BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, September 9, 2017

PAS DAN HALEHWAL MELAKA (JILID 2)


PAS Melaka berdemo bantah iktiraf UEC

AYER KEROH: PAS Melaka telah mengadakan demonstrasi aman membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka di Masjid Al Azim, petang semalam. 
Bertempat di hadapan pintu masjid tersebut, kehadiran sekitar 200 orang yang terdiri pelbagai NGO Melayu seperti Perkasa, ISMA, Persatuan Silat Gayong Patani dan lain-lain. 
Perhimpunan berjalan dgn aman dikawal oleh dua dua trak FRU dan himpunan itu berjalan sekitar setengah jam diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek. 
Selepas itu penyerahan memorandum ke pejabat ketua menteri diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin. 
"PAS Melaka mendesak agar kerajaan negeri menarik balik pengiktirafan sijil UEC dari sekolah cina persendirian kerana ia berlawanan dgn akta pelajaran 1996," kata Ustaz Kamarudin semasa berucap di himpunan itu. 
Katanya, UEC menggunakan silibus dari Taiwan dan diajar dlm bahasa Mandarin.
Malah ujarnya, UEC juga akan menggagalkan pembinaan negara bangsa serta mencarik perpaduan rakyat Malaysia. 
Tambah beliau, sesetengah penganalisis pendidikan mengatakan pengiktirafan UEC adalah suatu tindakan yang tidak bertamadun. – HARAKAHDAILY 7/7/2018















Sumber HD - 7-7-2018

Jumaat, 1 Jun 2018


Bantahan latikkan datuk bandar baru di luar rumah MB Melaka


Sekumpulan orang berkumpul di luar kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Adly Zahari di Seri Bendahara hari ini bagi membantah pelantikan datuk bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kumpulan itu yang mendakwa terdiri daripada 30 ahli akar umbi dan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata mereka menentang pelantikan Datuk Azmi Hussien sebagai Datuk Bandar MBMB kerana dakwa mereka, beliau ialah anggota Umno.

"Kami mahu katakan yang kami tidak bersetuju sama sekali dengan pelantikan Azmi sebagai datuk bandar baru.

"Ini kerana latar belakangnya yang berpihak kepada Umno dan BN.

"Kami kecewa dengan proses ini dan cara datuk bandar baru ini dilantik serta kami menggesa untuk mempertimbangkan semula pelantikan itu," kata memorandum itu.


Memorandum kepada Adly (gambar) itu juga menggesa pelantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman pentadbiran, kecenderungan politik dan kualiti kepimpinan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak berjaya menyerahkan memorandum kepada ketua menteri atau mana-mana wakilnya.

"Mereka tidak menghantar seorang pun wakil. Kami dibuat macam orang bodoh.

"Kami hanya berdiri di sini dan media mengambil liputan, itu sahaja," Tina Singh, salah seorang peserta protes memberitahu Malaysiakini.

Kumpulan itu memegang sepanduk membantah pelantikan Azmi dan melaungkan slogan "hidup rakyat" semasa protes itu, yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi.

Tina berkata kumpulan itu berhasrat kembali semula pada hari Isnin untuk cuba menyerahkan memorandum mereka sekali lagi, walaupun kali ini mereka tidak akan mengadakan bantahan lain.

Seorang wakil daripada pejabat Adly ketika dihubungi berkata pelantikan Azmi tidak ada kena mengena dengan sama ada beliau seorang anggota Umno atau tidak.

Wakil menteri besar berkata Azmi pernah menjadi setiausaha di MBMB sebelum dipindahkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di mana beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Semasa rombakan di bawah kerajaan negeri yang baru, kedudukan CEO PKNM telah diberikan kepada bekas datuk bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hassan.

"Beliau (Azmi) telah mencapai tahap Jusa C (gred penjawat awam), jadi ketika rombakan itu terjadi dan jawatan CEO PKNM diberikan kepada orang lain, kita harus mencari jawatan yang layak untuknya, dan jawatan itu ialah datuk bandar MBMB," kata wakil itu.

Sumber MR - 1-6-2018







PAS Melaka tanding 23 Dun, lima Parlimen

BUKIT KATIL: PAS Melaka akan bertanding lima kerusi Parlimen dan 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini. 
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan demikian semasa sidang media selepas program Pelancaran Manifesto PAS Melaka di Dewan Mualim di sini, malam tadi. 
Beliau yurut menjelaskan kemungkinan kerusi-kerusi lain akan ditandingi oleh rakan-rakan parti dalam Gagasan Sejahtera setelah ditimbang keperluannya. 
Katanya, PAS biasa bertanding tiga atau empat penjuru dan boleh menang kerana akar umbi setia kepada parti sejak dulu. 
"Kalau berlaku banyak penjuru, biasanya parti lain yang menerima kesan yang negatif. 
“Tunggu nanti penamaan calon,” jawab beliau kepada soalan Dun mana menjadi tambahan kepada PAS Melaka yang bertanding 22 kerusi pada PRU13 yang lalu. 
Beliau juga menegaskan PAS telahpun memilih calon bagi setiap kerusi yang akan diumumkan dalam Majlis Pegumuman Calon pada 19 April ini. 
“Itu ikut keputusan parti, kalau mahu saya satu cukuplah kerana saya dah lama jadi wakil rakyat hampir 40 tahun, lama sangat,” jawab beliau kepada pertanyaan berkaitan sama ada beliau bakal bertanding dua kerusi pada PRU14. 
Beliau turut memaklumkan terdapat lebih 50 peratus calon muda yang bakal mewakili PAS termasuk calon bukan Islam dan calon wanita. – HARAKAHDAILY 10/4/2018
Sumber HD - 10-4-2018 




JAM anjur kursus kejurulatihan Zon Selatan

KOTA MELAKA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Zon Selatan yang diadakan di Dataran Amal, Bukit Larang, Pernu, di sini sejak 10 Mac lalu dan berakhir kelmarin. 
Kursus itu dalam usaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran para jurulatihnya melibatkan penyertaan 50 anggota dari Johor dan Negeri Sembilan, serta Melaka selaku tuan rumah. 
Kemahiran berkaitan telah dibimbing oleh jurulatih Kor Kurikulum dan Latihan Jabatan Amal, Mohd Bakeri Abdullah dan Khairulanuar Abd Ghani bersama beberapa pembantu lain. 
Antara pengisian diterapkan adalah protokol perbarisan dan kawad, tatacara pemakaian, Perkhemahan Tahunan Amal dan lain-lain di mana kursus ini amat penting bagi memastikan segala maklumat dan tatacara sejajar dengan sukatan. 
Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin yang menyifatkan kursus sedemikian penting dalam pembentukan disiplin dan akhlak. 
Beliau juga menyeru persiapan anggota Amal untuk menghadapi cabaran luaran dan dalaman yang semakin rencam, serta menjadikan Jabatan Amal platform mendekati masyarakat.- HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 

Melaka maju, rakyat 'tenat'?

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Melaka mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi Melaka meningkat kepada 4.5 peratus, sementara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  berjumlah RM33.2 bilion serta pelaburan domestik dan pelaburan asing sebanyak RM22 bilion.
Malah kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, kedatangan pelancong meningkat kepada 16 juta setahun sudah cukup mengambarkan Melaka memiliki kedudukan ekonomi yang baik dengan rakyat seramai 914,000 orang.
Namun kata beliau, limpahan ekonomi ini sebenarnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri Melaka.
"Saya tidak menolak kemajuan tetapi bagaimana kehidupan rakyat? Kedudukan perkampungan tradisional terdedah kepada kepupusan," kata beliau kepada Harakah hari ini.
Beliau mengulas isu pembangunan di Melaka dalam masa yang sama masih ramai rakyatnya hidup susah.
Begitu juga beliau melihat mengenai isu ruang pekerjaan anak tempatan yang tidak memberangsangkan.
Sementara peningkatan kadar cukai tempatan dan infrastuktur sekolah aliran agama masih terabai banyak lagi aspek yang tidak memberi kesan positif kepada rakyat.
Tidak ketinggalan kata beliau, hutang negeri sekitar RM844 juta hasil peninggalan legasi BN yang lampau.
Justeru, PAS Melaka memperingatkan integriti pentadbiran dan pengurusan perlu dititik beratkan dalam pentadbiran kerajaan negeri. 
"Rakyat tidak  mahu dengar isu ketirisan dan rasuah menguasai sistem pentadbiran. Mungkin saya rasa kerajaaan negeri tidak mengutamakan kepakaran tetapi atas dasar kroni," tegasnya.
Sebagai solusinya, beliau menyatakan rakyat harus melakar perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini bagi memberi peluang PAS menerajui negeri tersebut.
"Sebab itu saya setuju apa yang dicadangkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaaan Teknokrat diperkenalkan insyallah ia lebih jauh baik," katanya.
Sumber HD - 3-3-2018 






PAS Sungai Rambai erat dengan komuniti Cina

JASIN: Jabatan Pilihan Raya Dun PAS Sungai Rambai telah mengadakan agihan kuih bahulu kepada kepada kaum Tionghua dalam Dun tersebut, di sini kelmarin.
Edaran itu dilakukan sempena menjelangnya sambutan Tahun Baharu Cina dan mengeratkan jalinan hubungan PAS dengan penduduk berbangsa Cina khususnya.
Program tersebut diketuai Penyelia PAS Dun Sungai Rambai, Zakaria Kasnin diiringi Pengarah JPrD PAS Sungai Rambai, Zainuddin Abdul Latif serta pimpinan PAS tempatan.
Menurut Zakaria, masyarakat Cina yang dikunjungi menunjukkan reaksi terbuka dan menerima kehadiran PAS sebagai parti sandaran untuk membawa suara rakyat.
Malah maklumnya, ada juga dalam kalangan mereka yang terang-terangan berani menyatakan sokongan langsung kepada PAS untuk menghadapi BN pada PRU14 nanti.
Zakaria turut mengakui, keteguhan prinsip PAS dan semaian Budaya Politik Matang dan Sejahtera telah banyak merubah pandangan masyarakat Tionghua untuk meyakini PAS.
Bahkan katanya, imej PAS sebagai parti agama dilihat tidak menjadi penghalang, sebaliknya masyarakat Cina meyakini PAS lebih kuat menjamin pemeliharaan kepelbagaian, keunikan, identiti dan saling hormat antara kaum.
Beliau yakin penerimaan positif itu memberi harapan untuk PAS mendominasi PRU14 nanti dan mencipta kemenangan di Dun tersebut. - HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018 














PAS Sungai Rambai yakin menang PRU14

JASIN: Jabatan Pilihan Raya Dun PAS Sungai Rambai berkeyakinan mampu untuk menawan Dun berkenaan pada PRU-14 nanti, demikian menurut Penyelia Dun Sungai Rambai, Zakaria Kasnin. 
"Dengan senario dilihat kini banyak berpihak kepada PAS, selain kaedah yang betul dan tepat menerusi perancangan terbaik dan aktiviti-aktiviti mantap lagi tersusun, saya yakin ini mampu menarik minat pengundi untuk memilih PAS. 
"PAS sebagai parti politik merupakan pilihan terbaik apatah lagi kini membudayakan politik matang dan sejahtera (BPMS)," katanya di Program Turun Padang sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kelmarin. 
Katanya, dengan slogan "Sejahtera Malaysia" dan pengeluaran beberapa dokumen berkaitan PAS Sungai Rambai yakin masyarakat di Dun berkenaan kini lebih terbuka dan bersedia menerima PAS. 
Jelas beliau, PAS kini telah dilihat sebagai parti yang bakal menggantikan BN dalam memperjuangkan isu-isu setempat.
Hal tersebut ujarnya lagi, dapat dibuktikan apabila masyarakat bukan Islam terutamanya Cina sangat memberi kerjasama dan meraikan beberapa program yang telah dianjurkan sebelum ini. 
"Ini menunjukkan satu perkembangan yang sangat positif bagi masa depan PAS Sungai Rambai.
"Saya berharap situasi yang baik ini akan berterusan sehingga hari mengundi berlangsung dan mampu membantu memberi kemenangan kepada PAS," yakininya.-HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018 








PAS Melaka gesa naiktaraf Mahkamah Syariah

MELAKA: PAS Melaka menyarankan kerajaan negeri menaiktaraf Mahkamah Syariah melalui pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri. 
Menurut Pesuruhjayanya, Ustaz Kamaruddin Sidek bahawa tindakan itu penting bagi tujuan untuk menjaga kesucian agama Islam khususnya di Melaka dalam menghadapi cabaran mutakhir ini. 
"Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.
"Saya berpendapat kerajaan negeri perlu mula bergerak ke arah itu segera demi masa depan kedudukan agama Islam yang diperakui sebagai agama persekutuan. 
"Melaka rakyatnya adalah 64 peratus beragama Islam, jadi tak ada isu diskriminasi kaum atau agama, kalau Mahkamah Persekutuan boleh batalkan keputusan Mahkamah Rayuan, apatah lagi keputusan Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau menambah, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku di dalam negara yang majoritinya Muslim dan kerajaan negeri perlu memikirkan isu ini untuk kepentingan agama jangka panjang. 
"Saya melihat keputusan Mahkamah Sivil tiada roh keadilan dalam kes-kes sebegini, kalau di negara barat mahkamah mereka tidak membela kesucian Islam, dianggap logik kerana mengambil kira realiti dan populasi rakyatnya bukan Islam. 
"Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya tetapi adilnya sistem barat adalah membahagi sama rata, mana logiknya kalau kita beri duit sekolah sama rata kepada anak sekolah tadika, sekolah rendah dan menengah," katanya.-HARAKAHDAILY 9/2/2018
Sumber HD - 9-2-2018 

PAS hormati perbezaan antara agama

MELAKA: PAS tidak pernah menyekat atau menghalang penganut agama lain dalam menjalankan aktiviti keagamaan mereka kerana Islam mengajar umatnya agar menghormati serta menjaga sensiviti di antara satu sama lain.
Menurut Ketua Muslimat PAS Melaka, Kintan Man bahawa Islam tidak membenarkan penganutnya menganggu atau merosakkan tempat ibadat agama lain bahkan memberikan hak untuk mereka mengamalkan agama mereka sepenuhnya.
"Itu sebab kalau kita lihat di mana-mana negara Islam di dunia ini, terdapat penganut agama lain yang dengan bebas dapat mengamalkan agama mereka tanpa diganggu-gugat oleh majoriti umat Islam.
"Kali ini kami bersama Dr Bala membuat lawatan ke kuil Hindu di Jasin ini bagi menyampaikan mesej PAS bahawa Islam tidak menghalang orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka sepenuhnya," jelasnya.
Beliau berkata, pemerintahan PAS di Kelantan membuktikan di mana tiada satu kuil, gereja atau tempat ibadat agama lain dirobohkan sehingga kini dan mereka bebas mengamalkan ajaran mereka.
"Islam menggalakkan keharmornian hidup di antara agama atau kaum agar semua rakyat dapat hidup rukun dan damai serta dapat menghindarkan kekacauan di dalam negara seperti di negara lain.
"Kami akan teruskan usaha menyampaikan penerangan dan mesej PAS ini kepada penganut agama lain sepanjang masa agar salah faham terhadap PAS yang ditimbulkan oleh BN selama ini dapat dihapuskan," katanya. - HARAKAHDAILY 4/2/2018


















Sumber HD - 4-2-2018


PAS Melaka akan bertanding 22 kerusi DUN daripada keseluruhan 28 kerusi Dun
Posted on Tuesday, December 19 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37357



PAS Melaka akan bertanding 22 kerusi DUN daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka berbanding pada PRU13 PAS hanya bertanding 13 kerusi DUN sahaja ketika bersama (PR) Pakatan Rakyat.

Peringkat Parlimen pula, PAS Melaka akan bertanding 5 kerusi dari 6 kerusi parlimen keseluruhan bagi Parlimen Melaka.

Ini adalah keputusan PAS Melaka..

Calon-calon diperingkat Negeri Melaka sudah pun menghantar senarai nama kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).

Justeru PAS Melaka yakin jentera dan Kepimpinan PAS di seluruh peringkat sudah bersedia berhadapan parti lawan (BN + PH).

#SejahteraBersamaIslam
#PRU14 #undiPASMelaka

Kredit
Hawk

Sumber TKO - 19-12-2017













Jelajah Hijau Alor Gajah edar Harakah

PEMUDA PAS Alor Gajah menganjur konvoi bermotosikal Jelajah Hijau Alor Gajah yang meliputi Dun di kawasan Parlimen Alor Gajah. 
Program itu yang disertai seramai 70 pemuda bermula di Medan Selera Rembia, Alor Gajah dan berakhir di Kampung Gangsa di Dun Durian Tunggal. 
Pelepasan jelajah terbabit disempurnakan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Khalid Kassim .
Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Emransyah Ismail berkata, program jelajah tersebut turut mengedarkan risalah dan Harakah di Pasar Tani Alor Gajah serta Pekan Gadek. 
"Peserta konvoi berhenti di Batang Melaka untuk makan tengahari dan solat Zohor. 
Kemudian menyambung perjalanan ke Pekan Selandar,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 11/12/2017
Sumber HD- 11-12-2017 


Melaka banyak masjid yang ‘hidup’ tapi…
Posted on Sunday, December 03 @ 23:49:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37131



‘Dimelaka ni kau kena hati kering sikit , dorang kalau bercakap agak kasar sikit, tapi maksud dorang bukan marah’. Bagitau sahabat pada aku petang itu. ‘Dorang kalau panggil kau oii lahabau! Tu maknanya hello kawan ! , kalau orang tak faham mau bergaduh tau’. Sambung sahabat itu lagi. ‘Dimelaka ni walaupun cakap kasar, tapi disini banyak masjid2 yang hebat, cumaaa…..

Jika anda berkesempatan melawat negeri Melaka, maka jadikan masjid2 bersejarah sebagai sebahagian dari jadual lawatan anda itu. Dimelaka, Masjid2 yang bersejarah dilindungi oleh kerajaan dari segi reka bentuk dan aktivitinya. Masjid2 ini menjadi produk pelancongan oleh kerajaan negeri.



Aku juga berkesempatan melawat beberapa masjid bersejarah yang terdapat disana. Kebanyakkan masjid yang dibina ini dinaungi oleh insan2 hebat yang terdiri dari para wali dan juga sultan2 yang hebat.

‘Cuba kau lawati masjid kampong hulu sana,, banyak tanah perkuburan generasi awal ditanam disitu’. Beritahu kawan itu tadi bila aku memikirkan dimana hendak dicari masjid yang menarik.
‘Apa keistimewaan masjid tersebut bro?’. Tanya aku padanya.

‘Masjid tulah tempat aku mengaji agama dulu, dan dikatakan itulah antara masjid tertua dalam Negara kita’. Ceritanya berkenaan dengan masjid tersebut.

Setelah bersetuju dengan cadangan itu, maka aku pun menuju kearah yang diberitahu. Dan aku cuba kongsikan pengalaman aku dimasji disitu pada video klip dibawah ini.


Walaupun masjid ini didirikan oleh insane hebat dahulu kala, ia nya masih tidak terlepas dari perkara2 khurafat. Ada yang datang kemasjid itu semata2 untuk mengambil air kolah wudhuk untuk mengubat penyakit tertentu dan imam yang bertugas disitu agak risau dengan pengunjung sebegini.

‘Ada yang datang semata2 untuk ambik air kolah sahaja, seolah seperti mengharapkan air itu yang menyembuhkan penyakitnya dan tidak oleh Allah.’ Bisik imam masjid itu pada aku.

‘Begitu juga dengan kubur dihadapan masjid itu, dulu ramai kaki2 khurafat ni datang meminta bantuan pada kubur2 para wali itu seolah2 wali itu mampu mengabulkan doa mereka dan tidak oleh Allah,Kerana itu kita pagarkan kubur sheikh itu untuk menghindari perkara demikian’.  Cerita imam tersebut.

Walaupun masjid tersergam indah dengan kesan sejarah yang pelbagai, tapi fungsi masjid itu seperti sudah hilang ditelan zaman. Jemaah tempatan tidak seramai seri yang kita fikirkan , Cuma orang-ramai yang datang berkunjung yang menjadi tetamu Allah buat seketika. Dimana anak2 muda kawasan tersebut ketika azan dilaungkan. 

Banyak tugas kita sebagai dai kecil2an ini untuk meneruskan kerja2 Baginda saw. Kita tidak patut salahkan anak2 itu tidak kemasjid tapi salahkan diri sendiri kerana tidak berbuat apa2 ketika mereka sedang asyik melepak disana sini tanpa teringat hendak solat.

Semoga perkongsian ini ada manfaat buat kita bersama
Wallahuaklam
Md daud yusri almelintangi



Sumber TKO - 4-12-2017

























PAS sedia bantu tangani gejala sosial

MELAKA: PAS membangkitkan kebimbangan mengenai 'trend' gejala sosial yang semakin meningkat dan bersedia membantu kerajaan negeri untuk menanganinya.
Menurut Adun Bukit Baru, Dr Mohd Khalid Kassim bahawa pelbagai gejala sosial yang membabitkan orang Melayu dan 'trend' yang semakin meningkat amat membimbangkan.
"Punca atau sebabnya 'root cause' telah diketahui tetapi penyelesaiannya masih jauh malahan satistik bagi 2016 menampakkan peningkatan demi peningkatan dari masa ke semasa.
"Apa salahnya kerajaan menggunakan segala aset yang ada dan kewangan yang tersedia untuk menangani masalah sosial ini secara efektif dan istiqamah serta PAS sedia membantu demi kesejahteraan rakyat," jelasnya.
Beliau turut bimbang Melaka akan terus dicemari dengan masalah sosial yang tiada penghujungnya, diselubungi isu sosial yang memalukan dan mencacatkan kesejahteraan rakyat.
"PAS sebagai entiti politik, dakwah dan tarbiyah boleh berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam hal keagamaan, muamalat dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat bersama.
"Dengan penurunan signifikan gejala sosial ini suatu hari nanti barulah kita dapat menikmati suasana kesejahteraan hakiki tanpa setitik keraguan," katanya. - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 

Kompleks perikanan gagal, nasib nelayan tiada pembelaan

MELAKA: Kompleks Perikanan Muara Sungai Duyong dekat sini, berharga RM40 juta masih tidak dapat beroperasi berikutan masalah kawasan cetek dan mendapan berlumpur yang menjadi punca bot-bot nelayan sukar untuk berlabuh di jeti berkenaan.
Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar, Dr Mohd Khalid Kassim, kompleks yang dibina sejak 2013 dengan harga RM40 juta itu menjadi projek gajah putih dan pembaziran wang rakyat.
"Hampir empat tahun sejak kompleks ini siap pada 2013, ianya tak boleh digunakan kerana masalah kawasan cetek dan mendapan lumpur hingga bot-bot nelayan sama ada besar atau kecil tak dapat masuk ke kawasan jeti kompleks.
"Bilakah Hub Perikanan ini akan mula beroperasi? Kren pemunggah ikan dah berkarat dan pembangunan yang pesat di kawasan sekitar telah menyebabkan sistem ekologi musnah.
"Projek ini dibina di tempat yang tidak strategik dan tanpa dibuat kajian secara mendalam hingga menyebabkan ianya tidak boleh digunakan sebaik sahaja siap dibina," ujarnya.
Beliau menjelaskan, projek tersebut pada perancangan asalnya bertujuan menyediakan kemudahan kepada nelayan dari Sungai Melaka yang dipindahkan kerana memberi laluan kepada projek pengindahan Sungai Melaka.
Terangnya, projek itu sepatutnya dibina pada Oktober 2008, tetapi tertangguh selama tiga tahun sebelum dimulakan pada 2011 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2013.
"Banyak kemudahan yang seperti dua unit bilik sejuk, jeti pendaratan ikan, ruang pemasaran ikan, ruang pembaikan jaring, jeti tambatan bot, pejabat pengurusan, kantin dan kemudahan membaik pulih bot terbiar begitu sahaja.
"Kita minta pihak yang bertanggungjawab melakukan sesuatu bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat seperti menjadikannya sebagai pusat medan selera makanan laut, ikan bakar dan sebagainya," aju beliau yang juga Adun Bukit Baru. - HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD - 23-11-2017 
















KM Melaka perdaya penduduk Umbai?

PROJEK tambakan laut di Umbai sebagaimana diumumkan Ketua Menteri, Dato' Seri Ir Idris Haron seolah-olah memperdaya dan mengesampingkan penduduk. Kerana sebelum ini beliau seakan menafikannya, malah menempelak Pemuda PAS dengan tuduhan membangkitkan sentimen politik. Tetapi Idris sendiri mengesahkan projek tersebut akan dilaksanakan.
Ianya mengecewakan setelah beliau turut berjanji memberi penjelasan mengenai perkara itu. Namun, tiga bulan berlalu, Idris gagal menunaikannya. Tetapi tiba-tiba megah mengumumkan bahawa projek itu akan membangunkan sektor pelancongan dan perdagangan negeri. Ia akan melibatkan kawasan seluas 161.87 hektar dan bakal menelan belanja RM296 juta.
Mungkinkah keghairahan Idris memuncak kerana projek tersebut dikatakan mampu menarik nilai pelaburan sebanyak RM8.7 bilion? Kami turut mengalukan usaha futuristik yang gigih dibawa ke negeri ini. Namun, tuntutan penduduk supaya kepastian dan jaminan diberikan harus dipenuhi. Kerana ianya melibatkan soal kehidupan dan masa depan mereka.
Penduduk khuatir kesejahteraan penempatan dan kelangsungan pekerjaan, juga kelestarian alam semula jadi, serta keunikan budaya dan tradisi sejak bergenerasi bakal terjejas atau terkorban. Ketika sama, pengalaman telah dilihat terhadap akibat dari projek tambakan laut yang pernah dilaksanakan sebagaimana di Tanjung Kling dan Klebang.
Malah kebimbangan penduduk juga adalah berkait soal keselamatan atas tarikan pelabur yang semestinya akan mengundang pekerja dari kalangan warga asing. Rasa rimas penduduk sudahpun terzahir oleh kebanjiran warga asing di sekitar kawasan perindustrian dalam Daerah Jasin. Ketua Menteri bertanggungjawab untuk meredakan seluruh perasaan tersebut.
Kami juga berharap, seluruh pembangunan yang bakal dilaksanakan ini diperjelaskan sejujur-jujurnya sebagaimana Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Negeri Melaka serta rangka lain bersangkutannya. Ingin kami tegaskan, Kerajaan Negeri Melaka wajib memastikan setiap pembangunan dibuat mengutamakan rakyat negeri ini, bukannya mana-mana pihak berkepentingan.
USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
5 November 2017 | 16 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 


















PAS berdakwah melalui demokrasi


PAS Kawasan Jasin telah mengadakan Liqa' Fikri anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Jasin di Markas PAS Cawangan Parit Putat, Sungai Rambai, malam tadi.
Menurut Timbalan Speaker Dun Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah bahawa PAS berjuang mengikut waqi' negara ini dan disesuaikan dengan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. 
"Kalau kita bawa cara di negara luar atau budaya negara luar maka bercempera dan tunggang-langgang negara kita kerana ianya tidak sesuai untuk dilakukan di sini. 
"Kita berbeza dengan gerakan Islam yang lain kerana menggunakan demokrasi untuk sampaikan dakwah Islam di Malaysia sedangkan ada gerakan yang menolak terus sistem demokrasi ini," ujarnya. 
Beliau berkata, menerusi saluran demokrasi ini kita mempunyai ruang dan peluang untuk kita bawa risalah Islam ini sebagaimana di dalam Kerajaan Negeri Selangor. 
"Biarpun jalan ini lambat dan dicaci serta dicerca oleh mereka yang tidak berpuas-hati, penat berlawan tak menang-menang namun inilah jalan terbaik yang diputuskan kepimpinan kita. 
"Kita mungkin boleh mempunyai pandangan yang berbeza tapi keputusan pimpinan kita ikut dan wala' selagi mana tidak melanggar dasar serta prinsip parti. 
"Seperti di Melaka ini anda mempunyai tugas berat untuk kembalikan kegemilangan pemerintahan Islam di Melaka, sebab itu susunan kerja kita kena bijak dan teratur," jelasnya. - HARAKAHDAILY 20/10/2017
Sumber HD - 20-10-2017 




















Tolak politik Firaun

FIRMAN Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 49 bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Firaun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu keseksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anak kamu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anak kamu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu." 
Firaun mengasaskan politik penghapusan etnik bagi mengekalkan kekuasaannya. Demi mengekalkan kekuasaannya di satu peringkat Firaun telah membunuh seluruh bayi-bayi lelaki Bani Isra'il sehingga keturunan Bani Isra'il hampir terhapus sepenuhnya. Politik Firaun ini dipanggil dalam bahasa moden sebagai Politik Pogrom. Iaitu usaha mengekalkan kuasa melalui pembunuhan terancang terhadap kumpulan etnik atau agama yang dimusuhi. 
Dalam sejarah moden, politik ini antara lainnya dilakukan terhadap etnik Yahudi di Rusia dan umat Islam di Bosnia dan Kosova. Hari ini ia dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar. Islam menentang politik zalim seperti ini dan mengambil tanggungjawab melindungi manusia dari politikus dan kerajaan yang mengamalkannya. Kerana kejinya perbuatan Firaun itu ia dilaknat oleh Allah dan diazab dengan sekeras-kerasnya. Tubuhnya dikekalkan untuk menjadi tatapan manusia sebagai peringatan tentang nasib para penzalim yang mengamalkan dasar politik seperti itu. 
Ia adalah ajaran politik songsang yang telah diperingatkan oleh Islam mendahului seluruh ahli-ahli politik yang jujur. Ia adalah ajaran politik yang bertentangan sepenuhnya dengan nilai-nilai kemanusiaan. Ia tiada kaitan dengan mana-mana ajaran agama yang menjunjung nilai-nilai moral yang mulia. Seluruh umat manusia dari pelbagai latar belakang agama wajib memerangi ahli-ahli politik pogrom yang sebenarnya sedang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. 
Justeru itu, Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka menyeru kepada seluruh ulamak dan asatizah dari pelbagai latar belakang kumpulan dan pemuka-pemuka pelbagai agama dalam negara ini serta rakyat seluruhnya agar membantu umat Islam Rohingya dan menyuarakan penolakan mereka dengan setegas-tegasnya terhadap kerajaan Myanmar dan politik pogrom atau politik Firaun yang mereka amalkan. 
Sehubungan itu, satu program munajat kemuncak insya Allah akan dilaksanakan pada tarikh 28 Oktober 2017 (Sabtu) di Dewan Muallim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, Bukit Katil, Melaka. 
Seluruh umat Islam dijemput hadir. 
USTAZ ZULKIFLI ISMAIL MUHAMMAD
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka
Sumber HD -m9-9-2017 

No comments:

Post a Comment