BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 30, 2016

1 MDB - 1 MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (JILID 2)


Jho Low sedia bertemu pasukan petugas siasatan 1MDB di Dubai

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/jho-low-sedia-bertemu-pasukan-petugas.html

KUALA LUMPUR 13 Jun – Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang didakwa membuat penampilan di Dubai, memaklumkan bahawa beliau sedia bertemu dengan pasukan petugas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di negara tersebut.

Menurut laporan sebuah portal yang memetik sumber kerajaan, sebelum pertemuan itu, beberapa peguam Jho Low juga dijangka bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dubai bagi membincangkan perkara berhubung siasatan yang boleh dibantu oleh anak guam mereka.

Laporan itu turut mendakwa, peguam Jho Low telah mengesahkan bahawa perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia sudah bermula, namun sumber tersebut enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya.

Menurut laporan itu lagi, pihak berkuasa Malaysia yakin ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang itu boleh membantu dalam usaha mendapatkan semula dana atau aset yang dibeli dengan dana 1MDB.

Laporan itu turut menjelaskan pasukan petugas yang menyiasat 1MDB percaya bahawa beliau boleh mengesan aset-aset lain termasuk barangan kemas mewah yang disorok.

Sebelum ini, memetik laporan Bloomberg pada 7 Jun lalu, Jho Low telah pun menyatakan kesediaannya untuk membantu siasatan berhubung skandal 1MDB selepas dipanggil oleh SPRM.

Jho Low dikatakan sudah mengarahkan pe­guamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa suruhanjaya berkenaan mencarinya bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pentadbiran kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan siasatan terhadap 1MDB sebagai keutamaan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir baru-baru ini juga berkata, kerajaan mengetahui di mana lokasi ahli perniagaan itu berlindung namun sukar untuk menangkapnya.

Sumber MR - 12-6-2018


UK sedia bantu siasatan 1MDB

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/uk-sedia-bantu-siasatan-1mdb.html


​ Anwar bersalaman dengan Johnson, dalam pertemuan mereka, semalam. Foto: FB Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - United Kingdom (UK) menyatakan komitmen untuk membantu Malaysia dalam siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Developmet Bhd (1MDB), termasuk memulangkan semula aset-aset yang dirampas di negara tersebut.

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai ketika pertemuan antara beliau dengan Setiausaha Luar United Kingdom, Boris Johnson, dalam rangka lawatannya ke negara itu semalam.

"Johnson turut memberi jaminan bahawa kerajaan UK akan menyokong semua siasatan berkaitan skandal rasuah 1MDB.

"Sejarah persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara yang sudah lama terjalin akan terus diperkuatkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baharu," katanya dipetik menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, pertemuan itu turut membincangkan peluang masa depan untuk meningkatkan perniagaan, pendidikan, kerjasama penyelidikan Sains dan perubatan dua hala.

Sementara itu, dalam sesi temu bual bersama akhbar The Guardian, Anwar memberi isyarat  bahawa kerajaan Malaysia yang baharu akan meneliti pelaburan hartanah dengan menggunakan dana kerajaan di UK semasa pentadbiran terdahulu, terutama pembangunan Battersea Power Station.

Anwar dalam rangka lawatan ke UK selama empat hari bermula Ahad lalu, atas jemputan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

dipetik dari : www.sinarharian.com.my  12 jun 2018

Sumber MR - 12-6-2018


Sita kapal dikaitkan Jho Low tak sah, kata mahkamah Indonesia
Posted on Tuesday, April 17 @ 21:48:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39213



PETALING JAYA: Mahkamah di Jakarta memutuskan tindakan kerajaan menyita kapal mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho tidak sah, kerana pemilik Equanimity bernilai AS$250 juta itu tidak pernah disabit dengan apa-apa kesalahan jenayah, lapor The Straits Times.

“(Jika) tiada jenayah (dibuktikan), tak boleh sita,” kata akhbar Singapura itu memetik Hakim Ratmoho di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, dan menambah sitaan itu tidak sah dan tidak berasas dari sisi undang-undang.

Mahkamah berkata polis Indonesia melakukan kesalahan apabila menyita kapal itu kerana ia terletak bawah bidang kuasa Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkata kapal 300 kaki yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Pihak berkuasa di Bali menyita kapal itu pada 28 Februari. Polis Indonesia kemudian mengumumkan ia mahu menyerahkan kapal itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Sebuah syarikat, Equanimity Cayman Ltd, kemudian memfailkan saman di Indonesia bagi menghalang sitaan itu, mengatakan kapal itu tidak dikaitkan apa-apa kes jenayah di negara itu.

Equanimity antara aset yang dikaitkan dengan Jho Low dan dikehendaki DoJ, termasuk sebuah jet peribadi, sebuah hotel dan hartanah di New York.

DoJ dalam tindakan undang-undang sivilnya berkata kira-kira AS$4.5 bilion dicuri dari 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang.

Tindakan itu menyenaraikan aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang dicuri.

Sumber TKO - 17-4-2018


1MDB: Segelintir pihak senang, rakyat derita




SAYA rasa terpanggil untuk berkongsi cerita bagaimana duit kita kena curi. Saya katakan duit kita kerana 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan berada di bawah Kementerian Kewangan.

Duit 1MDB kerajaan yang bagi dan duit kerajaan pula semua orang maklum adalah dari rakyat yang membayar cukai.

Kita adalah rakyat, maka duit 1MDB adalah duit kita semua. Kejadian berlaku pada  September 2009 iaitu di antara 18 September 2009 sehingga 30 September 2009, itulah sebabnya kita kata 12 hari.

Sumber HD - 26-12-2017 

Kesalahan pengubahan wang 'serius' berkaitan 1MDB dikesan pada JPMorgan
Posted on Friday, December 22 @ 05:47:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37398


Badan pemantau kewangan Switzerland, Finma, hari ii berkata anak syarikat bank AS, JPMorgan, melakukan kesalahan besar berkaitan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB.


Kes itu dilihat menambah lagi keributan politik membabitkan skandal 1MDB sejak lebih dua tahun lalu yang menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Singapura, Switzerland dan AS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB menafikan sebarang salah laku atau penyelewengan dalam syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia itu.

Kes terbabit menjejaskan bank swasta Switzerland, Edmond de Rothschild, BSI, Falcon dan bank utama UBS serta Credit Suisse.

"Prosiding penguatkuasaan dijalankan Finma antara Mei 2016 dan Jun 2017 menemui kekurangan serius kawalan antipengubahan wang haram pada JPMorgan (Switzerland) Ltd berkaitan hubungan perniagaan dan transaksi dana syarikat Malaysia, 1MDB," kata Finma dalam satu kenyataan.
Keputusan itu - yang mengenakan pemantauan terhadap bank terbabit tetapi tidak melibatkan sebarang denda atau sekatan kewangan - tidak pernah dirayu dan muktamad, kata Finma.

Sumber TKO - 22-12-2017



1MDB sudah lama dibocorkan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Buat Apa Masa Tu??
Posted on Friday, December 08 @ 22:02:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37220



TONG TAHI Najib/1MDB/UMNO sudah lama dibocorkan Anwar Ibrahim. Sejak Jun 2011 lagi, sebelum Dr Mahathir mula serang Najib, sebelum PRU13, Anwar sudah nampak masalah 1MDB.

Habis emasa itu Tun Mahathir buat apa dengan 1MDB??


Atau Mahathir diam kroni dan anak beranak juga dapat. Bising kerana dapat sikit??

Sekadar tanya aje? 


Sumber TKO - 8-12-2017


Peguam negara Donald Trump dedah aset AS$3.5 bilion berkait 1MDB dibekukan
Posted on Tuesday, December 05 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37171



Peguam Negara AS Jeff Sessions mendedahkan fakta tersebut di ‘Global Forum on Asset Recovery’ dan menyebutnya pada minit 4.26. – Foto AFP

Malaysia mendakwa tiada wang yang hilang dalam skandal 1MDB namun Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump mengatakan ia “menahan” aset bernilai AS$3.5 bilion daripada dana pelaburan negara yang dimulakan Perdana Menteri Najib Razak tersebut.

“Sebagai contoh, hampir separuh daripada AS$3.5 bilion hasil rasuah yang kami tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan.

“Tindakan itu mempunyai kaitan dengan dana kekayaan Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB. 1MDB diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi jangka panjang demi kepentingan rakyat Malaysia, namun digunakan untuk perbelanjaan mewah [lavish spending]” kata Peguam Negara AS Jeff Sessions pada Global Forum on Asset Recovery pada 4 Disember di AS.

Beliau menggelar skandal 1MDB sebagai “kleptokrasi paling buruk” dan berkata lebih AS$4.5 bilion dana pengubahan wang haram melalui urus niaga yang kompleks oleh beberapa syarikat bayangan dari Switzerland dan Singapura ke Luxembourg dan AS.

“Tetapi pegawai yang didakwa rasuah dan sekutunya dilaporkan menggunakan dana untuk berbelanja mewah: AS$200 juta untuk harta tanah di California Selatan dan New York AS$130 juta dalam hasil seni AS$100 juta dalam label musik Amerika. Termasuk A$265 juta kapal layar. Yang mana keseluruhannya bernilai AS4.5 bilion.”

“Jabatan Kehakiman AS kini berusaha untuk memberikan keadilan kepada semua mangsa skim ini,” katanya. – Majalah Review Malaysia – MRM

Sumber TKO - 5-12-2017







Patutlah PM Najib diam tentang 1MDB

SUBKY LATIF | .
 



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43690-patutlah-pm-najib-diam-tentang-1mdb

RIUH sedunia orang menyoal Perdana Menteri Najib tentang skandal 1MDB yang langsung di bawah tanggungjawabnya.
   
Bertubi-tubi ia dibangkitkan di Parlimen sejak beberapa sesi yang lalu. Banyak pegawai penting melepaskan jawatan atau diminta melepaskan jawatan justerunya antaranya Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Ungku Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
  
Ada juga beberapa orang anggota Jawatan Kuasa Kewangan Negara tidak dapat meneruskan penyiasatan atas isu itu kerana dijadikan Timbalan Menteri. Macam-macam soal dibangkitkan mengenainya. Semua soalan itu macam masuk ke telinga kuali.
   
Perdana Menteri buat dak aja, membisu seribu bahasa. Banyak juga isu lain yang dituding kepadanya dibiarkannya saja tak berjawaab, tetapi kadang-kadang ada disentuhnya di tempat lain semasa bercakap di perhimpunan Umno misalnya.
   
Tetapi tentang 1MDB ini didiamkanya. Paling akhir bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin membangitkannya dalam rencana di akhbar. Teguran Daim itu satu tohmah yang tajam terhadapnya walau idak menyebut namanya.
   
Itupun diam juga. Budak-budak menteri dilepaskan mengulas komen Tun Daim itu. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan yang terlibat terus dengan syarikat pelaburan kerajaan itu yang jadi milik terus kementerian kewangan sepatutnya  menjelaskaan yang amat dimusykilkan itu.
   
Tetapi dia membisu. Jika dia menemui ajal sebelum kes ini diselesaikan, maka kita tidak akan dapat penjelasan dari saksi utama.
   
Dia tidaklah dilahir bisu, tidak boleh bercakap. Dia petah dan banyak juga bercakap tetapi tentang IMDB langsung kelu.
  
Mengapa agaknya? Mungkin orang fikir lazimnya dia tidak mudah menjawab dalam apa masalah jua yang disasarkan kepadanya.
  
Dalam sesi Parlimen yang terbaru tiga orang bekas anggota kabinetnya, TS Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Husni membangkitkan perkara !MDB itu. Amat menarik semua orang atas luahan mereka.
  
Maka tiada siapa yang menjawab takwil yang dibangkitkan. Tiba-tiba berdatang amaran Tan Sri speaker terhadap ketiga bekas menteri itu. Mereka dikatakan mungkin sudah melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan semasa hendak memegang jawatan itu. 1MDB itu adalah rahsia di bawah OSA. Barang siapa membocorkan barang rahsia itu boleh dikenakan tindakan.
   
Maka ketiga-tiga lebai malang itu dipanggil mata-mata untuk memberi keterangan. Tentulah mereka diancam oleh masalah mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan jika didapati nanti mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia.
   
Dengan amaran Speaker dan siasatan yang polis buat itu, fahamlah kita mengapa PM Najib tidak menjawab semua perkara yang dibangkitkan tentang 1MDB.
  
Apa sebabnya?
  
Perdana Menteri mestilah menjadi contoh tidak melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan. Berat hukumannya jika disabitkan mahkamah. Sebagai pegawai nombor satu atau MO1 Perdana Menteri menyimpan rahsia  serapat-rapatnya.  Biarlah orang lain melanggar sumpah itu, tetapi bukan Perdana Menteri. Pantang Tok Pawang memecah timba.
   
Apa lagi dapatan Ketua Audit Negara atas siasatan 1MDB  itu sudah dimasukkan dalam OSA.
  
Logiknya bukan Perdana Menteri sengaja tidak mahu jawab dan beri penjelasan tetapi dia dihalang oleh sumpah memegang jawatan  dan tidak mahu melanggar OSA.
   
Baru kita faham patutlah dia diam. - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD - 28-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Najib kata Hutang 1MDB bukan hutang kerajaan
Posted on Tuesday, November 01 @ 08:44:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32184



Hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang kerajaan persekutuan, kata menteri kewangan.

"Oleh itu, hutang syarikat 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada jumlah hutang kerajaan persekutuan," kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen terhadap soalan lisan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Anggota parlimen pembangkang itu mahu tahu jumlah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 30 September 2015 dan 30 September 2016.

Beliau juga mahu tahu jumlah hutang yang disumbangkan oleh syarikat dan projek berkaitan 1MDB.
Dalam jawapannya, Najib berkata jumlah hutang kerajaan persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 52 peratus daripada KDNK.

Daripada jumlah berkenaan, katanya lagi, sebanyak 95.9 peratus (RM628.98 bilion) adalah hutang domestik, sementara 4.1 peratus (RM26.9 bilion) lagi merupakan pinjaman luar pesisir.

"Jika dibandingkan pada Jun 2015, hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM627.5 bilion atau 54.2 peratus daripada KDNK.

"Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” katanya.


Sementara itu, berkaitan data berkaitan hutang bagi September 2016 melalui laporan ekonomi suku ketiga tahun ini, Najib berkata ia akan diterbitkan pada November (bulan depan).

Sumber TKO - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usaha Azmin cabar status sulit 1MDB 26 Okt ini
Posted on Tuesday, September 13 @ 14:21:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31648



Permohonan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagi kebenaran untuk mencabar status sulit laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 akan didengar pada 26 Oktober ini.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman menetapkan tarikh itu apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Peguam Azmin, Michelle Sunita Kummar dari firma Tommy Thomas & Co memberitahu pemberita bahawa pendengaran itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hanipah Farikullah.

Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR, bulan lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Permohonan itu dibuat bawah Perintah 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mencabar pengelasan laporan itu sebagai sulit bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ketiga-tiga responden, ejen dan pegawai untuk mengubah status sulit laporan 1MDB itu, menurut Seksyen 2C daripada OSA, dan memohon laporan itu didedahkan kepada orang ramai.

Permohonan semakan kehakiman perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu bagi memastikan permohonan itu bukannya remeh atau menyusahkan.

Ini adalah cabaran kedua ke atas status sulit audit akhir 1MDB selepas ahli Umno Melaka Muhammad Zahid Arip memfailkan cabaran sama sebelum ini.


Permohonan Zahid ditetapkan untuk pendengaran pada 10 November nanti.

Sumber TKO - 13-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













MO1 ialah PM: SPRM perlu buka kembali kes 1MDB

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42356-mo1-ialah-pm-sprm-perlu-buka-kembali-kes-1mdb

SAH, MO1 ialah PM. Wang di akaun PM, duit 1MDB atau derma Arab?

Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ sememangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?

Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?

Pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.

SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.

PAS, dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
1 September 2016 – HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------     

1MDB ‘Soalan Terlarang’ Di Parlimen

Oleh : Nooreni Abu Bakar                                                                                                                                                
DUNGUN – Walaupun Sidang Parlimen adalah masa dan peluang kepada Ahli Parlimen untuk bertanya sebarang persoalan rakyat, tapi dua soalan tidak dibenarkan untuk di tanya iaitu isu RM2.6 billion dan juga 1MDB.                                                                                                                                          
Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli berkata, mana-mana wakil rakyat ditegah dari mengemukakan dan apa-apa soalan tentang 1MDB ada ‘soalan terlarang’ di parlimen.                          
“Di Parlimen, dua soalan tak boleh ditanya, satu ,RM 2.6 billion,  soalan banyak tapi tak boleh tanya, yang kedua 1MDB punya hutang,”                                                                      
“Presiden Amerika, Harry S.Truman kata kamu tak boleh jadi kaya dengan politik, melainkan kamu seorang yang sangat jahat. Barisan Nasional(BN) semua kita tahu, rasuah ada didalamnya, penyangak ada di dalamnya, pecah amanah ada di dalamnya, dan Dungun daripada 13 pilihanraya,                                                
“PAS menang tiga penggal, 10 Barisan Nasional menang, kita kenal pemimpin Barisan Nasional, kita tengok pemimpin Barisan Nasional, bila mereka jadi wakil rakyat, bila jadi Ahli Parlimen mereka bekerja untuk sape? Kita kena bekerja untuk rakyat, kena fikir untuk rakyat, kena buat polisi untuk rakyat,”jelas beliau.                                                                                                                                
Yang DiPertua PAS Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Masyarakat  Tionghua pada 2hb Ogos di Kampung Batu 5, di sini.                                                          
Majlis yang turut dihadiri oleh tiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mendapat sambutan dari masyarakat Cina.                                                                                                                                              
Seramai 200 orang hadir, walaupun pada masa yang sama JKKK mengadakan program bersama polis, terdapat juga jamuan dan cabutan bertuah disediakan, kira-kira 100 meter dari lokasi tersebut.
Ustaz Wan Hassan  turut menyebut, ”Kaum tionghua di Batu 7, Batu 6 dan Batu 5, mendapat keistimewaan sedikit di zaman PAS memerintah, tahun 1999 hingga 2004, saya ingat, satu tokong dalam ni, tak dapat geran,                                                                              
“tokong sudah lama bina tiada geran tanah. Jadi kita cari, kita kena lulus, sebab ini kampung dia, kena bagi tak boleh. Tuan Guru Haji Hadi lulus dalam mesyuarat exco.”                                                                      
Menurutnya, penduduk di kawasan itu juga mendapat hak milik tanah-tanah mereka pada era pemerintahan PAS, hak rakyat yang tidak diselesaikan oleh Umno dan BN.                                                        
“Kita tengok kampung-kampung zaman PAS dulu diberi geran, ini tanggungjawab kerajaan kepada rkyat, tidak kira parti masa tu, sape dia rakyat, dia berhak kena beri, akan datang kita beri kepada PAS untuk menang di Dungun ni,”                                                                      
“Kita beri sumbangan, ADUN-ADUN masing- masing cari, sebab kita tiada peruntukan , kita cari, bila kita dapat kita bagi, kalu tak cukuppun , kita keluarkan duit kocek kita, yang penting sama-sama kita susah, sam-sama kita senang biar rakyat tentukan pilihan,”kata beliau.                                                                                                        
Beliau turut menegaskan, PAS tidak pernah berhenti menentang Umno dan BN, dan mana-mana dakwaan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah tidak benar sama sekali.                                                                    
“jangan dengar siapa-siapa (yang lain), kena dengor pemimpin PAS, ada orang tanya, betul ke PAS mau baik sama UMNO? kita lawan sama UMNO daripada dulu, kita tak pernah berhenti lawan ini UMNO,                                                                                      
“tuan-tuan kenal pemimpin Barisan Nasional tu siapa, tuan-tuan kenal pemimpin PAS tu siapa, jadi bila mereka masuk pilihan raya, pilih pemimpin PAS kerana mereka bekerja untuk rakyat, kerana mereka ada tanggungjawab,”tegasnya.                                                
Pada Majlis tersebut juga, seramai 70 orang tionghua yang kurang berkemampuan dan warga emas telah menerima sumbangan berupa wang dan beras.
                                                                                                                                                                                                      Sumber     BO - 6-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Jho Low, kalau tiada tempat bersorok...

HARAKAHDAILY | .
                                                                               http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42035-jho-low-kalau-tiada-tempat-bersorok                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Tiada tempat yang lebih selamat bagi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang kini disebut-sebut di pelbagai negara kerana dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan mengenai kekayaannya yang dikatakan berpunca daripada duit 1MDB selain Malaysia.


Di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat, akan tetapi ia tidak kelihatan cela. Pelbagai agensi kerajaan menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang melakukan kesalahan di dalam 1MDB. Setakat ini, isu 1MDB masih tiada kes di Malaysia meskipun ia digembar-gembur merata dunia.

Bukan itu sahaja, malah di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya. Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil. Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi.

Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya.

Kini, lega Jho Low boleh bertambah. Malah dia boleh rasa lebih selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun dikuatkuasakan.

Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara. Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi. Dan Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega, kerana anda tidak direman di mana-mana negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 2-8-2016                                                                                                                             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                          
WSJ: AS sepina Goldman Sachs serah dokumen berkaitan 1MDB
Posted on Saturday, July 30 @ 21:59:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31199



Goldman Sachs Group Inc dilaporkan telah disepina oleh pihak berkuasa Amerika untuk mendapat dokumen yang berkaitan dengan urusan dengan 1MDB

The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, memetik individu yang biasa dengan perkara itu, berkata melalui bawah sepina itu, bank itu menyediakan dokumen itu kepada pihak penyiasat.
Akhbar itu bulan lalu melaporkan bahawa penyiasat Amerika cuba untuk menentukan sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang apabila ia tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung satu transaksi yang mencurigakan yang melibatkan firma dana berkenaan.
Bagaimanapun, dilaporkan hari ini bahawa pihak berkuasa sehingga ini belum menemubual pekerja dan bekas pekerja Goldman.
"Goldman Sachs juga menyediakan maklumat kepada Lembaga Kewangan Singapura, bank pusat bandar republik itu dan pengawal selia kewangan yang juga telah bertanya tentang tugas firma itu bagi dana berkenaan - 1MDB - kata individu tersebut," lapor akhbar itu.
Ia berkata, Jabatan Kehakiman (DOJ) dan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, bersama-sama dengan Jabatan Negara New York bagi Perkhidmatan Kewangan, sedang meneliti peranan Goldman dalam siri jualan bon yang diuruskannya untuk 1MDB.
Tindakan terbaru itu ekoran tindakan DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset berkaitan dengan 1MDB pada hari Rabu, 20 Julai, dalam apa yang dilihat sebagai tindakan terbesar yang pernah dibuat di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative..
WSJ berkata hubungan Goldman dengan 1MDB dapat dikesan sejak pelancaran firma itu pada tahun 2009. Bank itu telah menaja-jamin tiga tawaran bon bernilai AS$6.5 bilion, dan ia telah menasihatkan firma itu bagi dua pengambilalihan.
Peranan Goldman dalam mengatur jualan bon itu, dan kira-kira $590 juta yang diperolehi firma itu dari 1MDB untuk perkhidmatannya, dinyatakan dalam saman sivil kerajaan Amerika Syarikat itu, katanya.
                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 30-7-2016        
 -------------------------------------------------------------------------------                                                                                           Muhyiddin akan bersama PKR jelajah isu 1MDB
Posted on Saturday, July 30 @ 15:38:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31194



Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin telah bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.

Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.                                                          
"Saya fikir jika isu 1MDB tidak dijelaskan secara meluas dalam bahasa yang mudah. Orang-orang tidak akan tahu kesan dan kesannya kepada negara," kata bekas timbalan perdana menteri itu.                            
Ditanya kemudian jika kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang disertainya.

Muhyiddin akhirnya dipecat daripada Umno bulan lalu selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 30-7-2016                             

Sunday, July 3, 2016

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU (JILID 3)



Bajet Terengganu 2017; ‘Gula-Gula Pilihan Raya’

KUALA TERENGGANU – Semua wakil rakyat PAS bersepakat menamakan Bajet 2017 bagi negeri Terengganu sebagai ‘Bajet Gula-Gula Pilihanraya’ kerana kandungannya banyak bertumpu memancing rakyat agar terus menyokong Umno.


Pesurujaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata disebalik pengurangan jumlah bajet kali ini kerana kejatuhan harga minyak, bajet 2017 adalah seperti ‘manisan kepada rakyat’.

“Bajet yang telah dibentangkan beberapa tahun melebihi dua billion, tahun ini mengucup RM1.7 billion.

“Tapi kita masih lagi……bajet orang panggil sebagai manisan kepada rakyat, bajet persiapan untuk pilihanraya,”tegas beliau.

Wakil Paka itu menambah, isu lebih penting seperti pendidikan, kurang dititikberatkan.
Beliau berkata sepatutnya bajet itu lebih kepada penyelesaian masalah rakyat seperti isu harga barang, cukai GST dan ssebagainya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak pula melihat peruntukan kepada ekonomi rakyat terlalu sedikit hanya kira-kira RM77 juta berbanding dengan peruntukan sosial terutamanya bayaran ‘one off’ sebanyak RM660 juta.


Bagi beliau, ekonomi seharusnya diperkukuhkan untuk membantu rakyat dan bukan dengan cara memberikan wang semata-mata kerana boleh mengurangkan usaha mereka dan hidup dengan mengharapkan bantuan sahaja.

Manakala wakil Bukit Payong pula, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengkritik bajet 2017 kerana hanya sekarang, kerajaan ‘baru cuba’ menggunakan konsep perbelanjaan berhemah walaupun sudah lama didesak PAS.

Beliau memberikan contoh simpanan wang royalti jika diasingkan sebahagiannya bagi membayar hutang dan simpanan ketika keadaan ekonomi gawat, sedikit sebanyak akan membantu kerajaan mengurus negeri dengan lebih efisyen.

Hutang negeri Terengganu kepada kerajaan Pusat pada tahun lalu berjumlah hampir RM1 billion.
“PAS sudah semenjak dahulu lagi mendesak kerajaan Umno agar tidak digunakan sewenang-wenangnya wang royalti itu supaya menjadi simpanan di masa kegawatan ekonomi.


Bagaimana PAS telah membuktikan ketika memerintah dahulu, dengan wang royalti ditarik balik, kerajaan negeri berjaya menguruskan negeri dengan baik kerana perbelanjaan berhemah yang diamalkan PAS ketika itu,” terang beliau.

Beliau turut kesal dengan amalan bajet yang mengutamakan bayaran ‘one off’ kepada J3K yang pada pandangan beliau, sepatutnya peruntukan hanya dikeluarkan apabila justifikasi program dimaklumkan oleh J3K terlebih dahulu.

J3K didalam Bajet 2017, telah diberi peruntukan sebanyak RM5 ribu bagi 991 J3K di Terengganu, yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan ini sebanyak RM5 juta.

Untuk rekod, Bajet 2017 bagi Negeri Terengganu adalah bajet defisit sebanyak 10 peratus.

Sidang Dun Terengganu bermula hari ini 21 November sehingga Khamis ini 24 November.


Sumber BO - 22-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tautan Ukhuwah Seketika, Iringi Perjalanan ‘Terakhir’

Oeh : Nasrun Abdullah

Hari Isnin, jam 4 pagi, 21hb November 2016, seorang anak muda berumur 22 tahun, yang menghidap penyakit kanser tulang telah kembali menemui Pencipta.


Kesedihan jelas kelihatan pada Ustaz Faizul Abdullah yang beberapa ketika, sebelum beliau meninggal dunia, selalu mengambil ‘cakna’ kepada pesakit itu.

Walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain, kebetulan menziarahi arwah pada 18 Oktober lalu, ketika melaksanakan program bersama Skuad Cakna Masyarakat (SCM), Hulu Terengganu.

Arwah Hanafi atau nama penuhnya Muhamad Hanafi bin Abu Jamrah yang tinggal di Felcra Bukit Kapah, Kuala Berang, merupakan anak ke tujuh daripada 12 orang adik beradik.


Menghidap sakit kanser tulang sejak setahun lalu, beliau sentiasa berulang-alik menjalani rawatan kimoterapi setiap bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Bermula dari ziarah tersebut, Ustaz Faizul yang juga merupakan anggota Pusat Rawatan Darussyifa mengambil peluang ‘meruqyah’ Hanafi.

Walaupun baru sejenak mengenali arwah, Ustaz Faizul yang juga adalah Setiausaha SCM, mengiringi Hanafi dan ibunya mendapat rawatan di Hospital Kubang kerian pada 2hb November dan pada kali ini SCM mendapatkan bantuan ambulan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) kerana keadaan arwah ketika itu agak tenat.

Pada 15 November, sekali lagi Hanafi dibawa oleh SCM menggunakan ambulan yang sama mendapat rawatan di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dengan tidak sekali-sekali menjangka pemergian bersama mereka kali itu adalah permusafiran ‘kekal’, perjalanan terahir kepada kehidupan Hanafi di muka bumi Allah ini.
Allah lebih menyayangi beliau!

Jenazah Hanafi yang disolatkan di rumah beliau dan  diimamkan oleh Ustaz Faizul.

Semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh di sana…….

Sumber BO - 22-11-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet 2016 Kerajaan Terengganu Gagal!

Bajet 2016 Kerajaan Terengganu telah dibentangkan pada 30 November 2015 tahun lalu dengan bertemakan “Transformasi Terengganu Baharu”. Isi kandungannya akan menyebabkan rakyat terpukau dengan keindahan bahasa dan tawaran-tawaran menarik YAB Menteri Besar Terengganu.

2. Sorotan kami mendapati Bajet 2016 Kerajaan Terengganu tidak ke mana. Kami bertoleransi dengan suasana suram ekonomi negara dan kesan yang turut dialami oleh pihak negeri. Pun begitu, beberapa aspek pemulihan kekuatan ekonomi negeri perlu diberikan keutamaan. Ia tidak sekadar memberikan slogan indah tetapi amat memerlukan tindakan terarah yang lebih serius.



3. Hasrat untuk mentransformasikan ekonomi negeri, pendekatan kaedah ‘Big Fast Result (BFR)’ dilihat gagal menjayakan agenda Bajet 2016.

Kegagalan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 41,201 menjelang 2020 dilihat tidak berjaya. Malah ia sangat tidak realistik. Jumlah pelaburan yang diterima untuk tahun 2016 hanyalah RM75 juta dengan peluang pekerjaan hanya 254 orang. Kalaulah purata 41,201 peluang pekerjaan dalam tempoh 5 tahun, tentu sekali 8,200 peluang pekerjaan dapat disediakan. Paling tidak 3,000 – 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat dapat disediakan sepanjang tahun 2016 dengan mengambil kita kesuraman ekonomi semasa.

4. Agihan pelbagai dana kebajikan semata-mata bukan satu strategi yang baik untuk pemulihan ekonomi. Keupayaan kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil perlu digandakan bukan semata-mata bergantung dengan terimaan bukan hasil melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (baca : Royalti) semata-mata. Kebergantungan sekitar 80-85% terhadap DKKP perlu diubah khususnya melalui Bajet 2017.

5. DPPNT akan meninjau perkembangan Bajet 2017 dengan harapan tawaran Bajet 2017 dapat diseimbangkan sumbangannya untuk generasi muda dan kepentingan rakyat keseluruhan.

Sekian, terima kasih.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

YB HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)
Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh

Sumber BO - 21-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang DUN Bajet 2017: Kerajaan Terengganu Terima Cadangan Pesuruhjaya PAS

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Cadangan wakil Paka, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat untuk kerajaan negeri menjamin peluang pekerjaan kepada majoriti anak Terengganu bagi semua pengusaha kilang yang dijalankan di negeri Terengganu, disambut positif oleh wakil kerajaan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyentuh isu berkenaan syarat nyata dalam geran yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha kilang terutama industri yang sepatutnya diletakkan syarat pengambilan peratusan pekerja anak tempatan.

Soalan lisan beliau  ialah, apakah syarat nyata dalam geran tanah yang diberikan bagi tapak-tapak loji industri termasuk loji Petronas.

Mengambil contoh syarat kerajaan Negeri Sarawak kepada para pengusaha-pengusaha kilang di tempat mereka yang begitu tegas bagi memberi jaminan pekerjaan kepada anak negeri, patut dicontohi oleh kerajaan Terengganu.


“Tidak bolehkah pihak kerajaan membuat syarat kepada tanah-tanah yang diluluskan itu untuk menjamin kepentingan-kepentingan khususnya seperti peluang pekerjaan (kepada anak tempatan) dan sebagainya.

Boleh ke kita letak syarat itu sebelum bagi kelulusan, ataupun pernah dah berlaku mana-mana industri ke loji ke dan sebagainya?,” Ustaz Satiful bertanya dalam soalan tambahan.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat 2016 Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN Bajet 2017) selama empat hari, yang bermula hari ini 21 November.

Wakil kerajaan, Tengku Putera Tengku Awang kemudiannya menjelaskan syarat sebegitu tidak termasuk dalam Kanun Tanah Negara.

Ustaz Satiful kemudiannya bangun sekali lagi bagi menekan Tengku Putera dan membuktikan kepada Dewan bahawa telah ada syarat di dalam geran yang diletakkan demikian, dibuat kepada pengusaha-pengusaha kilang yang lebih kecil perusahaan mereka.

Ustaz Satiful mencadangkan agar tanah-tanah industri yang besar keluasannya sepatutnya juga diletakkan syarat nyata dalam geran bagi penetapan peratusan pengambilan pekerja tempatan secara lebih jelas.

Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri itu akhirnya bersetuju dengan cadangan Paka yang beliau sifatkan satu cadangan yang baik dan boleh diambil jika ada keperluan dimasa hadapan.

Sumber BO - 21-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Presiden PAS hadir sidang Dun Terengganu hari ini

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43278-presiden-pas-hadir-sidang-dun-terengganu-hari-ini

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, hari ini.

"Tuan Guru Presiden selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang hadir ke Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Ketiga Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tingkat U2, Blok Podium, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu," tulisan daripada laman facebook beliau dipetik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu setelah mengadu kepenatan, Jumaat lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi dibenarkan keluar daripada hospital itu tengah hari semalam. - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber  HD - 21-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Digesa Kaji Semula Bayaran Pampasan Kepada Mangsa ‘KT-Bypass’

KUALA TERENGGANU – Satu demi satu, kampung Melayu tradisi di dalam bandaraya Kuala Terengganu lenyap dari muka bumi apabila pembangunan yang mungkin diputuskan oleh kerajaan Umno kerana tidak dapat dielakkan.

Ketika memberikan justifikasi, kerajaan berkata, rancangan untuk membina jalan ‘KT-Bypass’ di Kuala Terengganu itu adalah bagi memastikan lalu lintas lebih lancar terutamanya pada waktu kemuncak dan ketika musim perayaan.


Ia akan melibatkan Jalan Kamaruddin bermula persimpangan kediaman rasmi Menteri Besar sehingga ke Jalan Bukit Besar sepanjang kira-kira tiga kilometer.

Projek tersebut dilaskasnakan secara dua fasa, kita dalam proses mengambil balik tanah yang mana ia dijangka akan menelan kos lebih RM180 juta dan selesai tahun depan.

Menurut Exco terbabit Rosli Othman berkata, selepas urusan pengambilan semula tanah ini selesai, barulah projek akan dijalankan yang dianggarkan mengambil masa kira-kira dua tahun setengah.
Oleh itu, sudah terdengar ‘keluhan’ dari para penduduk yang terlibat dengan pengambilan semula tanah tersebut, menyataka rasa tidak puas hati mereka.

Menurut wakil rakyat mereka, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, para penduduk bukannya anti pembangunan dan bersikap degil dan keras kepala.

Walaupun mereka ‘dipaksa’meninggalkan rumah, kampung halaman ‘tempat tumpah darah’ dengan seribu kenangan yang bakal ‘mengimbau’, mereka tidak ada pilihan.

ADUN Wakaf Mempelam itu menggesa, kerajaan mengkaji semula jumlah pampasan yang akan diberi kerajaan kerana ia terlalu murah.


“dia nilai (tanah mereka) sebanyak RM90 sekaki persegi walaupun status tanah itu ‘kampung atau pertanian’…….tapi dia (kerajaan hanya mahu) bayar RM48 hingga RM53 sahaja sekaki persegi,

“tapi kalau dia ambil tanah (orang) Cina lain………jadi (berlaku) diskriminasi……..kalau dengan kadar (pampasan) sekarang ni, penduduk memang tak puas hati,”jelasnya.

Tegasnya, dengan bayaran ‘semurah’ itu, ‘mangsa KT-Bypass’ itu tidak mampu untuk mencari tanah dan rumah lain sekiranya mereka berpindah.

“jadi nak duduk di mana? Kalau nak beli rumah, rumah di Kuala Berang, Hulu Terengganu pun sekarang tanah sudah mahal,”kata Haji Wahid.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat wakil-wakil rakyat PAS di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini semalam 20 Noember.

Beliau kesal dengan dasar kerajaan yang telah membekukan sebarang urusan tanah-tanah yang terlibat dengan pembangunan lebih awal, menyebabkan para penduduk terbabit tidak diberi peluang untuk mendapatkan sedikit faedah dari pembangunan yang dirancang.

“jadi memang bila ada perancangan, dia (kerajaan) beku (semua urusan tanah), jadi bila dah tak boleh belaka……….jadi kawan ni (mangsa), apabila tahun ada perancangan……orang kampung tahu lewat,


“bila tahu dah terlewat (nak buat sesuatu) bila dinilai, walaupun rumah tinggi (dan besar) tapi rumah kampong……rumah kayu dah berlubang-lubang kayu, lantai……nak nilai tinggi (pampasan) macamana sangat?,”soal Haji Wahid.

Juesteru itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan semula harga pampasan tersebut secara munasabah supaya mereka yang terlibat, boleh berpindah dan membina kehidupan yang baharu.
“kita minta kerajaan pertimbangkan……untuk buat kajian balik dari segi penilaian tu, dia (kerajaan) akan lantik penilai baru dan peguam,

“buat penilaian ‘besar’ sikit pampapasan itu, biar mereka mampu untuk berpindah, boleh meringankan bebanan perpindahan,”tegas beliau lagi.

Katanya, tidak rugi kalau  kerajaan berikan lebih sedikit pampasan kepada rakyat sendiri dan demi untuk sedikit kesenangan kepada rakyat.

Sumber BO - 21-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PASTI, Pendidikan Awal Untuk Generasi Soleh, Bertaqwa

Oleh : Che Ana dan Khairul Nizam

KUALA NERUS – Anak-anak adalah amanah dari Allah yang wajib diberi tunjuk ajar terbaik agar menjadi ‘penyejuk mata’, dengan usaha, doa dan bermunajat kepada Allah.

Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang mengajak masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam yang syumul demi generasi anak- anak berakhlak mulia.


“untuk anak-anak menjadi ‘qurratu ain’ penyejuk mata hati kita para ibu bapa, dalam proses pendidikan hari ini kita menghadapi cabaran yang semakin besar dan hebat,

“perkembangan teknologi terkini yang semakin menggila pastinya menyukarkan lagi proses pendidikan anak-anak di zaman ini …… pengaruh yang lahir daripadanya mesti dikawal dengan rapi agar anak- anak kita tidak mudah terjebak ke jurang ganas,
“yang akhirnya merosakkan kehidupan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ihtifal Pussat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) kali ke-27, di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di Telaga Batin Kuala Nerus pada Sabtu, 19 November.

“bayangkanlah……… kita sering dipaparkan dengan gejala sosial yang begitu membusuk di dalam masyarakat kita ………(sehingga) baru-baru ini,

“kita dikejutkan dengan berita (tentang) pelajar darjah lima yang melahirkan anak! tidakkah itu menggambarkan akhlak anak-anak kita yang tenat sekarang?,”soal beliau.


Juster kata beliau, pendidikan PASTI mampu melahirkan generasi anak soleh yang bertaqwa itu, dengan usaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal jemu oleh para petugasnya.

“sama ada para pengurus, guru- guru, ibu bapa dan para pendokong yang saban masa tidak pernah jemu untuk menyumbang kearah keberhasilan usaha ini,

“semoga doa kita semua dimakbulkan Allah dan usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak ini dihimpun Allah sebagai amal yang soleh,”kata beliau.

Menurut Beliau yang juga mantan Timbalan Pengarah Jabatan PASTI Malaysia, Ihtifal tersebut pada tahun ini disambut pada ‘tarikh hitam’ negara, dimana pernah berlakunya peristiwa besar dalam perjuangan pendidikan di Makaysia.

Katanya, pada tarikh yang sama 19 November tahun 1985 berlaku peristiwa berdarah Memali di Madrasah Islahiah Diniah, Baling, Kedah.



Manakala pada 19 November tahun 1991, berlaku perpbohan Institut Berakan, di Halan Sultan Omar Kuala Terengganu.

“cukup tragis (apabila) Assyahid Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 pengikutnya telah ditembak mati oleh pihak polis sedangkan beliau hanya mengajar agama kepada orang kampung.

“juga telah berlaku perobohan Institut Berakan……..pihak berkuasa negeri dengan rakusnya telah menghancurkan sebuah pusat pendidikan yang melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya serta mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji,

“Ini dua peristiwa hitam yang berlaku dalam negara kita yang berkaitan dengan pendidikan,”tegasnya

Sumber BO - 21-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tumpu ‘Serius’ Pengkalan Berangan

Oleh : MNA

MARANG – PAS Kawasan Marang ketika ini sedang menumpukan usaha secara serius bagi memenangi hati pengundi di DUN Pengkalan Berangan yang dengan menjadikan DUN itu sebagai kerusi sasaran yang akan diambil dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.


Kesungguhan merampas kembali DUN itu dari Umno, jelas dizahirkan oleh pimpinan PAS tersebut dengan sentiasa merancang dan mengadakan program-program kemasyarakatan secara berkala, intensif dan agresif.

Antara program tersebut yang terbaharu ialah Karnival Dakwah PAS Kawasan Marang yang telah diadakan di di PASTI al-Jannah, Kampung Jerung Surau, Pengkalan Berangan, Marang.

Program selama dua hari yang berakhir Sabtu itu, telah berjaya menarik ribuan pengunjung jauh dan dekat termasuk pengunjung dari kalangan ahli Umno yang tinggal di sekitarnya.

Menurut Pengarah program, Ustaz Ahmad Maarof Ismail, tujuan utama program ini dijalankan ialah bagi menghubungkan kepimpinan PAS Marang dengan penduduk setempat terutama mereka yang memerlukan bantuan.


…….fokus utama Pengkalan Berangan kata Ahmad Maarof
Atas nama ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’, semua lapisan masyarakat samada dari parti lawan, golongan muda yang telah sedia ada dekat dengan PAS sebelum ini, akan dieratkan lagi melalui karnival ini.

“Program ini adalah kali pertama yang diadakan dengan tujuan menjadikan fokus utama Pengkalan Berangan sebagai salah satu kerusi yang akan dimenangi PAS dalam PRU yang akan datang.

“Disamping itu juga, karnival ini turut bertindak sebagai salah satu cara mengemaskan jentera PAS bagi menarik semaksima mungkin pengundi-pengundi dengan menemui sendiri masyarakat bawahan, malah ahli Umno juga ada yang datang,” jelas Ustaz Ahmad Maarof.


Tambah beliau lagi, program ini bukan bersifat setempat kerana beberapa hari sebelum program ini dirasmikan, telah diadakan siri kuliah-kuliah di lebih 90 buah masjid dan surau di sekitar Marang.

Turut memerah keringat bagi menjayakan program ini ialah Muslimat PAS Marang yang diketuai oleh Hajah Zarani Othman yang turut bersama-sama pimpinan muslimat lain menziarahi lebih 50 buah rumah di sekitar kawasan program.

Gerai-gerai jualan turut dibuka untuk jualan selain daripada kaunter-kaunter daripada agensi kerajaan yang turut dijemput bagi memberikan penerangan kepada masyarakat berkenaan kesihatan dan juga keselamatan.

Pada sebelah malam pula, diadakan ativiti kesenian Islam yang menampilkan artis jemputan seperti Ali XPDC dan artis-artis dakwah setempat.

Sumber BO - 20-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rayuan Infak Dan Wakaf


Rayuan infak dan wakaf untuk pemasangan bumbung masjid Siti Khadijah (MANDIRI) Kompleks Pendidikan An Nur Besut Terengganu.

Alhamdulillah, proses pembinaan Masjid Siti Khadijah yang juga kami gelarkan Masjid Tahfiz An-Nur sedang rancak berjalan. Dirasmikan pecah tanah oleh Almarhum Tuan Guru Dr. Haron Din pada Mac 2016, seterusnya pembinaan pada bulan Jun 2016. Tanpa lelah, pembinaan berjalan tanpa menghiraukan hujan dan panas, kering poket atau mencurah dana.


Kami hanya menjalankan amanah yang muslimin dan muslimat pikulkan kepada kami, berdepan dengan cabaran yang rencam namun demi kelangsungan pendidikan Islam kami tegarkan tekad. November dan Disember ini masjid akan memasang bumbung dengan kos 200 000 ringgit, kami mempunyai masalah dengan kantung wang dan sangat mengharapkan dokongan muslimin dan muslimah dalam dan juga luar negara.

Pihak Muslim Care dalam bulan November dan Disember ini melancarkan kempen derma dan wakaf bumbung untuk mengumpulkan sebanyak RM200k. Teman-teman boleh menyebarluaskan maklumat ini, membantu kempen dan menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi (Muslim Care Malaysia):

Maybank: 5644 9041 3882
RHB : 26-2120-0000-4747
Bank Muamalat: 14-0100-0765-4717
BIMB :
14-0320-1009-3666

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Safuan 013-4886447, Ashraf 019-2795849, Mahfuzah 013-3297489 dan Ustaz Faizal 014-2157296.

Dr Riduan Mohamad Nor
Pengerusi Kompleks Pendidikan An Nur

Sumber BO - 20-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saintis Bakal Lahir Dari Madrasah Dar At-Taqwa Batu Enam

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Anak- anak yang cemerlang mengikut acuan pendidikan Islam menjadi aset yang amat berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Seorang pelajar cemerlang Madrasah Dar At-Taqwa, Mohamad Solahuddin bin Mohd. Zafri, 11, berkata, beliau bercita-cita menjadi seorang saintis.

Beliau mendapat 12A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) yang diumumkan kelmarin.


“saya anak ke dua dari tiga beradik, ayah saya pembuat cincin, emak tidak bekerja dan cita-cita saya nak jadi saintis,

“disamping belajar bersungguh-sungguh saya juga bermunajat pada Allah semoga saya berjaya,”ujarnya ketika ditemui.

Rakannya Mohamad Amar Bin Abdullah, dari Kampung Kebor Air, seorang anak buruh kasar juga mendapat keputusan cemerlang yang sama.

Mohamad Amar berkata, selain dari memberikan penumpuan kepada pelajaran di sekolah, beliau sering berdoa dan hormat kepada para guru.

“saya sangat gembira…….. saya selalu puasa sunat juga solat hajat, doa pada Allah, hormat pada guru dan ibu bapa,

“ucap selalu terima kasih kepada cikgu dan maafkan saya,”kata beliau menceritakan ‘rahsia’ kejayaan yang diraihnya.


Madrasah (Sekolah Rendah Islam) Darul Taqwa Batu Enam dinobatkan sebagi sekolah terbaik dalam pencapaian peperiksaan tesebut pada tahun ini, mengatasi enam buah sekolah lain di negeri Terengganu.

Mudir madrasah itu, Ustaz Azhar Bin Rejab, 49, bersyukur kerana pencapaian sekolahnya meningkat.
“untuk tahun ini peratus kelulusan naik 80%…….bilangan pelajar yang paling ramai mendapat 12A enam orang , tiga lelaki dan tiga perempuan,

“sekolah (ini) mendapat gred purata 1.95 dibawah dua agrigat (dan) kami mensasarkan lapan orang, yang dapat enam orang , alhmadulillah (walaupu enam orang),”jelasnya.

Beliau yang berpengalaman menjadi tenaga pengajar madrasah itu sejak tahun 1990, telah dilantik menjadi mudir dua tahun yang lalu.

Katanya, amalan solat dhuha dan solat hajat bermula dari awal tahun disamping kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, banyak membantu kejayaan tersebut.


“dua program motivasi perdana khas yang dibuat untuk pelajar dan ibu bapa…….. alhamdulillah, kesan positif dan hampir 100% kehadiran dari ibu bapa,”tambah beliau.

Sementara itu, Naib Mudir 1, Ustazah Fikriah, 46, berkata, beliau bersyukur atas kejayaan itu dan dapat memberikan khidmat kepada sekolah rakyat, walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan.

“alhamdulillah syukur, kami dapat meneruskan pembelajaran di sekolah ini walaupun kami tidak mendapat mana-mana bantuan dari pihak kerajaan maklumlah sekolah ini di bawah kelolaan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu,”katanya.

Beliau berharap akan dapat mengekalkan kecemerlangan tersebut pada tahun-tahun yang akan datang

Sumber BO - 19-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbahasan Bajet Negeri Terengganu 2017 Mesti Diutamakan

Mesyuarat Ke Tiga, Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Terengganu Ketiga Belas (Bajet) akan diadakan pada 21-24 November 2016. Persidangan ini amat penting bagi rakyat Terengganu ekoran suasana suram ekonomi dan bebanan bertimpa yang ditanggung oleh rakyat keseluruhannya.

2. Dalam merancakkan suasana berdiskusi di kalangan ahli-ahli yang berhormat, pihak kerajaan Terengganu sewajarnya memberikan ruang sebaiknya buat semua ahli dewan membahaskan Enakmen Perbekalan 2017 secara lebih cermat dan memperhalusi agenda-agenda yang dirancang.

3. Malangnya, mesyuarat sepenting ini, pihak kerajaan memuatkan lagi agenda pembentangan enakmen yang banyak. Sebenarnya, boleh diambil masanya ketika persidangan mesyuarat kedua. Pada kali ini, enam enakmen akan dibentangkan pihak kerajaan seperti berikut :-
i. Enakmen Perbekalan 2017
ii. Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) (No2) 2016
iii. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2016
iv. Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016
v. Enakmen Industri Berasaskan Kayu (Pindaan) 2016
vi. Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2016

4. Persidangan ini hanya akan mendapat ruang sekitar tiga hari bagi menumpukan semua agenda. Sedangkan agenda utama sidang terakhir untuk tahun ini adalah isu bajet kerajaan negeri Terengganu bagi tahun 2017. Rekod yang pihak kami semak, Persidangan Bajet yang membabitkan enakmen yang agak banyak dalam penggal ini hanya pada tahun 2014, iaitu sebanyak 5 enakmen termasuk Enakmen Perbekalan. Tahun 2015, hanya dua Enakmen dan tahun 2013 pula hanya 3 enakmen.

5. Kerajaan Negeri Terengganu perlu dilihat lebih serius untuk meletakkan agenda pembangunan negeri dengan melibatkan penyertaan seluruh ahli yang berhormat khususnya dari pihak pembangkang untuk bersama-sama melakukan proses semak dan imbang terhadap corak perbelanjaan khususnya dalam situasi kritikal pada hari ini. Melonggokkan pelbagai enakmen dalam suasana keutamaan sewajarnya difokuskan pada Enakmen Perbekalan 2017 menunjukkan kerajaan negeri seperti tidak bersedia atau memandang ringan kemelut semasa yang berlaku dalam negara dan negeri.

6. DPPNT mencadangkan agar persidangan bajet dapat dipanjangkan tempoh masanya sesuai dengan anggaran perbelanjaan kerajaan negeri Terengganu yang dilihat antara tertinggi dalam negara.

Kerajaan negeri juga boleh mengguna pakai tempoh masa sedia ada tetapi mengurangkan pembentangan enakmen yang sepatutnya boleh dibawa dalam persidangan ke dua pada setiap tahun. DPPNT amat mengharapkan agar ruang waktu ahli yang berhormat untuk membuat perbahasan diberikan secukupnya agar semua kepentingan rakyat dapat dikemukakan dalam dewan yang mulia.

Sekian, terima kasih.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
YB HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM*
ADUN TEPOH
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)

Sumber BO - 18-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Kesal Taman Rekreasi Jadi ‘Taman Biawak’

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Dr Alias Razak kesal dengan keadaan Taman Rekreasi Seberang Takir, yang terbiar dan kotor serta tidak terurus.


Beliau berkata, taman itu lebih sesuai dipanggil dengan nama ‘Taman Biawak’ sebagaimana gelaran yang diberikan penduduk setempat.
.
Katanya, ia cukup menyakitkan mata kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut, dengan banyak kemudahan asas yang disediakan rosak tanpa penyelenggaraan pihak berwajib .
“saya begitu terkejut apabila melihat keadaan Taman Rekreasi ini dalam keadaan yang begitu teruk…….tidak terurus,

“saya bimbang dengan keadaan yg penuh semak samun akan menjadi tempat pembiakan gejala sosial seperti sarang penagihan dadah dan sebagainya,”ujarnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan tersebut, di Jeti Tebing Tinggi, semalam Khamis 17 November.

Turut serta dalam lawatan ke ‘Taman Biawak’ itu ialah, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.

Menurut beliau, tidak sewajarnya Taman Rekreasi tersebut menjadi begitu kerana, ia terletak di kawasan tumpuan kira-kira 200 meter dari Pejabat Pos Seberang Takir dan satu kilometer dari rumah Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman


“kawasan ini yang digelar ‘Taman Biawak’ oleh penduduk setempat jelas menunjukkan kegagalan kerajaan sekarang dalam menguruskan satu tempat,

“yang jika diuruskan dengan baik dan ‘efisian’ akan dapat menjadi produk pelancongan untuk Seberang Takir khususnya,

“saya berharap kerajaan sekarang dibawah kepimpinan YAB Haji Ahmad Razif dapat mengambil satu inisiatif yang berkesan dalam menjaga aset-aset pelancongan negeri,”tegas beliau.




Sumber BO - 18-11-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Libas Parang Terserempak ‘Sang Batik’

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Seorang penternak lembu, mengalami detik-detik cemas apabila terserempak dengan seekor ular sawa sepanjang kira-kira lima meter ketika sedang membersihkan kawasan kandang lembunya .


Mazian Hamzah, 54, berkata, peristiwa tersebut berlaku di Kampung Paya Tok Jembal , kira-kira 5 kilometer dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada hari Isnin 14 November.

Ular sawa itu sebesar peha orang dewasa itu sedang bersembunyi di dalam lubang setelah kekenyangan membaham itik kepunyaan jiran Mazian, Saifullah Ali.

“reban itik saya bersebelahan dengan kandang lembu Mazian…………. saya perasan itik saya selalu hilang dan saya tidak menyangka bahawa itik saya dibaham ular sawa,“ujar Saifullah.



“saya sedang menebas semak di sekitar kawasan kandang lembu saya secara tiba-tiba saya terserempak dgn ular sawa tersebut,”kata Mazian, menambah.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Baharu Seberang Takir, kemudian memanggil kawan-kawan berhampiran untuk membantu menangkap ular ‘Sang Batik’ itu.

Setelah berhempas pulas menarik ular itu, beliau akhirnya berjaya menarik ular itu keluar dari lubang persembunyiannya.

“akhirnya saya dan rakan-rakan dapat menangkap ular itu……….saya merasa lega setelah ular sawa itu berjaya ditangkap,“kata Saifullah, seorang Usahawan Tani yang memelihara kira-kira 1000 ekor itik.



Sumber BO - 16-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat ‘Masih Kabur’ Tentang Isu-isu Kepenggunaan

DUNGUN – Orang ramai masih ‘masih’ kabur tentang bagaimana menjadi ‘pengguna yang bijak’ dan kesan peningkatan kos sara hidup dalam kehidupan seharian mereka.


Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor rakyat serta pemimpin PAS disaran untuk menganjurkan aktiviti memberi kesedaran kepada orang ramai.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Haji Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, rakyat perlu didedahkan dengan isu-isu kepenggunaan supaya tidak terperangkap dengan ‘mainan iklan produk’.

“Pada petangnya (dalam) program ‘Bijak Pengguna’, kita telah mendedahkan isu-isu pengguna terutamanya tabiat kepenggunaan, pengaruh iklan dan bagaimana pengguna sering terperangkap dengan penipuan-penipuan.

“Yang keduanya malam tadi kita mengadakan satu wacana, isu kos sara hidup dan kaitannya dengan ekonomi negara,”jelasnya ketika ditemui.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang program tersebut yang dianjurkan oleh Lajnah Pekerja dan Pengguna Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, pada Selasa 15 November.

Program anjuran bersama Persuatuan Pengguna Dungun (PADU) itu turut mengadakan ‘Progam Dialog Kos Sara Hidup, Terbebankah Rakyat’ sempena Majlis Makan Malam disebuah hotel di sini.
Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia itu juga, orang ramai yang menjadi pengguna perlu faham bagaimana menangani kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini.

“Kita telah mengadakan perbincangan tentang…….apa yang harus kita faham tentang kos sarahidup ini dan bagaimana harus kita menanganinya,

“bukan sahaja melihat kepada apa yang kerajaan lakukan, tetapi juga peringkat praktikal secara peribadi,

“secara keluarga untuk melaksanakan langkah-langkah yang bijak supaya kita dapat mengatasi, meringankan beban kenaikan kos sara hidup,”tegasnya.
Haji Azmi berpuas hati dengan sambutan yang sangat menarik daripada para peserta yang disifatkannya ‘sangat teruja’ dengan isu-isu berkaitan kerana ia ‘sebab sangat dekat dengan mereka’.

“contohnya (ketika) membeli belah, mereka telah dapat melihat perkara-perkara yang telah dibincangkan dan dikupas,

“bagaimana kita tidak harus terikut-ikut dengan cara hidup membeli tanpa berfikir, kesan kepada hal-hal produk pengguna yang banyak perkara yang menjejaskan kesihatan.

“Jadi mereka bertanya perkara yang berkaitan, termasuk juga dengan halal haram. Jadi ‘feedback’ mereka sangat baik,

“Saya fikir masa tidak mengizinkan terlalu lama dan ini satu perkembangan yang baik, penyertaan dan kesan kepada mereka,”kata beliau.


Beliau menambah, umumnya masyarakat masih kabur berkait kepenggunaan dan penerangan berkaitan isu tersebut harus dipertingkatkan.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DEI Haji Yahaya Ali dan Pengerusi PADU Jahi Abdul Hamid Ismail.
Haji Hamid mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mmberikan sambutan orang ramai yang hadir.

Beliau berkata, PADU dapat membuka minda masyarakat dan pimpinan politik bahawa gerakan kepenggunaan Ini mampu merubah kerajaan sesebuah negara.

“Dalam suasana yang gawat dalam serba serbinya sekarang ini persatuan pengguna perlu mengambil peranan sebagai NGO yang boleh memainkan peranan penting sebagai gerakan kepenggunaan yang boleh merubah sikap pengguna,”tembah beliau

Sumber  BO -27-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jerteh Souq Tidak Sempurna, Terminal Bas Dan Teksi RM5 Juta Pula Tergendala

BESUT – Selepas pasar Jerteh lama terbakar, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu antara 1999 – 2004 telah membina bangunan untuk dijadikan pasar baharu.

Sebaik bangunan itu siap, Umno telah ‘merampas’ kerajaan daripada PAS dan Menteri Besar dari Jerteh, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan ‘megahnya’ melancarkan projek ‘membeli impian’ yang dinamakan Jerteh Souq.


Bangunan yang baru siap itu telah dirobohkan dan sehingga kini, ‘impian tidak menjad realiti’ kerana Jerteh Souq tidak diteruskan dengan sempurna pada zaman Dato’ Seri Ahmad Said menjadi MB.

Bahkan Terminal Bas dan Teksi dengan harga RM5 juta yang dibina oleh MB Ahmad Razif Abdul Rahman, juga tergendala dan masih tidak boleh digunakan oleh rakyat.

Seorang pemandu teksi yang tidak mahu dikenali berkata, Jerteh Souq tidak akan diteruskan kerana Idris tidak lagi jadi MB.

“Tak ada dah…….wakil rakyat orang lain dah……bukan Dato’ Idris, kalau dia jadi MB mesti siap…….dua tahun siaplah,

“Sekarang tak buat dah,”jelasnya ketika ditemui, di setesen teksi hari ini.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa stesen bas yang baharu siap itu tidak digunakan lagi.
“Tanya Majliis Daerah (Besut) lah kenapa tak boleh guna lagi………..tandas pun tak ada…….tak siap lagi,”tambahnya.


Akhirnya, bangunan Bazaar disiapkan pada tahun 2014 setelah hampir 10 tahun tergendala tetapi ia sudah berbeza dengan ‘rancangan impian’ Jerteh Souq.

Media melaporkan August 10, 2015, Kerajaan Negeri Lulus RM5 Juta Untuk Pembinaan Tambahan Jerteh Souq Di Besut.

Menurut laporan ia adalah untuk menaiktaraf Jerteh Souq, tetapi mengenai terminal bas bandar Jerteh, beliau berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat bagi membina sebuah terminal yang moden untuk keselesaan penumpang.

Persoalannya, ke manakah peruntukan yang telah diluluskan sebelum ini, sehingga kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan untuk membina Terminal itu?

“Jadi ke manakah perginya wang tersebut? Perkara ini perlu dijelaskan oleh kerajaan! Dan sehingga kini berapa sebenarnya perbelanjaan),

Pelan induk Asal Jerteh Souq, sudah jauh berbeza dari realiti masa kini
“yang telah dihabiskan untuk membina kompleks Jerteh Souq yang masih tidak sempurna itu?,”soal Yang Dipertua Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Sebelum itu pada 13 Mac 2010, Majlis Daerah Besut (MDB) diminta mengambil langkah segera bagi memastikan pembinaan projek Jerteh Souq berharga RM70 juta di sini yang terbengkalai diteruskan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh ketika itu berkata, projek terbengkalai itu sepatutnya disiapkan tahun ini dan menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak.
Katanya, ini terutama di kalangan peniaga serta penduduk setempat yang menyebabkan mereka terpaksa berniaga dalam keadaan tidak selesa.

“Sehingga kini status sebenar projek itu tidak banyak diketahui dan MDB selaku pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Berita sebelum ini;

Masihkah Kau Ingat, Jertih Souq?

Sumber BO - 15-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslimat Kuala Nerus Jalin Hubungan Ekonomi

Oleh : Che Ana

CAMERON HIGHLAND – Muslimat perlu berusaha mencari jalan dan peluang ekonomi walaupun dari kecil-kecilan untuk pembangunan ummah.

Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus ( DMPKKN ) Ustazah Hasmah Binti Salleh berkata, Lajnah ekonomi perlu ada kekuatan mencari dana jamaah dan jika ada peluang-peluang di sini untuk bawa balik ke Kuala Nerus.


“apa tu……..strawberi dan teh….kita mengadakan hubungan dagang dua hala dan muslimat sini boleh bawa keropok dari sana untuk berniaga di sini “… tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa Lawatan Mahabbah Lajnah Ekonomi DMPKKN bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Cameron Highlands ( DMPKCH ) beserta Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Lipis (DMPKKL) di Dewan Seminar Sekolah Addiniah Tanah Rata Cameron Highlands semalam Sabtu petang, 12 November.

Katanya, “selain dari itu kunjungan ini juga bertujuan untuk memantapkan ikatan ukhuwwah sesama ahli dan pimpinan di dalam satu perjuangan agama Allah”

“di samping itu juga kita menggali ilmu dan pengalaman dari sahabat- sahabat seperjuangan di pengkalan masing-masing di dalam meninggikan agama Allah untuk dijadikan panduan bagi meningkatkan semangat daya juang di kalangan jamaah,”ujar beliau lagi yang berpengalaman lebih 22 tahun di dalam lajnah ekonomi.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Lajnah Ekonomi Muslimat Terengganu berharap agar semoga usaha yang kita lakukan itu, diperkenankan oleh Allah.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat Cameron Highland Ustazah Dalmah Ismail mengucapkan terima kasih kerana lawatan tersebut dan bercadang untuk membuat lawaran balas ke Terengganu.

“syukur kita dapat menjalin ukhuwwah dan kami berharap ianya berterusan…. kami juga telah bermesyuarat ,

“bercadang untuk membawa rombongan pergi mendengar kuliyah Tuan Guru Presiden di Rusila, sambil tu mencari peluang- peluang bagi menjana ekonomi muslimat di sini, In shaa Allah,”katanya

Sumber BO - 15-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Parlimen Kuala Nerus Turut Merasai Penderitaan Rakyat

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Penderitaan hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia, khususnya insiden kemiskinan dan kurang berkemampuan, turut dirasai oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus , Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali.

Setiap waktu terluang, beliau turun menjenguk dan menziarahi rakyat, walaupun sibuk menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung.


Kehadiran beliau bersama isterinya juga turut dihargai penduduk yang dilawati.

Puan Fatimah Yatim , seorang ibu tunggal yang tinggal bersama empat orang anaknya, terharu atas lawatan Dr. Khairuddin.

“saya sungguh terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kunjungan Dr. Ustaz yang begitu prihatin dengan nasib golongan ibu tunggal seperti kami,

“mungkin sumbangan barang keperluan dapur dan sedikit wang belanja……..cukup besar dan amat bermakna bagi kami,“ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jiring selepas dikunjungi Dr. Khairuddin pada Jumaat 11 November.

Puan Fatimah tidak ada pendapatan tetap, hanya bekerja sambilan dengan mengambil upah menjaga dua orang anak saudaranya .

Selain tu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS itu turut menziarahi keluarga Abdul Wahab atau dikenali dengan panggilan ‘Pok Wahab’ yang ditimpa musibah kebakaran rumahnya.


Pok Wahab, 71, yang tinggal di Kampung Gong Sentul, tidak menyangka akan dikunjungi oleh Dr. Khairuddin.

“saya tidak menyangka dan sungguh terharu dengan kunjungan dan keperihatinan beliau,”kata Pak Wahab.

Selain ditimpa kesusahan bencana tersebut, Pak Wahab juga menderita sakit Gout dan pernah di serang ‘Angin Ahmar’ (Stroke), menyebabkan beliau tidak dapat bergerak dan hanya terbaring.
Beliau yang juga merupakan bekas seorang imam di surau kecil kampong itu, bagaimana pun bersyukur kerana danugerahkan Allah seorang yang setia.

“syukurlah isteri saya yang setia melayani saya dalam keadaan saya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri,”kata Pak Wahab sambil memandang isterinya, yang berada di sebelahnya

Sumber BO - 14-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latihan Di Lapangan Untuk Hadapi Banjir

Oleh : Wan Zawawi

KEMAMAN – Saban tahun apabila musim tengkujuh tiba, ketika Monsun Timur Laut melanda Pantai Timur, Khidmat Malaysia Kemaman dengan kerjasama Team RAPAT Rescue akan mengadakan latihan di lapangan, sebagai sebahagian dari Prosedur standard Operasinya (SOP).

Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman Haji Nik Abd Rahim Nik Yahya berkata bahawa para sukarelawan banjir dilatih oleh jurulatih yang bertauliah demi mencapai standard penyelamat yang dikehendaki.


“Peserta latihan ini terdiri daripada pemuda-pemuda DUN Kawasan Kemaman , anggota dan ahli Jabatan Amal, NGO, Radio Amatur Kemaman, PAKAT dan para sukarelawan, “jelas beliau lagi dalam pertemuan dengan wakil BO Kemaman.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Khidmat Malaysia Terengganu juga selaku Pengarah Program RAPAT Rescue, Saudara Zawawi Mohamad menjelaskan bahawa latihan lapangan memasukkan modul Radio Amatur seperti tahun 2013 kerana pentingnya Radio Amatur untuk berhubung semasa operasi sebenar.

“Buat kali pertama latihan pada tahun ini akan memasukkan pengendalian ‘navigational’ bot pada waktu malam dan isyarat- isyarat pengendalian,”kata beliau.

“Pada keesokannya, sebelum turun ke dalam air, akan diterangkan prosedur keselamatan di air & water confident, penggunaan peralatan pelampung, Keselamatan “Life jacket, Life Ring, Life Buoy, Buoy, Berenang dengan Lifejacket”, Terjun dengan “Lifejacket”, Kedudukan “Huddle”, Kedudukan “H.E.L.P”, Menyelamat Mangsa di Air ke Bot dan Menyelamat Bot Terbalik.”

Gambar ketika latihan program tahun 2015
“Disebelah petang pula akan diadakan latihan dalam air seperti menyelamat, memindahkan mangsa dari darat ke bot, menyelamat dan memindahkan mangsa dari bot ke bot, menyelamat dan memindahkan mangsa dari bot ke darat,”kata Pengarah program itu lagi.

Program yang memakan masa dua hari satu malam itu akan bermula pada jam 3.00 petang hari Jumaat, 18 November 2016 akan dirasmikan oleh Ketua Khidmat Malaysia Kemaman.

Manakala penutupnya pada jam 6.00 petang hari Sabtu 19 November 2016, akan sempurnakan oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Zon Timur, Haji Zulkifli Mat Yakim.

Sumber BO - 14-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno, SPR Cuba Halang Kemenangan PAS Terengganu

HULU TERENGGANU – UMNO yang dibantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) cuba menghalang PAS Terengganu untuk menambah kerusi pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU14) akan datang dengan melaksanakan persempadan semula.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Malaysia Dato Mustafa Ali berkata, perubahan itu hanya mengubah kawasan mengundi yang dimenangi PAS tetapi tiada penambahan kerusi baharu.


”UMNO dengan dibantu SPR telah membuat pesempadanan semula dengan menambah kawasan yang dimenangi oleh PAS tetapi tiada penambahan kerusi,

“sebagai mana berlaku kepada DUN Teluk Pasu, UPU Teluk Pasu sendiri dimasukkan ke dalam DUN Manir yang mengakibatkan YB Ustaz Riduan Hashim berubah tempat mengundi ke Buluh Gading kerana sekarang mendapat nama baru DUN Buluh Gading,”ujarnya.

Beliau berkata, banyak lagi DUN-DUN lain yang terlibat dan beliau menegaskan ia adalah cara Umno menghalang PAS menambah kerusi dan memenangi negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Hulu Terengganu, di Markaz Tarbiyyah Kubang Lembek, Manir, pada Jumaat, 11hb. November.

Katanya, tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati, dan PAS telah membuat bantahan kepada pihak SPR.

Oleh kerana itu, beliau menjangka, proses pensempadanan semula hanya akan selesai dijangka paling awal, sekitar Jun tahun hadapan.

Justeru, walaupun bantahan telah dilakukan, beliau tidak mengharap, ianya akan membuahkan sebarang hasil yang boleh mengubah keadaan tersebut.

”Apa-apa pun sudah pasti keputusannya akan memihak kepada UMNO BN, selaku kerajaan sekarang dan,

“SPR sebagaimana kita sedia maklum tidak akan mudah menerima bantahan dari pihak pembangkang.”jelasnya.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri, YB. Dr. Alias Abd. Razak berharap seluruh jentera dapat menterjemahkan KPI (Key Perfomance Indicator) dengan berkesan, untuk merelisasikan kemenangan.


”(seluruh jentera agar dapat) menterjemahkan KPI kepada gerakkerja yang berkesan, (yang) memerlukan keikhlasan dan bersungguh-sungguh bagi mencari peluang untuk kemenangan,

“iaitu mengubah strategi bekerja yang memerlukan ‘format’ baru dan berlainan dari yang sebelumnya,”kata beliau.

Justeru katanya, sasaran sebanyak 80% pengundi baru, sebagaimana yang ditetapkan, pasti akan membuahkan hasil.

Beliau mahu setiap petugas PAS istiqamah dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Strategi untuk menawan hati pengundi juga sukar, namun kerja mesti diteruskan walaupun lambat umpama kura-kura tapi ‘istiqamah’,

“jangan seperti arnab yang cepat tapi penat dan tertidur akhirnya,”ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal.

Sumber BO - 13-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup Rakyat Semakin Terbeban Dengan Harga ‘Serba Naik’

DUNGUN – Belum pun sempat sidang parlimen sesi ini ditangguhkan, rakyat telah pun dibebani dengan baranan keperluan yang ‘serba-serbi naik’ harganya.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun YB Cikgu Alias Harun berkata, bajet 2017 yang dibentangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak banyak memberikan keuntungan kepada rakyat.

Katanya, kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 1 November lalu akan menyebabkan harga barangan lain turut meningkat.

“kita ingat apabila bajet (2017) diisytiharkan banyak menguntungkan masyarakat tapi tak sempat sidang dewan parlimen ditangguhkan kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak dan kali ini bukan sebanyak 05 sen, 10 sen, tapi sebanyak 25 sen dibandingkan dengan beberapa bulan yang lepas.

“Bulan lepas 10 sen, sekarang 15 sen. Dah jadi 25 sen dan kita sentiasa memperingatkan kepada kerajaan jangan bermain dengan isu kenaikan harga minyak sebab apabila minyak dinaikkan sudah tentu akan melibatkan harga barang akan turut naik lebih lebih lagi masyarakat terbeban,”tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian kepada pihak media selepas bersama menyertai ‘Flashmob’ Bantahan Harga Barangan ‘Serba Naik’ bersama masyarakat di bandar Dungun semalan.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun yang telah menganjurkan program itu pada petang Jumaat 11hb. November.

Katanya, sebelum ini kerajaan telah menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah menokok perbelanjaan seluruh rakyat sebanyak enam peratus.

“dengan kenaikan (belanja sebab) GST walaupun 6% tetapi 6% seluruh pembeli akan terkena……kalau dulu hanya masyarakat yang tertentu sahaja dikenakan cukai,

“memang kita bantah bukan untuk menurunkan (harga) tetapi kita bantah semua sekali, tidak mahu GST ini akan dilaksanakan,”jelasnya.

Menurutnya, rakyat perlu sedar, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan ditanggung setiap masa sepanjang tahun, tidak padan dengan pemberian BR1M yang hanya sekali sahaja.


“kita tengok dalam perbelanjaan (pembentangan bajet 2017) dia ‘menggula-gulakan’ masyarakat dengan menaikan BR1M,

“(sedangkan bantuan) BR1M hanya ‘one off’ (sekali pemberian sahaja) tetapi harga barang (yang naik) hari-hari kita beli……….ini sepatutnya rakyat sedar dan membuat perubahan dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14 akan datang),”ujarnya.


Sumber BO - 13-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Flashmob Bantahan Kenaikan Harga Barang dan Minyak Di Dungun Pagi Ini
Posted on Saturday, November 12 @ 10:32:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32341



Flashmob Bantahan Kenaikan Harga Barang dan Minyak Di Dungun Pagi Ini dilakukan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun.

YB Haji Alias Harun, ADUN Rantau Abang dalam ucapannya kesal dengan sikap kerajaan yang mana belum lagi tamat perbahasan Belanjawan tetapi harga barang telah naik.

Kredit.
Pemuda PAS Dun Rantau Abang 

Sumber TKO - 12-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terjun Kereta Elak Maut

Oleh : Che Ana
Gambar: Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Seorang lelaki Melayu terselamat dari kemalangan maut yang hampir meragut nyawa, apabila sebuah jentera berat ‘kren’ hilang kawalan dan meluru ke arah kereta yang dipandunya.


Menurut saksi, Mohd. Ridhuan Bin Mohamad, 20, kemalangan yang melibat sebuah kereta Proton Wira, berlaku berlaku kira-kira jam 4.30 petang, Khamis 10 November.

‘Kren’ yang datang dari arah stesen minyak Caltex di Jalan Tengku Mizan, berhampiran Jambatan Sultan Mahmud tidak dapat dikawal kerana pemandunya diserang penyakit sawan.

“pemandu kren dari arah (stesen minyak) Caltex………..(manakala) pemandu kereta Wira (warna) biru (datang) dari arah Batu Enam menghala ke bandar Kuala Terengganu,

“saya kenal pemandu kren…….kebetulan dia kawan sekampung,”kata Mohd Ridhuan
“tiba-tiba sebuah kren meluru ke arah kereta (biru) dalam keadaan melawan arus…. dipercayai pemandu kren itu terkena penyakit sawan,”ujar Mohd Ridhuan ketika ditemui petugas media, Khairul Nizam Abdullah selepas kejadian.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira tersebut bernasib baik, beliau sempat terjun menyelamatkan diri, sebelum kren itu menghantam keretanya.

Menurutnya, kren yanh merempuh dengan kuat itu telah mengheret kereta terbabit kira-kira 100 meter

Orang ramai yang menggunakan laluan tersebut menyedari kejadian itu dan beberapa orang telah memberhentikan kereta dan segera memanjat kren, dan berjaya memberhentikannya.

Katanya, pemandu kren yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya telah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.


Mohd Ridhwan berkata, beliau kenal pemandu kren tersebut juga merupakan rakan sekampungnya dari Bukit Tunggal.

Sebelum dari, satu kemalangan telah berlaku pada sebelah tengahari, berhampiran dengan kemalangan tersebut.

“tengahari tadi sebuah Proton Saga Flx terbalik akibat cuai pemandunya yang leka bermain telefon (hand-phone) sewaktu memandu,”kata beliau yang menambah, tidak ada kemalangan jiwa yang membabitkan kedua-dua kejadian itu.


Sumber BO - 11-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jabatan Penerangan PAS Terengganu Lancar Kutipan Dana Alatan Media

KUALA TERENGGANU – Seluruh para penderma yang muhsinin diseru menyalurkan sumbangan untuk mengisi tabung dana bagi membeli alatan media.


Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia merupakan senjata utama kepada PAS untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Muslimin muslimat, para penderma, kami memohon sangat-sangat agar tuan-tuan dapat memberi sumbangan bagi menjayakan kerja-kerja penerangan untuk peralatan yang kita sebut ini, belanjanya lebih kurang RM7000 atau RM8000,

“Ini merupakan senjata utama dalam kita untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun peperangan Syria memerlukan senjata, peluru tetapi inilah senjata paling utama untuk kita dedahkan (penyelewengan BN) kepada masyarakat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Penerangan PAS Terengganu semalam, Rabu 9 November, di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.


Menurutnya, dengan alatan media ‘drone’ dan kamera video itu, Jabatan Penerangan akan membongkar penyelewengan, ketirisan, rasuah dan berbagai bentuk pembaziran yang telah dilaksanakan kerajaan BN.

“kami akan sampaikan kepada rakyai secara teknologi (media) yang hari ini lebih canggih, Insya Allah,

“Minta tuan-tuan pakat derma sebagai sedekah jariah, pahala yang akan mengalir sehingga hari kiamat, in sya Allah,”jelas beliau.

Sehubungan itu, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM500.00 bagi tujuan tersebut.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor kepada Ustaz Mohd Noor.


Sumber BO - 11-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nearly 10,000 Drug Addicts In Terengganu – AADK

KUALA TERENGGANU — The National Anti- Drug Agency (AADK) believed there are about 10,000 drug addicts in Terengganu.


Terengganu AADK director Rohayu Ahmad said most of the drug addicts took ecstasy pills, believed obtained through Kelantan.

She said the figure was based on an evaluation by the World Health Organisation (WHO) of four unregistered addicts for every registered drug addict.

“There are 2,664 people placed under the agency’s supervision in Terengganu, meaning there are about 10,000 addicts in the state,” she told Bernama after opening an anti-drug campaign here today.

She said various programmes would be carried out by the agency to fight drug abuse, including campaign, patrol and operations.

“Our target is to reduce drug addiction, espcially amomg the young people, and to do this, we need the cooperation of the society,” she added.
— BERNAMA

Sumber BO - 10-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Masih Gagal Selesaikan Masalah Muara Sungai Mercang

MARANG – Walaupun telah puluhan juta telah diisytiharkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, untuk menyelesaikan masalah muara Sungai Mercang, namu masih belum selesai.

Sudah berkali-kali pelbagai media membuat laporan, menyampaikan rintihan para nelayan kepada pemerintah, tetapi musim tengkujuh setiap akhir tahun, menutup rapat rezeki para nelayan tersebut.
Pada 21 Mac 2016, Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman telah meminta JPS untuk menyemak semula peruntukan yang diluluskan untuk Muara Merchang.


Beliau telah memaklumkan bahawa dalam bajet RMK 11 Negeri Terengganu, sebanyak RM 43 Juta telah diluluskan.

Manakala pada pada 26 Julai lalu, agensi Bernama melaporkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk mengatasi masalah kuala sungai tersebut yang cetek.

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan A Latiff Awang berjani akan menyelesaikan kerumitan yang dihadapi kira-kira 500 nelayan tempatan itu dalam dalam masa terdekat.

Katanya, peruntukan menambah baik muara Sungai Merchang dekat Marang itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Sebelum itu, pada bulan Mei 2011, ketika menjawab soalan ADUN Rhu Rendang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ke-12, kerajaan sudah berjanji akan menyelasaikan masalah yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri ketika itu, Datuk Za’aba Mohd Adib berkata antara yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja menggali dan mendalamkan muara sungai.

Za’aba berkata kajian dan reka bentuk serta rancangan pembinaan benteng pemecah ombak di muara sungai itu dijangka melibatkan kos lebih RM30 juta.

Justeru ADUN Alor Limbat Ariffin Deraman kesal, kerana kerajaan sudah begitu banyak berjani, tetapi masalah kuala sungai yang cetek itu masih belum selesai sehingga hari ini.

“(keadaan) muara sungai ini sangat mengejutkan, ia terlalu cetek………saya difahamkan (baru-baru ini pula) kerajaan telah meluluskan RM1.4 juta bagi membina prasarana,
“namun amat malang (ia masih tidak selesai),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan terbabit bersama PAS Kawasan Marang pada Selasa 8 November.

Oleh itu, katanya, beliau akan membawa perkara tersebut dan meminta penjelasankerajaan sekali lagi, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan di adakan pada 24 November ini.
Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana khazanah semula jadi berhampiran kuala sungai itu tidak dimafaat oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.


“saya lihat sungai ini khazah negeri yang boleh dikembangkan lagi misalnya, apabila kita menyusuri sungai ini…….boleh dimajukan sebagai kawasan pelacongan dan penternakan ikan akuakultur,

“walaupun ada (idusahakan) tapi (seperti) hidup segan mati tak mahu,”tegasnya.

Oleh sebab itu, beliau menggesa kerajaan mengambil peranan memajukan kawasan terbabit.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Yang DiPertua PAS Kawasn Kemam Haji Yahaya Ali dan wakil nelayan tempatam Mohd Deraman.

Berita Sebelum Ini;

Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang

Sumber BO - 9-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Bersama Komuniti Perangi Gejala Sosial

KUALA NERUS – PAS yakin gejala masalah sosial mampu di atasi jika kita semua memainkan peranan penting berganding bahu untuk mengatasinya.

Pengarah Majlis Tindakan PAS Dewan Undangan Negeri Seberang Takir (MTD)Ustaz Zakaria Dagang berkata, kerjasama dari semua anggota komuniti tanpa mengira latar belakang adalah sangat perlu bagi memerangi gejala negatif tersebut.

Ustaz Zakaria bersalaman mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, yang sudi datang ke Seberang Takir

“In Shaa Allah , kita mampu menangani dalam usaha membanteras masalah sosial dan gejala penagihan dadah yang semakin serius sekarang,

“pertemuan ini banyak berbincang tentang pekembangan yang berlaku dalam komuniti kita sekarang dan usaha yang telah dibuat melalui peranan anggota komuniti termasuk kami daripada PAS sendiri,

“yang mengambil tanggung jawab dalam usaha untuk membanteras gejala sosial dalam kawasan kita,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Santai Hi-Tea dan ‘Talk’ Komuniti Teluk Ketapang di sini semalam, pada Ahad 6 November.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Abdul Hadi Harun.

Beliau berharap segala saranan baik dalam Majlis tersebut dapat dilaksanakan dan selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu yakin, usaha yang berterusan oleh semua pihak boleh mencapai suasana harmoni.


“(kususnya) dalam kampung kita…………walau tidak secara keseluruhan sekurangnya ia dapat mengurangkan gejala yang ada akhirnya boleh mempengaruhi perkembangan generasi muda,”tegas beliau.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah AADK Dato’ Dr. Abd. Halim yang sudi hadir ke Seberang Takir dan bersyukur kerana usaha AADK yang dilaksanakan di DUN tersebut.
“usaha ini dapat maklumbalas yang baik dari pihak Dato’ Dr. Halim dan beliau berpuas hati serta memuji langkah-langkah yang diambil komuniti di sini dan boleh dijadikan model di tempat lain dan ini memberi satu semangat untuk kita terus berusaha,

“Terima kasih kepada Dato’ yang sudi bertandang kepada kami, semoga menjadi semangat dan motivasi kepada kami dalam membendung gejala buruk ini,”tambah beliau.

Sumber BO - 8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Sentiasa Berada ‘Dekat’ Dengan Rakyat

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – PAS yang sentiasa membantu rakyat yang ditimpa kesusahan dan musibah secara berterusan di semua kawasan, tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.


Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK), Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Hajah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, pihaknya menganjurkan ‘Program Bersepadu 3 dalam 1’ bagi membantu golongan terbabit.

“Program 3 dalam 1 Lajnah Kebajikan DMPNT yang di adakan adalah bertujuan membantu golongan yang ditimpa musibah secara berterusan, berat sama dipikul, susah sama dirasai,
“Disamping itu, kami juga memberi sokongan dari segi kewangan dan semangat untuk terus berkhidmat kepada seluruh masyarakat,”ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, program yang diadakan di Kemaman pada Isnin 7 November itu juga dapat merapatkan ‘saf’ para tugas kebajikan dan Skuad Khidmat Muslimat PAS di kawasan Selatan.


Dalam sehari tersebut, Tuan Roslina berserta rombongan menziarahi mangsa kebakaran Keluarga Pak Long Hussin di Kampung Paya Mempuyu, Dadong, Air Putih.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi Kebajikan Muslimat Dungun Hajah Sabariah dan Ketua Muslimat Kemaman Hajah Fainah Mat.

Beliau berkata, bacaan surah yasin beramai-ramai turut diadakan dirumah mantan Setiausaha Muslimat PAS Cawangan Kampung Dadong, arwah Maimun Afanddi.

“beliau yang baru sahaja kembali ke rahmatullah kerana angin ahmar. Arwah yang telah bersama dengan PAS selama 33 tahun telah dimasukkan ke hospital setelah tidak sedarkan diri dan berada selama 12 hari sebelum menghembuskan nafas,


“bagi mengenang jasa beliau dan mengurangkan kesedihan keluarganya…..kami membaca surah yasin beramai-ramai, berdoa semoga roh beliau diletakan bersama para muslimat yang salehah,”jelasnya.

Disamping itu, ‘Program 3 dalam 1’ juga mengagihkan sumbangan kebajikan dan sumbangan awal persekolahan sesi 2017 untuk Kawasan Kemaman dan Dungun.

“Sumbangan tersebut diwakilkan kepada Ketua Muslimat kawasan masing-masing, Dungun dan Kemaman, untuk disampailan kepada mereka yang kurang berkemampuan,”tambah beliau.

Sumber BO - 8-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Three Terengganu Teachers Found Involved In Drug Abuse This Year












KUALA TERENGGANU: Urine tests conducted by the Terengganu Education Department detected three teachers involved in drug abuse this year, said director Shafruddin Ali Hussin.
He said one of them was dismissed and action was being taken against the two others.

“The department will continue to conduct urine tests on teachers, who had disciplinary problems, on the recommendation of headmasters or principals,” he said, adding that the district education offices and schools conducted urine tests on their own initiative.

The percentage of teachers involved in drug abuse was small when compared to the over 23,000 teachers in the state, he said when asked to comment on the statement by Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid who wanted state education departments to cooperate with the police to conduct urine tests on teachers at risk of being involved in drug abuse.

Mahdzir’s statement came following the arrest of a 33-year-old teacher in Miri, Sarawak, for alleged drug trafficking. – Bernama

Sumber BO - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Manakah Silapnya???

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Pagi ini dua orang wanita pertengahan umur datang ke Pejabat Pas Negeri Terengganu mengadu perlukan bantuan kewangan segera dan Jumlah yang diperlukan agak banyak, hampir RM5,000.
Rupanya beliau membuat pinjaman dengan along. Bukan seorang, tapi 9 orang along. Saya tanya beliau berapa jumlah pinjaman asalnya? Jawab wanita malang tadi, dia berhutang RM20, 000.00 tapi jumlah yang perlu dibayar sekarang melebihi RM50,000.00

Saya tanya lagi, berapa jumlah yang perlu dibayar dan berapa tempoh masa. Beliau kata, dia perlu membayar RM500 setiap hari dan jika gagal membayarnya pada hari itu, maka akan didenda RM300 sehari.

Saya mengucap panjang. Yang malang lagi ialah wanita ini baru bercerai 2 bulan lalu dan katanya sekarang beliau seorang sahaja yang menanggung beban hutang ini sedangkan sebelumnya suaminya turut membantu.


Saya bertanya lagi, mengapa buat pinjaman itu? Katanya, untuk modal perniagaan. Saya tanya lagi, semasa membuat hutang itu, sedar atau tidak risiko ini? Bagaimana boleh bayar RM500 sehari sedangkan hanya bergantung dengan hasil jualan kuih muih sahaja? Pada ketika ini, wanita itu hanya mengeluh, tidak terjawab soalan saya.

Beliau menyatakan yang dia sangat terdesak hari ini kerana along telah menggugutnya akan ke rumahnya jika gagal membayarnya RM4, 500 pada hari ini juga. Beliau telah berjumpa ramai wakil rakyat termasuk Menteri Besar untuk menyelesaikan masaalahnya.

Saya sangat bersimpati dengan nasib beliau. Kami hanya membantu seadanya sahaja. Setelah wanita itu pulang, saya berfikir bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Adakah ianya kelemahan pihak berwajib dalam menyediakan peluang modal kepada rakyat?

Adakah kerana nafsu yang mahu mendapatkan sesuatu dengan mudah tanpa fikir akibatnya?
Adakah kerana kaum keluarga juga tidak dapat menolong?

Adakah telah hilang sifat pemurah dikalangan rakan dan sahabat handai?

Adakah tiada lagi manusia yang boleh dipercayai sekarang?

Adakah kerana terlalu inginkan kemewahan segera?

Di mana silapnya??????

Sumber  BO - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PADU Harap Longkang Ditutup Segera!

DUNGUN – Persatuan Pengguna Dungun (PADU) berharap agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Dungun dapat membuat pemantauan berterusan dan mengambil tindakan segera menyelesaikan kerosakan infrastruktur yang melibatkan keselamatan orang ramai.


Pengerusinya Haji Abd Hamid Ismail terkilan, kerana beliau sendiri pada telah terlibat dengan kemalangan ekoran longkang pinggir jalan yang tidak bertutup.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 11:30 malam, Sabtu malam Ahad 5 November, apabila kereta saya memasuki jalan di hadapan Mai Mai Karpet telah terjatuh ke dalam longkang yang tidak bertutup,

“jadi saya datang untuk buat laporan hari ini agar tindakan dapat diambil segera,”ujarnya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pejabat JKR di sini hari ini.


Katanya, Penolong Jurutera Daerah Wan Nor Afzan binti Wan yang menerima laporan tersebut bejanji akan mangambil tindakan segera.

“Beliau ucapkan terima kasih PADU atas kerjasama dengan pihak JKR beliau akan salurkan aduan kepada Jabatan Parit dan Saliran supaya duletakkan segera penutup konkrit supaya tidak hilang,”kata Haji Hamid.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly ketika dihubungi mengesahkan, beliau berada dikawasan terbabit ketika kejadian berlaku malam Ahad lalu.
Katanya, beliau bersama-sama beberapa orang yang lain, turut membantu mengeluarkan tayar kereta Haji Hamid yang ‘terperosok’ ke dalam lubang longkang itu.


Satu lagi longkang yang sedang menunggu mangsa…….
“saya berada di situ dan saya kerana kejadian itu berlaku di hadapan mata saya, menunjukkan kelemahan pemantauan pihak yang bertanggungjawab,

“nasib baik tidak berlaku kemalangan yang lebih serius yang mungkin boleh menyebabkan keceseraan dan sebagainya,”tegasnya.

Justeru, beliau menyambut baik kesediaan pihak JKR Daerah yang dilaporkan setuju untuk menganjurkan satu pertemuan dengan semua wakil-wakil rakyat, bagi memberi taklimat tentang pembangunan infratruktur Dungun.


“saya harap Jabatan dan agensi kerajaan lebih terbuka dan kritikal dalam memikir, sakarang sudah 106 hujung…..nak masuk 2017, bukan tahun 1970an atau tahun 1980an,

“para pegawai kerajaan ada berkhidmat kepada semua rakyat, tidak kira PAS tidak kira Umno atau orang-orang yang tidak berparti,”jelas beliau, apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Sumber BO - 7-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makan nasi lauk kicap, budu
Posted on Monday, November 07 @ 12:08:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32273



Oleh Noor Hayati Mamat
HULU TERENGGANU - “Ada kalanya kami sekeluarga makan nasi berlaukkan kicap atau budu saja sehinggakan anak menangis tak mahu makan. Saya hanya mampu memujuk mereka bersabar dengan segala kesusahan dilalui ini,” luah Ramlah Abdullah, 36.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata ini, kesempitan hidup dilaluinya sekeluarga bukan sekadar menyebabkannya menangis sendirian apatah lagi mengenangkan anak-anak tetapi juga terpaksa menebalkan muka meminta duit daripada keluarga mentua di Kelantan.

“Suami, Mohd Shuhaimi Mohd Saufi, 34, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Berang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Cukup atau tak, duit itulah digunakan untuk belanja barangan dapur dan keperluan harian termasuk persekolahan anak-anak.

“Empat anak, Nur Aliya Nazipa, 10; Nur Aliya Amirah, 8; Nur Aliya Nazimah, 6, dan Muhammad Sadruddin, 4, masing-masing bersekolah. Manakala anak bongsu, Nur Aliya  Naizatul Najwa, 2, masih memakai lampin pakai buang, namun ada kalanya terpaksa juga guna lampin biasa," katanya.

Berhenti kerja akibat masalah kesihatan

Ramlah berkata, apabila keadaan memaksa, dia sekadar mampu menghidangkan anak-anak nasi berlaukkan kicap atau budu sahaja.


"Hati ibu mana tak tersentuh bila tengok anak menangis tak mahu makan.

"Untuk jimatkan gas memasak, saya turut gunakan dapur kayu. Pernah juga kehabisan beras sehingga memaksa saya meminta duit daripada ahli keluarga untuk beli beras.

Rumah didiami ini pula pusaka arwah nenek dan saya tinggal dengannya sejak kecil," katanya.
Katanya, walaupun keadaan rumahnya tidak begitu selesa terutamanya untuk anak-anak yang kian membesar, namun dia tiada pilihan lain dan tetap bersyukur kerana rumah pusaka itu jugalah menjadi tempatnya sekeluarga berteduh dari hujan serta panas.

"Sebelum ini suami saya bekerja sebagai penjawat awam, namun disebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk berkaitan saraf, dia terpaksa berhenti sekitar 2012 dan mula berniaga kedai makan di Kuala Terengganu.

"Tapi tak lama berniaga kami ambil keputusan pulang tinggal di kampung. Suami hanya lakukan kerja kampung untuk teruskan hidup dan kemudiannya jadi pengawal keselamatan bermula lebih kurang setahun lalu," katanya.

Duit pencen bayar pinjaman

Tambahnya, walaupun suaminya mendapat pencen sebanyak RM350 sebulan, namun duit itu hanya digunakan bagi membayar balik pinjaman yang dibuat sewaktu bekerja dahulu.


"Sekarang kami hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan.
"Saya bersyukur, Ramadan lalu dapat bantuan daripada Maidam sebanyak RM600. Permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuat Jun lalu dan saya masih menunggu jawapan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Azmy Adenan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima permohonan dibuat Ramlah dan keputusan berhubung permohonan bantuan bulanan itu masih dalam proses.

"Kami bersedia untuk turun padang sekali lagi ke rumah pemohon bagi melihat bentuk-bentuk bantuan lain bersesuaian yang mungkin boleh disalurkan kepada keluarga tersebut sementara menunggu keputusan permohonan," katanya kepada Sinar Harian.

Sumber:Sinar Harian

Sumber  TKO - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Pendidikan Islam ‘Benteng Kukuh’

KUALA NERUS – PAS sangat menitik beratkan pelaksanaan program yang seimbang di antara kurikulum dan ko-kurikulum dalam sekolah-sekolah dan madrasah (Dar) yang ditubuhkan dibawah parti itu.


Pengerusi Lajnah Persekolahan Dewan Ulamak PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, semua aktiviti Dar mestilah melalui sistem yang terbaik bagi anak-anak menghayati Islam yang akan menjadi benteng kukuh kepada mereka untuk melayari kehidupan.

“Justeru itu, penganjuran Festival Sukan Dar 2016 kali ini, merupakan kesinambungan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya,

“(ia) adalah bagi membina daya saing dan mengkat ukhuwah Islamiyah antara Dar-dar,”ujarnya dalam ucapan beliau sempena Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Dar-dar Negeri Terengganu yang berlangsung di ‘Planet Sport’ Gong Badak, dekat sini semalam, Sabtu 5 November.


Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan itu, Azmi Mohd Yassin berharap penganjuran kali ke lapan tahun ini meningkatkan semangat untuk berkhidmat dikalangan para guru dan warga Dar.

Katanya, ia adalah satu pernyataan yang membuktikan pendidikan Islam tidak bahawa pendidikan Islam dibawah PAS adalah relevan.

“In sha Allah……sukan (Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring) Dar-dar yang diadakan pada hari ini akan menghasilkan semangat yang bersungguh-sungguh,

“untuk membuktikan (pendidikan diawab PAS) menjadikan aktiviti kehidupan harian seperti bersukan, bagi mendidik anak-anak menjadi soleh dan mendapat keredhaan Allah SWT,”jelasnya, ketika berucap merasmikan sukan tersebut.


Beliau turut mencadangkan agar sukan badminton dan memanah dimasukkan dalam acara sukan tahunan itu, bermula pada tahun hadapan.

Seramai lebih 400 warga, para pelajar dan guru-guru serta petugas dari lapan buah sekolah rendah (madrasah) berhimpun memeriahkan karnival sukan itu, sehingga tamat pada kira-kira jam 2.30 petang.

Sekolah-sekolah tersebut adalah, Dar At-Taqwa dari Kemaman, Dar Al-Bayan dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu dari Dungun, Dar Al-Iman Marang, Dar Assalam Kuala Terengganu, Dar Al-Ehsan Hulu Terengganu, Dar At-Taqwa Batu Enam dan Dar Al-Falah Mengabang Telipot dari Kuala Nerus serta dari Dar Al-Furqan dari kawasan Besut.


Madrasah Dar Al-Iman muncul sebagai juara bola sepak mengalahkan pasukan Dar Al-Bayan dan Dar Al-Ehsan tampat ketiga setelah menewaskan pasukan Dar At Taqwa Kuala Nerus.

Acara bola jaring juga diungguli Madrasah Dar Al-Iman yang mengalahkan pasukan Dar At-Taqwa Kuala Nerus dalam perlawanan akhir, diikuti Dar Al-Assalam tempat ketiga dan Dar Al-Bayan tempat yang keempat



Sumber BO - 6-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima Kasih Untuk Semangat Kesukanan Yang DiBerikan

Kejohanan Bola Sepak 9s (Terbuka) Piala Ketua Pemuda PAS Terengganu 2016 kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang. Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM6,000.00 ini telah berjaya menarik minat 768 pemain dari seluruh negeri Terengganu.

Pasukan Duck FC telah dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan Dungun B dengan penentuan sepakan penalti 3-2 pada perlawanan akhir. Manakala Padang Machang dan BG Group FC telah berkongsi tempat ke-3.


Walaupun kejohanan kali ini terdapat sedikit kontroversi tetapi itulah Bola Sepak, tidak terlepas dari sebarang kontroversi, yang penting di dalam sesuatu pertandingan, menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan, bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang menang. Selain dari itu kita semua berpeluang untuk sama-sama melibatkan diri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan komitmen kita kepada pasukan yang kita wakili.

Namun begitu, bagi pihak DACS apa yang lebih penting disini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah satu usaha untuk mewujudkan semangat setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan. Tahniah kepada pasukan yang menang.

Ucapan terima kasih kepada Pengurusan Akademi Bomba & Penyelamat Wakaf Tapai, Unit Amal, Amal Medic, Yayasan Amal, Abang-abang sado keselamatan serta rakan-rakan di dalam DACS yang terus menunjukan komitmen kerjasama yang baik sepanjang persiapan kejohanan kali ini.

Anda telah buktikan yang anda adalah “rakan kongsi” yang paling ideal kepada DACS. Felicitaciones!!!

Akhir sekali dakwah perlukan kesabaran. Alihkan pandangan mata ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Jumpa lagi di tahun 2017.

“Real Fans Make Frenz”

Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
Department of Arts, Culture & Sports (DACS)
Terengganu.

Sumber BO - 6-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tahniah Buat JHEAT, Takziah Buat Dr Rozaimi
Posted on Saturday, November 05 @ 21:02:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32248



Khutbah Jumaat di Terengganu semalam menyentuh tentang keperluan kuasa mahkamah syariah dipertingkatkan. Konklusinya jelas bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu ( JHEAT) menyokong RUU355 walaupun isi kandungan khutbah itu tidak menyebut RUU355 secara langsung.

Tahniah JHEAT. JHEAT bukan hendak berpolitik melalui teks khutbahnya. Namun hasratnya jelas untuk mengharapkan  rakyat Terengganu dan pemimpinnya  agar menyokong usul yang dibawa ke Parlimen itu. Jabatan tersebut melihat betapa perlunya syariah Islam diperkasakan demi agama dan ummah ini.



Sebelum ini, mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, mufti Perak Datuk Harussani Zakaria dan banyak NGO Islam yang menyokong RUU355 ini. Mereka terdiri daripada individu yang berautoriti untuk bercakap tentang Islam. Walaupun sebelum ini mereka sukar untuk kelihatan bersama pandangan dengan PAS, namun dalam bab RUU355 ini, batas sempadan telah dipecahkan. Bukan kerana mereka menyokong PAS atau memposisikan diri dalam politik kepartian. 



Sebaliknya mereka melihat apa yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu adalah suatu usaha murni untuk mengangkatkan martabat Islam; hukum dan mahkamah syariahnya.



Sayangnya, ada seorang dua manusia lain yang bertitle Dr, rakus mempertahankan pendapat peribadi. Title Dr seolah-olah menjadi sandaran kekuatan hujah mereka. Dalam keadaan 80% ummah menyokong RUU 355 tersebut, terdapat Dr. Rozaimi  dan Dr. Maza yang  bersarang di Perlis duduk seblok dengan Siti Fatimah Kassim , peguam si jari tengah, DAP dan PAN. Walaupun  justifikasi mereka berbeza, namun natijahnya jelas bahawa RUU355 itu tak perlu disokong. Pendek kata, takziahlah untuk mereka.



Teringat penulis akan pesan seorang ustaz, belajarlah tinggi-tinggi tetapi bukan kerana gaji, pangkat dan populariti. Justeru, motif tulisanku jelas untuk mengucapkan tahniah buat JHEAT dan takziah buat Dr Rozaimi.



Sumber TKO - 5-11-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga Barangan Melambung; Apakah Puncanya?

Oleh : M. Azrin M. Aris

Dahulu ketika zaman Nabi SAW, apabila dilaungkan sahaja seru azan oleh Bilal Rabah, sahabat-sahabat yang mendengarnya terus bersegera ke Masjid Nabawi. Hatta yang berniaga juga bergegas meninggalkan barang-barang perniagaan mereka seketika. Tidak pernah timbul isu kecurian pada barangan yang ditinggalkan itu.

– Sewaktu pemerintahan Amir Mukminin Umar AlKhattab, pernah seorang ibu ditegur puterinya kerana ingin mencampur air ke dalam susu jualan mereka. “Walau Umar tidak nampak, namun Tuhan Umar maha Melihat.” Kata-kata itu mampu menyedarkan ibunya.

– Pertuduhan Saidina Ali kepada seorang Yahudi yang telah mencuri sut perangnya telah ditolak oleh mahkamah kerana tiadanya bukti kecurian walau pun memang benar si Yahudi telah mencurinya. Saidina Ali ketika itu adalah seorang Khalifah. Keadilan mahkamah Islam telah membuatkan si Yahudi tersebut memeluk Islam serta mengaku bersalah.

– Dana baitulmal atau pun hasil dari kutipan zakat ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak dapat diagihkan kepada rakyat disebabkan semua rakyat telah merasa cukup dengan apa yang ada dan tidak berhajat lagi kepada bantuan zakat.

– Khalifah Muktasim pula pernah menghantar bala tentera Islam demi untuk menebus maruah seorang ibu tua yang telah diperhinakan oleh puak Yahudi.

Begitulah antara contoh keamanan, keselesaan, dan kekuatan izzah yang dianugerahkan Tuhan apabila negara dan pemerintahannya berjalan seiring dengan tuntutan agama.

Krisis ekonomi yang ketara dan fenomena kenaikan harga barangan yang semakin parah dan tidak terkawal pada hari ini adalah kerana pemerintahan negara tidak lagi mengambil rul agama sebagai panduan tertinggi.

Harga minyak misalnya, petrol mengalami kenaikan sebanyak 15sen per liter dan minyak masak pula dinaikkan hampir sebanyak RM2 bagi setiap kilogram. Kedua-dua item ini sebenarnya adalah hasil bumi yang melimpah ruah di negara ini, namun mengapa rakyat sebagai penghuni tanah yang melimpah tuaiannya ini terus dimangsakan dengan harga yang diluar kewarasan? Di mana silapnya?

Rompakan, kecurian, penipuan, rasuah, ketirisan, ketidak-adilan, dan pelbagai lagi kewujudan jenayah kolar putih yang berjalan secara ghaib akan pasti dan selamanya akan terus merosakkan sosio budaya, kerukunan masyarakat berbilang bangsa, serta menjahanamkan sistem kenegaraan yang dibina dalam negara ini.

Kenaikan harga barangan hanya merupakan sejuzuk dari siri bebanan serta kesengsaraan yang harus ditanggung oleh rakyat marhaen. Punca utamanya adalah kerana jauhya dari rahmat Tuhan. Dan pelbagai siri bebanan lagi yang pasti dilalui oleh rakyat seandainya pemerintahan masih angkuh degil untuk tunduk kepada dustur agama yang mulia.

Bukankah dalam Quran dinyatakan bahawa sekiranya sesebuah negara itu beriman serta tunduk patuh kepada segala aturan Tuhan, akan dibukakan untuk negeri itu keberkatan dari langit dan bumi?

Bukankah Al-Quran juga menyatakan negeri tersebut akan menjadi sebuah negeri yang penuh dengan kebaikan dan juga keampunan daripada Tuhan?

Justeru, kembalikan ruh agama dalam pemerintahan negara. Atau masih ada lagikah nikmat dan ayat-ayat-Nya yang kita dustakan?

***M. AZRIN M. ARIS ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu

Sumber BO - 5-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kontraktor Penyelenggara Pagar Elektrik Sering ‘Ghaib’

Oleh : DMS

SETIU – PAS kesal kontraktor pagar elektrik yang dilantik kerajaan, bagi menghalang gajah liar memasuki kebun para penduduk, sering ‘ghaib’ dan tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Terengganu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ia menyebabkan gajah mudah tersebut mudah menceroboh dan memusnahkan tanaman.


“kontraktor yang di berikan tangungjawab untuk menyelenggara pagar elektrik bernilai RM200,000 setahun itu jarang berada di kawasan tersebut mengakibatkan penyelenggaran yang tidak sempurna,
“sebab itu, gajah masuk kerana dan memusnahkan tanaman,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan ke kawasan terbabit di Kampung Pelung, Langkap dekat sini pada Rabu 1 November.

Ia berikutan kejadian ancaman gajah liar yang merosakkan tanaman pekebun kelapa sawit sepertimana di laporkan dalam akhbar tempatan.

Katanya, para petani terbabit mengadu, fenomena ‘raja rimba’ masuk kebun itu bukan lah kali pertama dan ianya sering berlaku selang beberapa bulan.

Namun, kata Yang Dipertua PAS itu, ianya boleh di atasi sekiranya penyelengaraan pagar elektrik berjalan dengan baik.

Sehubungan itu, seorang penduduk kampung berkenaan Mohd Nor Mamat berkata, menjadi rutin kepada ‘Sang Belalai’ itu, kembali semula ke kawasan tersebut setiap dua atau tiga bulan sekali.
“biasanya gajah liar ini akan datang balik setelah dua, tiga bulan………ke tempat yang ia pernah makan dan membuang najis,


“jadi sekiranya pagar elektrik ‘molek’ dia tak boleh masuk, lama kelamaan dia akan beredar ke tempat lain,”katanya.

Sementara itu, seorang pekebun Haji Nawi Mohd mendakwa, tanaman kelapa sawitnya hanya tinggal 15 pohon sahaja daripada 900 pokok yang di tanam.

“habis semua angkara gajah……….tinggal 15 pohon saja yang tidak di usiknya,” kata beliau dengan nada yang sedih.

Justeru itu, Ustaz Sahari menggesa kerajaan membuat pemantuan rapi dan memastikan supaya kontraktor yang diberi tanggunggjawab menguruskan pagar tersebut, terutamanya menjelang musim tengkujuh ini.

“kejadian ini sekurang-kurangnya akan dapat di atasi jika penyelenggaraan pagar elektrik di jaga dengan baik dan ianya adalah lebih baik jika kontraktor ini dari kalangan orang Terengganu,
“dan tugas penyelenggaraan di berikan pada penduduk tempatan,”kata Shaharizukirnain.

Beliau menambah, PAS akan membangkitkan isu tender pagar elektrik tersebut ini menerusi wakil-wakil rakyatnya, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang, agar kejadian yang merugikan orang kampung itu tidak berulang.

Sumber BO - 5-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Presiden PAS rai 200 veteran parti Dun Rhu Rendang

AHMAD FAIZAL GHANI Foto TRIPLE ZACK | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43104-presiden-pas-rai-200-veteran-parti-dun-rhu-rendang

MARANG: Seramai 200 orang veteran PAS diraikan di Majlis Himpunan Veteran PAS DUN Rhu Rendang.

Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan menghimpunkan golongan veteran sekitar Dewan Undangan Negeri  (DUN) Rhu Rendang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut hadir di majlis yang berlangsung di Dewan Tok Guru (DTG) perkarangan Masjid Rusila.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Rhu Rendang ketika berucap pada majlis berkenaan mengingatkan bahawa perjuangan PAS ini adalah mata rantai.

"Perjuangan Parti PAS adalah mata rantai yang tidak putus daripada kumpulan yang di sebut oleh Allah dalam al-Quran."

"Akan tetap ada selagi dunia ini tidak kiamat, ini janji Allah SWT."Jelas beliau.

Tambah Tok Guru lagi, golongan veteran yang dinamakan Assabiqun di peringkat PAS Pusat.

Turut hadir pada Majlis yang berlangsung hampir dua jam ini, Isteri beliau Y.Bhg To' Puan Seri Hajjah Zainab, YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali, Pengarah MTD Rhu Rendang  Encik Daud Jusoh. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Sumber HD - 5-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muafakat Bantu Masyarakat; SCM Tidak Pilih ‘Warna’

Oleh : Nasrun Abdullah

HULU TERENGGANU – Bertemakan “Muafakat Bantu Masyarakat” yang menekankan keperluan rakyat khususnya insan kurang bernasib baik, sesuai dengan nama Skuad Cakna Masyarakat (SCM).
Timbalan Pengerusinya Rulam Akbal berkata SCM adalah satu skuad yang bernaung dibawah pentadbiran Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengfokuskan operasi sekitar Hulu Terengganu.


Beliau berkata, Skuad itu menawarkan khidmat kepada sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan tanpa mengira ‘warna’.

Kita tidak mengira apa fahaman politik, sekiranya mereka memerlukan pertolongan kita akan hulurkan tangan,”ujarnya.

Oleh itu katanya, SCM menjalinkan kerjasama strategic dengan pelbagai NGO dan sukarelawan, bagi meningkatkan khidmatnya kepada masyarakat.

“Dalam dalam melebarkan khidmat kepada kepada orang ramai………memerlukan SCM sentiasa kerjasama rakan strategik para NGO dan sukarelawan lain,

“antaranya ialah Yayasan Amal Malaysia, Jabatan Amal, Ameerah, Sahabat Care, PAHAT, Darus Syifa, Papisma, Nisa’, Pacu dan lain-lain yang sudi bersama,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberilan khidmat bantuan seorang pesakit kanser dari Kampung Tapah, Kuala Berang di sini hari ini, Khamis 3 November.

Muhammad Hanafi, 22, yang mengidap ‘kanser tulang’ dibawa menggunakan ambulan milik Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu, untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Kubang Kerian, Kelantan.


Menurutnya, Muhammad Hanafi yang masih bujang, menderita kerana sakit tersebut sejak setahun yang lalu, terpaksa berulang alik setiap bulan bagi neneruskan rawatan.

“hampir setiap bulan beliau perlu ke (Hospital UKM) Kubang Kerian. Sebelum ini beliau berulang alik dengan kereta dan kenderaan biasa.

“Pada kali ini alhamdulillah ambulan Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu memberikan khidmatnya,”jelas beliau.

Turut menyambut ketibaan Muhammad Hanafi setibanya di Kubang Kerian ialah Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada SCM atas ‘kecaknaan’ dan penerusan program-program kebajikan khususnya kepada warga Hulu Terengganu.

Sumber BO - 3-1-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) Bermula Dengan Kontroversi

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah mengesahkan, Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer akan dibina dan dibiayai oleh syarikat dari negara China.

Kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPC) serta rangka kerja pembiayaan melalui perjanjian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatanganinya semasa lawatannya ke Beijing.

Sebanyak 14 perjanjian bernilai RM144 bilion ditandatangai dan Perjanjian dan Memorandum Persefahaman tersebut ialah:

1. Perjanjian Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM);

2. Memorandum Perjanjian bagi Pelaburan, Pembangunan dan Pembinaan Projek Melaka Gateway (KAJ Development and Power China);

3. Perjanjian Dasar Induk antara Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Greenland Holdings Group Overseas Investment Company Limited bagi cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia;
4. Perjanjian Dasar Induk antara Selat PD Sdn Bhd dan CCCC Dredging (Group) Co Ltd;

5. Perjanjian Kerjasama Rangka Kerja antara Kerajaan Negeri Sarawak, Hebei Xinwuan Steel Group dan MCC Overseas Limited bagi cadangan Pembangunan Kilang Keluli di Sarawak;

6. Memorandum Perjanjian antara KAJ Development Sdn Bhd, Power China, Shenzhen Yantian Port dan Rizhao Port bagi Kerjasama Perkongsian pembangunan Pelabuhan Melaka Gateway;

7. Perjanjian Dasar Induk bagi Skim Kewangan Bandar Malaysia antara IWH CREC Sdn Bhd dan ICBC;

8. Memorandum Persefahaman antara ECERDC dan Wuxi Suntech Power Co. Ltd bagi Pengeluaran Sel Solar Silikon Kristal dan Modul di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China;

9. Memorandum Perjanjian antara BHS Industries Berhad dan China Nuclear Huaxing Construction Co. Ltd. bagi Taman Teknologi Hijau di Pekan, Pahang, Malaysia;

10. China Construction Bank (Malaysia) Berhad diberikan lesen perbankan oleh Menteri Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Dengan modal berbayar awal US$200 juta, China Construction Bank akan dapat menyediakan pembiayaan bagi menyokong pembangunan prasarana Malaysia;

11. Memorandum Persefahaman antara Yanming Resources Sdn Bhd dan Fuzhou Xin Zibu Culture Communication Co. Ltd bagi pertumbuhan dan pembangunan pasaran sarang burung di China;
12. Memorandum Persefahaman antara MATRADE dan Alibaba.com;

13. Perjanjian Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan antara Royal Birds Nest, Walet Company-International Private Limited Company dan Peking University bagi penstandardan ekstrak sarang burung boleh dimakan dan bahan perubatan bagi penemuan ubatan farmaseutikal;

14. Memorandum Persefahaman antara Aladdin Group Sdn Bhd and Suzhou Lian Cheng Yihao Information Technology Co. Ltd.


Adakah munasabah kos per kilometer ECRL adalah bersamaan dengan RM92 juta?
Kontrak EPC (ECRL) diberikan kepada China Komunikasi Construction Company Ltd (CCCC), manakala perjanjian pembiayaan dengan Export Import Bank of China (EXIM).

Apabila siap, Dr Mohd Irwan berkata bahawa ECRL akan meningkatkan daya saing produk dari Pantai Timur kerana kos pengangkutan dikurangkan, dan meningkatkan pendapatan industri dan perniagaan terletak di sepanjang laluan kereta api itu.

“Jika anda meminjam di pasaran antarabangsa anda tidak akan mendapat kadar faedah yang rendah bahawa kita akan dapat. Kami belum dimuktamadkan (butir-butir) tetapi kita akan menjadi sangat kompetitif (kadar) dan tempoh bayaran balik kami menjangka akan 20 tahun,”katanya yang menambah, mengatakan bahawa keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada China adalah disebabkan oleh terma yang menggalakkan ditawarkan .

Kerajaan berharap untuk mempunyai projek ECRL dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini dalam usaha untuk pembinaan bermula awal tahun 2017. Dalam Bajet 2017 baru-baru ini, PM mengumumkan peruntukan RM55 bilion untuk pembangunan ECRL, yang akan bermula dari Port Klang, menghubungkan bandar-bandar seperti ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan akan berakhir di Tumpat.

Kotroversi Syarikat China

China Communications Construction Company (CCCC) yang diberikan untuk projek ECRL kos anggaran RM55 Billion adalah sebuah syarikat yang bermasalah.

Antara maklumat yang ditemui melalui carian atas talian adalah antara maklumat seperti berikut;
http://www.monitor.co.ug/News/National/World-Bank-blacklisted-company-hired-to-build-Entebbe-Highway/688334-1723822-iixibez/index.html

http://themaharlikan.info/news/chinese-firms-who-will-build-ph-railway-is-currently-under-blacklist-for-corruption/

http://www.worldbank.org/en/news/press-release/2011/07/29/world-bank-applies-2009-debarment-to-china-communications-construction-company-limited-for-fraud-in-philippines-roads-project.

Secara ringkasannya, pada 29 Julai 2011, Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak-anak syarikatnya dari dibenarkan untuk mendapatkan sebarang bentuk pinjaman menerusi Bank Dunia mahupun agensi berkaitan Bank Dunia kerana amalan penipuan.


Amalan yang membahayakan keselamatan itu ditemui dalam projek berskala besar iaitu Fasa Satu, Penambahbaik & Pengurusan Projek Lebuhraya Nasional, Filipina.

Bank dunia telah menyenaraihitamkan (debarment) CCCC selama 8 tahun dari 12 Januari 2009 hingga 12 Januari 2017, atas dakwaan mengamalkan penipuan (fraudulent practices).

Ia adalah kerana CCCC adalah entiti pelaksaana yang ditetapkan (designated successor entity)
kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC) yang terbabit dengan pembinaan jalan saraya dan jambatan.

CCCC juga disenaraihitamkan oleh Bank Pembangunan Afika (African Development Bank) dan beberapa bank lain termasuk, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank for Reconstruction and Development.

Syarikat itu juga dilaporkan termasuk dalam dua senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan projek landasan keretapi Iran-Armenia.
Agensi berita Bloomberg melaporkan China, sejak 2007 hingga 2012, telah mengalami sekurang-kurangnya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian. Salah satu jambatan terpanjang di Utara China runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina.

Suatu rahsia umum yang pahit untuk diterima adalah kelebihan syarikat-syarikat China berbanding syarikat-syarikat Barat, mereka lebih mahir dalam merasuah pegawai-pegawai kerajaan.

Kontroversi Perbelanjaan Yang Begitu Besar

Mengikut laporan akhbar, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman mudah ‘soft loan’ sebanyak RM55 bilion daripada EXIM bank of China.

Mengikut laporan lagi, ia disifatkan sebagai merupakan tawaran terbersar Malaysia dalam satu perjanjian dengan sebuah syarikat di China.

Jumlah tersebut diumumkan Najib di Parlimen pada pembentangan Bajet yang menegaskan kos ECRL sepanjang 620km dari Kuala Lumpur ke Tumpat itu adalah RM55 bilion.
Maka persoalan yang ditimbulkan adalah adakah kos itu munasabah?

Kos pembinaan projek jalan keretapi adalah berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor, umpamanya, faktor geografi, pembinaan jambatan, pembinaan terowong, pengambilan tanah dan sebagainya.

Jika dikaji secara kasar, RM55 bilion dibahagikan kepada 600km, kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.


Projek jalan keretapi Yichang Railway. Sebuah Jambatan Sungai Yangtze berhampiran perhentian timur Railway Inn Yichang .

Sebaliknya, merujuk satu projek landasan keretapi di China, jalan keretapi Yincang-Wanzhou
(Yichang-Wanzhou Railway) yang disifatkan projek landasan kereta api yang paling sukar yang pernah dibina di China.

Ia juga disebutkan sebagai antara projek landasan rel yang paling mahal di dunia.
Landasan keretapi yang sepanjang 377km itu, 288km adalah di atas jambatan atau di dalam terowong. Ia boleh disemak melalu wikipedia:

https://en.wikipedia.org/wiki/Yichang%E2%88%92Wanzhou_Railway

“The 377 km (234 mi) long[4] railway crosses the remarkably difficult terrain of southwestern Hubei and the eastern part of the Chongqing Municipality (Wanzhou District). The region has numerous mountains and is sometimes referred to as “the eastern edge” of the Yunnan-Guizhou Plateau.
[
Owing to the difficult terrain, the project involves a large number of bridges (including two over the Yangtze River: the Wanzhou Railway Bridge and the Yichang Railway Bridge) and tunnels. Out of the line’s total 377 km (234 mi) length, 288 km (179 mi) runs on bridges or in tunnels. This made the line the most difficult and the most expensive (per kilometre) of all China’s railways to date. At a cost of U.S. $9.01 million per kilometre, the per-kilometre construction costs were twice as high as those for the Qinghai–Tibet Railway which cost U.S. $4.35 million per kilometre.”

Selain itu, Qinghai-Tibet Railway juga merupakan landasan keretapi yang sangat susah dibina kerana ia berada di kawasan gunung dan cuaca yang terlampau sejuk.

Jika dibandingkan kos pembinaan jalan keretapi Yincang-Wanzhou dengan RM36 juta per kilometer, dan ‘Qinghai-Tibet railway’ yang berharga RM17 juta per kilometer, maka ECRL adalah 250% dan 540% lebih mahal daripada projek yang “paling mahal di China”.

Mengikut laporan ‘YiChang-Wanzhou railway’ adalah disifatkan antara projek yang paling mahal di dunia kerana cabaran kejuruteraan projek tersebut. Maka, adakah ECRL bakal menjadi projek termahal di dunia?

Projek ECRL yang begitu mahal, menimbulkan persoalan ia merupakan projek yang sengaja dilambung harganya?

Justeru, ia menimbulkan syak wasangka lebihan wang yang sengaja dinaikkan harga itu ada untuk membayar hutang-hutang 1MDB.

Kos sebenar ECRL dilaporkan hanyalah RM27 bilion sahaja!

Sumber BO - 3-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Lif Rosak PPR Padang Hiliran Masih Belum Dibaiki

KUALA TERENGGANU – Kerosakkan lif yang berlaku di rumah pangsa (flat) PPR Padang Hiliran sejak Julai lalu, masih tiada jalan penyelesaian hingga ke hari ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Bandar Khairuddin Muhamad, beliau telah membuat tinjauan ke kawasan perumahan tersebut apabila mandapat aduan dari penduduk.

“kami daripada Pemuda PAS DUN Bandar sekali lagi turun meninjau serta menyantuni permasalahan penghuni flat tersebut,


Flat PPR setinggi 17 tingkat dan baru beroperasi,  diduduki hampir tiga tahun itu mempunyai tiga blok keseluruhan serta terdapat sebanyak tiga unit lif untuk setiap blok.

“dan kami dapati kesemua lif pada ketiga-tiga blok flat tersebut sering mengalami kerosakkan yang berulang-ulang terutama lif di blok C,

“Malah, dua unit lif di blok C sudah tidak berfungsi semenjak Aidilfitri lepas,”jelasnya kepada pihak media semalam, Selasa 1 November.

Katanya, ia menimbulkan kesusahan para penduduk dan pihak bomba sudah bekali-kali dikejarkan ke flat terbabit untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap dalam lif yang rosak.

“Seorang perempuan warga emas yang sempat kami temui meluahkan rasa kecewa kerana masalah ini dipandang ‘sambil lewa’ oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Beliau yang tinggal ditingkat sembilan terpaksa berulang-alik dengan hanya menggunakan tangga,”kata beliau.

Keadaan itu juga, kata beliau, membuatkan para penghuni merasa bimbang dan takut untuk menggunakan lif terutamanya kepada warga emas serta kanak-kanak.

“apa yang menjadi ‘musykil’ pihak kami adalah…….kami dimaklukan bahawa kos penyelenggaraan flat ditanggung oleh penghuni sebanyak RM50 setiap bulan,


“jadi ke manakah perginya wang tersebut? Mengapakah flat yang rosak belum dibaiki sepenuhnya sehingga ia dapat berfungsi dengan selamat?,”soal beliau.

Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan, aduan demi aduan sudah dibuat kepada pihak urus selenggara flat iaitu P-Excell Management Sdn. Bhd. namun hingga sekarang tiada lagi tindakan susulan dibuat.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menyelesaikan segera masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit.

“kami mengharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera bagi menjaga kebajikan penghuni flat berkenaan.

“Bukan hanya bertindak apabila hampirnya pilihanraya sebagai ‘sogokan’ kepada rakyat,”tegasnya.

Berita Sebelum ini;

Baiki Segera Lif Rosak Di PPR Padang Hiliran

 PPR Hiliran; Rakyat Mangsa Politik Murahan Umno Terengganu

Sumber BO - 2-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Santuni Warga India

KUALA TERENGGANU – Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Kuala Terengganu menyantuni warga emas kaum India yang miskin ketika sambutan hari Deepavalinya.

Ketuanya, Puan Zulaidah Idris berkata meski pun kaum India sangat minoriti yang terdapat di negeri ini tetapi tidak dipinggirkan.

Katanya, sempena Deepavali pihak Lajnah Perpaduan Nasional telah mengenal pasti beberapa orang warga emas dan ibu tunggal India yang dhaif.

Menurutnya, PAS sebuah parti yang ‘berkebajikan’ tetapi peduli terhadap semua kaum Melayu, Cina dan India.

“Sebab itu, hari ini sempena mereka (kaum India) menyambut Deepavali yang menjadi hak mereka.

Kami (Muslimat PAS) telah mengenal pasti mereka itu yang miskin, dhaif dan ibu tunggal yang perlu dibantu.

“Mereka ini tidak ramai, minoriti sahaja tetapi kita (PAS) tetap cakna dan prihatin dengan semua rakyat yang berbilang kaum,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ziarah bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, di Flat Bukit Kechil, Kuala Terengganu pada 29 Oktober lalu.

Hadir bersama rombongan itu, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat.

Sehubungan itu, seorang warga emas Puan Govindamal, 66, merakamkan ucapan terima kasih kepada DHPP dan Muslimat PAS.

Menurut beliau yang juga seorang ibu tunggal tinggal menyewa di flat berkenaan bersama empat orang cucu sejak 30 tahun lalu.

“Terima kasih semua kepada DHPP dan PAS (Muslimat) kerana sudi datang beri kami hadiah (hamper) ini.

“Saya (orang) susah, sewa rumah ini sebulan RM250.00 tetapi bantuan (Jabatan Kebajikan Masyarakat) hanya dapat RM200.00 sebulan dan tidak cukup untuk sara hidup,” ujarnya.

Manakala, Dr B.Chandran berkata pihak DHPP Terengganu akan berusaha menyediakan sumbangan tetap bulanan kepada Puan Govindamal.

Katanya, meski pun kaum India tidak ramai di negeri ini tetapi kebajikan golongan tertentu perlu diberi perhatian.

“Kita (India) juga diajar oleh agama (Hindu) untuk buat baik sesama manusia dan tolong-menolong demi perpaduan kaum dalam masyarakat.

“Terima kasih juga kepada pihak LPN Muslimat PAS Kuala Terengganu yang prihatin dan cakna kepada kaum India ini,” ujarnya.

Turut sama menziarahi kaum India dalam program tersebut ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah.

Sumber BO - 2-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersabarlah…….Semoga Allah Beri Kelebihan

DUNGUN – Tiada perkataan lain yang dapat diucapkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, selain beliau minta bersabar dan redha dengan ujian dari Allah.

“Bersabarlah…..semoga diberi kelebihan oleh Allah……..,”kata beliau ketika menziarah Muhammad Fahzan Izani bin Ibrahim, 35, di kampung Paya Dusun, Batu Lima Dungun, dekat sini, semalam.
Muhammad Fahzan telah menderita, mengidap sakit kanser paru-paru yang kronik, tahap empat sejak tahun 2014 yang lalu.

Beliau yang sebelum ini berkerja sebagai pengurus operasi di syarikat Imtiyaz Travel di Kuala Terengganu terpaksa berhenti disebabkan masalah kesihatannya.


Hidupnya pasrah, kerana masih mempunyai tiga orang anak yang perlu dididik dan dibesarkan.

Yang sulong berusia tujuh tahun dan belajar di Sekolah Rendah Sultan Omar dan yang kedua umur lma tahun belajar di PASTI Masjid Lama Kampung Sura serta yang bongsu masih berumur tiga tahun.

Keluarga Muhammad Fahzan umpama ‘sudah jatuh’ di tumpatangga, apabila isterinya yang hanya bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di Sekolah Rendah Sultan Omar, disahkan pembantu mengalami penyakit Leukemia tahap satu.

Sebelum beredar dari rumah itu, Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka menghulurkan sedikit sumbangan peribadi beliau untuk meringankan bebanan keluarga tersebut.

Menurutnya, sesiapa yang berhajat untuk membantu, mengurangkan penderitaan keluarga Muhammad Fahzan, bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas, menghubungi beliau sendiri di talian 019-9185296 atau terus disalurkan ke Akaun Maybank No: 563091005313 atas nama beliau sendiri.

Sumber BO -  1-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017; Leptospirosis Mungkin Menjadi Ancaman!

Menjelang ‘Tahun Melawat Terengganu 2017’ yang akan bermula pada Januari depana, berita Pengerusi Kumpulan Kembara Terengganu (Terengganu Adventure Group -TAG) dimasukkan ke Kecemasan Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganutidak boleh dipandang rimgan.

Wan Mohd Adib Wan Zain, yang menjadi jurucakap bagi ‘kluster’ Rekreasi Dan Gaya Hidup Sihat pada Kongres Rakyat Ogos lalu, disahkan mengalami jangkitan virus leptospirosis atau kencing tikus.

Kira-kira dua minggu lalu, beliau yang ditemui seusai solat Jumaat di masjid Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun memberitahu dalam perjalanan bersama Kumpulannya ke Sungai Kelmin 3, untuk program rekreasi dan riadah.

“Kebetulan pula…….saya pun nak ke Sungai Kelmin, tapi sebelah atas lagi,”ujarnya ringkas, selepas mengetahui saya juga akan destinasi yang sama, tetapi lokasi yang berbeza.

Selepas itu kami berpisah, saya meneruskan perjalanan bersama Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team – PAKAT), untuk membuat liputan Kembara Santai bersama Ketua Polis Daerah (KPD).

Ketika sampai di lokas perkhemahan kami, KPD Kemaman Mohd Said Ibrahim memberikan peringatan kepada semua peserta Kembara agar menjaga kebersihan dan jangan membuang sisa makanan merata-rata.

“ini yang menyebabkan tikus datang…..sebab ada sisa makanan…….sebab itu virus leptospirosis atau kencing tikus merebak,”ujar beliau.

Samada secara kebetulan atau hakikat kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah, Wan Din kini terlantar di wad kecemasan.

Saya dimaklumkan, doktor yang merawat beliau menyatakan, jantung dan hati beliau telah dijangkiti kuman, virus tersebut.

Saya berdoa kepada Allah, semoga Setiausaha Majlis Tindakan DUN Paka itu, berikan lah kesembuhan dan tidak meninggalkan sebarang mudharat.

Jangkitan kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan.

Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan boleh membawa maut.

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus, namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan.

Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.

Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Tanda atau gejala jangkitan kencing tikus terbahagi kepada beberapa fasa dan yang pertama ketika pengeraman di antara dua hingga 26 hari.

Mereka yang dijangkiti anak mula merasa demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
Selain itu, pesakit akan mendapat batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.

Radang selaput mata juga adalah sebahagian gejalanya dan pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Selain Wan Adib, beberapa bulan lalu seorang anggota Jabatan Amal dari Kuala Nerus juga pernah dijangkit virus yang sama, sekembalinya dari perkelahan sektar Tasik Kenyir.

Alhamdulilah, beliau kini sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.

Pada 16 September 2016 lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, pengusaha premis seperti kedai makan, restoran dan kantin yang biasanya menjadi tumpuan populasi tikus juga wajib mengutamakan aspek kebersihan termasuk menutup pinggan dan bekas makanan serta minuman yang telah dibasuh dan melupuskan sisa makanan.

Beliau meminta masyarakat menjaga kebersihan termasuk bahagian dapur rumah kediaman mereka bagi mengelak jangkitan bakteria kencing tikus atau leptospirosis kerana jangkitan boleh berlaku sama ada jika terminum atau menyentuh air kencing tikus tanpa disedari.

Menurutnya, dari Januari hingga 31 Ogos lalu, jumlah kes yang disyaki leptospirosis dilaporkan sebanyak 441 kes dan daripada jumlah itu 158 kes (36 peratus) adalah disahkan positif melalui ujian makmal dan terdapat peningkatan kes (yang disahkan oleh ujian makmal) sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.


“Paling membimbangkan sekiranya berlaku wabak tetapi sepanjang tahun ini, terdapat hanya dua kejadian wabak yang dilaporkan, iaitu pada awal tahun melibatkan tiga kes dari dua keluarga berjiran di Daerah Marang di mana sumber jangkitan berkemungkinan daripada pendedahan kepada lopak air di sekitar kawasan rumah.

“Manakala kedua berlaku di sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Daerah Setiu pada Mei lalu melibatkan tiga kes yang disahkan melalui ujian makmal. Manakala bagi kes-kes ‘sporadic’ (tidak ada kena-mengena), hanya melibatkan lima kes (3.3 peratus) daripada jumlah yang dilaporkan mempunyai sejarah ke tempat rekreasi.

“Sebab majoriti kes-kes (sporadic) mempunyai sejarah risiko pendedahan pada persekitaran rumah. Setakat ini, terdapat hanya satu kes kematian leptospirosis di melibatkan seorang pekerja Indonesia dari sebuah Ladang Sawit di Kemaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Juteru itu, pihak berwajib perlu mengambil tindakan sewajarnya, meletakkan ‘faktor kebersihan’ sebagai syarat dan termayang perlu diutamakan, menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.

Tidak ada majnyanya, merangka agenda yang hebat-hebat, namun lokasi tumpuan utama pelancong yang bakal mengunjungi Darul Iman tidak menepati ciri negeri yang beriman, kerana sesungguhnya ‘Kebersihan itu sebahagian daripada Iman’.

Sumber BO - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Refomasikan Bola Sepak Terengganu!

Oleh : Syed Khairi Ameir

Florentino Perez bukanlah pemilik Real Madrid CF. Beliau dipilih oleh lebih kurang 80k ahli kelab yang di panggil ‘socios’. Di Real Madrid presiden dan staf hanyalah pelaksana. Kepemilikan ada di tangan anggotanya. Tidak menghairankan jika Los Merengues di sebut antara kelab yang paling demokraktik di dunia.

Selain daripada Real Madrid terdapat beberapa kelab lagi yang model kepemilikannya ala-ala koperasi iaitu Barcelona, Athletic Bilbao dan Osasuna.


Sedikit berlainan dengan koperasi, socios tidak menerima deviden. Mereka hanya mempunyai kuasa penuh untuk memilih dan menurunkan presiden kelab. Sistem ini dipakai sejak 1902. ‘Socios’ wajib membayar yuran tahunan.

Merekalah aset utama kelab sehingga Madrid hampir tidak pasti akan bankrup. Sehingga kini Los Merengues tercatat sebagai kelab terkaya di dunia mengalahkan Manchester United!!!.

Dulu para socios adalah sumber utama dana kelab. Sekarang tidak lagi. Sumber dana utama beralih ke hak penyiaran, sponsorship dan penjualan merchandise. Walaupun demikian, kekuasaan kelab tetap di tangan mereka

Ini adalah sebahagian dari contoh yang boleh diambil oleh PBSNT dalam mengukuhkan dana mereka. Tidak perlu mengharapkan duit dari Kerajaan negeri. Jika kuasa kewangan yang kukuh sudah pasti dapat melaksanakan program-program pembangunan bolasepak dari peringkat akar umbi. Tidak akan timbul gaji pemain lambat dibayar, KWSP pemain tertunggak dan sebagainya.
Selepas ini akan dikongsi bagaimana pula model kewangan Arsenal FC.

***Syed Khairi Ameir ialah Timbalan Ketua Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Sumber BO - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































Besar pahala orang berjuang mengubah sistem

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43044-besar-pahala-orang-berjuang-mengubah-sistem

Mengubah sistem politik dan pemerintahan sehingga manusia mengikut sistem Islam adalah satu bentuk jhad yang besar. Demikian ditegaskan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dalam kuliah Maghrib di Surau Kampung Jaya, Chukai, Kemaman pada hari Khamis malam Jumaat, 27 Oktober 2016 baru-baru ini dalam siri lawatannya ke Kemaman, meliputi pelancaran jentera pilihan raya Dewan Muslimat PAS pada petangnya, kuliah Maghrib dan ceramah umum pada malamnya.

Beliau membacakan firman Allah dari surah at-Taubah yang mengingatkan orang beriman agar sedia untuk berangka ke medan perjuangan sama ada ketika ringan ataupun berat. Ayat ini menjadi peringatan buat orang yang tidak ingin berjuang dan sengaja mencari alasan untuk mengelak. Jihad menegakkan agama adalah sesuatu yang besar. Allah perintah supaya berkorban dengan harta dan nyawa. Orang yang sanggup korbankan sesuatu ialah kerana sayangkan sesuatu. Orang yang tahu nilai sesuatu, dia akan pertahankannya. Maka, pengorbanan akan berlaku apabila kita tahu nilai sesuatu.

Beliau juga menekankan bahawa tahap pengorbanan bergantung dengan sifat yakin. Sifat yakin pula bergantung dengan iman. Iman paling hebat berada di zaman Nabi SAW. Kurun terbaik ialah kurun Nabi, kemudian selepasnya dan kemudian berlaku pembohongan. Dalam surah al-Waqiah, Allah sifatkan golongan almuqarrabun (yang hampir dengan Allah), tetapi mereka ramai dari kalangan terdahulu, dan sedikit dari kalangan orang kemudian. Para sahabat berebut mencari kebaikan, sama ada dalam ibadat, jihad, sumbangan duit, harta-benda dan sebagainya.

Datuk Tuan juga menyebut bahawa Islam datang dengan mesej rahmat. Tetapi kenapa Islam diperangi? Nabi adalah orang paling baik atas dunia. Logiknya beliau tidak ada musuh. Namun, bukan sahaja Baginda SAW, bahkan semua Nabi didustakan oleh kaum masing-masing.

PAS nak bawa Islam. Ia datang dari keyakinan. Keyakinan tentang tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Nabi. Ia ditanam oleh Nabi dalam diri sahabat.

Justeru, jadilah petugas Islam untuk mengubah sistem. Pahalanya sangat besar. Nabi sebut para sahabat yang masuk syurga: Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah dan lain-lain. Semua mereka adalah sama ada khalifah atau menjadi gabenor di zaman kemudiannya. Kesemua mereka ahli politik. Politik yang tiada Tuhan, kotor. Ekonomi pun begitu. Politik Islam berteras kepada ketuhanan. Masih ada yang masuk masjid tapi tidak terima politik Islam. Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah sebut: ‘Terimakasih kepada pengundi PAS, kerana PAS Kelantan dapat laksana hukum syarak. Besar pahala orang yang mengundi PAS hingga Islam dapat dilaksanakan dalam bentuk sistem pemerintahan’. Oleh itu mengubah sistem hingga manusia ikut Islam adalah bentuk jihad yang besar.

Allah juga tidak akan biarkan gerakan Islam begitu sahaja. Dalam sirah, Aisyah pernah difitnah, tersebar berita palsu. Allah turunkan ayat bersihkan Aisyah selepas lebih 40 hari. Kenapa Allah tidak turunkan ayat dengan segera? Ia berlaku dengan penuh hikmah, agar boleh dikenal mana munafiq dan mana mukmin. Begitu juga supaya mukmin tolak segera berita palsu. Hari ini berita palsu tersebar terhadap Presiden PAS. Tolaklah berita palsu itu, termasuk kononnya PAS terima wang dari pihak lain.

Timbalan Presiden PAS itu juga menasihatkan agar penyokong perjuangan Islam mesti ada ciri-ciri khusus yang terbeza dari orang lain: Allah sayang dia, dia sayang Allah, rendah hina terhadap mukmin, tegas terhadap kafir yang menentang, jihad di jalan Allah, tidak takut celaan orang yang mencela.

Kita jangan tengok sahaja orang lain buat kerja Islam. Kita kena rasa sedih kerana tidak buat kerja untuk menangkan Islam. Keputusan sudah ada di Lauh Mahfuz, tetapi kita diperintah untuk berusaha dan berikhtiar. Usaha dengan tenaga, ikhtiar dengan idea, doa, serah kepada Allah. Contoh, Tok Guru Presiden PAS bawa usul pindaan RUU355, kita hanya berusaha, cari redha Allah, serah kepada Allah. Jangan hiraukan pelbagai komen negatif.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Timbalan YDP PAS Kemaman

Sumber HD - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Pandang Serius Dakwaan Rasuah di JHEAT

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memandang serius perkembangan yang tidak sihat iaitu, rasuah yang didakwa berlaku dikalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia bukan setakat dakwaan biasa, malah kertas siasatan dan penahanan beberapa orang kakitangan JHEAT telahpun dilakukan bagi membantu siasatan dan ada juga yang telah dihadapkan ke mahkamah.

“Ada dua kes yang besar yang ingin PAS Terengganu berikan perhatian, iaitu kes penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini yang melibatkan tuntutan sebanyak lebih RM1 juta,

“serta kes pemalsuan surat dan kad nikah. Atas hal ini, beberapa individu telah dibawa ke mahkamah bagi sebutan kes,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS Terengganu memandang serius perkara yang berlaku kerana ianya boleh membawa kepada runtuhnya kepercayaan rakyat terhadap agama Islam.


“apabila pihak yang dipercayai menjaga agama Islam, menyeleweng dari landasannya kerana terpedaya dengan wang,

“PAS Terengganu berharap agar akan ada pihak yang akan dipertanggungjawabkan dalam kes kehilangan wang rakyat Terengganu ini,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diatas kejayaan itu, dengan harapan ia menjadi peringatan bagi yang masih mahu melakukakannya.

“Walau bagaimanapun PAS Terengganu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan SPRM dan mahkamah dalam menentukan keputusan terbaik berkaitan isu penyelewengan JHEAT ini,”tambah beliau.

Justeru beliau berharap ‘lumpur yang terpalit’ kepada JHEAT akibat perbuatan mereka yang ‘hina’ itu dapat diselesaikan segera, agar nama baik Islam terpelihara.

“PAS Terengganu tidak dapat menyembunyikan rasa kebimbangan yang teramat sekiranya agama Islam yang suci dan mulia serta tinggi ini, turut terpalit oleh kekotoran lumpur yang dibawa oleh golongan lain yang kononnya dikatakan sebagai pihak yang melindungi Islam,

“tetapi sebaliknya mereka sebenarnya sebagai pihak yang mengotori Islam itu. Apalagi jika ianya dijadikan sebagai modal oleh golongan pembenci Islam bagi menambahkan lagi nilai kebencian mereka,”ujar beliau lagi.

Sumber BO - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita Pencipta Sejarah!

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Semangat bekerja, dengan kesungguhan dan tekad yang kukuh serta azam yang kuat di jiwa, tidak mustahil bagi PAS mencipta sejarah kemenangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.


Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, jentera pilihan raya hendaklah bekerja lebih baik dengan jiwa yang kental dari kita semua.

“kerja kuat, bersemangat dengan tekad dan azam yang kukuh serta jiwa yang kental dari kita semua, in shaa Allah, kita mampu mencipta sejarah kemenangan,

“Walaupun kita berhadapan ada cabaran yang besar dengan adanya kem askar, polis dan macam- macam, termasuk beberapa kampung yang menjadi kubu kuat (Umno) di dunia ini, tidak menjadi halangan kepada kita,”tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Kaki Ke-14 di Markaz Tarbiyah Islamiyyah Seberang Takir (Martis) pada Khamis malam, 27 Oktober.

Katanya, ia tidak jadi halangan kerana dalam pilihan raya yang lepas empat daripada enam peti undi, telah dimenangi PAS, termasuk peti undi di kampung Menteri Besar sendiri.

“Itu (kejayaan yang) kita telah cipta, kita perlu menang di peti-peti undi yang lain lagi, selain mengekalkan empat yang telah kita menangi.”

“Apatah lagi undi Tok Jembal dan Kubang Badak terdapat sebahagian besar golongan elit dan terpelajar yang akan lebih mudah untuk mereka menerima kefahaman dan menyokong kita,”jelasnya.


Sebelum dari itu beliau menegaskan, kehadiran semua petugas pada malam ini sudah tentu akan dapat banyak input dan sekaligus suntikan semangat daripada pempinan negeri yang hadir.

Katanya, sebagai anggota di peringkat bawah, yang menerima amanah besar itu, perlu menyempurnakannya dengan baik, tanpa bertangguh atau berdalih dengan alasan dan membuang semua sikap negatif itu.

“Malam ini ada kesemua cawangan, dua cawangan baru dalam proses penajaan hadir.”
“Balik ke cawangan masing-masing membawa tugas besar untuk kita gerakkan kerja-kerja di hadapan kita dengan ikhlas dan amanah,”ujarnya.


Menurut beliau lagi walaupun sejak PRU 1 pada tahun 1959 hingaa PRU 13, kita tidak pernah menang walaupun sekali,akan tiba jua waktunya PAS akan menang.

Justeru, tanpa menoleh kebelakang, para petugas perlu bersungguh dengan kerja hari ini yang akan dilihat hasilnya oleh anak cucu pada masa akan datang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahari Mamat yang menyerahkan bendera PAS, kepasa ketua-ketua peti undi.


Sebelum pada itu di sebelah petangnya program ziarah penduduk dan program beramah mesra pemimpin telah diadakan dengan penduduk kampong.

Turut hadir memberi semangat kepada jentera ialah Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Negeri Terengganu merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Dr Alias Razak, TPJ 2 Tuan Haji Yahya Ali dan Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid.

Sumber  BO - 29-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEBAB ‘Curi Masa’ Anjur Hari Keluarga

PASIR PUTIH – Dalam kesibukan melaksanakan amanah masing-masing, kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu sempat ‘mencuri masa’ sehari semalam, berhimpun pada program ‘Hari Keluarga’ yang diadakan disebuah ‘resort’ di sini.


Pengerusi Kelab Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu (KEBAB) Ustaz Zakaria Dagang berkata, penting bagi meningkatkan produktiviti dan mutu kerja dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raha umum akan dating.

“kita harap dengan duduk di sini bersama sehari semalam dapat meningkatkan ukhuwah dan persefahaman serta kerjasama supaya dapat meningkatkan mutu kerja,

“di kalangan kakitangan terutamanya ketika membuat persiapan menghapai pilihan raya umum kali ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga itu, di sini petang semalam, Jumaat 28 Oktober.


Hadir dalam Majlis tersebut ialah Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu dan Setiausaha Dewan Ulamak Ustaz Abdullah Suhaimi bersama lebih 50 orang ahli keluarga KEBAB.

Sesi Ta’aruf pada sebelah semalamnya veria dengan kehadiran tetamu khas bekas kakitangan yang juga karyawan serta penulis, Mohd Nasir Awang.

Walaupun beliau masih uzur, namun tetap hadirkerana mahu mengenang kembali saat-saat berharga ketika bertugas lebih 10 tahun di pejabat PAS, di Taman Seri Intan.

Menceritakan pengalamannya, Nasir yang juga bekas editor dan penulis koum akhbar Harakah berkata, ‘detik-detik manis’ berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Wakil Rakyat dan Pegawai Arkib PAS Terengganu adalah ‘garis masa’ yang paling terkesan dalam hidupnya.


“saya mula berkhidmat sekitar tahun 1998 selepas balik ke Terengganu dan bertukar kerja dari editor Harakah,

“apabila PAS menang pada ahun 1999 saya berkhidmat sebagai Pegawai Wakil Rakyat dan kemudiannya sebagai Pegawai Arkib,

“sehingga saya mengundurkan diri pada tahun 2008, tempoh 10 tahun itu adalah waktu yang berharga salam hudp saya,”ujarnya, yang kini masih menjalani susulan ’kemo’ (Chemotherapy) bagi merawat kanser yang dihidapinya.

Seluruh kakitangan mendoakan beliau agar diberikan oleh Allah kesihatan dan dapat meneruskan semula khidmatnya.

Sumber BO - 29-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet 2017 – Alhamdulillah Gaji Naik?

Bajet 2017 yang baru sahaja dibentangkan di Parlimen oleh YAB Perdana Menteri kita baru-baru ini, boleh disifatkan sebagai gula-gula tahunan yang wajib diberikan kepada rakyat Malaysia. Pelbagai janji-janji manis yang ditabur dalam pembentangan bajet saban tahun sebagai indikasi kononnya ekonomi negara sedang berkembang pesat dan rakyat jangan ragu-ragu.

Tidaklah menjadi rahsia kepada kita bahawa, banyak peruntukan kerajaan yang lalu telah dipotong, lambat membuat bayaran kepada projek-projek tertentu yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh kontraktor kecil-kecilan. Ditambah lagi dengan kejatuhan harga minyak dunia yang mana sumber terbesar negara melalui Petronas bersama nilai ringgit, lebih menambah keperitan pengurusan kewangan negara. Pun begitu, kerajaan masih tidak mengaku akan keadaan parah yang telah disedari oleh rakyat, masih berpusing-pusing memberikan alasan.

Contoh terbaik kesan kejatuhan minyak ialah negeri Terengganu. Sebanyak 30 peratus bajet tahunan dipotong tahun lalu yang berjumlah kira-kira RM600 juta, sehinggakan tempias potongan itu turut terkena kepada adik-adik yang cemerlang didalam pelajaran mereka dengan pengumuman pemberhentian tajaan pelajar-pelajar cemerlang belajar ke luar negara. Ada jawapan daripada Exco pendidikan pada Sidang Dun Mac tahun ini, bahawa bayaran kepada pelajar yang sepatutnya dibayar pada Januari, masih belum dijelaskan walaupun ketika itu sudah memasuki bulan Mac.

Membayangkan betapa teruknya keadaan kewangan Terengganu, sehinggakan satu ketika, pendidikan turut dimanipulasikan.


Saya yakin, keadaan tidak banyak berubah tahun 2017 kerana sudah jelas, bajet pendidikan dipotong lagi tahun ini oleh kerajaan pusat, meninggalkan landasan yang jelas bahawa, amat tipis harapan oleh rakyat bagi kerajaan negeri menaikkan semula bajet pendidikan bagi anak-anak Terengganu yang cemerlang. Ditambah pula dengan harga minyak dunia yang tidak banyak berubah semenjak awal tahun ini, mungkinkah akan dipotong lagi peruntukan pendidikan negeri? Sepatutnya yang dipotong ialah bajet kepada PERMATA kendalian isteri YAB PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang saban tahun mendapat kenaikan peruntukan.

Semalam dinyatakan pula bahawa harga minyak masak melebihi satu kilogram akan dihapuskan subsidi. Hanya minyak yang beratnya satu kilogram kebawah bernilai RM2.50 sahaja yang masih dikekalkan subsidi. Umum mengetahui jika sesuatu yang berkaitan dengan barang keperluan naik harga, kesan berantai akan terjadi kepada barang-barang lain. Penghapusan subsidi minyak masak ini akan menyebabkan harga makanan akan naik dengan pelbagai alasan yang akan diberikan. Ketika itu kerajaan seperti biasa akan mengulangi skrip sama iaitu tindakan akan diambil kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang. Seorang dua akan ditangkap sebagai formaliti. Menteri akan turun buat pemantauan yang datang bersama gerombolan pegawai-pegawainya dan dengan penuh keyakinan memberitahu massa bahawa harga barang dalam keadaan terkawal.

Senario kedua yang bakal berlaku dengan kenaikan harga ini ialah para peniaga pastinya akan menggunakan semula minyak masak bagi menjimatkan kos operasi mereka dengan lebih kerap.

Bayangkan kesihatan kita yang terpaksa kita korbankan kerana kenaikan ini. Minyak masak yang diguna berkali-kali amat tidak baik bagi kesihatan kita. Sudahlah makanan mahal, kesihatan pula boleh terjejas. Juga boleh berlaku peningkatan permintaan kepada minyak kitar semula yang mungkin bercampur dengan minyak tidak halal. Memang kita boleh makan di rumah, tetapi bukan semua orang boleh, majoritinya tidak sempat terutama yang tinggal di kota raya. Dan yang menghairankan saya ialah, bagaimana peniaga mendapat maklumat kenaikan harga minyak masak bakal berlaku lantas mereka menyembunyikan bekalan? Perlukan kepada siasatan menyeluruh oleh pihak berwajib.
Akan tetapi tidak mengapa. Semuanya boleh diuruskan kerana rakyat mendapat kenaikan BR1M.

Bukan sahaja kakitangan mendapat kenaikan tahunan, rakyat biasa yang miskin juga mendapat kenaikan ‘gaji’ mereka. Dengan GST yang menekan golongan miskin, dan menyelamatkan golongan kaya, rakyat miskin tetap tidak kisah itu semua kerana BR1M telah dinaikkan. Syukur kata mereka.

Kemudian gula-gula ditabur lagi dengan menambah peruntukan dana-dana oleh kerajaan negeri terutamanya menjelang raya, awal persekolahan, menjadikan ianya seperti bonus kepada rakyat.

Tetapi malang bagi rakyat kerana tidak sedar Umno-BN mengutip semula wang itu menerusi GST, kenaikan harga barang, tol dan lain-lain.

Bangunlah rakyat sekelian. Jangan biarkan gula-gula ini menjadi punca penyakit kita. Ambil duit, ambil bantuan, ambil segala pemberian yang halal, itu duit kamu, tetapi jika mahu selamat, buang Umno-BN kerana punca penyakit terbesar dan kesusahan rakyat Malaysia ialah Umno-BN.

InsyaAllah PAS akan menggantikan Umno-BN dengan pemerintahan yang lebih adil berlandaskan al-Quran dan Sunnah insyaAllah. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
27 Muharram 1437 bersamaan 28 Oktober 2016

Sumber BO- 29-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Team Pok Lan Juara Sepak Takraw Pemuda Gerong

Oleh : Shafira

SETIU – Buat julung kalinya, Pemuda PAS Cawangan Gerong, Jabi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Kampung Gerong dengan penyertaan 10 pasukan bertanding pada pagi Jumaat 28 Oktober 2016 semalam.

Perlawanan yang telah diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Gerong yang dibina sendiri hasil inisiatif



PAS Cawangan Gerong berlangsung meriah secara santai dalam penuh suasana kekeluargaan.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika merasmikan kejohanan itu menyatakan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kesihatan jasmani serta rohani penganutnya. Sesuai dengan tuntutan fitrah manusia yang masing-masing mempunyai hobi serta minat.

“Islam meraikan semua ini dengan garisan panduan supaya ianya berjalan mengikut syariat,”kata beliau.

“Kita bersukan adalah untuk kesihatan dan merapatkan ukhuwwah sesama anak kampung.Anak Kampung Gerong memang berbakat besar dalam bidang sukan sepak takraw,

“Allahyarham Amir Saidin yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu adalah anak jati kampung ini yang pernah mewakili Negeri sebagai tekong pasukan SUKMA Terengganu,” Ujar Dr Azman lagi.

Pembuka gelanggang kejohanan ialah perlawanan antara Pasukan Veteran Gerong dengan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi turut sama mempamerkan kebolehannya bermain sepak takraw.

Acara sehari suntuk ini sampai ke kemuncaknya menjelang petang dengan perlawanan akhir yang mempertemukan Team Pok Lan menentang Team Jeri yang menyaksikan Team Pok Lan muncul juara.

Seterusnya, perlawanan itu di akhiri dengan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim.


sumber  BO - 29-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Impian Menetap Dirumah Sendiri Menjadi Realiti

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Penantian seorang ibu tunggal selama 12 tahun untuk tinggal di rumah sendiri yang lebih selesa, akhirnya menjadi kenyataan, selepas mendapat sebuah rumah hasil inisiatif PAS Dun Paka, menerusi Projek Baiti Jannati siap dibina di kampung sura Hujong secara gotong royong.


Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga Adun Paka, Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat kepada Pn. Rosma Musa47 sekeluarga di sini.

Beliau berkata, dia amat bersyukur dan rasa macam bermimpi apabila impian mereka sekeluarga untuk tinggal di rumah sendiri tercapai dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang suasana kemiskinan keluarga kami yang kematian suami Marzuki Sulong sejak 12 tahun lalu akibat serangan jantong.

Menurutnya, dengan gaji RM900.00 sebulan berkerja sebagai tukang sapu di dalam kawasan pagar Uitm Dungun, dan bantuan JKM RM300.00 sebulan, tidak mencukupi untuk menyara enam anak termasuk empat orang masih belajar,

“Sementara menunggu rumah baharu yang disumbangkan oleh Adun Paka , Markaz Ehsan dengan kerjasama Pas Cawangan Sura Hujong siap, kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu bersama-sama 6 orang anak.


PAS Dun Paka akan terus menjadikan kebajikan sebagai agenda utama walaupun tidak mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan, namun dengan keperihatinan PAS Dun Paka melalui Markaz Ehsan dengan kerjasama PAS Cawangan Sura Hujong maka rumah berkenaan dapat disiapkan dengan kos sekitar RM30,000.00.

Semenjak selepas pilihanraya ke-13 hingga sekarang PAS Dun paka telah berjaya menyumbangkan rumah kepada keluarga yang memerlukan sebanyak 14 buah melalui konsep gotong- royong.

Dengan pemberian sebuah rumah 3 bilik dan 2 bilik air, berkenaan sekurang-kurangnya ianya dapat memberikan semangat baru kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa

Sumber BO - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MACC Investigation On Embezzlement Cases Involving 

JHEAT Claims Amounting Over RM1 Million

KUALA TERENGGANU – The Terengganu branch of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today confirmed that they have opened 35 investigation papers on alleged embezzlement cases in the supply and installation of carpets at several mosques and suraus in the state.

State MACC director P. Ganason said they were currently in the final stage of preparing the papers before submitting it to the deputy public prosecutor for further action.

“Approximately 30 witnesses comprising mainly Terengganu Religious Affairs Department (JHEAT) staff, members of the public and contractors, have been called to facilitate in the investigations since we were alerted about the case early this year.”


He said this to reporters after attending the ground-breaking ceremony for the Terengganu MACC Office Complex project graced by MACC chief commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad at Mukim Kubang Parit, near here today.

Last Tuesday, JHEAT Commissioner, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim was reported to have exposed the alleged embezzlement cases involving claims amounting over RM1 million.

Meanwhile, Ganason said the Terengganu MACC had opened 51 investigation papers concerning white-collar crimes, including corruption, misappropriation of funds and abuse of power, in the state so far.

“Of the total, 14 arrests were made and 19 individuals have been charged in courts,” he said.
On the construction of the RM39.1 million complex, Ganason said it was expected to be ready by April 2019.

“It is hoped that with the completion of the new office complex, the public will find it easier to come and lodge a report at the MACC in the effort to prevent crimes of corruption, embezzlement or even abuse of power,” he added. — BERNAMA

Sumber BO - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Saya sedih, kena ajar orang Melayu tegak Islam - Dr Bala

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43007-saya-sedih-kena-ajar-orang-melayu-tegak-islam-dr-bala

SETIU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang telah bersama dengan perjuangan PAS ingin melahirkan dalam kalangan masyarakat bukan Islam agar ‘berfikiran’ Islam.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan berkata DHPP berusaha bagi membentuk pemikiran di kalangan bukan Islam dengan pemikiran Islam.

Namun, kata beliau itu bukan bermakna setiap orang bukan Islam mesti menukar anutan agama masing-masing dengan memeluk Islam.

“Bagi kita (DHPP) bila kita bersama PAS, banyak ditarbiah dan menerima dasar perjuangan PAS. Kita tahu, sebagai seorang bukan Islam kena menghormati kehendak dan keperluan orang Islam,” ujarnya pada sesi soal jawab Forum Perdana RUU Akta 355 “Biar Tahu Jangan Keliru” anjuran PAS Kawasan Setiu di Surau Tanjung Batu Rakit, semalam.

Dua ahli panel lain iaitu Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Peguam Syarei, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani sementara moderator ialah Ustaz Mohd Khairul Nizam Razali.

Menurut Dr Bala, penentangan orang bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 itu kerana terikut-ikut dengan segelintir orang Islam yang menentangnya.

“Orang bukan Islam menentang RUU Akta 355 itu kerana mereka terikut-ikut dengan tindakan segelintir orang Islam sendiri yang menentang RUU itu.

“Ada orang ingat saya ini ‘bodoh’ kerana menyokong RUU Akta 355. Saya sendiri pernah ditegur oleh seorang peguam sebuah parti politik pembangkang kerana menyokong RUU 355 itu sedangkan dia (peguam) sendiri tidak faham dengan RUU itu.

“Ini bukan soal undang-undang tetapi soal logik. RUU Akta 355 itu adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah hak orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Bagi kita orang bukan Islam kenapa kita hendak menentang?” soalnya kepada hadirin.

Katanya, undang-undang dan mahkamah syariah hari ini perlu diperkasakan semula melalui RUU Akta 355 bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

“Pelaksanaan mahkamah syariah hari ini di bawah kerajaan Umno yang ‘jahil’ ini menjadikan orang bukan Islam kurang yakin dengan undang-undang di mahkamah syariah, banyak kelemahannya yang perlu diperbaiki.

“Penentangan terhadap RUU Akta 355 itu kerana ianya dibentang oleh Ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi) dan jika (RUU Akta 355) dibentangkan oleh menteri, tak ada penentangan dan semua orang setuju belaka.

“DAP kena faham parti PAS, Parti Amanah Negara pun kena faham parti PAS. Sebab itu, mereka lari dari PAS sebab tidak faham dasar perjuangan parti PAS untuk menegakkan Islam.

“Niat untuk jadi ahli PAS adalah untuk menegakkan Islam, bukan hanya untuk menjatuhkan Umno. Ini tidak, untuk menjatuhkan Umno lari dari PAS. Sebab, apabila kita menegakkan Islam kemungkaran itu akan jatuh dengan sendirinya.

“Saya rasa sedih, sebab saya pula kena ajar orang Melayu untuk menegakkan Islam dan menyokong undang-undang Islam.

“Saya orang bukan Islam tetapi berfikiran Islam. Sebab untuk menjadi seseorang itu Islam bukan hak kita tetapi hak Allah SWT. Apa yang penting kita menghormati dan menghayati Islam lebih baik dari munafik-munafik yang menentang Islam,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masalah Dalaman PAS Selesai; Hanya Tiga Kawasan 

Adakan Mesyuarat Semula

BESUT – Krisis yang digembar-gemburkan melanda PAS, pada hakikatnya terlalu kecil apabila sebenarnya hanya tiga kawasan di seluruh negara yang perlu mengadakan mesyuarat agung sekali lagi.

“macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada PAS (tentang RUU 355)……ada yang kata PAS tak ada kerja lain…….bila PAS bawa ke Parlimen”

Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kawasan tersebut adalah, satu di Johor, satu di Melaka dan satu di Pulau Pinang.

“Saya diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan kawasan yang bermasalah……PAS Pusat telah menhhantar surat dan meminta kawasan-kawasan tersebut mengadakan mesyuarat semula,

“di Johor…….Kawasan Sri Gading, diadakan mesyuarat kerana tiga permpat Ahli Jawatan Kuasanya melatak jawatan dan keluar parti,

“bila diadakan mesyuarat………PAS menerima 56 borang penyertaan ahi baru di kawasan itu dan dapat diselesaikan,”jelasnya.


Beliau menyifatkan masalah dalaman PAS telah selesai dengan kebangkitan para pemuda dan penyertaan beramai-ramai ahli baru menyertai PAS.

Beliau mendedahkan perkara tersebut ketika menyampaikan ucaputama pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya DUN Hulu Besut, di Dewan Haji Salleh, Jertih semalam 26 Oktober.

Sementara itu, beliau berkata, tuduhan dan cacian serta tentangan beberapa pihak terhadap Rang Undang-undang Persendirian Pindaan Akta 355 (RUU 355) Mahkamah Syariah adalah kerana kemenangan Islam semakin hampir.

“macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada PAS (tentang RUU 355)……ada yang kata PAS tak ada kerja lain…….bila PAS ke Parlimen,


“(ada yang kata) kalau lulus maknanya ada kerjasana PAS dengan Umno……kalau tak lulus dia kata PAS kena tipu dengan Umno, bila kita bawa macam-macam tentangan,

“itu sebenarnya kemenangan Islam (PAS) sudah semakin hampir…….percayalah tuan-tuan sekalian!,”tegasnya.

Sehubungan itu, menurut beliau, pelbagai parti politik kini, menyatakan hasrat untuk bekerjasana dengan PAS, termasuk ‘orang-orang kecewa’ yang menubuhkan parti baharu.

“mereka hantar surat mahu berjumpa dengan pemimpin PAS…….menyatakan mahu bersama PAS dunia dan akhirat,”ujar beliau.


Hadir sama dalam Majlis Makan Malam tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulamak yang Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang, Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dr. Riduan Mohd Nor, Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar.

Kehadiran Dato’ Tuan Ibrahim di Majlis itu adalah dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke kawasan Besut.

Pada sebelah petangnya, Timbalan Presiden PAS bersama Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda telah menziarahi 10 buah rumah penduduk yang sakit dan uzur di Felda Tenang, Hulu Besut

Sumber BO - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuala Terengganu Car Boot Sale (KTC) Berdaya Maju

KUALA TERENGGANU – Kuala Terengganu Car Boot Sale (KTC) yang berjaya menarik ribuan pengunjung berdaya maju untuk diadakan sebagai program bulanan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKT)men Mohd Azrin Hj Mohd Aris berkata, program julu kalu yang diadakan, yang berlangsung semalam berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik dari awal hingga tamat program.

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

Katanya, ia adalah usaha selama dua bulan Pengarah Program Ahmad Sabri Yusof dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok, Jawatankuasa Surau Al Muttaqin dan Jabatan Amal serta para peserta KTC.

“Kami dari Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu (DPPKT) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

“Jasa kalian bertungkus lumus sejak dari dua bulan lepas moga-moga dihitung sebagai amal soleh. Terima kasih kepada tuan pengarah program berserta timbalan, Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok, Jawatankuasa Surau Al Muttaqin, Jabatan Amal dan tidak lupa para peserta KTC yang komited menyokong usaha ini,”ujarnya.

Menurutnya, tanpa kehadiran tetamu undangan, tidak mungkin karnival KTC menjadi semeria hingga dapat menarik ribuan pengunjung.

“Kehadiran Dr. Riduan Mohd Noor, Ust Kamaruzaman, Ust Azhar Idrus, Saiful Apek dan Nuar Al Khattab menjadikan KTC bualan umum terutama dalam media sosial,”jeasnya
Katanya DPPKT mendapat respon yang sangat baik dari penganjuran program tersebut.

“Respon positif kami terima daripada para peserta malahan ada yang mencadangkan supaya KTC dijadikan sebagai acara bulanan adalah sesuatu yang cukup baik dan akan dibincangkan sebaiknya oleh penganjur,”tambah beliau.

Sumber BO - 26-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sindiket pekerja asing punca pengangguran anak muda

      HARAKAHDAILY | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42980-sindiket-pekerja-asing-punca-pengangguran-anak-muda


Saya dikhabarkan bahawa terdapat satu serbuan yang dibuat oleh pihak Imigresen Terengganu terhadap kilang kimia yang terletak di Kawasan Perindustrian, Teluk Kalong, Kemaman pada petang semalam. Serbuan yang dibuat berikutan terdapat lebih 150 orang pekerja warga asing yang tidak diketahui statusnya bekerja di dalam sektor industri kimia (chemical plant) yang rata-ratanya bekerja di dalam kategori semi-skilled dan juga skilled worker seperti helper,  electrician dan juga welder. Susulan daripada operasi tersebut, pihak Imigresen berjaya menahan 157 pekerja asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar, Bangladesh, Indonesia serta Jepun yang berumur di antara 18 hingga 62 tahun. (sumber Berita Harian 25 Oktober 2016)

Saya mewakili PAS Terengganu mengucapkan syabas dan berterima kasih kepada pihak Imigresen khususnya yang telah pun menjalankan tugas dengan baik membanteras kegiatan kemasukkan warga asing yang tidak sah lebih-lebih lagi apabila melibatkan sektor industri kimia dan minyak dan gas yang saya kira merupakan sumber ataupun tempat untuk mencari rezeki bagi pekerja tempatan bagi golongan muda yang berada di kawasan sekitar juga di dalam negeri Terengganu ini khususnya.

Kalau kita lihat rekod kemasukan warga asing yang diambil daripada rekod akhbar Berita Harian pada 19 Oktober 2016, ianya sangat membimbangkan. Kira kira 41% daripada pekerja asing di negara ini adalah tanpa dokumen atau tanpa izin. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, setiap 10 pekerja asing yang sah, terdapat 7 lagi yang menyalahi undang-undang. Beliau juga berkata pada ketika ini terdapat 1.9 juta pekerja warga asing yang sah yang bekerja di negara ini dan pada tahun lalu beliau menyatakan bahawa kira kira 6.7 juta orang dianggarkan masuk secara haram dan tidak sah.

Ini adalah satu gejala yang parah dan kritikal kerana ia mampu memberikan kesan negatif kepada sosial ekonomi negara dan seterusnya boleh menyebabkan kadar pengangguran di kalangan pemuda dan juga warga tempatan meningkat dengan lebih parah. PAS Terengganu sentiasa komited dan memandang serius pada isu ini kerana ianya melibatkan ketidakstabilan ekonomi dan pembangunan sosial pada golongan remaja khususnya di Terengganu.

PAS Terengganu juga  berharap dan menyeru kepada pihak Kerajaan dan juga badan berwajib untuk terus bertanggungjawab memantau kontraktor-kontraktor yang terlibat yang sewenang-wenangnya menggunakan pekerja asing yang tidak sah di dalam sektor perindustrian di Kertih dan juga Kemaman.

Saya juga mendapat maklumat bahawa sebelum ini pekerja tempatan semi-skilled dibayar pada harga sekitar RM12-RM14 sejam akan tetapi kontraktor yang terlibat mengambil kesempatan membayar pada pekerja asing pada kadar yang sangat rendah iaitu RM8.00 sejam. Ini menyebakan peluang pekerjaan anak tempatan terkubur dan sekali gus menyebabkan kontaktor kecil-kecilan yang lain yang tidak terlibat tidak mampu untuk bersaing secara sihat dan professional.

PAS Terengganu juga menggesa kepada pihak kerajaan supaya lebih peka dan prihatin terhadap masalah ataupun suara anak tempatan, yang mana ramai di antara mereka kehilangan pekerjaan kerana faktor peluang pekerjaan yang agak tipis yang disebabkan oleh kemasukan warga asing di dalam industri kimia dan juga oil & gas.

Sewajarnya, Kerajaan Terengganu mesti segera menentukan polisi tertentu bagi memastikan keutamaan peluang pekerjaan untuk anak Terengganu di dalam sektor penting ini.

Sebelum mengakhiri, sekali lagi saya mewakili PAS Terengganu mengucapkan tahniah kepada pihak Imigresen Terengganu dan seterusnya menyeru kepada orang ramai supaya sama-sama kita membanteras kegiatan ini dengan melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat mana-mana kontraktor yang terlibat yang menyalahi undang-undang dalam pengambilan pekerja asing yang tidak sah lebih lebih lagi apabila ianya berlaku di kawasan Kertih dan Kemaman. Kita semua perlulah mengambil peranan ini dan juga perlulah bertangungjawab kerana anak-anak Terengganu dan rakyat Malaysia sepatutnya diberikan keutamaan dalam mana-mana pekerjaan, kalau bukan untuk kita mungkin untuk anak-anak dan cucu kita. Wallahuaklam.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
25 Muharram 1438 / 26 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerja Luar Biasa Untuk Hasil ‘Yang Luar Biasa’

Oleh : Che Ana

KUALA TERENGGANU – Para Muslimat PAS diseru bekerja dengan semangat luar biasa untuk dapatkan hasil yang ‘luar biasa’.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Terengganu, Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman berkata, ia adalah penting untuk melahirkan para petugas yang istiqomah dan sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan Islam

“hendaklah juga meningkatkan semangat juang yang tinggi dalam mendepani cabaran untuk mempertahankan kemenangan,

“juga perlu memperkasakan gerakerja parti di semua peringkat untuk melahirkan lebih ramai mujahidah yang istiqomah dan sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan Islam,”tegasnya.
Belau yang juga Pengarah Himpunan Mujahidah 4 berkata demikian pada Himpunan itu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ ) pada Sabtu 22 Oktober.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Skuad Khidmat dibawah seliaan LKK yang telah bersedia untuk gerakerja khidmat masyarakat.

Sehubungan itu, Puan Rahmah Ngah dari DUN Tepoh berkata mujahidah atau sukarelawan Muslimat ibarat ‘longgokan batu bata yang belum diikat’.
“(jika) disusun dengan campuran simen, air dan pasir akan tertegak sebuah bangunan yang gagah,

“setiap kita juga hendaklah sentiasa berdoa, munajat mohon diberi keteguhan hati juga hendaklah wala’ taat kepada pimpinan semua peringkat,”ujar beliau.

Ustazah Zaidah Awang, dari Bukit Tunggal pula berkata program Himpunan tersebut memberikan motivasi kepada para Muslimat.

“kita dapat mendengar amanat dan motivasi yang disampaikan oleh pucuk pimpinan terhadap tanggungjawab jihad dan pengorbanan,

“perlu kepada kerja yang sungguh untuk mencapai kemenangan dalam PRU 14,”katanya.

Manakala Ustazah Faridah Muda dari DUN Teluk Pasu berkata, program Himpunan Mujahidah itu merupakan satu ‘platform’ untuk pimpinan dan para petugas berukhuwah.

“Pemimpin bermesra dengan semua petugas parti yang (sama-sama) ikhlas melaksanakan tugas bagi memastikan supaya Islam dapat diamalkan secara ad-din,

“program sebegini dapat menghimpun mujahidah di semua peringkat bagi mendapat input yang jelas tentang tugas dan tanggungjawab dengan pimpinan tertinggi bagi menaikkan semangat baru”ujar beliau.

Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir pula, Ustazah Fadilah Mohamad berkata “walaupun tidak terlibat secara langsung dengan penganjuran Himpunan kali ini, namun program berjaya dilaksanakan dengan cemerlag]ng.

“ia menunjukkan kematangann dengan (himpunan) melibatkan semua entiti daripada muslimat veteran, Nisa’, Ameerah dan Gen3……….Tahniah kepada semua,”katanya.

Himpunan Mujahidah kali ini merupakan kali ke empat diadakan, yang sebelumnya berlangsung buat kali pertama pada tahun 2012, kali kedua 2013 dan kali ke tiga pada tahun 2014.

Sumber  BO - 26-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parlimen Besut ‘Sarang Dadah’?

Pada 6 Oktober lalu, dua adik-beradik, kedua-dua penjawat awam, adalah antara 50 orang yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah yang disyaki dalam Ops Tapis di beberapa buah kampung dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kedua-dua berusia 28 dan 33 tahun itu ditahan di rumah mereka di Kampung Bukit Kenak pada pukul 10 pagi Selasa.

Beliau berkata mereka dibawa ke Balai Polis Daerah Besut dan kemudiannya disahkan positif methamphetamine.

BESUT, 23 Okt — Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (tengah) menunjukkan sejumlah 1,679 pil kuda dan 15 paket syabu bernilai RM26,000 yang dirampas dari empat pengedar ekoran dua serbuan berasingan ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Besut hari ini.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Selepas pemeriksaan lanjut, kedua-dua mereka mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak tahun lepas,” katanya, sambil menambah bahawa salah seorang daripada mereka adalah pembantu am manakala pemandu lain yang.

Beliau berkata 23 anggota polis dan lima pegawai daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan terlibat dalam operasi 12 jam.

“Kami menahan 50 orang yang berumur antara 18 dan 53. Kesemua mereka telah ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya, sambil menambah bahawa suspek disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak sampai sebulan, pada Isnin 23 Oktober, polis menahan empat lelaki dan merampas dadah bernilai RM26,700 selepas menyerbu dua lokasi berasingan di Besut pada hari Rabu dan Sabtu.
Supt Mohd Zamri Mohd Rowi menerangkan, dalam serbuan pertama, dua suspek ditahan di sebuah premis di Jalan Alor Lintang pada pukul 8.30 pagi pada hari Rabu.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama, pasukan bahagian narkotik mendapati suspek pertama berusia 22, di atas katil di dalam salah satu bilik.

Pegawai-pegawai yang kemudiannya didapati 1,378 pil dipercayai dadah jenis methamphetamine bernilai RM13,000.

Seorang suspek kedua, berumur 36, turut ditahan selepas beliau kembali ke rumah.

“Anak buah saya merampas dua kereta jenis Proton Perdana dan sebuah Honda Civic, dan sebuah motosikal Honda EX5, yang dimiliki oleh kedua-dua suspek,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Zamri berkata kedua-dua suspek didapati positif methamphetamine.

“Suspek pertama mempunyai empat rekod lampau bagi kesalahan dadah,” katanya, sambil menambah bahawa kedua-dua individu tersebut kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam serbuan kedua pada hari Sabtu, dua lelaki, juga berusia 22 dan 36 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Awek sini pada 6 petang. Zamri berkata polis menemui 301 pil dipercayai menjadi bahan-bahan haram dan 15 paket dadah jenis syabu bernilai RM13,700. “Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Daerah Besut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Parlimen Besut adalah kubu kuat Umno di mana, wakli rakyatnya adalah sorang bekas Menteri Besar yang juga Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Sumber BO - 26-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haiwan penting tetapi manusia lebih utama

      HARAKAHDAILY | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42776-haiwan-penting-tetapi-manusia-lebih-utama


Cadangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi membina beberapa buah lagi hospital veterinar untuk menampung kekurangan bilangan hospital veterinar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur, menarik minat saya untuk berkongsi sedikit pendapat.

Dijangkakan cadangan ini yang tidak dinyatakan jumlahnya, akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan MOA akan berusaha menyediakan tiga atau empat buah hospital veterinar.

Tidak dinafikan, kita sebagai khalifah di bumi ini, perlu menjaga haiwan-haiwan yang juga adalah makhluk Allah bagi keseimbangan dan kitaran kehidupan kita semua. Namun harus diingat, kewajipan kita ke atas sesama manusia adalah jauh lebih utama.

Perlu dinyatakan di sini bahawa, perancangan membina Hospital Daerah Marang, hospital untuk manusia, telahpun bertahun-tahun dijanjikan, tetapi masih belum ditanam walau sebatang cerucukpun.

Hospital Dungun juga terpaksa melalui tempoh yang sangat panjang, bertukar Perdana Menteri sekalipun, masih belum disiapkan sepenuhnya sehingga kini.

Begitu juga dengan Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang sehingga kini, masih belum kelihatan papan tanda pembinaannya. Lebih menyayatkan hati, hospital-hospital yang sedia ada, masih belum dapat menampung sepenuhnya jumlah pesakit.

Di sesetengah wad, pesakit terpaksa berasak-asak kerana katil terpaksa ditambah bagi menampung kebanjiran pesakit. Pernah juga dilaporkan pesakit terpaksa tidur di atas tilam di lantai kerana katil di wad telah penuh.

Bukan salah pihak pengurusan hospital kerana terpaksa melakukan ini. Mereka sangat profesional dalam memenuhi tanggungjawab mereka kepada pesakit. Mereka berusaha juga walau dalam keadaan tersepit, menyediakan khidmat yang terbaik, menggalas amanah yang diberikan kepada mereka. Tetapi isu ini perlu kita kembali melihat kepada kebertanggungjawaban kerajaan yang memerintah.

Dengan suasana maklumat yang begitu mudah diterima, amat mustahil kerajaan tidak peka dengan apa yang berlaku di hospital-hospital milik mereka. Secara lojiknya, semakin bertambah jumlah penduduk, maka akan semakin ramailah pesakit.

Maka dengan ini, PAS amat berharap agar keutamaan diberikan kepada manusia terlebih dahulu berbanding haiwan. Segerakan pembinaan hospital-hospital keperluan manusia yang telah lama dijanjikan pembinaannya daripada cadangan pembinaan hospital veterinar ini.
Sungguh besar tanggungjawab kerajaan bagi memastikan kesihatan rakyatnya dipelihara. Apatah lagi jika sudah terlalu lama dijanjikan, tetapi masih belum tertunai. Wallahua’lam

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
9 Muharram 1438 / 10 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 10/10/2016S

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ijam, Munif Beri Motivasi Perjuangan, Pilihan Raya

Minggu lalu, pada Karnival DUN Jabi anak-anak muda di kawasan Setiu mendapat suntikan hiburan bermanfaat dan patuh syariah oleh Ijam Medicine, bekas vokalis kumpulan ‘rock’ yang berasal dari negeri Sembilan.

Norhizam Shair atau Ijam, pada Himpunan HARAP 3.3 di Marang tahun lalu bercerita tentang pengalaman hidupnya, dalam dunia ‘seni’ tanah air, yang telah ditinggalkannya.


Beliau berkata Allah telah menghijrahkan beliau dan memalingkan dirinya dari ‘dunia artis’ setelah didoakan oleh ibunya selama 20 tahun.
“nama saya Ijam, sekarang orang panggil saya Ustaz Ijam Medicine, saya dibesarkan di Singapura, bapa saya seorang imam,

“dalam keluarga saya seorang sahaja lelaki, diharapkan menjadikan anak yang soleh, tpi man itu tidak dapat diwarisi (oleh seorang anak) walaupun bapanya seorang ulama,”katnya ketika memperkenalkan dirinya di Karnival Jabi.

Oleh itu beliau, beliau menyeru ibu bapa yang hadir mendidik anak-anak bermula dengan ‘pangkal’ yang baik, kerana apabila anak-anak dewasa, permulaan yang baik itu akan menyelamatkan mereka dari sebarang dugaan.

Karnival DUN Jabi dianjurkan menjelang pilihan raya umum keli ke-14, yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Malam Khamis lalu, Himpunan HARAP 3.4 di Kemasik pula dimulakan dengan perasmian Karnival jualan dan disertai kemeriahannya dengan kehadiran Munif Hijjaz atau Mohd Munif bin Ahmad.

Berbeza daripada Ijam, Munif yang bergiat dalam dunia seni tanah air menganggotai Kumpulan Hijjaz merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid kontemporari.


Hijjaz ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, beliau pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun, yang berakar dari kumpulan dakwah ‘al-Arqam’.

Sewaktu membuka bicara pada Majlis pelancaran Karnival HARAP 3.4, Munif mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberikan ruang sebagai ‘pendakwah’ dalam bidang seni.

Beliau memberikan motivasi dan kata-kata semangat keapa anak-anak muda, untuk menghadapi pilihan raya umum akan dating.

“Syukur pada Allah Ta’ala, sebelum tu saya ucapkan terima kasih dan saya hormati dif-dif kehormat, YB )Dr Alias Razak) kita yang sudi datang pada malam ini,
“untuk bagi semanagat pada kita untuk hadapi pilihanraya yang akan datang,”kata Munif.
Munif menyeru agar, amanat yang diberikan dalam ucapan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr Alias Razak menjadi pedoman dalam menghadap PRU14.

“jadikan amanat yang YB berikan kepada kita………. jadikan sebagai satu panduan bekalan untuk kita bersemangat untuk hadapi pilihan raya yang akan dating, in sha Allah,
“telah diberikan panduuan yang terbaik untuk kita, jadi pilihlah yang terbaik…….berikan sokongan (kepada) yang tebaik, buatlah kerja dengan kuat,
“untuk kita mengharungi (memilih) kepimpinan masa hadapan,”tegasnya.

Sumber BO - 30-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Setiu Serah Memo Tuntut Ahli Parlimen Sokong RUU 355

Oleh : DMS

SETIU – Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kawasan Setiu mewakili seluruh ahli dan penyokong serta umat Islam uang cintakan syariah, telah mengadakan kunjungan hormat dan menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Setiu.

Memerondum menuntut agar YB Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh menyokong Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 yang telah di bentangkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada sidang parlimen April lalu.

Dalam pertemuan singkat itu, Che Mohamad telah menyatakan janji akan memberikan sokongan kepada pindaan akta 355 yang akan di baca kali ke dua di parlimen Oktober nanti.


“selagi kita ni orang Islam juga, maknanya kita kena sokonglah……satu kewajipan bagi orang Islamlah…….saya akan cabarlah semua yang ada yang mengaku mereka Islam,

“kena sokong dalam dalam apa keadaan sekalipun, siapa yang bawa (pindaan) tidak kira,”katanya ketika ditemuinya di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, bilau yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan di parlimen nanti.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir menyifatkan perjumpaan itu membuktikan PAS terbuka dalam isu berkepentingan bersama serta isu-isu melibatkan umat Islam serta sentiasa bersemuka dengan semua pihak.

“harapan kita agar ahli parlimen Setiu dapat mempengaruhi rakan-rakan ahli parlimen lain dari Umno khususnya dan Barisan Nasional dalam menyokong pindaan akta 355 ini.

“dan bagi pihak PAS Kawasan kita mengucapkan terima kasih atas janji beliau untuk mnyokong pindaan akta ini nanti.”

jelasnya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut

Sumber BO - 28-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Beri Khidmat Kesihatan Percuma

KUALA TERENGGANU – Setelah lebih tiga bulan pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu beroperasi dengan menyediakan khidmat kesihatan percuma, khidmat guaman percuma dan agihan makanan percuma kepada rakyat, kini operasinya lebih meluas.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Ahmad berkata operasi khidmat kesihatan, guaman dan makanan percuma akan diperluaskan sasarannya.


“Jika sebelum ini, kita (PAS) hanya buat di kawasan pejabat penyelaras sahaja tetapi kali ini kita buat di luar, di tempat tumpuan orang ramai.

“Setelah tiga bulan pejabat Penyelaras Ahli Parlimen Kuala Terengganu dibuka, kita cuba buat aktiviti di luar kawasan pejabat untuk mendapat sasaran yang lebih meluas.

“Kita pergi ke tempat tumpuan umum. Jika di Dun Bandar ini kita buat di Pasar Kedai Payang, untuk Dun Wakaf Mempelam di Pasar Borong Gong Pauh, untuk Dun Batu Burok di Pasar Gong Tok Nasek dan untuk Dun Ladang di Pasar Bukit Besar.

“Setiap sebulan sekali kita akan buat khidmat kesihatan percuma ini. Program khidmat guaman percuma kita masih kekal di pejabat, Insya’Allah,” ujarnya kepada ketika berada di lokasi Pasar Kedai Payang, Ahad 25 September.


Menurutnya, mungkin sampai satu peringkat khidmat kesihatan dan makanan percuma itu akan diadakan setiap minggu pula.

Ini kerana, katanya sambutan masyarakat cukup baik kepada PAS dalam suasana Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) ditolak majoriti rakyat.

“Program makanan percuma pun mungkin kita (PAS) akan buat seperti program kesihatan ini mengikut tempat tumpuan orang ramai. Sampai kepada satu peringkat kita akan buat setiap minggu pula, Insya’Allah.

“Sambutan masyarakat setempat cukup menggalakkan walau pun kita tidak buat hebahan awal. Di kalangan orang Melayu, Cina, orang tua, orang muda semua datang untuk mendapatkan khidmat kesihatan percuma dari PAS,” jelasnya. (Dapatkan naskah Harakah terbitan terbaru, untuk berita selanjutnya)

Sumber BO - 28-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dewan Ulamak PAS Terengganu Ziarah Pondok

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (DUPNT) melalui Lajnah Pendidikannya hari ini telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah ke beberapa pondok-pondok dan sekolah persendirian di sekitar Kuala Nerus.

Antara pondok-pondok yang diziarahi ialah Pondok Inabah di Kampung Sungai Ikan, Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Tok Jiring serta Pondok Madani di Bukit Wan.


Ketua Lajnah Pendidikan DUPNT, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Yang juga Adun Bukit Payung berkata, tujuan program ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara pengendali-pengendali sekolah pondok bagi membentuk satu persatuan sekolah-sekolah pondok.

Disamping itu juga, penyatuan ini juga akan memudahkan sekolah-sekolah pondok bertukar-tukar pendapat tentang masalah-masalah semasa serta hal-hal berkaitan sukatan pelajaran

“Tujuan kita adalah bagi mengeratkan ukhuwah serta jalinan antara semua sekolah-sekolah pondok di Terengganu.

Kita juga akan boleh bertukar-tukar fikiran berkenaan masalah-masalah serta sukatan pelajaran yang terbaik untuk kita guna,” jelas beliau mengenai tujuan program ini.

Mengenai masalah sekolah-sekolah pondok, beliau berkata kebanyakkan sekolah pondok mempunyai masalah yang hampir sama iaitu kekurangan dana serta tenaga pengajar.

Masalah juga berlaku kepada pelajar-pelajar kerana majoriti mereka Yang dihantar adalah yang agak kurang kekuatan dari segi pelajaran dan akhlak.


Manakala dari segi dana pula, ianya hanya bergantung kekuatan kepada yuran pelajar dan juga derma, zakat atau wakaf daripada orang ramai.

Namun begitu, ia tidak sama sekali mematahkan semangat pengendali-pengendali sekolah pondok atau juga dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu bagi memberikan yang terbaik sebagai khidmat mereka kepada masyarakat.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu memaklumkan bahawa, DUPNT sedang merangka satu himpunan besar-besaran khas bagi seluruh sekolah-sekolah pondok di Terengganu.

Himpunan itu bakal dijadikan sebagai tapak kepada permulaan bagi memperkasakan SAR-SAR agar dapat bergerak dengan lebih tersusun dan kemas lagi.

DUPNT akan menjemput beberapa tokoh ulamak terkenal dari sekitar nusantara dan juga dari sebelah negara arab bagi memberikan semangat kepada SAR-SAR yang berkaitan.
Lawatan ini adalah yang ketiga selepas Kemaman dan Hulu Terengganu.

Sumber BO - 22-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Police appeal for public assistance to identify human skeleton


KUALA TERENGGANU: The police have appealed to the next-of-kin of missing family members to help identify a human skeleton found in Marang yesterday.

The skeletal remains, together with a blue bicycle, dark blue and red t-shirt, “kopiah” and a pair of black slippers, was found about 10am at a rubber plantation in Alor Limbat.

The remains, believed to be that of an individual aged between 50 and 60, are kept at the Hospital Sultanah Nur Zahirah mortuary.

Marang police chief, DSP Mohd Suhaimi Ali said the victim could have died more than two weeks ago, adding that no missing person report had been lodged so far.

“The case has been classified as sudden death. We hope the public can assist us in our investigations,” he told Bernama today.

Yesterday, a farmer stumbled on the skeleton at the plantation and alerted the police. — Bernama

Sumber BO - 15-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Program gunting rambut percuma bersama YB Cikgu Alias Harun
Posted on Friday, August 26 @ 18:14:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31471



Program gunting rambut percuma bersama YB Cikgu Alias Harun pd 27 ogos 2016 pkul 9 pg - 3.30 ptg...

Kredit
Yusop Man 


Sumber TKO - 26-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                       Anak Muda Perlu Segarkan Semangat Patriotik Berteraskan Islam


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Terengganu khususnya yang akan menyambut Hari Kebangsaan Kali ke 59 pada 31 Ogos 2016.

DPPNT mengajak anak-anak muda seluruh Terengganu menghayati erti kemerdekaan ini berteraskan ajaran agama Islam yang membawa rahmat seluruh alam. Kita semua telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam dan kita pasti tidak terhina dengan perjuangan menegakkan Islam. Islam bukanlah satu agama yang mendiskriminasikan penganut agama lain, malah keadilan Islam ditegakkan untuk semua manusia yang berada di atas muka bumi ini.
Menyambut Hari Kebangsaan sewajarnya diterjemahkan dengan kemerdekaan jiwa sebenar yang bebas daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Justeru, anak-anak muda Terengganu wajar menghayati semangat kemerdekaan ini dengan menghayati keseluruhan ajaran agama Islam.

pa yang malang, sudahlah kita hilang semangat mengembalikan corak hidup berteraskan Islam, kita juga kini semakin pudar semangat patriotik yang tinggi di kalangan anak bangsa. Kita belum
sepenuhnya cara fikir, gaya hidup dan pengamalan budaya. Masa depan negara akan dibayangi dengan generasi anak muda yang berkualiti tinggi dan berwibawa untuk memacu sebuah negara yang berdaya saing dan berwawasan dengan panduan wahyu Ilahi.

DPPNT amat mengharapkan agar sejarah Malaysia dan sejarah negeri Terengganu dihayati oleh anak-anak muda untuk membentuk kekuatan masa depan. Perjuangan tokoh-tokoh silam yang dipelopori oleh alim ulama’ hendaklah dijadikan sebuah model perjuangan anak-anak muda. Anak muda perlu menggerakkan momentum pemartabatan jatidiri dan pemupukan nilai integriti dalam masyarakat.

Amat mengecewakan apabila negara yang telah mencecah 59 tahun, ia masih tidak diuruskan dengan berkualiti. Peningkatan rasuah seiring dengan peningkatan usia negara. Kebajikan rakyat bawahan terabai dengan mengutamakan kelompok masyarakat tertentu. Yang kaya berterusan mencipta kekayaan, manakala golongan miskin terus dihimpit dengan kesempitan. Negeri Terengganu tidak terkecuali menerima bebanan yang sama. Anak muda Terengganu sewajarnya menilai situasi yang melingkari negeri dan negara yang kian membeban ini.

Kembalilah kepada Islam, kita semua akan selamat, InsyaAllah.

YB Ustaz Hilmi Haji Harun
Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)  

Sumber BO - 24-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   






























































































































Usul LPT2 untuk kepentingan rakyat - Adun PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42100-usul-lpt2-untuk-kepentingan-rakyat-adun-pas

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  KUALA TERENGGANU: PAS melahirkan rasa terkilan kerana usul yang berkepentingan bagi rakyat tidak sempat dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu kerana tidak dipilih oleh speaker.

Pembawa usul itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata beliau tidak terpilih bagi membawa usul tergempar itu kerana pihak Speaker Dun memilih usul yang dibawa oleh wakil kerajaan.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak Speaker Dun, Datuk Zubir Embong kerana  melihat wakil kerajaan, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar lebih dahulu bangun.

Justeru, katanya usul yang hendak dibawa kepada dewan adalah berkepentingan bagi rakyat.

“Saya mewakili PAS Terengganu telah cuba membawa satu usul kepada dewan agar persidangan Dun hari ini dapat membincangkannya. Usul saya itu berbunyi: Bahawa persidangan hari ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan Dewan mulia ini merundingkan isu kutipan tol pada Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 15 Julai 2016 lalu.

“Kita mencadangkan supaya pihak kerajaan negeri dapat menangguhkan kutipan tol ini memandangkan prasarana atau infrastruktur yang kini masih belum sempurna.

“Dan juga dari segi keselamatan LPT2 itu sendiri dengan kehadiran haiwan seperti lembu, kerbau dan sebagainya juga boleh membahayakan pengguna lebuhraya berkenaan.

“Itu usul yang saya hendak bawa ke dewan tadi tetapi pihak kerajaan (speaker) sendiri telah mendahulukan wakil kerajaan untuk mengemukakan usul lain,” ujarnya kepada media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13, berhenti rehat, semalam.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar pihak kerajaan segera menyempurnakan segala kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan di LPT2.

Malah, katanya pihak pembangang tidaklah membangkang secara melulu melainkan demi kepentingan serta keselesaan rakyat.

“Jadi kita harap supaya pihak kerajaan dapat menyempurnakan infrastruktur yang masih belum sempurna termasuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak kekal dan pelbagai kemudahan yang sepatutnya.

“Kita tidak membangkang secara melulu kutipan tol ini, tetapi kita mahu segala kemudahan dan infranya sempurna.

“Kita juga mahu harga tol itu juga diturunkan dengan harga yang lebih ‘mesra’ kepada penggunanya. Harga 12 sen untuk setiap satu kilometer itu agak tinggi dan membebankan pengguna LPT2 itu.

“Apatah lagi, pembinaan LPT2 itu turut menggunakan duit kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM1.8 bilion secara tidak adil oleh kerajaan pusat,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 98-2016                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Kita Tunggu PRU-14

Oleh : zulshawal
KUALA TERENGGANU – Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut berpendapat cara terbaik menyelesai krisis politik UMNO tanpa menyusahkan pelbagai pihak terutamanya rakyat adalah menunggu PRU akan datang.
‘Jika berlaku election (PRN), seluruh negara akan tumpu ke sini, seluruh jentera dari seluruh negara akan turun bantu BN. Begitu juga dengan kita (PAS). Tambahan pula mereka ada duit dan jentera’, jelas YB Hj Mohd Abdul Wahid.
Ketika ditanya jangkaan PRU14 berlaku, beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam mengandaikan akan berlaku dalam tempoh setahun.
‘Ye, dalam masa setahun lagu. Jadi, saya mohon ‘be cool down’.. kita bertenang tunggu selaras dalam PRU.’ Tambah beliau ketika ditemui di Wisman Darul Iman hari ini.
Beliau berkata demikian, setelah penangguhan sidang dewan sebentar tadi di perkarangan Lobi Dewan Sidang Undangan Negeri
Krisis politik BN Terengganu apabila bekas Menteri Besar, YB Dato’ Seri Ahmad Said mula menyerang secara terbuka pentadbiran Negeri Terengganu. Pendedahan yang melibatkan pelbagai penyewengan takbir urus antara pembiayaan terhadap LPT2 oleh kerajaan negeri.
Dalam sidang dewan yang lepas, Ahmad Said pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar sekarang, YB Ahmad Razif Abdul Rahman.
Sidang kali ini berakhir jam 12.30 petang setelah ditangguh oleh Speaker Dewan, Dato’ Zuber Embong.

                                                                                                                                                                                                            Sumber BO - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Kerajaan Negeri Perlu Perkasakan TATI Dalam Usaha Membekalkan Pekerja Mahir Dalam Bidang NDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah menerima aduan daripada sebahagian pemain industri minyak dan gas, juga dari kalangan lepasan TATIUC tentang masa depan lepasan pelajar berkelulusan Diploma NDT di TATIUC yang tidak mempunyai kelayakan untuk berkhidmat dalam bidang ini kerana kegagalan mempunyai sijil PCN (Skim Persijilan British) atau di bawah skim persijilan kebangsaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17024 yang sepatutnya turut disediakan oleh pihak TATIUC bagi membekalkan lepasan universiti ke sektor industri dengan pengiktirafan.
2. Memandangkan bilangan pekerja yang berada dalam bidang NDT di negara ini masih berkurangan, tentu sekali pekerja dalam bidang ini mempunyai nilai komersial yang tinggi. Agak mengecewakan apabila kami menerima maklumbalas daripada pihak industri berkenaan pelajar-pelajar yang berkelulusan Diploma NDT dari TATI-UC, tidak mempunyai kelayakan untuk mereka berkhidmat atau bekerja dalam industri ini. Ini kerana mengikut standard yang dikeluarkan, mana-mana Inspektor yang membuat ujian NDT ini mestilah mempunyai sijil PCN atau JPK.
3. Negara Malaysia telah membentuk Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Ujian Tanpa Musnah (SKPK-NDT) dan telah melaksanakan Skim Kelayakan dan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui sistem ujian bermula pada tahun 1986.
Sehingga kini, negara telah berjaya menghasilkan pekerja-pekerja mahir yang bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan syarikat-syarikat NDT di Malaysia ini, di mana pekerja-pekerjanya dilatih dan disijilkan melalui PCN atau JPK ini juga telah berkembang dan mendapat kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan di luar negeri.
4. Justeru, bagi memastikan anak-anak Terengganu yang mengikuti pengajian di TATIUC mampu berdaya saing dan meletakkan posisi di tempat yang sesuai melalui bidang NDT ini, pihak DPPNT mendesak agar pihak TATIUC berusaha dengan lebih gigih menyediakan ujian yang diiktiraf buat pelajar TATIUC. Dalam erti kata yang lain, setiap pelajar yang mengambil diploma NDT di TATIUC hendaklah disediakan ujian PCN atau Ujian Tanpa Musnah JPK oleh pihak TATIUC. Sebagai sebuah kolej university yang bervisi jauh dengan visi “Mendapat pengiktirafan kelas dunia sebagai pusat pengajian berkemahiran tinggi” dan berobjektifkan “Untuk melahirkan sumber tenaga mahir yang kompeten dalam aspek teori dan juga praktikal agar dapat melaksanakan tugas-tugas kejuruteraan yang berkaitan di peringkat teknologi persis dan teknologi tinggi bagi menyokong keperluan negeri dan negara”, TATIUC dan kerajaan Negeri Terengganu perlu lebih serius dan berusaha gigih mempercepatkan proses ini.
Sekian, terima kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
Yang benar,
YB Hishamuddin bin Abdul Karim
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)

                                                                                                                                                                                                           Sumber BO - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Pokemon Go : Pemuda PAS Sokong Fatwa Mufti Wilayah

Oleh : zulshawal
KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Negeri Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ini dijelaskan kepada soalan yang ditanya oleh wartawan kepada Adun Tepoh Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, ketika ditemui di ruang lobi Dewan Undangan Negeri.
“Dalam isu Pokemon Go, kita menyokong penuh fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah”.
“Bagi saya, permainan tersebut lebih mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan”, ujar beliau.
Isnin lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah sepakat mengeluarkan hukum tentang isu tersebut.
Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan larangan permainan itu atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan dan ianya perlu dijauhkan.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber BO - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  





























































































































'Teruk pergolakan dalaman kalau macam ni'

HARAKAHDAILY | .


                                                                                                   

 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42089-teruk-pergolakan-dalaman-kalau-macam-ni                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah melahirkan rasa terkejut dengan demonstrasi sekumpulan penyokong Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, hari ini.

"Saya ke persidangan Dun pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab daripada Allah dan rakyat.

"Terkejut, bila sampai di ruang dewan, kelihatan kain rentang tertulis 'kami sokong Ahmad Razif'," ujarnya menerusi laman facebook.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kenapa demo itu dibenarkan di ruang dewan?

Katanya, apa yang hendak ditakutkan sehingga terpaksa dibuat banner kepada semua penyokong Umno BN dan Adun-Adun BN yang mahu masuk ke dalam dewan.

Bagi Ketua Penerangan PAS negeri itu, pelik sungguh, takut kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sampai begitu sekali.

"Kata OK tak ada apa-apa perbalahan, ribut dalam cawanlah, berbalah adik-beradiklah, teruk pergolakan dalaman kalau macam ni," ujarnya lagi.
Sidang Dun Terengganu hari ini yang berlangsung sehingga tengah hari berjalan lancar tanpa sebarang 'kejutan' sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi laman sosial sejak beberapa hari lalu.- HARAKAHDAILY 8/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 8-8-2016                                                                                                                                                                                   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno Ketakutan, Cadang Usul ’Pelik’

Oleh : MNA
Dewan hari ini menjadi gamat apabila ADUN Air Putih Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (BN) bangun mengemukakan usul yang dianggap pelik yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa yang hadir.
Usul yang dikemukakan adalah berkenaan isu symptom Hipetitis B dan batuk kokol yang mana tidak didapati langsung isu itu menjadi wabak atau jangkitan di Terengganu dalam masa terdekat ini.
Yang DiPertua Dewan, Dato’ Zuber Embong, pada mula nya seperti teragak-agak bagi menyebut tajuk usul itu dengan memberikan alasan usul itu panjang, tetapi apabila didesak oleh Adun Alur Limbat YB Ariffin Deraman (PAS), beliau pun menyebut sedikit tajuk usul berkenaan.
Akibatnya dewan menjadi riuh dengan ketawa para Adun-Adun, ketua-ketua jabatan dan pemerhati kerana usul yang dianggap kelakar itu.
Situasi bermula apabila Adun Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik (PAS) bangun bagi mengemukakan usul tergempar daripada PAS tetapi disuruh duduk oleh YDP Dewan untuk menghabiskan ucapannya.
Kemudiannya bangun pula Adun Air Putih mengemukakan usul beliau dan kemudiannya diterima oleh YDP dengan alasan, beliau melihat Air Putih dahulu sekaligus menolak cubaan Adun Sura untuk mengemukakan usul.
Beliau kemudiannya memberitahu dewan bahawa usul itu panjang, namun didesak juga oleh pembangkang untuk menyebut usul itu.
“Usul ini agak panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas YDP Dewan.
“Kami nak tahu jugak sikit, sebut tajuk sikit pun tak apa,” desak Adun Alur Limbat.
“Oh, boleh, boleh. Berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk kokol dan sebagainya.
Jadi saya nak baca dulu,” kata beliau yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut diantara kedua-dua Adun.
Akhirnya YDP memutuskan untuk menangguhkan persidangan sehingga jam 11.20 pagi.
Sidang Dun Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran yang sangat ramai kerana mungkin mereka ingin mengetahui dengan sendiri perkembangan pemerintahan negeri yang diwar-warkan akan berlaku sesuatu yang mengejutkan hari ini.
Turut hadir ialah Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said yang menjadi pencetus kepada isu menukar kerajaan beberapa hari yang lalu.
Oleh itu, Umno kelihatan agak ketakutan dengan menjadikan usul tergempar yang tidak relevan sebagai perisai bagi mengelakkan usul tidak percaya yang mungkin datang dari mantan MB Dato’ Seri Ahmad Said.
Usul tersebut akhirnya YDP ditolak atas alasan mempunyai kepentingan kepada orang ramai tetapi tidak perlu disegerakan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                
Sumber BO - 8-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































Kali kedua saya dikaitkan dengan PAN - Hishamuddin

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42085-kali-kedua-saya-dikaitkan-dengan-pan-hishamuddin                                                                                                                                                                                                                                                                                                         KUALA LUMPUR: "Ini adalah kali kedua saya dikaitkan dengan parti PAN," ujar Adun Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru, dengan perkembangan itu beliau mengira wajar untuk mengambil ruangan terhad ini untuk membuat penafian secara jujur dan beramanah agar ia tidak disalahertikan oleh masyarakat dan rakyat di dalam kawasannya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu untuk  menghadiri mesyuarat precouncil Adun-Adun PAS Terengganu untuk persiapan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada esok hari, saya dikejutkan dengan mesej sahabat pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nurul Islam Yusuf yang melampirkan artikel The Star tulisan Joceline Tan yang bertajuk “Stirred  and shaken again” (http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2016/08/07/stirred-and-shaken-again/). Artikel tersebut mengaitkan nama saya sebagai calon Menteri Besar Terengganu pilihan PAN dan juga dikatakan serasi dengan PAN mengikut sumber yang diperolehinya.

Ini adalah kali kedua saya dikaitkan dengan parti PAN. Justeru, dengan perkembangan ini saya mengira wajar untuk mengambil ruangan terhad ini untuk membuat penafian secara jujur dan beramanah agar ia tidak disalahertikan oleh masyarakat dan rakyat di dalam kawasan saya.

Alhamdulillah, saya merupakan ahli PAS yang akan terus beristiqamah dengan perjuangan yang dipilih PAS dan berdoa kepada Allah SWT agar mengekalkan saya berada dalam perjuangan PAS yang sentiasa memandu perjuangan ahlinya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru, mengaitkan diri saya dengan PAN adalah suatu sikap yang tidak beretika dan sebaran ini perlu dihentikan. Kalaupun ia masih berlaku, ia merupakan satu tindakan bermotif jahat.

Cukuplah sebaran berita-berita seperti ini dihentikan kerana ia tidak memberi faedah untuk kepentingan ummah, rakyat dan negeri. - HARAKAHDAILY 8/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 8-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         PAS Keenly Awaiting Ahmad Said’s Decision     
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         http://www.buletinonline.net/v7/index.php/pas-keenly-awaiting-ahmad-saids-decision/                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
KUALA TERENGGANU – PAS will be observing the decision by Ajil assemblyman Datuk Seri Ahmad Said at tomorrow’s state legislative assembly sitting before deciding on its next move in the highly charged political scenario in Terengganu.

State PAS Youth Deputy chief Hishamuddin Abdul Karim said Ahmad would hold the key to the political situation.
“We, on our part, will neither interfere in the developments within Umno nor influence the the decision to be made by Ahmad, whether he wants to quit or remain with Umno.
“He has to decide his stand. As for us, PAS is ready and capable of governing the state,” he said, referring to the spat between former menteri besar Ahmad and current Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.
State PAS Youth chief Kamaruzaman Abdullah, meanwhile, said his party is capable of restoring political stability in Terengganu and the party machinery is in place to face a snap election.
“We are closely monitoring the political developments in the state and are disappointed in Razif’s leadership in failing to settle the crisis which is affecting the people.
“PAS Youth fully supports the call by Terengganu PAS commissioner Satiful Bahri Mamat to administer the state government should there be a shift in the majority at the state legislative assembly, and restore political stability as soon as possible,” he said.
Ahmad, added Kamaruzaman, had yet to indicate his full intention either to quit Umno and join PAS.

On another note, Kamaruzaman said the people of Terengganu were burdened with the implementation of toll charges at the East Coast Highway 2, welfare programmes and the lukewarm promotion of Visit Terengganu Year 2017.- nst.                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber BO - 8-8-2016    

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Pemuda PAS Sedia Hadapi Pilihan Raya

Oleh : DMS
SETIU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah bersedia bersama jenteranya jika berlaku sebarang kemungkinan PRN berdasarkan senario politik negeri yang begitu membimbangkan sekarang ini.
Dengan sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada Isnin ini Timbalan Ketuanya YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim berharap kemelut yang berlaku pada UMNO tidak akan mengheret rakyat terus berada dalam situasi yang tidak menentu.
“kita PAS tidak akan masuk campur dalam kemelut UMNO yang berlaku sekarang dan jangan korbankan rakyat dengan apa yang berlaku.
“kita juga bersedia untuk ambil alih pentadbiran negeri yang berlaku banyak masaalah,mencetuskan kecelaruan dengan pelbagai isu seperti 1MDB, isu Bertam, LPT2 dan sebagainya,” katanya di majlis sembang santai di Maras,Batu Rakit pada jumaat malam bersama masyarakat setempat.
Pemuda telah bersiap sedia dengan seluruh jentera dalam menghadapi apa jua kemungkinan jika berlaku pembubaran DUN dalam masa terdekat” tegasnya yang menyokong pendirian pimpinan tertinggi negeri serta menolak anggapan sesetengah pihak yang menyatakan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menjelaskan PAS terus konsisten dengan perjuangannya dan telah di buktikan pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini dengan berjaya mengekalkan undi teras dan membuat lonjakan di beberapa tempat walaupun berada keseorangan dalam menghadapi musuh tradisi Barisan Nasional serta parti serpihan yang lain.
Menjawab pertanyaan mengenai 1MDB,LPT2 dan RUU yang di bangkitkan oleh hadirin yang hadir beliau menjelaskan pendedahan DOJ (Jabatan Keadilan Amerika) berkaitan isu 1MDB perlu di beri tumpuan untuk di selesaikan dan menegaskan sekali lagi Suruhanjaya di Raja perlu di bentuk untuk membolehkan siasatan di jalankan dengan rapi walaupun di tolak penubuhannya sebelum ini.
“kita juga mahu kerajaan negeri mengkaji kadar tol di LPT2 yang tinggi, infastrukturnya yang tidak lengkap,jalanraya yang tidak selamat bagi pengguna perlu di beri keutamaan di samping isu Bertam,penganguran serta hakisan pantai yang masih tiada penyelesaiannya.”ujarnya
Mengulas isu Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang di kuatkuasakan pada 1 Ogos yang lalu beliau menyifatkan ianya adalah merupakan satu kelicikan mainan politik yang mana telah memberi kuasa tinggi pada Perdana Menteri hingga boleh mengistiharkan darurat dan berharap rakyat dapat menilai wajah sebenar pemimpin negara yang sebenar.
Menyentuh berkenaan RUU beliau berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam dapat memberikan sokongan dalam memperkasakan mahkamah syariah yang kali terakhir di pinda tahun 1964.
“kita harap rakyat jangan mudah terpengaruh dengan segala bantuan seperti BRIM,Dana Khas yang di berikan dan kita balik semula kepada asas dalam menyelamatkan negara dan negeri dari pemimpin yang korup dengan pelbagai isu”

Majlis yang berlangsung hampir dua jam itu turut di hadiri oleh Ketua Pemuda Kawasan Setiu Saudara Zaidan Abdullah dan timbalannya Ustaz Shafizi Ismail.                                                                                                                                                                                                                                 Sumber BO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 PAS Terengganu Mampu Pulihkan Kestabilan Negeri

DPPNT mengikuti secara teliti dan dekat pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Terengganu mutakhir ini. Kami merakamkan kekecewaan anak muda Terengganu atas kelemahan YAB Menteri Besar dan Umno Terengganu dalam menyelesaikan krisis yang tidak berkesudahan ini. DPPNT akan meneliti segala pilihan-pilihan yang sesuai bagi memastikan kemelut dan krisis ciptaan Umno tidak akan berterusan mengganggu kestabilan negeri.
2. DPPNT menyokong sepenuhnya kenyataan YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekiranya berlaku perubahan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran kemelut dalaman Umno yang tidak berkesudahan. Kita mengalu-alukan YB Dato’ Seri Ahmad Said perlu untuk menunjukkan sikap sebenar atas semua insiden ini dan tidak berubah-ubah dalam menentukan sikap. Kemelut ini perlu diselesaikan mengikut lunas perlembagaan negeri dan juga tanpa membelakangkan institusi istana.
3. DPPNT juga menegaskan untuk tidak mencampuri pertelingkahan dalaman antara pemimpin Umno Terengganu hari ini. Pihak kami menggesa agar kestabilan kerajaan negeri dapat dipulihkan dengan kadar segera melalui perbincangan sesama mereka demi kepentingan rakyat Terengganu secara keseluruhan.
4. Kerajaan Terengganu perlu lebih serius dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Terengganu seperti bebanan kos bayaran tol LPT2, pemerkasaan kebajikan rakyat, kesungguhan menjayakan TMT 2017 yang dilihat seperti sunyi tanpa persediaan dan pelbagai lagi isu berbangkit tentang kepentingan rakyat.
5. DPPNT telah bersiap sedia menyusun atur jentera petugas pemuda di seluruh negeri untuk memainkan peranan sebaiknya dalam memastikan sokongan anak muda terhadap perjuangan PAS, InsyaAllah.
6. Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada 8 Ogos 2016 akan diiikuti secara cermat oleh pihak kepimpinan DPPNT untuk menyusun pengarahan kepada semua petugas pemuda bagi mengatur langkah yang lebih berpadu dalam memperkukuhkan keupayaan PAS Terengganu untuk mengambil alih kerajaan negeri Terengganu melalui semangat demokrasi berparlimen yang diguna pakai dalam negara ini.
Sekian, terima kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
Yang benar,
USTAZ KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH
Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber BO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Kerteh Fun Ride 2016; Penanda Aras Program Kayuhan Mendatang

Tiada bicara dapat ditutur, tiada kata dapat diungkapkan, selain syukur kepada Allah kerana sudah tentunya dengan izin darinya program Kerteh Fun Ride 2016 dapat dijalankan dengan jayanya pada hari ini.
Mewakili Department of Arts, Culture & Sports ( DACS ) Terengganu berbesar hati merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur bersama Cyclestream serta para Rider’s yang memberikan sokongan yang padu terhadap program yang julung kali dianjurkan oleh kami ini dan berharap program seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi pada masa yang akan datang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada : Jabatan Amal Terengganu, Amal Medic Kemaman, Yayasan Amal Terengganu, Rapat Rescue Kemaman, Team Cubcross ( Galler Team ), Team Drone dan Kerteh Bicycle Community ( Team Debok ) yang begitu komited bagi menjayakan program ini.
Dari pendaftaran terakhir yang diperolehi oleh AJK pelaksana program, jumlah keseluruhan peserta yang hadir untuk bersama-sama menjayakan program Kerteh Fun Ride 2016 ini mencecah 580 orang kesemuanya. Suatu jumlah yang besar dan pastinya kesemua peserta bersama matlamat yang satu iaitu “We Ride for charity and enjoy”.
Kami sebagai pihak penganjur berharap bahawa program Kerteh Fun Ride 2016 ini dapat menjadi penanda aras bagi program-program kayuhan yang akan datang. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak-pihak penaja yang banyak menyumbang ke arah kelancaran program ini. Penghargaan serta ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada semua peserta yang menyertai Kerteh Fun Ride 2016 ini .
Semoga ikatan silaturahim ini kita perteguhkan dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada program-program yang akan datang.                                                                        
Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan ( DACS )
Terengganu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
There are no words that can be expressed and described except the level of gratitude and thankfulness to the Allah s.w.t for his blessing, we had successfully conducted Kerteh Fun Ride 2016 event in this day.
On behalf of Department of Arts, Culture & Sports ( DACS ) Terengganu, we would like to thank our co-program coordinator, Cyclestream and all riders for the great commitment and support in this program. We hope that, this program can be conducted again in the future with more participation and supports from the riders. And not to mention, our appreciation also goes to Jabatan Amal Terengganu, Amal Medic Kemaman, Yayasan Amal Terengganu, Rapat Rescue Kemaman, Team Cubcross ( Galler Team ), Team Drone and Kerteh Bicycle Community ( Team Debok ) who have shown a respectable commitment in coordinating this program.
Based on the latest record that was captured by our committee, number of the total participation in Kerteh Fun Ride 2016 program was approximately 580 riders. A huge participation with one golden goal “We Ride For Charity and Enjoy”.
IAs a program coordinator, we are certainly hope that this Kerteh Fun Ride 2016 program will be a baseline for any upcoming riding program in the future. Last but not least, million thanks to our sponsors who have contributed a lot in this program and this sincerest thanks and appreciation again goes to all the participants/riders who have joined the Kerteh Fun Ride 2016.
May Allah s.w.t protect and strengthening our relationship and together we fix any drawbacks that we have for any program in the future.
Ahmad Zulkaramie Salleh
Director
Department of Arts, Culture & Sports ( DACS )

Terengganu.                                                                                                                                                                                                           Sumber BO - 7-8-2016                                                                                     --------------------------------------------------------------------------       Nilai Satu Dolar Bagi Mereka

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah                                                                                                                                                                                                                                                                                
“Kenapa orang sini lebih terima duit dolar Ustaz?” Soalku semasa berhenti rehat dan makan tengahari setelah penat sepagian program berkhatan di pinggir bandar Phnom Penh.                                                                            
“Nilai duit Riel (Kemboja) jatuh Doc” Jawab Ustaz Mansur sambil tunjuk segengam duit Riel yang sama nilai RM100 duit kita.                                                                                                                                                                                                                                                    
“Penuh poket jika nak bawa duit kami. Sebab tu Dolar Amerika amat digemari” Ulas beliau membayangkan kebergantungan kepada duit bekas negara penjajah mereka amat diminati lagi. Malah duit Dolar dikira lebih bernilai dalam urusan jual beli terutama para pelancong.                                                                                
Misi #KhatanNusantara kali ini menghadiahkan USD1 kepada setiap peserta khatan atas semangat dan kesungguhan mereka melaksanakan satu tuntutan kebersihan dalam agama.                                                                                    
Setidak-tidaknya mereka telah disponsor oleh para penderma bagi membeli alat khatan, dalam masa sama mereka diceriakan lagi dengan ‘pujukan’ kami bernilai USD1 ini.

Doakan usaha kami diberkatiNya…….                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber BO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Agih RM15,000.00 Bantuan Persekolahan

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah                                                                                                                                                                                              
KEMAMAN – PAS DUN Kemasik agihkan RM15 ribu untuk bantuan persekolahan sempena ‘Sehari Pimpinan PAS Kemaman bersama masyarakat DUN Kemasik’                                                                                                    
Sebanyak RM15 ribu diagihkan kepada ketua keluarga dan penjaga sebagai bantuan persekolahan sempena dengan program ‘Sehari Pimpinan PAS Kemaman bersama masyarakat DUN Kemasik’ di Unit Peti Undi (UPU) Rantau Petronas, Kerteh hari ini.                                                                                                                                                                                      
Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat (gambar – berbaju hijau) memaklumkan sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan kerjasama dari Ahli Jawatankuasa UPU Rantau Petronas ini sendiri.                                                                                                                          
Pengarah PAS DUN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepasa semua yang terlibat samada Ahli Jawatankuasa UPU, PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh, PAS Cawangan Taman Selasih dan pengurusan Surau Hijau, Taman Selasih serta Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman.                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Ketua Pemuda PAS DUN, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, aktiviti gotong royong membersih longkang keliling rumah mendapat kerjasama dari pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh dan beliau mengucapan ribuan terima kasih atas kerjasama tersebut.

Ir Saiful Azmi memaklumkan bantuan sebanyak RM15 ribu tersebut merupakan bantuan untuk pelajar sekolah seramai 8 buah keluarga dalam DUN Kemasik ini.                                                                                                                                                                                                                              Sumber BO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Razif Dismisses Ahmad Said Claims Of Electoral Sabotage

UALA TERENGGANU – The blame game between Mentri Besar Ahmad Razif Abd Rahman and Kijal assemblyman Datuk Seri Ahmad Said is heating up ahead of the much-awaited state assembly sitting on Monday.
Ahmad Razif yesterday rubbished allegations of sabotage and staging a “coup” during the last general election to undermine Ahmad, who was then MB.
“It is ridiculous to accuse me of sabotage or staging a coup to oust the mentri besar with the limited power I had then. Why would I do so?
“I was just a candidate at that time, and was concentrating on winning my own seat in Seberang Takir,” he said.
Ahmad Razif said Ahmad should just accept responsibility instead of trying to shift the blame onto others.
Ahmad, who has become a thorn in the side of Ahmad Razif’s administration, had blamed the latter for Terengganu’s dismal performance in the 2013 general election which saw Barisan Nasional winning only 17 seats against 14 by PAS and one by PKR.
The verbal exchange between the two Ahmads has added to speculation of a possible snap election being called in Terengganu.
Ahmad had claimed that Ahmad Razif knew of a coup to oust him as mentri besar.
He also alleged that Ahmad Razif had met him to inform him of the coup after the general election and repeated his demand that the mentri besar should resign.
Ahmad Razif, on his part, had riled his predecessor when he issued a statement suggesting that Ahmad was the reason for the “mother of all problems” that led to Barisan’s near-defeat in the state in the general election.
Barisan won in 2008 with 28 out of 32 seats.
Ahmad Razif said he had no intention to resign and that Ahmad, who had threatened to quit and join the Opposition, can do whatever he wants.
“If his actions lead a state election, we are confident of pulling off a bigger win. Dissolving the state assembly is a last resort and I hope we do not have to do that,” he said.
He also reminded Ahmad of his oath of loyalty to Umno and Barisan, a pledge that all assemblymen had taken during a meeting in Putrajaya.

The MB also thanked PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who had stated that his party was not interested in forming a government “by the side door” or to accept someone who wanted to jump from another party -source thestaronline                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber BO - 6-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              RUU 355; Pemuda PAS Kunjungi Pengerusi MCA Terengganu

Kuala Terengganu – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah mengadakan satu pertemuan muhibbah bersama Pengerusi MCA Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw dalam mendapatkan penjelasan berhubungan kenyataan Toh berkenaan dengan institusi mahkamah syariah dan Rang Undang-undang Persendirian bagi Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) (pindaan) 2016.
Ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, usaha DPPNT itu adalah untuk membudayakan pendekatan politik matang dan sejahtera.                                                                                                                                                                          
“Pendekatan yang dilakukan pada hari ini secara santai dan berdiskusi secara terbuka dengan Dato’ Toh. Walaupun masing-masing ada pendirian yang telah dipegang, ia tidak menghalang untuk bersama-sama dalam mengutarakan hujah dari kedua belah pihak.                                                                                          
“Pendekatan ini bukan mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah, tetapi suatu pembentukan budaya bahawa Islam bukan agama yang menghukum tetapi agama yang membawa mesej keharmonian untuk semua pihak,”ujarnya ketika ditemui selepas pertemuasn itu yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Timbalan Ketua DPPNT YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu, Encik Jefri Chua.                                                        
Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan inisiatif seumpama itu dengan mana-mana pihak bagi membuktikan keikhlasan PAS.                                                                              
“Kami akan teruskan usaha pendekatan seperti ini. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk menerima pandangan tetapi tanggungjawab pemuda untuk membuktikan PAS adalah satu parti yang ikhlas untuk melihat kesejahteraan rakyat.                                                                                                                                                                                                            
“Pertemuan hari ini, pihak kami sempat menghadiahkan sebuah buku terbitan Dewan Ulama PAS Pusat yang menghimpunkan kertas kerja Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan.                                                                                                                                                                                                      
“Ia diharap sedikit sebanyak akan membuka ruang untuk mendapatkan maklumat tepat daripada perbincangan yang seringkali dianjurkan oleh pihak PAS,” jelasnya.                                                                              
Sehubungan itu, Jefri Chua menyifatkan usaha itu adalah amat baik dan ini amat disokong serta perlu berterusan dan berkesinambungan.                                                                                                                                                                                                                                  
“PAS perlu dilihat sebagai sebuah parti yang terbuka dan mampu untuk saling bertukar fikiran. Akta 355 dilihat mampu memberikan satu pemerkasaan kepada Mahkamah Syariah dan diharap masyarakat makin harmoni dengan pendekatan undang-undang Islam yang lebih mendidik,”ujarnya                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber BO - 6-8-2016                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------    





























































































































LPT2: Jika kemalangan, saman pihak berwajib

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42077-lpt2-jika-kemalangan-saman-pihak-berwajib                                                                                                                                                                       Pada 1 Julai 2015, Ketua Polis Terengganu menyatakan bahawa sejumlah 1,657 kemalangan direkodkan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 sejak tahun 2011, dengan jumlah kematian sebanyak 58 orang. Ini merupakan jumlah yang paling tinggi antara lebuhraya-lebuhraya di seluruh Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bertanggungjawab memberitahu bahawa kita sebagai pengguna, mempunyai hak untuk menyaman pihak berwajib jika kemalangan tersebut berpunca dari faktor kecacatan dan kelemahan pembinaan lebuh raya itu sendiri.

Antara kecacatan tersebut yang pernah didedahkan oleh kami sebelum ini ialah permukaan jalan beralun akibat mendapan tanah tidak sekata (unequal settlement), lembu berkeliaran akibat pagar yang bolos tidak dibaiki segera, pemantul cahaya yang tidak berfungsi dengan baik, sistem amaran/peringatan jalan yang tidak mencukupi dan banyak lagi.

Pernah seorang kawan memenangi kes saman PLUS kerana terlanggar serpihan tayar di tengah lebuh raya. Beliau mendapat ganti rugi sebanyak RM5,500 setelah melalui proses saman selama lebih kurang tiga bulan.

Justeru, Ganti menyeru kepada semua pengguna LPT2 agar sedar akan hak mereka sebagai pengguna. Jika berlaku kemalangan akibat faktor lebuh raya yang bermasalah, jangan teragak-agak untuk ambil tindakan saman bagi mendapatkan ganti rugi, sekali gus memberi pengajaran kepada pihak berwajib agar lebih prihatin terhadap keselamatan nyawa pengguna.

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti)

6 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 6/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 6-8-2016                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                     Ramai Ke ADUN Sokong Ahmad Said?

Itulah soalan yang kerap ditanya rakyat Terengganu kepada saya dikebanyakan tempat yang saya pergi. Pergolakan parah dalaman antara dua team Umno Terengganu tidak boleh dinafi dan ditutup lagi. Ia bermula apabila satu gerakan kepimpinan Umno yang membantah tindakan istana yang menolak pencalonan DS Idris Jusoh dan akhirnya melantik DS Ahmad Said selaku MB Terengganu. Masa itu, kita melihat kain rentang dan mendengar jeritan “kami nok Deris, natang !” oleh pengikut setia DS Idris Jusoh kepada Tuanku Sultan Terengganu, yang sehingga sekarang tiada siasatan apatah lagi tangkapan kepada penderhaka Tuanku Sultan Terengganu yang kita kasihi.
DS Ahmad Said sanggup menentang arahan kepimpinan DS Idris Jusoh dengan menerima watikah perlantikan dari wakil Tuanku Sultan. Kita boleh melihat corak politik DS Idris Jusoh mencantas semua individu yang dianggap mencabar kedudukannya, tetapi DS Ahmad Said yang “nellang” itu berjaya lolos dari cantasan itu. Calon-calon BN pada PRU 12 (2008) disenaraikan sebenarnya hanya untuk menguatkan kedudukan DS Idris Jusoh sehingga Dato’ Tengku Putera, Dato’ Rosli Hassan dan Dato’ Abdul Rahman Bakar tenggelam dari senarai calon BN, bahkan nama-nama yang dikira mencabar jawatan MB DS Idris Jusoh, dicampak ke kerusi parlimen seperti Dato Mat Jidin dan Dato Nasir Ibrahim Fikri.
Saya dan rakyat boleh melihat bagaimana DS Ahmad Said keseorangan memimpin Terengganu dengan gangguan-gangguan yang berbagai-bagai dari team lawannya untuk melemahkan pentadbiran DS Ahmad Said sehingga satu ketika beliau sanggup pergi ke kandang kambing Dato Ustaz Harun Taib untuk menunjukkan kemesraan dgn PAS. Bukan PAS yang mengganggu pentadbiran DS Ahmad Said tapi beliau tahu ulamak PAS adalah orang-orang yang amanah. Tetapi panglima-panglima DS Idris Jusoh seperti Dato Din Adam, almarhum Alias Abdullah, Dato Hj Rasol Wahid dan kawan-kawannya tetap menggangu sehingga tersebar melalui mesej, ancaman bunuh oleh bekas orang kuat DS Idris Jusoh, Dr Ramzi sehingga dipenjarakan dan sehingga diadakan mogok oleh sebahagian besar ADUN BN tidak hadir persidangan DUN dimasa itu kerana ugutan itu.
DS Ahmad Said kemudiannya terpaksa melantik Dato Tengku Putera sebagai Yang Dipertua DUN, walaupun Dato’ Tengku Putera sudah hampir lenyap daripada persada politik BN setelah dipinggirkan oleh DS Idris ketika itu. Seolah-olah DS Ahmad Saidlah yang memberi nyawa semula kepadanya. DS Ahmad Said dan teamnya dilihat terbeban untuk mentadbir negeri dalam berhadapan kerenah dan pergolakan dalaman Umno dimasa itu.
Tiba PRU 13, DS Ahmad Said mengambil peluang untuk membentuk saf kepimpinan yang sehaluan dengannya dan menyenaraikan semula Dato’ Tengku Putera bertanding di Kuala Berang dengan meminggirkan Cikgu Zawawi, meletakkan semula Dato’ Mat Jidin di Permaisuri, mengekalkan Ahmad Razif di Seberang Takir serta membuang beberapa nama dari senarai calon yang dianggap mengganggu pentadbiran DS Ahmad Said. Tetapi, DS Ahmad Said tidak lama menjadi MB. Ahmad Razif yang dilantik exco di bawah kepimpinannya mengambil alih jawatan MB dalam keadaan memalukan DS Said, seluruh ahli Umno dan rakyat Terengganu. Sebaik menjawat jawatan MB itu, kelihatan Ahmad Razif mula mengagung dan menjulang semula DS Idris Jusoh yang telah jelas ditolak oleh Tuanku Sultan itu sebagai bosnya yang berjasa memberi kerusi Seberang Takir kepadanya daripada Shapian Ali pada 2008 dan dia terus membuat satu rentak untuk mencantas segala orang kuat DS Ahmad Said seperti Wan Ahmad Wan Muda yang di’peti-sejuk’kan daripada pentadbiran negeri. Ketika inilah DS Ahmad Said melihat, orang yang dia angkat menjadi menjadi exco, bertukar menjadi antara tenaga utama mahu menjatuhkan dia. Budaya politik Umno turun temurun, begitulah. Siapa yang berkuasa, boleh bagi makan, maka itulah yang mereka puja dan taat. Hilanglah ketaatan kepada DS Ahmad Said, berpaling hampir semuanya kepada Razif.
Ramai Adun yang ada sekarang dipilih oleh DS Ahmad Said. Sudah tentu jika Adun-Adun ini bijak dan mengingati jasa DS Ahmad Said yang memasukkan mereka dalam kerajaan BN seperti Adun Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Kuala Berang, Ajil, Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Kuala Besut dan Kota Putra, mereka semua sebenarnya boleh melakukan sesuatu dengan membalas budi DS Ahmad Said. Adun-Adun ini pun belum tentu terselamat dan belum tentu akan disenaraikan kembali sebagai calon untuk PRU14 nanti. Jika Ahmad Razif atau orang kuat Ahmad Razif masih memimpin Umno ketika itu, apakah Ahmad Razif dan nama-nama yang telah ‘diteranjang’ oleh DS Ahmad Said dalam PRU13 lalu akan terus berdiam diri? Nama-nama mereka yang masih muda dan mampu berpolitik seperti Dato’ Din Adam, Cikgu Ramlan, Ustaz Khazan dan Dato’ Rasol, pastinya akan menuntut kembali posisi mereka yang lalu. Apatah lagi Dato Zubir yang dilantik Yang Dipertua DUN dengan jasa baik tangan DS Ahmad Said yang diciumnya, pasti tidak selamat dan mungkin hilang daripada persada politik BN kerana dia tiada kekuatan akar umbi dan jika beliau diletakkan di parlimen Kuala Terengganu sekali lagi pun, insyaAllah dia akan kalah.                                                        
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Pas Terengganu

3 Zulqaedah 1437 bersamaan 6 Ogos 2016                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber BO - 6-8-2016                                                                                                                            ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      

PAS Sedia Ambil Alih Terengganu - Tuan Ibrahim
Posted on Friday, August 05 @ 20:23:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31261
PETALING JAYA: PAS semakin berkobar-kobar untuk kembali memerintah Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Parti Islam itu akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Ahmad telah mengeluarkan kata dua terbaharu kepada Ahmad Razif supaya meletak jawatan.

Ahmad memberitahu The Star bahawa beliau akan menyertai "pihak lain" yang akan membolehkan mereka membentuk kerajaan melainkan menteri besar berundur.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai ancamannya untuk membuat langkah dramatik dengan meletak jawatan daripada Umno.

Terdahulu, dalam satu temu bual telefon, Tuan Ibrahim berkata Ahmad hanya perlu meninggalkan Umno bagi membolehkan PAS untuk mengambil alih pentadbiran.

"Kami bersedia untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu," katanya.

Tetapi beliau menyelar Ahmad kerana membuat ancaman.

"Beliau tidak boleh hanya buat bising mengenainya. Jika Umno akan memecatnya, maka beliau harus meletak jawatan," katanya sambil menambah bahawa sekutu Ahmad iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib juga perlu keluar daripada Umno.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, tidak ada keperluan untuk PAS membentuk kerajaan campuran dengan Umno.

"Jika Ahmad meletakkan jawatan, dia akan menjadi Adun bebas dan PAS akan memegang majoriti," katanya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat turut mencabar Ahmad meletak jawatan.

"Beliau tidak mengambil sebarang tindakan untuk melakukannya. Jangan hanya buat bising, tinggalkan Umno, "katanya.

Satiful yang juga Adun Paka berkata, soal menjemput Ahmad atau Ghazali untuk menyertai PAS tidak timbul.

"Peletakan jawatan mereka dari Umno adalah mencukupi untuk PAS mengambil alih Terengganu," katanya.

Barisan Nasional kini mempunyai 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala PAS mempunyai 14 dan PKR (1).

Jika Ahmad Said dan Ghazali menjadi wakil rakyat bebas, BN akan kehilangan majoriti.

Sebelum ini PAS memerintah Terengganu selama dua penggal dari Jun 1959 hingga November 1961, dan Disember 1999 hingga Mac 2004.

Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS tidak menolak kemungkinan Ahmad cuba untuk mengemukakan usul tidak percaya walaupun tidak memberi notis 14 hari kepada Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

"Kali ini, jika ada usul undi tidak percaya dan Speaker menolaknya, maka kita mungkin mencadangkan undi tidak percaya terhadap Speaker," katanya. - Mstar

Sumber TKO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Kenapa Petronas Tak Jawab?

Oleh : Mohd Nor Hamzah
Keadaan politik negeri Terengganu kembali berkocak hasil daripada berbalas serangan antara dua orang kuat Umno Terengganu mantan MB Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said (DSAS) dan juga MB Terengganu sekarang YAB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman (ARAR). Perbalahan bermula dengan kenyataan DSAS minggu lepas berkenaan kepincangan ARAR mentadbir negeri sehinggakan muncul isu mahu menjatuhkan MB dengan kenyataan sokongan oleh Adun Ajil yang dikatakan juga tidak berpuashati dengan MB. Khabarnya portfolio Exco dari Ajil itu tidak dipedulikan MB, peruntukan juga banyak yang tak dapat, entahlah. Mungkin itu sebabnya dia mahu menyokong DSAS disamping dengan tali persaudaraan beliau dengan DSAS, mungkin….?
Saya tertarik dengan kenyataan balas MB kepada serangan DSAS hari ini, iaitu berkaitan dengan telaga minyak Bertam yang beliau dakwa ianya bukan kepunyaan Terengganu, oleh itu beliau tidak pernah menandatangani sebarang dokumen berkenaan Bertam. Kata beliau lagi, Bertam berada di luar tiga batu nautika daripada pantai Terengganu, jadi ianya hak kerajaan Persekutuan. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan Negeri sedang berusaha membuat permohonan rasmi untuk PM membuat pertimbangan agar digunakan kembali asas komitmen yang telah diberikan sebelum ini.
Persoalan yang timbul sekarang ini, rakyat ingin tahu kenapa royalti yang dinikmati oleh kerajaan Negeri Terengganu semenjak pertemuan minyak pada tahun 70-an dahulu, Umno hapuskan, dan kemudiannya mengemis kembali wang royalti itu dengan nama wang ehsan atau Dana Persekutuan? Kenapa ketika kerajaan pusat meluluskan Akta Laut tetapi kerajaan Negeri tiada membuat apa-apa bantahan untuk pertahan hak negeri bahkan kerajaan Negeri menolak agar usul tergembar yg hendak dibawa oleh ADUN Paka YB Ustaz Saiful Bahri tentang akta laut di persidangan dun. Sepatutnya persidangan DUN boleh menggunakan kuasa menolak akta yg diluluskan ini.
Lebih menghairankan lagi, Umno mengatakan bahawa wang itu bukan perjanjian royalti kerana penafsiran batu nautika, tetapi tahun lepas, mereka meluluskan Akta Laut 750 yang menafsirkan semula kiraan batu nautika yang jelas akta itu mahu menguasai laut negeri-negeri di luar tiga batu nautika. Jika sudah betul tafsiran akta laut itu dahulu, kenapa dibuat tafsiran baru tahun lepas? Tafsiran kepada bayaran royalti itu sebenarnya telah dijelaskan oleh dua daripada tiga orang yang menandatangani perjanjian royalti iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abbas, tetapi sayang bagi rakyat Terengganu kerana Umno tetap menginjak-injak maruah Terengganu.
Dalam sidang DUN tahun lepas DSAS telah mendedahkan bahawa Bertam hanya berada 120km dari pantai Terengganu. Hanya Bertam A dan B yang dikatakan berada di perairan Pahang, tetapi hasilnya adalah sedikit sahaja. Beliau mendakwa telah menulis surat kepada Petronas tetapi Petronas mendiamkan diri tanpa jawapan. Rakyat Terengganu mahukan jawapan yang jelas, bukan tujuan untuk menutup perbalahan dalaman Umno. Kekal wang royalti dirompak dengan nama lain, ubah akta laut, status Bertam tidak dipastikan. Ayuh rakyat Terengganu bersama PAS dengan kepimpinan yg damai dan bertanggungjawab serta bina negeri yang lebih baik, insyaAllah.

***Ustaz Mohd Nor Hamzah ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu

2 Zulqaedah 1437 bersamaan 5 Ogos 2016                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber BO - 5-8-2016                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Bertam 307; ‘R’ Kesal Razif Buat Kenyataan Rambang

‘Royalti Terengganu’ (R) Terengganu kesal dengan kenyataan Encik Ahmad Razif berhubung telaga minyak PM307 Bertam. Beliau mendakwa telaga tersebut tiada hubungkait dengan Terengganu kerana berada di luar perairan Negeri ini dan mengatakan ia berada dalam perairan Pahang. Kenyataan beliau ini adalah menjawab seteru ketatnya Dato Seri Ahmad Said yang mendakwa Encik Razif menandatangai perjanjian menyerahkan telaga minyak kepada Pahang dan 1MDB.
Untuk pengetahuan semua terutama pihak MB Terengganu, hasil selidikan R mendapati telaga minyak itu berada pada jarak 86 batu nautika atau 160km dari perairan Pahang. Sedangkan dari perairan Terengganu, telaga tersebut hanya berada jarak 74.5 batu nautika atau kira-kira 120km sahaja. Ini bermakna jarak telaga tersebut lebih dekat dengan Terengganu berbanding Pahang! Bezanya mencecah 40km!
R menganggap kenyataan rambang Encik Razif itu amat serius kerana ia bukan sahaja melibatkan isu ekonomi semata-mata. Perkara yang lebih besar dari itu, Razif telah meletakkan Terengganu dalam krisis kedaulatan. Isu kesempadanan bukanlah perkara yang enteng kerana setiap negeri mempunyai autoriti tersendiri terhadap tanahair mereka sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan.
Oleh itu R mendesak agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja dalam menentukan sempadan perairan sebenar setiap negeri terutama antara Pahang dan Terengganu. Jangan hanya kerana PM seorang rakyat Pahang, rakyat Terengganu terus kempunan hak yang sepatutnya milik mereka.
Anak jati Terengganu pastinya malu memiliki MB seperti Razif. Beliau yang juga anak jati Terengganu langsung tidak merasa bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan Terengganu dari pihak lain. Nampaknya beliau hanya memikirkan kelangsungan kedudukannya sahaja sebagai MB yang dipilih Najib, bukan pilihan rakyat Terengganu, bukan pilihan istana malah bukan dari ahli Umno Terengganu sendiri.
Rakyat Terengganu bukan harapkan banyak. Rakyat Terengganu tidak kisah siapa jua yang berada di kerusi MB. Asalkan MB itu benar-benar dapat membawa suara rakyat Terengganu yang menuntut hak mereka dikembalikan. Sehingga ke hari ini, sepatutnya sudah RM200 juta wang royalti dari telaga minyak Bertam dapat dinikmati rakyat. Tidaklah Terengganu akan kekal sebagai antara negeri termiskin di Malaysia walaupun sepatutnya kaya.
MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
Pengerusi

Royalti Terengganu                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber BO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           PAS Is Ready To Take Over Terengganu If Umno Rebels Quit

KUALA LUMPUR, Aug 5 — Terengganu PAS says it is equipped to replace Umno as the ruling party in the state in the event Umno malcontents Datuk Seri Ahmad Said and Ghazali Taib leave their party.
Terengganu PAS commissioner Satiful Bahari Mamat dismissed the idea of a no confidence motion against Mentri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman at next week’s state assembly sitting, saying it would be redundant in the event of the duo’s exit.
“We are suggesting that Mat Said, Ghazali leave Umno; when this happens, PAS will automatically hold the majority of seats in the state assembly, and then the Palace will call to decide on a new government.
“PAS is ready to take over. Don’t just make empty threats. Kijal and Ajil must quit,” Satiful told Malay Mail Online, referring to Ahmad Said and Ghazali’s respective state constituencies.
He added that a vote of no-confidence would not result in a tangible outcome, citing Ahmad Said’s failed attempt to introduce such a motion in the assembly previously.
Any such motion must also be preceded by 14 days’ notice before its tabling, Satiful noted when saying that there has been none.
Satiful also said PAS would not court Ahmad Said or Ghazali to join the party if they left Umno.
“No need to invite them. If they quit, we already have the majority to rule,” he added.
Former Terengganu MB Ahmad Said, who was replaced by Ahmad Razif two years ago, has repeatedly challenged his successor’s leadership, including seeking a no-confidence vote against him in March, which failed as the motion was made without notice and violated the Standing Orders.
Umno holds 17 seats in the 32-seat Terengganu state legislative assembly while opposition parties PAS and PKR have 14 and one, respectively.
Ahmad Said and Ghazali have both criticised Ahmad Razif’s leadership openly.
Losing Ahmad Said and one other state lawmaker would result in Umno becoming a minority government.
Ahmad Razif has requested that the Umno disciplinary board take action against Ahmad Said for his recent open criticism of the state party leadership.
The Terengganu MB has affirmed there will not be early state elections and insisted all was well within his administration.
This is despite claims from Umno’s Ajil assemblyman Ghazali that the majority of state lawmakers were unhappy with the political situation there.
It was previously reported that Ahmad Razif had proposed early state elections as a solution to the leadership crisis between him and predecessor Ahmad Said.

According to The Star, there may be new developments at the state legislative assembly when it sits next Monday that could result in a hung government in Terengganu, as Ahmad Said and Ghazali might rebel.-themalaymailonline                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber BO - 5-8-2016                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                        

Umno Terengganu Bersedia Jika Pilihan Raya Negeri Jalan Terakhir - Ahmad Razif
Posted on Friday, August 05 @ 10:24:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31255
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mungkin mahu mengelak berlaku pilihan raya negeri (PRN) namun tetap bersedia sekiranya ia jalan terakhir, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata Terengganu akan berdepan dua kali pilihan raya sekiranya ia berlaku dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Kerajaan negeri seboleh-bolehnya hendak mengelak perkara ini berlaku kerana ia membawa banyak kerugian kerana terpaksa melakukan dua pilihan raya iaitu peringkat negeri dan Parlimen.

"Jika buat pilihan raya sekarang ini belanjanya bukan sedikit... bila pilihan raya umum nanti kena buat sekali lagi, jadi Terengganu kena buat dua kali dan  kos ini akan merugikan rakyat dan kita sedia maklum dengan cabaran ekonomi semasa.

"Tetapi jika keadaan terpaksa..kerajaan negeri bersiap sedia, kita beri jaminan bahawa kerajaan negeri, Badan Perhubungan Umno negeri bersiap sedia sebarang kemungkinan... tiada masalah tetapi demi untuk rakyat kita minta perkara ini dapat dipertahankan sampailah pilihan raya umum berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat negeri.

Mengenai perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung Isnin ini, Ahmad Razif berkata beliau yakin ia akan berjalan seperti biasa dan segala desas desus bahawa akan berlaku perkara tidak terduga hanya spekulasi dan khabar angin.

"Sidang DUN akan berjalan seperti biasa. Perkara ini timbul kerana banyak persepsi, banyak kepada khabar angin..saya rasa tiada masalah. Sidang dewan akan berjalan seperti biasa dan akan dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Ahmad Razif berkata meskipun berlaku pelbagai kemelut, beliau tetap positif dan yakin Barisan Nasional mampu memperoleh kemenangan sepertimana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor namun masih berharap PRN di negeri ini tidak akan berlaku demi kepentingan rakyat.

Beliau yang mengibaratkan kemelut politik di sini sekadar 'ribut dalam cawan' berkata "biarlah Terengganu bersama-sama dalam pilihan raya umum akan datang".                                                                                                                                                                                                                            Sumber   TKO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                 

Pandu Lalu Bayaran Bil air SATU
Posted on Friday, August 05 @ 08:34:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor                                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31252

"

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah lama tidak menerima bayaran melalui bank melainkan pelanggan tanggung kosnya sendiri kerana membantah bank terutamanya Maybank2u yang membuat 'cas' sehingga RM1 untuk setiap pembayaran.

lalu satu iniasetif yang dilakukan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) ialah membuat bayaran melalui cara pandu lalu dimana pembayaran tak perlu parking kereta dan masuk ke pejabat bayaran untuk membayar bil air.

Di Dungun Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) juga mengadakan kaunter Pandu Lalu dan saya rasa ini suatu yang terbaik.

Hanya saya nak komen, kerani yang mengurus bayaran bil itu biarlah yang ramah dan bekerja dengan baik. Jika ada pandu lalu tapi kerani mengurusnya tidak memahami atika kerja dengan baik akan merosakkan nama baik Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).

Beberapa hari lalu, saya terpaksa menunggu begitu lama untuk buat bayaran sedangkan kerani sibuk buat hal-hal lain. Bila saya beri salam dia tak endah kerana sibuk urusan lain. Saya akhirnya terpaksa hon dan dia kata tunggu sekejap. Saya tunggu 5 minit lagi, masih juga tak diedahkan kami.

Dalam hati saya kalau saya parking dan buat bayaran di kaunter biasa sudah tentu saya dah boleh balik.

Yang peliknya Pandu Lalu itu ada lampu isyarat, apa salahnya bagi lampu merah memudahkan kami tahu bahawa kounter tak bersedia bolehlah kami parking kereta buat bayaran di kaunter biasa. Ini tidak dibiarkan lalu hijau. Malah beberapa kereta belakang saya pun terus meninggalkan lalu berkenaan kerana kerani tidak bersedia.

Saya faham kerani mungkin ada masalah dengan sistem, tapi apa salahnya nyalakan lampu merah.

Posted by Lensa at 08:30 "

Sumber TKO  - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          MAPIT Anjur Forum Bincang Isu Berkait RUU 355

  http://www.buletinonline.net/v7/index.php/mapit-anjur-forum-bincang-isu-berkait-ruu-355/                                                                                                                                                                                   KUALA TERENGGANU – Rang UndangUndang (RUU) pindaan Akta 355 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Parlimen, baru-baru ini tidak wajar dipolemikkan.
Pengerusi Majlis Perunding Pelaksanaan Syariat Islam Terengganu (MAPIT)
Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, isu berkaitan timbul selepas ia dibentangkan.
Oleh itu menurutnya, MAPIT akan mengadakan program bagi menjelaskan perkara tersebut kepada masyarakat.
Justeru, pihaknya akan menganjurkan satu forum awam, khusus bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan RUU terbabit.
“Forum ini akan memberi ulasan dan pandangan dari pelbagai pihak mengenai RUU Akta 355. Pada dua tahun yang lalu, kami (Mapit) pernah menganjurkan Seminar Hudud di sebuah hotel di negeri ini.
“Hari ini, kami (Mapit) bermesyuarat untuk membuat persiapan bagi menganjurkan satu forum besar atas isu Rang Undang-Undang bagi meminda Akta 355, selepas usul itu dibentangkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Marang dan yang menjadi polemik di kalangan orang ramai.
“Empat anggota panel iaitu Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan, Dato’ Dr Mohd Fadhli Hassan, Pensyarah dan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Dato’ Zainul Rijal dan Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifli Jusoh,” jelasnya.
Ustaz Husain berkata demikian dalam satu sidang medianya di Pejabat Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada Khamis 4 Ogos.
Menurutnya, persoalan pokok yang menjadi tajuk perbincangan adalah mengenai isu “Akta 355: Wajarkah Dipinda?”
Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) kerajaan PAS Terengganu itu menjelaskan, MAPIT adalah sebuah gabungan beberapa NGO Islam.
Katanya, kewujudan Majlis itu bertujuan bagi mengukuhkan kesedaran Islam di kalangan orang ramai serta menjadi perunding dan rujukan mana-mana pihak yang mahu memartabatkan Islam di Terengganu.
“Kami ini daripada Majlis Perunding Pelaksanaan Syariat Islam Terengganu (MAPIT), adalah sebuah gabungan NGOs Islam yang bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran Islam di kalangan orang ramai.
“Dan dalam masa yang sama menjadi perunding atau pun rujukan kepada mana-mana pihak untuk memartabatkan Islam dalam negeri Terengganu ini.
“Mapit dianggotai oleh pelbagai jenis pertubuhan Islam yang bergabung antaranya Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma), Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa), Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan), Persatuan Peguam Muslim, Pasukan Cakna Ummah (Pacu) dan banyak lagi,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu bantahan pihak tertentu terhadap RUU itu juga akan dibincangkan termasuk bantahan dibuat oleh Majlis Perunding Melayu (MPM) baru-baru ini bahawa ia tidak sah dan tidak berperlembagaan.                                                                                                                                                                                                                       Sumber BO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            The Neverending Soap Opera In Terengganu

NEXT Monday could be a do-or-die day for the Barisan Nasional government in Terengganu.
Mentri Besar Ahmad Razif Abd Rahman is prepared for the worst even though he has insisted that his government is not headed for a snap state election.                                                                                                                              
His team had a lengthy session with the state legal advisor and the outcome of the meeting was that if things go seriously wrong at the state assembly sitting on Monday, Ahmad Razif has no choice but to call for fresh polls.
Ahmad Razif has not had any peace from the day he took over because his predecessor Datuk Seri Ahmad Said has been unable to accept being removed from the top post.                                                                                              
Ahmad Said, who is the assemblyman for Kijal, has given the Mentri Besar and his administration a hellish time. As a result, every state assembly sitting has become a cliff-hanger that leaves a big question mark over the survival of the Barisan government which is ruling Terengganu with a majority of only two seats.                                                                                                                                                                          
Barisan is in a precarious position with only 17 seats against PAS which has 14 seats and PKR which has one.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Terengganu politicians are expecting fireworks at this Monday’s sitting.                                                                                                                                                                                          
Ahmad Said fired a warning shot on Saturday when he officiated at the ground-breaking of the new Umno office in Kemanan where he is the Umno division chief. Speaking in thick Terengganu dialect, he hit out at the Prime Minister who he blames for losing his position as Mentri Besar.                                                                          
But his most cutting words were reserved for the man who replaced him. He ranted against Ahmad Razif, accusing him of cutting off allocations for Kijal and of meddling in the constituency.                                                          
Ahmad Said has become a sort of Terengganu version of Tun Dr Mahathir Mohamad – someone who will not rest until he gets his way.  
He tried to move a motion of no-confidence against Ahmad Razif at the March state assembly sitting but it was rejected by the Speaker Datuk Zubir Embong.                                                                                                                                                                                  
No one can quite guess what he will do this time around but everyone agrees that he is capable of anything.                                                                                                            
The added danger this time is that Ghazali Taib, a state exco member and assemblyman for Ajil, has joined forces with Ahmad Said in calling for the Mentri Besar’s resignation.                                                                                        
Ghazali is related to Ahmad Said by marriage and the pair, together with Bukit Besi assemblyman Roslee Daud, almost brought down the state government in May 2014 when they attempted to resign from Umno.
Ahmad Razif’s government will be in an intense state of siege in the coming days.
Political circles in Terengganu are abuzz with talk of the gelombang kuning or yellow wave. It is the euphemism for several Umno division heads and elected representatives aligned to Ahmad Said and their aim is to oust Ahmad Razif.
Those in the group claim that they only want to see Ahmad Razif gone. They claim that they still love Umno even though what they are doing is damaging the party.                                                                                                                                                                  
Ahmad Said’s kampung style of politics was quite popular with the rural folk when he was the Mentri Besar. But his actions in the last couple of years have not been good for his image.                                                                                  
“This is the lowest point for Umno in Terengganu, morale is very low. One drama after another, it is so stressful for everyone and distracts from the real purpose of government which is to serve the people,” said Terengganu political expert Dr Azmi Omar.                                                                                                                                                                                                                        
The local folk, said Dr Azmi, are fed-up with the neverending politics. This is in stark contrast to the years when Datuk Seri Idris Jusoh was the Mentri Besar. He had ideas and drive, and the projects he implemented inspired people and gave them hope for the future.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Even if a snap election does not take place, the situation now could be the recipe for disaster for Umno in the general election. Terengganu has a reputation as a swing state. Seats here are won or lost by narrow majorities and the current turmoil could be a prelude to the state falling to PAS.                                                      
PAS has shown very little interest in taking over mid-stream. It does not want to inherit a troubled mandate and its president Datuk Seri Hadi Awang has indicated that his party intends to come to power by the front door, that is, via an election.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
According to one Terengganu assemblyman, the state assembly sitting next week could result in three possible scenarios. The first is that Ahmad and his accomplice Ghazali could disassociate themselves from Umno and cause a hung assembly. Should that happen, the Mentri Besar will have to seek an audience with the Palace to dissolve the state assembly.                                                                                                                                                              
The second scenario is that instead of opting for a snap election, Umno may invite PAS to form a Unity Government. That may be a terrifying idea for those outside of Terengganu but it may actually go down quite well with Terengganu folk.                                                                        
The third scenario is that the drama may fizzle out.
The political drama in Tereng­ganu has come to resemble a soap opera where every episode ends in a cliff hanger.                                                                                                                        
The thing is that Ahmad Razif is not enjoying the show. He is said to be thoroughly fed-up with his predecessor’s antics at undermining his administration.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
Those around him have asked how long more he can continue putting up with threats from someone like Ahmad.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
They claim that Ahmad Razif is not keen to take Barisan into a snap election but if that is forced upon him, he is mentally prepared for it. – by joceline tan @ thestaronline                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber BO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                    
ADUN Wakaf Mempelam sokong usul undi tak percaya terhadap Ahmad Razif
Posted on Thursday, August 04 @ 23:48:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31247

SHAH ALAM: Seorang ADUN PAS Terengganu secara peribadi menyatakan sokongan berhubung usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, sekiranya ia dibawa pada sidang DUN minggu depan.
ADUN Wakaf Mempelam, Mohamad Abdul Wahid Endut berkata, bagaimanapun beliau mahu menunggu sehingga sidang DUN bermula, yang dijadualkan pada 8 Ogos ini.


"Kita akan melihat perkembangan selepas ini kerana pada 8hb ini kita akan ada sidang DUN. Sehari saja sidang DUN.


"Sama ada Datuk Ahmad Said nak ulang balik usul undi tak percaya yang dahulunya ditolak, jadi sekiranya beliau mahu mengulang (buat usul) kembali, terpulang kepada beliau ," katanya ketika dihubungi Antarapos. 


Bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, bagaimanapun sokongan terhadap usul itu hanya pendirian peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan ADUN PAS yang lain.


Malah beliau menambah, ia tetap bergantung kepada kepimpinan PAS Pusat.


Media semalam melaporkan desas desus kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan di Terengganu selepas kepimpinan Ahmad Razif terus dipertikai oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.


Pada Selasa, Ahmad Razif mengesahkan Badan Perhubungan Umno negeri ada menghantar laporan berhubung salah laku Ahmad Said kepada Majlis Tertinggi Umno dan lembaga disiplin parti.


Ahmad Said pada Mac lalu pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif, namun Speaker DUN, Datuk Mohd Zuber Embong menolak untuk membahaskannya disebabkan tidak mengikut peraturan ketika mencadangkan usul berkenaan.

Sumber TKO - 4-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Pilihan Raya Negeri Adalah Jalan Terbaik Selesai Kemelut Kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pilihan raya negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan di Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Terengganu, Yahya Ali berkata kini terpulang kepada rakyat bagi menentukan semula parti manakah yang dirasakan layak untuk mentadbir kerajaan negeri.
“yang paling bagus kalau bercakap soal demokrasi ialah suara rakyat……dalam keadaan kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil………….itu (pilihan raya negeri) penyelesaian yang terbaik,”jelasnya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita pada sidang media Majlis Perunding Perlaksanaan Syariat Islam Terengganu (MAPIT) di pejabat Kelab Wartawan Terengganu hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang dan Ahli-ahli Majlis MAPIT.
Mantan Exco kerajaan Terengganu itu berkata, walaupun Menteri Besar Haji Ahad Razif berkata tidak akan ada PRN, tetapi katanya, politik boleh berubah dalam sekelip mata.
“sekiranya jumlah (ADUN) yang bersama Dato’ Ahmad Said melebihi jumlah majoriti (BN) nak buat macamana? Berdasarkan pengalaman di Perak dan terakhir di Kedah,
“peranan istana (Tuaku Sultan) juga tidak boleh diketepikan dalam perkara ini,”ujarnya.
Namun begitu, menurut beliau, PAS bersikap ‘tunggu dan lihat’ dan meneliti perubahan dan gerak politik dari masa ke semasa.
“Kita tengok masa Sidang DUN (nanti)…….masa ni tak boleh jawab lagi,”tambahnya

                                                                                                                                      Sumber BO - 4-8-2016                                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Ghazali Taib Should Resign As Exco

KEMAMAN: Ajil state assemblyman Ghazali Taib has been advised by Umno Terengganu Liaison information bureau chairman Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar to resign as state Exco.
Wan Abdul Hakim agreed it would be a drastic move on Ghazali’s part but that it was best to do so to ensure smooth running of the state government under Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Ghazali is a state government councillor, in the main group of policy makers and implementers. Why criticise the government under Ahmad Razif’s leadership as non functioning when he himself is in the government?
“It means that he has also failed. He must explain what is it, that is not functioning because he said it in general which is confusing,” he told reporters at the Cukai constituency Aidilfitri gathering last night.

On Wednesday, Ghazali was reported to have criticised the state government and Ahmad Razif’s leadership through the media, divulging alleged internal crisis in the state government                                                                                                                              Sumber BO - 4-8-2016                                                                                     --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                         Kerajaan Umno dan BN Menipu Rakyat

DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan (BN) Nasional menipu rakyat dengan para pemimpinnya dan media kerajaan berkempen mengatakan bahawa perlaksanaan GST akan memberi kemudahan kepada rakyat.
Sebaliknya, kaum Tionghua bersetuju dengan ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang berkata, tidak ada barangan yang murah selepas perlaksanaannya bahkan GST terbukti menyusahkan hidup rakyat.
“semua terlibat…….bukan peniaga sahaja, pengguna masyarakat (dan) rakyat,yang miskin pun kena cukai sebanyak 6 peratus. Sedangkan dalam TV (kerajaan) beritahu GST akan turunkan cukai dari 10% kepada 6%……..,”
“dia kata barang akan murah…………kereta akan murah………itu apa yang dia sebut, rakyat seolah-olah percaya…..,
“tapi apabila dilaksanakan pada bulan April 2015 lalu, sudah setahun lebih, terbukti GST adalah satu cukai yang menyusahkan rakyat!,”tegasnya.
Kata-kata beliau disahut dengan perkataan ‘Ya’ oleh lebih 100 orang hadirin Tionghua Dungun yang datang pada Majlis Sempena Hari Raya yang diadakan di Batu 5, Jalan Dungun Kuantan.
Lebih teruk, menurut beliau, harga barangan yang telah kena GST dan yang tidak jena GST, semuanya naik, menjadikan kehidupan rakyat semakin ‘terhimpit’.
Sesudah itu, kata beliau, rakyat Terengganu terpaksa pula menanggung pembayaran tol yang mahal di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), sedangkan pembinaan itu adalah menggunakan wang hasil royalti, milik rakyat Terengganu.

                          Sumber BO - 4-8-2016                                                                                     -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                            Razif Letak Jawatan MB, Boleh Selesai Masalah Utama

Oleh : Naraza Muda                                                                                                                                                                                  
Bagi memastikan pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan lancar dan tidak mengheret rakyat ke kancah yang lebih parah, maka LETAK JAWATAN sebagai Menteri Besar Terengganu adalah satu langkah yang boleh menyelamat kepada semua keadaan keserabutan hari ini.
Kenapa Ahmad Razif tidak memilih langkah ini? Jika dia ambil pendekatan korbankan diri untuk kestabilan politik Terengganu, bukankah nanti beliau akan dilihat seorang pemimpin yang hebat? bermaruah! dan mampu bangkit semula.
Dalam keadaan politik sekarang beliau kena melihat sejarah terdekat, Timbalan Perdana Menteri gugur, Menteri Besar Kedah gugur, walaupun berlaku gelombang rakyat bangkit memenuhi stadium menyatakan sokongan kepada anak bekas Perdana Menteri ini.
Selepas orang nombor dua negara dipecat dari Timbalan Perdana Menteri tiada lagi keserabutan di sebelah Najib, bahkan beliau dipecat dari UMNO, penyokong beliau di Pagoh tidak turun berarak di jalan-jalan raya. Tindakan ini menyelamatkan keadaan sementara waktu. Apatah lagi kini Muhyyiddin tiada kuasa lagi…hanya seorang bekas Timbalan Perdana Menteri..
Begitu juga nasib bekas Menteri Besar Kedah, mempunyai kelulusan tinggi dan anak seorang tokoh negarawan, sudah tidak ada nilai kehebatan bila sudah dipecat dari Jawatan MB dan UMNO. Beliau melalui proses haraki parti, tetapi tersungkur juga dan kerusi Menteri Besar hanya diganti dengan seorang tokoh yang tidak punyai kelulusan pendidikan tinggi pun…
Kembali kita senario kemelut pentadbiran yang melingkari Terengganu sekarang ini. Jika Ahmad Razif melangkah keluar atau mengundur diri dari kerusi MB, tindakan beliau akan dapat memulihkan dari apa yang sedang melanda sekarang, tidak perlu sampai ditarik gelaran dan terjatuh dengan perbagai cara.
Kini beliau merasakan dirinya hebat, diberi nyawa kedua, mampu melepaskan diri dari cadangan usul undi tidak percaya di Sidang Dewan Undangan yang lalu. Beliau bangga terus menjadi Menteri Besar walaupun Istana mengarahkan dikembalikan gelaran Dato’ Seri.
Tetapi Ahmad Razif lupa, mungkin dia sengaja melupakannya sejarah-sejarah politik tanahair. Atau dia seorang yang ego, keras keng dan tidak kisah orang kata, janji aku terus jadi MB. Ini mengundang masalah dia kepada kehancuran seluruh UMNO Terengganu.
Pertembungan beliau bukan dengan PAS, tetapi beliau sedang berhadapan dengan krisis dalaman UMNO yang lawanya juga kini masih ahli UMNO dan digelar NELANG oleh rakyat Terenganu. Sekarang beliau cuba melibatkan kedudukan seluruh kepentingan dalam UMNO Terengganu untuk menyelamatkan dirinya seorang, walaupun nanti beliau akan mengungkapkan tindakan beliau ini untuk menyelamatkan UMNO, ini ungkapan biasa pemimpin UMNO yang sedang bergelut dengan krisis.
Jika beliau letak jawatan sebagai Menteri Besar, maka salah seorang dari Adun UMNO yang lain akan dilantik mengantikan beliau. 15 Adun selain beliau dan Ahmad Said layak diangkat nama untuk kerusi MB, kenapa jalan ini tidak dipilih jika benar sayangkan kestabilan kerajaan?
Ahmad Razif berpegang kepada dia masih mendapat sokongan dari Perdana Menteri, Ahmad Said meneruskan onar ini kerana mengatakan tindakan Najib mengekalkan dan menolak cadangan menukar Razif adalah tidak cerdik, dalam ertikata lain ‘bodo’
Apakah pelan bertindak Razif untuk hadapi kemarahan rakyat, kemarahan pengundi dan kakitangan awam dalam menyelesaikan krisis ‘serabut perut’ ini tanpa mengheret rakyat kekancah Pilihan Raya Negeri dan memastikan pembangunan negeri serta kebajikan rakyat terus terjamin.
Tindakan beliau mentiadakan dana remaja di tujuh kawasan Parlimen bakal mencipta satu lagi kemarahan anak-anak muda remaja Terengganu. ( geger doh dalam media sosial, kata orang, kalu tak dok angin masakan pokok bergoyang). Ini menambah panas hati remaja Terengganu bila mendapat tahu hanya Kuala Nerus sahaja akan dibayar dana remaja buat masa ini, maka satu lagi keserabutan, kecelaruan yang sedang melanda Kerajaan Terengganu.
Jangan sampai orang muda Terengganu mengeluarkan ayat “nampok buka baik, air muka jernih, ambik tah perangai, duk jaga temolok sendiri, orang lain lok mapuh dok ape”……

Oleh itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar adalah jalan terbaik buat En. Ahmad Razif Abdul Rahman. Tidak perlulah tunggu kekecohan Sidang Dewan Undangan Negeri terpendek pada 8hb Ogos ini. Buang ego, jangan nelang dok kena tempat. Tidak perlu memahat sejarah dengan krisis negeri Terengganu menjadi krisis politik terpanjang dalam sejarah. Jangan sampai TTB menjadi ‘Tranung Terus Bolok’                                                                                   Sumber BO - 4-8-20126                                                                                  -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                           Tiga Kali Rakyat Terengganu Ditipu

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu yang merupakan negeri pengeluar minyak yang kaya dan di beri jolokan ‘ Kuwait Malaysia’, tetapi malangnya, rakyat tidak merasai kekayaan yang dianugerahkan Allah itu.
Sebaliknya, tegas Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, rakyat terus dipermainkan dan ditipu oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.
“Bermula 15 Julai 2016, rakyat Terengganu ditipu untuk kali ketiga, yang pertama apabila kerajaan merampas royalti kita dalam tahun 2000,
“sepatutnya kos ditanggung oleh kerajaan pusat yang mengutip cukai, dimana kerajaan negeri menguruskan seperti pengambilan tanah sahaja,
“tetapi tidak kepada Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), belanja sebanyak RM1.8 billion iaitu hampir dari kosnya, dibuat menggunakan wang royalti minyak Terengganu dan lebih malang lagi, apabila siap kita dikenakan tol,”jelas beliau.
Katanya, Umno dan BN menjadikan tol sebagai perniagaan menguntungkan dan menjana pendapatan kroni-kroni mereka.
Beliau berkata jarak LPT2 daripada Jabor sehingga Gemuroh Kuala Terengganu ialah 184 km, tetapi kos pembinaan meningkat hampir empat kali ganda.
“cadangan pertama tahun 2006 untuk dilaksanakan kosnya hanya RM 1.7 billion bila ditangguhkan setahun kosnya naik menjadi RM2.1 billion,
“kemudian naik lagi RM 3.7 billion dan akhirnya naik RM 4.25 billion, jadi lebuhraya yang sejauh 184 km itu bernilai RM4.25 billion,
“jadi kos untuk setiap sekilometer RM23 juta.”katanya.
Lebih malang lagi, tambah beliau, apabila Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman, memberitahu bahawa wang yang berjumlah sebesar itu tidak akan dinikmati oleh rakyat Terengganu.

“kerajaan pusat akan membayar RM1.8 billion kepada kerajaan Terengganu, tetapi bayaran itu akan digunakan untuk menyambung LPT3 dari Gemuroh di Terengganu ke Tumpat, Kelantan,”ujarnya                                                                                                                  Sumber BO - 3-8-2016                                                                                     ------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                         Terengganu MB Under Pressure Again To Vacate His Seat

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman has been pressured once again to vacate his position by Barisan Nasional assemblymen who are expected to vote him out at the State Assembly sitting schedule on August 8.
Leading the charge is State Executive Councillor Ghazali Taib (BN – Ajil) who faces possible disciplinary action, including his removal as an Exco member.
Ghazali, who is State Communications, Multimedia and Special Task committee chairman told reporters yesterday that someone had to speak up against the weaknesses in the state leadership.
“These issues must be explained by the menteri besar. Personally, I am sad with what is happening to the people. Politically, Umno members are divided over certain decisions and statements that had further weakened the party.
“The slim majority (BN 17 seats, Pas 14 and PKR 1) is fragile. He cannot go around making threats to sack any of the BN assemblymen,” said Ghazali, referring to Razif’s statement asking the Umno Supreme Council to sack Kijal assemblyman Datuk Seri Ahmad Said, who is former menteri besar.
“He (Razif) has to put differences aside and put the house in order, and not make threats to sack anyone not supporting his moves. Removing any of the BN assemblymen will weaken the party,” he added.
In this respect, he said the Umno Supreme Council’s decision not to discuss disciplinary action against Ahmad (Said) was a wise one but at the state level, Razif’s supporters have drummed up a campaign to get Ahmad sacked as a party member.
“It is easy to make a decision (to sack) but the consequences of such a decision must be considered. One way or another it will affect BN’s position in the state government,” added Ghazali.
Meanwhile, Datuk Seri Ahmad Said when contacted declined to comment on rumours on another round of a no-confidence vote but said “Wait and see what happens”. – nst.                                                                                                                                                                                                                Sumber BO - 3-8-2016                                            
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































Petroleum: Celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu

AHMAD AMZAD HASHIM | .

                                             http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42024-petroleum-celarunya-umno-lagi-teruk-umno-terengganu                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Saya baca berulang kali kenyataan demi kenyataan yang telah dibuat oleh pemimpin Umno Terengganu berkaitan hasil dari sumber petroleum dan kaitannya dengan negeri Terengganu.

Dari zaman Datuk Seri Idris Jusoh yang menyerah hasil royalti minyak Terengganu kepada kerajaan pusat, sehingga pada waktu itu mahu berbelanja wang sendiripun kena 'melutut' kepada pegawai di Perbendaharaan (Tan Sri Shamsuddin Hitam ketika itu). Sehingga zaman Datuk Seri Ahmad Said yang diam-diam tanpa pengetahuan Dun membatalkan tuntutan saman royalti petroleum Terengganu. Sehinggalah zaman MB sekarang Ahmad Razif yang tak membantah apabila diumumkan secara terbuka tiada minyak di Terengganu.

Dalam masa yang sama awal tahun ini dalam ulasan pengurangan bajet negeri disebut oleh Razif pemotongan itu ekoran pengurangan hasil petroleum negeri oleh kejatuhan harga minyak dunia.

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), seorang pemimpin pemuda Umno membuat kenyataan kadar tol perlu dikaji balik kerana ia dibina menggunakan wang royalti petroleum Terengganu.

Nampak tak keliru dan celarunya isu petroleum Terengganu ini?

Pemikiran celaru pemimpin Umno Terengganu ini tenyata kerana  'dibengongkan' oleh pemimpin 'agung' mereka yang berada di Pusat.

Dalam pada mereka nafikan Terengganu mempunyai hasil petroleum, konon hasil minyak yang ada adalah milik Kerajaan Pusat,

1) Kerajaan dan pemimpin Umno negeri jugalah yang berterusan menyebut berkenaan hasil pendapatan petroleum negeri.

Kalau betul ia milik kerajaan pusat, atas peruntukan mana pula negeri Terengganu boleh ada hasil petroleum manakala negeri lain pula tiada?

2. Mantan MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan tuntutan royalti minyak dari carigali di medan PM307 Bertam yang dikatakan berada di dalam perairan Terengganu. MB Terengganu sekarang pula tidak pernah menafikan Terengganu membuat tuntutan.

Kalau bukan milik Terengganu, tiada minyak di Terengganu, atas asas apa pula untuk dibuat tuntutan?

3. Jika medan Bertam yang ada kekeliruan sama ada dalam perairan Terengganu atau Pahang pun kita tuntut hak Terengganu di atas hasil petroleum, tidakkah 'karut dan tak masuk akal' namanya kita menafikan pula hak kita terhadap begitu banyak medan carigali minyak yang tiada siapapun pernah pertikaikan berada di perairan Terengganu selama ini.

Celaru dan haru biru pemikiran rakyat dan urusan perjanjian petroleum semata-mata kerana agenda politik kuasa Umno yang sempit.

Tolak Umno. - HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                             Sumber HD - 2-8-2016                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                        Ameerah ‘Bakar’ Semangat Cintakan Negeri, Negara

KUALA TERENGGANU – Ameerah, yang lebih fokus kepada remaja-remaja wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun, merancang pelbagai aktiviti bagi memperkasakan anggotanya seperti Ameerah Camp, program ziarah rumah ke rumah, serta kebajikan dan lain-lain lagi.

Pengarahnya Puan Zudaida Mohd Nor berkata, beliau menumpukan inisiatif memberikan pengisian membakar semangat semangat kepada ahli-ahlinya.
Katanya, beliau mengesan cabaran yang paling besar dihadapi Ameerah, apabila segelintir masyarakat termasuk di kalangan pengundi muda wanita beranggapan politik itu ‘kotor’ serta tidak perlu dicampuri urusannya.
Hal demikian, katanya, menyebabkan mereka tidak ambil peduli mengenai pemerintahan dan semua parti politik adalah sama untuk kepentingan diri sahaja.
“Kita (Ameerah) lebih fokus kepada remaja-remaja wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun, terutama yang pertama kali boleh mengundi.
“Kita mahu menerapkan dalam diri seseorang itu semangat cintakan negeri dan negara supaya tidak dirosakkan oleh tangan-tangan pemimpin yang boleh merosakkannya.
“Sebab itu, politik ini tidak kotor bahkan mulia jika kita dapat uruskan dengan baik, jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, antara kaedah penerangan berstrategi Ameerah adalah mengedarkan risalah-risalah isu semasa, tentang PAS dan agama Islam itu sendiri.
“Kami (Ameerah) santuni mereka (golongan sasar) di tempat-tempat terbuka, kita bawa dan edar risalah-risalah isu semasa, tentang PAS dan agama Islam.
“Kita juga ada Unit R&D yang akan mengkaji tentang isu-isu remaja, wanita, pengundi-pengundi muda. Kita juga ada Unit Media sendiri dan Unit Ameerah Care.
“Maknanya, kita (Ameerah) ada golongan sasaran dan berstrategi dalam melaksanakan perancangan itu, Insya’Allah,” jelasnya.
Oleh itu, kata beliau, setiap anggota Ameerah perlu jelas perjuangan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) agar tidak menimbulkan masalah.                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber  BO - 2-8-2016                                                                                                                                                                                                                  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































LPT2 lengang selepas tol berkuatkuasa

HARAKAHDAILY | .

                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42012-lpt2-lengang-selepas-tol-berkuatkuasa                                                                                                                                                                                    GANTI sebelum ini telah buat kenyataan media tentang ketidakwajaran tol dikenakan di LPT2. Selepas itu, isu ini hangat diperkatakan dan dipaparkan dalam media arus perdana. Kenyataan orang politik sama ada di pihak pembangkang mahupun kerajaan, NGO-NGO serta orang perseorangan diketengahkan.

Tetapi sebaik sahaja Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan rayuan supaya kerajaan pusat mengkaji kadar tol LPT2, isu ini seolah-olah disejukbekukan. Barangkali penyejukbekuan isu ini sesuai dengan keadaan LPT2 sekarang yang terlalu lengang kerana pengguna lebuh raya beralih ke laluan Jerangau-Jabor dan laluan pantai.

Kerajaan negeri dan pusat harus prihatin keadaan ini. Rakyat seolah-olah memberi signal yang jelas bahawa tol yang dikenakan sangat membebankan. Perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan ini ialah RAKYAT MEMBOIKOT PENGUATKUASAAN TOL DI LPT2.

Tinjauan rambang GANTI terhadap pandangan pengguna lebuh raya LPT2 mendapati memang mereka memboikot LPT2 setelah diumumkan tol berkuatkuasa. Tidak kurang yang mengaku bahawa mereka tidak pernah sekalipun menggunakan LPT2 semenjak tol dikenakan.

Saya juga mendapat maklumat bahawa sehingga kenyataan ini ditulis, Majlis Mesyuarat  Exco Kerajaan Negeri Terengganu belum membincangkan lagi rayuan Encik Ahmad Razif selaku Menteri Besar Terengganu kepada kerajaan pusat berkenaan kadar tol. Saya kira ini gambaran jelas bahawa Razif hanya bermain kata dan cuba menjadi hero dalam isu ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau prihatin terhadap nasib rakyat, padahal tidak ada satu pun  tindakan konkrit pun dibuat. Saya kira tindakan Razif itu tidak menggambarkan rakyat Terengganu berhak ke atas kemudahan awam yang lebih baik dan percuma hasil dari pendapatan royalti minyak selama berpuluh tahun dari bumi Darul Iman ini.

Kesimpulannnya, Razif dan Umno Barisan Nasional harus diganti ke arah mewujudkan Terengganu sejahtera dan lebih bermaruah.

AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

1 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 1/8/2016                                                                                                                                                                           Sumber HD - 1-8-2016                                                                                     --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                       MAIM Jelaskan RUU 355 Kepada NGO

Oleh : MNA                                                                                                                                                
KUALA TERENGGANU – Bersempena dengan satu majlis Hari Terbuka NGO Islam Terengganu anjuran Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), satu seminar berkaitan penerangan kepada Rang Undang-Undang (RUU) 355, telah diadakan.
                                                                                        Majlis penerangan itu bertujuan menjelaskan kepada NGO-NGO di seluruh Terengganu tentang apakah yang dimaksudkan dengan RUU 355 itu yang akan dibahaskan di parlimen pada Oktober nanti.                                                                                                                                                              
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar penerangan itu dengan menampilkan Dato’ Dr. Haji Mahamad Naser Disa sebagai pembentang pertama yang menyentuh isu bertajuk “RUU 355 Dan Perpaduan Ummah”.                                                                                                                                                                                  
Diikuti dengan pembentang kedua yang menyentuh aspek perundangan dan hak asasi manusia oleh Encik Azril Mohd Amin dan Ustaz Masridzi Sat sebagai pembentang ketiga dengan isu sosial.                                                    
Dalam kertas kerja beliau, Dr Naser menekankan tentang halangan yang besar adalah maklumat yang tidak disampaikan dengan berkesan kepada rakyat peringkat bawah, disamping penentangan dari golongan elit seperti Majlis Perundingan Malaysia dan G25.
                                                                                        Namun, rakyat yang mendapat penerangan berkenaan RUU ini, secara umunya menyokong dan menerima baik pembentangan RUU ini bagi memperkasakan mahkamah syariah.                                                                          
Menyentuh berkenaan hak asasi manusia pula, Azril tidak menolak sememangnya hak asasi manusia mesti diberikan tetapi walau bagaimana sekalipun, ianya mesti tidak melebihi batas-batas agama agar hal ini terkawal.                                                                                                                                                                                
Sementara itu, Ustaz Masridzi pula mendedahkan beberapa perkara yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai berkenaan kerosakan yang teruk dari segi sosial yang berlaku terutamanya kepada orang melayu Islam.                                                                                                                                                                                                                  
Kes-kes seperti murtad, ketagihan dadah, pesta arak, judi, pelacuran dan sebagainya menurut beliau, kira-kira 90 peratus melibatkan orang melayu Islam.                                                                                            
Beliau turut menggesa kerajaan agar lebih menumpukan praktikal berbanding teori bagi menghapuskan kesemua masalah-masalah ini kerana bagi beliau, dalam banyak isu, NGO lebih kehadapan berbanding agensi kerajaan.
                                                                                       Maka diatas alasan-alasan inilah, mereka merumuskan bahawa RUU 355 ini mesti disokong kerana mahu membaiki masyarkat Islam yang semakin rosak dengan memperkasakan peranan mahkamah syariah.                                                                                                                                                                        
Seramai hampir 250 orang yang hadir ke majlis ini, mewakili kira-kira 50 NGO di sekitar negeri Terengganu yang berlangsung di sebuah resort dekat Kuala Ibai bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari.

MAIM yang bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), merupakan sayap yang diamanahkan bagi menjalinkan hubungan dengan NGO-NGO Islam di Malaysia bagi memperkuatkan lagi dakwah Islam di seluruh Malaysia.                                                                                                                                                               Sumber BO - 1-8-2016                                                                                                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                     RUU 355; Peguam Muslim Terengganu Sokong Sepenuhnya

   http://www.buletinonline.net/v7/index.php/ruu-355-peguam-muslim-terengganu-sokong-sepenuhnya/                                                                                                                                          Kami menyokong sepenuhnya RRU Pindaan bidang kuasa mahkamah syariah (Akta 355) dalam usaha untuk memartabatkan dan memperkasakan bidang kuasa jenayah dalam hal kesalahan jenayah syarei.Bidang kuasa sedia ada sudah tidak relevan dan perlu dikaji dan dipinda bagi memastikan institusi mahkamah syariah dapat melaksanakan keadilan menurut perspektif Islam. Kadar denda tidak melebihi RM 5000 dan penjara 3 tahun adalah hukuman yang tidak menggerunkan kepada pesalah.                                                                                                                                                                               
2. Selari dengan Islam sebagai agama rasmi negara kedudukan mahkamah syariah sebagai satu institusi yang mulia dan dihormati mesti diperkasakan bagi memelihara keadilan Islam kepada umat Islam dan seterusnya mengekalkan kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk kerana Islam adalah agama perpaduan dan kesejahteraan .                                                                                                          
3. Menyeru seluruh MP Muslim bersatu dan menyokong RUU ini selari dengan titah YDP Agong semasa sesi pembukaan parlimen baru- baru ini. Kami mengalu- alukan sokongan MP non Muslim yang memahami dan menghormati mahkamah syariah sebagai institusi keadilan terpenting negara selain mahkamah sivil. Kami percaya negara ini adalah milik semua rakyat dan sudah tentu kita semua mahu negara ini terus makmur aman dan stabil dengan semangat hormat menghormati antara agama.                                                                                            
4. Pindaan RUU adalah selari dengan perlembagaan negara dan rukun negara . Oleh kerana itu tiada sebab mengapa ianya tidak boleh mendapat sokongan padu dalam parlimen .
Sekian, Terima Kasih.                                                                                                                                                                                                      
Mohd Kamaruzaman Abd Wahab
Pengerusi PROTEM
Gabungan Peguam Muslim Terengganu Menyokong RUU
31 Julai 2016

Kuala Terengganu.                                                                                         ---------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                        Dengan Pengundi Lebih Bermaklumat, PAS Yakin Menang PRU14

Oleh : Nooreni Abu Bakar                                                                                                                      
MARANG – Dengan lebih 70 peratus pengundi berumur 50 tahun ke bawah, PAS Terengganu yakin mereka lebih bermaklumat dan memilih parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang.                                                                                                                                                          
Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘optimis’ PAS akan kembali memerintah negeri Terengganu Darul Iman ini.
                                                                                      “InsyaAllah dan perkara ini tidak mustahil memandangkan ‘margin’ kemenangan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh UMNO Barisan Nasional (BN) tidaklah terlampau jauh berbeza,
“apatah lagi dalam perkembangan para pengundi yang akan menghadapi pada PRU ke 14, 72 peratus pengundi adalah berusia 50 tahun ke bawah, merupakan generasi lepas merdeka yang kita rasa mereka lebih bermaklumat, ” ujar beliau.                                                                                                                                                      
Beliau melahirkan keyakinan itu ketika berucap pada Ijtimak Pilihanraya PAS Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila pada Sabtu 30hb. Julai.                                                            
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menambah, “Dengan media baru yang ada, dengan maklumat yang ada, mereka  yang berumur 50 tahun ke bawah, lebih  53 peratus merupakan dari kalangan pemuda sampai akses kepada dasar dan perjuangan kita.”
                                                                                    “In sya Allah merekalah yang akan membuat perhitungan dan merekalah bakal menentukan siapa yang bakal memimpin Negeri Terengganu maupun menawarkan parlimen untuk pilihanraya Malaysia seterusnya”.                                                                                                                                                                                            
Oleh itu, katanya, kekuatan yang ada pada PAS perlu digembeling semaksima mungkin untuk kita mempertahan 15 DUN yang dimenangi pada PRU lalu.

“kita juga mensasarkan 5 DUN yang mungkin untuk minima sebanyak 22 DUN dalam pilihanraya akan datang kita raih kemenangan,”katanya dihadapan lebih 5000 petugas-petugas PAS daripada seluruh Negeri Terengganu.                                                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber BO - 31-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Negeri Yang Kaya Dengan Hasil Minyak, Tapi Rakyat Masih Terabai……….

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah                                                                                                          
Assalamualaikum semua….                                                                                                                                  
Selepas solat isya’ di surau lama Kampung Durian Burong, saya ke bandaraya KT untuk beberapa urusan. Sewaktu saya melangkah masuk ke sebuah bank, kelihatan seorang ibu muda bertudung lingkungan 30-an sedang menyusukan bayinya, duduk di sebelahnya anaknya, perempuan yang saya agak berumur 7 atau 8 tahun. Kelihatan juga seorang lagi kanak- kanak lelaki berusia lingkungan 4 atau 5 tahun sedang bermain lompat lompat. Pakaian mereka sangat lusuh sekali. Mereka semua duduk atas lantai sebelah pintu masuk bank itu.                                                                                                                                                              
Dari dalam bank, saya perhatikan gelagat mereka. Timbul rasa ingin tahu, mengapa mereka berada di situ ? Di mana suami ibu muda itu dan ayah kepada anak anak mereka ? Di mana kaum keluarga mereka ? Mengapa tiada orang menghiraukan mereka ?                                                                                                          
Selesai urusan, saya keluar dari bank itu dan terus menuju ke arah 4 beranak malang itu. Saya hulurkan kepada anak perempuan itu beberapa keping wang kertas. Saya terus bertanya kepada ibu muda itu,                                                                                                                                                                                                          
“Kenapa duduk di sini ?”
“Saya perlu sikit duit untuk bayar sewa bilik yang saya dan anak anak tinggal untuk sementara,” jawabnya lancar..                                                                            
“Mana suami?,”Tanya saya lagi
“Kami tinggal asing, kami ada masaalah,”ujarnya lagi.                                                                                                                                            
“Anak ada berapa orang?,”tanya saya
“5 orang, 2 orang lagi saya tinggalkan dalam bilik, kawan saya jagakan ” jawabnya sambil melihat lihat anaknya yang kecil bermain.                                                                                                                                                                                            
“Kerja apa,”? Soal saya lagi..                                                                                                                                                                                        
“Tak kerja, cuma saya ada tolong nyonya bersihkan lantai hotel bajet, itu saja.”                                                                        
“Makan minum awak dan anak anak macamana?,” Soal saya lagi.                                                                                          
“Saya masak ala kadar ajee…”                                                                                                                                                
Selepas saya bertanya beberapa soalan lagi termasuk tempat tinggalnya jika saya mahu menghubunginya, saya terus meninggalkan keluarga malang itu.                                                                                                      
Saya masuk ke dalam kereta sambil memerhatikan mereka 4 beranak. Sedang saya termenung apa yang perlu saya lakukan untuk membantu mereka, tiba tiba saya terasa seseorang sedang berada di tepi pintu kereta saya mahu berkata sesuatu.                                                                                                                              
Saya turunkan cermin kereta, kelihatan seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun, tangannya cacat. Belum sempat saya berkata apa apa, terus dia berkata kepada saya

(Gambar hiasan)
“Encik, saya nok makan, saya lapar, minta duit sikit…”                                                                       Saya terus menghulurkan sekeping RM kepadanya.                                                                                                        
“Terimakasih encik, saya doakan encik murah rezeqi,” katanya dengan nada suara tersekat sekat dan terus berlalu…                                                                                                                                                        
“aminnnn” balas saya…                                                                                                                                                        
Saya terus termenung….apa hikmat yang Allah mahu tunjukkan kepada saya dengan dua kejadian yang berlaku dalam masa singkat ?                                                                                                                                                                
Sesungguhnya saya sangat sedih dengan peristiwa ini. Saya sedih dengan nasib keluarga malang  Saya sedih dengan nasib anak anak yang masih kecil dan perlukan tempat tinggal, makanan yang sesuai dan kasih sayang ibu bapa mereka. Saya sedih dengan nasib pendidikan mereka yang sudah tentu terabai.                                                                                                                                                                                                                            
Saya sedih dalam keadaan negeri ini yang kaya raya dengan hasil petrolnya, tapi masih ada rakyat yang terabai, tidak dapat makan, tidak terbela kehidupan mereka.                                                                                                                                
Insyaallah, esok saya akan menghantar pegawai Parlimen Pas Kuala Terengganu untuk menjejaki keluarga malang ini dan membantu mereka sebaik mungkin insyaallah. Semoga nasib anak anak malang dan ibu mereka terbela insyaallah. Moga Allah SWT beri kami kekuatan dan kemampuan untuk menolong mereka.

Amin………                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber BO - 31-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Muslimat Seru Golongan Wanita ‘Peka Isu’

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Terengganu giat memberi penerangan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita di negeri ini khususnya berhubung perkembangan politik dan isu semasa yang berlaku dalam negara.                                                                                                            
Timbalan Ketuanya Hajah Zarani Othman, antara perkara utama adalah isu memartabatkan undang-undang Islam dan pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
“Untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan, teruskkan bekerja meninggikan agama Allah.                                                                                             Khususnya kita sentiasa berdoa memberi sokongan kepada Dato’ Seri Presiden kita yang akan membentangkan AKta RUU undang undang 355 sekali lagi di sidang dewan rakyat pada bulan 10 yang akan datang,                                                                                                          
“kepada tetamu dan hadirin yang hadir, marilah kita sama sama bagi sokongan kepada presiden kita di samping kita bermunajat kepada Allah. Semoga perbentangan itu akan diluluskan oleh dewan rakyat pada bulan Oktober nanti,”ujarnya.                                                                                                          
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Khamis 28 Julai.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Hajah Maznah Muftahuddin menyeru para wanita agar prihatin dengan isu-isu yang berlaku terutamanya isu-isu besar dan serius.                                                                                        
Katanya, Penerangan PAS Negeri telah mengambil perjalanan meningkatkan bilangan penceramah untuk menyampaikan penerangan berhubung isu-isu penting bagi memberi kesedaran kepada golongan sasar.                                                                                                                
“Penerangan diberi dari semasa ke semasa. Maknanya kita dari peringkat penerangan Muslimat pun, kita cuba rekrut seramai mungkin ejen-ejen penerangan untuk beri maklumat.
“Jadi masing-masing akan turun ke akar umbi untuk sebarkan maklumat,” katanya.                                                                                
Katanya, mereka akan memberi fokus kepada sebahagian besar golongan wanita tidak begitu sensitif terhadap isu berkait dengan persekitaran mereka, kerana secara langsung ia sebenarnya memberi impak tinggi dalam kehidupan seharian.                              
Lebih-lebih lagi katanya, mereka yang berada di luar bandar kurang peka berikutan mereka menguruskan hal ehwal diri dan keluarga serta sudah terbiasa dengan bebanan ekonomi.                                                      
“Mungkin kerana masalah tekanan hidup, jadi dia tidak rasa diri dia terpanggil (memperjuangkan perkara yang berlaku) kerana isu-isu dengan rutin hidup dan tekanan ekonomi.
“Jadi, mereka terpaksa meneruskan kelangsungan hidup. Apabila datang keadaan yang membebankan mereka, mereka sudah biasa,” katanya.                                                                                                    
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ada segelintirnya tidak nampak isu sebenarnya yang berlaku kerana menganggap bebanan yang berlaku ketika ini lumrah biasa.                                                                                    
Katanya, penerimaan dalam kalangan yang berpendidikan agak lain kerana mereka lebih mengambil tahu isu-isu sekeliling yang berlaku.                                                                                                                                                            
“Kita hendak tanamkan perasaan dan juga kesedaran dengan apa yang berlaku supaya mereka sensitif terhadap apa yang mereka alami contohnya hasil daripada GST dan apa yang kerajaan laksanakan,” katanya.                                                                                      
Dalam perkembangan yang sama, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu Hajah Zaitun Salleh menyifatkan rumah terbuka Badan PAS Terengganu meriah.                                                                              
Beliau menyarankan PAS turut melibatkan semua golongan dalam menyambut hari-hari kebesaran, selain hari raya.                                                                                                                                                                                                                                                                          
“setiap tahun juga rumah terbuka kita dihadiri oleh semua lapisan masyarakat. Dari awal hingga hujung. Program seperti ini patut kita adakan kerana dalam rangka bagi memasyarakatkan PAS,
“maka seeloknya kita mendekati rakyat, dapat bertemu mesra, menjamu selera, bercakap secara santai. Inilah antara perkara yang baik yang patutu kita lakukan.                                                                                                    
“Saya rasa, program seperti ini bukan sahaja di hari raya patut buat, kita patut buat juga ada hari yang lain, iaitu hari kebesaran Islam,”ujarnya.                                                                                                                                                                                                                                        
Katanya pertemuan dan perjumpaan dalam majlis-majlis seperti itu dapat meringankan beban kesempitan hidup kesan tekanan ekonomi masa kini.                                                                                            
“Pada hari ini, kita tengok rakyat semakin hari semakin sempit kehidupan mereka disebabkan oleh harga barang meningkat, disebabkan oleh beban bagi membiayai pendidikan anak anak memang rakyat tersempit,

“kos rawatan rakyat, memang kita berada di dalam kesempitan. Kita bersemuka dengan rakyat, dan kita bertanya khabar dengan mereka sekurang kurangnya ringan beban mereka,”jelasnya                       

Sumber BO - 30-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    PAS Sambut Baik Keterbukaan PDRM

SETIU – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Jabi pada semalam, Jumaat 29 Ogos 2016 mencatatkan rekod tersendiri dengan jumlah kehadiran begitu ramai pengunjung di luar dari jangkaan.
Paling menarik adalah keterbukaan pegawai dan anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dan Balai Polis Jerteh, Besut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang turut sama berkunjung bagi memeriahkan majlis rumah terbuka ini.
“Kita bukan orang politik. Tugas kita adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman. Kedua-dua pihak kita raikan. Program Umno kami pergi, program anjuran PAS pun kami tak ada masalah untuk turut hadir.” Tegas Superintendan Mohd Zamri.
Berkali-kali beliau berpesan untuk memaklumkan kepada pihak beliau sekiranya PAS Jabi memerlukan apa sahaja bantuan dan pertolongan dalam konteks bidang tugas mereka.
Untuk rekod, PAS Jabi memang telah sedia mempunyai hubungan kerjasama yang sangat baik dengan pihak PDRM dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang sebelum ini. Antaranya kerjasama dan bantuan yang dihulurkan pihak IPD Besut ketika PAS Jabi menjadi tuan rumah program mega Himpunan PGU 5.0 pada tahun 2012 dulu.
Tidak ketinggalan dan dilupakan, PAS Jabi juga pernah mengadakan kunjungan hormat ke Pondok Polis Jabi ketika sambutan Hari Polis Sedunia baru-baru ini.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim dalam reaksi balasnya melahirkan penghargaan atas kesudian pihak IPD Besut menerima jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka ini.
“Tentu sekali tangan silaturrahim yang dihulur kita sambut dengan sepenuh hati selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera. Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan atas segala kerjasama yang diberikan pihak PDRM khususnya IPD Besut selama ini.”katanya.
Majlis rumah terbuka yang dihadiri lebih 1000 pengunjung turut dihadiri oleh Dato’ Ustaz Husin Awang, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Haji Zahari Muhammad, Mantan Adun Jabi serta pelbagai peringkat lapisan masyarakat.

Suatu perkembangan menarik bila melihat ramai dari kalangan saudara kita ahli Umno sudah tidak segan dan silu untuk bersama hadir dalam program sebegini anjuran PAS walaupun di tengah-tengah pandangan ramai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber BO - 30-7-2016                                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Pemuda Umno ‘Bacul’!

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS negeri Terengganu menyifatkan pemuda Umno yang membuat laporan polis terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan sebagai ‘bacul’ yang tiba-tiba bersuara.
Ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah dengan sinis mengucapkan tahniah kerana membuat laporan tersebut, sedangkan apa yang didakwa oleh PAS tentang salah laku kepimpinan negara sebelum ini mereka hanya ‘membisu’.
“Kami Pemuda PAS Terengganu khususnya mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO khususnya (tetapi) kenapakah yang sebelum ini yang kita mendakwa supaya disoal siasat berbilion bilion aset negara (yang hilang),
“kenapakah Pemuda UMNO bacul tidak bersuara…………tiba-tiba yang sekarang ini buat dakwaan (laporan) itu……………..kenapa sekarang baru terkial-kial nak buat ‘report’ polis supaya saman dan sebagainya?”soalnya.
Beliau menegaskan pendirian PAS, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pemimpin tertinggi termasuk Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggesa agar penyiasatan membabitkan kes 1MDB mestilah telus dan adil, didalam negara ini sendiri.
“Pemuda PAS tetap bersetuju bahawa jangan ada campur tangan Amerika dan pendakwaan itu mesti betul. Itu pasti,
“kuasa asing jangan campur urusan negara kita, jangan berlaku seperti (di negara) Yaman, dia sengaja buat insiden untuk memberi ruang kepada Amerika, hasil apa yang berlaku sampai sekarang tak selesai.
“Kita haramkan campur tangan daripada kuasa asing atau kuasa luar ………..jangan campuri urusan dalaman Malaysia,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Idulfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu, pada Khamis 28 Julai.
Sehubungan itu, Timbalannya YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim turut mempersoalkan tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap bekas pegawai tertinggi kerajaan, khususnya terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai rekod yang baik sepanjang perkhidmatannya.
Beliau berkata, tindakan pihak tersebut sebagai kurang sopan kerana laporan polis itu seolah-olah mempertikaikan integriti para pegawai kerajaan yang diperakui oleh rakyat di negara ini.
“Ia memberi imej negatif kepada pegawai kerajaan khususnya yang dinamakan itu mempunyai ‘track record’ yang bagus khususnya Tan Sri Zeti dan Abu Kassim.
“Oleh kerana perkara ini dilaporkan, kita harap kewibawaan nama-nama ini dapat dipulikan dalam masa yang sama imej negara dapat dipelihara dengan menjaga nama baik pegawai-pegawai kerajaan,” katanya.
Mengulas lanjut, ADUN Tepoh itu tidak menolak ketiga-tiganya mungkin diberi tekanan politik terhadap isu yang berlaku.
Beliau berkata, wujud beberapa isu yang berlaku dalam negara diragui dari pelbagai sudut yang memerlukan satu penyiasatan menyeluruh.
“Kita minta pihak berwajib untuk buat penyiasatan. Kita sangat bersetuju dengan pandangan tertinggi PAS supaya dibentuk satu siasatan suruhanjaya untuk dibuat penyiasatan ke atas semua isu yang berlaku khususnya melibatkan nama baik negara,” katanya.
Pada 29 Julai lalu, Naib Ketua Pemuda Umno telah membuat laporan polis terhadap Zeti dan dua yang lain masing-masing Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail atas dakwaan terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber BO - 29-7-2016                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      





























































































































PRU14: Perubahan di tangan pengundi bawah 50 tahun

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .






  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42000-pru14-perubahan-di-tangan-pengundi-bawah-50-tahun                                                                                                                                                                                                                                                                                          KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menyeru seluruh rakyat khususnya para pengundi di bawah usia 50 tahun agar berani membuat perubahan kepimpinan negeri dan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata majoriti pengundi pada PRU14 akan datang adalah pengundi di bawah usia 50 tahun.

Menurutnya, rakyat sendiri yang akan menentukan kepimpinan dan masa depan negeri serta negara ini.

Justeru, katanya usia pengundi bawah 50 tahun merupakan golongan yang bermaklumat serta mengikuti perkembangan politik semasa melalui media baharu.

“Sebenarnya, rakyat sendiri yang akan menentukan kepimpinan dan masa depan pemerintahan negeri Terengganu ini.

“Tuan-tuan dan puan-puan yang akan menentukan. Sebab, majoriti pengundi akan datang berusia 50 tahun ke bawah. Mereka ini lebih bermaklumat dan mereka yang menggunakan media baharu, facebook, twitter, whatspp dan sebagainya.

“Mereka dapat maklumat dengan lebih cepat. Mereka inilah yang bakal menentukan siapa yang sebenarnya akan memimpin negeri Terengganu mahu pun kerajaan Malaysia.

“Sebab itu, kita mengharapkan maklumat-maklumat, kefahaman dan penjelasan ini (disebar) supaya generasi baru ini lebih bermaklumat dan boleh membuat pilihan yang terbaik dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang, yang akan meletakkan tanggungjawab bagi menjaga dan memenuhi keperluan rakyat di negeri ini sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di  sini, semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, Pengerusi DHPP negeri, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan, pemangku Ketua Muslimat PAS negeri.

Sambutan rumah terbuka PAS Terengganu itu juga turut dihadiri oleh Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menegaskan perubahan yang perlu dilakukan itu bagi memberi manfaat besar kepada rakyat berbilang agama dan bangsa. - HARAKAHDAILY 29/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 29-7-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                        

Markaz Tarbiyah DUN Wakaf Mempelam ‘Mercu Tanda’ Baru PAS

Oleh : Azizah Mahmood                                                                                                                                                                        
KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sudah bersedia melangkah setapak lagi dalam memartabatkan parti itu dengan merangka pembinaan sebuah bangunan ‘Mercu Tanda’.                                                                                                                                                                                            
ADUNnya Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Markaz Tarbiyyah PAS itu akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pejabat operasi pelaksanaan gerak kerja.                                                                                                                  
“PAS Wakaf Mempelam sudah lama berada dalam era kemenangan, saya sendiri sudah melebihi 25 tahun bersama sebagai ADUN.                                                  
“Kini sudah tiba masanya Wakaf Mempelam mempunyai Markaz Tarbiyyah yang akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pelaksanaan gerak kerja yang lebih strategik.                                                                                                                        
“Semua perlu kepada penggembelengan tenaga kerja yang hebat, dipimpin oleh Pengarah yang hebat untuk merealisasikan hasrat memiliki pusat itu,”ujarnya.                                                                                                                        
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Idulfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu pada Khamis 28 Julai.                                                                                                                                                            
Katanya, Markaz yang bakal dibangunkan bernilai hampir RM900,000 itu akan mengandungi sebuah pejabat pentadbiran, dewan besar serta prasarana yang sepatutnya, bagi sebuah pusat tarbiyyah.                              
Beliau berharap, pembinaan bangunan tersebut dapat membantu PAS Terengganu melaksanakan kerja dengan lebih teratur dan tersusun, bagi mengukuhkan lagi kekuatan parti itu.                                      
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, sehingga hari ini, kekuatan PAS semakin meningkat walaupun dilempar dengan pelbagai tohmahan.                                                                                                
Justeru dengan pembangunan markaz itu nanti, akan menutup ‘mulut celupar’ musuh-musuh PAS itu.
“sewajarnya dan sudah tiba masanya DUN Wakaf Mempelam mempunyai bangunan pentadbirannya sendiri, akan menutup tuduhan PAS tidak melakukan apa-apa kepada penduduk,                                        
“ia akan memudahkan rakyat bertemu dan berurusan dengan wakil rakyat dan para petugas PAS,”katanya.                                                                                                                                                  Sumber BO - 29-7-2016                                                                                                                            --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                      

Masa Terbaik Bagi Bola Sepak Terengganu Berubah

Bola sepak Terengganu musim ini mungkin akan terkeluar dari saingan lebih pantas. Pasukan mereka telah kalah tiga perlawanan liga berturut-turut, dan jika prestasi buruk mereka berterusan dalam baki tujuh perlawanan liga, mereka bakal menghadapi risiko ‘pulang awal’ pada akhir musim ini.
Apa yang terjadi di belakang tabir lebih teruk lagi, walaupun setelah menggunakan tiga khidmat jurulatih musim ini, tiada apa-apa peningkatan berkekalan kepada prestasi mereka. Baru-baru ini mereka menggantikan jurulatih Inggeris Mike Mulvey dengan jurulatih sementara Mustaffa Kamal, sedangkan Mulvey sendiri telah dilantik sebagai pengganti Ahmad Yusof pada bulan Februari.
Persatuan Bola Sepak Terengganu juga sedang menjalani pergolakan yang parah, apabila Presidennya Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mengumumkan hasratnya untuk berundur daripada jawatannya, pada masa yang sama Mulvey diberi (paksa) bercuti. Nizam memberitahu media semasa sidang akhbar bahawa beliau telah mencadangkan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, untuk mengambil alih jawatannya.
Tetapi adakah ini satu idea yang baik? Lagipun cadangan ini akan bertentangan dengan kehendak ramai peminat bola sepak negara ini, yang mahukan penglibatan ahli politik dalam sukan itu akan dikurangkan, yang juga hasrat inisiatif penswastaan penganjur liga Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
Minat kerajaan negeri dalam sukan adalah sesuatu yang perlu dipuji, dan ia boleh dilihat dalam kejayaan lumba basikal dari negeri ini, seperti kejayaan pemenang pingat Olimpik Azizulhasni Awang. Walau bagaimanapun, bola sepak moden adalah bidang yang berbeza sama sekali.
Dan kini, manakala perkara-perkara yang tidak berjalan dengan baik, berterusan untuk pasukan bola sepak mereka, sekarang adalah masa yang tepat bagi Terengganu untuk melaksanakan beberapa perubahan yang amat diperlukan.
Mereka tidak perlu pergi jauh untuk melihat kejayaan inisiatif. Berakar umbi dari kedudukan di tempat bawah dalam permulaan liga dan gagal layak ke Piala Malaysia, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang telah mengambil keputusan berani, menyusun semula organisasi dan strategi mereka.
Exco persatuan mereka meletak jawatan daripada menjalankan operasi harian mereka, dan dilantik pengamal bola sepak untuk menerajui persatuan. Mereka melantik bekas ketua jurulatih Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pasukan, yang merupakan antara kelab-kelab Malaysia pertama untuk berbuat demikian, dan jurulatih berbangsa Croatia itu mula membuat beberapa perubahan dalam operasi persatuan mereka.
Selepas membuat pertukaran dengan mengikat kontrak beberapa pemain bijak semasa perpindahan bulan Jun, pasukan Pulau Mutiara sejak itu telah memenangi dua perlawanan dan seri sekali, dan telah berpindah sehingga kepada kelompok sebelas pasukan teratas selepas 15 pusingan perlawanan Liga Super telah siap baru-baru ini.
Ia mungkin masih terlalu awal untuk mengadilinya, tetapi mereka kelihatan mungkin tidak tersingkir pada musim ini, dengan kemungkinan skuad Penyu menggantikan mereka di zon penyingkiran.
(Terjemahan bebas dari www.goal.com)                                                                                                                                                                                         Sumber BO - 28-7-2016                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                          

    50 Pertubuhan Bukan Kerajaan Sertai Kongres Rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,000 orang ahli-ahli daripada lebih 50 buah Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dijangka berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu, yang akan diadakan diadakan pada 20 Ogos depan.                                                                                                                  
Pengerusi Kongres tersebut, Haji Yahaya Ali berkata, penglibatan tersebut dari kalangan pelbagai NGO berdasarkan ‘cluster’ masing-masing termasuk badan-badan profesional antaranya peguam dan doktor.                                                                                                                                                                                                                                      
“program kita yang akan diadakan pada 20 Ogos nanti di ‘Terengganu Equastrian Resort’ (TER) yang mempunyai kapasiti 1,000 orang………kita harap kita dapat kumpulkan jumlah tersebut,
“setiap NGO kita jemput 5 orang melainkan badan tertentu yang dia rasa tak cukup lima orang, kena tambah lagi…….itu akan terpulang kepada budi bicara kepada pihak urusetia,”jelasnya.                                      
Beliau berkata demikian pada sidang media perisytiharan Kongres Rakyat bersempena Majlis Makan Malam NGO Bersama Media di sebuah restoran di sini pada Isnin malam, 25 Julai.                                                                                                      
Katanya, agenda Kongres tersebut adalah ringkas dan terus kepada perbahasan usul yang melibatkan pelbagai isu di dalam negeri Terengganu.
“dalam agenda perbahasan isu-isu rakyat ini kita tak mahu panjang……….ia dikedadalikan oleh seorang ‘speaker’ dan terus masuk kepada fakta,
“setiap jurucakap diberi masa 10 hingga 12 minit dan isu banyak, kita bimbang kalau tak jaga masa, kita tak sempat
(membahaskan semua isu),”ujarnya.
Menurutnya, antara wakil-wakil NGO yang akan membentangkan usul adalah Persatuan Pengguna Dungun (PADU) yang akan membawa isu kepenggunaan, Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) yang akan membahaskan isu kepimpinan dan pentadbiran, isu-isu ekonomi oleh Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong Dan Peruncit Muslim Terengganu serta Majlis Perunding Perlaksanaan Syariat Islam Terengganu yang akan membetangkan isu memartabatkan perundangan Islam.                                                                                                                              
Katannya, Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS akan menutup Kongres, dan membahaskan isu berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) yang beliau bentangkan dalam sidang parlimen pada 26 Mei lalu.                                                      
“dari segi jemputan kita tak banyak jemput orang politk parti, tetapi dari segi penutup Kongres oleh kerana dalam pertemuan dengan NGO mereka merasakan sangat penting dan mustahak,
“isu yang berkaitan pindaan akta 355 itu diambil peluang dan kesempatan (dalam kongres ini) mereka merasakan orang yang paling layak dijemput untuk melengkapkan program ini adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang,                                                                                                                                                                                                                            
“sebagai ahli parlimen yang membentangkan usul ini di parlimen,”kaya Yahaya.                                                                                                                
Oleh itu, beliau berkata, Kongres tersebut akan menyelesaikan apa-apa pendirian yang dikemukakan oleh rakyat.                                                                                                                                                    
Katanya, sebarang pentafsiran samada resolusi kongres itu adalah untuk membantu dan memulihkan kerajaan atau menukar kerajaan adalah terpulang kepada penilaian jurucakap isu-isu pada program itu.                                                                              
“kita tidak ada pilihan dan kita merasakan, apa pun penilaian daripada rakyat kita ketepikan dahulu dan terpulang kepada (pihak masing-masing),
“memanglah yang mempengaruhi keputusan ini adalah pihak berkuasa pihak ‘estastablishment’,
“itu terpulang kepada penilaian jurucakap yang akan membentang usul nanti……..boleh jadi dia akan mengukuhkan kerajaan, boleh jadi dia menambahbaikkan kerajaan (dan) boleh jadi dia berhasrat untuk menukar kerajaan!,”tambah beliau.

                                                                                                                                                                                                      Sumber BO - 27-7-2016                                                                                                                         --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Rintihan Nelayan 1; Pihak Berkuasa Perlu Turun Dan Siasat

SETIU – Golongan nelayan atau digelar sebagai ‘Orang Ke Laut’ di negeri ini, merupakan kelompok penting dalam masyarakat, yang membekalkan keperluan ikan dalam kehidupan seharian rakyat.                                                                                                                                                                                                                                                
Namun begitu, setelah 60 tahun negara merdeka, mereka masih disisihkan dari arus pembangunan dan terhimpit dengan pelbagai tekanan.
                                                                                    Kemudahan asas bagi mereka mencari rezeki juga tidak lengkap dan setiap hari mereka mereka menghadapi risiko kehilangan nyawa.                                                                                  
Menurut Pak Mat Kassim, 78, muara Sungai Setiu di Merang yang sering cetek memberikan kesukaran kepada nelayan kecil untuk turun ke laut.                                                                                                                                                                                  
“Saya jugok nelayan yang tidak berkecimpung lama, dah tua doh. Tapi apa yang saya pandang. nelayan ini tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.                                                                                                                                                                                                              
“Terutama sekali pendaratan kualalah bukan setahun……..puluhan tahun doh, rakyat sungguh puluhan tahun, bukan setahun, tapi puluhan tahun doh,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, dalam Parlimen Setiu.                                                                                                                                                                                    
Beliau mengeluh, katanya, Kuala Merang, pintu keluar masuk nelayan ke laut, masih tidak jadi sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.
                                                                             “Kuala Merang adalah satu kuala yang nelayan boleh tumpang cari makan dan perlancongan pun boleh tumpang cari makan. Dan kerajaan patutnya ambil berat, kerana kedua-dua mata pencarian ini sumber rakyat hidup di tepi pantai.                                                                                                                
“Jadi kalaulah keadaan kuala itu, nelayan kadang boleh keluar retek, dan kadang tak boleh keluar, sedangkan mereka boleh keluar tiap-tiap haripun ekonomi mereka tidaklah baik,                                                                                        
“apa lagi sebulan boleh keluar dalam dua minggu dan dua minggu tidak boleh keluar kerana air ‘ cakap’ (air cetek) dan sebagainya tentulah nelayan, masih berdepan dengan masalah kemiskinan,”kata beliau.                                                                                                                                                                
Beliau kesal, selama 60 tahun negara sudah merdeka dan kita memerintah, nelayanlah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.                                                                                                                                                                                                            
“Kalau boleh lesen, taukeh-taukeh hok 3, 4 (orang yang) kaya (dapat), hok bangsat-bangsat boleh gok hok perahu-perahu kecil sahaja.
                                                                                     “Dan saya semasa muda dulu nak lesen, tak dapat, kena bangkit je, bakpe mung dok ambil dengan taukeh 4, 5 tu baru boleh. Kalau tidak tiada kuota, yang tak dok kouta, tapi hok kaya-kaya semua boleh lesen. Hok bangsat tak dok kouta.                                                                                  
“Ini satu benda yang kita hairan.Pemimpin pulok macamana nak membela rakyat, nak menjaga rakyat, rakyat mana, dia nak jaga,”ujarnya lagi.                                                                                                                                    
Sebaliknya, kata beliau, rakyat miskin dikalangan nelayan miskinlah yang memberi sokongan kepada kerajaan sehingga boleh memerintah Malaysia.                                                                                                                                                                                                                                                      
Tetapi, nelayan jugalah golongan yang ketinggalan dari arus pembangunan dan pembelaan dari kerajaan.                                                                                                                                                  
Beliau menggesa, mana-mana pemimpin pada hari ini , agar ‘membuka mata’ dan turun melihat keadaan pengkalan nelayan di Kuala Merang.                                                                                                                                                                                        
“Jadi tolonglah nelayan ini. Inilah orang yang memerlukan pertolongan, nelayanlah yang memerlukan pertolongannya. Oleh itu saya mengharapkan, pemimpin membela nelayan dan petani, mereka ketinggalan arus pembangunan.
                                                                       Rakannya Jusoh Muda, 65, menyokong pendapat Pak Mat Kassim dan menyifatkan kemudahan yang disediakan kepada, makin sehari, semakin merosot.
Sebab itulah, kata beliau hasil tangkapan semakin berkurangan dan pendapatan mereka semakin terjejas.                                                                                                                                                                                                          
“Dan kuala (Sungai Merang) tu saya minta dengan besar hati, orang atasan siasat Sungai Merang betul-betul, nak buat macamana , ‘time’ tak boleh tubik, sampai seminggu dok leh tubik, air kecik.
“Sebab (apa) kampong lain, dia boleh buat, (tapi) sebab apa Sg. Merang dia dok leh buat. Sebab (kalau) perlanconganpun maju, nelayanpun maju,”soal beliau.                                                                                                  
Selain itu, katanya, terdapat ketidakadilan dalam agihan duit imbuhan sara hidup nelayan RM300 sebulan.                                                                                                                                                    
Beliau berkata, mereka yang betul-betul ‘ke laut’ tu tak dapat, tetapi yang tak ke laut tu dapat.
“sebab apa (apa jadi begitu) saya tanya Jabatan Perikanan dia siasat dok? Sebab ramai ramai yang tak dapat, orang yang betul-betul nelayan.
                                                                                      “Saya dok kata ke orang lain, anak saya sendiri, tiga kali buat kad nelayan , tak lulus, tapi ke laut, ke laut dengan saya, saya sain (tanda tangan) borang, sebab lesen atas saya, dia awok saya, tapi dok dapat jugok, dok lulus,”keluh beliau.
Beliau benar-benar memohon pihak atasan agar menyiasat perkara tersebut.                                                                      
“Macamana orang atasan buat, mintak tolong dia mari, siasat di kampung, tengok betul-betul kalau dia nak beri sara hidup orang kelaut, mari siasat betul-betul, jangan pilih kasih.                                                                                    
“Macam (tu juga) subsidi, gitu jugok, saya tak pernah boleh, perahu ke, enjin ke, ke laut 40 tahun doh, lebih lagi,”tegasnya.

                                                                                                                                                                                                       Sumber BO - 27-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Hebat Raya Parlimen PAS Kuala Terengganu  
                      








 http://www.buletinonline.net/v7/index.php/hebat-raya-parlimen-pas-kuala-terengganu-2/             Oleh : Azizah Mahmood

Ramadhan yang berlalu pasti tidak di biarkan begitu sahaja, kemeriahan menyambut Syawal di raikan oleh PAS Parlimen Kuala Terengganu bersama DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS).
Pada 16 Syawal di perkarangan Pejabat penyelaras Ahli Parlimen dan juga pejabat DHPP di tengah tengah bandar Kuala Terengganu di Jalan Banggol.                                                                                            
Program bermula jam 11.00 pagi dengan kehadiran penghuni bandar itu sendiri yang terdiri dari kaum tionghua dan peniaga peniaga sekitar bandar.          
“kita PAS tidak pernah lupa pada pengundi dun bandar dan seluruh dun dalam parlimen Kuala Terengganu, tanpa mengira kaum kita menjemput semua pengundi dalam Kuala Terengganu untuk sama sama meraikan hari kebesaran umat islam di seluruh dunia. kita semua masih lagi PAS yang tetap akan menjaga hubungan dengan semua tanpa mengira kaum.                                                                                                                                                                                          
“PAS akan tetap bersama pengundinya dalam apapun permasalahan. kami yakin anda masih tetap dengan PAS.” ujar Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah selaku YDP PAS kawasan Kuala Terengganu ketika berucap di hadapan pengunjung yang sedang menikmati hidangan.                                                  
Dengan menu nasi minyak, tapai, ketupat dan rendang di samping aiskrim istimewa dari ekonomi pemuda Kuala Terengganu (Oasis aiskrim) pengunjung hampir seribu orang begitu teruja.        
Bahkan seorang pengunjung yang hanya menyebut namanya Ho seng berkata “setiap tahun saya mesti tunggu hari raya ini, ini hari besar PAS, jadi saya mesti datang” beliau yang datang bersama cucunya yang baru pulang dari sekolah kelihatan merasai semua hidangan.                                                      
“Semua pengundi Dun Bandar sudah jadi keluarga besar PAS dun Bandar,kita sambut hari kebesaran bersama,kita meraikan tahun baru cina dan mereka orang orang cina meraikan hari raya kita, itulah namanya kesepakatan dan ukhwah di dalam PAS,” ujar Ustaz Ahmad Shah Muhamed  Pengerusi MTD Bandar ketika memberi ucapan aluan selaku tuan rumah.                                                            
Majlis berlangsung dari jam 11 pagi hingga 3 petang di seliaurus oleh 30 orang petugas yang terdiri dari ajk dewan muslimat, pemuda , mtd bandar dan DHPP di samping dari petugas pejabat penyelaras Parlimen Saudara Syed Ali.                                        
Ketua muslimat PAS dalam ucapannya menyebut “isu isu terkini yang begitu menekan rakyat seperti GST masih lagi membuat rakyat terhimpit di tambah lagi dengan isu baru lpt dengan kadar tol yang tak patut.

“Semua ini menambah beban kepada rakyat Terengganu dan PAS tetap akan memperjuangkan nasib golongan marhaen ini,” ujar Hajah Shamsiah Abu Bakar kepada pengunjung yang hadir terutama kaum wanita yang begitu terkesan dengan kadar harga barang yang meningkat.                                                                                                                                                                                                     Sumber BO - 26-7-2016                                                                                                                         ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  Tingkatkan Kawalan Perairan Negara

Saya menonton berita pagi ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpengkalan di Kuala Terengganu menahan 2 lagi kapal nelayan asing di perairan Terengganu. Ramai yg ditahan. Di dalam TV kelihatannya seperti lebih 20 orang nelayan asing
Syabas APMM.                                                                                                                                                            
Saya pernah bangkitkan masalah harga ikan yang mahal di pasar pasar Kuala Terengganu.                                                    
Respon yang saya terima antara lain berkaitan ikan yg ditangkap nelayan tempatan dijual ke luar terutamanya ke Singapura kerana harga yg lebih baik. Ikan yang dijual di Terengganu diambil dari luar Terengganu.                                                                                                                                                                                                                  
Pelik tapi benar tetapi begitulah keadaannya. Bukan kerana tidak ada sumber ikan. Tetapi tuaian kita tidak cukup lebihan untuk kegunaan tempatan kerana permintaan tinggi diluar dengan harga yang tinggi adalah pilihan yang lebih menguntungkan nelayan. Manakala tuaian di negeri lain cukup banyak hingga boleh dijual keluar ke negeri Terengganu pula.                                                                                              
Itu belum lagi peranan orang tengah, peraih yang membeli pukal dari nelayan sebaik kapal masuk ke pengkalan. Mereka yang menentukan harga jualan kepada pengguna.                                                                      
Ringkasnya penghasilan nelayan Terengganu masih sangat kecil.                                                                                                                        
Selain dari itu pencerobohan nelayan asing yang memerlukan kawalan perairan dipertingkatkan. Perairan kita kaya sumber perikanan. Jika tidak masakan pula nelayan luar sanggup dari jauh menceroboh mencari ikan di perairan Terengganu.                                                                                              
Kita boleh kata mereka tersilap masuk sempadan jika berada di perairan Kelantan. Tapi perairan Terengganu sudah sangat jauh. Itu sengaja namanya.                                                                                                                                                          
Pernah dibangkitkan bahawa nelayan asing ini ada yang bersenjata, kasar dan menakutkan nelayan tempatan. Malah dikatakan ada yang pernah berlabuh mendarat dan satu ketika saya terbaca laporan mengganggu penduduk tempatan.                                                                                                          
Saya rasa ada beberapa perkara perlu diperhatikan. Dalam pada kejayaan APMM menahan kapal nelayan asing, terdapat lebih banyak yang terlepas.                                                                              
APMM mungkin masih kekurangan aset yg boleh digerakkan dengan cepat sehingga nelayan asing merasa boleh melepaskan diri.                                                                                                                                              
Selain APMM, kawalan utama perairan negara masih di bawah tanggungjawab Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang mempunyai aset lebih lengkap dan meluas.                                                                    
Setahu saya sudah ada sistem pengesanan radar canggih berpusat seperti Sistem Pengawasan Maritim Malaysia SWASLA yg boleh mengesan pencerobohan. Mungkin ada fungsi tertentu yg boleh dipertingkat. Baru baru ini APMM mula melengkapkan kapal perondanya dengan Infra Red Camera System IRCS yang boleh mengesan perlakuan mencurigakan dalam kapal suspek.                                                  
Bilangan kapal peronda perlu ditambah. Kapal yang lama perlu diganti baru. Di pengkalan APMM Kuala Terengganu, yang saya perhatikan kapal kapal peronda utama sudah sangat berusia. Yang dipindahkan dari ajensi seperti TLDM, Polis Marin dan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.                  
Sebagai contoh kapal kelas PC yang dulunya milik TLDM (misal KD Kris, Panah, Tombak..). Itu sudah terlalu berusia diperolehi sejak tahu 1960an. Begitu juga kelas PZ dan PX milik Polis Marin. Semua ini diserahkan kepada APMM.                                                                                                                                                                                
Saya rasa rugi rancangan kerajaan berbelanja lebih RM30 Billion untuk program penggantian 27buah kapal kapal kelas PC TLDM dengan kapal kapal Off Shore Patrol Vessel OPV yang berkos lebih RM1 Billion setiap sebuah. Projek ini bermasalah untuk 6 buah pertama dan mendapat kecaman Jawatankuasa Kira Kira Wang Awam (PAC). Kini dibawah limbungan yang sama cuma ditukar pemilikan, dilaporkan ditambah lagi 6 buah. Sejauh mana ia memberi impak menyeluruh kepada pembangunan industri maritim seperti didakwa sebagai objektif perbelanjaan besar untuk projek ini sangat dipersoalkan. Kerana yang membolot keuntungan hanya kelompok tertentu.                                        
Walau diakui ianya canggih, tetapi sama ada kecanggihan itu sepadan harga dan mencapai maksud perolehannya masih sangat diragui.                                                                                                                                                                              
Mengapa tidak berbelanja setiap satu billion ringgit untuk mendapat 10 buah kapal peronda yang sedikit lebih kecil dengan kecanggihan yang memadai yang mungkin hanya berkos RM100 juta setiap satu.                                                                                                                                                                                                                                    
Ia lebih baik, boleh diletakkan di lebih banyak lokasi bila kita punya lebih bilangan kapal. Maka jarak untuk bertindak lebih tangkas dan dekat.                                                                                                                  
Tidaklah sejumlah bilangan besar anggota berada hanya dalam sebuah kapal sahaja dan berada di satu lokasi sahaja pada satu satu masa.                                                                                                                                                                                      
Australia melaksanakan program penggantian kapal tentera lautnya kelas Fremantle yang bersaiz 40 meter panjang dengan kelas Armidale buatan Austal bersaiz 56 meter panjang. Ia berjaya.                                                        
Mereka membina kapal pesisir pantai melalui program khas bagi memangkin industri berat ini antara lain melibatkan limbungan seperti Transfield. Mereka berjaya. Industri berkembang selepas itu. Termasuk pembuatan bot bot nelayan yang lebih berkualiti, tingkat produktiviti.                                                        
Seperkara lagi yang perlu diperhatikan adalah perlunya penguatkuasa kita mempunyai karakter yang menggerunkan musuh dan penceroboh. Kita selalu mendengar kisah ketegasan dan kerasnya tindakan pengawal sempadan negara negara lain. Orang masih memperkatakan watak kita ‘terlalu lembut’.                                                                                                                                                      
Menteri yang berkenaan bertanggungjawab membentuk watak ini.                                                                                  
Kita tidak lupa bagaimana Presiden Indonesia sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bernada keras dan mengancam terhadap penceroboh perairannya.                                                                                                              
Tiada salahnya kita menunjukkan watak yang serupa. Bila menteri tunjuk ketegasan dan patriotisma, agensi berkenaan akan lebih lebih lagi bersungguh. Tapi jika tidak diberi galakan dan dorongan, semua akan ‘play safe’. Takut buat silap, baik ala kadar sudahlah.                                                            
Isu keselamatan perairan negara bukan berkait soal nelayan dan hasil perikanan sahaja. Ia berkait masalah perlanunan, rompakan dilaut, penyeludupan senjata api, penyeludupan keluar diesel subsidi, permerdagangan manusia, malah sangat menakutkan jika difikirkan keselamatan lebih 200 pelantar pelantar carigali petroleum yang berada nun jauh di perairan Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Sumber utama hasil negara. Aset strategik negara.                                                                                        
Mengapa tidak jadikan sahaja salah satu pelantar carigali itu sebagai pengkalan satellite untuk agensi penguatkuasa seperti TLDM dan APMM? Bukan lagi menunggu mobilisasi aset semata mata dari pengkalan di daratan.                                                                                                                                                                                                                                      
Sekadar pandangan umum saya.                                                                                                                        
HJ AHMAD AMZAD HASHIM

26HB JULAI 2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber BO - 26-7-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         PAS Bandar Akan Bina Pusat Tarbiyyah

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar akan membina sebuah Markas Tarbiyyah yang akan menempatkan pejabat bagi PAS DUN tersebut dan menjadi pusat semua akitivitnya.
Pengarahnya Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, lokasi bangunan itu telah dikenalpasti dan operasi pembinaannya akan dimulakan selepas bulan Syawal.
“saya nak mengambil kesempatan juga nak memaklumkan juga bahawa kita berada di hadapan tapak yang kita cadang untuk bina Markas Tarbiyyah DUN Bandar.
“Ini antara tempat yang kita dah kenal pasti in sha Allah lepas pada hari raya ini kita akan mula operasinya,
“dan tempat ini kita menjangkakan yang kita nak jadikan sebagai tempat program parti, sama ada program keilmuan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Idulfitri DUN Bandar di Kuala Hiliran pada Sabtu 23 Julai.
Katanya, pusat tersebut akan dimanfaatkan oleh parti khususnya dan menjadi penghubung antara PAS dengan masyarakat setempat.
Oleh itu beliau menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan PAS DUN Bandar bagi membangunkan dan memajukan kawasan yang terletak di sebelah medan tempat Jamuan hari raya itu diadakan.
“kami menyeru kepada tuan puan untuk bersama-sama dengan kami memajukan tempat ini yang kita anggarkan operasinya bermula sebaik sahaja selesai bulan syawal ini.
“Kepada yang ingin memberi sumbangan, kami mengalu alukan sumbangan mudah-mudahan Markas Tarbiyyah yang kita idamkan ini dapat kita bina dalam keadaan sempurna,”jelasnya.
Justeru itu, kepada mana-mana individu atau pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Setiausaha atau Bendahari.
“kalau sekiranya kedua-dua ini tidak dapat dihubungi, boleh lah merujuk kepada saya atau jawatankuasa DUN yang lain.
“Bagi kami, sumbangan tuan dan puan sangat berharga. Walaupun tidak banyak, tetapi besar di sisi agama dan besar di sisi kami,”tambahnya.

                                      Sumber BO - 25-7-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Lebih 3,000 Kunjungi Jamuan Hari Raya Idul Fitri PAS DUN Kemasik

Oleh : Mohd Tishaah
KEMAMAN – Keceriaan dan ikatan ukhuwwah jelas terpancar dari raut wajah para pengunjung di Jamuan Hari Raya Idul Fitri anjuran PAS DUN Kemasik pada hari ini, 23hb Julai 2016 di perkarangan Surau Feri, Kemasik, Kemaman.
Seawal jam 11.00 pagi para tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat telah mula menjamu selera.
Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat memaklumkan pelbagai juadah disediakan dengan konsep gotong royong dari kesemua PAS Cawangan yang berada dalam DUN Kemasik.
Antara juadah yang paling mendapat sambutan adalah nasi minyak bersama gulai kambing, ketupat, lemang dan rendang ayam.
Ketua Pemuda PAS DUN kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili (Gambar) turut menyampaikan duit raya dan ais krim untuk kanak – kanak.
Para pengunjung juga bertanya khabar berkenaan situasi semasa politik di Terengganu ini khasnya dan ada yang meluahkan ketidakpuasan dengan kelemahan pentadbiran UMNO/BN yang diketuai oleh Menteri Besar, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman.
Keluh kesah juga kedengaran berkenaan kutipan tol di LPT2 yang amat membebankan dan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.8 billion dimana sesen pun tidak membawa manafaat kepada rakyat Terengganu ini.
Turut sama hadir memeriahkan jamuan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat, Timbalan YDP, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik, Naib YDP, Haji Zulkifli Mat Yakim, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam dan Penolong Setiausaha, Hj Wahab Mohd dan Hj Othman Abdullah serta AJK, saudara Zawawi Mohd.

Pengunjung juga dihidangkan dengan tapai beras serta pelbagai jenis kuih muih.                                                                                                                                                                                          Sumber BO - 25-7-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang

MARANG – Masalah Kuala Sungai Mercang yang cetek bukan masalah baharu, bahkan para nelayan di persekitaran kampung tersebut mendedahkan, isu tersebut ‘tidak berkesudahan’ sejak sekian lama.
Lebih parah lagi mereka mendakwa, kesukaran yang mereka alami menggunakan laluan utama bot untuk keluar masuk ke laut, sudah menjadi isu politik dan ‘modal berjanji’ kerajaan yang masih belum ditepati
Perbuatan ‘sia-sia’ menggali kuala setiap kali ia ‘terkambus’ itu, bukanlah tidak disedari oleh pihak berkuasa.
Tetapi ia dianggap oleh Husin Ahmad, 57, sengaaja dilakukan begitu rupa.
“Saya mewakili nelayan di sini yang senasib dengan kita, tidak lain (bagi) kita (iakah) masalah Kuala di (sungai) Mercang ini, bertahun tahun (dan) boleh dikatakan berpuluh tahun memang sudah menjadi isu politik Kuala Mercang,
“perbuatan (sia-sia) yang dia gali itu bukan dia tidak sedar dan bukan dia tak nampak, tapi kita rasa sengaja dibuat (kerana) hanya beberapa bulan dia (kuala) tertutup balik.
“Tahun depan gali balik, tutup balik. Bagi nelayan rasa gelisah sungguh. Apabila tinggal seminggu, dua minggu mungkin timbul pasir balik. Saya rasa lebih kurang 30 tahun lebih (sudah berlanjutan),”kata beliau.
Keluhan itu diluahkan oleh Husin, pada program NGO Bersama Para Nelayan di Kawasan Marang, di kampung Mercang pada Rabu, 20hb Julai.
Rakannya, Haji Md Sidek Abdullah, 62, berkata, masalah muara cetek itu turut menjejaskan pendapatan nelayan yang terpaksa berehat dari turun ke laut dan bergantung pada bantuan sara hidup serta bantuan lain.
“Kami tidak dapat ke laut bukan sahaja kerana faktor angin dan laut bergelora, malah masalah muara cetek. Masalah ini sudah lama berlaku, tetapi masih belum selesai sepenuhnya sehingga sekarang.
“Kalau tidak dapat ke laut kerana ombak besar pada musim tengkujuh, kami dapat terima. Tapi sekarang, walaupun tengkujuh sudah berakhir, tapi kami masih perlu ‘berehat’ kerana masalah muara cetek,” katanya.
Sehubungan itu, Pengerusi Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Marang, Haji Mohd Deraman berkata, seingatan beliau, masalah tersebut berlaku sejak awal tahun 1983.
“seingat saya sejak (itu mula) menggali membesarkan Kuala Mercang ini dilakukan kecil-kecilan dahulu disebabkan oleh berlaku aliran sungai Mercang yang agak perlahan disebabkan pembesaran ladang di Bukit Tok Him,
“kemudian benda (masalah) benda tak selesai………yang pastinya (menyebabkan) bermula bulan 11 sampai bulan 3 tiap-tiap tahun dia (muara) tertutup.
“‘Orang ke laut’ ni, apabila empat bulan setahun tutup bulan 4 datang angin tenggara, air pasang surut, dia memang merupakan masalah besar,”jelasnya.
Masalah ini, kata beliau, berlarutan dan tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini, walaupun telah dilawati Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang yang juga ADUN Pengkalan Berangan, baru-baru ini.
“Pihak kami telah dimaklumkan oleh Jabatan berkenaan, peruntukan tahunan yang dikeluarkan tidak kurang dari RM300,000 setahun sehingga pernah mencecah RM800,000.
“Tetapi bukan merupakan satu pelan tindakan atau projek untuk menyelesaikan secara kekal (dan) ia sekadar barangkali membuat kepuasan sementara kepada nelayan,”tegasnya.
Justeru itu, menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan yang ‘betul-betul bersungguh’ bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“walaupun (mungkin) tidak sehebat (kuala sungai) Marang, separuh daripada itu pun tak apa. (mungkin) membina pemecah ombak, supaya nelayan ini boleh bekerja sepanjang masa. Ini merupakan harapan kita.
“Cerita yang lebih 33 tahun ini, (dengan) peruntukan yang dijanjikan (oleh) Yang Amat Berhormat Ahmad Razif (ketika) dia datang sebelum puasa baru ini,”ujarnya lagi.

                                     Sumber BO - 22-7-2016                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Persempadanan Baharu Hanya Agenda Umno, BN Untuk Menang

Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Usaha Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Terengganu
berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon mengujudkan persempadan baharu, masih gagal.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu Muhamad Al-Ghazali Abu Bakar berkata, pihaknya telah beberapa kali menghantar kertas cadangan penambahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada SPR.
“Permohonan ini, memandangan bilangan pengundi yang terlalu ramai untuk satu- satu DUN sehingga mencecah 20,000 orang hingga 30,000 orang manakala Parlimen pula melibatkan 80,000 orang pengundi,
“(ia) bertujuan untuk memperkemaskan pertadbiran dan meningkatan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, tetapi UMNO lebih mementingkan kemenangan.”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Gerak Gempur PRU 14 dan Jamuan Hari raya Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu pada Selasa 19 Julai.
Beliau mendedahkan, Terengganu adalah negeri yang paling lama tidak dilakukan persempadanan semula oleh SPR.
Di dalam majlis yang diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai itu, peserta juga diberitahu bahawa Terengganu adalah negeri yang paling lama tidak dilakukan persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR).
“SPR memang membuat cadangan untuk DUN baru dan Parlimen baru, tetapi oleh kerana kerajaan UMNO tidak ada 2/3 di Parlimen maka dia tidak berani untuk melaksanakannya,
“apa yang dibuat oleh SPR baru-baru ini, bukan persempadanan semula tetapi dinamakan Belah bahagi menerusi Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT), kalau persempadanan semula ianya akan mewujudkan DUN baru ataupun Parlimen baru”
“dimana belahbagi ni, dia belahkan UPU, memidahkan lokaliti, buang nama lokaliti, wujudkan lokliti baru, mengikut keselesaan UMNO untuk menang dalam pilihanraya akan datang,”jelasnya pada program yang diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.
Menurutnya, proses persempadan mesti dapat 2/3 persetujuan oleh Ahli Parlimen dan 2/3 ADUN di peringkat Dewan Undanagan Negeri.
Mengambil contoh di negeri Sarawak, beliau menambah, Parti Bersatu Sarawak(PBB) mempunyai majoriti lebih 2/3, justeru kerusi DUN bertambah tapi tidak bagi Parlimen tidak bertambah.
Dengan bertambahan tujuh DUN baharu, PBB mampu dan telah menang dengan selesa pada pilihan negeri negeri yang baru lalu.
Seramai lebih 200 orang petugas pilihan raya Muslimat dari seluruh negeri hadir di majlis dua dalam satu itu.                                                                                                                                                                                                                              Sumber BO - 21-7-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































Sepakatlah demi kemajuan negeri

AHMAD AMZAD HASHIM | .                                                                                                        


                                                                                                                                                                                                                                                                         http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41914-sepakatlah-demi-kemajuan-negeri                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Satu lagi yang perlu kita belajar adalah tentang konsep bekerjasama dalam mencapai sesuatu yang baik dan beri manfaat kepada semua.

Saya pernah berbual dengan ramai rakan yang di Putrajaya serta mengeluh kurangnya projek-projek yang dibiayai pusat di Terengganu melainkan projek umum yang biasa seperti sekolah, klinik dan sepertinya. Sehingga berlaku perkara yang menjolok mata projek projek ratusan juta ringgit seperti lapangan terbang, Stadium, memperdalamkan muara sungai yang sepatutnya dibiayai oleh peruntukan wang kerajaan pusat, perlu dibayar menggunakan poket kerajaan negeri sendiri. Ini tidak berlaku di negeri lain.

Kita tiada projek-projek stimulus (pemangkin) khusus yang boleh mencetus peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan yang dibiaya pusat yang setara sumbangan negeri Terengganu kepada hasil petroleum dan gas negara sejak sekian lama.

Kita perhatikan sahaja orang bercakap lepas satu demi satu lebuh raya baru di negeri-negeri orang, atau laluan bertingkat (flyover) untuk atasi kesesakan lalulintas di bandar bandar, atau projek mega pelancongan yang besar besar dengan dibiayai peruntukan kementerian-kementerian tertentu di persekutuan.

Kita masih Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang sama, memakan masa 10 tahun. Orang bina LPT1 untuk 174km dengan belanja RM1.3 bilion selama 3 tahun (2001-2004). Kita bina LPT2 sepanjang 184 km menelan belanja RM4.25 bilion selama 10 tahun (2006-2016). Yang mahal dan perlahan lahan bina sepatutnya lebih baik kualitinya, sempurna penyiapannya. Tapi untuk Terengganu, LPT2 sudahlah mahal, kualiti dan penyiapan mengecewakan semua.

Kita ini kalah membeli, kalah memakai. Bukan kalah membeli menang memakai. Jauh sekali menang membeli menang memakai.

Rakyat disuruh membayar tol kadar yang sama seperti yang berkualiti lebih baik iaitu 12 sen setiap kilometer di LPT1.

Negeri orang dibangunkan Universiti Petronas berkaitan industri petroleum dengan biaya pusat. Negeri orang dibangunkan loji-loji dan industri petrokimia, industri berasaskan hidrokarbon, komposit yang berasaskan petroleum, industri plastik dari berteknologi tinggi hingga ke keperluan domestik besen dan baldi. Pembinaan kapal secara moden yang dimulakan penjajah British pada 1953 di Bagan Latihan Rida, Kuala Terengganu, bukan di tempat tempat lain di negeri lain kerana kemahiran khusus orang Terengganu, hingga adanya pekeliling perbendaharaan yang menetapkan semua pembinaan kapal kayu mesti dibina di sana, tidak berterusan. Kini besar besaran dibina di tempat lain, sebahagiannya tidak masuk akal misalnya pembinaan struktur carigali minyak yang berbilion, jauh di pantai barat sedangkan kawasan carigalinya di Laut China Selatan yang Terengganu dan Kelantan, Sabah dan Sarawak. Di Terengganu khabarnya ada kira kira 200 pelantar carigali. Mana yang buatan Terengganu? Terengganu masuk muzium untuk tayangan nostalgia sahaja.

Pelabuhan kita bukan pusat perdagangan.

Tempat orang projek Tanjung Pengerang puluhan bilion, Tanjung Agas berbilion, MRT RM80 bilion, Cybercity Centre RM11 bilion, KLIA Aeropolis RM7 bilion, landasan berkembar berbillion.

Itu semua stimulant ekonomi. Pemangkin dan pencetus usaha ekonomi. Peluang kerja, peluang niaga, pemacu pertumbuhan hartanah, nilai tanah naik berlipat ganda.

Dalam soal merebut peruntukan pusat, rakyat Terengganu kena belajar bagaimana rakyat negeri lain bersatu dan bersungguh. Mereka cukup cermat dengan hasil dan wang negeri. Mereka buru setiap ruang untuk dapatkan peruntukan pusat.

Di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang menjadi pusat tumpuan pelbagai cadangan pemajuan dan projek, dari lebuh raya lebuh raya baru, kompleks halal hub, projek peikanan laut dalam, tuna farming, macam macam jenis dinilai dan diteliti. Beratus ratus proposal.

Yang banyak dari negeri lain. Orang Terengganu malas menulis kertas kerja yang baik. Beratus-ratus juru perunding seluruh negara menjadi rutin lepas satu demi satu cadangan dibuat.

Sifir mudah. Jika dari 10 yang dicadang, 1 diterima, maka dari 100 yang dicadang, 10 boleh diterima. Sudah tentu 10 lebih banyak 10 kali ganda dari 1.

Kita bila dapat 1 yang dilulus, maka berpencak silatlah berebut di kalangan kontraktor dan peniaga yang ada berebut tender. Berebut potongan kek yang kecil.

Mengapa tak berpakat kita dapatkan potongan kek yang lebih besar? Jadikan sepuluh, bukan lagi satu.

Orang-orang politik, jangan jadi pesaing kepada usahawan. Jangan jadi lawan berebut projek, jadilah kawan. Bantu bawa ke atas, perjuangkan supaya dapat dijayakan. Kena ada political will (kesungguhan politik). Jangan jadi tukang bunuh pula semangat usahawan.

Begitu jugalah rakyat. Jadilah masyarakat yang teruja mahu bangunkan negeri, mahu melihat kita maju dan ke hadapan. Jangan terlalu prejudis mencari cari salah idea baik orang sekalipun dari lawan politik. Dalam soal perkara baik, kena bantu membantu. Yang cacat cela ada kurang, carilah jalan tambah baikan.

Tak betul juga jika dalam tanah kita ada besi, bauksit dan lain lain mineral tak mahu diusahakan jana hasil untuk faedah semua. Tapi kena cara betullah. Ada rancangan yang mengambil kira alam sekitarnya, teknologi yang bersih dan mesra alam. Telus pengurusannya dan tidak dimanipulasi untuk keuntungan seorang dua. Semua itu sudah ada garis panduannya.

Tak betul juga mahu pasar payang dibiar begitu rupa ketinggalan dari arus kemajuan, buruk, serba serbi tidak cukup kemudahan atas alasan mengekalkan warisan seni bina arkitektual sejarah berkenaan.

PAS menentang rancangan pembangunan berkonsep mewah dengan kondominium dan pangsapuri mewah di tapak strategik Pasar Payang yang menjadi nadi dan identiti, pusat orang Melayu berekonomi.

Sebaliknya PAS bekerjasama mengekalkan konsep pasar rakyat,  sehingga menghasilkan rancangan kompleks besar Pasar Payang yang lebih sempurna dan berdaya saing untuk usahawan berdepan saingan dari tumpuan tumpuan pelancongan yang lain yang seumpamanya di seluruh negara. Dan ini dibiayai wang pusat. Jika kita tak rebut, wang ini tetap dibelanja juga di negeri lain yang juga sentiasa meminta.

Perhatikan Pulau Pinang, dalam berlawan, terowong berkos puluhan bilion ringgit mereka pakat pertahan.

Sampai bila kita nak jadi setakat pemerhati kemajuan negeri orang, anak-anak berterusan berhijrah keluar kerana pengangguran tiada peluang.

Lainlah jika cadangan yang terang terang nampak membawa kemusnahan, kerosakan dan haram.

Jika PAS memerintah Terengganupun, takkanlah tak mahu majukan negeri.

Cuma kita dengan wang RM100 juta mungkin boleh buat sepuluh perkara. Mereka dengan RM100 juta, 1 perkara pun belum tentu siap dan boleh diguna. - HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                          Sumber HD - 21-7-2016                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                         Selenggarakan Infrastruktur Ikut Jadual Untuk Elakkan Kesulitan

DUNGUN- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun menggesa pihak berwajib agar melaksanakan penyelenggaraan infrastruktur termasuk longkang dan perparitan menurut jadual, agar sebarang masalah dapat dielakkan.
“(ia) memerlukan perhatian daripada pihak berwajib haruslah dijadikan satu tugasan yang dijadualkan demi mengelak sebarang keadaan luar jangka seperti banjir dan kerosakan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian, selepas meninjau keadaan longkang besar sepanjang Kampung Pak Sabah sehingga Sungai Sura selepas menerima aduan dari para penduduk sekitar.
Katanya, dengan pelbagai tumbuhan yang hidup dalam longkang tersebut kemungkinan aliran air akan tersekat amatlah tinggi bila hujan lebat berlaku.
Namun beliau kesal kerana pihak berkenaan membersihkan tali air tersebut hanya menggunakan ‘pencakar ayam’ (gerak).
Pokok kiambang dengan pasir (di tengah) tengah dia bersih dengan menggunakan ‘gerak……….setakat mana sangat, kiambang kalau dengan (bersih) dengan ‘gerak’ tu dok habis.
“Zaman kita (PAS) memerintah (dulu), kita guna ‘excavator’ (atau pasir) yang dalam dia guna ‘traktor’ kecil untuk buang pasir. Sekarang dia dia guna gerak……….sekejap je dia akan tumbuh,
“dengan air buangan (dari) hospital, dia merangsang pertumbuhan pokok itu. Pernah tersumbat dah baru-baru ini 2 jam hujan (turun), (air dah) penuh, sebab tak boleh (mengalir) tembus jalan ke batu 49,”jelasnya.
Sebelum itu, Ketua Penerangan PAS Dungun itu mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Dungun kerana menyelesaikan masalah takungan air di kawasan Kampung Paya Besar.
“Terimakasih kepada MPD yang mengambil tindakan segera dengan menebuk longkang di Kampung Paya Balai Besar yang mendapat rungutan daripada penduduk setempat.
“Air hujan yang bertakung dia atas jalan yang tidak dapat mengalir ke longkang,”katanya.
Selain itu, beliau turut mengutarakan status Jalan Kampung Rajawali di Pulau Serai yang sampai sekarang belum dibaiki.
Katanya, walaupun telah dibuat pertanyaan dalam Dewan Undangan Negeri yang lalu, namun tiada perubahan yang berlaku.
“menurut penduduk setempat ada, beberapa kali pegawai yang berkaitan datang untuk membuat tinjauan dan siasatan,
“sehingga sekarang penduduk kampung telah mengambil tindakan sementara dengan menampung jalan rosak tersebut dengan menggunakan simen sahaja yang tidak tahan lama hanya untuk sementara,”ujar beliau lagi.                                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber BO - 20-7-2016

                                                          -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                  Cabaran Kepada Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)   

KUALA NERUS – Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak menggesa kerajaan negeri Terengganu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut.
Menurutnya, ia menjadi cabaran dan keutamaan kepada pentabiran daerah baru Kuala Nerus, khususnya Pegawai Daerahnya.
Isu utama, kata beliau adalah, soal penempatan dan perumahan penduduk.
“saya bangkitkan untuk kawasan saya masih belum dapat diselesaikan, terutamanya, soal penempatan perumahan, yang menjadi desakan yang tinggi di kalangan penduduk, khususnya nak beli rumah sendiri.
“Tapi penyediaan rumah rumah mampu milik tidak mencukupi. Bukan seperti yang diharapkan oleh penduduk, penduduk di bandar ini begitu padat. Beli tanah bukan sahaja mahal, tidak ada orang nak jual tanah lagi untuk bina rumah,”ujarnya.
Maka kata beliau, kerajaan kena bina rumah berkelompok, rumah mampu milik dengan harga yang sepatutnya, dengan mengambil kira buruh, petani, nelayan yang tidak mempunyai gaji tetap.
“ramai juga buruh, petani, nelayan yang tidak mempunyai gaji tetap tetapi mereka juga memerlukan kediaman yang selesa untuk mereka. Inilah yang selau kita perjuangkan untuk membuat rumah yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah.
“Bagi mereka yang nak duduk rumah pusaka ibu bapa sangat sesak sangat. Dulu boleh, sekarang tak boleh…………sebab tak ada tempat lagi (kerana) penduduk padat,”jelasnya.
Kata beliau, kawasan Bukit Kandis, Bukit Tunggal, Batu Enam dan Pulau Duyong, memang sudah tidak ada ruang.
Belau berharap, pihak kerajaan dapat menyediakan rumah dengan harga yang rendah, dan perlu diberikan subsidi kepada golongan terbabit.
“kalau perlu bagi subsidi, bagi subsidi. Sebagai ganti kepada rumah PPRT kerana (pembinaan) rumah PPRT kena ada tanah sendiri, sedangkan tak ada tanah sendiri.
“Kalau pemimpin boleh berfikir untuk rakyat, in sya Allah selesai. Saya duduk bukit tinggal lama, saya nampak dekat mana saya boleh buat (prjek perumahan rakyat), jika diberi keprcayaan untuk kita (PAS) menang PRU14, in sya Allah kita urus hal ini,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuja Sempena Aidil Fitri di Pusat Khidmat DUN Bukit Tunggal Kampung Serdang Baru, dada Sabtu, 16 Julai.
Selain itu, beliau berharap pentadbiran baru Kuala Nerus juga dapat mengambil satu tindakan yang proaktif khususnya dari segi saliran air.
Keadaan rumah agak rapat rapat yang sedia ada, katanya, menyebabkan tidak ada sistem longkang.
“(Ia) menyebabkan air bertakung dan menyebabkan wabak nyamuk Aedes berlaku (dan) pembiakan Aedes begitu cepat ia merebak.
“Nampaknya, kena ada satu langkah. Oleh kerana berlaku pertambahan (rumah) yang tidak terkawal ia sudah menjadi halangan untuk alirkan air ke sungai.
“Dan insya Allah pemilik pemilik rumah akan membina longkang sendiri di rumah masing masing. Mereka akan alir ke baruh juga (dan) ia akan jadi tempat pembiakan (nyamuk),”jelasnya lagi.

                        Sumber BO - 19-7-2016                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                   Rumah Terbuka ADUN Paka Meriah

Oleh: Aziz Jusoh
DUNGUN -Sambutan Rumah Terbuka sempena hari raya Aidilfitri DUN Paka yang berlangsung di Tapak PGU, Paka, Sabtu lalu berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Selain meraikan hari raya, program berkenaan adalah salah satu platform yang diadakan untuk merapatkan jurang di antara pemimpin dan rakyat.
Selain meraikan penduduk setempat, ADUN Paka, YB. Ust.Hj.Satiful Bahri Mamat turut menyampaikan sumbangan kepada lapan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Lebih 3000 orang  hadir menjayakan majlis itu termasuk kunjungan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Hadir sama, Ahli Parlimen Dungun, YB.Ust.Hj. Wan Hassan Mohd Ramli.                                                                                                                                                                                                            Sumber BO - 19-7-2017                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                 Pilihan Raya Adalah Cara Terbaik Untuk Ambil Alih Kerajaan

Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – PAS akan terus menyertai pilihan raya kerana ia adalah kaedah yang terbaik dan cara yang dipersetujui oleh rakyat untuk memilih kerajaan.
Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951, ia menyertai pilihan raya umum yang pertama tahun 1955, sehingga pilihan raya kali-13 yang lalu dan kekal dengan dasar itu sampai ke hari ini.
“Kita dapati cara untuk mengambilalih kuasa  kerajaan di dunia hari ini ada tiga cara, samada rampasan kuasa, pilihanraya dan rakyat turun di jalan raya,
“PAS memilih yang kedua, kita menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 daripada ditubuhkan tahun 1951 sehingga hari ini, kita menyertai pilihanraya kerana kita percaya, apabila kita menyampaikan maklumat yang sebenar, rakyat akan bersedia untuk memilih yang memperjuangkan Islam untuk menjadi kerajaan,”jelas beliau.
Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka DUN Rantau Abang dan Parlimen Dungun yang diadakan di Markas PAS Balai Besar, dekat sini pada Sabtu 16 Julai.
Mengulas perkembangan semasa kejadian cubaan rampasan kuasa yang berlaku di negara Turki, menurut Ustaz Wan Hassan, rakyat telah bergadai nyawa turun ke jalan-jalan raya, menentang pasukan tentera yang ‘membelot’.
“Dan kita semalam (Jumaat), rampasan kuasa tentera di Turki tetapi rakyat turun untuk mengagalkan rampasan kuasa  menyelamatkan kerajaan Islam di Turki,”jelas beliau di majlis yang dihadiri lebih kurang 5000 orang tetamu daripada berbagai lapisan masyarakat.

ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun telah meraikan tetamu-tetamu di majlis yang sepatutnya bermula 11 pagi itu, tetapi telah dikunjungi oleh orangramai seawal 10 pagi lagi.                                                                                        Sumber BO - 18-7-2016                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                             NGO Bantah Kutipan Tol di LPT2

Oleh : KAM
KUALA TERENGGANU: Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) bersama beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain membantah keras kutipan tol yang baharu dilaksanakan bermula 15 Julai lalu.
Presidennya, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas menegaskan agar beberapa tuntutan perlu dipenuhi sebelum kutipan tol dilaksanakan.
Katanya pihak NGO Ganti sendiri pernah dua kali membuat kaji selidik di lapangan pada tahun lalu dan dapan kajian itu mendapati banyak bukti dan alasan bahawa LPT2 itu tidak selamat.
“Kami ini dari NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) bersempena pengumuman kerajaan untuk memulakan kutipan bayaran tol bermula 15 Julai (semalam) maka, kami (Ganti) menegaskan supaya beberapa tuntutan hendaklah dipenuhi sebelum daripada sepatutnya tol ini dikutip.
“Kami membangkang sekeras-kerasnya permulaan kutipan tol ini atas beberapa sebab dan alasan.
“Kami dari Ganti ini pernah membuat beberapa kaji selidik di lapangan pada tahun (2015) lepas sebanyak dua kali. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) ini tidak selamat digunakan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya di Food Court Giant, Kuala Terengganu pada 16 Julai lalu.
Ustaz Wan Ahmad Faizul yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu turut mendesak kerajaan negeri mengkaji perjanjian dengan pihak konsesi lebuh raya tersebut.
“Kami (Ganti) tuntut kajian terhadap perjanjian kerajaan negeri dengan konsesi itu sendiri.
“Kita sudah sedia maklum bahawa perbelanjaan membina LPT2 ini adalah perbelanjaan dari kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM1.83 bilion. Duit kerajaan negeri itu hendaklah dikembalikan.
“Maka, kami (Ganti) rasa tidak sepatutnya bebanan itu dikenakan ke atas rakyat. Ini kerana, wang kerajaan adalah wang rakyat. Sepatutnya, kutipan cukai dari rakyat hendaklah dikembalikan manfaatnya kepada rakyat.
“Tol di negeri ini sepatutnya diberi percuma kepada rakyat Terengganu dan tidak dikenakan bayaran.
“Maka, LPT2 yang dikenakan ini sewajarnya dijadikan ‘hadiah’ kepada rakyat Terengganu. Di mana, Terengganu yang dikurniakan dengan telaga-telaga minyak diperairannya, yang memberi pendapatan yang besar kepada kerajaan pusat,” jelasnya mewakil NGOs lain.
Selain itu, beliau mempersoalkan kenyataan Exco Kerajaan negeri, Ir Rosli bahawa hasil kutipan tol tersebut akan digunakan bagi membina LPT3.
Katanya, kerajaan negeri tidak patut dibebankan bagi pembinaan LPT3 kerana itu tanggungjawab pusat.
“Saya ingin membuat persoalan kepada kerajaan negeri yang dibuat kenyataan oleh Ahli Exco Kerajaan negeri, Ir Rosli bahawa kutipan tol ini akan digunakan untuk membina LPT3 pula.
“Ini diperakui sendiri oleh Ir Rosli sendiri sebagai Exco Kerajaan Negeri bahawa wang tol itu hendak digunakan dari Gemuruh hingga ke sebahagian (LPT3) Kelantan.
“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dibebankan (kewangan) menyiapkan LPT3 itu ke atas kerajaan negeri. Sepatutnya, tanggungjawab menyediakan LPT ini adalah tanggungjawb kerajaan pusat.
“Kita (Ganti) mengharap kutipan tol LPT2 ini ditarik balik, ditangguh atau dihentikan meski pun telah dilaksanakan beberapa hari lalu. Tanggungjawab menyediakan lebuh raya sepatutnya tanggungjawab kerajaan pusat,” tegasnya.
Ustaz Wan Ahmad Faizul mendakwa majoriti rakyat tidak bersetuju dengan kutipan tol berkenaan kerana bukan sahaja disebut oleh ahli-ahli parti politik termasuk NGOs.
Bahkan, katanya orang ramai yang menjadi pengguna LPT2 juga tidak puas hati terhadap kutipan tol yang berlaku itu.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim, Pengerusi Generasi Terengganu, Naraza Muda, AJK Perantau Terengganu, Zulkifli Ibrahim dan ramai lagi                                                                                                                                                                                                    Sumber BO - 18-7-2016                                                                                ------------------------------------------------------------------------------                                                                                                              Selesaikan Masalah Hakisan Atau Kampung Akan Lenyap Di Musim Tengkujuh

KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamiddin Abd Karim berharap kerajaan dapat menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah hakisan yang melanda pantai Mengabang Telipot atau ‘berputih mata’ melihat kampung terbabit ‘lenyap’ ditelan ombak.

KUALA NERUS 20 DISEMBER 2015. (BH KT143E) Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara (KTU), A Rahman Abu Bakar menunjukkan sebuah chalet yang runtuh akibat angin kencang dan ombak yang kuat di Kampung Tanjung Gelang. STR/SYAHIRAH ABDULLAH
Beliau menggesa kerajaan menyegerakan tindakan dalam masa beberapa bulan ini, sebelum musim tengkujuh tiba nanti.
“kita melihat ada beberapa ‘kerencatan’ yang berlaku di beberapa (tempat) jadi……..saya memang bercadang untuk membawa pekara ini dalam sidang DUN 8hb Ogos,
“antara masalah yang saya akan timbulkan adalah penyegeraan penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak kerajaan supaya tidak sampai pada tempoh tertentu (musim tengkujuh),
“(ketika itu) akan menjadi tekanan kepada rakyat dan kemungkinan kehilangan kampung akan berlaku,”jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang nedia sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau yang diadakan di Kampung Pak Jin, pada Sabtu 16 Julai.
Katanya, usaha menambak pantai yang dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum ini terlah terhenti dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat.
Beliau mencadangkan agar kerajaan mengabilkira pandangan dan cadangan para nelayan supaya kerajaan membina ‘pulau buatan’ pemecah ombak’ di luar pantai tersebut.
“kita sangat mencadangkan supaya kerajaan usahakan agar hakisan tidak menjadi lebih teruk dan saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak nelayan,
“supaya (kerajaan) menyediakan (membina) pulau-pulau buatan supaya berlakunya pemecahan ombak di tengah laut, sehingga lantunan (badai) ombak sampai dipantai menjadi perlahan,”katanya.
Beliau mendedahkan, saranan para nelayan itu telah disampaikan dalam beberapa siri perbincangan dan dipersetujui oleh Menteri Besar serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, sebelum ini.
Namun sehingga kini, beluau tidak tahu samada kerajaan bercadang untuk melaksanakan cadangan cadangan itu atapu sebaliknya.

                          Sumber BO - 17-7-2016                                                                                 ----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                      PAS Bukan Pembangkang ‘Membuta Tuli’

MARANG – PAS tampil sebagai sebagai pilihan terbaik kepada masyarakat sebagai sebuah organisasi dan parti politik yang bukan membangkang secara ‘membuta tuli.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, PAS memperbaiki kepincangan pemerintah dengan menegur kesalahahan dan memberikan cadangan penyelesaian.
“Jadi hari ini jugak, muslimin muslimat kita berhadapan pertembungan dengan strategi dan taktik yang perlu kita hayati bersama, yang perlu kita laksanakan dalam masyarakat supaya masyarakat, rakyat memahami bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini.
“PAS adalah sebuah parti, adalah sebuah organisasi, adalah sebuah jemaah yang tampil dalam masyarakat bukan untuk membangkang seluruhnya agenda yang dilaksanakan oleh parti pemerintah (kerajaan),
“tapi PAS tampil dalam masyarakat untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang ada, seumpama contoh, kita bukan tidak bersetuju 100% dengan perlaksanaan tol di LPT2 tetapi kita mempersoalkan kenapakah dalam keadaan kerajaan negeri membelanjakan sebegitu banyak duit rakyat negeri Terengganu yang disebut sehingga RM1.8 billion,”jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka DUN Pengkalan Berangan di PASTI Mercang, pada Jumaat malam 15 Julai.
Malangnya kata beliau, kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Umno berkata, rakyat Negeri Terengganu tidak mempunyai satu kuasa ke atas hak untuk menyatakan duit yang dibelanjakan oleh kerajaan sebanyak 1.8 billion itu.
“Apakah peranannya (Fungsi) kepada rakyat negeri Terengganu? Apakah hasilnya yang menjadi penduduk asal negeri Terengganu?
“Ini yang kita persoalkan, ini yang kita kemukakan supaya kerajaan (agar) mengambil satu pendekatan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan hak kita ini tidak sewenang-wenangnya digunapakai oleh kerajaan persekutuan,”tegasnya

Dalam masa yang sama meminggirkan kita sehingga kita terpaksa membayar tol yang begitu mahal, yang dibuat kira-kira bahawa kalau buat perjalanan pergi dan balik kita memerlukan bayar tol dalam lebih kurang RM100.                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber BO - 17-7-2016                                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                     Laporan Kes Keluarga Miskin Di Jabi

Lokasi rumah terletak kira-kira 200 meter dari rumah Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Jabi.
Asalnya rumah ini diduduki oleh keluarga Orang Barat/Siam. Ada limA buah rumah berdekatan semuanya asal orang Barat terletak dalam ladang sawit berdekatan SMK Jabi.
Penghuni sekarang baru tinggal di rumah uzur ni kira-kira setahun lalu. Isterinya janda anak lima berasal dari Kuantan. Bercerai dan berkahwin dgn suami baru sekarang. Suami baru keturunan orang Thailand. Suaminya dulu tak menetap di Jabi, kerja nelayan di Kuantan dan berkahwin di Kuantan. Baru balik ke Jabi kira-kira setahun lebih.
Memang kita terlepas pandang kerana dimaklumi sebelum ini rumah tersebut didiami oleh orang Barat. Orang setempat pun mengenali penghuni rumah tersebut sebagai orang Barat yang kerja jaga lembu dan jadi kuli orang kuat Umno Jabi. Salleh Jabi, adik kepada Pengerusi JKKK Jabi adalah majikan orang-orang Barat ni.
Mereka anak beranak memang tak bergaul dengan orang ramai. Kawasan rumah ni pernah dijadikan tempat main mak yong dan tari menari semasa sambut kemenangan BN lepas PRU 13.
Kunjungan kita dapat maklumat bahawa keluarga ni tak pernah terima sebarang bantuan samada zakat, kebajikan, BR1M atau duit raya.
Ada Pejabat Agama Daerah Besut bagi RM600 sekali dalam Ramadhan baru ini. Itu pun kerana mereka serbu rumah ni kerana terima aduan kononnya pasangan ini bersekedudukan tanpa nikah. Bila didapati mereka suami isteri yg sah, Pejabat Agama ganti bagi sumbangan RM600.
Dimaklumkan YB Jabi ada mari sekali tangkap gambar. Lepas tu senyap tanpa sebarang bantuan. Mungkin tak dok kepentingan sebab orang Barat ni tak dok kad pengenalan atau IC. Orang Kuantan ni pun bukan pengundi Jabi.
Setakat tadi MTD Jabi dah bagi sumbangan barangan keperluan harian atas dasar kemanusian.

***Dr Azman Ibrahim ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi                                                                                                                                                                                                                   Sumber BO - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah TOL LPT2
Posted on Sunday, July 17 @ 14:22:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31046
Anda tidak akan jumpa di mana mana lebuhraya bertol di selurruh alam Nusantara stesyen minyak mcm ni.

Stesyen minyak Buraq Oil dekat Parlimen Kuala Kangsar pun lagi besar dari ini. Hanya di Terengganu, negeri kaya rakyat miskin.

Kredit
Ahmad Amzad Hashim                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                         -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































Tol LPT2: Razif, Umno lemah punca rakyat jadi mangsa

HARAKAHDAILY | .
 

                                                                                                                                                                 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41852-tol-lpt2-razif-umno-lemah-punca-rakyat-jadi-mangsa                                                                                                                                                                  Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), kami melahirkan rasa simpati kepada rakyat yang berterusan menanggung bebanan berterusan akibat berada di bawah pemerintahan Umno BN.

15 Julai 2016 merupakan sejarah hitam bagi Terengganu dan penduduknya apabila kutipan tol yang sudah lama pupus di Terengganu sejak akhir tahun 1999, kini muncul kembali. 16 tahun lalu, tol pertama dan terakhir telah dihapus di Jambatan Sultan Mahmud sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu.

DPPNT menyedari kutipan tol adalah suatu keperluan bagi mengurus dan menyelenggara sesebuah lebuh raya. Namun berdasarkan keadaan semasa LPT2, kewajaran melaksanakan kutipan tersebut masih dilihat tidak wajar kerana beberapa faktor:

1. Ketiadaan kemudahan utama seperti stesen minyak.

2. Faktor jalan beralun dan merbahaya yang tidak diselesaikan sepenuhnya.

3. Faktor kawalan sepanjang lebuh raya dari binatang ternakan dan haiwan liar yang membahayakan pengguna.

DPPNT melihat faktor kelemahan YAB Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dan Umno Terengganu mempertahankan hak dan kedaulatan negeri Terengganu menjadi faktor Lembaga Lebuhraya Malaysia membenarkan kutipan tol ini dijalankan.

Walhal, dengan isu penggunaan wang kerajaan negeri sebanyak RM1.8 bilion di dalam pembinaan LPT2 terbabit, sepatutnya kerajaan negeri berhak memberi tekanan kutipan tol ditangguhkan sehingga dipulangkan terlebih dahulu.

Sebaliknya Kerajaan Umno Terengganu bersikap lunak apabila menawarkan wang berkenaan bagi digunakan pula untuk LPT3.

Sikap lemah kerajaan Umno Terengganu bukan sahaja menyusahkan dan membebankan rakyat, namun mempertaruhkan nyawa rakyat.

Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu - HARAKAHDAILY 17/7/2016                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































Kos 1 km LPT2 lebih RM100 juta berbanding LPT3?

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41844-kos-1-km-lpt2-lebih-rm100-juta-berbanding-lpt3                                                                                                                                                                                                                                                                                  
 Exco sahkan kos bagi sekilometer LPT2 lebih RM100 juta berbanding LPT3
Saya merujuk kepada kenyataan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu, YB Ir Rosli Othman yang telah disiarkan semalam berkenaan isu kerajaan negeri memulakan pembayaran tol di LPT2 yang telahpun bermula pagi tadi jam 12.01 pagi tadi. Di sini, suka PAS Terengganu mengembalikan beberapa pertanyaan serta beberapa keterangan bagi dijelaskan oleh kerajaan negeri Terengganu terhadap kenyatan rasmi tersebut. Kami mengambil beberapa ungkapan yang ada dalam kenyataan rasmi beliau sebagai rujukan kepada soalan kami.

1. YB Ir Rosli menyatakan bahawa LPT2 ini telah menjadi laluan utama untuk pengguna pulang beraya dan banyak membantu merancakkan ekonomi negeri di Pantai Timur bagi urusan pengangkutan, pelancongan dan lain-lain.

- PAS bersetuju ekonomi akan menjadi lebih rancak jika ada sistem pengangkutan yang baik, tetapi tol akan memberikan kesan kepada kenaikan harga barang dan bagaimanakah langkah kerajaan untuk mengawalnya? Sedangkan mengikut sejarah, kerajaan sentiasa gagal dalam menangani isu kenaikan harga barang.

2. Pada dasarnya Kerajaan Persekutuan telah bersetuju membayar balik RM1.83 bilion tersebut kepada kerajaan negeri Terengganu dan kedua-dua pihak kini sedang meneliti kaedah-kaedah pembayaran semula.

- Apakah maksud perkataan “pada dasarnya”? Penggunaan ayat ini seperti bermaksud sesuatu itu bersyarat. Sepatutnya digunakan perkataan “Kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju untuk membayar balik keseluruhan RM1.83 bilion wang rakyat Terengganu tanpa syarat”

- Kedua, bagaimanakah bentuk perjanjian ketika mula-mula pinjaman diberikan negeri kepada kerajaan persekutuan sedangkan cara pembayaran semula pinjaman itu tidak diketahui sehinggakan terpaksa diteliti semula? PAS mendesak kerajaan negeri mengemukakan kepada rakyat kandungan perjanjian pinjaman wang rakyat Terengganu itu.

3. Daripada jumlah pembayaran tersebut juga kerajaan negeri akan menggunakannya bagi melaksanakan cadangan pembinaan LPT 3.

- Adakah sekali lagi kerajaan negeri “dipaksa” menggunakan wang rakyat Terengganu bagi membina LPT3? Di manakah tanggungjawab kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan negeri Terengganu? Mengapa di negeri-negeri lain kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebegitu banyak perbelanjaan tetapi hanya di Terengganu? Jadi apakah maknanya wang rakyat Terengganu RM1.83 bilion itu dikembalikan?

4. Kos pembinaan LPT3 sepanjang 170 kilometer itu dijangka menelan belanja RM2.4 bilion.

- Dibuktikan secara jelas oleh Exco bahawa pembinaan LPT2 dilakukan secara tidak bertanggungjawab kerana LPT2 menelan belanja RM4.25 bilion bagi 184 km tetapi LPT3 dijangka menelan hanya RM2.4 bilion bagi 170 km. Perbezaan hanya 14 km tetapi kosnya melonjak hampir RM1.8 bilion. Purata RM100 juta lebih bagi satu kilometer atas lebihan 14 km itu.

- Apakah pula jaminan kerajaan dalam melantik kontraktor yang bertanggungjawab serta memenuhi spesifikasi pembinaan agar kes kontraktor lari atau tidak memenuhi spesifikasi pembinaan LPT2 tidak berulang, sekali gus akan mengelakkan kenaikan kos pembinaan LPT3?

5. Pada dasarnya pembinaan LPT3 telah diluluskan Perdana Menteri dan ia dalam peringkat mengenal pasti lokasi dan menyiapkan reka bentuk oleh pihak dipertanggungjawabkan termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

- Apakah jaminan kerajaan negeri untuk berlaku adil ke atas pemilik tanah yang bakal diambil, agar tidak berulang tragedi seperti di Banggol Donas dan Merchang?

6. Tambahan pula, sasaran pengguna LPT2 sebelum ini ialah sebanyak 50,000 kenderaan atau lebih sehari bagi mencapai jumlah kutipan tol untuk menampung kos pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Namun, statistik menunjukkan secara purata kasar, lebih kurang 20,000 kenderaan sahaja yang menggunakan LPT2 ini setiap hari, di mana 30,000 kurang daripada target asal.

- Apakah alasan kekurangan kenderaan daripada jangkaan itu? Tidak lain adalah kerana statistik kemalangan yang tinggi, tiada kemudahan asas, keadaan jalan yang tidak baik hasil dari kerja-kerja yang tidak dibuat dengan betul ketika pembinaan. Rakyat tidak mahu mengambil risiko hasil kecuaian ini. Beban kesalahan kerana kurangnya kenderaan menggunakan LPT2 semestinya dipikul oleh kerajaan negeri.

7. Oleh itu, pihak kerajaan negeri meminta rakyat agar dapat memahami mengapa kutipan tol telah pun bermula pada tarikh yang ditetapkan serta tidak menimbulkan sebarang isu siapa yang berhak ke atas pengendalian operasi terhadap LPT2 kerana ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan pengguna.

- Rakyat memahaminya jika apa yang PAS gariskan itu diselesaikan. PAS tidak hanya bersuara pada hari ini, tetapi PAS telah dituduh dengan pelbagai nama yang tidak baik kerana memperjuangkan hak rakyat Terengganu semenjak bertahun-tahun lamanya bermula dari proses pembinaan LPT2 sehinggalah ianya siap. Sekarang melalui jawapan Exco, jelas kebenaran yang PAS perjuangkan dahulu adalah benar atas nama kepentingan rakyat Terengganu. Tidak perlu Umno Terengganu berselindung lagi dengan apa-apa. Jawapan Exco ini adalah cop mohor bahawa PAS istiqamah memperjuangan hak rakyat.

USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu                                                                                                        10 Syawal 1437 / 15 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 15/7/2016                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Majlis Sempena Raya Batu Rakit ‘Diserang’ Pengunjung            

                   

Oleh : DMS

SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (TD) Batu Rakit telah ‘diserang’ lebih dari 500 orang yang hadir bersama keluarga mereka ke program sempena sambutan hari raya, di pejabatnya Kampung Pancur Kuin pada Rabu.
Majlis yang diadakan pada sebelah malam itu ternyata mendapat sambutan yang di luar jangka dari pelbagai golongan umur yang menyaksikan ianya adalah sambutan yang terbaik pernah di anjurkan.
“hari raya adalah hari kegembiraan dan kemenangan bagi umat islam,dan kemenangan ini perlu kita kekalkan bersama dengan kemenangan yang akhir adalah kemenangan islam yang menyeluruh,
“kemenangan yang akan kita buru selepas ini adalah berkenaan rang undang-undan islam (RUU) yang akan di bahaskan di parlimen pada sesi terdekat nanti dan kita sama-sama berdoa,berharap agar usaha kita ini akan dapat memartabatkan Islam dalam negara kita nanti,in sya allah,”kata Ketua Pemudanya Ustaz Shafizi Ismail, ketika menyampaikan taujihat Syawal di hadapan tetamu yang hadir.
Sementara itu pengerusi DUN, Ustaz Mohamad Nazari Alias melahirkan rasa kegembiraan dengan kahadiran luar jangka pada setiap program DUN yang diadakan sejak kebelakangan ini di samping mengingatkan kegembiraan yang disambut pada hari raya ini telah ‘dirobek’ dengan kenaikan harga minyak dan kutipan tol di LPT 2 yang telah dinumumkan oleh kerajaan.
“dalam keghairahan kita menyambut aidilfitri ini kita jangan kita lupa bahawa selepas ini kita akan terus terbeban dengan kenaikan harga minyak dan perlaksanaan kutipan tol di LPT 2 yang sudah semestinya akan meningkatkan lagi harga barangan dan kos sara hidup.
“maka marilah kita mengekalkan kemenangan dari peristiwa peperangan ahzab ini di PRU nanti,”ujarnya
Beliau juga tidak menolak kehadiran luar jangka mereka yang hadir pada program itu adalah sebahagian dari tanda protes rakyat yang inginkan PAS memimpin selepas PRU yang akan di adakan nanti.
Di majlis itu juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir turut memeriahkan suasana di samping pelbagai menu telah di sediakan.Turut hadir dalam memeriahkan program YDP Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain dan ahli jawatankusanya serta penjawat awam dari klinik kesihatan yang berdekatan.                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber BO - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































Tangguh tol LPT2 hingga Terengganu dapat hak kongsi konsesi

HARAKAHDAILY | .

                                           


















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41825-tangguh-tol-lpt2-hingga-terengganu-dapat-hak-kongsi-konsesi   
                                                                                                                                                    Keputusan Kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk melaksanakan kutipan tol di LPT2 bermula 15 Julai 2016 ini perlu ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri Terengganu diberikan hak perkongsian konsesi yang boleh dipulangkan manfaatnya kepada rakyat Terengganu menerusi pemberian rebet tol apabila ia dilaksanakan nanti.

Projek LPT2 bermula dengan kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada 15 Julai 2004 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

Pembinaan projek ini dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui pembahagian kerja mengikut nisbah 70:30. JKR telah membahagikan segmennya kepada 16 pakej dan menyerahkannya kepada beberapa kontraktor. LLM pula melantik Kumpulan MTD.

Bagi meneruskan pembinaan projek ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah memberikan pendahuluan berjumlah RM1.8 bilion.

Pembinaan LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor hingga ke Kampung Gemuroh, Terengganu ini asalnya dijangkakan siap pada Jun 2012, namun hanya dibuka sepenuhnya pada 31 Januari 2015.

Kelewatan ini telah mengakibatkan kos asal berjumlah RM3.7 bilion meningkat sebanyak 15% kepada RM4.25 bilion berikutan kenaikan harga barang binaan dan kegagalan berberapa kontraktor menyiapkan pakej masing-masing.

Lebih mendukacitakan, lebuh raya ini siap dalam keadaan kualiti jalan yang tidak menepati standard dan prasarana yang tidak lengkap sehingga mengundang bahaya dan ketidakselesaan kepada pengguna. Buktinya, sejumlah 849 kemalangan dengan 36 kematian direkodkan bagi tempoh Februari hingga November tahun lalu. Stesen minyak yang lengkap juga tiada dan hentian R&R pula berkeadaan teruk.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 sendiri menyatakan bahawa projek pembinaan LPT2 yang diuruskan JKR adalah kurang memuaskan; sedangkan JKR adalah di bawah KKR.

JKR juga dalam jawapan balasnya memberikan alasan kekangan peruntukan yang memerlukan pengesahan daripada Kementerian Kewangan sebelum proses tender semula dapat dilaksanakan sebagai punca kelewatan. Ini semua memperlihatkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran Kerajaan.

Kerajaan Negeri Terengganu dilihat tidak kuat dalam perundingan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan semula RM1.8 bilion yang telah digunakan untuk pembinaan LPT2. Permintaan hak perkongsian konsesi sebanyak 40% kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai imbal balik daripada kos yang telah dibelanjakan itu juga gagal diperoleh. Seterusnya, cadangan pembinaan LPT3 dari Gemuruh ke Jertih sebagai ‘ganti’ kepada jumlah itu juga masih tertangguh. Berkenaan LPT3 ini, respons YAB Perdana Menteri juga amat tidak jelas, "approval of the project would depend on the federal government's affordability". Peliknya, Kerajaan Negeri Terengganu bersandar kuat pada jawapan ini.

Mendepani hal ini, saya menggesa Kerajaan Negeri Terengganu untuk:
(a) Mendesak Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan tol di LPT2 sehingga Kerajaan Negeri Terengganu diberikan hak perkongsian konsesi.

(b) Menuntut kadar tol yang lebih rendah daripada yang telah diumumkan baru-baru ini memandangkan LPT2 dibiayai oleh Kerajaan; bukannya konsesi. Kadar tol yang dikenakan mestilah sekadar mencukupi untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan; dan menaik taraf dan membaik pulih sahaja, bukannya berorientasikan meraih keuntungan berganda. Contohnya, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion dan jumlah keuntungan selepas cukai berjumlah RM8.4 juta. Kos untuk operasi dan penyelenggaraan dianggarkan hanya 20% sahaja daripada hasil kutipan dan kos menaik taraf dan membaik pulih juga hanya 15-20% sahaja. 50% lagi adalah untuk bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh konsesi tersebut.

(c) Mengisytiharkan rebet khas untuk rakyat Terengganu sebagai satu cara memulangkan hak rakyat Terengganu seperti yang diberikan di tol Lebuhraya Utara Selatan menerusi penggunaan kad Plus Miles.

(d) Mendesak Kerajaan Persekutuan mendedahkan isi kandungan perjanjian konsesi kepada rakyat Terengganu dan memberikan ruang kepada rakyat Terengganu untuk menyatakan pandangan dan bantahan mereka.

Kerajaan Negeri Terengganu sepatutnya berpendirian dan bersikap tegas mempertahankan kebajikan rakyat sendiri dalam pelaksanaan tol ini. Malangnya, selepas kalah dalam perundingan perkongsian konsesi, Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi akur dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, adalah suatu penindasan jika rakyat – khususnya rakyat Terengganu – dikenakan tol di 10 plaza tol di jajaran lebuhraya itu sebagaimana dicadangkan sedangkan kos pembinaan LPT2 ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan dan bukannya oleh konsesi, Kerajaan Negeri Terengganu gagal mendapat hak perkongsian konsesi dan hak rakyat Terengganu untuk mendapat lebuh raya dengan kos tol yang rendah diabaikan.

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
14 Julai 2016 | 9 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 14/7/2016                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERANTAU Seru Kutipan Tol LPT2 Ditangguhkan

PERANTAU melahirkan rasa kesal serta kebimbangan dengan keputusan kerajaan negeri merestui kerajaan pusat untuk melaksanakan kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang akan bermula pada 15hb Julai 2016.
Keputusan ini sudah tentu akan membebankan pengguna lebuhraya disamping memberi tekanan kepada kenaikan harga barang akibat peningkatan kos pengangkutan, terutamanya kepada rakyat Terengganu.
Lebih sedekad lamanya kita dijanjikan lebuhraya setelah negeri-negeri semenanjung lain berpeluang menikmatinya (kecuali Kelantan). Setelah acap kali tertangguh dengan berbagai masalah pengurusan dan birokrasi hingga memerlukan suntikan dana negeri, LPT2 dibuka sepenuhnya hanya pada awal tahun 2015 dengan berbagai kekurangan. Setelah hanya seketika rakyat dapat mengecapi kelegaan ini, tiba-tiba kutipan tol dikenakan dalam keadaan membebankan rakyat tanpa mengambilkira kualiti perkhidmatan lebuhraya dan sebahagian kos pembinaan yang ditanggung menggunakan duit rakyat Terengganu (dana kerajaan Negeri Terengganu).
PERANTAU melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan tergesa-gesa ini. Di mana logiknya bilamana hampir keseluruhan pembiayaan LPT2 ditanggung kerajaan Terengganu melalui Dana Khas, tiba-tiba pihak lain pula diberi hak mengutip tol? Status penjanjian menjadi rahsia dengan tempoh konsesi serta perincian pengagihan kutipan tidak didedahkan, sementara tuntutan hutang RM1.8 billion masih menjadi tanda-tanya. Lebih memeritkan lagi apabila lebuhraya Pan-Borneo pula beroperasi tanpa sebarang kutipan tol kepada pengguna.
Bukan sahaja lebuhraya ini ditanggung dengan dana rakyat Terengganu secara hakikatnya, bahkan kadar 12sen/km (untuk kereta) adalah antara tertinggi di negara ini. (rujuk Kenyataan Media Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)).
Bahkan kemudahan di kompleks persinggahan Rehat & Rawat adalah tidak sempurna, kebanyakan gerai masih belum beroperasi, tiada stesen minyak lengkap/kekal, kualiti permukaan jalan yang teruk, tanpa tanda arah/keselamatan dan lampu jalan yang secukupnya menunjukkan bahawa lebuhraya ini belum bersedia sepenuhnya untuk perkhidmatan kepada orang ramai, maka sayuguianya bebanan bayaran tol tidak patut dikenakan sekurang-kurangnya buat tempoh tertentu.
PERANTAU menyeru Kerajaan Terengganu bertegas dengan menjaga hak rakyat sendiri. Maka PERANTAU mendesak dan menuntut agar;
1. Kutipan tol ditangguhkan sehingga kualiti lebuhraya ditingkatkan, dan semua kemudahan lain disediakan secara secukupnya
2. Apabila semua perkhidmatan lebuhraya disediakan dengan memuaskan, kadar tol yang bakal dikenakan mestilah pada kadar yang minima mengambilkira sebahagian besar tanggungan pembinaan lebuhraya adalah dari dana rakyat Terengganu sendiri yang mana hutang sebanyak RM1.8 bilion tersebut masih tertunggak.
Kerajaan Negeri Terengganu diminta supaya lebih perihatin dalam mempertahankan kepentingan dan kebajikan rakyat Terengganu. Rundingankanlah dengan pihak kerajaan Pusat dan pihak–pihak lain dengan mengutamakan kepentingan rakyat sendiri, bukan kepentingan-kepentingan lain.
                                                                                                                                                              Shuhaimi Embong
Naib Presiden PERANTAU                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber BO - 14-7-2016                                                                              -------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                 Pencapaian gemilang Kerajaan Terengganu
Posted on Thursday, July 14 @ 16:11:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31010
"Oleh: besut_pas_no_2

Sekolah Menengah Alor Limbat berhampiran Rawai, Terengganu terpaksa dirobohkan oleh Kerajaan'world class' Terengganu kerana ianya tidak selamat untuk digunakan. Sekolah belum sempat digunakan, telah siap sepenuhnya. Tetapi terpaksa dirobohkan.


Umno

Umno
tipu
tipu
tipu


Nasib SMK Alur Limbat. Akhirnya terpaksa dirobohkan. Peringkat awal pembinaan sudah ada tentangan dari pelbagai pihak kerana lokasi yg tidak sesuai,agak terpencil dan risiko mendapan yg agak tinggi. namun tentangan tersebut tak diendahkan. Setelah siap belum sempat diguna sudah berlaku mendapan yg serius.

Akhirnya keputusan kerajaan dibuat utk merobohkan bangunan sekolah tersebut kerana tidak selamat utk diguna.entah berapa juta kos pembinaan projek ini? kontraktor, konsultant dan broker2 projek yg terlibat dgn projek ini telah mengaut keuntungan. Puluhan juta dibelanja tanpa mendapat apa2 manfaat kpd rakyat. Ini merupakan salah satu dari siri-siri projek sakit,roboh dan runtuh di negeri Terengganu.

--------------------------------------------------------------------------
Bukan sedikit nilai projek ini, tak kan buat sekolah sama nilainya dengan membina sebuah surau ditaman Perumahan. Sudah tentu nilainya puluhan juta ringgit. Pada ambe, mereka yang terlibat dengan projek ini perlu dihukum.

Kebiasaannya orang akan menuding jari kepada Kontraktor sahaja. Bagi ambe, biar luas sikit skop hukuman, hukum semua mereka yang terlibat. Kontraktor sering dijadikan barisan hadapan untuk dibelasah apabila sesuatu projek itu bermasalah, sedangkan dibelakang kontraktor ada juga Consultant & juga wakil client. Dan jika projek Kerajaan ada wakil JKR.

Mereka semua juga disiasat. Tindakan perlu adil, jangan hanya cari satu pihak sahaja. Perlu diingatkan, pihak-pihak diatas selain dari kontraktor juga merupakan pihak berkepentingan kerana mereka juga berniaga dalam sektor ini.. dalam projek ini. Kalau wakil kerajaan pula, mereka mendapat gaji disamping mendapat makan percuma dan juga perlawaan melanconng ke tempat-tempat percuma.

Pegawai Penguasa (selalunya wakil JKR bagi pihak Kerajaan) perlu disiasat. Jangan terlepas, kerana mereka-mereka ini adalah individu yang menadatangani dokumen ditapak, mempengerusikan mesyuarat dan sebagainya. Tidak kisah la mung penyokong Pas ke, mung penyokong Mao Tze Tung ke.... jangan ada yang terlepas."                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































Taman Ilmu: Umno Terengganu sia-sia duit rakyat

USTAZ MOHD NOR HAMZAH | .






                                                                                   











http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41822-taman-ilmu-umno-terengganu-sia-sia-duit-rakyat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Belum habis lagi isu kutipan tol di LPT2 yang telah menggunakan wang rakyat sebanyak RM1.8 bilion, Umno Terengganu terus membuat onar, dan kali ini dijangka sejumlah RM350 juta pula, duit rakyat Terengganu akan dibuang akibat terbengkalainya projek Taman Ilmu di Kota Putera, Besut.
                                                                               

Taman yang hanya siap kira-kira 80-90 peratus sahaja itu, telah tertangguh pembinaannya semenjak 2012 lagi kerana masalah pembayaran oleh kerajaan negeri kepada kontraktor. Umno Terengganu tanpa rasa bertanggungjawab terus menerus membuang duit rakyat Terengganu secara sia-sia bagaikan wang itu pusaka tinggalan keluarga mereka.

Menurut MB, YAB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman, pada Mei 2015 yang lalu, kerajaan negeri menjangkakan Taman Ilmu yang dibina di atas tanah seluas 700 ekar itu akan boleh digunakan pada akhir tahun 2015.

YAB Razif yang juga Exco Pendidikan ketika tahun 2012 berkata, kerajaan negeri dijangkakan akan memperolehi keuntungan sebanyak RM10 juta setahun apabila Taman Ilmu itu beroperasi nanti apabila sebanyak enam buah universiti telah menunjukkan minat untuk membuka kampus cawangan mereka di situ.

Ketika Datuk Seri Ahmad Said menjadi MB, beliau juga memberi jaminan untuk tidak membiarkan Taman Ilmu menjadi projek gajah putih dan akan menyerahkan baki pembinaan kepada syarikat daripada Korea.

Beliau memberi jangkaan Taman Ilmu akan beroperasi pada akhir tahun 2013 dengan sebuah institusi pengajian berserta beberapa lagi institusi akan melabur sebanyak RM100 juta bagi menubuhkan sebuah kolej kejururawatan.

Saya sudah beberapa kali mengemukakan soalan berkaitan status Taman Ilmu ini dalam sidang Dun Terengganu dan terakhir pada Mac 2016 yang lalu, tetapi ditolak. Ia bagaikan ada rahsia yang mahu disembunyikan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga telah menyerah ratusan ekar tanah di Bukit Kor, Marang untuk pembangunan pusat pendidikan tinggi, tetapi sehingga sekarang, kelihatan sebahagian besarnya walaupun ada satu dua pusat pengajian yang telah diwujudkan, tetapi sebahagian besar kawasan itu masih dilitupi oleh hutan. Ini juga menimbulkan satu lagi persoalan, kenapa tidak dibangunkan kawasan yang telah sedia ada, tetapi dibangunkan kawasan lain yang akhirnya terbengkalai pula.

Apakah penyebab kawasan Bukit Kor itu dibiarkan begitu walaupun ianya terletak kurang 20 km dari bandar Kuala Terengganu? Adakah agenda politik penyebabnya kerana Bukit Kor terletak di Dun Rhu Rendang?

Terbengkalainya sesuatu projek mega bermakna sejumlah besar wang rakyat tidak diurus dengan baik. Rakyat Terengganu yang semenjak dahulu dianiaya oleh Umno Terengganu yang membiarkan duit rakyat tidak diurus dengan cermat dan mengakibatkan kerugian serta pembaziran.

Apa yang seharusnya rakyat tahu dan sedar tentang TIA atau 1MDB yang mahu mencagarkan telaga minyak, royalti petroleum RM2 bilion setahun menjadi wang ehsan, Monsoon Cup (RM1 bilion) ditenggelamkan di dasar sungai Terengganu, Projek Bebas Cukai Kenyir serta pulau-pulau sekitarnya, zoo (RM100 juta), stadium runtuh (RM300 juta), LPT2 (RM1.8 bilion) dan banyak lagi projek yang mensia-siakan wang rakyat Terengganu, bukan sedikit jumlahnya.

Oleh itu, PAS mengajak dan menyeru agar rakyat mesti bangkit dan rakyat jangan membiarkan duit rakyat terbiar atau dibazirkan ataupun dikhianati oleh Umno Terengganu lagi, selama-lamanya.

Taman Ilmu adalah duit rakyat Terengganu. Kita tidak dapat melihat peranan kerajaan pusat dalam membantu untuk pendidikan di Taman Ilmu itu. PAS juga bimbang ini hanyalah wayang bagi menyediakan projek kepada kroni-kroni mereka menggunakan wang rakyat. - HARAKAHDAILY 14/7/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Adun Bukit Payong.                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 14-7-2016                                                                                     -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Nga Kor Ming Perlu Minta Maaf, Demo Pemuda Umno Tidak Sepatutnya Diadakan

KUALA TERENGGANU – Pemimpin politik sepatutnya peka dengan persekitaran negara Malaysia kita yang berbilang kaum dan ugama.
Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, apatah lagi sesuatu komen yang ditujukan kepada masyarakat Melayu yang menjadi majoriti dan Islam yang menjadi ugama rasmi negara.
“sepatutnya mereka peka………bukan hanya dengan nilai-nilai bangsa masing-masing tetapi juga ugama yang menjadi sensitiviti masing-masing,
“kita rasa persendaan ‘duit raya dianggap rasuah’……..kita rasa perkara seperti ini melibatkan sensitiviti orang Melayu dan muslim,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta pihak mengulas isu membabitlan Ahli Parlimen (DAP) Taiping, Nga Kor Ming, pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, disini semalam Rabu 13 Julai.
Lebih teruk lagi, kata ADUN Paka itu, pemberian ‘duit raya’ adalah merupakan sedekah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“beliau sepatutnya minta maaflah……….mudah sahaja! Jadi bila (dia) berkeras menganggap ia sebagai gurauan dan sebagainya,
“(perkara) melibatkan ugama serta kepercayaan ini, tidak sewajarnya melibatkan (menjadi satu bahan) gurauan,”jelasnya.
Beliau menegaskan, PAS juga tidak bersetuju dengan tindakan Pemuda Umno yang mengadakan ‘protes’ dan berdemonstrasi di hadapan pejabat DAP, kerana ia boleh menyemarakkan ketegangan.
“tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu kita pun tak setuju. (Negara) kita ada peraturan dan undang-undang, (tidak perlu perlu berlaku) pertengkaran, berbalahan yang boleh membawa ketegangan (pula) antara kaum dan ugama,
“kita rasa perkara seperti ini patut dielakkan,”tegas beliau.
Beliau berkata, sepatutnya pihak terbabit menyerahkan kepada pihak polis, untuk melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan yang sedia ada.

                           Sumber BO - 14-7-2016                                                                                   ------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                             Kembalikan Pemerintahan Islam Di Bumi Tok Ku Paloh Ini!

BESUT – Rakyat Terengganu digesa bersatu untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya akan datang dan mengembalikan pemerintahan Islam di negeri ini sebagaimana yang telah diasaskan oleh Tok Ku Paloh dahulu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata realiti politik semasa sekarang adalah, Islam dikepung dari setiap sudut umpama peristiwa perang Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal.
“ini lah realiti Islam pada hari ini, kita lihat musuh keliling kita, menyerang kita, mencerca kita, mengaibkan kita, menfitnah pimpinan kita, kerana akidah perjuangan yang dibawa oleh PAS untuk menegakkan agama Allah,
“untuk menegakkan syariat Islam, dalam sambutan hari raya ini kita teruskan perjuangan kita untuk kita memenangkan Islam di negeri tercinta, kita kembalikan Islam di tanah Tok Ku Paloh ini,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Sempena Hari Raya PAS Kawasan Besut di hadapan bangunan PAS Kawasan pada Ahad, 10 Julai.
Sempena dengan sambutan hari raya, beliau mengajak seluruh umat Islam memperingati peristiwa perang Ahzab yang berlangsung pada bulan Syawal tahun 5 hijrah itu.
Katanya, tema perang Ahzab itu diangkat setiap kali kita menyambut hari raya.
“dimana kita laungkan Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…………..di mana (berlakunya) perang Ahzab bermakna bergabung kekuatan musyrikin seramai 10,000 orang kerajaan kafir bergabung dengan kabilah Arab,
“Allah memberikan bantuan kemenangan kepada pejuang Islam sebagaimana kita membaca surah Ahzab ayat 9, wahai orang orang yang beriman, ingatlah kamu nikmat Allah kepada kamu ketika datang musuh dan mengirimkan kepada mereka ribut taufan, angin kencang, dan tentera-tentera Alla yang tak nampak,” jelasnya.
Bekas calon PAS bagi Parlimen Besut itu menyifatkan, Majlis Hari Raya PAS Besut berjaya kerana ia mendapat sambutan yang cukup baik dikalangan masyarakat.
“Pelbagai lapisan masyarakat mereka berhimpun sejak jam 9.30 pagi dan inshaAllah berakhir jam 1.30 petang ini,
“dan juga pada hari ini perantau Besut telah mengagihkan 51 hamper kepada 51 orang penggerak PASTI, yang bertungkus lumus yang melakukan jihad ta’lim. Iaitu mengasuh anak anak sekolah di kawasan Besut ini,”tambah beliau.

                                                                                                                                      Sumber BO - 13-7-2016                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                     Tahun Ke Empat Misi Korban Dan Akikah Di Bumi Sudan

Ingin saya kongsikan secebis kenangan menyentuh naluri kemanusiaan saya dan rakan-rakan misi Korban & Akikah di bumi Sudan pada tahun yang sudah.
Telah meniti usia 4 tahun program ini kami jalankan di bumi Sudan yang jaraknya beribu batu dari tanah air tercinta nun di benua Afrika yang sangat berbeza geografi dan budaya hidupnya berbanding kita. Misi kami ialah membantu pelarian Islam yang berada di kem-kem pelarian di sempadan Sudan-Erithria. Perjalanan kami amat memenatkan sekali, 15 jam perjalanan udara dan 15 jam perjalanan darat menuju ke lokasi misi.
Kami, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu merupakan satu-satunya NGO daripada Malaysia yang berjaya masuk melaksanakan misi di bumi gersang ini. Tahun ini, kami akan menjalankan misi ini bermula 9 hingga 20 september 2016. Turut bersama kami ialah rakan-rakan *NGO Persatuan Pengguna Daerah Dungun, Sahabat Care, We Care Marang, Persatuan Cakna Anak Yatim Kemaman, KAMI, PAPISMA, Pasaraya SABASUN, GAMIS, dan Syabab Care.*
Sudan, bumi afrika yang dihuni 30 juta orang rakyat di 20 wilayah. Tatkala kemiskinan sebegitu, mereka masih menerima penghijrahan jutaan pelarian berketurunan Habsyah yang lari dari konflik perang di Negara Erethiria. Kebanyakan rakyat Sudan berada dalam kemiskinan dan 70% rakyatnya hampir tiada pekerjaan tetap.
Kem pelarian yang kami lawati berada di Wilayah Gardarif dan Kassala. Sebak hati kami melihat perkampungan kem yang sangat doif dengan kekurangan kemudahan asas. Rumah-rumah mereka diperbuat daripada rumput-rumput kering dan tanah liat. Rumah yang tiada bilik dihuni 2 atau 3 buah keluarga.
Saban tahun mereka sentiasa bertanyakan kehadiran kami, menantikan daging-daging lembu sumbangan korban rakyat Malaysia. Kami pula sentiasa cemas setiap tahun, takut lembu yang ingin disumbangkan kepada mereka berkurangan berbanding tahun sudah. Kami makin hiba tatkala Raya Haji makin menerjah tiba, memikirkan harapan dan riak senyum ceria saudara seislam kita di sana menantikan daging korban ini.
Percayalah, mereka hanya merasai daging lembu hanya setahun sekali. Seekor lembu yang disumbangkan dikongsi hampir 10 buah keluarga di mana setiap keluarga lingkungan 7-8 orang ahli. Daging ini mereka simpan untuk mereka nikmati sedikit demi sedikit dan dihabiskan dalam tempoh 4-5 bulan. Begitulah nikmatnya daging korban yang mereka hargai dan idamkan.
Kehadiran rombongan kami pasti disambut dengan takbir dan dikejar oleh anak-anak kecil mereka. Anak-anak kecil bulat berkaca mata mereka kegembiraan apabila kami hadiahkan mereka belon dan coklat. Kesukaan mereka tatkala kami dukung mereka dan ajak bergambar. Sayu hati kami dan hilang sejenak kedukaan kami tidak dapat berhari raya Haji bersama anak dan isteri kami di tanah air.
Kami kunjungi madrasah tahfiz anak- anak ini. Ya Allah, jika di Malaysia layak digelar reban ayam ataupun stor, sangat doif. Al Quran pun mereka tak mampu nak beli sedangkan kita di Malaysia Al Quran yang murah dijual di kedai-kedai tidak langsung kita hiraukan.
Sungguh… mereka sangat memerlukan naskah Al Quran. Mereka hanya mampu mengukir kayu untuk dijadikan alas menulis, dan ditulis kalam Allah yang maha mulia di atasnya untuk dibaca dan dihafal. Pernah tahun sudah Kami kunjungi sebuah madrasah anak yatim di malam hari, anak-anak yatim ini tidur berbumbungkan langit dengan gigitan kesejukan malam akibat bumbung madrasah roboh dipukul ribut dan madrasah tiada kewangan membaikinya.
Saya menyeru buat rakyat Malaysia diluar sana agar bersama kami bantu kami untuk kami membantu mereka !
*Apa yang boleh diperolehi dengan RM350 sebahagian lembu ?*
1. pahala korban/ Aqiqah
2. pahala sedekah daging korban kepada insan yang lebih layak memerlukan
3. Kepuasan dalam jiwa dan dalam beribadah kerana daging korban ini diagihkan kepada umat islam yang sangat memerlukan
4. Pahala berterusan atas sedekah yang diuruskan urusetia atas lebihan wang bayaran peserta. Lebihan bayaran yang ada akan disalurkan untuk kebajikan luar dan dalam negara seperti mangsa banjir, musibah, dan pelbagai lagi.
*kenapa perlu memilih Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu?*
1. NGO yang telah dipercayai menguruskan ibadah korban/aqiqah di bumi sudan yang telah memasuki tahun ke-4
2. Telah berbakti di hampir 30 buah negara dan seluruh negeri dalam Malaysia
3. Mendapat pujian dan pengiktirafan daripada NGO luar negara, badan koprat dalam negara, dan institusi kerajaan dalam mengendalikan misi kemanusian.
Harga membantu mereka;
RM350/Sebahagian lembu
RM450 seekor kambing
RM25 senaskah Al Quran
Akaun Pembayaran
Maybank Islamic
5130 1403 6939
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi/whatapp wakil kami ;
Cikgu Fauzi ditalian 0139238685
Mohon disebarkan. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca catitan coretan kenangan ini dan terima kasih tidak terhingga kerana menyebarkan info ini kepada rakan-rakan yang lain.
Dr Hj Suhazeli Bin Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
Fb.com/Amalterengganu
www.yamct.org.my
والسلام                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber BO - 13-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------     





























































































































Kutip tol, apa rakyat Terengganu dapat?

HARAKAHDAILY | .




















 http://www.m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41802-kutip-tol-apa-rakyat-terengganu-dapat                                                    
 LPT 2 bermula dengan kos pembinaan yang sentiasa naik kerana bermasalah dengan kontraktor yang dipilih. Ada yang lari, ada yang tak ikut spesifikasi yang menyebabkan pembinaan LPT 2 ini tertangguh jadualnya dan bertambah kosnya.

Namun, sehingga kini, tiada kedengaran tindakan ke atas kontraktor terbabit. Sehingga akhirnya jumlah sebenar seperti yang direkodkan ialah kira-kira RM4 billion wang rakyat telah digunakan bagi membina lebuhraya sepanjang 184km yang beralun di kebanyakan tempat, mempunyai kira-kira 2000 kes kemalangan serta telah mengorbankan kira-kira 100 orang mangsa itu pada tahun 2015 sahaja. Kenaikan kos ini adalah sekali ganda dengan kos asal LPT 2.

Sebanyak RM1.8 billion wang rakyat negeri Terengganu telah “dibenamkan” di LPT 2 ini bagi membantu menyiapkan pembinaannya.

Alasan yang diberikan bagi menaikkan tol antaranya ialah bagi menampung kos penyelenggaraan. Persoalan yang timbul, berapakah kos penyelenggaraan bagi LPT 2 itu? Sedangkan kerosakan yang terjadi di LPT 2 sekarang, antaranya adalah kerana kesilapan atau kecuaian kontraktor ketika pembinaan dahulu.

Wang rakyat diambil untuk membaiki kesilapan itu, kos menjadi semakin naik, diambil lagi duit rakyat Terengganu untuk menampung kosnya. Kini, rakyat Terengganu, bakal melakukan “jihad” di lebuh raya dengan membayar tol kepada syarikat konsensi atas nama penyelenggaraan.

Berapakah jangkaan pendapatan bulanan bagi kutipan di LPT 2 nanti kerana bancian kenderaan, pastinya telah dibuat, berapa lamakah kutipan ini akan berjalan dan apakah keistimewaan atau sesuatu yang baik yang bakal diperolehi oleh rakyat Terengganu? Wang RM1.8 billion ini adalah maruah rakyat Terengganu.

Tidak pernah terjadi sebelum ini, kerajaan negeri membiayai hampir separuh kos pembinaan lebuh raya di mana-mana negeri di Malaysia, tetapi tidak mendapat apa-apa, hanya terjadi di bawah pemerintahan Umno Terengganu.

PAS Terengganu mencadangkan agar kutipan tol secara telus diumumkan dan hasilnya dibahagi antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri bagi memberikan kembali pulangan itu untuk kepentingan rakyat Terengganu.

PAS juga berpendapat oleh sebab wang rakyat Terengganu telah digunakan secara paksa, maka kerajaan negeri semestinya mendesak agar GLC Terengganu turut mempunyai saham atau pegangan dalam syarikat konsesi tersebut.

Bukan sekadar "sleeping partner" tetapi agar diberikan hak dan jaminan kepada pengurusan kewangan rakyat Terengganu yang ada di dalamnya. Tuntutan ini jelas sangat berpatutan kerana kerajaan negeri telah membelanjakan jutaan duit rakyat bagi pengambilan tanah, membinanya, tetapi akhirnya tol dikutip konsesi.

Ketegasan kerajaan pasti boleh membuka jalan bagi rakyat Terengganu menikmati kembali wang mereka yang dipinjam secara tidak benar itu.

Memandangankan lebuh raya Pan-Borneo tidak dikenakan sebarang tol, maka PAS yakin, ini juga adalah salah satu langkah keluar yang baik sebagai pulangan kepada rakyat negeri Terengganu selain daripada cadangan membahagikan keuntungan kutipan tol diantara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi di atas.

Oleh itu, PAS Terengganu mendesak agar kerajaan negeri menjelaskan dahulu persoalan-persoalan yang kami kemukakan sebelum meneruskan cadangan yang bakal memeras wang rakyat Terengganu ini, bukan sahaja melalui tol, tetapi juga melalui kenaikan harga barang yang bakal naik lagi kesan kerana tol ini, sesudah kenaikan minyak baru-baru ini.

USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu

7 Syawal 1437 bersamaan 12 Julai 2016 – HARAKAHDAILY 12/7/2016                                                                                                                                            Sumber HD - 12-7-2016                                                                                   --------------------------------------------------------------------------      

                                                                                               Kutipan Tol Di LPT2 : Rakyat Terus Di Himpit

PAS Terengganu kesal dan dukacita atas keputusan kerajaan mahu melaksanakan kutipan tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula jam 00.01 pagi 15 Julai ini.

Kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan isu tuntutan semula kos pembinaan yang telah menggunakan kewangan negeri sebanyak RM1.8 bilion terlebih dahulu, sebelum bersetuju dengan kerajaan pusat untuk sebarang kutipan tol pada LPT2 atau sudah ada perjanjian konsesi yang sebahagian kutipan tol tersebut akan dibahagikan juga untuk negeri Terengganu?
Dalam suasana bajet negeri Terengganu yang kini tinggal RM1.4billion setelah dipotong 630 juta daripada bajet 2016 sebanyak 2.1billion. Pengembalian wang 1.8 billion itu cukup besar jumlahnya untuk dimanfaatkan dengan memberikan kemudahan perbelanjaan kepada rakyat, terutamanya kepada sektor pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.
Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan satu kerugian dan pengkhianatan kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat.
Bahkan pelaksanaan kutipan tol kepada pengguna di kalangan rakyat negeri Terengganu yang membiayai pembinaan LPT2, merupakan ‘penderaan’ yang bakal menambahkan beban kewangan kepada setiap keluarga.
Dengan kadar 12 sen sekilometer bagi setiap kenderaan yang melalui LPT2 dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar 70 peratus.
Rantaian peningkatan kos pengangkutan akan meninggalkan kesan beban berganda kepada harga barangan dan perkhidmatan.
Kenaikan harga minyak pada awal Julai lalu akan menambahkan lagi beban kewangan yang sedia ada kepada warga Terengganu.
Pelaksanaan kutipan tol LPT2 yang digelar sebagai ‘Lebuh Raya Maut’ sewajarnya tidak dikuatkuasakan dan ditangguh sehingga segala kemudahan dilengkapkan serta lebuhraya tersebut diperelokkan.
Keadaan permukaan jalan yang menjadi sungutan ramai, ketidakcupan papan tanda dan tunjuk arah keselamatan, ketiadaan stesen minyak kekal, kompleks hentihentianan ‘Rehat dan Rawat’ yang tidak sempurna, perlu diberi pertimbangan sebelum kerajaan memikirkan ‘keuntungan dan laba’ yang diseluk dari saku rakyat! Kenapa lebuhraya sarawak dikecualikan tol? Tetapi Lpt2 nak dikenakan tol? Kenapa Pantai timur selalu dianak tirikan?

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      



 Sumber BO - 12-7-2016                                                                                     -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                          PAS Besut Bersedia Hadapi Pilihan Raya Dengan Kekuatan Yang Lebih Baik

BESUT – PAS Kawasan ini bersiap siaga menghadapi suasana politik yang tidak menentu di negeri Terengganu dan bersedia menghadapi mana-mana pilihan raya degan kekuatan yang lebih baik.
Yang DiPertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak bergantung dengan kelemahan musuh dan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, PAS Besut membina kekuatan dalaman dan hubungan dengan masyarakat dan situasi politik mutakhir memberikan ‘input’ yang lebih baik.
“Kita bersiap siaga dan bersedia dalam sitausai yang ada, walau pun (begitu) kita tidak menumpang kelemahan masalah dalaman BN dan kerajaan yang ada pada hari ini dalam membina kekuatan dalam dan huungan dengan masyarakat,“sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam BN itu ia memberikan input yang lebih terutamanya persepsi masyarakat terhadap perkembangan politik yang berlaku,
“in sha Allah kita akan terus bekerja fengan lebih baik dan berdepan dengan musuh dalam pilihan raya dengan kekuatan yabg lebih dariapa (pilihan raya) yang lepas,”jelasnya.
Ustaz Wan Azhar berkata demikian ketka ditemui pada Majlis Jamuan Sempena Hari Raya PAS Kawasan Besut di hadapan bangunan PAS Kawasan pada Ahad, 10 Julai.
Bercakap tentang sambutan orang ramai kepada Majlis yang diadakan, beliau bersyukur kerana kehadiran pengunjung lebih ramai berbanding majlis yang sama pada tahun lalu.
“saya tengok sambutan lebih baik dari tahun sebelumnya dengan kehadiran yang ramai termasuk dari kalangan masyarakat Cina dan Siam,
“harapan kita pada masa hadapan masyarakat terus memberi maklum balas yang lebih baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan juga kepada ‘Perantau’ ang hadir agak ramai pada tahun ini,”ujarnya.
Menurutnya, selain meraikan majlis, anak-anak Besut di perantau turut menyediakan dan menyampaikan 15 ‘hamper’, hadiah bagi menghargai pengorbanan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

                                                                                                                                                                                Sumber BO - 12-7-2016                                                                                  --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                           Wajarkah Tol Di LPT2 Dikuatkuasakan?

Oleh : Wan Mohd Faizul Wan Abas
GANTI terpanggil untuk memberi pandangan terhadap pengumuman Lembaga Lebuhraya Malaysia berkaitan kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 yang dibuka sejak 31 Januari 2015 lalu, bakal bermula *jam 00.01 pagi, 15 Julai 2016* ini.
Kami ingin tegaskan bahawa kutipan tol ini tidak wajar sama sekali berdasarkan beberapa faktor:
Pertama, GANTI pernah mengemukakan dapatan kajian lapangan pada tahun lalu yang mendedahkan pelbagai kekurangan yang ada pada LPT2 seperti jalan beralun, pemantul cahaya yang kurang berfungsi, susur masuk ke sesetengah hentian RNR yang bahaya, masalah pagar banyak berlubang serta rosak, ketiadaan stesen minyak dan pelbagai masalah sampingan yang lain.
Persoalannya, adakah semua ini telah berjaya diatasi dengan baik? Setahu saya, stesen minyak sebagaimana yang lazim ada di lebuhraya LPT1 sehingga kini masih belum ada di sepanjang 184 km LPT2. Cuma yang ada ialah sebuah mini stesen minyak Petron dengan satu pam sahaja di Hentian RNR Kerteh.
Kedua, kos pembinaan LPT2 menggunakan sepenuhnya kewangan kerajaan, dan bukannya datang daripada syarikat konsesi.
Ketiga, dengan wujudnya telaga-telaga minyak yang diusahakan Petronas Carigali menyumbang sejumlah besar kewangan negara itu datangnya di perairan Terengganu, sewajarnya rakyat Terengganu diberikan hak menikmati kemudahan lebuhraya tanpa tol.

***Wan Mohd Faizul Wan Abas ialah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)                                                                                                                                                                                   Sumber BO - 11-7-2016                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Operasi Benteras Jenayah Dan Anti Rempit Raya 2016 Capai Kejayaan

Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung (PKK DB) dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia (PDRM)Terengganu ingin mengumumkan setelah 4 hari Operasi Banteras Jenayah dan Anti Rempit sempena musim perayaan Aidil Fitri 2016, kejayaan besar telah tercapai bagi kawasan operasi yang telah disasarkan.
Setelah kejayaan sepanjang tempoh 11 bulan mencapai sifar rempit bagi Jalan Durian Burung yang pada satu ketika dahulu amat terkenal kerana masalah rempit berskala luar biasa, kejayaan operasi sepanjang musim Aidil Fitri 2016 adalah sangat memberansangkan. Ini kerana pada setiap tahun amat sukar mengawal gejala rempit di malam raya.
Selain daripada itu, PKK DB juga mencapai sasaran membanteras jenayah di malam raya dengan tiadanya kes kes jenayah curi, curi motor, pecah rumah dan dadah yang serius dilaporkan.
PKK Durian Burung sebelum ini pernah memperolehi Surat Kepujian dari Ketua Polis Terengganu di atas kejayaan membendung masalah rempit di Jalan Durian Burung yang turut membantu mengatasi gejala itu di seluruh daerah Kuala Terengganu. Di Sambutan Hari Polis 2016 yang lalu, sekali lagi PKK DB menerima Surat Penghargaaan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu.
PKK DB adalah inisiatif Masjid Lama Durian Burung bagi melibatkan komuniti dalam menjalinkan kerjasama dengan polis bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman kampung.
Berteraskan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dan usaha menterjemahkan konsep ‘Islam Rahmat Untuk Semua’, PKK DB berjaya memasyarakatkan peranan Masjid Lama Durian Burung sebagai pusat perpaduan komuniti dan kegiatan Amar Makruf Nahi Mungkar.
Dalam operasi malam raya, PKK DB telah melaksanakan rondaan bersama PDRM yang melibatkan 4 kumpulan rondaan dan satu kumpulan yang berpusat di Masjid Lama Durian Burung sebagai pusat operasi. Rondaan melibatkan jalan Durian Burung, Pulau Musang, Paloh, Padang Midin, Pengadang Baru, Wakaf Beruas dan Kubang Parit.
Di Padang Midin, melalui insiatif Surau Al Hikmah, komuniti tempatan berjaya dibentuk dan bekerjasama rapat dengan PKK DB dan PDRM menjayakan operasi yang serupa.
Operasi di selaraskan oleh Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu diketuai penyelaras ASP Fadli, Inspektor Zainon dan Ketua Balai Chabang Tiga, Sarjan Mejar Aziz melibatkan pelbagai kenderaan PDRM. Pengarah Operasi PKK DB, En Shamsuhaimi Saigai bertanggungjawab urusan mengatur rondaan anggota PKK DB dan NGO.
PKK DB ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai dan memberikan sumbangan sehingga matlamat menjadikan musim raya lebih aman, keselesaan di jalanraya dan ketenteraman penduduk tidak terganggu oleh rempit dan jenayah.
Semoga lebih ramai yang tampil membantu dan lebih banyak PKK dapat ditubuhkan di tempat lain sehingga terhasil rangkaian PKK yang cekap dan berkesan.
                                                                                    HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengerusi
Persatuan Kepolisan Komuniti
Durian Burung (PKK DB)

Sumber BO - 11hb. Julai 2016                                                                           -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                        Masihkah Kau Ingat, Jertih Souq?


Lalu di bandar Jertih, sesiapa sahaja pasti dapat melihat tinggalan projek tidak berkesudahan digelar ‘Jertih Souq’ yang pernah dijadikan bahan kempen pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN).
Setelah lebih 10 tahun berlalu, projek hasil ciptaan bekas Menteri Besar yang kini menjadi Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris, masih menjadi ‘impian yang belum menjadi realiti’.
Janji untuk membangunkan pelbagai kemudahan termasuk hotel, taman bandar, medan makan, bazar, pasar utama, 400 unit pusat pameran dan perniagaan, masih belum kelihatan.
Cuma yang kelihatan baharu ditambah adalah terminal bas dan kereta sewa, namun 1,200 petak tempat letak kereta yang dijanjikan enta dimana, kerana bahagian hadapan diletakkan papan tanda kawasan itu hanya boleh dimasuki oleh ‘bas sahaja’.
Menurut perancangan yang digembar-gemburkan, pembangunan semula ‘Pasar Jertih’ di kawasan lapan hektar itu akan menjadi bandar Jertih antara bandar serba moden di negeri ini.
Pada 13 Mac 2010, Idris meminta Majlis Daerah Besut (MDB) mengambil langkah segera bagi memastikan pembinaan projek Jerteh Souq berharga RM70 juta di sini yang terbengkalai diteruskan demi keperluan peniaga dan orang ramai.
Laporan Ketua Audit Negara 2011
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit tahun 2011 menyatakan, pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2011 mendapati secara umumnya, pelaksanaan Projek adalah kurang memuaskan.
Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti adalah yuran perkhidmatan perunding bagiprojek itu terlebih bayar dan kelewatan menyiapkan projek serta kualiti kerja tidak memuaskan.
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan tersebut dan juga memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam perancangan dan pelaksanaan projek yang lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya Majlis Daerah Besut mengambil langkah-langkah berikut:
1. Memastikan bayaran dibuat mengikut kadar yang ditetapkan serta memastikan perunding yang dilantik melaksanakan anggungjawabnya bagi menjamin kepentingan Kerajaan.
2. Memastikan kecacatan dan kerosakan yang berlaku diperbaiki dengan kadar segera dan pemantauan hendaklah dilakukan bagi memastikan kecacatan berkenaan dibaiki.
3. Memastikan Sijil Kelayakan Menduduki/Perakuan Siap atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara dikeluarkan sebelum kebenaran diberi untuk menduduki bangunan tersebut bagi menjamin keselamatan pengguna.
Apa Ahmad Said Buat?
Mahu atau tidak, Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar selepas Idris terpaksa menaggung projek Jertih Souq yang terbengkalai.
Hampir RM 1 bilion projek-projek yang dicurahkan ke dalam daerah Besut semasa pemerintahan Idris Jusoh, menjadi beban kewangan kepada kerajaan negeri Terengganu.
“(Perbelanjaan) projek sambung (dalam) bajet tahun 2009, kalau saya tidak sambung projek itu, ia akan terhenti,
“Saya kena belanja bajet (kerajaan negeri sebanyak) RM500 hingga RM600 juta untuk meneruskan projek itu,”katanya dalam satu sidang media pada bulan Mei tahun 2009.
Katanya, projek pembinaan Universiti Darul Iman (UDM) sebanyak RM 250 juta, Taman Ilmu sebanyak RM410 juta, Sekolah Menengah Imtiaz RM145 juta, pasar Jerteh Souq RM75 juta.
Perbelanjaan tersebut katanya belum termasuk kos-kos tambahan yang timbul seperti projek Taman Ilmu yang akan ditambah lagi sebanyak RM160 juta.

“(Pembinaan) Taman Ilmu (kos) RM250 juta sedang berjalan dan tambah, ia tak cukup tambah lagi sebanyak RM160 juta, adalah nak suruh saya ‘stop’ (hentikan) projek itu,
“saya boleh ‘stop’, tapi kalau ‘stop’, cerita lain (pula jadinya), Masjid Hdhari berapa juta (pula) yang diperlukan untuk tambahan,”jelasnya.
Pada 8 April tahun 2010, Ahmad Said berkata, pihaknya mendapati projek pembinaan kompleks tersebut menghadapi masalah kerana mutu atau kualiti pembinaannya yang rendah.
Kerajaan negeri menafikan projek pembinaan Kompleks Perniagaan Jerteh Souq berharga RM70 juta di Jerteh di sini terbengkalai akibat isu dalaman politik.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya mendapati projek pembinaan kompleks tersebut menghadapi masalah kerana mutu atau kualiti pembinaannya yang rendah.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula projek yang terbengkalai sejak tiga tahun sebelum itu sekiraya menerima laporan daripada pihak konsultan yang bertanggungjawab membina bangunan tersebut.
”Sekiranya laporan tersebut dapat membuktikan bangunan bernilai RM70 juta itu masih boleh diperbaiki mengikut piawaian ditetapkan, kerajaan negeri sedia menyambung semula pembinaannya,” katanya selepas melawat Medan Selera Majlis Daerah Besut.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih menunggu pihak konsultan menghantar laporan secara terperinci mengenai masalah yang dihadapi.
Katanya, pembinaan Jerteh Souq melibatkan beberapa fasa yang terdiri daripada pembinaan pasar kering, pasar basah, tempat meletak kenderaan, kiosk dan terminal teksi.
”Bagaimanapun untuk pembinaan fasa pertama, sebuah pasar kering bernilai RM22 juta bakal dibina namun disebabkan beberapa masalah teknikal yang berlaku menyebabkan ia tidak dapat diteruskan walaupun telah siap hampir 66 peratus dibina,” katanya.
Tidak ada apa-apa jumlah peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Ahmad Said dan pembinaan Jertih Souq yang terbengkalai, masih tetap begitu.
Kerajaan Razif Lulus RM5 Juta Bina Pasar Baru Jertih Souq
Masalah tempat ruang niaga tidak selesa dan kurangnya sambutan orang ramai yang dihadapi peniaga di premis sementara Pasar Jertih Souq akan dapat diselesaikan apabila sebuah pasar baru akan dibina di kawasan yang lebih strategik dan mampu menarik ramai pengunjung.
Pembinaan pasar berharga RM5 juta itu diluluskan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, selepas mendengar sendiri rintihan peniaga serta permintaan pemimpin setempat yang mahu pembinaan Projek Jertih Souq diteruskan untuk faedah peniaga.
Ahmad Razif yang meninjau sendiri masalah peniaga di Jertih Souq berjanji akan meneruskan pembinaan pusat perniagaan Jertih Souq selepas ia terbengkalai hampir 15 tahun.
Projek asal yang diilhamkan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh, dirancang sebagai pusat perniagaan komersil serba lengkap termasuk kemudahan perhentian bas, kereta sewa, pusat perniagaan dan hotel.
“Saya akan mempastikan projek berkenaan dapat diteruskan selepas mendapat pandangan dan runggutan daripada penduduk setempat selain pemimpin kerajaan di daerah Besut,” katanya selepas melawat Jertih Souq hari ini.
Ketika ini ada 250 peniaga sebahagian besarnya Bumiputera menjalankan perniagaan di premis sementara Jertih Souq tetapi tetapi mereka menghadapi pelbagai masalah kerana ruang niaga yang kecil selain kedudukan tempat yang tersorok.
Jertih Souq Projek Haram?
Seorag penulis kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah meletakkan lima persoalan terhadap isu pembinaan Jerteh Souq didalam sebuah blog.
1. Adakah ia projek runding terus menggunakan wang ehsan?
2. Kenapa tiada kertas kelulusan mesyuarat Exco mengenainya?
3. Benarkah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika projek ini dilancar atau mula dilaksanakan ‘tidak tahu’ mengenainya?
4. Siapa melantik kontraktor untuk projek yang boleh dianggap ‘mega’ untuk Daerah Besut ini?
5. Benarkah kerajaan negeri membekukan peruntukan untuk menyiapkan projek ini?
Sekiranya soalan yang kedua yang dikemukakan oleh penulis itu benar, maka Jerteh Souq merupakan satu ‘projek haram’ Dato’ Seri Idris Jusoh.                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber BO - 11-7-2016

 ---------------------------------------------------------------------------                                                                                                        Terima Kasih Kepada Semua!

KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Teluk Pasu, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan rumah terbuka Idulfitri DUN tersebut.
Pengerusinya YB Ustaz Rizuan Hashim berkata kehadiran pengunjung yang ramai dari masyarakat warga DUN sudah cukup untuk menjadi penawar bagi mengubati rasa keletihan dan kepenatan para petugas.
“Alhamdulillah…………..dengan izin Allah majlis rumah terbuka Idulfitri DUN Teluk Pasu pada hari ini berjaya disempurnakan (dan) kehadiran yang ramai dari masyarakat warga DUN Telok Pasu smenjadi penawar,
“mengubati rasa keletihan dan kepenatan para petugas sehingga semua wajah kelihatan ceria dan gembira atas kejayaan majlis pada hari ini,”ujarnya ketika ditemui pada majlis tersebut semalam, pada Sabtu 9 Julai.
Katanya, sangat terharu melihat sokongan dan kerjasama yang diberikan dengan penuh komitmen dan semangat ukhuwwah yang tinggi di kalangan semua para petugas.
“bagi pihak saya ucap terima kasih juga kepada AJK MTD, Pemuda dan Muslimat DUN serta UPU Teluk Pasu yang telah membuat persiapan semenjak dua minggu yg lalu.
“Tidak ketinggalan ditujukan ucapan jutaan terima kasih kepada Unit Amal DUN yang telah bertugas bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan juga ‘parking’,”katanya.
Beliau juga merasa sangat sukacita dengan kehadiran para tetamu istimewa yang menambahkan lagi keceriaan majlis.
“Terutmanya kepada Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Hj Mustafa Ali, Bendahari PAS Terenggan yang juga YDP PAS Kuala Nerus Cikgu M Syukrimun Shamsuddin, ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah,”tambahnya

 Sumber BO - 10-7-2016

---------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                Masjid Lama Sura, Dungun, Terengganu
Posted on Sunday, July 10 @ 11:37:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30963



Masjid Lama Sura adalah masjid yang dibina dengan sumbangan orang ramai. Sejarah perjuangannya agak panjang di mana masjid ini asalnya sebuah masjid untuk pera nelayan berkumpul untuk menunaikan solat ahirnya menjadi tempat perjuangan menegakkan agama Islam di Dungun dan juga di negeri Terengganu.

Masjid ini di bina atas usaha kutipan wang orang ramai. Ini menolak anggapan bahawa bila PAS memerintah PAS tak buat Masjid oleh suara-suara UMNO dulunya dan kini pula suara-suara PAN yang kononnya kerajaan DAP lebih baik buat masjid, pAS tak buat.

Sedangkan kalau yang bercakap itu memerhati dan membuat penelitian dengan akal meeka dapati banyak kawasan PAS ada masjid sendiri dan orang ramai dan PAS mampu buat masjid sekira dihitung bilangannya juga banyak.


Masjid ini walaupun masih belum siap sepenuhnya tetapi dianggatkan telah memakan belanja lebih daripada 3 juta.


Masjid ini di asaskan oleh Allahyarham Hj.Ahmad bin Hj Mahmood.


Allahyarham Hj.Ahmad bin Hj Mahmood
Pengerusi dan juga pengasas Masjid Lama Sura


Allahyarham Sdr.Abas bin Ahmad

Pergerusi Masjid Lama Sura


Allahyarham Hj Mohd bin Omar

Pengerusi Masjid Lama Sura
Pengerusi masjid ini pada tahuan 80an pernah di buang daerah dan kerajaan UMNO @BN mengharam solat jumaat di sini dengan hantar polis mengempung.

Ceramah di masjid ini dan juga surau Tuan Guru Zainal Abidin juga di bom dengan bom asap oleh pihak FRU.

Semuanya menjadi mercu tanda perjuangan PAS di Dungun yang tidak boleh ditukar ganti. InsyaAllah PAS Dungun akan menjadi benteng utama mempertahankan PAS daripada ancaman musuh luar dan dalam yang sentiasa mengkhianati perjuangan Islam.                                                                                                                      Sumber TKO - 10-7-2015                                                                                ------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                           Martabatkan Mahkamah Syariah Untuk ‘Pakej Keamanan’ Perundangan Islam

KUALA NERUS – Ramai perantau yang pulang dan berhari raya di kampung halaman pasti merasa bimbang dan risau tentang keselamatan rumah yang mereka tinggalkan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd. Karim, ia adalah kerana undang-undang yang dilaksanakan di negara ini tidak mampu mengekang jenayah
“bimbang tentang apa yang akan terjadi pada rumah yang ditinggalkan, gusar taman perumahan yang sunyi akan menyebabkan penjenayah bermaharaja lela,
“bimbang atas semua semua perkara (tentang keselamatan) ini kerana negara kita tidak dapat (mampu menjaga keselamatan),”ujarnya.
Tetapi kata beliau, undang-undang Islam yang dinyatakan dalam al-Quran dapat ‘mencampakkan rasa gerun’ ke dalam hati para penjenayah.
Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus itu berkata demikian diatas mimbar Jumaat di masjid Jamek Tok Jiring di sini semalam, pada 8 Julai.
“Islam menawarkan pakej keamanan melalui al-Quran (sedangkan) pemerintah tidak mampu mampu mencampakkam rasa gerun kepada,
“para penjenayah akan berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan jenayah kerana mereka akan berdepan dengan undang-undang jenayah Islam (kerana) tangan mereka akan dipotong kerana memecah rumah dan mengambil harta orang,”jelasnya.
Justeru itu, beliau menyeru, seluruh sidang hadirin, agar kembali kepada Islam dan menyokong usaha menaik taraf mahkamah syariah bagi memboleh perlaksanaan perlaksanaan hukum yang dapat membendung jenayah.
“memartabatkan mahkamah syariah adalah satu peluang kepada semua umat Islam di negara ini, untuk melihat seluruh seluruh perundangan Islam agar terus dikembangkan,”tambahnya                                                                          Sumber BO - 9-7-2016                                                                                -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                     Sesak lebih 30 kilometer
Posted on Saturday, July 09 @ 19:47:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30958



BESUT: Jalan dari Kota Bharu menuju ke Kuala Terengganu sesak teruk lebih 30 kilometer dari bandar Setiu hingga ke persimpangan Tol Gemuruh apabila anak perantauan yang pulang ke kampung berhari raya mula kembali ke ibu kota.

injauan mendapati sejak semalam kenderaan bergerak perlahan dari awal pagi hingga lewat petang dan jalan menjadi sesak apabila pengguna dari Kota Bharu, Kelantan turut menggunakan laluan tersebut untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Kesesakan teruk turut dialami di jalan sekitar Kampung Chalok dan susur masuk di Tol Gemuruh, bagaimanapun aliran trafik dari Kuala Terengganu ke Besut berjalan lancar.
Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Sabri Hasan, 35 yang berasal dari Kota Bharu berkata, beliau mengambil masa lebih enam jam dari Kota Bharu ke Tol Gemuruh disebabkan berlaku kesesakan jalan raya di beberapa tempat.
"Biasanya saya hanya ambil masa dua jam dari kampung ke tol ini, tapi hari ni sampai lima jam lebih... memang banyak kenderaan yang gunakan laluan ini terutamanya pada musim perayaan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi pengguna, Ahmad Naufal Mustakin Ahmad Radzi, 27, dari Besut berkata, beliau mengambil masa hampir tiga jam dari kampungnya ke Kampung Gemuruh untuk menggunakan laluan LPT2.
"Biasa tak sampai dua jam pun dari rumah, tapi hari ni memang banyak kenderaan sebab pengguna dari Kelantan pun guna laluan ni untuk naik ke LPT2.
"Laluan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu berjalan lancar sebab tak banyak sangat kenderaan... tapi dari Kota Bharu ke Terengganu, memang sesak teruk," katanya.
Sementara itu Norhafiza Ismail, 30, mencadangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya meneruskan projek pembinaan LPT3 yang menghubungkan Gemuruh hingga ke Tumpat, Kelantan bagi memastikan kesesakan jalan dapat diatasi.
"Saya pernah dengar kerajaan negeri dan pusat sedang kaji pembinaan LPT3... memang sangat bertepatanlah kalau LPT3 dibina sebab setiap kali musim cuti sekolah dan perayaan beginilah keadaan jalan raya... memang sesak!
"Kalau LPT3 dibina sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan ini dan pengguna boleh pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota dengan selesa," katanya yang bertugas sebagai guru di Pontian, Johor.
Sumber TKO - 9-7-2016

  -------------------------------------------------------------------------                                                                                                         Penafian Berita Malaysiakini

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi yang dicipta oleh Malaysiakini: Like Anwar, there must be four witnesses for Najib.
Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah “Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga……… Saksi yang adil”.
Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan sama ada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.
Sekian.
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
7 Julai 2015…..
Peristiwa setahun lepas terjadi lagi hari ni. Presiden PAS tetap konsisten dengan jawapannya. Mereka yang spin tetap dengan spin mereka.
Statement di atas boleh dipakai lagi utk artikel The Malaymail di bawah:

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/wsj-must-produce-four-witnesses-to-prove-graft-claims-against-najib-hadi-sa   - Sumber BO - 9-7-2016                                          -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                  Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni MDQ 4 Syawal

KUALA TERENGGANU – “Kita mahu memastikan setiap lepasan Maahad Darul Quran bergerak bersama-sama dan seiring dalam memajukan persatuan alumni ini,’ ujar Ustaz Mohd Soud Said.
Mohd Soud yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Lepasan Maahad Darul Quran (PLMDQ) berkata demikian ketika mengalu-alukan kehadiran para alumni ke Rumah Terbuka Aidilfitri Alumni MDQ bersama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Rumah Terbuka tersebut akan diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila pada Sabtu, 4 Syawal bermula 8 pagi sehingga 2 petang.
“Kesempatan pertemuan ini juga kita mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Alumni. Inilah peluang terbaik para alumni berkumpul, berukhuwwah dan saling bertukar buah fikiran bagi memajukan alumni untuk kepentingan bersama”
“Kita mahu alumni MDQ sentiasa istiqomah dengan gerakerja Islam, juga bagi melahirkan sokongan padu kepada Tuan Guru Presiden PAS dalam memimpin jemaah,’ ujar Mohd Soud lagi.
Selain jamuan Raya, Majlis tersebut juga turut diserikan dengan gimik perasmian dan persembahan pentas. Yang paling istimewa adalah taujihat Tuan Guru Presiden PAS merasmikan Mesyuarat Agung tersebut.
Mohd Soud amat berharap agar para alumni MDQ terus bersatu dan aktif bersama alumni dan jemaah walau di mana mereka berada sekarang.
“Alhamdulillah, para lepasan MDQ berjaya membawa haluan hidup masing-masing di luar sana. Kita mengharapkan agar mereka sentiasa istiqomah memberi bantuan dan sumbangan samada berbentuk kewangan, tenaga serta fikiran bagi membantu perkembangan MDQ sekarang ini,’ ujar Mohd Soud mengakhiri pertemuan.-                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber BO  - 8-7-2016                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22 Parcel Fraudulent Scam Cases Recorded In Terengganu



KUALA TERENGGANU -Twenty-two cases of parcel fraudulent scam with losses amounting to RM568,800 were recorded in Terengganu during the first six months of this year.

Terengganu Commercial Crime Investigation Department chief, Supt Koh Ah Tiam said the number was alarming as compared to 42 cases recorded throughout last year involving a loss of RM480,827.

“Internet users are reminded to be wary of promises of delivery of gifts, especially from unknown contacts to avoid being victims of such parcel fraudulent scams,” he told Bernama here today.

He said the syndicate would identify their victims, especially senior citizens and students, through the social networking sites such as Facebook, Tagged and others as their main targets.

Hence, Koh said the public must not be easily deceived by any deals offered and to check with the relevant parties first before making any transactions. — Bernama

Sumber BO - 8-7-2016

------------------------------------------------------------------------------

PAS Yakin Ambil Alih Kerajaan Terengganu Pada PRU14


KUALA TERENGGANU – Anggota kanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yakin, parti itu berupaya mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU 14) akan datang.

Menurutnya, dengan strategi yang berkesan, PAS boleh mengekalkan kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar yang dimenanginya sekarang, ditambah beberapa DUN yang kalah dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum lalu.



“bagi saya……..yakin (dan) kalau kena cara (strategi) kita (PAS) boleh ambil (alih) balik negeri Terengganu…………pasal ada beberapa unsur (faktor),

“pengundi-pengundi bandar dan pinggir bandar masih kekal kekal ‘anti-estabishment’………anti kerajaan dan masih bersama kita itu sebabnya di kawasan-kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus kita terus (mendapat sokongan),

“dulu kawasan Kemaman kita berat….……sekarang Chukai kita kuasai,”jelasnya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Sempena Aidilfitri di kediamannya di Kampung Seberang Baroh dekat sini pada Khamis 7 Julai.

ADUN Wakaf Mempelam yang telah berkhidmat selama 26 tahun itu yakin, sekiranya pengundi Cina mengekalkan sokongan ditambah dengan peningkatan pengundi muda, beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembakang.


Beliau berkata, perpecahan dalaman Umno adalah merupakan ‘pertolongan Allah’ yang kini menjadikan parti itu satu ‘liabiliti’ kepada rakyat.

“Allah tolong kita…………perpecahan dalaman Umno memberi liabiliti kepada Umno dan memberi peluang kepada kita,

“bila bekasMenteri Besar Umno Dato’ Ahmad Said……ADUN Kijal menentang partinya sendiri, ini memberi peluag kepada kita dengan kedudukan (sekarang),”tegasnya.


Sumber BO - 8-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Empat Prinsip Pegangan Umat Islam Membawa Kejayaan



MARANG – Hari Raya Aidilfitri disambut secara sederhana oleh pemimpin PAS, namun tetap meriah dengan amalan ziarah dan suasana silaturahim sebagaimana dianjurkan oleh Islam.

Rumah terbuka Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bermula sejurus selepas menunaikan solat sunat, menjadi tumpuan ramai.


Walau pun terdapat tohmahan, PAS tidak lagi menjadi mendapat sokongan bukan Islam terutama di kalangan kaum Cina, sebaliknya majlis jamuan di Dewan Tok Guru di sini menyaksikan sebaliknya.
Rumah terbuka Ahli Parlimen Marang itu turut dikunjungi oleh Tionghua masyarakat yang masih sayang kepada PAS.

Sebelum itu, beliau berkata, empat perkara penting yang menjadi pegangan umat Islam selepas kewafatan nabi Muhammad SAW telah menyaksikan cahaya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia.


Selama hanya 80 tahun sahaja, Islam sampai ke perbatasan negara China, berkembang luas di benua Afrika dan menyeberang ke Eropah.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kata, kejayaan besar itu tidak pernah dicapai oleh mana-mana kuasa besar dunia, sejak dari dahulu hingga sekarang.

“hanya dalam masa 80 tahun sahaja, Islam sampai ke negara China melalui Asia Tengah menjatuhkan kuasa besar Parsi dan Rom, Islam sampai ke Afrika sehingga lautan Atlantik, menyeberang ke Sepanyol, menyebarkan Islam di bumi Eropah,

“kehebatan syariat Allah yang mesti diketahui oleh mat Islam berlandaskan empat perkara yang penting; akidah tauhid, percaya kepada hari akhirat, bertakwa kepada Allah dan mereka meyambung perjuangan Islam,”tegasnya.


Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu berkata demikian ketika menyampaikan Khutbah Hari Raya Aidilfitri di masjid Rusila di sini semalam 1 Syawal, 1437.

Namun begitu, beliau berkata, pada hari ini, dunia menyaksikan Islam berada dalam keadaan ‘surut’ dan lemah, apabila pemerintah-pemerintah Islam leka dengan kemenangan dan kekayaan.
“dengan istana yang indah, mahkota yang bertatahkan permata, kehidupan dunia yang mewah, lupa alam akhirat……….tanpa peduli halal dan haram,

“mereka meninggalkan syariat Allah (dan mereka) menjadi bangsa yang lemah (dan) berlakulah (apa yang telah diberi) amaran oleh Allah, ‘dan sesiapa yang berpaling dari peringatan ku yang ada dalam al-Quran, bagi mereka kehidupan yang pincang, kehidupan yang musnah’,”jelasnya.

Justeru itu, kata beliau, umat Islam hari ini diratah oleh musuh-musuhnya di seluruh dalam keadaan lemah dan hina serta mundur dan tidak ada maruah diri.

 Beliau berkata, umat Islam dipergunakan oleh umat yang lain,untuk membunuh sesama Islam di antara satu sama lain.

Walau pun begitu, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan sebagaimana dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.

“Islam datang dalam keadaan ‘dagang’ dan akan kembali menjadi ‘dagang’ di akhir zaman……….akhirnya akan menang juga mereka yang ‘dagang,,
“inilah janji Allah nan janji nabi SAW,”kata beliau.


Sumber BO - 7-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambut Syawal Tanpa Bumbung!

– Sumbangan Orang Ramai Diperlukan Memhantu Mangsa Ribut





KUALA NERUS – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus (DPPKKN) merakamkan ucapan takziah kepada penduduk beberapa buah kampung dalam kawasan DUN Teluk Pasu yang telah ditimpa musibah bencana ribut sebelah petang akhir Ramadhan.

Ketua Pemudanya YB Ustaz Hishamuddin Abd. Karim berkata, lebih seratus buah rumah terjejas ekoran ribut dan angin kencang yang melanda kawasan tersebut.

“Dalam suasana orang lain menyambut kemenangan Ramadan dan ketibaan 1 Syawal esok denngan rasa gembira, namun mangsa ribut tersebut pastinya akan melalui hari yang suram,

“Eidul Fitri akan disambut dalam keadaan rumah mangsa sebahagian besarnya tanpa bumbung,”jelasnya.

Justeru itu, beliau merayu orang ramai yang ‘berkemudahan’ agar dapat menghulurkan sumbangan derma.

“Atas kesedaran ukhuwwah dan dan kasih sayang sesama insan dan komitmen berkebajikan dalam perjuangan PAS,

“DPPKKN melancarkan kutipan derma untuk membantu meringankan beban penduduk terbabit,”katanya.


Menurutnya, Majlis Tindakan DUN (MTD) Teluk Pasu khususnya ADUNnya Ustaz Ridzuan Hashim telah membuat kunjungan ke rumah-rumah yang telah ditimpa musibah itu.

Maka, kata beliau, menjadi kewajipan kepada kita semua membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

“Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank di atas nama DANA KEBAJIKAN SAHABAT CARE (563064138374),

“semoga usaha kita berkongsi kasih sayang ini menyemarakkan lagi rahmat daripada Allah SWT dalam bulan Syawal ini,”tambah beliau.










Sumber BO - 6-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AFMY Condemns Bombing Incidents in Saudi Arabia

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) strongly condemns the act of bombings at the Prophet’s Mosque (Masjid An-Nabawi) and a number of places in Saudi Arabia yesterday. The incident at Prophet’s mosque in particular, caused the death of four people and wounding five others.

AFMY offers our condolences to all the victims and families, as well as to the Kingdom of Saudi Arabia and all of the people who were subjected to a series of bombing attacks that occurred yesterday.



This tragedy does not reflect the teachings of Islam which does not allow such inhuman attack.

Moreover the attacks was committed on places of worship like the Prophet’s Mosque and was done in the glorious month of Ramadhan.

This incident gives an important signal to all Muslims as this kind of act will be continuously branded to “Islam”, with the intention of giving negative image to Islam.

We would like to call upon all quarters to play their role in the field of education and dakwah about the beauty of Islam, and to use any political measures to prevent any form of violence that is labeled with the name of Islam.

AFMY urges all Muslim leaders to return to Islam as the solution to all the problems of the ummah.
Mr Iman Budiman

President of Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)

Sumber BO - 5-7-2016

-------------------------------------------------------------------------

Diatas Sifat Taqwa, Jauhi Dan Hentikan Amalan Fitnah


Alhamdulillah segala syukur kita sembahkan kepada Allah, tuhan yang menciptakan sekelian alam dengan kurniaanNya yang paling mulia kepada kita iaitu bulan Ramadhan yang penuh berkat dan kerahmatan. Pelbagai hidangan bagi jiwa yang dahagakan kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Allah disediakan dengan seluas-luasnya. Hanya kita sahajalah yang telah merealisasikan ataupun menggagalkannya.

Saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri kepada semua khususnya rakyat Terengganu dan kawasan Dun Bukit Payong. Moga Allah menerima segala ibadat dan amal soleh kita.

Madrasah Ramadhan ini adalah madrasah yang sangat terkesan bagi membentuk jiwa kita semua supaya menjadi jiwa yang bertawa kepada Allah. Sebagaimana Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa” al-Baqarah 183.

Taqwa bermaksud takutkan Allah, samada di hadapan orang ataupun ketika bersendirian kerana percaya bahawa Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati kita dan perbuatan zahir kita. Ada juga yang menafsirkan taqwa itu ialah melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah. Ubay bin Kaab pula apabila ditanya oleh Saidina Umar al-Khattab maksud taqwa menjawab, taqwa itu seumpama berjalan di atas jalan berduri yang mana seseorang itu menjadi sangat berhati-hati dan penuh kesungguhan untuk berpijak, bimbang terkena duri itu.

Nilai taqwa itu tidak dapat dinilai oleh manusia secara khususnya. Ia adalah nilai dalaman yang hanya Allah sahaja yang dapat menentukannya. Akan tetapi taqwa itu pasti akan terzahir apabila hati manusia itu benar-benar berpegang kepada falsafah taqwa itu. Dapatlah kita melihat seseorang itu akan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Mereka mendahulukan kehendak Allah daripada kehendak manusia. Dan mereka tetap beristiqamah dalam memenuhi kehendak Allah walau dibenci manusia.

Puasa adalah salah satu cabang bagi mencapai ketaqwaan yang tulin. Banyak lagi cabang yang ditunjukkan bagi kita mencapai ketaqwaan ini. Lihatlah kepada peristiwa kepungan pasukan Ahzab dalam peristiwa Peperangan Khandak itu. Pasukan tentera-tentera Islam telah diuji dan digambarkan ujian itu sebagai goncangan-goncangan yang dahsyat, bagi membezakan antara keimanan dan kemunafikan. Hanya yang benar-benar bertaqwa sahaja yang bisa bertahan melepasi ujian itu dan para munafik pasti akan gugur.

Sahabat-sahabat yang melepasi ujian itu sebenarnya mempunyai tanda aras keimanan yang tinggi kerana mereka semua sanggup bermujahadah ataupun bersusah payah dalam mengejar ketaqwaan kerana kepercayaan dan taat setia mereka kepada rasulullah dan Allah tidak berbelah bahagi. Oleh itu wasilah yang mereka gunakan iaitu mujahadah, adalah satu pengorbanan yang amat dihargai dan mendapat keredhaan dari Allah. Firman Allah

“Dan orang-orang yang terdahulu- yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajiriin dan Anshar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar: at-Taubah 100.

Inilah pengesahan daripada Allah ke atas golongan sahabat yang bertaqwa dan begitu komited dalam menelusuri perjalan dakwah yang sangat berliku, sehinggakan tidak sedikit yang terkorban sebelum sempat mereka mengecapi kemenangan di dunia ini.

Diatas sifat taqwa inilah, maka manusia seharusnya akan menjauhi dan menghentikan amalan fitnah. Budaya fitnah yang sangat keji itu jika dibiarkan, akan merosakkan masyarakat sebagaimana juga riba, rasuah, zina, arak dan berbagai-bagai lagi dosa dan noda. Akan tetapi sayang, kerana hilangnya taqwa dalam hati mereka, maka amaran Allah bahawa fitnah itu lebih teruk dari membunuh, tiada mereka endahkan. Tetap mereka menyebarkan fitnah tanpa rasa takut hanya kerana ingin memenuhi kepentingan nafsu mereka sahaja.

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan semua agar kita semua menjauhi fitnah kerana ianya menyuburkan kebencian dan membuka ruang bagi rosaknya keharmonian dalam sebuah masyarakat. Biarkanlah fitnah itu tidur, jangan kita menggerakkannya kerana dosa dan azabnya amat pedih.
Marilah kita bersama-sama kembali kepada fitrah Islam, kembali kepada asas iaitu memelihara kesucian hati kita.

Jauhilah fitnah yang mengotorkan hati kita dan juga mengotorkan masyarakat secara umumnya dengan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa agar kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang dijanjikan syurga.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd

YB Ustaz Mohd Nor
Adun Bukit Payung
Ketua Penerangan PAS Terengganu
30 Ramadhan 1437 bersamaan 5 Julai 2016

Sumber BO - 5-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Harap Rakyat Belanja Dengan Berhemah













KUALA NERUS – PAS menyeru kepada seluruh rakyat khususnya di negeri Terengganu supaya berhemah dalam berbelanja bagi menghadapi Hari Raya kerana negara sedang mengalami suatu keadaan kegawatan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Haji Alias bin Razak berkata, harga barang keperluan harian kita meningkat sedangkan kita tidak ada penambahan dalam pendapatan isi rumah.

“khususnya kepada golongan yang bekerja sendiri, petani, nelayan, penoreh getah dan sebagainya. Ditambah pula kita dikenakan dengan cukai GST yang dikenakan kepada seluruh rakyat tidak Kira kaya atau miskin.

“Satu cukai yang sangat zalim yang kena pada orang miskin, kanak-kanak dan sebagainya. Akibat daripada itulah kita melihat kenaikan barang keperluan harian tahun ini ………..naik begitu tinggi sekali dan membebankan kehidupan rakyat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perutusan sempena Hari Raya Eidul Fitri yang akan disambut oleh umat Islam esok, 6 Julai.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar tarbiah yang dilalui sepanjang Ramadan beroleh takwa kepada Allah, orang-orang Islam sentiasa taat kepada perintah Allah.

“Kalau kita boleh terima perintahnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya tanpa kita boleh bantah kepada Allah kenapa kita tidak boleh menerima ekonomi Islam dan hukum-hukum lain yang termasuk dalam syariat Allah?

“Alhamdulillah………. kita telah capai kemajuan bilamana Dato’ Seri Tuan Guru, presiden kita telah berjaya membawa usul persendirian berkaitan dengan pindaan undang-undang 355 berkaitan dengan menaik taraf mahkamah syariah.

“Semoga dengan usaha kita, menaik taraf mahkamah syariah sehingga beberapa undang-undang jenayah syariah yang telah diwartakan Di negeri Kelantan dan Terengganu dapat dilaksanakan,”kata beliau.


Sumber BO - 5-7-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































Sambutan Aidilfitri Perantau Terengganu 2 Syawal

HARAKAHDAILY | .





















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41760-sambutan-aidilfitri-perantau-terengganu-2-syawal

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mengalu-alukan kepulangan para perantau sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pesuruhjayanya, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, PAS negeri akan memgadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) bagi mengalu-alukan kepulangan anak rantau pada Khamis, 2 Syawal bersamaan 7 Julai di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai.

Program itu akan bermula jam 8.30 malam yang turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di samping kepemimpinan PAS negeri.

Sementara itu, Naib Presiden Perantau, Shuhaimi Embong berkata pihaknya berbesar hati menerima jemputan tersebut dan berharap semua warga perantau yang berkelapangan dan berada di Terengganu dapat hadir ke program tersebut untuk beramah mesra pada masa yang telah dijadualkan. - HARAKAHDAILY 5/7/2016

Sumber HD - 5-7-2016


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Pesuruhjaya PAS Terengganu



Saya selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu mewakili kepimpinan PAS negeri Terengganu dan juga seluruh kepimpinan dan juga warga PAS peringkat kawasan-kawasan, DUN dan cawangan, merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga PAS sendiri, dan juga kepada semua rakyat Terengganu.

Dan juga ucapan selamat saya kepada Perantau yang dalam perjalanan pulang untuk meyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dikesempatan ini, kita mengharapkan supaya umat Islam khususnya rakyat negeri Terengganu terus istiqamah terutama bulan Ramadhan yang merupakan ‘bulan al-Quran, bulan taubat, bulan keampunan, bulan amal dan juga bulan jihad.

Semoga dengan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini kita manfaatkan sebaik mungkin untuk kita menyambut kejayaan di Hari Raya Aidilfitri.

Para sahabat Rasulullah mereka berada di medan jihad dan medan perang, dan kita hari ini, gerak kerja jihad itu sama tetapi mengikut tempat, suasana, masa dan keadaan.

Matlamat kita tetap sama iaitu untuk mengangkat Islam kepada tempat yang paling tinggi, sebagaimana yang termaktub dalam hadis nabi SAW yang bermaksud;

“barang siapa yang beramal, bekerja untuk mengangkat agama Allah di tempat yang tinggi, maka dia berada pada jalan jihad fi sabilillah” dan hadis lain yang bermaksud;

“barang siapa yang bekerja dan berusaha melakukan apa sahaja yang menyebabkan agama Allah menjadi rendah, maka dia berada dalam jalan syaitan”.

Para sahabat menyambut hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari yang dipilih oleh Allah SWT menggantikan perayaan-perayaan lain yang disambut pada zaman dahulu sebelum Rasulullah SAW.
Maka kita perlu manfaatkan hari raya ini sebagai hari untuk beribadat, untuk kita saling bermaaf-maafan, untuk kita saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Yang paling penting ialah, kita memanfaatkan kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini untuk kita menyampaikan mesej perjuangan, mesej Jemaah kita untuk menegak dan mendaulatkan Islam untuk memartabatkan syariat Islam.

Serta juga untuk sama-sama menggembleng gerak kerja dakwah, tarbiah dan siasah, ke arah umat Islam yang beramal dalam Islam lebih baik dari semasa ke semasa.

Dikesempatan ini saya mengambil ruang di kalangan ahli kita dan seluruh masyarakat mengambil faham dengan apa yang bakal dibawa oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah mengangkat ‘Rang Undang-undang Persendirian’ (Private Bill) untuk meminda undang-undang mahkamah syariah.

Dalam masa tempoh Hari Raya sehingga bulan-bulan seterusnya sehingga bulan Oktober apabila ia dibahaskan di Parlimen, kita mengharapkan rakyat semakin memahami syariah Islam ini dan mendukungnya sebagai umat Islam untuk kita sama-sama menunjukkan rasa bertanggungjawab kita.
Pada bulan Ramadhan Allah berfirman mewajibkan puasa dalam al-Quran, begitu juga lah Allah mewajibkan undang-undang Hudud dan Qisas.

Maka semua ini merupakan tuntutan dan kefardhuan serta merupakan ibadat yang perlu bagi kita untuk menggerakkan dan melaksanakannya dan kita juga mengharapkan agar rakyat, makin hari semakin faham dan boleh menerimanya sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sosial dan jenayah yang berlaku pada persekitaran kita, yang makin hari semakin menggerunkan.

Islam adalah menjadi penyelesaian terbaik, dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak di kalangan meneruskan amalan ini dan bertanggungjawab menyampaikan mesej ini.
In sha Allah suatu hari nanti akan sampai juga waktunya suatu hari nanti, Islam akan tertegak di negara kita, terutamanya di negeri Terengganu yang merupakan tempat penemuan ‘Batu Bersurat’ yang menggambarkan bahawa Islam sudah berdaulat sejak 700 tahu yang lampau dan moga-moga kita boleh kembalikan zaman kegemilangan Islam itu!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

YB Ustaz Satiful Bahri B. Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
29 Ramadhan 1437H/ 04 Julai, 2016


Sumber BO - 4-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------

YB Chukai Ajak Mantan PM, TPM Jatuhkan Najib Dan Umno

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat yakin sokongan kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang meningkat dengan khidmat yang diberikan kepada rakyat.


Beliau berkata, walaupun dinafikan peruntukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) namun dengan sokongan khalayak, jutaan ringgit sumbangan dapat diagihkan kepada rakyat.

“Umpamanya saya di Chukai, alhamdulillah pelbagai progran dapat diilaksanaka dengan jayanya,
“Dari program Jejak Asnaf di Kampung Banggul Kiri dimana kita agihkan bantuan kepada seramai 20 keluarga fakir miskin dan ibu tunggal,

“sehinggalah program sumbangan Aidilfitri kepada 88 orang fakir miskin di Kampung Dusun Nyior,

“Kemudian program bersama hampir 200 orang anak yatim berbuka puasa sambil menerima sedikit sumbagan duit raya dan kuih raya dan banyak lagi “jelasnya.

Beliau berharap semoga dengan sumbangan itu dapat meringankan sedikit bebanan keluarga yang memerlukan.

Ditanya tentang sambutan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghua, beliau yakin, mereka berpuas hati dengan khidmatnya.

“Kaum Cina Kemaman memberi sokongan yang padu dan sangat berpuas hati dengan khidmat YB yang sentiasa bersama,

Program membahagikan bubur lambuk di pasar Ramadan pada Khamis 30hb Jun, sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk diedarkan,termasuk kepada bukan Islam
“terutama di majlis kematian, orang sakit dan majlis sosial,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu.


Justeru sempena kedatangan Syawal, beliau mengajak mantan Perdana Menteri dan mantan Timbalan Perdana Menteri, bersama-sama ‘Blok Ketiga’ menjatuhkan bukan sahaja Najib, tetapi kerajaan BN seluruhnya.

“Sempena akhir Ramadan, saya mengajak Tun Mahathir, Tan Sri Muhyudin dan Datuk Mukhriz,
“bersama-sama ‘blok ketiga’ untuk menumbangkan Najib dan Umno bagi mengembalikan Malaysia kepada satu era baru yg bertunjangkan syariat Allah SWT disamping memertabatkan semula bangsa Melayu yang semakin layu,”tegasnya

Sumber BO - 4-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------

Semoga Roh Pak Cik Man Bersama Orang Yang Saleh


KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ‘veteran PAS’ Allahyarham Ustaz Abdul Rahman bin Kadir yang telah kembali ke rahmatuLlah pada 27 Ramadhan.



Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, semoga roh bekas calon PAS pilihan raya umum (PRU) kali ke-9, tahun 1995 itu dicucuri rahmat oleh Allah.

“Allahyarham Ustaz Abdul Rahman bin Kadir (Pak cik Man) bekas calon Hulu Besut dan mantan Yang Dipertua PAS Setiu telah meninggal terlibat kemalangan jalanraya di Kampung Lubok Kawah.

“Pihak BPPNT merakamkan takziah buat ahli keluarga semoga bersabar (sesungguhnya) Allah menjemput (beliau) pulang pada 27 Ramadhan……….. semoga roh beliau dihimpunkan dikalangan roh orang yang soleh,”ujarnya.


Sumber BO - 3-7-2016



-------------------------------------------------------------------------------------------

Duit Pembinaan LPT2 RM1.8b Boleh Selesaikan Masalah Air




Seperti raya tahun lepas, kita sambut kepulangan perantau balik kampung dengan GANGGUAN BEKALAN AIR ke 50,000 buah rumah, 47 kampung di Kuala Terengganu dan 4 kampung di Marang.

Saya pernah sebut hal ini tahun lepas dan disiarkan di Harakah Daily

Lupakan saham LPT2, kembalikan RM1.8 billion

HARAKAHDAILY | 19 Julai 2015.

Saya terkejut dengan tajuk laporan akhbar Sinar Harian yang berbunyi Kerajaan Terengganu Pohon Saham LPT2.

Adakah selama ini sehingga lebih RM1.8 billion wang negeri Terengganu yang telah digunakan untuk pembinaan LPT2 itu memangnya sebelum ini tidak pernah difikirkan sebagai saham di dalam projek berkenaan atau kerajaan Terengganu membayar dahulu atas dasar sebagai pinjaman wang kepada pusat?

Adakah baru hari ini mahu berunding memohon sejumlah saham dalam LPT2?

Atau adakah sebelum ini pada asalnya negeri Terengganu yang mempunyai bilangan penduduk termiskin antara yang teramai di seluruh negara, mahu memberi percuma wang negeri yang berjumlah lebih RM1.8 billion itu?

Saya mencadangkan agar daripada kerajaan Terengganu menyusahkan diri dengan terlibat urusan pemilikan beberapa peratus saham yang bukan controlling majority sehingga boleh secara efektif menentukan pulangan atas pelaburan yang patut diterima oleh negeri, bukankah lebih baik merundingkan agar wang tersebut dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu untuk tujuan pembangunan loji rawatan air yang baru yang lebih besar kapasitinya, penggantian paip paip lama dan selesaikan pelbagai perkara lagi berkait masalah bekalan air Terengganu yang semakin kritikal. Ini termasuklah bayaran pampasan tanah loji rawatan di sesetengah tempat yang khabarnya begitu lama tidak diselesaikan.

Masalah air di Terengganu bukan berpunca kekurangan bekalan air mentah. Malah Terengganu kaya dengan sumber air. Masalahnya kegagalan mewujudkan pelan jangka panjang bekalan air negeri.
Gangguan bekalan air menjejaskan lebih 60,000 rumah kediaman di Terengganu pada musim perayaan Aidil Fitri ini.

Wang RM1.8 billion bukan sahaja cukup untuk selesaikan isu air. Malah lebih dari cukup untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan perparitan yang turut menyumbang kepada masalah banjir setiap tahun.

Itupun hanya jika Kerajaaan Terengganu yg dibawah Umno menghentikan perbelanjaan boros yang mensia-siakan wang rakyat seperti projek EBook yang telah disahkan gagal, pembinaan bangunan Paya Bunga Square yang dilihat bagai bakal mengulangi kemalapan di Kompleks Plaza Perdana dan KT Mall, Pulau Bebas Cukai yang menelan belanja ratusan juta, Kompleks Tekstil Kijal yang juga ratusan juta, Monsoon Cup yang didedahkan habiskan hampir setengan billion, parking mekanikal yang gagal, bot-bot yang ditempah untuk Tasik Kenyir yang tersadai di muara Sungai Terengganu tidak dapat diangkut ke Tasik Kenyir, Flat Ladang Gemilang yang begitu banyak kekurangan, Projek Perumahan Rakyat di Padang Hiliran yg ternyata tidak menjanjikan pemilikan rumah oleh rakyat seperti pernah dijanjikan oleh Umno dan pelbagai lagi isu yang begitu banyak dan besar jumlah wang rakyat yang terlibat yang menyelubungi negeri Terengganu.

Jangan pula ada pemimpin Umno yang terus buta dan meneruskan tradisi mengampu pemimpin mereka sehingga berkata rakyat tidak menghadapi apa apa isu di Terengganu. Terengganu ketandusan isu kata mereka.

Bukalah mata kepada masalah tanah milik orang Melayu terutamanya di kawasan bandar yang satu persatu diambil kerajaan. Ini belum lagi tekanan tawaran harga yang menyebabkan ramai yang menjual kepada bukan Melayu. – HARAKAHDAILY 19/7/2015

AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu

Sumber BO - 3-7-2016