berpecah, Berjasa menang. Pada tahun 1990, apabila UMNO berpecah, PAS menang.

Sejarah ini perlu dilihat dan diteliti, biarpun senario sekarang dengan tahun 1978 dan 1990 adalah berbeza.

Boleh kekalkah Gerakan Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan.

Bagaimana pula Gerakan Harapan Baru?

Sukar untuk dinyatakan. Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat.

Gunalah ruang itu sebaiknya.

Masalahnya, ada empat cabaran awal GHB.

Pertama, masa (timing) GHB digerakkan tidak tepat. Ini kerana GHB ditubuhkan selepas pemilihan PAS dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas.

Kedua, tempat pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan. Mengapa ditumpu pada kawasan kuat PAS? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak.

Ketiga, pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Keempat, keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

Akhirnya, berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel. Politik begitu karut pada saya.

Sumber DD - 22-7-2015

Parti sepihan Pas sukar bertahan
Posted on Wednesday, July 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Jika lipatan sejarah disingkap kembali, parti-parti serpihan Pas tidak mampu bertahan lama namun, adakah Harapan Baru yang bakal ditubuhkan 14 September ini mampu melakar sejarahnya tersendiri?



Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, kelangsungan Harapan Baru nanti banyak bergantung kepada penerimaan penyokong dan kesesuaian ideologi yang diperjuangkan.



“Kalau berlandaskan sejarah, parti serpihan iaitu golongan yang keluar dari Pas sebelum ini, ternyata bahawa masa depan mereka gelap tetapi mungkin disebabkan perubahan daripada landskap politik, kita tidak boleh terus mengaitkannya dengan apa yang telah berlaku sebelum ini (sejarah).



“Sama ada mereka berjaya sebagai entiti politik banyak bergantung pada penerimaan pengundi dan kesesuaian ideologi yang diperjuangkan mereka,” katanya kepada Sinar Online.



Menurutnya, pemimpin-pemimpin yang ‘lari’ daripada perjuangan Pas itu tidak mempunyai pilihan lain kerana mereka merasakan tiada tempat lagi dalam Pas.



“Mereka mempunyai landasan perjuangan yang berbeza sedikit daripada perjuangan golongan ulama dalam Pas. Jadi, mereka tidak ada pilihan. Kalau terus berada dalam Pas, mereka rasa mereka sudah tidak ada tempat kerana perjuangan golongan yang menang tempoh hari sudah tidak serasi dengan pendekatan dan juga perjuangan mereka.



“Jadi, cara terbaik untuk merealisasikan impian mereka sekali gus supaya dapat diterima parti komponen lain dalam pakatan adalah dengan menubuhkan gerakan baharu. Sama ada mereka berjaya ataupun tidak, bergantung kepada faktor-faktor tertentu,” katanya



Jelasnya, Harapan Baru perlu menawan hati pengundi yang sealiran dengan pendekatan mereka namun terpaksa berdepan dengan saingan nyata iaitu PKR yang mempunyai perjuangan hampir serupa dengannya.



“Berdasarkan pendekatan dan ideologi yang cuba diperjuangkan, mungkin mereka nak menarik perhatian pengundi yang sealiran dengan pendekatan mereka iaitu golongan yang tidak terlalu ke arah agama tetapi mereka yang boleh dikatakan agak sekular serta golongan bukan Islam.



“Dari segi itu mereka sebenarnya sedang bersaing dengan para pengundi atau penyokong dalam PKR. Di situ agak sukar sebenarnya dalam perjuangan sekarang kerana berlaku perpecahan dari segi sokongan,” katanya.



Bercakap soal masa depan Harapan Baru yang masih sedang dirangka itu, Dr Jeniri berpendapat, gerakan itu tetap tidak akan mampu menandingi PKR, DAP dan Pas.



“Kalau mereka dapat buktikan bahawa mereka bersikap liberal dan dapat menerima golongan yang bukan Islam, kemungkinan masih ada sinar harapan untuk mereka. Tapi untuk parti itu betul-betul dapat mengatasi parti sedia ada, Pas khususnya, dan parti-parti lain dalam pakatan sebelum ini, saya tidak fikir ia boleh berlaku.



“Harapan Baru ini tidak akan dapat melawan PKR, Pas dan DAP. Ia akan berada di belakang tiga parti ini. Kerana saya menganggap ini sebagai parti serpihan,” katanya.



Harapan Baru cuba untuk menjadi pengikat kepada parti dalam pakatan pembangkang, Dr Jeniri berkata, ia perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu dalam pilihan raya umum akan datang.



“Ia bergantung pada kejayaan mereka dalam pilihan raya akan datang. Kalau mereka menang jumlah kerusi yang memadai untuk memungkinkan mereka menjadi perantara atau wakil kepada golongan yang tidak bersetuju dengan perjuangan asal Pas itu, maka mereka boleh dikatakan sebagai pengikat untuk ketiga-tiga parti ini sebagai alternatif kepada Pas yang asal.



“Jika tidak, mereka akan hilang dalam belantara politik...menjadi parti nyamuk...yang sudah tidak memberi erti yang banyak dalam perjuangan politik masa depan untuk ke Putrajaya,” katanya.  - Sinar Harian



Sumber TKO - 22-7-2015


Harapan Baru Sekadar Cuba ganti Pas dalam Pakatan pembangkang
Posted on Wednesday, July 22 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Pemerhati politik melihat penubuhan Gerakan Harapan Baru yang digerakkan bekas-bekas pemimpin kanan Pas sebagai usaha untuk menggantikan Pas dalam PR.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohammad Fuad Othman berkata, atas tujuan itu, gerakan itu perlu menampilkan imej islamik tetapi progresif.

“Kalau kita lihat Harapan Baru ini tujuannya adalah nak mengganti Pas dalam PR. Jadi, sebab itu, mereka terpaksa menampilkan imej yang islamik tetapi progresif. Di mana boleh mendapat sokongan DAP dan PKR.

“Saya rasa asas tujuan penubuhan Harapan Baru ini pada akhirnya mungkin ingin menggantikan Pas dalam keahlian PR. Jadi, jika Harapan Baru didaftar sebagai parti politik yang sah, ketika itu PKR dan DAP kena buat keputusan sama ada ingin menjalin hubungan politik dengan mereka dan menyambung kembali PR itu atau tidak

“Itu yang dikatakan PR 2.0, ada kemungkinan. Cuma sejauh mana Harapan Baru boleh bersaing dengan Pas dalam menggantikan PR itu kita tak dapat lihat lagi. Kena tunggu,” katanya kepada Sinar Online.

Menyentuh soal sejarah yang jelas tertulis soal kegagalan parti-parti serpihan sebelum ini bertahan dalam politik tanah air, Dr Mohammad Fuad berkata, Harapan Baru mungkin mempunyai harapan jika mampu mengatasi ‘pembunuh’ utama.

“Jika kita lihat dari dulu, parti-parti serpihan ini tidak bertahan lama kecuali PKR. Semangat 46 (Parti Melayu Semangat 46), Kita (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air), Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) dan sebagainya semua tidak dapat bertahan lama atas pelbagai faktor termasuk kewangan, kepimpinan dan sokongan.

“Jadi, jika Harapan Baru ini boleh berjaya menyelesaikan perkara asas itu, saya kira mungkin mereka ada tempat dalam politik Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut soal kelangsungan hayat parti serpihan itu, Dr Muhammad Fuad berkata, ada sedikit kelainan yang cuba ditonjolkan Harapan Baru berbanding parti-parti serpihan Pas sebelum ini.

“(Parti serpihan Pas sebelum ini tidak ada yang bertahan) Ya, cuma, ada sedikit perbezaan. Perbezaan yang cuba diketengahkan Harapan Baru ini walaupun mereka dakwa mereka sebagai parti Islam, tapi pada masa sama, mereka lebih liberal daripada parti serpihan sebelum ini. Parti-parti serpihan Pas contohnya, Hamim masih berpegang kepada sokongan orang-orang Pas dan orang-orang Melayu itu sendiri.

“Tapi kalau kita tengok apa yang cuba diketengahkan oleh Harapan Baru walaupun mereka kata mereka pegang pada agama, tetapi dia cuba buka ruang kepada orang bukan Islam untuk turut serta dalam parti ini. Itu yang agak berbeza dengan parti-parti serpihan Pas sebelum ini. Maknanya Harapan Baru ini mahu luaskan sokongan akar umbinya,” katanya.  - SInar


Sumber TKO - 22-7-2015

4 Kelemahan Membuatkan GHB Tak Akan Hidup Lama - Agus
Posted on Wednesday, July 22 @ 14:32:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dalam tulisan terkini di Astro Awani, Prof. Mohammad Agus Yusoff menyatakan sukar untuk dinyatakan. Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat. Gunalah ruang itu sebaiknya.

Masalahnya, ada empat cabaran awal GHB.

Pertama, masa (timing) GHB digerakkan tidak tepat. Ini kerana GHB ditubuhkan selepas pemilihan PAS dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas.

Kedua, tempat pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan. Mengapa ditumpu pada kawasan kuat PAS? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak.

Ketiga, pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Keempat, keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

Akhirnya, berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel.

Politik begitu karut pada saya.



Sumber TKO - 22-7-2015


Jatuh Bangun Tahaluf PAS
Posted on Tuesday, July 21 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS dan tahaluf siyasi berpisah tiada. Sepanjang keberadaan PAS di persada alam ini penuh dihiasi dengan variasi tahaluf dan kerjasama. Malah sewaktu Ulama Timur Tengah masih dibelenggu isu keharusan berdemokrasi dan kerjasama politik dengan bukan Islam bermula sekitar tahun 40an, Ulama PAS telah memimpin tahaluf mendahului kebanyakan kumpulan Islam lain di serata dunia.

(1)

Sebelum PAS ditubuhkan, para Ulama kita telah bekerjasama dengan beberapa gerakan berhaluan kiri termasuk sosialis. Matlamatnya adalah untuk menuntut kemerdekaan dan membebaskan tanahair daripada British yang rakus menjarah tanah-tanah rakyat.

Namun para Ulama kita tetap dengan dasar dan prinsip Islam walaupun sosialis teguh dengan dasar mereka. Apabila gerakan tersebut menuntut Ulama' ini membuang jatidiri Islam dalam gerakan mereka, Ulama' enggan dan hubungan pun putus. Parti sosialis lenyap dan PAS terus mekar.

Walaupun tahaluf tiada, matlamat sebenar PAS dalam bertahaluf telah berjaya, iaitu untuk memerdekakan watan dan menjadikan Islam agama utama tanahair.

(2)

Pasca Merdeka, PAS bertahaluf pula dengan Parti Negara, membenarkan Presidennya Dato Onn Jaafar yang kalah di Johor untuk bertanding melawan Umno di Kuala Terengganu.

PAS tetap menjalankan agendanya merealisasikan sebuah kehidupan Islam di negara ini walaupun cuba diajak menyembunyikan Islam untuk memberi ruang kepada ideologi Parti Negara. Perselisihan antara dua ideologi ini mencetuskan perselisihan demi perselisihan. Lama kelamaan tahaluf itu berkubur, Parti Negara pun berkubur dengan matinya Dato Onn namun PAS masih utuh.

PAS tidak rugi dengan hancurnya tahaluf demikian. Matlamat tahaluf PAS untuk meningkatkan sokongan telah berhasil. PAS semakin dikenali rakyat dan kerusi di DUN-DUN serta Parlimen semakin bertambah menjadikan PAS sejak hari itu seteru terkuat parti Pemerintah.

(3)

Berikutan tragedi berdarah 13 Mei, keadaan telah mendesak Umno bekerjasama dengan PAS atas kekuatan yang ada pada parti Islam ini. Termeterailah tahaluf setelah Umno bersetuju dengan 8 syarat yang PAS tawarkan. Antara syaratnya ialah mengizinkan PAS menerapkan dasar Islam dalam kerajaan, membenarkan PAS bebas berdakwah dan bebas mengkritik kerajaan.

Matlamat kerjasama ini adalah untuk mengislamkan corak pentadbiran negara dari dalam. Namun perkara ini amat tidak disukai Umno. Mereka cuba melanggar perjanjian dan mencetuskan tragedi darurat di Kelantan. Dengan itu mereka terus mengambil peluang memutuskan hubungan dengan PAS kerana takut perkembangan Islam yang tak mampu dihadap.

Ditambah dengan gangguan Berjasa (serpihan PAS) yang berpakat dengan kerajaan melawan PAS, kerajaan Kelantan jatuh buat kali pertama. Yang menyedihkan, setelah Umno berjaya memperalat golongan kecewa dalam PAS, mereka disisih begitu sahaja. Berjasa juga Hamim sejak itu ibarat hidup segan mati tak mahu, sedangkan PAS semakin giat mempersadai ideologi murninya.

Walaupun tidak lagi berada dalam kerajaan, segala perubahan yang dibawa PAS telah kekal hingga ke hari ini. Antaranya menhapuskan arak dalam majlis kerajaan, menubuhkan sistem perbankan Islamik, membenarkan kakitangan awam berpakaian menutup aurat dan sebagainya.

Hasil tahaluf itu, Malaysia menjadi negara paling pesat pertumbuhan Islamnya berbanding banyak negara lain. Sewaktu pelajar perempuan syariah di Mesir masih freehair dekad 70an, pelajar Malaysia yang ke sana sudah mengenakan tudung di kepala.

Bermula saat itu sehingga ke hari ini Islam menjadi teras jatidiri rakyat walaupun belum mencapai tahap kesempurnaan. Kerajaan sendiri terpaksa mewajahkan diri sebagai pejuang Islam dengan mewujudkan UIA, Bank Islam, Islam Hadhari dan berbagai lagi kerana takut dijatuhkan rakyat.

(4)

Konflik dalaman Umno memunculkan Semangat 46. PAS bijak memanfaatkan peluang dengan menubuhkan gabungan parti-parti opisisi atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Setelah berjaya membantu S46 membantah keputusan pemilihan Umno di mahkamah, akhirnya Umno diharamkan dan Tun Mahathir terpaksa menubuhkan Umno Baru.

Namun Umno tetap Umno. Semangat 46 tidak mahu menerima perjuangan PAS dan rela menjilat kembali ludah mereka yang bertempel di tubuh Umno. Semangat 46 pupus sementara PAS memperoleh laba yang cukup besar, iaitu merampas sebuah kerajaan negeri!

Hasil tahaluf ini membuatkan rakyat kembali percaya kepada PAS. PRU 1990, PAS berjaya mengambil alih semula pentadbiran Kelantan. Negeri ini terus menjadi model sebuah pemerintahan Islamik walau dikecam sehingga ke peringkat White House.

(5)

Angin reformasi 1998 telah memunculkan parti KeAdilan di padang politik tanahair. PAS terus membentuk koalisi bersama parti tersebut sebagai memanfaatkan kemarahan rakyat terhadap BN ketika itu. Tertubuhlah Barisan Alternatif (BA). Turut bersama BA adalah DAP dan PRM.

Malangnya ikatan tersebut begitu longgar sekali. Ketegasan al-Marhum Ust Fadzil Noor yang tidak mahu melayan tuntutan DAP supaya membelakangkan agenda syariat membuat DAP keluar BA. Akhirnya koalisi ini terlerai begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, hasil tahaluf tersebut berjaya memecahkan tembok dengan bukan melayu dan bukan muslim. Mereka mulai hadir ke program-program dan ceramah PAS. Dakyah Umno selama ini bahawa PAS anti bukan melayu tidak lagi dipercayai. Sokongan non malay terhadap BN mulai menyusut dengan laju. PAS pula semakin didekati kalangan bukan melayu dan bukan Islam walaupun setelah tahaluf terbatal.

(6)

2004, PAS bertahaluf pula dengan DAP dan PKR lewat koalisi PR. Walaupun dasar keduanya sekular, namun Majlis Syura putuskan tidak mengapa dengan perbezaan ini kerana matlamatnya hanyalah untuk menghadap BN. Benar sekali. Walaupun berkawan, Prinsip PAS tetap seperti dulu.

Tidak lama menaut kasih, PR berantakan kembali. Perjuangan syariah Islam yang selama ini menjadi agenda teras PAS mula dipersoal. DAP cuba menjadi taiko dalam geng PR walaupun sebelum ini akur dengan prinsip PAS. Kerana takut cita-cita PAS menjadi realiti, mereka terlebih dahulu memutus hubungan.

Walaupun mengejutkan, itulah sunnatullah tahaluf yang ditakdirkan sebagai proses mematangkan PAS. Hasil tahaluf terkini ini, bukan Islam semakin dekat dengan PAS. Penubuhan DHPP menjadi buktinya. Siapa sangka dalam Islam sedang difitnah seluruh inci dunia, ada kalangan bukan Islam mahukan ajaran Allah ini menjadi undang-undang mereka.

Mengenang memori lalu, PAS dijangka akan terus kukuh dengan perkembangan-perkembangan menarik dewasa ini. Peralihan kepimpinan menunjukkan akar umbi PAS masih kuat berpegang kepada prinsip pembelaan agama. Sejak krisis PR berlaku pula, daftar keahlian baru PAS tidak kurang dari 5000 orang setiap bulan.

Ini membuktikan model tarbiah PAS yang mengadaptasi tinggalan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia mula memberi kesan. Ramai yang mahu dibentuk mengikut acuan PAS. Ibarat tragedi 11 September, krisis yang berlaku hanya membuat ramai orang mengkaji dan mengenali PAS.

RUMUSAN

Sejarah menunjukkan PAS tidak pernah rugi dalam bertahaluf. Walaupun jumlah kerusi politik mengalami pasang surut kesan jatuh bangun tahaluf, namun Islam yang menjadi agenda perjuangan PAS terus subur meranum. Ini mengiyakan kata-kata yang sering keluar dari mulut-mulut para murabbi selama ini, bahawa politik hanyalah wasilah yang digunakan PAS untuk menyebar Islam.

Apakah tahaluf akan terus berlaku? Ya. Kerjasama di dalam Islam adalah suatu perintah Ilahi, selagi mana bermatlamat kebaikan. Firman Allah SWT:


وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum membuatkan kamu melampau terhadap mereka, hanya kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pelampauan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
[Al-Maidah:2]

Galakan ini tidak terhad kepada mana-mana pihak. Selagi ada yang mahu menghulur tangan ke arah kebaikan dan sanggup menerima prinsip PAS, mereka boleh bersama PAS. Namun itu tidak menjadikan PAS perlu menurut segala kemahuan mereka. Panduan PAS adalah Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa boleh menafikan peranan PAS mencorak politik tanah air dan memposisikan Islam secara amat strategik. Oleh kerana itulah, Mereka yang mahu menumpang pengaruh PAS sepatutnya memahami pendirian PAS terlebih dahulu, bimbang terkubur laksana Berjasa, S46, Hamim, Parti Negara dan PSRM.

(Alang Ibn Shukrimun) 


Sumber TKO - 21-7-2015


Jangan Sampai Rakyat memandang GHB sebagai Parti Pemecah belah dan pemberi nyawa kepada Umno
Posted on Saturday, July 18 @ 07:41:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Tidak Asing lagi berita tentang Parti Baru yang akan ditubuhkan nanti iaitu Gerakan Harapan Baru. Ia dianggotai oleh Mereka yang kecewa dengan kekalahan dalam pemilihan PAS. Ke Mana Halatuju Parti Baru?
1) Nak bina Parti menjadi sebuah parti yang kukuh ini bukan Mudah. Ia perlu dibina dari tapak yang kukuh dan membangun naik dengan teratur. PAS sendiri mengambil masa Berpuluh Tahun untuk menjadi sebuah Parti yang Gah sehingga mampu menggugatkan kedudukan Umno/BN sebagai Kerajaan.

2) Sebuah Parti yang nak bergerak mestilah mempunyai 'grassroot' yang kuat. Akar Umbi inilah yang nak menggerak parti. Dimana GHB mahu cari Akar Umbi? Nak tarik dari PAS? Hakikatnya Petugas/Akar Umbi PAS ini telah ditarbiyyah sejak dulu lagi. Mereka telah sebati dengan PAS dan akan istiqomah dengan PAS.

Hakikat yang menyatakan sokongan kpd GHB skrg ini bukan Akar umbi, tetapi sekadar berstatus Pengundi. Pengundi ini sifatnya hanya memangkah ketika pilihanraya. Selepas Pilihanraya, Akar Umbi inilah yang menggerakkan Parti. Kalau Akar Umbi pun hanya sekerat, Macam mana Parti nak bergerak? Kajian pun hanya mengatakan 20% sahaja daripada Ahli PAS yang menyertai GHB.

3) GHB tidak mempunyai Tokoh Figura yang mampu menarik orang menyertai GHB. Kalau PAS, ia terkenal dengan Ramai Tokoh Figura, Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Timbalan Kesatuan Ulama' Sedunia), Tuan Guru Haron Din (Tokoh Kesayangan Ummah di Malaysia) dan beberapa lagi.

Manakala, PKR terkenal dengan figura Anwar Ibrahim (Bekas TPM). tetapi siapakah Figura didalam GHB? Mat Sabu? Mungkin beliau belum mencapai tahap Tokoh Figura Besar.

4) Rakyat memandang GHB sebagai Parti Pemecah belah dan pemberi nyawa kepada Umno. Saya nak timbulkan satu soalan. Kalau GHB bertanding, Kerusi mana yang nak dipertandingkan? Kerusi PKR? Atau Kerusi PAS? Kerusi mana-mana pun hakikatnya ia memecahkan undi. Persoalan ini bermain di minda rakyat yang gagal dijawab oleh GHB.

Cukuplah 4 Point yang saya nyatakan untuk menggambarkan Halatuju GHB. Sebab itulah, TG Presiden mengatakan, "GHB tidak akan boleh bertahan melebihi 2 Tahun." Saya kira Kata-kata oleh seorang yang berpengalaman Dalam Arena Politik Seperti TGHH tidak boleh dipandang remeh.

Akhir sekali, Buat Pimpinan GHB, saya menasihatkan supaya janganlah terlalu Confident hanya dengan berdasarkan Cakap Kosong oleh Warga Facebookers yang konon menyokong, ditambah lagi dengan Psywar Media dan Cybertropper. Saya bimbang anda akan terkejut dan kecewa lagi seperti mana yang berlaku di Muktamar baru-baru ini.

Sekian,

Safwan Ahmad
2 Syawal 1436H : 18 Julai 2015
1:18 Pagi

Sumber TKO = 18-7-2015


Namawee 'bersuara' tolak unsur rasis dalam isu gaduh di Plaza Low Yat
Posted on Wednesday, July 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Ekoran isu pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu telah menarik perhatian pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namawee untuk melontarkan pandangannya.

Dia sebelum ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi, termasuk menghina lagu Negaraku.
Menerusi video berdurasi 1.03 minit dengan paparan hitam putih, Namawee mengajak rakyat Malaysia untuk tidak menyifatkan pergaduhan tersebut sebagai taktik memecahbelahkan kepelbagaian kaum di negara ini.
"Saya ada nampak banyak video-video pergaduhan di Low Yat di Facebook, di Youtube.
"Ada yang cakap itu kes perkauman. Tapi saya nampak ada kaum polis, kaum pencuri dan kaum gangster. Saya tak nampak kaum lain.
"Saya beri contoh, apa warna jam G-Shock ini? Tak tahu kan? Tapi anda tahu ini jam G-Shock kan? Topi saya pula warna apa? Tak tahu kan? Tapi tahu ini topi kan?," demikian memetik rakaman video itu.
Bukan itu sahaja, Namawee mahu rakyat terus bersabar sebelum membuat pelbagai persepsi tentang perkauman dengan menggesa memberi masa kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
"Jadi rakyat Malaysia, bertenang dan sabar. Isu di low Yat bukan tentang warna, tentang kaum... Itu tentang pencuri, gangster dan polis.
"Biar polis. Katakan tidak kepada 'racism'," katanya lagi.
Sabtu lalu ratusan orang berkumpul di hadapan Plaza Low Yat susulan insiden pergaduhan pada Sabtu yang didakwa berpunca daripada pertikaian berkaitan telefon bimbit.
Polis telah menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan itu yang turut melibatkan beberapa insiden pergaduhan.

   Seorang lelaki yang berusia 22 tahun pagi ini didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas disyaki mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat.

Sumber LINK

Sumber TKO - 15-7-2015


Masih Ramai Lagi Yang Daif
Posted on Sunday, July 12 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Masih ramai lagi yang daif, oleh itu Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan di setiap kawasan haruslah peka dan turun meninjau dan mengambil inisiatif membantu mereka. Sekarang masa untuk bekerja tinggalkan polimik PASMA-G18 dengan wadah perjuangan mereka, kita harus meneruskan (istiqamah) perjuangan yang telah dibina semenjak dahulu lagi.







Sumber TKO - 12-7-2015

Antara politik kiasu DAP-PKR dengan politik budiman PAS
Posted on Saturday, July 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Abdul Rahman Malik

Nampaknya politik kiasu yang diamalkan oleh DAP mahu diangkat menjadi kayu ukur kebijakan berpolitik di Malaysia seperti yang dipamerkan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Berpedomankan laporan akhbar kapitalis, Wall Street Journal (WSJ), Guan Eng mahu rakyat dan semua pihak yang mempunyai kepentingan politik di Malaysia menyokong pendekatannya menentukan apakah makna keadilan di negara ini.
Neraca yang digunakan ialah sentimen. Lebih tepat lagi kebencian. Berselindung di sebalik perang menentang salah guna kuasa oleh pemerintah, rasuah dan kronisme, Guan Eng menyambar peluang itu untuk merombak sistem politik negara. 
Sedihnya, baik DAP yang dipimpinnya dan sekutunya PKR, langsung menyisihkan konsep demokrasi sebenar dan perihal ciri-ciri keadilan mutlak yang sepatutnya menjadi citra parti mereka. 
Di manakah nilai demokrasi jika sebelum diadili oleh sistem perundangan negara Guan Eng dan konco-konconya mahu Datuk Seri Najib diganti berhubung laporan WSJ yang belum dipastikan sahih atau tidak?
Begitu juga gelagat PKR. Teruja dengan politik kiasu DAP yang dilihat boleh membantu mereka membolot kuasa, PKR langsung mengenepikan lunas-lunas keadilan dengan menuntut keputusan pilihanraya umum 2013 dimansuhkan?
Kononnya ini adalah kerana Umno-BN telah melanggar peraturan peruntukan perbelanjaan pilihanraya hanya bersandarkan laporan WSJ yang menyatakan ada lebih RM2 bilion dalam tiga akaun bank Najib. 


Adakah ini caranya untuk membuktikan bahawa PKR benar-benar sebuah parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua jika prinsip-prinsip keadilan tidak diendahkan lantaran teruja dengan kemungkinan 'menyambar' kuasa?
Akhbar berkenaan melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tiga akaun bank yang menakung simpanan berjumlah RM2.6 bilion.
Apakah demokrasi hanya bersandarkan laporan media asing? 
Adakah demokrasi namanya jika seluruh sistem politik negara boleh diubah dengan hanya bersandarkan laporan akhbar sebuah negara kuasa besar? Mudahnya Malaysia dijajah oleh pemikiran rakus sebegini.
PKR sering melaungkan bahawa demokrasi tidak boleh terlaksana jika rakyat dinafikan hak mendapat keadilan. Keadilan apa namanya ini jika PKR mahu Najib dibicarakan dalam mahkamah kanggaru sebegini. 
Hanya kerana menghidu peluang untuk menutup kecelaruan dalam rumahtangga Pakatan Rakyat kini, DAP dan PKR cuba mengalihkan pandangan rakyat kepada apa yang dipanggil soal moral perdana menteri.
Di manakah dibuang konsep kedaulatan undang-undang yang menjadi salah satu Rukunegara Malaysia? Adakah melalui tindakan sebegini ia akan menjadikan DAP dan PKR pewaris atau pengganti BN yang berwibawa?
Lebih menyedihkan apabila ada suara sederhana dan waras supaya tuduhan akhbar asing ini disiasat dengan saksama, DAP dengan segala sikap kiasunya menerkam dengan hujah bahawa ini adalah satu pengkhianatan pada politik pembangkang. 
Terkaman itu ditujukan kepada PAS. 
Sebagai pemimpin-pemimpin yang terdidik oleh Islam, PAS tidak melatah dan mengambil sikap adil dan demokratik minta kesahihan laporan 'orang asing' itu diteliti terlebih dahulu.
Politik budiman PAS
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengsyorkan supaya prinsip keadilan Islam digunapakai untuk menangani isu berkenaan.  
"Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.
"Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang dikatakan cuba mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal yang dicetuskan oleh WSJ kononnya wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit disalirkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Dr Haron menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai 'tidak logik' dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.
Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.
Pendirian PAS itu 'mengejutkan' DAP. Lim Guan Eng terperanjat bila membaca laporan bahawa Hadi ada berkata, empat saksi perlu ditampilkan bagi menyokong tuduhan tidak amanah terhadap pemimpin Barisan Nasional itu.
"Jika kita perlu empat saksi untuk membuktikan kes rasuah, maka setiap yang tertuduh melakukan rasuah, akan terlepas bebas.
"Malah tidak ada negara Islam lain yang menggunakan undang-undang seumpama itu. Mereka menggunakan dokumen untuk membuktikan kes rasuah. Dalam zaman ini urusniaga dilakukan melalui komputer," katanya. 
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Hadi menggunakan tafsiran menurut syariah Islam itu hanya alasan untuk mempertahankan Najib. 
"Ini adalah kepimpinan baru PAS. Ia mempunyai pendirian dan imej baru. Pemimpin-pemimpin PAS kini mempertahankan Perdana Menteri," katanya. 
Demikian politik budiman yang dibimbing oleh ajaran dan nilai agama.. Lawan kepada nilai mulia ini ialah sikap gopoh dan kiasu yang ditunjukkan oleh DAP dan PKR.
Tuduhan ke atas Najib ini masih belum dibuktikan benar. Siasatan sudah digerakkan oleh agensi-agensi negara. Mana mungkin hanya DAP dan PKR sahaja yang wajar menentukan apa itu salah; apa itu demokrasi, dan, apa itu keadilan dalam kes ini!
Ini langsung menyelitkan kecurigaan adakah tuduhan DAP terhadap sikap PAS ini terbit dari kebencian mereka terhadap pemimpin ulama PAS? Atau, ia adalah lanjutan dari kebencian atau sikap Islamofobia mereka terhadap Islam?  - AntaraPos

Sumber TKO - 11-7-2015









































































































































































































































Tragedi: Para doktor yang kepenatan

IRFAN ES | .

Bayangkan anda menaiki sebuah bas yang pemandunya telah bekerja tanpa henti atau tidur sejak 24 jam lalu. Sanggupkah anda serahkan nasib dan keselamatan diri anda di tangan pemandu tersebut?

Hakikatnya, itulah situasi yang dihadapi oleh golongan doktor di negara ini dan barangkali di seluruh dunia. Di hospital-hospital kerajaan, para doktor bekerja lebih 30 jam tanpa henti semasa bertugas atas panggilan (on-call).

Jadual on-call mereka umumnya seperti berikut:

- Masuk kerja pada jam 8.00 pagi (atau lebih awal) pada hari pertama.

- Selepas jam 5.00 petang, mereka terus bekerja sehingga jam 8.00 pagi esoknya.

- Kemudian terus menyambung kerja seperti biasa dari jam 8.00 pagi sehinggalah 5.00 petang hari kedua (atau lebih lewat).

Paling singkat, seseorang pegawai perubatan bertugas lebih 32 jam bagi satu sesi on-call.

Dan anda menyerahkan nasib, kesihatan serta keselamatan diri anda di tangan seorang insan yang sudah keletihan membanting tulang sepanjang siang dan malam.

Tragedi kemalangan maut yang melanda seorang doktor bius dari Hospital Sungai Buloh dua hari lalu membuka semula perdebatan tentang isu ini. Mangsa memandu pulang dalam keadaan letih dari hospital selepas bekerja lebih 36 jam, sebelum kereta yang dinaiki beliau terbabas. Ibu kepada seorang bayi berusia satu tahun itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dada. Beliau menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Ini bukanlah kes terpencil. Sebelumnya banyak lagi nahas yang serupa, cuma majoritinya tidak mengakibatkan korban nyawa.

Beberapa dekad sudah berlalu. Namun keadaan kerja para pegawai perubatan masih di takuk lama.

Benar, situasi yang sama berlaku di seluruh dunia. Namun di tempat lain, Kesatuan Eropah misalnya, telah ada peraturan digubal bagi mengehadkan tempoh bekerja doktor dalam seminggu.

Sama ada ia dipatuhi atau tidak, itu masalah lain. Yang penting, ada inisiatif awal yang diambil bagi menangani masalah ini.

Ingatlah, doktor juga manusia biasa, yang akan penat dan mengantuk jika bekerja dalam jangka masa terlalu lama. Tidak perlukan kajian mendalam untuk kita memahami sendiri bahawa orang yang dalam keletihan atau mengantuk mungkin lebih cenderung melakukan kesilapan sewaktu menjalankan tugas berbanding mereka yang masih segar dan mendapat rehat secukupnya.

Diharapkan pihak Kementerian Kesihatan dapat mengambil langkah sewajarnya bagi mengehadkan tempoh tugas para pegawai perubatan demi menjamin keselamatan pesakit dan juga doktor itu sendiri.

Al-Fatihah buat Dr Afifah Mohd Ghazi. - HARAKAHDAILY 10/7/2015

Sumber HD - 10-7-2015


Nama Saya Zahra Dan Saya Sayangkan Malaysia
Posted on Thursday, July 09 @ 00:20:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Luahan hati generasi Muda Malaysia



Anak muda ini telah diberi peluang untuk menyampaikan pandangan mengenai kehidupan dihadapan pemimpin negara Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iNPu2f5WbDk
#Sayazahra

Facebook MTEM Bersatu 


Sumber TKO -  9-7-2015



KERAJAAN KORUP KERANA RAKYAT TERLALU LEMAH - PENGANALISIS

Kerajaan korup kerana rakyat terlalu lemah: KERAJAAN yang bobrok (teruk) dengan korupsi dan kontroversi penyelewengan duit berbillion ini masih berkuasa sampai ke saat ini bukan sebab pembangkang yang lemah lagi melemahkan


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/36307-kerajaan-korup-kerana-rakyat-terlalu-lemah

Sumber FBHD - 7-7-2015














































































































































































































































Kesesakan lalu lintas di bandar ibarat bom jangka

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Isu kesesakan lalu lintas yang teruk dialami pemandu di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang diibaratkan seperti 'bom jangka' yang boleh 'meletup' pada bila-bila masa dan memberi kesan kepada psikologi para pemandu.

Pakar Psikologi Dr Meriam Omar Din berkata walaupun kesesakan lalu lintas bukan satu-satunya masalah yang boleh menyebabkan pemandu kenderaan berada dalam keadaan tidak terkawal, ia akan memberi kesan jika mereka turut tertekan dengan situasi di tempat kerja atau di rumah.

"Apabila berada dalam situasi tegang, sedikit sahaja situasi sekeliling yang menambahkan kemarahan akan menyebabkan mereka menjadi 'panas'... kesesakan lalu lintas salah satu daripada contoh," katanya kepada Bernama di sini.

Kajian mendedahkan bahawa rakyat Malaysia di bandar besar secara purata menghabiskan dua jam sehari dalam kesesakan lalu lintas sekali gus mengakibatkan kerugian produktiviti berjumlah RM5.51 bilion, setahun.

Kira-kira 88 peratus penduduk bandar bergantung kepada kenderaan persendirian manakala 12 peratus bergantung kepada pengangkutan awam.

Mengakui hakikat terbabit, Dr Meriam berharap pemandu menangani tekanan hidup yang dialami dan tidak meluahkan kemarahan di atas jalan raya ketika berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

"Kenal pasti punca 'stress', tanganinya dengan fikiran waras dan kalau boleh elakkan melalui jalan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas, perlu rancang perjalanan dengan bijak," katanya.

Pakar Psikologi Trafik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Rozmi Ismail berkata penyelidikan yang dijalankannya pada 2005 menunjukkan lapan daripada 10 pengguna jalan raya bersikap agresif ketika berada di jalan raya.

"Menurutnya situasi itu timbul berikutan sikap pengguna jalan raya yang masih ditakuk lama iaitu tergesa-gesa untuk pulang ke rumah dan hanya mementingkan diri sendiri.

"Kajian saya khusus kepada tahap tekanan dan hubungannya dengan sikap agresif, ia memberi hasil iaitu tingkah laku yang tidak dijaga akan menyebabkan individu menjadi agresif iaitu cepat marah, memaki hamun pengguna lain dan biadap," katanya.

Dr Razmi berkata didikan pemanduan berhemah kepada generasi muda harus diberi bermula dari sekarang agar tiada lagi kes pemandu bersikap negatif.

"Kemudahan pengangkutan awam juga perlu diperbaiki agar mendatangkan minat kepada orang ramai menggunakannya untuk ke tempat kerja, bayangkan betapa banyak ruang di jalan raya dapat dijimatkan jika ramai pengguna menaiki pengangkutan awam," katanya. - Bernama

Sumber HD - 6-7-2015
















































































































































































































































Parti baru tidak semudah atur demonstrasi
Posted on Thursday, June 25 @ 11:53:25 MYT by tokdalang

Oleh Muhaimin Sulam


Awalnya tulisan ini hanya untuk beberapa rakan saya yang pernah berkongsi meja mesyuarat Tingkat 5 Pejabat Agung. Namun, saya kira perlu dikongsi dalam ruang maya yang ada. (saya hanya ada empat grup whatsapp politik)

Soal untuk menubuhkan parti baru tentu ada baik buruknya. Menubuhkan parti bukanlah kerja mudah. Saya tidak nampak keperluan untuk dihebohkan pada masa sekarang. Tanah kubur masih merah lagi. Ia mungkin perlu tapi perancangan hendaklah jauh teratur dari seperti kaedah untuk menganjurkan demonstrasi.


Terma 'wadah baru' mungkin lebih realistik dan wibawa. Maaf, penubuhan parti baru hanya sekadar bersifat reactionary dari post muktamar.



Adalah satu keperluan untuk memastikan team yang dianggotai AJK Pas yang tersingkir sebagai peneraju berada dalam satu persefahaman. Jika tidak, 'yang kalah' ini pasti berbalah dengan 'yang kalah'. Jauh untuk menongkah kezaliman pemerintah.

Kedua, selalu kita menyebut bahawa orang yang berada dikeliling pemimpinlah yang banyak merosak pemimpin itu sendiri. Hal ini, harus kita amati dalam lingkaran diri kita. Jangan menang sorak, kampung tergadai. Saya bersimpati pada sahabat sahabat kita yang masih diberi kepercayaan oleh parti di peringkat Pusat dan Negeri. Biarlah mereka memutuskan yang terbaik. Apakah  9 dari 10 butir peluru harus kita lepaskan pada mereka juga?

Saya menyedari hal asas ini agak diabaikan. Jika tidak, biarlah saya menjadi penyair. Dan tatkala itu, tiada siapapun mengisahkan kita semua.

Sekian.

Wasalam
Muhaimin Sulam
http://muktamarpas61.blogspot.com


Sumber DD - 25-6-2015

Dua sifat buruk PAS

TIMMY SAY | .


PAS tidak sepatutnya mendedahkan hasrat mereka untuk meneruskan agenda melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan sehinggalah Umno ditumbangkan. Inilah sifat buruk PAS yang menyebabkan mereka diserang habis-habisan.

Sepatutnya, dari atas ke bawah PAS tak perlu cerita dan sentuh hal berkaitan dengan hudud ini sehingga matlamat menumbangkan Umno tercapai. Biarkan rakyat, terutamanya golongan bukan Islam percaya bahawa PAS sudah berubah. Di depan mereka, PAS hanya perlu menekankan bahawa tugas menjatuhkan Umno lebih penting. Jika ditanya pasal hudud, PAS perlu menjawab sehingga mereka percaya PAS sudah meninggalkan cita-cita tersebut.

Gunakan sokongan mereka untuk tiba di Putrajaya bersama-sama dengan DAP dan PKR. Tipu dulu tak apa. Takkan PAS tak pernah dengar matlamat menghalalkan cara?

Selepas mendapat kuasa barulah PAS menunjukkan belang sebenar. Masa itu, PAS boleh mengejutkan semua pihak dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan memasukkan usul untuk mengubah Akta 355. Sudah tentu mereka yang anti-hudud akan marah, tapi yang pasti, pada masa itu ia sudah terlambat. Dengan kuasa yang ada di tangan, bising-bising ini boleh disenyapkan dengan mudah.

Sepatutnya PAS meneruskan permainan ini. Biarkan golongan ini sedar hanya selepas mereka habis digunakan untuk sampai di Putrajaya bersama PKR dan DAP. Barangkali mereka akan berasa gembira pada waktu itu kerana ketika itu melenting pun tak guna.

Namun sekarang, segalanya sudah terlambat. Kerana ada di kalangan PAS yang tidak suka berpura-pura mengenai cita-cita PAS, maka rakyat, terutamanya golongan bukan Islam tersedar bahawa imej PAS yang dijual beberapa tahun sebelum PRU13 ini bukanlah imej sebenar PAS. Ia hanyalah imej yang ditanam untuk mengekalkan sokongan mereka. Sudah pasti, golongan ini berasa marah.

Namun begitu, apakah golongan ini patut marah pada mereka yang mendedahkan wajah sebenar PAS atau mereka yang memberikan gambaran tidak tepat mengenai PAS? Persoalan yang lebih tepat ialah di mana atau dari siapakah mereka mendapat gambaran ini?

Bagi mereka yang marah terhadap PAS sekarang kerana isu hudud, apakah mereka lebih suka PAS yang cuba berselindung hasrat mereka? Apakah mereka lebih suka pada para pemimpin PAS yang manis bercakap apa yang ingin didengar oleh mereka mengenai PAS? Apakah mereka lebih suka untuk terus mempercayai bahawa PAS telah mengubah perjuangan Islam mengikut kehendak mereka, semata-mata ingin mengekalkan sokongan mereka?

Bukankah PAS yang jujur pada niatnya jauh lebih baik daripada PAS yang cuba menutup niat sebenarnya? Di zaman tidak rasional ini, persoalan yang mudah ini dipercayai juga akan menjadi rumit.

Kebelakangan ini, kedengaran ada desakan untuk menubuhkan parti Islam yang baru. Diharap parti Islam yang bakal ditubuh tidak akan mengulangi sifat buruk PAS yang disebut di atas. Jangan dedahkan niat hendak melaksanakan Islam secara keseluruhan sehinggalah Putrajaya ditawan.

Untuk mengekalkan sokongan rakyat, terutamanya sokongan bukan Islam, parti Islam yang baru ini perlu menekankan bahawa mereka hanya mementingkan masalah rakyat. Tekankan bahawa mereka tidak akan mencampuradukkan agama dengan politik. Tekankan bahawa mereka hanya akan mendukung undang-undang sekular tapi tidak undang-undang syariah kerana Malaysia belum bersedia dan perlembagaan tidak mengizinkannya.

Tekankan bahawa hak asasi manusia mengatasi segala kongkongan dalam agama. Penuhilah semua itu agar gelaran progresif terus diberi kepada parti Islam yang baru ini sehingga Putrajaya ditawan.

Selepas Putrajaya ditawan, barulah tunjuk belang atau lupakan belang yang ada kerana tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kuasa. Itu langkah paling selamat.

Biarlah PAS yang asal ini terus istiqamah dengan perjuangan Islam mereka – di mana mereka mahu Islam turut sampai di Putrajaya. Jika Islam tidak sampai, mereka rela menunggu dan menyediakan pewaris-pewaris untuk terus menyambung perjuangan ini. Inilah sifat buruk PAS yang kedua yang amat dibenci musuh-musuhnya – sikap degil untuk tidak berputus asa meskipun dicemuh, dihina dan dipandang serong oleh lawan, kawan mahupun bekas pemimpin sendiri. - HARAKAHDAILY 22/6/2015

Sumber HD - 22-6-2015

Tamrin Tun Ghafar Desak Najib Razak Jawab
Posted on Sunday, May 17 @ 13:27:26 MYT by paktam

Oleh Tamrin Tun Ghaffar

Najib jangan cuba mengalihkan tiga isu besar yg dia WAJIB jawab: 

1
) 1MDB dimana hilang nya kira2 27b wang Negara/rakyat.

2) Siapa arah Azilah dan Sirul bunoh Altantuya.


3) Beranikah Najib yg mempunyai darah Bugis berhadapan dgn Tun M di pentas yg sama (berdebat) isu2 yg berkaitan.



Saya pasti Najib akan beri beberapa alasan seperti 'bukan tradisi UMNO/Melayu berdebat dll. Jika Najib takut berdebat maka nasihat saya:

1) Berhenti cakap tentang keturunan Bugis kerana ini amat memalukan masyarakat Bugis itu sendiri


2 ) Demi negara dan menjaga nama baik Almarhum Tun Razak, ibunya Tun Rahah dan adik2nya lebih baik letak jawatan sekarang juga.


Najib sebenarnya tahu apa yg telah dilakukanya. Apabila dibebaskan dari tahanan di Ruben Island selepas 27 tahun merengkok disana salah satu tindakan awalan Mandela ialah menceraikan isterinya 

Winnie Mandela kerana Winnie telah telah terlibat dng perkara2 yg boleh dipersoalkan. Mandela bukan seorang Islam tetapi beliau mempunyai sifat tanggongjawab dan maruah yg jauh lebih baik dari sesetengah pemimpin yg beragama Islam itu sendiri.

Ingatan saya kpd Najib kita semua akan mati dan akan disoal dialam berza dari mana dan bagaimana harta kekayaan kita dapat dan belanjakan. Apakah harta yg kita kumpulkan itu halal/suci atau haram ( rasuah dll). Berhentilah dan bertaubatlah sebelum ALLAH SWT Mencabut nyawa kita.

Tamrin Tun Ghaffar
Sabtu,16 Mei 2015


Sumber DD - 17-5-2015


IT DOES NOT PAY TO BREAK A TRUST - LANH



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35431-it-does-not-pay-to-break-a-trust

Sumber HD - 15-5-2015


CHOOSING A 10 MINUTES AND A 5 YEARS LEADER - LANH, ES




http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35249-choosing-a-10-minutes-and-a-5-years-leader

Sumber HD - 7-5-2015

Pilihan Raya Kecil Kemantapan Pakatan didambakan hadapi PRK Permatang Pauh

Posted on Wednesday, May 06 @ 22:49:08 MYT by paktam

Oleh Lanh


Jentera Pakatan Rakyat yang akan memberikan komitmen penuh diharapkan dapat 'melemahkan' jentera BN yang banyak memperalat kemudahan kerajaan. Gandingan kukuh parti-parti dalam Pakatan Rakyat amatlah didambakan pada saat getir ini kerana sebagaimana pilihan raya umum (PRU), PRK juga perlu dihadapi dengan Pakatan Rakyat sebagai komponen parti mantap bagi menyaingi BN. Tanpa Pakatan Rakyat yang mantap tentunya akan memudahkan BN-Umno terus bermaharajalela dengan slogan bobroknya 'dulu, kini dan selamanya'


Bagi PRK kali ini calon KEADILAN akan bertanding di Permatang Pauh manakala di Rompin oleh calon PAS.Ketiga-tiga parti telah menyatakan komitmen untuk saling bantu membantu semaksimum mungkin dengan Mustafa Ali menyatakan sebarang keputusan dan tindakan peringkat kawasan PAS (seperti yang diputuskan oleh PAS Kawasan Permatang Pauh) adalah terbatal dengan langkah tegas diambil oleh pimpinan Pusat. Katanya, tidak timbul lagi untuk PAS tidak mahu memberi kerjasama.
Komitmen PAS diperkukuh lagi oleh kenyataan Timbalan Presidennya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu bahawa pihaknya menyokong penuh calon KEADILAN bagi PRK Permatang Pauh malah mengarahkan jentera parti di empat negeri di utara Semenanjung agar segera membantu kempen Pakatan.

Keberadaan dua komponen parti yang kuat (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional) dalam PRK Permatang Pauh dan Rompin adalah dinanti-nanti oleh rakyat pendukung demokrasi tulen, malah perkembangan seumpama itulah mereka dambakan bagi negara ini. Sejak sekian lama selepas kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, hanya ada satu komponen parti saja yang dominan iaitu Barisan Nasional (dulunya Perikatan) dan situasi ini membolehkan ia dengan angkuh mahu berkuasa 'dulu, kini dan selamanya'.

Apakah Pakatan Rakyat mahu membiarkan hal ini terus berlaku sedangkan sudah jelas terlalu banyak penyelewengan dilakukannya dan antara yang terbaharu rakyat kebanyakan begitu sengsara apabila kerajaan daripada komponen parti dominan ini memaksakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas mereka?Diharapkan isu GST ini dapat menjadi platform menyatu-padukan Pakatan Rakyat untuk melonjakkan sokongan rakyat seterusnya membawa kompenan parti ini ke Putrajaya. ,

Jika ditinjau perkembangan politik di sesetengah negara maju, keberadaan dua parti politik yang kuat diyakini dapat membawa keuntungan (rahmat dan manfaat) kepada semua rakyat.

Hujah kita adalah berdasarkan contoh pilihan raya Amerika Syarikat dan Britain di mana hanya dua parti dominan bersaing untuk mentadbir negara. Di Amerika, persaingan adalah antara Republikan dan Demokrat manakala di Britain adalah antara Konservatif dan Buruh.

Adalah menarik untuk melihat bagaimana sistem dua parti (Republikan dan Demokrat) mendominasi pemikiran rakyat Amerika. Tentunya sistem dua parti sukar terlaksana di Malaysia tetapi dengan terbentuknya Pakatan Rakyat yang disertai PAS, KEADILAn dan DAP selepas PRU12 pada 2008, ia adalah komponen parti terbaik sejak Merdeka untuk menghadapi dominasi Barisan Nasional. Asas yang kukuh sudah ada, apakah sesetengah pihak termasuk kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakya sanggup melihat kehancuran kerjasama ini?

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum Mei 2013 (PRU13), jelas sebahagian besar rakyat sudah muak dengan legasi pemerintahan dan propaganda murahan BN. Kajian menunjukkan kira-kira 53 peratus sokongan pengundi (undi popular) adalah kepada Pakatan Rakyat manakala BN 47 peratus.
Namun disebabkan sistem politik negara berasaskan perolehan jumlah kerusi Parlimen, BN terus mengekalkan kuasa tetapi dalam keadaan amat tertekan.

Rakyat pada alaf baru ini, terutama generasi muda adalah kaya maklumat yang tidak lagi mendapat menerima slogan-slogan murahan kompenan parti pemerintah seperti 'BN menang rakyat senang', 'Selamat, Aman dan Makmur' serta 'Umno - dulu, kini dan selamanya'.

Rakyat bukan lagi dapat didendangkan dengan filem-filem Hindustan yang melekakan sebaliknya mahukan bukti. Sebagai contoh, jika 'BN menang rakyat senang', betulkan rakyat boleh senang pada ketika harga barangan, tol dan minyak semakin meningkat dan yang mutakhir GST) membelit mereka?

Apabila rakyat menolak propaganda murahan mainan Umno-BN dengan menafikan majoriti dua pertiganya di Parlimen di samping berkuasa di beberapa negeri, terbukalah ruang kepada situasi seakan sama dengan sistem politik dua parti di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Kewujudan dua parti (atau dua komponen parti) yang kuat adalah landasan ke arah usaha penambahbaikan kehidupan rakyat. Misalnya, semua institusi termasuk di bidang pendidikan seperti universiti boleh diusahakan untuk dibebaskan daripada cengkaman politik kepartian sebaliknya dijadikan pusat keilmuan dan keintelektualan. Akan timbul peluang terbaik untuk menghapuskan kegiatan pantau memantau yang hanya menjejaskan kesuburan keintelektualan sebaliknya menjumudkan modal insan (siswazah).

Kewujudan dua komponen parti yang kuat juga boleh mengakhiri ketakutan, kejumudan dan 'ketololan' dalam bidang media massa. Media massa perlu bebas dalam laporan mereka. Tidak timbul lagi isu media massa menjadi budak suruhan BN, tetapi ia bebas memberi liputan kepada kedua-dua pihak kerana yang dipentingkan wibawa dan 'track record' calon dan parti. Media massa Amerika, British malah negara jiran Indonesia, mungkin dapat dijadikan sempadan.

Kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri telah membantu menghapuskan ketakutan dan fobia di kalangan rakyat. Slogan-slogan seperti 'Hanya BN mampu memerintah', 'pembangkang cetus huru-hara' dan ugutan 'kalau pembangkang menang, rakyat makan ubi kayu' mula terhapus daripada minda rakyat. Sehubungan itu melalui pencapaian cemerlangnya pada PRU12 dan PRU13, gabungan PAS, KEADILAN dan DAP perlu membuktikan kemampuan mereka memerintah lebih baik daripada BN. Berdasarkan ini setiap parti perlu berusaha keras memberi yang terbaik kepada rakyat.

Apabila gagal, mereka akan disingkirkan pada pilihan raya berikutnya. Perkembangan ini akan mewujudkan perimbangan (check and balance), memberi keuntungan kepada rakyat sepanjang masa.

Inilah antara ciri-ciri negara demokrasi maju idaman rakyat namun amat malang seandainya cita-cita murni Pakatan Rakyat terburai di tengah jalan dengan adanya ahli malah pemimpin yang tidak dapat bertolak ansur. Buktikan Pakatan Rakyat boleh di Permatang Pauh dan malah pada PRU berikutnya!

Sumber DD - 6-5-2015




Pilihan Raya Kecil PRK Permatang Pauh bakal satukan Pakatan Rakyat

Posted on Wednesday, April 15 @ 12:27:17 MYT by paktam

Oleh Haidhar Audi Dzolkapli


Selepas pelancaran jentera kempen Pakatan Rakyat (PR) sempena PRK P.044 Permatang Pauh semalam, terdapat titik silang secara tidak langsung yang menyatukan PR.

Kemelut dalaman yang berlaku sebelum ini akan dilupakan dan semua akan tertumpu di kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu untuk mempertahankan kawasan tersebut.


Nama sesiapa pun yang akan dicalonkan pucuk pimpinan sebagai calon kali ini tidak akan menjadi masalah. Jentera kempen sentiasa bersiap siaga dengan segala tenaga dan modal kempen yang ada untuk mempertahankan kerusi ini.


Calon yang akan dipilih, kami yakin dengan kredibiliti beliau berjuang isu rakyat di kawasan mahu pun di Dewan Rakyat.

Sekali pun Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan, kami yakin dan percaya dengan pengalaman beliau sebagai mantan ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang Malaysia, beliau mampu mewakili suara rakyat.

Nama calon bukan menjadi masalah, asalkan calon tersebut tidak merompak duit rakyat, menggunakan harta kerajaan demi kepentingan peribadi atau mendahulukan diri sendiri daripada rakyat.

Selain itu, pilihan raya kecil kali ini bakal menjadi saksi rakyat Malaysia menolak Kerajaan Barisan Nasional selepas GST dilaksanakan yang dilihat lebih kuah daripada sudu.

Kesan GST ini lebih menyusahkan rakyat daripada memudahkan. Rakyat tersepit di antara kos sara hidup yang kian tinggi, gaji minimum yang rendah dan kualiti perkhidmatan dan barangan yang mengecewakan.

* Penulis mewakili PKR Permatang Pauh.


Sumber DD - 15-4-2015



KWSP umur 60: Cukup-cukuplah susahkan rakyat

Posted on Wednesday, April 15 @ 10:20:44 MYT by paktam

Oleh HAMBALI AKRAM

PADA ketika rakyat baharu saja ditimpakan bala Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang bermula secara rasmi 1 April lalu, kini ada pula cadangan bahawa caruman KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun.

Bagi saya cadangan itu bukan sahaja tidak wajar malah bakal mempercepatkan lagi berakhirnya riwayat Umno.

Saya percaya, ramai pemimpin yang gelap mata apabila melihat timbunan aset dan wang yang ada dalam KWSP.   

Seingat saya, telah beberapa kali usaha untuk melengahkan pengeluaran caruman daripada KWSP oleh para pesara. Pelbagai cadangan dan idea telah dikemukakan sebelum ini dan pelbagai alasan telah diberi demi menghalalkan tindakan ini.

Namun, setiap kali munculnya cadangan melengahkan pengeluaran KWSP, akan mendapat bantahan yang keras daripada rakyat tidak kira sama ada mereka penyokong pembangkang mahupun kerajaan.

Oleh itu, setiap kali adanya apa-apa cadangan untuk melengahkan pengeluaran duit KWSP, akhirnya akan ditarik balik.

Bagi saya biarlah status quo pengeluaran kekal dalam keadaan sekarang. Hakikatnya, rakyat sudah susah, maka jangan susahkan lagi mereka dengan ditahan hak mereka. Sekurang-kurang, dalam usia 55 tahun, dengan wang yang ada, mereka boleh menggunakan untuk tujuan yang sesuai dengan keperluan.

Jika ada timbul kes salah urus wang tersebut, jumlahnya amat sedikit dan jangan jadikan alasan untuk menidakkan majoriti yang berjaya menguruskannya dengan elok. 

Sumber DD - 15-4-2015


PLEASE GIVE ME PEACE - SENIOR CITIZEN KL


GAMBAR HIASAN - PEOPLE HOPE 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34773-please-give-me-peace

Sumber HD - 8-4-2015


EKJS : JIKA ADA PENGALAMAN DIROMPAK - IRFAN ES


GAMBAR HIASAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34483-ekjs-jika-anda-ada-pengalaman-dirompak

Sumber HD - 23-3-2015


EKJS : DILEMA UMNO DAN PAS - HARIZ AMIRUL AIDI ROSLAN


MB MEMBENTANGKAN EKJS II DI DUN KELANTAN PADA 18-3-2015 DAN DILULUSKAN SEBULAT SUARA KEESOKAN HARINYA

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34444-ekjs-dilema-umno-dan-pas

Sumber HD - 20-3-2015


HUTANG LUAR NEGARA RM740?  BIAR BETUL!

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34311-hutang-luar-negara-rm740-biar-betul

Sumber HD - 12-3-2015


PENCEN 62 BIARLAH BERPIJAK PADA REALITI - HAMBALI AKRAM


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34270-pencen-62-biarlah-berpijak-pada-realiti

Sumber HD - 10-3-2015

IBU SIRUL KE AUSTRALIA BUKAN GUNA DUIT 1MDB - WARGA PRIHATIN KL



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34133-ibu-sirul-ke-australia-bukan-guna-duit-1mdb

Sumber HD - 3-3-2015

MENGAPA SAYA BUAT ADUAN JENAYAH SYARIAH QAZAF - AUZAEI ARSHAD



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34078-mengapa-saya-buat-aduan-jenayah-syariah-qazaf

Sumber HD - 27-2-2015



TOK GURU YOU MAY BE GONE BUT YOU WILL ALWAYS REMAIN IN OUR HEARTS


UAI BERSAMA AHLI JEMAAH LAIN MENGUSUNG KERANDA JENAZAH AL MARHUM NIK AZIZ KE TANAH PERKUBURAN PULAU MELAKA YANG TERLETAK KIRA-KIRA 500 METER DARIPADA RUMAHNYA 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34011-tok-guru-you-may-be-gone-but-you-will-always-remain-in-our-hearts

Sumber HD - 24-2-2015


DUA BUDI TOK GURU KEPADA RAKYAT MALAYSIA - MAJDAN DAGANG


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33941-dua-budi-tok-guru-kepada-rakyat-malaysia

Sumber HD - 18-2-2015


BELANSUNGKAWA MENGENANG TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - ABDULLAH ABDUL KARIM


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33851-belasungkawa-mengenang-tuan-guru-datuk-nik-abdul-aziz-nik-mat

Sumber HD - 13-2-2015


INTELLECTUAL BANKRUPTCY OF THE FEUDAL KIND

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33758-intellectual-bankruptcy-of-the-feudal-kind

Sumber HD - 9-2-2015

ATUK
MMORPG SETAKAT HARI INI MASIH BELUM KANTOI LAGI - AHMAD MULIYADY ABDUL MAJID


MMORPD

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33653-mmorpg-setakat-hari-ini-masih-belum-kantoi-lagi

Sumber HD - 4-2-2015


JENAYAH DAN KEBANJIRAN WARGA ASING : SALAH SIAPA?


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33643-jenayah-dan-kebanjiran-warga-asing-salah-siapa

Sumber HD - 4-2-2015

MINYAK TURUN : TARIF ELEKTRIK DAN AIR PATUT TURUN JUGA - KHADIJAH ZABIDI


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33383-minyak-turun-tarif-elektrik-dan-air-patut-turun-juga

Sumber HD - 21-1-2015


PERLU ADA PELAN JANGKA PANJANG ELAK BANJIR - MOAZ NAIR


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33371-perlu-ada-pelan-jangka-panjang-elak-banjir

Sumber HD - 20-1-2015


THE BEST NOODLES IN THE WORLD - LANH



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33285-the-best-noodles-in-the-world

Sumber HD - 16-1-2015


K-POP VS NENEK LAGA PIPI DENGAN PELAKON BOLLYWOOD - HISHAM ABDUL MAJID


http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33275-k-pop-vs-nenek-laga-pipi-dengan-pelakon-bollywood

Sumber HD - 15-1-2015


















































































































































































































































































For how much longer must the people suffer?

Harakahdaily |

By now, victims of the massive floods in most parts of the country are beginning to return to their ‘homes’. Yes, in some cases there are no homes to return to especially in the districts of Gua Musang, Kuala Krai and Pasir Mas, amongst the worst hit areas in last year’s floods.


Many have been saying that all Malaysians should now put aside differences and work together to
help these very unfortunate people who have been affected most badly. We cannot agree more but there are some very critical issues that must be deliberated upon. These issues cannot be just cast aside and we just ‘go back to work as usual’.

What are these issues? They are the issues that first of all contribute to the state of affairs that we now find ourselves in. Accepted, that the massive floods were in large part due to the unusual rainfall that fell continuously for days in the affected areas, especially Kelantan’s hinterland. But can we just keep on accepting such “facts” and do little or nothing to seek remedy?

From time immemorial, we have been told that there is the northeast monsoon that brings a lot of rain to the north and east coast states especially Kelantan, Terengganu, Pahang and east Johor. We are also told that these rains cause widespread floods and this is the usual phenomena that we have to face. Since independence for over 50 years we just sit back and accept this situation. And of course once in a while it is not the ‘normal’ flood, but the disastrous ones like what we experienced recently.

Isn’t there something odd about this? Why must the poor people of the east coast states- already poor economically for ages – suffer such a ‘fate’? Is it really fated that they should just wait for the rains to come and destroy whatever they have and each year start life anew? Why can’t this change? At least they would not have to bear the full brunt of the monsoon season if conditions changed.

Any administration that cares for its people and has a vision would have come up with proper planning to overcome this perennial issue. Knowing well that these floods mean economic disruption and loss and massive damage to practically everthing. At the very least a flood of the scale that happened late December 2014, in this 21st century, with advanced technology and abundant experts in various fields would not have wrought such damage – there would be some controls. Already there have been suggestions that the rape of the environment was also responsible for the mess that has resulted, which means that something is very wrong with the economic planning part. But to be fair to the state government, Kelantan has always been the most discriminated state where basic principles of federalism have continuously been flouted to the extent that the state may have had to resort to opening up its forests as source of revenue.

But that alone is not the issue. It is what should have been done over all these years – never mind which party was in power. As we mentioned above, a government – here referring to both federal and state governments – would give utmost priority to the most pressing issue faced by its people, in this case, the perennial floods. Surely something could have been done over the years to alleviate the situation?

Now this also tells us that both the federal and state governments have to sit down and end the “given”. No more need for the people of Kelantan and for that matter Terengganu or Pahang to ‘serahkan pada takdir’ (leave it to fate) in the wrong sense. No one knows what one’s fate is, therefore without doing the utmost to alleviate one’s condition it only means that injustice is perpetrated upon the people in the name of having to give in to ‘fate’. We are also not talking about the huge sums of money for flood control that has been allocated in the recent 5-year Malaysian development plans.

Are the two governments ready to do something now.

Sumber HD - 5-1-205


















































































































































































































































































Ibu bapa rasa terbeban hadapi sesi persekolahan 2015

IZWAN ABDUL HALIM | .
RUTIN tahunan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak bagi memasuki sesi baru persekolahan 2015 sememangnya sesuatu yang membebankan.

Namun, kuatnya naluri keibubapaan hinggakan digagahi semampu usaha dalam memastikan anak-anak memperolehi pendidikan terbaik.

Dengan persaingan akademik kian mencabar, titipan kejayaan anak-anak dilihat pencapaian yang wajib diperolehi sekaligus menuntut keperluan berkaitan dipenuhi jua.

Jumlah besar dalam tanggungan untuk anak-anak memulakan sesi baru persekolahan ini menyebabkan ramai dari kalangan ibu bapa berpendapatan sederhana turut melakukan penyelarasan pendapatan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil, perbelanjaan harian dikawal semata-mata memenuhi keperluan sekolah anak.

Berkongsi keadaan sepertimana kebanyakan ibu bapa berpendapatan kecil, seorang pesawah dari Kota Sarang Semut, Mohamad Fauzi Mat Khir berkata, beliau menghabiskan lebih RM1,200 untuk tiga anaknya memasuki sesi baru persekolahan.

Menurut beliau, perbelanjaan itu tidak termasuk bayaran yang dikenakan pihak sekolah.

“Kita tak tunjuklah depan anak-anak, tapi anak-anak ni dia macam perasan, bila kita bagi duit pada dia untuk belanja, dia ambik separuh saja,” terangnya yang menanggung dua anak bersekolah rendah, seorang di sekolah menengah dan dua di institusi pengajian tinggi.

Terangnya, menjadi kelaziman ibu bapa sepertinya menghadapi sesi baru persekolahan dengan berhutang kepada pihak tertentu.

Beliau yang mengusahakan sawah padi seluas lima relung memperolehi pendapatan purata kira-kira RM1,000 sebulan setelah ditolak sewaan petak sawah dan perbelanjaan untuk pengeluaran padi.

Katanya, pendapatan tersebut sememangnya tidak mencukupi di mana hasil padi adakalanya tidak menentu. Sedangkan perbelanjaan harian persekolahan anak-anak menggunakan 70 peratus dari pendapatan, manakala selebihnya untuk perbelanjaan harian keluarga.

Maka, bagi menampung kekurangan tersebut, Fauzi membuat jualan nira nipah sebagai pendapatan tambahan.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana tidak mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen tambahan sedangkan perkara itu amat penting pada cabaran hari ini di mana anak-anak akan ketinggalan dalam akademik tanpa mendapat bimbingan tambahan.

Sementara itu bagi surirumah, Noriza Saidin dari Mergong turut mengakui perkara sama.

Menurutnya, perbelanjaan untuk dua anaknya yang berada di sekolah menengah termasuk seorang di sekolah berasrama dan seorang di sekolah rendah, menggunakan belanja sebanyak RM1,530 untuk sesi baru persekolahan ini.

Dengan pendapatannya yang bekerja sendiri hanya sekitar purata RM400 sebulan, perbelanjaan sedemikian sememangnya membebankan.

Menghadapi situasi tersebut, beliau melakukan jualan kecil-kecilan di samping perkhidmatan berbekam.

Selain itu, beliau juga berjimat cermat selain ‘bermain kutu’ sebagai satu bentuk simpanan dan dua anak Noriza yang sudah bekerja turut membantu beliau seadanya.

Kisah mereka antara secebis nasib dihadapi oleh kebanyakan penduduk di negara ini yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Lantaran itu amat sesuai sekali melihat usaha bantuan persekolahan menjadi persaingan baharu parti-parti politik.

Dalam realiti hari ini, keperluan persekolahan anak-anak memerlukan minimum persalinan asas bagi kegunaan harian.

Bantuan persekolahan sudah tidak berupaya menanggung murid yang ramai dengan nasib sama.

Terkadang murid terus ke sekolah atas ihsan guru tertentu yang bermurah hati menyediakan keperluan. Tetapi berapa ramai guru seperti itu dan berapa ramai mampu dikasihaninya?

Ini tidak termasuk perbelanjaan harian anak-anak ke sekolah. Benarlah menyediakan bekalan makanan merupakan alternatif terbaik, tetapi perlu dipersoalkan juga mengenai harga jualan di kantin sekolah.

Wajarkah dengan pelanggannya dari kalangan mereka yang tidak memiliki pendapatan sendiri dikenakan kadar seperti di tempat jualan lain?

Tahun ini juga ibu bapa menghadapi cabaran caj bas sekolah yang akan ditentukan bersama antara pihak sekolah, ibu bapa dan pengusaha bas.

Biarpun usulan itu nampak seperti harmoni, sebenar yang pasti terjadi ialah pengusaha bas tetap mahukan keuntungan. Wajarnya pula apabila kenaikan kos bahan api yang konsisten untuk meningkat berbanding penurunan.

Demikian itu, selain yuran persekolahan secara percuma, segala bayaran berkaitan sekolah juga mesti ditanggung pihak kerajaan.

Malah, mungkin tidak keterlaluan agar mekanisme khusus diadakan untuk memastikan keperluan asas memasuki persekolahan dapat diadakan ibu bapa berpendapatan rendah menerusi skim atau bantuan tertentu.

Kita percaya, semua kerajaan di dunia mengakui pendidikan adalah perkara sangat penting untuk dijayakan sesebuah negara.

Untuk itu, Malaysia sepatutnya antara yang paling terkehadapan memastikan hal ehwal pelajar untuk melangkah ke alam persekolahan berada dalam keadaan terbaik berbanding negara-negara lain di dunia. - HARAKAHDAILY 5/1/2015

Ada mata tengok, ada telinga dengar

ABU HASSAN ADAM | .

Sudah lama aku perhatikan bahawa rupa-rupanya di Malaysia kini rakyat mengamalkan konsep ada ‘mata tengok, ada telinga dengar’. Maknanya rakyat Malaysia amat patuh kepada peribahasa Melayu supaya jangan menjaga tepi kain orang lain. Maknanya juga rakyat hanya ‘menjaga tepi’ kain sendiri. Rakyat tidak mahu peduli apa yang berlaku keada orang lain seperti kata peribahasa Melayu, ‘seperti enau dalam belukar’ yang hanya mementingkan ‘pucuk’ sendiri untuk mendapatkan cahaya matahari. Begitulah ibaratnya keadaan di negara kini yang rata-rata rakyatnya sentiasa mementingkan diri sendiri walaupun terdapat segolongan kecil rakyat yang perihatin dan mengambil berat juga tentang kesejahteraan orang lain.

Berbagai keadaan yang wujud di negara kita yang dilakukan oleh para pemimpin kita yang dirasakan tidak sesuai dan secocok dengan kehendak rakyat terbanyak. Tetapi disebabkan begitu ramai yang mengamalkan – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’- maka rakyat hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata tentang segala kemungkaran yang wujud. Ada segolongan kecil rakyat yang sedar tentang wujudnya sesuatu kemungkaran, namun disebabkan oleh sesuatu keadaan maka didiamkan sahaja.

Yang menyedihkan ialah ada juga sekumpulan rakyat yang bukan sahaja tidak menentang segala kemungkaran yang dilakukan, tetapi mempertahankan tindakan setengah pihak dan mengiakan apa saja yang dilakukan walaupun bertentangan dengan norma-norma budaya di negara ini.

Rakyat bukan tidak tahu adanya pemimpin-pemimpin negara yang berbelanja secara ‘lavish’ sekali di pusat-pusat membeli belah terkenal samada di London atau di Paris. Kadang-kadang si pemimpin semacam tidak tahu dan sedar yang sebenarnya mereka berselisih bahu dengan salah seorang pengundinya dalam pilihanraya yang lepas. Cara mereka berbelanja amat menakutkan. Bermakna bukanlah kemampuannya untuk berbelanja sedemikian sekiranya berdasarkan kepada gaji dan elaunya. Persoalannya tidak ada pihak yang berani menegurnya. Masing-masing mengamalkan – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’

Rakyat bawahan nampak tentang jenis kereta yang dipakai oleh setengah pemimpin yang jelas menampakkkan keadaan yang diluar kemampuannya untuk memiliki kereta berkenaan. Tetapi rakyat masih mengamalkan – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’.

Rakyat yang merupakan pengundi seseorang pemimpin tahu bahawa rumah yang diduduki oleh wakil rakyat mereka bukanlah kemampuannya untuk memiliki rumah sebesar dan sehebat itu tetapi rakyat masih mengamalkan – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’.

Rakyat tahu bahawa pemimpin mereka terlalu kerap makan angin keluar negara bersama keluarganya yang agak ramai. Rakyat tahu bahawa berdasarkan kepada elaun yang diterimanya, tentulah mustahil dapat berbelanja sedemikian rupa. Rakyat mendiamkan diri – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’

Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh pemimpin, rakyat tahu dan sedar tentang tindakan yang dilakukan, apatah lagi dalam zaman ‘amukan’ media sosial ini. Mereka boleh menjejak di mana Jet Perdana Menteri singgah dan mendarat dan siapa yang berada sebagai penumpangnya tatkala DS Najib berada di Kelantan bersama-sama dengan mangsa banjir. Mungkin ada menteri-menteri yang tahu hal sedemikian. Mereka tahu tetapi masih mengamalkan – ‘ada mata tengok ada telinga dengar’

Walaupun begitu kita rakyat Malaysia masih bernasib baik kerana rakyat Malaysia tidak mengamalkan –‘ada mata tengok ada telinga dengar’ – apabila melihat sebahagian besar rakyat Pantai Timur yang berdepan dengan banjir. Sememangnya kita amat berbangga apabila melihatkan segenap rakyat tidak kira bangsa dan agama bertungkus lumus memberikan pertolongan kepada mangsa banjir begi menyelamatkan harta benda yang boleh diselamatkan.

Yang agak ‘cacat’nya ialah ada juga terdapat pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’. Ada terdengar kisah-kisah di mana kumpulan-kumpulan tertentu mengambil kesempatan dengan cara mengutip wang dan barangan yang dikutip yang kononnya akan dibahagi-bahagikan kepada mangsa banjir tetapi sebenarnya mereka yang ‘merompak’nya. Dan ini merupakan satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. Lebih buruk dari mereka yang mengamalkan, ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’.

Sampai bila agaknya masyarakat di negara kita bersikap sedemikian – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’. Sampai bila agaknya rakyat Malaysia baru menghayati kenyataan Edmund Burke yang mengatakan,’ All that is necessary for evil to triumph is for good men to do nothing’. Sikap sedemikian ada juga kaitannya dengan sikap mementingkan diri seseorang itu. Mereka takut untuk ‘memeriksa’ tepi kain orang lain, takut kalau-kalau tepi kain sendiri pula yang dijaga oleh orang lain.

Rakyat Malaysia merasa bersyukur dengan wujud kumpulan perihatin yang teridiri dari 35 (dulu hanya 25) orang bijak pandai dan bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang merasakan sudah sampai masanya mereka menyuarkan sesuatu yang tidak kena yang dilakukan oleh kerajaan. Seolah-olah mereka sudah mengenepikan ‘falsafah’ – ‘ada mata tengok dan ada telinga dengar’

Kewujudan golongan ini negara kita kini amat tepat sekali. Tidak siapa yang boleh mempersoalkan yang kewujudan kumpulan ini untuk mencari kepentingan diri. Maksudnya untuk cari makan….Amat malang sekali sekiranya ada yang menuduh sedemikian. Mereka bukan merupakan kumpulan yang ‘melalak’ ke hulu ke hilir mencari sesuap nasi seperti yang terdapat disetengah kalangan NGO di negara ini. Kewujudan kumpulan ini adalah sebenarnya untuk menyelamatkan negara. Dan pastinya mereka sudah sedar bahawa sekiranya mereka tidak bertindak sesuatu yang buruk akan menimpa negara yang tercinta ini.

Pastinya rakyat Malaysia, (kecualilah kumpulan NGO yang merasakan kehadiran kumpulan 35 ini akan menyekat ‘rezeki’ mereka) akan memberikan sokongan padu kepada usaha murni kumpulan yang dikatakan sebagai ‘kumpulan orang pencen’ ini. Dan kepada para pemimpin negara yang terdiri dari golongan yang jauh lebih muda daripada ahli kumpulan ini harus ‘mendengar’ apa yang ingin diperkatakan oleh kumpulan 35 ini. Tidak semestinya para pemimpin negara terus menerima dan mengikuti apa yang disuarakan oleh mereka. Sekurang-kurangnya ‘lihat’ dan ‘dengar’ apa yang ingin disuarakan.

Sekurang-kurangnya sudah wujud kumpulan yang bukan lagi mengamalkan ‘falsafah’ – “ada mata lihat dan ada telinga dengar’.

abuhassanadam

4 Januari 2015 - http://abuhassanadam.blogspot.com/

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 4-1-2015

Teksi macam reban ayam: Mana SPAD, SPRM?

BADARSHAH ABD MAJID | .

PAGI hari ini, (9 Disember) saya pergi ke KL sentral. Sementara menunggu giliran membeli tiket, saya duduk di tempat menunggu teksi. Alangkah terkejut apabila saya melihat sebuah teksi yang uzur, buruk dan kotor serta pemandu yang tidak kemas, mengambil penumpang di KL sentral yang gah, bersih dan moden.

Teksi ini adalah jenis Proton Iswara dan keadaannya tidak dijaga oleh pemiliknya. Melihat keadaan ini seolah-olah saya berada di Hanoi, Myanmar. Berdasarkan kes ini saya meminta pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memantau keadaan sesetengah teksi terutamanya di Kuala Lumpur.

Keadaan ini memalukan dan mencemar imej negara yang mahu menjadi negara maju pada tahun 2020, kira-kira lima tahun lagi. Imej perkhidmatan sesetengah teksi tidak menggambarkan hasrat itu.

Saya mencadangkan supaya SPAD meletakkan pegawainya di KL Sentral supaya mudah memantau teksi yang seperti reban ayam ini. Kalau tidak pun, pindahkan teksi sebegini ke Ulu Speri atau Ulu Yam atau Lahat Yoi!

Lagi satu, yang menimbulkan kemusykilan saya ialah bagaimana Puspakom boleh luluskan permit teksi sebegini? Harap-harap SPRM dapat pantau. – HARAKAHDAILY 9/12/2014

No comments:

Post a Comment