BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, January 24, 2015

KES JENAYAH

Mahkamah putuskan pelajar tahfiz dakwa bunuh diri
sebenarnya dibunuh

Posted on Friday, June 10 @ 08:14:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Kota Bharu 9 Jun: Mahkamah Koroner di sini, hari ini memutuskan kematian pelajar Sekolah
Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Wan Ahmad Faris Abdul Rahman, 17, yang ditemui
mati tergantung dalam tandas dua tahun lalu disebabkan dibunuh oleh individu yang masih
belum tidak dikenal pasti identitinya.



Koroner Adli Abd Ghalib merumuskan perkara itu selepas berpuas hati dengan fakta dan
keterangan saksi sepanjang prosiding inkues kes kematian remaja terbabit.

Adli ketika membentangkan rumusan inkuesnya berkata, mahkamah melihat kepada setiap
aspek, masa dan situasi sebelum membuat rumusan berkenaan.

"Selepas mempertimbangkan beberapa faktor terdapat kebarangkalian unsur lain atau orang
yang menyebabkan kematian mangsa dan tidak menunjukkan si mati mengambil nyawanya
sendiri.

"Oleh itu, keputusan kematian mangsa disebabkan oleh seseorang yang belum dikenalpasti
identiti," katanya.

Prosiding inkues dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan, manakala
keluarga mangsa diwakili peguam Alias Ibrahim.

Sepanjang prosiding inkues yang bermulai pada 27 Julai 2015, seramai 11 saksi dipanggil
memberikan keterangan termasuk keluarga, pegawai penyiasat, pihak sekolah dan rakan baik
mangsa.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mayat Wan Ahmad Faris ditemui mati tergantung dalam
tandas oleh penyelia sekolah berkenaan. Siasatan awal polis mengklasifikasikan kes itu sebagai
mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Bagaimanapun, ahli keluarga memohon proses inkues dilakukan bagi mencari punca kematian
anaknya yang didakwa mempunyai unsur jenayah. - Metro

Sumber TKO - 10-6-2016


4 Mangsa Culik Dibebas Abu Sayyaf Tanpa Wang Tebusan

Posted on Friday, June 10 @ 07:16:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat tebusan itu dibawa
pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang
pembayaran wang tebusan.

“Keempat-empat mereka nampaknya dalam keadaan sihat. Mereka berada di Sandakan akan
dibawa ke Kota Kinabalu hari ini.

“Kami terpaksa merahsiakan butiran lanjut pergerakan operasi kerana kita khuatir keselamatan
mangsa dan kami belum ambil keterangan mereka lagi,” katanya dalam laporan disiarkan Astro
Awani.

Mangsa culik dikenalpasti sebagai adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chi, 29,
sepupu mereka Johnny Lau JungHien, 21, dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34.

Kumpulan penculik pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira
RM30 juta) sebelum mengurangkan kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) untuk
pembebasan empat pemuda dari Sibu itu.

Sebaik sahaja dibebaskan, empat tebusan itu dilaporkan menaiki bot selama lapan jam dari Jolo
ke Sandakan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-6-2016


Berjaya Tangkap Penjenayah Guna iPhone

Posted on Wednesday, May 25 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SEORANG pengguna Facebook, Hamizan Komeng berkongsikan kisah bagaimana dia berjaya 

menjejaki semula penjenayah yang memecah masuk rumahnya, dengan hanya menggunakan 
aplikasi peranti pintar.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad (22 Mei) di Rembau, Negeri Sembilan itu, mangsa 

bersama ahli keluarganya sedang tidur nyenyak dan dikatakan langsung tidak mendengar 
sebarang bunyi ketika pintu rumahnya dikopak oleh penjenayah.

Antara barangan yang hilang ialah dua peranti iPhone, dua iPad dan wang tunai berjumlah
RM1,500.

Lebih mengejutkan, kumpulan penjenayah yang dipercayai pengamal ilmu sihir itu turut makan
lebihan makanan yang berada di ruangan dapur rumah tersebut.

Hamizan, kemudiannya menyedari dia telah memasang sebuah aplikasi khusus pada iPhone
kakaknya yang dapat menjejak semula telefon hilang.

Aplikasi yang dikenali sebagai Find my iphone ini akan memberi maklumat mengenai lokasi
peranti itu dilarikan dengan berpandukan sokongan GPS yang dintergrasikan.

Di bawah kami kongsikan pengalaman saudara Hamizan, bersama bantuan pihak polis dan
rakan-rakannya menjejaki rumah penjenayah terbabit yang mana secara tidak langsung telah
membantu pihak polis dalam menangani isu jenayah pecah rumah yang semakin berleluasa.
Berjaya Tangkap Penjenayah Guna iPhone
Alhamdulillah, asbab iPhone, pencuri berjaya ditangkap! ‪#‎SHAREkan‬

Aku sedar yang rumah telah dipecah masuk ketika aku solat subuh tadi, pintu utama telah 
dipecahkan. Barang yang hilang 2 biji iPhone, 2 iPad dan wang tunai RM1,500.

Yang paling hebat pencuri tersebut sempat makan makanan di dapur ketika kami sekeluarga 
tidur. Ayah aku kata ini ilmu pukau.

Nasib baik hp akak aku yang dicuri masih boleh ‘detect location’ pencuri tersebut. Aku 
detect guna ‘Find My iPhone’.

Aku call kawan aku Zukermi, Aiman dan Taufid minta bantuan. Sebab aku nak pergi sendiri 
tak berani. Hehe.

Jadi kami bergegas ke location bersama. Bila hampir sampai di location, location tersebut 
berada di sebuah rumah. Takkan kami nak pecah masuk kan? Jadi kami minta bantuan 
polis berdekatan.
curi
Bila polis sampai, barulah kami kesan bunyi iPhone tu berada di mana. Akhirnya bunyi di 
dalam rumah yang kami follow location tersebut. Jadi pihak polis pecah masuk rumah 
tersebut. Selepas disoal siasat, lebih 10 buah rumah telah dipecah masuk bulan ini sahaja 
di rembau.

Alhamdulillah. Terima kasih iPhone, polis rembau dan rakan2.
Untuk yang pakai iPhone boleh guna salah satu Apps di bawah;
– Find My iPhone
– Prey
– iLostFinder Anti-theft
Untuk Android boleh guna salah satu Apps di bawah;
– Android Device Manager
– Family Locator
– Cerberus
– Prey Anti-Theft
– Where’s My Droid

*Aku sengaja tutup muka sebab dia dah pun berjaya diberkas pihak Polis. Jadi aku nak 
tutup aib dia, Insya-Allah, Allah SWT tutup aib aku pula nanti.

Tapi kalau dia masih diburu Polis, aku akan buka muka dia siap zoom 20x. 
MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Hamizan Komeng

Sumber TKO - 25-5-2016



Bapa Kelar Leher Anak Sendiri

Posted on Monday, May 23 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KODIANG: Seorang bapa bertindak di luar kawalan dengan mengelar leher anak
perempuannya yang berusia tiga tahun, di Kampung Tengah, di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira 5.30 petang berlaku sebaik mereka sekeluarga baru pulang ke rumah.

Suspek berusia 29 tahun terus mengambil anaknya dan mengunci pintu menyebabkan isteri
serta ibu saudaranya tidak dapat masuk ke dalam rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Rahim
Abdullah, isteri dan ibu saudaranya cuba memecahkan pintu setelah mendengar jeritan anaknya
namun gagal sebelum suspek membuka pintu dalam keadaan dirinya turut cedera di dada
dipercayai cuba membunuh diri.

"Isteri suspek kemudian mengambil anaknya dan membawanya ke Hospital Kangar,
meninggalkan suspek yang berlumuran darah seorang diri,

"Siasatan awal mendapati suspek mengalami kemurungan sejak seminggu lalu dan tidak cukup
makan," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya isteri suspek turut mengakui suspek yang bekerja sebagai mekanik pernah
mengambil dadah jenis metaphatamine sebelum ini dan pernah mendapatkan rawatan mental
di Hospital Kangar.

Hasil sisatan juga pihaknya menemui sebilah pisau yang dipercayai senjata digunakan di dalam
bilik tidur dipercayai tempat kejadian mangsa dicederakan.

Kedua-dua mereka kini menerima rawatan di hospital kangar dan kes disiasat mengikut
Seksyen 307 dan 309 Kanun Keseksaan.

-Astro Awani

Sumber TKO - 23-5-2016


Polis temui pistol dalam kereta Safee Sali

Posted on Monday, May 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Safee Sali

KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan
milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan
pacuan empat roda (4WD), siang tadi.


BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang
membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara,
sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang
diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Sumber TKO - 16-5-2016




Pembunuhan Ala Mafia Di Sepang- Lelaki Dalam But
Kereta BMW


Posted on Monday, May 09 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEPANG — Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di 

dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman 
Maju Jaya dekat sini hari ini.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung
penemuan sebuah kenderaan di dalam tasik bekas lombong itu pada pukul 2.07 petang ini.

Bagaimanapun, katanya identiti mayat masih belum disahkan kerana polis belum menjumpai
apa-apa dokumen pengenalan diri pada mangsa.
Kereta BMW
“Balai Bomba Cyberjaya telah dimaklumkan untuk menarik kenderaan itu dan selepas kereta itu
ditarik ke darat pada 4.40 petang, pemeriksaan mendapati satu mayat di dalam but kereta BMW
itu.

“Dipercayai lelaki itu dibunuh dan mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta
sebelum ditenggelamkan di tasik terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan awal mendapati kereta itu sebelum dimiliki oleh seorang lelaki lain, sebelum dijual
kepada syarikat menjual kenderaan terpakai, katanya, sambil mengesahkan tiada laporan
berhubung kehilangan kenderaan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika
sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Komisoner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi
mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat berhubung penemuan mayat tersebut.– BERNAMA

Sumber TKO - 9-5-2016



Ditetak di kepala, dikelar seluruh badan angkara dendam

Posted on Monday, May 02 @ 22:20:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SEREMBAN - Dipercayai kerana dendam, seorang lelaki diserang bertubi-tubi dan ditikam oleh 

empat penjenayah di rumahnya di Taman Desa Temiang dekat sini, semalam. 


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata,  kejadian
kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun sedang tidur di rumahnya
sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang bersenjatakan parang, pisau dan pistol.


“Mangsa yang sedang tidur dikejutkan bunyi hentaman pintu biliknya dan tiga suspek 
bersenjatakan parang serta pisau terus menyerangnya manakala seorang lagi bersenjatakan pistol 
mengawasi penghuni bilik lain.

“Mangsa cuba melarikan diri, namun gagal dan terus diserang bertubi-tubi sebelum kesemua 
suspek melarikan diri selepas melihat mangsa parah,” katanya.

Menurutnya, mangsa cedera parah akibat ditetak di kepala, dikelar pada keseluruhan badan serta
 ditikam pada bahagian dada dan rusuk sebelah kiri.

Muhamad Zaki berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini oleh 
orang awam namun disahkan meninggal dunia.

“Isteri mangsa pada awalnya mendapat maklumat mangsa disamun telah membuat laporan polis, 
namun hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku menjurus kepada dendam.

“Berdasarkan maklumat yang ada gerakan memburu suspek telah dijalankan dan dua daripada 
suspek berusia 22 tahun telah berjaya ditangkap semalam di sekitar Mantin dan Cheras, 
Selangor,” katanya.

Selain itu katanya, beberapa telefon bimbit, sebuah kereta jenis Proton Persona dan simkad milik 
kedua-dua suspek telah dirampas bagi membantu siasatan.

Kata Muhamad Zaki, sebanyak 210 biji pil erimin- 5 dengan berat dianggarkan 57.90 gram turut 
dirampas dari salah seorang suspek.

“Siasatan masih diteruskan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian yang dilakukan 
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman.

Sumber TKO - 2-5-2016



Suami cedera ditikam isteri dengan pisau

Posted on Monday, May 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


tikam
SEREMBAN - Seorang juruteknik cedera apabila cuba ditikam oleh isterinya yang berang selepas lelaki terbabit mengganggunya di rumah sewa di Taman Kelisa dekat sini, petang tadi.

Kejadian jam 3.30 petang itu, menyebabkan mangsa berusia 39 tahun cedera di tangan kiri ketika
mengelak tikaman pisau isterinya berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal
pihaknya mendapati isteri mangsa yang juga suspek merupakan warga China dikatakan telah lama tinggal berasingan dengan mangsa sejak pertengahan tahun lalu.

"Mereka berkahwin pada tahun 2014 di Thailand, namun suspek telah meminta cerai, tapi tidak
dipersetujui mangsa.

"Ini menyebabkan suspek telah keluar dari rumah pertengahan tahun lalu. Mangsa telah datang
ke rumah sewa suspek untuk berbincang, namun suspek enggan keluar,"katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan mangsa bertindak menyembur air pada pintu hadapan
rumah sewa suspek.

Muhamad Zaki berkata, tindakannya itu membuatkan suspek berang lalu membuka pintu dan
terus menyerang mangsa dengan pisau pemotong sayur.

"Akibatnya tangan kiri mangsa cedera ketika cuba mengelak tikaman suspek sebelum
menghubungi polis.

"Polis yang mendapat maklumat telah menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong
sayur berukuran 27 sentimeter selain turut merampas pasport suspek,"katanya.

Sementara itu katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk
mendapatkan rawatan dan suspek telah ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1963.

Sumber TKO - 2-5-2016



Bungkus bayi dalam plastik, letak depan rumah

Posted on Saturday, April 23 @ 15:48:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Bayi dibungkus dalam plastik, diletak depan rumah
Megat Mohd (dua, kanan) mendukung bayi perempuan yang ditemui di Apartment Sri Dahlia 
Laman Puteri 3 di Bandar Puteri, di sini malam semalam. - Foto Sinar Harian


PUCHONG - Penduduk blok A, Apartment Sri Dahlia Laman Puteri 3 di Bandar Puteri, Puchong
gempar dengan penemuan seorang bayi yang dibungkus dalam plastik dan ditinggalkan di depan
unit sebuah rumah, lewat malam semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, seorang pemilik rumah dikatakan menyedari
kewujudan bayi berkenaan apabila terdengar bunyi tangisan tanpa henti.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata,
curiga dengan tangisan berkenaan, penduduk mencari arah bunyi tersebut sebelum menemuinya
dalam sebungkus plastik yang bergerak.

Menurutnya, penduduk memaklumkan menemui mangsa dalam plastik yang ditemui ‘bergoyang’
sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Apabila dibuka, terdapat seorang bayi perempuan di dalamnya yang lengkap berseluar warna
putih dan  berbaju lengan panjang berwarna biru putih.

Katanya, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan mangsa kecuali terdapat ruam susu
di bahagian pipi.

“Bayi ini mungkin berusia antara dua dan tiga bulan berdasarkan keadaan saiz tubuh badannya
serta masih belum diketahui status warganegara,” katanya siasatan masih dijalankan bagi mencari
indidivu yang meninggalkan mangsa di depan unit rumah pangsapuri terbabit.

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh meghubungi Bilik Gerakan Ibu
Pejabat Polis Daerah Serdang ditalian 03-80742324.

Sumber TKO - 23-4-2016


Bapa Balas Dendam Potong Tangan Remaja Rogol Anaknya
Usia 7 Bulan


Posted on Friday, April 22 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEORANG bapa mengambil keputusan nekad membalas dendam terhadap seorang remaja yang 

didakwa merogol anak perempuannya yang berusia tujuh bulan dengan bertindak memotong 
kedua-dua tangan tertuduh dalam kejadian di wilayah Bathinda di India, pada Selasa.

Insiden mengerikan itu berlaku selepas tertuduh yang berusia 17 tahun hadir ke mahkamah bagi 

perbicaraan kes tersebut selepas ibu kepada bayi perempuan itu mendakwa dia terserempak 
dengan tertuduh ketika sedang mencabul anaknya pada April 2014, lapor Indianexpress.

Bagaimanapun, pada hari kejadian mahkamah Ramah Mandi menangguhkan perbicaraan terhadap
 tertuduh.

Selepas perbicaraan, lelaki tersebut kemudiannya mengambil keputusan berjumpa dengan
tertuduh dan ‘menawarkan' penyelesaian di luar mahkamah, selain dia sanggup memaafkan
remaja itu.

Lelaki tersebut kemudiannya mempelawa untuk menghantar tertuduh pulang ke rumah dengan
menaiki motosikal, yang mana kedua -dua mereka tinggal di kampung yang sama.

Namun, kesempatan itu sebaliknya digunakan oleh lelaki tersebut bagi melunaskan dendamnya
ekoran perbuatan terkutuk tertuduh terhadap bayi perempuannya.

Menurut pihak berkuasa, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung mereka, lelaki tersebut
dipercayai berhenti di sebuah terusan, sebelum bertindak mengikat tertuduh di sebatang pokok
dan membelasah serta memotong kedua-dua belah tangan remaja itu.

"Beberapa orang penduduk kampung terdengar jeritan remaja itu dan berlari ke arah terusan.


Mereka mendapati mangsa mengalami pendarahan teruk, sementara bapa bayi perempuan itu
telah melarikan diri," kata SSP Bathinda, Swapan Sharma dipetik sebagai berkata.

Tertuduh dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bathinda, sebelum penduduk
kampung memaklumkan insiden tersebut kepada pihak polis,

Tertuduh dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, pihak polis kini sedang memburu suspek dengan dakwaan cubaan membunuh.


- mD

Sumber TKO - 22-4-2016



Polis siasat video viral anggota 'makan rasuah'

Posted on Wednesday, April 20 @ 05:43:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat anggota polis mengambil rasuah, seperti yang dirakam
dalam sebuah video viral di Internet.

“Kami sedang menyiasat perkara ini, tindakan akan diambil terhadap anggota polis yang
bertanggungjawab dalam hal ini.

“Kami gesa orang awam untuk tampil ke depan dan membantu menjelaskan isu ini,” kata Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Malaysiakini.

Dalam video kira-kira dua minit itu, dua anggota polis berpakaian seragam kelihatan menerima
wang daripada seorang individu setelah berbual seketika.

Individu itu, yang kelihatan mirip remaja lelaki, kemudian kelihatan bersalaman dan berlalu pergi.
Sebuah NGO yang mendukung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak Pertubuhan Minda Sosial dan
Prihatin (PMSP) berkata tindakan itu memalukan pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu tidak menggambarkan sikap keseluruhan anggota polis.

Sumber TKO - 20-4-2016


Anggota polis `pau’ budak sekolah

Posted on Tuesday, April 19 @ 16:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan dua orang anggota polis mengambil duit daripada 

seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah viral di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 2.46 minit yang dirakam oleh individu dipercayai orang awam, salah 

seorang anggota yang berpangkat lans koperal telah memeriksa dompet remaja berkenaan 
manakala seorang lagi anggota duduk memerhati.

Anggota terbabit telah memulangkan semula dompet tersebut dan meminta remaja itu
mengeluarkan duit untuk diserahkan kepadanya.

Ketika remaja itu hendak mengeluarkan wang, anggota terbabit telah menarik tangan remaja
berkenaan dengan tujuan mahu berselindung daripada dilihat orang ketika remaja itu hendak
menyerahkan duit yang dimintanya.

Setelah memberikan wang anggota terbabit membenarkan remaja itu beredar.

Berdasarkan pemerhatian, remaja itu ditahan oleh anggota terbabit untuk diperiksa ekoran
dipercayai ponteng sekolah.

Tiada sebarang audio pada rakaman yang tersebar itu dan lokasi serta masa kejadian tidak
diketahui.

Visual itu telah dikongsikan di Facebook Malaysia Viral Story dengan kapsyen "Budak sekolah
pun nak paw, polis sekarang gaji tak cukup ke? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..Mohon
PDRM ambil tindakan ke atas anggota tersebut".

Sumber TKO - 19-4-2016



Lelaki Gantung Diri Selepas Putus Cinta

Posted on Tuesday, April 19 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Seorang remaja lelaki dikata kecewa selepas kekasihnya memutuskan hubungan
ditemui mati dalam keadaan tergantung di hadapan kuarters pekerja yang didiaminya di Batu
Kawa, kelmarin.

Mangsa hanya dikenali sebagai Chung berusia 17 tahun dan berasal dari Kampung Sibakar,
Padawan.

Menurut sumber, mangsa bekerja di tempat mencuci kereta dikatakan gagal mengawal emosi
apabila kekasihnya memutuskan hubungan percintaan mereka iaitu sekitar jam 11 malam Khamis
lepas.

"Terdahulu mangsa kecewa dengan perkara itu dikata mengelar tangannya seterusnya memuat
naik gambar serta status di WeChat.

"Perkara itu disedari kakaknya sebelum memberitahu ibu mereka yang kemudian bergegas ke
kuarters didiami mangsa.

"Bagaimanapun, setibanya di kediaman tersebut, mereka menemui mangsa dalam keadaan
tergantung dan tidak sedarkan diri sebelum mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS),"
kata sumber. Mangsa disah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang memeriksa keadaannya
setibanya di HUS.

"Selain itu, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa juga mengesyaki mangsa ada meminum racun
serangga," kata sumber yang turut memberitahu mayat mangsa dihantar ke rumah mayat HUS
untuk bedah siasat.

- Utusan Borneo

Sumber TKO - 19-4-2016


Suami hadir jamin isteri dicekup khalwat

Posted on Tuesday, April 19 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Suami hadir jamin isteri dicekup khalwat

MELAKA - Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut
apabila melihat suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).


Wanita berusia 23 tahun berasal dari selatan tanah air itu ditahan pihak penguat kuasa Jaim
bersama seorang lelaki penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah
maksiat di sini, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi
semalam, lelaki itu menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian
Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita
dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut
akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, wanita tersebut terkejut apabila dibawa balik ke pejabat Jaim dan diminta
menghubungi penjamin, keluarga wanita berkenaan datang bersama suaminya yang berusia dalam
lingkungan 25 tahun.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut
mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu,
tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di
sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

“Tangkapan semalam turut membabitkan tiga penjawat awam serta dua pelajar universiti awam di
negeri ini.

"Salah seorang penjawat awam terlibat adalah seorang pengurus pasukan sebuah negeri di
kejohanan sukan membabitkan kakitangan kerajaan.

“Penjawat awam berkenaan yang berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanitanya berusia 35
tahun berasal dari Selangor. Hasil siasatan lelaki berkenaan sudah berkahwin sementara
pasangannya masih bujang,” katanya.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah
Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau
kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber TKO - 19-4-2016 



Polis masih siasat kes komando hampir lemas
Posted on Tuesday, April 19 @ 01:05:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MELAKA - Polis Melaka masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang anggota 

komando ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai 
Timun, Negeri Sembilan, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
berkata polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana
tidak mahu mengganggu siasatan.

Pada masa sama, Shaikh Abdul Adzis meminta kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai
maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis.

Akhbar hari ini melaporkan anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas
Kem Sungai Udang di sini ditemui dalam sungai itu dalam keadaan tangan kanan bergari pada
kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Mangsa dilaporkan ditemui penduduk kampung dalam sungai itu dan berjaya diselamatkan mereka
yang kemudian menghubungi polis. - Bernama

Sumber TKO - 19-4-2016



Seorang Gadis Merahsiakan Dari Pengetahuan Ibu Bapanya
Bahawa Dia Mengandung Anak Luar Nikah


Posted on Monday, April 18 @ 19:17:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pada 10 Zulhijah 1435 H, saya menerima panggilan telefon jam 4.30 pagi dari seorang gadis…

“Ummi, saya terberanak.

“Kat mana?”
“Dalam bilik air”
“Bilik air dimana?”
“Rumah saya…”


## Dalam telefon memang terdengar nyaring suara bayi menangis.


“Siapa ada bersama kamu?”

“Saya sorang sorang.”
“Kat rumah takde orang ke?”
“Bilik air saya kat atas, kat bawah ada mak ayah, tapi mereka tak tahu.”
“Rumah kamu dimana?”


Gadis itu memberikan alamat rumahnya. Saya berada beratus ratus kilometer untuk datang segera 

membantu. Saya berada di Johor Bahru. Kejadian di Kuala Terengganu….

Tak ada cara lain yang spontan untuk dilakukan melainkan saya call 999. Usaha untuk 

menyelamatkan 2 jiwa. Apabila talian 999 berjawab,…

“Ya Pn Liza, ada apa boleh kami bantu.”

Uiks…mereka dah simpan nombor saya, apabila saya membuat panggilan menggunakan nombor 

telefon tangan saya, sudah pasti nama saya terpapar sebagai pemanggil….

“Ada kes seorang gadis telah melahirkan anak di bilik air rumahnya. Saya tidak dapat membantu, 

saya berada di Johor Bahru, sedangkan gadis itu di Kuala Terengganu.”


“Jauhnya puan. Macamana puan boleh tahu pulak?”


“Gadis itu telefon saya memaklumkan.”


“Baik, kalau begitu, saya sambungkan puan dengan Hospital Kuala Terengganu dan bercakap 
dengan mereka.”

Setelah saya menerangkan lokasi dan memberikan maklumat nama, alamat dan nombor telefon, 
terus paramedik bersama ambulans ke lokasi kejadian. Alhamdulillah, ibu dan bayi dapat 
diselamatkan dan dibawa ke hospital….

Yang tidak dapat diselamatkan cuma maruah dan aib…..

Memang tidak ada siapa yang tahu gadis itu mengandung, termasuk ibu bapa dan ahli keluarga 
lainnya. 2 minggu sebelum ini gadis ini berhubung dengan saya, menceritakan tentang 
kandungannya dan berhasrat untuk datang berlindung di Baitus Solehah. Namun gadis ini 
menangguhkan sehingga lepas hari raya aidil adha.

Gadis ini cuma menganggarkan saja usia kandungannya. Ketika itu anggaran usia kandungannya 6 
bulan, lebih kurang 26 minggu. Dia menjangkakan selepas hari raya aidil adha baru datang ke 
Baitus Solehah, ketika usia kandungan memasuki 28 minggu…..

Namun jangkaannya silap. Rupanya usia kandungan sudah memasuki 36 minggu. Cuma bentuk 
fizikal tidak kelihatan, tidak sesiapa pun ahli keluarga yang menyedari kehamilannya…..

Tidak siapa dapat menghalang kehendak Allah. Gadis ini berhasrat merahsiakan tetapi ia terbuka 
jugà. Taubat yang belum dilakukan, niat yang tidak benar benar bertaubat kerana Allah, maka 
Allah buka aib dirinya dan maruah keluarga.

Ambulans tiba di rumahnya pada pukul 5.00 pagi dengan bunyi siren yang bingit. Kebetulan 
rumah gadis itu berhampiran surau. Ketika gadis dan bayi diusung masuk ambulans, jemaah surau 
datang berkerumun disisi ambulans untuk mengetahui kes kecemasan apakah yang berlaku. Siapa 
sakit? Sakit apa???

Kebetulan orang orang kampung kenal itu rumah siapa, jadi berduyun duyun datang menziarahi 
untuk tahu siapa yang sakit….

Alangkah malunya emak ayah si gadis. Tidak terucap sepatah kata pun ketika ditanya. Ketika 
paramedik datang mengetuk pintu, mereka sudah terperanjat, ada kes apa ambulans datang subuh 
subuh ni ke rumah mereka. Siapa yang sakit????

Apabila paramedik menerangkan ada panggilan kecemasan, seorang gadis telah melahirkan anak 
di bilik air di tingkat atas rumah, ibu bapa gadis itu sangat terperanjat….

Mereka pun tidak dapat menjangka siapa, maka segera mereka naik ke tingkat atas menunjukkan 
bilik air. Dan apabila melihat saja wajah anak bongsu mereka terbaring di bilik air bersama bayi 
baru lahir di sisinya, terus si emak beristigfar, jatuh pengsan kerana terkejut.

Setelah tali pusat di potong, ibu dan bayi diusung bawa ke dalam ambulans. Emak yang pengsan 
dipulihkan dahulu sebelum ambulans meninggalkan mereka menuju ke hospital.

Ahli keluarga ambillah ikhtibar, prihatin dengan sikap dan bentuk fizikal tubuh ahli keluarga. 
Sikap seseorang gadis yang mengandung selalunya berubah dan berbeza dari kebiasaan. Maka 
ambil tahu dan ambil berat supaya kes begini tidak berlaku…..

Sumber TKO - 18-4-2016




Misteri kehilangan bekas petinju tomoi terjawab

Posted on Saturday, April 16 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Wan Jaafar
TUMPAT - Misteri kehilangan bekas petinju tomoi sejak seminggu lalu terjawab apabila dia
ditemui mati di Pantai Sri Tujoh, kira-kira jam 7 malam tadi.

Mayat tersebut dipercayai Wan Jaafar Wan Ahmad, 66, berdasarkan pengecaman keluarganya
terhadap pakaian yang dipakai mangsa.‎

Lokasi mayat ditemui di dalam semak pokok rhu, kira-kira satu kilometer dari lagun tapak gerai
peniaga Pantai Sri Tujoh.

Kehilangan mangsa genap seminggu  dan kali terakhir di lihat sekitar Info Galeri Tengku Anis,
Pulau Tengkorak jaraknya lima kilometer dari Pantai Sri Tujoh.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Mayat dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya.

Sumber TKO -16-4-2016




Polis Sahkan Gambar Di FB Mangsa Culik Di Semporna

Posted on Friday, April 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan gambar dimuat naik dalam satu akaun Facebook adalah
empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah
pada 1 April lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedia maklum mengenai akaun
Facebook dengan nama 'Victor Troy Poz' itu.

"Saya sedia maklum mengenai akaun terbabit dan polis sedang giat menjalankan siasatan.
"Pihak polis turut sedang mengesan sekiranya akaun Facebook itu telah dibuat di dalam negara
ataupun di luar negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Gambar berkenaan memaparkan keempat-empat mangsa berada dalam keadaan mencangkung
sambil memegang sekeping kertas bertulis 'Victor Troy' berserta tarikh 8 April

Gambar tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun terbabit pada Ahad lepas.

Semalam, Khalid mengesahkan empat mangsa rakyat Malaysia yang diculik iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, masih hidup

Mereka antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke
Malaysia, apabila diculik.
 - Bernama

Sumber TKO - 15-4-2016



Suspek Kes Seludup Rokok Terbesar Di Sarawak Diburu

Posted on Thursday, April 14 @ 20:00:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia masih lagi memburu suspek utama kes 

penyeludupan rokok terbesar melibatkan enam kontena mengandungi sebanyak 27 juta batang 
rokok pelbagai jenama bernilai RM33 juta yang berjaya dipatahkan oleh agensi itu pada 21 Julai 
 tahun lepas.
Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, Mathew Apoi Njau,
42,seorang warga tempatan dan kapten kapal yang cuba menyeludup rokok, melarikan diri semasa
serbuan dilakukan.

"Kita bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan polis memburu suspek ini, tiga suspek kesemua
warganegara Myanmar yang bertugas sebagai kru kapal itu sudah dihantar balik ke negara mereka,"
katanya kepada pemberita selepas upacara pelupusan rokok rampasan tersebut di Tapak Pelupusan
Sampah Kuala Baram hari ini.

Terdahulu Ahmad Puzi melakukan upacara ringkas pelupusan 27 juta batang rokok itu dengan
menghancur dan menanam rokok manakala enam kontena yang dirampas akan dilelong RM5,000
setiap satu.

Sebagai rekod Maritim Miri membuat serbuan ke atas sebuah kapal kargo yang mengandungi rokok
seludup itu, Ulticom 93 yang berdaftar di Sibu pada pukul 6.30 petang di perairan Miri pada 21
Julai 2015.
-BERNAMA

Sumber TKO - 14-4-2016



Bapa Dihukum Penjara 32 Tahun, 40 Sebatan

Posted on Wednesday, April 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU - Seorang bapa yang merogol dan mencabul kehormatan anak tirinya
berusia 15 tahun dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan dikenakan 40 sebatan oleh Mahkamah
Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Tertuduh, 43, dari Marang, dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah atas empat
pertuduhan merogol dan satu pertuduhan mencabul kehormatan mangsa di rumah mereka
di Marang, dua tahun lalu.

Dia didakwa merogol mangsa di rumah tersebut pada tahun 2014 bermula Jun, jam 8.30 pagi; Julai,
jam 10 malam; September, 8 pagi dan Disember, jam 11 malam.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376
(3) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan
tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan sehingga 10 sebatan, jika disabitkan
kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didapati bersalah atas satu pertuduhan mencabul kehormatan mangsa di
rumah berkenaan pada Mei 2014, kira-kira jam 8 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua
daripada seksaan tersebut, jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim
Rofiah Mohamad.

Bagi pertuduhan merogol, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan untuk
setiap pertuduhan dan mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan.

Sementara bagi pertuduhan mencabul kehormatan mangsa, tertuduh dijatuhi hukuman penjara
selama tiga tahun, bagaimanapun mahkamah mengarahkan hukuman tersebut berjalan serentak
bersama pertuduhan pertama iaitu merogol mangsa pada Jun.
- Sinar Harian

Sumber TKO - 13-4-2016


Lelaki rempuh kereta polis cedera ditembak

Posted on Saturday, April 09 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri dengan merempuh 

kereta peronda polis di Susur 3, Jalan Tun Razak, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, dua rakan suspek yang cuba melarikan diri turut cedera 

ketika bergelut dengan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata pasukan 

khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang membuat 
rondaan pencegahan jenayah terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki 
tiga suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dua kenderaan polis cuba menghalang kereta itu tetapi suspek bertindak agresif dengan 

mengundurkan kenderaan dan melanggar kereta polis.

"Suspek diarahkan berhenti tetapi terus merempuh kereta polis, manakala beberapa anggota polis 

yang cuba menahan kereta itu juga hampir dilanggar.

"Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk memberhentikan kereta suspek. 

Pemandunya terkena tembakan di paha, manakala dua rakannya yang cuba melarikan bergelut turut 
ditahan," katanya di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu ditahan manakala pemeriksaan awal 

mendapati kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang di Permas Jaya, 
dekat sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 


Sumber TKO - 9-4-2016



Guni plastik, seketul batu ditunjuk kepada hakim

Posted on Friday, April 08 @ 15:03:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Guni plastik, seketul batu ditunjuk kepada hakim

KUALA LUMPUR - Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon membuka barang kes yang mengandungi sekeping guni plastik dan seketul batu di koridor Mahkamah Tinggi sebentar tadi
disaksikan oleh Hakim, Datuk Azman Abdullah.


Terdahulu, pada prosiding hari ke dua perbicaraan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony
Kevin Morais, pihak pendakwaan diwakili Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon agar barang kes
tersebut dibuka di luar mahkamah.

Selain guni, Nor Aidora turut mengemukakan tulang, simen, darah, wayar, sarung tangan dan
sebagainya.

Sumber TKO - 8-4-2016



Kes Bunuh Kevin Morais: DNA Asing Ditemukan Pada
Barang Kes


Posted on Friday, April 08 @ 03:08:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi pada Khamis dalam 

perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais bahawa satu 
DNA asing ditemukan pada kesan darah di atas wayar.
Nor Aidora Saedon, 43, dari Seksyen Forensik DNA Jabatan Kimia Malaysia, berkata profil DNA
itu bercampur daripada dua individu.

"Profil DNA individu kedua itu adalah berbeza daripada sampel yang diperolehi daripada adik
beradik kandung Kevin Morais iaitu David Ramesh dan Richard Dilaan.

"Saya kenal pasti penyumbang profil DNA tersebut sebagai 'Male 1' (Lelaki 1)," katanya ketika
pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam perbicaraan kes
itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Beliau turut memaklumkan spesimen tisu dan tulang berlabel "unknown" (tidak diketahui) adalah
sepadan dengan profil DNA David dan Richard.

Nor Aidora merupakan saksi pendakwaan kesembilan telah berkhidmat di jabatan itu sejak 1998
ditugaskan untuk menganalisis berkaitan DNA ke atas bahan bukti biologi untuk kes bunuh, rogol,
dan pengenalpastian mayat.

Katanya bagi kes bunuh itu, laporan analisis bertarikh 22 Sept 2015 itu dibuat berdasarkan barang
kes yang diterimanya daripada pegawai penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said pada 11.40 pagi, 17
Sept 2015 dan 1.46 tengah hari, 18 Sept 2015.

Dalam prosiding itu, Nor Aidora menunjukkan 59 barang kes antaranya sepasang sarung tangan
getah, guni, cincin, rantai leher dan loket, tali pinggang, seluar dan kemeja, yang kesemuanya
mempunyai kesan darah.

Sementara itu, bilik mahkamah turut berbau busuk dipercayai daripada tisu, tulang dan
barang-barang yang mempunyai cairan biologi sehingga pihak  pendakwaan, pembelaan, wartawan,
dan orang awam terpaksa menutup hidung masing-masing dan ada juga yang keluar dari bilik
mahkamah.

Ekoran bau busuk tersebut, Hakim Azman membenarkan permohonan Wan Shaharuddin supaya Nor
Aidora membuka guni yang digunakan mengisi mayat Kevin Morais, di luar mahkamah.

Sebelum perbicaraan ditangguhkan, peguam V. Rajehgopal, mewakili tertuduh S.Ravi Chandaran,
45, memaklumkan kepada mahkamah berhubung kejadian ugut terhadap anak guamnya.

Beliau berkata Ravi mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang saksi ketika waktu makan
tengah hari semalam dan memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dibawa ke balai polis
untuk membuat laporan.

Ketika ditanya Hakim Azman, tertuduh menjawab "Ya, saya diugut. Saya mohon untuk membuat
laporan polis".

"Saya tidak pasti sama ada tertuduh boleh dibawa keluar ke balai polis atau buat laporan di
mahkamah, terpulang pada Timbalan Pendakwa Raya," kata hakim.

Semalam lapan saksi memberi keterangan termasuk Datuk Richard Morais, adik bongsu Kevin
Morais dan jurufoto polis.

Pada 27 Jan lepas, enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A. K Thinesh Kumar, 23,
M. Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan Ravi Chandaran, didakwa membunuh Kevin Morais antara 7
pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1 Jalan USJ1/6D,
Subang Jaya.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap
pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh
dan masa yang mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 302
akta sama.

Gunasekaran, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran diwakili peguam  Rajehgopal manakala
Dinishwaran dan Thinesh Kumar diwakili peguam M.Manoharan dan peguam Datuk N.Sivananthan
mewakili Dr Kunaseegaran. - Mstar

Sumber TKO - 8-4-2016



Hasrat terima pulangan pembelian emas lebur

Posted on Sunday, April 03 @ 22:27:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



JOHOR BAHRU - Hasrat seorang kakitangan swasta menerima pulangan daripada pembelian emas 

dilakukannya tahun lalu tidak kesampaian, malah terpaksa berdepan kerugian ratusan ribu ringgit 
dan tiga pinjaman bank. 
Mohd Nazri Bachok, 30, berkata, dia membeli emas tersebut dari sebuah syarikat di Kulai, Johor,
tetapi malangnya semua emas itu langsung tidak kelihatan dan individu terlibat dalam urusan jual
beli berkenaan turut lesap.

Mohd Nazri yang kini menetap di Sabah berkata, syarikat itu pada mulanya menjanjikan pelbagai
kebaikan  jual beli tersebut tetapi mula berdolak-dalih selepas dia membayar sepenuhnya harga
ditetapkan.

“Pada mulanya saya diperkenalkan kepada syarikat terbait daripada salah seorang ahli keluarga
menetap di Johor pada 2012.

“Bagi memastikan lagi perniagaan tersebut, saya turut ambil keputusan pergi sendiri ke premis
perniagaan syarikat terbabit dan bertemu pemiliknya.

“Pemiliknya menunjukkan beberapa kepingan emas yang dimaklumkan milik semua pembeli yang
belum diserah, malah turut menunjukkan kepada saya testimoni pelanggan yang telah berurus niaga
dengannya,” katanya, kelmarin.

Mohd Nazri berkata, dia tidak memberikan sebarang kata putus pada pertemuan tersebut kerana
mahu meminta pendapat isterinya yang berada di Sabah.

“Saya kemudian bersetuju beli emas tersebut kerana  syarikat berkenaan menawarkan operasi jual
beli, yang didakwa tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Katanya, bagi membolehkan dirinya mendapat modal cukup untuk membiayai pembelian emas
tersebut, dia membuat tiga pinjaman bank.

“Saya turut menambah sedikit duit simpanan yang sudah saya kumpul sejak beberapa tahun ini.
“Saya buat tiga kali pembayaran dalam tempoh lapan hari, bermula 21 hingga 29 Januari tahun lalu,
keseluruhannya RM127,000 ke akaun syarikat berkenaan,” katanya.

Ujarnya, pada permulaannya urus niaga sesama mereka berjalan lancar, malah turut menerima
pulangan sebanyak tiga kali berjumlah RM14,400 yang dimasukkan menerusi akaunnya.

“Kemudian setelah beberapa hari, syarikat terbabit minta saya pulangkan resit pembelian emas
tersebut atas sebab nak beri resit baharu, tetapi saya mempersoalkan perkara tersebut.

“Akhirnya saya diberitahu, pemilik syarikat tersebut mendakwa wang miliknya dilarikan individu
lain dan berjanji memulangkannya,” katanya.

Selepas mulai curiga, Mohd Nazri berkata, dia terus mendesak pemilik syarikat itu membayarnya
tetapi dimaklumkan urusan jual beli emas itu adalah satu bentuk pelaburan dan wang saya dianggap
‘hangus’ .

“Menyedari syarikat ini menipu dan ingin melarikan diri tanpa ganti rugi, saya telah buat laporan
polis dan mengadu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai langkah untuk
mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat terbabit.



“Saya juga turut melakukan siasatan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan
maklumat syarikat berkenaan dan ternyata jenis perniagaan dilakukan adalah jual beli emas
bukannya pelaburan,” katanya.

Sumber TKO - 3-4-2016



Remaja Trauma Dicabul Di Wad

Posted on Friday, April 01 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SUNGAI PETANI: Remaja lelaki, 13, mendakwa dicabul apabila kemaluannya dipegang seorang
lelaki sebanyak tiga kali ketika menerima rawatan di hospital di sini, antara Jumaat hingga Ahad
lalu.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan lelaki terbabit setiap hari antara 3 pagi hingga 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zuker Md Isa berkata, sebelum itu
mangsa dibawa bapanya berusia 38 tahun untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami asma
kira-kira 6 pagi pada 23 Mac lalu.

Katanya, mangsa kemudian ditempatkan di wad di hospital terbabit.

"Bagaimanapun, seorang lelaki menceroboh ke dalam wad lalu melondehkan seluar dan memegang
kemaluan mangsa dalam kejadian 3 pagi pada 25 Mac lalu sebelum bertindak keluar.

"Perbuatan sama berulang pada 26 Mac dan 27 Mac lalu antara 3 pagi hingga 4 pagi menyebabkan
emosi mangsa terganggu sekali gus mengalami trauma," katanya.

Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat,
semalam.

Katanya, setakat ini pihak polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354
Kanun Keseksaan kerana mencabul.
- Harian Metro

Sumber TKO - 1-4-2016




Lelaki lepas 10 das tembakan di Penjara Alor Setar
Posted on Friday, April 01 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ALOR SETAR: Seorang warden penjara berdepan detik cemas selepas seorang lelaki tidak dikenali
melepaskan enam das tembakan ke arahnya di balai pengawal dan empat das lagi di menara kawalan
berhampiran dalam satu kejadian di Penjara Alor Setar di sini, malam tadi.

Mohd Fitri Abdul Zaman, 31, berkata kejadian 10.45 malam itu berlaku ketika dia sedang bertugas
di balai pengawal penjara itu sebelum menyedari kehadiran dua suspek lelaki yang menaiki
motosikal.

"Masa kejadian saya sedang duduk di dalam balai pengawal sebelum menyedari sebuah motosikal
yang dinaiki dua lelaki berhenti kira-kira 10 meter dari balai pengawal sebelum seorang daripada
suspek turun dan melepaskan enam das tembakan.

"Suspek turut melepaskan empat das tembakan lagi ke arah dua pegawai yang berada di menara
kawalan berhampiran. Selepas itu suspek terus menaiki motosikal dan beredar dari tempat kejadian,"
katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Fitri berkata dia yang bertugas seorang diri di balai pengawal tidak mengalami sebarang
kecederaan kerana sempat meniarap semasa suspek melepaskan tembakan itu.

"Pegawai di menara kawalan juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas suspek beredar,
saya terus menghubungi pegawai penjara untuk memaklumkan kejadian dan pegawai terbabit terus
menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata pihaknya
 menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.02 malam.

"Warden penjara yang sedang bertugas memaklumkan seorang lelaki turun dari motosikal dan terus
melepaskan beberapa das tembakan ke arah balai pengawal dan menara kawalan.

"Motif kejadian sedang disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana
cubaan membunuh," katanya.

Sumber TKO - 1-4-2016                                                 



Mangsa tidak dibuli, gunting lidah sendiri - Polis

Posted on Thursday, March 31 @ 17:44:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan kes menggunting
lidah oleh seorang murid Tahun Dua  di Selangor baru-baru ini tidak melibatkan kes buli. Sebelum
ini TKO ada mendedahkan perkara ini (baca di sni)

Sebaliknya, kanak-kanak itu cedera di bahagian lidah kerana bermain gunting milik rakan
sekelasnya.

Malah, Abdul Samah memaklumkan tiada bukti diperoleh bagi mengesahkan dakwaan kononnya
murid itu dipaksa oleh rakannya supaya menggunting lidah.

"Pelajar ini bermain sendiri dengan gunting tersebut semasa berbuat demikian telah terkena lidahnya
dan mengakibatkan lidahnya terluka dan berdarah," kata Abdul Samah dalam satu sidang media di
sini, hari ini.

Tambahnya, kes ini dianggap selesai kerana tiada kaitan dengan kes buli seperti yang didakwa sejak
kes ini dilaporkan pada 25 Mac lalu.

Laporan guru sekolah terbabit juga menunjukkan tiada murid lain terlibat dalam kes ini.

"Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan yang diberi semalam,"
ujarnya.

Sumber TKO - 31-3-2016                                                  

Suami isteri direman kes dera gadis sampai mati

Posted on Thursday, March 31 @ 16:25:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JITRA - Seorang lelaki berusia 43 tahun dan isterinya, seorang doktor direman selama tujuh hari 

bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian gadis berusia 21 tahun yang dipercayai didera 
di Taman Gemilang, kelmarin.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli di Mahkamah Majistret
Jitra.

Suspek yang juga merupakan ejen insurans tiba di mahkamah dengan memakai pakaian lokap,
bersama isterinya yang berusia 28 tahun dilihat mendukung bayi lelaki berusia enam bulan.

Kelmarin, seorang gadis berusia 21 tahun dilaporkan meninggal dunia dengan kesan lebam teruk
pada muka dan seluruh badan dipercayai akibat didera kenalan lelakinya di sebuah rumah teres dua
tingkat, yang turut dijadikan inap desa di Taman Gemilang.


  Mangsa, Nurul Syahira Ishak dikatakan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di rumah itu sebelum
dikejarkan ke Hospital Jitra menggunakan ambulans pada 2.30 petang, namun disahkan meninggal
dunia sebaik tiba di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber TKO - 31-3-2016



Dr M akui bercakap dengan Sirul, tawarkan bantuan suaka

Posted on Monday, March 28 @ 15:01:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pernah menawarkan bantuan kepada bekas komando
polis Sirul Azhar Umar untuk mendapatkan suaka di Australia.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam temu bual dalam rancangan 60 Minutes,
rancangan hal ehwal semasa terbitan Australia yang memaprkan segmen di Malaysia bertajuk Dirty 
Secrets, semalam.

Mahathir ditanya sama ada beliau menawarkan Sirul yang kini dalam tahanan di Pusat Tahanan
Imigresen Villawood di Sydney sebarangan dorongan atau habuan untuk "bercakap benar" mengenai
kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tiada dorongan ... Saya bercakap dengannya melalui telefon.

"Saya ada beritahu dia bahawa jika saya boleh bantunya dapatkan suaka di Australia, kerana dia takut
jika sesuatu berlaku kepadanya jika dia kembali, saya akan cuba," kata Mahathir.

Pada bulan Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menarik balik keputusan yang membebaskan Sirul
dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri dan menjatuhkan hukuman gantung ke atas
mereka berhubung pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan mahkamah itu diputuskan.
Undang-undang Australia menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi hukuman mati di negara
asalnya tidak akan dihantar pulang.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini melalui telefon pada bulan Februari 2015, Sirul
mendakwa bahawa dia bertindak atas arahan dan dijadikan kambing hitam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan Sirul itu dan menganggapnya sebagai "
mengarut".

Najib dikaitkan apabila rakan karibnya, seorang strategi politik Abdul Razak Baginda yang pada
mulanya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa
dipanggil membela diri.

Razak terbabit dengan pembelian dua kapal selam Scorpene yang bernilai berbilion ringgit ketika
Najib adalah menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.

Pihak polis telah membersihkan Najib daripada sebarang penglibatan dan perdana menteri juga
bersumpah dengan al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan bahawa dirinya juga
tidak terbabit dengan pembunuhan Altantuya.

Baru-baru ini, beberapa video Sirul didedahkan dengan dirinya menafikan penglibatan Najib dalam
 kes itu dan bahawa Altantuya mengandung pada masa kematiannya.

Sumber mendakwa akan ada video lain yang memaparkan Sirul mendedahkan nama-nama individu
yang meminta beliau untuk mengaitkan Najib, tetapi video berkenaan tidak pernah dikeluarkan.

Sumber TKO - 28-3-2016



Kes Gunting Lidah: Kementerian Pendidikan Serah Kepada
Polis


Posted on Saturday, March 26 @ 22:57:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BACHOK: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan 

berhubung kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di Selangor semalam.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak Kementerian akan menunggu tindakan
selanjutnya oleh polis.

"Kes itu jadi kes polis, biarlah siasatan dilakukan pihak polis dan apa juga tindakan oleh polis kita
 akan patuh kerana insiden ini melibatkan kecederaan.

"Pihak Jabatan Pendidikan Selangor telah meminta sekolah terbabit membuat laporan tentang apa
yang berlaku dan pada saya, biarlah polis siasat," kata Mahdzir.

Dalam insiden semalam, seorang pelajar tahun dua Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang telah
dipaksa rakannya untuk menggunting lidah sendiri.

Mangsa, Muhammad Ali Shukran Alias, 8, dilapor diugut akan dibelasah lima murid tahun tiga
sekiranya enggan berbuat demikian.

Kes kini dalam siasatan pihak polis setelah ibu mangsa membuat laporan.

Mengulas lanjut mengenai kes buli melibatkan pelajar sekolah, Mahdzir berkata ia tidak menunjukkan
trend peningkatan.


Katanya, kes buli yang berlaku melibatkan sekolah tertentu di mana persekitaran kawasan turut
 menyumbang kepada perlakuan tersebut.

Katanya lagi, sukar untuk Kementerian memantau lebih 5 juta pelajar dan sudah pasti kes berkenaan
boleh berlaku di mana sahaja tidak kira sama ada sekolah bandar atau luar bandar.

Di samping itu, beliau menjelaskan kes-kes melibatkan sekolah, dibolehkan diselesai di peringkat
sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri tanpa perlu merujuk kepada pihak Kementerian.


Katanya Jabatan Pendidikan Negeri diberi kuasa untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes
melibatkan salah laku pelajar.
-Awani

Sumber TKO - 26-3-2016


Remaja Nekad Rakam Aksi Dirogol Bapa Kandung Kerana
Ibu Tidak Percaya



Posted on Friday, March 25 @ 15:58:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TIDAK tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung, seorang remaja perempuan dari daerah
Uttar Pradesh, di utara India nekad merakam sendiri aksi lelaki terbabit merogolnya sebagai bukti
perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh bapanya.

Mangsa, Sarita Devi (bukan nama sebenar), 18, bertindak demikian selepas mendakwa ibu dan
kakaknya tidak percaya selepas dia memaklumkan bahawa bapanya berkali-kali melakukan serangan
seksual terhadapnya, sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia tiada pilihan lain selain merakam kejadian ngeri itu menggunakan telefon bimbit dan
menunjukkan video tersebut kepada ibunya.

“Saya tidak memiliki sebarang bukti, jadi saya kumpul sendiri bukti kali ini untuk menentang bapa
saya. Saya malu kerana mempunyai bapa sepertinya.

“Saya menuntut dia dihukum kerana mengeksploitasi saya bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mahu
dia digantung tetapi saya mahu dia dipukul hingga mati oleh orang ramai dan dengan cara itu barulah
dia tahu bagaimana rasanya hidup terseksa,’’ katanya dipetik portal berita antarabangsa.

Menurut mangsa, suspek yang berusia 53 tahun itu bertindak merogolnya ketika dia berada seorang
diri di rumah.

Pada hari kejadian, mangsa mengambil keputusan merakam aksi berkenaan dengan meletak telefon
bimbitnya di tepi tingkap, sebelum menunjukkan rakaman berkenaan kepada ibunya.

“Saya seperti orang gila apabila anak perempuan saya mengadu tentang bapanya. Saya fikir dia
sengaja mereka cerita mengenai bapanya.

“Tetapi kebenaran (rakaman video) membuatkan hati saya berkecai. Saya masih terkejut dan sukar
 mempercayai, seorang bapa sanggup berbuat demikian terhadap anak perempuannya sendiri.

“Sekarang sokongan saya terhadap anak saya, dan saya kesal kerana tidak mempercayainya dari
awal,” kata ibu mangsa.

Sementara itu, ketua pegawai polis daerah tersebut, Alok Saxena mengesahkan kejadian itu dan
pihaknya telah menahan suspek pada Khamis lalu.

“Perbuatan itu amat dikutuk. Bapanya telah membuat pengakuan terhadap jenayah itu.

“Suspek mengakui telah melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 376 (rogol), 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India dan Akta
Perlindungan Kanak-Kanak,” kata Alok dipetik sebagai berkata.- mD

Sumber TKO - 25-3-2016


Benar rakan guna pistol, anggota polis ke tali gantung
Posted on Friday, March 25 @ 15:53:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 

bekas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor selepas didapati bersalah membenarkan pistol 
miliknya digunakan rakannya untuk membunuh pekerja kedai emas ketika melakukan rompakan 
tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Taufik Peter Abdullah,
49, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sepanjang perbicaraan.

Mohd Taufik yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan berseluar putih kelihatan
tenang selepas keputusan dibacakan.

Samsudin dalam penghakimannya memberitahu, wujud percanggahan dalam maklumat serta
keterangan saksi dan tertuduh semasa perbicaraan berlangsung.

Selain itu, beliau berkata, pihak pembelaan hanya menampilkan saksi yang mempunyai tali
persaudaraan dengan tertuduh tanpa saksi berkecuali dan perkara ini secara tidak langsung dilihat
menyebelahi tertuduh.

Dalam masa sama, Samsudin turut menyatakan tiada bukti tertuduh ambil langkah munasabah
untuk mencegah dari melepaskan tembakan.

Mohd Taufik dituduh mengetahui rakannya, S Nagendran, yang kini sudah meninggal dunia,
mempunyai senjata api dan melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian terhadap
Chen Fun Kee.

Kejadian itu berlaku ketika tertuduh dan Nagendran melakukan rompakan di Max Goldsmith &
Jewellery di No 15, Jalan Sultan Iskandar di sini, antara jam 3.30 hingga 5.10 petang pada 16
September 2009.

Mohd Taufik yang ketika ini digantung tugas, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen
3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman
gantung sampai mati.


  Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala
tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, Muhammad Farhan Ahmad Fadzir dan Ashvinder
Kaur.

Sumber TKO - 25-3-2016



Polis tahan bapa rogol, liwat anak kandung


Posted on Friday, March 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Polis menahan seorang bapa yang dilaporkan merogol dan meliwat anak
 kandungnya dalam kejadian di rumah sewa lelaki itu di Johor Bahru pada
 Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata suspek
berusia 42 tahun itu menyerah diri di sebuah balai polis di Johor Bahru kira-kira
7.30 malam semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung
kejadian.

Katanya, mangsa merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Selangor
 telah dihantar ke rumah bapanya di Johor Bahru pada 11 Mac untuk menjalani
rawatan penyakit 'epilepsi' yang dihidapi mangsa.

Pelajar perempuan itu telah dijaga ibunya sejak bercerai dengan bapanya pada tahun 2006, katanya
dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat, ketika kejadian mangsa yang melawan telah diugut dengan sebilah
pedang samurai manakala lelaki itu dipercayai mabuk.

Sulaiman berkata susulan kejadian itu, mangsa telah menghubungi ibunya pada keesokan paginya
dan memberitahu tentang kejadian, sebelumnya ibunya datang mengambilnya dan membuat laporan
polis.

Katanya polis akan mendapatkan perintah daripada mahkamah hari ini untuk menahan reman lelaki
itu untuk siasatan mengikut Seksyen 376A/377C Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang
mahram dan seks luar tabii.

Mengikut kedua-dua seksyen itu, jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara tidak kurang
lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.
-Bernama

Sumber TKO - 18-3-2016


Polis tahan 12 individu bantu kes gaduh di Johor


Posted on Friday, March 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Polis menahan 12 individu bagi membantu siasatan dalam kes pergaduhan di sebuah kelab malam
di Jalan Datuk Abdullah

Tahir di Johor Bahru sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh yang mengesahkan kejadian itu
berkata pergaduhan pada pukul 2.50 pagi itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua
kumpulan pengunjung kelab malam itu.

"Ketika pergaduhan, seorang lelaki berusia 38 tahun didapati telah cedera parah akibat tikaman
menggunakan sebilah pisau lipat sepanjang 10 inci," kata beliau menerusi satu kenyataan, malam
tadi.

Sulaiman berkata pergaduhan yang bermula antara dua kumpulan, terdiri daripada lapan hingga 10
orang pengunjung yang duduk di meja berasingan.

Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus apabila seorang dari kumpulan tersebut telah
menyimbah air minuman ke arah seorang lelaki dari kumpulan meja yang lain.

"Perkara itu telah menimbulkan kemarahan. Keadaan me Bernjadi kelam kabut dan seterusnya
berlaku pergaduhan besar, baling membaling botol dan kerusi antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata semasa dua kumpulan itu bergaduh dan bertumbuk beramai-ramai antara satu sama l
ain, salah seorang daripada mereka telah menikam mangsa dengan pisau lipat di bahagian perut
sebelah kiri.

"Setelah ditikam, mangsa kemudian terbaring di lantai. Suspek kemudiannya mencabut pisau pada
badan mangsa dan kemudiannya bergerak keluar dari kelab malam itu," kata Sulaiman.

Beliau berkata mangsa yang didapati cedera di bahagian perut, empat jari kanan hampir putus dan
luka di sebelah kaki kiri itu, meninggal dunia pada hari yang sama ketika dirawat di Hospital
Sultanah Aminah.

Selain itu, seorang lelaki berusia 22 tahun, yang tidak tahu menahu mengenai pergaduhan itu, turut
tercedera di kepala dan luka-luka di badan apabila terkena balingan botol ketika keluar dari tandas
kelab malam itu.

Dia kini stabil dirawat di hospital yang sama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
- Bernama

Sumber TKO - 18-3-2016




Suspek curi lembu meninggal dunia

Posted on Friday, March 18 @ 05:42:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BESUT – Salah seorang daripada suspek yang disyaki mencuri seekor lembu betina yang rentung 

dalam kereta di Kampung Bukit Kenak, Jerteh di sini semalam meninggal dunia.
Suspek yang berumur 48 tahun dan berasal dari Kelantan itu meninggal dunia ketika sedang
mendapat rawatan di Hospital Besut, dipercayai tercedera setelah kereta yang dinaikinya bersama
lembu dan seorang lagi suspek terbabas dan terbakar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Jerteh setelah
diekori anggota peronda polis.

Ketua Polis Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika mengesahkan kematian lelaki itu
memberitahu bahawa suspek meninggal dunia kira-kira jam 2.10 petang semalam.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut memberitahu punca kematian masih disiasat dan laporan
mengenainya akan diketahui selewat-lewatnya Sabtu ini.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalam mangsa bersama seorang suspek lain yang masih
bebas telah dikesan oleh anggota Peronda MPV sedang membawa seekor lembu dalam sebuah
kereta jenis Nisan Cefiro di kawasan Jabi dekat Jerteh kira-kira jam 3.40 pagi.

Suspek kemudiannya diekori oleh anggota peronda berkenaan tetapi setelah menyedari mereka
diekori, suspek telah memecut kereta ke arah Jerteh sebelum terbabas dan terbakar di sebelah kanan
jalan dekat di Kampung Bukit Kenak dan pihak bomba terpaksa dipanggil untuk memadam
 kebakaran.


  Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan oleh polis manakala seorang lagi suspek yang dipercayai
pemandu kenderaan itu berjaya meloloskan diri. - Bernama

Sumber TKO - 18-3-2016


Beg berisi mayat ditemui di Kapar

Posted on Tuesday, March 15 @ 07:40:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KAPAR: Sebuah beg pakaian berisi mayat ditemui dalam sebuah parit di Jalan Belimbing, dekat
sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Beg hitam itu ditemui seorang lelaki di dalam parit di Lot 2817, Jalan Belimbing, Kampung Bukit
Kapar, sebelum memaklumkan kepada bapa saudaranya dan dilaporkan kepada polis.

Pasukan Forensik kemudian bergegas ke tempat kejadian dan membawa beg itu ke Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR).

Setakat ini jantina dan identiti mayat berkenaan masih belum dipastikan. Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan penemuan itu



Sumber TKO - 15-3-2016


Kisah Benar Di Sebalik Gadis 15 Tahun Yang Gantung Diri
Hanya Kerana Bapanya…



Posted on Sunday, March 13 @ 08:23:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sedih dan terkesima kami apabila membaca kisah yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad 

 di laman Facebooknya. Kisah benar yang diceritakan oleh seorang wanita ini adalah mengenai anak 
perempuannya, baru berusia 15 tahun yang menamatkan nyawa sendiri dengan menggantung diri 
dalam bilik.
Kenapa? Nah, ikuti kisahnya di sini.

Dulunya, seorang wanita terpelajar & dihormati….
Screen Shot 2016-03-10 at 3.09.45 PM
(sekadar gambar hiasan)
Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak
selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit
pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk
dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya
juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,” Gulp.
Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan
perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu.
Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang
agak selesa dipandangan mata jiran-jiran. Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu
apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung
bertali yang diikat di leher menggunakan telekung.

Anaknya gantung diri semasa umur 15 tahun!
Screen Shot 2016-03-10 at 3.13.02 PM
(Sekadar gambar hiasan)
Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun
waktu itu. Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak
pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam
 pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun.
Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan
rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu,
mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri.
Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing
mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu
dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja
menghembuskan nafas yang terakhir.

Kenapa gantung diri?

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk
untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??” Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain
melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari,
takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,” Saya terus terdiam. Waktu ini, walau Puan belum lagi
bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu
jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak
mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak
berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup. Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya,
 anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana
mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur
15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta,
beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!” Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan
ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?” Dan macam-macam
contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya
gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di
sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran
yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di l
uar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si
ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh
tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu),
ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Akhirnya, si suami pulang….
Screen Shot 2016-03-10 at 3.18.47 PM
(sekadar gambar hiasan)
Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga
berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia
hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh
kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang
seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat
tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut
untuk tidur. Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya s
endiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan
sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi
tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih. Saya
menggangguk.

Minta dijadikan pengajaran…

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata
mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya.
Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang. Setiap apa yang kita sayang, hargailah
baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan
saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri
tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya.
 Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang
sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga
pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau
menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa. Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan
pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.


Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk
berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah
dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan
nanti juga baik-baik. Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya
Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.

Sumber TKO - 13-3-2016


Penjenayah sempat tersenyum sebelum cabut CCTV


Posted on Saturday, March 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Seorang penjenayah sempat tersenyum sebelum mencabut rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) dan melarikan wang tunai dianggarkan bernilai RM30,000 di sebuah gedung
pakaian di Wisma Sri Setia, Jalan Dusun Muda di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu CCTV berdurasi lebih sejam itu, sempat merakam
perbuatan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memasuki kedai terbabit sebanyak dua kali
seorang diri.

Permulaan video itu menunjukkan suspek masuk ke dalam kedai dan mengambil wang derma tabung
sebuah madrasah yang berada di atas kaunter dianggarkan lebih RM100 ke dalam poket seluarnya
sebelum beredar.

Kemudian, suspek yang sama memasuki semula kedai terbabit dan melarikan pula peti  besi yang
mengandungi wang tunai dianggarkan RM30,000 sebelum memotong wayar CCTV dan melarikan
diri.

Pemilik gedung pakaian itu, Muhammad Zulkifli Said, 52, berkata, kejadian itu disedari oleh
seorang pekerjanya ketika ingin memulakan operasi perniagaan kira-kira jam 9 pagi.

Zulkifli berkata ketika pekerjanya tiba di kedai itu, dia terkejut melihat pintu kayu di bahagian
belakang kedai telah diumpil selain kunci mangga pintu dirosakkan.

"Saya kemudian mendapati meja kaunter wang berselerak selain peti besi wang perniagaan sebanyak
RM30,000 telah tiada.

"Ini merupakan kali pertama cawangan ketiga gedung pakaian  ini dipecahkan masuk selama tiga
tahun beroperasi yang mengakibatkan kerugian besar," katanya ketika ditemui. - SH 

Sumber TKO - 12-3-2016



Papagomo bayar denda RM4,300 serang warga asing

Posted on Friday, March 11 @ 17:41:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM4,300 terhadap Wan 

Mohd Asri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, atas 3 pertuduhan kerana menyerang warga 
asing pada Januari lalu.

Majistret Husna Dzulkifly ketika membacakan keputusannya dan menjatuhkan hukuman berkata bagi 

pertuduhan pertama, blogger pro-Umno itu dikenakan denda RM1,000, pertuduhan kedua RM1,500 
dan pertuduhan ketiga RM1,800.

Terdahulu hari ini, Papagomo mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di
bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, perbicaraan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu ditangguhkan kerana hakim
mahu melihat video perbuatan yang dilakukan Papagomo ke atas warga Pakistan itu sebelum
menjatuhkan hukuman.

Di bawah seksyen tersebut, pesalah boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 jika sabit
kesalahan.

Peguam Papagomo, Azzizul Shariman Mat Yussof, dalam hujahnya meminta hakim melepaskan
hukuman penjara dan hanya mengenakan denda ke atas anak guamnya.

"Kalau kita lihat, ia tidak mendatangkan kecederaan teruk dan dianggap kecederaan paling ringan,
sebab itu pengadu ambil masa untuk buat laporan, iaitu pada 6 Mac. Kecederaan tidak serius.

"Orang kena tuduh (Papagomo) menanggung ayah dan ibunya yang mengidap kencing manis,
menanggung adik di kolej universiti peringkat diploma, selain isteri yang tidak bekerja dan 4 anak,"
katanya di Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Sementara itu, Papagomo yang ditemui pemberita berkata hukuman yang diterimanya hari ini
membuktikan dirinya tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

Agak kesal dengan perbuatannya itu, dia mengakui sepatutnya menyerahkan kes tersebut kepada
pihak berkuasa.

"Saya secara peribadi menyesal sedikit. Sepatutnya saya sebagai warganegara yang ada
undang-undang tak patut ambil tindakan sendiri.

"Namun, dari sudut faktor abang kepada adik-adik, saya berasa bangga, sekurang-kurangnya adik
saya tahu, saya seorang abang yang jaga maruah keluarga," katanya.

Pada masa sama, Papagomo turut menggesa polis mengesan majikan warga Pakistan tersebut kerana
didakwanya melindungi pekerja asing tanpa permit sah.

Pada 29 Januari, Papagomo mencetuskan kontroversi apabila satu klip video tersebar di media sosial
menunjukkan dia didakwa menyerang seorang pekerja asing.

Dia dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dalam video
berdurasi 4 minit yang menjadi viral itu.

Papagomo mendakwa pekerja itu melakukan gangguan seksual terhadap 2 adik perempuannya
bersama 2 rakan.

Papagomo berkata, mereka mengenal pasti pelaku tersebut dan mengambil tindakan sendiri selaku
abang.

Sumber TKO - 11-3-2016


Serang Pekerja Asing, Papagomo Akan Didakwa Jumaat

Posted on Friday, March 11 @ 08:21:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Penulis blog kontroversi Papagomo akan didakwa di mahkamah majistret
Kuala Lumpur pada Jumaat atas dakwaan menyerang seorang pekerja asing.

Dia dijangka didakwa pada pukul 9 pagi.


Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan
menendang seorang pekerja warga Pakistan menerusi video berdurasi empat minit yang dimuat di
Facebook dan menjadi viral di media sosial.

Papagomo berkata, dia menyerang pekerja berkenaan kerana lelaki itu didakwa melakukan gangguan
seksual terhadap dua adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.

Dia kemudiannya memuat naik video tersebut yang didakwa berlaku pada 29 Januari lalu menerusi
halaman Facebooknya Sir Azri.

Tambah Papagomo, dia memuat naik video di Facebook bagi memberi penjelasan tentang insiden
yang berlaku.

Sumber TKO - 111-3-2016


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya sangkut kat syiling


Posted on Wednesday, March 09 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Kalau kisah DSN dengan 1mdb yang bermacam-macam bukti di keluarkan tidak mampu untuk
mendakwa beliau , adakah DSN berasa dirinya akan selamat? Adakah sokongan rakan-rakan dalam
BN akan sentiasa berpihak kepadanya atau sekadar sokongan membawa rebah? Satu dunia menumpu
kepadanya dalam kes 1mdb ini, semua bukti-bukti hidup disorok jauh-jauh , dihilangkan dan
sebagainya sehingga mengancam nyawa orang-orang yang terlibat dalam siasatan itu.

Tapi tak semua tupai pandai melompat....ada yang tersangkut dekat syiling akhirnya...

Semakin hari semakin tertekan hidup rakyat kita. Yang miskin terpaksa menggadai nyawa untuk
mencari rezeki sementara yang kaya bergolok bergadai untuk menyembunyikan kekayaan dari di curi.
Sehinggalah tersangkut sang tupai ini diatas syiling kerana merancang untuk merompak rumah sikaya
katanya.

Video ini ada perinciannya.


 Atau tontonnya DISINI

https://www.youtube.com/watch?v=YmIs-Dkco64&feature=player_embedded

DSZH ni memang suka buat lawak konon ada orang nak culik dia dan sahabat dia. Kisah culik tu
boleh simpan dalam peti dulu, ni kisah rakyat tak makan sampai kena mencuri ni utamakan wahai
pak menteri.

wallahuaklam
md daud yusri alhutan melintangi
ziarah ana @ www.dadiydoo.com 


Sumber TKO - 9-3-2016


Diheret Wanita Ke Kebun Pisang Sebelum Kemaluan Dipotong

Posted on Monday, March 07 @ 16:48:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat
di sini, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku jam
8.30 malam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan
kilometer dari Pos Pulat.

“Sebelum kejadian mangsa, yang berumur 36 tahun tinggal di rumah kongsi pekerja ladang 
di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya.

“Mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk 
di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.

Beliau berkata, sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang
dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar
mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya.

Katanya, mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong,
manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

“Imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat 
kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital 
Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut. Polis sedang 
mengesan wanita berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 7-3-2016


Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Didakwa Membunuh

Posted on Monday, March 07 @ 16:30:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah yang dilapor mencampak bayi perempuannya yang baru
dilahirkan dari tingkat 18 sebuah flat bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan
 membunuh.

Tertuduh, Norazwani Mohd Nor, 38, hanya mengangguk sambil menjawab "saya faham" sebaik
pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Norazwani didakwa membunuh seorang bayi perempuan yang baru
dilahirkan dengan membaling mangsa dari tingkat 18 di Blok C, Flat Danau Kota, Jalan 3/23, Off
Jalan Genting Klang Setapak, Wangsa Maju, pukul 8.11 pagi, 29 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati
mandatori.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan penemuan mayat bayi perempuan pramatang yang masih
bertali pusat yang dijumpai penduduk pada jam 8.30 pagi selepas dipercayai dicampak beberapa jam
selepas dilahirkan.
-Astro Awani

sumber TKO - 7-3-2016




Kereta ADUN Bukit Kayu Hitam Terbakar
Posted on Monday, March 07 @ 16:27:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUBANG PASU: Kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk
Ahmad Zaini Jaapar terbakar petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, kereta terbabit yang berada di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD)Kubang Pasu tiba-tiba terbakar.

Ahmad Zaini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akibat masalah penyambungan wayar
kerana kereta itu baru dihantar ke bengkel dua hari lalu untuk pemeriksaan sebelum dia ke
Langkawi atas urusan kerja.
Menurutnya, sepanjang di Langkawi, kereta itu ditinggal di Jeti Kuala Perlis selama dua hari dan
dalam perjalanan pulang semalam mendapati lampu penunjuk bateri kereta menyala.

“Saya kemudian meminta pemandu saya menghantar semula ke bengkel untuk pemeriksaan sekali
lagi.

"Bagaimanapun ketika kejadian itu dia singgah sebentar di IPD Kubang Pasu kerana ada urusan
sebelum kereta itu tiba-tiba terbakar€," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Zaini berkata, kerugian dianggarkan RM100,000 apabila kereta itu tidak dapat digunakan
lagi.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah,
Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.47 petang dan tiba
enam minit kemudian.

“Lima pegawai dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra berusaha memadamkan
kebakaran dan api dipadam sepenuhnya 5.26 petang. Namun punca kejadian masih dalam siasatan,”
katanya.
- Harian Metro

Sumber TKO - 7-3-2016


'Ustaz Kasanova' Dihukum Penjara, Sebat
Posted on Monday, March 07 @ 16:25:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 

12 bulan dan enam sebatan terhadap lelaki bergelar 'Ustaz Kasanova' atas pertuduhan melakukan 
persetubuhan luar nikah.
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34,
yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Dalam keputusannya, Hakim Nassir berkata, perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh adalah berat
dan menyalahi hukum syarak kerana ia membabitkan hukum Allah.

"Ketika diberi peluang untuk merayu tertuduh hanya meminta hukuman diringankan dan
mendakwa sudah insaf.

"Bagaimanapun mahkamah mendapati tertuduh tidak menunjukkan sebarabg tanda keinsafan.
Mahkamah berharap hukuman ini dapat menyedarkan, pengajaran dan memberi keinsafan kepada
tertuduh atas perbuatannya," katanya.

Mohd Razis didakwa melakukan persetubuhan luar nikah dengan wanita berumur 40 tahun
sehingga melahirkan anak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hotel di sini antara Mac hingga Mei 2012 mengikut
Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Sementara itu bagi lima kes mengikut Seksyen 133 dan Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 14 Mac ini
untuk keputusan.
-Harian Metro

Sumber TKO - 7-3-2016


Teknik mencuri yang menarik

Posted on Saturday, March 05 @ 23:03:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Ketika TDM dan kuncu2 nya membuat sidang akhbar untuk menubuhkan 
pasukkan melawan DSN yang kini sedang melakukan umrah di Mekah,
ramai rakyat Malaysia yang terpaksa bersengkang mata mencari rezeki 
tanpa mengira siang dan malam demi menyara keluarga yang semakin 
meningkat usianya. Kesmua yang terlibat dalam kes TDM dan kuncu2nya, 
baik lawan mahupun kawan, semua sudah berada dalam kelompok mewah 
dan terlebih kaya.
Kita sebagai orang2 kecil ini, hanya mampu berdoa dan bekerja menyara keluarga yang tercinta.
Itu cerita kita disini, tapi ada satu cerita diseberang sana bagaimana rakyat jelata terpaksa
melakukan kerja2 terlarang untuk kelangsungan hidup....

Macam2 teknik yang digunakan oleh rakyat dalam mencari duit. Orang atas dengan derma
billionnya, orang bawah dengan cara 'mengail' ditabung2 yang ada.

Tonton video ini untuk mengetahuinya.

 Atau tontonnya di SINI. 

Dunia semakin menuju keakhirnya.

Wallahuaklam

Bersihkan Jasmani dengan ziarah kami DISINI 

md daud yusri fie alhutan melintangi

Sumber TKO - 5-3-2016


Ibu dipenjara sehari, denda RM200 kerana curi Milo

Posted on Thursday, March 03 @ 06:33:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum
penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana
mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam,
menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda
itu.

"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun
terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman
diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh
mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart
& Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di Kuala Lumpur, jam 11.19 malam, 29 Februari
lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan h
ukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2
Mac.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar. - Bernama

...........

Banyak kes kecurian MILO kerana kelaparan kesusahan rakyat.

Bapa Dipenjara, Didenda RM600 Kerana Curi Milo

KUALA LUMPUR – “Kalau awak rasa awak susah, ramai lagi orang lain yang susah, jangan
mencuri sehingga susahkan diri sendiri dan keluarga,” nasihat seorang Majistret kepada tertuduh
kes curi hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail berkata demikian kepada Syamsul Akmaar Roslie, 31, sebelum
menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM600 selepas dia mengaku bersalah mencuri
empat paket Milo bernilai RM127.96.

Dia membayar denda itu. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula
dari tarikh tangkap, 5 Mei lepas.

Syamsul Akmaar, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Dotcom
Department Grocery Home Shopping Tesco Extra Cheras, di sini pada 8.56 pagi, 5 Mei lepas.

Dalam rayuannya, pemandu lori syarikat Tesco itu memberitahu mahkamah dia menyesal kerana
tidak berfikir panjang ketika mencuri Milo tersebut.

“Milo itu untuk minum sendiri (kegunaan keluarga). Masa buat saya tak fikir, sekarang saya rasa
susah kerana telah ditahan polis dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta anak,”
katanya semasa rayuan mengurangkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal
sebagai pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Sumber TKO - 3-3-2016


Sanggup reka cerita konon disamun, dirogol

Posted on Wednesday, March 02 @ 18:47:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



TAMPIN – Takut dimarahi ibu bapa kerana terlanjur dengan teman lelaki berusia 19 tahun, 

seorang remaja bawah umur sanggup membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun dan 
dirogol di rumahnya di Air Kuning Selatan, 11 Disember tahun lalu.
Pelajar berusia 17 tahun itu bagaimanapun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini,
gara-gara tindakannya  membuat laporan palsu tersebut.

Remaja berkenaan ketika dibacakan pertuduhan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah
Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit memberi maklumat palsu bahawa dia disamun dan
dirogol di kediamannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ezwady Mat Lajis sebagai
penjawat awam di Balai Polis Air Kuning Selatan, kira-kira jam 7 malam, 11 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa
hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan, P Pushpa memohon tarikh sebutan lain bagi kes
berkenaan untuk mengemukakan laporan akhlak pelajar berkenaan.

Majistret, Mahyun Yusuf menetapkan 17 Mac ini bagi sebutan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, pelajar berkenaan sebelum ini membuat laporan menyatakan ketika dia sedang
menonton televisyen di ruang tamu, sementara adiknya berusia lima tahun menonton televisyen
di bilik, dia didatangi dua lelaki berpakaian penuh hitam serta bertopeng yang masuk
ke rumahnya dari pintu belakang.

Menurutnya, seorang daripada suspek meluru ke arahnya, manakala seorang lagi suspek masuk
ke dalam bilik menggeledah barangan.

Suspek yang meluru ke arahnya telah mengacukan pisau lipat dan bertindak merogolnya.

Pelajar berkenaan juga mendakwa dapat melarikan diri ke arah dapur mengambil pisau semasa
suspek memakai seluar.

Remaja itu juga  mendakwa suspek berjaya menepis pisau berkenaan dan dia sempat  melarikan
diri masuk ke dalam bilik yang terdapat adiknya.

Pada masa sama, kedua-dua suspek tadi melarikan diri.

Pelajar berkenaan kemudian terus menghubungi jiran bagi meminta bantuan.


  Hasil siasatan mendapati gadis berkenaan membuat laporan palsu selepas terlanjur dengan teman
lelakinya kerana bimbang dimarahi ibu bapanya.

Sumber TKO - 2-3-2016












































Bayi perempuan ditemui mati dicampak dari tingkat 18

Posted on Tuesday, March 01 @ 06:39:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati di bawah
perkarangan sebuah pangsapuri di Danau Kota dipercayai dicampak dari tingkat 18 bangunan
berkenaan awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi
yang masih bertali pusat itu dipercayai dibuang ibunya selepas dilahirkan pada kira-kira pukul 3
pagi.

"Polis turut menemui uri bayi kira-kira 30 meter dari lokasi mayat bayi tersebut dijumpai.

Suspek berusia 39 tahun menyewa bilik di sebuah unit di tingkat 18 ditemui dalam keadaan
berdarah di bilik air pada pukul 3.20 pagi oleh rakan serumahnya," katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini.

Mohamad Roy berkata, polis menahan wanita itu yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan
selepas menemui kesan darah dari arah bilik air sehingga ke kawasan balkoni unit itu.

Penghuni unit pangsapuri itu yang terdiri daripada dua pasangan mendapati suspek menjerit
menahan kesakitan sebelum mereka menemuinya dalam keadaan berdarah namun tiada bayi
ditemui dalam unit mereka.

Mohamad Roy berkata, suspek bekerja sebagai ejen hartanah dan berasal dari Negeri Sembilan
itu ditahan di bawah Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh anak selepas
melahirkan.

Beliau berkata, mayat bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan
pengambilan sampel darah untuk ujian perbandingan.

Katanya suspek tinggal di flat itu sejak November lepas bersama anak perempuannya yang
berusia lima tahun dikatakan dalam proses penceraian namun dilihat sering bertemu seorang
lelaki.

"Polis telah memperolehi maklumat berkaitan suami suspek dan sedang mengesannya untuk
membantu siasatan," kata Mohamad Roy. - Bernama

Sumber TKO - 1-3-2016


Fahmi bawa karikatur 'Najib badut' ketika dipanggil polis

Posted on Monday, February 29 @ 06:21:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Artis Fahmi Reza hari ini membawa karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak 
ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dipanggil polis berhubung karya seni yang sama 
yang diedarkan dalam talian.

Beliau bergambar dengannya di hadapan media di luar ibu pejabat polis itu petang ini sebelum
memberi keterangan kepada polis selama 90 minit.

Beliau kemudian muncul dari balai polis meluahkan rasa terkejut apabila tidak ditahan kerana
aksi itu.

Fahmi berkata semasa soal siasat, anggota polis meminta beliau memberikan nama pengguna dan
kata laluan untuk akaun media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagaimanapun, artis itu berkata beliau enggan menyerahkan butiran itu walaupun telah menjawab
semua soalan lain dan mengakui menjadi orang yang melukis dan memuatnaik karikatur itu.

“(Saya kata) saya tak boleh bagi user-name dan password kepada akaun Facebook saya,
Instagram saya, dan juga Twitter saya kerana itu akaun peribadi saya. Tetapi aku boleh bagi
kerjasama kalau diaorang nak tengok apa-apa content.

“Aku tak ada apa nak disembunyikan, tak ada apa nak sorok. Semua ada kat situ.

"Masalahnya ialah kalau bagi password kita, dia (polis) boleh akses segalanya – dia boleh akses
mesej Facebook saya, dia boleh akses benda-benda lain yang tiada kaitan dengan isu ini, dan saya
tak mahu itu," katanya kepada wartawan dan penyokong di luar ibu pejabat polis itu.

Fahmi berkata beliau mengakui bahawa Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(CMA) menyatakan beliau mesti membekalkan agensi penguatkuasaan, terutamanya Suruhanjaya
Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM), akses kepada akaun beliau untuk membantu
siasatan.

Bagaimanapun beliau mahu membuka akuan itu sendiri dan pegawai penyiasat boleh mendapat
maklumat yang mereka perlukan.

Fahmi kini disiasat di bawah Seksyen 233 CMA kerana didakwa menyalahgunakan rangkaian
telekomunikasi, dan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tindakan "sengaja mengaibkan
dengan niat hendak memecahkan keamanan".

Beliau dijadual memberi keterangan kepada SKMM pagi esok.

Sementara itu peguam Fahmi, Syahredzan Johan berkata mereka diberitahu siasatan ini berkaitan
karikatur lain yang dibuat Fahmi, tetapi mereka tidak diberitahu yang mana satu.

Semasa soal siasat hari ini, kira-kira 40 penyokong Fahmi menunggu di luar Ibu pejabat polis itu
sejak pukul 4 petang.

Sumber TKO - 29-2-2016

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan Tun 

M

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada 5 Feb lepas yang didakwa
berunsur fitnah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata apabila selesai kelak,
kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk diteliti.

"Tanggungjawab polis adalah untuk siasat kenyataan yang dibuat (oleh Dr Mahathir) dan
dapatkan kenyataan daripadanya... ia telah dilakukan.

"Kita akan teliti dan lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada DPP untuk keputusan,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perbincangan Meja Bulat Mengenai
Punca Utama Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan selepas polis
mengambil keterangan Dr Mahathir baru-baru ini.

Pada 24 Feb lepas, polis merakam percakapan Dr Mahathir di Putrajaya berhubung kenyataannya
\itu. - Bernama

Sumber HD - 27-2-2016



Tertuduh curi telefon di Plaza Low Yat didakwa belasah
mekanik pula


Posted on Thursday, February 25 @ 06:53:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur tahun lalu, hari
ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan
seorang mekanik, empat hari lalu.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dan rakannya Muhammad Shameer Zaidi, 19, masing-masing
mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret
Mohd Rehan Mohd Aris.
Kedua-dua mereka yang merupakan pekerja kedai dobi didakwa mencederakan Hafizuddin
Hamzah, 27, menggunakan parang di hadapan bengkel Mizan Racing Tuned, Jalan Jelatek, di
Kuala Lumpur pada 3.30 pagi, 20 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit
kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan jaminan RM10,000
dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Rehan belum membenarkan jaminan berikutan penjamin kedua-dua
tertuduh tidak hadir pada hari ini.

Pada 14 Julai tahun lalu, Shahrul Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala
Lumpur atas pertuduhan mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza
Low Yat di Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 4.47 petang, 11 Julai 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Shahrul Anuar juga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret pada 12 Feb lalu selepas
mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah pada 12 Julai 2015. - MK

Sumber TKO - 25-2-2016



Apa jenis manusia buat macam ni

Posted on Tuesday, February 23 @ 16:51:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Kejadian berlaku dihadapan rumah jiran (tidak pasti dimana) yang memang 'angin satu badan' 

melihatnya. Pelbagai taktik dan teknik digunakan untuk 'menghalalkan' kerja-kerja jahat mereka 
yang bertaraf 'apa kejadahnya korang buat ni'.

Mangsa yang berjalan sorang diri 100% memberi kepercayaan kepada 'jadah sekor' ni dengan 

membantu menyelesaikan pertanyaan 'jadah sekor' ni yang berpura-pura bertanya... angin giler 
aku melihatnya...
Video ini ada butiran betapa angin jer kalau ditonton.
Hanya inikah sahaja jenis lelaki yang wujud didunia ini?

atau tontonnya DISINI. 

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aElCxvtRgP0

YaAllah, apakah bala yang Engkau timpakan keatas kami sehingga kejahatan kini sudah
melampaui pada kebaikkan.

Ampun kami yaAllah.

wallahuaklam
md daud yusri alhutan melintangi

ziarah ana @ www.dadiydoo.com 

Sumber TKO - 23-2-2015



Pulangkan anak perempuan saya

Posted on Tuesday, February 23 @ 16:48:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



DUNGUN 22 Feb. - Kehidupan Noraini Abu Bakar dan suaminya, berubah sejak lebih dua
minggu lalu apabila diselubungi rasa cemas dan bimbang tentang keselamatan anak perempuan
mereka yang dilaporkan hilang.

Selaku ibu, Noraini, 50, sukar untuk membayangkan keadaannya yang tidak menentu dan setiap
hari diisi dengan usaha menjejak anak keempat daripada tujuh beradik itu, Wan Syazlin Wan
Zainuddin, 19.

Kesedihan bertambah apabila pelbagai prasangka buruk dicetuskan melalui komen-komen dan
laman sosial ekoran kehilangan anaknya itu.

"Kepada sesiapa yang telah mengambil anak saya, tolonglah pulangkan.

"Apalah salah anak saya sehingga dia dibuat begitu. Sesiapa yang ada maklumat tolonglah bantu
kami menjejakinya," ujar Norani.

Wan Syazlin, penuntut Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan, kali terakhir dilihat pada 5
Februari dan sepatutnya pulang ke rumahnya di Kampung Telaga Emas, Paka di sini pada 7
Februari sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun gadis tersebut tidak muncul-muncul menyebabkan bapanya, Wan Zainuddin Wan
Isa, 55, membuat laporan polis pada 8 Februari selepas cubaan menghubungi anaknya itu gagal.

Menurut Noraini, kali terakhir dia menghubungi anaknya itu ialah pada 4 Februari dan Wan
Syazlin menyatakan yang dia akan pulang menaiki bas pada 7 Februari.

"Pada hari tersebut bapanya menunggu dia di stesen bas di Bandar Paka, sehingga tengah malam
anak saya tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Dia memberitahu, kali terakhir telefon anaknya aktif ialah pada 6 Februari apabila masih dapat
dihubungi menggunakan aplikasi WhatsApp.

Kehilangan anaknya itu dilaporkan dalam akhbar hari ini namun beliau kesal dengan sikap
sesetengah masyarakat yang memberikan komen buruk dan tuduhan dalam laman sosial.

"Saya yang membesarkan dia dari kecil dan saya tahu siapa anak saya. Kepada yang memberikan
tuduhan macam-macam kepada anak saya, fikirlah, bagaimana kalau mereka duduk di tempat
saya sekarang," katanya.

Sementara itu, Wan Zainuddin percaya yang anaknya itu telah meninggalkan kolejnya pada 5
Februari berdasarkan kepada buku rekod catatan keluar pelajar di kolej tersebut.

Sumber TKO - 23-2-2016

Rompakan tabung masjid paling GANAS di shah alam

Posted on Saturday, February 20 @ 18:40:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Kejadian yang berlaku pada 8.2.2016 jam 5.50 pm, seorang yang disyaki pencuri tabung kelihatan
tidur2 ayam disebalik tiang masjid Baitul Mahabbah (masjid proton) seksyen 27 shah alam
selangor. Imam masjid tersebut perasan adanya seorang insan yang sedang baring ditepi tiang pada
hari kejadian tersebut dan menyangkanya adalah seorang musafir yang tumpang solat disitu.

 Rupanya setelah imam itu pulang kerumahnya, lelaki yang pura2 tidor itu menggunakan
kesempatan ramai jemaah yg pulang bercuti sempena tahun baru cina untuk lakukan kerja ini. Apa
yg berlaku seterusnya amat mengejutkan ...

Tonton video ini , anda pasti terkejut .. 

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=R6HOOf629KI

Atau tontonnya diSINI  

Buat masjid-masjid yang tabung mereka sentiasa penuh dengan sumbangan orang ramai, CCTV
sahaja tidak mencukupi. Penuhkan dalam dada insan-insan disekitarnya dengan iman dan juga
penuhilah perut-perut mereka dengan makanan yang halal lagi diredhai.

Tugas AJk masjid adalah tugas yang sangat berat. Memantau perilaku masyarakat dan juga
mengisi jasmaniah dan rohaniah masyakarat agar kembali kepada jalanNya.

wallahuaklam
Md daud yusri AlHutan Melintangi

ziarah ana @ www.dadiydoo.com 

Sumber TKO - 20-2-2016



Lelaki Bangladesh dibelasah teruk atas dakwaan rogol

Posted on Friday, February 19 @ 19:58:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang lelaki warga Bangladesh bermandi darah selepas dibelasah orang awam yang berang
dengan tindakannya yang didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun di Sri Rampai,
Setapak, Kuala Lumpur, malam semalam.

Menurut portal The Star Online, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis dengan
berlumuran darah akibat dibelasah orang ramai dan ditahan reman selama seminggu atas tuduhan
merogol.

Portal itu memetik pihak polis sebagai berkata remaja itu bersama bapanya mengunjungi sebuah
kafe siber, malam semalam.

Memetik sumber, bapa gadis itu dikatakan begitu asyik dalam permainan video sehingga tidak
menyedari bahawa anaknya yang menunggu di sebelahnya disapa suspek warga Bangladesh itu
yang kemudian mengajaknya ke tandas.

"Mangsa mengikutnya dan semasa di dalam tandas, dia meraba kemaluan dan merogol mangsa,"
kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainuddin
Ahmad yang dipetik portal itu.

Suspek berusia 30 tahun itu mengugut gadis berkenaan agar tidak menjerit semasa merogolnya.

Bapa gadis itu kemudiannya menyedari kehilangan anaknya dan apabila mencari ditandas
berkenaan mendapati dia sedang dirogol.

"Suspek dipukul oleh bapa dan pelanggan di kafe siber. Polis kemudiannya dihubungi dan kami
telah menahan lelaki itu.

“Ambulans juga terpaksa dipanggil bagi memberikan rawatan kepadanya," katanya lagi.

Sementara itu Bernama melaporkan Zainuddin dalam satu kenyataan berkata suspek direman
selama lima hari dan kes disiasat kerana merogol dan mencabul kehormatan.

"Suspek memanggil mangsa untuk masuk ke dalam tandas ketika mangsa menemani bapanya
di pusat komputer itu dan kemudian merogol serta mencabul mangsa.

"Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak mengetuk pintu tandas dan memukul
mangsa," katanya.

Katanya mangsa cedera di kepala, hidung dan paha.

Sumber TKO - 19-2-2016

Dokumen siasatan Sirul bocor: PMSP lapor polis

Posted on Thursday, February 18 @ 17:28:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) membuat dua laporan polis 

berkaitan laporan diterbitkan portal Sarawak Report mengenai dokumen sulit iaitu rakaman 
percakapan di bawah Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah milik Sirul Azhar Umar.
Timbalan Presiden PMSP, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari mendakwa, hasil pemeriksaan didapati
kenyataan seksyen ini tidak di tender di mahkamah ketika perbicaraan kes pembunuhan warga
Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan ianya adalah dokumen sulit.

"Tujuan laporan dibuat supaya pihak polis jalankan siasatan bagaimana Sarawak Report boleh
memperoleh dokumen kenyataan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah dari pihak-pihak
berkenaan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Zakwan Hafiz mendakwa, kebocoran dokumen maklumat boleh berlaku dalam tiga situasi
kemungkinan.

"Pertama, daripada simpanan pegawai penyiasat, ketika perjalanan perbicaraan di mahkamah dan
di Pejabat Peguam Negara.

"Perkara ini boleh beri kesan buruk dan negatif kepada pihak polis memandangkan yang tertuduh
dan dijatuhkan hukum adalah Sirul sendiri," katanya.

Sabtu lalu, Sarawak Report menyiarkan rakaman percakapan Seksyen 113 Kanun Prosiding
Jenayah milik Sirul yang dianggap sulit PMSP untuk terbitan kepada pihak awam.

Sementara itu, dakwa Zakwan Hafiz lagi, beliau ambil serius perkara ini dan mempersoalkan
bagaimana dokumen kertas siasatan boleh terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan
menjadikannya isu untuk memburuk-burukkan tugas-tugas khas khususnya Unit Tindakan Khas
(UTK).

Manakala, dalam laporan kedua, Zakwan Hafiz mendakwa penerbitan video pengakuan Sirul telah
dikeluarkan secara berperingkat dalam YouTube dan beberapa portal yang lain.

Dakwanya, Sirul telah mengeluarkan kenyataan yang pertama iaitu, ada segelintir pihak media
memainkan peranan menjatuhkan dan memfitnah seseorang.

"Kedua, ada pihak telah cuba hubungi Sirul dan mempengaruhinya dab sedar keadaan itu. Ketiga,
Sirul mengerti  kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan menjatuhkan seseorang.

"Keempat, Sirul melafazkan wallahi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung
tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes ini.

"Sirul juga pohon hentikan isu ini bagi tujuan menjatuhkan seseorang di Malaysia dan ada
sesetengah media massa pernah sebut yang muatkan data tidak tepat dan dilaporkan sama sekali
tidak benar dan palsu termasuk wanita tersebut telah mengandung," katanya.

Justeru, beliau menggesa polis jalankan siasatan kerana dakwanya masih ada pihak tertentu masih
memainkan isu khususnya Najib terlibat dalam pembunuh Altantuya.


  "Kita mahu polis jalan siasatan, ambil tindakan dan buat pertuduhan serta heret individu berkaitan
ke mahkamah untuk diambil tindakan undang-undang," katanya.

Sumber TKO - 18-2-2016


Lelaki Cuba Curi Taring Harimau Mati Di LPT2 Diburu!
(bersama video)


Posted on Wednesday, February 17 @ 15:26:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



NASIB malang yang menimpa ke atas seekor harimau yang dilanggar di Lebuh Raya Pantai Timur
(LPT2) baru-baru ini nampaknya tidak berakhir begitu sahaja apabila sebuah video yang
memaparkan gigi taringnya cuba dicuri oleh seorang lelaki tersebar.

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, lelaki
berkenaan dilihat mengetuk mulut haiwan terbabit dengan menggunakan tukul dan cuba
mencungkil taring harimau dengan cara yang ganas dan melampau.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aKdRHNrYFDo
Tindakan individu terbabit lantas menimbulkan kemarahan netizen akibat menyeksa binatang itu
walaupun ketika kejadian haiwan terbabit telah mati.

Saksi kejadian, Mohd. Syahrin Abdul Aziz, 43, berkata pada mulanya datang seorang lelaki
menggunakan sejenis tukul mengetuk beberapa kali mulut harimau bunting itu, namun tidak pasti
sama ada ia berjaya dikeluarkan.


Saya cakap jangan ambil. Lelaki itu pergi ke bangkai dan tengok-tengok dulu 

sebelum menelefon seseorang.

Dia kemudiannya mengetuk mulut haiwan itu menggunakan pengetuk tapi 

gigi taring itu memang sudah nak cabut,” katanya.
Syahrin yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh mati haiwan itu
berkata, kejadian itu berlaku sebelum pihak peronda tiba ke lokasi kejadian dan beliau juga sudah
membuat aduan kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan).

Netizen di media sosial juga dilihat mengecam tindakan biadap individu berkenaan dan berharap
pihak berkuasa segera mengambil tindakan dengan menburu pelaku dalam video tersebut.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd. Hasdi Husin berkata pihaknya akan
memanggil semua individu yang berada di lokasi berkenaan untuk membantu siasatan.

Ini memandangkan beberapa gambar menunjukkan individu sedang mengetuk taring harimau
dengan penukul sudah mula tersebar di Facebook.

rimo2
Katanya, tindakan sedemikian boleh disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2000 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika didapati bersalah.

Harimau betina seberat 100 kilogram itu dilaporkan mati akibat dilanggar MPV jenis Hyundai
pada malam kejadian di Kilometer 321.2 LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh
kira-kira pukul 1 pagi, pada 6 Februari.

Hasil bedah siasat pihak Perhilitan Terengganu mendapati harimau berkenaan bunting dua ekor
anak.-MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 17-2-2016





Hati-Hati! Warga Asing Biadab Cabul Wanita
Posted on Wednesday, February 17 @ 14:56:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya golongan wanita disarankan supaya lebih
berhati-hati bagi mengelakkan insiden tidak bermoral menimpa diri.

Ini berikutan insiden membabitkan seorang wanita yang dicabul oleh warga asing di sekitar
Kompleks Sogo, malam tadi menjadi viral di laman sosial Facebook.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik oleh suami mangsa, Mustam Mustapa yang juga
merupakan vokalis kumpulan Genji Buskers, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam ketika mereka
sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di Kompleks Sogo, sebelum seorang warga asing
datang dari arah belakang lalu memeluk isterinya.

"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan perempuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak
kami kenali," tulisnya di laman Facebook Genji Buskers.

Berang dengan tindakan biadab warga asing yang dipercayai warganegara Nepal, Mustam
bertindak membelasah suspek.

"Aku just jalankan kewajipan sbg suami sahaja... tak sedar tau2 keras pastu darah meleleh ..,"
tulisnya lagi.

Beberapa keping gambar yang menunjuk suspek dalam keadaan terbaring dan berlumuran
darah mula tersebar di laman Facebook.

Difahamkan, pasangan tersebut baharu sahaja mendirikan rumah tangga.

Berikutan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kemarahan terhadap tindakan tidak
bermoral warga asing itu yang disifatkan mengancam keselamatan rakyat negara ini khusunya
golongan wanita.

Malah, orang ramai turut mengaitkan insiden berkenaan dengan isu kemasukan 1.5 juta warga
Bangladesh ke Malaysia.

Susulan itu, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi. - mD

Sumber TKO - 17-2-2016



Polis yakin selesai kes tembak berdasarkan CCTV

Posted on Friday, February 12 @ 20:30:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGETOWN - Polis yakin dapat menyelesaikan kes ahli perniagaan yang maut ditembak 

di Jalan Datuk Keramat di sini pada Khamis lepas, dalam tempoh terdekat selepas meneliti rakaman 
kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata menerusi
rakaman itu pihaknya mendapati dua lelaki terbabit dalam kejadian berkenaan dan disahkan enam
tembakan dilepaskan terhadap mangsa dari jarak dekat.

"Dua lelaki menunggang motosikal dilihat berhenti berhampiran kereta mangsa sebelum
pemboncengnya turun dan melepaskan tembakan terhadap mangsa.

"(Berdasarkan rakaman) Penembak itu dalam lingkungan lewat 20-an dan berkulit putih, manakala
penunggang motosikal berkulit gelap. Daripada rakaman CCTV ini polis percaya dan yakin dapat
selesaikan kes ini dalam tempoh terdekat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis gesa henti buat pelbagai spekulasi]

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi Khamis lalu, Syed Amen Jainul Abidin, 46, maut selepas ditembak
di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash meminta orang ramai tidak membuat pelbagai spekulasi
terutama di media sosial mengenai kes berkenaan sehingga mengaitkan pembunuhan Syed Amen
dengan politik dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Biar polis siasat apa motif sebenar kejadian. Ada kata ia mempunyai kaitan dengan tindakan
pegawai JPJ sebab si mati pernah maki hamun pegawai jabatan itu.

Mangsa sudah dituduh di mahkamah, kes itu masih dalam perbicaraan.

"Jangan bagi komen negatif yang mana kita (polis) percaya tidak tepat dan tidak benar kerana
tindakan itu boleh menggusarkan masyarakat," katanya.

Sementara itu beliau turut menafikan mangsa adalah pemilik restoran nasi kandar terkenal yang
terletak di Jalan Penang di sini.

"Mangsa hanya mempunyai perhubungan keluarga dengan pengusaha restoran itu," katanya. - 
Bernama 

Sumber TKO - 12-2-2016



Sirul sudah dedah lima nama

Posted on Friday, February 12 @ 20:19:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama individu yang kononnya cuba 

merasuah atau memujuk beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes 
pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Menurut sumber Malaysiakini, lima nama telah disebut. Bagaimanapun, sumber itu berkata,
pihaknya enggan mendedahkan identiti pihak yang dinyatakan itu buat masa ini.

Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.
"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar
telah disebut.

"Sesetengah daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang lain cuba
berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.

"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada
Malaysiakini.

Sebelum ini dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya
bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang
individu tidak dinamakan.

Walaupun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia adalah jelas merujuk kepada perdana
menteri.

Dalam video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan
sedang hamil ketika dibunuh.

Sirul sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh Altantuya - seorang
wanita warga Mongolia - namun dia melarikan diri dari Malaysia ke Australia.

Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen.

Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas
di Australia.

Sumber TKO - 12-2-2016


Lelaki Pernah Jadi Viral Mengamuk Di JPJ Sebelum Ini,
Maut Ditembak Awal Pagi tadi


Posted on Thursday, February 11 @ 14:49:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci
kereta maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi,
lapor Astro Awani.

Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta
kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa
tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan
di kepala dan badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal
premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.



Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang 
dikenalpasti.

Hasil semakan, Syed Amen amin sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau 
dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan 
seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu. - Siakapkeli.my








Sumber TKO - 11-2-2016

Polis temui kebun ketum 32 hektar di Satun

Posted on Wednesday, February 10 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SATUN: Sepasukan anggota polis, tentera dan pegawai perhutanan di Satun menemui sebuah kebun 

ketum berkeluasan 32 hektar di Bukit Bantat, daerah Manang di Satun, selatan Thailand.

Ketua Polis Bahagian kesembilan, Jen (Pol) Wirapong Chuenpakdee, berkata kebun terbabit terletak 

di dalam hutan simpanan hidupan liar yang bersempadan dengan wilayah Trang dan Phattalung.

Beliau berkata, penemuan itu adalah hasil siasatan polis susulan kejadian rumah ketua kampung 

daerah Manang ditembak beberapa lelaki bersenjata pada 3 Februari lalu.

Kejadian tembakan terhadap rumah ketua kampung itu dipercayai kerana mahu membalas dendam 

berikutan tindakannya membongkar kewujudan kebun ketum di tengah-tengah hutan simpan 
hidupan liar itu.

Dalam kejadian itu, anaknya yang berusia sembilan tahun, maut. Wirapong berkata, seramai 150 

anggota polis, tentera dan perhutanan terpaksa berjalan kaki selama dua jam untuk sampai ke kebun 
terbabit, yang dijaga dengan rapi untuk menghasilkan daun ketum Gred A.

"Polis akan menjalankan siasatan lebih lanjut dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana 

pegawai tempatan yang bersubahat dengan kegiatan itu," katanya. Wirapong berkata, daun ketum 
dari kebun itu dijual di wilayah selatan Thailand. - BERNAMA 

Sumber TKO - 10-2-2016


Ustazah Parah Ditikam Anak

Posted on Tuesday, February 09 @ 17:37:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Polis memburu lelaki berusia 21 tahun selepas dia menikam ibunya, guru 

sekolah agama di Desa Rejang, Setapak, malam tadi.
Sumber polis berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa berusia 49 tahun parah selepas
ditikam suspek yang dipercayai mengalami masalah mental di kediaman mereka.

Katanya, mangsa, guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin, Setapak, ditemui terbaring di lantai
rumah di Jalan Rejang, Sri Rampai, dalam keadaan berlumuran darah oleh dua lagi anak lelakinya
yang baru pulang dari taman permainan berhampiran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang mengesahkan
kejadian itu berkata, suspek sudah menghilangkan diri selepas kejadian dan operasi memburu
 suspek sedang dijalankan.

"Kami sedang menjejakinya di sekitar kawasan Setapak Jaya, Desa Rejang dan Seksyen 10,
Wangsa Maju serta kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi hari ini.

-Harian Metro

Sumber TKO - 8-2-2016




























































Polis sedang kesan warga asing diserang 

Papagomo

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang diserang oleh penulis blog Papagomo
bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu baru-baru ini.

Serangan itu terakam dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral di media sosial.

Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengulas tindakan
menyerang individu berkenaan, dipercayai warga Pakistan.

Khalid berkata, "Tiada sesiapa pun boleh mendahului undang-undang. Bukan sahaja warga asing,
 binatang pun tidak boleh dipukul.

"Kalau betul lelaki dalam video itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya,
Papagomo perlu membuat aduan. Negara kita ada undang-undang," kata Khalid di sini, Isnin.

Baru-baru ini, satu rakaman video diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar,
menumbuk dan menendang seorang lelaki kerana dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap
dua adik perempuannya.

Terdahulu, Khalid menyempurnakan majlis penutup Kursus "Training of Trainers, Bahaya Militan
Islamic State" yang disertai 50 peserta termasuk pensyarah universiti, ahli akademik dan pegawai
kerajaan. - Bernama

Sumber HD - 8-2-2016



Lelaki Kemboja ‘tersangkut’ atas pokok positif dadah

Posted on Monday, February 08 @ 09:43:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU 7 Feb. - Polis mengesahkan lelaki Kemboja yang bertindak memanjat dan 

berada di atas pokok cengal setinggi kira-kira 45 meter selama dua hari bermula Khamis lalu di 
Kampung Sungai Pinang, dekat sini didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Selain itu, hasil siasatan mendapati lelaki yang sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu tidak 

mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar berkata, berikutan itu, lelaki terbabit kini
ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 (1)
Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen.

Menurutnya, sejurus lelaki itu turun dengan sendiri dari pokok tersebut pukul 8.30 malam tadi, dia
terus ditahan polis sebelum dibawa ke lokap untuk tindakan selanjutnya.

"Lelaki Kemboja yang dikenali sebagai Zul masih ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta
Imigresen dan juga Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Idris turut menolak dakwaan kononnya tindakan lelaki terbabit memanjat pokok cengal sejak Khamis
lalu bertujuan membunuh diri sebaliknya suspek pada waktu itu berada di bawah pengaruh dadah.

Sejak Khamis lalu, orang ramai khususnya penduduk Kampung Sungai Pinang dekat sini
digemparkan dengan tindakan nekad seorang lelaki warga Kemboja yang dipercayai cuba
membunuh diri dengan terjun dari atas pokok cengal setinggi kira-kira 45 meter.

Lelaki itu bertindak memanjat dan berada di atas pokok itu bermula pukul 11 malam, Khamis dan
sehingga lewat petang semalam, dia masih tidak mahu turun meskipun pelbagai cara digunakan
pasukan keselamatan terutama anggota bomba dan penyelamat serta polis untuk menyelamatkannya.

Tinjauan setakat pukul 4 petang semalam mendapati lelaki terbabit masih tidak menghiraukan
pujukan anggota keselamatan sebaliknya berlegar-legar sambil bergayut dari pokok ke pokok dan
sehinggalah pukul 8.30 malam tadi, dia akhirnya turun sendiri.

Sumber TKO - 8-2-2016






























































Banduan lolos dari penjara berjaya ditahan 

polis

BERNAMA | .

MARANG: Banduan yang melarikan diri dari Penjara Marang sejak 14 hari lalu berjaya ditahan
polis petang semalam di Kampung Padang Tanjung Bukit Payong di sini.
  
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata penahanan banduan yang berusia 23
tahun tersebut adalah hasil maklumat daripada orang awam.
  
"Pihak polis kemudiannya ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan kita
mengesahkan lelaki tersebut merupakan banduan yang sememangnya dikehendaki pihak polis setelah
melarikan diri dari Penjara Marang pada 24 Jan lalu," katanya kepada pemberita pada sidang media
di sini hari ini.
  
Mohd Suhaimi berkata suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marang untuk
siasatan lanjut di bawah seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada jagaan yang sah.
  
Menurutnya ketika ditangkap, suspek berada dalam keadaan tidak bermaya dipercayai tidak mendapat makanan mencukupi sepanjang 14 hari berada di pinggir hutan.
  
Mohd Suhaimi berkata pihaknya turut mengenal pasti beberapa individu yang disyaki memberi
perlindungan kepada suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan atas kesalahan
melindungi atau menyembunyikan suspek dengan niat hendak menyembunyikan pesalah daripada
ditangkap.
  
"Kita juga mendapat maklumat, suspek ada berjumpa dengan saudaranya sejak tiga hari lalu dan
saudaranya berusaha memujuknya untuk menyerah diri kepada pihak polis.
  
"Suspek kini dikenakan tahanan reman empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.
  
Suspek yang berasal dari Kampung Paya Resak itu menjalani hukuman enam bulan penjara sejak 3
Jan lalu atas kesalahan mencuri dalam bangunan, dipercayai melarikan diri dengan memanjat tembok
di belakang tandas penjara berkenaan ketika sedang mengikuti kelas agama. - Bernama

Sumber HD - 7-2-2016



Rizalman dihukum 9 bulan tahanan di rumah

Posted on Thursday, February 04 @ 09:33:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


https://mk-cdn.mkini.net/963/a109f298d69aef62b52616bedd9ca636.jpg=s480
Bekas atase pertahanan, Muhammad Rizalman Ismail, dijatuhi hukuman tahanan di rumah selama sembilan bulan, selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan sumbang terhadap wanita Wellington, Tania Billingsley. 


Menurut NZ Herald, Mahkamah Tinggi Wellington telah mendengar hujah daripada peguambela Dr Donald Stevens dan pendakwa Grant Burston.



Grant dilaporkan bersetuju Rizalman dikenakan hukuman tahanan di rumah.

Di New Zealand, hukuman tahanan di rumah memerlukan pesalah berada di kediaman yang diluluskan pada setiap masa dan dipantau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Sementara itu, pihak pembela berkata tertuduh telah menulis surat memohon maaf dan menawarkan untuk membayar pampasan.

Ia juga berhujah bahawa Rizalman berhak diberi hukuman yang lebih ringan daripada tahanan di rumah.


Rizalman, 39, mengaku bersalah pada 30 November lalu terhadap tuduhan melakukan serangan 
sumbang terhadap Billingsley.

Sumber TKO - 4-2-2016




Najib tak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, kata Sirul

Posted on Sunday, January 31 @ 16:52:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?v=SVoWhFY-wqo&feature=player_embedded


Bekas komando polis Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri 

Najib Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya 
Shaariibuu pada tahun 2006.

"Saya mengerti apakah kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan 

seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk memfitnah seseorang.

"Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu, dan saya lafaz di sini, 

Wallahi, Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak 
langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dalan kes ini," katanya dalam satu rakaman ringkas.

Walaupun Sirul tidak menyatakan secara khusus apa "kes" yang dia katakannya Najib tidak ada 

kena mengena dengannya, tetapi dalam konteks video yang lebih awal, ia dilihat seperti merujuk 
kepada kes pembunuhan Altantuya.

Video sepanjang 55 saat itu dikatakan video yang ketiga oleh SIrul yang dilihat oleh Malaysiakini 

melalui sumber tanpa nama.

Ini adalah kali pertama Sirul menamakan seseorang dalam siri video tersebut.




Sumber TKO - 31-1-2016



Pegawai polis wanita lepas 'kasanova' dipenjara tiga tahun

Posted on Saturday, January 30 @ 17:19:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGETOWN - Pegawai kanan polis wanita yang didakwa melepaskan seorang tahanan 

dikenali 'kasanova', dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas 
didapati bersalah terhadap dua pertuduhan.  

Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menjatuhi hukuman itu terhadap ASP L. Chandkumary, 59, 

selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K.Prabaharan, 49, yang
menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George
Town pada 9 Oktober 2013.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada
pukul 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A(1)(a) Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua
mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda
sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dianne Ningrad kemudian menjatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan
enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua, serta memerintahkan semua hukuman berjalan
serentak mulai hari ini.

Terdahulu, peguam Dr N.Ahilan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah meringankan
hukuman Chandkumary atas alasan latar belakang dan prestasi kerjanya sepanjang perkhidmatan
dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib kemudiannya membantah dan memohon mahkamah
menjatuhi hukuman yang maksimum.

"Tertuduh sangat berpengalaman dalam PDRM dan dia tidak sepatutnya melakukan jenayah
seperti ini. Kesalahan ini turut mencemarkan nama PDRM. Hukuman penjara mesti dikenakan
terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat dan anggota serta pegawai PDRM yang
lain," katanya.


Ahilan yang ditemui pemberita berkata pihaknya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. -
Bernama

Sumber TKO - 30-1-2016




































































Suri rumah mengaku salah kerat 'anu' suami

Posted on Friday, January 29 @ 08:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA PILAH - Seorang suri rumah mengaku bersalah atas tuduhan  mencederakan kemaluan 
suaminya di kediamannya di Batu Kikir, Jempol pada 20 Januari lalu di Mahkamah Seksyen 
di sini, hari ini.

Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Shafie selepas
pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Fatimah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Umar
Rahman, 44, dengan menggunakan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh mendatangkan
kematian.

Justeru itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan
dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Hakim kemudian menetapkan 22 Februari ini bagi mendengar hukuman sementara menunggu
laporan perubatan suami tertuduh.

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin.

Mahkamah juga menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada tertuduh.
Sumber TKO - 28-1-2016



Rangka Manusia Ditemui Berselerak Di Ayer Keroh
Posted on Thursday, January 28 @ 22:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MELAKA - Sebahagian rangka manusia dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti 
identitinya ditemui orang awam di kawasan sebuah pusat penyembelihan haiwan di Ayer Keroh 
di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata rangka 
berkenaan yang dalam keadaan 70 peratus rangka manusia lengkap mempunyai tengkorak, tulang 
rusuk dan kaki ditemui kira-kira 3.30 petang.

"Kita terima maklumat dari orang awam dan terus ke tempat kejadian dibantu unit forensik polis
dan juga forensik hospital. Hasil siasatan kita temui satu rangka manusia dipercayai lelaki berusia
antara 20 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata rangka itu dipercayai berada di tempat kejadian antara satu hingga tiga bulan dan
ditemui berselerak di kawasan berkenaan.

"Kita menjumpai sehelai seluar jeans dan sehelai baju, namun belum disahkan sama ada ia berkait
dengan rangka yang dijumpai. Buat masa ini kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut, namun
kita akan terus menyiasat dan mencari baki rangka serta barang peribadi mangsa," katanya.

Sehubungan itu Shaikh Abdul Adzis berkata sesiapa yang kehilangan saudara mara boleh
menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Chin Mui Chu di talian 019-6233410 atau
menghubungi balai polis berdekatan. - BERNAMA

Sumber TKO - 28-1-2016

Penyerang bom di Jakarta buat panggilan ke Malaysia

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Jan lalu telah membuat panggilan
kepada satu talian di negara ini sebelum kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman,
Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis
Indonesia.

"Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baharu ini, katanya kepada pemberita di sini
Selasa.

Pada 14 Jan lalu, berlaku serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin yang menyebabkan
tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh sementara 30 orang termasuk lima anggota polis
cedera parah. Sehari kemudian seorang yang cedera dilapor meninggal dunia.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilapor sebagai berkata pihaknya percaya pengasas kumpulan
Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia
Tenggara dan menjadi perancang serangan tersebut.

Namun Mohamad Fuzi berkata berdasarkan siastan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat
Malaysia.

Mengenai kumpulan Daesh, beliau berkata polis mengenal pasti bahawa terdapat komunikasi
antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia di Syria.

"Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat rakyat Malaysia di sini
kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di Syria," katanya. - Bernama

Sumber HD - 26-1-2016


Banduan terlepas dengan alasan Untuk ke tandas

Posted on Monday, January 25 @ 07:57:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



MARANG: Dengan menggunakan helah untuk ke tandas, seorang banduan lelaki berumur 23
tahun yang sedang menjalani hukuman di Penjara Marang meloloskan diri ketika sedang mengikuti
kelas agama di penjara berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Suhaimi Ali, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi
itu banduan tersebut dikatakan meminta izin kepada ustaz yang mengajar untuk keluar ke tandas.

"Namun suspek dipercayai tidak pulang semua ke kelas berkenaan lantas ustaz itu memaklumkan
kejadian itu kepada warden yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang
tandas berkenaan.

Katanya, suspek yang berasal dari Marang itu mula menjalani hukuman di penjara berkenaan pada
3 Jan lalu di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan.

"Pihak polis kini melancarkan Op Tutup bagi memburu suspek dan meminta orang ramai yang
mempunyai maklumat berhubung suspek memaklumkan kepada pihak polis.
-BERNAMA

Sumber TKO - 25-1-2016


10 kotak tidak dituntut bernilai RM7.9 juta

Posted on Wednesday, January 20 @ 16:29:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGETOWN - Misteri 10 kotak yang tidak dituntut oleh penerima di sebuah gudang kargo 

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini kelmarin akhirnya terbongkar 
apabila polis menemui 526,800 biji pil erimin 5 di dalamnya.
Kotak yang diikrarkan mengandungi beg tangan wanita itu diterbangkan dari sebuah negara Asia
pada 12 Januari lalu dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum  tiba di sini sehari kemudian.

Bagaimanapun selepas lima hari, tiada siapa yang datang menuntutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kang berkata,
pekerja gudang kargo yang mengesyaki sesuatu dan membuat laporan polis untuk melakukan
pemeriksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui 52, 680 kepingan aluminium (papan) pil erimin 5
yang dianggarkan bernilai RM7.9 juta dalam keadaan berikat dengan getah.

“Pasukan kita memeriksa keseluruhan kotak yang menggunakan alamat sebuah syarikat kurier di
Georgetown dan menemui timbunan kepingan pil erimin 5 di dalamnya.

“Kita dapati setiap ikatan itu mempunyai 20 kepingan aluminium yang berisi 200 pil dan mengikut
harga pasaran, setiap seikat pil dijual sehingga RM3,000,” katanya pada sidang media di sini
semalam.

Menurutnya, polis masih menjejaki individu atau ejen yang sepatutnya datang mengambil
bungkusan berkenaan.

Walaupun setakat ini tiada lagi tangkapan, polis giat mengenal pasti sindiket yang terbabit dengan
penghantaran itu.

“Kita percaya dadah itu akan diedar untuk pasaran tempatan termasuk Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kita sedang bekerjasama dengan pasukan polis antarabangsa bagi mengesan aktiviti sindiket
terbabit dan siasatan turut dilakukan bagi mengesan dalang di sebalik syarikat kiriman dan
penghantaran kotak itu,” katanya.


  Beng Kang berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya
1952.

Sumber TKO - 20-1-2016







































































3 Anggota Polis Maut Ditembak Perompak Di K.L Sentral...??

Posted on Tuesday, January 19 @ 13:34:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Di KL Central, 3 anggota polis terkorban kerana terkena tembakan perompak di sebuah pusat 
pertukaran wang tengahari tadi ketika menjalankan tugas. Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan 
ditempatkan bersama orang solihin. Inilah erti pengorbanan yang mengatasi segala-galanya.

TAPI SEBENARNYA ADALAH...
JANGAN CEPAT PERCAYA.


Sumber TKO - 19-1-2016

Pengganas: Tindakan kepada penyebar 

maklumat tak sahih

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa
sahaja termasuk orang kenamaan yang menyebar maklumat tidak sahih mengenai ancaman
pengganas di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan seperti itu boleh menimbulkan
kegelisahan serta ketakutan di khalayak orang ramai.

"Saya beri amaran pada semua pihak supaya tidak berkongsi mana-mana berita yang tidak sahih
mengenai ancaman pengganas di media sosial. Ini termasuklah memetik sumber kerana ia serupa
menyebarkan khabar angin," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid berkata mereka yang ingin kepastian dan pengesahan terhadap sesuatu perkara perlu
merujuk kepada laporan yang sahih.

"Perbuatan menyebarkan laporan yang tidak sahih di media sosial bukanlah bahan gurauan yang
boleh dibuat main oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan sesuatu yang serius dan boleh
diambil tindakan," kata Khalid.

"Bagi menangani kegiatan ini, polis akan sentiasa memantau media sosial dan media dalam talian
selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Khalid berkata orang ramai perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kegiatan
disyaki berkaitan pengganas di tempat mereka.

Ditanya jika undang-undang yang ada sekarang mencukupi untuk menangani ancaman pengganas,
Khalid berkata ia percaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)2012 (SOSMA),
Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) sudah
cukup kuat.

Pada masa yang sama beliau berkata polis meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat
tumpuan awam bagi meyakinkan masyarakat bahawa keselamatan mereka terjamin. - Bernama

Sumber HD - 18-1-2016














































































































































Polis tak sebut secara spesifik tempat sasaran pengganas

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang
menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kenyataan media Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat lepas hanya menyebut bahawa polis akan
mempertingkat pengawasan dan kawalan keselamatan di tempat tumpuan awam bagi menjamin
keselamatan masyarakat.

Susulan itu, timbul pelbagai kenyataan di media sosial yang menyebut secara khusus beberapa
tempat yang kononnya telah disahkan menjadi sasaran kumpulan pengganas untuk melakukan
serangan di Malaysia.

"PDRM memandang berat penyebaran berita sebegini kerana ia telah membangkitkan kegusaran
dan ketakutan masyarakat.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dan berhenti daripada berkongsi berita yang boleh membangkitkan keresahan, khususnya yang bukan dikeluarkan oleh agensi keselamatan negara,"
kata Asmawati.

Khamis lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan maut dalam insiden letupan bom dan
tembakan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jakarta.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini
menghubungi polis mengenai penemuan dua beg yang ditinggalkan di bawah kerusi tengah hari
tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata anggota Unit Pemusnah Bom
dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan mendapati kedua-dua beg itu mengandungi pakaian.

"Pemilik beg merupakan dua pelancong wanita warga Korea Selatan. Mereka meninggalkan beg itu
kerana hendak membeli-belah sebelum datang semula mengambilnya kemudian," katanya ketika
dihubungi Bernama.

Zainol berkata polis berpuas hati dengan hasil pemeriksaan dan soal siasat yang dilakukan dan
melepaskan mereka. - Bernama

Sumber HD - 17-1-2016

Polis dedah 8 kanak-kanak Malaysia terjebak 

IS

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Cawangan Khas Bukit Aman hari ini mendedahkan sekurang-kurangnya
lapan kanak-kanak Malaysia direkrut dan dilatih menjadi anggota kumpulan militan IS atau
pengganas Daesh di beberapa kem di Syria dan Iraq.

Pengarahnya Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun berkata walaupun pihaknya tidak mempunyai
maklumat lengkap berhubung perkara itu, tetapi hasil siasatan polis menunjukkan kanak-kanak itu
sedang dilatih di kem-kem berkenaan.

"Kanak-kanak ini akan ditempatkan di pusat kanak-kanak IS untuk dibentuk dan dilatih menjadi
pejuang IS.

"Mereka dibawa masuk ke negara-negara yang dilanda perang oleh kedua-dua ibu bapa yang
menyertai IS," katanya yang enggan menyatakan jantina dan umur kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Bukit Aman
di sini, hari ini.

Susulan itu, Mohamad Fuzi berkata statistik terkini penglibatan warga Malaysia dalam kegiatan
militan IS di Syria dan Iraq ialah seramai 47 individu.

Daripada jumlah itu, seramai 12 orang adalah wanita, lapan kanak-kanak dan selebihnya lelaki.

"Daripada jumlah itu juga, seramai 17 individu dilaporkan telah meninggal dunia akibat tindakan
mereka terlibat dalam pengeboman berani mati. Ada juga anggota kumpulan itu yang kembali ke
Malaysia dan telah didakwa di mahkamah," katanya.

Mohamad Fuzi berkata Polis DiRaja Malaysia sentiasa memantau kegiatan mereka sekembalinya
di negara ini kerana dikhuatiri menyebarkan fahaman ekstremis itu. - Bernama

Sumber HD - 12-1-2016












































































Doakan Nur Amirah selamat, jangan buat 

andaian

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Keluarga amat terkesan dengan kehilangan Nur Amirah dan berharap polis
mampu menyelesaikannya dengan segera.

Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, dikatakan dilarikan pihak tertentu pada petang Ahad lalu (27
Disember) dengan sebuah van putih di satu kawasan berhampiran taman perumahan didiami
keluarga berkenaan.

Berita menimpa dirinya kini menjadi viral di media sosial dan ramai menyatakan simpati selain
bersedia membantu keluarganya sekiranya diperlukan.

Bapanya, Abdul Majid Landu, 40, (atas) eksekutif operasi di Pelabuhan Kuantan, berkata perkara
menimpa anak sulungnya itu amat mengejut dan membimbangkan.

“Doa saya semoga dia berjaya diselamatkan dan pulang semula dengan selamat.

“Tiada apa yang mampu saya katakan hanya berharap semua pihak bersama membantu,” katanya
dipetik Selangor Kini.

Beliau mendakwa, Nur Amirah Atirah berjaya menghubungi keluarganya dalam tempoh singkat dan menjelaskan dirinya diculik dua lelaki serta ditempatkan di satu lokasi seperti gudang di selatan tanah air.

Laporan polis sudah dibuat keluarga kira-kira jam 8.00 malam Isnin lalu.

Katanya, perkara itu amat menyedihkan kerana sebahagian persiapan untuk sesi persekolahan yang
baharu sudah dibuat.

“Baju sekolah untuknya semua sudah dibeli dan hanya tunggu untuk belikan buku sahaja,” katanya.

Ibunya, Asmah Mamai, 33, berharap Nur Amirah Atirah berjaya diselamatkan dan akan pulang
segera.

“Cuma harapan saya jangan dibuat andaian yang bukan-bukan terhadap anak saya.

“Diharap pihak berkuasa bertindak cepat menyelamatkannya,” kata ibu empat anak itu.

Sumber HD - 31-12-2015













































































Sirul Azhar tunggu kelulusan visa 












































































perlindungan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pesalah kes bunuh Sirul Azhar Umar, yang berada dalam tahanan Imigresen
Australia, masih menunggu kelulusan jabatan itu untuk mendapatkan visa perlindungan supaya dia
dibebaskan daripada tahanan berkenaan.

Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin berkata anak guamnya mengemukakan permohonan
untuk mendapatkan visa itu awal tahun ini, dan satu temu bual telah diadakan terhadapnya pada 25
Nov lepas oleh pihak Imigresen Australia.

"Anak guam saya mengemukakan permohonan visa perlindungan memandangkan statusnya yang
kini berada dalam tahanan pihak Imigresen. Kami dimaklumkan bahawa proses untuk mendapatkan
visa itu masih berjalan sehingga kini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai visa perlindungan itu, Kamarul berkata visa itu bukan bermaksud Sirul
Azhar cuba mencari perlindungan di Australia sebaliknya ia merupakan satu kelas visa.

"Visa perlindungan merupakan satu daripada kelas visa. Ia boleh dipohon oleh sesiapa sahaja yang
ingin tinggal di Australia lebih lama sekiranya visa lawatan sosial mereka tamat tempoh," kata
peguam itu.

Beliau berkata visa lawatan sosial Sirul Azhar telah tamat tempoh awal tahun ini.

Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap
Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada
2006.

Namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul Azhar tidak hadir kerana telah melarikan
diri ke Australia.

Bagaimanapun, dia ditahan pada 20 Jan lepas oleh pegawai Imigresen Australia selepas Interpol
mengeluarkan notis merah. Dia kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney. -
Bernama

Sumber HD - 31-12-2015

Penjelasan berkaitan remaja 14 tahun 

dilarikan van putih

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Polis Kontinjen Selangor mengesahkan ada menerima laporan mengenai
kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28 Dis jam
8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

Demikian penjelasan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menerusi laman sosial
Facebook Polis Selangor, hari ini sebagaimana di bawah.

Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai
kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015
jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang
dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu
menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu
dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walau bagaimanapun, pada
peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit
dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang dipercayai teman
lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan
Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah
untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi
tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli
keluarganya.

Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh
menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat
yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi
terus Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara,
ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi
bin Umar di talian no 013-3430150.

Sumber HD - 30-12-2015



























































































































































Kes bunuh Tapah: Reman dilanjut hingga 5 

Feb

BERNAMA | .


IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman selama 38 hari lagi terhadap mekanik dan anak lelakinya dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah.
  
Perintah lanjutan tahanan reman bermula esok, terhadap dua beranak itu dikeluarkan Majistret
Suhaima Mohd Noor di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
  
Dua beranak itu sebelum ini ditahan reman selama 21 hari yang berakhir hari ini bagi membantu
siasatan di bawah akta sama.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar memohon perlanjutan tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 57 tahun dan 20 tahun bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.
  
"Permohonan melanjutkan tempoh reman kedua-dua suspek adalah untuk melengkapkan kertas
siasatan dan perbuatan yang dilakukan suspek telah mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada
penduduk setempat," kata Mohamad Suffian.
  
Dua beranak itu yang tiba di mahkamah dengan kereta polis pada 8.45 pagi dengan kawalan ketat
polis sebelum dibawa ke lokap Balai Polis Tapah pada 10.53 pagi.
  
Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di
Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia
46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang
dekat sini pada 25 Ogos lepas. - BERNAMA

Sumber HD - 29-12-2015

Perintah berkurung Esszone lanjut hingga 12 

Jan

BERNAMA | .


KOTA KINABALU: Perintah berkurung fasa ke-33 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 12 Jan bermula 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
  
Beliau berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah berkurung meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran itu bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
  
"Perintah berkurung ini dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan perintah berkurung ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Katanya, perintah berkurung berkenaan juga perlu dilanjutkan bagi melindungi perairan Sabah
daripada dicerobohi pihak pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik dan pelancong
luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan yang terletak di kawasan Esszone.
  
Menurut Jalaluddin, maklumat yang diterima mendedahkan bahawa kumpulan pengganas dari
selatan Filipina yang menjalankan aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan dan
kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Sabah untuk melakukan
penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.
  
Beliau berkata kuasa-kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam
kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon untuk tujuan aktiviti
perikanan atau laluan mendesak. - BERNAMA

Sumber HD - 26-12-2015



Lelaki Bakar 6 Kereta Direman 4 Hari

Posted on Tuesday, December 22 @ 19:03:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian kebakaran 6 kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, semalam ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek lelaki yang berusia
lingkungan 20-an itu, direman hari ini sehingga Jumaat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api,”
katanya.

Dalam kejadian pada 12.58 tengah hari semalam, 6 kereta terbakar selepas suspek terbabit
didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang
 sebuah kereta di tempat letak kereta di kawasan berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada masalah rumah tangga sepasang suami isteri yang
sedang dalam proses penceraian. – Bernama

Sumber TKO - 22-12-2015



Bukan bom, angkara cinta tiga segi
Posted on Monday, December 21 @ 21:33:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seorang suami nekad mencurahkan petrol sebelum membakar kereta yang dinaiki isterinya 

dengan seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki isterinya di kawasan letak kereta di Lorong Persiaran Barat, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis 

Yamaha Ego menghampiri kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Proton Wira 
sebelum membaling petrol yang telah dinyalakan api.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, susulan kejadian itu, enam buah kereta termasuk kereta mangsa terbakar dalam kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek kini dalam proses penceraian dengan isterinya.
"Susulan kejadian itu, dianggarkan kerugian kira-kira RM300,000.

"Suspek yang tinggal di Pantai Dalam itu berusia 30an sudah dikenal pasti dan usaha
mengesannya diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat suspek cemburu apabila melihat isterinya keluar
bersama lelaki yang juga pemilik tempat letak kereta.

Susulan kejadian itu, pemilik tempat letak kereta yang berusia 20 tahun cedera di bahagian
tangan akibat terkena pintu keret ketika menyelamatkan diri.

Menurutnya, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai perbuatan khianat dengan api dan
disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mohd Zani turut menegaskan kepada pengguna media sosial untuk tidak menyebarkan berita
palsu dan mencetuskan kebimbangan awam.

Beliau berkata demikian apabila mengulas ada netizen dalam laman sosial yang menyebarkan
laporan kononnya berlakunya letupan akibat bom di tempat kejadian.

Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan itu boleh mengikut Seksyen 233(1)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
- therakyatpost

Sumber TKO - 21-12-2015



Jururawat Hilang: Anggota Penyelamat Jumpa Organ
Dalaman Namun Tidak Pasti Samada Milik Mangsa

Posted on Saturday, December 19 @ 20:08:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SANTUBONG: Pihak penyelamat hari ini berjaya menemui organ dalaman menyerupai paru-paru manusia berkemungkinan milik jururawat, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, yang dilaporkan hilang selepas lemas di Pantai Pasir Pandak, di sini, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Muhammad Mirza Dzalmmira Miraz berkata, mereka menemui organ dalaman tersebut di celah-celah batu kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari lokasi mangsa hilang kira-kira jam 10 pagi tadi.


Menurutnya serpihan organ dalaman berkenaan menyerupai paru-paru manusia,
bagaimanapun mereka belum dapat memastikan sama ada organ dalaman itu milik manusia
atau haiwan.

"Semuanya masih dalam siasatan dan kita sudah hantar organ berkenaan ke Hospital
Umum Sarawak (HUS) untuk ujian forensik,"
katanya dipetik laporan Harian Metro.

Isnin lalu, pihak penyelamat telah berjaya menemui pakaian yang dipakai oleh Wazieyana
ketika dilaporkan hilang dimana terdapat kesan gigitan pada pakaian yang dijumpai tersebut.



Operasi berkenaan dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). - Siakapkeli.my

Sumber TKO - 19-12-2015



Penuntut Tinggalkan Nota Terpaksa "Pinjam" Duit
Tabung Masjid


Posted on Saturday, December 19 @ 19:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seorang pencuri duit tabung meninggalkan secebis kertas menulis ""Assalamualaikum 

semua ... Saya pinjam duit tabung masjid RM 7.85.  Maaf saya dah 3 hari tak makan 
sebab saya x da duit. insha Allah dlm masa terdekat saya akan ganti balik. saya one of student/budak kolej ini . Terima Kasih. May Allah bless all of U. oakan saya kuat"."

Sistem pembelajaran sekarang yang memerlukan kewangan yang besar sangat membebankan 

pelajar berbanding dulu pelajar dapat bantuan pinjaman atau biasiswa yang ratanya membantu 
pelajar belajar dengan jaya.

Sumbere TKO - 19-12-2015






















































































Semua Sekali RM 3000

Posted on Saturday, December 19 @ 18:52:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lagi kisah di Kota Raya (16 Disember 2015). Pakcik ini datang sendiri menceritakan nasib 
beliau. Kehadiran pakcik ini melihat aksesori telefon yang dipamerkan di kedai kami menjadi 
tanda tanya. Bila ditanya cari apa, dia hanya mendiamkan diri sahaja tanpa membalas 
pertanyaan kami.

Senyum pun tidak, angguk pun tidak, geleng kepala pun tidak. Lama juga gelagatnya 
 diperhatikan oleh kami. Sampai gambarnya kami boleh rakam secara berdepan tanpa dia 
sedari.

Dia termenung saja melihat aksesori telefon yang dipamerkan.

"Kenapa pakcik?"

Sedih melihat raut wajahnya. Lama juga kami cuba memujuknya, akhirnya beliau 
 menceritakan jua apa yang tersirat di sebalik wajah kesedihannya itu tadi.

"Pakcik tak tahulah nak cakap macam mana, benda ini berlaku sangat pantas," katanya.

Rupa-rupanya pakcik ini ada memegang satu beg kertas tertera jenama OPPO. Lalu 
ditunjukkan isi di dalam beg tersebut.

Pakcik ini menceritakan satu persatu kejadian yang berlaku. Dia pergi ke Kota Raya kerana 
ingin menghadiahkan telefon pada isterinya.

Mula-mula, dia melihat harga yang dipamerkan di kedai tersebut, RM800. Dia pun bertanya
akan lebih lanjut mengenai telefon berkenaan. Jurujualnya menerangkan dengan lebih lanjut.

Berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, pakcik ini terus menyatakan bahawa dia 
 berminat dan mahu membeli telefon itu. Lalu jurujual terbabit meminta wang RM1,000 
terlebih dahulu sebagai bukti (deposit) yang pakcik ini benar-benar berminat.

Tanpa berfikir panjang, pakcik yang berusia lingkungan 55 tahun ini terus menghulurkan 
 wang yang dipinta. Jurujual tadi meminta pakcik ini menunggu seketika sementara dia pergi 
mengambil stok telefon di stor.

Selang beberapa minit kemudian, jurujual tadi datang membawa telefon yang diminat oleh 
pakcik ini.

Serta merta dia menjadi keliru, tadi jurujual tunjuk model yang lain tetapi yang dibawa pula 
model yang lain. Sekali lagi pakcik itu menjelaskan bahawa dia berminta pada model Oppo 
R7plus, bukannya pada model yang baru dibawa oleh jurujual itu.

Tanpa mempedulikan pakcik itu, jurujual itu terus mengambil model R7plus itu dan 
menyiapkan bil-bil.

"Semua sekali RM3,100," kata jurujual itu.

Alangkah terkejutnya pakcik ini apabila telefon yang disangkakan berharga RM800 pada 
mulanya, tiba-tiba menjadi RM3,100.

Disebabkan rasa bersalah, bil sudah dikeluarkan, takut dimarahi oleh jurujual berkenaan dan 
bimbang RM1,000 tadi hangus, pakcik itu terpaksa akur saja dengan jumlah yang dikenakan. 
Habis kesemua duitnya diserahkan kepada jurujual Oppo itu.

Bagaimanapun, pakcik ini kekurangan RM300 dan meminta jurujual terbabit 
 mempertimbangkan masalahnya serta dia berjanji akan membayarnya jika memperolehi duit 
kelak.

Akhirnya, pakcik pulang dalam rasa yang sesal dan binggung memikirkan di mana silapnya.






Persoalannya, harga telefon RM2,098 adalah benar. tetapi dari mana datangnya charge fee 
RM799? Benarkah Android system, antivirus, software boleh mencecah RM700?

Siapa yang boleh membantu pakcik ini sila tampil dan sama-samalah kita sebarkan cerita ini 
untuk membantunya. - FB Page Repair Handphone.

Sumber LINK

Sumber TKO - 19-12-2015

Kepala dijumpai di Jolo sah milik Bernard 

Then

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa Filipina mengesahkan kepala yang dijumpai di Kepulauan
Jolo di selatan negara itu adalah milik mangsa culik rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen,
susulan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya dimaklumkan secara lisan
mengenai perkara itu baru-baru ini, dan masih menunggu laporan bertulis daripada pihak
berkuasa Filipina.

"DNA kepala yang dijumpai di Jolo padan dengan Bernard Then...saya ucap takziah kepada
keluarga mendiang," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat
dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, hari Sabtu.

Khalid berkata pihaknya akan mengambil semua langkah perlu termasuk mengekstradisi pihak bertanggungjawab ke negara ini untuk memastikan Then mendapat pembelaan.

Justeru itu, katanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara bagi menyusun proses perundangan sewajarnya dengan secepat mungkin.

"Kita akan akan ambil segala langkah perlu untuk membawa mereka yang melakukannya
kepada Bernard Then menghadapi undang-undang negara kita.

"Sekurang-kurangnya, (kita) nak ekstradisi dua orang tetapi untuk itu, kena melalui proses
perundangan di Filipina," katanya.

Pada 15 Dis lalu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata
pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki Then.

Then, yang berasal dari Sarawak, diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran
makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama-sama pengurus restoran itu,
Thein Nyuk Fun, 50. Thein kemudian dibebaskan pada 8 Nov.

Namun Then, 39, dipenggal kepalanya di lokasi terpencil di Kepulauan Jolo pada 11 Nov
lepas. Kepalanya dikatakan ditemui kira-kira seminggu kemudian. - Bernama

Sumber HD - 19-12-2015


Operasi Buru Peniaga Vape Di Johor Bermula
Posted on Saturday, December 19 @ 11:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JOHOR BARU: Operasi memburu peniaga vape di sini sudah dilancarkan, bermula dengan 

mereka yang menjual cecair yang mengandungi nikotin menjelang penguatkuasaan larangan 
terhadap produk itu di negeri ini pada 1 Januari depan.
Polis yang dibantu agensi negeri dan persekutuan, menyerbu tiga perimis perniagaan, dua di
Taman Century dan satu di Larkin dengan merampas produk bernilai RM380, 385.

Nikotin tersenarai dalam Akta Racun dan produk mengandung bahan terlarang itu hanya boleh
dijual oleh ahli farmasi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata sebanyak 6,924 botol cecair
vape dirampas dan dihantar untuk analisis.





Sumber TKO - 19-`12-2015

























































































Anak Zahid Hamidi dirompak, cincin kahwin hilang
Posted on Wednesday, December 16 @ 19:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Rumah anak timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang, 
dipecah masuk buat kali kedua.

Nurulhidayah, 36, bersama suami dan dua pembantu rumah berada di rumah ketika kejadian.
Menurut Oriental Daily News, selepas menerima laporan pada 10 pagi semalam, polis
menghantar pegawainya, termasuk pasukan forensik ke rumah itu.

Laporan itu memetik ketua CID Mohd Adnan Abdulah sebagai mengesahkan kes itu.

Adnan berkata keluarga Nurulhidayah mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat
kehilangan barangan peribadi, termasuk laptop, lima jam tangan, cincin kahwin dan barangan
kemas.

Nurulhidayah dan suaminya membuat laporan di balai polis Kajang pada 11 pagi.

Polis menyiasat kes iu bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tahun lepas beliau kerugian dua jam dan wang tunai RM1,000 akibat insiden sama. - MK

Sumber TKO - 17-12-2015

Mayat tanpa kepala, polis tunggu laporan 

DNA

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik
(DNA) sebelum dapat memastikan sama ada mayat tanpa kepala yang ditemukan di selatan
Filipina semalam adalah mangsa culik rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya belum menerima sebarang
maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina berhubung kejadian itu.

"Kami sudah hantar DNA sebelum ini bagi tujuan pengecaman mayat. DNA itu dapat
membantu siasatan terhadap penemuan mayat tanpa kepala disyaki Then," katanya pada
sidang media selepas merasmikan majlis PDRM 'Green Day Programme' di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,
pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki Then.

Then yang berasal dari Sarawak diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran
makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama pengurus restoran itu, Thein
Nyuk Fun, 50. Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 Nov lepas.

Media melaporkan bahawa Then dipenggal kepalanya oleh kumpulan penculik itu pada 11
Nov di Kepulauan Jolo namun belum ada pengesahan sehingga kini.

Menyentuh mengenai kes 103 daripada 135 penumpang Malaysia Airlines Bhd (MAB)
penerbangan MH741 dari Yangon, Myanmar yang mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Langkawi gagal menjalani pemeriksaan imigresen, Khalid berkata MAB perlu
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana ia membabitkan keselamatan negara.

"Pihak MAB sepatutnya bekerjasama dengan polis dan imigresen bagi memastikan semua
penumpang menggunakan laluan yang diperuntukkan walaupun penerbangan itu melakukan
pendaratan yang tidak dijadualkan kerana masalah cuaca di Myanmar dan sebagainya, itu
tidak menjadi persoalan," tegasnya.

Sehubungan itu, penumpang yang tidak menggunakan laluan sah dan gagal mendapatkan
pengesahan dokumen perjalanan diminta melapor diri ke pejabat imigresen atau mana-mana
balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

"Sama ada warganegara atau bukan warganegara yang masuk ke negara ini mesti masuk
melalui laluan yang sah dan kami (polis) bersama imigresen akan cuba menjejaki mereka,"
katanya.

Pesawat itu pada asalnya dijadualkan mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) tetapi terpaksa mendarat di Langkawi kerana masalah cuaca. - Bernama

Sumber HD - 16-12-2015



























































































PDRM pantau 56 kumpulan ajaran sesat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pihak berkuasa
agama sedang memantau 56 kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam, persidangan Dewan Negara diberitahu
hari ini.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata sekiranya terdapat bukti-bukti
bahawa kumpulan terbabit terlibat dalam aktiviti berbentuk militan dan pengganas seperti
mula mengangkat senjata, tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat akan diambil
mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  
Katanya ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA)
2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan.
  
"Tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan
pihak berkuasa tempatan telah pun diambil dari semasa ke semasa untuk menangani
kegiatan ajaran sesat sebelum ia menjadi semakin parah," katanya dalam sesi soal jawab
di sini.
  
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu setakat mana dakwaan penyelewengan ajaran sesat boleh bertukar menjadi ancaman militan yang berupaya menggugat keselamatan negara.
  
Masir berkata PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu ajaran
itu sesat atau tidak kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama di negeri-negeri.
  
Katanya PDRM melakukan penilaian tahap ancaman kumpulan-kumpulan ajaran sesat
sama ada mereka berpotensi mengancam kenteraman awam atau pun tidak.
  
Beliau menjelaskan, kumpulan ajaran sesat kebiasaannya bermula dengan penekanan
terhadap aktiviti pengisian amalan keagamaan dan kerohanian terhadap anggotanya dan
mula berubah selepas meraih sokongan dan pengaruh.
  
"Ketaksuban mereka mula mempraktikkan konsep serta semangat jihad serta syahid yang terpesong, sebagai contoh menyerang atau memusnah tempat ibadah agama lain, mengakui mereka adalah tentera Allah dan mengkafir serta menghalalkan darah sesama Islam untuk dibunuh," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 16-12-2015



Man Buys Nonexistent Kancil

kancil
KEMAMAN – A 56-year-old trader was duped by a man into handing over RM2,000 cash in two transactions for a Perodua Kancil that did not exist.

The victim found an advertisement about the car on social media while he was surfing the Internet at his home in Kampung Kemasik, here, on Sunday at 4.30pm. According to a
source, the car purportedly was equipped with a fancy number plate, but was priced at only RM4,000. Upon seeing the ad, the victim immediately contacted the advertiser.

“During their conversation, the suspect said the victim had to bank in a deposit of RM500
in cash into his account on the same day,” he said. The victim complied.

However, several minutes after transferring the money, the victim was asked by the
suspect to transfer another RM1,500.

The victim also paid that amount. The victim was then requested to fetch the car before
8.30am on Monday at a store in Jalan Genting Klang in Kuala Lumpur.

The victim reached the place at 8.40am, but found no one waiting for him.

” He tried to call the suspect several times but the line had been disconnected,” said the
source.

Suspecting something was amiss, the man lodged a report at the Wangsa Maju police
station at 10.20am yesterday and the report was transferred to the Air Jernih police station
the same day.

Meanwhile, State Commercial Crime Department chief Superintendent Koh Ah Tiam,
who confirmed the report said the case is being investigated under Section 420 of the
Penal Code for cheating.-nst

Sumber BO - 16-12-2015


Mayat tanpa kepala dipercayai Bernand Then ditemui

Posted on Tuesday, December 15 @ 20:20:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SHAH ALAM - Mayat tanpa kepala dipercayai milik tawanan rakyat Malaysia yang 

diculik, Bernard Then Ted Fen ditemui semalam di Pulau Jolo telah dihantar untuk 

pengecaman ke bandar Zamboanga. 



Menurut laporan sebuah portal, Aktivis Anti Penculikan Selatan Filipina, Prof Octavio 
Dinampo berkata, ujian DNA akan dijalankan bagi mengesahkan ia milik Then.


"Pihak berkuasa Filipina sedang bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Manila," 

katanya kepada The Star.



[ARTIKEL BERKAITAN: Proses ekstradisi penculik, bunuh dikemukakan]



Katanya, mayat itu dibawa ke rumah mayat di Zamboanga City di mana kepala dipercayai 

Then ditemui selepas dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 11 November lalu.



Dinampo berkata, pemimpin kumpulan bersenjata itu, Al Habsi Misaya turut menuntut 

10mi Peso untuk maklumat di mana mayat Then ditanam, bagaimanapun ia tidak dilayan 

pihak berkuasa Filipina.



Sebaliknya, pihak tentera negara itu dari Briged Infantri 50 menemui mayat itu di Sitio 

Lungon-Lungon di Parang di Pulau Jolo pada kira-kira 11 malam, Isnin.



Jurucakap Komander Tentera Minadanao Barat Filipina, Mejar Filemon Tan Jr berkata, 

mayat itu dalam proses mereput.



Sebelum ini dilaporkan kepala Then dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 4 petang, 11 November lalu.



Pihak tentera Filipina berkata, tindakan itu dilakukan selepas gagal mencapai persetujuan 

dalam tuntutan wang tebusan untuk membebaskannya.



Perunding Malaysia dengan bantuan pihak Filipina telah berusaha untuk membebaskan 

jurutera berusia 39 tahun itu dan pengurus restora Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 

50 yang diculik sejak 15 Mei lalu.



Nyuk Fun dibebaskan pada 8 November selepas wang tebusan RM3 juta dilunaskan.
Sumber TKO - 15-12-2015






























































































Pelakon Australia diburu bantu siasatan bawa lari anak

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang mengesan seorang pelakon wanita Australia
Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya Ashley
Crick di sini Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata wanita itu berjanji
untuk hadir ke balai polis untuk memberi keterangan semalam, namun sehingga hari ini
dia tidak hadir.

"Dalam masa terdekat ini, kami akan mencari dia untuk membantu siasatan. Jangan lari
atau bersembunyi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Kempen Pencegahan
Jenayah dan Derma Darah di sini Selasa.

Law yakin wanita tersebut masih berada dalam negara ini dan meminta Suruhanjaya
Tinggi Australia untuk turut membantu kes berkenaan.

Rabu lepas sebuah portal berita (The Malaysian Insider) memetik laporan The Sydney
Morning Herald mengenai Szonert yang ditemani dua lelaki pergi ke sebuah restoran di
sebuah pusat membeli-belah di sini untuk menemui Crick sebelum melarikan anak
lelakinya.

Laporan itu menyebut Szonert datang ke Malaysia bersama anaknya untuk tinggal
bersama Crick yang menetap dan bekerja di sini sebelum berlaku pertelingkahan antara
mereka.

Menurut laporan akhbar Australia itu, Szonert difahamkan masih gagal pulang ke
Australia bersama anak lelakinya kerana Crick dipercayai menyimpan pasport bekas
isterinya itu.

Crick turut membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada malam kejadian. -
Bernama

Sumber HD - 15-12-2015

Lance Corporal Slashed by Masked Men

polis-ditetak
BESUT: A 41-year-old Lance Corporal was seriously injured after he was slashed by two masked men armed with swords, here on Friday.

According to a source, the victim was attacked while he was visiting his friend’s house in Kampung Beris Lampu, in the 10.30pm incident.

BESUT 11 DECEMBER 2015. Lans Koperal Tengku Mohd Nafeery Tengku Ramli @ Tuan Arifin, 41, parah di kedua-dua belah tangan kiri, belakang badan, kepala dan kaki akibat ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bertopeng menggunakan pedang ketika sedang tidur di rumah rakannya di Kampung Beris Lampu, Besut. NSTP/ Email
The victim suffered serious injuries to his left wrist, arm, body and left leg.

He was at the sofa in the living room when the duo barged into the house and slashed him repeatedly, before fleeing the scene.

The victim, attached with the Kampung Raja police station, was sent by his friend to the
Besut Hospital and was later transferred to the Hospital Universiti Sains Malaysia in
Kubang Kerian for further treatment.

Meanwhile District police chief Superintendent Khalid Che Lah who confirmed the
incident said police are investigating the case under Section 326 of the Penal Code for
causing hurt.-NST

Sumber BO - 13-12-2015




Kes rogol di Malaysia berlaku setiap 35 minit

Posted on Saturday, December 12 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan
24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey.

Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita
Pulau Pinang (WCC), secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.
“Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia.

Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, pada 2013, jumlah
kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes,” katanya yang dipetik dari Bernama.
Soo Huey berkata, menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol
dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke
mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah. - FMT

Sumber TKO - 12-12-2015


Lobi disimbah cat, Hospital Damai lapor polis

Posted on Tuesday, December 08 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Pintu masuk Damai Services Hopital (Melawati) Sdn Bhd disimbah cat 

putih oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian awal pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia hospital terbabit,
Regina Sundram kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua lelaki yang menunggang motosikal dipercayai melemparkan dua bungkus cat putih di dua pintu masuk lobi dan pintu kecemasan
bangunan tersebut.

Menurut Regina, kejadian itu berlaku dengan pantas, tidak sampai seminit sebelum mereka melarikan diri.

“Melalui CCTV (kamera litar tertutup) hospital, tidak nampak dengan jelas nombor plat
motosikal terbabit,” katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Melawati oleh pengawal keselamatan hospital.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan diskriminasi yang didakwa berlaku
terhadap jururawat, Naziah Sauni Mamar yang diberhentikan oleh pihak hospital kerana
memakai baju lengan panjang dan tudung.  - SH

Sumber TKO - 8-12-2015


Malaysia Ranking Ke-8 Tertinggi Di Dunia Paling
Banyak Pelacur Berbanding Thailand

Posted on Tuesday, December 08 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



According to Denis Foynes, there are about three million people travelling every year on
sex tourism trips and the number isn’t getting any smaller.

1. Venezuela: 119 sex workers per 10,000 people



2. South Korea: 110 sex workers per 10,000 people



3. Peru: 102 sex workers per 10,000 people



4. Philippines: 85 sex workers per 10,000 people



5. Nigeria: 63 sex workers per 10,000 people



6. China: 60 sex workers per 10,000 people



7. Brazil: 53 sex workers per 10,000 people



8. Malaysia: 52 sex workers per 10,000 people



9. Germany: 49 sex workers per 10,000 people



10. Thailand: 45 sex workers per 10,000 people



Sumber TKO - 8-12-2015

Dua Rakyat Malaysia ditahan cuba berenang keluar
dari Singapura

Posted on Tuesday, December 08 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dua rakyat Malaysia yang masing-masing berumur 37 dan 39 tahun ditangkap, kerana cuba 

keluar dari Singapura dengan berenang ke Malaysia.

Mereka meletakkan beg sampah atas kepala untuk menyembunyikan diri, menurut Pihak 

Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan.

Kira-kira jam 4.40 pagi tadi, pegawai-pegawai di Pusat Pemeriksaan Woodlands ternampak
dua beg sampah hitam terapung dekat pantai di Tambak Johor.

Mengesyaki sesuatu, pegawai-pegawai itu melakukan pemeriksaan dan mengesan dua
orang sedang berenang berhampiran pantai menghala ke Malaysia.

Siasatan awal menunjukkan, dua pesalah imigresen itu telah tinggal melebihi tempoh di
Singapura.

ICA memandang serius cubaan tinggal melebihi tempoh, memasuki atau keluar dari
Singapura secara haram.

Di bawah Akta Imigresen (Bab 133), hukuman untuk tinggal melebihi had masa atau
masuk secara haram ialah penjara sehingga enam bulan serta minimum tiga sebatan,
sementara kesalahan kerana berlepas keluar secara haram adalah denda hingga S$2,000 (S$1=RM3), penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

- therakyatpost

Sumber TKO - 8-12-2015



Pencuri maut ditetak pemilik kedai

Posted on Monday, December 07 @ 17:32:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KEMAMAN - Cubaan dua lelaki memecah masuk kedai barang lusuh bukan sahaja gagal
malah membawa padah apabila salah seorang suspek mati ditetak pemilik kedai dalam
kejadian di Kampung Labohan, Kerteh, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dua suspek yang sedang mengumpil pintu premis itu dikejutkan dengan
kehadiran tuan punya kedai sebelum berlaku pergelutan.

Ketika bergelut, suspek yang berusia 36 tahun dan berasal dari Felda Kerteh 6, Bandar
Ketengah Jaya ditetak pemilik kedai di bahagian dada.

Suspek kemudiannya melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di atas
pembahagi jalan kira-kira 50 meter dari kedai.

Suspek yang merupakan seorang duda disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
manakala rakannya  berjaya melarikan diri. - SH

Sumber TKO - 7-12-2015


Rizalman ke kelab bogel sekadar dengar muzik??
Posted on Saturday, December 05 @ 07:37:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas atase pertahanan Muhammad Rizalman Ismail mengakui di Mahkamah Tinggi 

Wellington hari ini bahawa dia pergi ke kelab bogel sekadar menikmati muzik.
Rizalman, yang berkhidmat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebelum didakwa,
sedang menghadapi perbicaraan di New Zealand atas tuduhan serangan sumbang.

Menurut akhbar NZ Herald, pendakwa raya Grant Burston menyoal Rizalman sama ada
dirinya ada mengunjungi kelab bogel "Mermaids" di Wellington sebanyak dua kali kerana merasakan dia tertekan.
Rizalman: Ya.
Burston: Wanita-wanita itu menanggalkan pakaian mereka?
Rizalman: Hanya pakaian luar mereka.
Burston: Wanita itu bogel pada paras dada?
Rizalman: Ya.
Burston: Adakah awak berminat melihat wanita yang menarik itu di kelab bogel?
Rizalman: Tidak.
Burston: Mengapa awak pergi ke kelab bogel?
Rizalman: Untuk mendengar muzik dan melepaskan tekanan.

Mahkamah juga diberitahu ada insiden sebelum ini yang melibatkan Rizalman dan wanita.
Sambar bahu wanita

Menurut laporan itu, Rizalman mengaku membeli ganja di sebuah kedai di Wellington yang bernama Cosmic on Cuba pada 2 Mei tahun lalu, di mana beliau kemudian cuba memikat
dua pembantu kedai wanita muda.

Burston menyoal Rizalman sama ada dia menyapa kedua-dua wanita itu dan ingin tahu jika
mereka mempunyai teman lelaki dan mengajak seorang daripada wanita berkenaan keluar
minum. Dia menjawab, "mungkin".





Walau bagaimanapun, Rizalman berkata dia "tidak ingat" apabila ditanya sama ada beliau menyambar bahu seorang wanita muda itu apabila diberitahu supaya tidak mengganggu
mereka.

Beliau memberi jawapan yang sama ketika ditanya sama ada seorang pekerja lelaki
mengiringinya keluar dari kedai.

Menurut laporan itu, Rizalman juga mengaku menghisap ganja sintetik di Malaysia tetapi menafikan menggunakannya semasa berada di New Zealand.

Burston juga menekankan bahawa kejadian berasingan pada 8 Mei tahun lalu di mana dia
juga mengekori wanita lain.

Bagaimanapun, Rizalman menegaskan beliau hanya mahu bercakap dengan wanita itu
mengenai masalahnya.

Burston kata selepas perempuan itu menyembunyikan dirinya di kedai, Rizalman terus
merenung ke arahnya sebelum menuju ke keretanya.

Pendengaran ini bukan untuk menentukan sama ada Rizalman bersalah atau tidak kerana
dia sudah mengaku bersalah atas kesalahan serangan sumbang.

Dia bagaimanapun mempertikaikan sebahagian fakta-fakta kes dan pendengaran itu juga
bertujuan menentukan versi mana yang akan diterima oleh mahkamah.

Sumber TKO - 5-12-2015


‘Rambo Bentong’ dihukum gantung lagi
Posted on Friday, December 04 @ 13:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin
Satir atau lebih dikenali sebagai ‘Rambo Bentong' selepas didapati bersalah membunuh
kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, tiga tahun lalu.

Ini kali kedua Rabidin dijatuhi hukuman mati. Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi
Temerloh menjatuhi hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh
remaja berusia 17 tahun, Annie Kok Yin Cheng, pada 2009.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menjatuhi hukuman mati
selepas mendapati pembelaan tertuduh yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan,
Sabah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Rabidin, 45, didakwa membunuh mangsa yang berusia 31 tahun antara jam 3.50 pagi
hingga jam 4.30 pagi di JH2 Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong pada 3
November 2012.

Dia juga didakwa merompak dengan menggunakan senjata api, mendatangkan kecederaan
dan dua tuduhan merogol isteri mangsa pada tarikh dan di tempat yang sama.

Mariana memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan bagi
kesalahan merogol isteri mangsa, selain dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan bagi
kesalahan mengikut Seksyen 4A Akta Senjata Api.

Selain itu, Rabidin juga dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen
394 Kanun Keseksaan atas tuduhan merompak dan mencederakan isteri mangsa.

Mariana memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak selepas tertuduh
selesai menjalani hukuman penjara selama 133 tahun atas kesalahan merogol, seks luar tabii
dan cubaan membunuh anggota polis yang sedang dijalaninya sekarang.

Dalam penghakimannya, beliau menyifatkan pembelaan tertuduh yang mendakwa dirinya
dianiayai dan tidak mengenali mangsa serta tidak pernah masuk ke dalam kuarters Jabatan
Hutan itu sebagai sukar diterima.

"Fakta yang tidak dapat disangkal adalah penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) pada
cebisan sarung tangannya yang berada di rumah mangsa selain air maninya pada cadar katil
dan baju isteri mangsa," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa manakala tertuduh
diwakili peguam G. Sivakumar.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Tags: Annie Kok Yin Cheng, membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong,
Rabidin Satir, Rambo Bentong

Sumber TKO - 4-121-2015



Dua kanak-kanak mati disembelih ibu di Kedah

Posted on Tuesday, December 01 @ 21:01:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SUNGAI PETANI: Dua adik beradik berumur dua tahun empat bulan dan enam tahun 

ditemui mati, dipercayai disembelih ibu mereka sendiri di kediaman mereka di Taman Wira 
Indah, Sungai Petani, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada Selasa, kanak-kanak lelaki dan kakaknya itu
ditemui di dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah, lapor Berita Harian
Online.

Jurucakap polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian
menghubungi pihak polis.

“Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan
pemeriksaan ke atas mangsa,” katanya. - FMT

Sumber TKO - 1-12-2015

Polis Nafi Sahkan Kejadian Curah Minyak Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Posted on Tuesday, December 01 @ 16:56:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUANTAN: Polis hari ini menafikan terdapat kegiatan mencurah minyak ke atas jalan raya
di Kilometer 72 hingga 74 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebagaimana yang didakwa
pihak tertentu dalam laman sosial Facebook 'Kelab Info Trafik'.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata pihak polis juga
tidak mengesahkan insiden itu dan sehingga kini, polis tidak menerima sebarang aduan yang
khusus berkaitan perkara itu.

"Bagaimanapun, pihak polis akan memantau dan menjalankan siasatan ke atas perkara ini,
pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan perlahankan kenderaan
di laluan yang berselekoh," katanya kepada Bernama di sini.

Mohamad Mansor turut meminta para pengguna lebuh raya supaya mematuhi had laju yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan kenderaan hilang kawalan sekiranya dipandu laju
terutamanya semasa hari hujan.


- Bernama



Sumber TKO - 1-12-2015


Penganggur Mengaku Salah Rogol Adik Ipar 11 Tahun

Posted on Tuesday, December 01 @ 16:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SEREMBAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini, 

semalam atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun dan sembilan bulan ketika kejadian.
Lelaki terbabit didakwa berbuat demikian di sebuah kediaman di Kampung Bagan Pinang,
Port Dickson pada 1 September dan 23 November lalu.

Tertuduh berusia 34 tahun yang hadir memakai baju lokap warna ungu itu hanya
mengangguk tanda faham terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan, sebelum mengaku
bersalah.

Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara
minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun, selain boleh dikenakan sebat.

Sebelum ini, media melaporkan, selain merogol adik iparnya, tertuduh turut memaksa
isterinya yang juga OKU kategori lembam merakam perlakuan tersebut.

Difahamkan, rakaman berkenaan kemudian dimuatkan dalam video cakera padat (VCD) dan
dijual kepada beberapa rakan.

Bagaimanapun, perbuatan jijiknya itu akhirnya terbongkar dan diketahui bapa mangsa apabila
rakaman tersebut tersebar menerusi aplikasi whatsapp.

Hakim N Kanageswari kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Disember depan
bagi menunggu fakta penghukuman.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Noora Nisa Ngadirin manakala tertuduh
tidak diwakili peguam semasa prosiding dijalankan.

Sumber TKO - 1-12-2015


Slain Malaysian Prosecutor Tied to Najib Probe

morais
The brother of a Malaysian deputy public prosecutor whose body was found in a cement-
filled oil drum that had been dumped in a river has issued a sworn declaration that the
victim, Anthony Kevin Morais, was investigating corruption involving Prime Minister
Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor when he disappeared.

Morais apparently had been strangled although that is uncertain since his body was
cremated before his brother, Charles Suresh Morais, an Atlanta, Georgia businessman,
could order a second autopsy. The story involves an astonishing series of twists and turns, including possible links to the 2013 murder of a prominent banker in a Kuala Lumpur
temple parking lot.

berthelsen-morais-112615-2

Morais’s body disappeared from a Kuala Lumpur hospital mortuary despite pleas by the brother, Charles, for a second autopsy. The body was claimed and cremated over Charles’ objections by another brother, Richard, who has been in constant trouble with the law and
who figured in the 2013 murder of the late Arab Malaysian Bank founder Hussain Najadi.
The bank is now known as AmBank.

Car rammed, prosecutor abducted

Surveillance footage from a CCTV camera the day the 55-year-old Kevin Morais
disappeared showed his car being followed and rammed by another. He was reportedly abducted after the collision and was never seen alive again. One of the seven suspects
arrested after the footage identified the car in the collision led investigators to a suburb
near Kuala Lumpur where Morais’s body, encased in the oil drum, had been rolled into a
river.

Morais had been seconded from the Justice Ministry to the Malaysian Anti-Corruption Commission, which was looking into financial irregularities involving the troubled
1Malaysia Development Bhd. state-backed investment fund and other issues.

In July, Najib fired the attorney general, Abdul Gani Patail, one of a dramatic series of
events that included forcing out the Deputy Prime Minister, Muhyiddin Yassin,
transferring the deputy head of the police special branch intelligence division, neutralizing
a special parliamentary committee seeking answers over corruption, questioning seven
members of the Malaysian Anti-Corruption Commission over leaks about the case,
sending the head of the MACC “on vacation” and threatening any and all critics with
sedition charges.

Today, a source said, the commission investigators are terrified and believe they are in
danger, followed by Special Branch police, over suspicions they had leaked details of the investigation to Clare Rewcastle Brown, the editor of the UK-based Sarawak Report,
which has been deeply involved in investigating the 1MDB case and broken most of the important stories. The leaker, Charles Morais said, may have been his dead brother
because anonymous emails to Rewcastle Brown were signed by “jibby@anonymousspeech.com.” “ Jibby,” Charles Morais said was a nickname for a
Morais family friend. However, it is also a derisory nickname used by many for Najib
himself.

berthelsen-morais-112615-1 (1)

Mohd Apandi Ali, the attorney general picked to replace Gani Patail by Najib – who is
also a lawyer connected to the United Malays National Organization, which Najib heads,
had previously dismissed the alleged draft charge sheet as false. The office denied Kevin
Morais was working on the Najib case, which appears to have disappeared.

Although prosecutors said the mastermind was actually a military doctor who had been prosecuted by Morais recently in a graft case, Charles Morais called for the case to be
revisited.

A thumb drive of evidence

In a press conference in Kuala Lumpur on Nov. 26, Charles Morais, who had flown back
to Malaysia from the US, said he had received a mobile USB storage device from his
brother shortly before his death, dealing with investigations he was looking into, as well
as an alleged draft charge sheet against the prime minister which was released by Sarawak Report and carried the initials of his brother. Morais said that when he saw the alleged
draft charge sheet, he recognized his brother’s initials.

To a police demand that he turn over the USB device for investigation, Charles Morais
said the device is in safekeeping in Atlanta, and that he didn’t trust the police enough to
give it to them.

“Two to three months before Kevin’s demise, he told me that he was working on a case involving the prime minister and his wife,” Charles Morais said in the sworn document.
“He said the prime minister was a terrible guy but that his wife was worse. He actually
used the words kolata ala. (Eds: These were Malayalam (a Dravidian dialect spoken in the Indian state of Kerala) and translated into English meaning ‘a person up to no good’. He
told me his phone might be tapped and to be careful what I said. That is why half of our conversations were usually in Malayalam.” -Asia Sentinel

Read the statutory declaration of Charles Morais here.

Sumber BO - 28-11-2015


Menantu PM buat laporan polis, dakwa kenyataan SakMongkol AK47 berunsur fitnah
Posted on Saturday, November 28 @ 05:42:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Menantu kepada perdana menteri, Daniyar Kesikbayev hari ini membuat laporan polis mendakwa tulisan Anggota Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff 

Sabri Abdul Aziz melalui blognya 'SakMongkol AK47' mengandungi kenyataan palsu, fitnah dan merosakkan reputasinya.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 

pukul 4.30 petang oleh peguamnya Noorhajran Mohd Noor.

Sebelum ini, Daniyar menuntut permohonan maaf daripada anggota DAP itu berkaitan kandungan artikel tersebut.

Artikel tersebut bertajuk 'Faulty Reward System And Changeable Governments' 

mendakwa satu projek besar tanpa melalui proses tender telah diberikan kepada 
Daniyar sebagai menantu perdana menteri pada 24 Nov lepas.

"Anak guam saya sebagai warga negara luar amat menyesali tindakan serta fitnah yang

telah dibuat terhadapnya," kata Noorhajran.

"Ia juga satu perbuatan tidak sihat untuk masa depan negara di mana sesiapa sahaja 

dengan sikap tidak bertanggungjawab dapat memburukkan serta memfitnah seseorang dengan senangnya," katanya dalam satu kenyataan.

Noorhajran berkata anak guamnya mencabar supaya Mohd Ariff Sabri mengemukakan bukti dakwaannya serta menyatakan di mana beliau memperoleh maklumat itu.

"Mohd Ariff Sabri bukan sahaja memfitnah anak guam saya tetapi telah memfitnah 
perdana menteri dalam penulisan blognya," katanya. 

Sumber TKO - 28-11-2015



Kes Bunuh Kerani Sekolah: Jiran Ditahan Dipercayai Terlibat

Posted on Sunday, November 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PIHAK polis menahan seorang lagi suspek lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, Isnin lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat, suspek berkenaan adalah jiran mangsa yang ditahan pada pukul 6 petang semalam.

“Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.

Jelas Kamarul, suspek berkenaan ditahan kerana gagal memberi keterangan memuaskan kepada polis semasa siasatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis amphetamine dan turut mempunyai dua rekod jenayah lampau, membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah,” katanya.

Terdahulu, pihak polis menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan, selepas beberapa jam mayat mangsa ditemui.

Pada Khamis, polis Johor turut mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman Facebook, susulan gambar kes pembunuhan itu tersebar menjadi viral.

Mayat mangsa, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, dilaporkan dibunuh dalam keadaan menyayat hati dengan kesan jerutan di leher, di depan pintu bilik utama rumahnya.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas mengesyaki sesuatu yang aneh kerana enjin kereta mangsa tidak ditutup selama empat jam, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka. – MYNEWSHUB.CC


.......

JOHOR BAHARU, 17 November:
Polis menahan enam lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dan rompakan seorang kerani sekolah agama di Sungai Terap di Muar semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata kesemua warga asing yang berasal dari Nepal berusia antara 25 dan 43 tahun itu ditahan polis di kawasan pembinaan berhampiran Sungai Terap pada hari yang sama.

“Kesemua suspek ditahan dalam satu operasi, susulan penemuan mayat kerani sekolah agama yang berusia 29 tahun di rumahnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar hari ini.

Semalam, Nurul Shahira Mohamed Yatim ditemui di kediamannya dalam keadaan separuh bogel di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Muar oleh sepasukan polis setelah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima satu panggilan kecemasan pada jam 6.12 pagi.

Ibu kepada seorang bayi lelaki 11 bulan itu dipercayai telah dirompak sebelum dirogol dan dibunuh.

Polis percaya kejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang hingga 6 petang di kediaman mangsa.

Ketika pasukan Polis tiba ke rumah mangsa, polis mendapati enjin kereta Honda Civic milik mangsa masih belum dimatikan dengan pintu kereta di bahagian pemandu dan pintu kediamannya terbuka.

Siasatan awal mendapati mangsa dicekik dengan kain pengikat langsir melalui penemuan kesan darah dan set kunci yang ditemui dekat dengan mangsa.

Bagaimanapun, barang peribadi mangsa seperti beg tangan, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri didapati hilang.

Pasukan forensik polis dan juga unit anjing pengesan (K-9) diarahkan ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.


Menurut Azman, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan mengambil keterangan jiran mangsa.

Dumber TKO - 22-11-2015


Penuntut IPTA Sanggup Reka Cerita ‘Terjumpa’ Bayi Sendiri

Posted on Sunday, November 22 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



HELAH seorang penuntut universiti awam yang menyembunyikan kelahiran bayinya daripada keluarga dengan mereka cerita kononnya terjumpa seorang bayi akhirnya terbongkar jua.

Wanita itu akhirnya mengaku bayi tersebut anaknya yang dilahirkan di Felda Jengka 3, Maran, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dia memberitahu ibunya bayi tersebut ditemui di hadapan rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi berkata, siasatan awal mendapati penuntut berkenaan sebenarnya sengaja mereka cerita palsu kerana takut perkara sebenar diketahui keluarganya.

“Suspek sengaja membuat cerita palsu memberitahu kononnya dia menemui bayi berkenaan di atas meja di depan rumahnya ketika mahu menyidai pakaian sebelum dia menghubungi ibunya memaklumkan kejadian,” katanya.

Bayi perempuan yang ditemui cukup sifat dan masih bertali pusat itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Harian Metro

Sumber TKO - 11-11-2015






Kes Bunuh Kerani Sekolah: Jiran Ditahan Dipercayai Terlibat
osted on Sunday, November 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PIHAK polis menahan seorang lagi suspek lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, Isnin lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat, suspek berkenaan adalah jiran mangsa yang ditahan pada pukul 6 petang semalam.
“Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.
Jelas Kamarul, suspek berkenaan ditahan kerana gagal memberi keterangan memuaskan kepada polis semasa siasatan.
“Hasil ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis amphetamine dan turut mempunyai dua rekod jenayah lampau, membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah,” katanya.
Terdahulu, pihak polis menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan, selepas beberapa jam mayat mangsa ditemui.
Pada Khamis, polis Johor turut mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman Facebook, susulan gambar kes pembunuhan itu tersebar menjadi viral.
Mayat mangsa, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, dilaporkan dibunuh dalam keadaan menyayat hati dengan kesan jerutan di leher, di depan pintu bilik utama rumahnya.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas mengesyaki sesuatu yang aneh kerana enjin kereta mangsa tidak ditutup selama empat jam, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka. – MYNEWSHUB.CC


.......

JOHOR BAHARU, 17 November:

Polis menahan enam lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dan rompakan seorang kerani sekolah agama di Sungai Terap di Muar semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata kesemua warga asing yang berasal dari Nepal berusia antara 25 dan 43 tahun itu ditahan polis di kawasan pembinaan berhampiran Sungai Terap pada hari yang sama.

“Kesemua suspek ditahan dalam satu operasi, susulan penemuan mayat kerani sekolah agama yang berusia 29 tahun di rumahnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar hari ini.

Semalam, Nurul Shahira Mohamed Yatim ditemui di kediamannya dalam keadaan separuh bogel di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Muar oleh sepasukan polis setelah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima satu panggilan kecemasan pada jam 6.12 pagi.

Ibu kepada seorang bayi lelaki 11 bulan itu dipercayai telah dirompak sebelum dirogol dan dibunuh.

Polis percaya kejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang hingga 6 petang di kediaman mangsa.

Ketika pasukan Polis tiba ke rumah mangsa, polis mendapati enjin kereta Honda Civic milik mangsa masih belum dimatikan dengan pintu kereta di bahagian pemandu dan pintu kediamannya terbuka.

Siasatan awal mendapati mangsa dicekik dengan kain pengikat langsir melalui penemuan kesan darah dan set kunci yang ditemui dekat dengan mangsa.

Bagaimanapun, barang peribadi mangsa seperti beg tangan, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri didapati hilang.

Pasukan forensik polis dan juga unit anjing pengesan (K-9) diarahkan ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.


Menurut Azman, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan mengambil keterangan jiran mangsa.

Sumber TKO - 22-11- 2014



Gadis Ditemui Mati Di Cheras Didera Dalam Tempoh Lama

Posted on Sunday, November 22 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat kes gadis yang ditemui mati di sebuah 
pangsapuri di Cheras Utama, Cheras petang semalam mendapati mangsa telah didera 
dalam tempoh yang lama.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata terdapat banyak kesan b
engkak teruk pada muka dan seluruh badan mangsa serta luka yang disyaki kesan
seterika panas di kedua-dua betisnya.

"Sementara itu, bekas teman lelaki mangsa yang ditahan semalam akan direman
selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Nov bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan lanjut, polis mendapati bekas teman lelaki mangsa yang tidak
mempunyai pekerjaan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,"
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Polis menemui mayat gadis berusia 19 tahun itu kira-kira pukul 5.10 petang pada
Jumaat setelah menerima maklumat.

Difahamkan, mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun telah keluar dari rumah tersebut pada Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.

Siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan cedera teruk.

Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu.

Sehubungan itu, polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita bagi membantu
siasatan berhubung kes berkenaan. --Bernama

Sumber TKO - 22-11-2015

Polis terus jejaki yang bersekongkol kes culik Sabah















































































































BERNAMA | .


KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengesan 'musuh
dalam selimut' yang bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan untuk
melakukan jenayah di Sabah termasuk penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka dalam usaha memastikan keamanan terjamin di Sabah khususnya
di kawasan pantai timur negeri ini.
  
"Jika ada musuh dalam selimut, sampai bila pun pantai timur tidak akan aman. Tanggungjawab kami (ialah) kenal pasti musuh-musuh dalam selimut ini dan kita akan ambil tindakan. Kita tidak akan biarkan mereka terus menjadi musuh dalam selimut,
duri dalam daging.
  
"Kalau mereka ingin tinggal di Sabah, ingin hidup dalam keadaan aman damai, mereka
perlu setia kepada negara ini. Mereka perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam kita memastikan seluruh nenara kita aman damai dan semua orang boleh hidup sejahtera," katanya.
  
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 155 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Cawangan Khas yang bertugas semasa insiden pencerobohan pengganas di Tanduo, Lahad Datu, di pantai
timur Sabah, di sini.
   
Pingat berkenaan seabgai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan mereka bertugas semasa insiden itu.
  
Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
  
Khalid juga meminta semua angggota masyarakat kususnya di kawasan pantai timur
Sabah supaya memberi kerjasama kepada anggota pasukan keselamatan di kawasan berkenaan dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan bagi membolehkan tindakan segera diambil.
  
Katanya kumpulan pengganas dan pejenayah akan terus mencari peluang untuk
melakukan aktiviti serta sokongan dan kerjasama daripada seluruh masyarakat amatlah
diperlukan.
  
"Jadi, saya menyeru masyarakat Sabah khususnya di pantai timur supaya sentiasa
memberi kerjasama kepada pihak PDRM dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai
Timur Sabah (ESSCOm) dengan memberi maklumat dan mengambil tanggungjawab
untuk bersama-sama memastikan pantai timur Sabah itu sentiasa aman, sejahtera dan selamat untuk semua.
  
"Kerana kita semua tahu, jika kawasan itu tidak selamat, sentiasa bergolak, segala
kerja harian masyarakat akan terjejas, termasuk aktiviti perniagaan, pelancongan dan segala-galanya," katanya.
  
Mengenai ancaman penculikan dari selatan Filipina, Khalid berkata kumpulan
penjenayah berkenaan akan terus cuba melakukan aktiviti itu kerana mereka sudah menjadikan kegiatan itu sebagai sumber pendapatan utama.
  
Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia telah mematahkan sekurang-kurangnya lapan
cubaan kumpulan berkenaan untuk mereka masuk ke kawasan pantai timur Sabah untuk
melakukan jenayah termasuk  penculikan, katanya.
  
"Kita tahu itu, mereka sentiasa cuba dan mencuba. Sudah semestinya di sebelah kita,
kita mesti sentiasa berjaga-jaga, meningkatkan di mana yang kita rasa ada kelemahan...dengan itu pihak PDRM dan ESSCOm sentiasa berbincang dan
meningkatkan lagi kehadiran kita dan kesiap siagaan kita di sepanjang
perairan Sabah.
  
"Memang kawasan itu lemah dan bergolak. Insya-Allah, kita akan buat yang terbaik
untuk memastikan pantai timur Sabah selamat untuk semua," katanya. -BERNAMA

Sumber HD - 19-11-2015


Jawi Buru 'Ustaz Kasanova'
Posted on Wednesday, November 18 @ 20:45:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang 
mengesan seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang ustaz kerana menipu 13 
wanita melalui perkahwinan dan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Razis Ismail yang juga dikenali sebagai Ustaz Kasanova selepas dia gagal hadir ke jabatan itu untuk melanjutkan jaminannya.

"Kesalahan yang dilakukan oleh suspek ialah berkahwin tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

"Kebanyakan daripada perkahwinan dan perceraiannya tidak didaftarkan di bawah 
undang-undang Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Paimuzi berkata modus operandi suspek adalah dengan memperlihatkan dirinya 
sebagai seorang guru agama untuk menipu mangsa.

"Dia mendakwa masih bujang dan dikenali sebagai Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan 
Ibnu Ar Razi. Beliau menyasarkan pelajar wanita di institusi pengajian tinggi atau 
janda yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di 011-32961821 atau bahagian 
penguatkuasaan Jawi di talian bebas tol 1-800-88-1771.
Sumber TKO - 18-11-2015

Terengganu police arrest 10 men in connection with murder of former assemblyman

rosli ketua polis terengganu
KUALA TERENGGANU: Police have arrested 10 men to facilitate the investigation
into the murder of former Alor Limbat assemblyman Alias Abdullah in October and the shooting case involving a man in Jalan Hiliran, Pulau Kambing, last August.

Terengganu police chief Datuk Rosli Ab Rahman said the 10 suspects, aged between 21 and 44, were picked up in several raids here and in Marang.

“We have also detained several other individuals believed to be involved in the shooting case involving a 28-year-old man in Jalan Hiliran, Pulau Kambing, here on Aug 27,” he said in a statement here today.

He said the remand order on all the suspects had also been extended until Nov 18 and 19 to facilitate further investigations.

Alias, 51, was shot dead at close range upon returning home from Friday prayers at kampung Alor Limbat, Bukit Payong,Marang at Oct. 9th.

Sumber BO - 14-11-2015 



















































































































Tukang masak mengaku tak bersalah bunuh penuntut UiTM

Posted on Friday, November 13 @ 07:15:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



TAIPING: Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi kerana membunuh seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), 
Nor Syuhada Johari pada 2 Februari lalu.
Syarafi Abu, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan. 


Dia dituduh melakukan perbuatan itu terhadap penuntut berusia 20 tahun berkenaan di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, jam 11.55 pagi. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 


Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Mac dan 17 dan 18 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes. 


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karem dan Mohd Amril Johari, manakala Syarafi diwakili peguam, Datuk Naran Singh. 


Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh suspek 

yang juga tinggal sekampung ketika kedua-dua mereka menaiki kereta PROTON 

Perdana menghala arah selatan, pada hari kejadian.



Sumber TKO - 13-11-2015

Ibu maut cuba leraikan pergaduhan adik-beradik
Posted on Wednesday, November 11 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



CHERAS - Seorang ibu, warga emas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan dua 
beradik namun akhirnya menjadi mangsa korban.

Kejadian berlaku di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri Cheras kira-kira jam 3 petang, tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata,
mangsa seorang warga emas berusia 63 tahun dikenali sebagai Wan Yah Wan Mat,
berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

“Berdasarkan maklumat awal, berlakunya limpahan air yang keluar dari pintu utama
rumah berkenaan.

“Pintu yang berkunci memaksa anggota bomba bertindak memecahkan pintu tersebut
dan terdapat tiga individu termasuk mangsa yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri
di ruang tamu,” katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan ke atas mangsa, terdapat kesan lebam pada kedua
belah mata dan mulut.

“Manakala bibir, mulut serta belakang kepala mangsa terdapat kesan bengkak. Ekoran kejadian itu, polis menahan dua suspek yang juga adik-beradik dan anak kepada mangsa.
“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masih menuntut di universiti. Kes disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur,
Azizan Ismail berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak  menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang mengatakan berlakunya cubaan membunuh diri.

Katanya, berdasarkan laporan awal yang diterima, pintu rumah berkunci dan cubaan anggota berinteraksi dengan mangsa bagaimanapun tidak berjawab.

“Anggota kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan terdapat tiga individu termasuk mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri berada di lantai ruang tamu.

“Anak lelaki mangsa, juga ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi di ruang tamu. Manakala anak perempuan mangsa berusia lingkungan 20 tahun berada di dalam bilik,” katanya.

Menurut Azizan, mangsa, yang juga ibu kepada adik-beradik itu disahkan meninggal 
dunia - SH
Sumber TKO - 10-11-2015

Suspek siar maklumat palsu culik, bunuh di Fb ditahan

BERNAMA | .


KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh
dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, di restoran Kuta Bistro Waterfront, malam
tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra dalam kenyataan hari ini
berkata suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan
kira-kira pukul 8.45 malam.
  
Beliau berkata pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan
LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa
barang yang berkaitan.
  
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  
Semalam, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lepas.
  
Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima
dan satu mayat di Sembulan. - Bernama

Sumber HD - 7-11-2015



Kes bunuh Tapah: Empat sekeluarga direman semula selama tujuh hari

Posted on Friday, November 06 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Empat sekeluarga ditahan reman semula selama tujuh hari bagi kes pembunuhan lain
yang membabitkan salah seorang daripada empat individu di kawasan bengkel
kenderaan di Jalan Pahang, di sini.

Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak yang bermula hari
ini dan berakhir 12 Nov.

Kesemua suspek direman semula bagi kes pembunuhan seorang lelaki berumur 54 tahun
bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan, dilapor hilang pada 15 Jun 2014.

Sebelum ini, empat sekeluarga yang terdiri daripada suami, 57, isteri, 54, serta dua anak lelaki yang masing-masing berumur 20 dan 17 ditahan reman selama empat hari
bermula 27 Okt dan berakhir 30 Okt lepas.

Reman disambung semula selama empat hari serta berakhir semalam untuk siasatan
lanjut bagi kes bunuh membabitkan seorang pekebun dan ejen hartanah, Jasbeer Singh,
46.

Terdahulu, keempat-empat suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap diiringi beberapa anggota polis pada pukul 8.10 pagi.

Bagaimanapun 45 minit kemudian, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk tangkapan semula bagi kes bunuh di Tapah sebelum kembali ke mahkamah pada pukul 9.45 pagi.

Perkarangan luar mahkamah dipenuhi orang awam yang mahu melihat wajah empat sekeluarga itu termasuk seorang anak lelaki suspek yang merupakan Orang Kurang
Upaya (OKU).

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Mahkamah Majistret Tapah turut memerintahkan dua anak perempuan
suspek diletak di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Perintah itu dikeluarkan selepas membenarkan permohonan JKM bagi melindungi dan menempatkan anak suspek yang berusia 11 tahun di JKM Kuala Kangsar dan 23 tahun
di JKM Ipoh.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan keempat-empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari, susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen
hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas. - Astro

Sumber TKO - 5-11-2015


Dijel 9 Bulan Miliki Gambar Bendera Kumpulan IS

Posted on Thursday, November 05 @ 03:05:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Seorang bakal pengantin menerima padah apabila dihukum 

penjara selama sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas telefon bimbitnya didapati mengandungi gambar bendera kumpulan pengganas Islamic State 
(IS).

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh,
Azlee Md. Salles, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Azlee yang merupakan pemilik sebuah syarikat hiasan dalaman
di Perlis itu didakwa memiliki telefon bimbit yang mengan­dungi gambar bendera
kumpulan pengganas IS di sebuah rumah di Taman Ira, Kangar, Perlis pada pukul 8.30
pagi, 19 Ogos lalu.

- Kosmo

Sumber TKO - 5-11-2015



Kes bunuh Tapah: Polis temui gigi dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa

Posted on Wednesday, November 04 @ 22:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

TAPAH: Polis menemui gigi, serpihan tulang, kasut dan pakaian dipercayai milik mangsa bunuh di sekitar kawasan rumah suspek di Jalan Pahang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri ACP Goh Kok Liang berkata kesemua barangan tersebut dihantar ke Hospital Raja
Permaisuri Bainun dan Jabatan Kimia untuk tujuan post-mortem
dan analisis DNA, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati polis membawa keluar barangan yang ditemui pada kira-kira 5.30 petang dari kawasan rumah suspek.

Goh berkata sehingga petang ini, tiada laporan mengenai mangsa lain yang dibunuh atau sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Isnin lepas polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 65 kilometer dari sini minggu lepas.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Okt lepas.

Mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini. - Astro

Sumber TKO - 4-11 - 2015


Suami maut kelar diri, selepas tikam isteri

Posted on Wednesday, November 04 @ 19:18:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang wanita parah, selepas menjadi mangsa amukan suaminya dalam kejadian di Kampung Gong Beris, Marang, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah 
berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit 
bertindak menikam belakang isterinya.

Beliau berkata, selepas menyerang isterinya, Mohd Dzulkifli Ismail yang bekerja 
sebagai buruh kontrak, bertindak mengelar leher sendiri menggunakan pisaunya.

“Kira-kira pukul 7.30 pagi, kita telah menerima panggilan berhubung kes itu, sebaik 
tiba di lokasi kejadian, kita dapati mayat seorang lelaki terbaring di tepi rumah 
bersama sebilah pisau.

“Pemeriksaan awal ke atas mayat tersebut kita dapati, terdapat dua kesan kelar 
pada lehernya,” katanya kepada pemberita hari ini.Menurut beliau, hasil siasatan 
awal mendapati, sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar bunyi kecoh dan 
perempuan menjerit dari rumah mangsa dan mendapati pasangan itu sedang bergelut, 
dengan suaminya mengejar isterinya dengan sebilah pisau panjang.

Katanya, jiran mangsa terus menjerit dan lelaki berkenaan terus melarikan diri ke 
dalam rumah, manakala isterinya menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan besar.

Wan Abdul Aziz berkata, isterinya, Sofia Talaha, 26, dijumpai orang awam 
kira-kira 200 meter dari rumahnya, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Isteri mangsa sempat bercerita kepada pihak hospital, selepas subuh tadi, dia telah 
didatangi suaminya dalam keadaan tertekan dan terus menikam belakangnya sebelum 
berlaku pergelutan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada 
bahagian belakang badan serta luka di pipi kiri serta kedua-dua tanganya.

Beliau berkata, wanita berkenaan kini dirawat di unit rawatan rapi dan dilaporkan kritikal.
Menurut Wan Abdul Aziz, pihaknya telah merampas pisau kira-kira 30 sentimeter 
untuk siasatan lanjut dan menunggu isterinya sedar untuk siasatan seterusnya.


Katanya, polis juga masih menyiasat motif utama kejadian yang menyebabkan 
suaminya bertindak agresif dan menyerang isteri sendiri, sebelum mengelar dirinya.

Sumber TKO - 4-11-2015


























































































































Ditangkap kerana bunuh, bakar beberapa mangsa

Posted on Tuesday, November 03 @ 12:07:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


IPOH - Polis berjaya menyelesaikan misteri kehilangan empat individu sejak 2012 
dengan menahan empat sekeluarga dalam serbuan di sebuah bengkel di Tapah, Isnin 
minggu lalu.

Empat mangsa termasuk seorang wanita itu dibunuh kejam sejak sekian lama.

Suspek berusia 57 tahun merupakan seorang mekanik menjadi dalang pembunuhan
bersiri empat mangsa dipercayai dibantu oleh anak lelakinya berusia 20 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, mangsa yang terlibat adalah
seorang lelaki yang bekerja sebagai broker tanah dan pekebun berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang pada 25 Ogos lalu di Chenderiang.

"Hasil siasatan terdapat laporan orang hilang itu, tangkapan terhadap kedua-dua suspek bersama isterinya berusia 54 tahun dan anak lelakinya berusia 17 tahun dibuat kira-kira jam 1.30 petang.

"Maklumat mendedahkan mangsa telah dibunuh dan dibakar di kawasan bengkel suspek.

Abu dan sisa pembakaran telah dibuang dalam sungai yang berhampiran manakala, motosikal mangsa telah ditinggalkan di tepi Jalan Tapah - Cameron Highland," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek turut mendedahkan tiga lagi mangsa yang dilaporkan hilang di Tapah dipercayai dibunuh dengan modus operandi yang sama.

"Mangsa yang terlibat adalah seorang wanita berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pengusaha bas persiaran yang dilaporkan hilang pada 1 Mac 2014. Seorang lelaki berusia 54 tahun yang bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan turut dilaporkan hilang pada 15
Jun 2014.

"Pekerja suspek membabitkan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai menjadi
mangsa kekejaman suspek berikutan turut dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada
30 Oktober 2012," katanya.

Hasnan berkata, sebuah pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Negeri, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang ditubuhkan bagi menjalankan
siasatan lanjut.

Katanya, motif pembunuhan adalah membabitkan hutang, gagal urusan penjualan tanah
serta masalah pekerja mencuri hak milik majikan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

"Pihak forensik PDRM dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah menjalankan siasatan di tempat kejadian selama dua hari sekitar Tapah pada Jumaat lalu.

"Beberapa sampel tulang telah dijumpai dan dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.
Proses mengenalpasti ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sedang diusahakan," katanya.

Jelasnya lagi, keempat-empat suspek kini disambung reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Pihaknya tidak menafikan kemungkinan ada mangsa lain yang terlibat dalam kejadian itu.
"Suspek utama mempunyai tujuh rekod lampau dalam kejadian pecah rumah, tipu, curi
dan pecah amanah.

"PDRM memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini
diminta tampil bagi melicinkan siasatan," katanya. - SInar Harian

Sumber TKO - 3-11-2015



























































































































Kematian Azlan, Suaram gesa siasatan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini menggesa agar Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas atas kematian tahanan Syed Mohamed Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November tahun lepas.

Penyelaras Projek Suaram, Tarmizi Anuwar ketika menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, kematian dalam tahanan merupakan satu perkara yang serius.

"Kami berharap tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum ini mendapat perhatian serius oleh KPN.

"Salah laku polis terhadap tahanan sehingga mengakibatkan kematian merupakan perkara yang serius kerana polis merupakan sebuah institusi yang mempunyai kuasa besar dalam menangkap dan menangani jenayah di negara ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Menurut beliau, adalah membimbangkan dan tidak berintergriti apabila pihak polis sendiri melakukan keganasan dan salah laku dengan memukul sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan berlakunya kematian.

"Kenyataan Ketua Polis Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan bercanggah dengan laporan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang mana Hasnan berkata kematian Azlan adalah secara mengejut akibat sesak nafas.

"Sedangkan EAIC menyatakan Azlan secara jelas ditumbuk, disepak dan diterajang di badan serta terdapat 61 kesan kecederaan termasuk luka, lebam dan calar pada tubuh mangsa termasuk muka, badan dan kedua-dua belah kaki," katanya lagi.

Tambah beliau, tindakan kenyataan bercanggah ini menunjukkan pihak polis seolah-olah cuba untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.

Azlan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan  ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar, beliau ketika itu sedang dibawa dari Balai Polis Sungai Rengit ke IPD Kota Tinggi, anggota polis yang mengiringinya mendapati Azlan berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya serta tidak memberi sebarang tindak balas apabila dipanggil.

Memorandum tersebut telah diterima Deputi Superintendan Suniljit Singh di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi mewakili KPN.

Antara tuntutan Suaram adalah
1. Membawa anggota polis yang terlibat dalam kematian Syed Mohamed Azlan ke muka pengadilan dalam tempoh satu bulan.

2. Datuk Hasnan Hassan (Ketua Siasatan Jenayah Johor) digantung dan disiasat ke muka pengadilan kerana cubaan melakukan dan memalsukan maklumat sebenar kematian Syed Mohamed Azlan dengan mengatakan si mati mati secara mengejut.

3. Mestilah bertanggungjawab penuh terhadap kejadian dan kematian si mati.

4. Melaksanakan saranan EAIC iaitu sekiranya berlaku kecederaan fizikal pada suspek semasa penangkapan, maka suspek perlulah dirujuk atau dihantar ke Pegawai Perubatan Kerajaan bagi memastikan tahap keseriusan kecederaan serta status kesihatan suspek tersebut.

5. Dan melekatkan beban bukti ke atas pihak yang mempunyai jagaan dan kawalan ke atas orang tahanan sebagai bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian orang tahanan sehingga dibuktikan sebaliknya.

6. Menubuh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang fokus memantau perjalanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). –
HARAKAHDAILY 4/11/2015

Dumber HD - 4-22-3025

Kematian Azlan, Suaram gesa siasatan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini menggesa agar Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas atas kematian tahanan Syed Mohamed Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November tahun lepas.

Penyelaras Projek Suaram, Tarmizi Anuwar ketika menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, kematian dalam tahanan merupakan satu perkara yang serius.

"Kami berharap tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum ini mendapat perhatian serius oleh KPN.

"Salah laku polis terhadap tahanan sehingga mengakibatkan kematian merupakan perkara yang serius kerana polis merupakan sebuah institusi yang mempunyai kuasa besar dalam menangkap dan menangani jenayah di negara ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Menurut beliau, adalah membimbangkan dan tidak berintergriti apabila pihak polis sendiri melakukan keganasan dan salah laku dengan memukul sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan berlakunya kematian.

"Kenyataan Ketua Polis Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan bercanggah dengan laporan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang mana Hasnan berkata kematian Azlan adalah secara mengejut akibat sesak nafas.

"Sedangkan EAIC menyatakan Azlan secara jelas ditumbuk, disepak dan diterajang di badan serta terdapat 61 kesan kecederaan termasuk luka, lebam dan calar pada tubuh mangsa termasuk muka, badan dan kedua-dua belah kaki," katanya lagi.

Tambah beliau, tindakan kenyataan bercanggah ini menunjukkan pihak polis seolah-olah cuba untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.

Azlan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan  ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar, beliau ketika itu sedang dibawa dari Balai Polis Sungai Rengit ke IPD Kota Tinggi, anggota polis yang mengiringinya mendapati Azlan berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya serta tidak memberi sebarang tindak balas apabila dipanggil.

Memorandum tersebut telah diterima Deputi Superintendan Suniljit Singh di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi mewakili KPN.

Antara tuntutan Suaram adalah
1. Membawa anggota polis yang terlibat dalam kematian Syed Mohamed Azlan ke muka pengadilan dalam tempoh satu bulan.

2. Datuk Hasnan Hassan (Ketua Siasatan Jenayah Johor) digantung dan disiasat ke muka pengadilan kerana cubaan melakukan dan memalsukan maklumat sebenar kematian Syed Mohamed Azlan dengan mengatakan si mati mati secara mengejut.

3. Mestilah bertanggungjawab penuh terhadap kejadian dan kematian si mati.

4. Melaksanakan saranan EAIC iaitu sekiranya berlaku kecederaan fizikal pada suspek semasa penangkapan, maka suspek perlulah dirujuk atau dihantar ke Pegawai Perubatan Kerajaan bagi memastikan tahap keseriusan kecederaan serta status kesihatan suspek tersebut.

5. Dan melekatkan beban bukti ke atas pihak yang mempunyai jagaan dan kawalan ke atas orang tahanan sebagai bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian orang tahanan sehingga dibuktikan sebaliknya.

6. Menubuh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang fokus memantau perjalanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). –
HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2016\5




























































































































8 ditahan disyaki terlibat kumpulan pengganas



























































































































BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas dalam satu operasi yang dijalankan serentak di Selangor, Perak dan Johor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas itu, polis menahan enam suspek disyaki
terlibat menganggotai kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia manakala dua lagi
mempunyai kaitan dengan pengganas Negara Islam (IS).

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun, katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Beliau berkata, dua suspek masing-masing bekas penjawat awam dan bekas juruelektrik pernah ditahan di Lubnan pada Oktober 2012 kerana cuba untuk menyusup masuk ke
Syria bagi menyertai kumpulan pengganas.

"Mereka diiringi pulang ke Malaysia oleh pasukan khas Bahagian Counter Terrorism
Jumaat lepas dan ditangkap setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang, Selangor," katanya.

Khalid berkata empat suspek lain ditangkap merupakan saki-baki anggota kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia yang masih bersembunyi selepas operasi tangkapan ke pemimpin-pemimpin kanan kumpulan itu pada Februari 2013.

Katanya dua lagi suspek merupakan penjawat awam yang disyaki terlibat dalam
kumpulan IS dan giat menyebarkan ideologi kumpulan pengganas dalam kalangan
penjawat awam di jabatan terbabit.

Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA-Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat
mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas)
2012 (Akta 747), katanya. - Bernama

Sumber HD - 2-11-2015

Tahanan: Kematian Syed Azlan ada 

kaitan kekerasan polis

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur mempunyai
kaitan dengan penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat ke atas si mati semasa dalam tahanan PDRM.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
(EAIC), Datuk Yaacob Md Sam berhubung dapatan (findings) yang telah selesai
dijalankan oleh Pasukan Petugas EAIC dan diterima oleh EAIC selari dengan
terma-terma rujukan siasatan.

"Pakar Perunding dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati mendapati kematian
Syed Mohd Azlan disebabkan oleh trauma hentakan tumpul (blunt force trauma to the
chest) ke atas dada si mati tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) ingin mengumumkan kepada orang awam mengenai dapatan
(findings) siasatan oleh Suruhanjaya ini ke atas kematian Syed Mohd Azlan bin Syed Mohamed Nur semasa dalam tahanan PDRM. 

Dalam hal ini, EAIC melalui Pasukan Petugas yang dibentuk telah menjalankan siasatan yang merangkumi terma-terma rujukan yang berikut:

Terma-terma rujukan (terms of reference) Pasukan Petugas adalah seperti berikut:

(i) Untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku seperti yang
diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta 700 oleh pegawai/anggota PDRM semasa mengendalikan tahanan tersebut;

(ii) Sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, untuk menentukan dan mengenal pasti:

(a) bagaimana dan mengapa salah laku itu terjadi;

(b) apakah peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, Standard Operating Procedures (SOP)
atau mekanisme yang menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya salah laku
tersebut; dan
 
(c) siapakah individu yang bertanggungjawab ke atas salah laku tersebut.

(iii) Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya
perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dalam menyiasat
kes kematian tahanan tersebut selaras dengan peruntukan Akta 700; 

(iv) Untuk mengesyorkan apa-apa penambahbaikan atau penggubalan semula peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, SOP atau mekanisme bagi memastikan salah laku tersebut
tidak berulang; dan

(v) Untuk menyedia dan mengedarkan laporan mengenai hasil dan dapatan siasatan dan
syor-syor terhadapnya.

Sehubungan dengan pembentukan Pasukan Petugas tersebut, Pasukan Petugas yang telah
mengambil tindakan berikut:

(a) mengambil keterangan daripada 35 orang saksi (termasuk anggota polis berkaitan penangkapan dan tahanan Syed Mohd Azlan (si mati), pegawai perubatan, orang awam
dan juga ahli keluarga si mati);

(b) melawat dan memeriksa tempat kejadian di mana Syed Mohd Azlan telah ditangkap;  

(c) meneliti dan mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan termasuk laporan polis berkenaan tangkapan, catatan Buku Perharian Balai, laporan bedah siasat dan laporan
kimia beserta gambar-gambar berkaitan;  

Latar belakang kejadian tangkapan dan kematian si mati adalah seperti berikut:

(i) Pada 19 September, 2014 lebih kurang jam 1.00 pagi, pengadu iaitu seorang lelaki
Melayu bersama beberapa rakannya termasuk seorang teman wanita pengadu telah pergi
ke rumah di alamat No. 53, Kampung Dato’ Abdul Ghani untuk berjumpa dengan Syed Mohd Azlan bin Syed Mohamed Nur (si mati). Mereka diberitahu oleh bapa si mati
bahawa si mati tiada di rumah pada ketika itu. 

(ii) Lebih kurang 30 minit kemudian, si mati pulang ke rumah bersama beberapa rakan
si mati dengan menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna perak serta sebuah lagi kereta
jenis Honda berwarna hitam. Setiba di situ, si mati dan rakan-rakan si mati dikatakan
telah keluar daripada kereta dengan bersenjatakan senjata berbentuk sepucuk pistol dan sebilah pedang samurai lalu menyerang pengadu dan rakan-rakan pengadu sehingga mendatangkan kecederaan ke atas pengadu dan rakan pengadu. Pengadu berjaya
melarikan diri dari terus diserang.

(iii) Satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu di Balai Polis Sungai Rengit (Sg Rengit Rpt: 816/2014) bersabit dengan kejadian tersebut pada 19 September 2014 jam 4.45 pagi. Satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis untuk disiasat di bawah seksyen 148
Kanun Keseksaan, iaitu memiliki senjata di dalam rusuhan.

(iv) Pada 3 November 2014, jam lebih kurang 3.30 pagi, bertindak di atas maklumat, sepasukan polis seramai 13 orang anggota yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Inspektor telah membuat serbuan ke atas sebuah bilik sewa di rumah bernombor 62, Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor dan telah menangkap
si mati. Tiada apa-apa senjata api dijumpai dari si mati.

(v) Selepas ditangkap, si mati telah dibawa balik ke Balai Polis Sungai Rengit untuk
disoal siasat berkaitan kejadian pergaduhan dan penyimpanan senjata api. Bagaimana pun masih tiada senjata api ditemui walau pun pihak polis telah membuat penggeledahan di rumah bapa si mati.

(vi) Pada jam lebih kurang 7.10 pagi pada hari yang sama, si mati telah dibawa oleh pihak
polis menaiki kenderaan polis dari Balai Polis Sungai Rengit untuk pergi ke Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bagi tujuan menguruskan permohonan reman ke atas si
mati berkaitan kes di mana si mati ditangkap yang disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan bersabit Sg. Rengit Rpt: 816/2014.

(vii) Semasa di dalam perjalanan ke IPD Kota Tinggi, anggota polis yang mengiringi si
mati mendapati si mati berada di dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya serta
tidak memberikan sebarang respons kepada panggilan/pertanyaan yang dibuat oleh
anggota pengiring tersebut. Anggota pengiring tersebut serta merta memaklumkan
keadaan si mati kepada pegawai tangkapan yang ikut sama di dalam kereta tersebut.

(viii) Di atas arahan pegawai tersebut, mereka terus menuju ke klinik berdekatan iaitu
Klinik Kesihatan Bandar Penawar. Setibanya mereka di Klinik Kesihatan Bandar
Penawar pada jam lebih kurang 8.30 pagi, pegawai perubatan bertugas iaitu Dr. Mohd Mahdzan Bin Mazelan telah melakukan pemeriksaan ke atas si mati dan mengesahkan bahawa si mati telah meninggal dunia. 

(ix) Satu laporan polis tentang kematian si mati telah dibuat oleh pegawai iaitu ketua
pasukan tangkapan pada 3 November 2013, jam 10.15 pagi (hari yang sama) melalui
Bandar Penawar Report No. 002169/14.

(x) Pada 4 November 2014, bedah siasat (post mortem) telah dijalankan ke atas mayat si
mati oleh Dr. Rohayu binti Shahar Adnan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru yang mengesahkan punca kematian adalah akibat daripada trauma hentakan tumpul pada dada (blunt force trauma to chest). Pemeriksaan juga mendapati si mati mengalami 61 jenis kesan luka/lebam/calaran (bruises) pada tubuh badan termasuk pada bahagian muka, badan dan kedua-dua belah kaki si mati. Satu laporan post mortem telah disediakan oleh doktor
pakar tersebut.     

Siasatan kes kematian si mati tersebut telah selesai dijalankan oleh Pasukan Petugas
EAIC dan diterima oleh EAIC selari dengan terma-terma rujukan siasatan. Dapatan (findings) siasatan adalah seperti berikut:

1. Kematian Syed Mohd Azlan Bin Syed Mohamed Nur (si mati) mempunyai kaitan
dengan penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis yang menjalankan
tangkapan dan soal siasat ke atas si mati;

2. Pakar Perunding dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan
Ismail, Johor Bahru, yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati mendapati kematian Syed Mohd Azlan disebabkan oleh trauma hentakan tumpul (blunt force trauma 
to the chest) ke atas dada si mati tersebut. Pemeriksaan juga mendapati si mati mengalami 61 jenis kecederaan di bahagian muka, badan dan kedua-dua belah kaki. Sebahagian daripada kecederaan yang dialami oleh si mati konsisten dengan kecederaan semasa berusaha mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang dilakukan ke atasnya oleh anggota-anggota polis. 

3. Terdapat perlakuan gangguan bahan bukti yang material oleh anggota PDRM iaitu, (i) membersihkan tempat kejadian sebelum dilawati dan diperiksa oleh pegawai perubatan,
(ii) melupuskan tikar getah dan karpet yang dipercayai mempunyai kesan darah si mati
di tempat kejadian tangkapan, dan (iii) perlakuan menyembunyikan/menghilangkan saksi mata (eye witness) yang melihat kejadian tangkapan si mati;

4. Terdapat anggota tangkapan yang menggunakan gari milik persendirian anggota
tersebut yang bukan dibekalkan oleh PDRM bagi menggari si mati selepas ditangkap yang telah menyumbang kepada berlakunya kecederaan di pergelangan tangan si mati.

5. Terdapat beberapa pemecahan serius (serious breach) ke atas Standard Operating Procedure (SOP) PDRM berkaitan tatacara tangkapan dan pengendalian orang tangkapan, sitaan barang kes dan integriti  keterangan (SOP Tangkapan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM); SOP Jabatan Siasatan Jenayah (Prosedur Penggeledahan dan Rampasan) telah dilakukan oleh pegawai dan anggota pasukan serbuan yang dikenal pasti oleh siasatan ini;

6. Terdapat perlakuan serangan bersifat jenayah yang melibatkan unsur niat bersama atau pensubahatan (abetment) oleh anggota PDRM yang terdiri daripada anggota pasukan tangkapan bagi melakukan kekerasan fizikal secara sengaja ke atas si mati yang telah mengakibatkan kecederaan dan kematian ke atas si mati, dan perlakuan ini adalah
merupakan jenis kesalahan bersifat jenayah di bawah undang-undang, khususnya
kesalahan di bawah seksyen 302 dan seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama
seksyen 34 Kanun Keseksaan atau secara alternatif seksyen 107 Kanun yang sama;

7. Selaras dengan peruntukan seksyen 30(1)(b) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Suruhanjaya mengesyorkan kepada Pihak Berkuasa Patatertib (PBT) PDRM untuk tindakan tatatatertib dibawa terhadap pegawai dan
anggota-anggota yang dikenal pasti di dalam laporan penuh Suruhanjaya yang didapati
telah melakukan salah laku seperti mana skop salah laku yang diberikan di bawah seksyen 24 Akta 700;

8. Selaras dengan peruntukan seksyen 30(1)(c) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], EAIC mengesyorkan kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) bagi pendakwaan jenayah dibawa terhadap pegawai dan anggota PDRM yang didapati telah melakukan salah laku bersifat kesalahan jenayah seperti yang dikenal pasti
di dalam laporan penuh siasatan ini. 

EAIC juga sebagai tambahan mengemukakan syor dan cadangan berikut kepada PDRM sebagai penambahbaikan dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kualiti pengurusan orang tahanan atau orang tangkapan bagi mengelakkan insiden kematian orang tahanan
atau orang tangkapan semasa berada di dalam tahanan:

1. PDRM menambahbaik SOP berkaitan dengan tangkapan. Jika sekiranya orang
tangkapan didapati mengalami kecederaan fizikal (walaupun kecederaan nampak seperti tidak serius), maka saspek itu hendaklah dirujuk terus kepada mana-mana Pegawai
Perubatan Kerajaan bagi memastikan tahap keseriusan kecederaan serta status kesihatan saspek tersebut;

2. PDRM mengadakan “refresher course” atau “refresher training” yang berterusan secara berkumpulan dan berperingkat kepada semua lapisan pegawai dan anggota yang terlibat
di dalam operasi serbuan/tangkapan untuk memastikan supaya pegawai dan anggota benar-benar memahami dan mengamalkan kehendak serta tatacara yang diperuntukkan dalam
kes-kes tangkapan atau operasi yang berkaitan dengan tangkapan;

3. PDRM memperketatkan dan menjalankan pemantauan dengan lebih berkesan ke atas pematuhan oleh pegawai dan anggota PDRM ke atas SOP Jabatan Siasatan Jenayah atau Perintah Tetap khususnya berkaitan soalsiasat ke atas orang tahanan, penyitaan barang kes
dan kewajipan menyediakan borang geledah atau borang bongkar. Di dalam perkara ini terdapat SOP yang melarang sebarang penggunaan kekerasan ke atas orang tahanan
semasa disoalsiasat (PTKPN A 118);

4. PDRM mengemaskini SOP yang berkaitan bagi melarang sama sekali mana-mana
pegawai atau anggota dari menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan atau peralatan
yang bukan dibekalkan oleh PDRM dalam apa-apa operasi tangkapan; dan

Selain itu, EAIC juga mengesyorkan supaya kajian dibuat oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara ke atas kesesuaian untuk meminda peruntukan
Kanun Keseksaan dan Akta Keterangan 1950 bagi memasukkan peruntukan anggapan (presumption) yang akan meletakkan beban bukti ke atas pihak yang mempunyai jagaan
dan kawalan ke atas orang tahanan sebagai bertanggungan ke atas kecederaan atau
kematian orang tahanan sehingga diakaskan atau dibuktikan sebaliknya. Ini akan dapat mengimbangi keadaan di mana monopoli keterangan hanya dimiliki oleh pihak yang melakukan tahanan ke atas orang tahanan atau mangsa bagi kes-kes kejadian kematian dan kecederaan orang tahanan di bawah jagaan mana-mana pihak berkuasa berkaitan.

EAIC berasa kesal ke atas kes-kes kematian tahanan dalam lokap yang berulang kali
berlaku dalam negara dan memandang serius kepada perkara ini. Kejadian kematian orang
tahanan akibat daripada kecederaan tubuh badan semasa di dalam tempoh tahanan oleh perlakuan salah laku anggota penguat kuasa hendaklah dibasmi sama sekali. Demi
menjaga integriti semua pihak, diharapkan syor-syor Suruhanjaya ini diberi perhatian dan
tindakan serius oleh semua pihak-pihak yang berkaitan.

Untuk mendapatkan butiran lanjut kandungan laporan siasatan ini orang awam boleh mendapat akses melalui laman sesawang EAIC di alamat www.eaic.gov.my. - HARAKAHDAILY 30/10/2015

Sumber HD - 30-10-2015


Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'

Posted on Friday, October 30 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEORANG pelayar bertindak berkongsi kekecewaannya apabila didakwa diberi jawapan yang mengecewakan oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu sekumpulan
mat motor.

Dalam perkongsian semalam, pelayar wanita berkenaan mendakwa diganggu tiga penunggang motosikal yang bertindak mengacah dan menyimbah cecair ke cermin kereta yang dipandu ketika melalui daerah Kahang, Johor.

Walaupun sudah menelefon polis, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil
diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Pelayar berkenaan juga berkongsi dialog perbualan yang didakwa berlaku antara mangsa dengan seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Inspektor.

Mangsa: Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita
ada no plat salah seorangnya, jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka
tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan
kami sekeluarga dalam ancaman.

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek,
saya masih risau tentang keselamatan kami.

Polis: Keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam
kereta.

Mangsa:  ??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya
rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.

Polis: Oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.

Mangsa: (speechless). Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999
tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.

Polis: Eh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.

Mangsa: Baiklah.

Selain daripada perkongsian perbualan tersebut, mangsa juga memuatnaik sebuah
rakaman video yang menunjukkan tiga buah motor yang dinaiki oleh empat individu
yang didakwa mengganggu mangsa.

Perkongsian tersebut menarik perhatian dan dikongsi oleh lebih 10,000 pelayar lain.

Sumber TKO - 30-10-2015
Warga Emas Terkejut Jumpa Bayi Dalam Mesin Basuh

Posted on Thursday, October 29 @ 13:43:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
https://www.youtube.com/watch?v=VkiUZJ2WdW0&feature=player_embedded

YAN: Seorang warga emas terkejut menjumpai seorang bayi perempuan yang baru lahir di dalam mesin basuh di rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kecil, di sini, malam Selasa.

Zainol Hamid, 71, berkata dia terdengar seperti bayi menangis dari arah bilik air di bahagian dapur rumahnya semasa menonton televisyen kira-kira pukul 10.30 malam.

"Pada awalnya, saya ingatkan bunyi hantu kerana tiada bayi dalam rumah.

Semua cucu saya sudah besar. Saya beranikan diri mencari bunyi tersebut dan terkejut apabila menemui bayi tersebut kemudian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Zainol berkata bayi itu tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta dalam keadaan sihat semasa ditemui.

Katanya bayi seberat dua kilogram lebih itu menangis mungkin kerana kesejukan.

"Saya panggil anak saudara yang tinggal berhampiran untuk mengeluarkan bayi itu kerana takut. Anak saudara saya kemudian membuat laporan polis dan bayi itu dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut," kata Zainol.

Katanya dia percaya orang yang membuang bayi itu memasuki rumahnya melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Muhamad Halim Yatim mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu pada pukul 10.44 malam yang sama.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah melalui pintu belakang yang tidak berkunci. - Mstar

Sumber TKO - 29-10-2015

'Panjang' Berkelakuan Mencurigakan Sebelum Amuk

Posted on Wednesday, October 28 @ 14:22:02 MYT by paktam

MELBOURNE: 

Seorang lelaki tidak berbaju dikenali sebagai 'Panjang' mengepung restoran milik rakyat Malaysia, 'Little Ipoh' di Melbourne selama hampir dua jam pada Selasa, didakwa bersikap mencurigakan selepas datang tanpa wang untuk makan di premis itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik restoran, Raja Yasmin Raja Abdul kepada The Star dalam satu temuramah menerusi panggilan telefon, yang menyampaikan apa yang berlaku seperti diceritakan oleh suaminya dan pengurus restoran yang enggan dikenali.


"Lelaki itu mengunjungi restoran saya beberapa kali sebelum ini. Dia seorang rakyat Malaysia, tetapi saya tidak tahu nama dia. Saya hanya tahu nama panggilannya 'Panjang' kerana dia tinggi," kata Raja Yasmin.

Wanita berusia 44 tahun dari Ipoh itu berkata, lelaki berkenaan bukan pelanggan tetapnya, tetapi sering berkunjung ke restorannya beberapa kali, terutama pada Sabtu dan Ahad, sejak kebelakangan ini.

"Dia kelihatan normal. Dan berdasarkan perbualan bersama dia sebelum ini memberitahu saya bahawa dia mempunyai pekerjaan di Queensland, tetapi dia kini menganggur disebabkan beberapa masalah dalaman dan tidak mempunyai wang," katanya.

"Dia kedengaran tertekan. Jadi, saya menasihatkan dia untuk mencari kerja."

Raja Yasmin berkata, lelaki tersebut hanya bersikap agresif selepas mengunjungi restorannya pada tengah hari Selasa.

"Dia datang dan beritahu pengurus saya bahawa dia lapar dan mahu makan, tetapi tiada wang. Pengurus saya merasakan sesuatu yang tidak betul dan memberitahu bahawa dia akan memberikan makanan kepadanya secara percuma," kata Raja Yasmin.

Pengurus restoran itu kemudiannya berkata, lelaki berkenaan bercakap seorang diri dan berjalan dalam keadaan mencurigakan di sekitar restoran.

"Dia meminta benda yang pelik-pelik daripada pengurus saya, bercakap mengarut dan menjerit. Dia kemudiannya mengancam pengurus saya menggunakan garpu dan memberitahu dia akan membunuhnya sekiranya menghubungi polis.

"Pengurus saya bernasib baik kerana dia dapat menyelinap keluar dan menghubungi polis. Suami saya dan tiga pelanggan juga segera keluar dari restoran itu," kata Raja Yasmin.
Beliau kemudiannya memperjelaskan bahawa tiada pertelingkahan atau pergaduhan sebagaimana yang dilaporkan oleh media tertentu.

"Terdapat sedikit kerosakan pada restoran itu. Lelaki itu menanggalkan kamera CCTV, merosakkan komputer kami, memecahkan gelas dan jag. Dia juga mengambil wang kami dan mencampakkannya ke luar tingkap.

"Telefon bimbit yang dia gunakan adalah telefon milik kami, dan dia turut mencampakkannya ke luar," katanya, sambil menambah bahawa dia tidak bernasib baik kerana insiden tersebut berlaku di restoran miliknya.

"Saya kasihankan dia. Saya lihat dia dan saya bersimpati," katanya.

Media Australia, The Sun melaporkan suami Raja Yasmin disiasat oleh pihak berkuasa di sana kerana hal berkaitan imigresen tahun lalu.

Lelaki berkenaan ditahan polis selepas keluar dari restoran dalam keadaan tangannya berlumuran darah.

Laman web Seven News melaporkan lelaki berkenaan yang digari polis dibawa dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di atas kecederaan yang dialaminya dan menjalani pemeriksaan mental.-Mstar

Sumber DD - 28-10-2015


Ibu dan anak dikurung, dicucuh puntung rokok
Posted on Wednesday, October 28 @ 07:25:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera dan lecur di bahagian badan dipercayai didera teman lelaki ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sejak seminggu lalu, selepas ibu kanak-kanak itu dan mangsa yang tinggal bersama lelaki terbabit dikurung di dalam sebuah bilik.

Suspek turut mendera kanak-kanak itu dengan memukul mangsa sehingga kedua-dua matanya lebam dan mengunci pintu bilik dari dalam manakala ibu mangsa dibiarkan di luar.

Tidak cukup dengan kejadian itu, mangsa dan ibunya turut dicucuh dengan puntung rokok milik suspek.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, perbuatan lelaki itu akhirnya dikesan selepas mangsa dan ibunya berjaya melarikan diri Ahad lalu dan meminta bantuan saudaranya untuk membuat laporan polis.

"Suspek berusia 30 tahun, berjaya ditahan pagi tadi dan direman bermula hari ini sehingga 2 November untuk tindakan susulan dan kes disiasat di bawah‎ seksyen  343 kerana mengurung ibu dan anaknya dan seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.  - SH

Sumber TKO - 28-10-2015
Suspek berlakon sedih tak menjadi
Posted on Tuesday, October 27 @ 16:25:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BAYAN LEPAS - Helah suspek yang menangis dan meratapi pemergian bekas teman wanita tidak menjadi apabila lakonan itu berjaya dikesan oleh ahli keluarga sebelum membongkarnya sebagai dalang yang menyebabkan kematian Intan Suraya Mawardi malam kelmarin.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali, melihat suspek datang ke lokasi kejadian dan menangis teresak-esak selepas mengetahui berita mengenai mangsa.

Bagaimanapun, gerak geri lelaki itu yang mencurigakan menyebabkan ahli keluarga mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Suspek datang ke rumah mangsa dan menangis..Dia juga minta untuk masuk ke dalam bagi melihat mangsa namun saya tidak benarkan kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa jiran memaklumkan kepada saya yang lelaki berkenaan sebelum ini pernah dilihat mengganggu dan sering dilihat menunggu mangsa di luar rumah," katanya ketika ditemui media di sini.

Wanita berusia 56 tahun itu berkata, selepas siasatan dilakukan, polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu.

Menurutnya, lelaki itu juga mengaku melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa dan menyerahkan beberapa barangan yang menjadi bahan bukti.

"Sekarang ini perkara itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kami berharap hukuman setimpal dikenakan terhadapnya," katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Ridwaniah Sungai Batu di sini apabila ratusan ahli keluarga dan rakan sekolah mangsa berkumpul bagi menghadiri pengkebumiannya.

Jenazahnya dibawa dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas proses bedah siasat dan tiba di perkarangan masjid itu kira-kira jam 4.30 petang.

Jenazah disembahyangkan dan selamat dikebumikan kira-kira jam 5 petang. - SH


Orang ramai dilihat berkumpul berhampiran dengan lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian‎


Sumber TKO - 27-10-2015


Ika Ditahan lagi kerana kes cemburu

Posted on Tuesday, October 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Suspek utama yang mengemparkan negara dengan aksi ganas dalam rakaman viral membelasah seorang wanita 22 tahun ditahan reman kali kedua kerana dipercayai terbabit dalam satu lagi kes pukul yang lain akibat perasaan cemburu.

Ika, 27, beralamat di Kampung Padang Mengkali, Peringat, di sini, dikenakan tahan reman empat hari mengikut Seksyen 452/323 Kanun Keseksaan iaitu ceroboh dan menyebabkan cedera terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun di sebuah hospital, tahun lalu.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari di mahkamah, di sini, pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan tahanan reman itu.

Dalam kejadian 4 November 2014 tersebut, satu laporan dibuat ibu mangsa yang menerima panggilan pihak hospital memberitahu anaknya dipukul tiga lelaki dan empat wanita ketika berada di rumah abang angkat yang dipanggil Abe Bob, di Panji, di sini.

Hasil temu bual mangsa menceritakan semasa berada di rumah itu, datang sekumpulan lelaki dan wanita antaranya dikenali dengan panggilan Nana serta Ika dengan membawa senjata pedang, parang, kayu serta tukul.

Suspek memecah masuk ke dalam rumah mencari mangsa. Akibat ketakutan, mangsa lari ikut tingkap dan terjun dari tingkat satu hingga mendapat kecederaan patah pergelangan kaki kiri. Abe Bob menghantarnya ke hospital.

Sebaik tiba di wad kecemasan, suspek sekali lagi datang dan serang serta memukul muka dan mata kiri mangsa hingga lebam sebelum dileraikan orang awam.

Kejadian didakwa berpunca apabila Nana berasa cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Abe Bob. Kesemua suspek sebelumnya adalah rakan mangsa dan hubungan menjadi tidak baik kerana perasaan cemburu tersebut.

Rohaimi berkata, suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut masih diburu polis.

Dalam perkembangan sama, katanya, berhubung penahan dua perakam video viral, berusia 17 dan 18 tahun yang ditahan sebelum ini pula dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pihak pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Dua lagi suspek yang dikehendaki, Nija serta Mokbiey masih diburu polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa video rakaman wanita berusia 22 tahun terbabit dibelasah dan dimalukan dengan bajunya ditanggalkan heboh di media sosial.

Susulan itu, suspek utama ditahan sebelum mangsa bagi kes 2014 tersebut menghubungi pihak polis memberitahu suspek sama yang turut memukulnya dalam kejadian tahun lalu itu. - Sinar

Sumber TKO - 27-10-2015


Teman lelaki rogol, sebelum kelar leher kekasih, pelajar sekolah
Posted on Tuesday, October 27 @ 06:06:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pelajar perempuan tingkatan lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat Georgetown semalam, telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang berita, hari ini.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku telah membunuh mangsa.

Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua bilah pisau yang dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa.

Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini.
- Bernama

Sumber TKO - 27-10-2015

Police Detain Two Suspects, Seize Drugs Worth RM16,000 In Setiu

KUALA TERENGGANU 05 OCTOBER 2015.  (KT554D/ KTE191P / KTM470G ) Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Idris Abdul Rafar (Kiri) pada sidang media rampasan dadah yang dipercayai pil kuda berjumlah RM179 ribu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu.
NSTP/Rozainah Zakaria

SETIU – The police have detained two men in connection with the seizure of drugs worth about RM16,000, during a raid in Kampung Seri Aman here last Thursday.

Setiu police chief DSP Elias Abu Bakar said the suspects, in their 30’s, were detained about 3am. [Pic – The seizure of the drugs, which has a street value of about RM180,000, is the state police’s biggest this year, on teh raid at Kuala Ibai 6th Oct]

He said a police team found 852 red pills, believed to be psychotropic pills, and crystal syabu weighing 60.10 grammes hidden under the driver’s seat of a car in which the duo were travelling in.

“We believe the suspects obtained the drugs from Kuala Terengganu before distributing it to drug addicts in Sungai Tong here,” he told a press conference here Sunday.

In a separate incident, a medical officer found nine plastic bottles containing heroin weighing 44.37g in the possession of a man who underwent treatment at the Setiu Hospital.

Elias said the suspect, in his 30s, was found with the drug when he sought treatment at the Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu for injuries sustained in a road accident on Oct 14.

He said the suspect, who was still undergoing treatment at the hospital was remanded until Tuesday to facilitate investigations.- BERNAMA

Sumber BO - 26-10-2015


Perakam video wanita dibelasah kena reman
Posted on Thursday, October 22 @ 20:30:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Dua suspek dipercayai perakam video membelasah seorang wanita berusia 22 tahun yang menjadi viral di laman sosial Facebook, dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah, hari ini.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah, terhadap kedua-dua suspek wanita berusia 20-an terbabit, sementara reman terhadap suspek utama berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Ika dilanjutkan tiga hari lagi oleh pendaftar sama.

Dua suspek perakam aksi ganas tersebut ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab, antara jam 3 dan 4 pagi, kelmarin. Ika pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perintah reman berkenaan, manakala usaha mengesah dua lagi suspek dikenali Nija dan Mokbiey, 20-an diteruskan. Mereka dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang,” katanya.

Beberapa versi video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di laman sosial selepas insiden itu dirakam dan disebarkan kumpulan wanita terbabit, sejak beberapa hari lalu.

Kejadian berlaku dipercayai mangsa yang dituduh mencuri barang kemas seorang daripada suspek, tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Selain dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak hingga menampakkan bahagian dada, kumpulan wanita itu turut didakwa melarikan mangsa ke Terengganu menggunakan sebuah kereta serta memukulnya dengan menggunakan pengunci stereng.

Sumber TKO - 22-10-2015



Amir Ukays Dibebaskan, Cerita Perkara Sebenar Disebalik "Pistol Walther CP9

Posted on Thursday, October 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Ukays, Amir, hari ini dibebaskan oleh pihak polis setelah ditahan kerana didapati memiliki sepucuk pistol di dalam kereta Gen-2 yang dinaikinya.

Menceritakan perkara sebenar disebalik pistol terbabit, Amir berkata ia hanyalah pistol mainan untuk tembak cicak dirumahnya.

"Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam)," kata Amir atau nama penuhnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 46.

Menceritakan kembali bagaimana dia ditahan, Amir berkata dia ditahan di kawasan letak kereta pangsapurinya di Sentul kerana dipercayai memilik senjata api. Dia ditahan kira-kira jam 1.45 pagi pada Rabu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemukan sepucuk pistol yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' dengan nombor siri 12L20520.

Amir kemudian berkata pistol itu adalah pemberian oleh seorang peminatnya pada lapan bulan lalu.

"Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.

"Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. "Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.

"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2.

"Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan," katanya sambil berkata ketika dia ditahan, pistol berkenaan berada di tepi pehanya.

"Ketika itu, saya baharu saja mahu mematikan enjin kereta, saya didatangi sepasukan polis. Apabila nak keluar dari kereta, mereka ternampak pistol berkenaan.

"Saya mengakui pistol itu milik saya kerana saya tahu itu pistol mainan. Jadi, saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk soal siasat.

"Alhamdulillah, saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman tidak benar.

"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan," katanya memetik laporan dari BH Online.

Mengulas tentang kisah dirinya dan pistol terbabit yang viral, Amir berkata dia memaafkan mereka yang bertindak memviralkan berita itu.

"Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya.

"Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya", kata Amir - Siakapkeli.my



Sumber TKO - 22-10-2015


Tiga Wanita Terlibat Pergaduhan Di Kelantan Ditahan Reman
Posted on Wednesday, October 21 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU –  Polis Kelantan telah mengenalpasti dan menahan tiga wanita berusia lingkungan 20-an yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan baru-baru ini selepas video insiden tersebut menjadi viral di media sosial.

Laporan dipetik dari Harian Metro menyebut, salah seorang wanita tersebut ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, manakala dua yang lain ditangkap di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa.

Dalam rakaman video yang viral sebelum ini, seorang wanita dibelasah teruk termasuk ditendang di bahagian badan serta kepala oleh dua wanita lain dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Bachok, Kelantan.

Beberapa sumber tidak rasmi di Facebook mendakwa kejadian berpunca dari perebutan teman lelaki sementara sumber lain mendakwa ia disebabkan penipuan perniagaan atas talian.

Video tersebut yang dikongsikan di kebanyakan laman Facebook mengundang kecaman netizen yang menyelar aksi samseng tidak berperikemanusiaan yang dilakukan dua wanita muda dalam video itu. – SuaraTV

Sumber TKO - 21-10-2015


Pemilik Range Rover didenda RM5,000
Posted on Wednesday, October 21 @ 15:51:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM : Peniaga yang juga pemilik kenderaan Range Rover, Mohd Risamuddin Ab Wahab didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja pusat mencuci kereta.

Risammuddin, 36, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majisret pada Rabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Master Clean Car Care di Kampung Baru Subang pada 17 Oktober lalu.

Majistret Ellyana Razali mengarahkan denda itu dibayar kepada pekerja warga Bangladesh, Shaheb Ali dan pemilik pusat mencuci kereta, Haziyati Abdul Hamid, mengikut Seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah.

Majistret Ellyana turut mengeluarkan dua perintah kepada Risamuddin dan Shaheb untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media dan tidak memfailkan apa-apa tindakan undang-undang antara satu sama lain.

Di luar mahkamah, kedua-duanya berjabat tangan sebagai tanda saling bermaafan.
Rakaman video Risamuddin memukul Shaheb menjadi viral sejak Sabtu lalu dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Susulan itu, polis menahan Risamuddin untuk siasatan lanjut. - FMT

Sumber TKO - 21-10-2015


Pemandu Bot Pelancong Parah Ditetak Di Kuala Besut

Posted on Saturday, October 17 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian cedera parah apabila telah ditetak berkali-kali oleh sekumpulan tiga lelaki bertopeng ketika mangsa sedang berasa di kedai gunting di Kampung Pachakan dekat Kuala Besut, di sini, petang kelmarin.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berumur 23 tahun ditetak dengan menggunakan pedang oleh suspek terbabit.

Ketua Polis Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya berusia 21 tahun berada di dalam sebuah kedai gunting apabila tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam berhenti di hadapan kedai.

Menurut Khaled, lelaki yang bertopeng berkenaan telah menyerbu masuk ke dalam kedai gunting tersebut.

“Rakan mangsa yang ketakutan selepas melihat kehadiran suspek terus bersembunyi di bawah kerusi manakala mangsa melarikan diri melalui belakang kedai.”

“Mangsa yang cuba melarikan diri telah dikejar oleh suspek sebelum ditetak berkali-kali menyebabkan mangsa cedera parah sebelum beredar meninggalkan mangsa,” katanya.

Khaled berkata, mangsa mengalami kecederaan parah apabila mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri serta kepala, lengan, tangan, ibu jari, buku lali dan betis sebelah kanan,

“Mangsa telah dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut,” katanya lagi.

Khaled berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sumber TKO - 17-10-2015


Keluarga mangsa culik sambut pembebasan pemandu teksi

Posted on Friday, October 16 @ 23:39:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA: Pembebasan pemandu teksi, Hanizan Mohamad Radzi daripada tahanan polis selepas didapati tidak terbabit dengan penculikan kanak-kanak di Kajang turut disambut gembira oleh keluarga mangsa.

Ahli keluarga kanak-kanak terbabit berkumpul di mahkamah di Kajang pada Jumaat untuk bertemu dengan Hanizan.

Ayah dan datuk kanak-kanak itu berpelukan dengan Hanizan sebaik sahaja bertemu sebagai tanda terima kasih kerana membawa pulang mangsa ke rumah dengan selamat.

Hanizan menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial.

Dia bagaimanapun ditahan reman selama seminggu bersama tiga yang lain bagi membantu siasatan.

Hari ini (Jumaat), Hanizan dibebaskan dan pihak polis juga telah meminta maaf kepadanya.

Manakala tiga yang lain termasuk seorang warga Indonesia didakwa di mahkamah kerana kesalahan menculik dan meminta wang tebusan RM300,000.

Bercakap kepada media selepas itu, Hanizan berkata, dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia hanya membantu masyarakat tanpa mengira bangsa.

“Saya mengaku salah kerana tidak membuat laporan polis. Saya harap kejadian ini tidak menakutkan orang awam untuk bekerja sama dengan polis,” katanya yang mengaku menerima layanan baik polis sepanjang ditahan. - FMT

Sumber TKO - 17-10-2015

Broker tanah dibakar ketika buang air‎
Posted on Friday, October 16 @ 23:30:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




GEORGETOWN - Seorang broker tanah melecur di bahagian kepala dan badan selepas dibakar ketika sedang membuang air di dalam sebuah tandas pusat membeli belah di sini malam kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 malam itu, mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan dibaling dengan sehelai kain yang bercampur petrol sehingga menyebabkan hampir 60 peratus badannya melecur.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, orang ramai yang mendengar mangsa meronta akibat kejadian itu bertindak membantu mangsa memadam api yang sedang mebakar tubuhnya.

Menurutnya, mangsa tidak mengetahui angkara siapa yang menyebabkan api tiba-tiba menyala di bahagian tubuhnya berikutan ketika kejadian dia berada di dalam tandas dan pintu bertutup.

"Mangsa yang melecur teruk di kejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan dan dia dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

"Kita masih menyiasat motif si pelaku dan percaya ia dilakukan oleh seorang lelaki yang masuk ke dalam tandas tiga minit lebih awal daripada m angsa,"katanya.

Menurutnya, suspek yang memakai topi keledar itu dilihat berlari keluar daripada tandas berkenaan dengan membawa beg yang dipercayai milik mangsa.

Mior Farid berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah," katanya. - SInar 
Sumber TKO - 16-10-2015


Tiga didakwa culik kanak-kanak lima tahun

Posted on Friday, October 16 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KAJANG - Seorang ahli perniagaan dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang sebentar tadi terhadap pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Siow Kek Keong, 44; Mohd Saiful Amri Jarkasi, 28; dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, dihadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama  menahan dan mengurung secara tidak sah kanak-kanak berusia lima tahun itu, untuk memdapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

Kesalahan itu didakwa berlaku di tepi Jalan Seroja, bersebelahan rumah No 40, Taman Setia, Sungai Chua, di sini jam 9.26 pagi 9 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.

Kejadian culik itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di media sosial.

Pada sebelah petang, mangsa ditemukan dalam keadaan selamat oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Polis kemudian berjaya menahan tiga suspek selain merampas wang tebusan yang diserahkan bapa mangsa berjumlah hampir RM300,000. - Sinar Harian
Sumber TKO - 16-10-2015


Pakar godam server militan IS akan diekstradisi ke AS - IGP
Posted on Friday, October 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang anggota militan IS, yang pakar dalam menggodam server komputer, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas ditahan oleh polis di ibu negara pada 15 September lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berusia 20 tahun itu telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibunegara.

"Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server yang mengandungi maklumat mengenai butir-butir anggota pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khalid berkata pada awalnya, suspek telah diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Suspek kemudian ditahan menerusi waran tangkap sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah dan dikini ditahan di bawah Akta Ekstradisi 1992 sementara menunggu prosiding ekstradisi ke Amerika Syarikat selesai.

"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat polis dengan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan khususnya ancaman kumpulan militan IS yang bersifat rentas sempadan," katanya.
- Bernama
Sumber TKO - 16-10-2015


Hanya selepas beberapa hari diserbu, hotel haram kembali beroperasi

Posted on Friday, October 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tidakkah anda fikir Malaysia akan menjadi lebih baik dengan watak seperti Batman atau penguatkuasa undang-undang seperti RoboCop atau Judge Dredd?

Bayangkan wira-wira ini meronda di jalan-jalan di sini dan bersedia menggunakan cara mereka untuk menghukum dan mencetuskan ketakutan kepada mereka yang melanggar undang-undang.

Walaupun kita memiliki penguatkuasaan undang-undang yang berkemampuan, masalahnya tidak ramai nampaknya yang takut undang-undang.

Untuk rekod, saya tidak merujuk kepada penjenayah berat yang menyeludup dadah dan manusia, atau perompak bersenjata.

Tidak. Nampaknya pelanggar undang-undang yang "kecil" pun tidak takut undang-undang.

Misalnya seperti laporan The Malaysian Insider tentang sebuah hotel di Lebuh Penang yang beroperasi secara haram hanya beberapa hari selepas diserbu.

Hotel yang memiliki 30 bilik itu diserbu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lalu.

Papan tanda hotel dibuang, tilam dirampas, bekalan elektrik dipotong dan struktur haram diruntuhkan ketika operasi itu.

Operasi diketuai unit penguatkuasaan MBPP dan dibantu kakitangan jabatan lain termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemeriksaan pada Selasa lalu mendapati hotel itu kembali beroperasi dengan bekalan elektrik dan bilik untuk tetamu. Cuma papan tanda yang tiada.

Menurut laporan itu, pengarah jabatan bangunan MBPP Yew Tung Seang berkata, pemilik hotel tidak berlesen yang menyambung operasi selepas ditutup akan dibawa ke mahkamah.

Sukar dipercayai. Hanya selepas beberapa hari hotel diserbu, ia kembali beroperasi seperti biasa. Seolah-olah serbuan tidak pernah berlaku.

Jadi siapakah pemilik hotel ini? Adakah beliau juga pemilik premis, atau Cuma menyewa?

Siapa yang menyambungkan kembali elektrik ke hotel itu, dan adakah ia dibuat secara sah?

Ada bermacam persoalan yang perlu dijawab pihak berkuasa.

Jika dua lelaki biadab yang memaki pegawai MBPP baru-baru ini dibawa ke mahkamah kerana cuba membuang pengunci tayar, bukankah pemilik hotel juga perlu dikenakan tindakan yang serupa?

Perkara seperti ini memang tidak boleh dibiarkan. Kita perlu menggunakan langkah penguatkuasaan yang lebih drastik, sama ada melalui peraturan yang ketat atau penambahan penguatkuasaan.

Jika kita tidak mampu menghalang mereka yang melanggar undang-undang yang tidak berat, bagaimana kita ingin membanteras jenayah yang lebih besar?

Oleh Robin Stanley AugustinThe Antdaily

Sumber TKO - 16-10-2015


Tiada Kaitan Kes Culik Kajang, Pemandu Teksi Dibebaskan
Posted on Friday, October 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TEKA-TEKI mengenai penglibatan pemandu teksi dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang akhirnya terjawab susulan suspek dibebaskan dengan bon polis, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Menurut Mohd Adnan, suspek berusia 40 tahun itu sudah direman selama enam hari dan dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

“Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan,” katanya.

Sementara itu, tiga lagi suspek termasuk dalang penculikan akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Pada 9 Oktober lalu, seorang kanak-kanak berbangsa Cina diculik oleh dua lelaki yang pada awalnya berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada ibu mangsa ketika mereka sedang dalam perjalanan ke sebuah tadika.

Namun, tidak sampai 24 jam, kanak-kanak itu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan ahli keluarganya oleh seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Nizam kira-kira jam 5.35 petang.

Menurut Nizam, dia terserempak dan menjumpai kanak-kanak tersebut secara kebetulan sedang merayau-rayau di tepi sebatang jalan sambil masih membawa beg sandang kecil yang berwarna hijau. – MYNEWSHUB .CC

Sumber: Harian Metro

Sumber TKO - 16-10-2015


4 tumpang tidur masjid dicekup

Posted on Monday, October 12 @ 19:13:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Alor Setar: Empat wanita warga Indonesia memberi alasan mereka terpaksa tidur di masjid selepas melarikan diri daripada majikan ketika ditahan Jabatan Imigresen negeri di Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, Rabu lalu.

Kehadiran wanita berusia 20 hingga 37 tahun itu yang menumpang tidur di masjid mengundang rasa tidak selesa penduduk yang melaporkan kepada pihak imigresen.

Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Yusri Hashim berkata, pihaknya menerima aduan daripada jemaah masjid mendakwa curiga dengan kehadiran empat wanita itu yang tidur di dalam masjid.

Menurutnya, atas aduan berkenaan, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Yusrazif Wan Yusoh bersama lima anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan ke atas semua wanita berkenaan pada jam 5 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan mendakwa melarikan diri daripada majikan bagi mencari pekerjaan lain.

"Hasil siasatan lanjut, kami menahan tiga lagi wanita Indonesia berusia antara 18 hingga 26 tahun dalam operasi di Taman Sinaran, Kuala Kedah, di sini, jam 12.45 tengah malam Rabu lalu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohamad Yusri berkata, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun turut ditahan di kediaman itu dipercayai sebagai penjaga mereka. _HMetro
Sumber TKO - 12-10-2015


Police To Probe Link Between Ex-Alor Limbat Assemblyman’s Murder To Shooting Of Cousin


rosli ketua polis terengganu


KUALA TERENGGANU, Oct 11 — Is the murder of former Alor Limbat assemblyman Alias Abdullah at his home in Kampung Alor Limbat yesterday, linked to the killing of his cousin in August?

This is one of the theories the police are working on as both men were shot dead at their home by what police suspect to be a contract killer.

Although the guns used in the incidents were of different make, the police had not ruled out the possibility the assassin was one and the same, said Terengganu police chief, Datuk Rosli Ab Rahman.

“We are investigating whether the shooting is linked to that of retired teacher Mat Jusoh Ali who was shot dead in August, who also happened to be Alias’ cousin.

“The shooting (of the former two-term assemblyman) had a motive and was probably, planned for a month. There were no elements of robbery involved.

“Morover, if we look at the two cases (killings), both occurred on the same date (August 9 and October 9)…and the shots were right on target.

“However, the dates of the deaths of the two cousins may just be a coincidence, and we have not identified those linked to the killings.

“Nevertheless, we have set up a team to probe into the shooting of the former state assemblyman,” he told a press conference here today.

Mat Jusoh, 56, was shot dead from a distance at his home in Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu at 7.15am on August 9.

Meanwhile, Rosli said statements had been recorded from 10 people who were mostly Alias’ family members, friends and neighbours.

“However, we have not recorded any statement from the victim’s wife because she is still in a state of trauma.

He urged those with information on the shooting of Alias, who was also a lawyer, to contact the nearest police station to facilitate investigations. — Bernama

Sumber BO - 11-10-2015



Pemandu Teksi Ditahan Bantu Siasatan Culik

Posted on Sunday, October 11 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Pemandu teksi antara empat suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat.

Hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas kereta sebuah kereta Saga BLM berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Pemeriksaan selanjutnya menemui wang berjumlah RM286,550 dalam bentuk not RM50 dan RM100.

Menurut maklumat siasatan, suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan sebelum ini, Nizan.

Penangkapan itu dibuat susulan penahanan tiga yang lain, termasuk seorang warga Indonesia.

Sebelum itu seorang suspek, ditahan bersama sejumlah wang yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan.

Polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat.

Berdasarkan laporan yang diberikan, keempat-keempat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
- FMT
Sumber TKO - 11-10-2015


Lelaki Maki Penguatkuasa Direman Tiga Hari

Posted on Sunday, October 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



GEORGE TOWN: Dua lelaki yang didakwa bertindak biadap memaki dan mencampak duit kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci, direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatarash Wahid berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan selepas menjalankan siasatan ke atas dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun yang ditahan pada Jumaat.



“Rakaman video itu dibuat oleh seorang daripada penguatkuasa berkenaan dan setakat ini polis sudah merekodkan keterangan tiga penguatkuasa MBPP yang terbabit dalam insiden berkenaan.



“Selain itu, kami juga akan panggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.



Mior Faridaltrash berkata polis percaya dapat melengkapkan kertas siasatan kes itu dalam tempoh terdekat dan seterusnya menyerahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk arahan selanjutnya.



Katanya, kes itu disiasat menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.



Dua lelaki berkenaan berang selepas tayar kereta mereka dikunci anggota penguatkuasa MBPP kerana meletak kenderaan di garisan kuning.



Video berdurasi dua minit empat saat itu menjadi viral di media sosial sejak Khamis. Rakaman video itu dikatakan berlaku di Lebuh Campbell.

– BERNAMA



Sumber TKO - 11-10-2015



Dua anggota kastam kritikal dirempuh kereta tonto

Posted on Saturday, October 10 @ 09:30:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dua anggota penguat kuasa kastam Padang Besar parah manakala seorang lagi cedera ringan apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah kereta dipercayai milik tonto yang diupah penyeludup di Kilometer 24, Jalan Titi Tinggi-Padang Besar pagi tadi.

Pengarah Kastam Perlis, Kamaruddin Jaafar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi.


"Ia menyebabkan anggota Mohd Safawi Rosdi, 27, yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar manakala Mat Zohir Mohd Saad, 47, yang duduk di hadapan cedera parah di kepala. Kedua-duanya kini dalam keadaan kritikal.



"Pemandu Abdullah Ayob, 36, pula cedera di pipi dan dada," katanya semasa melawat para anggota tersebut di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.



Mohd Safawi kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di Alor Setar, Kedah.


Kamaruddin berkata anggota tersebut yang menaiki MPV Honda Odyssey sedang mengekori tiga kenderaan pikap Thai yang disyaki menyeludup rokok dan arak, yang menghala ke arah Kangar dari Padang Besar.



Satu pasukan lain mengekori jauh di belakang, katanya.



"Kereta mereka dirempuh sebanyak dua kali oleh kereta Proton Perdana tersebut sehingga menyebabkannya terbabas dan melanggar sebuah pondok bas," tambahnya.



Kamaruddin berkata kereta Proton Perdana terbabit telah dilihat memecut ke arah Kangar.


Beliau berkata empat anggota kastam yang mengekori dari belakang memberi pertolongan kepada rakan-rakan mereka.



"Perbuatan tonto terbabit berupa cubaan membunuh kerana anggota kastam sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh dari sindiket penyeludupan, namun hari ini mereka nekad melakukannya sehingga anggota-anggota saya cedera parah.



"Namun tindakan tonto tidak melemahkan semangat kami untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.



Kamaruddin berkata pihaknya telah menyerah kepada pihak polis untuk menyiasat.


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjejaki pelakunya.
- Bernama

Sumber TKO - 10-10-2015


Dua remaja maki anggota penguat kuasa MBPP ditahan
Posted on Saturday, October 10 @ 06:47:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Polis menahan dua remaja yang disyaki mengeluarkan kata-kata kesat serta menganggu tugas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Mior Farid Alatrash Wahid berkata, memaklumkan kedua-dua mereka ditahan di sebuah restoran makanan segera dekat Bandar Baru Farlim, Ayer Itam jam 4 petang Jumaat.

Mereka yang bekerja sebagai mekanik dan juruteknik penghawa dingin itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran serta disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

Kejadian itu viral di media sosial berhubung perilaku dua lelaki berkenaan apabila memaki hamun tiga anggota MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci.


Sumber TKO - 10-10-2015



Budak diculik ditemui semula


Posted on Saturday, October 10 @ 06:45:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang kira-kira jam 9 pagi tadi ditemui semula pada petang ini.

Memetik laporan sebuah portal, kanak-kanak tersebut dihantar oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam.

Dilaporkan pemandu teksi tersebut menghantar kanak-kanak terbabit di kediamannya di Kajang 5.35 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Willey Anak Richard, kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan telah dihantar untuk pemeriksaan doktor.

“Tindakan siasatan diteruskan,” katanya.


Kanak-kanak kecil itu dibawa pulang dalam keadaan selamat ke pangkuan ahli keluarganya oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, kira-kira pukul 5.35 petang pada Jumaat.

Menurut Nizam, dia terserempak dan menjumpai kanak-kanak tersebut secara kebetulan sedang merayau-rayau di tepi sebatang jalan sambil masih membawa beg sandang kecil yang berwarna hijau.

Saya cam gambar budak itu dari satu mesej WhatsApp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah,” ujarnya kepada portal NST Online.

Sumber TKO - 10-10-2015


Tembak bekas Adun: Kelibat dua orang naik motosikal























































































































































BERNAMA | .

MARANG: Seorang penduduk terdengar bunyi letupan seperti mercun sebelum melihat kelibat dua orang menaiki sebuah motosikal meninggalkan kawasan rumah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51.

Abdul Wahab Muhammad, 35, berkata beliau ketika itu bersama empat lagi rakannya berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian.

"Bila saya keluar dari bangsal, saya lihat seseorang bertubuh besar dan memakai topi keledar berlari dalam keadaan tergopoh gapah ke arah rakannya yang sedang menanti di atas motosikal.

"Mereka naik motosikal tanpa nombor plat. Saya terus kejar kedua-duanya dengan motosikal berserta beberapa orang lagi. Bila sampai dekat Kampung Batu 12 (kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian), mereka pun hilang," katanya.

Beliau berkata sebelum itu beliau ternampak kedua-duanya sedang menghala ke rumah Alias.

Alias dipercayai ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong di sini selepas pulang daripada solat Jumaat.

Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh jirannya, namun disahkan meninggal dunia.

Fazil Yusof, 32, yang merupakan kenalan Alias berkata beliau berjumpa Allahyarham pada tengah hari di sebuah kedai kopi berhampiran selepas mangsa dikatakan pergi melawat saudaranya yang akan membuat majlis kenduri.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditemui di Klinik Kesihatan Bukit Payung mahu pihak polis menjalankan siasatan segera.

"Kita minta kes ini disiasat secara terperinci dan individu yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

"Ini (kematian Alias) merupakan satu kehilangan besar dalam dunia politik Terengganu kerana Allahyarham merupakan seorang yang berpengalaman dan pernah menjadi wakil rakyat. Kehilangan ini amat dirasai," katanya.

Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata Allahyarham merupakan seorang yang cukup dihormati dan disegani walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Alias menjadi Adun Alor Limbat selama dua penggal mulai 2004 sebelum kalah kepada calon PAS pada pilihan raya umum ke-13.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Umno Cawangan Alor Limbat.

Allahyarham pernah bertugas sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu (Timbalan Pendakwa Raya/Peguam Kanan Persekutuan) dari 1 Mei 1997 hingga 18 Nov 1999).

Allahyarham meninggalkan isteri Noreha Mohamad, 45, dan empat orang anak.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tamah Perkuburan Islam Kampung Alur Limbat selepas solat Isyak.

Sementara itu pihak polis telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan dan menjejaki suspek.

Ketua Polis Daerah Marang, Suhaimi Mohd Ali yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di mana mayat Allahyarham ditempatkan berkata motif kejadian juga sedang dikenal pasti. - Bernama

Sumber HD - 9-10-2015


Mantan ADUN Disahkan Meninggal Dunia

IMG-20151009-WA0037-576x1024
MARANG – Mantan ADUN Alor Limbat, Allahyarham Alias Abdullah disahkan meninggal dunia setelah ditembak dibahagian dapur dirumahnya, di Kampung Alor Limbat Bukit Payong,dekat sini, kira-kira jam 2 petang hari ini, Jumaat 9 Oktober.

IMG-20151009-WA0037

Menurut maklumat awal, pesanan ringkas dari pihak polis, Allahyarham berehat di bahagian dapur terbabit sebaik pulang dari menunaikan solat Jumaat.

“Pada 9/10/15 jam lebih kurang 2 ptg, mangsa sampai balik dr solat jumaat dan berehat di bahagian luar dapur belakang rumah.

“Mangsa dipercayai telah ditembak oleh dua lelaki Melayu menaiki motosikal tiada no pendaftaran,”menurut mesej tersebut.

IMG-20151009-WA0044

Allahyarham disyakki mengalami kecederaan awal dipercayai di tembak sebanyak satu kali di bahagian kepala telah dikejarkan ke Klinik Bukit Payong dan disahkan telah meninggal dunia.

Pada kira-kira jam 6.15 petang, jenazah Alahyarham dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nurzahirah.

Sehubungan itu, ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan meminta mereka bersabar menghadapi dugaan dari Allah itu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu berkata demikian ketika dihubungi, turut berada di hospital Sultanah Tianku Nurzahirah, Kuala Terengganu.

Sumber BO - 9-10-2015

Mantan ADUN Alor Limbat Ditembak

IMG-20151009-WA0029
KUALA TERENGGANU – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah dilaporkan telah ditembak di rumahnya sebentar tadi, sebaik beliau kembali dari menunaikan solat Jumaat.

Menurut sumber, seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Marang telah menghantar mesej kepada beliau dan memberitahu perkara tersebut.

“Saya terima berita dari seorang AJK Umno bahagian (Marang) yang memaklumkan Mantan YB Alor Limbat Alias Abdullah baru ditembak di hadapan rumahnya tadi.

Beliau telah dikejarkan ke hospital Kuala Terengganu….tunggu berita rasmi nanti,”ujarnya.

alias abdullah

Menurunya Alias telah dikejarkan ke hospital Kuala Terengganu.

Sumber lain menyatakan, beliau telah ditembak oleh dua orang penunggang motosikal yang tidak dikenali di bahagian dapur rumahnya.

Maklumat dari para petugas media mengesahkan kejadian tersebut, tetapi bagaimana kejadian berlaku dan perkembangan setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Alias (gambar kiri) , 51, memnangi kawasan DUN Alor Limbat dari tahun 2004 sehingga 2013 adalah seorang peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa.

Alias juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Marang dari tahun 2004 hingga 2008

Sumber BO - 9-10-2015


Kerana masalah tuntutan harta, Letup ibubapa

Posted on Thursday, October 08 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU 7 Okt. - Kerana masalah tuntutan harta, seorang lelaki bertindak kejam membunuh ibu bapa angkatnya dengan memasang bahan letupan pada motosikal yang dinaiki mereka hingga menyebabkan pasangan warga emas tersebut maut dalam keadaan mengerikan selepas bom itu meletup.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, dalam perjalanan menuju ke Kampung Pulai di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai di Gua Musang dekat sini hari ini.

Letupan bom buatan sendiri yang difahamkan boleh didengari sejauh lima kilometer itu menyebabkan cebisan daging kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan raya dalam lingkungan 40 meter radius.

Sejam selepas kejadian, anak angkat mangsa yang berusia 27 tahun diberkas di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini. Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan penoreh getah itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu Papan ke kampung tersebut kerana mempunyai urusan dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

“Lebih kurang tiga kilometer pasangan itu menunggang motosikal dari rumah mereka, secara tiba-tiba motosikal tersebut meletup dan berkecai.

“Berdasarkan siasatan awal, bom tersebut dipercayai diletakkan berhampiran dengan bateri motosikal jenis Demak yang ditunggang mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mazlan, bertindak atas maklumat yang diperoleh, suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan di rumahnya.

Ujarnya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati mengenai tuntutan harta. Sementara itu, di lokasi kejadian, Ketua Polis Daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada masih terdapat bahan letupan yang dimiliki oleh suspek di rumahnya atau disimpan di lokasi lain.

“Saya minta kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi terutama di media sosial berhubung kejadian ini dan bahan letupan yang digunakan.

“Kita mendapati punca letupan ini adalah daripada bahan letupan buatan sendiri dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.



Sumber TKO - 8-10-2015


5 Ditahan Guna "Nafas Syaitan"' Untuk Merompak, Tukar Mangsa Jadi Pak Turut

Posted on Thursday, October 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Benih yang digunakan bagi tujuan membuat Scopolamine.
Lima warganegara China ditahan kerana disyaki menggunakan sejenis dadah Kolombia yang digelar "Nafas Syaitan" yang boleh menukar mangsa menjadi pak turut di dalam satu operasi di Perancis yang memakan masa beberapa minggu.

Kumpulan tersebut di tahan di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle pada Jumaat lepas bersama wang berjumlah 89 661.4537 € (RM 426,000) beserta satu balang barang yang dipenuhi dengan barang kemas.

Polis percaya barang-barang berharga itu dicuri dari berpuluh-puluh mangsa yang disembur dengan scopolamine, sejenis dadah berbahaya yang diekstrak dari benih sejenis pokok di selatan Amerika. Dadah itu mampu membuat mangsa menjadi pak turut. Dadah itu juga boleh membawa maut jika dikonsumi dalam kuantiti yang banyak.

Memetik laporan dari Telegraph, Soviet dan CIA sebelum ini dilaporkan pernah menggunakan dadah yang sama sebagai 'serum jujur' ketika perang dingin.

Lima individu terbabit ditangkap ketika hendak berlepas ke Guandong, China, selepas mereka diperhatikan selama beberapa hari.

Ketika soal jawab, kesemua mereka tidak mengaku mengguna dadah berbahaya dan hanya berkata mereka adalah "pelancong biasa yang bertanya arah kepada orang ramai".

Kebanyakan mangsa kumpulan ini, majoriti orang tua, berkata mereka dihampiri oleh wanita China yang mendakwa tersesat jalan. Kemudian mangsa mula merasa seperti bermimpi lalu menyerahkan barang berharga kepada wanita terbabit.

Sebelum ini, dua wanita dan seorang lelaki dari China ditahan atas dakwaan menggunakan dadah yang sama di pusat bandar Perancis.

Menurut laporan analisis kepada dadah tersebut, ia bukan sahaja mengandungi scopolamine tetapi turut mengandungi atropine, sejenis ubat yang boleh menyebabkan halusinasi.

Mereka yang ditangkap juga dipercayai mempunyai hubungan dengan satu sindiket jenayah yang turut beroperasi di pelbagai negara.

Seorang ahli Toxicologi di Bogota, Colombia, Miriam Guierrez memberi tahu Vice News : "Dari sudut perubatan, Scopolamine adalah bahan yang sempurna untuk melakukan jenayah kerana mangsa tidak akan ingat apa-apa, jadi dia(mangsa) tak akan buat laporan"

Dadah Scopolamine
Seorang pengedar dadah, Dementia Black, pula memberitahu laman berita itu dadah Scopolamine berkesan dalam sekelip masa selepas ia disembur ke muka mangsa.

"Ia berkesan dalam sekelip mata. Kamu tunggu seminit supaya ia betul-betul masuk dan kamu tahu selepas itu dia(mangsa) kamu punya. Kamu boleh suruh dia buat apa sahaja. Seolah-olah dia seorang budak-budak".

Scopolamine diperbuat dari benih sejenis pokok yang bernama Borrachero - yang bermaksud "pesta mabuk". Ia boleh menyebabkan mangsa berhalusinasi bunga cantik berwarna putih dan kuning. Scopolamine juga antara bahan yang digunakan untuk membuat dadah Kokain. - Siakapkeli.my

Sumber : www.telegraph.co.uk 


Sumber TKO - 8-10-2015


Suami Bersama Rakannya Tetak Isteri Dengan Parang Sehingga Separuh Mati Berjaya Ditangkap

Posted on Tuesday, October 06 @ 12:35:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Dua lelaki yang dirakam membelasah seorang wanita di Port Dickson pada Sabtu lalu menggunakan parang yang menjadi viral di laman sosial telahpun ditahan oleh polis kira-kira 30 minit selepas kejadian itu berlaku.

Salah seorang suspek yang ditahan itu merupakan suami kepada mangsa. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis menahan suspek berumur 24 dan 26 tahun itu di Plaza Tol Mambau.

"Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka," katanya yang dilaporkan sebuah akhbar.

Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek.

"Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari untuk membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh CCTV dan mula menjadi perhatian netizen. Rakaman menunjukkan dua suspek itu membelasah mangsa di luar rumahnya di Taman PD Utama, kira-kira jam 6.30 petang.

Ibu mangsa cuba membantu anaknya itu namun ditolak sehingga jatuh.

Sumber TKO -6-10-2015


Wanita dakwa dirogol bekas rakan sekerja warga Bangladesh
Posted on Tuesday, October 06 @ 08:21:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



IPOH 5 Okt. - Seorang wanita bukan sahaja tertekan kerana menjadi mangsa rogol bekas rakan sekerjanya, malah terpaksa hidup dalam keadaan cemas dan bimbang apabila menerima ugutan penyebaran rakaman klip video seksnya oleh lelaki terbabit.

Lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Anwar, 27, itu menggunakan rakaman klip video tersebut untuk memaksa mangsa yang berusia 21 tahun melakukan hubungan tersebut bersamanya.


Bagaimanapun, umpan yang dilakukan lelaki berkenaan akhirnya memakan diri apabila dia berjaya ditangkap, Jumaat lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa mendakwa, dia yang berkawan dengan suspek sejak dua tahun lalu telah dipelawa untuk keluar minum bersama lelaki itu pada 30 Ogos lalu.

Katanya, semasa berada di kedai itu, dia berasa pening dan tidak sedarkan diri sebelum menyedari telah berada di dalam bilik di sebuah hotel bajet dalam keadaan tidak berpakaian.

"Anwar beritahu yang dia mempunyai rakaman video seks kami dan mengugut untuk menyebarkan rakaman itu jika saya memberitahu hal ini kepada sesiapa.

"Sejak kejadian itu, dia sering menghubungi saya dan memaksa saya untuk melakukan hubungan seks. Jika saya enggan, dia ugut mahu menyebarkan rakaman itu.

"Oleh sebab takut, saya terpaksa ikut kemahuannya dan hubungan itu berlaku kira-kira lima kali sebelum yang terakhir bulan lalu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Wanita itu berkata, oleh kerana tidak tahan diganggu, dia akhirnya membuat keputusan memberitahu mengenai kejadian malang itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bercham, Lim Huey Shan.

"Saya berasa lega apabila dia ditangkap. Sebelum ini saya sering berasa takut dan bimbang dengan ugutan lelaki itu," ujarnya.

Sementara itu, Huey Shan berkata, lelaki berkenaan berjaya ditangkap selepas mangsa bersetuju untuk bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kencana, Bercham.

Katanya, seramai 20 orang anggota Rukun Tetangga terlibat untuk memerangkap suspek sewaktu mangsa mengambil lelaki berkenaan dengan menaiki kereta.

"Anwar tidak mempunyai kenderaan dan setiap kali dia memaksa untuk melakukan hubungan seks, mangsa akan mengambilnya dengan kereta.

"Kami menangkap lelaki itu sewaktu dia berada di dalam kereta mangsa. Lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.  - UM

Sumber TKO - 6-10-2015


Tragis! Gadis Maut Dirogol Abang Ketika Parents Kerjakan Haji

Posted on Sunday, October 04 @ 23:39:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEBUAH laman community Facebook mendakwa seorang gadis telah meninggal dunia semalam, akibat dirogol oleh abang sendiri. Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika ibu bapa mereka berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji.

Mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada admin laman berkenaan untuk meminta pendapat selepas cubaan rogol dilakukan abangnya di sebuah rumah di Cyberjaya.

Mangsa kemudiannya, dikatakan melarikan diri ke rumah saudara Perak selepas dirogol dan mengalami pendarahan serius apabila satu objek turut dimasukkan ke dalam kemaluannya ketika si abang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Perak didakwa mengesahkan mangsa dirogol namun laporan polis yang dibuat oleh saudara mangsa mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh orang tak dikenali atas alasan mahu menjaga aib keluarga.

Justeru selepas mangsa meninggal dunia, admin laman berkenaan cuba mendapatkan keadilan untuk mangsa dengan berkongsikan kes ini di FB mereka.

Berikut cerita penuh yang tersiar di laman FB berkenaan kisah mangsa:

Salam bangsa KHK,ada 1 perkara yang aku nak cerita dan mohon bantuan dari korang yang berkenaan..

Minggu lepas inbox KHK telah didatangi seorang gadis yang ingin meminta pendapat.. 

Selepas menghantar orang tuanya ke airport untuk tunaikan haji,dia dan abang dia balik kerumah abang dia di Cyberjaya..

Dan didalam rumah itu abang cuba untuk merogol dia,namun gagal pada percubaan pertama.. Kemudian aku menasihati dia supaya tinggalkan rumah tu dan cuba uruskan transport untuk dia,malangnya gagal atas beberapa sebab..

Abang dia berjaya merogol dia sebanyak 2 kali,dan abangnya juga memasukkan sesuatu objek kedalam kemaluan dia menyebabkan pendarahan yang serius..
Selepas kejadian tu serta merta dia lari balik kampung di Perak tanpa dia menyedari kecederaannya sangat serius..
Atas desakan aku akhirnya dia pergi juga kehospital,dan doktor bertugas mengesahkan dia dirogol..

Agak malang apabila sepupu yang menghantarnya ke Hospital membuat laporan polis mengatakan dia dirogol oleh orang yang tak dikenali dengan alasan mahu menjaga aib keluarga.Isteri abangnya pun merayu agar kes ini tidak dipanjangkan demi masa depan keluarga katanya..

Namun aku berkeras suruh dia pergi buat laporan polis berdasarkan cerita sebenar agar nasib dia terbela dan dia bersetuju akan buat selepas keadaannya beransur pulih..

Dan pagi ini aku mendapat berita yang menyedihkan,bahawa dia telah pun meninggal dunia pada pukul 7:45 pagi tadi..

Akaun Facebook abang dan kakak ipar dia pun telah lenyap..

dan esok orang tuanya akan balik dari Mekah..

Jadi aku nak minta tolong kepada sesiapa yang belajar atau bekerja dalam bidang undang-undang (lawyer),inbox page untuk aku bertanya macam mana bela kematian dia serta kos2 yang terlibat..

Ada mesej dia tinggalkan sebelum dia meninggal,iaitu menegakkan keadilan bagi pihaknya..

Aku merayu kepada semua bangsa KHK agar doakan aku mendapat kekuatan untuk menunaikan permintaan terakhir dia..

Terima Kasih dan Assalamualaikum

p/s : nama arwah terpaksa dirahsiakan sehingga kes ini dibuka..


khk


Kisah ini segera mendapat perhatian netizen termasuk peguam sendiri. Berikut antara yang tampil membantu dari segi pandangan:


khk2


Update terbaharu mengenai kes ini oleh admin menyatakan, seorang rakan mangsa yang cuba membuat laporan polis untuk membetulkan laporan pertama yang dibuat oleh saudara mangsa mengalami kesukaran apabila surat mati arwah berada di tangan makciknya yang dikatakan tidak mahu membesarkan cerita.

Bagaimanapun difahamkan, ibu bapa mangsa yang dijangka tiba ke tanah air dari Makkah pada hari ini sudah maklum akan kejadian ini dan akan menguruskannya.

Sekiranya cerita ini benar, sama-sama kita doakan keadilan tertegak buat mangsa.

Dan jika kisah ini benar juga, memang malanglah buat ibu bapa mangsa yang rupa-rupanya telah melahir dan membesarkan seekor syaitan selama ini…
– MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-10-2015

Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian

Posted on Sunday, October 04 @ 14:34:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa tampil ke khalayak untuk menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung 1MDB, bahawa beliau didakwa berkata ia "sangat jelas" sebelum dipecat.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut.

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu

"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.


Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.  - Malaysiakini

Sumber TKO - 4-10-2015
































































































































































Mayat tanpa kepala ditemui dalam semak
Posted on Sunday, October 04 @ 14:35:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KLUANG – Seorang wanita dipercayai dibunuh sebelum mayatnya tanpa kepala dicampak di kawasan semak  di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mayat yang dalam keadaan reput itu ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada polis kira-kira 10.25 pagi.

"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian kemudian menemui mayat tanpa kepala tersebut dalam keadaan terlentang, tidak berpakaian kecuali bercoli dengan kakinya terkangkang.

"Sehelai kain berwarna hijau turut ditemui berhampiran mayat itu manakala pewarna kuku berwarna merah masih kelihatan di kedua-dua belah kuku kaki," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, hanya tangan kanan mayat itu yang sudah reput, namun, tangan kirinya masih elok kerana terlipat di belakang badan dipercayai dibunuh sejak dua minggu lalu berdasarkan keadaan fizikalnya.

“Polis sehingga kini sedang mengenalpasti motif kejadian dan mayat itu dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini, untuk bedah siasat.

"Kita juga sedang berusaha mengesan identiti mangsa berdasarkan cap jari tangan kirinya dan menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan sama ada mangsa dirogol atau tidak," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar
Sumber TKO - 4-10-2015

Kertas siasatan terhadap Rahim Thamby Chik selesai

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Kita tahu dia (Rahim) ada beberapa kali memohon maaf kerana kenyataannya tetapi itu terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyiasatnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang meninggal dunia semalam, di Pusat Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, di sini, hari ini

Khalid berkata polis menerima beberapa laporan polis berhubung kes berkenaan.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.

Pada 30 Sept lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama. - Bernama

Sumber HD - 2-10-2015


13 Oktober Permohonan Habeas Corpus Khairuddin
Posted on Friday, October 02 @ 19:48:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan habeas corpus bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mencabar penahanannya mengikut  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di hadapannya.
Peguam Hanif Kathri Abdulla yang mewakili Khairuddin, 53, memohon mahkamah mempercepat pendengaran permohonan itu atas alasan tempoh tahanan Khairuddin akan berakhir pada 21 Oktober ini.

Katanya Khairuddin ditahan di bawah Sosma selama 28 hari dan permohonan habeas corpus itu akan menjadi akedemik jika ia didengar selepas tamat tempoh penahanannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Hanafiah Zakaria berkata, pendakwaan memerlukan masa sebulan untuk menjawab afidavit Khairuddin.  Mohd Hanafiah berkata, afidavit itu turut memerlukan pengesahan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagi menjawab kenyataan Khairuddin mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan dalam afidavitnya.

"Pihak kami dimaklumkan pegawai Bank Negara bahawa Tan Sri Zeti berada di luar negara kerana menghadiri mesyuarat di Bank Dunia dan mereka tidak pasti tarikh sebenar beliau pulang.

"Jadi, kami perlu masa sebulan untuk Tan Sri Zeti mengesahkan afidavit balasan itu," katanya.

Kamardin berkata sekiranya Zeti tidak boleh mengesahkan afidavit itu, timbalan gabenor Bank Negara boleh berbuat demikian.

Oleh itu, beliau menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan itu.
  
Pada 28 Sept lepas, Khairuddin memfailkan permohonan itu dengan menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.     

Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa penahanannya mengikut Seksyen 4(5) Sosma 2012 bertarikh 24 September lepas yang dikeluarkan responden  pertama (Habibi) dan dilaksanakan oleh responden kedua (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) di Ibu Pejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah tidak  sah dan terbatal.

Beliau juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain memohon relif-relif lain yang
dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.  

Beliau turut mengemukakan permohonan itu atas alasan penahanannya tidak mematuhi peruntukan undang-undang Sosma 2012, berniat jahat dan berbentuk mala fide serta difikirkan kemudian oleh responden.

Khairuddin, yang juga suami pelakon Umie Aida, mendakwa penahanannya merupakan penyalahgunaan proses undang-undang dalam menggunakan Sosma 2012 secara salah sedangkan tindak-tanduknya tidak langsung berunsur aktiviti pengganas.

Pada 23 September lepas, Khairuddin ditahan semula mengikut Sosma 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas tempoh tahanan reman bagi kes Seksyen  124C Kanun Keseksaan tamat.

Beliau ditahan reman sejak 19 September mengikut Seksyen 124C bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
- Bernama

Sumber TKO - 2-10-2015


Tabik pada imam yang kena tampar

Posted on Tuesday, September 29 @ 23:30:00 MYT by paktam

Oleh FARUSH KHAN 

UNTUK cetusan hari ini sebenarnya saya sudah siapkan cetusan nostalgia mengenai Masjid Negara. Antaranya kisah bagaimana kami murid-murid darjah satu menderma RM1 dalam 20 ansuran sebagai sumbangan untuk pembinaan masjid itu.

Saya sebut betapa cantiknya jika amalan begitu dihidupkan kembali. Walaupun hanya RM1 ia mengekalkan rasa kesetiaan dan milik di kalangan umat sejak kecil. Cetusan itu sempena ulang tahun Masjid Negara ke-52 pada 27 Ogos lalu.

Saya juga menceritakan bagaimana girangnya saya melawat Masjid Negara pertama kali pada 1969, dua tahun selepas ia dibuka secara rasmi. Bayangkan berapa juta umat sudah sujud di Masjid Negara setakat ini, berapa juta manusia dari seluruh dunia yang kagum melihatnya dan entah berapa ramai lagi yang mendapat hidayah selepas melawatinya. Wallahualam.

Malah kawasan sekitar Masjid Negara juga beberapa kali menjadi tempat pendemonstrasi berkumpul.

Sesungguhnya, Masjid Negara, seperti masjid-masjid lain, adalah rumah ALLAH yang memberi ketenangan.

Tiba-tiba Jumaat lalu, Masjid Negara ‘meletup’. Ia menarik tumpuan seluruh negara dengan kes ‘imam kena tampar ketika imamkan solat Jumaat’.

Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya pada awalnya itu menjadi viral tidak sampai dua jam selepas kejadian.

Suasana jadi kecoh selepas seorang lelaki warga asing tidak pasal-pasal bertindak menampar Imam II, Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau baru mula membaca al-Fatihah.

Dia kemudian merampas pembesar suara, mengarahkan imam itu “You go back!” (anda ke belakang) dan mengambil alih tempat imam.

Keadaan jadi lebih kecoh ketika lelaki itu dibawa keluar ke kereta polis untuk ke balai polis. Nampak seperti marah-marah. Apa pun saya tarik nafas lega kerana imam itu hanya kena tampar. Selain itu, saya tabik beliau kerana mampu kawal perasaan.

Saya tidak boleh bayangkan kalau imam hilang sabar, terus balas tamparan dan bergusti dengan lelaki itu atas sejadah dengan disaksikan ribuan jemaah.

Katanya, lelaki itu mengalami masalah mental, tetapi siapa tahu dia waras atau tidak ketika itu? Pasukan keselamatan juga patut menerima penghargaan kerana mampu mengawal keadaan. Kalau tidak, tidak mustahil dia menjadi lempeng.

Ini pertama kali di Masjid Negara, tetapi kes berkaitan imam diserang sudah pernah berlaku, ada yang hingga membawa maut pun.

Ingat cerita seorang imam yang maut dipukul dengan senjata tumpul oleh lelaki kurang siuman ketika menunaikan solat sunat Subuh di madrasah Kampung Gual Petai Lima, Tanah Merah, Kelantan, pada November 2012?

Barangkali, pihak pengurusan masjid, terutama yang besar-besar, mahu memikirkan sekarang kaedah lebih berkesan untuk melindungi keselamatan imam ketika mereka mengimami solat.

Ia bukannya sesuatu yang mudah sebab ketika mendirikan solat semua jemaah perlu khusyuk. Imam apa lagi?

Kalau waktu lain, mungkin pengawal boleh solat kemudian, tetapi kalau solat Jumaat mereka perlu solat bersama. Apakah boleh mendapatkan khidmat pengawal bukan Islam untuk solat Jumaat? Wallahualam.

Ketika menerima berita kejadian di Masjid Negara itu, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah tentang peristiwa yang sangat menyayat hati yang berlaku kepada beberapa sahabat Rasulullah SAW, khususnya tiga daripada empat Khalifah ar-Rasyidin, iaitu Saidina Umar al-Khattab RA, Saidina Osman bin Affan RA dan Saidina Ali bin Abi Talib KW.

Ada dua pendapat mengenai kewafatan Khalifah pertama, Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Ada yang kata sebab keracunan dan ada yang mengatakan baginda wafat secara biasa.
Tetapi ketiga-tiga lagi khalifah wafat selepas diserang musuh Islam ketika menunaikan solat atau mengaji al-Quran.

Saidina Umar ditikam dengan pisau dua mata oleh hamba Majusi, Fairuz @ Abu Lu’luah, ketika baginda mengimami solat Subuh. Ketika cuba melarikan diri, si pengecut itu menikam 13 jemaah, sembilan daripada mereka meninggal, sebelum membunuh diri sendiri kerana takut dengan jemaah yang menangkapnya.

Saidina Osman ditetak oleh pemberontak ketika membaca al-Quran dan Saidina Ali ditetak ketika solat sunat Subuh.

Saidina Osman wafat ketika berusia 82 tahun, sementara tiga khalifah lagi itu wafat pada usia sama dengan Nabi SAW, iaitu 63 tahun.

Sumber DD - 29-9-2015   


































































































































































Kes Bunuh Morais: Empat Tertuduh Berasal Dari Kulim
Posted on Tuesday, September 29 @ 14:47:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Empat daripada lapan tertuduh yang didakwa menculik dan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais berasal dari daerah sama iaitu Kulim di Kedah.

Enam tertuduh didakwa membunuh manakala dua lagi bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kelihatan dalam keadaan tidak terurus, Pakar Patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 52, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut.


Pelajar kolej, S. Nimalan, 22, S. Ravi Chandaran, 44, G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, M. Vishwanath, 25 dan A. Thinesh Kumar, 22, didakwa di atas pertuduhan membunuh di mahkamah yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 7 pagi dan 9 malam dari Jalan Dutamas Raya, Sentul ke No 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya pada 4 September lalu.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, seorang lagi tertuduh Murugan Arujalan, 44, yang bekerja sebagai mekanik turut didakwa atas pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No 20, Desa Mentari dekat sini antara 9.30 pagi dan 8 malam pada hari yang sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, alamat terakhir pengawal keselamatan, Viswanath adalah di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan dekat Kulim manakala Dinishwaran pula di Batu Pekaka Estate dekat Kuala Ketil tidak jauh dari Kulim manakala Nimalan dan Thinesh juga berasal dari Kulim.

Sumber polis berkata walaupun keempat-empat tertuduh bukan dari satu kumpulan tetapi mereka dari daerah yang sama.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Tiada pengakuan direkodkan.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak, Manoj Kurup dan Mohd Dusuki Mokhtar memohon kes tersebut disebut semula pada November selepas mempertimbangkan sedikit masa diperlukan untuk menyediakan laporan kimia dan hasil bedah siasat.

Hakim Siti Radziah Kamarudin menetapkan 30 November depan untuk sebutan kes.
Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili 
Dr Kunaseegaran manakala M. Manoharan mewakili Dinishwaran.

Tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Morais dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.
Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam tong dram bersimen itu adalah mendiang Morais. - Mstar 
Sumber TKO - 29-9-2015

Kes Kevin Morais: 6 didakwa bunuh, 2 bersubahat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Enam lelaki hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.
  
Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
  
Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
  
Di kandang tertuduh ialah G. Gunasekaran, 47, R.Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, yang didakwa bersama-sama membunuh Kevin, 55, dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul, di sini ke No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya, Selangor.
  
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi hingga 8 malam, 4 Sept lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pertuduhan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
  
Sementara itu, Dr Kolonel K Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 302 kanun sama, yang turut membawa hukuman mati mandatori.
  
Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan tiada sebarang pengakuan direkodkan setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
  
Barisan pendakwaan yang dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Ahmad Dusuki Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.
  
Majistret Siti Radziah Kamardin kemudiannya menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan kes.
  
Peguam M. Manoharan mewakili Dinishwaran manakala Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Kunaseegaran. Tertuduh lain tidak diwakili.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pula, mekanik A. Murugan, 44, didakwa bersubahat dengan enam lelaki terbabit dan Dr Kunaseegaran melakukan kesalahan itu di No 20 Desa Mentari di sini, di antara jam 9.30 pagi hingga jam 8 malam, 4 Sept lepas.
  
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
  
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memohon tempoh dua bulan sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
  
Mahkamah menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan semula kes.
  
Ketika ditemui Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa berkata Dr Kunaseegaran, yang bertugas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, dan Murugan akan dihukum mati jika sabit kesalahan walaupun hanya didakwa atas tuduhan bersubahat.

Menurutnya, undang-undang menyatakan bahawa sesiapa yang dituduh bersubahat dalam apa-apa kes turut berdepan hukuman sama dengan hukuman kesalahan utama.
  
"Cuma berbeza jika seseorang itu dituduh 'cuba' melakukan kesalahan dalam apa jua kes dan dia boleh dikenakan hukuman separuh daripada hukuman utama," katanya.
  
Sementara itu, galeri awam mahkamah dipenuhi anggota keluarga mendiang termasuk dua adik lelakinya, Charles Suresh, 53, dan Datuk Richard Dilaan, 49.
 
Beberapa timbalan pendakwa raya dan majistret lain turut hadir. Media dan orang awam menunggu prosiding bermula sejak pukul 9 pagi.
  
Richard ketika ditemui pemberita berkata: "Setiap orang menjalankan tugas dengan baik. Itu saja yang saya boleh cakap. (Sekarang) kita serahkan saja kepada mahkamah," katanya.
  
Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas.
  
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. - BERNAMA

Sumber HD - 28-9-2015


Penahanan Khairuddin di bawah Sosma tidak sah

Posted on Monday, September 28 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM -  Penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma),  tidak sah di sisi undang-undang.

SHAH ALAM -  Penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma),  tidak sah di sisi undang-undang.
Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam),  Datuk S Ambiga berkata, Sosma bertujuan menangani kesalahan yang memudaratkan keselamatan awam dan negara, atau Persekutuan atau mana-mana bahagian Persekutuan.

Namun Ambiga berkata, timbul persoalan adakah tindakan Khairuddin memfailkan laporan di luar negara berkenaan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) memudaratkan keselamatan awam dan negara.

“Laporan  tersebut mungkin telah menyebabkan sesetengah pihak berasa tidak selesa tetapi itu tidak boleh menjadi asas bagi satu penangkapan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ambiga berkata, Hakam mengambil pendirian sama dengan Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk warga Malaysia, mengecam tindakan yang disifatkan sebagai menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Katanya, dalam perbandingan begitu ketara, individu yang mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling pula dipandang ringan.

“Ini menyerlahkan lagi penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini mempunyai agenda politik,” katanya.

Justeru, kata Ambiga, Khairuddin patut dibebaskan dengan segera dan sikap pihak berkuasa yang giat mencabul hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya mestilah dihentikan.

Jumaat lalu, Khairuddin ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara beberapa hari sebelum mengadakan pertemuan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, esok.

Beliau dibebaskan setelah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, bagaimanapun ditangkap semula ketika beliau meninggalkan kompleks mahkamah di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan atas kesalahan mengancam keselamatan negara.



- Sinar Harian



Sumber TKO - 28-9-2015 


Kes Morais: Lapan suspek didakwa

Posted on Monday, September 28 @ 04:46:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Lapan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Anthony Kevin Morais akan didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata,‎ seorang daripada suspek dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara  dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu akan didakwa di Petaling Jaya manakala selebihnya di Jalan Duta.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.

Pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur sehingga kini belum dapat mengenal pasti punca kematian mangsa. - Bernama


Sumber TKO - 28-9-2015


Bagaimana Khairuddin mudaratkan keselamatan awam?

Posted on Sunday, September 27 @ 10:31:39 MYT by paktam

Oleh AMBIGA SREENEVASAN

Pada 24 September lalu bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).Khairuddin ditangkap dipercayai disebabkan oleh laporan-laporan yang dibuatnya dengan penyiasat-penyiasat di luar negara terhadap 1MDB.

Beliau ditangkap dan direman dahulu pada 18 September bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Selepas dilepaskan beliau ditangkap semula bawah Sosma.

Khairuddin kini menghadapi tuduhan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, dipercayai untuk kesalahan-kesalahan “sabotaj” atau “percubaan untuk sabotaj negara”.

HAKAM mengambil pendirian yang sama dengan Majlis Peguam dan banyak lagi NGO lain, juga semua warga Malaysia yang berfikiran munasabah dalam mengkritik dan mengecam tindakan-tindakan ini sebagai menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Sosma merupakan satu akta yang bersifat autoritarian dan menindas dan ia kini digunakan pula untuk melindungi perdana menteri (yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat) daripada penelitian.

Dalam perbandingan yang begitu ketara, individu yang mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling pula dipandang ringan dan tidak berdepan dengan tindakan polis.
Ini menyerlahkan lagi penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini yang mempunyai agenda politik.

SOSMA bertujuan menangani kesalahan-kesalahan sekuriti yang “memudaratkan keselamatan awam di dalam, atau sekuriti persekutuan atau mana-mana bahagian persekutuan”.

Persoalannya, bagaimana tindakan Khairuddin, dengan memfailkan laporan-laporan di luar negara berkenaan 1MDB, memudaratkan keselamatan awam negara?

Laporan-laporan tersebut mungkin menyebabkan sesetengah pihak berasa tidak selesa tetapi itu tidak boleh menjadi asas bagi satu penangkapan.

Tambahan pula, Khairuddin akan dikecualikan bawah Seksyen 4(3) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menyatakan “Tiada seorang pun boleh ditangkap atau ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”.

Kepercayaan politik atau aktiviti politik pula didefinisikan di bawah Seksyen 4(12) perenggan (b) dan (c) masing-masing sebagai “pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan” dan “pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan”.

Pada pandangan kami, penangkapan ini adalah tidak sah di sisi undang-undang khususnya Sosma.

Agensi-agensi penguatkuasaan harus menetapkan pendirian mereka sama ada peranan mereka untuk melindungi rakyat atau melindungi pemimpin-pemimpin daripada dipertanggungjawabkan untuk tindakan-tindakan mereka sama ada betul atau salah.
Pilihan tersebut sepatutnya jelas tanpa sebarang keraguan.

Khairuddin patut dibebaskan dengan segera dan sikap pihak berkuasa yang giat mencabul hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya mestilah dihentikan.

Biar sedikit kewarasan, keadilan dan pendekatan yang menghormati kedaulatan undang-undang kembali diamalkan dengan segera dalam pentadbiran negara ini.

Insiden ini salah satu daripada tindakan bersiri yang bersifat menindas dan dilakukan secara sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa untuk melindungi perdana menteri daripada memberi jawapan kepada rakyat.

DATUK AMBIGA SREENEVASAN presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam).

Sumber DD - 27-9-2015


7 akan didakwa atas pembunuhan Kevin Morais esok

Posted on Sunday, September 27 @ 13:34:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Tujuh lelaki, termasuk seorang doktor tentera akan didakwa esok dalam kes pembunuhan Kevin Anthony Morais, timbalan pendakwa raya yang mayatnya dijumpai di dalam tong dram diisi simen pada Hari Malaysia di Subang Jaya minggu lepas.

Lima daripada mereka akan didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara dua lagi termasuk doktor tentera tersebut akan didakwa atas tuduhan bersubahat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, kata sumber kepada The Malaysian Insider.


Semua 7 suspek akan berdepan hukuman bunuh jika disabitkan bersalah.

Polis sebelum ini berkata Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes melibatkan doktor tersebut, seorang kolonel berusia 50-an, bertugas di makmal patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang didakwa kerana perniagaan haram pada Disember 2013.

Pada September tahun lepas, doktor tersebut yang diikat jamin sebanyak RM100,000, dibicarakan dalam 2 dakwaan rasuah bernilai RM700,000 kerana menyarankan 3 syarikat membekalkan ubat dan alatan perubatan kepada hospital.

Semua 7 individu itu akan didakwa di mahkamah majistret di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok, walaupun mayat Morais masih belum dituntut dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur.

Adik beradik Morais - Charles, David dan Datuk Richard - dipercayai amat tidak berpuas hati dengan ketidaktentuan punca kematian dan memutuskan untuk tidak mengambil mayatnya sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Satu upacara peringatan diadakan di Gereja St Joseph, Sentul semalam selepas upacara 'wake' 3 hari di pusat Nirvana Memorial di Kuala Lumpur.

Satu upacara pengebumian akan diadakan di Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 3 Oktober.

Morais hilang pada pagi 4 September selepas diculik beberapa lelaki dalam satu pelanggaran di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, di tengah kesesakan lalu lintas. Beliau dibawa lari oleh suspek selepas keluar dari keretanya untuk memeriksa kerosakan.

Richard membuat laporan polis keesokan harinya di Balai Polis Jinjang selepas mendapati adiknya tidak hadir di tempat kerja sebelumnya dan panggilan ke 2 telefon bimbit beliau tidak dijawab.

Polis kemudiannya menjumpai Proton Perdana yang dibakar dengan nombor casis dan enjin dipadamkan, di sebuah ladang di Hutan Melintang, Perak. Morais kali terakhir dilihat memandu Proton Perdana milik kerajaan.

Sehari selepas itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengeluarkan kenyataan Morais tidak terlibat dalam pasukan petugas kerajaan yang sebelum ini menyiasat syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atas kontroversi hutangnya.

Apandi menjawab spekulasi di media sosial tentang kemungkinan kaitan antara kehilangan Morais dan siasatan berprofil tinggi ke atas syarikat pelaburan negara itu.

Dalam kenyataan berasingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Morais pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di bahagian perundangan dan dakwaan selama 10 tahun sehingga beliau kembali ke Jabatan Peguam Negara pada Julai tahun lepas.

Selepas beberapa hari, Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan yang pertama mendedahkan, polis mengesyaki unsur jenayah dalam kehilangan Morais, menambah kes tersebut diklasifikasikan semula sebagai penculikan.

Ini selepas hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelanggaran yang terjadi menyaksikan Morais diikat masuk ke dalam sebuah lori pikap.

12 hari selepas penculikan beliau, polis dibawa ke kawasan paya di Taman Subang Mewah di USJ 1, Subang Jaya di mana mereka menjumpai mayat Morais di dalam tong dram berisi simen.

Dilaporkan juga polis membuat beberapa penahanan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kedah dalam siasatan mereka.

Beratus hadirin datang ke upacara pengebumian beliau sejak 3 hari lepas, dan rakan sekerja beliau dalam bidang undang-undang menyifatkan Morais sebagai seorang pendakwa raya yang bijak, ramah, rendah diri, seorang mentor, guru dan patriot.


Sumber TKO - 27-9-2015






































































































































































Jalan Petaling seperti biasa, tiada perhimpunan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan dan santai di lokasi pelancongan Jalan Petaling di ibu negara berjalan seperti biasa hari ini dengan kehadiran ramai pengunjung biarpun ada pihak sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di kawasan itu.

Keadaan lalu lintas di sekitar lokasi yang turut dikenali sebagai 'Chinatown' itu juga sibuk, dengan orang ramai meluangkan masa membeli-belah di ibu negara selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis lepas.

Suasana tenang di lokasi itu dipastikan dengan kehadiran ramai anggota polis yang mengawal dan memastikan ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata setakat petang ini aktiviti perniagaan di sekitar Jalan Petaling beroperasi seperti biasa.

"Kehadiran elemen kumpulan Baju Merah tidak dikesan di kawasan Jalan Petaling atau Bukit Bintang. Rondaan dan pemerhatian oleh pihak polis diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang dilihat turut meninjau keadaan di Jalan Petaling, dan mereka rata-rata tidak bersetuju dengan penganjuran sebarang perhimpunan berlandaskan perkauman di negara ini.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Wilson Lau Hoi Keong memberitahu pemberita perhimpunan seumpama itu tidak seharusnya diadakan kerana ia akan menjejaskan perniagaan selain mencalar imej Malaysia.

"Ia boleh menjurus kepada tercetusnya masalah perkauman dan mempunyai elemen menakut-nakutkan peniaga di kawasan tumpuan pelancong itu," katanya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula menyifatkan tidak ada tempat bagi pihak yang cuba membangkitkan isu perkauman dalam masyarakat Malaysia.

Turut kelihatan memerhatikan keadaan di Jalan Petaling ialah Naib Pengerusi Gerakan Datuk Dr Asharuddin Ahmad dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Polis malam tadi menahan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunos mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berhubung kenyataannya tentang kemungkinan berlaku rusuhan di Jalan Petaling.

Sebelum ini, polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di lokasi itu.

Dalam pada itu, peniaga itik panggang, Amy Choong, 40, berkata beliau tidak khuatir kerana kehadiran polis memastikan keselamatan dan keamanan terkawal.

Penjual bunga, Shanti Andalam, 62, berkata beliau pada mulanya menjangka akan menutup kedainya jika keadaan menjadi tidak menentu, namun langkah itu dilihat tidak perlu.

"Kita boleh lihat ramai polis jadi tidak perlu bimbang. Kita jalan perniagaan macam biasa," katanya.

Pemilik farmasi, Ng Chee Yat, 50, memuji kesungguhan polis dalam memastikan keadaan kekal aman.

"Pihak polis menjalankan tugas mereka dengan baik. Kami perlu memberi pujian kerana mereka berusaha untuk hadir bagi memastikan ketenteraman awam," katanya.

Perhimpunan itu dilaporkan dirancang bagi membantah antaranya kehadiran peniaga asing di kawasan itu selain daripada penjualan barangan tiruan dan larangan.

Selasa lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya tidak membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan Jalan Petaling atau mana-mana kawasan lain yang dilihat boleh menganggu ketenteraman awam. - Bernama

Sumber HD - 26-9-2015











































































































































































Keluarga mahu tahu punca kematian Kevin Morais

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Keengganan waris mendiang Anthony Kevin Morais menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata anggota keluarga mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur tentang perkara itu.

"Pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebenarnya telahpun diperoleh beberapa hari lalu yang mengesahkan bahawa wujud hubungan biologikal antara mendiang dan anggota keluarganya," katanya dalam kenyataan hari Jumaat.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya dekat sini pada 16 Sept.

Beliau kali terakhir dilihat pada 4 Sept semasa meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu keretanya. - Bernama

Sumber HD - 25-9-2015


Polis mula kawal Jalan Petaling
Posted on Saturday, September 26 @ 11:18:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pasukan polis dilihat mula mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling sekalipun perhimpunan aman yang dikatakan akan diadakan pada hari ini dibatalkan.

Sekitar jam 10 pagi, beberapa buah kenderaan pacuan empat roda polis ditempatkan di pintu masuk kawasan berkenaan.


Puluhan anggota polis kemudiannya mula mengawal di pintu masuk ke Jalan Petaling berdekatan Pasar Seni.

Namun begitu, kelibat peserta perhimpunan tidak kelihatan pada waktu ini.

Aktiviti perniagaan di sini juga berjalan seperti biasa dan para peniaga mula membuka premis masing-masing.

Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos telah ditahan pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan demonstrasi di Jalan Petaling hari ini.

Sumber TKO - 26-9-2015












































































































































































AS, Australia Beri Amaran Kemungkinan Ancaman Pengganas Di Jalan Alor
Posted on Friday, September 25 @ 09:56:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




PETALING JAYA: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mengeluarkan nasihat perjalanan di Jalan Alor berikutan kemungkinan ancaman pengganas.

Dalam satu kenyataan di laman web kedutaan itu pada malam Khamis, ia berkata, nasihat berkenaan dikeluarkan berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung kemungkinan tindakan pengganas.

Ia menasihatkan rakyat AS supaya mengelakkan daripada berada di Jalan Alor, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pada Khamis.

"Bagi semua lokasi lain, Kedutaan AS di Kuala Lumpur mengingatkan rakyat AS agar perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap keselamatan diri.


"Pada masa lalu, badan-badan pengganas mempunyai rancangan mengenai serangan mereka sejajar dengan tarikh penting dalam kalendar," kata kedutaan itu.

Ia mengingatkan rakyat AS supaya sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan kerana mereka mungkin menjadi sasaran kumpulan ekstremis tanpa mengira negara mereka berada.

"Teliti semula rancangan keselamatan diri anda, sentiasa berwaspada terhadap persekitaran, termasuk memantau stesen berita tempatan untuk perkembangan semasa.

"Sentiasa berwaspada pada tahap yang tinggi, ambil langkah yang sewajarnya untuk mempertingkatkan keselamatan diri anda dan mengikut arahan pihak berkuasa," menurut nasihat kedutaan itu.

The Straits Times pada Khamis melaporkan satu amaran turut dikeluarkan dalam laman web Jabatan Perdagangan dan Hal Ehwal Luar, Kerajaan Australia.

"Berikutan kemungkinan ancaman keganasan, rakyat Australia dinasihatkan supaya tidak berada di Jalan Alor, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pada Khamis, 24 September.

"Kami terus menasihatkan rakyat Australia untuk mempertimbangkan semula mengenai keperluan untuk mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di Malaysia," menurut amaran itu.  - Mstar
Sumber TKO - 25-9-2015

Polis buru 4 mat rempit berlumba di Kesas

BERNAMA | .


SHAH ALAM: Polis masih memburu empat penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata empat suspek berkenaan merupakan antara lima penunggang motosikal yang dipercayai berlumba di lebuh raya tersebut sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu.

"Seorang daripada lima penunggang itu yang berusia 26 tahun kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana patah tangan selepas gagal mengawal motosikal dan terjatuh.

"Polis akan mengambil keterangan mangsa apabila dia disahkan dalam keadaan stabil oleh doktor," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Selasa, rakaman video mengenai kegiatan lumba haram itu tersebar luas di laman sosial beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Rakaman itu menunjukkan lima penunggang motosikal sedang berlumba sebelum empat daripada mereka terjatuh kerana gagal mengawal motosikal selain turut melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora.

"Saya sahkan di sini, tiada penunggang yang maut dalam kejadian itu...kita percaya gambar yang tersebar (dalam laman sosial) serta menunjukkan penunggang cedera parah dan maut di tempat kejadian adalah gambar daripada kes berlainan," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan polis menahan dua lelaki warga Amerika Latin kerana disyaki menjadi anggota sindiket pecah rumah di Selangor dan beberapa negeri lain.

Shafien berkata kedua-dua suspek berusia 30-an itu ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada 10 Sept lepas.

"Kedua-dua suspek sebelum ini terlibat dalam tiga kes pecah rumah di sekitar daerah Shah Alam...hasil risikan dan intipan, kita berjaya menjejaki kedua-dua suspek itu di Kuantan.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut menemui alatan untuk pecah rumah iaitu pemotong besi, spanar boleh laras dan pemutar skru serta barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah seperti kamera, telefon bimbit dan beberapa jam tangan pelbagai jenama," katanya.

Katanya, modus operandi suspek ialah bergerak menggunakan kenderaan yang disewa selain berselindung dengan pas pelajar untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini.

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini. - Bernama

Sumber HD - 23-9-2015


Bagaimana buat laporan tentang 1MDB boleh ‘mensabotaj negara’?

Posted on Tuesday, September 22 @ 21:31:25 MYT by paktam

oleh V Shuman 

Ini lawak untuk memulakan minggu anda- membuat laporan tentang 1MDB boleh melayakkan anda menjadi pensabotaj. Ini, menurut Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.

Dia memetik laporan Bernama yang berkata tindakan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan, menggunakan saluran perundangan asing untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB yang diserang kini, boleh dianggap “mensabotaj negara”.


Menurut Khalid, tindakan Khairuddin jelas sekali mencabar sistem perundangan Malaysia.

“Ia juga mencemarkan kewibawaab agensi penguatkuasaan tempatan dan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem demokratik negara ini.

“Tindakannya adalah satu bentuk sabotaj yang memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini,” kata Khalid dalam satu kenyataan.

Khairuddin kini sedang direman selepas ditahan Jumaat lepas, kerana “melakukan aktiviti yang boleh merosakan demokrasi berparlimen”.

Dia sebelum ini telah membuat pelbagai laporan polis mengenai 1MDB, dan apabila tiada tindakan diambil, dia membawa kes itu ke seluruh dunia- membuat aduan rasmi mengenai dana itu di Perancis, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan UK.

Dia dijadualkan terbang ke New York Jumaat lepas, apabila dia mendapati dia telah disekat dari keluar negara, dan ditahan kemudiannya pada malam itu.

Selepas penahanannya, didedahkan bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat 1MDB.

Apakah “kewibawaan” agensi kerajaan tempatan yang dikatakan Khalid?

Dahulu pernah wujud pasukan khas untuk menyiasat kekecohan “derma” RM2.6 bilion dan juga 1MDB, tetapi semua itu telah musnah selepas perpindahan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam siasatan itu.

Dan bagaimana membuat laporan tentang sebuah syarikat, bersamaan dengan mensabotaj negara ini?

Sejak bila 1MDB merupakan sebuah negara, dan dalang disebaliknya, mewakili negara ini?

Khalid tidak tahu bezakah antara keduanya?

Kalau menurut logiknya, adakah ini bermakna yang 1MDB, hanya kerana ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Razak boleh terlibat dalam perjanjian kewangan yang meragukan sesuka hatinya, tanpa takut dihadapakan ke muka pengadilan?

Pelbagai skandal kerajaan yang masih belum selesai yang menakutkan pelabur dan pelancong, dan kekurangan tindakan untuk mengatasi masalah ini yang menjadikan ringgit makin menjunam, menjejaskan kestabilan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Pegawai yang menjawat jawatan pula yang menerima berbilion menerusi akaun peribadi dari sumber yang meragukan, malah mengapa dia menerima duit tersebut juga masih misteri, yang mengadaikan kedaulatan negara ini.

Mengapa polis kita tidak bertindak secekap mereka menangkap Khairuddin, dalam menyiasar 1MDB selepas pelbagai laporan dilakukan?

Justifikasi lemah polis kerana penahanan Khairuddin nampaknya mengesahkan kepercayaan kita yang polis mengikut telunjuk kerajaan memerintah, dan tidak lebih daripada pasukan keselamatan beruniform, satu lagi sayap parti pemerintah.

Kawan selagi mana anda mengikut kata kerajaan, musuh sebaik sahaja anda mula bertanyakan soalan- itulah tanggapan rakyat masa kini.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com-http://bm.theantdaily.com/

Sumber DD - 22-9-2015

Pura-Pura Mati Elak Jadi Mangsa Rogol

Posted on Tuesday, September 22 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Penampang - Seorang gadis mengejutkan penduduk di kampung Koidupan di sini apabila muncul dengan keadaan lemah dan berdarah di muka.

Kejadian diceritakan oleh salah seorang penduduk kampung berkenaan di Facebook.


Menurut individu terbabit, gadis asing itu muncul ketika penduduk sedang bermesyuarat Agung Tahunan PBS di Balairaya Kg Koidupan.
Tambah individu tersebut, gadis itu berkata dia menjadi mangsa ragut hampir menjadi mangsa rogol sebelum dicampak ke dalam parit apabila berpura-pura mati.

Gadis berkenaan di hantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi tentang kejadian - Siakapkeli.my








Sumber TKO - 22-9-2015

Kemalangan Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS (bersama video & gambar)
Posted on Tuesday, September 22 @ 14:46:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

erdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.


Proton Exora yang dirempuh peserta lumba haram sebelum terbabas
Kredit: Semut Gergasi

Kerana rempuhan tersebut menyebabkan ke semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil geseran motosikal dengan jalan.

Berdasarkan komen kejadian dikatakan baru berlaku tetapi tidak dinyatakan waktu dan kebanyakkan mereka perserta lumba haram ini mengalami kecederaan dan ada yang parah.

Apa yang terjadi ini bolehlah dijadikan sebagai iktibar, jangan bila ada melibatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal tidak berguna. - Siakapkeli.my


1- https://www.youtube.com/watch?v=Eg_7aPeQfVI&feature=player_embedded
2- https://www.youtube.com/watch?v=Grzlr13N4QI&feature=player_embedded

Tahun lepas dah kemalangan tapi tak serik. Lihat gambar kemalangan tahun lepas.















Motor di bawah ni yang baru...



Sumber TKO - 22-9-2015

Pelajar UiTM Ditemui Mati
Posted on Monday, September 21 @ 13:23:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ARAU: Seorang pelajar wanita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau, Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016.

Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua jam.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi.

"Apabila dia tidak kembali ke biliknya selepas dua jam, rakannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan dia pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina.

"Rakannya terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air," kata Ahmad Redzuan.

Pihak pengurusan asrama kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tunaku Fauziah di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang.

"Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.

"Syarafina sentiasa mengadu sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan itu kadang kala menyebabkan dia tidak hadir ke kelas," kata Ahmad Redzuan.  - Mstar 

Sumber TKO - 21-9-2015


IGP: Tindakan Khairuddin dianggap mensabotaj negara
Posted on Monday, September 21 @ 13:19:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jelas merupakan langkah yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia.

"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Khalid membuat kenyataan itu sebagai menjawab dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini, kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB.

Khalid berkata Khairuddin, yang telah membuat laporan polis mengenai isu 1MDB, seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

"Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia," katanya.

Khairuddin kini ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara pada hari Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB.
- Bernama

Sumber TKO - 21-9-2015


Dua Lagi Dicari Bantu Siasatan Kes Bunuh Kevin Morais
Posted on Sunday, September 20 @ 20:46:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari dua lagi individu berhubung kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua individu berkenaan ialah Dinishwaran a/l Raman, 23, and Vishwanath a/l Murugaya, 25, bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Morais di mana mayatnya ditemui dalam tom dram yang disimen di Subang Jaya pada 16 September lalu.

Alamat terakhir Dinishwaran ialah Estet Batu Pekaka di Kedah, manakala Vishwanath di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan di Kedah.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai di mana kedua-dua individu ini diminta untuk menghubungi ibu pejabat polis Sentul di talian 03-40482222 atau pegawai penyiasat, ASP Wan Abdullah at 012-3482737.


Setakat ini, tujuh individu direman, termasuk seorang pegawai perubatan tentera yang didakwa terlibat dalam perniagaan yang menyalahi undang-undang semasa masih bertugas sebagai penjawat awam.

Pakar pantologi berusia 52 tahun itu terlibat dengan beberapa kes rasuah yang masih dalam perbicaraan.

Tiga Timbalan Pendakwa Raya termasuk Kevin, terlibat dalam pendakwaan terhadap pakar pantologi itu sejak 2013.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lalu selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. - Mstar

Sumber TKO - 20-9-2015

Kes rasuah doktor ATM ditangguh kerana kematian Kevin
Posted on Saturday, September 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat menetapkan menangguhkan kes rasuah Pakar Patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran kerana kematian Kevin Morais.

Hakim Sabariah Atan menetapkan 19 Oktober untuk sebutan kes Dr R. Kunaseegaran yang didakwa melibatkan diri dalam perniagaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail yang hadir bagi pihak pendakwaan, memohon tarikh baru untuk mengetahui status kes berkenaan berikutan kematian Kevin.

“Pohon penangguhan dalam tempoh sebulan untuk dapatkan status kes ini atas faktor Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais yang mengendalikan kes ini telah meninggal dunia,” katanya.

Peguam Afifuddin Hafifi dan Mohd Shafiq Ahmed Bazari yang mewakili Dr Kunaseegaran tidak membantah permohonan itu.

Dr Kunaseegaran, yang merupakan Ketua Makmal Patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Wangsa Maju tidak hadir di mahkamah hari ini.

Doktor itu menghadapi dua pertuduhan iaitu sebagai penjawat awam yang masih dalam perkhidmatan sebagai Pakar Patologi di HATTM, didakwa mengambil bahagian dalam perniagaan bertempat di Syarikat Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd di No. 23, Galeri Empire, Jalan Empayar Off Persiaran Sultan Ibrahim KU1, Klang antara 9 April 2010 hingga 8 April 2011 dan antara 9 April 2011 hingga 31 Dis 2011.

Dr. Kunaseegaran, 52, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Jumaat (hari ini) untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dibicarakan bersama dengan satu lagi kes di bawah seksyen sama yang dihadapi doktor itu di Mahkamah Sesyen berasingan.

Di Mahkamah Sesyen berasingan itu, Dr. Kunaseegaran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan selaku penjawat awam melibatkan diri dalam perniagaan di Syarikat Genomed Sdn Bhd, Tingkat 3, Galeri Empire, Jalan Empayar off Persiaran Sultan Ibrahim KU1, Klang pada 1 Jan 2012.

Ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya prosiding itu, Mohammed Heikal berkata sehingga kini, SPRM belum melantik Timbalan Pendakwa Raya lain untuk mengambil alih kes Kevin Morais.

Afifuddin pula berkata, pihaknya amat terkejut dengan berita kematian Kevin Morais dan menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan yang sangat cemerlang dan menakjubkan.

“Kami amat berharap keadilan dapat ditegakkan,” katanya yang baharu dilantik mewakili Dr Kunaseegaran kira-kira tiga bulan lepas. Doktor itu sebelum ini diwakili oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent.

Ditanya mengenai status pihak pembelaan dalam kes itu, Afifuddin berkata buat masa ini, pihaknya belum mendapat arahan lanjut daripada Dr Kunaseegaran dan akan mendapatkannya secepat mungkin.

Pada 9 Sept 2013, doktor itu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah RM700,000 daripada seorang pemilik syarikat pembekal peralatan perubatan.

Pada 20 Dis 2013, Dr. Kunaseegaran sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan menggunakan peralatan (HATTM) tanpa pengetahuan hospital itu.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Namun, mayat mendiang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah dekat sini pada Rabu lepas.

Setakat ini, lima suspek berumur antara 22 hingga 52 tahun termasuk seorang doktor di hospital tentera ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Kevin Morais.

– BERNAMA

Sumber TKO - 19-9-2015


Cium Kaki : "Ibu Pelajar Tersebut Paksa Saya Cium Kaki Anaknya
Posted on Friday, September 18 @ 15:21:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA NERUS – Setelah video dia dipukul dan dipaksa mencium kaki tersebar di media sosial pada minggu lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga nekad untuk berhenti sekolah kerana malu dengan kejadian itu.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dirinya dikenali sebagai Mia itu berkata kejadian yang berlaku di sekitar Seberang Takir itu menyebabkan maruahnya dan keluarga tercalar disebabkan video yang viral memapar mukanya dengan jelas.

Menceritakan kejadian, Mia berkata kedua-dua video mengambil tempat pada hari yang berbeza.

"Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu (pelajar yang memaksa cium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.

"Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai. Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya," kata Mia yang juga anak bongsu dari lima beradik yang baru sahaja kehilangan bapanya pada Ogos lepas.

Mia yang masih trauma dengan kejadian berkata sehari selepas kejadian, pelajar tersebut sekali lagi datang untuk bertemu dengannya namun Mia cuba mengelak.

Namun, setelah Mia didesak untuk bertemu di restoran milik keluarga pelajar tersebut yang terletak di Pantai Teluk Ketapang dengan alasan menyesal dengan apa yang berlaku pada 8 September, Mia akur.

"Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

"Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf," katanya.

Mia berkata dia betul-betul tidak menyangka mereka tergamak melakukan perbuatan itu dan Mia pada ketika itu tidak mempunyai pilihan lain kerana dia telah dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan itu.

Selepas dipaksa mencium kaki, Mia terus pulang ke rumah dan keesokan harinya baru dia tahun video kedua-dua kejadian telah tersebar di media sosial.

Berikutan kejadian, dia dan keluarga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan telah menerima laporan berkenaan. - Siakapkeli.my 
Sumber TKO - 18-9-2015

‘Voice told me to be Imam’

IMG_20150918_180259
The man who slapped the imam of National Mosque told police a voice told him to take over as imam. Police have identified him as a foreigner, in his early 30s, from Kashmir.

The man had interrupted Friday prayers in the mosque at about 1.30pm when he walked up to imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim and slapped him.

IMG_20150918_180212

Dang Wangi OCPD Asst Comm Zainol Samah said the man tried to grab the Imam’s microphone before slapping him on his right cheek.

“The man even tried to lead the prayers. However, the mosque’s personnel managed to intervene and stop him.

“He was then handed over to the police,” ACP Zainol said.

He said the man appeared to be mentally unstable and was talking to himself.

“He told us that he heard a voice telling him to be the Imam,” he said.

ACP Zainol said the man is being held at Tun H.S. Lee police station. -thestaronline

Sumber BO - 18-9-2015


Timbalan pendakwa raya kerjaya paling berbahaya?

Posted on Thursday, September 17 @ 11:49:16 MYT by paktam

Oleh Mukhriz Mat Rus 

Dalam satu babak filem 'Hati Malaya', almarhum Tunku Abdul Rahman menjelaskan beliau diminta ke Kuala Lumpur sebagai 'deputy public prosecutor' atau timbalan pendakwa daya. Antara kes yang dikendalikan pendakwaan oleh Tunku dan masih dinukilkan sebagai nas otoriti di mahkamah kini ialah Pendakwa Raya lawan Mardai (1950).

Sejak akhir-akhir ini, berita melaporkan perihal Timbalan Pendakwa Raya atau akronimnya TPR.

Bermula dengan seorang TPR di SPRM ditahan polis untuk siasatan, juga misteri kehilangan seorang TPR kanan dan juga seorang TPR yang diugut bunuh oleh seorang pegawai penguatkuasa di Sarawak.

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan akan misteri kehilangan seorang TPR kanan baru-baru ini, sama ada berkaitan dengan tugas atau pun sebaliknya. Namun kebarangkalian perkaitan angkara jenayah dengan tanggungjawab sebagai TPR adalah munasabah dan tidak wajar dikesampingkan. Setiap kerjaya terdedah kepada risiko masing-masing termasuklah profesion yang berhadapan dengan penjenayah saban hari ini.

Penulis sendiri pernah menerima ugutan yang berupa contengan di dinding rumah ketika bertugas di Pulau Pinang dulu. Namun sukar untuk menentukan suspek memandangkan terdapat puluhan kes jenayah di bawah kendalian, dan kebanyakan tertuduh dilepas dengan jaminan mahkamah sebagaimana yang dibenarkan undang-undang. Setiap TPR pasti ada cerita tersendiri yang dihadapi ketika berkhidmat.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peguam negara berkuasa budi bicara untuk memulakan, menjalankan dan menamatkan suatu prosiding kesalahan jenayah di mahkamah seluruh negara, kecuali mahkamah syariah. Manakala Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah pula memerikan peguam negara adalah pendakwa raya Malaysia.

Peruntukan yang sama juga menjelaskan pendakwa raya memiliki kuasa melantik TPR sebagai 'alter ego' dalam menjalankan tugas dan fungsinya. Pada amalan hari ini, beberapa TPR ditempatkan di setiap negeri dan jabatan kerajaan seluruh pelosok negara. Lantas perihal ini menjadikan pendakwa raya adalah satu jawatan kehormat negara yang memiliki paling ramai timbalan di Malaysia.

Tidak seperti para hakim, majistret dan peguam, kerjaya sebagai TPR paling kurang diketahui fungsinya oleh ahli masyarakat. Lazimnya TPR hanya dilihat menjalankan tugas mendakwa tertuduh yang disyaki melakukan perbuatan jenayah di mahkamah. Namun hakikatnya, peranan seorang TPR bermula lebih awal dari itu, bahkan peringkat sebelumnya adalah cukup kritikal.

Bila pihak penguatkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan suatu kes, fail siasatan dan taklimat dipersembahkan kepada TPR. TPR perlu mengkaji dengan teliti dan terperinci segenap hasil siasatan. TPR perlu menyemak dan merumuskan sama ada keterangan yang ada sudah memadai untuk dibuktikan di mahkamah bagi memastikan suspek disabitkan dan dihukum. Maka, adalah menjadi budi bicara TPR berdasarkan keterangan yang tersedia untuk mendakwa suspek di mahkamah atau melepaskan tanpa sebarang tindakan undang-undang. TPR juga boleh mengarahkan agar siasatan lanjut dilaksanakan bagi mengumpul keterangan yang sempurna.

Dalam keadaan tertentu, TPR juga terlibat untuk memantau siasatan yang sedang dijalankan pihak penguatkuasa. Misalnya, keizinan TPR diperlukan bagi mendapatkan butiran akaun bank seseorang individu, atau sebelum merakam perbualan telefon secara sembunyi sebagaimana yang diperuntukkan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dalam situasi begini, TPR akan bertindak secara mandiri dalam mengimbangkan antara keperluan siasatan oleh penguat kuasa dan hak-hak peribadi individu terpelihara.

Sebagaimana terjemahan harfiah, 'Deputy Public Prosecutor' iaitu timbalan pendakwa awam, beban TPR bukan saja untuk mempertahankan hak mangsa jenayah, tetapi masyarakat awam secara keseluruhan. Bahkan menjadi tanggungjawab TPR untuk menghormati hak tertuduh. Sebagai contoh, TPR wajib mengemukakan fakta yang memihak kepada tertuduh sekiranya ada sebelum perbicaraan bermula sebagaimana dikehendaki Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalannya kini adalah sejauh mana keselamatan seorang TPR itu sendiri untuk dilindungi. TPR bukanlah seperti pegawai peguatkuasa beruniform yang sememangnya dilatih dan dibekalkan senjata dalam berhadapan dengan sebarang ancaman berbahaya.
Oleh demikian, seorang TPR amat terdedah kepada risiko seperti ancaman, ugutan dan paling dikhuatiri gugatan secara fizikal. Sebagai contoh pada 2011, seorang TPR wanita diacu pistol ketika berhenti di lampu isyarat di Kuala Terengganu. Barangkali situasi begini boleh dianggap terpencil mengambil kira jumlah kekerapan yang kecil atau tidak dilaporkan. Namun risiko tersebut tetap ada dan boleh mengundang tragedi jika tidak diurus secara waspada.

Latihan secara berkala tentang aspek keselamatan diri dalam mengelak dan menghadapi ancaman wajib diberikan kepada setiap TPR. Pihak PDRM juga sewajarnya mengambil maklum tentang lokasi kediaman TPR, terutamanya di kawasan pedalaman atau kota raya yang sesak. Tidak seperti perkhidmatan awam dulu, kuarters kerajaan tidak lagi mampu menampung semua jumlah penjawat awam yang ada. Pihak jabatan peguam wajar memandang serius perihal ini. Dalam situasi begini juga, aspek keselamatan perlu digandakan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mencatatkan rekod jenayah tinggi.

Pada hemat penulis, langkah Jabatan Peguam Negara mewajibkan para TPR mewujudkan akaun Twitter masing-masing, berserta gambar yang jelas dan kemudiannya melaporkan kes kendalian masing-masing secara terbuka turut membawa risiko sampingan.

Difahami langkah proaktif itu bermanfaat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat awam tentang gerak kerja para TPR, tapi alangkah lebih baik seandainya pelaporan melalui Twitter itu hanya dilaksanakan atas nama jabatan atau unit saja.

Contohnya, akaun Twitter atas nama 'Jabatan Peguam Negara Selangor' untuk semua TPR Selangor menwar-warkan kes kendalian mereka. Penulis percaya pihak Jabatan Peguam Negara ada mekanisme lain secara dalaman untuk memantau dan menyelia aktiviti setiap TPR tanpa menggunakan media sosial itu.

Adalah dikhuatiri kini, seorang tertuduh atau bekas banduan atau siapa saja yang berniat curang dengan mudah mendapatkan maklumat diri dan lokasi TPR yang berkait kesnya di mahkamah. Benar, hal ini bersifat andaian, tapi kita tidak boleh memandang rendah akan kemampuan dan nilai kewarasan seseorang yang dirasuk dengan dendam kesumat.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Belanda oleh Dr E. van der Torre Dr M. Gieling, Drs MY Bruinsma pada 2013 terhadap 1,730 responden di Pejabat Pendakwa Raya, terdapat beberapa motif utama berlakunya ancaman terhadap para pendakwa. Dapatan kajian dinukilkan dalam bahasa asalnya: "The motives for threatening or intimidating employees of the public prosecutor's office can be sorted into four main categories: (1) influencing an on-going investigation, (2) influencing a trial by disconcerting an employee, (3) trying to reverse an unfavourable verdict, and (4) revenge.

"Para pengkaji di atas juga merumuskan pendedahan kepada ancaman dan intimidasi boleh mengurangkan kepuasan hati pegawai pendakwa terhadap kerjaya mereka.

Barangkali pihak Jabatan Peguam Negara boleh membuat kajian sejauh mana perihal ini mempengaruhi budaya kerja TPR di Malaysia. Pastinya negara ini tidak mahu kehilangan barisan TPR yang berpengalaman dan cekap lantaran pengabaian terhadap perkara ini. Harus juga difikirkan, para TPR ini berkelayakan profesional yang memilih untuk berkhidmat kepada negara, sedangkan tawaran bidang swasta di luar sana adalah secara relatifnya lebih lumayan.

* Penulis adalah bekas timbalan pendakwa raya dan kini mengkaji tentang undang-undang jenayah keganasan dan terrorisme.-TMI

Sumber DD - 17-9-2015




























































































































































































Lima lagi ditahan kerana rusuhan di Stadium Shah Alam
Posted on Thursday, September 17 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Lima lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan bola sepak semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, pada 8 September lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, kesemua suspek berusia 24 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Shah Alam, Banting dan Klang.

“Dua suspek telah ditahan petang tadi manakala tiga lagi ditahan petang semalam.
“Antara yang ditahan itu merupakan adik-beradik yang dikenali sebagai ‘Tok Anjang’ dan ‘Shap’ yang disyaki turut menjadi perancang utama insiden berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi itu terpaksa dihentikan pengadil, Liu Kwok Man daripada Hong Kong berikutan tindakan liar sekumpulan penonton tempatan.
Tindakan penyokong membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan tersebut dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1.

Sumber Link
Sumber TKO - 17-9-2015

Penemuan Mayat Mendiang Kevin; Negara Semakin Tidak Aman

Anthony-Kevin-Morais2
DPPM melahirkan rasa bimbang terhadap tahap keamanan negara yang semakin terancam khususnya selepas penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Kevin Anthony Morais di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah, Sungai Kelang awal pagi ini. Penemuan mayat tersebut telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Bukit Aman) Datuk Seri Mohamad Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

DPPM menyifatkan penemuan mayat tersebut sebagai satu penanda aras yang cukup bahaya terhadap mutu keselamatan negara. Kevin yang dikatakan merupakan seorang pegawai yang cekap dan berdedikasi tidak syak lagi menjadi mangsa kepada pembunuhan kejam dan terancang oleh pihak-pihak tertentu. Kaedah pelupusan mayat dengan menggunakan tong berisi konkrit juga menjelaskan bahawa ia dilakukan oleh satu sindiket yang tersusun dan mempunyai motif yang sangat besar.

mayat kevin morais

DPPM mendesak agar kerajaan dan pihak berkuasa menyelesaikan proses siasatan secepat mungkin dan mendakwa pihak yang terlibat ke muka pengadilan. Hari ini rakyat melihat instituti-instituti yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dengan proses siasatan seperti polis, SPRM mahupun Jabatan Peguam Negara ditekan dan diganggu gugat oleh pihak ketiga. Proses pertukaran pegawai, penamatan kontrak dan sebagainya berlaku dengan sewenang-wenangnya yang jelas menunjukkan badan-badan ini seolah-olah ‘diperkudakan’  untuk mencapai matlamat tertentu.

Pembunuhan Kevin ini sekalipun belum dipastikan puncanya juga merupakan satu bentuk tekanan terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dengan penuh komitmen kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga terancam. Justeru, DPPM mendesak agak satu tindakan pantas untuk mengembalikan keyakinan masyarakat mutu keamanan negara.

Kerajaan juga diminta memberikan penghargaan sewajarnya terhadap keluarga mendiang Kevin yang telah mengalami kehilangan yang tidak diduga ini. Bagi pihak DPPM, takziah setinggi-tingginya dirakamkan dan diharapkan keluarga mendiang dapat bersabar dan menghadapi ujian ini dengan tabah.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Rabu, 16 September 2015 | 2 Zulhijjah 1436 H

Sumber BO - 17-9-2015

Heret pembunuh kejam Morais ke muka pengadilan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan keadaan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ditemui semalam.

"Berdasarkan kronologi kes sejak penculikannya 4 September lalu, ia boleh disifatkan ala gangster, berprofil tinggi dan melibatkan public interest," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak agresif serta pantas dalam menyiasat kehilangan mangsa sehingga menjumpai mayatnya yang menyayat hati tersebut.

"Kita memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan dengan segera.

"Tanpa terjerut dalam spekulasi, saya harap kerajaan mesti pandang serius kepada kenyataan adik mendiang, Datuk Richard Morais semalam yang mendakwa bahawa pembunuhan kejam abangnya berkait dengan siasatan kes yang sedang diuruskan oleh beliau akhir-akhir ini," ujarnya lagi.

Sebelum ini, katanya sudah banyak kes kematian yang melibatkan individu dan institusi penting telah berlaku seperti kes Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbaini Mohamad dan Hussain Ahmad Najadi.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu, hampir semua kes sebelum ini mendorong ke arah isu-isu politik.

Justeru itu, kata beliau PAS berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan tugas without fear and favour supaya kes-kes seumpama ini dapat dibicarakan secara telus dan penuh integriti.

"Akhirnya, kebenaran tetap akan mengatasi kebatilan," ujarnya.

Pada masa yang sama, ujar beliau secara spiritualnya, negara ini perlukan rahmat dan berkat dari penciptanya iaitu Allah SWT agar musibah dan mala petaka sebegini makin berkurangan dan akhirnya lupus.

Tegasnya, pelaksanaan syariat Allah SWT dan memakmurkan syiar agama-Nya adalah antara yang perlu segera dilaksanakan oleh kerajaan dalam pemerintahan negara kita untuk mewujudkan keadilan, keamanan dan kesejahteraan. - HARAKAHDAILY 17/9/2015

Sumber HD - 17-9-2015


10 kes sembunyi mayat dalam tong dram, disimen sejak 1998
Posted on Thursday, September 17 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini, sememangnya amat mengejutkan.

Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baharu kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini.


Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama berlaku.

Berikut adalah rekod kes bunuh yang lain membabitkan mayat mangsa disembunyikan dalam tong dram bersimen sejak 1998:

* 11 Februari 2015, satu rangka manusia dipercayai mayat lelaki ditemukan dalam tong dram biru yang disimen di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor dan dipercayai dibunuh sejak 10 minggu sebelum itu.

* 29 Jun 2012, satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh setahun lalu, ditemui di dalam tong dram bersimen oleh seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong, Kajang.

* 21 Mac 2009, polis menemui mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dalam tong dram berkonkrit di tepi jalan di Kampung Parit Punggur Darat, Muar, Johor.

* 29 Julai 2006, mayat tanpa identiti dan jantina yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam tong dram yang berisi simen di sebuah tapak pembinaan di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor.

* 16 November 2005, seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan dijumpai mati dibunuh dengan mayatnya disumbat ke dalam tong berisi air, disimen dan ditanam di halaman rumah sewanya di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

* 25 Mac 2005, mayat lelaki warga Indonesia ditemui di dalam tong dram yang disimen pada bahagian atas dan bawah di kawasan belukar berhampiran Taman Nilai Perdana, Seremban, Negeri Sembilan.

* 9 Januari 2004, satu mayat yang sudah reput ditemui ditimbus dengan simen dalam tong besi di tepi Sungai Bonus di tapak projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mukim Air Panas, Setapak.

* 11 April 2000, mayat lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditemui bersalut simen dalam tong dram di tempat pembuangan sampah di Kampung Hicom, Seksyen 28, Shah Alam.

* 9 April 1998, mayat warga Bangladesh dijumpai dalam tong dram yang disimen permukaannya di tebing sungai di Batu 9 Selayang, Kuala Lumpur.

Mayat Morais, ditemui kira-kira pukul pukul 6 pagi ini di taman perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Kelang, 13 hari selepas beliau dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September.

Polis menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju. - Bernama

Sumber TKO - 17-9-2015































































































































































































Kevin Morais dibunuh, doktor tentera antara 7 ditangkap, kata polis
Posted on Wednesday, September 16 @ 14:58:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Polis hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sebelum ini, mati dibunuh selepas mayatnya ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya.

Polis turut mengesahkan, 7 orang, termasuk seorang doktor tentera, ditahan semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek utama membawa polis ke kawasan paya itu, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang.

"Kami percaya ia ada kaitan dengan kes di mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat.

Suspek itu terbabit dalam kes rasuah yang mana Morais merupakan pendakwanya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Morais, yang bertugas dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September lalu selepas dia meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata minggu lepas, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada laporan orang hilang kepada penculikan berdasarkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di Kuala Lumpur.

Rakaman itu menunjukkan kereta Morais dirempuh sebuah kereta lain di sebatang jalan di ibu kota sebelum dipandu pergi beberapa lelaki.

Mohmad berkata, polis menemui mayat itu selepas berjaya memecahkan tong itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.

"Mayat itu, yang disumbat dalam karung guni, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, yang akan dilakukan pada jam 2 petang," katanya.

Suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak, tetapi Mohmad berkata kedua-duanya tidak terlibat secara langsung dalam kes itu tetapi turut ditahan bersama mereka yang lain.

"Hanya seorang dari suspek mempunyai rekod jenayah," katanya, sambil menambah, semua suspek ditahan di sekitar Rawang dan Lembah Klang.

Beliau juga berkata, siasatan awal mendapati, suspek utama mengupah suspek lain yang ditahan itu untuk melakukan penculikan.

Polis turut merampas wang berjumlah RM17,000, sebuah Honda Accord dan sebuah Mitsubishi Triton, yang digunakan untuk melanggar kereta Morais apabila dia diculik, di Pulau Pinang.

Sebuah Proton Persona, RM15,000 dan perkakasan yang digunakan untuk menyumbat mayatnya ke dalam tong juga dirampas di Kuala Lumpur.

Doktor tentera itu, seorang berpangkat kolonel berusia 50-an, yang bertugas di makmal patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, didakwa mengikut Seksyen 168

Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perdagangan haram pada Disember 2013 .

Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes itu.

Pada September tahun lepas, doktor itu, yang dilepaskan dengan ikat jamin RM100,000, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan RM700,000 kerana didakwa mencadangkan tiga syarikat untuk membekalkan ubat-ubatan dan alat perubatan pakai buang ke hospital.

Sumber TKO - 16-9-2015

Pembunuhan Morais: Polis tidak tolak motif dendam
Posted on Wednesday, September 16 @ 13:23:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SUBANG JAYA: Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang ditemui mati dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ1, di sini, pagi tadi.

Motif ini adalah berdasarkan tangkapan seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, berkata pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman sejak awal pagi semalam.

Penahanan individu yang juga suspek utama itu juga katanya, sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi sebelum ini termasuk mengaitkan kehilangan Kevin Morais dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi.

"Setakat ini juga, polis sudah tangkap tujuh individu yang ada kaitan dengan kes bunuh ini iaitu suspek berusia antara 22 dan 52 tahun. "Lima yang ditahan adalah suspek utama, dua lagi wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama," katanya turut memaklumkan ada lagi beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi menyelesaikan siasatan. Ditanya mengenai kereta yang ditemui di Hutan melintang sebelum ini, Mohmad berkata, pihaknya percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes bunuh Kevin Morias berdasarkan kesan kemalangan.

Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. 
Sumber TKO - 16-9-2015

Mayat ditemukan dalam tong sah Kevin Morais

BERNAMA | .


PETALING JAYA: Mayat ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini awal pagi ini disahkan ialah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak 4 Sept lepas, menurut polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Bukit Aman) Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya bagaimanapun masih perlu mendapatkan pengesahan selanjutnya daripada anggota keluarga Morais.

"Bedah siasat ke atas mayat akan dilaksanakan kira-kira pukul 2 petang di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang berita di lokasi penemuan mayat berkenaan, hari ini.

Beliau berkata penemuan mayat itu adalah susulan siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap tujuh suspek warga tempatan, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak, yang ditahan sejak semalam.

Seorang daripada suspek telah membawa pihak polis ke lokasi tong itu pagi ini di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang, katanya.

"Apabila ditunjuk suspek, kita dapatkan bantuan Jabatan Bomba dan patalogist untuk tarik tong pada pukul 8 pagi. Lepas tong drum dipecahkan jumpa satu mayat yang kita percaya adalah mendiang yang hilang," katanya.

Morais, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q. - Bernama

Sumber HD - 16-9-2015

































































































































































































Mayat dipercayai Kevin Morais ditemui dalam tong

BERNAMA | .


PETALING JAYA: Mayat yang dipercayai Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak 4 Sept lepas ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini awal pagi Rabu.

Mayat ditemui kira-kira pukul 6 pagi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang.

Pasukan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat keluar masuk di kawasan penemuan sejak awal pagi dengan dan bau mayat turut dapat dihidu walaupun pihak media hanya dibenarkan berada kira-kira 100 meter daripada lokasi penemuan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli turut kelihatan berada di lokasi.

Zainuddin ketika ditemui pemberita belum dapat mengesahkan sama ada mayat itu adalah milik Morais dengan satu sidang media dijangka diadakan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya pada 1 tengah hari ini.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Siasatan polis mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semasa hari kejadian menunjukkan kereta Morais telah dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum beliau ditarik keluar dari kereta tersebut dan dibawa lari. - Bernama

Sumber HD - 16-9-2015


Al Jazeera pertahan laporan kes bunuh Altantuya
Posted on Tuesday, September 15 @ 14:25:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol


 Al Jazeera mempertahankan laporan wartawannya Mary Ann Jolley mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.


Jurucakap ibu pejabatnya di Doha, Qatar juga menafikan mereka mempunyai agenda tertentu dengan penyiaran dokumentari 30 minit berjudul “Murder in Malaysia” (Pembunuhan di Malaysia) itu.


“Murder In Malaysia memperincikan dan menelusuri laporan kes pembunuhan misteri yang terus mengundang persoalan tidak terjawab.

“Filem itu berdasarkan fakta-fakta di samping membangkitkan persoalan baru, terutamanya berhubung Sirul Umat Azhar, yang kini berada dalam tahanan rumah di Australia,” kata jurucapanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sirul salah seorang daripada dua bekas polis elit yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati.

Jurucakap Al Jazeera berkata mereka mengambil berat kebebasan sidang redaksi organisasi itu dan mempertahankan hasil kerja wartawan yang menunjukkan teladan dengan laporan adil pada setiap masa.

“Semua usaha sentiasa diambil bagi memastikan hak menjawab diberikan kepada semua pihak yang disebut dalam laporan itu.

“Kami ingin tegaskan bahawa kami sebuah badan berita bebas antarabangsa yang tiada agenda apa pun seperti juga dalam laporan lain yang kami hasilkan,” katanya.

Al Jazeera bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat laporan itu.

Jolley pada Jumaat diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia itu.

Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.

Beliau bertegas bahawa isu ditimbulkan adalah berita lama kerana ia berlaku Jun, tiga bulan yang lalu.

Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006berdasarkan dakwaan tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.


Sumber TKO - 15-9-2015


Kes Buli, Pelajar Perempuan ‘Kungfu’ Rakan Sambil Sengih
Posted on Monday, September 14 @ 22:46:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



NAMPAKNYA kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini masih berleluasa meskipun saban tahun, ada sahaja pelajar yang dikenakan tindakan gara-gara perbuatan ini.

Dalam satu video yang kini tersebar di laman sosial, seorang pelajar perempuan kelihatan menunjukkan kemahirannya ‘berkungfu’ apabila bertindak menerajang, menyepak dan menumbuk pelajar perempuan lain tanpa belas kasihan.

Sayang sekali, meskipun ayu bertudung, pelajar perempuan dalam video berdurasi 0.13 saat ini tidak sedikit pun kelihatan kesal malah sempat tersenyum ketika menyakiti pelajar lain sambil dirakam kawannya yang turut galak tertawa.

Perbuatan tersebut pula dilakukan di hadapan ramai pelajar lain yang tidak kelihatan terganggung olehnya. Apakah ini bermakna perbuatan sebegini adalah sesuatu yang biasa buat mereka?

Berdasarkan komen, ada yang mendakwa kejadian ini berlaku di SMK Chendering, Kuala Terengganu namun sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan, begitu juga tarikh sebenar kejadian.

Paling penting selepas tersebarnya video ini, diharapkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya supaya kegiatan buli seperti ini segera dihentikan daripada terus membarah dalam institusi pendidikan negara. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Sumber TKO - 14-9-2015

CCTV tunjuk kereta Morais dihalang kereta lain
Posted on Monday, September 14 @ 22:33:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dapat diselesaikan dalam masa terdekat berdasarkan beberapa pertunjuk baru yang diperoleh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta Morais dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum dia ditarik keluar dan dibawa lari.

"Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baru," katanya dalam sidang media Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di ibunegara hari ini.

Berhubung kereta yang dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak yang didakwa milik Morais, Khalid berkata siasatan masih berjalan.

Setakat ini tidak ada sebarang panggilan menuntut wang tebusan, katanya. Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan polis tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan Morais.

Morais dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q pada 4 September lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

- Bernama

Sumber TKO - 14-9-2015






































































































































































































Kevin Morais: Polis yakin selesai dalam masa terdekat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dapat diselesaikan dalam masa terdekat berdasarkan beberapa pertunjuk baharu yang diperoleh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta Morais dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum dia ditarik keluar dan dibawa lari.

"Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baharu," katanya dalam sidang media Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini Isnin.

Berhubung kereta yang dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak yang didakwa milik Morais, Khalid berkata siasatan masih berjalan.

Setakat ini tidak ada sebarang panggilan menuntut wang tebusan, katanya. Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan polis tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan Morais.

Morais dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q pada 4 Sept lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya. - Bernama

Sumber HD - 14-9-2015


The Missing DPP: Another Kelembai Curse?
Posted on Monday, September 14 @ 07:40:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh  A Kadir Jasin

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ "In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful".



A FORMER Anti-Corruption Agency (now Malaysian Anti-Corruption Commission) director from 1983 to 2001 provoked my thoughts on the missing DPP Anthony Kevin Morais.

Incidentally, debater “nothing to hide” also raised the same issue, saying “getting scary. ag dismissed on the spot for being sakit. gov officers tranfered for doing a job too well. sb top brass dismissed and shunted. now a dpp goes missing. wonder whats the true story about altantuya.”


Morais: Involved in high-profiled corruption cases

Morais, 55, has been missing since Sept 5.



These are some of the things we know about him:



1.  Morais was last seen on Friday, Sept 5 at 9am leaving his apartment at Menara Duta Kuala Lumpur in his government-issued vehicle, a grey Proton Perdana WA 6264 Q.



2.    Police were trying to establish if the discovery of a burnt car early Sunday morning at an oil palm plantation in Hutan Melintang, Perak, could be linked to his disappearance. 



3.    He was an officer in the Attorney General Office.



4.    He was seconded to the MACC. Involved in prosecuting high-profiled corruption and related cases including criminal breach of trust at Tabung Haji and Sime Darby.



5.    He was recalled to the AG’s office but was not involved in the 1MDB corruption investigations.



6.    As deputy head of the Appellate and Trial Division of the AG’s Chamber he has a hand in deciding on trials and appeals of high-profiled cases.



7.    He is and expert on corruption prosecution.



So what has happened to him and, if he is safe, where is he?



It appears that Sang Kelembai and his deadly curses continue to play amuck on us and make our beloved Malaysia look like the old lawless west of the USA. Malu!



Wallahualkam.

Sumber link



Sumber TKO - 14-9-2015

Pembunuhan Altantuya terlalu ‘aneh’ untuk tidak diendahkan, kata wartawan Al-Jaz
Posted on Sunday, September 13 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan kontroversi sedekad lamanya apabila satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

GAMBAR: Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. - Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. - Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.


Siasatan kemudiannya mendedahkan bekas penterjemah itu terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Najib, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.

Dokumentari Al-Jazeera menimbulkan persoalan sama ada dua lelaki disabitkan bersalah atas pembunuhannya - Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri - merupakan "kambing hitam" untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul - menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut yang disiarkan pada awal pagi Jumaat.

"Saya mulanya berminat dengan berita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia," kata Jolley dalam sebuah temuramah emel bersama The Malaysian Insider lewat malam semalam.

"Bagi saya, kelihatan begitu aneh apabila seseorang yang didakwa membunuh - satu kesalahan besar, dapat melarikan diri dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang menghadapi hukuman mati," katanya.

"Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwa, mengapa dia tidak ditahan polis ataupun sekurang-kurangnya dibatalkan pasportnya?

"Kemudian, tentunya, kerana tiada motif yang diperkenalkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam' yang dikorbankan untuk melindungi orang lain.
"Ini membuatkan saya mahu menyiasat dengan lebih dalam lagi," katanya.

Jolley dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa di bawah apa-apa jenayah dan tidak diberikan alasan bagi penghantaran pulangnya.

"Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'", katanya.

"Saya pernah melaporkan berita-berita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas - Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini."

Di bawah adalah sebahagian daripada temuramah penuh Jolley bersama TMI:

TMI: Berapa lama masa yang anda ambil untuk menyiapkan dokumentari ini? Bilakah anda bermula?

MAJ: Siasatan kami mengambil masa beberapa bulan dalam tahun ini.

TMI: Apa yang membuatkan anda berminat mengejar cerita ini, setelah 10 tahun berlalu selepas kematiannya?

MAJ: Saya mula berminat mengejar cerita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia.

Begitu aneh yang seseorang yang didakwa membunuh - satu kesalahan besar, dapat lari dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang berhadapan hukuman mati.

Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwaraya, mengapa dia tidak ditahan ataupun sekurang-kurangnya dibatakan pasportnya?

Kemudian tentunya kerana tiada motif yang ditimbulkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam yang dikorbankan untuk melindungi orang lain', membuatkan saya ingin menyiasat dengan lebih mendalam lagi.

TMI: Berkenaan dakwaan dari kenalan Sirul di Australia, apakah respons anda terhadap kritikan pihak tertentu yang mengatakan ia hanya khabar angin?

MAJ: Ia merupakan kenyataan kenalan Sirul tentang yang dikatakan Sirul kepadanya dan ini dinyatakan dalam cerita dengan jelas. Saya pernah menghubungi kenalan tersebut dalam beberapa bulan dan kenyataannya tidak pernah berubah. Penting untuk melihat yang Razak Baginda disabitkan tidak bersalah tanpa menampilkan pembelaan, beliau enggan terlibat dalam program dan beliau tidak menafikan kenyataan kenalan Sirul apabila kami ajukan kepadanya.

TMI: Mengapakah anda rasa anda diharamkan memasuki Malaysia? Adakah pegawai kastam yang mengiringi anda keluar mengatakan apa-apa?

MAJ: Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'.

Beberapa pegawai imigresen berkata kepada saya yang penghantaran pulang saya tidak dijangka dan beberapa kali memohon maaf bagi tindakan kerajaan mereka.

Saya pernah melaporkan cerita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas - Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini.

Sumber TKO - 12-9-2015

Altantuya kembali menghantui Malaysia melalui dokumentari baru

Posted on Saturday, September 12 @ 07:15:30 MYT by paktam

Oleh V Shuman


Model Mongolia Altantuya Shaaribuu terus menghantui Malaysia, hampir 10 tahun selepas dia di bunuh kejam oleh dua orang komando polis.Al-Jazeera kini mengeluarkan dokumentari eksklusif selama 26 minit, berjudul “Murder in Malaysia”, membangkitkan kembali kes wanita berusia 28 tahun itu.



Video tersebut menimbulkan beberapa perkara yang penting, termasuklah pembunuh- Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bertindak mengikut arahan dan menjadi “kambing hitam”  orang lain yang mengarahkan pembunuhan itu.

Anda sedar yang pembunuhan kejam itu masih lagi merupakan isu yang sensitif di sini,  kerana walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu, apabila wartawan penyiaran yang mengacarakan dokumentari itu- warga Australia Mary Ann Jolley, diusir keluar dari Malaysia apabila dia berada di sini untuk melakukan siasatan lanjut.

Ia menampilkan temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setey, yang bersumpah akan mencari keadilan untuk anaknya, tanpa mempedulikan apa kesannya.

Ia bermula dengan menunjukan bahagian lain kehidupan Altantuya- seorang wanita berdikari, ibu dan anak penyayang, yang akhirnya menemui ajal di negara asing, kerana hubungan sulit dengan lelaki yang sangat berpengaruh.

Dokumentari berani itu juga menimbulkan kembali kemungkinan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang juga ditahan kerana pembunuhan itu walaupun selepas itu dibebaskan tanpa perlu dibicarakan.

Juga terdapat temubual dengan Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), bercakap selaku bekas aktivis badan pemantau hak asasi manusia Suaram, yang mengekalkan dakwaannya bahawa pembunuhan itu berkait rapat dengan pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari Perancis.

Dokumentari itu juga menyentuh misteri pengakuan yang bertukar-tukar oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang juga merupakan pegawai keselamatan Abdul Razak.

Pertama kali Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah mengaitkan Abdul Razak dengan Altantuya, tetapi menariknya dua hari kemudian, dikatakan kerana akuan bersumpah itu dibuat di bawah tekanan.

Isterinya A Santamil Selvi mengisahkan hari-hari penarikan akuan bersumpahnya dan akhirnya kembara mereka menghilangkan diri ke India selama hampir lima tahun.

Selepas di usir, Jolley kemudian memulakan siasatan di Australia, di mana dia bercakap dengan seorang lelaki warga Australia dikenali sebagai Frank- saudara jauh Sirul.

Lelaki tersebut, yang enggan menunjukan mukanya ke kamera kerana bimbangkan tindak balas pihak tertentu, mengambil Sirul kali pertama dia sampai di Australia hujung tahun lepas, dan berkata dia tidak mengetahui yang Sirul sedang melarikan diri selepas membunuh.

Hanya sewaktu dia meminta passport Sirul untuk memperbaharui visa barulah bekas komando polis itu menceritakan semuanya.

Awal tahun ini Sirul ditahan oleh polis Australia dan kini sedang berada dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia.

Saudara Sirul “mendedahkan” senarai nombor perhubungan yang ditinggalkan Sirul, termasuklah beberapa individu berkuasa di Malaysia.

Ia juga menunjukan teks mesej Sirul dengan seorang lelaki berpengaruh di sini, meminta jutaan dolar Australia untuk terus tinggal di sana dan tidak kembali ke negara ini untuk mendedahkan semua pekung.

Dokumentari itu juga cuba menjalankan temubual dengan Perdana Menteri Najib Razak, yang menolak permintaan itu.

Bagaimanapun, sebuah kenyataan media di hantar ke Al-Jazeera daripada pejabatnya memberikan alasan yang banyak kali di ulang yang “PM tidak mengenali, atau pernah bertemu si mati,” dan “ dua penjenayah telah dihukum melalui proses perundangan yang teliti”.

Tidak dilupakan bahawa dakwaan Najib terlibat dalam kes itu adalah “niat jahat pembangkang untuk mencemarkan nama PM.”

Satu perkara yang pasti malah dapat difahami oleh kanak-kanak- Sirul dan Azilah tidak melakukan pembunuhan itu untuk diri mereka sendiri.

Mereka tidak mengenali Altantuya sebelum pembunuhan, dan mereka tidak mempunyai motif untuk memastikan dia tidak lagi bernyawa.

Mereka bertindak mengikut arahan- tetapi siapa yang memberikan arahan adalah soalan yang masih tidak punya jawapan.

Sehingga semua persoalan itu terjawab, semangat Altantuya dan mereka yang hilang nyawa kerana cuba mendedahkan kebenaran ( baca PI Bala) akan terus menghantui Malaysia.
Tonton video di sini.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/

Sumber DD - 12-9-2015        


Pekerja Hotel Ditahan Dipercayai Tanam Pokok Ganja

Posted on Friday, September 11 @ 20:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



JOHOR BAHRU – Dua pekerja hotel ditahan di pangsapuri Bukit Saujana di sini semalam kerana disyaki menanam pokok ganja.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata pihaknya menemui pasu kecil yang mengandungi 14 batang anak pokok yang disyaki pokok ganja di pangsapuri tersebut.

“Turut ditemui dari pangsapuri yang didiami seorang lelaki berumur 29 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun itu ialah 14 biji benih yang disyaki ganja dan paket yang di dalamnya terdapat tumbuhan kering disyaki ganja.

“Ketika serbuan, mereka enggan membuka pintu, lalu pihak polis terpaksa memecahkan pintu tersebut,” katanya.

Beliau berkata turut dirampas ialah empat ketul mampat yang dipercayai ganja serta alat penimbang.

Mereka didakwa kerana memiliki dan mengedar ganja, katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 11-9-2015

Sumpah saya takkan langgan pelacur lagi
Posted on Wednesday, September 09 @ 08:56:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



BANDA HILIR - Tindakan dua lelaki yang melanggan pelacur buat pertama kali akhirnya membawa padah apabila dicekup dalam serbuan polis di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.

Sudahlah ditangkap, kedua-dua lelaki berusia 28 tahun itu juga tidak keruan apabila mendapat tahu wanita dilanggannya mengakui positif HIV dalam serbuan di unit apartmen hotel berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurut salah seorang lelaki itu, mereka melanggan dua pelacur dikenali menerusi aplikasi WeChat,  menawarkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM150.

“Saya sumpah takkan langgan lagi. Ini kali pertama cuba tak sangka pula polis serbu. Nak-nak pulak dia mengaku ada HIV. Lepas ni saya memang kena buat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Banda Hilir dan dilepaskan selepas keterangan diambil.

“Serbuan di apartmen tingkat dua hotel itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) selepas melakukan penyamaran dan intipan bermula jam 6.30 petang.

“Dua lelaki tersebut dicekup bersama dua wanita Thailand berusia 28 dan 30 tahun dan hasil pemeriksaan kita menemui beberapa peralatan untuk melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk 20 kondom dan dua gel pelincir,” katanya.

Kamaluddin berkata, kedua-dua wanita yang memasuki negara ini sebagai pelancong pada 28 Ogos lalu, kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sumber Link


Sumber TKO - 9-9-2015


Inspektor polis dirempuh disyaki akibat dendam
Posted on Tuesday, September 08 @ 07:52:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



BAU - Suami kepada pegawai penguatkuasa trafik cawangan Trafik IPD Kluang, Inspektor Margaret Tagum Goen yang maut dirempuh Mat Rempit pagi semalam percaya ia akibat balas dendam.

Margaret, 32, dirempuh ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor, pada jam 2.40 pagi.
  
Leon Bahak, 37, ketika ditemui Bernama di rumah keluarga isterinya di Kampung Bogag, Jalan Srikin dekat sini hari ini mengesyaki ada unsur balas dendam oleh kumpulan Mat Rempit berkenaan.
  
Katanya, beliau ada membaca seseorang pengguna facebok memuat naik kenyataan bahawa dia sudah berpuas hati dengan kematian isterinya kerana sebelum hari raya isterinya ada menyita motosikal lelaki berkenaan.
  
“Memang saya tidak berpuas hati dengan kematian isteri saya sebab saya syaki ada unsur-unsur balas dendam oleh kumpulan Mat Rempit,” katanya.
  
Sehubungan itu, beliau mahu supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya itu.
  
Leon berkata, kali terakhir dia bercakap dengan isterinya ialah pada kira-kira jam 12 tengah malam beberapa jam sebelum kejadian, tetapi ia tidak menunjukkan sebarang petanda atau kelakuan yang aneh.
  
Menurut Leon, seorang anggota tentera di Kem Mahkota, Johor, isterinya seorang yang baik dan bertanggungjawab serta amat tegas dan komited dengan tugasnya.
  
“Kami juga amat jarang bersama kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Masa kami bersama biasanya pada hujung minggu,” tambahnya.
  
Sementara itu, bapa mendiang, Goen Raip, seorang pesara Sarjen polis berkata, kali terakhhir beliau dan isteri beliau bertemu dengan anaknya itu ialah ketika mendiang pulang untuk menyambut Gawai Dayak pada Jun lepas.

“Dua hari sebelum kejadian dia ada menghubungi ibunya dan cucu saya dan telah menasihatkan anak buahnya supaya belajar bersungguh-sungguh,” kata Goen.
  
Katanya, dalam perbualan telefon itu cucunya itu meminta wang daripada Margaret untuk membayar yuran belajar menunggang motosikal, tetapi dinasihatkan belajar dahulu.
  
“Dia memang baik dan mesra dengan anak-anak buahnya. Setiap kali dia pulang pasti dia ada membeli hadiah untuk anak-anak buahnya dan membawa mereka bersiar-siar,” kata Goen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitenden Mohd Sabri Zainol berkata, kematian Inspektor Margaret Tagum Goen satu kehilangan besar kepada pasukan polis.
  
“Mendiang seorang pegawai yang masih muda dan sepatutnya boleh memberi perkhidmatan yang masih panjang kepada masyarakat," katanya ketika ditemui Bernama di rumah keluarga mendiang.
  
Pegawai polis wanita berusia 32 tahun itu meningggal dunia petang semalam akibat cedera parah dirempuh Mat Rempit ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor pada jam 2.40 pagi semalam.
  
“Kita amat kesal dengan apa yang menimpa Inspektor Margaret.
  
"Sepatutnya pengguna-pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak bertindak samseng di atas jalan raya sehingga mengorbankan nyawa orang lain," kata Mohd Sabri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat umum supaya memberi sokongan penuh kepada pasukan keselamatan dan elak daripada terlibat dengan kegiatan lumba haram dah merempit.
  
Sementara itu, presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datuk Ik Pahon Joyik, yang merupakan bapa saudara kepada mendiang berkata walaupun sedih tetapi keluarga mendiang bangga kerana Margaret terkorban semasa menjalankan tugas untuk negara.
  
Beliau menyifatkan Margaret, anak ketiga daripada empat adik-beradik sebagai seorang pegawai polis yang berdedikasi dan komited terhadap tugasnya serta memiliki potensi untuk naik ke jawatan yang lebih tinggi.
  
Sementara itu, suasana pilu menyelubung rumah keluarga mendiang sebaik jenazahnya tiba di Kampung Bogag, Serikin di sini kira-kira jam 1.10 tengah hari tadi.

Selain kehadiran saudara-mara dari dekat dan jauh dan penduduk kampung, turut berada di rumah keluarga mendiang untuk menyambut ketibaan jenazahnya ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau Asisten Superitenden Benedict Faris Jimoy.

Sementara itu, Sabri berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman akan turut memberi penghormatan terakhir beliau kepada mendiang di rumah keluarga mendiang esok.
  
Muhammad turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menyambut ketibaan jenazah mendiang pagi tadi.
  
Jenazah mendiang akan disembahyangkan di gereja St Mary Kampung Bogag pada jam 1 petang esok dan seterusnya akan dikebumikan di tapak perkuburan gereja berkenaan pada jam 2 petang.  - Bernama

Sumber TKO - 8-9-2015

Nenek Maut Disembelih Cucu Di Kuala Terengganu
Posted on Monday, September 07 @ 17:34:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.

Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah segera menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Suspek yang juga cucu mangsa, kemudiannya ditemui bersama pisau yang dipercayai digunakan untuk menyembelih neneknya itu.


Berdasarkan cerita jiran, punca kejadian mungkin salah faham apabila suspek dikatakan menyangka neneknya mempunyai wang selepas menjual hasil kebun.

Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 7-9-2015


Tolong Saya Cari Kevin - Adik

Posted on Monday, September 07 @ 17:16:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Adik kepada Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais merayu rakyat Malaysia supaya membantu mencari abangnya yang hilang sejak Jumaat lalu.

Bercakap kepada The Star dari Georgia, Amerika Syarikat, Charles Morais berkata kali terakhir dia bercakap dengan abangnya yang berusia 55 tahun itu adalah pada hari Khamis lepas.

Katanya, beliau akan terbang ke Malaysia pada Rabu ini.

"Saya percaya beliau masih hidup, tetapi saya takut apa yang mereka akan lakukan terhadap beliau.

"Beliau pastinya mempunyai musuh ketika berkhidmat," kata Charles.

Kevin merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik, dilahirkan di Ipoh dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson.

Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di University of London.

Beliau masih belum berkahwin.

Kevin menyertai Badan Peguam pada 1980-an dan menjadi majistret pada tahun 1985 sebelum menyertai Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah undang-undang dan bahagian pendakwaan selama 10 tahun.

Beliau kembali ke Jabatan Peguam Negara pada Julai tahun lepas sebagai timbalan ketua bahagian rayuan dan perbicaraan.

Semasa di SPRM, beliau terlibat dalam pendakwaan kes rasuah tetapi tidak terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata sumber.

Charles berkata abangnya sentiasa berahsia mengenai hal berkaitan kerja.

Dia memohon Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk meningkatkan usaha untuk mencari Kevin.

"Bagaimana seorang pendakwa raya boleh hilang seperti ini? Saya berharap Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri akan menjadikan kes ini sebagai keutamaan mereka," katanya.

Sumber Link 
Sumber TKO - 7-9-2015


Terlalu awal kaitkan kereta terbakar dengan Morais














































































































































































































      BERNAMA | .



HUTAN MELINTANG: Polis memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menjalankan siasatan serta mengenal pasti pemilik kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit Kampung Sungai Samak di Hilir Perak, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan kereta itu milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

"Berdasarkan hasil siasatan, kita tidak menjangkakan sebarang penemuan untuk hari ini atau esok kerana siasatan kes ini memerlukan masa yang agak lama," katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini, Isnin.

Beliau berkata bukti yang ditemui perlu di bawa ke Jabatan Kimia serta Unit Forensik untuk pemeriksaan lanjut.

"Kita masih menunggu hasil siasatan terperinci daripada Jabatan Kimia dan Unit Forensik yang datang membantu untuk mengenal pasti bahan bukti yang telah hangus terbakar," katanya.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul serta syarikat Spanco Sdn Bhd untuk menyiasat kes tersebut.

Sementara itu, Mohd Shuhaily menafikan dakwaan kononnya terdapat sebarang dokumen diperoleh di tempat kejadian kerana semuanya telah hangus terbakar.

Morais dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. - Bernama

Sumber HD -7-9-2015


Kenderaan seakan milik Kevin ditemui hangus
Posted on Sunday, September 06 @ 19:44:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




PETALING JAYA: Polis masih menyiasat kesahihan kenderaan yang ditemui terbakar di di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, dekat Hutan Melintang pada Sabtu adalah kenderaan yang sama digunakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang hilang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, setakat ini jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya berikutan musnah sama sekali.

“Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online.

Kevin dilaporkan dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang.

Kevin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.



Sumber LINK
Sumber TKO - 6-9-2015



Disangka Pencuri Motor, Bilal Masjid Parah Ditikam
Posted on Thursday, September 03 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MALANG sekali, hanya kerana salah faham seorang lelaki berusia 22 tahun yang tidak bersalah terpaksa bertarung nyawa selepas ditikam individu yang menyangka dia seorang pencuri.

Kejadian yang berlaku 31 Ogos lalu di Kuantan berpunca daripada tindakan mangsa mengambil kunci yang ditinggalkan pada sebuah motosikal dengan niat baik iaitu mengelakkannya dicuri orang selepas menyangka tuan punya motosikal terlupa.

Namun apa yang berlaku, pemilik motosikal tersebut bertindak menikam Tengku Shafiq Tengku Adam Azli, 21, kerana menyangka dia mahu mencuri.

Difahamkan, pemilik motosikal berkenaan sememangnya sengaja meninggalkan kunci pada motosikal berkenaan kononnya bagi memerangkap individu yang mencuri motosikalnya di tempat sama sehari sebelum kejadian.

Sebaik melihat mangsa dia menyangka itulah pencuri motosikalnya lalu bertindak menikam dari belakang sebelum melarikan diri.

Tikaman itu membuatkan paru-paru mangsa terkoyak dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

bilal2
Suspek bagaimanapun menyerah diri di IPD Kuantan sejam selepas kejadian.

Apa yang menyayat hati mangsa yang juga merupakan bilal masjid sempat mengepos status di Facebook berbunyi:


bilal1


“Siapa ada tertinggal kunci motosikal di motosikal DBV9*** di Fun Fair sebelah Giant. Beratlah motosikal kunci bagai tapi kunci tertinggal di motosikal. Hubungi saya 017861****. InshaAllah.”

Tinjauan Mynewshub di Facebook mendapati anggota keluarga mangsa memaklumkan terdapat perkembangan positif apabila dia sudah boleh makan pada hari ini.

Apa pun, inilah jadinya apabila ada yang mahu membelakangkan undang-undang bagi menghukum sesama manusia.

Dek kerana pendek akal nyawa orang tak berdosa jadi taruhan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 3-9-2015

Polis buru individu pijak gambar pemimpin

















































































































































































































. | .


PELABUHAN KLANG: Polis sedang memburu individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang memijak gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Perlakuan memijak gambar pemimpin jelas bukan budaya rakyat Malaysia tetapi ia dilihat cuba dijadikan sebagai budaya oleh penganjur dan peserta demonstrasi itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di markas operasi pasukan itu di sini Rabu.

Beliau mengulas mengenai gambar beberapa individu memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4 yang tersebar luas di laman sosial.

Sementara itu, golongan Netizen turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan peserta perhimpunan Bersih 4 tersebut dan melalui laman Facebook, rata-rata mereka mengutuk tindakan biadab itu dengan menyifatkannya sebagai tidak bermoral.

Pengguna Facebook, Kemboja Putih berkata tindakan memijak gambar perdana menteri dan presiden PAS itu dianggap biadab dan lari daripada tujuan asal perhimpunan berkenaan.

"Apa kata penganjur tentang kebiadapan ini? Buka mata rakyat Malaysia, bukan kekecohan seperti ini yg kita mahukan..Perhimpunan seperti ini hanya mencemarkan nama negara saja..#SayNoToBersih," katanya.

Shah Liya pula meminta pihak berkuasa menangkap pelaku tersebut supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai kerana "niat dia jahat pasal tu dia pijak2".

Kenny Teoh berkata perhimpunan itu sepatutnya diadakan secara beradab.

"Walaupun kita tidak menyokong pemimpin itu, tak perlulah sampai memijak2 gambar mereka. Kita beradablah pada masa perhimpunan, tunjukkan kepada semua kita ni betul2 ikhlas mahukan perubahan. Peace!", katanya.

Selain itu, laporan polis turut dibuat oleh pelbagai pihak mengenai tindakan biadab peserta perhimpunan itu. - Bernama

Sumber HD - 2-9-2015

Bersih 4: Polis akan panggil Dr Mahathir


















































































































































































































BERNAMA | .


PELABUHAN KLANG: Polis akan memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh terdekat berhubung kenyataan yang dibuat di perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setiap ucapan negarawan tersebut akan diteliti, termasuk dakwaannya ada ketua bahagian Umno menerima rasuah.

"Kita panggil (Dr Mahathir) untuk merekodkan keterangan dan menyiasat dari mana beliau peroleh maklumat (mengenai rasuah) yang terkandung dalam ucapannya di perhimpunan berkenaan.

"Selain Tun (Dr Mahathir), polis akan memanggil semua 'tokoh utama' yang terlibat dalam perhimpunan haram itu, termasuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, untuk beri keterangan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terdahulu, Khalid menghadiri sambutan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di markas operasi pasukan itu di sini dan menyampaikan surat penghargaan kepada 13 anggota keselamatan laut itu.

Khalid turut berkata penganjur Bersih 4 perlu bertanggungjawab terhadap sentimen perkauman yang dibangkitkan semasa perhimpunan itu memandangkan polis telah memberi amaran awal supaya tiada tindakan sedemikian dilakukan oleh mana-mana pihak.

Katanya penganjur sebelum ini telah diingatkan akan dikenakan tindakan berlandaskan undang-undang sekiranya terdapat pelanggaran peraturan semasa perhimpunan itu diadakan.

Dalam pada itu, Khalid berkata polis sedang memburu orang yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Bersih 4.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang memijak gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Baru-baru ini, gambar beberapa individu memijak gambar Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan haram itu telah tersebar luas menerusi laman sosial.

Khalid berkata perlakuan memijak gambar pemimpin jelas bukan budaya rakyat Malaysia tetapi ia dilihat cuba dijadikan sebagai budaya oleh penganjur dan peserta demonstrasi itu.

Beliau membidas peserta, termasuk beberapa pemimpin politik, yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan berkenaan.

Katanya mereka boleh diambil tindakan kerana melanggar undang-undang selain membahayakan keselamatan kanak-kanak terbabit. - Bernama

Sumber HD - 2-9-2015



















































































































































































































Mercun: 4 Lelaki ditahan ketika peserta bersurai

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi individu berhubung insiden letupan dipercayai berpunca daripada mercun ketika peserta perhimpunan Bersih 4 sedang bersurai di sekitar Dataran Merdeka, awal pagi tadi.

Datuk Tajudin Md Isa Ketua Polis Kuala Lumpur berkata tangkapan itu menjadikan jumlah tangkapan sehingga ini seramai lima orang.

"Keempat-empat mereka ditahan dalam dua kejadian berasingan di sekitar Dataran Merdeka.

"Dalam senario pertama seorang lelaki didapati membakar dan membaling mercun ke arah peserta, manakala senario kedua, dua lelaki didapati membakar mercun dan ketika ditahan datang seorang lagi lelaki cuba menghalang polis daripada menahan kedua-dua lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan awal pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dan seorang lagi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tajudin dalam kenyataan media semalam berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Perhimpunan Bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih. - Bernama

Sumber HD - 41-8-2015


Fitnah kepada Ustaz Sharhan Shafie
Posted on Monday, August 31 @ 11:01:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Fitnah yang dilontarkan kepada kekanda saya Ustaz Sharhan Shafie begitu berat...tetapi kami tetap mempertahankan kebenaran dengan segala bukti yang kukuh..."Berkhalwat Dengan Isteri Yang Sah"....

.fitnah dunia kerana ingin menjatuhkan seseorang yang menegakan ilmu Allah Swt...media mula menghubungi untuk memohon kemaafan...tetapi sudah terlambat buat mereka semua..insyaallah kebenaran pasti datang.....setiap ujian pasti punyai hikmah...saya menegaskan di sini bahawasanya Ustaz Sharhan Shafie Dan Umi Masjuri Adalah Suami Isteri Yang SAH...Allah maha mengetahui.... 
Sumber TKO - 31-8-2015

Kejadian Jenayah Bersenjata Mengejutkan

IMG-20150829-WA0143


KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan jenayah rompakan bersenjata yang berlaku di kawasan Pulau Kambing dekat sini pada 27 Ogos lalu dan bersimpati kepada mangsa tembakan kejadian tersebut.

IMG-20150829-WA0144

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamad berkata kejadian seumpama itu amat mengejutkan kerana negeri Terengganu selama ini dianggap sebagai negeri yang aman.

“Bagi pihak PAS DUN Bandar, kami amat kecewa tentang apa yang berlaku kepada Wong Tze Chiew yang tinggal di kampung Pulau Kambing yang mana telah terlibat dengan kejadian yang dikatakan sebagai rompakan bersenjata,

“peristiwa yang memang tidak pernah terpikir bagi kita telah berlaku di negeri kita yang dianggap negeri yang aman……..kejadian ini amat mengejutkan kita semua……….Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah dan berdoa agar beliau cepat sembuh,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi Wong di hospital Sultanah NurZahirah dekat sini pada Sabtu, 29 Ogos.

IMG-20150829-WA0145

Menurutnya, kejadian yang berlaku itu menunjukkan, betapa sistem perundangan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat, dimana kejadian jenayah semakin hari semakin bertambah.

Katanya, ia bukan sahaja melibatkan keselamatan orang awam bahkan mengancam nyawa manusia.

“Ini merupakan satu kegagalan sistem perundangan Malaysia yang sepatutnya dapat menyekat kejadian jenayah yang melibatkan senjata yang akhir-akhir ini berlaku secara meluas sehingga sampai ke negeri kita,

“yang bukan sahaja melibatkan kecederaan yang biasa malah kecederaan yang parah dan boleh menyebabkan kematian,”tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru supaya rakyat Terengganu peka dan berhati-hati serta mengambil langkah membuat perubahan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

IMG-20150829-WA0147

“kita mengharapkan rakyat sentiasa berfikir untuk mengubah negara kita ke arah yang lebih aman melalui sebuah kerajaan yang lebih bersih yang sentiasa fokus kepada keselamatan rakyat………..Doa kami agar keluarga mangsa agar bersabar dan semoga mangsa cepat sembuh,”tambah beliau.

Dalam kejadian pada jam 9 malam 27 Ogos lalu, Wong Tze Chiew, 28, nyaris maut apabila terkena tembakan dipercayai dilepaskan individu yang berniat mencuri pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya.

Wong mengalami kecederaan parah dengan terdapat dua kesan tembakan di bahagian bahu sebelah kanan.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang menikmati makan malam bersama ahli keluarganya telah diminta oleh bapanya agar mengambil kad Astro yang tertinggal di dalam pacuan empat roda miliknya.

Sumber BO - 30-8-2015

Cubaan godam, Laman web PDRM ditutup sementara
Posted on Sunday, August 30 @ 06:25:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laman web rasminya tidak dapat diakses seketika bermula lewat petang tadi apabila ditutup disebabkan wujudnya cubaan menggodam.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata laman web berkenaan ditutup sementara bagi proses baik pulih.

"Kita terpaksa tutup dulu untuk buat proses baik pulih dan mengukuhkan tembok api kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bernama menyedari laman web berkenaan tidak dapat diakses kira-kira 8.20 malam.

Bagaimanapun, semakan semula Bernama mendapati laman web berkenaan dapat diakses semula kira-kira 9.34 malam.
- Bernama

Sumber TKO - 30-8-2015

Lagi Kes Pukul Pelajar Disekolah
Posted on Saturday, August 29 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kuala Lumpur – Rakaman satu kejadian buli di sekolah yang tersebar baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat.

Video yang dimuatnaik di media sosial itu menyebabkan majoriti pengguna marah dan menggesa pihak berkuasa segera menjalankan saisatan dan mengambil tindakan.

“Permintaan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes ini dan membawa pelajar bersalah ke muka pengadilan,” Friends of BN yang disiarkan melalui halamannya, tag Facebook PDRM.

Melalui klip video berdurasi 25 saat itu, menunjukkan seorang pelajar lelaki sedang dipukul oleh pelajar lain sebelum disertai oleh rakan-rakanya yang lain.

Namun rakaman yang diambil di dalam sebuah kelas itu tidak diketahui bila ia berlaku.
Video ini bermula dengan pertukaran didengar kata-kata antara pembuli dan mangsa, yang duduk di kerusi beliau dan tidak boleh dilihat sebagai belakangnya menghadapi kamera.
Tiba-tiba, mangsa ditumbuk di muka dan diseret dari kerusinya sebelum dia telah ditendang dan seterusnya menumbuk.

Meja dan kerusi dilihat sedang diketepikan seperti yang lain daripada rakan-rakan sekelas mangsa ganged melawan dia.

Video itu turut dikongsi lebih daripada 2,300 kali dan telah mendapat lebih 700 komen dalam tiga jam selepas ia disiarkan. - SuaraTV

https://www.youtube.com/watch?v=RKkETJZkK3o&feature=player_embedded



Sumber TKO - 29-8-2015


Polis serbu pentas independen Rumah Api

Posted on Saturday, August 29 @ 04:32:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Polis menahan lebih 100 anak muda dalam satu operasi ke atas persembahan muzik di pentas independen, Rumah Api, di Pekan Lama Ampang, lewat malam tadi.

Seorang anggota kumpulan yang sepatutnya membuat persembahan, Joe Kidd berkata, polis menyerbu ruang persembahan itu ketika kumpulan punk hardcore Virginia on Duty sedang beraksi.

Penerima zamalah Asia Public Intellectual itu memberitahu Malaysiakini, beliau bersama individu lain seterusnya dibawa dengan tiga trak polis ke IPD Ampang kira-kira jam 12.30 pagi.

Joe Kidd yang juga pemain gitar kumpulan punk Carburetor Dung menolak andaian bahawa serbuan itu ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 4 hari ini.

“Jika begitu (operasi mengenai perhimpunan BERSIH 4), kami tentu sudah ditahan di dalam lokap sekarang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau seterusnya menyifatkan operasi melibatkan kira-kira 30 anggota polis itu tidak lebih dari tindakan yang menyusahkan mereka.
“Ini sangat mengarut dan membuang masa.

Tindakan mereka juga tidak diselaras dengan baik,” kata bekas wartawan itu lagi.

Jelasnya, mereka terpaksa menunggu sehingga jam tiga pagi sebelum kesemuanya selesai menjalani ujian dadah.

“Ia samalah seperti operasi ke atas kelab fengtau. Mungkin mereka hanya ingin memenuhi kuota tangkapan, jadi tempat paling sesuai adalah tempat seperti Rumah Api,” tambahnya.

Polis merakam kenyataan pemilik dewan tersebut serta seorang lagi yang bertindak sebagai juruaudio, kata Joe Kidd.

Selain Carburetor Dung dan Virginia on Duty, gig tersebut juga menampilkan kumpulan grindcore Badass Farmer dan kumpulan metal Blind Tribe. - MK

Sumber TKO - 29-8-2015


Pendakwah bebas dikenakan waran tangkap

Posted on Thursday, August 27 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA LUMPUR -  Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pendakwah bebas popular dan pasangannya selepas gagal hadir pada prosiding khalwat mereka, dua tahun lalu

Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain mengeluarkan perintah itu terhadap Sharhan Shafie, 39, dan Umi Masjuri Hassan, 40, selepas kali pertama kes disebut di hadapannya sebentar tadi.

Mahkamah juga turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Zainuddin Abdul Yamin, 44, selaku penjamin yang juga gagal hadir.

Adik kepada Umi Masjuri,  Masbellinda, 21, yang turut menghadapi tuduhan sama hadir ke mahkamah dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes.

Sharhan merupakan salah seorang mengendalikan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.  - SInar
Sumber TKO - 27-8-2015

Pelajar berkampung di luar perkarangan Parlimen ditangkap
Posted on Wednesday, August 26 @ 05:36:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Polis menangkap 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.

Tidak lama selepas mereka ditangkap pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.


Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang kedua.

Aktivis itu kelihatan berdarah pada kakinya.

Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.

Mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

Katanya, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.

Bagaimanapun, jurucakap #Langkahsiswa Khairul Najib berkata mereka tidak akan berganjak.

Sebelum ini mereka memberi tempoh 24 jam untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berbincang dengan mereka mengenai isu-isu semasa.

Khairul memberitahu Malaysiakini bahawa satu sidang media akan diadakan pada tengah malam esok jika kerajaan masih tidak memberi perhatian kepada mereka.

Katanya, mereka memberikan kerajaan tempoh 24 jam lagi untuk respons kepada gesaan mereka supaya Najib berundur berhubung peranannya dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion.

Khairul berkata Najib perlu memberi perhatian serius kepada suara pelajar dan tuntutan mereka.

Kira-kira 20 pelajar bermandikan hujan semalam untuk berarak sejauh 1.5km dari Bank Negara ke Parlimen, menuntut Najib berundur dan kerajaan bertemu dengan mereka.

Malam ini, mereka turut mengadakan himpunan nyalaan lilin dengan sokongan orang ramai dan NGO.  - MK
Sumber TKO - 26-8-2015

Keselamatan Anak-anak; Ibu Bapa, Orang Ramai Diminta Bertindak ‘Pro-Aktif’

jenayah5
KUALA TERENGGANU – PAS menyeru ibu bapa dan ahli keluarga serta orang ramai mengambil langkah pro-aktif menjaga keselamatan anak-anak bagi menghindari kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Mohd Azrin Aris berkata Pemuda PAS sangat memahami kerisauan dan keresahan yang sedang dialami masyarakat setempat, susulan tersebarnya berita mengenai insiden cubaan menculik dan melarikan kanak-kanak oleh warga asing.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu meminta semua jentera pemuda PAS di semua peringkat agar menjadi mata telinga memantau keselamatan dan membantu orang awam bagi mencegah berlakunya kejadian yang tidak diingini,

azrin1 (2)

“ia berkaitan insiden yang dilaporkan berlaku cubaan menculik dan melarikan kanak-kanak oleh kumpulan yang dipercayai warga asing,”ujarnya.

Beliau berkata, walaupun pihak polis telah membuat kenyataan rasmi bahawa tiada kejadian culik yang berlaku, namun kawalan keselamatan dan rondaanoleh pihak polis dan agensi keselamatan mestilah dipertingkatkan dan diperketatkan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama penduduk yang melihat atau mengetahui sebarang kejadian yang mencurigakan atau pun berunsur jenayah, agar tampil membuat laporan polis supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

Beliau juga memberikan ingatan agar semua premis institusi pendidikan dan pusat asuhan bayi serta kanak-kanak, pra sekolah dan sekolah-sekolah khususya PASTI yang di bawah pentadbiran Dewan Pemuda PAS agar mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan pada setiap masa.

Katanya, suasana ekonomi yang tidak menentu dan tekanan hidup, akan meningkatkan kadar masalah sosial dan jenayah.

“Dengan suasana ekonomi yang parah sekarang dan tekanan hidup, jenayah dan penjenayah baru akan sentiasa muncul dan bertambah.

“Mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun membunuh. Justeru itu , masyarakat diseru untuk kembali kepada Islam dan keseuruhannya,”tambah beliau

Sumber BO - 21-8-2015


Lagi kes buli pelajar sekolah, sembilan ditahan
Posted on Wednesday, August 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA: Sembilan pelajar dari sebuah sekolah menengah di Terengganu telah ditahan untuk membantu siasatan kes buli seorang pelajar dari sekolah yang sama.

Mereka ditahan polis susulan rakaman video menunjukkan mangsa dipukul telah disebarkan di Facebook dan menjadi viral

Berdasarkan maklumat di Facebook, kejadian buli itu membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Ahmad, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tarikh kejadian itu berlaku.

Dalam rakaman video itu, kelihatan sembilan pelajar menumbuk dan menyepak mangsa dan rakaman itu dipercayai diambil oleh rakan sembilan suspek itu.

Sumber TKO - 19-8-2015

Pembunuhan Sosilawati: Mahkamah tangguh keputusan rayuan 4 lelaki
Posted on Wednesday, August 19 @ 06:50:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Mahkamah Rayuan di Putrajaya menangguhkan keputusannya berhubung rayuan 4 lelaki yang disabitkan dan dihukum mati kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 pembantunya.

Tiga anggota panel yang dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali selesai mendengar penghujahan peguam yang mewakili 4 lelaki dan daripada pihak pendakwaan.


Anggota panel hakim itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam, mendengar penghujahan selama 6 hari bermula Isnin lepas.

Hakim Aziah berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan mahkamah akan memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan tentang tarikh itu.

Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan 3 pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23; R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh Sosilawati, 47; pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei, 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan 3 pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar.

Keempat-empat lelaki itu ditangkap dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 2011.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya memutuskan soal tanah merupakan motif utama bagi pembunuhan Sosilawati disebabkan ketidakupayaan Pathmanabhan menjelaskan pembayaran cek yang dikeluarkan kepada Sosilawati.

Beliau berkata mereka yang mengiringi Sosilawati hanya berada di tempat dan waktu yang salah.

Hakim Aktar Tahir berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menjumpai kesan bakar di belakang ladang itu, dan apabila menggali kawasan terbakar itu, polis menemui beberapa tulang yang kemudiannya disahkan pakar sebagai tulang manusia yang rentung, menunjukkan mereka dibakar pada darjah suhu amat tinggi.

Katanya siasatan lanjut di ladang itu menemui satu kawasan dengan mempunyai kesan darah dan kayu pemukul kriket dengan kesan darah dan analisis ke atas darah itu oleh ahli kimia menunjukkan darah itu ada yang sepadan dengan Sosilawati dan rakan-rakannya.

Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan, Gurbachan Singh dan Hisyam Teh Poh Teik bagi Thilaiyalagan, Amer Hamzah Arshad bagi Matan dan Kathavarayan diwakili M. Stanislaus Vethanayagam. Pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff. - Bernama

Sumber TKO - 19-8-2015































































































































































































































Ibu bapa ‘Sabrina Kekasih Lama’ buat laporan polis
Posted on Sunday, August 16 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tindakan individu yang mengubah nama asal pada sijil lahir seorang bayi perempuan baru dilahirkan, ‘Sabrina’ menimbulkan kemarahan ibu bapa bayi tersebut apabila gambar itu menjadi viral di media sosial dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak petang kelmarin.

Susulan penyebaran gambar itu, ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis ekoran nama anaknya itu diubah menjadi ‘Sabrina Kekasih Lama', iaitu sebahagian daripada skrip filem ‘Tiga Abdul' lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Ketua Polis Malim, Inspektor Ahmad Hambali ketika dihubungi mengesahkan penerimaan laporan tersebut.

"Polis mengambil perkara ini dengan serius.

"Kami telah membuka kertas siasatan berikutan laporan itu dan ia akan dikendalikan oleh Jabatan Jenayah Komersial," katanya.

Dalam laporan yang dibuat semalam, ibu kepada ‘Sabrina' menyatakan bahawa sijil kelahiran anaknya itu dipegang suaminya pada 3 petang pada Khamis dan selain mereka berdua, tidak ada orang lain mempunyai akses kepadanya.

Dalam laporan itu juga, ibunya melahirkan rasa syak wasangka mengenai kemungkinan penglibatan ‘orang dalam' dari Jabatan Pendaftaran Negara kerana mereka sahaja yang mempunyai akses kepada sijil kelahiran selain ibu bapa. - TheRakyatPost

Sumber TKO - 16-8-2015

Pengantin maut ditembak pada hari persandingan
Posted on Friday, August 14 @ 16:29:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

https://www.youtube.com/watch?v=DUq7Q_df1ZI&feature=player_embedded

Semalam sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja sehari, tetapi jodoh beliau tidak panjang dan ia berakhir dengan tragedi.

Ahamad, 27 tahun, anggota renjer yang bertugas di Pattani maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh empat lelaki ketika beliau berbual dengan isterinya, Elani Matnor, 27 tahun dan ibu mertua di bawah khemah.

Ahamad cedera parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak dalam jarak dekat di bahagian kepala dan dada oleh empat orang lelaki yang kemudian melarikan diri. 
Sumber TKO - 14-8-2015

Shisha stick: Bimbang kesan negatif pada pelajar sekolah

AHMAD MULIADY ABDUL MAJID | .


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak berharap agar pihak berkuasa memandang serius terhadap kegiatan penjualan 'Shisha Stick' di negara ini bagi mengelakkan impak negatif terhadap pelajar sekolah dan golongan remaja, sama ada dari segi kesihatan, sosial mahupun masa depan mereka.

Beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), guru dan ibu bapa yang ditemui Bernama sekitar Lembah Klang melahirkan kebimbangan tentang perkara itu dan mendesak pihak berkuasa segera memantau kegiatan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan kegiataan penjualan Shisha Stick di kedai serbaneka dan pasar larut malam di sekitar ibu kota yang mana penggunaannya popular dalam kalangan pelajar sekolah.

Shisha Stick atau dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.

Bagaimanapun, ia tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata penggunaan Shisha Stick dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah satu perkara baharu kerana pada tahun lepas, seorang anggota PAGE telah meyuarakan kebimbangan apabila mendapat tahu ada pelajar yang ketagih bahan itu.

Malah, ketika dihubungi Bernama, beliau berkata beberapa guru sekitar ibu kota juga meluahkan perasaan bimbang mereka terhadap perkembangan tersebut.

"Saya diberitahu bahawa ada murid yang menyimpan Shisha Stick dalam bekas pensel menyebabkan ibu bapa tidak menyedari bahawa anak mereka membawa barang itu ke sekolah kerana bentuknya yang menyerupai pen dan 'stick eraser'.

"Ramai ibu bapa tidak tahu apa keburukan yang terdapat pada Shisha Stick dan kandungan bahan kimia yang ada di dalamnya, oleh itu adalah wajar bagi pihak sekolah bersama agensi penguat kuasa memberi penerangan kepada ibu bapa akan perkara ini," katanya.

Turut mendedahkan trend sama di sekolahnya di sini ialah seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, yang menyatakan bahawa pihak sekolahnya mula mengesan pelajar membawa Shisha Stick dua minggu lepas apabila menjumpai barang tersebut dalam kotak pensel seorang pelajarnya.

"Bentuk fizikal Shisha Stick menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa yang menyangka bahawa ianya adalah alat tulis dan ini amat merisaukan saya kerana tidak semua ibu bapa mengetahui akan perkara ini.

"Saya harap dengan panduan ini ibu bapa akan lebih kerap membuat pemantauan terhadap anak-anak mereka walaupun pihak sekolah ada melakukan rutin memeriksa beg sekolah pelajar secara rambang," katanya.

Ain berkata beliau bimbang jika Shisha Stick dijual secara terbuka, ia akan menyebabkan pelajar ketagih dengan bahan itu walaupun pada masa ini ia dinyatakan bebas daripada kandungan dadah.

Sementara itu seorang suri rumah, Marliana Saidin, 38, berkata beliau risau tiga anak lelakinya akan terjebak dengan gejala tidak sihat itu jika tiada pengawasan daripada pihak berwajib.

"Jika tiada pengawasan dan pantauan daripada pihak berkuasa, saya risau satu hari nanti tidak mustahil bahawa Shisha Stick akan menggantikan rokok kerana harganya yang rendah dan mudah didapati," katanya yang ditemui Bernama ketika menghantar anaknya ke sekolah di Lembah Klang.

"Mula-mula pelajar sekolah cuba hisap rokok atau Shisha Stick, lepas meningkat dewasa mereka lebih berani untuk mencuba ganja ataupun dadah, itu yang merisaukan saya," katanya.

Peniaga kedai runcit itu berkata pihak sekolah, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa lain tidak boleh memandang remeh perkara ini walaupun tiada undang-undang berkaitan larangan menggunakan bahan itu setakat ini. - Bernama

Sumber HD - 14-8-2015

Individu Pamer Pelekat #TangkapNajib Boleh Dipenjara 2 Tahun
Posted on Thursday, August 13 @ 06:41:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang termasuk mempamerkan pelekat yang dipercayai mempunyai unsur hasutan boleh ditahan dan bakal berdepan hukuman penjara serta denda.

Perkara tersebut ditegaskan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berikutan penahanan seorang wanita berusia 31 tahun semalam yang mempamerkan pelekat

#TangkapNajib di cermin belakang kenderaannya yang dipercayai boleh membawa hasutan.
Menurut Roslan, anggota peronda mengesan kereta wanita terbabit yang diletakkan di Jalan Kulas sekitar jam 3 petang, kelmarin.

“Pengguna jalan raya lain yang memaparkan pelekat seperti di kenderaan boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati melanggar undang-undang,” katanya yang dipetik portal berita, Borneo Post, hari ini.

Menurutnya, berikutan insiden tersebut, wanita terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang mana sengaja mengaibkan, dengan niat mencetuskan pecah keamanan.
Jelas Roslan jika disabit kesalahan, wanita terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

- mD

Sumber TKO - 13-8-2015



Wanita disiasat polis kerana tampal pelekat kenderaan #TangkapNajib
Posted on Wednesday, August 12 @ 17:23:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Wanita terbabit menampal pelekat yang bertulis #TangkapNajib pada bahagian belakang kereta Hyundai Elantra miliknya.

PETALING JAYA: Gara-gara memasang peleket kenderaan yang bertulis `#TangkapNajib’, seorang wanita di Kuching, Sarawak, disoal siasat oleh polis kerana dipercayai cuba menghasut.

Pelekat kenderaan itu ditampal pada cermin belakang kereta Hyundai Elantra warna putih milik wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Roslan Ahmad Bek dalam satu kenyataan mengesahkan yang pihaknya menyiasat wanita berusia 31 tahun itu.

“Lebih kurang jam 3 petang semalam (Isnin), sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat perkataan #TangkapNajib berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut,” katanya sambil menambah,hasil semakan lanjut mendapati pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita.

Mengulas lanjut, Roslan berkata pemilik kenderaan tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, jika didapati bersalah wanita terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpama itu dimana-mana bahagian kenderaan,” tegas Roslan.

Siasatan polis terhadap wanita terbabit telah menjadi viral dengan beberapa buah blog berkongsikan cerita mengenainya.

sumber 


Sumber TKO - 12-8-2015

Bayi dilahir murid Tahun Lima di Jempol meninggal
Posted on Wednesday, August 12 @ 16:47:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


KUALA PILAH: Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang murid Tahun Lima di Jempol, minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, hari ini.

Bayi berusia lapan hari itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. 


Jenazahnya kemudian dibawa oleh keluarga ibunya untuk dikebumikan di Jempol. 


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, ketika dihubungi turut mengesahkan kematian bayi itu. 


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 5 Ogos lalu, murid berkenaan dibawa ke klinik swasta di Bahau, Jempol, selepas mengadu sakit perut. 


Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati murid berkenaan sakit kerana hendak melahirkan anak dan ketika persediaan dibuat untuk membawanya ke Hospital Jempol, dia melahirkan anak di klinik swasta itu.




Sumber TKO - 12-8-2015

Dia bukan sakit perut.. Tapi Nak Bersalin

Posted on Wednesday, August 12 @ 16:44:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



TAHUN 2004? 04? Nombor itu diulang berkali-kali. Seperti tidak percaya! Jika ditolak tambah, usianya sebaya dengan anak sulung saya. Ya, 11 tahun!

Saya lihat semula kad pengenalannya. Benar 2004... dan bila dipandang memang budak ini mengandung bahkan hampir bersalin.

Dia datang di klinik dengan ibu dan pakciknya sekitar jam 9.15 pagi. Masuk jumpa saya 15 minit kemudian.

Bila saya tanya sakit apa, jawab ibunya, sakit perut. Manakala si anak sudah mengerang sakit, tidak mampu berkata-kata.

“Haiya? Betul ka sakit perut? Anak awak ni mengandung dan sudah nak bersalin. Ini sakit nak bersalin,” ayat itu terus melantun keluar dari mulut menerangkan kepada ibu kanak-kanak itu.


Kes pertama selepas lebih 20 tahun tak jadi bidan

Ibunya seperti tidak percaya. Untuk lebih pasti dan meyakinkannya, saya buat ujian imbasan (scan). Ibu kanak-kanak itu seperti terkejut bila lihat betul ada bayi.

Saya tidak mahu ambil risiko, kerana walau macam mana pun dirahsiakan, tetap akan dihidu polis kerana kes ini melibatkan kanak-kanak.

Saya hubungi Klinik Kesihatan Bahau. Minta mereka hantarkan ambulans dan doktor. Jadi anak beranak ini menunggu di kaunter sementara saya uruskan pesakit lain.

Namun tidak sampai beberapa minit, air ketubannya pecah. Perkara itu turut memeranjatkan pesakit lain yang menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Selepas diperiksa, tiba-tiba salah satu kaki bayi tersebut terkeluar dan kelihatan sedikit lebam.

Dalam keadaan kelam-kabut ditambah pula dengan suara mengerang kesakitan, budak itu dibawa masuk semula ke bilik pemeriksaan.

Saya terpaksa jadi bidan terjun dibantu tiga kakitangan.

Memang takut. Gemuruh. Semuanya bercampur baur.

Kes ini adalah yang pertama saya terima selepas lebih 20 tahun tidak menjadi ‘bidan’.

Lebih mengharukan ia membabitkan ibu muda. Budak darjah 5. Bayinya songsang pula... haiya! Saya betul-betul cuak.

Kebiasaannya kelahiran bayi songsang akan dilakukan doktor pakar sahaja.

Dalam keadaan kecemasan seperti itu, saya tiada pilihan. Doktor dari Klinik Kesihatan Bahau pula belum tiba.

Tetapi bila tengok kakitangan saya ‘cool’ sahaja, saya pun jadi tenang semula. Ketika ini saya hanya fikir menyelamatkan satu nyawa tidak berdosa.

Hampir 20 minit juga kami berusaha mengeluarkan bayi berkenaan. Ini merupakan pengalaman mendebarkan susulan klinik ini hanya merawat pesakit luar.

Hentikan viral

Saya amat terkejut apabila insiden tersebut menjadi viral dalam laman sosial. Lebih-lebih lagi ia turut membabitkan nama klinik saya.

Saya sangat berharap orang ramai tidak menokok tambah maklumat tidak sahih,  sebaliknya mengambil iktibar daripadanya.

Ibu bapa khasnya, pantau aktiviti anak-anak, luangkan masa bersama mereka, berbual, berkongsi masalah supaya mereka tidak terjebak dengan perkara negatif terutamanya yang melibatkan media sosial.

Laman web yang memaparkan video lucah terlalu mudah untuk dimuat naik ataupun ditonton melalui telefon pintar.

Kita tidak boleh menidakkan penggunaan teknologi tetapi ada hadnya. Selain itu, kenali rakan-rakan anak-anak juga membantu mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti berkenaan.

Saya juga turut menggesa kerajaan menyekat laman web yang mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

Tindakan awal ini mampu mengelakkan insiden lebih serius membabitkan kanak-kanak.


Sumber TKO - 12-8-2015





































































































































































































































Shisha stick' alat baharu lepas gian remaja sekolah

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.

Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha stick' mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.

Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah. Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.

Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.

Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.

Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.

"Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang," katanya.

Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli 'shisha stick' di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.

Shisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.

"Do you want this one (shisha stick)...," kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.

Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.

Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.

Katanya shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.

"Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.

Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini. - Bernama

Sumber HD - 12-8-2015


Pesara guru maut & #8232;ditembak di hadapan rumah
Posted on Wednesday, August 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA TERENGGANU 10 Ogos - Seorang pesara guru, Mat Jusoh Ali, 56, yang disangka maut akibat pengsan di hadapan rumahnya di Taman Nor Bakti, Padang Midin, Bukit Payung di sini semalam, rupa-rupanya merupakan mangsa tembakan jarak jauh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa mendapati terdapat satu objek kecil se­perti anak peluru berwarna kuning di sebelah kanan kepala mangsa.


Terdahulu, katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan darah di tepi telinga kiri oleh iste­rinya, Saripah Ismail, 49.

"Pada pukul 7.15 pagi, semasa keluar dari rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah, penga­du (isteri) melihat suaminya berada di hadapan rumah sedang menghisap rokok.

"Kira-kira 15 minit selepas itu, pengadu yang baru pulang mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri, bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa dan berpendapat mungkin suaminya jatuh lalu pengsan.

"Pengadu bersama anaknya membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dan doktor bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," kata­nya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini.

Menurut Idris, atas nasihat doktor, pengadu kemudiannya membuat laporan kematian di Balai Polis Cabang Tiga di sini dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Katanya, laporan bedah siasat mendapati peluru berkenaan ma­suk dari sebelah kiri kepala mang­sa iaitu di bahagian atas telinga dan tersangkut di bahagian kanan kepala.

"Peluru berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia di Kuala Lumpur. Berdasarkan pengamatan awal, kita percaya peluru ini daripada jenis 9 milimeter.

"Bagaimanapun, siasatan awal di lokasi kejadian tidak mene­mukan apa-apa kesan sama ada kelongsong mahu pun lain-lain bukti, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Idris berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif kejadian menerusi pasukan khas yang diwujudkan.

Katanya, siasatan mengambil kira pelbagai sudut antaranya faktor personaliti serta projek dijalankan mangsa di samping kedudukan kem tentera berhampiran.

"Mangsa yang bersara sejak Mei lalu pernah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai dan kini menjalankan kerja sambilan sebagai kontraktor bangunan.

"Tidak ada masalah yang timbul antara mangsa dengan keluarga mahupun penduduk sekitar dan jiran sejak menetap di situ. Mangsa seorang yang peramah. Mana-mana saksi yang nampak kejadian diminta berhubung segera dengan pihak polis," katanya.

Jenazah mangsa yang merupakan bapa kepada empat anak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Limbat tengah malam tadi.


Dalam pada itu, salah seorang menantu mangsa, Sanusi Salleh, 31, berkata, kali terakhir dia berjumpa bapa mentuanya adalah pada minggu lalu dan mangsa tidak menunjukkan apa-apa perubahan pada sikapnya.

Sumber TKO - 12-8-2015

Sosilawati, 3 pembantu mungkin dibunuh orang lain
Posted on Wednesday, August 12 @ 05:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu ada kemungkinan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 pembantunya dibunuh oleh orang lain.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili seorang daripada 4 tertuduh, R Matan, berkata adalah munasabah bagi mahkamah membuat kesimpulan tentang kemungkinan itu kerana tiada motif bagi mana-mana tertuduh membunuh keempat-empat individu itu.

Beliau berkata terdapat beberapa profil DNA lelaki tidak diketahui pada kayu pemukul kriket dan dua puntung rokok, kesan darah dan cap jari yang ditemui di kuarters pekerja di kawasan ladang.

Tiada satu pun DNA tertuduh ditemui pada mana-mana barang kes itu, katanya.

Menurutnya terdapat bukti yang menunjukkan ada individu lain yang mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati.

"Orang tidak dikenali yang profil DNAnya ditemui pada kayu pemukul kriket, puntung rokok dan kesan darah serta bukti cap jari individu tidak dikenali yang diambil dari bilik semua barang kes ditemui menjurus kepada kesimpulan bahawa pembunuhan dilakukan oleh individu lain," kata Amer Hamzah.

Beliau berkata tiada bukti DNA mana-mana tertuduh pada kepingan zink yang dijumpai di Sungai Kelanang, selain tiada bukti menunjukkan kepingan zink itu datangnya dari ladang itu.

Bekas peguam N Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang T Thilaiyalagan, 23, Matan, 24 dan R Kathavarayan, 35, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Amer Hamzah juga berhujah bahawa tiada bukti menunjukkan keempat-empat tertuduh berada di ladang pada hari pembunuhan dikatakan dilakukan.

Beliau berkata keterangan seorang pembantu ladang itu Siti Hamidah Karnax yang nampak kayu balak dibawa ke ladang pada hari sebelum kejadian dikatakan berlaku dan bahawa Thilaiyalagan, Matan, Kathavarayan dan U Suresh dilihat memunggah kayu balak dan meletakkannya berhampiran kandang lembu, adalah meragukan dan tidak membuktikan apa-apa yang mencurigakan memandangkan ada orang lain bekerja di ladang itu.

"Tiada bukti Matan merancang sesuatu dengan mana-mana tertuduh lain sama ada pada 29 Ogos 2010 atau pada 30 Ogos 2010," katanya dan menambah kata anak guamnya harus dibebaskan.

Beliau juga berhujah bahawa andaian keempat-empat individu itu dibunuh dan kemudian dibakar di ladang itu tidak dapat diterima kerana kesan hidrokarbon tidak ditemui oleh anjing pengesan Jabatan Bomba di tapak yang disyaki di ladang itu.

"Kebakaran tidak akan berlaku tanpa kesan pembakaran atau pemesatan," katanya.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh dan Hisyam Teh Poh Teik manakala Kathavarayan diwakili peguam M.Stanislaus Vethanayagam.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Sumber TKO - 12-8-2015

Wanita Tanggal Baju Di Jalan Petaling Waras, Layak Dibicarakan
Posted on Monday, August 10 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di mahkamah.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33.

“Semasa kejadian berlaku beliau (tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan,” katanya ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu.

Pada 29 Mei mahkamah memerintahkan Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala tertuduh diwakili Kelvin Tan. – BERNAMA

Sumber TKO - 10-8-2015

3 mengaku mencederakan dalam insiden Low Yat
Posted on Monday, August 10 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hampir sebulan selepas pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, tiga orang pekerja kedai telefon didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.

Low Leong Seng, Eric Chan Weng and Soo Weng Hing, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Mereka didenda RM1,800 setiap seorang atau menghadapi penjara dua bulan.

Mereka didakwa mencederakan Mohammad Khairul Azmi Mazlan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada 11 Julai, ketika kejadian itu.  - MK

Sumber TKO - 10-8-2015

Ditahan ketika leka rakam video skirt wanita
Posted on Monday, August 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Kegiatan licik tidak bermoral seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merakam bawah skirt seorang wanita di kompleks membeli belah Mid Valley, terbongkar apabila tindakannya disedari teman lelaki mangsa, semalam.

Aktiviti suspek membuat rakaman ketika mangsa menaiki eskalator dikesan berikutan penemuan beberapa rakaman video daripada telefon bimbit suspek yang dirampas polis.
  
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian pukul 6.10 petang itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar, sedang menaiki tangga eksalator ke tingkat dua kompleks membeli belah itu bersama teman lelakinya.
  
"Teman lelakinya naik dahulu tangga eskalator kemudian mendapati suspek berada di belakang mangsa. Kemudian teman lelaki mangsa melihat suspek memegang telefon bimbit di celah kangkang mangsa.
  
"Bagaimanapun, suspek tidak menyedari tingkah lakunya diperhatikan teman lelaki mangsa sebelum dia disergah atas kesalahannya itu," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
  
Sharul Othman berkata dua pengawal keselamatan di komplek beli belah itu bertindak menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.
  
Polis merampas sebuah telefon bimbit Samsung berwarna hitam yang mengandungi video mangsa yang dirakam suspek bagi membantu siasatan.
  
Suspek ditahan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan direman sehingga Selasa depan. - Bernama 


Sumber TKO - 10-8-2015

Lebih 200 janda, anak dara tua terperangkap
Posted on Sunday, August 09 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR 8 Ogos Sindiket Love Scam yang didalangi warga Afrika sema­kin menggila apabila lebih 200 mangsa lagi yang kebanyakannya janda kesepian serta anak dara tua dari Malaysia dan Singapura diperdaya sehingga ada yang kerugian antara RM100,000 hingga RM1 juta.

Perkara itu terbongkar hasil kejayaan penahanan kira-kira 30 suspek termasuk 14 orang di Puchong, Selangor semalam dalam Op Tiong yang dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sejak seminggu lalu.


Kejayaan terbaharu pasukan JSJK itu mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan tahniah terhadap kejayaan operasi berkenaan.

"Syabas Comm Crime @PDRMsia BAman tumpaskan Nigerian Parcel dan Love Scam, di Puchong malam tadi. Tangkap 14L, 10 Warga Nigeria. Go PDRM Go," ujarnya di dalam laman Twitter miliknya.

Menurut sumber, Op Tiong kali ini dijalankan selepas JSJK membuat risikan sebulan lalu dan tindakan diambil berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa-mangsa wanita yang telah terpedaya dan kerugian sejumlah wang yang besar.

Katanya, seorang wanita yang berasal dari Singapura kerugian RM1 juta selepas tidak sedar tentang taktik yang digunakan sindiket yang beroperasi di negara ini itu yang memerangkap mangsa dengan permainan cinta di Facebook.

"Dia telah memasukkan wang dalam jumlah yang besar beberapa kali selepas ‘kekasih' yang hanya dikenali di Facebook memintanya untuk melepaskan bungkusan yang ditahan oleh pihak berkuasa yang menjaga sempadan negara,

"Selepas memasukkan wang itu, barulah dia sedar bahawa telah tertipu dan terus membuat laporan polis. Kejadian sama berlaku terhadap seorang wanita tempatan yang kerugian sejumlah RM100,000 apabila ditipu sindiket sama," ujar sumber itu.

Ditanya tentang penahanan kira-kira 30 suspek terbabit, sumber itu menjelaskan, terdapat warga Malaysia yang turut ditangkap kerana terlibat bersengkokol dengan warga Afrika.

"Antara yang ditahan itu adalah pemilik akaun bank yang se­ngaja menjual akaun mereka kepada sindiket ini.

"Malah polis turut menahan wanita-wanita tempatan yang juga teman wanita anggota sindiket ini.

Kebanyakan mereka ditugaskan untuk menyamar sebagai pegawai kastam dan imigresen yang akan menghubungi mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaun-akaun tertentu," katanya.

Sumber TKO - 9-8-2015

Blogger Sekular ditetak hingga maut
Posted on Saturday, August 08 @ 08:56:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DHAKA - BANGLADESH. Seorang blogger sekular ditemui maut dengan kesan tetakan di rumahnya, semalam.

Laporan CNN menyebut blogger berkenaan yang menggunakan nama pena Niloy Neel adalah blogger keempat yang maut ditetak tahun ini.


Sebelum ini, terdapat tiga kes kematian melibatkan blogger sekular yang berkongsi artikel sensitif mengenai agama.


Pihak polis dan ketua Kumpulan Blogger dan Aktivis Maya, Imran Saker mengesahkan kejadian tersebut.


Difahamkan, perkongsian terbaru Neel adalah mengenai pembunuhan tiga orang blogger sebelum ini dan artikel mengenai wanita dan hak minoriti.


Jurucakap polis, Muntashirul Islam memberikan nama berbeza untuk blogger tersebut, yakni Niloy Chakrabarti.


"Kami tahu Niloy pernah bekerja kepada organisasi bukan kerajaan tapi kami tidak tahu mengenai identiti 'kewartawanan' dia,” katanya.


Menurut Muntashirul, Niloy dibunuh oleh kumpulan yang melibatkan lima atau enam orang.


"Kami sedang menyiasat," katanya lagi.


Sebelum ini, Neel yang berusia lewat 20-an pernah diugut oleh golongan ekstremis. 


Neel juga menyumbang bahan untuk Mukto-Mona, sebuah blog kemanusiaan yang dicipta oleh Avijit Roy.


Avijit mati dibunuh Februari lalu.


Sementara itu, Pengarah Penyelidikan Amnesty International (Asia Tenggara), David Griffiths menyeru supaya pembunuhan sedemikian dihentikan.


"Pembunuhan sebegini dibuat untuk menyebarkan ketakutan dan menggertak kebebasan bersuara. Ini tidak boleh diterima," kata beliau.



Sumber TKO - 8-8-2015


Justo dijangka hadapi tuduhan peras ugut
Posted on Friday, August 07 @ 09:37:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo akan menghadapi tuduhan pemerasan dan terserah kepada pihak pendakwa untuk mendakwanya sekarang memandangkan pihak polis telah selesai menjalankan siasatan, menurut polis Thailand.tuduhan-peras-ugut/#ixzz3i5ZvwM2V


"Justo hanya menghadapi satu tuduhan - memeras ugut bekas majikannya. Kesalahan itu dilakukan di Thailand, dan tuduhan itu adalah lebih berat daripada ugutan," Kol Kornchai Klayklueng, Timbalan Komander Bahagian Pembanterasan Jenayah memberitahu Bernama.

Kornchai berkata kes itu dikemukakan kepada pendakwa pagi tadi, ‘tetapi saya tidak tahu bila mereka akan memfailkan kes di mahkamah'.

Beliau berkata kes itu disiasat sepenuhnya oleh polis Thailand tanpa campur tangan daripada mana-mana negara asing.

Mengikut Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan pemerasan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda 2,000 baht (RM222) hingga 20,000 baht (RM2,223).

Penalti bagi kesalahan menggugut ialah penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi 10,000 baht (RM1,111).

Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui pada 22 Jun selepas PetroSaudi membuat aduan.
Justo mengaku bahawa dia cuba memeras bekas majikannya tetapi menafikan cuba mengubah dokumen digital yang diperolehnya dari syarikat dan kemudian memberikannya kepada dua pihak, seorang daripadanya ialah Tong Kooi Ong, pemilik The Edge Media Group.

Polis Malaysia juga mahu menyoal siasat Justo kerana beberapa dokumen dikaitkan mengenai urusan PetroSaudi dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tetapi setakat ini, polis Malaysia tidak dibenar akses kepada warga Switzerland itu.
Sumber: therakyatpost

Sumber TKO - 7-8-2015

Pagar Makan Padi – Pengalaman Pesara Guru Besar Yang Mengerikan
Posted on Thursday, August 06 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Kami ingin kongsikan pengalaman Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara guru yang menjadi rakan FB Pengetua kami Dr Hj Masjuki.

Tidak perlu kami tokok tambah kerana apa yang dikisahkan banyak sekali kebenarannya. Kami sendiri banyak pengalaman mengendalikan kes yang serupa secara langsung.

Memang amat mengerikan dan sewajarnya menjadi pedoman kepada para ibubapa. Semuga perkongsian kisah benar ini mampu menyedarkan kita.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * *

Saya pernah menjadi guru, pengetua dan pegawai pelajaran daerah. Dengan itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yang sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam. Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya untuk direnungi.

KES PERTAMA

Pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya. Setiap hari bila balik sekolah dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil. Yang lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum itu kakaknya juga kena berkhidmat untuk bapanya selama lebih dua tahun. Bila bapanya berpindah kepada dia maka kakaknya telah terlepas. Bapanya tentera bahagian perubatan, dengan itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan. Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan. Tidak diketahui apa sebabnya.

Polis dihubungi, seorang inspektor wanita hadir bersama seorang SB untuk mendengar cerita pelajar ini. Saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya untuk mendengarnya. Siapa percaya bapanya yang BERKETAYAP putih ketika kerja dan nampak wara’ tetapi bernafsu seperti bapa khinzir.

Apa yang menyedihkan lagi, pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan dibuat. Katanya, “siapa yang akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja?” Puas kami memujuk namun gagal.

Akhirnya kami menemui bapanya, tetapi dia selamba menafikan. Apakah anaknya yang ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya? Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu.

KES KEDUA

Berlaku di sekolah kebangsaan. Kes ini ditemui oleh rakan guru, juga sama seperti kes pertama. Pelajar baru 11 tahun. Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dengan bapa setelah perceraian.

Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru dan direman untuk perbicaraan. Pelajar ini kemudian tinggal dengan datuknya di kampung berdekatan. Masa itu dia dah naik Tingkatan 1 di sekolah tempat saya mengajar dan jadi Pen Kanan HEM.

Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yang berusia 70’an tempat dia menumpang berlindung pula melakukan hal yang sama seperti bapanya.

Saya seperti tak percaya, tetapi berpakat dengan seorang polis mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjadi jaga. Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.

Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya.

Akhirnya saya memohon kepada pihak polis dengan keizinan mahkamah untuk mengambil pelajar ini tinggal dengan saya sebagai pelindung sementara kes berjalan. Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua di situ berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy. Bapanya dipenjara 18 tahun. Datuk terlepas kerana tidak diadu.

KISAH KETIGA

Seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung. Siasatan mendapati dia DI JUAL oleh bapanya kepada seorang bomoh. Kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.

Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital. Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat. Apa yang terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak boleh campurtangan siasatan polis. Yang pasti bapanya tetap bebas, bomoh tersebut menghilang diri.

KESIMPULAN

Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yang saya kendali sendiri. Bukan untuk mengaib tetapi untuk teladan.

Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini di masa itu, kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka, kesedihan mereka, keperitan yang dirasai mereka, fizikal mereka yang diratah oleh bapa dan datuk sendiri…betapa serba salahnya mereka........

Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan untuk meraung di dalam bilik, menekup kepala ke meja. Begitu berat anak-anak yang belum mengenal dunia ini disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.

Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa. Juga kes sepupu makan sepupu di rumah datuknya. Anda fikirlah sendiri teladannya. Yang heran, saya tidak menemui kes begini di kalangan bukan Islam.

Iktibarnya, jika ada anak perempuan beringatlah, berwaspadalah. Simpan satu peratus kecurigaan kepada orang yang paling anda percayai. Saya menceritakan kes pelajar yang teraniaya, tetapi bagaimana kes yang sendiri gatai, sendiri cari pasai? Itu memang banyak dan tak mau disebut.

Ibu terutamanya, berilah perhatian khusus kepada anak perempuan. Para Guru, terutama kaunselor sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yang teraniaya ini. Jangan percaya kepada manusia hanya dengan melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.

Bila mencari jodoh, jangan main tengok muka cantik, handsome, terus terkam. Nabi SAW menyuruh melihat keturunan dan agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina.

Akhirnya, jika anda ada anak perempuan, ingatlah mata syaitan berupa manusia sentiasa mengintai. Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang anak perempuan. Musuhnya dari berbagai arah, termasuk pagarnya sendiri.

>>> KREDIT: ABD GHANI HARON <<<

Sumber TKO - 6-8-2015


2 Pelajar Darjah 5 Melahirkan Bayi
Posted on Thursday, August 06 @ 16:52:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Astaghfirullah al-adziimmm… Dua berita yang serupa, satu di Bahau dan satu di Kuantan telah
menggemparkan masyarakat. Dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melakukan hubungan
seks sehingga melahirkan anak.

Ini tentunya bukan kes terpencil. Ia hanya pemberitaan yang jarang-jarang kita selaku orang biasa
yang tidak berada dalam usaha mengkaji dan mengurus gejala ini dapat tahu. Ini hanya satu bukti
bahawa apa yang selalu kami artikelkan tentang gejala seks di usia muda ini adalah benar. Tidak
kiralah samada secara suka mahupun terpaksa.

Jika anda rapat dengan pihak polis, doktor dan bidan, guru-guru besar dan guru disiplin, penjaga
rumah pemulihan akhlak, sekolah gadis hamil, ketua kampung dan imam, maka anda akan dapati
kes begini sudah terlalu membusung dalam masyarakat kita.

Dr Zainur Rashid Zainuddin yang mengulas kes di Bahau dalam status FB nya mempertikaikan
persoalan bahawa anak itu tidak sedar ia mengandung. Remaja berumur 11 tahun itu mengadu
sakit perut dan 'terkejut' apabila diberitahu bahawa dia mengandung dan mahu bersalin.

“Ini bukan kes pertama dan kami yang berkhidmat di klinik dan hospital telah, sedang dan akan
terus diamanahkan untuk mengendalikan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin. Masyarakat kita
sudah semakin tenat. Saya bermohon agar semua pihak termasuk ahli DUN dan Parlimen supaya
ambil serius terhadap permasalahan sosial masyarakat yang semakin BERNANAH”, katanya.

Seorang Doktor sakit Puan Hospital Kerajaan yang rapat dengan kami sering juga kongsikan hal
yang sama sejak sekian lama.

Seorang pengguna media sosial yang juga guru kaunseling berkata, "Saya guru kaunseling di
sekolah. Kes remaja berzina / melakukan seks adalah seawal 10 tahun. Ketika di sekolah menengah
mereka menjadi remaja ketagih.. merosak dan dirosakkan anak orang lain pula... Dan isu gejala
 sosial ketagihan seks ini bagai barah tahap 4 Malaysia. Tolong lakukan sesuatu.Selamatkan
generasi kita.."

Pendedahan oleh Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara Guru Besar yang menjadi rakan FB
kepada Pengetua kami Dr Hj Masjuki ada kaitannya.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/
10154079023742786/?type=1&theater

Itu juga antara sebab mengapa rakyat terlalu marah dengan kenyataan tidak masuk akal oleh Azalina
Osman Said.
https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/
10154079201752786/?type=1&theater

KESIMPULAN

Kami sering katakan bahawa majoriti kes buang bayi adalah dari gadis berusia sekitar 13 -16 tahun. Sekali sekala ada kes di usia 11-12 seperti ini bagi anak yang agak subur tumbesarannya.

Sebenarnya itu bukan bermakna anak itu baru melakukan hubungan seks di usia itu.

Hasil kajian kami jelas menunjukkan bahawa terlalu banyak kes zina telah berlaku sejak sekolah rendah lagi. Banyak juga kes yang bermula sejak tadika, khususnya sesama sepupu dan saudara mara tanpa kita ketahui.

Kami pernah terjumpa gambar lukisan tangan "alat kelamin lelaki dewasa" dan lukisan aksi senggama dilukis oleh seorang pelajar darjah 3 di buku anak kami. Apabila ditanya, anak kami ceritakan apa yang diterangkan oleh rakannya itu mengenai gambar yang dilukisnya. Subhanallah, beliau tahu dan mampu menceritakannya seperti orang dewasa. Itu semua membuat kami sentap tidak terkira.

Banyak juga kes ketagihan aksi seksual anak tadika yang sudah menjadi amalan di rumah masing-masing. Tanpa kita tahu anak-anak tadika kita sudah 'mencuba' bersama adik beradiknya. Kes sebegini kami jumpa terjadi pada anak-anak sebelum diserahkan ke RPWP.

Kemewahan yang diberikan oleh ibubapa kepada anak lelaki juga turut membuka ruang. Ketagihan seks mereka sudah sampai ke tahap membayar pelacur ketika usia 13 tahun apabila tidak berjaya mendapat perempuan yang 'percuma'.

Itu antara sebab mengapa kami segera keluarkan anak-anak kami dari sekolah biasa yang mana guru-guru pun sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu mencegahnya.

Kelahiran hanya berlaku sebaik sahaja organ reproduktif anak itu berfungsi, iaitu setelah mereka datang haid. Tanpa hanya merujuk kepada 2 kes yang dilapurkan ini, zina sebenarnya telah berlaku jauh lebih awal sebelum itu.

Kami menyeru ibu bapa agar SEGERA BANGKIT memperbetulkan tadbir urus rumahtangga, khususnya dalam hal mencegah gejala zina sejak anak berada di tadika lagi.

Dalam kes ini, jika anak ini melahirkan ketika darjah 5, bilakah anda rasa hubungan seks itu sudah bermula? Sama-samalah kita fikirkan.

Sudah tiada gunanya lagi kita meraung menuding jari kepada pihak sana dan sini. Jika kita tidak boleh ubah pihak tertentu untuk menyelamatkan anak-anak kita, maka mari kita ubah dengan cara kita pula.

Kes sebegini seharusnya mampu membuatkan kita mengaku kalah pada kehebatan aturan Allah.

Segeralah berserah diri untuk buat ISLAH. Kini sedarlah kita mengapa mendekati zina sahaja sudah terlalu dilarang Allah…

WARGA PRIHATIN

P/S: Ini adalah ulasan umum dan tidak semestinya merujuk kepada 2 kes di bawah ini. Tiada kaitan dengan "mengaibkan" atau seumpamanya. Ini sudah soal sakit... bukan lagi cerita aib. Kita tiada masa lagi untuk merewang dan terlalu defensif sehingga memikirkan soal aib menyentuh gejala ini.


Menurut Akta Kanak-Kanak dalam Undang-undang Malaysia, jika budak perempuan masih di bawah umur, walau pun dia rela dan tersua-sua, ia tetap di klasifikasikan sebagai ROGOL.


* * * * *
BAHAU : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.

Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.


"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.

"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti TEMAN LELAKI budak perempuan itu," katanya. - HARIAN METRO

* * * * *
KUANTAN : Polis BONGKAR Cerita Sebenar Hubungan TERLARANG Murid 11 Tahun Dengan Lelaki 22 Tahun Sehingga Melahirkan Anak...

Kanak-kanak terbabit selamat melahirkan bayi lelaki (tak cukup bulan) seberat 1.9 kilogram di Pusat Bersalin Risiko Rendah, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, awal pagi Selasa.


Hasil siasatan polis mendapati, pasangan muda itu pernah terlanjur ketika berada di sebuah rumah kosong di Panching, bagaimanapun alamat lokasinya tidak diketahui.

Susulan itu, polis menahan TEMAN LELAKI kanak-kanak itu yang berada di perkarangan HTTA pada jam 5.10 petang pada hari yang sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, gadis yang berusia 11 tahun yang tercicir dalam persekolahan itu, dihantar oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada teman lelakinya ke HTAA kerana sakit hendak bersalin.

Setelah selamat melahirkan bayi, pihak hospital mendapati gadis itu masih di bawah umur dan belum berkahwin. Ekoran itu, pihak hospital tampil membuat laporan polis. – THEHYPEMEDIA.COM

Sumber TKO - 6-8-2015

Murid Darjah 5 Bersalin Mungkin Mangsa Rogol Lelaki 30-an

Posted on Thursday, August 06 @ 14:03:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang baru melahirkan seorang bayi lelaki semalam, disyaki menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias, nenek yang juga penjaga kepada mangsa bertindak membawa cucunya ke sebuah klinik swasta setelah mangsa mengadu sakit perut.

Namun, dia dikejutkan dengan berita bahawa cucunya itu mengandung dan punca sakit perut adalah kerana hendak bersalin.

Murid tahun lima itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Memetik kenyataan Hamzah dalam The Star, “Keluarga kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis. Pihak kami harap dapat menangkap suspek dalam waktu yang terdekat. Ini melibatkan kes rogol.”

Dalam pada itu, individu yang disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu  diberitakan memiliki rekod jenayah lampau dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mangsa.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes terbabit di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang bakal menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan disyaki menyedari tentang kehamilannya namun bertindak merahsiakannya kerana takut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 6-8-2015

Ibu tiri ‘hentak’ anak dengan lesung batu
Posted on Tuesday, August 04 @ 21:57:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGETOWN - Seorang suri rumah terkejut apabila mendapati dua anak saudaranya cedera di beberapa bahagian badan dipercayai didera.

Difahamkan, kanak-kanak berusia lapan dan lima tahun itu lebam di bahagian muka dipercayai dipukul dengan lesung batu oleh ibu tirinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ibu saudara mangsa yang berusia 33 tahun itu dimaklumkan jirannya bahawa mangsa dipanggil guru di sekolah selepas didapati terdapat kesan lebam di mukanya.

“Anak saudaranya yang berusia lapan tahun dipanggil ke bilik guru kerana mengalami kecederaan dan lebam di muka dipercayai dipukul kira-kira jam 3 petang.

“Wanita itu kemudian mendapatkan kedua-dua mangsa dan mereka mengaku dipukul ibu tiri warga Indonesia. Mereka turut mengakui kerap dipukulnya jika melakukan kesalahan kecil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, keterangan mangsa mendapati kedua-duanya mengakui dipukul menggunakan lesung batu oleh ibu tiri kerana menghilangkan wang yang diberi.

“Mangsa berusia lapan tahun mengakui menghilangkan wang yang diberikan ibu tirinya yang juga suri rumah untuk membeli barang.

“Akibatnya, dia dan adiknya dipukul dengan lesung batu sehingga lebam di tepi mata kanan,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian badan selain kesan luka lama di kepala serta calar di tangan kanan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa berusia lima tahun mendapati ada kesan parut lama di belakang kepala.

“Mangsa mengaku pernah dipukul ibu tirinya menggunakan besi kerana enggan tidur menyebabkan badannya lebam dan luka di belakang kepala. Kedua-dua mangsa kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, suspek warga Indonesia berusia 33 tahun itu kini direman hingga 7 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak. 


Sumber TKO - 4-8-2015

2 lelaki ditembak mati selepas samun wanita di Puchong
Posted on Tuesday, August 04 @ 21:46:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Dua penjenayah ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis selepas dipercayai menyamun seorang wanita di Taman Puchong Prima, Puchong, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa baru selesai mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran dengan tempat kejadian.

"Selepas mangsa masuk ke dalam keretanya, sebuah kereta jenis Honda berwarna biru menghalang kereta mangsa secara tiba-tiba, sebelum mangsa diserang 2 suspek lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Berikutan itu, seorang daripada suspek mencederakan lengan mangsa di sebelah kiri menggunakan parang sebelum suspek merentap beg tangan mangsa dan melarikan diri.

Tindakan pantas polis yang mengejar kereta suspek menghalang suspek daripada melarikan diri kira-kira 1.5 km dari tempat kejadian,yang kemudiannya cuba menyerang polis menggunakan sebilah parang.

"Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan terhadap suspek bagi tujuan melindungi diri... kedua-dua suspek rebah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Adnan berkata hasil siasatan polis mendapati kereta yang digunakan suspek disamun di Kelana Jaya, Ahad lepas.

"Turut dijumpai di dalam kereta suspek ialah tiga bilah parang, 3 keping nombor plat pendaftaran kenderaan dan sebuah beg tangan dipercayai milik mangsa.

"Setakat ini, polis merekodkan 9 kes samun di sekitar Selangor sejak 4 bulan lepas melibatkan kumpulan ini, meliputi kawasan antaranya Sungai Buloh, Batu 9 Cheras, Dengkil, Puchong, Seri Kembangan, Kampung Baru Subang, Taman Melawati dan Bukit Puchong," katanya.

Adnan berkata mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala mangsa menerima rawatan di hospital yang sama. - Bernama


Sumber TKO - 4-8-2015


Clare: M'sia tak boleh ekstradisi saya

Posted on Tuesday, August 04 @ 21:41:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Aman hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh waran tangkap terhadap Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis juga juga akan membuat permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.  - MK

Sumber TKO - 4-8-2015


Kanak-kanak 4 tahun dipercayai didera nenek tiri
Posted on Tuesday, August 04 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SETIU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun mengalami kecederaan pada badan dan muka termasuk bengkak pada bahagian mata dipercayai menjadi mangsa dera nenek tiri dalam kejadian di Kampung Banggol, Permaisuri di sini.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu difahamkan disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira jam 2 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Idris Mohamed berkata, mangsa dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya untuk membuat rawatan selepas dikatakan terjatuh ketika bermain.

Menurutnya, bagaimanapun pihak hospital berasa sangsi selepas hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam, luka baharu dan lama pada tubuh mangsa termasuk lebam serta bengkak mata kiri.

“Kanak-kanak terbabit disyaki didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya,” katanya.

Idris berkata, polis difahamkan bapa saudara mangsa yang menghantar kanak-kanak terbabit mendakwa dia diminta oleh datuk yang juga penjaga mangsa menghantar kanak-kanak itu ke hospital.

Katanya, datuk mangsa yang berusia 51 tahun dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak tahan melihat cucunya didera oleh isterinya (nenek tiri mangsa).

“Suspek wanita berusia 27 tahun sudah dikenal pasti, manakala mangsa masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Polis masih tunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.  - Sinar

Sumber TKO - 4-8-2015

Bukit Aman Sahkan Serbuan Di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM
Posted on Sunday, August 02 @ 17:26:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun

PETALING JAYA: Bukit Aman mengesahkan serbuan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun menafikan penglibatan pegawainya yang dikatakan telah melakukan serbuan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami tidak terlibat kerana siasatan terhadap 1MDB diketuai oleh Jabatan Siasatan Jenayah.

"Tidak banyak yang saya boleh komen berhubung artikel yang diterbitkan di portal 'online' tetapi satu perkara yang saya tahu ialah, fakta-faktanya adalah salah," katanya kepada The Star pada Ahad.

Sumber berkata, polis menyerbu rumah Ahmad Sazilee di Presint 11 di Putrajaya dan kemudiannya di pejabatnya di Bahagian Operasi Khas SPRM, Presint 3 kira-kira pukul 8 malam, Sabtu.

Fail berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikat SRC International serta komputer riba telah dirampas.

Terdahulu, Ahmad Sazilee, bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur ditahan bagi membantu siasatan polis melibatkan editor Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown.-mstar

Sumber TKO - 2-8-2015


3 individu ditahan bantu siasatan laporan fitnah Sarawak Report - KPN
Posted on Saturday, August 01 @ 22:48:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Tiga individu ditahan pada awal pagi Sabtu bagi membantu siasatan polis susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Tiga individu yang ditahan ialah Bekas Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Datuk Rashpal Singh; Ahli Sekretariat Kewangan dan Pentadbiran AMLA (Pasukan Petugas Khas), Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur  dan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, polis sudah merakam percakapan ketiga-tiga mereka berhubung laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Clare.

Siasatan polis turut menjurus kepada isu kebocoran maklumat rasmi kerajaan yang disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Sementara itu, beberapa pegawai dari Bank Negara dan bank komersial akan turut dipanggil bagi membantu siasatan polis. - Astro 


Sumber TKO - 2-8-2015






















































































































































































































































Ditahan Bawa Wang Palsu Ke Mahkamah

Posted on Saturday, August 01 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUANTAN -- Seorang lelaki yang mahu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Temerloh berkaitan kesnya yang menghadapi tuduhan menggunakan wang palsu ditahan kerana turut membawa sejumlah wang palsu ke mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, Superintendan Azizan Md Isa berkata lelaki berusia 35 tahun itu membawa 24 keping wang kertas palsu bernilai RM100 dan ditahan di perkarangan mahkamah Khamis.

"Ciri wang terbabit adalah jelas palsu kerana mempunyai nombor siri yang sama, kualiti kertas yang biasa, warna yang pudar selain gambar Yang di-Pertuan Agong yang kurang jelas," katanya.

Suspek ditahan reman sehingga 3 Ogos manakala tiga lagi rakannya yang berusia 20 hingga 30 tahun yang datang bersamanya turut ditahan.

Beliau berkata tiga daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau sementara lelaki berkenaan mempunyai 15 rekod berhubung ugutan jenayah, penipuan, samun, tipu dan menggunakan wang palsu.

Azizan berkata pihak polis masih menyiasat sumber wang palsu tersebut sama ada dicetak sendiri oleh suspek atau diperoleh dari sumber lain.

Beliau berkata kes berkaitan wang palsu di negeri ini meningkat kepada 99 kes dari Januari hingga Julai, berbanding 59 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.

"Setakat tahun ini, seramai 10 orang ditangkap kerana terbabit dengan wang palsu dengan jumlah wang yang dirampas bernilai RM12,900 berbanding hanya lapan orang ditangkap tahun lepas dan membabitkan RM9,700," katanya.
-- BERNAMA

Sumber TKO - 1-8-2015

Polis N9 siasat kes rakaman video babit MB

| .

KUALA LUMPUR: Polis Negeri Sembilan telah membuka kertas siasatan berhubung kes rakaman audio yang memfitnah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP Nor Azman Muhammad Yusof berkata siasatan telah dimulakan semalam.

"Sejumlah 32 laporan polis berhubung rakaman audio tersebut telah diterima oleh pihak polis dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah," katanya dalam satu kenyataan ringkas Jumaat.

Semalam, Mohamad dalam satu kenyataan ringkas telah menafikan bahawa rakaman audio yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suaranya.

Mohamad menegaskan yang dia tidak ada kena mengena dengan rakaman audio tersebut dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman video berdurasi 1.54 minit itu. -Bernama

Sumber HD - 31-7-2015


Wanita kerat lapan bayi dipenjara 12 bulan
Posted on Friday, July 31 @ 03:49:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JITRA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian, awal bulan ini.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria. - Bernama 


Sumber TKO - 31-7-2015                                                                    























































































































































































































































Tingkat 9 dan 10 Menara Dua Bukit Aman terbakar - Polis

























































































































































































































































BERNAMA | .


 (Foto dipetik blog Anak Sungai Derhaka)

KUALA LUMPUR: Kebakaran berlaku di tingkat sembilan dan 10 Bangunan Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

"Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat 10 adalah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya.

Sementara itu, wartawan Bernama yang berada di tempat kejadian, melaporkan kebakaran telah dipadamkan pada 8 malam oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - Bernama

Sumber HD - 29-7-2015

Polis siasat dakwaan rokok elektronik perisa ganja

BERNAMA | .


Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan ini akan menyiasat sejauh mana penggunaannya.

"Saya telah mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan menyiasat penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

"Kita akan lihat dari segi perundangan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka ini sekiranya ia benar (wujud)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya bancuhan perisa rokok elektronik yang mengandungi ekstrak ganja sebagai bahan utama. - Bernama

Sumber HD - 27-7-2015

Polis tahan Papagomo Original di Perak
Posted on Wednesday, July 22 @ 18:38:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Polis menahan individu yang menamakan dirinya di laman Facebook sebagai Papagomo Original di Perak hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ‎Abu Bakar menerusi Twitternya berkata, "syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak".

Sumber TKO - 22-7-2015
Mayat disumbat dalam beg pakaian
Posted on Tuesday, July 14 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Petaling Jaya: Mayat lelaki disumbat di dalam beg pakaian ditemui dalam longkang di Jalan Cecawi 6/30, Seksyen 6, Kota Damansara, di sini, 1 petang tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis. 


Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian berwarna hitam dan dibungkus menggunakan plastik putih.


Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam longkang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerim laporan penemuan mayat terbabit dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. - metro 

Sumber TKO - 14-7-2015

Orang Melayu Lindungi Saya - Wartawan Media Cina
Posted on Tuesday, July 14 @ 20:00:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


PETALING JAYA: Seorang wartawan yang dipukul semasa membuat liputan insiden kekecohan di Plaza Low Yat pada Ahad berkongsi cerita disebalik detik hitam peristiwa itu. 


Menurut wartawan jenayah Sin Chew Daily, Chan Woei Loon, apa yang berlaku pada hujung minggu lalu tiada kaitan dengan isu perkauman seperti yang dibuktikan individu yang menyelamatkannya daripada dipukul.


"Selepas dipukul dengan teruk, terdapat beberapa wartawan Melayu cuba membantunya. Terdapat juga beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang membawa saya ke hospital.

"Doktor yang merawat saya juga Melayu. Kejadian ini tiada kaitan dengan isu perkauman.

"Tidak kira apa bangsa anda, jika ada yang di dalam kesusahan, kita ada untuk membantu," katanya dalam entri berbahasa Cina di laman Facebooknya yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Chan berkata punca utama kejadian itu bukan melibatkan bangsa tetapi kebodohan.

Katanya, sebagai wartawan jenayah selama lima tahun dan pernah membuat liputan bantahan yang sama, beliau menjangka tidak akan diapa-apakan semasa insiden pada Ahad lalu.

"Namun saya dipukul dan cedera," katanya.

Mengimbas kembali kejadian itu, Chan berkata beliau dan seorang jurugambar ditugaskan untuk membuat liputan semasa bantahan di Plaza Low Yat kerana mereka bekerja pada syif malam.

Ketika saya menghantar berita di kedai mamak berdekatan, berikutan sidang media pada pukul 11 malam, satu lagi pergaduhan tercetus.

"Memandangkan saya berada di kedai mamak, saya melihat seorang jurugambar China Press, Sam Kar Haur, dikejar dan dipukul sekumpulan individu.

"Sam cuba melarikan diri tetapi ditolak dan jatuh berdekatan kedai mamak ketika kumpulan tersebut menyerangnya.

"Saya berlari untuk menyelamatkannya tetapi terdapat kira-kira 20 hingga 30 individu memukulnya. Saya hanya dapat melindunginya. Oleh kerana itu, saya juga ditumbuk dan dipukul dengan topi keledar.

"Pada masa itu, beberapa lelaki Melayu menolak mereka yang cuba memukul kami dan menyelamatkan Sam. Saya melarikan diri ke satu lorong kecil.

"Apabila saya sampai di lokasi polis berada, mereka berhenti memukul saya," kata Chan.

Beliau berkata insiden itu merupakan satu peringatan bahawa terdapat ramai orang sanggup membantu anda ketika berdepan saat sukar seperti semasa kekecohan tersebut berlaku.

"Mari kita tolak sebarang komen bersifat perkauman," katanya.

Chan dan Sam antara lima individu yang cedera dalam insiden kekecohan dekat Plaza Low Yat pada malam Ahad lalu.


Saksi berkata sekumpulan lelaki seramai 50 hingga 60 orang meluru masuk ke dalam sebuah kedai makan dekat pusat membeli belah dan menyerang pengunjung dengan topi keledar sekitar tengah malam.

Sumber TKO - 14-7-2015





























































































































































































































































Insiden di Plaza Low Yat, polis buru Papa Gomo

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu penulis blog kontroversi, Papa Gomo dan beberapa penulis blog lain berhubung penulisan yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan jika penulis blog itu tidak menyerah diri.

"Saya suruh serah diri tetapi dia (Papa Gomo) tidak serah diri lagi, jadi polis akan cari dan akan tangkap serta beberapa orang lagi.

"Saya tidak perlu sebut nama...saya rasa semua tahu yang ghairah sangat berucap memberi segala ucapan berbaur hasutan dan memberi semangat kepada orang yang melakukan rusuhan dan sebagainya itu bersedialah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, Selasa.

Khalid berkata polis sedang mengesan dan mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pergaduhan di Plaza Low Yat tempoh hari.

"Masih ada individu tidak bertanggungjawab yang cuba menyalahgunakan media sosial dengan mengambil gambar-gambar insiden lain dan kaitkan dengan insiden yang berlaku di Plaza Low Yat.

"Mereka (individu tidak bertanggungjawab) cuba mencetuskan kemarahan pihak lain dan mengelirukan orang ramai...janganlah memanaskan lagi keadaan dan kita akan mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan ambil tindakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis akan memburu individu yang menggodam laman rasmi Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Walaupun ia telah selesai dan kembali seperti sedia kala, polis akan cari mereka (penggodam) walaupun ia mengambil sedikit masa untuk mengesan tuan punya Facebook dan Twitter," katanya.

Semalam, laman sosial Facebook dan Twitter PDRM digodam pihak tidak bertanggungjawab yang memperkenalkan diri mereka sebagai #AnonGhost pada pukul 2.20 petang.

Penggodam berkenaan turut memperkenal diri mereka sebagai 'We are :Mauritania Attacker - AnonxoxTn - StingerByte - Mr.Domoz - Th3Falcon - HusseiN98D - Dr'SaMiM-008 - n0name-haxor - hAxOr tr0jAn - BillGate - Mr.Ajword - Extazy007 - Psyco_Hacker - Black Cracker - Virusa Worm - Donnazmi - X-Wanted - De_Reb0rNz - Tunisian Cracker - L'APoca-Dz - Psyf3r - Vortex'. - Bernama

Sumber HD - 14-7-2015

18 ditahan timbul kekecohan di Plaza Low Yat
Posted on Monday, July 13 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Seramai 18 individu termasuk peniaga ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, kesemua yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun.

"Seramai empat individu termasuk tiga pengamal media cedera dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran pusat membeli belah itu kira-kira jam 12 tengah malam.

"Kita telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya.

Katanya, sekumpulan lelaki lain menyerang sebuah kereta di Jalan Davis, Kampung Pandan pada jam 4.30 pagi.

"Dua penumpang yang menaiki kereta itu diserang oleh kumpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menyediakan anggota yang secukupnya bagi mengawal keselamatan dan memantau keadaan di Plaza Low Yat.

"Keadaan masih terkawal dan keselamatan terjamin. Orang awam boleh berkunjung ke pusat membeli belah itu," ujar beliau.

Tajudin turut menasihati orang awam supaya tidak percaya berita khabar angin berkaitan kes di Plaza Low Yat yang tersebar di media sosial.

"Bermacam-macam perkara ditimbulkan oleh orang awam khususnya berkaitan perkauman.

"Orang awam perlu berfikir secara rasional. Mereka boleh dapatkan maklumat yang betul daripada pihak polis," katanya.

Beliau sekali lagi menafikan kes yang berlaku di Plaza Low Yat itu adalah disebabkan isu perkauman.

"Siasatan yang kita jalankan adalah kes kecurian telefon bimbit.

"Kita juga tidak menerima laporan daripada individu yang didakwa mencuri itu yang menyatakan dia ditipu ketika membeli telefon bimbit, walau bagaimanapun kita akan siasat jika timbul isu penipuan itu," katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menerima laporan kes kecurian pada jam 4.45 petang di Plaza Low Yat.

Orang awam menangkap dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit.

Kedua-dua individu itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan, manakala seorang lagi ditahan reman sehingga hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Individu yang dibebaskan bersama enam rakannya telah kembali semula ke pusat membeli belah itu dan dipercayai melakukan rusuhan di sebuah kedai jual telefon bimbit kira-kira jam 8 malam.

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147, 427, 379 dan 148 Kanun Keseksaan.  - Sinar Harian 


Sumber TKO - 13-7-2015


Kekasaran perusuh dekat Low Yat, beberapa cedera

Posted on Monday, July 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Beberapa wartawan dan seorang pekerja bar dilapor cedera selepas satu perhimpunan berhampiran Plaza Low Yat di ibu negara bertukar menjadi kekasaran.

Sehingga jam 1.00 pagi ini, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dan kumpulan perusuh bergerak ke arah yang berbeza.

Kumpulan itu - yang mendakwa bahawa mereka mewakili NGO Melayu - mula berhimpun di depan Plaza Low Yat petang semalam sebagai tindak balas kepada pergaduhan kelmarin di pusat membeli-belah popular dengan barangan elektronik itu.

Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja pusat perniagaan itu.

Manakala pekerja pusat membeli-belah lain dilapor membalas dengan memukul kumpulan belia itu.

Video insiden itu tersebar dengan begitu cepat sekali di internet, tetapi perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.

Hal ini walaupun pada hakikatnya polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai rusuhan yang berpunca daripada kes dakwaan kecurian.

Kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah itu kira-kira jam  7 malam pada Ahad atas alasan bahawa mereka menuntut keadilan bagi tujuh individu terbabit.

Sumber TKO - 13-7-2015


Pelanggan bersatu bangkit menentang peniaga yang menipu di Low Yat
Posted on Sunday, July 12 @ 22:06:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lagi update terkini secara langsung dari Low Yat Kuala Lumpur. Apabila pelanggan bersatu bangkit menentang peniaga yang menipu. Kita ada kuasa sebagai pelanggan. Kita mesti bersatu untuk hak kita!









 


Sumber TKO - 12-7-2015


Kecoh di Plaza Low Yat
Posted on Sunday, July 12 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kuala Lumpur: Tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.

Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.

Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. "Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.
Sementara itu, insiden berkenaan turut ‘viral' di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar.

Sumber HD - 12-7-2015


Ikutkan hati saya mahu tampar saja wanita itu
Posted on Friday, July 10 @ 17:48:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: "Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu," kata Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain.

Dia merujuk kepada seorang wanita yang ditahan kerana mengerat lapan bayi yang baru dilahirnya sebelum membuang ke dalam tangki najis.


Suspek sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami pendarahan pada rahim.
Bayi malang itu dikerat menggunakan objek tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.

Kesemua lapan bahagian itu telah ditemui. Wanita itu dikatakan melahirkan bayi dengan cara berdiri.
Menurut polis, suspek adalah anak tunggal, tidak bekerja dan masih belum berkahwin.

"Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang," katanya yang juga Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Star.

Dr Murizah berkata, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.

"Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang lahir dari rahimnya.

"Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.

Dr Murizah berkata, keadaan masyarakat sudah terlalu teruk, apatah lagi apabila zina sudah berleluasa.

"Mungkin inilah implikasi daripada perbuatan zina. Dalam keadaan seperti ini saya amat yakin perkara yang boleh mengubati gejala ini adalah hukuman keras yang disaksikan umum.

"Ini supaya menimbulkan kegerunan dalam hati yang melihatnya. 100 kali sebatan dan rejam sampai mati di khalayak ramai adalah satu didikan yang paling baik untuk masyarakat yang semakin rosak," katanya seperti dilaporkan ismaweb.net.

Sumber TKO - 10-7-2015





































































































































































































































































Ayahanda Mati Kerana Melaporkan Rasuah Dalam AmBank
Posted on Thursday, July 09 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas beberapa hari berspekulasi, anak lelaki pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi telah mengesahkan secara terbuka bahawa dia percaya bapanya telah mati dibunuh kerana keterbukaannya pada rasa risau pada kegiatan rasuah di bank yang pernah dia uruskan dahulu.

Hussain Najadi telah ditembak mati dengan kejam di kawasan letak kereta di KL pada 29hb Julai 2013, sehari selepas dia membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Pascal najadi, anak mendiang Hussain, yang kini menetap di Moscow, yang telah bercakap dengan Sarawak Report pada petang ini dalam pengakuannya sendiri bahawa inilah motif pembunuhan mendiang bapanya.

Pascal mengatakan bahawa dia telah meninggalkan Malaysia buat kali terakhirnya pada 8hb Mac 2014, sama pada hari kehilangan pesawat MH370. Sejak itu dia menganggap bahawa dia sekeluarga tidak lagi selamat (di Malaysia).

Dia memberitahu Sarawak Report bahawa kali terakhir dia melihat bapanya adalah empat hari sebelum bapanya mati dan bahawa sebelum itu bapanya telah bercakap mengenai isu yang mengganggunya.

Namun Pascal mengatakan bahawa dia tidak pernah diberitahu sama ada bapanya telah membuat laporan polis. Dia percaya bahawa dia mungkin telah melaporkan kerisauannya kepada pihak-pihak tertinggi.

Pascal juga mengatakan bahawa bapanya telah bercakap mengenai bagaimana dia telah menolak tawaran untuk terbabit dengan amalan rasuah yang ditawarkan oleh wakil-wakil dari UMNO.

Pascal Najadi berkata bahawa dia mengesyaki penutupan kes telah diperkuatkan kerana kegagalan pihak polis Malaysia mengesan dan menjejaki pelaku-pelaku serangan itu atau menjalankan siasatan yang sempurna.


Hussain najadi bersama Tun Dr Mahathir – seorang pengusaha bank yang telah bekerjasama dengan golongan pemerintah Malaysia selama beberapa abad
Hussain najadi bersama Tun Dr Mahathir – seorang pengusaha bank yang telah bekerjasama dengan golongan pemerintah Malaysia selama beberapa abad

Dan yang lebih mengecewakan adalah kegagalan pihak polis memaklumkan keluarganya atau menyoalsiasatnya mengenai sebarang bukti yang mungkin ada padanya mengenai kegiatan harian bapanya.

Dia hanya menerima sebuah panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang masih muda, yang tidak dapat berbual dalam bahasa Inggeris dengan sempurna, berkenaan kematian bapanya.
Selepas itu keluarganya tidak lagi dihubungi oleh pihak-pihak berkuasa, katanya.

Akhirnya pembunuh telah berjaya diberkas dan menamakan seorang lelaki yang mengupahnya dengan nilai RM20,000 untuk menembak Hussain Najadi. Namun, menurut Pascal, tiada sebarang bukti bahawa pihak polis telah menangkap pengupah itu, yang telah dikesan sebagai berada di Australia dan dipercayai mempunyai hubungan dengan orang-orang di peringkat tertinggi dalam kerajaan.

Pascal najadi, yang merupakan seorang pakar kewangan antarabangsa, mengatakan bahawa dia percaya akhirnya nanti pasaran antarabangsa, yang akan hilang kepercayaan pada Malaysia, akibat gejala rasuah berleluasa dan pengurusan kewangan yang tidak sempurna dan melulu.

Pascal Najadi memberitahu Sarawak Report bahawa kenyataan itu akan menjadi amat merbahaya kepada sesebuah rejim yang sentiasa bergantung harapan pada peminjaman dan pasaran-pasaran kewangan.

Sumber Link

Sumber TKO - 9-7-2015

8,842 kanak-kanak bawah 18 hilang sejak 2011

| .


KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,842 kes kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dilaporkan hilang daripada 2011 sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 8,441 berjaya ditemui.

"Jumlah yang masih hilang agak tinggi dan membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Portal Kanak-Kanak Hilang' di sini, hari ini.

Portal yang boleh diakses mulai hari itu merupakan usahasama Jabatan Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Berbeza dengan sistem NUR Alert diwujudkan pada 2011 bagi membuat sebaran pantas berkenaan maklumat kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang hilang, "Portal Kanak-kanak Hilang" membolehkan orang ramai menyemak dan menyalurkan data kanak-kanak hilang secara 'real-time'. - Bernama

Sumber HD - 9-7-2015








































































































































































































































































Aku sembelih mu, aku kambus dale kubur - Kata Anak Derhaka
Posted on Thursday, July 02 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KOTA BHARU - Balasan buat seorang anak yang berkata kasar dengan mengugut untuk menyembelih ibunya, dia dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed terhadap tertuduh, Mohd Fahmin Mohamad Anipa selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh mengaku atas tuduhan melakukan ugutan jenayah kepada Norfazilati Mat Zain, 46, dengan berkata, “nak sembelihmu” hingga menyebabkan pengadu ketakutan dalam kejadian di alamat Kampung Terusan Limbat, di sini, pada jam 3 petang, 14 April lalu.

Pada prosiding hari ini, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana insaf atas kesalahan itu, namun pihak Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon hukuman setimpal mengambil kira jenayah yang membabitkan ahli keluarga.

Mohamad Nasrudin kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan, hari sama kejadian.

Dalam kejadian lalu, pengadu berada di rumah dan tiba-tiba anak pengadu mengamuk tanpa sebab serta mengugut dengan kata-kata, "aku sembelih mu, aku kambus mu dale (dalam) kubur, aku katok (pukul) kaki mu bagi mapuh.”

Tertuduh juga menghampiri pengadu dan mengangkat tangan mahu menampar pengadu, tetapi pengadu mengelak dan menepis tangan anaknya itu. Pengadu menjadi takut dan bimbang dibunuh kemudiannya bertindak melarikan diri. Kejadian turut disaksikan dua lagi anak pengadu.

Perlakuan tertuduh sedemikian dipercayai akibat dia berang kerana pengadu yang tidak memberi duit serta meleterinya.  - Sinar

Sumber TKO - 2-7-2015

PDRM bertemu polis Thai bincang mengenai Justo

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dengan timbalan ketua polis Thailand pada Khamis ini yang antara lain bagi membincangkan mengenai kebenaran menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Justo yang kini ditahan di negara itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sebelum ini telah membuat permohonan supaya PDRM turut diberi ruang menyoal siasat Justo sebelum sebarang tindakan diambil ke atasnya.

"Kami memang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand. Tapi kita perlu tunggu dulu mereka selesai apa juga siasatan terhadap subjek itu," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Rabu lepas, Polis Thailand dilaporkan menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Mengulas lanjut, Khalid berkata perbincangan mengenai langkah seterusnya yang akan diambil terhadap Justo akan turut dibincang pada pertemuan itu nanti.

Ditanya sama ada Justo akan diekstradisi, Khalid berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

"Kita tak boleh bagi masa siasatan, kita kena bagi pihak Thai selesaikan kerja dia, kemudian baru kita lihat apa patut kita buat pula," katanya.

Terdahulu Khalid menyerahkan bungkusan kuih raya kepada ketua formasi dan ketua-ketua polis negeri untuk diagihkan kepada pegawai dan anggota PDRM yang bertugas semasa Aidilfitri nanti. - Bernama

Sumber HD - 29-6-2015


Kejam! Mat Rempit rempuh polis hingga koma! (6 Gambar)
Posted on Saturday, June 27 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seorang anggota polis trafik cedera parah selepas dirempuh seorang penunggang motosikal yang dipercayai Mat Rempit di Pulau Kambing Kuala Terengganu semalam.

Kejadian yang berlaku jam 5 petang itu telah mengakibatkan mangsa telah dilanggar secara tiba-tiba dan mengalami pendarahan di kepala dan badan serta dilaporkan dalam keadaan koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menutut sumber, punca kejadian disebabkan suspek cuba melanggar sekatan jalan raya di jalan Pulau Kambing itu kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan motosikal.

Suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan tindakan susulan. -z



Suspek rempuh polis.


Polis terbaring atas jalan selepas dilanggar Mat Rempit.


IMG-20150626-WA0020

Sumber TKO - 27-6-2015

Dua Lelaki Maut Ditembak Ketika Hantar Kad Kahwin

Anggota polis forensik memeriksa mayat dua lelaki A. Shamnson,25, dan A Rubban Avudayar,25, yang ditembak oleh suspek bermotosikal yang melepaskan lima das tembakan jarak dekat terhadap mangsa di Seri Kembangan. 

Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid dan Amirul Mohd Sajadi

SERDANG, 25 Jun (Bernama) -- Dua lelaki maut ditembak ketika sedang menghantar kad undangan perkahwinan di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Serdang Jaya 2/20, Seri Kembangan, di sini Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Serdang Daerah ACP Razimi Ahmad berkata kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 malam itu melibatkan seorang ejen insurans dan seorang mekanik kereta, kedua-duanya berumur 25 tahun.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal ketika itu dalam perjalanan hendak menghantar kad undangan perkahwinan mangsa yang bekerja sebagai mekanik, namun tiba-tiba telah dihalang sebuah motosikal yang ditunggangi dua individu tidak dikenali.

"Suspek telah melepaskan sebanyak lima das tembakan jarak dekat ke arah kedua-dua mangsa.

"Mangsa pertama telah ditembak pada bahagian dada dengan dua das tembakan, manakala mangsa kedua telah ditembak di bahagian perut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Kata kedua-dua mangsa dikenalpasti sebagai Shamnson Arputhasamy dan A. Rubban Avudayar.

Razimi berkata suspek yang berpakaian t-shirt hitam kemudian melarikan diri dan hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemukan lima kelongsong peluru berhampiran dengan motosikal mangsa.

"Suspek tidak dikenal pasti kerana memakai topi keledar berpenutup penuh. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, seorang rakan baik mangsa, M. Murali, 27, berkata hajat kawan baiknya untuk berkahwin pada 4 Julai ini tidak kesampaian akibat kejadian itu.

"Saya mengenali kedua-dua mangsa sebagai seorang yang peramah dan ramai kawan...saya tidak sangka bahawa mereka mempunyai musuh," katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Seorang lagi saksi kejadian iaitu pemilik sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Chong, 37, berkata beliau terdengar beberapa das tembakan ketika sedang sibuk melayan pelanggan.

"Saya terlihat dua orang suspek melarikan diri selepas melepaskan tembakan ke arah mangsa namun tidak dapat melihat muka suspek kerana keadaan ketika itu gelap" katanya.

-- BERNAMA / HD   - 25-6-2015

Abang maut kerana tegur adik tidak puasa


KUALA LANGAT: Gara-gara menegur adik tidak berpuasa, seorang abang maut selepas ditetak di leher.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumah keluarga mereka di Jalan Orkid, Batu 8, Sijangkang, Telok Panglima Garang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt. Zailan Tasir berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan telah bertengkar dengan suspek.

“Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kedua mereka apabila mangsa bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di bahagian dapur hingga menyebabkan suspek turut ke dapur untuk mengambil pisau, katanya yang dipetik daripada Bernama.

Zailan berkata, ketika pergaduhan, suspek menyerang abangnya dengan melibas pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher kiri.

Suspek berhenti menyerang mangsa apabila melihat darah mengalir banyak di bahagian leher abangnya.

Akibat kecederaan itu, mangsa keluar dari rumah bersama seorang rakan lelaki dengan memandu Proton Wira milik suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, katanya.

Zailan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber Bernama / HD - 25-6-2015






























































































































































































































































Kecurian Kabel Terlalu Serius; Telekom Sediakan Hadiah RM1,000

curi kabel TM
KUALA TERENGGANU – Kejadian kecurian dan kehilangan kabel yang terlalu serius memaksa Syarikat Telekom Malaysia (TM) negeri Terengganu, menawarkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mereka yang melaporkan kes-kes kecurian kabel di negeri ini.

Pengurus Besar TM Terengganu Hamidun Ismail berkata insentif itu akan diberikan kepada individu atau kumpulan yang berjaya menahan pelaku, yang kemudian akan didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah.

hamidun ismail

Beliau berkata TM Terengganu juga memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mengadakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama masyarakat setempat, untuk membendung masalah ini.

“Kami mengakui kecurian kabel masih serius di negeri ini, jadi kami menawarkan ganjaran ini kepada orang-orang yang berjaya menggagalkan aktiviti ini dan menangkap pesalah.

“Selain itu, kami juga berharap orang ramai, termasuk JKKK dan SRS, akan menjadi mata dan telinga TM Terengganu berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Pengerusi TM, Datuk Seri Dr. Halim Shafei berkata pada tahun lalu, kecurian kabel telekomunikasi sangat serius mengakibatkan syarikat terbabit mencatatkan kerugian antara RM30 hingga RM50 juta setahun.

Manakala para pengguna, terutamanya pelanggan internet juga menanggung kerugian kerana apabila talian terputus mereka tidak dapat menggunakan khidmat malayarinya, walaupun mereka tetap akan membayar bil yang teah ditetapkan setiap bulan.

Sumber BO - 23-6-2015

Pilu pengebumian jenazah pemerdagangan manusia































































































































































































































































BERNAMA | .

POKOK SENA: Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini ketika 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai bangsa Rohingya yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bulan lepas, dikebumikan hari ini.

Sebanyak 19 daripada jenazah terbabit adalah lelaki dan dikebumikan di dalam satu liang lahad, manakala dua jenazah wanita dikebumikan di liang lahad berasingan tetapi bersebelahan.

Lima buah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengangkut kesemua keranda kayu daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ke tanah perkuburan dan diiringi motosikal peronda PDRM.

Pengebumian jenazah-jenazah mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu bermula pada 9.30 pagi dan dihadiri penduduk Kampung Tualang dan penduduk-penduduk kampung berhampiran.

Kawasan tanah perkuburan dikawal ketat oleh anggota polis.

Kesemuan jenazah terbabit dikebumikan selepas proses bedah siasat yang dijalankan oleh HSB selesai.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, baki 85 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu akan turut dikebumikan di Kampung Tualang secara berperingkat selepas berakhirnya proses bedah siasat di HSB.

Menurut beliau, pengebumian jenazah terbabit dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), manakala kos pula ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar dijadualkan menghadiri majlis tahlil sejurus selepas pengebumian selesai dilakukan hari ini.

Turut kelihatan berada di tanah perkuburan ialah Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan pegawai-pegawai kanan MAIK, MKN Kedah dan HSB serta badan kebajikan Rohingya Society Malaysia (RSM) Kedah. - Bernama

Sumber HD - 22-6-2015

Rakyat Malaysia ditemui mati di Sungai Golok

BERNAMA | .

NARATHIWAT: Mayat seorang rakyat Malaysia yang dipercayai dibunuh ditemui di kawasan pembuangan sampah milik majlis perbandaran Sungai Golok di sebelah Thailand pada pukul 6.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kapt Surasak Pornmad berkata berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada mangsa, mangsa dikenali sebagai Nik Li Nik Mat, 47, dari Kuala Kerai, Kelantan.

Mangsa dipercayai ditikam pada kepala, bahu dan dada dan dipercayai meninggal dunia antara tiga atau empat jam sebelum mayatnya ditemui.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital Sungai Golok. - Bernama

Sumber HD - 20-6-2015


Pegawai polis patah tangan diserang warga Thailand

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang pegawai polis cedera dan patah tangan kiri selepas diserang suspek di Kampung Pertama, di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pegawai polis berusia 27 tahun dan sedang bercuti di sini, berjalan ke arah keretanya selepas makan di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

"Mangsa yang bertugas di Kuala Lumpur itu tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang kemudiannya menyerang pegawai polis itu dengan mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging.

"Pegawai polis itu yang terkejut dengan kejadian itu bertindak melarikan diri sebelum terjatuh dan mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tangan kirinya," katanya di sini.

Katanya, sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan berjaya menemui suspek yang dalam keadaan mencurigakan sedang membuka sebuah pintu kedai gunting rambut di kawasan berkenaan.   

Jurucakap itu berkata, suspek dipercayai cuba bersembunyi di dalam kedai berkenaan, bagaimanapun tindakan pantas polis bersama orang ramai di situ telah berjaya menahan lelaki berkenaan dan merampas sebilah pisau pemotong daging.

Katanya mangsa yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang menyerangnya dan suspek juga didapati tidak mempunyai pasport atau sebarang dokumen perjalanan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut 506 Kanun Keseksaan dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.  - Bernama

Sumber Bernama / SH / HD - 15-6-2015


PENIAGA KOSMETIK MAUT DITEMBAK DI NILAI - KETUA POLIS DAERAH NILAI


Peniaga kosmetik maut ditembak di Nilai: NILAI: Seorang peniaga kosmetik maut akibat ditembak di tempat letak kereta sebuah restoran di Bandar Baru Nilai di sini malam tadi
|

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35906-peniaga-kosmetik-maut-ditembak-di-nilai


Peniaga Kosmetik Maut Ditembak Di Bandar Baru Nilai - Polis

NILAI, 13 Jun (Bernama) -- Seorang peniaga kosmetik maut akibat ditembak di tempat letak kereta sebuah restoran di Bandar Baru Nilai di sini Jumaat malam selepas menghadiri majlis makan malam di restoran itu.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdullah Roning berkata Lim Kim Song, 34, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban dalam kejadian 11.15 malam itu.

"Mangsa sedang bersembang dengan rakannya apabila tiba-tiba datang sebuah kereta berhenti depan mereka dan pemandu kereta itu kemudian menurunkan cermin tingkap kereta dan melepaskan empat das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.

"Mangsa yang terkena tembakan itu terus rebah dan suspek melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Katanya rakan mangsa membawa mangsa ke HTJ namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

-- BERNAMA  / Sumber HD - 13-6-2015

Adik Noh Omar, 'Mat Malaya' Ditangkap Di Kundasang
Posted on Tuesday, June 02 @ 20:58:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA KINABALU: Penjenayah terkenal, Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin.

Suspek yang merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berusia 44 tahun ditahan ditahan ketika bersama isterinya yang berusia 24 tahun dan bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.

Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Polis bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.

Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.

Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.


Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.  - Mstar

Sumber TKO - 2-6-2015






























































































































































































































































Kontraktor Parah Ditembak Dari Belakang

KUANTAN, 2 Jun (Bernama) -- Seorang kontraktor parah setelah terkena tembakan di belakang leher yang dilepaskan oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta dekat sebuah hotel di Indera Mahkota di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.21 pagi itu, mangsa Mohd Isa Ismail, 43, dari Kemaman, Terengganu yang memandu kenderaan Proton Persona dikatakan baru tiba di hotel itu untuk bertemu dengan seorang wanita sebelum seorang lelaki secara tiba-tiba muncul di belakangnya dan melepaskan dua das tembakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata satu tembakan tersebut terkena belakang leher mangsa menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah namun sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa dalam keadaan berlumuran darah menyelamatkan diri dengan memandu sejauh lima kilometer menghala Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia ditemui dalam keadaan separuh sedar dalam kawasan IPD Kuantan oleh seorang anggota polis yang sedang bertugas.

"Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz berkata hasil pemeriksaan di tempat kejadian yang dijalankan oleh sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, menjumpai dua kelongsong peluru dipercayai daripada tembakan yang dilepaskan suspek.

"Polis turut menemui kesan tembakan pada cermin belakang kenderaan mangsa," katanya.

Beliau berkata mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka akan menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat untuk membuang peluru pada lehernya.

Abdul Aziz berkata polis kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan meminta saksi yang melihat kejadian itu agar tampil membantu siasatan.

-- BERNAMA / HD - 2-6-2015 

Lelaki Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di Melaka Raya

MELAKA, 30 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki ditemui mati di sebuah bilik hotel yang disewanya di Melaka Raya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata mangsa berusia 46 tahun yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu ditemui selepas pekerja hotel berkenaan terhidu bau busuk dari bilik berkenaan kira-kira 8.00 pagi.

Beliau berkata pihak hotel berkenaan kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada polis apabila tidak dapat memasuki bilik hotel tersebut kerana dikunci dari dalam.

"Pihak polis menerima panggilan kira-kira 8.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian sebelum terpaksa memecahkan pintu bilik berkenaan dan menemui mayat lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata unit forensik bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasat lanjut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Menurutnya mangsa dilaporkan mendaftar masuk ke hotel tersebut pada Khamis dan punca serta waktu kematian sebenar masih dalam siasatan.

"Polis sedang mengesan waris mangsa sebelum bedah siasat boleh dijalankan," katanya.

-- BERNAMA / HD - 30-5-2015 

Lelaki Pinjam Kereta Kawan Curi Kasut Di Masjid Wilayah Persekutuan


KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki sanggup meminjam kenderaan rakannya bagi tempoh dua jam semata-mata untuk mencuri kasut di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, dalam kejadian Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata suspek ditahan oleh pengawal keselamatan ketika sedang 'asyik' mencuri kasut di masjid berkenaan kira-kira pukul 11.25 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam bonet kereta jenis Mercedez Benz yang dipinjam suspek menemui sebanyak 13 pasang kasut pelbagai jenis dan saiz dipercayai dicuri dari tempat letak kasut masjid berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Munusamy berkata suspek berusia 38 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu bekerja di sebuah syarikat swasta dan polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek pernah melakukan kegiatan sama sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dipercayai dicuri, ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuching di sini.

Munusamy berkata semakan terhadap nombor pendaftaran dan nombor casis kereta itu dilaporkan hilang tahun lepas di Taman Tun Dr Ismail.

"Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

-- BERNAMA

Sumber HD - 18-5-2015



























































































































































































































































































'Orang dalam' disyaki dalang kes culik di Sandakan

BERNAMA | .


KOTA KINABALU: Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam', kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata disyaki 'orang dalam' telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

"Polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan.

"Pihak ESSCom yang diketuai oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.

Jalaluddin turut mengesahkan kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya dan tidak boleh diberitahu kepada umum.

Katanya, sehingga kini, keluarga kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan oleh polis supaya berbuat demikian.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan polis.

Katanya kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja. - Bernama

Sumber HD - 17-5-2015



























































































































































































































































































MP Miri diserang, jejas keselamatan orang ramai

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK | .


Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat klinik beliau pada pagi Jumaat yang lalu.

Kejadian serangan terhadap Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo sehingga menyebabkan kecederaan memang perbuatan mereka yang tidak ada perasaan keperimanusiaan.

Dr Teo juga mengalami tiga tulang patah di relang yang memerlukan pembedahan besar serta luka di kepalanya akibat pukulan yang kuat dalam serangan tersebut. Penyerang menggunakan kayu pemukul besbol sempat melarikan diri dan pihak polis masih menyiasat kes ini.

Kejadian ini boleh menjejaskan keselamatan orang ramai sekiranya pihak keselamatan tidak segera mengambil tindakan tegas keatas mereka yang menggunakan kekerasan terhadap seseorang.

Pihak keselamatan bukan sahaja perlu sentiasa menjaga keselamatan wakil rakyat dan orang ramai tetapi perlu sentiasa memantau kegiatan jenayah yang sering berlaku di bandaraya Miri.

Kalau ada masalah pun pihak yang tidak puas hati mereka boleh bersemuka dengan mereka yang berkenaan agar kejadian menyerang secara kekerasan sehingga mencederakan seseorang tidak berlaku lagi.

Kita menggesa pihak keselamatan segera mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam serangan ke atas Ahli Parlimen Miri itu agar kejadian semacam ini tidak berulang lagi.

Pihak keselamatan bukan saja perlu bertindak tegas ke atas mereka yang mengguna kekerasan terhadap orang lain bahkan kejadian ragut dan rompakan yang semakin menjadi-jadi di bandaraya Miri juga perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

Kita harap Dr Teo cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik. - HARAKAHDAILY 17/5/2015

Sumber HD - 17-5-2015





























































































































































































































































































6 jam berunding, sekeluarga tebusan amuk diselamatkan

BERNAMA | .

MELAKA: Polis berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang dijadikan tebusan selepas lebih enam jam berunding dan cuba menenangkan seorang lelaki bersenjata parang dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Taman Duyong Indah di sini, awal pagi ini.
  
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 30-an telah menjadikan isterinya berusia 40-an; ibu kandungnya 60-an; dan tiga anak perempuannya berusia antara tiga hingga sembilan tahun sebagai tebusan dipercayai akibat tidak puas hati dengan isteri dan ibunya.
  
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 7.15 malam dan bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa tebusan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
  
Beliau berkata polis telah cuba berunding meminta lelaki itu menyerah diri tetapi tidak berjaya kerana dia dalam keadaan amat marah dengan ibu dan isterinya yang didakwanya telah melakukan sihir terhadapnya.
  
"Polis tidak dapat mengambil tindakan awal kerana suspek bersenjatakan parang dan menggunakan senjata itu untuk mengancam ahli keluarganya," katanya.
      
Polis bagaimanapun terpaksa bertindak menyerbu rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan semua tebusan serta menahan suspek kira-kira pukul 2 pagi selepas suspek semakin bertindak agresif terhadap terhadap isteri, ibu dan anak-anaknya, katanya.
  
Chuah berkata semua mangsa tebusan berkenaan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan. Isteri lelaki itu mengalami kecederaan di muka dan mata dipercayai dipukul manakala siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sama ada emak serta anak-anaknya mengalami kecederaan.
  
Mengulas lanjut tentang rundingan lebih enam jam dengan suspek, katanya polis berusaha tidak menggunakan kekerasan atau senjata sebaliknya secara rundingan yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Mohd Shahrizan Che Mat Din atas faktor keselamatan tebusan.
  
Katanya polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu termasuk latar belakang suspek yang dipercayai tidak mempunyai pekerjaan.
  
"Terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap suspek termasuk sama ada dia adalah penagih atau berada dalam pengaruh dadah ketika bertindak menahan ahli keluarganya sebagai tebusan dan bertindak agresif," katanya.  
  
Sementara itu, seorang jiran suspek yang menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu, berkata suspek seorang yang panas baran dan sering bertindak memukul anggota keluarganya.
  
"Kami sering mendengar jeritan dan melihat dia (suspek) memukul ahli keluarganya terutama isterinya. Lebih ketara dalam beberapa hari ini kerana pergaduhan antara mereka berlarutan dari malam sampai awal pagi," kata lelaki itu.
  
Beliau berkata dalam kejadian amuk pada hari tersebut, suspek pada mulanya menarik isterinya ke luar rumah dan bertindak memecahkan sebuah kenderaan jiran pada kira-kira pukul 7 malam.
  
Katanya suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan mengunci diri serta anggota keluarganya di dalam rumah yang telah didiaminya kira-kira tujuh tahun lepas yang menyebabkannya menghubungi polis kerana bimbang dengan keselamatan mereka. - Bernama

Sumber HD - 17-5-2015

Pelajar Tingkatan 1 dipukul enggan sertai kumpulan samseng


SHAH ALAM - Seorang pelajar tingkatan satu cedera akibat dipukul sekumpulan remaja lelaki Khamis lepas dipercayai kerana enggan menganggotai kumpulan samseng, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, pelajar itu yang berada di sebuah kedai makan berhampiran sekolahnya di Pandamaran, Klang telah didatangi beberapa remaja yang kemudian menariknya ke kawasan perumahan berhampiran.

"Mangsa kemudiannya dipukul, ia dipercayai akibat beliau enggan menyertai kumpulan samseng yang disertai oleh suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya suspek bagaimanapun berhenti memukul mangsa dan melarikan diri apabila ternampak sepasukan polis sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran.

Katanya susulan itu, polis menahan dua remaja, masing-masing berumur 13 dan 15 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat dalam kegiatan gangsterisme.

"Mangsa yang cedera di tangan, bahagian belakang badan dan kaki telah dirujuk ke hospital bagi mendapat rawatan," katanya.  - Bernama

Sumber HD - 16-5-2015
































































































































































































































































































4 lelaki bersenjata culik wanita, lelaki di Sandakan

BERNAMA | .


SANDAKAN: Empat lelaki bersenjata menculik seorang wanita dan seorang lelaki dari Restoran Ocean King, sebuah restoran makanan laut, di sini, Khamis malam.

Mangsa wanita dalam kejadian jam 7.26 malam berkenaan dikenali sebagai Thien Nyuk Fun, 50, dari Taman Mawar, Jalan Sibuga, Sandakan manakala mangsa lelaki Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata empat lelaki dipercayai menggunakan senjata panjang dan pistol telah memasuki restoran tersebut dan menarik mangsa secara paksa sebelum melarikan mangsa dengan menaiki bot laju.

Katanya, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menjamu selera di restoran atas air itu di Jalan Bokara, Pasir Putih, kira-kira tiga kilometer dari Sandakan.

"Seorang lelaki memakai seluar celoreng baju-T biru manakala tiga memakai baju dan seluar celoreng tanpa memakai penutup muka. Salah seorang suspek memakai peluru berantai yang disandang di bahu," kata Jalaluddin dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata jenis bot laju yang digunakan suspek masih belum dikenal pasti.

Katanya, kesemua suspek datang dari arah tangga sisi belakang restoran dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan sebelum kedua-duanya ditarik secara paksa untuk mengikut kumpulan lelaki itu menaiki bot.

Jalaluddin berkata kesemua saksi dan pekerja di restoran berkenaan telah dikumpulkan untuk diambil keterangan manakala pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), diketuai Komandernya Datuk Abdul Rashid Harun kini berada di tempat kejadian bersama Ketua Polis Daerah Sandakan.

"Pihak Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerahkan membuat operasi memburu dan menyekat laluan laut sehingga ke sempadan.

"Helikopter APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga diarah memintas suspek-suspek yang menggunakan bot laju tersebut pada malam ini juga," katanya. - Bernama

Sumber HD - 15-5-2015


PDRM Nafi 'Ko Tong' Bersembunyi Di Langkawi

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa warga Thailand yang dikatakan perancang utama sindiket pemerdagangan manusia di negara itu sedang bersembunyi di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harith Kam Abdullah berkata ini kerana usaha menjejaki lelaki itu yang dikenali sebagai Pajjuban Aungkachotephan atau 'Ko Tong' menemui jalan buntu.

"Sehingga sekarang usaha mengesan suspek gagal. Daripada maklumat masyarakat tempatan, suspek daripada Wilayah Satun tidak berada di Langkawi," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan media asing, suspek yang merupakan bekas pegawai kanan kerajaan tempatan merupakan perancang utama sindiket yang membawa masuk ribuan pendatang daripada Bangladesh dan Myanmar ke Thailand serta Malaysia.

Semalam Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Poompanmoung berkata suspek telah melarikan diri ke 'negara jiran' dengan media Thailand melaporkan Pajjuban sedang bersembunyi di Langkawi.

Mereka melaporkan Pajjuban menggunakan sebuah pulau miliknya di Rat Yai, Satun untuk menempatkan pendatang Bangladesh dan Myanmar sebelum membawa mereka masuk ke Langkawi.

-- BERNAMA

Sumber Bernama / HD - 14-5-2015


'Money' Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembak Dengan Polis


BUTTERWORTH, 13 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki yang dianggap polis penjenayah 
berbahaya kerana memiliki pelbagai rekod jenayah mati selepas berbalas tembak dengan 
pasukan keselamatan di Lorong Kubur, di sini pagi ini.

Lelaki yang digelar 'Money' atau nama sebenarnya K Jevanantha, 49 mempunyai 53 rekod 
jenayah termasuk kes bunuh, samun dan curi kereta dan dikehendaki polis di Kedah, Pulau 
Pinang, Perak, Pahang dan Johor, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP 
Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau berkata lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis bahagian Jenayah 
Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU yang menjalankan Ops Cantas Khas/Ops Kargo 
pada pukul 5 pagi tadi.

"Polis mengarahkan lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 itu berhenti. Dia berhenti 
kira-kira tiga meter daripada kereta polis dan sebaik turun daripada motosikalnya lelaki 
terbabit melepaskan tembakan ke arah polis.

Lelaki yang berasal dari kawasan Pantai Bersih, dekat sini itu melepaskan empat das tembakan, 
satu daripadanya mengenai bahagian kanan kereta polis manakala tiga lagi tersasar," katanya 
pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata tindakan lelaki terbabit menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan dan dua 
das tembakan polis itu mengenai dada dan kepala lelaki terbabit.

Abdul Rahman berkata polis merampas sepucuk pistol semi auto Browning dan empat butir 
peluru bersama lelaki terbabit.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan 
adalah kenderan curi yang dilapor hilang Februari lepas di Tasek Gelugor, dekat sini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya pagi ini mengucapkan 
tahniah kepada IPD SPU atas kejayaan menembak mati penjenayah berbahaya itu.

"Syabas JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah), SPU @PDRMsia Penang pagi tadi tumpaskan 
seorang penjenayah yang sangat dikehendaki di B'worth dalam insiden berbalas tembakan. 
Go PDRM Go," kata Khalid dalam catatat Tweeternya.

-- BERNAMA

Sumber Bernama / HD - 13-5-2015 


Pelajar maut disyaki dipukul senior

Posted on Tuesday, May 12 @ 17:46:05 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Seorang pelajar kolej vokasional di Bachok maut disyaki dipukul pelajar senior di bilik asrama.

Dalam kejadian tengah malam tadi, mangsa Mohamad Nur Akram Zime, 16, dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan seorang pelajar berusia 17 tahun yang kemudian bertindak memukulnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata Mohamad Nur Akram dilapor tidak sedarkan diri selepas disepak pelajar senior terbabit.

"Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan tetapi masih tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Bachok dan disahkan meninggal pada pukul 1.30 pagi tadi.

"Pelajar junior itu didakwa tidak menghormati pelajar senior terbabit sehingga menyebabkan pelajar senior itu merasa marah lalu memukul mangsa," katanya kepada pemberita.

Mazlan berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat kecederaan di leher akibat terkena pukulan kuat.

"Mangsa didapati putus saluran darah di bahagian otak akibat terkena sepakan maut dari suspek. Suspek dipercayai mempunyai ilmu mempertahankan diri seperti silat atau tomoi," katanya.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Melor telah ditahan dan akan direman esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mayat mangsa disemadikan di Tanah Perkuburan Wakaf Berangan, Pasir Puteh.

- Bernama


Sumber TKO - 12-5-2015




































































































































































































































































































Bayi Perempuan Dibuang Dalam Tangki Pam Tandas
Posted on Saturday, May 09 @ 14:17:06 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tampin – Bayi perempuan dipercayai berusia sehari yang masih mempunyai tali pusat meninggal dunia selepas dibuang dalam tangki pam tandas di stesen minyak di Pasir Panjang, Gemas, di sini, petang tadi.

Sumber polis berkata, bayi itu dibuang dalam tandas wanita di stesen minyak berkenaan.
Katanya, ketika ditemui pekerja stesen minyak itu pada kira-kira 5 petang, bayi berkenaan masih hidup, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.

“Bayi itu meninggal dunia disebabkan lemas selepas dimasukkan ke dalam tangki berkenaan.
“Sehubungan itu, polis kini memburu individu yang membuang bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu. – myMetro Online

Sumber TKO - 9-5-2015

Insiden DUKE: Miros hanya tumpu aspek keselamatan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pembabitan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam siasatan berhubung nahas di Lebuhraya DUKE pada Sabtu lepas, hanya tertumpu kepada aspek penyelidikan keselamatan jalan raya.
  
Ketua Pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon hari ini menjelaskan pihaknya tidak sesekali mencampuri urusan penyiasatan pihak polis dalam kemalangan itu.
  
"Pasukan yang diarahkan ke lokasi nahas hari ini hanya mengumpul data untuk dianalisis mengikut kepakaran kami bagi menambah baik aspek keselamatan jalan raya pada masa depan," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini.
  
Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata MIROS akan bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung nahas itu.
  
Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
  
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
  
Dr Wong turut mengulas kenyataan oleh Ketua Trafik Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Fuad Abd Latiff hari ini yang berkata pembabitan MIROS dalam siasatan kemalangan itu tidak diperlukan.
  
Dr Wong berkata siasatan bagi mengumpul data analisis kemalangan jalan raya adalah perkara biasa dan sememangnya menjadi tanggungjawab MIROS.
  
"Antara lain, kajian dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor seperti struktur jalan raya supaya kemalangan sedemikian dapat dielakkan serta boleh mengurangkan risiko kecederaan parah atau kematian," katanya.
  
Sehubungan itu, Dr Wong berharap tiada sebarang kekeliruan timbul berkaitan siasatan MIROS memandangkan pihaknya hanya menjalankan tugas untuk menambah baik sistem yang ada. - BERNAMA

Sumber HD - 5-5-2015

Polis masih siasat kemalangan maut di Lebuhraya Duke

BERNAMA | .



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke di sini awal pagi Sabtu.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

"Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya kepada Bernama.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.

Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke ketika itu seperti yang dipapar di Facebook, Markandan berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.

"Kita difahamkan bahawa keenam-enam pemandu Myvi itu baru pulang dari minum di Ampang. Pihak kita sedang mengambil keterangan daripada mereka," katanya. - Bernama

Sumber HD - 2-5-2015

Warga Emas Ditemui Mati Di Kaki Lima Dipercayai Dibunuh

JOHOR BAHARU, 1 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh di kaki lima sebuah kedai berhampiran Jalan Stesen, di bandar Kluang, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang DSP Mohd Noor Mohamad berkata lelaki berkenaan dianggar berumur lewat 60-an dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

"Mayat lelaki itu ditemui terbaring oleh orang awam pada 6 pagi tadi yang kemudian memaklumkan kepada polis. Siasatan awal mendapati terdapat kecederaan pada kepala mangsa," katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata motif dan punca kejadian sedang disiasat dan mayat dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di talian 07-776 6822 atau Pegawai Penyiasat ASP Zambry Marinsah di talian 019-7266998.

-- BERNAMA

Sumber Bernama / HD - 1-5-2015















































































































































































































































































































































































































































































































































































































Hanya seorang polis bantuan terlibat kes bunuh di Batam

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Hanya seorang daripada empat rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam satu kes bunuh di Batam, Indonesia, adalah anggota polis bantuan, kata Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penolong Ketua Sekretariat Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata suspek dipercayai bertugas dengan sebuah badan berkanun Malaysia.

"Kes berlaku di luar negara, jadi ia terletak di bawah pihak berkuasa Indonesia.

"PDRM akan terus beri kerjasama kepada polis Indonesia untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lepas, media tempatan melaporkan dua daripada empat suspek yang ditahan polis Indonesia, mendakwa mereka adalah polis bantuan.

Laporan itu yang memetik satu sumber, berkata keempat-empat suspek dituduh membunuh rakyat Malaysia, Amar Aswan Azman, 30, di Batam, sehari sebelumnya. - Bernama

Sumber HD - 29-4-2015









































































































































































































































































































Video air berlumpur dan berapi di Taiwan bukan Johor

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.

Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, kataya dalam kenyataan di sini, malam Ahad.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.

Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. - Bernama

Video

Sumber HD - 19-4-20125

Masalah kewangan mungkin punca helikopter terhempas

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Siasatan polis berhubung kes helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April lepas, turut menjurus kepada kedudukan kewangan juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata terdapat kemungkinan masalah kewangan yang dihadapi juruterbang berkenaan menjadi punca nahas sehingga mengorbankan kesemua penumpangnya.

"Kita akan melihat beberapa aspek terutama sekali aktiviti dia, hobi atau sama ada dia mempunyai sebarang masalah termasuk kewangan...perkara ini boleh menjejaskan prestasi dan fokus dalam kerjayanya," kata Noor Rashid.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan upacara sembahyang khas oleh anggota dan pegawai polis beragama Hindu, bersempena Peringatan Hari Polis ke-208, di Kuil Sri Kandaswamy, Brickfields, di sini Jumaat.

Noor Rashid berkata siasatan terhadap nahas helikopter itu terbahagi kepada dua iaitu polis akan melihat dari aspek sama ada wujudnya unsur kecuaian, sabotaj atau unsur lain.

Selain itu, polis juga akan melihat dari segi teknikal bagaimana helikopter itu terhempas sehingga mengakibatkan enam terkorban, katanya.

"Pemeriksaan forensik memerlukan masa...kita juga telah mengesan saksi termasuk mengambil keterangan daripada keluarga mangsa.

"Kesemua mayat telah dituntut dan kita memerlukan laporan teknikal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan perlu dianalisa semula," katanya.

Noor Rashid berkata polis akan memanggil semula saksi bagi memberi keterangan baharu selepas menerima laporan teknikal tersebut.

Dalam kejadian tersebut, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-IGB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Selain Fournier, turut terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. - Bernama

Sumber HD - 18-4-2015

Pengawal keselamatan mengamuk, pegawai bank maut, rakan sekerja cedera

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat ditikam seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba mengamuk di sebuah bank di Taman Molek, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pelanggan sedang menunggu giliran untuk berurusan di bank itu.

Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 40-an menggunakan pisau untuk menikam pegawai lelaki itu di bahagian leher dan muka sebelum menyerang seorang pegawai wanita.

"Bagaimanapun, wanita itu hanya cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan," kata Abdul Samad kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, suspek yang merupakan warga tempatan sempat ditahan di tempat kejadian susulan tindakan pantas orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. - Bernama

Sumber HD / Kosmo - 17-4-2015

Kumpulan Kongsi Gelap Geng 36 Melayu Lumpuh

ALOR SETAR, 14 April (Bernama) -- Polis berjaya melumpuhkan sepenuhnya kegiatan kumpulan kongsi gelap 36 Melayu melalui Ops Black 4 dengan penangkapan seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan tersebut pada Sabtu lalu di Changloon.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata suspek berusia 32 tahun yang lebih dikenali sebagai Pak Su itu ditahan kira-kira pukul 9 malam, setelah hampir enam bulan melarikan diri ke Thailand bagi mengelak ditangkap polis.

"Ops Black 4 berkaitan kegiatan penyeludupan yang dikuasai oleh satu kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai 36 Melayu," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata melalui Ops Black 4 yang dijalankan polis bahagian D7 Bukit Aman mulai 18 Sept 2014, empat anggota kumpulan terbabit berumur 24 hingga 33 tahun yang aktif dengan aktiviti tersebut juga telah ditangkap dan dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

Zamri berkata kumpulan kongsi gelap yang aktif semenjak lapan tahun lalu mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan berkaitan cukai dan antara barangan yang diseludup secara besar-besaran ialah arak, beras, rokok dan mercun.

Dalam kes berasingan, beliau berkata polis menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia yang mengaut keuntungan berjuta ringgit melalui Ops Pintas Utara yang bermula sejak 14 Feb lalu dan dijalankan bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah; Cawangan Khas; Skuad Taktikal Khas 3 PDRM (STAGG); Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan IPK Pulau Pinang.

Beliau berkata sejak dilancarkan, 42 serbuan dibuat dan tujuh kertas siasatan dibuka, yang mana kesemua siasatan dibuat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Daripada tujuh kertas siasatan yang dibuka, satu kertas siasatan adalah mengikut Seksyen 26E Atipsom, iaitu berkaitan sindiket pemalsuan dokumen kad UNHCR warga Myanmar.

"Bayaran yang dikenakan untuk setiap kad ialah RM50, dan sindiket ini dipercayai mengutip keuntungan hampir RM20,000 sebulan," katanya.

Zamri berkata sebanyak 37 tangkapan dibuat, dan 57 mangsa penyeludupan migran yang kesemuanya berusia 15 hingga 50 tahun berjaya diselamatkan.

Dari segi pertuduhan pula, beliau berkata lima dituduh mengikut Seksyen 26A Atipsom; Seksyen 376 Kanun Keseksaan (satu); Seksyen 6(3) Akta Imigresen (satu); dan Seksyen 12(1)(F) Akta Pasport (satu).

Zamri berkata modus operandi sindiket ialah kebanyakan warga Myanmar yang hendak masuk ke Malaysia perlu membayar RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap orang, dan bayaran perlu dibuat di negara asal mereka.

"Apabila berjaya diseludup masuk ke Thailand, sekali lagi pihak sindiket memaksa mereka membuat bayaran tambahan untuk masuk ke Malaysia, dan kalau gagal bayar mereka akan dipukul, tidak diberi makan dan sebagainya.

"Sindiket ini berperanan membawa masuk warga Bangladesh dan Myanmar sama ada melalui jalan darat atau laut, serta berperanan membawa pendatang tanpa izin ini keluar dari Malaysia menuju ke Christmas Island di Australia," katanya.

-- BERNAMA


Sumber HD - 14-4-2015

Dipenjara 2 Minggu Kerana Curi Coklat Kit Kat


KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencuri 47 keping coklat di sebuah pasar raya.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Lim Kok Beng @ Sudirman Lim Abdullah, 53, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap, 10 April lepas.

Lim didakwa mencuri 47 keping coklat Kit Kat bernilai RM149.46 di Pasaraya KK Supermart & Superstore, Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada pukul 10.10 malam, 10 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Ketika rayuan, Lim yang tidak diwakili peguam berkata dia telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.



Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pencegahan kerana tertuduh memiliki lapan rekod kesalahan lampau termasuk tiga kesalahan mencuri. – BERNAMA

Sumber HD - 13-4-2015

Pemuda Tikam Bekas Tunang Diburu





KLUANG, 12 April -- Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis bekas tunangnya di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata pihaknya percaya suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini.

"Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk dan berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.

Siasatan kes dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam dan di luar pasar raya tempat berlaku kejadian, katanya.

Mohd Roze berkata laporan bedah siasat mengesahkan punca mangsa meninggal adalah disebabkan tusukan pisau di rusuk kiri dan terkena paru-parunya.

Beliau berkata ia merupakan kes bunuh bermotifkan dendam serta cemburu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis.

Mangsa Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dipercayai ditikam oleh bekas tunangnya kerana merasa cemburu mangsa mempunyai pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi. -- BERNAMA

Sumber HD - 12-4-2015


IBU TAK SANGKA PEMUDA MASIH DENDAM DENGAN ANAK - BEDAH BONTAK


Ibu Tidak Sangka Pemuda Masih Berdendam Dengan Anak

KLUANG, 11 April (Bernama) -- Ibu kepada Nursyafikah Ahmad Ismail, 24, yang maut ditikam bekas tunangnya semalam tidak menyangka pemuda tersebut berdendam dengan anaknya.

Bedah Bontak, 63, berkata ini kerana lelaki berusia 20-an yang dikenali sebagai Zam itu bersungguh-sungguh meminta maaf daripada anaknya dan sempat makan tengah hari di rumah mereka sebelum kejadian.

"Dia datang ke rumah kami kira-kira pukul 11 pagi semalam dan memohon maaf daripada Nursyafikah kerana memutuskan pertunangan mereka.

"Agak pelik kerana dia muncul secara tiba-tiba selepas beberapa bulan menghilangkan diri. Namun kami sekeluarga tetap melayannya dengan baik dan menjamunya makan," katanya di rumahnya di Felda Ulu Dengar di sini hari ini.

Beliau berkata pemuda berkenaan berada di rumahnya kira-kira dua jam sebelum dihantar pulang ke bandar Kluang oleh adik dan abang Nursyafikah.

Gadis tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya di sini maut selepas kepalanya terhantuk pada motosikal dipercayai akibat ditolak pemuda berkenaan dalam satu pertengkaran.

Mangsa kemudiannya ditikam dengan pisau dan meninggal di hospital.

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di pasar raya tempat mangsa bekerja kira-kira pukul 6 petang semalam.

Pemuda berkenaan dipercayai merasa cemburu kerana gadis tersebut sudah bertunang dengan orang lain.

Nursyafikah dikatakan bertunang dengan pemuda berkenaan tahun lepas sebelum putus enam bulan lalu.

Gadis itu kemudian bertunang pula dengan seorang pemuda lain awal tahun ini dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

Bedah turut mendakwa sepanjang pertunangan dengan suspek, anaknya dipercayai pernah dipukul beberapa kali.

"Anak saya berasa sangat kecewa apabila lelaki tersebut memutuskan pertunangan mereka dan tidak menghubunginya sehingga dia muncul semula semalam," katanya.

Suspek kini sedang diburu polis.

Bedah berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Dengar hari ini.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut melawat keluarga mangsa.

-- BERNAMA


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34823-ibu-tak-sangka-pemuda-masih-dendam-dengan-anak

Sumber HD - 11-4-2015


ROMPAK DAN PUKUL NENEK, DUA LELAKI DITAHAN - KPD NUSAJAYA



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34801-rompak-dan-pukul-nenek-dua-lelaki-ditahan

Sumber HD - 9-4-2015



























POLIS TAHAN 28 GRO THAILAND DI IBU NEGARA - KETUA OP D7


Sumber HD - 24-3-2015

ANGGOTA POLIS DIDAKWA MINTA TERIMA RASUAH - MAHKAMAH SESYEN

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34510-anggota-polis-didakwa-minta-terima-rasuah


Sumber HD - 24-3-2015

Rumah kapten bola sepak Pahang ditembak

BERNAMA | .


KUANTAN: Lima das tembakan dilepaskan ke arah rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, di Lorong Kubang Buaya 35 di sini tengah malam tadi, mengakibatkan pecah cermin belakang kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad, dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, kapten skuad Tok Gajah berusia 31 tahun itu dilaporkan sedang berehat bersama anggota keluarganya sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan secara rambang.

Beliau berkata sejurus selepas mendengar bunyi tembakan, Razman bergegas keluar rumah dan mendapati cermin kenderaan miliknya itu pecah akibat terkena tembakan.

"Bagaimanapun tiada anggota keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Razman kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan gerakan bagi mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu telahpun dijalankan.

Katanya motif kejadian juga masih disiasat dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu. - Bernama

Sumber HD - 11-3-2015


4 SEKELUARGA ANTARA 10 DIBERKAS KERANA MEROMPAK - TIMBALAN KETUA POLIS PERLIS


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34263-4-sekeluarga-antara-10-diberkas-kerana-merompak

Sumber HD - 10-3-2015


POLIS MARIN DICULIK KUMPULAN BERSENJATA DIBEBASKAN HARI INI - KM SABAH


MABUL ISLAND

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34204-polis-marin-diculik-kumpulan-bersenjata-dibebaskan-hari-ini

Sumber HD - 7-3-2015


LELAKI MAUT DITIKAM SELEPAS DISERANG - KETUA JSJ KEDAH


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34155-lelaki-maut-ditikam-selepas-diserang

Sumber HD - 4-3-2015


ISTERI ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS MAUT DIKELAR - KPD GUA MUSANG


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34106-isteri-anggota-sukarelawan-polis-maut-dikelar

Sumber HD = 1-3-2015


PENGURUS, PEKERJA STESEN MINYAK CEDERA DITETAK PEROMPAK - KETUA POLIS DAERAH KUANTAN


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34087-pengurus-pekerja-stesen-minyak-cedera-ditetak-perompak

Sumber HD - 27-2-2015


POLIS TAHAN LAPAN LELAKI, RAMPAS DADAH RM420,000 - KP PERAK


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34005-polis-tahan-lapan-lelaki-rampas-dadah-rm420-000

Sumber HD - 23-2-20125


KANAK-KANAK MATI LEMAS DALAM KOLAM RENANG HOTEL - KPDTL


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33983-kanak-kanak-mati-lemas-dalam-kolam-renang-hotel

Sumber HD - 22-2-2015


ANAK ANGGOTA POLIS MATI DITEMBAK DI SUNGAI SIPUT - KPDSS


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33971-anak-anggota-polis-mati-ditembak-di-sungai-siput

Sumber HD - 21-2-2015


POLIS TAHAN 2 ENUNTUT IPT BERKAITAN POSTER PROVOKASI - KPN


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33938-polis-tahan-2-penuntut-ipt-berkaitan-poster-provokasi

Sumber HD - 18-2-2015


POLIS KEDAH TANGKAP TUJUH LELAKI, RAMPAS DUA PISTOL - KPNK


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33902-polis-kedah-tangkap-tujuh-lelaki-rampas-dua-pistol

Sumber HD - 16-2-2015


POLIS TAHAN TIGA BERANAK TERLIBAT KES CURI DI SURAU - KPDS

 

ACP MOHD YUSOF AWANG - KETUA POLIS DAERAH SEPANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33806-polis-tahan-tiga-beranak-terlibat-kes-curi-di-surau

Sumber HD - 11-2-2015


POLIS TAHAN 41 PENAGIH DADAH DI BALIK PULAU - KJSJNPP


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33756-polis-tahan-41-penagih-dadah-di-balik-pulau

Sumber HD - 9-2-2015


LELAKI DISYAKI TEMBAK RUMAH MENTERI DITAHAN - KPD SIBU


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33718-lelaki-disyaki-tembak-rumah-menteri-ditahan

Sumber HD 7-2-2015


ANAK PUKUL IBU DENGAN BATANG CANGKUL HINGGA MATI - KP KUANTAN


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33717-anak-pukul-ibu-dengan-batang-cangkul-hingga-mati

Sumber HD - 7-2-2015


POLIS KELANTAN PERGIAT USAHA BURU NUAR AYAM - KPK


NUAR AYAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33714-polis-kelantan-pergiat-usaha-buru-nuar-ayam

Sumber HD - 7-2-2015


WANITA INDONESIA NEKAD BAKAR LELAKI BANGLADESH - KETUA JSJ PULAU PINANG


DATUK MAZLAN KESAH - KETUA SIASATAN JENAYAH PULAU PINANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33672-wanita-indonesia-nekad-bakar-lelaki-bangladesh

Sumber HD - 5-2-2015


ANAK SAYA BERITAHU, LELAKI ITU SELALU MENGGANGGUNYA - BAPA


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33637-anak-saya-beritahu-lelaki-itu-selalu-mengganggunya

Sumber HD - 3-2-2015


LELAKI KELAR PELAJAR PEREMPUAN UITM DIREMAN 7 HARI - PEMANGKU KETUA POLIS DAERAH TAIPING


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33634-lelaki-kelar-pelajar-perempuan-uitm-direman-7-hari

Sumber HD - 3-2-2015


MEKANIK RAGUT PELANCONG HUNGARY DITAHAN - KETUA POLIS DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33631-mekanik-ragut-pelancong-hungary-ditahan

Sumber HD - 3-2-2015


LAPORAN POLIS BERHUBUNG HINA TENGKU PUAN PAHANG - NGO


KAIN RENTANG (TIFO)

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33624-laporan-polis-berhubung-hina-tengku-puan-pahang

Sumber HD - 2-2-2015


GADIS MAUT DIKELAR TEMAN LELAKI DEKAT R & R BUKIT GANTANG - PEMANGKU KETUA POLIS DAERAH TAIPING


PDRM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33619-gadis-maut-dikelar-teman-lelaki-dekat-r-r-bukit-gantang

Sumber HD - 2-2-2015


BUNUH ALTANTUYA : APAKAH WUJUD SIASATAN BERASINGAN - GOVIND DEO


YB GOVIND SINGH DEO - AP PUCHONG (DAP)

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33610-bunuh-altantuya-apakah-wujud-siasatan-berasingan

Sumber HD - 2-2-2015


KES CULIK KANAK-KANAK 5 TAHUN SELESAI - 6 LELAKI DITAHAN - KETUA JSJ SELANGOR


DATUK MOHD ADNAN ABDULLAH - KETUA JSJ SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33593-kes-culik-kanak-kanak-5-tahun-selesai-6-lelaki-ditahan

Sumber HD - 31-1-2015


EAIC SANGAT KESAL KES TAHANAN MATI DALAM LOKAP - PENGERUSI EAIC


DATUK YAACOB MD SAM - PENGERUSI EAIC

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33572-eaic-sangat-kesal-kes-tahanan-mati-dalam-lokap

Sumber HD - 30-1-2015


44 KES SAMUN LANGGAR BELAKANG KERETA MANGSA - JSJ


SAC ZAINUDDIN AHMAD - KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH IPD KONTIJEN KUALA LUMPUR

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33552-44-kes-samun-langgar-belakang-kereta-mangsa

Sumber HD - 29-1-2015



RASUAH SARJAN DIPENJARA DUA TAHUN DENDA RM10,000 - HAKIM MAHKAMAH TINGGI


MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33528-rasuah-sarjan-dipenjara-dua-tahun-denda-rm10-000

Sumber HD - 28-1-2015


ANGGOTA POLIS DIKAITKAN KLIP VIDEO PENYANYI DITUKAR TUGAS - KETUA POLIS SELANGOR


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33445-anggota-polis-dikaitkan-klip-video-penyanyi-ditukar-tugas

Sumber HD - 24-1-2015


LIMA DITAHAN BANTU SIASATAN KES REMAJA DIBELASAH MATI - KETUA JABATAN JENAYAH PULAU PINANG



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33406-lima-ditahan-bantu-siasatan-kes-remaja-dibelasah-mati

Sumber HD - 22-1-2015