BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, February 18, 2015

PRK DUN CHEMPAKA


Chempaka: majoriti besar bukti calon PAS diterima ramai

| .


PENGKALAN CHEPA: PAS mengucapkan terima kasih kepada penyokong Umno BN kerana mengundi calon PAS pada Pilihan Raya KEcil (PRK) N.06 Chempaka semalam.

Yang Dipertua PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mengikut rekod kemenangan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood yang memperoleh majoriti besar ketika peratusan keluar mengundi rendah, tidak mustahil penyokong parti lawan membantu kemenangan beliau.

“Saya berharap bukan hanya pada PRK ini sahaja penyokong Umno dan BN memberi undi pada calon kita, malah kita berharap pada mana-mana pilihan raya diadakan sekalipun mereka memberi sokongan kepada kita,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengisytiharan kemenangan calon PAS pada PRK itu di Putik malam tadi.

Ustaz Ahmad Fathan memperoleh 10,899 undi dengan majoriti 10,092.

Menurutnya, dengan kemenangan Fathan akan memberi semangat baru pada PAS dan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud yang baru diluluskan dalam sidang Dun baru-baru ini.

“Melaksanakan hukum hudud, bukan pandai-pandai kita nak buat.

“Kerajaan negeri hanya meneruskan apa yang diperjuangkan oleh allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang hayatnya,”ujarnya.

Jelas Amar lagi, kerajaan negeri tidak membelakangkan Tuan Guru dalam meneruskan perjuangan itu malah turut berbincang dengan allahyarham.

Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, wakil-wakil dewan, Datuk Dr Johari Mat, Calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri tutut berkata, cita-cita PAS bukan untuk menawan Putrajaya semata-mata, sebaliknya membawa perundangan Islam ke sana.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dari seluruh kawasan di negeri itu, termasuk petugas PAS dari luar Kelantan. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Sumber HD - 23-3-2015

Ustaz Fathan Bintang Parti - Dato Takiyuddin Hassan


Kemenangan PAS sudah dijangka berdasarkan kecenderungan pengundi di dun seluas 29.75 kilometer persegi dengan 10 UPU ini. Namun bilangan majoriti undinya menjadi teka teki yang mendebarkan.

Pengarah Pilihanraya PAS bagi Dun Chempaka, Dato' Takiuddin Hassan bersyukur dengan kemenangan besar dengan majoriti 10,899 undi kali ini yang dianggap begitu cemerlang.

Bagi beliau, kemenangan ini merupakan suatu pencapaian yang amat memberansangkan dan beliau optimis dengan calon (kini bergelar YB). "Ustaz Fathan adalah calon yang masih muda, baru berusia 42 tahun, jadi kita mengharapkan beliau boleh bertahan lama di dun ini.Kalau dahulu Almarhum Tuan Guru memegang Chempaka selama tujuh penggal, YB Ust Fathan, saya jangka mampu mengekalkan kedudukan secara mudah untuk beberapa penggal, insyaAllah."

"Sebagai calon yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan pemegang ijazah sarjana, beliau mungkin bakal diberi amanah yang besar di peringkat kepimpinan negeri." "Beliau ada masa depan yang cerah di dalam parti dan saya optimis dengan beliau. Ustaz Fathan bintang parti.


Sumber PP - 23-3-2015


PAS WINS IN CHEMPAKA - SPR



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34480-pas-wins-in-chempaka

Sumber HD - 23-3-2015





Pengundi Dun Chempaka terima pengganti Tok Guru

FUAD NURHADI | .


PENGKALAN CHEPA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan keupayaan PAS mengekalkan Dun Chempaka menggambarkan sokongan yng tidak berbelah kepada pengganti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kami bersyukur kerana mendapat majoriti yang lebih besar,” katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi di Maktab Rendah Sains Mara malam ini.

Pada pilihan raya kecil tersebut Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mewakili PAS mendapat 10,899 undi, Fadzillah Hussin (kunci) – 89 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary (pen) – 51 undi, Aslah Mamat (buku) – 27 undi, dan Sharif Mahmood (gajah) – 807 undi.

Ustaz Fathan menang dengan majoriti 10,092 undi. Undi rosak sebanyak 140 undi. Hanya  12,013 pemilih keluar mengundi, iaitu sebanyak 55 peratus daripada 21,890 pengundi yang layak.

Mohamad berkata, kemenangan besar calon PAS pada pilihan raya kecil itu  disebabkan tiada saingan sebenar daripada sebuah parti yang besar terutamanya Barisan Nasional.

Menurutnya pengundi luar yang tidak balik mengundi menjadi salah satu faktor jumlah pengundi yang keluar merosot.

“Mungkin mereka menganggap PRK itu tidak ada saingan sengit,” ujarnya.

Ustaz Fathan ketika ditemui berkata, beliau berjanji akan berkhidmat kepada rakyat kawasan itu sebaik mungkin berdasarkan mandat yang mereka berikan. - HARAKAHDAILY 22/3/2015

Sumber HD - 22-3-2015






PAS tambah majoriti di Dun Chempaka

HARAKAHDAILY | .



PENGKALAN CHEPA: PAS berjaya mengekalkan Dun Chempaka pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini dengan pertambahan undi lebih 3,000 undi berbanding pilihan raya umum lepas.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris di pusat penjumlahan di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.

Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mewakili PAS mendapat 10,899 undi, Fadzillah Hussin (kunci) – 89 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary (pen) – 51 undi, Aslah Mamat (buku) – 27 undi, dan Sharif Mahmood (gajah) – 807 undi.

Ustaz Fathan mengatasi empat calon Bebas dengan majoriti 10,092 undi.
Turut berada di pusat penjumlahan undi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Ustaz Fathan kemudian dijulang penyokong PAS yang berada dalam dewan di tempat penjumlahan undi.
Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat walau pun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Keputusan tersebut diumumkan SPR pada jam  9.05 malam. Kesemua empat calon Bebas hilang deposit.

Proses pengundian tadi diadakan di sembilan sekolah di Dun berkenaan.  Jumlah  pemilih yang layak mengundi seramai 21,890 orang.

Pada proses pengundian awal pada 18 Mac lepas, sejumlah 35.40 peratus atau 530 orang daripada 1,497 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka. - HARAKAHDAILY 22/3/2015



Sumber HD - 22-3-2015







Penduduk Dun Chempaka pikul tilam berlogo Umno

MIJIE YUSOF | .


PENGKALAN CHEPA: Umno tiba-tiba muncul di Chempaka biar pun parti itu tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan hari ini.

Semalam beberapa penduduk hadir pada program difahamkan dianjur parti itu di sebuah kampung di unit peti undi (UPU) Tok Sadang bagi menerima tilam dan peralatan dapor berlogo Umno.

Pada tilam yang dipikul penduduk tertulis perkataan Putera 1Malaysia. Selain itu ada juga penduduk menerima dapur gas dan peralatan lain.

Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Azmi Noor berkata Umno tidak wajar mengambil peluang hari terakhir kempen dengan mengagih bantuan kepada penduduk di kawasan yang terbabit PRK.

Katanya biar pun bantuan itu diberi atas nama bantuan banjir namun mengapa ia dibahagi ketika kempen pilihan raya sekarang.

“Tentunya ada sesuatu niat tersembunyi mereka kerana bantuan seperti itu sudah lama diberi di tempat-tempat lain.

“Kalau mereka hendak mengambil kesempatan politik sepatutnya menyertai pilihan raya dan bukannya menyembunyikan diri dengan pelbagai alasan,” katanya di sini.

Semalam ditemui beberapa penduduk memikul tilam dan mengelek barangan dapor yang berlogo Umno diUPU Tok Sadang.

Manakala di UPU Pulau Gajah seorang calon bebas melakukan gimik perasmian batu asas bagi membina jeti bot nelayan.

Beberapa keping batu simen dijadikan batu asas dan dipacak dua kayu yang dililit dengan plastik berwarna merah. Ia didirikan berhampiran jeti bot nelayan.

Kawasan itu difahamkan menjadi tumpuan calon yang bertanding menggunakan lambang gajah.

Sementara itu sumber SPR memberitahu sehingga jam 4 petang tadi peratusan keluar mengundi 54.49 peratus. - HARAKAHDAILY 22/3/2015


Sumber HD - 22-3-2015






Sasaran mengundi 70 peratus boleh dicapai - SPR

FUAD NURHADI | .




PANGKALAN CHEPA: Sehingga jam 12 tengahari tadi seramai 7,915 pengundi atau 38.82 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata situasi itu membolehkan kemungkinan besar peratusan yang disasar sebelum ini iaitu 70 peratus dapat dicapai.

"Jika trend peningkatan keluar mengundi ini dapat dikekalkan dan berterusan sehingga ke petang mungkin dapat mencapai sasaran SPR.

"Semangat pengundi di sini begitu tinggi untuk keluar mengundi," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aishah Putri di sini.

Beliau juga berkata pengumuman keputusan PRK Chempaka akan diumumkan kira-kira jam 9.30 malam ini di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.

Sementara itu masyarakat nelayan di Pantai Sabak turut mengambil peluang awal keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Sabak.

"Saya tidak pernah ketinggalan keluar mengundi sama ada PRK atau pilihan raya umum," kata seorang warga emas Muhammad Said, 96, ketika ditemui.

Beliau ditemani anak Zulkiffli, 45, berkata sudah menjadi kewajibannya membuang undi pada setiap kali pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun tinjauan di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Parang Puting agak suram kerana tidak ramai pengundi yang keluar mengundi sebelah pagi.

Warga emas Che Abdul Rahman Yaacob, 96 dan isterinya Che Mah Ismail, 91 berkerusi roda datang menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Parang Puting jam 9 pagi.

Mereka mempunyai lima anak dan 40 cucu serta 10 cicit mahu seorang wakil rakyat yang jujur seperti arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

"Sudah 14 kali kami mengundi. Kami hanya mahu melihat anak cucu hidup senang dan berpegang teguh kepada agama,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi. – HARAKAHDAILY 22/3/2015

Sumber HD - 22-3-2015







Pelakon Mustapha Kamal antara yang mengundi

FUAD NURHAD Foto ZAMANI M ZIN | .






PENGKALAN CHEPA: Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu beliau berpuas hati dengan kehadiran pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi.

Beliau berkata, tinjauan yang dibuat ke beberapa pusat mengundi mendapati kebanyakan pengundi keluar pagi sebaik sahaja tempat mengundi dibuka jam 8 pagi tadi.

"Kita berharap pilihan raya kecil Dun Chempaka berjalan lancar sehingga tamat proses pembuangan undi jam 5 petang nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Sabak di sini, hari ini.

Dalam pilihan raya ini calon PAS Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, ditentang empat calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary,48, Sharif Mahmood,59, Fadzillah Husssin,55 dan Aslah Mamat,64.

Ustaz Ahmad berkata, pada mulanya beliau tidak menyangka sambutan yang membanggakan segenap lapisan pengundi di Dun Chempaka.

"Ini mungkin disebabkan pertandingan kali ini hanya PAS yang satu-satunya parti masuk bertanding sedangkan calon lain mewakili bebas. BN tidak meletak calon,” ujarnya.

Beliau berkata, berdasar kepada perkembangan sebelah pagi ia memberi gambaran peratus yang akan keluar mengundi dijangka tinggi.

Sehingga jam 11 pagi tadi peratusan keluar mengundi sebanyak 31.3 peratus atau 6,382 pengundi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, berdasar kepada perkembangan sebelah pagi didapati ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, suasana rancak itu mungkin didorong agak ramai pengundi luar pulang bagi membuang undi.

“Suasana tetap meriah biarpun tanpa kehadiran Umno dan BN. Malah petugas PAS dari seluruh Kelantan tetap bersemangat melaksanakan tugas bagi membantu kempen.

“PAS dari kawasan lain membantu petugas tempatan dari segi kepakaran IT, dan tugas-tugas merayu undi. Bilangan petugas tetap ramai biar pun tanpa kehadiran BN,” katanya.

Beliau juga berharap PAS Chempaka dapat menimba pengalaman PRK tersebut bagi memantapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata seramai 1,020 anggota polis bertugas di sembilan pusat mengundi PRK Chempaka bagi mengawal keselamatan sepanjang proses pengundian.

Kata beliau pihaknya juga menempatkan Skuad Antikesesakan di seluruh Dun Chempaka bagi mengawal lalu lintas untuk memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita dapati lalu lintas di setiap pusat mengundi berjalan lancar dan sehingga kini kita tidak menerima apa-apa laporan provokasi atau kekacauan awam.

"Terdapat sebuah pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Parang Puting berkongsi dua daerah mengundi iaitu Tebing Tinggi dan Telok Kitang menjadikan sebanyak sembilan pusat pengundian," katanya pada sidang media.

Mazlan juga menyifatkan PRK kali ini paling selamat memandangkan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya menerima 40 laporan sepanjang kempen pilihan raya berlangsung termasuk kesalahan pilihan raya memasang logo parti yang tidak bertanding. – HARAKAHDAILY 22/3/2015

Sumber HD - 22-3-2015





















Suasana membuang undi sibuk biarpun tanpa BN

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Calon PAS pada PRK Dun Chempaka, Ustaz Mohd Fathan Mahmood membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa jam 8.20 pagi tadi.

Beliau diiringi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Suasana tempat mengundi agak rancak apabila ramai pengundi sudah berada di kawasan tempat mengundi di 10 lokasi.

Di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa tempat semakan pemilih PAS dikunjungi ramai pengundi awal pagi lagi.

Pengarah Pilihan raya PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata ramai pengundi peti undi Baung keluar sebelah pagi.

Katanya, pengundi mengambil kesempatan keluar mengundi pagi terutamanya yang tinggal di luar kelantan.

"Mereka keluar lebih awal kerana terpaksa bergegas untuk pulang ke tempat kerja di luar Kelantan," katanya.

Sepanjang jalan di kawasan tempat mengundi agak sibuk biar pun Umno tidak menyertai PRK kali ini.

Beliau yang juga bekas Adun Dabong menjangka majoriti diraih calon PAS di peti undi itu lebih besar berbanding pilihan raya umum lepas memandang calon orang tempatan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa berkata dianggar separuh penggundi luar balik menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, ada yang pulang lebih awal memandang cuti persekolahan sekarang.

Seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 memberitahu ramai pemilih di saluran 3 dan 4 di tempat mengundi tersebut.

Katanya, saluran mengundi tersebut pemilih beratur panjang berbeza berbanding saluran lain.

Seorang pengundi Solihin Aziz, 23, yang pertama kali mengundi berkata beliau sampai pagi tadi untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1.

Katanya beliau bekerja di Pelabuhan Klang pulang untuk menunai tanggungjawab sebagai pemilih dan akan ke tempat kerja semula pagi esok untuk meneruskan kerja selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

"Semasa dalam perjalanan malam tadi saya temui ramai juga mereka yang mahu pulang mengundi," katanya. - HARAKAHDAILY 22/3/2015



Sumber  HD - 22-3-2015







Chempaka: SPR harap lebih 70 peratus mengundi esok

BERNAMA | .

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap lebih 70 peratus daripada 20,390 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka esok.
  
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tidak ada sebab untuk tidak keluar mengundi memandangkan keadaan cuaca sekarang adalah baik ditambah dengan jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.
  
"Kami harap keadaan cuaca pada esok adalah baik seperti hari ini, sekali gus akan memberi ruang yang selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir SPR di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
  
Hadir sama Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud.
  
Mohd Hashim berkata seramai 403 petugas yang dilantik SPR telah diberi taklimat tentang persiapan dan semakan keperluan untuk hari pengundian esok.
  
Mengulas peratusan rendah pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Rabu lepas, beliau berkata SPR akan menjalankan kajian menyeluruh dan menambah baik sistem sedia ada jika perlu.
  
"Saya tak boleh nak buat kesimpulan kerana kami masih mengkaji masalah berkenaan. Saya yakin Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) akan buat kenyataan kepada media (berhubung masalah berkenaan) selepas ini.
  
"Sudah pasti kami akan buat pembaharuan dan tambah baik terhadap sistem sedia ada dan jika perlu koordinasi dengan mana-mana pihak, kami akan lakukan," kata Mohd Hashim.
  
Rabu lepas, sejumlah 35.40 peratus atau 530 orang daripada 1,497 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka dan tidak mencapai 70 peratus yang disasarkan SPR.
  
PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
  
Ia menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.
  
PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64. - BERNAMA

Sumber HD - 21-3-2015

PRK Chempaka: 90 peratus responden mahu ulama

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Kepimpinan arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dun Chempaka sejak tujuh penggal lalu ternyata diterima baik penduduk tempatan.

Ini dibuktikan melalui kajian apabila sebanyak 95.3 peratus daripada 645 responden yang ditemui menerima baik kepimpinan Tok Guru.

Kajian pandangan pengundi terhadap PRK Chempaka diadakan seminggu sebelum hari penamaan calon (10 Mac lepas) dikendalikan Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Pasukan penyelidik menemubual 645 responden kalangan pengundi di 10 unit peti undi (UPU) di Dun Chempaka.

Sebanyak 90.9 peratus pengundi Dun Chempaka juga mahu pengganti Tok Guru sebagai Adun Chempaka perlu datang dari luar keluarga bekas Menteri Besar terbabit, namun perlu mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Bekas pensyarah Sains Politik UKM, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata pemilihan Ustaz Ahmad Fathan Mahmood adalah menepati cita rasa responden.

“Rata-rata penduduk cintakan Islam. Mereka menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dan terus istiqamah mempertahankan.

“Ketaqwaan yang mantap membina jati diri mereka. Ini bermakna mereka mempunyai nilai autonomi yang tinggi,” katanya di sini.

Beliau yang juga Penyelaras Unit Penyebaran Legasi Tok Guru PAS Kelantan berkata, kajian juga mendapati sebanyak 99.7 peratus pengundi Dun Chempaka faham hak mereka sebagai pengundi bagi memilih calon yang disukai.

Malah kajian juga menemui 98.1 peratus responden menyatakan mereka tidak takut kepada ugutan dan tekanan semasa kempen pilihan raya.

Mereka menegaskan tidak akan merubah pendirian politik.

Selain itu sebanyak 94.6 peratus pengundi Dun Chempaka memberitahu fenomena imbuhan wang yang ditawarkan semasa kempen tidak dapat merubah pilihan politik responden.

Wan Abdul Rahman juga berkata responden yang ditemui bersetuju pengganti Tok Guru menerajui kerajaan negeri sekarang merupakan kesinambungan kepada kepimpinan Tok Guru selama 23 tahun menerajui Kelantan.

“Seramai 593 responden atau 91.9 peratus bersetuju dengan kenyataan itu. Sebanyak 89.9 peratus responden juga bersetuju kejayaan PAS memerintah Kelantan selama 25 tahun sejak 1990,” ujarnya.

Resipi kejayaan itu disifatkan seramai 94.7 peratus responden kerana kerajaan Kelantan pimpinan PAS menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran. – HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015











Malaysia akan bankrap akibat hutang, 1MDB

| .



PENGKALAN CHEPA: Malaysia akan mengalami ‘bankrap’ akibat urus tadbir ekonomi yang boros di samping hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik negara 1MDB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia ditambah lagi dengan hutang negara yang kini mencecah lebih RM700 billion, membuatkan Malaysia semakin hampir di ambang kebankrapan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah di Pengkalan Nangka, di sini sempena kempen PRK N.06 Dun Chempaka, malam tadi.

Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Menurut Rafizi, rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya berhubung perkara itu bagaimana 1MDB bakal membawa ekonomi Malaysia semakin merudum.

Katanya, apabila negara berhutang dan tidak mampu pula membayar faedah tahunan syarikat atau Negara yang memberi hutang akan masuk ke Malaysia.

“Mereka akan menentukan harta negara mana yang perlu dilelong untuk mendapatkannya melalui syarat-syarat tertentu sebagai membayar balik hutang negara,”ujarnya.

Beliau turut memberi contoh, kreditor akan meminta negara memotong belanjawan tahunan sebanyak 20 peratus atau buang pekerja penjawat awam seramai 200,000 orang.

Sambungnya, kerana itu apabila kerajaan terpalit dengan 1MDB ditambah pula dengan hutang negara yang naik mendadak tahun lalu, masalah kewangan negara kian bertambah parah.

Beliau turut menambah, rakyat langsung tidak diberi pendedahan berkaitan perkara itu, jauh untuk mendapatkan persetujuan sebelum ianya dilaksanakan.

“GST yang akan dilaksanakan April ini akan menghimpitkan ekonomi mereka khususnya yang berpendapatan rendah,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin, 1MDB akan ditutup setelah aliran tunai pelaburannya kosong, bagaimanapun bebannya rakyat yang akan tanggung.

Katanya, Umno dan BN sebenarnya musuh nombor satu pada rakyat Malaysia kerana usaha zalim yang dilaksanakan mereka menyusahkan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi Dun Chempaka supaya mengekalkan kemenangan PAS pada PRK 22 Mac ini.

Menurutnya, jangan sekali leka dengan mendakwa Pakatan Rakyat melalui PAS sudah menang.
“Kita sebenarnya masih berjuang dan bertarung, belum lagi sampai ke garisan penamat,”ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015












Undian awal ditutup, hanya 35.54 peratus

Posted on Wednesday, March 18 @ 20:30:08 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

KOTA BHARU - Pengundian awal PRK Dun Chempaka ditutup jam 5 petang tadi dan sebanyak 530 orang atau 35.40 peratus daripada 1,497 pengundi awal iaitu anggota tentera keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian yang dibuat di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, itu dibuka sejak awal 8 pagi semalam dan daripada jumlah tersebut hanya separuh daripada mereka keluar mengundi kali ini.

Peti undi pertama dibawa keluar pada jam 5.20 petang disusuli peti kedua dan seterusnya tepat jam 5.30 petang dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa oleh pegawai bertugas.

Melalui tinjauan yang dilakukan Sinar Harian juga mendapati proses pembuangan undi berjalan lancar, tenang dan tidak ada sebarang provokasi berlaku walaupun Kelantan kini berdepan keadaan cuaca panas terik.

Daftar pemilih yang digunakan untuk PRK kali ini adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014, yang telah dikemas kini sehingga 12 Februari 2015. 

Daftar pemilih tersebut mengandungi 21,890 pemilih berdaftar yang mana 20,390 adalah pengundi biasa; 1,497 orang pengundi awal dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.

PRK Dun Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon bebas yang mana turut hadir memberi sokongan kepada pengundi awal, semalam.

Pas diwakili Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala  calon bebas ialah bekas calon bebas PRK Dun Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64. - SH 

Sumber TKO - 18-3-2015

PRK Chempaka: Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini

RIZAL TAHIR | .



KOTA BHARU: Ekoran tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka hari bekerja, menyebabkan kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri amat simpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat membuang undi Ahad ini kerana diadakan pada hari bekerja.

“Maka dengan ini saya mengistiharkan 22 Mac ini sebagai hari cuti peristiwa bagi negeri Kelantan Darulnaim.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembuangan undi pada hari tersebut,” katanya pada satu kenyataan petang tadi.

Tahun lepas kerajaan negeri juga mengisytiharkan hari pengundi PRK Dun Pengkalan Kubor sebagai cuti peristiwa kerana diadakan pada hari bekerja.

Ustaz Ahmad juga berharap agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang unsur memanipulasi undi.

Sementara itu dalam perkembangan lain hanya 35.40 peratus atau 350 anggota tentera yang keluar mengundi awal hari ini. Seramai 1,497 orang layak mengundi awal pada PRK Chempaka.

Pagi tadi Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Seri Hashim Abdullah dalam kenyataannya berharap peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal mampu mencecah 70 peratus.

PRK Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik pada 12 Febuari lalu.

Pada pilihan raya itu PAS diwakili Ahmad Fathan Mahmood. Beliau ditentang empat calon Bebas iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary, Sharif Mahmood, Fadzillah Hussin, dan Aslah Mamat. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015
















Salahkah Ku Li bela nasib rakyat?

| .




PENGKALAN CHEPA: PAS menyifatkan wakil rakyat yang keluar dari dewan semasa Ahli Parlimen Guan Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berucap di Dewan Rakyat semalam sebagai tidak beradab.

Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Tengku Razaleigh hanya mencadangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan bebanan ekonomi ditanggung rakyat sekarang.

“Salahkah Ku Li menyatakan perkara benar terutama bagi membela rakyat dan bukannya menekan mereka.

“Mengapa ketika ada pihak muncul bagi membela rakyat ada wakil rakyat dari parti mereka sendiri mengambil sikap keluar dewan?

"Mereka yang keluar itu tidak senang dengan ucapan Ku Li atau ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran parti berkenaan sekarang," katanya ketika ditemui selepas ceramah di Kampung Pauh Badang dekat sini malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Tengku Razaleigh ketika mengambil bahagian membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam menyentuh prestasi ekonomi dan politik negara di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim berkata, pandangan Ku Li ada sebab yang munasabah untuk menangguhkan GST kerana pelbagai bebanan ekonomi ditanggung rakyat sekarang. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015














Ramai bukan Islam kata hudud boleh cegah jenayah

Posted on Wednesday, March 18 @ 11:02:06 MYT

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Sejumlah orang bukan Islam di Kelantan tidak ragu dengan pelaksanaan hudud di negeri itu, walaupun ada tanggapan bahawa masyarakat itu menolak undang-undang jenayah Islam tersebut.

Beberapa penduduk bukan Islam yang ditemui di Kampung Tebing Tinggi, Kampung Sabak dan Kampung Pulau Gajah di Kota Bharu berkata pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu tepat pada masanya dan akan menjadi pengajaran kepada penjenayah supaya "bertaubat".

"Melaksanakan hukum hudud adalah satu perkara yang baik, ia akan mengajar penjenayah menyesali tindakan mereka," kata Chua Guan Hong (kanan), 77, sambil tersenyum.

"Undang-undang (sivil) sekarang biasa sahaja (tidak begitu berkesan)."

Bagi suri rumah Teng Kiok Pin, 43, jika hudud dilaksanakan untuk mencegah jenayah, beliau menyokongnnya.

"Saya tidak ada masalah (hudud dilaksanakan). Jika ia baik untuk orang Melayu, maka orang Cina tidak mempunyai masalah dengan itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada masanya sesuai untuk undang-undang Islam itu dilaksanakan, Teng mengangguk bersetuju, dengan memetik kadar jenayah semasa.

Katanya, dia tidak mendapat penjelasan lanjut mengenai hudud, tetapi mengakui dia jarang berada di rumah dan mungkin terlepas penerangan oleh badan-badan berkaitan.

Kerajaan Kelantan dijadual membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pekerja Kasino di Genting, Peck Kien Shen (atas, kiri) , 25, tidak mempunyai semua butiran mengenainya tetapi menerima pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Saya menerimanya, terutama jika ia boleh mengurangkan kadar jenayah," katanya.

Wanta Naichun (kanan), 52, juga agak samar tentang apa sebenarnya hudud kerana pihak berkuasa tidak menjelaskan kepada beliau tetapi percaya ia adalah untuk kebaikan masyarakat.

Ibu kepada empat orang anak itu, di mana anak ketiganya beragama Islam, berkata beliau juga biasa mendengar ceramah mengenai Islam pada waktu malam.




Sumber TKO - 18-3-2015

Pemimpin cawangan Umno sokong calon PAS

| .



PENGKALAN CHEPA: Lima hari menjelang pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dun Chempaka seorang pemimpin Umno di peringkat cawangan membuat kejutan dengan menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pulau Gajah Abdullah Ahmad, 65 menzahirkan sokongan kepada calon PAS.

Katanya, beliau bersama keluarganya berjanji memberikan sokongan penuh kepada PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka.

“Kalau Barisan Nasional bertanding di PRK ini saya akan meminta orang PAS datang berceramah di kawasan rumah saya,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan calon PAS dan rombongan semalam.

Ustaz Ahmad Fathan Mahmood Fathan, 42 dipilih PAS bagi mempertahankan Dun berkenaan pada PRK Ahad ini. Beliau ditentang empat calon bebas. Umno/BN tidak berminat menyertai pilihan raya tersebut.

Abdullah dilantik sebagai Pengerusi JKKK Mukim Pulau Gajah selama empat tahun. Pelantikan dibuat bekas Ketua Bahagian Datuk Dali Hussin. Beliau menyertai Umno pada 1978.

Mengulas perkembangan itu Ustaz Fathan melahirkan rasa bersyukur kerana kesedaran dan kesungguhan yang ditunjukkan bekas Pengerusi JKKK terbabit.

Katanya, biar pun Umno tidak bertanding pada pilihan raya tersebut sokongan Abdullah memberi semangat baru kepadanya bagi meneruskan kempen. - HARAKAHDAILY 17/3/2015

Sumber HD - 17-3-2015














Dun Chempaka: Tentera dan pasangan mengundi Rabu ini

BERNAMA | .



KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,497 anggota tentera bersama pasangan mereka yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan menunaikan tanggungjawab memilih calon pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, Rabu ini.
  
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mereka akan mengundi di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa, Kota Baharu, mulai 8 pagi hingga pukul 5 petang.
  
"Pada pengundian awal seperti sebelumnya dakwat pilihan raya akan digunakan bagi proses pengundian.
  
"Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR di pusat mengundi yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
  
Daftar pemilih yang digunakan untuk PRK kali ini adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014, yang telah dikemas kini sehingga 12 Feb 2015.
  
Daftar pemilih tersebut mengandungi 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 orang pengundi biasa; 1,497 orang pengundi awal dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.
  
Abdul Ghani berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan.
  
"Pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang dilantik oleh SPR juga dibenar menjadi pemerhati pada proses pengundian awal itu dengan kebenaran daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.
  
Beliau berkata kertas-kertas undi tidak akan dikira di Saluran atau Tempat Mengundi sebaliknya akan disimpan di tempat selamat seperti di dalam lokap polis dan hanya akan dikira pada hari pengundian biasa.
  
Pengiraan kertas undi akan dijalankan secara berkelompok di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi disaksikan ejen calon masing-masing, katanya.
  
PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.
  
PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala empat calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64. - BERNAMA


Sumber HD - 16-3-2015














Selepas PRK Dun Chempaka, Umno lawan PAS

ASLANI M | .



PENGKALAN CHEPA: Biar pun calon bebas mengambil posisi ditinggalkan Umno di Dun Chempaka, namun lawan sebenar PAS selepas pilihan raya kecil nanti ialah Umno dan Barisan Nasional (BN).

Anggota parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau pernah bertembung dengan calon bebas pada pilihan raya umum lepas.

“Calon bebas yang bertanding di Parlimen Pasir Mas ketika itu menggunakan lambang bunga raya. Selepas pilihan raya calon bebas hilang entah ke mana, dan kita hanya berdepan Umno dan BN.

“Sekarang situasi serupa berlaku di Chempaka di mana Umno juga tidak bertanding. Hanya calon bebas yang berdepan dengan PAS sekarang,” katanya pada ceramah di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lepas Nik Abduh berdepan dengan calon bebas, Datuk Ibrahim Ali di parlimen Pasir Mas setelah calon BN Che Johan Che Pa tidak menyerah borang pencalonan.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas dengan majoriti 8,047 undi.

PRK Chempaka pula menyaksikan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berdepan dengan empat calon bebas.

Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Dun berkenaan sejak 1986.

Nik Abduh yang juga anak arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, PAS tetap berdepan dengan Umno sampai bila-bila selagi parti itu meneruskan dasar sekular dan menolak perundangan Islam. – HARAKAHDAILY 15/3/2015

Sumber HD - 15-3-2015














Walau didakwa bermasalah, ramai anak muda sertai PAS

FUAD NURHADI | .



PENGKALAN CHEPA: Ketika ada pihak mendakwa berlaku masalah dalaman PAS, sebaliknya parti itu terus mendapat sambutan apabila semakin ramai golongan muda menyertai parti terbabit.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata keahlian PAS sekarang mencecah 1.3 juta orang di seluruh negara.

“Dalam keadaan orang sibuk kata pada PAS macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang.

“Ini menjadikan keahlian PAS sudah mencecah seramai 1.3 juta orang,” katanya pada ceramah di Unit Peti Undi Chempaka di sini malam tadi.

Menurutnya paling ramai menyertai PAS sejak akhir-akhir ini golongan muda yang berpendidikan tinggi.

"Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS.

"Walaupun kita dikepung dan disekat dengan pelbagai cara oleh Umno namun PAS juga mendapat tempat di hati orang bukan Islam," katanya.

Pilihan raya kecil (PRK) Dun Chempaka diadakan berikutan kematian mantan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Febuari lepas akibat kanser prostat.

PAS diwakili Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dan beliau ditentang empat calon bebas.

Ustaz Abdul Hadi juga berkata pada PRK kali ini orang Umno pun kena undi PAS kerana tiada calon mereka yang bertanding di Chempaka.

"Saya juga mengingatkan pengundi yang tinggal di luar kawasan perlu balik mengundi. Tugas ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah amanah.

“Fadhilatnya sangat besar kepada kerajaan kita yang akan meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

"Rakyat Kelantan seharusnya berbangga kerana diberi rahmat berada di bawah kerajaan negeri yang melaksanakan syariat Islam," katanya.

Malam tadi ceramah juga diadakan di Cabang Tiga Sabak, Kampung Badang dan Taman Seri berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. - HARAKAHDAILY 14/3/2015

Sumber HD - 14-3-2015














PRK Chempaka: MB rayu pengundi luar balik mengundi

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Seramai 1,882 pengundi Dun Chempaka yang bekerja di luar Kelantan diharap pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kepulangan pengundi terbabit penting bagi mempertahankan majoriti diraih arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum lepas.

“Lagi pun tarikh pilihan raya pada 22 Mac ini kebetulan hari Ahad dan hujung cuti sekolah penggal pertama bagi negeri-negeri di pantai barat.

“Di samping pulang untuk bertemu sanak saudara, mereka dapat menunaikan tanggungjawab mengundi,” katanya di sini hari ini.

PAS berusaha mempertahankan Dun Chempaka melalui Ustaz Ahmad Fathan Mahmood. Biar pun BN tidak meletak calon, namun empat calon bebas merebut peluang.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, Ustaz Fathan seorang ulama muda yang boleh menjadi pengganti kepada arwah Tok Guru di Dun Chempaka.

“Calon diketengahkan PAS merupakan ulama muda mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah dan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya juga di bidang syariah.

“Pengundi hendaklah menzahirkan rasa tanggungjawab terhadap usaha memperjuangkan Islam.

Walaupun tidak dicabar BN, namun kita perlu menunjukkan semangat sayangkan Islam dan kerajaan negeri,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau berharap semua pengundi tanpa mengira latar belakang politik, warna kulit dan agama memberi sokongan kepada Ustaz Fathan bagi meneruskan legasi ditinggalkan Tok Guru. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015

Ustaz Fathan guna gaya kempen Tok Guru

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .



KOTA BHARU: Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka Ustaz Ahmad Fathan Mahmood menggunakan pendekatan kempen menerang dan bukan menyerang.

Beliau berkata kaedah itu digunakan bekas Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata berkesan bagi menambat hati penduduk di Chempaka.

“Ini cara dan gaya berkempen diamalkan Tok Guru terutama menekankan konsep penerangan bagi membolehkan pengundi dan anggota masyarakat faham,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah sulung di Medan Ilmu di sini hari ini.

Turut menyampaikan kuliah yang bermula jam 8.30 hinggga 10.30 pagi selebriti dakwah, Ustaz Haslin Bollywood dan Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Azariza Mohd Alawi.

Ustaz Fathan juga berkata, pengundi Dun Chempaka hendaklah keluar beramai-ramai membuang undi pada 22 Mac ini.

Katanya, kesedaran keluar mengundi perlu ditekankan biar pun BN tidak bertanding pada pilihan raya tersebut.

“Begitu juga pengundi yang tinggal di luar Kelantan hendaklah pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai tanda kasih sayang kepada arwah Tok Guru,” ujarnya.

Ustaz Fathan ditentang empat calon Bebas pada pilihan raya terbabit. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015














Pengundi Dun Chempaka wajib keluar mengundi

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


PENGKALAN CHEPA: Bekas pensyarah kanan menegaskan menjadi kewajiban setiap pemilih di Dun Chempaka keluar mengundi pada 22 Mac ini bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) Senator Datuk Dr Johari Mat berkata memberi sokongan kepada perjuangan parti Islam adalah tuntutan agama.

“Lebih-lebih lagi calon yang dipilih ialah yang terbaik dalam kalangan pemimpin untuk menjaga kepentingan masyarakat seluruhnya.

“Sebagai pewaris perjuangan Rasulullah saw, apa lagi sebagai sayap perjuangan yang penting dalam siasah Islam. Golongan ulama wajib menjadi benteng kepada perjuangan Islam,” katanya di sini.

Beliau juga berkata segala lubang-lubang yang tiris perlu ditampal dengan supaya musuh tidak mampu melangkah masuk.

Oleh itu pengundi di Dun Chempaka perlu keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira penyokong Pakatan Rakyat atau parti lain.

Pada pilihan raya umum lepas Tok Guru Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi mengatasi calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak.

Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dipilih mewakili PAS mempertahankan Dun tersebut yang dicabar empat calon Bebas.

Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, menjadi kewajiban pengundi di Chempaka mempertahan benteng gerakan Islam di Dun terbabit.

Katanya, kesinambungan kepimpinan ulama di Dun tersebut akan dipertahankan ulama muda yang sudah dikenali masyarakat di Chempaka.

“Biarpun Umno tidak meletak calon, namun pengundi perlu keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan tidak boleh mengambil sikap mudah.

“Jangan pula tanpa kehadiran Umno ada pengundi tidak mahu keluar mengundi. Apa yang penting majoriti perlu ditambah sebagai tanda kita kasih kepada arwah Tok Guru,” ujarnya.

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi PRK Chempaka menurun iaitu kepada 70 peratus berbanding 85.9 peratus pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata, jangkaan itu kemungkinan berlaku kerana BN tidak bertanding. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015

Buletin Chempaka salur berita semasa

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Tanpa kehadiran Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka, PAS tetap meneruskan kempen dengan mendekati rakyat.

Malah jentera pilihan raya PAS dibantu Pakatan Rakyat menemui setiap pengundi di 10 unit peti undi yang terdapat di Dun berkenaan.

PAS Kelantan juga menerbit risalah khas pilihan raya sebagai sebaran kempen memperkenalkan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Buletin Chempaka edisi pertama menemui pembaca sehari selepas penamaan calon dan kedua diedar hari ini. Risalah empat muka surat warna memaparkan aktiviti bergambar calon dan isu-isu semasa lain.

Ia dicetak sebanyak 5,000 naskah setiap keluaran. Sebanyak lima edisi diterbit menjelang hari pengundian pada 22 Mac ini.

Edisi ketiga akan menemui pembaca pada 16 Mac, keempat (19 Mac) dan terakhir (21 Mac). Risalah itu diterbit Lajnah Penerangan PAS Kelantan.

Selain itu gelanggang ceramah juga digerakkan. Beberapa siri ceramah membabitkan pemimpin utama PAS dan Pakatan Rakyat diadakan.

Malam ini empat lokasi ceramah diadakan iaitu Cabang Tiga Sabak, Taman Seri, Kampung Badang dan berhampiran pejabat Penggawa di Chempaka.

Ceramah terbabit termasuk menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub,

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Nassurudin Daud.

Pada pilihan raya umum lepas Tok Guru Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi mengatasi calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak.

PRK tersebut Ustaz Fathan dicabar empat calon bebas. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015































Ustaz Fathan balik rumah tanya anak solat – isteri

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .


PENGKALAN CHEPA: Setiap kali balik dari kerja perkara pertama yang ditanya Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, adakah anak-anak sudah solat.

Isterinya Azizah Hanim Mohd Daud, 37 berkata situasi itu sudah menjadi lumrah bagi anak-anak yang memahami perilaku ayah mereka.

“Sekiranya ustaz pulang ke rumah ada di antara kami yang masih belum bersolat, dia akan mengeluarkan suara yang agak tinggi sikit.

“Bukan sahaja kepada anak-anak kepada saya sendiri dia tegur kalau belum solat lagi,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baung dekat sini.

Ustaz Fathan membawa cabaran PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) 22 Mac ini. Beliau ditentang empat calon bebas.

PRK itu diadakan berikutan kematian Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat barah prostat pada 12 Febuari lalu. Hari ini genap sebulan jenazah Tok Guru disemadikan di Pulau Melaka.

Azizah berkata, solat begitu ditekan kepada keluarga kerana ibadat yang sempurna menzahirkan sifat ketaqwaan seseorang Muslim.

“Solat seumpama tiang rumah, kalau runtuhnya tiang maka runtuhlah rumah tersebut kerana tiada tempat untuk berpaut,” katanya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan pusat di Bachok.

Menurutnya juga tabiat seperti itu sudah lama menjadi amalan arwah Tok Guru yang mengutamakan solat kalangan anggota keluarga.

Katanya, ada persamaan dengan apa yang diamalkan suaminya terhadap keluarganya.

Hasil perkongsian hidup dengan Ustaz Fathan mereka dikurniakan tujuh cahayamata iaitu dua lelaki dan lima perempuan.

Azizah juga memberitahu beliau terkejut apabila suaminya dicalon mewakili PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka pada PRK tersebut.

“Bagaimanapun saya sedar tanggungjawab itu cukup besar kerana ia membabitkan amanah rakyat.

“Apabila suami memberitahu saya berhubung perkara itu langsung saya tidak menganggap sebagai suatu berita baik kerana kalau tidak dapat menjalankan amanah ia berdosa nanti,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015

Penduduk Chempaka masih terbayang wajah Tok Guru




























MOHD NOR YAHYA | .


PENGKALAN CHEPA: “Kehilangan Tok Guru amat terasa. Saya cukup sedih dan masih terbayang-bayang wajah Tok Guru yang sering berkunjung di kampung ini.

“Saya berharap calon PAS yang menggantikan arwah mengambil pendekatan serupa dengan Tok Guru. Harap-harap Ustaz Fathan datang acap kali menziarahi penduduk di sini,” kata Esah Ibrahim, 62 dari Kampung Rumput Masin Pulau Gajah dekat sini.

Beliau mengakui tidak pernah ketinggalan mengundi semenjak Tok Guru menjadi calon di kawasan tersebut.

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding di parlimen Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa) pada pilihan raya kecil 1967 berikutan kematian Ahmad Prai.

Dan bermula pada pilihan raya umum 1986 Tok Guru bertanding dan menang di Dun Semut Api (Chempaka) sehingga PRU 2013.

Tok Guru meninggal dunia akibat konser prostat pada 12 Febuaru lalu di rumahnya di Pulau Melaka. Sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia hampir sebulan.

Esah berharap kebolehan calon PAS mengajar ilmu agama dapat dimanfaatkan untuk masyarakat di Dun Chempaka.

“Ustaz Fathan berkebolehan menyebar ilmu agama kepada anak mukim di sini di samping menziarahi mereka.

“Kalau Tok Guru sibuk dengan tugas Menteri Besar dan menjaga negeri pun acap datang ke sini, calon PAS kali ni mungkin mempunyai lebih banyak masa bersama rakyat,” katanya.

Bekas Penghulu Mukim Pa’Amat, Yahya Hassan berkata, kematian Tok Guru amat dirasai kerana tiada tokoh yang menyerupai keperibadiannya.

“Bagaimanapun saya amat bersyukur kerana pimpinan PAS memilih calon yang sedikit sebanyak mempunyai aura Tok Guru,” katanya.

Beliau mengenali Tok Guru sejak 1967 ketika berlaku pilihan raya kecil parlimen Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa) di mana ketika itu Tok Guru sebagai calon.

Imam Tua Mukim Tebing Tinggi, Nik Abdullah Raja Ahmad,71, menganggap pemilihan Ustaz Fathan dapat mengubat jiwa penduduk yang sudah sebati dengan Tok Guru. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015

PRK Chempaka: PAS pastikan pengundi keluar mengundi

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan para pengundi di Dun Chempaka mengambil serius untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) 22 Mac ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun Umno tidak meletakkan calon mereka di dalam pilihan raya ini, PAS harus mengambil berat empat lagi saingan mereka daripada calon Bebas.

"Kita tidak mahu bersikap lalai sehingga pengundi malas untuk keluar mengundi atau pengundi luar enggan untuk balik mengundi," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui di Parlimen.

Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu jentera PAS sudah bergerak sebaik sahaja selepas proses penamaan calon berjalan.

Sementara itu, Pengarah Jentera Operasi PRK Dun Chempaka, Datuk Takiyuddin Hassan berkata jentera pilihan raya berjalan lancar dan mendapat komitmen yang baik di kalangan sayap parti iaitu ulamak, pemuda dan muslimat.

"Lepas sahaja penamaan kita sudah gerakan sepenuhnya jentera kita. Malah esok Jumaat kita adakan gerak gempur daripada pemimpin PAS Pusat," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat dijangka akan diadakan di Kota Bharu, Jumaat ini.

Takiyuddin juga menegaskan jentera pilihan raya PAS turut mendapat kerjasama erat daripada rakan Pakatan Rakyat, PKR.

Beliau optimis PAS akan kekal di kerusi penyandangnya Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun berlaku pertandingan lima penjuru.

"Kita jangka menang di Chempaka tetapi mungkin majoriti akan berkurangan kerana faktor tidak ada persaingan sengit daripada Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, ditentang empat calon Bebas pada PRK itu nanti. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015














Calon Bebas mesra Umno - Muslimat PAS

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Muslimat PAS dan wanita Pakatan Rakyat dari seluruh negara disaran membantu calon PAS di Dun Chempaka biar pun BN tidak menyertai pilihan raya berkenaan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, bantuan tenaga kempen dari luar Kelantan perlu digembleng memandangkan calon-calon Bebas dipercayai mesra Umno.

Katanya walaupun Umno dan BN tidak meletakkan calon, namun mereka ada hubungan secara tidak langsung dengan calon bebas.

“Kita jangan lalai dan leka. Jentera kempen mesti berwaspada jangan ingat musuh tidak ada biar pun BN tidak bertanding di Chempaka,” katanya di sini.

Pilihan raya kecil (PRK) Dun Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Febuari lalu akibat kanser prostat.

Pada penamaan calon semalam empat calon bebas berdepan dengan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood. Pada pilihan raya umum lepas Tok Guru Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi.

Ketua Wanita PKR Kelantan, Noraini Husin berkata, Wanita PKR bersedia bersama Muslimat PAS turun padang membantu kempen calon untuk mengekalkan kemenangan Dun Chempaka.

Katanya kemenangan Tok Guru selama tujuh penggal di Chempaka perlu dipertahankan di bawah Ustaz Ahmad Fathan.

Siti Zailah juga berkata, pemilihan Ustaz Fathan sebagai tepat dalam usaha mengekalkan legasi perjuangan Tok Guru.

“Pengalaman politik serta sering turun ke bawah dapat diteruskan Ustaz Fathan di samping untuk membawa suara rakyat ke persidangan Dun,” ujarnya.

Noraini juga berkata Ustaz Fathan dikenalinya kerana sama-sama dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur kerana PAS memilih beliau sebagai calon memandangkan wataknya seorang ulama sebagaimana juga Tok Guru,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015

SPR puas hati penamaan calon PRK Chempaka lancar

MOHD NOR YAHYA & FAUD NURHADI | .



Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melahirkan rasa puas hati terhadap perjalanan proses penamaan calon PRK Dun Chempaka yang diadakan di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihanraya Ibrahim Bakri Mat Deris berkata seramai 404 petugas dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

Katanya, Dun Chempaka terdapat 10 pusat mengundi dengan lebih 22,000 pengundi yang berdaftar.

"Alhamdulillah suasana aman dan terkawal," kata beliau ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon tersebut.

PRK Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Febuari lalu akibat kanser prostat.

Pilihan raya tersebut menyaksikan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood ditentang empat calon Bebas.

Ibrahim juga berkata, semua pengundi hendaklah keluar mengundi pada 22 Mac ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Beliau juga berharap semua pihak yang terbabit dengan pilihan raya tersebut dapat mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pilihanraya 1954 dan 1981.

"Insya Allah petang ini akan diadakan satu mesyuarat di antara kesemua calon atau wakil untuk mendedahkan perkara-perkara yang boleh dan dilarang semasa kempen," katanya. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Sumber HD - 10-3-2015














PRK Dun Chempaka: PAS ditentang 4 calon Bebas

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

Pegawai Pengurus PRK Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di dewan Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa sebentar tadi.

Calon PAS, Ustaz Fathan Mahmood berhadapan dengan empat calon Bebas iaitu Izzat Bukhari Ismail Bukhari, Fadzillah Husin, Aslah Mamat dan Sharif Mahmood.

Empat calon Bebas itu menggunakan lambang kunci, pen, buku dan gajah.

Hari mengundi ditetapkan pada 22 Mac sementara pemilihan awal 18 Mac.

PRK Dun Chempaka diadakan berikutan kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku penyandang pada 12 Februari lalu.

Pada PRU13 lalu, Tuan Guru memenangi kerusi Dun Chempaka menewaskan calon BN dengan majoriti 6,500 undi.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS yang diiringi kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bermula dari Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sehingga ke MRSM Pengkalan Chepa, sejauh kira-kira 1.6 km.

Sebelum itu, solat dihajat diadakan di madrasah Putik yang diimamkan oleh adik Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Nik Razi Nik Mat. - HARAKAHDAILY 10/3/2015



Sumber HD - 10-3-2015

PRK Dun Chempaka: 4 calon Bebas serah borang

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .



KOTA BHARU: Selepas pusat penamaan calon bagi Pilhan raya Keil (PRK) Dun Chempaka dibuka pada jam 9.00 pagi ini, lima borang diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon PAS, Ustaz Fathan Mamood menyerah borang paling awal diikuti empat lagi calon Bebas.

Calon Bebas yang menyerahkan borang ialah Sharif Mahmood yang difahamkan mewakili Perkasa, Fadzillah Husin (NGO Kelab Bumi Rahmat Kelantan), Aslah Mamat (peniaga) dan Izzat Bukhari.

Izzat sebelum ini pernah menyertai PRK Dun Pengkalan Kubor akhir tahun lepas juga sebagai calon Bebas.

Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin bertindak sebagai pencadang kepada calon PAS, manakala peguam Nik Baharom Nik Abdullah bertindak sebagai penyokong.

Pegawai Pengurus Pilihan raya Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan pusat penamaan calon dibuka pada jam 9.00 pagi tadi.

Perarakan calon PAS diiringi kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bermula di Putik sehingga ke MRSM Pengkalan Chepa. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Sumber HD - 10-3-2015














PRK Chempaka: Solat hajat sebelum perarakan calon PAS

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .
 





KOTA BHARU: Perarakan calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chepaka dimulakan dengan solat hajat di Madrasah Putik yang diimamkan Ustaz Nik Razi Nik Mat yang turut disertai Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib-naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Kadir Ab Aziz.

Orang ramai dalam kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berhimpun di Putik sejak jam 7.00 pagi.

Perarakan bermula di Putik sejauh kira-kira 1.6 km ke pusat penamaan calon di Dewan Maktab
Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.

Suasana agak tenang kerana hari ini merupakan hari bekerja di Kelantan.

Sebelum perarakan calon PAS bermula, bacaan doa diketuai Tuan Ibrahim.

PRK Dun Chempaka diadakan berikutan kematian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

SPR menetapkan penamaan calon pada hari ini dan jika ada pertandingan, hari mengundi berlangsung 22 Mac.

Pada PRU13 lalu, Tuan Guru mengalahkan calon BN dengan majoriti 6,500 undi. - HARAKAHDAILY 10/3/2015


Sumber HD - 10-3-2015

Gerak kerja kempen tetap sama walau tanpa BN

ASLANI M Foto RIZAL TAHIR | .




KOTA BHARU: Biar pun Barisan Nasional (BN) enggan menyertai pilihan raya kecil (PRK) Dun Chempaka namun ia bukan kerja mudah bagi mengekalkan majoriti dipertahan sejak tujuh penggal lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Tok Guru mempertahankan Dun berkenaan sejak pilihan raya umum 1986, ketika itu dikenali sebagai Semut Api. Pada masa itu bekas Menteri Besar terbabit berada di barisan pembangkang.

Calon PAS PRK berkenaan, Ahmad Fathan Mahmood mengakui bukan kerja mudah bagi mengekalkan majoriti besar yang dipertahan Tuan Guru.

“Biar pun BN sejak awal lagi mengumumkan tidak menyertai pilihan raya berkenaan, namun jentera PAS perlu bekerja keras.

“Sama juga seperti kita naik bas untuk ke Kuala Lumpur, kalau penumpang tiga orang pun bas tetap berjalan menuju ke destinasinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baung di sini, hari ini.

Rumahnya terletak bersebelahan Masjid al-Karomah, tempatnya menjadi imam sebelum ini.

Kedudukannya kira-kira 50 meter dari jalan Kota Bharu-Pengkalan Chepa.

Malam tadi Ahmad Fathan diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun berkenaan pada pilihan raya kecil 22 Mac ini.

Penamaan calon akan diadakan esok bertempat di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.

Perarakan calon PAS dijangka bermula di Putik.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian Tok Guru akibat kanser prostat pada 12 Febuari lalu.

Sebelum ini Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa BN tidak akan bertanding pada PRK Dun Chempaka bagi memberi keutamaan urusan bantuan pasca banjir.

“Keputusan diambil selepas mendapat penjelasan daripada Umno Bahagian itu,” kata Perdana Menteri.

Ahmad Fathan berkata, jentera PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengambil ringan bagi mempertahankan Dun Chempaka kerana sebelum ini diwakili seorang negarawan.

Menurutnya biar pun calon Bebas yang dijangka menyertai pilihan raya berkenaan namun gerak kerja PRK tersebut tetap sama.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pengkalan Chepa berkata, kesungguhan kempen diteruskan biar pun tanpa kehadiran BN dan hendaklah dianggap sama seperti PRK lain.

Pada ceramah pengumuman calon malam tadi, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS kawasan dari seluruh negara memberi komitmen positif untuk datang membantu kempen di Chempaka.

“PAS Pusat sudah mengarahkan mereka datang membantu kempen bagi mempertahankan Dun Chempaka,” katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, parti itu akan memastikan Chempaka terus dipertahankan di bawah Pakatan Rakyat. – HARAKAHDAILY 9/3/2015

Sumber HD - 9-3-2015














PAS keluar PR, bersama Umno sumber dari mana?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



KALAU kita sokong kenyataan Presiden dan Majlis Syura, maka kita mestilah memperkukuhkan PR, kerana salah satu dari kenyataan mereka semua ialah PAS akan tetap bersama PR. Maka tidak timbul soal keluar dari PR.

Demikian juga seandainya tahaluf kita bercanggah dengan syarak, tentulah Majlis Syura tidak akan membuat kenyataan untuk tetap bersama PR. Musuh politik kita sangat inginkan kita berpecah. Kita akui ada masalah dalam muafakat kita, namun permasalahan tersebut lebih bersifat isu bukan prinsip yang dilanggar oleh parti. Isu adalah subjektif kerana ia akan muncul di sepanjang zaman permuafakatan kita.

Di sinilah kebijaksanaan kita mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Dalam politik, isu akan sentiasa ada, kerana ia adalah makanan bagi politik. Tanpa isu politik akan mati.

Apa yang perlu disedari dalam zaman media terbuka ini, bukan semua penulisan dan pandangan perlu dibahas. Sebagai contoh untuk keluar dari muafakat PR, ia bukan boleh dilakukan dengan kenyataan satu dua pimpinan atau ahli, ia mesti dibahas dan diterima oleh muktamar.

Demikian juga ada yang menuduh PAS akan bersama dengan Umno walau berpuluh kali ditegaskan dan dinafikan oleh pimpinan, masih ada yang percaya sedangkan semua dasar utama dan perkara besar mesti dibahas dan diterima dalam muktamar.

Kita perlu fahami ada media dan blogger hidup dengan melaga-lagakan pimpinan, mensensasikan keadaan serta manipulasi sesuatu isu. Blogger dan penulis upahan inilah yang mewujudkan pelbagai kegawatan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat. Di sinilah keperluan ahli merujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber utama, manakala penulisan lain tidak boleh dijadikan pegangan.

Malangnya ada dalam kalangan kita merasai ia sama sahaja dari mana sumber kita ambil, lebih malang apabila kita mengambil dari sumber musuh. Kalau rakyat Israel lebih percaya kata-kata pimpinan Hamas dari kenyataan pemimpin mereka, maka kita mesti yakin kepada kepimpinan presiden kita.

Tentulah aneh kalau ahli parti lebih sayang presiden lain daripada presiden sendiri, atau lebih tertarik kepada dasar parti lain dari parti sendiri. Kalau terjadi begitu mungkin dia tersilap parti atau tidak hadir program tarbiyah parti.

Kita memilih PAS kerana dasar dan tujuan perjuangannya. Inilah yang membezakan PAS dengan parti yang lain. Parti ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di sepanjang laluannya. Terlalu banyak darah, airmata, keringat yang tumpah. Terlalu banyak penderitaan ahli ditekan, ditindas semata-mata kerana menyokong PAS. Jangan ada yang mengkhianati perjuangan ini.

Kita yakin Allah akan memelihara pimpinan dan ahli yang ikhlas dalam perjuangan ini. Musuh akan berusaha menghancurkan parti ini seawal penubuhannya, dan kita yakin ianya akan berterusan sehingga hari kiamat kerana itu adalah Sunnatullah.

Maka peliharalah hati dari buruk sangka, hasad dengki, khianat dan pelbagai penyakit lain dengan memelihara amalan peribadi. Jagalah solat-solat sunat, mathurat, bacaan al-Quran, ambillah bahagian dalam apa jua kerja jamaah walau sekadar menyusun kerusi. Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinan pun ia tetap tidak berpuas hati, kerana yang rosak adalah dirinya bukan jamaah atau kepimpinannya. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS.

Sumber HD - 9-3-2015

Ahmad Fathan calon PAS PRK Dun Chempaka

ASLANI M | .



KOTA BAHRU: Bekas Timbalan Pengetua Institut Dakwah Islamiah Perkim (Idip), Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, mewaliki PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka.

Calon PAS Dun Chempaka itu diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah di pekarangan Pusat Tarbiyah Kelantan (Putik) malam ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir dan Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan, Datuk Takiyudin Hassan.

Farhan yang juga bekas imam Masjid Kampung Baung adalah lulusan Sarjana Syariah di Universiti Malaya akan meneruskan legasi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga adalah Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa menjadi pilihan peringkat akar umbi PAS Dun Chempaka sebelum diperkenankan peringkat PAS Kelantan dan PAS Pusat.

Ustaz Fathan mendapat pendidikan menengah di Maahad Muhammadi dan pernah belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang syariah. - HARAKAHDAILY 8/3/2015

Sumber HD - 8-3-2015


CHEMPAKA : 3 NAMA DICALONKAN BUKAN ANAK TOK GURU - TIMBALAN MB



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34165-chempaka-3-nama-dicalonkan-bukan-anak-tok-guru

Sumber HD - 4-3-2015














Hormat Tok Guru: PAS terima baik BN tak bertanding tetapi...

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik keputusan Umno BN untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka kerana menghormati Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta mahu menumpukan kerja-kerja pemulihan banjir di Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Umno hendaklah memastikan bahawa tidak ada calon Bebas dari kalangan Umno yang akan bertanding pada PRK kerusi itu.

"Kalau kerana sebab yang dinyatakan...hormat kepada Tuan Guru Nik Aziz, kita terima baik langkah ini.

"Tetapi, mesti memastikan tidak ada calon Bebas di kalangan Umno," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang tidak akan meletakkan calonnya kerana mahu menumpukan kepada pemulihan mangsa banjir di negeri itu.

Najib berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan Umno Kelantan dan bahagian Pengkalan Chepa sebelum membuat keputusan berkenaan.

SPR menetapkan penamaan calon bagi PRK Dun Chempaka pada 10 Mac dan hari mengundi 22 Mac ini.

Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan kematian Tuan Guru selaku penyandang akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Pada PRU13, Tuan Guru juga Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 6,500 undi. - HARAKAHDAILY 26/2/2015


Sumber HD - 26-2-2015


"TAK DOK SEBAB DEMO NAK LAWAN KAWE" JADI KENYATAAN - DHM


AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34058-tak-dok-sebab-demo-nak-lawan-kawe-jadi-kenyataan

Sumber HD - 26-2-2015


BN TIDAK BERTANDING PRK DUN CHEMPAKA - PENGERUSI BN


YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK - PM / PENGERUSI BN

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34057-bn-tidak-bertanding-prk-dun-chempaka

Sumber HD - 26-2-2015


CALON DUN CHEMPAKA DITENTUKAN AKAR UMBI - MB


AL MARHUM DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34041-calon-dun-chempaka-ditentukan-akar-umbi

Sumber HD - 25-2-2015


PRK CHEMPAKA PELABURAN UMNO PECAHKAN PR - KPPM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33956-prk-chempaka-pelaburan-umno-pecahkan-pr

Sumber HD -  20-2-2015


KASIHKAN TOK GURU PEMUDA IKRAR PERTAHAN DUN CHEMPAKA - PENGARAH PRAYA PEMUDA PERAK


MOHD FAKHRULRAZI MOKHTAR - PENGARAH PRAYA PEMUDA PAS PERAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33948-kasihkan-tok-guru-pemuda-ikrar-pertahan-dun-chempaka

Sumber HD - 19-2-2015


PAS ADA RAMAI CALON PERTAHAN DUN CHEMPAKA - TMB KELANTAN


YB DATO' NIK MOHD AMAR NIK ABDULLAH - TIMBALAN MENTERI BESAR / TIMBALAN PJ KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33942-pas-ada-ramai-calon-pertahan-dun-chempaka

Sumber HD - 18-2-2015

PRK CHEMPAKA MENGUNDI 22 MAC PENAMAAN CALON 10 MAC - SPR


TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF - PENGERUSI SPR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33931-prk-chempaka-mengundi-22-mac-penamaan-calon-10-mac

Sumber HD - 18-2-2015

Pilihan Raya Kecil Tidak menyertai PRK Cempaka tindakan bijak, tapi ada pihak yang tidak menggemar

Posted on Tuesday, February 17 @ 12:26:57 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias
Jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Cempaka, ia bermakna akan memberikan kemenangan percuma kepada PAS dan ini merupakan satu tindakan politik yang sangat bijak dan perlu mendapat sokongan bukan sahaja dari PAS tetapi juga dari ahli-ahli dan pemimpin UMNO juga.
Blog ini sependapat dengan pandangan peribadi Mustapha Mohamad serta pandangan Khairy Jamaludin supaya lebih elok BN atau UMNO tidak turut serta dalam pilihanraya kecil itu.


Mereka berpendapat agar UMNO serta BN dan kerajaan pusat menumpukan usaha memberikan tumpuan kepada pembangunan kembali Kelantan setelah menimpa kerugian dan kerosakan besar dalam banjir besar baru-baru ini.
Sebagai sebuah parti, UMNO akan nampak sebagai sebuah parti yang matang kerana bertindak mendahulukan kepentingan ramai dari memenangi kerusi Cempaka yang tidak menambahkan kekuatan UMNO jika memenangi kerusi Cempaka sekali pun. Ada pihak yang tidak gemar dengan tindakan UMNO memilih untuk tidak turut serta dalam PRK ini terutamanya dari pembangkang tetapi UMNO tidak perlu terpengaruh dengan kritikan pembangkang dan pemimpinnya itu. Sebagai parti pembangkang tentulah tindakan UMNO itu akan menyakitkan mereka kerana mereka walaupun penarikan diri  UMNO dalam PRK itu bermakna memberikan kemenangan percuma kepada mereka.

DAP menganggap ini adalah satu plot BN untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Apa pun tuduhan DAP UMNO wajar bertindak mengikut ‘reality’ dan hakikat politik yang menyertai PRK itu akan hanya merosakkan usaha rakyat untuk bersatu. UMNO tidak perlu bermain mengikut kehendak pembangkang. UMNO dan kerajaan pusat wajar memberikan tumpuan terhadap membangunkan semula Kelantan setelah mengalami kerosakan besar kerana banjir yang teruk Januari lalu.

Tindakan ini akan memberikan persepsi yang UMNO bertindak mendahulukan rakyat dari pilihanraya kecil yang hanya membawa belah kepada masyarakat tempat di Kelantan. DAP sememangnya tidak gemar jika UMNO tidak turut serta kerana adalah hakikat yang nyata DAP atau PKR hanya boleh ‘survive’ dengan perpecahan rakyat. DAP tidak juga boleh di salahkan kerana mereka mahukan perpecahan di Kelantan untuk mengekalkan momentum mereka dalam penentangan mereka terhadap Putrajaya. DAP adalah parti politik dan selama ini mereka mendapat sokongan dari perpecahan rakyat yang nyata akibat kelemahan pimpinan BN khususnya UMNO. DAP tidak akan hidup jika tidak ada isu tempatan yang besar.

Rakyat Kelantan khususnya di Cempaka perlu mengutamakan kesejahteraan tempatan kerana akibat banjir besar baru-baru ini, usaha bersepadu adalah sangat diperlukan untuk membangunkan kembali dan memperbaiki semula apa yang telah rosak akibat banjir itu. DAP juga yang mengkritik kerajaan negeri Kelantan yang tidak berapa betul dalam pengendalian isu banjir ini semasa banjir mula surut dahulu. Pedulikan pandangan pihak yang ingin melihat perpecahan di Kelantan.

Yang penting mereka perlukan kerjasama yang rapat bagi keutuhan Kelantan sendiri tanpa berpaut kepada kepentingan kepartian dan kelompok. Dalam keadaan susah di Kelantan tidak akan ada sesiapa yang berterusan memberikan bantuan kepada mereka. Mereka wajar menghadapi masalah itu sendirian dan berkerjasama tidak kira mereka ahli parti-parti mana. Mereka tidak boleh mendengar kritikan pemimpin-pemimpin parti yang hanya timbul sehari dua semasa banjir itu dan membenarkan mereka untuk menentukan nasib rakyat Kelantan.

Jika benar UMNO tidak meletakkan calon dalam PRK Cempaka, ia akan dianggap sebagai permulaan dalam usaha perpaduan setidak-tidaknya di peringkat Negeri Kelantan dan ianya tentunya akan menjadi tauladan bagi mereka di negeri lain. Tetapi tentulah ada pihak yang tidak senang dengan usaha ini dan rakyat Kelantan tidak perlu ambil pusing dengan keresahan pihak yang kita maksudkan itu.

Yang penting, rakyat Kelantan tanpa mengira kepentingan kepartian tidak perlu menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak lain yang luar dari Kelantan itu. Jika ada permulaaan untuk bersatu di antara pihak-pihak yang berbeza fahaman politiknya di Kelantan buat kali ini, maka ia boleh dilihat sebagai permulaan untuk penyatuan rakyat yang sama bangsa dan agamanya sebelum kita melihat penyatuan di antara semua kaum di negara ini.

Kita telah melalui berbagai-bagai kejadian yang agak buruk, tetapi untuk mendapat kebaikan melalui segala keburukan dan ketidak tentuan itu adalah fenomena biasa. Jika ini permulaan untuk rakyat bersatu tanpa mengira kepentingan parti masing-masing maka kita terima dengan senang hati, walaupun ada pihak yang tidak menggemari keadaan ini berlaku. Kumpulan yang tidak menggemari tindakan UMNO itu adalah mereka yang suka memasang lukah ditempat yang sempit dan mengail di air yang keruh sahaja.

Mengeluh mereka jika tidak berjaya memecah belahkan rakyat Kelantan kerana ia membawa kepayahan bagi mereka untuk mencapai cita-cita mereka untuk berpolitiking semata-mata.-http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber DD - 17-2-2015