BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, March 30, 2015

AKTA ANTI KEGANASAN (POTA) DAN SOSMA





Aishah Gets Lesser Jail Term

Former public university Master’s student Siti Noor Aishah Atam will spend a shorter time in jail for allegedly possessing 12 books related to terrorism.

This follows a decision by the Court of Appeal three-man panel today, comprising Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim and Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, to reduce her jail sentence from five years to three years after allowing her appeal on the sentence.

Justice Kamardin, who delivered the court’s judgement, set aside the five years’ jail sentence and substituted it with a three-year jail term to run from the date of her arrest on March 23, last year.
He said the five years’ jail term imposed by the High Court was manifestly excessive.

The court, however, dismissed Siti Noor Aishah’s appeal on her conviction on the grounds that her appeal did not have merits.

Justice Kamardin said the court agreed with the High Court’s findings that Siti Noor Aishah’s defence did not raise a reasonable doubt against the prosecution’s case.

He said the court also found that the High Court judicial commissioner did not make any error in his findings and in his decision to convict Siti Noor Aishah on the charge which warranted the appellate’s court intervention.

The 30-year-old Siti Noor Aishah was found guilty by the High Court in Kuala Lumpur in April this year for the possession of 12 books on Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) and Al Qaeda (AQ) at Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu at 12.25 pm on March 22, last year.

She was initially acquitted and discharged by the High Court without entering her defence on Sept 29, last year but on appeal by the prosecution, the appellate court on March 27, this year ordered her to enter her defence and remitted the matter back to the High Court for her to do so.

After the verdict, counsel Mohd Kamaruzaman A. Wahab said he would seek his client’s instruction on whether to bring the matter up to the Federal Court.

He said since her jail term had been reduced to three years, Siti Noor Aishah is expected to be released by early next year as she had already served a year’s jail and taking into account the one-third remission on her jail sentence. — Bernama

Sumber BO -  7-12-2017 

Aisyah Jailed Five Years For Possessing 12 Books

Former Master’s student Siti Noor Aisyah Atan has been found guilty by the High Court of possessing 12 books related to the Islamic State (IS) terror group.

Judicial Commissioner Mohamad Shariff Abu Samah sentenced her to five years’ jail from the date of arrest, under Section 130JB(1)(a) of the Penal Code.

He also ordered the books to be seized and destroyed.

In his judgment, JC Mohamad Shariff said the prosecution had successfully proven its case beyond reasonable doubt.

He also found that Siti Noor Aishah had been inconsistent in her sworn statements.

“You claimed you had the books for research purposes, but you never even registered for the Master’s course you were supposed to have enrolled in.

“You have not been able to prove your seriousness in actually going through with the course,” he said.

On March 22, 2015, Siti Noor Aishah was arrested for possessing books on Jemaah Islamiyah, IS and al-Qaeda at Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura in Dungun, Terengganu at 12.25pm.

She was represented on Wednesday by her lawyer Mohd Kamaruzaman A. Wahab, while DPP Ahmad Nazneen Zulkifli acted for the prosecution.

Previously, the High Court had heard that Siti Noor Aishah had threatened to commit suicide if her parents did not allow her to go to Syria.

Her intention was mentioned in a police report lodged by her father, Atam Jusoh, on Feb 18, 2014, in an attempt to stop her from going there.- thestaronline

Sumber BO - 26-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa Persoalan Menjelang Keputusan ‘Kes Aisyah Lawan SOSMA’












OLeh : Ahmad Amzad Hashim

Saya merujuk kepada perbicaraan kes Siti Nur Aisyah Atam pada 18hb April 2017 lalu, bekas mahasiswa Sarjana Universiti Malaysia yang berdepan dengan tuduhan dibawah Akta SOSMA.

Mahkamah yang menghakimi, Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Dato’ Mohamad Shariff Abu Samad telah memaklumkan akan memberi keputusan pada 2hb Mei 2017, lagi 12 hari.

Siti Aisyah asalnya ditahan pada tahun 2016 bila kerajaan mula mengumumkan organisasi terlibat keganasan militan Islam. Ia sebahagian dari operasi kerajaan menahan individu individu yang disyaki terlibat.

Beliau ditanh dan beberapa buah buku buku telah dirampas dan dijadikan bahan bukti, pelbagai bahan bacaan tentang jihad, syahid dan organisasi organisasi sepertinya yang dianggap ‘mujahidin’ atau pejuang agama.

Pasukan pembelaan Siti Aisyah telah berhujjah bahawa pemilikan buku itu tidak menjadi kesalahan ketika penahanan 2016 dilakukan kerana buku buku itu tidak diwartakan haram oleh pihak kerajaan sendiri.

Ia boleh dijual beli secara terbuka dan bukan urusniaga pertukaran maklumat rahsia serta Aisyah membelinya atas minat beliau mengkaji sesuai status beliau seorang mahasiswa pengajian Islam yang mempunyai hasrat menjadi pendokong agamanya Islam.

Hakim menerima hujah ini, lalu Aishah dibebaskan oleh Hakim Dato’ Mohamad Sharif Abu Samad.
Plotnya bertukar tiba-tiba apabila Aishah ditahan semula sebaik pembebasannya kerana pihak pendakwa berkata ada bukti baru dari pasukan pendakwaan dari pihak kerajaan.

Maka perbicaraan dibuka semula. Mahkamah Tinggi yang sama, kes yang sama, Hakim yang sama, dan pada 11 April 2017 lalu barulah ‘bukti baru’ berkenaan ditunjukkan kpd mahkamah berupa satu laporan polis bertarikh tahun 2014 (2 tahun sebelum penahanan Aishah) yang pernah dibuat oleh bapa kepada Aishah, Pak Atam.

Semasa masa perbicaraan lebih banyak dihabiskan untuk menyemak keaslian laporan dan penandaan dan tak sempat dibincang apa kandungannya sehinggalah perbicaraan disambung lagi 18 April 2017 yg lalu.

Ceritanya, laporan itu dibuat Pak Atam pada tahun 2014 kerana bimbangkan Aishah yang mahu berkahwin dan mengikut seorang pemuda keluar negara untuk jadi seorang pejuang agama. Laporan dibuat seorang bapa kerana yang khuatirkan masa depan anaknya yang tidak disangka sangka dijadikan bahan bukti pula untuk mensabitkan kesalahan SOSMA ke atas anaknya pada hari ini.

Kes SOSMA Aisyah ini adalah ‘acid test’, ujian yang penting kepada Kerajaan sama ada SOSMA ini akan dilihat berlaku adil atau zalim dengan mengulang persepsi zalim, drakonian yang sama ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah diganti dengan SOSMA ini.

Ia bakal menjadi ‘binding prescedent’, duluan mengikat bagi perjalanan kes kes akan datang.

Saya agak merasa pelik bagaimana penahanan Aisyah yang dibuat pada tahun 2016 setelah Kementerian Dalam Negeri baru mengeluarkan senarai individu dikehendaki (wanted) pada tahun 2016, mahu disabitkan kesalahan oleh satu laporan polis dibuat bapanya pada tahun 2014, dua tahun sebelum itu bertujuan menyelamatkan Aishah?

Tidakkah jika ‘preseden’ ini mahu dibuat ia boleh menyebabkan kesan ke belakang (retrospectif), bila adanya ancaman keganasan oleh pengganas ‘neo-marxist’ yang taksub agenda anarki dan komunis, yang buku bukunya ada dalam pemilikan begitu ramai pemuda dan veteran berfahaman sosialis pada hari ini?

Tahun-tahun awal Aisyah terpengaruh, masyarakat belum begitu terdedah kejahatan IS hinggalah beberapa tahun kemudian ekoran beberapa insiden yang jelas kegiatan ganasnya.

Ketika tahun 2014 Aisyah yang terpengaruh dengan idea jihad sudahkah tahu ia ancaman keselamatan kepada negara?

Hanya tahun 2016 baru KDN keluar senarai dan bertindak serta Operasi penahanan dibuat. Aishah salah seorang yang ‘menjadi magsa’.

Tidakkah boleh diandaikan Aisyah tidak tahu dia buat salah?. Dia cuma secara suci hati mahu menjadi seorang muslimat yang mulia yang menyertai perjuangan suci mengikut gambaran apa yg diberi kepadanya ketika itu tanpa tahu ia adalah salah?

Ianya pada tahun 2014, dua tahun selepas itu, rupa-rupanya KDN mahu haramkan pada tahun 2016, menjadi ancaman keselamatan negara.

Apa jadi jika tiba tiba dua tahun dari sekarang, kumpulan marxist, sosialis luar negara mula menjadi anarchist, pengganas, militan sehingga KDN haramkan dan buat operasi menangkap semua yang ada hubungan dengan mereka.

Adakah kalangan pencinta marxist, lenin, sosialis yang punya pelbagai bahan dan bukti keterlibatan dan pengaruh yang besar dalam hidup mereka seperti buku buku, cenderahati, pada tarikh hari ini, akan jadi buruan kerajaan juga pada masa akan datang?

Semua ini akan rakyat perhatikan.

Pertimbangan mahkamah dari segi keadilan semulajadi akan amat diperhatikan secara kritis oleh segenap lapisan rakyat.

Semoga kes ini memberi kemenangan kepada semua dengan keadilan ditegakkan

Sumber BO - 23-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Keputusan Perbicaraan Siti Aisyah Pada 18hb April














(Gambar atas – Siti Aisyah berbual dengan ibunya sewaktu berdiri di kandang saksi, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur)

Sesi perbicaraan Siti Nor Aisyah Atam selama dua hari pada 10hb dan berakhir semalam 11 April, akan diketahui keputusannya pada 18hb depan.

Peguam beliau, Mohd Kamaruzaman Abdul Wahab berkata, perbicaraan yang berlangsung selama dua hari itu adalah ditetapkan untuk kes pembelaan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

“setelah mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh membela diri, tarikh bicara pada 10 dan 11 April, semalam (10hb) Siti Aisyah telah memberi keterangan dari kandang saksi.

“Pada hari ini pihak pendakwaan memanggil seorang saksi polis bagi tujuan mengemukakan satu laporan polis oleh ayah Siti Aisyah pada tahun 2014,” jelasnya.















(Gambar atas – Kamaruzaman, kiri, ketika berbincang dengan pasukan guamannya)
Beliau berkata demikian ketika dihubungi petang Selasa, sebaik tamat sesi perbicaraan itu.

Belai berkata pada Isnin, mahkamah bersidang sehingga jam 4.30 petang dan hari Selasa berjalan sehingga sampai 12.00 tengah hari.

“(Sesi perbicaraan kali ini) sudah tamat dan keputusan akan diketahui pada 18 April ini,” tambah beliau.
Siti Aisyah, seorang bekas mahsiswi peringkat sarjana (Master) Universiti Malaya Kuala Lumpur telah ditahan di rumahnya di Kampung Sura Hujung, Dungun, pada pada 22 Mac 2016.

Sepasukan polis ‘anti-teroris’ dari Bukit Aman, telah mengepung kawasan rumahnya sebelum beliau dibawa pergi.

Setelah ditahan selama 28 hari, Siti Aisyah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016, dan dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana didakwa memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.


Pada 29 September 2016 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan Aishah dibebaskan, kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku dimiliki Aishah itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

Sebaliknya pada 27 Mac 2017, beliau dibawa sekali lagi ke mahkamah dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya meluluskan rayuan pendakwa raya untuk menahan semula Siti Aisyah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. [Security Offences (Special Measures) Act 2012].

Dibawah Akta ini seseorang individu yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

Sewaktu dilepas beberapa tahun lalu, Siti Aisyah telah pakaikan ‘gelang’ peranti pengawasan elektronik, dan perlu melaporkan diri di balai polis, sebagaimana ditetapkan dibawah Akta SOSMA.

Sekarang beliau berada di Penjara Kajang, sehinggalah perbicaraannya selesai dan hukuman diputuskan oleh hakim.

Sumber BO - 13-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









Harap Kedua Ibu Bapa Aisyah Tabah Dan Sabar

DUNGUN – PAS berharap kedua ibu bapa Siti Noor Aisyah, tabah dan dapat bersabar mengahadapi segala ujian, berikutan penanahan semula anak sulongnya itu.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru agar semua pihak bersama-sama berkongsi rasa, dengan bermunajat memohohon pertolongan dari Allah, selain usaha-usaha yang sedang dibuat.

“dalam keadaan begini…..kerajaan yang menguasai segala kerajaan ialah (kerajaan) Allah, bermakna tempat pergantungan siang dan malam itu…..Allah,


“tak ada dah tempat lain,” ujarnya kepada bapa Aisyah, Atam Jusof ketika menziarahinya di rumah beliau di Jalan Lapangan Terbang, dekat sini pada Khamis 6 April.

Beliau menyarankan agar ada pihak sentiasa menunaikan solat hajat, kerana itulah cara yang paling baik bagi memohon pertolongan.

“insyaAllah…….berkat dengan orang ramai (yang turut berdoa, akan dimudahkan segala usrusan”, tambahnya.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata, kedatangan beliau adalah sebagai satu ziarah kebajikan bagi mengentahui perkembangan terbaharu tentang perkara tersebut.


Turut bersama beliau ialah ADUN Rantau Abang Cigu Alias Harun, ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Penolong Setiausaha PAS Terenggannu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, dan rombongan dari PAS Kawasan Dungun.

Dalam pada itu, ibu Aisyah Puan Saadiah Ibrahim, kelihatan tenang menyambut para tetamu dan turut menyediakan sedikit kuih dan minuman.

Namun dari riak wajahnya, beliau menyembunyikan kesedihan, jauh didalam hatinya.

Apabila ditanya, bagaimana parasaan beliau kini, beliau menjawab, “sudah habis air mata dan menyerah segalanya kepada Allah”.


Menurutnya, pertama kali Aisyah ditahan dirumahnya pada 22 Mac 2016 kira-kira jam 12.25 tengah hari, oleh sepasukan polis Bahagian ‘Counter Terrorism’ Bukit Aman yang lengkap bersenjata M-16.

“ramai…….macam semua yang datang ziarah hari ini lah……….semua sudut ada polis……..semua tingkap, depan dan belakang rumah,

“di bawah pokok Cermai itu pun ada,” katanya sambil jarinya menunjuk keaarah phon Cermai di hadapan rumahnya.

Setelah ditahan selama 28 hari, Aisyah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016, dan dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana didakwa memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.



Pada 29 September 2016 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan Aishah dibebaskan, kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku dimiliki Aishah itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

Sebaliknya pada 27 Mac 2017, Aisyah dibawah sekali lagi ke mahkamah dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya meluluskan rayuan pendakwa raya untuk menyebelahi mereka dalam penahanan Aishah mengikut Sosma.

Sekarang beliau berada di Penjara Kajang, sehinggalah perbicaraannya selesai

Sumber BO - 8-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menyeksa Siti Noor Aishah
Posted on Thursday, March 30 @ 09:55:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34260


Oleh AMIR ABD HADI
Ini kisah Siti Noor Aishah. Dari jauh aku lihat dia mengesat air mata. Bukan kerana bebanan yang menimpa, tapi rasa malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.

"Terima kasih banyak. Mak cik tak ada duit nak bagi, mak cik malu dengan kamu. Semoga tuhan balas jasa kamu," katanya.


Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bas ekspres yang sedang menunggu. Waktu itu aku lihat dia mengesat air mata walaupun sebenarnya dia cuba menyembunyikan kesedihan itu dengan berselindung di celah-celah kereta.

Pak Cik Atam pula masih berdiri di tepi kereta aku. Dia ingin menghulurkan duit. Aku tahu, orang tua ini seorang OKU yang hanya menyara hidup anak isteri hasil wang bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta wang pencen Socso sebanyak RM600.

Aku menolak wang yang dihulur itu bukan kerana aku ada banyak duit, tapi langsung tak tergamak mengambilnya.

"Terima kasih banyaklah encik. Pak cik tak tahu dah nak mengadu pada siapa. Di KL ni, kami sekeluarga tak ada siapa-siapa nak mengadu."

Pak Cik Atam Jusof dan isterinya, Mak Cik Saadiah Ibrahim adalah ibu dan ayah kepada Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar Universiti Malaya yang dituduh mengikut Sosma - atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 kerana kononnya memiliki 12 buku yang diharamkan.

Mereka aku hantar ke stesen bas sementara Shah Alam untuk membolehkan mereka pulang ke Dungun, Terengganu.

Semalam, anak mereka itu baru saja ditahan semula mengikut Sosma dan dihantar ke Penjara Kajang.

Tidak dapat aku bayangkan jika kedua-dua orang tua itu adalah ibu dan bapa aku. Aku tak tahu sialan apa yang merasuk dalam diri orang yang sanggup mendera mereka sekeluarga.

Disekat dua tahun

Siti Noor Aishah pelajar pintar. Menyambung ijazah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) walaupun dia sebenarnya menerima tawaran dari universiti lain.

Dia kemudian menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana dalam jurusan usuluddin (akidah) di Universiti Malaya. Suka membaca, malah sewaktu berjumpa dengannya, kami sempat bertanya apa harapan jika dibebaskan kelak.

Jawab dia: "Saya harap minat saya untuk membaca tak dihalang".

Aku sempat ke rumah mereka beberapa minggu lalu. Rumah itu cuma ada satu bilik, dan ia tak berpintu pun. Cuma ditutup dengan kain langsir.

Aishah tak pernah keluar dari kediaman itu sejak dikenakan sekatan rumah dan dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) apabila dia ditahan kali kedua mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca). Sekatan itu dikenakan kepadanya selama dua tahun.

Ketika kami datang itulah baru dia keluar. Kata ibunya, wajah Aishah sedikit ceria.

Aishah merupakan anak sulung daripada lima beradik. Seorang daripada daripada adiknya baru menamatkan pengajian di peringkat dan diploma dan bekerja kilang di Senawang.

Dua yang lain bekerja di Shah Alam dan Kerteh, manakala seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.

Di bahu Aishahlah harapan keluarga digantungkan kerana mendapat kesempatan belajar lebih tinggi berbanding adik-adiknya yang lain.

Pada 22 Mac 2016 kira-kira jam 12.25 tengah hari, sepasukan polis Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman - lengkap bersenjata M-16 - menyerbu kediaman pasangan Pak Cik Atam dan Mak Cik Saadiah.

Ketika itu Aishah sedang tidur di bilik. Dia kemudian dibawa ke kereta dalam keadaan terpinga-pinga. Sebanyak 25 naskah buku serta telefon bimbit dirampas polis.

"Masuk saja dalam kereta polis, diorang dah mula soal siasat. Polis tanya saya, mana bendera? Mana bom?" kata Aishah.
Selepas itu Aishah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya. Di situlah dia ditempatkan selama 28 hari.

Mengikut cerita Aishah, bilik tahanannya sempit, tidak bertilam dan bantal, lampu dibuka sentiasa. Setiap hari, Aishah disoal siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalaninya sepanjang 28 hari itu.

"Mereka tak pukul saya, tapi kalau jawapan yang saya beri tidak memuaskan, mereka 'cuma' suruh saya ketuk ketampi, jalan itik dan berdiri separuh duduk.
"Sepanjang 28 hari itu saya beberapa kali mohon kepada polis supaya dapat menghubungi ayah, dan minta dilantik seorang peguam untuk mewakili saya. Polis jawab, mereka sudah beberapa kali maklum pada ayah, tapi tiada jawapan," katanya.

Realitinya, polis tidak memaklumkan apa-apa pun pada ayah Aishah. Malah apabila ayahnya melantik peguam, polis memarahi orang tua itu. Mereka minta Pak Cik Atam tidak melantik peguam mewakili Aishah.

Petaka apakah ni?

Atas dasar ingin memudahkan kerja, kau layan mereka macam sampah. Ayah mana yang akan membiarkan anaknya meringkuk dalam penjara tanpa pembelaan?

Tamat tempoh 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016, dan dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana didakwa memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Gagal jalankan fungsi

Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa lebih dari sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir lima bulan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Memang itulah prosedur di bawah Sosma.
Pada 29 September 2016 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan Aishah dibebaskan.
Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku dimiliki Aishah itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

“Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan ke atas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut,” kata Mohamad Sharif.

Berikut adalah senarai buku didakwa dimiliki Aishah:

* Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush'ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera
* Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera
* Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera
* Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika
* Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq
* Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication
* Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq
* Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera
* Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh
* Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh

* Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat
* Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat

Mengikut kata Mak Cik Saadiah, hakim secara tegas mengarahkan supaya anaknya itu dibebaskan dan tidak ditahan semula.
“Kamu nak tahan dia semulakah? Kamu bebaskan dia segera”, kata beliau kepada pendakwaraya. Itu cerita menurut ibu Aishah.
Namun keluar dari mahkamah, Aishah ditahan semula mengikut Poca. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke Malaysia. Tapi buktinya? TIADA.

Tanya dijawab tanya

Lebih dari sebulan ditahan didalam solitary confinement di bawah Poca, Aishah diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama dua tahun dan EMD. Sepanjang tempoh dua tahun itu Aishah mesti hadir melapor diri ke IPD Dungun setiap minggu.

Dia juga dilarang keluar dari kawasan sekatan. Adakah peluang pekerjaaan untuk Aishah? TIDAK ADA.

Kami sempat ke rumah Aishah dan menemubualnya sambil makan petang bersama keluarga. Aishah sedikit ceria.

Keluarga itu kini dibebani hutang ribuan ringgit untuk menguruskan kes Aishah. Orang kampung pula jarang-jarang gagal bertanya mengenai Aishah apabila bertemu dengan keluarganya.

“Pak Cik dah tak tahu nak jawab apa pada orang kampung. Sekarang pak cik bawa keratan akhbar ke mana-mana. Setiap kali orang kampung tanya, pak cik tunjuk keratan akhbar ni,” kata Pak Cik Atam.

Pada 27 Mac 2017, Mahkamah Rayuan di Putrajaya meluluskan rayuan pendakwa raya untuk menyebelahi mereka dalam penahanan Aishah mengikut Sosma.

Keluarga gadis itu tidak tahu langsung bahawa dia akan ditahan semula pada hari berkenaan. Tidak ada permohonan tahanan dibuat kepada Aishah di dalam mahkamah.

Selesai perbicaraan, keluarga membawa Aishah keluar untuk menikmati makanan di restoran. Peguam pula sudah dalam perjalanan pulang ke Terengganu.
Ketika itulah baru Pak Cik Atam dihubungi pegawai penyiasat yang memaklumkan supaya anaknya dibawa semula ke mahkamah.
Rupa-rupanya Aishah akan ditahan semula. Pak Cik Atam seorang OKU dan tak dapat berfikir secara lurus. Aku dihubungi, dan dimaklumkan mengenai penahanan semula Aishah.

Pagi itu aku tak sempat ke Mahkamah Rayuan kerana terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk satu lagi kes melibatkan remaja Rohingya berusia 15 tahun yang dipenjara sejak Disember tahun lalu.

Petang itu, aku bawa keluarga Aishah ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk membuat aduan. Perkara paling dirisaukan ialah kedudukan Aishah. Di mana dia sekarang?

Pegawai Suhakam menghubungi pegawai penyiasat untuk bertanyakan lokasi Aishah. Yang diterima bukanlah jawapan, sebaliknya pertanyaan!
“Aishah ditahan oleh siapa? Polis atau mahkamah?” soal pegawai penyiasat kepada pegawai Suhakam.
Seperti bola kamu buat keluarga ini. Tendang ke sana ke mari. Kamu hukum Aishah, kamu hukum keluarga juga.
Kini Aishah ditahan di Penjara Kajang sehinggalah perbicaraannya selesai. Kalau menang sekali lagi pun, pendakwa raya boleh membuat rayuan sekali lagi, dan Aishah akan ditahan lagi. Inilah Sosma, inilah tahan tanpa bicara.

Yang ditahan kebanyakannya orang miskin. Diseksa terus-terusan mereka. Keluarga mereka turut sama diseksa. Sampai bila?
Kalau mereka bersalah, bicaralah dengan adil. Setiap orang ada hak untuk dibicarakan secara adil, bukan? Bukan kita yang perlu menjatuhkan hukuman.
Hari ini keluarga mereka, hari esok, mungkin kita pula…..


AMIR ABD HADI ialah penyelaras Suaram serta jurucakap Gerakan Anak Muda Demi Malaysia.


Sumber TKO - 30-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penahanan Anggota Polis Korporal Jusninawati Abdul Ghani Di Bawah SOSMA
Posted on Saturday, May 21 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kebelakangan ini dengan pelbagai perkembangan politik yang tidak menentu di dalam negara, ada kecenderongan pimpinan politik dan civil society yang terlepas pandang beberapa isu penting melibatkan rakyat yang sepatutnya diketengahkan. Salah satu dari isu tersebut adalah berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang berleluasa tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari masyarakat.

Saya telah mengikuti perkembangan penggunaan SOSMA ini daripada rakan-rakan peguam yang secara sukarela membela tahanan-tahanan ini. Maklumbalas yang saya dapati setakat ini menunjukkan bahawa:

1. Sebahagian besar (sekitar 90%) dari tahanan-tahanan mengaku bersalah tanpa melalui perbicaraan yang sewajarnya

2. Kes mereka tidak mendapat perhatian awam

Keadaan ini membimbangkan saya kerana ia boleh mewujudkan satu suasana yang mana pihak berkuasa boleh menggunakan SOSMA tanpa timbang tara (”check and balance”) yang sewajarnya dari masyarakat. Ini akan menjadikan SOSMA satu undang-undang yang sangat berbahaya kerana sesiapa yang didakwa di bahawa SOSMA mungkin tidak mendapat hak yang sewajarnya di bawah Perlembagaan. Kebimbangan saya ialah masyarakat secara umumnya mempunyai stigma dengan kes-kes di bawah SOSMA dan dengan mudah membuat kesimpulan bahawa mereka yang didakwa adalah pengganas; lalu masyarakat tidak mengambil perhatian tentang nasib dan hak tahanan-tahanan yang didakwa.

Oleh yang demikian, National Oversight & Whistleblowers telah bekerjasama dengan satu pasukan peguam untuk mula membela beberapa kes SOSMA yang dirasakan wajar dibawa ke perhatian umum untuk menimbulkan kesedaran rakyat mengenai risiko salahguna SOSMA jika tidak disemak secara berterusan oleh masyarakat.

Kes yang pertama yang akan kami bela dan ketengahkan ialah melibatkan seorang pegawai polis wanita iaitu Korporal Jusninawati Abdul Ghani yang ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan.

Saya telah menyemak setakat yang termampu dan mengumpulkan maklumat-maklumat berikut mengenai kes Korporal Jusninawati:

i) Beliau ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak kecil dan menanggung seorang ibu tua

ii) Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan di internet melalui Facebook menjual kopi, pakaian kanak-kanak dan beberapa barangan lain

iii) Kopi yang dijual melalui Facebook dibekalkan oleh seorang pembekal dari Kedah. Setelah berurusan hampir setahun, beliau menjadi akrab secara online dan dijemput pembekal itu (rakan Jusninawati) ke Kedah untuk melawat

iv) Semasa di Kedah, Jusninawati mengikuti rakannya hadir ke satu kenduri dan bergambar bersama-sama tetamu/kenalan lain

v) Salah seorang dari kenalan yang turut bergambar (tetapi tidak dikenali oleh Jusninawati) telah ditahan di bawah SOSMA

vi) Hasil dari siasatan terhadap tahanan itu, beberapa orang yang turut bergambar ditahan di bawah SOSMA termasuklah Jusninawati dan seorang remaja berumur 16 tahun

Ini adalah maklumat awal yang saya perolehi dari semakan dengan keluarga, Jusninawati sendiri dan semakan bebas di laman media sosial (rujuk di bawah) dan berita-berita.

https://www.facebook.com/Hanalmaina-1085285574824444/?fref=ts
https://www.facebook.com/profile.php?id=100010528846556&fref=nf

sosma-nina
sosma-fb1
sosma-fb2
sosma-fb3

Walaupun saya tidak mempunyai maklumat yang menyeluruh mengenai kes ini, saya khuatir berdasarkan maklumat yang saya perolehi setakat ini ada risiko Jusninawati boleh teraniaya jika beliau terus mengaku bersalah seperti 90% tahanan yang lain (yang kes mereka tidak mendapat bantuan guaman yang sewajarnya atau tidak mendapat perhatian awam).

Peguam NOW telah berjaya melawat Jusninawati di Penjara Kajang sekali setakat ini. Ada dakwaan bahawa beliau tidak dibenarkan memakai tudung di dalam tahanan yang sedang kami semak dengan pihak berkuasa.

Saya percaya tumpuan masyarakat perlu kembali kepada isu-isu ketidakadilan dan keluhuran undang-undang seperti ini. NOW akan menganjurkan forum dan kempen untuk mengenengahkan isu ini kepada rakyat bermula hari ini.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH EKSEKUTIF
AHLI PARLIMEN PANDAN


Sumber TKO - 21-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Laksana POTA: Kerajaan akan hadapi suasana lebih buruk

Posted on Friday, April 24 @ 13:00:00 MYT by paktam

AKTA Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bukan sahaja tidak selari dengan tindakan yang dibenarkan dalam Islam, malah akan mencetuskan suasana yang lebih buruk apabila turut memberi kesan kepada Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini antara yang ditekankan Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ikuti pandangan beliau dengan lebih lanjut mengenai akta yang diluluskan seawal pagi 7 April dalam wawancara Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada 15 April lalu.

WARTAWAN: Apakah kedudukan dalam Islam mengenai undang-undang drakonian terutama POTA yang diluluskan dalam persidangan Parlimen baru-baru ini?

USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH: Dalam Islam hukuman itu ada tetapi asas hukuman dalam Islam ini mesti diketahui mana yang salah dan mana yang benar. Islam membuka peluang kepada pesalah untuk dia bela diri.

Islam juga buka peluang kepada orang yang menuduh ini untuk membuktikan tuduhannya.
Sebab itu mana-mana peraturan yang ada dalam dunia hari ini seperti POTA, ISA dan apa juga nama sekalipun sekiranya tidak ada peluang bagi orang yang dituduh itu membela diri dan orang yang menuduh itu pula tidak mampu membuktikan kesalahan dengan bukti yang kukuh, maka ia bercanggah dengan Islam dan agama.

Jadi, apa yang berlaku dalam negara kita, dikatakan ISA digantikan dengan Sosma dan kini POTA pula menyamai ISA.

ISA adalah undang-undang yang tidak memberi peluang kepada orang yang dianggap bersalah membela diri. Sebab itu kita tentang ISA. Manamana kesalahan yang dituduh dilakukan, belum tentu lagi dia salah. Mungkin ada faktor yang lain yang menyebabkan sesuatu situasi itu. Pihak kerajaan atau pihak rakyat di Malaysia tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya. Apa yang kita nampak, di pihak kerajaan sendiri, kerajaan menggunakan nama kerajaan untuk bertindak apa sahaja. Ini tidak dibenarkan dalam Islam. Sebab itu Allah sangat-sangat murka kepada orang yang menuduh kepada sesuatu kesalahan itu tanpa dibicarakan.

Terdapat peruntukan dalam POTA yang menahan mangsa tanpa jangka masa dan tanpa perbicaraan. Adakah ini bertentangan dengan Islam?

Pada zaman Sayidina Ali Bin Abi Talib, walaupun dia seorang khalifah, dia sanggup mendedahkan dirinya kepada perbicaraan. Itulah keadilan Islam. Sebab itu kita rasakan situasi kerajaan mengenakan undang-undang zalim ini, pada waktu yang sama apabila kerajaan Kelantan mengemukakan Kanun Jenayah Syariah, kita mengharapkan rakyat boleh menilai dengan bijak Kanun Jenayah Syariah.

Tidak adapun satu klausa yang membolehkan pihak kerajaan dan boleh tuduh siapa sahaja yang dia hendak tuduh. Dalam Islam tidak ada perkara ini. Ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara syariat Islam dengan undang-undang yang berasaskan kepada ideologi manusia.

Apakah kesan buruk kepada negara apabila meletakkan hukuman seperti ini daripada segi perkembangan Islam dan juga sosial?

Saya menganggap POTA ini adalah undang-undang yang sangat lapuk dan tidak sesuai dengan 
zaman moden dan zaman teknologi maklumat ini.

Undang-undang seumpama ini yang semua orang tahu dilaksanakan di Malaysia untuk kepentingan politik yang sempit.

Apabila kerajaan mementingkan politik yang sempit, kerajaan akan menghadapi situasi yang lebih buruk.

Yang pertama, apabila masyarakat dunia luar melihat undang-undang yang ada di Malaysia ini tidak ada arah tuju yang jelas, maka ia memberi kesan kepada pelabur-pelabur asing. Jadi, negara akan rugi apabila pelabur asing tidak masuk ke negara kita. Dalam waktu yang sama imej negara dianggap sebuah negara yang kuno dan tidak bertamadun, yang mana pemimpin negara menjatuhkan hukuman ke atas rakyat tanpa dibicarakan. Ini satu perkara yang memberi kesan yang sangat besar.

Kesan kedua yang perlu kita ingat, mana-mana perundangan yang kita laksanakan dalam negara yang bercanggah dengan prinsip agama, ia akan ditarik keberkatan oleh Allah. Apabila Allah tarik keberkatan, kita kena ingat tidak ada apa yang untung.

Bahkan kita akan berhadapan dengan kerugian yang sangat banyak apabila tiada keberkatan.

Bagaimana pula dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan apabila pembangkang terutama Ahli Parlimen membantah Akta ini?

Sebab itu kita minta pihak berkuasa supaya menilai situasi ini dengan cara yang baik.
Pembangkang di negara ini bukan hendak meruntuhkan negara. Sebaliknya pembangkang hendak membina negara. Pembangkang di Malaysia berada dalam situasi yang benar. Bukannya membangkang semberono.

Apabila kerajaan bersikap seperti ini dan tidak menjawab dengan hujah, tetapi menjawab dengan undang-undang, suatu masa apabila semua perkara kerajaan menjawab dengan undangundang, ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik dalam negara. Apa salahnya kerajaan jika memberi jawapan secara hujah kerana kerajaan memiliki media dan dapat menjawab dengan profesional. 

Dengan itu rakyat boleh menilai dengan baik.

Apabila kerajaan menggunakan undang-undang ini, ia akan mencetuskan situasi yang tidak baik dalam negara. Mungkin akan berlaku demonstrasi secara besar-besaran sebagaimana di Thailand.

Sebab itu kalau kita lihat di negara-negara maju mereka memberi peluang kepada rakyat untuk bercakap dan memberi pandangan dalam televisyen. Ini kerana pandangan-pandangan yang diberikan rakyat ini ia amat berguna kepada negara.

Ia boleh membangunkan dan memajukan negara. Jika dibuka secara umum kepada rakyat untuk memberi pandangan, ia dapat membendung gejala penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah. Ini kerana seseorang pemimpin itu takut untuk melakukan tindakan yang tidak sepatutnya apabila rakyat diberi ruang menyatakan komen dan pandangan di televisyen.

Jadi, jika kerajaan mengambil sikap untuk menjawab dengan undang-undang, ia tidak memberi keuntungan kepada negara.

Adakah wajib bagi rakyat membangkang undang-undang yang zalim seperti POTA ini?

Rakyat wajib membantah setiap perkara yang bercanggah dengan agama. Umat Islam mesti tunjuk satu sikap yang jelas dan membangkang apa sahaja peraturan-peraturan yang diperkenalkan yang bercanggah dengan agama Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, dia mesti menunjukkan sikapnya yang tidak bersetuju apabila perundangan ini bercanggah dengan akal dan tamadun manusia, kebebasan dan hak-hak bersuara. Sepatutnya semua lapisan masyarakat menunjukkan sikap yang jelas bahawa rakyat dalam negara kita secara khususnya menolak undang-undang sebegini.

Wajarkah seseorang yang disyaki terlibat dengan keganasan ini dibawa ke mahkamah syariah?

Sangat wajar kerana dalam Islam kena tengok kesalahan yang dilakukan itu. Islam tengok pada punca yang sebenar. Dalam hal ini sukar untuk saya jelaskan dalam waktu yang singkat.
Istilah keganasan kadang-kadang digunakan pihak kerajaan dalam keadaan kerajaan sebenarnya yang mencetuskan keganasan.

Yang mencetus keganasan di Timur Tengah adalah Amerika Syarikat. Begitu juga dalam negara kita, yang mencetus keganasan adalah kerajaan Malaysia, Umno dan BN. Sebab merekalah yang mencetuskan situasi keganasan.

Sebab itulah istilah keganasan ini satu istilah yang perlu dihalusi oleh semua rakyat dan jangan sekali-kali keganasan ini kita tuding kepada pembangkang. Sedangkan orang yang benar-benar ganas dalam konteks Malaysia adalah kerajaan. Jika kita lihat pelaksanaan GST, ia juga satu perkara yang ganas. Tetapi ia telah dipusingkan. Kalau ada rakyat yang menyatakan pandangan dengan agresif, maka dituding sebagai pengganas.

Tetapi jika kerajaan buat perkara yang ganas, disembunyikan. Ini satu perkara

Sumber DD - 24-4-2015






Pota: Kenapa BN tidak rujuk kepada Suhakam?

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang berperanan dalam hak asasi manusia apabila tidak berbincang dalam cadangan pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata sepatutnya pandangan dari badan itu diambil oleh kerajaan sebelum dibentangkan di parlimen.

"Sungguh menghairankan apabila Suhakam yang sepatutnya berperanan sebagai penasihat kerajaan dalam hal membabitkan isu hak asasi manusia itu diketepikan begitu sahaja.

"Adakah kerajaan Barisan Nasional (BN) menganggap Suhakam ini sekadar tunggul kayu yang tidak ada manfaat," katanya.

Menurut beliau, pada penggulungan peringkat dasar sidang parlimen yang lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menbaca surat dari Pengerusi Suhakam.

Antara lain kandungan surat itu menyebut, suruhanjaya menyokong inisiatif dan usaha kerajaan untuk memerangi keganasan dan ekstremisme sama ada ancaman dari dalam atau luar negara.

Suruhanjaya turut melihat penggubalan Undang-undang Anti Keganasan ini merupakan satu langkah kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut.

"Namun, pada hakikatnya kerajaan gagal mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Suhakam ketika proses penggubalan Pota yang kejam dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) versi baru itu," katanya lagi

Tambah beliau lagi ia turut disokong melalui Ia kenyataan rasmi Suhakam yang bertarikh 7 April lalu yang mana menyebut “Suruhanjaya kesal apabila Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) diluluskan oleh Parlimen pada hari ini meskipun terdapat keraguan di dalam beberapa peruntukannya; dan telah dirumuskan tanpa berunding dengan Suruhanjaya, yang mana dibawah Aktanya telah dimandatkan, antara lain “untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil” yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Malah, Suruhanjaya percaya bahawa terdapat banyak peruntukan dalam Pota yang bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, walaupun Malaysia memegang jawatan-jawatan berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa, iaitu terdapat jangkaan dalam peningkatan piawaian hak asasi manusia”

"Pada kesempatan Sidang Dewan Negara yang sedang berlangsung sekarang, pihak kerajaan wajar membuat pindaan terhadap Pota setelah mengambilkira pandangan dan rundingan dengan pihak Suhakam.

"Setelah pindaan dibuat di Dewan Negara, Pota tersebut perlu dikemukakan semula di Dewan Rakyat sebelum pihak kerajaan menguatkuasakannya nanti," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mendesak agar Ahmad Zahid tampil memberikan penjelasan berkenaan kegagalan kerajaan dalam mendapatkan nasihat Suhakam ketika proses penggubalan Pota tersebut.

Katanya, sungguh memalukan apabila Kerajaan sendiri gagal menghormati badan hak asasi yang mereka tubuhkan sendiri.

"Sungguhpun kerajaan menafikan tidak akan berlaku salahguna terhadap Pota ini namun sejarah tidak pernah menipu kita bagaimana terbukti pemimpin dan penyokong pembangkanglah yang sering menjadi mangsa kezaliman ISA dan Akta Hasutan," tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 16/4/2015

Sumber HD - 16-4-2015





Pota: Aktivis masyarakat jadi mangsa jika disalah guna

HARAKAHDAILY | .


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpandangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (RUU Pota) 2015 yang dilulus di Parlimen jam 2.55 pagi 7 April lalu wajar diperhatikan dengan terperinci.

Ini adalah kerana jangkauan kuasa yang diberi kepada pihak yang berkenaan yang sangat luas dan ia boleh mendedahkan sesiapa sahaja terutama aktivis masyarakat dan figur politik kepada prasangka sebagai pengganas oleh pihak keselamatan dan publik.

Kami ingin mengingatkan betapapun RUU itu bertujuan untuk menghalang secara preventif terhadap kebarangkalian wujudnya aktiviti pengganas, namun peruntukan-peruntukan yang boleh menyebabkan kuasa disalah guna oleh pihak yang berkenaan boleh menzalimi hak asasi manusia individu yang disuspek.

Pentafsiran kepada istilah "terlibat", "perbuatan melakukan”, “menyokong” dan “yang melibatkan”, yang terdapat Pota itu sangat terbuka kerana ianya tidak ditakrif dengan jelas dalam RUU tersebut.

Hanya atas dasar dicurigai (suspicion), peruntukan dalam undang-undang tersebut boleh menahan seorang individu dalam tempoh masa yang lama tanpa boleh dicabar oleh mana-mana prosidur mahkamah.

Terdapat seksyen dalam Pota yang diluluskan itu dimana dengan kenyataan bertulis oleh polis atau pendakwa raya, majistret boleh membenarkan suspek ditahan sehingga dua bulan (21 hari pada tahanan pertama dan ditambah 38 hari lagi pada tahanan selanjutnya)  hanya atas alasan inkuari perlu dilakukan ke atas suspek  walaupun tiada bukti yang jelas bahawa suspek terlibat dengan aktiviti pengganas.

Demikian juga peruntukan seorang yang dibebaskan masih boleh diarah menjalani pemerhatian polis (police survellance) sehingga 59 hari melalui alat pemantauan elektronik. Melanggar peraturan dalam tempoh pemerhatian tersebut, boleh mengakibatkan suspek ditahan hingga 3 tahun.

Pegawai penyiasat yang dilantik oleh menteri pula diberi kuasa penuh untuk menjalankan apa sahaja cara yang dirasa perlu untuk mendapatkan maklumat dari suspek dalam penyiasatannya tanpa had.

Dia bebas memberi tafsiran sendiri terhadap maklumat dari siatannya. Lembaga yang dilantik boleh menerima tafsiran pegawai penyiasat tersebut untuk membuat hukuman menahan lebih lanjut atau di sebaliknya membebaskan individu yang ditahan.

Malah peruntukan menahan sesiapa dalam RUU tersebut, tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Apa sahaja penyiasatan, penahanan, pemaksaaan memberi maklumat tanpa diiringi oleh peguam yang berkaitan dengan Akta ini tidak boleh dicabar. Semakan judisial (judicial review) tidak dibenarkan sama sekali dalam kes yang dikendalikan di bawah akta ini.

Pengalaman pelbagai negara yang terpengaruh dengan desakan Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan kawalan yang ketat atas nama war on terrorisme telah menunjukkan betapa Pota boleh disalah guna. Melalui langkah-langkah pencegahan keganasan, ia boleh menimbulkan kecurigaan yang berlebihan ke atas aktivis dan organisasi Islam.

Sebagai akibat, AS telah menyenaraikan sejumlah organisasi Islam seluruh dunia dalam senarai pengganas hanya atas alasan syak semata-mata. Lebih buruk lagi segala kegiatan dakwah, kemanusiaan dan kebajikan diawasi dengan ketat dan ia boleh sahaja disyaki  membantu pengganas jika pihak penyiasat mahu mentafsirkan begitu.

Agenda AS, melalui tema war on terrorisme semakin mendapat tempat di negara-negara di seluruh dunia. Pota boleh diguna oleh AS untuk memastikan sebarang gerakan yang mempunyai elemen memprotes hegemoni AS akan disenaraihitamkan.

Malah transaksi kewangan juga dikawal dengan penuh teliti atas nama Pota untuk mengesan aliran kewangan yang kononnya dikatakan boleh dilihat menyokong kegiatan pengganas.

Bermakna apa sahaja kegiatan oleh sebarang organisasi atau institusi termasuk institusi pendidikan akan terdedah kepada pengawasan dengan mengguna Pota.

Malaysia harus mengambil iktibar dari pengalaman undang-undang Pota yang diluluskan di Parlimen India pada Mac 2002. Banyak salah guna kuasa Pota dikritik oleh kumpulan hak manusia dan media termasuk mengenai penahanan yang berlanjutan tanpa pendakwaan yang jelas.

Yang paling ketara berlaku ialah kerap berlaku penahanan aktivis politik dari parti lawan. Pihak  yang berkuasa mempunyai kecenderungan untuk membendung pihak politik lawan dengan menggunakan undang-undang Pota.

Undang-undang yang asalnya ditujukan kononnya kepada orang yang “terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas yang tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing”. Akan tetapi ia boleh sahaja ditafsir sebagai merangkumi semua kegiatan yang boleh dianggap berkecenderungan pengganas.

Banyak salah guna kuasa dalam RUU Pota berkait dengan penahanan yang lama tanpa dakwaan. Kes begini banyak tidak dilaporkan. Orang Kena Tahan (OKT) dibiar dalam lokup atau penjara  berminggu-minggu malah berbulan-bulan lamanya. Kes-kes yang semakin bertimbun menyebabkan OKT terpaksa berada dalam penjara dalam tempoh yang lama.

Ini menyebabkan gejala justice delayed, justice denied (keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang ternafi) terus berlaku  jika Pota disalah guna.

Sementara pada teorinya wujud pelbagai mekanisme mahkamah untuk atasi kes yang  berlanjutan tanpa pendakwaan, namun sering, usaha untuk menyelesaikan kes penahanan yang terlalu lama tidak diberi perhatian secara bersungguh. Selalunya mereka yang ditahan terpaksa menderita dalam lokup berbulan-bulan tanpa mengetahui bila siasatan ke atas mereka boleh diselesaikan.

Adakala masalahnya berpunca dari tafsiran teks undang-undang Pota yang terlalu luas dan ada juga disebabkan penguatkuasaan yang tidak jelas.

Kami tidak terkejut jika ada kemungkinan pindaan lain dalam undang-undang Pota akan digubal di masa akan datang untuk mengetatkan lagi pemantauan ke atas sesiapa yang dianggap berpotensi menjadi pengganas.

Soalnya apa yang dikhuatiri ialah ada bahagian dalam Pota yang terdedah kepada salah guna dan kekhuatiran tersebut berasas.

Gambaran yang diberi oleh Barat dalam kempen Islamofobia di seluruh dunia seolah-olah semua aktiviti keIslaman mesti diawasi kerana dicurigai berkecenderungan pengganas. Tajuk mengenai keganasan atau terorisme nampaknya sengaja disasarkan kepada orang Islam, seolah-olah inilah ancaman yang perlu diawasi oleh seluruh dunia termasuk di negara Islam sendiri.

Prinsip yang diguna ialah semua kegiatan Islam perlu dicurigai, selepas itu pemantauan berterusan akan dilakukan dan pihak berkuasa boleh mengguna kuasa yang ada dalam Pota untuk menahan sesiapa suspek mengikut tafsiran mereka sendiri.

Kami menggesa Dewan Negara yang menjadi institusi kelulusan perundangan tertinggi dalam demokrasi di negara ini  mengguna kebijaksanaan menilai semula RUU Pota 2015 tersebut.

Walaupun Dewan Negara lazimnya hanya menjadi rubber stamp kepada apa yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, namun kali ini semua Senator yang dilantik harus mengguna keupayaan membahas isunya dengan matang dan jujur. - HARAKAHDAILY 14/4/2015

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim.

Sumber HD - 14-4-2015

Perbahasan dan Bantahan Terhadap POTA di Parlimen Pada 6 April 2015

Posted on Saturday, April 11 @ 20:00:00 MYT by Reformis

Oleh Khalid Samad



Banyak yang telah ditulis berhubung perbahasan dan peristiwa belah-bahagi yang telah berlaku semasa membahas Rang Undang-Undang Pencegahan Kegansan 2015 (POTA) pada 6 April yang berlarutan sehingga 2.20 pagi 7 April lepas. Isu yang ditimbulkan oleh sebahagian penganalis politik adalah mengapa hanya 64 Ahli Parlimen PR yang hadir semasa belah-bagi tersebut dan bukan 89 seperti sepatutnya? Ini dilihat sebagai isu terbesar oleh mereka kerana Ahli Parlimen BN yang mengundi adalah hanya 81 orang sahaja. Oleh itu, sekiranya kesemua Ahli Parlimen PR hadir, maka secara mudah dianggap usul RUU POTA boleh dihalang.

KEHADIRAN AHLI PARLIMEN PR DI PARLIMEN
Sememangnya ianya terbaik sekiranya semua Ahli Parlimen (AP) boleh hadir pada setiap ketika Parlimen bersidang, tetapi sepertimana difahami kadang kala AP terpaksa hadir program lain yang turut sama penting. Oleh itu ada kalanya ketidak-hadiran seseorang AP semasa sesuatu RUU dibahas tidak dapat dielak. Ini adalah lebih-lebih lagi apabila tarikh perbahasan sesuatu RUU hanya diketahui dengan pasti beberapa hari sebelum ianya dibentang sedangkan program Ahli Parlimen disusun sebulan lebih awal. Saya yakin tiada AP PR yang dengan sengaja ponteng sepertimana yang didakwa. Kebanyakan yang tidak hadir semasa belah-bagi telah hadir sehingga jam 9 malam dan terpaksa keluar selepas itu oleh kerana temu-janji yang telah dibuat terlebih awal. Kebiasaannya sidang Parlimen berakhir paling lewat pada jam 9 malam dan oleh itu AP PR akan menerima jemputan untuk ke program lain samada mesyuarat, ceramah dan sebagainya yang bermula selepas jam 10 malam.

Saya sendiri telah hadir sebuah forum yang disiarkan secara live oleh ‘Channel News Asia’ di studio mereka di Bangsar. Saya keluar sebelum Maghrib, solat Maghrib di Bangsar dan hadir forum tersebut pada jam 8.00 malam hingga 8.30 malam. Selepas itu saya kembali ke Parlimen dan nasib baik, tiba hanya beberapa minit sebelum berlakunya belah bagi.

ISU SEBENARNYA
Sebenarnya saya melihat isu yang lebih utama dari persoalan ketidak-hadiran AP PR semasa belah-bagi ialah bagaimana UMNO/BN telah mungkir janji dan menghidupkan kembali budaya zalim ISA melalui RUU ini! Sepertimana kita semua faham, amalan tahanan tanpa perbicaraan merupakan amalan yang dibenarkan POTA sepertimana ianya pernah diamalkan ISA. Walaupun ada kekeliruan pada awalnya berhubung ketiadaan perbicaraan sebelum seseorang ditahan, namun akhirnya semua jelas bahawa POTA adalah akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara. Menghadirkan orang tertuduh di depan Majistret tidak bermakna apabila Majistret terpaksa membenarkan lanjutan tahanan semata-mata atas sebab adanya permintaan oleh pegawai polis.

Semasa perbahasan, amat jelas bahawa semua AP BN langsung tidak menghiraukan soal keadilan dan bagaimana keadilan akan terlaksana dalam menangani pertuduhan terhadap seseorang. Dalam menggubal undang-undang, wajib bagi semua AP menentukan bahawa undang-undang yang digubal menjamin keadilan untuk yang tertuduh. Tetapi AP BN bagaikan tidak menghiraukan persoalan ini dan hanya menyatakan kepentingan awam mewajarkannya. Dalam erti kata lain, biarlah orang perseorang ditahan dan dihukum walau pun mungkin tidak bersalah sekali pun asalkan ‘keamanan terjaga’. Sedangkan keamanan boleh tetap terjaga walaupun keadilan terjamin. Malahan dengan terjaminnya keadilan sahajalah akan keamanan itu terjaga.

Oleh itu, walau pun mungkin ada yang marah dengan AP yang tidak hadir pada ketika belah-bagi tersebut, seharusnya kemarahan seluruh rakyat lebih layak ditumpukan kepada UMNO/BN yang membawa RUU ini. Ini yang sepatutnya menjadi sasaran kemarahan, bukannya ketidak-hadiran beberapa AP PR yang kesemuanya mempunyai sebab dan alasan yang munasabah.

WAKTU BERSIDANG YANG MUNASABAH
Pada masa yang sama, wujud juga kepincangan dalam pengurusan Parlimen di mana oleh kerana RUU ingin diluluskan secara segera oleh pihak tertentu, maka tempoh persidangan boleh dilanjutkan dengan sewenang-wenangnya sehingga ke jam 2 pagi! Ini memberi gambaran bahawa Parlimen tidak mementingkan mutu perbahasan dan sebaliknya hanya mementingkan jadual kelulusan RUU. Pada masa yang sama, Parlimen tidak mengambil kira kehadiran semua AP yang sepatutnya dipermudahkan dengan mengadakan perbahasan pada waktu yang lebih wajar, bukan jam 2 pagi!

Pada hari berkenaan saya dan beberapa Ahli Parlimen PR telah meminta supaya perbahasan dibenarkan hanya sehingga 9.30 malam dan diteruskan esoknya. Namun permintaan kami ditolak. Perkara ini juga patut diberikan penonjolan supaya amalan sebegini tidak diteruskan oleh Parlimen. Tempoh Parlimen bersidang boleh dipanjangkan sekiranya perlu, sambil waktu sidang seharusnya dihadkan dari jam 10 pagi sehingga, paling lewat, 9.30 malam sahaja. Ini adalah satu-satunya cara untuk menjamin perbahasan yang berkualiti oleh AP ke atas setiap RUU yang dibentang. Namun sememangnya BN tidak begitu mementingkan persoalan ini. Yang penting adalah RUU mereka diluluskan dan kalau tiada perbahasan, mereka sekadar bersikap “itu lagi baik”!

Pada 8 April 2015, ianya berlaku sekali lagi. Parlimen bersidang sehingga jam 2.20 pagi untuk membahas RUU Securities Commission. Sekali lagi AP PR dipaksa membahaskan RUU dalam keadaan yang bukan terbaik.

TUJUAN SEBENAR DILAKUKAN BELAH-BAGI
Bagi yang menganggap bahawa BN boleh kalah melalui belah-bagi pada hari tersebut, perlu saya ingatkan pengalaman kami pada tahun 2008. Pada ketika itu, semasa melakukan belah-bagi, PR kalah dengan hanya beberapa undi. Ini berlaku oleh kerana semua AP BN yang berhampiran telah dipanggil untuk hadir ke Parlimen setelah didapati mereka mempunyai jumlah yang berkurangan di dalam dewan. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah kelihatan bergegas masuk ke dewan demi menentukan kemenangan usul BN. Keadaan yang sama akan berulang pada 6 April lepas sekiranya jumlah AP PR melebihi jumlah AP BN. Kebanyakan AP BN berada di rumah atau hotel berhampiran. Mereka boleh sampai ke Parlimen dalam masa tidak melebihi beberapa minit.

Oleh itu, semua mesti memahami bahawa tindakan mengadakan belah-bagi tersebut adalah lebih untuk menzahirkan bantahan terhadap sesuatu RUU hingga ke tahap maksima dan bukan semestinya untuk mengalahkan BN melalui belah-bagi tersebut. Ini adalah kerana BN mempunyai 133 AP sedangkan PR hanya mempunyai 89. Semenjak pengalaman mereka pada 2008, secara kebiasaannya BN akan mewajibkan kehadiran 80 AP BN pada bila-bila masa sambil yang lain berada berhampiran ‘on standby’. Maka itulah hakikat sebenar pemerintahan di bawah kerajaan BN.

KESIMPULAN
Oleh itu, adalah diharap bahawa semua memahami matlamat sebenar diadakan belah-bagi seperti yang telah dinyatakan. Kefahaman ini akan dapat mengelakkan terhasilnya silap faham dan kemarahan terhadap pihak yang pada hakikatnya tidak bersalah. Jika tidak, ada kemungkinan, pihak AP PR akan merasa khuatir untuk mengamalkan belah-bagi kerana mungkin ianya akan menghasilkan kemarahan terhadap AP PR yang tidak hadir atas sebab yang munasabah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sumber DD - 11-4-2015






Pota: Jelaskan prosedur dan proses pendakwaan

.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan bimbang Akta Pencegahan Keganasan (Pota) terdedah kepada kezaliman kepada pihak tertuduh sekiranya proses proses pendakwaan, pembuktian dan pembicaraan tidak dilakukan dengan adil.

Beliau berkata, suspek boleh ditahan terlalu lama, tiada ruang pembelaan, dan penghakiman yang dilakukan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan tidak boleh disemak di mana-mana bahagian mahkamah.

"Akta Pencegahan Keganasan 2015 baru sahaja diluluskan dengan penuh kontroversi kelmarin. Perbahasan lebih 12 jam tersebut masih lagi mempunyai beberapa ruang kelemahan meskipun daripada segi prinsip, Islam tidak mengharuskan keganasan dan bersikap melampaui batas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut berkata, sebelum Pota diwartakan, pihak Polis Diraja Malaysia telah merekodkan jumlah tangkapan rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan gerakan kumpulan militan negara Islam (IS) meningkat kepada 93 orang sejak Jun tahun lalu.

Terbaru, 17 orang ditangkap di Kuala Lumpur dan Kedah kerana didakwa merancang plot keganasan dan mencuri senjata api milik pasukan keselamatan.

"Persoalannya, bagaimana proses pendakwaan dan prosedur perbicaraan yang dilakukan oleh pihak polis serta pihak mahkamah terhadap mereka yang telah ditangkap selama ini?

Adakah mereka yang telah ditangkap telah dibicarakan? Adakah semua yang ditangkap telah didapati bersalah dan ditahan di mana-mana penjara?" soalnya.

Justeru katanya, pihak polis mesti menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan rakyat.

"Ini juga menjawab kemungkinan akta sedia ada boleh mengawal atau mencegah kes keganasan yang ditimbulkan akhir-akhir ini," katanya. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015

Pota jelmaan ISA, lulus tergesa-gesa

| .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar kesal apabila parlimen meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) secara terburu-buru, 12 jam selepas dibahaskan.

\Beliau berkata, Pota merupakan satu undang-undang yang perlu penilaian dan penelitian yang terperinci.

"Apa salahnya jika ruangan yang lebih banyak dan tempoh yang lebih panjang diberikan supaya ahli-ahli parlimen dapat berbahas dengan mendalam berkaitan dengan pelbagai perkara kontroversi dalam rang undang-undang tersebut.

Ada juga permintaan supaya rang undang-undang ini dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan untuk ditelitikan satu per satu seksyen supaya tidak berlaku sebarang kecacatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau juga, kuasa parlimen seolah-olah disalah guna apabila memaksa ahli-ahli parlimen berada di Dewan Rakyat sehingga jam 2.30 pagi sehingga rang undang-undang tersebut diluluskan.

"Akhirnya, undang-undang zalim ini telah diluluskan walaupun sarat dengan cacat cela di Dewan Yang Mulia. Semua ini membuktikan bahawa Parlimen Malaysia disalah gunakan oleh pihak kerajaan untuk sesuatu tujuan tersirat," katanya lagi.

Beliau bimbang Pota akan disalah gunakan untuk kepentingan politik BN dengan mengenakannya ke atas pemimpin-pemimpin politik pembangkang atau sesiapa sahaja.

"Undang-undang ini telah membuka ruangan untuk tahanan tanpa perbicaraan yang pasti akan membawa ketidak adilan terhadap seseorang yang tertuduh.

"Roh undang-undang zalim ISA telah menjelma semula dalam jasad undang-undang baru yang merupakan satu undang-undang kolot yang menjejaskan hak asasi manusia dan imej negara di arena antarabangsa," katanya. - HARAKAHDILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015





Pota kini dikenali sebagai 'Akta Larut Malam'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tindakan BN meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) di larut malam seolah-olah memaksa rakyat untuk menerimanya tanpa bantahan.

"Selepas ini, rakyat pula bakal dipaksa menerima cadangan pemindaan Akta Hasutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, perkara yang paling dikecam di dalam kedua-dua akta itu ialah peruntukan untuk penahanan tanpa bicara bagi Pota dan penahanan si tertuduh tanpa jaminan, elemen yang menyebabkan rakyat membenci dan menuntut ISA dimansuhkan selama ini.

Menurutnya, dengan keadaan Perdana Menteri dan BN makin goyah ekoran serangan Dr Mahathir, skandal 1MDB, GST dan sebagainya, ini menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan BN memperkenalkan ISA dalam bentuk Pota dan pemindaan Akta Hasutan yang dicadang dalam keadaan yang sebegitu tergesa-gesa.

"Apakah semua ini untuk kerajaan BN mengekalkan kuasa kerana menyedari ia sudah kehilangan populariti di kalangan rakyat?" tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sebelum ini, ujar beliau Akta Hasutan telah digunakan sewenang-wenangnya terhadap ahli pembangkang dan media.

"Dengan pindaan yang melibatkan peruntukan untuk tiada jaminan kepada mereka yang dituduh di bawah ini, apakah kerajaan mahu mengebumikan kebebasan bersuara dan media secara tidak langsung?" ujarnya lagi.

Tambah beliau, tiada jaminan bahawa perkara itu tidak akan berterusan dan Pota disalahgunakan untuk tujuan politik.

Kata beliau, kerajaan memberikan alasan bahawa Pota dan Akta Hasutan digunakan melawan keganasan, tapi yang dibimbangi rakyat ialah kehadiran dua akta itu menjadi alasan untuk kerajaan bertindak ganas apabila terdesak.

"Oleh itu, rakyat perlu menolak kerajaan BN. PAS dan Pakatan Rakyat akan memansuhkan Pota dan Akta Hasutan jika diberi kepercayaan untuk memerintah di PRU14," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015

Pota: Jaminan menteri tidak boleh dipakai

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Sesuatu akta yang dibentangkan di Parlimen perlu dilihat secara hitam putih kuasa mereka yang tercatat di dalam akta tersebut, demikian tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya, kuasa inilah sama ada kuasa menteri, hakim, pengarah penjara atau polis yang akan menentukan sesuatu akta termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Beliau berkata, jaminan menteri, tidak boleh dipakai dalam sesuatu akta, misalnya kerajaan memperkenalkan ISA  pada tahun 1961 untuk digunakan kepada komunis akhirnya ia disalahgunakan.

"PAS menyokong akta ISA itu dalam parlimen kerana Menteri berjanji dalam parlimen, bahawa akta itu hanya akan digunakan kepada komunis yang mengangkat senjata, tidak akan disalahgunakan.

"Jaminan itu, diberikan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Tetapi, apabila akta itu diluluskan, hitam putih tidak menyebut komunis atau pasukan bersenjata.

Jelasnya, hanya kuasa menteri sahaja boleh digunakan untuk mentafsirkan siapa yang membahayakan keselamatan negara.

"Dan akta itu, disalahgunakan ditangkap siapa saja termasuk pemimpin politik, pemimpin kesatuan sekerja dan para pelajar.

"Penunjuk perasaan menuntut kenaikan harga padi di Kedah, penunjuk perasaan kenaikan harga getah di Baling dan berbagai-bagai lagi disalahgunakan akta itu, sewenang-wenangnya," katanya kepada Harakahdaily.

Pota pun begitu juga, katanya, walaupun Timbalan Menteri berjanji tidak akan disalahgunakan, janji itu tidak tercatit di dalam akta.

Oleh itu, katanya akta Pota ini tetap zalim dan perlu ditentang oleh semua pembuat undang-undang di Parlimen dan juga rakyat.

Rang undang-undang Pota diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada kira-kira jam 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan hampir 14 jam.

Terdahulu, undian belah bahagian yang terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju meluluskan dan 60 tidak bersetuju. – HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015





Suhakam bimbang Pota disalahguna

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Kesal dengan pelulusan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) yang diluluskan oleh Parlimen semalam meskipun terdapat keraguan di dalam beberapa peruntukannya; dan telah dirumuskan tanpa berunding dengan Suruhanjaya, demikian ujar Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Tan Sri Hasmy Agam, dalam kenyataan medianya.

Suhakam juga berpendapat bahawa terdapat banyak peruntukan dalam Pota yang bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, walaupun Malaysia memegang jawatan-jawatan berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa, di mana terdapat jangkaan dalam peningkatan piawaian hak asasi manusia.

Yang berikut kenyataan penuh Suhakam:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada permulaan berhasrat untuk menjelaskan bahawa hak asasi manusia, yang bersifat universal, tidak menentang keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, Suruhanjaya telah melafazkan dalam kenyataannya pada 28 November 2014, sokongannya terhadap pihak Kerajaan dalam usaha untuk memerangi ancaman keganasan dan ekstremisme yang semakin meningkat di Malaysia. Suruhanjaya telah menjelaskan bahawa mana-mana perundangan yang dicadangkan untuk memerangi keganasan haruslah bertujuan untuk mencegah tindakan radikal, mengukuhkan langkah-langkah pencegahan keganasan dan penyiasatan yang sedia ada, dan untuk menyediakan kawalan terhadap segala bentuk gangguan aktiviti pengganas.

Suruhanjaya juga menjelaskan bahawa undang-undang tersebut hendaklah betul dari segi kandungan, jelas, sah dan seimbang. Meskipun pihak Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa hak-hak rakyat dari segi perlembagaan dilindungi dengan mengambil langkah-langkah positif untuk menangani ancaman keganasan dan ekstremisme, Suruhanjaya sekali lagi menegaskan bahawa langkah-langkah tersebut tidak boleh mengancam hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, serta menjejaskan prinsip-prinsip demokrasi.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya kesal apabila Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) diluluskan oleh Parlimen pada hari ini meskipun terdapat keraguan di dalam beberapa peruntukannya; dan telah dirumuskan tanpa berunding dengan Suruhanjaya, yang mana di bawah Aktanya telah dimandatkan, antara lain “untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tata cara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil” yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Suruhanjaya percaya bahawa terdapat banyak peruntukan dalam Pota yang bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, walaupun Malaysia memegang jawatan-jawatan berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa, di mana terdapat jangkaan dalam peningkatan piawaian hak asasi manusia.

Walaupun Suruhanjaya memperakui jaminan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bahawa undang-undang tersebut tidak akan disalah guna atau digunakan untuk melenyapkan perbezaan pendapat politik, Suruhanjaya bagaimanapun bimbang dengan keabsahan dan implikasi hak asasi manusia dalam berberapa peruntukan di dalam Akta tersebut. Melihatkan kepada keseriusan langkah-langkah Pota dan keperluan pemerhatian yang sewajarnya, Suruhanjaya seterusnya akan mengemukakan laporan penuh kepada Kerajaan, selaras dengan mandatnya.

Walau bagaimanapun, melihatkan kebimbangan ini dan memandangkan beberapa peruntukan tertentu dalam Akta tersebut terlalu luas tanpa perlindungan yang memadai daripada penyalahgunaan kuasa, termasuk kekurangan pengawasan dan peruntukan yang tidak memuaskan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti, Suruhanjaya ingin mengutarakan perkara berikut:

(a) Suruhanjaya beranggapan bahawa kekurangan pewakilan undang-undang terhadap orang yang dituduh semasa Inkuiri (seksyen 10(6)) dan juga peruntukan untuk penahanan tanpa jangkamasa dan tanpa perbicaraan sebagai perkara yang serius dan mencabul hak terhadap perbicaraan yang adil berdasarkan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 10 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Suruhanjaya menegaskan bahawa hak kepada perbicaraan yang adil adalah mutlak dan tidak terhad. Tambahan pula, penahanan secara sewenang-wenangnya merupakan satu ancaman yang serius
kepada kebebasan dan untuk menikmati semua hak-hak asasi yang lain.

(b) Suruhanjaya kesal ketiadaan peluang hak untuk semakan kehakiman, kecuali bagi semakan perkara-perkara prosedur, yang mana merupakan satu penghinaan kepada hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan hak untuk mendapatkan keabsahan mengenai penahanan seseorang ditentukan oleh Mahkamah yang bebas dan berwibawa. Suruhanjaya juga bimbang dengan ketiadaan prosedur perlindungan yang diperlukan untuk mengelakkan penahanan yang menyalahi undang-undang, dan seterusnya berpendapat bahawa ini melanggar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Dengan mengambilkira perkara diatas, Suruhanjaya sekali lagi menyeru pihak Kerajaan untuk komited dalam mendukung tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsanya dan menggesa semakan ke atas Akta tersebut, dengan perundingan yang penuh dan bermakna dengan semua pihak yang berkepentingan, termasuk Suruhanjaya. Suruhanjaya berharap agar perundingan tersebut dapat memberi ruang untuk pertukaran dan mengemukakan pandangan dengan matlamat utama untuk menyelaraskan peruntukan dalam Akta tersebut dengan model undang-undang jenayah yang berorientasikan hak asasi manusia, untuk memastikan layanan yang adil dan berkadar bagi mana-mana orang yang dituduh.

Suruhanjaya sentiasa dan konsisten dalam menyeru agar perlindungan hak asasi manusia dan keselamatan awam haruslah menjadi pelengkap. Oleh itu, Pota perlu mematuhi tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsa Malaysia.

Suruhanjaya oleh itu mengesyorkan agar pihak berkuasa membangunkan rangka kerja yang berkesan dan praktikal bagi penahanan, soal siasat dan perbicaraan bagi orang yang disyaki pengganas, yang dapat membantu pihak berkuasa untuk memanfaatkan agensi-agensi perisikan untuk melumpuhkan aktiviti orang yang disyaki pengganas.

Dalam apa jua keadaan, Suruhanjaya menyeru pihak Kerajaan memastikan bahawa kesemua peruntukan di dalam Akta tersebut adalah selaras dengan Artikel 7, 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan peruntukan Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICCPR). – HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015

PM, Menteri Dalam Menteri perlu jawab jika Pota zalim

SYED IBRAHIM SYED NOH | .


Saya amat kecewa dan terkejut apabila bangun pada pagi 7 April 2015 dan mendapati bahawa Akta Pencegahan Keganasan atau Prevention of Terrorisme Act (POTA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan dan diundi.

Walaupun saya sudah menjangka Rang Undang-undang tersebut bakal diluluskan dengan ‘rubber stamp’ oleh Ahli Dewan Rakyat daripada BN namun saya berharap ia tidak akan diluluskan begitu cepat dan tanpa pindaan walaupun telah ditentang bermati-matian oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ini bermakna igauan ngeri Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA - Internal Security Act) yang telah dimansuhkan pada 2012 datang kembali!

Ya, bukan setakat mimpi tetapi igauan buruk kerana selama berpuluh-puluh tahun sejak 1960 ISA digubal, pelbagai penganiayaan, penyeksaan, salah guna kuasa, pencabulan kemanusiaan dan keadilan telah berlaku.

Ini telah dicatatkan sebagai fakta dalam surat akuan bersumpah (afidavit), memorandum kepada Suhakam, memorandum kepada kerajaan dan pembangkang, memorandum kepada Menteri, memorandum kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mufti-mufti, laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kes saman oleh bekas tahanan dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh bekas tahanan.

Apakah segala usaha demikian perlu dikembalikan untuk memansuhkan POTA pula? Apakah rakyat terpaksa bangkit semula berjuang untuk memansuhkan POTA?

Semasa memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), saya melihat sendiri penderitaan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh tahanan dan ahli keluarga.

Mereka terpinga-pinga apabila suami atau ayah mereka ditahan tanpa sebab melainkan dikatakan telah mengancam keselamatan negara. Mereka tambah hiba apabila tidak diberitahu di mana suami atau ayah mereka ditahan. Dan hancur harapan mereka apabila mendengarkan suami atau ayah mereka ditahan selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan 2 tahun secara berterusan tanpa boleh membela diri atau menyemak keputusan Menteri.

Ungkapan seperti “tak perlu takut pada POTA kalau tak buat salah” oleh Menteri amatlah dangkal dan tidak berprinsip. Ia serupalah juga seperti berkata kita tak perlu takut pada PEROMPAK yang pegang pistol ke arah kita kalau kita tidak bersalah!

Pada masa yang sama, untuk mewajarkan sokongan kepada POTA kerana ia demi kepentingan rakyat dan negara adalah rumusan mudah yang tidak berpegang kepada fakta, sejarah dan pengajaran lampau.

ISA dahulu juga dikatakan wujud untuk melindungi rakyat dan negara daripada ancaman keselamatan tetapi sejarah telah membuktikan ramai ahli politik, aktivis dan rakyat biasa ditahan, diseksa, disoal siasat tanpa apa-apa kaitan dengan keselamatan negara, sebaliknya kerana motif politik.

Benar, POTA tidak akan dikenakan kepada ahli politik kerana kepercayaan atau ideologi politik mereka tetapi pokoknya pelanggaran keadilan dan hak asasi manusia tidak boleh berlaku kepada sesiapa, tidak kira sama ada ahli politik, kakitangan kerajaan, pihak keselamatan, peniaga, penoreh, petani, cikgu, mahasiswa atau rakyat biasa!

Definisi keselamatan negara dalam ISA terlalu kabur seperti mana juga definisi ‘terlibat’ dan ‘menyokong’ dalam POTA. Apakah usaha-usaha membantu kebajikan keluarga tahanan POTA akan dianggap sebagai ‘menyokong’?

Jaminan Menteri Dalam Negeri bahawa POTA akan melindungi hak asasi manusia tahanan dan bukan menggantikan ISA bagi saya merupakan satu jaminan yang terhormat tetapi sangat bercanggah dan mustahil ditunaikan.

Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dilindungi apabila seseorang itu tiada hak perbicaraan atau pembelaan di bawah POTA? Bukankah itu bercanggah dengan hak asasi manusia?

Hati-hati dalam membuat jaminan terutama apabila kita bergantung kepada kumpulan lain yang mungkin ada kefahaman lain atau tidak memahami erti hak asasi manusia.

Perkara paling asas dalam hak asasi manusia dan keadilan ialah hak untuk tidak didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau innocent until proven guilty. Dengan POTA, anda didapati bersalah tanpa penghakiman mahkamah dan ditahan selama 59 hari serta boleh dilanjutkan tahanan selama dua tahun dengan arahan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, bukan sebuah mahkamah tetapi sebuah lembaga yang dipilih oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, keputusan Lembaga Pencegahan Keganasan tersebut tidak boleh dicabar oleh mahkamah. Kalau ISA dahulunya, keputusan ditangan Menteri Dalam Negeri tetapi sekarang keputusan di tangan Lembaga. Namanya berbeza tetapi kuasa tetap sama dan tidak boleh dicabar.

Tambah buruk, peruntukan undang-undang habeas corpus juga tidak dibenarkan di bawah POTA iaitu peruntukan mencabar undang-undang atas dasar teknikal.

Nampaknya POTA tidak menggantikan ISA tetapi POTA lebih kebal daripada ISA!

Justeru saya ingin soal Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, di manakah agenda transformasi politik yang dilaungkan sebelum ini dengan pemansuhan ISA, akta kediaman terhad dan Ordinan Darurat apabila POTA 2015 digubal dan Prevention of Crime Act (POCA) dipinda dan diketatkan?

Bukankah kita sudah ada SOSMA (yang juga bermasalah) dan Kanun Keseksaan lain yang boleh menangani jenayah keganasan?

Saya memahami soal keselamatan dan keganasan memerlukan pencegahan tetapi ciri-ciri dan prinsip utama seperti keadilan, kebebasan dan keehsanan tidak boleh digadaikan.

ISA bercanggah dengan semua ciri dan prinsip ini termasuk tuntutan agama dan ketamadunan. Begitu juga POTA. Berkali-kali dan bertahun-tahun GMI dan rakyat menegaskan perkara ini sehinggalah ISA dimansuhkan.

Cuma apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. POTA diluluskan oleh Parlimen yang diwakili oleh majoritinya wakil rakyat BN pada 7 April 2015.

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan seluruh wakil rakyat BN wajib bertanggungjawab jika berlaku kezaliman, ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia, salah guna kuasa dan pelanggaran hak kemanusiaan dengan wujudnya POTA, POCA, SOSMA dan Akta Hasutan (dengan pindaan yang bakal diluluskan). - HARAKAHDAILY 7/4/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PKR yang juga mantan Pengerusi GMI.

Sumber HD - 7-4-2015

Lulus POTA seperti kembalikan ISA








.


KUALA LUMPUR: Kelulusan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) seolah-olah mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, dengan pelaksanaan Pota semua pihak akan terdedah kepada pelaksanaannya terutama ahli-ahli parlimen pembangkang.

"Sehingga sekarang istilah pengganas itu tidak dapat dihuraikan dengan jelas dan ini membuatkan semua pihak terdedah kepada akta tersebut.

"Kita melihat dengan kelulusan secara tergesa-gesa ini seolah-olah ingin menjadikan negara ini sebagai negara polis dan melihat kerajaan mempunyai perancangan terhadap pembangkang," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berbahas menentang pelaksanaan ruu tersebut.

"Kita berhujah sejak semalam sehingga awal pagi tadi dalam menentang pelaksanaannya.

"Kita bukan menyokong keganasan tetapi membolehkan tahanan ditahan sehingga 21 hari ini tidak wajar kerana kita mencadangkan penahanan tidak melebihi 14 hari," kata beliau lagi.

Beliau turut menegaskan, jika kerajaan ingin meneruskan juga Pota, beberapa pindaan perlu dilakukan termasuk kelemahan di dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

"Kita telah ada Sosma dan pelaksanaannya belum lagi sepenuhnya, pendakwaan yang akan ada hanya satu sahaja.

"Kerajaan tidak pernah tunjuk bukti apa kelemahan dalam Sosma, tunjukkan bukti baru ada bukti kenapa perlu diwujudkan akta yang baru.

"Jika ingin melaksanakan juga perlu ada perubahan sebagai contohnya tahanan reman hanya dilakukan oleh hakim dan bukan majistret, selain itu wujud mahkamah khas untuk kes-kes tersebut," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai keputusan kerajaan yang akan membentangkan Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 yang dilihat terlalu kejam kerana mereka yang ditahan tidak boleh dijamin.

"Yang ditahan belum dipastikan bersalah, mereka sepatutnya boleh dijamin, kenapa kerajaan mahu menafikan hak jaminan dengan melaksanakan akta ini.

"Bagi saya ia tidak adil untuk mereka yang ditahan dan belum ditentukan bersalah, apa-apa pun kelulusan ini hanya bermotifkan politik dan tertumpu kepada pimpinan Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

Pota telah diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi tadi melalui undian belah bahagian yang memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju selepas ia dibahaskan lebih 12 jam.

Manakala Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 akan dibentangkan petang ini bagi bacaan kali pertama. - HARAKAHDAILY 7/4/2015

Sumber HD -7-4-2015

Akta anti-keganasan baharu ‘jelmaan semula ISA’, kata Pakatan

Posted on Monday, March 30 @ 15:50:45 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015, yang dibentangkan di Parlimen hari ini umpama "jelmaan" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan jaminan yang diberikan terhadap pemimpin politik tidak bermakna, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Putrajaya hari ini membentangkan dua rang undang-undang baharu, termasuk Pota dan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, serta lima pindaan terhadap akta sedia ada bagi mengekang kegiatan dan ancaman pengganas di dalam negara.


"Semasa ISA dahulu, sewaktu zaman Tun Abdul Razak, beliau beri jaminan ISA tidak digunakan kepada orang politik, tetapi adakah ianya memberi apa-apa makna?" soal Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar, kanan) ketika ditemui The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

"Sejak dahulu, ketika ISA diluluskan, jaminan yang diberikan tidak akan berlaku salah guna kuasa terhadap orang politik diberikan oleh perdana menteri, bukan menteri biasa," katanya.

Pemimpin PAS itu berkata, meskipun terdapat peruntukan khas berhubung jaminan kepada orang politik, pendakwaan terpilih tetap akan berlaku.

"Jaminan untuk ahli politik tiada, sekarang sudah ada Akta Hasutan tapi hanya digunakan untuk pembangkang sahaja.

"Sebenarnya bukan undang-undang sekarang tidak cukup, tetapi salah guna dan digunakan secara terpilih," katanya.

"Jaminan seperti ini sudah banyak kali diberikan dahulu, ISA lagi lama, bukan sekali salah guna, puluh ratus kali salah guna."

Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen (gambar, kiri) berkata, akta baharu itu tiada sebarang perbezaan daripada ISA dan bakal menjadi ancaman terhadap kebebasan hak asasi manusia.

"Selepas semakan, saya mendapati tiada beza antara ISA dan Pota, ini ancaman kebebasan hak asasi.

"Seperti 'like old wine in new bottle'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau turut berkata, pasukan guaman yang terdiri pemimpin PR akan menjalankan semakan terhadap akta berkenaan dan mengadakan sidang media setiap hari.

"Kami akan mengkaji rang undang-undang ini dan pasukan guaman kami akan memberikan sidang media setiap hari," katanya.

Antara kandungan Pota termasuklah sebuah Lembaga Pencegahan Keganasan terdiri daripada antara tiga dan enam ahli dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh mengeluarkan perintah menahan suspek pengganas tidak melebihi tempoh dua tahun jika didapati perlu demi keselamatan negara.

Tempoh penahanan juga boleh diperbaharui tidak melebihi dua tahun.

Sementara pindaan yang dibawa oleh Akta Pencegahan Jenayah 1959 turut menyatakan: "Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 4 semata-mmata kerana kepercayaan politik atau aktiviti politiknya."

Antara akta yang turut dicadangkan dipinda adalah Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.


Kesemua rang undang-undang berkenaan sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, dan bakal dibahaskan pada sidang Parlimen minggu hadapan.

Sumber TKO - 30-3-2015







Sosma: Janji Najib luput 3 tahun 3 bulan 3 hari

OOI HENG | .


Susulan kenyataan mantan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 3 November 2015, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bahawa janji beliau menubuhkan sebuah jawatankuasa menyemak Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 apabila Akta Sosma dikuatkuasakan telahpun luput selama tiga tahun tiga bulan tiga hari.

KPRU telah menyemak penyata rasmi kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan mendapati bahawa pada 3 November 2015, yakni pada hari mantan peguam negara memberikan ucapan dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam bertajuk "Sosma – Serigala dalam badan kambing?" di Kuala Lumpur, jaminan yang dberikan oleh Perdana Menteri semasa beliau membaca kali yang kedua Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, telah luput selama tiga tahun tiga bulan tiga hari.

Pada 16 April 2012, semasa mencadangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua, Perdana Menteri telah memberikan jaminan yang berbunyi seperti berikut:

“Lindung jamin keenam ialah apabila akta ini berkuat kuasa, kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini daripada semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan.”

Perdana Menteri juga menyatakan dalam Majlis Dewan Rakyat pada hari tersebut, bahawa “jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja dari agensi-agensi berkenaan tetapi juga oleh Presiden Majlis Peguam dan Suhakam”.

KPRU mendapati, jaminan yang sama telah diulang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Liew Vui Keong pada 8 Mei 2012.

KPRU juga menyemak status Akta Sosma dan mendapati bahawa Akta Sosma telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2012, diwartakan pada 22 Jun 2012 sebagai Akta 747 dan dikuatkuasa pada 31 Julai 2012. - HARAKAHDAILY 4/11/2015

Penulis ialah Pengarah Eksekutif KPRU.

Sumber HD - 4-11-2015










Permohonan Khairuddin, Matthias dibebas dengan ikat jamin ditolak

Posted on Tuesday, October 27 @ 15:52:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Khairuddin dan Chang, yang diwakili peguam Zainur Zakaria supaya dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan dari Mahkamah Persekutuan berhubung persoalan undang-undang terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Mahkamah tertinggi negara akan mendengar permohonan itu pada 3 Nov ini.

"Mahkamah ini terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA), yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Oleh itu kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin," kata hakim dan menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan semula kes itu.

Terdahulu, Zainur dalam hujahannya berkata beliau diarahkan oleh Khairuddin dan Chang untuk memohon bagi diikat jamin sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada mereka dituduh mengikut Kanun Keseksaan atau SOSMA.

"Tidak mungkin anak guam saya akan melarikan diri kerana pasport mereka telah dirampas oleh mahkamah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan mahkamah terikat dengan Seksyen 13 Akta Sosma dan wajar menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Khairuddin, 53, dan Chang, 65, masing-masing memakai kemeja T biru dan kemeja putih berjalur hitam, yang digari, dilihat berbual-bual dengan anggota keluarga masing-masing.

Khairuddin, juga kelihatan sebak semasa berbual dengan isterinya, pelakon Datin Seri Umie Aida.

Khairuddin, dan Chang, didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi - pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama 


Sumber TKO - 27-10-2015

Kes Khairuddin dan Chang dipindah ke mahkamah tinggi

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, hari ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud ketika kes disebut di hadapannya Isnin.

Terdahulu Masri mengemukakan surat izin pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi kes Khairuddin dan Chang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak membantah permohonan itu, bagaimanapun beliau memohon Mahkamah Tinggi menyebut kes itu hari ini bagi membolehkannya mengemukakan isu jaminan terhadap anak guamnya.

Siti Radzeah memaklumkan tarikh sebutan kes itu akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.

Khairuddin, 53, dan Chang, 65, kedua-duanya memakai kemeja T putih, melemparkan senyuman sambil melambaikan tangan kepada anggota keluarga sejurus memasuki mahkamah.

Isteri Khairuddin, pelakon Datin Seri Umie Aida juga hadir.

Khairuddin dan Chang didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi - pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Pada 19 Okt lepas Mahkamah Tinggi merujuk kes Khairuddin dan Chang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).

Mahkamah tertinggi negara itu akan memutuskan tiga persoalan undang-undang iaitu adakah pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, di luar lingkungan perlembagaan SOSMA?

Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, adakah tertuduh mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin dengan serta-merta?

Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah tidak, haruskah perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen mengambil kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan?

Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Nov ini untuk mendengar perkara itu. - Bernama

Sumber HD - 26-10-2015


Tanda tanya dakwaan atas Khairuddin dan Chang

Posted on Wednesday, October 14 @ 19:02:30 MYT by paktam

Oleh Kadir Jasin

Oleh sebab ada pembesar kontemporari kita sangat bangga dengan asal-usul Jawanya, maka saya mulakan nukilan kali ini dengan mengemukakan tiga “hadangan” bagi orang besar menurut kebijaksanaan orang Jawa.
Pertama, gemrincinging ringgit.
Kedua, gebyaring wentis kuning.

Ketiga, klubuking iwak ono kedung.

Tiga halangan di atas amat tepat dan bermakna dalam konteks apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang di mana wang, kuasa dan wanita memainkan peranan penting.

Oleh kerakusan kuasa, orang yang pada pandangan umum berusaha mencari kebenaran ditangkap, ditahan dan pada 12 Oktober dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara”.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan 53, dan peguam beliau, Matthias Chang Wen Chieh, 65, didakwa melakukan kesalahan itu di 5 lokasi, iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Peranchis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Semalam, 13 Oktober, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan mereka tidak didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mari kita sama-sama fikir, persoal dan pertimbangkan hal berikut:-

1. Apakah usaha mendedahkan kemungkaran dan mencari kebenaran mengenai 1MBD dan penglibatan perdana menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Datuk Seri Najib Razak mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara?

2. Bukankah Khairuddin terlebih dulu membuat aduan terhadap 1MDB dan Najib kepada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)?

Berkenaan PDRM, saya sengaja menyebut nama penuhnya kerana saya ingin tahu sama ada ia masih taat dan setia kepada Raja atau itu hanya pada nama saja.

3. Yang mana lebih berunsur “sabotaj” terhadap sistem perbankan dan kewangan negara – membuat laporan rasmi kepada PDRM, SPRM dan BNM atau menyembunyikan maklumat keluar masuk wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi seseorang dan memberi maklumat palsu kepada BNM?

4. Bagi ramai rakyat jelata, Khairuddin dan Chang adalah syuhada politik (political martyrs).

5. Pendakwaan Khairuddin dan Chang berkemungkinan memperkukuhkan azam agensi penyiasatan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat menyiasat laporan terhadap 1MDB dan Najib. Mungkin lebih banyak akaun bank dan aset, termasuk kediaman, akan dibekukan.

6. Malaysia akan terus menjadi bahan persendaan masyarakat antarabangsa yang seterusnya memburukkan lagi ketidakyakinan terhadap pemerintahan dan ekonomi negara.

7. Agensi nasional dan internasional menampakkan sikap tidak ambil hirau (disdain) dan tidak yakin dengan tindak-tanduk agensi Malaysia. Ini terbukti apabila pihak berkuasa mata wang mereka membekukan akaun berkaitan 1MDB dan Polis Antarabangsa (Interpol) menolak permintaan PDRM agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown. Polis Thailand pula tidak membenarkan Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar menemu bual bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo.

8. Negara seperti Singapura dan Switzerland serta wilayah berautonomi Hong Kong amat tegas mengenai jenayah rasuah dan pembersihan wang haram (money laundering) manakala Amerika Syarikat sangat tegas terhadap pakatan untuk menipu (conspiracy to defraud).

9. Tindakan Apandi merestui tuduhan terhadap Khairuddin dan Chang tetapi pada masa yang sama menolak perakuan pakar (expert recommendation) BNM agar mendakwa 1MDB berkemungkinan memperkukuhkan lagi iltizam pegawai-pegawai SPRM dan BNM serta kakitangan awam lain yang berintegriti untuk tidak tunduk kepada intimidasi.

10. Alhamdulillah, kita mula melihat makin ramai petugas awam kanan seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bersara Datuk Seri Zakaria Jaffar mula  bercakap dan bertindak kerana mereka tidak mahu dituduh bersubahat melakukan kemungkaran. Kita berdoa tiada bala menimpa penjawat awam yang berani seperti Zeti.

11. Di arena politik, Umno sudah berpecah kepada dua puak – puak Najib dan puak Muhyiddin-Shafie. Di peringkat akar umbi pula, kepemimpinan bahagian dan cawangan tidak lagi berani angkat kepala kerana malu diherdik dan dipersendakan ahli sendiri.

12. Barisan Nasional (BN) hanya wujud pada nama. Ramai perwakilan ke Persidangan Agung MCA baru-baru ini secara terbuka menggesa Najib meletakkan jawatan. MIC lumpuh akibat krisis dalaman. Di Sarawak, parti-parti suku kaum yang membentuk BN negeri mula bersuara mengenai autonomi dan menjauhkan diri daripada krisis pemerintahan pusat. Umno Sabah berpecah akibat pemecatan Shafie dan penonjolan musuh politik beliau.

13. Kem Najib serba salah. Mereka mahu menyingkir atau, setidak-tidaknya pun meminggirkan Muhyiddin dan Shafie, tetapi tidak berani kerana mereka tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri. Duri dalam daging sudah bernanah.

14. Secara tersirat, pendakwaan terhadap Khairuddin dan Chang adalah “amaran” sesiapa saja yang membuat laporan rasmi membabitkan 1MDB dan Perdana Menteri berkemungkinan disiasat dan didakwa sebagai pensabotaj.

15. Soalnya, kalau membuat laporan, memberi maklumat dan menyerahkan dokumen kepada PDRM dan SPRM adalah sabotaj, bagaimana pula PDRM dan SPRM hendak mendapatkan kerjasama rakyat jelata dalam usaha mencegah jenayah dan membasmi rasuah?

Natijahnya, di sebalik jargon, slogan dan retorik seperti 1Malaysia, rakyat didahulukan, keterangkuman (inclusivess) dan kesederhanaan (moderate) terselit unsur ancaman yang mendalam dan menyeluruh.

Nota Kaki: Terima kasih kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kerana menjawab surat saya. Harap-harap saudara masih ingat rumah terbuka “power” di kediaman saudara pada 2008 apabila kita - termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Muhyiddin hadir memberi sokongan kepada Najib sebagai bakal perdana menteri. Sejarah sewajarnya menjadi pengajar kita dan kebenaran menjadi landasan perjuangan kita. –kadirjasin.blogspot.my

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tanda-tanya-dakwaan-atas-khairuddin-dan-chang-kadir-jasin#sthash.xOGSYCqo.dpuf

Sumber DD  - 14-10-2015        

Chang, Khairuddin ditahan tindakan terdesak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

"Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen," ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamd dalam kenyataan media bersama Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Ong Tee Keat dan Tan Sri Sanusi Junid hari ini, sebagaimana di bawah.

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. - HARAKAHDAILY 12/10/2015

Sumber HD - 12-10-2015


Khairuddin mahu lawan hingga tangan Najib bergari

Posted on Monday, October 12 @ 14:35:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.

Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.

“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.

Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.  - MK

Sumber TKO - 12-10-2015


Mahkamah tolak mendengar permohonan semakan pertuduhan Khairuddin, Chang


Posted on Monday, October 12 @ 14:31:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Mahkamah Tinggi hari ini menolak untuk mendengar permohonan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk semakan terhadap pertuduhan melakukan cubaan mensabotaj ekonomi yang dikenakan terhadap mereka.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata Hakim Datuk Azman Husin mahu kedua-dua tertuduh memfailkan permohonan rasmi sebelum perkara itu boleh diputuskan.


Haniff berkata mereka akan memfailkan notis usul dan afidavit untuk menyokong permohonan semakan dan sijil perakuan segera mengapa perkara itu perlu didengar tanpa lengah.

"Kita akan buat esok. Harapnya mahkamah akan mendengarnya petang esok atau pada Khamis. Rabu tidak boleh sebab hari cuti umum," katanya kepada pemberita selepas diberitahu mengenai penolakan itu oleh pendaftar mahkamah.

Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh itu berpendapat anak guam mereka tidak sepatutnya dibicarakan di bawah prosedur undang-undang anti keganasan.

Peguam berkata, Seksyen 124L Kanun Keseksaan tidak berada dalam bidang kuasa kesalahan keselamatan, oleh itu ia tidak layak dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Katanya, pertuduhan yang dinamakan Seksyen 124L Kanun Keseksaan tidak disebut dalam Sosma.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh layak diikat jamin.

Khairuddin dan Chang didakwa hari ini di Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan cubaan mensabotaj ekonomi, sistem kewangan dan perbankan Malaysia.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Perancis, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura di antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.

Jika disabitkan bersalah di bawah Kanun Keseksaan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, tetapi prosedur di bawah Sosma akan digunakan, bukan Akta Bukti kerana kes itu dianggap bukan prosiding jenayah biasa.



Sumber TKO - 12-10-2015

Khalid Ismath ditahan semula

Posted on Saturday, October 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol




Khalid Mohd Ismath yang baru dibebaskan daripada reman, ditahan semula malam tadi.



Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, memberitahu Malaysiakini aktivis terbabit dipercayai kini ditahan mengikut Akta Hasutan.



Sebelum itu Arutchelvan dapat menghubungi isteri Khalid.



Khalid sepatutnya dibebaskan malam tadi apabila majistret menolak permohonan polis untuk mendapatkan lanjutan tahanan reman sebanyak dua hari lagi.



Memetik kata-kata isteri Khalid, Arutchelvan berkata apabila tempoh reman itu tamat malam tadi, polis mengekalkan pakaian oren yang dipakaikan pada suaminya.



"Justeru, itu menunjukkan kemungkinan polis tidak akan membebaskan Khalid," katanya.

Khalid ditahan di Johor Bahru pada Rabu mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia atas dakwaan membuat kenyataan mengenai penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.  - mk

Sumber TKO - 10-10-2015


Peguam Khairuddin Pula Ditahan Di Bawah Sosma
Posted on Thursday, October 08 @ 18:56:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Matthias Chang, peguam kepada bekas Naib Pengerusi Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan, ditahan sejurus selepas berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi pada Khamis.

Difahamkan Chang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Peguam Chang, Fahmi Moin, berkata anak guamnya ditahan selepas beliau melawat Khairuddin pada pukul 2 petang Khamis.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 124 (K) dan 124 (L) Kanun Keseksaan. Dia kini ditahan selama 24 jam di bawah Sosma.

"Selepas itu, ia bergantung kepada pihak polis sama ada mahu melepaskan atau menahannya lagi sehingga 28 hari, '' kata Fahmi.

Seksyen 124 digunakan atas kesalahan yang dianggap menjejaskan demokrasi berparlimen.

Penangkapan Chang dibuat selepas penahanan Khairuddin, juga di bawah Sosma selepas beliau membuat beberapa laporan di luar negara, termasuk Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB pada 12 Disember tahun lalu berikutan laporan dalam media tempatan dan antarabangsa menunjukkan kelemahan dalam pengurusan syarikat itu. - Mstar


Sumber TKO - 8-10-2015 


M’sia tak boleh benarkan Akta Pemberi Maklumat jadi sandiwara

Posted on Tuesday, October 06 @ 14:36:41 MYT by paktam

Oleh Christopher Fernandez

Udara dan persekitaran terasa menekan dan putus harap yang tergantung seperti langit mendung menyuramkan negara ini ketika lebih ramai rakyat Malaysia bertambah risau dan bimbang tentang negara yang menjadi sehina anjing dan mereka yang mahukan perubahan berlaku pula lagaknya seperti anjing menyalak bukit.

Cuba suarakan atau dengan sopan menawarkan pendapat berbeza di negara ini dan lihat bagaimana kerajaan BN mengendalikannya sehingga sampai ke tahap menjadikan Akta Pemberi Maklumat 2010 tidak lebih sekadar sandiwara.

Wujud kisah di masa lepas di mana mereka yang mendedahkan rasuah dan salah laku yang berlaku- tidak menerima perlindungan kerana cukup berani untuk tampil ke hadapan dan memberikan maklumat- akhirnya mereka pula menerima hukuman.

Inilah kes Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan untuk siasatan kerana memberikan dokumen kepada pejabat peguam negara Switzerland di atas kekecohan hutang RM42 bilion 1MDB.


Khairuddin ialah seorang pemberi maklumat yang menemui sesuatu yang mencurigakan. 

Tetapi berbanding pergi kepada polis Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dia membawa kisah yang diketahuinya kepada pihak berkuasa Swiss walaupun mengetahui yang dia akan ditangkap kerana bertindak mencabar kedaulatan negara ini.

Tetapi mengapakah dia sangat terdesak untuk mendapatkan sebuah badan berkuasa bebas bagi menyiasat perkara itu? Adakah dia tidak mempercayai polis tempatan kita atau SKMM atau badan penghakiman Malaysia bagi menjalankan siasatan secara adil dan berkecuali tanpa mengira kedudukan orang dalam negara yang perlu disiasat?

Hakikatnya semakin jelas yang semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang keyakinan kepada institusi kerajaan yang sepatutnya menjunjung undang-undang dan keadilan di negara ini. Khairuddin, walaupun mengetahui risiko yang dihadapinya, memutuskan yang satu-satunya cara untuk keadilan ditegakkan ialah pergi mendapatkan bantuan pihak berkuasa Swiss.

Kerana itulah Khairuddin kini sedang merengkok dalam penjara selaku pemberi maklumat selama 28 hari menunggu siasatan di bawah akta keselamatan yang baru- Akta Pencegahan Keselamatan (Tindakan Khas) 2012 atau Sosma.

Sosma, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, menafikan hak untuk keperluan mendapatkan reman tangkap dari seorang hakim.

Sosma membolehkan penangkapan dan penahanan mana-mana orang hanya berdasarkan syak wasangka pegawai polis bahawa mereka terlibat dalam kesalahan yang mengancam keselamatan- yang di definisikan sebagai satu kesalahan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan- yang mana merupakan satu penghalang kepada pemberi maklumat untuk bertindak dan satu lagi undang-undang menekan di negara ini.

Tetapi mengapa menahan Khairuddin kerana memilih kepada siapa dia mahu mendedahkan maklumat yang dia ada, jelas sekali kerana dia tahu bahawa hanya sia-sia untuk mengharapkan pihak berkuasa dalam negara untuk melakukan siasatan dan pertanyaan yang terbuka dan telus.

Kerana inilah institusi perundangan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis kewibawaan yang sangat teruk dan lebih ramai rakyat Malaysia mula menyuarkan ketidakpuasan hati mereka dan membawa salah laku dan rasuah dalam negara kepada masyarakat antarabangsa dalam tindakan terdesak untuk meminta pertolongan menegakkan keadilan di Malaysia.- See more at:http://bm.theantdaily.com

Sumber DD - 6-10-2015


Sosma lebih teruk daripada ISA, boleh penjara seumur hidup, kata Dr Mahathir

Posted on Thursday, October 01 @ 08:07:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma, lebih buruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digantikannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, susulan penahanan pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bekas perdana menteri itu, penyokong kuat ISA yang kini dimansuhkan berkata, Khairuddin boleh ditahan sepanjang hayatnya di bawah Sosma kerana akta itu tidak menjelaskan definisi perkataan "sabotaj".

"Disebabkan penahanan Khairuddin, saya mengkaji hal ini dan mendapati ia lebih teruk daripada ISA. Kerana, jika anda dituduh mensabotaj - dan sabotaj tidak ditakrifkan - anda boleh dipenjarakan seumur hidup," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jadi, Khairuddin sedang menghadapi masalah ini. Apa yang beliau lakukan sudah tentu boleh dipanggil sabotaj kerana definisi yang tidak diberikan.
"Kerajaan boleh membuat definisi mengatakan, jika anda melakukan sesuatu seperti ini, ia adalah sabotaj, dan oleh itu anda harus dipenjarakan seumur hidup."
Dr Mahathir berkata, pengkritik ISA berjaya mendesak supaya akta itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dimansuhkan pada 2011, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi, kata perdana menteri paling lama berkhidmat itu, pemansuhan ISA hanya menyebabkan ia digantikan dengan undang-undang yang lebih teruk lagi.
"Jadi, rakyat sebelum ini tidak suka ISA, di mana anda dapat 2 tahun (penjara) dan kajian semula (kes) dan semua itu. Malah, anda mungkin juga boleh dibebaskan sebelum 2 tahun. (Tetapi) Sekarang, anda berdepan kemungkinan dipenjara sepanjang hayat."
Dr Mahathir berkata, beliau sendiri berkemungkinan besar akan ditahan mengikut Sosma, susulan kenyataan yang dibuatnya kepada media akhir-akhir ini mengenai Najib dan kerajaan.
Beliau mengakui tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan seperti itu berdasarkan faktor umur dan kesihatan, tetapi menambah, "orang nyanyok" pun, atau mereka yang mengalami penyakit demensia, tidak dapat melarikan diri daripada dikenakan undang-undang itu.
"Kalau saya salah, saya terpaksa kena penjara seumur hidup... saya tidak bersedia, saya sudah tua, tidak begitu sihat, tidak dapat berfikir, nyanyok.
"Tetapi, orang nyanyok pun tidak ada alasan untuk mengatakan perkara yang salah," kata Dr Mahathir.
Khairuddin ditahan semula pada Rabu lepas di bawah Sosma bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau cuba mensabotaj kerajaan dengan membuat laporan kepada penyiasat asing berhubung syarikat sarat hutang 1MDB.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu pertama kali ditangkap pada 18 September, dan ditahan semula pada Rabu ketika dibebaskan selepas 6 hari direman.
Sosma ialah undang-undang pencegahan penahanan yang membenarkan tahanan tanpa bicara sehingga 29 hari.
Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu pada Disember tahun lepas, dan kemudiannya dipecat daripada Umno kerana diisytiharkan muflis.

Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom mengenai 1MDB.

Sumber TKO - 1-10-2015


Penahanan semula Khairuddin jejaskan demokrasi berparlimen

Posted on Saturday, September 26 @ 00:50:13 MYT by paktam

Oleh Bersih 2

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan semula Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – setelah dibebaskan daripada tahanan reman – di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan melihatnya sebagai suatu tindakan berniat jahat yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Bersih 2.0 menegaskan, satu ciri paling istimewa demokrasi berparlimen ialah keanjalan dalam menukar ketua kerajaan, iaitu perdana menteri. Perdana menteri tidak mempunyai jaminan kerja dan boleh “dipecat” Parlimen pada bila-bila masa seandainya perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.



Kerana itu, demokrasi berparlimen hanya dapat berfungsi dengan baik apabila rakyat bebas mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri, dan Parlimen pula bebas untuk menentukan sama ada kepercayaan kepada perdana menteri masih wujud atau tidak.


Sesiapa yang cuba menghalang rakyat daripada mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri, dan cuba menafikan hak Parlimen untuk mempertimbangkan semula kebolehpercayaan terhadap perdana menteri sebenarnya merampas kuasa rakyat dan Parlimen dan menjejaskan demokrasi berparlimen.

Penahanan Khariuddin asalnya di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaaan [cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen] dan penahanan semula beliau di bawah Sosma (boleh sampai 29 hari) di bawah Seksyen 124K [sabotaj] and 124L [cubaan untuk melakukan sabotaj] Kanun Keseksaan adalah tindakan berniat jahat.

Bersih 2.0 menegaskan, tiada sebarang undang-undang di Malaysia yang mengharamkan rakyat Malaysia daripada memanfaatkan sistem undang-undang di mana-mana negara lain di dunia. Khairuddin tidak bersalah dan tidak melakukan sabotaj dengan mengemukakan laporan mengenai skandal 1MDB ke sistem perundangan negara lain.

Sabotaj hanya berlaku apabila rakyat seperti Khairuddin dilarang mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri dan Parlimen dihalang membuat keputusan mengenainya.

Bersih 2.0 menyeru pihak berkuasa membebaskan Khairuddin tanpa syarat dan menghentikan semua tindakan yang boleh membawa sabotaj kepada demokrasi berparlimen.

Bersih 2.0 juga mengulangi cabaran yang dibuat Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pada 19 Ogos supaya perdana menteri mengemukakan usul undi percaya di Parlimen. Sekiranya usul itu diluluskan, maka Najib akan mempunyai keabsahan untuk terus berkuasa.

Bersih 2.0 berharap Najib akan cukup berani untuk menghormati demokrasi berparlimen dan bukan menganiayai para pengkritik seperti Khairuddin.

Bersih 2.0 mengulangi iltizamnya dalam mendukung hak rakyat Malaysia untuk membantah secara aman dan rasional. – 

Sumber DD - 26-9-2015




Pengunaan Sosma dan penangkapan kritik 1MDB

Posted on Saturday, September 26 @ 00:44:07 MYT by paktam

Oleh Datuk Ambiga Sreenevasan

Semalam, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Khairuddin ditangkap dipercayai disebabkan oleh laporan yang dibuatnya dengan penyiasat-penyiasat di luar negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)



Beliau ditangkap dan direman dahulu pada 18 September lepas di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Selepas beliau dilepaskan beliau ditangkap semula dibawah Sosma.


Khairuddin kini mengadapi tuduhan di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, dipercayai untuk kesalahan-kesalahan “sabotaj” atau “percubaan untuk sabotaj Negara”

Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) mengambil pendirian yang sama dengan Majlis Peguam dan banyak lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain dan juga semua warga Malaysia yang berfikiran munasabah dalam mengkritik dan mengecam tindakan ini sebagai tindakan yang menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Sosma merupakan satu akta yang bersifat autoritarian dan menindas dan ia kini digunakan pula untuk melindungi perdana menteri (yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat) daripada penelitian.

Dalam perbandingan yang begitu ketara, individu yang mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling pula dipandang ringan dan tidak berdepan dengan tindakan polis.

Ini menyerlahkan lagi penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini yang mempunyai agenda politik.

Sosma bertujuan menangani kesalahan-kesalahan sekuriti yang “memudaratkan keselamatan awam di dalam, atau sekuriti Persekutuan atau mana-mana bahagian Persekutuan”.

Persoalannya ialah, bagaimana tindakan Khairuddin iaitu memfailkan laporan di luar negara berkenaan 1MDB memudaratkan keselamatan awam negara?

Laporan-laporan tersebut mungkin menyebabkan sesetengah pihak berasa tidak selesa tetapi itu tidak boleh menjadi asas bagi satu penangkapan.

Tambahan pula, Khairuddin akan dikecualikan di bawah Seksyen 4(3) Akta Sosma yang menyatakan: “Tiada seorang pun boleh ditangkap atau ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”.

Kepercayaan politik atau aktiviti politik pula didefinisikan di bawah Seksyen 4(12) perenggan (b) dan (c) masing-masing sebagai “pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan” dan “pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan”.

Pada pandangan kami, penangkapan ini adalah tidak sah di sisi undang-undang khususnya di sisi Sosma.

Agensi-agensi penguatkuasaan harus memilih pendirian mereka sama ada peranan mereka adalah untuk melindungi rakyat atau untuk melindungi pemimpin-pemimpin daripada bertanggungjawab untuk tindakan-tindakan mereka sama ada betul atau salah.

Pilihan tersebut sepatutnya jelas tanpa sebarang keraguan. Khairuddin patut dibebaskan dengan segera dan sikap pihak berkuasa yang giat mencabul hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya mestilah dihentikan.

Biar sedikit kewarasan, keadilan dan pendekatan yang menghormati kedaulatan undang-undang kembali diamalkan dengan segera dalam atur cara pentadbiran negara ini.

Insiden ini adalah salah satu daripada tindakan bersiri yang bersifat menindas dan diambil secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang berkuasa untuk melindungi perdana menteri daripada memberi jawapan kepada rakyat. – 25 September, 2015.

* Datuk Ambiga Sreenevasan ialah presiden Hakam


Sumber DD - 26-9-2015


Khairuddin dikenakan tahanan 28 hari penuh bawah Sosma
Posted on Thursday, September 24 @ 20:08:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan dikenakan tahanan 28 hari penuh yang dibenarkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini, tetapi peguamnya akan berusaha untuk mencabar perintah tersebut.

Peguamnya, Mohammad Rafique Rashid Ali berkata perintah itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 4 petang hari ini, dan akan tamat pada masa yang sama pada 21 Oktober
Beliau berkata Khairuddin telah mengarahkan beliau untuk mencabar perintah itu melalui Mahkamah Tinggi dan beliau bercadang untuk berbuat demikian secepat yang mungkin.

Rafique berkata ia adalah arahan pelanggannya bahawa tidak adil untuk menggunakan Sosma terhadapnya atas sebab asas bahawa Sosma telah digubal untuk menangani perbuatan pengganas, sedangkan beliau tidak mempunyai niat untuk menjadi pengganas.

"Dia hanya melaksanakan hak perlembagaannya untuk membuat laporan polis," Rafique ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sosma adalah satu set prosedur khas untuk mengendalikan pelbagai kesalahan keselamatan yang ditetapkan dalam bahagian Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 4 (5) Sosma, seorang pegawai polis yang berpangkat penguasa pangkat atau lebih tinggi boleh melanjutkan penahanan sehingga 28 hari untuk siasatan, selepas tempoh awal selama 24 jam dari masa tangkap.

Laporan dibuat di seluruh dunia

Khairuddin telah membuat laporan dengan pihak berkuasa di seluruh dunia terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan 1MDB, termasuk di Switzerland, Perancis, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong.

Beliau sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tetapi telah dihalang daripada meninggalkan negara pada 18 September dan seterusnya ditangkap beberapa jam kemudiannya.

Beliau telah disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, dan turut ditahan reman selama enam hari sehingga semalam.

Bagaimanapun, selepas dibebaskan semalam,, Khairuddin ditahan semula di bawah Sosma.

Sumber Link

Sumber TKO - 24-9-2015

Akta Pencegahan Keganasan 2015 berkuatkuasa 1 Sept
Posted on Wednesday, September 02 @ 06:46:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 September 2015.

Beliau berkata penguatkuasaan POTA itu selaras dengan pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 November 2014 bertajuk 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Militan Islamic State' di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata susulan daripada itu, kerajaan telah pun membentangkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] di Parlimen pada sesi Mac 2015 lalu, yang boleh digunakan pihak berkuasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya melibatkan diri dalam perbuatan keganasan.

"Akta 769 tersebut telah pun diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei 2015 dan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 September 2015," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata dalam penggubalan akta itu, terdapat satu undang-undang baru yang turut digubal di samping beberapa pindaan selari yang dibuat terhadap empat undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid berkata ia bertujuan untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar mantap dan komprehensif agar anasir-anasir ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Katanya Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770] (SMATA) iaitu undang-undang baru yang membenarkan Ketua Pengarah Imigresen menggantung atau membatalkan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia, yang terlibat dalam organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.

Beliau berkata menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah menuntut penyerahan dokumen perjalanan asing milik seseorang bukan warganegara Malaysia, yang terlibat dengan pengganas di sesuatu negara asing, dan diserahkan kepada polis serta ditahan 14 hari untuk proses siasatan.

Katanya, empat pindaan selari tersebut adalah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK); Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA); dan Akta Penjara (Pindaan) 2015.

"Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA), Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) telah pun dikuatkuasakan pada 15 Jun 2015," katanya.

Beliau berkata Akta Pencegahan Keganasan 2015 ini dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 dan Akta Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 iaitu pada 1 September 2015.
- Bernama

Sumber TKO - 2-9-2015

Jangan guna Akta Hasutan terhadap media

KUALA LUMPUR: Media yang bebas adalah satu tiang untuk negara terus bergerak maju dan demokrasi terus subur, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, tindakan menggunakan Akta Hasutan terhadap media kerana laporan, tepat mahupun kurang tepat laporanya adalah keterlaluan, seolah-olah hanya akta hasutan yang ada, sedangkan pelbagai peraturan digubal bagi mengawal penyalahgunaan media.
"Penggunaan Akta Hasutan ini mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat bagi menentang penyelewengan dan salah urustadbir negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tetapi ingatlah, kata beliau penggunaan Akta Hasutan secara semberono dalam mengekang rakyat akan pasti menambah biaknya kebangkitan dan kemarahan rakyat.

Justeru, ujar beliau PAS menggesa kerajaan untuk berhenti menggunakan Akta Hasutan itu terhadap media dan juga tujuan politik.

Tambahnya, tangkapan berleluasa sebulan ini menunjukkan kerajaan yang ada hari ini tidak boleh diyakini untuk tidak menyalahgunakan undang-undang yang ada demi politik.

"Ini juga menjadi kerisauan rakyat terhadap POTA yang bakal dibentangkan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 31/3/2015


Sumber PP - 31-3-2015

Akta Hasutan tak sah kerana tidak digubal oleh Parlimen

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang yang tidak sah kerana ia tidak digubal oleh Parlimen, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar berhujah Akta Hasutan, undang-undang praMerdeka, asalnya dikenali sebagai Ordinan Hasutan 1948 digubal oleh Majlis Perundangan.

Katanya Akta Hasutan tidak boleh diubah suai untuk diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu Akta itu telah terbatal sebaik sahaja Perlembagaan Persekutuan diwujudkan.

Beliau berkata hanya Parliamen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang mengehadkan kebebasan bersuara kerana ia diberi hak eksklusif oleh Perlembagaan Persekutuan untuk berbuat demikian.

"Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai autoriti undang-undang untuk mengubah suai Ordinan Hasutan. Autoriti Seri Paduka untuk mengubah suai undang-undang mengikut Perkara 162 (4) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami iaitu tidak meliputi undang-undang sedia ada yang mengehadkan kebebasan bersuara," katanya.

Malik mewakili Profesor Madya Undang-Undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom yang mencabar keperlembagaan Akta Hasutan.

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar mendengar perkara itu yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan oleh Mahkamah Tinggi bagi penentuan dua soalan berkaitan perlembagaan.

Azmi, 46, berdepan pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta itu, masing-masing berhubung komennya dalam berita bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told', pada 15 Ogos tahun lepas.

Kedua-dua kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Cara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah Akta Hasutan ialah undang-undang yang sah dan berkuat kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya walaupun Akta Hasutan tidak digubal sebagai undang-undang oleh Parlimen, namun ia perlu ditafsirkan sebagai telah digubal oleh Parlimen.

Beliau berkata dari Hari Merdeka sehingga 27 Jun, 1959, Parlimen masih belum wujud dan dengan itu semua undang-undang yang digubal malah pada Hari Merdeka pada 1957 sehingga 11 Sept 1959 apabila Parlimen pertama kali bersidang, adalah tidak digubal oleh Parlimen.

Tun Abdul Majid berkata Ordinan Hasutan merupakan undang-undang sedia ada dan terus dikuatkuasakan pada dan selepas Hari Merdeka, dengan pengubahsuaian yang difikirkan perlu oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Ordinan Hasutan telah diubah suai beberapa kali untuk menjadikan ketetapannya selaras dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Akta Hasutan 1948 diterima sebagai satu-satunya undang-undang yang betul berkaitan perkara yang menjadi kesalahan bagi hasutan," katanya.

Beliau berkata walaupun tidak digubal secara langsung oleh Parlimen, Akta Hasutan telah menerima kelulusan perlembagaan oleh Parlimen.

Selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Arifin berkata mahkamah menangguhkan keputusan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama

Sumber HD -24-3-2015

Nurul Izzah ditahan di IPD Dang Wangi bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 16 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar baharu sahaja ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

izzah 2

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada mulanya hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.

“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitter memaklumkan penahanannya itu.

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.

Short URLhttp://www.keadilandaily.com/?p=65676

Sumber KD - 18-3-2015

POLIS AKAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP PENGHASUT - TIMBALAN KPN


DATUK SERI NOOR RASHID IBRAHIM - TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA


http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34328-polis-akan-bertindak-tegas-terhadap-penghasut

Sumber HD - 13-3-2015





ZUNAR DITAHAN POLIS, IKUT AKTA HASUTAN


ZUNAR DITAHAN DI HADAPAN RUMAHNYA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33786-zunar-ditahan-polis-ikut-akta-hasutan


Sumber HD - 11-2-2015

Surendran dibenar rujuk dua persoalan undang-undang

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Jumaat membenarkan anggota Parlimen Padang Serai N. Surendran merujuk dua isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi bersabit dengan tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Kedua-dua persoalan itu adalah sama ada Akta Hasutan 1948 adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan/atau Akta itu bercanggah dengan Perkara 10, 8 dan 5 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Ahmad Bache berkata Mahkamah Sessyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan apa-apa persoalan undang-undang berhubung dengan isu perlembagaan.

"Saya sedar bahawa dalam memutuskan sama ada untuk membenarkan permohonan seperti ini, mahkamah yang mulia ini perlu mengambil kira hakikat bahawa mahkamah yang lebih tinggi tidak harus dibebankan atau dibebani dengan rujukan yang tidak perlu terutama apabila isu-isu perlembagaan dianggap telah diselesaikan," katanya.

Hakim juga menangguhkan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi dan mengembalikan kedua-dua persoalan itu ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan.

Surendran, 48, naib presiden PKR, menfailkan permohonan itu pada 15 Okt tahun ini.

Beliau didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkaitan kes liwat kedua ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesalahan itu didakwa dilakukan menerusi YouTube di Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya antara 2 petang dan 4 petang pada 8 Ogos.

Surendran menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabitan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara Surendran diwakili peguam P.Puravalen. - Bernama

Sumber HD - 19-12-2014





Akta Hasutan: Adun PR bawa usul, BN keluar dewan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bersidang hari ini meluluskan usul tergempar menggesa Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul itu dibawa Adun Kampung Tunku, Lau Weng San yang disokong Saari Sungib (Hulu Kelang), Tiew Way Kang (Teratai) dan Ng Suee Lim (Sekinchan).

Katanya, pendirian PM yang membelakangkan janjinya menunjukkan sikap hipokrit atau dalam bahasa Arab, ‘munafik’.

“Respons parti komponen BN yang lain berkenaan pendirian terbaru Perdana Menteri itu sangat menarik, yang mana pemimpin MCA dan MIC berkata keputusan akta terpenting itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk keputusan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak memansuhkan akta itu ketika perhimpunan agung parti itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Saari yang pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan Akta Hasutan berkenaan menindas dan menghalang rakyat bersuara.

Tegasnya, ini adalah perjuangan rakyat menentang kezaliman, perjuangan untuk menjamin kebebasan bersuara.

Sesungguhnya, kata beliau negara ini tidak perlu akta yang kejam sebaliknya wujudkan akta yang mampu mewujudkan suasana harmoni.

Terdahulu, semua Adun Barisan Nasional keluar dewan ketika usul tergempar itu dibangkitkan.

Sumber HD - 3-12-2014





Akta hasutan boleh disalahguna sekat demokrasi

HARAKAHDAILY | .

NATIONAL Oversight and Whistleblowers (NOW) melalui pengarahnya Akmal Nasir mendesak Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia agar menunaikan janji pilihan rayanya yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948.

NOW berpendapat pengekalan akta tersebut sering disalah guna dan dijadikan alat oleh pihak pemerintah untuk menafikan hak demokrasi.

Berikut kenyataan NOW;

National Oversight and Whistleblowers (NOW) kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan Y.A.B. Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang memungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 seperti yang dilaporkan media. Malah, kenyataan beliau bahawa penggunaan Akta tersebut akan diperketatkan dan diperhebatkan bukan sahaja bakal menyekat kebebasan bersuara tetapi juga penyaluran dan penyebaran maklumat terutamanya berkenaan rasuah dan salah guna kuasa.

NOW bersependapat dengan pendirian Badan Peguam Malaysia (The Malaysian BAR) bahawa alasan penguatkuasaan Akta Hasutan demi menjaga keamanan dan keharmonian adalah tidak boleh digunapakai kerana Akta ini sering dijadikan alat untuk mengukuhkan kuasa pemerintah dengan menafikan hak demokrasi melalui penindasan dan kekerasan hukuman.

Tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengkritik atau menyuarakan pendapat atas alasan menghasut boleh disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa untuk menyekat rakyat daripada mempersoalkan isu-isu berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ini akan menakutkan rakyat dan menghalang pemberi maklumat (whistleblowers) daripada tampil kehadapan untuk menyalurkan maklumat demi melindungi kepentingan awam dan kekayaan negara.

NOW juga amat khuatir bahawa Akta ini berkemungkinan akan terus digunakan untuk melindungi individu-individu berkepentingan politik yang disyaki terlibat dengan kes-kes rasuah dan sebagainya. Sedangkan mereka yang berani dedahkan fakta dan bukti penyelewengan kepada orang ramai bakal dihukum atas kesalahan menghasut.

Sejarah membuktikan bahawa pelaksanaan Akta Hasutan 1948 akan mendedahkan pemberi maklumat kepada penyalahgunaan tindakan undang-undang oleh kerajaan dan membantutkan usaha memerangi rasuah. Sebagai contoh, Yang Berhormat Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan telah disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 pada Julai 2014 selepas beliau mendedahkan surat Menteri kepada Bank Rakyat iaitu bukti dokumen utama yang menunjukkan campur tangan Menteri berkenaan dan salah guna kedudukan beliau dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Jika kerajaan benar-benar serius untuk membanteras rasuah dan mewujudkan pentadbiran yang telus dan transparensi, kerajaan perlulah berani memberi ruang kepada rakyat untuk memberi pendapat bagi menilai kemajuan negara dan menyuarakan kritikan yang sewajarnya sekiranya berlaku penyelewengan atau ketirisan.

Oleh yang demikian, kami mendesak Perdana Menteri mempertahankan maruah dan janji beliau untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan beliau 2 tahun lepas. – HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014

Ucapan wakil Umno kebal daripada Akta Hasutan?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Di sebalik Akta Hasutan 1948 dikekalkan, Perhimpunan Agung Umno bergema dengan ucapan perwakilan yang terus menyentuh isu-isu kaum dengan menyerang pihak lain yang dianggap cuba mengancam dan menggugat mereka.

Tanpa menyedari bahawa Dewan Merdeka bukanlah parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang memberikan kekebalan untuk bercakap apa saja, ramai jurucakap dalam perhimpunan itu seakan terlupa hakikat itu, tulis Shahbudin Husin dalam blognya.

Menurutnya, banyak nada rasis, perkauman, serangan dan sentuhan hal-hal sensitif melibatkan kaum lain dapat didengar dalam perhimpunan kali ini.

"Sebagai meraikan kejayaan mengekalkan Akta Hasutan, lebih ramai yang tampil mahu menjadi juara bangsa pada perhimpunan kali ini kerana menganggapnya suatu kejayaan bagi mereka," tulisnya.

Justeru, bagi beliau untuk membuktikan bahawa Akta Hasutan dikekalkan tidak semata-mata untuk kepentingan dirinya atau Umno, sesuatu yang harus Presiden Umno, Datuk Seri Najib buktikan ialah berani mengenakan dakwaan di bawah akta tersebut ke atas mana-mana perwakilan yang berucap pada kali ini yang didapati melampau dari segi menyentuh isu berkaitan kaum, bangsa atau agama lain.

"Jurucakap-jurucakap ini hakikatnya tidak kebal sama-sekali seperti mana wakil-rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bercakap dan berhujah," ujarnya.

Beliau berpandangan, oleh kerana Dewan Merdeka PWTC bukanlah parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang mempunyai kekebalan dan melindungi sesiapa daripada bercakap apa saja, Najib tidak harus 'double standard' kerana akta itu seharusnya dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

Menurutnya lagi, jika ini dapat dilakukan Najib sebaik berakhirnya Perhimpunan Agung Umno, beliau mungkin dapat meraih sedikit kepercayaan daripada rakyat yang selama ini ragu-ragu dengan tujuan dan keikhlasannya mengekalkan Akta Hasutan itu. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Sumber HD - 29-11-2014





Pengekalan Akta Hasutan demi untuk Najib selamatkan diri


Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru.

Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera bangkit meneruskan perjuangan yang kian mencabar ini.

Malah ucapan Muhyiddin turut mendapat pujian banyak pihak yang menyifatkannya sebagai peringatan penuh bertanggungjawab untuk memulih dan mengembalikan kekuatan semula UMNO.

Satu-satu isu yang terus diperkatakan oleh ahli UMNO dan juga orangramai dalam intipati ucapan Najib tahun ini ialah tindakannya mengekalkan Akta Hasutan yang pernah dijanji untuk dihapuskannya sebelum ini. Pujian yang kedengaran juga mengenai ucapan Najib hanyalah mengenai tindakannya mengekalkan Akta Hasutan saja. Tidak terdengar ada pujian lain selain itu.

Walaupun kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat memberi pujian dan sanjungan kepadanya berikutan pengekalan Akta Hasutan itu, tetapi adalah jelas Najib dilabel sebagai pemimpin yang mungkir dengan janjinya sendiri.

Meskipun tidak dinafikan pihak yang berbelah bagi selama ini kembali menyokongnya, tetapi Najib akan terus kehilangan sokongan rakyat biasa yang berpegang kepada janjinya sebelum ini. Kumpulan ini yang kebanyakannya daripada golongan bukan Melayu dan mereka yang tinggal di bandar, dipercayai akan terus menjauhi Najib berikutan tindakan mungkir janjinya itu.

Bahkan mungkin juga mereka tidak mempercayai lagi apa juga janji-janjinya selepas ini.

Dengan ini, Najib sekurang-kurangnya belajar satu perkara iaitu jangan mudah berjanji sesuka hati.

Berjanji sesuka hati sebenarnya bukan saja merbahaya ketika memadu kasih atau sedang dilamun asmara tetapi juga dalam dunia politik. Ketika mengemukakan janji dahulu, Najib jelas terbuai dengan keinginan menjadi pemimpin yang liberal dan terbuka tetapi akhirnya terkulai kerana tekanan daripada dalam UMNO sendiri.

Jika dahulu beliau lebih berhati-hati sebelum melontarkan janji, tentulah keadaan tidak menjadi kalut seperti sekarang ini. Barangkali Najib kena menghayati lagu nyanyian Saloma "Apa Guna Berjanji" sebelum melontarkan janji-janjinya di lain kali.

Tetapi sesuatu yang tidak dapat dinafikan daripada tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan ini setelah berjanji untuk memansuhkannya sejak 2012 lagi ialah semata-mata untuk memastikan masa depannya terus kukuh dalam UMNO.

Oleh kerana rata-rata mereka dalam UMNO mahukan akta itu dikekalkan, ditambah dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang tidak berubah serta penarikan balik sokongan oleh Mahathir Mohamad terhadapnya, jika Najib terus mahu memansuhkannya, ia tentu akan menyebabkan kedudukannya lebih mudah digoyang lagi.

Oleh kerana ingin terus mempertahankan kedudukannya, Najib terpaksa mengalah dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya itu. Lebih-lebih lagi timbalannya, Muhyiddin Yassin turut lantang mahukan akta itu dikekalkan.

Kiranya gelombang penolakan ini tidak sekuat sekarang, sudah barang tentu Najib akan terus berpegang kepada janjinya untuk menghapuskan akta tersebut.

Ini juga tidak dapat ditolak ada kaitan dengan kemungkinan UMNO akan mengadakan pemilihannya pada 2016 iaitu sebelum berlangsungnya PRU14 dan tidak lagi menangguhkannya seperti biasa. Kalau pun pemilihan UMNO diadakan selepas pilihanraya umum, Najib tidak mahu sokongan terhadapnya lebih longgar lagi.

Ketika ini, gambarannya ialah Najib lebih rela kehilangan sokongan rakyat biasa yang menganggapnya sebagai seorang yang mungkir janji terlebih dahulu berbanding kehilangan terus sokongan dalam UMNO dan kumpulan kanan dalam masyarakat.

Mungkin selepas meraih semula sokongan dan kekuatan kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat itu, beliau akan memikir cara lain pula untuk mengambil hati golongan yang kecewa dengan janji palsunya itu.

Tetapi, walaupun sudah membuat keputusan mengekalkan Akta Hasutan, Najib juga bakal terus ditekan lagi selepas ini agar mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.

Dengan kejayaan kumpulan kanan mendesak sehingga Najib mengalah dan terus mengekalkan Aka Hasutan, adalah dipercayai gerakan agar dikembalikan ISA dan Ordinan Darurat akan lebih rancak lagi selepas ini. Mereka tidak akan berhenti setakat Akta Hasutan saja.

Adalah dipercayai selepas ini, demi mempertahankan kedudukannya, Najib akan terus berlembut dengan kumpulan kanan yang berada dalam UMNO dan juga dalam masyarakat. Semuanya demi memastikan kedudukannya dalam UMNO dapat diselamatkan terlebih dahulu. (SH 27/11/2014)

Sumber HD - 28-11-2014

PM tunduk kepada ektrimis Umno kekal Akta Hasutan?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Apakah Perdana Menteri telah tunduk kepada golongan ektrimis dalam Umno yang mahukan Akta Hasutan ini dikekalkan?" tanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Justeru, beliau melahirkan rasa kesal dengan ucapan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan untuk penambahbaikan.

Menurutnya, pada 11 Julai 2012 Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi releven.

"Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi releven pula?" tanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu dalam satu kenyataan.

Katanya, sehubungan itu apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri, MPKN melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah diminta oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memberi input kepada undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.

Tambahnya, pihak Jawatankuasa Undang-Undang dan dasar telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan.

Bahkan, ujarnya yang juga Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara draf tersebut sudahpun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan pihak Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Mujahid lagi, dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, Perdana Menteri dalam ucapannya telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang penjajah itu perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman.

Secara substantif, kata beliau Akta Hasutan mempunyai tahap pembuktian yang rendah dan terdedah kepada salahguna kepada maksud menghasut dan mengancam sedangkan akta baru yang dicadangkan mengetatkan tahap pembuktian dan bagi memelihara pada waktu yang sama kebebasan bersuara.

"PAS dalam muktamarnya yang lalu turut meluluskan usul sebulat suara supaya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan yang lebih baik untuk memelihara kepentingan keharmonian nasional," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Ternyata, kata beliau dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu membuktikan beliau adalah seorang tidak mempunyai pendirian tetap dan telah mungkir janji untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah diikrarkannya sebelum ini. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014





Kekal Akta Hasutan, janji Najib tak boleh percaya

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 dilihat keputusan terdesak bagi menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, desakan dari semua peringkat sayap di dalam Perhimpunan Agung Umno memaksa Najib melanggari janji sendiri sebelum ini.

"Najib telah melanggari slogan janji ditepati, oleh kerana ingin memastikan kedudukannya tidak hilang beliau terpaksa mungkir janji.

"Sebelum ini beliau sendiri mengatakan Akta Hasutan itu akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta yang baru tetapi bila merasakan akan ada desakan mengenai kedudukan, janji terpaksa dicapatikan," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan Najib ini membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap janji-janji yang telah beliau katakan sebelum ini.

"Rakyat tidak akan percaya lagi dengan apa yang Najib janji selepas ini, untuk menjaga kedudukan janji dengan rakyat beliau khianati," sambung beliau.

Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.

Katanya, kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

"Akta Hasutan akan terus dikekalkan. Malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan," tegasnya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menyifatkan keputusan Najib itu dilihat menghina Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang sedang merangka drat Akta Keharmonian Nasional bagi mengantikan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan sepatutnya mendengar terlebih dahulu hasil kajian daripada jawatankuasa tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

"Keputusan secara tergesa-gesa ini menyebabkan berlakunya pembaziran dari segi masa dan wang, kalau betul Najib mengekalkan akta itu beliau juga perlu mengumumkan pembubaran jawatankuasa tersebut," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014





Pertimbang Dewan Rakyat desak mansuh Akta Hasutan

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia boleh mempertimbangkan agar petisyen memohon Dewan Rakyat mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dibacakan.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang membawa petisyen itu berkata alasan Speaker kerana petisyen yang ditandatangani 3,005 orang tidak lengkap adalah tidak adil.

"Perkara ini pun sedang dibincangkan sebab itu kita buat petisyen. Kerajaan boleh ambil berat bahawa rakyat jelata ingin akta ini dimansuhkan," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Malah beliau mengakui petisyen itu dibangkitkan dalam parlimen bukan untuk peribadi tetapi untuk publisiti isu akta tersebut bahawa ia penting untuk mengubah lanskap politik negara.

Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) berkata, Speaker bersikap tidak adil kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid seolah-olah mencari publisiti.

"Bila Speaker bagi gambaran seperti ini, ia tidak adil kepada MP yang ada. Ini adalah tugas kita. Sepatutnya tarik balik serta merta macam ada bias. Tidak adil bagi Khalid.

"Kita tahu ia tidak boleh dibahaskan paling tidak ia boleh dibacakan. Apa salahnya Speaker bagi kelonggaran untuk dibacakan," katanya.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menolak bahawa usul itu dibangkitkan bukan kerana mereka dalam kalangan Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa akta itu.

"Sebaliknya kita tidak mahu anak-anak kita dan generasi akan datang menjadi mangsa seperti kita," katanya di dalam sidang media yang sama.

Terdahulu, Tan Sri Pandikar menolak petisyen yang ditandatangani seramai 3,005 orang membantah Akta Hasutan yang dibawa oleh Khalid dengan alasan petisyen itu tidak lengkap nama dan nombor Mykad serta ia terlepas pandang.

Malah Pandikar turut menegaskan Akta Hasutan yang dibangkitkan itu sedang dalam pertimbangan kerajaan untuk dihapuskan. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014

Petisyen desak mansuh Akta Hasutan kepada Speaker

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Petisyen bagi memohon Dewan Rakyat mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.

Seramai 3,005 telah menandatangani petisyen itu dan ia dijangka akan dibahaskan pada Isnin, 24 November oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Petisyen itu juga mendesak agar menggugurkan semua pendakwaan yang menjadi sasaran termasuk ahli parlimen, peguam, aktivis sosial dan rakyat biasa.

Mereka yang menandatangani petisyen itu akan mengadakan perarakan dari Padang Merbok ke parlimen bagi menyatakan bantahan mereka terhadap akta itu.

Khalid dalam sidang medianya berharap agar dewan memberi kebenaran untuk membahaskan petisyen itu.

Ini kerana katanya, Akta Hasutan adalah undang-undang zalim yang digubal oleh penjajah British untuk menindas rakyat jelata.

Akta itu katanya, mempunyai tafsiran luas dan amat mudah disalahgunakan dan ia boleh dan sedang digunakan untuk memperjenayahkan apa-apa ucapan bersifat demokratik termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin atau parti politik pemerintah.

Katanya, Perdana Menteri telah berjanji untuk mansuhkan akta tersebut pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013, malangnya penggunaan Akta Hasutan semakin berleluasa ketika ini. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014





PM’s promise on Sedition Act 1948: More and more watered down

Steven Sim Chee Keong, MP for Bukit Mertajam | .


In July 2012, Prime Minister Najib Razak made a promise to all Malaysians to abolish the colonial-era Sedition Act 1948.

That was before the 13th General Election in May 2013.

The likes of Perkasa, ISMA, fractions within Umno and most recently, Wanita Umno as represented by its chief, Shahrizat Abdul Jalil, have all opposed the Prime Minister’s plan to abolish the Sedition Act.

Government’s action opposite of PM’s promise

After the election and after Umno had been returned to federal power, the firmness of Najib’s promise seems to be diminishing by the day.

And we can see how Najib is now slowly giving way to right wing extremists who seek to maintain this imperialist legislation which was meant to gag the democratic rights of the people, or in the words of the progressive Umno leader, former deputy minister Saifuddin Abdullah, “to strike fear in people”. (http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/saifuddin-najib-sincere-in-repealing-sedition-act-hindered-by-those-around).

This year alone, 40 people have been investigated, charged and convicted under the Act, including Opposition Leader Anwar Ibrahim, Opposition politicians, academics and one journalist.

In September 2014, the Prime Minister said that there would be four options in regard to the Sedition Act, i.e. 1) amending the Act to accommodate new views, 2) abolishing the Act, 3) abolishing the Act and replacing it with a new National Harmony Act, 4) maintaining the Act and enacting a new National Harmony Act.

Yesterday (Nov 10), in a written reply to my question in Parliament, Minister in the Prime Minister’s Department, Nancy Shukri replying on behalf of Najib, continued to reiterate this watered down version of the Prime Minister’s pre-election promise. The government’s reply, among others, said, “only after the consultation process, the government will decide on the direction in regards to the Sedition Act 1948”.

It is clear here now that the Prime Minister is letting right wing extremists set his government’s agenda despite projecting himself as a moderate leader.

Lousy excuses for maintaining the draconian Act

The Prime Minister and the supporters of this draconian Act have all argued that without the law, there will be no law against hate crime and disruption of public order in this country
It is obviously a bad excuse.

Firstly, even with the Sedition Act, prosecution is random with those targetted being overwhelmingly those who oppose the ruling party, Umno.

Secondly, we have enough laws, including the Penal Code to prosecute against hate crime. For example, sex blogger Alvin and Vivian were charged among others, under s298A of the Penal Code which provides provision against “causing, etc. disharmony, disunity, or feelings of enmity, hatred or ill-will, or prejudicing, etc., the maintenance of harmony or unity, on grounds of religion”. There are other sections in the Penal Code and other laws which legislate against hate and disruption of public order without the need to recourse to the vague and oft-abused Sedition Act.

As such, unless he admits to lying to Malaysians or being cowed by right wing extremists, the Prime Minister must:

- immediately impose a moratorium on the enforcement of the Sedition Act 1948, including those currently being investigated under the Act,

- establish a parliamentary committee to review and consider the proposals of the National Unity Consultative Council in regards to the National Harmony Act,
- abolish Sedition Act 1948 before the end of this parliamentary sitting

I call upon the Prime Minister to show his commitment towards his own words and promise to abolish the Sedition Act 1948.

Sumber HD - 19-11-2014





Peguam, wartawan berarak ke Parlimen bantah Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lebih 500 peguam dengan lengkap berpakaian sut hitam akan berarak menuju ke bangunan parlimen hari ini bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948.


Perarakan yang dinamakan Berarak untuk Keamanan dan Kebebasan itu dianjurkan Badan Peguam Malaysia dengan mendapat sokongan persatuan dan badan peguam dari luar negara.

Mereka mula berkumpul tempat letak kereta Padang Merbok kira-kira jam 9.30 pagi dan akan berarak menuju ke bangunan parlimen yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat itu.

Turut besama mereka termasuk Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang juga pengamal undang-undang yang turun dari Dewan Rakyat untuk menyatakan solidariti kepada perjuangan memansuhkan akta itu.
Mereka turut membawa plakad antaranya bertulis "Mansuh Akta Hasutan", "Senyap tidak akan melindungi anda" dan "Harmoni, hormat menghormati perpaduan".

Selain peguam, turut bersama dalam perarakan itu, kumpulan pengamal media yang tidak mahu akta itu disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.

[Lanjut menyusul]

Sumber HD - 16-10-2014

Akta Hasutan: NGO serah petisyen kepada Najib

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco. -BERNAMA

Sumber HD - 4-10-2014





Serah memo kepada PM agar mansuh Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco. - Bernama

Sumber HD - 3-10-2014

Akta Hasutan: Anak saudara Karpal Singh disiasat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Polis malam tadi menahan anak saudara kepada bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh untuk diambil keterangan di bawah Akta Hasutan,


Dalbinder Singh Gill, 24 disiasat kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kerana mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja dalam laman Facebooknya.

Beliau yang ditahan jam 10.40 malam tadi diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang dan kemudian dibebaskan kira-kira jam 1.30 pagi ini.

"Saya disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan dilepaskan dengan jaminan polis pada 1.30 pagi. Telefon saya (iphone dan ipad) dirampas," tulis beliau di Facebook pagi ini.

Sebelum ini, beberapa individu turut didakwa dibawah Akta Hasutan termasuk ahli politik, ahli akademik dan juga aktivis mahasiswa.-HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014





Mahkamah benar Azmi cabar Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menangguhkan perbicaraan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan, ke 7 November akan datang.

Penangguhan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan pensyarah berkenaan membuat semakan Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi.

Hakim Zainol Rashid Hussain bersetuju wujud isu perlembagaan dalam Seksyen 4 Akta Hasutan yang perlu diputuskan Mahkamah Tinggi.

Azmi pada 17 September lalu memfailkan permohonan menyemak semula Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang menurutnya tidak mengikut Perlembagaan dan mencabuli Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Peguam mewakili Azmi, Gobind Singh Deo, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, ini merupakan kali pertama Mahkamah Tinggi meneliti Akta Hasutan mengikut perlembagaan atas alasan undang-undang itu tidak digubal dalam Parlimen.

"Hakim setuju dengan permohonan kami dan Mahkamah Tinggi akan menentukan sama ada ia mengikut perlembagaan sebelum diputuskan," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Pada 2 September, Azmi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) kerana kenyataannya melalui laporan sebuah portal berita. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014

Ubah: Akta Hasutan jadikan rakyat makin matang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sekatan demi sekatan akan menyebabkan rakyat semakin matang dan menilai kembali kerelevanan kerajaan yang sedia ada di masa hadapan.


"Percayalah bahawa proses ini akan menatijahkan perubahan," ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dalam kenyataan bersama dengan Ketua Dapsy negeri, Arul Kumar a/l Jambunathan dan mantan Ketua AMK negeri, Nazree Yunus, sebagaimana di bawah.

Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang di Malaysia yang digubal bagi mencegah dan menghalang sebarang perbincangan yang boleh dikatakan atau didakwa sebagai tujuan untuk menghasut.

Pada tahun 1948, kerajaan British telah menggubal akta tersebut dan bersempena dengan tahun tersebut nama ‘Akta Hasutan 1948’ diangkat sehingga kini.

Jika diteliti daripada sudut historinya, ia adalah bertujuan untuk mengekang kemaraan komunis pada satu ketika dahulu. Komunis telah tiada, namun ia terus digunapakai berleluasa tanpa kajian terperinci.

Di sini kami mempertikaikan atas alasan apa ia terus diguna. PM wajar nyatakan pendirian segera untuk rakyat membuat penilaian.

Menurut tafsiran dalam Akta 1948, sebarang ucapan dan penerbitan yang mempunyai kecenderungan menghasut adalah boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah.

Mutakhir ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kepada umum bahawa Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukanlah titik akhir dalam menukar Akta Hasutan kepada Rang Undang-Undang Harmoni Nasional, malah sebaliknya Kabinet yang menentukan keputusan akhir.

Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib di akhbar Berita Harian dua tahun lepas, Akta Keharmonian menekankan kepada aspek pemupukan semangat perpaduan dan nilai murni saling menghormati dalam masyarakat Malaysia.

Pada perspektif kerajaan, undang-undang ini besifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Dua tahun telah berlalu namun usaha penggubalan akta baru tetap 'beku' tanpa tindakan. Sehingga kini, Akta Hasutan masih berjalan walaupun pihak kerajaan berhasrat menukar akta hasutan 1948 kepada akta keharmonian pada tahun terdahulu.

Kami terus meragui tentang keseriusan kerajaan dalam hal ini. Adakah ia hanya sekadar 'gimik' politik murahan? Usah bermain dengan sandiwara politik, penjenamaan Akta Hasutan kepada akta keharmonian kaum tidak ubah hanya sekadar kosmetik dan sandiwara politik jika ia hanya diteliti pada nama tetapi bukan pada substansi akta tersebut.

Pada hemat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, hanya kerajaan yang lemah sahaja akan terus menerus menggunakan akta ini.

Jelas di sini, kerajaan memperlihatkan Akta Hasutan masih rasional dan relevan digunapakai sehingga kini. Sebagai rakyat yang merdeka dan bebas, sewajarnya satu akta yang lebih holistik digubal kerana ia bercanggah dengan 'hak kebebasan bersuara' yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara ini.

Kami meyakini, sebuah kerajaan yang stabil dan adil tidak akan tergugat sekiranya dikritik.

Massa memperlihatkan rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju untuk akta tersebut terus digunapakai dan pelbagai usaha dan kempen telah digerakkan secara mandiri serta progresif agar akta ini segera dimansuhkan.

Kesedaran rakyat kian memuncak bila mana belakangan ini ramai aktivis termasuk para akademia dan politikus berani mula disabitkan dengan akta ini malah dikenakan tindakan yang pada hemat kami ia tidak munasabah.

Kami yakin, sekatan demi sekatan ini akan menyebabkan rakyat semakin matang dan menilai kembali kerelevanan kerajaan yang sedia ada di masa hadapan. Percayalah bahawa proses ini akan menatijahkan perubahan. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014





Pencabulan akademik letak universiti terbelakang

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) meratapi pencabulan kebebasan akademik dan pelanggaran kebebasan bersuara yang merupakan satu hak asasi manusia yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

"PMUM menyatakan kebimbangan kami terhadap pencabulan hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara dan juga prinsip keramat kebebasan akademik," kata presidennya, Fahmi Zainol.

Sebelum ini, ujarnya berlaku kepada Prof Redzuan dan Prof Azmi Shahrom, kini tiba pula Prof Madya Aziz Bari.

Tambahnya, PMUM mengutuk pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang bakal dikenakan terhadap Aziz Bari oleh kerana pertuduhan itu melambangkan serangan terhadap kebebasan komuniti akademik, etika asas sebuah negara maju yang demokratik.

Oleh itu, tegasnya demi kebebasan akademik dan kebebasan untuk bersuara untuk semua, termasuklah ahli akademik Malaysia di masa akan datang, juga dapat menjamin sebuah negara yang demokrasi secara menyeluruh, PMUM menuntut dan mendesak kerajaan untuk:

- Memansuhkan dengan segera Akta Hasutan 1948 yang merupakan peninggalan pemerintah kolonial yang zalim kerana berpotensi mengekang kebebasan asasi bersuara secara mutlak.

- Memastikan semua cabang kerajaan mentadbir urus negara dengan lebih baik di masa hadapan dan seterusnya memberikan jaminan kebebasan asasi yang berterusan bagi semua rakyat Malaysia.

- Meningkatkan kehormatan terhadap kebebasan akademik, kerana tanpanya, seluruh universiti-universiti di Malaysia akan kekal terbelakang di peringkat antarabangsa.

"Di peringkat PMUM, kami tidak teragak-agak untuk turun solidariti sekiranya Aziz Bari didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Kami akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah seluruh Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan yang jelas dan terang mencabuli berkenaan hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014

Akta Hasutan, kerajaan hipokrit

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap hipokrit dalam isu membabitkan Akta Hasutan 1948 apabila pelbagai pihak terus berdepan dengan tuduhan akta tersebut.

Setiausaha Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memberitahu, kerajaan tidak pernah serius dalam apa yang mereka janjikan terutama memansuhkan Akta Hasutan

"Seperti biasa apa yang BN katakan adalah janji-janji politik untuk menunjukkan mereka perihatin, seperti kata mansuh Akta Hasutan tetapi masih digunapakai.

"Akta ini akan terus digunakan sehingga pilihan raya akan datang dan BN ketika itu akan menunjukkan mereka sebagai hero dengan janji baru untuk kesediaan kerajaan memansuhkan akta tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, Najib ketika mengumumkan pemansuhan akta tersebut sebagai mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Semua tidak berlaku, kebebasan bersuara terus disekat walaupun dikatakan akan mengantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Ia tidak berlaku pun.

"Malah akta ini turut dilihat mempunyai sikap birokrasi apabila hanya mereka yang menyokong Pakatan Rakyat dikenakan tindakan.

"Sedangkan tiada kedengaran pula tindakan terhadap Perkasa mahupun Isma yang lantang diluar sana.

"Kita mahu kerajaan lebih telus dalam melaksanakan janji. Sebarang tindakan yang diambil ia perlu meliputi semua pihak dan bukan tertumpu kepada satu pihak semata-mata," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akant disoal siasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada Jumaat ini berkenaan dengan ucapan beliau pada Mac 2011 di Gombak. – HARAKAHDAILY 24/9/2014

Sumber HD - 24-9-2014





Sedition investigation into opposition leader politically motivated

Amnesty International | .
The Malaysian authorities’ sedition investigation into opposition leader Anwar Ibrahim is blatantly politically motivated and the latest move in a widespread crackdown on dissent using the colonial-era Sedition Act, Amnesty International said today.

Police in Malaysia this morning announced that they are re-opening a sedition investigation relating to a speech given by Anwar Ibrahim, criticizing the government, made during a political rally in March 2011. He will be questioned by police on Friday 26 September 2014 and is, according to one of his lawyers, likely to be charged under the Sedition Act.

“This case is clearly political and smacks of persecution – the investigation should be dropped immediately. Anwar Ibrahim has been a favourite target of the authorities for more than a decade, and this appears to be the latest attempt to silence and harass a critical voice,” said Rupert Abbott, Amnesty International’s Deputy Asia-Pacific Director.

Over the past months, Malaysian authorities have intensified their use of the Sedition Act, a colonial-era law that criminalizes criticism of the government, to target peaceful dissidents.

Two student activists have been sentenced under the Sedition Act in recent weeks. On 19 September, Adam Adli was sentenced to one year in prison, while Safwan Anang was sentenced to 10 months' imprisonment on 5 September. In February, prominent human rights lawyer Karpal Singh was also found guilty of sedition. He passed away in a road traffic accident pending an appeal against his conviction.

At least 15 individuals – including activists, opposition politicians, journalists, students and academics – are currently facing charges under the Sedition Act and could face fines or imprisonment. Anwar Ibrahim’s lawyer, Padang Serai MP N Surendran, is among those facing charges.

“The Sedition Act is an outdated and repressive piece of legislation that the authorities are using to target anyone who speaks out against those in power. It must be repealed immediately,” said Rupert Abbott.

“There has been a disturbing increase in the use of the Sedition Act over the past few months against individuals who have done nothing but peacefully express their opinions. This crackdown is creating a climate of fear in Malaysia and must end.”

In 2012, Prime Minister Najib Tun Razak publically committed to repealing the draconian law stating that it represented “a bygone era”, but two years later his promise remains unfulfilled.

Additional information

Amnesty International has long expressed concerns about the 1948 Sedition Act. The law criminalizes a wide array of acts, including those “with a tendency to excite disaffection against any Ruler or government” or to “question any matter” protected by Malaysia’s Constitution. Those found guilty can face three years in jail, be fined up to MYR 5,000 (approximately USD 1,570) or both. It does not comply with international human rights law, and violates the right to freedom of expression, which is enshrined in Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR), and also guaranteed in Article 10 of the Constitution.

Sumber HD - 24-9-2014

Cease the Sedition Act onslaught

Christopher Leong President, Malaysian Bar | .


The Malaysian Bar is appalled by the unrelenting misuse of the Sedition Act 1948 and other laws, and investigations and threats of prosecutions thereunder, to stifle speech and expression over the past four weeks. The abuse has continued unabated in the past few days.
We refer to the following incidents:

(1) A preacher, Abu Bakar Baikalani, was reported in the news media on 11 September 2014 as having been arrested and under investigation pursuant to section 4(1) of the Sedition Act 1948 for allegedly insulting the Government and police, by criticising the mass arrest of members of Pasukan Peronda Sukarela (“PPS”);

(2) A lawyer, Edmund Bon, was reported in the news media on 12 September 2014 as being investigated under the Sedition Act 1948 in relation to his alleged comments on the Federal Constitution, by way of legal opinion, in a news report entitled “Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata peguam”;

(3) An opposition politician and lawyer, Hassan Karim, was reported in the news media on 13 September 2014 as being investigated under the Sedition Act 1948 over postings on Twitter with regard to the Selangor Menteri Besar (Chief Minister) crisis. The police had attended at his house and confiscated his laptop and mobile phone;

(4) A director of a Malaysia-based think-tank known as Inter-Research and Studies, Wong Hoi Cheng, was reported in the news media on 15 September 2014 as having been charged in court under section 504 of the Penal Code for allegedly insulting and provoking the Inspector General of Police (“IGP”), by having tweeted a criticism of the mass arrest of members of PPS and comparing the IGP to Henrich Himmler, the leader of the feared “SS” during Adolf Hitler’s World War II rule over Germany. He also faces an alternative charge under section 233(1) of the Communications and Multimedia Act 1998.

These recent events or actions are alarming. The Malaysian Bar is deeply concerned that as we celebrate the 51st anniversary of the formation of Malaysia we are lurching steadily towards an intolerant authoritarian State.

The recent reports of a lawyer, Edmund Bon, being placed under investigation for expressing his legal opinion on matters in the public domain are deplorable. The Malaysian Bar also recalls the recent prosecution of Dr Azmi Sharom, a law lecturer, for offering an opinion on matters connected with the law and the Federal Constitution. It is unjustifiable and unacceptable that people are being placed under investigation or charged for expressing opinions or views with regard to or based on the law and the Federal Constitution.

Lawyers are duty bound by the Legal Profession Act 1976 and the Montreal Declaration of June 1983 to uphold the cause of justice without fear or favour, and without regard to their own interest; and to protect and assist the public in all matters touching, ancillary or incidental to the law.

The United Nations Basic Principles on the Role of Lawyers provides that lawyers shall have the right to freedom of expression, belief and assembly, and shall have “the right to take part in public discussion of matters concerning the law, the administration of justice, and the promotion and protection of human rights”.

The United Nations Basic Principles go on to provide that governments shall ensure that lawyers “are able to perform all of their professional functions without intimidation, hindrance, harassment or improper interference”, as well as “shall not suffer, or be threatened with prosecution or administrative, economic or other sanctions for any action taken in accordance with recognized professional duties, standards and ethics”.

Previous to the recent events, we witnessed various actions being taken by the authorities under the Sedition Act 1948, or section 499 or section 504 of the Penal Code, against students, an academic, members of civil society, journalists, Members of Parliament and Members of the State Assembly. There was additionally the mass arrest of members of the PPS immediately after they completed their participation in the Penang State National Day parade.

These actions by the authorities have given rise to grave concerns that a culture of intimidation, fear and subjugation is being perpetrated and perpetuated by the misuse of the Sedition Act 1948 and other laws such as section 499 and section 504 of the Penal Code.

The Malaysian Bar shares the wishes and hopes of all right-thinking Malaysians for genuine peace, harmony and unity. The Malaysian Bar however questions whether these can simply be legislated into existence, and whether the use of the Sedition Act 1948, and the other laws as described, would serve to achieve these aspirations. In addressing the substantive issues, the people of Malaysia should honestly ask themselves these questions: “Who is it that is behaving in a menacing manner and threatening public disorder? Who is it that is causing disharmony and disunity? Is the Sedition Act 1948 being evenly used?” The answers are plain for all to see, if only one bothers to look.

The Malaysian Bar calls on the authorities to cease their action against all of these people, and to recognise the right to freedom of speech and expression. The authorities must not use an abhorrent piece of colonial-era legislation to protect themselves from fair comment and criticism.

Sumber HD  - 18-9-2014





Hasutan: Dr Azmi mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom hari ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Azmi, 45, memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen menerusi firma guaman Gobind Singh Deo & Co.

Beliau mengemukakan permohonan untuk mendapat perintah agar Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi penentuan keperlembagaan Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu, Azmi juga memohon perintah agar pertuduhan yang dihadapinya digantung dan/atau dibatalkan.

Pada 2 Sept, Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009.

Dia dituduh menyebut perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Okt bagi pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo memberitahu pemberita alasan bagi menyokong permohonan itu adalah berdasarkan Akta Hasutan 1948 tidak digubal oleh Parlimen dan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara.

Gobind berkata Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi penentuan perkara itu yang dibangkitkan mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

"Kami telah memfailkan sijil perakuan segera untuk mempercepat pendengaran permohonan ini.

"Kami berharap Pejabat Peguam Negara menyokong permohonan ini dan akan mempertimbang untuk menggantung semua pendakwaan bagi kes-kes hasutan sehingga perkara ini diputuskan, memandangkan isu ini akan memberi kesan kepada semua kes pendakwaan di bawah seksyen, akta berkenaan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 17-9-2014

Akta Hasutan: Khatib berkhutbah Jumaat pun disiasat

MOHAMED HANIPA MAIDIN | .

AKTA Hasutan sudah lama wujud di negara ini sejak wujudnya penjajah di negara ini. Tetapi mengapakah kali ini bantahan ke atas akta ini begitu lantang didengar sehingga wujudnya satu gerakan bernama "GHAH" bagi menuntut penghapusan akta drakonian ini? Sudah tentu ada sebab tertentu yang mendorong penentangan lantang itu.

Sebabnya terlalu jelas. Akta Hasutan itu kini sedang menggila ibarat lembu liar yang tidak dapat dikawal. Yang lebih malang para pengawal akta yang sedang menggila ini juga adalah orang gila - mereka yang gila kuasa! Undang undang ibarat pisau - manfaat atau mudarat pisau itu bergantung siapa yang pegang dan gunakan pisau itu!

Saya tidak terfikir penggubal akta ini terfikir akta ini akan digunakan kepada seorang profesor undang-undang yang bidangkuasanya memberi pendapat undang-undang. Jika seorang profesor undang-undang didakwa di bawah undang-undang kerana memberikan pendapat tentang undang-undang maka di manakah lagi kita boleh mengharapkan akta ini dan pengawal akta ini masih lagi di garisan kewarasan?

Saya juga tidak fikir penggubal undang-undang ini boleh terfikir tangan undang-undang ini terlalu panjang sehingga seorang khatib yang berkhutbah Jumaat juga akan disiasat di bawah akta ini. Sejak bila pula bidangkuasa polis dilebarkan hingga ke urusan dalam masjid?

Begitu juga jika penjajah yang gubal undang undang ini tidak terfikir untuk menangkap dan mendakwa seorang wartawan nampaknya "anak penjajah" tidak segan silu melakukan apa yang tuan dia tidak lakukan.

Sebab itu kali ini kita melihat penentangan kepada akta ini bukan sahaja datang dari pihak Pakatan Rakyat dan NGO serta individu individu yang kita sudah tahu istiqamah mereka menentang akta ini sejak sekian lama sepertimana istiqamah mereka menentang undang undang drakonian yang lain, malahan kali ini menteri dan mantan menteri Umno juga tidak dapat mengawal lidah mereka selain turut sama menghentam akta ini.

Ketika saya hadir sebagai peguambela kepada Khalid Samad yang juga menjadi mangsa kepada akta ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama peguam LUHAM, Saudara Arif Azami, mendengar pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh, saya berbisik kepada Saudara Arif di manakah unsur hasutan kata kata Khalid Samad itu? Rupanya bukan saya sahaja berkongsi kesangsian itu. Saya diberitahu oleh Khalid Samad pegawai polis yang mengiringi Khalid untuk membayar duit jaminan juga berbisik dengan Khalid "saya tunggu sampai habis kata kata YB yang dikatakan menghasut dalam kertas pertuduhan, di mana yang dikatakan menghasutnya?"

Orang kata undang undang ini juga harus selari dengan "common sense" kerana mana mana undang undang yang tidak selari dengan " common sense" tidak akan dapat bertahan kecuali di negara yang kezaliman adalah satu norma dan keadilan adalah satu pengecualian.

Hanya rejim yang zalim sahaja boleh terus hidup dengan akta yang tak masuk akal kerana di dalam masyarakat yang tidak mampu menggunakan akalnya rejim yang zalim akan tetap dipatuhi dalam apa keadaan sekalipun.

Itulah yang A- Quran ajar kepada kita tentang Firaun. Firaun, kerana percaya kepada ahli nujum, sanggup gubal undang undang membunuh bayi lelaki yang baru lahir kerana percaya bahawa bayi itu akan menjatuhkan rejimnya yang zalim itu. Mengapakah undang undang yang tidak masuk akal itu lama bertahan di bumi Mesir di bawah rejim Firaun? Jawabnya Firaun telah berjaya memperbodohkan kaumnya (fastakhaffa qaumahu) dan malangnya kaumnya terus mentaati Firaun dengan undang undang yang tidak masuk akal dan zalim itu.

Para mufassirin seperti Ibnu Kathir r.a. ketika menafsirkan kata kata "fastakhaffa qaumahu" menafsir dengan makna "istakhaffa 'uqulahum" iaitu Firaun memperbodohkan otak dan pemikiran rakyatnya sehingga mereka tidak boleh lagi berfikir.

Di era langit terbuka, kampung global atau globalisasi kewujudan Akta Hasutan adalah suatu yang tidak masuk akal yang hanya patut wujud di dalam dunia imaginasi sahaja. Bolehlah dikatakan akta ini ibarat dinosour yang kita boleh menyaksikan binatang purba itu apabila wujudnya pengarah seperti Steven Spielbergh yang mewujudkan dinosour dalam filem imaginasi Jurassic Park.

Di zaman sepertimana kata Perdana Menteri "Kerajaan tahu semuanya" sudah berakhir sepatutnya menyaksikan juga berakhirnya Akta Hasutan. Jika era 'Kerajaan tahu semuanya' sudah berakhir, maka sepatutnya ketakutan rakyat untuk berbincang, berdebat dan bercakap perkara perkara yang dahulunya dianggap sensitif dan masuk dalam zon larangan sewajarnya juga sudah berakhir.

Sampai bilakah rakyat Malaysia akan bersikap matang jika setiap kata kata yang diingin ditutur dibatasi oleh sekatan sekatan yang terus menyekat mereka?

Sumber HD -16-9-2014





Akta Hasutan: Idris Jala berani, menteri lain pengecut?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hanya Datuk Seri Idris Jala yang berani menyatakan pandangan membantah penggunaan Akta Hasutan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom.

Sehubungan itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencabar barisan menteri kabinet yang lain untuk mengikut jejak langkah Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimana dengan menteri-menteri yang lain?" tanya Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan semalam.

Soalnya lagi, adakah mereka semua pengecut dan tidak berani bersuara menentang penggunaan Akta Hasutan kepada hampir sesiapa sahaja yang tidak menyebelahi pihak berkuasa.

Idris Jala di laman twitter kelmarin menulis, "kebebasan akademik diperlukan untuk mengejar ilmu pengetahuan. Azmi Sharom tidak sepatutnya didakwa kerana menghasut. Kebebasan Akademik diperlukan dalam menuntut ilmu.

“Malaysia perlu terus mengejar kesederhanaan. Kritikan yang membina (atau) perbezaan pendapat harus dibenarkan selagi ia tidak melakukan kesalahan hingga merosakkan masyarakat kita,” tulis Idiris di akaun twitter @IdrisJala_.

Kata Kit Siang, meskipun melakukan tindakan yang wajar dipuji kerana menentang tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Azmi, namun Idris dilihat tidak mempunyai keyakinan untuk mengakui bahawa kritikan yang membina dan perbezaan pendapat adalah teras kepada perubahan.

Sumber HD - 15-9-2014





Akta Hasutan: Transformasi Najib hanya hikayat dongeng

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Transformasi politik yang diusulkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009 hanya menjadi satu hikayat dongeng semata-mata, apabila para akademik dikekang kebebasan akademik dan kebebasan bersuara.

Ia terbukti apabila ketika Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan para akademik di Majlis Anugerah Akademik Negara 2013, semalam, dalam masa sama seorang pensyarah Universiti Malaya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan, berkata autonomi kesarjanaan para ahli akademik di negara ini tidak seimbang dan mungkin berlaku kongkongan secara halus.

Menurut Nasrudin, peranan ahli akademik di negara ini seharusnya dibugar untuk mencambahkan kematangan rakyat menerusi perspektif ilmiah secara adil, malah kajian-kajian mereka bukan hanya disukat dalam parameter KPI universiti untuk kenaikan pangkat semata-mata dan memenuhi keperluan personal.

"Sebaliknya ia harus menjadi platform yang subur untuk membina ketamadunan negara. Sebagai contoh, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) berkata pada 18 Ogos yang lalu, universiti di negara ini lebih menumpukan kajian akademik untuk kepentingan pengajian berbanding penyelidikan mengenai dasar-dasar ekonomi yang memberi impak kepada negara," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu ketidakseimbangan ini mungkin akan membawa negara atas justifikasi perhitungan politik yang populis berbanding 'policies based research'.

Apatah lagi, tegas beliau jika ahli akademik menyuarakan sesuatu isu yang tidak selari dengan kehendak kerajaan.

"Bersediakah kerajaan untuk membuka peluang lebih luas kepada ahli akademik untuk mengkritik secara konstruktif hal ehwal politik yang berlaku di negara ini?" soal beliau.

Setakat ini, kata Nasrudin seramai tiga orang ahli akademik dikenakan tindakan yang dipercayai berlaku campur tangan politik dalam pentadbiran universiti hingga menjadikan para akademik disibukkan di dalam dunia menara kaca yang terbina di dunianya yang tersendiri.

Pada 2 September lalu, pensyarah UM, Azmi Sharom didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang menghasut berhubung krisis perlembagaan di Perak. - HARAKAHDAILY 10/9/2014

Sumber HD - 10-9-2014





Cenderung menghasut pun sudah bersalah - Hanipa

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan akta lain sememangnya sudah dijangka, biarpun sebelum ini pernah berhasrat untuk memansuhkannya.

Perkara seumpama itu sudah berulang kali berlaku, namun kerajaan tidak pernah mengotakan apa yang dijanjikan, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Hanipa Maidin.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Hanipa berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan akta lapuk itu hanya tinggal janji.

"Nak kata kita kecewa, tidak kecewa sebab kita dah jangka akan berlaku macam ini. BN memang takkan tepati janji, jadi tidak perlu kecewa," kata beliau dalam nada sinis.

Selain mempersoalkan keperluan Akta Hasutan itu, Hanipa berkata sudah ada undang-undang yang boleh digunapakai untuk kes-kes sebegini.

"Buat apa nak buat akta ini? Sekarang ini, bukan sahaja menghasut, perkataan atau ucapan yang ada cenderung menghasut pun sudah didapati bersalah. Belum hasut pun lagi," kata Ahli Parlimen Sepang itu lagi.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pada 11 Julai 2012 agar Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

"Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara, sebelum ini.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Putrajaya berkata akta baru berkaitan kes hasutan itu sedang didraf.

"Sehingga satu undang-undang baru siap, sebarang kes yang timbul perlu ditangani menggunakan undang-undang sedia ada,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru. - HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014