BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, August 29, 2018

KES JENAYAH (JILID 3)

Bekas pembantu khas speaker DUN Pulau 

Pinang ditahan 

LightBlog 
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang bekas pembantu khas Speaker 
Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung 
laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa dicabul lelaki itu. 

Sumber berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang hari ini 
selepas diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) 
untuk memberi keterangan. 

"Menurut mangsa berusia 31 tahun, kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas semasa 
syarikat dia bekerja menganjurkan majlis jamuan sembahyang di bangunan 
syarikat kejuruteraan berkenaan di Jalan Rumbia, di sini. 

"Dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, mangsa naik ke tingkat tiga pejabat 
syarikat untuk mengambil minyak angin berikutan rakannya tidak sihat," katanya 
kepada Bernama, di sini malam ini. 

Katanya lelaki itu bertindak mengekori wanita berkenaan sebelum secara tiba-tiba 
menolak mangsa ke dinding serta mencium mulut serta meraba badan termasuk
 tempat sulit wanita tersebut. 

Sumber berkata mangsa yang terkejut dengan perbuatan lelaki itu menangis dan 
menjerit dengan kuat, namun tiada sesiapa mendengarinya kerana suasana di t
ingkat bawah ketika itu agak bising dengan persembahan nyanyian. 

"Lelaki itu kemudiannya memujuk mangsa yang sudah berkahwin tersebut supaya 
tidak terus menjerit serta menangis sebelum dia meninggalkan wanita berkenaan 
di situ. Mangsa yang trauma membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut," 
katanya. 

Katanya, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan 
perintah reman dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - 
Bernama

Sumber MR - 29-8-2018

No comments:

Post a Comment