BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, August 16, 2018

ANALISA ISU ( JILID 5 )

Kenapa BN boikot PRK Port Dickson?

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8223-kenapa-bn-boikot-prk-port-dickson

UMUM tahu hubungan baik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, apatah lagi Zahid antara yang dipenjarakan semasa reformasi 1998 sebelum kembali dengan pantas ke pangkuan Umno untuk survival diri.
Umum juga tahu bahawa mereka adalah daripada kumpulan yang sama semasa dalam Umno, maka Mahathir sentiasa tidak akan percaya kepada mereka yang pernah tunduk, taat setia kepada Anwar, kecuali anak "angkat" yang menjengah duduk bersama team Anwar semasa reformasi iaitu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Azmin kini jadi orang kuat kerajaan Mahathir, dan pengkagumnya juga mula membela Mahathir walau suatu masa lalu mereka menggelar Mahathir dengan pelbagai gelaran yang sangat negatif.
Perbalahan dalam pemilihan PKR ketika ini juga dapat membayangkan siapa di pihak Azmin-Mahathir dan siapa di pihak Anwar-Rafizi.
Ada yang menyebut, Mahathir menghidu pergerakan Anwar melobi beberapa pemimpin Umno untuk bersamanya menentang penguasaan Mahathir, khasnya terserlah selepas Langkah PD bermula.
Mahathir tahu akan Anwar boleh sahaja mendapat kerjasama dengan Umno ketika ini tatkala Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD) sedang terhidang depan mata, dan pastinya Mahathir boleh hidu sebarang kerjasama Zahid dengan bekas bossnya untuk menyekat jalan penguasaannya dalam PH selepas adegan lompat-melompat beraksi.
Anwar sangat licik, sama licik juga dengan Mahathir, masakan mereka ini saling bersaing sama ada melalui cara sihat ataupun taktik kotor, inilah pentas politik.
Anwar tahu kelemahan Mahathir, begitu juga sebaliknya.
Dalam "perang senyap" ala gerila Anwar vs Mahathir, tiba-tiba Umno-BN menyatakan mereka memboikot PRK PD. 
Apakah ini signal bahawa Zahid mahu memberi laluan mudah kepada bekas bosnya mendaki tangga menuju impian mahu menjadi PM, sekali gus menyekat laluan Mahathir menguasai PH dan menjalankan migrasi Umno kepada Bersatu?
Banyak persoalan timbul, banyak juga perkaitan yang boleh saya simpulkan di sini apatah lagi antara Anwar dan Mahathir, Zahid lebih mirip menolak Mahathir kerana angkara bekas Presiden Umno itu maka ramai MP Umno yang dah mula melompat transit kepada MP Bebas sementara menuju kepada Bersatu.
Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Dato’ Seri Anifah Aman telah membuka laluan untuk tujuan memperkuat Mahathir.
Selain itu dilihat apabila Umno lunak kepada PAS, maka kumpulan yang lebih liberal dalam Umno mula memberi singnal penolakan kepada Zahid selaku teraju parti Melayu itu.
Maka tidak hairan jika PRK PD ini nanti, walau Umno tidak bertanding, maka Mahathir tidak akan memberi laluan mudah Anwar untuk menang, sudah biasa berlaku calon Bebas yang sebenarnya dihantar menjadi wakil atau proksi kepada parti tertentu dalam usaha menggagalkan kemenangan pihak lain.
"Game" yang sedang berjalan ini penuh dramatis, epik pertarungan antara Anwar dan Mahathir yang mana kedua-duanya mahu memegang kuasa demi agenda mereka sendiri.
Sama ada Anwar mampu dikalahkan dengan pelbagai taktik yang sentiasa ada pada Mahathir, atau Anwar sekali lagi terpaksa berdepan risiko pelbagai skandal akan didedah sekiranya melepasi agenda Langkah PD menuju kepada agenda Langkah PM pula selepas ini.
Signal awal oleh Zahid sudah bermula, Mahathir pastinya mengintai ruang membentes pergerakan Anwar yang telah mula dibayangi Zahid ketika ini. Maka tidak hairan jika ada sahaja kisah pelik yang akan berlaku selepas ini membabitkan Anwar ataupun Mahathir sendiri.
Bagaimana mudah Mahathir "memberi nyawa" kepada Lim Guan Eng dalam isu pembelian rumah yang terheret ke kandang keadilan, maka tidak hairan jika ada sang hulubalang Anwar yang juga akan jadi pak turut Mahathir bagi merebahkan agenda tak kesudahan Anwar yang mahu jadi PM.
Sama-sama kita saksikan babak menarik dalam pertarungan ini walaupun rakyat sebenarnya muak dengan sandiwara politik yang tidak kesudahan ini. HARAKAHDAILY 26/9/2018

Sumber HD - 26-9-2018

PAS yakin UMNO, MCA, PAS & 

atas pagar akan undi pembangkang 

LightBlog 

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat"
di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. 
Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima 
RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> 
Masuk < <



PAS mahu anggota parti mereka mengundi calon MCA di 
pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Balakong.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia adalah 
atas "semangat pembangkang".

"InshaAllah kerana kita sama-sama semangat pembangkang,"
 katanya menjawab soalan pemberita sama ada PAS akan 
mengarahkan anggotanya mengundi calon MCA di Balakong.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas 
pengumuman calon PAS bagi kerusi DUN Seri Setia di 
Petaling Jaya, semalam.

MCA sebelum ini mengumumkan meletakkan Ketua Pemuda 
MCA Cawangan Batu 11 Cheras Tan Chee Teong sebagai c
alon parti mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

PRK Balakong dan Seri Setia akan diadakan serentak pada 8 
September depan.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga merupakan anggota '
parlimen Marang yakin penyokong Umno akan mengundi 
calon PAS di kerusi DUN Seri Setia.

"Bukan sahaja pengundi Umno tetapi pengundi bukan Umno, '
yang ada rakan-rakan kita, Umno yang ada pengaruh itu boleh 
menambah nilai," katanya.

'Buka pintu pada semua'

Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa pihaknya membuka pintu 
kepada semua yang ingin membantu kempen PAS di Seri Setia, 
termasuklah kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib 
Razak.

"Kita tak tutup pintu pada semua, terpulang pada pandangan 
masing masing untuk datang (membantu kempen)," katanya.

Umno sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak 
meletakkan calon dan memberi laluan kepada PAS untuk 
bertanding di kerusi DUN Seri Setia.

Pada PRK di Sungai Kandi 4 Ogos lalu, PAS tidak meletakkan 
calon untuk "memudahkan mengalahkan calon HARAPAN".

Pada sidang media semalam, PAS menamakan bekas anggota 
dewan undangan negeri (ADUN) Selat Kelang Dr Halimah Ali, 
sebagai calon PRK Seri Setia.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian 
penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 
Ogos lalu.

Pada PRU lalu, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia 
dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan calon BN, 
Yusoff M Haniff; Mohd Ghazali Daud (PAS) dan S 
Vigneswaran (Bebas).

MR : Sudah sampai masa PAS perlu bina Pakatan 
Pembangkang dengan mengambil komponen UMNO, 
MCA dan MIC yang bersih....

Sumber MR - 16-8-2018

No comments:

Post a Comment