BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, August 18, 2018

PRK SERI SETIA AN BALAKONG




Analisis 3 PRK: PAS terus bersinar



Bahagian satu: Fakta dan figura
●     Undi PAS melonjak
Berbanding PRU14 di mana PAS hanya memperoleh sebanyak 4,563 undi, PRK ini PAS berjaya meningkatkan undi sehingga 9698. Dari segi peratusan, PAS berjaya memperoleh 41.40 peratus dari keseluruhan undi diterima berbanding hanya 13.72 peratus pada PRU14. Ini bermakna PAS berjaya meningkatkan sokongan sehingga 201.74 peratus.
Fenomena ini agak ajaib dalam sejarah PRK bagi sebuah parti yang tidak menjadi kerajaan. Mengikut rekod, 95 peratus PRK yang berlaku didominasi oleh parti pemerintah. Jika berlaku perubahan seperti PRK Kuala Terengganu 2009 dan Sibu 2010, peningkatan undi adalah sangat kecil, tidak sampai 10 peratus.
●     Undi PH menurun
PH terus mengekalkan prestasi buruk selepas PRU14 apabila sekadar memperoleh 15,427 undi daripada 23998 pada PRU14 di Sungai Kandis. Bagi Balakong pula, PH juga menurun apabila meraih hanya 22508 undi daripada 35,538 pada PRU14. Begitu juga di Seri Setia, PH meraih hanya 13725 berbanding 29,250 PRU14 lalu.
Mengikut peratus , PH hilang 35.72 peratus undi di Sungai Kandis, 36.67 peratus di Balakong dan 53.08 peratus di Seri Setia.
Dari segi majoriti, margin kemenangan PH jatuh di Sungai Kandis dengan 5842 undi berbanding 12480 pada PRU14. Di Balakong juga sama apabila hanya meraih 18,533 majoriti berbanding 35,538 PRU14, dan 5,842 berbanding 19,372 pada PRU14 di Seri Setia.
●     Undi UMNO menjunam
Walaupun PRK Sungai Kandis berlangsung 1 lawan 1 dengan PAS memberi laluan kepada Umno, namun undi terhadap Umno semakin berkurangan dengan hanya memperoleh 9585 undi berbanding 11,518 PRU14.
●     Undi MCA masih lemah
Kekalahan terbesar pada siri PRK kali ini adalah buat MCA, apabila hanya mampu mendapat 3,975 berbanding 5874 pada PRU14. Walau bagaimanapun, peratusan undi meningkat daripada hanya 10.90 peratus kepada 15.14 peratus daripada jumlah undi yang diterima.
Prestasi mereka dikira teruk kerana PRK kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru sahaja berbanding tiga penjuru pada PRU14. Pada PRU14, PAS memperoleh 6230 undi, lebih tinggi daripada MCA yang bertanding atas tiket BN.
●      Jumlah turun mengundi lemah
Perkara ini bukanlah biasa setiap kali berlaku PRK sejak zaman berzaman. Namun trend keluar mengundi yang semakin menjunam bermula dari Sungai Kandis (49 peratus) hingga Balakong (43 peratus) dan Seri Setia (44 peratus). Ini menjadikan dua PRK terakhir ini sebagai PRK dengan pengundian paling rendah dalam sejarah. Rekod paling rendah keluar mengundi sebelum ini dipegang oleh PRK Penanti 2009 (46 peratus) dan Chempaka 2015 (55 peratus). Walau bagaimanapun, dua PRK tersebut masih tidak sama dengan Balakong dan Seri Setia kerana Penanti dan Chempaka tidak melibatkan pertandingan apabila yang bertanding hanya satu calon dari parti berdaftar manakala lawannya adalah bebas.
Bahagian dua: Bacaan dan analisa 
●     Strategi PAS positif
PAS memasuki gerbang PRK dengan pendirian yang masih sama seperti PRU14, bagi membawa penyelesaian kepada kebobrokan negara. Musuh PAS juga sama iaitu PH. Soal kerjasama, PAS juga masih kekal dengan pendirian menerima sesiapa jua yang mahu bersama asalkan menguntungkan agama.
Sikap PAS dengan Umno sehingga kini masih sama seperti PRU14, tidak kira sama ada mereka berkuasa ataupun tidak. Cuma yang berbeza, PAS kali ini bertanding dua penjuru dengan PH, berbeza dengan PRU14 yang memperlihatkan pertembungan tiga penjuru.
Peningkatan undi sebagaimana yang tercatat semalam memberi gambaran bahawa pendekatan PAS diterima rakyat walaupun media memberikan gambaran negatif terhadap prinsip PAS ini. Boleh jadi rakyat mula menyedari kepentingan memperjuangkan agama setelah ancaman mula kelihatan di bawah kepimpinan PH.
●     PAS lebih diminati pembangkang
Jika dibanding keputusan ketiga-tiga PRK, PAS lebih diminati berbanding Umno atau MCA di kalangan pembangkang. Walaupun demografi Sungai Kandis dan Seri Setia juga hampir sama dengan melayu membentuk sekitar 52 peratus sokongan, namun keputusan di antara keduanya jauh berbeza apabila PAS meningkatkan sokongan melebihi 200 peratus di Seri Setia tetapi Umno jatuh 17 peratus di Sungai Kandis.
●     Parti berasaskan kaum sudah tidak relevan
Kekalahan MCA pada PRK Balakong memberi signal jelas penolakan rakyat terhadap parti berasaskan kaum tersebut. Perkara ini sudah boleh dikesan awal kerana walaupun Cina membentuk 55 peratus populasi pengundi, tetapi MCA bersaing dengan DAP yang juga meletakkan calon berketurunan Cina. Bezanya, DAP bertanding atas tiket PKR yang dilihat lebih universal merentas sempadan kaum.
MCA cuba menggunakan taktik bertanding atas logo sendiri kerana mungkin mereka menilai yang ditolak oleh rakyat adalah BN, atau mungkin mereka cuba membebaskan diri dari bayangan Umno yang sinonim dengan dacing. Tetapi faktanya ia tidak merubah apa-apa. Sungai Kandis dan Balakong memperlihatkan penolakan rakyat dan konsisten terhadap koalisi yang pernah memerintah Malaysia lebih separuh abad itu.
●     Peluang cerah di kawasan majoriti Muslim tinggi
Fokus di kerusi Seri Setia, pencapaian yang diraih PAS boleh dikatakan sangat memberangsangkan kerana kerusi tersebut adalah kerusi campuran melibatkan 51 peratus pengundi Melayu sahaja. Sebelum ini ia bukanlah kerusi fokus bagi PAS. Walau bagaimanapun, PAS berjaya meraih 41 peratus undi rakyat. Jika dianggarkan bahawa kesemua pengundi PAS adalah Melayu, maka PAS telah berjaya meraih sokongan lebih 80 peratus. Jika trend ini berlaku di kawasan majoriti Melayu lebih besar seperti 65 peratus ke atas, peluang PAS untuk menang adalah sangat cerah.
●     PAS mesti memimpin kerjasama Islam
Jika dikira secara stereotaip, sepatutnya trend sokongan di Sungai Kandis dan Seri Setia sepatutnya sama. Ini kerana walaupun ditandingi oleh dua parti yang berbeza, tetapi kedua-dua parti ini menggunakan pendekatan yang sama iaitu menzahirkan persefahaman dan kerjasama di khalayak ramai.
Walaubagaimanapun, keputusan menunjukkan sebaliknya apabila Umno merudum di Sungai Kandis namun PAS meningkat di Seri Setia.
Ini memberi signal seolah-olah rakyat hanya merestui kerjasama atas nama agama dipimpin oleh PAS, bukan oleh Umno. PAS yang sepatutnya berada di hadapan dan Umno perlu lebih low profile membantu daripada belakang. Mereka perlu diberikan lebih masa untuk berehat memulihkan keadaan.
Koalisi model Gagasan Sejahtera adalah pilihan yang tepat bagi meneruskan kesinambungan kerjasama. PAS memimpin gabungan dan komponen lain membantu dengan pengaruh masing-masing. Dasar dan disiplin ditentukan oleh PAS tetapi tidak bersifat penting diri, tapi demi kepentingan Islam sesuai dasar PAS.
●     Fokus raih sokongan maksimum Muslim
Sokongan yang diperolehi pada PRK Seri Setia mungkin tidak boleh dijadikan petunjuk yang mutlak. Ini kerana peratus keluar mengundi yang paling rendah adalah dari kalangan Melayu sendiri. Tidak mengundi boleh jadi kerana menolak PH, tetapi tidak bermakna menyokong aspirasi PAS.
Justeru fokus PAS perlu dioptimumkan kepada meraih sokongan daripada Muslim agar kesemua umat Islam bersatu atas wadah politik yang sama. Dengan dasar dan perjuangan PAS yang sememangnya Islam, perkara ini bukanlah sukar. Asalkan PAS tidak bersikap apologetik dan dilihat terlalu meraikan tuntutan bukan Islam, masa depan untuk PAS adalah cerah.
●     Protes terhadap PH kuat
Penurunan undi yang ketara berbanding PRU14 menunjukkan rakyat sangat tidak berpuas hati dengan prestasi parti pemerintah sekarang. Perkara ini dipercayai kerana sikap mungkir janji PH dan lidah bercabang yang sangat berbeza semasa menjadi pembangkang dan pemerintah.
Walaupun mereka masih mengekalkan kemenangan pada kesemua PRK, namun kesemuanya jatuh merudum. Ini berbeza dengan trend biasa PRK zaman berzaman yang memperlihatkan ianya menjadi medan parti pemerintah memperkukuhkan kedudukan.
●  Demokrasi dalam bahaya
Perkembangan yang menunjukkan tahap keluar mengundi yang lemah memberi signal yang tidak sihat bagi demokrasi negara. Dengan tidak sampai separuh daripada jumlah pemilih berdaftar keluar mengundi, ini menunjukkan pemenang PRK ini tidak mewakili suara majoriti rakyat kawasan berkenaan. Trend yang sama dari ketiga PRK menunjukkan sikap mutakhir rakyat kepada proses demokrasi dalam negara.
Mereka melahirkan kekecewaan kerana melihat pilihan raya tidak merubah nasib mereka. Harga barang terus melambung, ringgit terus menjunam, keadilan masih di takuk lama, malah agama pula semakin diperkosa. Perubahan melalui pilihan raya tidak bermakna apa.
PH harus bertanggungjawab dengan situasi yang tidak sihat ini. Sebagai kerajaan, sesuatu perlu mereka lakukan sebelum kesedaran politik rakyat Malaysia terus lemah. Negara baru sahaja mengalami anjakan paradigma apabila berani mengubah parti pemerintah buat pertama kali dalam sejarah demokrasi. Tetapi trend yang ditunjukkan tiga PRK ini sangat bercanggah dengan mood PRU14. Seolah kembali mengundur ke belakang.
28 Zulhijjah 1439
9 September 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 9/9/2018

Sumber HD - 9-9-2018

PAS Bersyukur, Turunkan Majoriti PH Di Seri Setia

Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) N.32 DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali (kiri) beramah mesra bersama orang ramai pada walkabout kempen Pilihanraya Kecil (PRK) N.32 DUN Seri Setia di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
KUALA TERENGGANU – PAS bersyukur kerana telah berjaya menurunkan majoriti kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali menyifatkan kejayaan itu sebagai amaran kepada PH agar lebih berhati menangani isu berkait agama Islam.
“Alhamdulillah PAS berjaya di Seri Setia dalam misi menurunkan majoriti PH. PAS juga berjaya menggembeleng sebahagian besar undi Melayu menerusi kerjasama strategik PAS dan UMNO.
“Ia satu amaran untuk PH agar lebih berhati-hati dengan polisi-polisi tidak mesra Islam yang mereka lakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semalam, dalam satu kenyataannya selepas PH disytihar menang dengan majoriti sebanyak 4, 027 undi.
Peratusan keluar mengundi yang rendah juga satu isyrat bahawa rakyat yang mengundi PH pada PRU ke 14 tidak berpuashati dengan segala janji PRU yang dimungkiri
Pegawai pemilihan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, ketika mengumumkan keputusan itu berkata, calon PAS Dr. Halimah Ali mendapat 9,698 undi.
Manakala calon PH, Halimey Abu Bakar mendapat hanya 13,725 berbanding 29,250 yang diraih oleh Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu.
Kerusi DUN Seri Setia mempunyai 53,492 pengundi berdaftar, telah disytihar kosong berikutan kematian wakil rakyatnya pada 2 Ogos.
Oleh itu Dr. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berharap agar PH yang menerajui kerajaan persekutuan, melaksanakan janji-janji manifesto mereka.
“Peratusan keluar mengundi yang rendah juga satu isyrat bahawa rakyat yang mengundi PH pada PRU ke 14 tidak berpuashati dengan segala janji PRU yang dimungkiri,” tembah beliau.
Sumber BO - 9-9-2018

Seri Setia janji masa depan positif buat PAS



PERATUSAN keluar mengundi sebanyak 44 peratus dalam PRK Seri Setia ini sesungguhnya adalah satu angka yang rendah dan tidak mencerminkan 53,592 pengundi yang berdaftar di Dun ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan undi popular PH merosot sekitar 8 peratus manakala undi popular PAS jauh melonjak lantas menjanjikan masa depan yang positif buat PAS dan blok pembangkang khasnya di Selangor.

Manakala berdasarkan keputusan di peringkat saluran PAS kembali memenangi keyakinan anak-anak muda khasnya dikalangan pengundi-pengundi Melayu. PAS juga kali ini menang diempat Unit Peti Undi (UPU) berbanding tidak ada satu pun UPU dalam PRU14.

Dalam pada itu kerjasama PAS-Umno dalam PRK ini ternyata adalah satu strategi politik baru yang berkesan dan perlu terus diterokai memandangkan ianya diterima baik dan dialu-alukan oleh masyarakat.

PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi calon PAS, Dr Halimah Ali dan PAS akan terus bersama-sama rakan-rakannya memain peranan memberikan kesedaran politik kepada rakyat sehinggalah berlaku satu perubahan politik baru menjelang PRU ke-15 nanti.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor – HARAKAHDAILY 9/9/2018

Sumber HD - 9-9-2018

PRK Seri Setia: Tahniah dan terima kasih



KEPUTUSAN PRK Seri Setia telahpun dimuktamadkan. PAS Selangor bukan sekadar berlapang dada menerima keputusan ini bahkan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jentera, petugas serta pengundi sehingga dapat meningkatkan perolehan undi 100 peratus berbanding pilihan raya umum yang lepas, termasuk undi polis dan tentera.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, pesuruhjaya dan kontinjen negeri-negeri, calon PAS, jentera dan petugas PAS dari semua peringkat. Jutaan terima kasih juga buat Presiden dan seluruh pimpinan Umno pusat, negeri, bahagian dan cawangan serta sayap parti, tidak ketinggalan juga MIC, MCA, serta semua yang telah bertungkus lumus melalui pengorbanan masa, tenaga, idea dan wang ringgit bagi membantu PAS dalam PRK ini.

Sesungguhnya kerjasama dalam PRK ini adalah sejarah baru bagi terus memacu lanskap baru politik negara melalui blok pembangkang yang kuat ke arah membina negara yang jujur. Semoga PRK ini akan terus memperkukuhkan kerjasama ini demi Islam, kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

Terima kasih semua. Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.

SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Selangor
Pengarah Operasi PRK Seri Setia – HARAKAHDAILY 9/9/2018

Sumber HD - 9-9-2018

Meramal keputusan di Seri Setia









HARI ini, hari mengundi bagi Dun Seri Setia setelah 21 hari tempoh berkempen. PAS dan PH, masing-masing mengatur strategi baru di Dun Seri Setia.

Maklumlah, tiada siapa lagi yang akan berkempen untuk hapuskan tol, turunkan harga minyak dan hapuskan GST. Kerajaan peringkat Persekutuan telah pun dipegang oleh PH.

Isu-isu yang timbul dalam PRK ini ialah mengenai siapakah calon yang lebih baik untuk mewakili kepentingan penduduk Dun Seri Setia. Apakah perkhidmatan yang mereka boleh kemukakan? Bagaimanakah undi Dun Seri Setia boleh memberikan perubahan kepada Kerajaan PH di Selangor dan di Malaysia?

Calon

Calon PAS, Dr Halimah Ali dilihat mengatasi calon PH daripada sudut calon yang lebih baik. Beliau berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Selangor dan pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Beliau dilihat bersedia untuk ditemuramah dan memberikan pendapat-pendapat termasuk di televisyen. Beliau menjawab soalan-soalan sukar dengan jawapan yang amat mudah difahami seperti adakah PAS telah bergabung dengan Umno, isu bukan anak tempatan, isu keperluan PAS menghantar wakilnya ke Dun Selangor dan lain-lain.

Beliau juga dilihat mesra dan mudah mendekati dan didekati oleh penduduk.

Halimey Abu Bakar, calon PH dilihat kurang berani menjawab isu-isu semasa. Isu-isu Manifesto PH yang gagal ditepati, tentulah suatu beban yang berat untuk beliau tangani. Beliau lebih menekankan perlunya Dun Seri Setia menyokong beliau kerana beliau adalah wakil PH. Dan PH adalah kerajaan di Selangor. Jika rakyat Dun Seri Setia mahu kebajikan mereka lebih terjaga, pilihlah calon PH.

Kekuatan beliau betul-betul bergantung kepada kekuatan partinya sebagai parti yang menguasai kerajaan.

Parti

PH dilihat lebih dominan daripada PAS. PH pada kali ini turun sebagai mewakili Kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia berhadapan PAS yang hanya ada satu kerusi di Dun Selangor.

PAS pula turun sebagai memastikan wujudnya elemen ‘check and balance’ di Dun Selangor. Pembangkang yang lemah di Dun Selangor adalah tidak baik untuk rakyat Selangor untuk jangka masa panjang.

Daripada aspek kebajikan, PAS sedia dikenali sebagai sebuah parti yang sinonim dengan kebajikan. Sama ada parti mereka menang atau kalah dalam pilihan raya di peringkat Negeri.

Jika Dr Halimah yang dipilih, ia bererti rakyat telah memberikan pertimbangan sewajarnya jika Adun yang mereka pilih bukan daripada parti yang menguasai kerajaan semasa.

PRK sebagai mesej kepada Kerajaan PH

Jika dilihat daripada aspek keseluruhan, PH ada segala kekuatan untuk memenangi PRK ini.

Namun, jika pengundi Dun Seri Setia memberikan kemenangan kepada calon PAS, Kerajaan PH akan terkejut daripada mimpi indah sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi untuk mereka.

Lantaran PH pada hari ini terlalu kuat seperti BN suatu ketika terlalu kuat, suara golongan marhaen tidak lagi sampai kepada mereka.

Seperti yang disebut oleh Presiden PAS, jika dulu mereka senang ditangkap kerana mereka pembangkang, pada hari ini pula mereka senang dilepaskan daripada pertuduhan kerana mereka kerajaan.

Penutup

Sukar sekali meramal keputusan PRK ini. Secara di atas kertasnya, PH lebih dominan.

Namun, pengundi PH mungkin ingin memberikan teguran keras kepada parti pilihan mereka agar lebih memahami kesulitan hidup rakyat dengan tidak mengundi PH dalam PRK ini.

Jika begitu, peratus turun mengundi akan menurun secara drastik juga seperti di PRK Sungai Kandis.

ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Marang
8 September 2018 - HARAKAHDAILY 8/9/2018

Sumber HD - 8-9-2018

Dr Halimah lawat pusat mengundi




SHAH ALAM: Calon PAS PRK Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali menemui para pengundi yang datang awal ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya, jam 8.55 pagi.

Beliau turut menemui pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas bagi supaya proses PRK Dun Seri Setia berjalan lancar.

Dr Halimah tiba di pekarangan pusat mengundi itu jam 8.55 pagi diiringi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Turut bersama beliau ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor dan pimpinan wanita Umno bahagian di Selangor.

Suasana di pusat mengundi yang dibuka jam 8.00 pagi tadi berada dalam keadaan terkawal. Semua pusat pengundian ditutup jam 5.30 petang.

Dr Halimah juga dijadual melawat pusat mengundi di Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seaport, Sekolah Kafa Integrasi Al Islamiah, Kg Lindungan, Dewan Komuniti Jalan PJS 6, Kolej Tingkatan Enam, Sekolah Rendah Agama Kg Medan, Sek Keb Kg Lindungan, Dewan Serbaguna Taman Dato Hormat, Sek Keb Sg Way, Sek Men Kebangsaan Lembah Subang, Dewan D'kelana Kompleks Sukan, Kelana Jaya, Sek Keb Kelana Jaya 1 dan 2, Sek Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Ehsaniah dan Sek Keb Sri Kelana. - HARAKAHDAILY 8/9/2018















Sumber HD - 8-9-2018





Rayuan Sokongan Padu Kepada Dr Halimah





Oleh : Mawardi Salleh
PETALING JAYA– PAS Terengganu mengharapkan sokongan padu daripada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan memberikan undi kepada calon PAS Dr Halimah Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Dr Alias Harun menyeru agar mereka turun beramai-ramai lebih awal pada hari membuat undi pada esok, 8 September.
Katanya, dengan kemenangan dalam PRK tersebut adalah satu anugerah membawa suara rakyat ke peringkat atasan.
“kepada calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali (diseru) untuk turun beramai-ramai bertanding pada hari esok 8 September.
“Saya (akan) bersama-sama dengan penduduk Taman Desa Seri Setia yang akan mengundi (dalam PRK) pagi esok,
“mereka rasa tidak puas hati setelah pengalihan pemerintahan kepada Pakatan Harapan (boleh meluahkan perasaan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika di temui pihak media pada hari ini, 7 September.
Menurutnya, rakyat mengharapkan Dr Halimah Ali yang berwibawa ini membawa masalah rakyat untuk memberi kesejahteraan seluruh penduduk di Seri Setia.




Sumber BO - 7-9-2018

Seruan buat pengundi muda PRK Seri Setia



PILIHAN Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia akan berlangsung kurang 24 jam dari sekarang. Kempen-kempen sedang rancak berjalan bagi merebut undi rakyat di Seri Setia.

Bagi anak muda mereka bebas memilih berdasarkan kemampuan akal dan iman mereka yang segar. Namun siapakah calon yang layak untuk dipilih. Itu terpulang pada pertimbangan waras dan kebertanggungjawaban anak muda terhadap amanah undi yang bakal dilakukan.

PRU14 anak muda buktikan kuasa memilih anak muda pada kerajaan lama sehingga kerajaan lama tumbang. Ini mungkin kerana pertimbangan ramai anak muda merasakan ketidakpuasan hati dengan pemerintahan lama. Maka kerajaan 60 tahun itu dihukum kerana anak muda ingin melihat perlunya perubahan.

Kali ini, kuasa mengundi itu juga ada di tangan pengundi terutama anak muda. Jangan mengaku kalah awal dengan memboikot dan tidak keluar mengundi. Ini bukan sikap seorang anak muda yang "berundur" sebelum "bertempur".

Jika PRU14 pengundi boleh menongkah arus menolak parti kerajaan, kenapa kali ini keputusan yang sama tidak boleh dilakukan kepada calon dan parti kerajaan memerintah. Atas asas, kerajaan yang baru seusia 100 hari lebih ini pun sudah berani menipu rakyat dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan, bagaimanakah nasib rakyat yang perlu tunggu sehingga 5 tahun akan datang.

Saya menyeru orang muda/pengundi muda agar ramai-ramai keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Seri Setia kali ini. Esok 8 September 2018 anak muda bangkit tunaikan amanah ini dan memilih calon dari Parti PAS iaitu Dr Halimah Ali. Mudah-mudahan pilihan ini diterima oleh Allah sebagai amalan soleh.

Stand By Me and I Will Stand Up For You, "Dr Halimah Ali"

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
26 Zulhijjah 1439 | 7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018

Seri Setia, wajah masa depan Malaysia









MALAYSIA terkenal dengan keunikan tersendiri, sinonim dengan kemajmukan agama dan bangsa, serta kepelbagaian tahap pembangunan sosio-ekonomi.
Begitulah juga Seri Setia, mempunyai kanvas demografi yang penuh warna-warni, di samping kedudukan ekonomi yang mewakili segenap dimensi.
Kedudukannya yang terletak di pinggir bandar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam, membolehkan Seri Setia mendapat tempias pembangunan yang mempunyai elemen positif dan negatif.
Di Seri Setia, kita boleh melihat orang Melayu, Cina dan India hidup dalam kejiranan yang sama, pergi ke sekolah, pasar dan taman permainan yang sama.
Di Seri Setia, kita boleh melihat rumah pangsa tinggi yang didiami golongan berpendapatan rendah, terletak berdekatan dengan kawasan rumah banglo yang dimiliki orang kaya.
Di Seri Setia, terdapat tiga lebuhraya merentasi utara dan selatan, dua jaringan keretapi menghubungkan timur dan barat, di samping Lebuhraya Persekutuan serta jalan dan lorong yang bersimpang-siur. Malah di dalam kawasan Dun Seri Setia, terdapat sebuah lapangan terbang awam dan landasan pesawat tentera udara juga.
Di Seri Setia, terdapat masjid, kuil, tokong dan gereja yang besar, hidup dengan penuh rukun dan tertib. Selain itu, terdapat beberapa gedung beli-belah yang sentiasa sesak, di samping deretan kedai dan tapak pasar malan yang sentiasa sibuk.
Kesemua elemen positif pembangunan ini perlu dipertingkatkan, namun jangan pula dilupakan elemen negatif yang perlu diberi perhatian bersama.
Di sebalik senyum dan tawa anak-anak rumah pangsa, mereka terdedah dengan ancaman gejala sosial seperti budaya pergaulan bebas, ponteng sekolah, gangsterism dan penyalahgunaan dadah. Aspek pendidikan dan pengawalan tersangat diperlukan.
Di sebalik senyuman di wajah ibu dan bapa, warga kota di Seri Setia terdedah kepada risiko ‘kemiskinan bandar’, berhadapan dengan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang, di samping kebimbangan untuk membesarkan anak dalam suasana ekonomi dan sosial yang penuh cabaran.
Kepelbagaian demografi dan tahap sosio-ekonomi di Seri Setia ini menuntut perhatian dan kerjasama semua pihak, khusususnya dalam aspek pendidikan, kesihatan, dan kelangsungan hidup rakyat, Di sinilah pentingnya warga Seri Setia melantik seorang wakil rakyat yang menjiwai denyut nadi rakyat, bagi mewakili suara rakyat dan menjuarai perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat.
PAS meletakkan calon terbaik sebagai pilihan di Seri Setia. Dr Halimah Ali adalah seorang pemimpin yang berilmu, berakhlak dan berkebajikan, di samping berpengalaman dalam membangunkan taraf hidup, kualiti pendidikan dan modal insan di Selangor.
Pengundian di Seri Setia bakal memberi isyarat penting kepada negara, kerana Seri Setia adalah wajah masa depan Malaysia. Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada PAS di Seri Setia.
#DH4SS
#PAS4ALL
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi Pemuda PAS
7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018
 7-9-2018








Sumber HD


Petugas luar semarakkan kempen PRK Seri Setia




SHAH ALAM: Markas PAS Cawangan TTDI Jaya yang diletakkan di bawah Zon 3 untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dibantu oleh muslimat PAS dalam dan luar negeri Selangor sebagai sebahagian jentera PRK.

Ketua Helwa Zon 3, PRK Seri Setia, Wan Sawiah Wan Nik menyatakan bahawa tenaga muslimat memang perlu digembleng untuk kemenangan PAS di Seri Setia.

Katanya, PAS benar-benar berusaha untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH) sebagai satu signal mengenai pelbagai kepincangan telah berlaku selepas 100 hari pemerintahan mereka.

Antara muslimat yang turut mencurah tenaga di Bilik Operasi Zon 3, TTDI Jaya ialah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak serta muslimat PAS Kawasan Sepang, Tanjung Karang dan Sungai Besar.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Masita Mohamed Ali berasa bangga menjadi sebahagian jentera PAS yang ditugaskan menghantar risalah serta meraih undi di TTDI Jaya.

Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Tanjung Karang, Ustazah Marsunah Jemain juga tetap bertenaga membantu menyiapkan bahan-bahan kempen untuk diedarkan dalam program ‘kepung masjid’ selepas solat Jumaat hari ini.

Pemangku Ketua Muslimat PAS Selangor, Noriha Awang berkata, kehadiran muslimat-muslimat tersebut memang membantu menyemarakkan lagi gerak kerja yang disusun rapi sepanjang tempoh berkempen dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberikan. – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018


Pertikai sebat untuk tutup kes Guan Eng



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pertikaian dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan tentang hukuman sebat di khalayak ramai yang berlaku di Terengganu adalah untuk menutup kes penarikan balik tuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang jauh lebih besar daripada isu sebat.

Katanya, Terengganu memperkenalkan peraturan dalam kerangka undang-undang yang dibenarkan di negara ini.

"Tidak sepatutnya ada Kabinet mengeluarkan kenyataan yang mengkritik undang-undang dan hukuman tersebut. Kita menganggap ini sebagai satu tindakan tidak menghormati keputusan Mahkamah Syariah di negeri Terengganu.

"Semua pihak mesti menghormati peraturan yang ada selagi ia berada dalam kerangka peraturan undang-undang yang dibenarkan di negara kita.

“Undang-undang yang berlaku di bawah pentadbiran negeri di bawah Mahkamah Syariah yang lulus melalui parlimen, mereka berjalan seperti yang dibenarkan oleh parlimen. Sepatutnya kita menghormati kerangka tersebut," katanya pada ceramah mega sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, malam tadi.

Beliau menjelaskan bahawa pesalah terbabit diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan, tetapi mereka tidak membuat rayuan dan hadir sendiri yang memminta supaya dilaksanakan hukum tersebut agar Allah mengampun dosa mereka.

“Kita perlu menghormati undang-undang yang ada, kalau tidak hormat buat apa perlu adanya undang-undang kalau sentiasa dipertikaikan.

"Dalam kes takzir tidak sama dengan kes hudud dan qisas, kerana kes takzir berada di bawah undang-undang negeri, tapi ia perlu diselaraskan agar tidak timbul perbandingan yang dianggap negatif di bawah undang-undang Mahkamah Syariah.

"Mungkin apa yang berlaku di Terengganu akan membuka ruang supaya Mahkamah Syariah duduk bersama, menilai kembali dan menyelaraskan kes-kes takzir agar hukumannya dapat diselaraskan oleh semua negeri yang ada," tambahnya.

Turut hadir pada ceramah mega tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi; Presiden Umno, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran Sanasee; calon PAS Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali. – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018


PRK Seri Setia: Dr Halimah pilihan terbaik














MENJELANG hari pengundian Pilihan Raya Kecil N.32 DUN Seri Setia esok, saya ingin menyeru semua pengundi membuat pilihan yang bijak.

Dr Hajah Halimah Ali, merupakan calon terbaik mewakili PAS yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerana pernah menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Walaupun kemenangan PAS tidak mengubah kerajaan yang mentadbir sekarang, namun kemenangan calon PAS penting buat rakyat sebagai suara pengimbang dalam Dewan Negeri Selangor.

Ia juga sebagai isyarat kepada kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan dan menggesa mereka untuk menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.

Saya percaya, pengundi Seri Setia merupakan pengundi yang bijaksana akan memberikan mandat kepada calon PAS, Dr Hajah Halimah Ali.

Undilah PAS.

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018

Sumber HD - 7-9-2018

Jauhi bandar dari politik pihak berkepentingan
















PETALING JAYA: Perkembangan di kota atau bandar amat penting diberi perhatian kerana ia akan mempengaruhi persekitaran dan sektor lain, di mana mestilah dijauhi dari dikuasai oleh politik atau pihak berkepentingan.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, kewujudan sejarah tamadun-tamadun dimulakan di kota, namun tetap mempunyai hubungan langsung dengan kawasan pedalamannya.
Sehubungan itu kata beliau, setiap perkara sama ada kebaikan mahupun keburukan di kota akan kembali mempengaruhi kawasan luar bandar atau pedalaman kerana saling melengkapi antara tempat itu.
"Allah perintahkan Nabi S.A.W hijrah ke Madinah, masa itu (nama) Yathrib. Ada 200 agama masa di situ. Animisme, kepercayaan nenek moyang, pelbagai sembahan. Juga ada suku kaum yang banyak.
"Selepas 10 tahun Rasulullah masuk Madinah, ia jadi kota, tamadun yang mencipta dunia baharu. Sama sepertimana sekarang, bandar ini berpunca daripada tuan-puan," ujarnya pada ceramah PRK N.32 Seri Setia di Seri Menanti, Ara Damansara, di sini kelmarin dahulu.
Terangnya, ramai orang dari pedalaman yang berhijrah dan membangunkan kota-kota hingga lahirnya tamadun, termasuk kebanyakan bandar di negara ini yang berkembang dari kedatangan orang luar.
Namun tegas Sanusi, peranan mereka yang mendiami kota atau bandar sangat penting kerana kejayaan, hatta runtuhnya sesuatu tamadun juga bermula dari penduduk di dalam kota itu sendiri, lalu meluas ke sekitarnya.
Jelas beliau, kerana itulah sejak ratusan tahun dahulu, mereka yang mempunyai kepentingan lain daripada agenda negara, akan menguasai ekonomi dan politik di bandar-bandar strategik sebagaimana dilakukan PH kini.
"Tengok 200 kilometer 'radius' daripada Kuala Lumpur ini, semua PH menang. Tengok juga sampai ke Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh, Ipoh, Pulau Pinang, itu mulanya di Lembah Klang.
"Kota-kota semua PH ambil. Di Kedah, PAS menang di belah hulu (pedalaman), pekan semua PH menang. Pasai apa? Pasai depa (mereka) tahu apa boleh buat bila menguasai kota dan bandar.
"Kita tengoklah di mana dunia pun, kalau berlaku kerosakan besar di kota-kota, akan tanggung akibat kerosakan ini adalah orang-orang kampung," ujarnya yang juga Adun Jeneri.
Begitu juga bidas beliau, pemilihan pemimpin tidak selaras persekitaran dengan tanggungjawabnya, seperti melantik individu yang berada di bandar besar untuk mengurus hal ehwal luar bandar.
Hal tersebut disifatkan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik itu umpama tikus menjaga labu dan rakayat akan melihat lebih banyak kejutan bakal berlaku dari perubahan pada sistem asas kenegaraan ini dibawah pemerintahan PH.
Kerana menurut beliau, pembentukan negara ini sejak awal telah dibina oleh PH yang menerajui politik dengan menguasai persepsi orang ramai secara tidak benar, tanggapan, palsu, rekaan dan fitnah, bukannya bukti dan fakta.
Sebab itu jugalah katanya, Kerajaan PH hari ini terpaksa berbohong, mungkir janji dan seumpamanya yang menuntut rakyat menyedarkan PH bahawa tembelang mereka suah pecah dan membusuk.
"Jadi saya bawa mesej orang luar bandar, orang kampung, orang hulu. Mari ke Seri Setia ini minta orang sini yang kami hormat, pandang tinggi sebagai lebih bertamadun, lebih terbuka, lebih maju, supaya buat pilihan yang betul, pilihlah Dr Halimah Ali," serunya. - HARAKAHDAILY 6/9/2018

Sumber HD - 6-9-2018

Gurindam PRK Dun Seri Setia




Salam selamat

Wahai sahabat,

Demi kesejahteraan rakyat,
Selangor Darul Ehsan yang berdaulat,
Perahlah segala keringat,
Kerahkan segala kudrat
Jiwa, minda dan jasad dibulat,
Memenangkan agenda besar rakyat
Agar suara rakyat kembali keramat,
Maruah ummat dimartabat,
Usah gentar usah tergugat
Pergi mengundi janganlah lewat,
Dengan Bismillah turunkan dakwat,
Pangkahlah yang logo bulat,
Semoga mendapat berkat
Wahai jiwa yang sihat

Sejahtera dunia hingga akhirat!

Seri Setia bangkit suara rakyat!

Nukilan:
DR HALIMAH ALI
Calon Rakyat Parti PAS
PRK N.32 Seri Setia
6 September 2018 – HARAKAHDAILY 6/9/2018

Sumber HD - 6-9-2018

Jabatan Amal kempen tawan Seri Setia



SHAH ALAM: Jabatan Amal Malaysia menganjurkan program kemasyarakatan `A Day for charity (AD4C) bersama jentera PAS dan wakil penduduk PPR Lembah Subang Blok G & H dalam misi membersihkan kawasan padang taman permainan dan sekitar blok perumahan.

Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor, Shehdi Hezri berkata, Jabatan Amal dimaklumkan oleh wakil penduduk dan surau kawasan itu tidak diberi tumpuan langsung oleh mana-mana pihak.

Katanya, ini kerana kawasan perumahan tersebut berada ke dalam dan di hujungnya jalan mati.

"Penduduk berterima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada mereka. Kami sempat mengajak mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan khususnya di kawasan tempat tinggal," katanya.

Menurut beliau, perkara itu penting dan perlu diubah adalah bermula dari sikap individu itu sendiri.

"Kawasan ini kawasan kita maka kita perlu bertanggungjawab memastikan sampah sarap dibuang ditempat sepatutnya," katanya kepada penduduk PPR Lembah Subang, kelmarin.

Hari berikutnya, kata beliau Jabatan Amal menumpukan Masjid Tengku Kelana untuk melebarkan program khidmat bakti AD4C.

"Di sini kami telah membersihkan kawasan luar dan dalam masjid. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh jawatankuasa masjid," katanya.

Sekitar kejiranan Masjid Al Amin hadapan Sunway Piramid, Jabatan Amal Malaysia membantu membersihkan sampah sarap kawasan persekitaran perumahan penduduk sambil membuka kaunter kesihatan.

Pengerusi surau flat Desaria dan seluruh AJK adalah orang kuat Umno.

Sebelum ini kata beliau, PAS tidak pernah berjaya masuk ke kawasan perumahan tersebut.

"Alhamdulillah hari ini dalam sejarah tembok itu dapat diruntuhkan berkat kerjasama politik sempena pilihan raya kecil Dun Seri Setia.

“Kami Jabatan Amal Malaysia Pemuda PAS diberi kebenaran memberi khidmat membersihkan surau dan sekitar flat tersebut, sehingga pengerusi terharu dengan kerja membaik pulih dapur surau mereka," katanya.

Jabatan Amal juga telah membuka kaunter perkhidmatan kesihatan percuma serta perubatan Islam Darus Syifa.

Ahad lalu, ribut telah melanda kawasan Subang menyebabkan beberapa dahan pokok tumbang di sekitar kawasan SS7 dan SS5.

"Kebetulan kami sedang berkampung di Dun Seri Setia. Satu pasukan Amal Rescue Team (ART) Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah digerakkan ke lokasi bagi membantu memotong dan mengalihkan dahan yang membahayakan dan mengganggu pengguna jalan raya," katanya. - HARAKAHDAILY 5/9/2018












Sumber HD - 5-9-2018


Beri pengajaran kepada PH, undilah PAS

















PILIHAN Raya Kecil (PRK) N32 bagi Dun Seri Setia adalah medan terbaik bagi rakyat memberikan pengajaran kepada kerajaan PH dengan mengundi calon PAS. Rakyat seharusnya sedar akan permainan kerajaan PH yang dilihat gagal menunaikan janji manifesto yang dicanangkan ketika kempen PRU14 lalu dalam tempoh 100 hari yang dijanjikan.

Manifesto berkaitan tol, peluang pekerjaan baharu untuk sejuta rakyat, PTPTN, KWSP untuk suri rumah dan banyak lagi janji hanyalah sebagai manisan untuk memancing undi namun sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Dengan mengundi dan memenangkan calon PAS di Seri Setia termasuklah memberi undi kepada calon MCA di Balakong adalah sebagai satu isyarat kepada kerajaan PH untuk berhati-hati agar tidak sewenang-wenangnya membuli rakyat lagi.

Pemilihan kepimpinan menerusi medium pilihan raya sama ada PRU atau PRK adalah melibatkan soal kelayakan seseorang untuk menunaikan amanah dan memberikan hak kepada mereka yang selayaknya.

Apa yang berlaku sekarang adalah akibat daripada menyerahkan urusan pentadbiran kepada mereka yang bukan selayaknya mentadbir. Pentadbiran negara menjadi tidak stabil dan terus membebankan rakyat. Ini jelas dari sabdaan Baginda SAW menerusi sebuah hadis.

إذا وُسِّدَ الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

Maksudnya: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya yang layak, maka tunggulah kehancuran.” [Riwayat al-Bukhari]

Dalam situasi pasca PRU14 ini, kematangan dalam mewujudkan kestabilan politik di tanah air ialah dengan menguatkan peranan pembangkang. Ini membolehkan suara rakyat dapat diangkat kepada Dewan Negeri agar diberikan perhatian lebih oleh kerajaan sedia ada.

Malah dengan mewujudkan pembangkang yang kuat, ia mampu menjadi penyemak dan pengimbang terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan agar tidak memperjudikan nasib rakyat.

Sudahlah manifesto gagal dilaksanakan dalam tempoh yang dijanjikan, apa yang berlaku pula adalah amat membimbangkan dengan isu seperti gerakan LGBT yang semakin menjadi-jadi, tidak mengutamakan isu pemerkasaan Mahkamah Syariah dan sebagainya.

Sehubungan itu, memperkuatkan suara pembangkang di negeri Selangor menerusi PRK kali ini adalah langkah terbaik dalam menstabilkan politik menerusi semak dan imbang daripada suara pembangkang yang kuat.

Oleh yang demikian, segala usaha yang menjurus ke arah membantu kepada kemenangan calon PAS yang datang daripada pelbagai pihak dan parti pembangkang lain adalah suatu usaha yang berteraskan kebaikan. Ini antara sikap yang patut dijadikan contoh dalam kematangan berpolitik bagi mempastikan kebajikan rakyat terbela.

Rekod pengalaman PAS dalam berpolitik, PAS meletakkan agenda kepentingan agama dan ummah sebagai keutamaan. Oleh itu, jalinan kerjasama PAS atas apa-apa persefahaman adalah berteraskan keuntungan kepada Islam.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar semua pengundi menunaikan kewajipan mereka dengan keluar mengundi calon PAS di Seri Setia. Kekalahan calon PH dalam PRK ini akan mengurangi kuasa kerajaan PH dan menguatkan suara pembangkang sebagai semak imbang terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan PH.

PAS telah menyediakan calon yang sangat berpotensi dengan rekod cemerlang yang dimiliki oleh Dr Halimah Ali semasa beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini. Semoga kemenangan berpihak kepada calon PAS di N32 Seri Setia.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Membina Negara Sejahtera”

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
23 Zulhijjah 1439 / 4 September 2018 – HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-9-2018


PAS nyata telah gagal - Nik Abduh



PETALING JAYA: Keadaan semasa hari ini merupakan jawapan terbaik dalam menjelaskan sebab PAS terpaksa berpisah daripada PH, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, PAS parti yang gagal mempertahankan dirinya dalam Pakatan Rakyat (PR) hingga terpaksa berpisah secara bercerai talak satu kerana DAP menolak PAS dan PAS juga menolak DAP.

"Lama kita berada dalam PR dan kita yakin kalau berada dalam PR kita akan ke Putrajaya dengan izin Allah masa itu. Tapi (dengan keadaan) hari ini, kalau PAS bersama PR ke Putrajaya, kalahkan Umno, apa PAS nak jawab pada rakyat?

"Ketika mana hari ini mungkin pimpinan PAS dah jadi Menteri. Apa kita nak jawab dengan segala yang berlaku selama 100 hari ini?" ujarnya mengajak renungan pada Ceramah Mega PRK N.32 Seri Setia di Padang Futsal TTDI Jaya, di sini kelmarin.

Beliau membangkitkan akhlak sebagai isu penting bagi sesebuah pembinaan negara dan tamadun sebagaimana dinyatakan tokoh sosio-politik Islam terkemuka, Ibnu Khaldun yang telah gagal ditampilkan PH.

Terangnya, sebagaimana Umno dahulu, Kerajaan PH hari ini juga berbohong terhadap segala hal yang mereka sendiri janjikan antara terbaru adalah BR1M dimansuhkan tanpa membawa alternatif baharu.

"Betul atau tidak, kerajaan hari ini membenarkan janjinya? Bohong! Manifesto yang bohong, dan mereka tidak malu untuk mengatakan tidak wajib dan tidak mesti laksana manifesto. Mereka tak malu, tak ada akhlak.

"Dan (Nabi kata) apabila diberi amanah, dia khianat pada amanah tersebut. Apabila dia berbalah, dia melampaui batas. Apa maksudnya? Kita (PAS) balah dengan Umno puluhan tahun, tetapi kita tidak melampaui batas.

"Kita marah Umno apa yang patut dimarah, kita puji apa yang patut dipuji. Tapi PH bila dia marah, dia benci sungguh-sungguh pada Umno. Semua jadi abu dalam Umno.

"Hari ini kita tengok PH yang bercakap begitu kasar pada orang lain, melampaui batas, tengok bagaimana dia bina negara? 100 hari buruk dan selepas 100 hari lebih buruk," ujar beliau menjelaskan sebab PAS gagal bersama PH untuk mengecewakan rakyat.

Sedangkan menurut Ustaz Nik Abduh, semua pihak mengharap Kerajaan PH laksanakan segala dijanjikan mereka di mana PH sendiri mendapat untung atas tindakan itu dan rakyat bahagia dengan pilihan mereka.

Tambah beliau lagi, PAS akui dan tidak pernah menyatakan ia suci serta tidak pernah melakukan sebarang masalah, tetapi telah membuktikan sepanjang pemerintahannya tiada isu integriti dan akhlak, malah berkhidmat sebaiknya. - HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-9-2018


Calon PAS persoal SPRM tahan bekas Adun



PETALING JAYA: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia, Dr Halimah Ali mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Adun Selangor dalam suasana kempen masih berlangsung.

Beliau yang terkejut dengan penahanan bekas Adun itu berharap SPRM menjalankan tugas dengan baik dan profesional.

Katanya, bekas Adun itu perlu diberi peluang untuk membela diri.

"Bagi kami tiada masalah. Beliau ada hak dan masih tidak bersalah selagi tidak disabitkan bersalah," katanya.

Beliau juga berharap perkara itu tidak dipolitikkan kerana masih ada isu yang lebih besar yang melibatkan orang lain.

"Dalam PAS, kita sentiasa konsisten iaitu benar tetap benar, salah tetap salah," tegasnya kepada media. – HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-9-2018


Alasan 'hilang' RM20b elak laksana agenda rakyat




PETALING JAYA: Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hingga mengurangkan pendapatan kerajaan sebanyak RM20 bilion tahun ini dilihat sebagai punca PH mencipta pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan agenda rakyat.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang beralasan bahawa duit telah hilang, sedangkan kekurangan RM20 bilion bermakna peruntukan untuk kebajikan rakyat akan ditiadakan.

Walhal jelas beliau, pelbagai pihak telah menasihati PH sebelum dari PRU14 lagi untuk tidak sewenang-wenangnya mengubah GST kerana sistem percukaian sering menimbulkan keadaan tidak tenteram terhadap rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid yang pernah dipuji PAS sebagai tokoh ekonomi negara menerangkan demikian pada Ceramah Mega PRK N.32 Seri Setia di Padang Futsal TTDI Jaya, di sini kelmarin.

Namun katanya, oleh kerana PH mahu menunjukkan pihaknya mempunyai kuasa untuk menangani kemarahan ramai terhadap GST, maka cukai itu dimansuhkan walaupun kerajaan menanggung kekurangan pendapatan sebanyak itu.

"Sebab pendapatan kerajaan hanya cukup untuk pembayaran pentadbiran. Jadi kalau (kata) hilang RM20 bilion, (itu sebenarnya) RM20 bilion yang tidak boleh dicari (ganti oleh PH). Itu sebab (mereka timbulkan) cerita yang melampau-lampau.

"Duit hilang. Bukan, duit itu (sebenarnya) tidak dapat. SST tidak akan dapat kutip sebanyak itu. Sebab SST bukan penggunaan, ia perusahaan. Perusahaan sangat susah dikutip," ujarnya menjelaskan rekayasa alasan PH ketika ini.

Tambah beliau, wang berkaitan juga tidak hilang kerana masuk ke akaun yang disatukan di mana ia tidak dapat dikeluarkan sebagaimana akaun biasa lainnya melainkan melalui kelulusan Parlimen.

Walaupun menyifatkan GST memberi peluang kutipan hasil kepada kerajaan sekalipun rakyat tidak membayar cukai pendapatan, tetapi beliau bersetuju dengan PAS bahawa cukai tidak harus dikutip kepada orang miskin. - HARAKAHDAILY 4/9/2018

Sumber HD - 4-8-2018


PRK Seri Setia; Undi PAS Sebagai Signal Protes SST























Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa para pengundi di DUN Seri Setia membuat perubahan dengan mengundi calon PAS Dr Halimah Ali sebagai tanda protes terhadap beban SST yang mula membelenggu rakyat.
2. Pengenalan semula SST hanya mengitar kembali masalah yang sama dan langsung tidak mampu menyelesaikan masalah pokok iaitu kenaikan harga barang dan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat.
3. Campur tangan kerajaan terhadap pasaran dengan menggunakan mekanisme cukai kepenggunaan *akhirnya akan membebankan rakyat. *
4. Cukai jualan (5% dan 10%) yang dikenakan terhadap pengilang akan membawa kepada kenaikan kos pengeluaran (compounding effect).
5. Begitu juga, cukai perkhidmatan sebanyak 6% juga secara langsung masih membebankan rakyat seperti pelaksanaan GST yang lalu.
6. Malah, bagi sesetengah keadaan, pengguna dikenakan dua kali beban cukai atau pun tiga kali kerana sesetengah pihak hotel dan restoran mengenakan caj servis sebanyak 10%.
7. Undi kepada calon PAS sebagai tanda protes kepada pemerintahan Pakatan Harapan. Hal ini menunjukkan solusi yang dikemukakan oleh PH tidak matang.
8. Berbeza dengan PAS, asas percukaian yang akan dikenakan tidak membebankan rakyat kebanyakan khususnya golongan B40 dan M40 dan ia juga tidak menyukarkan kerajaan untuk mendapatkan hasil.
9. PAS mempunyai formula cukai tidak membebankan, hanya kepada golongan 1% hingga 3% dalam kalangan T20 dengan kadar yang sangat munasabah iaitu sekitar 2.5% jika diberi mandat memerintah negara pada PRU akan datang.
10. Justeru itu, sebagai langkah awal menuju PRU ke 15 kelak, berilah peluang kepada PAS untuk menampilkan solusi berdasarkan tasawwur Islam dan mengutamakan kebajikan rakyat melalui kemenangan dalam pilihanraya kecil Seri Setia ini.
Sejahtera Bersama Islam.
Sekian.
Sumber BO - 3-9-2018





















Perubahan Positif Pengundi PRK Seri Setia






















Cikgu Shalahuddin, kiri
Oleh : Norekwan Mamat
PETALING JAYA – Terdapat perubahan positif para pengundi terhadap calon PAS, Dr Halimah Ali, dalam tempoh ebih kurang tinggal seminggu lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Cikgu Shalahuddin Jafar berkata, adalah sangat penting kepada para pengundi membuat keputusan untuk mengundi calon PAS, supaya dapat ditingkatkan prinsip demokrasi ‘semak dan imbang’ dalam DUN Selangor.
“Antara perkara yang paling mustahak pengundi disini, menghantar seorang wakil rakyat pembangkang bagi menyuarakan pandangan daripada pihak pembangkang tentang pengurusan dan pentadbiran Kerajaan baru PH.
“Ini supaya dapat mengimbangkan antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang,” jelasnya
Beliau berkata demikian ketika ditemui berkempen rumah ke rumah di Desa Ria Petaling JSaya 5elatan, hari ini Ahad 2 September.
Justeru itu, kata beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut berkata, dengan terpilihnya Dr Halimah nanti, beliau akan dapat menyampaikan hasrat hati dan menyalurkan ketidakpuasan hati rakyat
“kita pun melihat pergerakan Muslimat dari rumah ke rumah mendapat sambutan yang agak baik,” tambah beliau.




















Sumber BO - 2-9-20118

Perubahan positif pengundi Seri Setia




PETALING JAYA: Setelah tinggal seminggu lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, terdapat perubahan positif para pengundi terhadap calon PAS, Dr Halimah Ali.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menyedari undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat (PH) dalam PRU14 yang lalu sangat besar.

“Para petugas PAS diseru untuk melipat gandakan lagi usaha merayu pengundi-pengundi di Seri Setia melakukan perubahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Seri Setia ini.

“PAS yakin perubahan dan sokongan besar-besaran pengundi-pengundi di Seri Setia ini kepada PAS akan memberi signal penting kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya jangan memandang enteng janji-janji yang telah mereka taburkan dalam PRU ke-14 yang lalu,” katanya.

Tuan Ibrahim sebelumnya mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukyi;

Katanya, PAS juga melahirkan penghargaan kepada Umno, MIC, NGO dan tokoh-tokoh perseorangan daripada pelbagai kaum serta semua pihak yang telah bersungguh-sungguh untuk membantu calon PAS.

Menurutnya, kerjasama itu atas semangat kebersamaan dalam blok pembangkang untuk PRK Dun Seri Setia kali ini.

“Kerjasama yang diberikan oleh oleh semua pihak diyakini akan mengukuhkan kuasa politik semak imbang khususnya di negeri Selangor yang mempunyai bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Harapan (PH) yang begitu besar.

“Usaha untuk memenangkan calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia dan juga calon MCA di Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong adalah ke arah memperkasakan blok pembangkang dalam Dun Selangor demi kebaikan untuk rakyat dan negeri ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/9/2018

Sumber HD - 2-9-2018


PAS Terengganu Yakin Dr. Halimah Boleh Menang























Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu YB Ariffin Deraman yakin calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sri Setia Dr Halimah Ali boleh menang.
Beliau berkata calon PAS itu adalah seorang yang berprofil tinggi dan mempunyai pengalaman kerana sebelum ini Dr Halimah adalah seorang EXCO kerajaan Negeri Selangor.
“Alhamdulillah setakat ini kempen pilihan raya kecil Sri Setia sedang berjalan dan bagi pihak PAS khususnya PAS Terengganu kita membantu kempen di peringkat pilihan raya kecil Sri Setia membantu jentera di peringkat pusat untuk memenangkan calon PAS Dr Halimah Sri Setia,






















YB Ariffin Deraman

“(dan) setakat ini kami yakin dengan kempen yang bersungguh-sungguh diadakan di Sri Setia untuk memastikan kemenangan,
“Setakat pada hari ini kita yakin insya Allah potensi untuk PAS menang dalam pilihan raya memang kita menaruh keyakinanlah,
“dan sebab itulah kita hantar jentera bekerja bersungguh-sungguh di dalam berkempen serta peluang untuk kita menang agak cerah,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman pada semalam, Rabu, 29 Ogos.
Katanya, PAS Negeri Terengganu menghantar sekitar 1000 petugas yang melibatkan lapan kawasanuntuk membantu dalam pilihan raya tersebut.
“Setakat ini kita ada 100 orang dan sehingga kepada hari pilihan raya serta hari mengundi kami jangka lebih daripada 1000 orang jentera PAS,
“dan mereka akan pergi bagi membantu pada hari mengundi di PRK Sri Setia,” jelasnya.
______________________________________________________________________
Biodata Dr. Halimah Ali
Tarikh Lahir: 27 Jun 1960
Nama Suami: Dr. Ahmad Supian
Anak-anak seramai 6 orang:
– Dr Imran
– Dr Khadejah
– Dr Zaid
– Dr Hafiz
– Dr Zubir
– Dr Liyana
Sejarah Pendidikan:
MATRICULATION
Elizabeth Matriculation College, Hobart
BACHELOR OF MEDICAL SCIENCE
University Of Tasmania, Australia
BACHELOR OF MEDICINE, BACHELOR OF SURGERY
University Of Tasmania, Australia
DIPLOMA TASAWWUR ISLAM (PELAJAR TERBAIK)
Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM)
Pengalaman Kerja:
– Hospital Universiti Petaling Jaya
– Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
– Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-Kanak Klang & Shah Alam
– Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
– Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
– Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
– Pengamal Perubatan Swasta selama 25 tahun di dua buah klinik sendiri, Klang.
Prinsip Kepimpinan:
– Takut Tuhan
– Pencapaian
– Integriti
– Dedikasi
– Holistik
– Inklusif
– Futuristik Kreatif
Pencapaian:
– EXCO Kerajaan Negeri Selangor Merangkap ADUN Selat Klang (2008-2014).
– Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
– Mantan Ahli Lembaga Pengarah UNISEL.
– Mantan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor
– Pengasas Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)
– Pengasas Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
– Pengasas Model Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor (SPIES)
– Pengasas Pasukan Sukarelawan Briged Amal Selangor (BASE)
– Pengerusi Induk menangani gejala social kerajaan Negeri Selangor (GeMS)
– Pengasas Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS)
– Pengasas Kelas Agama Menengah Arab (KAMA)=Kafa Menengah
– Pengasas Quranic Botanical Garden di SRA DAN SRI Farabi Kg Delek.
– Pengasas Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
Sumber BO - 31-8-2018
























Kempen Calon PAS Seri Setia Mendapat Sokongan





KUALA TERENGGANU – Kempen calon PAS Dr Halimah Ali yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Selangor mendapat sambutan yang cukup baik.
Yang Dipertua Dewan Negeri (DUN) , Yahaya Ali berkata , PAS tidak kekurangan tenaga bahkan mendapat sokongan yang besar bukan sahaja daripada tentera parti tetapi juga sokongan daripada banyak pihak.
“mereka ini ingin melihat satu perubahan kepada pilihan raya ini, kurang-kurangnya sekiranya ditakdirkan PAS menang,
“ia akan memberikan apa yang disebutkan sebagai semak imbangan untuk lebih berhati-hati merupakan janji-janji mereka kepada rakyat,” jelasnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Sempena Kejohanan Boling Padang, Di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak petang semalam 28 Ogos.
Sehubungan itu , beliau juga berharap agar rpara pengundi memberi kemenangan kepada Dr Halimah kerana hubungannya baiknya dengan masyarakat, bukan sahaja dengan orang Melayu malahan juga dengan bangsa Cina.
“sebagaimana yang sedia maklum pas memberikan sokongan kepada measurement systems analysis (MSA) atas nama pakatan pembakang berharap agar masyarakat cina yang juga merupakan masyarakat Malaysia,
“untuk mengambil satu sikap serta cara berfikir yang lebih persfektif terbaik untuk menghantar signal kepada krjaan ini,” ujarnya lagi.
Sumber BO - 29-8-2018

Sokongan positif buat PAS di Seri Setia



MARANG: Usaha mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia, 8 September ini banyak memberi kesan positif terhadap PAS berdasarkan perkembangan politik semasa.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana berdasarkan semakan parti bahawa berlaku kemerosotan sokongan pengundi kepada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Beliau cukup optimis berlaku kesedaran politik dalam kalangan rakyat dan undi kepada calon PAS kali ini akan meningkat.

“Perkembangannya banyak positif terutamanya berdasarkan keputusan semakan kita dan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.

“Ini menunjukkan bahawa keputusan Pilihan raya Umum ke-14, bukan berdasarkan kepada kesedaran menyeluruh. Keputusan PRK Dun Sungai Kandis yang baharu beberapa hari sahaja turun mendadak sokongan pengundinya.

“Sebab itu, kita percaya undi kita akan meningkat. Kita sedar bahawa, kemenangan itu tidak mudah tetapi tidak mustahil, insya Allah,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Melabuh Unjam di Perairan Kuala Marang 2018 di sini, kelmarin. - HARAKAHDAILY 29/8/2018

LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT

Sumber HD - 29-8-2018


Penjelasan tajuk Darul LGBT, Harakah mohon maaf


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7924-penjelasan-tajuk-darul-lgbt-harakah-mohon-maaf



SIDANG Pengarang Harakah mengambil maklum atas tajuk artikel yang ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam keluaran Harakah 2376 bertajuk ‘PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT’.
Tajuk berkenaan tidak ditujukan kepada rakyat negeri Selangor mahupun institusi beraja atau sebagainya.
Namun dalam masa yang sama, Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak Sidang Pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai.

Sidang Pengarang Harakah
29 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 29/8/2018

Sumber HD - 29-8-2018




























Kerjasama PAS-Umno kukuhkan pembangkang






























KUALA LUMPUR: PAS dengan Umno tidak membuat sebarang perjanjian, malah kerjasama yang terjalin dua parti itu hanyalah kerjasama sesama pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata, kerjasama itu hanyalah meraikan persefahaman untuk memperkukuhkan blok pembangkang.

"Istilah 'perkahwinan' itu biasanya ada perjanjian, akad tapi kita tiada perjanjian dan tiada akad, sebenarnya kita dan Umno hanya satu persefahaman lebih kepada tahaluf.

"Oleh sebab itu, PAS mengalu-alukan seluruh sokongan dan Presiden telah terangkan sama ada daripada Umno, bahkan daripada ahli-ahli parti Pakatan Harapan (PH) untuk memberi undi kepada PAS pada pilihan raya kali ini," ujarnya.

Katanya, kemenangan PH di Dun Seri Setia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu atas faktor gelombang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak diukur atas kemampuan PH, jadi realitinya gelombang itu sudah tiada dan ternyata dalam tempoh 100 hari rakyat dapat tengok tentang kegagalan PH dalam melunaskan janji-janji pilihan raya.

"Ini menjadi faktor-faktor yang boleh merubah pilihan raya kali ini," katanya. – HARAKAHDAILY 29/8/2018

Sumber HD - 29-8-2018


‘Tidak sangka, ramai mengenali saya’




KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali telah siap siaga untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mewakili suara undi rakyat di Dun tersebut jika dipilih sebagai wakil rakyat pada 8 September ini.

Ujarnya, beliau akan menggunakan pengalaman sebagai Adun Selat Klang selama dua penggl dengan mempraktikkan pengalaman tersebut bagi menyumbang dan memperjuangkan hak rakyat di Dun Seri Setia.

Katanya, ketika turun berkempen bertemu dengan rakyat di Dun Seri Setia beliau tidak menyangka rakyat Seri Setia mengenalinya sebagai bekas Exco Pendidikan Negeri Selangor yang pernah menggembleng usaha memberi tuisyen rakyat kepada anak-anak negeri.

"Saya tidak sangka, ramai yang mengenali saya dan penerimaan kehadiran saya sangat positif. Ini mungkin kerana saya pernah beberapa kali mengadakan program di kawasan Dun ini misalnya di Kampung Lindungan di sini.

“Jadi tidak peliklah, masyarakat di sini dapat menerima kehadiran saya sebagai calon yang bertanding mewakili PAS," katanya.

Ujarnya lagi, sepanjang turun berkempen rata-rata anak muda mengatakan mereka kecewa dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan hari ini yang menabur janji namun tidak dipenuhi. – HARAKAHDAILY 29/8/2018

Sumber HD - 29-8-22018


Surat terbuka kepada YAB Menteri Besar Selangor




SAYA berasa kesal membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari yang meminta Dr Halimah Ali meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) selepas beliau dinamakan oleh PAS sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil N.32 Dun Seri Setia. 

Begitu juga kekesalan dan kekecewaan saya akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman.

Adalah diketahui bahawasanya jawatan Dr Halimah Ali dalam PPAS bukanlah berelaun bulanan sebagaimana syarikat berkaitan Negeri (GLC) seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bahkan beliau kekal memegang jawatan tersebut kerana minat mendalam beliau akan bidang bacaan malah hasil sumbangan beliau pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai "The Largest Outdoor Reading Event" yang berjaya mengumpul 15,271 peserta semasa penganjuran Pesta Buku Selangor di PPAS.

Saya mengharapkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) usahlah bermain politik dendam murahan sebegini di saat mereka melaungkan hak demokrasi yang patut diberikan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Apakah demokrasi hanya terpakai kepada PH sahaja?

Politik sebegini hanya akan menyebabkan rakyat muak dan bosan akan kerenah kerajaan sedia ada sepertmana yang dihadapi oleh mereka daripada Kerajaan BN terdahulu. Sekarang adalah masa untuk membina semula negara dan menunaikan segala yang dijanjikan kepada rakyat.

Adakah PH menyedari bahawasanya mereka kini merupakan Kerajaan Persekutuan yang mentadbir Malaysia pasca PRU14? Realitinya, mereka hendaklah bertindak seperti kerajaan dan bukannya masih mempunyai mentaliti pembangkang.

Atau apakah kontroversi ini sengaja dicipta agar rakyat dapat dialihkan dari isu kegagalan Kerajaan PH menunaikan Manifesto 100 Hari seperti yang dijanjikan atau isu pembantu khas kepada seorang Menteri atau isu pemilikan tanah selama 999 tahun atau isu LGBT yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr Halimah atas sikap berjiwa besar beliau yang akan melepaskan jawatan dalam PPAS walaupun beliau layak untuk terus memegang jawatan tersebut kerana tidak mahu mencetuskan polemik yang berterusan.

Inilah yang seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memikirkan mengenai keutamaan agenda rakyat yang patut didahulukan berbanding agenda peribadi.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua pengundi N.32 Dun Seri Setia supaya keluar mengundi untuk memenangkan Dr Halimah dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan tidak lama lagi bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pembangkang yang kuat untuk proses semak dan imbang.

Pencapaian dan kejayaan yang dilakarkan oleh Dr Halimah semasa menjadi Adun Selat Klang dan Exco Kerajaan Negeri Selangor wajar dipertimbangkan oleh pengundi Seri Setia sebelum membuat keputusan yang pastinya akan menguntungkan masa depan mereka.

"Sik Sejahtera Bersama Islam"

YB AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Timbalan YDP PAS Kawasan Sik /
Ahli Parlimen Sik

9 Zulhijjah 1439 | 21 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 21/8/2018

Sumber HD - 21-8-2018


Politik terdesak MB Selangor































DEK kerana terlalu terdesak dengan sokongan rakyat serta populariti calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil N.32 Seri Setia, Dr Halimah Ali, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari terpaksa bersuara membangkitkan isu jawatan "sukarela" calon PAS itu dalam GLC Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) seperti dilapor oleh Sinar Harian.

Walaupun soal jawatan GLC ini tiada kaitan langsung dengan PRK, namun MB Selangor terpaksa membangkitkannya kerana PKR dan Pakatan Harapan ketandusan isu untuk dimainkan bagi berdepan dengan calon PAS ini. Apatah lagi reputasi sebagai MB baru bagi menyaingi Dato’ Seri Azmin Ali perlu digarap dengan baik.

Dr Halimah Ali yang sememangnya sebelum ini diketahui oleh rakyat Selangor memegang jawatan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor yang menumpukan soal pendidikan rakyat melalui program SPIESnya. Program yang dilihat berjaya melarutkan rakyat dengan agenda pendidikan secara berterusan.

Calon PAS di N.32 Seri Setia Dr Halimah Ali ini secara berjiwa besar tidak mempunyai sebarang masalah untuk melepaskan jawatan itu. Beliau telahpun bersedia untuk menulis surat peletakkan jawatan.

Apatah lagi beliau tidak menerima sebarang elaun sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah GLC dalam "negeri yang kaya" tersebut. Sedangkan semua rakyat maklum ada sesetengah pihak bagaikan "bercakaran dan membunuh karektor" semata-mata merebut limpahan "ghanimah" khazanah negeri.

Kejujuran Dr Halimah dalam membantu aspek pendidikan pada rakyat Selangor tanpa sebarang elaun di PPAS, sepatutnya dipandang mulia oleh semua pihak.

Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan terima kasih kepada MB Selangor kerana secara tidak langsung telah mempromosikan calon PAS ini dengan isu yang terpaksa dicipta dan akhirnya "memakan diri sendiri".

Rakyat akan melihat terdesaknya MB membangkitkan isu ini bagi mengaibkan calon PAS dan dalam masa yang sama rakyat melihat berjiwa besarnya Dr Halimah melepaskan jawatan sukarela dengan membantu rakyat secara langsung di lapangan.

Dengan senario ini, diharapkan dapat membuka mata rakyat dan mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan kemenangan kepada calon PAS dalam PRK kali ini. Allahu Akbar!

MUHAMED SUKRI OMAR
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor
9 Zulhijjah 1439 | 21 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 21/8/2018

Sumber HD - 21-8-2018


Janji Dr Halimah bersama rakyat Seri Setia



KENAPA satu lagi suara wakil rakyat daripada pembangkang perlu ada dalam sidang Dewan Negeri Selangor. Saya punya tema ‘Stand by me, i will stand up for you’. Saya akan bawa suara rakyat di sidang dewan berkaitan apa-apa sahaja isu. Ikuti wawancara calon PRK Dun Seri Setia, DR HALIMAH ALI bersama Pengarang Harakah, SAIDAH HAIRAN dan Wartawan, NORAZIHA ABDULLAH.

HARAKAH: Tahniah diucapkan kepada Dr Halimah kerana terpilih sebagai calon Dun Seri Setia. Ini satu tanggungjawab yang besar. Boleh jelaskan, adakah Dr sudah menyangka akan dicalonkan untuk Dun Seri Setia?

DR HALIMAH: Sebenarnya saya dan kepimpinan Amal akan mengadakan korban di Kampung Cha, Vietnam. Apabila PAS Selangor dan PAS Pusat mengatakan nama saya dalam senarai dan saya dah nyatakan yang saya bersedia untuk menyambut hari raya korban di sana. Oleh sebab arahan daripada parti, saya ikut arahan itu.

Bagaimana persediaan Dr ketika mendapat tahu menjadi calon di PRK Dun Seri Setia, dalam keadaan kerajaan baharu, PH?

Untuk menghadapi satu tempat yang baharu dan oleh kerana ini adalah mandat kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan tertinggi daripada Majlis Syura Ulamak sampai ke PAS Pusat. Bukan sahaja PAS tetapi mereka yang baharu tersedar dengan terikut-ikut satu gelombang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan BN serta janji-janji yang begitu menarik khususnya bagi orang muda dengan janji 1 juta pekerjaan, PTPTN akan dimansuhkan, GST dihapuskan dan merasakan kualiti hidup semakin berkurang apabila GST dimansuhkan. Saya rasa terbeban bukan sahaja untuk PAS tapi juga untuk orang yang bersama dengan pembangkang bahkan penyokong-penyokong dan juga pengundi Pakatan Harapan itu sendiri.

Ini merupakan tempat baharu bagi Dr kerana sebelum ini di Selat Klang, apakah isu yang boleh dibawa untuk menarik pengundi di Seri Setia ini?

Dun Seri Setia ini baharu melalui proses persempadanan semula dan ia melibatkan beberapa kawasan dimasukkan dalam Dun Seri Setia. Saya sebelum ini Exco kerajaan Selangor dan terdapat legasi yang saya tinggalkan di Dun Seri Setia antaranya ‘one stop gent center’. Antara sebab kenapa saya dahulu pilih untuk mewujudkan ‘one stop gent center’ adalah salah satu cara untuk menangani masalah sosial. Ini kerana kita telah dapati isu-isu gejala sosial agak banyak di kawasan Desa Mentari serta masalah sosial ekonomi yang rendah, tekanan dan dapat juga dilihat tempat letak kereta yang sangat tidak sistematik. Isu-isu wanita bagaimana Dr...? Mungkin yang menarik isu wanita tentang caruman KWSP daripada suami untuk surirumah, yang telah dikemukan oleh kerajaan dalam sistem yang baharu. Sesungguhnya ia hanyalah sebahagian sahaja. Isu wanita di Seri Setia ini yang mana kos sara hidup yang amat tinggi dan persekitaran yang tidak kondusif boleh membebankan dan ia perlu dilihat secara holistik dan perlu diambil perhatian.

Apakah disebabkan faktor ini Dr dipilih menjadi calon di Seri Setia?

Kemungkinan, selain sebab saya dahulu selaku Exco Pendidikan jadi saya berkesempatan melawat sekolah-sekolah. Dan dibawah saya dahulu adanya Skim Tunas, Skim Bantuan Tadika. Ramai di antara mereka ini layak untuk mendapat Skim Tunas begitu juga keperluan lain.

Mungkin ada janji atau manifesto khusus yang Dr akan tawarkan untuk penduduk di Dun Seri Setia ini?

Tawaran saya mudah dan sesuai untuk semua, sama ada penyokong PAS, Umno dan penyokong Pakatan Harapan. Untuk menjadi kerajaan yang sentiasa tertegak di atas landasan yang betul, ia memerlukan sistem pertimbangan yang efektif. Walau apapun ditawarkan baik mana pun kerajaan Pakatan Harapan yang ada di sini perlu ada orang menegur dan berani menegur serta orang yang akan melihat, meneliti perjalanan sistem pentadbiran yang dikatakan kerajaan yang bagus dan adil. Oleh itu, kita mahu melihat kerajaan yang bagus dan adil yang tiada korupsi serta berat sebelah sepertimana yang dibantah dan dilawan sebelum ini oleh mereka yang ada dalam Pakatan Harapan sekarang ini. Ini kerana tawaran inilah kenapa satu lagi suara wakil rakyat daripada pembangkang perlu ada dalam sidang dewan. Saya punya tema ‘stand by me, i will stand up for you’ dan saya akan menggangkat suara anda di sidang dewan berkaitan apa-apa isu. Oleh itu, pengundi perlu bersama- sama menyokong supaya ada suara pembangkang yang kuat.

Kalau dilihat kepada PRU ke 14, Umno mendapat 9,878 undi; PAS 4,563 undi manakala PH 29,250 undi. Jadi, mungkin ada suara dari hati Dr, bagaimana untuk menarik pengundi Umno dan PH?

Pertama saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin Umno yang sekarang ini sedar bahawa mereka perlu bersama-sama bergabung tenaga dan suara untuk memastikan pembangkang kuat. Umno sekarang adalah pembangkang. Kalau ada daripada pihak Pakatan Harapan mengatakan PAS telah berkawan atau berkahwin dengan Umno, itu yang mereka tohmahkan sebelum PRU-14, sebenarnya ini adalah gabungan pembangkang. Keduanya, pimpinan Umno juga telah mengatakan mereka akan memastikan pimpinanpimpinan dan ahli-ahli Umno membantu memberi kemenangan kepada PAS. Saya mengharapkan ahli Umno sudah pasti melihat apa yang berlaku sekarang ini.

Dr, apabila PAS meletakkan calon di Dun Seri Setia, mungkin PH akan memainkan semula isu 90 juta, PAS akan bergabung dengan Umno. Bagaimana pandangan Dr?

Pas ini pertamanya mentarbiyahkan ahli, mendidik ahli berkorban untuk parti. Kalau kita ada RM90 juta, kita tidak perlu minta daripada ahli. Ahli PAS, walaupun dalam kerajaan sekalipun, mereka tetap juga mengeluarkan dari poket sendiri. RM90 juta adalah mainan politik dan propaganda untuk memastikan pengundi tidak mengundi PAS, sedangkan itu tidak benar. Yang keduanya, mengatakan PAS bergabung dengan Umno. Sebenarnya, PAS tidak bergabung dengan Umno seperti juga BERSATU bukan bergabung dengan PKR, mereka entiti yang berbeza, tetapi mereka sebenarnya bergabung dalam Pakatan. PAS dengan Umno tidak pun bergabung seperti itu. Kita hanyalah blok pembangkang yang sama-sama membangkang. Kita tidak berdolak-dalik lebih-lebih lagi PAS adalah parti yang tertegak di atas prinsip. Apa yang baik PAS telah jelaskan siapa sahaja yang berbuat baik, bermatlamat yang sama, kita mengalu-alukan untuk bersama.
Sumber HD - 21-8-2018

PH Retak Menanti Belah, PAS Terus Subur Mekar

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim
Firman Allah swt dalam Surah al Hasyr ayat 14.
ۚ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُون
Maksudnya,
“..(Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)…”
1. Perkembangan terbaru Kerajaan Pakatan Harapan membayangkan rupa retak menanti belah.
2. Mereka sudah mula menampakkan belang dan pekung di dada masing-masing apabila setiap diri mereka membawa agenda yang berkepentingan diri sendiri daripada agenda berbakti kepada rakyat.
3. Walaupun PH berbangga diri kerana menganggap berjaya menjatuhkan kerajaan UMNO BN di peringkat persekutuan, namun kemenangan mereka adalah kemenangan yang rapuh dan pincang.
4. Ia bermula kemenangan yang berpaksikan fitnah, persepsi dan bersifat gula-gula pilihanraya,  manifesto yang ditawarkan kepada pengundi pada PRU14 lalu hanyalah janji kebudak-budakan dan tanpa kajian. Kini Kerajaan PH sendiri mengaku bahawa mereka tidak mampu “deliver” manifesto mereka.
5. Tambahanlagi, pemimpin Kerajaan PH bukan hanya tidak melaksanakan manifesto yang wajib ditunaikan kepada rakyat, mereka pula sibuk membuat tuntutan diluar daripada janji manifesto mereka  dan berusaha melaksanakan keputusan yang bersifat kontroversi kepada kepentingan agama dan kaum.
6.  Malah, ada Kerajaan PH di negeri tertentu dan pemimpin proksi mereka gigih merungkai dan merobek keharmonian kedudukan Islam yang dipersetujui bersama oleh pelbagai kaum dan agama ketika mencapai kemerdekaan dan kontrak sosial yang mempastikan keamanan negara.
7. Isu janji 100 hari, isu UEC, SST, kedudukan ringgit, harga minyak, kedudukan Bahasa Kebangsaan di sektor awam, nasib kedudukan Islam, isu LGBT, hutang negara, 1MDB, Saman AES, isu tanah, jawatan Perdana Menteri dan pemilihan PKR dan bermacam-macam lagi telah menjadikan kesatuan PH bergoncang.
7. Sebaliknya PAS kini pula sedang meneroka strategi baru. Rakyat mulai sedar bahawa memilih PH pada PRU14 lalu sedikit pun tidak mengubah keadaan mereka seperti sebelum ini. PAS sedang menyedarkan rakyat bahawa negara di tangan pihak yang salah.
8. PAS juga semakin kukuh di dua negeri Kelantan dan Terengganu. PAS bakal menterjemahkan kemampuan mentadbir dan mengurus berdasarkan prinsip Islam sebagai bukti bahawa Islam menawarkan kebaikan dan kesejahteraan terbaik berbanding dengan sistem ciptaan manusia.
9. Taawun siyasi menjadi elemen penting kepada PAS untuk mengorak langkah terbaru bagi melonjakkan lagi dakwah PAS di arena politik negara. PAS terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang  bersedia menerima dasar PAS dan Islam.
10. Selepas berjaya membina Gagasan Sejahtera menghadapi PRU14 lalu, kerjasama antara PAS dan UMNO BN atas semangat pembangkang yang kuat kepada kerajaan pimpinan PH adalah perkembangan yang cukup positif kepada keutuhan PAS.
11. Kerjasama ini adalah bagi membina kekuatan suara Islam dalam pembangkang sebagai  Semak dan Imbang kepada Kerajaan Pimpinan PH.
12. Walaupun UMNO pernah menjadi musuh politik PAS sejak merdeka, namun atas kepentingan Islam dan mengimbangi kedudukan Melayu sebagai dominasi kaum di negara ini, diketepikan segala percanggahan untuk mendapat titik pertemuan demi kebaikan.
13. Prk Sg Kandis adalah permulaan yang baik di mana rakyat sudah menunjukkan sikap dengan peratusan keluar mengundi menurun mendadak di samping undi PH hilang secara ketara.
14. Kini Prk Seri Setia, PAS meletakkan calon yang terbaik sebagai ayam tambatan di Selangor untuk mewakili PAS dan rakyat yang mampu membawa misi dan dakwah ke arah yang lebih efektif.
Semoga Allah beri kekuatan kepada PAS dan membantu PAS dalam perjuangan menegakkan agamaNya di negara ini.
Sejahtera Bersama Islam
Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
20 Ogos 2018.
Sumber BO - 20-8-2018
































Suara semak imbang elak 'kelentongkrasi'



PETALING JAYA: Sebagus mana pun kerajaan di dunia ini, terbukti ia tetap memerlukan satu suara pemantau yang kuat untuk mempastikannya tidak tergelincir daripada landasan perjuangan sebenar.

Calon PAS PRK N.32 Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali berkata, suara yang cukup kuat di sidang Dun Selangor perlu untuk memastikan Kerajaan PH sedia ada tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tidak menghabiskan wang ringgit yang ada. Selangor adalah negeri paling maju paling kaya di Malaysia. Ya kita paling maju paling kaya. Tetapi kalau kita tidak jaga dengan baik dan tak ada orang yang memantau dengan berkesan, tak lama, ia mungkin boleh habis.

"Minta maaf kepada rakan-rakan Umno-BN. Mungkin itu yang berlaku 60 tahun BN memerintah Malaysia. Tidak ada kuat suara yang berani nak menegur, maka sebab itulah berlaku apa yang telah berlaku," ujarnya di PPRT Lembah Subang, di sini semalam.

Jelas beliau, suara di Dun penting dalam mewakili rakyat kerana setiap butiran akan diambil perhatian dan tindakan melibatkan pelbagai pihak, agensi atau jabatan berkaitan.

Malah terangnya, suara yang kuat juga penting dalam melakukan semak dan imbang terhadap setiap perkara diperkatakan parti politik agar benar-benar dilaksanakan.

"Sesuai dengan apa yang disebut dilaungkan oleh "Malaysia Baru", "Reformasi" yang dilaungkan oleh PKR. Maka sudah tentulah untuk pasti mereka ini berkata cakap serupa bikin, bikin serupa cakap.

"Maknanya kalau mereka pedulikan rakyat, mereka yang harus mempunyai satu 'check and balance' yang mengimbangi apa sahaja yang mereka lakukan, segala yang mereka rancang dan tindakan-tindakan yang melakukan, dan janji-janji yang telah ditaburkan.

"Adakah bila kami bersama dengan Umno-BN, saya menyokong kleptokrasi? Tidak! Segala yang tidak betul kita tidak akan sokong. Tetapi juga, saya tidak menyokong kelentongkrasi, itu tak ada dalam kamus lagi. Ini kita baru di sini ya.

"Kalau kita yang kelentongkrasi, kita memang tidak sokong," tegasnya yang turut menyeru undi para penduduk Dun Seri Setia pada ceramah disampaikannya itu. - HARAKAHDAILY 20/8/2018

Sumber HD - 20-8-2018


PAS Terengganu Sokong Penuh Calon PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali






Oleh : Azizah Mahmood
PAS Terengganu Sokong Penuh Calon Pilihanraya Kecil (PRK) Seri Setia, Dr Halimah Ali, yang menghadapi saingan dua penjuru.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Tuan Haji Yahaya Ali yakin, Dr. Halimah akan menjadi pilihan rakyat dalam pertembungan antara PAS dan Pakatan Harapan (PH).
“insyaAllah pencalonan telah di umumkan dan PAS akan melawan PH., bagi pihak Pas Terengganu kita akan menghantar jentera bantu,
“dan melihat kepada ‘mood’ hari ini……..kita yakin rakyat akan memilih PAS apatah lagi dengan janji manifesto PH dalam PRU lepas yang tidak di tunaikan,” tegasnya.
Haji Yahya yang juga speaker DUN Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada hari penamaan calon di Dewan Sivik Majlis PBandaraya Petaling Jaya, semalam 18 Ogos.
Beliau yakin, ia adalah masa kepada rakyat untuk menghantar isyarat kepada PH.
“Sekarang ini semua pihak tidak kira dari Umno atau PH sendiri pastinya akan menghantar isyarat pada parti pemerintah sekarang kerana janji-janji manifesto yang tidak di tunaikan,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu Hajah Zaroni Othman berkata, ‘sayap kiri’ parti itu berharap para pengundi memilih PAS.
“Mewakili muslimat negeri Terengganu kita amat mengharapkan pengundi di DUN Seri Setia dapat memilih PAS sebagai pilihan mereka,
“bagi memperkuatkan lagi pembangkang di negeri Selangor dan juga kita yakin calon PAS, Dr Halimah seorang bekas wakil rakyat yang pernah memberikan khidmat terbaik ketika dalam kerajaan dahulu,
“dan kita yakin sekali ini beliau mampu memperolehi kemenangan,” ujar beliau .
Sumber BO - 18-8-2018



































PAS mampu melakar kemenangan di PRK Seri Setia



PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) berkeyakinan penyertaan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Seri Setia bukanlah sekadar menguji penerimaan rakyat terhadap PAS pasca PRU ke-14, tetapi juga untuk merampas kerusi DUN tersebut dari Pakatan Harapan (PH). Keyakinan ini adalah berasaskan corak pengundian pengundi-pengundi di kawasan bandar yang dinamik serta mudah untuk membuat perubahan. Kedudukan DUN Seri Setia di tengah-tengah kawasan bandar di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam memungkinkan perubahan corak pengundian berpotensi besar untuk berlaku.


Sebenarnya lebih separuh pengundi-pengundi di kawasan bandar termasuk pengundi Melayu adalah dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. Manakala pengundi-pengundi partisan pula rata-rata terdiri dari penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS. Pengundi-pengundi atas pagar ini, lazimnya dipengaruhi oleh isu-isu semasa dan faktor keterampilan calon. Oleh sebab itu, PPP berkeyakinan sebahagian besar pengundi-pengundi yang mengundi calon PH dalam PRU ke-14 yang lalu dipengaruhi oleh sentimen menolak Perdana Menteri yang keenam yang menjadi faktor paling dominan bagi pengundi-pengundi bandar ketika itu.


Di dalam PRK DUN Seri Setia pada kali ini, pengundi-pengundi atas pagar tersebut tidak lagi dipengaruhi kuat oleh sentimen seumpama itu, memandangkan BN telahpun tumbang dalam PRU baru-baru ini. Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa dan keputusan PRK DUN Sungai Kandis, faktor yang menentukan corak pengundi-pengundi atas pagar ialah protes mereka terhadap janji-janji manifesto PH yang tidak ditepati dan tiada perubahan yang ketara kepada taraf hidup rakyat. Bagaimanapun, di Sungai Kandis mereka menzahirkan protes mereka dengan tidak keluar mengundi, bukan dengan dengan mengundi calon lawan PH.


Manakala dalam PRK DUN Seri Setia ini pula, faktor yang sama akan turut berpotensi mencorakkan pengundian pengundi-pengundi di DUN ini, sama ada mereka terus mengambil sikap tidak keluar mengundi atau mengundi calon PAS. Dengan janji UMNO atau BN untuk membantu PAS, calon PAS dilihat mampu memperolehi undi teras sehingga 14000. Sekiranya undi protes daripada pengundi-pengundi atas pagar berpihak kepada PAS, maka calon PAS berupaya untuk melakar kemenangan. PPP yakin sekiranya situasi ini berlaku, PAS boleh memenangi PRK ini dengan majoriti tipis, tetapi cukup bermakna kepada perkembangan politik Malaysia seterusnya.



Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Pengarah PPP


17 Ogos 2018

5 Zulhijjah 1439

-HARAKAHDAILY 18/8/2018

Sumber HD - 18-8-2018


Penamaan calon PRK Seri Setia lancar




PETALING JAYA: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Dun Seri Setia yang melibatkan calon PAS berjalan lancar, pagi ini.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man membaca doa sebelum perarakan. Beliau juga mengetuai perarakan dari Bangunan Mybank menuju Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Hampir 500 penyokong daripada PAS dan Umno berarak menuju ke pusat penamaan calon kira-kira jam 8.30 pagi diselangi dengan selawat.

Dr Halimah bersama penyokong PAS dan Umno mula memasuki dewan pusat penamaan calon jam 8.45 pagi diiringi dengan laungan takbir daripada penyokong.

Pengurus Pilihan Raya Dun Seri Setia, Mohd Azizi Moh Zin mengumumkan penyerahan borang calon pada jam 8.59 pagi.

Turut mengiringi Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan dan Dato’ Iskandar A Samad, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukyi, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosli Adam, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Haslina Wan Hassan, pimpinan negeri dan kawasan.

Penamaan calon PAS kali ini berada dalam suasana berlainan daripada sebelum ini. Ini kerana pimpinan dan penyokong Umno turut serta memberi sokongan kepada calon PAS, Dr Halimah Ali.

Antara pimpinan Umno yang hadir, Naib Presiden yang juga Pengerusi Perhubungan negeri, Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Wanita, Dato' Dr Noraini Ahmad. – HARAKAHDAILY 18/8/2018

Sumber HD - 18-8-2018

Satu lawan satu di Seri Setia

No comments:

Post a Comment