BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, May 30, 2017

NGO-NGO - CAP/ SAM/AWER DLL (JILID 2)


 Cabul Bahasa Kebangsaan, NGO Johor Desak MBIP Lucut Jawatan Ahli Majlis

LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

JOHOR BAHRU – Sekumpulan 30 orang yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor hari ini menyerahkan memorandum bagi mendesak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melucutkan jawatan Ahli Majlis, Chan Wei Khjan serta-merta.

Wakil NGO berkenaan, Pandak Ahmad berkata, desakan itu dibuat setelah ahli majlis berkenaan gagal untuk menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya dalam urusan rasmi bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog.

Ujarnya, tindakan ahli majlis berkenaan seolah-olah tidak menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi.

“Kekesalan ini adalah berlandaskan kepada sikap tidak mengutamakan penggunaan bahasa rasmi yang tidak sepatutnya berlaku oleh wakil wakil rasmi sebuah institusi kerajaan apatah lagi berlatar belakangkan lambang rasmi kerajaan.

“Atas asas yang sama, alasan penggunaan bahasa lain selain bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan semata-mata menyokong pemahaman rakyat pelbagai kaum adalah tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita.

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Bandar Iskandar Puteri, Adib Azhari Daud.

Antara NGO yang hadir termasuklah Belia 4B Iskandar Puteri, Pertubuhan Warisan Melayu Iskandar Puteri, Dewan Muda Johor, Persatuan Veteran UMNO, Aktivis Sosial Anak Muda Johor dan Komuniti Anak Muda Johor.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan Wei Khjan yang menggunakan bahasa Mandarin dalam urusan surat-menyurat rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam satu entri yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun PBT di Johor seharusnya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Titahnya, semua pihak harus menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang digunapakai sejak dahulu di Johor.

“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” titah baginda. -SuaraTv

Sumber MR - 26-9-2018 


P Pinang digesa serius tangani najis 

khinzir



SAHABAT Alam Malaysia (SAM) 
menggesa pihak Kerajaan Negeri Pulau 
Pinang supaya benar-benar serius dengan 
tindakan tegas terhadap dua ladang 
khinzir yang beroperasi di Gertak 
Sanggul di sebelah 
barat daya pulau yang didakwa 
melepaskan sisa kumbahan tidak terawat ke dalam laut. Tindakan segera 
diperlukan agar penduduk, nelayan dan orang awam yang sering berkunjung ke kawasan
 tersebut yakin dengan apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan negeri untuk menangani 
masalah yang telah sekian lama berlaku ini.

SAM telah beberapa kali mengemukakan aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan 
seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), 
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan 
Perkhidmatan Veterinar (JPV) namun perkara ini masih tetap berlaku seolah 
pihak-pihak yang berkenaan tidak mengambil serius untuk menyelesaikan segala 
permasalahan ini.

Mesyuarat dan lawatan lapangan juga telah diadakan sebelum ini malah jaminan yang 
diberikan oleh beberapa agensi-agensi yang terlibat untuk menangani isu 
pencemaran ini seumpama kata-kata manis tapi tiada tindakan yang berkesan diambil. 
Perkara ini amat mengecewakan dan membimbangkan.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas 
Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Dr. Afif Bahardin melalui portal Free 
Malaysia Today (FMT) yang bertarikh 17 September 2018 menyatakan bahawa 
kumbahan tak terawat itu bukan sahaja memberi kesan ke atas penduduk yang tinggal 
sepanjang pantai dengan bau busuk tetapi juga menggugat tangkapan nelayan di situ. 
Malah katanya lagi, beliau kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab 
sesetengah penternak khinzir yang gagal menyelia ladang mereka dengan baik dan 
kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan bertindak tegas terhadap penternak khinzir yang tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Artikel tersebut juga menyatakan selama berdekad-dekad ladang khinzir di Gertak 
Sanggul dan banyak tempat di Seberang Perai memberi kesan buruk ke atas alam 

sekitar. Seharusnya pihak-pihak yang bertanggungjawab mengakui kebenaran tersebut 
bahawa kebanyakan sisa-sisa buangan dan kumbahan yang terhasil dari ladang ternakan 
khinzir yang dilepaskan ke parit, sungai atau laut adalah tidak dirawat 100%.

Apabila sistem rawatan kumbahan tidak digunakan, masalah seumpama ini akan 
timbul dan menyebabkan rasa kurang senang penduduk dan nelayan yang berhadapan 
dengan bau yang busuk selain menyebabkan pencemaran di sekitar kawasan berhampiran.

Selain itu, akhbar The Star turut melaporkan pencemaran dari ladang khinzir telah 
mencemarkan kawasan pantai di Gertak Sanggul dan ahli biologi marin memberi amaran 
bahawa sejenis bakteria boleh menjangkiti makanan laut di Gertak Sanggul dengan 
pathogen berbahaya yang berkemungkinan dari penularan bakteria salmonlella, E-Coli 
serta virus Hepatitis A.

SAM menggesa semua pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan mengenakan 
hukuman yang lebih berat ke atas pengusaha ternakan khinzir yang mencemarkan 
kawasan pesisir pantai di Gertak Sanggul ini. SAM percaya jika masalah ini dibiarkan 
ia bukan 
saja 
boleh mengancam alam sekitar dengan lebih serius lagi pada masa akan datang malah 
kesihatan penduduk dan sumber pendapatan nelayan yang bergantung hidup 

kepada hasil tangkapan ikan juga akan turut terjejas.

Justeru SAM berharap apa yang telah diperkatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa 
Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Pulau 
Pinang Dr. Afif Bahardin pada kali ini menjadi bukti kepada penduduk tempatan bahawa 
pihak beliau benar-benar serius untuk tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas 
terhadap penternak khinzir yang tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.
S M Mohamed Idris
Presiden Sahabat Alam Malaysia - HARAKAHDAILY 19/9/2018

Sumber HD - 19-9-22018

Hadkan penjualan alkohol








BERIKUTAN 51 kes keracunan metanol 
di Kuala Lumpur dan Selangor 
(sehingga 19 September 2018) di mana 19 
kematian dan 14 yang lain dalam keadaan 
kritikal, Persatuan Pengguna Pulau 
Pinang (CAP) tidak terkejut sama sekali. Bagaimana alkohol yang dicampurkan ini 
berakhir di pasaran? Ini kerana kami 
telah lama menggesa pihak berkuasa sejak empat dekad yang lalu supaya mengambil 
pendirian tegas untuk mengawal penjualan alkohol tetapi gesaan itu berlalu begitu 
sahaja dan mengalami kejutan apabila insiden ini berlaku. Sudah menjadi 
pengetahuan umum bahawa sesetengah kedai menjual arak seludup.

Kejadian keracunan metanol ini bukanlah pertama kali berlaku dan bukanlah yang 
terakhir kerana ia pernah berlaku pada 1977 (18 kematian), 1979 (21 kematian), 
dan 1981 (32 kematian). Sebab kepada kejadian ini ialah samsu, bir, atau arak 
murah tetapi dicampurkan dengan metanol beracun (dijual secara komersial sebagai 
methylated spirit).

Pada 2005, rakyat Thailand keluar beramai-ramai ke jalan raya di Bangkok, 
Thailand untuk membantah terhadap permohonan bagi penyenaraian di pasaran 
saham oleh syarikat pembuat bir terbesar Thailand. Mereka berjaya menolak 

permohohan itu.

Ini adalah hasil rakyat Thailand yang melihat keluarga yang berpecah-belah, 
kemerosotan pelajar, bilangan kemalangan yang berkait dengan memandu dalam 
keadaan mabuk, pergaduhan yang berlaku selepas mengambil alkohol.

Hampir 20 peratus (13 juta) rakyat Thailand menandatangani petisyen menyokong 
Akta Kawalan Minuman Alkohol Thailand apabila ia pertama kali dicadangkan. 
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Thailand di atas pendirian 
mereka yang menentang kerana mahukan sebuah masyarakat yang sihat serta 
bebas daripada alkohol dan menggunakan wang mereka untuk makanan dan 
keperluan lain bagi keluarga mereka.

Seperti rakyat Thailand, rakyat Malaysia juga seharusnya mengambil berat mengenai 
isu yang melibatkan mereka dan bukannya mengambil sikap ‘tidak apa’. Kami juga 
ingin merayu kepada pembuat dasar supaya menggubal atau meminda undang-undang 
yang lebih ketat dan tegas bagi mengawal penjualan alkohol memandangkan sekarang 
kita boleh melihat kedai alkohol semakin banyak dibuka dan beroperasi dengan 
kawalan yang sedikit oleh pihak berkuasa.

Kami menggesa supaya mengehadkan alkohol berdasarkan enam perkara berikut:

1. Alkohol mendedahkan risiko kesihatan.
2. Masalah sosial akibat daripada kemabukan alkohol;
3. Kemalangan jalan raya berkaitan dengan pengambilan alkohol;
4. Perbelanjaan yang tidak sepatutnya ke atas pengambilan alkohol yang boleh 
digunakan untuk perbelanjaan keluarga;
5. Keganasan rumahtangga berkaitan alkohol; dan
6. Mencegah keracunan metanol memandangkan ia boleh menyebabkan kematian.

Bahaya alkohol yang dibawa kepada masyarakat menuntut perhatian kita. Walaupun 
kerajaan menaikkan had usia minimum yang dibenarkan bagi pengambilan alkohol 
daripada 18 kepada 21 tahun pada 1 Disember 2017, ia tidak menangani masalah yang 
berkaitan dengannya. Contoh yang jelas ialah adalah sukar untuk memantau jika 
kedai runcit yang menjual alkohol mematuhinya untuk membuat pengesahan usia 
pembeli muda yang mencurigakan.

Adalah dianggarkan bahawa pada 2016, terdapat 2 bilion orang di seluruh dunia yang 
mengambil alkohol dan 2.8 juta orang mati disebabkan berkaitan alkohol.

Perangkaan Malaysia menunjukkan pengambilan alkohol per kapita (liter 
setahun) amat membimbangkan. Ia semakin meningkat daripada 0.8 liter setahun pada 
2005; 1.2 liter pada 2010; kepada 1.7 liter pada 2015. Pada 2011, Kuala Lumpur 
mempunyai bilangan tertinggi peminum semasa dengan kira-kira 154,200 (19.3 peratus) 
daripada penduduk; Sarawak, 440,000 (17.8 peratus); Sabah/Labuan, 526,440 (16.4 
peratus); dan Pulau Pinang, 221,520 (14.2 peratus).

Tambahan pula, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 (3.0 peratus) 
dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar (284,160 daripada penduduk) 
cenderung untuk membelanjakan lebih banyak daripada pendapatan mereka 
ke atas alkohol berbanding penduduk umum bandar (681,790 penduduk) pada 2016. 
Daripada penduduk umum bandar yang mengambil alkohol, kumpulan usia termuda 
yang dikesan ialah antara 13 dan 14 tahun.

Ia adalah satu perkembangan yang amat membimbangkan disebabkan 
mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 yang merupakan dari kategori 
B40. Tabiat merokok dan/atau minum mereka akan menjejaskan perbelanjaan 
mereka ke atas makanan dan keperluan lain bagi keluarga. Menurut laporan 
2016, rakyat Malaysia membelanjakan lebih daripada RM2 bilion ke atas alkohol '
setiap tahun, menjadikan kita pengguna terbesar ke-10 di dunia.

Pengambilan alkohol juga menyebabkan tidak kurang daripada berbelas penyakit 
seperti anemia, penyakit kardiovaskular, sirosis, dementia, gout dan juga 
peningkatan risiko kanser. Pada 2012, ia menyumbang kepada 30.8 peratus sirosis 
hati dalam kalangan lelaki dan 28.6 peratus dalam kalangan wanita; dan Majlis 
Keselamatan Jalan Raya menganggarkan memandu ketika mabuk menyebabkan 
30 peratus daripada kemalangan jalan raya di seluruh negara dengan 38 peratus 
mengakibatkan kematian.

Kajian juga menunjukkan ketidakhadiran di tempat kerja berkaitan dengan 
pengambilan alkohol ialah 16 kali lebih tinggi berbanding bagi alasan lain.

Sehubungan itu, kami mencadangkan:
• Kedai alkohol seharusnya tidak dibenarkan dalam lingkungan 500 meter 
daripada sebarang kawasan perumahan, hospital, institusi agama dan pendidikan.
• Alkohol juga seharusnya tidak dijual di Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), 
kedai runcit yang memberikan perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia sejak 1
983.
• Waktu operasi kedai yang menghidangkan alkohol mestilah dihadkan contohnya 
dari jam 1 petang hingga 9 malam, dan perabot seperti meja dan kerusi tidak 
ditempatkan di luar kedai (termasuk kaki lima jalan).
• Memperkenalkan hukuman penjara mandatori bagi mereka yang menjual alkohol 
campuran atau yang diseludup yang mana dutinya tidak dibayar.
• Mengenakan ‘cukai dosa’ (sin tax) ke atas alkohol (sama seperti yang dikenakan 
kepada rokok) dan digunakan untuk tujuan promosi kesihatan oleh Lembaga Promosi 
Kesihatan Malaysia (MHPB).
• Melarang penjualan alkohol dan rokok bebas cukai, malah di lapangan terbang.
• Mengharamkan sepenuhnya iklan alkohol.

Kami mencadangkan agar ‘cukai dosa’ dikenakan ke atas alkohol sama seperti yang 
dilakukan ke atas tembakau dan rokok supaya cukai itu boleh digunakan untuk 
membiayai program pendidikan dan kesihatan yang berkaitan dengan bahaya 
pengambilan alkohol dan merokok. Program boleh dijalankan oleh Pertubuhan 
Bukan Kerajaan (NGO) dengan pembiayaan diberikan oleh Lembaga Promosi 
Kesihatan Malaysia (MHPB). MHPB ditubuhkan pada 2006. Pengambilan alkohol perlu 
dihadkan bagi memastikan rakyat Malaysia yang lebih sihat.

S.M MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 19/9/2018

Sumber HD - 19-9-2018

Pencemaran cahaya seburuk 

pencemaran lain






KAITAN antara pencemaran cahaya 
dan penyakit masih kurang dikaji di 
Malaysia. Pada 2013, kajian oleh Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, 80 peratus responden kajian berkata bahawa mereka 
tidak tahu apa itu ‘pencemaran cahaya’
 manakala 20 peratus berkata mereka tahu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ramai 
daripada responden mahukan kawasan di luar kediaman mereka “seterang siang hari”.

Persekitaran malam yang terang berlebihan menyebabkan apa yang dipanggil 
‘pencemaran cahaya’ dan penyelidikan menunjukkan ia boleh menyebabkan 
pelbagai masalah daripada kesan kesihatan hinggalah kepada ekologi, malangnya 
ramai rakyat Malaysia tidak menyedarinya. Sumber cahaya tiruan seperti lampu 
xenon kereta yang terang, lampu jalan dengan reka bentuk cahaya yang buruk, 
cahaya LED, cahaya skrin telefon bimbit, cahaya televisyen, dan malah cahaya di 
dalam rumah kita sendiri menjadi puncanya.

Apa yang sering diperkatakan mengenai cahaya LED ialah sumber cahayanya lebih 
terang, tidak menjana haba, lebih murah dalam kos pengeluarannya, jangka hayat 
yang lebih panjang, dan menggunakan elektrik yang kurang berbanding 
cahaya lampu konvensional. LED dihasilkan secara besar-besaran dan digunakan 
dengan meluas di seluruh dunia di sebalik ketidakfahaman sepenuhnya bagaimana 
cahayanya boleh memberikan kesan kepada alam sekitar. Walaupun cahaya LED 
kelihatan putih, ia mengeluarkan lebih banyak cahaya dalam bahagian biru daripada 
spektrum. Cahaya jenis ini paling merosakkan memandangkan ia mempengaruhi 
bagaimana tubuh kita seharusnya berfungsi di dalam persekitaran siang dan malam.

Tidak kira apakah jenis cahaya tiruan, kebanyakan daripadanya mengganggu dengan 
apa sahaja daripada metalbolisme kepada kepekaan mental dan sistem imun.

Oleh itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya 
memperkenalkan dengan segera Akta Pencemaran Cahaya untuk mencegah 
pencemaran cahaya yang meresap khususnya di kawasan bandar. Pada hakikatnya 
cahaya tiruan berlebihan tidak lebih daripada lanjutan cahaya siang tiruan untuk 
membolehkan kita bekerja atau bersosial selepas senja, mengakibatkan gangguan 
corak tidur.

Salah satu kesan yang paling jelas ialah kita cenderung untuk makan lewat malam 
dan ini tidak sihat. Terdapat kedai makanan dan tempat tumpuan di malam hari yang 
membuka perniagaan sehingga lewat malam, membolehkan orang ramai makan 
lewat malam yang akan mengganggu proses tubuh dengan perubahan isyarat luaran 
seperti terang dan gelap.

Sebenarnya tubuh kita keliru dengan ‘cahaya siang’ yang dihasilkan oleh cahaya tiruan 
dan fungsi tubuh tertentu sama ada perlahan atau berhenti berfungsi seperti mana yang 
sepatutnya berfungsi, oleh itu ia akan merendahkan sistem imuniti dan 
memudahkan bagi penyakit untuk muncul.

Tabiat berjaga malam disebabkan cahaya tiruan didapati menyebabkan rasa 
keletihan, keradangan, dan masalah kesihatan lain seperti obesiti, penyakit jantung, 
tekanan darah tinggi dan diabetes jenis 2. Kajian menunjukkan pencemaran cahaya
menjejaskan manusia serta haiwan dan tumbuhan.

Kajian menunjukkan pekerja giliran malam, terdedah kepada cahaya terang di tempat 
kerja pada waktu malam, mempunyai kadar obesiti dan penyakit berkaitan lain yang 
tinggi. Ini berkaitan dengan kajian lain yang menunjukkan orang tua di Jepun 
cenderung untuk ukuran lilit lebih besar jika mereka terdedah kepada intensiti cahaya 
yang lebih tinggi pada waktu malam.

Penyakit lain yang dikaitkan dengan berjaga malam adalah masalah usus dan ulser, 
kemurungan dan peningkatan kemalangan dan kecederaan. Insiden kanser 
payudara dalam kalangan wanita juga meningkat. Pada hakikatnya, terdapat bukti 
yang kukuh untuk mengaitkan pekerja giliran malam yang terdedah kepada cahaya 
terang pada waktu malam kepada penyakit yang sama dengan mereka yang 
mempunyai corak tidur terganggu atau lewat malam.

Bukti mengaitkannya dengan melatonin, hormon yang dihasilkan pada waktu 
malam dan diketahui untuk membantu mengawal jam biologi tubuh. Hormon ini 
menguruskan senarai aktiviti biologi termasuk ‘memberitahu’ organ tubuh 
bahawa ia adalah waktu malam. Bagaimanapun, pengeluaran melatonin jatuh 
dengan mendadak dengan kehadiran cahaya tiruan yang terang dan ini 
meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser.

Kami ingin menasihatkan pengguna untuk tidak menerangi alam sekitar secara 
berlebihan dan jika boleh pilihlah bal lampu yang mengeluarkan cahaya kuning 
atau oren dan tutup lampu apabila tidak diperlukan.

Kami juga menggesa kerajaan untuk memastikan lampu jalan dilindungi dengan 
baik untuk mencegah cahaya daripada menjadi terang dan memasuki rumah dan 
diarahkan ke bahagian atas langit malam. Oleh itu kita perlu mengawal 
pencemaran cahaya dengan mengubal akta untuk menjadikan negara kita lebih 
selamat dan sihat. - HARAKAHDAILY 21/8/2018


Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 21-8-2018

PTMP: CAP bantah pinjaman RM1 bilion

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk memulakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi membiayai projek Pan Island Link (PIL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan yang terdahulu yang kini menjadi Menteri Kewangan telah memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan melibatkan sebarang dana awam.

Kini cerita yang berbeza diberitahu dan jika pinjaman itu diluluskan, ia mungkin meletakkan risiko situasi kewangan Pulau Pinang. Terdapat risiko ekonomi dan alam sekitar yang besar berkaitan dengan PTMP dan adalah diragui bahawa sesetengah projek utama dikaitkan dengan rancangan itu boleh menjana hasil untuk membayarnya sendiri.

Tambahan lagi, bagaimana jika kemudiannya didapati RM1 bilion itu tidak mencukupi dan kerajaan negeri terpaksa meminjam dengan lebih banyak? Ini hanya akan menambahkan lagi beban berat terhadap kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang.

Kami diberitahu oleh Kerajaan Persekutuan, termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa Malaysia tidak mampu untuk mempunyai projek mega disebabkan hutang negara yang berjumlah trilion ringgit.

Kenapa pengecualian dibuat bagi PTMP? Anggaran kos projek itu ialah lebih RM40 bilion.

Dana daripada Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk Pulau Pinang. Tetapi dana ini diperlukan untuk perbelanjaan penting termasuk pemulihan beratus cerun dan kawasan bukit yang terjejas oleh tanah runtuh dan menambah baik keadaan sungai serta mewujudkan ruang hijau dan permukaan yang telap untuk menyerap air hujan. Dana juga diperlukan untuk pemulihan dan pemuliharaan kawasan pantai seperti pantai dan hutan bakau, projek tebatan banjir dan memperbaiki keadaan kehidupan golongan yang mudah terjejas dan komuniti miskin.

Ini semua adalah perkara utama yang memerlukan pembiayaan jika Pulau Pinang mahu pulih daripada kerosakan yang disebabkan oleh ribut, angin kencang, hujan lebat dan banjir dan untuk mencegah atau mengurangkan masalah ini pada masa depan.

Kerajaan Pulau Pinang perlu memohon untuk membiayai dengan segera pelan dan strategi lengkap bagi mengelakkan banjir dan bencana alam sekitar lain pada masa depan.

PTMP, terutama sekali dengan penarahan bukit dan tebus guna tanah secara besar-besaran daripada laut akan menambahkan lagi masalah alam sekitar ini daripada menyelesaikannya.

CAP sekali lagi mengulangi gesaan supaya dilakukan semakan semula secara lebih komprehensif seluruh PTMP.

Penilaian Kesan Alam Sekeliling bagi PIL yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan banyak kemudahan awam termasuk Taman Belia, sekolah, kuil, dan kawasan sensitif seperti Bukit Bendera akan terjejas dengan lebih serius. Ramai komuniti kini sedar kepada hakikat bahawa PTMP memberikan kesan bencana terhadap cara hidup dan alam sekitar di Pulau Pinang. 
PTMP ini perlu digantung sehingga semakan semula secara komprehensif dilakukan dan komuniti yang akan terjejas dengan serius di Pulau Pinang dapat memahami kesan Pan Island Link (PIL) dan mampu untuk memberikan maklum balas.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak seharusnya meminta pinjaman RM1 bilion untuk mempercepatkan pelaksanaan PTMP dan Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak menyediakan pinjaman itu.

SM Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sumber HD - 223-7-2018 

Kerja ‘bodoh’ Cuepacs

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/kerja-bodoh-cuepacs.html






KUALA LUMPUR 2 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan pemotongan RM10 gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dpanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Secara majoritinya Kongress telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," kata Azih dalam sidang akhbar hari ini.

Sehingga kini Tabung Harapan Malaysia telah menerima sejumlah RM132,075,418.12 dari orang perseorangan dan syarikat. Tabung tersebut bagi membiayai pembayaran hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion.

Azih berkata, pihak Cuepacs berharap penjawat awam dapat menyumbang secara ikhlas.

"Kami tidak mengenakan apa-apa paksaan kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara.

"Harapan dan sasaran kami adalah sebanyak RM10 juta dan hasil kutipan tersebut akan kami umumkan," kata Azih.

MR : Cuepacs sepatutnya membela penjawat awam; mendapatkan bonus atau apa-apa yang boleh membantu. Dah banyak tahun tak ada apa yang mereka buat. Nak 'bodek' bos baru cadang sumbangan TH. Sumbangan ni perkara baik, Islam galak tapi itu yang mampu mereka fikir. Selepas ini boleh cadang setiap penjawat awam bawa duit RM1 atau RM2 untuk didermakan di Masjid setiap hari dan Cuepacs bolehlah masuk dalam laporan tahunan mereka....

Ssumber MR - 4-7-2018

Tangkap Najib: Badan peguam persoal kesahan pasukan petugas khas

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/tangkap-najib-badan-peguam-persoal.html







PETALING JAYA: Badan Peguam mengkritik pasukan petugas khas 1MDB atas kenyataan mengumumkan penangkapan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan dia akan didakwa di mahkamah esok.

Presiden George Varughese berkata pasukan itu tidak mempunyai kedudukan hukum dalam perkara seperti itu.

“Badan Peguam terkejut dan risau membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh pasukan petugas 1MDB hari ini yang mengumumkan Najib Razak ditangkap pada 2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd dan bekas perdana menteri itu akan didakwa pada 4 Julai 2018 pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

SRC ialah bekas anak syarikat 1MDB yang kini diletakkan bawah Kementerian Kewangan.

Varughese berkata tangkapan hanya boleh dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

Beliau berkata pasukan itu tidak boleh menentukan sama ada Najib akan didakwa atau bila akan didakwa.

“Oleh itu, perlu ditanya apakah pasukan petugas ini diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengarahkan tangkapan dan mendakwa Najib,” katanya.

Kenyataan pasukan petugas itu ditandatangani oleh 4 anggota. Mereka adalah bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas timbalan pengarah Datuk Abdul Hamid Bador.

Najib ditahan oleh SPRM di kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Sementara itu, peguam SN Nair berkata hanya Peguam Negara Tommy Thomas, yang diapor mengetuai pendakwaan terhadap Najib, berhak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Thomas tidak boleh dilihat melepaskan kuasa dan wibawa kerana hanya pendakwaraya awam boleh merangka pertuduhan terhadap seorang tertuduh,” katanya.

Nair berkata orang lain menjalankan tugas-tugas peguam negara adalah menyalahi undang-undang.

Fungsi dan peranan pasukan petugas dalam siasatan dan pendakwaan dalam skandal 1MDB dipersoalkan para peguam mutakhir ini.


MR : Semasa Najib semua nak bodek, semasa Mahathir semua nak tunjuk hebat dan pandai....

Sumber MR - 4-7-2018







Suaram tuntut PH kotakan janji hapus Akta MKN

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/suaram-tuntut-ph-kotakan-janji-hapus.html








PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengotakan janji pilihan rayanya untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara kerana undang-undang itu tiada tempat dalam negara demokratik.

“Peruntukan tidak berperlembagaan di bawah akta itu, termasuk memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan zon keselamatan dan menahan individu mengikut kehendaknya, melanggar semua prinsip hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa,” kata penyelaras projek Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dobby Chew.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengekalkan atau memansuhkan undang-undang kontroversi itu.

Chew berkata, PH berjanji memansuhkan undang-undang bersifat menindas dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan ia tidak patut melanggar janjinya.

“Jika janji seperti itu tidak dikotakan, bagaimana PH berbeza daripada Barisan Nasional (BN) pra-PRU14? Ia adalah hipokrit untuk tidak memansuhkan (Akta) MKN.

“Setahun lalu, PH bersedia mengenai keperlembagaan (Akta) MKN dan potensi bahayanya terhadap kebebasan awam dan hak asasi manusia. Ia turut bercakap menegani potensi penyalahgunaan kuasa. Apa yang berubah?”

Chew mengakui ada nilai jika mempunyai agensi penyelarasan ketika kecemasan berlaku, tetapi kajian dan rundingan sewajarnya perlu dilakukan sebelum melantik agensi seperti itu.

“Meneruskan undang-undang tercemar yang diluluskan pada zaman BN ialah penghinaan terhadap perjuangan hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia.”


MR : PH dah kencing merata-rata semua orang dah tahu.... 

Sumber MR - 29-6-2018








Gesa prosedur lelong dalam anugerah spektrum

Tambah kapsyen
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin dengan kerajaan kita yang kehilangan berbilion ringgit dalam potensi hasil dalam penganugerahan lesen spektrum kepada pengendali telefon bergerak di masa lalu, melalui kekurangan ketelusan dalam proses penganugerahan serta harga yang rendah.

Perlu diperingatkan bahawa India, yang menghadapi skandal berbilion Rupee dalam peruntukan spektrum 2G, di mana lesen diberikan kepada syarikat yang disenangi, mengambil langkah menyelaraskan harga spektrum di negara itu dengan negara lain di dunia untuk mempercepatkan penggunaan jalur lebar 5G.

Pada 2015, India memperolehi RM638 bilion daripada 900MHz dan jalur lain yang sah bagi 20 tahun. Ini berupa RM31.9 bilion setahun. Sebaliknya, pada tahun ini Malaysia memperolehi RM2.755 bilion termasuk penyelenggaraan tahunan, daripada jalur 700MHz yang sah untuk 16 tahun. Ini bersamaan RM0.17 bilion setahun. Ini satu perbezaan yang amat besar dalam kos berdasarkan saiz negara dan faktor lain.

Spektrum adalah komoditi yang amat berharga, terutama sekali jalur 700MHz, memandangkan kos untuk mengeluarkan perkhidmatan pada frekuensi ini lebih rendah berbanding frekuensi yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, harga bagi jalur ini mestilah menjana pendapatan yang wajar dan sesuai kepada tabung kerajaan.

CAP menggesa anugerah bagi 700MHz ditarik balik dengan segera, dan SKMM perlu mendedahkan kriteria yang digunakan untuk memperuntukan spektrum dan menetapkan bayaran yurannya. Paling penting, SKMM mestilah mengadakan lelongan dengan ketelusan dan akauntabiliti bagi peruntukan baharu ini dan semua anugerah pada masa depan.

Proses lelongan mestilah melibatkan panel bebas yang juga terdiri daripada pakar daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE) (atau mereka yang berkelayakan oleh badan dunia) serta wakil pengguna di Malaysia.

Kami amat prihatin berhubung proses anugerah di Malaysia yang tidak mematuhi Garis Panduan ITU bagi Semakan Metodologi Harga Spektrum dan Persediaan Jadual Yuran Spektrum.

Menurut Pelan Spektrum SKMM 2017, pemohon yang berjaya dipilih berdasarkan kepada siapakah yang membida dengan harga yang paling tinggi, manakala permohonan mestilah berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh SKMM. Ia berkata penilaian tidak terhad kepada pengalaman, teknikal dan cadangan komersial, tetapi mungkin juga termasuk penilaian cadangan harga bergantung kepada jenis tender.

Pada hakikatnya, penganugerahan seharusnya menjalani lelongan yang ditetapkan sepertimana yang disarankan oleh ITU dan IEEE dalam usaha untuk memperuntukkan sumber kepada mereka yang boleh menggunakannya dengan paling bernilai.
Dengan garis panduan dan keperluan yang diwujudkan bagi kepatuhan, lelongan akan menjadi lebih telus dan mengurangkan kontroversi politik, apabila dibandingkan dengan mekanisme peruntukan lain, memandangkan tiada ruang bagi subjektiviti dalam menilai sama ada kriteria melakukan penyelesaian bagi peruntukan.

Ia dikemukakan di Persidangan Antarabangsa Ke 12 IEEE pada Oktober 2016 bahawa sebagai ganti bergantung kepada kerajaan untuk menilai merit pelan perniagaan firma yang bersaing, lelongan memaksa perniagaan untuk memastikan penggunaan spektrum yang lebih berkesan dan sempurna yang diperolehi berdasarkan bidaan.

Perlu diingatkan bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia boleh menentukan harga tetap spektrum yang dianugerahkan kepada pemegang spektrum sedia ada mengikut Seksyen 161 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Juga dipertaruhkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna akhir. Pengguna membayar harga yang tinggi tetapi tidak mendapat perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi yang sepatutnya.

CAP mengambil perhatian pengumuman oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo, bahawa Kementerian di bawah kepimpinan baharu akan memberikan tumpuan dalam memperbaiki kelajuan Internet di Malaysia berikutan aduan oleh pengguna. Kami juga mengambil perhatian berhubung pengumumannya pada 20 Jun bahawa pakej jalur lebar dijangka akan turun sekurang-kurangnya 25% akhir tahun ini. Kami berharap beliau akan memberikan lebih perhatian kepada cara spektrum dianugerahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mestilah memastikan bahawa terdapat ketelusan dalam pengeluaran lesen spektrum. Yuran lesen membawa hasil yang cukup dan diperlukan kepada kerajaan, tanpa melepaskan sebarang beban kepada pengguna akhir, manakala kualiti perkhidmatan dikekalkan pada tahap yang tinggi.

SM Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Sumber HD - 28-6-2018 

Hutang dan boros sambut Aidilfitri

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut, bimbang dan kecewa dengan berita bahawa ramai umat Islam yang sekali lagi mengambil jalan dengan meminjam wang untuk memuaskan “kemahuan” materialistik yang dikaitkan dengan sambutan Aidilfitri.

CAP berulang kali menasihatkan agar tidak bersikap boros dan berbelanja dengan berlebihan ketika bulan Ramadan dan Syawal apabila kita menyambut hari raya Aidilfitri. Mengelakkan daripada berhutang dengan tidak menurut hawa nafsu untuk menunjuk-nunjuk dengan pakaian terbaharu, peranti tercanggih dan sebagainya.

Timbalan Presiden Persatuan Pemberi Pinjam Wang Berlesen Punjabi Malaysia, Amrinderjit Singh menyatakan pada minggu lepas bahawa lebih daripada 7,500 pinjaman diberikan kepada kira-kira 1,500 peminjam wang daripada persatuan. Beliau mendakwa jumlah pinjaman terkumpul ialah RM37.5 juta dan setiap pinjaman minimum RM5,000 dan banyak daripadanya lebih daripada itu.

Pengalaman ketika bulan Ramadan seharusnya antara lain mengajar kita untuk hidup sederhana. Hidup sederhana ialah mampu untuk membezakan antara “kemahuan” dan “keperluan” dan berdisiplin dalam berbelanja mengikut keupayaan kewangan kita.

Tidak diragui bahawa sunnah untuk kita berpakaian cantik dan menikmati hari raya tetapi ia tidak bermakna kita perlu berlebih-lebihan; sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al-An’aam, ayat 141 (bermaksud) “...dan janganlah berlebih-lebihan. Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Kini perayaan sudah berakhir dan sikap boros itu menyebabkan kita hanya tertanya-tanya bagaimana umat Islam yang meminjam daripada pemberi pinjaman ini akan menyelesaikan pinjaman hari raya dan keluar daripada beban hutang.

Kami menggesa agar orang ramai mengamalkan sikap jimat cermat, bukan hanya pada musim perayaan khususnya sambutan Aidilfitri tetapi pada waktu perayaan lain juga seperti perkahwinan, hari lahir dan sebagainya. Jangan tunggu sehingga anda dibelenggu oleh hutang.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Sumber HD - 21-6-2018 










Lebih banyak data peribadi dicuri dan dijual

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat dan bimbang mengenai berita bahawa portal teknologi, lowyat.net, telah mengesan satu lagi pencerobohan data peribadi dan sejumlah 60,000 rekod daripada stesen TV berbayar, Astro, boleh dibeli dengan harga RM4,500 per 10,000 rekod di dalam lamannya. 
Lebih membimbangkan, lowyat.net menyebut mereka pertama kali mengesan pencerobohan data itu pada Januari 2018 dan telah memaklumkannya kepada pihak Astro. Namun kejadian sama masih berulang. 
Dalam usaha membela diri, Astro mendakwa mereka telah menangani masalah itu pada bulan Januari dengan pihak berkuasa dan tidak melihat sebarang kewajaran untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka perkara yang dianggap ‘bukan satu isu’.
Syarikat itu juga menyebut bahawa data peribadi yang dicuri hanya daripada pelanggan IPTV-nya yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi, Maxis. 
Terdapat dua isu penting di sini yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa dengan serta merta.
Yang pertama ialah hakikat bahawa pencerobohan data peribadi itu kerap berlaku. Pada Oktober tahun lalu terdapat pencerobohan besar data membabitkan 46.2 juta nombor telefon bimbit dan butir-butir peribadi pemilik mereka. Kini nampaknya kita tidak lagi selamat walaupun cuma melanggan perkhidmatan TV. Bagi sebuah negara yang bergelut untuk menjadi lebih “digital” dan lebih “atas talian”, agak mudah untuk meramal peningkatan dalam bilangan penipuan identiti dan mangsa penipuan berikutan keadaan semasa ciri keselamatan siber kita. Terdapat keperluan untuk melabur dalam perkakasan dan perisian yang lebih baik di samping mereka yang berbakat dalam bidang ini, baik di peringkat kebangsaan mahupun syarikat. Kita kini melihat masa depan yang suram jika pihak berkuasa dan syarikat tidak mempertingkatkan ciri keselamatan siber. 
Kedua, syarikat-syarikat perlu memahami bahawa rekod data peribadi yang disimpan bukanlah milik mereka. Mereka cuma sekadar memegang maklumat pelanggan. Sekiranya rekod data peribadi berkenaan dicuri disebabkan kecuaian atau kelalaian syarikat akibat sistem keselamatan siber yang buruk, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memaklumkan pemilik data peribadi yang dicuri itu mengenai apa yang berlaku. Jika mereka tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab dan enggan berbuat demikian, maka mereka perlu dikenakan hukuman yang setimpal. 
Pendek Kata, kami meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan mandatori demi memastikan syarikat-syarikat terbabit telah mengambil langkah-langkah keselamatan siber yang secukupnya untuk membanteras kaedah menggodam yang terkini. Malah mereka boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang memperdaya pelanggan dengan berdiam diri apabila berlaku pencerobohan data peribadi pelanggan mereka. 
SM MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Sumber HD - 19-6-2018 






















Ulasan CAP mengenai merokok

SEMPENA dengan deklarasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tema untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) pada 31 Mei ialah “Tembakau dan Penyakit Jantung”, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi menggesa orang ramai supaya berhenti merokok. Bagi yang tidak merokok, jangan biarkan diri anda dipengaruhi dengan tabiat yang menagihkan itu. Ia tidak berguna sama sekali. 
Merokok adalah penyebab utama pelbagai keadaan perubatan seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes di seluruh dunia. Ini merupakan sebahagian kecil daripada perkara yang lebih besar memandangkan penyakit berkaitan merokok merupakan penyebab kepada kira-kira 20,000 kematian di Malaysia setiap tahun. 
Bayangkanlah ia bersamaan kepada 444 bas persiaran yang dipenuhi dengan 45 penumpang mengalami kemalangan tanpa seorang pun selamat dalam setahun. Ia juga sama dengan sebuah bas terlibat dalam kemalangan sehari selama empat hari dan dua bas mengalami kemalangan pada setiap hari kelima; perkara ini berulang bagi setahun penuh. Itulah bilangan rakyat Malaysia yang mati akibat merokok setiap tahun. 
Jika terdapat laporan berita kemalangan bas, media berita akan dipenuhi dengan surat dan ulasan daripada orang ramai tetapi kematian 20,000 rakyat Malaysia setiap tahun hanya menjadi satu perangkaan sahaja. Kita gagal untuk menghapuskan kematian yang boleh dicegah.
Dalam gaya “Malaysia Boleh”, penyakit jantung koronari (CHD) direkodkan sebagai pembunuh utama sejak 2007 di hospital awam. Perangkaan ini amat membimbangkan kerana penyakit kardiovaskular (terutama sekali CHD dan Strok) merupakan 24.7 peratus kematian di hospital awam dan swasta pada 2013. Lebih daripada suku (38 peratus) pesakit mengalami Sindrom Koronari Akut (ACS) adalah perokok. 
Merokok melangkaui membelanjakan wang hasil titik peluh untuk tabiat tidak produktif yang amat menagihkan; ia melibatkan penyedutan lebih daripada 4,000 bahan kimia ke dalam paru-paru yang kemudiannya diserap ke dalam tubuh, menyebabkan sebilangan besar masalah kesihatan berkaitan yang serius. Pendedahan kepada asap rokok yang berupa pencemaran udara yang biasa, boleh juga menyebabkan penyakit berkaitan merokok termasuk CHD kepada bukan perokok. 
Didapati perokok juga hampir dua kali cenderung untuk mengalami serangan jantung berbanding bukan perokok. Salah satu sebab ialah karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan oksigen darah dan ini bermakna jantung perlu mengepam dengan lebih kuat untuk membekalkan tubuh dengan oksigen yang diperlukan. 
Tambahan pula, merokok merosakkan lapisan arteri, mengakibatkan pengumpulan bahan berlemak (atheroma) dengan itu menyempitkan arteri yang boleh menyebabkan angina, serangan jantung atau strok. 
Nikotina, bahan kimia yang ditemui secara semula jadi dalam tembakau, menagihkan seperti heroin atau kokaina dan ia menyumbang kepada merangsang tubuh untuk menghasilkan adrenalin, menyebabkan kadar jantung berdenyut dengan lebih laju. Tekanan darah meningkat apabila jantung berdenyut dengan laju, dengan itu mencetuskan jantung untuk bekerja dengan lebih kuat. 
Berhenti merokok merupakan hanya satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, strok, dan pelbagai jenis kanser. Perokok hampir dua kali lebih cenderung mengalami serangan jantung berbanding mereka yang tidak pernah merokok. 
Kami berharap Kementerian Kewangan dan Kesihatan yang baharu akan meneliti untuk memperkenalkan kadar cukai tembakau yang lebih tinggi, memperkenalkan kotak rokok kosong, dan menarik balik konsesi bebas cukai untuk semua produk tembakau. 
SM MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) – HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018 

Khamis, 24 Mei 2018


CUEPACS Rayu Kerajaan Laksanakan KGT


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan melaksanakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun perkara itu dijanjikan kerajaan terdahulu, pelaksanaan KGT memiliki asas kukuh, iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

"CUEPACS berharap kenaikan ini dapat diteruskan kerajaan baharu kerana ia sangat ditunggu-tunggu penjawat awam yang rata-rata gaji mereka tidak mampu menanggung beban kenaikan kos sara hidup.

"Ini berikutan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sudah begitu lama tidak disemak. Kali terakhir ia disemak ialah pada 2002, iaitu hampir 16 tahun lalu.

"SSM sepatut disemak setiap lima tahun. Namun apabila ia tidak berlaku, kenaikan kos sara hidup jauh meninggalkan gaji penjawat awam," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini, yang menjelaskan kerajaan tidak terikat dengan KGT dijanjikan pentadbiran terdahulu.

"Bagaimanapun, kami akan melihat perkara (KGT) itu secara positif sama ada mereka (penjawat awam) berhak diberi elaun tambahan atau bentuk bantuan lain," kata Perdana Menteri.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai depan, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Azih berkata, CUEPACS yakin kerajaan baharu pimpinan Dr Mahathir akan menampilkan inisiatif lebih baik untuk kakitangan awam, namun KGT adalah sesuatu yang amat diharapkan.

"CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat ke arah kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan," katanya.

- BH Online

Sumber MR - 24-5-2018

Gesa wartakan Ulu Muda hutan tadahan air

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah yang baharu dilantik untuk mewartakan dengan segera Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) sebagai hutan tadahan air dan melindunginya sebab fungsi penting hutan ini kepada masyarakat dan alam sekitar.

Kami juga menggesa kerajaan negeri supaya mengkaji semula dan membatalkan sebarang lesen pembalakan yang mungkin telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini dan menghentikan semua aktiviti dalam kawasan yang mengancam fungsi sokongan hayatnya.

HSUM dan hutan-hutan di sekelilingnya adalah amat penting untuk seluruh negara. Meliputi kawasan seluas 106,418 hektar (ha), HSUM adalah kawasan tadahan air terbesar di wilayah utara, mengisi tiga empangan utama di Kedah iaitu Empangan Ahning, Empangan Muda dan Empangan Pedu.

Air mentah dari Ulu Muda juga mengalir melalui Sungai Muda ke Pulau Pinang. Liputan hutan di Ulu Muda ini amat kritikal dalam memenuhi keperluan air kira-kira 4.09 juta orang di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Air mentah yang berasal dari Ulu Muda juga penting untuk tanaman dua kali di kawasan penanaman padi di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, yang merupakan Jelapang Padi Negara.
Hutan ini juga memainkan peranan utama sebagai ‘penyerap karbon’ yang amat kritikal bagi menangani perubahan iklim.

Di bawah kerajaan sebelum ini, pembalakan telah merosakkan kawasan HSUM, dan seharusnya tiada lagi pembalakan dibenarkan di kawasan ini termasuk aktiviti pengeluaran seperti perlombongan dan kuari.

Memandangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya berjanji untuk memulihara hutan kita, penting sekali untuk Kerajaan Negeri Kedah mengambil tindakan segera untuk melindungi HSUM.

Memandangkan Kerajaan Persekutuan juga di bawah PH, langkah mesti diambil untuk membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana menjaga hutan untuk kepentingan awam yang lebih besar, sebagai pertukaran bagi kehilangan hasil pendapatan daripada pembalakan atau aktiviti lain.

Terdapat dana yang boleh diperolehi di peringkat antarabangsa untuk melindungi hutan kita bagi tujuan menangani perubahan iklim dan memulihara biodiversiti, dan kerajaan Persekutuan dan Negeri mestilah mengambil peluang untuk memperolehi sumber ini.

Tiada lagi sebarang alasan untuk tidak mengambil tindakan dalam mewartakan HSUM sebagai hutan tadahan air.

Bertindak sekarang dan Selamatkan Ulu Muda!

S. M. Mohamed Idris
Presiden
Sahabat Alam Malaysia dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018 

Selasa, 15 Mei 2018



Keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 & Tuntutan Royalti


PRU14 telahpun melabuhkan  tirainya.. Alhamdulillah kejayaan kpd seluruh rakyat Malaysia & kejayaan juga kpd para pejuang Royalti.. kita sama2 telah berjaya membawa isu perjuangan menuntut hak Royalti bukan shj di peringkat Negeri Kelantan yg berperanan sebagai penggerak utama, malahan kita juga telah berjaya membawa isu ini ke pengetahuan rakyat  Terengganu, Pahang, Sabah & Sarawak.

Sumbangan yg nyata & kejayaan paling manis adalah apabila kita telah berjaya membawa isu perjuangan rakyat ini sehingga ke peringkat Nasional.

Sejarah telah tercatit bahawa isu Royalti menjadi antara isu utama pilihanraya umum ke 13 yg lalu & telah menjadi antara faktor utama kemenangan Pas@Pakatan Rakyat di Kelantan. Presiden R & aktivis R turut memeriahkan pelbagai program kempen di seluruh negara ketika itu.

Kasannya tidak berhenti setakat itu sahaja, PRU 14 pula menyaksikan 2 parti besar Pas & Pakatan Harapan (PH) turut membawa isu Royalti dlm menifesto, bahan2 kempen & sesi penerangan @ ceramah. Beberapa aktivis R telah dipilih sebagai calon pilihanraya beberapa parti politik. Sekali lagi Presiden R & Timbalan Presiden R dijemput utk menyampaikan ceramah @ penerangan isu royalti semasa kempen PRU14 di seluruh Kelantan & luar Kelantan.

Hasilnya kemenangan ini berpihak kepada perjuang royalti.

R Kelantan mengucapkan tahniah kepada PAS kerana berjaya mempertahankan Kelantan, kembali memerintah Terengganu, menang banyak kerusi di Kedah dan Perak.
Kerajaaan Kelantan pimpinan Pas berjanji utk meningkatkan usaha memperjuangkan tuntutan royalti & akan menubuhkan Perbadanan Petrolium Kelantan sebagai agensi yg akan memainkan peranan penting dlm pembangunan industri petrolium di Kelantan.

R Kelantan juga ingin mengucapkan tahniah kepada PH kerana berjaya menewaskan Umno- Barisan Nasional (di peringkat Persekutuan) yang selama ini menindas rakyat Kelantan.

Sukacitanya R Kelantan ingin mengingatkan, supaya, semua pihak menghormati keputusan demokrasi rakyat ini. Jesteru itu, adalah diharapkan kerajaan pusat dari PH tidak mengulangi kesilapan BN yg jelas telah melanggar  perjanjian royalti petrolium dg negeri2 pengeluar minyak.

Kerajaan pusat @ Petronas wajib membayar jumlah tunggakan royalti yg dianggarkan berjumlah  antara RM14-20 billion terus kepada akaun Kerajaan negeri Kelantan (sehingga kini royalti tsb tidak pernah dibayar walaupun 5 sen).

Kerajaan PH @ Petronas perlu melaksanakan janji dlm menifesto PH utk meningkatkan bayaran  kepada 20% (mengikut manifesto sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan).

Menifesto PH juga turut menjanjikan penubuhan Perbadanan Petrolium Dan Tenaga Negeri Kelantan serta Pembangunan Hub Petrolium Dan Tenaga di Bachok-Tok Bali.

Perlu ditegaskan di sini bahasa R Kelantan menolak mekanisme yang tidak menghormati prinsip perlembagaan dg menggunakan agensi lain bagi tujuan pembayaran royalti spt Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan tidak terus kpd Kerajaan negeri yg telah dipilih rakyat melalui proses pilihanraya yg sah.

R juga ingin mengulangi pendirian bahawa pihak kami menolak sebarang helah @ mencari alternatif @ kaedah lain yg bertentangan dg perjanjian yg telah ditandatangani pada 9 Mei 1975. Pembayaran Wang Ehsan sebelum ini adalah sebagai helah murahan kerajaan persekutuan pimpinan  Umno BN yg jelas bertentangan dg Akta Kemajuan Petroleum 1974.

"TUNTUT ROYALTI SAMPAI DAPAT"

Hj Nazri Deraman
Presiden R Kelantan
13 Mei 2018

Sumber MR - 15-5-2018


Suhakam Ditolak Jadi Pemantau PRU14
Posted on Friday, April 27 @ 04:02:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39409



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendakwa permohonannya untuk memantau Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan media hari ini mendakwa penolakan itu bermaksud Suhakam tidak dibenarkan berada dalam kawasan pusat pengundian semasa pemantauan dijalankan.

“Keputusan ini sukar untuk difahami terutama apabila Suhakam mendapat makluman terdapat pasukan pemantau antarabangsa yang akan membuat pemantauan semasa pilihan raya itu dijalankan,” dakwanya.

Razali bagaimanapun menegaskan bahawa pihak Suhakam akan tetap meneruskan pemantauan PRU14 seperti yang telah dirancang.

“Suhakam menyeru SPR untuk mengiktiraf dan memperakui prinsip asas hak asasi manusia yang berkaitan dengan pilihan raya berintegriti,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 27-4-2018



Gesaan isytihar 9 Mei cuti umum semakin kuat
Posted on Wednesday, April 11 @ 09:12:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39076



GEORGE TOWN: Dua badan utama yang mewakili pekerja menggesa kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata peluang yang sama harus diberikan kepada pekerja dari sektor awam dan sektor swasta untuk keluar mengundi pada 9 Mei.

“Cuti ‘ad hoc’ untuk kakitangan awam sahaja tidak mencukupi kerana pekerja di sektor swasta juga perlu keluar mengundi.

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini. Ini akan membolehkan semua pekerja dan majikan yang mendaftar sebagai pengundi dapat memenuhi tanggungjawab mereka,” katanya.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon pula mempertikaikan mengapa SPR tidak menetapkan hari mengundi pada hujung minggu, sedangkan mereka boleh menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal pada Sabtu.
“Dengan pelbagai kesusahan yang dihadapi para pekerja hari ini, langkah ini pasti membuat pengundi lebih marah kepada pihak berkuasa.

“Memilih pertengahan minggu sebagai hari mengundi pasti melibatkan perjalanan oleh sejumlah besar pengundi, yang harus kembali ke pusat pengundian.

“Di samping itu, mereka juga mungkin perlu membawa ahli keluarga terdekat bersama mereka. Ini pasti akan menyebabkan kesesakan lalu lintas pada pertengahan minggu ini,” katanya.
300,000 rakyat Sabah boleh terlepas peluang

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata mengumumkan 9 Mei sebagai cuti umum akan memastikan jumlah keluar mengundi yang lebih besar dan membolehkan mereka dari luar kawasan pulang untuk membuang undi.'

Beliau berkata SPR bercanggah dengan seruan menyeru rakyat keluar mengundi apabila menyukarkan mereka berbuat demikian.

“Apa salahnya adakan pilihan raya pada Sabtu, seperti yang dilakukan selama ini? Siapa yang menjadi pengawal selia SPR, rakyat atau Barisan Nasional?” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shafie, sehingga 300,000 rakyat Sabah, kebanyakannya pengundi berdaftar, tetapi bekerja di Lembah Klang, terpaksa melepaskan peluang mengundi dan ini tidak adil.

“Pada pilihan raya lepas, kerana pengundian dijalankan pada Sabtu, kira-kira 100,000 pengundi dapat pulang ke Sabah untuk mengundi.

“Hari ini, SPR mengecewakan pengundi kerana mereka memilih 1 hari di tengah-tengah minggu untuk membuang undi.”

Beliau juga mempersoalkan keperluan pengundian awal (untuk anggota tentera dan polis serta pengundi yang tinggal di luar daerah mengundi) yang akan diadakan pada 5 Mei, 6 hari sebelum hari pengundian sebenar.

Beliau berkata keselamatan undi tersebut boleh dikompromikan.

Shafie mempersoalkan sekiranya undi awal akan disimpan di tempat yang selamat dan terjamin untuk menghalang mereka yang mempunyai kepentingan diri daripada mengganggunya.

Sumber TKO - 11-4-2018


















PRU14: Majikan tak diwajibkan beri cuti khas, kata MEF
Posted on Tuesday, April 10 @ 17:44:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39070



Majikan tidak diwajibkan untuk memberi cuti khas sehari kepada pekerja masing-masing untuk mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang ditetapkan pada 9 Mei ini.

Walau bagaimanapu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan perlu memberi waktu yang munasabah kepada pekerja bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada hari Rabu itu.

"Tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan. Contohnya, masuk pejabat lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat sebelum pusat pengundian ditutup.

"Majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun seperti diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Selain itu, majikan juga tidak boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya apa-apa penalti kerana tidak hadir bekerja dalam tempoh munasabah yang diberikan berkenaan," katanya yang dipetik akhbar NSTP.


Selain itu, Shamsuddin berkata, majikan mempunyai tanggungjawab untuk tidak menghalang pekerja mereka sebagai pengundi berdaftar untuk mengundi pada hari berkenaan.

Mengenai masalah lokasi pengundian jauh di negeri asal, beliau berkata, ia bukanlah bebanan di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja seharusnya mengemas kini lokasi tempat pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal terkini.

Katanya, masalah biasanya timbul apabila pengundi mengekalkan alamat kampung halaman masing-masing meskipun sudah berpuluh-puluh tahun menetap di tempat lain.

"Dalam hal ini, pekerja perlu sedar jika dua jam pelepasan diberikan, syarikat sudah pun kehilangan kira-kira 25 peratus produktiviti kerja.

"Namun, jika majikan dapat memberi kelonggaran, pekerja boleh mengambil cuti tahunan masing-masing untuk membolehkan mereka mengundi dengan selesa tanpa perlu mengejar masa kembali ke pejabat," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh mengundi pada hari Rabu, 9 Mei manakala hari penamaan calon pula pada Sabtu, 28 April.

Sebab tersendiri
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem meminta majikan agar membenarkan para pekerja menunaikan hak sebagai warganegara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini yang jatuh pada Rabu.

"Majikan mesti melepaskan pekerja (keluar mengundi). Mereka mesti diberi peluang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.


Ini selaras dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengkehendaki majikan memberi suatu tempoh kepada pekerja untuk keluar mengundi.

Di bawah Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 juga, majikan yang menghalang pekerja untuk keluar mengundi pada hari berkenaan boleh didenda lebih RM5,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Mengulas tarikh pengundian itu, Riot berkata SPR sudah tentu mempunyai sebab tersendiri memilih tarikh berkenaan.

Sementara itu Naib Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) A Ramadass berpendapat hari pengundian pada Rabu tidak mendatangkan masalah kepada majikan, mahupun menjejaskan operasi syarikat.

Katanya sebagai menghormati hak rakyat Malaysia, majikan akan memberi waktu pelepasan kepada pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Ia memang sudah diterima sebagai satu amalan dan ia pernah juga berlaku sebelum ini (mengundi pada hari bekerja). Lagipun ia hanya mengambil beberapa jam sahaja untuk pergi mengundi dan kemudian balik ke tempat kerja semula,” kata beliau.

Bagaimanapun bagi mereka yang mengundi di negeri lain dari negeri mereka bekerja, Ramadass berkata mereka seharusnya meminta cuti untuk pulang ke kawasan tempat mengundi masing-masing.

Sumber TKO - 10-4-2018

Lindungi sumber untuk pastikan jaminan sekuriti air

SEMPENA Hari Air Sedunia yang jatuh pada 22 Mac setiap tahun, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Malaysia supaya melindungi sumber air yang amat kritikal di Malaysia untuk memastikan jaminan sekuriti air negara. Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk mengelaskan hutan simpanan kekal untuk tujuan perlindungan, pengurusan baik tanah lembap dan meningkatkan usaha untuk menuai air hujan. 
Tema sambutan tahun ini ialah ‘Alam Untuk Air’, meneliti penyelesaian berasaskan alam terhadap cabaran air yang kita hadapi dalam abad ke 21. Mesej utama penyelesaian berasaskan alam seperti menanam pokok untuk menambahkan hutan, menghubung semula sungai ke dataran banjir dan membaik pulih tanah lembap, adalah cara yang berkesan dan lestari serta menjimatkan kos untuk membantu mengimbangi semula kitaran air, mitigasi kesan perubahan iklim dan memperbaiki kehidupan dan kesihatan manusia. 
Rancangan Malaysia ke-11 mengenal pasti hutan sebagai modal semula jadi negara memandangkan kepada perkhidmatan ekosistem yang disediakan. Contoh yang menggambarkan aspek ini ialah Hutan Simpanan di Ulu Muda, Kedah yang merupakan sumber air penting bagi negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, yang membekalkan 96%, 80% dan 70% keperluan air harian negeri-negeri tersebut. 
Apabila pembalakan menjejaskan fungsi Hutan Simpanan Ulu Muda (HSUM) sebagai kawasan tadahan air, bukan hanya aktiviti ekonomi di tiga negeri itu terjejas, tetapi keperluan asas air bagi lebih 4 juta penduduk di tiga buah negeri tersebut dan alam sekitar turut terancam. 
Hutan Simpanan Kekal (HSK), sehingga dikelaskan di bawah Seksyen 10, subseksyen (1) Akta Perhutanan 1984 disifatkan telah dikelaskan di bawah Seksyen 10(1) perenggan (a) sebagai hutan pengeluaran kayuan di bawah perolehan berkekalan. Kegagalan untuk mengelaskan HSK bermakna kerajaan negeri boleh mengeluarkan lesen atau permit untuk mengambil hasil hutan dari HSK, oleh itu ia mengancam fungsi ekosistem hutan. 
Pada hakikatnya, senario HSUM di mana aktiviti pembalakan dan pengambilan pasir telah diluluskan, menggambarkan betapa perlunya dasar negara yang seragam untuk melindungi hutan di Malaysia sebagai kawasan tadahan air negara. 
Sungai adalah sumber air mentah utama di Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, aliran sungai-sungai utama adalah dari Banjaran Titiwangsa yang membentuk tulang belakang Semenanjung. 
Sungai utama yang mengalir ke arah Selat Melaka termasuklah Sungai Muda, Sungai Perak, Sungai Bernam dan Sungai Linggi, manakala Sungai Pahang, Sungai Rompin dan Sungai Kelantan mengalir ke arah Laut China Selatan. Sumber semua sungai ini adalah diselubungi oleh hutan hujan tropika yang menadah air untuk sungai-sungai tersebut. 
Di bawah Perlembagaan, tadbir urus dan perlindungan sungai, sebagai sumber air mentah, berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Pengelasan hutan sebagai hutan perlindungan tanah, hutan kawalan banjir dan hutan tadahan air amat penting untuk melindungi sumber air.\ 
Bagaimanapun, apabila melibatkan tadbir urus dan perlindungan hutan yang menadah air bagi sungai, amat sedikit negeri yang meluluskan enakmen negeri. Di Pulau Pinang, sejumlah 62.9 kilometer persegi hutan kini diwartakan dan dilindungi sebagai kawasan tadahan air. 
Negeri lain kelihatan enggan untuk meluluskan undang-undang yang sama, kemungkinan memandangkan kepada potensi kehilangan hasil daripada premium, royalti kayu balak dan keluaran hutan lain. 
Matlamat Pembangunan Lestari 6 (Sustainable Development Goal 6) memberi komitmen dunia untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses kepada air yang selamat menjelang 2030, dan termasuk sasaran bagi melindungi alam sekitar semula jadi dan mengurangkan pencemaran. Oleh itu, hutan hujan Malaysia mestilah dilindungi sebagai kawasan tadahan air mentah negara untuk melindungi bekalan air untuk penduduk. 
Sehubungan itu, kami menggesa kuasa melindungi kawasan tadahan air kritikal dibawa ke bawah kuasa perundangan Persekutuan juga. Rasional bagi tujuan perundangan baharu yang dicadangkan ini ialah jika hutan hujan musnah, sungai akan kekeringan, dan ini akan menyebabkan krisis bekalan air. Jika terdapat krisis bekalan air, ia akan menjadi krisis negara yang akan menjejaskan berjuta penduduk dan mengganggu semua aktiviti ekonomi dan pergantungan hidup. 
Air hujan merupakan sumber air lestari yang merupakan komponen penting dalam mencapai jaminan sekuriti air. Dalam konteks ini, melindungi hutan, sungai dan tanah lembap yang merupakan kawasan tadahan air semula jadi perlu dianggap sebagai isu kepentingan negara yang perlu diambil tindakan segera.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden Sahabat Alam Malaysia - HARAKAHDAILY 21/3/2018






































Sumber HD- 21-3-2018


Usaha Haramkan Alkohol Disekat Presiden Majlis Peguam
Posted on Wednesday, March 21 @ 08:01:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38723



Kuala Lumpur: Presiden Majlis Peguam George Varughese dilaporkan sebuah portal telah menolak usul peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor atau Amir Bahari untuk mengharamkan sebarang hidangan alkohol dalam mana-mana majlis badan itu.

Dakwa Varughese seperti dipetik daripada The Malay Mail Online, Majlis Peguam tidak mempunyai bidang kuasa bagi membicangkan usul ini. "Cadangan itu tidak dibincangkan...kerana bentuk dan isi kandungannya bukanlah sesuatu yang boleh dibincangkan oleh Majlis Peguam."

"Bentuk dan kandungan usul ini tidak konsisten dengan profesion perundangan atau Akta Profesion Undang-Undang." Sebelum ini dilaporkan beberapa aktivis peguam memberikan komen positif cadangan yang dibawa oleh Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor tersebut.

Ini merupakan kali kedua peguam Amir Bahari membawakan usul ini dan juga kali kedua ianya ‘ditolak'. Setahun yang lalu, usul yang dibahaskan Amir pada mesyuarat am tahunan badan itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi.

Sumber : https://www.menara.my/

Sumber TKO - 21-3-2018



MAS dituntut dedah kod pakaian pramugari Islam
Posted on Tuesday, March 13 @ 15:51:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38621



BANGI, 25 Jamadilakhir 1439H, Selasa - Malaysia Airlines (MAS) dituntut mendedahkan kod etika pakaian yang diguna pakai terhadap krew kabin, khususnya melibatkan pramugari syarikat penerbangan nasional itu.

Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) menggesa pengurusan MAS memperjelaskan garis panduan pakaian pramugari beragama Islam yang dikenakan di syarikat berkenaan.


Presidennya, Datuk Mohammed Shafie BP Mammal berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan negara, MAS sepatutnya bersikap lebih terbuka berhubung isu pemakaian melibatkan krew kabin beragama Islam, termasuk membenarkan pramugari berhijab.

Justeru, beliau menuntut MAS mendedahkan sama ada pilihan bertudung di kalangan pramugari beragama Islam di syarikat itu, termasuk dalam kod pakaian atau sebaliknya.

"Apa yang kita lihat, tiada pramugari MAS bertudung untuk penerbangan biasa, tidak kira domestik atau antarabangsa.

"Keadaan itu sebaliknya dapat dilihat apabila melibatkan penerbangan musim haji sahaja. Ini menimbulkan persoalan, apakah MAS juga turut mengenakan sebarang larangan terutama bertudung di kalangan pramugari mereka," katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mohammed Shafie berkata, sekiranya larangan seumpama itu benar diguna pakai MAS, maka syarikat berkenaan diminta mengkaji semula aturan dan peraturan sedia ada dalam prosedur operasi standard (SOP).

"Jika lihat dikaunter atau pengurusan MAS, ada sahaja kakitangan mereka yang mengenakan tudung. Cuma di kalangan pramugari penerbangan sahaja ianya berbeza.

"Ini sudah ‘double-standard' untuk krew penerbangan. Kita sepatutnya berbangga apabila pesawat nasional membawa anak kapal yang menutup aurat, sebagaimana dilaksana di wilayah Aceh, baru-baru ini.

"Pemakaian sebegitu secara tidak langsung mempromosikan agama Islam, dan memperkenalkan Malaysia sebagai negara Islam di mata dunia," katanya.


Sebelum ini, Uni-MLC adalah pihak bertanggungjawab mendedahkan SOP larangan bertudung yang dikenakan kebanyakan hotel bertaraf antarabangsa di sekitar ibu negara.

Sumber TKO - 13-3-2018






















Pengurusan baru Proton diskriminasi bumiputera, kata Pekema
Posted on Monday, February 12 @ 07:15:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38189


Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mendakwa dasar Proton di bawah pengurusan baru syarikat menyebabkan pengedar bumiputera berdepan diskriminasi dan kemungkinan akan diganti oleh pengedar bukan bumiputera sepenuhnya.

Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman membuat dakwaan itu sebagai mengulas dasar Proton yang mengarahkan pengedar menaik taraf daripada pusat 1S (jualan saja) kepada pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dalam tempoh setahun.

"Orang yang menjaga perancangan dan pembangunan wakil jualan Proton diketuai oleh seorang bukan bumiputera yang tentunya tidak mempunyai jiwa untuk membantu bumiputera.

"Beliau telah memberi berbagai tekanan dan tidak memberi pilihan kepada wakil jualan bumiputera 1S dalam usaha untuk naik taraf kepada 3S. Tidak ada kompromi atau rundingan," katanya dalam satu wawancara Mingguan Malaysia.

Zainuddin mendakwa kebanyakan pusat 3S diuruskan oleh bukan bumiputera sementara pusat 1S kebanyakannya diuruskan oleh bumiputera yang tidak mampu menaik taraf ke 3S dalam tempoh yang singkat.


"Kalau tak ikut syarat ini, mereka akan tukar dengan wakil jualan lain yang kemungkinan besar rata-ratanya adalah wakil jualan bukan bumiputera," katanya dipetik sebagai berkata.

Zainuddin menambah, kos untuk menaik taraf pusat servis menelan kos sehingga RM60 juta termasuk untuk tanah, bangunan dan modal pusingan.

Tahun lalu, syarikat milik China, Geely memperoleh 49.9 peratus saham Proton dalam bidaan untuk membangunkan semula syarikat automatif berkenaan. Proton kini di bawah pengurusan baru yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong sejak November lalu.

Zainuddin turut mendakwa Proton hanya membenarkan pengedar 3S untuk menjual model Boyue yang akan dikeluarkan.

"Kita difahamkan pihak Proton dengan bantuan kerajaan akan membawa masuk sejumlah besar secara complete-built-up (CBU) Boyue dengan insentif istimewa daripada kerajaan bagi menggalakkan jualan Proton di pasaran.

"Malangnya CBU Boyue ini difahamkan akan diberi kepada wakil jualan Proton 3S sahaja. Ini satu lagi diskriminasi secara halus kepada wakil jualan bumiputera 1S yang tidak diberi hak untuk menjual CBU Boyue," katanya dipetik sebagai berkata.

Menurut Zainuddin lagi, tidak mudah untuk menaik taraf pusat 3S kerana banyak prosedur yang perlu dilalui termasuk mendapatkan pemilikan tanah bagi membina pusat servis tersebut.

"Di Lembah Kelang ini terutamanya, mana nak dapat tanah untuk bina bangunan sendiri atas tanah seluas 0.61 hektar (1.5 ekar) seperti ditetapkan pengurusan baru Proton ini.

"Jelas tidak logik. Wakil jualan bumiputera tidak mampu untuk menyewa atau membeli tanah 0.61 hektar (1.5 ekar) tersebut. Akhirnya di Lembah Kelang, saya percaya akan dimonopoli oleh wakil jualan bukan bumiputera," katanya.

Sumber TKO - 12-2-2018























Undang-undang negara tidak lindungi hak Muallaf?

KUALA LUMPUR: Kes Indira Gandhi yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan jelas membuktikan bahawa undang-undang di negara tidak menjaga dan melindungi kepentingan golongan Muallaf sepenuhnya. 
"Kes ini harus dilihat sebagai kayu ukur sejauh mana kedudukan sebenar undang-undang di negara kita ini berkaitan dengan hak dan kepentingan golongan saudara baru Muslim (muallaf).\ 
“Walaupun kita rasa sedih dengan keputusan tersebut, tetapi inilah realiti sebenar undang-undang di negara kita yang walaupun meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, tetapi hak-hak berkaitan saudara baru Muslim masih tidak terbela,” demikian kata Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor. 
Menurutnya, undang-undang yang ada sekarang jelas tidak selari dengan kehendak syarak di mana sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam, anak-anaknya yang di bawah umur secara otomatik dianggap beragama Islam. 
Salkukhairi yang juga seorang peguam berkata, peruntukan undang-undang sebegini jika dikekalkan boleh menjadikan golongan bukan Islam yang berminat terhadap agama Islam berasa takut dan bimbang untuk memeluk Islam. 
Ini kerana jelasnya, mereka bimbang akan kehilangan anak-anak dan keluarga andai memeluk Islam terutamanya sekiranya pasangan mereka enggan memeluk Islam. 
“Tidak mustahil mungkin ada segelintir saudara baru yang sanggup kembali kepada agama asal mereka kerana merasa tertekan dengan peruntukan undang-undang sebegini. 
“Akhirnya, dakwah Islam tidak dapat berkembang, bahkan boleh menyebabkan fitnah pula kepada Islam. Ini yang kita bimbang” ujarnya lagi. 
Justeru, beliau menyeru semua pemimpin-pemimpin Islam di negara ini bersatu untuk memperjuangkan hak saudara-saudara Muslim tanpa mengambil kira parti politik. 
“Pemimpin Islam perlu bersatu dalam isu ini. Cukup-cukuplah berpolitik. Kita boleh berbeza pendapat dalam politik kepartian, tetapi apabila melibatkan isu orang Islam dan agama Islam, kita perlu bersatu. 
"Supaya satu undang-undang yang betul-betul melindungi hak dan kepentingan orang Islam termasuklah golongan saudara baru Muslim dapat digubal di Parlimen dan dilaksanakan segera di negara kita” ujar beliau.- HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD - 1-2-2018 

Zoo tidak dapat meniru habitat hidupan liar

PERHATIAN terhadap zoo sekali lagi muncul dan kali ini tumpuannya adalah kepada Zoo Kemaman, Terengganu. Didakwa pekerja Zoo Kemanan yang bersungut berkongsi gambar haiwan dalam sangkar kecil dan gajah yang dirantai di luar dibiarkan di dalam hujan, dengan aktivis kebajikan haiwan.
Gambar zoo yang ditunjukkan dalam media sosial menggambarkan bagaimana haiwan itu dipelihara. Walaupun mereka mengakui prihatin terhadap haiwan, zoo lebih tepat dijelaskan sebagai kumpulan haiwan menarik berbanding tempat atau kediaman sebenar. Malah di dalam keadaan terbaik di zoo terbaik, kurungan tidak dapat meniru habitat haiwan liar.
Persekitaran ini mungkin bukanlah tempat yang sesuai serta bebas daripada masalah, tetapi haiwan ini telah berevolusi beribu tahun, menyesuaikan diri untuk hidup dalam jenis persekitaran semula jadi tertentu. Menempatkan haiwan dalam persekitaran yang tidak sesuai bagi spesies ini boleh menyebabkan tekanan dan masalah tingkah laku.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya adalah lebih baik untuk tidak mengurung haiwan liar sama sekali jika keperluan mereka tidak dapat dipenuhi terutama sekali jika haiwan itu ditempatkan untuk tujuan hiburan.
Mempersembahkan haiwan kepada pengunjung zoo sebagai hiasan kehidupan mengajar kanak-kanak bahawa haiwan boleh dimanipulasikan dalam usaha untuk memenuhi sifat ingin tahu mereka. Zoo mengajar orang bahawa manusia mempunyai hak untuk memperhambakan haiwan, dan memperkuatkan lagi tanggapan bahawa haiwan itu hanya untuk manfaat kita. Tingkah laku pelik dan terganggu haiwan di zoo menyediakan bukti selanjutnya bahwa memelihara haiwan dalam kurungan adalah salah. Zoo gagal untuk mengenal pasti bahawa haiwan mempunyai keperluan mereka sendiri untuk dipenuhi untuk tujuan mereka sendiri.
Kakitangan zoo perlu berhenti daripada menyatakan bahawa ia mempunyai nilai pendidikan dengan mempamerkan haiwan di dalam sangkar besi dan dinding kaca. Tidak kira apa yang dipamerkan – orang melayan pameran sebagai satu hiasan. Dakwaan zoo berperanan ‘mendidik’ perlu dicabar jika masyarakat menghormati haiwan.
Apa yang tidak dipersoalkan ialah majoriti zoo Malaysia dijalankan untuk tidak lebih daripada keuntungan atau hiburan dan keadaannya sering tidak berapa baik.
Kini tiba masanya untuk menilai bagaimana pengendali pameran haiwan yang dilesenkan oleh kerajaan persekutuan mematuhi standard kebajikan haiwan minimum. Sistem pelesenan dan pemeriksaan semasa tidak memastikan bahawa zoo kita memenuhi dan mengekalkan, melebihi standard minimum kebajikan haiwan.
SAM menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Hidupan Liar supaya menghentikan pemberian permit untuk membuka zoo baharu. Sebagai ganti, mereka seharusnya memberikan tumpuan kepada zoo yang berada dalam keadaan yang tidak memuaskan untuk memastikan ia memenuhi standard perumahan, ternakan, kebajikan, dan kesihatan untuk semua penghuninya.
S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden          
Sahabat Alam Malaysia
HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 


Natijah keputusan kes Indera Gandi
Posted on Tuesday, January 30 @ 07:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37985



KEPUTUSAN panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandi yang dikeluarkan pada hari ini amat menyedihkan. Mereka meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dalam kes Subashini lwn Sarawanan. Hasilnya pemelukan Agama Islam anak-anak yang masing-masing sekarang berumur 20, 19 dan 8 tahun oleh si bapa yang memeluk Islam telah dibatalkan oleh mahkamah tertinggi negara ini.

Saya percaya keputusan tersebut tidak memberi kesan kepada anak yang sudah dewasa. Pilihan sekarang di tangan mereka sama ada mahu kekal atau tukar. Anak yang berumur 8 tahun sekarang apa agamanya?

Implikasi keputusan tersebut juga menyebabkan pada hadapan kita terdapat dua versi interpretasi terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi anak di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Bermaksud apabila mana di hadapkan dengan kes-kes yang sama, hakim-hakim dalam negara ini bebas mengikut mana-mana versi tersebut sehinggalah apabila mana kerajaan memuktamadkan versi yang dipilih oleh kerajaan ke dalam akta. Sehingga ke hari ini kerajaan belum memuktamadkannya. Cubaan terakhir adalah pada cadangan terhadap Akta 164 yang telah ditarik balik semasa sidang Parlimen yang lepas.

Mengikut laporan media Kerajaan Barisan Nasional sedia memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Akta 164. Iaitu selepas mereka memenangi semula pilihanraya ke-14. Sedangkan mereka tahu majoriti umat Islam tidak bersetuju dengan cadangan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama itu.

Justeru tidak ada pilihan lain kecuali kita meramaikan Ahli Parlimen PAS yang sentiasa konsisten dalam isu tersebut. Ahli Parlimen PAS telah berbahas secara terbuka di Parlimen berhadapan dengan semua yang menentang biar pun tinggal beberapa belas ahli Parlimen sahaja di dalam Parlimen.

Tentu sahaja dapat dibayang, apabila Ahli Parlimen PAS menguasai majoriti. Tentu sahaja kerajaan dapat memuktamadkan undang-undang yang selaras dengan kehendak agama.

Tidak dapat tidak, umat Islam perlu bersatu dalam menunjukkan kesatuan dalam menolak kemunculan semula seksyen 88A dengan mengundi ahli Parlimen yang berfikir mengikut kaca mata Islam.

NIK BAHRUM NIK ABDULLAH
Pengerusi
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
PAS Negeri Kelantan
 


Sumber TKO- 30-1-2018


Saksi lain takut tampil bimbang keselamatan keluarga kata Amri
Posted on Thursday, January 25 @ 11:12:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37896


Panel yang menyiasat kehilangan aktivis Amri Che Mat hari ini meminta bantuan daripada saksi keempat, Faisol Abdul Rahman bagi menjejaki beberapa saksi lain berhubung dakwaan penculikannya pada 24 Nov 2016.


Pengerusi panel Mah Weng Kwai berkata, ia susulan keterangan ketua PKR Perlis berhubung dakwaan penculikan Amri berdasarkan sumber pihak ketiga.

“Kami cuba hubungi mereka namun gagal,” kata pegawai Suhakam kepada soalan Mah sama ada individu yang disebutkan Faisol dalam testimoninya akan dipanggil di hadapan panel.

Faisol, yang merupakan sukarelawan Perlis Hope berkata dia diberitahu ada tiga kenderaan Toyota Hilux kelihatan mengelilingi kereta Amri sekitar pukul 11.30 malam pada 24 Nov lalu sebelum mendakwa dia diculik.

“Ada orang yang nampak penculikan itu dan beritahu saya tentangnya.

“Saya dapat maklumat itu daripada pasukan saya yang menyiasar kehilangan Amri pada 26 Nov,” katanya menambah dia mula-mula dimaklumkan kehilangan Amri oleh abang adik Amri, Norhafizal Ariffin.

image: https://i.malaysiakini.com/1205/875d41a66b13971240e3b94c44038ea8.jpeg
Ketika Mah bertanya sama ada wujud kebimbangan berkenaan keselamatan saksi berhubung dakwaan penculikan itu, Faisol berkata mereka “takut untuk tampil” kerana bimbang keselamatan keluarga mereka.

Mah kemudian memberi jaminan panel untuk memastikan keselamatan saksi berhubung kes kehilangan Amri yang dikaitkan dengan aktivitinya dalam Perlis Hope – organisasi kebajikan yang diasaskan Amri yang kini didakwa mempunyai kaitan dengan Syiah.

Ada pihak tidak gembira
Saksi ketiga inkuiri, Abdul Jamil Mohamad sebelum ini memberi keterangan dia percaya kehilangan Amri mempunyai kaitan dengan pihak-pihak tertentu di Perlis yang tidak gembira kerana aktiviti Perlis Hope memberi gambaran kegagalan pihak tertentu berkenaan mengatasi masalah kemiskinan.
“Amri kata mereka (pihak tertentu berkenaan) tidak gembira kerana apabila Perlis Hope pergi ke kawasan dan mula buat rumah, ia menunjukkan orang yang bertanggungjawab di kawasan itu tidak menjaga kawasan itu,” kata Jamil.

Jamil turut mengimbas semula panggilan telefon terakhirnya dengan Amri pada malam 24 Nov lalu ketika mereka seharusnya berjumpa di Jitra.
“Saya seharusnya berjumpa untuk minum kopi di Jitra pada 23 Nov, tapi dia tidak datang.

“Saya cuba hubungi telefonnya sekitar 12.20 pagi dan dia jawab, tapi dia cuma cakap 'Okay, okay, okay' dan kedengaran cemas,” kata Jamil, yang menggambarkan dirinya kawan rapat Amri sejak pertama kali berjumpa di Iran pada 2003.

Awal malam itu, tambah Jamil, Amir menghantar mesej dan ingin berjumpa minum kopi. Jamil bersetuju dan menunggu Amri sehingga sekitar pukul 1 pagi sebelum pulang rumah.

Sekitar pukul 6.30 pagi, Jamil berkata dia menerima panggilan telefon daripada isteri Amri yang menanyakan sama ada mereka ada berjumpa malam sebelumnya kerana aktivis itu belum pulang rumah.

Inkuiri akan bersambung dengan testimoni Faisol esok.

Suhakam sedang menyiasar sama ada kehilangan Amri dan tiga yang lain adalah secara “dipaksa atau tidak rela” seperti yang ditakrifkan Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).

Inkuiri berhubung kehilangan paderi Raymond Koh digantung selepas polis mendakwa seorang suspek yang dikaitkan penculikan paderi itu minggu lalu.
Dua orang hilang yang lain yang disiasat adalah paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu.

Sumber TKO - 25-1-2018





























Mercun dan bunga api haram: Kerajaan perlu tegas

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah berulang kali menggesa supaya penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pengharaman mercun/bunga api sejak lebih 20 tahun tetapi malangnya gesaan ini tidak dipedulikan. 
Sementara kita berjuang untuk menguatkuasakan undang-undang, lebih daripada 40,000 orang telah menandatangani petisyen menggesa undang-undang baharu untuk mengharamkan penggunaan bunga api oleh orang awam di United Kingdom (UK). Alasan mereka ialah bunga api menyebabkan “cemas, sedih dan bimbang” kepada “ramai orang dan haiwan”. 
Pada masa ini, mereka yang melanggar undang-undang bunga api akan dikenakan denda £5,000 (RM27,125) atau penjara enam bulan di bawah undang-undang UK. 
Situasinya begitu berbeza dengan Malaysia. Bunyi mercun dan bunga api masih boleh didengar setiap kali musim perayaan walaupun ia telah diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (EA 1957) sejak berdekad lalu. 
Seksyen 4(2) Akta itu menyatakan bahawa “Sesiapa yang mengeluarkan, memiliki atau mengimport sebarang bahan letupan yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, atau denda sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.” 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya pindaan dibuat ke atas Akta itu untuk memastikan bahawa mereka yang didapati bersalah mengeluar, memiliki atau mengimport bahan letupan dijatuhkan hukuman penjara mandatori dan merampas kenderaan yang ditemui bersama mercun dan bunga api. 
Kami menggesa hukuman maksimum dikenakan ke atas pengimport, peruncit dan sesiapa sahaja yang memiliki atau bermain dengan mercun dan bunga api untuk menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia dan Kastam benar-benar bertindak tegas. Jika tidak hukuman yang dikenakan itu dilihat sebagai tidak berkesan. 
Mercun dan bunga api begitu mudah diperoleh di negara ini memandangkan dilaporkan pada 2016 ia diseludup ke negara ini melalui sempadan negara ini dengan “rasuah di pintu masuk rasmi”. Di samping dijual secara runcit, ia juga boleh dipesan melalui aplikasi mesej yang ditularkan.
Pada 2016, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada ibu bapa yang ditangkap membeli atau membenarkan anak-anak mereka bermain dengan mercun akan berdepan hukuman penjara tujuh tahun. Kami ingin mengetahui jika hukuman ini dijalankan dan berapa ramai ibu bapa yang menjalani hukuman penjara pada tahun lepas.
Pelanggaran yang berleluasa EA1957 sejak beberapa dekad lepas menggambarkan kelemahan dalam melaksanakan apa yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen. Kami tertanya-tanya bilakah mercun dan bunga api yang diharamkan di bawah EA1957 akan dikuatkuasakan dengan serius bukannya dilihat sebagai menggubal undang-undang dengan pelaksanaan yang tidak bersungguh-sungguh. – HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 24-1-2018 



Suhakam mungkin panggil Asri beri keterangan
Posted on Tuesday, January 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37870



PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Suhakam (Suhakam) mungkin akan memanggil Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk memberi keterangan dalam siasatan ke atas kehilangan aktivis Perlis Hope, Amri Che Mat.

Namun setakat ini masih belum ada kepastian di pihak Suhakam kerana pengerusi siasatan awam, Pesuruhjaya Datuk Datuk Mah Weng Kwai menyebut perkara itu secara sepintas lalu.

Perkara itu dimaklumkan kepada FMT oleh peguam keluarga Amri, Philip Koh.

Hari ini, Norhayati memberitahu Suhakam Mufti bahawa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 20 pegawai Jabatan Mufti Perlis dan polis membuat serbuan di rumahnya berkenaan pembabitan Amri dan Perlis Hope dengan ajaran Syiah.

Amri, 44, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016 lepas.

Sebelum ini Norhayati berkata saksi ternampak 5 buah kenderaan menghalang laluan kereta Toyota Fortuner milik Amri, sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m daripada rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis.

Sebelum ini, terdapat spekulasi beliau terlibat dalam penyebaran ajaran Syiah, aliran Islam yang difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Malaysia. Dakwaan itu ditolak Norhayati.

Selain kehilangan Amri, siasatan Suhakam ini turut mahu menjawab misteri kehilangan Paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth.

Seorang lagi yang hilang, Pastor Raymond Koh, tidak lagi menjadi subjek siasatan, selepas seorang suspek dihadapkan tuduhan menculiknya di mahkamah minggu lalu.

Ini kerana Seksyen 12 Akta Suhakam menyatakan siasatan awam perlu dihentikan jika ia menjadi kes mahkamah.

Sumber TKO - 23-1-2018































Haramkan penyegar udara dan wangian di tempat awam

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa untuk memasyhurkan undang-undang untuk mengharamkan penggunaan wangian di tempat-tempat awam kerana ia adalah berbahaya kepada kesihatan. Pengharaman itu harus merangkumi penggunaan penyegar udara dan minyak wangi. 
Didorong oleh iklan yang mempromosikan persekitaran wangi sebagai bersih dan sihat, ia adalah perkara biasa untuk mencari penyegar udara yang digunakan di tempat-tempat awam seperti di lapangan terbang, restoran, pusat membeli-belah, bilik mesyuarat dan dewan bankuet. Walaupun populariti mereka, terdapat kebimbangan bahawa produk-produk ini meningkatkan pencemaran udara dalaman dan menimbulkan kesihatan risiko, terutamanya dengan pendedahan jangka panjang. 
Menurut Amerika Syarikat Academy of Sciences, 95% daripada bahan kimia yang digunakan dalam wangian adalah sebatian sintetik yang diperolehi daripada petroleum. Ia termasuk toksin dikenali mampu menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran pusat gangguan sistem saraf dan reaksi alahan. 
penyegar udara boleh menggunakan bahan kimia yang dipanggil phthalates yang boleh menyebabkan keabnormalan hormon, kecacatan kelahiran, dan masalah pembiakan. 
Phthalates (sekumpulan plasticers toksik) digunakan dalam penyegar udara untuk membubarkan dan membawa bau wangian. Penggunaan penyegar udara melepaskan phthalates ke udara. Mereka kemudiannya boleh disedut, atau zarah aerosol boleh mendarat di atas kulit dan menjadi diserap. Sebaik sahaja bahan kimia ini masuk ke dalam aliran darah, mereka boleh mengubah tahap hormon dan menyebabkan masalah kesihatan. 
Kajian haiwan yang banyak telah mengaitkan pendedahan pranatal untuk phthalates tertentu dengan penurunan testosteron, kecacatan kemaluan, dan pengeluaran sperma dikurangkan. 
Bagi manusia, phthalates dikaitkan dengan perubahan hormon, kualiti air mani berkurangan, dan perubahan pembangunan kemaluan. Pendedahan Phthalate dalam persekitaran dalaman juga telah dikaitkan dengan gejala alahan dan lelah. Sebagai tiada keperluan pelabelan malah produk "asli" boleh mengandungi bahan kimia toksik, ia adalah hampir mustahil untuk pengguna purata tahu yang produk boleh menimbulkan risiko. 
Selain phthalates, penyegar udara melepaskan organik meruap sebatian (VOC) ke udara. VOC bertukar menjadi wap atau gas mudah pada suhu bilik dan diketahui menyebabkan masalah kesihatan. Pencemar menengah juga terbentuk apabila bahan kimia produk yang bergabung dengan ozon di dalam udara. 
Kajian telah menunjukkan bahawa, kurang daripada 10 % daripada semua bahan-bahan yang tidak menentu biasanya dinyatakan pada label penyegar udara atau lembaran data keselamatan bahan. Penyegar udara adalah sumber utama sebatian organik meruap menyebabkan pencemaran udara dalaman. 
penyegar udara adalah pencemar udara. Mereka tidak 'membersihkan' udara sekeliling dan mereka juga tidak menambah wangian 'semula jadi'. Sebahagian daripada penyegar udara walaupun kot saluran hidung dengan sebuah filem berminyak atau dengan melepaskan agen saraf-pemati untuk menenggelamkan ia berbau. 
Walaupun apa yang dipanggil udara hijau dan organik penyegar boleh mengeluarkan bahan pencemar udara yang berbahaya. Bahan-bahan penyegar udara adalah sebahagian besarnya tidak diketahui dan tidak didedahkan, kerana perlindungan intelek yang membolehkan syarikat-syarikat untuk menyembunyikan rumusan mereka. 
kecederaan yang tidak disengajakan juga telah dilaporkan dengan ini produk, termasuk kebakaran apabila penyegar udara mudah terbakar telah dinyalakan oleh api berhampiran. 
Pengguna harus mempunyai hak untuk membersihkan udara , mereka tidak patut dikenakan untuk bernafas dalam udara yang tercemar dengan wangian tiruan dan bahan kimia toksik lain Pada masa ini ada undang-undang untuk mengharamkan merokok di tempat awam, undang-undang yang sama perlu digunakan sebagai minyak wangi tiruan yang terkandung. bahan kimia yang sama seperti dalam rokok asap. Pengguna harus mengelak daripada menggunakan penyegar udara terutamanya di tempat-tempat di mana terdapat kanak-kanak atau wanita hamil. 
Selain penyegar udara, bau tiruan di khalayak ramai tempat adalah suatu kacau ganggu sebagai individu yang mempunyai alahan dan sensitiviti kimia tidak dapat pergi ke tempat-tempat seperti pawagam dan pusat membeli-belah. Individu yang memakai wangian mahu dilihat dan akhirnya memberi sakit kepala atau migrain kepada orang-orang di sekeliling mereka. seperti dalam kes tembakau, bernafas minyak wangi orang lain bukan pilihan kerana ia adalah mustahil untuk mengelakkan wangian toksik di udara.
bahaya sama bersembunyi di dalam pelbagai produk pengguna beraroma seperti sabun syampu, produk bayi, deodoran, aftershave, cermin solek, produk dobi, pencuci rumah, lilin dan mainan. 
pengguna sementara itu adalah dinasihatkan supaya:
a.Mengelakkan penggunaan penyegar udara kerana mereka adalah bahan pencemar yang topeng udara yang tidak berkualiti dan menjadi lebih teruk ia. 
b.Produk .Pilih tanpa wangian ditambah untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia toksik.
c.Membaca label bahan untuk memeriksa sama ada ia mengandungi wangian dan juga produk yang diiklankan sebagai "unscented" atau "haruman" mungkin mengandungi VOC. 
Memandangkan bahaya yang berkaitan dengan wangian , Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa untuk memasyhurkan undang-undang untuk mengharamkan penggunaan penyegar udara dan wangian di tempat-tempat awam.
Wangian yang diketahui mengandungi bahan kimia yang berbahaya ini akan menjadi satu cara untuk mengurangkan pendedahan bahan kimia toksik kepada pengguna. – HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD- 17-1-2018 


Jangan seksi, kamu boleh hindari gangguan seksual, kata kesatuan wartawan
Posted on Wednesday, January 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37768



PETALING JAYA: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkata pengamal media wanita perlu menjaga penampilan diri semasa bertugas, termasuk tidak berpakaian seksi, untuk menghindari gangguan seksual.

Presiden NUJ Mohd Taufek Razak bagaimanapun akui wartawan wanita berdepan masalah itu sejak sekian lama.

“NUJ ingin mencadangkan memandangkan gangguan seksual sudah menjadi sebahagian daripada cabaran wartawan wanita, mereka perlu membuat penampilan diri yang sesuai dan pendirian yang tegas ketika bertugas.

“Misalnya jangan berpakaian menjolok mata atau terlalu seksi, menolak untuk ditemuramah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di kelab malam atau di rumah ahli politik,” katanya kepada portal berita Malaysiakini.

Beliau berkata sudah menjadi lumrah manusia yang lelaki sudah pasti tertarik dengan wanita manakala yang wanita sudah pasti mahu menarik perhatian lelaki.

Kennyataan itu menyusuli laporan satu portal berita semalam yang melaporkan kisah 2 wartawan wanita yang berkata mereka diganggu secara seksual oleh ahli politik lelaki yang perlu ditemubual.
Dua daripada 8 wartawan itu yang dilaporkan oleh Asian Correspondent itu rakyat Malaysia.

Seorang mengatakan seorang ahli politik menghantar mesej lucah dan meraba pahanya semasa sesi temubual. Seorang lagi berkata seorang ahli Parlimen tidak berhenti menghantar mesej bertanyakan kehidupan peribadinya, dan mengajaknya makan malam walaupun sudah berkahwin.

Taufek berkata wartawan berkenaan harus membuat laporan polis dan kemukakan bukti.

“Masalahnya ada mangsa malu untuk membuat laporan polis,” katanya, dan menambah mereka mungkin serba salah kerana mahu menjaga hubungan baik dengan ahli politik berkenaan.

Sumber TKO - 17-1-2018






























































Kes bankrap jejaskan negara

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang mengenai bilangan rakyat Malaysia yang terdorong ke arah bankrap atau berada diambangnya. Lebih daripada suku juta – 294,000 rakyat Malaysia terlibat dalam kes bankrap. Sebahagian besarnya disumbang oleh kegagalan untuk menyelesaikan pinjaman sewa beli, pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan penjamin sosial (akibat penghutang yang tidak membayarnya). 
Menurut laporan berita 2013, kebanyakan mereka yang bankrap adalah dalam kumpulan usia 35 hingga 44 tahun (34 peratus). Amat membimbangkan bahawa kira-kira 22,663 rakyat Malaysia di bawah usia 35 tahun dilaporkan bankrap daripada 2011 hingga September 2015. Mereka sepatutnya tidak tercemar oleh kebankrapan terutama sekali pada usia di mana mereka sedang membina kerjaya dan keluarga. 
Didapati bahawa punca utama bankrap antara 2011 dan 2015 adalah disebabkan kegagalan bayaran pinjaman terutama sekali pinjaman pembelian kenderaan (28,374 kes; 27.94 peratus); pinjaman perumahan (21,697 kes; 21.36 peratus); pinjaman peribadi (20,727 kes; 20.41 peratus); dan pinjaman perniagaan (11,899 kes; 11.71 peratus). 
Pemilikan kenderaan di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di dunia dan niat untuk membelinya adalah yang tertinggi. Ia tidak menghairankan kerana sepertimana yang didedahkan dalam laporan berita, satu daripada empat orang yang mengalami bankrap adalah disebabkan oleh kegagalan membayar pinjaman kenderaan. 
Ramai rakyat Malaysia cenderung untuk hidup di luar kemampuan mereka, dengan itu menjadikan mereka mudah terjejas kerana tidak mampu untuk membayar semula pinjaman mereka. Ini bukan hanya berlaku terhadap mereka yang mengambil pinjaman untuk membeli kenderaan tetapi juga untuk tujuan lain seperti mengambil pinjaman peribadi untuk membeli rumah, atau membiayai pendidikan tinggi. Ini mengakibatkan belanjawan mereka melangkaui kemampuan mereka. 
Sebagai cara untuk menggalakkan penggunaan tanpa tunai, Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) kad kini dimasukkan ciri-ciri ‘Kad Debit’ dengan itu mendedahkan seseorang itu kepada perbelanjaan berlebihan melainkan mereka dapat menguruskan perbelanjaan dan baki dalam akaun dengan baik.
Memburukkan lagi keadaan, terdapat 3.6 juta pemegang kad kredit di negara ini dengan jumlah hutang kad kredit RM36.9 bilion sehingga Jun 2017. Amat  mengejutkan  apabila tiga 
daripada lima orang lebih cenderung untuk menggunakan kad kredit walaupun keadaan ekonomi dan pekerjaan tidak menentu kerana ia membenarkan seseorang itu berbelanja lebih awal daripada pendapatan mereka dan kesannya amat berbahaya. 
Dipaksa oleh keadaan, mereka ini mencari jalan dengan mengambil pinjaman di institusi kewangan jika mereka boleh tetapi bukanlah disebabkan oleh rekod kredit buruk mereka. Mereka juga mungkin beralih kepada Ah Long untuk mendapatkan pinjaman. Jika mereka berjumpa Ah Long untuk mendapatkan pinjaman maka mereka mendedahkan diri mereka sendiri kepada pelbagai masalah seperti kadar faedah yang tinggi, gangguan dan ancaman. 
Di samping mereka yang berada dalam perangkaan bankrap, terdapat anggaran 100,000 kakitangan awam yang berisiko menjadi bankrap pada 2017. Mereka bukanlah kumpulan pertama kerana sehingga 1 Mei 2017, kira-kira 3,000 orang daripada mereka sudah pun bankrap. 100,000 orang yang mungkin akan bankrap merupakan 6.25 peratus daripada anggaran 1.6 juta kakitangan awam di negara ini. 
Pemangkin kepada keadaan yang teruk ini ialah kewujudan lebih daripada 20 institusi kewangan dan koperasi yang menyediakan pinjaman kepada kakitangan awam. Pembayaran balik pinjaman adalah melalui pemotongan gaji bulanan mereka.Walaupun ia adalah cara mudah untuk memperolehi semula pinjaman melalui pemotongan gaji secara automatik, kita perlu mengakui hakikat bahawa ia menggalakkan kakitangan kerajaan untuk berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.  
Malangnya, institusi kewangan dan koperasi sering tidak menyemak latar belakang pemohon pinjaman mereka. Oleh sebab itu, pemohon yang layak untuk pinjaman RM50,000 boleh meminjam daripada empat institusi kewangan, berakhir dengan meminjam dengan jumlah RM200,000. Sesetengah pemohon memalsukan penyata gaji mereka untuk mendapatkan pinjaman yang mereka tidak layak. 
Situasi kakitangan awam yang terpaksa mengambil pinjaman dipersalahkan terhadap kos kehidupan yang semakin meningkat. Walaupun ia mungkin benar, mereka perlu belajar untuk hidup sederhana mengikut kemampuan mereka kerana dengan mengambil pinjaman ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka terpaksa membayar pinjaman dan kadar faedah yang mempunyai kesan kumulatif. 
Membeli-belah secara dalam talian merupakan satu lagi perangkap kewangan memandangkan pengguna mampu untuk membuat pembelian dengan mudah dan tanpa merasakan kesan segera terhadap belanjawan bulanan mereka. Pada hari bayaran akan datang, mereka mungkin hanya perlu membayar jumlah minimum yang diperlukan oleh pihak bank dan dengan itu kadar faedah dikenakan ke atas baki hutang manakala mereka terus dengan tabiat suka berbelanja. Dalam keadaan ini, mereka sendiri yang menjadikan diri mereka terperangkap dalam hutang sehingga menyukarkan mereka keluar daripadanya. 
Komitmen berlebihan merupakan kebimbangan utama, terutama sekali apabila mereka diberhentikan kerja. Pada 2016, 32,552 rakyat Malaysia diberhentikan kerja; dan 14,848 lagi mendapat Skim Pemisahan Sukarela (VSS). Bagaimana mereka hendak membayar pinjaman rumah dan kereta mereka apabila masa depan mereka tidak menentu? Institusi kewangan sudah tentu tidak bersimpati dengan kesusahan mereka.
Sesetengah orang terpaksa mengambil pinjaman daripada Ah Long untuk membayar hutang mereka daripada mengalami bankrap. Sudah tentu ini bukanlah penyelesaian memandangkan kadar faedah yang amat tinggi akan menyebabkan hutang menjadi bertambah tinggi dan Ah Long akan menggunakan ancaman dan keganasan untuk mendapatkan wang mereka semula. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan keluarga berpecah-belah atau mendorong mereka untuk membunuh diri. 
Kerajaan telah meminda Akta Kebankrapan 1967 (BA 1967) yang kini dikenali sebagai Akta Insolvensi 1967 (IA 1967). Di bawah BA 1967, seseorang itu boleh menjadi bankrap dengan hutang minimum RM30,000 tetapi kini IA 1967 telah menaikkan kepada minimum RM50,000. Walaupun mereka yang akan bankrap semakin kurang dengan menaikkan jumlah hutang sebelum seseorang itu diisytiharkan bankrap, ia masih tidak menenangkan dari segi kewangan untuk berada hampir-hampir dengannya. Dengan pindaan kepada BA 1967, Jabatan Insolvensi sedang berusaha untuk melepaskan anggaran 50,000 orang daripada bankrap. 
Walau bagaimanapun, kebimbangan kami ialah mengenai corak perbelanjaan rakyat Malaysia yang mendorong ramai daripada mereka menjadi bankrap atau hampir kepadanya.– HARAKAHDAILY 15/1/2018






























































Sumber HDv- 15-1-2018
































Tangani segera masalah nelayan Pantai Teluk Bahang

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kerajaan Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan pantai Teluk Bahang ketika ini. 
Dalam tinjauan yang dibuat selepas menerima aduan dari nelayan terbabit, SAM mendapati keadaan pencemaran sisa konkrit yang berlaku di kawasan pantai dan laut di sini begitu teruk serta membahayakan keselamatan nelayan. Ketulan batu dan cerucuk yang terdapat di kawasan ini boleh mendatangkan kecederaan bukan sahaja kepada nelayan tetapi juga orang awam yang berkunjung ke tempat tersebut. 
Longgokan sisa buangan ini di tepi pantai turut menyebabkan perahu dan bot nelayan terdedah kepada ombak kuat dan menjejaskannya ketika berlabuh di kawasan tersebut. Pada 22 Disember 2017 lalu SAM telah menghantar surat kepada pihak kerajaan, jabatan serta agensi yang berkenaan mengenai isu ini tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil. 
Antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat yang dihubungi SAM ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kerajaan Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Exco Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow dan Biro Pengaduan Awam. 
SAM kesal walau pun masalah ini sudah berlarutan sejak lebih 7 tahun yang lalu namun hingga sekarang tidak ada tindakan tegas yang diambil ke atas pihak yang mencetuskan masalah tersebut. SAM bimbang jika keadaan ini dibiarkan bukan sahaja alam sekitar kawasan berkenaan akan terancam dengan lebih serius lagi pada masa akan datang malah perkara yang tidak diingini yang melibatkan keselamatan nelayan tempatan juga mungkin berlaku. 
Justeru itu SAM berharap pihak kerajaan menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang didapati melanggar akta serta peraturan-peraturan yang terkandung dibawahnya demi menyelesaikan masalah ini. 
SAM, JARING dan nelayan-nelayan pantai yang terlibat akan terus menyuarakan bantahan dan melancarkan kempen tandatangan jika masalah ini masih berlaku dan gagal diatasi oleh pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 10/1/2018
Sumber HD - 10-1-2018 

Ibu bapa digesa cermat belanja untuk pakaian sekolah

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin bukan hanya mengenai peningkatan mendadak dalam harga pelbagai barangan keperluan sekolah tetapi juga bagaimana ibu bapa cenderung untuk memanjakan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam baharu dan keperluan sekolah lain apabila sekolah dibuka semula. 
Ibu bapa perlu berjimat cermat dengan perbelanjaan mereka ke atas keperluan sekolah, lebih-lebih lagi terutamanya dengan harga pakaian seragam sekolah semakin meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lepas sepertimana yang ditunjukkan oleh tinjauan kami di kedai dan pasar raya di Pulau Pinang. 
CAP berpendapat bahawa dengan wang yang dijimatkan, ia boleh digunakan untuk keperluan lain yang lebih penting seperti menyediakan makanan yang lebih berkhasiat untuk keluarga, atau untuk membayar yuran sekolah, perpustakaan dan sukan. Kita tidak seharusnya lupa bahawa mungkin yuran tuisyen dan bas sekolah juga perlu dibayar. 
Ibu bapa yang ditemubual oleh CAP pada umumnya bersetuju bahawa kenaikan harga membebankan terutama sekali bagi mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan ini menyebabkan tekanan kepada mereka.
“Apabila membeli-belah keperluan barangan sekolah anak-anak, ia amat membebankan kewangan kami,” katanya. “Pakaian seragam sekolah bersama dengan beg, alat tulis dan kasut boleh mencapai RM200 dan ini tidak termasuk pakaian sukan, buku dan keperluan lain.”
Andaikan peningkatan harga sebanyak 30 peratus, ibu bapa terpaksa membelanjakan tambahan RM45 bagi setiap anak berbanding dengan apa yang mereka belanjakan untuk barangan yang sama pada tahun lepas dan jumlah ini begitu besar kerana ia boleh mengurangkan belanjawan keluarga. Jumlah ini amat besar untuk dikeluarkan pada awal tahun terutama sekali apabila harga barangan ini semakin meningkat.
Memandangkan kebanyakan kanak-kanak mempunyai sekurang-kurangnya dua pasang pakaian seragam untuk dipakai, kemungkinan pakaian seragam itu menjadi lusuh hingga hujung tahun amat kurang sekali. 
Terdapat anggaran 5 juta pelajar (daripada prasekolah hingga ke sekolah menengah) untuk dibelanjakan ke atas pakaian seragam sekolah yang baharu dan barangan lain, ibu bapa dengan mudah terpaksa membelanjakan lebih daripada RM2 bilion hanya untuk tempoh ini sahaja.
Jika 70 peratus (3.5 juta) pelajar mengelak daripada membeli dua pasang pakaian seragam bagi setiap orang berdasarkan keperluan asas dan beg, maka RM1.2 bilion dapat dijimatkan di seluruh negara. Jumlah ini tidak termasuk kos perbelanjaan barangan lain.
Dengan sistem pendidikan menekankan kepada penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ibu bapa perlu membeli pakaian seragam kelab/persatuan yang boleh menelan belanja kira-kira RM100 dan ia bergantung kepada berapa banyak kelab dan persatuan yang disertai oleh pelajar itu. 
Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai tanggapan bahawa semua keperluan mestilah baharu dan dibeli untuk permulaan sesi persekolahan baharu. Tanggapan ini merupakan satu bentuk pengaruh daripada komersialisasi. Kanak-kanak juga perlu dididik untuk menghargai nilai wang dan untuk terus menggunakan barangan dan peralatan yang masih dalam keadaan yang baik dan sempurna. Dalam soal pakaian seragam, melainkan mereka semakin membesar menyebabkan pakaian seragam menjadi ketat atau mereka pertama kali mula memasuki sekolah.
Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) perlu bekerjasama dengan ibu bapa untuk menghapuskan ‘budaya’ yang tidak sihat ini yang boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan kepada ibu bapa dan pelajar yang tidak mampu. Tambahan pula, bukanlah pakaian seragam sekolah yang baharu akan menentukan kejayaan akademik pelajar dan inilah nilai yang perlu ditanam di dalam minda ibu bapa. Ia boleh menyebabkan jurang antara mereka yang ‘ada’ dan ‘tiada’. 
CAP juga menggesa kerajaan supaya memeriksa dengan segera kualiti pakaian seragam yang terdapat di pasaran. Pakaian seragam ini perlu berkualiti untuk dipakai oleh pelajar sehingga tempoh yang sesuai. – HARAKAHDAILY 28/12/2017
Sumber HD - 28-12-2017 


































SAM bantah kegiatan di Hutan Simpan Bukit Enggang

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) membantah kegiatan pembalakan secara tebang habis seluas 500 hektar untuk tujuan projek ladang hutan (atau dikenali sebagai penanaman secara monokultur dalam Hutan Simpanan Kekal) di sebahagian Hutan Simpan Bukit Enggang (HS Bukit Enggang [Kompartmen 12, 13, 14 dan 15]). 
Kegiatan usahasil (pembalakan) secara tebang habis dirian pokok hutan asal yang tidak terkawal telah menyebabkan kebanyakan struktur alur air dan anak sungai di kawasan yang dilesen terhakis dan berlaku pemendapan sedimen. 
Kesan daripada kemusnahan struktur alur air dan anak sungai telah menjejaskan ekosistem dan sumber air masyarakat khususnya di kawasan penempatan berhampiran. 
SAM dimaklumkan bahawa penggerak projek/pelesen/kontraktor tidak mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Laporan EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). 
SAM berpendirian dan menegaskan bahawa tidak bersetuju dengan pelaksanaan pembangunan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana: 
a.Apabila sesuatu guna-tanah hutan ditukar kepada lain-lain guna-tanah terutama ladang hutan ia menjejaskan fungsi kepelbagaian hayat hutan;
b.Kebanyakan projek ladang hutan didapati tidak mengikuti kriteria penubuhan ladang hutan iaitu bukan di kawasan hutan simpan yang ditakrif sebagai hutan miskin; dan 
c.Kebanyakan kawasan projek ladang hutan di koridor hidupan liar, terutamanya habitat dan kawasan keliaran mamalia besar.
Justifikasi pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bahawa kawasan HS Bukit Enggang yang dicadangkan untuk projek ladang hutan adalah ditakrif sebagai hutan miskin adalah tidak boleh diterima kerana didapati sebahagian besar saiz kayu-kayuan yang dituai berukuran 55 sentimeter dan lebih. 
Malah faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan HSK menjadi hutan miskin bukanlah disebabkan oleh faktor semula-jadi tetapi disebabkan oleh faktor manusia. 
Akibat daripada kelemahan pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan menyebabkan sesuatu kawasan HSK boleh diceroboh dan diteroka secara haram. 
Perkara ini SAM telah kemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia semasa pertemuan bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan pada 26 Mei 2017. 
SAM juga tidak bersetuju sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan lain-lain kegiatan selain guna-tanah hutan di kawasan HSK (Kompartmen 18, HS Bukit Enggang). 
Kelulusan kuari dalam kawasan HSK adalah tidak wajar serta bercanggah dan tidak mematuhi ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-70 (MTN).
MTN telah menyarankan semua Pihak Berkuasa Negeri mengambil insiatif mengawal atau sebolehnya mengelakkan sebarang kelulusan kegiatan perlombongan dalam kawasan HSK. 
Kewajaran MTN melaksana ketetapan tersebut adalah kerana kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK secara langsung akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.
Oleh itu SAM menggesa Pihak Berkuasa Negeri mengambil tindakan wajar untuk menangani isu eksploitasi sebahagian HS Bukit Enggang yang tidak terkawal manakala JAS pula perlu menguatkuasa peruntukan undang-undang berkaitan sekiranya didapati penggerak projek/pelesen/ kontraktor tidak mengemukakan Laporan EIA. - HARAKAHDAILY 21/12/2017




































































Sumber HD- 21-12-2017



































Tabung Haji harus kendali umrah juga

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) sangat kecewa dengan isu Imams (Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu) dan bagaimana ia telah dikendalikan. 
Majlis Kawalselia Umrah (MKSU) mendakwa bahawa Imams telah ditubuhkan untuk menghentikan penipuan Umrah yang semakin meningkat setiap tahun. 
Berlanjutan dari ini, persoalan yang harus diketengahkan adalah kenapa harus diwujudkan sebuah sistem yang akan diuruskan oleh syarikat pihak ketiga dan yang akan menyebabkan jemaah Umrah menanggung kos RM90.10 tambahan atas kos yang mereka akan bayar untuk menunaikan ibadah Umrah? 
Selain itu, sejurus Imams dibatalkan, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan satu mekanisme baru untuk menentang penipuan Umrah. 
Sekali lagi kami bertanya mengapa perkara sedemikian diperlukan. Lesen Khas Umrah yang diberikan kepada agensi pelancongan yang mempunyai status Muassasah (kebenaran untuk mengurus jemaah haji) dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM). Kenapa jabatan penguatkuasaan kementerian tersebut  tidak mengambil tindakan terhadap penipu ini?
CAP berpendapat langkah yang bijak adalah bagi Tabung Haji mengambil alih pengurusan kedua-dua lesen untuk Haji dan Umrah dan tidak melibatkan KPKM. 
Ini kerana Tabung Haji sudah mempunyai mekanisme yang diperlukan, dan pendekatan yang terakhir perlu dilakukan adalah hanya untuk menggabungkan perkara-perkara berkaitan Umrah ke dalam mekanisme yang sedia ada. 
Seawal September 2016, CAP telah menghubungi Tabung Haji mengenai peningkatan kadar penipuan Umrah. Statistik penipuan Umrah yang kami ada pada masa itu, yang diambil daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, menunjukkan terdapat 2761 mangsa dari tahun 2012 hingga 2015 dengan anggaran kerugian sebanyak RM19 juta. 
Pada Januari 2017, Tabung Haji bermaklumbalas bahawa mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), perkara-perkara yang berkaitan dengan Umrah tidak termasuk di bawah bidang kuasa mereka. Pada Oktober 2017, Tabung Haji telah memaklumkan bahawa walaupun Haji adalah ibadah bermusim, namun persediaan untuk Haji dilaksanakan sepanjang tahun; dan ia memang patut untuk MKSU, yang ditubuhkan 3 tahun lalu di bawah KPKM, untuk mengendalikan perkara-perkara ibadah Umrah. Ini diberitahu selepas kami mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil alih urusan Umrah kerana penipuan-penipuan Umrah yang masih berleluasa di bawah KPKM.
Kami menggesa bahawa Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dipinda bagi memasukkan perkara-perkara ibadah Umrah ke dalam akta tersebut, seperti kami telah menggesa dari hari pertama kami tujukan isu penipuan umrah. Kami juga mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil lebih ramai kakitangan, bahawa pekerja mereka mempelajari kemahiran pengurusan dan bahawa mereka memperbaharui sistem mereka jika perlu. Mereka mesti melakukan semua yang diperlukan untuk membolehkan Tabung Haji menjadi badan yang mengendalikan hal ehwal umrah. 
Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk menghapuskan penipuan-penipuan Umrah daripada berlaku.– HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD - 19-12-2017 




































Pelaksanaan 4 mutu perkhidmatan, tahniah Mavcom

TAHNIAH kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kerana berjaya mengemukakan rangka kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang yang akan dilaksanakan menjelang suku ketiga 2018, selesai pada akhir 2019. 
Amat tepat pada masanya bagi pelaksanaan empat kategori kualiti perkhidmatan yang terdiri daripada i) kemudahan dan keselesaan penumpang; ii) kemudahan kakitangan dan pengendali; iii) masa beratur; dan iv) aliran penumpang dan bagasi. Bagi setiap kategori ini terdapat subseksyen seperti kebersihan bilik air, Wi-Fi, kedai minuman dan makanan dan kemudahan runcit lain yang terdapat di sana. Lain-lain termasuklah peralatan dan proses yang melibatkan aliran penumpang melalui kemudahan seperti lif, eskalator, “walkalator”, sistem trek-transit serta arah laluan/tanda arah.    
Perubahan itu akan memberikan manfaat kepada pengguna dalam mengurangkan masa beratur mereka, mendapat khidmat yang lebih baik, dan berharap dipertimbangkan bantuan bagi mereka yang mengalami masalah lutut. 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) teruja untuk melihat perubahan yang akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelancong setiap hari dengan pelaksanaan rangka kerja itu.- HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 





































Kaji semula Enakmen Negeri Taman Negeri P. Pinang

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP), dalam mengalu-alukan langkah untuk mewujudkan satu badan berkanun untuk menguruskan Taman Negeri termasuk Kebun Bunga Pulau Pinang, tetapi kecewa kerana tiada rundingan awam berhubung peruntukan yang terkandung dalam undang-undang penubuhan Perbadanan itu. 
Undang-undang itu dikemukakan dan diterima oleh Dewan Undangan Negeri tanpa perbincangan yang mencukupi. Selepas bacaan pertama, jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan daripada orang ramai, dan hanya kemudian, selepas pandangan itu diambil kira, undang-undang itu perlu diundi. Tiada alasan untuk mempercepatkan proses. 
Kami bimbang oleh beberapa peruntukan dalam undang-undang yang mungkin akan membuka pintu kepada penyalahgunaan kuasa dan manipulasi politik dan akan menukar ciri-ciri Kebun Bunga Pulau Pinang sedia ada. 
Berhubung keahlian Perbadanan, Seksyen 9 memperuntukkan bahawa ia seharusnya terdiri daripada Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, tiga ahli exco, Pengurus Besar dan tidak lebih daripada 20 ahli yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri termasuk tidak lebih daripada dua ahli dengan kepakaran dalam pengurusan botani, hortikultur, atau kepakaran yang sesuai.
Perbadanan mestilah mempunyai autonomi dengan kebebasan dalam membuat keputusan dan bebas daripada campurtangan politik. Pengerusi seharusnya tidak datang daripada mana-mana parti politik dan ahli mestilah tidak dilantik berasaskan kaitan politik sepertimana yang berlaku dengan perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Pengerusi dan ahli seharusnya daripada penduduk Pulau Pinang dengan rekod perkhidmatan awam yang tidak mementingkan diri sendiri dan berkhidmat untuk melindungi alam sekitar semula jadi, dan bukan ahli politik.
Tambahan pula, menurut Seksyen 15(3), Pengurus Besar, yang bertanggungjawab bagi persediaan dan menjalankan semua program atau projek, hanya bertanggungjawab kepada Pengerusi Perbadanan, yang mengikut undang-undang adalah Ketua Menteri. Peruntukan ini memberikan Ketua Menteri kuasa yang sangat besar, dan ia bukan urus tadbir yang baik. Pengurus Besar perlu bertanggungjawab kepada ahli Perbadanan dan tidak kepada orang perseorangan. 
Seksyen 13 memperuntukkan bagi bayaran gaji atau elaun kepada ahli adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri. Telah menjadi satu amalan di Malaysia melantik calon yang kalah dalam pilihan raya atau penyokong parti dan penderma ke lembaga syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun dan perbadanan dan membayar elaun yang besar walaupun mereka mempunyai pendapatan yang banyak daripada perniagaan atau kerjaya mereka. Kita perlu menghentikan amalan kroni dan menggalakkan kesukarelaan. Ahli boleh dibayar elaun tidak lebih daripada RM500 bagi kehadiran mesyuarat. 
Seksyen 3(3) memberikan kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membatalkan atau mengubah rizab kawasan sebagai Taman Negeri. Mestilah terdapat mekanisme untuk menyemak penyelewengan. Kita mempunyai kes di Malaysia di mana hutan yang dilindungi telah ditukar kepada tanah bangunan tanpa orang ramai menyedarinya. Kita perlu mencegah penyelewengan seperti itu. Seksyen ini perlu dipinda untuk memasukkan rundingan awam sebelum pembatalan status. 
Seksyen 5 memberikan kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkan penggunaan atau pendudukan Taman Negeri bagi pembinaan dan penyelengaraan jalan, bangunan dan kemudahan awam. Ini merupakan peruntukan yang berbahaya kerana ia membuka pintu kepada kemusnahan Taman Negeri dan suasananya melalui pembinaan jalan dan bangunan. 
Belajarlah daripada kemusnahan Taman Tasik di Kuala Lumpur. Sehingga 1960-an, ia merupakan sebuah taman hijau yang cantik dengan banyak pokok dan persekitaran yang sunyi untuk orang ramai berehat dan menikmati alam semula jadi. Ramai keluarga yang tidak menjadi ahli kelab persendirian yang ekslusif, menghabiskan masa sewaktu cuti dengan anak-anak mereka di sana. Kini ia bertukar kepada jaluran lebuh raya yang bising. 
Kemusnahan warisan alam semula jadi yang amat bernilai menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membelanjakan berjuta ringgit untuk memajukan taman. 
Seksyen 21 memperuntukkan satu daripada fungsi Perbadanan ialah untuk memperkenalkan Pulau Pinang sebagai Negeri yang kaya dengan sumber semula jadi dan pusat tarikan pelancong. Seksyen 22 memperuntukkan perbadanan mempunyai kuasa untuk menyediakan antara lain aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan dalam Taman Negeri bagi tujuan tarikan pelancong. Menggalakkan pelancongan akan membawa kepada kemerosotan taman memandangkan kajian yang ditunjukkan ke atas kesan pelancongan terhadap taman negara dan negeri.
Sebagai tambahan, Seksyen 22 juga membenarkan Perbadanan untuk “mengawal kemasukan orang ramai ke Taman Negeri dan mengenakan bayaran bagi kemasukan dan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan”. Ini tidak seharusnya berlaku, memandangkan seharusnya tiada sebarang bayaran yang dikenakan bagi penggunaan Kebun Bunga, yang amat terkenal digunakan oleh penduduk Pulau Pinang dan orang awam. Taman seharusnya ditempatkan bagi rakyat kita dan tetamu untuk menikmati alam semula jadi dan untuk memperolehi pengetahuan mengenai tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma, dan untuk memelihara kekayaan biodiversiti kita, dan bukannya untuk memperolehi hasil pelancongan. Peruntukan ini akan membawa kepada komersialisasi Kebun Bunga, sebagai satu lagi usaha untuk membuat keuntungan. 
Seterusnya, Seksyen 40 memperuntukkan penubuhan syarikat untuk membolehkan pembinaan stesen kereta kabel di Kebun Bunga Pulau Pinang yang akan menghubungkannya ke Bukit Bendera. CAP menentang sepenuhnya rancangan ini, memandangkan projek kereta kabel akan menyebabkan kesan sosial dan alam sekitar yang serius di Kebun Bunga serta Bukit Bendera.
Kami menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa untuk menjalankan rundingan awam berhubung undang-undang yang diluluskan baru-baru ini untuk mentadbir Taman Negeri dan untuk meminda peruntukan yang sewajarnya bagi menyesuaikan dengan hasil daripada rundingan itu. – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Sumber HD - 6-12-2017 

Memo rakyat gesa isu HSBE ditangani

 DESAKAN DAN PERMINTAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN AGENSI TERLIBAT BERHUBUNG ISU BUKIT ENGGANG
1.      Pembalakan dan penggondolan Hutan Simpan Bukit Enggang di kompartmen 12, 13, 14 dan 15 diberhentikan serta merta dan sebarang kelulusan atau hasrat meneruskan penggondolan di bukit berkenaan di kompartmen lain dibatalkan.
2.      Tanaman yang wajar ditanam semua selepas kemusnahan hutan asli adalah spesis pokok hutan asli juga dan tidak akan ditebang lagi pada masa hadapan, melainkan telah mencapai tahap yang mengizinkan ia diusaha hasil secara lestari. 
3.      Kerosakan infrastruktur air masyarakat dan kesan lumpur di kampung sekitar harus dibayar gantirugi.
4.      Menteri Besar Incorprated (MBI) menggunakan sepenuhnya pendapatan daripada penjualan kayu kayan balak dari hasil Hutan Simpan Bukit Enggang untuk aktiviti kebajikan bagi dimanfaatkan terus masyarakat kampung di Sik secara saksama.
5.      MBI berhenti dari membabitkan diri dalam aktiviti membalak untuk mengaut untung mudah, yang lebih mendatangkan kemusnahan berbanding manfaat kepada orang ramai.
6.      Kerajaan Negeri Kedah meneroka hasil baru perhutanan melalui pasaran industri carbon credit melalui REDD dan REDD+ sebagai hasil pemuliharaan hutan seperti yang diterokai oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Semua agensi berkaitan harus segera bergerak ke arah merealisasikan kaedah tersebut untuk kepentingan kehidupan kita dan generasi akan datang.
7.      Kerajaan harus peka dan sedia mendengar pandangan dan permintaan masyarakat dalam isu-isu penerokaan hutan untuk faedah bersama.
8.      Bukit Enggang dibebaskan daripada sebarang penggondolan akibat aktiviti penerokaan, pembalakan atau pengkuarian. Biarkan 'Srengenge' terus berbakti kepada masyarakat Sik seperti kewujudannya ribuan atau jutaan tahun lalu.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Negeri Kedah
AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Bukit Enggang
SHAHARIZULKIRNAIN ABDUL KADIR
Pengerusi Rakan Alam Malaysia
AZIZ MAN
Sahabat Alam Malaysia
AZIZAN OSMAN
Teras Pengupayaan Melayu - HARAKAHDAILY 28/11/2017














































































Sumber HD - 28-11-2017



Cadangan tudung untuk pramugari MAS perlu dibincang
Posted on Friday, November 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36972


Cadangan kerajaan untuk membenarkan pramugari Malaysia Airlines (MAS) memakai tudung memerlukan lebih banyak perbincangan dengan semua pihak, kata Kesatuan Kebangsaan Anak Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) hari ini.


Dalam satu kenyataan, Nufam berkata banyak aspek lain perlu diambil kira sebelum dasar tersebut dilaksanakan.

"Bagaimana dengan AirAsia X atau Malindo Air, apakah syarikat penerbangan itu akan mengikutinya? Apa yang berlaku jika tidak? Kita tidak boleh melaksanakan (dasar) kepada satu syarikat penerbangan saja, sementara yang lain tak ikut.

"Seperti yang kita ketahui, sesetengah syarikat penerbangan tidak akan melaksanakannya, kerana mereka akan mendakwa ia akan menjejaskan perniagaan.

"Kecuali kerajaan serius bersedia untuk melaksanakan perubahan serta merta terhadap semua syarikat penerbangan, maka syarikat penerbangan itu tidak akan mempunyai pilihan selain mematuhinya," kata Nufam.

Kenyataan itu timbul susulan cadangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa pramugari beragama Islam dari MAS harus dibenarkan memakai tudung.

Memakai tudung juga harus sesuai dengan imej syarikat penerbangan itu dan persekitaran kerja, kata Nufam.

"Kita tidak boleh meminta kru memakai tudung dengan memakai kebaya yang ketat atau skirt ketat. Itu tak akan kelihatan betul.

"Walaupun memakai tudung adalah cadangan yang baik untuk kakitangan beragama Islam, adakah kerajaan mengarahkan syarikat penerbangan untuk menukar dasar seragam mereka?

"Adakah syarikat-syarikat penerbangan ini bersedia untuk mengeluarkan wang untuk menukar pakaian seragam mereka?

"Semua cadangan ini memerlukan perbincangan yang lebih serius," jelasnya.

Sumber TKO - 24-11-2017









































Beku projek mewah: CAP telah kata 29 tahun lalu

MENTERI Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah mengumumkan bahawa kerajaan akhirnya akan bertindak membekukan pembangunan hartanah mewah mulai 1 November 2017 kerana sektor  ini dibelenggu pelbagai masalah.
Pembekuan itu akan membabitkan kondominium pencakar langit, pusat membeli-belah, unit-unit komersial, termasuk hartanah yang bernilai lebih daripada RM1 juta. 
CAP ingin mengulangi fakta bahawa kami telah memberi amaran mengenai senario ini sejak 28 tahun yang lalu melalui buku terbitan kami berjudul ‘Housing for the People’. Namun amaran itu tidak diendahkan hingga sekarang. 
Menurut kandungan buku tersebut, “punca masalah perumahan ialah sumber-sumber binaan negara disalurkan bukan untuk memenuhi keperluan rakyat yang memerlukan rumah, tetapi lebih kepada pasaran yang boleh membayar.” 
Masalah seumpamanya bercambah di seluruh negara, berikutan pembinaan secara berlebihan hartanah mahal yang tidak digunakan kerana sebahagian besar penduduk di negara ini tidak mampu untuk memilikinya. Misalnya istilah ‘perumahan mampu milik’ begitu mengelirukan kerana harganya adalah sekitar RM400,000 seunit. 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah merendahkan had itu kepada RM300,000 di bahagian pulau dan RM200,000 di bahagian Seberang Perai. Namun jumlah itu pun masih tidak mampu dibeli oleh orang kebanyakan. 
Kita perlu mengambil kira bahawa kelemahan serius dasar perumahan negara telah menimbulkan masalah kepada unit-unit hartanah yang tidak terjual, boleh menyebabkan pemaju, bank dan negara bergelut dalam masalah kewangan. 
Kami menggesa kerajaan agar memberikan tumpuan untuk menyediakan perumahan kepada rakyat miskin, sama ada rumah pangsa kos rendah atau jenis sewa untuk memiliki (rent-to-own). Tidak ada gunanya membina ‘rumah mampu milik’ dengan nilai ratusan ribu ringgit secara berlebihan kerana selepas membayar kepada bank, nilai unit hartanah itu akan meningkat dua kali ganda daripada harga asal. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD - 21-11-2017 











































Buaya air terawat membiak dalam kolam takungan SADA













































Kadar NRW Kedah dalam kedudukan 5 negeri tertinggi pada 2015-2016 iaitu 46.7% (637MLD) berdasarkan statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara -SPAN. Puncanya ialah jaringan paip yang panjang -13,000 kilometer- dan infrastruktur yang uzur. 
http://www.span.gov.my/…/water-s…/non-revenue-water-nrw-2017. 
Tanggungjawab menyediakan infrastruktur bekalan air kini telah berpindah ke tangan Kerajaan Persekutuan selepas Akta Industri Perkhidmatan dan Industri Air (WSIA 2006) diluluskan, dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan permohonan peruntukan kewangan bagi membangunkan infrastruktur ini. 
Jika sumbernya adalah geran persekutuan, ia percuma. Jika dibuat pinjaman, ia adalah hutang baru yang wajib dilunaskan. 
WSIA 2006 adalah senjata kerajaan persekutuan menelan bidang kuasa kerajaan negeri supaya mereka dapat memungut semula hutang bekalan air daripada negeri-negeri. SPAN diwujudkan sebagai regulator dan PAAB diwujudkan untuk memegang semua aset air negeri, dipajakkan semula aset-aset itu kepada negeri, dan negeri perlu membayar pajakan kepada PAAB sebagai bayaran hutang. SADA diwujudkan sebagai operator bekalan air - syarikat pengganti Jabatan Bekalan Air (JBA) berdasarkan Enekmen Syarikat Pengganti 2008. 
Hutang Bekalan Air
Hutang semasa bekalan air Kedah pada 2008 ialah RM1.9 bilion, dan sejak SADA ditubuhkan pada 2010, kerajaan negeri masa itu telah berusaha membuat pelarasan supaya beberapa hutang yang sepatutnya adalah geran dihapuskira. Terdapat kira-kira RM600 juta pinjaman yang sepatutnya adalah geran di dalam senarai hutang tersebut.
Di celah senarai panjang hutang-hutang itu, tiba-tiba muncul kira-kira RM400 juta pinjaman yang dinamakan 'pelarasan pinjaman' dibuat pada tahun 2004, tetapi tidak diketahui apakah yang dibangunkan dengan RM400 juta itu. Tiada sebarang projek direkodkan. Tahun 2004 adalah tahun pilihanraya umum. 
Pada kiraan kita pada 2012, kadar bayaran pajakan tahunan kepada PAAB ialah kira-kira RM45 juta setahun berdasarkan jumlah pinjaman sedia ada pada waktu itu. 
Usaha mengubah pinjaman kepada geran atas sebab yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah terhenti sejak 2010 hingga 2013. 
Jika tidak, proses migrasi (memindahkan aset air kepada milikan PAAB) tidak akan dilakukan oleh kerajaan sebagai pemilik aset-aset itu. Inilah senjata terakhir negeri untuk menyelamatkan kedudukan kewangan negeri dan SADA sebagai operator yang akan menjana pendapatan bagi membayar hutang piutang itu. 
Migrasi Diteruskan selepas PRU-13
Selepas kerajaan bertukar tangan pada 2013, proses migrasi telah laksanakan, dan nilai hutang air kini meningkat kepada RM2.799 bilion, kerana beberapa projek infrastruktur baru dibuat pinjaman juga. 
Kadar bayaran pajakan aset air kepada PAAB yang dimuktamadkan pada tahun ini ialah RM83.972 juta setahun, perlu mula dibayar pada 2018, satu kadar yang akan membunuh SADA yang makin kurus dikerumuni buaya air terawat. 
Untuk rekod, bayaran kepada pemegang konsesi rawatan air -AUI dan Taliwork juga mencecah RM120 juta setahun sehingga 2020. Jika pendapatan SADA berdasarkan business plan yang dikemukakan kepada SPAN tidak mampu menjana pendapatan untuk membayar hutang kepada PAAB, SPAN boleh mengambilalih SADA berdasarkan peruntukan dalam WSIA 2006. 
Jika ini terjadi, maka hilanglenyaplah satu lagi bidang kuasa yang penting bagi sebuah Kerajaan Negeri dalam Persekutuan Malaysia. 
Geran Atasi NRW dalam RM-11
Di celah hutang yang makin bertambah, Kementerian KETTHA meluluskan satu geran sekitar RM54 juta dalam RM-11 untuk mengatasi NRW di Kedah. 
Penukaran 280,000 meter lama diluluskan supaya NRW komersil dapat diatasi. Ini adalah program 'straight foward'- tentukan meter yang rosak, buka, pasang meter baru. Selesai! 
Bagaimana meter rosak boleh dikenalpasti? Bacaannya kekal statik, tiada penggunaan langsung, penggunaan tidak sepadan dengan premis, dikacau-ganggu, dan lain-lain. Terdapat kira-kira 48,000 buah meter yang merekodkan bacaan statik pada waktu ini, tidak termasuk yang dikesan mengalami kerosakan lain. REKOD INI TELAHPUN ADA DI SADA DAN PEMBACA METER?! 
Tiba-tiba, tangan-tangan buaya air terawat sedang cuba meminda program ini supaya projek-projek untuk kroni mereka dapat dicipta. 
Usaha ini sedang dilakukan! Daripada 280,000 buah meter itu, 150,000 sahaja akan dibuat secara 'straight foward', sementara 130,000 buah meter lagi mahu dibuat secara projek putar belit. Bagaimana caranya? 
Mereka mahu melantik sebuah syarikat kroni, milik orang besar UMNO Kedah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang diketuai oleh Menteri Besar untuk melakukan Plan Pengurangan Kadar Kehilangan Hasil Air Komersil dan Penghasilan Rancangan Induk Seluruh Negeri Kedah oleh Engineering Protocal (KEDAH) Sdn.Bhd. (EP). 
Bahasa mudah bagi tajuk kerja yang 'susah' ini ialah tukar meter baru! 
Kelusan telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah SADA dalam mesyuarat ALP ke -27 yang dipengerusikan oleh MB pada 23 Oktober 2017. 
Kos pembelian meter baru dan pemasangan semuanya akan dibuat oleh SADA. EP akan melakukan kerja 'paling sukar' iaitu menunjukkan kepada SADA meter manakah yang perlu ditukar. 
Smart partnership!
Berapakah kadar perkongsian bijak ini? Selepas pertukaran meter baru yang dibeli dan dipasang oleh SADA, hasil tunjukkan jari telunjuk EP, jika ada peningkatan hasil daripada bacaan meter itu, EP akan mendapat 70% daripada kenaikan itu, SADA hanya terima 30%. 
Daripada 30% bahagian SADA dari kenaikan hasil itu, EP akan diberi lagi pembahagian tertentu berdasarkan persetujuan bersama. Inilah dinamakan Smart partnership! 
SADA dijadikan Pak Kadok, dipakikan baju 'pekak badak', ayam betinanya diserahkan kepada bapak buaya. Kemudian disenyawakan dengan ayam EP yang sudah dicetakkan surat beranak 'berbinkan' namanya.... 'Don King' dalam proses persundalan ialah beberapa pemuka besar dalam SADA, kerajaan negeri, UMNO dan saudagar-saudagar. Mereka adalah buaya air terawat. Mohon Allah jauhkan bala besar ini daripada sekelian rakyat Negeri Kedah Serata-rata. – HARAKAHDAILY 21/11/2017 
Penulis ialah ahli lembaga pengarah SADA 2010-2013
Sumber HD- 21-11-2017 













































Henti eksport untuk kekal harga sayur ikan

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya mengambil langkah segera untuk menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang telah meningkat sehingga 300% dalam tempoh seminggu.
Dilaporkan pada 15 November 2017, kenaikan harga dan kekurangan sayuran dan ikan adalah disebabkan oleh musim hujan yang berlaku dalam beberapa minggu yang lalu.
Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir.
CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini. Kenaikan harga makanan tidak selaras dengan peningkatan gaji yang begitu perlahan dan dengan itu membebankan pengguna dengan kenaikan kos kehidupan.
CAP juga telah berulang kali menggesa FAMA supaya mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan kami tidak dipedulikan. Kawalan ini akan kritikal disebabkan akses pengguna kepada diet yang lebih sempurna dikompromi dengan kos makan yang tinggi.
S M MOHAMED IDRIS
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD - 21-11-2017 















































Kerajaan perlu pastikan pangkalan data peribadi selamat

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila mendapat tahu pangkalan data peribadi kita tidak selamat, berikutan berita berhubung “data peribadi dicuri” dan “penjualan data peribadi secara haram” sejak beberapa minggu kebelakangan. Kami khuatir sama ada negara kita bersedia untuk berdepan dengan ekonomi digital.

Sebahagian besar transaksi sekarang dilakukan secara atas talian atau online. Desakan ke arah ekonomi digital datang dalam pelbagai bentuk – perniagaan memberikan diskaun khusus bagi belian atas talian, bank mengenakan bayaran ke atas mereka yang menggunakan perkhidmatan di kaunter, sementara agensi-agensi kerajaan, seperti KWSP dan PERKESO, 
mewajibkan caruman secara “online”. Malah mengisi borang cukai pendapatan sekalipun perlu dilakukan secara online.

Kesemua ini menyebabkan data peribadi kita tersimpan dalam pangkalan data digital, secara online dan offline.

Kekurangan keselamatan cyber yang sempurna menyebabkan pangkalan data kita mudah dicuri dan dijual bagi tujuan jenayah dan komersial. Misalnya penjualan pangkalan data peribadi daripada 46.2 juta nombor telefon berdaftar dianggap pencerobohan data terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tidak kisahlah sama ada data itu sudah berusia 3 tahun. Masih terdapat mereka yang mempunyai nombor yang sama dan ramai di antara kita masih mempunyai nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya dari tahun 2014. Dan tidak lupa, nombor MyKad seseorang itu adalah untuk seumur hidup.

Data peribadi yang dicuri boleh digunakan untuk menipu pemilik data atau yang lain. Ia sudah menjadi komoditi yang dijual dalam transaksi yang buruk.

Melihat kepada keadaan yang berlaku, adalah tidak betul bagi orang ramai untuk mempunyai sikap, selagi terdapat pasaran untuknya (pangkalan data/maklumat), akan berlaku pencerobohan atau penggodam data. Tujuan keselamatan cyber diwujudkan ialah untuk memastikan penggodam, iaitu orang-orang yang mencuri apa yang bukan milik mereka dan kemudian menjualnya untuk keuntungan sendiri, tidak memperolehi pangkalan data mengenai maklumat peribadi.

Pihak berkuasa sepatutnya berada lebih ke hadapan daripada penggodam terbabit untuk menghalang mereka daripada menggodam. Tetapi adakah mereka berada di tempat yang sepatutnya?

Pada Februari tahun ini akhbar melaporkan data kesihatan peribadi puluhan ribu pesakit daripada hospital kerajaan dan swasta telah dicuri oleh penggodam. CAP telah menulis kepada pihak berkuasa untuk bertanya bagaimana mereka bercadang untuk menangani masalah tersebut. Dalam maklum balas yang diterima ia menyatakan insiden seumpamanya tidak berlaku dan semua langkah keselamatan cyber berada di tempat yang selamat.

Jika benarlah dakwaan mereka, kenapakah pencerobohan data peribadi ini masih terus berlaku?

Apabila seseorang mempertikaikan keseluruhan traksaksi berasaskan “online”, jawapan yang diberikan ialah ia perlu dilakukan untuk sejajar dengan negara maju. Sementara kita tidak mahu ketinggalan, mungkinkah kita meletakkan negara dalam bahaya?

Adakah Malaysia mempunyai langkah keselamatan cyber yang betul dan berkesan? Adakah pihak berkuasa mengupah penggodam ‘white hat’ untuk meneliti kelemahan dalam keselamatan cyber dan seumpamanya? Tidak mencukupi jika sekadar mempunyai teknologi yang canggih atau mereka yang terlatih dalam bidang IT.

Sebagai kesimpulannya, serangan ke atas privasi dan keselamatan kita melalui kecurian data peribadi sudah berada di luar kawalan. Memandangkan Malaysia sudah jauh terjebak dalam persekitaran “atas talian” (being online), CAP meminta pihak berkuasa:

- Mengesan penggodam, syarikat dan lain-lain yang menjual dan membeli data peribadi yang dicuri dan menjatuhkan hukuman yang setimpal.

- Memastikan semua badan yang menjalankan transaksi digital mempunyai langkah-langkah keselamatan yang perlu dan terkini, khususnya bank, jabatan kerajaan, hospital dan sebagainya.

- Mewajibkan kemaskini agar syarikat-syarikat akan mempunyai langkah keselamatan “online” yang terbaik.

- Memastikan CyberSecurity Malaysia mengesahkan, memeriksa dan memantau langkah-langkah keselamatan cyber yang diambil oleh semua badan yang menggunakan transaksi secara “online” dan menyimpan pangkalan data mengenai maklumat peribadi yang besar. - HARAKAHDAILY 20/11/2017 
Penulis ialah Presiden CAP.
Sumber HD- 20-11-2017 


Perkasa doakan peguam Nik Elin insaf
Posted on Sunday, November 19 @ 01:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36829



KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali mendoakan peguam, Nik Elin Nik Rashid akan insaf dan tidak lagi membuat kenyataan bertentangan akidah Islam.

Presiden Perkasa bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Nik Elin pada 10 November lalu yang menggesa semua pihak berhenti mengatakan bertudung ialah perintah Tuhan.

“Saya tidak perlu menjawab sebab tak ada kelas. Saya tak perlu jawab orang yang tidak tahu agama.

“Saya bimbang harap-harap jangan tersasul akidah. Saya kesian, saya doa dia insaf,” katanya kepada FMT pada Persidangan Khas Tahunan Sayap Perkasa ke-4 hari ini.

Minggu lalu, Nik Elin menyenaraikan pelbagai kebaikan tidak bertudung yang dinikmatinya, di samping mendakwa hukum aurat bagi wanita hanya di bahagian sulit, bukan seperti yang difahami orang ramai.


Susulan itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah pada Khamis lalu menggesa Nik Elin berhenti mengulas dan meracau dalam soal agama, jika beliau masih dangkal dan cetek dalam soal hukum.

Beliau turut menyifatkan ulasan aktivis itu mendedahkan pekung di dadanya, selain menonjolkan kejahilan dalam soal agama.

Amini berkata, menutup aurat terkandung dalam al-Quran dan wanita Islam yang menyanggahnya bermakna menderhaka kepada Allah.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, Perkasa akan meneliti kandungan manifesto setiap parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 sebelum menyuarakan sokongan mereka.

Katanya, manifesto penting kerana ia mencerminkan hala tuju parti yang bertanding.

“Sekarang ini kita sedang memerhati. Kita sedang menunggu manisfesto parti politik yang bertanding.

“Ada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH), kita tengok banyak dasar yang diubah, pelbagai janji ditaburkan. Maka, semua ini menjadi perkiraan kita.

“Mahu tidak mahu, kita pegang prinsip asas Perlembagaan iaitu Fasal 153,” katanya.

Sumber TKO - 19-11-2017


PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh
Posted on Wednesday, November 15 @ 09:55:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36729


PERKASA akan mengkaji transkrip prosiding inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) selepas pertubuhan pendesak hak Melayu itu dikaitkan dengan kes penculikan Paderi Raymond Koh.


Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad berkata beliau kesal dengan kenyataan pegawai penyiasat kes Supari Muhammad dalam inkuiri Suhakam itu yang mana beliau bersetuju bahawa pertubuhan itu relevan dalam kes ini.

Soalan itu ditanyakan Jerald Gomez, peguam yang mewakili keluarga Koh kepada Supari yang memaklumkan PERKASA melindungi pendakwah kontroversi India Zakir Naik.

"Kenyataan ASP Supari ini menimbulkan implikasi yang serius kepada PERKASA yang matlamat utama penubuhannya adalah untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks pemeliharaan keselamatan nasional.

"PERKASA akan mendapatkan transkrip penuh kenyataan ASP Supari daripada Suhakam. Kemudiannya, PERKASA akan menyerahkan manuskrip kenyataan ini untuk dikaji oleh pihak peguam," kata beliau.

Tafsiran 'ekstremisme'
PERKASA juga ingin mentafsirkan maksud 'ekstremisme'.

Katanya berjuang untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan bukan kes 'ekstremisme'.

"PERKASA, dengan ini, menasihati pelbagai pihak di Malaysia, agar semua kenyataan atau persepsi mengenai ekstremisme, radikalisme dan terorisme hendaklah dibuat berdasarkan kajian ilmiah dan empirikal yang komprehensif," kata beliau lagi dalam kenyataan media hari ini.

Sekumpulan individu bertopeng dan bersenjata menculik Koh di Petaling Jaya pada Februari lalu.

Sumber TKO - 15-11-2017




















































Henti jadi negara penghidap diabetes

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera untuk membendung jumlah pesakit diabetes yang terus meningkat di negara ini. 
Di sebalik pelbagai kempen mengenai diabetes, kelazimannya terutama Jenis 2, telah meningkat ke tahap menjadi satu wabak. Dianggarkan terdapat kira-kira 4.2 juta penghidap diabetes, yang meletakkan Malaysia antara negara dengan penghidap diabetes yang tertinggi dalam kelompok negara ASEAN dan keenam di rantau Pasifik Barat. 
Peningkatan diabetes pada kadar yang membimbangkan di Malaysia memerlukan langkah tegas dari kerajaan untuk membendung wabak ini. 
Kerajaan perlu memberikan amaran bahaya dalam menangani wabak diabetes sepertimana yang dilakukan dalam wabak taun dan denggi. 
Kini diabetes telah menular menjadi satu wabak di seluruh dunia dan perkara ini begitu membimbangkan sehingga mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) untuk mengisytiharkan 14 November sebagai Hari Diabetes Sedunia. 
WHO menganggarkan terdapat lebih 200 juta penghidap diabetes di seluruh dunia dan setiap tahun terdapat kira-kira tujuh juta orang penghidap baharu penyakit ini. 
Diabetes menyerang hampir semua lapisan masyarakat – tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada  pelbagai kaum. 
Tinjauan menunjukkan bagi setiap dua penghidap diabetes yang dikenal pasti, terdapat seorang lagi yang tidak didiagnosa dan tidak menerima rawatan sehinggalah berlaku komplikasi yang sukar untuk dirawat. Lebih buruk lagi, Diabetes Jenis 2 tidak lagi dilihat sebagai penyakit yang cuma dialami oleh golongan tua atau usia pertengahan kerana kini sudah terdapat kanak-kanak semuda 10 tahun menghidapnya. 
Penyakit diabetes membebankan kerajaan kerana setiap tahun ia terpaksa membelanjakan kira-kira RM2,684.24 untuk rawatan setiap pesakit. Ini merupakan jumlah RM11.3 bilion untuk anggaran 4.2 juta pesakit diabetes dalam negara. Bagi pesakit yang mengalami masalah ginjal pula, kerajaan terpaksa membelanjakan antara RM1,400-RM3,200 setiap bulan untuk rawatan haemodialisis. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam soal penjagaan kesihatan malah turut terbeban dengan kehilangan produktiviti pekerja yang menghidap diabetes. 
Diabetes bukan sahaja menelan sumber negara malah ia menjejaskan hampir setiap tisu tubuh dengan pesakit mengalami kerosakan dalam jangka panjang. Misalnya ia membabitkan anggota tubuh (terpaksa dipotong), hilang penglihatan (buta), kegagalan ginjal, kegagalan jantung dan masalah saraf. 
Di mana-mana di dunia, setiap:
- 10 saat dua orang mengembangkan diabetes
- 10 saat seorang meninggal kerana diabetes
- 30 saat satu anggota tubuh terpaksa dipotong kerana diabetes         
Kadar kelaziman diabetes di Malaysia jauh lebih cepat daripada yang dijangka, iaitu hampir dua kali ganda jumlahnya dalam dekad lalu.
Memandangkan obesiti menjadi penyumbang utama diabetes, keperluan untuk membendung obesiti adalah penting demi untuk mengurangkan peningkatan kadar diebetes dalam kalangan warga Malaysia. Menurut WHO, Malaysia berada di tangga keenam dengan kadar penghidap diabetes dewasa yang tinggi di rantau ASEAN. 
Diabetes di Malaysia dijangka akan terus melonjak berikutan gaya hidup tidak sihat dan tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan tidak menyihatkan.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya:
- Mendidik penduduk Malaysia mengenai bahaya obesiti dan diabetes; 
- Mengenakan cukai 50 % ke atas makanan yang tidak berkhasiat iaitu yang mengandungi banyak gula, lemak, dan bahan penambah dalam usaha untuk tidak menggalakkan pengambilannya;
- Mengenakan cukai khas ke atas minuman ringan memandangkan ia menjadi penyumbang utama kepada masalah obesiti yang dikaitkan dengan diabetes;
- Melarang penjualan minuman ringan bersaiz besar; 
- Mengadakan sistem ‘lampu trafik’ pada label makanan untuk menunjukkan paras gula, garam dan lemak yang tidak selamat;
- Menyediakan kemudahan rekreasi yang mencukupi di semua kawasan kediaman penduduk;
- Menghentikan pemberian lesen perniagaan 24 jam kepada tempat-tempat makan;
- Menghentikan syif malam di kilang; 
- Mengharamkan mesin minuman di sekolah, hospital, dan tempat awam yang lain;
- Mewajibkan pelabelan yang jelas mengenai kandungan lemak bagi semua makanan termasuk makanan segera;
- Menjalankan kempen berbentuk pendidikan untuk ibu bapa dan anak-anak mengenai bahaya obesiti dan diabetes;
- Menghentikan pusat hiburan yang beroperasi selepas tengah malam. 
Sekiranya kerajaan tidak mengambil  langkah-langkah yang drastik untuk membendung obesiti dan diabetes, Malaysia mungkin akhirnya akan menjadi negara penghidap diabetes. 
SM Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Sumber HD- 14-11-2017 






















































Malaysia tidak harus tunduk kepada TPP baharu

DALAM beberapa hari lagi, Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membuat keputusan besar bagi pihak Malaysia sama ada untuk menyertai negara lain untuk menghidupkan kembali dan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) baharu tanpa Amerika Syarikat (AS).
Mereka akan bermesyuarat di Danang, Vietnam, di mana 11 negara TPP yang masih kekal (termasuk Malaysia) akan bertemu untuk bersetuju terhadap teks baharu TPP, yang mana mereka berharap akan ditandatangani di Danang oleh pemimpin politik dalam beberapa hari ini.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk tidak menyertai TPP yang akan mempunyai 11 ahli (TPP-11) tanpa Amerika Syarikat (yang telah menarik diri daripada TPP). Kami kekal berpendirian bahawa tidak perlu untuk menyertai TPP apabila manfaat utama (iaitu akses kepada pasaran AS) tidak lagi diperolehi, manakala kos menyertainya akan menjadi lebih serius.
Sekurang-kurangnya, Malaysia perlu membuat tuntutan dalam perbincangan di Danang yang sedang berlangsung berhubung beberapa bahagian draf TPP yang sedia ada terutama sekali yang merosakkan kepada Malaysia perlu dibuang atau digantung.
Menurut laporan media, banyak negara daripada TPP-11 kini mencadangkan untuk “menggantung” bab atau bahagian draf TPP asal yang mereka dapati tidak munasabah, disebabkan ia ada dalam teks dengan desakan daripada Amerika Syarikat. Kini AS tidak lagi ahli TPP, bahagian teks yang dicadangkan oleh AS dan mendesaknya sebagai pertukaran bagi akses ke pasaran AS perlu dikeluarkan daripada teks TPP baharu.
Dalam konteks ini, CAP merasakan bahawa Malaysia perlu mendesak pembuangan atau pergantungan seperti berikut:

1.    Bab mengenai pelaburan yang mengandungi sistem penyelesaian pertikaian pelabur negara (ISDS) yang membenarkan pelabur asing menyaman kerajaan bagi dakwaan kehilangan keuntungan masa depan dalam tribunal asing. Banyak negara telah diminta membayar beratus juta atau berbilion dolar AS kepada pelabur asing disebabkan klausa ini. Sesetengah negara TPP-11 termasuk New Zealand kini meminta pergantungan klausa ISDS.  Malaysia juga seharusnya mendesak pergantungan itu dan tidak seharusnya berdiam diri mengenai isu ini.
2.    Bab harta intelektual juga mempunyai beberapa klausa berbahaya yang akan menjejaskan pengguna dan petani Malaysia.  Malaysia seharusnya mengambil peranan utama dalam meminta penghapusan klausa yang menjadikan mustahil atau sukar untuk menjadikan kelonggaran dalam undang-undang paten negara yang membolehkan penggunaan ubatan generik, seperti langkah terbaik baru-baru ini oleh kerajaan untuk menjadikan ubatan Hepatitis C boleh diperolehi pada kos RM1,000 bagi seorang pesakit berbanding RM300,000 yang perlu dibayar oleh pesakit.
Malaysia juga perlu mendesak supaya dihapuskan dari teks TPP yang memerlukan negara untuk tidak membenarkan undang-undang negara yang menolak paten yang diberikan bagi penemuan bukan asli atau untuk memberikan tambahan tahun bagi paten, atau klausa lain yang melewatkan atau mencegah penggunaan generik yang lebih murah.
Malaysia juga seharusnya mendesak supaya dibuang klausa TPP sedia ada yang memerlukan negara TPP untuk menyertai UPOV-1991, satu perjanjian antarabangsa yang menjadikan kesukaran bagi petani kita untuk menggunakan benih termasuk yang disimpan daripada musim penanaman semasa. Malaysia sejak berdekad enggan untuk menyertai UPOV-1991, tetapi perlu menyertainya jika teks TPP tidak diubah.
3.    Malaysia juga perlu mendesak pergantungan terhadap bab Pemerolehan Kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan (SOE).   Bab pemerolehan melarang atau menjadikan sukar bagi negara mempunyai dasar sendiri dalam memberikan pemerolehan kerajaan bagi projek dan bekalan produk dan perkhidmatan memandangkan TPP memerlukan syarikat daripada negara TPP lain diberikan hak yang sama sepertimana syarikat tempatan. Bab SOE memerlukan negara TPP mengenakan syarat  berhubung cara syarikat berkaitan kerajaan beroperasi termasuk dasar pemerolehan mereka, kemampuan mereka untuk memperolehi pinjaman atau ekuiti daripada kerajaan dan sebagainya. Ini menyentuh isu yang amat sensitif yang menjejaskan kedaulatan negara.  Malaysia melalui rundingan awal TPP cuba untuk menentang bab ini. Kini AS tidak lagi berada dalam TPP, Malaysia seharusnya mendesak pergantungan atau penghapusan bab ini. Konsesi yang diberikan kepada Malaysia dalam TPP asal tidak mencukupi untuk melindungi kemampuan negara untuk membuat dasar berhubung isu utama ini.
4.    E-dagang. Bab E-dagang amat kontroversi memandangkan ia melibatkan isu seperti kerahsiaan data dan sama ada negara boleh memerlukan data (yang merupakan nyawa kepada e-dagang) boleh disimpan dalam lokasi negara daripada di luar negara. Sesetengah negara TPP-11  mendesak isu sensitif ini tidak dimasukkan dalam TPP, kini penyokong utama (AS) tidak lagi berada dalam TPP. Malaysia seharusnya menyokong pergantungan bab e-dagang ini.

Malaysia seharusnya tidak tergesa-gesa bersetuju dengan teks baharu TPP-11 dalam beberapa hari ini di Danang. Banyak isu besar penting negara menjadi pertaruhan. CAP menuntut Malaysia menarik diri dari TPP terutama sekali sejak manfaat akses kepada pasaran AS kini tidak diperolehi. Tetapi sekurang-kurangnya, ia perlu berpendirian dengan tegas dan mendesak penghapusan atau pergantungan bab dan bahagian teks TPP yang bertentangan dengan kepentingan negara, termasuklah yang disenaraikan di atas. – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD- 10-11-2017 

SAM Gesa Kerajaan Negeri Henti Projek Lereng Bukit
Posted on Thursday, November 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36565



PULAU PINANG: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan pemaju menghentikan semua projek di lereng bukit yang sedang berjalan ketika ini.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, perkara itu bagi membolehkan kerajaan negeri menerusi pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan tanah menjalankan siasatan dan pemantauan serius berhubung tahap risiko serta ancaman tanah runtuh.


Menurut beliau, kerja-kerja tanah di kawasan lereng bukit itu sama ada di bawah paras 76 meter dari aras laut seperti dibenarkan atau yang lebih berisiko melebih paras tersebut tidak wajar diteruskan apatah lagi dalam situasi cuaca tidak menentu ketika ini.

"Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak lagi wajar meluluskan sebarang permohonan daripada pemaju untuk membangunkan kawasan-kawasan lereng bukit termasuk di kawasan yang kurang 76 meter dari aras laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam dalam sidang akhbarnya di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya meneliti dengan serius projek-projek di lereng bukit bagi mengelak banjir.

Dalam masa sama, Najib turut mengingatkan pemaju supaya tidak hanya mengejar keuntu­ngan semata-mata sehingga dilihat mengabaikan aspek perlin­dungan kepada alam sekitar.

Dalam pada itu, S. M. Mohamed turut menggesa Kerajaan Pusat menerusi agensi sedia ada memainkan peranan dalam membantu menangani krisis lereng bukit di negeri ini.

Menurut beliau, sejumlah peruntukan kecemasan perlu di­salurkan kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih semula kawasan lereng bukit yang ditarah selain membantu menyelesaikan masalah tanah runtuh dan banjir kilat.
- UM

Sumber TKO - 9-11-2017


























































Dilambung Ombak (bahagian 2)




























































Aku seorang jurutera muda dan diterima bekerja sebagai eksekutif penyelenggaran mesin di sebuah syarikat kerajaan di ibukota. Sebagai anak muda berjiwa merdeka dan bergelora bersemangat untuk memajukan negara, aku berazam untuk berkerja bersungguh-sungguh membina kerjaya cemerlang di syarikat itu.

“Hebat kau, pagi-pagi sudah sampai ke pejabat. Malam-malam masih di pejabat.” Pujian seorang rakan sekerja. Dia sudah bersedia untuk pulang dan sedang menuju ke mesin perakam waktu sedangkan waktu berkerja masih ada sekitar setengah jam lagi.

Sumber HD - 8-11-2017



NGO persoal Mahathir ke mana Semasa Banjir Pulau Pinang?
Posted on Tuesday, November 07 @ 16:18:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36523


Sebuah NGO mesra BN, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mempersoalkan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi Pakatan Harapan untuk hadir di Pulau Pinang bersama mangsa banjir di negeri itu.


"Pemimpin kerajaan semua sudah turun ke Pulau Pinang, dan hari ini Datuk Seri Najib berlepas ke sana dan meninjau keadaan banjir dan mangsa banjir, Mahathir ke mana?
"Sebagai pemimpin pakatan gabungan pembangkang, Mahathir patut yang paling awal datang ke Pulau Pinang dan hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

  Menurutnya, jika sekalipun perdana menteri selama 22 tahun menerajui negara itu tidak dapat turun padang, selaku pemimpin pakatan pembangkang, beliau boleh menyumbangkan sedikit hasil kekayaan ahli keluarganya untuk meringankan penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir.

"Oleh kerana beliau enggan turun padang, elok sumbangkan 10 peratus daripada kekayaan keluarga Mahathir kepada DAP Pulau Pinang untuk bantu mangsa banjir," kata Ramesh.
Menurutnya, tidak ada masalah bagi Mahathir yang juga adalah pengerusi BERSATU berbuat demikian memandangkan anak-anaknya kini sudah kaya dan memiliki harta berbilion ringgit dalam pelbagai cabang perniagaan.

  "Sebagai pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir sepatutnya hulurkan bantuan paling banyak kerana beliau pengerusi pakatan dan beliau perlu menjadi yang pertama memberikan sumbangan.
"Sumber harta keluarga dan anak-anak beliau ada banyak dan ia boleh digunakan sedikit untuk membantu mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang," kata Ramesh.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengketepikan perbezaan politiknya dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan melawat negeri yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarahnya.

Ketibaan perdana menteri bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghabiskan masa melawat mangsa banjir menzahirkan perasaan kagumnya terhadap kerjasama semua pihak di Pulau Pinang dan Kedah dalam menguruskan bencana di dua negeri berkenaan.

  Katanya, tanpa kerjasama itu tidak mungkin pihak terbabit dapat menangani bencana itu dengan baik terutama dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjamin.

Sumber TKO - 7-11-2017





























































Kerajaan mesti bertindak isu banjir P. Pinang

GEORGETOWN: Tragedi banjir besar dan tanah runtuh terkini yang berlaku di Pulau Pinang adalah terburuk dan telah menyebabkan gangguan kepada kehidupan seharian penduduk, demikian menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris.
"Ya, telah berlaku hujan lebat tanpa henti dan angin yang sangat kuat. Tetapi faktor utama yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh ini adalah disebabkan oleh penghapusan hutan bukit. Penolakan sungai dan pembangunan di Pulau Pinang yang telah menggantikan kawasan hijau dengan konkrit. 
"Ini mengakibatkan hujan lebat yang tidak dapat dialirkan kerana kehilangan pokok dan kawasan yang bertindak sebagai 'span' menyerap air dan kerana sistem sungai dan saliran tersumbat oleh lumpur dan tidak dapat membersihkan air hujan.
"Kerajaan negeri harus menyedari sepenuhnya bahawa kita berada dalam krisis alam sekitar dan sosial. Ia tidak boleh dinafian lagi bahawa kita mempunyai masalah yang besar dan harus ditangani," ujarnya mengingatkan kerajaan negeri sepatutnya tidak mempertahan dan menafikan bahawa tiada krisis atau masalah.
Beliau yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) menuntut kerajaan negeri memperuntukkan lebih banyak dana pemuliharaan dan baik pulih lereng bukit yang rosak, serta mendalamkan sungai-sungai supaya dapat mengalir dengan baik.
Kerajaan negeri juga tuntutnya, mesti memperuntukkan lebih banyak kakitangan untuk memeriksa cerun bukit dan tanah bersebelahan bukit dan mengambil tindakan pencegahan.
"Kerajaan negeri mesti menggesa dan memastikan pemaju swasta untuk mengambil langkah-langkah pencegahan tambahan. Jika mereka didapati tidak berbuat demikian, atau hujan di masa depan menyebabkan masalah sama, mereka harus didakwa secara serius di mahkamah dan membayar denda.
"Kerajaan negeri harus mengkaji kekurangan dan kelemahan dalam undang-undang dan garis panduan untuk kualiti alam sekitar, pembangunan lereng bukit, saliran yang mencukupi dan mengambil tindakan untuk menghapuskan kekurangan dan kelemahan ini," gesa beliau.
Tambah Idris, tindakan juga harus diambil untuk menghentikan semua kerja di lereng bukit atau di tanah tinggi tanpa mengira sama ada tanah dan cerun ini adalah di bawah atau melebihi 250 kaki.
Sehingga katanya, kajian dilakukan ke atas semua projek dan aktiviti di kawasan tersebut, serta menghentikan semua kerja yang sedang dilakukan di kawasan tanah bersebelahan dengan cerun bukit atau tanah tinggi di mana membawa risiko hakisan dan tanah runtuh.
"Semua projek yang diluluskan di atas tanah tinggi dan di atas tanah yang mempunyai lereng bukit, sama berada di atas 250 kaki atau tidak harus ditunda dan dikaji semula dengan langkah-langkah tambahan harus dikenakan.
"Ini untuk memastikan kawasan itu selamat dan mempertingkatkan penguatkuasaan untuk memantau projek-projek ini," ujarnya.
Beliau turut menggesa menghentikan kelulusan untuk semua projek baru di tanah tinggi dan lereng bukit dan di tanah bersebelahan dengan cerun bukit sama ada tanah tersebut melebihi 250 kaki atau tidak, selai  meminta ditiadakan pembangunan di rizab sungai. 
Kerajaan negeri terangnya, harus mempunyai cara baik pulih yang melibatkan perancangan negeri serta perancangan dan penilaian projek dan proses kelulusan oleh pihak berkuasa perbandaran. 
Mereka tegasnya, mesti meletakkan kepentingan rakyat dan alam sekitar jauh dari kepentingan para pemaju. 
Idris turut mendesak Kerajaan Persekutuan memainkan peranan utama dengan memperuntukkan dana kecemasan untuk Pulau Pinang bagi menangani masalah risiko cerun bukit, tanah runtuh dan banjir. 
"Kerajaan Persekutuan harus segera mengukuhkan peranan dalam bidang di mana ia mempunyai kuasa seperti untuk membuat penilaian impak alam sekitar terhadap projek-projek. 
"Juga melaksanakan tanggungjawab atas proses kelulusan dengan serius serta memantau kesan persekitaran dari projek-projek yang sedang dibangunkan," aju beliau. - HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 































































Hentikan segera eksport pasir demi alam sekitar

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut membaca berita terbaharu Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 29 Oktober yang melaporkan ketibaan konsainmen pertama pasir Malaysia di Pelabuhan Thoothukudi di negeri Tamil Nadu, India.

Eksport pasir itu diteruskan walaupun terdapat bantahan dan kritikan daripada beberapa NGO di Malaysia, apabila isu itu didedahkan kepada orang ramai beberapa bulan yang lalu. SAM telah menulis kepada beberapa Kementerian untuk mendapatkan penjelasan berhubung eksport pasir dari Malaysia, tetapi masih belum menerima maklum balas berhubung perkara itu.

Ini merupakan satu episod sedih bagi negara ini memandangkan sumber asli Malaysia sendiri dikorbankan oleh segelintir peniaga tempatan yang tamak. Pengikut isu ini akan menyedari bahawa alasan di sebalik keputusan India untuk mengimport pasir Malaysia adalah sebahagian besarnya disebabkan keputusan negara itu untuk melindungi rizab pasir asli mereka sendiri daripada pupus.

Aktiviti perlombongan pasir sungai di Malaysia telah menimbulkan pelbagai masalah serius seperti hakisan tebing sungai, kemerosotan dasar sungai, pecerobohan zon penampan sungai dan kemerosotan kualiti air. Masalah alam sekitar juga turut berlaku apabila kadar pengeluaran pasir, batu kerikil dan bahan lain melebihi kadar di mana proses semula jadi menjana bahan ini.

Kegagalan untuk menangani masalah perlombongan pasir termasuk eksploitasi berlebihan menyebabkan kesan serius yang memusnahkan alam sekitar dan sumber asli Malaysia.

Sehubungan itu, kami menggesa Kerajaan Malaysia terutama sekali Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya meneliti perkara ini dengan serius dan menyelesaikannya dengan segera.

Berhubung perkara ini, SAM menyokong pemerhatian awal oleh YB Menteri, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi mengenai bagaimana urusan antara peniaga Malaysia dan Kerajaan India berhubung eksport pasir adalah tidak telus. Dalam konteks ini, SAM menggesa NRE meneliti semua urusan dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Perlu diingatkan bahawa sumber asli Malaysia sendiri termasuklah pasir pada masa kini dalam keadaan terancam. Oleh itu, keputusan membenarkan pasir Malaysia dieksport ke India untuk menjaga rizab pasir negara tersebut bukanlah satu tindakan yang bijak.– HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 

































































Tanda harga: Masih ramai peniaga yang engkar


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) yang memerlukan peniaga mempamerkan tanda harga bagi barangan untuk dijual.

Tinjauan berulang kali kami di sekitar Pulau Pinang menunjukkan kebanyakan peniaga secara terbuka melanggar Akta Kawalan Harga. Hasil tinjauan kami adalah seperti berikut:
Jenis Premis
Bilangan Kedai
Kedai Tidak Mematuhi Undang-undang
Bilangan Kedai yang Mematuhi Undang-undang
Peratusan Kedai yang Melanggar Undang-undang
Gerai
30
19
11
63%
Restoran
45
35
10
80%
Kedai Runcit
15
6
9
40%
Kedai Alat Ganti Komputer
10
5
5
50%
Gerai Pasar Basah
60
30
30
50%
Kedai Alat Ganti Kereta
10
3
7
30%

Pelaku kesalahan utama adalah gerai di mana harga minuman dan makanan yang dijual di gerai tidak mempunyai senarai harga atau tanda harga yang dipamerkan.

Pelaku kesalahan kedua dalam senarai ialah restoran di mana tanda harga tidak dikemaskini, senarai harga makanan yang tidak jelas dan biasanya mengelirukan pengguna.

Dengan tidak mempamerkan tanda harga, pengguna biasanya akan “tertipu”.

Menurut Akta itu adalah menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli diberitahu harga barangan dan kekurangan penguatkuasaan menghalang keberkesanan undang-undang ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas dan menguatkuasakannya dengan lebih ketat undang-undang ini selaras dengan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017



Ketua CID S'ngor akan hadir inkuiri Suhakam Alyaa Alhadjri
Posted on Monday, October 30 @ 21:43:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36314


 Ketua CID Selangor Fadzil Ahmat dipanggil hadir sebagai saksi dalam inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap dakwaan penculikan Pastor Raymond Koh dan kehilangan tiga orang lagi.


Fadzil yang mengetuai pasukan khas menyiasat dakwaan penculikan Koh akan menjadi pegawai kanan polis kedua yang akan hadir di hadapan panel inkuiri yang dipengerusikan mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai.
Bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjadi saksi kelima inkuiri telah disoal selama lima jam bermula kira-kira jam 11 pagi ini.


Melalui keterangan yang diberikan, Khalid berulang kali enggan menjawab soalan khusus yang ditanyakan berhubung siasatan polis kes-kes berkaitan dan berkata para peguam yang mewakili keluarga Koh patut bertanya soalan tersebut kepada Fadzil.
Khalid berkata beliau berhak untuk tidak menjawab soalan berkaitan suspek kerana siasatan kes masih berjalan dan suspek mungkin akan di tahan.




Apabila Mah bertanyakan Khalid siapa yang tahu jawapan terhadap soalan-soalan itu, Khalid berkata, "ketua CID Selangor yang juga mengetuai pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan Koh."
Selain itu, peguam Jerald Gomez cuba untuk menyoal Khalid berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dilaporkan berbagai media berkenaan perkembangan seputar penyiasatan polis terhadap dakwaan penculikan Koh.
Ini termasuklah soalan berhubung kenyataan Khalid yang dilaporkan pada bulan Julai 2017 bahawa tiga individu ditahan berhubung kaitan dengan kes ini dan dakwaan kaitan mereka dengan kumpulan yang berpengkalan di Selatan Thai.
Awalnya, ketika menjawab soalan, Khalid berkata beliau 'diberi taklimat' sebanyak dua kali.
"Saya cuma diberi taklimat mengenai kes ini oleh Fadzil. Taklimat pertama selama 10 minit beberapa minggu selepas kejadian berlaku.
"Kali kedua selama kira-kira 10 ke 15 minit juga oleh Fadzil," kata beliau.
Kehilangan secara paksa
Pagi ini, Khalid juga enggan menjawab soalan peguam Datuk Gurdial Singh Nijhar yang cuba membandingkan di antara kehilangan Koh dengan Amri Che Mat, seorang aktivis yang hilang.
Pendengaran inkuiri akan bersambung pada Khamis 2 November 2017 ini dengan Fadzil bersama dua orang lagi pegawai polis dijangkakan akan tampil memberi keterangan.
Inkuiri Suhakam ini menyiasat kehilangan Koh, aktivis Amri, Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Hilmy serta menentukan sama ada kes-kes ini kehilangan secara paksa sebagaimana yang ditakrifkan oleh International Convention for Protection of all Persons from Enforced Disappearances (ICPPED).
Konvensyen ini diterima oleh Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2006 tetapi Malaysia bukanlah pihak dalam konvensyen tersebut.

Ia mentakrifkan kehilangan secara paksa sebagai penangkapan, penahanan, penculikan atau bentuk-bentuk lain perampasan kebebasan oleh ejen-ejen kerajaan atau oleh orang perseorangan, atau kumpulan-kumpulan orang perseorangan, bertindak dengan kelulusan, sokongan atau persetujuan kerajaan.
Sumber TKO - 30-10-2017


Ops Lalang: Saya rebah saat suami dibawa pegi, kata isteri Kua
Posted on Sunday, October 29 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36271



KUALA LUMPUR: Isteri aktivis Kua Kia Soong yang ditahan dalam Operasi Lalang selama 445 hari pada 1987 mengimbau kembali detik trauma 30 tahun lalu semasa polis menyerbu rumah mereka pada waktu malam dan menahan suaminya.

Penulis, Anne Munro-Kua berkata tiada seorangpun bersedia untuk berdepan ujian sedemikian.
“Saya tahu di tangan polis ada pistol dan nasib kamu akan berakhir di lokap, tetapi saya tidak bersedia malam itu walaupun kami menjangkakan kedatangan mereka untuk menangkap suami saya,” katanya.

“Saya fikir pegawai polis bertindak mengikut undang-undang dengan melaksanakan tugas mereka di siang hari.

“Tetapi ia berlaku di tengah malam ketika 2 kereta tanpa logo polis dan 10 pegawai yang kami anggap sebagai anggota Cawangan Khas datang mengambil suami saya,” tambahnya.

Beliau berkongsi pengalaman dalam majlis memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang turut menampilkan penerbitan semula bukunya bertajuk “Autocrats vs the People: Authoritarian Populism in Malaysia”.

Operasi Lalang bermula pada 27 Oktober 1987, bertujuan untuk mencegah terjadinya rusuhan kaum di negara ini.

Ia menyaksikan 106 individu termasuk aktivis masyarakat, pemimpin NGO, ahli politik pembangkang, intelektual dan aktivis pelajar ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini telah dimansuhkan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.


Operasi itu berlaku berlatarkan perpecahan dalam Umno pada 1986 dan 1987, yang menyaksikan pertembungan antara 2 kumpulan bertentangan dalam parti itu, yang diketuai oleh Dr Mahathir, sementara pihak satu lagi diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.
Munro-Kua berkata berdasarkan penyelidikan semula terhadap tindakan keras itu, ia mengingatkannya bahawa semua yang ditahan menjadi mangsa korban dalam konflik Umno.

Beliau mengenang kembali bagaimana naluri keibuannya muncul saat polis terpacul di depan rumah mereka.

“Saya rasa seperti seekor serigala yang melindungi anaknya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah meminta pihak polis menunjukkan identiti mereka jika tidak, saya tidak akan membuka geriji dan itulah kali pertama saya berbangga rumah di Malaysia mempunyai geriji,” katanya.

“Perkara seterusnya yang saya lakukan adalah berlari ke tengah jalan dan menjerit kepada jiran, ‘Mr Yong! Cawangan Khas ada di sini mahu menangkap suami saya’ kerana saya mahu jiran saya menyaksikan apa yang sedang berlaku supaya polis tahu mereka sedang disaksikan.

“Tindakan seterusnya, saya berdiri di depan bilik anak-anak saya dan berkata, ‘Tidak, anda tidak akan masuk ke sana,’ dan polis mendengar arahan saya,” katanya.

Dia berkata ketika polis akhirnya membawa Kua ke dalam kereta dan berlalu pergi, beliau mendapati dirinya berada di tengah jalan sendirian. “Kekuatan saya tumbang,” katanya.

Munro-Kua berkata apa yang dilalui sepanjang penahanan suaminya adalah sokongan yang diterima daripada orang-orang di sekeliling dan anak-anaknya.

Antara tahanan ISA yang terkenal ialah Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh, Naib Presiden MCA Chan Kit Chee, Ketua Pemuda PAS Halim Arshat, Ahli Parlimen Umno Pasir Mas Ibrahim Ali dan Exco Biro Pendidikan Pemuda Umno Mohamed Fahmi Ibrahim.

Selain Kua, yang menjawat jawatan ketua publisiti Jawatankuasa Hak Sivil pada masa itu, turut ditahan ialah Pengerusi Dong Jiao Zong (Persatuan Pendidikan Cina) Lim Fong Seng dan ahli Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Irene Xavier.

Sumber TKO - 29-10-2017

Acara dua hari memperingati 30 tahun Ops Lalang
Posted on Sunday, October 29 @ 06:19:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36268


Ini termasuklah pameran poster yang merekod peristiwa menjelang penangkapan besar-besaran, semasa operasi penangkapan dan keadaan selepas operasi itu.


Turut ditampilkan rekod perhubungan di antara tahanan yang ditangkap dalam operasi itu.
Acara itu diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur.

Acara hari ini termasuklah pelancaran buku ‘Autocrats vs The People: Authoritarian Populism in Malaysia’ oleh Anne Munro, manakala bekas tahanan dan ahli keluarga mereka berkongsi pengalaman semasa Operasi Lalang.

Pada jam 8 malam besok, beberapa orang bekas tahanan turut dijangka akan bercakap dalam sebuah acara yang sama.

Sementara itu pada pelancaran acara yang berlangsung selama dua hari ini, bekas tahanan Kua Kia Soong menuntut permohonan maaf daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Operasi Lalang.
Kua (gambar, paling kiri) juga berkata bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh akan menuntut hal yang sama atas dasar prinsip.

Menurut Kua bekas-bekas tahanan tidak akan ambil peduli untuk meminta Mahathir memohon maaf jika beliau masih anggota aktif Umno, tetapi mereka menjangkakan hal yang berbeza kerana sekarang beliau mempengerusikan gabungan pembangkang utama.

"Dalam pilihan raya ke 14, kami akan mengundi gabungan pembangkang menentang BN. Jika Mahathir akan mengetuai Pakatan Harapan, tunjukkan kami yang kamu telah dilahirkan semula sebagai seorang demokrat. Jika tidak mengapa saya perlu ambil kisah untuk mengundi Pakatan Harapan?" Kata beliau pada pelancaran acara tersebut.

Operasi Lalang bermula pada Oktober 1987 ketika Mahathir menjadi perdana menteri. Lebih 100 orang aktivis, pemimpin politik dan ahli akademik ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketakutan dan kemarahan
Apabila bekas tahanan dan ahli keluarga mereka bercakap tentang pengalaman itu, beberapa orang di antara mereka menyebut tentang ketakutan dan kemarahan yang dirasai mereka, malah sehingga ke hari ini.

Salah seorang daripada mereka, anggota parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him berkata isteri beliau berpesan untuk beliau tidak bercakap dalam forum hari ini.

"Kata isteri saya, Mahathir tidak boleh menangkap saya hari ini tetapi beliau boleh menyaman saya sehingga jadi bankrap.

"Bayangkan. Selepas 30 tahun, ketakutan isteri saya masih di situ, berfikir bahawa hari ini jika saya keluar dari rumah, saya berkemungkinan tidak akan balik," kata beliau.

Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez yang menulis prakata buku ini berkata retorik populis otoritarian masih dapat dilihat hari ini, 30 tahun selepas Operasi Lalang.

Retorik itu menurut beliau termasuklah daripada kedua-dua HARAPAN dan BN, malah kelihatan dalam belanjawan persekutuan 2018 yang dibentangkan semalam.

Sumber TKO - 29-10-2017


Inilah komen Cuepacs setiap kali bajet dibentangkan
Posted on Saturday, October 28 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36264



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpuas hati insentif yang diberi kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen semalam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah permulaan yang baik bagi penjawat awam yang berkeluarga dan mempunyai kesan jangka panjang bagi pembangunan sesebuah keluarga.

“Walaupun kami meminta lebih daripada itu, namun ini sudah cukup memadai buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Azih juga memuji kesediaan kerajaan untuk melanjutkan faedah persaraan bagi mereka yang bersara kerana masalah kesihatan dan pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Dalam ucapan bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam, bayaran akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenar digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah dan pakar perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

- Bernama

Sumber TKO - 29-10-2017

Bajet 2018 tak mesra alam, hanya fokus pembangunan
Posted on Saturday, October 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36250



PETALING JAYA: Bekas presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia kecewa dengan Bajet 2018 yang lebih memfokuskan pembangunan fizikal dan tidak menekankan pemuliharaan alam sekitar.

Prof Maketab Mohamed berkata, ia jelas menunjukkan kerajaan tidak mengutamakan alam sekitar kerana tidak memperkenalkan inisiatif atau peruntukan lebih banyak untuk memulihara alam sekitar.
“Memang kerajaan persekutuan tidak mesra alam dengan alam sekitar, sebab itu tidak ada sebarang bajet untuk alam sekitar. Bajet 2018 tidak bercakap untuk kepentingan alam sekitar.

“Alam sekitar ini bukannya untuk saya atau sesiapa, ia untuk anak cucu kita. Ia hanyalah menghulurkan sesuatu untuk jangka pendek, bukan jangka panjang,” katanya kepada FMT hari ini.
Perdana menteri ketika membentangkan Bajet 2018 petang tadi menyentuh tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang mengorbankan 11 pekerja sebuah tapak pembinaan.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau, RM1.4 bilion untuk Program Non Revenue Water bagi mengurangkan kadar kehilangan air dan RM1.3 bilion untuk membina “off-river storage” sebagai sumber air alternatif.

Mengulas lanjut, Maketab berkata, kerajaan pusat tidak sepatutnya menolak tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada kerajaan negeri semata-mata.

“Jangan letak isu ini (alam sekitar) di atas bahu kerajaan negeri sahaja. Kerajaan (pusat) langsung tidak memberi pertolongan, tetapi kerajaan persekutuan pula suruh jaga alam sekitar.

“Contohnya, jika kerajaan negeri berani bertindak mengawal kegiatan pembalakan, maka kerajaan pusat harus berani beri insentif. Ini tidak, tiada sebarang peruntukan.

“Bajet ini bukan sahaja perlu diberikan kepada negeri pembangkang seperti Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi seluruh negara seperti Pahang, Kedah dan negeri lain.”

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, jika tiada peruntukan diberikan untuk penanaman semula pokok, maka habitat flora dan fauna akan musnah.


“Kalau ia tidak dilaksanakan, maka kawasan tadahan dan habitat haiwan yang ada di dalam hutan semakin merosot, manakala pembalakan di sesetengah tempat, sama ada haram atau terkawal masih diteruskan.”

Sumber TKO - 28-10-2017




























































Tanah runtuh: Maklum balas TBRA kepada SCI

PERSATUAN Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) mengalu-alukan cadangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan (SCI) untuk menyiasat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 21 Oktober 2017 di Lengkok Lembah Permai yang membunuh 11 orang.

Kami berharap pihak SCI akan membukanya kepada orang awam untuk memastikan ketelusan memandangkan ia melibatkan kepentingan awam, dan juga membenarkan penyertaan dan penglibatan penuh semua pihak yang berkepentingan termasuklah TBRA.

Berhubung terma rujukan (ToR) SCI, sukacitanya kami ingin menyatakan bahawa ia hendaklah termasuk proses kelulusan projek dan prosedur untuk melihat jika ia selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.

Kami berharap ia juga akan melibatkan bukan hanya garis panduan yang berkaitan tetapi juga undang-undang yang berkaitan untuk membenarkan perancangan dan kelulusan lain, serta aspek pemantauan dan penguatkuasaan dengan pandangan untuk memperbaikinya.

Ini juga mestilah termasuk penelitian garis panduan berhubung ‘pembangunan di tanah bukit 2012’, serta memastikan wujud kemampuan yang mencukupi dipihak pihak berkuasa yang berkenaan untuk memantau dan menguatkuasakan dengan berkesan sebarang syarat yang dikenakan.

Berhubung ToR yang menggesa pemeriksaan semula “perkara lain berkaitan projek termasuklah jika projek itu dibina di atas tanah rata atau cerun bukit dan untuk menentukan jika tapak kuari adalah sebab bagi kegagalan cerun sementara tapak kerja,” kami ingin menyatakan bahawa apa juga yang nyata ialah pemeriksaan ciri-ciri dan keadaan keseluruhan di tapak dan persekitarannya, termasuklah keadaan tapak sebelum kebenaran kelulusan perancangan dan perubahan yang dibuat kepada rupa bumi semula jadi.

Pembangunan di Tanah Bukit

Dalam kenyataan yang berasingan, TBRA juga mengalu-alukan kenyataan oleh YB Jagdeep Singh Deo bahawa Kerajaan Negeri akan terus melarang sebarang pembangunan bangunan bertingkat di atas tanah melebihi 76 meter (250 kaki) di atas paras laut.

YB merujuk kepada dasar di dalam Pelan Struktur Pulau Pinang berhubung perlindungan tanah bukit yang melebihi 76 meter di atas paras laut.

Bagaimanapun berhubung perkara ini, kami merasa bingung bagaimana MBPP pada 2012 meluluskan pembinaan 600 unit terdiri daripada apartmen bertingkat dan banglo di tanah bukit meliputi kawasan seluas 80 ekar yang melebihi 76 meter di atas paras laut yang mana kira-kira 43% adalah di atas cerun yang melebihi kecerunan 25 darjah untuk projek Sunway City di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Pada hakikatnya, kami amat terkejut mendapati bahawa Pihak Berkuasa pada 2011 meluluskan permohonan oleh pihak pemaju untuk mengeluarkan status ‘tanah bukit’ pada tanah itu di bawah Akta Pemuliharaan Tanah 1960.

MBPP bergantung kepada Garis Panduan 2009 untuk ‘Projek Khas’ bagi membenarkan projek Sungai Ara itu.

Tindakan ini bertentangan sepenuhnya dengan pendirian Kerajaan Negeri bahawa tanah bukit mestilah dilindungi.

Dalam usaha untuk mencegah berulangnya perkara ini dan menghormati dasar Pelan Struktur Pulau Pinang berhubung tanah bukit, Kerajaan Negeri mestilah melaksanakan perkara berikut dengan segera:

(i) Menyemak dan mendefinisikan semula apakah ‘projek khas’ dalam garis panduan 2009 dalam usaha untuk melarang sebarang pembangunan di masa depan di atas tanah bukit kecuali untuk kemudahan awam penting.
(ii) Ia juga mestilah menhentikan sebarang permohonan seterusnya untuk mengeluarkan status ‘tanah bukit’ daripada Akta Pemuliharaan Tanah 1960.

Kami juga menggesa Kerajaan Negeri dan MBPP memantau semua pembangunan di atas tanah bukit dan cerun bukit di Pulau Pinang dan mengambil langkah segera untuk memastikan keselamatan mereka yang tinggal di kaki bukit memandangkan pembangunan seperti itu, seperti mana dalam kes penduduk di Taman Seri Rambai/Lau Geok Swee di Paya Terubong.

TBRA juga ingin mendapatkan penjelasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kenapa tidak mengikuti dasar dalam Pelan Struktur Pulau Pinang yang menetapkan Tanjung Bungah sebagai kawasan ‘koridor kedua’.

Pelan Struktur itu dengan jelas menyatakan bahawa di Tanjung Bungah, sebarang pembangunan perumahan tidak melebihi 15 unit seekar memandangkan ia berada di dalam ‘koridor kedua’.

Kenapa Kerajaan Negeri dan MBPP tidak mengikuti dasar ini yang terikat dari segi perundangan? Kami berharap maklum balas segera berhubung perkara ini. – HARAKAHDAILY 27/10/2017

Penulis ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA)

Sumber HD- 27-10-2017


Semoga Yusuf Azmi 'setabah Nabi Yusuf'
Posted on Thursday, October 26 @ 06:48:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36172


Pemuda PAS menawarkan khidmat guaman kepada dua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ali Salimin, yang dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan menceroboh syarikat pajakan kenderaan.


Ketua pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia sebagai tanda solidariti dan sokongan PAS terhadap usaha mereka "menggerakkan amar makruf nahi mungkar".

"Tidak ramai yang sabar dan berani untuk berhikmah terhadap kezaliman dan penyelewengan.

Tetapi Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan rakannya membuktikan sebaliknya.

"Kami percaya tindakan mengheret beliau dengan dakwaan Kanun Keseksaan lantaran tergugatnya para 'mustakbirin' yang kepanasan terhadap isu yang dibangkitkan. Mereka mahu selesa bermaharajalela dengan kegiatan haram," katanya dalam kenyataan.

Menyifatkannya sebagai lumrah perjuangan, Muhammad Khalil menggesa Yusuf agat terus konsisten dalam perjuangan.

"Kami menyeru beliau terus cekal setabah Nabi Yusuf. Semoga nama menghiasi dirinya membawa inspirasi perjuangan Nabi Allah yang lebih hebat diuji dalam hidup dan perjuangannya," katanya lagi.

Yusuf dan Ali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang semalam untuk didakwa atas pertuduhan menceroboh dan perbuatan khianat Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan.

Mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada pukul 8 pagi hari yang sama bagi membantu siasatan kes membabitkan kedai pajak kereta.

Julai lalu, siri rakaman video yang menunjukkan tindakan Yusuf dan aktivis PPIM yang dikatakan membantu sejumlah individu mendapatkan semula kereta mereka daripada syarikat pajakan kenderaan, tersebar di media sosial.

Rakaman itu memaparkan Yusuf dan aktivis lain berdepan pekerja syarikat dan bertindak memecahkan mangga kunci pagar stor syarikat dan merobohkan pagar premis.

NGO itu dilaporkan berjaya mendapatkan semula 60 kenderaan yang dipajak kepada syarikat itu.
Dalam pada itu, Muhammad Khalil menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agar tidak tunduk kepada mana-mana pihak dan membela aktivis seperti Yusuf.

"Kami percaya Yusuf dan rakannya sedang difitnah atau diperangkap, namun yakin pihak berkuasa bertindak profesional melaksanakan proses undang-undang.

"Kami amat berharap tiada sebarang motif politik di sebalik pertuduhan ke atas mereka," katanya lagi.

Muhammad Khalil sebelum ini menobatkan Yusuf selaku 'ikon anak muda', dan mengaggap PAS dan PPIM mempunyai matlamat sama membawa perubahan kepada negara, walaupun dengan cara berbeza.

Sumber TKO - 26-10-2017



Bekas KPN Pula Dedahkan Siapa “9 Dragon” Posted by admin on October 23, 2017
Posted on Wednesday, October 25 @ 23:12:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36167



MASIH lagi hangat dengan cerita kongsi gelap 9 Dragons Malaysia susulan pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini.

Semalam MiLo SuaM ada menyiarkan kembali kenyataan bersumpah seorang pegawai polis berpangkat ASP yang menceritakan bagaimana “tangan ghaib” mengawal PDRM di Johor.
Kali ini, kita siarkan pula pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN) tentang isu hubungan antara kumpulan “underground” (kongsi gelap) dengan pihak polis.

Dalam satu wawancara, Tan Sri Musa menceritakan kembali kisah bagaimana semasa beliau menjawat jawatan sebagai CPO Johor (Ketua Polis Johor), beliau telah mengarahkan ketua-ketua kongsi gelap di negeri itu ditahan.

Tindakan itu menyebabkan ramai ketua-ketua kongsi gelap melarikan diri ke luar negara.
Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak polis pada waktu itu untuk membuat satu senarai tangkapan. Jika ketua-ketua kongsi gelap ini pulang ke negara ini, mereka akan segera ditangkap.

“Saya mengarahkan pegawai-pegawai saya pada masa itu, buat satu senarai, bila mereka balik tangkap, mereka ini terlibat dengan pelacuran, terlibat dengan dadah, terlibat dengan macam-macam (aktiviti haram),” katanya.

Tindakan tegas itu katanya telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan kegiatan haram.

“Apabila saya buat begitu, banyak pihak-pihak ataupun kumpulan-kumpulan, yang terlibat dengan kegiatan haram, (jadi) marah.”

“Jadi oleh sebab itu apabila saya tegas sangat di sana, mereka yang atas ni dah ‘complaint’ terutama sekali memberitahu kepada IGP (Ketua Polis Negara) terdahulu, memberitahu saya ni pasal apa mengambil tindakan-tindakan begini,”

“Pasal apa you tak ‘control’ CPO (Ketua Polis),” katanya.

Ahli politik pun bela kongsi gelap

Tan Sri Musa turut mendedahkan, ada ahli politik tertentu yang datang ke pejabatnya, tidak berpuas hati apabila ketua-ketua kongsi gelap yang ditahan adalah rakan-rakannya.

Katanya lagi, hubungan kongsi gelap dengan pegawai-pegawai polis dan ahli politik memang sudah lama wujud.

“Bila saya mengambil tindakan terhadap kumpulan ‘underground’ (kongsi gelap) ini, memang terlibat dengan kawan-kawan mereka, termasuk pegawai polis atau pun orang politik, mereka dah lama wujud,” dedahnya.

Katanya lagi, mereka (ahli politik dan pegawai polis terlibat) ini menjadi marah kerana habuan yang disebutnya sebagai “duit extra” (duit haram) mereka terjejas.

Dedahnya lagi, kumpulan kongsi gelap ini mampu mengawal ahli politik dan pegawai polis kerana mereka menjalankan aktiviti haram seperti dadah, pelacuran, pemerdagangan manusia, dan pengubahan wang haram.


Justeru mereka tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan menyebabkan mereka mempunyai dana yang besar untuk mengawal individu-individu yang disebutkan di atas

Sumber TKO - 25-10-2017.




























































Haramkan plumbum dalam produk untuk bendung keracunan

PLUMBUM merupakan bahan toksik kumulatif yang boleh menjejaskan pelbagai sistem dalam tubuh. Ia khususnya beracun kepada kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang terdedah kepadanya. Di antara beberapa kesan akibat pendedahan kepada bahan ini termasuklah kesukaran untuk belajar, semakin enggan bergaul dengan orang lain, kesuburan menurun dan meningkatkan risiko masalah ginjal serta penyakit kardiovaskular di kemudian hari.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf 22-28 Oktober 2017 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa. Tumpuan utamanya ialah peranan pendedahan kepada plumbum dalam perkembangan ketidakupayaan intelek kanak-kanak. 
Kesan pendedahan plumbum kepada otak kanak-kanak adalah berpanjangan, tidak dapat dibalikkan dan sukar dirawat. Plumbum juga memasuki saluran gastrousus apabila kanak-kanak mengunyah atau menggigit benda seperti barang mainan, perabot dalam rumah atau benda-benda lain yang dicat dengan cat plumbum. Penggunaan cat plumbum yang berterusan menjadi penyebab utama pendedahan kanak-kanak kepadanya. Sehubungan itu langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan sumber-sumber yang mendedahkan plumbum kepada kanak-kanak. 
Pada awal 2016, CAP menguji cat dan mendapati lebih daripada 60% sampel yang diuji mengandungi paras plumbum yang tinggi. Sudah lebih setahun sejak ia diluluskan namun pihak berkuasa Malaysia masih belum memperkenalkan undang-undang mengenai plumbum dalam cat. 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap cat plumbum “tahap ledakan utama” bagi potensi kanak-kanak mengalami keracunan plumbum dan berkata bahawa “sejak pengeluaran berperingkat-peringkat petrol berplumbum, cat plumbum menjadi sumber pendedahan terbesar  kanak-kanak kepada plumbum.” Kanak-kanak terdedah kepada plumbum apabila permukaan bercat mengelupas selepas beberapa lama dan mencemari habuk dan tanah isirumah. Kanak-kanak yang berumur antara 0-6 tahun, yang sering memasukkan tangan ke dalam mulut paling cenderung terjejas kepintaran dan perkembangan mental mereka akibat terdedah kepada habuk dan tanah berplumbum. 
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bahan Toksik (DTSC) di California mendapati barang kemas untuk orang dewasa dan kanak-kanak mengandungi plumbum pada paras yang tinggi dalam satu atau lebih komponen sesuatu barangan. Sesetengah barangan yang diuji secara praktiknya diperbuat daripada plumbum.
Dalam satu tinjauan pula CAP mendapati barangan sama dijual secara berleluasa di pasaran. Barangan ini cukup popular dalam kalangan kanak-kanak kerana warnanya yang menarik dengan dihiasi watak kartun. Harganya ialah antara RM1.00 hingga RM3.00 mudah dibeli oleh kanak-kanak. 
Sementara itu masyarakat kaum India di Malaysia sering menggunakan ‘Sindoor’, serbuk berwarna merah terang yang digunakan dalam upacara keagamaan dan kebudayaan. Sindoor dipakai oleh wanita yang memakai bindi atau titik merah pada bahagian tengah antara mata mereka untuk tujuan kosmetik. Lelaki dan kanak-kanak Hindu juga memakainya untuk tujuan keagamaan. Ujian yang dijalankan di AS mendapati paras plumbum yang tinggi dalam sindoor. Sesetengah pengeluar menggunakan plumbum tetroxide untuk memberikan warna merah yang terang dan cantik. 
Daripada 118 sampel sindoor yang diuji, 95 daripadanya adalah dari stor Asia Selatan di New Jersey. 23 sampel lagi diperolehi dari kedai-kedai di Mumbai dan New Delhi di India. Secara keseluruhan kira-kira 80 peratus sampel mengandungi sekurang-kurangnya sedikit plumbum, sementara sepertiga mengandungi plumbum pada paras yang melebihi had ketetapan Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS. 
Sehubungan dengan bahaya pendedahan kepada plumbum, CAP menggesa pihak berkuasa agar: 
- Mengharamkan plumbum dalam produk; 
- Menguji produk yang didapati mengandungi plumbum pada paras yang tinggi;
- Mengadakan kempen untuk mewujudkan kesedaran mengenai bahaya plumbum.
Jika tidak diharamkan, Malaysia akan menjadi tempat longgokan produk dengan kandungan plumbum yang tinggi, yang sebaliknya telah ditolak oleh negara-negara lain.
Memandangkan plumbum boleh memudaratkan kanak-kanak, tindakan segera adalah perlu untuk melindungi generasi masa depan kita. 
S M Mohamed Idris
Presiden Consumers Association of Penang (CAP) - HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD - 25-10-2017



Saya Maafkan Kamu, Tetapi Kamu Jawab Di Yaumal Qiyamah – Yusuf Azmi
Posted on Tuesday, October 24 @ 19:58:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36141



“Kita mesti teruskan perjuangan. Saya ingin maklumkan kepada semua pengguna di Malaysia yang di luar sana, terima kasih banyak-banyak kerana solat hajat dan sebagainya, yang mendoakan kebaikan untuk kita, negara, rakyat dan sebagainya. Saya tidak akan berundur walaupun apa masalahnya.”

Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi semasa memberikan kenyataan selepas dibebaskan sebentar tadi. 



Beliau yang pada awalnya mengatakan bakal didakwa di bawah Seksyen 427/447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000.00 setiap orang bersama seorang lagi aktivis PPIM, Abang Ali. 



Penahanan mereka berikutan tuduhan menceroboh ke premis yang terpalit dengan kontroversi melibatkan isu kereta pengguna yang dijadikan kereta sewa. 



Dalam video penjelasan yang dimuatnaik oleh Yusuf Azmi semalam, beliau menjelaskan bahawa kejadian pada 10 Julai lalu, beliau bersama aktivis pengguna dan pemilik kenderaan menyerbu syarikat AGR untuk mengambil semula kereta yang diserahkan para pemilik kereta kepada syarikat tersebut untuk dijadikan kereta sewa. 



Pemilik kenderaan mendakwa mereka hanya mendapat bayaran pada bulan pertama sahaja, dan mengambil keputusan untuk melaporkan kepada PPIM berhubung penipuan itu. Kedua-dua pihak kemudian mencapai persetujuan dengan AGR menyerahkan lima kenderaan dan 53 kunci kereta kepada PPIM selepas aktivis pengguna dan pemilik berkumpul sekali lagi di hadapan pejabat syarikat itu di Kajang. 



Berkenaan tuduhan bahawa beliau bersama aktivis PPIM lain menceroboh premis tersebut, Yusuf Azmi menjelaskan semua pihak perlu faham bahawa pemilik sebenar tanah di premis tersebut tidak pernah membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan menceroboh. 



“…. yang boleh membuat laporan terhadap saya ialah pemilik tanah… pemilik tanah bukanlah syarikat AGR dan syarikat AGR juga tidak kena mengena dengan pemilik tanah. Dan pemilik tanah.. sepuluh pemilik tanah dalam isu AGR ini, ada 10 penama pemilik tanah dan sepuluh-sepuluh penama ini membuat laporan polis ke atas AGR. Bukan ke atas saya.”



“Sekarang ini pemilik tanah sewakan kepada satu syarikat iaitu syarikat Wong, dan syarikat Wong ini tidak ada, tidak membuat laporan terhadap saya. Dia memberi sewa kepada AGR. Kalau ikut, perjanjian itu void, invalid. Saya tanya kepada polis macam mana nak tuduh saya? Dia kata, sebab AGR buat laporan menyatakan saya menceroboh.” 



Yusuf Azmi dalam kenyataan yang divideokan selepas bebas sebentar tadi menjelaskan bahawa dia memaafkan perlakuan pihak tertentu yang telah menyebabkan beliau dan Abang Ali menghadapi situasi tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa pihak tertentu yang beliau maksudkan bukanlah dari pihak Polis Di Raja Malaysia. 



“Saya redha dengan apa yang berlaku, cuma, saya nak memberitahu, memberi maklum kepada orang yang melakukan sebegini kepada saya dan Abang Ali. Ini perkara yang kamu kena ingat dan kamu kena faham dan dengar dengan jelas apa yang ingin saya sampaikan… dengan saya hari ini kamu boleh lakukan sebegini di muka bumi Allah. Kamu harus tahu yang mentadbir muka bumi ini ialah Allah SWT dan saya ingin beritahu, saya maafkan kamu. Cuma saya nak beritahu, kamu akan dipertanggungjawabkan di Yaumal Qiyamah.” 






Sumber TKO - 24-10-2017

Yusuf Azmi, Ali Salimin hadir ke IPD Kajang
Posted on Tuesday, October 24 @ 11:07:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36124



KAJANG - Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lepas.

Mereka dilihat memasuki pekarangan IPD itu pada jam 8 pagi tadi.

Difahamkan, mereka hadir di IPD itu bagi menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati seramai kira-kira 10 anggota polis trafik mengawal lalu lintas berikutan pintu masuk IPD itu dipenuhi kira-kira 50 penyokong PPIM.

Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama. - Bernama

Sumber TKO - 24-10-2017




























































Perlombongan pasir dan pembalakan ancam Ulu Mahang


KERAJAAN Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim perlu mengambil serius mengenai  perlombongan kuari pasir di dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Inas yang berdekatan dengan Kampung Ulu Mahang, Kulim Kedah.

Walaupun aktiviti perlombongan kuari pasir yang telah sedia beroperasi tersebut mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri, perkara ini perlu dikaji semula kerana ia melibatkan kawasan hutan simpan kekal. Perkara yang sama turut berlaku di mana kegiatan pembalakan di dalam hutan simpan kekal berkenaan masih berleluasa kerana aktiviti tersebut turut diberikan kelulusan.

Dianggarkan kira-kira 3,000 penduduk di lima buah kampung iaitu Kampung Bukit Kabu, Kampung Bukit Kubur, Kampung Padang Kering, Kampung Charok dan Kampung Ulu Mahang menghadapi masalah air keruh yang mengalir dari Sungai Mahang. Masalah ini dikatakan berpunca dari aktiviti perlombongan kuari pasir dan pembalakan. Tambahan pula sungai tersebut merupakan sumber alternatif bekalan air kepada penduduk kampung.

Kegiatan itu bukan sahaja menjejaskan orang awam yang menggunakan air malah para pesawah yang mengusahakan tanaman padi di sini turut menerima kesan dari aktiviti terbabit sehingga tanaman padi mereka terjejas.

SAM menggesa supaya kegiatan pemusnahan hutan, perlombongan/kuari pasir dan aktiviti pembalakan dihentikan segera serta kerja pembaikpulihan dijalankan. SAM turut membantah sebarang projek baru yang dirancang oleh mana-mana pihak di kawasan terbabit kerana ia melibatkan kemusnahan alam sekitar.

Sehubungan itu SAM berharap supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat menyekat aktiviti pembalakan dan perlombongan kuari pasir di hutan simpan kekal demi kesejahteraan rakyat dan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 24/10/2017













Sumber HD- 24-10-2017 


Nadzim: Saya sanggup mati lawan sindiket judi
Posted on Friday, October 20 @ 18:44:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36055


Mendakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diancam sindiket perjudian ekoran pendedahannya berhubung kegiatan mereka, ketua aktivisnya  Datuk Nadzim Johan berkata beliau sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melawan sindiket itu.


Nadzim mendakwa menerima maklumat yang sindiket perjudian besar di negara ini "mahu mengajar PPIM".

"Sebenarnya ancaman ini dari dulu lagi, nak hantar pelurulah. Cuma sekarang kita dapat tahu melalui beberapa pihak yang kumpulan sindiket perjudian ini telah bermesyuarat dan mereka sangat marah dengan kita.

"Lima, enam hari lepas mereka berjumpa sekitar Selangor dan Perak dan beritahu 'nak ajar PPIM'," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Namun beliau berkata tidak gentar dengan ancaman itu dan malah bersedia mempertaruhkan nyawanya sendiri.

"Kita bukan takut, tak ada apa yang nak ditakutkan sebab paling (teruk) pun mati sahaja. Tak ada masalah," katanya lagi.

Nadzim sebelum ini banyak membangkitkan isu ini. Pada 16 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan dakwaannya berhubung pemilik rangkaian perjudian yang bernama 'Alex' yang merasuah penguatkuasa sehingga RM15 juta sebulan untuk menjalankan kegiatan haramnya.
Pada 19 Oktober lalu, Utusan Malaysia sekali lagi melaporkan dakwaannya berhubung kewujudan sembilan ketua yang bergelar 'dragon' yang menjadi dalang bagi kegiatan haram termasuk perjudian haram.'

Menurut laporan itu, kumpulan tersebut mengutip RM5 bilion sebulan hasil pusat perjudian, dan mempunyai kuasa menukar penguatkuasa yang dilihat menggugat mereka.

Ekoran dakwaan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa PPIM mengemukakan bukti bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Namun ketika ditanya, Nadzim berkata beliau belum membuat laporan kepada polis, namun yakin dengan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.'

"Kita ada undang-undang dan atas kesungguhan kepimpinan baru polis kini kita yakin akan perkara-perkara yang melibatkan keselamatan kita," katanya.

Katanya lagi, inilah masa terbaik untuk pihak berkuasa membanteras sindiket perjudian ini apatah lagi rakyat amat prihatin dengan perkara ini.

"Apa yang diharapkan adalah sokongan semua pihak. Ini juga peluang terbaik untuk rakyat berkongsi apa jua maklumat. Kebelakangan ini pun polis telah mula bertindak dan banyak premis judi ditutup," katanya lagi.

Sumber TKO -20-10-2017


MTUC gesa k'jaan laksana Sistem Insurans Pekerjaan tahun depan
Posted on Friday, October 20 @ 07:36:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36038


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan bertegas dalam memastikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dapat dilaksana pada 1 Januari tahun depan bagi melindungi kepentingan pekerja di sektor swasta di negara ini.


Presiden MTUC Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya juga menyarankan kerajaan agar tidak melayan kerenah pihak tertentu yang mahu mengadakan dialog dan perbincangan mengenai perkara itu yang menurutnya hanya bertujuan melambat-lambatkan pelaksanaan sistem berkenaan.

"SIP ini bukannya satu bentuk faedah kepada pekerja, sebaliknya ia adalah satu sistem perlindungan kepada pekerja, jadi kalau kita menangguhkan pelaksanaannya, secara tidak langsung kita menidakkan perlindungan kepada pekerja.

"(Rang undang-undang) sistem ini akan dibentangkan di Parlimen dalam bulan ini dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah menyatakan ia akan berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan, jadi kita tidak ada masa lagi untuk dialog," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan dilaporkan berkata Kementerian Sumber Manusia perlu mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan beberapa perkara yang belum dipersetujui mengenai sistem itu.

Majikan 'gulung tikar'

Abdul Halim berkata, MTUC yang mewakili pekerja-pekerja di negara ini berasa kesal dan tersinggung dengan kenyataan Shamsuddin itu yang disifatkan seperti tidak prihatin terhadap risiko yang dihadapi pekerja-pekerja yang mungkin diberhentikan atau kehilangan pekerjaan akibat majikan 'gulung tikar'.

Beliau berkata pihaknya turut terkilan dengan cadangan MEF supaya manfaat SIP hanya diberikan kepada pekerja yang tidak menerima faedah penamatan kerja (ETLB) atau di bawah perjanjian kolektif (CA).

Katanya, perkara itu dilihat seperti majikan cuba lari daripada tanggungjawab mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980 yang menetapkan majikan membuat bayaran faedah kepada pekerja yang diberhentikan.

"Adalah tidak wajar caruman pekerja kepada dana SIP digunakan pula untuk membantu majikan yang tidak bertanggungjawab (tidak memberi bayaran faedah kepada pekerja yang diberhentikan), sedangkan ETLB dan CA adalah tanggungjawab majikan di bawah undang-undang," katanya.

SIP merupakan satu bentuk perlindungan keselamatan sosial yang menyediakan bantuan kewangan segera (faedah) kepada pekerja kehilangan pekerjaan dan menyediakan bantuan carian pekerjaan, penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya, latihan dan lain-lain bagi membantu pekerja tersebut bekerja semula secepat mungkin.

Pada Mac lepas Najib berkata kerajaan bersetuju melaksanakan sistem itu yang dijangka dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun depan, manakala bayaran faedah boleh dibuat mulai 1 Januari 2019, bagi melindungi kira-kira 6.5 juta pekerja swasta.

-Bernama

Sumber TKO - 20-10-2017

JAKIM Perlu Dihapuskan – Sarajun Hoda
Posted on Wednesday, October 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35998



Klang, Selangor: JAKIM perlu dihapuskan dan dimansuhkan, demikian gesaan Mantan Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Hassan baru-baru ini.

Sarajun Hoda juga menyatakan sokongan beliau terhadap kenyataan ahli G25, Tawfik Ismail yang sebelum ini pernah menuntut pemansuhan JAKIM.


“Saya menyokong Tawfik Ismail. JAKIM menjadikan Islam bahan jenaka, ia sepatutnya dihapuskan dan dimansuhkan. Mereka menjadikan kehidupan orang Islam sengsara dengan pengawasan moral yang tidak ada di dalam al-Qur’an.”

Selain daripada itu, Sarajun Hoda juga mendakwa bahawa Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular.

Rentetan dari penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, Sarajun Hoda turut mencabar UMNO dan PAS untuk melangkah ‘mayatnya’ sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

“UMNO dan PAS nak jadikan Malaysia negara Islam? Langkah mayat kami dahulu.”
Dalam mengulas berkenaan isu tauliah, Sarajun Hoda dengan nada sinis menulis, Tuhan sendiri juga boleh ditahan oleh Jabatan Agama sekiranya berceramah tanpa tauliah.

“Sekiranya Allah sendiri atau Nabi Mohamed turun ke bumi untuk berkhutbah, mereka terlebih dahulu perlu memohon tauliah dari Jabatan Agama, dan sekiranya tidak ada tauliah mereka (Allah dan Rasul) juga akan ditahan.” – menara.my


Sumber TKO - 18-10-2017




























































Jalan raya mengancam hidupan liar

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut dengan kekerapan berlakunya kematian di jalan raya yang melibatkan spesies terancam. Dilaporkan sejak 2011, haiwan liar seperti musang, babi hutan, marbled cats, tapirs dan lain-lain terbunuh akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kalangan hidupan liar, mamalia merupakan bilangan tertinggi haiwan yang terbunuh dalam kemalangan ini, melibatkan 1,110 kematian.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (14 Julai 2016, Bernama), spesies dilindungi ini terbunuh di jalan persekutuan, negeri dan bandaran melibatkan 61 jalan dan rangkaian lebuh raya di seluruh negara.

Tidak mengejutkan, kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan berdekatan hutan di mana haiwan liar cuba untuk melintas jalan untuk ke satu kawasan hutan dan kawasan hutan yang lain.

Walaupun SAM dan NGO hidupan liar lain mengemukakan kesan bahaya jalan raya kepada hidupan liar. Pembinaan jalan terus meningkat di seluruh negara. Kerajaan persekutuan dan negeri dan jabatan pengangkutan tempatan mengeluarkan belanjawan yang banyak untuk membina dan menaik taraf jalan.

Institusi pinjaman multinasional seperti Bank Dunia, membiayai pembinaan jalan yang merentasi hutan hujan, dan menempatkan peneroka yang memusnahkan hutan hujan dan budaya orang asli. Agensi pengurusan tanah awam membina beribu batu jalan setiap tahun untuk menyokong aktiviti pengeluaran sumber mereka. Kebanyakan agensi awam tidak mempedulikan kesan ekologi jalan dan cuba untuk mewajarkan jalan pembalakan memanfaatkan pengurusan hidupan liar dan awam. Walaupun kesan daripada jenis jalan adalah berbeza, secara jelas semuanya buruk dan kesan semua jalan adalah satu bencana.

Kematian di jalan raya memberikan kesan kesatar ke atas bilangan hidupan liar. Ancaman terbesar yang dihadaoi oleh hidupan liar adalah kenderaan yang dipandu laju di lebuh raya. Jalan yang tidak berturap dan tidak rata mengurangkan bahaya. Peningkatan dalam jumlah lalu lintas mengakibatkan lebih banyak kemalangan jalan raya dan dalam masyarakat kita yang semakin makmur bermakna lebih banyak kereta dapat dilihat di jalan raya.

Manakala perangkaan kematian di jalan raya mengambilkira bilangan haiwan yang terbunuh, adakah ia mengambilkira haiwan yang merangkak dari jalan akan mati selepas dilanggar? Bagaimana pula dengan bilangan reptilia, amfibia, invertebra dan burung? Ular terutamanya mudah terdedah kepada kematian di jalan raya, memandangkan keadaan jalan yang panas menarik perhatiannya. Bagaimana pula dengan ribuan serangga yang melanggar cermin hadapan kenderaan?

Walaupun terdapat papan tanda amaran haiwan melintas jalan, pagar halangan, lampu amaran solar, laluan haiwan, terowong dan laluan khas di lokasi yang terdapat bilangan kematian di jalan raya yang tinggi, haiwan liar terus terkorban. Persoalannya ialah: Sejauhmanakah berkesannya lintasan haiwan ini dalam memastikan pengurangan kematian di jalan raya; dan Adakah sebarang kajian dijalankan untuk mencari peratusan hidupan liar yang menggunakan lintasan haiwan yang dibina ini?

Pada hakikatnya, kematian di jalan raya tidak seharusnya berlaku dengan semua perancangan yang sempurna dalam kalangan pelbagai agensi sebelum pembinaan jalan dan lebuh raya melalui habitat hidupan liar.
Jalan merupakan ancaman utama kepada kelangsungan hidupan liar. Ia bertindak sebagai faktor yang mengusir yang menjejaskan corak pergerakan dan penyebaran haiwan. Pemisahan bilangan haiwan berlaku apabila akses koridor yang menggalakkan pembangunan dan pembalakan menceroboh melalui hutan negara. Pemburuan haiwan dan tumbuhan nadir yang berlaku mengancam kewujudan flora dan fauna nadir hutan.

Tuntutan manusia terhadap jalan baharu sebagai perhubungan memaksa haiwan liar lebih dekat dengan jalan raya dan penempatan manusia, malah lintasan hidupan liar baharu tidak dapat menyelamatkan sepenuhnya nyawa haiwan ini.

Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia mestilah tidak menutup mata kepada kesan negatif jalan dan lebuhraya baharu terhadap alam sekitar. Kecuaian perancangan dan pembinaan jalan baharu akan memberikan kesan besar kepada persekitaran alam sekitar dan ekosistem.

Kematian di jalan raya boleh dielakkan jika bada kerajaan menunjukkan keprihatinan peringkat tinggi mengenai kepentingan hidupan liar dan pemuliharaan dan perlindungannya. Apabila potensi risiko kepada alam sekitar dikenal pasti dan dinilai, dan pilihan pengurusan diteliti serta dipertimbangkan sepenuhnya, pengurus jalan, perancang dan saintis boleh bekerjasama untuk menentukan di mana tapak yang terbaik untuk jalan baharu dan mengurangkan sebarang kerosakan ekologi. – HARAKAHDAILY 13/10/2017
Sumber HD- 13-10-2017 




























































Penubuhan JITN boleh hakis wibawa SPRM



CADANGAN kerajaan menubuh sebuah agensi baharu, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) dianggap boleh berlaku pertindihan fungsi dan pembaziran.
Selain itu boleh menghilangkan kepercayaan dalam kalangan masyarakat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah lama wujud.
Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kerajaan perlu meneliti semula cadangan menaik taraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus kepada sebuah jabatan. 
Katanya, biarpun JITN akan menjadi agensi yang menyelaras perubahan di sektor awam dan swasta berkaitan isu tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia, namun ia tetap berlaku pertindihan fungsi. 
“Apa yang jelas berlaku pembaziran kewangan, pertindihan fungsi dan tugas dengan SPRM,” katanya di Kota Bharu.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Paul Low mencadangkan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus dinaik taraf menjadi jabatan. 
Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tiada keperluan JITN ditubuhkan. 
Dr Zulkeflee juga berkata, kewujudan jabatan baharu tentunya membabitkan belanjawan besar kerana melibatkan pelantikan kakitangan tambahan. 
“Sedangkan negara sekarang menghadapi pelbagai isu kebajikan dan keperitan kos hidup rakyat yang semakin meningkat. 
“Adalah lebih baik kerajaan menambah bilangan keanggotaan SPRM untuk mencapai sasaran 5,000 orang seperti pernah dipersetujui,” ujarnya. 
Namun kata beliau usaha itu tidak dapat dilakukan kerana kekurangan peruntukan. – HARAKAHDAILY 7/10/2017

Sumber HD - 7-10-2017




























































Tambak Laut: Nelayan P.Pinang terus jadi mangsa


SAHABAT Alam Malaysia (SAM) kesal serta bimbang berhubung ancaman berterusan ke atas kehidupan lebih 4,000 nelayan pantai Pulau Pinang berikutan projek tambak laut yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini.

Walau pun banyak bantahan telah dibuat oleh nelayan-nelayan pantai yang terlibat dan SAM sebelum ini namun hingga sekarang belum menampakkan jaminan kukuh dari kerajaan Pulau Pinang bahawa projek tersebut tidak mengancam alam sekitar dan kehidupan masyarakat nelayan di negeri ini.

Kejadian terbaru yang menimpa nelayan Pantai Batu Uban di sini membuktikan bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak memberi perhatian sewajarnya bagi membela nasib dan kehidupan nelayan kini dan pada masa akan datang.

Berikutan sikap acuh tak acuh pihak itu banyak aduan dan rungutan yang SAM terima daripada nelayan terbabit mengenai kemerosotan hasil tangkapan yang mereka alami berpunca dari projek tambak laut yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan di negeri ini.

Kejadian pencemaran laut bertali arus melanda tempat mereka mencari rezeki manakala zon tangkapan bertambah sempit menyebabkan sumber perikanan kian pupus dan hasil tangkapan pula  merosot teruk sehingga mencecah 70 peratus setiap kali turun ke laut.

Sisa lumpur dari kawasan penambakan bukan saja mencemarkan air di kawasan pantai malah pukat nelayan turut musnah dilanda masalah ini. Antara kawasan yang terjejas akibat pelaksanaan projek tambak di negeri ini ialah di Tanjong Tokong, Sungai Gelugor, Batu Uban, Persiaran Gurney dan Oueensbay.

Ancaman yang lebih buruk mungkin berlaku ke atas persekitaran persisiran pantai serta marin dan kehidupan nelayan di negeri ini jika kerajaan negeri meneruskan rancangan projek tambak laut Penang South Reclamation (PSR) di bahagian selatan pulau yang melibatkan pembinaan tiga buah pulau buatan manusia melibatkan kawasan seluas  4,500 ekar.

Laporan Penilaian Kesan ke atas Alam Sekeliling (EIA) projek PSR ini menyatakan bahawa pada tahun 2015, sejumlah 2,757 nelayan berlesen beroperasi di zon impak projek. Harga borong ikan yang didarat di kawasan kajian EIA pada tahun 2015, dianggarkan bernilai RM42.09 juta, menyumbang kepada 12.4 peratus dariapda keseluruhan nilai harga borong di Pulau Pinang.

Memandangkan impak serius projek tambak laut kepada ekosistem persisiran pantai serta marin dan seterusnya sektor perikanan, SAM menggesa kerajaan Pulau Pinang membatalkan segera cadangan melaksanakan projek tambak laut di negeri ini. – HARAKAHDAILY 5/10/2017
Sumber HD - 5-10-2017 




























































Katakan tidak kepada pesta arak







PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpandangan bahawa Oktoberfest, pesta arak Jerman tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali dan kami tetap teguh dengan pendirian ini. 
Kami melancarkan kempen antialkohol di seluruh negara sejak 1988 untuk menangani masalah ini daripada pelbagai sudut yang berbeza. Usaha berterusan yang tidak pernah kenal penat lelah ini dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti menulis surat dan memo kepada pihak berkuasa, memujuk mereka supaya mengambil tindakan terutama sekali dalam bentuk perundangan yang lebih berkesan. 
Pesta arak bukan budaya Malaysia; malah daripada perspektif agama mengambil minuman alkohol adalah haram bagi umat Islam dan dianjurkan untuk tidak mengambilnya oleh penganut agama Kristian, Buddha, dan Hindu terutamanya disebabkan ia memabukkan. 
Alkohol menjejaskan fungsi otak yang mengakibatkan penilaian yang lemah, mengurangkan masa tindak balas, kehilangan imbangan dan kemahiran motor, atau pertuturan yang tidak jelas. Ia juga dikaitkan dengan penyakit kronik seperti sirosis hati, pankreatitis, pelbagai kanser termasuk hati, mulut, kerongkong, larinks dan esofagus; tekanan darah tinggi; dan gangguan psikologi. 
Dalam Laporan Status Global mengenai Alkohol Pertubuhan Kesihatan Dunia 2004, melaporkan bahawa “ramai remaja di Malaysia mula mengambil minuman alkohol pada usia yang lebih awal.” Dianggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan lebih daripada RM2 bilion setiap tahun untuk alkohol. 
Ia menyatakan bahawa “45% belia Malaysia di bawah usia 18 tahun mengambil alkohol dengan kerap. Daripada semua dadah yang sah dan haram, alkohol jauh lebih meluas penggunaannya oleh remaja, dan menurut kajian kebangsaan ramai daripadanya kerap meminumnya sehingga berlebihan.” 
Kecenderungan ini amat membimbangkan terutama sekali dengan membenarkan penganjuran pesta arak, kerajaan menyampaikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia bahawa tidak mengapa untuk meminum alkohol dengan berlebihan. 
Di pihak industri alkohol pula, ia menarik orang ramai dengan iklan dan promosi, menggalakkan gaya hidup meminum alkohol yang pada hakikatnya membahayakan kesihatan. 
Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30% daripada kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh pemandu mabuk. Menurut perangkaan pemandu mabuk antara 2010 dan April 2015, ia menyumbang kepada sejumlah 1,035 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 618 kematian, 207 kecederaan serius. 
Jika anda mengambil dua tin bir kemungkinan anda akan gagal dalam ujian pernafasan (breathalyser test) memandangkan alkoholnya ialah 100 ml dalam pernafasan anda akan melebihi had yang ditetapkan iaitu 35 mikrogram alkohol. Untuk itu, denda RM1,000 atau maksimum RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan. 
Oleh sebab itu, berdasarkan kepada perkara di atas, kami mahu kerajaan bertindak terhadap penganjuran pesta arak, bagi mencegahnya daripada berkembang dari tahun ke tahun disebabkan promosi yang lebih intensif oleh syarikat arak dengan menjejaskan rakyat Malaysia. 
S.M. Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD - 29-9-2017 




























































SAM gesa pembinaan kilang sawit di kaji semula

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkaji semula rancangan pembinaan kilang kelapa sawit di Sungai Renggam Pasir Salak di sini yang mencetuskan bantahan di kalangan penduduk tempatan baru-baru ini,

Mereka bimbang jika kilang tersebut dibina di kawasan berkenaan ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan para penghuni taman perumahan berhampiran serta nelayan-nelayan sungai di tempat itu.

Mengulas laporan akhbar tempatan (Utusan Malaysia : 15.9.17) mengenai perkara ini, SAM berpendapat kajian terperinci perlu dilakukan sebelum kelulusan pembinaannya diberikan kepada pengusaha terbabit bagi menjamin kualiti alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan tidak terjejas pada masa akan datang.

SAM bimbang jika aspek alam sekitar dan masalah sosial tidak diberi keutamaan dalam proses pengeluaran lesen bagi tujuan tersebut, kesan buruk yang melibatkan sumber pendapatan dan kesihatan penduduk mungkin akan turut berlaku.

SAM berharap agar pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian sewajarnya berhubung bantahan yang dibuat oleh penduduk-penduduk di sini dan perjumpaan perlu diadakan dengan mereka secepat mungkin supaya masalah ini tidak berlarutan

SAM juga khuatir pelepasan asap, pencemaran bau busuk dan pembuangan sisa dari kilang tersebut boleh mengganggu keselesaan dan aktiviti harian penduduk-penduduk di sini termasuk mencemarkan air sungai berdekatan serta mengancam hidupan di dalamnya dan sumber pendapatan nelayan kecil di sini.

Justeru itu SAM juga meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan membuat kajian secara menyeluruh kesan yang bakal berlaku jika kilang ini dibina berdekatan dengan kediaman penduduk dan sungai yang menjadi tempat nelayan mencari rezeki.

SAM akan menghantar surat kepada pihak berwajib dalam masa terdekat untuk menggesa masalah ini ditangani segera. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Sumber HD - 20-9-2017 




























































Henti pembangunan berlebihan, penebangan pokok dan penarahan bukit di Pulau Pinang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bimbang oleh kejadian banjir kilat yang melanda bahagian Pulau dan Seberang Perai berikutan hujan lebat sejak awal pagi Jumaat, 15 September.
Selain daripada banyak kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air, kami juga menerima berita mengenai kejadian tanah runtuh dan lumpur di beberapa kawasan seperti di Tanjung Bungah dan Paya Terubong, di mana terdapat kerja-kerja menarah bukit yang dilakukan untuk projek pembangunan. 
Jelas sekali, walaupun insiden banjir dan tanah runtuh yang berlaku sebelum ini di Pulau Pinang berikutan hujan lebat, kita masih tidak mengambil pengajaran daripadanya. 
Hujan lebat dijangka melanda Pulau Pinang dan seluruh negara.
Tetapi apa yang paling kurang menyenangkan ialah kerajaan negeri, sebagai ganti mengambil langkah pencegahan seperti melindungi tanah bukit dan menanam lebih banyak pokok untuk mencegah hakisan tanah dan larian air permukaan, meluluskan lebih banyak penebangan pokok dan penarahan bukit sepanjang jalan untuk pelbagai jenis projek pembangunan. 
Semua langkah pencegahan banjir terbukti tidak berkesan dan mencukupi jika kita tidak menangani punca banjir kilat dan tanah runtuh yang berpunca daripada peningkatan larian air permukaan akibat daripada penebangan pokok dan penarahan bukit. 
Kerajaan Negeri perlu menghentikan pembangunan yang salah ini dan mestilah benar-benar mesra alam sekitar dengan mengambil langkah untuk melindungi semua tanah bukit, menanam lebih banyak pokok dan benar-benar memastikan pembangunan lestari.
Lebih banyak hujan dijangka turun akibat daripada kesan perubahan iklim, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, sepertimana kejadian banjir besar di Asia Selatan dan Amerika Syarikat. 
Banyak negara mengambil langkah penyesuaian yang serius selaras dengan kesan perubahan iklim tetapi Pulau Pinang dan Malaysia jauh sekali daripada mempunyai langkah penyesuaian bagi menangani insiden hujan lebat yang akan berlaku dengan lebih kerap. 
Kini tiba masanya untuk kita mempelajari daripada kesilapan, dan mengambil langkah pembetulan segera serta melaksanakan pelan penyesuaian yang lebih sempurna.

SM Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Sahabat Alam Malaysia
Sumber HD - 16-9-2017 




























































Kerajaan negeri digesa bersemuka dengan penduduk

PERSATUAN Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan sesi dialog dengan semua penduduk di sepanjang jajaran Projek Jalan Berkembar Pesisr Pantai Utara (NCPR) dari Teluk Bahang ke Tanjung Bungah, untuk menjelaskan butiran penuh mengenai jalan dan mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga mestilah menjelaskan semua alternatif yang ada untuk jalan itu dan analisis kos manfaat untuk NCPR, supaya penduduk yang terjejas di kawasan itu menyedari sepenuhnya mengenai alasan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek itu.

Sesi dialog seperti itu adalah selaras dengan semangat Kerajaan Negeri yang telus dan bertanggungjawab kepada penduduk Pulau Pinang.

Gesaan yang dibuat oleh kami ini adalah selaras dengan ulasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri, Lim Hock Seng baru-baru ini yang memberikan maklum balas kepada kenyataan TBRA supaya NCPR dibatalkan.

Menurut laporan akhbar baru-baru ini, Lim berkata Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan semua alternatif kepada laluan jalan ke Teluk Bahang dan Batu Ferringhi sebelum membuat keputusan untuk meneruskan dengan NCPR.

Lim juga dilaporkan berkata fasa pertama NCPR dari Batu Ferringhi ke Tanjung Bungah, yang menurut beliau paling penting untuk disegerakan pembinaannya.

Beliau juga dilaporkan berkata terdapat cadangan untuk membina jejambat (viaduct) dari Lembah Permai (di Tanjung Bungah) ke Seri Tanjung Pinang.

Berkenaan perkara-perkara ini, pembinaan jejambat tidak disebutkan di mana-mana dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk NCPR.

Pembinaan jejambat itu mempunyai implikasi yang serius terhadap sosial dan alam sekitar, yang juga seharusnya dipertimbangkan dalam EIA.

Bagaimanakah dengan jajarannya dan komuniti mana serta kawasan kediaman yang akan terjejas?

Perkara ini mestilah dijelaskan dengan segera.

Adalah ketara bahawa Kerajaan Negeri tidak menjelaskan perkara ini dan menyebabkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Tanjung Bungah.

Selanjutnya, EIA untuk NCPR tidak mendedahkan semua alternatif yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, yang dalam pandangan kami,  merupakan kecacatan utama.

Menurut garis panduan bagi EIA, satu EIA yang sempurna untuk projek seharusnya mempunyai pertimbangan alternatif atau pilihan projek dengan sempurna, termasuk menyediakan asas bagi penghapusan pilihan yang dianggap sebagai tidak munasabah. Memandangkan ia tidak dilakukan, Jabatan Alam Sekitar (DOE) seharusnya tidak meluluskan EIA seperti sekarang.

Fasa pertama NCPR (Dari Batu Ferringhi ke Tanjung Bungah) akan melibatkan beribu penduduk yang akan terjejas yang tinggal di sepanjang koridor jajaran jalan termasuklah Taman Leader Condominium, Jalan Chee Seng 8, Taman Tanjung Bungah, Jalan Chee Seng, Surin Condominium, Coastal Tower, Desa Mar Vista Apartment, Beverly Hills, Shamrock Beach, Sri Sayang Service Apartment,  Ferringhi Delima Condominium dan  Kg. Batu Ferringhi.
Ramai daripada penduduk tidak menyedari implikasi projek jalan terhadap kualiti kehidupan mereka.

‘Menjimatkan’ 14 minit masa perjalanan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang pada kos RM1bilion untuk NCPR akan hilang sebaik sahaja lebih banyak permintaan lalu lintas dijana oleh jalan baharu dalam tahun-tahun akan datang.

Kami juga tertanya-tanya kenapa NCPR perlukan laluan berkembar empat lorong?

Membina lebih banyak jalan bukan penyelesaian yang lestari, semakin banyak jalan dibina semakin membawa banyak kereta. Mencari pilihan pengangkutan yang benar-benar lestari yang menggerakkan manusia sebagai ganti kereta persendirian hanyalah satu jalan ke hadapan untuk benar-benar menjadikan Pulau Pinang lebih hijau.

Oleh itu adalah satu kewajipan dan sangat penting bagi Kerajaan Negeri untuk telus sepenuhnya terhadap keperluan bagi NCPR, implikasinya  kepada penduduk yang terjejas oleh jalan itu dan apakah alternatif yang dipertimbangkan dan dianggap tidak boleh dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 7/9/2017

Penulis ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah
Sumber HD - 7-9-2017




























































CAP gesa baiki segera jalan di Pasar Besar Sena

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan membaiki jalan yang rosak teruk di sekitar Pasar Besar Sena di Kangar dengan segera.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menjejaskan keselesaan para pengguna yang berkunjung ke pasar tersebut malah keadaan itu juga boleh mengancam keselamatan mereka jika terus dibiarkan berlarutan.

"Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati jalan terbabit telah pecah dan berlubang menyebabkan beberapa tempat menjadi becak dan digenangi air ketika hujan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, CAP kesal walaupun pasar tersebut menjadi tumpuan ramai terutama pada hari cuti namun masalah itu tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan.
Katanya, selain masalah jalan, orang ramai yang datang di pasar itu juga kurang selesa dengan kawasan parkir yang tidak sempurna.

Justeru itu, ujarnya CAP meminta kerajaan negeri dan MPK menyiasat keadaan yang berlaku di kawasan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan masalah kemudahan asas yang dihadapi oleh para pengguna yang terlibat.

Katanya lagi, CAP berpendapat jalan yang rosak teruk itu perlu dipulihkan demi keselesaan dan keselamatan masa depan mereka yang berkunjung di pasar tersebut.

Beliau menambah, jalan terbabit hendaklah diturap tar dan lubang-lubang dalam yang terdapat di situ pula hendaklah segera ditimbus supaya kejadian yang tidak diingini menimpa para pengguna jalan tersebut. - HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD - 5-9-2017 




























































Atasi pencemaran plastik, galakkan sisa sifar















SEMPENA sambutan 50 tahun Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang disambut pada bulan ini, pertubuhan alam sekitar menggesa negara-negara ASEAN bertindak terhadap pencemaran plastik di rantau ini. 
Menurut Penyelaras Global Pergerakan Break Free From Plastic (BFFP) Von Hernandez, negara anggota ASEAN boleh menghentikan pencemaran plastik dan melindungi lautan dengan menggubal dasar. 
Iaitu, katanya dengan mengurangkan penggunaan plastik guna buang, melindungi sempadan rantau ini daripada menjadi tempat longgokan sisa dan teknologi pengurusan sisa yang mencemarkan dari negara lain, dan melaksanakan penyelesaian mesra alam berkesan  terhadap krisis sisa. 
Kumpulan ini menggesa pertubuhan serantau ini supaya melabur dalam penyelesaian Sisa Sifar dengan mengurangkan permintaan, penggunaan produk dan pembungkusan guna buang.
Penyelaras Rantau Asia Pasifik Global Alliance for Incinerator Alternatives (GAIA) Froilan Grate, pula berkata, Sisa Sifar adalah penyelesaian lestari dan berdaya maju dari segi ekonomi terhadap masalah sisa di rantau  ini. 
"Tetapi untuk ia berfungsi pada skala yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah, kita memerlukan kerajaan kita menggalakkannya serta menginstitusikannya. Seperti yang ditunjukkan oleh banyak komuniti di negara Asia seperti Indonesia, Filipina, China, Korea Selatan dan India," katanya. 
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang S.M Mohamed Idris, sebagai ahli GAIA dan BFFP, dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong gesaan supaya menghentikan pencemaran plastik dan bergerak ke arah Sisa Sifar. 
Sisa Sifar merupakan pengurusan sumber ekologi dan model pengurangan yang melibatkan pemisahan sisa pada sumber, mereka-bentuk semula produk, pengurusan dan pengumpulan sisa secara sistematik.   

Idris berkata, banyak negara Asia, Sisa Sifar lebih cenderung ke arah pengurusan sisa organik disebabkan bahan organik terdiri lebih daripada 50% daripada sisa yang dijana.
Tambahnya, pemisahan sisa membolehkan isi rumah dan komuniti menguasai dan mengurus pelbagai jenis sisa berbeza secara teratur sama ada bahan yang boleh dikitar semula akan dikitar semula dan bahan organik akan diuruskan melalui kompos, penguraian biologi, dan pengurusan organik kaedah lain. 
"Apa yang tinggal hanya sedikit sisa yang lebih mudah untuk ditangani. Penyelesaian kepada yang sedikit ini ialah mereka bentuk semula dengan lebih baik untuk memastikan bahawa bahan yang tidak dapat dikitar semula atau dikompos akan dikurangkan dengan sistematik," ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/8/2017
Sumber HD - 25-8-2017 




























































CAP gesa masalah petani Padang Terap ditangani segera











PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membina sistem saliran yang sempurna di kawasan sawah seluas 500 hektar di Mukim Padang Terap dekat Kuala Nerang di sini.

Menurut Presidennya S.M. Mohamed Idris, tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkenaan berikutan kesan buruk yang semakin serius dihadapi kira-kira 100 petani di kawasan terbabit akibat bekalan air tidak mencukupi untuk tanaman padi yang mereka usahakan. 
"Petani-petani di sini hanya mengharapkan kepada air hujan untuk mengerjakan sawah dua kali setahun. Pada musim kemarau masalah kekurangan air kerap berlaku di mana tanah sawah menjadi kering kontang sehingga menjejaskan hasil padi dan sumber pendapatan mereka," katanya kepada Harakahdaily. 
Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Lubuk Labi, Kampung Tanjung, Kampung Padang Gelanggang, Kampong Pok dan Kampung Tanah Merah.

Kesan daripada itu, katanya, kerugian besar turut dialami oleh petani terbabit kerana benih yang mereka tabur tidak tumbuh dan hasil jualan padi berkurangan kerana buah padi tidak berisi dan menjadi ringan

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati 70% kawasan sawah di sini ditumbuhi berbagai jenis rumput terutama rumput sambau menyebabkan pokok padi terencat pertumbuhannya.

CAP berharap Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan kajian secara menyeluruh tentang masalah ini supaya projek pembinaan saliran di kawasan tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.

CAP melahirkan kebimbangan jika keadaan ini dibiarkan lebih banyak masalah akan berlaku dan dihadapi oleh petani-petani di sini pada masa akan datang seperti ancaman tikus, siput gondang termasuk rumput sambau yang mampu mengurangkan hasil padi antara 10 hingga 80% pada musim menuai.

"Kemungkinan juga tanah sawah menjadi terbiar jika sumber air dari Empangan Ahning dan Empangan Pedu yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut diabaikan kepentingannya untuk para petani di sini," ujarnya. 
Justeru itu katanya, adalah wajar masalah ini diberi perhatian serius dan ditangani segera agar ia tidak menjejaskan kehidupan para petani di kawasan itu dengan lebih teruk lagi dan menggugat bekalan makanan serta sektor pertanian negara di masa depan. – HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD - 24-8-2017 




























































Sisa buangan jejas keindahan Pulau Langkawi











SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sisa buangan yang menjejaskan alam sekitar dan keindahan pulau tersebut ketika ini. 
Presiden SAM, SM Mohamed Idris berkata, dalam tinjauan yang dibuat di Pantai Kok, Teluk Ewa dan Bukit Malut, SAM mendapati keadaan di beberapa lokasi di kawasan-kawasan tersebut amat kotor serta jijik dipandang. 
"Berbagai bahan buangan seperti kertas, barangan plastik dan sisa binaan telah dilonggok oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di tepi jalan di kawasan tersebut.
"Orang ramai sering melalui jalan tersebut ke destinasi mereka," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. 
Katanya, SAM bimbang kawasan yang tidak bersih itu akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus yang boleh mencetuskan masalah kesihatan dalam kalangan penduduk tempatan serta para pengunjung pulau berkenaan. 

SAM, ujarnya lagi kesal walaupun masalah itu sudah lama berlaku namun tidak ada tindakan yang diambil bagi mengatasinya. 
"SAM percaya jika masalah ini dibiarkan berlarutan alam sekitar pulau lagenda itu akan tercemar dengan lebih serius lagi pada masa akan datang. 
"Justeru, SAM meminta MPL mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dan SAM berharap masalah serupa tidak berulang lagi," katanya. 
Di samping itu, ujarnya SAM juga menggesa MPL mempertingkatkan kawalan bagi mencegah berlakunya pencemaran alam sekitar yang lebih serius di di Tapak Pelupusan Sampah di Kilim. 
Menurutnya, SAM dapati udara di kawasan tersebut dicemari bau busuk dan bimbang air larut resap dari tempat tersebut akan menjejaskan kualiti air sungai berdekatan. - HARAKAHDAILY 22/8/2017
Sumber HD - 22-8-2017




























































Kesal punca banjir lumpur di Bayan Baru belum ditangani

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal punca kejadian banjir lumpur yang kerap berlaku di kawasan Bayan Baru masih belum ditangani dengan berkesan oleh kerajaan negeri ini. 
Walau pun masalah tersebut telah beberapa kali disuarakan oleh CAP sejak 10 tahun yang lalu namun ia masih berlaku hingga sekarang dan menjejaskan aktiviti penduduk-penduduk di kawasan berkenaan dan para pengguna jalan di sini setiap kali kejadian itu berlaku. 
Mengulas kejadian terbaru minggu lalu ( 14 Julai 2017 ), CAP berharap kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat masalah tersebut dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya. 
Berikutan banjir lumpur tersebut ribuan pengguna jalan di sekitar Bayan Baru terkandas perjalanan mereka ke tempat kerja kerana beberapa tempat ditenggelami air berlumpur ketika hujan lebat menjelang pagi. 
Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain sisa lumpur yang terdampar di atas jalan raya di bandar itu, sampah- sarap turut kelihatan bersepah di beberapa lokasi berhampiran premis perniagaan di sini. 
CAP kesal dengan kejadian tersebut kerana ia bukan saja menyusahkan orang ramai tetapi juga mencemarkan kawasan persekitaran di sini oleh sisa kotoran yang menjijikan. Kemungkinan punca berlakunya masalah ini dari tapak projek pembangunan atau dari dalam longkang yang tidak dibersihkan. 
CAP meminta kerajaan negeri dan MBPP menjalankan kajian secara terperinci apakah punca utama yang menyebabkan kejadian banjir lumpur kerap berlaku di kawasan ini dan mendedahkan hasil kajian tersebut kepada umum termasuk tindakan yang diambil supaya kejadian serupa tidak berulang. 
CAP bimbang jika masalah tersebut berlarutan sistem saliran,sungai dan perairan Pulau Pinang akan diancam mendapan lumpur dan sampah sarap dengan lebih serius sekaligus memburukkan lagi keadaan ini pada masa akan datang. 
S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden CAP






























































Sumber HD - 19-7-2017




























































Nelayan udang Seberang Perai

Selatan perlu perhatian

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkuasa berkenaan perlu memandang serius serta mengambil inisiatif bagi mengatasi pelbagai masalah yang mengancam sumber pendapatan nelayan sungai di perairan Sungai Kerian, Daerah Seberang Perai Selatan ketika ini. 

Masalah yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu telah menyebabkan nelayan-nelayan terbabit menghadapi kemerosotan hasil tangkapan. Majoriti nelayan di sungai tersebut hanya menjadikan udang galah sebagai hasil tangkapan utama. Masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan di sungai terbabit antaranya ialah bot besar menyauk siput, sangkar ikan, stor pendaratan ikan baja, bubu naga, pembuangan ikan keli dan kolam ternakan yang masih dalam proses pembinaan.

Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan Nelayan Sungai Tanjung Berembang mendapati aktiviti menyauk siput kepah di dalam sungai tersebut dilihat semakin ketara tanpa sebarang kawalan dan pemantauan dari pihak-pihak berkuasa.  Mereka dilihat dengan rakus menyauk siput sehingga tidak menghiraukan soal keselamatan nelayan-nelayan sungai yang sedang memancing dan menjala udang galah di kawasan berhampiran.

Nelayan yang ditemui menyatakan individu-individu terbabit seolah-olah menganggap kawasan yang dipenuhi dengan siput tersebut adalah milik persendirian malah mereka langsung tidak memikirkan kesan buruk dan ancaman terhadap alam sekitar serta ekosistem dasar sungai.

Selain itu turut kelihatan bubu naga yang diletakkan di beberapa bahagian tebing sungai yang mana kawasan tersebut merupakan kawasan nelayan menjala udang galah. Dengan adanya bubu naga tersebut aktiviti menjala bagi sebilangan besar nelayan sungai terjejas kerana jala mereka sering tersangkut pada bubu berkenaan.

Menurut komuniti nelayan sungai mereka menyatakan penggunaan bubu naga dan aktiviti menyauk siput merupakan antara penyumbang kepada kemerosotan hasil tangkapan di Sungai Kerian pada ketika ini. Mengikut undang-undang dan akta penggunaan alatan tangkapan, bubu naga adalah termasuk dalam senarai alat tangkapan yang tidak diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Sepanjang tinjauan ke lokasi kami turut menemui beberapa buah jentera yang sedang menjalankan aktiviti mengorek tanah untuk dijadikan kolam ternakan. Tapak kolam ternakan tersebut pula sebelum ini dipenuhi dengan deretan pokok nipah namun apa yang menyedihkan pada masa kini kawasan tersebut akan menjadi kolam ternakan malah ia  begitu hampir dengan tebing Sungai Kerian. 
Sehubungan itu, kami berharap agar pihak-pihak berkenaan tampil memantau dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini. Kami percaya jika keadaan ini dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan maka yang pertama sekali yang akan berlaku adalah sumber pendapatan nelayan-nelayan sungai terbabit akan merosot serta menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian dan sekali gus mata pencarian mereka akan terjejas. Kami juga berpendapat bahawa kesemua aktiviti terbabit memudaratkan malah ia memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan keseimbangan ekosistem.

SAM, PIFWA dan Komuniti Nelayan Sungai Kerian sedia memberi kerjasama untuk membanteras masalah ini dengan sekadar yang termampu demi kebaikan bersama dan dalam masa yang sama dapat meredakan kebimbangan serta kesulitan yang dihadapi nelayan-nelayan terbabit. – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD - 18-7-2017 




























































CAP kesal keadaan Pantai Tanjung Dawai terbiar

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sampah dan ancaman hakisan yang berlaku di kawasan pantai Tanjung Dawai ketika ini.

Masalah yang sudah lama berlaku itu telah menyebabkan pantai sepanjang hampir 2km di sini kelihatan kotor dan mengalami tanah runtuh yang semakin serius.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain sampah sarap yang terdampar di kawasan pantai tersebut berbagai bahan buangan plastik termasuk sisa kayu dan ranting pokok turut mencemarkan tempat ini.

Di samping itu kawasan pantai di sini juga telah mengalami hakisan yang teruk menyebabkan berlaku keruntuhan tanah yang semakin teruk. Lebih 100 meter tanah daratan berhampiran telah terhakis akibat dilanda ombak.

Pokok bakau dan pokok rhu yang terdapat di sepanjang pantai ini banyak yang tumbang dan CAP percaya kemusnahannya akan bertambah jika langkah segera tidak diambil bagi menangani ancaman hakisan tersebut.

CAP bimbang jika keadaan itu dibiarkan berlarutan rumah-rumah penduduk dan kawasan pertanian berdekatan akan turut terjejas kerana setiap kali ombak besar melanda air laut dan sampah sarap melimpah masuk di perkampungan di sini

CAP kesal walau pun masalah tersebut telah berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasinya menyebabkan pantai itu terbiar dan berubah keadaan semulajadinya.

CAP meminta kerajaan negeri, MPSPK, jabatan dan agensi yang terlibat menjalankan kajian apakah punca berlakunya kejadian pencemaran dan hakisan pantai di sini dan mendedahkan kepada umum hasil kajian itu serta langkah-langkah yang akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

CAP berpendapat kejadian yang berlaku itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan masalah alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan serta boleh mencetuskan ancaman yang lebih buruk pada masa akan datang jika dibiarkan berterusan. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017


Melayu akan sokong PAS, bukan Dr Mahathir, kata Suaram
Posted on Sunday, July 16 @ 14:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35686



PETALING JAYA: Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong meramalkan majoriti orang Melayu akan menyokong PAS berbanding Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau mengulas barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang diumumkan Khamis malam lalu, dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi.

Bercakap pada perasmian bukunya bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues” di Gerakbudaya hari ini, Kua berkata, Pakatan Harapan melakukan “kesilapan” dengan mempercayai Dr Mahathir boleh menarik undi Melayu.

“Adakah mereka benar-benar melihat Dr Mahathir memenangi undi Melayu berbanding PAS? Saya sanggup bertaruh 20 sen dengan sesiapa pun, orang Melayu sebaliknya akan sokong PAS,” katanya yang mungkin merujuk hakikat Umno akan mendapat manfaat daripada keadaan ini kerana ia menjalin hubungan rapat dengan parti Islam itu.

Beliau mendakwa ramai belum memaafkan Dr Mahathir terhadap banyak skandal yang dikatakan sepatutnya membabitkan beliau ketika menjadi perdana menteri.

“Menerima Dr Mahathir ialah kesilapan serius. Beliau seorang autokrat dari 1981 sehingga 2003. Beliau terbabit semua skandal, termasuk kapitalis kroni, Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF) dan forex Bank Negara.

“Beliau tidak meminta maaf tentang apa yang beliau cakap mengenai Anwar Ibrahim. Beliau tidak kesal dengan apa dilakukannya dahulu.”


Kua membandingkan perhimpunan Bersih 5 pada November tahun lalu yang turut dihadiri Dr Mahathir dengan perhimpunan terdahulu yang disertai PAS.

“Dr Mahathir bawa kira-kira 12 orang ke Bersih 5. Berapa ramai yang PAS bawa ke perhimpunan dahulu?”

Beliau turut mendakwa Dr Mahathir gagal membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan menteri besar Kedah dan mempersoalkan bagaimana Pakatan Harapan fikir pengerusi baharunya mampu “menyelamatkan” mereka sekarang.

“Beliau malah tidak mampu melindungi anaknya di Kedah dan entah bagaimana orang dalam Pakatan Harapan fikir beliau boleh membantu mereka.”

Kua yang pernah dipenjarakan tanpa perbicaraan selama 445 hari, selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi Operasi Lalang yang terkenal pada 1987 berkata, disebabkan majoriti orang Melayu masih bersama PAS, adalah bijak untuk Pakatan Harapan tidak bersikap kritis terhadap pemimpinnya.

“Jika anda biadab terhadap pemimpin PAS, apa yang orang Melayu di kampung akan fikir tentang anda? Jika anda tidak bersetuju dengan mereka, maka biarkannya.”

Buku terbaru Kua membincangkan beberapa isu termasuk hak Orang Asli, wanita, pemotongan bajet pertahanan, pembangunan mampan dan cukai progresif.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional akan mempertimbangkan cadangan dalam bukunya, Kua sangsi mengenainya.

“Saya tidak tahu jika mereka mampu membangkitkan isu besar. Jika anda bergantung kepada kerjasama besar untuk pembiayaan politik, sebagai contoh, ia adalah sukar untuk percukaian progresif.”

Sumber TKO - 16-7-2017





























































Hentikan segera aktiviti kuari di Bukit Sekilau

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti kuari di Bukit Sekilau dekat Kuantan di sini kerana ia mengancam alam sekitar dan menjejaskan kehidupan penduduk berhampiran.

Masalah yang berlarutan hampir dua tahun yang lalu itu dibimbangi mencetuskan ancaman yang lebih buruk dan berlaku kejadian yang tidak di ingin jika langkah sedemikian tidak diambil oleh kerajaan negeri ini.

Mengulas laporan akhbar tempatan (Sinar Harian: 3 Julai 2017) mengenai masalah tersebut baru-baru ini, SAM kesal walau pun kejadian itu sudah lama di hadapi oleh pendudukpenduduk di sini tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasinya

Justeru itu SAM meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan undang-undang dengan tegas agar masalah tersebut dapat ditangani dengan berkesan.

Perbincangan antara penduduk-penduduk yang terlibat dengan pihak kerajaan perlu diadakan dengan lebih kerap dan hasil siasatan serta tindakan yang diambil hendaklah dibentangkan bagi meredakan perasaan bimbang yang menyelubungi diri mereka selama ini.

SAM mendapat tahu berikutan operasi kuari di Bukit Sekilau di sini bukan saja udara di kawasan itu dicemari habuk malah gegaran akibat letupan batu di bukit berkenaan juga telah menyebabkan rumah penduduk terbabit retak.

SAM bimbang jika aktiviti kuari itu berterusan ia boleh mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk-penduduk di sini dengan lebih serius lagi termasuk memusnahan hutan secara meluas dan berlaku hakisan tanah serta banjir lumpur yang teruk pada masa akan datang.

Mengenai masalah rumah penduduk yang retak akibat aktiviti kuari di sini, SAM berharap kerajaan negeri dan PBT membantu mereka yang menghadapi masalah itu bagi mendapatkan pampasan yang setimpal dengan kerugian yang dialami.

SAM percaya selain kerosakan harta benda yang lebih banyak akan berlaku pada masa depan jika keadaan ini dibiarkan, masalah kesihatan dan keselamatan juga mungkin di hadapi oleh penduduk-penduduk di sini kerana sentiasa terdedah kepada ancaman pencemaran udara, letupan batu dan gegaran dari kuari tersebut. – HARAKAHDAILY 12/7/2017
Sumber HD - 12-7-2017 




























































Ambil iktibar kebakaran Grenfell Tower, London

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) begitu terkejut dengan berita kebakaran besar Grenfell Tower di London bulan lalu. Memandangkan bangunan pencakar langit tumbuh bak cendawan di negara kita, tidak sukar untuk kita membayangkan bencana sama juga boleh berlaku di Malaysia. Lebih menakutkan trend pembangunan semasa di negara ini membabitkan pembinaan bangunan pencakar langit. Sehubungan itu, lebih ramai penghuni yang akan mendiami bangunan yang boleh menjadi perangkap maut itu.
Berdasarkan aduan yang kami terima daripada penghuni bangunan tinggi dan bangunan pencakar langit lain, kita berdepan dengan hakikat bahawa sebahagian besar faktor yang menyumbang kepada bencana flat perumahan awam yang berlaku pada 14 Jun di Utara Kensington, London itu sama dengan isu-isu yang dihadapi oleh penghuni bangunan tinggi di negara kita. 
Di antara beberapa aduan yang kami terima setakat ini termasuklah:
i.Piawaian keselamatan bangunan tinggi tidak dipenuhi 
ii.Pihak pengurusan tidak mempedulikan penghuni apabila masalah keselamatan dibangkitkan 
iii.Struktur gril menghalang laluan ke anak tangga kecemasan
iv.Alat pemadam kebakaran dan sistem semburan tidak dibaiki
v.Bahan binaan yang digunakan dipercayai bermutu rendah
Apabila kesemua masalah tersebut dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), pihak yang bertanggungjawab menangani masalah berhubung properti strata, kami berharap masalah tersebut akan ditangani namun bukan itu yang berlaku – masalah yang sama masih dihadapi oleh penghuni bangunan tinggi. 
Kami mendapati COB sekadar menulis surat kepada perbadanan pengurusan, dan surat-surat itu pula tidak diendahkan. Sebarang tindakan lanjutan yang diambil oleh COB turut menerima nasib yang sama. 
Kepada siapakah penghuni bangunan tinggi akan bergantung harap demi memastikan keselamatan nyawa mereka terjamin jika bukan perbadanan pengurusan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap properti strata? Jawapannya, tidak ada sesiapa pun.

Untuk memetik pepatah lama, keadaan di mana kebanyakan bangunan tinggi kita, terutama flat kos rendah dan flat sederhana rendah, tidak diselenggara dengan baik dan disertai fakta bahawa pihak berkuasa berkenaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, adalah “resipi bagi bencana”. 
Jadikanlah insiden Grenfell Tower sebagai satu pengajaran, bukan sahaja kepada pemaju dan kontraktor dalam industri binaan kita malah kepada perbadanan pengurusan dan COB di negara kita. 
Janganlah mudah berpuas hati dengan tanggapan bahawa insiden seumpamanya tidak mungkin berlaku. Jika ia boleh berlaku di negara yang didakwa negara maju, tidak mustahil ia boleh berlaku di Malaysia. 
Sehubungan itu kami menggesa pihak yang berkenaan agar segera memeriksa bangunan tinggi yang terdapat di negara ini bagi menentukan sama ada ia memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan atau tidak. Mencegah lebih baik daripada mengubati. 
Sama pentingnya ialah industri binaan perlu menimbang semula obsesinya berhubung pembinaan bangunan pencakar langit. Sudah tiba masanya kita memandang berat akan soal keselamatan bakal penghuni rumah dan membina lebih banyak rumah rendah. – HARAKAHDAILY 5/7/2017
Sumber HD - 5-7-2017 




























































Malaysia jadi tempat buang sisa plastik tercemar?

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut mendapati bahawa beratus kontena berisi dengan sisa plastik dan sekerap tayar dihantar dan ditinggalkan terbiar di Pelabuhan Klang. 
Walaupun langkah yang ketat dikenakan, dilaporkan bahawa ketika kemuncak masalah itu, pelabuhan itu mempunyai hampir 800 kontena sisa seperti itu dan pihak pelabuhan terpaksa membersihkannya dalam tempoh beberapa tahun sehingga 280 kontena seperti itu yang masih kekal. 
Kesannya pelabuhan itu terpaksa menanggung beban kos berjumlah kira-kira RM25 juta untuk mengendalikan sampah itu.  Ia juga menimbulkan kebimbangan bahawa beberapa sisa plastik ini didapati tercemar dengan bahan kimia. Tambahan pula, memandangkan jumlah bahan sisa plastik dan sekerap tayar itu, Malaysia perlu bimbang mengenai pelupusan bertan-tan bahan yang sukar lupus dan tidak mesra alam sekitar. 
Sesetengah sisa ini diimport untuk kitar semula oleh pengirim sebenar tetapi akhirnya terbiar disebabkan oleh bayaran pengangkutan yang tidak dibayar oleh penerima konsain tempatan. Sisa ini dihantar dari negara- negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. 
Bagaimanapun, jika sisa import itu tercemar dengan sisa berbahaya, ia terikat dengan peruntukan dalam Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan bagi Sisa Berbahaya dan Pelupusannya  di mana pembuangan adalah dilarang.   
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bertanggungjawab mengeluarkan permit import bagi sisa plastik. Perintah Kastam (Larangan Import) (Pindaan) 2015 meletakkan sisa plastik dengan kod tarif HS 3915 dalam Bahagian 1, Jadual Kedua di mana semua import ke Malaysia dilarang kecuali dengan Permit Kelulusan (AP). 
Tanpa permit itu, kargo tidak boleh dilepaskan dan pelabuhan tertinggal dengan kargo yang mungkin mempunyai sisa plastik tercemar. Adakah pihak berkuasa pelabuhan mempunyai penyelesaian kepada masalah longgokan dan kargo terbiar dan apakah kemungkinan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia terhadap pengimport yang gagal untuk mendapatkan permit import, mengikuti garis panduan, atau membawa masuk bahan sisa tercemar? 
CAP merasa amat bimbang mengenai kuantiti sisa bahan plastik yang diimport dan dieksport oleh Malaysia. Pada 2016, berdasarkan kepada Pangkalan Data Comtrade PBB, Malaysia mengeksport 163,622.4 tan manakala mengimport 287,673.3 tan sisa plastik, sisa dan sekerap. 
Kami bimbang bukan hanya Pelabuhan Klang disasarkan tetapi pelabuhan lain di Malaysia mungkin juga menjadi tempat longgokan sisa berbahaya seperti logam dan plastik tercemar, sisa elektronik, bahagian buangan kenderaan yang berminyak dan sisa bahaya lain. Terdapat juga pelabuhan-pelabuhan lain contohnya Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Bintulu yang kita tidak tahu sejauh mana masalah yang dihadapi oleh mereka. 
Sehubungan itu, CAP menyarankan agar diharamkan import sisa plastik untuk mengekang kemungkinan Malaysia menjadi tempat longgokan dan hab bagi penghantaran sisa plastik. – HARAKAHDAILY 5/7/2017
Sumber HD - 5-7-2017 




























































Haiwan ternakan juga perlu perlindungan daripada api

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) merasa amat terganggu apabila mendapati kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Yong Peng, Batu Pahat, Johor itu melibatkan reban ayam yang hangus terbakar bersama dengan 74,000 anak ayam. (Foto atas sekadar hiasan) Walaupun insiden kebakaran seperti itu yang membunuh beribu anak ayam itu adalah kejadian yang berlaku sekali sekala, kebakaran bangsal kurang menarik perhatian awam daripada sepatutnya kerana ia berlaku di kawasan luar bandar, sering jauh daripada pusat penduduk utama. Bagaimanapun, perkara ini tidak seharusnya dilihat sebagai perkara remeh temeh tetapi perlu dilihat dengan lebih serius oleh pihak berkuasa pertanian. 
Terbakar ketika masih hidup merupakan satu cara kematian yang amat menyakitkan. Apabila suhu mula meningkat disebabkan oleh kebakaran, pada asasnya ia mewujudkan kesan api yang tersebar dengan cepat yang membakar seluruh bangsal ayam itu. 
Seringkali, terdapat tidak ramai pekerja yang boleh melakukan sesuatu untuk membantu haiwan itu. Sebaik sahaja pihak Bomba tiba ianya susah terlambat. Ayam-ayam ini akan terus lemas dan terbakar sehingga mati, manakala pihak Bomba terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk memadamkan kebakaran yang boleh membawa maut. Tambahan lagi, pekerja ladang dan mereka yang pertama memberikan maklum balas juga menghadapi risiko setiap kali berlaku kebakaran. 
Ayam-ayam ini dikurung walaupun dalam keadaan biasa juga menyebabkan tekanan yang teruk. Ditambah pula dengan kematian yang tidak dapat dielakkan oleh haba yang membakar, amat sukar untuk membayangkan nasib malang itu. Malah dalam keadaan kematian yang amat mengerikan itu, ayam dianggap sebagai komoditi daripada kematian dan penderitaannya tidak dipedulikan. Berita hanya menumpukan kepada kerugian, meninggalkan kesakitan haiwan ini yang terperangkap dengan terbakar hidup-hidup. Kematiannya sering diukur oleh berat dan kerugian kewangan berbanding bilangan nyawa. 
Pemikiran yang pertama ialah berapa banyak wang yang hilang sebagai ganti berapa banyak nyawa yang musnah. 
Ia merupakan satu peringatan yang nyata bahawa masyarakat lebih mementingkan keuntungan kewangan dan kerugiannya berbanding penderitaan yang dialami oleh haiwan itu. Walaupun ditakdirkan untuk menjadi hidangan, lembu, babi, kambing, biri-biri, ayam dan itik bukan alat atau hasil ladang. Ia merupakan haiwan hidup yang dapat merasa serta mampu untuk mengalami rasa takut dan sakit dan mereka berhak untuk dilindungi daripada penyeksaan terbakar hidup-hidup. 
Kemudahan perniagaan pertanian seperti bangunan, bangsal atau reban dengan beribu ekor ayan diternak untuk daging dalam satu bangsal, dan beberapa ribu ekor ayam telur dalam satu unit sangkar menjadikannya sukar dan mustahil untuk dipindahkan apabila berlaku kebakaran. 
Kehidupan haiwan ternakan terus diisi dengan penuh kesengsaraan dan kekurangan dan dengan lebih banyak haiwan dimasukkan ke dalam ruang yang sempit menjadikannya penuh sesak, terkurung dan tidak mampu untuk keluar apabila berlaku kecemasan, terlebih dahulu perubahan segera diperlukan untuk dilaksanakan dalam usaha untuk mencegah kebakaran daripada berlaku.     
  
Haiwan ini hidup dalam keadaan yang mengerikan dengan keadaan kotor dan ladang ternakan yang sesak. Bolehkah masyarakat memastikan bahawa sekurang-kurangnya ia tidak akan terbakar hidup-hidup atau kelemasan sehingga mati sebelum kita menyembelihnya? 
Selagi budaya kita terus melihat haiwan ternakan sebagai komoditi, ini akan membenarkan petani untuk menolak haiwan ini sebagai tidak layak dilindungi daripada bahaya seperti kebakaran. Dalam masyarakat yang dianggap bertamadun dan berperikemanusiaan perkara ini tidak boleh diterima. 
Haiwan ternakan memberikan bekalan permintaan rakyat Malaysia untuk daging dan hasil haiwan. 
Kini tiba masanya untuk menarik perhatian yang serius terhadap kekurangan langkah dan peraturan keselamatan yang dilaksanakan dalam pertanian. Tiada alasan kenapa langkah pencegahan tidak boleh dilakukan malah dalam bentuk paling mudah seperti loceng amaran dan pengesan asap. Terdapat kekurangan yang amat nyata dari segi sebarang jenis tindakan pencegahan. Tiada peraturan, tiada undang-undang, dan tiada saranan yang boleh didapati untuk mencegah kematian haiwan yang lemah ini. 
Perubahan sudah lama tertangguh menyebabkan haiwan mati terbakar dengan tiada cara untuk melepaskan diri merupakan satu lagi manifestasi sistem makanan yang rosak yang gagal untuk mengakui haiwan sebagai haiwan yang sensitif. 

SM Mohamed Idris
Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Sumber HD - 30-6-2017 




























































NFL: Bank Negara buat pusingan U

ADAKAH pengguna terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan mereka berbanding apa yang mereka bayar sekarang apabila nyahtarif insurans kenderaan bermula pada 1 Julai? Ini adalah apa yang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) faham kerana Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam jawapannya kepada soalan “Apakah % peningkatan yang boleh saya jangka (penekanan CAP) bagi premium kenderaan saya”: “Ia akan berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Pengguna perlu meneliti insurans kenderaan yang memenuhi keperluan mereka.” 
Laporan yang memetik Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) juga bersetuju bahawa “apabila nyahtarif tarif dan perniagaan kenderaan, kadar premium dijangka meningkat bagi perniagaan kenderaan yang akan menghasilkan penambahbaikan nisbah kerugian kenderaan daripada mengalami kerugian semasa atau kedudukan pulang balik modal.”
Nyahtarif akan secara tidak sengaja menghukum pemandu yang baik oleh beberapa faktor, terutama sekali berdasarkan jantina, usia, perbatuan kereta dan pekerjaan pemandu. 
Sebagai ganti nyahtarif, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memperkenalkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) yang akan memberikan manfaat kepada pengguna tanpa membebankan mereka dari segi kewangan malah menangani masalah mereka dengan skim insurans kenderaan semasa. 
Pada hakikatnya, BNM telah mengenal pasti senarai masalah yang dihadapi oleh pengguna seawal 2007 dan ia termasuklah: 
·        Akses yang tidak mencukupi terhadap perlindungan insurans pihak ketiga, terutama sekali bagi kenderaan perdagangan dan lama. 
·        Proses penyelesaian tuntutan yang panjang.
·        Premium yang tidak disemak semula sejak 1978. 
·        Syarikat insurans enggan untuk menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan premium tidak mencukupi. 
·        Risiko mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mencukupi. 
Sistem berasaskan kesalahan semasa adalah berdasarkan kepada prinsip Corrective Justice yang bermakna bahawa anda perlu membayar jika anda bersalah. Di bawah sistem ini, tidak semua mangsa yang cedera dalam Kemalangan Kenderaan (MVA) menerima pampasan. Tambahan pula, penuntut perlu menunggu lama dan terpaksa mengeluarkan banyak wang sebelum mendapat hak mereka dan menerima pampasan, di samping terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah lain. 
Pada 2010, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) kepada BNM. Pada hakikatnya, pengenalan skim NFL berkaitan dengan kematian dan kecederaan tubuh akibat MVA ini dicadangkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Harun Hashim. 
Kebaikannya ialah kos NFL ini hanya sebahagian kecil daripada kebanyakan polisi insurans kenderaan; Tan Sri Dato’ Harun Hashim sendiri mencadangkan kadar rata purata RM50 pada 1995 dan CAP bersetuju dengan kadar itu. 
Pada hakikatnya, pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan Kertas Isu Awal mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) diperkenalkan. 
Selanjutnya CAP menyerahkan satu memorandum bahawa NFL mestilah berpandukan prinsip-prinsip yang berikut: 
·        Pampasan yang cepat, cekap dan mencukupi bagi mangsa MVA tanpa perlu litigasi atau pertikaian penyelesaian berhubung isu kesalahan; 
·        Pemulihan dan penjagaan sepanjang hayat bagi mangsa dengan kecederaan serius dan sokongan untuk keluarga mangsa yang meninggal; 
·        strategi pencegahan kemalangan yang berkesan; dan
·        Kos pengurusan yang rendah supaya lebih banyak dana diperolehi untuk mangsa kemalangan jalan raya. 
NFL bukanlah sesuatu yang baharu dan CAP mencadangkan Malaysia mencontohi model yang diamalkan di Victoria, Australia, dan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan (TAC). NFL juga telah dilaksanakan oleh Amerika Sysrikat, Kanada dan Australia. 
Kita juga berjaya melaksanakan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 1971 yang merupakan skim NFL. Ini menunjukkan kita mempunyai kepakaran untuk mereka bentuk dan melaksanakan skim seperti itu.   
Di Malaysia, CAP menyarankan skim ini dibiayai oleh premium insurans pihak ketiga. CAP beralasan bahawa bayaran pengurusan dan guaman syarikat insurans dijangka akan berkurang memandangkan tiada lagi keperluan untuk membuktikan kesalahan, dan tiada lagi sebarang komisen kepada ejen sementara premium yang sedia ada sudah mencukupi. 
Lebih-lebih lagi, pembiayaan juga boleh diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana ia juga menangani tuntutan pekerja yang cedera dalam waktu kerja, termasuklah perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka. 
Apa yang diberi perhatian ialah pencegahan kemalangan untuk menjadikan skim itu berdaya maju dalam jangka panjang. Seperti dalam kes di Victoria, terdapat pengurangan lebih daripada 38,000 tuntutan dalam tempoh lebih 10 tahun, dengan penjimatan lebih daripada AUD$1 bilion. Bilangan kematian jatuh kepada 377 pada 2006 daripada 776 pada 1987. 
Kerajaan Australia mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan jalan, keselamatan kenderaan dan kempen keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.
Pada hakikatnya, BNM berminat untuk melaksanakan NFL sehinggalah pada 2010 apabila BNM mengumumkan Rangkakerja Perlindungan Kenderaan Asas (BMCF) yang merupakan petanda buruk kepada NFL. Kemudian pada lewat April 2017, BNM mengumumkan ia sedang meliberalisasikan industri insurans kenderaan supaya syarikat insurans individu dan pengendali takaful boleh menentukan harga produk insurans kenderaan. 
Apabila nyahtarif (detariffication) insurans kenderaan bermula pada 1 Julai, ia akan menjejaskan semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), terdapat 27.61 juta kenderaan berdaftar di negara ini pada 2016. Kesan nyahtarif ke atas setiap orang yang memiliki lesen kenderaan tidak dapat dibayangkan. 
Terdapat konsensus umum antara CAP, BNM dan Pejabat Peguam Negara bahawa NFL adalah baik dalam bentuk membantu mangsa kemalangan. Dengan nyahtarif, tiada penambahbaikan ketara terhadap masalah yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007. 
Adakah masalah pengguna yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007 ditangani dengan menyeluruh atau BNM hanya melindungi kepentingan industri insurans apabila insurans kenderaan dinyahtarif? CAP sekali lagi menegaskan bahawa NFL perlu segera diguna pakai dan dilaksanakan demi kepentingan pengguna. Amat mengejutkan bahawa BNM berterusan menyokong syarikat insurans bukannya orang ramai. 
Penulis ialah Presiden CAP.
Sumber HD- 29-6-2017 




























































Atasi segera punca pencemaran sungai di Kangar

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat punca sungai di Kangar, Perlis mengalami pencemaran yang serius dan mengambil langkah-langkah wajar untuk mengatasi pencemaran di sini.

Tinjauan SAM mendapati berbagai bahan buangan terutama barangan plastik terapung di permukaan sungai di sini manakala airnya kelihatan kotor serta berkelodak. SAM kesal walaupun masalah ini sudah lama berlaku tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasi pencemaran ini.

SAM berpendapat jika masalah tersebut dibiarkan akan berlaku pula pencemaran bau busuk pada masa akan datang. Jika keadaan ini berlaku mungkin aktiviti perniagaan dan sumber pendapatan para peniaga makanan berhampiran sungai di sini akan turut terjejas.

Selain itu pencemaran ini juga boleh mengancam pembiakan ikan di dalam sungai terbabit dan mencetuskan masalah kesihatan di kalangan orang ramai jika ia tidak ditangani dengan segera.

Tindakan membuang sampah ke dalam sungai akan menyumbang kepada berlakunya banjir kilat. Pengaliran air akan tersekat kerana sistem saliran tersumbat. Jika air bertakung ia akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan boleh mencetuskan wabak penyakit merbahaya.

Justeru SAM berharap agar MPK dan JPS melakukan pemantauan secara menyeluruh melibatkan gerai makanan, premis perniagaan, kawasan perumahan dan Pasar Kangar bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian pencemaran ini.

Di samping menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan pencemaran anak sungai dengan lebih tegas, sistem pengurusan sisa termasuk sisa kumbahan perlu dipertingkatkan.  Orang awam serta peniaga juga perlu turut bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan persekitaran terjamin.

SAM terkejut dan kecewa bila melihat keadaan pantai di Kuala Perlis yang dipenuhi sampah yang terdampar di kawasan ini.  Dengan ini SAM menggesa orang ramai dan para peniaga makanan supaya mengutamakan kebersihan alam sekitar ketika menjalankan aktiviti harian.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden Sahabat Alam Malaysia
Sumber HD - 21-6-2017 




























































Hentikan pembalakan, musnah hutan Kedah

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti pembalakan dan pemusnahan hutan dalam usaha mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di negeri ini.

Tumpuan utama yang perlu diberikan ialah punca kawasan tadahan air yang terancam akibat aktiviti tersebut. Kalau beri tong kepada pengguna atau menukar paip lama kepada yang baru pun tidak ada gunanya jika paip akan terus kering kerana sumber air iaitu hutan di negeri ini terus dimusnahkan.

SAM kesal kerana kerajaan Kedah masih tidak memberi perhatian serius berhubung isu pembalakan dan aktiviti pemusnahan hutan di negeri ini sehingga masalah bekalan air semakin meruncing dihadapi para pengguna.

Tinjauan SAM mendapati selain masalah bekalan air paip yang berlaku di kebanyakan daerah di negeri ini, sumber air semulajadi dari sungai-sungai dan bukit bukau juga telah tercemar dengan serius akibat aktiviti pembalakan dan kerja-kerja mengorek pasir yang tidak terkawal.

Paras air di dua empangan utama iaitu Pedu dan Muda amat membimbangkan kerana hutan di kawasan Ulu Muda yang menjadi tempat tadahan air telah terancam akibat aktiviti pembalakan.

SAM menganggarkan majoriti daripada pengguna air yang menghadapi masalah ini terdiri dari mereka yang tinggal di luar bandar manakala yang lainnya adalah penghuni taman perumahan dan rumah pangsa di kawasan bandar.

Daerah yang paling teruk mengalami masalah bekalan air di negeri ini ialah Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu, Kulim, Baling, Sik, Pokok Sena dan Kuala Muda. Turut terjejas akibat masalah kekurangan bekalan air di negeri ini ialah para pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan luar MADA.

Sehubungan itu SAM berharap kerajaan Kedah merancang dan mengambil tindakan lebih berkesan untuk jangka masa panjang bukan sekadar langkah sementara bagaikan melepas batuk di tangga di mana masalah ini berulang lagi pada masa depan.

SAM bimbang dan percaya jika punca masalah tersebut gagal ditangani oleh kerajaan Kedah, dua tiga tahun mendatang negeri jelapang padi ini akan ketandusan sumber sekaligus memberi kesan yang lebih buruk ke atas kehidupan seluruh rakyatnya. – HARAKAHDAILY 15/6/2017
Balak Kedah 2
Sumber HD -15-6-2017




























































Kerajaan P.Pinang digesa selesai hakisan Tg Bungah

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) memandang serius mengenai hakisan pantai yang berlaku di kawasan pesisir pantai Tanjung Bungah.  Kami menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk segera menyiasat punca hakisan di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM, kami mendapati keadaan  hakisan pantai di sini adalah semakin ketara.  Penduduk di sini menyatakan bahawa masalah ini telah berlaku sejak tahun 2016 lagi dan mengadu bahawa pihak JPS tidak mengambil tindakan berkesan bagi menangani masalah yang berlaku walaupun aduan telah dibuat oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Di samping aduan penduduk, Nelayan Tanjung Tokong dalam halaman Facebook kumpulan ini juga telah menyuarakan kerisauan nelayan-nelayan Tanjung Bungah dengan kejadian hakisan pantai yang bertambah teruk di kawasan mereka.

SAM khuatir jika masalah ini tidak ditangani segera, besar berkemungkinan masalah hakisan ini semakin sukar ditangani sekiranya kawasan tersebut sentiasa terdedah kepada tiupan angin kencang dan damparan ombak yang semakin besar.

Sekiranya situasi ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya untuk mengekang masalah hakisan, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi kualiti hidup komuniti dan nelayan setempat. Kesan hakisan ini bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kawasan kediaman malah turut mengancam nyawa penduduk yang mendiami kawasan pesisir pantai.

Sehubungan itu, SAM menyeru agar pihak Kerajaan Negeri serta JPS memandang serius dan mengambil tindakan segera bagi menyiasat dan menyelesaikan masalah hakisan pantai di Tanjung Bungah. -  HARAKAHDAILY 14/2017
Sumber HD- 14-6-2017 


Majlis Peguam gesa polis siasat peguam terima dana Najib RM9.5 juta
Posted on Saturday, June 03 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35238



PETALING JAYA: Majlis Peguam mahu polis menyiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih dakwaan Sarawak Report seorang peguam terkemuka menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Polis perlu menyiasat kes itu dengan mendalam kerana dakwaan itu sangat serius,” kata Presidennya, George Varughese.

Ketika bercakap kepada FMT, beliau berkata, terlalu awal bagi Majlis Peguam untuk merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.

Varughese berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut membuat laporan polis semalam mendakwa peguam terkemuka itu, yang pernah bertindak sebgai pendakwa raya ad-hoc dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima wang daripada perdana menteri.

Syed Saddiq berkata beliau membuat laporan itu demi mengelak sebarang persepsi negatif terhadap sistem kehakiman Malaysia.

Laporan polis itu dibuat susulan laporan Sarawak Report awal minggu ini yang mendakwa RM9.5 juta telah dibayar dari akaun Najib.

Najib berhadapan dengan kecaman ekoran laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai 2015 mendakwa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau pada Mac 2013.

Bagaimanapun Najib menafikan sebarang salah laku sambil mendakwa wang itu adalah sumbangan kerabat diraja Arab Saudi untuk membiayai kempen pilihan raya umum Umno pada tahun 2013.
Beliau juga telah dibersihkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal tahun lalu daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung dengan derma itu.

Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan kes liwat, juga mempersoalkan mengapa peguam tersebut telah dibayar dengan jumlah itu.

Semalam, beliau menggesa peguam kanan itu disiasat atas alasan dakwaan tersebut amat berat.



Sumber TKO - 3-6-2017





























































Tembakau ancaman kepada pembangunan

HARI Tanpa Tembakau Sedunia yang akan disambut pada 31 Mei bertemakan Tembakau – Ancaman Kepada Pembangunanamat bertepatan sekali memandangkan penggunaan tembakau mendedahkan pelbagai masalah kepada pembangunan di negara ini. Malaysia tidak terkecuali memandangkan penggunaan tembakau menyebabkan kos kepada ekonomi dan pelbagai masalah sosial sejak berdekad yang lalu apabila banyak wang yang terpaksa dibelanjakan itu boleh digunakan untuk pembangunan.

Untuk memahami mitos dan salah anggapan bahawa kita telah disogok oleh industri tmbakau, kita perlu melihat kembali sejarah untuk memahami masa kini dan masa depan.
Bertentangan dengan apa yang dipercayai, penanaman tembakau memerlukan subsidi yang besar daripada industri. Kos penanaman yang meningkat menjadikan daun tembakau tempatan meningkat, contohnya pada 1982, harga tembakau domestik yang dihasilkan ialah RM68.25 sekilo berbanding dengan nilai RM18.25 sekilo bagi Kos, Insurans, Kargo (C.I.F.) bagi tembakau import.

Industri ini dikehendaki oleh kerajaan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan daun tempatan dalam produk tembakau mereka. Oleh itu, industri perlu mencampurkan daun tempatan dengan daun import. Walaupun terdapat peraturan ini, pengeluaran tembakau tempatan tidak pernah mencukupi.

Sejak 1990-an, kerajaan cuba untuk memastikan petani tempatan berubah kepada tanaman yang lebih berpotensi yang dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Sejak 2004, penanaman kenaf telah meningkat daripada kurang 1 hektar kepada 2,274 hektar pada 2015. Bilangan penanam kenaf juga meningkat daripada satu kepada 880 dalam tempoh yang sama.

Pada 2010, Lembaga Tembakau Negara dinamakan semula sebagai Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara. Jika penanam tembakau mampu untuk menghasilkan 50,000 tan serat kenaf untuk eksport setiap tahun, ia bernilai kira-kira RM15 bilion.

Pendirian liberal Malaysia sejak awal lagi telah membawa begitu banyak kerugian ekonomi dan sosial. Langkah pertama kawalan tembakau di Malaysia bermula pada 1996 apabila syarikat penerbangan Malaysia mengenakan pengharaman merokok dalam penerbangan.

Sementara itu, bilangan perokok semakin meningkat. Pada 2015, adalah dianggarkan terdapat 4.99 juta perokok dewasa di negara ini, merokok 91 juta batang rokok sehari. Terdapat 2.67 juta belia berusia antara 13 dan 15 tahun yang merokok pada 2009. Jika mereka semua merokok sekotak 20 batang, rakyat Malaysia telah merokok 4.6 juta batang rokok sehari! Bayangkan kos untuk bajet keluarga mereka serta kepada negara.
Industri ini dilihat sebagai berperanan penting dalam “meningkatkan status sosio-ekonomi penduduk luar bandar terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis” oleh kerajaan. Oleh itu Lembaga Tembakau Negera ditubuhkan di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1973. 
Berdasarkan perangkaan 2015, adalah dianggarkan 20,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun dan jika kita mengandaikan bahawa setiap mangsa mempunyai tiga ahli dalam keluarga, 60,000 nyawa terjejas. Mereka kehilangan pencari nafkah. Purata perbelanjaan rokok bagi setiap perokok ialah RM178.8 sebulan yang mana wang ini lebih baik dibelanjakan untuk keluarga. 
Bagaimanapun, kita mestilah memikirkan mengenai tempat kerja mangsa yang akan mengalami kerugian yang tidak terhingga dalam bentuk: 
i.Kehilangan masa bekerja apabila mereka terpaksa berhenti untuk merokok dan cuti sakit yang akan menjejaskan jadual kerja. 
ii.Kos perubatan. Menurut kajian pada 2003-2005,  
dianggarkan kos merawat tiga penyakit biasa berkaitan tembakau (kanser paru-paru, penyakit jantung iskemik dan penyakit halangan pulmonari kronik (COPD) adalah RM2.92 bilion. Ia juga menunjukkan bahawa penyakit berkaitan tembakau menggunakan antara 6 dan 15% jumlah kos penjagaan kesihatan negara. 
Bagi kerajaan, ia kehilangan tenaga manusia, subsidi perubatan (jika seseorang itu ke klinik awam atau hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan), dan sumbangan kepada ekonomi. 
Dengan kawalan tembakau yang lebih ketat, syarikat cuba mengelak sekatan dengan memperkenalkan rokok elektronik (atau e-rokok) dan berpotensi mendapat pasaran yang besar. 
Walaupun penyokong berhujah bahawa e-rokok membantu perokok berhenti merokok, ia juga menggalakkan mereka untuk merokok menggunakan peranti ini dengan kepercayaan bahawa ia kurang berbahaya. 
British American Tobacco (BAT) memulakan pengeluaran peranti itu pada 2013, melabelkannya sebagai Produk Generasi Akan Datang (NGPs). Industri ini meyakinkan golongan belia bahawa NGPs “kurang berbahaya” dalam usaha untuk menggantikan perokok yang telah mati dan memulakan ketagihan nikotina sekali lagi tetapi dalam bentuk yang berbeza. 
Bertentangan dengan apa yang didakwa bahawa propylene glycol, bahan utama dalam e-cecair (cecair yang akan mengewap oleh peranti untuk disedut), disenaraikan sebagai Dikenal pasti pada umumnya sebagai selamat (GRAS) tetapi keracunan kepada pulmonari akibat pendedahan jangka panjang tidak diketahui. Menurut Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, ia menyatakan: “Tiada kajian kesan kesihatan pada manusia ditemui”. 
Kita juga seharusnya menyedari bahawa bahan kimia lain digunakan dalam e-cecair dan kajian menunjukkan bahawa aerosol e-rokok juga mengandungi karsinogen seperti formaldehid dan acetaldehid. Logam berat seperti kadmium, nikel dan juga terdapat di dalamnya. Seperti yang sering ditegaskan oleh CAP, kita seharusnya meminimumkan atau menghapuskan pendedahan kepada bahan kimia toksik.    

Bagi pihak kerajaan, ia seharusnya mengambil pendirian yang lebih tegas menentang penggunaan vape dengan mengharamkan sepenuhnya sebelum tabiat menagihkan dan kebimbangan kesihatan menjadi berakar umbi seperti penggunaan produk tembakau yang mengambil masa berdekad usaha bersepadu untuk mengurangkan penggunaannya.
Begitu juga dengan penggunaan tembakau lain seperti shisha dan tembakau tanpa asap perlu juga diharamkan kerana penggunaan tembakau terus menjadi penyebab penyakit utama terbesar dunia yang boleh dicegah dan membahayakan hampir setiap organ dalam tubuh. 
Keluarga serta kerajaan yang akan memperoleh manfaat dengan wang yang dijimatkan daripada menahan diri daripada menggunakan tembakau. Memandangkan ramai perokok miskin, keluarga mereka mampu untuk berbelanja untuk makanan yang lebih baik dan keperluan lain dengan wang yang dijimatkan. Kos ekonomi dan sosial penyakit berkaitan tembakau semakin meningkat dan menelan kos berbilion ringgit setiap tahun yang mana ia boleh digunakan dengan lebih baik untuk pembinaan negara. – HARAKAHDAILY 30/5/2017
Sumber HD - 30-5-2017