BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, September 28, 2017

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU (JILID 9)






























Misteri Pekerja Nepal Kilang Eastern Steel

KEMAMAN – Walaupun kilang Eastern Steel sudah hampir setahun tidak beroperasi atau mengeluarkan sebarang produk, namun pekerja asing Nepal tetap di bawa masuk.

“Mula-mula empat orang, lepas tu koho bertambah jadi 20 lebih sekarang ini….dengar kata ada 30 orang lagi akan mari.

“Nepal yang di bawa masuk ini akan bekerja sebagai ‘admin’ atau ‘security’,” kata seorang pekerja tempatan yang enggan di kenali.

Seorang pekerja Nepal yang gagal memahami bahasa Melayu pula memberitahu sudah 50 hari masuk untuk bekerja di sini.
\
ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat yang bersama dalam kunjungan ke Kilang Eastern Steel tersebut turut mempersoalkan polisi kerajaan negeri Terengganu mengenai buruh asing.

“Walaupun dia (kerajaan) kata ada polisi, nampaknya mereka sendiri tidak patuh….ambil Nepal, orang kita tiada kerja.

“Pelik sungguh, kilang tidak beroperasi, namun pekerja asing tetap di bawa masuk,” ujarnya.
Haji Hanafiah juga dimaklumkan bahawa masih ada 300 orang pekerja tempatan yang masih bekerja tanpa masalah gaji walaupun kilang sudah setahun tidak mengeluarkan produk atau beroperasi.

Semasa beroperasi dahulu pun seramai 600 pekerja Nepal terlibat dalam bahagian pengeluaran di kilang ini dan tradisi itu masih diteruskan walaupun tidak beroperasi.

Sumber BO - 5-12-2017

ECRL ; Penduduk Marah Projek Tidak Jelas

Kawasan yang dilaporkan sebagai sebuah kem pekerja dan stor pembinaan ECRL di Bukit Berangan, Kuala Nerus sedang rancak dibina, sedangkan pemilik tanah terlibat belum dihubungi kerajaan
KUALA TERENGGANU – Sikap Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak menjelaskan kedudukan sebenar Projek Keretapi Pantai Timur (East Coast Rail Line – ECRL) menimbulkan keresahan dan kemarahan penduduk yang dikatakan terbabit dengannya.

Sepatutnya kerajaan memberikan maklumat yang jelas kepada seluruh pemilik tanah dan rumah yang terlibat dengan jajaran ECRL.

Ketua Penerangan negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak kerajaan hendaklah memberi maklumat yang lengkap dan sebaiknya memanggil penduduk yang terlibat dengan memberi penerangan dan penjelasan tentang suasana projek ini.

“Kami (penduduk) tertanya- tanya tentang projek seumpama ini adakah telah mendapat kelulusan untuk membuat jalan ataupun telah mendapat persetujuan tuan tanah,

“Dan berapa sewa yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap laluan jalan sementara yang dibuat untuk penempatan pekerja-pekerja projek ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di tapak kawasan yang dilaporkan sebagai sebuah ‘kem pekerja’ dan stor barangan projek ECRL di Bukit Payong (Gambar bawah), pada Khamis 30 November.

Menurutnya, penduduk ingin kepastian dengan pihak kerajaan kerana mereka masih terpinga-pinga adakah rumah yang diami kena ataupun tidak dengan projek tersebut. Mereka dimaklumkan sekali kena, sekali tidak kena… sekali masuk dalam kawasan jajaran, sekali tak masuk kawasan jajaran.

“Pihak kerajaan harus memberikan satu kata putus yang jelas tentang maklumat ECRL kepada yang telibat dalam jajaran ini kerana penduduk masih terpinga-pinga apakah ini projek jalan raya ataupun projek apa, masih tidak ada label yang ditulis,

“Dan merancang serta memberi jaminan untuk menyediakan tapak ataupun tanah gantian untuk penduduk supaya mereka tidak berfikir mencari tapak yang baru,

“Alangkah baiknya sekiranya pihak kerajaan juga memberi suatu jaminan kawasan tapak yang sebaik mungkin dan kalau boleh sudah ada rumah di situ. Sebab kebanyakan yang terlibat adalah golongan yang berusia. Mereka juga sukar mencari tanah dan terpaksa menunggu pembinaan rumah siap serta terpaksa berhadapan dengan banyak masalah,”ujar beliau.

Justeru, penduduk boleh melihat inilah kaedah suasana pengurusan yang sedia ada dan saya rasa tidak sewajarnya berlaku dalam kerajaan menganggap dia cekap, cepat, amanah dan mesti memberikan kebaikan kepada masyarakat.

“Kita menegur dengan cara baik dan memberi pandangan untuk menyelesaikan masalah,” tambah beliau

Seorang pesara, Hassan bin Husin berkata, projek ECRL tidak sesuai diteruskan kerana membebankan dan menyusahkan serta tidak memberi faedah kepada rakyat .

“Kita bantah semua sekali tidak bersetuju dan menolok kerajaan Barisan Nasional(BN),

“Negeri kita negeri kecil nak buat ECRL. Kalau tengok negeri yang buat kereta api laju ini macam Afrika , Eropah dan negeri China bolehlah buat beribu-ribu kilometer. Jauh… patut lah mereka buat,

“ Ini 400 kilometer je dan harga projek ialah 55 bilion. Projek yang paling mahal sekali dalam dunia,”ujar kesal.

Menurutnya, kerajaaan tidak memperdulikan rakyat. Diorang nak buat, buat je… sepatutnya kena ada persetujuan tetapi kerajaan tidak ikut.

“Bantah bantah belaka… bawa mari ke sini juga. Penduduk masih tertanya tanya, sedangkan Cina dari Komunis tu mari korek tanah doh wak kerja dah,

“Nampak macam nak jadi… baru ni saya tengok keluar di sinar harian syarikat tersebut mengiklan untuk mendapatkan subkontrak mana mana yang berminat,”tambah Hassan.

Justeru, katanya, marilah bersatu padu, kita canggah rancangan projek ini jangan sesekali buat kerana tidak menguntungkan dan tidak memberi faedah kepada rakyat .

Sumber BO - 4-12-2017

Ahmad Amir Catat Sejarah Darul Taqwa

KUALA NERUS – Ahmad Amir Muzakkir Sazali, 11, dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, di sini, mencatat sejarah apabila diumum sebagai murid terbaik Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) dengan memperoleh keputusan 13A.

Lebih membanggakan lagi, tahun ini juga merupakan kali pertama 13 mata pelajaran diperkenalkan berbanding 12 mata pelajaran sebelum ini, sekaligus menjadikan anak bongsu kepada pasangan Sazali Mohd Noor dan Zaleha Salleh itu turut muncul sebagai pelopor kepada kejayaan berkenaan.

Ahmad Amir Muzakkir yang juga merupakan murid tahfiz memperoleh keputusan 12A dan 1C dalam peperiksaan percubaan sebelum ini mengakui dia belajar seperti orang lain, namun apa yang paling utama adalah fokus ketika berada di dalam kelas.

Menurut ibunya, Ustazah Zaleha, 53, sama seperti ibu bapa yang lain, dia dan suami sentiasa memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam ilmu agama.

“Alhamdulillah, sebagai ibu pastinya saya berbangga dengan pencapaian cemerlang Ahmad Amir Muzakkir ini dan saya juga ingin mengambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua guru yang banyak membantu.


Ustazah Zaleha bersama pelajar cemerlang Ahmad Amir Muzakkir
“Walaupun dia (Ahmad Amir Muzakkir) merupakan anak bongsu dalam keluarga, namun dia seorang yang sangat berdikari dan memilih untuk tinggal di asrama memandangkan dia merupakan murid tahfiz.

“Saya juga berharap agar kejayaan dia tidak terhenti di sini sahaja, tetapi turut mengikut jejak cemerlang adik beradik yang lain,

“yang mana kakak sulungnya dan abangnya yang telah menamatkan pengajian Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM), seorang lagi masih di UM dan manakala yang lain sedang belajar di sekolah menengah,”katanya.

Katanya lagi, amalan membaca al-Quran setiap hari selepas Maghrib yang diterapkan dalam diri anak-anak termasuk Ahmad Amir Muzakkir secara tidak langsung dapat membentuk disiplin diri yang tinggi.

“Saya dan suami tidak mengongkong anak-anak, sebaliknya kami biarkan mereka membesar seperti anak- anak yang lain, waktu bermain kita benarkan mereka bermain, tetapi apabila masuk waktu belajar, kami pastikan mereka belajar bersungguh-sungguh.

“Pendedahan ilmu akademik dan agama yang seimbang juga perlu bagi memastikan mereka mampu menangkis cabaran dalam dunia yang penuh mencabar ini,”katanya yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Guntong.



Ustaz Hazha Rajab, Mudir Darul Taqwa menerima anugerah sekolah terbaik UPSRI seluruh 
negeri Terengganu
Zaleha juga turut berkongsi resipi kejayaan kepada bakal- bakal ibu dengan memastikan seawal usia kehamilan lagi dia mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengikut sunnah, selain sentiasa membaca al-Quran.

Sementara itu, Mudir Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, Ustaz Hazha Rajab berkata, secara keseluruhan seramai 89 calon menduduki peperiksaan UPSRI itu tahun ini.

Madrasah itu juga turut dinobat sebagai madrasah terbaik untuk tahun kedua berturut-turut dengan pencapaian gred puraya 2.36.

“Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan yabg direkodkan madrasah ini dan diharap ia akan terus menjadi pembakar semangat kepada guru-guru dan murid-murid lain untuk berjaya.

“Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa ada kerjasama dan penglibatan semua pihak dan saya ingin ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua,”katanya.

Jelasnya lagi, meskipun terdapat satu tambahan mata pelajaran pada tahun ini, namun rata-rata calon menunjukkan prestasi membanggakan.

Kesemua matapelajar itu terdiri daripada Al-Quran Tajwid, Tafsir Hadis, Bahasa Arab, Tauhid, Fekah, Sirah, Akhlak, Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris 1 dan Bahasa Inggeris 2 merupakan mata pelajaran tambahan yang baharu.

Sumber BO - 19-11-2017



Galak gaya hidup sihat melalui futsal

Pertandingan tersebut telah disertai 32 pasukan dan berlangsung sepenuhnya di Masterscaff Indoor, Bukit Mentok, di sini semalam.
Ketua Lajnah WAJA Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Wan Ibrahim Wan Mamat berkata, penyertaan tersebut melebihi sasaran dan insya-Allah akan ditambah untuk tahun hadapan.
“Program sebegini bukan sahaja mengamal gaya hidup sihat, ia juga menguatkan ikatan persaudaraan dan pertautan silaturrahim antara WAJA, DACS dan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
“Saya berharap dengan program seperti ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman akan menjadi pilihan pemuda Kemaman dalam menjuarai isu dan minat remaja di masa akan datang,”  tambahnya.
Pertandingan akhir menyaksikan FJ Team dari Dun Kijal menentang Pandan JR dari Dun Chukai dan kemenangan berpihak kepada FJ Team, manakala Tok Janggut A dari Felda Kerteh 5 Kemasik mendapat tempat ketiga.
Pada hari sama turut berlangsung Kejohanan Futsal Tertutup Piala Yang Berhormat Chukai, juga melibatkan penyertaan 32 pasukan di Sports PC Jakar 2, Chukai, di sini.
Dengan kehadiran sekitar 250 penyokong, pertandingan itu menyaksikan pasukan Habiel 66 UDFF FC (B) muncul johan, manakala naib johan dimenangi Habiel 66 UDFF FC (A). - HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD- 19-11-2017 





Beriltizam Dengan Munajat

Oleh : Norzalina Ab Rahman

KEMAMAN – Skuad munajat menjadi iltizam kepada PAS negeri Terengganu untuk mentarbiyah semua ahli selaras dengan lunas-lunas Islam secara istiqomah dan berterusan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman, Ustazah Fainah Mat berkata, antaranya ialah solat hajat, doa dan munajat.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu Ustaz Suhaimi Daud berkata, reda Allah adalah penting dalam kehidupan.

“kita hendaklah sentiasa mengharapkan reda Allah semata-mata……mengikat rohani dari kemaksiatan,

“didik rohani dengan zikrullah………munajat makanan rohani (kena) cari masa, waktu dan tempat yang bersih untuk bermunajat kepadaNya,

“Apabila kamu bermunajat janganlah dalam keadaan maksiat kepada Allah dan rasul..takrif kepada munajat ialah kita bercakap-cakap dengan orang yang kita kasih,” jelas beliau

Oleh itu, beliau mengharapkan agar ahli-ahli dan penyokong PAS sentiasa bermunajat, sebolah-bolehnya pada setiap malam.

“munajat janganlah bermusim…..jadikan amalan yang berterusan, setiap malam……yakin dengan janji Allah dan sentiasa ‘bertadabur’, istiqomah dalam melaksanakannya,” tambah beliau.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Pas Kawasan Kemaman itu, di adakan di Masjid Lama Bukit Kuang, dengan kehadiran seramai 68 orang para petugas.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Ustazah Kimru Firdaus.

Sumber HD- 18-11-2017







PAS tanding lima kerusi Kemaman

KEMAMAN: Semua lima kerusi Dun dan Parlimen akan ditandingi PAS Kawasan Kemaman pada PRU-14 nanti, demikian tegas Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid.
Maklumnya, persiapan tersebut selaras ketetapan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang akan bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen dalam negeri itu.
“PAS Kawasan Kemaman akan meletakkan calon di Parlimen Kemaman dan empat kerusi Dun melibatkan Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih, ertinya lima kerusi kita akan bertanding.
“Tidak seperti sebelum ini, PRU13 lalu, PKR bertanding di peringkat Parlimen, manakala semua empat Dun, PAS yang bertanding.
“Peluang PAS lebih cerah kali ini walaupun jika berlaku pertandingan tiga penjuru, kita melihat dengan sokongan yang ada, peluang PAS meraih undi meningkat dan kita bakal memperolehi kemenangan,” ujarnya optimis.
Ustaz Alias ditemui selepas merasmikan Hari Ihtifal PASTI Kampung Baru Kertih pada tengahari tadi.
Hampir 100 pelajar institusi pendidikan awal milik PAS itu diraikan dalam majlis tersebut. - HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD - 18-11-2017 









PRU14: BN T’ganu gagal kemuka calon MB berkaliber











Pada pengamatan pengkaji politik, sama ada BN berjaya mengekalkan pemerintahan atau tidak selepas PRU ke-14, saya optimis Terengganu akan mendapat seorang Menteri Besar yang baharu yang lebih berwibawa bukan. hanya ‘gah’ dengan slogan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) tetapi apa yang ‘ditransformkan’ tidak dirasai dan  dipersoalkan rakyat.

Sumber HD - 18-11-2017











KAFA terap asas Islam untuk anak-anak

KEMAMAN: Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) penting dalam menerapkan asas awal agama kepada anak-anak menerusi pembelajaran formal terutama pelajar berumur 6 hingga 12 tahun yang sedang mengalami proses membesar.
Ketua Penerangan PAS Dun Kemasik, Ustaz Asri Kadir berkata, paling penting bagi anak-anak seusia itu adalah membesar sebagai Muslim yang mampu membeza dosa dan pahala.
"Oleh itu amat penting ibu bapa memastikan pendidikan ini diperolehi anak-anak. Tetapi jangan juga anak-anak lancar menghafal dan mengingati pembelajaran, sebaliknya ibu bapa tidak menjadi contoh yang baik pada mereka.
"Contohnya terapat ibu bapa yang menjadikan tabiat menonton siaran TV ketika Maghrib, sedangkan anak disuruh menunaikan solat Maghrib," nasihat beliau ketika Majlis Ihtifal KAFA, Surau An-Nur, Kampung Baru Kemasik, di sini semalam.
Peringatnya, penting juga pembelajaran anak-anak disusuli amal ibadat yang ditingkatkan dengan mengikut segala perintah Allah S.W.T dalam kehidupan.
Program tersebut dimeriahkan dengan upacara penyampaian hadiah disamping pelbagai persembahan pelajar selain diselang seli cabutan bertuah untuk hadirin.
Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Kemasik, Shahrim Ibni Hajjal; Ketua Muslimat PAS Dun Kemasik, Ustazah Naliati Lamshah dan Ketua PAS Cawangan Kampung Baru Kemasik, Ibni Hajjal. - HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD - 18-11-2017 










Pertembungan sebenar di Terengganu PAS-Umno

PERTEMBUNGAN sebenar pilihan raya umum (PRU) kali ini di Terengganu hanya antara Umno dan PAS biarpun parti lain juga turut bertanding. 
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pertandingan tiga, empat atau lima penjuru sekalipun hanya melibatkan tumpuan kepada PAS dan Umno sahaja. 
Katanya, rakyat dan pengundi di negeri tersebut sedar pertembungan sebenar yang akan berlaku nanti. 
“PRU 14 memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sama ada mengekalkan Umno dan Barisan Nasional (BN) atau memilih PAS mentadbir Terengganu. 
“Pertandingan tiga, empat atau lima penjuru diyakini tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PAS pada pilihan raya kali ini,” katanya selepas majlis Pengisytiharan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam di Madrasah Darul Taqwa (MDT), Pekan Batu Enam, Kuala Nerus hari ini. 
Hadir sama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Ismail Osman. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD -16-11-2017 










KT Bypass, ECRL, jangan aniaya pemilik tanah

BERPULUH tahun lalu, datuk nenek kita mewarisi tanah pusaka yang dibina atasnya rumah-rumah kediaman. Kemudian dipusakai oleh anak-anak yang masing-masing membina rumah mereka pula di atas tanah tanah bersyarat "kampung" atau "pertanian" yang mereka berkongsi pemilikan kadang-kadang hingga berpuluh nama. 
Adalah perkara biasa dalam satu geran tanah bersyarat sedemikian telah dibina banyak bangunan rumah kediaman yang ada juga setelah dibina jalan raya bersebelahannya, maka dijadikan kedai, premis untuk berniaga.
Ini sangat biasa bagi tanah orang Melayu di kampung-kampung. 
Sebahagian kes ini melibatkan tanah bersebelahan jalan raya yang bangunan mereka menjadi bangunan kedai yang mereka usahakan perniagaan selama berpuluh tahun. Menjadi sumber pendapatan mereka. 
Undang-undang tanah yang ada memang tidak difahami rakyat biasa yang pemilikan tanah dan bangunan yang dipusakai adalah sejak dahulu lagi sebelum dikuatkuasakan peruntukan yang mengehadkan jenis penggunaan tanah. 
Adalah prinsip keadilan semulajadi, jika berlaku pengambilan tanah, ganti rugi, pampasan, hilang sumber pencarian, perlulah diperhatikan dan ditaksir agar tidak menganiaya mereka yg terlibat. 
Apabila kerajaan mula berpendirian ketat, tidak pro-rakyat, maka jadilah kezaliman seperti dalam kes pengambilan tanah untuk projek KT Bypass. 
Satu geran tanah syarat kampung yang banyak bilangan rumah, pemilik berbeza tapi kerajaan cuma mahu bayar saguhati atas sebuah rumah sahaja. 
Bagaimana apabila pengambilan lebih banyak tanah kampung Melayu misalnya untuk projek ECRL nanti? 
Undang-undang adalah satu hal. Tetapi tidakkah kita sebagai manusia tiada akal dan sifat kemanusiaan yang sihat untuk melaksanakan undang-undang tanpa rakyat merasa teraniaya? 
Jika ECRL berkos RM55 billion kerajaan sanggup bayar walaupun tersangat luarbiasa mahalnya berbanding projek serupa di luar negara (ada laporan menyebut untuk setiap kilometer ECRL tiga kali ganda lebih mahal), mengapa untuk pengambilan tanah yang ramai orang Melayu terlibat kerajaan tidak sudi bermurah hati juga? 
Yang lebih menyayatkan hati, rakyat tengok dengan mata kepala sendiri kerajaan sanggup pula berbelanja boros beratus juta yang gagal, runtuh, tiris dan pelbagai lagi, tetapi apabila melibatkan hak rakyat untuk merasa diberi imbalan yang setimpal diatas pengorbanan tanah, rumah kediaman mereka, peniagaan yang mencari punca pencarian pendapatan mereka, legasi pusaka nenek moyang mereka, kenangan hidup mereka, semuanya dinilai sebagai murahan sahaja oleh kerajaan yang dipimpin parti yang memerintah sekarang. 
Sangat hodoh rupa kerajaan apabila dilihat mempunyai kebiasaan sangat bermurah hati melipatgandakan nilai kontrak projek kepada kontraktor yang beroleh projek mega, tetapi bagi rakyat yang berkorban atas nama memberi laluan untuk pembangunan, mereka dilihat perlu berjuang menuntut keadilan, gantirugi yang setimpal daripada pemerintahan yang kedekut terhadap rakyatnya sendiri yang sama  agama dan bangsa. – HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD- 16-11-2017 

Kem Anak Bestari isi cuti sekolah

KEMAMAN: Adun Chukai dengan kerjasama Pemuda PAS Dun Chukai akan menganjurkan Kem Anak Bestari 2017 sempena cuti sekolah bertempat di Surau Kampung Jaya, di sini pada 2 Disember depan.
Setiausaha Pemuda PAS Dun Chukai, Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan berkata, golongan yang disasarkan penyertaan adalah terdiri daripada anak-anak berusia 9 hingga 16 tahun. 
“Buat masa ini hampir 70 penyertaan baru diterima, pihak kami mensasarkan penyertaan hingga 200 orang. Yuran yang dikenakan hanya RM10 dan peserta tidak bermalam.
“Kem pada tahun ini memberi fokus kepada kesempurnaan solat dan pembentukan akhlak. Sebanyak empat modul perlu diikuti oleh peserta, antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Praktikal Solat dan aktiviti rekreasi.
"Kem ini dianjurkan pada tiap-tiap tahun dan penyertaan dibuka kepada remaja yang menetap dalam aerah ini. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Adun Chukai, Hanafiah Mat,” katanya.
Beliau berharap ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menghantar anak mereka mengikuti kem tersebut kerana percaya ibu bapa yang prihatin pastinya mahu masa cuti panjang anak tidak terbuang begitu sahaja.
Serunya, mereka yang berminat boleh menghubungi beliau menerusi talian 019-983 4583 atau Ehsan Razali di talian 012-909 2850 di mana pendaftaran akan ditutup pada 28 November.
Sumber HD - 16-11-2017 






































Kemaskini Persiapan Hadapi Banjir

Oleh : Mohd Khairuddin Ahmad

KEMAMAN – Satu Perjumpaan tergempar telah dilakukan bagi mengemaskini Jawatankuasa terkini bagi menghadapi banjir yang saban tahun melanda beberapa kawasan di Kemasik dan Kerteh.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, perjumpaan ini antara lain penting bagi memastikan seluruh jentera dan Jawatankuasa dapat digerakkan daripada awal.
“Perjumpaan tergempar ini bagi memastikan kelancaran dan persediaan PAS Dun Kemasik bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan yang selalu dinaiki air di sekitar Dun Kemasik”

“Dengan penubuhan Jawatankuasa Operasi Banjir peringkat PAS Dun Kemasik, kita bersiap siaga akan sebarang kemungkinan dan seluruh petugas sudah dimaklumkan dan akan turun membantu jika berlakunya banjir di kawasan terbabit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas mesyuarat mengaktifkan bilik operasi banjir PAS Dun Kemasik pada hari Rabu, 14 November 2017, bertempat di Pusat Operasi Banjir PAS Kemasik, Masjid Lama Kemasik.

Perjumpaan yang dihadiri lebih 20 orang jawatankuasa itu juga turut melibatkan Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda, Muslimat, Jabatan AMAL, AMEERAH dan seluruh AJK Kebajikan Cawangan, bagi memastikan kelancaran sekiranya banjir melanda di kawasan terbabit.

Turut hadir, AJK MTD Kemasik, AJK Pemuda Dun, AJK Ameerah DUN, AJK Muslimat dan AJK Kebajikan setiap UPU.

Sumber BO - 16-11-2017




















Bilik Operasi Banjir Dun Kemasik diaktifkan

KEMAMAN: Musim tengkujuh dan banjir yang bakal menjelang tidak lama lagi menuntut persiapan jitu agar tidak berdepan keadaan terlalu sukar apatah lagi terjebak dengan musibah buruk.
Sehubungan itu, sebagai persediaan menghadapi segala kemungkinan dan risiko boleh terjadi, PAS Dun Kemasik telah mengemaskini pasukan operasinya.
Usaha itu juga sebagai memastikan Jawatankuasa Operasi Banjir yang ditubuhkan memiliki kesiapsiagaan memberi khidmat kepada masyarakat untuk menempuh situasi.
Menurut Ketua Lajnah Kebajikan PAS Dun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, perjumpaan tergempar itu adalah untuk memastikan seluruh jentera dapat digerakkan daripada awal.
"Kami hendak memastikan kelancaran bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan yang selalu dinaiki air di sekitar Dun Kemasik"
"Kita bersiap siaga akan sebarang kemungkinan dan seluruh petugas sudah dimaklumkan serta akan turun membantu jika berlakunya banjir di kawasan terbabit," ujarnya dalam perjumpaan itu di Masjid Lama Kemasik, di sini semalam.
Perjumpaan dihadiri lebih 20 Ahli Jawatankuasa (AJK) itu turut melibatkan semua AJK MTD, Pemuda, Muslimat, Jabatan Amal, Ameerah dan seluruh AJK Kebajikan Cawangan. - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 






















School Contractors Told To Shape Up Or Ship Out

KUALA TERENGGAU: Contractors engaged to build schools have been warned to keep to the construction schedule or face being blacklisted.

Terengganu education, science, technology and government transformation committee chairman Abdul Latiff Awang also issued a similar warning to contractors to ensure that building materials meet specified quality standards.

“We have to come down hard on errant contractors in view of numerous complaints on projects not completed on time or inferior materials used which had resulted in cracks and defects on buildings.
“Such actions may tarnish the credibility of the state government and result in huge losess with regards to repairs,” he said.

Latiff added that errant contractors would not be allowed to engage in future state government contracts.

“There are cases where even newly-built structures were cracked or broken.

“These weaknesses on the part of the contractors have resulted in the government being burdened with additional remedial costs,” said Latiff.

Latiff also called on the Education Department and the Public Works Department to constantly monitor commissioned contractors and take action against errant ones.

Latiff announced that the state government would spend RM45 million towards building a new school – Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal – in Kuala Nerus to cater for demand in the constituency.

Construction will begin in January and the project, complete with 30 classrooms, a laboratory, hall, surau and teachers’ room, will be ready by 2020.

Sumber BO - 14-11-2017
























Tangkis Fitnah Dalam Penulisan Berita

Oleh : Siti Zulaika Zamzami

KEMAMAN – Penulisan Berita adalah salah satu alat pada masa kini untuk menyalurkan maklumat yang benar dan tepat secara cepat dan berkesan.

Timbalan Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman Ustaz Asri Kadir meminta agar para petugas media parti menjaga akhlak dalam tulisan mereka.

“Jaga etika utama kita……..Kita dari Parti PAS. Hebatnya PAS sebab disandarkan dengan Islam,
“jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam setiap gerak kerja parti,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian, semasa perasmian penutup Bengkel Penulisan Berita dan Video yang telah di anjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman pada hari Sabtu, 11 November

Seamai 20 orang peserta mewakili empat DUN iaitu, Air Putih, Chukai, Kijal dan Kemasik menghadiri program anjuran bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terenggamu itu.
Peserta telah diberi pendedahan secara teori dan teknikal bagaimana cara penulisan berita secara pantas dan teknik pengurusan video “Live Facebook”.

Ketua Biro Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad telah memberi pengisian dalam slot pertama bengkel bertajuk Asas Penulisan Berita.

Manakala slot menulis berita cara cepat dn tepat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan dan Hubungan Media PAS Negeri Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor.

Ketua Lujnah Teknologi Maklumat Pemuda PAS Chukai turut berkongsi ilmu kepada peserta cara penggunaan Live Facebook.

Justeru itu, Setiausaha PAS Pemuda Kawasan Kemaman, Ustaz Zawawi berharap peserta bengkel dapat menyalurkan berita berkenaan aktiviti PAS di DUN masing-masing dengan tepat dan cepat.

Sumber BO - 14-11-2017

Pemberita Mesti Sedia Mental Dan Fizikal

Oleh : Norzalina Ab Rahman
Foto : Syazwan

KEMAMAN – Seorang pemberita hendaklah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran yang akan mendatang.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan dan Hubungan Media PAS Negeri Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, selain itu, untuk mencari sesuatu sumber atau berita mestilah ‘bawa otak jangan hanya bawa tengkorak’.

“Dalam menyampaikan sesuata berita, hendaklah benar dan tepat sebagaimana (suruhan Allah) ayat yang terkandung di dalam al-Quran menyebut tentang pentingnya sesuatu berita,

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan dalam Bengkel Penulisan Berita, Pengurusan Video Dan Live Facebook yang diadakan di Dewan Raudhatul Quran, Pengkalan Cicar, Bukit Kuang, Sabtu 11 November, disini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua berita PRU ke-14 yang disampaikan oleh pemberita terutama dari pihak calon dapat diselaraskan bagi tujuan penyaluran terus kepada media rasmi Harakah atau BuletinOnline.

Program yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu dan Kumpulan Aktivitis Media Independen(KAMI) Terengganu.

Seramai 20 orang peserta hadir pada program itu yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Lajnah Penerangan PA Kawasan Kemaman, Ustaz Asri Kadir.

Turut hadir sama Ketua Biro Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad dan Setiusaha Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Zawawi.

Sumber BO - 13-11-2017




























Mengapa Biarkan Kemaman Jadi ‘Koman’ ?

Oleh: Khalid Abdullah

KEMAMAN: Ahli Parlimen Kemaman yang mengetuai Kementerian Pertanian perlu serius terhadap isu-isu pertanian dan penternakan di kawasan beliau untuk tidak dilihat sebagai gagal atau ‘koman’.
Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata demikian ketika membuat lawatan kerja pada Jumaat lalu.

“LATAS berkunjung ke sini untuk meninjau kawasan padang ragut yang pernah diwartakan di zaman PAS memerintah Terengganu sebanyak 100 ekar, kini hanya berbaki lima ekar sahaja yang boleh diusahakan penternak.

“Lima ekar itu tidak mencukupi untuk 30 orang peserta, setiap seorang perlu diberikan sekurang-kurangnya satu ekar kawasan padang ragut untuk mencukupkan bekalan rumput makanan ternakan mereka”, kata beliau.

Muhammad Sanusi juga memberitahu, penternak di sini juga berdepan dengan risiko kematian ternakan akibat dilanggar kenderaan kerana bolos melepasi pagar Lebuhraya Pantai Timur (LPT2).

“Pagar di LPT2 ini mudah roboh akibat pemasangan serta pembinaan tidak mengikut spesifikasi, kelihatan sana-sini tiangnya telah tercabut.

“Tidak mungkin penternak sengaja mengambil risiko memotong pagar untuk melepaskan ternakan untuk dilanggar di LPT2.

“LATAS menyeru semua pihak, khususnya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang menyelia LPT2 untuk mengambil tindakan segera membaiki pagar yang telah roboh”, tambah beliau.

Muhammad Sanusi yang juga AJK PAS Pusat turut dibawa melawat oleh YDP PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid melawat projek tanaman jagung berkelompok Jabatan Pertanian Terengganu yang disifatkan beliau ‘mahal rantai dari beruk’.

“Telaga tiub berharga hampir RM200 ribu dibina, namun peserta hanya diberi suku ekar, berapa pokok boleh ditanam?, soal beliau.

Sumber BO - 12-11-2017































Siaran Langsung ‘Facebook’ Senjata Baharu Penerangan Terengganu

Oleh : Therina Jopri

KEMAMAN – Siaran langsung (Live) menjadi senjata baruPenerangan PAS Terengganu dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Selain penulisan berita yang berkesan dan teknik pantas, para petugas Penerangan PAS Terengganu seharusnya berkemahiran menggunakan teknik Siaran Langsung ‘Facebook’ untuk membuat liputan semasa program.

Teknik itu, menurut Ketua Lajnah Teknologi Maklumat Pemuda PAS Cukai, Ahmad perlu dikuasai sebelum melakukan sesuatu liputan.

Ia bagi mengelakkan masalah teknikal yang mungkin dihadapi seperti terputus siaran atau orientasi siaran video yang salah.

“Dengan kaedah hebahan yang betul seperti berkongsi pautan Siaran Langsung ‘Facebook’ ke kumpulan ‘Whatsapp’ dan Laman ‘Facebook’ kita akan pastikan ramai orang yang akan mengikuti lintas langsung tersebut,

“Zaman sekarang ramai orang yang berat hendak hadiri majlis dan program PAS. Mereka lebih suka dan mudah untuk ikuti perkembangan parti melalui Siaran Langsung ‘Facebook’,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa penyampaikan modul pengurusan Siaran Langsung ‘Facebook’, pada Bengkel Penulisan Berita dan Video yang di adakan pada Sabtu, 11 November, bertempat di Dewan Radhatul Quran, Bukit Kuang.

Bengkel yang dihadiri oleh hampir 30 orang Jawatankuasa IT dan Penerangan DUN, telah di anjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

Justeru itu, Ezani menegaskan “penggunaan Siaran Langsung ‘Facebook’ secara bijak akan memastikan maklumat dapat disampaikan dengan pantas kepada semua”.

Sumber BO - 12-11-2017

































Hi-Tea Dun Kemasik isi dana PRU14

KEMAMAN: PAS Dun Kemasik telah menganjurkan majlis 'hi-tea' dalam usaha meningkatkan dana PRU14, sekali gus memastikan sumbangan kemenangan ke arah merealisasikan pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu menjadi milik PAS.
Majlis yang menghidangkan menu utama Nasi Dagang dan kuih muih tradisi Terengganu itu telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor dan berlangsung di PASTI Ar-Rahman, Kerteh di sini Jumaat lalu.
Sanusi dalam ucapannya menekankan kepentingan menggerakkan seluruh ahli keluarga terdekat untuk turut sama menyumbang peranan kepada perjuangan Islam.
Selain itu beliau turut menyentuh peranan Muslimat, selain kaum Muslimin juga untuk bekerja kuat dan melipatgandakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan PRU.
"Dalam perjuangan, yang kita cari dan wajib dapatkan adalah keredaan Allah dan keberkatan darinya, bukan mencari 'glamour' dan mengejar jawatan," nasihat beliau.
Yakininya, pendekatan BPMS digerakkan PAS mampu menarik pengundi termasuk Umno di mana PRU14 bakal menyaksikan 'Tsunami Melayu' berlaku.
Pada majlis tersebut pihak penganjur turut berkesempatan menyerahkan bantuan melanjutkan pengajian kepada Abdul Hannan Mohd Anuar setelah bercuti dari pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis kerana menjaga ayahnya yang diserang strok.
Hadir sama Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid; Bekas Puteri Umno Klang, Wan As-Shima Kamaruddin dan Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD -  11-11-2017 


































Organisasi rapi PAS lahirkan operasi tersusun

KUALA TERENGGANU: PAS mempunyai organisasi tersusun rapi termasuk dalam pengurusan kecemasan dan bencana hingga berupaya menggerakkan jentera operasi banjir berkemahiran.
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Dr Azman Ibrahim berkata, lantaran itulah PAS sedang berada di lapangan banjir Pulau Pinang membantu mangsa yang terlibat dengan banjir.
Menurutnya, tenaga bantu PAS dari seluruh negara beroperasi dengan peralatan logistik dan pelbagai barangan bantuan bernilai ratusan ribu ringgit.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata demikian sebagai mengulas misi bantuan banjir Khidmat Malaysia Terengganu ke Pulau Pinang, di sini hari ini.
"Biarlah ketua parti lain seronok 'possing' dalam air banjir walau sudah diketahui umum, mereka tak bawa apa-apa pun untuk mangsa banjir. Jentera operasi banjir lagilah tak ada.
"Peranan PAS dalam misi bantuan banjir tak siapa boleh nafikan meskipun gambar Presidennya tidak kelihatan mengharungi air banjir di Pulau Pinang.
"Kerana bukan semua perkara perlu Dato' Seri Presiden kena buat sebab PAS ada organisasi yang tersusun rapi," ujar beliau.
Tambah beliau, anggota misi bantuan banjir Khidmat Malaysia Terengganu ke Pulau Pinang kali ini seramai 50 petugas dengan 14 kenderaan pelbagai muatan barangan makanan dan keperluan mangsa banjir serta lima 'water jet' dibawa untuk kegunaan di sana.
Semua barangan maklumnya, akan diserahkan kepada  Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Muhammad Fauzi Yusoff di Markas Tarbiyah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Delegasi misi kali ini diketuai Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Muhyidin Abd Rashid dan turut disertai Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Pantai Timur,  Zulkifli Mat Yakim dan Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Sauji Abd Rasid. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD- 11-11-2017 




































Kemaman perkasa media penulisan dan video

KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman mempersiapkan jentera penerangannya dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Berita dan Video yang telah diadakan di Dewan Raudhatul Quran Bukit Kuang, di sini hari ini.
Bengkel anjuran Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman itu telah dihadiri seramai 20 peserta mewakili setiap Dun bertujuan meluaskan lagi penyiaran maklumat parti.
Teknik penulisan disampaikan wakil Harakah, Khairul Azlam Mohamad dan wakil Buletin Online,Sazali Mohd Nor, manakala teknik video disampaikan wakil Jabatan IT Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ahmad Ezani Razali.
Penolong Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Asri Kadir yang hadir pada majlis penutup mengingatkan peserta agar menjadi pemberita yang benar dan amanah dengan memetik ayat 6 surah al-Hujurat.
“Teknik penulisan berita yang tersusun dan pantas amatlah penting bagi menghadapi pru 14. Moga menjadi tunjang utama dalam menyampaikan imej parti dan memenangkan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-2017 








































RM500,000 Untuk Rohingya; Tanggungjawab PAS Menegakkan Islam

MARANG – Kejayaan mengutip melebihi RM500,000 untuk pelarian Rohingya adalah tanggungjawab PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan syariat Allah SWT di atas muka bumi ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Husain Awang berkata, rakyat mampu untuk bangkit memberikan sumbangan kepada masyarakat antarabangsa.

Namun begitu, beliau kesal kerana umat Islam sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pengganas.

“Apabila berlakunya sesuatu tindakan keras ataupun tindakan tegas yang dilakukan oleh orang Islam terhadap pemimpin yang zalim maka dikatakan umat Islam adalah golongan pengganas,

“Umat Islam dituduh mengajar keganasan dan berlaku apa jua yang dilakukan oleh umat Islam sekalipun, ianya bukan ajaran daripada Islam,

“Tetapi kenapa Islam yang dituduh sebagai pengganas dan pelampau serta tidak berperikemanusian,” katanya.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu berkata demikian dalam ucapannya sempena ‘Malam Untukmu Rohingya di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Khamis, 9 November, di sini.

Sebaliknya, tegas beliau ketika pembunuhan terhadap umat Islam berlaku di Bosnia Herzegovina, tidak ada mana-mana pemimpin dunia yang mengatakan bahawa golongan Serbia adalah golongan pengganas.

Sedangkan, ekstremis itu yang mengajar kepada keganasan yang menzalimi rakyat dan sebagainya.
“Semua penindasan yang dilakukan oleh kerajaan zalim yang kufur kepada rakyat Islam berlaku di Palestin dan Filipina serta Pattani (tidak digelar pengganas),

“Tetapi apabila ianya berlaku oleh kumpulan Islam sekalipun kumpulan itu kecil maka ianya dianggap sebagai keganasan sebagai golongan pengganas.

“Inilah nilai yang sedang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa terhadap agama kita terhadap umat kita umat Islam ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, semua ini adalah semata-mata kerana tidak mahu melihat Islam kembali menjadi satu dasar hidup daripada masyarakat dunia kepada masyarakat umat Islam sendiri.

“Syariat Allah dan ajaran Islam yang diwarisi daripada para sahabat dan juga para thabiin yang lalu adalah suatu ajaran, suatu syariat dan perundangan serta tata sosial yang memberi jaminan keselamatan kepada manusia seluruhnya,

“Inilah hasil daripada kesedaran bagaimana saudara-saudara kita di serata dunia sedang di tindas dan di aniayai oleh golongan kuffar dan golongan-golongan zalim,”ujarnya.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya kekuatan kapada Rohingya yang telah dan sedang dianiyai dan dizalimi, semoga mereka di berikan kekuatan iman dan keyakinan.

Sumber BO - 11-11-2017








































Sedari ketidakadilan dunia terhadap Islam

MARANG: Dunia bertindak tidak adil terhadap Islam apabila membisu terhadap kezaliman termasuk pembunuhan ke atas umatnya, tetapi menuduh Islam sebagai pengganas apabila mempertahankan diri.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Dato' Hussien Awang berkata, apabila berlaku tindakan tegas orang Islam terhadap pemimpin zalim, maka ia dikatakan pengganas dan Islam dituduh mengajar keganasan dan pelampau.
Sebaliknya, pembunuhan umat Islam di Bosnia-Herzegovina, Palestin, Filipina, Pattani dan Arakan, tidak ada pemimpin dunia menyatakan penyerang sebagai golongan pengganas.
"Inilah nilai sedang dilakukan masyarakat antarabangsa terhadap agama kita, terhadap umat kita. Semua ini semata-mata kerana tidak mahu melihat Islam kembali menjadi satu dasar hidup.
"Kerana itu ianya menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menegakkan Islam dan melaksanakan syariat Allah S.W.T di atas muka bumi ini," ujarnya pada Malam Untukmu Rohingya di Masjid Rusila, di sini semalam.
Menurutnya, hanya Islam dengan segala perundangan dan tata sosialnya yang dapat memberi jaminan keselamatan kepada seluruh manusia.
Katanya, penindasan dan aniaya oleh golongan kufar dan zalim harus menyedarkan umat Islam serta berdoa agar para mustad'afin diberi kekuatan iman dan keyakinan kepada Allah.
Kutipan sebanyak RM535,107.75 untuk disumbang kepada pelarian Rohingya telah berjaya dikumpul dan diumumkan pada majlis tersebut, sekali gus menjadikan PAS Terengganu penyumbang terbesar tabung tersebut. - HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 










































Kerajaan yang 'tiada isi perut'

KEMAMAN: Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN yang dipilih memerintah sekarang perlu jujur dan tidak terus berdalih dalam menangani masalah harga minyak dan kesannya kepada kos sara hidup rakyat.
Timbalan Pengarah PAS Dun Kemasik, Ir Saifulazmi Suhaili berkata demikian sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak minggu ini yang diumumkan pada petang Rabu semalam.
"Isu kenaikan saban minggu harga minyak perlu di urus dengan penuh jujur. Kerana kita yakin keborosan dalam mentadbir negara adalah faktor utama yang menyebabkan pemerintah tidak mampu mentadbir dengan baik.
"Kesannya sangat besar dalam menjaga kestabilan rakyat. Tekanan hidup meningkat dengan kenaikan berterusan harga minyak dan harga barang, diburukkan lagi dengan GST. Gaji masih ditakuk lama, malah peluang pekerjaan juga semakin menyusut," tambah beliau.
Menurut Saifulazmi, tiada lagi boleh harapkan kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini jika masalah tersebut gagal mereka selesaikan.
Harga minyak pada minggu ini bermula pada 9 hingga 15 November mencatatkan kenaikan dengan RON95 bertambah 7 sen menjadikan RM2.31 seliter, RON97 naik 6 sen kepada RM2.60 seliter dan diesel juga naik 3 sen kepada RM2.20 seliter. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 












































PRU14: Terengganu akan mendapat MB baharu?














































PAS dilihat begitu yakin bahawa pihaknya sudah bersedia untuk  me‘rehat’kan Umno. Beberapa  langkah telah dirancang bagi persediaan mengambil alih pentadbiran Wisma Darul Iman selepas pilihan raya umum ke 14.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menegaskan PAS Terengganu memang sudah  bersedia untuk memberi ‘rehat’ yang panjang kepada pemimpin Umno khususnya kerajaan Umno-BN di Terengganu  selepas Pilihan raya Umum (PRU) 14 nanti.

“Andainya kita diberi mandat memerintah oleh rakyat, kita telah bersedia dengan segala perancangan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan BN disepanjang pemerintahannya.

Sumber HD - 9-11-2017


JHEAT diarah siasat sindiket wakaf al-Quran
Posted on Thursday, November 09 @ 12:59:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36566


 
 KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diarah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu sindiket disyaki mengendalikan wakaf al-Quran dengan mengenakan bayaran tinggi.


Pengendali wakaf al-Quran tanpa kebenaran itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga RM600 bagi setiap naskah al-Quran kepada orang ramai untuk diwakafkan.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib, berkata bayaran dikenakan pengendali itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan wakaf tanah yang dibuat berdasarkan perkiraan kaki persegi.

Sumber TKO - 9-11-2017
















































Taman Pertanian Sekayu; Hidup Segan Mati Tak Mahu

HULU TERENGGANU – Taman Pertanian Sekayu yang pernah menjadi tumpuan untuk tujuan riadah dan rekreasi, kini suram umpama ‘hidup segan, mati tak mahu’.

Keadaan semak samun dan sebahagian bangunan rosak dalam kawasan taman milik kerajaan negeri itu, tidak mampu menjadi tarikan kepada pengunjung, walaupun pada tempoh ‘Tahun Melawat Terengganu’.

‘Taman Tema Air’ yang tidak diuruskan dengan baik, gagal menggamit para pelancong dan hanya menjadi kawasan ‘berendam’ serta mandi manda, penduduk berhampiran sahaja.

Oleh itu, Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) disifatkan sudah tidak mampu untuk mentadbir negeri Terengganu kerana sering memberikan alasan ‘tiada peruntukan’.

Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Haji Mohd Said berkata, banyak infrstruktur pertanian terbiar dan tidak diselenggarakan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan.

“Saya difahamkan kerajaan tak ada duit…….nak beli racun dan tak ada duit nak beli baja tak ada duit,

“Banyak premis dan alatan pertanian, jentera terbiar dan rosak begitu sahaja,” katanya kesal.

Menurutnya, ‘Sekayu’ pernah menjadi popular dengan menawarkan kawasan percutian dan perkelahan sambil mempelajari aspek-aspek pertanian, perikanan dan ternakan.

Katanya, oleh kerana masalah kekangan kewangan kerajaan negeri untuk sektor tersebut, menyebabkan produktiviti menurun dan hasil merosot.

“sekarang ini kurang tenaga……..tak ada ramai buruh dan kakitangan kerajaan dalam sektor pertanian,

“tak ada…….tak cukup, kalau seorang pencen tak ada pengganti…….macam projek (pertanian) Hulu Paka seluan 230 ekar hanya seorang pegawai yang jaga,” jelas.

Justeru itu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengeluar Sayur Dan Buah-buahan negeri mencadangkan, agar ia pengurusan Taman itu dan beberapa kawasan yang berdaya maju, diserahkan kepada pihak swasta atau NGO.

“masalahnya penyelenggaraan lah……usaha pertanian ini perlu berterusan, kalau tak mampu dan duit tak ada nak beli baja, sebaiknya tiga empat bulan sekali kena bubuh baja, kalau tak hasil tidak mencapai sasaran,

“Macam tanaman kelapa (yang terbiar) sebaik-baiknya serah kepada satu pengusaha ambil alih mungkin dalam masa enam bulan tak ada hasil mana, (tapi) lepas pada itu (ia) mula keluar hasil balik,” tegas beliau.

Sumber BO - 9-11-2017

















































PAS Pertegas Janji Manifesto

Oleh : Wan Mariam Wan Jusoh

MARANG – PAS pertegaskan, sekinya diberi mandate oleh rakyat dan memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14, ia akan memberi semula tanah-tanah yang dirampas kerajaan Umno-BN sejak tahun 2005.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak berkata, tawaran itu termasuk dalam 15 menifesto PAS Terengganu jika diberi kepercayaan untuk memerintah negeri ini.
“Sekiranya tanah tersebut telah diberi kepada orang lain, kita akan ganti balik tanah yang lain dengan memberi geran kekal,

“Bayaran premium akan mengikut harga semasa tetapi kita akan permudahkan cara bayaran iaitu boleh dijelaskan secara ansur bagi orang yang tidak mampu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Dailog Manifesto 15 Tawaran Awal PAS Terengganu’ di Taman Safiah Murni, pada Selasa 7 November, disini.

Selain itu katanya, anak muda yang berumur 21 tahun keatas akan diberi satu lot tapak rumah.
“Atau satu unit rumah bagi mereka yang tinggal dibandar juga dengan kaedah bayaran yang sama.
“Bagi mereka yang belum mempunyai lesen motor, kerajaan PAS akan memberi rm 300 (untuk mengambil lesen) dengan harapan tidak ada lagi muda mudi menunggang motor tanpa lesen,” kata beliau.

Disamping itu jelasnya, Karnival Kahwin Kali Pertama juga akan dibuat di setiap DUN.
“Ini untuk meringankan pasangan yang hendak berkahwin …. tidak perlu cari duit untuk belanja kenduri.

“Cukup sekadar mas kawin dan hantaran kepada penganti perempuan. Kita akan membantu meringankan sedikit bebanan.

Tidak ketinggalan juga kata beliau, orang miskin tidak dikenakan caj hospital percuma bagi kelas tiga dan mereka juga akan mendapat air percuma bagi 20 meter padu.

“20 meter padu ni kalau makcik tinggal lima beranak guna air sekadar makan dan minum serta mandi tanpa membazir, in shaa Allah cukup,

“Tetapi kalau membazir memanglah tak cukup,”kata Dr Alias.

Selain itu jelas beliau, bagi isteri yang kematian suami diberi cuti bergaji selama 30 hari dengan tidak mengambil kira samada suami yang bekerja denagn kerajaan atau swasta, ataupun buruh asalkan isteri berkerja kerajaan.

Di setiap jabatan kerajaan negeri juga, ujarnya, akan dibuka pusat nursery bagi ibu bapa yang bekerja.

“Terlalu banyak manfaat kepada rakyat negeri Terengganu yang dapat kita lihat melalui manifesto yang ditawarkan.

“Dan semoga dengan program pencerahan begini, rakyat dapat membuka mata dan menilai serta mengundi PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti,” tambahnya

Sumber BO -8 -11-2017





















































MP Dungun bawa suara rakyat Terengganu

Namun demikian, pada hakikatnya nama YB Ustaz Wan Hassan begitu dekat di hati rakyat Dungun kerana beliau seorang YB yang low profile dan begitu bermurah hati membantu rakyat.
Pada usia yang sudah mencecah 60 tahun, YB Ustaz Wan Hassan begitu gigih menunaikan amanah sebagai Ahli Parlimen Dungun, kerap juga beliau memandu bersendirian pada lewat malam dari Dungun ke KL bagi menghadiri sidang Parlimen. Adakalanya kalau terlalu mengantuk, beliau tidur sahaja di dalam kereta ketika singgah di RnR.
Sebelum bergelar Ahli Parlimen, beliau merupakan ADUN Sura bagi penggal 2008-2013 dan pernah bergelar Exco Kerajaan Negeri Terengganu bagi portfolio Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan ketika pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004.
 Hari ini merupakan hari terakhir perbahasan Bajet 2018 peringkat dasar. Tempoh masa perbahasan dihadkan 15 minit sahaja bagi setiap yang berbahas.
YB Ustaz Wan Hassan berpeluang untuk berbahas pada waktu Maghrib tadi.
Antara intipati utama perbahasan beliau ialah;
a) Bajet 2018 dikatakan ibu segala bajet, ia  juga memberi makna kasih sayang seperti sifat seorang ibu. Adakah bajet kasih sayang ini sampai ke sasaran?
Struktur pentadbiran negara ini seperti sebuah piramid, teratas sekali ialah Kerajaan Persekutuan, di bawahnya Kerajaan Negeri, di bawahnya Kerajaan Tempatan (PBT), dan di bawah sekali ialah rakyat.
b) Mengapa dalam Bajet 2018 tidak ada peruntukan khusus yang diumumkan untuk Negeri Terengganu sedangkan negeri dan wilayah lain ada disebut?
c) Negeri Terengganu bukanlah negeri maju, sebahagian besar rakyat menetap di pesisir pantai yang menjadi nelayan dan ramai juga yang menetap di kawasan pedalaman.
d) Terengganu mempunyai 8 Parlimen, dulunya pentadbiran daerah hanya ada 7. Baru-baru ini, Kuala Nerus diisytiharkan sebagai daerah yang baru kerana adanya Parlimen Kuala Nerus.
e) Kewangan yang banyak diperlukan untuk membangunkan negeri Terengganu namun, hak royalti telah dinafikan sejak tahun 2000, yang ditukar kepada wang ehsan kemudian menjadi dana khas. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974, 5% hasil perlu dibayar oleh Petronas setiap tahun kepada Kerajaan Negeri.
Beliau mendesak Kementerian Kewangan mengembalikan semula royalti kerana ia merupakan hak rakyat Terengganu yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat.
f) Beliau memetik pepatah Arab yang bermaksud, "apabila kamu ingin melihat orang yang mulia dalam sesuatu kaum, lihatlah kepada bagaimana pemerintah berurusan dengan orang miskin".
Terengganu masih dikategorikan sebagai negeri miskin maka, royalti perlu dikembalikan.
Beliau meminta Kerajaan menyenaraikan senarai projek pembangunan yang dilaksanakan menggunakan Dana Khas yang menggantikan Royalti dan Wang Ehsan bagi tempoh tahun 2000 sehingga 2017.
g) Seterusnya, YB Ustaz Wan Hassan menyuarakan isu tol Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) daripada Jabor sehingga Gemuruh yang jaraknya 184KM. Perbelanjaan projek ini ialah RM 4.25 billion yang mana RM 1.8 billion diambil daripada sumber Dana Khas. Berapakah hasil pulangan ini dikembalikan kepada rakyat?
Sepatutnya, rakyat Terengganu diberikan keistimewaan kerana projek LPT itu turut ditanggung daripada duit royalti yang merupakan hak rakyat.
Beliau meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan apakah keistimewaan yang diberikan hasil perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu kerana kutipan tol kini dikutip oleh pihak lain?
h) Beliau juga menyentuh isu pembangunan belia yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Bajet 2018.
Hal ini amat penting kerana belia mudah terjebak kepada gejala sosial seperti  dadah, rempit, gengsterisme, pengangguran, buang bayi dan lain-lain.
Generasi belia merupakan penentu hala tuju kepimpinan negara pada masa depan seperti dalam ayat 59 Surah Maryam.
Kita merupakan masyarakat Asia, Timur, yang beragama maka kepentingan pembangunan belia daripada sudut kerohanian iaitu keagamaan patut diberi keutamaan.
Selain YB Dungun, antara Ahli Parlimen PAS yang berbahas pada hari ini ialah YB Temerloh, YB Pengkalan Chepa, YB Kubang Kerian dan YB Pasir Puteh.
Dewan tamat bersidang menjelang jam 10.10 malam. 
Catatan Parlimen oleh: 
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
07 November 2017
Sumber HD - 8-11-2017 






















































Pemuda Terengganu bersiap ke Pulau Pinang

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, Pemuda PAS Terengganu bersiap sedia membantu kerajaan Pulau Pinang yang teruk dilanda banjir sekarang. 
“Sekarang kita sedang menunggu arahan daripada pihak atasan untuk bertolak bagi membantu mangsa banjir besar di Pulau Pinang. 
“Bantuan diberi atas dasar kemanusiaan meski pun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mengkritik PAS termasuk kepimpinan kerajaan PAS Kelantan,” katanya di Kuala Terengganu. – HARAKAHDAILY 6/11/2017



Sumber HD- 6-11-2017 























































Jelajah Tawan Kemaman penuhi misi PAS Teengganu

KEMAMAN: Program Jelajah Tawan Kemaman oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah berjaya mencapai matlamat-matlamat penganjurannya.
Menerusi program tersebut, bukan sahaja menyuntik semangat dan kesepaduan hubungan para amilin dan pimpinan, malah menyemarakkan hubungan PAS dengan masyarakat.
Pada siri program dijalankan, para peserta mendapat pengisian padat menerusi taujihat disampaikan para pimpinan, selain turut serta paa ziarah kebajikan menemui penduduk.
Aturcara sama turut berlangsung dengan pengisian oleh Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood dan Timbalan Pengarah MTD Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili di seluruh UPU dalam Dun Kemasik, kelmarin.
Malah, jelajah itu juga berkesempatan menziarahi 15 keluarga kurang berkemampuan disamping mencerap pelbagai isu dan permasalahan penduduk setempat.
Menurut Ustaz Ramlan, jelajah itu sebagai usaha menyahut moto "Lok Koho Punoh" dan "Awok Kita Boleh Harap" serta menerangkan 15 manifesto awal PAS Terengganu.
Hadir sama Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat; Ketua Pemuda Kemasik, Zaidi Salleh dan Ketua Ameerah Kemasik, Nur Izana Alisah. - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 


























































PRU 14: Mampukah Umno Terengganu bertahan?



























































SETELAH PAS dilihat melepaskan satu peluang yang baik untuk berkuasa semula di Terengganu bagi kali ke-3 dalam PRU ke-12 dimana dalam pilihanraya tersebut, PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan merampas Kedah bersama dengan Pakatan Rakyat serta membentuk kerajaan di Selangor dan Perak pada tahun 2008.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke13, saya ada menulis dalam kolum, Kalam Perantau, satu analisa dan  pandangan politik bertajuk, Mampukah PAS kembali memerintah Terengganu?

Sumber HD - 6-11-2017 



























































Tingkatkan Prestasi Pasukan Bolas Sepak Terengganu

MARANG – PAS mencadangkan agar dilakukan rombakan kepada pengurusan pasukan bola sepak negeri Terengganu agar dapat dipertingkatkan prestasinya dan menjadi juara.
Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Mohd Nor Hamzah berkata, kali terakhir Terengganu berjaya menjadi juara adalah pada tahun 2001, ketika PAS menjadi kerajaan negeri.
“sekiranya kita menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, In sya Allah kami juga memberi jaminan untuk berusaha memperbaiki pasukan Terengganu,
“supaya berjaya merampas semula piala Malaysia sebagaimana lalu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas bersama-sama penduduk setempat menyaksikan pertandingan akhir Piala Malaysia di Dataran Kampung Laut, pada Sabtu malam, 4 November.




























































Gambar – Ustaz Mohd Nor menyampaikan hadiah cabutan bertuah yang turut diadakan 
sempena program tayangan ‘skrin besar’
Menurutnya, tayangan ‘skrin besar’ tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat, menunjukkan minat kepada bola sepak dan semangat kesukanan yang tinggi.

Disamping itu, kata beliau, pada waktu rehat perlawanan, turut diadakan dailoq isu semasa tentang Manifesto Pilihan Raya PAS Terengganu.

Katanya, PAS menawar 15 Manifesto, sebagai janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU ke-14.

“antara yang kita (PAS) janjikan ialah untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun dan akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam milik negeri bagi menggantikan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

“kita juga akan memberi bekalan air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah setiap bulan,” jelasnya.

Sumber BO - 6-11-2017






























































‘Ibu Segala Bajet’, Tapi Hakikat Sebaliknya……

KUALA TERENGGANU – Walaupun ada yang menyebut bajet 2018 yang dibentangkan minggu lalu, sebagai ‘ibu segala bajet’, tetapi sebaliknya apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, hakikatnya rakyat duduk dalam keadaan yang sangat tertekan.

“ada yang berkata bajet yang dibentangkan adalah ibu segala bajet…….memang kita tengok sura khabar, Menteri kata, ekonomi kita bagus,

“tapi kalau tuan-tuan berjalan turun ke dalam masyarakat, berjalan pergi ke kedai-kedai, ke pejabat dan ke warung-warung….mereka tak pernah bercakap tentang eknomi kita hebat,
“semua bercakap tentang kepayahan dan keperitan, perniagaan susah tak ada orang membeli…..barang mahal, harga barang melambung tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Pasca Fastaqim, pada Khamis malam, 2 November di sini.

Justeru beliau merasa hairan bagaimana ada di kalangan rakyat Malaysia yang terus memuji-muji bajet 2018, sedangkan ia adalah satu belanjawan ‘hutang’, apabila perbelanjaan yang dianggarkan adalah melebihi pendapatan negara.

Dalam pada itu, kata beliau, gejala rasuah dan penyelewengan terus berleluasa apabila tiap-tiap hari, media melaporkan ‘tangkapan demi tangkapan’ dibuat.

“rasuah di sana-sini…….ada yang melibatkan ‘orang besar’ (kerajaan Umno dan BN) sampai kepada Menteri pun (terlibat),” tegas beliau.

Oleh itu, beliau menyeru semua rakyat memberi sokongan kepada PAS bagi menggantikan Umno, parti yang telah terbukti kecemerlangannya memerintah negeri Kelantan.

Katanya, sudah mencecah 27 tahun daripada tahun 1990 sehingga sekarang, belum ada satu kes yang dilapor dan didakwa, melibatkan salah laku para pemimpin negeri Kelantan

Sumber BO - 5-11-2017






























































































































Tanggungjawab PRU14: Selamatkan Lima Perkara Penting

Oleh : Sharifah Azlina Syed Ismail

KUALA TERENGGANU – Muslimat dan Ameerah mempunyai peranan yang besar pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) untuk selamatkan lima perkara penting yang menjadi ‘tonggak’ Islam, sebagai satu misi menawan Terengganu.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat Negeri Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata ia sebagai sebagai satu misi menawan negeri ini untuk menjaga akal, nyawa, harta, keturunan dan agama.

“Untuk memastikan rakyat selamat, kita kena kembali kepada Islam. PRU 14 nanti, Islam memerintah, In shaa Allah,

“51 peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita, manakala 70 peratus adalah terdiri dari anak muda yang berumur 21 hingga 40 tahun , yang bakal merubah landskap politik negeri atau negara”, tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Amal sempena Pentas Muslimat anjuran Jabatan Pilihan Raya Muslimat Kawasan Kuala Terengganu di sebuah restoran di Kuala Terengganu, Khamis 2 November.

Oleh itu, kata beliau, para petugas perlu memahami tanggungjawab itu dan mampu mengubah minda serta hati pengundi.

Menurutnya, kelima-lima perkara penting sudah berkecai akibat gejala sosial dan jenayah yang semakin berleluasa yang menuntut kita turun menemui para pengundi.

Sehubungan itu, berucap pada majlis yang sama, Pengarah Ameerah Negeri Hajah Zuraida Mohd Noor menegaskan perjuangan Islam bukanlah satu pilihan.

“tapi (ia) merupakan satu kewajipan dibahu masing-masing. Allah menciptakan kamu mempunyai tugas, Dialah menjadikan kamu mempunyai tugas,

“Dialah menjadikan sesuatu untuk kamu,” kata beliau, mengulang apa yang pernah diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

Justeru, belaiau menyeru rakan-rakan dari kelompok wanita muda agar untuk memenuhi tuntutan Islam, berlandaskan al-Quran dan sunnah”.

“Ameerah kena memahami misi dan visi perjuangan kita.Landskap berubah bila kita dapat menawan Terengganu.In shaa Allah,” tambah beliau.

































































Sumber BO - 5-11-2017


Melon Terengganu, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi
Posted on Friday, November 03 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36387




Pengusaha Melon Manis Siti Aisyah Zainal memetik buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang telah matang di Ladang MMT di Kampung Alur Lintang baru-baru ini.


Rata-rata mereka yang pernah merasainya menyatakan ia mempunyai kombinasi tekstur yang rangup, digabungkan pula dengan rasa manis dan berlemak serta lebih enak berbanding 3,000 varieti melon lain di seluruh dunia.

Lebih menarik lagi, varieti MMT yang eksklusif dan hanya terdapat di Terengganu itu tidak pernah ditanam di negara lain sebelum ini, diserikan dengan rona warna yang memukau sekali gus meletakkan MMT sebagai buah unik yang berada di kedudukannya tersendiri.

Sejak diperkenalkan pada 2015, buah hasil cetusan idea Menteri Besar TerengganuDatuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ketika itu dalamusaha mencari kelainan untuk diperkenalkan sebagai ikon baharu negeri itu, kian mendapat tempat di pasaran seluruh negara.

Apa yang lebih membanggakan, ikon baharu negeri tersebutdipilih sendiri menteri besar itu selepas hasil gabungan idea dan kajian dilaksanakan sekumpulan pakar fertigasi dan Jabatan Pertanian Negeri dibentangkan.

Mengimbas kembali proses pemilihan varieti buah tersebut, Pengurus Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut Nasir Ali yang juga pakar fertigasi berkata pihaknya menyenarai pendek tujuh varieti melon di peringkat akhir termasuk dua varieti MMT iaitu melon yang isinya berwarna putih dan berwarna salmon.

"Kami adakan ujian rasa untuk menteri besar memilih mana varieti yang terbaik dan akhirnya beliau bersetuju memilih melon yang isinya berwarna salmon kerana rasanya lebih rangup, manisdan yang paling penting ia tidakpernah ditanam di mana-mana negara," katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif di ladang MMT di Kampung Alur Lintang baru-baru ini.

Sementara itu Ahmad Razif berkata kerajaan negeri terus komited dalammenjadikan MMT produk popular di seluruh negara.

“Kita ada ikon baharu di negeri ini dan kerana itu kita buat keputusan untukmembuka seluas-luasnya kawasan yang sesuai untukpenanaman MMT ,” katanya yang sentiasa gigih mempromosikan buahitu dalampelbagai acara rasmi kerajaan dan tidakrasmi.

Hingga kini, 10 lokasi projek penanaman MMT dibuka di seluruh negeri membabitkan 5.7 hektar tanah dengan 52 peserta dan hingga kini sebanyak 40 hingga 60 tan hasil pengeluaran berjaya dicatatkan.

Meskipun baharu diperkenalkan, MMT memberi pulangan yang besar dan kini mempunyai pasaran di seluruh negara, malah peniaga buah dari Cameron Highlands turut mendapatkan bekalan MMT daripada pengusaha negeri itu.

Pengusaha MMT yang ditemui berkata pendapatan mereka berubah selepas mengusahakan tanaman tersebut dan antara mereka yang sebelum ini mempunyai kerjaya hebat juga turut memilih untuk menjadi usahawan MMT apabila ia menjadi ‘lubuk rezeki baharu' buat penduduk di negeri tersebut.

Seorang pengusaha tanaman MMT, Alias Sulong, 49, dari Kampung Alur Lintang berkata beliau yang merupakan pengusaha tanaman fertigasi ‘rock melon' sejak 10 tahun lalu kini menjadikan MMT sebagai tanaman utamanya sejak ia diperkenalkan.

“Saya beralih arah kepada MMT kerana kerajaan membantu meluaskan pasaran MMT dan ia tidakada di tempat lain selain Terengganu. Jadi, saya tidakada banyak saingan berbanding tanaman rock melon yang sememangnya ditanam di negeri lain.

“Memang tanaman rock melon dan MMT berbeza kerana rock melon sangat rumit dan penjagaan buahnya agak susah berbanding MMT. Ia memerlukan proses pendebungaan yang dilakukan secara manual...bila berbuah, buahnya pulaperlu dibalut dengan kertas bagi memastikan ia tidak rosak, memang cerewet.

“Bila saya cuba tanam MMT, terasa bebanan kerja lebih ringan sebab kita tak perlu lakukan proses pendebungaan, buahnya mudah dijaga, tidak perlu dibalut...ia hanya perlukan air, baja dan cahaya matahari yang cukup,” katanya yang mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 semusim.

Alias berkata apa yang menarik, MMT ditanam dengan formula sendiri tanpa mengurangkan nutrien dan menjejaskan rasa.

“Setiap pengusaha MMT mempunyai rahsia tersendiri untuk tanaman masing-masin g…bila keluar buah, kami akan tengok apa yang buah tersebut perlukan, jadi kami akan tambah apa yang diperlukan seperti baja dan air serta kami akan kurangkan apa yang terlebih. Tetapi, rasa dan besar buah tidakakan terjejas, “MMT ditanam tiga kali setahun yang mana satu musim memakan masa tiga bulan sebelum ia mengeluarkan hasil untuk dituai dan saya menanam 3,000 pokok MMT semusim,” katanya yang merancang untukmeluaskan pasaran hingga ke luar negara.

Bagi lulusan Diploma Makmal Perubatan, Mohd Farid Mohd Rozi, 26, berkata peluang yang diberikan kerajaan untuk mengusahakan tanaman MMT digunakan sebaiknya memandangkan tanaman itu mempunya inilai komersial tinggi.

“Sebelum ini saya tak ada kerja tetap, hanya tolong orang kampung yang tanam MMT sahaja, tapi lama-kelamaan saya jadi minat sebab pulangannya memang tinggi dan buah ini senang dijaga. Saya bersyukur bila dapat tawaran daripada jabatan pertanian untuk mengusahakan tanah di ladang ini.

“Permintaan MMT sangat tinggi kerana rasanya yang lebih sedap dan rangup  berbanding rock melon. Dari segi harga, memang MMT lebih tinggi iaitu sekitar RM4 hingga RM6 sekilogram kerana ia eksklusif, tetapi buah ini tetap menjadi pilihan pembeli,” katanya yang berpendapatan hingga RM6,000 sebulan.

Meskipun pernah mengalami kerugian apabila tanamannya diserang virus, anak kelahiran Besut ini tidak pernah berputus asa, malah beliau berbangga kerana menjadi petani yang memiliki diploma meskipun terpaksa berhujan dan berpanas kerana minatnya yang mendalam terhadap pertanian dan hasilnya memuaskan.

Sumber TKO - 3-11-2017

































































Umno Gagal Selamatkan Akidah

Oleh : Sharifah Azlina Syed Ismail

KUALA TERENGGANU – Umno gagal menyelamatkan akidah dan maruah anak-anak bangsa Melayu Islam yang sudah jauh terpesong.

Mantan Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Kelang, Wan Asshima Kamaruddin berkata, ia telah berlaku selama Umno memerintah sejak 60 tahun yang lalu.

“saya bersuara lantang wakil dari puteri Umno untuk bawa (usul) biro agama bersama dalam Perhimpunan RUU 355 untuk pindaan akta syariah di Padang Merbok,

“ternyata sokongan Umno hambar, tapi saya teruskan perjuangan. Dalam Perlembagaan (negara) dah tercatat perkara 3 fasa 1, agama Islam agama persekutuan,

“Kenapa kita tak mampu menggubal, meminda akta tersebut?” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi Tea Amal anjuran Jabatan Pilihanraya Muslimat Kawasan Kuala Terengganu di sebuah restoran di sini, pada Khamis 2 November.

Katanya, cabaran yang beliau lalui cukup dahsyat ketika usaha membanteras maksiat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“(kami terpaksa) berlakun melakukan penyamaran, kami masuk ke disko, audien lebih kurang 70 peratus adalah golongan anak muda Melayu,

“Disko beroperasi, (kegiatan) tudi tutup sepuluh (premis) buka 40 (yang baru)….semua agama tidak suka gejala sosial……kenapa selama berpuluh tahun, kerajaan pusat tidak mahu buat?,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Alif Ba Ta, NGO bergiat di dalam Puteri Umno sejak tahun 2001 selama hampir 17 tahun.

Menurutnya, usaha terkini beliau ialah, turun ke dalam masyarakat bertemu dengan para wanita yang mempunyai suami ‘kaki judi’ dan kaki pukul’ serta ibu tunggal yang bermasaalah dan mempunyai anak yang terlibat dengan gejala sosial.

“gejala sosial sangat tenat…..di Kelang, arak bagaikan sarapan pagi bagi anak muda. Dadah bagaikan coklat. Ada pusat judi di kawasan PPRT,

“di dalam kabinet Majlis Perbandaran Kelang, ada suara yang mahukan ‘Pesta Arak’ diadakan,” ujarnya.

Pergerakan liberal pula, kata beliau, semakin kuat diperjuangkan, seperti apa yang dilakukan oleh Siti Zabedah Kassim dengan kumpulan LGBT yang mempertikaikan tuntutan agama serta menghina para ulama.

Oleh itu, beliau menyeru agar Muslimat dan Ameerah PAS bersama-sama turun mendekati mereka yang bersama Umno kerana katanya, mereka perlukan bimbingan dan nasihat.

“Amalkan politik yang membina ukhwah dan kasih saying……kerana cintakan Allah, kasihkan rasul dan perjuangan Rasulullah, tak kan saya biarkan golongan liberal hina ulama,

“dan merendahkan Islam, dan saya akan letak Islam ke hadapan, Jangan biar anak kita hilang arah,” tegas beliau.

Sumber BO - 3-11-2017





































































Bajet 2018; Bajet Populis

KUALA TERENGGANU – Pemberian terlalu banyak bantuan ‘one-off’ yang dikemukakan oleh kerajaan pada pembentangan bajet 2018 lalu disifatkan sebagai ‘bajet populis’ untuk meraih undi pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, ia ada lah ‘satu penipuan besar’ apabila beberapa senarai pelepasan GST yang diumumkan hanyalah bersifat ‘kosmetik’.

“Penghapusan GST tujuh ‘item’ yang disebutkan adalah tidak mengurang beban kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup,

“Menghapuskan GST perkhidmatan kerajaan, komik dan majalah, operator kapal pesiaran, pembinaan rumah ibadat dan sekolah dengan wang derma, pajakan, perkhidmatan kapal terbang dan rumah berstrata,

“Tidak ada ada satu pun akan mengurangkan harga keperluan harian rakyat, makanan dan pakaian,” tegasnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu berkata demikian pada rancangan temubual HARAP TV semalam, Rabu 1 November.

Oleh itu, menurut pandangan beliau, GST yang dikenakan kepada rakyat, asasnya adalah, kerana kerajaan menanggung hutang yang banyak.

“Kerajaan berhutang bukan kerana negara tak ada duit……bukan kerana hasil negara berkurang, hasil tetap ada,

“bukan kerana gempabumi……banjir besar atau kemarau yang panjang……tetapi kerana ketirisan dan kebocoran yang besar,” jelas beliau.

Justeru beliau berkata, PAS mencadangkan beberapa cukai atau ‘kenaan’ khusus sebagaimana dalam dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi mendapatkan hasil.

“Yang bocor ditampung…..kita ganti GST dengan cukai simpanan koperat, orang Islam simpan duit kena zakat sebanyak 2.5% tak ada masalah,

“Yang kedua cukai pegangan saham……ramai yang memiliki saham berjuta ringgit tetapi tidak dikenakan cukai (atau zakat),” ujar beliau.

Sumber BO - 2-11-2017







































































Satu undi boleh ubah kerajaan - SPR


TERENGGANU antara negeri paling rendah jumlah pemilih yang layak mengundi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah SPR Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, di negeri tersebut hanya 4.7 peratus daripada 35,996 jumlah pengundi yang layak belum mendaftar.
Katanya jumlah itu sangat sedikit berbanding negeri-negeri lain.
“Namun sikap tidak mahu mendaftar tidak wajar kerana setiap satu undi itu amat berharga dan boleh mengubah sesebuah kerajaan. 
“Senario pada waktu ini dua undi sahaja boleh menukar sebuah pentadbiran kerajaan. Satu undi juga boleh mengubah kedudukan seseorang wakil rakyat,” katanya pada taklimat Penolong Pendaftar Pemilih di sebuah hotel di Kuala Terengganu hari ini. 
Beliau juga berkata, statistik warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sehingga suku kedua 2017 seramai 757,834 orang layak mengundi. - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 









































































Pemuda luaskan edaran Manifesto PAS T'ganu


KEMAMAN: Penerimaan rakyat terhadap manifesto dikemukakan amat penting ke arah meraih sokongan undi menjelang PRU nanti.
Sehubungan itu, pemahaman awam mengenai kandungan 15 tawaran dalam manifesto PAS Terengganu perlu giat dilakukan.
Atas peranan tersebut, Pemuda PAS UPU Bukit Mentok dalam Dun Air Putih telah menggerakkan aktiviti edaran risalah di Pasar Malam Bandar Baru Bukit Mentok, di sini semalam.
Selain manifesto, turut diedarkan sempena Ops Harap itu ialah risalah program As-Syifa yang akan dilangsungkan pada minggu hadapan.
Hadir sama memeriahkan edaran adalah Pengarah MTD Dun Air Putih, Abdul Razak Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS Dun Air Putih, Ustaz Syed Shahrunuddin Syed Mohd Sah. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD- 1-11-2017 











































































Kerja Kebajikan PAS Menyempurnakan Tanggungjawab

HULU TERENGGANU – Usaha murni melalui kebajikan merupakan suatu penyempurnaan tanggungjawab PAS sebagai sebuah parti gerakan dakwah, tarbiyah dan siasah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata PAS bergerak untuk menyantuni masyarakat dan bukan bersaing dengan mana-mana pihak.

“Matlamat kita (PAS) untuk melihat anggota masyarakat yang memerlukan bantuan disantuni dengan sebaiknya.

“Kebajikan bermakna kita mempermudahkan urusan saudara kita yang dalam kesempitan sedaya yang kita mampu,” jelasnya ketika merasmikan Program ‘Supper’(Makan Lewat Malam) Skuad Cakna Masyarakat SCM) Hulu Terengganu di Kampung Pauh, Jenagor, di sini, pada Isnin 30 Oktober.
Beliau yang juga Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, SCM berjaya menembusi tembok pemisah sempadan politik melalui kerja-kerja kebajikannya.

“Masyarakat umum di sini (Hulu Terengganu) semakin berjaya kita dekati mereka dengan Islam melalui lapangan kebajikan yang kita (PAS) buat ini.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu yang semakin sinonim dengan masyarakat sekitarnya dalam mempelopori gerak kerja kebajikan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Pengerusi Skuad Cakna Masyarakat HuluTerengganu, Mat Safari Abu berkata program ‘makan malam’ itu diadakan dengan matlamat bagi mengumpulkan dana membiayai program-program kebajikan sepanjang tahun.
“Setiap tahun pelbagai aktiviti kebajikan akan dilaksanakan termasuk bantuan dalam kes-kes kecemasan seperti banjir, kebakaran, mangsa ribut dan sebagainya.

“Melalui dana kebajikan yang disediakan itu, rakyat yang ditimpa musibah atau bencana akan segera dibantu oleh PAS, Insya’Allah,” jelasnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Bersempena dengan program itu, Dr Azman turut merasmikan sebuah kenderaan rasmi SCM serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun dan Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Abdul Hadi Mohamad.

Sumber BO - 1-11-2017













































































Exco Wanita Jika PAS Menang PRU Di Terengganu

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Wanita akan turut dilantik sebagai Exco (AhliMajlis Mesyuarat) kerajaan Negeri Terengganu jika PAS berjaya menawan negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Muslimat PAS negeri Hajah Zarani Othman berkata, perkara tersebut telah dimasukkan dalam enakmen kerajaan Negeri Terengganu semasa PAS memerintahkan diantara 1999 sehingga 2004.
Menurutnya, sekiranya tiada calon wanita atau bukan Islam dari kalangan wakil rakyat, maka akan dilantik seorang Exco daripada kalangan tersebut.

“Dan (enakmen) ini masih ada (kekal), tidak dibubarkan oleh Umno Barisan Nasional walaupun dia memerintahkan lepas daripada 2004,” jelas beliau.
Hajah Zarani berkata demikian ketikaberucap pada ‘Program Kempen Berkesan’ yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini pada Sabtu, 28.Oktober.

Beliau menambah, walau bagaimana pun, Muslimat telah menghantar nama untuk untuk dipilih sebagai calon yang akan bertanding pada PRU-14.

“Tetapi soal yang meletakkan calon bukan kita, yang buat pilihan adalah pucuk pimpinan PAS Pusat dengan dikemukakan oleh Negeri,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Marang menyifatkan Belanjawan 2018 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada jumaat lepas, adalah ‘umpan’ untuk menghadapi PRU ke 14.

“Inilah umpan-umpan, gula-gula…….macam dia bayangkan kita ni budak kecik, BRIM dipertingkatkan,”
“cuma rakyat kena sedar, BRIM RM1000 tu, kalau kira……congak-congak balik sehari itu RM3 lebih sahaja,” tegas beliau.

Sedangkan katanya, kutipan GST pada 2015 RM27 billion, 2016 RM 41.2 billion.

“dan (untuk tahun) 2017, anggaran akan dikutip sebanyak RM47 billion tetapi belanja untuk BRIM keseluruhannya RM8.4 billion kepada penerima seramai tujuh juta orang,” bidasnya.

Beliau juga menyeru para petugas kempen daripada seluruh Terengganu supaya tidak berasa lemah dengan janji-janji bajet Najib.

“kerana hanya Allah yang mampu melembutkan hati-hati manusia, yang penting bekerja dan sentiasa mengharapkan pertolongan,” tambah beliau lagi.

Sumber BO - 31-10-2017














































































Berhibur sambil menderma Dun Chukai

KEMAMAN: Hujan lebat tidak menghalang pengunjung ke program Busking Bersama Buskers Sallimna di Geliga, di sini semalam.
Program santai anjuran PAS Dun Chukai itu antara tujuannya adalah untuk kutipan Tabung Kecemasan Kemanusiaan Rohingya.
Ahli Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata, PAS sebuah parti politik yang berjuang merangkumi semua perkara. 
Menurutnya, PAS tidak lari dari hiburan, malah dalam PAS ada Lajnah Kesenian yang tidak terdapat dalam parti politik yang lain.
ADUN Chukai, Hanafiah Mat yang turut hadir dalam ucapannya menyentuh `Bajet Panadol’ dan isu kenaikan harga minyak saban minggu.
“Isu minyak sangat menekan rakyat tidak ada solusi hingga kini. Apakah Kerajaan BN sudah ketandusan idea?
"Jika tiada idea, (sila) turun. Gantikan dengan Kerajaan PAS. Kita ada Buku Hijau, kita akan bantu rakyat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 
















































































Tukar Pemimpin, Kerajaan Umno-BN Yang Membosankan

BESUT – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu diganti kerana kepimpinannya yang semakin membosankan rakyat pada waktu ini.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 nanti, Gagasan Sejahtera yang diterajui oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) mesti mengambil alih pemerintahan negara ini.

“Pilihan raya semakin dekat dan kita berharap benar agar anak-anak muda terutama dalam kawasan kita sama ada di dun Kuala Besut, DUN Kota Putera, DUN Jerteh ataupun Hulu Besut kena panggil dan kena tarik,

“bagaimana bersama-sama menggerakkan, memobilisasi mood dan masyarakat kita perlu kepada suatu kehidupan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena program Himpunan Awok Kita Boleh Harap Pemuda Besut di Pantai Air Tawar, pada Jumaat, 27 Oktober.

Menurutnya, generasi muda perlu segera melakukan persiapan untuk mengemudi teraju kepimpinan parti bukan sahaja di peringkat Dewan Pemuda tetapi perlu bersedia untuk bergerak ke posisi yang lebih tinggi.

“Dalam konteks kepimpinan di peringkat kawasan, pemuda adalah sandaran untuk memimpin PAS Kawasan.

“saya cuba melihat secara rasional dan praktikal bahawa anak muda mahukan kelompok generasi mereka untuk mewakili golongan muda.

“samada pemuda atau golongan wanita muda, mereka lebih mengharapkan idealisma rakan sebaya mereka diberi perhatian untuk mewakili mereka,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau, golongan muda harus memiliki inspirasi yang mampu diolah dan diterjemahkan melalui pemikiran generasi yang sangat vokal dengan semangat dan idea kritis serta populis.

“dalam konteks masa depan, mereka yang akan menentukan teraju kepimpinan negara amnya dan negeri Terengganu khususnya adalah pengundi – pengundi di kalangan generasi muda,
“lantas, kita meletakkan harapan yang sangat besar agar gerakan memobalisasi kebangkitan anak muda dapat dijayakan,” jelasnya.

Tambahnya, semangat yang ada pada generasi anak muda perlu dicernakan oleh pihak pemuda di kawasan Besut kerana dalam senarai daftar pemilih didapati golongan muda terlalu ramai yang akan menentukan siapa yang akan mewakili mereka dalam pilihan raya yang akan datang.

Sumber BO - 31-10-2017





































































Beri Tumpuan Serius Pencerobohan Nelayan Asing

Oleh : Nooreni Abu Bakar

Kerajaan perlu memberi tumpuan serius isu nelayan asing dan pencerobohan yang berlaku, khususnyad di Dungun dan amnya di Terengganu, yang sudah sekian lama dan saban tahun berlaku.
Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pelbagai rungutan dan protes telah dibuat oleh para nelayan tetapi semacam tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Beliau juga meminta agar dikemukakan kajian dan dapatan diperolehi daripada pencerobohan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan masalah pencerobohan nelayan asing di perairan negara telah mengakibatkan kerugian hasil laut sehingga RM6 bilion setahun.

Dalam laporan media, Ketua Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komanden Maritim Muhamad Rezal Kamal Bashah berkata tangkapan berterusan nelayan asing dalam Ops Pagar sejak awal bulan Jun lalu.

Namun ia tidak berjaya menghalang penceronohan daripada terus berlaku.

Muhamad Rezal berkata, sejak operasi bermula sebanyak 11 buah bot bernilai melebihi RM10 juta dirampasdan menunjukkan bahawa penceroboh semakin banyak memasuki perairan negara.

Manakala, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata pihaknya telah menerima sebanyak 255 laporan daripada nelayan laut akibat pencerobohan dan gangguan nelayan asing.

LKIM juga,menurutnya, menerima banyak aduan nelayan tempatan yang bimbang untuk turun ke laut akibat gangguan bot nelayan asing.

Ia juga menjadi satu isu keselamatan apabila, bot-bot asing itu menghimpit bot nelayan tempatan, dan unjam-unjam serta pukat milik nelayan tempatan dimusnahkan.

Hasil tangkapan nelayan tempatan turut ‘dirompak’ sewenang-wenangnya tanpa dapat berbuat apa-apa.

Justeru, Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun bangun mencelah ketika persidangan Parlimen pada minggu lalu.

Beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017, mahu kerajaan benar-benar menjaga sempadan negara daripada dibolosi.
Menurutnya, ia bukan hanya kerugian negara dari segi wang ringgit bahkan adalah melibatkan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta!

Sumber BO - 31-10-2017






































































Mana hasil projek ladang herba ECER?

Sekarang sudah tiga tiga tahun herba ditanam di kawasan seluas 400 hektar yang diserahkan kepada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Difahamkan projek itu kemudian dipajakkan pula kepada syarikat Bioalpha Holdings Bhd bagi mengusaha ladang herba tersebut. 
Mengikut perancangan awal ia dijangka mengeluarkan herba bernilai RM1 juta pada akhir 2016. Sekarang 2017 sudah berada di penghujung namun ladang herba itu belum menghasilkan pulangan.
Adun Rantau Abang, Alias Harun berkata, tanaman herba terbabit tidak memberi hasil pulangan yang sepatutnya kepada kerajaan negeri. 
“Projek ini sepatutnya tidak diteroka sejak awal lagi. Kerajaan negeri menumpu pelaburan dalam industri sedia ada seperti kelapa sawit. 
“Habis tanah kita beri kepada agensi atau syarikat tetapi kerajaan negeri tidak ada apa-apa pulangan,” katanya ketika meninjau projek tersebut semalam. 
Hadir sama pada tinjauan itu Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik. 
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum ini menjelaskan projek itu melibatkan tanaman herba seperti tongkat Ali dan kacip Fatimah di kawasan seluas 283.28 hektar. – HARAKAHDAILY 30/10/2017 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD- 30-10-2017





































































RM78 Juta Pelaburan Herba; Lebih Baik Tanam Kelapa Sawit

DUNGUN – Jumlah peruntukan sebanyak RM78 juta yang di laburkan oleh ECER kepada projek penanaman herba mengambil tempoh yang panjang untuk memperolehi hasilnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Haji Alias Harun berkata, bagi menyelesaikan masalah ekonomi dan pasaran dunia yang tidak menentu, lebih baik wang sebanyak itu diusahakan dalam perladangan kelapa sawit.

“Kenapa tidak RM78 juta ini dilaburkan kepada pertanian yang sekarang ini rata-rata kita tahu bahawa kalau kita labur dalam pertanian ini kita akan mendapat pulangan yang baik,

“Tanah seluas 1000 ekar memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Tanahnya berbukit-bukit dan mempunyai lorong serta mempunyai tanah rendah dan tinggi,

“Memang ‘undulating land’ (tanah beralun) ini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang projek Pembangunan Bersepadu Herba Pasir Raja, yang belum memberikan sebaang hasil kepada kerajaan negeri Terengganu, walaupun telah diusahakan sejak tahun 2014.

Justeru itu, beliau menyifatkan kerajaan negeri dibawah Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak ada hala tuju untuk menambah pendapatan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, semua hasil daripada syarikat terbabit yang mengusahakan tanaman herba dibayar kepada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) seperti sewaan premis dan lain-lain.

“Walaupun nak pelbagaikan dari segi peluang tetapi nampaknya selama tempoh tiga tahun kita dapati tanaman herba ini tidak memberi hasil pulangan yang sepatutnya diperolehi oleh kerajaan negeri Terengganu,

“Projek ini sepatutnya tidak diterokai malah ianya sepatut menambah lagi pelaburan mereka dalam industri yang sudah sedia ada,

“Jangan kita habis tanah kita beri kepada suatu institusi atau syarikat tetapi kerajaan negeri tidak ada apa-apa pulangan,” ujarnya.

Menurutnya, beliau difahamkan tanah seluas 1000 ekar diserahkan kepada ECER dan kemudiannya ia dipajakkan kepada syarikat yang mengusaha lading herba itu.

Oleh itu beliau berkata, duit dan aset rakyat sepatutnya diusahakan supaya lebih cepat mendapat hasil dan kembali dapat membantu orang ramai.

“saya lebih suka duit rakyat ini dilaburkan kepada industri yang sudah maju dari segi impak kepada rakyat dan tenaga kerja serta peluang pendapatan semuanya balik kepada rakyat,

“Tanah 1000 ekar yang ‘diinfakkan’ dimanfaatkan dengan memberi kepada rakyat atau masyarakat setempat yang sudah tentu ia akan memberi keselesaan,

“Terutama sekali kepada generasi muda yang sekarang ini terhimpit tidak ada tempat tinggal yang sepatutnya,” tambah beliau.

Sumber BO - 30-10-2017

PRU14; PAS Harap SPR Telus, Tegas

KUALA NERUS – PAS berharap, agar perjalanan pilihan raya kali ke-14 (PRU14) nanti nanti dilaksanakan secara telus dan cekap sebagaimana yang dipertegaskan oleh SPR.

Setiausaha PAS Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, parti itu turut dijemput oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam program Taklimat Pendidikan Pengundi Dalam Kalangan Ahli-Ahli Politik Negeri Terengganu.

Beliau berkata, PAS menghantar lebih 600 peserta mewakili setiap kawasan Parlimen di negeri ini.
“PAS berjaya memenuhi kouta peserta yang ditetapkan oleh pihak SPR, iaitu seramai 80 orang bagi satu kawasan Parlimen,

“Peserta PAS paling ramai berbanding dengan peserta daripada Umno dan parti-parti dalam Pakatan Harapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak dekat sini pada Sabtu 28 Oktober.

Beliau berkata, ia menandakan komitmen dan semangat yang tinggi para petugas PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, taklimat yang disampaikan banyak membantu parti-parti politik untuk menyertai pilihan raya.

“Banyak kemusykilan dapat dijelaskan oleh SPR, khususnya Akademi Pilihan Raya yang mengendalikan program tersebut,” tambahnya.

Justeru itu beliau merakamkan penghargaan kepada SPR dan berharap ‘badan bebas’ itu, mengotakan segala kata-katanya sebagaimana dalam taklimat tersebut.

“Terima kasih kepada SPR atas program yang bermanfaat itu……dan kami harap SPR berbuat sebagaimana kata-kata yang diucapkan, telus dan cekap,
“pada pilihan raya umum yang akan datang,” tegasnya

Sumber BO - 30-10-2017





































































Program ‘Rumah Angkat’ Bantu Mangsa Ribut

MARANG – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong mengambil tindakan melaksanakan program ‘Rumah Angkat’ bagi membantu penduduk yang terlibat dalam bencana ribut minggu lalu.

Menurut ADUN Kawasan tersebut, Ustaz Mohd Nor Hamzah, inisiatif tersebut adalah usaha Lajnah Kebajikan dengan kerjasama Pemuda DUN Bukit Payong.

Kami hanya membantu sekadar kemampuan yang terbatas….sedikit sumbangan kewangan daripada masyarakat untuk membeli atap,

“serta (kerja membaik pulih secara) gotong-royong daripada pihak pemuda dan Jabatan Amal,” ujarnya.

Beliau berkata, para petugas berkumpul seawal jam 3.00 petang di Surau Kampung Padang Tanjung, sebelum bergerak ke lokasi rumah terbabit.

Katanya, antara yang tersenarai dalam program tersebut adalah sebuah rumah yang telah ditimpa pokok di Kampung Padang Lebam.

“kita menyediakan khidmat pembaikian dan pembersihan kawasan sekitar rumah……..rumah ini didiami oleh sebuah keluarga,

“terdiri daripada seorang ibu tunggal dan seorang anak OKU,”jelasnya ketika ditemui di lokasi pada Jumaat 27 Oktober.

Ketua Peneragan PAS Terengganu itu yang turut membantu kerja-kerja tersebut berkata, tuan rumah juga meminta supaya sukarelawan memotong dua batang pokok kelapa berhampiran dengan rumahnya.

“dibimbangi (pokok itu boleh) mengancam keselamatan mereka, jika ribut kuat berulang” tambah beliau.

Oleh itu, beliau merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi bantuan itu.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama menjayakan kerja-kerja gotong-royong ini,” katanya.

Tinjauan yang di lapangan mendapati, program ‘Rumah Angkat’ membantu masgsa rebut itu turut mendapat perhatian Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi.

Beliau dan beberapa ahli jawatan kuasanya juga ‘turun padang’ bersama-sama menyumbang tenaga.

Sumber BO - 29-10-2017





































































Kursus Asas Fotografi dedah ilmu baru

KEMAMAN: Seramai 30 pemuda sekitar Kemaman mengikuti Kursus Asas Fotografi anjuran Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
Ketua Fotografi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat (Lestari), Hishamuddin Abdullah
berkata, fotografi merupakan satu karya seni di mana seni ini menjurus kepada dosa dan pahala. 
“Sebagai jurugambar, pilihlah jalan yang baik dan moga kelas tadi dapat memberi manfaat,” katanya. 
Sementara itu, Penolong Setiausaha II Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Wan Muhammad Zawawi Wan Hassan berkata, 
Latihan yang banyak amat penting bagi memantapkan lagi ilmu dipelajari.
Beliau hadir bagi penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta program tersebut. 
“Kursus seperti ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang dan istimewanya ia merupakan tarikan kepada pemuda sekitar kemaman,” tambahnya lagi. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD - 29-10-2017





































































Muslimat pemacu kemenangan perjuangan


KEMAMAN: Peranan Muslimat dalam menggerakkan agenda perjuangan dengan pelbagai aktiviti siyasah dan dakwah sememangnya tidak dapat disangkal.
Kesungguhan sama diperlihatkan Muslimat PAS Dun Kemasik yang bergerak sebagai jentera mendekati masyarakat melalui program seperti ceramah kelompok dan majlis bacaan Yaasin.
Dipimpin Ketua Muslimat PAS Dun Kemasik, Ustazah Naliati Lamshah, seluruh tenaga Muslimat PAS Dun berpadu menjayakan setiap program yang disusun.
Menurut beliau, program tersebut telah menjadi rutin Muslimat Dun Kemasik yang sememangnya perlu dijalankan atas tanggungjawab ke atas penduduk.
Selain mengeratkan hubungan sesama ahli dan masyarakat, Muslimat juga mendapat reaksi balas terhadap isu-isu dihadapi penduduk. - HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD - 28-10-2017





































































Muslimat perlu kuasai pelbagai ilmu p'raya


MUSLIMAT PAS diseru agar menguasai pelbagai bidang ilmu untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata, ini kerana, ‘sayap kiri’ parti itu akan memainkan peranan lebih besar dan bukan hanya berada di posisi tradisinya. 
“Mungkin muslimat menjadi ‘Poling Agent Counting Agent’ (PACA), menunjukkan banyaknya bidang untuk kita berjuang, untuk kita berjihad di jalan Allah. 
“Boleh jadi ada yang terpaksa memikul tugas bergantung kepada UPU dan keperluan masing-masing,“ katanya pada program Munajat Jentera Muslimat PAS Kawasan Dungun, kelmarin. 
Selain kekuatan zahir, tegas beliau, ‘batiniah’ juga perlu diperkukuhkan kerana ia termasuk bab akhlak, sesuatu sangat perlu disebatikan dengan diri para pejuang kebenaran. 
“(Kukuhkan) akhlak kita sebagai pejuang, jadikan baca al-Quran sinonim dengan kita, qiamullail, solat sunat dan infak kerana ini kekuatan kita, kekuatan rohani,“ ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Kawasan Dungun. 
Justeru beliau mengajak para muslimat yang hadir sentiasa berasa Allah sentiasa dekat dan kadang kala apabila berasa jauh daripada agama maka kembali semula, dengan memperbanyakkan istighfar. 
“Istighfar sebanyak mungkin, selawat sebanyak mungkin, banyak mana tidak kiralah asal duduk saja, kita selawat, asal duduk saja, kita zikir,” kata beliau dipetik Buletin Online.
Sumber HD - 28-10-2017 





































































Pembangunan ‘Semberono’ Lenyapkan Warisan Sejarah Terengganu

KUALA TERENGGANU – Satu demi satu warisan sejarah negeri Terengganu telah hilang akibat pembangunan tidak terancang dan ‘semberono’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu.

Antaranya, aktiviti ekonomi tradisonal orang Melayu membuat keris, mengukir perak dan menempa tembaga di kampung Ladang kini telah lenyap.

Terkini, keindahan dan nilai sejarah yang terdapat di Bukit Puteri, berdekatan Pasar Kedai Payang, di sini, bukan sahaja terjejas, bahkan dikhuatiri akan turut hilang selamanya.

Kewujudan Bazar Warisan yang disiapkan sembilan tahun lalu menjadikan ianya terlindung dan sukar diakses secara terbuka.

Bangunan yang dibina pada zaman Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh itu, menenggelamkan bukit yang mempunyai kepentingan sejarah negeri dan sektor pelancongan.

Bazar itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan bersejarah itu, bahkan pembinaannya dilereng bukit tersebut mengundang masalah keselamatan.

Bukit Puteri terletak berhampiran dengan Istana Maziah dan Pejabat Pos Besar, Kuala Terengganu memiliki keluasan lebih kurang 0.688 hektar dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut.

Menurut fakta Muzium negeri Terengganu, Bukit Puteri sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I di mana terdapat beberapa cerita tentang asal usul nama Bukit Puteri.

Cerita silam zaman berzaman mengisahkan Dato’ Bendahara Padang Saujana menghantar wakilnya Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan untuk memerintah Negeri Terengganu.

Ketika itu, bukit di muara sungai Terengganu itu sudah dikenali sebagai Bukit Puteri.

Sumber lain menceriterakan bahawa Bukit Puteri berasal dari nama Tok Raja Maha, Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II, Sultan Muhamad I dan Sultan Umar, Bukit Puteri dijadikan sebagai kubu pertahanan semasa perang saudara.

Justeru itu diatas bukit itu terdapat beberapa monumen dan artifak bersejarah antaranya genta, meriam beranak, tiang bendera, rumah api, kubur Syed Yasin dan kubu pertahanan.


Pada zaman dahulu, terdapat banyak meriam di atas bukit itu dan mempunyai pelbagai nama antaranya Seri Jamlor, Seri Bueh, Seri Johor dan Laila Majnun.

Pada suatu kawasan terdapat dua meriam yang terdiri daripada yang kecil (anak) dan satu yang besar (ibu). Meriam ini dikenali dengan nama Meriam Beranak.

Malangnya kebanyakan meriam telah dibawa oleh tentera Jepun dan dipersembahkan kepada raja Siam.

Selain itu sebuah genta iaitu loceng besar yang dibuat pada zaman pemerintahan al-Marhum Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1326H bersamaan 1908M turut di tempatkan di sini.

Ukuran lilitnya lebih kurang 228cm, tingginya 78cm diperbuat daripada tembaga kuning dan berat lebih kurang 175kg.

Menurut cerita yang didapati, genta ini pernah dibunyikan di hadapan Istana Maziah dalam satu istiadat.

Tukangnya ialah Wan Ali bin Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang yang lain dari Kampung Tanjung dan Kampung Paya, Kuala Terengganu.

Genta yang pertama dinamakan ‘Negara’ telah dibuat dalam masa pemerintahan Sultan Terengganu yang kesembilan iaitu Baginda Umar pada 17 Syaaban 1270 Hijrah bersamaan 15 Mei 1853.

Genta ditugaskan kepada ‘Budak Raja’ yang menjaganya dan pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (19 Disember 1881 – 25 November 1918M) ia dijaga oleh Ali bin Abdullah.
Tujuan genta ini untuk memberi amaran sesuatu ancaman yang melanda negeri seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri.

Menurut adat negeri, apabila kedengaran bunyi genta yang tiada menentu dan pukulannya kencang maka sekalian penduduk bandar akan menutup pintu rumah dan kedai masing-masing. Pembesar-pembesar dan semua hamba sahaya berlari menuju istana.

Masing-masing bersiap sedia dengan senjata untuk menerima sebarang arahan. Di dalam bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, genta turut dibunyikan.

Pada bulan puasa, genta dibunyikan menandakan telah hampir waktu berbuka.

Bagi menandakan waktu bersahur pula genta dibunyikan dengan kencang dan dituruti tembakan meriam satu das.

Tiang bendera di Bukit Puteri pula digunakan bagi menaikkan bendera apabila sesuatu istiadat diadakan di Istana Maziah.

Tiang yang mempunyai ketinggian lebih kurang 18 meter dan ditanam sedalam 2 meter ini didirikan pada 12 Zulhijjah 1316 Hijrah bersamaan 22 April 1899 ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

Tiang bendera ini didirikan masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920-1942 ).
Rumah Api di atas Bukit Puteri amat penting dan berfungsi sebagai pedoman kepada para nelayan dan pelayar-pelayar memasuki pelabuhan Kuala Terengganu.

Di atas bukit ini terdapat kubu yang pernah digunakan semasa berlakunya perang saudara antara Baginda Umar dengan Sultan Mansur Shah II dan Sultan Muhamad I kerana merebut takhta Kerajaan Negeri Terengganu.

Kubu dibina oleh Baginda Umar ini diperbuat campuran madu, putih telur, batu bata, kapur tohor sebagai plaster.

Di bahagian dalam kubu ini pula terdapat sebuah pentas batu yang bertingkat (singgahsana), digunakan sebagai tempat sultan dan pembesar-pembesarnya mengadakan mesyuarat bagi mengatur strategi perang dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menghadapi serangan pihak musuh.
Semua kisah sejarah itu bakal dilupakan apabila kerajaan dibawah Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyerahkan pembinaan semula Bazar Warisan kepada syarikat negara Cina yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Wei Amber Group Sdn Bhd.

Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memajukan semula Kompleks Bazar Warisan dengan perbelanjaannya ditanggung syarikat terbabit dengan kos RM15 juta.

Ia akan menukar Bazar keseluruhan Bazar Warisan yang dibina dengan kos RM18.4 juta menjadi gerai makanan antarabangsa, restoran makanan halal Cina serta sebuah hotel bajet.

Laluan yang hanya sanya ada kini ke Bukit Puteri ‘terancam’ apabila pembangunan yang dirancang, dilaksanakan kelak.

Namun begitu, walaupun perjanjian telah ditandatangani Disember tahun lalu, sehingga kini, tiada lagi kerja-kerja pembangunan dilaksanakan.

‘Bisik-bisik kedengaran’ diantara peniaga sekitar Pasar Kedai Payang dan Bazar Warisan itu bahawa syarikat terbabit tidak boleh meneruskan pembinaan itu.

Antara halangannya ialah, tanah Bukit Puteri dilaporkan ‘bersekali’ dengan tanah Bazar Warisan yang menimbulkan masalah pemilikan.

Selain itu, dilaporkan bahawa, faktor keselamatan struktur bangunan Bazar sedia ada yang sudah berlarutan sejak ia dibina, merupakan sebab mengapa premis itu masih belum mendapat sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC).

Sumber HD - 28-10-2017















































































Non-Muslim turut sumbang ke tabung Rohingya

MASYARAKAT Tionghua di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura juga turut sama menghulurkan sumbangan bagi membantu pelarian Rohingya.
Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, PAS Dungun, Serena Lim Abdullah berkata, kezaliman rejim Myanmar terhadap etnik Rohingya turut mendapat simpati dalam kalangan masyarakat Cina di sekitar bandar Dungun. 
“Mereka cukup teruja menghulur bantuan. Mereka hulur dengan muka yang manis ibarat kalau bagi orang Islam mendapat pahala besar,” katanya di sini. 
Badan Perhubungan PAS Terengganu menjalankan kempen Misi Kemanusiaan Rohingya di seluruh negeri. 
Serena juga berkata, kempen itu turut melibatkan premis-premis perniagaan bukan Islam dan orang perseorangan. 
“Seorang warga Tionghua memuji usaha yang diambil PAS dan harapannya sama-sama tumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional di Terengganu,” ujarnya.– HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD - 28-10-2017 















































































Bajet 'Panadol Actifast' - Adun Cukai



KEMAMAN: Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak umpama 'Panadol Actifast' yang menghilangkan sakit hanya seketika.
Adun Cukai, Hanafiah Mat dalam reaksinya semalam berkata, bagaimanapun bajet itu menyebabkan rakyat merana sepanjang tahun.
"Tak ubah seperti seorang tok bomoh yang merubat pesakit. Segala penyangkal, kudis gatal, dari laut pulang ke laut, ambillah dikau secebis bungkusan buat hari esok.
"Tok Batin dan Ketua Kampung dipuja diberi imbuhan. Namun, rakyat jelata ditekan dengan kenaikan kos kehidupan yang melampau. Harga minyak saban minggu naik.
"Bayaran bonus yang menjadi impian penjawat awam hanyalah gincu merah menyala dibibir gadis, terkena air pudarlah ia," ujar beliau.
Hanafiah yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman menzahirkan rasa simpati kepada rakyat atas cabaran bakal dihadapi kesan bajet tersebut. - HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD - 28-10-2017 















































































Pesta baldi di Masjid Kristal ketika hujan






MASJID Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu seperti hidup segan mati tak mahu.
Ia dibina dengan kos RM23 juta merupakan dana royalti yang ditukar menjadi wang ehsan dan sekarang pula dikenali dana khas.
Masjid tersebut merupakan sebahagian daripada berpuluh-puluh projek mega dilaksanakan era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh.
Keunikannya dibina daripada kaca dan keluli. Ia dianggap masjid pintar pertama di Malaysia mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. 
Masjid tersebut dikatakan boleh memuatkan 700 jemaah dilengkapi prasarana teknologi ICT dan liputan WiFi bagi membolehkan pengunjung mengakses internet. 
Seni reka dikatakan dicipta arkitek bukan orang Islam sehingga tersasar arah kiblat. Selain pernah tersebar rakaman video wajah aneh di masjid berkenaan apabila lampu warna-warni dipasang pada waktu malam. 
Malangnya belum pun 10 tahun pembinaannya, masjid yang gah itu kini menjadi buah mulut pelancong apabila kerosakan dikesan di sana sini. 
Tinjauan Harakah mendapati sebanyak 28 keping cermin berlaku keretakan dan sehingga menyebabkan siling masjid berkenaan retak dan bocor. 
Menurut sumber kerosakan sebenarnya dikesan pada 2008 lagi, namun ketika itu tidak seteruk sekarang. 
Katanya, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM305,000 bagi menampung kos gantian 28 kepingan kaca yang pecah. 
Sekiranya pengunjung singgah ketika hujan, akan kelihatan ‘pesta’ baldi yang diletakkan di beberapa penjurunya. 
Seorang pengunjung, Mohd Ali Kassim dari Pahang melahirkan rasa dukacita melihat cara pengurusan masjid yang dianggap lemah serta tidak terurus. 
Katanya, beliau beberapa datang melihat Monumen Taman Taman Islam (TTI) dan Masjid Kristal, namun kerosakan semakin ketara. 
“Maaf cakap, saya ingat kerajaan yang memerintah negeri hari ini sudah tidak mampu, kurang kreatif dan perlu ditukar,” ujarnya ketika ditemui Harakah semalam. – HARAKAHDAILY 27/10/2017













Sumber HD - 27-10-2017















































































Mahfuz celaru selepas PAN gagal atasi PAS

BEKAS Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kini dianggap bercelaru setelah Parti Amanah Negara (PAN) yang didukunginya gagal melemahkan PAS.
Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, sejak tiada lagi tempat dalam kepemimpinan utama PAS, anggota parlimen Pokok Sena makin hilang arah perjuangan. 
Katanya, pemikiran pemimpin terbabit tambah kacau apabila melihat kejayaan Himpunan Fastaqim 2.0 yang berjaya menghimpun lebih 200,000 peserta. 
“Jangkaan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang kini menjadi idola Mahfuz kononnya separuh kekuatan PAS akan hilang setelah tertubuhnya PAN jelas tersasar jauh. 
“Saya nampak kejayaan himpunan mega Fastaqim menyebabkan yang meninggalkan perjuangan lama tersentak,” katanya selepas menyertai kempen mengumpul dana membantu Rohingya di sebuah pasar tani di Kemaman  semalam. 
Sebuah portal berita melaporkan Mahfuz berharap ahli PAS mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD - 27-10-2017 















































































Makan laksa kutip dana PRU

KEMAMAN: Penaja PAS Cawangan Taman Selasih telah menganjurkan program Makan Laksa dalam usaha mendapatkan dana bagi PRU14 di perkarangan Surau Hijau Taman Selasih, Kerteh, di sini pagi tadi.
Tambah menarik lagi majlis turut diisi dengan pancaran siaran secara langsung Kuliah Dhuha dari Masjid Rusila, Marang.
Menurut Ketua Penerangan PAS MTD Kemasik, Ustaz Asri Kadir, program ini antara lain bagi memperkukuhkan jentera di Cawangan terbabit ke arah memastikan kemenangan PAS di Dun Kemasik.
Tambahnya lagi, dana yang terkumpul akan digunakan bagi gerak kerja dan program kebajikan di Cawangan terbabit.
Beliau turut menyatakan kepentingan untuk seluruh jentera melipatgandakan kerja bagi memastikan masyarakat bersama PAS dalam PRU 14.
Beliau yang juga merupakan Ketua Penaja PAS Cawangan terbabit turut berharap program seumpama terus dilangsungkan bagi mencapai pelbagai tujuan.
Turut hadir, Pemuda Dun Kemasik, Muslimat Dun Kemasik dan pimpinan setempat. - HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD - 27-10-2017 















































































PAS Dun Kemasik kempen bantu Rohingya

KEMAMAN: Pemuda PAS dan Ameerah Dun Kemasik telah menggerakkan kepedulian dan kebersamaan masyarakat dalam Dun itu kepada Misi Selamatkan Rohingya.
Usaha tersebut diadakan melalui kutipan derma dalam kalangan pengunjung dan peniaga di tapak Pasar Tani Pagi, Kerteh di sini hari ini.
Menurut Pengarah Program, Wan Ibrahim Wan Mamat, masyarakat sekitar ternyata peduli dan memberi perhatian kepada nasib saudara seagama mereka itu.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Dun Kemasik berkata, sikap itu diterjemahkan masyarakat melalui sumbangan yang telah mereka berikan.
Wakil Ameerah Dun Kemasik, Nil Ilyana Nik Li pula berkata, program kutipan itu akan diterus digerakkan bagi membantu pembelaan serta menyumbang kepada warga Rohingya.
Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Che Bukhari turut menyatakan sokongan terhadap usaha itu di mana membolehkan masyarakat menyumbang kepada Rohingya. - HARAKAHDAILY 27/10/2017
Sumber HD - 27-10-2017 















































































1000 Ekar Ladang Herba ; Kerajaan Terengganu Tak Dapat Hasil?

DUNGUN – Pemberian tanah seluas 1000 ekar di kawasan Hulu Dungun kepada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), masih gagal membawa hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, Pembangunan Bersepadu Herba Pasir Raja yang diusahakan sejak tahun 2014 belum membawa manfaat kepada rakyat.

“Apa yang difahamkan daripada 1000 ekar yang di berikan oleh kerajaan negeri ini, hanya sekitar 100 ekar lebih sahaja yang telah dijalankan,

“Melibatkan lebih kurang sembilan spesies jenis tanaman yang diusahakan diantaranya Tongkat Ali, kacip Fatimah, Roselle, Serai, Misai Kucing dan beberapa produk penghasilan yang dikeluarkan oleh di bawah projek ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat tapak Pembangunan Bersepadu tersebut pada Selasa, 24 Oktober.

Oleh itu kata beliau, projek tersebut tidak memberikan banyak peluang pekerjaan kepada pendudukt tempatan

“pekerja yang bekerja di sini hanya sekitar 20 orang adalah daripada penduduk tempatan yang berasal daripada Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukur,

“Tenaga kerja yang hanya sekitar 20 orang dengan projek yang begitu besar tidak mencapai hasrat buat masa sekarang untuk menyediakan suatu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,”jelasnya.

Tambah beliau, tidak nampak impak kepada ekonomi rakyat dengan peruntukan besar yang diluluskan oleh kerajaan pusat dibawah ECER.

“Dengan jumlah peruntukan 78 juta difahamkan kalau diinfakkan kepada projek –projek yang lain sudah tentu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu,

“Industri dan kilang-kilang yang mungkin dalam keadaan yang agak segera boleh mendatangkan kesan yang baik kepada ekonomi dan juga rakyat negeri terengganu,”ujar beliau.

Justeru beliau berkata, kerajaan telah salah memilih satu industri yang kononnya akan dapat meningkatkan ekonomi.

Sedangkan menurut beliau, ‘herba’ memakan masa yang agak panjang dan lama dan tidak memapu menyelesaikan masalah ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Sumber BO - 27-10-2017















































































PAS Mampu Tadbir Terengganu Walau Royalti Minyak Di Sekat

KUALA NERUS – Ketika era pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999-2004, sumber pendapatan Terengganu tanpa royalti minyak hanyalah kira-kira RM180 juta sahaja.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, RM230 juta untuk pengurusan tapi kerajaan PAS Terengganu sentiasa membayar gaji kakitangan kerajaan negeri malah masih mampu menaikkan gaji Imam dan Bilal.

“Kadar kemiskinan di Terengganu mampu diturunkan dari tangga ketiga ke tempat ke empat sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu. Kita ada rekod dan fakta yang boleh disemak kembali bukan hanya sekadar ilusi!,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program Santai Chit-Chat Anak Muda di Kampung Buloh Gading, Teluk Pasu, 25 Oktober, disini.

Menurutnya, fenomena kebangkitan gelombang anak muda sebagai agen perubahan politik Terengganu dapat disaksikan di mana-mana.

“Kalau tidak masakan hampir 10 ribu anak muda boleh dihimpunkan untuk berkonvoi sempena Fastaqim 2.0 dulu.

“Saiz konvoi ini boleh dimasukkan dalam Malaysian Book of Records,” tegas Dr Azman yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Pusat.

Jelasnya lagi, Kuala Nerus ada keunikan yang tersendiri. Ini kawasan Menteri Besar Terengganu. MB hanya mampu berkubu di DUN Seberang Takir dalam keadaan tiga DUN lain dan Parlimen Kuala Nerus sendiri dikuasai PAS.

“Di kawasan inilah ratusan ribu manusia berkumpul ketika Fastaqim 2.0 dan anak-anak muda yang ada di sini pada malam ini adalah antara nadi penting dengan curahan tenaga siang dan malam.

“Sehingga akhirnya telah memahat satu sejarah gemilang dalam menjayakan himpunan raksasa ini. Syabas dan sekalung tahniah saya ucapkan.” Ujar beliau.

Turut hadir dalam program bual bicara santai itu ADUN Teluk Pasu, Ustaz Hj Riduan Hashim dan Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Raja Arizal Raja Arif.

Sumber BO - 27-10-2017















































































Pusat Penerangan Pelancongan Ditutup Ditengah-tengah Tahun Melawat Terengganu?


KUALA TERENGGANU – Apa rasionalnya kerajaan Umno dan Narisan Nasional (BN) menutup Pusat Penerangan Pelancongan, ditengah-tengah kempen dan pelaksanaan Tahun Melawat Terengganu 2017?

Pusat tersebut yang terletak di kawasan strategik pelancongan di hadapan Bukit Puteri berhampiran Bazaar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang.

Notis yang diletakkan pada pintu pusat tersebut, penutupan ‘sementara’ itu adalah untuk menaiktaraf dan pembaikian bangunan utama.

Menurut seorang peniaga berhampiran, sejak pejabat itu ditutup kebersihan kawasan sekitarnya tidak lagi terjaga.

“dulu…..pekerja Pusat itu yang sapu dan bersihkan kawasan ini, sekarang tak ada orang ‘ccara’ (tidak diambil peduli), sampah-sampah terbiar begitu sahaja,

“sedangkan kawasan ini jadi tumpuan, orang lalu dan singgah sini untuk ke Pasar Payang,” ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Tinjauan ke lokasi tersebut mendapati, dakwaan beliau adalah benar, kawasan tersebut tidak lagi terurus.

Rumput yang panjang dan tidak dipotong, menjadikan pemandangan indah ‘tercemar’ dengan sampah sarap disumbat ke dalam longkang.

Sementara itu, laman sosial Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Terengganu juga dikesan tidak dikemaskini.

Catatan terakhir laman tersebut adalah kira-kira lebih setahun yang lalu, pada 20 April, 2016.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyifatkan, kerajaan tidak serius dengan kempen tahun melawat Terengganu.

“Bagaimana pelancong luar boleh mendapatkan maklumat kalau pusat penerangan pelancongan ditutup?

“Adakah kempen itu hanya slogan kosong padahal tiada persediaan yang rapi untuk tujuan menggalakkan pelancongan ke negeri Terengganu?,” soal beliau

Justeru kata beliau, kalau begitu cara pentadbiran kerajaan terengganu bawah BN maka selayaknya lah kerajaan ini ditukar selepas PRU14 nanti.

Sumber BO - 26-10-2017















































































Jalan Awana Kijal, Bukti Kerajaan Umno Terengganu Gagal

Oleh : Khalid Abdullah

Projek menaiktaraf jalan persekutuan menjadi dua lorong berhampiran pusat percutian terkenal, Awana Kijal di sini, sebagai cara bayaran balik sebahagian kos pembinaan LPT2 adalah tidak wajar.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata Kerajaan Terengganu telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1.85 bilion untuk pembinaan LPT2.

Katanya, untuk menyelesaikan sebahagian hutang, kerajaan pusat mengeluarkan peruntukan RM186 juta untuk membina jalan dua lorong tersebut.

“Patutnya bayar terus pada kerajaan negeri, jalan Awana Kijal ini bukan jalan negeri, jalan persekutuan…..biar bajet ‘federal’ yang keluar, tetapi pemimpin kita ‘dok rok’, (penakut) sebab jika lawan, akhirnya tukar MB” jelas YB Ustaz Hishamuddin,

“Kerajaan pusat kecek (tipu) kita dengan begitu mudah, buat projek persekutuan guna duit negeri, kononnya membayar hutang, pemimpin negeri tahu hakikat sebenar, tapi hendak lawan tidak berani,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh itu membangkitkan perkara itu, ketika berucap di Majlis Makan Tengahari Dana PRU14, PAS Pekan Air Jernih di sini, pada 20 Oktober.

Kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Umno adalah perjalanan yang tiada kesudahan.
Rakyat perlu menolak pemimpin yang lemah dan beri kepercayaan kepada PAS dalam pilihanraya nanti kerana PAS sangat bersiap-sedia untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Sumber BO - 25-10-2017















































































Kebangkitan anak muda digerak bersama PAS

BESUT: PAS yakin anak muda akan terus menjadi pendokong penting perjuangan Islam dengan berbekalkan semangat sebagaimana yang tercerakin dalam tema "Awok Kite Boleh Harap".
Malah, PAS yakin kebangkitan anak muda dapat digerak dan diselaraskan dalam gelombang yang stabil serta terkawal berasaskan konsep digariskan parti ini.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, anak muda itu pasti tidak akan terlepas dari kongkongan dan kepungan kegilaan dibentuk Kerajaan Umno-BN.

"Sama ada mereka pemaju atau pembeli, kontraktor atau buruh, guru atau pekebun, ulama atau orang awam, politikus atau rakyat marhain, akan menempuh keadaan itu.
"Mereka akan melihat pihak yang beria-ia memusuhi PAS lebih gemar memanipulasi, menginterpretasi dan memprovokasi tindakan-tindakan pimpinan PAS, akhirnya kebingungan.

"Musuh hairan melihat sambutan luar biasa Himpunan Fastaqim berbanding Himpunan Kleptokrasi yang mereka anjurkan," ujarnya mengulas Himpunan Pemuda Besut yang akan diadakan 26 hingga 28 Oktober ini.

Beliau memuji inisiatif Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut memobilisasi semangat dan jati diri anak muda untuk bersama PAS menerusi himpunan itu nanti.

Pelbagai acara akan diadakan pada himpunan itu termasuk memancing, forum dan konvoi motosikal, selain pelbagai perkongsian, pesanan dan arahan dari pucuk pimpinan. - HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD- 25-10-2017















































































Agama Benteng Anak Muda Terlibat Dadah

Oleh: Aqilla

KUALA NERUS – Peningkatan kes penyalahgunaan dadah adalah berpunca daripada kurangnya didikan agama yang betul.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir , Ustaz Zakaria Dagang berkata, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, isu tersebut masih berleluasa terutamanya di kawasan Seberang Takir yang menjadi salah satu ‘kawasan hitam dadah’ di Terengganu.

“Kerajaan Umno dan Barisan Nasional ( BN ) dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif tidak mendidik rakyat melalui program keagamaan sebaliknya banyak menganjurkan ‘pesta’ hiburan.
“Keadaan ini pastinya memberi suatu imej yang buruk kepada Seberang Takir, apatah lagi ia merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar,” ujarnya.

Menurut beliau, dalam kes penyalahgunaan dadah, ibu bapa selalu disalahkan.

“Kerajaan tidak boleh berlepas tangan. Pendidikan agama perlu diterapkan sejak dari awal kepada kanak-kanak,

“Agama rakyat dan masyarakat sekeliling bergantung kepada agama Pemimpinnya, “tambahnya lagi memetik dari kata Ulama’

Justeru itu, Diharapkan agar semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam mendidik masyarakat supaya kita semua berpegang pada Agama seterusnya dijauhkan daripada perkara buruk sebegini.

Sumber BO - 24-10-2017















































































Jalan Awana Kijal bukti Kerajaan Umno Terengganu gagal















KEMAMAN: Projek menaik taraf jalan persekutuan menjadi dua lorong sebagai cara pembayaran balik sebahagian kos pembinaan LPT2 oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Terengganu adalah tidak wajar.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, naif taraf jalan berhampiran pusat percutian terkenal, Awana Kijal itu sebagai bayaran hutang antara dua pihak tersebut.
"Terdahulu, Kerajaan Terengganu telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1.85 bilion untuk pembinaan LPT2. Untuk menyelesaikan sebahagian hutang, Kerajaan Pusat mengeluarkan peruntukan RM186 juta untuk membina jalan dua lorong ini.
"Patutnya bayar terus pada kerajaan negeri, (lagipun) jalan Awana Kijal ini bukan jalan negeri, jalan persekutuan, biar bajet 'federal' yang keluar. Tetapi pemimpin kita 'dok rok' (penakut), sebab jika lawan, akhirnya tukar MB.
"Kerajaan Pusat kecek (tipu) kita dengan begitu mudah, buat projek persekutuan guna duit negeri. Kononnya membayar hutang. Pemimpin negeri tahu hakikat sebenar, tapi hendak lawan tidak berani," ujarnya dalam Majlis Makan Tengahari Dana PRU14 PAS Pekan Air Jernih di sini.
Ustaz Hishamuddin yang juga Adun Tepoh turut menceritakan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Umno seperti tiada kesudahan.
Oleh itu rakyat serunya, perlu memberi kepercayaan kepada PAS dalam PRU nanti yang sudah bersiap-sedia untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Terengganu. - HHARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD - 24-10-2017 















































































PAS bantu mangsa ribut di tiga daerah


MANGSA ribut di daerah Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mendapat bantuan segera daripada pemimpin PAS.
Hampir 400 rumah rosak akibat bencana tersebut yang berlaku petang Ahad lepas. 
Sebanyak 338 rumah di 21 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, Dun Bukit Payong dan Dun Manir rosak pada kejadian tersebut. 
Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, usaha membantu mangsa digerakkan segera sejurus kejadian berlaku.
Katanya, semua lajnah-lajnah kebajikan PAS dan dewan-dewan perlu mengambil inisiatif awal membuat kutipan derma bagi membantu mangsa ribut. 
“Saya telah melawat lokasi kejadian dan menyampaikan sumbangan awal kepada wakil Dun sebelum diagihkan kepada mangsa. 
“Kita mengenal kenal pasti mangsa terbabit supaya tidak berlaku terlepas pandang dan sumbangan mengikut kadar kemampuan disampaikan. 
“Semoga mereka yang terlibat bersabar dengan ujian yang menimpa dan berharap kerosakan yang berlaku mendapat gantian lebih baik,” ujarnya selepas melawat lokasi ribut semalam. 
Hadir sama pada lawatan itu Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman, Adun Manir, Ustaz Hilmi Harun dan Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Abdul Hadi Mohamad. – HARAKAHDAILY 24/10/2017











Sumber HD - 24-10-2017















































































Bencana Ditangani Segera

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Menemui mangsa musibah sebaik mendengar berita buruk itu, adalah sangat bertepatan dengan kehendak ‘Khidmat Malaysia’.

Sebaik selesai Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Siri Kedua (HEBAT 2.0)  di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan selesai, apabila rebut kuat melanda beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman

Oleh itu pemimpin sejajar dengan Khidmat Malaysia mangsa musibah itu segera dikunjungi oleh pemimpin kawasan terbabit.

“Wajar untuk kita turun berjumpa mangsa musibah ini biarpun tidak mampu membantu banyak tetapi sekadar bertanya khabar,

“dan menyampaikan sedikit sumbangan itu sudah cukup menyenangkan hati mangsa ribut ini,” ujar Pengarah DUN N13 Wakaf Mempelam Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika melawat rumah mangsa-mangsa ribut di Kampung Wakaf Mempelam dan Teluk Paku di sini lewat petang Sabtu, 22 Oktober.

Seorang mangsa yang ditemui mengucapkan terima kasih atas kunjungan ;semerta’ pemimpin PAS itu.

“Saya terharu atas kunjungan ini dan ucapan terima kasih banyak kepada PAS Wakaf Mempelam.

” Terima kasih banyaklah. Mari jugak, jenguk kita walaupun dah lewat petang,” kata Haji Ismail bin Deraman.

Beliau berkata, 12 keping atap di tengah rumahnya diterbangkan angin ketika beliau sedang berada di di dalamnya, lebih kurang pukul 3 petang.

Rumah yang beliau diami bersama anak dan cucunya, bocor akibat angin kuat itu.
Dalam kejadian itu, dua buah rumah lagi adalah di Kampung Teluk Paku, termasuk milikTengku Hindazari, turut rosak.

“dia tiada di rumah kerana ke Kuantan menziarahi keluarga yang sakit saya ketika kejadian berada di rumah bersama anaknya,

“makcik tak dapat berbuat apa apa, hanya sempat melarikan diri keluar dari rumah ketika melihat atap terbang di bawa angin,” jelas ibu Hindazari ketika di temui di tempat kejadian.

Turut berada di lokasi kejadian ialah ketua cawangan Teluk Paku, Ku Nuar Ku Bisnun, yang segera memasang kanvas menutup sementara atap ‘yang lopong’ bagi mengelakkan lantai basah bersama beberapa Pemuda cawangan Kampung tersebut

Mengiringi Ustaz Wan Sukairi yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu ialah Ketua UPU Wakaf Mempelam saudara Mudzaffar Ali, Bendahari Mat zaid Ahmad dan juga Ketua Pemuda DUN Wakaf Mempelam, Mohd Fakrurrozi M.Noor.

Sumber HD - 23-10-2017















































































PAS Kemaman santuni mangsa ribut


KEMAMAN: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek telah mengadakan ziarah bertemu mangsa kejadian ribut melibatkan beberapa penempatan, di sini hari ini.
Dalam kejadian hujan lebat dan ribut petang Jumaat itu, sekitar 47 rumah di Jong Belaboh, Padang Kemunting, Pondok Limau dan sekitarnya mengalami kerosakan.
Tinjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan kerosakan kediaman mengalami atap tercabut, selain banyak pokok tumbang, namun tiada kemalangan jiwa.
Pada lawatan tersebut, Ustaz Nik Nasri telah menyerahkan sumbangan PAS Kawasan Kemaman kepada keluarga mangsa yang ditimpa musibah itu.
Hadir sama adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Jong Belaboh dan PAS Cawangan Ibok. - HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD - 22-10-2017















































































Mangsa ribut Dun Alor Limbat dibantu

KUALA NERUS: Majlis Tindakan Dun (MTD) Alor Limbat telah melancarkan derma kilat untuk membantu mangsa ribut dan keluarga mereka yang mengalami ujian tersebut.
Dalam kejadian ribut sekitar 20 minit antara jam 3 petang itu, lebih 100 rumah penduduk mengalami kerosakan teruk terutama struktur atap yang tercabut keseluruhannya.
Antara kampung terlibat adalah Kampung Pusu Tiga, Kampung Kubang Panjang, Kampung Pengkalan Setar, Kampung Gelugur, Kampung Padang Midin dan banyak lagi.
Difahamkan, kejadian ribut itu turut melanda hampir di kebanyakan daerah dalam negeri Terengganu, semalam.
Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman menyeru seluruh masyarakat agar dapat bersama membantu mangsa ribut dan keluarga mereka yang kini dalam kesusahan.
"Kepada semua PAS Cawangan, surau dan masjid harap dapat mula buat kutipan derma kilat. Semua sumbangan nanti diharapnya meringankan beban ditanggung mereka," rayunya.
Orang ramai yang prihatin boleh membuat sumbangan terus ke akaun Dana Kebajikan Dun Alur Limbat (BIMB 1301 7018 2863 87) atau diserah ke Pusat Khidmat (Tengku Wafi). - HARAKAHDAILY 23/10/2017
Sumber HD -23-10-2017 















































































Sebab itu Tok Guru bersifat terbuka

MALAYSIA rugi jika banyak parti Islam.

Semua pakat nak bertanding, yang menang sekular. Sebab itu Tok Guru bersifat terbuka, bersedia terima orang lain masuk PAS, supaya dapat fokus lawan parti sekular. Namun, yang berlaku ialah ada yang masuk punya agenda tertentu hingga akhirnya mereka keluar dari PAS.
PAS bawa perjuangan bersifat sangat asas dan fundamental. Prinsip-prinsip Islam tidak boleh dikompromi. Golongan lain yang ada prinsip tersendiri tidak mahu terima. Mereka cuma mahukan golongan yang bawa Islam tanpa syariat. Sebab itu mereka yang bawa Islam tanpa mahu tegakkan syariat boleh diterima oleh golongan lain yang seperti mereka. 
PAS dilihat oleh pihak lain supaya tidak menang pilihan raya. Mereka tidak mahu rakyat memilih PAS sebagai ganti Umno/BN dengan sebab PAS yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak boleh dikompromi tadi. 
Umno ibarat mengidap 'kanser tahap 4'. Mereka tidak mahu apabila rakyat tolak Umno, rakyat akan pergi kepada PAS, lalu mereka buat supaya rakyat sokong yang lain, yang lebih mesra dengan mereka. 
Imej PAS mesti dirosakkan. Di antaranya dibuat tuduhan Sarawak Report bahawa PAS terima RM90 juta dari Umno. PAS lantik peguam di London usaha jayakan kes ini yang boleh dianggap sebagai berprofil tinggi. Tidak pelik konspirasi peringkat antarabangsa dibuat untuk merosakkan imej PAS. 
PAS sertai pilihan raya kerana ia selamat. Nabi SAW pernah diberi pilihan di antara dua perkara, lalu Nabi pilih yang lebih mudah. 
Tok Guru Nik Aziz pernah sebut orang yang undi PAS banyak pahala kerana banyak aktiviti dan program Islam dapat dibuat apabila PAS berkuasa  di Kelantan. Di antaranya akaun kerajaan negeri dipindahkan ke Bank Islam, sehingga kesannya ialah bank bukan Islam pun tergerak hati membuat kaunter Islam. Ia kesan positif kepada sistem perbankan Islam. Dengan adanya kerajaan Islam, apabila umat Islam desak supaya program Islam dibuat, tentu kerajaan akan ikut. 
PAS selalu difitnah ber'UG' dengan Umno. Sebenarnya PH yang ber'UG' dengan Umno apabila ada ahli Parlimen PH sedia bekerjasama untuk dapatkan 2/3 sokongan dalam Parlimen untuk ubah Perkara 88A yang berkait dengan Akta 164. Tetapi apabila kita berusaha untuk luaskan bidang kuasa mahkamah syariah melalui Akta 355, kita dianggap ber'UG' dengan Umno. 
PAS perlukan kuasa untuk tegakkan Islam. PAS mesti kuat. Dengan kuatnya PAS, PH juga mahu pujuk PAS, begitu juga Umno. PAS punya jentera pilihan raya yang tidak dipunyai oleh parti lain.

Penyelesaian mesti dengan Islam. Kita kemukakan WINS (Wawasan Induk Negara Sejahtera) yang ada agenda masa panjang untuk negara. Kita bawa budaya politik matang dan sejahtera, BPMS yang di antaranya meletakkan Islam sebagai penyelesaian.
DAP hanya bercakap tentang akauntabiliti tetapi kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri ada masalah akauntabiliti. Itu baru perintah negeri, belum perintah Malaysia lagi. Justeru, akauntabiliti bagi DAP hanya retorik. Kita sudah laksanakan Islam dan program yang dituntut Islam di Kelantan dan Terengganu (tanah untuk rakyat, tiada tol, tiada exco dikaitkan dengan rasuah dan lain-lain). 
Kita perlu pasak keimanan. Antaranya patuh kepada pimpinan ketika mereka taatkan Allah. Kalau pimpinan tidak taat, kita tidak ikut. Sebab itu apabila kumpulan yang disebut G18 lari dari PAS, ahli tidak kisah. Dalam sejarah, Presiden PAS pernah lari, tapi pengikut tidak lari. Ketika PAS masuk kerajaan campuran, ada pimpinan PAS yang tidak setuju. Mereka hanya beruzlah. Apabila PAS tidak lagi dalam kerajaan campuran, mereka kembali aktif. Dato' Asri hebat tapi bila lari, orang tidak ikut. Kita tarbiah ahli dengan iman, bukan taksub dengan orang. 
Pengorbanan orang dahulu lebih hebat dari sekarang. Dalam sejarah PAS, perhimpunan di Gunung Semanggol boleh kumpul 10 ribu orang. Ketika itu kenderaan tidak banyak. Kereta pun yang ada seperti Austin dan Morris Minor. Pimpinan pernah ditahan oleh Pemuda Tahan Lasak. Kini PAS jadi hebat dengan jasa orang dahulu.  Jangan ada rasa ragu terhadap apa yang kita bawa ini. 
Isu kos sara hidup sangat penting dan menyentuh hati rakyat. Justeru, kita perlu garap isu ini untuk tambat hati rakyat. 
Dari segi persiapan, jentera cukup penting. Juga perlu jaga ukhuwwah, wala', kewangan mesti cukup, faktor calon dan doa munajat. – HARAKAHDAILY 21/10/017 
 Catatan oleh USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI, Ketua Unit Liqa Fikri Jabatan Tarbiah PAS Terengganu. Kompleks Luqman al-Hakim, Setiu, Sabtu 21 Oktober 17. 












Sumber HD- 21-10-2017
















































































PAS Ajak Masyarakat Cakna Derita Rakyat Rohinghya

Oleh : Sumaiyah Zakaria

MARANG – PAS Marang mengajak masyarakat cakna dan rasai penderitaan yang dialami oleh muslim Rohingya sekarang.

ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, “Mudah-mudahan kita semua dapat merasai kesusahan dan penderitaan rakyat Rohingya yang dizalimi serta ditindas seterusnya membantu mereka”.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu berkongsi info dan maklumat berhubung kekejaman dan penganiyaan rakyat Rohingya yang dizalimi dan ditindas oleh junta tentera Myanmar.
“Majoriti rakyat Rohingya beragama Islam. Asal negara mereka adalah Arakan. Namun, disebabkan perbalahan kabilah ditukar kepada Myanmar yang mana kemudiannya diperintah oleh Buddha. Umat Islam telah dihalau, bahkan turut dibunuh.”

“Puluhan ribu menjadi pelarian. Ada antara mereka yang diikat, dibakar, ditembak dan dibunuh dengan kejam. InsyaAllah sumbangan yang diterima dari tuan puan akan disampaikan pada bulan 11 kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh,” ujar Ustaz Mohd Nor.

Beliau ditemui pada program santai penerangan manifesto PAS Terengganu di Pasar Malam Padang Mengkuang pada Khamis, di sini

Turut hadir ialah Pengarah Mtd Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong yang merupakan Ketua Penerangan PAS Marang serta Pemuda, Muslimat dan Ameerah Pengkalan Berangan.

Ustaz Mohd Nor Hamzah terus menyambung dengan memberi penjelasan berkenaan manifesto PAS menjelang pilihan raya ke-14 iaitu pemberian 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin.

“Hasil negeri Terengganu sangat banyak. Ini termasuklah air. Jadi, kalau PAS diberi kuasa memerintah Terengganu, kami menawarkan 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah”,

“Ini bermakna sebanyak RM8.00 perlu dibayar setiap bulan. Jika 10 bulan, jumlahnya RM80.00. Walaupun dikatakan hanya RM80.00, namun Kerajaan Negeri sendiri tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat,” tambah beliau lagi.

Agihan bubur asyura yang disediakan pihak penganjur turut dibuat sepanjang program penerangan tersebut belangsung.

Sumber BO - 21-10-2017















































































Jangan Sampai Rakyat Berarak Ke Wisma Darul Iman!

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut memberi peringatan keras kepada kerajaan, jangan sampai rakyat bangkit dan berarak menuntut keadilan di Wisma Darul Iman.

Beliau berkata, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman diingatkan agar berlaku adil kepada rakyat yang terlibat dengan projek pembangunan Kuala Terengganu-Bypass dari Kampung Durian Burung ke Kampung Tok Molor.

“Saya bimbang jika rakyat makin marah. Saya tidak tahulah jika dia (Ahmad Razif) sedia untuk tunggu rakyat berarak ke Wisma Darul Iman lagi. Tapi, saya tidak menolak kemungkinan (berdemontrasi) itu,

“Ini pernah berlaku dalam kes (pengambilan tanah) di Kampung Banggol Donas. Mereka (penduduk) berarak pergi jumpa Menteri Besar dan rakyat bangkit bila tanah mereka diambil secara tidak setimpal,” tegasnya.

Menurutnya, rojek itu yang melibatkan pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa oleh ditawarkan bayaran tidak setimpal oleh penduduk terbabit.

Manntan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, PAS akan terus membantu rakyat yang dizalimi serta dinafikan hak mendapat keadilan.

“Kita (PAS) juga akan terus membantu mereka-mereka yang terlibat dizalimi. Mereka yang kena zalim kita akan bantu dan jika hendak kerah rakyat untuk turun (berarak) kita turunlah.

“Mereka bukan anti pembangunan tetapi sebab tidak diberi hak mereka. Saya rasa perlu Menteri Besar (Ahmad Razif) pastikan jangan berulang dengan perkara yang sama, Insya’Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di lokasi projek KT-Bypass itu di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, pada Selasa 17 Oktober.

Mohd Abdul Wahid yang merupakan wakil rakyat enam penggal selama 27 tahun mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam melahirkan rasa simpati dengan nasib penduduk terbabit.
“Saya telah mewakili DUN Wakaf Mempelam ini selama 27 tahun atau enam penggal. Barang kali dihujung sesi perkhidmatan saya ini macam-macam ujianlah kepada penduduk di Dun Wakaf Mempelam ini.

“Saya hendak jelaskan, kita (PAS) bukan anti pembangunan sebenarnya. Pembangunan perlu kerana jalan perlu dibesarkan, jalan perlu diperbanyakkan, kereta makin bertambah.

“Ini satu keperluan untuk rakyat. Tetapi, apabila melibatkan pembangunan, yang melibatkan tanah rakyat kita kena berlaku keadilan. Kerajaan kena bayar pampasan,” jelasnya.

Menurutnya, sewaktu pemerintahan kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 pernah menggantikan tanah dan bayaran pampasan kepada penduduk terhadap isu pengambilan balik tanah.

Sumber BO - 20-10-2017















































































Sertai pilihan raya junjung perintah agama

PEMUDA PAS perlu beraksi dengan lebih agresif dan matang sesuai dengan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkefli berkata, anak muda hendaklah melahirkan rasa kasih dan sayang kepada Islam bagi melengkapkan perjuangan. 
Katanya, selain itu mereka juga perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi menjunjung perintah agama. 
“Pemuda PAS Dungun yang melewati usia 40 tahun membuktikan kematangan sayap itu dalam menyusuri arus perjuangan. 
“Generasi muda hari ini hendaklah berkeyakinan Islam adalah jalan penyelesaian kepada segala masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia,” katanya pada sambutan Karnival 40 Tahun Pemuda PAS Dungun baru-baru ini. 
Sempena program itu pelbagai aktiviti diadakan termasuk sukan, Konsert Kembalilah 3, santai dakwah, bola sepak penalti, pertandingan PS4 , persembahan seni silat, acara silap mata dan persembahan pelajar Pasti. 
Selain itu lebih 1,000 anak muda berkonvoi motosikal mengiringi Daie Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus bersama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah
Sumber HD - 20-10-2017 
















































































Ajaklah! Walaupun Sehingga Seratus Kali

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Muslimat PAS diminta supaya tidak berasa bosan mengajak sasaran (mad’u) untuk menghadiri program PAS walaupun terpaksa melakukannya sehingga seratus kali.

“Sebab kita dengar banyak kadang-kadang, mak cik panggil doh ustazah, tiga, empat kali, dia tak moh mari,” kata Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman ketia berucap pada program Pelancaran Munajat Pilihan Raya Ke-14.

Pelancaran tersebut yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah, Muslimat PAS Terengganu telah diadakan di Surau Ustaz Omar Syukri, Kampung Bukit Chatak, di sini pada Selasa 17 Oktober yang lalu.
Beliau mengajak semua yang hadir mencontohi Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ketika berhadapan dengan orang Yahudi.

“Baginda sentiasa dihina, sentiasa dicerca dan dimaki oleh seorang tua lelaki, yang duduk kat pasar Madinah, tak dok benda lain dok kata ke (pada) Rasulullah.

“Tapi setiap kali nabi gi pasar, orang itulah, nabi singgah dan suap makan, dalam beri makan tupun duk kata, duk caci macam-macam,” ujar beliau.

Hajah Zarani yang juga Ketua Muslimat PAS Marang, turut menyebut bahawa di Terengganu, 93% pengundi adalah terdiri daripada orang melayu.

Justeru itu, terangnya lagi,  kemenangan bergantung kepada orang melayu, walaupun ada beberapa tempat pengundi bukan melayu, jadi dengan gagasan budaya politik matang dan sejahtera, kita perlu turun ke bawah.

“Jangan hanya pilih kelompok, berjumpalah dengan masyarakat, untuk penyampaikan Islam,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap muslimat masuk ke Felda-Felda yang merupakan penyumbang utama kemenangan Barisan Nasional dengan mengadakan program yang mampu mengubah tanggapan salah kepada PAS.

Muslimat juga diingatkan untuk mencapai kemenangan, kekuatan dalaman juga perlu dibina, hubungan dengan Allah mesti sentiasa dipertingkatkan selain kesungguhan melaksanakan tugasan-tugasan parti.

“Hari ini kita lancarkan munajat, InsyaAllah, semoga kita menjadi sufi sejati dimalam hari..
“singa disiang hari… banyak solat hajat, sentiasa berqiamulail dan kekuatan dengan Allah untuk berjihad di jalan Allah ta’ala.” tambahnya lagi.

Sumber BO - 20-10-2017















































































Projek KT-Bypass; Kerajaan Jangan ‘Lepas Tangan’

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Ahmad Razif diminta bertanggungjawab dan jangan hanya ‘lepas tangan’ dalam isu membabitkan pembinaan jalan ‘Kuala Terengganu-Bypass’.

Seramai 30 orang penduduk menuntut hak dan keadilan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) keatas 240 lot tanah mereka yang diambil balik bagi pembinaan jalan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindaknya Haji Chik Ali, 54, dari Kampung Seberang Baroh kesal kerana pertemuan dengan MB bagi mengadu masalah tersebut mendapat jawapan yang mendukacitakan.

Beliau berkata, Ahmad Razif mendakwa pampasan tidak dapat dibayar mengikut kehendak penduduk kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan bagi tujuan itu.

“Saya bersama beberapa orang Jawatankuasa Bertindak pernah jumpa MB di Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu.

“MB kata kerajaan Terengganu tidak ada duit untuk bayar pampasan seperti yang dituntut oleh penduduk itu. Dia lepas tangan begitu sahaja…kata kerajaan tak ada duit.

“Jika tidak ada duit (kami) minta kerajaan tangguhlah dahulu projek itu. MB ada kuasa untuk tangguh sementara dan biar kerajaan pusat buat, kasihan kepada rakyat,” jelasnya.

Haji Chik berkata, tanah miliknya berada di lot hadapan jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Namun katanya, bayaran pampasan ditawarkan kerajaan negeri terlalu rendah dan tidak setimpal dengan anggaran penilai.

“Bayar (pampasan) murah dan rakyat hendak beli tanah ganti di mana dengan bayaran yang tidak setimpal itu.

“Kami hendak beli tanah ganti dengan duit pampasan yang dibayar itu pun tidak mampu dengan harga tanah sekarang,” ujarnya.

Katanya, penduduk tidak puas hati kerana tanah mereka hanya dibayar antara RM48.00 hingga RM53.00 sekaki persegi, sedangkan mereka menuntut pampasan RM90.00 sekaki persegi.

Selain itu, kata beliau, kerajaan hanya mahu bayar harga tanah sahaja sedangkan ganti rugi untuk bangunan atau rumah tidak dibayar.

“Siapa yang hendak pindah, takkan hendak ‘rombak’ (punggah) rumah dengan air liur sahaja. Orang berniaga, dia hendak bawa keluar macam mana, barang dia ada (banyak) hendak letak di mana?

“Tanah saya pula berada di lot pertama jalan utama dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, sudah tentu harganya tidak sama dengan harga tanah di lot kedua, ketiga dan seterusnya,” ujar beliau.
Oleh itu menurutnya mereka sepakat enggan berpindah selagi tidak ada penyelesaian terbaik, walaupu notis terakhir arahan mengosongkan rumah diterima pada tiga bulan lalu.

Katanya mereka diberi tempoh 21 hari dan akan didenda RM500,000 jika engkar dan yang terbaharu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) datang Pada 10 Oktober lalu dan arah berpindah.

Sumber BO - 19-10-2017















































































Penduduk tuntut pampasan setimpal











PERISTIWA Kampung Banggol Donas dibimbangi akan berulang sekiranya kerajaan Terengganu tidak membayar pampasan tanah rakyat dengan harga setimpal.
Rakyat meluahkan rasa kecewa apabila tanah mereka yang diambil balik kerajaan bagi projek pembangunan Kuala Terengganu-Bypass dari Kampung Durian Burung ke  Kampung Tok Molor dibayar harga rendah. 
Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pengambilan balik tanah rakyat yang terbabit projek itu didakwa penduduk dibayar pampasan tidak setimpal. 
Katanya, rakyat bukan anti-pembangunan namun mereka mempersoalkan hak mendapat pampasan setimpal dengan harga pasaran sekarang. 
“Saya bimbang jika rakyat marah mereka akan berarak ke Wisma Darul Iman. 
“Projek pembangunan yang melibatkan tanah rakyat kita kena berlaku adil. Kerajaan kena bayar pampasan,” katanya ketika meninjau projek tersebut semalam.
Projek KT-Bypass bermula di persimpangan Kampung Tok Molor Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Terengganu. 
Kos keseluruhan projek itu sebanyak RM321 juta iaitu meliputi kos pembinaan RM167 juta dan pengambilan tanah RM154 juta. Ia dijangka siap pada 26 Januari 2019. 
Projek itu melibatkan pengambilan semula tanah melibatkan seramai 30 penduduk.
“Kita bukan anti-pembangunan. Jalan perlu dibesarkan seiring dengan pertambahan bilangan kenderaan. 
“Namun apabila melibatkan pengambilan tanah rakyat, kerajaan perlu membayar pampasan setimpal dengan harga semasa,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/10/2017 
(Pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)    
Sumber HD- 19-10-2017















































































Rayuan Sumbangan Bagi Menyiapkan Masjid Siti Khadijah

BESUT – Masjid Siti Khadijah Kompleks Pendidikan An Nur, Besut, ini telah disempurnakan upacara pecah tanah oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada 20 Mac 2016 yang lepas.
Pengerusi Kompleks Pendidikan tersebut, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor, masjid itu yang merupakan sebahagian daripada fasa pembangunan Kompleks terbabit yang bakal menempatkan anak-anak yatim dan mualaf.

Sehingga semalam, kata beliau, Pembinaan telah melalui 504 hari masa bekerja telah 95 peratus siap.
“Tarikh milik tapak (masjid) adalah pada 1 Jun, 2016…..dan ia dijangka siap pada 1 Jun, 2017, yang mengambil masa tempoh kontrak selama 52 minggu,

“kelewatan (selama) 132 hari daripada tarikh dijadualkan siap di atas faktor kewangan projek (yang mana) penerimaan bayaran adalah RM1,330,759.34 daripada RM1,725,546.78,” jelasnya.

Katanya, pihak kontraktor masjid itu, Teguh Solusi Sdn Bhd telah merancang untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan ‘rumah Allah’ itu menjelang akhir bulan Oktober ini.

Menurutnya, antara kerja-kerja akhir yang perlu dibereskan adalah, pemasangan ‘mid steel railing’, Pemasangan kubah dan pemasangan kayu ukur.

“selai itu, pemasangan pintu masjid dan tandas, kerja memasang aksesori elektrik di masjid dan pemasangan system pembesar suara akan dilaksanakan segera,

“kami mendoakan segala kebaikan dan semoga Allah memberkati, merahmati serta menggantikan segala infaq yang telah sumbangkan dengan sebaik-baik gantian di dunia dan akhirat,” ujar beliau
Oleh itu, pihaknya merayu pihak agar muslimin dan muslimat terus menghulurkan sumbangan agar dapat menyempurnakan baki bayaran yang tersebut di atas dan seterusnya menyiapkan Kompleks Pendidikan An Nur itu.

“sumbangan wakaf boleh disalurkan terus ke akaun Maybank No. 5630 4631 8857 atau Akaun Bank Islam No. 1303 5010 0777 36 atas nama An Nur Besut Mandiri Resources,” tambah beliau

Sumber BO - 19-10-2017

















































































































































Penggiat Media Perlu Bijak, Peka, Pantas Dan ‘Zero Defect’


Oleh : Khairul Nizam Abdullah

Seseorang wartawan perlu bijak, peka dan pantas dalam membuat sesuatu tugasan bagi menghasilkan laporan yang mantap dan berkesan.

Dengan cara demikian hasil kerja akan menjadi lebih baik akan mendatangkan pulangan yang menguntungkan kepada perjuangan.

Wartawan Islam perlu bijak dalam mengolah sesuatu isu dan kebijakan ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu yang perolehi dari semasa ke semasa.

Saranan saranan tersebut dinyatakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang semasa berucap merasmikan Kursus Lanjutan Penulisan Berita, Sabtu 14 Oktober.

Wartawan juga perlu peka dan cakna, melihat sesuatu yang berlaku dipersekitaran kerana banyak perkara yang berlaku, kalau kurang peduli atau kurang cakna, maka perkara itu akan berlalu begitu sahaja.

Seorang wartawan juga mesti pandai mengambil peluang untuk mengolah peristiwa dijadikan berita yang akhirnya menjadi sesuatu perkara yang besar dan memberi keuntungan kepada PAS.

Paling penting seorang wartawan kena cari maklumat kerana kalau tunggu maklumat ia akan menyukarkan mereka untuk menulis.

Begitu juga, dengan kepantasan, bertindak cepat, kerana kalau lambat, mungkin sesuatu perostiwa akhirnya jadi sejuk, basi dan tidak bernilai.

Sebaliknya jika cepat bertindak dengan pantas dan cerdas, ia akan menghasilkan peluang yang besar.
Penerolaan baharu dari segi inovasi sangat perlu supaya, apa yang dipaparkan oleh seseorang wartawan dapat menarik perhatian orang.

Persembahkan samada melalui tulisan ataupun visual gambar, video dan sebagainya, menentukan kualiti pemberitaan.

Wartawan juga mestikah sentiasa bersedia menerima teguran, kerana komen-komen dan teguran tentang kesilapan dari segi teknikal dan sebagainya dapat menambahbaik kerja kita pelaporan.

Para penggiat media juga perlu meletakkan keutamaan ‘zero defect’ ataupun sifar cacat, kerana walaupun kecil setara mana ataupun kecacatan kecil sekadar huruf besar huruf kecil, akhirnya akan memberi kesan kepada orang yang membaca hasil kerja itu.

Sumber BO - 18-10-2017

















































































































































Bazaar Warisan ; Sembilan Tahun Tiada Sijil Perakuan Siap

KUALA TERENGGANU – Setelah dibuka selama sembilan tahun sejak 2008, Bazaar Warisan yang dibina pada zaman Dato’ Seri Idris Jusoh, selama ini sebenarnya beroperasi tanpa sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance- CCC)

Bangunan yang digunakan sebagai pusat beli belah sejak 2008 tidak mendapat kelulusan dahulunya dikenali sebagai Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation – CFO), kerana masalah keselamatan.

Menurut Pengerusi PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhammad, pelbagai masalah yang dihadapi oleh para peniaga Bazaar tersebut, yang kini dipindahkan ke kabin sementara di Taman Shahbandar.

“daripada maklumat yang telah disampaikan oleh peniaga, tapak Bazaar warisan yang mereka diami itu terdapat rekahan (retak) yang tidak menjamin keselamatan Bazaar itu sendiri,

“jadi tidak ada jalan lain nak bertahan di Bazaar itu, tetapi bila datang (berpindah) ke tempat baru kemudahan tidak ada, keselamatan (berlaku kecurian) tempat berniaga pun tidak terjamin,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas mengunjungi kawasan perniagaan baharu tersebut di hadapan Pejabat Pos dekat sini, pada Ahad 15 Oktober.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu itu kesal kerana bangunan yang indah, dibina dengan kos RM18.4 juta itu bakal menjadi sia-sia apabila ia diserahkan kepada sebuah syarikat dari negera China.

Namun begitu, menurut beliau, ia menjadi dilema kepada kesemua 27 orang peniaga Melayu Islam yang terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah dan persoalan.

“mereka diminta pindah sedangkan (tapak baharu) tiada kemudahan seperti tandas dan surau, dan tiada promosi untuk perniagaan mereka,

“nak balik ke Bazaar Warisan ia tidak lagi selamat untuk diduduki dan tak tahu berapa lama terpaksa berniaga di kawasan baharu kerana pembinaan semula Bazaar tersebut menghadapi masalah pula,” jelasnya.

Ustaz Ahmad berkata, ada maklumat yang menyatakan bahawa syarikat dari China itu tidak mahu lagi meneruskan pembinaan kerana beberapa masalah yang dihadapi.

Antaranya kata beliau ialah, masalah tanah tapak Bazar Warisan itu yang bersekali dengan tanah Bukit Puteri dibelakangnya dan timbul pula isu struktur tanah ketika dibuat ujian.

Justeru beliau menggesa kerajaan negeri terutamanya Menteri Besar Terengganu menyelesaikan masalah berkaitan Bazaar Warisan dan para peniaga terbabit.

Beliau dimaklumkan, kemudahan kawasan baharu termasuk ‘kedai kabin’ yang dibina dan kemudahan yang akan disediakan, adalah ditanggung oleh syarikat pemaju.

“Ini urusan antara pihak kerajaan dengan pihak kontraktor yang dikatakan kontraktor dari negara China……apapun yang kita dapati maklumat bahawa kontraktor mempunyai beberapa masalah untuk meneruskan projek ini tetapi saya rasa perkara itu sedang dalam rundingan,

“Walau apapun rundingan dibuat antara pihak keraajaan dengan pihak kontraktor yang penting pihak kerajaan dan juga Majlis Bandaraya (Kuala Terengganu) perlu mengutamakan peniaga-peniaga kita warga bumiputera kita khususnya orang Melayu,” tambah beliau.

Sumber  BO - 18-10-2017























































































































































Keyakinan kepada Allah Faktor Kejayaan

SETIU – Untuk istiqomah dalam perjuangan menegakkan agama Allah, setiap pejuang mestilah yakin, percaya dan sentiasa bersandar kepada Allah.

Personaliti TV, Syed Abdul Kadir Aljoofre mengingatkan, jika hanya bersandarkan kepada logik akal, ianya akan menemui jalan buntu.

Beliau yang merupakan tetamu istimewa Bicara Hijrah yang diadakan sempena sambutan Awal Muharram ok di Dewan Terbuka Taman Rekreasi Merang, di sini pada Sabtu 14 Oktober.

“Mana boleh, tak bolehnya, nikan Malaysia negara majmuk, cina ramai… tapi kalau kita betul-betul ‘solid’ dengan janji Allah, Allah boleh tolong,” ujar beliau

Beliau mengungkap beberapa kisah Nabi Muhammad  Sallahu’alaihiwasallam dan sahabiah, Ummu Aiman yang berjaya berhijrah dari Mekah ke Madinah, walaupun berbagai kekangan kerana pertolongan Allah.

“Kenapa dia dapat pertolongan tu, sebab dia yakin kepada Allah, percaya kepada Allah, Allah akan bantu kita,” tambahnya

Justeru, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofrey menyeru para hadirin untuk membantu saudara Islam Rohingya yang telah dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri dan seterusnya melancarkan Tabung Rohingya.

Hasil sumbangan tabung tersebut, menurutnya, akan disalurkan terus kepada mangsa Rohingya yang berada di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh menerusi pertubuhan yang berdaftar.

Di samping itu, katanya, juga tabung amal kebajikan Nisa Setiu tersebut turut diedarkan bagi membantu  merancakkan lagi program-program berbentuk kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan khususnya di Daerah Setiu.

Menurut Ketua Nisa Setiu merangkap bendahari Nisa Terengganu, Siti Ruqayah Mohd Akashah penganjuran majlis ilmu berbentuk santai  itu, untuk menarik lebih ramai anak muda menyertainya.

“Program ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan Nisa’ Setiu dalam menyuburkan budaya ilmu di kalangan penduduk setempat,” jelasnya

Sumber BO - 17-10-2017
























































































































































KT BYPASS : Rakyat Dikemudiankan, Kepentingan Siapa Diutamakan?

Projek KT BYPASS sedang rancak berjalan. Sudah banyak rumah rakyat dirobohkan setelah urusan pengambilan semula tanah rakyat bagi tujuan projek jambatan bypass yang kononnya akan mengurangkan kesesakan lalulintas.

Secara peribadi, saya merasakan projek ini bukanlah menjadi keutamaan buat masa sekarang kerana tiadapun isu kesesakan lalulintas melampau di laluan binaan bypass tersebut. Tapi ini bukan bererti saya anti pembangunan. Cuma hati ini resah memikirkan nasib orang kampung saya sendiri yang tanah dan rumah kedai mereka terlibat dengan pengambilan semula tanah milik keluarga turun temurun sejak sebelum wujudnya Akta Pengambilan Tanah 1960.

Tanah-tanah yang dianugerahkan kepada rakyat sebelum wujudnya Kanun Tanah Negara 1960 sebenarnya masih belum menggunakan sistem syarat penggunaan tanah sebagaimana yang ada sekarang iaitu tanah bersyarat bangunan, pertanian dan industri. Yang ada dalam geran yang berusia berpuluh tahun itu kekadang dicatat syarat kampung, kelapa, padi atau TIADA.

Mereka bukan menolak pembangunan yang nak dibawa, tapi biarlah dengan pampasan yang memadai. Hak mendapatkan pampasan yang mencukupi adalah dijamin dalam undang-undang induk negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Dalam Artikel 13 (2) berbunyi:

“Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.”

Dalam isu KT BYPASS ini, tanah mereka mahu diambil dengan bayaran yang tidak setimpal. Harga tanah yang sepatutnya bernilai sekitar RM230 sekaki (berdasar nilaian semasa) hanya mahu dibayar sebanyak sekitar RM48 sekaki. Setelah didesak, mereka hanya naikkan sebanyak RM4, menjadikannya RM52 sekaki.

Jumlah itu belum mengambilkira bangunan rumah kedai yang wujud atas tanah berkenaan seawal usia saya iaitu 42 tahun. Seorang peniaga kedai makan, Nik Sanusi berhadapan dengan masalah besar apabila kedainya bakal diroboh tanpa pampasan langsung. Ini kerana kerajaan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Cawangan Terengganu mendakwa kedai itu melanggar syarat kegunaan tanah yang tidak bersyarat bangunan. Justeru, JKPTG hanya memutuskan untuk membayar nilaian tanah sahaja. Itupun dengan nilaian yang rendah.

Bayangkan dengan pampasan yang tidak setimpal, mampukah sebahagian penduduk kampung yang terlibat dengan pengambilan balik tanah ini mencari tanah ganti dengan harga yang rendah? Itu belum kira kos pembinaan atau pembelian rumah gantian.

Kesan dari pembangunan di Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu, penduduk tempatan (Melayu Islam) semakin terhakis sedikit demi sedikit. Lihatlah rumah-rumah kedai, bangunan-bangunan baru di banyak tempat di Kuala Terengganu, baik di Chabang Tiga, di Pusat Bandaraya, siapakah yang memiliki lot-lot bangunan? Melayu Islam kah? Satu demi satu kampung warisan Melayu lenyap atau sekurang-kurangnya terhakis atas nama pembangunan. Kampung Ladang, Kampung Banggol Donas, Kampung Pak Pa, Kampung Bukit Bayas, Kampung Tok Kaya, Kampung Wakaf Beruas dan banyak lagi.

Saya tidak dapat bayangkan apa jenis pemimpin Melayu Islam yang memerintah Terengganu hari ini sehingga tidak dapat bertimbang rasa terhadap masalah yang rakyat hadapi. Barangkali Menteri Besar yang ada hanya memikirkan rakyat di Dun Seberang Takir sahaja. Oleh kerana projek ini hanya melibatkan dun-dun pembangkang, maka pedulikan mereka? Padahal ini bukan kali pertama isu ini dibangkitkan.

Seperkara lagi, saya difahamkan projek ini dianugerahkan kepada satuv syarikat yang dimiliki oleh India Johor. Bukan syarikat orang Terengganu. Macamlah orang Terengganu tiada yang pandai jadi pemaju dan kontraktor. Tiada maruahkah orang Terengganu? Sudahlah tanah diambilbalik, wang pun mengalir keluar dari negeri ini.

Barangkali sudah tiba masanya rakyat digerakkan secara agresif sebagaimana isu Banggol Donas dan isu Royalti suatu ketika dahulu.

AMAR MAARUF NAHI MUNKAR

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Timbalan Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf(GANTI)
17 Oktober 2017

Sumber BO - 17-10-2017


























































































































































Terengganu Negeri Pertama Tubuh Lensa Hijau

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Terengganu mengorak langkah mendekati golongan yang berminat dalam dunia fotografi untuk bernaung dibawah satu wadah, Lensa Hijau.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian (LESTARI) PAS Malaysia, Dr. Ustaz Ridhuan Mohd Nor berkata,  melalui Unit Fotografi mengembangkan bidang seni foto.

“Unit fotografi diketuai Hishamuddin Abdullah akan mengumpulkan peminat-peminat fotografi, mengasah bakat dan menyatukan mereka atas platfom Lensa Hijau,

“LESTARI akan diwujudkan di setiap negeri dan wilayah. Pelbagai program akan diatur bagi memberdayakan unit ini terutama bagi menarik minat kelompok muda dan kelompok peminat seni,” jelas Ustaz Ridhuan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, petugas PAS mesti ikhlas dlm bekerja dan keras bekerja serta cerdas dalam kerja.

“Yang kedua ikhlas sahaja tak cukup kalau kita tak bekerja keras. Macam mana kita nak berjaya kalau  tidak bersunggu-sungguh dalam melakukan kerja,

“sebab itu tak boleh kita mendakwa kita hanya sahaja bekerja, orang lain tak bekerja. Saya menyebut perkara ini supaya saudara meletakkan satu kefahaman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penubuhan Lensa Hijau di Nr Café, Jumaat, 13 Oktober, disini.

Menurutnya, setiap gambar yang diambil mestilah dikongsi dan disebarkan, tidak hanya disimpan sahaja.

“Oleh itu, Kalau kita ambil gambar kita simpan, kita tidak pamer maka pada waktu tersebut ia akan memberikan pembaziran,

“setiap gambar yang diambil mesti disebarkan, bukan disimpan,” tegas Ustaz Hishamuddin.
Turut hadir pada Majlis tersebut ialah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Sumber BO - 16-10-2017


























































































































































Ameerah Rai Sukarelawan Fastaqim 2.0

KUALA TERENGGANU – Ameerah menghargai para petugas Fastaqim 2.0 terutamanya wanita muda, dengan meraikan mereka dalam satu majlis di rumah Pengarah Ameerah Negeri Terengganu.

Tuan Rumah Puan Zuraida Mohd Noor berkata, majlis ramah mesra dan BBQ diadakan sebagai tanda kesyukuran kejayaan penganjuran Fastaqim 2.0 pada 29-30 September lalu.

“Satu penghargaan kepada sukarelawan yang bertugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab selain dapat mengeratkan ukhuwah,

“Ini merupakan program susulan setelah berjaya mengumpulkan wanita muda sebagai sukarelawan Fastaqim 2.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang majlis meraikan petugas pada hari Jumaat 13 Oktober di kediamannya Sungai Rengas, disini.

Menurutnya, majlis itu dihadiri 200 orang sukarelawan daripada Ameerah, Pemuda, Alternative Riding Club (ARC), Gasak dan Ameerah Riders.

Seorang sukarelawan Khairunnajjah Mohd berkata, beliau dan beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa Kebersihan telah bertugas lebih awal sejak bermulanya program himpunan tersebut.

“Ini termasuklah katanya, membersihkan tapak program sebelum ia bermula dan mereka jugalah yang paling akhir sekali habis bertugas bagi memastikan kawasan program berlangsung,
“kembali seperti sediakala bahkan lebih bersih daripada dulu,” jelasnya

Selain beliau, katanya, Ameerah Kuala Nerus juga bertugas di bahagian perbekalan makanan untuk para petugas manakala Ameerah Kawasan Setiu pula ditugaskan bahagian kebersihan tandas.

“Kami bertugas mengikut giliran sepanjang dua hari dan seramai 18 orang petugas bertugas bahagian kebersihan dan perbekalan,”kata Najjah.

Seorang lagi sukarelawan Nurul Husna Zakaria, ketika ditemui berkata, beliau sangat bangga kerana di pilih menjadi salah seorang yang dapat bertugas menyumbangkan tenaga dalam program mega tersebut.

“Saya merasa cukup bertuah kerana terpilih sebagai seorang sukarelawan dan sedikit sebanyak dapat menyumbang untuk program yang sangat besar dan hebat serta bermakna untuk jamaah,

“Fastaqim 2.0 pada kali ini sangat luar biasa dengan melihat kehadiran 200 ribu peserta, yang datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,

“yang mana himpunan pada kali ini seolah-olah PAS sedang memerintah negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar Allah membuka peluang sekali lagi untuknya, terus memberi sumbangan dalam program seumpamanya, di lain kali.

Sumber BO - 15-10-2017






























































































































































Himpunan Pemuda Islam Dungun (PERIDU)
Posted on Saturday, October 14 @ 08:15:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35875



Pagi ini, 14 Oktober 2017 bermula jam 8 pagi di Tapak Karnival 40 Tahun Pemuda PAS Dungun. Semua pemuda pastikan anda tidak ketinggalan.

Kredit
Muslimat Dun Rantau Abang 

Sumber TKO - 14-10-2017

Tidak Perlu Tunggu Semboyan Ketiga

DUNGUN – Para Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) diseru terus mengerakkan kerja-kerja ke arah mencapai kemenangan pilihan raya umum keempat belas tanpa perlu menunggu tiupan semboyan ketiga.

Ini kerana, tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Ustaz Husain Awang, semboyan telah ditiupkan, sejak dari awal tahun lagi dengan pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Terengganu dan semboyan terbaharu yang mengegarkan adalah Fastaqim 2.0.

“Cukuplah dengan dua semboyan ini, yang mereka mesti bangkit,” ujar beliau di Majlis Lawatan Pesuruhjaya dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) ke DUN Rantau Abang pada isnin, 9 Oktober di Dewan PASTI Gong Pasir di sini.
J
usteru itu, beliau mengingatkan kebangkitan tamadun bangsa adalah semuanya panji-panji dikibar oleh pemuda bukan sahaja ideologi-ideologi barat bahkan juga dakwah yang dibawa dan dipimpin para rasul.

Nabi Muhammad, katanya, pembawa obor kejayaan dikalangan  anak-anak muda seperti Syaidina Ali bin Abi Talib, Jaafar bin Talib, Abdullahbin Abbas dan Abdullah bin Mas’ud.

“Yang memberi hujah dengan berani secara berdepan tanpa berselindung ialah Jaafar bin Abi Talib, yang mengetuai rombongan 80 orang berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan aqidah,

“hujah balas dengan golongan kafir dihadapan Raja Najashi, pemerintah Habsyah, “ terang beliau meniup semangat orang muda yang merupakan hampir 70 peratus yang hadir pada malam.tersebut.

Justeru, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu Ustaz Ariffin Deraman menegaskan kehadiran pemuda hampir 70 peratus membanjiri pantai Tok Jembal bukanlah menggambarkan gerakerja pilihanraya.

“Memandangkan 50 peratus lebih, hampir 60 peratus pengundi adalah terdiri daripada yang berumur 40 tahun ke bawah, jadi kalau kita nak.menang undi, fokus mestilah lebih kepada orang muda,” jelas ADUN Alur Limbat itu.

Menurutnya, untuk menguasai pengundi muda,Pemuda dan Ameerah perlu membuat pelan tindakan khusus bermula dari sekarang. secara agresif. kerana program untuk orang muda masih tidak mencukupi.

“Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda dan Ameerah mestilah boleh menarik orang muda,” ujar beliau lagi.

Program itu turut dihadiri ADUN Rantau Abang, Haji Alias Harun dan ADUN Sura, Wan Hapandi Nik.

Sumber BO - 12-10-2017

































































































































































Woman In A Room With Three Men Among 23 Detained In ‘Khalwat’ Raid

KUALA TERENGGANU: The Terengganu Islamic Religious Affairs Department (JHEAT) detained 23 people for allegedly committing ‘khalwat’ (close proximity) and behaving indecently in public in an operation in Pulau Redang.

The four-and-a-half hour operation in collaboration with the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) ended at 2.30am on Saturday.

The suspects, aged between 20 and 39, comprised 13 men and 10 women.

One woman suspect was detained in a hotel room with three men while some other couples claimed that they were siblings or engaged to avoid being arrested.

Twenty-one people would be investigated under Section 31 of the Syariah Crime Offences (Takzir)(Terengganu) Enactment 2001 for close proximity and the rest under Section 34 of the same enactment for behaving indecently in public.

Upon conviction, they could be fined up to RM3,000 or imprisoned two years or both.

State Religious Affairs Commissioner Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim told Bernama that JHEAT would always monitor the activities that contradicted Islamic teachings on the islands of Terengganu from time to time.

“Do not try to make the islands in Terengganu as a location to commit immorality and to avoid being caught by authorities. Such an act will only tarnish the image of the islands in Terengganu,” he said. — Bernama

Sumber BO - 12-10-2017
































































































































































13 Tahun Taman Ilmu Terbiar

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT – Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘membina dan membiarkan tanpa siap’ selama 13 tahun Taman Ilmu di sini amat mendukacitakan.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sehingga ke hari ini tiada usaha memulihkan projek tersebut.

“Sehingga hari ini kita tidak melihat bagaimana usaha-usaha yang sedang dibuat dan kesimpulannya inilah nilaian wang rakyat,

Sekarang tahun 2017……maknanya dalam lingkungan 13 tahun wang rakyat terbiar dan tergendala serta dipergunakan dalam keadaan yang tidak berasaskan kepada kepentingan rakyat ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat Taman Ilmu di Tembila, Besut, Selasa, 10 Oktober, disini.

Beliau berkata, projek tersebut diasaskan dan dibina dizaman Dato’ Seri Idris Jusoh diatas tanah seluas 280 hektar dengan kos RM 350 juta.

“Jadi pada hari ini saya mahu menunjukkan kepada rakyat sepenuhnya apa yang ada di Taman Ilmu ini supaya kita melihat Ini adalah sebenarnya amanah yang rakyat serahkan,

“Sepatutnya masyarakat tahu bagaimana suasana yang (berlaku) sangat merugikan jutaan duit rakyat. (perkara) ini mesti diselesaikan dengan sebaik dan secepat mungkin,” tegasnya.

Katanya, projek itu terbengkalai kerana selain pengurusan pembangunan yang tidak teliti dan kemas, TamanIlmu juga dibina bukan berdasarkan kepada kepentingan rakyat.

Menurutnya, komponen infraksturtur projek itu bernilai RM 58.8 juta, masjid besar RM 46.8 juta, perpustakaan RM 49.9 juta dan Pusat Pentadbiran sebanyak RM 23.8 juta

“manakala kediaman pelajar RM 36.99 juta yang diserahkan kepada UNISZA dalam tempoh 20 tahun dan UNISZA membaikinya dengan kos RM 20 juta,

“diberikan hak untuk UNISZA tanpa membayar sewa dalam tempoh 10 tahun serta bekalan air RM 9.5 juta juga Kompleks Sukan dan Rekreasi yang agak terbiar dengan kos pembinaanya RM 30.5 juta,

“Ini nilaian Taman Ilmu yang berkemungkinan akan bertambah jika diperbaiki dan dipulihkan semula.

Projek Taman Ilmu yang dimulakan pada tahun 2004 itu menelan kos sehingga RM 350 duit rakyat

Sumber BO - 11-10-2017

































































































































































Peniaga Peruncitan Rugi Teruk Selepas GST Dilaksanakan




































































































































































Giant Gong Badak dilaporkan telah dijual kepada sebuah syarikat ekoran mebanggung kerugian berterusan
KUALA TERENGGANU – Walaupun mengalami masalah ekonomi global pada tahun-tahun sebelum 2015, namun masih ada peningkatan keuntungan pada setiap tahun.

Sebaliknya, Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Che Salmi Che Ibrahim berkata, apabila bermula penguatkuassaan GST (Good and Service Tax) diperkenalkan pada April tahun 2015, para peniaga runcit seluruh negara terus ditimpa kerugian dalam perniagaan mereka.

Bahkan katanya, sehingga kini, mereka hanya dapat bertahan ‘cukup-cukup hidup’ untuk membayar gaji pekerja dan menjelaskan tanggungan rutin sahaja.

“bulan itu juga perniagaan runcit seluruh Malaysia buat pertama kali jatuh merudum seluruh negara.
“30% jatuh tak pernah orang mimpi…….kalau kita berniaga nak kata (untung) 30% (kejatuhan jualan) 5% jatuh (pun) sakit dah,

“(sebab) gaji tak turun 5%, kalau turun (pendapatan) 30% gaji tetap kena banyar penuh……kalau kita ada komitmen bank kena bayar,

“bank tiada diskaun……TNB tetap kena bayar penuh, sedangkan jualan kita dah kurang pendapatan 30% dah……Ini menjadi dilema kepada para peniaga sekarang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual tentang prestasi perniagaan masa kini, dalam menghadapi ekonomi negara yang tidak menentu.

Tegasnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah perniagaannya selama 23 tahun, mengalami kerugian seteruk yang dialaminya sekarang.

Katanya, bahkan dalam ekonomi global yang jatuh dahulu, tidak memberi kesan langsung kepada perniagaan runcit dan hanya merencatkan sektor lain sahaja.

“Sebab bulan itu diperkenalkan GST bulan itu juga seluruh negara jatuh habis baik hypermarket, kedai runcit kena belaka dan saya kata tadi pengalaman saya 23 tahun,

“dan saya berani mengatakan sebenarnya terburuk dalam 60 tahun sejarah negara kita,” tegas beliau lagi.

Sumber BO - 11-10-2017




































































































































































Penduduk Hampa Pihak Berkuasa Tidak Endah Aduan

KUALA NERUS – Penduduk sekitar jalan utama Batu rakit- Merang merasa hampa apabila pihak berkuasa tidak mengendahkan aduan mereka.

Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, masalah pokok besar yang membahayakan penduduk dan pengguna jalan raya telah diadukan pada pihak berwajib.
Namun begitu,kata beliau, jawapan yang diterima adalah mereka (penduduk) perlu memotong dahan-dahan dan menebang pokok itu perlu mengeluarkan kos sendiri.

“Kejadian dahan pokok besar yang jatuh dan mengorbankan dua nyawa pada Sabtu 7 Oktober yang lalu di jalan utama Batu Rakit-Merang berulang lagi sehari selepas itu telah menimbulkan rasa bimbang di kalangan penduduk sekitar,

“Kira-kira pukul 4 petang pada hari Ahad di kedai makan Puan Asmah Sulong, 64, di Kampung Pengkalan Atap kira-kira kurang 500 meter dari tempat kemalangan tragis itu, satu kejadian yang mana satu dahan pokok besar yang rekah telah jatuh menembusi kedai makannya,

“Dengan tiba-tiba dahan pokok jatuh dan tembus dari atap kedai namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana premis itu masih belum di buka dan ini adalah kali kedua kedainya mengalami masalah yang sama berpunca dari dahan pokok besar yang rekah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas isu dahan pokok yang patah pada hari Sabtu, 7 Oktober sehingga mengorbankan nyawa dua orang pengguna jalan raya.

Menurutnya, pihak berkuasa harus bertanggungjawab menebang semua pokok besar yang berada di sepanjang jalan Batu Rakit – Merang demi keselamatan semua pihak bukan sekadar memotong dahan sahaja memandangkan usia pokok yang sudah terlalu tua.

“Ini adalah kali kedua berlaku dan sebelum ini lagi teruk kerana salah seorang pelanggan patah hidung akibat dari dahan yang jatuh menembusi atap kedai. Beliau mendakwa tiada sebarang bantuan dari pihak berwajib mahupun wakil rakyat yang hadir menghulurkan bantuan,”ujarnya kesal.

Sehubungan itu, seorang lagi penduduk, Hashim Abdullah turut melahirkan pandangan yang sama.
“Pokok-pokok tepi jalan ini dah tua… seingat saya ditanam ketika pembukaan Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) sekitar tahun 1976,”kata Hashim.

Sumber BO - 10-10-2017











































































































































































































































































































































PAS Terengganu Bentuk Jawatan Kuasa Bantu Pelarian Rohingya

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu telah membentuk satu jawatankuasa dan bekerjasama dengan PAS Relief diperingkat Pusat untuk mengumpulkan seberapa banyak sumbangan kepada masyarakat Rohingya yang sedang ditindas.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, etnik Rohingya sedang menghadapi satu pembersihan etnik yang begitu dahsyat dalam sejarah.

“PAS negeri Terengganu mensasarkan sebanyak RM 500 ribu dari para dermawan negeri ini untuk disumbangkan ke mangsa pelarian Rohingya,

“Walaupun sasaran yang kita letak itu agak tinggi namun ia adalah sebagai motivasi untuk kita membantu sesama Islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Jamuan Dana Pilihan Raya Dun Bukit Payong di Madrasah Darul Iman, Sabtu, 7 Oktober, disini.

Menurut beliau, pihaknya telah menyiapkan poster bagi hebahan dan telah mewujudkan satu akaun khas iaitu Akaun Taawun Dewan Pemuda untuk memudahkan segala bantuan disalurkan.

“Kita telah menggerakkan PAS Kawasan, Dewan Ulama, Dewan Pumuda dan Dewan Muslimat serta NGO’S untuk mencapai tujuan tersebut,

“Sekarang ni Kawasan-Kawasan telah mengumpulkan sumbangan tersebut manakala Dewan Ulama telah mula mengatur Khutbah Jumaat Khas dan juga menghantar wakil-wakil pengkuliah bagi tujuan mengumpulkan sumbangan tersebut,

“Begitu juga peranan yang telah dimainkan oleh NGO’S yang mana saya difahamkan telah mula bergerak dan kita harap semua sumbangan itu dapat kita satukan dibawah satu pengurusan dan kita juga berhasrat untuk menghantar wakil untuk ikut sama dalam rombongan misi bantuan ini yang dijadualkan pada bulan November, insya Allah,” jelas Haji Yahaya.

Sumber BO - 9-10-2017









































































































































































Masjid Kristal: Sudahlah rosak, bayaran pula mahal!

KERAJAAN Negeri Terengganu terus mengulangi amalan pembaziran melampau yang dilihat mengejar keuntungan semata-mata. Malah, timbul keraguan terhadap nilai besar diperuntukan yang menuntut penjelasan terperinci diberikan mengenai perbelanjaannya. Apatah lagi dalam situasi ekonomi kritikal kini, keutamaan sewajarnya lebih difokuskan terhadap pembiayaan berkaitan urusan kebajikan rakyat.
Masjid Kristal yang didakwa terabai kerja-kerja penyelenggaraan sejak 3 tahun lalu menggambarkan sikap lepas tangan kerajaan negeri. Struktur bangunan ikonik Terengganu itu dibiarkan uzur dan daif, sedangkan usianya belum mencapai satu dekad. Kini, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman terpaksa mengumumkan peruntukan RM900,000 bagi kerja membaik pulih kerosakan yang berkaitan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM305,000 adalah untuk menggantikan 28 keping kaca yang pecah di mana kerajaan negeri bersetuju menyalurkannya kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Ini bererti harga sekeping kaca tersebut adalah RM11,000 di mana memerlukan kerajaan negeri menyatakan kemunasabahan harga tersebut yang boleh membangkitkan syak wasangka.
Sementara RM584,000 diluluskan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melakukan kerja-kerja ‘waterproofing’ bangunan yang diisytihar sebagai ‘masjid pintar’ pertama di Malaysia itu.  Pengaliran mudah kos sebesar itu mengekalkan ia sebagai antara binaan yang termahal di mana terlebih dahulu melibatkan kos RM23 juta semasa memulakan operasi tahun 2008 ketika Terengganu di bawah teraju Dato’ Seri Idris Jusoh.
Ianya menjadi sebahagian dari keseluruhan projek pembangunan Pulau Wan Man yang menelan belanja RM360 juta. Namun malangnya, ia mengulangi nasib sepertimana bangunan dan projek lain seperti Taman Ilmu Tembila, Kolam Renang MBKT dan pelbagai struktur ‘runtuh’ yang memalukan Terengganu. Sehubungan itu kerajaan negeri digesa lebih serius dalam menangani perkara seumpama ini agar tidak menjadi satu budaya.
USTAZ RAMLAN MAHMOOD
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 9/10/2017
Sumber HD - 9-10-2017 











































































































































































Tragedi pilu: Penduduk desak tebang semua pokok

TRAGEDI malang yang berlaku tengah hari semalam, dahan pokok besar tepi jalan merekah menyebabkan jatuh di atas dua buah kereta yang kebetulan melalui jalan Mengabang Lekor- Pengkalan Atap menyebabkan dua orang meninggal dunia dan tiga orang mengalami kecederaan teruk.

Peristiwa ini sangat menakutkan penduduk yang mana mereka sudah lama menaruh kebimbangan kepada pokok-pokok besar yang berada di tepi jalan itu. Kejadian ini bukan setakat bahaya kepada penduduk bahkan merbahaya kepada pengguna jalan raya.

Sebelum ini sudah ada yang berlaku dahan besar patah dan jatuh di atas rumah kedai penduduk di situ. 
Akibat daripada keadaan yang membimbangkan, ada sebahagian mereka yang membuat laporan kepada MBKT, YB dan JKKK setempat supaya mereka mengambil tindakan menebang semua pokok yang membahayakan mereka terutama di musim tengkujuh.
Malangnya, pihak berkuasa tidak menghiraukan laporan dan desakan penduduk. Bahkan ada yang memberi jawapan supaya mengambil tindakan atau mereka perlu keluar kos sendiri untuk kerja ini. Jawapan seperti ini sangat mengecewakan penduduk. 
Justeru, tragedi yang baharu sahaja berlaku ini menaikkan amarah penduduk di situ, rata-rata dari kalangan mereka meminta supaya mendesak pihak berkuasa menebang pokok-pokok besar di sepanjang jalan. 
Saya mewakili penduduk Batu Rakit mendesak pihak berkuasa mengambil tanggungjawab menebang semua pokok dan diharapkan wakil rakyat yang kebetulan tinggal di kampung bersebelahan dan semua JKKK berganding bahu mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum datangnya musim hujan akhir tahun ini. 
Jika tindakan masih belum diambil, kami tidak teragak-agak meneruskan usaha dan desakan untuk mengatasi masalah ini demi keselamatan nyawa dan harta rakyat.  
Mohd Shafizi Ismail
Ketua Pemuda PAS Dun Batu Rakit.
8 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 8/10/2017 






































Sumber HD - 8-10-2017












































































































































































Akhirnya Pagar Dipasang….

Setelah semenjak tahun 2016 sungutan dan juga aduan dipanjangkan mengenai isu ini, akhirnya pada hari ini, tanggal 07 Oktober 2017, anak sungai yang menjadi longkang di Pasar Cabang 3 telah mendapat pagar atau penghadang keselamatan.

Sememangnya pagar tersebut amat wajar dipasang bahkan keperluannya tersangat mendesak seawal beroperasinya Pasar Cabang 3 lagi demi menjaga keselamatan para pengguna dan warga peniaga.

Saya mewakili Penyelaras Pemuda PAS Dun Bandar dan masyarakat pengguna merakamkan ucapan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana telah berjaya menjalankan projek pemasangan penghadang tersebut pada hari ini yang berkebetulan telah memasuki iddah pilihanraya.
Saya berharap rakyat tidak menganggap ia sebagai umpan di musim pilihanraya.

‘Sejahtera Bersama Islam’
Khairudin Mohamad
Ketua,
Penyelaras Pemuda PAS
Dun Bandar

Sumber BO - 7-10-2017














































































































































































Dampingi Masyarakat Dengan Sedikit ‘Buah Tangan’

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu meneruskan agenda mendekati rakyat dengan mengedarkan buah tangan ‘Bubur Asyura’ kepada masyarakat setempat dan beberapa pejabat kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, YB Haji Abdul Wahid Endut berkata, ia adalah rutin tahunan pada setiap tahun, menyambut kedatangan bulam Muharram.

Katanya, Lajnah NGO, Jabatan Kerajaan dan Swasta (JKS) bersama Skuad Khidmat Dun Wakaf Mempelam dengan kerjasama Persatuan Peniaga Pasar Borong Gong Pauh telah memasak dan mengedarkan bubur itu.


Beliau berkata, program tersebut sangat bagus kerana ia dapat merapatkan ‘tali silaturrahim’ antara PAS dan orang ramai.

“Walaupun cara pembuatannya agar rumit dan memerlukan sekurangnya lima jam untuk memasaknya namun ianya berbaloi dengan hasil yang kita dapat,

“Sekarang ni ramai yang tidak mampu membuatnya memandangkan kos bagi satu kawah boleh mencecah RM 500 dan kebanyakkan ‘orang lama’ yang biasa buat pun dah uzur,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui sedang mengacau Bubur Assyura di Pasar Borang Gong Pauh, 3 Oktober, disini.

Menurutnya, Bubur Assyura itu selain diagihkan di Pasar Borong Gong Pauh, ia turut akan dihantar ke jabatan kerajaan di UTC termasuklah di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPD) Kuala Terengganu.

“Tahniah saya ucapkan kepada Skuad Khidmat Muslimat Dun Wakaf Mempelam dan KT Care yang menghidupkan tradisi ini,

“Saya difahamkan seramai 26 orang petugas terlibat termasuklah dari kalangan Persatuan Peniaga Pasar Borong Gong Pauh bekerjasama menyiapkan dua periuk Bubur Assyura ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Persatuan Peniaga Pasar Borong Gong Pauh, M. Shamsul Hadi Saigal, 37 tahun berkata, kerjasama persatuan dengan masyarakat dan juga NGO-NGO lain sangat penting dalam menjalin hubungan apatah lagi membabitkan program sebegini.

“Terima kasih pada Skuad Khidmat Dun Wakaf Mempelam yang selalu mengatur program di pasar borong terutamanya program rawatan kesihatan percuma setiap bulan,
“Alhamdulillah, program ni cukup baik dan kerjasama diantara Persatuan Peniaga Pasar Borong Gong Pauh dengan PAS Dun Wakaf Mempelam serta NGO KT Care yang mewakili PAS Kawasan Kuala Terengganu akan terjalin erat hendaknya,” kata Shamsul.

Katanya, program sentuhan Muharram yang bermula jam tujuh pagi hingga satu tengahari itu turut disertai pengunjung pasar menjadikannya cukup meriah.

Sumber BO - 5-10-2017

Tetap Bersiap Siaga

Oleh : Solahuddin Al-Idrus/ Foto – Abbas Dany

KUALA TERENGGANU – PAS DUN Bandar menyarankan kepada seluruh jentera parti disemua peringkat agar berada dalam keadaan siap siaga serta memperkemaskan gerak kerja agar lebih tersusun untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed menyeru agar seluruh jentera lebih menumpukan kegiatan bagi menjamin kejayaan.

“Jentera kita memenuhi apa yang diharapkan (dan) apa yang penting kita harus pertingkatkan lagi usaha agar lebih fokus dan tersusun bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang ”

“Kita juga harapkan kemenangan di DUN-DUN yang lain akan memberi sumbangan kepada penubuhan kerajaan PAS Terengganu pada pilihan raya akan datang ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Majlis Lawatan Mahabbah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang ke DUN Bandar semalam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu mengajak jentera parti bekerja agar bersungguh-sungguh.

“Kita (PAS) harap supaya kita semua bekerja bersungguh-sungguh pada PRU14 untuk mempastikan Dun (Bandar) ini kita menang dalam PRU akan datang, In sha Allah.

Menurutnya, lawatan yang bermula maghrib itu dikira berjaya dengan kehadiran yang ramai dari semua peringkat jentera parti.

“Kehadiran jentera parti yang ramai ini menggambarkan kekuatan PAS di Dun Bandar,” tambah beliau.

Sumber BO - 5-10-2017

















































































































































































HIMMAH 17 Kekalkan Momentum Kejayaan Fastaqim

Oleh : Shahril Aswad
\
HULU TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu mengajak serta menyeru anak muda khususnya pemuda PAS untuk bersama-sama dan beramai-beramai ke program Himpunan Pemuda Islam Hulu Terengganu (HIMMAH).

Ketuanya, Ustaz Harun Esa berkata, tujuan penganjuran himpunan ini adalah untuk mengumpul seramai mungkin petugas dan pendokong PAS yang memahami konsep perjuangan Islam di peringkat Hulu Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)ke – 14 yang bakal tiba.
Kata beliau, program itu akan berlangsung di persisir Sungai Temir, Kuala Berang.

“Himpunan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 oktober ini adalah merupakan suatu himpunan khas sebagai rentetan gelombang kebangkitan anak muda di Fastaqim 2.0,

“Ia juga himpunan bagi mengekalkan momentum kejayaan Fastaqim 2.0 terus marak dikalangan anak muda khususnya di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi.

“Kita buka jalan seluas-luasnya kepada anak muda untuk bersama kita, mereka tidak malu lagi bersama parti Islam ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung dan dapat mendengar taujihat khas dari pemimpin pemuda yang diundang khas untuk semua.

“Ini dapat dilihat dengan jelas sokongan dan keterlibatan mereka di Fastaqim 2.0 yang dianjurkan baru-baru ini dan semangat itulah yang kita akan bawa disini,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mengajak dan menyeru sekalian anak muda khususnya pemuda PAS untuk bersama-sama turut serta ke program HIMMAH sebagaimana yang telah dijadualkan.

“Kosongkan jadual anda pada tarikh tersebut untuk bersama-sama hadir ke Persisir Sungai Temir,” tambah beliau.
.
Sumber BO - 4-10-2017



















































































































































































Cubaan Padamkan Gelombang Hijau Fastaqim

KUALA TERENGGANU – Pelbagai Tohmah yang berlegar dalam ruang ‘maya’ dengan pelbagai dakwaan negatif terhadap Himpunan Fastaqim 2.0 adalah usaha pihak tertentu memadamkan gelombang ‘hijau menuju kemenangan’.

Setiausaha Jawatankuasa Induk Fastaqim 2.0, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, mereka merasa tertekan dengan kebangkitan ‘tsunami Islam’ berikutan kejayaan penganjuran himpunan tersebut.
“Apabila tertekan, mereka timbulkan macam-macam cerita,” ujanya ketika dihubungidi sini, semalam.

Antara dakwaan negatif tersebut, kata beliau, termasuklah menuduh PAS Pusat membelanjakan sebanyak RM30 juta menganjurkan himpunan tersebut.
Nurul Islam menegaskan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali sebaliknya memberitahu anggaran kos perbelanjaan adalah jauh lebih rendah berbanding yang digembar-gemburkan walaupun mengakui kos keseluruhan masih belum dikira sepenuhnya buat masa ini.

“Kalau ada RM30 juta, kita buat di stadium sahaja dan kita juga boleh beri makan kepada semua yang hadir (tetapi) yang hadir program (Fastaqim 2.0) belanja sendiri, ambil bas sendiri untuk sampai sana (ke Himpunan Fastaqim), hotel (bayar) sendiri, semua sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan berhubung senarai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat termasuk kos duit sara diri bagi setiap orang iaitu RM100 yang boleh dituntut semasa perjalanan dalam bas masing-masing melibatkan jumlah 242,280 orang.

Kesemua kos berkenaan turut didakwa telah dimasukkan Pejabat Perhubungan PAS melalui peringkat negeri masing-masing.

Nurul Islam menegaskan, tiada satu sen pun bayaran diberi oleh PAS kepada ahli-ahli parti yang hadir sebaliknya ahli-ahli dan penyokong Pas pula yang menyumbang kepada parti dalam memastikan perhimpunan berjalan lancar.

Jelasnya, sumbangan ahli-ahli bukan sahaja dari bentuk kewangan termasuk derma dan wakaf, malah sokongan material serta tenaga untuk melancarkan perjalanan himpunan.

“Contoh kita hendak buat tandas, ada di kalangan ahli kita yang ada kemahiran dan dia tawar diri untuk buat, jadi kita keluarkan kos kayu (untuk bina tandas).

“Jadi di situ banyak yang kita jimatlah contoh untuk unit keselamatan, kita sediakan bot-bot takut ada yang jatuh dalam air (di Pantai Tok Jembal). Itu semua diberi oleh ahli kita yang mempunyai bot. Lagi banyak datang daripada ahli sendiri. Tiada yang kita belanja besar,” katanya.

Beliau berkata sumbangan ahli juga tidak terbatas dalam aspek itu sahaja, malah tujuan pembersihan kawasan pantai, pihaknya tidak mengeluarkan peruntukkan besar.

Ini berikutan 100 sukarelawan PAS terlibat membersihkan semua kawasan termasuk di kawasan peniaga dan juga masjid lama Tok Jembal kerana yakin ahli dan penyokong PAS menggunakan tempat tersebut semaksimum mungkin selama dua hari program berlangsung.

Selain itu sebanyak lima kenderaan pacuan empat roda dan empat buah lori digunakan untuk mengangkut sampah turut disediakan oleh ahli-ahli yang memiliki kemudahan tersebut, begitu juga dengan peralatan membersihkan kawasan dibawa sendiri oleh ahli-ahli Pas.

Jelasnya, soal makan minum bagi petugas yang menjalankan kerja-kerja kebersihan selama dua hari bermula 1 Oktober lalu turut ditaja ahli PAS sendiri khususnya yang merupakan pemilik restoran.

“Tiada yang kita perlu bayar besar-besar. Tiada! Kebanyakan mereka sediakan, ada yang kita kena bayar juga cuma kebanyakan ahli kita banyak menyumbang,” katanya.

Beliau juga turut menafikan arahan daripada PAS supaya mengerahkan pelajar-pelajar tahfiz ke program Fastaqim sambil memberitahu, sekalipun ada yang hadir, mereka datang atas tiket peribadi dan bukannya mewakili institusi tertentu.

Katanya, jemputan menghadiri Fastaqim 2.0 dibuat secara terbuka melalui promosi dan sidang media, tanpa ada jemputan khusus termasuk kepada pemimpin-pemimpin Pas.

“Setakat ini, kita pun tidak pernah dengar mana-mana pihak tahfiz (kerah pelajar dia). Tiada (yang datang mewakili tahfiz). Yang datang pun secara persendirian,” katanya.

Dakwaan lain yang cuba menjejaskan himpunan tersebut termasuklah ia dipenuhi najis manusia dan juga gambar seseorang membuang air sambil berdiri yang dikatakan pelakunya adalah ahli PAS.

“Jadi cubaan-cubaan ini pada saya hendak padamkan gelombang hijau. Jadi kita sentiasa sedar dengan fitnah-fitnah tersebut. Kalau boleh jawab, kita jawablah,” katanya.

Beliau memberitahu turut menyifatkan penyebaran lapan nama yang dikatakan akan menyertai PAS termasuk bekas pegawai kanan kerajaan dan yang akan diumumkan pada himpunan Fastaqim lalu sebagai perang saraf dan direka-reka pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim turut menyatakan bahawa peringkat PAS Pusat atau Mesyuarat Panitia Fastaqim 2.0 tidak pernah menyebut nama-nama seperti bekas hakim, bekas ketua Wanita Umno dan beberapa nama lain kononnya akan diisytiharkan masuk PAS atas pentas Fastaqim 2.0.

“Tiba-tiba keluar senarai nama-nama tersebut yang tersebar merata-rata. Ini dinamakan perang saraf. Musuh buat kemudian mereka tuduh kita sebar.

“Tujuannya mudah saja. Nak tuduh PAS berbohong bagi menenggelamkan kejayaan Fastaqim 2.0 dan menutup kegagalan pelbagai program lain yang dianjurkan oleh pihak lain di sekitar Kuala Terengganu pada masa dan tarikh yang sama,” katanya

Sumber BO - 4-10-2017



















































































































































































Guna Pakar ARC Latih ‘Ameerah Riders’

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Ameerah Negeri Terengganu berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan Alternative Riding Club (ARC) bagi menjenamakan semula unit motosikalnya yang dikenali sebagai ‘Ameerah Riders’.

Pengarahnya Hajah Zuraida Mohd Nor berkata, Kelab Motosikal Pilihan itu sudah mempunyai nama yang kukuh dalam dunia permotoran dan mempunyai ramai anggota.

Menurutnya, ia adalah amat sesuai untuk meningkatkan kemahiran para penunggang Ameerah pada masa hadapan.

“Seorang penunggang Ameerah Riders itu mesti seorang yang mahir dalam mengendalikan kenderaan beroda dua ini dan kecekapan membawa motosikal sangat penting bagi seorang terutama ketika hari kemuncak program himpunan Fastaqim 2.0,

“Disebabkan jalan yang jem teruk, sudah pasti Ameerah Riders ini akan kepenatan, jadi fokus yang tinggi dalam menjalankan tugas amat penting,

“Ini kerana suasana yang sesak dengan kenderaan itu akan menyebabkan berlakunya pergeseran, perlanggaran dan sebagainya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan untuk Misi Rohingya ke Bangladesh kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI), Hajj Sazali Mohd Noor, di tapak Fastaqim 2.0 Isnin, 2 Oktober.

Selain itu, kata beliau, perkara yang paling penting kepada setiap orang Ameerah Riders mestilah berani dan memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

“Disamping itu, mereka mestilah mempunyai skil dan kemahiran menunggang motosikal yang tinggi …….kalau setakat boleh bawa motosikal secara biasa saja tidak akan dipilih sebagai Ameerah Riders,

“Memang ramai yang berminat dan nak bantu dengan menjadi Ameerah Riders tapi kita tak benarkan kerana mereka tidak mempunyai lesen motosikal serta tidak cekap mengendalikan motosikal ataupun mereka sudah lama tidak membawa motosikal,”katanya.

Katannya, Unit bermotosikal Ameerah itu, telah mula ditubuhkan sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah, yang berlangsung di masjid Rusila pada tahun 2015.

Oleh itu, Himpunan Fastaqim 2.0 menjadi sejarah apabila unit itu di gelar sebagai ‘Ameerah Riders’.
“Program himpunan Fastaqim 2.0 menjadi titik tolak untuk menjenamakan semula unit bermotosikal Ameerah dengan menubuhkan satu organisasi lengkap yang patuh syariah dikenali sebagai Ameerah Riders,
“Ini kerana kita ada banyak program-program yang besar parti contohnya program HARAP, yang memerlukan unit bermotosikal ni bagi membantu melancarkan pergerakan dan perjalanan sesuatu program bagi mengangkut pengunjung yang meletak kenderaan jauh untuk datang ke tapak,”jelas Zuraida.

Selain itu katanya, ia juga akan menarik anak-anak muda perempuan yang berminat dalam dunia motosikal ‘menjinakkan’ diri dengan PAS.

“tidak semua anak muda minat ceramah politik, duduk depan pentas dan sebagainya. Ramai juga yang minat dengan aktiviti rekreasi sukan dan lain-lain,” tambah beliau

Sumber BO - 4-10-2017



















































































































































































Apa negatifnya Fastaqim 2.0?

SUDAH lama saya menahan diri untuk tidak respons kepada komen dan tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepada PAS yang saya yakin sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam atas ‘platform’ parti politik dalam negara ini yang sama-sama kita cintai. Saya fikir kerja menjawab seumpama ini hanya padan dijawab oleh ‘geng-geng’ nakal pemuda yang ramai sokong PAS sekarang ini. Tetapi memikirkan ‘addinu nasihah’ dan atas dasar sayang kepada kawan-kawan kita, perlu jugak sekali sekala ada penjelasan supaya kita tidak menempah ‘dosa kering’ akibat mainan politik persepsi.
Kebetulan saya duduk dalam jawatankuasa program FASTAQIM 2.0 ini yang memang dirancang daripada awal dibuat di Terengganu. Program-program besar PAS memang diputuskan di tempat yang berlainan menjelang PRU14 termasuk FASTAQIM 1.0 diadakan di Kelantan dua tahun lepas sementara Muktamar PAS Pusat diadakan di Kedah pada tahun ini. 
Sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang besar, PAS berhasrat melalui program ini dapat mengumpul kekuatan ahli dan penyokongnya dan membina solidariti serta suntikan semangat di tengah-tengah pelbagai fitnah yang dahsyat, seolah-olah PAS sudah terkeluar dari arus politik perdana dan tidak mendapat tempat lagi di hati masyarakat. 
Berapa ramai jumlah tepat yang hadir dalam himpunan ini tidak perlu dibahaskan, biar gambar berbicara. Kami pun tidak berminat untuk komen berapa ramai pula yang hadir program PH di Terengganu yang turut dihadiri oleh Wan Azizah, Rafizi dan lain-lain, yang dibuat pada tarikh yang sama dengan program FASTAQIM 2.0. Kami juga tidak mahu komen berapa ramai yang hadir dalam program ‘Jom Heboh’ yang diadakan pada tarikh yang sama. Apa yang jelas, ratusan ribu orang yang hadir dalam program FASTAQIM 2.0 ini hampir 80 peratus adalah terdiri daripada anak-anak muda yang datang dari seluruh negara. 
Dalam media sosial ditularkan pelbagai komen, perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mengambil sumber maklumat yang tidak tepat tentang program ini. Apa perlunya disiarkan gambar-gambar orang buang najis di tempat lain dan sampah yang belum dikutip sebagai ukuran dalam membuat penilaian program ini? Apa perlunya orang yang datang ke program ini digambarkan adalah ‘dibayar' dan 'ditaja’ serta semacam dipaksa untuk menderma? 
Kalau kita tidak suka kepad sesuatu perjuangan atau parti politik tertentu tidak menjadi masalah. Ini negara demokrasi. Tetapi kalau kita berlagak serba tahu dalam soal dalaman sesuatu parti lain dan cuba menyebarkan sesuatu yang tidak benar kepada masyarakat menggambarkan sebenarnya kita ada penyakit dalaman. Penyakit seumpama ini kalau tidak cepat berubat mudah melarat dan sukar untuk disembuhkan. Lebih parah lagi kita tidak tahu yang kita sedang sakit. Kita harap kawan-kawan kita yang sudah masuk umur warga emas tidak terikut-ikut dengan rentak ini. Biarlah hidup kita di penghujung hayat ini kita pakat doa dikurniakan Allah dengan pemikiran yang sihat dan banyak buat amalan kebajikan sebelum berjumpa dengan Allah nanti. 
Kawan-kawan kita yang pakar dalam bidang ‘costing’ boleh buat anggaran berapa banyak bajet yang perlu disediakan untuk kemudahan kepada pengunjung program ini – kos kebersihan tempat yang asalnya tidak terurus seluas 50 ekar di tepi pantai, bekalan air, elektrik, 60 buah tandas, tempat solat, beratus buah kanopi (pentas utama, VIP, lebih 200 gerai), ‘sound system’, bekalan makanan untuk petugas dan VIP dan pelbagai perbelanjaan lain termasuk beribu orang petugas Jabatan Amal menguruskan lalu lintas beribu buah kereta, beratus buah bas dan tidak terkira bilangan motosikal menggantikan khidmat polis. AlhamduliLlah sebahagian besar perbelanjaan ini banyak didapati secara percuma atau dapat diskaun yang besar dan juga tajaan hadiah dalam pelbagai sukan dan riadhah serta pertandingan termasuk sukan air seperti jet ski, memancing dan sebagainya. 
Dari dahulu hingga sekarang para pendukung PAS diajar dengan semangat pengorbanan yang yang tinggi, yang membiayai program seumpama ini dari duit poket mereka sendiri dengan kadar dan kemampuan masing-masing, walaupun sebahagian besar mereka sudah berbelanja dari segi kos pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum sepanjang dua hari mereka berada di sini. Tak perlulah dibuat fitnah sumbangan mereka kerana dipaksa atau dimanfaatkan untuk kepentingan lain seperti kepentingan hidup mewah pemimpin dan lain-lain! 
Program ini pada asasnya adalah program dalaman PAS dengan pelbagai pakej termasuk sidang meja bulat beratus buah NGO’s, himpunan dan pelancaran jentera pilihan raya di peringkat Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai asas pemerintahan Islam selain daripada ucapan pimpinan parti dan NGO’s. Turut menghibur pengunjung program ini dari beberapa selebriti terkenal termasuk Zul Handyblack, kumpulan Hijaz dan lain-lain. 
Tidak wujud yang dikatakan ‘senarai rasmi’, mereka yang akan diisytiharkan masuk PAS sebagaimana didakwa. Yang timbul ialah soalan wartawan apabila ditanya kemungkinan ada orang yang diisytiharkan masuk PAS. Memang jawapannya mungkin ada atau sebaliknya. Kita tidak mahu tuduh siapa yang buat kerja menyediakan senarai lengkap mereka yang akan masuk PAS untuk disebarkan. 
Cuma dalam ilmu ‘perang saraf’ memang biasa ia dilakukan bagi mereka yang mahu mencipta sesuatu isu, dikaitkan dengan satu-satu pihak, kemudian menuduh pula pihak berkenaan berbohong apabila tidak mengikut skrip. Pada kami kehadiran orang seperti mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Dato’ Huan Cheng Guan, bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato’ Seri Zakaria Jaafar dan beberapa pemimpin NGO di atas pentas PAS sudah cukup bermakna. 
Saya tak nampak apa yang negatif sangat program FASTAQIM 2.0 ini. PAS bukan sahaja mempromosikan ’Tahun Melawat Terengganu’ tetapi membawa masuk ratusan ribu pelancong dari seluruh negara yang berbelanja di sini sempena program ini. Mereka bukan sahaja ‘membeli belah’ di Pantai Tok Jembal tetapi di premis perniagaan lain di sekitar Kuala Terengganu. Beratus orang peniaga gerai dapat rezeki yang banyak sementara suasana kawasan persekitaran menjadi lebih bersih, ceria dan sedap mata memandang selepas program. 
PRU14 hampir menjelang tiba dan parti-parti politik sama ada secara berseorangan atau dalam pakatan kena buat kerja masing-masing untuk kalahkan Umno/BN. Yang rakyat nak tengok ialah kekuatan kepimpinan bersama polisi serta rangka kerja parti masing-masing untuk membela kepentingan rakyat. Kalau kita rasa kita kuat tak perlulah perlekehkan pihak lain. Kita berdiri atas kekuatan kita sendiri bukan bergantung kepada ‘serangan negatif’ kepada pihak lain. 
PAS akan terus istiqamah agenda politik matang dan sejahtera dan tidak akan sekali-kali mengadakan pakatan politik dengan Umno dalam PRU14 ini walau apa pun persepsi yang ditohmahkan. Pangkalan kita ialah orang Melayu yang merupakan kelompok pengundi terbesar dan pada masa yang sama PAS akan berusaha menjelaskan kekeliruan ‘yang diracun’ ke dalam masyarakat bukan Melayu/Islam. PAS bukan sahaja berhasrat pertahan Kelantan, menawan Negeri Terengganu dan beberapa negeri lain tetapi juga mahu ke Putrajaya namun tidak akan meninggalkan agenda Islam. 
Sebab itu sebagai contoh PAS tetap membangkang program ‘festival arak’ atas nama apa sekalipun. Sebaliknya ada pihak daripada parti-parti lain boleh bertolak ansur dalam isu ini kerana ‘kononnya’ mahu jaga hati kawan! 
Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya III Badan Berhubungan PAS Negeri Terengganu.
Sumber HD - 4-10-2017



















































































































































































Hijrah Bukan Untuk Mencari Populariti


Oleh : Rohayati Ripin

Penghijrahan seorang artis daripada dunia ‘glamour’ kepada menghayati cara hidup Islam bukanlah bertujuan untuk kembali mendapatkan populariti.

Bekas vokalis kumpulan rock kapak Handy Black, Nurzul Suphia’an Sa’ban atau lebih dikenali sebagai Zul Handy Black aktif melakukan kerja-kerja dakwah mengajak masyarakat kembali menghayati hidup bersyariat.

Beliau yang ditemubual oleh HARAP TV sempena Fastaqim hujung minggu lalu, pernah popular sekitar era 80an dan 90an dengan lagu ‘Kau Yang Bernama Seri.’

Zul berubah dari seorang penyanyi rock kepada penyanyi ‘genre’ lagu ketuhanan, bermula saat ketika kehilangan ayah tercinta dan keetika itu, terdetik dihatinya untuk meninggalkan dunia ‘glamour’ sebagai penyanyi rock.
Bermulalah episod baru dalam hidupnya dengan memulakan langkah nyanyiannya kearah yang lebih Islamik, mengajak manusia mengingati kebesaran Allah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.
Kehidupan silamnya cukup berbeza dengan sekarang setelah Allah mencurahkan hidayah dalam kehidupannya.

Dari situlah benih kesedaran yang mencetuskan semangat, tumbuh menjadi insan lebih istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

Apabila diimbas kembali, kata beliau, manusia yang terjun gunung mati dan manusia yang bermain dengan binatang buas mati dimakan binatang serta manusia yang berlumba mati dalam trek perlumbaan.

“Kita sebagai umat Nabi Muhamad SAW nak mati dengan cara yang mana? …. kita tak nak mati, kita tak nak dalam keadaan manusia yang ingkar kepada Allah SWT,” tegas beliau.

Justeru, beliau berharap dapat menyampaikan Islam kepada semua manusia kerana kesedaran dakwah dan tanggungjwab itu katanya, adalah tugas sekelian umat yang akan ditanya di akhirat kelak.

“Dakwah ini bukan kita untuk mengajar……..kita nak mengajak manusia untuk kita mengimarahkan rumah Allah. Macam mana kita nak mendapat kejayaan kalau rumah Allah tak berjaya,

“kita mengharapkan waktu subuh pun surau masjid kita penuh jemaah sebagaimana kita menunaikan solat jumaat,” jelasnya.

Sebaliknya kata beliau, musuh-musuh Islam, orang kafir dan yahudi mentertawakan umat Islam masa kini kerana umat Islam tidak mampu, walaupun untuk memakmurkan masjid, apatah lagi melaksakan suruhan yang lebih berat.



















































































































































































Sumber BO - 3-10-2017





















































































































































































Syabas Dan Tahniah!

KUALA NERUS – PAS Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, dokongan dan bantuan bagi menjayakan program Fastaqim 2.0.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia merupakan julung kalinya penyertaan peserta melebihi 200 ribu orang dan ini merupakan satu rekod yang dicapai oleh PAS Negeri Terengganu.

“Kawasan seluas 50 ekar dipenuhi lautan manusia yang datang dari seluruh negara termasuklah Sabah dan Serawak,

“Manakala Konvoi Mega dengan penyertaan anak muda bermotosikal melebihi 8000 buah motosikal turut mengiringi kepimpinan PAS ke program Fastaqim 2.0 disamping jumlah kutipan derma sumbangan sebanyak lebih rm 300 ribu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ditapak Fastaqim 2.0 hari ini, 1 Oktober, disini.

ADUN Paka itu berkata, tempat ini akan dibersihkan sepenuhnya dalam masa dua hari, seperti sediakala sebagaimana sebelum ini dan sesuai diadakan apa-apa acara dimasa akan datang.

“saya turut mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada Jawatankuasa PAS Malaysia dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu juga kepada Jawatankuasa Induk serta Jawatankuasa Pelaksana,

“Terutama sekali kepada Kuala Nerus sebagai tuan rumah yang telah berjaya mengerahkan kekuatan logistik, persiapan tempat dan sebagainya bagi menyiapkan tempat ini untuk menyambut kedatangan lebih daripada 200 ribu peserta,” kata beliau.

Ustaz Satiful mewakili Pengarah dan petugas Fastaqim 2.0 memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya program ini.

Katanya ia merupakan satu gelombang kebangkitan rakyat untuk bersama dengan PAS dan in shaa Allah, akan berjaya membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Sumber BO - 3-10-2017














































































































































































































































































































































































Fastaqim 2.0 Berlabuh, Agenda PAS Belum Selesai

Oleh : Suhaimi Taib

Fastaqim 2.0 telah melabuhkan tirainya, menggamit 200 ribu pengunjung dari seluruh negara, menjadikan Umno Terengganu terasa dengki dengan kejayaan PAS menganjurkan agenda parti yang berprestij itu.

Ia menjadi gelombang baharu politik, menarik sokongan rakyat terhadap PAS, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadhil Pengerusi Parti Ikatan dalam ucapannya di pentas Fastaqim 2.0 mendakwa Umno memerlukan peruntukkan lebih RM30 juta untuk menganjurkan program seperti itu.

Itu berdasarkan pengalaman beliau ketika berada dalam Umno satu ketika dahulu. Umno terpaksa berbelanja besar jika berhasrat mengadakan masjlis seumpama itu, katanya.

Ironinya Pantai Tok Jembal Kuala Nerus mencatat sejarah, Satu perhimpunan besar menggerakkan hati beratus ribu pengunjung terdiri dari ahli dan penyokong PAS dari segenap lapisan masyarakat, menceriakan bumi Terengganu dengan aturcara melibatkan semua pihak sekaligus melatih ahli parti sentiasa bergerak menghadapi cabaran dan rintangan politik dari semasa ke semasa.

Lebih 50 ekar tanah tebing berbatu di pantai itu dimanfaatkan untuk menaikkan semangat dan sokongan ahli dan menghantar semboyan bahawa PAS sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Kejutan politik tidaklah begitu menyerlah dengan penyertaan dua bekas pegawai tinggi kerajaan namun penyertaan dan komitmen ahli mengikuti Fastaqim 2.0 dan mendengar amanat pimpinan tertinggi bagi menghadapi PRU14 satu gerakan dan usaha yang cukup berjaya.

Tinggal lagi tindak balas ahli seterusnya di kawasan, Dun dan Cawangan masing-masing di peringkat akar umbi perlu dihasilkan sebaik mungkin selepas PAS bersendiri menghadapi percaturan dan gejolak politik Malaysia yang rencam demokrasinya dan banyak memihak kepada Umno/Barisan Nasional (BN) akibat bermain di padang politik yang tidak rata.

PAS perlu melihat jatidirinya sendiri dalam situasi politik sekarang kerana akar umbi PAS boleh berdikari dengan segala kepakaran dan pengalaman yang ada tanpa bantuan pembangkang yang lain kerana itulah yang berlaku selama ini pun.

Kesombongan dan keangkuhan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup memperlekehkan PAS, memandang serong terhadap PAS dan tidak menghormati prinsip perjuangan PAS,

menunjukkan bahawa parti-parti pembangkang itu hanya mahukan PAS ketika berdepan pilihan raya bagi menggunakan tenaga ahli PAS di peringkat akar umbi ketika mereka tidak mempunyai ahli seramai PAS di seluruh negara.

Ini cetusan hati ahli-ahli PAS ketika ditinjau perasaan mereka ketika melihat kerenah parti pembangkang berkenaan yang penuh hipokrit dalam perjuangan.

PAS perlu berdikari berdepan dengan PRU14 dengan meletakkan calon di mijoriti kawasan pilhan raya sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN dengan strategi memenangkan parti itu dan berjaya membentuk kerajaan di peringkat Pusat.

Cadangan PAS bertanding di lebih 100 kerusi parlimen adalah satu cadangan yang baik dan dialu-alukan oleh semua ahli di peringkat akar umbi.

Sokongan mana-mana parti yang sebulu dengan PAS diambil kira kemudian, Jika tidak selama-lamanya PAS tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk kerajaan di peringkat tertinggi itu.
Pengalaman PAS berpuluh-puluh tahun dalam arena politik negara ini sudah cukup matang untuk parti itu bergerak sendiri dengan tenaga kepimpinan ahli yang sedia ada.

Gagasan Sejahtera pula eleman sokongan baharu kepada perjuangan PAS bukan sahaja melibatkan parti-parti kecil tetapi Badan Bukan Kerajaan (NGO), sebagai satu cetusan politik baharu walaupun usaha ini pernah dibuat di Amerika Syarikat.

Ini satu permulaan yang baik di samping PAS bersikap lebih terbuka dari sebelum ini boleh berta’awwun dengan mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan syariat di negara ini sekaligus mengaplimentasikan agenda Budaya Politk Matang dan Sejahtera (BPMS).

Agenda ini seharusnya digerakkan sampai ke akar umbi untuk merapatkan hubungan PAS dengan rakyat dari semua kecenderngan politik termasuk golongan atas pagar.

Sumber BO - 3-10-2017























































































































































































Video gimik Fastaqim 2.0

RAMAI yang menantikan video Gimik Fastaqim 2.0. Video yang menggambarkan penat jerih seorang pemuda untuk menyampaikan Skrol Ikrar Fastaqim 2.0 kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 
Apakah penat jerih yang dilalui anak muda ini? Apakah cabaran yang dilalui beliau? Jom kita saksikan. 
Selamat menonton dan sebarkan. 
Video ini dirakam dan diedit oleh Ehsan TV. Rakaman scene di Terengganu dibantu oleh TerengganuKini (JITN Terengganu). Jemput LIKE page kami dan tonton di saluran Youtube ini: 
https://youtu.be/n_A9qb7SRs4
Sumber HD-3-10-2017 

























































































































































































Cops Release 50 Photos Of Terengganu’s Most Wanted

KUALA TERENGGANU: Police yesterday released 50 photographs and details of the state’s most wanted criminals, to assist in solving cases of violent crimes and rape.

State Criminal Investigations Department chief Assistant Commissioner Fazlisyam Abdul Majid said among them were three siblings and a 27-year-old woman from Alor Lintang, Kampung Raja in Besut.

He said they were being sought to assist police in a case classified under Section 326 of the Penal Code, for causing grievous hurt.

“Thirty-four of the suspects were from Besut district and aged between 30 and 60,” he said at the Kuala Terengganu police contingent.

Fazlisyam said the 50 photo-fits of the suspects would be posted on Terengganu police’s Facebook account.

“When we released 30 photo-fits five days ago, two of them surrendered at the Kemaman and Besut police stations and a family in Kuala Terengganu alerted the police on their relative’s whereabouts,” he said.

Fazlisyam said the state CID would soon release more than 600 photographs of wanted criminals in stages to seek the public’s help to track them down – NST

Sumber BO - 2-10-2017



























































































































































































Jadilah Pengundi Bijak, Pilih PAS Dan Gagasan Sejahtera

(Gambar atas – Puan Rusiah Jamal dari Johor Bahru teruja bergambar di Studio Harap TV ketika mengunjungi Fastaqim 2.0)
Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Para pengundi pada pilihan raya umum akan datang diminta membuat pilihan yang bijak dengan mengundi PAS dan Gagasan Sejahtera.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Sepang, Selangor, Puan Saimah Nordin, berkata, semua rakyat Malaysia sewajarnya memilih pemimpin yang dapat mentadbir negara dengan ikhlas dan amanah.

“pemimpin kita tiada mempunyai rekod buruk, dasar kita al-Quran dan sunnah dan PAS tidak dalam pakatan lagi,

“mudah-mudahan mereka (pengundi) merupakan pengundi yang bijak untuk memilih pemimpin yang akan mentadbir Malaysia,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Fastaqim 2.0 petang semalam Sabtu 30 September.
Katanya, perasaan beliau sangat gembira kerana dapat hadir pada program Himpunan itu, yang sudah lama dinantikan.

“Saya sangat gembira……saat yang dinantikan telah tiba…..sebelum ini kami telah menghadiri program Munaqasyah,

“dalam program itu antara kempen mereka ialah kita akan bertemu di Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal kerana kita akan mendengar amanat,” jelas beliau.

Beliau yang hadir ke Fastaqim bersama dengan sahabat- sahabat yang lain dengan menaiki tiga buah bas dari Tanjung Sepat, Sepang Selangor.
Sementara itu, Ketua Muslimat Cameron Highland Ustazah Dalmah Ismail, 55, menyeru kepada semua pengundi-pengundi Melayu menjadikan PAS sebagai pilihan utama mereka pada PRU 14.
“Marilah kita semua, pengundi- pengundi Melayu khasnya menjadikan PAS sebagai pilihan utama dalam PRU 14 ini,” tegas beliau.

Beliau yang datang bersama rombongan dari kawasan tanah tinggi itu merasa ‘kebersamaan’ dengan seluruh ahli dan penyokong PAS yang datang ke Fastaqim 2.0.

“Kami dari Kawasan Cameron Highland, DUN Jelai ni datang ke sini bersama sebuah bas dan dua buah van……alhamdulillah walaupun Kawasan Cameron Highland kawasan yang agak kecil,
“keahlian PAS kami juga kecil berbanding dengan kawasan lain di negeri Pahang, namun kami berjaya turut datang bersama seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAS ke Fastaqim ini untuk sama mendengar amanat dari pimpinan,” katanya.

Seorang lagi penyokong PAS yang hadir Puan Rusiah Jamal 53, dari Johor Bahru bersyukur apabila dapat menyertai Fastaqim kali ini.

“alhamdulillah sampai juga hajat saya ke Fastaqim ini…..kali pertama dulu saya tidak sempat hadir,
“saya masih mencari ilmu dan ‘perbandingan’ di dalam program ini, semalam pagi juga saya hadir ke kuliyah Tuan Guru di Masjid Rusila bersama seorang kawan,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga sempat ke tapak Harap TV di Fastaqim ini.

“di sini saya berkesempatan ke studio Harap TV yang saya idamkan dan bergambar kenangan kerana selama ini saya hanya melihat di whatsapp yang kawan saya kongsi dengan saya,” kata beliau.

Sumber HD - 2-10-2017































































































































































































Unit Kebersihan Pelengkap Kejayaan Fastaqim 2.0

Oleh : DMS

KUALA NERUS – Di sebalik kejayaan Himpunan Fastakim 2.0 Hijau menuju kemenangan yang berakhir pada Sabtu lalu, Unit Kebersihan menjadi pelengkap sejarah yang terukir.

Seramai 300 orang petugas rasmi dan 100 orang sukarelawan telah menjadi jentera sejak hari pertama pada Jumaat 29 September.

Ketuanya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, operasi pembersihan yang dijalankan telah berakhir pada petang Isnin 2 Oktober.

Katanya, kerja-kerja yang dilakukakan meliputi keseluruhan tapak program termasuk laluan utama dan sekitarnya serta tandas dan longkang masjid lama Tok Jembal.

Beliau berkata, ia tersumbat kerana digunakan oleh sebahagian peserta Fastaqim untuk membuang air ketika hendak menunaikan solat dan berehat, di situ

“kita tutup operasi kebersihan petang ini setelah kita dapati keadaan lokasi dan beberapa jalan utama ke tapak program ini betul-betul bersih malahan lebih bersih sebelum Fastaqim di adakan,

“terima kasih pada semua petugas, sukarelawan dan semua ahli PAS yang jua turut membantu unit ini untuk kerja-kerja akhir ‘ops’ ini,” katanya ketika di temui di tapak Fastaqim di pantai Tok Jembal.
Ustaz Shaharizukirnain, yang juga Yang DiPertua PAS Setiu berkata, sebanyak 17 tong besar telah di sewa dengan ‘RD Paper’ dan beberapa buah lori seberat satu tan juga digunakan untuk mengangkut sampah.

Disamping itu, kata beliau, lapan buah kenderaan pacuan empat roda digunakan sepanjang operasi pembersihan dijalankan semasa dan selepas program.

Sementara itu, seorang sukarelawan Rosli Abdul Ghani berkata, beliau menggunakan lori miliknya hampir sepuluh kali berulang alik, ke tempat pembuangan sampah.

“pagi ini sahaja sudah dua kali saya mengangkut sampah.” katanya dengan nada gembira dapat menyumbang tenaga dalam membantu membersihkan tapak program.

Justeru itu Ustaz Shaharizukirnain berharap agar kebersihan ‘Pantai Fastaqim’ itu dapat dikekalkan pada masa akan datang.
\
“kita harap selepas ini pengunjung dan pelancong yang hadir ke pantai Tok Jembal untuk bersantai dapat bersama sama menjaga kebersihan dan alam sekitar,

“sesuai dengan tuntutan Islam dan sempena tahun melawat Terengganu yang berlangsung tahun ini,” tegasnya.

Sumber BO - 2-10-2017

Fastaqim yang mabrur

DAN hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar; dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” (Ali Imran: 104)
Haji dan Pengorbanan.
Jutaan umat Islam sudah pulang ke tanah air, setelah berada lebih 40 hari di Tanah Haram bagi menyempurnakan ibadat Haji yang menjadi rukun Islam kelima. 
Di bumi yang kering kontang itulah, Nabi Ibrahim membuktikan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Bermula dengan perintah untuk membuka kota Makkah dan meninggalkan putera kesayangannya Ismail A.S, seterusnya melaksanakan perintah qurban dan mendirikan Kaabah yang menjadi kiblat untuk umat Islam. 
Di lembah yang kering kontang itulah, dunia menyaksikan kemunculan nabi akhir zaman sebagai penyelamat seluruh manusia. Segala ajaran aqidah, syariat dan akhlak yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bertujuan untuk menyelamatkan seluruh manusia ke arah penyerahan diri kepada Allah SWT. 
Di bumi itulah juga, kita dapat melihat jutaan manusia berkumpul dan berhimpun bagi melaksanakan ibadah haji dan umrah. Ia disempurnakan dengan penuh ketaatan, walaupun berada dalam kepayahan yang menuntut pengorbanan dan kesabaran, demi meraih ganjaran haji mabrur yang dijanjikan oleh Allah SWT. 
Fastaqim dan Pengorbanan. 
Ribuan pendokong perjuangan Islam sudah pulang ke kampung halaman, setelah berada hampir dua hari di Pantai Tok Jembal, Terengganu. 
Di pantai yang terbentang itulah, seluruh ahli PAS membuktikan ketaatan dan janji setia terhadap perjuangan Islam, serta menzahirkan iltizam untuk menyelamatkan Malaysia. Gelombang Hijau yang dibawa oleh PAS bersama kebangkitan rakyat dan anak muda ini, dijangka akan mengubah landskap politik negara dalam PRU 14 yang akan datang. 
Di pantai yang serba kekurangan itulah, kita melihat ribuan manusia daripada seluruh pelusuk negara datang untuk berkumpul dan berhimpun dengan tujuan yang mulia. Tanpa mengira umur, semuanya hadir dengan persiapan kenderaan, penginapan dan bekalan sendiri. 
Dalam keadaan serba kepayahan, tiada rungutan atau penyesalan yang didengar, selain kepuasan dapat bersimpuh untuk melihat wajah pimpinan dan mendengar kalam taujihat. Lebih membanggakan, majoriti yang hadir merupakan anak-anak muda yang terpancar pada wajah mereka kesungguhan untuk membawa perubahan di dalam diri, masyarakat dan negara. 
Inilah bukti ketaatan dan pengorbanan seluruh ahli PAS, sebagai tanda penyerahan diri sepenuhnya terhadap perjuangan Islam. 
Semoga ‘wuquf’ para peserta Fastaqim ini bakal menatijahkan kemenangan dan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang ikhlas dan sabar. – HARAKAHDAILY 2/10/017
Sumber HD - 2-10-2017 
































































































































































































Fastaqim 2.0: Tidak leka dengan kehadiran ramai

“INSYA Allah kita tidak leka dengan kehadiran yang ramai di Fastaqim 2.0. Peristiwa Hunain menjadi pengajaran kepada kita, supaya kita tidak syok sendiri,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menulis dalam facebooknya, beliau berkata semangat Fastaqim 2.0 untuk semarakkan gerak kerja kita di cawangan dan kawasan masing-masing. menyumbang kepada PAS. 

Katanya, kehadiran peserta Fastaqim 2.0 melebihi target 200,000 di mana mereka hadir tanpa dipaksa dan dibayar. 

Malahan, ujar beliau mereka pula yang menyumbang kepada PAS. 

“Mereka datang bukan menanti untuk mendapat cabutan bertuah tetapi mereka orang yang sayangkan jamaah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. – HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD - 2-10-2017 


































































































































































































Pantai Tok Jembal lebih bersih selepas Fastaqim 2.0

PANTAI Tok Jembal telah kembali bersih malah lebih bersih dari sebelum Fastaqim 2.0 diadakan.
Ia bukan kerja Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Malah MBKT melarang sampah yang dikumpulkan dari tapak Fastaqim 2.0 diletakkan dekat tong sampah mereka. 
Demikian coretan Ketua Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim 2.0, Dr Azman Ibrahim menerusi laman facebook. 
“Kalau letak, mereka tak akan ambil. Tak ada masalah kerana Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dengan program kita. 
“Kita ada cara kita supaya sampah boleh sampai ke tempat perlupusan sampah,” ujarnya.
Justeru, beliau mengucapkan syabas kepada Unit Persiapan Fastaqim yang berkorban membersihkan kawasan bagi menyediakan tapak dan Unit Kebersihan Fastaqim yang kerja siang malam menyelesaikan urusan sampah. 
Untuk makluman, jelasnya tidak ada sebatang pokok ru pun yang ditebang atau dirosakkan. 
“Sekadar dibersihkan dahan-dahan saja,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/10/2017














Sumber HD- 2-10-2017 




































































































































































































Pertolongan Allah Penentu Kemenangan PRU14

Oleh : Noreni Abu Bakar

KUALA NERUS- Walau sehebat mana strategi dan perancangan yang dibuat, tetapi kalau tanpa pertolongan Allah PAS tidak akan menang.

Ingatan tersebut disuarakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Noor Azariza Mohd. Alawi ketika wawancara  HARAP TV  sempena Fastaqim 2.0 yang diadakan di Tok Jembal di sini pada petang, 30.September, kelmarin.

Justeru itu, katanya, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bersama Dewan Ulama PAS Kelantan telah mengadakan Munajat 40 yang melibatkan semua peringkat kawasan, DUN-DUN dan cawangan-cawangan yang tidak ketinggalan disertai oleh pemuda-pemuda.

“Munajat ini tidak putus, setiap malam ada, malam ni DUN mana, malam ni DUN mana, negeri melalui PAS Kawasan-kawasan 14 malam, DUN, 45 DUN, turun ke UPU-UPU.

“Begitulah yang kita buat sehingga pilihanraya,” jelas Azariza yang juga merupakan Pegawai Dakwah Halaqat Kawasan Kota Bharu.

Menurutnya lagi, selain itu, usrah-usrah juga diadakan menerusi Madrasah Hiraki Ustaz Yahya Osman yang dinaqibkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan telah masuk buku yang kelima dikhatamkan.

Beliau turut memuji kehadiran orang-orang muda yang amat menggalakkan di Fastaqim 2.0 tanpa mengira kepayahan dan kekurangan.

“Ada tu saya jumpa datang dari negeri lain, naik motorsikal. motorsikal tu kalau baru tak apa, ni cukup-cukup uzur, tetapi tetap bersemangat untuk hadir “ cerita beliau penuh terharu

Sumber BO - 1-10-2017







































































































































































































Fastaqim 0.2 Pintu Rezeki Untuk Semua

Oleh : Zainun Muhamad dan Sarah Aqilla

KUALA NERUS – Fastaqim 2.0 yang berlansung dengan meriahnya dipantai Tok Jembal telah menghimpunkan ahli dan penyokong yang teguh bersama disamping membuka peluang kepada semua.

Pihak penganjur telah menyediakan kemudahan sebanyak 400 gerai jualan barangan basah dan kering untuk para usahawan.

Pemborong Kanopi Ahmad Zainal Awang, 51, berkata, beliau amat gembira apabila mendapat tahu program besar PAS akan diadakan.

Katanya, ia dapat membantu memajukan perniagaan serta menambah pendapatan beliau, apabila PAS menyewa sebahagian kanopinya.

“Saya menyokong PAS mengadakan program sebegini kerana ia boleh membantu menambahkan pendapatan saya,

“Saya mempunyai lima orang perkerja dan jarang mendapat tempahan kanopi. Bila ada majlis perkhawinan baru ada pendapatan,” jelas Zainal.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana telah menerima tempahan sebanyak 60 buah kanopi untuk dan memperolehi pendapatan sebanyak RM10 ribu.

Sehubungan itu, Program besar PAS sepertu Fastaqim boleh meningkatkan ekonomi masyarakat dimana mereka boleh mempamerkan produk masing-masing.

Seorang peniaga Normazliana Razak, 22, yang datang dari Alor Setar Kedah berkata, beliau mendapat maklumat dari pada laan sosial PAS Malaysia.

“saya adapat malkumat dari FB berkenaan program besar ni……..saya suka program yang sebegini di samping saya boleh berniaga, saya berniaga barangan basah,

“Disamping berniaga saya boleh mengikuti taujihat yang diberi pemimpin PAS,” jelasnya.

Peniaga pakaian Mohamad Isa Yakub, 32, dari Kuantan datang bersama lima orang perkerja termasuk anaknya sendiri.

“Dari pagi (Jumaat) lagi dah buka gerai ini Alhamdulillah……… murah rezeki, ramai dah orang yang masuk memilih baju, muslimat dan baju muslimim yang ada di gerai saya ini.

“Walaupun program ini tidak berkala tapi boleh membantu kami saat ‘kelemasan’ dalam tekanan kehidupan dengan kenaikkan harga barangan yang tidak dikawal pihak berkuasa,” luahnya kesal.
Fastaqim 2.0 juga membuka peluang kepada Pemuda supaya dapat mencari sumber kewangan untuk pilihan raya akan datang.

Seorang peniaga muda Mohd Khairuddin Alias, 25, dari Kampung Duyong Seberang Takir berkata selain berjual beli, beliau dapat mengenali lebih ramai sahabat dalam PAS.

“terlalu rugi bagi pemuda yang tidak hadir kerana mereka akan terlepas satu amal untuk akhirat dan banyaknya ilmu kita akan dapat,

“serta dapat rapat silaturrahim antara pemuda negeri lain dan sekampung.” tegasnya.

Sementara itu, Mohd Asyraf b. Mohd Asri, 21, yang juga berasal dari kampung Duyong berkata, anak muda tidak perlu malu untuk berniaga kerana ia mendatangkan hasil yang halal.
Selain itu, peniaga dari manir, Nuremi Syahida Mohd Shukrimun, 26, berpendapat orang muda perlu merebut peluang niaga terutama melalui program-program PAS.

“baguslah orang muda ambil peluang untuk berniaga dalam program ini. Oleh kerana, peluang keemasan, orang hadir pun ramai,

“Anak muda juga patut mengambil peluang untuk ceburi bidang perniagaan…..tak perlu malu untuk berniaga kerana ianya sunnah Rasulullah, sembilan per 10 daripada sumber rezeki adalah perniagaan.” tambahnya lagi.

Sumber BO - 1-10-2017









































































































































































































‘Ameerah Rider’ Bantu Pengunjung

Oleh : DMS

KUALA NERUS – Kemunculan ‘Ameerah Rider’ membawa hadirin Fastaqim 2.0 sangat membantu orang ramai untuk sampai ke tapak program dengan selesa, walaupun dalam keadaan jalan yang ‘sesak gila’.

Seorang pengunjung Maisarah Ibrahim, 27, dari Serdang Selangor berkata, khidmat yang diberikan kumpulan wanita muda bermotosikal itu amat di hargai.

“bas kami terpaksa ‘parking’ jauh lebih lima kilometer dari tapak program.

“Alhamdulillah……nasib baik ada ‘Ameerah Rider’….kalau tidak kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai kesini.” katanya gembira ketika di temui.

Sementara itu seorang lagi pengunjung, Azizah Shaari juga turut teruja dengan sambutan Fastaqim kali ini.

Katanya, porogram selama dua hari itu menampilkan banyak ‘slot’ dan tumpuan utamanya adalah untuk mengikuti pelancaran jentera pilihanraya dan amanat pemimpin tertinggi parti.

“banyak acara yang menarik dan berfaedah…..dan pastinya saya menunggu amanat dari pimpinan malam ini,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Ketua Ameerah Rider Sakinah Din berkata, seramai 60 orang anggota telah di tugaskan untuk mengambil pengunjung muslimat yang berjalan kaki untuk sampai di tapak program.
Menurutnya, oerasi berjalan dengan baik dan dan lancar serta mendapat sokongan daripada orang ramai.

“kita bertugas secara bergilir dan menunggu di lokasi utama untuk membawa penumpang termasuk mengambil mereka yang berjalan kaki menuju ke pintu gerbang Fastaqim 2.0,” jelas

Sumber BO - 2-10-2017










































































































































































































PAS Mara Ke Hadapan

KUALA NERUS – PAS sedang bangkit, mara kehadapan dengan semakin ramai semakin golongan muda terhadap yang menyokong parti politik Islam itu.

Ia jelas dizahirkan dengan kehadiran ramai anak-anak muda Himpunan Fastaqim 2.0, dianjurkan selama dua hari yang berakhir semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan dan sokongan kelompok tersebut bersama-sama dalam arus politik negara memperlihatkan PAS sedang menunjukkan potensi yang lebih positif.

“Insya Allah, saya lihat kehadiran ramai orang muda pada malam ini (malam tadi) menunjukkkan masa depan yang baik pada PAS……(mempunyai) masa depan yang sangat baik dan kita punya generasi muda yang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program kemuncak Fastaqim 2.0 sempena di Pantai Tok Jembal, di sini, semalam 30 September.

Dalam majlis penutup itu juga, Ustaz Abdul Hadi turut menandatangani buku Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) serta melancarkan Sukarelawan Jabatan Amal yang terbuka kepada semua agama, bangsa dan jantina.

WINS yang dicetuskan Lajnah Pemerkasaan PAS bertujuan membina masyarakat dan pemerintahan yang berasaskan nilai-nilai hidup Islam, berasaskan budaya politik matang dan sejahtera.

Ia adalah kerangka strategi dan pendekatan PAS dalam membina sebuah negara dengan ciri keharmonian dan keadilan sosial, ketelusan dan kecekapan tadbir urus.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS akan bertanding lebih banyak kerusi tanpa menjelaskan secara terperinci jumlah kerusi terlibat.

Apa yang penting katanya, Fastaqim 2.0 mencapai sasaran kehadiran sebagaimana jangkaan dan menyifatkannya sebagai satu permulaan untuk meneruskan gerak kerja yang lain.

“Fastaqim titik tolak untuk kerja kita seterusnya. Mudah-mudahan Allah Taala beri pahala kepada semua yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, kehadiran dua tokoh nasional pada malam kemuncak merupakan isyarat jelas bahawa parti itu tidak bersendirian serta tidak ketandusan tokoh profesional.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Hassan berkata, penampilan dua tokoh itu adalah untuk bersama PAS bagi menolak rasuah.

Jelas Nasrudin lagi, tokoh yang dimaksudkan itu mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan mantan Timbalan pengarah JPJ, Datuk Abdul Rahim Che Daud.

“Saya nak lahirkan rasa gembira, rasa seronok dan pelbagai lagi rasa teruja dengan himpunan Fastaqim 2.0 yang jelas capai sasaran 200, 000.

“Paling teruja adalah dua tokoh nasional hadir untuk beri sokongan padu pada perjuangan PAS,”katanya kepada pemberita ketika sebaik selesai acara kemuncak Fastaqim 2.0

Sumber BO - 2-10-2017 




















































































































































































































































































































































































































Fastaqim 2.0 Bina Pemimpin Dan Petugas Yang Istiqamah

KUALA TERENGGANU – Penganjuran Fastaqim 2.0 yang baru melabuhkan tirainya telah melahirkan pemimpin dan petugas Parti Islam Semalaysia (PAS) yang komited serta istiqamah dalam perjuangan Islam.

Namun begiru, Ketua Muslimat Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, cabarannya masa kini ialah untuk menggerakkan ‘Gelombang Hijau’ bagi meneruskan usaha untuk memenangkan PAS.

“Debaran PAS Terengganu sebagai tuan rumah telah pun berakhir dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah menolong dan mempermudahkan segalanya,

“Fastaqim 2.0 telah melabuhkan tirai dengan kejayaan menghimpunkan 200 K petugas dan penyokong serta pendokong PAS seluruh Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya, Ahad, 1 Oktober, disini.

Menurutnya lagi, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan jutaan terima kasih di atas kesungguhan dan kerjasama serta pengorbanan semua petugas muslimat seluruh Malaysia.

Khususnya kata beliau, kepada muslimat Terengganu yang bertungkus-lumus membuat persediaan terbaik bagi memastikan kejayaan Fastaqim 2.0.

“Terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh ketua dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) serta AJK Unit Muslimat Fastaqim 2.0,

“Dan semoga kerja buat dan kesungguhan kita diterima Allah sebagai amal soleh. Terus berjuang…. sehingga cahaya Islam terus menyinar di bumi Malaysia dan Terengganu khasnya,” ujar Zarani.

Sumber BO - 2-10-2017










































































































































































































DHPP Bantah Pesta Arak

KUALA NERUS – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegaskan pendirian membantah penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017.

Ketuanya N Balasubramaniam berkata, pendirian tersebut selari dengan tuntutan mana-mana agama.
Menurutnya, DHPP tidak akan menyokong mana-mana pesta sebegitu, dan mengatakan, meminum arak hanya akan membuatkan peminumnya hilang akhlak dan minda.

“Pegambilan minuman beralkohol itu adalah hak dan pilihan individu tetapi galakan untuk meminumnya dengan menganjurkan pesta tidak seharusnya berlaku.

“Mana-mana agama tidak membenarkan dan menggalakkan penganutnya minum arak. Dalam agama Hindu sendiri, melalui kitab Veda dan Tamil Thirukuvul, arak adalah satu perkara yang dilarang.
“Jadi saya tidak nampak kenapa masih ada orang yang mempertahankan pesta sebegini. Kalau nak minum, minum sahaja.. jangan dibuat pesta dan ajak orang lain minum bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Dewan-Dewan sempena Fastaqim 2.0 bertempat di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyelar pemimpin DAP yang disifatkannya sengaja menjadikan perkara tersebut sebagai isu politik.

Menurutnya, mereka cuba menakut-nakutkan pengundi Cina agar tidak mengundi PAS.

Sebaliknya, kerajaan Kelantan dibawah PAS tidak pernah mengharakam orang bukan Islam minum.
“Kerajaan Kelantan tak haramkan arak, minum arak hak individu…..tapi bukan buat pesta minum arak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, DHPP sudah bersedia bekerjasam dengan PAS dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Jelasnya, jentera DHPP sudah ada di setiap negeri dan berikrar, akan terus bersama PAS dan memastikan kemenangan Islam.

Sumber BO - 30-9-2017

Buat Anak N Faizal Ghazali; Basahkan Lisan Dan Tulisan Dengan Zikrullah

Oleh : Azizah Mahmood

Kenyataan dalam Malaysia kini yang bertajuk “Dentuman Petir Ganggu Ceramah Singa PAS” oleh N Faizal Ghazali umpama buah cempedak dil luar pagar………..yang berakhir dengan kalau salah tolong tunjukkan.

Apa yang jelas mereka ini baru belajar mentafsir alam. Petir dan kilat pada mereka rasa seolah-olah ‘bala’ buat PAS apabila berlaku kejadian tersebut pada waktu ucapan kemuncak Dato’ Ustaz Hasaruddin Daud malam pertama Fastaqim 2.0.

Tahukah saudara Faizal bahawa tidak ada seorang pun hadirin pada malam semalam yang berganjak hatta walau kilat dan petir berdentum.

Walaupun ‘sound system‘ tergendala,namun ia hanya sementara. Allah terus menghantar bantuan dan ceramah di teruskan, tetai mungkin ‘budak’ Faizal yang lari ketakutan berlindung dari petir dan dari ‘singa’ PAS (seandainya beliau hadir).

Jika hidung sentiasa menghidu bau sampah dia takkan menghidu wanginya kasturi bahkan sampah juga menyelusup masuk lubang hidung mereka yang memang awal hingga hingga akhir kerana tidak dikurniakan deria rasa normal.

Pada istilahnya mereka ini adalah ‘OKU’ (orang kuat Umno) yang sentiasa mencari salah PAS, walaupun fenomena yang berlaku buka urusan manusia.

Fastaqim 2.0 di langsungkan di tepi pantai Tok Jembal dengan suasana meriah dan nyaman, namun orang-orang yang biasa tinggal ditepi laut, sudah masak dan pasti tahu tentang ‘semulajadi alam ciptaan Allah ini.

Apabila hujan turun pastinya angin kencang, dan “kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai”.

Maka kami orang-orang PAS, yakin akan segala kejadian dari Allah dan hanya dengan kekuasaan Allah, kami berlindung.

Maka di sini kami berlabuh di pantai Tok Jembal ini, usahkan kilat dan andai kilat sabung menabung dan guruh berdentum di langit, hatta kamu ditakdirkan mati dan bertemu dengan Allah jua, kami masih setia bersama PAS.

Ia adalah kerana tidak ada satu parti politik yang akan dapat menyelamatkan manusia didunai ini dan di akhirat nant, kecuali siyasah yang berdasarkan kepada Islam, yang menjadikan al-Quran dan Ass-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai panduan.

Perasaan dan tafsiran nakal ‘anak’ Faizal seakan budak kecil yang bila terjadi kilat menyambar dan guruh berdentum, akan menutup mata dan telinga serta terkencing-terkencing lah ia, kerana takut.
Jadilah sebagai seorang yang dewasa, yang besar dan subur dengan Islam, apabila berlakunya apa jua kejadian, akan sentiasa membasahkan lisan ‘zikrullah’!

Sumber BO - 30-9-2017



























































































































































































































































































































































































































Muslimat Jadikan Tugasan Fastaqim 2.0 Sebagai ‘Kayu Ukur’ Kerja PRU14

KUALA NERUS – Muslimat PAS jadikan tugasan Fastaqim 2.0 sebagai ‘kayu ukur’ kerja dalam pilihan raya (PRU) ke-14 untuk berdepan dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Muslimat Negeri terengganu, Hajah Zaroni Othman berkata, Muslimat dan Ameerah bertungkus lumus menyusun dan memperkemaskan gerak kerja dari segenap sudut agar pengunjung Fastaqim 2.0 yang hadir berpuas hati.

“Himpunan raksasa yang menghimpunkan 200k di negeri Terengganu selaku tuan rumah dalam program Fastaqim 2.0 pada kali ini memerlukan komitmen yang tinggi dan terus terusan istiqamah dalam memikul amanah dan melaksanakan dengan sebaiknya.

Beliau berkata demikian di tapak Fastaqim 2.0, di Tok Jembal, Kuala Nerus, disini, pada Khamis 28 September.

Menurutnya lagi, semua muslimat telah dibahagikan tugasan mengikut kategori dan kawasan – kawasan seperti Unit perbekalan dan Persegaran, Unit Kebersihan, Unit Persiapan, Unit Gerai dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan ketuanya Puan Raja Endun Raja Abd Rahman berkata, muslimat PAS perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana himpunan Fastaqim 2.0 menuntut tanggungjawab yang besar dari awal bermula jumaat dan Sabtu malam.

“Bahkan tugasan muslimat hanya selesai setelah setiap unit melaksanakan kerja dengan jayanya,” ujar Raja Endun.

Sumber BO - 30-9-2017














































































































































































































Putuskan Hubungan Dengan Pakatan Tiada Kesan Negatif

KUALA NERUS -Kegagalan rakan pembangkang Pakatan Rakyat menilai kekuatan PAS hanya menyebabkan mereka yang ‘terpelanting’ dan tindakan mereka memutuskan hubungan dengan PAS tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap parti Islam itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS mempunyai 7,000 cawangan di 195 kawasan di seluruh negara dan sentiasa berdiri dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana parti lain.

“Kehadiran hampir 200,000 penyokong PAS di Himpunan Fastaqim 2.0 di Tok Jembal di sini (misalnya) mencerminkan sokongan padu anggota dan kekuatan parti dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi.

“Penganjuran Fastaqim 1.0 di Kota Bharu, Kelantan pada dua tahun lalu juga turut mencatat kehadiran penyokong yang sama dan ketika itu kita masih bersama Pakatan Rakyat. Bila (pakatan) dibatalkan, kita tak ada masalah. Kita ada kekuatan kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Husain Awang.

Ditanya mengenai kenyataan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin yang menyifatkan Abdul Hadi sebagai ‘mengarut’ kerana menggesa supaya anggotanya hadir ke perhimpunan Fastaqim 2.0, beliau berkata “terpulang pada ahli PAS menilai saya, saya tidak perlu orang lain menilai saya”.

Ustaz Abdul Hadi berkata anggota PAS terdiri daripada pelbagai pihak bukan sahaja orang kampung malah terdiri dari kalangan profesional, ulamak, pensyarah dan bukan Islam.

Adakah mereka semua ini ditipu? Adakah 200,000 yang hadir ini kena tipu semua? Terpulang kepada mereka menilai sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat DAP yang tidak pernah bertanding di Kelantan mahu berbuat demikian bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU 14 akan datang pula, Abdul Hadi berkata

“Ini negara demokrasi, boleh bertanding di mana sahaja dia nak letak calon asalkan ada kawasan parlimen… asalkan bukan Pulau Kapas, Bidong,” katanya.

Sumber BO - 30-9-2017

100 NGO Bangkitkan Momentum ‘Hijau Menuju Kemenangan’

KUALA NERUS – 100 buah NGO menjadi kekuatan baharu kepada Gagasan Sejahtera yang berikrar dan bakal membangkitkan momentum sokongan terhadap PAS, berdepan saingan sengit menentang BN dan Pakatan Harapan pada PRU14.

Kuasa ‘blok ketiga’ parti politik itu tercetus melalu gerakan gelombang ‘hijau menuju kemenangan’ sempena Fastaqim 2.0.

Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Hubungan NGO Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, semua badan bukan kerajaan hadir sebulat suara memberikan sokongan padu kepada usaha belandaskan Islam.

“Dengan ramainya NGO bersama kami, kita jangkakan momentum baharu yang besar yang boleh kita berikan kepada rakyat dalam PRU14,” katanya kepada media, di sini.
Di samping itu, satu pengumuman akan dibuat berikutan beberapa tokoh yang akan menyertai Pas yang diumumkan pada malam kemuncak himpunan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Meja Bulat yang diadakan disebuah ‘Resort’ di sini pada Jumaat, 29 September.

Beliau yang juga Penyelaras Gagasan Sejahtera berkata, intipati penting bagi menggambarkan sokongan NGO terhadap PAS ditegaskan melalui dua resolusi dicapai dalam sidang tersebut.
Katanya, selain bersetuju membentuk Jawatankuasa Penyelaras NGO Islam yang fokusk kepada peranan untuk bergerak secara positif pada PRU14, mereka memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, kepada PAS dan Gagasan Sejahtera.
Sehubungan itu, Kamaruzaman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, NGO akan berperanan secara agresif ‘menyegarkan’ Gagasan itu.

Katanya, Gagasan berbeza dengan BN dan PH kerana Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menjadi ketuanya.

“perbezaan antara Gagasan Sejahtera dan blok politik yang lain (ialah) dalam Pakatan Harapan tidak ada ketua, dalam Barisan Nasional juga tidak disebut secara jelas siapa ketuanya,

“tapi dalam Gagasan Sejahtera, ketuanya adalah PAS……itu secara jelas, dan pengerusi kepada Gagasan adalah Presiden PAS,” jelasnya.
Oleh itu katanya, NGO yang menjadi salah satu komponen akan memainkan peranan proaktif Gagasan Sejahtera yang diumumkan secara rasmi pada Ogos 2016.

Beliau menambah, idea penubuhan Gagasan adalah menjadi ‘inovasi’ kepada politik yang sedia ada, dimana ada ruang untuk NGO memberi pandangan didalam menambah baik kepada sistem.

“Gagasan Sejahtera menyokong segala kebaikan yan dibawa oleh sesiapa sahaja, dan menentang segala bentuk kemungkaran oleh siapa sahaja tetapi,

“landasan sokongan adalah tetap berlandaskan Islam kerana ia adalah yang terbaik,” katanya lagi

Sumber BO - 30-9-2017
















































































































































































































Semakin ramai tiba di Fastaqim 2.0


KUALA NERUS: Jam tepat 12.00 tengahari, tapak Fastaqim 2.0 semakin dikunjungi orang ramai dari dalam dan luar negeri Terengganu.
Walaupun cuaca agak panas, namun orang ramai masih berhimpun untuk mengikuti program yang disediakan, khususnya di pentas dan sekitarnya.
Pohon rhu yang rendang menjadi teduhan pengunjung untuk mengikuti program diatur penganjur sehingga akhir program malam ini.
Noriah Mokhtar, 45 dari Kedah baru tiba awal pagi tadi bersama keluarga.
Katanya, hadir untuk mengikuti amanat pimpinan yang akan disampaikan.
“Pada masa yang sama untuk bersantai bersama jemaah PAS seluruh negara,” ujarnya.
Orang ramai juga sedang mengikuti persembahan nasyid dari Kumpulan Hijjaz yang sedang berlangsung di pentas ketika ini. - HARAKAHDAILY 30/9/2017
Sumber HD - 30-9-2017 

















































































































































































































Kaum Tionghua turut hadir Fastaqim

KUALA NERUS: Sambutan Fastaqim 2.0 menjadi pilihan pelbagai kaum untuk hadir bersama bagi menyaksikan kekuatan pendokong PAS dari seluruh negara yang datang berkumpul sejak semalam.
Antara pengunjung kaum Tionghua yang tidak melepaskan peluang menjadi salah seorang peserta Fastaqim 2.0 ialah Penghulu Tanpa Mukim; Ko Kim Siong dari Dun Bukit Panau, Tanah Merah.
Beliau mengharapkan agar usaha mengeratkan hubungan antara kaum dalam PAS tanpa mengira sempadan bangsa bahkan semua perlu bersatu demi rakyat dan tanahair.
Katanya, jangan terlalu ikutkan maklumat yang disebarkan terutama berita tidak sahih, bahkan perlu sentiasa memperolehi sumber maklumat benar.
"Semestinya kita perlu bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya sebagai mewakil kaum bukan Islam harapannya boleh bersatu dan berpakat dalam mendepani PRU akan datang.
"Perbalahan yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat wajar dijauhkan kerana ia hanya menghilangkan fokus sebenar dalam menghadapi PRU akan datang.
"Kesepakatan ini mampu menatijahkan satu kekuatan pentadbiran PAS di Malaysia," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/9/2017
Sumber HD - 30-9-2017 

Fastaqim: Apa mesej PAS kepada rakyat Malaysia?

DUA hari ini 29 dan 30 september 2017 menyaksikan seramai 200,000 rakyat Malaysia dalam kalangan pendokong PAS berkampung di pantai Tok Jembal, Parlimen Kuala Nerus untuk menjayakan Himpunan Fastaqim 2.0. Ia berlaku pada saat negara di ambang PRU ke-14.
Apa yang ingin disampaikan kepada rakyat menerusi himpunan ini ialah:
1. Bahawa PAS mengajak rakyat untuk ISTIQAMAH dengan penyelesaian Islam bagi negara. 
2. Bahawa PAS bersedia untuk menggalas amanah menguruskan negara dengan tema "Sejahtera Bersama Islam". 
3. Bahawa negara ini perlu diselamatkan daripada pelbagai kemelut ekonomi, sosial dan pendidikan yang telah berakar umbi sejak berdekad dengan Islam. 
4. Bahawa pelbagai skandal kewangan negara yang berlaku sejak berdekad dengan pelbagai nama yang berbeza adalah kerana ia dipacu oleh tangan yang tidak amanah. 
5. Bahawa pengurusan kewangan negara dan negeri hanya boleh selamat sekiranya diuruskan oleh tangan dan jiwa yang amanah lagi berkemampuan yang meletakkan pertimbangan syurga dan neraka di hadapan. 
6. Bahawa gelombang kesedaran beragama di kalangan rakyat bakal memberikan kredit kepada PAS dalam PRU ke-14. 
7. Bahawa negara sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap dan tidak amanah, boros dalam berbelanja. 

8. Bahawa kenaikan kos hidup tidak dapat dinafikan lagi berpunca daripada siatem percukaian GST yang bercanggah dengan Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan. PAS pula bersedia menawarkan alternatif percukaian GST yang lebih adil dan tidak menekan rakyat marhaen sebagaimana didokumentasikan menerusi Dokumen Hijau PAS. – HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD- 30-9-2017 




















































































































































































































Ibu tua bersila tepi jalan dalam hujan

KETIKA ada pihak mendapat sumber bawah laut Pangkor, kononnya PAS mahu berganding dengan Umno, puluhan ribu penyokong PAS bermukim di Pantai Tok Jembal malam tadi.
Tanpa menghiraukan panas, hujan, petir mereka melangkah gagah mengharungi lautan manusia. Ramai terpaksa berjalan di bawah titisan hujan awal pagi. 
Ada ibu tua bersila di tepi jalan tanpa menghiraukan hujan. Dia dan anaknya menunggu kereta yang diparkir jauh. Ketika itu jam hampir 1 pagi. 
Ramai lagi yang mengharung hujan dingin mencari kereta yang diletak di penjuru kampung. 
Pengalaman seperti juga pernah dilalui pemimpin PAS yang kini bertenggek di bahtera PAN. 
Suka duka yang hanya ditimba dalam gerakan Islam, tiada lagi sekarang. Mereka memilih teras sosialis dengan meminggir kerangka Islam. Banyak gerak kerja dan kenyataan mereka menjadi bukti. 
Masa belum terlambat untuk mereka ‘u turn’, meneruskan perjuangan lama yang sudah serasi. Tidak mampu untuk mereka mendabik dada berketuakan Tun Dr Mahathir, yang sudah diketahui sejarahnya. 
Bagi pengasas sekolah agama rakyat, mereka masih ingat siapa yang menarik balik bantuan perkapita. Orang yang sama juga mendakwa sekolah agama terjebak dengan militan. 
Senarainya begitu panjang. Biar pun bukan lagi memiliki kuasa, jalur pemikiran Islamnya nampak tidak berubah. Mesejnya sejak keluar Umno hanya hendak tumbangkan Datuk Seri Najib Razak. 
Ia tidak mampu disembunyikan lagi. Pentaksub PAN sepatutnya membelek akhbar-akhbar lama. Sejarah tidak pernah berbohong. 
Ada baiknya ketika ramai tokoh ternama mulai mendekati PAS, rakan-rakan lama merenungi dengan jiwa terbuka. Masa semakin singkat. 
Malam ini sejarah akan mencatat sekali lagi, Gagasan Sejatera yang dibawa PAS mulai menampakkan auranya. Intailah di celah pokok rhu siapa tokoh ternama itu bakal menggegar Fastaqim 2.0. – HARAKAHDAILY 30/9/2017 













Sumber HD -30-9-2017 






















































































































































































































Fastaqim 2.0 hantar isyarat ke Wisma Darul Iman

GELOMBANG hijau di Fastaqim.2.0 bukan lagi sekadar omongan. Di ceruk mana pantai Tok Jembal boleh ditemui anak-anak muda memakai T bertulis, “Hijau Menuju Kemenangan”.
Malah gelombang hijau sudah mendarat di Terengganu. Bukan lagi membadai di tengah Laut China Selatan. 
Awas Datuk Seri Ahmad Razif, Wisma Darul Imam nampak seperti tidak selamat lagi sekarang. 
”Kalau pilihan raya diadakan di padang sama rata, sejarah yang menimpa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1999 boleh berulang. 
“Ahmad Razif tidak boleh lagi memandang enteng dengan gelombang hijau yang membadai sekarang,” kata seorang penduduk dari Batu Rakit. 
Baginya momentum kebangkitan rakyat Terengganu dengan gelombang hijau tidak mampu lagi dihalang. 
Dari Kemaman ke Besut gelombang hijau semakin jelas. Isyarat perubahan rakyat Terengganu semakin nyata. 
Seorang lagi penduduk tempatan dari Kemaman memberitahu Fastaqim 2.0 menjadi detik bersejarah. 
”Saya mengambil peluang datang ke Pantai Tok Jembal untuk bersama ratusan ribu pendokong PAS dari seluruh negara. 
“Biarpun isteri tidak bersama kerana anak hendak masuk asrama petang ni, saya datang juga dengan dua anak. 
”Saya tidak mahu melepas peluang untuk bersama gelombang hijau,” katanya yang terpaksa menghayun langkah bersama anaknya lebih 1 km. 
Deretan kereta boleh ditemui di segenap jalan menghala ke Pantai Tok Jembal. Begitu juga penunggang  motosikal mengenakan t shirt bertulis Fastaqim menghijau jalan raya.
Tidak kurang anak anak muda menunggang motosikal sambil mengibar bendera bulan purnama. Begitu juga perempuan separuh usia dengan megah memakai vest Fastaqim. 
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, M.Balasubramanian menyimpulkan gelombang hijau sedang menuju kemenangan. – HARAKAHDAILY 30/9/2017















Sumber HD - 30-9-2017 
























































































































































































































Mundur Selangkah Bukan Kalah!

Bismillah

Bukan tuan-tuan sahaja yang bersemangat, saya saya juga bersemangat dan bukan sahaja kita ahli dan penyokong PAS marah, tetapi saya juga merasa marah.

Namun perjuangan Islam yang kita cintai ini ada akhlak, ada adabnya. Kita ada adab dengan pemimpin dan kita berakhlak dalam berjemaah.

Sesungguhnya, kalau mengikut hati dan perasaan kita, memang kita nak perang, kerana hati muda kita masih membara, mahu menegakkan yang benar.

Tetapi apabila YB Ketua Penerangan PAS merangkap Pengerusi Fataqim 2.0 Ustaz Nasruddin Hassan arah supaya kita bersabar, kita wajib meredakan amarah kita.

Dengar dan patuhlah kepada suara ‘komander’ kita, semoga Allah cucuri keberkatan atas kesabaran kita ini.

Saya teringat kisah para sahabat yang menyatakan tidak puas hati mereka terhadap Nabi SAW ketika menerima perjanjian damai Hudaibiyah.

Mereka merasakan adalah tidak adil dan Rasulullah SAW sangat berlembut dalam perjanjian itu.
Namun sedarlah kita semua bahawa sesungguhnya, mundur selangkah dalam perjanjian itu telah membuka kemenangan di Mekah (Al-Fathu Al-Makkah).

Kadangkala kita rasa tidak adil, sebab kita fikir pemimpin membiarkan bendera kita dicabut kerana selama ini kita bersusah dan sanggup bermandi darah untuk mempertahankan syiar kita, bendera kita!
Pemimpin juga merasai apa yang kita rasakan, namun ingatlah! Agenda kita mahu menegakkan Islam adalah sangat besar! Dan musuh-musuh Islam itu sangat ramai.

Mari kita bertafakur dan bermunajat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita dan meyakini bahawa Allah sedang membuka laluan kemenangan untuk kita…….In sya Allah, kemenangan itu bersama orang-orang yang sabar!

Saya terus menghargai semangat dan pengorbanan anak muda kerana pemimpin kita yang kuat masakini adalah dengan sokongan dan dokongan kita semua.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong
7 Muharram 1439 / 28 Sept 2017 – 10.55 malam

Sumber BO - 29-9-2017


























































































































































































































Khairunisa’ Perkasa Peranan ADUN PAS Terengganu

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Rakyat PAS (Khairunisa’) membantu memperkasakan tugas-tugas dan peranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.

Ahli Jawatankuasanya, Hajah Rugayah Mahmood, yang juga isteri kepada ADUN Rantau Abang, mereka melebarkan lagi tugas-tugas wakil-wakil rakyat PAS dengan ziarah ke rumah-rumah di setiap kampung.

Katanya, dengan bertemu ahli-ahli qaryah, mereka menyelami dan menyantuni golongan wanita, yang hanya mampu disentu ‘rasa’ oleh sesama insan sejenis.

“Dengan harga barang naik mendadak, minyak naik setiap minggu, wanita atau ibu-ibu terpaksa keluar rumah untuk menampung perbelanjaan yang semakin bertambah,” jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Dungun.

Beliau berkata, bagi ibu-ibu tunggal, tugasan ini amatlah sukar, kerana dibahu merekalah untuk mencukupkan perbelanjaan dan menyelesaikan masalah keluarga.

Rugayah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Long berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Masih Ada Yang Sayang di Kedai Makan Acid Corner, Jalan Baru Pak Sabah, di sini, pada selasa, 26 September.

Sebelum itu, ketika merasmikan majlis tersebut, Kak Long berkata, tujuan utama adalah untuk mendekati masyarakat yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada ibu tunggal miskin dan keluarga miskin dalam menguruskan ekonomi rumahtangga.

“Kami bagi pihak yb akan sentiasa berusaha untuk membantu tugas suami kami selain itu dapat bermesra dengan rakyat seadanya”, ujar beliau.

Beliau juga mengajak semua yang hadir untuk bersama ke Himpunan FASTAQIM 2.0 sebagai tanda sokongan kepada perjuangan menegakkan syariat Islam di bumi Terengganu dan juga Malaysia.

Menurutnya, program yang merupakan anjuran bersama oleh Khairunnisa Kawasan dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muslimat PAS Dungun telah menghimpunkan ibu-ibu tunggal seluruh Dungun itu turut mengagihkan sumbangan sekampit beras dan wang hasil sumbangan zakat orang perseorangan.

Sumber BO - 29-9-2017




























































































































































































































Yakin Fastaqim 2.0 capai objektif

KUALA NERUS: Fastaqim 2.0 yang beroperasi di Pantai Tok Jembal selama dua hari bermula 29 hingga 30 berkonsepkan santai dan kekeluargaan.
Pengarah program, Ustaz Satiful Bahri Mamat, berkata program ini dijangka mencapai sasaran 200,000 kehadiran.
Bagaimanapun katanya, matlamat program untuk memantapkan perjuangan dan membangkitkan mood rakyat untuk menghadapi PRU14 tetap menjadi sasaran utama program.
Beliau melahirkan rasa syukur memandangkan sambutan orang ramai di hari pertama program di luar jangkaan.
“Alhamdulillah kita bersyukur dengan kehadiran ini dan kita berharap moga cuaca akan kekal baik sebegini,” ujarnya.
Tambahnya, keseluruhan kawasan seluas 50 ekar dimanfaatkan sepenuhnya untuk penganjuran tersebut.
Sambungnya, dengan keluasan itu  semua kelengkapan diisi pelbagai kemudahan untuk kemudahan untuk orang ramai.
Katanya, selain pentas utama, turut ditempatkan khemah urusetia, petugas, gerai jualan.
Selain itu, menurutnya tempat solat dan tandas awam juga disediakan untuk kemudahan.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjakeras menjayakan program berkenaan.
“Terima kasih pada PAS Terengganu, khususnya Kuala Nerus.
“Juga saya ucapkan terima kasih pada semua PAS kawasan di seluruh negara, muslimat dan Pemuda, Amerah, Jabatan Amal, Nisa’ dan semua yang terlibat menjayakan program ini.
“Kerjasama erat antara parti peringkat negeri, kawasan dan pimpinan seluruh negara untuk menjayakan himpunan ini cukup bermakna," ujarnya terharu. - HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD - 29-9-2017 






























































































































































































































Pentas dakwah gamit pengunjung Fastaqim

KUALA NERUS: Slot santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zul Handy Black dibawah kendalian Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman menarik perhatian pengunjung Fastaqim 2.0 dengan pengisian santai tetap berimpak.
Turut bersama dalam slot tersebut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menerapkan beberapa perkara utama antaranya keperluan istiqamah yang mesti ada diri seorang Muslim.
Ustaz Azhar juga turut berkongsi beberapa dalil dan kisah berkaitan golongan istiqamah sebagai nilai tambah memahami pengertian istiqamah yang dimaksudkan.
Fastaqim 2.0 telah menyusun beberapa aktiviti bermula seawal jam 3 petang bahkan gerai-gerai jualan telah mula beroperasi sekali gus memberi peluang kepada peniaga menambah pendapatan dengan kedatangan pengunjung seluruh negara.
Panggilan 'Big Bos' yang cukup dikenali kepada Ust Azhar oleh masyarakat Terengganu berjaya membina gelombang luar biasa bagi memeriahkan Fastaqim petang tadi. - HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD - 29-9-2017 
































































































































































































































Fastaqim 2.0: Santai tapi penuh mesej

KUALA NERUS: Sambutan Fastaqim 2.0 luar biasa dengan pemilihan lokasi cantik sesuai untuk santai keluarga pada hujung minggu terutama bagi pengunjung yang pertama kali sampai ke Terengganu.
Peluang mendengar pengisian dari Ustaz Azhar Idrus serta hiburan santai dari Abang Zul Handy Black memberikan satu pendekatan berbeza bukan sahaja berhibur, tetapi diselitkan dengan peringatan muhasabah bersama pengunjung yang hadir.
Pengalaman tersebut dikongsikan oleh salah seorang pengunjung Fastaqim 2.0 dari Melaka dikenali dengan panggilan Asyraf Khair 37, bersama keluarganya.
Katanya, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dengan pengorbanan penggerak dari pelbagai lapisan umur melalui posisi yang masing-masing tanpa mengira penat dan lelah.
"Saya yakin PAS boleh memerintah negara dengan jika diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang bahkan kekuatan PAS miliki adalah ahli yang komited serta tetap bersama kepimpinan.
"Beberapa himpunan anjuran PAS menunjukkan hasil luar biasa untuk rakyat menilai kekuatan PAS sebenar," katanya. - HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD- 29-9-2017 


































































































































































































































Fastaqim 2.0 berkonsep santai dan menarik

TINJAUAN Harakahdaily di tapak Fastaqim 2.0 Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, mendapati mereka yang hadir menyifatkan program itu kali ini begitu menarik.
Napisah Abdullah, 70 dari Kuala Berang menyifatkan program itu bersifat santai dan menghiburkan. Katanya, disamping berhimpun dan bersantai, ia dapat mengeratkan hubungan bersama pada majlis ini.
“Alhamdulillah, begitu menarik program kali ini. 
“Saya memang tak ketinggalan hadir pada program himpunan, muktamar yang diadakan di mana-mana negeri.
“Namun himpunan ini begitu hebat dan menarik,” ujarnya.

Maisara Aneesa Pandi, 20 berharap cuaca akan berterusan baik agar program yang dianjurkan sepanjang dua hari itu dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Katanya, acara yang dianjurkan sempena fastaqim itu memenuhi tuntutan masyarakat pelbagai bangsa dan usia. 
“Hiburan, permotoran, tazkirah, ucapan pimpinan dan lain-lain begitu bermakna,” ujarnya.
Sementara itu, Ustazah Rosmawati Abdullah, dari Kota Bharu Kelantan, keluasan tapak fastaqim memberi keselesaan pada pengunjung untuk terus hadir di sini sepanjang program berlangsung. 
“Himpunan penyokong PAS khususnya dari seluruh negara ini menjadi cermin pada sokongan rakyat seluruhnya khususnya bagi menghadapi PRU14,” ujarnya.
Beliau memberitahu, telah ramai tetamu dari luar Terengganu dan Kelantan hadir pada majlis ini. 
Menurutnya, beliau telah bertemu beberapa rombongan dari Kedah, Melaka dan Pahang.– HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD- 29-9-2017 






































































































































































































































Fastaqim 2.0 ; Titik Perubahan Pemerintahan Negara

KUALA NERUS – Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di negeri ini disifatkan sebagai ‘satu titik’ permulaan perubahan kepada pemerintahan negara yang ada sekarang.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, himpunan kali kedua selepas dianjurkan PAS di negeri Kelantan, akan dapat menjelaskan kepada rakyat tentang agenda utama yang akan dilaksanakan parti itu.

Katanya, ia akan menjadi alternatif kepada sistem sedia ada di dalam negara ini sekiranya diizinkan oleh Allah SWT untuk memerintah Malaysia.

“Program himpunan Fastaqim 2.0 sangat penting dan wajib dihadiri oleh seramai mungkin masyarakat di dalam negara kita yang beragama Islam dan bukan beragama Islam,

“PAS menyeru masyarakat diluar sana supaya hadir agar mereka mengenali secara lebih dekat PAS dan perjuangannya sekaligus mereka akan memahami agenda utama yang akan kita isytiharkan di Fastaqim 2.0 andai dipilih rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Fastaqim 2.0 di pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Rabu, 27 September, disini.

Tambahnya lagi, mudah-mudahan Fastaqim ini akan diberi sambutan oleh seluruh ahli PAS secara khusus dan kepada seluruh rakyat Malaysia secara umum.

Oleh itu, PAS menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya meluangkan masa dan hadir ke program Fastaqim 2.0 ini secara beramai-ramai.
“Jom kita hadir beramai-ramai,” seru Ustaz

Sumber BO - 28-9-2017 






































































































































































































































Kerajaan BN Terengganu Tidak Serius Soal Pertanian

KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak bersungguh dalam menguruskan sektor pertanian adalah antara punca, banyak infrastrukturnya terbiar dinegeri ini.

Ketua Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Terengganu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir berkata, tidak ada komitmen dan kerajaan hanya ‘ambil syarat’ ada, berbanding dengan aktiviti ekonomi lain.

“Banyak tanah-tanah yang pada asalnya tanah pertanian telah dijadikan tapak perumahan, bangunan dan sebagainya,

“Jadi kalau kerajaan betul-betul serius, tanah-tanah yang sesuai ni mesti digazetkan untuk projek pertanian dan tidak diubah kepada projek-projek lain,” ujarnya.

(Gambar – Hanya golongan tua sahaja yang aktif dalam bidang pertania khusunya penanaman sayuran dan buah-buahan)

Beliau berkata demikian ketika ditemui sedang melawat kebun tanaman ubi keledek di Kampung Pusu Tiga, Kuala Nerus, Selasa, 26 September, di sini.

Selain itu katanya, antara punca kemudahan asas pertanian yang banyak terbiar adalah disebabkan kekurangan minat dikalangan penduduk khususnya belia.

“Kita dapati sebahagian besar daripada mereka tak berminat untuk menceburi bidang pertanian kerana dikatakan tidak menghasilkan pulangan yang lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain,
“Jadi insya Allah, PAS Terengganu jika diberi peluang memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti,

“kita akan buat perubahan dalam sektor pertanian sehingga Terengganu menjadi negeri maju dalam sektor pertanian,” tegas beliau.

Sumber BO - 28-9-2017










































































































































































































































Jemputan ke Fastaqim 2.0 dari MP Kuala Nerus

HIMPUNAN FASTAQIM 2.0 di pantai Tok Jembal, Dun Seberang Takir, Parlimen Kuala Nerus pada 29 dan 30 September 2017 merupakan himpunan terbesar ahli dan pimpinan PAS seluruh negara dengan sasaran 200K peserta di ambang PRU14.

Tujuannya ialah sebagai pecutan akhir untuk menggembleng seluruh tenaga gerak kerja pilihan raya PAS bagi menuju kemenangan pada PRU14.
Sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, saya mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Malaysia ke Kuala Nerus. Moga himpunan ini bakal menyemarakkan kerja jihad dakwah dan politik Islam yang dipacu oleh PAS. 
Rakyat Kuala Nerus khasnya dan Terengganu umumnya insya Allah bakal menyambut kehadiran semua dengan sebaik-baik layanan sebagai tuan rumah buat tetamu mereka.
Saya juga mengalu-alukan semua peserta untuk turut menikmati pelbagai makanan tradisi dan popular Terengganu seperti nasi dagang, nasi minyak, pulut sambal, laksa, laksam dan bihun sup yang boleh didapati di pelbagai kedai makan dan restoran di Kuala Nerus. 
Keropok lekor dan keropok keping juga boleh didapati dengan mudah di seluruh parlimen, di sepanjang jalan dari Jambatan Sultan Mahmud ke lapangan terbang bermula dari Bukit Tumboh, Banggul Pauh, Kg Alor Kuda, Bukit Tok Beng dan Kg Duyong. Juga boleh diperolehi di sekitar stadium, Kg Seberang Takir, Telaga Daeng, Teluk Ketapang, Tok Jembal, Mengabang Telipot dan Kg Padang Air. Rasailah kenikmatan keropok yang mengandungi isi ikan sehingga mencecah 95%. 
Restoran ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung boleh didapati di sepanjang Pantai Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Mengabang Telipot dengan hidangan minuman air kelapa dan ABC di samping sate ikan, jagung bakar, goreng pisang dan lain-lain. 
Kuih-muih tradisi Terengganu juga boleh dinikmati dari pelbagai gerai tepi jalan seperti akok, batang buruk, rojak betik, rojak kateh, apam berkuah, pukat buruk, tepung talam, laksa berkuah putih dan berkuah merah, pulut panggang khususnya di Pasar Batu Enam.
Para peserta juga boleh meninjau pusat proses ikan kering, bilis dan belacan di hujung tanjung Kg Seberang Takir dan menaiki bot penambang bagi menikmati perjalanan di Sg Terengganu menuju ke bandar Kuala Terengganu. 
Kuala Nerus juga mempunyai beberapa hotel mewah, puluhan hotel bajet serta ratusan homestay dengan harga berpatutan untuk didiami oleh para peserta. 
Semoga kehadiran para peserta semua meninggalkan kenangan manis persinggahan jihad dakwah dan politik di Kuala Nerus. 
Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus 
Khamis 28 September 2017 – HARAKAHDAILY 28/9/2017



















Sumber HD - 28-9-2017 








































































































































































































































PAS kesal penguatkuasa MBKT cabut bendera

TINDAKAN Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mencabut dan memmbuang ratusan bendera PAS yang dipasang di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dianggap tidak wajar. 
Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, beliau kesal dan dukacita terhadap tindakan tersebut kerana masih dalam perundingan dengan pihak berkuasa tempatan terbabit. 
Katanya, pagi tadi Ketua Persiapan Fastaqim 2.0, Dr Alias Razak mengadakan pertemuan dengan Pemangku Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh. 
Menurutnya, beberapa isu dibincang pada pertemuan tersebut yang turut dihadirinya. (Foto atas
“Malah pihak berkuasa terbabit memberitahu hanya akan bertindak setelah tidak ada jalan penyelesaian antara kedua-dua pihak,” katanya di Kuala Terengganu. 
Petang ini anggota penguatkuasa MBKT dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabut bendera PAS yang dipasang di Jambatan Sultan Mahmud. 
Muhyidin juga berkata, Pemangku Datuk Bandar memberi jaminan tidak membuang bendera PAS, namun mungkin ada pegawai MBKT bertindak bersendirian. 
Difahamkan Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar masih lagi berada di Makkah kerana menunaikan ibadah haji. – HARAKAHDAILY 28/9/2017
Sumber HD - 28-9-2017








































































































































































































































‘Bos’ Sabasun Hiburkan Pengunjung

KUALA NERUS – Mini Karnival Sabasun HyperRuncit yang bermula sejak lima hari lalu menyaksikannya sendiri, pada petang ini ‘bos’nya sendiri, Che Salmi Che Ibrahim menghiburkan para pengunjung dengan mendendangkan lagu-lagu puisi.

Beliau ketika ditemui di premis Sabasun Wakaf Tembesu di sini berkata, berkata, “suka-suka je bang…….,” sambil melancarkan jualan lelong lima kilogram beras.

Makanan ruji yang biasanya berharga RM12 itu dijual murah, hanya RM7 sekampit.

Tidak sampai lima minit kita-kira 20 kampit beras tersebut habis licin dibeli oleh ‘peminat’ Sabasun, sebuah pasar raya borong yang cukup dikenali di kalangan warga Kuala Terengganu.

Sabasun merupakan sebuah perniagaan Melayu Islam yang banyak memberikan sumbangan kepada ‘jalan Allah.

Di kaunter pembayaran premis peruncitan besar itu dan di pintubesarnya, banyak diletak tabung-tabung untuk membantu umat Islam yang ditimpa kesusahan di seluruh dunia.

Ada tabung untuk Gaza Palestin, Rohingya dan tabung khas untuk membantu umat Islam di begara bergolak Syria.

Sebelum ini, dalam temubual bersama HARAP TV, Che Salmi berkata beliau juga melibatkan dakwah dengan masyarakat orang asli.

Katanya NGO menggemblengkan tenaga membantu untuk meningkatkan kefahaman Islam kepada orang asli di merata pelusuk seluruh negara.

“Kita sama-sama terpanggil untuk membina masyarakat lebih madani untuk bersedia menghadapi sebuah negara Islam in sha Allah tidak lama lagi,” jelasnya.

Justeru itu, beliau tidak kekok menghiburkan para pengunjung Sabasun kerana beliau juga seorang penggiat seni yang menjadikan ‘medium’ tersebit sebagai alat dakwah.

Sumber BO - 25-9-2017