BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, May 8, 2017

PAS DAN HAL EHWAL TERENGGANU (JILID 7)



Batu Rakit Akan Sumbang Kerusi Kemenangan

SETIU – PAS Terengganu yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit akan menyumbang satu kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti dalam usaha untuk kembali memerintah negeri.

Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, tidak ada jurang lagi antara PAS dan masyarakat kerana rakyat sudah memahami dasar-dasar yang mahu dibawa oleh parti itu.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, apabila PAS membuang ‘momokan’ yang dibuat oleh Umno dan melaksanakan program-program politik yang matang dan sejahtera.


“rakyat sudah celik dengan suasana politik yang berlaku masa kini (dan) kebangkitan Islam, kebangkitan rakyat memberikan sokongan PAS ,

“untuk memerintah negeri kini semakin jelas dengan program-program yang kita adakan,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Setiu di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, hari Jumaat 14 Julai.

Justeru itu, beliau yakin dengan sambutan orang rama dan kehadirran ribuan pengunjung akan diterjemahkan melalui undi dalam PRU akan datang.


Sementara itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Ustaz Shaharizukurnain Abd Kadir juga melahirkan rasa sukacita dengan kehadiran luar jangka, para rogram tersebut.
“dengan sikap keterbukaan kita (PAS), sikap toleransi kita, masyarakat tidak lagi ‘fobia’ dengan PAS,

“Alhamdulillah hari ini jabatan kerajaan mula menjemput kita menyertai program mereka dan menyertai program yang kita adakan,” katanya merujuk kepada pelbagai golongan masyarakat yang hadir di program itu.

Hampir lima ribu orang telah hadir ke majlis rumah terbuka Aidifitri itu yang diserbu lebih awal pada jam 10.00 pagi, walaupun program sebenarnya bermula jam 11.00.


















Sumber BO - 16-7-2017





Jasa Kerajaan PAS, Beri Tanah Kepada Rakyat

(Gambar atas – Tanah Bukit Drian Maras, Batu Rakit)
KUALA TERENGGANU – Penduduk kampung Maras dan Padang Kemunting bersyukur kepada Allah kerana masih ingat tentang jasa-jasa kerajaan PAS Terengganu yang memerintah dari tahun 1999 hingga 2004.
Mereka mengucapkan terima kasih diatas atas pemberian hak milik kebun durian dan tanah sawah mereka.
Ketua PAS Cawangan Maras Jusoh Mohd (Gambar bawah) berkata, beliau mewakili warga kampung terbabit yang telah menerima geran tanah bukit durian, setelah penantian lebih 30 tahun.


“yang menerima geran adalah sebilangan tu yang tua-tua tu…….tok bilal Aripin Sulaiman, Haji Ibrahim (dan) ramai lagilah dengan kawan-kawan dia tu yang dapat (geran),

“tanah tu dia milik (rentahan) lebih kurang dalam 30 tahun ataupun 40 tahun baru boleh geran,

“selama ni (hanya) janji-janji (nak beri) kerajaan dulu (sebelum PAS memerintah) daripada pilihanraya…….ke pilihanraya tak dapat,

“setelah kita (PAS) ambil (alih) tapak pemerintahan ………kita selesai masalah tanah rakyat yang belum ada geran kita bagi geran,” jelas beliau.
(Gambar bawah – Tanah Baroh Padang Kemunting)


Sehubungan itu, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Kampung Padang Kemuting Mohamad Taib merasa lucu kerana katanya, ada segelintir ‘penyokong tegar’ Umno yang mendakwa, kerajaan PAS keluarkan geran palsu.
“Masa bagi tu memang orang ramai (hadir). Pada peringkat awalnya dia (penyokong Umno) kata bahawa kita (PAS) ni seolah-olah macam buat sendalah …. nak bagi geran olok-oloklah,

“Dia kata geran palsulah …. tanggapan mereka. Setelah diterima geran tu ‘ori’ baru mereka percaya,
“Dan mereka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS yang telah menyelesaikan masalah tanah-tanah yang belum dapat geran,” ujarnya.


Beliau berkata, tanah Baroh Padang Kemunting itu telah diusahakan oleh penduduk kampung lebih 50 tahun sebelum kerajaan PAS mengiktiraf usaha mereka dan memberikan gera

Menurutnya, itulah jasa PAS yang kedengaran reeh sahaja, tetapi ia adalah perkara yang paling besar kerana tenah tersebut adalah sangat penting kepada penduduk setempat.

“beruluh-puluh tahun tahah itu tak lulus…..bila sampai saat setiap kali pilihan raya…..(Umno panggil orang ramai ke) balai raya, buat permohonan baharu,

“itulah modal (pancing undi) pilihan raya ‘puak-puak Barisan Nasional,” tegas beliau

Sumber BO - 15-7-2017









Pemimpin Umno Ganggu Pentadbiran Tanah

DUNGUN – Penerokaan tanah tidak sah di Kampung Paya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang tidak dapat dihalang kerana campur tangan politik pemimpin Umno.

ADUN kawasan tersebut YB Cikgu Alias Harun berkata, laporan yang dikemukakan beliau dalam persidangan DUN tidak berkesan kerana ada ‘tangan-tangan hitam; yang menghalang.

“kita kemukakan laporan bawa isu dalam Sidang DUN…..selepas itu ada tindakan oleh penguatkuasa pejabat tanah tetapi tak ke mana!

“kerana ada pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah memberikan ‘lampu hijau’ keatas penerokaan tanah-tanah kerajaan itu,” ujarnya.


Oleh itu, beliau meminta pihak Pejabat Tanah Dan Galian serta Suruhanjaya Pencegahan Rauah supaya menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, sehingga kini, berarus-ratus buah rumah telah didirikan di kawasan tersebut masih tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Bahkan kata beliau, banyak tanah-tanah tersebut yang telah diduduki bukan oleh yang berhak, yang sepatutnya tanah negeri ni diberikan kepada anak negeri Terengganu.

“saya mendapat aduan…….ada ramai yang buat rumah dan duduk kawasan itu bukan rakyat Terengganu dan juga bukan asal rakyat Malaysia,

“mereka datang dari luar negeri dan ada yang berstatus pelarian solah-olah sengaja dibawa untuk tujuan tertentu,” jelasnya.


Juteru itu, beliau memohon penjelasan dari Menteri Besar (MB) Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tentang janji untuk memberi tanah tempat tinggal yang digembar-gemburkan minggu lalu.

Soal beliau, adakah tanah-tanah di Kampung Paya terbabit termasuk dalam bilang sejumlah 5900 lot yang diperkatakan.

“saya juga ingin mendapat penjelasan dari MB…..tanah mana yang katanya ditawarkan oleh MB sebanyak 5900 lot itu?

“adakah ia termasuk tanah di Kampung Paya atau tanah-tanah lain…….dan kalau boleh minta MB senaraikan jumlah dan tempat di mana di daerah Dungun supaya memudahkan rakyat untuk memohon,” kata beliau.

Sumber BO - 14-7-2017

Sedia Hadapi PRU14, PAS Anjur HARAP-PGU 3.7


KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Terengganu telah bersedia berhadapan dengan pilihan raya umum yang ke 14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa .

Pesuruhjaya PAS Rerengganu Dato’ Ustaz Husain Awang menegaskan pengundi rakyat negeri Terengganu, golongan muda dan orang lama sudah pun nenyatakan kesediaan untuk membuat perubahan.

Oleh itu, bagi meningkatkan kesiapsiagaan para ahli dan penyokong, PAS akan mengadakan satu lagi Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) buat kali ketujuh pada sesi ini.


“saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh muslimin dan muslimat dan juga kepada seluruh pengundi terutama di kalangan anak-anak muda,

“yang tentu masing-masing bersedia untuk membuat perubahan pada pilihanraya yang akan datang ini. Dan sebagai persediaan ke arah itu, kita PAS telah mengadakan majlis (Himpunan) yang dinamakan sebagai Harap.

“Iaitu program HARAP-PGU yang akan diadakan, yang terkini yang akan diadakan pada 27,28 dan 29hb Julai ini, iaitu akhir bulan ini bertempat di Pengkalan Atap, Batu Rakit Setiu,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, mengunjungi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAS Kawasan Hulu Terengganu, Di Kuala Berang pada Rabu 12 Julai.


Oleh itu, beliau menjemput semua rakyat Terengganu hadir memeriahkan HARAP-PGU 3.7 bagi mendapat maklumat terkini ehwal semasa dan perkembangan politik negara.
Sehubungan itu, beliau turut menjemput seluruh rakyat tanpa mengira agama danlatar belakang politik untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Majlis tersebut menurutnya, akan diadakan di perkarangan pejabat PAS negeri di Taman Seri Intan Kuala Terengganu pada Khamis, 20 Julai, dai jam 11 pagi hingga 3 petang

Sumber BO - 14-7-2017









Pembinaan Atas Tanah Masjid Diteruskan Umno ‘Tanpa Restu Rakyat’

Oleh : Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Kerajaan UMNO Negeri Terengganu tetap meneruskan Projek pembinaan hotel tujuh tingkat dan kompleks perniagaan di tapak tanah wakaf Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang tanpa restu orang ramai dan kakitangan kerajaan.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan, kerajaan dengan rakusnya meluluskan projek itu hingga sanggup mencabuli undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri.
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno seolah-olah memaksa kakitangan menurut kehendak mereka sedangkan pembinaan tersebut sedangkan ia mendapat bantahan pelbagai pihak.
“Kerajaan Negeri tetap meluluskan projek ini walau syarat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) tidak dipenuhi,


“Ini satu pencabulan dan penghinaan kepada kepada pegawai-pegawai kerajaan yang ikhlas menjalankan tanggungjawab mengikut peraturan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAS Kawasan Hulu Terengganu, pada Rabu 12 Julai.

Beliau yang juga Pengerus Jawatankuasa Bertindak Masjid tersebut berkata, pihaknya sangat dukacita kerana tindakan kerajaan meluluskan projek itu tanpa mengikut lunas undang-undang.

“kepada siapa lagi yang kita harapkan untuk menjaga peraturan demi kesejahteraan rakyat sedangkan kerajaan sendiri langgar peraturan yang mereka sendiri buat,” ujarnya.


Justeru, beliau berharap dan menyeru rakyat membuat perubahan dan menunjukkan protes mereka kepada kerajaan UMNO dan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menyentuh tentang Majlis Ramah Mesra sempena hari raya itu, beliau berkata, sambutan daripada rakyat setempat amat luar biasa.

“Tidak kurang dari 5000 orang tetamu yang hadir ke majlis ini dan kami berharap kehadian tuan-tuan dan puan-puan menyerikan majlis dan menambah berkat pada majlis ini,” ujar beliau.

Sumber BO - 13-7-2017











Hakisan Merebak; Penduduk Gesa Kerajaan ‘Pro-Aktif’

SETIU – Penduduk Kampung Tanjung dan sekitarnya menggesa kerajaan bertindak ‘pro-aktif’ bagi mengelakkan hakisan yang sedang merebak, memunsnahkan kedamaian pantai Batu Rakit.

Seorang pekerja swasta, Mustaffa Zakaria, 54, mendakwa isu hakisan yang bermula sejak projek pembesaran dan pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, sudah memusnahkan sebahagian besar pantai ke utara, sejauh sejauh lebih 10 kilometer.

“isu yang paling penting ialah isu hakisan pantai hakisan pantai…….. sekarang ini kita lihat sekarang ini berlaku sekarang ni di Pengkalan Maras…….sekarang ni hampir merebak sampai ke Batu Rakit,

“jadi punca asalnya hakisan pantai daripada lapangan terbang lagi dan merebak sampai Tok Jembal……. sampai Mengabang Telipot (dan) sampai sekarang ni Pengkalan Maras,” ujar beliau.


Beliau memberi amaran, sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan lebih awal dan mengatasi kesannya dengan segera, ia akan merebak ke pantai Kampung Tanjung dan Kampung Pantai Batu Rakit.

“(kalau tidak diambil tindakan) dimana kita tidak akan ada pantai lagi di Batu Rakit sekarang……kalau hakisan (yang berlaku) tak dibuat sesuatu tindakan yang segera pantai itu akan jadi pantai batu,

“dimana kita pergi pantai kita akan lihat batu sahaja……….Tak ada pantai lagi,” jelas beliau, yang dtemui pada Selasa 11 Julai.

Kesan hakisan itu, kata beliau, menyebabkan pasir ‘rebih’ dan tebing pantai menjadi tinggi dan menyukarkan kehidupan nelayan.


“Nelayan pun akan masuk ke laut pun tinggal bot di tepi batu……..jadi menyusahkan nelayan, nelayan akan turun ke laut naik batu terus pergi ke laut.

“dan pantai yang begitu comel sekarang di Batu Rakit akan hilang.

Bahkan kata Mustaffa, ekonomi kawasan Batu Rakit yang juga bergantung kepada pelancongan kerana tarikan pantainya, akan terjejas.

Oleh itu kata beliau, tindakan segera itu mestilah dibuat pada waktu, sebelum tibanya musim tengkujuh yang akan tiba, bermula Oktober.


“Jadi pelancong-pelancong yang akan pergi ke batu rakit dia akan melihat batu-batu sahaja.

“saya mengharapkan supaya pihak kerajaan mengambil peranan yang penting supaya dia dapat membuat satu benteng satu pulau kita panggil pulau jadian (buatan) di tepi…….di dalam laut supaya benda tu dapat menghakis daripada pantai kita terhakis.

“sekarang ni nelayan dalam keadaan was-was (bimbang kerana) dalam masa yang dekat nanti apabila datang musim tengkujuh pantai itu akan terkis hakis lagi,” tambah beliau

Sumber BO  - 13-7-2017













Rakyat Tak Ada Kerja, Pemimpin Umno Lebih Selesa Tabur Janji

Hasrat besar PAS pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang adalah untuk menang pada kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kuala Nerus.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu YB Dr Alias Razak satu-satunta DUN yang belum dimenangi adalah Seberang Takir.

Oleh itu beliaun menyeru semua pengundi dalam DUN tersebut untuk membuat perubahan, mengundi PAS, sebagaimana penduduk pada tiga kawasan iaitu, Tepoh, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal.

Katanya, sekiranya PAS berjaya menang di DUN Seberang Takir, DUN yang dimenangi oleh Menteri Besar sekarang, harapan PAS sangat cerah untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

Ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, yang diadakan di Dataran Masjid Kampung Batin, Seberang Takir pada 8 Julai, kemengangan PAS, in shaa Allah pada PRU14 adalah sangat penting, bagi mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik.


Iaitu kita boleh buat banyak perubahan dan ini janji kita untuk rakyat untuk kita memperbaiki keadaan kehidupan rakyat di Terengganu ini.

“Kerana sebagaimana yang kita tahu Terengganu bukanlah negeri yang miskin bukan negeri kurang hasil (an) Terengganu merupakan negeri yang paling banyak hasil di semenanjung (Malaysia) ini .
“Selain daripada kita ada petroleum di laut kita……kita ada biji besi di daratan……ada silika di pantai, (dan) kita ada kelapa sawit dan getah di pedalaman,” kata beliau.

Rakyat Terengganu pelu sedar, sumber hasil bumi ada di Terengganu dan pendapatan negeri sekitar RM2 bilion iaitu RM2000, 000,000 setiap tahun berbanding Kelantan hanya RM500 juta.


Walaupun, perbelanjaan negeri Kelantan hanya suku bahagian atau 25 peratus sahaja dari pendapatan Terengganu namun kebajikan yang diperolehi rakyat Kelantan, lebih baik berbanding di Terengganu.

“Tapi kita masih lagi dikategorikan (sebagai) negeri yang ketinggalan dari sudut pembangunan instruktur kemajuan pendidikan dan sebagainya.

“Apatah lagi masih lagi masuk kategori negeri yang miskin berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia ini.

“in sha Allah jika kita berani kali ini, sama-sama buat perubahan (dan) untuk melihat satu perubahan yang akan dilaksanakan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS),” kata beliau lagi.
Perubahan yang akan dilaksanakan telah didedahkan oleh pemimpin PAS Terengganu melalui tawaran awal manifesto yang telah dibentangkan.


(Gambar atas – Kilang Estern Steel , Kemaman, yang digembar gemburkan akan memproses bijuh nesi Terengganu, masih belum beroperasi)
Banyak perkara menarik dalam manifesto tersebut yang akan dilaksanakan melalui penggemblengan dan manupulasi memanipulasi serta memanfaatkan menafaatkan sumber hasil sedia ada seperti bijih besi dan silika.

Buat masa ini, kedua-dua hasil bumi Terengganu itu diekspot secara mentah keluar negara, tanpa di proses.

Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional itu telah mengkhianati janji yang keluar dari mulut-mulut pemimpin mereka sendiri terutamanya dari Menteri Besar.
Kedua-dua bekas MB dan penyamdang jawatan sekarang telah tidak melaksanakankan amanh rakyat dengan membenarkan hasil bumi milik rakyat itu dibawa keluar negeri sewenang-wenangnya.


(Gambar atas – Hasil silika Terengganu yang bermutu tinggi tidak diproses dalam negeri)
Dato’ Seri Ahmad Said berjanji akan memproses besi di kilang dalam negeri Terengganu dan begitu juga Ahmad Razif, berjanji akan memproses silika, dan bukannya diekspot terus.

Oleh kerana itulah, peluang pekerjaan untuk anak negeri tidak ada yang mana menurut maklumat statistik, kira-kira 17,000 0rang beliau tempatan menganggur, tiada pekerjaan.
“sebahagian besar berhijrah keluar dari Terengganu untuk mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur Lembah Kelang dan sebagainya,

“sedangkan ramai anak-aanak saudara…… anak-anak kita berpendidikan tinggi, professional…..kita ada jurutera, ahli kaji bumi…….. kita ada arkitek kita ada dan macam-macam,
“tapi mereka terpaksa berhijrah untuk mencari nafkah mereka, mencari pekerjaan.|

“Sedangkan negeri Terengganu ada peluang yang boleh di manafaatkan untuk memberi pekerjaan kepada belia kita!,” tambah beliau.

Tetapi tidak diusahakan sepenuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional yang ada pada hari ini.

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional seolah-olah lebih selesa menabur janji dan ‘gula-gula’ politik dengan mengagihkan dana khas, dana itu dan ini, tanpa memikirkan peluang pekerjaan untuk rakyat!

Sumber BO - 12-7-2017















Nelayan Pantai Teraniaya, Tanah Tempat Bertanam Disodok Kerajaan

MARANG – Seorang nelayan pantai teraniaya kerana tanah tempat beliau bertani, menanam sayur-sayuran telah disodok oleh kerajaan, yang didakwa untuk dibangunkan projek ‘tenaga solar’.

Md Ariff Muda, 73, (gambar bawah) dari Kampung Jambu Bongkok berkata, tanah rentahan tempat beliau mencari rezeki tambahan pada musim tidak ‘ke laut’.

“Tanah ini kalau kita kira tanah kerajaanlah, tapi dulu kita buat padi (di sini)……..setelah buat padi dah dia habis kering, orang tak buat padi belake,


“kita pun doh dia naik ‘rok’ (semak) kita pun mari sodok semula sodok buang kayu apa gitu gini mari menanam sayur,” ujarnya.
Malangnya kata beliau, permohonan tanah tersebut tidak diluluskan walau telah dibuat puluhan tahun yang lalu, tanpa sebarang sebab.
Lebih parah lagi, menurutnya, tidak ada sebarang notis yang dikeluarkan dan tanpa sebarang perbincangan menyebabkan peralatan serta pagar kawasan mereka turut dimusnahkan.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong (gambar atas) menggesa kerajaan agar memberi sedikit pampasan atau menyediakan tanah untuk para nelayan terbabit
“bagi pihak kita……walaupun tanah ini tanah rentahan, mangsa yang terbabit perlu diberi pembelaan kerana mereka mendapat pendapatan tambahan (dengan menanam) sayur,

“mereka tidak boleh menangkap ikan sepanjag tahun dan bila tidak ke laut, mereka bergantung kepada hasil pertanian di sini,” tegasnya.
Selain itu katanya, ada petani yang terbabit adalah bekerja sepenuh masa yang hilang punca pendapatan apabila pihak pemaju memusnahkan kawasan tanaman tersebut.

Sumber BO - 12-7-2017


















Janji Razif Adalah ‘Umpan Politik’

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Tawaran 5,900 lot tanah oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah ‘umpan politik’ semata-mata.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS lebih dahulu menyatakan dalam manifestonya seawalnya tahun 1999.

“tawaran tanah yang Razif buat baru ni jelas meniru manifesto PAS (kerana) janji mengurniakan tanah kepada rakyat negeri Terengganu telah dikemukakan dalam Manifesto PAS Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 (1999),

“dan alhamdulillah telah ditunaikan oleh kerajaan PAS yang memerintah negeri ini pada 1999 – 2004,” jelasnya.


Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyatakan dalam manifestonya sebelum itu walaupun telah memerintah negeri ini, lebih 30 tahun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, pada Sabtu 8 Julai, di Dataran Masjid Kampung Batin, dekat sini.

Mantan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan PAS Terengganu itu krtika mengulas perkara tersebut berkata, sudah menjadi amalan Umno ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan ‘janji manis’ apabila saat hampir kepada pilihan raya.

“(setelah mengotakan) janji pada (pada tahun 1999) PAS menjadikan tawaran memberikan tanah sebagai (perkata) utama dalam manifesto,

“bagi pilihan raya umum yang lepas (PRU-11, PRU-12 dan PRU-13). Untuk PRU-14 akan datang ini juga turut ditawarkan (pemberian tanah),

“rakyat semua tahu bahawa PAS tidak bercakap kosong. Janji untuk memberi tanah kepada rakyat telah ditunaikan dan insya Allah, “ tegasnya.


Menurutnya, ketika diberi mandat memerintah Terengganu 18 tahun yang lalu, PAS telah mengurniakan sebanyak 50,000 lot tanah kepada rakyat negeri ini, dalam tempoh empat tahun pemerintahan.

“malangnya, sebahagian besar tanah-tanah milik rakyat itu telah dirampas kembali oleh kerajaan yang memerintah selepas itu,

“rakyat pasti tidak lupa kerja jahat kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang merampas secara zalim tanah-tanah yang diberi oleh kerajaan PAS itu,” ujar beliau

Sumber BO - 11-7-2017




















PAS Dungun Sasar Tingkat Edaran Akhbar Harakah

Oleh : Zulshawal
DUNGUN – PAS Kawasan Dungun meletakkan sasaran pengedaran dan langganan akbar Harakah berakhir pada tahun 2017.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun YB Cikgu Alias Harun menyeru agar ahli dan penyokong PAS agar istiqamah menjadikan akhbar rasmi parti itu sebagai bahan bacaan utama.

“Permulaan langganan kita lewat dua bulan daripada tarikh yang ditetap oleh negeri iaitu pada bulan Mac 2016. Kelewatan ini adalah kerana pada ketika itu kurangnya sambutan daripada pihak cawangan,”

“Namun kita membuat permohonan untuk diberi kelonggaran kepada Kawasan Dungun bemula bulan Mei. Alhamdulillah di atas usaha anda semua mencari pada ahli diperingkat cawangan anda, kita akhirnya berjaya menduduki tempat ke dua diperingkat pusat,” ujar beliau.


ADUN Rantau Abang Rantau Abang berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan para pengedar akhbar Harakah peringkat cawangan-cawangan dan petugas dana infak kawasan Dungun pada Isnin 10 Julai, malam tadi.

Majlis yang dianjurkan bersama Lajnah Penerangan dan Urusan Ulama Kawasan Dungun dihadiri 80 orang petugas itu, diadakan di sebuah restoran, Jalan Baru Pak Sabah, di sini.

Oleh itu beliau berkata, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media kawasan sedang menyusun kaedah agar pada akhir tahun ini kita beroleh angka 1000 naskah langganan.


Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Yang dipertua PAS Kawasan, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, yang juga Ahli Parlimen Dungun.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menaburkan khidmat bagi menjayakan agenda parti.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, usaha anda telah terbukti hasil kerana wujudnya satu sistem organisasi yang betul,

“Kita perlu ingat, diperingkat kawasan, DUN dan cawangan organisasi amat penting. Ini kerana di dalam organisasi terdapat kakitangan. Kakitangan inilah yang berkerja serta berusaha menjayakan setiap arahan yang dikeluarkan,


“Akhirnya di dalam organisasi tersebut kita akan mengenali perkataan ‘kesukarelawan’ yang menjadi amalan dalam gerakkerja parti Islam.” jelas beliau.

Dalam majlis tersebut juga, Ustaz Wan Hassan telah menyampaikan sumbangan kepada 41 orang pengedar akhbar harakah keseluruh peringkat dalam kawasan.

Turut hadir YB Hj Wan Hapandi Wan, Timbalan Yang dipertua PAS Dungun YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Ahli Jawatankuasa PAS Dungun, Ustaz Azman Safawi Abd Rani.

Sumber BO -11-7-2017

Masjid Hijau: Assignment Dari Ayah
Posted on Tuesday, July 11 @ 08:15:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35657



Usai khutbah hari raya, Ustaz Nik, imam masjid Hijau Kg Padang Lalang bangun dan membacakan pengumuman kepada semua jemaah yang hadir solat sunat Aidil Fitri. Ketika saya bersekoah rendah, ustaz Nik adalah antara ustaz yang dilantik oleh Yayasan Terengganu untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah agama rakyat bantuan kerajaan. Bermula dari darjah tiga hingga darjah enam, setiap petang selepas pulang dari sekolah kebangsaan kami akan bergegas ke sekolah agama, belajar sirah, tauhid dan fardhu ain.

Sekarang sesudah lebih 40 tahun umur saya, ustaz Nik masih kuat menjadi iman dan memimpin masyarakat setempat. "Untuk makluman hadirin sekelian dahulu masjid ini asalnya hanya sebuah surau kayu, sekarang sudah berubah menjadi masjid hasil dari kutipan dana dari orang ramai. Kos pembinaan setakat ini sudah mencecah hampir sejuta dan kita memerlukan dana lebih banyak untuk membina kelengkapan yang lain. Pihak masjid menyediakan buku kutipan dana, kepada yang berminat bolehlah mengambil buku tersebut selepas ini". Ujar ustaz Nik, panjang lebar.

Terdetik di fikiran untuk menyahut cabaran ustaz Nik, tetapi bila mengenangkan betapa sukarnya urusan mengutip dana wakaf masjid beberapa kali sebelum ini saya pendamkan dulu hasrat di hati.
Petang 1 satu syawal. Ketika Ayah dan Ma bersiap-siap mahu pulang berhari raya ke Besut, saya sekeluarga pula berkejar-kejar mahu pulang ke Tanjung Malim. Esok raya kedua, kami perlu berada di Alor Setar kerana semua adik beradik sebelah isteri akan berkumpul dan berhari raya bersama di sana.

Ketika itulah adik lelaki bongsu saya menghulurkan buku hijau berlatar belakangkan bangunan masjid berbumbung biru. "Ini buku kutipan dana masjid kepunyaan ayah. Kena pulangkan semula awal bulan Ogos nanti". Saya gamam dan menolak memberi alasan. "Bukankah masih ramai cikgu di Chemomoi sana yang mahu menyumbang?" "Lepas raya ni, gaji lambat lagi. Faham-faham sajalah" Balas adik saya, senyum sampai ke telinga.

Saya akur. Seribu persolan berputar-putar dalam kepala. Aduhh..berat. Assignment ini sukar untuk disiapkan. Siapa yang mahu menderma? Dimana? Bagaimana saya perlu dapatkan dana lebih RM1000 ini. "Sabarlah hati, tenang. Hari ini Allah berikan peluang memungut saham alam akhirat. Berserah saja padaNya". Saya memujuk hati. Antara sanggup atau tidak, mahu atau tidak..mampu atau tidak. Bermacam-macam persoalan berlegar-legar di fikiran.

Akhirnya saya tenangkan diri. Saya ada ramai kawan-kawan di UPSI. Mereka pensyarah, mereka professor, mereka professor madya, gaji mereka besar. InsyaAllah mereka akan mudah memberi. Namun hati ini bolak-balik. "Bukankah bulan ramadhan dulu kamu sudah kutip bermacam-macam dana. Sekarang ada lagi. Apa orang kata. Lebih teruk kalau orang anggap kamu akan dapat sekian-sekian amaun daripada kutipan ini". Hati kecil berbisik.

Dalam kereta, alhamdulillah petang hari raya pertama. Jalan masih lancar. Saya memecut laju memotong kereta yang bergerak perlahan di lorong kiri lebuh raya Pantai Timur. Harap-harap botol jem tidak pecah lepas tol Bentong nanti. Melalui laluan mendaki lebuh raya Karak, merangkak menyusur jalan bengkang bengkok menuju ke Genting Highlands dan meluncur laluan menurun ke Batang Kali. Kami berhenti solat maghrib di masjid Sungai Masin.

"Bukankah esok semua adik-beradik isteri saya akan berkumpul di Alor Setar. Bukankah mereka semua lebai-lebai, ustaz-ustaz. Bukankah mereka semua sangat suka menderma. Apalagi jika ada masjid yang hendak dibina". Ilham tiba-tiba datang. Alhamdulillah. Peluang! "Esok, jika kita tak dapat kutip RM1k, jangan balik ke Tanjong Malim" saya bergurau dengan isteri.

Seperti dijangka, orang-orang Kedah especially orang Baling (isteri saya orang Baling uolls!) sangat pemurah. Hampir separuh kutipan dana diinfakkan oleh mereka. Separuh lagi, of course kawan-kawan saya di UPSI. Mereka-mereka ini bukan setakat hemsem tetapi pemurah serta baik hati.

Hari ini, awal bulan Julai. Awal Ogos nanti ayah saya perlu serahkan kutipan kepada jawatankuasa masjid. Masih ada 3 keping kupon wakaf berharga RM100 setiap keping yang perlukan pewakaf. Siapa yang akan berinfak? Sudah tentu rakan-rakan facebook saya yang handsome, pemurah, baik hati dan suka beramal ini. Jika sudi pm saya. InsyaAllah derma wakaf masjid ini akan bertukar menjadi ganjaran pahala yang kebaikannya mengalir tidak pernah putus.

Terima kasih rakan-rakan dan semua yang telah membantu. Cuma satu pinta saya, jika tidak bertemu saya di syurga, doa-doakanlah saya muncul di sana. Tidak ada yang saya mahukan lagi di dunia ini selain daripada keredhaan Allah.
















https://www.facebook.com/drkamarul/posts/443527736016367

Sumber TKO - 11-7-2017






















4000 Hadiri Majlis Aidilfitiri PAS Bukit Payong


Oleh : MNA

MARANG – kira-kira 4000 orang hadirin dari pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi Majlis Sambutan Aidil Fitri anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong yang diadakan di perkarangan Pasar Kedai Buloh semalam.

Walaupun sudah dimaklumkan majlis akan bermula pada jam 11 pagi, namun sudah ramai yang membanjiri tapak majlis seawal jam 10.30 sehingga memaksa pertugas menghidangkan makanan lebih awal untuk tidak mengecewakan mereka.

Tetamu juga tetap hadir melewati jam 2.00 petang walaupun majlis dijadualkan sehingga jam 1.00 petang sahaja, biarpun dengan hidangan ala kadar sahaja kerana banyak yang sudah habis, tetapi mereka tetap mahu bersama meraikannya.


Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor yang bertindak sebagai tuan rumah ketika ditemui jelas gembira dengan kehadiran orang ramai tanpa mengira ideologi politik dan umur itu.

Bagi beliau ini menunjukkan PAS bukanlah parti yang menjadi musuh kepada masyarakat kerana terbukti walaupun masih banyak ‘Rumah Terbuka’ yang berlangsung di beberapa kawasan berhampiran, rakyat tetap memilih untuk hadir ke Bukit Payong.

“saya ucapkan terima kasih kerana kehadiran pengunjung-pengunjung, dan rasa agak sedih kerana mungkin masih ramai lagi seperti rakan FB tidak dapat hadir sebab jauh.


“walaupun demikian saya ucapkan terima kasih semua atas sokongan semua samada sokongan moral ataupun sokongan ketibaan dan kehadiran ke majlis hari ini,” kata beliau.

Pengarah program Haji Ramli Ismail pula berkata, sebanyak 64 gantang keseluruhan hidangan nasi yang dipecahkan kepada nasi minyak, nasi dagang dan nasi tomato berserta 1500 biji ketupat serta 4000 bungkus tapai.

Turut disediakan ialah empat ekor kambing golek, 100 kilogram laksa, makanan tradisional lain seperti rojak betik, lemang dan rendang, nasi himpit dan juga kuih muih bagi memenuhi selera pengunjung.

Jelas beliau lagi, kesemua hidangan ini disediakan secara bergotong royong oleh ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus berjaga malam menyiapkan semua menu bagi menyambut tetamu pada hari ini.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua pengunjung ke majlis kita pada hari ini, tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua UPU-UPU dan cawangan-cawangan yang menyediakan makanan.

Tanpa mereka majlis ini mungkin tidak akan berjaya dijalankan dengan semeriah ini,” ucap beliau.

Antara tetamu yang hadir ialah pimpinan PAS negeri dan kawasan seperti Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Rasyid, YB Hishamuddin Abdul Karim, wakil DHPP, Jefri Chua serta Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusof Abdul Hadi.

Manakala tetamu dari parti lain ialah Speaker DUN Terengganu Dato’ Zubir Embong dan juga Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris

Sumber BO -10-7-2017
























Masyarakat Pincang Kerana Meninggalkan Islam

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana tidak mengambil Islam sebagai cara hidup.

Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail berkata, masyarakat perlu kembali kepada Islam itu sendiri bagi menangani masalah gejala sosial yang semakin kerap berlaku mutakhir ini.

“Ini adalah satu perkara amat mengejutkan dan amat menyedihkan terutama (ia berlaku) dalam negeri Terengganu, lebih-lebih lagi di kawasan (DUN) Menteri Besar yang mana perkara ini tidak seharusnya berlaku,

“Dan pada hari ini seorang remaja dalam usia yang muda sepatutnya beliau masih lagi belajar tetapi ditangkap kerana didakwa memiliki dadah dalam jumlah yang amat besar”, katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, semalam dan diminta mengulas isu seorang remaja berusia 18 tahun di tahan polis kerana memiliki 2200 pil kuda yang dilaporkan media minggu lalu.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat dapat melakukan prubahan kerana gejala negatif yang sangat menular, sehingga ke kampung-kampung.

“Sepatutnya perkara seumpama itu tidak berlaku dan kita rasa yang amat sedih dengan kejadian ini,
“Kita mengharapkan agar satu perubahan akan berlaku dlm pilihan raya umum (PRU) yang akan datang” , ujarnya.


Justeru, bagi pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia, saya menyeru agar perkara ini diambil serius oleh pihak berwajib.
Beliau juga menyeru dapat mengyundi PAS dapat mengubah kerajaan pada PRU14 agar undang-undang Islam dapat diperkasa dan dilaksanakan.

“Saya menyeru kepada penduduk di terengganu khususnya Seberang Takir ini, marilah kita membuat satu perubahan yang bijak terutama kaum muslimat dan wanita muda di kawasan ini untuk generasi yang akan datang,

“Supaya anak cucu kita tidak menyalahkan kita pada apa yang berlaku pada hari ini dan kita mesti berusaha untuk mengubah kehidupan dengan mengambil Islam sebagai penyelesaian”, tegas beliau







































Sumber BO - 9-6-2017


























Sokong PAS untuk kembalikan kebajikan rakyat

RAKYAT Terengganu digesa agar terus menyokong perjuangan dan mengundi PAS untuk mengembalikan semula kebajikan kepada rakyat. 
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Samsuddin berkata, PAS berjuang untuk mengembalikan semula amanah kepada orang yang lebih layak. 
“Kita lihat pada hari ini banyak benda sangatlah sekarang orang kata ‘koho lok koho punoh’ (makin biar makin rosak), walaupun sedikit (kerosakan) 'koho lok koho punoh' sikit, sikit. 
“Kita ingat bila timbul pentadbiran baru, maka rakyat negeri Terengganu ini akan rasalah kebajikan negeri tapi tidak, ia (kerajaan) lebih utamakan jugak dari segi ekonomi, projek-projek yang tidak boleh menguntungkan rakyat jelata," ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam. 
Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak,  Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua.
rayast




























Sumber HD- 9-6-2017




























Ingat ‘Saudara’ Yang Kelaparan Pada Musim Rumah Terbuka

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Dr Maxwell Maltz, seorang pakar bedah hebat sekitar tahun 1950, mendapati pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan berperangai pelik selepas sesi bedah. Kebanyakan mereka mengambil masa paling minima 21 hari untuk menyesuaikan diri dalam bentuk imej yang baharu. Contohnya pesakit beliau yang membuat pembedahan hidung, tempoh 21 hari diperlukan untuk melakukan adaptasi kehidupan dengan bentuk hidung yang berlainan dari sebelum ini.

Dalam kajian lain, ahli psikologi mengesyorkan tempoh 30 hari kepada pesakit untuk melakukan perubahan sikap dan perangai positif seperti yang dikehendaki oleh masyarakat awam. Kemudian, latihan kemantapan perlu diteruskan lagi selepas sebulan tempoh ‘induksi’ tersebut.

Sebulan Ramadhan yang kita lalui, sebenarnya tempoh induksi untuk kita melakukan perubahan diri ke arah perangai, sikap dan budaya yang lebih baik. Fitrah dan naluri seorang manusia inginkan sesuatu yang positif di dalam diri mereka. Perangai yang disukai oleh ahli keluarga dan masyakarat perlu ditanam sebaik mungkin. Sesuai dengan kaedah psikologi perubatan, sepanjang sebulan kita berpuasa, boleh menghapuskan sikap, perangai dan budaya buruk.

Tiga puluh hari itu cukup mantap untuk kita tekuni bagi mengelakkan kita masih berbudaya lama yang tidak sihat itu. Kita akan mampu meninggalkan kelaku tidak sihat seperti merokok, lewatkan subuh, tidak tepat waktu, makan berlebihan, leka dari ibadah dan pelbagai lagi. Kemudian sesi pengukuhan perangai dan budaya yang baik dilangsungkan lagi dengan berpuasa 6 di bulan syawal. Enam hari dibulan syawal ini, penting bagi memastikan kita terus mempunyai azam yang tinggi dan istiqomah dalam meneruskan akhlak yang baik.

Jamuan raya secara besar-besaran sebenarnya tidak elok, kerana kita kembali menjamu nafsu kita yang sudah tertindas sebulan di Ramadhan lepas. Jamuan sana-sini di setiap premis rasmi atau persatuan boleh menyebabkan kita lupa sesi pengukuhan sikap, perangai dan budaya baik yang telah kita latih itu. Justeru berpada-padalah dalam membuat jamuan raya.

Saya kira negara kita sahaja bermewah dengan jamuan rumah terbuka ini. Pengalaman saya dibeberapa negara yang saya lawati seperti Filifina, Kemboja, Bangladesh, Mesir, Jordan, Turkey dan Sudan, tiada pun majlis sambutan raya yang melebihi hawa. Mereka melakukan sekadar menyambut kegembiraan menang berpuasa secara biasa. Mereka sambut hanya sehari dua di bulan syawal. Kemudian kembali kepada rutin normal. Amat berbeda dengan kita, sebulan dipulun untuk disajikan dengan jamuan Aidilfitri.

Saya tidak melarang sambut Aidilfitri, tetapi bersederhana dan berpada-pada lah. Elok kita kenangkan juga sahabat-sahabat semuslim kita dinegara yang dhaif. Mereka hanya makan sekali sehari. Itupun jika ada stok makanan. Jika tidak, mereka akan berlaparlah sepanjang hari. Mengharapkan belas ehsan dari saudara seagama dari negara luar, amat jauh sekali dek kerana kekangan sosiopolitik yang terjadi. Akhirnya mereka hanya mampu menyambut setiap hari Aidilpasrah, manakala kita Aidilfitri…

Sumber BO - 9-6-2017






























Gelombang Akifi; Munajat Memohon Pertolongan Allah

KUALA TERENGGANU – Selain daripada merancang dan melaksanakan strategi serta ikhtiar, Muslimat PAS meenggerakkan program munajat ‘Gelombang Akifi’ bagi bermumajat, memohon pertolongandan rahmat daripada Allah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Salleh berkata, salah satu cara kaedah PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali-14 ini.

“Gelombang ‘Akifi’ salah satu cara untuk kita meraih pertolongan dari Allah, meminta ihsannya untuk berdepan dengan PRU14 nanti.

“Akifi yang bermaksud alim, haraki dan sufi sewajarnya menjadi teras dalam setiap diri mereka yang bergelar aktivis Islam dan parti,” ujarnya.


Beliau berkata demikian di hadapan 100 orang petugas pilihan raya Muslimat Kuala Terengganu pada program ‘Gelombang Akifi’ peringkat kawasan ini, hari Khamis malam, 6 Julai.

Beliau berkata, gelombang tersebut yang dibuat secara ‘berkala’, digerakkan ke seluruh negara bermula sejak 2015.

Katanya, beliau bersama Ahli Jawatankuasa Muslimat, turun ke setiap negeri negeri termasuk Sabah dan Sarawak dalam, mengikat simpulan akidah dan membentuk kekuatan rohani para ‘mujahidah’.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat Kuala Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar yakin, dengan izin Allah, PAS akan mengekalkan kemenangan Parlimen dan semua DUN dalam Kuala Terengganu, pada PRU akan datang.


Beliau berbesar hati kerana menjadi tuan rumah untuk Gelombang Akifi kali pada kali ini, yang bermula dengan iftar ‘puasa enam’.

“kita berharap program iftar, solat maghrib seterusnya solat hajat dan zikir munajat ini akan menjadi amalan kita,

“kita yakin PAS akan mempertahankan Parlimen dan semua DUN bahkan akan menang dan memerintah negeri Terengganu sebab itu kita mengadakan program ini,

“kerana hanya Allah sahaja yang menjadi sandaran kita untuk meraih kekuatan menentang musuh musuh kita seterusnya memberi kemenangan dalam pilihanraya nanti,” jelasnya

Sumber BO - 8-6-2017
































Razif Lupa Janji!

DUNGUN – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang menawarkan tanah tempat tinggal kepada rakyat mungkin terlupa, Barisan Nasional (BN) telah berjanji dalam manifesto tambahan, sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.
\
Namun sehingga kini, teman sekampung beliau berkata, Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir tidak menunaikan janjinya itu.

Koperal (B) Kor Amor Diraja Muhammad Ismail, 61, kesal kerana beberapa kali beliau membuat permohonan beliau untuk memiliki tanah, telah ditolak oleh kerajaan.


“saya asal dari Kampung Baru Seberang Takir, pindah ke sini sejak lapan tahun lalu kerana taka da tanah dan rumah sendiri untuk tinggal,

“pekeliling tentera telah kata, bekas-bekas perajurit layak dapat tanah dan kebun, tapi hanya janji manis sahaja,” ujar beliau.

Menurutnya, beliau pernah mengadu kepada mantan ADUN Langkap dan Exco kerajaan Negeri Datuk Mohamad Ghazali dan juga bekas ADUN Seberang Takir dan Exco kerajaan Dato’ Rashid Ngah, namun semuanya sia-sia belaka.


“bila kerajaan Dato’ Idris Jusoh naik, permohonan saya untuk mendapatkan tanah di Gong Badak keluar ‘surat merah’…….ditolak, tanpa alasan,

“orang lain semunya dapat, tapi saya yang disokong oleh pemimpin Umno tak dapat, dengar-dengar orang lain dapat,” katanya.

Muhammad yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri ADUN Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun di Batu Tiong hari ini berkata, beliau terpaksa membawa diri dan menetap di Kampung Paya (Gambar bawah) , dekat sini.



“itu pun tanah masih belum dapat……..tapi saya beli atas rentahan orang……saya bayar duit, dan sudah buat permohonan……sudah lapan tahun,

“saya terpaksa cari tapak rumah untuk ikhtiar hidup, sebagaimana saya diajat dalam angkatan tentera,” tambah beliau.

Menyentuh tentang pengalaman sebagai anggota keselamatan, beliau pernanh memangku jawatan Sarjan dan memimpin unit Amor yang bepangkalan di Kuantan.

Menurutnya, beliau pernah dipindahkan termasuk ke negeri Sarawak demi tugas untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
“saya pernah melakukakn kerja-kerja sosial berkhidmat dengan dedikasi…….saya pernah membina rumah panjang untuk penempatan awam,


“bagi menampung mangsa hakisan dan banjir di Chendering Kuala Terengganu, tapi macam jasa-jasa saya tidak pernah diiktiraf, minta sekeping tanah sehingga sekarang tak dapat,” jelas beliau.

Muhammad menyifatkan tawaran yang dibuat oleh Razif pada 3 Julai lalu, adalah ‘janji-janji manis’ apabila hampir saat pilihan raya.

“uhhhhh…….berapa kali pilihan raya dah janji nak beri tanah, puluhan tahun dah……bukan baru Umno dan BN berjanji,

“bila dekat pilihan raya, timbullah janji baharu,” kata beliau.

Sumber BO - 8-6-2017



































‘Mujahidah Istiqamah’ Siap Hadapi PRU14

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) dengan jentera dan petugas parti yang komited, ‘Mujahidah Istiqamah’ telah bersiap sedia hadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, semua anggotanya yang berada di seluruh cawangan dalam negeri Terengganu, sudah pun bersiap siaga menunggu ‘panggilan jihad’.

“program ini (Mujahidah Istiqamah) dimulakan dari awal lagi selepas saja PRU ke 13 dengan usrah, majlis bacaan yasin, ceramah-ceramah, khidmat dan cakna masyarakat dan sebagainya yang berterusan,


“melalui skuad Khidmat, PAS sebagai jama’ah Islam yang berasaskan tiga komponen; tarbiyah, dahwah dan siasah, sudah turun ke gelanggang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas tentang persiapan muslimat PAS untuk menghadapi PRU14 nanti.

Menurutnya, jentera Jabatan Pilihan Raya (JPR) Muslimat telah di lancarkan pada tahun lepas dan diikuti oleh Dewan Muslimat Kawasan seluruh negeri Terengganu.


“Bagi menghadapi PRU 14 sudah semestilah kami berusaha memperkasakan tiga entiti muslimat muda iaitu Ameerah,

“Nusaibah dan Briged bagi meraih sokongan pengundi-pengundi muda sekitar berumur 21 hingga 40 tahun yang mewakili lebih daripada 53% undi dalam PRU 14 nanti sekaligus,” ujarnya.

Tambah beliau, Pelancaran tenaga muslimat muda negeri Terengganu melalui perhimpunan HAMRA 1.0 telah pun dilaksanakan bulan Februari yang lepas dan akan diikuti Perhimpunan HAMRA lapan kawasan.

Justeru itu katanya, Ameerah Care memainkan peranan utama melalui medium media baru untuk mendekati anak-anak muda di samping memberi kefahaman dan kesedaran tentang Islam yang menyeluruh.


“Ini sekaligus membongkar penyelewangan yang berlaku dalam negara dan negeri Terengganu oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang menerajui di negeri ini serta menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan oleh rakyat,” tegas beliau.

Beliau berkata, Ahli Jawatankuasa DMPNT sendiri (akan) turun bertemu muslimat muda di kawasan dan DUN.

“Kami juga memperkasa dan mengaktifkan NGO muslimat dengan berusaha mengadakan ‘engagement’ dengan NGO wanita khusus bagi menerang, menyebar, memahamkan dan mendepani isu-isu rakyat,

“DMPNT juga telah bersiap sedia dengan calon-calon muslimat utk PRU ke 14,” kata beliau lagi.

Sumber BO - 6-7-2017



































Cops Nab Suspected Teen Dealer Working With KT’s Major Drug Ring

KUALA TERENGGANU: Police have arrested an 18-year-old boy, suspected to be a member of a major drug syndicate in Kuala Terengganu, at his house in Kampung Batin, Seberang Takir, here on Monday.

District deputy police chief Superintendent Suffian Sulaiman said in the noon raid, the raiding party seized 2,200 stimulant pills worth RM22,000 from the suspect, a school dropout since he was 16.

Suffian said the boy was sleeping at the hall when the police team stormed the house. The raid was conducted following a tip-off and two months of surveillance.

He said the team had blocked all escape routes to prevent the suspect from escaping.

“Upon further checks, police found a plastic packet filled with the wrapped drugs near his bed,” he said told a press conference at the Kuala Terengganu police headquarters today.

“He was tested negative for drugs but was taken here for further questioning,” he added.

Suffian said the suspect was being held at the station for seven days starting today under Section 39B of the Dangerous Drug Act 1952 for drug trafficking.

“We have identified several others suspects involved in the syndicate and will be making more arrests soon,” he said.

He added that early investigations revealed that the teenager secured the drug supply from a neighbouring country. Police believed he was involved in distributing drugs in Kuala Terengganu and nearby Kuala Nerus – NST

Sumber BO - 6-7-2017








































Akhlak Terpuji Lebih Benilai Dari Wang Ringgit

KUALA TEENGGANU – Membentuk akhlak pelajar adalah menjadi agenda utama dan memberikan kepuasan mengajar yang tidak ternilai, malah ianya menjadi motivasi tertinggi berbanding ganjaran wang ringgit yang diperolehi.

Begitulah luahan hati dua orang penyandang anugerah Tokoh Guru DAR peringkat negeri Terengganu bersempena Majlis Sambutan Hari Guru dan Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (DUPNT).

Penerima anugerah bagi kategori lelaki, Ustaz Wan Ahmad Faiza Wan Mamat, 32, melahirkan rasa syukur dengan anugerah ini, walaupun bagi beliau ianya bukanlah suatu pertandingan, tetapi ianya berkenaan sumbangan kepada masyarakat.


Ditanya apakah rahsia kejayaan yang beliau perolehi itu, anak kelahiran Kampung Dusun Melintang, Manir itu menjawab, antaranya keinginan beliau belajar dan sanggup melakukan kerja-kerja mengajar di luar waktu sekolah.

“Saya ada meluangkan masa saya untuk mengajar di pusat-pusat mengajar al-Quran semenjak 2010 sehingga sekarang.

“Saya rasa mungkin dengan itu, kemahiran dan pengalaman mengajar saya bertambah seterusnya membantu saya memberikan yang lebih baik kepada sekolah,” jelas beliau yang ketika ini bertugas di Madrasah Darul Ihsan, Kubang Lembek, Manir.


Namun bagi beliau, kejayaan ini tidak datang daripada beliau seorang, malah kawan-kawan seperjuangan yang turut membantu beliau menaikkan kualiti pengajaran, serta tunjuk ajar dari guru-guru yang lebih berpengalaman.
Walaupun mempunyai ijazah dari Universiti al-Azhar dalam jurusan syariah Islam, beliau menolak untuk mengejar habuan yang lebih besar di luar sana kerana percaya kepada rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit sahaja.

Bapa kepada seorang anak itu turut memberi semangat kepada guru-guru lain terutama mereka yang baharu bersama DAR untuk terus kekal istiqamah dan ikhlas bagi bersama membentuk bukan sahaja akademik malah lebih utama, akhlak pelajar-pelajar.


Manakala penerima anugerah Tokoh Guru bagi kategori guru wanita pula, Puan Hasnun Laili Abdullah, 44, turut sependapat dengan Wan Faiza iaitu ganjaran wang ringgit bukanlah suatu keutamaan dalam mengajar.

Beliau yang juga memiliki ijazah syariah dari Universiti al-Azhar, berkata impian beliau adalah untuk menjadikan pelajar-pelajar ini bukan sahaja berjaya dalam pendidikan malah memiliki akhlak yang terpuji.

“Saya melihat ada kesan positif apabila kita berkerja bagi membentuk akhlak pelajar-pelajar, refleksi positif akan juga terjadi kepada anak-anak kita, walaupun kita tidak ada harta yang banyak.
Saya insyaAllah akan terus menabur bakti di Madrasah Darul Bayan (Paka) dengan umur yang ada kepada masyarakat dengan cara mengajar ini kerana ada kepuasan yang dicapai,” tegas ibu kepada lapan anak itu.


DAR ialah perkataan arab bermaksud negeri yang digunakan DUPNT kepada sekolah-sekolah atau madrasah-madrasah rendah kelolaan mereka.

Biarpun agak lewat kerana jadual DUPNT yang padat dan juga kerana bulan Ramadhan, Majlis Sambutan Hari Guru yang bertemakan Pendidik Pembentuk Generasi Rabbani itu tetap meriah dengan dihadiri kira-kira 150 orang guru-guru DAR di Terengganu.

Majlis berlangsung di Kompleks Darul Taqwa, Batu Enam, turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husein Awang, Pemangku Ketua DUPNT, Ustaz Ismail Osman dan Pengerusi Lajnah Persekolahan DUPNT, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Sumber BO - 5-7-22017













































































5,900 lot tanah: Umno cuba tipu rakyat?

JANJI manis PRU14 telah ditabur oleh Umno yang berselindung di sebalik nama kerajaan Terengganu dengan mengumumkan membuka permohonan bagi 5,900 lot tanah kosong untuk pembinaan rumah kediaman. Ianya sangat menghairankan kenapa setiap kali PRU akan ada janji-janji menggunakan nama kerajaan yang mana wang dan keseluruhan harta itu sebenarnya milik rakyat, tetapi hanya diuruskan oleh Umno. Kerana jika kerajaan bertukar sekalipun, kerajaan yang lain pula yang akan menguruskan amanah ini. 
Lebih memualkan ialah Umno yang berselindung di sebalik nama kerajaaan inilah yang telah merampas kembali pemberian tanah-tanah TOL kepada rakyat oleh kerajaan pimpinan PAS tahun 1999-2004 dahulu tanpa belas ihsan serta sanggup merobohkan bukan sahaja rumah rakyat yang sedang dibina dengan wang titik peluh mereka. Malah lebih zalim, kejam dan jahil, Umno atas nama kerajaan, turut meruntuhkan Masjid Bujal di Kijal. 
Saya yakin rakyat Terengganu sedar dengan gula-gula beracun Umno ini kerana PAS yang mengamalkan politik Islam, telah membuktikan pada era pemerintahan PAS di Terengganu, kira-kira 60,000 permohonan tanah telah diluluskan bagi diagihkan kepada rakyat Terengganu. Tidak cukup dengan jurukur kerajaan, dilantik pula dari kalangan swasta sehinggakan mendebarkan Umno kerana rakyat beroleh kesenangan. PAS mengotakan janji bukan sahaja atas manifesto yang dibuat sebelum PRU ketika itu, malah turut meluluskan permohonan yang Umno janjikan (setelah banyak kali mengugut rakyat) mahu diluluskan kepada rakyat, tanpa PAS menunggu hampir PRU untuk berbuat demikian. Jumlah yang Umno janjikan ini (belum tentu ditunaikan) hanya 10% dari keseluruhan kelulusan oleh kerajaan pimpinan PAS ketika itu. 
Paling menggembirakan rakyat ialah pemberian itu bersekali dengan geran kekal bagi yang sempat diberikan. Sehinggakan gambar pemberian geran kepada salah seorang rakyat Terengganu di Dungun, turut digunakan dalam kempen Umno, untuk mengaburi mata rakyat bahawa merekalah yang mengurniakan geran tanah itu. Dasar Umno sememangnya tidak tahu malu. Dan sekarang setelah Umno merampas kembali tanah-tanah TOL yang belum sempat dikurniakan geran dahulu oleh kerajaan pimpinan PAS ketika itu kepada rakyat, mereka datang lagi sambil sebelah tangan dihulurkan kepada rakyat dengan janji-janji palsu pemberian tanah. 
Percayalah rakyat Terengganu, setelah rumah flat di Ladang yang dijanjikan diberikan secara sewa beli, kemudian ditukar status sewa, flat di Padang Hiliran yang diugut supaya dimenangkan dahulu Umno di Kuala Terengganu serta flat rakyat yang Umno rancang didirikan di Bukit Nenas Tepoh, mereka pasti akan menggunakan hal ini sebagai modal besar untuk memperbodohkan rakyat Terengganu. Penerimanya pastilah sebahagian penyokong mereka sahaja walaupun mereka juga menunggu bertahun-tahun sambil dibodohkan Umno. Cukuplah, sedarlah rakyat Terengganu akan gula-gula beracun yang diberikan Umno setiap kali PRU, akan memusnahkan negeri Terengganu ini kerana apabila mendapat kembali kuasa, maka Umno akan menggila semula membolot hasil bumi Terengganu sebagaimana yang berlaku masa lalu dan sekarang ini.
Sangat jelas ketakutan Umno kerana meniru bulat-bulat antara manifesto awal yang ditawarkan oleh PAS Terengganu. PAS Terengganu yang sangat masak dengan tipu helah Umno, menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang menepati syarat-syarat yang diumumkan YAB Menteri Besar dan tidak lupa kepada rakyat yang pernah Umno rampas tanah mereka dahulu, untuk ramai-ramai segera pergi ke Pejabat Tanah di seluruh Terengganu bagi memastikan sendiri bagaimana permainan Umno ini. Ketika itu insya Allah rakyat akan dapat menilai parti mana yang suka meniru dan menipu seperti Umno dan parti yang mengotakan janji seperti PAS untuk dilantik menjadi kerajaan Terengganu dalam PRU nanti. Wallahua’lam. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Rabu 11 Syawwal 1438/ 5 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 5/7/2017
Sumber HD - 5-7-2017






Kerajaan ‘Hilang Upayaartawan BO

(Gambar – Rakyat Terengganu tidak akan mulapakan bagaimana rakusnya Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas tanah dan merobohkan mesjid ‘Bujal’)

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu kesan dari tadbir urus keranaan negeri yang ‘hilang upaya’, tidak lagi mampu memberi khidmat kepada warganya.

Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan tidak mampu menyiapkan projek-projek ’mega’ yang dijanjikan kepada rakyat walaupun ia dimulakan lebih sedekad yang lalu.

Projek ‘gah’ Taman Ilmu di Tembila, Besut bernilai kira-kira R300 juta yang pernah digembar-gemburkan bakal ‘menjadi sebuah kota pendidikan’, masih tergendala dan terbengkalai.


Menteri Besar, Dato Seri Razif Abdul Rahman pada 25 Mei, 2015 berjanji untuk menyiapkannya dan menjamin ia akan beroperasi pada akhir tahun lepas, namun tidak terlaksana.

Pembangunannya sudah diberhentikan, dan ia jadi ‘ Projek Gajah Putih’ dan sering salah menyalah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Projek Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang dianggarkan menelan belanja RM100 Juta, dimulakan pada tahun 2011 dan sepatutnya siap beroperasi pada 2016.


“Saya lihat projek ini hanya suatu pembaziran. Mereka buat projek bukan atas dasar mahu membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu masuk poket sendiri,” kata Ketua Peneranga PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Belanja jutaan ringgit kononnya atas dasar mahu membantu rakyat akhirnya tenggelam dalam ‘tasik kenyir’ bersama monument kebanggaan dan menjadi air mata rakyat.

Itu belum lagi dikira, projek-projek pelancongan di Kenyir seperti Pulau Burung, Taman Anggur, Taman Heleconia, Taman Kaktus, Taman Rambutan dan banyak lagi bernilai keseluruhanyalebih RM200 juta, enta ke mana?

Projek ‘mainan’ bekas MB Dato’ Seri Idris Jusoh, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Lumba Perahu Layar (Monsoon Cup) juga sudah menjadi monumen sejarah, membaham berbilion ringgit wang hasil royalti minyak dan gas, milik rakyat.

TTI menjadi taman sepi yang tidak menjadi kebanggan dan gagal menjadi tarikan kepada para pelancong.

‘Monsoon Cup’ yang membenjakan jutaan ringgit wang rakyat, sudah tidak lagi menjadi milik Terengganu dan gagal membawa pulangan kepada pelaburan yang dibuat.

Terengganu yang ‘bermegah’ dengan pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan, tidak mampu menghantar para pelajar pintar tersebut ke luar negara bagi menjamin pendidikan terbaik puat rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A Latiff Awang pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu, berkata, pelajar tunggal tersebut yang akan dihantar ke negara Jerman bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Aeroangkasa’.


“tahun ini kerana kekangan ekonomi, kita tak boleh hantar lagi…..hanya seorang sahaja……yang kita hantar pada tahun ini,” ujar A Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan.

Akhirnya, kerana terkesan dengan tawaran manfesto PAS, Razif mengaku kalah dan menawarkan 5, 900 lot tanah yang didakwanya masih kosong di seluruh negeri ini.

Sedang kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 – 2004, telah meluluskan lebih 50,000 lot tanah untuk rakyat, namun Umno dan Barisan Nasional (BN) yang ‘jahat’ telah merampas tanah-tanah itu.

Sumber BO - 5-7-Tragedileh




(Gambar – bertudung dengan tuala merah ialah ibu mangsa, Nor Syafiqah Abdul Kadir, bersama nenek mangsa, Roslina Daud dan datuk tiri mangsa, Hussin Damis).

BESUT – PAS menyifatkan pemergian allahyarham adik Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman, lima tahun, yang dipercayai didera bapa tirinya, sebagai tragedi yang menyayat hati.

Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, beliau tidak dapat membayangkan kesengsaraan yang dilalui seorang anak sekecil itu.

“allahyarham adik baru berusia 5 tahun dan melalui derita didera manusia berhati haiwan sejak sekian lama,

“kita memohon doa kepada Allah semoga beliau dimasukkan ke dalam syurga Allah dan semoga keluarga mangsa terus bersabar dan kuat dalam menghadapi ujian ini,

“In Sya Allah, Allah akan menggantikan kehilangan ini dengan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga allahyarham di Felda Tenang, Hulu Besut pada Jumaat, 30 Jun.

Beliau dimaklumkan oleh keluarga tersebut, bapa tiri mangsa pernah dihukum penjara enam bulan di Penjara Kajang sebelum, ini kerana kes dera terhadap mangsa yang sama.

“sebelum ini pun, bapa tirinya sudah enam bulan dipenjara, tetapi apabila keluar dari penjara,
“penderaan bersambung semula sehingga mangsa meninggal dunia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Lujnah yang sama bagi negeri Terengganu berkata, kesal kerana kejadian jenayah terus berleluasa di daerah Besut.

Katanya, pada bulan Ramadan lalu dan Syawal ini, telah berlaku dua kes tetak dan satu kes penderaan di daerah tersebut.

“sudah dua kes tetak dan satu kes penderaan yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan Syawal di Besut baru- baru ini yang dikaitkan dengan gejala penagihan pil kuda,

“Ini mengambarkan masalah sosial ini begitu parah di Besut,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mengajak semua lapisan masyarakat agar menyedari keadaan ‘kritikal’ itu dan Bersama-sama mengambil inisiatif untuk mencegah kemungkaran yang berlaku.

“Kita perlu bersama berganding bahu dengan mengenepikan sempadan perbezaan politik untuk menangani masalah yang semakin membarah ini,” tambah beliau.

Sumber BO - 3-7-2017

Pembangunan Kerajaan Terengganu Tidak Memberi Impak Maksima

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno Terengganu tidak memberikan impak maksima kepada rakyat, sebagaimana yang diharapkan.

Sesungguhnya, sebagai sebuah parti politik Islam, PAS tidak sekali-kali menentang sebarang pembangunan itu, tetapi ia mestilah mempunyai matlamat yang jelas, agar wang yang dibelanjakan tidak sia-sia.

Bendahari PAS Terengganu, M. Shukrimun Shamsuddin berkata, pembangunan mestilah ada matlamatnya supaya insya Allah, duit yang kita gunakan itu memberi impak yang maksima,
Antaranya adalah, kata beliau, pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Telaga Batin.


“Memanglah kita mahu sangat lapangan terbang itu dibesarkan untuk menampung keperluan yang akan datang,

“Tetapi sebuah negeri kecil di pantai timur bilakah agaknya lapangan terbang kita ini menjadi lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, pada Sabtu 1 Julai, disini.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus itu berkata. walaupun ia satu keperluan masa akan datang namun tidak sampai masa lagi lapangan terbang tersebut diberi taraf antarabangsa.


“dengan harga yang sebegitu besar (mahal) dibelanjakan sangat tidak terpadan bilangan kapal terbang yang turun setiap hari dengan lapangan terbang yang disediakan tersebut,

“ini sudah tentu termasuk dalam hal-hal yang tidak memberi impak yang maksima sedangkan dari segi indek kemiskinan di Terengganu banyak lagi perkara yang perlu kita guna duit tersebut untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik”, ujarnya.
Kata beliau lagi, pembesaran lapangan terbang itu boleh ditangguhkan kerana ada perkara yang lebih utama perlu dibuat.
“pembinaan lapangan terbang yang sebegitu besar agak tidak perlu malah boleh dikatakan ianya membazir,


“banyak lagi perkara pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Terengganu dan premis perniagaan berskala besar masih berkurangan,

“apakah perniagaan yang boleh kita lakukan di lapangan terbang. Sudah tentu tidak sama dengan pasar raya yang boleh menarik pengunjung untuk berbelanja di situ,” jelas beliau.

Beliau menambah, sesuatu yang tidak dapat diterima akal, apabila stadium yang dibina menggunakan tenaga luar dan didakwa mempunyai perancangan baik dari segi rekabentuk dan arkiteknya, boleh runtuh selepas setahun siap dibina.

“sudah tentu disana ada perkara-perkara tidak kena yang tidak laksanakan dengan betul , ada salah tadbir urus,


“bagaimana di setiap peringkat benda tu boleh diluluskan sehingga ianya tak sampai beberapa tahun pun telah mengalami keruntuhan”, soal Shukrimun lagi.

“jelas……… berlaku salah urus tadbir, pembaziran dan penyelewengan terhadap pembinaan stadium tersebut,” tegas beliau.
Oleh itu, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus, mengharapkan agar dana negeri yang terhad ini, dimanfaatkan sebaik mungkin, faedahnya untuk kemudahan orang ramai.

“Kita fikir dahulu serta membuat perancangan yang betul supaya tidak berlaku pembaziran agar dapat memberi manfaat kepda rakyat samaada golongan pertengahan mahupun yang miskin untuk mengecap habuan negeri kita ini, insya Allah,” kata beliau lagi.

Sumber BO - 3-7-2017














































HARAP 3.7; Batu Rakit Sedia Menerima Pengunjung

Oleh : DMS

SETIU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang dipilih sebagai tuan rumah Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.7) bagi giliran Kawasan Setiu, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh pelusuk negeri.
Penganjuran HARAP kali ini dilihat sebagai memenuhi harapan semua masyarakat untuk melihat kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, khususnya kepada DUN Batu Rakit.

Naib Yang Di Pertua PAS (NYDP) Setiu, Ustaz Mohamad Nazari Alias berkata, himpunan ini amat penting kepada semua rakyat negeri ini untuk hadir bagi mengetahui perkembangan isu-isu semasa
“pelbagai lagi isu yang menghimpit rakyat sebagai rujukan dan fakta tambahan kepada mereka yang hadir di saat PRU yang semakin hampir,” ujarnya.


Oleh itu, katanya, sebagai tuan rumah, Batu Rakit kini sudah menggerakkan segala perancangan yang di putuskan oleh PAS Trengganu ke arah menjayakan HARAP 3.7.

“program HARAP 3.7 di jadualkan akan berlangsung pada 27,27 dan 29hb Julai nanti di Kampung Pengkalan Atap,

“alhamdulillah, pagi ini dilancarkan gotong royong perdana di tapak program dan ianya akan di teruskan setiap hari sehingga ke hari program dengan pembahagian tugas membabitkan semua petugas parti di seluruh kawasan Setiu,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak HARAP 3.7 di Jalan Merang, Kampung Pengkalan Atap, dekat sini pada Jumaat 30 Jun.

Sehubungan itu, beliau bersyukur dengan kehadiran ramai, para petugas pada gotong royong tersebut.
“dengan sambutan ahli dan penyokong PAS serta masyarakat setempat pada gotong gotong……..ia telah menjadi satu tanda aras,

“bahawa penganjuran HARAP 3.7 kali ini telah bersedia untuk menerima kunjungan dari para pengunjung yang akan hadir,” tegasnya.


Justeru itu, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Rakit optimis bahawa penganjuran HARAP kali ini akan mencapai matlamat.

“ia juga membuktikan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini bahawa PAS bersedia untuk menerima mandat rakyat dan memerintah,

“selepas PRU ke-14 nanti dan Batu Rakit akan menyumbang satu kerusi untuk merealisasikanya,” kata beliau, yakin.




















































Sumber BO - 1-7-2017

Ribuan Pengunjung ‘Serbu’ Majlis Raya PAS Telemong

Oleh : Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Lebih 1000 orang pengunjung menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri,

disifatkan sebagai sambutan paling meriah yang menjanjikan perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Pengurusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, kehadiran terutamanya di kalangan anak-anak muda adalah sesuatu yang diluar telahan.
“ledakan hadirin dari segenap penjuru masyarakat khususnya anak muda sangat memberangsangkan dan diluar apa yang kita jangkakan,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui sebaik usai program tersebut yang di Dataran Al-Qamar Pusat Tarbiyah Al-Muhsinin, Kampung Tengkawang, di sini semalam.

Oleh itu, beliau memohon kemaafan sekiranya ada yang ‘kurang’serta tidak dapat memenuhi hajat disepanjang majlis itu berlangsung.

“Walaubagaimanapun kami pohon maaf diatas kecacatan dan kekurangan yang mungkin berlaku disepanjang majlis ini berlangsung,


“terima kasih kepada petugas, tetamu dan hadirin yang menjayakan dan memberi sokongan kepada majlis ini, semoga ukhuwwah yang dijalin diantara kita berkekalan,” jelas beliau.

Menurutnya, para tetamu mula membanjiri dataran seawall jam 8.30 malam, untuk merayakan Aidilfitri bersama pemimpin PAS setempat pada majlis yang dijadual berlangsung dari 9.00 malam.

Majlis berlangsung sehingga jam 12.00 tengah malam Jumaat 30 Jun.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Pahang YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Muhyidin Abd Rashid dan Ustaz Hamdi Harun mewakili Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu.
































































Sumber BO - 1-7-2017

















































PRU14: Realisasi hasrat untuk lihat Malaysia selamat

DEWAN Muslimat PAS Negeri Terengganu memandang berat masalah sosial yang berlaku kerana ia menyebabkan keruntuhan institusi keluarga dan mengancam keselamatan negara. 
Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, keadaan itu sangat menggerunkan serta mempesoalkan adakah negara ini masih selamat. 
“Bagaimanakah nasib generasi muda akan datang? Persoalan yang timbul apabila Malaysia, negara yang kita sayangi semakin hari semakin gawat dengan masalah gejala sosial yang semakin teruk,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tunggal, Kuala Nerus, petang kelmarin.
Tambahnya, gejala seks bebas, masalah dadah yang semakin parah dengan kelahiran anak luar nikah semakin bertambah saban tahun. 
“Kes dera yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini yang terkini kes adik Muhammad Hairi di Besut yang mengakibatkan kematian,” katanya. 
Beliau merujuk kepada kes dera Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman yang berumur lima tahun yang dilaporkan didera bapa tirinya meninggal berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan koyakan pada usus. 
Oleh itu, kata beliau, semenjak Dewan Muslimat PAS ditubuhkan sehingga kini seiring dengan penubuhan PAS pada tahun 1951, sayap kiri PAS itu telah berusaha melaksanakan pelbagai program. 
“Antaranya ialah kuliyah-kuliyah ilmu, ceramah, kelas kafa, kelas Al- Quran, usrah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada seluruh masyarakat khususnya wanita di samping program-program kebajikan, dan ceramah berkaitan dengan undang-undang Islam dan sebagainya untuk membantu saudara yang miskin dan perlu kepada pembelaan,” ujarnya. 
Justeru Dewan Muslimat berpendapat, penyelesaian sebenar kepada masalah yang ada sekarang perlu kepada perubahan secara ‘total’ dengan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa dan anak-anak mesti kembali kepada Islam yang menyeluruh dengan meletakkan hukum Allah sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. 
“Oleh itu saya menyeru agar rakyat membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. 
“Jadikanlah PRU sebagai satu platform untuk kita semua merealisasikan hasrat dan niat kita untuk melihat Malaysia kembali aman dan selamat dengan. 
“Kita memilih (mengundi) calon yang bukan sahaja dilihat ikhlas dan amanah tetapi yang benar-benar mempraktikkan sifat ikhlas dan amanah dalam kehidupan seharian mereka,” kata beliau.




















































Sumber HD - 1-7-2017




















































Islam Dan Syariat Adalah Penyelesaian Terbaik Kepada Masalah

Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – PAS menegaskan dan yakin, Islam dan pelaksanaan syariat Allah adalah penyelesaian terbaik bagi menangani peningkatan kes-kes jenayah mutakhir ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak menyifatkan pertambahan kejadian rompakan, rogol dan pembunuhan adalah berpunca daripada sikap cuai kerajaan yang tidak mahu menguatkuasakan hukum Hudud di Malaysia.
“Ini akibat daripada kita menolak hukum Allah. Oleh itu penyelesaian terbaik bagi saya tidak ada cara lain kita mesti kembali kepada syariat Allah SWT,

“Tapi oleh kerana kerajaan ini cuai atas perkara ini tak mau melaksanakan maka kes-kes jenayah yang melibatkan hudud seperti merompak, membunuh, kes buang anak dan sebagainya sangat-sangat meningkat,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka DUN Bukit Tunggal di kediamannya, di Bukit Tok Ris, di sini pada Khamis 29 Jun.

Justeru itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu itu berkata, PAS komited memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, dari dahulu sehingga kini.

“inilah antara perkara yang menjadiperjuangan PAS……..untuk melaksanakan syariat Allah SWT termasuk hukum hudud,

“hanya dengan ilmu dan pendidikan tidak boleh menghalang kegiatan (tindakan) jenayah manusia, sebab itu tuhan (Allah) ada (mewajibkan) hukuman dia,

“maka kita perlu hukuman………hukuman ini inshaAllah akan menakutkan, bukan tujuan kita nak menghukum orang (semata-mata) tapi mencegah supaya satu amaran yang menakutkan supaya (manusia) tidak melaksanakan perkara tersebut,” jelasnya.


Justeru itu, beliau mengajak semua rakyat Malaysia, khususnya warga negeri Terengganu untuk menyokong PAS kerana ia adalah satu-satunya parti politik dibegara ini yang konsisten memperjuangkan Islam.

“kita nampak bagi saya, tidak ada cara lain (kecuali) kita kembali kepada syariat Allah……..itu sahaja penyelesaiannya, dengan cara inilah kita yakin kita dapat menyelesaikan masalah,

“oleh itu kita buat perubahan pilihan raya akan datang……..hanya satu parti negara setakat ini yang ada matlamat untuk menegakkan undang-undang al-Quran dan al-Hadis (iaitu) PAS sahaja,

“orang Islam wajib bersama PAS (dan) orang bukan Islam pun wajib bersama PAS kerana inilah penyelesaian yang holistik yang akan berjaya menyelamatkan kita semua sebab kita sayang generasi kita akan datang,” ujar beli.

Sumber BO - 30-6-2017

PAS Pandang Berat Gejala Sosial Yang Semakin Parah

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu memandang berat masalah sosial yang berlaku kerana ia menyebabkan keruntuhan institusi keluarga dan keselamatan negara terancam.
Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, keadaan itu sangat menakutkan, membimbangkan dan menggerunkan serta mempesoalkan adakah negara ini masih selamat?

“Bagaimanakah nasib generasi muda akan datang ? Persoalan yang timbul apabila Malaysia negara yang kita sayangi semakin hari semakin gawat dengan masalah gejala sosial yang semakin teruk,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini petang, Khamis 29 Jun.


Tambah beliau, seks bebas, masalah dadah yang semakin parah, dengan kelahiran anak luar nikah semakin bertambah saban tahun.

“kes dera yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini yang terkini kes adik Muhammad Hairi di Besut yang mengakibatkan kematian,” kata beliau.

Beliau merujuk kepada kes dera terkini adik Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman , berumur lima tahun yang didera bapa tirinya, meninggal berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan koyakkan pada usus arwah.

Oleh itu, kata beliau, semenjak Dewan Muslimat PAS ditubuhkan sehingga kini seiring dengan penubuhan PAS pada tahun 1951, sayap kiri PAS itu telah berusaha melaksanakan pelbagai program.

“antaranya ialah, kuliyah-kuliyah ilmu, ceramah, kelas kafa, kelas Al- Quran, usrah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada seluruh masyarakat khususnya wanita,

“di samping program-program kebajikan, dan ceramah berkaitan dengan undang- undang Islam dan sebagainya untuk membantu saudara yang miskkn dan perlu kepada pembelaan,” ujarnya.

Justeru Dewan Muslimat berpendapat, penyelesaian sebenar kepada masalah yang ada sekarang perlu kepada perubahan secara ‘total’ dengan semua pihak samada kerajaan, ibu bapa dan anak-anak.

“mesti kembali kepada Islam yang menyeluruh yakni meletakkan hukum Allah sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia ,

“Oleh itu saya menyeru agar rakyat membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti,

“jadikanlah PRU sebagai satu platform untuk kita semua merealisasikan hasrat dan niat kita untuk melihat Malaysia kembali aman dan selamat dengan,

“kita memilih (mengundi ) calon yang bukan sahaja dilihat ikhlas dan amanah tetapi yang benar- benar mempraktikkan sifat ikhlas dan amanah dalam kehidupan seharian mereka,” kata beliau.

Sumber BO - 30-6-2017




















































Selesaikan Masalah Gelanggang Futsal Tanjung Bunut

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu digeas menyelesaikan masalah pembangunan dan janji kepada rakyat khususnya kepada golongan muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sudah dua kali beliau membawa mengutarakan isu pembinaan gelanggang futsal di Tanjung Bunut, namun ia masih belum dibaik pulih.


“Projek (gelanggang) futsal di Tanjung Bunit dah masuk dua tahun terbiar……belum diambil apa-apa tindakan dan tidak diselesaikan,

“saya dah tanya dalam Dewan (Sidang DUN)………saya tanya puncanya, berapa kos yang perlu di perbaiki………tapi sampai sekarang tak siap,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada Majlis Rumah Terbukanya di kediaannya pada Selasa 27 Jun.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaa agar dapat menyegerakan tindakan, samada untuk membaik pulih gelanggang tersebut atau membina baru.

“Dia (kerajaan) ada bagi jawapan tapi yang pastinya dua kali saya tanya puncanya (keadaan gelanggang futsal itu) jawapannya berbeza,
“jawapan yang pertama berkait dengan rumput sintetik (karpet) yang didakwa kerajaan rosak pasal lasak sangat (penggunaannya),

“(tapi) bila saya cerita kepada orang-oang muda (kampung) Tanjung Bunut dia orang suka je…….pasal Exco tak turun sendiri tengok karpet macam mana yang ia pasang……..tiada kualiti,” tegas beliau.

Katanya, kerajaan perul menyiasat berkait kerosakan kepada struktur bangunan futsal yang didakwa bermasalah kerana tanah mendap.
Sehubungan itu, beliau bersyukur kerana ramai warga Teluk Pasu yang mengunjungi dan memeriahkan program sempena Hari Raya yang dianjurkan Bersama Majlis Tndakan DUN (MTD) Teluk Pasu itu.


“Alhamdulillah……meriah dengan kehadiran tetamu…..saya ingat (rasa) 80 % muka yang saya tak pernah (biasa aya) jumpa (dalam majis PAS),
“orang muda pun ramai, masyarakat kampung sekitar dalam (DUN) ramai yang bukan ‘familiar’ lah……..tapi rakyat di DUN Teluk Pasu,” jelasnya

Sumber BO - 29-6-2017







































































































Tubuh Organisasi Bantu Kekal Kemenangan

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – Warga Teluk Pasu yang berada diperantauan disaran agar menubuhkan satu organisasi bagi menyusun atur sebarang program terutama bagi menghadapi pilihan raya (PRU) umum ke-14 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim berkata, organisasi tersebut sangat membantu terutamanya dalam urusan gerak kerja Majlis Tindakan DUN (MTD) Teluk Pasu untuk menyelaras setiap pengundi yang layak dan telahpun mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi.

“kalau mengikut data yang diperolehi dari setiap cawangan dalam dun Teluk Pasu, lebih daripada seribu orang pengundi di DUN ini berada diperantauan termasuklah Sabah dan Serawak,

“Ianya satu jumlah yang agak besar maka kami (MTD) berharap perantau ini dapat bergerak atas satu organisasi yang tersusun rapi selepas ini dan boleh dibuat mengikut zon-zon yang ditetapkan seperti zon utara, selatan, barat dan timur”, ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Raya Perantau Dun Teluk Pasu Bersama YB Dan Isteri yang diadakan di Dewan Terbuka DUN Teluk Pasu, Kampung Petai Bubus, pada 2 Syawal.

Menurutnya, program yang julung kali diadakan itu khusus bagi menyambut Aidilfitri bersama warga Teluk Pasu di perantauan yang pulang bercuti sempena hari raya.

“Pada PRU ke 13 yang lalu, 80% warga Teluk Pasu yang duduk perantauan balik mengundi,
“Maka harapan MTD agar pada PRU ke 14 nanti 100% perantau Teluk Pasu dapat balik untuk menjalankan tanggungjawab yg sangat penting utk menentukan masa depan negara,

“Ini dapat dilaksanakan dengan adanya organisasi dikalangan perantau sendiri”, tegasnya.


Selain daripada itu katanya, organisasi ini dapat melakukan kerja-kerja kebajikan dun seperti dapatkan dana utk program kebajikan tetap DUN.

“Macam baru-baru ni, agihan bantuan menyambut hari raya melibatkan 200 keluarga dan juga program agihan bantuan awal persekolahan kpd keluarga fakir miskin,

“Walaupun menghadapi pelbagai kekangan kewangan namun ianya berjaya di anjurkan maka dengan wujudnya organisasi perantau ini nanti dapat membantu (pihak) MTD untuk mendapatkan dana kebajikan,

“Kita (MTD) akan buat program ini (akan datang) lebih tersusun dan bersedia agar lebih ramai lagi warga dun Teluk Pasu yang balik setiap kali hari raya boleh hadir”, tambah beliau.


Ustaz Ridzuan menjelaskan kini MTD Teluk Pasu telah pun ada sebuah van jenazah untuk urusan jenazah dari rumah ke tanah perkuburan atau dari hospital ke rumah arwah tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Kami berusaha untuk dapatkan juga van jenazah kerana sebelum ini urusan jenazah ke tanah perkuburan akan menaiki lori biasa dan ianya sangat menyedihkan”, ujar beliau.

Sementara itu, seorang perantau, Muhammad Shafikri yang bekerja di Pulau Pinang ketika ditemui dalam majlis tersebut berkata, Program seperti ini sangat bagus.

“Patut diteruskan dan seeloknya diwar-warkan seawal mungkin agar lebih ramai lagi perantau yang aan hadir”, katanya.

Sumber    BO - 29-6-2017

Penyakit ‘Jamuan Raya’

Oleh : Suhazeli Abdullah

Hari ni ramai yang mari klinik minta MC. Katanya sakit muntah dan cirit setelah masuk hari kedua puasa. Berlarutan sampai hari ini.
“Doktor kena beri cuti pada saya, jika tidak lagu mana saya nak gi kerja? Terpaksa bertuala sepanjang masa”. Gesa seorang pesakit separuh umur. Nampak kerut muka tu memang sah dia cirit.

“Saya terpaksa ambil MC juga doktor. Walaupun tak cirit-birit, tapi anak saya loya muntah dan berak cair sejak kelmarin lagi. Naik pusing dah kepala ni berjaga malam”. Rungut seorang ibu muda yang bawa anaknya untuk berubat kerana muntah berak.

Biasanya kami beri MC kepada yang berindikasi tinggi jika mereka pergi kerja akan menyusahkan kehidupan. Cirit-birit ni tidak dapat disahkan oleh mana² ujikaji darah pun. Ianya hanya melalui penceritaan pesakit dan kaum kerabat yang boleh dipercayai. Jika peringkat teruk baru doktor boleh perhatikan nadi, tekanan darah dan lendur kulit, mengesahkan bahawa pesakit dalam kekeringan. Selain dari itu hanya kepercayaan jalan cerita, lalu doktor memberi rawatan dan keluarkan surat cuti.
Kami sudah mengagak kejadian cirit birit ini berlaku setiap kali musim perayaan. Puncanya adalah keracunan makanan.

Apa maksud keracunan makanan? Ia bukan bermakna pesakit memakan racun, tetapi makanan yang diambil oleh pesakit itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh. Samada ianya baharu dihidangkan atau sudah disediakan sejak sehari berlalu. Namun majoriti keracunan ini berlaku akibat LIMA punca utama.

1) Mengambil makanan yang sudah lama disediakan. Makanan tersebut sudah hampir basi atau basi tanpa disedari oleh kita.
2) Memakan makanan dalam bentuk pelbagai. Interaksi sesama bentuk resepi di dalam perut kita menyebabkan cirit birit akan berlaku. Contohnya mengambil kueh raya, minum kopi atau air bergas dan tapai. Interaksi makanan ini boleh menyebabkan perut bergelora. Tapai mempunyai sedikit alkohol didalamnya. Ia bukan arak, tetapi hasil penapaian beras dengan ragi menyebabkan terbentuknya alkohol yang manis itu.
3) Interaksi ubat-ubatan dengan juadah raya juga boleh berlaku. Oleh yang demikian, sila perhatikan masa yang tepat ubat-ubatan anda perlu diambil. Jika arahan menyebut makan semasa perut kosong, makan wajib diambil semasa perut yang belum berisi dengan juadah raya. Kerana interaksi negatif antara ubat dan makanan akan menyebabkan penyerapan ubat terganggu. Jika timbul cirit-birit, lagi menyusahkan diri kita.
4) Meminun air yang tidak dimasak. Tahap suhu apabila anda ingin memasak air adalah paling minima 85 ⁰C. Dipanaskan selama 3 minit. Biasanya dapur gas di rumah kita, tahap mengelegak itu suhu rebusan sudah mencapai 100 ⁰C. Minima 60 saat ketika mengelegak sudah memadai. Tetapi lebih lama lebih baik agar semua bakteria dan virus akan mati. Air tidak dimasak ini dikatakan “racun” apabila mengandungi kuman berbahaya. Dahulu kala wabak taun (kuman kolera) boleh merebak. Tetapi sekarang sudah jarang didengari. Ini kerana sistem kumbahan, kebersihan dan kawalan punca sudah dijaga dengan baik. Namun, ia boleh segera muncul jika kita tidak berhati-hati. Kuman-kuman lain seperti pencemaran e-coli juga boleh menyebabkan kehidupan kita tidak keruan akibat cirit birit. Justeru, minumlah air yang dimasak. Bagaimana pula dengan ais? Ia juga boleh menjadi punca jika sumber pengilang ais tidak menjaga kebersihan dan menggunakan air yang tidak dijamin mutunya. Syarikat pengilang ais wajib mematuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan.
5) Penggunaan pinggan mangkuk, gelas yang tidak bersih. Biasanya boleh berlaku dalam keadaan sibuk, lupa untuk membersihkan segera pinggan mangkuk setelah digunakan. Kemudian kita membasuh semula dalam keadaan cincai. Makanan basi tidak terhapus seluruhnya. Kuman pun banyak yang melekat di pinggan. Basuh menggunakan sabun sudah memadai, tetapi perlu dilakukan dengan teliti, jangan tergesa-gesa. Kepada ibubapa yang ada anak kecil, basuh botol susu anak anda dengan cara yang betul. Sental baki susu yang ada didalam botol. Kemudian rendam dengan air panas. Tidak perlu direbus botol susu itu.
Apakah rawatan untuk cirit-birit ini? Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil jika anda mengalami cirit-birit:
1) Sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera diklinik, samada klinik kerajaan atau swasta. Doktor akan menilai sejauh mana keterukan cirit-birit anda melalui pemeriksaan tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan sebagainya.
2) Ambil ubat yang dibekalkan (jika anda tidak dimasukkan ke hospital). Doktor akan membekalkan garam gantian bagi menggantikan semula air serta garam galian setelah cirit-birit.
3) Banyakkan minum air, walaupun anda selalu muntah berak. Setidak-tidaknya sebahagian kecil dapat diganti dengan meminum air tadi.
4) Elakkan memakan makanan yang sudah basi atau tidak diketahui status bila dimasak. Tuan rumah rasanya tidak berkecil hati jika anda tidak makan. Buatlah alasan perut anda sudah penuh. Memang pun, sebelum tengahari perut sudah sendat dengan makanan. Kita makan juga kerana nafsu sahaja.
5) Elakkan memakan juadah berlemak, bergas, berkafein dan pedas. Elakkan juga percampuran makanan seperti yang saya sebut di atas tadi.
6) Jaga dengan teliti kebersihan penyediaan makanan, pinggan mangkuk dan air.
7) Rehat secukupnya. Banyakkan doa, jangan hiraukan kepada segelintir manusia yang anti-anti-doa.
Cirit-birit ini biasanya akan hilang dalam tempoh 24 jam sahaja, jika berlarutan, sila kembali semula ke klinik. Kemungkinan besar anda akan dimasukkan ke wad hospital bagi rawatan lanjut.

Sumber BO - 29-6-2017
























































Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?

APABILA kapten kapal terbang sebuah syarikat penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur meminta penumpang membaca doa agar kapal terbang yang mengalami masalah teknikal baru-baru ini selamat, saya teringat satu peristiwa 34 tahun yang lampau. 
Ketika itu saya di Tingkatan 4, Sekolah Alam Shah, Ceras, Kuala Lumpur. Guru Matematik Moden seorang Tionghua tanpa agama. Ketika hampir selesai pengajaran Matematik Moden itu, dia menyebut kepada kelas yang kesemua pelajarnya ialah pelajar lelaki: 'I'm free. I've no rules to follow.' 
Seorang kawan bernama Zainal Arifin (almarhum) menyampuk: 'Kalau cikgu naik kapal terbang, tiba-tiba kapal terbang nak jatuh, cikgu nak minta tolong siapa?'
Loceng berbunyi menandakan pertukaran subjek lain pula. Cikgu kecil molek yang tidak berkahwin itu diam, tidak respon apa-apa dan terus keluar. 
Kenyataan seorang guru aties yang secara halusnya mengajak manusia engkar kepada Allah dan peraturan-Nya disanggah dengan soalan spontan daripada mulut pelajar yang menggunakan logik akal mudah. 
Manusia secara fitrah dan semulajadi percaya kepada satu superpower yang berbeza dengan dirinya dan makhluk lain. Ketika senang, ia mungkin tidak ketara. Tetapi ketika susah, ia akan berdoa kepada-Nya memohon pertolongan membebaskannya dari dukalara. 
Perkara ini dikuatkan oleh ayat al-Quran yang menyebut tentang manusia yang berada di laut di saat gelombang kuat, dia akan berdoa kepada Allah agar diselamatkan, tetapi bila tenang berada di darat, dia mula lupa. 
Si fulan komen isu di atas dengan berkata: Ia masalah teknikal sahaja, tiada kaitan dengan tuhan.    
Nama si fulan sangat baik dari segi maknanya. Zaid nama popular dalam buku tatabahasa Arab. Ia digunakan untuk menunjukkan kata nama Zaid itu sebagai isim marfu', mansub atau majrur. Ops, maaf, ramai yang tak faham. Nama Ibrahim pula sempena nama nabi yang membanteras syirik dan bentuk kepercayaan yang salah di zamannya. Sepatutnya orang bernama seperti ini mempunyai sifat macam Nabi Ibrahim yang membanteras kesesatan, tidak sebaliknya. 
Kerosakan teknikal kapal terbang boleh berlaku kepada semua jenis kapal terbang, tambang murah atau tambang mahal. Langkah keselamatan tentu telah diambil. Namun apabila berlaku perkara yang penuh risiko, adakah salah kapten kapal yang punya pengalaman dan prinsip meminta penumpang berdoa agar semua selamat?
Kalau yang komen itu seorang aties, ia memang tidak percaya kepada tuhan dan mungkin tidak berdoa. Namun, dia tidak dapat melawan fitrah semulajadi dirinya sendiri bahawa di sana ada kuasa yang mengatasi segalanya. 
Kalau yang bernama Zaid itu muslim, dia tentu percaya kepada agamanya termasuk ayat al-Quran dan isinya. 
Lama dulu, dialah yang memfailkan kes di mahkamah menentang hudud di negerinya sendiri. 
Kini, dalam kes kapal terbang pun, dia menunjukkan seolah-olah kuasa tuhan tidak tertakluk kepada perkara itu. 
Takdirnya nanti (moga dijauhkan Allah), partinya mendapat kuasa, tentu syariat dan hukum agama terpinggir kerana tuhan tiada peranan di situ. 
Kembalilah kepada fitrah. Kembali lah kepada agama Allah. – HARAKAHDAILY 28/6/2017 
(Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu)
Sumber HD - 28-6-2017 






























































Muslimat PAS Kekang Gejala Sosial Yang ‘Membarah’

BESUT – PAS melaksakan pelbagai program untuk mengekang gejala sosial yang semakin membarah di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Besut mutakhir ini.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Besut, Puan Nafisah Ismal berkata, banyak peristiwa dan isu-isu yang terjadi seperti kes rogol, kerosakan akhlak dan sebagainya.

“dan isu terbaru hari ini kes tetak. Sekarang ni kita dengar di Besut (berlaku) tiga kes tetak,
“jadi bagi kita (PAS) rasa semakin hari semakin takut dengan suasana ini dan ia menjadi satu cabaran kepada masyarakat Islam”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbukanya, sempena Aidilfiri yang diadakan Kampung Dengir, Besut, pada Isnin 26 Jun.


Justeru itu kata beliau, antara kegiatan yang dianjurkan Muslimat Besut bagi menangani masalah itu ialah kursus-kursus membina sahsiah diri para remaja.

“kita mengadakan program-program kemasyarakatan seperti kursus keibu bapaan bersama dengan golongan remaja, usrah dan sebagainya bagi membentuk akhlak masyarakat hari ini,

“kami sebagai muslimat PAS akan berperanan dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam masyarakat kita hari ini dan tidak meletakkan tanggungjawab itu dibahu kerajaan semata-mata”, jelas beliau.

Dalam pada itu katanya, muslimat Besut telah menggerakkan seluruh jentera untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-14 nanti.


“sekarang ini kita tengok saat pilihan raya pun dah hampir dan masyarakat mula terasa suasana pilihanraya,

“masing-masing kita tengok dalam keadaan bersedia (untuk bertugas). Kalau di dun Kuala Besut boleh dikatakan semua cawangan dah ‘aktif’,

“petugas parti terutamanya muslimat PAS Kawasan Besut disemua peringkat berada dalam ‘mode’ 100% bersedia menunggu tiupan ‘trompet perang’ PRU 14,

“Insya Allah ‘Besut’ akan menyumbang kerusi kemenangan untuk PAS memerintah kembali negeri Terengganu ini,” tegas Nafisah.

Sumber BO - 27-6-2017
































































Kerajaan BN Tiada Perancangan Khusus Untuk Orang Muda

KUALA TERENGGANU – Kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda adalah kerana tiada perancangan khusus yang yang dibuat untuk golongan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, ramai keluarga yang mengadu kepada beliau, anak-anak mereka terpaksa keluar dari negeri ini, untuk mencari sumber pendapatan.

“Sebenarnya ikhlas saya kata, perancangan khusus untuk orang muda tak ada……masa depan orang muda taka da,

“nak selesai masalah pengangguran di kalangan para graduan universiti, budak-budak muda tak ada……….jadi tidak ada pendekatan (yang diambil oleh kerajaan),”tegasnya.


Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata demikian ketika sitemui pada Majlis Rumah Terbuka beliau, sempena Aidilfitri di kediamannya, di Seberang Baruh semalam 26 Jun.

Menurutnya, sehingga kini, tidak ada syarikat-syariat besar dan industry yang melabur di negeri ini.

“Kadang -kadang dia (Menteri Besar) tembak je……..mengatakan satu-satu angka (peluang pekerjaan) begitu, tapi sebenarnya……. hakikat dan realiti tak ada,

“saya bukan nak kata apa……..ramai (ibu bapa) yang mengadu kepada saya anak (mereka) merata pergi cari kerja……graduan……….yang kerja kilang, maknanya cari kerja bukan di Terengganu,” tambah beliau.


Sempena aidilfitri tahun ini, beliau bersyukur kerana pada musim cuti ‘raya’ tidak lagi ada anak-anak muda yang menggunakan jalan dihadapan rumahnya untuk merempit, sebagaimana berlaku pada dua atau tiga tahun sebelum ini.
“sekarang ini (saya dengar) dia nak merempit dia pergi ke jalan baru (bina) dekat Bukit Besar ‘highway’ tengah duk buat lebuh raya ‘Bypass’ tapi kereta tak ada lagi, ,
“jadi petang-petang dia berlumba situ……tak ganggu orang ramai,”

Apabila ditanya tentang dakwaan pijak kerajaan yang mengaku telah membasmi rempit, beliau menafikannnya.


Sebaliknya kata beliau, usaha yang diambil oleh Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam Haji Ahmad Amzad Hashim, dengan kerjasama pijak polis menubuhkan ‘Community Policing’bersama dengan penduduk kampung telah membuahkan hasil.

“alhamdulillah…… dia ambil inisiatif bersama dengan pihak polis untuk buat komuniti polis, satu istilah yang kita gunakan untuk panggil komuniti polis,
“(dia) mesyuarat dengan orang kampung, dengan pihak polis yang bersama, dan sekarang ini orang kampung keluar, polis pun ada (sekali),
“jadi rempit makin kurang lepas tu sekarang dah selesai,” jelas beliau

Sumber BO - 27-6-2017


































































Insya Allah, sumbang kerusi untuk PAS perintah Terengganu

Muslimat PAS Besut telah menggerakkan seluruh jentera untuk menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 nanti, kata ketuanya Nafisah Ismal. 
“Sekarang ini kita tengok saat pilihan raya pun dah hampir dan masyarakat mula terasa suasana pilihan raya. Masing-masing kita tengok dalam keadaan bersedia. 
"Kalau di dun Kuala Besut boleh dikatakan semua cawangan dah aktif. Petugas parti terutamanya muslimat PAS Kawasan Besut di semua peringkat berada dalam ‘mode’ 100% bersedia menunggu tiupan ‘trompet perang’ PRU 14. 
“Insya Allah ‘Besut’ akan menyumbang kerusi kemenangan untuk PAS memerintah kembali negeri Terengganu ini,” tegasnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfiri yang diadakan Kampung Dengir, Besut, semalam. 
Tambah beliau, pihaknya juga melaksanakan pelbagai program untuk mengekang gejala sosial yang semakin membarah di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Besut mutakhir ini. 
Beliau berkata, banyak peristiwa dan isu-isu yang terjadi seperti kes rogol, kerosakan akhlak dan sebagainya. 
“Dan isu terbaru hari ini kes tetak. Sekarang ni kita dengar di Besut (berlaku) tiga kes tetak. Jadi bagi kita (PAS) rasa semakin hari semakin takut dengan suasana ini dan ia menjadi satu cabaran kepada masyarakat Islam,” ujarnya. 
Justeru itu kata beliau, antara kegiatan yang dianjurkan Muslimat PAS Besut bagi menangani masalah itu ialah kursus-kursus membina sahsiah diri para remaja. 
“Kita mengadakan program-program kemasyarakatan seperti kursus keibubapaan bersama dengan golongan remaja, usrah dan sebagainya bagi membentuk akhlak masyarakat hari ini, 
“Kami sebagai muslimat PAS akan berperanan dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam masyarakat kita hari ini dan tidak meletakkan tanggungjawab itu dibahu kerajaan semata-mata,” jelas beliau.
Sumber HD - 27-6-2017 






































































Atur Langkah Menuju Kejayaan Yang Lebih Besar

KUALA TERENGGANU – Sempena hari kemenangan Aidilfitri, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang menajak seluruh rakyat negeri ini mengorak langkah menuju kejayaan yang lebih besar.

Beliau ketika mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada semua semua umat Islam, berharap, hari raya tahun ini disambut dengan penuh keberkatan.

“saya bagi pihak seluruh pemimpin dan ahli PAS mengcapkan selamat hari raya semua (kita) sentiasa dinaungi rahmat Allah,


“dan mendapat keredaan (daripada) Allah SWT sepanjang kehidupan,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah di masjid Kampung Padang Landak, Besut, pada Ahad 25 Jun.

Dalam pada itu, semua umat Islam diseru jangan menjadi pemusnah agama dan golongan yang menyokongnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Nerus Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, mereka yang tidak menunaikan solat itu adalah pemusnah agama, kerana solat merupakan ‘tiang agama’.


“janganlah ada dikalangan kita yang keluar dari madrasah Ramadan, masih duduk dan reda bersama pemusnah agama,

“jangan kita tinggal sebumbung dengan orang tidak menunaikan solat, duduk si sebelah menyebelah, dengan anak-anak yang tidak solat, suami atau isteri yang tidak bersembahyang,” tegasnya.

Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman itu berkata demikian ketika menyampai khutbah selepas bersama ratusan penduduk kampung, menunaikan solat sunat Aidifitri, di masjid Jamek Tok Jiring, Kuala Nerus.

Sumber BO - 26-6-2017















































































































































Berdoa Ketika Situasi Sukar, Tindakan Terpuji

Berdoa ketika berhadapan situasi sukar adalah suatu usaha. Ia bukan suatu tindakan negatif dan tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai pesimis sebagaimana pemikiran setengah liberalis muslim.

Di saat segala usaha fizikal dan teknikal telah diusahakan maka yang tinggal ialah iringan doa supaya ia dimudahkan oleh Tuhan. Setiap orang tidak boleh berputus asa mengharapkan rahmat Tuhan di saat sukar.

Hanya pemikiran sekuler yang memisahkan antara sebab fizikal dan kuasa Tuhan dalam menyempurnakan sesuatu usaha.

Berdoa tidak bererti menyerah untuk mati ketika berhadapan situasi sukar yang melibatkan antara hidup dan mati.

Tindakan pilot AirAsia yang mengajak semua penumpang berdoa ketika berhadapan situasi sukar adalah tindakan terpuji dan satu motivasi serta usaha mengajak semua penumpang secara bersama memohon keselamatan daripada bencana. Pergantungan pada Tuhan menandakan seseorang itu belum berputus asa untuk terus selamat.

Islam mengajar umatnya berdoa di kala sukar sebagaimana sabda Rasulullah saw:

َ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ

“tidak menolak ketentuan Tuhan itu melainkan doa” Hadis riwayat Hakim.
Saya lebih merasa aman jika bersama pilot sebegini.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 26hb Jun 2017

Sumber BO - 26-6-2017

Perantau Generasi Felda Perlu Teruskan Beri Maklumat

Peluang pulang ke tanah rancangan Felda di Terengganu adalah ruang yang paling sesuai untuk warga anak Felda di perantauan menyampaikan maklumat perkembangan terkini yang melanda Felda kepada ibu bapa mereka dan juga rakan-rakan sebaya yang menetap di tanah rancangan.

Walaupun zaman gajet dan smat phone memudahkan mereka yang tinggal di Felda mengakses maklumat terkini, cara perkongsian terus adalah cara yang sangat meninggalkan kesan mendalam apabila warga perantau bawa hujah atau maklumat dengan bersahaja dalam setiap sembang bersama teman atau ibu bapa.
Kedudukan mereka berjawatan dan berada dibidang profesional menambahkan lagi keyakinan warga Felda bila golongan ini bercerita dan menyampaikan maklumat sebenar.

Krisis FGV dan Tan Sri Isa Abd Samad yang telah sampai kemuncaknya beberapa minggu lalu meninggalkan satu sejarah hitam bagi warga Felda apabila FGV dan Felda sebelum ini diuruskan di bawah Isa Samad telah mengubah langkap Felda secara menyeluruh .

Aset-aset Felda yang sebelum ini mendatangkan pendapatan atau pulangan kepada Felda dan secara langsung kepada warga Felda kini sudah berpindah tangan kepada FGV. Sejak FGV disenaraikan di BSKL kebajikan pembangunan sosial peneroka Felda terjejas teruk.

Transaksi atau perpindahkan ringgit berjumlah RM17.6 bilion hasil penyenaraian FGV gagal memberi hasil besar kepada warga Felda terutama golongan generasi kedua Felda. Peluang pekerjaan dan sosial ekonomi golongan ini juga gagal dipertingkatkan tidak seindah janji tranformasi yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum penyenarain FGV dibuat.

Kehilangan 360,000 hektar tanah perladangan Felda Plantation yang mendatangkan pendapatan besar kepada kumpulan sebelum ini adalah satu kehilangan aset kepunyaan warga felda yang tidak dipandang serius oleh peneroka. Hasil tahunan dari tanah ini sebelum ini mencecah RM1.8 bilion setiap tahun.

Sepanjang tempoh tanah ini diserahkan kepada FGV, Felda sudah kehilang pendapatan melebihi RM6 bilion sehingga kini. Ada sumber mendakwa FGV sepatutnya membayar saguhati hasil dari penyerahan ini sebanyak RM500juta setahun kepada Felda. Namun maklumat dari sumber dalaman menyatakan FGV gagal melunaskan saguhati ini sejak beberapa tahun lalu.

Isu Perumahan Generasi Baharu Felda PGBF di Terengganu juga sangat kritikal. Daripada 21 tanah rancangan Felda di Terengganu, PGBF sehingga kini gagal dilunaskan janji kepada generasi kedua Terengganu.

Satu-satunya PGBF yang sudah siap di Felda Neram, sehinggal Jun 2017 masih gagal diagihkan walaupun pembinaanya sejak zaman Pengerusi Felda sebelum ini iaitu Tan Sri Mohd Yusof Noor. Projek ini sebelum ini dikenali Perumahan Warga Felda PWF sebelum ditukar kepada PGBF.

PGBF di Felda kertih 5 juga terbengkalai sehingga sekarang. Sepatutnya projek ini siap dan boleh diduduki beberapa tahun lalu. Begitu juga di tempat lain seperti Felda Bukit Bading, Chalok Rahmat dan Chalok Barat, hanya papan tanda tanpa sebarang aktiviti pembinaan di atas tapak yang dirasmikan sebelum PRU 13 yang lalu.

Projek sentuhan kasih di Felda Tenang juga antara koleksi kegagalan projek ini di Terengganu dan diakui sendiri oleh Exco kerajaan Terengganu tahun lalu dalam satu kenyataan selepas pihak Kongres Rakyat membangkitan isu ini dalam satu persidangan mereka.

Ini antara isu yang perlu diketengahkan oleh Perantau Felda yang masih ada seminggu lagi untuk bersama warga Felda di tempat masing-masing. Ambil lah peluang ini sebaik mungkin dan sudah tentu ianya akan memberi kesan besar dan mendalam jika ianya mampu disampaikan kepada golongan sasaran.

Justeru itu kami Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan Terengganu merayu semua Perantau Felda tidak melepaskan peluang ini, gunakanlah apa jua pendekatan agar kesedaran maklumat ini terus digerakan demi pembelaan kepada kita semua warga Felda Terengganu.

‘SELAMAT HARI RAYA’
NARAZA MUDA
Pengerusi GENERASI Terengganu
26 Jun 2017 | 02 Syawal 1438

Sumber TKO - 26-6-2017






































































Rasuah Berpunca Dari Rumah

KUALA NERUS – Masalah rasuah dan penyelewengan yang yang berlaku dan berleluasa, adalah berpunca daripada kegagalan individu terbabit menguruskan keperluan rumahtangga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim menggesa agar para isteri berupaya membantu suami untuk mencukupkan keperluan keluarga dengan sifat takwa, yang diraih dari sebulan berpuasa.

“gejala rasuah dia mari (masalah) itu dari rumah……..sebab itu nabi (Muhammad) SAW berkata sesiapa yang dikurniakan Allah rezeki isteri yang solehah, sesungguhnya Allah ia telah membantu dia separuh daripada agama,


“bertakwalah kepada Allah ………sesungguhnya takwa itu membawa kepada kejayaan,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah selepas solat subuh di masjid Jamek Tok Jiring, dekat sini pada Jumaat 23 Jun.

Beliau turut kesal kerana menurutnya, gejala rasuah sudah merebak dan membarah dalam pelbagai tingkat tingkat pekerjaan dan pelbagai jawatan, sebagaimana pebdedahan yang dibuat oleh media massa.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang-orang berpuasa di bulan Ramadan terus menjaga pandangan dan tutur kata, di bulan Syawal terutamanya.

“ada yang pergi ziarah rumah orang pada hari raya………kemudian dia berkata langsir rumah ni yang lama juga…….(tak bertukar),
“tuan rumah beritahu suami dia, apa orang kata tentang rumah mereka, dan boleh jadi perbalahan, oleh kerana kita tidak jaga pandangan dan kata-kata kita,”kata beliau memberi contoh.


Sumber BO - 24-6-2017







































































Hati-hati Belajar Agama ‘Online’

SETIU – Anak-anak muda diberi ingatan supaya berhati-hati mempelajari ilmu agama menggunakan bahan-bahan atas talian (online) terutamanya melalui ‘you-tube’.

Naib Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Adam Said berkata, golongan muda perlu meneliti dan jangan menerima ‘bulat-bulat’ bahan tersebut, supaya tidak mendapat maklumat yang kurang tepat.

“belajar agama dari internet dan you-tube itu hukumnya harus, tapi perlu melihat siapa penyampainya dan menyaring maklumat serta ilmu yang disampaikan,


sebagian besar hanya menerangkan sebahagian sahaja dari hukum hakam agama, perlu dirujuk kembali kepada mereka yang ‘fakih’,” ujar beliau.

Pengasas Pondok Nurul Iman Besut itu berkata demikian ketika ditemui k menyampaikan takirah pada Majlis Iftar, di Pusat Tahfiz An-Nur, di Sungai Tong, dekat sini pada Khamis 22 Jun.

Beliau turut menasihatkan orang-orang muda agar jangan malas menuntut ilmu agama.


“jangan malas mengaji, sentiasa hadir ke majlis-majlis ilmu, ceramah dan kuliah,” tambah beliau.

Turut sama dalam Majlis tersebut ialah Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor, pengasas pusat Tahfiz An-Nur.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang telah memberikan sokongan dan infaq kepada pembinaan asrama pelajar perempuan pusat tersebut.


“saya mewakili semua asatizah dan tenaga petugas Pusat Tahfiz ini mengucapkan ‘jazakumullah’ kepada semua penyumbang,
“dan kami masih memerlukan dana untuk menyiapkannya, secepat mungkin…..in sya Allah, sebelum hujung tahun, kita cuba sudahkan,” kata beliau.

















Sumber BO - 24-6-2017





















































































































































PERUTUSAN AIDILFITRI PESURUHJAYA PAS NEGERI TERENGGANU

Saya bagi pihak seluruh kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan juga bagi pihak seluruh keluarga PAS negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuan-tuan, puan-puan, muslimin muslimat dan saudara saudari yang dirahmati dan di kasihi sekalian

Semoga setiap tahun anda semua berada di dalam keadaan baik dan termasuk di kalangan orang yang mendapat kemenangan dari sisi Allah SWT.

Kita baru sahaja selesai menunaikan Ramadan Al-Mubarak yang penuh dengan penuh keberkatan yang disediakan oleh Allah rahmat dengan keampunan dan juga dengan pembebasan daripada api neraka, maka marilah sama-sama kita berdoa semoga amalan Ramadan kita benar-benar mendapat ketiga-tiga kurniaan yang dijanjika oleh Allah itu.

Kita bersihkan diri kita dengan rahmat Allah, kita sucikan diri kita dengan keampunan daripada Allah dan juga di bebaskan kita daripada api neraka Allah serta saya menyeru supaya sama-sama kita membuktikan keikhlasan dan juga kebenaran, aku janji kita dengan Allah.

Di antara aku janji itu ialah kita berikrar tidak ada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah dan kita tidak akan sembah tidak akan tunduk melainkan hanya kepada Allah kepada dia yakni Allah dalam keadaan tulus ikhlas suci hening hati bahawa hanya bagi Allah itu jalan hidup dan agama kita sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.

Oleh itu marilah berdasarkan kepada aku janji ini berlandaskan kepada penegasan yang kita lakukan pada setiap hari raya kita sama-sama buktikan dan kita sama-sama tunaikan janji ini pada hari yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini.

Saya juga menyeru , marilah kita benar-benar menghayati apa yang di tegaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud; sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong, persaksian palsu dan terus beramal dengannya maka tidak ada keperluan langsung bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minum.

Kita yang sanggup berlapar dan berdahaga adalah untuk mencari kurniaan Allah untuk mendapatkan keredhaan Allah untuk mendapat rahmat daripada Allah. Kalau kita tidak sanggup meninggalkan perbuatan yang salah, perbuatan yang palsu, perbuatan yang bohong pengakuan yang bohong, percakapan yang bohong, sudah tentu puasa yang kita lakukan itu tidak member apa-apa kesan di dalam diri kita.

Maka marilah pada hari penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini kita sama-sama buktikan dan sama-sama tunaikan janji untuk melayakkan kita mendapat keredhaan dan taqwa serta patuh kepada Allah sebagaimana matlamat daripada puasa kita.
Sudah tentu kita semua yakin bahawa sesuatu perkara yang bercanggah dengan syariat, yang bercanggah dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah perkara yang palsu, perkara yang bohong, yang tidak diterima Allah dan ia bercanggah sama sekali dengan ibadat puasa yang kita laksanakan.

Marilah pada hari yang penuh berkat ini kita sama-sama bermaafan bersuci hening daripada segala kesalahan, kekhilafan, kekasaran, ketelanjuran yang kita lakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja untuk kita menjadi orang yang benar-benar bersih dan benar-benar bersaudara di dalam membina kehidupan yang lebih di berkati oleh Allah.

Mengambil sempena dengan hari mulia ini sudah tentu daripada kalangan para sahabat kita, teman ke teman kita, anak-anak kita daripada seluruh pelusuk tanah air akan kembali berhari raya dan kembali bersuka ria, kembali bersama-sama dengan pangkuan keluarga untuk menikmati dan untuk merasai kegembiraan dan juga kemeriahan hari raya ini .

Kita doakan kepada seluruh anak-anak kita, keluarga kita yang jauh yang duduk di perantauan yang berada di perantauan baliklah dengan selamat, berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Ingatlah kita kembali untuk di sambut dengan riang bukan kita kembali untuk di sambut dengan duka .kita kembali untuk memberikan keriangan dan kegembiraan pada hari lebaran yang mulia ini .

Khusus saya tujukan kepada sahabat-sahabat, tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara yang berada di perantauan, yang akan pulang ke tanah air, saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri menjemput tuan puan serta keluarga untuk menghadiri pertemuan dan perjumpaan hari raya yang khusus kepada Perantau untuk meraikan kepada tuan puan sekalian, yang akan diadakan di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu di Kuala Ibai.'

Saya dengan segala hormat dan segala sukacita nya menjemput saudara-saudari tuan puan serta keluarga untuk memeriahkan majlis hari raya bersama anak-anak di perantauan, dan akhir sekali marilah sama-sama kita membuktikan berganding bahu untuk sama-sama menuju kearah Terengganu Maju ,berkat dan sejahtera

Sekian.

DATO’ USTAZ HAJI HUSAIN AWANG
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
29 Ramaddan, 1438H/ 24 Jun, 2017

Sumber BO - 24-6-2017













































































Guru PASTI Tabur Bakti, Demi Islam

Oleh : Shafira

SETIU – Pendapatan yang tidak seberapa bukanlah halangan untuk terus menabur bakti demi melihat bakal pewaris negara dibentuk dengan acuan Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, pengorbanan para guru PASTI amatlah tinggi. Ribuan anak-anak telah terdidik hasil dari penat lelah mereka walaupun hanya diberi gaji yang tak seberapa.

“ada guru PASTI di Jabi yang ditawarkan mengajar kelas KAFA dengan gaji tiga kali ganda dari apa yang diterima di PASTI tapi dengan syarat mesti berhenti dari mengajar di PASTI,

“tapi mereka memilih untuk kekal di PASTI tanpa ragu-ragu. Walau sebenarnya tak ada masalah sebab PASTI sesi pagi dan KAFA sesi petang,” ujarnya

Dr Azman yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menyampaikan sedikit sumbangan kepada guru-guru PASTI dalam dun Jabi, Khamis 22 Jun, disini.

PAS DUN Jabi semalam telah mengunjungi lima buah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam ) untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian kepada seramai 18 orang guru.

“Sumbangan itu diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa baik serta khidmat sebagai guru dalam mendidik anak-anak dan berharap agar guru- guru PASTI tidak merasa jemu untuk terus berbakti dalam mendidik anak- anak dengan acuan nilai-nilai Islam dalam diri mereka,

“Guru PASTI adalah murobitun sejati dalam parti walaupun mereka tidak begitu dikenali di bumi”, jelas beliau.

Sumber BO - 23-6-2017

Kebajikan Rakyat Diutamakan

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – PAS akan mengutamakan kebajikan rakyat jika diberi mandat untuk memerintah negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sebagaimana yang pernah kita (PAS) lakukan masa memerintah negeri ‘Batu Bersurat’ ini pada PRU ke 10 yang lalu, pelbagai program kebajikan untuk rakyat kita buat.

“Antara kebajikan yang kita buat seperti menaik taraf jumlah bantuan bulanan kepada keluarga fakir miskin dan menghapuskan cukai pintu kediaman serta menghapuskan tol yang cukup membebankan rakyat,
“Kerana kita (PAS) meletakkan asas pemerintahan yang berpandukan Islam,


“Sememangnya meletakkan kebajikan rakyat mengatasi segalanya. Inilah prinsip dan hala tuju pemerintahan yang hendak kita bawa berslogankan ‘Negara Berkebajikan’ yang mengutamakan kebajikan rakyat”, ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Iftar YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Bersama 100 Anak Yatim anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Teluk Pasu.

“PAS tidak mahu negeri kaya tetapi rakyat miskin macam di Terengganu kita sekarang,
“Duit banyak tapi rakyat terus dibelenggu kemiskinan”, kata beliau.


Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional terus mengenakan pelbagai polisi yang membebankan rakyat.

“Baru-baru ini kerajaan hendak mengenakan cukai GST terhadap 60 jenis barangan makanan,

“Ini menunjukan perbendaharaan negara tidak berfikir panjang (dalam menentukan polisi percukaian) kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat”, jelas Ustaz Ridzuan.

Turut hadir pada majlis iftar tersebut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yang Berhormat Dato Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali dan isteri, Ketua Muslimat Dun Teluk Pasu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Setiusaha MTD Teluk Pasu, Jusoh Ngah serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Abdul Hadi Harun.

Sumber BO - 23-6-2017
















































































Semakin Banyak Bantuan Kerajaan, ‘Signal’ PRU14 Kian Hampir

Oleh : Rohayati Ripin

Bantuan yang di taburkan ‘merata-riti’ oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional muktahir ini jelas menandakan pilihan raya umum kali ke-14, semakin hampir.

Dana Remaja telah diagihkan pada program perasmian oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Njib Razak ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas,Tepoh, 15 April yang lalu.

Selain itu, dilaporkan Dana Raya dan BR1M turut diagihkan pada bulan Ramadan ini.
Justeru itu, pada hujung minggu lalu, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zairani Bt Othman berkata, pemimpin besar negara mula turun ke negeri dan kawasan ‘bermoreh’ dan berbuka puasa serta pelbagai ‘program rekaan’ menunjukkan pilihan raya bakal muncul selepas ‘hari raya’.
“Nampaknya itulah caranya (Umno) mula berkempen. Berbeza dengan kita (PAS),

“kami Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu akan turun ke bawah untuk bertemu sahabat handai, para wanita dan masyarakat dalam program sumbangan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim,” jelasnya.


Bahkan katanya, disesetengah DUN, undi wanita melebihi muslimin yang menampakkan betapa pentingnya sokongan wanita dalam pilihanraya akan datang.

Pentingnya sokongan undi wanita kerana sesetengah dun undian wanita lebih tinggi berbanding muslimin.

Beliau berkata demikian ketika di temu bual dalam program Sembang Ramadhan bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu yang di adakan di studio HARAP TV, pada Khamis 15 Jun .

“Justeru kami menyeru kepada semua marilah kita sama-sama menyokong kepimpinan yang beramanah, bertakwa dan menyokong kepimpinan calon PAS samada lelaki ataupun perempuan,

“Sebab kita tiada tujuan lain yang kita nak supaya kita boleh laksanakan amanah sebagaimana yang di perintahkan oleh Allah SWT “, ujarnya.

“Terengganu negeri yang kaya dengan galian namun hasilnya tidak disalurkan kepada orang sepatutnya,

“Inshaallah PAS akan jaga amanah rakyat jika di beri peluang memerintah … kita akan jaga duit rakyat,

“Kami menaruh keyakinan calon yang kita pertaruhkan pada PRU14 nanti dapat melaksanakan amanah dengan sebaik-baik nya serta menjadikan Terengganu maju sejahtera dan berkat”, katanya

Sumber BO - 23-6-2017
















































































Gembleng Tenaga Tingkat Sokongan

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – Muslimat PAS Teluk Pasu terus berusaha menggembleng tenaga bagi meraih sokongan masyarakat setempat agar menyokong PAS dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.

Ketuanya, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, sambutan baik yang di tunjukkan warga pelbagai golobgan terhadap program anjuran PAS amat menggalakkan.

“walaupun kita tahu mereka ini dari kalangan penyokong Umno namun dari reaksi yang ditunjukkan jelas menggambarkan hati mereka mula lunak dengan PAS,


“kita mesti menunjukkan kebaikkan dan kebenaran yang PAS bawa agar hati mereka tertarik untuk mengundi kita (PAS) dalam pilihanraya nanti”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai menyantuni penduduk di Kampung Banggol Donas, dekat sini, semalam.
Tuan Roslina turut menghadiri majlis bacaan Yassin di rumah seorang penduduk yang baru saja kematian suami dan menyerahkan sedikit bantuan kewangan kepada keluarga arwah.

Turut serta dlm program Ziarah Kasih Ramadhan kali ini ahli jawatankuasa muslimat PAS Cawangan Banggol Donas.


Sumber BO - 21-6-2017



















































































Bebanan GST Semakin Meresahkan Rakyat

Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS – Rata-rata masyarakat kampung hari ini mengeluh dengan kenaikkan harga barang yang sentiasa meningkat lebih-lebih lagi ketika menjelang hari raya.

Apatah lagi, apabila mereka mendengar khabar bahawa sebanyak 60 item makanan akan turut dikenakan cukai sebanyak enam peratus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, hampir keseluruhan masyarakat terutama kaum ibu meluahkan rasa tidak mampu dalam memenuhi persiapan bagi menghadapi musim perayaan.

“Terutama persiapan kelengkapan anak- anak menyambut hari raya terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai,
“Janji-janji pihak kerajaaan untuk mendahulukan rakyat marhaen sebenarnya telah mengikat batu ke perut mereka. Cukai GST yang dikenakan oleh pihak kerajaaan betul- betul membebankan rakyat jelata”, katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menyampaikan sumbangan dalam Majlis Keraian Dan Sumbangan Warga Pasti Ar Rahman, Pengkalan Arang, Ahad 18 Jun, disini.

Buat julung kalinya program seumpama ini diadakan di institusi Pasti yang berada dalam dun Bukit Tunggal bahkan seluruh kawasan Kuala Nerus.
“Program keraian dan menyampaikan sumbangan kepada para guru, pelajar, ibu bapa , staf pentadbiran Pasti dan masyarakat setempat ini sepatutnya dijadikannya contoh pada Pasti-Pasti yang lain,

“PAS cuba membantu mengatasi kesusahan rakyat dengan berbagai jalan dan cara demi untuk menceriakan hati mereka menghadapi hari raya ini,
Menurut beliau, kebiasaannya majlis sebegini dianjurkan dengan kerjasama badan -badan kebajikan ataupun dibantu oleh ahli jawatankuasa cawangan.
“Tahniah kita ucapkan kepada pihak pentadbiran dan semua warga Pasti diatas kejayaannya,

“Sumbangan hari ini terdiri dari barangan keperluan harian dan sedikit wang bagi membantu mereka menghadapi hari raya tak lama lagi”, jelasnya.

Sumber BO - 21-6-2017




















































































Tidak Sabar Tunggu Pilihan Raya

KEMAMAN – Rakyat yang sudah cukup ‘tertekan’ dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Haji Hanafiah Mat berkata, rata-rata mereka yang bertemu dengannya, bertanyakan, bilakah pilihan raya umum kali ke-14 akan diadakan.

“Rakyat tanpa segan silu meluru rapat untuk mendapatkan bubur lambuk cap bulan, sambil menghulurkan tangan berjabat mesra dan bertanya, ‘bila pilihanraya bos?,

“(mereka) dok sabor doh nok tengok PAS memerintah!’,” ujar beliau, yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu.


Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas mengagihkan 1000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai yang berkunjung ke Bazar Ramadan Bandar Cukai, di sini pada Ahad 19 Jun.

Menurut Hanafiah, pihaknya sering menerima aduan tentang kepayahan warga yang diwakilinya, ekoran kenaikan kos sara hidup yang melambung tanggi.

“mereka mengadu bebanan perbelanjaan yang meningkat kerana cukai GST terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini,

“pendapatan keluarga yang berkurangan kerana hilang kuasa beli dan ketiadaan peluang pekerjaan menambahkan kesukaran hidup mereka,” jelasnya.


Turut sama pada program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Acara yang berakhir dengan berbuka puasa bersama hampir 500 orang ramai yang memenuhi setiap sudut di Padang Astaka.
yang mengetuai rombongan tersebut menzahirkan perasaan teruja beliau apabila melihat hampir 500 orang pengunjung memenuhi setiap ruang padang.

“lokasi ini sememangnya menjadi pilihan penduduk Kemaman beriadah sambil berbuka puasa bersama keluarga setiap tahun, tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan luar biasa masyarakat

“mereka menggunakan kesempatan berhujung minggu untuk beriadah bersama keluarga, kehidupan seharian tertekan dengan pelbagai isu terutamanya kenaikan harga barangan

“ramai yang kita ditemui sebentar tadi mengadu tentang kepayahan hidup terutamanya dalam membuat persiapan Hari Raya ini,” ulas Ustaz Alias.

Sumber BO - 21-6-2017






















































































Raya Perantau Pada 2 Syawal

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dengan segala hormatnya menjemput semua anak-anak Terengganu di perantauan (PERANTAU) untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Anak-anak Terengganu di Perantauan.

Majlis yang lebih sinonim dengan panggilan ‘Raya Perantau’ ini merupakan suatu kelaziman saban tahun, diadakan bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak Terengganu di perantauan, berbincang dan menyelesaikan beberapa persoalan berkaitan ehwal semasa yang timbul.

Selain itu, majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anak-anak Terengganu yang telah menjadi perantau di negeri orang di seluruh pelosok dunia.

Pengarah program Mohd Nasir Abdul Razak menjangka lebih 1,000 rang akan hadir memeriahkan program pada tahun ini.

“Jangkaan peserta yang akan menghadiri Majlis raya pada tahun ini melebihi 1000 orang anak-anak Terengganu di perantauan sama ada dari dalam negara mahupun luar negara, yang terdiri daripada golongan yang telah bekerja mahupun yang bergelar mahasiswa”

“persiapan oleh jawatan kuasa program telah dibuat dan promosi program juga sedang giat dijalankan. Pihak penganjur mengharapkan kehadiran peserta ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada kali ini melebihi kehadiran pada tahun-tahun terdahulu khususnya dari kalangan anak-anak muda negeri Terengganu yang berada di perantauan,” jelasnya.

Katanya, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Anak-anak Terengganu di Perantauan ini akan diadakan pada 2 Syawal 1438 H bersamaan 26 Jun 2017 bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, bermula jam 8.30 malam dengan jamuan Hari Raya.

Juteru beliau menyeru semua Perantau agar dapat hadir beramai-ramai, khususnya untuk bertemu mata dengan Pesuuruhjaya negeri yang baharu.

“Saya mewakili pihak penganjur, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu sekali lagi menyeru anak-anak Terengganu di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk hadir beramai-ramai memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri kali ini,”

“Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Haji Husain Awang akan bersama-sama meraikan dan saya berharap program yang bakal berlangsung tidak kurang seminggu ini berjalan lancar, mendapat sokongan semua pihak dan dipermudahkan oleh Allah SWT, insyaAllah,” kata Mohd Nasir yang juga merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Di samping itu, majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti ucapan dan soal jawab santai bersama pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, persembahan selingan, tayangan montaj, cabutan bertuah serta agihan duit raya.

Sumber BO - 20-6-2017


























































































PAS Tidak Bergabung Dengan Umno

Oleh : KAM

KUALA NERUS – Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS menegaskan tidak bergabung dengan Umno dari sudut entiti parti kecuali kerjasama demi kebaikan Islam dan rakyat.

Ahli Jawatankuasanya, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) membolehkan PAS bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan dalam perkara kebajikan.

Malah, katanya di Terengganu semua program yang melibatkan kerajaan negeri boleh disertai PAS demi kebaikan rakyat.


“Sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak tidak ada sebarang gabungan dengan Umno dari sudut entiti parti. Tetapi, kita (PAS) boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara melibatkan Islam dan rakyat.

“Dan menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) membolehkan kita bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah dengan kerajaan terutamanya dalam perkara kebajikan.

“Begitulah kita (PAS) di Terengganu dalam apa sahaja program melibatkan kerajaan kita boleh ‘join’ (sertai) untuk kebaikan rakyat kita,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program “Shopping Baju Raya 100 Anak Yatim Bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, di sebuah pasaraya Gong Badak, di sini, 17 Jun lalu.

Justeru, Dr Mohd Khairuddin turut mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang sentiasa memberi ruang kerjasama kepada PAS dalam perkara kebajikan masyarakat dan Islam.

Menurutnya, tidak mesti kerjasama itu dalam bentuk gabungan entiti parti PAS-Umno kerana yang penting penyatuan di kalangan orang Islam.

“Kita (PAS) boleh hadir seperti program jemputan polis (PDRM) dan Menteri Besar (MB) sendiri. Saya sendiri hadir ketika perasmian Jambatan Pulau Sekati dan beberapa program kerajaan lagi, kita (PAS) akan bersama.


“Kita mengalu-alukan usaha kerajaan Terengganu sendiri untuk sentiasa memberikan ruang kerjasama dengan PAS dalam perkara kebajikan masyarakat dan kebaikan Islam.

“Tapi, cerita penggabungan parti (PAS-Umno) itu tidak berlakulah. Dan tidak semestikan kerjasama itu dalam bentuk gabungan parti tapi yang penting kerjasama di kalangan orang Islam, yang boleh menyatukan orang Islam di peringkat bawahan agar semua orang mendapat hak masing-masing,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)agar kembali kepada budaya politik baharu yang memberi hak kepada semua rakyat.

Katanya, budaya politik lama amat menekan rakyat dan tidak memberikan kepada yang berhak.

Sumber BO - 19-6-2017



























































































90 Pelajar Pasti Terima Sumbangan Raya

Oleh : Ariff Zakaria

BESUT – Seramai 90 orang pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dari 20 buah Pasti terpilih dari kalangan anak yatim serta fakir miskin diraikan dengan baju raya baharu.

Para pelajar berkenaan dibawa ke sebuah Pasaraya di Jertih beramai-ramai bersama guru dan keluarganya bagi membeli pakaian raya.

Suasana riuh rendah cukup menggembirakan anak-anak Pasti memilih pakaian hari raya percuma di bawah kelolaan Pasti Kawasan Besut.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata sumbangan berupa pakaian dan duit raya adalah tanda penghargaan kepada para pelajar Pasti.


Ia juga, katanya sebagai satu motivasi untuk menanam rasa kasih dan kecintaan terhadap pendidikan yang berteraskan Islam.

“Saya kira orientasi Pasti ini sangat memberi ‘bekas’ (kesan) kepada pelajar-pelajar bukan sahaja di kawasan Besut malah di seluruh negara.

“Alhamdulillah, PAS semakin berkembang melalui bidang pendidikan. Tahun ini adalah tahun ke dua kita menubuhkan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIFAF ) sebagai tawaran kepada masyarakat yang mengharapkan pembentukan anak-anak melalui acuan pendidikan Islam.

“Semoga iltizam yang diberi akan membugarkan lagi proses pembentukan generasi al-Quran di kawasan Besut ini,” ujarnya ketika meraikan 90 pelajar Pasti Shooping Baju Raya di Pasaraya Zon Ria, Jertih, Besut pada 18 Jun lalu.


Ustaz Wan Azhar turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan Pasti, guru-guru serta ibubapa yang sama-sama menggarap suatu komitmen padu membangunkan pendidikan Islam ini.

Sehingga, katanya masyarakat yakin dan memilih institusi Pasti bagi membuktikan Islam boleh membentuk generasi masa hadapan.
“Inilah sumbangan besar PAS yang amat bermakna untuk negara dalam bidang pendidikan bagi melahirkan rakyat yang kehidupannya seimbang di antara duniawi dan ukhrawi,” ujarnya.

Hadir sama mengiringi rombongan pelajar Pasti berkenaan Pengerusi Pasti Besut, Cikgu Syamri.

Sumber BO - 20-6-2017





























































































200 Keluarga Dibantu; PAS Cakna Golongan Miskin

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu sentiasa mengambil ‘cakna’ golongan miskin yang memerlukan bantuan terutama untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata, hampir 200 keluarga dari seluruh kampung dalam kawasan yang diwakilinya telah diberi sumbangan pada Ramadan kali ini.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Teluk Pasu telah berjaya mengadakan program sumbangan seumpama ini yang mana ini merupakan program tahunan PAS Teluk Pasu,


“dengan sedikit sumbangan ini diharapkan dapat menceriakan mereka yang memerlukan kerana kita sedia maklum dengan kos barangan sekarang begitu mahal”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai majlis sumbangan Aidilfitri untuk Dun Teluk Pasu di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Teluk Pasu, pada Sabtu 17 Jun.

Menurutnya, sumbangan wang saku dan barangan keperluan tersebut adlah bagi meringankan bebanan kos keperluan untuk menyambut hari raya pada tahun ini.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Teluk Pasu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan.

“terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan sekiranya sekirannya masih ada lagi lebihan sumbangan daripada muslimin dan muslimat, pihak MTD akan terus mengagihkan kepada mereka yang memerlukan”, kata Adun Teluk Pasu itu.

Turut hadir dalam program itu Ketua Halwa Dun Teluk Pasu Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Ketua Kebajikan MTD Teluk Pasu Haji Sanusi Taib dan Setiusaha MTD Teluk Pasu Jusoh Ngah

Sumber BO - 19-6-2017































































































Jabatan Amal Hulu Terengganu Raikan Anak Yatim

Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Lebih 120 orang anak yatim berumur sembilan hingga 13 tahun di sekitar daerah ini diraikan dalam program ‘Masih Ada Yang Sayang’ yang dianjurkan oleh Jabatan Amal dan Ameerah Kawasan Hulu Terengganu.

Dalam program itu anak-anak ini dibawa ‘shoping’ oleh ‘ibu bapa angkat’ dari kalangan petugas AMAL dan Ameerah ke sebuah ‘Hypermarket’ di Kuala Terengganu dan diberi peluang untuk memilih sendiri kelengkapan hari raya seperti baju melayu, baju kurung, jubah, songkok, tudung dan kasut.


Setelah selesai ‘shoping’, anak-anak ini diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah Resort di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Bakhri Baharuddin 12 tahun ketika ditemubual berkata, beliau berasa sangat gembira kerana dipilih untuk turut serta dalam program ini.

Beliau yang merupakan anak bungsu dari lima orang adik beradik dari Kampung Tok Lawit ini sangat seronok dan bersyukur kerana peluang ini datang hanya sekali dalam setahun.


“Hari ini saya dapat beli baju raya baru, dapat makan sedap-sedap, selain itu dapat berkenalan dengan ramai kawan, jika diberi peluang dalam sesi akan datang saya pasti akan sertainya lagi”, ujar beliau sambil tersenyum teruja ketika ditemu pada Sabtu 17 Jun.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu, Tuan Haji Muhyidin Abd Rashid yang turut menemani anak-anak ini membeli belah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan orang ramai dalam menjayakan program masih ada yang sayang kali ke sepuluh tahun ini.

Semoga program ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan di masa yang akan datang.

Sumber BO - 19-6-2017

































































































Dekati Masyarakat, Tawan Hati Pengundi


Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS – Ameerah mesti melibatkan diri dengan masyarakat dalam semua bidang samada dakwah, berorganisasi dan kemasyarakatan.

Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zaroni Osman berkata, sudah tiba masanya Ameerah menonjolkan diri membantu parti (PAS) menawan hati pengundi.

“Sekarang bukan lagi masa orang muda khususnya Ameerah menyembunyikan diri seperti yang diceritakan oleh al-quran tentang kisah pemuda yang menyelamatkan aqidahnya di dalam sebuah gua iaitu kisah Ashabulkahfi,

“Kita melihat orang muda khususnya iaitu golongan umur 21 hingga 40 tahun amat kurang melibatkan diri mereka dengan program jemaah,

“Kebanyakannya menyebunyikan diri walaupun bukan didalam gua seperti kisah Alkahfi, tetapi mereka bersembunyi dirumah masing- masing. ujarnya lagi.


Beliau berkata demikian dalam program Gerak Mujahidah 2, 17 Jun, semalam,disini.

Program yang menghimpunkan tiga sayap muslimat muda PAS iaitu Ameerah, Nusaibah dan Briged itu bagi menyuntik semangat dalam menghadapi PRU14 nanti.

Menurut beliau, sudah tiba masanya orang muda bersama dalam satu wadah seperti Ameerah bagi melaksanakan gerak kerja jemaah dalam semua aspek.

“Dalam situasi hari ini, pengundi muda berumur 21 hingga 40 tahun lebih ramai daripada pengundi veteran, lebih kurang 70 peratus terdiri dari pengundi muda,

“Oleh itu dalam suasana politik yang kian mencabar, tenaga orang muda amat diperlukan untuk menghadapinya, tegasnya.

Justeru beliau menyeru agar Amerah Kawasan Kuala Nerus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Suasana yang ada dalam negara ini amat membimbangkan dengan gejala sosial yang tidak dapat dibendung serta penyalahgunaan kuasa , ketidakadilan , rasuah dan keborosan.


Terutama sekali dalam pergaulan bebas, mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan pedaftaran negara ,angka yang dikeluarkan amat membimbangkan.

“Kita lihat tahun 2013 hingga 2015, hampir 160 ribu orang anak yang tak sah taraf dilahirkan,

“Gejala ini (seolah-olah) tak ada jalan penyelesaian. Setiap tahun ianya bertambah dan yang menjadi permasalahannya ia berlaku dikalangan umat Islam”, katanya.

Jelasnya, tamadun yang dibina oleh Islam mengangkat darjat umatnya , kini menuju kearah kehancuran . Masyarakat hari ini menuju kembali ke tamadun jahiliah yang dipelopuri oleh Orientalis barat yang mendapat sokongan kuat dari Yahudi.

“Bila kemodenan yang dikejar tidak diseimbangkan dengan pembangunan insan maka sesebuah ketamadunan bangsa dan negara itu akan musnah”, tegasnya.

Oleh itu kata beliau, gejala kemusnahan ini tidak boleh dibiarkan. Kita mesti berusaha bersungguh – sungguh untuk mengembalikan martabat umat Islam sepertimana ketamadun Islam yang diterap oleh generasi pertama awal Islam.

Beliau turut meletakkan harapan yang tinggi pada Ameerah supaya bersungguh memberi kesedaran kepada mesyarakat Islam yang masih mempunyai iman agar kembali ke cara hidup Islam yang sebenarnya.

“Gunakan setiap kepakaran yang ada dalam menangani kejatuhan ini supaya tidak terus kecundang”, tegasnya.

Sumber BO - 19-6-2017




































































































Derma darah amalan mulia

MASUK tahun ke-11 Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama dari Tabung Darah Hospital dan masjid-masjid terpilih seluruh Terengganu. Sambutan yang kami perolehi amat memberangsangkan. Sasaran kami pada tahun ini sebanyak 873 bag darah. Jumlah ini adalah 10% penambahan dari tahun lepas. Program ini melibatkan 22 buah masjid seluruh Terengganu. Majoritinya adalah di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Daerah Kemaman dan Besut juga tidak ketinggalan dalam turut serta memeriahkan program derma darah ini. 
Desakan mengadakan program seumpama ini bermula atas keperihatinan YAMCT yang melihat kes-kes yang memerlukan darah terutamanya di musim perayaan. Dengan harapan, sedikit sumbangan dari para penderma ini akan mengurangkan beban pihak hospital yang senantiasa ketidakcukupan darah menjelang hari lebaran. 
Darah adalah salah satu hak milik setiap manusia yang begitu berharga. Ianya perlu dijaga kerana melibatkan maruah. Akan tetapi, nilai harga yang mahal ini, terdapat insan yang sanggup menderma demi kelangsungan hidup manusia lain. Sesuai dengan konsep galakan sedekah dan menderma di bulan Ramadhan, menderma darah sudah tentu mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Atas satu niat, memberi manfaat kepada kehidupan orang lain. 
"Barangsiapa memberi kehidupan kepada manusia, maka seolah-olah dia memberi kehidupan kepada manusia secara keseluruhan". 
Saya menyeru, dengan berbaki hari-hari terakhir Ramadhan kali ini, marilah sama-sama kita menyumbang darah di program derma darah anjuran bersama YAMCT dan pihak Tabung Darah hospital seluruh Terengganu. 
Jadual Derma darah yang telah dan akan dijalankan adalah seperti berikut: 
1) 29 Mei di Masjid Batu Buruk
2) 30 Mei di Masjid Kubang Ikan
3) 31 Mei di Surau Gelung Bilal
4) 2 Jun di Masjid Rhu Muda
5) 3 Jun di Masjid At-taqwa Durian Burung
6) 4 Jun di Masjid Titian Baru
7) 9 Jun di Masjid Padang Landak, Jertih
8) 11 Jun di Masjid Jamek Pengadang Baru
9) 12 Jun di Masjid Kg Butut Kuala Berang
10) 12 Jun di Masjid Jamek, Kerteh
11) 15 Jun di Masjid UniSZA
12) 13 Jun di Masjid Buluh Gading
13) 14 Jun di Masjid Instep, Batu Rakit
14) 14 Jun di Masjid Tengku Mizan, Kerteh
15) 15 Jun di Masjid Tok Sabah, Besut
16) 16 Jun di Masjid Rusila, Marang
17) 17 Jun di Masjid At Taqwa Pekan Batu 6
18) 19 Jun di Masjid Al Furqan
19) 22 Jun di Masjid Wakaf Tembesu
20) 23 Jun di Masjid Kg Batin
21) 7 Julai di Masjid Lahar Kota Putra, Kg. Raja, Besut
22) 14 Julai di Masjid Jamek Pengadang Baru. 
Penulis ialah Timbalan Pengerusi YAMCT
Sumber HD - 18-6-2017 































































































Ladang Jagung Dadong; Indah Khabar Dari Hakikat

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KEMAMAN – Ladang jagung bijirin yang digembar-gemburkan oleh kerajaan sebenarnya hanyalah ‘indah khabar dari hakikat’.

PAS mempersoalkan kenyataan yang di buat oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menggesa tanaman jagung dijadikan sebagai tanaman utama kedua, selepas padi.

Hakikatnya, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Haji Zulkifly Md Yakim berkata, apa yang telah Shabery laksanakan dikawasan Parlimen yang beliau wakili adalah hanya seluas 38 ekar sahaja.

Selain berkeluasan ‘sangat kecil’ untuk skala industri, kawasan yang di tanam jagung bijirin di Kampung Dadung dekat sini ditimpa pelbagai masalah, seolah-olah tidak dilakukan penyelidikan rapi sebelum dilaksanakan.


“penanaman yang dimulakan pada tahun lepas (tapi) hasilnya masih lagi kosong sebahagiannya (dan) kami dapat maklumat tanaman ini tidak dapat hidup (membesar) secara sebagaimana yang dikehendaki,

“jagung ini masa tuaian dia dalam tiga bulan sahaja (sebaliknya) apa yang kita tengok hari ini agak mendukacitakan”, ujarnya kesal.

Haji Zulkifly yang juga Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Air Putih berkata demikian ketika di temui wakil media di ladang jagung tersebut, pada Sabtu 17 Jun.
“Kita tidak tahu bagaimana kenyataan yang dikeluar oleh menteri hendak menjadikan (kawasan kampung) Dadong ini sebagai kawasan (pengeluaran jagung) bijirin, bagi tanaman jagung untuk ternakan,


“Dengan skala yang besar sebagaimana yang diuar-uarkan tidak ekonomik, tak tahu bagaimana pandangan dia orang (mereka yang merancang),” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar dipanggil pakar daripada Pejabat Pertanian atau mana-mana pihak yang ‘berotoriti’ untuk menilai dari segi penghasilan projek daripada kawasan yang dicadangkan ataupun yang telah diusahakan.

“kita tak nampak, katanya, 38 hektar yang diperuntukkan untuk tanaman jagung bijirin ini dapat dihasilkan sebagaimana kehendak (pasaran),

“berdasarkan maklumat yang kita dapat daripada warga tempatan, permulaan tanaman itu agak tidak berjaya disebabkan oleh faktor cuaca,

“Kerana cuaca baru-baru ini panas yang agak panjang dan juga hujan lebat (sehingga) menyebabkan ada kawasan-kawasan yang kawasan disekeliling ini ada lagi bekas- bekasan yang ditanam tak dapat hidup dan ada kawasan yang di bersihkan untuk dibuat semula,” jelasnya.


Justeru itu, beliau menasihatkan Shabery agar tidak menjadikan usaha tersebut sebagai propaganda politik, untuk meraih sokongan penduduk menjelang pilihan raya.

“ita rasa kalau sekadar buat (penanaman jagung) semata-mata untuk ‘highlight’ (agenda politik) itu agak besar tetapi pada hakikatnya…….tidak,”

“harapan kita kepada menteri yang bertanggungjawab agar sesuatu kawasan yang nak buat (penanaman jagung) itu, (diberi) keutamaan strukutur tanah hendaklah diambil kira,

“Malahan kita tak tahu lagi penglibatan orang-orang kampung di sini sejauh mana,” tegas Haji Zulkifli.

Sumber BO - 18-6-2017































































































Semangkuk Gulai Tanda ‘Sama Merasa’

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mengagihkan ‘gulai daging’ di kalangan penduduk sekitar bagi sama merasa dan berkongsi kesusahan di bulan Ramadan.
Ketua Muslimatnya Wan Fatimah Wan Abdullah berkata, ia adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihati tentang masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh mereka.

“program agihan ini…….amat berkesan kerana selaku seorang ibu danmuslimat cukup merasa keadaan kehidupan yang susah sekarang,

“dengan keperluan seharian yang mahal……..banyak lauk pauk menjadi sekadar ‘mampu tengok’ tapi tak mampu beli,” ujarnya.


Oleh itu, kata beliau, Muslimat telah meyediakan juadah berbuka gulai kawah untuk mereka yang miskin dan tidak berkemampuan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama para petugas menyediakan gulai daging untuk 300 orang fakir miskin dalam DUN terbabit, pada Sabtu 17 Jun.

Katanya, sumbangan tersebut diagihkan oleh semua Ketua-ketua Cawangan, seramai 25 dengan setiap kampung, diantara 10 dan 15 menerimanya.

Sehubungan itu, Ketua Cawangan Pulau Musang Rosdi Ibrahim berkata, jumlah agihan program agihan gulai pada tahun ini lebihbanyak dan lebih ramai yang dapat ‘sama merasa’.


“alhamdulillah, tahun ini rezeki orang menyumbang lebih banyak dan lebih ramai yang dapat merasa ‘gulai daging’ bagi yang miskin bertambah dari tahun lepas, sukanya mereka yang menerima,” kata beliau.

Seorang penerima sumbangan itu, ibu tunggal Zaharah Mamat, 62, berkata, “setiap tahun bulan puasa saya menunggu-nunggu,

“katu saya dapat merasa gulai daging pemberian PAS….. terima kasih kerana nak beli daging pun mahal sangat sekarang,
“alhamdulillah dapat juga merasa saperti orang lain dengan anak dan cucu-cucu saya,” katanya

Sumber BO - 18-6-2017































































































Ramai Yang Hidup Susah Di Kubu Kuat Umno

DUNGUN – Walaupun parti Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri Terengganu buat masa ini, namun malang sekali, ramai penduduk yang hidup dalam kesusahan dan miskin dalam kawasan yang dianggap sebagai kubu kuatnya.

Ketua Muslimat Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood berkata, seramai lima puluh orang penerima ‘Sumbangan Kasih Ramadhan 2017’, merupakan penduduk di kampung terbabit dan masih ramai dikalangan mereka yang memerlukan.

“Mereka yang rata-ratanya nelayan dan merupakan penyokong kuat Umno tetapi hidup susah dan sumbangan Muslimat DUN adalah hasil derma orangramai yang prihatin,


“jadi hanya seramai itu kami mampu sampaikan, memandangkan peruntukan kepada ADUN PAS dinafikan,” ujarnya.

Beliau yang juga isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang YB. Cikgu Alias Harun, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di Surau Pak Malek, Kampung Seberang Pintasan di sini, pada Khamis 16 Jun.

Sebelum itu, dalam ucapannya beliau mengingatkan agar, para penerima agar tidak menpersia-siakan hadiah bulan Ramadan daripada Allah.


“gunakan sebaik mungkin kedatangan Ramadan, Allah beri peluang kita berada di bulan ini, banyakkan berdoa, mengadu kepada Allah setiap kesusahan yang kita hadapi,

“masalah anak, masalah duit,” ujar beliau pada program anjuran Muslimat DUN Rantau Abang itu.

Majlis yang turut dihadiri Cikgu Alias Harun, berakhir dengan acara berbuka puasa bersama-sama jemaah surau dan para penerima.

Sumber BO - 17-6-2017

PAS Rakam Takziah, Simpati Kepada Mangsa Kebakaran

KUALA TERENGGANU – PAS merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati yang mendalam ke atas warga bandaraya ini yang ditimpa musibah kebakaran.
Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim mendoakan semoga Allah mengantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik.
“saya bagi pihak seluruh ahli dan pemimpin PAS ucap takziah melahirkan rasa simpati keatas semua pemilik premis yang yang musnah terbakar,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika mengunjugi mereka di Kampung Tanjung di sini, pada Jumaat, 16 Jun.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, Setiausaha Ustaz Mohd Soud Said, Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Abdul Hadi Mohamad dan Pengarah MTD Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamad serta Ketua Kebajikan PAS Kuala Terengganu Ustaz Salleh Abdullah.

Sementara itu, menurut Naib Ketua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Tuan Haji Amzad Hashim
kebakaran berlaku pada  pada Khamis malam 15 Jun, sekitar jam 9.00 malam.


Katanya ia melibatkan antaranya kedai pakaian terpakai dan kedai perkakasan besi yang turut menempatkan sebuah setor cat.

“Bomba tiba pukul 10 malam, lebih lima jentera Bomba dan Penyelamat terlibat dengan anggota lebih 30 terlibat,” ujar beliau yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat berita tantang kejadian itu.

Manakala Ustaz Ahmad Shah yang turut berada di tempat kejadian berkata, tiada kemalangan jiwa saperti yang diketahui tetapi bomba masih cuba mengesan seorang ahli keluarga mangsa yang hilang.


“saya cuba masuk ke tempat kejadian sebaik menerima laporan tetapi jalan sesak kerana polis tutup jalan tetapi berjaya ke lokasi kejadian setelah menunggang motosikal dengan seorang kawan,

“dan sempat bertemu beberapa mangsa melayu dan cina, sedih melihat kejadian ini kerana mereka hilang rumah sekelip mata,
“kebanyakannya adalah (mungkin semua) bangunan lama yg tidak diinsurankan,” ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu.


Menurutnya, peniaga telekomunikasi , Sidik Ahmad sempat memindahkan barangannya walaupun kerana kedainya terlalu hampir dengan tempat kejadian.

“Manakala seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) berputih mata bila semua barangan nya hangus sekelip mata,

“terlalu pantas dan tak.dapat berbuat apa apa , alhamdulillah selamat walaupun sedih menjelang raya,” tambah Amzad.

Sumber BO - 17-6-2017































































































PAS Setiu Sambut Cabaran Di Akhir Ramadan


SETIU – PAS Kawasan Setiu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran, bermula akhir Ramadan ini, bagi menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Islam yang sangat diperlukan oleh masyarakat secara umumnya khusus di kawasan Setiu sendiri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kompleks sekolah tersebut, yang majoriti masyarakatnya beragama Islam dilihat oleh PAS Kawasan amat memerlukan sebuah komplek pendidikan Islam yang berkualiti.

“kita berhasrat untuk melahirkan anak Setiu yang boleh menjadi da’ie 10,15 tahun akan datang,kita perlu bermula daripada sekarang walaupun kita sedar pelbagai cabaran dan ujian yang bakal kita tempuhi nanti,” kata Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, yang juga merangkap Yang DiPertuan PAS Setiu ketika ditemui.

Penubuhan sekolah Al Abrar ini, kata beliau, bakal melahirkan ilmuan Islam yang mampu menguasai pelbagai bidang serta dapat mempertautkan ikatan ukhwah di kalangan masyarakat sekitar melalui program kemasyarakatan apabila ianya berjaya direalisasikan.


Justeru itu, beliau berkata, sekolah tersebut merupakan satu institusi pendidikkan bersepadu yang merangkaumi pengajian akademik, pendidikkan Islam dan Tahfiz dari peringkat rendah hingga menengah.

Katanya, kompleks tersebut akan dibina di atas tanah seluas 1.5 ekar di Kampung Guntung Luar, bersebelah Kompleks Lokman al-Hakim (Pejabat PAS Setiu) dekat sini, yang telah dibeli oleh PAS Kawasan dengan harga RM 168,000

“Sekolah Al Abrar ini juga akan di lengkapi dengan satu blok pentadbiran dan kelas tiga tingkat (empat aras), dua blok dua tingkat (tiga aras) yang merangkumi asrama lelaki dan perempuan,rumah warden, rumah guru dan rumah tetamu serta sebuah dewan makan,

“In sya allah, sebagai permulaan kita bercadang untuk menyewa bangunan untuk memulakan pengajian tahun satu (sekolah rendah) pada 2018 dengan sasaran 20 ke 30 orang pelajar,” katanya yakin.


Sebuah surau dua tingkat juga, kata beliau, akan di bina di atas tanah seluas 4453.03 kaki persegi yang menjadikan keseluruhan komplek Sekolah Al Abrar ini menjadi seluas 82,340.68 kaki persegi dengan anggaran kos jutaan ringgit

Oleh itu, katanya, PAS Kawasan Setiu membuka ruang sepenuhnya kepada pelbagai golongan masyarakat,terutama menjelang 10 akhir Ramadhon yang rahmat ini, untuk memberikan apa jua sumbangan terutama wang ringgit agar pembinaan sekolah ini dapat beroperasi sepertiman yang di rancang.

“Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Ustaz Zul Bhari Abd Rahman ( 019 979 8465 ) dan Ustaz Rifae Long Hasan ( 019 984 8473) atau sumbangan boleh di buat melalui akaun Bank Islam 130 170 182 869 85 (Kompleks Pendidikkan Islam Al Abrar),” tambah beliau

Sumber BO - 16-6-2017































































































Kempen Derma Darah Tahun Ke-12

KUALA NERUS – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) menganjurkan kempen derma darah kali ke-12 pada Ramadan tahun ini.

Koordinator program Cikgu Razali Mat Yunos berkata, kempen musim ini mensasarkan sejumlah lebih 800 pek darah, dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

“Secara purata HSNZ perlukan sebanyak 250 pek darah seminggu…..dan kita optimis ‘target’ bagi mendapatkan sejumlah 650 hingga 800 pek darah melalui kempen bulan Ramadan ini tercapai,

“Kerana sambutan di kalangan masyarakat umat Islam bagi menjayakan kempen tersebut amat memberangsangkan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen tersebut yang diadakan di Masjid UniSZA Gong Badak, di sini pada Khamis malam, 15 Jun.

Cikgu Razali berkata tempoh 12 tahun berturut-turut pihak YAMCT mengadakan kempen derma darah secara istiqamah bukan suatu yang mudah.

Menurutnya, melalui kempen itu tahun ini sebanyak 19 buah masjid di lima daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Besut mengambil bahagian.



Kami buat selepas solat tarawih di beberapa buah masjid terpilih di lima buah daerah sepanjang bulan Ramadan ini. Setiap tahun berlaku peningkatan jumlah pack darah yang berjaya disumbangkan oleh orang ramai,” jelasnya.

Katanya, pada tahun 2016 sebanyak 793 pack darah berjaya dikumpulkan dan dijangka meningkat 10 peratus pada tahun 2017 sebanyak 873 pack.

Menurutnya, Masjid Batu Burok tahun 2016 sebanyak 35 pack dan 2017 (37 pack), Masjid Kubang Ikan, Tepoh 38 pack, Surau Gelong Bilal, Kuala Terengganu (23 pack), Masjid Rhu Muda, Marang (36 pack), Masjid At-Taqwa Durian Burung (40 pack), Masjid Titian Baru, Marang (46 pack), Masjid Padang Landak, Besut (33 pack), Masjid Jamek Pengadang Baru ( 88 pack) dan beberapa buah masjid lagi belum selesai.

Sumber BO - 15-602017 































































































PAS Tidak Pernah ‘Pilih Kasih’

Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS – PAS tidak pernah pilih kasih dalam membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, PAS akan terus membantu golongan yang memerlukan walaupun mereka dari kalangan penyokong Umno.

Katanya walaupun PAS tidak diberi sebarang peruntukan oleh kerajaan namun, PAS tetap akan berusaha sekadar termampu, bagi membantu meringankan beban mereka yang menghadapi kesukaran terutama di bulan Ramadan.

“Semua duit sumbangan kita dapat daripada orang ramai…..dari para dermawan dan petugas-petugas parti serta mereka yang menyokong PAS,

“yang begitu bermurah hati untuk membantu golongan yang dhoif khususnya di bulan ramadhan al Mubarak ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai membahagikan sumbangan di sekitar kampung-kampung pada kawasan Daerah Mengundi Pulau-pulau dalam DUN Bukit Tunggal, pada Selasa 13 Jun.

Jelasnya, bantuan yang diberi itu dalam pelbagai bentuk seperti barangan dapur, keperluan harian dan kewangan bagi persiapan menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelang.


kita juga tidak pernah bertanya samada mereka penerima bantuan dari pihak kerajaaan atau pun tidak ….. kita beri atas dasar kelayakannya,

“seusai solat Terawih, kita akan pergi ke rumah-rumah penerima yang telah kita senaraikan bagi menyampaikan sedikit bantuan dan selesai sehingga hampir jam 12 malam,” ujarnya.

“Setiap malam kita turun bersama beberapa orang petugas parti bagi menyempurnakan amanah kita kepada rakyat,

“Sudah beberapa tahun yang lepas program seumpama ini di jalankan yang mana matlamat kita hanya satu iaitu membantu meringankan beban kesusahan yang ditanggung oleh rakyat,” jelas beliau.

Menurutnya, pada satu-satu malam, sahaja sebanyak 20 buah rumah penerima bantuan telah di lawati.

“Alhamdulillah mereka yang kita ziarahi itu menanti kehadiran kita dengan penuh pengharapan walaupun sudah larut malam,

“keikhlasan kita membantu mereka bukanlah atas dasar supaya mereka akan mengundi kita pada pilihan raya akan datang,

“hanya menyempurnakan tanggungjawab yang mereka amanahkan pada pilihanraya yang lalu dan sebagai saudara sesama Islam,

“semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikan amanah ini,” kata Dr. Alias.

Sumber BO - 15-6-2017































































































Adun Chukai dalam Jejak Asnaf tahun kelima

Khalifah Umar pernah berjalan malam untuk meninjau kehidupan rakyatnya. Demikian kecaknaan pemimpin Islam terhadap rakyat jelata. Rakyat didekati tanpa mengira masa. Justeru itu, usaha Adun Chukai, Hanafiah Mat dengan program Jejak Asnafnya adalah usaha terpuji yang jarang mampu dilakukan oleh pemimpin hari ini. 
Objektif program Jejak Asnaf ini adalah untuk merasai denyut nadi rakyat yang kurang bernasib baik dalam menghadapi Ramadhan dan Syawal. Sebagai pemimpin berjiwa rakyat, keresahan hidup rakyat perlu diringankan dalam situasi kos hidup yang melambung kini. 
Kali ini lokasi pilihan ialah Kg Geliga Che Akob dan Kg Banggol Kiri, dalam Dun Chukai. Beliau bersama-sama dengan pemuda-pemuda Dun Chukai mula bergerak dari rumah ke rumah asnaf selepas solat tarawih hingga pukul 12.00 tengah malam.
Sebanyak 30 buah keluarga dari dua buah kampung tersebut berjaya dijejaki untuk disampaikan bantuan berupa wang tunai dan barangan dapur. Asnaf tersebut terdiri daripada fakir miskin yang daif, ibu tunggal, OKU dan orang tua yang uzur. 
Jelas tergambar pada wajah asnaf, rasa teruja dan bersyukur kerana ada insan yang masih sudi menjengah mereka. Antara mereka ialah Tuan Nong, 70, yang buta. Beliau mempunyai  seorang suami OKU dan dua orang anak. Manakala di tebing Sungai Che Akob, terlantar seorang warga tua yang menghidapi penyakit kencing manis. Pak Mat, 67, tidak boleh berjalan lagi sejak jari kakinya dipotong. 
“Jejak Asnaf di malam Ramadhan yang mulia ini amat menginsafkan kami. Betapa masih ramai rakyat jelata yang memerlukan bantuan. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan menderitai pelbagai penyakit. 
“Alangkah sedihnya kerajaan BN terlepas pandang nasib mereka seolah-olah mereka saja dibiarkan dalam kesusahan agar mudah nanti dipancing undi ketika pilihanraya dengan pelbagai bantuan segera,” kata Hanafiah. 
Progam yang sudah berjalan sejak lima tahun yang lalu itu akan diteruskan ke Kg Tengah yang terletak di tengah-tengah bandar Chukai, Kemaman.
hana2

































































































Sumber HD - 15-6-2017































































































Beri Joran, Bukan Beri ‘Dana Politik

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS  Memberi joran itu lebih baik daripada kita memberi ikan semata-mata, kerana joran akan memberikan peluang rezeki yang lebih, berbanding ikan.

Ketua Ameerah kawasan Kuala Nerus, Khairunnajjah Mohd berkata, kerajaan perlu melengkapkan infrastruktur bagi membantu golongan muda pada hari ini, bukan hanya mengagihkan dana-dana politik sahaja.

“jangan kita hanya memberi bantuan keperluan mereka kerana mereka akan menjadi malas dan sentiasa mengharapkan bantuan dari kita semata -mata tanpa  berusaha untuk memajukan diri sendiri.

“Kita hendaklah bantu  mereka melalui  kemahiran atau ilmu dalam sesuatu bidang supaya mereka berusaha memajukan diri mereka sendiri,

“kita  tidak mahu di ajar hanya  menerima duit  semata –mata seperti  ‘brim’  yang diperkenalkan oleh kerajaan”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  selepas program Ziarah Pengundi Muda di DUN Bukit Tunggal pada Isnin 12 Jun.


Oleh itu kata beliau, Ameerah sediakan kemahiran seperti menyediakan kelas dan  mengajar orang muda termasuk cara pemasaran barang di alam maya.

“Kami merancang  untuk menaja beberapa orang golongan muda dari kawasan Kuala Nerus  untuk mengikuti  kursus menjahit,

“Hanya mereka yang betul-betul berminat sahaja akan dipilih dan kita akan cuba mencari bantuan untuk  menyediakan mesin jahit untuk mereka,” kata beliau.

Justeru, Ameerah mencadangkan agar kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya kepada lambakan graduan universiti, masa kini.

Beliau berkata, pihak kerajaan mesti  mengambil inisiatif dengan  menyediakan kemahiran  untuk  menjana  pendapatan untuk mereka sendiri.

“Jangan membiarkan golongan cerdik pandai negara kita terkapai-kapai selepas  tamat pelajaran,” tegas beliau.

Sumber BO - 14-6-2017































































































‘Recycled’ Stale Food At Ramadan Bazaar

KUALA TERENGGANU – The Terengganu Health Department received four complaints related to the sale of “recycled” stale food in Ramadan bazaars in Kuala Terengganu and Kuala Nerus.

Its director Dr Mohammad Omar said as of yesterday, nine of the 137 samples of food taken from the bazaar were suspected of be contaminated and contained harmful bacteria, thus violating the Food Act 1983 and Food Hygiene Regulations 2009.

“I have already instructed health officers from the Food Safety and Quality Division to take immediate and decisive action on the matter. However, until now, there were no reports of food poisoning involving the sale of food at Ramadan bazaars throughout the state,” he told reporters here today.

Mohammad said through monitoring and inspection at all 55 Ramadan bazaar sites, involving 4,905 stalls in the state, the Health Department had issued 59 notices involving a total of RM6,300 in compound for various offences.

Among the offences committed included not taking anti-typhoid injection, failing to wear apron and unsatisfactory hygienic conditions. — Bernama

Sumber BO - 13-6-2017































































































Senyuman Menjelang Aidil Fitri Buat Anak Yatim Dan Miskin

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Ramadhan yang sudah memasuki  hari ke-17, mewarnakan seyuman kepada wajah, anak-anak yatim dan miskin dalam kawasan Wakaf Mempelam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, membeli baju raya merupakan satu perkara wajib terutamanya kepada anak-anak.

“bila dah separuh puasa, anak-anak sibuk tanya baju raya………jadi hari ini kita akan bawa anak anak ini shopping keperluan raya,
“kita tahu keperluan raya amat penting buat anak-anak yang tidak mempunyai ayah (ketua keluarga) dan PAS Dun Wakaf Mempelam berkongsi keperitan ini sekadar mampu,


“harap anak anak kita mampu tersenyum saperti mereka yang lain,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika meraikan 64 orang kanak-kanak terbabit anak yatim dan miskin, yang dibawa untuk membeli keperluan hari raya, di perkarangan pejabat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam pada Isnin 12 Jun.

Anak-anak tersebut dibawa dengan dua buat bas yang disewa khas untuk memilih sendiri baju raya mereka di sebuah pasaraya besar, dekat sini.

Turut sama menghantar mereka ialah Pengarah MTD Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan petugas skuad khidmat muslimat DUN.


Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyumbang.

“nampak keceriaan di wajah anak-anak dan keluarga mereka pada pagi ini…..terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan,
“Alhamdulillah program ini dah menjadi acara tahunan DUN,” katanya.

Sementara itu, seorang Ibu tunggal, Puan Tuan Norhildawati bersyukur kerana dimurahkan Allah rezeki dan berterima kasih kepada PAS Wakaf Mempelam.


Beliau yang kehilangan suami tiga tahun lepas akibat kemalangan jalanraya berkata, bantuan tersebut sangat meringankan beban tanggungannya.

“saya suka sangat sebab tahun ni dapat beli seluar dan kasut baru buat anak anak saya dua orang , terima kasih pada Yang Berhormat PAS dan semua,

“kerana dah tiga tahun saya menerima sumbangan ini,” ujar beliau ketika ditemui.



Sumber BO - 13-6-2017































































































Kita Pilih Kita Boleh Sakit

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Rakyat diingatkan untuk Pilihanraya Umum akan datang tidak lagi memilih kerajaan yang ada sekarang kerana kata Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, “kita pilih, kita sakit”.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata, pelbagai jenis cukai yang dikenakan menjadikan harga barang semakin mahal dan kehidupan rakyat menjadi bertambah terhimpit.

“Saya nak tanya barang sekarang jadi murah atau mahal? Mahal” kata beliau di Majlis Sumbangan Sempena Ramadhan DUN Rantau Abang di sebelah Kedai Makan Acid Corner, di Pak Sabah, Pada Sabtu, 10 Jun.
\

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun itu juga sebelumnya menyebut, kerajaan terdiri daripada dua samada kerajaan hidayah atau kerajaan jibayah.

“Kerajaan hidayah, ia akan fikir, bukan sahaja tentang jasad rakyat, tetapi bagaimana hendak memenuhi kerohanian rakyat dan dia akan rujuk kepada Allah subhanallahuwata’ala,” terang beliau lagi.

Justeru itu, kata beliau, pembangunan untuk rakyat hanya akan berlaku berdasarkan apa yang diizinkan oleh Allah dan agama.


“Dan kerajaan jibayyah Kerajaan jibayah ini, yang kenakan cukai, cukai, cukai… dan kehidupan kita menjadi semakin sempit ,”ujarnya.

Majlis yang sama turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Neger i(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun.

Beliau berkata, keyakinan penyumbang-penyumbang terhadap program yang dianjurkan oleh PAS adalah merupakan factor kejayaan program itu.

“orang lain buat kita dok tahu,peruntukan RM100, 000 tetapi sampai ke kita dok tau berape?” katanya yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.


\Beliau turut mempersoalkan kemana perginya peruntukan bernilai jutaan ringgit kepada beliau sebagai ADUN dan Ahli Parlimen, Ustaz Wan Hassan.

Di dalam majlis tersebut seramai 440 orang fakir miskin telah menerima sumbangan berupa barang dapur dan wang ringgit.
Manakala, 160 orang anak yatim telah menerima baucer untuk digunakan untuk membeli pakaian raya.

Sumber BO - 13-6-2017































































































Kemenangan di Besut akan ubah Terengganu
Posted on Tuesday, June 13 @ 09:02:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35411




Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

PAS Terengganu meletakkan harapan besar kepada PAS Besut dapat menyumbang kemenangan bagi memastikan PAS berjaya mengambil alih negeri itu sekali lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Pesuruhjayanya, Dato’ Husain Awang berkata dari sudut gerak kerja, prasarana dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli, PAS Terengganu yakin mampu mempertahankan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang telah dimenangi pada pilihan raya lalu.


Justeru kata beliau, sekiranya PAS Besut berjaya menyumbang satu atau dua kerusi lagi ia akan mengubah landskap politik di negeri Terengganu.

“Besut ini di antara salah satu kawasan yang menjadi tunjang dan teras kepada kekuatan PAS di negeri Terengganu.

“Sejarah telah menunjuk sudah dua kali PAS Terengganu gagal membentuk kerajaan negeri apabila harapan Besut akan menyumbang kerusi dalam pilihan raya tidak tercapai,” ujarnya ketika berucap di program Menggarap Kemenangan PAS dekat sini 3 Jun lalu.

Kata Dato’ Hussin pertama kali berlaku dalam PRU 1969 ketika angin perubahan bertiup begitu kencang di mana PAS berpotensi menang di Terengganu dengan harapannya Besut mesti menang dua atau tiga kerusi.

Namun kata beliau dalam pilihan raya itu Besut hanya menyumbang satu kerusi sahaja di iaitu di Dun Kuala Besut.

“PAS menang 11 kerusi dan Perikatan (Umno) waktu itu menang 13 kerusi.

PAS kekurangan dua kerusi untuk memerintah dan gagal untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Mantan Speaker Dun Terengganu itu menambah, sejarah itu berulang lagi pada PRU13 lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat hanya meraih 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN) mendapat 17 kerusi Dun di mana keputusan akan berbeza sekiranya Besut dapat menyumbang kerusi kepada PAS ketika itu.

Sehubungan itu beliau menggesa ahli-ahli PAS di Besut beriltizam untuk mengulangi sejarah kegemilangan yang pernah memenangi semua kerusi (parlimen dan Dun) di situ sebanyak dua kali pilihan raya iaitu pada tahun 1959 dan 1999.

“Marilah sama-sama kita bangkit semula supaya sejarah (kegagalan) itu tidak berulang kali ketiga.
“Ketepikan apa juga krisis, perbalahan, tidak puas hati dan sebagainya untuk menghadapi PRU14,” ujarnya.

Dalam program Menggarap Kemenangan PAS Besut itu, turut diadakan forum yang menampilkan ahli panel dari anak kelahiran Besut iaitu Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.


 Turut hadir Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan yang isterinya juga anak kelahiran Kampung Raja, Besut.

Sumber TKO - 13-6-2017































































































PAS Kesal Kerajaan Anjur Lumba Kereta Malam Ramadan

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Seberang Takir melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan satu program lumba kereta ‘ Sprint Test & Jom Sahur Bersama MB’, yang akan diadakan malam bulan Ramadan.
Acara perlumbaan yang bakal berlangsung pada 16 Jun diadakan di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak, bermula jam 11 malam dan berakhir jam tiga pagi itu.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang membina litar lumba di dalam kawasan yang padat dengan penduduk dilihat tidak begitu cerdik.

“Litar itu tidak sepatutnya di bina disini tapi bagaimana kerajaan boleh fikir buat litar di tengah kawasan penempatan yang padat penduduk?,” soal beliau.


“Sepatutnya ia di buat di tempat yang agak jauh daripada orang ramai supaya tidak menggangu ketenangan penduduk yang sedang berehat,

“Walaupun mungkin di buat penghadang bunyi tetapi itu tidak memadai untuk menyelesaikan masalah”, tegasnya.

Program seumpama itu, jelas Ustaz Zakaria, tidak begitu sesuai dengan keadaan bulan Ramadhan sendiri di mana umat Islam berpuasa pada siang harinya dan pada malamnya pula sibuk melakukan ibadat.

“Bunyi bising yang memekakkan telinga akan menggangu tumpuan untuk kita beribadat di mana saya sendiri mengalami pengalaman ketenangan malam di’cerobohi’ bunyi bingit dari litar lumba,


“Walaupun jarak rumah saya dari litar sekitar satu kilometer lebih namun bunyi bising jelas kedengaran dan menggangu penduduk sekitar terutamanya anak-anak kecil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui semasa program Kacau Bubur Lambutk anjuran MTD Seberang Takir di perkarangan Masjid Kampung Batin, pada Saabtu 10 Jun, disini.

Acara tahunan PAS Seberang Takir ini diadakan setiap bulan Ramadhan dengan para petugas dan masyarakat kampung bergotong royong memasak bubur lambuk.

“Pada tahun ini sebanyak enam periuk kita masak dan dianggarkan dapat 1000 bekas untuk diagihkan kepada penduduk dan masyarakat sekitar Seberang Takir,


“Kita akan bahagikan di dua lokasi . Satu di Kampung Telaga Daing dan satu lagi di kampung Tok Jembal,” jelas Ustaz Zakaria.
Menurutnya, program bagi bubur lambuk yang di buat ini adalah hasil sumbangan orang ramai dan di harapkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara petugas PAS dengan masyarakat kampung.

“Saya ucap ribuan terima kasih bagi pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir pada semua petugas -petugas kita, cawangan -cawangan yang terlibat hari ini terutama pada cawangan Kampung Batin,

“Dan juga kepada pihak Masjid Kampung Batin sendiri yang bersedia memberikan tempat untuk kita memasak dan kepada semua sekali yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program ini,

“Semoga ianya menjadi satu amal jariah kita kepada masyarakat dan orang yang hendak berbuka puasa, mudah -mudahan Allah balas dengan sebaik -baik balasan,” harap beliau.










































































































Sumber BO - 12-6-2017

Iftar Serikandi Kasih Sayang

Buat julung kalinya, Briged Muslimat Terengganu menghimpunkan hampir 35 orang ahlinya di dalam Iftar Serikandi Kasih Sayang di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada Khamis, 8 Jum 2017 yang lepas.

Dengan berkonsepkan potluck dan berseragam hitam merah, mereka berkumpul bersama-sama
berukhuwwah dan mendengar taujihat khas yang disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT), YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه

“Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan berharap ganjaran dari Allah SWT maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis itu, Tuan Roslina atau lebih mesra dipanggil Che Na menjelaskan ciri-ciri orang yang beriman yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan. Di bulan mulia ini juga pahala amalan dilipatgandakan. Segala kebaikan dan kebajikan yang dilakukan akan dihitungkan Allah nanti bagi merebut untung di akhirat kelak.


Pertamanya, dengan perbanyakkan bersedekah dengan sentiasa mencari peluang untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Derma atau sedekah merupakan pertukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal di Akhirat. Keduanya, menunaikan solat terawih bersungguh-sungguh yang khusus ada di bulan Ramadhan sahaja. Ketiganya, memberi makan orang berbuka puasa, tidak kira dengan duit atau berkongsi makanan.

Che Na juga berpesan agar perbanyakkan berdoa setiap masa di bulan ini kerana doa orang berpuasa amat mustajab, selain mengambil kira waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Seterusnya, berusahalah mencari Lailatul Qadar, malam yang seribu kali ganda kebaikan.

Che Na juga menerangkan ciri-ciri orang yang berpuasa dengan penuh keimanan adalah pertamanya, menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan yang boleh mengurangkan pahala puasa. Kedua, berusaha sepenuh hati merebut peluang kebajikan dan kebaikan yang ada. Ketiga, konsisten membuat kebaikan walaupun telah berakhirnya Ramadhan.

“Briged Muslimat ini merupakan antara pejuang agama Allah dan memegang amanah yang berat. Walaupun pakaian Briged lasak, namun mestilah menampilkan ciri-ciri muslimah seperti berpakaian longgar dan tudung yang labuh. Solat juga mestilah diutamakan, walau sesibuk mana pun Briged menjalankan tugas”


“Selain itu, Briged mestilah pandai menjaga ikhtilat bila berkomunikasi dengan muslimin ketika menjalankan tugasan. Ini penting bagi mengelakkan salah faham dan menunjukkan profesional menjalankan tugasan.

“Akhir sekali, Briged mestilah meletakkan niat bertugas semata-mata kerana Allah. Walau sebesar atau seberat mana amanah, apabila niat kerana Allah, pasti akan diberi pertolongan oleh-Nya,” ujar Che Na menutup tazkirah Ramadhan yang banyak memberi input dan semangat kepada para petugas.

“Alhamdulillah, sahabat petugas dari jauh dan dekat sudi hadir menjayakan program Ifthar ini. Mereka gembira dapat berkumpul bersama dalam suasana santai dan berbuka bersama. Ikatan hati ini penting bagi kami agar sentiasa kuat dan bersemangat di dalam perjuangan ini”

“InsyaAllah pelbagai program telah disusun khusus untuk Briged Muslimat selepas ini bagi memastikan mereka ini adalah yang terbaik dan aset untuk jemaah. Doakan kami,” ujar Ida Haryati, Ketua Briged Muslimat Terengganu mengakhiri pertemuan.














Sumber BO - 12-6-2017































































































Dekoder TV Percuma: Ahli Parlimen Dungun Tempelak Kerajaan

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menemplak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan mengula-gulakan rakyat dengan pemberian ‘dekoder’ television (TV) percuma menjelang pilihanraya umum ini.

Beliau berkata, rakyat mahukan keadaan ekonomi yah lebih baik, bukannya alat untuk leka melihat TV.
“Ingat, dalam melibatkan perkara fizikal, perkara luar dasar, pemimpin mesti turut kehendak rakyat,

“contohnya sekarang, kerajaan sedang sibuk bagi dekoder percuma kepada rakyat (penerima BRIM) supaya mereka boleh tengok TV,


“sebenarnya rakyat bukan nok (mahu) dekoder, rakyat nok barang murah, rakyat nok minyak murah, rakyat nok kos sara hidup rendah, rakyat nok peluang pekerjaan!

“ini pergi buei (bahagi) dekoder, nok buat mende (apa)?, tidak kena dengan kehendak rakyat, tidak layak memimpin!,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika menikmati jamuan moreh bersama penduduk kejiranan Taman Selasih, Kertih di sini, sebaik sahaja selesai mengerjakan solat sunat tarawih dan menyampaikan takzirah pada sabtu 10 Jun.

Ustaz Wan Hassan juga mengingatkan penduduk yang hadir tentang kelebihan memilih PAS sebagai kerajaan selepas pilihanraya umum nanti.


“Kuasa kerajaan ini besar, kalau ada orang pecah amanah, kerajaan kena ambil tindakan, ini tidak, kerajaan pun baham rasuah jugak
“sepatutnya dia tangkap perompok, ini dia sendiri jadi perompak….sehari dua ini duduk pasang perangkap laju AES, berkira-kita hendak ambil kesempatan sahaja dari rakyat

“Kerajaan dok rok cetong, macam drakula cekik darah… kurus kering doh rakyat….” kata beliau lagi.

Beliau juga mengambil kesempatan menyeru penduduk yang hadir untuk terus memperhebatkan amalan kebaikan sepanjang bulan puasa ini dan berusaha untuk beroleh kelebihan malam Laitatul Qadar.

Sumber BO - 12-6-2017































































































‘Terjah Sahur’ Santuni Petugas Dinihari

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCM) dengan kerjasama Sahabat Care dan Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu (DPPHT) menganjurkan program Terjah Sahur ke balai bomba, balai polis, JPAM, post pengawal keselamatan serta hospital di sekitar kawasan ini bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Seramai kira-kira 45 ahli SCM, Sahabat Care dan DPPHT dibahagikan ke destinasi yang dipilih bagi mengagihkan sajian sahur, bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir pada jam 3.30 pagi pada Sabtu, 10 Jun.

Destinasi yang dikunjungi adalah Balai Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu, Hospital Hulu Terengganu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Sekolah di sekitar Kuala Berang, Ajil dan Telemong.


Pengarah program, Ustaz Mohd Faizul Abdullah, berkata aktiviti memasuki tahun kedua itu diadakan bagi meneruskan kesinambungan acara tahunan itu yang mendapat sambutan yang menggalakkan pada sesi lalu.

Selain berpeluang menyampaikan juadah sahur kepada pasukan keselamatan dan perubatan yang bertugas, program itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pasukan terbabit dengan SCM.

“Susulan program terjah sahur kali pertama pada 2016 yang mendapat sambutan, kami berpendapat aktiviti ini perlu diteruskan pada setiap kali Ramadan.

“Program ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami kepada pasukan bomba, polis, pengawal keselamatan dan kakitangan hospital yang bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai,” katanya selepas program itu di sini, hari ini.

















Sumber BO - 11-6-2017





























































































































































































Ameerah Aktif Membantu Masyarakat, Dalam Dan Luar Negara

Oleh : Rusni Hassan

KUALA NERUS – Peranan Ameerah bukan sahaja terbatas kepada hanya Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sahaja, bahkan, mempunyai unit yang besar dan berpengaruh di setiap negeri .

Timbalan Pengarah Ameerah Negeri Terengganu Qurratul Aina Mohamed berkata ‘muslimat muda PAS’ itu juga memainkan peranan di perinkay antarabangsa.

“Program Ameerah bukan sahaja (diadakan) di dalam negeri (sahaja) bahkan hingga ke peringkat antarabangsa,


“muslimat muda PAS memghulurkan bantuan dan menyantuni pelarian Rohingya yang hanyut di Acheh dan Setiap tahun

turut memberi sumbangan kepada rakyat kemboja,

“Semua sumbangan yang disampaikan kepada golongan tersebut adalah hasil pemberian daripada rakyat Malaysia sendiri, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas program Semarak Kasih Ramadhan anjuran Muslimat dan Amerah DDUN Teluk Pasu di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Teluk Pasu, Jumaat 9 Jun , disini.

Dalam Majlis itu, sepasang kain telekung solat muslimah telah diagihkan kepada seramai 90 orang penerima sebagai menghargai usaha-usaha yang telah dibuat oleh petugas.

Menurut Aina, ia adalah merupakan majlis yang julung kali dianjurkan oleh Ameerah DUN Teluk Pasu.


“Sumbangan kain telekung ini tidak berapa bernilai dari segi wang ringgit namun ini adalah pemberian kasih sayang kepada penerima ,

“Kegunaan kain telekung ini harganya terlalu besar disisi Allah SWT “, kata beliau

Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Yang Berhormat Ustaz Riduan Hashim serta isteri, Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Ketua Muslimat Dun Teluk Pasu, merangkap Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu

Sumber BO - 11-6-2017































































































Dato’ Ku Senyum Sokmo

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang,  YBM. Dato Tengku Hassan bin Tengku Omar yang mesra masyarakat dan senyum ‘sokmo’ rancak menjayakan Program Prihatin Masyarakat di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Dengan kerjasama Majlis Tindakan  DUN,pelbagai aktiviti kemasyarakatan dijalankan terutama untuk golongan faqir miskin dan anak yatim.

Bermula  3hb Jun 2017, bertempat di rumah beliau, program agihan beras, kurma dan bantuan kewangan bertujuan meringankan beban golongan faqir miskin terutamanya dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang melampau.


Manakala 5 Jun pula, Tengku Hassan dengan bermotosikal telah menelusuri kampung-kampung untuk menyampaikan sumbangan yang sama kepada yang tidak mampu hadir dan berkesempatan menziarahi yang keuzuran.

Selain itu pada keesokan harinya pula, beliau telah turun padang menghantar lauk untuk berbuka puasa dari rumah ke rumah golongan terlibat.

Bukan itu sahaja, Majlis Berbuka Puasa di Restoran Maryam Garden, Kg. Bukit Bayas yang menyediakan 24 buah meja untuk meraikan seramai 240 orang  golongan yang kurang berada ini turut diadakan.

Kecerian terpancar di wajah-wajah mereka kerana berpeluang menikmati makanan lazat yang tidak pernah diimpikan selama ini, tambahan pula dengan layanan mesra daripada YBM Tengku Hassan.















Sumber BO - 10-6-2017































































































Ramadan Ringankan Beban Mereka Yang Dhaif

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Kedatangan Ramadan, bulan penuh keberkatan amat dinantikan oleh mereka yang susah dan miskin kerana pada bulan ini, ada rezeki buat mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, ‘bulan al-Quran’ itu juga, orang ramai menyumbang zakat dan sedekah untu diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“di bulan puasa ini banyak zakat yang di agihkan begitu juga sumbangan dan sedekah…….PAS Wakaf Mempelam tidak ketinggalan meraikan golongan marhaen yang hidup serba kekurangan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Beras sempena Ramadan di kediaman beliau di Seberang Baruh pada Jumaat 9 Jun.

Menurutnya Haji Wahid, sebanyak 950 kampit beras diagihkan kepada 500 penerima beserta sedikit sumbangan kewangan sebagai menampung keperluan harian mereka.

Katanya, ia membuktikan PAS amat prihatin kepada rakyat yang menghadapi kesulitan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.


Turut hadir pada majlis itu ialah Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Timbalan Pengarah DUN Wakaf Mempelam, Haji Ahmad Amzad Hashim.

Amzad Hashim berkata, pelbagai cukai yang dikutip termasuk GST oleh kerajaan, namun begitu katanya pada majlis yang sama, pulangan kembali kepada rakyat tidak setimpal.

“dengan kekangan kewangan sekarang……..dua kampit beras amat berharga, sedikit duit untuk membeli keperluan lain disaat harga barang yang semakin hari semakin tinggi tentu menyulitkan bagi keluarga ramai,

“PAS amat prihatin dengan nasib rakyat yang tertipu dengan ‘gula-gula’ kerajaan BN, apa yang diberi tidak setanding dengan apa yang dikenakan kepada rakyat bawahan,” jelasnya.


Sehubungan itu, seorang ibu tunggal penerima sumbangan tersebut ketika ditemui berkata, ‘upah menyiang’ ikan yang diperolehi tidak cukup untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Rokiah Ismail berkata, dengan anak lima orang yang masih bersekolah, beliau cukup terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“saya cukup terbeban dengan kadar harga barang yang semakin mahal……….. walau bagaimanapun sumbangan ini mampu meringankan sedikit perbelanjaan saya menghadapi hari raya ” ujar beliau yang agak sebak ketika sumbangan tersebut.

Sumber BO - 10-6-2017

Kelas ‘Roti Dan Biskut’ Tarik Minat Remaja

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Kelas membuat biskut dan roti anjuran Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Ketuanya Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, kelas yang diadakan secara percuma itu mendapat perhatian di kalangan remaja dengan penyertaan sehingga 40 orang setiap kali diadakan.

“Kelas tersebut diadakan di lokasi yg berbeza di seluruh kampung dalam DUN Teluk Pasu,


“Kita akan sentiasa memaklumkan setiap kali kelas akan diadakan melalui poster, handbill, whatsApp, Facebook dan sebagainya”, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Semarak Kasih Ramadhan yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teluk Pasu, semalam, disini.

Justeru itu, beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari bagi meningkatkan aktiviti ekonomi keluarga dan masyarakat.


“Saya berharap para peserta agar mampu menggunakan ilmu yang ditimba untuk menyediakan hidangan tersebut untuk keluarga sendiri tanpa perlu beli di kedai,
“Dan sudah pasti ini akan dapat menjimatkan wang”, ujarnya.

Katanya, sudah pastilah ilmu yang diperolehi itu dapat membuka perniagaan roti dan biskut disamping mampu menambah pendapatan keluarga.
“Ilmu yang kita perolehi ini, ajarlah pula kepada masyarakat yang lain. Semoga ianya akan menjadi pahala yang berpanjangan buat kita apabila pulang menemui Tuhan Sekelian Alam”, seru beliau
.











Sumber BO - 10-6-2017































































































Program Masih Ada Yang Sayang Siri Ke-10

Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Jabatan Amal dan Ameerah Kawasan Hulu Terengganu akan menganjurkan program Masih Ada Yang Sayang siri ke-10 pada sabtu 17 Jun 2017 ini.

Ia adalah untuk meraikan anak-anak yatim sempena ramadhan dan aidilfitri yang menjelang tiba.

Pengarahnya Mohd Fadzli Jusoh berkata program ini adalah acara ‘wajib’ tahunan bagi berkongsi keceriaan bersama lebih kurang 140 orang anak yatim di sekitar kawasan Hulu Terengganu.

“Program ini adalah untuk meraikan mereka dengan membawa mereka membeli kelengkapan raya dan mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka,

“Ini menunjukkan ‘kecaknaan’ kami agar mereka merasakan masih ada insan yang menyayangi mereka,” katanya ketika di hubungi.

Katanya, seramai 143 orang anak yatim berumur sembilan hingga 13 tahun dipilih seluruh Hulu Terengganu, seramai 30 orang petugas yang dijadikan ayah dan ibu angkat kepada anak-anak ini.


Menurutnya, kira-kira sebanyak RM35,000, anggaran kos yang diperlukan untuk menjayakan program itu.

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai yang prihatin sama-sama menyumbang bagi menjayakan program tersebut.

“Oleh kerana anggaran kos perbelanjaan yang begitu besar, pihak kami menyeru dan memohon sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak untuk membantu kami menceriakan anak-anak yatim ini,” jelasnya

Bagi yang berminat menghulurkan sumbangan katanya, boleh disalurkan ke akaun Maybank JABATAN AMAL KAWASAN HULU TERENGGANU 563037061783.

Dermawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program ini boleh hubungi pengarah program Saudara Mohd Fadzli 018 8738151, setiausaha Ustaz Zaharuddin 01110133031 atau bendahari Saudara Ghazali 019 9232963

Sumber BO- 10-6-2017































































































Bukan sekadar dengan bantuan ‘one-off’

Bantuan ‘one-off’ kerajaan Umno BN tidak membantu rakyat mengekang bebanan kos sara hidup semakin meningkat masa kini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, kenaikan perbelanjaan harian rakyat yang begitu ketara hari ini adalah hasil daripada beberapa dasar dilaksanakan kerajaan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain. 
Katanya, walaupun kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk pelbagai dana, namun tahap kehidupan rakyat masih di paras yang rendah, lapor Buletin Online
“Sepatutnya kerajaan membuat satu tindakan secara holistik, bukan sekadar dengan hanya bantuan ‘one-off’ seperti ini kerana bantuan yang seperti ini tidak banyak membantu rakyat yang dalam kesusahan. 
“Sebab itu kerajaan perlu melihat secara keseluruhan bagi mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan," ujar beliau ketika ditemui selepas selesai program Semarak Kasih Ramadan yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Teluk Pasu, Kuala Nerus, semalam. 
Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan ancaman gejala sosial yang sangat dasyat khususnya dalam kalangan muda mudi.
Sumber HD - 10-6-2017 































































































Bantuan tetap diberi walau dalam kepayahan

WALAUPUN perit bagi mencari dana untuk diagihkan kepada mereka yang miskin atau  memerlukannya, namun tiada pilihan lain bagi Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong, Marang selain daripada berusaha gigih mencari sumber. 
Sebanyak RM25,000 akhirnya berjaya dikumpulkan bagi MTD menjayakan Program Nur Ramadhan, hasil kerja keras mereka bagi memastikan kelangsungan program iaitu satu program tahunan yang tanpa gagal diadakan oleh mereka. 
Seramai 265 orang penerima telah dikenal pasti, mendapat sedikit bantuan iaitu RM100, 10 kilogram beras dan juga setengah kilogram kurma bagi mereka gunakan dalam bulan Ramadhan ini. 
Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ucapannya merasa kesal kerana kerajaan negeri dengan jelas meminggirkan wakil rakyat yang sah bagi membangunkan sesuatu Dun itu jika dari pembangkang. 
Bagi beliau, cara lapuk, ketinggalan zaman dalam berpolitik dan lebih dari itu, tidak tahu menghormati pengundi dan undang-undang negara, perlulah dibuang oleh kerajaan negeri agar membuka dimensi baru politik tanah air. 
“Insya Allah jika kita dapat memerintah, kita akan lakukan yang terbaik kepada rakyat, tanpa memilih kasih. 
"Apa yang boleh diulangi oleh kerajaan yang dikuasai oleh PAS suatu ketika dahulu, segala kebaikannya, kita akan teruskan, rakyat sangat merasai kebaikan itu walaupun  hanya memerintah selama empat tahun. 
"Bandingkan kegagalan Umno selama 40 tahun, anda akan melihat kebenarannya,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu. 
Selain itu juga, beliau turut memaklumkan kepada orang ramai akan janji manifesto awal PAS Terengganu iaitu seperti akan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan yang layak. 
Majlis yang berlangsung di Dewan Madrasah Darul Iman, Kedai  Buloh, kelmarin itu turut dihadiri oleh AJK MTD dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang. - HARAKAHDAILY 10/6/2017    
Sumber HD - 10-6-2017                                                                                                                         































































































‘Cipta’ Kerjaya Atasi Graduan Menganggur

Oleh : Rohayati Ripin

MARANG – Ameerah negeri Terengganu menyarankan golongan remaja khususnya wanita muda agar ‘mencipta’ kerjaya dengan menceburi bidang perniagaan ataupun usahawan.

Ketuanya Zuraida Md Nor berkata, muslimat muda hendaklah mencipta kerjaya sama ada dalam bidang fesyen, makanan , industri berkaitan dengan kecantikan dan sebagainya

“Bagi mengatasi masalah penganguran yang tinggi di Terengganu ini, kita sebagai remaja jangan terlalu memilih kerja yang setaraf dengan kelulusan kita,


“Tapi kita fokuskan minda kita ini lebih kepada mencipta kerjaya……kita buat bisnes kita sendiri,

“Ramai pimpinan Ameerah dulu contohnya Rohani dia boleh buka taska dan tadika. Begitu juga kita ada Baity dan Nina yang mempunyai kemahiran dari segi ‘Grafik Designer’ mengambil inisiatif membuka kedai sendiri”, ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ziarah kebajikan Ameerah Negeri Terengganu kerumah mangsa kemalangan maut, Allahyarham Ustaz Daud dan isterinya di Kampung Batangan, disini, semalam.


“Dalam keadaan dunia sekarang banyak perniagaan atas talian maka kita mesti mengambil peluang yang ada juga untuk memajukan ‘bisnes’ kita,

“Jadi semua itu membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada remaja di luar sana”, tambahnya.

Jelasnya lagi, remaja perlu sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memajukan bisnes mereka supaya orang ramai mengetahui produk yang dijual itu.

Katanya, penggunaaan media baharu amat digalakkan dikalangan remaja bagi memudahkan pemasaran produk yang dihasilkan.


“Kita membuka peluang dengan mengadakan kursus–kursus seperti kursus Pengiklanan Facebook (FB Ads) serta kursus keusahawan,
“Kita panggil penceramah ataupun usahawan berjaya seperti yang kita buat di program Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) yang diadakan di perkarangan Masjid Pengadang Baru pada Febuari yang lalu,

“Dan kita turut menjemput tiga orang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan supaya menjadi inspirasi kepada anak–anak muda untuk turut serta berkecimpung dalam bidang ‘bisnes’,” kata Zuraida.

Turut hadir sama Ketua Ameerah Care Terengganu, Khairunnajjah Mohd dan Ketua Ameerah Care Marang, Nurul Imani Mohamad beserta beberapa orang Ahli Jawatan Kuasanya.

Sumber BO - 8-6-2017































































































PAS Terengganu Bersyukur Presiden Sihat, Keluar Dari IJN

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berdoa agar Allah sentiasa memberikan kesihatan kepada Tok Guru dan semoga beliau terus dapat memimpin ummah.

“kita mengucapkan syukur Alhamdulillah,

semoga Tuan Guru cepat pulih dan kembali memimpin PAS dan ummah umumnya,” ujar beliau.

Dato’ Husain berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sebuah restoran dekat sini, petang tadi.

Turut sama berbuka puasa ialah Ketua Penerangan, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Muslimat, Hajah Zarani Othman dan Penolong Setiausaha, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pengarah Pilihan Raya, YB Ariffin Deraman.

Dalam ucapan ringkasnya, Ustaz Husain mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan pejabat PAS yang telah berkorban memikul amanah masing-masing dengan imbuhan dengan seadanya.

Katanya dengan kerja kuat para pekerja, PAS Terengganu kini bersedia sepenuhnya pada tahap untuk menerima kemenangan kali ketiga pada pilihan raya akan datang.

“saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang bekerja tidak kira waktu…..siang dan malam, bahkan ada yang menunaikan amanah sehingga tidak pulang ke rumah, umpamanya ketika bertugas pada Himpunan HARAP 3.6 baru-baru ini,

“sehingga kita sekarang ni berada pada tahap yang ada sekarang ini, bersedia kali ketiga menerima kemenangan, in shaa Allah, pada pilihan raya akan datang,” katanya.














Sumber BO - 8-6-2017































































































Fish Prices Skyrocket In Terengganu




KUALA TERENGGANU – A surge in demand and adverse weather conditions – leading to low stocks – have propelled the price of fish in Terengganu by as much as 30 per cent in recent days.

State Fisheries Department director Zawawi Ali said that the supply and demand mechanism is favouring the latter, with increased purchases by families who want to break fast at home with their loved ones.

“We hope the situation will return to normal after Hari Raya Aidilfitri, when families begin eating out,” said Zawawi.

He added that up until April this year, the state consumed a total of 12,834.10 metric tonnes of fish worth RM77.005.

This represents a rise in consumption of 3.62 per cent as compared with the same period for last year.
Zawawi, however, denied that the decline in fish supplies is the result of catches being exported outside of the state.

“There is no denying that better-quality Grade A fish have been exported to Kuala Lumpur and Singapore, owing to better prices, but demand for such quality fish is low in Terengganu.

“Therefore, there is adequate supply of other grades of fish – only that there has been a surge in demand during Ramadan,” said Zawawi.

Meanwhile, Kuala Terengganu South Fish Traders Association deputy chairman Johari Abdul Jalil said the current situation is seasonal.

“The situation is made worse when fishermen shy away from going out to sea during the first week or so during Ramadan.

“Thus, the catch is smaller, leading to a depleted supply to meet normal demand,” said Johari.

He added that the scenario is identical during the first week of Hari Raya Aidilfitri, when fishermen take time off to rest.

Terengganu Fishermen Association chairman Mat Yassim Mohamed said adverse weather conditions since the beginning of Ramadan has also played a part in reduced catches.

“Deep-sea fishermen have been unable to venture out owing to rough seas and strong currents,” he said.
Yassim added that Kembung fish is going for RM20 per kilogramme, as compared to the usual RM14 for the same weight; while Cincaru is selling at RM10 per kilogramme, against RM6 previously.- NST

Sumber BO - 7-6- 2017































































































Jom Cipta Logo #Awokkitebolehharap

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan melancarkan slogan (tagline) baru yang berbunyi ‘AwokKiteBolehHarap’ selepas hari raya aidil fitri tahun ini.

Pengarah Jabatan Profesional Muda atau JPro Zaidan Abdullah berkata, slogan baru itu akan mengenengahkan tema Pemuda Berkebajikan, yang boleh diharap oleh rakyat dan masyarakat untuk memimpin dan membimbing anak muda serta ummah.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pertandingan Mencipta Logo #Awokkitebolehharap sedang dibuka sekarang kepada mana-mana karyawan yang berminat.

“Penggunaan warna adalah bebas, bagaimanapun keutamaan adalah pada warna hijau, merah, putih dan hitam………iaitu meliputi warna bendera PAS dan Negeri Terengganu.

“Logo yang dihasilkan hendaklah dihantar dalam bentuk fail ‘vector & jpeg’……. setiap peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan,”ujarnya.

Beliau berkata, tarikh tutup penyertaan bagi mencipta logo itu adalah pada 21 Jun 2017 dan semua penyertaan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada alamat, ppnegeriterengganu@gmail.com

Seberang pertanyaan lajut, boleh dikemukakan, kata beliau, dengan menguhubunginya melalui talian 019-9816025

Sumber BO - 8-6-2017































































































Rayuan Ramadan Sumbangan Untuk Masjid Siti Khadijah

Firman Allah SWT:

“Alif Laam Miim. Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”(Surah Al-Baqarah ayat 1-3)

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya, seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun ketika sempit.”(Surah Ali Imran ayat 133-134

InshAllah, di bulan Ramadhan yang Mulia ini, kami menjemput dan mempelawa Muslimin dan Muslimat sekalian untuk sama-sama berinfaq, melabur untuk saham akhirat!

Buat makluman Muslimin dan Muslimat, Masjid Siti Khadijah (MANDIRI) Besut, Terengganu dalam proses pembinaan dan masih memerlukan dana sebanyak rm600 ribu lagi untuk menyiapkan seluruh binaan masjid.

InshAllah, selepas sambutan Aidilfitri ini, kami akan mengambil ambilan pertama pelajar-pelajar banin(pelajar-pelajar lelaki). Di mana pelajar-pelajar ini akan menghuni masjid dan menghafaz al-Quran juga mendalami ilmu-ilmu agama.

Sehubungan itu, sumbangan Muslimin dan Muslimat amat diperlukan dan diharap dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan masjid ini.

sumbangan hanya sebanyak RM 50 diperlukan bagi setiap individu.

Semoga rezeki yang kita infaqkan ini menjadi salah satu amal jariah kita yang tidak akan terputus sehingga hari kiamat nanti, InshAllah..

Sepertimana Sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap subuh, setiap hamba-hamba otu akan Allah SWT turunkan ke atas mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, gantikanlah (rezeki) bagi orang yang memberikan infaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kebinasaan bagi sesiapa yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Imam al Bukhary 5/270)
Sebarang sumbangan boleh dihulurkan ke:
✅
No. Akaun Maybank
5630 4631 8857
(An Nur Besut Mandiri Resources)
Atau
✅
No. Akaun Bank Islam

1303 501 007 7736

(An Nur Besut Mandiri Resources)

Sumbangan dan pertanyaan lanjut, boleh menghubungi:
📞
Puan Harlina 019-289 7242
📞
Ustaz Faizal 014-2157 296
📞
Cikgu Che Harun 012-921 1469

Sumber BO - 6-6-2017































































































Jangan Beri Pelbagai Alasan Untuk Tidak Membantu Rakyat

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu diberi peringatan agar terus membantu rakyat menghadapi kesukaran ekonomi tanpa sebarang alasan.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (LKK DMPNT) Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, kesusahan dan penderitaan rakyat sepatutnya mendapat perhatian oleh kerajaan tanpa mengira fahaman politik.

Beliau sangat dukacita, kerana masih terdapat ketidakadilan dan ‘pilih kasih’ pihak pemerintah dalam mengagihkan bantuan yang diperlukan oleh rakyat.

“kemudahan asas seperti tempat tinggal yang sempurna untuk mereka hidup lebih selesa telah diabaikan hak oleh pemerintah dengan pelbagai alasan tidak menasabah,


“kami dari Muslimat PAS mengucapkan syukur pada Ramadan ini kerana diberi kesempatan bersama menyelami keperitan hidup rakyat yang diuji dengan pelbagai kesusahan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas Program Semarak Kasih Ramadhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar pada Ahad 4 Jun.

Menurutnya, dalam program tersebut, 11 buah rumah telah kunjungi daripada pelbagai kategori termasuk golongan miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas dan ibu tunggal.

“kita santuni mereka dengan memberi sedikit sumbangan kewangang dan barangan dapur dengan harapan agar dapat menceriakan sedikit kehidupan mereka,” jelasnya.


Beliau menyeru agar rakyat negeri ini berpegang teguh kepada ajaran Islam yang syumul kerana katanya, hanya dengan hidup beragama, kita lebih diberkati.

Turut sama dalam ziarah tersebut ialah Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail.

Katanya, program tersebut merupakan program pertama Muslimat Malaysia selepas muktamar pada bulan lalu.

“program tahunan iti sempena bulan Ramadhan iaitu Sentuhan Kasih Ramadhan (yang) sudah diadakan di beberapa negeri,

“kami turun bertemu masyarakat antaranya di negeri Perak dan Sabah dan Insyaa Allah kami akan turun ke semua negeri,” kata beliau.













Sumber BO - 6-6-2017































































































Tanah Runtuh; Jalan Ke Pasir Raja Terputus

Oleh : ZSH

DUNGUN – Setelah setahun kegelisahan penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Syukor menjadi keyataan apabila jalan utama yang menghubungkan kampung mereka dengan Bandar Dungun terputus di Kampung Belimbing akibat tanah runtuh.

Runtuhan tersebut telah dikesan semasa musin banjir tahun 2014, namun pihak berkuasa hanya meletakkan papan tanda sahaja.

Ahad lepas, hujan yang berterusan telah mengakibatkan runtuhan tersebut bertambah serius dan jalanraya tersebut terpaksa ditutup.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Hj Ghazali Sulaiman semalam telah ke tempat kejadian bagi mendapat gambaran sebenar.

“Runtuhan yang besar menyebab penduduk Kampung Pasir Raja dan Syukor terpaksa mengguna jalan sementara di Kampung Belimbing untuk Ke Kampung Jongok Batu, Bandar AMBS dan Bandar Dungun,” jelas beliau.


Yang menjadi persoalan, runtuhan ini telah dikesan sejak tahun 2014 selepas banjir. Namun kenapa pihak berwajid tidak mengambil langkah segera membaikpulih kerosakan tersebut?”

“Jika dilihat pada papan tanda yang telah pasang, kerja-kerja permulaan hanya dimulakan pada bulan Januari 2017 dan berakhir pada Ogos 2017. Sudahlah ianya lewat kerja baikpulih ini buka sebutharganya, kontaktor yang berjaya memperolehi kerja tersebut pun lewat hampir enam bulan untuk masuk ke tapak kerja.” Tambah beliau lagi.

“Hari ini (semalam) telah ada jentera yang memulakan kerja membersih tanah runtuh, namun sikap seperti ‘bila terhantuk baru mengadah’ telah menyusahkan para penduduk.”

Untuk rekod ketika tahun 2015, terdapat 6 runtuhan tanah yang berlaku disepanjang jalan utama yang menghubungkan Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor dengan dunia luar.

Ianya telah dilapor oleh Buletin Online http://buletinonline.net/v7/index.php/hentikan-karenah-birokrasi-baiki-jalan-segera/

Sumber BO - 6-6-2017































































































PAS Terengganu Gesa Kerajaan Hentikan Dua Program ‘Kristianisasi’

PAS Terengganu mengambil maklum berkenaan dua program, pertama “National of the Golden Gate

Aligning with Jerusalem’s Jublee’ yang dikatakan bakal berlangsung di Melaka pada 15-18 Jun ini. Program kedua, “All Borneo Revival Convocation 2017” yang dijadualkan berlangsung di Miri pada 22-25 Jun nanti.

Sambutan ini dikatakan berkenaan sambutan kepada 50 tahun kejayaan rejim haram Israel merampas Jerusalem di Palestin. Maklumat lain yang didapati daripada isi kandungan program itu ialah, berkenaan dengan gerakan mahu membebaskan Malaysia dan kaitan dengan gerakan kristianisasi yang telah dan akan berlaku di Malaysia. Malah dikatakan program ini bukan kali pertama berlangsung di Malaysia, tetapi sudah beberapa kali ianya dijalankan.

PAS Terengganu mendesak pihak berkuasa menghentikan segera program seumpama ini jika benar ianya akan berjalan di Malaysia.


Malaysia tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, jadi apa perlunya program seumpama ini diadakan di sini, apatah lagi lebih utama, Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan menyokong Palestin, sudah pasti tiada kaitan langsung dengan Israel dan Yahudi.

PAS Terengganu memahami dan menghormati akan hak agama lain dan penganutnya mengamalkan kepercayaan mereka di Malaysia, tetapi ianya tertakluk kepada perlembagaan negara ini yang menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan selain Islam, tidak dibenarkan menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam.

Oleh itu jika program seperti ini adalah bagi menyebarkan kristianisasi di kalangan umat Islam, maka PAS Terengganu memberi amaran supaya ianya dihentikan.

Setelah The Star, isu arak dalam penerbangan dan kini berkenaan penganjuran program ini, jelas ianya bagi menghina kesucian bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kerajaan pimpinan parti utamanya Umno, jelas dilihat gagal mempertahankan Islam sehingga bukan Islam semakin berani menginjak-injak agama Islam yang mulia ini kerana kelemahan dan kejahilan Umno itu sendiri. Umno mesti ditolak dalam PRU nanti. Wallahua’lam

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
10 Ramadhan 1438 / 5 Jun 2017

Sumber BO - 5-6-2017































































































Kasih Ramadhan; Mendengar Duka Berkongsi Ceria


SETIU – Ameerah Kawasan Setiu turun ke beberapa kampung, mendengar cerita duka dan berkongsi gembira bersama warga yang yang kurang bernasib baik.

Ketuanya, Rafidah Mohd Sheh berkata, program ziarah ‘Kasih Ramadhan’ itu telah di adakan pada keempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen ini.

“Sebanyak 16 buah rumah telah dikunjungi dan diziarahi oleh anggota Ameerah Kawasan Setiu pada kali ini, dikalangan golongan wanita muda, ibu tunggal dan susah serta sakit,

“sedikit sumbangan diberikan, berkongsi rasa ceria Ramadan…… berupa barangan dapur keperluan harian seperti beras, minyak, gula, kurma dan bihun,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program itu di sini, pada Sabtu 3 Jun.
Sehubungan itu, Rafidah bersyukur kerana ‘lambaian kasih’ Ameerah disambut mesra oleh tuan rumah yang dilawati.

Kemesraan seketika, diterjemahkan mereka, kata Rafidah, dengan ‘luahan cerita derita’ yang ditanggung oleh keluarga masing-masing.

“Salah sebuah rumah, penghuninya adalah seorang wanita muda bekerja sebagai pembuat arang bagi menampung kehidupannya,

“bersama dua orang anak kecil berusia 8 dan 3 tahun berikutan suami beliau seorang penagih dadah,” kata Rafidah, sedih.


Justeru itu, beliau berharap, walaupun sedikit sumbangan yang diberikan tidak akan mampu melenyapkan duka lara mereka, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.

“lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini dan Aidil Fitri yang akan tiba dalam masa tiga minggu lagi,” tambahnya.

Oleh itu, beliau berazam, silaturrahim yang dihubungkan, tidak akan terputus dan akan meneruskan program ziarah dari masa ke semasa.

Turut serta bersama rombongan Ameerah Kawasan Setiu dalam program tersebut ialahTimbalan Ketua Muslimat Kawasan Setiu, Rohani Awang.

















Sumber BO - 5-6-2017





























































































































































































Contractors Failed To Complete Public Housing In Pulau Redang

Contractors given the responsibility to build affordable housing for residents in Pulau Redang were issued a warning to complete their projects on time or face the projects being handed over to others.

Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman said the ultimatum was given following a contractor’s failure to complete houses during the time frame promised and for delaying up to two years.

He said a firm stand must be taken for the welfare of the residents of Pulau Redang who have waited long and many of the second generation still do not have homes because of the delay.

“The affordable housing project is expected to be fully completed by July 31, 2017. This was the promise given by the earlier contractor and the state government will try to get all the approvals as soon as possible to enable us to hand over the houses.

“The housing project has four blocks totalling 106 units with other facilities including a futsal hall and a multipurpose hall. The current cost of the project is RM28.6 million,” he told reporters after visiting the housing project site in Pulau Redang.

Ahmad Razif said to this point, the contractor has been charged Liquidated Ascertained Damage for being late for 613 days which reached a total of RM3.2 million following a fine of RM5,166 per day. — Bernama

Other story;

Penduduk Ragu Tentang Pembinaan Rumah Pulau Redang

Sumber BO - 5-6-2017

DUN Bandar Belanja ‘Shopping Raya’ Ringankan Beban Penduduk

































































































Oleh: Solahuddin Al-Idrus

KUALA TEREMGGANU – PAS DUN Bandar turun padang bertemu dengan keluarga yang tidak bernasib baik bagi membantu meringankan beban masalah masyarakat setempat dalam meraikan Sambutan Hari Raya yang bakal kunjung tiba.

Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ustaz Ahmad Shah berkata, masalah kesempitan hidup rakyat adalah antara fokus utama kerana rata-rata rakyat dibebani oleh kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, bebanan kos sara hidup yang makin tinggi menambahkan lagi kesusahan serta kesempitan hidup rakyat.

Rata-rata baju berharga RM 70 hingga 80 satu pasang. Bayangkan kalau setiap keluarga mempunyai enam orang anak, ia menambahkan lagi beban mereka dalam keadaan kos sara hidup makin tinggi,

“Aktiviti tahunan tersebut adalah dibawah anjuran lajnah Kebajikan Pas Dun Bandar dan ia lebih dikenali sebagai ‘Shopping Raya’,
“Kita mengharapkan program Shopping Raya seperti ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang tidak kira sama ada kita memerintah ataupun tidak,

“Andai kata kerajaan bertukar tangan pada PAS kita yakin kita mampu tolong mereka yang susah sebab bila kita ada kerajaan kita akan ada dana yang lebih besar,” ujarnya.


Program tersebut turut disertai oleh seluruh jentera DUN Bandar yang melibatkan Pemuda, Muslimat dan Ameerah DUN.

Katanya, walaupun sumbangan yang diberikan adalah kecil, namun mereka sangat teruja dan mengharga pemberian tersebut.




Sumber BO - 4-6-2017

Ribut Sebelum ‘Berbuka’ Cemaskan Peniaga

Oleh : ZSH

DUNGUN – Persediaan para peniaga memulakan jualan untuk juadah berbuka puasa bertukar cemas, apabila ribut melanda Bandar Bukit Besi.

Kejadian yang tidak diduga itu berlaku sekitar jam 4.30 petang Sabtu, dekat sini, semalam 3 Jun.

Pemilik premis Kedai Keropok D’Lekor, Mohd Izzuddin menceritakan detik cemas beliau bersama dua orang pekerjanya yang ketika itu, berada di dalam kedai terbabit.

Beliau berkata, angin telah memusnahkan sebahagian struktur kedainya.


“Lebih kurang jam 4.30 petang, cuaca hujan dan angin bertiup agak kencang……salah seorang pekerja saya menjerit……”

“angin kuat! angin kuat! (dengan) sekelip mata anjung kedai dan kanopi besi di hadapan kedai saya telah diterbangkan ke atas atap,” ujar Mohd Izzuddin.

Namun begitu, bencana yang menimpa beliau telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Selepas solat sunat tarawih, Ustaz Wan Hassan singgah menziarahi beliau di premis berkenaan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun itu turut menghulurkan sedikit sumbangan, bagi meringankan beban Mohd Izzuddin.
Ribut melanda sebahagian besar bandar juga telah merosakkan atap sebuah rumah kediaman, manakala dua premis perniagaan lain, rosak teruk.

Ustaz Wan Hassan mengucapkan rasa syukur kerana dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

“Alhamdulillah, syukur terhadap Allah kerana kejadian ribut tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka yang terbabit,

“Terima kasih kepada Jawatankuasa PAS UPU Bukit Besi yang turut sama membantu mangsa. Kita daripada PAS akan cuba membantu semampu kita, insyaallah,” jelas beliau.

Turut sama hadir dalam ziarah tersebut ialah Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman dan Ketua UPU Bukit Besi, Abas Abdul Ghani.

Sumber BO - 4-6-2017































































































Memperkasakan Perubatan Moden Dan Komplementari Menurut Perspektif Islam

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 akan dianjurkan lagi buat kali kedua pada tarikh 15 hingga 17 September 2017 bertempat di TH Convention Centre, Kuala Terengganu. Persidangan kali ini istimewa kerana tahun 2017 turut diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Terengganu.

Penganjur utama persidangan ini, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Jabatan Mufti Terengganu, Persatuan Pakar-pakar Perubatan Islam Malaysia (PAKAR) dan Persatuan Fekah Perubatan.

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan yang pertama telah di adakan di Kota Bharu pada 28-30 Ogos 2015 dengan tema `Pengharmonian di antara perubatan moden dan komplementari menurut kacamata Islam’ telah berjaya menarik penyertaan daripada negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Kejayaan persidangan yang pertama ini telah mendorong PAPISMA untuk menjadikannya sebagai aktiviti dwi tahunan bagi memberi pengisian dan pencerahan yang bermanfaat kepada masyarakat berkenaan pelbagai isu perubatan yang sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat kita hari ini.


Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 ini bakal menampilkan tema `Perubatan Islam merentasi zaman’ dan sekali lagi akan menampilkan tokoh-tokoh pembicara daripada gabungan tokoh-tokoh agama dan tokoh-tokoh dalam bidang perubatan dan kesihatan. Antara tokoh-tokoh yang akan memeriahkan persidangan kali ini ialah Sohibus samahah Prof Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Prof Dato’ Dr Suhaini Kadiman (Pakar Perunding Kanan Pembiusan IJN), Sohibus samahah Dato Dr Zulkifly Muda (Mufti Terengganu), Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi bin Latif, (Naib Canselor UniSZA) serta ramai lagi tokoh-tokoh akademik dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan sangat menarik dan relevan dengan masyarakat masa kini seperti Kaedah pemutusan fatwa dalam perubatan, Pembuktian sains dalam tibbun nabawi, Prasarana ke arah hospital patuh syariah, Rukyah vs perubatan moden serta pelbagai lagi topik-topik yang begitu menarik untuk para peserta menghayatinya.

Persidangan kali ini jiga menampilkan 3 bengkel praktikal pra persidangan. Tiga topik utama akan dihadamkan oleh para peserta: iaitu Praktikal akunpunktur, Tahnik & khitan anak perempuan serta Fiqh Sakit Puan, Kehamilan & Kelahiran. Bengkel ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 adalah terbuka kepada semua kakitangan kesihatan dan juga orang awam yang berminat untuk mendalami ilmu serta perbincangan mengenai isu-isu perubatan dan kesihatan menurut perspektif Islam. Pihak kami sangat berbesar hati menyeru kakitangan kesihatan dan juga orang awam dari seluruh negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja dan juga Filipina untuk sama-sama mendaftar dan seterusnya menyertai Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 ini.
Awisul Islah Ghazali | MD, M.Med, FIPP

Pengerusi Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0

Dapatkan maklumat lanjut di:

http://conference2017.papisma.org/

Jadual & Topik menarik Persidangan: http://conference2017.papisma.org/program/topik-persidangan/

Yuran dan Pendaftaran online: http://conference2017.papisma.org/pendaf…/pendaftran-online/

Sumber BO - 4-6-2017































































































Sokongan Kepada PAS Semakin Meningkat

BESUT – Sokongan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) semakin meningkat bukan sahaja di negeri Terengganu, bahkan di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, antara golongan yang ketara, bertambah sokongannya kepada PAS ialah orang muda.

“Saya melihat sokongan rakyat pada hari ini semakin subur bukan sahaja di Terengganu, (bahkan) di negeri-negeri lain termasuk di pantai barat,

“dan sokongan ini dapat menyemarakkan lagi keyakinan masyarakat apabila pemuda-pemuda yang bangkit……..yang mana hubungan ini (adalah) hubungan yang tidak terikat dengan budaya lama dan tidak terikat dengan dasar BN,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui di di kediamannya di Kampung Padang Luas, dekat sini.
Justeru itu, beliau yang juga Ketua Dewan Ulama berkata, PAS Terengganu akan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, sebagaimana yang telah diluluskandala Persidangan Dewan Undanga Negeri pada tahun 2002.


“In shaa Allah, sekiranya kita diberi mandat dan memerintah negeri Terengganu……..kita ita akan terus melaksanakanya [Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)],

“kita akan mewujudkan prasarana-prasarana yang membolehkan undang-undang atau enakmen yang telah diluluskan itu akan dilaksanakan dalam kalangan masyarakat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razid Abdul Rahman yang berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak bersedia melaksanakan undang-undan tersebut.

Dato’ Husain yang juga Mantan Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata, menggubal dan meluluskan dalam Sidang DUN adalah satu cabaran ketika beliau mengendalikan persidangan pada 15 tahun yang lalu.

“Di mana, undang-undang ini adalah sesuatu yang baru yang bagi kita pihak PAS mempunyai keyakinan ianya sesuatu yang terbaik yang kita kemukakan demi kepentingan rakyat dan demi kepentingan negeri dan juga demi kepentingan Allah SWT,

“Tetapi pada masa yang sama perkara ini bercanggah dengan budaya yang sedia ada dengan negeri dan bercanggah dengan minda yang telah diasuh oleh penjajah yang begitu lama,” ujarnya.


Namun begitu,beliau bersyukur, walaupun empat wakil Umno-BN ketika itu, tidak menentang dan menolak enakmen tersebut.

“kita mengjangkakan bahawa tentangan (akan berlaku) begitu keras……..tiba-tiba kita dapati bahawa apa yang berlaku tentangan di dalam Dewan (Undangan Begeri) tidaklah seperti yang kita jangka,

“Mereka (wakilUno-BN) hanyalah menimbulkan keraguan dari sudut (teknikal) tepat atau tidak undang-undang syariat yang kita gubal ini mengikut tatacara syarak, tatacara dalil, mengikut hujah yang sedia ada di dalam syariat Allah SWT,” kata beliau.

Justeru kata beliau, kajayaan paling pemerintahan PAS pada 1999-2004 ialah mengubah Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Terengganu, yang memasukkan peruntukan bahawa undang-undang tertinggi dan rujukan tertinggi negeri ialah, Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Oleh yang demikian beliau belik dengan jawapan berbaharu MB Terengganu itu, sedang Umno dan BN Terengganu tidak menolak atau mengubah, bahkan menerima Enakmen tersebut.

“Dan sekarang Umno (BN) mengekalkan, dia tiru kita……..dia tidak pinda dan dia tidak batalkan balik, Cuma (yang pelik) dia tidak laksanakan,” ujar beliau.

Sumber BO - 3-6-2017































































































PAS T'ganu akan laksana Enakmen Jenayah Syariah

SOKONGAN kepada PAS semakin meningkat bukan sahaja di negeri Terengganu, bahkan di kawasan pantai barat Semenanjung. 
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Husain Awang berkata, antara golongan yang ketara bertambah sokongan kepada PAS ialah orang muda. 
“Saya melihat sokongan rakyat pada hari ini semakin subur bukan sahaja di Terengganu, (bahkan) di negeri-negeri lain termasuk di pantai barat, dan sokongan ini dapat menyemarakkan lagi keyakinan masyarakat apabila pemuda-pemuda yang bangkit, yang mana hubungan ini (adalah) hubungan yang tidak terikat dengan budaya lama dan tidak terikat dengan dasar BN,” jelasnya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Luas, Besut. 
Justeru itu, beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak negeri berkata, PAS Terengganu akan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah sebagaimana yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2002. 
“Insya Allah, sekiranya kita diberi mandat dan memerintah negeri Terengganu, kita akan terus melaksanakannya. 
“Kita akan mewujudkan prasarana-prasarana yang membolehkan undang-undang atau enakmen yang telah diluluskan itu akan dilaksanakan dalam kalangan masyarakat,” tegasnya sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak bersedia melaksanakan undang-undan tersebut. 
Beliau yang juga mantan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata, menggubal dan meluluskan dalam sidang Dun adalah satu cabaran ketika beliau mengendalikan persidangan 15 tahun yang lalu. 
“Di mana, undang-undang ini adalah sesuatu yang baru yang bagi kita pihak PAS mempunyai keyakinan ianya sesuatu yang terbaik yang kita kemukakan demi kepentingan rakyat dan demi kepentingan negeri dan juga demi kepentingan Allah SWT. 
“Tetapi pada masa yang sama perkara ini bercanggah dengan budaya yang sedia ada dengan negeri dan bercanggah dengan minda yang telah diasuh oleh penjajah yang begitu lama,” ujarnya. 
Namun begitu, beliau bersyukur walaupun ada empat wakil Umno-BN ketika itu, tidak menentang dan menolak enakmen tersebut. 
“Kita menjangkakan bahawa tentangan begitu keras, tiba-tiba kita dapati bahawa apa yang berlaku tentangan di dalam Dewan tidaklah seperti yang kita jangka. 
“Mereka (wakil Umno-BN) hanyalah menimbulkan keraguan dari sudut (teknikal), tepat atau tidak undang-undang syariat yang kita gubal ini mengikut tatacara syarak, tatacara dalil, mengikut hujah yang sedia ada di dalam syariat Allah SWT,” kata beliau. 
Justeru, kata beliau kejayaan paling besar pemerintahan PAS pada 1999-2004 ialah mengubah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, yang memasukkan peruntukan bahawa undang-undang tertinggi dan rujukan tertinggi negeri ialah al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. 
Oleh yang demikian, beliau pelik dengan jawapan berbaharu MB itu, sedang Umno dan BN Terengganu tidak menolak atau mengubah, bahkan menerima enakmen tersebut. 
“Dan sekarang Umno (BN) mengekalkan, dia tiru kita, dia tidak pinda dan dia tidak batalkan balik, cuma dia tidak laksanakan,” ujar beliau
Sumber HD - 3-6-2017































































































Tiga Kali ‘Raya’ Tahun Ini

KEMAMAN – Kemungkinan besar, rakyat Malaysia yang berugama Islam akan bertemu dengan tiga kali ‘raya’ pada tahun ini.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat, mengajak seluruh warga negeri ini menukar kerajaan yang telah banyak menyusahkan rakyat.

“kita akan bertemu dengan tiga kali raya tahun ini…….hari raya Aidil Fitri, hari raya Aidil Adha dan hari pilihan raya,


“saya mengajak seluruh rakyat bersama-sama merayakan perayaan dan pada hari pilinhan raya ini untuk menukar kerajaan ‘BN GST’ yang menyusahkan rakyat kepada kerajaan yg berteraskan Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Anak Yatim DUN Chukai, semalam 2 Jun.
Selain itu, kata beliau, seramai 200 orang penduduk yang kurang bernasib baik dari dua buah kampung turut diberi sumbangan.


“Sumbangan anak yatim DUN Chukai seramai 200 orang………..sumbangan fakir miskin Kampung Tengah dan Kampung Tuan…… 200 orang,

“sumbangan kepada guru-guru PASTI dan Dar at-Takwa 39serta majlis berbuka puasa di Banggol dengan orang ramai sekitar 600 orang,” ujarnya.

Beliau bersyukur kepada Allah da mengucapkan terima kasih atas sumbangan dari orang ramai yang prihatin.

“hampir RM40,000 dibelanjakan, hasil sumbangan daripada orang ramai yang ‘muhsinin’ pada hari ini…….. terima kasih kepada para penyumbang yang budiman

Sumber BO - 3-6-2017

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0
Posted on Saturday, June 03 @ 06:46:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35210




PERSIDANGAN NUSANTARA ISU-ISU PERUBATAN 2.0:
Satu kesinambungan untuk memperkasakan perubatan moden dan komplementari menurut perspektif Islam.
Oleh: Awisul Islah Ghazali | MD, M.Med, FIPP
Pengerusi Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0


Kuala Terengganu – Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 akan dianjurkan lagi buat kali kedua pada tarikh 15 hingga 17 September 2017 bertempat di TH Convention Centre, Kuala Terengganu. Persidangan kali ini istimewa kerana tahun 2017 turut diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Terengganu.
       
Penganjur utama persidangan ini, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Jabatan Mufti Terengganu, Persatuan Pakar-pakar Perubatan Islam Malaysia (PAKAR) dan Persatuan Fekah Perubatan.

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan yang pertama telah di adakan di Kota Bharu pada  28-30 Ogos 2015 dengan tema `Pengharmonian di antara perubatan moden dan komplementari menurut kacamata Islam’  telah berjaya menarik penyertaan daripada negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.
      
Kejayaan persidangan yang pertama ini telah mendorong PAPISMA untuk menjadikannya sebagai aktiviti dwi tahunan bagi memberi pengisian dan pencerahan yang bermanfaat kepada masyarakat berkenaan pelbagai isu perubatan yang sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat kita hari ini.
      
Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 ini bakal menampilkan tema `Perubatan Islam merentasi zaman’ dan sekali lagi akan menampilkan tokoh-tokoh pembicara daripada gabungan tokoh-tokoh agama dan tokoh-tokoh dalam bidang perubatan dan kesihatan. Antara tokoh-tokoh yang akan memeriahkan persidangan kali ini ialah Sohibus samahah Prof Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Prof Dato’ Dr Suhaini Kadiman (Pakar Perunding Kanan Pembiusan IJN), Sohibus samahah Dato Dr Zulkifly Muda (Mufti Terengganu), Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi bin Latif, (Naib Canselor UniSZA)  serta ramai lagi tokoh-tokoh akademik dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.
       
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan sangat menarik dan relevan dengan masyarakat masa kini seperti Kaedah pemutusan fatwa dalam perubatan, Pembuktian sains dalam tibbun nabawi, Prasarana ke arah hospital patuh syariah, Rukyah vs perubatan moden serta pelbagai lagi topik-topik yang begitu menarik untuk para peserta menghayatinya.

Persidangan kali ini jiga menampilkan 3 bengkel praktikal pra persidangan. Tiga topik utama akan dihadamkan oleh para peserta: iaitu Praktikal akunpunktur, Tahnik & khitan anak perempuan serta Fiqh Sakit Puan, Kehamilan & Kelahiran. Bengkel ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 adalah terbuka kepada semua kakitangan kesihatan dan juga orang awam yang berminat untuk mendalami ilmu serta perbincangan mengenai isu-isu perubatan dan kesihatan menurut perspektif Islam. Pihak kami sangat berbesar hati menyeru kakitangan kesihatan dan juga orang awam dari seluruh negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja dan juga Filipina untuk sama-sama mendaftar dan seterusnya menyertai Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 ini. 

🚩 Dapatkan maklumat lanjut di:
http://conference2017.papisma.org/
🚩Jadual & Topik menarik Persidangan: http://conference2017.papisma.org/program/topik-persidangan/
🚩Yuran dan Pendaftaran online: http://conference2017.papisma.org/pendaf…/pendaftran-online/

POHON DITULARKAN.

Sumber TKO - 3-6-2017































































































Perpecahan Di kalangan Pemimpin Umno Masih Berterusan

KUALA TERENGGANU – Pertikaian antara Exco Terengganu dan Menteri Besarnya berkenaan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah di negeri itu menujukkan perpecahanan di kalangan pemimpin Umno masih terus berlaku.

Ketua Penerangan PAS YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sudah diketahui umum bahawa Pengerisi Jawatankuasa Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib, tidak bersama ‘team’ Dato’ Seri Ahmad Razif.

“kita mesti mengetahui bahawa Exco yang ada itu dia berada dalam ‘team’ Dato’ Seri Ahmad Said yang pernah meletakkan dirinya untuk keluar daripada saf kepimpinan Razif dan mempertikaikan pelantikan Razif,

“Jadi, dia anggap bahawa dia boleh melaksanakan hudud dalam keadaan dia keseorangan tetapi dia sebenarnya tak mendapat sokongan daripada kepimpinan UMNO,” tegasnya.

Selain itu, beliau yakin, Ahmad Razif bimbang dengan suasana yang ada ini, dan menjawab jadi tidak mampu melaksanakan hukum hudud.


ADUN Bukit Payong itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ghazali bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, minggu lalu.

Sebaliknya, Razif ketika sitemui media berkata, Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam dibuat.

“Saya harap seluruh orang ‘ganu kite’ boleh lihatlah bagaimana UMNO ni sebenarnya tidak sepakat sekarang,

“Bila tidak sepakat dan tidak bersatu, mereka tidak boleh membina kestabilan dalam pentadbiran dan pemerintahan,” jelas Ustaz Mohd Nor.

Justeru, beliau mengajak rakyat Terengganu mendapat maklumat yang jelas dan menterjemahkan kebenaran serta membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, dalam persoalan yang begitu besar, berkenaan perlaksnaan undang-undang Syariah, sepatutnya kerajaan sudah memiliki pendirian yang sama antara Exco dan Menteri Besar.

“macam mana dia nak mengajak rakyat untuk memberikan sokongan terhadap pelaksanaan hudud yang begitu besar sedangkan Exco dengan Menteri Besar sendiri pun tidak sepakat,

“seolah olah mereka tidak menentukan pendirian yang jelas tentang isu perkara yang ada,” tanya lagi.

Beliau melihat, Ahmad Razif ‘kluk klek’ kerana bimbang terhadap ‘bos’ yang melantiknya, di Putrajaya.

“itu kerana saya rasa dia teragak agak dan bimbang dengan orang Kuala Lumpur, Takut dia terlajak lebih daripada bos yang ada di Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.

Sumber BO - 1-6-2017































































































Tamar Dulu Atau Nasi?

Oleh : Suhazeli Abdullah

Seorang jemaah terawih bertanyakan pandangan mengenai pilihan mendahului makan tamar atau nasi semasa berbuka puasa. ada pro and cons. Asasnya adalah “carbo loading” (Jumlah karbohidrat/nasi/roti/gula dll yang masuk). Bagi pesakit kencing manis elok berbuka awal dengan carbo loading secukupnya. Jangan makan terlalu banyak. Namun 3 biji tamar pun sudah memadai bagi sesetengah orang untuk ganti balik karbo. Tapi sesetengah orang 3 biji tu tidak memadai. Masih tidak mendatangkan tenaga kepada mereka. Jadi elok makan nasi terus. Kerana jumlah karbo dalam nasi adalah tinggi.
.
Buah kurma adalah gula ringkas. Setelah dimakan, ia cepat dihadamkan dan diserap masuk dalam tubuh. Gula dari buah tamar terus digunakan sebagai tenaga. Berbeza sedikit dari karbohidrat seperti nasi atau roti. Nasi, roti atau karbohidrat lain adalah gula kompleks. Apabila dimakan, perut akan menghadamkan dahulu kepada karbohidrat lebih ringkas iaitu gula. Lumrah bagi orang dewasa, karbohidrat ini akan mengambil masa 2-4 jam untuk dihadamkan sepenuhnya. Maksudnya penggunaan tenaga dari gula kompleks ini sedikit lambat berbanding dengan gula ringkas seperti tamar atau gula pasir.
.
Justeru, ikuti sunnah Nabi dengan memakan tamar terlebih dahulu amat baik diamalkan. Pahala pun dapat. Adakah setelah makan buah tamar, kita terus boleh solat? Ya, boleh dah sebab kita sudah berbuka puasa dan tenaga dari gula ringkas tamar pun sudah kita perolehi.
.
Jika nak makan nasi lepas berbuka dengan buah tamar, boleh ke? boleh juga. Tiada halangan. Cuma tengok uruf setempat juga. Kepada sesiapa yang berbuka dimasjid secara berjemaah, jika majoriti ahli jemaah setuju makan tamar dan air sahaja dahulu, dibolehkan. Nasihat saya agar makanan berat seperti nasi dan lauk pauk sedap seperti ayam panggang dan seumpamanya itu disisihkan ditempat lain dahulu. Saya risau jika hanya berbuka dengan buah tamar sahaja, sedangkan hidangan menu ayam masak merah terbungkam depan mata, menyebabkan solat maghrib kita tak khusyuk! Teringat-ingat ayam masak merah tadi msa solat maghrib, entah sudah dibaham oleh kawan.
.
Lagipun terdapat hadis Nabi SAW berkaitan itu.
Dari Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِذَا قُدِّمَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ المَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ

Maksudnya: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:

إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ وَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ: «يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ، وَتُقَامُ الصَّلاَةُ، فَلاَ يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الإِمَامِ

Maksudnya: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sekalipun beliau mendengar bacaan imam. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
.
Secara peribadi saya suka berbuka puasa dengan buah tamar dan makan terus nasi. Ini kerana saya ingin menjimatkan masa. Waktu antara berbuka puasa dan isyak sekejap sahaja. Jangan dirugikan masa itu, sedangkan jika kita terus makan kemudian solat maghrib, selepas solat kita mempunyai banyak peluang untuk mandi, dan tadarus al Quran sehelai dua sehingga masuk waktu isyak.
.
Tapi jika makan kurma dan air dulu, lepas tu solat maghrib kemudian menuju ke meja makan pula untuk makan berat, habis masa kat situ sahaja. Kecuali lah perut kita boleh tahan hingga lepas terawih jam 10.30 malam… masa tu karbo loading tak tahu lah nak kira lagu mana..
.
Dinasihatkan agar jarak antara last big meal (makan nasi) sebelum tidur sekitar 4 jam. Maksudnya jika kita makan nasi jam 10.30 malam, tidur patut dilewatkan juga ke jam 2.30 pagi.. jarak 4 jam tersebut beri peluang kepada perut kita melakukan kerja proses penghadaman makanan yang baru kita makan. Terdapat kesan negatif dari sudut kesihatan jika jarak makan malam dengan waktu tidur terlalu dekat. Antaranya penyakit refluks (gastik). Ada kajian mengatakan risiko rendah penyakit angin ahmar bagi orang yang jarak makan malam mereka jauh dari waktu tidur.
.
Oleh demikian eloklah baham nasi seawal maghrib bagi beri kerihatan kepada perut dari terus mengisar makanan walau sedang tidur.
.
Semoga bermanfaat. Jika pandangan saya silap, tolong kabo deh.

****Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Kisaihatan Keluarga yang juga Akitivis KAMI


Sumber BO - 1-6-2017































































































Budaya politik demokrasi matang vs politik kebencian tidak berasas

1. POLITIK Demokrasi yang matang memberi pengiktirafan kepada Wakil Rakyat pembangkang untuk bersama dalam pelbagai program rasmi kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat. Di negara barat seperti Australia dan United Kingdom wakil rakyat pembangkang menganggotai pelbagai jawatankuasa pentadbiran di pelbagai peringkat sama ada kerajaan tempatan atau negeri atau federal. 
2. Perkara ini ditekankan oleh PAS menerusi pendekatan baru politik yang diberi nama Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS). Wakil rakyat dan pimpinan PAS sebagai pemimpin masyarakat di peringkat pembangkang sewajarnya dilibatkan dalam pelbagai program kerajaan melibatkan kepentingan rakyat dan negara. 
3. Pada 28hb Mei 2017 sempena 1 Ramadhan,  saya dan pimpinan PAS Terengganu dijemput hadir oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri (KDN). Ia sempena program penerapan nilai murni di bulan Ramadhan di kalangan warga KDN bersama rakyat setempat di Tok Jembal dalam kawasan parlimen saya Kuala Nerus.  Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu. Saya hadir bersama Dato' Husin Awang,  Pesuruhjaya PAS Terengganu dan YB Dr Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. 
4. Pada 29hb Mei 2017 pula saya juga turut hadir Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Jambatan Pulau Sekati oleh YAB Menteri Besar. Pulau Sekati berada dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus. Saya turut dijemput bersama menaiki kereta YAB MB untuk meninjau jambatan tersebut diiringi para pegawai kerajaan dan wartawan. 
5. Sebelum ini saya juga turut hadir pelbagai majlis rasmi kerajaan seperti Solat Tarawih bersama YAB PM di Masjid Bukit Tok Beng, Parlimen Kuala Nerus pada 6hb Julai 2014, Majlis Penutup Ijtimak Pondok oleh YAB PM di Universiti Malaysia Terengganu, di Parlimen Kuala Nerus pada 23hb Mei 2016, berbuka puasa bersama YAB PM di Gemuruh, Parlimen Kuala Nerus pada 29hb Jun 2016, Majlis Taklimat Banjir kepada YAB PM di Banggol Peradong, Parlimen Kuala Nerus pada 7hb Januari 2017. 
6. Pada 31hb Julai 2014 YAB MB Terenggganu turut hadir Majlis Raya Rakyat di kediaman saya di Parlimen Kuala Nerus. Saya juga turut menyampaikan kuliah sempena Korban pada 20hb Ogos 2016 dengan kehadiran YAB MB di surau berhadapan rumah MB sempena Program YB Cakna Rakyat anjuran PAS Kg Baru,  Seberang Takir, di Parlimen Kuala Nerus. 
7. Semua bentuk program tersebut adalah dalam kerangka membentuk satu budaya politik yang matang dan berhemah yang menguntungkan rakyat. Budaya lama berpolitik sehingga berpatah arang berkerat rotan sudah berlalu.  Generasi baru Malaysia menuntut satu perubahan dalam gaya berpolitik. 
8. Namun, segelintir ahli politik pembangkang yang tidak matang menjadikan gambar-gambar saya bersama dalam majlis-majlis tersebut sebagai isu dan modal politik murahan untuk kepentingan politik sempit mereka bagi mengheret rakyat terus menaja agenda politik kebencian tidak berasas. 
9. Politik kebencian tidak berasas mungkin memberi keuntungan jangka masa pendek bagi setengah ahli politik namun ia merosakkan pembinaan tamadun bangsa dan negara untuk jangka masa panjang. 
10. Politik kepartian sepatutnya dibina atas asas menghormati perbezaan pandangan politik dalam pelbagai isu mendasar dan isu semasa tanpa merosakkan hubungan peribadi kemasyarakatan. Budaya politik ilmu, politik idea dan politik damai sejahtera perlu diwariskan kepada generasi mendatang. 
11. Sebagai pembangkang PAS terus memberikan pelbagai pandangan kepada kerajaan serta mengkritik pelbagai dasar parti politik pemerintah yang tidak memberikan keuntungan kepada negara dan rakyat sebagai satu proses semak dan imbang. 
12. PAS terus konsistan mengkritik dasar GST yang tidak patuh Syariah, tegas menentang TPPA, menolak penglibatan kerajaan dalam penubuhan bank riba AIIB, mengkritik dasar penubuhan 1MDB dan GLC seumpamanya, mengkritik dasar bajet defisit, perbelanjaan boros dan longgokan hutang kerajaan persekutuan, menolak derma peribadi kepada Perdana Menteri dan penjawat awam kerana ianya rasuah dalam Islam, menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang diimani oleh kerajaan BN adalah punca kejatuhan mata wang dan inflasi, mengkritik Akta SOSMA, POTA dan MKN yang terdedah kepada manipulasi dan pelbagai lagi isu negara. 
14. Dan lebih penting PAS menegaskan bahawa hanya Islam penyelesaian bagi pelbagai permasalahan negara bukannya sistem ekonomi kapitalis atau sistem pemerintahan sosialis atau komunis. 
15. Namun, segala kritikan dan perbezaan pandangan politik perlu dilaksanakan dalam ruang lingkup budaya matang, sejahtera dan berakhlak berasaskan konsep nasihat dan amar makruf nahi mungkar sebagaimana pedoman al-Quran dan al-Sunnah. 
16. PAS menawarkan kepada umat penyelesaian ekonomi negara menerusi Dokumen Hijau yang telah dirasmikan penyebaran sebahagian isi kandungannya dan juga Wawasan Induk Negara yang bakal dilancarkan sebelum PRU ke 14. 
17. Kita boleh berbeza pandangan dan berbalas hujah di Parlimen dan DUN tapi tidak untuk menjadi seperti kera dan monyet yang menjerit dan berteriak di dalam hutan. Demokrasi perlu dihormati. Sidang Parlimen dan DUN adalah medan berwacana bukan bertegang leher menunjuk "hero". 
18. Ramadhan mendidik umat untuk lebih berakhlak.  Moga Ramadhan menjadi penyubur budaya politik matang sejahtera. Ia tidak mudah namun juga tidak sukar. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 1hb Jun 2017/ 6 Ramadhan 1438 - HARAKAHDAILY 1/6/2017
Sumber HD - 1-6-2017 































































































Awas! Ops Geng Plastik Hitam

Saya sempat meninjau ke Pasar Cabang Tiga, setelah beberapa orang kenalan, peniaga, dan pengunjung pasar memberitahu berlakunya ‘operasi plastik hitam’ atau penjualan nasi bungkus pada masa yang tidak sepatutnya berlaku iaitu sekitar jam 12 tengah hari.

Terdapat 2 buah kedai yang menjalankan urus niaga ini, dan secara kebetulan peniaga tersebut juga membuka gerai di bazar Ramadhan. Alasan yang biasa diberikan adalah bagi menyedia dan menyiapkan masakan yang akan dijual di bazar nanti.

“Modus Operandi mereka, pembeli akan datang untuk memaklumkan berapa bungkus yang diinginkan, lepas 5 atau 10 minit, mereka akan datang untuk mengambil bungkusan tersebut.” Kata seorang peniaga.

Berikutan kes ini, sekali lagi kami meminta jasa baik pihak Majlis Agama Islam dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada ‘geng plastik hitam’ yang amat tidak sensitif dengan kehormatan bulan Ramadhan ini.


Sebelum ini pihak MBKT pernah memaklumkan kepada kami bahawa notis telah dikeluarkan kepada Pejabat Majlis Agama agar siasatan, penyamaran, dan tindakan dibuat.

Namun sehingga ke hari ini, operasi haram tersebut masih berleluasa.

Ini bukan kali pertama aduan dibuat. Pada tahun lepas kami juga telah membuat aduan dalam kes dan perimis yang sama.

Berapa tahun sebenarnya pihak berwajib mahu menyamar dan menyiasat? Ini bukannya kes merumitkan seperti penjualan dadah oleh mafia highclass yang didalangi orang² besar.

Ini hanya kes geng plastik hitam yang sudah pun diketahui awam. Masakan bertahun-tahun masa diambil untuk mencegahnya? Jika kes ini pun pihak yang berwajib tidak mampu atasi, serahkan sahaja pemerintahan negeri untuk kami urus tadbir dengan lebih telus, berani, dan efisyen.

Khairuddin Muhamad
Ketua Penyelaras Pemuda
PAS Dun Bandar.
05 Ramadhan 1438H.

Sumber BO - 31-5-2017































































































Program ‘Satu Rumah Seorang Graduan’ Gagal

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Program ‘Satu Rumah Seorang Graduan’ yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Ahmad Razif pada tahun 2009 tidak berjaya kerana ia bukanlah asas matlamat manusia dilahirkan, diatas muka bumi.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, walaupun ia sangat baik dan tidak sukar dicapai, tetapi ia tidak berjaya menyelesaikan masalah apabila rata-rata graduan menjadi penganggur maskini.

“tidaklah terlalu sukar untuk dicapai, bahkan bagi sesebuah rumah, lebih dari seorang ahli keluarga mereka yang berjaya sebagai graduan,

“tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kerana seseorang anak bergelar graduan tidak boleh menjamin sebagai manusia yang berakhlak jika tidak disemai dengan ilmu agama di dadanya,” jelas beliau


Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ziarah penduduk sempena Ramadan di Kampung Batin dan Taman Permint, pada Rabu 31 Mei, hari ini.

“Cabaran keruntuhan akhlak khususnya dalam kalangan anak muda di zaman sekarang sangat besar dan sukar dibendung,
“Sepatutnya kerajaan menekankan aspek keagamaan dalam sistem pembelajaran sama ada diperingkat rendah, menengah mahupun Universiti”, ujarnya.

Menurutnya lagi, isu lambakan graduan pada hari ini telah menimbulkan masalah pengangguran yang berskala besar.
Peluang pekerjaan dilihat tidak seimbang dengan produk graduan yang keluar setiap tahun daripada pusat-pusat pengajian tinggi, sama ada awam atau swasta.


“Keadaan ini diburukan lagi dengan polisi kerajaan yang menaikkan had umur persaraan sehingga kepada 60 tahun,
“Sudah pasti peluang pekerjaan semakin sempit untuk orang-orang baharu,

“Pengangguran pastinya menjadi suatu penyakit dalam masyarakat yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang semakin membimbangkan,

“Sesuatu program yang digagaskan oleh pihak kerajaan sepatutnya mempunyai persiapan yang rapi, bukan sekadar satu retorik untuk menggambarkan kehebatan orang yang mencetuskannya, yang akhirnya rakyat juga yang menanggung akibat”, ujar Ustaz Zakaria kesal.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali.

Sumber BO - 31-5-2017































































































Penduduk hairan, Pulau Batu Tersusun terus jadi misteri
Posted on Wednesday, May 31 @ 13:18:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35179




SETIU, 31 Mei — Jika ke Pulau Redang, pengunjung pastinya akan diperkenalkan dengan satu lagi lokasi “wajib kunjung” yang terletak berdekatan pulau itu iaitu Pulau Kerengga atau lebih dikenali sebagai Pulau Batu Tersusun.

Keunikan pulau kecil ini terletak pada susunan batu-batu pelbagai bentuk dan saiz secara menegak seperti dibuat oleh seseorang ibarat dalam sebuah taman.


Namun sehingga kini tiada siapa yang tahu bagaimana batu-batu itu tersusun begitu rupa atau tiada siapa yang mengaku telah menyusunnya.

Untuk sampai ke pulau ini, pengunjung hanya perlu mangambil masa kira-kira 10 minit menaiki bot laju.

Seorang pengunjung setia pulau itu, Habsah Muda, 53, berkata hampir 15 tahun beliau berulang-alik ke pulau itu dan susunan batu- batu itu tetap menjadi perhatiannya.

“Yang peliknya, tiada seketul batu pun daripada susunan itu jatuh atau formasinya bertukar meskipun ia sudah terlalu lama berada di situ, malah dalam pemerhatian saya susunan batu itu semakin bertambah.

“Pernah juga terfikir siapa yang menyusunnya kerana di situ tiada kemudahan dan bukanlah pulau tumpuan seperti kawasan lain,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang tukang masak sebuah resort di Pulau Redang, Zainab Kadir, 57, berkata sebelum berkhidmat di resort itu lagi beliau telah menyedari kehadiran pulau kecil berkenaan yang mempunyai batu-batu tersusun rapi.

“Selama tujuh tahun bekerja di pulau ini, tiada yang mengetahui asal-asul susunan batu itu termasuk penduduk tempatan.

“Pulau itu memang mempunyai keistimewaan kerana sentiasa bersih seperti dijaga namun tiada penghuni mahupun keperluan asas di pulau berkenaan,” katanya.

Zainab berkata pernah ketika berkunjung ke pulau itu, beliau tanpa sengaja telah tersepak batu-batu yang tersusun menyebabkan ada yang terjatuh.

“Bila saya cuba susun balik tidak berjaya..,bila saya datang kembali dua minggu selepas itu, batu itu telah kembali kepada tempat asalnya dan ini terus menjadi tanda tanya, siapa yang menyusun semula batu-batu itu kembali seperti sedia kala,” katanya. — Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/penduduk-hairan-pulau-batu-tersusun-terus-jadi-misteri#sthash.jF3MIuGc.dpuf

Sumber TKO - 31-5-2017































































































KAMI Dengan Kerjasama BDA Rayu Bantuan Untuk Penduduk Marawi

Sejarah perjuangan bangsa Mindanao amat panjang dan pernuh berliku. Semenjak Kesultanan Maguindanao hingga sekarang, wilayah autonomi Mindanao dianggap suci dari penjajahan. Walaupun Francisco Ateinza (1639) dari Sepanyol berjaya menakluki Iligan, tetapi keseluruhan Mindanao terutamanya Daerah Marawi yang strategik tidak dapat dijajahi.

Begitu juga semasa kemasukan penjajah Amerika (1898–1946), wilayah Mindanao hanya boleh dimasuki oleh tentera Amerika disekitar pantai Lanou. Daerah-daerah lain masih dipegang kukuh oleh kesultanan Maguidanao. Amerika tidak berjaya memecahkan tembok tradisi kesultanan ini.

Kerajaan Filipina mengambil kesempatan pengistiharan kemerdekaan Filifina dari Amerika dengan sekaligus mengistiharkan kepulauan Mindanao juga sebahagian dari Filifina yang merdeka.

Mindanao disekalikan sebagai sebuah wilayah yang merdeka walaupun mereka tidak pernah merasai kuasa penjajahan Sepanyol, Jepun mahupun Amerika.


Demi pembangunan Mindanao, Presiden Marcos (1965-1986) telah menukar Dansilan, nama asal Bandar Marawi kepada Marawi Bandar Islam. Tujuan bagi pengistiharan ini adalah bagi meraih sokongan pelabur dari negara-negara Timur Tengah.

Pulau Mindanao sendiri adalah kawasan bersejarah bagi majoriti kaum Muslim atau suku Moro serta etnik lainnya seperti Marano dan Tausug. Peperangan untuk meraih kemerdekaan telah ditempuh oleh pelbagai kumpulan Islam selama lima abad melawan para penguasa. Pasukan Sepanyol, Amerika, Jepun dan Filipina belum berhasil meredam tekad mereka yang ingin memisahkan diri dari Filipina yang majoriti penduduknya beragama Katolik. Kini, populasi beragama Katolik bertambah dengan pesatnya akibat pola pemilikan tanah yang tidak adil dan pemindahan pendatang ke wilayah ini. Hal ini telah mencetuskan kemarahan kaum Muslim Mindanao yang miskin dan tersisih dan ini telah membangkitkan gerakan pemisah di sana.

Dalam beberapa tahun terakhir, Mindanao menjadi wilayah yang seringk dikaitkan oleh dunia dengan munculnya organisasi pengganas Islam yang berkait rapat dengan konflik di Timur Tengah. Mindanao dipercayai menjadi pengkalan kelompok pengganas Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah.

Walaupun rentetan kaitan kumpulan-kumpulan ini tidak pula dapat dikaitkan secara pasti dengan Kumpulan Timur Tengah. Ianya muncul bagi mengurangi peranan kelompok pejuang kemerdekaan yang lebih sederhana dan nasionalis seperti Front Pembebasan Islam Moro (MILF) Front Pembebasan Bangsa Moro (MNLF).

(Gambar – program korban di Mindanao pada tahun 2011, Dr. Safrullah sedang memegang kain rentang manakalasaya membantu ahli rombongan menyembelih lembu korban)

Kemelut berpanjangan inilah yang menyulitkan lagi plan damai serta pemilikan wilayah autonomi. Akhirnya rakyat menjadi mangsa, pelarian ditanah air sendiri. Krisis peperangan terutamanya di bandar Marawi telah meragut puluhan nyawa. Sehingga 30 mei 2017, jumlah mangsa yang terbabit sebanyak 65 pejuang, 20 tentera kerajaan, 19 orang awam terbunuh. Manakala 61 askar kerajaan cedera.

Presiden Duterte mengistharkan Wilayah Mindanao darurat selama 60 hari. Kita menyaksikan lebih dari 5000 pelarian kehilangan tempat tinggal yang selamat. Pasukan penyelamat harus mengadakan sesuatu bagi membantu mangsa yang terlibat.

Kumpulan Media Independen (KAMI) akan mengambil initiatif bagi menyampaikan bantuan sedaya mampu kepada pelarian yang terlibat terutama di Bandaraya Islam Marawi. KAMI akan melakukan kerjasama dengan Pengerusi BangsaMoro Developmental Agency (BDA), Dr Safrullah Dipatuan. Beliau telah membuat rayuan dalam kenyataan rasmi beliau agar umat muslim serantau turun membantu mereka.

Dr Suhazeli Abdullah
Aktivis KAMI
Berita Berkait;
Hulurkan Bantuan Kepada Warga Marawi, Selatan Filipina

Sumber BO - 31-5-2017































































































Hulurkan Bantuan Kepada Warga Marawi, Selatan Filipina

HULU TERENGGANU – Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan politik digesa menghulurkan bantuan kepada warga bandaraya Marawi di Mindanao Selatan Filipina yang sedang menghadapi ujian berat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, lebih-lebih lagi kepada umat Islam di negara ini, wajarlah menghulurkan kasihan belas kepada mereka.

“saya harap semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama bersolidariti dan bersimpati kepada warga Marawi yang kini menjadi pelarian, terpaksa meninggalkan rumah tangga mereka,


“kerana menghadapi perintah darurat ekoran konflik antara tentera kerajaan dengan kelompok bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu di Taman Rekreasi Jambatan Kuala Berang pada Isnin 29 Mei.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia berkata, hampir 200, 000 penduduk bandaraya itu kini tinggal di kem-kem pelarian atau menumpang dirumah saudara mara serta kenalan di luar wilayah yang sedang kembali bergolak itu.


“saya ada mendapat pesanan dari sahabat kita Dr. Safrullah D Patuan yang memohon bantuan kemanusiaan bencana untuk membeli makanan dan ubat-batan,

“beliau berkata….walaupun masih ada namun bekalan keperluan terhad dan harga menjadi lebih mahal disebabkan oleh perintah darurat yang dikuatkuasakan,” jelasnya.

Turut hadir dalam majli itu ialah Pengarah Khidmat Malaysia Zon Timur Haji Zulkifli Md Yakim, Pengerusi Khidmat Malaysia Hulu Terengganu Md Safari Ali dan Mantan Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr. Suhazeli Abdullah.


Oleh itu, satu jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh Dr. Suhazeli Abdullah bagi mengumpulkan dana untuk membantu warga Marawi tersebut telah diputuskan.
“sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu akaun di Bank Islam No. 13053 01 0008281,

“sebarang pertanyaan boleh diajuakan kepada Dr. Suhazeli atau kepada saya sendiri…….semoga usaha kita yang sedikit dibulan Ramadan ni dapat membantu saudara-saudara kita di sana,” kata beliau.


Tembak menembak antara tentera Filipina dan kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS sejak minggun lalu telah memaksa Presiden Duterte mengisytihakan darurat selama 60 hari di wilayah Lanao De Sur.

Penduduk digesa berpindah apabila askar Filipina meningkatkan serangan udara menggunakan helikopter dan serbuan tentera darat, bagi mengepung bandaraya yang ‘menjadi tebusan’ itu.

Hampir 50 orang terkorban dan warga Marawi tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga konflik selesai, yang tidak diketahui sampai bila!

Sumber BO - 30-5-2017

Pemuda Rusila Edar 500 Bekas Kurma

Oleh : Faizal Hj Ghani/ Foto : Triple Z

MARANG – Sebanyak 500 bekas kurma dan takwin berbuka puasa telah diedarkan oleh Pemuda PAS cawangan Rusila di Simpang Tiga lampu isyarat Rusila.

Ketuanya Ustaz Ziyad Zakaria berkata, agihan kurma ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara masyarakat.

“Tujuan ini adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim serta menterjemah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) di kalangan ahli,” ujar beliau.

Selain itu, beliau yang ditemui selepas program itu semalam pada Sabtu 1 Ramadan, berkata, amalan sedekah adalah dituntut terutamanya pada bulan Ramadan.

“Kita juga dapat membudayakan budaya memberi dan sedekah apatah lagi perkara itu juga di tuntut pada bulan yang mulia ini,” katanya


Tambah beliau, yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) berkata, selain program di cawangan, DPPKM ada membuka ruang kepada para dermawan yang ingin menyumbang bagi membantu misi cakna masyarakat setempat dalam program Sinar Ramadhan anjuran bersama NGO Marang Care.

“Di kesempatan ini saya menyeru kepada para dermawan yang ingin menyumbang bagi menjayakan program tahunan ini boleh hubungi terus Saudara Sabri Zakaria di talian 019-909 5028,” jelas beliau penuh dengan harapan.


Sumber BO - 30-5-2017































































































PAS Letakkan Kepentingan Islam Lebih Utama

Kenyataan Balas kepada kenyataan YBM Dato Raja Bahrin MP Kuala Terengganu dalam Malaysia kini bertarikh 29/5/2017 di bawah tajuk “Hentikan sandiwara Umno-Pas, kata Amanah adalah dirujuk.

Lujmah Undang-undang Dab Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Terengganu melihat reaksi dan komen Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu lebih bersifat persepsi dan publisiti politik kekampungan yang mana isu perlaksanaan perundangan Islam dalam negeri Terengganu adalah isu bersama yang perlu diperjuangkan oleh umat Islam tanpa sempadan ideology politik.

Mengembalikan semula sistem perundangan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Terengganu melalui Itqan al-Muluk atau undang-undang tubuh negeri sebelum kedatangan kuasa Inggeris bukan sesuatu yang asing bahkan setelah kita mencapai kemerdekaan tiada sebab untuk perlaksanaan perundangan Islam tidak boleh direalisasikan dalam konteks perundangan semasa.

Seharusnya semua pihak tnengambil bahagian masing-masing dengan perasaan kebersamaan dan ukhuwah islamiyali untuk menterjemahkan hasrat murni ini.

Luham percaya PAS adalah parti politik yang berfikiran jauh dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan individu dan kepuakan. Umno -BN adalah parti pemerintah di Terengganu pada masa material ini, adalah menjadi obligasi kerajaan semasa untuk penguatkuasakan warta Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2002 walaupun pewartaan tersebut telah dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan PAS (1999-2004) yang lalu.

Sehingga sekarang tiada bukti Enakmen tersebut dibatalkan atau tiada keputusan mahkamah yang membatalkan di atas apa jua alasan. Oleh itu kenapa perlu diadakan usul baru terhadap Enakmen tersebut untuk dibahaskan semula di peringkat DUN.

Sebaliknya para legislator perlu menekankan aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan pewartaan enakmen tersebut menurut procedure yang sedia ada. Persoalanya samada dan sejauhmanakah Kerajaan Terengganu sekarang serius atau tidak dalam perkara ini.

Luham percaya RUU 355 adalah salah satu pendekatan yang digunakan untuk mengisi ruang yang dibenarkan dalam konteks Perlembagaan Malaysia tanpa memprejudis undang-undang yang sedia ada dan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen.

PAS mengambil langkah dan perdekatan ini melalui hubungan Kerajaan Kelantan dan Persekutuan dalam semangat federalism bagi membolehkan peranan dan kedudukan mahkamah syariah dimartabatkan sebagai institusi keadilan yang mementthi tuntutan syariah.

Haji Mohd Zabidi Yusof
Pengerusi LUHAM
Negeri Terengganu.
30 mei 2017 / 4 Ramadan 1438

Sumber BO - 30-5-2017































































































Mana Janji Mahu Bina Memorial Hudud?

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Seberang Takir mempersoalkan janji ADUN kawasan itu yang mahu membina Memorial Hudud sebagai peringatan kepada sejarah perlaksanaan undang-undang Islam semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin dahulu.

Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu, pernah mencanangkan satu ketika dulu, mahu membangunkan peringatan tersebut ketika menjawat jawatan exco.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, Razif pernah menyebut bahawa kerajaan merancang untuk membina Memorial di kawasan tebing tinggi, kampung Seberang Takir.


“Dia (Razif) nak buat ‘monumen’ hudud di kampung kelahirannya itu kerana disitu tempat pelaksanaan hukum hudud satu ketika dahulu,
“Yang mana Kampung Seberang Takir ada tercatat dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam di Terengganu iaitu semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1918),

“Diberi nama Seberang Takir bilamana Sultan memerintahkan pesalah kes kecurian dipotong (takir dalam loghat Terengganu) tangannya di seberang. Akhirnya timbullah nama Seberang Takir yang bermaksud seberang tempat takir (potong) tangan pencuri”, jelas Ustaz Zakaria.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat terawih di Surau Mawaddah, Telaga Daing disini.


Menurutnya, Razif yang ketika itu merupakan exco kerajaan negeri Terengganu dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir mencanangkan akan membina satu memorial atau pun monumem tempat tanda melaksanakan hudud di Terengganu berhampiran dengan pejabat POS.

Namun katanya, sampai sekarang ‘monumen’ tersebut tidak kelihatan.

“Bagaimana dia (Razif) nok bina sesuatu ‘tanda’ berkenaan hudud, sedangkan parti yang didokongnya jelas menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia ini?”, soal beliau.
“Semua itu (Memorial Hudud) hanyalah ‘halwa telinga’. Dah memang jenis dia (Razif) suka bercakap benda-benda yang ‘menampakkan’ dirinya hebat … hakikatnya hanyalah angan-angan Mat Jenin”, ujarnya.

Sumber BO - 30-5-2017































































































Umno Tipu Umur

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Umno sentiasa mendakwa bahawa usia parti yang memperjuangkan fahaman kebangsaan itu adalah 71 tahun.

Sebaliknya Ahli Parlimen PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Umno asal telah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1989.

“Kita kenal sokmo doh……parti hok berjuang kebangsaan, dia kata umur 71, padahal dia batal, tahun 89 daftar (daftar semula),

“(sekarang baru) 28 tahun, tapi dia kabor ke orang dia umur 71 dah, dia kalau tipu umur, dia tipu segala-gala, ”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Ramadan di Surau Taman Rakyat Jaya, di sini pada Jumaat, 26 Mei.

Oleh itu, beliau meminta apabila sampai masa pilihanraya, pilihlah parti yang memperjuangkan agama, iaitu PAS.

Sebelum itu Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun menerangkan, politik merupakan adat tetapi sebagai pejuang Islam, PAS menjadikannya sebagai ibadat.

“sebab itu, (masa) sehari daripada seorang pemimpin yang adil lebih baik daripada 70 tahun ibadat,

“kerana ibadat untuk kita seorang, keadilan pemimpin untuk semua maka diberi Allah 70 tahun lebih daripada ibadat seorang,” ujar beliau di hadapan 150 orang penerima sumbangan.

Beliau menambah, semua orang boleh menjadi ahli politik, tetapi pemimpin Islam yang menjadikan dasarnya Al-Quran, inilah ibadat di sisi Allah.

Justeru itu, PAS bukanlah tempat untuk mencari kekayaan tetapi berkhidmat kepada masyarakat.
Beliau juga sempat berseleroh, “Sekarang ni mari hok parti pecah (PAN), ‘bbolok’ sekali, senang je saya nak kata, nanti kita sambut bulan Ramadhan.,

“lepas tu nak sambut raya, ada dok lagu raya, lagu lama ke, lagu baru sedap, lagu raya, sedap dengar lagu lama deh,” katanya.


Pada majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun menggesa ibu bapa sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala sosial yang berleluasa sekarang.

“kita harap ibu bapa dapat tengok anak-anak, agar tidak terjebak dengan gejala, negatif, gejala sosial,” kata beliau.

Manakala Pengerusi Lajnah Kebajikan MTD Rantau Abang, Ahmad Ali berkata, PAS menyampaikan pelbagai sumbangan untuk kebajikan rakyat.

“sumbangan telah berjaya dilaksanakan adalah ‘Sumbangan Ambang Ramadhan’, ‘Sumbangan Sempena Ramadhan’, ‘Sumbangan Awal Persekolahan’,

“Sumbangan Sekampit Beras Seekor Ayam dan Dapur Rakyat serta Program Raikan Ibu Tunggal,” kata beliau.

Sumber BO - 29-5-2017































































































Kerajaan mesti hukum The Star

PAS Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya akhbar The Star atas sikap biadab dan tidak tahu menghormati umat Islam, kumpulan terbesar di Malaysia ini kerana menyiarkan gambar sekumpulan orang Islam yang sedang bersolat jemaah dengan tajuk muka depan yang mengaitkan Islam dengan keganasan. Walaupun isi dan gambar berita yang berlainan, tapi jelas ia boleh mengelirukan pembaca. 
Kegagalan The Star dalam menghormati sensitiviti umat Islam ini, bukanlah kali pertama berlaku. Pada tahun 2006, disiarkan gambar Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersebelahan dengan gambar iklan arak. 
Pada tahun 2011 pula, The Star tanpa ada rasa hormat, telah menyiarkan iklan hidangan masakan berasaskan babi dan menawarkannya sebagai hidangan berbuka puasa oleh sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal. 
Tidak puas dengan itu, pada tahun 2015, The Star kembali menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan menyiarkan iklan minuman keras di muka depan akhbar mereka.
Kini setelah beberapa jam menyiarkan gambar dan tajuk berita yang boleh mengelirukan pembaca bahawa Islam adalah agama keganasan, mereka memohon maaf, sama seperti mana yang mereka lakukan setelah beberapa kali meniupkan api keagamaan. 
PAS Terengganu mendesak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengenakan hukuman yang maksimum kepada The Star atas beberapa kesalahan yang hampir sama yang telah dilakukan. Amat malang bagi rakyat Malaysia jika pengurusan The Star dibebaskan lagi kerana rakyat Malaysia memerlukan kerajaan yang tegas dan tidak mahu kepada penghasut agama seperti The Star. Seseorang mesti dipertanggungjawabkan atas kejahatan ini apatah lagi sudah beberapa kali The Star memilih Ramadhan sebagai waktu pilihan mereka menyebarkan onar ini. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Sumber HD - 29-5-2017 































































































Pejuangan Muhammad Al-Fateh Pembakar Semangat


Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Semangat Sultan Muhammad Al-Fateh Khalifah Kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi pembakar semangat perjuangan kepada semua ahli dan penyokong PAS khususnya di Seberang Takir.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Udangan Negeri (MTD) tersebut Ustaz Zakaria Dagang berkata penganjuran program langkah Al-Fateh adalah untuk mencontohi kegigihan Sultan itu.

“dalam usia 21 tahun beliau menjadi pemerintah Khalifah Kerajaan Uthmaniyah di Turki yang dapat membebaskan Kota Konstantinopel yang terkenal sebagai Istanbul sekarang ini ”


“semangat ini juga perlu ada pada semua pendokong dan penyokong kita (PAS) untuk gelombang yang baru di DUN kita ini bagi menghadapi pilihan raya yang datang,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama kira-kira 500 orang, melakukan riadah berjalan kaki ‘Langkah Al-Fateh’ di Dataran Arrasyiddin Telaga Daing pada Jumaat, 26 Mei.

“hari kita tak menolak tujuh buah kapal seperti waktu di zaman Al – Fateh……cuma kita suruh berjalan…..alhamdulillah dari kita berjalan tadi hingga ke tapak ini semula semua selamat sampai sihat walafiat tiada mudarat,” jelasnya.

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua peserta yang hadir ke program bagi melatih diri supaya sentiasa dan cergas serta minda yang cerdas.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat DUN Seberang Takir Puan Fadhilah Mohamad berkata, ia satu program yang sangat bagus dan perlu diadakan secara bersiri.

“Langkah Al-Fateh juga ada satu menilai sejauh mana taat dan patuh para ahli dan penyokong serta pendokong untuk melaksanakan setiap arahan pemimpin dalam apa jua keadaan sebelum menghadapi PRU14,


“selain memberi motivasi kepada para petugas untuk mendapatkan hasil yang luar biasa, sebagaimana Muhammad Al- Fateh menyusun strategi,” kata beliau.

Beliau menekankan, bagi mendapatkan keputusan yang luar biasa, mesti dilakukan kerja-kerja persiapan menghadapi PRU14 dengan cara yang luar biasa.

Turut sama hadir dan berjalan kaki bersama gerombolan adalah Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat Malaysia, Dr. Che Faridah Ismail.

Beliau berkata, program seperti ‘Langkah Al-Fateh’ adalah sangat baik kerana, selain melatih jasmani, ia dapat menyucikan rohani dengan merapatkan silaturrahim dan ukhuwwah.
Program yang julung kali dianjurkan MTD PAS Seberang Takir ialah berjalan secara santai sejauh 4.1 kilometer (KM) berbanding ‘Langkah HARAP’ sebanyak 10,000 dan sejauh 6.0 KM.












Sumber BO - 28-5-2017































































































ADUN Umno Gagal Bangunkan Seberang Takir

http://buletinonline.net/v7/index.php/adun-umno-gagal-bangunkan-seberang-takir/



KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman gagal membangunkan Seberang Takir walaupun beliau merupakan wakil rakyat yang telah bekhidmat selama dua bagi kawasan itu.

Menteri Besar Terengganu itu tidak mampu mengekspolitasi potensi DUN terbabit walaupun lokasinya terletak dalam garis yang begitu strategic, diantara bandaraya Kuala Terengganu, Bandar Baru Kuala Nerus.

Tidak ada apa-apa perubahan ketara kepada DUN yang memiliki lapangan Terbang Sultan Mahmud serta sumber yang berhampiran dengan muara sungai Terengganu dan Laut China Selatan.
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan banyak projek yang dicanangkan Razif hanya ’angan-angan’.


“Dato’ Seri Razif ni banyak idea yang dicetuskan kepada rakyat dalam istilah kita orang Terengganu ni ‘dok jejok bumi’,

“antaranya nak buat ‘River Cruise’ lah……..nak jadikan orang naik penambang macam naik bas … duduk tepi jalan bas lalu…….tahan penambang boleh naik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ‘Langkah Al-Fateh DUN Seberang Takir’ yang diadakan di Dataran ArRasyidin, Telaga Daing pada Jumaat 26 Mei.

Ustaz Zakaria berkata, ia menggambarkan Pengerusi Umno Terengganu itu tidak serius dalam membangunkan kawasan yang diwakilinya.

“Jadi dia (Razif) pun nak buat konsep penambang lalu tepi alur, tepi parit dan sungai … orang pun ‘tahan’ nok naik gie ke bandar ( Kuala Terengganu)


“tapi setelah dua penggal (dia menjadi wakil rakyat)…..tak ada apa yang berlaku,” kata beliau.

Menurutnya, alur atau anak sungai yang Razif mahu jadikan laluan ‘River Cruise’ masih semak samu dan jambatan yang merentangi masih rendah, tidak mungkin dilalui oleh bot penambang.

“Kita (rakyat) dengar kelakar ……… tu idea dia (Razif) kata … nok bagitau dia ni ‘brilliant’… otak geliga … pandai berfikir idea pelik-pelik’
“Kesudahannya semua idea itu tidak menampakkan hasil….. pelik ‘bedooh lalu’ (terlajak pelik)”, tambahnya.

Sumber BO - 28-5-2017































































































Terengganu MB: Terengganu Is Not Ready For Hudud Law

Terengganu is not prepared to implement hudud law before an in-depth study on it is conducted, says Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

He said the decision to implement hudud law can only be determined by the state legislative assembly and after getting the consent of the Sultan of Terengganu.

“We are now focusing on Bill 355 … once it is approved, only then can we see which Islamic law provisions can be implemented under the bill. We should not rush into this matter.”

He said this reporters after distributing about 1,500 packs of savoury rice porridge to the public at Abidin Mosque, here, today.

Ahmad Razif was commenting on a statement by State Telecommunications, Multimedia and Special Tasks Committee chairman Ghazali Taib who during the Terengganu Media ‘Kembara Dakwah’ event in Aceh yesterday said, Terengganu would continue to fight for the implementation of Islamic law in the state.

“That was probably his personal view on the provision which had been passed by the state government earlier,” he said. — Bernama

Sumber BO - 28-5-2017































































































Kerajaan BN Gagal Mengurus Kewangan Menurut Islam

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal mengurus kewangan menurut kehendak Islam juga gagal pembentangan bajet yang tidak defisit.

Ahli Parlimen Kawasan Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, untuk tempoh 20 tahun terakhir 2008 hingga 2016 bajet yang dibentang oleh kerajaan BN masih defisit.

“yang bermaksud perbelanjaan negara melebihi pendapatan dan kegagalan ini adalah satu kesilapan yang besar dalam pengurusan kewangan Islam 2017,

“hari ini kerajaan BN telah berhutang RM 655 billion pada data maklumat akhir September 2016, dasar bentang bajet defisit yang juga amalan peringkat negara malah negeri Terengganu pun yang tak patut hutang pun berhutang 1.8 billion,” ujarnya.


Beliau berkata demikian di program Perjelas 1.0 di Komtaq, Batu Enam, Selasa malam 23 Mei 2017.

Menurutnya, negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN yang paling banyak hutang Pahang dan Johor.

Sebaliknya, negeri yang tidak berhutang adalah Selangor yang menambah pendapatan, manakal Kelantan defisit kerana kerajaan pusat melambat-lambatkan bayaran yang sepatutnya dilunaskan.

“Kegagalan ini ertinya kerajaan BN diperingkat Persekutuan dan negeri gagal bentang bajet mengikut kaedah Al-Quran,


“ini kesalahan besar yang menyebabkan kerangka pengurusan menjadi rosak maka dengan itulah kerajaan mencari sumber-sumber baru untuk menampung perbelanjaan itu melalui GST dan cukai- cukai yang lain,” tegas beliau.

Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan, tidak salah mengutip cukai tapi dalam Islam, yang diambil dari orang kaya diagih kepada orang miskin.

Tetapi, katanya, tapi dalam GST cukai diambil dari orang miskin dan orang kaya, orang kaya lebih banyak mendapat manafaat dari orang miskin.

“sistem ini salah…kita tegas GST bercanggah dengan Islam, kita juga dengar semua orang bercakap kenaikan harga barang….dasar kewangan ini yang berkait dengan kehidupan seharian kita yang rakyat boleh tengok, rasa dan pasti terasa,


“kenaikkan harga adalah dasar ekonomi negara, riba’, penggunaan sistem matawang, ekonomi yang mengutamakan koporat tertentu, dasar monopoli mengakibatkan gandum dan gula sebagai contoh dasar inilah yang mengakibatkan jangka masa panjang kenaikan harga barang dan inflasi di samping GST,” ujar beliau lagi .

Oleh itu, katanya, apaila kerajaan berhutang, kerajaan amalkan riba untuk membayar sekali faedah dan yuran laindan sesungguhnya, ia sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.

“ertinya kerajaan BN konsisten beramal dengan riba dan ini beza cara fikir Islam,

“Apa yang diperjuangkan Parti Islam PAS itulah yang membezakan dengan parti- parti lain . Islam adalah penyelesaian masalah umat pada hari,” tambah beliau

Sumber BO - 26-5-2017































































































Penduduk Kesal Kerajaan Musnahkan Ratusan Anak Sawit

SETIU – Tindakan pihak berkuasa tempatan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) musnahkan anak-anak pokok kelapa sawit di Kampung Fikri dekat sini, amat dikesali.

Seramai 30 orang peneroka tanah rentahan tetrsebut kesal kerana menurut mereka, usaha tanah terbiar itu secara ‘berkelompok’ dalam pengetahuan dan keizinan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Fikri.

Mereka mendakwa, urusan permohonan kelulusan tanah tersebut akan dibuat mengikut peraturan dan undang-undang kerajaan tempatan melalui JKKK berkenaan.

Namun begitu, mereka terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa PTG bersama 250 anggota PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Setiu dan lain-lain agensi terlibat dalam operasi memusnahkan tanaman mereka ada 22 Mei lalu,


Sejumlah 200 anak pokok kelapa sawit yang berusia lebih satu setengah tahun dimusnahkan dalam operasi tersebut.

Seorang penduduk terbabit, Donia Hasan, 55, rasa dukacita apabila usahanya menjadi sia-sia kerana tindakan pihak kerajaan itu.

Katanya, tanah yang direntah itu merupakan tanah hutan terbiar yang diusahakan secara berkelompok oleh 30 orang peneroka termasuk Pengerusi JKKK Kampung Fikri.

“Kami (penduduk) buat dahulunya tanah hutan terbiar dengan semak-samun dan buat secara berkelompok bersama dengan JKKK (pengerusi) Kampung Fikri ini.


“Dalam tempoh tiga tahun kami buat dan usahakan tebang, bersih kawasan dan tanam dengan pokok kelapa sawit bermula tahun 2014 lagi.

“Kami semua telah berbelanja ribuan ringgit sejak dari awal membuka tanah hingga sekarang dan ini akan merugikan rakyat,” ujarnya.

Menurut beliau, terpaksa menjual tanah pusakanya untuk mendapatkan modal bagi membangunkan tanah itu dengan tanaman kelapa sawit.

Katanya, kerugian dianggarkan sebanyak RM40,000 jika tanah yang diusahakan itu ‘dirampas’ dan tanaman dimusnahkan oleh pihak berkuasa.

Katanya, rakyat yang susah mahu menambahkan pendapatan mereka dalam bidang pertanian wajar diberi sokongan kerajaan.

“Kami (rakyat) nak tumpang menanam sahaja. Sebab, tanah sendiri tidak ada dan kami buatlah secara berkelompok, ramai-ramai guna tanah terbiar kerajaan.

“Tapi, jika kerajaan hendak guna tanah itu semula untuk tujuan pembangunan kemudahan awam, saya tidak ada masalah…boleh beri (serah) balik tapi jika kerajaan nak beri kepada syarikat besar lain, kami bantah,” tegasnya.


Beliau melahirkan rasa dukacita apabila tanah yang asalnya diterokai dari hutan, semak-samun dan kini menjadi terang, bersih akan diserahkan oleh kerajaan kepada orang luar untuk projek pertanian.

Menurutnya, duit simpaanan yang dikumpul sekian lama telah ‘dilaburkan’ untuk membangunkan tanah seluas lima ekar itu dengan tanaman kelapa sawit bagi masa depan.

Sehubungan itu, Zakaria Jusoh atau dikenali Abe Ya, 60, merayu kerajaan tidak mengambil tindakan merampas kembali tanah yang diterokai itu.

Ini kerana, katanya tanah yang diterokai oleh rakyat sekadar lima ekar seorang sahaja dibuat secara berkelompok.

Sedangkan, kata beliau ada pihak-pihak yang ‘kebal’ undang-undang boleh meneroka dan memiliki tanah-tanah kerajaan itu dengan sewenangnya tanpa tindakan.
“Kami tahu dan semua orang di Setiu ini tahu ada orang yang ‘kebal’ undang-undang, mereka boleh ambil tanah-tanah kerajaan ini dengan jumlah yang besar.

“Kami tahu ada pemimpin dan bekas pemimpin yang tanam kelapa sawit atas tanah kerajaan ini ratusan ekar seorang, tapi tidak diambil tindakan.

“Rakyat yang hidup susah ini ambil guna tanah hanya lima ekar sahaja sudah diambil tindakan kerana menyalahi peraturan,” jelasnya.

Sumber BO - 26-5-2017































































































Perutusan menyambut Ramadhan Al-Mubarak

SAYA bagi pihak seluruh Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu kepada seluruh ahli-ahli PAS dan seluruh kaum muslimin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. 
Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang penuh dengan rahmat, yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, ataupun yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, iaitu bulan yang di awal-awalnya adalah rahmat oleh Allah, dan pertengahannya adalah keampunan, dan terakhir akan terbebas daripada api neraka. 
Saya berdoa dan mengharapkan, gantungkan harapan kepada Allah SWT, semoga kita umat Islam dapat mengambil peluang daripada keberkataan, rahmat yang disediakan oleh Allah dalam bulan Ramadhan ini. 
Kita akan dapat mengambilnya sebanyak mungkin menerusi pendekatan diri kita kepada Allah, melalui jalan-jalan yang disediakan oleh Allah sama ada menerusi membaca al-Quran, memperbanyakkan zikir, bersedekah dengan sebanyak-banyaknya, kerana inilah bulan yang paling diberkati, yang paling dimustajabkan oleh Allah SWT. 
Marilah sama-sama kita mengambil peluang daripada Ramadhan ini untuk mencapai matlamat pada mana yang diletakkan oleh Allah SWT, bahawa matlamat kita, matlamat difardukan Ramadhan untuk membina taqwa ataupun untuk menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. 
Orang yang bertaqwa kepada Allah adalah orang yang mengikut apa jua perintah Allah menghindar diri dari apa jua yang dilarang oleh Allah, atau dengan lain perkataan sebagaimana telah disifatkan oleh Syaidina Ali Karamallahu Wajhah, orang yang bertaqwa adalah takut kepada Allah SWT, apa jua yang kita lakukan mesti diukur.
Sama ada Allah Taala reda ataupun Allah benci, Allah marah atau Allah murka, itulah ukuran yang mesti dilakukan oleh kita dalam apa jua tindakan, dalam apa jua tingkah laku, yang akan kita laksanakan. 
Dan yang kedua, mesti beramal mengikut wahyu yang diturunkan oleh Allah, iaitu kita mesti bertindak mengikut wahyu, mengikut ayat-ayat ataupun syariat yang diturunkan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan peribadi, ataupun yang berkaitan dengan keluarga, ataupun apa jua yang berkaitan dengan masyarakat dan juga yang berkaitan dengan negara. 
Mestilah selaras dan selari dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah untuk kita mencapai darjat ketaqwaan kepada Allah. 
Dan yang ketiga ialah mesti bersedia menyediakan kelengkapan dan bekalan untuk kita berhadapan dengan hari yang kita akan tempuhi iaitu hari selepas daripada kematian yang mana pada waktu itu Allah Taala sebut iaitu hari yang kita tak guna harta dan anak-pinak, melainkan orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. 
Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah kepada Allah! 
Dato’ Ustaz Haji Husain Awang,
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
29 Sya’ban 1438H/ 26 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 26/5/2017
Sumber HD - 26-5-2017































































































Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) 
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah: 183] 
Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana atas limpah kurniaNya, kita dianugerahkan lagi Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini. Hadiah yang paling berharga bagi orang yang beriman, mengandungi pelbagai perkara, keindahan, ketenangan, kemanusiaan, keinsafan, keampunan dan yang paling bernilai ialah ketaqwaan. Maka, bermulalah perlumbaan bagi kita semua mencari janji-janji Allah yang telah dipaterikan di dalam al-Quran dan juga hadis Rasulullah saw berkenaan fadhilat-fadhilat dalam bulan yang mulia ini. Tetapkan keihklasan niat kita, lakukan ibadat mengikut petunjuk rasulullah, insyaAllah hadiah itu, milik kita. 
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ 

“Bulan Ramadhan yang diturunkan didalamnya al-Quran, menjadi petunjuk kepada manusia, dan keterangan-keterangan daripada petunjuk itu dan menjadi pembeda (antara haq dan bathil).” [Surah Al-Baqarah: 185] 
Dalam kesibukan kita mencari kelebihan pahala yang dijanjikan Allah, suka saya mengingatkan semua, bahawa bulan Ramadhan ini jugalah bulan yang diturunkan al-Quran. Kitab yang tiada sebarang keraguan di dalamnnya. Melalui kitab al-Quran inilah, kita ditunjuki jalan yang benar, dikurniakan cahaya petunjuk dan yang juga pencerahan berkenaan perbezaan di antara jalan yang benar dan salah. Al-Furqan iaitu yang membezakan kita dengan yang kafir, dengan munafik, dengan yang bathil, dengan perkara kejahatan, dengan yang zalim dan dengan segala yang dibenci Allah. 
Kesemuanya akan kita ketahui perbezaannya sekiranya kita mengambil peduli kandungan al-Quran itu bagi menjadikannya benar-benar sebagai kompas kehidupan kita. 
Maka di atas semangat Ramadhan yang diturunkan al-Furqan ini, saya menyeru agar kita semua memperbanyakkan interaksi dengan al-Quran sama ada dengan bertadabbur ataupun memperbanyakkan membaca al-Quran supaya kita kembali mengambil al-Quran in sebagai panduan hidup. Sesungguhnya kita sudah tersasar jauh daripada kehidupan yang diredhai Allah kerana al-Quran hanya digunakan kita sebagai perhiasan dan bukannya diambil iktibar maksudnya sebagai panduan bagi keseluruhan sistem hidup kita, baik untuk pedoman dalaman diri kita khususnya, mahupun kepada seluruh masyarakat dan juga pemerintahan negara amnya. 
Suka juga saya berpesan agar kita menjauhi sikap membazir dengan berlebih-lebihan apabila membeli makanan untuk kita sendiri. Tetapi alangkah mulianya jika kita menukarkan pembaziran ini dengan membeli banyak makanan dan kemudian disedekahkan kepada jiran-jiran terutama yang miskin dan lemah. Bukan sikap membazir ini sahaja yang perlu kita jauhi, malah banyak lagi perkara-perkara dosa yang tidak kita sedari, akan mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa kita. Semoga kita mengambil peringatan dalam usaha kita merangkul gelaran orang-orang yang bertaqwa. 
Berazamlah Ramadhan ini menjadi permulaannya perubahan minda dan tindakan kita selari menurut Islam supaya lebih bermakna bagi kita semua. Kita berharap agar Allah mengekalkan kebaikan yang kita lakukan bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi untuk selama-lamanya. Moga Ramadhan ini, kita dikurniakan kerahmatan, keampunan sebanyak-banyaknya ke atas kita dan keluarga, mengeluarkan kita semua daripada kegelapan hidup di dunia dan akhirat. Memandu kita untuk memilih jalan yang sebenarnya, dikurniakan hidayah bagi menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup oleh semua lapisan manusia insya Allah kerana kita akan “Sejahtera Bersama Islam” Wallahua’lam. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
29 Syaaban 1438/26 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 26/5/2017
Sumber HD - 26-5-2017 































































































Apa Nasib Tanah Rezab Melayu?

Negeri Terengganu merupakan negeri yang memiliki keluasan tanah rezab melayu mencecah 218 hektar, kebih dari separuh keluasan tersebut berada Hulu Terengganu.

Apa yang mendukacitakan kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu adalah nilaian istimewa tanah ini dilihat terlalu mudah untuk dicabuli oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah menukar status sebahagian tanah di kawasan ini daripada tanah rizab melayu kepada tanah pegangan bebas (freehold).


Apa yang kita semua fahami disini adalah apabila tanah itu berstatus pegangan bebas, ianya secara automatik menghilangkan keistimewaan orang melayu dalam konteks pemilikan tanah. Tanah berpegangan bebas membolehkan ia dijual pada harga yang lebih tinggi dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan tidak mengira bangsa.

Contoh mudah di Kuala Berang. Ini bukan isu baru. Ia telah bermula sejak tahun 2004 lagi ketika kerajaan Terengganu telah diambil alih oleh Barisan Nasional. Mereka telah menukar sebidang tanah di bandar Kuala Berang yang kenali sebagai Bukit Jepun oleh orang tempatan. Lokasi sekitar Agro Bank hari ini. Bukit ini telah pun ditarah dan diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan beberapa unit pusat perniagaan yang telah pun siap dibina setahun yang lalu.

Perkara yang ingin ditekankan disini adalah tanah tersebut diserahkan kepada sebuah syarikat milik bukan bumi putera (kaum Cina) luar Terengganu. Kami juga mendapati unit-unit pusat pernigaaan itu dibuka untuk pembeli dengan harga RM1.5 Juta/unit. Tambahan pula, syarikat tersebut telah pun memberi masing-masing 8 unit daripada 16 unit kepada orang bukan melayu dan kroni-kroni pemimpin UMNO.


Perkara ini telah diulas kepada kami semua oleh Yang Di-pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid ketika menyampaikan ceramahnya di tapak Harap-PGU 3.6 baru-baru ini.

Tuntasnya, pimpinan Barisan Nasional (UMNO) hanya tahu mentarjemah pembangunan orang Melayu pada konteks material dan saku-saku mereka sahaja dengan ‘menusuk’ hendap keris mereka di belakang badan orang-orang melayu. Mereka tidak memikirkan pun nasib orang-orang melayu pada masa akan datang.

Justeru, dengan mengambil semangat pasca HARAP ini, marilah sama-sama kita para pemuda generasi baru, terutama di kawasan Hulu Terengganu, mulai saat ini berani melakukan perubatan demi kemajuan kita semua.

Sejahtera bersama islam

Mohd Harun Esa
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu

Sumber BO - 25-5-2017































































































‘Water Front’; Bertindak Sebelum Kejadian Lebih Buruk Berlaku!

Beberapa hari yang lepas saya sempat meninjau keadaan kerosakan benteng atau pagar konkrit sungai di Taman Rekreasi ‘Water Front’, Pulau Kambing.

Memang seperti yang netizen maklumkan, kerosakan yang berlaku amat teruk dan dapat mengundang kejadian yang tidak diingini tanpa sebarang amaran.

1. Hampir sepanjang pagar yang dibina mengalami kerosakan seperti pecah, pemendapan tapak, dan retak.
2. Ia mungkin berpunca dari pemendapan tanah yang di pukul ombak serta arus sungai.

3. Tiada sebarang tanda amaran seperti lingkaran tali keselamatan dibuat bagi mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan tersebut.


Memandangkan taman rekreasi tersebut masih elok (kecuali pagar), ia masih lagi dibuka kepada awam.
Ramai pengunjung berkeluarga datang membawa anak-anak mereka untuk bermain dan bersiar-siar.

Keadaan pagar dengan kerosakan teruk yang tidak terjaga dan terkawal dibimbangi mengundang kecelakaan kepada para pengunjung terutamanya kanak-kanak.

Isu ini timbul apabila beberapa natizen tampil meluahkan kebimbangan kepada pihak kami dan kami memandang serius berkenaan tahap keselamatan awam.


Mereka juga kesal dengan tindakan memperbaharui pagar sungai di Pulau Warisan di Kg. Cina lebih diutamakan sedangkan di sini keadaan rosaknya jauh lebih memudharatkan.

Kami berharap pihak berwajib segera bertindak sebelum keadaan lebih buruk terjadi. Begitu juga halnya dengan isu pagar anak sungai di Pasar Cabang 3 yang masih tiada tindakan sepatutnya.

Kami istiqamah untuk memantau.

KHAIRUDDIN MOHAMAD
Ketua Penyelaras Pemuda
PAS Dun Bandar.

Sumber BO - 25-5-2017































































































Ramadan: Orang muda perlu rebut peluang

DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengajak semua orang muda menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak bertekad meningkatkan jihad, dengan tarbiyah dan dan dakwah. 
Ketuanya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, para pemuda Islam mestilah mengambil peluang menjadikan Ramadan sebagai bulan beramal ibadah, melaksanakan kerja-kerja rutin pada siang hari dan tidak menurut ‘hawa nafsu’ kepemudaan serta melakukan maksiat kepada Allah. 
“Jadi sebenarnya kita bimbang puasa yang diwajibkan oleh Allah itu menjadi sia-sia, tidak diberi pahalanya lantaran kita buat perkara (dosa) yang lain yang memberi kesan kepada puasa itu,” jelasnya dipetik Buletin Online
Justeru, beliau menyarankan agar orang muda mengurangkan masa terluang dengan leka melayari aplikasi yang kurang membawa manfaat dalam ‘telefon pintar’ masing-masing. 
“Ada laman-laman web yang menceritakan tentang bagaimana ibadat yang perlu dilakukan pada Ramadan al-Mubarak. Kena memperbanyakkan, gunakan ‘android’ untuk membaca al-Quran. 
"Kalau sekiranya tak nak baca pun, dia ada ‘MP4’ yang kita boleh ‘download’ (bacaan al-Quran) dan kita boleh dengar atapun ‘tadabbur’, insya Allah,” ujarnya pada program temubual santai ‘Ramadan Dan Orang Muda’ di studio Harap TV di Kuala Terengganu, semalam. 
Sehubungan itu, katanya, DPPNT akan menganjurkan program perasmian dan pelancaran bulan tarbiyah sempena menyambut kedatangan Ramadan. 
Menurutnya, program tersebut akan diadakan di padang bola pekan Batu Enam, Kuala Nerus pada Khamis malam Jumaat, 25 Mei bersama Ustaz Azhar Idrus. 
“Yang keduanya santai bersama Ustaz Azhar juga di ambang Ramadan betul, pada hari Jumaat petang, berhampiran jambatan Kuala Berang,” ujarnya.
Sumber HD - 24-5-2017































































































Apa Pilihan Rakyat Terengganu?

KUALA TERENGGANU – Apakah pilihan yang ada kepada rakyat Terengganu, menjelang pilihan raya kali ke-14, yang boleh dipanggil pada bila-bila masa sekarang?

Anak-anak sekolah di Jabi berjalan melalui jalan berdebu ketika musim panas ini dan bila hujan turun, kasut mereka bertukar warna, menjadi merah kerana ‘selut’.

Dr. Azman Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi berkata, sehingga kini belum ada jawapan, ke mana peruntukkan RM30 juta yang dicurahkan oleh kerajaan negeri.


“sudah berkali saya lontarkan persoalan ini…….tapi tak ada jawapan dari pihak kerajaan yang kononnya bersih kalau mengikut slogan TTB,” ujarnya.

Beliau yang dihubungi melahirkan sekali lagi kebimbangan, kemungkinan wang tersebut digunakan untuk ‘memancing undi’.

Telahan beliau mungkin benar jika diperhatikan kepada perkembangan di DUN lain, apabila binaan misteri dibangunkan diatas tanah rezab jalan, di beberapa lokasi di Bukit Tunggal.

Menurut siasatan yang dilakukan, bangunan bersaiz kira-kira ’20 kali 20′ itu bernilai sebanyak RM20, 000 sebuah.

Maklumat dalaman Umno sendiri mengesahkan, dana pembiayaan bagi pembangunan binaan itu adalah dari sumber Pejabat Daerah.

Kalau dari situ, itu bermakna ia paling hampir kepada dana itu dari ‘kepala pembangunan’ dalam perbelanjaan Pejabat Daerah.
Secara tepatnya, ia mungkin sekali dari peruntukkan dana wakil rakyat.

Persoalannya, adalau, macamana wang kerajaan digunakan untuk bangunan yang tidak sah?


Sudah menjadi ‘rahsia umum’ kata beliau, bangunan itu adalah untuk kegunaan Umno sebagai ‘pejabat’ bagi kerja-kerja pilihan raya.
Maka, tegas beliau, tidak ada pilihan kepada rakyat, pada PRU14 ini, mestilah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebagaimana ‘gelojohnya’ wakil rakyat Kuala Berang mahu mendirikan mendirikan hotel dan premis perniagaan dengan melanggar peraturan, begitulah perangai Umno, di mana jua pun.
Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dipertanggung jawabkan dalam hal pembangunan sesuatu daerah, tidak pernah meluluskan pembinaan itu.




Pada saat hampir PRU13, beberapa bangunan sebagaimana didirkan dalam DUN Bukit Tunggal, pernah dibina dalam kawasan DUN Manir.

Itulah cara menghabiskan wang rakyat dan disalurkan kepada Umno cawangan ata setidaknya kepada ‘kepala-kepala’ Umno setempat.

Wang hasil royalti minyak dan hasil cukai rakyat Terengganu, akhirnya tidak mengalir kepada yang ‘hak’.

Sumber BO - 23-5-2017































































































PAS Terengganu Sedia Hadapi PRU14 Pada Bila-bila Masa

http://buletinonline.net/v7/index.php/pas-terengganu-sedia-hadapi-pru14-pada-bila-bila-masa/



KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ke-14, pada bila-bila masa sahaja ia akan diadakan

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) Negeri Terengganu, Ustaz Arifin Deraman berkata, jentera PAS sudah digerakkan sejak April, apabila digembar-gemburkan pilihan raya akan berlaku pada bulan tersebut.

“Kita (PAS) sudah set ‘target’ pilihan raya kita pada April, maka kita sudah bersedia waktu itu.

“Apabila tidak berlaku pada bulan April dan dijangka pula bulan September atau tahun depan, kita lebih bersedia,” jelasnya ketika ditemui.

Namun begitu beliau kesal dengan tindakan terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membekalkan senarai nama pemilih suku pertama yang didaftarkan antara Januari hingga Mac tahun ini.


Beliau meyifatkan ia satu langkah mundur dan seolah-olah ada satu ‘permainan’ dibelakang tindakan SPR itu.

“Sepatutnya, diberikan senarai nama itu kepada mana-mana parti politik dengan sekeping ‘cd’ supaya senang untuk kita akses dan proses data itu,

“tiba-tiba SPR telah mengistiharkan tidak lagi dibekalkan senarai nama dan ‘cd’ itu…….SPR ini semakin terkebelakang dalam tindakan tersebut,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, tindakan SPR itu menyusahkan parti-parti politik dan bimbang ada pendaftaran ‘luar biasa’ yang sedang sedang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

“saya yakin pihak kerajaan Umno dan BN melakukan pemindahan pengundi untuk memenangkan DUN-DUN mereka,


“Contohnya, yang berlaku sekarang ini di Dun Ladang berlaku kemasukan luar biasa. Iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Sabri Alwi atau dikenali ‘Mat Kerak’.

“Dia asalnya pengundi di Dun Batu Burok dan apa alasan dia serta ahli keluarganya pindah (mengundi) ke DUN Ladang,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menggesa agar SPR membetuklan measalah tersebut agar kepercayaan rakyat kepada SPR sebagai badan bebas tidak dipertikaikan.

Katanya, pihak beliau telah membuat pertemuan bagi menyuarakan kegelisahan rakyat itu.
“pihak kami (JPP PAS Terengganu) telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengarah SPR Terengganu sebelum isu ini timbul,

“beberapa perbincangan mengenai isu (SPR) untuk menjernihkan suasana dan untuk melicinkan pengurusan di antara SPR dengan mana-mana parti politik khususnya dipihak PAS sendiri,”tambah beliau.

Sumber BO - 22-5-2017





























































































































































































Hanya Islam Jalan Penyelesaian Masalah Sosial

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA TERENGGANU – Gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat kita hari ini hanya dapat diselesaikan dengan memahami ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPPM ) Dr. Rosni Adam berkata, adalah penting mencari masalah tersebut dan menyelesaikannya.

“Allah berikan satu masalah dan Allah juga berikan penyelesaian sebab kita ada Al-Quran dan hadis untuk kita ikut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bual Bicara Muslimat dan Keluarga di tapak Harap 3.6 di Kuala Berang, pada Sabtu 20 Mei.

Katanya, anak luar nikah menghampiri suku juta orang bukan angka baru dan ia perlu diberi perhatian sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.

Oleh itu, beliau mengharapkan para ibu bapa memahami kehiduoan anak-anak sekarang yang amat berbeza.

“kita juga ibu bapa kena faham psikologi remaja…….zaman remaja adalah suatu proses yang Allah bagi semuanya cukup cantik dan hebat,

“dari segi hormon remaja itu ia memberi satu kelainan macam-macam perasaan, suatu perasaan yang ingin mencuba sebab itu kita,

“sebagai ibu bapa kena mendorong kepada ke arah mereka ke arah kebaikan dan berkomunikasilah selalu dengan mereka,” jelasnya.

Justeru beliau yakin, usaha PAS memartabatkan syariah adalah satu penyelesaian kepada semua masalah social yang sedang melanda negara ini.


“sebab itu Allah turunkan syariat Islam………bila bercakap pasal syariat teringat saya akan lagu RUU 355………syariat Islam menjamin keadilan, syariat Islam kurniaan Allah,

“syariat Islam bertujuan menjamin agama menjaga akal, menjaga nyawa, menjaga keturunan dan masyarakat itu sendiri,” kata beliau lagi.

Menurutnya, punca utama permasalahan yang berlaku adalah apabila mereka jauh daripada Allah.

Selain itu, kata beliau, masalah penggunaan gajet dan aplikasi dalam telefon pintar juga menyumbang kepada tingkah laku anak-anak remaja masakini.

Sumber BO - 22-5-2017

Penipuan Umrah Dan Haji; RM14.29 Juta Libatkan Ribuan Mangsa, Satu Rompakan Berlesen

http://buletinonline.net/v7/index.php/penipuan-umrah-dan-haji-rm14-29-juta-libatkan-ribuan-mangsa-satu-rompakan-berlesen/



Tujuan kami berkumpul adalah untuk menyatakan bahawa, kami selaku mangsa-mangsa skim umrah tajaan YBNT dengan kerjasama JPNT dan PPD daerah masing-masing tidak mampu lagi untuk bersabar diatas apa yang telah berlaku apabila kami telah mengalami kerugian wang ribuan ringgit setelah Pakej Umrah yanh ditawarkan sebenarnya tidak wujud. Lebih malang lagi wang yang telah dibayar sehingga kini masih gagal dipulangkan kembali.

2. Pihak kami, selaku peserta yang ditawarkan untuk mengerjakan umrah dibawah Tajaan Skim Umrah yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Bakti Negeri Terenganu (YBNT ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan PPD Daerah masing-masing adalah pihak yang telah mengalami kerugian apabila Pakej untuk mengerjakan Umrah sebagaimana yang kononnya telah dijadualkan ke tanah suci adalah sebenarnya tidak wujud.

3. Para Peserta yang telah membuat Persiapan untuk mengerjakan Umrah tersebut amat
kecewa, tertekan dari segi emosi dan mengalami gangguan perasaan. Ini berikutan persiapan dari segi barangan untuk ke tanah suci, penyediaan kelengkapan telah disediakan dengan sempurna, Passport juga telah diperbaharui. Malahan ada sebahagian besar para peserta telah mengadakan kenduri kesyukuran, namun amat malang apabila gagal menjejakkan kaki ke tanah suci.

4. Para peserta Tajaan Umrah tersebut, kini jelas telah menjadi mangsa pihak terbabit apabila gagal mendapatkan kembali wang yang telah dibayar kepada Pihak YBNT, walaupun pernah dijanjikan akan dipulangkan kembali oleh pihak penganjur seperti yang dijanjikan beberapa bulan yang lepas. Seolah-olah “Janji hanya tinggal janji “.

5. Kami selaku Jawatankuasa bertindak membela Mangsa Skim Umrah YBNT dan JPNT menggesa agar satu siasatan menyeluruh diambil oleh pihak Berkuasa terutama Pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta badan penguatkuasa berkaitan untuk menyiasat, mendakwa dan seterusnya menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini.

6. Kami menegaskan bahawa siasatan yang amat teliti perlu dilakukan seberapa segera bagi membawa kesemua pihak yang terlibat ke muka pengadilan. Manakala, bagi pihak mangsa, kerugian yang telah dialami pula dapat diganti semula oleh pihak yang jelas mengaut keuntungan hasil menggunakan kuasa pekeliling dari pihak JPNT, yang jelas telah memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian kewangan berjumlah lebih RM14.2 Juta melibatkan lebih 3000 mangsa.



7. Kami menegaskan bahawa, apa yang telah berlaku kepada mangsa Selaku Warga Pendidik dan ahli keluarga mereka adalah satu Skandal yang amat mencalar imej warga pendidik khususnya kepada mangsa dan jelas terpalit kesannya kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Imej dan profesion Guru dan warga pendidik sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat awam, para mangsa tidak sepatutnya diambil kesempatan secara terancang oleh pihak-pihak yang berkaitan.

8. Jumlah kerugian sebanyak RM14.29 Juta, melibatkan ribuan mangsa adalah satu tragedi rompakan berlesen yang menakutkan kepada Ummat Islam yang amat berharap untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Gejala penipuan Umrah dan Haji hampir dilihat saban hari tidak mampu dibendung. Amat malang lagi, kehilangan duit yang sangat banyak dalam kes ini, seolah-olah tiada mampu dikesan, malahan jutaan ringgit wang mangsa yang dilarikan oleh pihak berkenaan seakan disenyapkan secara terancang.

9. Tujuan kami berkumpul pada hari ini adalah sebagai satu kumpulan untuk “tunjuk rasa” serta menzahirkan manifestasi kekecewaan, seterusnya kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bertindak membela mangsa bersama Peguam Tetuan Zukri Jusoh & Co. Kami akan meneruskan dengan tindakan melalui proses undang-undang jika sekiranya tragedi malang yang telah berlaku ini tidak diselesaikan secara bijaksana dalam tempoh sebulan dari tarikh hari ini. “Kami mahukan duit kami kembali”.

Sekian, terima kasih.

Badan Bertindak Membela Mangsa Umrah YBNT dan JPNT
Bersama Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Zukri Jusoh & Co.
Bertarikh :20 hb. May, 2017

Sumber BO - 22-5-2017































































































HARAP 3.6 Menjana Ekonomi Rakyat

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HRAP-PGU) 3.6 yang diadakan di Kuala Berang melabuhkan tirainya semalam, turut menyedia ruang yang menjana ekonomi rakyat.
Ia adalah kerana, pada setiap kali PAS mengadakan program ‘besar’, pasti akan mengundang ramai peniaga yang mengambil peluang menjual barangan masing-masing.

Salah seorang peniaga yang ditemui, Azroy Azizi Bin Ismail, 24, yang menjual barangan wanita seperti ‘handsock’, tudung kanak-kanak dan dewasa melahirkan rasa gembira atas sambutan orang ramai terhadap jualannya.


“Jualan yang saya dapat sehingga rm 500 sehari dengan pengunjung yang tidak putus-putus datang membeli,

“Saya sangat bersetuju PAS mengadakan program seumpama ini kerana secara tidak langsung dapat membuka peluang perniagaan kepada masyarakat dan saya berharap PAS perbanyakkan lagi program-program seumpama ini di masa aka datang”, ujarnya gembira.

Seorang lagi peniaga ialah penjual kereta, Alif Mohd Daud, 38, yang membuka gerai pameran keretanya ketika di temui di sini berkata jualan keretanya di program HARAP cukup memberangsangkan berbandingan dengan jualan di program Umno.

“Kereta yang paling mendapat sambutan di sini Nissan Navara Single Cab.Ramai pengunjung yang datang ke gerai bertanyakan tentang model kereta ini,


Sehinggakan ada seorang pengunjung dari Kedah yang menempah model Nissan Navara ‘Single Ca’b di sini kerana katanya tiada kereta jenis ini di Kedah”,jelasnya.

Menurutnya lagi, program yang di anjurkan oleh PAS cukup mendapat sambutan baik oleh masyarakat berbanding program yang dianjurkan oleh Umno.

“Berbeza dengan PAS, Umno mengerah orang ramai dengan membayar sejumlah wang bagi meramaikan pengunjung di sesuatu program,

“Bila nak suruh mari dia panggil artis. macam pas ni duit sendiri…..sumbangan sendiri….sambutan pun meriah. Saya berharap PAS perbanyakkan program seumpama ini di masa akan datang” , katanya.

Sumber BO - 21-5-2017































































































PRU14: PAS Terengganu Tawar Lima Lagi Manifesto Awal

Oleh KAM

HULU TERENGGANU – Lorong-lorong cahaya kemenangan PAS semakin terbuka untuk kembali ke Wisma Darul Iman selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Sehubungan itu, sempena Himpunan Harapan Rakyat-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Batu 24, Kuala Berang bermula 18 hingga 20 Mei, lima lagi manifesto tambahan awal diumumkan kepada rakyat Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yakin pada PRU14 ini sekali lagi rakyat akan memberi kesempatan kepada PAS kembali ke Wisma Darul Iman.

Menurut beliau, PAS Terengganu telah dua kali memerintah negeri iaitu pada tahun 1959 buat kali pertama dan tahun 1999 pada kali kedua.


Justeru, katanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya PAS Terengganu sedia menawarkan 15 manifesto awalnya.

“Pertama, kita (PAS) menjanjikan untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun. Kedua, kita akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam milik negeri bagi menggantikan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza).

“Ketiga, kita akan memberi bekalan air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah setiap bulan.

“Keempat, kita (PAS) menawarkan tabung pinjaman usahawan sebanyak RM10 juta setahun dan kelimanya, mewujudkan pusat pemulihan dadah secara holistik (menyeluruh),” ujarnya dihadapan ribuan hadirin Harap-PGU 3.6 malam ini.

Menurutnya, lima lagi tawaran manifesto akan diumumkan pada himpunan Harap-PGU 3.7 di Batu Rakit, Setiu.


Pada 25 Febuari lalu, sempena Harap-PGU 3.5 di Dataran Kampung Raja, Kota Putera, Besut, lima manifesto awalnya telah diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu ketika itu, Dr Alias Razak.

Bertemakan “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera” lima manifesto awal yang diumumkan sebelum ini ialah pertama, memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun memiliki stu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediamannya.

Kedua, membuka permohonan tanah baharu serta memberi geran kekal. Ketiga, peruntukan caj wad kelas ketiga percuma di semua hospital kerajaan.

Keempat, peruntukan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal dan kelima, karnival kahwin kali pertama percuma setiap Dun di seluruh negeri Terengganu

Sumber BO - 21-5-2017































































































Saya Cabar Bersemuka, Kalau MB Berani!

Salam, CABARAN saya untuk bersemuka dengan Menteri Besar (MB) Terengganu tidak disiarkan oleh media arus perdana tadi. Saya mencabar MB Ahmad Razif Abdul Rahman dalam tempoh 24 jam bermula jam 12 tenghari tadi untuk bertanggungjawab dan membayar balik jumlah RM14.2 juta yang lesap hasil penipuan skim umrah (Yayasan Bakti Negara Terenggan) YBNT yang difahamkan telah ‘berpakat’ dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Sharifudin Mustafa (yang merupakan orang kuat MB).

Esok saya dan semua drpd 4,000 mangsa akan berkumpul seawal jam 2 petang di Majlis Pecah Tanah Projek PPA1M di Temala, Ajil (Dun yang bakal ditandingi oleh Dato Othman Daud -iaitu calon MB pilihan PM selepas PRU 14 jika Umno masih menang lagi lah) dan saya sendiri akan menyerahkan memorandum di tangan MB sendiri secara aman dan demokrasi tanpa apa-apa provokasi.


Dengan ini juga saya MENCABAR MB Terengganu (yang tempoh tak tinggal berapa hari lagi jadi MB) untuk berdebat secara terbuka tentang isu YBNT ini dan saya insya allah berdasarkan pemberi maklumat dan sumber yg boleh dipercayai akan MENDEDAHKAN satu persatu siapa yg terlibat dan siapa yang ada kaitan dalam YBNT, Jabatan Pendidikan Negeri dan kaitan dengan Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Jika beliau tidak berani berdebat, saya dan rakan-rakan yang istiqamah dalam tindakan ini akan mula turun ke DUN Seberang Takir jumpa semua pengundi MB Terengganu untuk berkempen menolak beliau dan saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sebagai CALON BEBAS (jika diberi laluan oleh PAS) sebagai protes kepada penyelewengan yang berlaku dalam negeri Terengganu melibatkan wang lesap RM14,200,000.00 (RM14.2 juta) dan lebih 4,000 mangsa yang setiap satu membayar sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Terima kasih

KEPADA ALLAH JUA KAMI BERSERAH
Hj Fariz Irwan Mustafa
Peguam Mangsa RM14.2 JUTA YBNT-JPNT (MB)
20.05.2017 JAM 8.30 MLM
KUALA TERENGGANU


Sumber BO - 21-5-2017































































































PRU: Ambil kesempatan lahir rasa hati

RAKYAT mesti mengambil peluang pada pilihan raya umum untuk membuat perubahan dan menentukan pemerintahan. 
Pengarah Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6, Yahaya Ali berkata, rakyat mestilah sentiasa ingat dan mengambil kesempatan melahirkan rasa hati mereka. 
“Rakyat mesti ingat peluang lima tahun sekali adalah peluang yang terbaik.
"Kalau rasa bimbang atau tidak puas hati, dan marah dengan kos hidup yang melambung, GST, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, kejatuhan mata wang, inilah masa yang terbaik untuk membuat perubahan,” ujarnya ketika berucap pada majlis penutup Harap-PGU 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, malam tadi. 
Justeru, katanya, PAS tidak kisah walaupun kerajaan Umno BN negeri meniru lima manifesto awal PAS Terengganu yang ditawarkan pada Harap-PGU 3.5 di Besut, Februari lalu. 
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri menambah, apa yang penting rakyat Terengganu khususnya mendapat manfaat daripada apa  yang disuarakan oleh PAS.
“Namun yang penting rakyat mendapat faedah,” ujarnya dipetik Buletin Online
Justeru itu, kata beliau PAS akan menawarkan lima lagi manifesto tambahan menjadikan sepuluh semuanya yang akan PAS laksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 nanti.
Sumber HD - 21-5-2017































































































Insya Allah, hadiah kepada Presiden dapat direalisasi

DEWAN Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) sangat teruja dan insya Allah kami akan berusaha dengan kemampuan dan kekuatan yang ada menyahut hasrat dan cita-cita Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS untuk menjadikan Terengganu sebagai agenda penting untuk kita meraih kemenangan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebagaimana ucapan perasmian yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Insya Allah DMPNT bagi sesi ini telah merangka gerak kerja turun ke kawasan dan Dun-Dun bagi memperkasakan gerak kerja "Gerak Mujahidah 2" dalam usaha mempersiapkan jentera dan petugas muslimat dan Ameerah yang berkemahiran, ikhlas dan sanggup berkorban untuk memartabatkan Islam. 
Memperkasakan skuad Yasiin, skuad Khidmat, skuad Munajat dan Ameerah Care dalam usaha membantu dan memberi khidmat tenaga serta sumbangan kepada masyarakat setempat tanda prihatin dan cakna dengan merealisasikan Budaya Poltik Matang dan Sejahtera (BPMS) di dalam masyarakat dengan program-program seperti gotong royong membersih rumah, perubatan percuma dan syifa', mendekati Al-Mala' dan cakna MOSWAY. 
Kita juga sedang berusaha mendekati pengundi muda. Insya Allah dengan 3 entiti penting di dalam Dewan Muslimat iaitu Ameerah, Nusaibah dan Briged, kita telah pun berjaya mengumpulkan tenaga muda muslimat di peringkat negeri di dalam program HAMRA 1.0 pada bulan Februari lalu. Sesi ini fokus kita mengumpul dan memperkasakan tenaga muda di peringkat kawasan dan Dun-Dun di mana program 'HAMRA' akan turun ke lapan kawasan, insya Allah. 
Program Himpunan Harapan Semua - PAS Ganti Umno (Harap-PGU) Negeri Terengganu ternyata membuahkan hasil gerak kerja dan usaha mendekati rakyat yang sangat berjaya. Oleh kerana itulah program Harap-PGU telah dijadikan sebagai gerak kerja utama oleh pimpinan PAS Terengganu. Dewan Muslimat negeri dan kawasan, kami menyedia dan menggerakkan petugas muslimat dan Ameerah membantu gerak kerja Harap-PGU yang sedang berjalan di setiap UPU di lapan kawasan seluruh Terengganu dengan strategi yang telah disusun oleh JPN negeri; mendekati pengundi dan gerakan daftar pengundi baru di samping pemutihan dan pemurnian culaan. 
Akhir sekali, sebagaimana apa yang disebutkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan perasmian pada Harap-PGU 3.6 di Batu 24 Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam bahwa kekuasaan dan kemenangan itu adalah milik Allah, rapatkan diri kita dengan Allah, apatah lagi kita sebagai petugas dan pimpinan gerakan Islam dengan bangun berqiamulail, banyakkan munajat dan wirid, mohon keampunan Allah, DMPNT telahpun mengarah dan  menggerakkan "Gelombang Munajat 'Akifi" di setiap UPU/cawangan-cawangan setiap hari melalui arahan kepada DMP kawasan-kawasan  bermula bulan Mei sehingga PRU14. 
Insya Allah, hasrat Timbalan Presiden untuk kita, petugas dan kepimpinan PAS Terengganu khususnya muslimat menghadiahkan kemenangan di Terengganu dalam PRU14 nanti kepada Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS akan dapat direalisasikan dengan pertolongan daripada Allah. 
HAJAH ZARANI OTHMAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
24 Sya'ban 1438 / 21 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 21/5/2017
hamra
Sumber HD - 21-5-2017











































































































Hadiah kemenangan kepada Presiden PAS

SELURUH ahli PAS digesa supaya meningkatkan kekuatan untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana PAS mempunyai peluang yang terbaik dalam menghadapi PRU14 dengan kekuatan sendiri.
"Perlunya kita tingkatkan kekuatan kita kerana ini peluang terbaik PAS untuk hadapi PRU14, mudah-mudahan dapat kemenangan atas kekuatan PAS ini," ujarnya ketika merasmikan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang dan Pengarah Harap-PGU 3.6, Haji Yahaya Ali. 
Katanya, PAS kini masih dalam perundingan dengan beberapa parti untuk menyertai Gagasan Sejahtera bagi menghadapi PRU14. 
Menurutnya lagi, selain beberapa parti politik dalam Gagasan Sejahtera, turut disertai oleh NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat bersama PAS untuk menjatuhkan Umno BN. 
Dalam konteks Terengganu, beliau berkata kemenangan PAS merupakan satu hadiah kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berhadapan dengan pelbagai fitnah. 
"Insya Allah, kita hadiahkan kemenangan PAS di Terengganu kepada Tuan Guru Presiden," katanya. 
Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah agar Allah memberi pertolongan pada PRU14 nanti. 
Ini, katanya kerana faktor terbesar untuk mencapai kemenangan pada PRU14 nanti adalah pertolongan daripada Allah. 
"Tanpa pertolongan Allah, kita tiada daya upaya untuk mencapai kemenangan melainkan pertolongan Allah. 
"Jangan jauh diri dengan Allah. Jaga amalan seperti solat sunat, berwirid, berzikir dan sebagainya untuk mencukupkan syarat agar Allah memberi pertolongan kepada kita," ujarnya lagi. 
Beliau juga menyampaikan salam dan ucapan terima kasih daripada Tuan Guru Abdul Hadi kepada semua pihak yang mengadakan solat hajat dan berdoa agar dikurniakan kesihatan. - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017 































































































PAS Terengganu sedia memimpin kerajaan negeri

PESURUHJAYA PAS Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, jawatan adalah amanah yang dipikul dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. 
"Saya yang ambil alih (sesi 2017-2019) dalam keadaan PAS kukuh, kuat dan bersedia untuk memimpin kerajaan negeri selepas Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti," 
ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Harap-PGU 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat seluruh Terengganu khususnya di Hulu Terengganu supaya membuat perubahan pada PRU14 nanti. 
"Marilah kita bersama-sama dengan beralih kepada PAS demi untuk membina sebuah kerajaan dan pemerintahan Islam yang terlaksana di dalamnya syariat dan nilai-nilai Islam sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan PAS," ujarnya. 
Tambahnya, PAS berjanji akan memerintah, mengurus dan mentadbir kerajaan dengan cara yang dianjur dan diajar oleh agama Allah SWT. 
Katanya, perkara itui telah terbukti apabila PAS berjaya memerintah negeri itu pada PRU 1999 lalu. 
"Perkara ini telah terbukti, PAS telah membuktikan keupayaannya pada pilihan raya tahun 1999, PAS telah menjadi kerajaan dan berjaya meminda undang-undang tubuh kerajaan Terengganu sehingga menjadikan Islam, al-Quran dan al-Hadis, ijmak ulama dan qias menjadi tonggak dan rujukan utama kepada kerajaan dan pemerintahan negeri yang tidak dibuat oleh mana-mana negeri di bawah Umno BN," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017 































































































Takziah kepada keluarga Dr Khazani

PAS Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarah Institut Strategi PAS (ISP), Dr Mohamad Khazani Abdullah yang kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. 
Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang berkata, PAS Terengganu juga menghargai sumbangan almarhum selaku Pengarah IKP negeri pada sesi lalu dan diamanahkan semula bagi sesi 2017-2019. 
Katanya, pemergian almarhum merupakan satu kehilangan yang besar kepada PAS sama ada negeri mahupun pusat. 
"Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan dan sumbangan yang telah almarhum curahkan kepada perjuangan Islam dan menempatkan almarhum bersama-sama dengan kalangan anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin," ujarnya kepada Harakahdaily di tapak Harap-PGU 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, hari ini. 
Jenazah Dr Khazani telah disembahyangkan di Masjid Hasanah, Bangi selepas solat Zuhur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab pada jam 2.40 petang ini. 
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bergegas meninggalkan tapak Harap-PGU 3.6 di Batu 24 Kuala Berang, Hulu Terengganu tengah hari tadi untuk menziarahi almarhum selepas merasmikan program itu. - HARAKAHDAILY 20/5/2017
tuanib
Sumber HD - 20-5-20117































































































Hadiah kemenangan kepada Presiden PAS

SELURUH ahli PAS digesa supaya meningkatkan kekuatan untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana PAS mempunyai peluang yang terbaik dalam menghadapi PRU14 dengan kekuatan sendiri. 
"Perlunya kita tingkatkan kekuatan kita kerana ini peluang terbaik PAS untuk hadapi PRU14, mudah-mudahan dapat kemenangan atas kekuatan PAS ini," ujarnya ketika merasmikan Harap-PGU 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang dan Pengarah Harap-PGU 3.6, Haji Yahaya Ali. 
Katanya, PAS kini masih dalam perundingan dengan beberapa parti untuk menyertai Gagasan Sejahtera bagi menghadapi PRU14. 
Menurutnya lagi, selain beberapa parti politik dalam Gagasan Sejahtera, turut disertai oleh NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat bersama PAS untuk menjatuhkan Umno BN. 
Dalam konteks Terengganu, beliau berkata kemenangan PAS merupakan satu hadiah kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berhadapan dengan pelbagai fitnah. 
"Insya Allah, kita hadiahkan kemenangan PAS di Terengganu kepada Tuan Guru Presiden," katanya. 
Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah agar Allah memberi pertolongan pada PRU14 nanti. 
Ini, katanya kerana faktor terbesar untuk mencapai kemenangan pada PRU14 nanti adalah pertolongan daripada Allah. 
"Tanpa pertolongan Allah, kita tiada daya upaya untuk mencapai kemenangan melainkan pertolongan Allah. 
"Jangan jauh diri dengan Allah. Jaga amalan seperti solat sunat, berwirid, zikir dan sebagainya untuk mencukupkan syarat agar Allah memberi pertolongan kepada kita," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-20117































































































11-Year-Old Girl Becomes T’ganu’s First Dengue Fatality Of 2017

http://buletinonline.net/v7/index.php/11-year-old-girl-becomes-tganus-first-dengue-fatality-2017/



Terengganu has recorded its first fatal dengue case this year with the death of an 11-year-old girl here.

Nur Istinadiana Che Dollah, a pupil of Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Besut, died on Thursday while undergoing treatment at the Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ), Kuala Terengganu.
It is understood that the victim suffered early symptoms such as fever, cough, runny nose and loss of appetite on May 14, and was treated at a private clinic here.

“However, four days later, the victim’s condition deteriorated and her father brought her to Kampung Raja Health Clinic. She was referred to the Besut Hospital before being rushed to the HSNZ, but passed away at 8.02am on Thursday,” State Health Department director Dr Mohamad Omar told a press conference at Nur Istinadiana’s house at Kampung Sentosa here today.

He said Nur Istinadiana, the second of five siblings, was the first fatality among the 133 dengue cases recorded this year.

More than 1,500 cases were recorded in the state last year involving 20 deaths.

Mohamad Omar said clean up and prevention measures are being aggressively carried out in Kampung Sentosa, which has now been marked as dengue-prone, with four deaths last year.

He said special attention is also being given to Kuala Terengganu, particularly the Kampung Pulau Rusa Hilir area, and Besut, surrounding the Kampung Gelam Mas area, which recorded the highest number of dengue cases among all affected districts. — BERNAMA

Sumber BO - 20-5-2017
































































































Orang Hulu Kenal PJ PAS Yang Baharu

HULU TERENGGANU – Himpunan Harapan Untuk Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) 3.6 yang sedang berlangsung, hari ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baharu, Dato’ Ustaz Husain Awang.

Beliau melawat di tapak himpunan di Batu 24 dan kemudian melakukan ziarah ke kampung-kampung pilihan.

Paling menarik, apabila beliau menziarahi ke sebuah rumah penyokong Umno, beliau diberikan ucapan tahniah oleh tuan rumah atas perlantikan beliau sebagai pesuruhjaya yang baharu.


Ia menandakan, beliau dikenali oleh ahli dan penyokong PAS, namun ketokohan Ustaz Husain dimaklumi juga oleh orang Umno.
Ada juga rumah orang Umno yang terdapat timbunan akhbar Harakah, di ruang tamunya, menimbulkan tanda tanya, kepada rombongan pengiring, mungkin orang Umno inginkan suatu perubahan pada PRU kali ini.

Seperti program HARAP yang lalu, ziarah warga emas, orang sakit, ibu-ibu tunggal serta golongan yang kurang bernasib baik di kampung-kampung terpilih ini adalah salah satu daripada acara utama HARAP.

Selesai melawat tapak di sebelah pagi, Ustaz Hussein solat Jumaat di masjid Kampung Binjai Kertas bersama penduduk kampung tersebut dan kemudiannya dijamu makan tengahari oleh penduduk kampung.


Beliau kemudiannya disambut dengan mesra oleh tuan rumah termasuk imam kariah serta penduduk kampung yang beliau ziarahi.

Dato’ Hussein juga berkesempatan menjenguk beberapa orang sahabat lama beliau yang ada di sekitar Kampung Binjai Kertas dan Kampung Sungai Ular, sambil mereka mengimbau kembali nostalgia lama sesama mereka.

Turut mengiringi rombongan ziarah ini ialah isteri beluau, To’ Puan Hajjah Maliha Mohamad.
















Sumber BO - 19-5-2017































































































Cikgu Lau Yakin PAS akan Menang Di Terengganu

HULU TERENGGANU – Bekas Setiausaha Parti Gerakan Kelantan, Cikgu Lau Chin Chua yakin, PAS akan menang dan memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang.

Selain itu, beliau berkata, PAS juga akan mempertahankan Kelantan dan merampas kembali negeri Kedah dari Barisan Nasional (BN).

“saya benar-benar yakin Terengganu PAS akan tawan…..Kelantan PAS akan pertahankan, di negeri-negeri lain saya rasa ada kemungkinan Kedah (PAS akan menang),

“tempat lain tu….saya tak berani nak cakap (tapi) Terengganu lebih daripada seratus peratus keyakinan saya,” tegasnya.


Beliau yang pernah berkecimpung dalam arena politik sekian lama, menolak dakwaan DAP bahawa kaum Cina tidak lagi menyokong kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bahkan katanya, DAP tidak tahu tentang keadaan orang-orang Cina dibawah pemerintahan PAS di Kelantan.
“itu kata dia (DAP)……mungkin dia jahil tentang orang-orang bukan Islam dan orang Cina di Kelantan…….kami masih teguh (menyokong PAS) sebab PAS berjaya,

“meyakinkan orang-orang ‘non-muslim’ bahawa PAS berlaku adil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh HARAP TV selepas menyampaikan ucapannya pada Ceramah Perdana, malam pertama HARAP 3.6 di Kampung Batu 24, Pekan Kuala Berang, pada Khamis, 18 Mei.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang-orang Cina agar tidak termakan hasutan DAP terutamanya berkaitan RUU355 dan pelaksanaan undang-undang Islam.
Katanya agenda musuh-musuh PAS dan Islam memang memberikan gambar sebaliknya dengan usaha yang dibawa oleh PAS itu.

“orang-orang bukan Islam jangan mudah terpengaruh……..dengan agenda musuh-musuh PAS kerana kami (bukan Islam) di Kelanta cukup faham,


“sekali pun dilaksanakan RUU355 ia tidak akan terkena kepada orang-orang bukan Islam…..jadi apa masalahnya? Tak perlu takut!

“orang-orang Islam sahaja pun hanya yang bersalah sahaja yang akan kena didakwa di mahkamah syariah……yang tidak bersalah, saya rasa (undang-undang Islam adalah) lebih baik,” jelasnya.

Bekas guru dan guru besar yang pernah berkhidmat dengan parti gabungan bersama BN selama 23 tahun itu berkata, beliau keluar dari Gerakan kerana melihat parti itu itu teah tersasar dari matlamat asalnya.

Sebaliknya PAS, menurut beliau, masih diatas landasan yang betul, bersama gagasan baharu ‘Politik Matang dan Sejahtera’ ang akan membawa kemajuan kepada negara.

Sumber BO - 19-5-2017































































































HARAP 3.6 : Pengerat Silatulrahim

Oleh : Salwanaa Ghani

HULU TERENGGANU – Program HARAP-PGU 3.6 yang diadakan di Batu 24 Kuala Berang disifatkan sebagai satu program yang penuh ukhuwwah, mempererat silatulrahim di kalangan penduduk.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Hulu Terengganu Puan Salimah Sulaiman berkata, ia meningkatkan hubungan kekeluargaan antara pemimpin dan para pengundi.

“Program hari ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan semua pengundi wanita khususnya di DUN Kuala Berang…. seterusnya menarik sokongan masyarakat mengundi PAS, Insyaa Allah,”


“Program hari ini khusus untuk anak- anak remaja dan ibu-ibu,” katanya merujuk kepada acara mewarna dan ‘busana cilik’ yang diadakan sempena HARAP-PGU 3.6.

Tambah beliau, antara acara menarik yang diadakan ialah pertandingan memasak dan gubahan kreatif dari bahan terbuang.

Beliau berkata demikian di tapak HARAP-PGU 3.6 di sini tengahari tadi, Jumaat 19 Mei.

Sehubungan itu, seorang peserta Cik Najiba Ismail dari Manir berkata ia pengalaman pertama beliau menyertai pertandingan memasak.

“Saya rasa seronok tapi sangat berdebar…..seronok dapat ramai kawan….,” kata beliau


Seorang lagi peserta Puan Ramlah Binti Wan Nawang, 29, berasal dari Dungun berkata beliau datang bersama anak empat orang, demi untuk menyertai pertandingan tersebut.

“alhamdulillah dapat hadiah saguhati dalam pertandingan masakkan Mee Kunfu Chef Amar,”

” dan saya ucapkan pada penganjur tahniah kerana program ini penuh dengan aktiviti hingga Sabtu ini….Insyaa Allah esok pagi saya akan datang lagi untuk larian HARAP,” tambahnya

Sumber BO - 19-5-2017































































































Renung kembali silap beri undi kepada Umno

RAKYAT Terengganu digesa merenung kembali kesilapan mereka memberi undi kepada Umno yang kemudiannya melakukan kejahatan kepada rakyat pula. 
"Semoga Islam yang PAS bawa akan menyelamatkan negeri ini dari Umno meneruskan kerja-kerja tidak amanah mereka, insya Allah," kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
hrp 
Justeru, beliau menjemput rakyat negeri itu ke program Harap-PGU 3.6 yang berlangsung di Jalan Batu 24, Pekan Kuala Berang yang bermula semalam hingga esok.
"Anda semua insya Allah akan dihidangkan dengan pelbagai program kesedaran bagi melihat dunia politik Malaysia yang sedang mengalami kesakitan akibat perbuatan tangan-tangan Umno dan sekutunya yang menjarakkan pemerintahan negeri dan negara daripada Islam," ujarnya. 
Menurutnya, PAS dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab mengajak rakyat sekalian mengubah minda bagi memberikan kepercayaan kepada Islam untuk memerintah Tetengganu. 
Katanya, di bumi Kuala Berang, Allah telah mentaqdirkan pada suatu waktu dahulu telahpun dijalankan hukuman Allah yang membuktikan bahawa hukuman Allah ini universal telah tersebar ke seluruh alam, bukan terperap dan sesuai bagi orang Arab sahaja seperti dakwaan pembenci Islam. 
Tambahnya, rakyat boleh melihat sendiri monumen-monumen di Tasik Kenyir yang membaham duit rakyat, tinggal terbiar kerana tiada rasa tanggungjawab oleh pemimpin Umno. 
Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata, para pemimpin Umno hanya mahukan projek dan selebihnya tiada mereka hiraukan. 
"Jom ke Harap-PGU 3.6, insya Allah Kuala Berang bakal menjadi saksi perubahan anda lakukan di negeri Tetengganu yang kita cintai ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/5/2017
Sumber HD - 19-5-2017 









































































































































































































































Harap-PGU: Demi melihat Islam didaulatkan

ISLAM yang diperjuangkan PAS selama ini akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam. 
"Mesej Islam ini akan kita bawa dengan penuh kasih sayang kepada seluruh masyarakat yang berada di tempat kita," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah dhuha pada Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Batu 24, Kuala Berang hari ini. 
“Ini yang kita nak bagi tahu pada seluruh masyarakat tapi masalahnya orang tak percaya. 
"Kita buat sebaik mungkin, selebihnya serah kepada Allah orang nak terima atau tidak dakwah kita,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh. 
Menurutnya, program Harap-PGU diadakan di seluruh Terengganu demi melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia ini. 
“Kita tidak berpeluk tubuh saja. Kita nak bagi tahu pada orang Hulu Terengganu bahawa inilah perjuangan PAS. Begitu juga baru-baru ini kita adakan Harap di Besut," jelasnya dipetik Buletin Online
Harap-PGU 3.6 yang diadakan di Dun Kuala Berang, Hulu Terengganu itu adalah yang keenam selepas Dun Seberang Takir (Kuala Nerus), Dun Pulau Serai (Dungun), Dun Pengkalan Berangan (Marang), Dun Kemasik (Kemaman), dan Dun Kota Putera (Besut).
Sumber HD - 19-5-2017 








































































































































































































































HARAP-PGU 3.6; Semangat Berkorban, Ambang Kemenangan Islam

http://buletinonline.net/v7/index.php/harap-pgu-3-6-semangat-berkorban-ambang-kemenangan-islam/



HULU TERENGGANU – Jawatankuasa Persiapan HARAP-PGU 3.6 menyifatkan semangan berkorban yang tinggi orang Kuala Berang, lokasi himpunan tersebut kini sedang berlangsung, adalah isyarat kepada kemenangan PAS dan Islam di negeri Terengganu.

Penolongan Pengarah Persiapan, Dr Suhazeli Andullah berkata, pihaknta tidak menghadapi sebarang cabaran besar melengkapkan tapak Himpunan tersebut.

Bahkan katanya, tuan tanah dan pemilik rumah berdekatan, memberikan kerjasama dan turut memberi ‘infaq’ kepada kerja-kerja pembangunan tapak, demi untuk menyumbangk epada kemenangan Islam.


“tiada ada apa-apa cabaran yang besar………tuan tanah dengan rela hati sanggup memberi guna tanah ini yanpa sebarang bayaran…….bayaran akan diterima di akhirat nanti, in shaa Allah!,

“begitu juga bekalan air…..kedua-dua jiran di kanan dan kiri tapak ini juga sudi memberi bekalan air tanpa apa-apa bayaran demi, demi untuk kegemiangan Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh HARAP TV pada petang Khamis 18 Mei, hari pertama daripada tiga hari Himpunan, yang akan tamat pada Sabtu 20 Mei.


Justeru itu, beliau menyeru semua penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang kususnya dan eluruh rakyat Terenggan gar turun beramai-ramai mengunjung Himpunan tersebut.

“kita sama-sama doakan agar program HARAP-PGU kali ini berjaya dan saya menyeru seluruh penduduk Kuala Berang dan rakyat negeri Terengganu beramai-ramai datang,

“pelbagai program yang diadakan dan lebih 100 buah gerai bersama memeriahkan HARAP kali ini, yang bukan sahaja memberi pengisian ilmu, bahkan membuka peluang kita untuk membeli belah,” tamba beliau.

Sumber BO - 18-5-2017








































































































































































































































Laungan Azan Buka HARAP-PGU 3.6

http://buletinonline.net/v7/index.php/laungan-azan-buka-harap-pgu-3-6/



HULU TERENGGAN6 -Program PAS Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) 3.6 dimulakan sebentar tadi dengan laungan merdu azan maghrib oleh muazzin di tapak program, Kampung Batu 24, Pekan Kuala Berang.

Program diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, berzikir dan kemudiannya disambung dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

HARAP 3.6 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 18 Mei sehingga 20 Mei itu, bakal menyaksikan pelbagai acara menarik bagi mengeratkan lagi hubungan PAS dengan rakyat yang telah sedia ada mesra.

Antaranya ialah demo masakan, pertandingan bagi kanak-kanak, pertunjukan gasing labu, liga penalti, sukan anak muda, program motivasi oleh penceramah terkenal serta acara berjalan 10 ribu langkah.


Tidak ketinggalan juga acara-acara kemasyarakatan yang mendekati rakyat yang susah, ibu-ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik bagi dihulurkan bantuan oleh pimpinan-pimpinan PAS negeri.

Dalam kuliah maghrib yang disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor itu, beliau menyentuh berkenaan hadis yang menceritakan tentang golongan-golongan yang dihambat dari diberi minum di telaga rasulullah.

Golongan itu menurut beliau adalah golongan yang samada telah keluar dari Islam atau yang telah menyelewengkan agama Islam atau golongan yang mengada-ngadakan ajaran Islam keluar daripada
ajaran rasulullah.

Beliau mengajak pendengar untuk menjarakkan diri daripada golongan ini kerana mereka hanya akan menyesatkan kita semua dari jalan Allah, walaupun kelihatan sangat alim.

Adun Bukit Payong itu juga mengimbau kembali daerah Kuala Berang ini suatu masa dahulu adalah
pusat perkembangan Islam, malah dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat bahawa Kuala berang
telah mengamalkan undang-undang Islam.

Namun masa bersilih ganti, undang-undang Allah itu kemudiannya ditukar oleh golongan yang menyeleweng kepada undang-undang penjajah yang jelas ianya bukan daripada rasulullah.

Ustaz Mohd Nor menggesa penduduk Kuala berang untuk melakukan perubahan pada PRU kali ini
bagi memberikan peluang kepada PAS untuk menjulang kembali undang-undang Islam di bumi
Terengganu ini.

Sumber BO - 18-5-2017

PAS mahu dapatkan 1 bilion untuk Terengganu
Posted on Thursday, May 18 @ 12:17:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34988



Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA NERUS: Meningkatkan sumber kewangan paling kurang satu bilion setahun untuk Terengganu antara usaha keras yang akan dilakukan oleh PAS sekiranya berjaya mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.


Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, PAS akan mencari jalan untuk mendapatkan jumlah tersebut kerana masalah utama yang menjadi kekangan kepada Terengganu ketika ini ialah kewangan negeri yang terhad.


“Kekangan yang paling besar sekali kewangan. Hasil Terengganu hanya RM200 juta sahaja tanpa royalti (dana khas).

“Lebih 80 peratus hasil lain bergantung kepada Dana Persekutuan (royalti). Kewangan untuk bayar gaji kakitangan kerajaan sahaja hampir RM500 juta.

  “Itu yang akan PAS fikir dan cuba selesaikan, bagaimana kita hendak dapat sumber kewangan negeri RM1 bilion setahun,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT), di Kuala Nerus baru-baru ini.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat selain itu turut yakin PAS akan kembali memerintah negeri itu tidak lama lagi.

Beliau berkata krisis yang belaku dalam Umno Terengganu ketika ini menjadikan PAS lebih berpotensi menang dan memerintah negeri berbanding dengan perkembangan di negeri-negeri lain seperti Selangor.

Katanya, ketika ini perpecahan dan perbalahan Umno Terengganu semakin serius termasuk isu calon Menteri Besar.

“Mereka sedang mencari siapa yang bakal menggantikan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai calon Menteri Besarnya.

“Ada ura-ura yang Ahmad Razif tidak lagi bertanding di Dun Seberang Takir dan beralih ke Parlimen Kuala Nerus. Ini kerana, perpecahan dalaman Umno negeri Ahmad Razif tidak boleh tangani.

“Nama Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman) dan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan kini disebut antara calon MB. Di setiap Dun juga Umno semakin parah berpecah,” ujar beliau.

Selain itu menurut Ariffin, PAS Terengganu meletakkan sasaran untuk memenangi sekurangkurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU14 akan datang.
Katanya pembangkang telah berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada PRU13 lalu dan hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk memerintah.

“Terengganu ada 32 Dewan Undangan Negeri, kita (pembangkang) sudah menang 15 kerusi (termasuk satu PKR) dan kita (PAS) hanya untuk dapat dua Dun lagi bagi mencapai kemenangan (memerintah) di Terengganu.

“PAS meletakkan ‘target’ 22 kerusi Dun. Jika kita menang 17 sahaja pun daripada 32 kerusi Dun, Insya-Allah…kita boleh memerintah negeri Terengganu.

“Suasana politik di Terengganu hari ini, sudah ‘terbayang-bayang’ boleh memerintah. Sasaran 17 kerusi menang itu tidak mustahil untuk kita perolehi dan menguasai negeri Terengganu,” kata beliau.
Turut hadir dalam mesyuarat YAMCT itu Bendahari Yayasan Amal Malaysia, Zaman Abdullah dan Pengerusi YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah.



Sumber TKO - 18-5-2017








































































































































































































































HARAP-PGU 3.6 Kuala Berang

http://buletinonline.net/v7/index.php/harap-pgu-3-6-kuala-berang/



Saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke Program HARAP-OGU 3.6 yang bakal berlangsung di Jalan Batu 24, Pekan Kuala Berang bermula pada hari ini Khamis 18 Mei sehingga Sabtu 20 Mei.

Anda semua insyaAllah akan dihidangkan dengan pelbagai program kesedaran bagi melihat dunia politik Malaysia yang sedang mengalami kesakitan akibat perbuatan tangan-tangan Umno dan sekutunya yang menjarakkan pemerintahan negeri dan negara daripada Islam.

PAS dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab, mengajak rakyat sekelian mengubah minda bagi memberikan kepercayaan kepada Islam untuk memerintah Tetengganu.

Di bumi Kuala Berang yang indah ini, Allah telah mentaqdirkan pada suatu waktu dahulu, telahpun dijalankan hukuman Allah, membuktikan bahawa hukuman Allah ini universal, telah tersebar ke seluruh alam, bukan terperap dan sesuai bagi orang arab sahaja seperti dakwaan pembenci Islam.

Anda juga boleh melihat sendiri monumen-monumen di Tasik Kenyir yang membaham duit rakyat, tinggal terbiar kerana tiada rasa tanggungjawab oleh pimpinan Umno. Mereka hanya mahukan projek, dan selebihnya tiada mereka hiraukan.

Oleh itu sangat bersesuaian untuk kita rakyat Terengganu merenung kembali kesilapan kita memberi undi kepada Umno yang kemudiannya melakukan kejahatan kepada rakyat pula. Semoga Islam yang PAS bawakan, alan menyelamatkan negeri ini dari Umno meneruskan kerja-kerja tidak amanah mereka insyaAllah.

Jom ke HARAP-PGU 3.6. InsyaAllah Kuala Berang bakal menjadi saksi perubahan anda lakukan di negeri Tetengganu yang kita cintai ini.

Saya insyaAllah akan berkuliah maghrib di tapak Harap malam ini, Khamis 18 Mei.

YB Ustaz Moh Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
21 Syaaban 1438/18 Mei 2017

Sumber BO - 18-5-2017 

Pokok kontroversi RM180,000 mati, cuaca tidak sesuai
Posted on Thursday, May 18 @ 11:26:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34987



KUALA TERENGGANU, 18 Mei — Dulu pokok benang sutera ini mencetus kontroversi apabila harganya didakwa mencecah RM180,000 tetapi kini “ikon” itu sudah mati.Pokok itu, nama sainsnya Ceiba chodatii, ditanam di Kuala Nerus oleh kontraktor pada Januari lalu tetapi tidak dapat menahan masalah cuaca.

Seorang exco Terengganu berkata tanah dan baja semula jadi juga menjejaskan kesuburan pokok itu, lapor Harian Metro.


“Apa boleh dibuat jika pokok itu mati. Kami (kerajaan negeri) tidak akan ganti kerana kerajaan negeri tidak mengeluarkan belanja membeli pokok itu.

“Sebaliknya ia disumbangkan oleh pemaju Bandar Baharu Kuala Nerus,” kata exco infrastruktur, kemudahan awam, tenaga dan teknologi hijau Ir Rosli Othman.

“Memang sayang apabila pokok unik itu mati, tetapi ia tidak dapat dielakkan atas faktor terbabit. Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia panas, perbezaan tetap ada sehingga menyebabkan pokok itu tidak sesuai untuk hidup subur.”

Beliau mahu orang ramai, termasuk pembangkang, supaya tidak mensensasikan perkara itu kerana pemaju tidak menyangka pokok import itu tidak tahan di situ.

Januari lalu, pokok tersebut menjadi buah mulut ramai di media sosial apabila ia didakwa terlalu mahal dan menggunakan wang kerajaan.

Harga yang disebut-sebut dalam media RM180,000 sebatang tetapi tiada pihak mengesahkan angka ini. Desas-desus menyatakan dua pokok tersebut ditanam.

Namun, Mac lalu, Rosli menjelaskan hanya sebatang ditanam oleh syarikat swasta dan ia bukan ikon bandar baru itu tetapi sekadar hiasan lanskap.

“Saya juga nafikan terdapat dua pokok gergasi itu di Kuala Nerus, sebaliknya yang ada hanya sepokok sahaja,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Rosli berkata penyelenggaraan pokok itu juga tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya diuruskan oleh kontraktor secara percuma.
- themalaymailonline.com

Sumber TKO - 18-5-2017 








































































































































































































































Sebarkan Islam Seluas-luasnya!


Oleh : Syakira

BESUT – Sebarkan Islam seluas-luasnya, dengan akhlak dan peribadi mulia, agar Islam dirasai dan dilihat cantik oleh umat manusia.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, peranan para guru adalah sangat penting dalam meyemaikan ‘benih-benih’ Islam yang segar dan molek.

“Sebarkan Islam, biar orang nampak kecantikan yang ada pada Islam…….kita sampaikan kepada murid-murid dan mereka adalah merupakan agen perubahan kepada keluarga,

“Mereka menyampaikan ilmu yang dipelajari sewaktu di sekolah kepada keluarga masing-masing,” ujarya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sambutan Hari Guru peringkat daerah Besut di Dewan Haji Salleh, dekat sini semalam 16 Mei.

Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) itu berkata, sehingga kini, beliau masih merupakan seorang ‘pelajar’.

Katanya, pengalaman mengajar di negeri Sabah beberapa tahun lalu, banyak mengajar beliau tentang hubungan antara agama.

Oleh itu, beliau berharap para guru dan murid, berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar dan memahami Islam, agar dapat disampaikan kepada orang lain.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah wakil ahli Majlis Ibu Bapa dan Guru (MIBG) Dr. Raja Shamri Raja Hussin.

Beliau berkongsi kisah menarik bersama gurunya, seorang Ustazah beliau, swaktu belajar di tahun satu, di sekolah rendah.

Menurutnya, beliau telah diajar mengenal solat sunat dhuha, dan sejak itu, beliau telah istiqamah menunaikannya sehingga kini.

Raja Shamri yang juga seorang pakar motivasi menyeru kepada ibu bapa supaya memberikan sokongan kepada guru-guru dalam menjayakan program-program di sekolah.

Katanya, beliau juga menghantar dua anak ke SRIDAF dan mengimpikan agar mereka menjadi menjadi anak-anak yang soleh yang ‘fakih’ dalam bidang agama.

Sumber BO - 17-5-2017








































































































































































































































Masa Untuk Bekerja Keras

KUALA TERENGGANU – Sekarang adalah masa untuk ahli dan penyokong PAS bekerja keras, setelah berakhirnya Muktamar dan pelantikan kepimpinan negeri yang baharu.

Penolong Setiausaha 1, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua peringkat dalam PAS Terengganu perlu kurangkan berpolimik, dan fokus kepada usaha untuk ‘kembali ke Wisma Darul Iman’.

“Saya minta semua pihak (dalam PAS) kurangkan bercakap…….sekarang masa untuk bekerja bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-14,

“merealisasikan ‘Harapan Semua’ rakyat Terengganu kepada PAS, untuk menjadi kerajaan yang lebih baik dari Umno dan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hai Guru Peringkat PAS Kuala Terengganu semalam, 16 Mei.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negeri yang memberi kepercayaan kepadanya, yang diberi amanah sebagai Penolong Setiausaha.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu juga mengarahkan semua jentera PAS di kawasan tersebut untuk meningkatkan perkhidmatan kepada warga bandaraya yang telah mengundi PAS pada pilihan raya umum lalu.

“kita sudah melancarkan semua jentera di peringkat kawasan, kita juga menyampaikan perkhidmatan kita pada setiap hari melalui pejabat Parlimen PAS Kuala Terengganu,

“setiap minggu kita kita turun ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri bagi bersama-sama melaksanakan amanah PRU13,” jelasnya.


Beliau turut memberi peringatan kepada semua agar tidak melayan sebarang cubaan daripada mereka yang cuba untuk merosakkan perpaduan dalam PAS.

Katanya, bekas-bekas ahli PAS termasuk Ahli Parlimen yang sudah ‘melompat’ bukan lagi anggota ‘jamaah’.

Justeru itu, beliau yakin PAS Kuala Terengganu dapat mengekalkan kemenangan ‘5 – 0’ sebagaimana yang telah dicapai pada PRU13.

“in shaa Allah…….dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh dan kemudia kita meletakkan keyakinan kepada janji Allah,

“PAS akan dapat mengekalkan prestasi sebagaimana PRU yang lalu,”tambah

Sumber BO - 17-5-2017































































































Muslimat Sokong Penuh Pelantikan Pesuruhjaya Baru

Oleh: Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) bersatu hati menyokong penuh perlantikan Pesuruhjaya ( PJ ) baru Dato’ Ustaz Haji Hussin Bin Awang yang menggantikan Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, pihaknya patuh dan taat kepada setiap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“bagi kami tiada masalah …… sesiapa yang dipilih oleh Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ….Insyaa Allah kita akan bekerjasama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Media bersama Pesuruhjaya PAS yang baharu Dato’ Usyaz Haji Husain Awang pada Isnin, Isnin 15 Mei di KOMTAQ.


Katanya, Muslimat akan terus gagasan perkhidmatan yang sejahtera dan apa yang dihasratkan oleh kepimpinan yang baharu itu.

“dalam usaha untuk memenangkan PAS Negeri Terengganu sebagai kerajaan Negeri dalam PRU 14 Insyaa Allah dalam hasrat itulah,

“kita mengajak kepada semua yang ada pada hari ini yang disebut Dato’ PJ sebentar tadi akan meneruskan gagasan ataupun agenda yang dibuat oleh PJ yang terdahulu,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh saf muslimat, penyokong- penyokong dan pendokong PAS yang ada untuk hadir beramai- ramai di HARAP 3.6 Kuala Berang pada 18, 19 dan 20hb ini.

“acara kemuncak dan perasmian pada 20 hb ini yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Berbagai acara menarik disediakan termasuk acara untuk muslimat,” tambah beliau.

Sumber BO - 17-5-2017































































































Usah layan ‘kemuncup’ dalam perjuangan

Ahli-ahli PAS diingatkan agar tidak terlalu melayan karenah dan fitnah yang tidak berasas hingga mengganggu fokus persiapan parti menjelang Piliahn Raya Umum (PRU) ke-14. 
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyifatkan tohmahan dan fitnah itu seumpama ‘kemuncup’ yang mengganggu dalam perjuangan. 
Kata beliau, tekad dan keazaman parti khususnya di Kuala Terengganu mahu mengekalkan kemenangan di empat Dun (Dewan Undangan Negeri) dan satu Parlimen.
“Tekad kita untuk PAS Kawasan Kuala Terengganu mengekalkan kemenangan PAS di empat Dun dan satu Parlimen, Insya Allah. 
“Kita tak perlu susah hatilah dengan serangan lawan kita. Apa yang penting fokus pada kerja-kerja parti. Jika kita banyak sangat layan kepada PAN, PKR dan DAP jadi tidak sampai mesej kita kepada rakyat. 
“Anggaplah itu sebagai ‘kemuncup’ sahaja supaya kita tidak hilang fokus untuk menjatuhkan Umno BN. Sepatutnya, kita hadap kepada Umno BN tetapi jadi lawan sesama sendiri,” ujarnya. 
Beliau berate demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Mujahidah Srikandi Perjuangan Sempena Pelancaran Jentera Piliharaya Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, kelmarin. 
Hadir sama Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Zarani Othman dan Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Ustazah Shamsiah Abu Bakar. 
Ustaz Wan Sukairi yang juga Penolong Setiausaha I PAS Terengganu berpendapat parti serpihan PAN dan PKR tidaklah memberi kesan besar kepada PAS di negeri itu.
“PAN dan PKR di Terengganu ini tidaklah memberi kesan yang besar kepada PAS kerana tidak berpengaruh. 
“Insya Allah, dengan kerja yang bersungguh-sungguh dan munajat kita kepada Allah SWT dengan strategi-strategi menawan hati pengundi. Mudah-mudahan hasrat kita untuk mengekalkan kelima-lima kerusi di Kuala Terengganu akan dapat dicapai,” tegasnya di hadapan lebih 250 hadirin.   
Maksud kemuncup, kata Ustaz Wan Sukairi mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat ialah sejenis rumput yang mana nama saintifiknya ialah ‘Chrysopogon Aciculatus’. 
Menurutnya, rumput itu secara mudahnya dikaitkan dengan perkara yang menyusahkan dan melecehkan. 
“Perkara yang mengganggu atau mengacau berhasilnya sesuatu perkara yang telah dirancang sekian lama. Maka apabila rumput itu dikaitkan dengan perjuangan, maka sekali gus rakyat akan faham bahawa tafsiran pada sepotong kata ‘kemuncup dalam perjuangan’ itu membawa maksud sesuatu yang mengganggu atau mengacau sekali gus melambatkan proses kejayaan dalam sesebuah perjuangan,” jelasnya. 
Pada PRU13 lalu, Parlimen Kuala Terengganu telah dimenangi oleh PAS melalui calonnya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah sebelum keluar parti dengan menyertai PAN.
kt2
Sumber HD - 17-5-2017 































































































Hari Guru 2017; PAS Terengganu Hargai Warga Pendidik

KUALA NERUS – Rasulullah SAW dibangkitkan untuk menjadi model guru dan contoh pendidik yang terarah bagi membina jiwa kemanusiaan manusia.

Justeru, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang bahawa Guru yang berjaya ialah yang membawa kebenaran.

Menurutnya, kebenaran mutlak ialah apa yang diajar dan digagaskan oleh baginda Nabi Muhammad SAW.

“Semua kegelapan jahiliyyah itu berakhir apabila Rasulullah SAW dibangkitkan membawa dan mengajar risalah (al-Quran) Allah SWT yang diwahyukan . Manusia yang ganas dan buas itu telah bertukar menjadi obor kepimpinan dan pembina tamadun sejagat.

“Sebelum kebangkitan Rasulullah SAW, masyarakat Arab dikenali sebagai masyarakat jahiliyyah.

Amalan seperti bunuh anak , minum arak, memakan riba, rasuah , menindas terhadap golongan miskin dan berbagai lagi amalan serta perbuatan buruk termasuk menjadikan patung dan berhala sebagai Tuhan yang disembah dan dipuja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya di Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Pekan Batu Enam, pada 15 Mei lalu.

Sehubungan itu, Dato’ Husain turut merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negeri Terengganu dan Malaysia amnya.

“Saya mewakili seluruh saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya,” ujar beliau.

Di Marang, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yahaya Ali menyifatkan guru merupakan insan mulia yang tinggi kedudukannya disisi Islam dan masyarakat.

Justeru katanya, berkhidmatlah dengan dedikasi dan penuh integriti kerana mereka yang memikul tanggungjawab sebagai guru sangat besar kelebihan disisi Allah SWT.

“Buat semua yang bergelar guru percayalah anda adalah insan mulia dan tinggi kedudukannya disisi Islam dan masyarakat.

“Berkhidmatlah wahai guru dengan dedikasi dan penuh integriti kerana sesungguhnya beruntunglah mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru,” ujarnya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang.

Manakala di Kemaman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat berkata Hari Guru yang disambut pada 16 Mei adalah bertujuan menghargai sumbangan warga pendidik dalam mencorak sifat dan tamadun negara.

“Lahirnya generasi anak bangsa hari ini yang mencorak negara atas sumbangan dan pengorbanan warga pendidik dalam mendidik tanpa lelah dan jemu.

“Mereka (guru) bergelut dengan pelbagai ragam dan karenah anak-anak dan bukan semua insan mampu menggalas tanggungjawab yang besar ini.

“Kesabaran mendidik telah mengangkat martabat guru ke satu tahap yang mulia dan dipandang tinggi, Insya’Allah.

“Saya mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Dun Chukai, Terengganu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Dun Chukai khasnya dan Malaysia amnya,” ujar Hanafiah selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu.

Sehubungan itu, beliau mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terdapat dalam DUN Chukai, Kemaman.

Sumber BO - 16-5-2017































































































Guru Pembentuk Generasi Rabbani, Sejahtera Bersama Islam

http://buletinonline.net/v7/index.php/guru-pembentuk-generasi-rabbani-sejahtera-bersama-islam/



Majoriti orang Islam mahu membawa manusia kepada Allah kerana ketika ini, manusia keseluruhannya dilihat sangat haus akan ilmu mengenal Allah. Mereka dengan penuh bertanggungjawab berusaha membentuk generasi yang memahami apakah kehendak Allah dan kewajipan sebagai mahkluk Allah. Dengan kesedaran majoriti yang mahukan kesempurnaan dunia akhirat kepada masyarakat, mereka cuba membina masyarakat Rabbani di Malaysia ini.

Bagi mencapai kehendak masyarakat Rabbani itu, maka tiadalah watak terpenting yang boleh merealisasikan tujuan hidup itu, gurulah orangnya. Guru sangat dimuliakan di dalam Islam.

Dinukilkan di dalam al-Quran dan Hadis akan ketinggian martabat guru di sisi Allah. Merekalah yang bersusah payah dalam membentuk masyarakat Rabbani yang mengenal Allah, bertaqwa kepadaNya.

Tiada mereka, maka hancurlah masyarakat kerana tenggelam dalam arus keduniaan tanpa tuhan.

Walau sehebat manapun kemajuan yang dicapai, namun jika tidak disertakan dengan taqwa kepada Allah, maka gagallah tamadun itu kerana kehidupan tidak terhenti di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.

Maka Islam amat mementingkan pendidikan yang mengajak manusia kembali kepada Rabb mereka. Rabb yang ditafsirkan sebagai yang menciptakan, menguasai, mentadbir dunia ini. Sedar diri kita sebagai manusia yang lemah yang diciptakan Allah untuk beribadat kepadaNya. Tiada tamadun yang sebenar-benarnya tanpa Islam. Ia pasti akan hancur dalam ertikata tiada sifat kemanusiaan dan ketuhanan di dalamnya.

Terima Kasih Cikgu. Terlalu banyak jasa dan budi guru-guru yang telah ditabur. Usaha murni anda dalam membawa manusia secara umumnya untuk kembali kepada Allah, tidak akan tersia kerana ada kehidupan selepas mati, ada ganjarannya kepada anda walau apapun subjek yang diajar. Ya Allah, kurniakanlah kemuliaan kepada para guru yang mendidik manusia ke jalanMu.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Merangkap Pengerusi Lajnah Persekolahan DUPNT
19 Syaaban 1438 / 16 Mei 2017

Sumber BO - 16-5-2017































































































Divorce Among Elderly Muslims Of Terengganu Increased

http://buletinonline.net/v7/index.php/divorce-among-elderly-muslims-terengganu-increased/



In 2014 Malaysia released the alarming statistic that a divorce was happening every 10 minutes.
Now Sinar Harian reports that divorce among the elderly Muslims of Terengganu has been on the rise for the last 5 years.

The increase came to notice after the number of couples aged 60 and over attending marriage counseling increased at the Terengganu Religious Affairs Department (JHEAT).

One might conclude that although the win-loss ratio may not be in their favor, they are incredibly effective at getting to the bottom of marital discord.

Global studies in silver year divorces have observed that couples find themselves with empty nests, and the children that often held them together, now have lives of their own.

Kuala Terengganu JHEAT officer, Mohd Ariffin Jusoh, agrees with this.

One of the most common problems he finds is that most couples wait until their children have grown up until seeking a dissolution of the marriage.

Unfortunately, although divorce among the Malay community has risen 2.3 times between 2004 and 2014, many rural, poor women are still finding it hard to seek a divorce from unhappy unions.

Lack of financial independence keeps them bound to the monetary assistance from their husbands.
However, Bernama reported, the Second Honeymoon Programme carried out in Terengganu since 2009 has reconciled nearly 99% out of 1,094 couples intending to divorce.

State Health, Women, Family and Community Development Commit-tee chairman Datuk Mohamad Pehmi Yusof, said the programme managed by the Terengganu Family Development Foundation (YPKT), had been most effective.

He said the programme had given a positive impact on getting couples and families to patch up and continue their lives.

“Nearly 99% of the couples did not proceed with their divorce plan after going through the motivation programme and carrying out various activities together with their partners,” he said after officiating at a parenting convention, here yesterday.

Mohamad Pehimi said that 40% of divorce cases was caused by a third party while the second most commonly given reason was the failure of couples to better understand each other’s tasks after marriage causing irreconcilable differences in their relationship.

“Most of the divorce cases involved couples who have been married between one to five years and they are mostly aged between 30-35 years,” he said.

Thus far, records showed 156 couples had divorced in Terengganu on 2015

Sumber BO - 16-5-2017































































































Muslimat Ikrar Tawan Terengganu!












KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS berikrar dengan lafaz wala’ akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menawan Terengganu dan kembali buat kali ketiganya, memerintah negeri ini.

Himpunan Mujahidah Serikandi Perjuangan yang diadakan Sempena Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu bertekad menjayakan misi tersebut.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustazah Shamsiah Abu Bakar menekankan, seluruh jentera lebih fokus, dengan membulatkan kerja melalui ‘wehdatul amal’.

Katanya, ia amat penting kepada sayap kiri PAS itu hidup bersama masyarakat.

“Saya hendak tekankan pentingnya ‘Wehdatul Amal’, kebersamaan dalam membuat kerja-kerja kebajikan dan kebaikan. Gunakan kesempatan pada bulan Ramadan nanti sebagai bulan untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat.


“Kebiasaannya, banyak program-program tadarus di cawangan-cawangan PAS. Oleh itu, jangan jadikan program tadarus itu dengan tadarus semata-mata. Tapi, buatlah pengisian dengan masyarakat setempat,” ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut yang diadakan dengan jayanya pada Sabtu 13 Mei.

Menurutnya, PAS Terengganu menjadi harapan rakyat dan PAS seluruh negara untuk melihat negeri ini kembali ditawan oleh parti Islam.

“Kita menjadi harapan rakyat dan PAS seluruh negara untuk kita kembali memerintah di Wisma Darul Iman. Sejarah kita (PAS) pernah memerintah dua kali dan kali terakhir pada tahun 1999 hingga 2004.

“Jadi untuk kembali ke Wisma Darul Iman, PAS Kawasan Kuala Terengganu mesti mengekalkan kemenangan di empat Dun dan satu Parlimen.

“Walaupun, DUN Bandar atas kertasnya milik PKR sebelum ini tetapi sedia maklum hakikatnya yang bekerja, yang bertugas memenangkan calonnya adalah dari PAS.


“Insya’Allah, kita yakin dengan usaha yang kita lakukan dengan munajat pada bulan Ramadan nanti, mudah-mudah Allah SWT mengekalkan kelima-lima kerusi selain 15 kerusi yang telah dimenangi itu,” tegasnya dihadapan lebih 250 orang jentera Muslimat PAS Kuala Terengganu.

Ustazah Shamsiah menegaskan akan mengembleng tenaga jentera muslimat semaksima mungkin bagi membantu kemenangan PAS pada PRU14.

“Insya’Allah, muslimat akan bantu PAS Kuala Terengganu untuk mengekalkan lima kerusi itu. Ameerah, Nisa’ dan Briged kita (muslimat) boleh mengemblengkan tenaga semaksima mungkin bagi membantu kemenangan PAS.

“Pastikan pengundi wanita muda menyokong PAS pada PRU14, tidak lama lagi. Pada pilihan raya akan datang 70 peratus pengundi muda akan menentukan kemenangan PAS,” jelasnya disambut dengan laungan takbir.

Sumber BO - 15-5-2017































































































PAS Terengganu bentuk JK sesi 2017-2019

PAS Terengganu membentuk saf kepemimpinan bagi sesi 2017-2019 terdiri daripada kalangan ulama, profesional dan orang muda. 
Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang bersyukur kerana beliau telah dilantik mengambil alih kepimpinan PAS Terengganu dalam organisasi yang kukuh, lapor Buletin Online
“PAS Terengganu berjaya membentuk dan melantik Jawatankuasa PAS Terengganu terdiri dari kalangan ulama, professional dan tenaga-tenaga muda bagi memacu dalam keadaan yang kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh Pesuruhjaya yang lalu,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat khas pertama, di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa, Kuala Nerus hari ini. 
Menurutnya, antara muka baru yang dilantik adalah HMohd Zabidi Yusof, Ahmad Amzad Hashim, Ustaz Azman Shapawi B Abd Rani dan Raja Endun Raja Abd Rahman.
Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa tersebut. 
1. Pesuruhjaya  DATO' USTAZ HAJI HUSAIN AWANG
2. Timbalan Pesuruhjaya I YB USTAZ HAJI SATIFUL BAHRI MAMAT
3. Timbalan Pesuruhjaya II YB DR HAJI ALIAS RAZAK
4. Timbalan Pesuruhjaya III HAJI YAHAYA ALI 
5. Setiausaha HAJI MUHYIDIN ABDUL RASHID
6. Penolong Setiausaha I USTAZ WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH
7. Penolong Setiausaha II YB HAJI HANAFIAH MAT
8. Penolong Setiausaha III USTAZ SHAHARIZUKIRNAIN ABD KADIR 
9. Bendahari M. SHUKRIMUN SHAMSUDIN
10. Ketua Penerangan YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
11. Pengarah Pilihan Raya YBUSTAZ ARIFFIN DERAMAN 
12. Ahli Jawatankuasa [1] YBHG DATO’ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
13. Ahli Jawatankuasa [2] DR AZMAN IBRAHIM
14. Ahli Jawatankuasa [3] HAJI MOHD ZABIDI YUSOF
15. Ahli Jawatankuasa [4] MOHAMAD YASIN MUDA
16. Ahli Jawatankuasa [5] HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
17. Ahli Jawatankuasa [6] USTAZ HAJI AZMAN SHAPAWI ABD RANI
18. Ahli Jawatankuasa [7] RAJA ENDUN RAJA ABD RAHMAN
Sumber HD - 15-5-2017































































































UMNO Sudah Tidak Mampu Mentadbir Negara











Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Hutang negara semakin bertambah, sehingga kini berjumlah lebih RM682 billion dan semakin meningkat, menunjukkan Umno dan Barisan Nasional sudah tidak mempu untuk mengurus tadbir negara ini.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat Ahmad Amzad Hashim berkata, rakyat kini menanggung kadar faedah atau ‘riba’ yang perlu dibayar sebanyak RM25 billion setahun.

“Kerajaan berhutang…….kerajaan kena bayar pada pemiutang tapi tak ada faedah kepada rakyat, sebab (itu) saya (kita) kata kena bayar 25 ribu juta ni (riba),” jelas beliau.

Menurut beliau, setiap rakyat negara ini akan menjadi penangggung hutang sebaik sahaja lahir ke tanah air Malaysia ini


Beliau berkata demikina ketika menyampaikan ucapan pada program Sembang Petang di sini, pada petang Jumaat 12 Mei.

Katanya, keadaan ekonomi negara bertambah teruk apabila nilai mata wang menyusut dan iklim perniagaan negara semakin menjadi tidak baik.

Beliau berkata, para peniaga turut terjejas apabila kerajaan melaksanakan GST menyebabkan kuasa beli rakyat semakin hilang.

“pendapatan yang ada merosot banyak disebabkan harga barang yang meningkat………matawang jatuh,


“nilai matawang kita jatuh dalam masa yang sama dasar tidak berhemah pihak kerajaan……rasa nak naik cukai…..naik cukai, rasa nak perkenal cukai baru……perkenalkan cukai baru (GST),

“sebab kerajaan kata tak cukup duit dan perlu menambah pendapatan,” katanya.

Sedangkan kata beliau, pendapatan kerajaan yang tidak mencukupi itu adalah kerana perbelanjaan melebihi pendapatan, akibat membelanjakan wang rakyat secara bermewah-mewah.

Justeru katanya, semua perkhidmatan kerajaan kini tidak lagi percuma termasuk pendidikan dan kesihatan, yang sepatutnya menjadi tanggung jawab kepada kerajaan

Sumber BO - 15-5-2017































































































‘Pulangkan’ Anak-anak Kepada Allah Suci Bersih, Sebagaimana Ia Dilahirkan

                  










Video : https://www.youtube.com/watch?v=I_RhIgOKVds

Kerana itu sekolah rendah kalau kita lanjut sikit sekarang, ada pra sekolah yang kita namakan PASTI.
Asas yang paling dasar dalam hidup kita dan kita lepas tu (pada) dasar yang sama juga, baca yang sama, cara yang sama, mengira yang sama.

Oleh itu, guru- guru diperingkat awal ini ialah guru yang ‘melukis di atas batu’, tidak akan hilang lukisan itu. Anak dan generasi kita, pandai tahap macamana pun, jadi profesor ke, jadi Perdana Menteri ke, guru dia yang pertama ialah guru di peringkat pertama.

Orang yang berada di peringkat pertama inilah yang paling banyak berjasa dalam mendidik serta mencorak dan mewarnai anak-anak kita. Dan saya lihat, tugas ini diberikan kepada Dewan Ulama, sesuai dah dengan dewan ulama sebab nak bentuk anak-anak kita dengan corak yang dikehendaki oleh agama Allah iaitu corak Islam, corak fitrah.

Sebagaimana, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Semua anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah ibarat kain putih yang suci bersih, tiada contengan, tiada warna apa-apa. Maka kedua-dua ibubapa itulah yang mencorakkan anak-anak menjadikannya seorang Yahudi, Kristian atau Majusi”.

Jadi, kita nak pesan kepada orang-orang yang mempunyai anak, apabila kita dianugerahkan anak oleh Allah, maka tanggungjawab kita merupakan tanggungjawab yang paling besar.


Yang pertama, anak ni merupakan anugerah Allah perlu terima sahaja, tak kira lelaki atau perempuan, macamana rupa pun, kita kena terima dan redha kerana ia merupakan pemberian Allah swt.

Yang kedua, anak ini merupakan amanah yang diberikan oleh Allah SWT putih bersih sepertimana hadis yang dibacakan tadi. Dia putih bersih, tiada calar. Dan apabila Dia berikan kepada kita sebagai amanah, maka kewajipan kita supaya hantar balik kepada Allah sepertimana Dia berikan kepada kita dulu. Ibarat kita pinjam barang orang, apabila kita pinjam barang orang yang cantik, putih, bersih, berkilat, maka apabila kita nak bagi balik mestilah seperti yang dipinjamkan dulu.

Begitulah maksudnya apabila Allah swt bagi anak kepada kita, kita mestilah jaga dia sebaik-baiknya supaya kita dapat hantar kembali anak yang diberikan kepada kita sebaik-baiknya, sebagaimana Allah bagi kepada kita pada hari pertama kita terima dia.

Ini adalah satu amanah yang kita semua perlu lihat untuk memastikan anak kita menjadi baik dan kita dapat pulangkan kepada Allah dengan baik. Maka asasnya ialah anak kita mestilah tahu dan faham agama. Dengan terjaga agama, boleh selesai semua masalah. Belajarlah apapun kalau tiada agama, tiada apa-apa.

Oleh itu, kalau kita perhatikan, sistem pengajian dalam negara adalah untuk melatih orang untuk kerja. Sampai situ sahaja. Bak kata modal insan, insan ini sebagai modal semata-mata seperti berniaga. Sekadar boleh kerja dan boleh makan. Kalau pandai lebih sikit, dapat duit banyak sikit. Adakah setakat itu sahaja manusia ini? Saya tak rasa begitu.

***Sebahagian ucapan Senator Datuk Dr Johari Bin Mat, pada Majlis Makan Malam Dana Pendidikan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu

Sumber BO - 15-5-2017





























































































































































































Kerajaan Umno-BN Terengganu Serah Sekolah Agama Kepada Persekutuan

KUALA TERENGGANU – PAS Terenganu mengambil usaha menubuhkan sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan semua sekolah berkenaan kepada kerajaan persekutuan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, semua institusi pendidikan menengah Islam milik kerajaan negeri telah di serahkan kepada kementerian semasa Dato’ Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar

“Kita mengambil tugas ini apabila dilihat……….Terengganu dilihat antara negeri yang tidak mempunyai sekolah agama yang beraliran berbahasa arab apabila,

“semua sekolah-sekolah arab yang dimiliki oleh kerajaan negeri telah pun diserahkan oleh Umno Barisan Nasional semasa pemerintahan ataupun semasa Datuk Idris Jusoh menjadi Menteri Besar, diserahkan kepada kerajaan pusat, diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Negara.” jelasnya.
BelIau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Pendidikan, Dewan Ulama pada Jumaat 12 Mei, di sebuah hotel di sini.
Oleh Itu, beliau kesal kerana kerajaan negeri sudah tidak ada lagi tanggungjawab sosial, bagi mendidik anak-anak negeri ini, dengan Pendidikan Islamsebagaimana sepatutnya.


“tanggungjawab pendidikan, tanggungjawab asuhan, tanggungjawab untuk anak negeri yang sepatutnya dipikul oleh bapak atau kerajaan negeri,

“(tapi) kesemuanya dilepaskan kepada orang lain iaitu dilepaskan kepada kementerian,” ujar beliau.
Oleh itu beliau berkata, Majlis Makan Malam itu adalah untuk mengutip dana bagi menjaga kebajikan para guru dan kakitangan sekolah-sekolah yang diletakkan dibawah kelolaan Dewan Ulama.

“Dana ini) semata-mata untuk memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat dan juga anak-anak kita yang rela berkorban demi semata-mata,

“menghidupkan sistem didikan dan pelajaran yang dilaksanakan oleh Parti islam SeMalaysia (PAS),” tegasnya.

Katanya, tindakan PAS menyemarakkan pendidikan Islam telah mendapat sokongan baik dari masyarakat masyarakat, yang begitu berminat untuk menghantarkan anak ke sekolah-sekolah tersebut.

Justeru beliau menyeru, orang ramai yang prihati agar dapat bersama-sama menyumbang bagi memastikan kelangsungan Pendidikan Islam dengan pengantar Bahasa Arab yang menjadi Bahasa al-Quran.

Sumber BO - 14-5-2017































































































PAS Setiu Sertai Gotong Royong Bersih Pantai










SETIU – PAS Kawasan Setiu hari ini menyambut baik jemputan rasmi Majlis Daerah Setiu dalam program gotong royong membersihkan persisir pantai di Rhu Sepuloh, Permaisuri.

Yang DiPertuanya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir PAS berkata, PAS sentiasa bersedia untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip parti.

“sesuai dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang telah menjadi amalan parti……kita menerima jemputan rasmi daripada Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu Encik Mohd Azmi,” katanya ketika ditemui pada Jumaat 12 Mei.

Menurut Ustaz Shahari lagi pihaknya juga bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana agensi kerajaan dan swasta demi kebaikan bersama.

Lebih 100 orang terdiri ahli PAS daripada Unit Amal, Ameerah, ARC dan Ahli Jawatankuasa Kawasan telah menyertai gotong royong membersihkan pesisir Pantai Rhu Sepuluh, anjuran Majlis Daerah Setiu (MDS).

Sehubungan itu, Shahari mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua MDS kerana turut sudi mempelawa dan melibatkan PAS dalam program anjuran kerajaan itu.

“kita ucapkan terima kasih kepada Haji Mat Azmi Arshad, Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu yang sudi menjemput untuk sama-sama menjayakan program pemuliharaan alam sekitar ini.

“dan berharap akan ada lagi jemputan rasmi yang akan kita sertai bersama.” ujar Ustaz Shahari yang juga Pengerusi NGO Rakan Alam ketika ditemui di tapak program tersebut

Sumber BO - 14-5-2017

HARAP-PGU 3.6 : Selamat Datang Ke Kuala Berang











Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih lagi menghelakan nafas-nafas kita untuk sama-sama berdiri teguh bersama perjuangan Islam.

Menghampiri separuh penggal pertama tahun ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu sekali lagi akan menganjurkan Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno siri ke-3.6 (HARAP PGU 3.6). Himpunan siri ini akan membuka tirainya pada 18 hingga 20 Mei 2017 di bumi bertuah,Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Bertemakan ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’, himpunan kali ini dijangka lebih istimewa berbanding siri-siri sebelumnya. Tawaran khas untuk rakyat Terengganu sempena PRU-14 bakal diumumkan. Bersama kita nantikan visi dan misi PAS untuk rakyat sebagai ‘ government in waiting’ khusus untuk rakyat Terengganu Darul Iman.

Memilih Kuala Berang sebagai tuan rumah merupakan satu ‘catalyst’ kepada masyarakat tempatan khususnya penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS untuk bersama-sama berganding bahu dalam memenangkan PAS di DUN Kuala Berang dalam pilihanraya yang akan datang. Terlalu banyak isu yang timbul khususnya di daerah ini sejak kebelakangan ini. Bermula di Tasik kenyir sehinggalah ke bandar Kuala Berang. Kesemuanya penuh keraguan dan helah dari pemimpin-pemimpin parti politik BN hari ini. Isu-isu ini memerlukan kepada penilaian yang serius daripada masyarakat setempat terutama pemuda-pemuda generasi baru. Kini, HARAP 3.6 merupakan satu paluan semboyan, memanggil seluruh anak-anak muda agar berani membuat perubahan pada PRU yang akan datang.

Mewakili saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu, saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan tuan puan, para tetamu, dan seluruh rakyat Terengganu, terutamanya anak-anak muda seluruhnya untuk sama-sama ke perhimpunan ini. Banyak program-program menarik yang akan dianjurkan untuk semua peringkat umur. Ayuh bersama kita hangatkan himpunan ini dengan ruh cintakan perjuangan Islam sehingga Islam benar-benar dapat didaulatkan kembali di Terengganu atau secara umumnya di Malaysia.

Semoga keutuhan perjuangan Islam ini abadi terpatri dalam diri kita sebagaimana abadinya tamra Islam di permukaan batu bersurat Kuala Berang. Moga sinarnya kembali semula pada abad ini. Apalagi di bumi bertuah ini. Insya Allah.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Akhukum fil islam,
Mohd Harun Esa
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu

Sumber BO - 13-5-2017































































































Kemiskinan Satu ‘Agenda’ Jahat Umno

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS melihat keadaan kemiskinan yang berterusan di Seberang Takir seolah-olah ada suatu ‘usaha’ di peringkat kerajaan Umno Terengganu supaya rakyat terus berada dalam keadaan miskin.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, walaupun negara kita semakin maju namun berdasarkan kepada kajian

bertajuk, ‘Miskin Bergenerasi dan Mobiliti Kemiskinan di Seberang Takir’ yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tahun lalu, hampir 30 peratus penduduk di DUN Menteri Besar Terengganu ini berada dibawah paras kemiskinan.

“Kesan daripada kemelaratan kehidupan menyebabkan rakyat terus bergantung pada mereka (kerajaan),

“Keadaan ini menyebabkan rakyat boleh digula-gulakan dan boleh diperintah untuk melakukan sesuatu benda yang mana akhirnya rakyat terpaksa ikut telunjuk mereka,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Klinik Kesihatan Seberang Takir dalam lawatan sempena Hari Jururawat yang disambut 12 Mei setiap tahun.

Menurutnya, kemiskinan dan kejahilan itu sendiri merupakan perkara yang membolehkan mereka (kerajaan) untuk menguasai rakyat ataupun supaya rakyat sentiasa bergantung kepada kerajaan.

“30% orang miskin di DUN Seberang Takir merupakan satu angka yang agak besar yang memberikan gambaran kepada kita bahawa sepanjang tempoh kerajaan Umno memerintah khususnya di Seberang Takir, sebab tempat ini tempat Menteri Besar sendiri,

“Kajian ini, jelas beliau, menunjukkan kerajaan Umno gagal untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat.

“Dan insya Allah di peringkat PAS Seberang Takir sendiri, kita sentiasa mengambil cakna kepada rakyat di sini,

“Walaupun dalam kemampuan yang sangat terbatas tanpa ada peruntukan daripada mana-mana ….. sekadar kita dapat sumbangan daripada pihak-pihak yang simpati untuk kita agihkan kepada golongan yang memerlukan,

“Walaupun tidak dapat membantu sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat sebahagian meringankan beban yang ada di kalangan orang miskin”, tegas beliau.


Ustaz Zakaria mewakili Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat sempena dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia yang di sambut pada setiap 12 mei setiap tahun.

“Kita (PAS) turut menghantar sebiji kek sempena Hari Jururawat ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kita kepada peranan yang dimainkan oleh para jururawat selama ini dalam membantu orang sakit dan sebagainya,

“Kerjaya jururawat ini sendiri dari segi sejarahnya ataupun tarikh 12 Mei itu kalau ikut sejarahnya tarikh lahir kepada pengasas jururawat yang diiktiraf oleh dunia iaitu Florence Nightingle”, jelas beliau.

Menurutnya lagi, sebenarnya pada zaman Rasulullah SAW sendiri jauh lebih dulu (kerjaya jururawat). Zaman pada ketika Perang Badar sendiri maknanya 1088 tahun sebelum itu telah berlaku.
Para Sohabiah sendiri telah berperanan sebagai jururawat dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang khandak, Perang khaibar dan sebagainya.

“PAS sangat menghargai kerjaya jururawat dan berharap dengan sambutan kali ini, insya Allah akan memberikan semangat baru kepada para jururawat kita agar terus berkhidmat kepada masyarakat,
“Mudah-mudahan di beri ganjaran yang besar di sisi Allah SWT atas amal bakti yang dilakukan”, doa beliau.

Sumber BO - 13-5-2017































































































GST ; Beban Yang Tidak Berkesudahan











Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – GST cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada semua golongan rakyat adalah beban yang tidak berkesudahan, yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) Ustazah Zaidah Binti Awang berkata, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan disebabkan GST meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

“harga barang- barang asas keperluan dapur naik, yang menyebabkan kehidupan rakyat semakin tertekan khususnya suri rumah,

“ramai suri rumah yang terpaksa keluar bekerja demi untuk membantu menambah pendapatan rumah tangga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui selepas program Bengkel Membuat Mee Kuning dan pelbagai jenis biskut di sini, pada Rabu 9 Mei.

Oleh itu, kata beliau, Lajnah Ekonomi Muslimat akan berusaha untuk mengeluarkan makanan sendiri disamping mengedarkan produk-produk muslim sedia ada di pasaran, bagi menjana ekonomi ummah.

“dengan itu kami terus mencari alternatif yang akan dapat membantu menjana ekonomi muslimat di luar sana di samping kami sendiri turut membantu memasarkan produk-produk muslim untuk kegunaan masyarakat Islam khususnya,

“satu dun satu produk……setakat ini hanya muslimat dari Lajnah ini di DUN Tepoh berjaya merealisasikan produk yang mereka usahakan sendiri iaitu seperti makanan sejuk beku dan pelbagai jenis kerepek,”jelasnya.

Justeru kata beliau, semangat wanita agung Saidatina Siti Khatijah perlu menjadi contoh kepada semua Muslimat.

“jadikanlah beliau model  yang berjaya dunia akhirat……….teruskan semangat mahu mencuba dan bersungguh berusaha untuk majukan diri sentiasa ikuti kursus- kursus atau bengkel untuk tambahkan kemahiran,” tambahnya.


Beliau juga berharap muslimat jangan ada sikap sambil lewa kerana ini akan mengakibatkan lambat usaha untuk maju.

Sehubungan itu, seorang peserta Rahmah Ngah dari Kampung Tepoh menyifatkan usaha Muslimat itu sebagai sangat baik bagi menambah pendapatan keluarga.

“di zaman ekonomi meleset sekarang adalah amat bagus Muslimat bersama berusaha untuk menjana pendapatan dengan membuat pelbagai perniagaan sampingan,

“dengan itu dapat membantu keluarga dalam menyumbang ke arah hidup yang lebih bermanfaat,” katanya.

Beliau juga merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan kecil- kecilan seperti menjual air tahu, makanan ringan di sekitar daerah ini.

Sumber BO -  12-5-2017































































































Litar lumba: Lebih selamat atau mudharat?

TELAH diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk membina sebuah litar lumba yang diiktiraf antarabangsa bagi memenuhi kehendak orang muda di Terengganu. Dan seperti mana yang kita tahu, baru-baru ini, litar tersebut sudah siap dan telahpun berlangsung pertandingan yang dinamakan Terengganu Drag Battle 2017 (TDB2017) di sana yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. 
Mengikut laporan pro-Umno Teganukita.net, MB berkata, berdasarkan pemantauan, kini hampir 95 peratus masalah rempit telah diselesaikan terutama di Jalan Durian Burung dan Jalan Sultan Mahmud. Hairan juga kita dengan beberapa hari sahaja litar siap, 95 peratus rempit telah dihapuskan? Sedangkan kita tahu bahawa, masalah rempit seperti di Jalan Durian Burung telah berjaya diatasi sejak lebih setahun lalu, hasil kerjasama orang kampung dan pihak berkuasa. Jasa orang kampung diketepikan Umno demi mendapat nama. 
Saya kira, setelah dirasmikan litar yang dilaporkan bernilai RM12.7 juta itu, maka akan bergembiralah golongan pelumba dan peminatnya. Namun, ia jauh daripada keceriaan. Telah ditularkan secara meluas di media-media sosial akan kekecewaan peserta sehingga ada yang telah menarik diri. Isu utama ialah litar yang dibina, tidak menepati spesifikasi antarabangsa dari banyak segi, dan paling utama ialah dari aspek keselamatan. 
Dikatakan keadaan trek yang gelap, mengundang bahaya kepada pelumba dan juga penonton. Lampu di garisan penamat yang tidak sempurna, ditambah jarak trek yang pendek, menyebabkan ada kereta yang melepasi had pecutan sehingga terkeluar daripada trek. Permukaan litar yang tidak mencengkam, sempit serta beralun di tempat permulaan, turut menjadikan peserta kecewa. Penangguhan perlumbaan juga salah satu faktor yang merosakkan lagi imej penganjur kerana sistem timing yang tidak berfungsi baik. 
Hasil daripada trek yang didakwa pelumba tidak mencapai piawaian antrabangsa itu, mereka telah mengalami kerosakan pada kenderaan mereka. Dan kos yang mereka terpaksa korbankan kerana trek yang teruk itu, ialah ratusan ribu. Ada yang rosak gear-box, ada yang terlanggar pembahagi jalan dan sebagainya. Kekecewaan pelumba sangat jelas dengan menganggap mereka telah ‘ditipu’ oleh penganjur kerana mendakwa litar itu sebagai antarabangsa, sebaliknya tidak seindah yang dikhabarkan. Pada pandangan mereka, jika sukan permotoran ini diambil tanggungjawab oleh orang politik, beginilah hasilnya. Bagi PAS, tidaklah menghairankan jika ini hasil dari tangan Umno, kerana sudah puluhan kes binaan bangunan runtuh mereka kerjakan. Yang penting, duit. 
Saya menyeru kepada kerajaan, agar janganlah memandang murah nyawa manusia. Perlu kepada satu tindakan bagi menyiasat aduan ini secara menyeluruh kerana ia tidak hanya mencalarkan imej negeri Terengganu, malah juga Malaysia. Perlu disertai pakar-pakar bagi menyumbangkan pandangan dan kemahiran bagi keselesaan dan keselamatan untuk memenuhi spesifikasi litar antarabangsa. Kita faham, Umno kini sangat terdesak untuk meraih undi bagi menyekat kemaraan PAS, tetapi janganlah nyawa rakyat pula yang dijadikan taruhan. Wallahua’lam. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Adun Bukit Payong / Timbalan YDP PAS Marang
15 Syaaban 1438/ 12 Mei 2017
Sumber HD - 12-5-2017 































































































Pertukaran Pemimpin Perkara Biasa Dalam Islam, PAS

KUALA TERENGGANU – Pertukaran pemimpin adalah perkara biasa dalam Islam dan PAS, terutama bagi jawatan Pesuruhjaya yang menjadi teraju utama pergerakan siasah, dakwah dan tarbiah negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baharu, Dato’ Ustaz Haji Husain Awang berkata, pernah pada suatu masa jawatan tersebut digilirkan antara Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mantan Ketua Dewan Ulama, Almarhum Dato’ Ustaz Harun Taib dan Dato’ Mustafa Ali
Oleh itu katanya, beliau bukanlah ‘yang terbaik’ kalangan ahli dan pemimpin PAS, namun telah diamanahkan oleh jamaah untuk menjawat jawatan tersebut pada sesi sini.

“saya telah diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik diantara kalian semuanya, untuk itu jika aku berbuat baik bantulah aku,

“dan jika aku berbuat salah luruskanlah aku…..sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan kebohongan itu adalah pengkhianatan,” kata beliau menyebut ulang kata-kata pidato Syaidina Abu Bakar As-Siddik, sehingga habis.


Ustaz Husain berkata demikian pada pertemuan kali pertama beliau, dengan kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini pada Selasa 9 Mei.

Justeru itu, beliau berharap kepada semua tenaga kerja di pejabat, agar kecemerlangan tugasan yang dilaksanakan sebelum ini diteruskan pada masa beliau sebagai Pesuruhjaya dan masa hadapan, bila-bila jua.

Bahkan, beliau menggesa agar dilipat gandakan setiap kerja yang dilakukan, memandangkan saat pilihan raya umum kali ke-14 sudah terlalu hampir.

“minta kerjasama sebagaimana khidmat yang  telah diberikan……..bahkan saya minta lebih daripada itu lagi,

“kerana kita sedang berhadapan dengan (tempoh hampir) pilihan raya (PRU14), yang merupakan satu detik kemuncak perjuangan (siasah) kita,” tegasnya.

Sumber BO - 11-5-2017































































































Kesungguhan Ahli PAS Tok Rimau Perlu Dicontohi












Oleh : MNA
MARANG – Kesungguhan ahli PAS Cawangan Tok Rimau bagi
menjana ekonomi perlu dicontohi oleh rakyat negeri ini.
Ketuanya Haji Mansor Mamat berkata, ia adalah salah satu cara untuk menunjukkan kesungguhan ahli-ahli membantu parti bagi tujuan dakwah dan juga politik.
“Kita sebagai ahli, seboleh-bolehnya perlu membantu parti, terutama dalam ekonomi, kerana kita perlu faham yang PAS ini bukan parti yang kaya.


“ahli-ahli adalah tenaga kerja bagi parti, jadi dengan membantu parti, ia akan memberikan lebih kekuatan kepada parti, apatah lagi dengan waktu yang hampir dengan PRU sebegini.

“dan alhamdulillah Tok Rimau sangat bertuah kerana memiliki ahli-ahli yang sangat komited dengan gerak kerja membantu parti,” ujarnya gembira.

Haji Mansor ditemui ketika gotong royong menuai buah tembikai bagi dihantar ke pusat-pusat jualan dan pemborong.

PAS Cawangan Tok Rimau, di dalam DUN Bukit Payong baru-baru ini telah berjaya menuai hasil buah tembikai yang mereka usahakan beberapa bulan lalu di Bukit Kor, Marang.


Hampir RM20 ribu hasil jualan berjaya dikutip daripada usaha itu yang telah dilakukan oleh kira-kira 20 orang ahli PAS Cawangan Tok Rimau yang menelan belanja kira-kira RM9000.

Malah ini bukanlah kali pertama usaha sebegini dilakukan oleh Cawangan Tok Rimau ini, kerana pada tahun lepas, mereka juga telah berjaya menjual ubi kayu, yang hasil keuntungannya hampir sama dengan hasil tembikai.

Hadir sama menuai hasil buah tembikai itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut memuji usaha dan kerja keras Cawangan Tok Rimau itu.

Sumber BO - 10-5-2017































































































Persiapan HARAP-PGU 3.6 Berjalan Lancar

HULU TERENGGANU – Tuan rumah bagi Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno Kali Ke-enam (HARAP-PGU 3.6), PAS Kawasan Hulu Terengganu yakin semua persiapan program itu akan siap empat hari sebelum ia bermula pada 18 Mei depan.

Yang DiPertuanya Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata kawasan tanah seluas lebih dua ekar tersebut, yang teletak di batu 24 Kuala Berang, sudah dibersihkan.

“Kerja-kerja lapangan sedang giat dijalankan….….telah dibersihkan sepenuhnya dan esok akan diletakkan pasir bagi kemudahan laluan pengunjung,

“30 gerai peniaga basah dan 75 gerai kering akan didirikan dan dalam masa dua hari kanopi akan dipasang serta kerja-kerja pembangunan pentas utama akan dimulakan dalam masa tiga hari lagi,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau mengalu-alukan kedatangan para pengunjung bagi memeriahkan ‘program berprestij’ itu dan membeli belah disamping menikmati segala acara yang telah disusun.

Katanya, beliau sedang berunding dengan pihak polis bagi membolehkan kenderaan orang ramai diletakkan diatas satu daripada dua laluan empat lorong pada jalan utama, dihadapan tapak program bagi memudahkan orang ramai.

“dua bentuk letak kereta….satu untuk VIP berdekatan dengan pentas dan untuk orang ramai, in shaa Allah kita sedang berunding dengan pihak polis selain di bahu jalan,

“untuk membenarkan kita meletak kereta diatas satu jalan daripada dua lorong, di kiri kanan jalan utama menghala dan keluar dari Bandar Kuala Berang,

“kita juga sedang berunding dengan tuan-tuan tanah sekitar tapak program, meminta kebenaran untuk para pengunjung turut meletakkan kenderaan,” jelasnya.

Beliau berharap dengan pengeturan tersebut, akan mengelakkan serang kesesakan lalu lintas sepanjang tiga hari Himpunan berjalan yang akan berakhir pada Sabtu 20 Mei.

Sehubungan itu, untuk menyemarakkan Himpunan kali ini, beliau telah mengarahkan para petuga menaikkan syiar dan memasang bendera PAS dijalan-jalan utam menuju ke bandar Kuala Berang.

Justeru beliau yakin, program ‘mega’ HARAP-PGU 3.6 akan menjadi dorongan dan motivasi kepada kejayaan PAS Hulu Terengganu mempertahankan PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dan memenangkan DUN-DUN lain dalam pilihan raya umum ke-14.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS yang baharu, Dato’ Ustaz Husain Awang yang dilantik meneraju kepimpinan dan ahli serta penyokong PAS pada untuk sesi 2017-2019.

“saya yakin HARAP-PGU 3.6 kali ini akan jadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di sebelah Hulu Terengganu pada pilihan raya umum akan datang yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja,

“saya juga mengaku-alukan pelantikan beliau…..orang lama yang berpengalaman dalam poliitik tanah air….sanagt berharga untuk memenangkan PAS Terenganu pada PRU14,” katanya.

Sumber BO - 10-5-2017































































































Karenah Birokrasi Punca ‘Tabung Penyakit Kronik’ Gagal Ringankan Derita Rakyat











Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Karenah birokrasi adalah antara punca utaman menyebabkan Tabung Penyakit Kronik gagal mengurangkan beban rakyat yang memerlukan bantuan semerta.

Pengrerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, usaha kerajaan menubuhkan Tabung Penyakit Kronik adalah satu usaha yang baik untuk membantu rakyat.

Namun menurutnya, pesakit yang perlu bantuan segera sukar untuk mendapat pembiayaan dari dana Tabung itu kerana masalah ‘prosedur’.

“Malangnya mungkin disebabkan karenah birokrasi dan sebagainya, matlamat penubuhan tabung itu tidak tercapai,


“Sepatutnya ia mampu menyelesaikan masalah rakyat miskin yang memerlukan bantuan untuk perubatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kegagalan perkara tersebut ketika ditemui menziarah seorang pemuda dalam DUN terbabit yang diserang penyakit angin ahmar.

Beliau bersama-sama Pemuda DUN dan PAS Cawangan Bukit Tok Beng telah menziarahi Mohd Hasrol Mohd Isa, 36, di Kampung Bukit Tok Beng, dekat sini.

Hazrol yang sedang berehat tiga minggu lalu, mengadu tidak sedap badan dan secara tiba-tiba terus rebah tidak sedarkan diri,

Menurut istreinya, Jaslin Binti Dahani, setelah mendapat pemeriksaan, doktor mengesahkan dia diserang ‘strok’.
“Hazrol telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku dalam kepala di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” kata Hazlin.

Sehubungan itu, Ustaz Zakaria menggesa agar tatacara pengeluaran Tabung tersebut dipermudahkan, tanpa prejudin dan campurtangan ‘politik’.

“permudahkanlah demi untuk untuk rakyat sesuaikan dengan janji ‘Transformasi’, jangan memmayahkan dengan keperluan yang pelbagai,

“dah terbukti mereka sakit dengan perakuan hospital…..jangan ‘pilih bulu’,”tegasnya.

Justeru itu, beliau mendoakan semoga Hazrol segera diberikan kesembuhan oleh Allah dan memohon mana-mana pihak yang prihatin agar dapat tampil meringankan beban Hazrol.

Katanya, sesiapa yang berhajat untuk memberikan sumbangan, boleh menghubugi beliau sendiri.

Sumber BO - 9-5-2017































































































PAS Simpati Kepada Keluarga Rosli Yang Ditimpa Musibah











KUALA TERENGGANU – PAS melahirkan rasa kebersamaan dan simpati kepada keluarga Rosli Endut, yang ditimpa musibah apabila rumah pusaka arwah ibunya terbakar.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berharap, Rosli sekeluarga bersabar menghadapi ujian tersebut.

“Kepada Rosli sekeluarga, saya harap dapat bersabar dengan ujian dan jangan lupa sentiasa ingat dan berdoa,

“semoga Allah menggantikan musibah yang menimpa ini dengan sesuatu yang lebih baik,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Rosli di Kampung Chendering Pantai, di sini hari ini, Selasa 9 Mei.


Beliau juga menyampai sedikit sumbangan kepada Rosli, bagi meringankan beban yang ditanggung beliau dan keluarga.

Pada kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lepas, rumah kayu pusaka yang dibina kira-kira 52 tahun lalu musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku.

Menceritakan peristiwa sedih itu Rosli berkata, kejadian yang berlaku terlalu pantas dengan api marak membakar keseluruhan rumahnya.

“sehingga kami sekeluarga tak sempat untuk menyelamatkan apa-apa barangan
berharga……..menyebabkan kami sekeluarga, 10  beranak tinggal sehelai sepinggang,” jelasnya.

Menurutnya, walaupun rumah peninggalan arwah ibunya musnah sama sekali, namun beliau yang merupakan seorang buruh binaan bersyukur, kerana semua ahli keluarganya selamat tanpa apa-apa kecederaan.


Justeru itu katanya, beliau terpaksa menumpang tinggal di sebuah rumah sewa berhampiran tapak rumah yang rentung itu.

“Untuk sementara ini………sekarang kami sekeluarga menyewa  sebuah rumah sewa dekat sini,

“syukur juga kerana pada malam kejadian, tiupan angin tak kuat…..kalau tak, berlaku musibah lebih besar sekiranya api merebak ke rumah keluarga lain yang bersebelahan,” ujar Rosli.

Hadir sama ialah Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Abdul Hadi Mohamad, Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Naib Yang Dipertua, Haji Ahmad Amzad Hashim dan Setiausaha, Ustaz Mohd Soud Said serta Ketua PAS Cawangan Chendering Pantai, Abdul Latif Abdullah.


Sumber BO - 9-5-2017































































































MDHT Tidak Pernah Luluskan Pembinaan Hotel Di atas Tapak Masjid Sultan Mahmud

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang pertama saya ucap terimakasih kepada pihak media kerana dapat hadir bersama saya hari ini di Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Tujuan kita hadir pada Majlis Daerah pagi ini untuk menyerahkan bantahan daripada Jawatankuasa Selamatkan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang diatas pembinaan hotel tujuh tingkat dan rumah kedai 30 unit.

Hari ini telah kita mendapatkan tandatangan daripada masyarakat jemaah masjid Kuala Berang, sekitar Kuala Berang, kita telah bejaya mendapat 800 lebih tandatangan dan beberapa ratus lagi sokongan yang tidak bersedia untuk menurunkan tandatangan kerana sebab-sebab yang kita semua ketahui.


Saya kira tidak kurang 1000 orang telah bersetuju untuk membantah pembinaan hotel dan rumah kedai di dalam kawasan tanah masjid dan bersama hari ini, saya telah menyerahkan kepada Pegawai Perancangan Bandar, Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), senarai yang menandatangani petisyen membantah pembinaan hotel dan rumah kedai ini.

Alhamdulillh pihak Pegawai Peguatkuasa dan Pegawai Perancangan Bandar menerima baik petisyen ini.

Yang keduanya, saya telah membuat carian di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Kuala Terengganu berhubung dengan status tanah. Sebenarnya, tanah yang terlibat dengan hotel dan rumah kedai ialah tiga lot tanah iaitu lot 129, lot 130 dan lot 479.


Seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan, khususnya, Yang Berhormat ADUN Kuala Berang bahawa lot 129 dan 130 telah diambilalih oleh kerajaan untuk pembesaran masjid dan menyerah kepada MAIDAM dan MAIDAM bersetuju untuk dimajukan dengan hotel dan rumah kedai.

Walau bagaimana pun bagi lot 479, yang saya telah sebut tadi, sebenarnya telah dibuat carian di PTG,
Kuala Terengganu, didapati tanah ini milik persendirian (dan) tanah ini telah mendapat kelulusan untuk pecah lot sempadan untuk didirikan lot-lot rumah kedai sebanyak 13 unit di atas tanah ini.

Dengan lain perkataannya, pembinaan hotel (sekarang) ini telah menceroboh tanah persendirian ini yang telah mendapat kelulusan kerajaan sebagai lot kedai sebanyak 13 unit lot kedai di atas tanah.
Saya kira ini satu pencerobohan yang serius , yang pertama, menceroboh tanah persendirian, yang kedua, menceroboh tanah persendirian untuk membina lot kedai 13 unit yang menyalahi peraturan yang sedia ada.


Oleh sebab itu saya minta supaya kerja-kerja ini dihentikan serta merta sehingga perkara ini dapat dijelaskan dan diperbetulkan mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada (kerana) ia satu kesalahan yang serius yang saya kira, kalau tidak dihentikan pembinaan hotel serta merta.

Saya akan panjangkan aduan ini ke Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat. Saya bimbang kerja-kerja ini diteruskan kerana apabila saya berjumpa Pegawai Daerah Hulu Terengganu, pihak majlis telah mempertegaskan kepada saya bahawa Majlis tidak pernah memberi kelulusan pembinaan hotel dan rumah kedai di tapak yang saya sebutkan tadi.

Saya berjumpa dengan pihak majlis pada pagi ini (Isnin), pukul 10 pagi, 8hb Mei 2017 dan pihak majlis (MDHT) mengesahkan kepada saya bahawa pihak majlis tidak pernah memberi kelulusan untuk pembinaan.

Malah saya tanya adakah permohonan untuk masuk kerja awal, dia juga mengesahkan, tidak ada permohonan masuk kerja awal dan pihak majlis tidak akan membenarkan selagi peraturan sedia ada tidak dipatuhi.


Dari segi peraturan, kerja-kerja yang dilakukan adalah ‘haram’ dan menceroboh tanah, bukan saja tanah masjid tetapi juga tanah persendirian, yang dirancang untuk dijadikan rumah kedai di tapak yang sama.

Saya harap perkara ini dapat dihentikan, satu siasatan yang telus dapat diadakan dan saya juga pohon supaya orang politik tidak campur tangan dalam menekan atau mengugut pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan kerja dengan jujur dan amanah.

Setakat ini pihak yang membina hotel ini atau pihak yang mencadang untuk membina bangunan ini langsung tidak menghormati pegawai, kerana mereka terus melaksanakan kerja walaupun pihak pegawai atau pihak majlis belum memberi apa-apa keputusan ataupun kelulusan pada kerja-kerja ini.

Hj Muhyiddin Abd Rashid
Pengerusi
Jawatankuasa Selamatkan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang
Berita Berkaitan Sebelum ini;

PAS Tetap Tidak Sokong Pembinaan Hotel dan Pusat Komersil Atas Tanah Masjid!

Tanah Wakaf Masjid Jadi Tapak ‘Tangki Najis’

Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel

PAS Kesal Umno-BN Bina Hotel Depan Masjid, Tanpa Kelulusan

Hotel Di Perkarangan Masjid: PAS Persoal ‘Prosedur’

Bangunan Didirikan Tanpa Kelulusan; PAS Akan Buat Laporan Polis Esok

Sumber BO - 9-5-2017































































































Terima Kasih Kepada Semua Anggota Bomba










KUALA TERENGGANU – PAS ucapkan terima kasih kepada semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu yang telah menyumbang bakti, memberikan khidmat dan menyelamatkan harta benda rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat mengajak semua rakyat Terengganu, memperkukuhkan ‘ukhuwah’ antara orang awam dan penjawat awam, bersempena Hari Bomba dan Penyelamat

“marilah kita satukan hati-hati kita untuk meningkatkan hubungan diantara orang awam dengan para pegawai kerajaan terutama anggota Bomba dan Penyelamat,

“pertemuan ini bagi yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan bagi bertukar pandangan,” ujarya kita menziarahi Balai Bomba Kemaman, di Jalan Kuantan-Kemaman.


Beliau menegaskan, ahli dan penyokong PAS menyatakan sokongan dan memberi kerjasama dengan pihak Bomba.

“kita (PAS) memberi sokongan penuh bukan saja menyampaikan maklumat kepada orang wam bahkan bersedia menjadi sukarelewan dalam setiap kejadian,

“kebakaran, malapetaka, musibah yang melanda dan waktu-waktu kecemasan apabila diperlukan,” jelasnya.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut mengunjungi pada kedua-dua Nalibomba Jalan Kota dan Ibu Pejabat dan Bomba Balai Jalan Sultan Mohamad.


Menurutnya, kunjungan tersebut merupakan aktiviti tahunan NGO ‘KT Care’ yang turut mengedarkan ‘pulut kuning’ bagi meraikan para anggota.

“kunjungan dimulakan ke Ibu Pejabat Bomba negeri dan rombongan kami di sambut oleh Pengarah Bomba Negeri PPjB Azlimin Bin Mat Noor dan semua ketua ketua balai bomba daerah daerah dalam negeri Terengganu,

“ia merupakan aktiviti tahunan KT Care…….semoga sumbangan ‘pulut kuning semangat’ itu menjadi tanda ingatan serta terima kasih kami kepada warga bomba yang sanggup berkorban untuk keselamatan warga negeri,” kata beliau.


Beliau berharap kerajaan Malaysia meningkat pengambilan anggota baharu untuk perkhidmatan yang penting itu, memandangkan kekurangan para petugas Jabatan tersebut ketika ini.

“Antara keluhan mereka ialah……mereka memohon kerajaan mengisi kekosongan anggota yang semakin kurang kerana persaraan dan pemberhentian anggota,

“oleh itu saya mewakili warga bandaraya Kuala Terengganu menggesa kerajaan agar menambah pengambilan anggota baharu,” ujarnya

Sumber BO - 8-5-2017































































































‘Kabinet Perang’ Terengganu Diketahui Minggu Hadapan














KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu akan mengeluarkan kenyataan rasmi senarai jawatankuasa ‘kabinet perang’ bagi sesi 2017-2019 pada Isnin.

Menurut sumber Pejabat Perhubungan, Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Husain Awang telah memanggil mesyuarat berkenaan pada Isnin 15 Mei.

Mesyuarat kali pertama itu bagi sesi ini diadakan berikutan pertukaran jawatan tertinggi peringkat negeri, yang disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

“Minggu depan baru nak mesyuarat, ” kata sumber kanan, pentadbiran PAS Terengganu itu.


Ditanya, adakah sebarang perubahan ketara dalam jawatakuasa tersebut, beliau menjawab, “menurut Dato’ Pesuruhjaya, cuba kekalkan yang lama, kecuali sedikit perubahan yang terpaksa dibuat”.

Mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu telah melantik mantan Yang Dipertua DUN Terengganu Ustaz Husain, menggantikan Ustaz Satiful yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Husain yang kini adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu dimaklumkan telah bertemu dengan mantan Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Satiful, di pejabat semalam.

Selain itu, menurut sumber tersebut, beliau turut berunding secara berasingan dengan bekas-bekas Timbalan Pesuruhjaya dan semua Ahli Jawatankuasa Dewan Harian, PAS Terengganu pada sesi lalu.

Sumber BO - 8-5-2017































































































RM30 Juta, Lebih Daripada Cukup Untuk Bina Masjid Kubur Timah!













Oleh : DMS

Dengan peruntukan RM 30 Juta kepada setiap wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk pembangunan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.

Jumlah tersebut adalah lebih dari mencukupi bagi ADUN Batu Rakit membawa pembangunan yang bersifat fizikal dan kerohanian yang jauh lebih terkehadapan di saat teknologi yang semakin laju berkembang sekarang.

Namun begitu, secara umum penduduk Batu Rakit mengetahui tiada apa yang boleh dibanggakan baik dari segi pembangunan mahupun sosio-ekonomi yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kesusahan hidup.

Walaupun kedudukkan DUN berada di pinggir bandaraya Kuala Terengganu dan berhampiran dengan perkembangan pesat Bandar Baharu Kuala Nerus, namun tempias pembangunan itu tidak dirasai.

Di tambah pula dengan kos sara hidup yang semakin mendesak sekarang, menjadikan warga Batu Rakit ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Walaubagaimanapun masih ada segelintir mereka yang mendakwa rumah kedai di kampung Lingai adalah merupakan satu pembangunan yang telah dilaksanakan oleh ADUN dan dapat dibanggakan, namun tidak memadai sesudah tiga penggal diwakili Umno-BN.

Bahkan wakil rakyat yang berjawatan Exco sebelum ini, tidak membawa perubahan yang ketara kecuali rumah peribadi beliau yang tersergam indah, dikhabarkan berharga jutaan ringgit.















(Gambar atas – tanah masjid Kampung Timah telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai sebuah  tapak masjid, masih terbiar sehingga hari ini)

Tiga penggal penduduk Batu Rakit memberikan kepercayaan kepada dua wakil rakyat dari UMNO-BN, bukan sahaja berada pada tahap yang sama bahkan lebih teruk, kembali ke zaman ‘karut’ apabila pesta ‘memuja’ pantai dihidupkan semula.

Umno menghidupkan budaya dan aktiviti yang melalaikan serta membawa kepada pembaziran wang dengan program-program yang kurang membawa manfaat kepada rakyat.

Rata-rata penduduk Batu Rakit sekarang tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada sebidang tanah yang telah di wartakan oleh Kerajaan Negeri untuk didirikan sebuah masjid di Kampung Kubur Timah, dekat Wakaf Cagak.

Semasa pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 dahulu, wakli rakyatnya Allahyarham Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik telah berusaha untuk membina sebuah masjid di kampung tersebut yang mempunyai kepadatan penduduknya, lebih dari 1000 orang.

Namun, setelah Umno merampas Batu Rakit, walaupun wakil rakyatnya seorang Exco agama, namun tapak masjid itu terbiar, tidak dipedulikan. masih lagi belum dibina.

Bukankah ia menjadi satu dosa kepada yang diberi amanah, tidak melaksanakan tanggugjawab terhadap agama terutamanya?

ADUN sekarang yang juga bekas seorang pendidik pasti cukup sedar tentang perkara ini dan sepatutnya melanjutkan perkara kebaikan dan kebajikan yang telah diusahakan.

Cikgu Bazlan sepatutnya bertanya kepada pejabat, samada pejabat daerah atau pejabat agama, ke manakah perginya sumbangan derma yang telah dikutip daripada orang ramai untuk tabung pembinaan masjidi Kampung Kubur Timah!

Bahkan sekiranya Umno benar-benar ikhlas dan sesungguhnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara, peruntukan RM30 juta lebih dari mencukupi untuk mendirikan sebuah rumah Allah!

Ke mana perginya RM30 juta itu?

Sumber BO - 8-5-2017































































































PAS To Screen GE14 Candidates












KUALA TERENGGANU – All PAS candidates for the upcoming 14th general election (GE14) will be screened to ensure that they are not involved in corrupt or criminal acts.

Terengganu PAS commissioner, Ustaz Satiful Bahari Mamat, who is also the Paka state assemblyman, said that it is the norm for the party to screen its election candidates.

“We do this to ensure that we have winnable candidates who are clean of any form of corrupt or criminal act.

“The screening is done by our Majlis Syura to ensure that they remain ‘clean’ at all times, even for small offences, and will not escape attention,” said Satiful, adding that the system has been in place for a very long time.

He further emphasised that the party is ready for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to vet Pas candidates for GE14.

“We welcome the MACC to screen our candidates at any time,” said Satiful.

Sumber BO - 6-5-2017































































































Husnul Khatimah Atau Su’ul Khatimah










Setiap yang ada di atas muka bumi ini akan binasa. Termasuklah kekasih Allah rasulullah saw dan juga para musuh baginda. Dunia bersilih ganti. Dulu sihat sekarang sakit. Dulu miskin sekarang kaya dulu bujang sekarang berkeluarga.

Semua ini menunjukkan bahawa kita akan beransur-ansur bergerak kepada perubahan masa. Akhirnya kita akan mati. Jangan kita fikir kita tidak mati. Kita makan minum tidur bangun menghabiskan umur kita

Tapi adakah umur kita itu berbaloi kita habiskan dari muda sehingga tua? Adakah kita menghabiskannya kepada jalan Allah? Atau kita tidak tahu ke mana umur kita habis. Masa muda ketika tenaga kuat cergas ke mana hala hidup kita?

Sayangnya ramai yang habiskan umur muda secara sia-sia. Ketika tua sudah lemah, tidak kuat, ketika itu baharulah manusia mahu kembali kepada Allah, tapi sayang ramai yang terkapai-kapai. Masa muda ditekankan kepada mencari harta, kononnya tidak mahu miskin ketika tua, mahu menjamin kesihatan untuk pergi ke hospital-hospital terbaik. Mereka mencari duit sehingga sakit dan menggunakan duit itu untuk mengubati sakit. Bersungguh mencari harta sehingga tidak berjumpa dengan Allah

Bagaimana kita hendak menjawab di hadapan Allah? Bagaimana kita mendengar dan faham akan merebut lima perkara sebelum lima perkara, tetaplah hal itu terjadi kerana sememangnya perangai manusia mudah lupa untuk Allah, tetapi tidak pernah lupa untuk mencari dunia

Kita kasihan dan sentiasa teringat untuk mencari kekayaan kerana mahu memastikan anak-anak kita tidak miskin, hidup ‘terjamin’ selepas kita mati. Tapi berapa banyakkah persiapan yang kita buat untuk kita sendiri bagi menghadapi hidup di bawah tanah nanti? Sedangkan rezeki Allah itu sangat luas dan Dialah yang menjaganya. Tidaklah salah mencari kekayaan, tetapi jangan sampai lupa kepada Allah.

Allah akan bertanyakan kepada kita dari mana harta kita diambil dan ke mana ia dibelanjakan. Jika betul segala puncanya dan belanjanya alhamdulillah. Tapi jika salah satunya tidak betul, maka amat rugilah kita kerana berpenat-penat kita dengan mencari harta tetapi akhirnya tidak lepas hisabnya
Ada yang menjadi hamba kepada anak selama-lamanya. Ketika muda menjaga anak sampai tidak ada masa untuk belajar agama. Apabila tua pula sibuk menjaga anak kepada anak sehingga tiada masa untuk Allah. Apakah makna hidup kita sebegitu? Sentiasa beralasan untuk tidak ke majlis ilmu kerana anak cucu. Benarlah anak pinak itu adalah ujian. Malanglah jika kita gagal dalam ujian dengan anak.

Orang mukmin memandang dosa-dosa mereka, seperti bukit yang akan menghempas ke atas mereka. Berapa orang yang kebiasaan melakukan dosa kecil? Lalu mereka merasa seperti kebiasaan itu dan tidak lagi mahu bertaubat. Bukankah bukit yang besar berasal dari pasir dan batu kecil yang terkumpul? Inilah mungkin menjadi penyebab kepada mati dalam su’ul khatimah. Kerana dosa sudah tiada terkesan di hatinya.

***Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Nor Hamzah Surau Pak Su Man Kubang Palas Bukit Payong 4 Mei 2017

Sumber BO - 4-5-2017

No comments:

Post a Comment