BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, March 29, 2017

PAS DAN HALEHWAL SABAH (JILID 2)

Sukan PASTI Bentuk Keharmonian Dan Kesatuan – Ustaz Sulaiman Sulong



Oleh: Khairan Mat Jusoh
TAWAU – Sukan memainkan peranan penting dalam membentuk keharmonian dan kesatuan di kalangan masyarakat pelbagai lapisan di negara ini.
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, rakyat mampu berdaya saing dengan kesihatan yang baik dan hubungan yang erat sesama mereka.
“sukan dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan ibu bapa, guru dan pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI),” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas merasmikan Temasya Sukaneka PASTI Kawasan Tawau Kali Ke-31 di Padang A Kompleks Sukan di Tawau, Sabah, semalam, Ahad 9 September.
Menurut beliau yang juga Pengarah PASTI negeri Terengganu, terdapat tujuh acara yang dipertandingkan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.
“Di antaranya adalah baling bola, isi air dalam botol, larian 50 meter, larian bawa bola dan lain-lain lagi.
“(dan) sukaneka tersebut berlangsung selama dua hari bermula 8 hingga 9 September,” ujar beliau.
Program berlangsung meriah dengan acara bermula dari seawal jam 7.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.00 pagi yang kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian hadiah.
Sumber BO - 10-9-2018


Persoal Presiden MPS bukan warga asal Sabah


SANDAKAN: PAS Negeri Sabah mempersoalkan kewajaran Kerajaan Sabah melantik Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang merupakan bukan warga asal Sabah.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika mengulas perlantikan Datuk Hu Chang Lik sebagai Presiden MPS.
"Apakah sudah tidak ada warga Sabah yang berkelayakan bagi memegang jawatan sepenting itu?" soal Sahar di sini, kelmarin.
Jelas beliau yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Sandakan, perkara ini adalah penafian hak warga tempatan yang berkelayakan dan sepatutnya memegang jawatan itu.
Tambahnya lagi, umum mengetahui Datuk Hu merupakan seorang ahli perniagaan yang dikatakan telah menyumbang jutaan ringgit dana politik kepada Parti Warisan Sabah pada PRU14 lalu.
"Adakah ini sebagai balasan daripada Warisan dengan mengurniakan beliau jawatan tersebut sedangkan jawatan itu sewajarnya diisi oleh individu yang berkelayakan dari pelbagai sudut ilmu, pengalaman mentadbir dan bersifat akauntabiliti?
"Rakyat bimbang, perkara ini akan membuka ruang salah guna kuasa dan akhirnya matlamat serta fungsi sebenar MPS untuk mengurus kepentingan rakyat tersasar dari landasan sebenar," ujarnya.
Ulasnya lagi, perkara yang lebih membimbangkan ialah apabila tular di media sosial mengatakan Datuk Hu merupakan seorang gangster dari Sarawak di mana label jahat tersebut amat mencurigakan
Tegasnya, pihak kerajaan perlu mengambil kira pandangan dan kebimbangan rakyat terhadap perlantikan Datuk Hu sekiranya mahu rakyat terus memberikan kepercayaan kepada kerajaan negeri pimpinan Warisan dan PH. -HARAKAHDAILY 1/9/2018

Sumber HD 0 1-9-2018


Tuntut tingkatkan tahap keselamatan universiti





DEWAN Muslimat PAS Negeri Sabah menyatakan sokongan terhadap solusi yang telah diutarakan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusoff dalam Sidang Parlimen 15 Ogos lepas. Susulan kes cubaan rogol di Universiti Malaysia Sabah 13 Julai yang lalu. Ekoran daripada kes tersebut, pelaksanaan penambahbaikan tahap keselamatan khususnya asrama Mahasiswi haruslah dipandang tegas.

Hal ini dikatakan demikian kerana kes yang berlaku melibatkan maruah seorang pelajar perempuan dan universiti merupakan gedung ilmu yang sepatutnya menjadi tempat menuntut ilmu dengan aman dan tenteram.

Antara tiga solusi yang telah disebutkan oleh YB Zailah ialah melantik Penyelia Wanita sahaja di asrama Mahasiswi untuk memantau dan memastikan keselamatan Mahasiswi terjaga.

Memasang CCTV di setiap blok asrama Mahasiswi untuk sentiasa memantau suasana asrama agar Mahasiswi sentiasa dalam keadaan selamat.

Memperbaiki kerosakan fasiliti asrama seperti bumbung bangunan, tombol pintu dan pagar di sekitar universiti agar tidak ada lagi pencerobohan pada masa akan datang.

Kami berharap solusi yang dikemukakan dipandang serius dan dilaksanakan secepatnya agar kes cubaan mencabul maruah Mahasiswi ini tidak lagi berulang. Semoga mangsa yang terlibat mendapat keadilan yang sepatutnya dan diharap pihak pentadbiran universiti mengambil pengajaran dan tindakan yang sewajarnya.

NORSAH BONGSU
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 20/8/2018

Sumber HD - 20-8-2018

Muslimat prihatin nasib anggotanya kemalangan







TAWAU: Nasib tiga Ahli Jawatankuasa Ameerah PAS Kawasan Tawau yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Timur di sini 5 Ogos lalu mendapat perhatian Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.


Dipimpin Timbalan Ketua Muslimat Sabah, Zaiton Ahmad, rombongan telah menziarahi salah seoranf mangsa, Norsiah Labara di kediamannya di Taman Apas Permai, di sini kelmarin.


Dalam kejadian tersebut, kenderaan mereka telah dirempuh oleh kenderaan lain ketika dalam perjalanan ke program Terapi Alam anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti.


Antara ketiga mangsa ada yang mengalami patah tulang di beberapa bahagian serta retak tempurung lutut, selain lebam dan bengkak anggota tubuh badan.


Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Husain yang juga Yang DiPertua PAS Tawau memaklumkan bahawa ketiga-tiga mangsa akan dibiayai kos perubatan mereka.


Zaiton yang hadir bersama Ketua Muslimat PAS Tawau, Madihah Ladale menyifatkan pengorbanan murabitun seperti itu perlu diberi perhatian kebajikan oleh semua anggota parti. -HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018

Aurat isu berkait Hak Asasi Manusia

ISU aurat adalah merupakan satu isu besar yang berkaitan Hak Asasi Manusia. Di samping ia adalah tuntutan wajib dalam agama Islam, ia juga bersesuaian dengan Rukun Negara yang dimulai dengan Kepercayaan kepada Tuhan. 
Selain itu, dalam konteks Malaysia juga, agama Islam yang menjadi agama Persekutuan sepatutnya mengutamakan tuntutan Islam menjadi sebahagian daripada syarat berpakaian di tempat kerja. 
Amat malang sebahagian masyarakat sekarang khususnya pembuat dasar dan penguasa tidak melihat isu ini secara lebih meluas. Kebiasaannya apabila disebut isu aurat, lebih ditekankan seolah-olah berlaku paksaan terhadap kaedah berpakaian. 
Saya mahu tekankan di sini, berapa ramai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka menutup aurat tetapi disebabkan peraturan di tempat kerja yang tidak membenarkan maka hasrat mereka tidak tercapai. Berapa ramai pula suami yang juga mahu isteri mereka menutup aurat tetapi akibat peraturan di tempat kerja tidak membenarkan maka hasrat mereka tidak tercapai. Bukankah ini juga satu pencabulan hak asasi manusia? Hak ibu bapa dan suami yang tidak dapat dipenuhi. 
Sesiapa yang yakin dengan hukum dan peraturan Allah, semuanya sesuai dengan fitrah dan kehendak manusia. 
Masyarakat, majikan dan pembuat dasar sepatutnya berlaku adil khususnya pada umat Islam. Lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita di Malaysia. Jangan terlalu prejudis dengan ajaran Islam. Saya juga berharap pembuat dasar dan penguasa jangan sekali-kali memperkecilkan hukum dan peraturan Islam. 
DR ALIAKBAR GULASAN
Setiausaha PAS Sabah
3 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 3/8/2018
Sumber HD - 3-8-2018 

Kebakaran: Pemuda PAS Semporna sedia bantu

SEMPORNA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Semporna bersedia membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 302 buah rumah di Kampung Air Hujung, Semporna. 
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Semporna, Umar Khalid semalam ketika melawat mangsa kebakaran tersebut. 
Katanya, Pemuda PAS Semporna komited menghulurkan bantuan untuk meringankan beban dan memenuhi keperluan penting mangsa. 
"Bagi pihak saya akan terus komited mengatur segala usaha bagi membantu mangsa dari segi keperluan penting dan apa sahaja bentuk sumbangan semampu kami bagi meringankan beban mangsa," tambahnya. 
"Hal ini saya sudah sampaikan kepada pihak Pemuda PAS Negeri Sabah melalui Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin dan beliau memaklumkan kepada saya untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran itu." 
Sebagai langkah awal, Pemuda PAS Semporna akan mendapatkan maklumat terperinci jumlah mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu. 
Sementara itu, Umar merayu kepada semua orang untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka. 
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bendahari Pemuda PAS Semporna, 160232188552 (Maybank) atas nama Affendi Ratiman. Sebarang transaksi boleh dimaklumkan melalui talian 01131615674 (Affendi) atau 0143717181 (Razis). – HARAKAHDAILY 1/8/2018
Sumber HD - 1-8-2018 







Tubuh JK kajian bencana kebakaran

SATU jawatankuasa kajian untuk mengkaji kebakaran akan ditubuhkan oleh PAS Sabah dibawah seliaan unit bencana PAS iaitu Khidmat Malaysia Sabah dipengerusikan oleh Zulzaim Hilmee Abidin. 
Kebakaran besar yang kerap berlaku membabitkan perkampungan setinggan hampir setiap bulan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal sehingga menimbulkan persepsi awam bahawa ia adalah kejadian yang terancang. 
Kejadian kebakaran terbaharu di Kampung Air Semporna yang melibatkan melebihi 300 buah rumah suatu perkara yang membimbangkan susulan baharu sahaja berlaku kebakaran di Kampung Cenderamata 2 Likas Kota Kinabalu. 
Jawatankuasa ini akan mengumpulkan beberapa tenaga yang mempunyai kepakaran tertentu dalam menilai, mengkaji dan membuat suatu tindakan pencegahan berimpak tinggi agar kejadian yang sama tidak berulang sehingga memberikan kesan yang tidak baik kepada Negeri Sabah. 
Khidmat Malaysia Sabah juga akan bekerjasama dengan Khidmat Malaysia Pusat dalam menjayakan usaha murni jawatankuasa yang akan dibentuk ini untuk kesejahteraan seluruh masyarakat di Sabah. 
MOHD TARMIZI MOHD YAHYA
Pengarah Operasi
Khidmat Malaysia Sabah - HARAKAHDAILY 1/8/2018
Sumber HD - 1-8-2018 

Mekanisme tangani budaya liar pelancong asing

KEJADIAN pelancong asing yang menari di hadapan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini perlu ditangani secara bijaksana. Tindakan segera pihak berkuasa harus mendapat pujian. 
Pun begitu, untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, satu mekanisme menyeluruh perlu diwujudkan. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah penuh yakin kejadian seumpama ini terjadi akibat pelancong tidak memahami budaya masyarakat setempat, khususnya budaya masyarakat Islam. 
Saya yakin pelancong yang datang ke Sabah bukan hanya untuk menikmati keindahan semula jadi Negeri Sabah tetapi juga untuk melihat budaya masyarakat setempat. Sepatutnya antara peranan pihak berkuasa dan juga agensi pelancongan adalah untuk memahamkan pelancong mengenai budaya dan pantang larang budaya dan agama masyarakat Sabah. 
PAS Sabah amat berharap kejadian seumpama ini tidak lagi berulang. Selain daripada denda yang dikenakan kepada pelancong, mereka juga harus dididik dan diberikan maklumat jelas mengenai cara hidup masyarakat Sabah. 
PAS Sabah juga mencadangkan supaya pihak pengurusan masjid yang menjadi tumpuan pelancong mesti mewujudkan satu peraturan yang ketat. Kita tidak mahu ada pelancong yang masuk ke kawasan masjid dengan pakaian yang terlalu mencolok mata. Memanglah dakwah menjadi antara matlamat kita tetapi jangan sampai jemaah yang hadir ke masjid terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara mungkar. 
DR ALIAKBAR GULASAN
Setiausaha PAS Sabah
30 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 30/6/2018
Sumber HD - 30-6-2018 
















Ziarah Ramadan PAS Papar santuni penduduk

PAPAR: PAS Kawasan Papar telah mengadakan program Ziarah Mahabah sempena Ramadan menyantuni warga penduduk dalam daerah itu kelmarin.
Ziarah diketuai Yang DiPertua PAS Papar, Salim Karim itu mensasarkan golongan ibu tunggal dan mereka yang memerlukan bantuan terutama di Kampung Kuala, di sini.
Menurut beliau, kunjungan tersebut merupakan amalan yang dilaksanakan pihaknya dalam menyemarakkan silaturahim terutama sesama saudara seagama.
Maklumnya, ia juga sebagai usaha mengimarahkan tuntutan Ramadan terutama tanggungjawab terhadap golongan mustad'afin yang menjadi perintah Allah kepada orang beriman.
Melalui program tersebut juga, rombongan PAS Papar mengambil maklum masalah diajukan penduduk, selain turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang perlu dibantu. -HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD - 4-6-2018 

Khamis, 24 Mei 2018


Sebanyak 3 kali mengiyakan dokumen pengenalan, hakim jadi tidak gembira


KOTA KINABALU: Mahkamah semalam dikejutkan apabila seorang lelaki yang dituduh pendatang tanpa izin mengemukakan kepada hakim gambar lukisan tangan dirinya apabila diminta menunjukkan MyKad.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azreena Aziz tampak tidak gembira apabila Issam Bakri, 42 mengemukakan gambar lukisan tangan dirinya sebagai bukti bagi menyokong dakwaan bahawa beliau rakyat Sabah.



“Ini MyKad anda?”, tanya hakim, apabila ditunjukkan lukisan lelaki berambut tegak dan berbaju kemeja, dengan dua tompokan cakaran berbentuk bulat di kiri dan kanan lukisan itu mewakili cap jari.

Issam mengaku tidak bersalah apabila beliau pertama kali didakwa pada 26 April kerana tidak memiliki dokumen pengenalan sah untuk tinggal di Sabah. Beliau mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan kepadanya semalam.

Dengan muka selamba, beliau mendakwa memiliki dokumen yang diperlukan bagi menafikan tuduhan, dan dengan kebenaran mahkamah, mengeluarkan lukisan tersebut dari poket seluarnya.

Aktiviti di mahkamah tiba-tiba terhenti apabila pegawai pendakwa Sabrina Jinius menyerahkan “MyKad” itu kepada Azreena.

Hakim bertanya Issam 3 kali sama ada kertas itu merupakan dokumen yang dimaksudkannya, dan Issam mengiyakannya sebanyak 3 kali juga.

Azreena kemudiannya memerintahkan Issam dihantar ke hospital sakit jiwa Bukit Padang untuk menjalani pemeriksaan mental.

Sumber MR - 24-5-2018

Penyertaan PAS di Tawau tunai hasrat penduduk

TAWAU: Penantian penduduk untuk melihat calon PAS bertanding pada PRU14 akhirnya tercapai apabila PAS meletakkan calonnya di kerusi P.190 Tawau dan dua Dun di bawahnya N.55 Balung serta N.56 Apas.
Penyertaan PAS diwakili sendiri Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain dalam usaha memenangi kerusi P.190 itu yang sekali lagi ditandingi penyandangnya dari BN, Dato' Mary Yap.
Sementara N.55 Balung menyaksikan Ketua PAS Cawangan Apas, Amboasse Ramano yang juga seorang usahawan berjaya dicalonkan di situ.
Manakala kerusi N.56 Apas diwakili Naib Yang DiPertua PAS Tawau, Daud Jamaluddin di mana ketiga-tiga kerusi tersebut mempunyai majoriti pengundi Melayu Islam.
Penyertaan tersebut merupakan julung kali buat PAS yang pada PRU lalu ditandingi PKR ketika itu masih dalam Pakatan Rakyat bersama DAP. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
Sumber hD - 29-4-2018 












PAS Sabah lakar sejarah tanding di 26 kerusi

PUTATAN: PAS Negeri Sabah melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan bakal bertanding di 26 kerusi meliputi lapan Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 
Penyertaan tersebut merupakan yang terbanyak dalam sejarah PAS di negeri ini apabila menampilkan 17 calon muka baru disamping menambah kawasan tanding sebanyak enam Parlimen dan sembilan Dun berbanding PRU13 hanya dua Parlimen, sembilan Dun. 
Satu daripada kerusi tersebut iaitu N.07 Dun Kadamaian dalam P.169 Parlimen Kota Belud yang bakal ditandingi calon bukan Islam beragama Kristian iaitu Satail Majungkat, 61 berketurunan Rungus. 
Disamping itu, PAS turut menampilkan dua calon wanita iaitu Norsah Bongsu, 47 yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah bagi P.185 Parlimen Batu Sapi dan N.44 Dun Karamunting serta Dausieh Queck, 38 bagi N.03 Dun Pitas. 
Senarai tersebut telah diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, di sini semalam. 
Menurut Tuan Guru, melalui penyertaan ini PAS mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi dengan menampilkan strategi mendekati rakyat melalui Islam yang adil. 
Katanya lagi, walaupun di Sabah ada banyak parti pembangkang, tetapi PAS memiliki pengalaman dan strategi mendekati pengundi selain memiliki jentera yang kemas di setiap peringkat berbanding parti lain. 
Selain itu, PAS Sabah kali ini turut mempertaruhkan calon termuda di Malaysia iaitu Jumaidin Lakalla, 26 yang bakal menggalas amanah bertanding di  N.47 Dun Kuamut dalam Parlimen Kinabatangan. 
Tujuh kerusi Parlimen yang lain pula ditandingi oleh calon pelbagai latar belakang yang diketuai oleh Pesuruhajaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling (P.170 Tuaran), Ag. Laiman Ikin (P.169 Kota Belud), Zulzaim Hilmee Abidin (P.173 Putatan), Ramli Pataruddin (P.188 Silam), Abdul Nasir Ab Raup (P.189 Semporna), Mohamad Husain (P.190 Tawau) dan Norbin Aloh (P.191 Kalabakan). 
Sementara itu, 14 kerusi Dun lain yang ditandingi PAS pula diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah (Merotai N.58) Sahar Abdul Majid (N.43 Sekong), Aliasgar Omolong (N.02 Tanjong Kapor), Ustaz Mustaqim Aling (N.06 Tempasuk), Adzmin Awang (N.08 Usukan) dan Aspar Oyet @ Akbar (N.12 Karambunai). 
Juga Hamid Ismail (N.17 Tanjong Aru), Kasman Karate (N.51 Kunak), Abdul Nasir Ab Raup (N.52 Sulabayan), Mahamod Sarahil (N.54 Bugaya), Amboase Ramano (N.55 Balung), Daud Jalaluddin (N.56 Apas), Usman Madeaming (N.59T anjong Batu) dan Ustaz Roslan Ramli (N.60 Sebatik). HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23-4-2018 












Kristian, wanita antara calon PAS di Sabah
Posted on Monday, April 23 @ 08:57:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39314



KOTA KINABALU: PAS akan bertanding 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Ini bermakna PAS menambah 6 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN yang ditandingi parti itu berbanding pada PRU13, iaitu 2 Parlimen dan 9 DUN, selain menampilkan 17 muka baharu.


Ketika mengumumkan senarai calonnya semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata untuk pertama kali di Sabah, PAS menampilkan seorang calon bukan Islam.

Beliau ialah Satail Majungkat, 60, yang beragama Kristian Sidang Injil Borneo dan menjadi anggota PAS sejak 8 tahun lalu. Satail akan bertanding di kerusi DUN Kadamaian.

Hadi berkata PAS juga meletakkan 2 calon wanita pada PRU14 iaitu Norsah Bongsu, 47, muka baru bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Karamunting, serta Dausieh Queck @ Paraman, 38 bagi DUN Pitas.

Calon termuda PAS berumur 26 tahun, Jumaidin Lakalla pula bertanding di kerusi DUN Kuamut.

Sumber TKO - 23-4-2018

PRU14: Senarai Penuh Calon PAS Sabah
Posted on Sunday, April 22 @ 20:28:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39302



KOTA KINABALU:  Berikut senarai penuh calon PAS negeri Sabah bagi pilihan raya umum ke-14:

PARLIMEN:

1.Ag.Laiman Ikin (KOTA BELUD)

2. Mohd Aminuddin Aling (TUARAN)

3. Zulzaim Hilmee Abidin (PUTATAN)

4. Norsah Bongsu (BATU SAPI)

5. Ramli Pataruddin (SILAM)

6. Abdul Nasir Ab Ralip (SEMPORNA)

7. Mohamad Husain (TAWAU)

8. Nordin Aloh (KALABAKAN)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

1.Mustaqim Aling (TEMPASUK)

2.Satail Majungkat (KADAMAIAN)
3.Adzmin Awang (USUKAN)
4.Aliasgar Omolong (TANJONG KAPOR)
5. Dausieh Queck@Paraman (PITAS)
6. Aspar Oyer@Akbar(KARAMBUNAI)
7. Hamid Ismail (TANJUNG ARU)
8. Sahar Abdul Majid (SEKONG)
9. Norsah Bongsu (KARAMUNTING)
10. Jumaidin Lakalla (KUAMUT)
11.Kasman Karate (LAHAD DATU)
12. Abdul Nasir Ab Ralip (SULABAYAN)
13.Mahamod Sarahil (BUGAYA)
14. Amboase Ramano (BALUNG)
15. Daud Jalaluddin (APAS)
16. Ahmad Dullah (MEROTAI)
17. Usman Madeaming (TANJONG BATU)
18. Roslan Ramli (SEBATIK)
- Bernama
Sumber TKO - 22-4-2018

PAS Putatan rai Hari Doktor dan Hari RTM

PUTATAN: Malaysia telah dibangunkan oleh anak bangsa yang menyumbang secara gigih profesion mereka di pelbagai sektor hingga rakyat seluruhnya menikmati kehidupan seperti hari ini. 
Sehubungan itu, sempena Hari Doktor Sedunia pada 30 Mac lalu, serta Hari Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Ke-72 kelmarin, PAS Kawasan Putatan turut sama meraikan sambutannya. 
Keraian itu dibuat dengan mengadakan kunjungan mahabbah ke Klinik Kesihatan Putatan dan Petagas serta Bangunan Kementerian Komunikasi Multimedia Sabah, di sini semalam. 
Kunjungan penuh makna itu sebagai menyatakan penghargaan kepada para doktor yang dinilai menjalankan tugasan penting selepas urusan agama yakni berkaitan nyawa dan kesihatan. 
Lawatan ke RTM juga bagi menzahirkan penghargaan kepada warga kerjanya atas komitmen berdiri bersama sebagai penyebar suara serta imej bangsa dan negara. 
Sebagai mengerat hubungan bersama antara pihak-pihak berkenaan, PAS Putatan hadir dengan kek keraian dan menyuarakan penghargaan serta harapan kepada mereka. -HARAKAHDALY 3/4/2018
Sumber HD - 3-4-2018 

















Memperanan Muslimat PAS di medan masyarakat

TAWAU: Muslimat PAS mampu menggerakkan peranan 'semak dan imbang' dalam menangani pelbagai isu negara dan rakyat walaupun berada di wadah parti bukan pemerintah. 
Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu berkata, gerakan padu dan berani ke hadapan dengan memperkasa dan mengembangkan potensi perlu dilatih dalam diri. 
Beliau berkata demikian pada ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Kali Ke-28 yang dilangsungkan di sini kelmarin. 
Norsah mengemukakan beberapa isu kritikal Sabah antaranya sebagai negeri ketiga kadar tertinggi kes rogol di Malaysia yang majoriti mangsa adalah wanita muda. 
Selain itu ajunya, Sabah juga mencatat kes kebakaran kawasan setinggan tertinggi dan meningkat di Malaysia sejak tahun 2015 hingga 2017. 
Terangnya, isu-isu sedemikian menuntut Muslimat PAS berterusan merasai degup jantung keperitan hidup rakyat antaranya mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan pendekatan tertentu. 
Bahkan serunya, menggerakkan peranan bersama pihak lain sama ada swasta, persatuan atau NGO untuk memastikan pihak kerajaan mengambil langkah sewajarnya terhadap setiap isu rakyat. 
Setidak-tidaknya menurut beliau, peranan 'semak dan imbang' yang dikuasakan oleh tindakan Muslimat PAS akan mewujudkan kawalan terhadap unsur penyelewengan kuasa dilakukan pihak berkenaan. 
Pun begitu nasihatnya, agar mempunyai kekuatan bagi mendukung peranan sedemikian, Muslimat PAS hendaklah bersifat Akifi yakni memiliki roh jihad melaksanakan kerja dengan meletak sepenuh jiwa pergantungan kepada Allah. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018 
















Muslimat Muda bayangan masa depan PAS Sabah

TAWAU: Perjuangan Islam di bumi Sabah menampakkan sinar cahaya yang gemilang sebagaimana dizahirkan dari komitmen kalangan Muslimat Muda PAS di negeri itu. 
Generasi pewaris dakwah itu merupakan kelompok teramai memeriahkan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah yang dilangsungkan di Hotel Tawau, di sini kelmarin. 
Malah, mereka menjadi tenaga penting Muslimat sebagai sayap parti di seluruh PAS Kawasan negeri Di Bawah Bayu itu, sekali gus memberi signal selaku pendukung utama gerak kerja PRU. 
Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dalam ucapannya turut menyuntik harapan kepada Muslimat Muda untuk meluaskan gerak kerja, peranan dan khidmat bakti mereka. 
Kepada golongan itu disandarkan untuk melaksanakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan agar dapat mendekatkan lagi masyarakat di Sabah kepada PAS. 
Lebih membakar inspirasi apabila Ketua Briged Sabah, Ummu Asyura Abdullah turut dinobatkan dengan Anugerah Muslimat Muda menjadikan mereka semakin yakin menempuh cabaran ke depan. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018 

















Muslimat redah banjir pantau keadaan OKU

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6008-muslimat-redah-banjir-pantau-keadaan-oku
TAWAU: Orang Kelainan Upaya (OKU) walaupun seorang tetap menjadi peranan golongan mukmin memberi perhatian atasnya kerana tuntutan iman dan tanggungjawab kemanusiaan. 
Atas sebab itulah Jentera Muslimat MTD Sri Tanjong dan Apas segera menjejaki dan membantu anak OKU yang mungkin berada dalam risiko akibat banjir berikutan hujan lebat, semalam. 
Kekuatiran itu berikutan kawasan kediaman Mohamad Ishak Ismail, 10 tahun penghidap Cerebral Palsy berhampiran sungai dan air telah pun naik ketika itu. 
Bagaimanapun, ketika kunjungan tersebut mendapati keluarga tersebut dalam keadaan selamat dan sedikit sumbangan telah disampaikan Ketua HalWa PAS Kawasan Tawau, Ustazah Mulyane Jam Jam. 
Turut serta pada misi tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Tawau, Siti Arfa Asrisal dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Apas, Ustazah Ervinah Basmin. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD -2-4-2018 






































Teladan Khaulah suntik jihad Muslimat Sabah

TAWAU: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah bertemakan "Muslimat Akifi Meneraju Sabah Sejahtera" telah menjadi medan siap siaga menghadapi PRU14. 
Dirasmikan oleh Setiausaha Muslimat PAS Malaysia, Dr Nurul Hani Ali, majlis dihadiri lebih 200 perwakilan dan pemerhati ini telah berlangsung di Hotel Tawau, di sini semalam. 
Dalam ucapannya, Dr Hani menegaskan kepentingan ahli mendalami Perlembagaan PAS serta mengadakan persiapan PRU dengan sepenuh ikhlas dan kesungguhan. 
Semangat muktamirat turut disemarakkan oleh perwakilan Muslimat PAS Kalabakan, Masyhuri Sampe yang menyeru Jentera HalWa meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat (IT). 
Jelasnya, ia keperluan masa kini sebagaimana daya usaha Khaulah al-Azwar R.A yang melengkapkan diri menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda bagi menghadapi cabaran. 
Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Lajnah Terbaik kepada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, sementara Anugerah Kawasan Terbaik kepada PAS Kawasan Batu Sapi. 
Manakala Anugerah Muslimat Emas diberikan kepada Zaiton Ahmad dan Anugerah Muslimat Muda pula disandang oleh Ummu Asyura Abdullah. - HARAKAHDAILY 1/4/2018






































Sumber HD - 1-4-2018




















Kesihatan golongan memerlukan diberi perhatian

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan bersama Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah mengadakan Ziarah Kebajikan sejak 28 Mac lalu dan berakhir semalam. 
Kunjungan kepada pesakit dari kalangan asnaf itu telah dijalankan di sekitar Kampung Tanjung Aru, Kampung Sembulan, Rumah Pangsa Tanjung Aru dan Kampung Meruntum, di sini. 
Bersama dalam rombongan itu adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin dan anggota Jabatan Amal Malaysia Sabah. 
Antara diberi perhatian adalah kebajikan kalangan pesakit dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) selaras komitmen PAS menubuhkan Unit Pengupayaan Orang Kelainan Upaya (UPAYA). 
Menerusi program tersebut, PAS Putatan memberi perhatian langsung terhadap agenda kebajikan masyarakat dari sudut kesihatan, sekali gus membuktikan PAS sentiasa prihatin terhadap denyut nadi masyarakat. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018 

MAT Kalabakan mahu realisasi kemenangan

KALABAKAN: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Kalabakan Kali Ketujuh bertema "Merealisasi Kemenangan telah berlangsung di Tawau, di sini hari ini.
Dengan dukungan lebih 100 perwakilan dan pemerhati, mesyuarat tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.
Dalam ucapannya, beliau membangkitkan semangat hadirin agar terus istiqamah menegakkan panji Allah biarpun dikelilingi musuh di kiri dan kanan perjuangan.
Serunya, sebagai ahli jamaah perlu memiliki keteguhan pendirian dan sabar melayari bahtera perjuangan Islam di muka bumi khususnya di Malaysia.
Selain itu nasihatnya, perlu dipasak dalam diri keyakinan bahawa kemenangan bukan milik manusia tapi anugerah daripada Allah S.W.T.
Demikian itu ujarnya, menunaikan tanggungjawab dengan telus dan amanah penting agar tidak terpalit dengan sebarang pecah amanah dan rasuah.
Mesyuarat tersebut menyaksikan usul tarbiyah ditegaskan perwakilan Dewan Pemuda PAS supaya diperkasakan, selain usul dari PAS Cawangan Muhibbah Raya untuk penubuhan Cawangan baharu.
Perwakilan juga mengusulkan agar kepimpinan PAS Kawasan membawa gesaan kepada pihak berwajib untuk pembinaan masjid di kawasan-kawasan penempatan.
Sesi penganugerahan turut dilangsungkan iaitu Anugerah JIBG Aktif kepada Rosnah Usman dari PASTI Al-Hakim Taman Ria 9 dan Anugerah Tokoh Keluarga kepada Ramli Hassan. -HARAKAHDAILY 30/3/2018










































Sumber HD - 30-3-2018












































Penduduk bermaklumat positif pilih PAS

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan telah menjalankan program edaran risalah yang dilaksanakan dari rumah ke rumah penduduk di sekitar Petagas dan Pasir Puteh, di sini kelmarin.
Ternyata, risalah penjelasan berkaitan PAS selaku parti politik yang mampu mentadbir dan memerintah itu mendapat reaksi positif daripada penduduk setempat.
Terdapat penduduk yang secara terbuka dan terang-terangan mengakui kesediaan memberi undi kepada PAS kerana mahu melihat perubahan politik berlaku.
Sementara, gagasan kesejahteraan dan kebajikan dinyata di dalam risalah itu sememangnya penerapan yang telah menjadi rutin dilaksanakan PAS Putatan.
Di mana, perhatian dan sumbangan kepada golongan asnaf turut disampaikan sempena kunjungan ziarah tersebut disamping dapat meluaskan agenda penerangan. -HARAKAHDAILY 26/3/2018
Sumber HD - 26-3-2018 























PAS Kinabatangan anjur khatan perdana 4.0

KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan telah mengadakan majlis Khatan Perdana yang dilangsungkan di PASTI Darul Ulum, Bukit Garam, di sini kelmarin.
Program tersebut merupakan antara usaha kebajikan PAS Kinabatangan dalam membantu golongan memerlukan, selain menghidupkan sunnah dalam masyarakat.
Perasmiannya telah disempurnakan Yang DiPertua PAS Kinabatangan, Sairin Muyang yang menjelaskan bahawa PAS berusaha membantu penduduk melaksanakan tuntutan Islam.
Menurutnya, program dengan kerjasama dan khidmat pasukan perubatan PAPISMA itu juga dapat meringankan kos berkhatan di mana penduduk terbelenggu oleh kesempitan hidup.
Turut menjayakan program itu adalah Jabatan Amal Malaysia Kinabatangan dengan aktiviti sampingan tayangan wayang pacak, edaran takwim PASTI dan Madu Pak Jumrael. -HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD- 20-3-2018 

PAS Sabah lancar manifesto PRU14

BATU SAPI: PAS Negeri Sabah telah melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) khusus untuk negeri di Bawah Bayu itu sempena Himpunan Fastaqim 2.6 Sabah di Kampung Sundang Laut, di sini semalam.
Ia telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah.
Manifesto tersebut mengandungi sepuluh agenda teras, iaitu memperkukuhkan institusi Islam, menaiktaraf pengurusan institusi tanah adat dan mengembalikan hak negeri Sabah seperti yang terkandung  dalam Perjanjian Malaysia 1963. 
Juga menggariskan pemberian hak autonomi negeri Sabah, memperbaharui tadbir urus projek mega yang lebih telus, transformasi institusi pendidikan, undang-undang dan kehakiman, serta menyelesaikan isu keselamatan perairan negara. 
Malah, manifesto itu juga menjanjikan penyediaan peluang pekerjaan, termasuk sedia membatalkan tuntutan Filipina dan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam berkata, walaupun lagi dua tahun menuju Wawasan 2020, namun Sabah masih belum menikmati pembangunan terbaik meski sudah merdeka bersama Malaysia selama hampir 55 tahun.
Sebagai contoh ujarnya, Kampung Sundang Laut masih berstatus setinggan, tiada jalan yang sempurna serta akses pendidikan yang terbaik di mana perkara ini amat mengecewakan rakyat.
Beliau juga menyeru orang ramai untuk membuat perubahan pada PRU14 dengan menolak parti memerintah sekarang dan memilih PAS agar penambahbaikan rakyat dapat dilakukan.
"Penduduk (Kampung) Sundang Laut khasnya dan Batu Sapi amnya jangan bermimpi berlaku perubahan di tempat anda jika masih kekalkan parti pemerintah sekarang, perlu ubah pemimpin," serunya lagi.
Turut diadakan pada program tersebut adalah konvoi motosikal, sukan rakyat, 'free market' dan lain-lain. -HARAKAHDAILY 18/3/2018
















































Sumber HD - 18-3-2018

























Lima MAT Kawasan Sabah dirasmi serentak

SANDAKAN: Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyempurnakan perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi lima PAS Kawasan Negeri Sabah, semalam.
Majlis melibatkan PAS Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Libaran termasuk Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulamak itu telah diadakan di Hotel Amanson Signature, di sini.
Selain Tuan Ibrahim, ucapan wakil bagi lima PAS Kawasan tersebut telah diwakili Yang DiPertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah.
Beliau menyifatkan perkembangan PAS di Sabah semakin maju di mana dahulunya hanya dikenal melalui logo PASTI, kini menderap gagah di seluruh negeri Di Bawah Bayu melebihi usia 30 tahun.
Majlis julung kali itu juga telah menyampaikan Anugerah Ikon Muslimat Istiqamah kepada Ketua Muslimat PAS Sandakan, Nurfaezah Junaidi atas sumbangan beliau kepada PAS sejak dibangku persekolahan.
Anugerah Aktivis Anak Muda pula diberikan kepada Pengerusi Suara Anak Muda Batu Sapi, Al-Hazlan Al-Sarip, manakala Anugerah Pendaftaran Murid PASTI Teramai dirangkul PASTI Solahuddin Al-Ayubi. -HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 



























PAS boleh jamin perubahan di Sabah?

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:
Tuan-tuan sekalian, pilihan raya di Malaysia, di Semenanjung, empat lima buat negeri sudah pun bertukar. Satu waktu dahulu di Semenanjung sama ... Di Sabah. Bila mana kerajaan Umno Barisan Nasional tidak peduli kepada nasib rakyat, rakyat bangkit buat perubahan. Yang berubah negeri apa? Negeri Kelantan, 27 tahun Umno gagal memerintah di Kelantan. Kelantan dikatakan negeri mundur, negeri miskin, tetapi tuan-tuan, orang miskin yang ada di jiwa, ada maruah diri lebih baik daripada kaya yang tak ada maruah diri. 

"Kelantan dikatakan negara yang tidak ada masa depan, negara yang paling miskin, tetapi tuan-tuan, Negeri Kelantan sanggup mengekalkan kepada PAS walaupun pelbagai tuduhan, tekanan dibuat sebab mereka lihat bahawa lagi banyak kita beri peluang kepada Umno Barisan Nasional, maka rakyat makin menderita. Bayangkan politik jadi bahan untuk dijual beli. Politik bukan komoditi untuk dijual. 

"Hari ini politik menjadi komoditi untuk dijual. Mereka masuk politik untuk bolot kekayaan, tak peduli kepada nasib rakyat. Mereka gunakan kuasa politik untuk kaut kekayaan negara, tanah ribuan ekar. Tuan-tuan bayangkan, saya minta maaf, saya sangat simpati dengan apa yang berlaku di sini. Bila saya sampai di kampung ini, sebab saya tahu di Sabah ini, ada syarikat mendapat beribu-ribu ekar tanah, ribuan ekar tanah. Tak akan tapak rumah untuk penduduk pun tak boleh diberi?

"Apa masalahnya tuan-tuan? Apa masalah bagi kerajaan bagi hak milik tapak rumah bagi rakyat? Sebab itu kita dalam manifesto PAS, bersama Gagasan Sejahtera, kita bagi komitmen kalau kita memerintah, kita akan sediakan satu lot tapak rumah kepada rakyat yang tidak ada tanah. Kita akan bagi hak milik bagi geran untuk mereka membina rumah di atas tanah mereka sendiri. 

"Dan saya penuh yakin dalam konteks Sabah, kita bukan hanya mampu bagi tanah untuk tapak rumah, bahkan kita mampu sediakan paling tidak pun tanah-tanah untuk pertanian yang diberi hak milik kepada penduduk.

"Kita mampu buat. Negeri kita luas. Kalau orang asing dapat pemilikan tanah di Sabah, apa bagaimana nasib kita rakyat Sabah? Saya tidak ada isteri di Sabah dan saya tidak ada kepentingan dalam konteks Sabah. Nanti ada yang kata, ini bergegar-gegar ceramah ini mungkin ada isterinya, pak mertuanya di sini, tidak.
  
Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Fastaqim 2.6 Negeri Sabah semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-2018 
























































PASTI Ar-Raihan perlu dana pulih kesan kebakaran

PUTATAN: PASTI Ar-Raihan yang mengalami musibah kebakaran hingga memusnahkan lebih 80 peratus struktur bangunan dan peralatan di dalamnya beriltizam untuk terus bangkit. 
Kesungguhan memberi khidmat ta'alim kepada ummah itu dibuktikan apabila kurang seminggu kejadian, operasi dan proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan semula pada 12 Mac lalu. 
Ketika ini kelas diadakan seperti jadual biasa serta kekal di bawah bimbingan gurunya, Amina Wgkong dan Mersum Romy dengan menumpang sementara di premis Madrasah As-Salam Kampung Contoh. 
Menghargai pelbagai pihak yang membantu dan memberi semangat serta menyokong tekad para murid, guru dan ibu bapa, Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin sendiri turun ke lokasi kejadian. 
Beliau dalam pada itu juga menyatakan komitmen untuk memastikan operasi dapat dilaksanakan seperti sedia kata menerusi bantuan yang akan disalurkan dari masa ke masa. 
Dalam kejadian 7 Mac lalu, sebahagian besar struktur PASTI Ar-Raihan musnah pada kebakaran lewat malam itu yang puncanya masih dalam siasatan pihak berkuasa. 
Orang ramai juga diseru mendukung hasrat dan inisiatif sedang digerakkan menerusi sumbangan ke akaun PASTI Kawasan Putatan di BIMB 1001 6010 0595 08 dan maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Muhasibi 013-803 8545. - HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 





























Pemuda Putatan gigih jayakan PINTAR 4.0

PUTATAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan terus gigih merealisasikan usaha membantu penduduk menerusi Projek Infrastruktur PAS Dun Tanjong Aru (PINTAR) yang kini memasuki siri keempat pelaksanaan.
Terkini, serahan sumbangan PINTAR 4.0 disempurnakan sendiri dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini kelmarin dahulu.
Sumbangan siri ini melibatkan barangan untuk membaiki kerosakan bahagian rumah beberapa penduduk melibatkan pemberian seperti zink, papan lapis dan lain-lain.
Ketua Pemuda PAS Putatan, Asrul Samat berkata, pihaknya konsisten untuk mengusahakan bantuan semampunya bagi kemudahan asas penduduk menerusi tindakan penyelesaian dan bukannya menjaja persepsi.
Orang ramai yang prihatin boleh bersama menyokong usaha ini dengan sumbangan langsung ke akaun BIMB 1001 6010 0780 48 PAS Kawasan Putatan dan maklumkan transaksi ke 011-2620 4715 (Bostamam). -HARAKAHDAILY  16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 

Mangsa kebakaran Kg Sembirai terima sumbangan PAS

KOTA BELUD: PAS Kawasan Kota Belud telah mengadakan ziarah dan memberikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sembirai, di sini kelmarin.
Sumbangan berupa keperluan dapur kepada 30 mangsa dari tujuh keluarga itu disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling.
Beliau yang juga Ketua Ulamak PAS Negeri Sabah ketika ziarah itu turut meluangkan masa mendengar langsung rintihan mangsa atas musibah dihadapi mereka.
Menurut salah seorang mangsa, Maulah Ikah, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi 13 Mac lalu hingga memusnahkan lima kediaman berhampiran dipercayai berpunca dari api lilin.
Namun, Ustaz Mustaqim segera menenangkan mereka agar terus bersabar dengan ujian Allah itu dan berharap pihak berwajib segera membantu membina penempatan baharu buat mereka.
Hadir sama dalam kunjungan kebajikan itu adalah Ketua Pemuda PAS Kota Belud, Adzmin Awang dan anggota Jabatan Amal Malaysia Kota Belud. HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 































TOT keselamatan tingkat kepekaan terhadap ancaman

SANDAKAN: Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Negeri Sabah telah menganjurkan 'Training of Trainer' (TOT) Keselamatan PRU14 yang dijalankan di Taman Mawar, di sini sejak 9 Mac lalu dan tamat kelmarin. 
Ia dianjurkan sebagai pendedahan dan persediaan kepada petugas dari kalangan Briged Muslimat terhadap aspek keselamatan khususnya ke atas pimpinan, calon dan jentera PAS menghadapi PRU14. 
TOT yang dimodulkan teori dan praktikalnya oleh Ketua Jurulatih Briged Muslimat Malaysia, Zulkifli Muhyidin itu turut melatih peserta berkaitan kepekaan terhadap ancaman musuh persekitaran. 
Latihan simulasi turut dijalankan dengan tugasan mengiringi calon yang dilaksanakan selama tiga hari dua malam penuh bersama pimpinan Muslimat dan petugas keselamatan. 
Hadir sama dan menyuntik semangat peserta adalah Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu yang turut mengharap ilmu demikian melengkapkan persiapan menuju PRU14. - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 
































Pemuda PAS Sabah sasar kemenangan PRU14

TAWAU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dalam Muktamar Kali Ke-31 yang diadakan di Hotel De Choice, kelmarin telah mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 
Iltizam dan komitmen itu ditegaskan pada ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin yang bertemakan "Meraih Lakaran Kemenangan". 
Menurut Zulzaim, Pemuda PAS Sabah optimis untuk memecahkan tradisi bagi memenangi kerusi sama ada di Dun atau Parlimen, sekali gus menamatkan kemarau panjang PAS di bumi Sabah. 
Namun tambahnya, ia tidak mudah dilakukan tanpa kerja keras dan kempen berstrategi yang dilakukan oleh jentera pilihan raya bagi memenangi hati pengundi. 
Komitmen ini disahut sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir dari seluruh negeri apabila mereka juga menyatakan hasrat sama disamping menggariskan beberapa strategi bagi meraih undi kemenangan. 
Muktamar kali ini turut menyaksikan pakaian seragam Jabatan Amal Malaysia dijadikan sebagai penampilan tema seluruh exco, perwakilan, termasuk pemerhati. 
Perasmikan disempurnakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan muktamar tersebut turut membahas tiga usul iaitu mengenai organisasi, pendidikan dan dakwah. 
Disamping itu, muktamar juga menyampaikan Anugerah Tokoh Pemuda kepada tiga penerima iaitu Azman Talib, Daramansa Lamasah dan Ustaz Zaidi Mustapha yang merupakan mantan exco sesi lalu sebagai menghargai sumbangan mereka.\ 
Turut diberikan anugerah ialah kepada anak muda dari Kudat iaitu Mohd Nur Rahmat Jumrael selaku penerima Anugerah Anak Muda Harapan yang merupakan usahawan muda madu lebah dan pereka grafik. 
Selain itu, Kawasan Sandakan, Kawasan Libaran dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah masing-masing telah dianugerahkan dengan Anugerah Dewan Pemuda PAS Kawasan Unggul, Anugerah Dewan Pemuda PAS Kawasan Harapan dan Lajnah atau Jabatan Unggul.\ 
Muktamar melibatkan 13 Kawasan itu turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah selaku pemerhati.-HARAKAHDAILY 12/3/2018
Sumber HD - 12-3-2018 

































Pemuda PAS Sabah mampu cipta sejarah kemenangan

TAWAU: Pemuda PAS Negeri Sabah mampu mencipta kejutan sekali gus melakar sejarah bagi perjuangan PAS di negeri ini dengan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Dun atau Parlimen dalam PRU14. 
Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Karim ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Sabah Kali Ke-31 di Hotel De Choice, dekat sini kelmarin. 
Sehubungan itu serunya, Pemuda perlu bekerja lebih keras bagi meraih kemenangan itu sekali gus melebarkan pengaruh PAS di bumi Sabah yang tidak mustahil dengan jumlah kecil, generasi ini mampu melakukannya. 
"Jalannya sudah ditebas oleh abang-abang kita dahulu. Jangan biarkan lalang-lalang dan batang pokok tumbuh melingkari jalan ini. Kita perlu teruskan. 
"Jangan takut bercakap soal Islam, jangan bimbang bila ketengahkan Islam sebaliknya kita perlu yakin dengan agama ini yang menjadi agenda asas perjuangan kita. 
"Selain itu, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) juga kita perlu hadam agar mudah berhadapan dengan rakyat yang pelbagai karenah. 
"Kesemua polisi ini menunjukkan pimpinan PAS tidak bermain dalam menguruskan parti justeru kita di bawah perlu sahut dan bawa agenda-agenda ini ke tengah masyarakat," ujarnya. 
Beliau turut mengingatkan untuk sentiasa taat arahan pimpinan selagi tidak bercanggah syariat Islam, kerana kekuatan anak muda ialah apabila dia patuh dengan pucuk pimpinan yang menjadi disiplin tinggi dalam perjuangan. 
Muktamar yang menghimpunkan kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri itu turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Tawau dan Kalabakan. -HARAKAHDAILY 12/3/2018
Sumber HD - 12-3-2018 


































Operasi PASTI terbakar akan segera dipulihkan

PUTATAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan menumpukan proses pemulihan semula operasi serta kebajikan guru dan pelajar yang terjejas disebabkan oleh kebakaran premis PASTI Ar-Raihan, Petagas, di sini.
Sekitar 80 peratus bangunan prasekolah tersebut termasuk peralatan-peralatan berkaitan musnah dan puncanya masih dalam siasatan pihak berkuasa dalam kejadian lewat malam 7 Mac lalu itu.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin menyatakan komitmennya untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat segera diadakan, selain memastikan semua premis PASTI seluruh negeri itu sentiasa dalam keadaan selamat.
"Kita berharap insiden seumpama tidak berulang dan kita rakamkan penghargaan khusus buat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta masyarakat setempat atas bantuan," ujarnya ketika melawat bersama anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan, di sini kelmarin.
Dalam perkembangan lain, pihak berwajib antaranya Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut melawat meninjau perkembangan terkini insiden tersebut.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam 1001601005958 atas nama PASTI Kawasan Putatan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-803 8545 (Ustaz Muhasibi - Bendahari PASTI). -HARAKAHDAILY 10/3/2018




































































Sumber HD - 10-3-2018



































Sentuhan Muslimat PAS Putatan sempena Hari Wanita

PUTATAN: Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah membuat edaran tanda mata berupa bunga ros, pensel dan kad ucapan di pasar raya di Sembulan, di sini semalam. 
Program dipimpin Ketua Penerangan Muslimat PAS Putatan, Iffatun Mardhiah Ahmat disertai 15 petugas lain itu mensasarkan pemberian kepada golongan wanita yang dihargai khusus sempena Hari Wanita 2018. 
Edaran dan pertemuan santai dilaksanakan itu merupakan aktiviti tahunan Muslimat PAS Putatan dalam menzahirkan penghormatan khusus dan mengeratkan jalinan silaturahim sesama kaum wanita. 
"Saya menyeru agar kita sentiasa mengiktiraf peranan dan pengorbanan wanita dalam mendepani pelbagai cabaran masa kini. 
"Mereka berusaha penuh iltizam, berdedikasi dalam kerjaya dan dalam masa sama berperanan membentuk persekitaran keluarga soleh dan melahirkan generasi sejahtera," ujar Iffatun. 
Katanya, aktiviti berekspresi ceria itu menjadi platform menunjukkan penghargaan PAS buat kaum wanita tanpa mengira latar belakang etnik dan agama yang pelbagai di bumi Sabah. -HARAKAHDAILY 9/3/2018
Sumber HD - 9-3-2018 









































































Muslimat seru sokongan untuk pusat dakwah pedalaman

KUDAT: Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim merupakan pusat dakwah yang berfungsi menyediakan pendidikan asas fardu ain khusus kepada muallaf dan penduduk sekitarnya di pedalaman Pitas. 
Dibangunkan oleh pasangan suami isteri, Nemrone Loveh dan Dausieh Quaek, ia turut menyedia pengajian tahfiz dan perlindungan anak yatim, serta kelas tambahan percuma kepada pelajar tanpa mengira latar belakang agama. 
Menyokong usaha murni itu, Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia mengisytiharkannya sebagai pusat pendidikan angkat dan melancarkan tabung khas bagi dana pembangunan infrastruktur premis tersebut. 
Ia diputuskan sempena lawatan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Pengerusi Lajnah Dakwahnya, Dr Mardhiyah Hayati Salleh ke Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim baru-baru ini. 
Menurut Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu, menerusi pengisytiharan dan pelancaran itu, sebanyak RM100,000 disasarkan dalam tempoh sebulan untuk melaksanakan rancangan pembangunan. 
Jelas beliau, ia melibatkan pembinaan jalan, pembangunan pondok serta keperluan harian pelajar tahfiz seperti makan minum dan pengangkutan, baik pulih serta elaun guru sekitar RM5,000 sebulan. 
Tegasnya, sokongan kewangan ini sangat penting memandangkan Pusat Pendidikan Luqamanul Hakim merupakan medan dakwah terbesar setakat ini di Pitas yang ketika ini hanya terdapat pondok-pondok. 
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5640 2540 0711 atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat dengan rujukan 'Dana Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim dan sebarang pertanyaan hubungi Raba'ah Adawiyah di talian 014-521 8223. -HARAKAHDAILY 7/3/2018
 









































































Sumber HD - 7-3-2018




































Resah penjaja diarah berpindah dapat perhatian PAS

PUTATAN: Pemuda PAS Kawasan Putatan mengambil perhatian serius terhadap masalah dihadapi peniaga kecil Pantai Tanjung Aru ekoran arahan berpindah oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Arahan tersebut menyebabkan para peniaga yang telah lama beroperasi di situ terpaksa menamatkan perniagaan mereka pada 4 Mac dan diperintah ke tapak perniagaan baharu di Pantai Tanjung Lipat, Likas.
Ekoran itu, rata-rata peniaga mengeluh dan merasa dianaktirikan, walhal projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) itu digembar-gemburkan sebagai pusat tarikan pelancong oleh kerajaan negeri.
Dalam luahan mereka kepada pihak Pemuda PAS, para peniaga merasa kecewa dan tidak puas hati kerana lokasi baharu masih belum siap sepenuhnya untuk bersedia dioperasikan.
Perkara tersebut dinyatakan langsung kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Putatan, Yusrizal Anuar ketika kunjungan di situ kelmarin.
Menurut peniaga, berikutan keadaan tersebut, kemudahan dan premis berada dalam keadaan membimbangkan khususnya aspek keselamatan yang terdedah kepada risiko kecurian peralatan dan seumpamanya.
Demikian itu, Pemuda PAS menggesa pihak berwajib memastikan proses perpindahan peniaga diuruskan dengan baik agar tidak berlaku penindasan punca rezeki mereka hanya semata-mata memberi laluan kepada kepentingan projek tertentu. -HARAKAHDAILY 6/3/2018
Sumber HD - 6-3-2018 

Sukaneka PASTI Sandakan penuh warna-warni

SANDAKAN: Sebanyak 14 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh Sandakan telah mengambil bahagian dalam Temasya Sukaneka Kali Ke-29 yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan, kelmarin. 
Temasya penuh warna-warni melibatkan hampir 800 murid itu telah mempertandingkan 13 acara murid berlainan kategori disamping acara ibu bapa dan terbuka secara berasingan. 
Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 4 x 50 meter, lari dalam karung, perbarisan, pakaian unik, sepanduk tercantik, lari ikat kaki, getah berpindah, tali dalam straw dan lain-lain. 
Menariknya tahun ini, Khemah Rumah Sukan turut dipertandingkan yang membolehkan ibu bapa berkreativiti serta membentuk kerjasama dalam kalangan Jamaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG). 
Selain itu, pada tahun ini juga setiap kontinjen telah membawa tema kerjaya dalam acara perbarisan, antara telah dipilih ialah polis, bomba, nelayan, petani, jururawat, angkasawan, tentera dan banyak lagi. 
Menurut Pengarah Sukaneka, Sukriadi Osman, temasya tahunan ini bertujuan menanamkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan murid-murid disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah seluruh warga PASTI. 
Berucap ketika merasmikan temasya, Yang DiPertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Wara Muhammad yang menyentuh perbezaan PASTI dengan pra sekolah yang lain di Malaysia. 
Menurutnya, tujuan utama penubuhan PASTI adalah untuk melahirkan anak-anak yang seimbang dunia dan akhirat dalam kehidupan seharian mereka. 
“Di PASTI, anak-anak diajar tentang solat, hafalan doa, adab disamping adanya mata pelajaran asas yang diajar di sekolah lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab dan Pendidikan Sains Sosial kepada murid-murid supaya mereka ini seimbang dari aspek dunia akhirat,” katanya. 
Temasya ini menobatkan PASTI Saidina Umar Al-Khattab, Taman Indah Jaya sebagai Juara Keseluruhan, sementara Naib Juara dan tempat Ketiga pula masing-masing dirangkul oleh PASTI Bilal Bin Rabah, Flat MPS Karamunting dan PASTI Sa'ad Abi Waqqas.-HARAKAHDAILY 6/3/2018
Sumber HD -6-5-2018 














































































Perasmian serentak MAT Pemuda dan PAS Keningau

KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah mengadakan perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda dan PAS Kawasan yang telah diadakan di Pejabat PAS Keningau, One Plaza, di sini semalam. 
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Ustaz Mustaqim Aling yang dalam ucapannya menegaskan soal ketaatan kepada Allah sebagai sandaran meraih kejayaan Islam. 
Perkara itu dikaitkannya dengan peristiwa pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, antaranya penekanan penjagaan solat yang wajib dipelihara sebaiknya.

Terdahulu Yang Dipertua PAS Keningau, Abdul Hisham Othman dalam ucapan aluannya menegaskan sifat PAS sebagai bukan sahaja parti politik, bahkan sebuah jemaah Islam.
Jelasnya, selaras misi untuk mengajak manusia mendirikanIslam di seluruh pelusuk negara, PAS mengambil pendekatan memenuhi kerangka Perlembagaan dalam berpolitik bagi mendaulatkan Islam. 
Katanya, PAS keningau sudah berada pada landasan yang terbaik dan terus bergerak kehadapan di mana terbaharu berjaya mendaftarkan sayap kirinya, Dewan Muslimat PAS Keningau.-HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018 








































KPJ 2.0 tingkat ilmu urus jenazah penduduk Tg Aru

PUTATAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah 2.0 (KPJ 2.0) yang diadakan di Taman Sempelang, di sini semalam.
Program dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Putatan itu adalah lanjutan dari kursus asas Oktober lalu di Sembulan.
Tenaga pengajar, Ustaz Awaluddin Nasutiyan menerapkan kepada peserta teknikal dan praktikal mengkafankan jenazah disertai penjelasan yang berkaitan.
Tegasnya, mengurus jenazah adalah fardu kifayah, namun menuntut ilmu mengenainya adalah fardu ain dan wajib dipelajari setiap Muslim.
Beliau turut menekankan betapa anak atau waris terdekat si mati adalah pihak paling afdal menyempurnakan perjalanan terakhir insan berpindah dari alam dunia.
Majlis penutup telah dirasmikan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin yang dalam ucapannya menyentuh hadis tiga bekalan anak Adam.
Jelasnya, ilmu bermanfaat disampaikan, doa anak soleh dan sedekah jariah merupakan peninggalan insan yang kekal biarpun setelah meninggalkan alam dunia. -HARAKAHDAILY 5/3/2018
















































































Sumber HD - 5-3-2018

Mangsa kebakaran Batu 14 dapat perhatian PAS Tawau

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah mengadakan ziarah dan serahan sumbangan kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Batu 14, di sini semalam.
Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur serta barangan bayi itu sebagai meringankan beban ditanggung mangsa itu disampaikan Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain.
Sumbangan diserahkan sendiri beliau untuk keluarga Suci Hawati Sakka dan Ratna Bedu yang diterima wakil keluarga masing-masing.
Mohamad ketika bertemu keluarga mangsa sempat menitipkan nasihat agar tabah menghadapi ujian tersebut dan meyakini disebalik kesulitan, Allah akan gantikan kemudahan.
Dalam kejadian sekitar jam 10:30 pagi itu, kedua-dua rumah terbakar itu musnah sama sekali, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku. -HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD - 28-2-2018 










































Futsal dan bola jaring PAS Sepanggar meriah

SEPANGGAR: Sukan Piala Yang DiPertua (YDP) PAS Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Kawasan Sepanggar mendapat sambutan memberangsangkan pada kejohanan dilangsungkan di Borneo Sports Arena (BSA), Kolombong, di sini kelmarin.

Kejohanan disertai oleh 33 pasukan futsal dan bola jaring ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat sekitar Sepanggar. 
PAS Sepanggar mengambil peluang ini untuk mendidik masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat hari ini. 
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dalam ucapan perasmiannya menyatakan sukan adalah ibadah jika mengikuti syariat Islam yang telah ditetapkan. 
Beliau juga berharap agar kejohanan yang banyak memberikan manfaat ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. 
Kejohanan sukan ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin. 
Johan bagi kategori futsal Piala YDP PAS Sepanggar dirangkul Yep FT, manakala Naib Johan pula dimenangi Karambunai FT dan tempat ketiga jatuh kepada Street 5 FT. 
Bagi futsal Piala JIBG PASTI Sepanggar pula, johan dimenangi oleh PASTI Al-Fateh, Taman Salut Perdana; Naib Johan PASTI Al-Amal, Likas dan tempat ketiga jatuh kepada PASTI Al-Amin, Kingfisher. 
Bagi kategori bola jaring Piala JIBG PASTI Sepanggar, Johan disandang oleh PASTI As-Solihin, Taman Puterajaya; Naib Johan diraih oleh PASTI Al-Khalifah Kids, Putera Perdana dan tempat ketiga jatuh kepada PASTI An-Najah, Taman Kuala Menggatal. 
Turut hadir adalah YDP PAS Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan; Pengerusi DACS Negeri Sabah, Yusrizal Anuar dan Pengerusi PASTI Sepanggar, Azman Talib. -HARAKAHDAILY 27/2/2018




















































































Sumber HD - 27-2-2018






















































































Guru PASTI sebagai petugas menangkan Islam

SANDAKAN: Guru PASTI perlu mengambil bahagian dalam gerak kerja pilihan raya, sekali gus membantu PAS memenangkan Islam dalam negara.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, guru PASTI adalah antara benteng hadapan jentera parti yang akan berhadapan dengan mad'u PAS dalam pilihan raya.
Justeru menurutnya, sudah menjadi kewajipan bagi guru PASTI untuk melengkapkan diri dengan ilmu pilihan raya bagi digunakan semasa bertugas bertemu pengundi.
Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Tamrin dan Ijtimak Pilihan Raya Guru PASTI Zon Sandakan yang diadakan dekat sini kelmarin
Jelasnya, program tersebut merupakan sebahagian daripada jalan perjuangan yang disebutkan Allah kerana perlu mengorbankan masa dan harta untuk menerima kefahaman Islam, sekali gus menterjemahkannya kepada mad'u.
"Islam dan politik tidak boleh dipisahkan kerana jika ia terjadi akan hancurlah ahli politik.
"Mereka (ahli politik) tidak akan mempedulikan dosa dan pahala ketika menggalas amanah sebagai wakil rakyat (jika memisahkan agama dan politik)," tegasnya
Sahar juga berbangga dan berharap agar guru PASTI yang hadir dalam program tersebut terus istiqamah memperjuangkan dan mendaulatkan Islam di bumi Sandakan khususnya dan Sabah amnya.
Beliau turut mengingatkan semua guru PASTI agar melaksanakan amanah untuk memperjuangkan Islam melalui wadah PAS dalam pilihan raya nanti. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD - 27-2-2018 












































Rehlah Dhuha pasak istiqamah Muslimat Putatan

PUTATAN: Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah mengadakan Rehlah Dhuha yang dilangsungkan di Tanjung Aru, di sini kelmarin dahulu.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan jentera Muslimat dengan berjamaah bermunajat kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menghadapi PRU14.
Taujihat telah disampaikan oleh Setiausaha Muslimat PAS Putatan, Laila Sufiah S Ali yang mengingatkan jentera Muslimat terhadap pengukuhan amalan-amalan perlu dirutinkan.
Usaha itu ujarnya, sebagai merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T dalam meraih juga pertolongan dan keredaan dari-Nya.
Sehubungan itu serunya, amalan zikir, doa, selawat, qiyamullail dan selainnya perlu dirutinkan sebaiknya sebagaimana dilakukan Rasulullah S.A.W.
Majlis sederhana yang dihiasi alunan salawat tafrijiyah itu dilihat mengikat semangat ukhuwah dan juang Muslimat PAS Putatan. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD- 27-2-2018 

Guru PASTI bakal jadi tenaga penting PRU14

SANDAKAN: PASTI Zon Sandakan yang telah mengadakan Tamrin dan Ijtimak Pilihan Raya  bertempat di PASTI Zaid Harithah, dekat sini sejak Jumaat lalu dan berakhir kelmarin.
Program tarbiyah melibatkan para guru PASTI merangkumi Kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid. 
Program yang turut dihadiri Timbalan Pengarah PASTI Sabah, Heryanto Ladatih itu bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada Guru PASTI berkenaan gerak kerja yang perlu dilakukan sewaktu pilihan raya nanti. 
Selain itu, ia juga bagi memantapkan tarbiyah ruhiyah para guru yang berhadapan dengan banyak ujian dan kerenah dalam mendidik murid-murid PASTI.
Sepanjang program ini, peserta telah melalui sembilan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh pimpinan-pimpinan PAS di kawasan ini.
Disamping itu turut diadakan ialah latihan dalam kumpulan sebagai praktikal untuk menguji kefahaman peserta terhadap kertas kerja yang disampaikan. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD -27-2-2018 














































Muslimat Putatan bakal pasarkan 'Cream Puff'

PUTATAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah menganjurkan Kelas 'Cream Puff' Bersama Cikgu Ain Soal Hati yang dilangsungkan di Markas Induk PAS Putatan, di sini semalam. 
Program kerjasama Ameerah dan Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Putatan itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Muslimat PAS Putatan, Nur Badriah Mappiasse. 
Selain kelas 'cream puff' dikendalikan chef jemputan, Nurul 'Ain Kamaludin itu, peserta turut didedahkan dengan slot pengurusan kewangan oleh Perunding Kewangan, Siti Mariam Morshidi serta tayangan video. 
Penganjuran kelas tersebut juga merupakan siri menambah ilmu peserta berkenaan masakan atau produk berkaitan dalam usaha membantu golongan wanita atau suri rumah menambah pendapatan mereka. 
Ia juga berhasrat membantu melahirkan wanita berdaya saing dalam bidang perniagaan yang sekali gus mencapai inisiatif Muslimat PAS Putatan menjayakan usaha "1 Kampung 1 Produk". - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 






























































































Ziarah Mahabah MOSWA PAS Kalabakan

KALABAKAN: PAS Kawasan Kalabakan telah mengadakan ziarah mahabbah kepada golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, wanita dan armalah (MOSWA) di Kampung Bukit Kukusan, di sini semalam.
Antara diziarahi adalah ibu tunggal bersama empat anaknya yang tinggal menyewa di rumah kecil di bawah rumah lain, tetapi dikenakan sewa tinggi sedangkan hanya punya satu bilik.
Turut dilawati ialah warga emas uzur di mana turut mempunyai cucu OKU, serta pemuda OKU bersama anggota keluarganya yang ramai namun istiqamah ke masjid berdekatan menunaikan kewajipan Muslim.
Rombongan juga singgah di rumah pesakit lumpuh kaum Tionghua yang dimaklumkan sentiasa berulang alik ke hospital dibantu isterinya.
Ziarah rutin PAS Kalabakan itu pada siri ini dipimpin Ketua Urusan Ulamaknya, Ustaz Roslan Ramli. - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 
















































Beri perhatian sewajarnya pandangan anak muda

SAYA sekali lagi berpeluang melakukan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Pesawat yang dijadualkan berlepas pada jam 11.05 malam telah ditunda sehingga jam 11.50 malam. Perjalanan untuk menghadiri Liqa' Fikri PAS Pusat yang dijadualkan pada jam 8.30 pagi 24 Februari dilakukan bersama rombongan ahli Dewan Harian PAS Sabah yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Allah mentakdirkan rombongan kami menaiki pesawat bersama-sama kumpulan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pada sebelah siangnya mengadakan program di Kota Kinabalu. Penulis dan Bendahari PAS Sabah menempati kerusi betul-betul di belakang Presiden PKR tersebut.

Kerusi di sebelah kiri penulis diduduki oleh seorang pelajar universiti yang belajar di salah sebuah universiti di Semenanjung berasal dari Kota Marudu. Pelajar tahun pertama jurusan IT ini sempat memberikan pandangannya sebagai seorang pelajar dan anak muda berhubung suasana politik di Sabah. Beliau juga sempat meluahkan pandangannya berkenaan kepimpinan dan sikap serta peranan rakyat dalam suasana politik sekarang. Beliau melahirkan kekesalan dengan sikap ahli politik yang telah menang dalam pilihan raya tetapi melompat dari parti yang memenangkannya kepada parti lain dengan mengenepikan amanah dan kepercayaan pengundi mereka.

Kemunculan berbagai parti politik apabila hampir pilihan raya dan pertembungan sesama pembangkang dilihat seolah-olah ada agenda untuk memecahbelahkan kekuatan pembangkang bagi memastikan Barisan Nasional terus berkuasa. Para pemimpin parti ini tidak mahu bertolak-ansur dan saling menyerang sesama sendiri tetapi tidak mengkritik dan menyerang parti kerajaan. Beliau menganggap ahli politik seperti ini sebagai tidak bertanggungjawab dan tiada pendirian yang tegas.

Anak muda yang diberi nama Elton Jaibil ini dilahirkan di Kota Marudu 21 tahun yang lalu daripada keluarga suku Dusun Kimaragang. Beliau juga berpandangan anak muda khususnya para pelajar harus lebih peka dan terbuka dalam memahami suasana dan struktur politik negara dimulai dengan politik di peringkat universiti. Budaya ahli politik turun padang berjumpa rakyat apabila hampir pilihan raya harus dihentikan sebaliknya pemimpin dan wakil rakyat harus berkhidmat, mendampingi rakyat dan turun padang pada bila-bila masa mereka diperlukan.

Begitu juga budaya membeli rakyat dengan mengumum dan meluluskan projek keperluan asas bernilai jutaan ringgit kepada rakyat di kampung-kampung apabila hampir pilihan raya juga merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana projek sebegini tidak akan dapat mencapai matlamat yang sebenar.

Rakyat juga katanya perlu lebih bijak menilai kebolehan dan kesungguhan pemimpin politik. Sikap menjual undi dengan pulangan beberapa ratus ringgit mesti dikikis dan dihentikan bagi menjamin rakyat Sabah akan diwakili oleh mereka yang benar-benar jujur berjuang untuk rakyat.

Anak muda ini merupakan salah seorang dari generasi pewaris masa depan rakyat Sabah. Saya yakin pandangan beliau ini turut dikongsi oleh ramai mereka yang lain. Ahli-ahli politik di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya mesti lebih peka kepada suara hati golongan muda seperti ini. Segala pandangan dan luahan mereka perlu diberikan perhatian yang sewajarnya kerana merekalah yang akan menyambung perjuangan yang akan kita tinggalkan ini.

"Sabah Sejahtera"

ABDUL HISHAM OTHMAN
Ketua Penerangan
PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 

PAS Tawau mahu pemantauan pencegahan kebakaran dilakukan

TAWAU: PAS Kawasan Tawau meminta pihak berwajib mengadakan pemantauan sewajarnya terhadap tahap keselamatan semua bangunan sekolah di daerah itu khususnya dan negeri amnya.
Ia berikutan kejadian kebakaran yang menimpa Sekolah Kebangsaan Sentosa hingga menyebabkan kemusnahan pejabat, bilik guru, pusat sumber, dewan, bilik buku teks dan beberapa kelas Tahap 1.
Malah menurut Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Daud Jalaluddin, usaha pemantauan sama turut perlu dilakukan ke atas premis milik kerajaan, swasta mahupun persendirian agar ia memenuhi spesifikasi standard pencegahan kebakaran.
"Bagi PAS Tawau, kami ucapkan takziah dan turut berdukacita, serta berharap warga sekolah erbabit bersabar dan bertabah atas kejadian. Kami sangat bersimpati, namun syukur tiada kehilangan nyawa. 
"Walaubagaimanapun kejadian ini perlu diambil iktibar," ujarnya turut mengenang kejadian kebakaran Bangunan KWSP Kuala Lumpur minggu lalu.
Difahamkan sekolah berkenaan menumpang bersebelahan blok Sekolah Kebangsaan Batu 4 dan sepatutnya berpindah mulai 5 Mac ke tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota, di sini. -HARAKAHDAILY 24/2/2018


































































































Sumber HD - 24-2018


















































Keningau Lancar dana PAS bertanding di Putatan

KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah melancarkan Tabung Jihad Dana PRU14 dalam satu majlis khas di Pejabat PAS Keningau, One Plaza, di sini kelmarin.
Tabungan tersebut diadakan sebagai persediaan PAS Keningau selaku kawasan bantu mendanai keperluan PAS Kawasan Putatan yang akan bertanding pada PRU dengan sasaran sekurang-kurangnya RM9,000 sebulan.
Perasmian telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Keningau, Abdul Hisham Othman yang dimulai dengan majlis Munajat PRU14 anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Keningau.
Abdul Hisham dalam ucapannya menegaskan peranan PAS yang tidak kecil sebaliknya bertanggungjawab untuk menegakkan agama Allah dengan para petugas menjalankan ussha menyampaikan risalah kebenaran.
Menerusi pelancaran tersebut, Jabatan Pilihan Raya PAS Keningau menyediakan tabung khas untuk ahli-ahli PAS Kawasan itu membuat sumbangan harian sebanyak RM1 ke arah mendukung usaha tersebut.
Sebagai simbolik pelancaran, Abdul Hisham telah menyerahkan tabung tersebut kepada Bendahari PAS Negeri Sabah, Abu Ahmad sebagai komitmen PAS Keningau menjayakan hasrat PAS bertanding di Parlimen Putatan dan Dun Tanjung Aru.
Pendukung PAS yang berhasrat untuk turut sams menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Islamic PAS Kawasan Keningau 5600 9000 1060. -HARAKAHDAILY 24/2/2018
Sumber HD - 24-2-2018 



















































Ziarah kebajikan MOSWA jadi rutin PAS Putatan

PUTATAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Putatan terus giat menyantuni golongan miskin, orang kurang upaya, sakit, wanita dan armalah (MOSWA). 
Sehubungan itu, ziarah rutin kepada golongan tersebut telah diadakan dengan turut oleh Jabatan Amal Malaysia Putatan dan Team MusMedik di Kampung Tanjung Aru Tengah, di sini kelmarin. 
Menerusi kunjungan itu, sumbangan berupa barangan keperluan asas dapur disampaikan, selain pemeriksaan kesihatan turut diberikan kepada golongan tersebut. 
Pada kunjungan tersebut, PAS Putatan menemui tiga keluarga yakni Serinam Dualis, Marinah Junit dan Nurdiana Darin yang anak mereka tidak bersekolah ekoran pendapatan harian tidak tetap. 
Secara umum juga PAS Putatan mendapati, tahap keciciran pendidikan dalam kalangan keluarga susah di penempatan tersebut amat membimbangkan di mana keadaan ini dikhuatiri menyebabkan mereka kekal dengan sosioekonomi sedia ada dan tidak berkembang. 
Selain itu, rombongan turut memberi perhatian keadaan warga emas, Dayang Hafsah Hasan yang pemeriksaan ke atasnya mendapati tahap kesihatan amat tidak memuaskan.
"Nenek tersebut tinggal berseorangan dan terpaksa mengurus diri sendiri sewaktu anaknya bekerja. 
"Terima kasih atas kunjungan dan keprihatinan daripada pihak PAS. Wakil rakyat sini tidak peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat," adu penduduk. -HARAKAHDAILY 21/2/2018






































































































Sumber HD - 21-2-2018




















































Ziarah PAS Libaran jaga kebajikan asnaf

LIBARAN: PAS Kawasan Libaran meneruskan program bulanan ziarah kebajikan kepada golongan asnaf apabila mengunjungi Kampung Biarawa, Sandakan, di sini kelmarin.
Lawatan kali ini dipimpin Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin bersama anggota rombongan lain untuk menyantuni dan mengambil maklum perkembangan hal ehwal asnaf.
Antara dikunjungi adalah mualaf, Fazilah Gulilao Abdullah yang tinggal bersama tiga lagi ahli keluarganya mendiami rumah pusaka usang di kampung itu.
Beliau yang baru setahun memeluk Islam, hidup teruji oleh keuzuran diri disebabkan sering mengalami sakit kaki hingga sukar menguruskan bantuan kebajikan dari mana-mana pihak.
Berikutan itu, PAS Libaran akan cuba membantu Faizah sedaya upaya termampu bagi meringankan bebannya dan pada ziarah itu menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur. -HARAKAHDAILY 20/2/2018








































































































Sumber HD - 20-2-2018





















































Pasak tarbiyah agar mampu hadapi cabaran massa

SANDAKAN: Tarbiyah merupakan tunjang utama bagi Pemuda PAS hari ini ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran massa, demikian ditegaskan Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustaqeem. 
Menurutnya, Pemuda PAS perlu memperkasakan tarbiyah seperti usrah, tamrin dan seumpamanya kerana ia adalah kekuatan teras sebagai sebuah jemaah Islam. 
Masru mengutarakan perkara tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan Kali Ke-16 di Pejabat PAS Sandakan, sini kelmarin. 
Beliau turut menekan beberapa aspek yang melibatkan tarbiyah terutama akidah dan keyakinan di mana merupakan penyebab Pemuda PAS berani mengambil sebarang risiko dalam perjuangan. 
"Dosa pahala itu sebahagian dari perkara ghaib, jika kita percaya dengan ini akan membolehkan kita istiqamah dengan gerak kerja perjuangan walaupun menghadapi susah payah," jelasnya. 
Masru turut menjelaskan kepada perwakilan dan pemerhati berkenaan keuntungan yang diperolehi selepas Presiden PAS menggagaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
Terangnya, setelah Tuan Guru Presiden membawa BPMS sebagai pendekatan politik semasa PAS, akhirnya ramai yang mendekati PAS serta keahlian PAS semakin bertambah. 
Katanya lagi, di dalam PAS terlalu banyak cabaran dan rintangan dihadapi, justeru sebagai pendokong gerakan Islam perlu ada sifat sabar dalam diri bagi memenangkan Islam. 
"Jika sabar tidak ada dalam diri akan mudahlah kita tersungkur dalam gerakan jemaah ini," ujarnya. -HARAKAHDAILY 20/2/2012










































































































Sumber HD - 20-2-2018













































































































MAT Pemuda PAS Sandakan tekad luaskan dakwah

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-16 yang dilangsungkan di Pejabat PAS Sandakan, di sini kelmarin.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustaqeem yang dalam ucapannya menekankan
kepentingan tarbiyah dan ketaatan kepada pimpinan.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi bersama Exconya telah mengangkat tema "Mara Menuju Cita" untuk direalisasikan sepanjang setahun gerak kerja mereka.
Ramlan berharap, gerak kerja Pemuda PAS Sandakan dapat ditingkatkan untuk tahun seterusnya lebih-lebih lagi dalam suasana menghampiri pilihan raya.
Selain mesyuarat tersebut dijadikan sebagai medan muhasabah terhadap gerak kerja setahun lalu, para perwakilan juga banyak membangkitkan isu dakwah di pedalaman.
Bahkan, Pemuda PAS Sandakan melalui menyuarat ini juga telah memutuskan untuk menjadikan satu lokasi dalam daerah Beluran sebagai kawasan angkat mereka dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.
Hadir sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Setiausaha Pemuda PAS Libaran, Salman Darwis selaku pemerhati. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Sumber HD - 20-2-2018 























































PAS Kalabakan ziarah balu kematian suami

TAWAU: PAS Kawasan Kalabakan telah mengadakan ziarah kebajikan mengunjungi keluarga yang baharu kehilangan ketua rumah di Kampung Kalabakan Pasir Putih, di sini baru-baru ini.
Ziarah tersebut bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang balu, Suhaina Mussi yang kematian suami pada 12 Februari lalu kerana kanser. 
Kini, ibu tunggal itu berseorangan menyara empat anak yang masih kecil di mana salah seorang anak beliau mengalami masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan rapi.
Lebih menguji keluarga itu apabila Suhaina tidak dapat bekerja kerana menjaga anak-anaknya yang masih kecil tersebut.
Program ziarah tersebut diketuai oleh Naib Yang DiPertua PAS Kalabakan, Usman Madeaming bersama isteri beliau dan Naib Ketua Muslimat PAS Kalabakan, Norjannah Jam Jam.
Turut sama wakil Jemaah Ibu Bapa dan Guru PASTI, Nurul Huda Pasir Putih dan Guru PASTI, Norlayla Abdul Rahim. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Sumber HD - 20-2-2018 

Guru PASTI ikrar gerak tenaga untuk PRU14

SEPANGGAR: Penyerahan bendera PAS kepada pihak Majlis Guru PASTI oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menjadi simbolik bahawa seluruh Guru PASTI kini sedia bergiat serta dalam PRU14 nanti.
Penyerahan tersebut merupakan kemuncak kepada Program Tamrin dan Ijtimak Pilihan Raya Guru PASTI Pantai Barat Sabah yang telah berlangsung di Permai D'Valey Ratau, Tobobon, Kota Kinabalu, di sini sejak 15 Februari lalu dan berakhir kelmarin.
Tamrin tersebut antara lain memberi pendedahan berkenaan peranan utama para Guru PASTI selaku pendidik yang mursyidah dan menjadi tauladan akhlak baik kepada anak-anak didik mereka.
Selain mengikuti pembentangan kertas kerja, peserta juga mengikuti praktikal slot pengucapan awam dan bertemu dengan masyarakat setempat dalam usaha membina jatidiri teguh para guru.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu yang turut hadir telah menyampaikan ucapan menyuntik kebangkitan para peserta untuk sama berjuang.
"Guru PASTI tidak perlu rasa rendah diri, fokus pada potensi diri dan kemahiran yang ada untuk menyumbang tenaga kepada parti dalam PRU14 ini. 
"Guru PASTI sebenarnya mampu merancang program-program dakwah, penerangan, ziarah dan kebajikan untuk khususnya ibu bapa PASTI," ujarnya.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan Timbalan Ketua Pengerusi PASTI Sabah, Azman Talib. - HARAKAHDAILY 19/2/2018
Sumber HD - 19-2-2018 

























































MAT PAS terus pacu kebangkitan Islam di Tawau

TAWAU: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Tawau Kali Ke-30 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al Bukhari Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam, di sini semalam.
Mesyuarat bertemakan "Sejahtera Bersama Islam" itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi yang juga Adun Sabak.
Dalam ucapan perasmian itu, beliau telah menegaskan kepentingan amalan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) diterajui PAS untuk menarik lebih ramai orang mengenali dan menyokong parti ini.
Beliau juga telah membaca Amanat Presiden yang menyeru agar ahli memahami Perlembagaan PAS dan mencanai Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 sebagai kesiapsiagaan menghadapi PRU.
Dalam sesi perbahasan MAT, seluruh pembahas menyokong penuh Ucaptama Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain yang menyeru ahli-ahli PAS Tawau agar bersiap sedia menghadapi PRU Ke-14 dengan ilmu dan mengikut perencanaan.
Disamping itu beliau juga mengingatkan agar ahli-ahli PAS Tawau menghadapi setiap cabaran dan kritikan dengan matang dan tenang.
Rentetan wujud sesetengah pengguna media sosial yang menggunakannya sebagai tempat meluah ketidakpuasan hati, maka para perwakilan menyuarakan betapa perlunya ahli PAS menjaga adab dan tidak mengikut rentak musuh.
Mesyuarat juga telah meluluskan sebulat suara usul dari PAS Cawangan Taman Ria agar PAS Tawau meneruskan usaha untuk menubuhkan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) di Tawau.
Sebelum itu, Jabatan Amal dan Ameerah mengadakan perbarisan dan tabik hormat yang dilakukan periksa barisan anggota oleh Sallehen. - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 



























































PASTI Sandakan berukhuwah bersama JIBG

SANDAKAN : PASTI Kawasan Sandakan telah mengadakan Majlis Ukhuwah melibatkan pihak pengurusannya bersama Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) di Dewan Serbaguna SMK Agama Tun Juhar, di sini semalam. 
Majlis ini bertujuan memberikan penerangan berkenaan PASTI, selain merungkai persoalan-persoalan berbangkit, disamping mengeratkan hubungan antara pengurusan dan ibu bapa para pelajar. 
Terdahulu diadakan bacaan surah Yaasiin dan pengisian daripada penceramah jemputan, Ustaz Ajwadi Ahmad mengupas tajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengikut Acuan Islam".
Antara penegasan beliau, perkara utama apabila mendidik anak ialah sentiasa memberikan kasih sayang dan didikan agama secukupnya, selain ibu bapa juga adalah pemberi tauladan penting kepada anak-anak. 
Sementara Pengerusi PASTI Sandakan, Heryanto Ladatih turut menyampaikan pembentangan bertajuk "Peranan JIBG Dalam Membangunkan PASTI".
"Selain menerapkan ilmu fardhu ain, agenda 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal akan terus disuburkan dalam pengajaran dan pembelajaran," ujarnya mengemuka fokus PASTI. - HARAKAHDAILY 18/2/2018




















































































































Sumber HD - 18-2-2018






















































































































Keterbukaan kaum Tionghua bukti PAS tidak ditolak

PUTATAN: Penerimaan baik masyarakat Cina terhadap usaha-usaha PAS telah menafikan persepsi di media sosial kononnya kaum Tionghua pesimis terhadap parti Islam itu.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin berkata, masyarakat Cina menilai dan semakin terbuka terhadap PAS disebalik pelbagai momokan buruk yang dihadapkan kepada PAS.
Beliau ditemui ketika program edaran buah limau PAS Kawasan Putatan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di Tanjung Aru, di sini semalam.
Katanya, usaha menyantuni masyarakat Cina merupakan budaya baik yang dapat memupuk keharmonian dan merapatkan hubungan termasuk kepada masyarakat majmuk pelbagai kaum negara ini.
Edaran yang juga bertujuan memasyarakatkan PAS itu turut diperluaskan kepada kaum Tionghua yang ditemui di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 





























































PAS Putatan giatkan perlaksanaan PINTAR

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan menggiatkan lagi usaha membantu penduduk melalui Projek Infrastruktur PAS Dun Tanjong Aru (PINTAR) yang dilaksanakan di Kampung Tanjong Aru Baru, di sini kelmarin.
Pada PINTAR 2.0 itu, pemberian berupa zink atap dan papan lantai telah disumbangkan untuk membaiki kerosakan rumah dialami penduduk agar kediamannya lebih selesa.
Penyerahan langsung itu disampaikan sendiri Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin diiringi pimpinan Dewan Pemuda PAS Putatan.
PINTAR merupakan inisiatif untuk membantu penduduk menerusi penyediaan atau penambahbaikan kualiti infrastruktur keluarga atau komuniti yang diabaikan pihak berwajib.
Usaha itu digerakkan demi kesejahteraan awam dan mengurangkan kesulitan rutin harian kehidupan penduduk setelah permohonan kepada pihak berkenaan tidak diberi perhatian.
Sehubungan itu, sokongan pelbagai pihak untuk menjayakan pelan murni PINTAR ini dialu-alukan menerusi sumbangan ke akaun Bank Islam 1001 6010 0780 48 PAS Kawasan Putatan dengan kod rujukan 'Dana PINTAR'.
Sebarang maklumat transaksi atau perbincangan dan pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada Maslan di talian 019-530 6407. -HARAKAHDAILY 15/2/2018
Sumber HD - 15-2-2018 


























































































































Sembulan, Petagas perlukan tanah perkuburan

PUTATAN: Pemuda PAS Negeri Sabah memohon pihak berwajib untuk memberi perhatian dan segera menyelesaikan keperluan tanah perkuburan Islam yang lebih luas khususnya di Sembulan dan Petagas di sini.
Hasil tinjauan yang dilakukan Pemuda PAS Sabah mendapati, tanah perkuburan sedia ada di Taman Sempelang, Sembulan dan Masjid Al-Hilal, Kampung Contoh, Petagas sudah semakin sempit.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin sendiri turun bersama pihak PAS Kawasan Putatan di Perinting, Kepayan dan Kampung Petagas, di sini semalam. 
Menurutnya, beliau telah mendapat reaksi langsung dari penduduk tempatan yang mahukan tapak perkuburan sedia ada diperluaskan atau membuka kawasan baharu bagi keperluan umat Islam.
Sehubungan itu pintanya, solusi terbaik permasalahan tersebut diharap dapat segera ditangani, seterusnya urusan fardu kifayah penduduk akan terlaksana dengan baik. -HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018 






























































Sabah bakal bertukar kerajaan?

SEPANGGAR: PAS Negeri Sabah tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan pemerintah Kerajaan Negeri Sabah dari PRU14 nanti, demikian pandangan diungkapkan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling. 
Menurutnya, berdasarkan angin perubahan dan kecenderungan semasa rakyat serta 'pengalaman' politik dizahirkan penduduk negeri di Bawah Bayu itu, pertukaran sekali lagi teraju adalah tidak mustahil. 
"Sabah 'berpengalaman' dalam pertukaran kerajaan. Bermula dengan Usno, (kemudian) Berjaya, (kemudian lagi) PBS dan kemudiannya Umno. 
"Jadi, tidak mustahil untuk kita (rakyat Sabah) tukar kerajaan lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti," ujarnya. 
Perkara itu diungkapkannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelapan PAS Kawasan Sepanggar di Pejabat Badan Perhubungan PAS Sabah, di sini. 
Aminuddin turut melahirkan optimistiknya bahawa PAS Sabah mampu mencapai kemenangan melahirkan anak sulung ke Dun Sabah pada PRU14 itu nanti. 
Beliau menyeru ahli-ahli PAS menggiatkan kerja dakwah dan siyasah berterusan kepada masyarakat disamping tidak mengkesampingkan pentarbiyahan diri. 
Manakala Yang DiPertua PAS Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan dalam ucapan penangguhannya mengingatkan ahli agar bersiap sedia menghadapi PRU14 tidak lama lagi dengan sumbangan fikiran dan kerja meraih sokongan undi. 
"Siyasah merupakan jihad tertinggi di Malaysia, Kita tidak perlu turun angkat senjata dan berperang. Kita cuma perlu ajak orang sokong PAS. Namun kerja ini perlu dilaksanakan dengan kerjasama dan muafakat seluruh ahli," serunya. - HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD - 13-2-2018 

PAS Libaran bantu penduduk terputus bekalan air

LIBARAN: PAS Kawasan Libaran telah menghantar dua tangki air secara percuma kepada penduduk yang terputus bekalan sejak 10 hari lalu di Kampung Tinosa 2 dan Taman Aman Jaya, Sandakan, di sini kelmarin. 
Sumbangan makanan juga disediakan kepada pihak kontraktor yang gigih membaik pulih paip tersumbat di mana menjadi punca utama kepada masalah tersebut. 
Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin berkata, ekoran masalah tersebut, kira-kira 4,000 penduduk dari dua kawasan itu terjejas kehidupan harian mereka dan terpaksa mengambil air di kawasan lain. 
Beliau turut menyeru agar penduduk bersabar dan bersama memberi sokongan kepada Jabatan Air Sandakan yang telah berusaha sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah tersebut. 
Sementara itu rata-rata penduduk yang menerima sumbangan bekalan air dari inisitif PAS Libaran itu melahirkan rasa syukur kerana bebanan dihadapi mereka telah dikurangkan dengan pemberian tersebut.-HARAKAHDAILY 13/2/2018






























































































































Sumber HD - 13-2-2018
































































































































Menonjol peranan Muslimat di tengah masyarakat

PUTATAN: Sampai masanya Muslimat PAS tampil menonjolkan profesionalisme gerak kerjanya dan tidak semata-mata di balik tabir perjuangan, demikian seru Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu. 
Menurutnya, ikon dalam kalangan Muslimat PAS perlu diketengahkan dan membina imej berpengaruh menerusi peranan dakwah dan siyasah di tengah masyarakat. 
"Ini sangat penting bagi meningkat hubungan dengan masyarakat, sekali gus bukti bahawa PAS sangat menghargai peranan Muslimat dan menunjukkan keterbukaan PAS," ujarnya. 
Beliau melontarkan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan Kali Ke-16, di sini kelmarin. 
Menyentuh mengenai persiapan PRU14, beliau mahu Muslimat aktif menyumbang tenaga semampunya di posisi masing-masing, selain meningkatkan munajat memohon bantuan Allah. 
Tegasnya, amalan qiyamullail, bacaan al-Quran, zikir Asma ul-Husna dan salawat Tafrijiyah yang dilaksanakan Muslimat PAS Putatan adalah usaha sangat baik dan mesti istiqamah. 
Beliau juga berpesan supaya memanfaatkan kemahiran menulis untuk meluaskan pemahaman awam di media sosial serta mempromosikan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051. 
Nasihatnya, semua bahan tersebut perlu disebarkan dengan pendekatan menerang agenda serta kekuatan sendiri dan bukannya menyerang kelemahan pihak lawan.-HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD - 13-2-2018

































































Ameerah Batu Sapi anjur 'Tutorial Make-up'.

SANDAKAN : Amerah Kawasan Batu Sapi buat julung kalinya menganjurkan program Tutorial Make-up bertempat di PASTI Sa'ad Abi Waqqas, Taman Po Hing, di sini 10 Februari lalu. 
Program bertemakan "Beautiful in You" ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para muslimah mengenai tatacara berhias dalam Islam mengikut garis panduan yang diharuskan. 
Pengarah Ameerah Negeri Sabah, Laila Ismail menjelaskan, setiap wanita ingin kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami, namun syariat mengajarkan panduan yang diharusnya agar para muslimah tetap bersederhana dalam berhias. 
"Sebagai muslimah, kita wajib untuk mencari ilmu mengenai cara-cara berhias dalam Islam agar tidak tergolong dalam kalangan kaum yang tabarruj (berlebihan dalam berhias)," katanya lagi. 
Beliau berasa sangat teruja apabila sempat menjadi model dalam aktiviti yang dilakukan.
Para peserta yang hadir juga tidak ketinggalan mempraktikkan ilmu diajar, malahan mereka berbesar hati jika program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.-HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD- 13-2-2018 

Muslimat PAS mesti jadi ikon dalam masyarakatnya

SEPANGGAR: Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu menyeru penonjolan ikon-ikon Muslimat untuk memberikan satu keyakinan dan pengaruh khususnya kepada pengundi-pengundi wanita muda di Sabah. 
Jelasnya, menerusi cara demikian dapat menarik mereka untuk menyokong dan mengundi PAS kelak. 
Katanya, keseluruhan petugas Muslimat PAS di negeri Sabah adalah dalam kalangan muslimat muda berumur 40 tahun ke bawah dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. 
Petugas-petugas ini menurutnya, subur dengan idea-idea segar, tenaga yang kuat dan akses kepada maklumat dengan mudah dan cepat. 
"Secara tidak langsung, dengan adanya ikon-ikon muslimat ini, ia dapat mencantas pandangan masyarakat kepada muslimat PAS yang dikatakan kurang memberikan fungsi kepada jentera parti. 
“Sudah tiba masanya untuk Muslimat menonjolkan diri. Cukuplah dengan stigma ‘belakang tabir’ yang sudah menjadi kebiasaan buat Muslimat PAS.

"Muslimat perlu diberi peluang untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat dan dasar PAS. 
"Jangan hanya sekadar memberikan tugasan pendaftaran, penerbitan dan menguruskan makanan kepada Muslimat,” tegas beliau. 
Perkara itu dilontarkannya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar Kali Ke-6 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, di sini petang kelmarin. 
Beliau menambah, bagi merealisasikan harapan tersebut, sebuah pasukan perlu diwujudkan untuk pembinaan imej dan keyakinan diri, selain pimpinan-pimpinan PAS kawasan perlu memberikan sokongan kepada para ikon ini 
Iaitu antaranya terang Norsah, adalah dengan memberikan tugas dan amanah dalam gerak kerja PAS.-HARAKAHDAILY 12/2/2018




































































































































Sumber HD - 122-2-2018



































































PAS Tawau bantu OKU jana pendapatan

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah menganjurkan Bengkel Kraftangan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk membantu mereka menjana pendapatan dari rumah yang diadakan di Dun Balung, di sini semalam. 
Bengkel tersebut adalah khusus untuk golongan OKU yang mempunyai masalah pendengaran dan dianjurkan bersama Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia Cawangan Tawau. 
Dalam bengkel tersebut para peserta diajar cara-cara membuat pelbagai barang kraftangan dari bahan terpakai. 
Mereka juga didedahkan mengenai cara pemasaran hasil kraftangan dengan menggunakan Facebook dan Instagram. 
Bengkel tersebut telah turut dihadiri oleh OKU dari Dun Tanjong Batu dan Dun Merotai.
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tawau, Abdullah Majid Bachk, objektif utama bengkel tersebut diadakan untuk memberi kemahiran kepada OKU agar dapat berdikari serta menjana pendapatan keluarga.-HARAKAHDAILY 12/2/2018
Sumber HD - 12-2-2018 

Kuliah Dhuha PASTI Tawau semakin diterima

TAWAU: Program Kuliah Dhuha PASTI Kawasan Tawau yang dilangsungkan setiap bulan secara serentak di semua PASTI dalam kawasan ini kekal mendapat sambutan memberangsangkan dari ibu bapa pelajar.
Usaha untuk menyemarakkan pemahaman Islam kepada masyarakat di negeri Bawah Bayu khususnya Tawau menerusi wadah PASTI ternyata berjaya dan kian meluas.
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Tawau, Apsah Ahmad berkata, lima PASTI mengadakannya semalam dan sebahagian lagi melaksanakannya hari ini.
Syukurinya, penerimaan dan kehadiran ke majlis itu semakin bertambah dan beliau berharap ilmu disampaikan para asatizah menjadi manfaat kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim.
Katanya juga, usaha tersebut walaupun hanya dilaksanakan secara kecilan menerusi premis PASTI, namun ianya adalah medan menyampaikan Islam yang diharap menyinari nur Allah di negeri itu. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Sumber HD - 11-2-2018 





































































Majlis penerangan PAS Sepanggar dekati masyarakat

SEPANGGAR: PAS Kawasan Sepanggar telah menggerakkan jentera penerangannya dengan mengadakan majlis bacaan Yaasiin, tahlil dan ceramah kelompok di Menggatal, di sini kelmarin.
Program anjuran Lajnah Penerangan PAS Sepanggar itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dengan penduduk setempat dan memaklumatkan mereka dengan perkembangan semasa PAS.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Aminudding Aling dalam ucapannya menyeru masyarakat memilih pemimpin yang membawa agenda Islam pada PRU14 nanti agar Islam dapat diterjemahkan dalam pemerintahan.
Jelasnya, kepimpinan yang tertegak berdasarkan syariat Islam akan memastikan hak Allah menerusi undang-undang-Nya dipersadakan mengatasi segala kekurangan perundangan moral manusia.
Hadir sama menyantuni para penduduk pada majlis itu adalah anggota-anggota Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Sepanggar. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 












































































































































Rakyat kesal tidak dipedulikan wakil rakyat

PUTATAN: Ketidakpedulian wakil rakyat terhadap pelbagai kesulitan dialami penduduk hingga menyukarkan kehidupan harian dan keperluan asasi mereka sememangnya perkara amat dikesali.
Sedangkan, setiap kali pilihan raya atau lima tahun sekali, undi penduduk ditagih serta mereka dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan kebendaan, tetapi wakil rakyat menghilang selepas dari itu.
Ketika sama, penduduk mendapat makluman melalui media kononnya kawasan mereka diluluskan untuk pembinaan infrastruktur tertentu, namun secara hakikat tidak berlaku demikian.
Luahan demikian antara reaksi didapati oleh Ketua Pemuda PAS Kawasam Putatan, Asrul Samat dari rata-rata penduduk Kampung Tanjong Aru Baru, di sini semalam.
Aduan penduduk kepada beliau itu bersama pengakuan dan tekad bahawa mereka mahukan PAS menang mewakili mereka di kawasan tersebut selepas PRU14 kelak.
Asrul mencerap pelbagai suara diaju penduduk ketika menyelia perkembangan baik pulih jambatan di bawah Projek Infrastruktur PAS Dun Tanjong Aru (PINTAR) di sini.
Dewan Pemuda PAS Putatan mengalu-alukan sumbangan ramai bagi pihaknya menjayakan PINTAR dalam usaha cakna terhadap keperluan asas masyarakat yang diabaikan pihak pemerintah.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akan BIMB 1001 6010 0780 48 atas nama PAS Kawasan Putatan dengan rujukan 'Dana PINTAR' dan sebarang pertanyaan hubungi Maslan di talian 019 530 6407. -HARAKAHDAILY 10/2/2018












































































































































Sumber HD - 10-2-2018







































































PASTI Sandakan adakan pemeriksaan gigi

SANDAKAN : PASTI Kawasan Sandakan telah mengadakan pemeriksaan pergigian dengan kerjasama Klinik Pergigian Sandakan kepada pelajar di PASTI Saidina Umar Al-Khattab, Taman Indah Jaya, di sini sejak Selasa dan berakhir kelmarin.
Turut diadakan ialah taklimat penjagaan gigi yang juga dilaksanakan di PASTI Taman Po Hing, Taman Damai, Kampung Tinosa 2, Taman Grandview dan beberapa lagi.
Pengerusi PASTI kawasan Sandakan, Heryanto Ladatih berkata, pemeriksaan gigi ini merupakan salah satu aktiviti tahunan PASTI yang bertujuan untuk memupuk kesedaran pelajar.
Jelasnya, dengan kerjasama pihak klinik, pelajar didedahkan kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan mulut khususnya sejak dari usia muda.
"Fokus aktiviti ini adalah lebih kepada penjagaan gigi pelajar. Mereka diajar teknik membersihkan gigi dengan betul oleh kakitangan Klinik Pergigian Sandakan," terangnya.
Tambahnya lagi, kakitangan Klinik Pergigian Sandakan juga menghargai jemputan pihak PASTI untuk merekamemberi ilmu pergigian, sekali gus membuat pemeriksaan gigi percuma kepada semua pelajar. 
Mereka juga berharap agar PASTI dapat meneruskan aktiviti sebegini bagi mendidik kanak-kanak mengenai penjagaan gigi dengan lebih baik. -HARAKAHDAILY 9/2/2018














































































































































Sumber HD - 9-2-2018

MAT Muslimat Tawau tekan soal istiqamah

TAWAU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-25 dengan jayanya di Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam, di sini semalam. 
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain yang dalam ucapannya menyingkap kisah pengorbanan para Muslimat di awal penubuhan PAS di Tawau. 
Beliau menasihati para Muslimat mencontohi pengorbanan Muslimat generasi peristis yang istiqamah dengan perjuangan dan menyarankan agar menziarahi mereka berikutan sudah lama tidak mengikuti program jemaah. 
Tambah beliau lagi, selari dengan penubuhan Kelab Assabiqun oleh PAS Pusat, maka wajarlah mereka yang telah lama berjuang dalam PAS dan tidak mampu seaktif dulu menjadi ahli Kelab Assabiqun. 
Selain itu , beliau  juga berterima kasih kepada Dewan Muslimat atas usaha giat membantu meningkatkan jualan Harakah dengan menjadi pelanggan tetap. 
Ketua Muslimat PAS Tawau, Mandina Ladale pula menyentuh mengenai "Istiqomah Hingga Kemenangan" yang menjadi tema Mesyuarat Agung tersebut antaranya bahana keciciran. 
Mesyuarat ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Zaiton Ahmad sebagai pemerhati jemputan dan majlis sama turut dilancarkan Jentera Pilihan Raya PRU14 oleh Mohamad. - HARAKAHDAILY 6/2/2018
Sumber HD - 6-2-2018 









































































Ajarkan Aku Solat bimbing kesempurnaan ibadah

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan dengan kerjasama Masjid Sembulan telah mengambil inisitif menganjurkan Ajarkan Aku Solat 1.0 untuk kaum wanita yang dilangsungkan di masjid itu, di sini kelmarin. 
Usaha itu nyata telah mendedahkan peserta kepada solat yang sempurna di mana rata-rata mereka datang dari sekitar Sembulan dan Putatan, malah juga Telipok, Manggatal dan Tuaran. 
Menerusi kursus siri pertama itu, peserta dijelaskan mengenai kepentingan solat dan kewajipannya, asas-asas bersuci dan diikuti praktikal solat. 
Ketua Syukbah Muslimat Masjid Sembulan, Alipah Ambiah berkata, wanita di situ amat memerlukan pendidikan solat kerana ramai lagi belum mengetahui cara yang betul. 
Penganjuran itu mengutama dan merai penyertaan juga dari muallafsebagai tanda sokongan dan motivasi kepada mereka. - HARAKAHDAILY 6/2/2018
Sumber HD - 6-2-2018 




















































































































































PAS Kalabakan edar Harakah di Kg Tg Batu

KALABAKAN: PAS Kawasan Kalabakan telah mengadakan edaran percuma akhbar Harakah kepada penduduk Kampung Tanjung Batu Otentik, Tawau, di sini kelmarin.
Inisiatif edaran lebih 200 naskhah itu telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Tanjung Batu Kali Keenam di lokasi tersebut.
Menerusi edaran tersebut, PAS Kalabakan berkesempatan menyantuni penduduk dan mendekati budaya hidup masyarakat di sini selain mendedah serta memaklumatkan mereka dengan Harakah.
Program tersebut telah dijayakan sendiri oleh Yang DiPertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah; Ketua Urusan Ulamak PAS Kalabakan, Ustaz Roslan Ramli dan beberapa pimpinan PAS Tanjung Batu.
Rata-rata penduduk ditemui turut meluahkan harapan mereka agar pada PRU14 nanti terpilihnya pemimpin yang cakna terhadap hal ehwal rakyat. - HARAKAHDAILY 5/2/2018
Sumber HD - 5-2-2018 











































































Putatan terdesak perlukan balai bomba

JANUARI lalu warga negeri Di Bawah Bayu dikejutkan dengan kebakaran di Kampung Tebongon, Putatan melibatkan empat kediaman dan kematian kanak-kanak berumur tujuh tahun. 
Sejak tahun 2014 sehingga kini, lebih 50 kediaman di sekitar daerah Putatan terlibat dalam kebakaran serta mengorbankan empat mangsa.
Kebanyakan kes kebakaran yang berlaku tidak dapat dikawal dan diselamatkan atas beberapa faktor utama seperti jarak balai bomba jauh, serta akses sempit ke tempat kejadian. 
Sedangkan hanya terdapat dua balai bomba yang terdekat dengan daerah Putatan iaitu Balai Bomba Penampang dan Balai Bomba Sembulan. 
Balai Bomba Penampang berjarak 8.3 kilometer yang mengambil masa 15 minit untuk sampai, manakala Balai Bomba Sembulan berjarak 9.5 kilometer mengambil masa 10 minit, namun bergantung kepada keadaan trafik.
Oleh yang demikian, ketua Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS Kawasan Putatan, Asrul Samat menggesa supaya pembinaan balai bomba di Putatan disegerakan. 
Menurutnya, rancangan sejak tahun 2009 oleh pihak kerajaan masih belum menampakkan tanda, walhal keperluannya semakin mendesak. Kes-kes kebakaran di daerah itu memerlukan kawalan lebih efektif sekali gus mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda.
Beliau menambah, pihak PAS Putatan melalui agensinya seperti Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS serta Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Putatan sering turun ke kawasan yang terlibat dengan kebakaran.
Sekadar termampu, mereka menziarahi mangsa dan menyalurkan sumbangan serta melihat sendiri kesusahan mangsa untuk memulakan kehidupan baharu.
Ditambah mengalami kemusnahan harta benda dan kehilangan ahli keluarga, malah ada juga yang terpaksa tinggal di pusat pemindahan lebih dari 3 tahun. - HARAKAHDAILY 5/2/2018
Sumber HD - 5-2-2018 

Rasuah antara kezaliman paling dahsyat - PAS SABAH

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sabah melahirkan rasa kesal yang teramat sangat atas kes rasuah yang semakin menjadi-jadi dalam pentadbiran negara. 
Kes terbaru  yang sedang disiasat melibatkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) merupakan satu lagi kes melibatkan kemudahan asas rakyat. 
PAS Sabah menyedari bahawa sebahagian masyarakat di luar bandar khususnya perjalanan di antara Beaufort dengan Tenom amat bergantung pada pengangkutan kereta api. 
Sebahagian penduduk di antara dua daerah ini memasarkan hasil pertanian mereka ataupun pergi mendapatkan barangan dan perkhidmatan menggunakan kereta api kerana hanya kereta api sahaja yang melalui kawasan ini. 
Sebab itulah PAS menganggap rasuah sebagai satu kezaliman yang paling besar. Rasuah menyebabkan rakyat terus menderita. 
Dana yang sepatutnya digunakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan dan penyelenggaraan tidak sampai kepada rakyat. Manakala orang-orang tertentu terus menjadi lebih kaya. 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus meningkatkan usaha membasmi rasuah. Ini kerana kita melihat seolah-olah rasuah sudah menjadi darah daging orang-orang tertentu. 
Sebab itu jugalah Islam mengharamkan pemberian dan penerimaan rasuah kerana rasuah boleh merosakkan sistem yang sudah dibangunkan dengan baik. 
Pasti yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa. Mereka ini akan terus menggunakan perkhidmatan setakat yang ada.  
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
5 Februari 2018
HARAKAHDAILY 5/2/2018
























































































































































Sumber HD -5-2-2018













































































Undi PAS untuk bantu menangkan Islam

SEPANGGAR: PAS Kawasan Sepanggar terus menggiatkan agenda penerangannya menerusi majlis bacaan Yaasiin dan tahlil serta ceramah kelompok yang diadakan. 
Majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS Sepanggar bertujuan mengeratkan hubungan bersama masyarakat itu nyata diberikan sambutan memberangsangkan daripada para penduduk Kampung Suang Parai, di sini semalam. 
Yang DiPertua PAS Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan dalam ceramahnya menegaskan betapa PAS adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang berusaha meninggikan Islam menurut al-Quran dan Sunnah. 
Beliau menyeru penduduk membuat pilihan yang ke arah untuk mendahulukan dan mengangkat agama Islam pada pemerintahan hingga agama dapat dijulang dalam kehidupan. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Aminuddin Aling berkata, gerakan PAS sama sekali tidak memisahkan politik dengan dakwah dan menyeru penduduk bersama PAS untuk membuat perubahan.-HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD - 2-2-2018 




























































































































































Islam jaminan PAS selesai masalah rakyat

SANDAKAN: PAS Kawasan Batu Sapi menggiatkan kempen pilihan raya di dalam parlimen itu menerusi siri ceramah kelompok di Kampung Bukit Nenas, di sini kelmarin.
Kehadiran penduduk pada majlis itu memperlihatkan angin perubahan dan kesediaan sokongan padu mereka kepada PAS sebagai harapan membela nasib dan masa depan.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dalam ceramahnya itu menegaskan komitmen PAS untuk sentiasa menjaga kepentingan rakyat. 
Beliau menyentuh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sangat membebankan melibatkan semua rakyat dari dalam kandungan hingga ke liang lahad.
Hakikatnya ujar beliau, biarpun telah lama BN memerintah, namun rakyat tetap juga hidup dalam serba kekurangan dan sukar. 
Terdahulu, Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dalam ceramah itu memaklumkan bahawa PAS dibarisi kepimpinan dari kalangan ulama, profesional dan aktivis. 
"Sekiranya PAS memerintah, Islam akan dijadikan dasar negara, disamping membawa penyelesaian terhadap pelbagai masalah negara yang kian membimbangkan," ujar Naib Yang DiPertua PAS Batu Sapi itu. 
Turut berucap adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sandakan, Ramlan Rahimin yang mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya adalah soal masa depan di mana perlu membuat keputusan bijak mengenainya.-HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD- 30-1-2018 















































































Kuah rojak untuk suri rumah jana pendapatan

SANDAKAN: Urusan Hal Ehwal Wanita (Halwa) PAS Kawasan Batu Sapi telah menganjurkan kelas membuat kuah rojak yang diadakan di Kampung Tabah Baru, di sini semalam.
Inisiatif program tersebut diadakan bertujuan membantu para suri rumah dari kampung tersebut untuk menjana pendapatan keluarga mereka.
Para peserta diberi pendedahan oleh Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Rembau, Rusilah Md Som yang berpengalaman dengan resepi kuah rojak tradisi Negeri Sembilan.
Menurut Ketua Muslimat PAS Kawasan Sandakan, Norfaezah Junaidi, kemahiran yang diterapkan itu bertujuan supaya para suri rumah itu dapat menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Maklum beliau, pihak Muslimat PAS juga akan menggerakkan lebih banyak usaha sedemikian bagi membantu golongan wanita terutama kelas berkaitan masakan dan bakat. - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD - 27-1-2018 

Bantu mangsa pasca banjir dalam kemungkinan banjir

KOTA BELUD: Hujan lebat dan paras air yang naik hingga menyebabkan basah kuyup tidak menghalang rombongan PAS Kawasan Kota Belud meneruskan misi bantuan pasca banjir di Kampung Lingkodon, di sini petang tadi.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kota Belud, Adzmin Awang, pertemuan bersama penduduk di rumah Wahid Giadam dibuat bertujuan menyampaikan sedikit bantuan berikutan mereka diuji dengan musibah banjir sebelum ini.
Turut menyampaikan ucapan dalam kesejukan hujan itu adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Ustaz Awang Laiman Ikin yang menuturkan nasihat agar para penduduk bersabar dan tabah dengan ujian tersebut.
Beliau mengajak seluruh warga kampung itu sentiasa berdoa agar dipelihara Allah dan isu banjir itu dapat ditangani secara sewajarnya oleh pihak berwajib dengan segera.
Ustaz Awang turut menegaskan pentingnya mengadakan perubahan ke arah ķehidupan lebih baik di masa depan dengan lebih terjamin dan sejahtera.
"Kita mestilah bersama membuat perubahan agar kehidupan anak-anak kita pada masa akan datang lebih terjamin dan terbela oleh pemerintah yang lebih prihatin menjaga nasib rakyat," ujar bekas calon Dun N.6 Tempasuk itu.
Pada majlis tersebut, sebanyak 100 kampit beras dan buah tangan diserahkan kepada para penerima yang turut dijayakan dengan bantuan anggota Jabatan Amal Malaysia Kota Belud. - HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD -24-1-2018 

















































































Cakna PAS bersambut permohonan keahlian

KOTA BELUD: Ziarah PAS Kawasan Kota Belud menyantuni warga miskin menjadi detik bersejarah apabila menerima permohonan keahlian PAS dari keluarga yang menetap di Kampung Batu Enam, di sini hari ini.
Terdahulu, keluarga 11 beranak itu meluahkan kekesalan terhadap wakil rakyat BN kawasan itu atas ketidakprihatinannya terhadap nasib penduduk.
"Susah sungguh kita hidup pada hari ini. Kita orang miskin kena GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), anak-anak kecil pun kena GST. Bertahun-tahun kita undi mereka (BN), tapi tiada senang yang kita dapat," luah Juliana Ibrahim, ibu 9 anak itu.
Beliau dan suaminya, Husin Idung turut berkongsi pengalaman pahit apabila rumah mereka dilanda banjir, selain detik cemas sebahagian keluarganya di Kampung Lentigi terputus bekalan makanan.
Dengan nada sebak, beliau melahirkan kenangan terpaksa bergantung kepada air hujan untuk minum setelah terputus jalan hubungan dan bekalan makanan ketika kejadian itu.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Ustaz Awang Laiman Ikin meredakan kepiluan keluarga itu dengan nasihat supaya terus bersabar dan membuat perubahan dengan kuasa undi.
Pada pertemuan singkat itu, sumbangan berupa barangan dapur diserahkan Yang DiPertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling dan Ketua Pemuda PAS Kota Belud, Adzmin Awang. - HARAKAHDAILY 23/1/2018
Sumber HD - 23-1-2018 




































































































































































Ameerah Putatan anjur Fitness Dance 2.0

PUTATAN: Ameerah Kawasan Putatan telah menggiatkan kempen hidup sihat dengan mengadakan program Fitness Dance 2.0 bertempat di Studio Revolucamp, di sini kelmarin.
Disertai 25 peserta dalam kalangan anak muda tempatan, program tersebut juga bertujuan mengeratkan silaturahim dan pendedahan aktiviti riadah dalam suasana terkawal serta menjaga aurat.
Program tersebut menampilkan jurulatih jemputan khas, Suzie Abdullah yang merutinkan para peserta dengan pergerakan-pergerakan anggota badan sebagai satu bentuk latihan sukan persendirian.
Antara rutin-rutin yang diterapkan kepada peserta adalah seperti meningkatkan kadar sistem kardiovaskular, membuatkan anggota badan lebih kuat dan bertenaga, memperoleh rakan baru, lebih seronok dan dapat melepaskan tekanan.
Menerusi program itu juga, Ameerah dapat meluaskan hubungannya dengan anak muda di kawasan itu dan berhasrat mengukuhkannya dengan pelbagai aktiviti bakal diadakan dari masa ke semasa. - HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 



















































































PAS Semporna tembusi kubu kuat BN

SEMPORNA: Wadah perjuangan Islam melalui PAS semakin diterima masyarakat parlimen ini yang dibuktikan dengan dua penubuhan cawangan baharu PAS iaitu di Tanjong Kapor dan Sakong Kecil, di sini semalam.
Dalam perasmian yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling itu, beliau menyifatkan penyertaan bersama PAS menjadikan 'nilai' seseorang semakin tinggi.
"Kita menjadi lebih berharga dari sebelum ini. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk terus mengajak masyarakat bersama-sama memperjuangkan Islam yang syumul.
"PAS Sabah merakamkan tahniah atas penubuhan dua cawangan ini dan harapan saya agar ia merupakan titik tolak untuk PAS Semporna terus melebarkan sayapnya," ujar beliau.
Turut hadir ialah Setiausaha PAS Sabah, Dr Ali Akbar Gulasan dan para pimpinan PAS Sabah serta Yang DiPertua PAS Kawasan Semporna, Mohd Said Abdullah. - HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 

Kerana lubang, tayar pecah, rim bengkok

PUTATAN: Berikutan sistem pembentungan yang sudah lama tidak diselenggara, akhirnya air dari dalam pembentung melimpah keluar, sekaligus mengeluarkan bau busuk. 
Limpahan air dari pembentung yang berada berhampiran kedai runcit Hap Huat, berhadapan dengan dua buah restoran dan pasar Putatan itu mengalir keluar ke jalan raya, lalu bertakung dan lama-kelamaan takungan air tersebut menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan raya yang semakin hari semakin lebar dan dalam. 
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan, Asrul Samat ketika meninjau lokasi berkenaan kelmarin mendapati bahawa perkara tersebut menyebabkan beberapa kesan negatif kepada orang awam dan pengguna jalan raya. 
Bau busuk daripada pembentung tersebut ternyata tidak menyenangkan, lebih-lebih lagi kawasan tersebut berhampiran dengan restoran, manakala kerosakan jalan raya pula mengakibatkan berlakunya kesesakan apabila kenderaan dari arah bertentangan perlu menunggu untuk menggunakan ruang jalanraya yang tidak rosak, bagi mengelakkan daripada kenderaan melanggar lubang yang lebar dan dalam. 
Jika tidak, ia boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan serta tidak mustahil hal tersebut boleh menjadi punca kemalangan jalan raya. 
Demi keselesaan orang awam dan pengguna jalan raya khususnya, pihak PAS Kawasan Putatan telah membuat aduan berkenaan perkara ini untuk diambil tindakan oleh pihak berwajib agar sistem pembentungan dan kerosakan jalanraya tersebut diselenggara dan dibaikpulih. – HARAKAHDAILY 20/1/2018































































































































































































Sumber HD - 20-1-2018





















































































Bot pukat tunda jejas nelayan kecil Labuan

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Labuan menggesa pihak berwajib melakukan pemantauan berkesan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan melanggar undang-undang di perairan negara.
Yang DiPertua PAS Labuan, Hamir Zahari berkata, pihaknya mendapati enam bot pukat tunda sedang menjalankan kegiatan mereka tidak jauh dari Pantai Kampung Layang-layangan, di situ.
Menurutnya, pemantauan sekitar jam 8:30 pagi tadi dibuat berikutan aduan daripada para nelayan tempatan yang telah mengalami situasi kehadiran pukat tunda tersebut sejak seminggu lalu.
"Kami pasti bot-bot pukat tunda tersebut berada kurang 5 batu Nautika daripada pantai kerana jelas nampak dan boleh diambil gambar dengan 'handphone'.
"Para nelayan tempatan mengadu bot-bot tunda tersebut menjalankan aktiviti sekitar laut di Sungai Lada, Sungai Labu, Layang-layangan dan Pohon Batu.
"Jika perkara ini berterusan, mata pencarian nelayan-nelayan kecil yang juga anak jati Labuan akan merosot dan terjejas!" ujar beliau.
PAS Labuan katanya, mendapati bahawa jarak dibenarkan oleh Undang-undang Maritim kepada bot pukat tunda hanya dibenar melakukan kegiatan di kawasan 12 batu Nautika ke atas.
Kesalahan itu disandarkannya kepada tahanan dan tangkapan ke atas bot pukat tunda yang beroperasi kurang daripada 5 dan 6.5 batu Nautika masing-masing di Johor dan Terengganu oleh Maritim Malaysia.  - HARAKAHDAILY 15/1/2018
Sumber HD- 15-1-2018 












































































































































































Awas pancing Umno menjelang PRU

TENOM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman mengingatkan jentera pilihan raya negeri agar berwaspada dengan taktik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Bercakap merasmikan penutup Program Bengkel Pengurusan Penerangan Pilihan Raya dan Kewartawanan Haraki di sini hari ini, beliau berkata, sejak dua pilihan raya umum lalu beliau berdepan dengan pelbagai tawaran dari Umno.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Penerangannya, Abdul Hisham Othman dan pimpinan di peringkat dewan serta kawasan.
Kata beliau, antara tawaran itu termasuk kembali bekerja dengan kerajaan dan menyambung pengajian ke luar negara.
Beliau menolak dua tawaran itu dan kemudiannya pelbagai lagi tawaran kemewahan yang mendampinginya dari pelbagai pihak dalam Umno.
Pada PRU13 pula kata beliau, dalam satu program beliau ditawarkan sebagai senator dengan syarat tidak menentang Umno dalam pilihan raya tersebut.
"Saya bagi tempoh tiga hari. Saya menolak," kata beliau.
Beliau menyeru seluruh anak muda yang hadir ke program hari ini mengambil ibrah dari apa yang dihadapinya sebelum ini.
Kata beliau, pemuda sebagai benteng terakhir dalam memastikan PAS terus fokus dengan perjuangannya.
"Kami akan bekerja untuk parti kami. Pimpinan yang atur kita, kita serahkan kepada pimpinan. Kita akan jalan terus dan tidak akan pandang kiri kanan. Kalau tiga penjuru pun kita akan terus berlawan. Kita teruskan kerja kita," kata beliau lagi.
Sumber HD- 14-1-2018 























































































SESB perlu dikembalikan sepenuhnya kepada Sabah

KERAJAAN negeri perlu bertindak untuk memastikan firma utiliti elektrik ulung di negeri ini, iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjadi hak negeri secara sepenuhnya demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah. Sejak sekian lama, pemilikan terbesar SESB ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan pegangan syer sekitar 80 peratus dan agak pelik hanya sekitar 20 peratus pegangan syer adalah milik kerajaan negeri. 
Walaubagaimanapun, mutu bekalan elektrik masih tidak berada pada tahap yang memuaskan kepada keseluruhan rakyat Sabah. Lebih mengecewakan apabila terdapat dakwa bahawa SESB sedang berhadapan krisis kewangan. Adakah punca kemelut kewangan SESB tidak dapat menjana keuntungan yang banyak disebabkan perjanjian yang dimeterai syarikat itu dengan pihak berkaitan?
Ini amat mencurigakan apabila keadaan tersebut didakwa disebabkan perjanjian antara penjana kuasa bebas (IPP) dan SESB yang dikelolakan sendiri oleh Kerajaan BN sememangnya tidak menguntungkan SESB. Jika demikian, kerajaan negeri perlu kembali menilai dan berusaha untuk menambah pegangan ke atas SESB sekurang-kurangnya 60 peratus pegangan syer dan mencontohi langkah proaktif Kerajaan Negeri Sarawak. 
Sarawak memegang penguasaan firma utiliti Sarawak Energy di negeri itu dalam menjaga kepentingan berkaitan. Kami berpandangan sekiranya SESB sepenuhnya milik kerajaan negeri maka sudah tentu tindakan mengutamakan keuntungan kepada IPP semata-mata berbanding SESB dapat diatasi. Begitu juga hak penjanaan tenaga diberi sepenuhnya kembali kepada SESB sendiri demi membela keutamaan dan keperluan yang seharusnya menjadi hak milik kepada negeri ini.
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Sabah
11 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD - 11-1-2018 

PAS Putatan anjur Program Kembali Ke Sekolah

MENUTUP lembaran tahun 2017, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah di Kanpung Tanjung Aru Baru, semalam. 
Hadir sendiri dalam majlis penyampaian sumbangan, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Sabah, Ustaz Mohamad Kamal Osman, Yang Dipertua PAS Putatan serta AJK PAS Putatan. 
"Ini adalah sumbangan PAS Putatan untuk meringankan bebanan keluarga menyediakan pelbagai barangan keperluan sekolah dan ia juga diharapkan dapat memberi semangat kepada kanak-kanak yang diraikan untuk memulakan sesi baharu persekolahan tidak lama lagi," demikian kata Zulzaim dalam ucapan ringkas. 
Program Kembali Ke Sekolah diadakan saban tahun oleh PAS Putatan. Pada kali ini, seramai 50 kanak-kanak menerima sumbangan barangan persekolahan berupa kasut dan beg sekolah 
Para ibu bapa yang ditemui mengucapkan terima kasih atas keprihatinan PAS Putatan yang tidak putus-putus memberi perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. 
Selain sumbangan barangan keperluan persekolahan, turut dibuka khidmat pemeriksaan kesihatan dan gigi serta menggunting rambut secara percuma. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. 
"Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada semua pihak. PAS terus prihatin terhadap masa depan dan pendidikan anak watan dan berusaha membantu sedaya upaya," ujar Zulzaim. – HARAKAHDAILY 1/1/2018












Sumber HD - 1-1-2018


















































































































































































Pilihlah pemimpin berintegriti dalam PRU-14

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah penuh yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) merupakan satu medan yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang paling berintegriti. 
PAS Sabah berharap rakyat akan menggunakan kuasa memilih mereka sebaiknya pada PRU-14. Sudah sampai masanya tumpuan harus diberikan kepada pemimpin yang paling berintegriti. 
Keadaan politik semasa menunjukkan bahawa ramai pemimpin politik sama ada yang berada dalam kerajaan sekarang, atau yang pernah memegang jawatan, terpalit dengan pelbagai isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Paradigma rakyat mesti berubah. Rakyat mesti menjadi pemilih kelas pertama. Pemikiran rakyat mesti umpama rakyat negara maju. Pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti jangan diberi tempat dalam pentadbiran politik. 
Oleh sebab itulah PAS selalu menekankan soal berpolitik dengan agama. Saya kira ini juga selari dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. 
Rakyat mesti mengangkat martabat mereka sebagai pemilih yang berkesan. Walaupun pilihan raya diadakan setiap lima tahun, tetapi implikasi terhadap sesuatu keputusan akan memberi kesan jangka panjang. 
Inilah juga yang disebutkan oleh PAS dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 51). Akibat daripada pelbagai masalah pentadbiran dan politik yang berlaku, maka PAS menyarankan supaya rakyat berani membuat keputusan dengan memilih wakil rakyat yang bersih, berintegriti dan beramanah. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
28 Disember 2017. - HARAKAHDAILY 28/12/2017
Sumber HD - 28-12-2017 


























































































PAS rayu bantu mangsa kebakaran Kg Sundang Laut

SANDAKAN: PAS Kawasan Batu Sapi melalui Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid merayu orang ramai untuk menyumbangkan keperluan harian kepada mangsa kebakaran Kampung Sundang Laut dekat sini.
Beliau yang ditemui semalam selepas mengagihkan sumbangan kepada mangsa mengajak orang ramai hadir ke lokasi penginapan sementara mangsa dan menyerahkan sendiri sumbangan kepada mereka.
Katanya, sekiranya orang ramai mahu menyerahkannya melalui PAS boleh juga disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Batu Sapi, 1004 3010 0202 12 dan maklumkan sumbangan kepada wakil mereka Salman Darwis, 0109309784. 
Tambahnya, kebanyakan mangsa masih kekurangan bantuan seperti susu bayi, lampin bayi, keperluan sekolah, makanan harian, alatan kebersihan, keperluan wanita dan lain-lain.
"PAS akan meneruskan siri bantuan kepada mangsa secara berkala dan dalam masa terdekat PAS akan sekali lagi memberi bantuan kepada mangsa yang belum menerima sumbangan baru-baru ini.
"Pihak kami juga dimaklumkan oleh mangsa, bantuan harian yang diberikan sebelum ini oleh pihak berwajib akan dihentikan bermula hari ini dan sudah tentu mangsa-mangsa ini lebih memerlukan bantuan dari luar.
"Sekiranya bantuan dihentikan, PAS akan membuka 'Dapur Rakyat' iaitu aktiviti memasak makanan harian untuk mangsa dan diagihkan kepada mereka secara berjadual.
"Semua ini memerlukan dana dan pihak kami merayu orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kewangan bagi melancarkan bantuan yang dirancang," jelasnya. - HARAKAHDAILY 26 /12/2017




















































































































































































Sumber HD - 28-12-2017

PAS Kota Belud bantu 25 kampung dilanda banjir

KOTA BELUD: Gelombang banjir kedua melanda daerah Kota Belud menyaksikan lebih banyak kawasan telah dinaiki air berbanding banjir besar yang telah melanda pada bulan Oktober sebelum ini.
Setakat ini, PAS Kawasan Kota Belud dengan kerjasama Jawatankuasa Bencana PAS Negeri, Khidmat Malaysia Sabah telah menghulurkan bantuan kepada 25 kampung yang terjejas banjir.
Menerusi usaha tersebut, kira-kira 600 keluarga telah dibantu menerusi sumbangan bantuan bencana sejak 12 Disember yang lepas.
Di antara kampung tersebut ialah Kampung Sadok-Sadok, Kampung Donggoi, Kampung Kesapang Batu 5, Kampung Gunding dan beberapa kampung lain yang terjejas banjir.
Sumbangan bantuan berupa barang keperluan seperti air mineral, beras dan barangan dapur bagi menampung mereka yang keputusan bekalan akibat banjir.
Di antara pimpinan PAS yang telah turun menyampaikan sumbangan ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Ag Laiman Ikin dan Ketua Dewan Ulamak PAS merangkap YDP PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling.
Turut serta Ketua Dewan Pemuda PAS merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin; Ketua Dewan Muslimat PAS, Pn Norsah Bongsu dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Belud merangkap Pengarah Bilik Gerakan Misi Banjir Kota Belud, Adzmin Awang.
Kini, kerja-kerja pembersihan pasca banjir giat dilakukan oleh anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah di bawah Dewan Pemuda PAS Sabah terutama di premis awam sekitar Kota Belud seperti surau, masjid, rumah anak yatim dan beberapa lokasi lain yang memerlukan bantuan pembersihan. - HARAKAHDAILY 20/12/2017
Sumber HD- 20-12-2017 





























































































Khatan Nusantara Sabah: 470 kanak-kanak dikhatan

PROGRAM Khatan Nusantara Sabah berjaya dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan PAS Sabah dengan kerjasama PAS Kawasan di Sabah. Ini adalah tahun ke-5 berturut-turut program Khatan Nusantara menjelajah seluruh Sabah pada setiap cuti persekolahan hujung tahun bagi menunaikan tanggungjawab sosial mengkhatankan anak-anak Sabah yang tinggal di kawasan  pedalaman. Program Khatan Nusantara ini dilaksanakan secara percuma untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. 
Bermula dengan satu pasukan dan tiga lokasi pada tahun 2013, pada tahun ini telah meningkat kepada tiga pasukan dan sembilan lokasi di seluruh Sabah. Khatan Nusantara Jelajah Sabah telah memberi khidmat di Kalabakan, Semporna, Kunak, Keningau, Papar, Kudat, Kota Belud, Tuaran dan Putatan. 
Sejumlah 470 orang kanak-kanak telah berjaya dikhatankan oleh seramai 27 orang sukarelawan kesihatan. 4 orang mahasiswa perubatan tahun 1 Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah turut sama menyertai program Khatan Nusantara Sabah kali ini.
Pada hari pertama, seramai 157 orang telah disunat bertempat di Kunak (57 orang), Kudat (56 orang) dan Keningau (44 orang). Hari kedua seramai 127 orang masing-masing di Semporna (51 orang), Papar (23 orang) dan Kota Belud (53 orang). Manakala pada hari terakhir seramai 172 orang berlokasi di Tawau (60 orang), Tuaran (47 orang) dan Putatan (65 orang). 
Peserta tertua pada siri Jelajah Khatan kali ini ialah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 38 tahun. Beliau sangat gembira apabila akhirnya selamat juga dikhatankan. 
Seorang mahasiswa yang terlibat, Irfan Mahidi berasa sangat teruja dengan pengalaman beliau menyertai pasukan sukarelawan Khatan Nusantara kali ini. Pendedahan terhadap aspek-aspek klinikal telah meninggikan lagi semangat beliau untuk menamatkan pengajian sebagai seorang doktor perubatan. 
Lajnah Kebajikan PAS Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh membantu menjayakan program ini. – HARAKAHDAILY 18/12/2017























Somer HD- 18-12-2017


























































































































































































10 rumah dihanyutkan banjir di Keningau
Posted on Monday, December 18 @ 09:10:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37334



KENINGAU: Sekurang-kurangnya 10 rumah di Kampung Pampang runtuh dan dihanyutkan banjir kilat yang melanda daerah ini mulai tengah hari tadi akibat limpahan air dari Sungai Pampang.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jaree Mohamad, tidak ada kemalangan jiwa berlaku kerana semua penghuni bertindak awal berpindah ke kawasan selamat.

Menurut Jaree beberapa buah rumah lagi di Kampung Contoh turut dinaiki banjir sedalam kira-kira setengah meter.

Tinjauan Bernama di Kampung Limbawan kira-kira jam 9.00 malam tadi pula mendapati, laluan utama ke kampung itu ditutup berikutan paras air Sungai Pampang yang semakin meningkat.

Polis trafik juga dilihat berjaga di laluan masuk kampung berkenaan sambil menasihatkan penduduk agar memindahkan kenderaan ke kawasan tinggi di sepanjang jalan menghala bangunan Masjid Pekan Keningau.

Adun Liawan Datuk Sairin Karno yang meninjau kawasan terjejas menasihatkan penduduk berisiko banjir agar berpindah di kawasan selamat.

Sumber TKO - 18-12-2017































































































 Rancang jangka panjang perlu bagi atasi banjir Kota Belud

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah berharap pihak kerajaan dapat menyediakan pelan jangka panjang bagi mengatasi banjir di Kota Belud. 
PAS Sabah mendapati sejak berlakunya gempa bumi 2015, Kota Belud sering dilanda banjir. Oleh itu perlu ada satu kajian mendalam mengenai keadaan ini. 
Berdasarkan kenyataan beberapa orang ahli akademik dan maklumat daripada mangsa banjir, kekerapan banjir yang berlaku ini akibat keadaan sungai yang semakin cetek. Ia berkemungkinan akibat mendapan sedimen dan lumpur disebabkan gempa bumi tersebut. 
PAS Sabah telah turun berjumpa dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah kampung sepanjang banjir kali ini. Kami mendapati dari segi pengurusan pusat-pusat penempatan sementara juga mesti ditambah baik. 
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan surau atau tempat sembahyang bagi mangsa-mangsa yang beragama Islam. Penempatan sementara di beberapa buah sekolah memang terdapat surau. Tetapi penempatan di dewan-dewan tiada kemudahan surau. 
Selain itu kemudahan tandas juga sangat tidak memuaskan. Kemudahan air di tandas-tandas pusat penempatan mestilah mencukupi untuk semua mangsa. Manakala pengagihan makanan pula sangat tidak teratur. Di beberapa buah pusat penempatan yang dilawati didapati berlakunya kelewatan penghantaran makanan dan pengagihan makanan yang tidak sistematik. 
Saya yakin pihak berkuasa sudah mempunyai sistem pengurusan piawai bagi mangsa banjir dan pusat penempatan sementara. Oleh yang demikian PAS Sabah berharap pengendalian mangsa dan pengurusan di pusat penempatan mesti diberi perhatian oleh pihak berkuasa. 
PAS Sabah juga berharap agar semua mangsa banjir terus bersabar dalam menghadapi ujian ini.– HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-122-2017 































































































Khatan rakyat PAS kawasan Keningau meriah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Keningau telah berjaya melaksanakan program Khatan Rakyat yang diadakan di PASTI Al-Falah, Taman MDK, Keningau.
Program Khatan Rakyat mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan. Seramai 50 orang peserta berusia seawal 5 tahun menyertai program tersebut. 
Para peserta mula mendaftar pada pukul 7 pagi diikuti taklimat oleh petugas jawatankuasa pelaksana program. Tazkirah pendek juga disampaikan kepada ibu bapa tentang kewajipan dan keperluan memenuhi tanggungjawab berkhatan di kalangan masyarakat. Program Khatan Rakyat disempurnakan perasmiannya oleh Abdul Hisham Othman, Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau. 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau turut memberi kerjasama dalam menyediakan sebuah jentera bomba untuk upacara menyiram para peserta khatan. 
Seramai 4 orang doktor dan 4 orang pembantu perubatan terlibat menjayakan program Khatan Rakyat yang sudah memasuki tahun kelima ini. Program ini adalah percuma dan rata-rata pesertanya daripada golongan yang kurang berkemampuan. Setiap peserta dibekalkan buku cerita para nabi dan rasul serta diberikan makanan dan minuman sebaik selesai mendaftar. 
"PAS Keningau berharap program seumpama ini dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan seterusnya mengeratkan hubungan ukhuwah di antara PAS Keningau dengan masyarakat tempatan," ujar Abdul Hisham. – HARAKAHDAILY 12/12/2017










































































































































































































Sumber HD - 12-12-2017

PAS Kota Belud gigih beri bantuan pasca banjir 
HARAKAHDAILY  30 November 2017



KOTA BELUD: Sumbangan bantuan pasca banjir PAS Kawasan Kota Belud dibawah kelolaan Jawatankuasa Bencana PAS, Khidmat Malaysia Negeri Sabah giat disalurkan sejak hari pertama musibah banjir besar dihadapi oleh penduduk di daerah itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 17 kampung telah menerima sumbangan bantuan kebajikan berbentuk barang keperluan dapur bagi meringankan beban penduduk setempat.

Bantuan turut disampaikan oleh pimpinan PAS Sabah antaranya Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Ag Laiman Ikin dan Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling.

"Selepas hari kedua puluh operasi bantuan banjir yang lepas, PAS Kota Belud mengambil inisiatif melanjutkan kerja bantuan ke kampung-kampung sekitar daerah berkenaan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan," Ketua Bilik Gerakan Operasi Bantuan Banjir, Adzmin Awang yang juga Ketua Pemuda Kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin merakamkan penghargaan terima kasih kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan dan yang terlibat sepanjang misi operasi bencana  itu.

Khususnya ujar beliau, kepada Jabatan Amal yang melakukan kerja pembersihan dari rumah ke rumah, juga para NGO atas sumbangan, selain PAS Kota Belud sendiri di mana mengerahkan tenaga turun bertemu masyarakat setempat.

Sumbangan kebajikan masih diteruskan sehingga kini dan PAS Kota Belud bersama Khidmat Malaysia Sabah masih memantau keadaan supaya masalah banjir dapat diminimumkan dan diselesaikan untuk kesejahteraan semua penduduk. - HARAKAHDAILY 30/11/2017

Sumber HD- 30-11-2017


































































































Program De' Beauty PAS Putatan dekati golongan wanita

DEWAN Muslimat PAS Kawasan Putatan dengan kerjasama Ameerah Putatan telah menganjurkan Program De' Beauty pada 25 November 2017 lalu . Bertemakan "Cergas, Cerdas, Anggun Bergaya", program ilmiah santai ini berlangsung di Hotel Tabung Haji (TH), Sembulan dengan jumlah kehadiran seramai 60 orang. 
Bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta, pengisian yang disediakan sepanjang program iaitu forum kesihatan dan kecantikan wanita, sesi soal jawab, gerai produk dan pembentangan serta demo kecantikan turut mengujakan para peserta yang hadir.
Rata-rata peserta yang ditemui menyuarakan rasa gembira kerana dapat hadir. Mereka menyatakan bahawa ia adalah satu program yang baik dan seharusnya dipanjangkan tempohnya, supaya sesi perkongsian lebih panjang. 
Program De' Beauty yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan, Puan Nur Badriah ini tamat pada jam 1.00 petang. Ia dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam menyediakan platform untuk mengumpulkan golongan wanita sekitar Parlimen Putatan, di samping menyediakan ruang bagi para peniagawati mempromosikan produk masing-masing, seterusnya memberi kesedaran kepada para wanita akan kepentingan menjaga penampilan dan kesihatan diri. – HARAKAHDAILY 30/11/2017


































































































































































































Sumber HD - 30-11-2017


































































































Adakah Sabah pusat penggubahan wang haram?

PAS Sabah melahirkan kebimbangan atas penemuan wang tunai jutaan ringgit di Sabah. 
Sebelum ini penemuan puluhan juta ringgit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah. Baru-baru ini Jabatan Imigresen pula menemui lebih dari RM13 juta dalam satu operasi yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran dan pemerdagangan manusia.
PAS Sabah melahirkan kebimbangan atas situasi seumpama ini. Adakah Sabah menjadi pusat penggubahan wang haram?
PAS Sabah meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi. Apa pun yang berlaku, sama ada sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia ataupun aktiviti penggubahan wang haram, keduanya tidak sepatutnya berlaku.
Kes-kes seumpama ini memberikan imej yang tidak baik kepada negeri Sabah. Sabah seolah-olah menjadi pusat bagi pelbagai aktiviti yang tidak sihat dalam masyarakat.
Sekiranya benar penemuan lebih RM13 juta baru-baru ini disebabkan oleh aktiviti pelacuran dan pemerdagangan manusia, PAS Sabah meminta pihak berkuasa mengambil tindakan drastik seperti menguatkuasakan undang-undang, menutup semua pusat hiburan, menutup rumah-rumah urut dan sebagainya.
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya
PAS Negeri Sabah
29 November 2017 - HARAKAHDAILY 29/11/2017
Sumber HD - 29-11-2017 


PAS Putatan rai pelajar cemerlang UPSR
Posted on Monday, November 27 @ 08:22:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37009



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan tidak ketinggalan dalam menghargai kecemerlangan pendidikan kawasan setempat. Seramai 6 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sembulan yang meraih pencapaian cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diraikan.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin bersama AJK PAS Putatan telah turun sendiri ke SK Sembulan untuk menyampaikan sijil ucapan tahniah kepada para pelajar.

"PAS Putatan merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah mendidik para pelajar mencapai kecemelangan dalam bidang akademik," ujar Zulzaim.

Pihak SK Sembulan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan PAS Putatan demi memastikan pendidikan di kawasan tersebut berkembang dengan jayanya.

PAS Putatan akan terus memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk memangkin kecemerlangan pendidikan setempat.

AMIRUDDIN MOHD ROSDI
HARAKAHDAILY 26/11/2017


Sumber TKO - 27-11-2017


Jumpa RM13 Juta Ketika Selamatkan mangsa pelacuran
Posted on Sunday, November 26 @ 07:56:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36985


KOTA KINABALU: Niat asal Jabatan Imigresen untuk melakukan serbuan bagi menyelamatkan mangsa pelacuran bertukar kepada penemuan mengejutkan di dua lokasi yang terlibat.


Sejumlah wang bernilai RM13 juta ditemukan pada serbuan tersebut.


Sumber berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai tiga wanita Filipina yang disembunyikan di sebuah hotel di sini dan mahu diselamatkan segera.

Pegawai jabatan itu menjumpai wanita terbabit di spa sebuah hotel dan ketika memeriksa beberapa buah bilik lagi, seramai 17 wanita Filipina lain turut disembunyikan di lokasi tersebut.

Selain tiga ditahan ketika serbuan tersebut dijalankan, Jabatan Imigresen turut menjumpai timbunan wang tunai di bilik berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata, sebanyak RM11.88 juta dijumpai di hotel tersebut dan RM1.17 juta lagi di sebuah apartment di sebelah hotel berkenaan.

"Terdapat wang tunai yang dimasukkan ke dalam sampul surat, beg plastik dan bakinya dibiarkan 'terbuka' memandangkan jumlahnya yang terlampau banyak," kata Mustafar.

Kata beliau, pihaknya akan menyiasat sumber wang tersebut dan tujuan ia digunakan.

Menurutnya, wanita-wanita yang diselamatkan itu terdiri daripada remaja hingga yang berumur 30-an.

Seorang lagi wanita Filipina yang disembunyikan tidak memiliki sebarang dokumen, tetapi tidak terlibat dengan sindiket terbabit.

Mustafar berkata, dua daripada suspek adalah penduduk tempatan manakala yang lain adalah orang Filipina.

Beliau berkata jabatan itu menghantar satu pasukan dari ibu pejabatnya untuk menyelaraskan kes yang digambarkan sebagai "profil tinggi."


Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan 2007.

Sumber TKO - 26-11-2017





































































































Jangan ungkit Islam sebagai agama rasmi Sabah
Posted on Tuesday, November 21 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36906



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah berharap semua pihak tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif berkaitan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.

Merujuk pada Perkara (5A) Perlembagaan Negeri Sabah dengan jelas telah mewartakan bahawa Islam menjadi agama rasmi negeri Sabah.

PAS Sabah melahirkan kebimbangan atas situasi semasa yang dimainkan oleh beberapa parti politik di negeri Sabah sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.

Perkara ini semakin panas selepas pembentangan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia beberapa hari lepas.

PAS Sabah berpendirian bahawa isu agama rasmi ini telah selesai. Jangan ada mana-mana pihak yang menimbulkan semula perkara seumpama ini. Sekiranya isu agama rasmi ini terus dijadikan modal politik, PAS  Sabah penuh yakin ia hanya akan menimbulkan konflik dan perbalahan.

Di samping itu, PAS Sabah  juga meminta kepada kerajaan khususnya kerajaan pusat supaya berlaku adil dengan rakyat Sabah.  Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu perjanjian yang menunjukkan hak sama rata di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jangan ada tanggapan Sabah dan Sarawak umpama anak tiri.

PAS Sabah pernah memberi beberapa pandangan mengenai hak-hak Sabah dalam satu majlis di bawah Jawatankuasa Khas di bawah Datuk Teo Che Kang. PAS mahu supaya jawatankuasa ini memainkan peranan yang sebaiknya dan bukan hanya untuk tujuan politik semata-mata.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
20 November 2017 – HARAKAHDAILY 20/11/2017


Sumber TKO - 21-11-2017






































































































Kayuhan Amal Seri Tahfiz Al-Ilmi Keningau dapat sambutan

BUAT pertama kalinya Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi, Keningau telah mengadakan program Kayuhan Amal bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan bangunan sekolah tersebut. 
Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan penyertaan seramai 300 orang peserta daripada pelbagai kelab basikal seluruh Keningau termasuk dari Labuan, Tawau dan Sandakan. 
Acara kayuhan basikal sejauh 24 km yang bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi telah dilepaskan oleh Ustaz Awang Addi selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi. 
Kesemua peserta yang berjaya menamatkan kayuhan diberikan pingat sebagai tanda penghargaan. Selain itu para peserta juga berpeluang menyertai cabutan tiket bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur. 
Ustaz Awang dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa kesyukuran di atas kejayaan program ini yang bukan sahaja bermatlamat untuk mengumpul dana tetapi turut dapat beriadah dan mengeratkan silaturahim di antara peserta dengan pihak sekolah. 
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya para peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu acara ini berlangsung. 
Penyampaian cendarahati kepada para penaja telah disempurnakan oleh Penasihat Ahli Lembaga Pemegang Amanah sekolah. Antara penaja yang terlibat dalam program ini ialahTritonic, Poweroot, Group Amway Keningau, Kedai Basikal Soon-Soon, Mile One Cycle, Bank Rakyat Keningau, Tupperware Keningau, Takaful Ikhlas dan Geng Borneo Wishers Sabah. 
Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak PDRM, APMM Keningau, 
Yayasan Sabah, Kelab Permotoran ARC Keningau, dan Kelab Motorsikal LCKS. 
Pengarah Kayuhan Amal, Ustaz Syahrul Harith dalam ucapan penutupnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jentera petugas yang bertungkus lumus bekerja demi kejayaan program ini. 
Beliau juga berharap agar kelab-kelab basikal yang terlibat akan terus memberi sokongan dalam penganjuran kayuhan amal pada masa hadapan.
Sumber HD- 19-11-2017 








































































































Siasat projek bekalan air terbengkalai di Pulau Gaya

PROJEK Sistem Retikulasi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Pulau Gaya yang diperuntukkan untuk membekalkan air kepada hampir 2,441 buah rumah sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Ia melibatkan seramai 15,000 penduduk Pulau Gaya yang masih belum menerima perkhidmatan bekalan air sewajarnya. 
Peruntukan sebanyak RM93 juta untuk projek ini sepatutnya sudah lama menyelesaikan masalah bekalan air di pulau tersebut sejak tahun 2013. Namun ianya tidak dipandang serius oleh kerajaan negeri. Sehingga kini, bekalan air hanya disalurkan ke pejabat ESSCOM, sekolah dan Gayana Resort yang rata-ratanya premis kerajaan. 
Penduduk di sana terpaksa membeli air dengan kadar RM7 segelen dan RM50 untuk setangki air. Sedangkan taraf hidup mereka sangat susah, apatah lagi penduduk pulau ini majoriti adalah Muslim. Walhal, Pulau Gaya berada di kawasan yang diwakili BN dalam Parlimen Putatan. 
Bayangkan dalam zaman serba moden hari ini, wajarkah wujud lagi kaedah membeli air secara gelen di pinggir bandar Kota Kinabalu? Tetapi inilah realiti terpaksa ditempuh penduduk Pulau Gaya yang hakikatnya diabaikan dari realiti pembangunan, hatta untuk mendapat kemudahan paling asas.Sekalipun ada tangki biru diletakkan di beberapa buah kampung, namun ianya hanya menjadi 'wayang' semata-mata. Kerana tiada sambungan paip yang dipasang untuk membekalkan air bagi kegunaan harian penduduk kampung yang sepatutnya menjadi keperluan asasi manusia.  
Justeru, kami menggesa agar diadakan satu siasatan terhadap projek terbengkalai BALB Pulau Gaya yang dikira adalah projek berskala besar. Kami sentiasa konsisten untuk membela hak mereka yang tertindas tanpa mengira faktor ras dan agama di negeri ini untuk keadilan semua pihak. 
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
16 November 2017 | 27 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017


Saiz lubang misteri boleh membesar, kata pakar geologi
Posted on Monday, November 13 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36695



KOTA KINABALU, 12 Nov — Saiz lubang misteri yang ditemui penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat dekat sini, semalam boleh merebak menjadi besar.


Pakar geologi dari Universiti Malaysia Sabah berkata keretakan serius boleh berlaku jika kawasan setempat kejadian, padat dengan bangunan dan dilalui kenderaan berat, lapor Kosmo!.

“Fenomena ini memberi ancaman kepada manusia kerana lubang yang terbentuk sukar untuk dipastikan sama ada bersaiz besar atau kecil. Kadang kala daripada lubang kecil ia boleh merebak menjadi besar,” kata profesor Shariff Abd Kadir S Omang.

Beliau tidak menolak kemungkinan pembentukan lubang berdiameter 0.3 meter dan sedalam 3.6 meter itu berpunca dari cahaya, selain faktor geologi atau hakisan bawah tanah.

Lubang itu juga mungkin terjadi disebabkan fenomena lubang benam (sinkhole) yang biasa berlaku pada musim banjir atau selepas hujan, katanya.

Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Tajul Anuar pula berkata lubang benam boleh berlaku di kawasan batuan batu kapur di Batu Caves, Selangor, selain Perak dan Kedah.

Semalam, penduduk kampung John Ukong, 47, mendakwa nampak “cahaya aneh terang menjunam dari langit” kira-kira 2 pagi semalam dan terkejut apabila menemui lubang tersebut. 


Sumber TKO - 14-11-2017

PASTI Semporna perlukan sumbangan pembinaan

Namun, ianya masih memerlukan sokongan dan dokongan banyak pihak ke arah kelangsungannya antaranya usaha PAS menawarkan PASTI sebagai pendidikan pra-sekolah.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Semporna memerlukan sumbangan untuk pembinaan baharu dan pengurusan PASTI Kampung Damai, di sini.
Menurut Yang DiPertua PAS Semporna, Muhamad Said Abdul Mutalib, sebanyak RM10,000 diperlukan untuk kos pembinaan akhir seperti pendawaian elektrik, tandas dan kos pentadbiran.
"Pembinaan bangunan telah 80 peratus siap dan kita telah gunakan RM15,000 untuk bangunan utama.
"Pembinaan PASTI di daerah ini amat penting bagi menggalakkan proses pengislahan dan penyebaran dakwah bukan sahaja kepada pelajar PASTI tapi juga penduduk Semporna," ujarnya.
Maklumnya, PASTI yang akan memulakan operasi tahun hadapan itu boleh dibantu dengan sumbangan menerusi akaun Bank Islam PAS Kawasan Semporna (100 250 1005 7725).
Setiap sumbangan harap dimaklumkan kepaa Bendahari Projek PASTI Kampung Damai, Ustaz Mohamad Afiq Johari di talian 019-717 6771. - HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-11-2017 

Menjaga alam sekitar adalah amanah - PAS Sabah

Di dalam Al-Quran ada disebutkan bahawa segala kerosakan yang berlaku di daratan dan lautan adalah disebabkan tangan (kuasa) manusia.
Mutakhir ini kita melihat pelbagai masalah yang wujud seperti banjir atau runtuhan tanah adalah berpunca daripada penggunaan dan penjagaan alam sekitar yang tidak sempurna.
Dalam prinsip Islam yang dinyatakan dalam Al-Quran, bukit bukau atau tanah-tanah tinggi di muka bumi adalah pasak (tiang seri) bagi bumi. Maknanya bukit bukau adalah sebahagian daripada elemen yang perlu dijaga kerana ianya akan menentukan keseimbangan terhadap ekosistem bumi. Sekiranya bukit bukau ini diubah bentuk atau dibangunkan bermakna ekosistem bumi sudah terganggu. Ini boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk seperti tanah runtuh atau banjir lumpur.
Sebab itulah maka PAS telah meletakkan dalam pelan pembangunan jangka panjang yang digariskan dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051, bahawa pembangunan negara mesti berasaskan prinsip lestari dan mapan.
PAS Sabah sangat berharap agar semua agensi khususnya kerajaan mengamalkan sebaiknya konsep pembangunan mapan (sustainable development). Ini kerana generasi akan datang juga memerlukan sumber alam sekitar untuk kesejahteraan mereka.
Secara prinsipnya, manusia boleh menggunakan alam sekitar tetapi jangan melampaui batas.
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
8 November 2017
Sumber HD - 8-11-2017 















































































































Kursus dedah kendalian jenazah ikut syarak

TAWAU: Persatuan Kebajikan dan Prihatin  Dakwah Sabah (PKPDS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (JHEINS) Cawangan Tawau telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Blok 31, di sini hari ini. 
Kursus tersebut telah mendapat penyertaan daripada 44 peserta terdiri dari 24 muslimin dan 20 muslimat yang merupakan penduduk sekitar kampung tersebut. 
Pengarah Program Siti Arfa Asrisal berkata, kursus pengurusan jenazah itu melibatkan generasi muda, dewasa dan wanita bagi mendedahkan serta memberi ilmu mengenai kepentingan pengurusan jenazah secara lebih terperinci. 
“Kursus ini kali pertama dianjurkan bersama JHEINS dan kami mendapat kerjasama sepenuhnya dari Ahli Jawatan Kuasa Masjid Nurul Hidayah serta penduduk kampung.
" Kursus ini bertujuan agar para peserta mengetahui cara pengurusan jenazah yang betul  mengikut syarak dan meninggalkan perbuatan pengurusan jenazah yang bertentangan dengan syarak. 
“Selain memberi pendedahan, kursus ini juga untuk memberi keinsafan kepada peserta selaku generasi pelapis dalam mempelajari pengurusan jenazah demi memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya. 
Majlis perasmian penutupan dan penyerahan sijil penghargaan kepada Pengerusi Masjid Nurul Hidayah disempurnakan oleh wakil JHEINS Tawau, Ustaz Razali Sani. 
Dalam majlis yang sama turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Persatuan Perubatan Islam Ibnu Sina (PAPISMA) Cawangan Tawau. - HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 

















































































































WINS 2051 terbaik untuk rakyat Sabah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah merasakan bahawa Wawasan Induk Negara Sejahtera(WINS) yang dilancarkan oleh PAS sewaktu Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu 30 September lepas amat sesuai menjadi teras kepada hala tuju pembangunan Malaysia khususnya di Sabah.
WINS mencadangkan satu model pembangunan yang berteraskan prinsip-prinsip Islam yang mempunyai semangat kesejagatan atau melangkaui sempadan kaum dan agama. 
Jika diteliti, pada peringkat awal WINS 2051 menawarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah kronik dalam masyarakat khususnya menyelesaikan masalah keperluan rakyat dan kemudian merancang untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju bersama dengan kemajuan rakyat. 
Dua (2) Dasar teras WINS 2051 adalah Sejahtera dan Berkebajikan. Sejahtera dengan membawa maksud mengamalkan konsep keadilan yang sebenar, toleransi serya keharmonian antara agama dan kaum.  Manakala Berkebajikan pula menumpu kepada konsep kerjasama terhadap semua institusi sama peringkat rakyat atau pemerintah. Berkebajikan ini juga dengan makna akan menggalas tanggungjawab memelihara dan memakmurkan Malaysia. 
WINS 2051 merupakan satu harapan yang diletakkan oleh PAS untuk menyelamatkan negara dan seluruh rakyatnya daripada terus hanyut dengan pelbagai kepincangan.
PAS Sabah amat yakin dengan pandangan jauh yang dilakukan oleh PAS ini akan melahirkan sebuah negara yang adil dan saksama. 
PAS Sabah amat kecewa dengan kerajaan yang ada sekarang. Pelbagai tangkapan dan dakwaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan dan kasih sayang sejagat semakin terhakis. Situasi sekarang seolah-olah menjadikan kuasa di pelbagai peringkat semata-mata untuk mengumpul harta dan kekayaan. 
Rakyat terus tersiksa dan terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang serta kekurangan kemudahan asas. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
03 November 2017 – HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD- 3-11-2017 



















































































































Ikuti nasihat, bukan jejak bapak...


Titipan Seorang Pesara (4)



















































































































BARU-BARU ini saya ke Sabah; alhamdulillah sempat saya berkenalan dan berceloteh panjang dengan seorang bekas pegawai tinggi pendidikan Negeri di Bawah Bayu itu.

Sebagai pesara berusia 77 tahun, begitu banyak ilmu dan pengalaman yang alhamdulillah beliau sudi berkongsi bersama saya dan apabila pada akhir pertemuan saya memberitahu beliau saya seorang penulis, beliau tidak berkeberatan jika saya berkongsinya bersama pembaca. Namun beliau meminta agar namanya tidak dinyatakan.

Nasihat pertama beliau adalah untuk semua tetapi ditujukan khas kepada pegawai kerajaan termasuk guru. Katanya, dalam hidup jangan sombong dan membangga diri. Namun penyakit ini menular di kalangan pegawai tinggi...mereka "eksyen" dengan jawatan, pangkat dan gaji besar mereka dan ramai kurang mesra dan tak mahu bercampur gaul dengan anggota masyarakat.

Sumber HD- 31-10-2017





















































































































PAS Sabah teruskan bantuan banjir Kota Belud

MISI bantuan bencana banjir kepada mangsa banjir Kota Belud masuk hari ke-4 diteruskan oleh PAS Sabah melalui PAS Kota Belud dan  Khidmat Malaysia Sabah.
Turun sendiri ke lokasi banjir, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah merangkap Yang Dipetua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling dan Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin. 
Selain melawat dewan petempatan mangsa banjir, bantuan turut disampaikan menggunakan bot ke rumah penduduk yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana jalan ditenggelami air. 
Keprihatinan PAS Sabah ini mendapat perhargaan dan ucapan terima kasih daripada penduduk dan mangsa banjir. 
PAS Sabah berharap mereka yang duiji dengan musibah banjir  bersabar dan meneruskan kehidupan dengan meletakkan pergantungan kepada Allah, ujar Pesuruhjaya PAS Sabah. – HARAKAHDAILY 24/10/2017

















Sumber HD - 24-110-2017 























































































































Tidak hanya KKLW, SPRM perlu dedah semua kes di Sabah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuka siasatan dan mendedahkan semua kes penyelewengan yang melibatkan penyaluran dana awam di Sabah. Fokus siasatan tidak harus hanya tertumpu kepada satu kes sahaja sepertimana dakwaan ke atas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang membabitkan RM1.5 billion.
SPRM perlu sentiasa dilihat mempunyai kredibiliti yang adil kepada semua pihak dalam membanteras penyelewengan tanpa mengira status atau kepentingan pihak berkaitan. Tidak kira sama ada yang terlibat itu adalah dari dalam kalangan parti pemerintah atau pembangkang, mahupun kalangan bekerja di sektor kerajaan atau persendirian.
Tidak dinafikan, ketirisan juga adalah antara faktor yang menyebabkan projek-projek pembangunan prasarana rakyat di negeri ini selalu tergendala dan gagal dilaksanakan. Perkara seperti ini telah pun kerap kali didedahkan melalui Laporan Tahunan Audit Negara. Namun, penyiasatan ke atasnya kabur dan rakyatlah pihak yang menanggung kerugian atas semua itu.
Walau apa jua situasi, kami menjunjung prinsip keadilan Islam bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah (presumption of innocence). Prinsip dan syariat Islam ini sebenarnya terpakai kepada semua orang Islam, sama ada ketika berhadapan dengan orang Islam sendiri mahupun orang bukan Islam. Inilah keadilan yang harus didokong.
Prinsip inilah yang dipegang PAS dalam berpolitik. Justeru, kami berkeyakinan bahawa pihak SPRM akan terus menjulang integriti dalam memerangi jenayah kolar putih yang semakin meruncing di negeri ini. Kami percaya, keteguhan dalam melaksanakan penguatkuasaan yang adil menjadi sebahagian usaha menegakkan pemerintahan yang saksama.
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Sumber HD - 21-10-2017 

























































































































PAS Putatan anjur kursus pengurusan jenazah


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Puatan melalui Urusan Ulamak PAS Kawasan Putatan dan Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (KPJ1439) pada 8 Oktober 2017. Bertemakan "Hari Ini Adalah Kehidupan dan Esok Adalah Kematian", kursus ini diadakan di Masjid Sembulan, Kota Kinabalu dengan jumlah penyertaan seramai 50 orang.
Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Kamal Othman. 
Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu teori dan praktikal. Penerangan teori oleh Ustaz Hafiz, sangat penting bagi menyampaikan ilmu secara ringkas berkenaan pengurusan jenazah. Sewaktu sesi praktikal, peserta dibahagikan mengikut jantina. Peserta lelaki dibimbing oleh Ustaz Hafiz sendiri, manakala peserta muslimat dipimpin oleh Ustazah Sofea Sarin. 
Salah seorang peserta yang ditanya mengenai program, menyatakan rasa gembira kerana terpilih untuk mengikuti kursus tersebut. Ilmu yang diperoleh sangat berharga, ujar beliau. Beliau juga berharap akan dapat dimaklumkan sekiranya kursus sebegini diadakan lagi pada masa akan datang. 
Selesai solat zuhur, program diteruskan dengan Majlis Penutupan serta penyampaian sijil dan cenderahati. Insya-Allah, berkat ketekunan dan kesabaran para penganjur, serta kerjasama masyarakat setempat, objektif PAS Putatan untuk menubuhkan Pasukan Urusan Jenazah bakal tercapai. – HARAKAHDAILY 20/10/2017 





































Sumber HD- 20-10-2017 



























































































































Agenda anti-Islam sangat merbahaya

MUTAKHIR ini terdapat agenda anti-Islam yang sangat merbahaya untuk perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia.
"PAS Sabah melihat gerakan ini akan membawa kebobrokan dalam masyarakat dan boleh menimbulkan konflik di antara agama. 
"PAS Sabah melihat agenda anti-Islam ini sangat merbahaya. Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia jelas memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan," ujar Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling dalam satu kenyataan. 
Katanya, lebih menyedihkan lagi apabila mereka asyik bersandarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963 sedangkan Negeri Sabah telah meluluskan bahawa Islam sebagai Agama Rasmi negeri berdasarkan Perkara 5(A) Perlembagaan Negeri Sabah. 
Justeru, tambahnya PAS Sabah sekali lagi menyeru supaya ahli politik sepatutnya menjadi ejen perpaduan dan keharmonian. 
Menruutnya lagi, perkara yang sudah diselesaikan oleh pimpinan lepas khususnya berkaitan undang-undang dan perlembagaan jangan dijadikan polemik dan agenda politik murahan. 
PAS juga, katanya menyeru supaya masyarakat terus mengutamakan kesatuan dan keharmonian. 
"PAS juga mengharapkan agar kerajaan terus mengutamakan pembangunan rakyat dan berlaku adil kepada semua kaum dan agama," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/10/2017
Sumber HD - 16-10-2017



Suasana program ramah mesra antara Pas Pasir Gudang dgn warga Sabah
Posted on Saturday, October 14 @ 08:11:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35874


Sambutan Pas di peringkat kawasan pun lebih meriah dari ceramah mega Mat Sabu di Bagan Serai. Masih nak syok sendiri kata PRU14 medan antara PH & BN...? Fitnah dan sebaran maklumat palsu tidak akan menjejaskan PAS. PAS tetap berlawan dengan UMNO dan PH pada PRU-14 nanti, melainkan PH terima Islam. Ini agak mustahil






Kredit
Zubir Abdullah


Sumber tKO - 14-10-2017































































































































Berpolitik bukan tempat kumpul harta



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah hari ini mengingatkan kepada semua pemimpin politik agar tidak menjadikan medan politik sebagai tempat mengumpul harta.
Saya masih mengingati pesan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ' kalau nak kaya jangan masuk politik, tapi kalau nak kaya pergilah berniaga'. Ini juga sesuai dengan ciri politik yang dibawa oleh PAS supaya berpolitik berteraskan prinsip dan berasakan syarak. 
Situasi semasa menunjukkan ada kecenderungan ahli politik menyertai politik untuk kekayaan. Ini termasuk dari parti kerajaan atau pembangkang. 
Saya ingin memuji kerajaan PAS Kelantan yang memerintah Kelantan sejak tahun 1990, sehingga kini tidak ada satu pun kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Rasuah merupakan satu malapetaka besar dalam masyarakat. Sekiranya ia berleluasa pasti akan menyebabkan penindasan. Rasuah juga boleh merosakkan apa juga sistem yang telah dibangunkan sama ada sistem pengurusan dan pentadbiran ataupun sistem kemanusiaan. 
PAS Sabah mengalu-alukan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bersungguh-sungguh berusaha memerangi rasuah. 
PAS Sabah amat berharap agar semua ahli politik lebih utamakan pembelaan rakyat berbanding mengaut kekayaan diri. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah – HARAKAHDAILY 10/10/2017

Sumber HD - 10-10-2017 
































































































































Krisis integriti: Sabah perlu model urustadbir baru

HILANGNYA integriti, terdedah kepada bentuk penyelewengan dan rasuah adalah suatu barah yang perlu dibanteras daripada terus menular di negeri ini.
Perkara tersebut acap kali berlaku di negeri Sabah yang ditadbir oleh Barisan Nasional, negeri yang kaya dengan sumber pelbagai namun rakyat masih dirundung jauh dari pembangunan infrastruktur dan prasarana. 
Keadaan terkini dengan kos hidup yang membebankan, ditambah dengan siri tangkapan dengan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit melalui KKLW yang seharusnya dana awam itu dinikmati oleh masyarakat luar bandar. Apakah wayang seperti ini perlu disajikan kepada rakyat Sabah? 
Lebih 20 tahun kerajaan diterajui PAS yang bertahan di negeri Kelantan bebas sepenuhnya daripada sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan. Ia perlu diangkat sebagai model urustadbir oleh semua pihak sama ada di pihak kerajaan negeri ataupun parti politik pembangkang di negeri ini yang mahukan kesejahteraan rakyat. 
Tambahan lagi, tawaran penyelesaian masalah rakyat melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051) yang dilancarkan baru-baru ini oleh PAS sebagai suatu solusi dilihat sangat penting bagi mengubah model pentadbiran negeri agar lebih telus dan jauh daripada anasir yang boleh mengkhianati amanah atau perkara yang tidak menguntungkan rakyat. 
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyeru agar parti politik di negeri ini perlu berubah kepada berpolitik mencari penyelesaian dengan  membantu rakyat dan meninggalkan politik sempit serta politik kebencian yang dilihat akan memperdaya masyarakat Sabah kearah kebinasaan. 
MUSTAMAN MUSTAIN
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sabah
09 Oktober 2017/18 Muharram 1439 – HARAKAHDAILY 9/10/2017
Sumber HD - 9-10-2017 


































































































































DAP diingat tidak samakan Pesta Kaamatan dengan Octoberfest



KENYATAAN pimpinan DAP Sabah menyamakan pesta arak Octoberfest dengan Pesta Kaamatan adalah satu penghinaan dan tidak memahami situasi kepelbagaian etnik serta kaum di negeri ini. Usaha mengheret dan secara semberono mengaitkan keduanya adalah suatu hujah dangkal dan tindakan terdesak DAP yang semata-mata mahu pesta arak itu diteruskan.
Walhal ia dibantah oleh segenap lapisan masyarakat disebabkan kemudaratan yang berpotensi timbul dari pesta arak tersebut. Malah, pihak berkuasa menyatakan wujudnya ancaman keselamatan terhadap penganjuran pesta arak tersebut. Namun, DAP tetap bertindak mencipta alasan mengaitkan Pesta Kaamatan juga terdapat unsur minuman hampir serupa. 
Tidakkah tindakan DAP ini cuba mencetuskan kekeliruan terhadap suatu perayaan tahunan masyarakat Sabah dan diterima oleh masyarakat di negeri? Tambahan pula, perkembangan terkini masyarakat Muslim dari suku kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) tidak mempunyai masalah meraikan Pesta Kaamatan mengikut cara yang sewajarnya bagi memupuk silaturrahim.
Persaudaraan, toleransi dan tradisi ini telah menjadi suatu budaya turun temurun. Hal ini berbeza dengan tujuan diadakan pesta arak Octoberfest yang tidak mempunyai suatu matlamat murni. Bahkan hanya untuk mempromosikan minuman beralkohol tersebut sebagai suatu pesta. Pandangan umum masyarakat Sabah menilai tindakan DAP itu adalah asing dari budaya dan adat resam di negeri ini. 
Maka, kami menyelar budaya pengaruh tidak sihat, provokasi dan tidak bermoral yang sedang dibawa oleh DAP ini. Ia boleh mengugat kesejahteraan dan perpaduan yang telah wujud. Masyarakat Sabah perlu singkirkan DAP dan sekutunya dari negeri Sabah bagi mengelak pengaruh ini berleluasa demi menjaga kepentingan dan kebaikan masa hadapan generasi Sabahan.
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD - 2-10-2017 




































































































































PAS Sabah buat laporan polis terhadap bekas KPN

PAS Sabah melalui Timbalan Pesuruhjaya 3, Sahar Abdul Majid telah membuat suatu laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor di Balai Polis Sandakan dekat sini hari ini.
Menurut Sahar, laporan ini dibuat bagi membolehkan suatu siasatan dibuat oleh pihak polis terhadap Rahim Noor berasaskan undang-undang tertentu. 
Katanya lagi, ini berikutan kenyataan Rahim Noor di sebuah forum bertajuk “Malaysia In The Future” yang disiarkan oleh surat khabar Daily Ekspress di muka surat pertama edisi Bahasa Malaysia. 
Menurutnya, surat khabar tersebut melaporkan bahawa Rahim Noor telah menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mungkin mengambil keputusan untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia jika kerajaan tunduk kepada tuntutan PAS untuk melaksanakan hudud semata-mata untuk memastikan Umno terus berkuasa. 
Tambahnya, Rahim Noor juga menyebut bahawa bukan sahaja kedua-dua negeri di Borneo itu mungkin akan keluar bahkan seluruh negara akan berada dalam keadaan huru hara jika parti Islam itu mendapat apa yang dituntutnya. 
"Rahim Noor juga mendakwa langkah Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) adalah satu taktik untuk mendesak pelaksanaan hudud, dan sangat berbahaya kerana ia menyebabkan bukan Islam merasa tidak senang," kata Sahar. 
Jelas Sahar, kenyataan tersebut bersifat fitnah terhadap PAS serta undang-undang hudud serta bersifat provokasi. 
Katanya lagi, kenyataan tidak bertanggungjawab itu boleh membawa kepada kebencian terhadap Islam dan undang-undang hudud, dan sekaligus boleh menyebabkan kekacauan di Sabah. 
"Justeru, PAS membuat laporan polis di seluruh Sabah bagi membolehkan siasatan tertentu dibuat ke atas Rahim Noor sekaligus bagi menjaga keharmonian beragama di Sabah ini," jelasnya. 
Selain Sandakan, tiga laporan polis lain turut dibuat di daerah lain iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud dan Tawau yang disertai oleh pimpinan PAS Sabah antaranya Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sabah, Ahmad Dullah; Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman Ikin dan Ketua Pemuda, Zulzaim Hilmee Abidin. – HARAKAHDAILY 21/9/2017















Sumber HD- 22-9-2017 






































































































































Pemikiran bekas KPN ketinggalan zaman

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah amat terkejut dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, yang juga bekas Ketua Polis Negara yang seolah-olah mempertikai Islam sebagai agama Rasmi persekutuan dan Negeri Sabah.
Saya beranggapan kenyataan seumpama ini tidak seharusnya keluar daripada seorang yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Kenyataan seumpama inilah yang boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dalam masyarakat. Perkara yang sudah diselesaikan oleh kepimpinan negara dan negeri, diungkit dan dijadikan modal dalam mana-mana forum. 
Saya yakin kenyataan ini berniat jahat dan cuba untuk memburukkan agama Islam. Tidak sepatutnya perkara yang sudah selesai lama ditimbulkan semula. Lebih baik Rahim Noor membangkitkan soal pembangunan, kemunduran, kemiskinan dan seumpama dengan itu. 
Rahim Noor juga kemungkinannya tidak mengetahui cara hidup dan budaya masyarakat Sabah. Kehidupan masyarakat Sabah sangat makmur dan harmoni. Kepelbagaian kaum dan agama ini sudah menjadi kebiasaan. Sehinggakan kadangkalanya dalam sebuah rumah boleh terdapat pelbagai agama. 
Pemikiran seumpama Rahim Noor ini amat bahaya. Inilah nanti yang boleh menyebabkan ada segelintir rakyat mahu supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Saya berpandangan inilah agenda Rahim Noor. Lebih suka melihat konflik berbanding keamanan dan keharmonian. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
30 Zulhijjah 1438/21 September 2017 – HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 









































































































































Siapa kata masyarakat Cina memusuhi PAS?

BUAT julung kalinya, Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan kerjasama PAS Sabah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia di Sabah, semalam.
Sambutan Hari Malaysia pula diadakan di Dewan Tadika Cina Chi Hwa, Sandakan. 
“Siapa kata masyarakat Cina memusuhi PAS?” tanya AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim dalam tulisannya, semalam. 
Pada sebelahn malam pula diadakan Majlis Makan Malam Amal PAS Sabah juga di Dewan Tadika Chi Hwa yang sama. 
“Saya sangat yakin dengan masa depan perjuangan Islam di Bumi Bawah Bayu ini. Ia akan mengalir bagaikan air mengalir dari tempat tinggi yang membajiri kawasan lembah,” ujarnya lagi. 

Berikut tulisan penuh beliau, semalam. 
Sepanjang perjalanan berkonvoi sempena Sambutan Hari Malaysia bersama ARC Pemuda PAS Sabah melalui jalan raya sekitar 30 km di Sandakan pagi tadi, air mata saya menitis. 
Menitis air mata kerana mendapat maklumat Pemuda PAS Sabah yang datang bermotosikal dari seluruh pelusuk Sabah untuk menjayakan sambutan Hari Malaysia di Sandakan. Mereka bermotosikal dengan perjalanan sekitar 8 jam. 
Mereka melalui pengorbanan yang besar untuk sampai di sini. 
Air mata juga mengalir bila melihat bagaimana penerimaan rakyat Sabah terhadap PAS. Di sepanjang jalan mereka angkat tangan mengalu-alukan konvoi yang melalui kampung dan penempatan mereka. 
Di simpang jalan ada Unit Amal berkawal menghentikan seketika lalu lintas demi kelancaran konvoi. Pemandu lain berhenti memberikan laluan tanpa sebarang masalah. 
Konvoi juga melalui tak kurang dari 5 bulatan jalan raya yang dikawal oleh Unit Amal. Takjub saya bila pemandu di Sabah mematuhi arahan Unit Amal tanpa sebarang masalah. Saya tepuk pipi bimbang saya sedang bermimpi berada di Sabah sedangkan saya sebenarnya sedang berada di Kelantan. Bila pipi terasa sakit, memang saya sedar bahawa saya bukan bermimpi dan memang saya sedang berada di Sabah. Ini Sabah bah!
Sambutan Hari Malaysia pula diadakan di Dewan Tadika Cina Chi Hwa, Sandakan. 
Siapa kata masyarakat Cina memusuhi PAS? Pada malamnya pula diadakan Majlis Makan Malam Amal PAS Sabah juga di Dewan Tadika Chi Hwa yang sama. 
Saya sangat yakin dengan masa depan perjuangan Islam di Bumi Bawah Bayu ini. Ia akan mengalir bagaikan air mengalir dari tempat tinggi yang membajiri kawasan lembah.
Sumber HD - 17-9-2017 










































































































































Hari bersejarah PAS Sabah dan sambutan Hari Malaysia

SEMALAM Jumaat, 15 September 2017 bersamaan 24 Dzulhijjah 1438H adalah hari bersejarah! Buat pertama kalinya sejak 66 tahun penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mesyuarat Penuh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat diadakan di Sabah dan ianya bertempat di Bilik Selingan, Hotel Sandakan, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Mesyuarat PAS Pusat Kali Ke-6 sesi 2017-2019 ini telah dipengerusikan oleh Dato' Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS. Dato' Seri Presiden, Tuan Guru Sheikh Haji Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir kerana perlu berehat dan atas faktor kesihatan dinasihatkan untuk tidak berjalan jauh. 
Alhamdulillah, seperti bulan-bulan sebelumnya, keahlian PAS kian bertambah dan untuk bulan September 2017 ini Mesyuarat PAS Pusat telah meluluskan sebanyak 2,600 orang permohonan Ahli Baharu PAS. Ini menjadikan jumlah Ahli Baharu PAS sepanjang Januari - September 2017 ialah sebanyak 34,527 orang! Allahu Akbar, Wa lillahil hamd! Teruskan perjuangan liridhalLah. 
Mesyuarat adalah tuntutan di dalam Islam dan di situlah berkatnya dalam keputusan berjamaah. Pelbagai perkara, agenda dan isu dibincangkan serta beberapa keputusan dan ketetapan telah disepakati. Semua keputusan, perbincangan dan perancangan yang dibuat ialah ke arah memenangkan Islam di tanahair tercinta dan untuk Ummah keseluruhannya. 
Mesyuarat ini juga diadakan di sini sempena Sambutan Hari Malaysia PAS Pusat anjuran Lajnah Perpaduan Nasional yang dipengerusikan oleh Dr Najihatussalehah Ahmad dan PAS Sabah yang mana Pesuruhjayanya ialah Tuan Mohd Aminuddin Aling. Tahniah kepada penganjur di atas sambutan dan program yang sangat meriah! Program yang telah diadakan di Dewan Tadika Chi Hwa, Batu 1 1/2, Sandakan dihadiri oleh pelbagai kaum dan agama serta dari pelbagai peringkat umur tua dan muda. 
Antara program yang telah diadakan termasuklah Konvoi Bermotosikal dan Berkereta mengelilingi Bandar Sandakan (tahniah kepada Alternative Riding Club (ARC) DACS dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang menjayakan aktiviti ini), Deklamasi Sajak Hari Malaysia, Gimik Pelancaran Logo Hari Malaysia & Montaj Aktiviti, Peragaan Pakaian Tradisi Mewakili Kaum Bajau, Sungai, Suluk, Brunei, Buton, Bugis dan lain-lain, Forum Santai Anak Muda "Semangat Cintakan Malaysia", Demo Masakan Tradisi Pelbagai Kaum termasuk Kadazan-Dusun, Tambanuo, Bajau, Sungai, Brunei, Bugis, Suluk dan Rungus, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Futsal Hari Malaysia. 
PAS komited dalam mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan serta kemerdekaan negara sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Ayuh marilah bersama kita membina Malaysia Sejahtera dengan Islam ke arah membentuk negara Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur. 
Sebagai muhasabah dan motivasi, marilah kita renungi tafsir Surah al-Hadid ayat 26-27 dan kaitannya tentang kepimpinan dan perjuangan gerakan Islam. 
Allah Ta'ala berfirman tentang kisah kenabian yang penuh 'ibrah dan perbezaan kedudukan orang yang beriman dan orang yang fasik: 
{وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ فَمِنْهُمْ مُهْتَدٍ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (26) ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الإنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (27) 
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya keNabian dan Al-Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka fasik. Kemudian Kami iringkan di belakang mereka Rasul-rasul Kami dan Kami iringkan (pula) Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik." 
Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). 
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah al-Anfaal, ayat 46).
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya! Islam pasti akan menang dan sungguh kemuliaan kita kerana Islam. Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! - HARAKAHDAILY 16/9/2017 
Penulis ialah AJK PAS Pusat, Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) & Setiausaha PAS Negeri Sarawak.
Sumber HD - 16-9-2017 












































































































































Sandakan tuan rumah Hari Malaysia


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia ke-54 di Sandakan pada 16 September 2017. Majlis ini yang pertama kali diadakan di negeri Sabah akan dihadiri oleh seluruh pimpinan utama PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS akan merasmikan majlis ini. Pelbagai acara akan diadakan sepanjang majlis tersebut seperti pertunjukan masakan tradisional, peragaan pakaian tradsional, forum anak muda, perarakan kenderaan dan beberapa program lain yang sudah dijalankan lebih awal. 
Majlis yang akan diadakan di Dewan Tadika Chi Hwa ini akan bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Objektif utama program ini ialah untuk menzahirkan rasa syukur atas pembentukan Malaysia yang sudah masuk tahun ke-54. 
PAS ingin menjemput orang ramai khususnya masyarakat sekitar Sandakan untuk sama-sama meraikan majlis ini. – HARAKAHDAILY 13/9/2017



















Sumber HD - 13-9-2017








































































































































































































































































































































































































































Siti Kassim, David Orok: Pemuda Sabah buat laporan polis

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah melalui Ketuanya, Zulzaim Hime Abidin membuat suatu laporan polis terhadap Siti Kassim dan David Orok di Balai Polis Tanjung Aru.
Menurut Zulzaim, laporan ini dibuat bagi membolehkan satu siasatan berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas kedua-dua individu tersebut dilaksanakan. 
Katanya lagi, ini berikutan status facebook dipercayai milik Siti Kassim pada 1 dan juga 10 September lalu yang telah membawa pelbagai tafsiran, pengertian menyimpang dan menyesatkan mengenai pengorbanan; merujuk kepada tindakan yang dilakukan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. 
Tambahnya, pada 5 September lalu satu lagi status yang mengelirukan oleh pemilik facebook David Orok telah dimuat naik yang menyatakan bahawa Nabi Ismail adalah anak luar nikah hasil dari tindakan Nabi Ibrahim meniduri Hajar yang memberi maksud bahawa Nabi Allah itu telah melakukan perbuatan zina. 
Jelasnya, kesemua ini boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia. 
Selain itu katanya lagi ia juga bersifat ancaman serta menggugat ke atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara. 
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling, Yang Dipertua PAS Putatan, Ust Kamal Osman dan Ketua Pemuda PAS Putatan, Asrul Samat. – HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017 

















































































































































ToT latih profesionalisme Jabatan Amal, Briged Muslimat

JABATAN Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) & Jabatan Briged Muslimat Negeri Sabah (JBMNS) yang merupakan entiti daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan program Training Of Trainers (ToT) pada 8 hingga 10 September lalu.
Program yang diadakan di Permai D'Valley, Kg Ratau, Tebobon, Kota Kinabalu ini bertujuan menambah kualiti profesionalisme JAMNS dan JBMNS yang terkenal dengan misi kebajikan serta kesukarelawanan. 
Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu telah dikendalikan oleh jurulatih pusat iaitu Tuan Zulkifli Bin Mahyuddin, Ketua Jurulatih Briged Amal Malaysia bersama Tuan Wan Faisal Wan Abdullah, Pegawai Bahagian Pentadbiran Jabatan Amal Malaysia. 
"Antara latihan yang diadakan semasa program ialah protokol kawalan keselamatan, protokol komunikasi / semboyan, teknik asas kecemasan, kawad kaki, protokol penurunan bendera dan sebagainya," kata Tuan Masru Mustaqeem yang merupakan Pengarah Program. 
"Saya berharap segala ilmu yang telah dipelajari ini dapat dipraktikkan oleh anggota semasa bertugas di mana-mana program PAS di seluruh Sabah mahupun semasa mengadakan aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan", tambahnya yang juga merupakan Pengarah JAMNS. 
Sementara itu, Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh  Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha PAS Sabah. 
Dalam ucapan perasmian beliau menyentuh berkaitan kesungguhan dalam menjalankan tugas dan beramal. 
"Apabila kita diberi tugasan hendaklah buat bersungguh-sungguh dan amalan itu hendaklah disandarkan kepada Allah,". 
"Jadikan moto "Beramal Kerana Allah" itu sebagai suntikan semangat kepada kita untuk terus ikhlas  dalam menjalankan tugas,". 
"Saya berharap agar ilmu yang berharga ini dapat digunakan semasa bertugas kelak dan dipanjangkan kepada anggota-anggota JAMNS dan JBMNS diperingkat kawasan," kata Dr Aliakbar. – HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017 



















































































































































Program ibadah qurban, aqiqah di Sandakan

TANGGAL10 Zulhijjah setiap tahun semua umat Islam yang tidak melaksanakan haji akan merayakan hari raya Aidil Adha. Pada hari itu, umat Islam sangat disunnahkan untuk berqurban dimana mereka menyembelih haiwan qurban dan kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada seluruh umat Islam di suatu daerah. 
Dari Aisyah r.a., Nabi SAW bersabda (maksudnya): “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Qurban. Sesungguhnya haiwan Qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Qurban itu.” (HR Tirmidzi) 
Saban tahun, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) juga tidak pernah ketinggalan melaksanakan program Ibadah Qurban dan Aqiqah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah, tahun ini LKK DMPM telah memilih kawasan Sandakan, Sabah untuk program kali ini. 
Program Ibadah Qurban dan Aqiqah ini juga merupakan anjuran bersama LKK DMPN Sabah, PAS Kawasan Sandakan, PAS Kawasan Batu Sapi, PAS Kawasan Libaran dan anjuran bersama NGO Muslim Care Malaysia (MCM) dan Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH). 
Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan dalam program kali ini hasil kerjasama juga daripada ramai pihak. 
T urut hadir dalam program ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh, mewakili LKK DMPM, Dr Nurul Izza Abdul Malek, mewakili Muslim Care Malaysia serta beberapa orang muslimat dari AJK LKK DMPM dan juga AJK PERAMAH.
Selain itu, turut bersama-sama menjayakan program ini Ketua DMPN Sabah iaitu Puan Norsah Bongsu dan Puan Izzati selaku Ketua LKK DMPN Sabah. Manakala dari PAS Kawasan, turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Sandakan, YDP PAS Kawasan Batu Sapi dan YDP PAS Kawasan Libaran. 
Alhamdulillah, program hari ini (2 Sept) berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang sangat baik dengan izin Allah SWT. Semoga semua yang terlibat dalam program ibadah qurban dan aqiqah pada hari ini memperoleh pahala sisi Allah dan diterima sebagai amal soleh.
Sumber HD 3-9-2017 





















































































































































Kepimpinan termasuk mendahulukan hak Allah

















FIRMAN Allah SWT (maksudnya): Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Setelah itu Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “Jadikanlah juga daripada keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima) dan janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” [Surah Al-Baqarah: 124] 
Hari Raya Idul Adha memberi pengertian sebuah pengorbanan besar yang diteladani dari Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. demi suruhan Allah dan turut berdoa agar bumi ini diwarisi oleh kepimpinan yang sentiasa meninggikan tuntutan Allah. 
Kepimpinan itu termasuklah yang mendahulukan hak Allah sekalipun dengan mengorbankan harta, jiwa dan segenap kehidupan demi memartabatkan agama Allah di muka bumi. 
Justeru itu, dalam memenuhi tuntutan ibadah qurban pada hari kebesaran Idul Adha tahun ini, marilah kita mendoakan kepada seluruh para jemaah haji khususnya rombongan daripada negeri kita agar diberikan kemudahan dan kesihatan semasa menunaikan ibadat dan dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga. 
Di kesempatan ini, saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Idul Adha kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri Sabah. 
Mudah-mudahan, kita beroleh keberkatan dan ibadah yang dilakukan memberi suatu impak yang berkesan untuk kita menjadi insan yang bersyukur dan mengukuhkan lagi kesatuan umat Islam dengan mengeratkan silaturrahim sesama sanak saudara dan jiran tetangga. 
"Sabah Sejahtera Bersama Islam"
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Sumber HD -31-8-2017 























































































































































Fusal Merdeka: SBT Junior juara











DALAM usaha menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan pemuda dengan aktiviti yang bermanfaat, pihak Department of Art, Culture & Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah menganjurkan kejohanan tertutup Futsal Merdeka 2017, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang semakin hampir. 
Kejohanan yang bertempat di gelanggang futsal UTC Sembulan itu disertai oleh kira-kira 70 orang peserta yang terdiri daripada 8 pasukan yang bertanding. 
Sepanjang perlawanan berlangsung, para pemain dari setiap pasukan menunjukkan kemahiran dan cara bermain masing-masing serta tetap mematuhi peraturan permainan.
Sistem permainan kalah mati dalam 8 pasukan yang bertanding menyaksikan sebanyak 8 siri perlawanan dan pasukan SBT Junior telah berjaya menewaskan pasukan Belia Masjid Sembulan FC dalam perlawanan akhir, sekaligus menjuarai kejohanan Futsal Merdeka 2017 ini manakala pasukan Tanjong Aru FC berjaya mendapat tempat ketiga.
Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Putatan, saudara Asrul bin Samat. 
Beliau dalam ucapan perasmiannya telah menyatakan bahawa program sukan pada hari tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan dewan pemuda PAS Putatan khususnya kepada para pemuda, selain daripada beberapa mekanisme program yang telah dianjurkan sebelum ini, seperti pendidikan, program sukan permotoran, bimbingan kerjaya, kebajikan dan kemasyarakatan serta pembangunan modal insan. 
Beliau menambah, menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan merupakan perkara yang sangat dianjurkan oleh Islam, supaya kita menjadi muslim yang aktif dan produktif. – HARAKAHDAILY 27/8/2019 



























































































































































































































































































































Sumber HD - 27-8-2017

























































































































































Jalan raya rosak: Aduan PAS dapat perhatian













KEROSAKAN jalan yang teruk di Jalan Taipakkung Putatan telah menyebabkan aliran trafik di jalan berkenaan akan menjadi perlahan apabila kenderaan terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan lorong sebelah kanan yang digunakan oleh kenderaan dari arah bertentangan bagi meneruskan perjalanan, kerana kenderaan tidak boleh melalui jalan tersebut disebabkan oleh lubang yang besar dan dalam yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan. 
Prihatin kepada masalah ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Putatan telah mengambil langkah untuk melakukan usaha agar kerja-kerja baikpulih kerosakan jalan tersebut diambil tindakan oleh pihak yang berwajib. 
Pada 22 Ogos lepas, jawatankuasa bertindak PAS Kawasan Putatan telah membuat aduan kepada pihak berwajib berkenaan masalah ini termasuk membuat satu kenyataan media, berharap agar masalah ini mendapat perhatian dan tindakan susulan. 
Masalah kerosakan jalan ini berjaya diselesaikan atas kerjasama dan tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh masa yang singkat. Penyelaras PAS DUN Tanjug Aru, Hamid Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. 
Beliau menambah, ini merupakan antara usaha berterusan oleh PAS Kawasan Putatan dalam konteks mengusahakan solusi yang memberi manfaat kepada rakyat, serta komitmen yang tinggi daripada PAS Kawasan Putatan bagi memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dapat diberi keutamaan. – HARAKAHDAILY 26/8/2017
Sumber HD- 26-8-2017 



























































































































































PAS terus bina hubungan dengan kaum Tionghua











PAS Kawasan Batu Sapi meneruskan siri ziarah penerangan di Kampung Cecily. 
Ziarah yang disertai Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain bersama Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi itu bertujuan untuk membina hubungan dengan kaum Tionghua sekali gus memberi penerangan berkaitan isu politik semasa yang berlaku di negara kita. 
Penduduk Kampung Cecily yang rata-ratanya kaum Tionghua merasa senang dan menerima baik kedatangan PAS bagi memberi penjelasan tentang isu politik yang berlaku di Sabah dan Malaysia hari ini. 
"Apa yang diwar-warkan oleh parti lawan sebelum ini berkenaan PAS akan kehilangan undi dari kaum Tionghua adalah sama sekali tidak benar. 
"Saya menyaksikan sendiri bagaimana penerimaan orang kampung terhadap PAS dan menerima apa yang kami terangkan kepada mereka," kata Ramlan. 
PAS meletakkan satu harapan besar bagi meraih undi dari kaum Tionghua di Kampung Cecily yang pasti akan memberi kesan baik kepada senario politik di kawasan Parlimen Batu Sapi
Sumber HD - 26-8-2017 





























































































































































Munajat akifi suntik semangat perjuangan, pengorbanan











DEWAN Muslimat PAS Kawasan Tawau menerusi Lajnah Tarbiah telah berjaya mengadakan Program Munajat Akifi dan Qiamullail pada 19 dan 20 Ogos 2017. 
Program ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Tawau dengan dihadiri kira-kira 40 orang muslimat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Tawau dan Muslimat Muda PAS, Ameerah. 
Program ini telah menyuntik semangat  perjuangan dan pengorbanan  di kalangan ahlinya menerusi pengisian-pengisian yang padat dengan ilmu dan ibadah yang dilaksanakan secara berjemaah. 
Menerusi program tersebut, teras perjuangan Islam meliputi tiga elemen penting iaitu alim, haraki dan sufi telah dicerakinkan untuk kefahaman peserta. 
Ia merujuk kepada usaha melengkapkan diri dengan ilmu, gerak kerja dan penyucian hati serta mendekatkan hubungan kepada Allah. 
Antara pengisian dalam program tersebut adalah bacaan al-ma'thurat, sesi ta’aruf, solat fardu, tazkirah, dan qiamulail secara berjemaah. 
Armawaty Amirullah selaku Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau melahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. 
“Semoga bantuan kecil kita dalam menggerakkan jemaah PAS ini diambil kira oleh Allah sebagai amal kebaikan dan mendapat ganjaran pahala sebagai saham menuju ke akhirat kelak,” katanya. 
Sementara itu Ketua Ameerah Tawau,  Suhaeymi Yusril berharap program itu dapat melatih diri muslimat muda yang bukan hanya tangkas di medan juang tetapi juga mempunyai kekuatan dalaman untuk berjuang. 
Kemuncak pengisian apabila Ustazah Sadeqoh Muhammad telah memberikan tausiah berkaitan pengorbanan yang perlu dihayati oleh para muslimat yang terlibat dalam perjuangan. 
Sebelum itu, kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustazah Ratna Purnomo dengan mengajak para peserta menghayati tafsir surah An-Nas. 
Program diakhiri dengan kuliah subuh berjemaah dan bacaan al-Mathurat
Sumber HD - 20-8-2017 
































































































































































Dokumen Hijau perjelas PAS akan hapuskan GST












PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia terdapat unsur ketidakadilan terhadap rakyat khususnya masyarakat berpendapatan rendah. 
Perkara ini termaktub dalam Dokumen Hijau yang telah dilancarkan oleh PAS sejak 2016 lagi. Ini adalah sebahagian daripada perjuangan PAS bagi membela rakyat.
Dalam dokumen tersebut dinyatatakan; 
PAS berpandangan, mekanisme pelaksanaan GST yang mengutip cukai berdasarkan kepada perbelanjaan semua rakyat termasuk golongan fakir dan miskin adalah bertentangan dengan prinsip Islam.
Saya amat yakin bahawa rakyat Sabah yang sebahagian masih berada pada tahap miskin amat merasai kesusahan akibat pelaksanaan GST oleh kerajaan ini. 
GST telah terbukti menaikkan harga barang dan membebankan rakyat, sekaligus meningkatkan kos sara hidup. 
PAS sama sekali tidak akan berkompromi dengan perkara seumpama ini. Dalam Dokumen Hijau tersebut, PAS telah mencadangkan supaya kerajaan menggantikan cukai ini dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat dan juga Cukai Perdagangan Keuntungan di Bursa Saham Malaysia. 
Dengan penyelesaian seumpama ini, rakyat bawahan tidak akan dikenakan cukai. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
15 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017 

































































































































































Takziah, simpati pelajar UMS maut bot terbalik











PAS merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati yang mendalam ke atas waris Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, pelajar UMS yang maut selepas terperangkap di dalam bot yang terbalik dalam kejadian di Kuala Besut beberapa hari lalu. 
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain mendoakan semoga Allah mengantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik. 
“Saya bagi pihak seluruh ahli dan pemimpin PAS ucap takziah melahirkan rasa simpati ke atas waris mangsa yang terlibat dengan kejadian bot terbalik sehingga menyebabkan kematian ini,” ujarnya. 
Tambahnya, ajal maut adalah ketentuan ilahi dan kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan dengan menerima musibah menyedihkan ini sebagai ketentuan daripada Allah. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian menyedihkan itu yang turut melibatkan lebih enam penumpang lain cedera. 
Difahamkan, sebelum kejadian dipercayai bot laju itu yang turut dinaiki 15 pelajar lain mengalami masalah teknikal di bahagian kawalan enjin, menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik. 
Mangsa yang terselamat diselamatkan oleh beberapa bot lain, manakala Nurnasibah Husna yang berasal dari Kampung Alor Pasir, Pasir Putih, Kelantan dipercayai lemas  selepas terperangkap di bawah bot yang terbalik. 
Difahamkan juga, kesemua pelajar terlibat dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian selepas selesai menghadiri satu program di situ. – HARAKAHDAILY 9/8/2017
Sumber HD-9-8-2017 




































































































































































Semarak Hijau 4.0 PAS Putatan menuju kemenangan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan meneruskan gerak kerja pilihan raya dengan Semarak Hijau 4.0 di Pulau Gaya. 
Dengan kekuatan jentera yang melibatkan PAS Kawasan, Dewan Muslimat, Jabatan Amal dan Briged Muslimat, PAS Putatan menemui masyarakat pengundi dari rumah ke rumah, ziarah kebajikan dan mengajak para pengundi melakukan perubahan dengan mengundi PAS pada pilihan raya akan datang. 
Antara pimpinan yang bersama dalam Semarak Hijau kali ini ialah Zulzaiem Hilmee Abidin, Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah yang turut mengunjungi penduduk kampung yang serba kekurangan. Bekalan air bersih, prasarana kesihatan dan pendidikan antara perkara yang masih tidak dapat dinikmati oleh penduduk kampung. 
Rata-rata masyarakat kampung yang ditemui menyambut baik dan tidak asing dengan kehadiran PAS Putatan. Ada di antara mereka yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada PAS yang diyakini mampu membela kebajikan dan kemaslahatan marhaen.
Program Semarak Hijau akan diteruskan dari masa ke masa dalam usaha mencapai kemenangan dan melahirkan "anak sulung" PAS Sabah pada Pillihan Raya Umum ke-14. – HARAKAHDAILY 30/7/2017



















































































































































































Sumber HD- 31-7-2017






































































































































































PBT digesa baiki jalan raya Taipakkung Putatan

TERDAPAT beberapa tempat di sekitar Putatan telah dikenalpasti mengalami masalah kerosakan jalan raya yang agak teruk. 
Antara kerosakan jalan yang dilihat semakin teruk dan sudah lama terbiar ialah yang berlaku di Jalan Taipakkung Putatan, iaitu kawasan yang berhampiran dengan SJKC Hwa Shiong menghala ke Stesen Keretapi Putatan dan pasar raya Giant. 
Kerosakan tersebut bermula dengan satu lubang kecil, yang kemudiannya menjadi semakin besar dan dalam apabila air hujan bertakung dan berterusan dilalui oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut. 
Kesan daripada kerosakan tersebut, aliran trafik di jalan berkenaan akan menjadi perlahan apabila kenderaan terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan lorong sebelah kanan yang digunakan oleh kenderaan dari arah bertentangan bagi meneruskan perjalanan, kerana kenderaan tidak boleh melalui jalan tersebut disebabkan oleh lubang yang besar dan dalam yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan. 
Pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) kawasan Putatan menggesa supaya pihak berwajib agar mengambil tindakan yang segera bagi menyelesaikan masalah kerosakan jalan raya yang berlaku di daerah Putatan ini, untuk keselesaan para pengguna jalanraya. 
Selain itu, PAS Kawasan Putatan juga mencadangkan supaya pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan jalan raya dilakukan secara berkala dan lebih sistematik agar setiap kerosakan jalan raya yang berlaku dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efektif. – HARAKAHDAILY 26/7/2017
Sumber HD - 26-7-2017 








































































































































































Hari keluarga perkukuh ukhwah ahli PAS Putatan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan telah menganjurkan Hari Keluarga di Pantai Tanjung Aru, Ahad 23 Julai 2017. Hari Keluarga yang diadakan saban tahun ini bermatlamat menyatukan ahli dan memperkukuh ukhwah dalam kalangan amilin dan penggerak parti. 
Hari Keluarga ini juga menyahut seruan dan arahan Tuan Guru Presiden PAS di Muktamar PAS Pusat yang lalu iaitu, merapatkan ukhwah sesama kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mengelakkan pertelagahan dan krisis sesama sendiri, istiqamah melibatkan diri dengan program peningkatan kefahaman ahli seperti usrah, liqa’, tamrin, rehlah dan sebagainya. 
Penyelaras PAS DUN Tanjung Aru, Hamid Ismail dalam ucapan ringkas mengharapkan agar semua pendukung parti dan jemaah terus istiqamah dalam perjuangan. 
Sambutan dan kehadiran Hari Keluarga pada kali ini sangat menggalakkan yang dihadiri oleh semua peringkat kepimpinan dan ahli keluarga PAS Putatan. 
Pelbagai acara menarik diadakan seperti sukaneka keluarga, 'Anugerah Pasangan Istiqamah' dan 'Otai Masih Berbisa' yang mewarnai Hari Keluarga PAS Putatan tahun ini.
Anugerah Pasangan Istiqamah dinobatkan kepada pasangan Mohd Nirman Halil dan Ain Soalhati. 
Untuk rekod, jumlah ahli PAS Putatan sekarang seramai 500 orang dan terus bertambah dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 24/7/2017
































Sumber HD - 24-7-2017 

PAS Sabah desak batal kontrak dengan Syarikat Pentagon

PAS Sabah menggesa pihak kerajaan agar menghentikan serta merta   perkhidmatan Syarikat Pentagon (Syarikat C3 Power (M)  Sdn Bhd) yang menguruskan bekalan ekektrik secara kontrak kepada tiga kampung di Sandakan. 
Ini ekoran kegagalan pihak tersebut memberikan perkhidmatan bekalan elektrik kepada tiga buah kampung berkenaan iaitu Kampung Bakau, Kampung Sundang dan Kamping Forest yang melibatkan kira-kira 10,000 penduduk. 
Penduduk kampung terbabit terpaksa bergelap sejak kira-kira seminggu yang lalu dan kini sudah masuk minggu ke dua. 
"Kita minta pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat ini kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya." 
Demikian tegas Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah selepas menziarahi penduduk kampung yang terjejas kerana terputus bekalan elektrik baru-baru ini. 
Difahamkan pengguna sudah melangsaikan semua bil elektrik kepada Syarikat Pentagon tetapi pihak syarikat tidak membayar bayaran yang sepatutnya kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan ini menyebabkan bekalan elektrik diputuskan. 
Katanya, insiden seperti ini amat memeritkan rakyat kerana mereka yang terbabit bukan sahaja terpaksa berpanas dan bergelap bahkan banyak aktiviti harian penduduk juga terjejas kerananya. 
"Bukan itu sahaja, Syarikat Petagon juga dilihat gagal menguruskan sistem pendawaian yang selamat apabila pendawaian dibuat dengan kaedah yang berbahaya yang boleh mengakibatkan litar pintas dan kebakaran berlaku," tambahnya. 
Menurutnya lagi, kerajaan perlu bertegas dengan mengarahkan SESB mengambil alih sepenuhnya urusan elektrik ini dan membekalkannya kepada penduduk kampung serta menamatkan kontrak dengan Syarikat Pentagon. 
"Kampung sekitarnya seperti Kampung Istimewa menerima bekalan elektrik terus daripada SESB, tetapi kenapa tidak tiga kampung ini sedangkan majoriti penduduk adalah warganegara, mengundi di Dun Sekong dan Parlimen Batu Sapi," soal Sahar. 
Sahar turut menyarankan kepada SESB dan kerajaan untuk bersimpati kepada rakyat dengan menyediakan bekalan elektrik sementara melalui generator agar penduduk tidak terus bergelap sementara menunggu urusan dengan Syarikat Pentagon diselesaikan.
"Yang menjadi keutamaan ketika ini ialah penduduk harus mendapat bekalan elektrik dengan segera," tegasnya. – HARAKAHDAILY 20/7/2017
Sumber HD - 20-7-2017 











































































































































































Majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Sabah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Sabah pada 15 Julai 2017 bermula jam 11 pagi hingga 3 petang. 
Program seumpama ini yang diadakan setiap tahun mempunyai objektif untuk bersuai mesra dan menjalinkan silaturrahim dengan semua lapisan masyarakat tidak kita bangsa atau agama. 
Sambutan pada tahun ini akan diadakan di Markas Induk PAS Putatan, bersebelahan dengan Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu. Dua orang tetamu khas pada tahun ini iaitu Sanusi Md Nor dan Kamaruzaman Mohd yang kedua-duanya adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan bersama-sama memeriahkan majlis pada tahun ini. 
Seluruh pimpinan PAS Sabah juga akan bersama dalam majlis ini. 
Pelbagai menu tradisional dan moden juga akan disediakan untuk jamuan semua hadirin. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah – HARAKAHDAILY 12/7/2017


















Sumber HD - 12-7-2017 













































































































































































PAS Putatan terus santuni warga Pulau Gaya

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan meneruskan misi kebajikan sempena Hari Raya Idul Fitri. Serahan sumbangan barangan keperluan harian dilakukan di Kampung Lok Kurai Sallangan Pulau Gaya diwakili oleh Arwin Azhad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Putatan, Dewan Muslimat PAS Putatan dan NGO Islam.
Dalam program tersebut, seramai 25 buah keluarga menerima perhatian dan bantuan daripada PAS Putatan. Kedatangan PAS Putatan di Pulau Gaya sudah tidak asing bagi masyarakat setempat. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. "PAS tetap peduli rakyat, tidak kira kalau ataupun menang," itu antara kata-kata yang diungkapkan oleh orang kampung di Pulau Gaya. 
PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama, tegas Hamid Ismail, Penyelaras PAS DUN Tanjung Aru, ketika ditemui. 
Misi kebajikan di Pulau Gaya adalah antara siri gerak kerja PAS Putatan yang berterusan selama ini. Rakyat semakin bijak menilai parti mana yang benar-benar memperjuangkan nasib marhaen, bukan hanya retorika semata-mata, tambah Hamid. – HARAKAHDAILY 2/7/2017




\
















Sumber HD- 2-7-2017 















































































































































































Kembara dakwah di Pulau Gaya dapat sambutan baik

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Putatan telah menganjurkan program Kembara Dakwah di Kampung Lok Baru, Pulau Gaya. 
Aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah kursus tahsin solat mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur setia selama 3 jam dalam memahami penerangan teori dan amali solat yang disampaikan. 
Malahan, banyak respon positif daripada peserta kursus agar program seperti ini diteruskan secara berkala di Pulau Gaya. 
Selain daripada kursus tahsin solat, pihak Lajnah Kebajikan PAS Putatan juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada penduduk sekitar Kampung Lok Baru sempena bulan Ramadan, bulan yang sangat dianjurkan untuk bersedekah. 
Pada akhir program, wakil daripada ahli jawatankuasa kerja PAS Putatan menjelaskan bahawa, ini merupakan antara program tahunan berterusan yang telah dianjurkan oleh PAS Putatan di Pulau Gaya, kerana aspek dakwah secara konsisten merupakan antara teras penting dalam kegiatan PAS, selain daripada aspek tarbiyah dan politik. 
Selain itu, PAS Putatan juga mengharapkan supaya tanggungjawab melaksanakan program dakwah di Pulau Gaya ini turut sama digalas oleh lebih banyak pihak lagi, seperti badan-badan dan pertubuhan dakwah serta agensi kerajaan yang lain supaya saudara-saudara muslimin dan muslimat di sini dapat memperoleh manfaat dari aspek kefahaman tentang Islam serta pembudayaan ilmu dan penghayatan hidup bersyariat. – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Gaya 4 

Gaya 3 

Gaya 2
Sumber HD - 5-6-2017 

Pesakit terharu terima kunjungan pemimpin PAS

EBIDIN Edin, 32, seorang pesakit berasal dari Tuaran, Sabah yang telah hampir sebulan berada dalam wad Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu disebabkan komplikasi penyakit kencing manis yang dideritainya menitis air mata terharu ketika menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim beserta pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah sempena Program Ziarah Ramadhan, petang ini. 
Apabila dibacakan doa syifa' oleh AJK Badan Perhubungan PAS Sabah, Ustaz Mat Razali Mat Lazin, Ebidin menangis terharu sambil berkali-kali mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini. 
Program Ziarah Ramadhan ke Hospital Queen Elizabeth ini adalah sebahagian dari aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan PAS Sabah sepanjang Ramadhan. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Arif Yusof dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Mohd Kamal Othman, .  
Dr Azman Ibrahim juga Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang berada di Sabah selama tiga hari bagi menghadiri beberapa program parti di sini merakamkan ucapan syabas atas usaha berterusan tanpa jemu PAS Sabah mendekati masyarakat berbilang kaum dan agama dengan pelbagai program dakwah serta kebajikan. 
"Keadaan geografi Sabah yang sangat luas serta wujudnya kepelbagaian bangsa dan agama di bumi bawah bayu ini menghadirkan suatu iklim dakwah yang sangat unit dengan cabaran yang tersendiri," ujarnya. 
Beliau turut kagum dengan semangat dan kesungguhan jentera PAS Sabah yang begitu komited dan tabah. 
"Melihat kepada sambutan menggalakkan masyarakat terhadap pelbagai program anjuran PAS di Sabah, saya memerhatikan dengan penuh keyakinan kepada  potensi untuk PAS berkembang dengan sangat baik dan diyakini oleh masyarakat" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/6/2017
Sumbr HD - 4-6-2017 




















































































































































































PAS Sabah gesa Ustaz Ahmad Awang jangan fitnah

BARU-baru ini tersebar wawancara Ustaz Ahmad Awang, Penasihat umum Parti Amanah Negara dengan Sinar TV. Pelbagai isu dan pandangan peribadi beliau dikupas.
Antara yang disebut dengan jelas dalam wawancara tersebut adalah berkaitan kehadiran beliau di Sabah menjelang muktamar 2015. Ketika itu beliau bertanding melawan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. 
Katanya sewaktu kehadiran di Sabah, beliau disambut oleh tiga atau empat orang muda di lapangan terbang dan ditunjukkan lokasi program yang pernah dianjurkan bersama oleh PAS Sabah dan satu agensi kerajaan yang tidak disebutkan. 
Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau ini dan PAS Sabah tidak pernah mengharapkan sumbangan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam setiap program yang dianjurkan. 
Ada kemungkinan beliau juga telah tertipu dengan beberapa anak muda yang menyambut beliau di lapangan terbang, yang kononnya sebagai ahli PAS. 
Saya beranggapan Ustaz Ahmad Awang telah terbiasa dengan politik fitnah dan penipuan dalam mencari publisiti. Hanya kerana tidak dijemput berkuliah di beberapa buah masjid, maka untuk melepaskan geram semua orang dipersalahkan. 
Bagi pihak PAS Sabah, saya ingin menasihati Ustaz Ahmad Awang supaya jangan terikut dengan budaya politik murahan sebegini.  Apatah lagi peribadi beliau yang dikenali sebagai seorang ahli agama. 
Semoga Ustaz Ahmad Awang diberi taufik oleh Allah SWT untuk kembali ke pangkal jalan. 
DR. ALIAKBAR BIN GULASAN
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Sabah – HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumber HD - 2-6-2017 























































































































































































Muslimat Putatan anjur kuliah fiqh wanita

DEWAN Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) telah menganjurkan kuliah "Tanyalah Ustazah: Fiqh Puasa Wanita" bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan pada 27 Mei 2017 lalu. 
Antara intipati utama kuliah adalah tentang amalan-amalan yang dianjurkan sepanjang Ramadan seperti memperbanyakan istighfar dan doa, mengerjakan solat sunat, bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Selain itu, para hadirin diingatkan dengan persoalan kematian yang tidak mengenal usia dan mengajak untuk sentiasa bertaubat kepada Allah lebih-lebih lagi pada bulan yang penuh rahmat ini. 
Program yang berdurasi selama dua jam ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Islam pada hari ini terutama golongan wanita sangat memerlukan bimbingan agama sejajar dengan matlamat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Oleh itu, DMPKP menyedari akan hal ini dan telah merancang untuk mengadakan Kelas Fiqh Wanita secara berkala. 
Selari dengan Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKP mengambil kesempatan mengagihkan barangan keperluan dapur kepada para ibu tunggal bagi meringankan beban mereka sepanjang Ramadan.

PAS Putatan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat sekeliling dan tidak lupa berusaha untuk membimbing wanita dengan ilmu. – HARAKAHDAILY 29/5/2017
PutatFiqh 3 

PutatFiqh 2
Sumber HD - 29-5-2017 
























































































































































































Kedaulatan: Sabah perlu bebas ancaman










PENCULIKAN, pencerobohan sempadan perairan negeri dan beberapa kes terpencil yang menimbulkan keresahan melebihi 3.5 juta orang rakyat di negeri ini perlu diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan negeri untuk diselesaikan. 
ZulzaimTambahan lagi, dengan berlakunya siri keganasan terbaharu di suatu lokasi tidak jauh dari Sabah iaitu Marawi, Selatan Filipina memberikan petanda bahawa penguatkuasaan keamanan oleh pihak berkuasa seperti ESSCOM perlu berada dalam tahap yang meyakinkan seluruh masyarakat Sabah. 
Impak kesan ancaman ini terhadap kedaulatan negeri Sabah dalam perdagangan antara Sabah-Mindanao ialah terjejasnya aspek ekonomi dan memberi risiko yang tinggi terhadap pedagang untuk meneruskan penghantaran seperti beras, gula dan tepung serta bahan lain seperti yang dikhuatirkan oleh pihak pengangkutan BIMP-EAGA. 
Harapan rakyat khususnya anak muda sekian kalinya untuk melihat Sabah menjadi negeri yang bebas dari sebarang isu melibatkan masalah kedaulatan negeri, ancaman keganasan seperti penculikan nelayan di laut dan bebas dari pemikiran melampau daesh yang menyimpang daripada agama Islam. 
Dewan Pemuda PAS Sabah menyeru umat Islam dalam kesempatan bulan Ramadan ini agar kita mendoakan keamanan negeri kita dari anasir yang tidak baik dan tidak lupa mendoakan keselamatan pihak berkuasa yang berkorban siang dan malam menjaga sempadan negeri kita. 
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 28/5/2017
Sumber HD - 28-5-2017 


























































































































































































PAS Sabah: Selamat jalani ibadah di bulan Ramadan

SABDA Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 
إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ 
"Apabila Ramadhan telah tiba, maka pintu-pintu syurga akan dibuka, lalu pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun akan dirantai." (Riwayat Imam Muslim Dalam Sahihnya; Kitab Puasa) 
UMustaqimAlhamdulillah Ramadan bakal menjelma. Bulan yang menjadi medan ibadah yang dijanjikan oleh Allah Taala buat insan yang beriman. 
Rebutlah kesempatan bulan Ramadan kali ini untuk kita sebagai umat Islam membentuk kualiti ibadah, kebaikan akhlak, dan membina semangat perjuangan bagi memastikan Islam sentiasa dijulang. 
Mewakili barisan kepimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, saya mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadan" buat seluruh umat Islam khususnya di negeri Sabah. Semoga Allah mengurniakan kita kesihatan berpanjangan dan kesejahteraan hidup. 
Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai pembakar semangat kita umat Islam untuk terus membela agama Allah ini agar ia membawa keamanan dan kesejahteraan buat seluruh umat manusia. Akhirnya semoga negeri Sabah tercinta menjadi "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur" iaitu negeri sejahtera yang diredhai Allah Taala. 
USTAZ MUSTAQIM ALING
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah
25 Mei 2017M / 28 Syaaban 1438H – HARAKAHDAILY 25/5/2017
Sumber HD - 25-5-2017 




























































































































































































PAS Tawau anjur KAFA percuma kepada OKU

BERMULA dengan tiga orang pelajar dengan seorang guru pada Januari 2016 di perkarangan Masjid al-Kauthar, kini Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) OKU beroperasi di rumah Ustazah Siti Maryam Azis di Kampung Sentosa Blok 4 Tawau.  Beliau merupakan salah seorang Sukarelawan Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia cawangan Sabah. 
Pelajar KAFA OKU kini hampir 15 orang dan diajar secara bergilir oleh guru-guru sukarelawan pada setiap hari Sabtu jam 2.00 hingga 4.00 petang. Manakala pada musim cuti sekolah kelas diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat. 
Mereka yang hadir mempunyai pelbagai keupayaan seperti OKU fizikal, pertuturan, austime, down sindrom, penglihatan dan lain-lain. Namun bagi OKU yang terlantar, ajk lajnah akan menziarahi mereka di rumah . 
Adik Mohd Zaid Saparudin salah seorang pelajar berkata, bahawa dia berasa bersyukur dan berterima kasih kepada PAS Kawasan Tawau kerana prihatin terhadap nasib OKU serta bersyukur dapat mempelajari al-Quran secara percuma. 
Seorang tenaga pengajar sukarelawan, Ustazah Rahmatiah Mohamad berkata, ini adalah satu usaha yang amat baik daripada PAS kawasan Tawau yang mementingkan pendidikan agama kepada golongan yang memerlukan. 
Kelas ini adalah salah satu usaha di bawah Lajnah Dakwah dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tawau dengan menubuhkan Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia (PPOM) Cawangan Sabah yang juga di bawah Sekretariat Prihatin OKU lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. 
Tujuan penubuhannya adalah untuk menyebarkan Islam kepada golongan OKU dan keluarga mereka serta untuk memberi bantuan kebajikan kepada OKU yang memerlukan . – HARAKAHDAILY 24/5/2017
OKUTawau 2 

OKUTawau 3
Sumber HD - 25-5-2017 






























































































































































































Semak cacatkan pemandangan pekan Putatan

DAERAH Putatan yang merupakan salah satu daerah yang semakin pesat dari segi pembangunan infrastruktur di negeri Sabah. Ia juga turut dikenali sebagai pintu masuk ke pusat bandar raya Kota Kinabalu dan menerima kehadiran pengunjung daripada luar dan dalam negara yang datang ke Putatan untuk tujuan bersiar-siar dan menginap di hotel-hotel yang ada di Putatan. 
Namun begitu, terdapat beberapa perkara perlu diambil perhatian yang serius khususnya dalam menjaga dan memelihara kecantikan dan keindahan landskap dan alam sekitar di daerah ini, kerana ada beberapa lokasi yang tidak dijaga dan diselenggara secara konsisten, iaitu di kawasan Pasir Putih, yang berhampiran dengan Kompleks Belia dan Sukan, Dewan Sri Putatan, lot kedai dan restoran yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menjamu selera, membeli barangan keperluan harian serta laluan utama kawasan taman perumahan. 
Rumput dan lalang di bahu jalan utama ini terlalu panjang seperti sudah dibiarkan berbulan-bulan tidak dipotong dan ini sekaligus menjejaskan landskap kawasan sekitarnya. Oleh hal yang demikian, atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan bersama bagi menjaga dan memelihara keindahan dan pemandangan landskap di kawasan Pasir Putih ini, pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Putatan menggesa dan memohon kerjasama daripada pihak berkuasa yang berkenaan agar mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ini secara efektif. 
Selain itu, pihak PAS Kawasan Putatan juga mencadangkan supaya penyelenggaraan khusus untuk kerja-kerja pemotongan rumput di bahu jalan seperti di kawasan Pasir Putih ini dilakukan secara berkala mengikut kesesuaian tempoh dengan ketetapan yang berjadual seperti operasi kutipan sampah yang dilakukan secara berkala. – HARAKAHDAILY 22/5/2017
Sumber HD - 22-7-2017 


































































































































































































PAS Putatan anjur program 'Di Ambang Ramadan'

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan telah menganjurkan program pemberian beras dan kurma kepada masyarakat yang memerlukan menjelang bulan Ramadan yang semakin dekat. Program yang dinamakan 'Di Ambang Ramadan' diadakan di Blok C Kampung Sembulan. 
Program yang mendapat sambutan yang cukup baik ini diserikan dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin. Dalam tazkirah ringkas, Tuan Guru Mursyidul Am PAS mengajak dan menyeru masyarakat kampung berfikir tentang keadaan hidup yang sudah lama merdeka tetapi masih dibelenggu dengan kesusahan hidup. Sudah tiba masanya rakyat bangkit memilih kerajaan yang prihatin dan peduli kebajikan mereka. Tidak ada pilihan lain kecuali PAS, tegas beliau. 
Serahan sekampit beras dan kurma dilakukan oleh Tuan Guru Mursyidul Am PAS kepada orang kampung. Lebih 100 orang penerima hadir menerima sumbangan yang diusahakan oleh PAS Putatan. 
Masyarakat yang ditemui sangat gembira dan berbesar hati atas keprihatinan PAS Putatan. Penyelaras DUN Tanjung Aru, Hamid Ismail, ketika ditemui berkata, program seumpama ini tidak terhenti di sini bahkan akan diteruskan dengan Ihya' Ramadan dan program yang lain anjuran PAS Putatan. 
Program 'Di Ambang Ramadan' turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaiem Hilmee Abidin, AJK PAS Pusat, Ir. Muhtar Suhaili dan tuan rumah, YDP PAS Putatan, Ustaz Abu Nuha. – HARAKAHDAILY 22/5/2017
BerasPutat 4 

BerasPutat 3 

BerasPutat 2
Sumber HD - 22-5-2017 

































































































































































































Hari guru Pasti peringkat kebangsaan 2017 meriah

MALAM tadi telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Likas Square, Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Tema sambutan hari guru PASTI tahun ini ialah "Guru Istiqamah Menuju Kemenangan" 
Lebih 500 orang berhimpun bagi meraikan para guru PASTI yang tidak jemu dalam mendidik dan mengajar ilmu Akhirat dan dunia bagi melahirkan jiwa-jiwa yang cemerlang dan bertaqwa. 
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin. Di dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyebut betapa para sahabat radhiyallahu 'anhum ajmain bertuah kerana mempunyai idola (qudwah hasanah) yang sempurna yakni Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. 
Sesungguhnya Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Guru pula adalah satu profesyen yang sangat mulia. Maka guru-guru perlu mencontohi Baginda dengan mendidik dan mempertahankan akhlak Islamiyyah di tengah-tengah masyarakat. Naluri manusia secara lumrahnya suka kepada kebaikan sekalipun mereka yang jahat. Maka kita perlulah menyebarluaskan akhlak mulia yang menjadi idaman seluruh masyarakat. 
Mursyidul Am juga menyatakan betapa beliau sangat seronok dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diterajui oleh PAS kini. BPMS adalah politik cara Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan PAS bersedia bertaawun (bertolong-bantu) dengan sesiapa sahaja dan mana-mana pihak sekalipun dengan syarat Islam yang memimpin dan menjadi dasar. 
Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di dalam ucapan alu-aluannya menekankan kepentingan jihadut ta'lim iaitu jihad pendidikan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru PASTI dan menyatakan bahawa mereka adalah komponen utama kepada usaha jihadut ta'lim tersebut. 
Beliau menyebut betapa semua Gerakan Islam termasuk PAS mempunyai 4 tugas utama seperti berikut: 
1. Membina individu Muslim
2. Membina keluarga Muslim
3. Membina masyarakat Muslim
4. Membina Kerajaan Islam. 
Untuk membina individu Muslim, tujuannya ialah agar lahir individu-individu yang mempunyai aqidah yang sahih, ibadah yang betul, akhlak yang mulia dan tubuh badan yang sihat. Guru-guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak PASTI agar mencapai ciri-ciri tersebut. 
Ustaz Khalil menekankan agar guru-guru PASTI selain mentarbiyah perlu juga bersedia untuk ditarbiyah dan mengikuti program-program tarbiyah yang disusun oleh jamaah. Guru-guru PASTI turut diseru agar tidak hanya mengajar di PASTI, akan tetapi turut menyumbang semaksima mungkin dalam gerak kerja dakwah, kemasyarakatan dan termasuklah politik dan pilihanraya khususnya dalam membantu kemenangan PAS dalam PRU Ke-14 nanti, in shaa Allah. 
Alhamdulillah, sehingga kini terdapat 120,000 murid yang menuntut di PASTI dengan sekitar 6,000 guru PASTI yang berkhidmat di lebih 2,800 Cawangan PASTI seluruh negara. 
Berikut merupakan senarai penerima Anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2017: 
TOKOH GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 
Fadzilah Binti Hamid (Pahang) 
ANUGERAH GURU CEMERLANG
Rosmadillah Binti Che Abu Bakar (Kelantan)
Fadzilah Binti Hamid (Pahang)
Roslinah Binti Barindi (Selangor) 
ANUGERAH TOKOH SITI KHADIJAH
Sutinah Binti Sariman (Johor) 
TOKOH GURU PASTI NEGERI 2017
Perlis - Hasnita Binti Ali
Kedah - Fuziah Binti Taib
Kelantan - Nik Salma Binti Nik Wil
Terengganu - Noraniza Binti Hitam
Pulau Pinang - Zainab Binti Md Nayan
Perak - Saliza Binti Saptu
Pahang - Siti Fatimah Binti Saad @ Mat
Selangor - Norazurah Binti Mohd Sidek
Wilayah Persekutuan - Norhayu Binti Jamari
Negeri Sembilan - Nor Raihan Binti Borhan
Melaka - Salasiah Binti Mokhtar
Johor - Latifah Binti Omar
Sabah - Jumrah Binti Djamali
Sarawak - Mastura Binti Julai 
GURU PALING LAMA BERKHIDMAT
Perlis - Mahani Binti Yusof
Kedah - Faridah Binti Abu Hassan
Kelantan - Safiah Binti Yunus
Terengganu - Noridah Binti Abd Rahman
Pulau Pinang - Junaidah Binti Yahya
Perak - Siti Halimah Binti Hashim
Pahang - Asiah Binti Mat Abas
Selangor - Mazni Binti Osman
Wilayah Persekutuan - Rabiah Binti Zakaria
Negeri Sembilan - Rozanawati Binti Rosli
Melaka - Saemah Binti Yahaya
Johor - Habsah Binti Omar
Sabah - Hasni Binti Abdul Latif
Sarawak - Mazalina Binti Jali   
Turut hadir Timbalan Ketua DPPM Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, Setiausaha DPPM Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, Bendahari DPPM Muhtar Suhaili As-Sarawaki, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Mohd Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah Zul Zaiem Al-Hilmee Abidin, Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, Ketua Majlis Guru PASTI Malaysia Saadiah Abu Bakar, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI, Pengerusi-pengerusi PASTI Negeri dan guru-guru PASTI. – HARAKAHDAILY 21/5/2017
pastikeb3 

pastikeb2 

pastikeb
Sumber HD - 21-5-2017 







































































































































































































Sabah tuan rumah Hari Guru Pasti Malaysia

NEGERI Sabah di Bawah Bayu sudah bersedia menyambut ketibaan lebih 600 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dari seluruh negara. Demikian kata Cikgu Karim Dullah, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Sabah. 
PastiSab 2Sabtu ini, Majlis Sambutan Hari Guru Pasti Malaysia akan diadakan di Hotel Likas Square. Perasmian akan disempurnakan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Hashim Jasin, Mursyidul 'Am PAS. Beliau juga dijdual akan melancarkan album Pra-Tahfiz dan Bacaan Hadis (6 dan 5 tahun). 
Majlis Sambutan Hari Guru Pasti Kebangsaan dengan tema "Guru Istiqamah Menuju Kemenangan" sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada para guru dan pendidik Pasti yang penuh dedikasi mendidik generasi penerus kepimpinan negara. 
Antara tetamu kehormat dan pemimpin PAS yang akan hadir ialah Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Azam Ab. Samat, Pengarah Pasti Malaysia, Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden,  Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Ir. Muhtar Suhaili, Bendahari Pemuda PAS Malaysia dan Nurul Islam Mohamed Yusoff, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia. 
Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaiem Hilmee ketika ditemui berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Pasti Negeri Sabah mengalu-alukan kedatangan para guru dan tetamu dari seluruh Malaysia. Semoga Pasti terus menjadi pilihan utama rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya. – HARAKAHDAILY 18/5/2017
PastiSab 1
Sumber HD - 18-5-2017 








































































































































































































PAS Putatan rai guru 28 sekolah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan meneruskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan mengunjungi 28 buah sekolah di sekitar Putatan, Tanjung Aru dan Sembulan. 
Kunjungan dibuat selama dua hari. Hari pertama diketuai oleh Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi, Ketua Penerangan PAS Putatan, Arwin Azhad, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional bersama AJK Dewan Muslimat PAS Putatan. Turut bersama, Zulzaiem Himee, Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. 
Serahan kek sempena sambutan Hari Guru di setiap sekolah antaranya, SK Tansau, SMK Tansau, SK Putatan, SK Kg. Contoh, SK Stella Maris, SM La Salle, Maktab Sabah, SK Sembulan,  SMK Sanzac, Tadika JHEAINS, SK Tanjung Aru 2 dan Pondok An-Nur Pasir Putih. 
Hari kedua, Ustaz Abu Nuha, Yang Dipertua PAS Putatan yang baru kembali dari Indonesia turun padang bersama meneruskan kunjungan dan serahan kek. Antara sekolah yang dikunjungi ialah, SK Pulau Gaya, SMK Pulau Gaya, SK Kem Lok Kawi, SK Petagas, SAN Integrasi Putatan, Masrasah al-Khariah dan Madrasah as-Salam. 
Para guru yang ditemui sangat berbesar hati menyambut kedatangan PAS Putatan seterusnya mengucapkan terima kasih atas ingatan dan perhargaan yang diberikan.
Program seumpama ini adalah takwim tahunan PAS Putatan yang sentiasa prihatin dan menghargai usaha dan pengorbanan para pendidik dan warga guru dalam membina sahsiah dan jati diri generasi kepimpinan negara. Ini bertepatan dengan tema "Guru Pembentuk Generasi Rabbani". 
PAS Putatan berharap para guru meneruskan dedikasi dan perjuangan mendidik anak watan. Semoga segala usaha dan titik peluh diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran, tegas Ustaz Abu Nuha. – HARAKAHDAILY 18/5/2017
PutatGuru 4 

PutatGuru 3\
PutatGuru 1
Sumber HD - 18-5-2017 










































































































































































































Pemuda Putatan giat dekati anak muda

MEMENUHI dan meraikan minat anak muda dalam sukan, Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan meneruskan penganjuran dua program sukan serentak yang diadakan di Sembulan dan Pulau Gaya. 
Aktiviti sukan yang telah dianjurkan ialah sukan bola tampar yang diadakan di Sembulan serta sukan bola sepak yang diadakan di Pulau Gaya. 
Seramai 35 orang peserta dalam sukan bola tampar, yang terdiri pasukan TH Team, pasukan Pemuda PAS dan Geng Blok C. Pertandingan persahabatan bola tampar ini telah dimenangi oleh pasukan TH Team. 
Pertandingan persahabatan bola sepak yang dirasmikan sepak mulanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaiem pula disertai seramai 74 pemain daripada 8 pasukan, iaitu Pamago FC, Penghalang FC, Rock City Mari FC, C Malak FC, Promise FC, POP FC, Kocco FC serta Pemuda PAS FC dan pasukan POP FC telah berjaya menewaskan Penghalang FC dalam perlawanan akhir dengan jaringan 2-0. 
Dalam masjis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Putatan dalam ucapannya telah menyatakan bahawa penganjuran program sukan oleh Pemuda PAS ini adalah salah satu daripada program dan kegiatan berterusan PAS Putatan, selain daripada program kebajikan, kesihatan, khidmat masyarakat, dakwah dan juga usaha untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setempat. 
Beliau menambah, Pemuda PAS Putatan juga giat menganjurkan aktiviti sukan lain secara berkala yang berbentuk tahunan, bulanan dan mingguan, seperti kejohanan boling, futsal, sukan permotoran dan juga silat, dalam menggalakkan para pemuda agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta mengisi masa lapang dengan kegiatan yang bermanfaat, kerana memelihara kesihatan badan dan beriadah juga merupakan salah satu perkara yang dianjurkan oleh Islam. 
Memenuhi dan meraikan minat anak muda dalam sukan, Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan meneruskan penganjuran dua program sukan serentak yang diadakan di Sembulan dan Pulau Gaya. 
Aktiviti sukan yang telah dianjurkan ialah sukan bola tampar yang diadakan di Sembulan serta sukan bola sepak yang diadakan di Pulau Gaya. 
Seramai 35 orang peserta dalam sukan bola tampar, yang terdiri pasukan TH Team, pasukan Pemuda PAS dan Geng Blok C. Pertandingan persahabatan bola tampar ini telah dimenangi oleh pasukan TH Team. 
Pertandingan persahabatan bola sepak yang dirasmikan sepak mulanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaiem pula disertai seramai 74 pemain daripada 8 pasukan, iaitu Pamago FC, Penghalang FC, Rock City Mari FC, C Malak FC, Promise FC, POP FC, Kocco FC serta Pemuda PAS FC dan pasukan POP FC telah berjaya menewaskan Penghalang FC dalam perlawanan akhir dengan jaringan 2-0 
Dalam masjis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Putatan dalam ucapannya telah menyatakan bahawa penganjuran program sukan oleh Pemuda PAS ini adalah salah satu daripada program dan kegiatan berterusan PAS Putatan, selain daripada program kebajikan, kesihatan, khidmat masyarakat, dakwah dan juga usaha untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setempat. 
Beliau menambah, Pemuda PAS Putatan juga giat menganjurkan aktiviti sukan lain secara berkala yang berbentuk tahunan, bulanan dan mingguan, seperti kejohanan bowling, futsal, sukan permotoran dan juga silat, dalam menggalakkan para pemuda agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta mengisi masa lapang dengan kegiatan yang bermanfaat, kerana memelihara kesihatan badan dan beriadah juga merupakan salah satu perkara yang dianjurkan oleh Islam. – HARAKAHDAILY 16/5/2017
SukanPu 3 

SukanPu 1

SukanPu 2
Sumber HD- 16-5-2017 























































































































































































































































































































































































































PAS Sepanggar anjur karnival Untukmu Wanita

PAS Sepanggar hari ini menganjurkan Program Karnival Untukmu Wanita di Perkarangan Sulaman Sentral, Kota Kinabalu. 
Pelbagai aktiviti disediakan seperti jualan murah pakaian terpakai, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran daftar pemilih, pengedaran Harakah percuma dan beberapa aktiviti lain bagi menyantuni masyarakat. 
Menurut Ketua Muslimat Sepanggar, Ummu Amirah, objektif utama program ini ialah untuk memasyarakatkan PAS khususnya untuk kawasan Sepanggar. 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar, Dr. Aliakbar Gulasan, Penyelaras Parlimen PAS Sepanggar, Encik Aspar Akbar dan semua kepimpinan muslimat, pemuda dan ulama kawasan. 
Menurut penganjur, program ini telah mendapat sambutan yang baik dan merancang untuk diadakan dibeberapa tempat lain dalam kawasan Sepanggar. – HARAKAHDAILY 10/5/2017
Sepanggar 1
Sumber HD - 10-5-2017













































































































































































































Jaga sensitiviti agama & perpaduan negeri

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah mengajak semua lapisan masyarakat di Sabah agar menjaga sensitiviti agama dalam masyarakat bagi mengukuhkan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama. 
Sambutan program "Kaamatan Islamik" yang menjadi polemik baru-baru ini suatu perkara yang perlu diharmonikan dari pelbagai sudut oleh pihak penganjur agar diterima dengan semangat toleransi oleh semua pihak sebagai salah satu aktiviti perayaan tahunan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) di negeri ini. 
Dewan Pemuda PAS menghargai usaha murni dari pihak penganjur iaitu Persatuan Momogun Muslim Malaysia yang berusaha untuk merealisasikan agar majlis Kaamatan turut diraikan oleh sebilangan besar Muslim Kadazan Dusun Murut di negeri ini mengikut kaedah yang dibenarkan oleh syariat Islam. 
Maka, budaya toleransi dalam kepelbagaian kaum dan hormat-menghormati dalam perbezaan beragama adalah suatu anugerah yang perlu dihayati oleh semua kaum dan ia akan terhakis dan hilang jika tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. 
Justeru, Dewan Pemuda PAS menyeru agar perbezaan agama tidak dijadikan sebagai suatu jurang yang mampu mencalarkan perpaduan negeri yang selama ini kita semai sehingga menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan masyarakat. 
Dewan Pemuda PAS akan berusaha agar budaya toleransi, perpaduan negeri dan sensitiviti agama dapat dijaga dengan batas-batas tertentu bagi menjamin keutuhan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini. 
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) – HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD - 9-5-2017 















































































































































































































Amal Putatan baiki Surau Pantai Tg Aru

JABATAN Amal Malaysia Negeri Sabah Kawasan Putatan turun padang dalam Program Gotong Royong Amal di Surau An-Nur Pantai Tanjung Aru. Dengan kekuatan 10 anggota Amal Putatan, kerja membersih, memotong rumput, menggantikan tingkap surau yang rosak dilakukan sehingga selesai. 
Masalah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum memulakan gerak kerja. Komander Amal Putatan, Maslan Mula ketika ditemui berkata, surau dalam keadaan kotor tidak terjaga dan tiada penyelarasan untuk menjaga kebersihan dan keselesaan tempat ibadah itu.
Objektif program ini adalah untuk memperbaiki kemudahan surau yang tidak diselenggara dengan baik agar selesa untuk orang ramai menggunakannya. 
Harapan kepada masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan surau untuk keselesaan bersama. Jabatan Amal Putatan sentiasa komited dan dedikasi beramal kerana Allah, tambah beliau. – HARAKAHDAILY 9/5/2017
AMAL 4 

AMAL 2
Sumber HD - 9-5-2017 

















































































































































































































Mansuh kabotaj: Harga barang harus turun

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyambut baik pemansuhan dasar kabotaj yang diumumkan Perdana Menteri semalam. 
Dasar ini sudah lama diperjuangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan parti politik kerana ianya telah menyebabkan ketidakseimbagan harga barang antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 
Perkara yang paling penting selepas ini ialah, pihak kerajaan kena pastikan harga barang lebih rendah berbanding sekarang. Selain harga barang keperluan harian, dasar kabotaj ini juga telah menyebabkan harga rumah yang tinggi di negeri Sabah. 
Saya yakin harapan yang lebih besar bagi rakyat Sabah ialah kuasa beli mereka akan semakin bertambah dengan pemansuhan dasar ini. Oleh yang demikian PAS Sabah amat berharap agar agensi kerajaan yang terlibat memastikan supaya pemansuhan dasar ini benar-benar dapat menurunkan harga barang di Sabah. 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah - HARAKAHDAILY 8/5/2017
Sumber HD - 8-5-2017 



















































































































































































































Muslimat Putatan anjur 'Sahur Supermama'

BERTEPATAN dengan bulan Ramadan yang bakal menjengah tidak lama lagi, Lajnah Pembangunan Keluarga di bawah Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) telah menganjurkan program 'Sahur Supermama' bertempat di Markas PAS Putatan, Sembulan. 
Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Dewan Muslimat PAS Putatan mengajak peserta  bersama-sama memulakan persedian awal untuk menghadapi Ramadan supaya bulan pesta ibadah itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau turut menekankan kepentingan amalan bersahur kerana sahur yang membezakan puasa umat Muhammad dengan penganut agama lain. Selain sunnah Rasulullah, waktu sahur adalah salah satu waktu mustajab untuk berdoa. 
Program yang berlangsung selama separuh hari itu dimulakan dengan ceramah berkenaan panduan pemakanan di bulan Ramadan. Pelbagai ilmu bermanfaat berkenaan pemakanan sihat serta tips pantas penyediaan makanan telah dikongsi oleh pakar pemakanan, Puan Hani. 
Program turut diserikan dengan demonstrasi masakan menu ringkas dan berkhasiat sebagai panduan para ibu. Antara menu yang telah dikongsi ialah Banana Oat Smoothies, Overnight Oat, Daging Kisar Berempah, Kuih Cara Berlauk serta Makaroni Bakar. 
Selain mempelajari resepi masakan, para peserta turut disajikan dengan pelbagai tips serta petua menarik yang boleh membantu tugasan ibu di dapur. 
DMPKP berharap perkongsian ilmu dapat menambah pengetahuan para ibu dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarga terutamanya pada bulan Ramadan tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 8/5/2017
MusPu 2
Sumber HD - 8-5-2017 

PAS prihatin nasib ibu tunggal anak lapan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah kehidupan seorang ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak, Puan Norma Bakri. 
Beliau yang tinggal bersama ibunya yang menghidap sakit jantung di rumah pusaka yang agak usang di kampung setinggan belakang Taman Ambar, Jalan Kuharam, Tawau, Sabah 
Lebih menyedihkan, anak kedua beliau, Khairul Nizam berumur 22 tahun menghidap penyakit paru-paru berair dan telah dijangkiti kuman yang memerlukan kos rawatan yang banyak sedangkan ibunya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada anak pertama yang bekerja sebagai pekerja biasa di syarikat swasta. 
Atas keprihatinan berterusan PAS, Lajnah Kebajikan PAS Tawau diwakili Puan Zaiton Ahmad dan Puan Siti Arfa Asrisal telah menziarahi Puan Norma serta anak-anaknya dan menyampaikan sumbangan daripada PAS Kawasan Tawau . 
Puan Zaiton telah memberi kata-kata semangat kepada Khairul Nizam agar terus sabar dan berusaha untuk mendapatkan rawatan segera serta tidak meninggalkan solat. 
Puan Norma amat terharu atas kunjungan tersebut dan bersyukur serta berterima kasih  atas segala sumbangan daripada PAS Tawau. – HARAKAHDAILY 8/5/2017
Sumber HD - 8-5-2017 






















































































































































































































PAS Putatan hargai jasa dan khidmat Bomba

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan sentiasa prihatin dan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
Sempena sambutan Hari Bomba Sedunia, PAS Putatan melakukan kunjungan ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu. Rombongan PAS Putatan menyerahkan kek menghargai sumbangan dan tugas anggota Bomba yang berkhidmat untuk masyarakat dan negara. 
Kunjungan disertai oleh Ketua Penerangan PAS Putatan, Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi yang mewakili Yang Dipertua PAS Kawasan, Ketua Pemuda PAS Putatan dan ahli jawatankuasa PAS Putatan. PAS Putatan merakamkan ucapan terima kasih atas pengorbanan dan khidmat tulus anggota Bomba selama ini. 
PAS Putatan berharap kunjungan tidak berakhir setakat itu bahkan dapat menjalin kerjasama yang erat di antara Jabatan Bomba dengan PAS Putatan melalui Jabatan Amal pada masa akan datang. 
Dalam kunjungan itu juga, akhbar Harakah, lidah rasmi PAS diberikan kepada anggota Bomba sebagai menyahut kempen Beli, Baca dan Beri Harakah. – HARAKAHDAILY 5/5/2017
PUTATAN3 

PUTATAN2
Sumber HD - 5-5-2017 























































































































































































































PAS Putatan terus dekati pengundi

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan terus giat dengan gerak kerja pilihan raya dengan meneruskan program Semarak Hijau 4.0 yang diadakan di Kampung Sembulan. 
Fokus diteruskkan dengan menggerakkan daftar pemilih baharu dan menyantuni masyarakat pengundi supaya mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang. Pada PRU-13, PAS bertanding di kerusi DUN Tanjung Aru dalam perlawanan 4 penjuru dan menyaksikan PAS meraih undi kedua tertinggi. 
Menyedari realiti PAS di Sabah yang tidak bergabung dengan mana-mana parti, jentera pilihan raya dikerah untuk turun padang setiap masa bertemu masyarakat pengundi dan membawa agenda kebajikan dan keadilan Islam. 
Penyelaras DUN Tanjung Aru yang juga Naib Yang Dipertua PAS Putatan, Saudara Hamid Ismail ketika ditemui berkata, ''PAS akan sentiasa menjaga dan membela kebajikan rakyat tanpa mengira waktu dan ketika. PAS yakin akan mencipta kejayaan dan kemenangan di sini,'' tegas beliau. 
Program Semarak Hijau merupakan antara prorgram PAS Putatan yang dirancang dan dilaksana dalam merasai sendiri denyut nadi rakyat dan marhaen. Pada program kali ini, seramai lebih 40 buah keluarga telah ditemui oleh jentera pilihan raya PAS Putatan. 
Rata-rata yang ditemui yakin dengan perjuangan PAS dan betekad untuk melihat kemenangan PAS di Tanjung Aru Putatan. – HARAKAHDAILY 26/4/2017
Sumber HD - 26-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

























































































































































































































Laporan polis terhadap pengerusi PAN Sabah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah membuat laporan polis terhadap Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Hamzah Abdullah atas satu statusnya facebooknya yang membuat tuduhan fitnah terhadap PAS. 
Laporan polis yang dibuat oleh Mohd Aminuddin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah turut disertai beberapa pimpinan PAS negeri dan Pemuda PAS Sabah. 
Hamzah telah membuat tuduhan bahawa PAS bukan hanya menerima RM90 juta tetapi sebenarnya RM200 juta. 
Aminuddin menyatakan dalam kenyataannya selepas membuat laporan polis tersebut supaya ahli-ahli politik tidak terlalu terpengaruh dengan sumber yang belum pasti. 
Sepatutnya semua parti politik menyampaikan mesej kebaikan dan kebenaran kepada seluruh rakyat dan jangan hanya bergantung kepada politik persepsi. 
Saya ingin menasihatkan kepada Hamzah atau mana-mana ahli politik supaya berpolitik secara matang dan beradab. Berpolitik menggunakan media sosial tidaklah salah tetapi jangan sampai membawa unsur-unsur fitnah kerana ia bertentangan dengan agama dan budaya kita, tegas Aminuddin. – HARAKAHDAILY 25/4/2017
Sumber HD- 25-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 



























































































































































































































PAS Sabah lahir mujahid siber

KONVENSYEN ICT dan pelancaran Jelajah Rangsangan ICT (JeRIT) PRU14 peringkat Negeri Sabah telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Tawau, hari ini. 
Majlis Perasmian ini dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dr Ali Akhbar Gulasan dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Abdul Hashim Othman serta Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong. 
Dalam ucaptama, Shuhaimi berkata program itu diadakan secara konsisten di Sabah setiap 2 tahun sekali sejak 2005. 
Seramai 200 orang dari jentera ICT dan Penerangan serta Jabatan Pilihan Raya PAS negeri telah hadir mengikuti program itu yang bertujuan untuk mendedahkan peserta berkaitan dengan penggunaan media baru dan Multimedia serta DataApps secara maksimum, efisen dan berkesan. 
Melalui konvensyen itu, PAS Sabah telah memperkenalkan Mujahid Siber menggunakan aplikasi media sosial dengan lebih baik untuk menghadapi PRU14 nanti. 
Mujahid Siber ini adalah merupakan Pegawai Penerangan PAS (siber) yang diuruskan oleh Lajnah Penerangan PAS dan rangkaiannya bertujuan untuk menerang dan bukan menyerang sebagaimana cybertrooper di media maya. 
Dalam program itu juga Hijau.fm Sabah telah dilancarkan meliputi 3 zon iaitu Pantai Barat, Sandakan dan Tawau. Satu bengkel khusus Hijau.fm juga telah dihadiri oleh wakil-wakil 3 zon berkenaan yang diketuai oleh Abu Azhad sebagai penerbit Hijau.fm Sabah.
Sumber HD - 23-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





























































































































































































































PAS Putatan lancar Markas Induk Pilihan Raya

PAS Kawasan Putatan siap siaga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Ini dibuktikan dengan perasmian Markas Induk PAS Putatan DUN Tanjung Aru Parlimen Putatan. Markas ini akan dijadikan bilik gerakan dan operasi dalam menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. 
Sempena pelancaran markas, Majlis Jamuan Rakyat diadakan yang dihadiri oleh masyarakat pengundi. Rata-rata pengundi yang ditemui memberikan sokongan yang padu kepada PAS. Mereka yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mengutamakan kebajikan rakyat. 
Pelancaran Markas Induk PAS Putatan dihadiri Tuan Hamid Ismail, Penyelaras DUN Tanjung Aru yang juga Naib Yang Dipertua PAS Putatan. Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat di Putatan menyatakan sikap dan sokongan kepada PAS yang sentiasa prihatin dalam membela dan memperjuangkan nasib marhaen. 
Markas Induk PAS Putatan juga sentiasa terbuka kepada masyarakat yang mengalami kesusahan. Aduan dan pandangan daripada masyarakat sangat dihargai, katanya. 
Perasmian Markas Induk PAS Putatan disempurnakan oleh Dr. Aliakbar Gulasan, AJK PAS Pusat merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan PAS adalah parti untuk semua tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Wakil rakyat PAS sentiasa bertanggungjawab dan 'takut dosa', amanah yang dipikul dilaksanakan sebaik mungkin, tegas beliau. – HARAKAHDAILY 10/4/2017
Sumber HD - 10-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 































































































































































































































PAS Putatan rai sumbangan doktor dan juruhebah

PAS Kawasan Putatan sentiasa prihatin. Sempena sambutan Hari Doktor dan Hari Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ke-71, PAS Putatan berziarah mahabbah ke Klinik Kesihatan Putatan dan pejabat RTM Sabah. 
Rombongan PAS Putatan diketuai oleh Yang Dipertua Ustaz Abu Nuha menyerahkan kek kepada wakil pegawai perubatan dengan ucapan terima kasih atas khidmat dan sumbangan para doktor dalam merawat dan menyelamatkan nyawa manusia yang bernilai ibadah. 
Seterusnya serahan kek diberikan kepada wakil juruhebah RTM Sabah yang menyambut kedatangan PAS Putatan dengan mesra. Yang Dipertua PAS Putatan mengharapkan hubungan kedua-dua pihak sentiasa baik dan terus terjalin. 
RTM yang sudah berusia 71 tahun adalah penyebar suara rakyat dan marhaen. PAS Putatan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan RTM pada bila-bila masa dan ketika. 
Program seperti ini sudah menjadi kalendar tahunan PAS Putatan yang menjadi bukti keprihatinan serta mengiktiraf sumbangan para pegawai perubatan dan pegawai penyiaran dalam lapangan masing-masing. – HARAKAHDAILY 3/4/2017
RTMDr 1
Sumber HD - 3-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

































































































































































































































Muslimat Putatan ziarah mangsa kebakaran Tg Dumpil

DEWAN Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) meneruskan program ziarah pada tahun ini dengan menziarahi mangsa kebakaran di Tanjung Dumpil pada 2 April 2017.
Seramai lima orang anggota muslimat terdiri daripada Ameerah Putatan dan Skuad Prihatin telah menyantuni lapan buah keluarga yang terlibat dalam musibah yang berlaku pada 28 Mac 2017. Dalam kunjungan tersebut, sumbangan wang ringgit sejumlah RM1,600 hasil sumbangan orang ramai, barang keperluan solat, barang makanan dan keperluan asas serta pakaian telah disampaikan kepada kesemua keluarga yang terlibat. 
Dalam kejadian tersebut, sekitar waktu pagi penduduk setempat dikejutkan dengan api yang marak dari salah sebuah rumah berhampiran. Kesemua rumah musnah sama sekali. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 
Setakat ini, kesemua lapan buah keluarga tinggal buat sementara di rumah jiran berhampiran. 
Kesemua keluarga yang terlibat amat terharu dan bebesar hati menerima sumbangan yang disampaikan. Mereka menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh DMP Kawasan Putatan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kesemua mangsa yang terlibat. – HARAKAHDAILY 2/4/2017
AmeerahP 1
Sumber HD - 2-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




































































































































































































































PCS: Hentikan budaya politik kebencian dan permusuhan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Ketua Penerangan Parti Cinta Sabah (PCS), Ramdi Indang dalam media hari ini. PAS Sabah menganggap kenyataan ini merupakan kenyataan politik yang berasaskan kebencian. 
Sebagai parti politik, PCS sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keharmonian dan memperjuangkan keperluan rakyat. 
Seperti mana yang dilakukan oleh PAS dalam konteks Pindaan Akta 355 ini, ianya adalah sebahagian daripada kehendak rakyat, khususnya masyarakat muslim. Sebagai bukti, himpunan 355 yang diadakan pada 18 Februari 2017 telah dihadiri ratusan ribu orang di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan masyarakat Islam khususnya, mahu melihat akta ini dipinda bagi menaik taraf bidang kuasa mahkamah syariah. 
Kenyataan Ramdi seolah-olah tidak memahami sistem perundangan negara ini. 
Sememangnya sekarang ini Malaysia mempunyai Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Cuma bidang kuasa mahkamah syariah yang terlalu rendah dan ianya perlu ditingkatkan. 
Kenyataan seumpama ini boleh menimbulkan polemik dalam masyarakat. Sepatutnya politik sebegini sudah tidak perlu lagi dalam zaman moden ini. 
Pindaan akta ini masih belum dibahaskan lagi di parlimen. Maka lebih baik semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi jahat mengenai pindaan akta ini. 
PAS Sabah berharap, semua parti politik di Sabah supaya berpolitik secara matang dan jangan berprasangka jahat serta jangan mengamalkan politik kebencian. 
Abdul Hisham Othman
Ketua Penerangan PAS Sabah
29 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 29/3/2017
Sumber HD - 29-3-2017