BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, August 31, 2018

ISLAM DAN Q & A (JILID 5)

 Akhirnya Jiranku Ke Masjid Juga

LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

kalau pergi ke masjid saya selalu berjalan sedikit memutar.

tujuannya, pertama, sunnah.
kedua, aku ingin lalu depan rumah si kadarisman.

kadarisman adalah jiran aku yang terdekat. bukan kerana nak riya, tapi berharap ada syiar. agaknya kalau selalu melihat orang ke masjid, hati si kadarisman akan tersentuh dan kemudian jadi mahu ke masjid juga.

"bang kadarisman. jom..!" sambil melambaikan tangan ke arah kadarisman.

"jom la kita ke masjid sama.." aku mengajak sambil senyum.

"kalau kau nak ke masjid, tak payah la ngajak-ngajak. nanti beritahu ustaz, kalau nak ceramah di masjid, pakai speaker luar. jangan suka nyindir boleh tak..? nak solat atau tak, ikut suka orang la." jawab kadarisman.

aku tak ingin menjawabnya, tiada gunanya.

berapa kali diajak, kadarisman ke masjid tapi tak pernah nak pegi, malah marah-marah.

tapi hari ini berbeza pulak. kadarisman ada di masjid.

aku menitiskan airmata, melihat kadarisman berada di saf paling depan.

terbujur kaku

di depan jama'ah

kadarisman..
akhirnya kau ke masjid juga.



MR : Agaknnya apa yang nak dijawab oleh mereka suka sebar berita fitnah di media sosial?....

Sumber MR - 14-9-2018


Seminar Bahaya Islam Liberal - Esok  

LightBlog 

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <




Mana-mana yang berkelapangan boleh hadir untuk memahami gerakerja Islam liberal yang mungkin kita tak sedar kerana berselindung disebalik ngo, parti politik dan pertubuhan yang mungkin dilihat nampak macam 'comel' Islamnya.

Sumber MR - 31-8-2018

Thursday, August 30, 2018

SUDUT PANDANGAN (11)

Gay dan ICERD: Kebatilan di sebalik kalimah haq



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8595-gay-dan-icerd-kebatilan-di-sebalik-kalimah-haq

كلمة حق يراد بها الباطل

"Kalimah yang benar, tetapi dikehendaki disebaliknya adalah kebatilan"
Inilah ungkapan Saidina Ali ketika tentera Muawiyah menjulang al-Quran yang diletakkan di mata tombak, meminta perdamaian dan rundingan selepas hampir kalah dalam peperangan Siffin. Saidina Ali tahu bahawa ianya hanya satu helah untuk menukar strategi. Namun atas desakan umat Islam yang tidak sanggup melihat perbalahan sesama Islam, Saidina Ali akur.
Akhirnya apa yang dibimbangi Saidina Ali berlaku jua. Peristiwa tahkim dijadikan helah bagi menafikan kuasa Saidina Ali sebagai khalifah yang sah. Dan berlakulah apa yang berlaku.
Ada juga riwayat yang mengatakan, Saidina Ali melafazkan kalimah tersebut sebagai respon kepada laungan Khawarij:
إن الحكم إلا لله
"Tiada keputusan melainkan bagi Allah"
Khawarij menolak tahkim atas alasan ianya ibarat mengambil kerja tuhan.
Apa yang ingin disampaikan dari kisah ini adalah bagaimana manipulasi kebenaran dilakukan bagi mencapai kebatilan. Menggunakan sesuatu yang secara zahirnya betul, tetapi di belakangnya adalah perancangan rapi bagi menjayakan satu tujuan yang batil. Itulah modus operandi yang sering diulang golongan yang berniat jahat sepanjang Islam.
Fiqh Maalat atau Sadd Zarai'
Bagi menghadapi bahaya ini, ulamak memperkenalkan satu sumber hukum far'iy (sampingan) yang dicedok melalui kefahaman (fiqh) terhadap nas, dikenali sebagai Sadd Zarai' ataupun Fiqh Maalat. Sadd Zarai' adalah perubahan sesuatu hukum daripada hukum asal bagi mengelakkan mafsadah berlaku.
Contohnya hukum menjual pisau atau pedang. Pada asasnya hukumnya harus. Tetapi apabila menjualnya di saat dua saudara sedang bergaduh dan dikhuatiri alatan tersebut digunakan bagi tujuan mencederakan atau membunuh, maka hukum boleh berubah kepada haram.
Contoh yang lain adalah menjual anggur. Asasnya ia adalah harus. Tetapi menjual kepada seorang yang memang dikenali sebagai pembuat arak, maka hukumnya adalah haram.
Aplikasi fiqh ini pernah digunakan oleh Mufti Palestin ketika umat Islam di sana ditawarkan harga yang tinggi oleh Yahudi bagi membeli tanah. Mufti tersebut mengeluarkan fatwa bahawa haram menjual tanah ketika itu kepada Yahudi, walaupun hukum asal berjual beli dengan Yahudi adalah harus.
Namun ramai umat Islam tidak mempedulikannya. Akhirnya setelah Yahudi berjaya memiliki sebilangan tanah Palestin, mereka menuntut penubuhan negara sendiri. Lalu terbentuklah Israel pada tahun 1948 di atas tanah air Palestin.
Agamawan sebagai agen normalisasi
Dewasa ini, modus operandi kebatilan di sebalik kalimah haq digunakan berleluasa ke atas seluruh umat Islam dunia. Baik dalam bidang politik, perundangan, ekonomi, sosial, pendidikan, pentadbiran, perubatan dan berbagai lagi. Agamawan dijadikan boneka bagi mengharuskan tindakan mereka. Ada di kalangan agamawan yang memang bekerja bagi pihak musuh Islam secara sedar. Ada juga yang tidak sedar dibonekakan, akibat hanya faqih dalam silibus pengajian Islam sahaja, tetapi dangkal dalam selok belok politik, perundangan dan lain-lain yang tidak diajar di institusi atau fakulti pengajian Islam.
Terbaharu isu gay. Terdapat agamawan mendukung kenyataan bahawa bukan semua gay itu songsang. Secara zahir mungkin ada justifikasi yang boleh diberikan bagi membela kenyataan tersebut. Tetapi Fiqh Maalat perlu diaplikasikan dalam menangani isu ini. Lihat latar belakang orang yang berkata. Kaji pemikiran beliau melalui ucapan dan tulisannya sebelum ini. Lihat beliau bersama siapa, dan apa agenda sebenar mereka.
Selain gay, isu terkini juga adalah ICERD. Memang secara umum Islam tidak mendiskriminasi kaum. Tetapi perlu dikaji sejarah perbezaan sosioekonomi dan sosiopolitik kaum sejak negara ini ditinggalkan oleh penjajah. Kaji juga agenda besar kumpulan yang membawa polemik ini.
Saya pernah menulis beberapa bulan dahulu mengenai pelantikan bukan Islam sebagai pemimpin negara bertajuk "Normalilasi Lubang Biawak". Modus operandi yang sama digunakan. 
Diheret ke lubang biawak
Modus operandi ini sangat halus dan sulit. Perlukan kepakaran mencerap yang bukan terhadap wahyu, tetapi juga terhadap situasi semasa.
Nabi sudah menggambarkan bagaimana taktik Yahudi supaya orang Islam mengikut telunjuk mereka. Mereka tak akan buat drastik, sebaliknya sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, perlahan, halus dan konsisten. Sehingga bila tiba saat mendedahkan agenda sebenar mereka, ia sudah terlambat untuk bertindak. Atau lebih parah, ia sudah tidak dianggap sebagai satu masalah. Ia strategi normalisasi yang ampuh untuk melekakan umat. Sabda Rasulullah S.A.W:
لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعا بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ" قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ "فَمَنْ؟
"Kamu akan mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka?"
[HR Bukhari & Muslim]
Nabi juga memberi amaran, jangan ikut agamawan sembarangan. Kerana akan muncul akhir zaman ini pendakwah yang menyeru manusia ke neraka. Zahirnya bermodalkan agama, tetapi di sebaliknya adalah agenda Iblis. Sabda Rasululullah S.A.W:
دُعَاة على أبواب جهنَّم، مَن أجابَهُم إليها قذَفُوه فيها
"Pendakwah yang menyeru manusia ke neraka. Sesiapa yang menyahut dakwah mereka akan dihumban di dalamnya."
Lebih menakutkan, apabila Huzaifah bertanya Nabi apakah sifat-sifat pendakwah itu? Bagi menjawab:
هُمْ مِن جِلدَتِنا، ويتكلَّمون بألسِنتِنا
"Mereka dari kulit yang sama dengan kita. Berbicara dengan bahasa kita."
[HR Bukhari]
24 Safar 1440
1 November 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 1/11/2018

Sumber HD - 11-11-2018

Bantahan ICERD: Kerajaan perlu pandang serius










TIGA perkara diutamakan berkenaan memorandum membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dilakukan semalam iaitu Kerajaan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkaitan ICERD, tidak sesekali berniat menggugat hak orang Bumiputera dan Melayu serta pertemuan bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincang isu berbangkit dalam masa terdekat.

Pagi semalam saya bersama ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama ahli parlimen PAS serta rombongan UMMAH yang menggabungkan 300 NGO juga turut terlibat dalam sesi penyerahan memorandum berkenaan Bantahan Ratifikasi (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kami menggesa Kerajaan hendaklah mengambil serius berkaitan tiga perkara utama berkenaan kerana pelaksanaan ICERD seakan-seakan cuba mencabar kedaulatan raja dan perlembagaan Malaysia dan bantahan yang kami lakukan adalah berasas kerana ia secara terang lagi nyata akan menyentuh dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Kerajaan perlulah membuat pertimbangan secara terperinci berhubung pelan untuk mengesahkan ICERD supaya tidak sampai ke tahap yang memaksa perlembagaan negara diubah yang memberi kesan yang besar.

Jelaslah di sini bahawa ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang akan mengubah struktur dan acuan negara kita seandainya kerajaan menandatangani dan meratifikasinya. Persoalannya, apakah motif dan alasan Kerajaan PH mahu mengesahkan ICERD ini?

“Islam Memimpin”

YB Che Alias Hamid
Ahli Parlimen Kemaman
1 November 2018 – HARAKAHDAILY 1/11/2018

Sumber HD - 11-11-2018

Dapatkah Anwar jadi PM?



TIDAK mudah juga untuk Anwar sampai ke kerusi Perdana Menteri (PM). Kalaupun bukan Mahathir yang menyekatnya, mungkin orang-orang Mahathir yang menghalangnya. Dalam keadaan PKR pecah dua dan DAP yang mula selesa dengan Mahathir menjadikan laluan Anwar tidak semudah yang dirancang oleh Rafizi dan Abdullah Sani.

Politik Malaysia sedang memerhatikan perkembangan hubungan group Anwar dan group Mahathir. Manakala DAP pula mungkin merasa lebih mesra dengan Mahathir kerana pada mereka lebih mudah mengawal Mahathir berbanding mengawal Anwar. Lagipun kerusi Bersatu lebih sedikit dari kerusi DAP berbanding kerusi PKR. Pertukaran Pengerusi SPR saat-saat suasana PRK Port Dickson (PD) sedang panas, semacam ada sebuah percaturan dari belakang untuk menghalang Anwar. Apa pun Anwar setakat ini belum buat apa-apa statement yang bersifat kontra dengan Mahathir. Tetapi orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi dan Abdullah Sani makin pedas kritikan mereka kepada Mahathir. Sehingga Bersatu PD beri amaran kepada mereka berdua agar tidak turun berkempen untuk Anwar di PD.

Walaupun Mahathir dan Anwar masing-masing belum serang menyerang, namun pemerhati politik sudah dapat mengesan perang dingin sedang berlaku. Masing-masing sudah ada sniper yang akan mula memetik picu. Hanya tunggu keputusan PRK PD. kerana di sini akan bermula sebuah landskap baru politik Malaysia. Mungkin luka yang melukai Anwar tidak besar, hanya luka yang kecil, tapi saya percaya ia sebuah luka yang dalam dan memedihkan. Kalaupun nanahnya sudah kering tapi keluping dan parutnya masih jelas kelihatan. Kehadiran Saiful yang pernah ada isu yang panjang dengan Anwar dalam gelanggang PRK PD bukan suatu yang kebetulan. Teori kebetulan jarang berlaku dalam dunia politik.

Bersambung.....
Tunggu dan lihat....

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
1 Oktober 2018 - HARAKAHDAILY 1/10/2018

Sumber HD - 1-10-2018\


Globalisasi: Agenda Barat jatuhkan Islam




POKOK SENA: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, gerakan globalisasi adalah satu agenda Barat untuk menjatuhkan Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu menerangkan gerakan Kristianisasi yang bertujuan untuk mengkristiankan umat Islam.

Menurut beliau, penjajah Barat antaranya Perancis, Inggeris, Itali dan Belanda membuka berbagai-bagai jenis sekolah di negara jajahan mereka seperti sekolah Methodist dan Sekolah Convent.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Konvokensyen Kolej Islam Darul Ulum buat kali ke-14, hari ini.

Sambung beliau, apabila usaha mengkristiankan umat Islam gagal, Barat mengubah pendekatan kepada "harakah taghribiyyah" iaitu membaratkan orang Islam.

Tujuan pembaratan orang Islam ini adalah supaya umat Islam meninggalkan ajaran Islam lalu dibuka Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Tambahnya, MCKK menjadi tempat mengajar pelatih guru Melayu untuk mengajar tulisan rumi demi menghapuskan tulisan jawi.

Dalam masa yang sama, di MCKK juga pelajar belajar sejarah Majapahit, sejarah Hindu namun meninggalkan sejarah Islam dan melumpuhkan pengajian Islam melalui pengajian kebangsaan.

Namun kata beliau, orang Islam tidak menyerah kalah dengan meneruskan pengajian berkaitan Islam seperti penjajian muqaddam dan kitab perukunan di rumah.

Di samping itu tambahnya, mereka membuka pondok untuk pengajian Islam walaupun tidak mendapat gaji dan pusat-pusat pengajian di masjid dan surau.

Ahli Parlimen Marang itu juga menerangkan bahawa mereka yang mendapat pengajian kebangsaan kembali kepada Islam seperti guru-guru MCKK dan pelajar-pelajar di England yang mempunyai semangat Islam.

Hal ini jelas beliau menyebabkan Barat menjadi bingung melihat orang yang dididik mereka kembali kepada Islam seperti Malik Bennabi yang belajar di Perancis.

Menurut beliau, sekolah-sekolah agama yang diiktiraf oleh Al-Azhar dibatalkan pengiktirafan.

Malah katanya, ditutup majlis halaqah di Mekah dan Madinah, khutbah jumaat dikawal, pengajar pengajian agama perlu berlesen dan bertauliah supaya dapat dikawal.

Namun ujar beliau, semua usaha ini gagal apabila tumbuh pusat-pusat pengajian Islam seperti muassasah di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang serta di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Eropah.

Dalam masa yang sama katanya, mereka yang belajar di Barat juga mempelajari ilmu agama. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

Sumber HD - 29-9-2018


PM: Beri peluang Tun M habis tempoh



POKOK SENA: PAS berpandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang menerajui Malaysia hingga habis tempoh.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berkata, Mahathir yang mempunyai pengalaman mentadbir Malaysia suatu ketika dahulu, wajar diberi kepercayaan dan masa untuk membetulkan kepincangan pentadbiran yang ditinggalkan oleh pemerintah sebelumnya.

"Beri dia peluang sehingga habis tempoh dan bukannya tidak sampai beberapa bulan sudah rancang hendak tukar PM," tegas beliau kepada pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) kali ke-14, di sini, tengah hari tadi.

Apabila ditanya, sekiranya Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, adakah layak menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, siapa sahaja layak untuk menjawat jawatan itu dan terpulang kepada rakyat untuk memilihnya.

"Dalam Islam yang memilih pemimpin adalah rakyat dan pemimpin tidak boleh mengangkat diri sendiri apatah lagi kalau mempunyai niat untuk mendapatkan nama dan kuasa," jelasnya.

Justeru itu, kata belaiu penyertaaan PAS dalam PRK Port Dickson itu adalah lebih kepada membawa mesej tidak akan memberi laluan mudah kepada orang yang bernafsu untuk menjadi pemimpin.

Beliau berkata, walaupun berlaku pertandingan tujuh penjuru seolah-olah cubaan untuk ‘pecah undi’ namun PAS mempunyai pengundi tegarnya tersendiri.

"Di Kedah pada PRK Bukit Selambau pada 2009, berlaku pertandingan 15 penjuru. Jadi itu perkara biasa," ujar Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang.

Oleh itu, ujarnya sama ada PAS berpontensi menang atau tidak, terpulang kepada pengundi.

Namun, bagi beliau tidak mustahil andainya PAS mencipta sejarah memenangi PRK Port Dickson kerana tidak ada yang mustahil dalam politik. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

Sumber HD - 29-9-2018

Analisis: Mahathir 'sailang' Anwar?



IMPIAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohammad mungkin tidak akan kesampaian, walaupun Langkah PD telah disusun.

Tidak mustahil, walaupun Parlimen Port Dickson (PD) dirasakan selamat buat Anwar dan PKR, namun Parlimen PD juga boleh menjadi penamat jalan kepada team Anwar dalam memastikan Presiden PKR itu tidak ke Dewan Rakyat, seterusnya diangkat sebagai PM.

Ingat, dendam Mahathir terhadap Anwar bukan mudah untuk dipadam begitu sahaja dengan kerjasama di bawah Pakatan Harapan (PH). Mahathir tidak pernah senang dengan kehadiran Anwar dalam kerjasama PH.

Apatah lagi adegan lompat melompat MP Umno telah pun bermula, dimulakan anak didik Tun Daim Zainuddin iaitu Dato’ Seri Mustapa Mohamed selaku MP Jeli, dikuti Dato’ Seri Anifah Aman sejurus selepas Tok Pa membuka jalan.

Dijangkakan ada antara 16 orang lagi akan menyeberang, maka dapat dilihat andai kemasukan MP Umno ini sebagai satu usaha mengukuh kedudukan Bersatu dalam PH, dan usaha menghalang cita-cita Anwar.

Umum mengetahui dendam kesumat Mahathir ke atas Anwar, namun ramai pimpinan Umno yang pro Mahathir tahu kenapa Mahathir cukup berdendam dengan Anwar khasnya dalam episod pemecatan tahun 1998 yang akhirnya menghadiahkan adegan usung tilam, pemenjaraan Anwar dan berlakunya reformasi oleh pemimpin muda yang pro-Anwar.

Ketika itu, hayat politik Anwar diselamatkan PAS di bawah pimpinan Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor, walau pada awalnya ditentang hebat oleh Mohamad Sabu yang kerap menggelarkan Anwar dengan gelaran sangat sinikal.

Kes Sodomi 1 dan kemudian Sodomi 2, umum tahu penglibatan Mahathir dalam mempastikan Anwar terpenjara, dan bagaimana Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dijadikan ayam tambatan bagi mengendali kes itu atas nasihat Mahathir agar Anwar disumbat semula ke tirai besi.

Apapun berlaku sama ada benar atau salah (Anwar), yang pasti umum tahu pembabitan secara terselindung Mahathir, dan kemudiannya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat sokongan Mahathir, walau kemudiannya Mahathir mula menyerang Najib angkara mencantas hayat politik anaknya, Dato’ Seri Mukhriz.

Dendam kesumat ini tak terhenti setakat adegan Sodomi 2 melibatkan Saiful Bukhari Azlan, dan peguam yang menjadi pendakwaraya ketika itu adalah Shafee. Anwar tersumbat ke penjara selepas bicara kes Sodomi 2.

Dalam percubaan berikutnya adegan filem berdurasi 20 minit China Doll, Anwar sekali lagi diaibkan dan se-Malaya adegan selingkuh ini yang kemudian menjadi viral.

Keresahan Mahathir berdepan Anwar dapat dilihat apatah lagi sebaik Mahathir menguasai kerajaan, dia menafikan pula soal perjanjian dua tahun selaku PM.

Bingkas dengan telahan awal Mahathir itu, Anwar dan kumpulan pro-nya dalam PKR kini sedang berusaha memastikan calon MP PD itu jadi PM.

Antara yang kuat membedal Mahathir ketika ini termasuk ayam tambatan Anwar, Rafizi Ramli dan Abdullah Sani, tidak kurang Fuziah Salleh.

Di pihak pro Mahathir dalam PKR yang diketuai Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin kini sedang giat mempertahan Azmin yang diketahui anak kesayangan Mahathir yang berperanan di sisi Anwar sejak dahulu lagi.

Dalam perang antara Mahathir dan Anwar, Azmin dan Rafizi masing-masing sedang menghunus propaganda antara satu sama lain, menjadikan PKR semakin berpecah.

Maka Anwar perlu sahaja beringat bahawa yang menjadi PM hari ini adalah Mahathir, insan yang menyumbatnya ke penjara dalam Sodomi 1 dan terkait dalam Sodomi 2, tidak mustahil kerusi anganan Anwar di PD boleh terlepas dengan permainan Mahathir yang kini menguasai sepenuhnya kerajaan.

Dendam dan kesumat Mahathir tidak boleh diselindung, sinikalnya dalam banyak hal terhadap Anwar tidak boleh dinafikan, malah kini pelbagai rancangan sedang hangat dijalankan olehnya termasuk adegan lompat melompat MP Umno yang sedang berjalan.

Seperkara lagi, ketika hangat isu ini berjalan, peguam tersohor, Muhammad Shafee tiba-tiba ditahan pula kerana tuduhan terlibat skandal pengubahan wang haram.

Muhammad Shafee dalam responsnya tidak menjangkakan bahawa dirinya akan didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM9.5 juta, lima tahun lalu.

Beliau berkata, kesemua transaksi RM9.5 juta itu mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak sebagai yuran guaman.

“Saya langsung tidak menjangkakan pertuduhan terhadap saya, ini kerana saya hanya terima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, baru-baru ini selepas selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM500,000.

Tambahnya, sebagai peguam adalah tidak wajar untuknya mempersoalkan daripada mana sumber kewangan yang dibayar oleh Najib itu diperoleh.

“Takkan saya nak tanya perdana menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan,” katanya.

Muhammad Shafee turut menyifatkan bahawa tuduhan yang dikemukakan kepadanya itu adalah bermotifkan politik malahan tidak berasas serta karut.

Membaca kenyataan Shafie, pastinya pemerhati politik dapat menangkap makna sebenar babak politik ketika ini, dan apakah sekali lagi Mahathir memasang jerat untuk menghalang Anwar? Umum tahu jasa Shafee dalam pengendalian Sodomi 2, apatah lagi kelibat Tan Sri Gani Patail pula seolah-olah kurang berkesan dalam babak-babak sebegini.

Anwar sebenarnya meniti jalan sukar, dalaman parti sendiri sudah mula berpecah belah, yang jelas berpaling tadah sudah mula kelihatan, yang setia pun silap-silap bila berdepan "jawatan dan pangkat, laba kemenangan" bisa tersungkur.

Melihat situasi ini, Anwar barangkali tidak mudah ke posisi nombor satu, kecuali adanya usaha membina koalisi lain bukan bersama kumpulan yang dilihat bertentangan aspirasinya.

Adegan semakin menarik, menjelang penamaan calon PRK Parlimen PD, apa sahaja boleh berlaku, sama ada episod malang 98 boleh berulang ke atas Anwar, atau kes lain pula akan dihadapkan ke atasnya.

Apa yang jelas, persefahaman longgar PH membentuk kerajaan pusat dalam PRU14 lalu memungkinkan pelbagai situasi. Langkah PD mungkin tidak sama seperti Langkah Kajang, kerana bila-bila masa sahaja Mahathir boleh memasang perangkap menghalang laluan itu. – HARAKAHDAILY 27/9/2018

Sumber HD - 27-9-2018

Lima pilihan untuk atasi PRK tidak perlu



BERDASARKAN pemerhatian saya, memang banyak pihak yang tidak selesa dan marah-marah bila berlakunya PRK yang disengajakan seperti apa yang berlaku dalam PRK Port Dickson (PD) ini.

Kata mereka, peletakan jawatan Ahli Parlimen PD, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 12 September lalu tidak patut berlaku kerana beliau baru dipilih kira-kira 4 bulan lalu.

Peletakan jawatan beliau ini seolah-olah mempermainkan amalan demokrasi dengan mensia-siakan mandat yang telah diberikan oleh pengundi PD kepada beliau dalam PRU14.

Kos perbelanjaan bagi PRK PD yang dianggarkan berjumlah RM3.6 juta juga disifatkan sebagai satu pembaziran, apatah lagi di waktu negara sedang mengalami masalah kewangan.

Walaupun begitu, kemarahan kita ke atas peletakan jawatan Ahli Parlimen PD ini sepatutnya perlulah dihalakan kepada sistem pilihan raya yang membenarkan perkara ini dilakukan.

Ini kerana halangan yang dikenakan oleh sistem yang ada di negara kita ke atas Ahli Parlimen yang sengaja meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah sangat ringan.

Halangan yang ada hanyalah bahawa Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan ini hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen bagi tempoh lima tahun (Perkara 48(6) PP).

Halangan yang lain adalah bahawa kekosongan luar jangka yang berlaku dalam tempoh dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar tidak boleh diisi (Perkara 54 PP).

Bagi menghalang PRK yang disengajakan seperti di PD ini dari terus berlaku pada masa hadapan, terdapat lima pilihan yang boleh dilakukan untuk mengubah sistem ini.

Pilihan pertama adalah untuk mewujudkan penalti yang jauh lebih keras kepada mana-mana Ahli Parlimen yang sengaja meletakkan jawatan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Untuk itu, Perkara 48(6) PP perlu dipinda bagi menjadikan Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan ini hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen untuk tempoh seumur hidup.

Pilihan kedua adalah untuk memasukkan peruntukan baru ke dalam PP bagi mengenakan denda wang yang sangat tinggi ke atas Ahli Parlimen yang sengaja meletakkan jawatan.

Invoke Malaysia mengenakan denda RM20 juta kepada calon PRU yang melanggar akujanji dan jumlah ini juga boleh dikenakan kepada Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan.

Pilihan ketiga adalah untuk mewujudkan penalti yang keras kepada parti yang mana-mana Ahli Parlimennya sengaja meletakkan jawatan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Untuk itu, perlu dimasukkan peruntukan baru ke dalam PP bagi menghilangkan kelayakan parti yang Ahli Parlimennya meletakkan jawatan dari terus bertanding di kerusi sama.

Tempoh hilang kelayakan untuk bertanding di kerusi sama kepada parti ini bolehlah difikirkan bersama dan ia boleh juga ditambah dengan denda wang yang sangat tinggi.

Pilihan keempat adalah untuk menjadikan kekosongan kerusi Parlimen yang berpunca daripada tindakan Ahli Parlimen meletakkan jawatan sebagai langsung tidak boleh diisi.

Untuk itu, Perkara 54 PP yang menyatakan kekosongan luar jangka dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar tidak boleh diisi perlu dijadikan langsung tidak boleh diisi.

Pilihan kelima adalah untuk menjadikan sebarang kekosongan kerusi Parlimen hendaklah diisi oleh calon yang dikemukakan namanya oleh parti yang diwakili oleh Ahli Parlimen itu.

Untuk itu, Perkara 54 PP perlu dipinda bagi memansuhkan terus keperluan untuk mengadakan PRK ini dan memadai dengan pilihan pengganti oleh parti yang menang sahaja.

Jika rakyat Malaysia serius mahu membendung amalan Ahli Parlimen yang sengaja meletakkan jawatan maka perlulah diusahakan mana-mana pilihan atau gabungan pilihan ini. - HARAKAHDAILY 26/9/2018

Sumber HD - 26-9-2018

Bahana kemasyhuran terhadap agamawan



BAHAYANYA Abdullah Ubai kerana merosak dari dalam, bahayanya ar-Rajal bin Unfuwah kerana terjun ke seberang.

Abu Hurairah pernah menyebutkan:

"Fitnah ar-Rajal jauh lebih bahaya daripada fitnah Musailamah al-Kazzab."

Musailamah mendakwa dirinya Nabi selepas pulang dari bertemu dengan Nabi S.A.W. Manakala ar-Rajal pula terpesona dengan kemasyhuran dan ramainya pengikut Musailamah, walhal beliau diutus untuk mengajar rakyat Yamamah akan Islam.

Akibat perasaan mahukan kemasyhuran dan ramai pengikut, ar-Rajal menggadaikan imannya. Lalu beroleh kesenangan dan jawatan. Itulah bahayanya kebendaan dan cintakan kemasyhuran terutama agamawan, hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri, iman menjadi taruhan.

Dr Raghib Sarjani menyebutkan, hari ar-Rajal isytihar bersama Musailamah, hampir 40 ribu umat Islam murtad. Dengan alasan yang ampuh, bahawa ar-Rajal diutus Nabi S.A.W ke Qabilah Hanifah untuk memperakui bahawa Musailamah adalah sejawat dengan Muhammad! (Iaitu Nabi). Sebab itu apabila agamawan kecundang, ramailah umat Islam yang keliru akan mengikut di belakangnya. Sebab itu jugalah kemurkaan Allah terhadap Ahli Kitab yang mengetahui kandungan Taurat, Injil dan Nabi akhir zaman, namun mereka menyeleweng demi sesuap nasi:

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ

[al-Baqarah 79]

Orang yang memang sesat seumpama Musailamah, nyata ia menyulitkan kerja dakwah, namun apabila agamawan pula menyebelahi kesesatan, nyata ia lebih menyulitkan kerja dakwah!

Duhai agamawan, perkemaskanlah jati dirimu!

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
26 September 2018 - HARAKAHDAILY 26/9/2018

Sumber HD - 26-9-2018

Hukuman syariah di khalayak: Polemik kekeliruan disengajakan



KRITIKAN terhadap isu pelaksanaan hukuman syariah di hadapan khalayak terus mendapat liputan media rentetan daripada sebatan di khalayak yang dikenakan ke atas 2 pesalah yang cuba melakukan hubungan sejenis iaitu musahaqah (lesbian). Lebih teruk apabila sebilangan pemimpin PH bersuara dan menegaskan bahawa undang-undang hukuman seks hubungan sejenis adalah saki-baki hukuman era penjajahan British dan dianggap hukuman kuno.

Hukuman sebatan syariah di Terengganu dianggap sebagai bersalahan dengan syariah Islam sedangkan ia sememangnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah di Terengganu menerusi Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. Malah sebelum hukuman sebatan dijalankan, kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Pada hakikatnya, tohmahan mereka menunjukkan kedangkalan dalam memahami keindahan perundangan jenayah dalam Islam. Malah mereka tidak mampu menutupi kebaikan dan kehebatan yang ada pada sebatan syariah tersebut. Ia dapat dirujuk kepada:

i. Kesan sebatan yang tidak mencederakan apatah lagi menyeksa. Berbeza dengan sebatan sivil yang mengakibatkan luka yang serius pada bahagian sebatan.

ii. Pesalah dalam keadaan berpakaian patuh syariah. Berbeza dengan hukuman sivil yang didedahkan aurat pesalah untuk disebat.

iii. Pesalah wanita dalam keadaan duduk manakala lelaki dalam keadaan berdiri. Ini menunjukkan penjagaan kehormatan dan maruah.

iv. Sebatan dilakukan setelah disahkan laporan kesihatan oleh pegawai perubatan kerana mengambilkira faktor kemampuan dan tidak mahu terdapat sebarang unsur penyeksaan.

Dalam konteks perundangan jenayah di dalam Islam, Syeikh Ali Ahmad al-Jarjawi di dalam kitabnya ‘Hikmah at-Tasyri' Wa Falsafatuh’ menyatakan bahawa penekanan yang diberikan ialah pencegahan (الزجر) dan didikan (التأديب), bukannya penyeksaan (التعذيب). Inilah ruh kepada pelaksanaan perundangan jenayah di dalam Islam. Dalam isu sebatan syariah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Terengganu, dapat dilihat bagaimana kedua-dua pesalah merasai sebak dan menangis. Bukan kerana sakit namun menginsafi kesalahan yang dilakukan.

Dalam Islam, pelaksanaan perundangan jenayah adalah berobjektifkan kafarah kepada dosa yang dilakukan. Ini boleh difahami daripada kisah wanita Ghamidiyyah yang dikenakan rejam ekoran kesalahan zina, apabila darahnya terkena pakaian Sayyidina Ali bin Abu Talib lantas dicela darah tersebut namun Rasulullah SAW menegaskan bahawa ia adalah darah yang baik. Ini kerana hukuman yang dikenakan hakikatnya sebagai penghapus dosa kesalahan mereka.

Manakala teknikal sebatan di hadapan khalayak awam adalah bersifat ijtihad hakim. Ia boleh diambil daripada sudut pengajaran sebatan dalam kategori hudud sebagaimana terkandung di dalam firman Allah SWT:

{الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ}

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.” [Al-Nur: 2]

Justeru, atas kebijaksanaan hakim dalam mempastikan objektif tercapai pada pencegahan (الزجر) dan didikan (التأديب). Dalam dalam konteks perkara ijtihad, maka pandangan hakim atau pemerintah adalah sesuatu yang diterima sebagaimana kaedah fiqh ada menyebut:

رأي الإمام منوط بالمصلحة

“Pandangan imam adalah bergantung kepada (pencapaian) maslahah.”

Sewajarnya isu sebatan syariah tidak perlu menjadi polemik sekiranya mereka memahami keindahan pada pelaksanaannya. Jika difokuskan kepada perbezaan cara sebatan syariah dan sivil, maka sudah pasti terserlah kebaikan pada sebatan syariah. Namun yang dipolemikkan status sebatan di khalayak ramai sedangkan ia tertakluk kepada kebijaksanaan hakim dalam bidangkuasa yang diberikan kepadanya. Amat malang kritikan negatif itu datangnya daripada orang Islam sendiri yang keliru akibat kejahilan tentang syariat Islam yang sahih. Inilah bahana kejahilan yang lahir daripada umat itu sendiri sebagaimana kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة، إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية

“Sesungguhnya terlerai ikatan-ikatan Islam itu satu persatu apabila terdapat di dalam Islam mereka yang tidak mengenali apa itu jahiliyah.”

Susulan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat melihat suara-suara sumbang yang mengkritik undang- undang hukuman seks hubungan sejenis seperti liwat, musahaqah dan sebatan syariah merupakan polemik kekeliruan yang disengajakan bagi menutup keindahan pelaksanaan perundangan jenayah dalam Islam. Inilah yang disebutkan sebagai Logical Fallacy iaitu kesesatan pemikiran dalam mengemukakan logik sebagaimana teori Red Herring iaitu kritikan bagi mengalihkan fokus seperti mengalihkan fokus kebaikan pelaksanaan syariah dengan mengulang-ulangi istilah maqasid dan keadilan. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan kepada para pendukung agama-Nya dalam memperjuangkan syariat hingga tertegak.

“Islam Memimpin”
“Islam Jalan Penyelesaian”

USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
15 Muharram 1440 / 25 September 2018 – HARAKAHDAILY 25/9/2018

Sumber HD - 25-9-2018

Menyingkap serangan pengganas di Iran



SABTU lalu, 26 rakyat Iran terkorban manakala lebih 60 lagi cedera dalam peristiwa serangan bersenjata pada upacara ketenteraan di Ahvaz, Barat Daya Iran. Dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sejumlah besar penonton yang menonton perbarisan di bandar itu dan cuba menyerang pegawai kerajaan sebelum ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Umat Islam harus mengutuk serangan yang berlaku di Iran itu. Ini kerana ia adalah tindakan yang bersalahan dengan syariat Islam membunuh orang awam yang tidak bersalah. Aplikasi jihad yang bertentangan dengan Fiqh Jihad hanya akan merosakkan lagi imej Islam. Bukan sahaja di Iran, bahkan sekiranya serangan berlaku di negara Barat juga perlu dikecam.

Ahvaz merupakan sebuah bandar di wilayah Khuzestan. Walaupun turut beraliran Syiah, namun mereka daripada etnik minoriti Arab. Ini kerana Khuzestan berada di sempadan Iraq yang turut berbahasa Arab.

Perbezaan ras ini mendorong kepada penentangan rakyat terhadap Kerajaan Iran yang berpusat di Tehran sejak sekian lama. Penentang di Khuzestan menuntut kuasa autonomi dari Kerajaan Iran.

Khuzestan menjadi wilayah paling sulit untuk Kerajaan Iran uruskan. Sejak Revolusi Iran 1979, Khuzestan sering menjadi titik kekacauan. Pejuang pemisah Arab sudah menuntut kemerdekaan dari Kerajaan Pusat yang tidak lagi memberi wala' kepada Barat seperti kerajaan sebelumnya.

Perang Teluk Pertama antara Iraq dan Iran yang menyaksikan US menaja ketenteraan Iraq telah menjadikan Khuzestan sasaran utama Iraq di bumi Iran. Dalam tempoh 9 tahun perang berlangsung, Iraq pernah berjaya menguasai Khuzestan tetapi ditolak oleh majoriti Arab tempatan sendiri.

Bahana Arab Spring turut melanda Khuzestan. Pejuang pemisah melancarkan kempen menuntut kemerdekaan dan autonomi dari Kerajaan Iran, menyaksikan siri-siri protes jalanan yang membawa kepada pertumpahan darah.

Sehingga ke hari ini, konflik politik di wilayah tersebut masih tidak berkesudahan. Protes besar-besaran terhadap kerajaan bermula akhir 2017 hingga sekarang di beberapa wilayah Iran turut tidak mengecualikan Ahvaz. Bandar tersebut mencatat angka kematian yang tinggi daripada rusuhan yang berlaku.

Dari segi geo-strategi, Khuzestan adalah kawasan yang sangat penting bagi mempengaruhi iklim politik dan ekonomi serantau. Ia berada di sempadan Iraq, yang mana negara tersebut sudah berjaya dipengaruhi seteru Iran dari blok Barat. Khuzestan juga kaya dengan telaga minyak, selain berada di pesisir Teluk Parsi yang menjadi medan gas terbesar di dunia. Khuzestan turut berkongsi sempadan laut dengan Kuwait dan Saudi, dua negara sekutu US.

Tuduhan yang dibuat oleh Kerajaan Iran bahawa serangan didalangi oleh Barat dan negara teluk ada asasnya. Selain fakta di atas, mengikut rancangan pemetaan semula Asia Barat yang didalangi oleh US, Iran turut tidak terkecuali. Khuzestan secara khususnya akan digabungkan dengan sebahagian Iraq, Saudi dan Bahrain bagi mewujudkan negara baharu yang disebut dengan berbagai nama seperti Shiistan dan Arabistan, merujuk kepada etnik Arab bermazhab Syiah.

Selepas Afghanistan, Iraq dan Syria berjaya dikuasai, sudah tiba masanya Barat melancarkan fasa berikutnya bagi mengacau Iran pula. Selepas pembaharuan sekatan ekonomi, peminggiran dari komuniti OIC, seruan terhadap Negara Islam bagi memerangi Syiah, dan terbaru pembatalan perjanjian nuklear adalah tindakan-tindakan keras US yang menjadi tanda besar akan berlakunya serangan besar terhadap negara bekas empayar Parsi itu.

Khuzestan pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W dalam sebuah hadis akhir zaman:

لا تقوم السَّاعَة حتى تقاتلوا خُوزاً وكَرْمَانَ من الأعاجم: حُمْر الوجوه، فُطْس الأنوف، صغار الأعين، كأن وجوههم المجان المطرقة، نعالهم الشعر

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi Khuz dan Kerman di kalangan orang bukan Arab. Wajah mereka merah, hidung mereka penyet, mata mereka sepet dan muka mereka ibarat perisai yang diketuk (bulat), alas kaki mereka diperbuat daripada bebulu."

[HR Bukhari]

Bagi maklumat lanjut mengenai kupasan hadis di atas juga mengenai Khuzestan, Iran dan geo-politik serantau, boleh dapatkan buku saya bertajuk Huraian Hadis Geo-Eskatologi; Jejak Lokasi dan Kronologi. Banyak lagi maklumat lanjut berkenaan hadis-hadis akhir zaman yang sering menimbulkan tanda tanya. InsyaAllah buku ini membantu kita untuk sama-sama berfikir seterusnya mengambil langkah yang perlu. Boleh berhubung dengan Ustaz Hafiz (0104646295).

14 Muharram 1440
24 September 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 24/9/2018

















Sumber HD - 24-9-2018

Benarkah PAS menolak kemerdekaan?

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8177-benarkah-pas-menolak-kemerdekaan
SAYA terbaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Kenapa Saya Tentang PAS”.
Di dalam tulisan beliau itu, Tun Dr Mahathir menyebut mengenai PRU 1955 di mana dinyatakan oleh beliau bahawa, “Dalam PRU itu isu utama ialah kemerdekaan”, “Sementara Umno dalam Perikatan tuntut kemerdekaan selepas PRU, PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan”, “Perikatan mendapat 51 (daripada 52) kerusi”, “PAS memenangi hanya satu kerusi” dan “Jelas penolakan kemerdekaan merugi PAS”.

Saya tidak pasti dari mana kenyataan “PAS menolak kemerdekaan” atau “PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan” ini diambil tetapi rekod-rekod sejarah yang saya sendiri temui menunjukkan bahawa:
●     Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Dewan Madrasat ad-Da'irat al-Ma'arif al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai, pada 3 Januari 1953 telah memilih “merdeka” sebagai cogan kata PAS.
●     Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Dewan Madrasat ad-Da'irat al-Ma'arif al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai, pada 3 Januari 1953 telah meluluskan 7 rancangan politik PAS yang dua daripadanya adalah berbunyi “memperkenalkan kemerdekaan tulen kepada rakyat, menanamkan semangatnya dan menunjukkan cara-cara mencapainya” dan “menegakkan sebuah negara merdeka yang didirikan oleh rakyat, daripada rakyat, kerana rakyat”.
●     PAS telah, di atas pertimbangan untuk mencapai kemerdekaan negara, menghantar Ahmad Fuad Hasan dan Muhammad Hanif bagi menghadiri Persidangan Kebangsaan anjuran 16 orang-orang terkemuka termasuk 7 Menteri Besar mulai 6 Mei 1953.
●     PAS telah, di atas pertimbangan untuk mencapai kemerdekaan negara, menghantar Muhammad Hanif dan Ahmad Awang bagi menghadiri Perhimpunan Kebangsaan anjuran Umno-MCA pada 23 Ogos 1953.
●     Ekoran tindakan Persidangan Kebangsaan memutuskan ketidaksetujuannya ke atas tuntutan supaya Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan diadakan pada tahun 1954 dan ekoran tindakan Perhimpunan Kebangsaan perhimpunan meluluskan satu ketetapan yang menuntut supaya Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan diadakan pada tahun 1954 maka Mesyuarat Agung Khas PAS di Madrasat al-Masriyyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, pada 26 September 1953 telah meluluskan usul menghentikan penyertaan PAS di dalam Persidangan Kebangsaan dan meneruskan penyertaan PAS di dalam Perhimpunan Kebangsaan dengan syarat “PAS tidak terikat jika sekiranya ada perkara-perkara yang tidak sesuai dengan PAS”.
●     Berakhirnya penyertaan PAS di dalam Perhimpunan Kebangsaan pada 11 Oktober 1953 bukanlah disebabkan oleh ketidaksetujuan PAS ke atas tuntutan kemerdekaan, tetapi adalah disebabkan bantahan dua wakilnya, iaitu Muhammad Hanif dan Mohd Asri Muda, ke atas cadangan jawatankuasa perhimpunan itu untuk memperluaskan hak-hak mengundi kepada penduduk-penduduk yang belum diakui taraf kerakyatan mereka mengikut dasar jus soli telah ditolak oleh mesyuarat perhimpunan itu.
●     Manifesto PAS dalam PRU 1955, yang diadakan pada 27 Julai 1955, sendiri secara sangat jelas menyebut pada bahagian "Siasah"-nya bahawa, jika mencapai kemenangan, wakil-wakil rakyat PAS akan “berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kemerdekaan Malaya dengan secepat mungkin”.
●     Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-5 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 23, 24 dan 25 Disember 1956 telah meluluskan usul “supaya tarikh kemerdekaan Malaya tidak mahu bergenjak dari 31 Ogos 1957”.
●     Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-5 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 23, 24 dan 25 Disember 1956 telah meluluskan usul “supaya kemerdekaan yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 itu hendaklah kemerdekaan yang penuh berdaulat dalam erti kata yang sebenar-benarnya”.
●     Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-6 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 24 dan 25 Ogos 1957 telah meluluskan usul “menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berjuang dahulu dan sekarang sehingga lahirnya kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957”.
Berdasarkan rekod-rekod sejarah ini maka tidak tepatlah kenyataan “PAS menolak kemerdekaan” atau “PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan”. - HARAKAHDAILY 20/9/2018

Sumber HD - 0-9-2018



Kerjasama strategik Pas-Umno bakal mengalahkan PH dalam PRU15 kelak
LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <













Menurut Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Muein Abadi, ini kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno (berdasarkan kajian kuantitatif Ilham Centre) untuk menguasai majoriti di Parlimen.

“Undi Umno dalam PRU14 lalu ialah 2.5 juta. Undi Pas dalam PRU14 lalu ialah 2.04 juta,” katanya menerusi satu kenyataan dilapor Sinaronline.

Jelasnya, usaha PH mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan Umno-Pas berdasarkan pola undi popular dalam PRU14 lalu.

“Undi popular kedua-dua Pas dan Umno jauh meninggalkan undi Parti Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU14 lalu.

“Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk,” katanya.

Katanya, demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU14 lalu.

Jelasnya lagi, penguasaan Pas di Kelantan dan Terengganu serta Umno di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman Pas-Umno menjelang PRU15.

“Melalui kerjasama strategik Pas-Umno, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka,” katanya.

Katanya lagi, Kerajaan PH di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama Umno-Pas. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker Dun dan tuntutan tanah 999 tahun.

Jelasnya, dengan timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal
memberi impak ke atas pola undian PH – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada Pas-Umno (PKR Anwar).

Dalam pada itu, tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ ,sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan, bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada Pas-Umno.

“Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan Pas-Umno sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.

“Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor dan Johor,” katanya. 

Sumber MR - 18-9-2018













Jangan terperangkap dalam sangkar musuh


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8165-jangan-terperangkap-dalam-sangkar-musuh

MAAF cakap. Tapi agak kecewa dengan sikap orang kita yang aktif di media sosial. Walaupun Muktamar dua hari cukup padat dengan ilmu dan idea, tetapi perkara tersebut tidak begitu tersebar di alam maya. Ucapan dasar, perbahasan perwakilan, penggulungan dan penangguhan pimpinan tidak menjadi viral. Sebaliknya boleh dikatakan kebanyakan sibuk menyambut serangan musuh mengenai baju Amal. Padahal itu cuma isu yang sengaja disensasikan. Kenapa perlu menari ikut rentak musuh? Kenapa tidak bawa agenda sendiri?

Tidak tahu, apakah fokus kepada isu Amal adalah satu langkah strategik dari organisasi parti sendiri, ataupun inisiatif facebookers dan mujahid siber PAS akibat tidak memiliki sebarang agenda strategik yang lain. Jika ia adalah langkah strategik, maka tiada pertikaian lagi. Mungkin ada maslahahnya tersendiri. Tetapi jika inisiatif akar umbi, saya rasa perlu perbetulkan kembali fokusnya. Amat malang jika respon ini adalah hasil umpanan musuh politik.

Mungkin fenomena ini timbul kerana mentaliti kita masih simplistik dan tidak berapa gemar memberatkan pemikiran. Lebih suka melayan provokasi dan sentimen murahan. Jika benar ini faktornya, malanglah PAS. Parti bernuansa Islam ini sepatutnya berdiri atas dasar ilmu dan agama. Bukan sentimen dan rasa.

Joseph Liow, fellow Brookings Institute pada 2003 menyatakan PAS kuat kerana ahlinya dipupuk dengan perbincangan berat mengenai ideologi (fikrah). Ini menyebabkan mereka susah dirosakkan. Tahun 2017 beliau menyatakan pula bahawa Islamis di Malaysia sudah tidak pentingkan perihal ideologi menyebabkan mereka senang terdorong utk bersikap oportunis. Maknanya, kualiti ahli sudah berubah ke tahap membimbangkan.

Ayuh ahli PAS. Buktikan dapatan Joseph Liow ini silap. Bangkit semula dengan kembali membincangkan perihal ideologi dan ilmiah di media sosial. Olah dalam bentuk yang sesuai bagi mentaliti rakyat setiap lapisan. Tugas utama kita dakwah, sementara politik hanyalah alat dan wasilah. Tetapkan jati diri, jangan tertukar matlamat, barulah tidak mudah terikut rentak asing.

8 Muharram 1440
18 September 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 18/9/2018

Sumber HD - 18-9-2018

Kerjasama PAS-UMNO Sekat Kemaraan Liberal

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

















KEMARAAN golongan liberal daripada pelbagai kumpulan dalam politik Malaysia sejak sedekad lalu menuntut kerjasama lebih rapat antara PAS dan UMNO bagi memastikan kuasa untuk mempertahankan dan melaksanakan Islam tidak terus terhakis.

Kumpulan seperti Sisters in Islam, Islamic Rennaissance Front, dan kumpulan lain yang bergiat melalui pelbagai platform dalam politik negara semakin lantang dan berani selepas Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Sudah dapat dilihat beberapa tindakan yang dilakukan dengan kuasa sebagai kerajaan seperti menilai semula peranan Jakim dan usaha menutup IKSIM, dan penonjolan aktivis liberal di media perdana negara yang disokong oleh menteri sendiri.

Menteri-menteri PH pula terdiri daripada mereka yang sedia mengemukakan pandangan berkaitan Islam yang lebih menyebelahi ideologi PH yang dikatakan berdasarkan prinsip rahmatan lil alamin, tetapi sebenarnya diselewengkan.

Justeru, langkah ke arah kerjasama lebih rapat antara PAS dan UMNO yang disaksikan dalam muktamar PAS ke-64 wajar dipandang positif oleh umat Islam.

Kehadiran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tetamu yang duduk sekali dengan barisan kepimpinan PAS memberi isyarat yang baik dalam usaha membela Islam di negara ini.

Selain Ahmad Zahid, hadir sama ialah Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Annuar Nasarah.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam.

Kerjasama ini mesti mengambil kira pendekatan “Islam memimpin” seperti yang disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya.

Tindak-tanduk dan kenyataan menteri-menteri PH sudah jelas menunjukkan mereka tidak boleh diharapkan untuk membantu menjaga kedudukan Islam.

Malah, walaupun ada suara-suara menuntut pembelaan Islam dalam kalangan PH, suara itu akan segera ditutup dan dihalang oleh parti yang lebih berkuasa.

Maka ini menunjukkan PAS dan UMNO mesti mengambil tanggungjawab membela Islam dengan mewujudkan dan mengukuhkan satu kerjasama kalangan parti Melayu Islam.

Sudah tentu, pihak PH dan mereka yang berkepentingan mendukung ideologi liberal akan bimbang dan cuba menggugat kerjasama ini dengan pelbagai cara.

Seperti yang dijangka, pemimpin-pemimpin PH dan media liberal mengecam dan mempermainkan kerjasama ini.

Mereka menawarkan ulasan yang mendakwa kerjasama ini akan mengakibatkan kedua-dua parti rugi kerana penolakan rakyat.

Kerjasama yang sudah bermula dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sudah menunjukkan tanda-tanda menjanjikan.

Kerjasama lebih rapat berdasarkan kepentingan bersama membela Islam dan orang Melayu mesti terus diperkukuhkan mulai saat ini, kerana PH dan pendukung-pendukung liberalnya terus rakus dan tidak berehat daripada agenda mereka meliberalkan negara ini. – Mynewshub.tv

Sumber MR - 16-9-2018
















 Kerjasama Pas-Umno: 100 Fakta Kuasa Melayu-Islam

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
















1. Kerjasama strategik PAS-UMNO bakal mengalahkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan PAS dan UMNO untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).

2. Undi UMNO dalam PRU-14 lalu ialah 2.5 juta.

3. Undi PAS dalam PRU-14 lalu ialah 2.04 juta.

4. Usaha Pakatan mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU-15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan UMNO-PAS berdasarkan pola undi popular dalam PRU-14 lalu.

5. Undi popular kedua-dua PAS dan UMNO jauh meninggalkan undi Parti Pribumi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU-14 lalu.

6. Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi Syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk. 

7. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU-14 lalu.

8. Pengakuan terbuka Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bahawa UMNO sedang berusaha untuk kembali menjadi kerajaan dengan kaedah rundingan seolah-oleh membenarkan desas-desus kerjasama UMNO-PKR (Anwar) di balik tabir.

9. Tindakan Zahid Hamidi ‘merestui’ niat Nazri Aziz dan Shahidan Kassim untuk berkempen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson menjadi petunjuk tambahan.

10. Sekiranya terbukti benar, maka Zahid Hamidi kini sedang dalam langkah membentuk kerjasama bukan sahaja UMNO-PAS, tetapi juga UMNO-PKR (Anwar).

11. Ditambah pula dengan kunjungan hormat Anwar Ibrahim bertemu Tan Sri Taib Mahmud, tokoh Parti PBB yang paling berpengaruh di Sarawak memberi satu bayangan: 13 kerusi parlimen diterajui PBB yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terlibat dengan percaturan penting.

12. Malah, jika Tun Mahathir bertindak mengharamkan UMNO susulan isu 1MDB, ahli UMNO boleh segera menyertai PAS – atas dasar kerjasama pemimpin UMNO-PAS ketika ini – sebagai reaksi balas untuk mewujudkan blok lawan yang kuat menghadapi Pakatan dalam PRU-15.

13. Demikian juga jika PKR berpecah susulan pemilihan 2018, kem PKR yang mesra dengan rundingan Zahid Hamidi boleh bekerjasama secara tidak langsung dengan PAS dalam menghadapi lawan PKR yang pastinya cenderung kepada Azmin Ali dan Tun Mahathir.

14. Penguasaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta UMNO di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman PAS-UMNO menjelang PRU-15.

15. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim Pakatan yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan PAS dan Biro Kebajikan UMNO.

16. Melalui kerjasama strategik PAS-UMNO, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.

17. Malah penguasaan Pakatan yang diterajui Parti Pribumi di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan Pakatan sendiri.

18. Kerajaan Pakatan di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama UMNO-PAS. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker DUN dan tuntutan tanah 999 tahun.

19. Pergolakan dalaman PKR antara kem Anwar-Rafizi-Abdullah Sani-Nurul Izzah-Saifuddin Nasution bertembung dengan Azmin-Zuraida Kamaruddin-Amirudin Shari-Tian Chua-Dr. Afif Bahardin-Latheefa Koya bakal memungkinkan cah keting berlaku sesama PKR pasca Pemilihan 2018 menuju PRU-15.

20. Isu peralihan kuasa antara Tun Mahathir kepada Datuk Seri Anwar bukan sahaja bakal memberi impak kepada politik dalaman PKR, bahkan juga perpecahan antara sesetengah pemimpin dan ahli parti Pakatan; terutama sekali antara PPBM dengan PKR, PKR dengan Amanah. Kemungkinan besar ‘cah keting’ antara PPBM dengan PKR (Kem Rafizi-Abdullah Sani-Anwar) dalam PRU-15 kelak juga sukar untuk dinafikan.

21. Kewujudan gabungan PAS-UMNO sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU-15 bakal menarik undi protes segmen PKR, PPBM, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Tun Mahathir-Anwar.

22. Pemberian royalti petroleum 5% kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri PAS tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam PAS-UMNO. Apatah lagi jika 20% diberi seperti mana Manifesto Pakatan.

23. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada Pakatan Harapan seperti mana yang dijanjikan Pakatan dalam PRU-14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20% royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.

24. Sebaliknya, kerajaan Pakatan khususnya Azmin Ali dan Dr. Radzi Jidin jelas cuba mengelak daripada memberikan 20% royalti kepada kesemua negeri pengeluar minyak dengan pelbagai alasan. Sepatutnya royalti petroleum juga dibayar kepada empat negeri pengeluar setidak-tidaknya Oktober 2018. Namun hingga kini keputusan akhir belum dibuat Pakatan.

25. Berbeza dengan pemahaman kebiasaan pemberian royalti yang melibatkan ‘hasil pengeluaran’, Pakatan sebaliknya cuba mencari jalan dengan mereka kaedah pengagihan baharu iaitu pemberian berdasarkan ‘hasil keuntungan’.

26. Cadangan pembayaran daripada hasil keuntungan ini ditolak keras Kerajaan PAS Terengganu, PAS Kelantan, dan GPS Sarawak kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Malah, ia juga mengurangkan hasil yang sepatutnya menjadi hak negeri-negeri pengeluar petroleum.

27. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana MP Pakatan menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi MP pembangkang termasuklah UMNO dan PAS.

28. Malah, tindakan Pakatan cuba membatalkan projek ECRL sepenuhnya di Pantai Timur seolah-olah menghukum dan menafikan majoriti orang Melayu Pantai Timur dari mencapai pembangunan strategik jangka panjang – tanpa sebarang perancangan alternatif.

29. Berdasarkan pengumuman Tun Mahathir bahawa bajet 2019 bakal menyaksikan banyak pihak tidak berpuas hati, ia akan menjadi kesilapan besar jika royalti kepada Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak dikurangkan.

30. Kerjasama UMNO-PAS di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) UMNO Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara Pakatan menangani isu royalti berterusan tidak cermat.

31. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka.

32. Senario ini membayangkan kemungkinan Pakatan terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan UMNO-PAS-PKR (Anwar) bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan Warisan Sabah dan GPS di Sarawak.

33. Tindakan Pakatan mengangkat individu yang mendedahkan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong sebagai Penasihat Perdana Menteri akan dikenang sebagai cabaran kepada institusi Beraja. Demikian juga tindakan Pakatan yang tidak mengambil tindakan ke atas pengarang Sarawak Report yang memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam kes Jho Low dan TIA bakal memberi mesej kelemahan memelihara maruah institusi Beraja.

34. Timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian Pakatan – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada PAS-UMNO (+PKR Anwar).

35. Tindakan Tun Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ – sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan – bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada PAS-UMNO.

36. Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan PAS-UMNO sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.

37. Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor dan Johor.

38. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di mana Pakatan hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU-14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi Pakatan di Sungai Kandis.

39. Tindakan Pakatan mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Tun Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang PAS-UMNO tanpa tiga penjuru.

40. Gandingan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan dapat disinergi di bawah pimpinan YB Muhammad Khalil Abdul Hadi lulusan Portsmouth University UK dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki lulusan Loughborough University, UK.

41. Saiz jentera penerangan dan media PAS dan UMNO bakal mengasak kerajaan Pakatan dengan lebih agresif hasil kerjasama PAS-UMNO. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara PAS dan UMNO juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas Pakatan seperti dalam sistem politik dwi-parti.

42. PAS Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah.  Setakat ini GBS menyatukan UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.

43. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama PAS-UMNO.

44. Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan Biro Pendidikan Politik UMNO boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran Pakatan hari ini.

45. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan UMNO untuk memantau dan memberi input berguna kepada Kementerian Pakatan yang berkaitan.

46. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan UMNO dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

47. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani UMNO di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar Pakatan di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perlis.

48. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama PAS-UMNO.  Selain daripada PRK DUN Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU-14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:

49. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.

50. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.

51. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

52. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.

53. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.

54. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.

55. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.

56. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.

57. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.

58. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.

59. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.

60. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.

61. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.

62. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.

63. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.

64. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

65. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

66. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

67. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

68. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

69. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

70. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

71. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

72. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

73. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

74. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

75. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

76. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

77. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

78. Maka sekiranya Pakatan Harapan mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi UMNO dan 18 kerusi yang dimenangi PAS, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan UMNO-PAS.

79. Jumlah 101 kerusi ini (54 UMNO campur 18 PAS campur 29 PAS-UMNO) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada Pakatan Harapan untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

80. Kerjasama strategik PAS-UMNO juga menepati empat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bererti “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”.  Keputusan bekerjasama dengan UMNO dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU-15 kelak bakal memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.

81. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”.  Demikianlah UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang dahulu – di mana UMNO hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh PAS. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.

82. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”. Kerjasama dengan UMNO mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan Pakatan berisiko seperti kes YB Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Tun Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.

83. Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang maksudnya ialah “memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”. Contoh menarik yang disebut Presiden PAS berkenaan ialah cara Rasulullah S.A.W “merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah…Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah”.  Demikian juga kerjasama PAS-UMNO ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung PAS yang sekian lama berhadapan dengan UMNO – Namun harus mereka ingat bahawa UMNO yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.  Bukannya UMNO hari ini yang dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

84. Ulama PAS dan Ulama UMNO bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik Pakatan seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ YB Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.

85. Dalam mendepani isu-isu hal ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah Pakatan Harapan, kerjasama PAS-UMNO melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS dengan Biro Antarabangsa UMNO Misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara PAS dan UMNO, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti Misi bantuan kepada Rohingya sebelum ini.

86. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama UMNO-PAS.

87. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’.

88. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan PAS dan Biro Pendidikan UMNO.

89. Institusi Pendidikan PAS seperti TASTI, PASTI, SRITI, KUIZM, KUDQI, KIDU, dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli UMNO.

90. Kerjasama PAS-UMNO juga akan dapat dilimpahkan ke kerjasama PAS-BN seperti mana kunjungan MIC kepada Presiden PAS baru-baru ini.  Begitu juga dengan PAS tidak meletakkan calon di PRK DUN Balakong memberi laluan sepenuhnya kepada MCA.

91. Dakwah PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA – dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.

92. Cabaran dalaman UMNO seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru ke arah me‘Liberal’kan UMNO dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan PAS.

93. Isu Pindaan Rang Undang-undang 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama PAS dan UMNO ke atas pihak Pakatan.

94. Kerjasama NGO dan parti politik – termasuklah NGO Melayu-Islam – dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara UMNO dan PAS boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.

95. Biro Agama UMNO dan Lajnah Dakwah PAS boleh bekerjasama – termasuklah dengan kerajaan Pakatan - dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

96. Muslimat PAS dan Wanita UMNO boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam Pakatan Harapan.

97. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah PAS dan Puteri UMNO agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah Pakatan Harapan.

98. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia UMNO dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan menjelang PRU-15.

99. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah PAS dengan dua Biro UMNO iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Kebajikan Masyarakat UMNO. Apatah lagi dengan dasar Pakatan yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja.

100. Kesimpulannya, kerjasama UMNO-PAS melalui kerangka Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqi’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU-15 bakal membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin – mengalahkan anasir-anasir Kapitalis Kroni, Apologis agama, Nepotisme keluarga, Liberal, dan Sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi Pakatan Harapan hari ini.

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber MR - 16-9-2018

 PAS gesa SPRM siasat kerusi Parlimen Port Dickson

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

















Pusat Penyelidikan PAS (PPP) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Danyal Balagopal Abdullah kerana mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson, untuk memberi laluan kepada Presiden PKR bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ada kemungkinan berlaku sogokan di sebalik pengosongan kerusi itu, yang menimbulkan kecurigaan dalam kalangan masyarakat.

Bagi mengukuhkan dakwaan terdapat unsur sogokan, beliau menggariskan beberapa petunjuk kemungkinan terdapatnya unsur-unsur sogokan itu timbul iaitu:

  1. Keputusan untuk mengarahkan Datuk Danyal meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen tidak dibuat secara sah oleh organisasi PKR yang berkaitan, tetapi hanya oleh segelintir pimpinan PKR yang rapat dengan calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal;
  2. Calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal sebagai ahli Parlimen Port Dickson itu, juga diuar-uarkan bakal menjadi PM ke-8, sememangnya mempunyai rekod sabitan kes salah guna kuasa pada tahun 1999; dan
  3. Calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal itu juga telah dituduh oleh bekas Menteri Luar, Dato Seri Anifah Aman, cuba menyogoknya dengan jawatan dan wang supaya melompat parti membentuk kerajaan baru pada tahun 2008.
“Berdasarkan petunjuk-petunjuk di atas, terdapat kemungkinan calon yang mahu mengambil tempat Datuk Danyal itu melakukan sogokan, supaya kerusi Parlimen itu dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mohd Zuhdi juga memberi tiga alasan, jika sogokan ini benar-benar berlaku iaitu:
  1. Pengosongan kerusi tersebut dilihat telah mengkhianati mandat pengundi-pengundi Parlimen Port Dickson pada PRU ke-14 yang lalu, setelah mereka memberi sokongan yang agak besar kepada Datuk Danyal;
  2. Mengadakan Pilihan Raya Kecil semata-mata untuk memenuhi kemarukan seorang ahli politik yang tidak sabar-sabar untuk menjadi PM, akan menelan kos jutaan ringgit serta menyebabkan kerugian besar dana negara; dan
  3. Bakal calon Parlimen Port Dickson yang diuar-uarkan akan menjadi PM yang ke-8, adalah seorang yang pernah terpalit dengan kes salah guna kuasa dan kerendahan moral, pastinya amat tidak sesuai untuk menerajui negara.
Sehubungan itu, katanya, PPP mendesak SPRM membuka siasatan, kemungkinan berlakunya sogokan sama ada dalam bentuk jawatan dan wang yang menyebabkan Ahli Parlimen Port Dickson itu meletak jawatan.


Sumber MR - 14-9-2018

Perlu fahami kerangka keindahan Islam


KUALA TERENGGANU: Kecelaruan yang dihadapi oleh Islam terkini sebenarnya timbul kerana kesan daripada kekeliruan fikrah para pemimpin politik Islam, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.

Kelompok sekular, Islamis demokrat, post Islamisme, Islam inklusif dan Islam progresif yang bercantum di bawah payung Pakatan Harapan bukan sahaja gagal mengangkat kemuliaan Islam, bahkan telah gagal menterjemahkan makna Islam yang sebenar sehingga Islam yang mulia menjadi begitu dagang di mata mereka.

“Hakikatnya, para pemimpin politik itu mengalami kekaburan dalam memahami tasawur Islam yang sebenar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke -57 di Hotel Permai, di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka tidak memahami Islam dari sumber al-Quran dan Sunnah, tetapi mengambil Islam dalam konotasi yang dibina oleh Barat, sedangkan Barat sangat memusuhi Islam.

"Agenda yang dimulakan oleh Barat sekian lama untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan Islam ala Amerika, kini menjadi racun yang ditelan oleh anak-anak didik mereka yang sedang memimpin politik umat.

"Kita telah beralih dari satu generasi pemimpin umat Islam yang sekular kepada generasi kepemimpinan baru umat Islam yang mendukung Islam ala Amerika," ujarnya.

Tambahnya,, mereka melaungkan slogan Islamisasi, mereka mendakwa sebagai Islamis dan mereka bergerak seperti harakah Islam, tetapi mereka tidak membawa agenda Islam yang sebenar.

Jelasnya, kefahaman mereka terhadap Islam tidak bertepatan dengan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Tambah beliau, mereka menerima politik Islam, tetapi mereka menolak parti politik Islam.

"Mereka menerima sistem politik Islam, tetapi mereka tidak mahu melaksanakan syariat Islam. Mereka mengatakan Islam itu syumul, tetapi mereka berdalih untuk tidak melaksanakan hukum Islam.

"Mereka sebenarnya masih melihat Islam dari kaca mata sekular, dengan menghadkan Islam dalam urusan ibadat sahaja, meletakkan Islam di antara hati dan masjid, menjadikan Islam sebagai agama peribadi dan enggan menguruskan seluruh urusan dunia dengan agama Allah," katanya. – HARAKAHDAILY 13/9/2018

Sumber HD - 13-9-2018


PM 4.0 pernah nafikan hak rakyat Kelantan



RAKYAT benar-benar berharap Malaysia Baharu ada perubahan. Berubah cara berfikir, pendekatan dan strategi. Namun malangnya kata orang kampung ia sekadar mimpi siang hari.

Lebih-lebih lagi kaedah berpolitik. Ada orang sebut - sekadar salin kulit. Dahulu biru tua, sekarang biru muda.

Kalau sebelum ini ada menteri BN asyik menjaja, kerajaan pusat banyak membantu Kelantan. Sekarang drama lama itu juga diulang-ulang.

Pada 21 Julai 2017 bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerajaan pusat komited membantu Kelantan demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya peruntukan terus disalur untuk pembangunan negeri berkenaan yang tertinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Jumlahnya RM12.7 bilion.

"Selama 27 tahun Barisan Nasional menjadi pembangkang di negeri tersebut tapi kita tetap berbuat baik dengan rakyat Kelantan,” katanya pada satu program di Ketereh.

Kenyataan Kelantan mendapat peruntukan pusat bukan sekadar dijaja menteri, sebaliknya pegawai di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga membebel isu serupa.

Nawaitunya jelas, mahu menggambarkan PAS tidak mampu mentadbir Kelantan. Dan babak-babak seperti itu diulang semula di bawah Malaysia baharu sekarang.

Lalu berkatalah Menteri Kewangan, bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan berjumlah RM913 juta.

Ia bagi tempoh 2013 hingga 2017, pemberian bagi negeri yang kekurangan wang dalam akaun mengurus.

Kata seorang pemimpin, samalah dengan seorang ayah mempersoalkan pemberian wang kepada anaknya. Lalu disebut tanpa bantuan ayah, anaknya berdepan kesukaran.

Sedangkan bantuan seperti itu disenaraikan dalam perlembagaan. Negeri yang menghadapi geran defisit perlu dibantu kerajaan pusat.

Kadang-kadang menteri PH masih terbawa stail pembangkang. Sejak merdeka sehingga 9 Mei lepas mereka juga pembangkang seperti PAS.

Mungkinkah adegan seperti itu menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad belum berpuas hati terhadap prestasi menteri-menterinya.

Nampaknya Lim Guan Eng menteri yang paling kerap membuat latah. Isu hutang negara RM1 trilion, silap baca titk perpuluhan dan harga rumah tidak turun mempopular menteri terbabit.

Guan Eng seperti tidak mahu diakronim lagi dengan Omar Abdul Aziz. Beliau dilihat seperti berbangga dapat memperlecehkan Kelantan.

Sedangkan sketsa seumpama itu sudah berpuluh tahun disebut menteri Umno sebelum ini. Menteri PH perlu ada anjakan baru, biar nampak ada wibawa.

Itu belum didedah lagi sebahagian bantuan kerajaan pusat tersebut dalam bentuk pinjaman dan bukan sumbangan.

“Yang kerajaan bagi RM550 juta itu hanyalah pemberian dalam bentuk pinjaman,” kata Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Selongkar

Isu pokok yang patut diselongkar mengapa Kelantan masih lagi berdepan kekangan sumber hasil. Semua orang pun tahu.

Kelantan tiada pelabuhan, airport bertaraf antarabangsa dan lebuh raya.

Permohonan pelabur membina pelabuhan di Tumpat diketepikan begitu sahaja kerajaan pusat.

Begitu juga jajaran Lebuh Raya Pantai Timur hanya berakhir di Terengganu. Pembesaran lapangan terbang juga tinggal di atas kertas.

Pulau Pinang, Selangor atau Johor pun senasib dengan Kelantan kalau tiada infrastruktur tersebut.

Menteri PH tidak perlu perah otak untuk mendamaikan ekonomi Kelantan. Bayar royalti milik Kelantan yang sekian lama tertunggak. Sedangan pengeluaran hasil di perairan Kelantan dipunggah sejak 2004.

Mungkin hasil maksum milik rakyat Kelantan itu dialir arwah kerajaan BN ke negeri-negeri lain. Malah isu royalti pernah menjadi perjuangan pemimpin PH yang bergelar pembangkang sebelum ini.

Lalu bersuaralah cendikiawan di pusat pengajian tinggi. Mereka mahu kerajaan PAS menerima teguran Guan Eng dengan dada terbuka.

Sebagai sarjana sepatutnya mereka cuba belek sejarah. Kelantan menjadi mangsa diskiriminasi sejak 1990 sehingga sekarang.

Sifir politik agak mudah. Kerajaan PH juga perlu menebus dosa Perdana Menteri (PM) 4.0 yang pernah menafikan pendaratan gas di bumi Kelantan.

Ini kalilah masanya. Jangan pula jadi macam si Tanggang, lupa segala-galanya selepas bermenantu anak raja. – HARAKAHDAILY 13/9/2018

Sumber HD - 13-9-2018


Krisis integriti dalam politik di Malaysia (Siri 2)



MENGAPA PAS terlepas dari budaya buruk dan virus yang menghinggapi semua parti politik di Malaysia?

Hal ini tidak berlaku dalam PAS kerana beberapa alasan.

Asas utamanya kerana ahli, pimpinan dan organisasi PAS memahami prinsip integriti daripada perspektif Islam.

Perkataan an-Nazaahah atau integriti banyak diperkatakan oleh ulamak terdahulu sebagai salah satu sifat yang mulia. Antaranya disebut oleh Ibn Al-Jauzi:

“Dalil kesempurnaan gambaran batin ialah kebaikan tabiat dan akhlak. Maka tabiat itu terdiri daripada sifat menahan diri daripada keburukan, integriti, menjauhi kejahilan serta menjauhi keburukan….”

Nilai amanah yang menjadi salah satu nilai yang membentuk integriti banyak diperkatakan di dalam al-Quran. Antaranya ialah sifat amanah yang membentuk integriti yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Musa A.S:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

"(Maksudnya) Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."

(al-Qasas: 26)

Pimpinan PAS pula mempunyai beberapa kekuatan yang disebut oleh kepimpinan Pemuda iaitu:

●      Kejayaan dari pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan sahaja terbukti bebas rasuah, malah menunjukkan prestasi kewangan sangat cemerlang. Semua ini lantaran ketelusan yang bermula dari dasar parti menerajuinya iaitu PAS.

●    Kejayaan itu tidak hanya kerana ketelusan dan amanah pentadbiran, tetapi turut disumbang oleh kecekapan pengurusan yang bermula dari sekecil perkara yakni berjimat cermat. Lebih penting, ia adalah kekuatan aspek rohani di mana mendidik perihal ketakwaan; sesuatu yang tiada dalam ajaran selain Islam.

●      Islam yang menjadi dasar kepada parti PAS inilah hingga perkara itu dibuktikan dengan pengiktirafan markah 99.0 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan.

●      Pencapaian ini berlaku dalam keadaan Kelantan dinafikan bayaran royalti petroleum, sehingga mampu mentadbir sedemikian dengan kekurangan sejak tahun 1990 angkara sekatan Kerajaan Persekutuan. Prestasi sama ditunjukkan semasa PAS mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu tahun 1999 dan Kedah tahun 2008 dahulu.

Perkembangan terkini dalam PAS

Apa yang berlaku dalam konteks politik pra PRU14, PAS telah difitnah menerima rasuah oleh pihak Sarawak Report. Tanpa mengambil kira apakah fitnah itu benar atau sebaliknya, nama PAS dan pimpinan mereka telah difitnah sebegitu rupa sehingga RM90 juta dikatakan masuk ke dalam kantong PAS atau pemimpin mereka. 

Persoalan yang timbul, apakah isu ini akan digunakan dalam PRU15 akan datang atau mana-mana PRK yang akan berlaku?

Persoalan juga timbul apakah langkah yang patut diambil oleh pimpinan PAS supaya fitnah demikian boleh ditolak dengan mudah?

Apakah pula usaha yang boleh dilakukan oleh ahli mereka bagi memastikan nama baik pemimpin mereka, Ahli Majlis Syura (AMS), Ahli Dewan Harian (ADH), AJK PAS Pusat dan seluruh kepimpinan mereka dapat diselamatkan dari fitnah yang melibatkan integriti pimpinan mereka tercalar pada masa yang akan datang.

Persoalan ini akan dijawab dengan beberapa pandangan di bawah:-

Mengapa perlunya Jawatankuasa Integriti

Penubuhan jawatankuasa ini sangat penting untuk memastikan pimpinan PAS terselamat daripada sebarang fitnah pada masa yang akan datang. Jika berlaku apa sahaja bentuk fitnah daripada mana-mana pihak, maka pihak jawatankuasa ini boleh mengadakan siasatan, lawatan dan akhirnya mengesahkan bahawa mereka tidak melakukan sebarang bentuk tindakan yang boleh mencemarkan kedudukan mereka terutama sebagai pemimpin PAS. Jika kita sebagai ahli parti melihat pucuk pimpinan didakwa melakukan korupsi dalam pentadbiran negeri, pengurusan politik dan lain-lain, aduan dan laporan dalam bentuk penyerahan bukti, persaksian boleh dibuat terus kepada jawatankuasa ini tanpa melalui prosedur ketat seperti laporan tata tertib.

Pada masa itu, kita tidak memerlukan laporan akhbar, siasatan lanjut dan kenyataan songsang daripada mana-mana pihak kerana Jawatankuasa Integriti PAS sudah mempunyai autoriti yang cukup kuat dan tegas dalam memastikan mereka yang difitnah sebenarnya tidak terlibat dan sekali gus pihak luar gagal mencalarkan integriti pemimpin PAS terutama di peringkat Pusat dan Negeri.

Sekarang, apa yang kita boleh buat jika kita mendapati atau mendengar ada pucuk pimpinan didakwa mengambil komisyen daripada projek-projek negeri atau negara, mengambil wang daripada pihak parti musuh seperti Umno atau PH, memonopoli projek parti? Ahli di peringkat bawahan tiada ruang untuk melaporkan hal di atas kepada pihak yang bertanggungjawab.

Sekiranya hal itu tidak benar dan berlaku salah faham di kalangan ahli yang melihat daripada luaran, sudah tentu ia akan mencipta fitnah yang akan tersebar tiada kesudahan, justeru tiada penyiasatan rasmi dan telus di dalam parti melalui mekanisma Jawatankuasa Integriti yang dicadangkan.

Jika ia melibatkan korupsi yang besar seperti melibatkan penyelewengan jutaan ringgit, ia akan meletakkan ahli yang berpegang kepada nahi mungkar dalam dilema. Asas nahi mungkar ialah berusaha sehingga yang mungkar itu berhenti. Sememangnya langkah pertama ialah menegur secara tertutup tetapi ia boleh berakhir dengan meminta khalayak ramai membantu mencegah bersama sebagaimana Hadis-hadis Nabi yang berkaitan.

Penutup

Tulisan di atas adalah cadangan awal dan idea asas kepada perlunya penubuhan satu Jawatankuasa Integriti yang mengaplikasikan tanggungjawab semua iaitu “menghindarkan daripada kerosakan lebih utama daripada mendapatkan maslahat” dan lain-lain kaedah dalam Islam. Cadangan awal ini boleh dilaksanakan dalam bentuk kelulusan awal di peringkat Muktamar, penubuhan jawatankuasa khas pembentukan portfolio ini seterusnya disediakan SOP dan garis panduan pelaksanaan.

Mudah-mudahan, dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Integriti PAS ini akan membuktikan kepada masyarakat bahawa PAS sudah cukup bersedia menggantikan kerajaan yang diterajui oleh BN sebelum ini dan PH di peringkat Negeri dan Pusat. Dalam masa yang sama ia bersifat:

“Tegakkan Islam di dalam diri kamu, maka ia akan tertegak di tanah airmu.”

- HARAKAHDAILY 12/9/2018

Sumber HD - 12-9-2018

Umno-PAS: Penganalisis Politik mendahului Tuhan?


HEBAT sungguh sahabat saya Dr Mazlan Ali, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), penganalisis politik yang berasal dari Terengganu, dalam memberi komen mengenai kerjasama Umno-PAS.

Selalunya paling tinggi pun penganalisis politik lain hanya akan berani membuat unjuran atau jangkaan mengenai prestasi parti-parti politik untuk tempoh lima tahun sahaja, contohnya kesan kerjasama Umno-PAS ke atas prestasi mereka dalam PRU15 lima tahun lagi.

Bagaimanapun, hebatnya Dr Mazlan Ali ini sehingga beliau boleh membuat ramalan spesifik bahawa “Umno dan PAS bakal menjadi pembangkang untuk tempoh 61 tahun lagi sekiranya gabungan dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu benar-benar berlaku".

Kata beliau kepada portal berita Malaysia Date Line semalam, Umno dan PAS akan hancur ekoran kerjasama mereka itu di mana “terdapat lima faktor mengapa gabungan Umno dan PAS itu akan menguntungkan Pakatan Harapan dan bakal menghancurkan Umno-PAS”.

Salah satu daripada faktor yang dinyatakan oleh Dr Mazlan Ali adalah “PAS dilihat sebuah parti yang ekstrem” di mana kehadiran pemimpin PAS di pentas MCA dalam PRK Balakong contohnya disifatkan sebagai punca calon MCA mengalami kekalahan dalam PRK itu.

Tidak pula Dr Mazlan Ali pertimbangkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan kenyataan bekas Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi, bahawa calon MCA akan kehilangan wang deposit jika MCA tidak mendapat bantuan daripada pemimpin PAS dalam PRK itu.

Kata Dr Mazlan Ali lagi: “Hanya Melayu luar bandar atau desa atau FELDA sahaja yang tertarik dengan isu yang menjadi teras perjuangan Umno-PAS mutakhir ini. Kebergantungan terhadap pengundi luar bandar sahaja tidak memungkinkan Umno-PAS mampu menawan Putrajaya.”

Tidak juga Dr Mazlan Ali pertimbangkan kenyataan penganalisis politik dari UIA, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, yang berkata kepada portal berita The Malaysian Insight “terdapat tanda-tanda yang kerjasama Umno-PAS akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak”.

Begitu juga dengan kenyataan wartawan veteran, Zin Mahmud, dalam portal berita Free Malaysia Today bahawa BN-PAS boleh memenangi Putrajaya, mempertahankan Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga menawan Kedah, Perak dan Melaka.

Kata Zin Mahmud, gelombang konservatif populis yang menjadi pendekatan BN-PAS ini “menang banyak pilihan raya, dari Donald Trump di Amerika Syarikat hingga ke Brexit di Eropah” dan adalah suatu yang tidak mustahil perkara sama boleh berlaku di Malaysia.

Pelik juga bila difikirkan apa perlunya pihak-pihak tertentu memberikan reaksi yang terlalu keras terhadap kerjasama Umno-PAS ini jika benar kerjasama ini akan menguntungkan Pakatan Harapan dan bakal menghancurkan Umno-PAS seperti yang mereka dakwa.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, umpamanya sampai boleh menuduh, dalam bentuk pertanyaan, bahawa para pemimpin PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini memperjuangkan kleptokrasi Islam bila bekerjasama dengan para pemimpin Umno.

Begitulah kisahnya ketakutan pihak-pihak tertentu terhadap kerjasama Umno-PAS ini sehingga ada yang berani mendahului Tuhan dengan membuat ramalan tertentu manakala ada pula yang menyerang PAS sehingga boleh mengaitkannya dengan kesucian Islam pula. - HARAKAHDAILY 12/9/2018

Sumber HD - 12-9-2018

Dihina oleh yang menghina secara terhina



ASALNYA saya tidak ingin mengulas berkenaan kejayaan PAS yang walaupun tewas, yang memberi tamparan kepada PH dengan jumlah pengurangan majoriti yang sangat besar di PRK Seri Setia beberapa hari lalu. Namun atas beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, maka saya turut serta berkomentar mengenai PRK ini. Ia bukan secara khusus berkenaan strategi pengundian, tetapi bagi motivasi ahli dan penyokong PAS secara keseluruhannya. Ianya juga kerana penghinaan musuh kepada jemaah Islam PAS.

Gandingan PAS dan Umno seperti yang kita maklumi, telah memberikan satu impak negatif yang besar kepada PH di Seri Setia. Pengurangan jumlah majoriti yang sangat besar, 15 ribu pengundi PH dahulu tidak keluar, memberikan isyarat jelas bahawa PH tidak boleh tersenyum bangga dengan kemenangan lalu. Ini kerana sehingga kini, setelah tiga PRK, dua Dun majoriti pengundi Melayu yang telah terasa ditipu oleh PH tetapi masih fobia dengan Umno, pengundi Melayu masih bersikap tunggu dan lihat kepada perkembangan semasa politik tanah air. Orang Melayu sekarang sudah mulai menunjukkan cara pengundian yang pintar. InsyaAllah mereka tidak lagi mudah lupa. Bukan senang mahu melepaskan belitan puluhan tahun yang membelenggu pemikiran rakyat bahawa BN sahaja yang mampu memerintah.

PH sebagaimana yang sudah dimaklumi, tidak mempunyai akar umbi yang kuat, banyak parasit yang hanya mahu menumpang ghanimah. Mereka pada bila-bila masa, bisa ditumbangkan oleh rakyat terutama Melayu jika selalu sahaja membuat perkara bodoh. Pada masa yang sama, rakyat yang cerdik, memerhati PH. Bimbang juga apabila rakyat sudah ketagih menjatuhkan kerajaan, mereka akan bertindak lagi. Maklumlah, macam dapat permainan baharu yang anak-anak kita suka. Asyik nak ‘repeat’ sahaja kerjanya. Apabila tidak akar umbi yang kukuh, mereka hanya mempunyai undi ‘lalang’ yang besar iaitu undi yang mengikut tiupan angin isu semasa. Jika DS Anwar secara tiba-tiba bersikap gelojoh mahukan jawatan Perdana Menteri, dalam masa yang sama, Tun Mahathir masih belum mahu menyerahkannya, maka ia boleh mencetuskan perbalahan dalaman yang hebat. Ingat, aura Tun Mahathir masih hebat, masih ramai penyokongnya terutama dari kaum wanita. Dan ini saya percaya isu ini akan menjadi anai-anai kepada PH.

Takdirnya keadaan sebegini berlaku, PH sangat tidak selamat kerana rakyat yang dahulunya dipropagandakan dengan mesej mahu menjatuhkan DS Najib, sekarang boleh menjadi keliru, siapa pula yang mahu dijatuhkan? Akan tetapi, jika dibiarkan Tun Mahathir terus memegang jawatan PM, kartel-kartel dalaman PKR, pasti tidak akan duduk diam. Mereka mungkin mencetuskan gerakan dalaman menjatuhkan Tun. Sayang mereka kepada Tun, hanya sayang mahukan kuasa. Dan ‘team’ Tun pula pastinya tidak akan berputih mata. Situasi ini juga memberikan kekeliruannya yang sama kepada rakyat.

Selepas kejatuhan Datuk Seri Najib, akan menjadi tersangat mudah bagi Tun, untuk kembali menerajui Umno. Dalam PKR juga, belum tentu kartel-kartel mereka yang ada akan bersatu di bawah DS Anwar kerana laparkan jawatan. Ditambah lagi dengan banyak perkara yang rakyat tidak berpuas hati terhadap PH, maka keruntuhan Kerajaan PH, sangat nyata. Saya tidak tahu sejauh mana kuasa yang Tun ada sebagai PM untuk membubarkan Parlimen walaupun penggal masih belum berakhir setahun umurnya. Tetapi jika ianya dibenarkan berlaku menerusi Perlembagaan, maka kita semua pastinya akan dapat mengagak pembubaran Parlimen akan menjadi butang kecemasan Tun dan bagaimanakah kesudahannya.

Tetapi apabila hati sudah hitam, apabila nafsu sudah bergelojak, apabila jiwa sudah kacau, orang mereka secara tiba-tiba menyerang PAS. Pelbagai asakan yang dilakukan, sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, fitnah bergabung dengan Umno adalah yang paling laris diniagakan mereka walhal pelukan mesra dan kasih sayang mereka dengan Umno di Kedah dan Perak dibuat-buat lupa. Tanda-tanda kepada kejatuhan Kerajaan PH amat nyata kerana mereka sibuk bermain persepsi dan fitnah. Pelbagai kesalahan pentadbiran yang nyata sedang dilakukan PH, tetapi masih membina persepsi kebencian terhadap lawannya. Cuba lihat Kerajaan Terengganu, tiada dihebohkan kejahatan BN yang lalu walaupun ada, tetapi kekal fokus dengan manifesto PRU. Sudah ada beberapa manifesto telah berjaya ditunaikan. Hasil diamnya Kerajaan Negeri Terengganu, rakyat mendapat ‘ubi’nya.

Pun begitu, kejayaan menunaikan manifesto oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang sepatutnya disambut dengan kesyukuran itu, diselangi dengan kehinaan kepada PAS. Apatah lagi kerana PAS kalah di Seri Setia. Lagilah teruk mereka menghina. Tetapi saya melihat penghinaan ini dari suatu sudut yang lain. Ada yang katakan adalah lebih baik PAS berkawan dengan syaitan daripada duduk dengan gabungan parti-parti politik lain kerana semua parti gabungan yang PAS sertai sebelum ini, kalah. Jadi lebih baik bergabung dengan syaitan dan asbab gabungan itu nanti, syaitan akan kalah, dan semua orang akan masuk syurga. Gurau mereka. Saya melihat sindiran yang mungkin dianggap bernas, pintar dan hebat bagi menjatuhkan PAS ini sangat dangkal. Baiklah, mari kita lihat siapa yang kena dengan penghinaan ini. 

Masih ingatkah kepada gelaran Maha Firaun yang diberikan oleh mereka kepada Tun Mahathir suatu ketika dahulu? Gelaran ‘Maha’ seperti yang kita maklum, dahulu, kita memahaminya sebagai yang paling besar, berkuasa atau apa-apa yang semaksud dengannya. Oleh itu gelaran Maha Firaun kepada Tun adalah bermaksud Tun ialah Firaun yang terbesar, paling berkuasa. Itu maksud gelaran yang diberi ketika itu. Manakala Firaun pula ialah satu watak terhina di dalam sejarah Islam kerana kejahatan dia mengaku sebagai Tuhan.

Jika watak semelampau itu yang diberikan kepada Tun Mahathir ketika itu, dan mereka akhirnya mencium kembali tangan Tun Mahathir kini, malahan DS Anwar sendiri pun terpaksa menjilat Tun Mahathir bagi jawatan PM, jadi siapa lebih rendah kedudukannya? Hinaan mereka kepada PAS supaya duduk bergabung dengan syaitankah atau jalinan ikatan mereka dengan Maha Firaun sekarang? Mereka kini bergabung dengan watak yang tersangat jahat yang pernah mereka isytiharkan dahulu sedang PAS tidak pernah bergabung pun dengan syaitan. Tiadalah mereka merasa malu kerana syaitan telah menguasai diri mereka. PAS dilihat kononnya dihina oleh golongan yang suka menghina dengan cara terhina, tetapi akhirnya kehinaan itu kembali kepada mereka, si penghina yang terhina. Ingatlah, Firaun gilakan kuasa sehingga sanggup mengaku menjadi tuhan. Adakah logik kuasa akan diserahkan kepada musuhnya?

Teringat saya kepada beberapa tokoh besar PAS pada sekitar 80 dan 90-an dahulu yang suka mengkafirkan lawan mereka, terutamanya daripada Umno. Mereka itulah yang kemudiannya masuk Umno dan mati dalam Umno. Kemudian bergelumang dengan Umno bagi sama-sama melawan PAS. Jadi jaga-jaga dengan hinaan yang melampau, takut-takut ada yang kemudiannya menjadi syaitan itu. Dan pastinya mereka akan menjadi golongan yang terhina. Lebih baik dijenguk-jenguk dalam PH, siapa yang mengasah parang sekarang. Siapa yang akan menetak, siapa yang hendak ditetak. 

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
11 September 2018/ 1 Muharram 1440 - HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018


Ibrah Hijrah: Anjakan sistem politik

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8051-ibrah-hijrah-anjakan-sistem-politik

MAAL Hijrah disambut pada setiap 1 Muharram, bukan kerana tarikh ini bermula peristiwa hijrah Rasulullah atau sempurna misi hijrah Baginda ke Madinah, tetapi kerana Saidina Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah sebagai permulaan pengiraan kalendar Islam yang berasaskan peredaran bulan mengelilingi bumi. Adapun nama Muharram dan 11 bulan lain telah wujud dalam masyarakat Arab sebelum kelahiran Nabi S.A.W lagi.

Saidina Umar ketika menjadi khalifah kedua umat Islam memilih cadangan Saidina Ali supaya dijadikan tahun peristiwa hijrah sebagai permulaan pengiraan kalendar Islam, walaupun terdapat cadangan supaya dipilih tahun gajah, tahun Nabi dilahirkan. Ada juga cadangan supaya dikira bermula tahun Nabi menerima wahyu, dan bermacam lagi cadangan. Menandakan peristiwa hijrah merupakan titik penting pada pandangan Sahabat yang terkenal kritis dan berpandangan jauh itu.

Peristiwa hijrah berlaku kerana Baginda ingin menegakkan sebuah sistem kehidupan yang bebas mempraktikkan seluruh cara hidup Islam. Peristiwa hijrah adalah sebab tertegaknya sebuah sistem politik Islam dengan berdirinya Kerajaan Islam Madinah. Piagam Madinah menjadi Perlembagaan Negara, menyempurnakan rukun penubuhan negara iaitu rakyat, pemimpin, tanah, undang-undang dan kedaulatan.

Hijrah sering diulas dari segi maksud bahasa iaitu perpindahan dari yang buruk kepada baik. Digunakan berbagai istilah seperti reformasi, transformasi, revolusi, pembaharuan, perubahan dan sebagainya. Tetapi secara peribadi saya lebih sukakan terma anjakan paradigma (paradigm shift). Ini kerana anjakan bermaksud melangkah ke hadapan, daripada satu peringkat kepada peringkat yang lebih baik tanpa meninggalkan persepsi negatif kepada peringkat terdahulu.

Penghijrahan Baginda dari Makkah ke Madinah adalah satu anjakan paradigma, bukan kerana Islam berada di peringkat yang buruk di Makkah, tetapi kerana umat Islam telah bersedia untuk memikul tanggungjawab memimpin kerajaan setelah melalui proses pembentukan jati diri (tarbiyyah) selama 13 tahun. Segala kesukaran dan seksaan yang dihadapi oleh Nabi dan para Sahabat bukan kerana Islam itu lemah atau perancangan yang silap, tetapi kerana tuhan sedang mengatur sebuah kumpulan manusia terbaik dari segi fizikal, mental dan spiritual; akidahnya, syariatnya dan akhlaknya.

Pengajaran utama daripada sambutan Maal Hijrah saban tahun tentu sekali adalah berkait dengan sebab peristiwa hijrah itu berlaku; anjakan paradigma ke arah penegakan sebuah sistem politik. Daripada penegakan Madinah inilah, dakwah Islam memasuki fasa baru sehingga walau 10 tahun cuma Madinah tertegak, orang yang memeluk Islam sudah berganda kepada ratusan ribu, berbanding era Makkiyyah yang cuma berjaya menarik kira-kira 100 orang Islam dalam tempoh 13 tahun.

Apakah yang lebih berharga dari memimpin satu jiwa ke arah tuhannya? Sabda Rasulullah S.A.W:

لأنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا ، خَيْرٌ لَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

"Memimpin seseorang menerima hidayah Allah adalah lebih berharga dari nilai dunia dan seluruh isinya."

[HR Ibn Mubarak]

Rahsia kejayaan dakwah Nabi S.A.W adalah kerana sistem politik Islam. Apabila sistem politik berubah, Islam dapat dipraktikkan bukan sekadar amalan fardi, tetapi juga sudut ekonomi, pentadbiran, pendidikan, pertanian, alam sekitar, budaya dan sebagainya. Islam berjaya dilihat secara holistik tanpa cacat cela. Inilah dakwah bil hal (dakwah dengan tindakan) yang berjaya menarik seluruh masyarakat Arab hingga perbatasan Rom dan Parsi kepada Islam.

Abu Ala al-Maududi menyatakan di dalam bukunya Khilafah wal Mulk, tugas utama Rasulullah S.A.W di atas muka bumi adalah dakwah, dan tugas kedua adalah khilafah. Maka tugas khilafah (pemerintahan) adalah wasilah kepada misi dakwah.

Sempena Maal Hijrah 1440 tahun ini, marilah kita hayati intipati sebenar peristiwa hijrah. Rakyat Malaysia bertuah kerana berjaya melihat perubahan kerajaan pasca PRU14 bukan sahaja di peringkat Persekutuan, tetapi di hampir seluruh negeri. Perubahan ini sepatutnya membawa politik dan budaya rakyat ke arah mempraktikkan Islam secara holistik. Inilah masanya kerajaan baharu negara dan negeri melakukan anjakan daripada sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih Islamik.

Tidak ada apa erti perubahan sebuah kerajaan tetapi yang berubah hanya wataknya, tapi sistemnya masih yang sama. Korupsi akan terus berulang, ekonomi tidak akan pulih, politiking terus berulang, jenayah semakin membarah, penipuan dan pengkhiatan janji tidak ada bezanya, dan mentaliti rakyat masih di takuk lama.

Mesej akhir kepada kerajaan sebagai salah seorang sekretariat penggubal Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS2051), lihat dan dalamilah dokumen yang kami sediakan ini. Ia adalah satu model pemerintahan negara berasaskan kerangka Islam. Mencakupi 10 teras utama sektor pentadbiran Malaysia dan dibahagikan kepada tiga fasa, sehingga mencapai status negara sejahtera tahun 2051.

Mungkin tuhan belum izinkan PAS untuk mengaplikasikan wawasan ini, tetapi tidak bermakna wawasan yang baik demi rakyat dan negara ini perlu diabaikan begitu sahaja. Tidak kisah siapa yang melaksanakan, asalkan ia terlaksana. Sehingga sekarang, Kerajaan Pusat masih tidak menunjukkan tanda-tanda mereka punya idea untuk merubah sistem yang diwarisi sejak zaman penjajah ini. Malah dilihat undur ke belakang apabila kembali kepada SST yang sudah dimansuhkan.

Semoga umat Islam tidak lupa tanggungjawab mereka mengembalikan sistem politik kepada Islam, tugas semua manusia terutama para Rasul sejak Nabi Adam A.S. Dan semoga usaha yang kita lakukan menjadi mata rantai ke arah tertegaknya Khilafah Islam akhir zaman yang dijanjikan oleh Nabi S.A.W.

Salam Maal Hijrah 1440

"Hijrah Sistem Politik"

1 Muharram 1440
11 September 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 11/8/2018

Sumber HD - 11-8-2018

Analisis 3 PRK, Bagaimana Kedudukan PAS dan Masa Depannya?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
























✳️BAHAGIAN SATU: FAKTA DAN FIGURA

⚛️1.UNDI PAS MELONJAK

Berbanding PRU14 dimana PAS hanya memperoleh sebanyak 4,563 undi, PRK ini PAS berjaya meningkatkan undi sehingga 9698. Dari segi peratusan, PAS berjaya memperoleh 41.40% dari keseluruhan undi diterima berbanding hanya 13.72% pada PRU14. Ini bermakna PAS berjaya meningkatkan sokongan sehingga 201.74%.

Fenomena ini agak ajaib dalam sejarah PRK bagi sebuah parti yang tidak menjadi kerajaan. Mengikut rekod, 95% PRK yang berlaku didominasi oleh parti pemerintah. Jika berlaku perubahan seperti PRK Kuala Terengganu 2009 dan Sibu 2010, peningkatan undi adalah sangat kecil, tidak sampai 10%.

⚛️2.UNDI PH MENURUN

PH terus mengekalkan prestasi buruk selepas PRU14 apabila sekadar memperoleh 15,427 undi daripada 23998 pada PRU14 di Sungai Kandis. Bagi Balakong pula, PH juga menurun apabila meraih hanya 22508 undi daripada 35,538 pada PRU14. Begitu juga di Seri Setia, PH meraih hanya 13725 berbanding 29,250 PRU14 lalu.

Mengikut peratus , PH hilang 35.72% undi di Sungai Kandis, 36.67% di Balakong dan 53.08% di Seri Setia.

Dari segi majoriti, margin kemenangan PH jatuh di Sungai Kandis dengan 5842 undi berbanding 12480 pada PRU14. Di Balakong juga sama apabila hanya meraih 18,533 majoriti berbanding 35,538 PRU14, dan 5,842 berbanding 19,372 pada PRU14 di Seri Setia.

⚛️3.UNDI UMNO MENJUNAM

Walaupun PRK Sungai Kandis berlansung 1 lawan 1 dengan PAS memberi laluan kepada Umno, namun undi terhadap Umno semakin berkurangan dengan hanya memperoleh 9585 undi berbanding 11,518 PRU14.

⚛️4.UNDI MCA MASIH LEMAH

Kekalahan terbesar pada siri PRK kali ini adalah buat MCA, apabila hanya mampu mendapat 3,975 berbanding 5874 pada PRU14. Walaubagaimanapun, peratusan undi meningkat daripada hanya 10.90% kepada 15.14% daripada jumlah undi yang diterima.

Prestasi mereka dikira teruk kerana PRK kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru sahaja berbanding tiga penjuru pada PRU14. Pada PRU14, PAS memperoleh 6230 undi, lebih tinggi daripada MCA yang bertanding atas tiket BN.

⚛️5. JUMLAH TURUN MENGUNDI LEMAH

Perkara ini bukanlah biasa setiap kali berlaku PRK sejak zaman berzaman. Namun trend keluar mengundi yang semakin menjunam bermula dari Sungai Kandis (49%) hingga Balakong (43%) dan Seri Setia (44%). Ini menjadikan dua PRK terakhir ini sebagai PRK dengan pengundian paling rendah dalam sejarah. Rekod paling rendah keluar mengundi sebelum ini dipegang oleh PRK Penanti 2009 (46%) dan Chempaka 2015 (55%). Walaubagaimanapun, dua PRK tersebut masih tidak sama dengan Balakong dan Seri Setia kerana Penanti dan Chempaka tidak melibatkan pertandingan apabila yang bertanding hanya satu calon dari parti berdaftar manakala lawannya adalah bebas.

✳️BAHAGIAN DUA: BACAAN DAN ANALISA

⚛️1.STRATEGI PAS POSITIF

PAS memasuki gerbang PRK dengan pendirian yang masih sama seperti PRU14, bagi membawa penyelesaian kepada kebobrokan negara. Musuh PAS juga sama iaitu PH. Soal kerjasama, PAS juga masih kekal dengan pendirian menerima sesiapa jua yang mahu bersama asalkan menguntungkan agama.

Sikap PAS dengan Umno sehingga kini masih sama seperti PRU14, tidak kira samada mereka berkuasa ataupun tidak. Cuma yang berbeza, PAS kali ini bertanding dua penjuru dengan PH, berbeza dengan PRU14 yang memperlihatkan pertembungan tiga penjuru.

Peningkatan undi sebagaimana yang tercatat semalam memberi gambaran bahawa pendekatan PAS diterima rakyat walaupun media memberikan gambaran negatif terhadap prinsip PAS ini. Boleh jadi rakyat mula menyedari kepentingan memperjuangkan agama setelah ancaman mula kelihatan di bawah kepimpinan PH.

⚛️2.PAS LEBIH DIMINATI PEMBANGKANG

Jika dibanding keputusan ketiga-tiga PRK, PAS lebih diminati berbanding Umno atau MCA dikalangan pembangkang. Walaupun demografi Sungai Kandis dan Seri Setia juga hampir sama dengan melayu membentuk sekitar 52% sokongan, namun keputusan di antara keduanya jauh berbeza apabila PAS meningkatkan sokongan melebihi 200% di Seri Setia tetapi Umno jatuh 17% di Sungai Kandis.

⚛️3.PARTI BERASASKAN KAUM SUDAH TIDAK RELEVAN

Kekalahan MCA pada PRK Balakong memberi signal jelas penolakan rakyat terhadap parti berasaskan kaum tersebut. Perkara ini sudah boleh dikesan awal kerana walaupun cina membentuk 55% populasi pengundi, tetapi MCA bersaing dengan DAP yang juga meletakkan calon berketurunan cina. Bezanya, DAP bertanding atas tiket PKR yang dilihat lebih universal merentas sempadan kaum.

MCA cuba menggunakan taktik bertanding atas logo sendiri kerana mungkin mereka menilai yang ditolak oleh rakyat adalah BN, atau mungkin mereka cuba membebaskan diri dari bayangan Umno yang sinonim dengan dacing. Tetapi faktanya ia tidak merubah apa-apa. Sungai Kandis dan Balakong memperlihatkan penolakan rakyat dan konsisten terhadap koalisi yang pernah memerintah Malaysia lebih separuh abad itu.

⚛️3.PELUANG CERAH DI KAWASAN MAJORITI MUSLIM TINGGI

Fokus di kerusi Seri Setia, pencapaian yang diraih PAS boleh dikatakan sangat memberangsangkan kerana kerusi tersebut adalah kerusi campuran melibatkan 51% pengundi melayu sahaja. Sebelum ini ia bukanlah kerusi fokus bagi PAS. Walaubagaimanapun, PAS berjaya meraih 41% undi rakyat. Jika dianggarkan bahawa kesemua pengundi PAS adalah melayu, maka PAS telah berjaya meraih sokongan lebih 80%. Jika trend ini berlaku di kawasan majoriti melayu lebih besar seperti 65% ke atas, peluang PAS untuk menang adalah sangat cerah.

⚛️4.PAS MESTI MEMIMPIN KERJASAMA ISLAM

Jika dikira secara stereotaip, sepatutnya trend sokongan di Sungai Kandis dan Seri Setia sepatutnya sama. Ini kerana walaupun ditandingi oleh dua parti yang berbeza, tetapi kedua-dua parti ini menggunakan pendekatan yang sama iaitu menzahirkan persefahaman dan kerjasama di khalayak ramai.

Walaubagaimanapun, keputusan menunjukkan sebaliknya apabila Umno merudum di Sungai Kandis namun PAS meningkat di Seri Setia.

Ini memberi signal seolah-olah rakyat hanya merestui kerjasama atas nama agama dipimpin oleh PAS, bukan oleh Umno. PAS yang sepatutnya berada di hadapan dan Umno perlu lebih low profile membantu daripada belakang. Mereka perlu diberikan lebih masa untuk berehat memulihkan keadaan.

Koalisi model Gagasan Sejahtera adalah pilihan yang tepat bagi meneruskan kesinambungan kerjasama. PAS memimpin gabungan dan komponen lain membantu dengan pengaruh masing-masing. Dasar dan disiplin ditentukan oleh PAS tetapi tidak bersifat penting diri, tapi demi kepentingan Islam sesuai dasar PAS.

⚛️5.FOKUS RAIH SOKONGAN MAKSIMUM MUSLIM

Sokongan yang diperolehi pada PRK Seri Setia mungkin tidak boleh dijadikan petunjuk yang mutlak. Ini kerana peratus keluar mengundi yang paling rendah adalah dari kalangan melayu sendiri. Tidak mengundi boleh jadi kerana menolak PH, tetapi tidak bermakna menyokong aspirasi PAS.

Justeru fokus PAS perlu dioptimumkan kepada meraih sokongan daripada muslim agar kesemua umat Islam bersatu atas wadah politik yang sama. Dengan dasar dan perjuangan PAS yang sememangnya Islam, perkara ini bukanlah sukar. Asalkan PAS tidak bersikap apologetik dan dilihat terlalu meraikan tuntutan bukan Islam, masa depan untuk PAS adalah cerah.

⚛️6.PROTES TERHADAP PH KUAT

Penurunan undi yang ketara berbanding PRU14 menunjukkan rakyat sangat tidak berpuashati dengan prestasi parti pemerintah sekarang. Perkara ini dipercayai kerana sikap mungkir janji PH dan lidah bercabang yang sangat berbeza semasa menjadi pembangkang dan pemerintah.

Walaupun mereka masih mengekalkan kemenangan pada kesemua PRK, namun kesemuanya jatuh merudum. Ini berbeza dengan trend biasa PRK zaman berzaman yang memperlihatkan ianya menjadi medan parti pemerintah memperkukuhkan kedudukan.

⚛️7.DEMOKRASI DALAM BAHAYA

Perkembangan yang menunjukkan tahap keluar mengundi yang lemah memberi signal yang tidak sihat bagi demokrasi negara. Dengan tidak sampai separuh daripada jumlah pemilih berdaftar keluar mengundi, ini menunjukkan pemenang PRK ini tidak mewakili suara majoriti rakyat kawasan berkenaan. Trend yang sama dari ketiga PRK menunjukkan sikap mutakhir rakyat kepada proses demokrasi dalam negara.

Mereka melahirkan kekecewaan kerana melihat pilihanraya tidak merubah nasib mereka. Harga barang terus melambung, ringgit terus menjunam, keadilan masih ditakuk lama, malah agama pula semakin diperkosa. Perubahan melalui pilihanraya tidak bermakna apa.

PH harus bertanggungjawab dengan situasi yang tidak sihat ini. Sebagai kerajaan, sesuatu perlu mereka lakukan sebelum kesedaran politik rakyat Malaysia terus lemah. Negara baru sahaja mengalami anjakan paradigma apabila berani mengubah parti pemerintah buat pertama kali dalam sejarah demokrasi. Tetapi trend yang ditunjukkan tiga PRK ini sangat bercanggah dengan mood PRU14. Seolah kembali mengundur ke belakang.

28 Zulhijjah 1439
9 September 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSSiasah

Sumber MR - 10-9-2018

Krisis integriti dalam politik di Malaysia (Siri 1)


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8046-krisis-integriti-dalam-politik-di-malaysia-siri-1


Pengenalan

Mengikut Kamus Oxford, perkataan integriti berakar umbi daripada kata sifat integer yang digunapakai dalam keutuhan sesuatu bangunan. Kemudiannya, lahir pelbagai definisi integriti yang dikaitkan dengan kualiti kejujuran dan ketinggian prinsip moral yang dipegang oleh seseorang atau sesuatu kelompok. Ia mula diketengahkan antaranya sebagai kualiti kejujuran dan ketinggian prinsip moral yang dipegang oleh seseorang individu.

Kamus Dewan menyatakan integriti dikaitkan dengan kejujuran. Istilah ini dikaitkan dengan tahap konsistensi antara nilai moral yang dipegang oleh seseorang yang ditunjukkan dengan tingkah laku (perbuatan atau perkataan). Dalam Bahasa Arab, istilah yang digunakan adalah an-Nazaahah (النزاهة). Dari segi Bahasa ia bermaksud menjauhi keburukan dan meninggalkan perkara Syubhat (keraguan).

Apakah sifat utama individu atau institusi yang berintegriti? 

Seseorang individu dianggap berintegriti apabila mereka sentiasa berpegang kepada prinsip moral dan beretika sama ada bersendirian atau di depan khalayak. Individu berkenaan akan sentiasa jujur kepada dirinya dan orang lain dengan sentiasa mematuhi peraturan dan Undang-undang Islam dan negara.

Dalam aspek tadbir urus dan organisasi, keruntuhan integriti berlaku apabila berbagai kepincangan moral mengambil tempat seperti amalan rasuah dan pecah amanah. Mereka akan cuba mencari peluang melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi.  

Dalam konteks kepimpinan, integriti menjadi teras yang sangat penting untuk dijadikan asas penilaian kepada keberkesanan barisan kepemimpinan semasa dalam apa jua situasi. Ini selaras dengan konsep "kepimpinan melalui teladan". Seseorang pemimpin yang berintegriti bukan sahaja perlu 'bersih', tetapi juga perlu kelihatan 'bersih' pada setiap masa. Dalam sejarah peradaban manusia, terlalu banyak contoh menunjukkan kejatuhan pemimpin yang tidak berintegriti atau yang terpalit dengan isu dan skandal yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Dalam konteks kepimpinan dalam sesuatu organisasi, integriti pemimpin yang boleh dipersoal akan menyebabkan integriti organisasi atau kumpulan manusia yang dipimpinnya turut dipertikaikan. Pada masa yang sama, dilema dihadapi pengikut adalah sejauh mana perlunya mereka untuk terus taat dan setia kepada pemimpin yang memiliki integriti diri yang meragukan. Justeru, pemimpin sedia ada perlu sedar bahawa peranan mereka amat memberi impak kepada pengikut yang ada, kerana figura pemimpin ini dipandang bukan hanya dari kaca mata zahir pengikutnya.

Memetik kata-kata cendekiawan Albert Einstein:

"Integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful..."


Isu integriti semasa 

Dalam konteks politik Malaysia, Umno didakwa mendahului parti lain dalam isu pelanggaran terhadap prinsip integriti. Sejak tahun 1990-an sebagai contoh, isu politik wang dibincangkan secara meluas dalam pelbagai wacana. Dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno (MT), wang digunakan bagi membeli undi. Isu ini didakwa berlaku sehingga terdapat ramai calon dalam pemilihan MT yang dibatalkan pencalonan kerana politik wang. Lebih malang, isu ini disebut di dada akhbar seperti ucapan Datuk Azmi Che Husain, bekas calon Umno Kedah, beliau mendakwa menerima laporan mengenai rasuah dan sedang mendapatkan maklumat dan bukti lebih terperinci.

Beliau yang menjadi wakil rakyat di Kedah pada 2008 hingga 2018 berkata, ada sogokan diberi kepada ahli parti bagi memilih calon terbabit.

“Laporan kita terima di Baling pun berlaku. Dalam pemilihan Wanita pun saya dapati berlaku. Kita tunggu perwakilan berani ke hadapan buat laporan.

“Kami akan dapatkan maklumat dan bukti berkaitan laporan lisan yang diterima. Kita tidak akan beri ruang kepada pemberi dan penerima rasuah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ini juga berlaku di Melaka seperti laporan akhbar NST;

SEORANG ahli politik Umno di Melaka yang ditahan reman tahun lalu kerana kes rasuah membabitkan lebih RM150 juta, dijangka didakwa tidak lama lagi.

New Sunday Times (NST) melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu menyita lebih RM150 juta dalam bentuk wang tunai, kenderaan, aset dan dokumen .

Pihak SPRM dilaporkan berkata, kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini mengejutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad pernah menyatakan, Malaysia sepatutnya berada pada kedudukan lebih baik jika tindakan agresif serta tangkapan dibuat agensi itu diambil kira.

“Bagi saya indeks pada tahun ini - kalau mengikut realiti dalam negara dan tindakan yang dah diambil oleh SPRM itu - maka sepatutnya indeks tersebut adalah berada pada kedudukan yang lebih baiklah berbanding 2016.

“Itu jangkaan saya, tapi saya tak boleh kata (kita berada) di kedudukan mana.

“Sebab itu saya katakan saya agak terkejut dengan laporan yang dikeluarkan kerana ia tak selaras dengan realiti, tindakan, pencegahan dan pendidikan yang agresif yang kita laksanakan pada tahun 2017,” kata Dzulkifli dalam sidang media di Akademi SPRM, Kuala Lumpur hari ini.

Senarai CPI terbaru meletakkan Malaysia di kedudukan setaraf dengan Negara Komunis Cuba di kedudukan ke-62 berbanding 55 pada 2016.

Penglibatan parti politik dalam kegiatan tidak berintegriti ditunjukkan oleh laporan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa seramai 92 pemimpin parti politik telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Fakta menunjukkan bahawa 71 orang daripadanya adalah daripada Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Pakatan Harapan (Harapan).

Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan mereka menyebutkan:

1.     Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah CPI dilaporkan Transparency International membuktikan Kerajaan BN dan PH tidak bersungguh dalam menangani rasuah. Walaupun kajian persepsi ini tidak melibatkan tangkapan atau kes mahkamah, ia menunjukkan keyakinan rakyat terhadap belenggu ini sukar dihapuskan.

2.     Tambahan pula, ia mungkin dipengaruhi skandal-skandal yang sangat mendekati rasuah sepertimana berlaku kepada Jabatan Bekalan Air Sabah, 1MDB, Felda Global Venture, MARA, terowong dasar laut Pulau Pinang dan banyak lagi. Semuanya dikaitkan dengan pihak pemerintah BN termasuk dari blok PH.

3.     Peningkatan persepsi ini tentu juga atas kesedaran semasa rakyat, selain telah lali melihat ‘lakonan’ orang politik yang tidak telus dan cekap mengurus dana dari ribuan hingga billion ringgit. Selain itu tidak membawa kepada penyelesaian sewajarnya ke pengadilan mahkamah, menjadikan tangkapan dan siasatan bagai sandiwara. - HARAKAHDAILY 10/9/2018

Sumber HD - 10-9-2018

























Duduk dengan PAS, mesti jadi baik



























APABILA suatu ketika dahulu Tun Mahathir menumpang di pentas PAS kerana berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman sekitar tahun 60-an, beliau dikatakan banyak berucap menghentam Umno, dasar-dasar yang tidak dipersetujui beliau yang dilaksanakan oleh Tunku. Tun tidak pula dilaporkan bercakap berkenaan hal penghinaan kepada Rasulullah yang tiada pisau ‘Gillette’ atau apa-apa semisalnya yang melanggar syarak atas makluman bahawa PAS memperjuangkan hukum hak Rasulullah. Maka menjadi baiklah percakapan beliau, selaras dengan kehendak Allah yang mana PAS perjuangkan. Hanya bicaranya tertumpu khusus serangan terhadap dasar Tunku yang dikatakan tidak betul itu.

Sewaktu PAS bergabung di bawah bendera Perikatan di pertengahan tahun 70-an, PAS banyak membantu kerajaan dalam melaksanakan prinsip Islam dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia. Laporan menyebut bahawa banyak acara-acara kerajaan yang melibatkan hidangan arak, berjaya dihapuskan, walaupun tidak semua. PAS juga berjaya menerbitkan buku-buku agama bagi pihak kerajaan yang masih digunakan sehingga kini. Antara buku-buku terbabit yang menjelaskan Batas-batas Iman dan Kufur yang berkenaan aqidah umat Islam. Tidaklah BN beromongan atau memaksa mengenai perkara dosa dan noda bersama dengan PAS ketika itu kerana tahu kehendak PAS. Bahkan, PAS pernah memecat seorang ahlinya kerana menari dengan wanita dalam satu majlis keramaian.

Semangat 46 mengajak PAS sebumbung dengan mereka bersama beberapa lagi parti lain pada akhir tahun 80-an di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebagai satu pasukan menentang BN yang dilihat semakin rakus di bawah kepimpinan Tun Mahathir ketika itu. Dakwa Ku Li sebagai Presiden S46, kemenangan beliau pada pemilihan Agung Umno 87 dirampas Tun Mahathir. Habis digegerkan kejahatan dan keburukan Tun. Tetapi dalam masa yang sama, tiada pula disyarahkan akan keperluan mengekalkan hukum yang diasakan Lord Reid. Ber-Hudud, ber-Takzir dan ber-Qisaslah mereka bagi menari mengikut rentak politik Islam yang dipalu oleh PAS. Memuja-mujilah akan kehebatan Islam yang pada janji mereka akan diberikan keutamaan apabila memerintah nanti. Dan sememangnya patut Islam itu dipuji. Hasilnya, Kelantan semenjak tahun 90, kekal di bawah pemerintahan ulamak. Tidak kurang ahli S46 menukar parti kepada PAS selepas berpecah.

Apabila peristiwa ‘mata lebam’ Pak Syeikh tahun 98 terjadi, PAS sekali lagi diperlukan bagi Pak Syeikh menyuarakan mengenai betapa beliau tidak bersalah atas segala tuduhan-tuduhan oleh mentor beliau Tun Mahathir. Habis pelosok ceruk kampung di Malaysia, disinggah beliau, menggunakan pentas PAS yang mana ketika itu, beliau tidak berparti. Sewaktu pidato berapi-api yang beliau ungkapkan, beliau langsung tidak menyebut perihal cadangan untuk mengadakan rancangan dosa yang tiada berfaedah kepada agama dan rakyat. Mengetahui jelas PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan idea dosa, maka beliau membuang jauh-jauh apa-apa sekali berkaitan dosa, kerana menyedari akan kesannya jika PAS menjauhkan diri. Menari rentak lagu Tamil pun tidak. Tapi difahamkan ketika itu pinggangnya masih sakit.

DAP juga tidak ketinggalan mempamerkan sisi baik mereka apabila duduk dalam pasukan yang PAS turut berada di dalamnya, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka mula menghafal ayat-ayat al-Quran bagi memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai betapa kesungguhan mereka mahu menjadikan Malaysia lebih baik, makmur dan sejahtera.  

Oleh kerana PAS meyakini bahawa hanya Islam yang akan memandu manusia ke arah itu, DAP tanpa segan silu melafazkan segala bentuk perkara yang diingini PAS yang sebenar pada hakikatnya diinginkan oleh Islam. Tiada mereka mengumpul perkataan keji membina bait-bait ayat bagi menyebut mengenai hal lagha yang sangat dibenci oleh PAS.

Hatta Dyana Sofea ketika kempen PRK Teluk Intan, berselendang dia semasa duduk bersama Presiden PAS. Walaupun tak lengkap tutupan auratnya, tapi masih berusaha untuk bersopan, menghormati PAS. Juga apabila ada artis yang mesra PAS, mereka tidak berdansa berpegang tangan lelaki perempuan bila membuat persembahan. Malah penyanyi wanita juga tidak dibenarkan menyanyi di hadapan lelaki ajnabi. Patuh mereka dengan kehendak PAS yang juga syarat Islam itu.

Terbaharu ialah musuh ketat PAS semenjak sekian lama, Umno, turut menjadikan pentas PAS sebagai apa yang dikatakan titik penyatuan Melayu Islam. Di atas pentas PAS, tiada kedengaran suara Umno menyeru kepada penghinaan terhadap hukuman sebat Syarie yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Terengganu di hadapan orang ramai baru-baru ini. Tiada lagi mereka mempertahankan segala bentuk perkara yang tidak betul yang mereka lakukan ketika berkuasa dahulu. Yang ada adalah bagaimana mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang lebih adil di masa hadapan. Semuanya berkaitan dengan kebaikan. Kebencian kepada ulamak, tidak disuarakan oleh mereka, selain mereka turut berkopiah dan berjubah. Tiada diundang Puteri Umno yang berseluar yengki atau berkebaya ketat dengan rambut jambul di depan.

Maka inilah kehebatan Islam yang dibawa oleh PAS. Tajuk di atas mungkin dirasa agak nakal bagi sesetengah orang, mungkin juga memualkan. Siapa lagi kalau bukan kepada pembenci PAS. Tetapi antara kebencian yang menebal itu, dengan kenyataan sebenar jauh di lubuk hati mereka, mereka terpaksa mengakui akan kebenaran kenyataan itu. Mereka telah melihat sendiri bagaimana sebahagian tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas ketika duduk bersama-sama dengan PAS, akan bertertib tingkah laku mereka. Seperti ada pengawal lagak gayanya. Cakap hanya kebaikan, akhlak juga tidak meliar. Saya tanpa ragu mempertahankan kenyataan ini. 

Apa signifikasinya tulisan ini? Padahal tokoh-tokoh itu sebahagian besar akhirnya berpisah dan menentang pula PAS, malah ada yang lebih dahsyat tentangannya selepas itu. Tidaklah juga berubah perangai mereka. Ya, itu pandangan yang betul, mereka hanya cuba menggunakan PAS. Lari daripada berkawan dengan PAS, mereka kemudiannya menunjukkan perangai lama mereka. Tun Mahathir kembali bercakap karut mengenai Islam, Pak Syeikh kembali mempersoalkan sebatan Syarie, DAP membenci perkara-perkara baik yang dicadangkan PAS, seperti mahu mengharamkan pesta arak, memberikan kebebasan pekerja seperti pramugari menutup aurat dan banyak lagi. Lihat juga sekumpulan ahli yang keluar daripada PAS sekarang? Ikut bos mereka, janji manifesto bukan satu perkara yang wajib ditunaikan, jangan berlumba-lumba menonjolkan Islam. Pernahkah perkataan itu dikeluarkan ketika mereka bersama PAS dahulu? Carilah sejarah, pasti tidak berjumpa. Dan jika ada, mereka pasti akan ditegur atau dihukum.

Tetapi dari satu sisi positif ialah, sekurang-kurangnya mereka berhenti bercakap mengenai kejahatan atas apa yang Islam larang ketika bersama-sama dengan PAS. Apabila tokoh-tokoh itu turut mahu bercakap mengenai Islam di pentas PAS, mereka mesti belajar dahulu supaya tidak tersalah. Mereka juga pastinya malu melakukan kejahatan kerana ramai yang akan terpalit. Dan rakyat yang baik pasti akan membenci mereka jika masih ‘nakal’ ketika bersama PAS. Sebagaimana apabila berada di dalam masjid, kita menjaga segala akhlak buruk kita agar tidak dipamerkan. Begitulah sikap mereka bila berada ‘dalam’ PAS.

Bukankah Hadis Rasulullah ada mencadangkan untuk bercakap perkara yang baik sahaja atau diam? Inilah hasilnya ketika mereka bersama PAS. PAS memandu mereka ke jalan itu. Biarlah mereka mahu dekat dengan apa niat sekalipun, kerana mereka pasti akan meninggalkan perkara buruk bila bersama PAS. Tiada cocok perlakuan sumbang dengan identiti PAS. Itu semua orang tahu. Jika ada ahlinya terbuat perkara dosa, maka akan segera dikritik orang seperti biasa dikata orang “ahli PAS apa, macam itu? Buat dosa tak ingat dunia”. Tidak masuk akal jika ada orang cuba menukar posisi PAS dalam ayat contoh itu kepada Umno, DAP, Bersatu mahupun PAN. Jadi ia jelas membuktikan PAS bukan tempat berbuat dosa, walau terkadang ada ahlinya terkhilaf. 

Paling menyerlah, PAS tidak pula terpaksa mengikut prinsip mereka bila bersama. Tidak pernah PAS bersetuju atas pentas mereka untuk bersepakat dalam hal keburukan dan kejahatan dari pandangan Islam. Tidak pernah. PAS ajak yang baik-baik sahaja. Jika ada yang mengajak PAS berbuat onar, PAS akan menjauh. Jadi biarlah Umno, Tun, DAP jika mahu berbaik dengan PAS sekarang atau lain kali, sebab mereka akan jadi baik insyaAllah. Jadi bila duduk dengan PAS, mesti dengan sendiri seseorang itu akan jadi baik.

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
9 September 2018/22 Zulhijjah 1439 - HARAKAHDAILY 9/9/2018 












Sumber HD - 9-9-2018

Pas can cheer up, MCA still needs BN 
LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <





























PAKATAN Harapan (PH) last night emerged as the winner in the two Selangor state seats that it was defending simultaneously in straight fights against rivals MCA and PAS.

But what do the Seri Setia and Balakong by-elections ― the second and third in just four months after GE14 ― tell us?

Lets take a quick look at three key things:

1. New record for low turnout


Despite being held on a weekend, the twin by-elections for the Seri Setia and Balakong seat both failed to garner voter attention and hit a glaring historic low turnout rate of just 44 per cent and 43 per cent.

This is markedly different from the 14th general election, where the Election Commission’s decision to fix polling day in the middle of the week actually spurred upset voters to turn out in droves despite the inconvenience for those working.

A high turnout of 82.32 per cent was recorded then for the polls that would determine who helms the federal government and state governments.

It makes one wonder if Malaysians can stomach another by-election in the very near future, where one of the PKR MPs are speculated to be giving up the seat they were voted in for Datuk Seri Anwar Ibrahim to contest. Or might those circumstances be different?

Datuk Seri Syed Arabi Idid, a professor at the International Islamic University of Malaysia (IIUM), pointed out that it was the holiday period and also cited voter fatigue.

“To the voter, whoever wins won’t have any effect on the state government,” he said, adding that the low voter-turnout and it being early days of PH in power means that these by-election results shouldn’t be read too deeply into.

The by-elections fell on the long weekend as the coming Monday and Tuesday are holidays, while Selangor is firmly under PH rule with the coalition winning 51 out of 56 seats there unlike some other states where a seat or two could change the balance of power.

Ibrahim Suffian of independent pollster Merdeka Center said the turnout among non-Malay voters for both seats were very low, which he said indicated that “many didn’t see the elections as very important as it didn’t change anything”.

He also observed that anecdotes suggest younger voters stayed away while the older ones took the trouble to vote.

2. Of lone rangers

In the Balakong by-election, DAP’s Wong Siew Ki won 22,508 votes in the Chinese majority seat with a 18,533 vote majority against Tan Chee Teong (3,975 votes) of MCA.

Wong’s predecessor Eddie Ng won 41,768 votes with a majority of 35,538 votes in a three corner fight with PAS (6,230) and MCA (5,874).

Oh Ei Sun, principal adviser of the Pacific Research Center, said “MCA did not gain advantage by using its own logo.”

Going by the numbers, Oh said the Balakong by-election results showed the PH at a ratio of 5.5 to 1 votes against BN and PAS despite the lower voter turnout, which he said was an improvement over the 4 to 1 ratio in GE14.

Syed Arabi said MCA had tried out contesting under its own logo, but believed that it still needs BN and the help of other parties.

“On their own, I don’t think they can march on…This is a good trial run for them, they thought they will be able to capture more Chinese votes but they don’t have the machinery. If they had stood under the BN logo, Umno will help, MIC will help,” he said.

3. Is the PAS-Umno formula a winning combination?


But perhaps the Malay-majority seat Seri Setia was the most closely-watched, with PAS cheering despite losing to PKR’s Halimey Abu Bakar as it improved on its GE14 performance to win 9,698 votes. Halimey won 13,725 votes and by a vote majority of 4,027.

Back in GE14, PKR’s Prof Shaharuddin Badaruddin had a 19,372 vote majority as he won 29,250 votes in a four-corner fight against PAS (4,563), Umno (9,878) and an independent candidate (217).

But Oh said support for PH in Seri Setia has actually increased proportionately, noting that PH retained its vote majority of around 4,000 in both GE14 and the by-election despite the latter’s lower turnout.

Analysts indicate that the PAS-Umno partnership appears to have worked to a certain extent.

Merdeka Center’s Ibrahim said a preliminary assessment suggested that PAS appeared to have garnered a majority of the Malay votes, although not all Malay supporters of BN came out in support of PAS as mirrored in PAS supporters’ response in the recent Sungai Kandis by-election.

“Despite this, the PAS-Umno cooperation has the potential to change outcomes in more Malay-majority seats, particularly those with more than 70 per cent Malay voters,” he said.

The message seems to be that PH cannot rest easy when it comes to Malay votes, with Ibrahim saying that the ruling coalition cannot delay too long on delivering its promised reforms and that PH’s inexperienced Cabinet members have to quickly master the situation despite the steep learning curve

“With the advent of the Sales and Service Tax (SST) and slowing economic growth, it could face a pushback from the B40 voters, which is predominantly Malay,” he said..

Syed Arabi observed that PAS and Umno leaders’ championing of Malay issues such as race, religion and cost of living enabled them to get more Malays to vote against Pakatan, but said PH could garner more Malay votes if it championed the same issue. He said PH’s alleged neglect of the living conditions of the low-income groups in Seri Setia may also have caused PH to lose some Malay votes.

“At this point in time, it’s a good sign to PAS and Umno, if they cooperate, then they will get more votes,” he said of PAS’s own increased tally of votes.

Ilham Centre’s acting CEO Azlan Zainal said the Umno-PAS cooperation and strategy of a straight fight in Seri Setia against PH had resulted in their increased share of the Malay votes, but said it was insufficient to defeat PH.

He also noted the irony where Seri Setia’s Umno voters showed readiness to vote for a PAS candidate, while PAS voters allegedly did not show the same level of support to the Umno candidate in the Sungai Kandis by-election.

Predicting that the 15th general election will revolve around the contest for Malay votes, Azlan said: “The Umno-PAS partnership in the by-election this time successfully showed a shift in votes of eight per cent to PAS. This proves that Malay votes for PH had suffered and it is ‘fragile’ in nature.”

Sumber: Link


MR : “Despite this, the PAS-Umno cooperation has the potential to change outcomes in more Malay-majority seats, particularly those with more than 70 per cent Malay voters,” Ini adalah fakta penting. Jika berlaku PRU-15 nanti baru kita tahu kedudukan PH nanti .... 

Sumber MR - 9-9-2018





























Duduk Dengan PAS, Mesti Jadi Baik



Apabila suatu ketika dahulu Tun Mahathir menumpang di pentas PAS kerana berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman sekitar tahun 60-an, beliau dikatakan banyak berucap menghentam Umno, dasar-dasar yang tidak dipersetujui beliau yang dilaksanakan oleh Tunku.
Tun tidak pula dilaporkan bercakap berkenaan hal penghinaan kepada rasulullah yang tiada pisau ‘gillette’ atau apa-apa semisalnya yang melanggar syarak atas makluman bahawa PAS memperjuangankan hukum hak rasulullah. Maka menjadi baiklah percakapan beliau, selaras dengan kehendak Allah yang mana PAS perjuangkan. Hanya bicaranya tertumpu khusus serangan terhadap dasar Tunku yang dikatakan tidak betul itu.
Sewaktu PAS bergabung dibawah bendera Perikatan dipertengahan tahun 70-an, PAS banyak membantu kerajaan dalam melaksanakan prinsip Islam dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Laporan menyebut bahawa banyak acara-acara kerajaan yang melibatkan hidangan arak, berjaya dihapuskan, walaupun tidak semua.
PAS juga berjaya menerbitkan buku-buku agama bagi pihak kerajaan yang masih digunakan sehingga kini. Antara buku-buku terbabit yang menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang berkenaan aqidah umat Islam. Tidaklah BN beromongan atau memaksa tentang perkara dosa dan noda bersama dengan PAS ketika itu kerana tahu kehendak PAS. Bahkan, PAS pernah memecat seorang ahlinya kerana menari dengan wanita dalam satu majlis keramaian.
Semangat 46 mengajak PAS sebumbung dengan mereka bersama beberapa lagi parti lain pada akhir tahun 80-an di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebagai satu pasukan menentang BN yang dilihat semakin rakus dibawah kepimpinan Tun Mahathir ketika itu. Dakwa Ku Li sebagai Presiden S46, kemenangan beliau pada pemilihan Agung Umno 87 dirampas Tun Mahathir. Habis digegerkan kejahatan dan keburukan Tun.
Tetapi dalam masa yang sama, tiada pula disyarahkan akan keperluan mengekalkan hukum yang diasakan Lord Reid. Berhudud, bertakzir dan berqisaslah mereka bagi menari mengikut rentak politik Islam yang dipalu oleh PAS. Memuja-mujilah akan kehebatan Islam yang pada janji mereka akan diberikan keutamaan apabila memerintah nanti. Dan sememangnya patut Islam itu dipuji. Hasilnya, Kelantan semenjak tahun 90, kekal dibawah pemerintahan ulamak. Tidak kurang ahli S46 menukar parti kepada PAS selepas berpecah.
Apabila peristiwa ‘mata lebam’ Pak Syeikh tahun 98 terjadi, PAS sekali lagi diperlukan bagi Pak Syeikh menyuarakan tentang betapa beliau tidak bersalah atas segala tuduhan-tuduhan oleh mentor beliau Tun Mahathir. Habis pelusuk ceruk kampong di Malaysia, disinggah beliau, menggunakan pentas PAS yang mana ketika itu, beliau tidak berparti.
Sewaktu pidato berapi-api yang beliau ungkapkan, beliau langsung tidak menyebut perihal cadangan untuk mengadakan rancangan dosa yang tiada berfaedah kepada agama dan rakyat. Mengetahui jelas PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan idea dosa, maka beliau membuang jauh-jauh apa-apa sekali berkaitan dosa, kerana menyedari akan kesannya jika PAS menjauhkan diri. Menari rentak lagu tamil pun tidak. Tapi difahamkan ketika itu pinggangnya masih sakit.
DAP juga tidak ketinggalan mempamerkan sisi baik mereka apabila duduk dalam pasukan yang PAS turut berada di dalamnya, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka mula menghafal ayat-ayat al-Quran bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang betapa kesungguhan mereka mahu menjadikan Malaysia lebih baik, makmur dan sejahtera. Oleh kerana PAS menyakini bahawa hanya Islam yang akan memandu manusia kearah itu, DAP tanpa segan silu melafazkan segala bentuk perkara yang diingini PAS yang sebenar pada hakikatnya diinginkan oleh Islam.
Tiada mereka mengumpul perkataan keji membina bait-bait ayat bagi menyebut tentang hal lagha yang sangat dibenci oleh PAS. Hatta Dyana Sofea ketika kempen PRK Teluk Intan, berselendang dia semasa duduk bersama Presiden PAS. Walaupun tak lengkap tutupan auratnya, tapi masih berusaha untuk bersopan, menghormati PAS. Juga apabila ada artis yang mesra PAS, mereka tidak berdansa berpegang tangan lelaki perempuan bila membuat persembahan. Malah penyanyi wanita juga tidak dibenarkan menyanyi di hadapan lelaki ajnabi. Patuh mereka dengan kehendak PAS yang juga syarat Islam itu.
Terbaharu ialah musuh ketat PAS semenjak sekian lama, Umno, turut menjadikan pentas PAS sebagai apa yang dikatakan titik penyatuan Melayu Islam. Di atas pentas PAS, tiada kedengaran suara Umno menyeru kepada penghinaan terhadap hukuman sebat syarie yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Terengganu di hadapan orang ramai baru-baru ini. Tiada lagi mereka mempertahankan segala bentuk perkara yang tidak betul yang mereka lakukan ketika berkuasa dahulu. Yang ada adalah bagaimana mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang lebih adil dimasa hadapan. Semuanya berkaitan dengan kebaikan. Kebencian kepada ulamak, tidak disuarakan oleh mereka, selain mereka turut berkopiah dan berjubah. Tiada diundang Puteri Umno yang berseluar yengki atau berkebaya ketat dengan rambut jambul di depan.
Maka inilah kehebatan Islam yang dibawa oleh PAS. Tajuk di atas mungkin dirasa agak nakal bagi sesetengah orang, mungkin juga memualkan. Siapa lagi kalau bukan kepada pembenci PAS. Tetapi antara kebencian yang menebal itu, dengan kenyataan sebenar jauh di lubuk hati mereka, mereka terpaksa mengakui akan kebenaran kenyataan itu. Mereka telah melihat sendiri bagaimana sebahagian tokoh-tokoh yang dinyatakan diatas ketika duduk bersama-sama dengan PAS, akan bertertib tingkah laku mereka. Seperti ada pengawal lagak gayanya. Cakap hanya kebaikan, akhlak juga tidak meliar. Saya tanpa ragu mempertahankan kenyataan ini.
Apa signifikasinya tulisan ini? Padahal tokoh-tokoh itu sebahagian besar akhirnya berpisah dan menentang pula PAS, malah ada yang lebih dahsyat tentangannya selepas itu. Tidaklah juga berubah perangai mereka. Ya, itu pandangan yang betul, mereka hanya cuba menggunakan PAS. Lari daripada berkawan dengan PAS, mereka kemudiannya menunjukkan perangai lama mereka.
Tun Mahathir kembali bercakap karut tentang Islam, Pak Syeikh kembali mempersoalkan sebatan syarie, DAP membenci perkara-perkara baik yang dicadangkan PAS, seperti mahu mengharamkan pesta arak, memberikan kebebasan pekerja seperti pramugari menutup aurat dan banyak lagi. Lihat juga sekumpulan ahli yang keluar daripada PAS sekarang? Ikut bos mereka, janji manifesto bukan satu perkara yang wajib ditunaikan, jangan berlumba-lumba menonjolkan Islam. Pernahkah perkataan itu dikeluarkan ketika mereka bersama PAS dahulu? Carilah sejarah, pasti tidak berjumpa. Dan jika ada, mereka pasti akan ditegur atau dihukum.
Tetapi dari satu sisi positif ialah, sekurang-kurangnya mereka berhenti bercakap tentang kejahatan atas apa yang Islam larang ketika bersama-sama dengan PAS. Apabila tokoh-tokoh itu turut mahu bercakap tentang Islam di pentas PAS, mereka mesti belajar dahulu supaya tidak tersalah. Mereka juga pastinya malu melakukan kejahatan kerana ramai yang akan terpalit. Dan rakyat yang baik pasti akan membenci mereka jika masih ‘nakal’ ketika bersama PAS. Sebagaimana apabila berada di dalam masjid, kita menjaga segala akhlak buruk kita agar tidak dipamerkan. Begitulah sikap mereka bila berada ‘dalam’ PAS.
Bukankah hadis rasulullah ada mencadangkan untuk bercakap perkara yang baik sahaja atau diam? Inilah hasilnya ketika mereka bersama PAS. PAS memandu mereka ke jalan itu. Biarlah mereka mahu dekat dengan apa niat sekalipun, kerana mereka pasti akan meninggalkan perkara buruk bila bersama PAS.
Tiada cocok perlakuan sumbang dengan identiti PAS. Itu semua orang tahu. Jika ada ahlinya terbuat perkara dosa, maka akan segera dikritik orang seperti biasa dikata orang “ahli PAS apa, macam tu? Buat dosa tak ingat dunia”. Tidak masuk akal jika ada orang cuba menukar posisi PAS dalam ayat contoh itu kepada Umno, DAP, Bersatu mahupun PAN. Jadi ia jelas membuktikan PAS bukan tempat berbuat dosa, walau terkadang ada ahlinya terkhilaf.
Paling menyerlah, PAS tidak pula terpaksa mengikut prinsip mereka bila bersama. Tidak pernah PAS bersetuju atas pentas mereka untuk bersepakat dalam hal keburukan dan kejahatan dari pandangan Islam. Tidak pernah. PAS ajak yang baik-baik sahaja. Jika ada yang mengajak PAS berbuat onar, PAS akan menjauh. Jadi biarlah Umno, Tun, DAP jika mahu berbaik dengan PAS sekarang atau lain kali, sebab mereka akan jadi baik insyaAllah. Jadi bila duduk dengan PAS, mesti dengan sendiri seseorang itu akan jadi baik.
Mohd Nasir Abdullah
Al-Khor, Qatar
9 September 2018/22 Zulhijjah 1439
Sumber BO - 9-9-2018




























Mengapa Islam Liberal itu perlu dilawan?



KERANA Islam itu satu dan tidak ada yang lain. Islam tidak perlu disandarkan kepada apa-apa entiti mahupun bentuk. Umpama Islam Hadhari, Islam Jihadi apatah lagi Islam Liberal. Bahkan Islam yang disandarkan kepada Liberal bermaksud aliran berfikir baru di kalangan umat Islam.

Islam Liberal tidak termasuk dalam kelompok mazhab Islam, sama ada mazhab Aqidah mahupun mazhab Feqah. Kerana semua mazhab sekalipun banyak khilaf namun tetap merujuk pada induk yang sama dan disepakati. Adapun Islam Liberal adalah pemikiran yang mengajak umat Islam merungkai takrif Islam yang telah disepakati oleh para Sarjana.

Dari dua poin di atas, hakikat sebenarnya adalah pemikiran Islam Liberal bukannya pemikiran Islam sebenar, sebaliknya pemikiran Liberal yang ditujukan kepada Islam. Tidak selayaknya kandungan perbincangan yang diambil dari Barat lalu disandarkan kepada Islam hanya semata-mata mereka mengambil takrif Islam dan dikembangkan dengan pemikiran mereka.

Istilah Islam Liberal digunapakai untuk memudahkan perbincangan, bukan bersetuju akan kelompok ini.

Bagaimana Islam Liberal bertapak?

Ia bermula daripada umat Islam yang terpengaruh dengan budaya hidup Barat dan peradaban mereka yang hegemoni dan mendominasi semua bidang kehidupan. Ditambah pula dengan lemah dan merudumnya peradaban Islam. Ia boleh dilihat kembali sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, selain daripada campur tangan asing, ia juga bermula dengan Sultan yang terkesan dengan budaya Barat yang dilihat lebih baik lalu diimport masuk ke dalam kerajaan bermula dari aspek pemakaian hinggalah kepada pentadbiran.

Melalui Sekularisasi yang dahsyat terhadap kehidupan umat, akhirnya berpindah kepada fasa yang baru iaitu me-Liberalisasikan Islam itu sendiri segala frasa yang sudah mapan di dalam Islam. Daripada fasa pakaian yang meniru Barat kepada fasa seluruhnya mengikut Barat. Dr Qardhawi pernah menyebutkan membayangkan pemikiran umat yang rosak “Apa yang datang dari Barat semuanya baik, dan apa yang datang dari Islam semuanya buruk”.

Berikut merupakan akar-akar Liberal yang sudah bertapak kukuh di Indonesia yang telah dikenalpasti dan digempur oleh sarjana Islam di sana, antaranya Dr Ugi Suharto.

i.     Sekularisasi dan Sekularisme

ii.     Pluralisme agama

iii.     Al-Quran edisi kritis

iv.     Hermeneutika (Penafsiran semula al-Quran)

v.     Feminisme

(Akan diterangkan kemudian)

Kesan menyeleweng daripada kebenaran

Saban waktu dan saban hari kita meminta dari Allah supaya diberi petunjuk daripada golongan yang dimurkai dan sesat. Ini kerana ada di kalangan kita yang tahu kebenaran, namun memilih untuk tidak mengikutnya. Akibatnya, Allah akan memesongkan hati-hatinya untuk terus tidak berjumpa jalan yang benar. Antaranya:

●     Istidraj (Dibinasakan tanpa sedar)

فَذَرْنِي وَمَنْ يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ ۖ سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

 "Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya."

(al-Qalam: 44)

●     Diselewengkan hati daripada petunjuk

.... ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

"... Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka."

[as-Saf: 5]

●     Teraba-raba dan bingung

وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

"Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung."

[al-An'am: 110]

Umat Islam tidak boleh memperkecilkan ilmu pemikiran dan ideologi. Ternyata musuh amat peka dengan kelemahan umat Islam yang mengabaikan aspek ini. Kita amat merasa bimbang dengan merebaknya gejala songsang LGBT di kalangan masyarakat, walhal kita perlu sedar, gejala songsang ini menular kerana berakarnya pemikiran Liberal dan budaya berfikir umat yang sudah rosak.

Moga kita terus diberikan hidayah oleh Allah dan diberi kekuatan untuk mengikutnya.

اللهم ارنا الحق هو الحق وارزقنا اتباعه

Rujukan

     Pemikiran Islam Liberal Dr Ugi Suharto 

     Tafsir al-Imam Ibnu Kathir

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
08 September 2018 - HARAKAHDAILY 8/9/2018

Sumber HD - 8-9-2018


PAS - Umno: Bakal jadikan PH kerajaan terpendek


MENARIK sekali menonton Grand Finale Ceramah Mega Pilihan Raya Kecil N.32 Seri Setia anjuran PAS di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, malam tadi, 6 September 2018, yang membariskan nama-nama besar dari PAS, tetapi juga dari Umno, MCA dan MIC.

Ceramah Mega bagi menyokong calon PAS, Dr Halimah Ali, pada 8 September 2018 ini menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah PAS selepas ia tersingkir dari Barisan Nasional pada tahun 1977 dahulu di mana seorang Presiden Umno berceramah di atas pentasnya.

Bersemangat sekali Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berucap di dalam Ceramah Mega ini di mana intipatinya adalah:

●     Kehadiran Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid di atas pentas itu adalah di atas permintaan beliau sendiri. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Saya secara peribadi dan rasmi memang meminta supaya saya berceramah di Grand Finale kempen di Seri Setia ini bersama-sama dengan PAS.”

●     Keputusan PAS untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis pada 4 Ogos 2018, yang menjadi titik mula kerjasama PAS dan Umno, adalah berpunca daripada kunjungan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid ke Rusila. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Dan apabila saya bertemu dengan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang di Rusila, ketika itu Setiausaha Agung turut bersama, saya sendiri menerima endorsement daripada Presiden PAS untuk kami meminta dan diterima bahawa calon PAS tidak bertanding di Sungai Kandis dan hanya calon Umno bertanding.”

●     Umno, khususnya Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid sendiri, komited untuk bekerjasama dengan PAS. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Ini bukan retorik, ini adalah komitmen kami di dalam Umno di bawah kepimpinan baru ini, insyaAllah, sahabat-sahabat sadiqin minal PAS, insyaAllah, ini Umno baru, kita kerjasama dengan Umno, dengan PAS, dengan parti-parti pembangkang yang lain, insyaAllah.” Ini juga dinyatakan oleh beliau begini: “InsyaAllah di bawah kepimpinan rakan-rakan dan saya, ini sejarah baru, sejarah baru yang kita akan ukir antara saya dengan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang, antara YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan juga YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, dan juga Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan kepimpinan Umno dan PAS tanpa meninggalkan rakan-rakan kita.”

●     Umno ikhlas untuk bekerjasama dengan PAS dan, bagi Umno, Pilihan Raya Kecil N.32 Seri Setia adalah Tahaluf Siyasi permulaan antara PAS dan Umno. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Ya, kita tidak harus perbincangkan tentang soal Tahaluf di peringkat nasional, tetapi di Seri Setia ini inilah Tahaluf Siyasi permulaan di antara Umno dan PAS dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Jangan bercerita tentang Tahaluf di peringkat nasional, jangan bercerita dulu, saya tidak mahu sebarang spekulasi dilakukan, tetapi yakinlah, Timbalan Presiden PAS, Umno ikhlas, sebagaimana ikhlasnya PAS di Sungai Kandis. Kami amat menghargainya. Ini adalah Tahaluf yang kita terjemahkan, insyaAllah.”

●     Umno berjanji untuk bekerjasama dengan PAS lagi dalam pilihan raya - Pilihan Raya Kecil yang lain. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “InsyaAllah, jika ada pilihan raya - Pilihan Raya Kecil yang lain, dan kita tidak mendoakan ke arah itu, Timbalan Presiden PAS, this is my word as President of Umno, our commitment toward helping your candidate will be there, insyaAllah, dan kalau kami perlukan, don’t ever forget, please come to us, we work together as a team, kerana kebersamaan ini harus kita lakukan.”

●     Umno berjanji untuk bekerjasama dengan PAS di seluruh negara. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “InsyaAllah, rakan saya daripada Bagan Datuk yang ada di sini, Ustaz Misbahul Munir, kalau beliau bertanding kita akan sokong, kalau kita bertanding beliau akan sokong, insyaAllah kerjasama ini akan diterjemahkan di mana-mana di seluruh negara, insyaAllah.”

●     Umno berjanji untuk menyelesaikan segala permasalahan yang wujud antara Umno dan PAS. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Beri peluang kepada kami untuk membuktikan, insyaAllah, kita akan buktikan sesuatu yang akhirnya kita melihat cahaya terang di seberang terowong yang selama ini gelap. Kita lakukan kristalisasi, crystallization, terhadap permasalahan yang ada. We iron out the problem, apa pun yang ada.”

●     Umno berjanji bahawa jika ada gagasan baru maka PAS juga akan dilibatkan di dalamnya. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “InsyaAllah, jika ada gagasan baru, dan kita tidak perlu bincangkan sekarang, insyaAllah, PAS adalah rakan setia Umno dan Barisan Nasional yang akan kita realisasikan. Untuk itu kita buktikan, kita buktikan di Seri Setia ini, Dr Halimah Ali diberikan kemenangan mutlak untuk menterjemahkan kerjasama erat Umno, BN dan PAS ini, insyaAllah.”

●     Umno yakin bahawa kerjasama antara Umno dan PAS akan membolehkan Putrajaya dirampas dari Pakatan Harapan. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Yakinlah, kalau PAS sebagai parti solo dalam PRU14 yang lalu terus mempertahankan Kelantan dan terus mendapat kerajaan di Terengganu, insyaAllah, kalau PAS bekerjasama dengan Umno, insyaAllah, dalam PRU ke-15 banyak negeri lagi dan, insyaAllah, Putrajaya pun kita akan rampas semula.”

●     Umno berjanji bahawa semua pemimpin tertingginya akan hadir ke Muktamar Tahunan PAS. Ini dinyatakan oleh beliau begini: “Saya baru dapat jemputan untuk hadir ke Muktamar PAS. InsyaAllah, ana akan datang, Timbalan Presiden akan datang, Naib-naib Presiden akan datang, Setiausaha Agung Umno akan datang, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, insyaAllah, akan datang sebagai memberikan sokongan moral kepada kepimpinan PAS dan PAS keseluruhannya.”

Lebih menarik lagi, ucapan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid ini mendapat maklum balas yang sangat positif dari Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, yang berucap kemudiannya sebagai penceramah terakhir. Paling jelas, Dato’ Tuan Ibrahim membayangkan kemungkinan kerjasama PAS-Umno akan menjadikan Kerajaan Pakatan Harapan sebagai kerajaan yang paling pendek jangka hayatnya di dunia.

Ini dinyatakan oleh Dato’ Tuan Ibrahim begini: “Mungkin peristiwa yang berlaku di Terengganu akan membuka ruang supaya Mahkamah Syariah untuk duduk bersama menilai kembali dan menyelaraskan dalam kes-kes Takzir supaya hukumannya dapat diselaraskan di antara negeri-negeri yang ada. Ya, sebagaimana kita berlaku bila berlaku Seri Setia tiba-tiba saja PAS, Umno, MCA, MIC pun duduk bersama, membina suatu gelombang baru kebangkitan rakyat untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan dan mungkin Kerajaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan yang paling pendek di dunia.”

Sama-sama kita nantikan episod seterusnya sama ada sejarah akan benar-benar tercipta di mana Umno dan PAS akan benar-benar menjalinkan hubungan Tahaluf Siyasi sesama mereka dan sama ada sejarah akan benar-benar tercipta di mana Tahaluf Siyasi ini akan mampu mengalahkan Pakatan Harapan dalam PRU15. - HARAKAHDAILY 7/9/2018








Sumber HD - 7-9-2018

Hakikat sebuah wala'


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8028-hakikat-sebuah-wala

SETELAH dijelaskan bagaimanakah beza antara wala' dan taat yang mana secara pokoknya taat merupakan salah satu di antara komponen kecil yang membentuk wala', pada siri ini kita membincangkan mengenai konsep sebenar wala' dari perspektif nas agama.

Sebagaimana dijelaskan pada siri lepas, wala' membawa maksud kesetiaan. Timbul pula persoalan, setia kepada siapa dan apa? Bagi menjawabnya, rujuk Firman Allah S.W.T:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

"Sesungguhnya tempat kamu berwala' hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)."

[al-Ma'idah: 55]

Wala' kepada tiga pihak 

Menurut ayat di atas, tiga pihak yang perlu diberikan wala':

1.     Allah

2.     Rasul

3.     Orang-orang beriman

Wala' kepada Allah adalah dengan meletakkan segala matlamat hidup adalah kepada-Nya. Setia kepada Allah dengan mengikut segala ketetapan-Nya, dan sanggup berjuang mempertahankan agama-Nya.

Wala' kepada Rasul juga meletakkan kesetiaan kepada Baginda S.A.W sebagai kekasih Allah dan penyampai wahyu tuhan kepada kita. Bukan kerana batang tubuhnya, tetapi kerana risalah agama yang dibawanya.

Wala' kepada orang Islam pula diperhalusi dengan tiga kriteria iaitu:

1.     Solat

2.     Zakat

3.     Rukuk

Ketiga perkara ini adalah simbolik. Solat bermakna mereka yang menitikberatkan ibadat kepada tuhan. Zakat pula bermakna mereka yang bertanggungjawab sesama Islam. Manakala rukuk adalah lambang kepatuhan kepada semua perintah tuhan.

Wala' bukan hanya kepada pemimpin  

Pada poin inilah dapat dilihat jelas perbezaan antara wala' dan taat. Taat diberikan kepada Allah, Rasul dan Waliyyu Amr (pemimpin), manakala wala' adalah bagi Allah, Rasul dan orang beriman. Bermakna wala' bukan hanya untuk pemimpin, tetapi untuk semua orang beriman.

Memberi kesetiaan kepada orang beriman adalah dengan menganggap mereka semua adalah saudara kita yang perlu dikasihi, dibantu, dilindungi dan dihargai tidak kira siapa pun mereka selagi memiliki tiga ciri yang digariskan.

Secara ringkas, wala' memberi maksud bahawa setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang haruslah bermatlamatkan menjaga kepentingan Allah, Rasul dan orang beriman. Ketiga-tiga ini adalah segala-galanya bagi pewala'. Tidak boleh sekali-kali menggadaikan kepentingan ini demi kepentingan-kepentingan lain. Barulah layak untuk digelar sebagai wali.

Pemimpin juga perlu berwala' 

Dari sudut yang lain, masalah wala' tidak hanya boleh berlaku kepada ahli bawahan sahaja. Ia juga boleh berlaku kepada pucuk pimpinan. Jika sebarang keputusan dibuat atas dasar kepentingan kumpulan lain yang tidak memperjuangkan Islam sehingga mengenepikan kepentingan gerakan Islam, ataupun menggubal polisi atas dasar menjaga kepentingan individu, maka tindakan ini turut dikira tidak wala'.

Perkara ini disebut oleh Allah S.W.T dalam ayat yang banyak. Antara firman-Nya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan musuhKu dan musuh kamu sebagai tempat berwala', dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang Mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka."

[al-Mumtahana: 1]

Sebab turun ayat ini adalah berkaitan kisah Hatib bin Abi Baltaah yang ingin membocorkan rahsia gerakan Islam yang mahu menyerang Musyrikin di Makkah. Walaupun Hatib melakukan hanya kerana kepentingan keluarganya di sana, Allah tetap menegur dengan isu wala' kerana tindakannya membelakangkan kepentingan agenda gerakan Islam kerana kepentingan individual.

Taat tidak semestinya wala'

Oleh kerana ini juga, mereka yang berada di dalam gerakan Islam tetapi memiliki cita-cita peribadi tersendiri, yang mencari matlamat lain selain matlamat perjuangan Islam sendiri, turut dikira termasuk dalam golongan yang tidak wala', walaupun mereka tidak pernah melanggar disiplin gerakan dan sangat patuh kepada arahan dan peraturan. Seperti yang dipertegaskan pada siri pertama, seorang yang taat tidak semestinya wala'.

Dari sudut berbeza, seorang yang dilihat melakukan perkara yang bercanggah dengan arahan mana-mana pimpinan tidak semestinya mereka tidak wala' kepada Allah, Rasul dan gerakan Islam. Melanggar arahan yang bercanggah dengan syarak, ataupun yang bukan di bawah bidang kuasa pemberi arahan juga adalah tanda wala' yang tidak berbelah bahagi, jika tindakan mereka adalah demi Allah, Rasul dan gerakan Islam.

Nabi S.A.W pernah menugaskan seorang Sahabat memimpin pasukan tentera dalam satu misi. Dalam misi tersebut, Sahabat yang dilantik itu telah menyalakan unggun api lalu memerintahkan mereka masuk ke dalam api tersebut. Sebahagian Sahabat mahu masuk atas dasar taat, tetapi sebahagian yang lain menghalang dengan berkata: "kenapa perlu masuk? Bukankah kita selama ini lari dari api (neraka)?"

Perkara ini dibawa kepada Rasulullah S.A.W. Lalu Baginda bersabda:

لو دخلوها لم يزالوا فيها إلى يوم القيامة، لا طاعة في المعصية، إنما الطاعة في المعروف.

"Jika kamu masuk ke dalamnya, nescaya kamu akan kekal di dalamnya sehingga kiamat. Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat. Sesungguhnya ketaatan hanya dalam perkara kebaikan."

[HR Bukhari]

Intima' Syakhsi pembunuh wala'

Dalam sejarah PAS, telah muncul ramai individu yang mempergunakan kesetiaan ahli kepada gerakan ini untuk kepentingan diri mereka. Ahli yang asalnya menyertai PAS kerana kesedaran Islam, atas kejahilan diri secara tidak sedar tertipu dengan individu ini yang menjadi pemimpin mereka di mana-mana peringkat. Akhirnya apabila wala' sudah berjaya diseleweng hasil manipulasi konsep taat, terbentuklah jemaah dan kartel dalam jemaah.

Modus operandi individu sebegini adalah bersifat stereotype sejak zaman berzaman. Malah modus operandi sama jugalah digunakan oleh pengasas ajaran sesat dan pendeta-pendeta Kristian bagi memesongkan pengikut Nabi Isa dari Islam yang sebenar. Antaranya membentuk kekaguman terhadap watak peribadi mereka di kalangan pengikut, menjadikan diri mereka rujukan utama dalam segala perkara, melarang pengikut membicarakan persoalan kritikal dan ilmiah berat, menyingkir pengikut yang kritis, menggesa pengikut menumpukan amal lebih daripada ilmu, dan sangat menganjurkan ahli menjadi taat tanpa belah bahagi.

Kesimpulannya, kesempurnaan wala' menuntut kepada dua perkara: 

1.     Ilmu yang mendalam supaya mampu menilai semua arahan dan keputusan jemaah agar tidak bercanggah dengan syarak dan tidak menjadi Intima' Syakhsi.

2.     Keikhlasan yang tinggi supaya segala tindakan yang diambil tidak memiliki niat selain kepentingan menjaga agama Allah dan mengharapkan redha-Nya.

Wallahualam. Akan bersambung dengan siri tiga, manifestasi wala'.

10 Zulkaedah 1439
22 Julai 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018

Sebat dikhalayak sukar diterima lesbian dikhalayak ok..

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
































Tindakan hukuman sebat dikhalayak ramai tanpa melalui proses dan kefahaman yang betul serta tanpa belas kasihan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan merupakan penindasan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Astro Awani, Anwar turut berkata, perkara tersebut perlu ditangani dengan berhati-hati kerana akan timbul tuduhan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat terhadap pesalah syariah adalah sebagai anti-Islam.

Satu perkara yang perlu kita ambil kira sebagai seorang Islam, apabila kita bercakap bercakap biarlah berpandukan Al Quaran dan hadis. Paling-paling kurang pun kita rujuk kepada ulama muktabar. Jangan bercakap mengikut fikiran kita sendiri dengan membuat pelbagaian andaian.

Sebelum ini Anwar banyak kali bercakap kononnya bersandar kepada Yusuf Qardawi, tapi kali ini nampaknya tak ada pula nak berdasar pandangan Yusof Qardawi.

Firman Allah :وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan hendaklah pelaksaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur : 2)

Jelas dan nyata bahawa hukum hendaklah di saksikan oleh sebahagian orang beriman tanpa belas kasian.

Yang pelik hukuman sebat dikhalayak ramai sukar nak terima oleh Anwar Ibrahim tapi perbuatan lesbian tengah hari iaitu pukul 1.50 pm di Dataran Arena Squre, Dungun, pada 8 April lalu ketika ditangkap oleh orang ramai boleh diterima pula?

Dataran Arena Squre adalah tempat yang terbuka, lalu lalang dan sentiasa ada manusia sampai tengah malam masi ada orang pun mereka tak malu untuk buat kerja terkutuk tapi bila hukum sebat dalam mahkamah disaksi 100 orang itu dianggap memalukan.

Sukar untuk kita terima alasan pembesar dan bakal pembesar kerajaan baharu PH. Kalau Macam Ini kenyataan tak layak untuk Anwar untuk menjadi PM Malaysia sebuah negara yang Islam sebagai agama rasminya.

Saya sendiri pun belum dengar sekarang ini Anwar rasa sukar nak terima bagaimana tilam diusung dan ditayang disemua media massa. Perkataan liwat menjadi perkataan yang boleh difahami oleh semua manusia kerana TV, radio dan akhbar menyebut dan menulisnya.

Bertapa sukarnya Anwar dengan isu liwat tapi Anwar boleh terima dan memaafkan si Mahathir. Saya tak tahu adakah Mahathir sudah insaf daridapa tuduhan liwat ini.

Jangan selepas Mahathir dan PH kencing kita, selepas ini Anwar yang kita bela selama 20 tahun akan kencing kita pula dengan menggunakan watak Islam sebagai penarik dan batu loncatan demi mencapai cita-cita nafsu dia semata-mata.


Sumber MR - 5-9-2018

 Lihat dulu cara hukuman dijalankan baru kecam - PAS

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

































PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah negeri itu mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pasangan lesbian, walaupun dikecam hebat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Satiful Bahari Mamat berkata, mereka yang membuat kritikan sepatutnya menyaksikan terlebih dahulu bentuk dan cara hukuman itu dijalankan sebelum membuat kritikan kerana ia tidak sama sepertimana hukuman sebatan Mahkamah Sivil yang jauh lebih keras.

“Mereka yang membuat kritikan itu mungkin tidak faham dan tidak lihat dengan mata mereka sendiri cara hukuman tetapi membuat andaian berdasarkan undang-undang sivil.

“Hukuman Sivil lebih keras, sebab itu dibuat dalam penjara dan ditelanjangkan, tetapi undang-undang syariah Islam tidak macam itu. Pesalah dihukum menutup aurat, sambil duduk dan cara pukul bukan keras kerana tujuan hanya mendidik,” katanya.


Terdahulu aktivis Islam Liberal menganggap Malaysia melalui “hari gelap” bagi perjuangan hak asasi manusia apabila pasangan kekasih itu dikenakan 6 sebatan selepas mereka mengaku bersalah cuba melakukan hubungan seks sejenis.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Ahmad Farouk Musa berkata tindakan itu jelas tidak berperikemanusiaan dan ia satu bentuk penghinaan.

“Pada masa Malaysia ingin dikenali sebagai sebuah kerajaan moden, sivil, dan sederhana, episod hari ini memberi gambaran hitam kepada negara kita.

“Walaupun hukuman sebat hari ini berlaku di negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, undang-undang menjatuhkan maruah ini tidak sepatutnya dibenarkan di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Satiful menyifatkan kritikan Farouk sebagai menghina mahkamah.

“Apa yang diputuskan hakim itu berdasarkan undang-undang sedia ada, bukan kerana kerajaan negeri bertukar kita laksanakan, hukuman itu dibuat pihak mahkamah dan semua kena tahu kuasa kerajaan dan kehakiman berbeza. Mahkamah yang putuskan.

Katanya, kes seumpama itu di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang boleh dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan bukan pertama kali berlaku kerana ia dilaksanakan juga di negeri lain termasuk di Sabah dan Pahang.


“Sebelum ini kes sama berlaku di Tawau, isu melibatkan Kartika Sari Dewi Shukarnor di Pahang, cuma hukuman sebat tidak dilaksanakan, jadi ia bukan di Terengganu sahaja,” katanya.

Satiful menambah, ramai masyarakat keliru, di mana hukuman itu sebenarnya dibuat bukan secara paksa sebaliknya selepas pesalah mengaku bersalah dan setuju untuk dihukum.

“Kes ini bukan disabitkan dengan saksi tetapi pengakuan mereka sendiri dan mereka tahu hukuman yang disabitkan.

“Mereka juga diberi tempoh merayu dan mereka tidak berbuat demikian. Dalam Islam jelas keutamaan memberi ruang kepada pesalah bertaubat, beri peluang kepada mereka bela diri selepas mereka sendiri mengaku salah, baru kita hukum, bukannya hukum secara paksa.” 


Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan perlu dilihat semula, Satiful berkata, cara tersebut selaras dengan apa yang disebut dalam Al-Quran dan bukan dibuat sesuka hati.

“Beliau (Mujahid) sebut nak melihat kepada kajian bagi penyaksian orang ramai, tapi sebenarnya itu tertulis dalam Al-Quran, yang menyebut hukuman itu hendaklah disaksikan orang ramai bagi tujuan pengajaran,” katanya.

Semalam kira-kira 100 orang khalayak umum menyaksikan pasangan itu masing-masing berumur 22 dan 32 tahun dihukum sebat di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Hukuman sebat di khalayak umum itu adalah pertama kali dilakukan di negeri ini yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

MR : Kini makin ramai cerdik pandai Islam rasa mereka lebih hebat daripada Allah s.w.t.....

Sumber MR - 5-9-2018

Tujuh prinsip hidup Muslim



BEKAS Gabenor California dan aktor terkenal, Arnold Schwarzenegger dalam sebuah ucapan memperkenalkan lima prinsip hidup yang telah membawa kejayaan hidupnya hingga ke hari ini. Video ucapan tersebut menjadi viral dan dikongsikan seluruh dunia.

Jika kita amati, lima prinsip tersebut ajaran Islam. Malangnya orang Islam yang berkongsikan video tersebut seolah-olah tidak perasan sebenarnya hikmah tersebut adalah barang tercicir milik mereka. Orang kafir pula yang tampak lebih Islamik berbanding Muslim. Benarlah kata Yusof Islam:

"Aku pergi ke Barat, aku nampak Islam tapi aku tak nampak orang Islam."

Tulisan ini mengajak untuk kita kembali menilai prinsip hidup Arnold berteraskan ajaran Islam. Lima prinsip tersebut adalah:

1.     Find your vision (Tetapkan matlamat)

Prinsip ini juga menjadi asas dalam setiap tindakan Muslim. Ia terkandung dari Sabda Rasulullah S.A.W:

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

"Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat."

[HR Bukhari]

Niat menjadi kemestian di dalam Islam. Tanpa niat, tiada amalan yang diterima. Niat secara mudahnya adalah mengetahui tujuan perbuatan yang dilakukan. Daripada Hadis niat ini terbit satu kaedah feqh yang berbunyi:

الأمور بمقاصدها

"Setiap urusan bergantung kepada tujuannya."

Niat inilah menunjukkan peri pentingnya tujuan di dalam Islam. Ramai ulamak Hadis dan feqh meletakkan perbahasan niat di awal kitab menunjukkan kepentingannya.

Berdasarkan niat juga, ulamak juga memperkenalkan satu mazhab usul feqh iaitu mazhab Maqasid Syariah. Ianya membahaskan mengenai tujuan sesuatu tindakan yang boleh menentukan hukumnya.

Walau bagaimanapun, bagi orang Islam, tujuan bukan sahaja perlu betul mengikut syariah, tetapi wasilah bagi mencapai tujuan juga perlu mengikut syariah. Bak satu kaedah:

الغاية لا تبرر الوسيلة

"Matlamat tidak menghalalkan cara."

2.     Never ever think small (Jangan berfikiran sempit)

Maksudnya perlu serius, jangan sibuk dengan perkara remeh-temeh. Jangan takut untuk mengimpikan perkara yang tinggi. Keyakinan harus tinggi.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W:

إنَّ اللهَ يُحِبُّ مَعالِيَ الأُمُورِ وَيَكْرَهُ سَفَاسِفَها

"Sesungguhnya Allah suka perkara yang tinggi, dan membenci yang remeh-temeh."

[HR Thabrani]

Menentukan besar dan kecil sesuatu perkara perlulah mengikut ajaran Islam, bukan semata-mata keputusan akal. Perkara yang besar di dalam Islam adalah yang melibatkan dosa pahala dan masa depan seseorang. Contohnya walaupun zina mungkin perkara kecil bagi orang kafir, tapi ia adalah perkara besar bagi Muslim. Mengejar nama, kekayaan dan nikmat dunia adalah perkara remeh-temeh bagi Muslim, walaupun mungkin ia adalah sebesar-besar perkara bagi orang kafir.

3.     Ignore the naysayers (Abaikan mulut orang)

Mustahil bagi manusia untuk memastikan semua bersetuju dengan mereka. Masing-masing ada cara fikir sendiri berasaskan ilmu dan ego. Justeru cara terbaik adalah abaikan sahaja cakap-cakap orang yang sentiasa tidak berpuas hati.

Firman Allah S.W.T dalam menyatakan sifat kumpulan pejuang agamaNya:

وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ

"Mereka tidak takut kepada celaan orang mencela."

[al-Maidah: 64]

Orang Islam sepatutnya hanya memikirkan apa yang bakal tuhan kata sewaktu Hari Pengadilan nanti. Manusia tidak tentukan syurga neraka kita. Bahkan jika kita mengejar redha Allah, redha manusia akan menyusul jua akhirnya. Sabda Rasulullah S.A.W:

"مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عليه الناس"

"Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya.

"Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua."

[HR Ibn Hibban]

Ujar Imam Syafie:

رضى الناس غاية لا تدرك فعليك بما يصلحك فالزمه فإنه لا سبيل إلى رضاهم

"Redha manusia adalah matlamat yang mustahil tercapai. Maka teruskan sahaja apa yang baik untukmu. Sesungguhnya tidak ada jalan untuk mencapai redha mereka semua."

4.     Work your ass off (Kerja keras)

Agak kasar bahasa Arnold. Abaikan sahaja. Dalami maksudnya.

Walaupun orang Islam hari ini jauh ketinggalan dari sudut kegigihan berbanding orang kafir sama ada Timur mahupun Barat, tetapi sebenarnya kegigihan adalah ajaran Islam yang penting. Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ

"Barangsiapa yang bersungguh pada Kami, nescaya Kami pandu mereka ke jalan Kami."

[al-Ankabut: 69]

Makna asal jihad adalah bermaksud kesungguhan. Jihad adalah kewajipan setiap Muslim. Kewajipan utama adalah jihad demi agama. Bahkan ia adalah perkara paling tinggi di dalam Islam. Sabda Rasulullah S.A.W mengenai Islam:

ذِرْوَةُ سَنَامِهِ: الْجِهَادُ

"Puncal bonggolnya adalah jihad."

[HR Tirmizi]

Rasulullah juga bersabda:

إِنّ اللَّهَ تَعَالى يُحِبّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ

"Sesungguhnya Allah suka jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara, dia bersikap tekun."

[HR Baihaqi]

5.      Don't just take, give back (Bersikap pemurah)

Perkara ini adalah tidak asing di dalam Islam. Bersedekah dan membantu adalah amalan yang sangat digalakkan. Bahkan terdapat sedekah wajib yang menjadi rukun Islam, dinamakan sebagai zakat.

Faktor kejayaan hidup seseorang adalah berkait rapat dengan sedekah. Firman Allah S.W.T:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ ۗ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."

[at-Taghabun:16]

Jika kita mahu Allah membantu urusan kita, kita perlu membantu urusan orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W:

وَاَللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

"Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mana hambaNya membantu saudaranya."

[HR Muslim]

Sedekah juga mempunyai kelebihan yang besar seperti dimurahkan rezeki, dipulihkan sakit, diampuni dosa, dilembutkan jiwa dan sebagainya.

______________________________________

Secara umum, prinsip hidup Arnold melengkapi sebahagian besar prinsip hidup saya. Tetapi sebagai seorang Muslim, prinsip itu perlu disempurnakan lagi. Terdapat dua lagi prinsip yang menjadi pegangan hidup saya, menjadikan kesemuanya adalah tujuh iaitu:

6.     Allah is the ultimate goal (Allah matlamat utama)

Prinsip ini berada pada susunan teratas dalam hidup saya. Jadikan Allah segala-galanya dalam hidup ini. Wala' (kesetiaan) kepada Allah menjadi keutamaan. Sentiasa tanya diri sebelum melakukan sesuatu perkara "adakah Allah bersetuju apa yang aku lakukan ini? Adakah aku lepas untuk menjawab di hadapanNya kelak?"

Meletakkan Allah sebagai matlamat utama adalah ikrar setiap umat Islam sebagai mukadimah dalam setiap solat:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

[al-An'am:162]

Bagi Abnaul Harakah, Imam Hasan al-Banna memperkenalkan lima ikrar yang menjadi prinsip perjuangan. Yang pertama adalah:

الله غايتنا

"Allah matlamat kami."

7.     Never blame the fate (Jangan salahkan takdir)

Perkara ini juga ekslusif kepada umat Islam. Percaya kepada ketentuan Allah adalah rukun Iman keenam.

Manusia perlu menyedari bukan semua yang dirancang akan berjaya. Allah juga merancang dan Dia-lah sebaik-baik perancang. Justeru kita tidak perlu kecewa jika gagal, sebaliknya memahami bahawa semua yang berlaku adalah berhikmah dan baik untuk kita.

Allah tidak membebani seorang hamba melainkan Dia tahu hamba itu mampu memikulnya. Firman Allah S.W.T:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."

[al-Baqarah: 286]

Sabda Rasulullah S.A.W:

عَجَباً لأمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَلِكَ لأِحَدٍ إِلاَّ للْمُؤْمِن: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خيْراً لَهُ

"Aku merasa taajub dengan sikap orang beriman. Setiap perkara yang dilaluinya adalah baik. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur maka itulah yang terbaik baginya. Jika ditimpa kesusahan dia sabar maka itulah yang terbaik baginya."

[HR Muslim]

Pendirian paling baik dalam menerima takdir adalah menyedari bahawa segala hidup ini bukan milik kita. Ia adalah milik Allah dan kita cuma meminjam sahaja. Akan tiba bila-bila masa sahaja tuhan menuntutnya kembali. Barulah bila kehilangan atau kegagalan, kita tidak merasa perit, bahkan redha sahaja sebagaimana firman Allah:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[al-Baqarah: 156]

Ringkasnya, inilah tujuh prinsip hidup saya:

1.     Allah matlamat utama

2.     Objektif mesti jelas

3.     Berjiwa besar, berfikir serius

4.     Persetankan mulut orang

5.     Hidup adalah perjuangan

6.     Jangan salahkan takdir

7.     Memberi untuk menerima

Ini adalah prinsip hidup berteraskan Islam. Jika orang kagum dengan lima prinsip Arnold dan menyebarluaskannya, mengapa orang Islam tidak kagum dengan tujuh prinsip ini? Sebarkan seluasnya. Jika tidak anda, siapa lagi. Jika bukan sekarang, bila lagi.

22 Zulhijjah 1439
3 September 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 3/9/2018
Sumber HD - 3-9-2018

Mahathir bernostalgia, mundur ke belakang

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7970-k-jaan-mahathir-bernostalgia-mundur-ke-belakang

PETALING JAYA: Malaysia Baharu yang digagaskan oleh Kerajaan PH kini sedang membawa negara kembali mundur ke belakang, demikian menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan semula antaranya projek kereta nasional ketiga, dasar pandang ke Timur dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Jelas beliau, Tun M menginspirasikan semula industri automobil yang telah menyaksikan rakyat terpaksa berkorban sejak pertengahan 1980-an membeli kereta dengan harga lebih mahal sedang kualiti lebih kurang.

Terang beliau, hanya selepas kerajaan menggubal dasar automobil nasional 2006 baharulah pengurangan harga kereta dilakukan, tetapi kini Tun M membawa dan memperkenalkan semula kepada nostalgia lama.

"Menteri Kewangan sebut, apabila dilaksanakan industri kereta nasional ketiga, ia tidak akan ambil duit rakyat. Memanglah, tetapi rakyat terpaksa berkorban sekali lagi. Akan dicukai lebih tinggi kepada kereta import.

"Ertinya, kita terpaksa membeli kereta dihasilkan negara disebabkan semangat membangun industri automobil. Rakyat terkorban untuk menghidupkan kereta nasional, sedang ia tidak berjaya pun bersaing di luar negara.

"Hari ini juga mahu bawa semula nostalgia dasar pandang ke Timur dengan melihat Jepun khususnya sebagai rakan kongsi strategik," pada Ceramah Mega PRK N.32 Seri Setia di Padang Futsal TTDI Jaya, di sini semalam.

Terang Dr Zuhdi, ketika Tun M melaksanakan dasar itu dahulu, China adalah negara paling miskin, sedangkan penduduk ramai dan mengamalkan dasar tutup pintu kerana berpegang kepada idealogi Komunis.

Tetapi menurut beliau, setelah 1990-an, China membuka pintu pasaran cukup luas dengan hampir 1.7 bilion penduduknya, tenaga buruh murah hingga berada pada kedudukan kedua sebagai negara ekonomi terbesar.

Malah katanya, Tun M sendiri pada 1990-an memperkenalkan rancangan untuk menggabungkan Asian dengan negara-negara Asia Timur khususnya China, selain Jepun dan Korea.

"Menunjukkan peranan China sudah begitu besar. Hari ini Tun M nak bawa kita undur semula? Bagi negara yang bijak ialah mengimbangkan antara negara-negara di Barat dan Timur iaitulah China dan Amerika.

"Ini dasar dilakukan banyak negara kecil seperti Switzerland (yang) mengambil sikap neutral. Tidak berpihak kepada China atau Amerika. Tetapi ambil kesempatan berniaga dengan kedua-dua," kemuka beliau.

Begitu juga ujarnya, apabila Tun M mengembalikan SST yang dianggap terpencil berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia telah memusnahkan harapan rakyat untuk kos hidup diturunkan.

Dr Zuhdi membentangkan bahawa SST dahulunya menetapkan bahawa semua barang tidak dikenakan cukai kecuali item ditentukan, berbanding GST mengenakan atas semua, melain yang dikecualikan.

Tetapi menurut beliau, SST terbaru hampir sama dengan GST, malah lebih teruk apabila dikenakan dua cukai sekali gus sebagaimana disebut Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dato' Abdul Aziz Abu Bakar.

"Dia sebut, SST akan sebabkan barangan tertentu kena cukai 10 peratus, pengilangan dan import. Kemudian kena cukai peruncitan atau perkhidmatan 6 peratus menjadi 16 peratus.

"Jadi janji kos hidup dan barangan pengguna akan turun tidak jadi kenyataan. Waktu GST disifarkan harga barang tidak turun, bila laksana SST harga naik. Apa yang diharap dari PH tinggal harapan," sindirnya. - HARAKAHDAILY 3/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018


Pasaraya Wakaf PAS Kini Dalam Fasa Pembinaan 

LightBlog 

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <







































KUALA DUNGUN, 26 OGOS 2018 - Pasaraya Wakaf PAS dibawah Lajnah Ekonomi PAS Pusat kini memasuki fasa pembinaan.

Menurut pengurus projek, Ust Ahmad Asyraf "Semalam kita telah bawa pekerja-pekerja kontrak untuk membersihkan tapak sekaligus membawa masuk barang-barang asas pembinaan."

Pasaraya Wakaf PAS ini menelan belanja sebanyak RM 12 juta dan bakal memberikan pulangan pendapatan kepada PAS RM 60 ribu sebulan.

"Alhamdulillah, hari ini kita turut menjemput Ahli Parlimen Dungun, YB Ust Haji Wan Hassan Mohd Ramli untuk melihat sendiri perkembangan projek Pasaraya Wakaf PAS ini." ujarnya lagi.



Majlis Pelancaran Pembinaan Pasaraya Wakaf PAS ini akan disempurnakan oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat, YB Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri "InsyaAllah, kita telah mendapat persetujuan, hanya menunggu tarikh Tuan Guru Presiden yang dijangka pertengahan September ini." ketika dihubungi semalam.

Ketika ditemui di tapak projek, YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli turut gembira melihat perkembangan positif pembinaan pasaraya ini.

Sumbangan dan wakaf RM 30 masih diperlukan, dan boleh dimasukkan terus ke akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia PAS Dana Sanabil 564025404697

Maklumat lanjut mengenai Pasaraya Wakaf PAS ini boleh di dapati menerusi laman webwww.wakafummah.com

Like & Share FB Lajnah Ekonomi PAS Pusat : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1035817043292995&id=559464100928294


MR : Idea Pasaraya Wakaf ini sangat baik dan menarik. Sangat baik jika disebar luaskan seluruh negara.... 

Ssumber MR - 30-8-2018