BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, August 30, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (15)

Karnival Pantai 2018 Produk Islamik



Oleh : RR dan SMN
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu menyifatkan Karnival Pantai 2018 merupakan produk pelancongan yang lebih Islamik.
Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, disamping mengembalikan nostalgia, Jabatan Pelancongan yang menganjurkan karnival tersebut dapat menonjolkan masakan, produk dan permainan tradisional rakyat negeri Terengganu.
“Saya merasakan Jabatan Pelancongan berjaya mengadakan menarik tarikan pengunjung ke Karnival Pantai 2018 dan yang penting sekali mengembalikan nostalgia berkenaan masakan tradisinal.
“serta main pantainya (permainan tradisional) dengan cara orang lama begitu juga kita tengok pondok yang disediakan pertandingan di peringkat daerah,” katanya.
Beliau yang juga adalah isteri kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis peramian majlis penutup karnival pantai 2018 di Pantai Batu Buruk malam tadi, Sabtu, 29 September.
Sehubungan itu, Dewan Muslimat mahu karnival tersebut diteruskan pada masa akan datang.
“Insya Allah kita boleh menonjolkan dan memperkenalkan Terenggganu sebagai negeri maju berkat dan sejahtera
“Dan dengan pelancongan yang lebih islamik serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” jelasnya.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali ketika berucap merasmikan penutup Karnival Pantai 2018, Batu Buruk
Justeru itu beliau mencadangkan agar promosi Karnival itu disebar luaskan melalaui rangkaian hotel milik kerajaan negeri Terengganu.
“Bagi (promosi) pelancongan boleh bawa ke hotel masing-masing dan untuk memperkenalkan masakan tradisional.
“Begitu juga bagi kami yang sesetengah tak ingat (dan) yang tak pandai main pantai kita balik sini (kita boleh kembali disini),” tambahnya.
Beliau berharap Karnival tersebut juga dapat merapatkan ukhuwah dan menajaga kebersihan pantai untuk memabawa dan memperkenalkan negeri Terengganu sebagai negeri Terengganu cantik dan budaya menarik.
Sumber BO - 30-9-2018




Official: Uproar On Syariah Whipping Is Media Sensationalisation






The whipping meted out by the civil court is more severe than those carried out by syariah court but the uproar is unfairly targeted at the syariah court, says Department of Syariah Judiciary Malaysia syariah officer Hanifah Haydar Ali Tajuddin.
“There were cases of offenders being sentenced to caning in civil court but no one went to the prison to look at it like they did with whipping in the syariah cases.
“This tantamount to media sensationalisation. This is bias reporting,” she said at the symposium on “Whipping Sentence under Syariah and civil law: Retribution, Deterrent or Educational Value” here yesterday.
On Aug 12, the Syariah High Court in Kuala Terengganu fined two women RM3,300 and ordered they be caned six times each after they pleaded guilty to committing musahaqah (sexual relations between women), a crime under Section 30 of the Syariah Criminal Offences Enactment (Takzir) (Terengganu).
Hanifah also claimed the women punished under syariah law were “prosecuted” repeatedly due to the constant media reporting.
Syarie Lawyers Malaysia president Musa Awang said if people wanted to pick on whipping, they should first look at the ones done in civil courts.
Meanwhile, caning carried out in civil cases were for more serious and violent offences, said Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws dean Prof Datuk Seri Dr Ashgar Ali Ali Mohamed.
“The severity of the syariah whipping carried out is similar to those meted out to child offenders in civil cases,” he said.
Malaysian Prisons Department senior assistant commissioner Tuan Abdul Kadir Jailani Ismail said offenders ordered to be whipped under civil law had it worse.
“Civil caning is more painful and severe, why do people not comment on it?” the head of legal unit said, adding that the rotan used in civil law is also thicker.
Datuk Joy Wilson Appukuttan, a senior member of the Malaysian Bar had raised the issue of whether women under syariah law should be allowed to be whipped as Article 75 of the Federal Constitution said that if any state law is inconsistent with a federal law, the federal law should prevail and the state law should be void.
Minister in the Prime Minister’s Department legal officer Awang Armadajaya, who said he was speaking in his personal capacity, pointed out that a law could fall under the federal list, state list or concurrent list.
The syariah law on whipping falls under the state list and the state has jurisdiction over the matter, he said.
– thestar.
Sumber BO  30-9-2018



Sekolah Rendah Islam Pertama Bakal Dibuka




Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Sekolah Rendah Islam pertama dalam kawasan DUN Bukit Besi bakal dibuka dan akan mengambil pelajarnya paling awal pada Januari depan.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata perkara itu telah lama diimpikan dan ianya akan menjadi kenyataan.
“Kita Pun telah berjumpa dengan Ustaz Satiful Bahri yang memegang portfolio pendidikan, sama-sama berbincang dan beliau mempersetujui,
“dan peluang yang datang ini kita sambut baik atas kerana memberi impak yang positif,
“Majlis Agama berhubung KETENGAH bagi memilih dan menentukan tempatnya, dan kita telah senaraikan semua bangunan yang terbiar. Keputusan akhir berpihak di AMBS di satu bangunan yang telah lama terbiar melebihi 10 tahun,” ujarnya.
Beliau Berkata ketika berucap pada acara penutup Pertandingan Bubur Asyura Perpaduan pada Jumaat, 28 September.
Menurutnya bulan November akan terus disebarkan bagi pengambilan dan pendaftaran pelajar bagi dimulakan pada Januari hadapan.
“Masyarakat setempat mesti berperanan bagi menyebarkan perkara ini,
“amat diharapkan agar ianya akan menjadi usaha dan langkah pertama didalam menyuburkan Ilmu di DUN Bukit Besi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, diantara kriteria yang menjadikan AMBS sebagai pilihan kerana disitu adalah kawasan tumpuan utama, dan ramai penduduknya adalah terdiri dari pekerja-pekerja kerajaan di AMBS yang bertugas disini.
Sumber BO - 30-9-2018

Sarawak Report Issues Apology To Terengganu Sultanah







Sarawak Report has apologised to Sultanah Nur Zahirah if any misinterpretations in a passage of its book on the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) scandal upset her.
The whistleblower site clarified that it did not suggest that the Sultanah of Terengganu conspired with businessman Low Taek Jho, also known as Jho Low, or was involved in the state government’s administration over the 1MDB affair.
It also said it did not suggest that she was linked to the Terengganu Investment Auth­ority (TIA) or the 1MDB board in any way.
“The book does relay information that Jho Low boasted of mixing socially with the royal family and herself and, as with many of his business ventures, cited his social connections as opening doors to opportunities, such as his obtaining an advisory position on the TIA,” Sarawak Report said in a statement posted on its website yesterday.
Sultanah Nur Zahirah’s lawyers have scheduled a press conference tomorrow.
It is believed that an announcement would be made to file a suit against Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown for allegedly defaming her in The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose.
The book tells the story behind the investigations into the 1MDB scandal and was officially launched on Sept 8.
1MDB started as TIA, a sovereign wealth fund set up in 2008, aimed at spurring sustainable socio-economic development in Terengganu for the long term. A year later, it was renamed 1MDB.
“We note that the connection between Jho Low and the Tereng­ganu royal family was in fact far closer to the sister of the Sultan, with whom Jho was directly connected in a business sense, and her husband.
“On this basis, later print runs of the book have removed the reference to the wife of the Sultan and instead refer to the sister of the Sultan as being Jho Low’s prime social connection in Terengganu,” added Sarawak Report.
It said in neither case did the book suggest impropriety on the part of such contacts of Jho Low, nor did it suggest that his engagement as an adviser for the fund was in itself a corrupt act.
“What was corrupt was the later theft of money from 1MDB, which was after the fund had been transferred from the purview of Terengganu altogether and had evolved into 1MDB,” said Sarawak Report.
It suspected that the matter had been “deliberately misinterpreted” to the Sultanah by people seeking to cause trouble and assured her that a careful reading of the short passage should make it clear that no allegation was made against anyone in the Terengganu royal family regarding the 1MDB affair.
“We are sorry if she has been upset by any misinterpretations of our meaning and trust this clarifies the matter,” it added – thestar
Sumber BO - 29-9-2018










Hakim Mahkamah Syariah Terengganu Tegur Pihak Pertikai Bidang Kuasa










KUALA TERENGGANU – Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun menegur segelintir pihak yang dilihat mempertikaikan bidang kuasa dan hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah syariah di negeri ini oleh Mahkamah Syariah Terengganu.
Teguran itu disuarakan pada awal prosiding jatuh hukum terhadap seorang ibu tunggal berumur 30 tahun yang mengaku bersalah atas kesalahan persediaan melacurkan diri di sebuah hotel di sini 17 Sept lalu.
Mengambil contoh kes sebatan yang dijatuhkan terhadap dua wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu 3 Sept lalu terhadap dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis, beliau berkata hukuman yang dijatuhkan adalah bersifat untuk mendidik dan memberi peringatan kepada pesalah dan juga masyarakat Islam.
“Negara kita adalah negara yang berdaulat dan negara yang bertamadun serta mempunyai peraturan. Begitu juga Mahkamah Syariah adalah berdaulat dan hukuman yang dijalankan terhadap pesalah dijalankan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) yang telah dipersetujui oleh pemerintah.
“Apa yang menyedihkan dewasa ini ada pihak yang menulis mengenai perkara itu (hukuman syariah) tetapi yang tiada ilmu pun nak tulis juga dan menegur mengenai bidang kuasa Mahkamah (Syariah),” katanya dalam nada sebak.
Rosdi juga kesal dengan pihak yang tidak mempunyai pengetahuan yang betul mengenai cara pelaksanaan hukuman sebatan yang dijalankan hingga menimbulkan polemik kepada masyarakat di negara ini khususnya yang disebarkan melalui media sosial.
Jelasnya, mereka tidak melihat sendiri cara sebatan mengikut syariat Islam itu dijalankan sedangkan ia berbeza dengan sebatan di Mahkamah Sivil hingga salah faham ini menyebabkan ada pihak membuat kenyataan untuk ‘menghapuskan’ Mahkamah Syariah.
Justeru katanya bagi mengelak perkara itu berulang, pihak mahkamah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika terdapat lagi tohmahan dilemparkan terhadap pihak Mahkamah Syariah (khususnya di Terengganu) susulan hukuman yang dijatuhkan terhadap ibu tunggal itu hari ini atau mana-mana kes berkaitan selepas ini.
“Untuk kali ini sekiranya terdapat tulisan atau perkara yang menghiris hati saya jika perlu kita tidak ragu-ragu akan bawa ia ke muka pengadilan untuk prosiding atas kes menghina mahkamah,” katanya.
Sebelum ini pelbagai spekulasi dan kecaman timbul terhadap pihak Mahkamah Syariah Terengganu ekoran pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita itu yang dijalankan di hadapan kira-kira 100 orang awam.
Kes itu mendapat perhatian ramai termasuk NGO berkaitan hak asasi manusia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mendakwa ia menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka.- BERNAMA
Sumber BO - 28-9-2018





Pemuda PAS Perlu Lebih Proaktif










Oleh: Muhd Lukman
DUNGUN – Pemuda PAS perlu lebih proaktif dan memberikan kerjasama penuh kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk melaksanakan gerak kerja masing – masing.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan pemuda supaya tidak berasa ‘kecil’ walaupun hanya berada di bawah MPKK.
“Walaupun mungkin kita rasa hanya berada di peringkat MPKK, peringkat ranting sahaja, tetapi realitinya pemuda – pemuda kita berada di saf hadapan.
Menurutnya, terdapat beberapa peranan pemuda di dalam parti.
“Pertama, kita perlu ingat kita berada di dalam jemaah dan mesti tahu PAS ini merupakan satu jemaah islam bukan sekadar parti kerana kita mempunyai dasar iaitu sama ada menang atau kalah, kita tetap istiqamah dalam perjuangan.
“Kedua, kita mestilah mematuhi segala peraturan dan disiplin di dalam parti serta mematuhi arahan daripada pimpinan parti sekaligus melaksanakan gerak kerja yang telah diamanahkan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama MPKK Belia Paka anjuran Pemuda PAS Dun Paka bertempat di Dewan Pondok Darul Bayan, Pinang Merah semalam Khamis 27 September.
Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menggesa semua pemuda peka dengan kemahuan dan hasrat orang muda.
“Kita mewakili anak muda lain perlu peka dengan hasrat orang muda dan cuba membantu serta merealisasikan hajat mereka.
“Kerajaan PAS juga akan cuba memenuhi segala kehendak ,keperluan dan permintaan orang muda selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Beliau turut melancarkan Pertandingan Keahlian Baru PAS Teramai Pemuda Dun Paka di sini.
Turut hadir Ketua Pemuda PAS Dun Paka, Encik Fauzan Ramli, Timbalan Ketua Pemuda , Encik Ahmad Zhafran, Setiausaha Pemuda PAS, Encik Jamaludin Jusoh serta wakil – wakil pemuda dari MPKK Dun Paka.
Sumber BO - 28-9-2018

Kerajaan PAS Terengganu Buka Permohonan Bantuan Persekolahan 2019








https://buletinonline.net/v7/index.php/kerajaan-pas-terengganu-buka-permohonan-bantuan-
persekolahan-2019/

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu memaklumkan, mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) kurang daripada RM2,500 sebulan, layak untuk memohon bantuan awal persekolahan sesi 2019.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, permohonan bantuan dana persekolahan itu dibuka secara atas talian (on-line), bermula pada 1 Oktober depan.
“berdasarkan maklum balas yang lalu, kerajaan negeri menjangkakan lebih kurang 116,000 orang dari kalangan pelajar yang bakal mendapat manfaat,
“tetapi ibu bapa (sahaja) yang boleh memohon,” ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, pada sidang media di Wisna Darul Iman hari ini, Rabu 26 September.
Menurutnya, kerajaan negeri juga pada tahun ini juga bersetuju untuk memberi kelengkapan persekolahan itu dan tidak membayar tunai.
“baju bagi lelaki, baju dan seluar sekolah serta stokin dan kasut, kita akan bahagikan baucer dan boleh ditebus di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Kita (kerajaan) memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membantu pelajar miskin dari keluarga berpendapatan rendah,” tambahnya.
Kata beliau, berlaku pertambahan penerima dana bantuan itu bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelum ini.
“Tahun lepas, kita (kerajaan) membelanjakan sebanyak RM10.9 juta dan tahun ini dianggarkan RM12 juta.
“Pemberian dana dalam bentuk barangan itu supaya ianya menepati sasaran secara langsung untuk keperluan persekolahan, berbanding dengan pemberian wang tunai,” jelasnya.
Sehubungan itu, kata Ustaz Saiful Bahri, pemohon di kalangan ibu bapa boleh melayari laman sesawang i-dana.terengganu.gov.my bagi tujuan tersebut.
Sumber BO - 27-9-2018















Lantikan Mufti Letakkan Pembangunan Sukan Di atas ‘Landasan Islam’








Oleh : Rohayati Ripin
HULU TERENGGANU – Pelantikan Mufti sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) meletakkan pembangunan sukan negeri Terengganu di atas landasan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya menegaskan dasar Islam yang dijunjung oleh kerajaan Terengganu.
“Idea untuk melantik Mufti sebenarnya telah pun ada sebaik sahaja saya diberi amanah untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Portfolio Belia Sukan dan NGO.







SS Dato’ Dr. Zulkifly Bin Muda, Mufti negeri Terengganu

“Dan sebenarnya pelantikan Mufti ini adalah seiring dengan dasar kerajaan baru yang meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kem Jati Diri Persatuan Orang Cacat Penglihatan di Kem Bukit Kolam, Kuala Berang pada Isnin, 24 September.
Katanya, Mufti sebagai institusi yang paling ‘berotoriti’ sebagai penasihat dan memberi tunjuk ajar dalam setiap program yang berkaitan dengan sukan.
Tambahnya, Mufti akan memberi maklum balas dan garis panduan yang sebenarnya dalam agama yang mana larangan dan arahan daripada Allah kena patuh dan ikut.
“Penyelesaian terbaik adalah bagaimana tugas dan peranan Mufti dalam jawatankuasa kita ini.
“Dan insya Allah seperti yang kita semua tahu kita melakukan semua benda itu mengikut perintah,” tambahnya.
Justeru beliau berkata, maka disitulah lahirnya keberkatan dan mencapai kejayaan bukan sahaja di manusia tetapi di sisi Allah SWT.
Sumber BO - 26-9-2018








Tegas Bendung Pusat Urut ‘Maksiat’





Oleh: Muhd Lukman
DUNGUN – Tindakan tegas dan menyeluruh perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membendung pusat maksiat di sebalik operasi refleksologi dalam setiap daerah di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, gejala tersebut perlu dibendung agar tidak terdedah kepada penyakit
“Saya berharap pihak yang berkenaan tegas dalam hal ini supaya masalah sebegini dapat dibendung kerana ianya akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang lain dalam masyarakat hari ini.
“Masalah ini juga bertentangan secara total dengan tema dan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk mewujudkan bukan hanya sebagai negeri maju tetapi berkat dan sejahtera,” tegasnya
Menurut beliau, kerjasama dan kecaknaan juga diperlukan daripada orang awam dan masyarakat untuk mencegah kemungkaran ini.
“Kita mengharapkan orang ramai dapat memberi maklumat dan laporan segera supaya turut sama memainkan peranan dalam mencegah kemungkaran serta mengajak masyarakat kepada amar ma’ruf.
“Marilah kita sama-sama mendukung hasrat kerajaan untuk mengawal kelahiran anak yang tidak sah taraf dan penyakit sosial yang timbul hasil daripada perbuatan terlarang ini,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan isu penutupan Pusat Urut Paka semalam, 24 September.
Ustaz Satiful turut mengharapkan agar para pengusaha dapat menghormati hasrat kerajaan negeri bagi mengekang gejala negatif ini.
“Kita harap para pengusaha ini dapat menghormati hasrat kerajaan negeri dan memberikan sokongan agar tidak menyumbang ke arah perkembangan budaya negatif dalam kalangan masyarakat hari ini,” tambahnya.
Sumber BO - 25-9-2018

RTB Sungai Mekelok Diteruskan

Oleh : Alfian Mamad
KEMAMAN – Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian Sungai Mekelok di Sri Bandi dekat sini akan diteruskan.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, RTB tersebut telah dinafikan hak miliknya oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2004, telah berjaya dimajukan semula dengan usaha gigih cawangan PAS terbabit.
“Saya ucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada semua pihak di Sri Bandi ini yang bertungkus lumus dalam menyelesaikan masalah rakyat,
“(Dan) Inilah hasil berkat dan kesabaran serta kerjasama yang ditunjukkan dan semoga ianya menjadi contoh kepada cawangan yang lain,” katanya.
Beliau yang juga Penyelaras DUN Kijal berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengundian Lot di Dewan Ketengah Sri Bandi semalam, 24 September.
Menurutnya, sebanyak 600 lot perumahan yang akan dibuka bagi menyelesaikan keperluan rumah masyarakat setempat yang semakin meningkat.
Justeru beliau berkata, selain daripada berusaha menyelesaikan hal ehwal masyarakat, jangan dilupa tentang hal ehwal Jemaah.










Sumber BO - 25-9-2018




















Pemuda Sokong Tindakan Tutup Rumah Urut ‘Maksiat’













Mohd Zakri Yusof
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Pemuda PAS DUN Bukit Besi menyokong sepenuhnya, tindakan kerajaan menutup rumah urut ‘maksiat’ bukan sahaja di Paka, bahkan di mana jua dalam negeri ini.
Naib Ketua Pemudanya, Mohd Zakri Yusof berkata, ianya hanya mengundang kemungkaran Allah, kerana disebalik terapi urutan yang boleh membantu kesihatan masyarakat, terselindung kegiatan yang tidak bermoral.
“Penutupan rumat urut itu adalah langkah kearah mencegah kemungkaran, agar mengundang keberkatan kepada Negeri Terengganu yang komited melakukan perubahan kearah sebuah negeri yang berkat,”‘ucapnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini, mengulas berkenaan isu penutupan Pusat Urut Paka semalam, 24 September.
Menurutnya, ianya adalah satu langkah kejayaan PAS yang diberi mandat menerajui kerajaan Negeri Terengganu.
“Gusar dan bimbang seandainya tidak dibendung ianya akan menjadi galakan kepada aktiviti yang seronok dilakukan,
“terutamanya golongan muda, dan akan menjadi ketagihan untuk sentiasa mengunjungi pusat tidak bermoral berkenaan,” tegasnya.
Tambahnya lagi, kerisauan itu berasas kerana dipercayai pemuda merupakan aset penting kepada sesebuah negeri dan negara.
“Saya mengharapkan agar langkah pertama itu, akan membawa kepada lebih banyak rumah urut di sekitar Kuala Terengganu ditutup,
“supaya semua premis rumah urut di seluruh Kuala Terengganu yang aktif menjalankan kegiatan tidak bermoral ditutup kearah mencapai sebuah Negeri yang berkat dan sejahtera.
“Kerajaan Negeri harus serius menangani hal dan permasalahan ini,” jelasnya
Sumber BO - 25-9-2018











Jangan Lupa Gerak Kerja Jamaah





Oleh : Alfian Mamad
KEMAMAN – Gerak kerja parti (jamaah) perlu diteruskan dan jangan sesekali ditinggalkan walaupun sudah menjadi kerajaan.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, Bilik Gerakan perlu diaktifkan dengan kerja penculaan dan penambahan ahli baru.
“Kita mengharapkan supaya cawangan PAS dapat ditubuhkan oleh setiap MPKK yang ada pada hari ini,
“Dengan kehadiran pada malam ini yang agak ramai, saya rasa tidak lagi menjadi alasan bahawa kita tadok orang.” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan peserta pada Majlis Pengundian Lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian Sungai Mekelok di Sri Bandi pada Ahad, 23 September.
Menurutnya, semua petugas perlu berwaspada dan bersiap siaga kerana ‘musuh’ sentiasa mengintai peluang untuk menyerang.
“Saya dimaklumkan melalui media sosial bahawa pihak musuh politik kita sudah mula bergerak di Sri Bandi ini,” jelas beliau yang juga selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman.
“Dan saya juga berharap supaya kita semua menyambut baik dan bersabar dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan kita samada dari peringkat MTD, Kawasan dan Negeri mahupun dari peringkat Pusat,” pesan beliau lagi mengakhiri ucapan.
Sumber BO - 24-9-2018

Terengganu bantu mangsa bencana Lombok
















KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu sentiasa menyokong apa jua misi kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana di seluruh dunia bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mereka.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, di Pulau Lombok, Indonesia umpamanya, kerajaan melalui anak-anak syarikatnya berkolaborasi menyediakan dana untuk tujuan tersebut.
Kali ini dana itu disalurkan melalui badan bukan kerajaan, PASRelief yang dapat mengumpul sebanyak RM100,000.
"Saya difahamkan, misi bantuan kemanusiaan itu adalah kali kedua. Kali pertama dibuat pada bulan Ogos dengan dana bantuan dibawa sebanyak RM50,000 dan empat orang anggota NGO itu terlibat," jelas beliau dipetik laman web teganukita.net.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pelepasan Misi Kemanusiaan Lombok 2.0 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), semalam. Hadir sama ialah Pengarah PASRelief, Mohd Sanusi Md Nor.dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu menyokong penuh usaha misi kemanusiaan sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang mengalami kesulitan akibat bencana dan selainnya.
“Keperluan asas yang diperlukan oleh mereka tentulah banyak. Makanan, minuman, tempat untuk mereka berteduh, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang memerlukan usaha yang tidak sedikit,” katanya lagi.
Dr. Ahmad Samsuri turut menyatakan bahawa penglibatan pelbagai badan dan agensi dalam misi kemanusiaan ini dapat menambahkan lagi pengalaman dan jaringan sebagai sebuah organisasi NGO dengan negara luar.
“Saya percaya sedikit sebanyak apa yang cuba dibawa pada hari ini bukan sekadar membawa bantuan kewangan tetapi membawa roh dan semangat rakyat Malaysia.
"Kerajaan Negeri Terengganu secara khususnya bahawa apabila kita berhadapan dengan kesukaran, kita Insya-Allah akan hadir kerana kita tidak tahu satu hari nanti kita juga akan berdepan dengan kesukaran dan di saat itu kemungkinan kita juga mengharapkan rakan-rakan kita daripada luar datang membantu kita.
“Apa yang penting ialah kita meletakkan niat hanya kepada Allah SWT kerana pertolongan daripada Allah itu adalah pertolongan yang paling besar yang kita ini boleh saja merancang, merangka apa jua strategi, kaedah, tetapi akhirnya hendaklah kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT,” ujarnya lagi.













Sumber HD - 24-\

9-2018

Umno Boleh Bantu Kuatkan Kedudukan PAS



Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Umno boleh beri bantuan dari sudut nasihat ataupun apa sahaja cadangan untuk menguatkan lagi kedudukan PAS ataupun pentadbiran Islam dalam negeri Terengganu.
Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dengan itu boleh memberi perimbangan ataupun ‘check and balance’ kerajaan negeri.
“Di Terengganu saya rasa tak timbul (sebarang masalah) kerana kita (PAS) yang memerintah dan Umno di Terengganu adalah pembangkang,
“Jadi Umno boleh beri sokongan pada kita (PAS) dengan apa cara yang mereka rasakan boleh untuk kita kata memberi peluang seluas-luasnya kepada PAS untuk menguruskan negeri ini,
“Umno boleh sahaja beri sokongan sebab kerajaan di Terengganu memang letakkan Islam sebagai dasar seperti mana ada dalam perlembagan parti kita,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman pada Selasa,18 September.
Katanya, dalam Muktamar PAS yang lepas Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan apa yang berlaku atas dasar taawun politik PAS dengan Umno.
Tambahnya, matlamat dan juga objektif yang paling besar adalah meletakkan islam sebagai pemimpin ataupun memimpin.
“Politik PAS pusat akan buat samada seperti yang kita tengok dan pernah berlaku sebelum daripada ini kerjasama adalah bergantung kepada kes serta tidak semua negeri begitu,
“Ada negeri ini begini… negeri itu begitu.. ada perbezaan dan itu akan diputuskan pihak Lajnah Politik PAS pusat,
“(dan)sebab ini berkaitan dengan dasar.. mana-mana dasar yang memutuskan adalah politik PAS pusat,” katanya.
Justeru beliau menambah, sesiapa sahaja yang boleh memberikan bantuan ataupun kerjasama merealisasikan perkara itu maka PAS bersedia untuk bekerjasama.
Sumber BO - 22-9-2018





























PPDK Pamer Aura Luar Biasa





Oleh: Nurulhaq Hafiz
DUNGUN – Kunjungan Ameerah Care Paka ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Paka mempamerkan aura luar biasa apabila mendapat sambutan positif daripada para pelatih di pusat pemulihan tersebut.
Ketua Ameerah Paka, Adlin berkata, program seumpama ini secara tidak langsung adalah sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru pelatih serta pihak pengurusan yang mempunyai banyak jasa dan pengorbanan.
“Ianya akan mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin serta melahirkan suasana harmoni yang seimbang antara masyarakat dengan golongan istimewa, ibu bapa serta guru-guru pelatih.
“Saya berharap program ini membuka peluang kepada badan persendirian, syarikat, mahupun masyarakat setempat sendiri dalam memberi sokongan moral dan sumbangan kepada PPDK agar dapat memberi khidmat yang lebih baik untuk golongan kelainan upaya ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Sayang di Sayang baru-baru ini (12 September).
Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk membuka ruang sosial kepada para pelatih dan memberi impak positif kepada mereka di samping memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap golongan kelainan upaya.
Penyelia PPDK Paka, Puan Fauziah, ahli jawatankuasa, guru-guru, para pelatih serta ibu bapa pelatih PPDK Paka menyambut baik program anjuran Ameerah Paka ini.
Program Sayang Di Sayang dirasmikan oleh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Sabariah Ilyas.
Program dimulakan dengan bacaan Asma Ul-Husna, bacaan Surah Al-Fatihah secara berlagu dan disusuli dengan aerobik yang diketuai oleh Jurulatih Han.
Para pelatih komited mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang disediakan.
Bakat tersembunyi terserlah dalam aktiviti mengecop dan mengecat banner.
Aktiviti mengecat berakhir dengan kejutan kedatangan maskot yang dibawa khas oleh Marry Brown Paka.
Maskot Marry Brown turut mengedar 100 bekas ais krim tajaan Marry Brown kepada para pelatih dan ibu bapa pelatih.
Sabariah Ilyas turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,800, baju kemeja T bagi setiap pelatih dan guru, radio Al-Quran serta cenderamata buat guru-guru pelatih.
Sumbangan terkumpul adalah hasil kutipan Ameerah Paka daripada orang ramai, syarikat dan individu sekitar Paka.
Ameerah Care Paka berterima kasih kepada semua dermawan yang budiman serta sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Turut hadir, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Dungun, Khairul Azwin Mohd Nor, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamal Shah, Ketua Muslimat PAS Paka, Rafidah Ramli dan ibu bapa pelatih.
Sumber BO - 21-9-2018















Pendidikan Itu Satu Pelaburan


Oleh : Muhd Lukman
DUNGUN – Ramai dikalangan kita yang tidak menyedari bahawa pendidikan merupakan satu pelaburan kita di akhirat nanti.
Timbalan Pseuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan kepada semua jemaah yang hadir agar mementingkan pendidikan di dalam kehidupan seharian.
|
“Ibu-bapa semestinya mahukan kejayaan buat anak-anak. Jadi, kita hantar mereka ke sekolah, tuisyen dan sebagainya dengan mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai pendidikan mereka.
“Ini semua merupakan sedekah jariah kita kepada mereka,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Solat Hajat dan Yassin Perdana menjelang peperiksaan penting, di Masjid Jamek Paka, Khamis malam 21 September.
Ustaz Satiful Bahri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri turut menegaskan, ia juga bukan untuk anak-anak sahaja bahkan untuk kebajikan kita nanti.
“Bila anak-anak kita besar nanti, kita doakan mereka jadi anak yang soleh dan solehah.Sudah pasti mereka akan sentiasa mendoakan kita agar beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
“Ilmu bermanfaat yang mereka pelajari ini akan mencerminkan diri mereka nanti.Sudah pasti mereka dapat membentuk sahsiah diri yang baik seterusnya akan memberi khidmat kepada kita di kemudian hari.
ADUN Paka itu juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Jamek,Encik Haji Roshdi bin MD Johari, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pihak Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS) Paka kerana menjemput beliau ke majlis ini seterusnya merasmikan Program Hijrah yang akan diadakan sekitar DUN Paka.
“Semoga semua calon dipermudahkan urusan oleh Allah SWT serta beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat,” ujar beliau.
Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sabariah Ilyas, Pengetua dan Guru Besar dari beberapa sekolah sekitar DUN Paka, ahli jawatankuasa masjid, wakil (i-MITS) dan wakil dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paka.
Sumber BO - 21-9-2018

Bertudung Bukan Halangan Cipta Kejayaan


Oleh: Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Bertudung bukanlah penghalang untuk beraksi pantas di gelanggang lumba lari dan mencipta satu kejayaan baharu buat Malaysia.
Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Noor berkata, beliau mengharapkan supaya Ratu Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Kali Ke-19, Azreen Nabila Alias menjadi titik pemulaan dan pembakar semangat buat atlet wanita yang lain.
“Kita perlu mencontohi beliau di dalam konteks pemakaian sukan yang menutup aurat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (19 September).
Kelmarin, atlet berusia 18 tahun itu telah berjaya mencatat rekod baru dalam acara 100 meter dengan catatan 11.81 saat (s) sekaligus meleburkan rekod selama 10 tahun milik Siti Fatima Mohamad 11.82s yang dilakukannya ketika SUKMA Terengganu 2008.
Katanya, bagi pihak Ameerah Terengganu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet tersebut kerana telah mengharumkan nama Terengganu.
“Ianya suatu kejayaan yang sangat membanggakan apabila atlet wanita dengan imej menutup aurat ditampilkan dalam arena sukan,” tambahnya.
Sumber BO - 20-9-2018

















Cantik Dan Sihat Bersama Muslimat Marang





Oleh : Aziz Hambali
MARANG – Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Marang komited dalam usaha membangunkan wanita dalam aspek kesihatan dan ekonomi dengan penganjuran Program “Cantik, Sihat dan Jana Pendapatan”.
Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang, Nazra Mat berkata, program ini adalah julung-julung kali diadakan.
“Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Muslimat untuk menambah lagi dana atau tabung di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan cawangan masing-masing.
“Dengan adanya tabung ini, kita akan dapat mengerakkan lebih banyak program-program pentarbiahan dan kebajikan di peringkat DUN mahupun cawangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bilik Mesyuarat Pejabat PAS Kawasan Marang, Rusila, semalam (18 September).
Menurutnya, program ini akan menjana pendapatan kepada lajnah ekonomi seterusnya memberi impak yang lebih besar bagi menarik lebih ramai lagi keahlian PAS terutamanya daripada kaum hawa.
Selain itu, produk ini bakal membuka peluang pekerjaan sambilan untuk Muslimat menjana pendapatan, terutamanya bagi mereka yang bergelar suri rumah.
Sumber BO - 20-9-2018

































Perlantikan Mufti ALP MSNT; Bukiti Kerajaan PAS Perkasa Ulama



SETIU – Perlantikan Mufti Terengganu Dato’ Dr Haji Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS telah melangkah satu dimensi baru dalam memperkasakan ulama.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Mohd Shafizi Ismail perlantikan ini membuktikan pemimpin dan ulama saling memerlukan dalam mentadbir.
“…ini membuktikan kerajaan menghargai ulama,dan sebagai rakyat kita menyokong penuh perlantikkan ini.
“Ini boleh merubah pemikiran rakyat bahawa Islam itu sememangnya syumul dan ulama bukan sekadar pemberi kuliah,ceramah agama namun mencakupi segala-galanya termasuk dalam bidang sukan,” UJARNYA
Menurutnya BELIAU, ulama perlu terus diberi peranan yang besar dalam pentadbiran kerajaan bersesuaian dengan peranannya sebagai penasihat kepada pemimpin sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.
Shafizi juga berharap perlantikan mufti ini oleh Pengerusi Belia,Sukan dan NGO negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah harus diikuti oleh pimpinan lain mengikut kesesuaian yang dirasakan perlu terhadap sesuatu pentadbiran.
Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) Batu Rakit berkata demikian ketika ditemui di pejabtnya di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit hari ini.
“…tahniah juga buat pelari pecut Azreen Nabila Alias yang telah membuktikan pakaianya yang menutup aurat itu bukan penghalang untuk memenangi pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) yang sedang berlansung sekarang.
In Sha Allah, semoga Azreen Nabila akan menjadi ikon anak muda dalam bersukan.” kata beliau
Sumber BO - 19-9-2018



















Rumah Mampu Milik; PAS Terengganu Komited Laksanakan Manifesto





Oleh : DMS
SETIU – PAS Terengganu kini komited untuk menunaikan janji manifestonya untuk membina rumah mampu milik (RMM) kepada rakyatnya yang layak sepertimana terkandung dalam manifestonya di PRU 14 yang lalu.
Timbalan Pesuuruhjaya 1 PAS Terengganu, Doktor Alias Razak berkata kerajaan negeri telah memutuskan untuk membina sebanyak 700 unit RMM dahulu sebelum berakhirnya tahun ini di empat buah daerah yang telah dipilih.
“Kampung Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Setiu), Kampung Gong Cengal (Kemasik) dan Kampung Tajing (Hulu Terengganu) adalah empat buah daerah yang akan dibina RMM,
“sebelum ke empat daerah lain bagi mencapai sasaran 20 ribu buah rumah menjelang PRU 15 setelah diberi mandat oleh rakyat untuk PAS mentadbir negeri pada 9 Mei lalu…….kerajaan akan membantu mereka (rakyat untuk memiliki rumah),” jelasnya.
YB. Dr. Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Spesifikasi Rumah Mampu Bilik (RMM) di Sutera Beach Resort, Setiu pada 18 September.
Menurutnya, sebanyak RM50 Juta setahun, (rasanya dah ada separuh) untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah dan tidak mendapat pinjaman dari institusi kewangan.” tegasnya antara solusi lain yang ditawarkan kepada rakyat.
Bengkel yang diadakan selama tiga hari anjuran Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) itu telah membabitkan pegawai pelbagai agensi kerajaan dalam menjayakan Terengganu sebagai negeri yang Maju,Berkat dan Sejahtera.
Sumber BO - 19-9-2018

Felda Selasih A juara Piala Adun Jabi






















http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8163-felda-selasih-a-juara-piala-adun-jabi

BESUT: Menepati ramalan sebagai pasukan pilihan, Felda Selasih A FC muncul juara Kejohanan Bolasepak Piala Adun Jabi 2018 setelah mengenepikan cabaran Tok Dor FC.

Persaingan itu akhirnya menyaksikan Tok Dor FC terpaksa akur menerima kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti berkeputusan 5 - 4 setelah kedudukan penuh masa perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Kejohanan Bolasepak yang telah membuka tirai pada 11 Ogos lepas dengan penyertaan 20 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri Jabi itu ditutup dengan perlawanan akhir di Padang Bola Kampung Kerandang, di sini semalam.

Menurut Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim, dalam tempoh sebulan setengah, padang bola Kampung Apal dan Kampung Kerandang yang menjadi gelanggang perlawanan sentiasa meriah dengan kehadiran penonton dari segenap lapisan masyarakat.

"Inilah medan untuk anak muda Jabi mengembangkan bakat dan meneruskan cara hidup sihat yang jauh dari gejala negatif. Agenda belia dan sukan akan terus menjadi keutamaan kita.

"Jabi merupakan Dun yang terawal menganjurkan kejohanan seumpama ini pasca PRU14 di seluruh negeri Terengganu. Kejohanan ini akan terus menjadi acara tahunan dalam kalendar di tahun akan datang," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Negeri. -HARAKAHDAILY 18/9/2018

















Sumber HD -18-9-2018

Dr Ahmad Isa kunjungi MB Terengganu

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <






















KUALA TERENGGANU - Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman sentiasa dikunjungi sama ada rakyat Terengganu sendiri atau tetamu luar negara untuk bertemu dengan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hari ini (17 September) Dr Ahmad Samsuri dikunjungi oleh Ketua Lajnah Tashih Al-Quran Mesir, Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma'sarawi.

Kunjungan Syeikh Dr. Ahmad bersempena dengan Wacana Al- Quran di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) di sini.


Syeikh Dr Ahmad Isa (dua dari kiri) mendoakan kejayaan kerajaan baharu Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan).

Beliau mengambil masa 20 minit untuk bertemubual dengan Menteri Besar berhubung dengan gerakan Islam antarabangsa dan pentadbiran negeri Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Syeikh Dr Ahmad dan meminta beliau mendoakan kejayaan Terengganu di bawah pentadbiran baharu.

Turut mengiringi Dr Ahmad Isa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Sumber MR - 17-9-2018

'Facebook Page' palsu MB Terengganu


























KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dimaklumkan terdapat satu akaun palsu mirip 'Facebook Page' beliau.

“Saya dimaklumkan terdapat satu akaun palsu mirip 'Facebook Page' saya yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook.

Katanya, akaun rasmi beliau adalah www.facebook.com/DrAhmadSamsuri , selain daripada itu, akaun tersebut bukan milik dan tidak mewakilinya.

Sehubungan itu, beliau memohon semua untuk 'report kepada Facebook' page palsu tersebut untuk mengelakkan kekeliruan. – HARAKAHDAILY 12/9/2018























Sumber HD - 12-9-2018

Pasaraya Wakaf peluang raih pahala



DUNGUN: Wakaf sambil mendapat ganjaran di akhirat kelak, demikian konsep yang dianjurkan dalam memajukan Pasaraya Wakaf di bawah Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

Ia sebagai peluang kepada rakyat Terengganu, khususnya ahli PAS untuk sama-sama berperanan memberi kesedaran masyarakat mengukuhkan ekonomi umat Islam rantau ini.

Demikian ujar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas merasmikan program Pasaraya Wakaf PAS Pusat di sini, petang ini.

Tambah beliau, penubuhan pasaraya itu sekurang-kurangnya bagi memberi kesedaran untuk mengambil peranan ekonomi masyarakat setempat untuk sama-sama menyokong kepada kebaikan parti dan rakyat.

"Pasaraya Wakaf ini telah mendapat kutipan sebanyak sejuta sehingga kini. Dan kita mahu RM11 juta lagi untuk menyiapkan proses pembinaan pasaraya wakaf ini," katanya

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, menerusi perasmian pasaraya wakaf itu, PAS mendapat modal daripada ahlinya bagi membangunkan ekonomi.

Ujar beliau, kebanyakannya adalah daripada ahli PAS selebihnya daripada orang awam dan pelbagai pihak yang menyumbang.

Ini kerana katanya, parti tidak memberi dana kepada ahli, malah ahlilah yang mendanai parti.

"Sehubungan itu, hasil keuntungan projek pertama pasaraya wakaf ini akan memberi pulangan manfaat kepada penyumbang," katanya lagi.

Selain itu katanya, ia akan digunakan untuk program kebajikan dan tujuan dakwah. – HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018

Keputusan PRK Seri Setia: Motivasi Untuk PRU15.



Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Keputusan Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia sewajarnya menjadi penyuntik semangat dan motivasi untuk petugas parti menggerakkan kerja-kerja untuk kemenangan PAS di Pilihan Raya Umum(PRU) ke 15 akan datang.
Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman, berkata dengan kemerosotan majoriti yang hanya empat ribu berbanding 20 ribu diperolehi Pakatan Harapan(PH) di PRU14, memberi petanda pengundi sudah beralih kepada PAS terutamanya pengundi muda.
“Dengan peratus yang keluar mengundi hanya 44%, menunjukkan pengundi berasa muak dengan sikap pemimpin – pemimpin”,
“Yang ‘cakap tak serupa bikin’. terutama pemimpin – pemimpin PH yang tidak menunaikan janji-janji manifesto PRU14 untuk dilaksanakan, “jelas beliau lagi.
Beliau yang ditemui di Kompleks Tarbiah Darul Taqws(KOMTAQ) pada 9 September di sini, diminta mengulas keputusan PRK Seri Setia yang telah diadakan 8 September di mana menyaksikan PAS berjaya mengurangkan majoriti undi yang dimenangi PH di PRU14.
“Saya menyeru kepada semua petugas – petugas kita, mulai dari sekarang kita kena bersiap untuk PRU15.,kita turun ke bawah memasyarakatkan PAS dan melaksanakan kerja – kerja kebajikan”, ujar Ketua Muslimat Marang itu.
Zarani seterusnya berharap peluang PAS sebagai kerajaan di Negeri Terengganu ini, hendaklah digunakan sebaiknya untuk membina hubungan erat PAS bersama rakyat.
Sumber BO - 10-9-2018

Hijrah satukan umat, raikan perbezaan





























HIJRAH merupakan satu titik penting dalam sejarah umat Islam. Umum mengetahui pengajaran disebalik peristiwa ini, tetapi masih ramai yang tidak menghayati secara sepenuhnya.

Peristiwa hijrah memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di samping mendamaikan pihak bertelagah termasuk orang Yahudi untuk membentuk sebuah negara. Setiap penduduk mendapat hak dan ruang yang sama dibawah pemerintahan Islam walaupun berbeza agama dan kaum.

Dalam konteks hari ini, corak pemerintahan seperti inilah yang ingin diterapkan dalam pentabiran negeri Terengganu. Sikap amanah, adil, telus dan bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa menjadi pemimpin negara dijadikan panduan dalam membangunkan dan memajukan negeri ini.

Tema Maal Hijrah pada tahun ini, ‘Menyantuni Umat, Membawa Rahmat’ begitu tepat sekali. Jika dihayati, ia membawa mesej supaya masyarakat perlu sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingkahan, saling bersatu padu walaupun berlainan agama, kaum, ideologi dan fahaman politik.

Teras kepada penyatuan dan perpaduan umat di Madinah adalah kasih sayang atau mahabbah yang didasari oleh Islam dimana semua mendapat keistimewaan. Dalam erti kata lain, penduduk bukan Islam turut diberikan hak pengiktirafan sebagai rakyat.

Kesannya, kepimpinan Rasulullah SAW telah melahirkan kesatuan dan perpaduan kepelbagaian kaum dan agama di Madinah ketika itu. Dalam situasi hari ini, perbezaan itu tidak menghalang kita untuk memupuk nilai kasih sayang demi keharmonian dan kesejahteraan.

Menjadi cita-cita seluruh rakyat untuk melihat negeri Terengganu melangkah ke satu tahap yang lebih baik melalui penghayatan hijrah sebenar bagi mencapai negeri yang diimpikan bermatlamatkan maju, berkat dan sejahtera.

Salam Maal Hijrah.

“Menyantuni Umat, Membawa Rahmat”
“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
29 Zulhijjah 1439 / 10 September 2018 – HARAKAHDAILY 10/9/2018

Sumber HD -10-9-2018

50 Anak Muda Sertai PAS



Oleh: Saifullah Jusoh
BESUT – Seramai 50 orang anak-anak muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut telah bertekad menyertai PAS.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh telah menerima borang permohonan keahlian mereka.
“Saya sangat gembira dengan sokongan orang muda kepada PAS yang semakin hari semakin meningkat,” ujar Haji Azbi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Pertandingan Sepak Takraw yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Alor Teratai, Sabtu 8 September 2018.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pemuda PAS Dun Kuala Besut, Saudara Hafiz Yusoff dan Ahli Jawatankuasa MPKK Kg Alor Teratai
Sumber BO - 9-9-2018





















































Petugas Tangani Bersama Ujian Yang Menimpa



KUALA TERENGGANU – Ribut yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam Isnin lalu, di tangani bersama sebaiknya oleh petugas PAS dan kerajaan negeri Terengganu.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan PAS cawangn menangani ‘ujian’ yang dihadapi mangsa mangsa tersebut.
Katanya, begitu jelas kelihatan pada hari kejadian, walaupun lewat petang mereka masih bertungkus lumus membantu sekadar mampu bagi mengelakkan rumah di masuki air hujan.
“kejadian pada 3hb September lalu menyebabkan banyak rumah rosak teruk samada di hempap pokok ataupun atap nya di terbang angin kuat,
“kejadian ini begitu pantas dan saya amat berterima kasih pada pihak DUN yang mengarahkan MPKK mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan keadaan yang agak sukar dan cemas ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Majlis Penyerahan Sumbangan sebanyak RM50,000.00 oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menampung sedikit sebanyak bebanan mangsa ribut berkenaan tersebut, di Wisma Darul Iman, semalam 6 September.



























Wan Sukairi yang mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan cek daripada Kerajaan Kelantan yang diwakili Tuan Mohd Saripuddin di Wisma Darul Iman

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, sebanyak 642 buah rumah di kenal pasti terlibat dalam kerosakan akibat ribut membabitkan 33 MPKK.
Oleh itu, Kerajaan Terengganu berterima kasih kepada kerajaan Kelantan di atas bantuan kewangan tersebut untuk membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat bencana ribut.
“Mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang telah menghantar wakil bagi menyerahkan sumbangan ini yang akan disalurkan terus kepada Tabung Darul Iman bagi membantu mangsa ribut,” katanya.
Sumber BO - 7-9-2018

Terengganu Berhasrat Lantik Penguatkuasa Syariah Sukarela Dikalangan Wanita

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan melantik penguatkuasa syariah sukarela dikalangan lelaki dan wanita bagi meningkatkan usaha ‘amar makruf nahi mungkar’.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, bilangan tenaga kerja penguatkuasa masa kini yang berjumlah 100 orang nencukupi berbanding nisbah penduduk negeri ini.
“bagi Sekarang ni kita dah ada penguatkuasa bilangan dia dalam lebih kurang 100 orang dalam seluruh negeri Terengganu memang bilangan tu tidak boleh dengan rakyat kita yang berjumlah 1.17 juta memang dok (cukup) tu lah ,
“cuma kita bercadang menambah sukarelawan berdasarkan setiap masjid kita akan lantik mewakili dua perempuan dua lelaki untuk pertama kali, sebab biasa orang lelaki nak sembahyang jumaat dan masa tu boleh ganti orang muslimat untuk ganti,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Wiswa Darul Iman pada Rabu, 5 September.
Namun begitu, Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, jumlah keseluruhan penguatkuasa sukarela tetap yang akan dilantik adalah bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri.
“Kita akan cuba in shaa allah untuk tambahkan penguatkuasa sukarelawan , setakat ni dok tetap lagi sebab bajet kemungkinan kita akan bentang akhir tahun ni dan jadi kita baru letak (berapa keperluan) bahagian untuk perlaksanaan syariah,
“Kita sekarang ni nak kemaskinikan lagi untuk ni sebab kita ambik pun kita akan bagi kursus apa itu (dan ini) boleh dan apa itu tak boleh lah , undang-undang , kaedah seperti salah guna kuasa dan sebagain,” kata beliau.
Justeru itu, beliau berharap kedua-dua pelantikan baharu tersebut dapat diselesaikan menjelang tahun hadapan.
“(saya) jangka pertambahan sukarelawan kita berdasarkan jumlah masjidlah (kerana kalau) kita nak (lantik melalui) MPKK kadangkala, ada MPKK satu-satu kawasan (kampung) yang tak ada masjid,
“bilangan angka tetap tu saya maklum semula lah, kita juga akan adakan latihan kepada sukarelawan tersebut , sukarelawan ni dibawah pelaksanaan penguatkuasa syariah di bawah jabatan agama,” ujar beliau.






























Sumber BO - 7-9-2018




























































Muslim Students At Terengganu School Made To Sing Christian Song?


DUNGUN: The Terengganu state education department (JPNT) confirms it has received a report on an allegation made via social media that a primary school in Hulu Dungun made Muslim students memorise and sing a song that contains lyrics about Christianity.
The allegation went viral on Facebook and WhatsApp chat application following a posting made by one ‘Cikgu Izzat’.
In denouncing the act, Cikgu Izzat shared a photograph of the alleged lyrics that the students were told to memorise.
Titled ‘Satu Suara’ (one voice), the song contains the lyrics ‘satukan kami dalam kasih Yesus’ (unite us in the love of Jesus) and ‘pulihkan gereja ku agar perubahan terjadi sekarang ini di Malaysia’ (restore my church so that change can happen in Malaysia).
In his post, ‘Cikgu Izzat’ who describes himself as an education activist on his Facebook profile, said this was a serious matter and called for an investigation to be conducted immediately and strict action taken.
Terengganu state education director Shafruddin Ali Hussain when contacted said they were investigating the matter and stressed that the department viewed the issue seriously.
In denouncing the act, Cikgu Izzat shared a photograph of the alleged lyrics that the students were told to memorise. Pic courtesy from from Cikgu Izzat Facebook
“JPNT views this issue seriously and will conduct a comprehensive investigation. We will investigate why such a thing can happen.
“If it is true, we will take strict action,” he said.
If the matter took place at a school, the department would consider action against the teacher involved based on their scope of authority.
Checks on the net found that the song shares the same lyrics as an Indonesian song titled ‘Pulihkan’ by Jubilee.
However, the original song talks about Indonesia, and in the viral photo, the word Indonesia was replaced with Malaysia. © New Straits Times Press (M) Bhd
Sumber BO - 7-9-2018





























Laksana Tugas Bersungguh, Pertahan Kerajaan PAS


Oleh : Adli Mohamad.
KUALA TERENGGANU – Pegawai Media yang dilantik dibawah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) digesa melaksanakan tugas bersungguh-sungguh, untuk mempertahankan kerajaan PAS Teregganu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata para pegawai tersebut termasuk petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahter (i-MITS) adalah ‘menjadi wajah’cerminan kepada parti Islam itu.
“gambaran itu amat menakutkan, setiap yang dilantik mesti memikul amanah yang diberikan,
“perlu ada penyelarasan (ketiga-tiga komponen ini), perlu ada penyelarasan, penyusunan dan kerjasama untuk bergerak secara seiring,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengarah i-MITS berkata demikan ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Pegawai Media UPDI yang diadakan sebuah hotel di sini hari ini, Khamis 6 September.
Oleh itu, menurut beliau, para pegawai terbabit mestilah sentiasa cakna dan melaporkan aktiviti pemimpin kerajaan yang juga pemimpin tertinggi PAS.
“Perlu cakna apa isu-isu yang berlaku dialam maya, berlaku minggu lepas cybertroper umno dilihat kembali berfungsi,
“di peringkat pusat dilihat seolah-olah berbaik. Di Negeri Terengganu serangan yang difokuskan kepada exco-exco….yang menunjukkan berlaku sebagaimana kecekapan dan pengurusan exco-exco kita,” tegasnya.
Katanya lagi, gerakan ‘cybertrooper’ dari Pakatan Harapan (PH) Terengganu lebih aktif bagi menafikan royalti minyak dari terus disalurkan kepada kerajaan negeri.
“Di peringkat pusat ‘invoke’ Rafizi diberi dana yang cukup besar, mengawal mereka yang ‘inteligent’ untuk menjalankan ativiti yang besar bagi menjatuhkan kerajaan Ngeri Terengganu,” ujarnya.
Menurutnya lagi, semua pegawai perlu berganding bahu dan bergerak seiring mempertahankan habis-habisan segala ancaman dan fitnah yang dilempar kepada Menteri Besar, Exco-exco negeri, dan kepimpinan Negeri Terengganu agar kerajaan sekarang mampu dipertahankan
Sumber BO - 6-9-2018





























Jangan Murung, Iman Ukuran Di sisi Allah

Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Golongan orang kurang upaya diharap tidak bersikap murung dan mengalah dengan kekurangan diri kerana iman yang menjadi ukuran di sisi Allah.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional, YB Cikgu Alias Harun berkata dengan iman, kasih kepada agama dan tidak terlibat dengan kumpulan penentang Islam.
“Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi, jadi kita-kita lah yang meninggikannya”, ujar beliau.
Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pembangunan Agung Persatuan Orang Kurang Upaya Terengganu(POKUAT) kali ke-11 di Dewan Serbaguna Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU) di sini semalam 4 September.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu juga berharap pengembalian royalti yang dirampas daripada hasil minyak Negeri Terengganu menjadi kenyataan.
“Sama-sama kita berdoa janji kerajaan pusat ditunaikan untuk kita tambah peruntukan untuk persatuan – persatuan seperti POKUAT melaksanakan aktiviti – aktiviti mereka”, katanya lagi.































Fakharuddin Zakaria

Sementara itu Presiden POKUAT, Saudara Fakharuddin Zakaria memberitahu POKUAT ditubuhkan pada 2002 dengan matlamat menyatukan orang kurang upaya cacat anggota di seluruh Terengganu.
“Mendengar masalah, berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian diantara mereka, ” ujar beliau seorang mahir di dalam mengurut.
Manakala beberapa orang ahli persatuan yang ditemui melahirkan rasa syukur menjadi ahli kerana keprihatinan yang ditunjukkan kepimpinan POKUAT.
Antaranya Wan Roslina Wan Abdul Rahman, 40, yang menjadi usahawan jahitan dan juga seorang ibu Rosni Mohamad, 45 yang menemani anaknya Nor Nabilah Ismail, 11.































Sumber BO - 5-9-2018

NGO Sokong Pelaksanaan Syariat Di Terengganu



Oleh : KAM
KUALA TERENGGANU: Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, pada 3 September lalu mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin berkata, kerajaan PAS Terengganu boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain dalam pelaksanaan hukum Syariat Islam.
Bahkan, katanya kerajaan Persekutuan harus mengambil insentif agar amalan kegiatan songsang kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) itu dapat dibenteras.
“Hukuman sebat terhadap pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun yang mengaku salah pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001, yang dibaca bersama Seksyen 59(1) Enakmen yang sama kerana ‘Musahaqah’ di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan lancar dengan disaksikan lebih 100 orang.
“Alhamdulillah, diharap negeri Terangganu dapat dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain dalam pelaksanaan hukum Syariat Islam ini.
“Ini adalah demi masa depan anak-anak kita. Jadi ayuhlah membantu NGO Islam bersuara dan teruskan menyokong kami, untuk Amar Makruf dan Nahi Mungkar.
“Tahniah kerajaan negeri Terangganu kerana berjaya melaksanakan hukuman berlandaskan Syariat Islam yang syumul,” ujarnya hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi NGO Alifbata Srikandi Masyhur mendakwa, aktiviti songsang golongan gay, kelab LGBT, kelab hiburan semakin banyak tanpa sekatan khususnya di Wilayan Persekutuan.
Menurutnya, jika dibiarkan akan menjadi ‘barah’ yang tidak dapat dibendung serta mencemarkan agama Islam dan negara Malaysia.
“Penguatkuasaan yang lemah menyebabkan kaum LGBT ini semakin berani mencabar Jabatan Agama Islam dan negeri Terangganu berjaya melaksanakan hukuman sebat,” tegasnya.
Hadir sama menyaksikan hari yang paling bersejarah itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim serta ramai lagi.
Sumber BO - 5-9-2018

































































Bekas Penagih Dadah, Jangan Tinggal Solat



Oleh: Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Solat yang menjadi perintah Allah mendidik jiwa manusia supaya dapat mencegah  perbuatan mungkar dan memperbanyakkan amal kebaikan. Maka, solat tidak boleh ditinggalkan oleh sesiapa pun yang beragama Islam.
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dungun, Cikgu Alias Harun berkata, kita harus mengekang nafsu dari menguasai diri.
“Biasakan diri solat berjemaah di surau atau masjid supaya tidak kembali ke kancah dadah dan maksiat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada bekas-bekas penagih dadah yang diistilahkan sebagai Orang Kena Pulih (OKP) ketika kunjungan ke rumah mereka sempena Program Ziarah Sejahtera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, baru-baru ini (2 September).
Menurut Cikgu Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, program tersebut amat baik dan membuktikan mereka berpotensi dan mampu untuk pulih sepenuhnya dengan usaha yang gigih.
Sementara itu,  Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun, Roslina Awang berkata, program ini adalah kerjasama antara AADK, Jawatankuasa Pemulihan Daerah Dungun (JKPD) dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.
“Yang Berhormat sendiri turun padang berjumpa dengan OKP yang masih di bawah pengawasan AADK dan yang telah tamat tempoh”, jelasnya.
Program ziarah berkala ini bertujuan untuk memantau kes-kes pengawasan OKP.
“Masih ramai yang sayang kepada mereka.
“Kali ini, sebanyak empat buah rumah OKP sekitar Tanjung Jara, Kampung Baru Kuala Abang dan Pulau Serai  telah dilawati,” tambahnya.
Sumber BO - 5-9-2018

Derita Pesakit Kronik SLE Dapat Perhatian PAS Kemasik


































Fatin Syamimi (tengah) bersama isteri ADUN Kemasik, Ustazah Husna Abdul Rahman (kiri)
Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Derita seorang anak gadis, pesakit kronik Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) mendapat perhatian PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik hari ini.
Fatin Syamimi Mohd Anuar, 27, yang tinggal di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Baru Kertih, di sini, telah disahkan menghidap penyakit SLE sejak 2016 lagi.
“Penyakit ini menyebabkan semua sendi-sendi yang ada di badan menjadi sangat sakit, rambut pula gugur, tidak dapat berjalan kerana kaki bengkak, demam berpanjangan dan masalah kulit di badan yang bertukar menjadi ruam merah dan sangat gatal.
“Kadang-kadang tubuh menggigil secara tiba-tiba, sebelum muntah dan sampai tidak sedarkan diri.
“Penyakit SLE ini boleh menyebabkan mengalami masalah injap jantung, radang mata dan hempedu bengkak, selain paru-parunya sering mengecut.
“Saya terpaksa menangguhkan pengajian di Kolej Kejururawatan Alor Setar sehingga sembuh, sekarang ini berulang-alik ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan,” ujar Fatin Syamimi.
Ketua Muslimat PAS DUN Kemasik, Ustazah Narliati Lamsah yang mengetuai rombongan ziarah pada petang tadi, 4 September. merakamkan rasa simpati dengan musibah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.
“Nampaknya, keadaan kesihatan beliau merosot selepas berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik tersebut sejak dua tahun lalu.
“Kita cukup bersimpati dan sangat mengharapkan agar pesakit ini kembali pulih dan dapat bergelar jururawat suatu hari nanti,” kata beliau.
Turut sama menyertai kunjungan ziarah berkenaan adalah isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ustazah Husna Abdul Rahman.
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya.
Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Sumber BO - 5-9-2018







































































560 Buah Rumah Rosak Dibadai Ribut


Oleh: Mohd Haniff Abas
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 560 buah rumah mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang semalam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, masyarakat perlu saling bantu membantu antara satu sama lain lebih-lebih lagi pada ketika ini.
“Saya memohon setiap mangsa ribut agar bersabar kerana pihak jawatankuasa bencana DUN Buluh Gading sedang berusaha untuk menyelesaikan pembaikan rumah yang rosak.
“Semua pihak perlu prihatin dan menghulurkan bantuan kepada mangsa dengan memberi sumbangan berikutan kos pembaikan yang agak besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (4 September).
Sementara itu, Pegawai Khas ADUN Buluh Gading, Ustaz Saufi Hashim berkata, sebanyak 25 buah kampung terlibat dalam kejadian ribut pada petang semalam yang membabitkan kerosakan atap, struktur kediaman dan juga infrastruktur awam.
“Kita sangat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun kejadian ribut ini membabitkan kerosakan yang sangat banyak”, tambahnya.
Beliau juga memaklumkan kutipan derma kilat telah dilancarkan untuk membantu mangsa ribut yang terlibat.
Kejadian ribut yang berlaku selama 30 minit itu bermula pada jam 3.40 petang dan berakhir pada jam 4.10 petang dengan kerugian yang masih belum dapat dipastikan lagi.
Menurut Ustaz Saufi Hashim, antara kampung yang teruk dilanda ribut adalah Kampung Kebor Besar, Kampung Banggul Tok Esah dan Kampung Kebor Air.
“Saya mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat dan diharap dapat bersabar dengan ujian ini kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Insya-Allah kita akan berusaha untuk menyelesaikan pembaikan kediaman penduduk dalam masa yang singkat”, ujarnya.
Sumber BO - 5-9-2018




































Pemuda PAS Sokong Penuh Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah



KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh perutusan makhamah syariah yang telah diputuskan pelaksanaan hukuman sebat kepada pesalah terbabit dengan salah laku syariah.
Ketuanya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, beliau hadir ke kompleks mahkamah syariah bagi menyaksikan hukuman sebat yang kali pertama dilaksanakan itu.
“kehadiran kami pada pagi ini adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada perutusan makhamah dan yang paling besar ialah mengharapkan keampunan kepada Allah SWT,
“kerana setiap pelaksanaan kesalahan jenayah syariah sebenarnya ialah bukan untuk memalukan pesalah tetapi sebenarnya memohon keberkatan daripada Allah,” jelasnya.|
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita yang disabitkan kesalahan percubaan melakukan hubungan sejenis, di mahkamah syariah di sini, pada Isnin 3 September.
Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Institu Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) berkata, satu kesalahan jenayah yang dilaksanakan hukumannya ada lebih baik daripada hidup 40 hari yang disembahi air hujan yang berkat daripada Allah.
Sumber BO - 4-9-2018

Hukum sebatan Lesbian







































 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7981-hukum-sebatan-lesbian

BISMILLAH. Semalam, 3 September 2018, di Negeri Terengganu, telah menyaksikan satu sejarah baharu yang dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Terengganu iaitu hukuman sebat terhadap pesalah Lesbian yang dibuat secara terbuka. Ia dihadiri oleh kira-kira 100 orang awam bagi melihat sendiri bagaimana ia dijalankan. Tahniah kepada pengurusan Mahkamah Syariah Terengganu yang melangkah, membuka era baharu bagi menangani jenayah syariah.

Sejarah kepada hukuman sebat sebegini telah berlaku semenjak dahulu lagi. Semenjak Rasul-rasul yang diutuskan kepada manusia sejagat. Ianya bukan sesuatu yang pelik, terutama kepada golongan agamawan, sama ada agama Islam, ataupun agama-agama lain. Mereka tahu hukuman yang dibuat di hadapan orang ramai adalah hukuman pencegahan. Ia tidak boleh dibayar dengan wang ringgit, tetapi dengan maruah mereka. Ia akan menjadi ingatan berpanjangan kepada khalayak manusia. Pernah ada sekumpulan Yahudi meminta Rasulullah mengadili kesalahan mereka. Apabila Rasulullah menyuruh mereka mengikut hukuman kitab mereka, mereka cuba menutupnya. Dan hukuman itu sebenarnya mesti dilakukan di hadapan orang ramai.

Tetapi agak pelik apabila saya melihat ramai non-Muslim cuba mencampuri urusan hal ehwal Islam dan Muslim. Kenapa mereka suka menyindir dan menghina hukuman Islam? Mereka bukan sahaja lupa tentang kontrak sosial dalam negara ini tetapi juga Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan untuk beramal dengan agama masing-masing. Kami orang Muslim dilarang mencerca agama dan pengamalan agama lain walau sepelik mana sekalipun dan kita tidak bersetuju. Jika sikap mempertikaikan ritual yang diamalkan oleh semua penganut, nescaya ia akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan agama yang serius dan berpanjangan. Mungkin, golongan ini mahu mencetuskan huru hara agar mereka boleh mengambil kesempatan untuk terus menguasai negeri ini? Dan adakah mungkin juga golongan ini akan mempertikaikan pengamalan dalam agama lain juga seperti Hari Thaipusam yang bagi kita jelas menyiksa tubuh badan mereka?

Dalam Islam, Rasulullah pernah memerintahkan hukuman sebat dilakukan kepada seorang wanita yang mengaku berzina setelah beberapa ketika ditangguhkan akibat wanita itu mengandung, sehinggalah pesalah itu selesai menjaga anaknya sehingga berusia enam tahun, baharulah dia dihukum. Juga terdapat Hadis yang mengisahkan adanya hukuman rejam yang dijalankan terhadap pesalah ‘Mukhsan’ iaitu pesalah zina yang telah berkahwin. Namun setelah beberapa kali direjam, akibat tidak tertahan, pesalah melarikan diri. Orang ramai yang melaksanakan hukuman rejam itu kemudiannya bertindak mengejar pesalah sambil memaki hamun. Akan tetapi Rasulullah tidak membenarkan mengejarnya dan memakinya.

Mengikut pandangan ulamak, hukuman Lesbian ini bukan terletak di bawah hukuman Hudud secara total. Walaupun ia dianggap sebagai zina, tetapi Lesbian diletakkan di bawah hukuman Takzir. Bagi memberi kefahaman yang jelas mengenai Hudud dan Takzir, secara ringkas, hukuman Hudud seperti zina lelaki dan wanita mesti disebat 100 kali. Ia tiada tawar menawar kerana itu adalah had oleh Allah, jelas dinukilkan dalam al-Quran. Manakala Takzir adalah suatu hukum yang sedikit bawah daripada Hudud, mengikut kebijaksaan Hakim, tetapi tidak boleh melampaui hukuman Hudud. Jadi apabila Lesbian diletakkan di bawah hukuman Takzir, ianya tidak boleh mencapai maksima 100 sebatan. Dan tatacara merotan juga tidak menyeksa pesalah.

Dalil bagi pelaksanaan hukuman sebegini di hadapan orang ramai, disebut dengan jelas dalam al-Quran. Hukuman ini bukan untuk menagih simpati, tetapi sebagai peringatan dan kesedaran bagi orang-orang yang melihatnya. Firman Allah:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"

(an-Nur: 2)

Jelas apabila hukuman ini dijalankan di hadapan orang ramai, ia memberikan kegerunan kepada manusia. Inilah yang kita mahukan. Apabila mereka tertegah untuk melakukan dosa, maka masyarakat akan merasa selamat. Kerajaan Negeri juga amat gembira kerana keselamatan rakyat meningkat, rasa selesa dengan jaminan keselamatan. Kerajaan Negeri tidak mahu rakyat bergelumang dengan dosa. Dosa adalah menjadi suatu perkara yang sangat memalukan, sentiasa dielak untuk melakukan. Kerajaan Negeri tidak mahu bercakap mengenai hak asasi manusia sekiranya hak Allah terlebih dahulu dicabul. Mana mungkin kita mengagungkan hak hamba ketika hak tuan kepada hamba itu diinjak-injak. Suka diingatkan bahawa yang harus kita marah dan benci ialah perbuatan dosa itu sendiri. Adapun kepada empunya badan, sama-samalah kita memohon keampunan Allah kepada mereka. Begitulah hebatnya hukuman daripada Allah. Ia sangat menggerunkan bukan sahaja pesalah, tetapi iuga penyokong-penyokong mereka.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,
Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-9-2018

100 orang saksi pasangan lesbian Terengganu disebat syarie

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <







































KUALA TERENGGANU - Buat pertama kali hukuman sebat syarie ke atas pasangan lesbian dilaksanakan di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu disaksikan oleh 100 orang awam.

Mahkamah itu mengambil masa kira-kira satu minit 52 saat untuk menjalankan masing-masing sebanyak enam sebatan ke atas dua pesalah 'musahaqah' (percubaan melakukan seks songsang) pasangan berusia 22 dan 32 tahun itu di dalam dewan perbicaraaan yang penuh sesak.

Dua Pegawai Wanita Penjara Kajang masing-masing menjalankan hukuman tersebut setelah diperintahkan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd supaya berbuat demikian.

Turut bersidang ialah Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Pesalah pertama disebat enam sebatan selama kira-kira satu minit bermula jam 10.10 minit pagi hingga 10.11 pagi. Manakala pesalah kedua disebat oleh pegawai wanita lain dengan jumlah sebatan yang sama selama 52 saat, bermula dari jam 10.13 pagi.

Pesalah diberi peluang untuk membuat rayuan dan diperiksa kesihatan mereka oleh Pegawai Perubatan Bertauliah sebelum sebatan itu dijalankan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali, Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-Mits) Ustaz Kamarulzaman Abdullah hadir menyaksikan hukuman tersebut.

Turut hadir ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan sekitar 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Pada 18 Ogos lalu, kedua-dua pasangan lesbian terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Mereka berdua telah membayar denda berkenaan sebelum hukuman sebat itu dilaksanakan.
Sebelum perbiacaraan hakim menyatakan bahawa hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi ia lebih kepada untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat awam supaya tidak melakukan kesalahan jenayah berkenaan.

Hakim menasihatkan orang awam supaya tidak memandang hina terhadap pesalah dan menasihatkan mereka terbabit insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

...............



Jawatankuasa Badan Peguam Terengganu menyifatkan sebatan syarie yang berlangsung pertama kali di negeri itu hari ini memberikan “gambaran yang lebih positif” kepada masyarakat.

Kesimpulan itu dibuat setelah hukuman itu dilakukan di hadapan khalayak umum di dewan mahkamah di Kuala Terengganu padi tadi.

“Saya rasa perlaksanaan hukuman sebat hari ini memberi satu gambaran yang lebihan jelas kepada masyarakat.

“Saya sendiri pun agak keliru, dibayangkan hukuman itu hukuman yang sangat keras.

“Tapi apabila kita melihat apa yang berlaku hari ini, ia memberi satu gambaran yang lebih positif kepada masyarakat,” kata pengerusinya Sallehudin Harun.

Sejarah tercipta hari ini apabila pasangan lesbian 22 dan 32 tahun disebat dalam dewan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu disaksikan kira-kira 100 orang.

Hukuman dikendalikan oleh Jabatan Penjara itu dijalankan setelah mereka disabitkan bersalah cuba melakukan hubungan sejenis dalam kereta.

---------

Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, hari ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaan hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.

Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaan hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudiannya tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahkan identiti mereka seperti dalam rekod. Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakangi mereka yang berada di galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanakan hukuman berdiri di sebelah kiri.

Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang.

- Bernama

.................

Tatacara sebatan:(a) sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;

(b) jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c) hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu;

(d) orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang 'adil dan matang;

(e) orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;

(f) selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;

(g) sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit;

(h) pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak;

(i) jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;

(j) jika semasa pelaksanaan hukuman sebatan itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.



MR : Alhamdulillah akhirnya kerajaan Terengganu berjaya menunjuk contoh bagaimana hukuman sebat cara Islam boleh dilaksanakan di Terengganu dan InsyaAllah di Malaysia selepas PRU15 nanti....

Sumber MR - 3-9-2018

Licence For Foreign Deep Sea Fishing Boat To Be Abolished











































Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Salahuddin Ayub (2nd from L) together with State Agriculture, Agro-Based and Rural Development committee chairman Dr Azman Ibrahim (2nd from R) peruse fresh fish that was landed and processed after a meeting with Terengganu fishing community leaders at Kuala Terengganu on Sept 2, 2018. — Bernama
KUALA TERENGGANU: The Agriculture and Agro-based Industry Ministry will cease with the issuing of deep sea fishing licence to foreign fishermen to protect the interest of local fishermen, said its minister, Datuk Salahuddin Ayub.
He said 828 deep sea fishing licences had been issued by the Malaysian Fisheries Department to foreign and local fishermen.
“Of the total, 338 licences were issued to Thai and Vietnamese fishermen and 300 of them had been revoked,” he said after a meeting with fishermen at the jetty of the Malaysian Fisheries Development Board (LKIM) in Chendering here today.
Prior to this, he said, the government had to approve the Class C2 licence for foreign fishermen because of several issues, including shortage of marine catch.
Meanwhile, at a media conference in Besut, Salahuddin said construction of the project on the Pengkalan Nangka Irrigation scheme, costing RM35 million, was completed and would benefit more than 500 farmers in Kuala Besut.
The ministry, he said, would provide an additional RM2 million to improve the irrigation facilities in a paddy farming area covering about 667ha. — Bernama
Sumber BO - 3-9-2018
















































































    Pemuda Mesti ‘Kendiri’


    Oleh : Ahmad Mawardi
    HULU BESUT – Pemuda Islam hari ini perlu mengatur gerak kerja dari sekarang, tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
    Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Hilmi Harun berkata, mempertahankan kemenangan amat sukar dengan banyaknya fitnah diakhir zaman ini.
    Beliau menggesa agar, kekalahan PAS terdahulu menjadi pengajaran buat semua dalam memperkukuh gerak kerja parti.
    “generasi awal pemuda akan menjadi pemangkin generasi sekarang, di atas semangat dan roh pemuda ini, beramallah untuk dunia seperti hidup selamanya,
    “dan beramallah untuk akhirat seperti kematian diesok hari…….wahai pemuda, jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu.
    “Jika kalian berkumpul untuk memberi manfaat kepada sesuatu, sesungguhnya tidak akan dapat manfaat tersebut, kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah,” tegasnya.
    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata demikian ketika berucap dalam Program Kembara Merdeka 2018 Belia DUN Manir, di dewan La Hot Spring Resort Hulu Besut pada Sabtu, 1 September.
    Sehubungan itu, beliau berkata, pemuda pantai timur mempunyai kelebihan kerana banyak program-program ilmu yang sebahagian besarnya dapat membentuk jiwa pemuda yang kuat dan istiqamah.
    Menurutnya atas dasar itu, PAS rela tidak bersama dengan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu.
    “Menjadi kekuatan parti dan jemaah Islam dalam proses pelaksanaan Islam yang sebenarnya…..PAS sanggup keluar daripada Pakatan demi menjaga dasar dan perinsip-prinsip Islam.” Tegas beliau.
    Konvoi 100 pemuda dan belia hadir dalam Program Kembara itu bermula 11.30 pagi dari perkarangan Kompleks Al-Kawthar Kubang Lembek dan sampai ke destinasi La Hot Spring Resort pada jam 2.30 petang.
    Majlis diakhiri dengan dialog pemuda bersama YB dan disudahi beberapa awal cabutan bertuah.

















































































    Kembali Menghayati Islam



    Oleh : DMS
    SETIU – Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menyeru masyarakat supaya kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-61.
    Ketuanya, Zulaiha Rozali berkata, pihaknya menyambut kemerdekaan negara dengan mengadakan dakwah jalanan ‘street dakwah’, menyebarkan risalah yang berbentuk nasihat untuk dihayati bersama.
    Katanya, sasaran street dakwah kali ini lebih tertumpu kepada golongan belia kerana mereka lebih banyak terdedah kepada masalah sosial seperti LGBT, zina, rogol dan sebagainya ekoran daripada perkembangan media massa kini.
    “hari ini kami mengajak masyarakat untuk bersama-sama merdekakan diri dari fitnah akhir zaman.
    “Kembali kepada AlQuran dan Hadis nabi agar kita tidak termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.” katanya ketika selesai mengagihkan risalah ‘hiburan merdeka’ di pantai Batu Rakit pada petang 31 Ogos.
    Oleh itu, beliau berharap masyarakat dapat memerdekakan diri terutama dari segi mental, fizikal, tingkah laku, pemikiran, cara hidup dan ekonomi.
    “ia bagi membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dan dapat membantu kerajaan menjadikan Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambahnya.









































    Sumber BO - 3-9-2018

    Tahniah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu

    WALAUPUN ada suara tentangan dan tidak bersetuju malah ada juga yang menghantar petisyen agar hukuman sebatan dibatalkan, namun Alhamdulillah hukuman sebatan syariah ke atas pesalah wanita ini tetap dilaksanakan pada hari ini. Prosiding bermula tepat jam 10.00 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

    Kalau sebelum ini, kami hanya mampu mengiringi Kartika Sari Dewi Sukharnor ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Farima Kuantan pada 2.4.2010 yang lalu untuk menjalani hukuman khidmat masyarakat, Alhamdulillah pada pagi kami menyaksikan sendiri hukuman sebatan syariah ke atas pesalah wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

    Tahniah Mahkamah Syariah Terengganu kerana berjaya melaksanakan hukuman sebatan ke atas pesalah wanita mengikut hukum syarak dan peruntukan 125 Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah Terengganu 2001.

    Untuk rekod, pesalah telah dijatuhkan hukuman dengan 6 sebatan dan RM3,300.00 denda atau penjara sekiranya gagal atas kesalahan Musahaqah iaitu perhubungan sesama jenis perempuan di bawah seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu 2001.

    Pesalah telah mengaku bersalah dan tidak merayu di atas hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.

    Pada pengamatan saya kepada pelaksanaan hukuman yang dilaksanakan pagi ini, sesungguhnya jelas sebatan syariah yang dilaksanakan tidak menganiaya pesalah wanita berkenaan:

    1. Pesalah wanita dipakaikan dengan pakaian yang menutup aurat mengikut hukum syarak.

    2. Pesalah wanita disebat oleh tukang sebat wanita. Pelaksanaan hukum sebat hari ini dilaksanakan oleh tukang sebat wanita daripada Penjara Wanita Kajang dengan dibantu oleh Penjara Pengkalan Chepa.

    3. Pesalah wanita ditanya terlebih dahulu adakah faham hukuman, mahu merayu lagi dan disahkan oleh Pegawai Perubatan wanita sebagai sihat dan boleh dilaksanakan hukuman ke atasnya.

    4. Sebatan ke atas pesalah wanita lakukan dalam keadaan pesalah duduk.

    5. Sebatan dilaksanakan dengan menggunakan rotan yang berukuran 1.22 meter panjang dan 1.25 ukur lilit lebar. Dan perotan hendaklah merotan dengan tidak mengangkat rotan melebihi paras bahu serta tidak boleh menyeret rotan ketika merotan pesalah.

    Sesungguhnya definasi “ADIL” adalah “meletakkan sesuatu pada tempatnya“. Justeru itu adalah adil bagi seorang pesalah wanita dihukum sebagai mana yang dikehendaki hukum syarak dan bukan dilepaskan dari hukuman apabila melakukan kesalahan disebabkan dia wanita.

    Semoga dengan pelaksanaan hukuman sebatan ini akan menjadi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat agar tidak melakukan kesalah yang sama pada masa akan datang.

    Marlina Amir Hamzah
    Naib Presiden
    Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia – HARAKAHDAILY 3/9/2018

    Sumber HD - 3-9-2018

    Contohi Terengganu laksana hukum syariat













































    KUALA TERENGGANU: Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, hari ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

    Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin berkata, kerajaan Terengganu boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain dalam pelaksanaan hukum Syariat Islam.

    Katanya, kerajaan Persekutuan harus mengambil insentif agar amalan kegiatan songsang seperti LBGT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) itu dapat dibenteras.

    “Hari ini, hukuman sebat terhadap pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun yang mengaku salah pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001, yang dibaca bersama Seksyen 59(1) Enakmen yang sama kerana ‘Musahaqah’ di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang.

    “Alhamdulillah, diharap negeri Terangganu dapat dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain dalam pelaksanaan hukum Syariat Islam ini.

    “Ini adalah demi masa depan anak-anak kita. Jadi ayuhlah membantu NGO Islam bersuara dan teruskan menyokong kami, untuk amar makruf dan nahi munkar.

    “Tahniah kerajaan negeri Terangganu kerana berjaya melaksanakan hukuman berlandaskan Syariat Islam yang syumul,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.

    Beliau yang juga Pengerusi NGO Alifbata Srikandi Masyhur mendakwa, aktiviti songsang golongan gay, kelab LBGT, kelab hiburan semakin banyak tanpa sekatan di Wilayan Persekutuan.

    Menurutnya, jika dibiarkan akan menjadi ‘barah’ yang tidak dapat dibendung serta mencemarkan agama Islam dan negara Malaysia.

    “Penguatkuasaan yang lemah menyebabkan kaum LGBT ini semakin berani mencabar Jabatan Agama Islam dan negeri Terangganu berjaya melaksanakan hukuman sebat,” jelasnya.

    Hadir sama menyaksikan hari yang paling bersejarah itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 3/9/2018
    Sumber HD - 3-9-2018

    Realiti Politik, Ekonomi Melayu, Islam Makin Lemah


    KUALA TERENGGANU – Dengan tidak menafikan ada kejayaan yang telah dicapai, sehingga kini realitinya kekuatan politik orang Melayu, Islam makin hari semakin lemah.
    Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, dalam bidang ekonomi, penduduk majoriti negara ini itu masih jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain
    Katanya, rakyat pada umumnya tidak lagi berminat dengan suara-suara retorik dan permainan angka tetapi mereka mahu melihat pihak yang berkuasa benar-benar menterjemahkan keazaman politik (political will).
    “hari ini (Sabtu 1 September) saya turut hadir Kongres Masa Depan Bumiputra dan Negara (KBN 2018) anjuran Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (EPU, MEA) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
    “Perbincangan tentang masa depan orang Melayu, Islam dalam pelbagai dimensi bukan perkara baru dan banyak polisi telah diperkenalkan termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan ingin dimansuhkan,” kata beliau.
    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam lama social beliau, hari ini.
    Sehubungan itu, Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu itu mahu, supaya orang Melayu, Islam menjadi penguasa sebenar negara ini, didaulatkan dan menguasai bidang ekonomi khususnya untuk generasi yang akan datang.
    “Dalam masa yang sama negeri-negeri pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan sudah sampai masanya tidak didiskriminasi lagi terutama dari segi kemudahan infrastruktur dan peluang-peluang projek yang berdaya maju.
    “Adalah menjadi suatu perkara yang amat memalukan apabila soal perbedaan ‘iklim politik’ masih menjadi hujjah dan alasan kepada setengah pihak sedangkan dalam masa yang sama kita bercakap soal reformasi dan ‘Malaysia Baru’.
    “Bukankah Terengganu dan Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia dalam sistem federalisma yang sepatutnya juga memerlukan suatu reformasi?,” soal beliau.
    Sumber BO - 2-9-2018
















































    Pemilik Tanah RTB Yang Dirampas BN Pohon Buat Permohonan Semula




























































































    YB Cikgu Alias Harun, ADUN Rantau Abang
    DUNGUN – Peserta Rancangan Tanah Berskelompok (RTB) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang telah dirampas tanah mereka oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada 2004, diminta membuat permohonan semula.
    ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, ia adalah untuk mengemaskini maklumat pemilikan tanah terbabit bagi tindakan lanjut kerajaan negeri
    “Cuma kita nak tengok, hok dalam tu dah 15 tahun (berlalu), mungkin terlepas doh, jadi kita dok berilah ke dia(yang telah menerima tanah), kita beri ke orang lain,
    “Kita minta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) senaraikan nama-nama penduduk yang sepatutnya diberikan (kembali),” ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas pelaksanaan Manifesto PAS Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 lalu yang berjanji akan mengembalikan semula tanah-tanah terbabit.
    Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang itu berkata, satu Jawatankuasa Pembangunan Tanah DUN yang dipengerusikan oleh beliau telah dibentuk untuk menyelesaikan isu RTB.
    Katanya, tanah-tanah yang dirampas Umno-BN itu melibatkan tanah dimiliki oleh 274 orang di Alor Mak Bah, 294 orang di Batu Putih dan juga lebih 200 orang di Padang Pulut.
    “Tanah yang dibahagi-bahagikan pada masa pemerintahan PAS antara 1999 hingga 2004 sudah tiada, dan kita gantikan,” jelasnya.
    Sumber HD - 2-9-2018
















































    Shorter Programme But Still A Grand Affair





    KUALA TERENGGANU: Despite a shorter programme to make way for Friday prayers, the state-level National Day parade here was still a grand affair.
    The parade had to end at 11.30am, so the route was shorter compared to previous celebrations.
    Despite so, members of the public lined up along the 2.8km stretch from Sultan Ismail Nasiruddin Stadium to the Batu Buruk recreational park from as early as 7.30am to watch the parade.
    A total of 102 teams from various agencies, uniformed units and schools participated in the parade (Pic – Media MB)
    The parade marched past the Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, his sister Tengku Nadhirah Zahrah and Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar among others.- thestar
    Sumber BO - 1-9-2018

    Rakyat Wajar Memperingati Para Pejuang Kemerdekaan

















































    Oleh : Nor Hailmey
    KUALA NERUS – Rakyat sewajarnya mengetahui dan memperingati para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban segala-galanya demi negara.
    Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, jasa besar mereka itu akan terus dikenang sepanjang zaman.
    “Marilah kita hayati makna kemerdekaan yang sebenarnya,
    “Sepatutnya kita bukan sekadar merdeka daripada penjajahan luar, tetapi merdeka dalam pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.
    Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Jumaat, 31 Ogos.
    Katanya, hari Kebangsaan kali yang ke 61 di sambut dengan meriah.
    “Usia kemerdekaan negara kita sudah mencapai usia emas,
    “Titik peluh, air mata dan bahkan darah mereka demi sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada penjajahan itu sangat kita hargai,” ujarnya.
    Justeru itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat bersama-sama bersatu padu membangunkan negera berpandukan syariat Allah SWT.
    “Kita payungi kehidupan bernegara ini dengan rahmat dan berkat Allah SWT,
    “dan semoga negara serta negeri yang tercinta ini terus maju, berkat dan sejahtera atas anugerah Allah SWT,” tambahnya.
    Sumber BO - 1-9-2018

    Muktamar PAS Ke-64; Muslimat PAS Terengganu Siap Sedia Terima Tetamu




































































































    .Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dewan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, 30 Rejab 1438 H bersanaan 27 April 2017
    Oleh : Rohayati Ripin
    KUALA TERENGGANU – Sebagai tuan rumah, PAS negeri Terengganu telah bersiap sedia menerima para perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang akan hadir ke Muktamar PAS Pusat kali ke-64.
    Ketua Muslimat Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, ‘sayap kiri’ parti itu menyeru semua ahli dan penyokong PAS serta pencinta Islam turut sama-sama hadir beramai-ramai, ke Muktamar Muslimat PAS Pusat Kali Ke-58.
    Katanya, ia merupakan satu agenda perhimpunan besar tahunan PAS, yang wajib dihadiri setiap lapisan masyarakat.

















































    Hajah Zarani Othman

    “Pengunjung daripada luar Terengganu sama-sama menikmati keindahan pantai dan keunikan seni serta budaya kita,
    “dan dapat sama-sama berkongsi indah serta bahagianya pemberian kemenangan oleh Allah dalam perjuangan Islam setelah pilihanraya Umum (PRU) ke-14 baru-baru ini dengan sama-sama menikmati keberkatan negeri Terengganu yang ditadbir oleh kerajaan PAS,” katanya.
    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas menegenai persiapan muktamar Muslimat PAS pada hari ini, khamis, 30 Ogos.

















































    Muktamar Muslimat tahun ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu Kilk untuk dapatkan jadual Muktamar Muslimat

    Katanya, Persiapan tempat muktamar, kad jemputan kepada VIP telah diedarkan dan pendaftran perwakilan dan pemerhati daripada setiap negeri telah dibuat awal.
    Beliau menambah, gerai jualan dan rumah penginapan untuk pimimpin, petugas dan pemerhati serta perwakilan telah pun selesai.
    “kita bersedia menerima kehadiran pemerhati secara walk-in khasnya bagi Muktamar Tahunan DMPM yang akan diadakan pada 14 September 2018,
    “dan satu program Khas kepada wanita iaitu Malam Muslimat Berselawat dengan penampil khas oleh Dato’ Dr Norhafizah Musa dan Heliza Helmi,” jelasnya.

















































    Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Klik Untuk Lokasi

    Menurut Zarani, para petugas dan sukarelawan yang terdiri daripada Ameerah, Briged dan Nusaibah digesa agar bersiap sedia dengan sihat fizikal dan minda untuk melaksanakan tugas.
    Kata beliau, muktamar Dewan-dewan dan PAS Pusat akan berlangsung selama empat hari dari 13 sehingga 16hb September.
    “Kita harus melaksanakan tugasan yang diberikan dengan paling cemerlang dan berusaha melayani serta menyantuni tetamu luar (daripada) Terengganu,
    “dan yang penting semoga muktamar berjalan dengan lancar dan licin serta menjadi kenangan yang tersemat dihati para perwakilan dan pemerhati sera menjadi negeri untuk sentiasa dikunjungi,” ujarnya lagi.
    Sumber BO - 31-8-2018

    Sayangi Malaysiaku; Marilah Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah



    https://buletinonline.net/v7/index.php/sayangi-malaysiaku-marilah-kembali-kepada-al-quran-
    dan-sunnah/

    Dengan penuh rasa rendah diri, saya mengajak semua rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya memanjatkan kesyukuran kita sebagai rakyat negara ini yang menyambut kemerdekaan negara bagi kali ke-61. Kemerdekaan yang diraih tanpa pertumpahan darah yang dahsyat, menyelamatkan negara daripada kesan perang yang menakutkan.
    Walaupun merdeka kita pada tahun 1957, tetapi perjuangan ulamak yang menjadi negarawan kita adalah jauh lebih dahulu daripada tahun itu. Ramai yang disenaraikan sebagai pejuang menentang penjajah. Di Terengganu contohnya, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi wira yang tidak didendang tegas memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan dari perspektif Islam.
    Tiada kompromi yang ditunjukkan oleh Tok Ku Paloh, sewaktu menjadi penasihat Tuanku Sultan Zainal Abidin III, ketika mana Inggeris mahu menduduki Terengganu. Ditolaknya tawaran wang oleh Inggeris, maka keluarlah Inggeris dengan malunya.
    Begitu juga kesan peninggalan sejarah Islam di Terengganu yang lebih terdahulu, seperti Batu Bersurat, memberikan isyarat jelas bahawa antara negeri terawal yang merdeka di rantau ini ialah Terengganu. Merdeka dari sisi Islam ialah membebaskan diri dari perhambaan kepada manusia, kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Pejuang-pejuang yang sentiasa teguh dengan niat jihad mereka, membawa Islam ke serata dunia demi memerdekakan dunia.
    Kita adalah penyambung kepada mata rantai perjuangan ini. Mereka bukanlah pemulanya dan kita bukanlah pengakhirnya, sehinggalah janji Allah menamatkan hayat dunia ini, maka selagi itu kerja memerdekakan manusia akan berterusan.
    Maka kita juga tidak mahu ketinggalan untuk memerdekakan jiwa manusia selaras dengan tuntutan Allah. Kerja-kerja dakwah tidak pernah putus, dari sebuah jemaah yang serba kekurangan, sehingga kini memiliki dua buah negeri, ia akan menambahkan lagi semangat kita bagi melakukan kerja kerana Allah. Ianya lebih payah untuk mempertahankan kemerdekaan ini.
    Bantulah sesama kita bagi mempertahankan peluang terbesar menyebar dakwah ketika ini atas nama Islam. Jangan kita sia-siakan pemberian Allah ini. Dengan segala kekeliruan umat Islam di serata dunia, akibat serangan bertali arus oleh musuh-musuh Islam untuk memberikan gambaran yang salah terhadap Islam, maka kita harus bangkit memerdekakan minda rakyat bagi mereka terus dipandu ke jalan yang benar.
    Marilah kita kembali kepada al-Quran dan sunnah rasulullah yang pasti jaminannya tidak kita akan tersesat di dunia dan akhirat. Akhirnya Selamat Menyambut Hari Merdeka, Sayangi Malaysiaku.
    YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
    Ketua Penerangan PAS Terengganu
    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,
    Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu
    19 Zulhijjah 1439/30 Ogos 2018
    Sumber BO - 31-8-2018




















































    Ulama berkorban demi kebebasan negara



    ALHAMDULILLAH, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun. Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.

    Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah. Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.

    Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga.

    Namun begitu, hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah. Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan. Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara.

    Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti.

    Besar harapan saya, rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

    'Sayangi Malaysiaku'

    'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'

    Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
    Menteri Besar Terengganu - HARAKAHDAILY 31/8/2018

    Sumber HD - 331-8-2018


    ‘Orang Asal’ Diminta Beri Kerjasama Saring Darah























































    KEMAMAN – Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS Air Putih, Cikgu Haji Ab Razak Ibrahim berharap agar orang asli terus memberi kerjasama dalam proses saringan darah yang akan dilakukan dari semasa ke semasa.
    Katanya, ia adalah bagi memastikan kuman malaria tidak merebak dalam kalangan mereka.
    “Kesihatan adalah satu aspek yang penting dalam kesejahteraan hidup rakyat. Justeru, usaha yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ini,
    “adalah satu langkah terpuji kerana sanggup berkunjung ke kawasan yang jauh di pedalaman bagi menjaga kebajikan masyarakat,” ujarnya.
    Beliau yang juga ADUN Air Putih berkata demikian ketika berucap pada program Kempen Kesedaran Malaria yang dianjurkan oleh Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Di perkampungan orang asli Sungai Putih, semalam 29 Ogos.
    Turut sama rombongan beliau ialah Ketua Vektor, Dr Faizol Haris, kakitangan Pejabat DUN dan I-MITS.
    Sehubungan itu, beliau berharap ikatan ukhuwah diantara penduduk kampong terbabit dan kerajaan negeri dapat dipertingkatkan.
    “Saya berharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi perhubungan dua hala antara kepimpinan kerajaan negeri dengan masyarakat Orang Asli di Sungai Putih ini,” kata beliau lagi.
    Menurutnya, perkampungan orang asli Sungai Putih didiami oleh seramai 65 orang penduduk dan program tersebut ialah susulan, ekoran peningkatan lima kes malaria yang menyerang penduduk kampung tersebut.
    Dalam program itu, saringan darah telah dilakukan oleh pegawai perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman yang diketuai oleh Ketua Vektor, Dr Faizol Haris.
    Dalam program tersebut juga diadakan ceramah, pameran dan tayangan video tentang malaria di samping penyampaian bantuan keperluan harian oleh Cikgu Razak kepada ketua keluarga 6 buah rumah panjang orang asal.
    Selain itu, aktiviti gotong-royong membersih kawasan juga dijalankan bersama dengan penduduk setempat.
    Sumber BO - 30-8-2018

    Orang Ramai Diseru Hadir Program Sambutan Kemerdekaan
















































    ADUN Alor Limbat, YB Ariffin Deraman
    Oleh : Rohayati Ripin
    KUALA TERENGGANU – Orang ramai diseru menghadiri program sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Terengganu yang bermula pada petang ini di Taman Shah Bandar.
    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ustaz Ariffin Deraman berkata, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke – 61 itu.
    “Program malam ambang merdeka bermula daripada lepas asar lagi dan pelbagai program diadakan,
    “Kemudian pada 11 malam ada perasmian yang akan dibuat oleh Menteri Besar Terengganu,
    “dan kemuncak 31 ogos kita ada perarakan serta perbarisan bermula daripada Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga ke Pantai Batu Buruk,” katanya.
    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman pada semalam, Rabu, 29 Ogos.
    Sehubungan dengan itu katanya, persiapan bagi menyambut hari kemerdekaan lebih sebulan yang melibatkan promosi, publisiti, cara keagamaan dan sukan.
    “kita ada program sukan yang sebahagiaan telah berjalan sehinggalah kepada 16 september ini,
    “Kemudian kempen kibar jalur gemilang dua minggu lepas kita buat di Wisma Darul Iman, kemudian kita ada pelbagai program yang acara sambutan peringkat daerah dan kampung diseluruh negeri,” jelas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan h\Hari Kemerdekaan Negeri Terengganu 2018.
    Menurutnya, pada malam ambang merdeka pendakwah bebas yang terkenal Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ir Haji Abdullah Khairi dan Ustaz ‘Bollywood’ Haslin Baharin akan bersama-sama ‘menggegar pentas’ sebelum majlis perasmian oleh Dr Samsuri Mokhtar.
    Sumber BO - 30-8-2018













































    Muslimat Selar Tindakan Suhakam Bantah Keputusan Mahkamah




    Masalah gejala sosial yang melanda masyarakat Malaysia semakin berleluasa hari ini, khususnya dalam kalangan muda-mudi dan yang paling malang apabila ianya dipandang remeh oleh sesetengah pihak.
    Wabak LGBT dilihat kian menular berikutan tiadanya penguatkuasaan yang sepatutnya terhadap pesalah ini. Ianya jelas bertentangan dengan syariat Islam, serta berlawanan dengan norma hidup insan.
    Dan yang paling menakutkan kita sekiranya ianya tidak dihalang akan mengundang bala dari Allah S.W.T. sebagaimana yang berlaku kepada umat Nabi Allah Lut a.s.
    Tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mempertikai hukuman yang dijatuhkan kepada dua orang pesalah wanita yang didakwa atas kesalahan hubungan sejenis oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 12 Ogos 2018 adalah sangat tidak wajar.
    Alasan mengaibkan pesalah sama sekali tidak munasabah, kerana hukuman yang dikenakan adalah sebagai pengajaran untuk mereka dan seluruh masyarakat Islam.
    Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu menyelar tindakan SUHAKAM yang dikira menghina keputusan mahkamah tersebut serta meminta Pengerusi SUHAKAM memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khasnya rakyat Terengganu, kerana Negeri Terengganu mempunyai undang- undang tersendiri yang perlu dihormati oleh semua pihak.
    Kami muslimat turut berdukacita kerana kesalahan seperti ini berlaku di negeri Terengganu, dan kami menyokong sepenuhnya keputusan dan tindakan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ini.
    Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran buat semua, selain memastikan kesalahan seperti ini sedia dibasmi dengan rasa tanggungjawab bersama seorang muslim.
    Hajah Zarani Othman,
    Ketua,
    Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.
    23 Ogos 2018
    Sumber BO - 23-8-2018

    No comments:

    Post a Comment