BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, October 21, 2014

ULANG TAHUN PAS KE-63


Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com


Kebangkitan Pas Adalah Dengan Kepimpinan Ulama’nya

Posted on Wednesday, April 08 @ 08:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Oleh: Jepiardy Semenyih



Kedudukan PAS di dalam Perikatan yang walaupun menyumbang kepada syiar Islam sedikit sebanyak didalam pentadbiran kerajaan persekutuan,  tidak pula  menjamin survivalnya sebagai  sebahagian rejim yang memerintah. Kerajaan campuran Perikatan yang dianggotai PAS bersama UMNO pada 1 Januari 1973  menyaksikan  pengakhiran  yang  mendukacitakan  apabila  PAS  ditendang  keluar  empat  tahun kemudiannya  setelah  strategi  UMNO  berhasil  memerangkap  PAS  dengan  Rang  Undang-Undang Pengisytiharan Darurat di negeri Kelantan.

Sejarah telah pun merakamkan bahawa kepimpinan Almarhum Dato' Asri Muda yang cuba mewajahkan parti Islam ini sebagai nationalist seakan UMNO pilihan kedua kepada rakyat jelas mendapat tentangan keras ahli-ahli partinya.

Perseteruan terbuka yang dipacu oleh segolongan ulama' haraki PAS turut dipasak teguh dibelakangnya oleh Dewan Pemuda Pas Pusat. Usul kepimpinan ulama' dilontarkan bagi mengembalikan kepimpinan Almarhum Dato' Asri ke landasan dan fitrah perjuangan yang menepati sunnah perjuangan para anbiya.

Para ulama' menadahkan dua pilihan kepada Almarhum Dato' Asri dan pengikutnya, sama ada terus istiqamah di atas prinsip dan aqidah perjuangan yang sebenar, atau wajib ditukarkan kepimpinannya bagi menyelamatkan parti dan ahli-ahli parti Islam ini. Konflik dalaman yang hebat ini berakhir dengan pengumuman perletakan jawatan oleh Almarhum Dato' Asri sebagai Yang Dipertua Agung PAS ketika muktamar PAS kali yang 28 pada tahun 1982 yang lalu.

Terlalu banyak mutiara pengajaran yang sangat berharga untuk dikutip lewat pengalaman pahit perjuangan para ulama' PAS sebelum ini. Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Almarhum Ustaz Yahya Othman ialah antara pejuang haraki yang telah pergi meninggalkan kita semua. Mereka ini adalah di antara watak-watak utama disamping Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS, tidak pula melaungkan ungkapan berkasih sayang tatkala prinsip dan aqidah perjuangan Islam ini kelihatan didagangkan ketika itu.

Dokongan kuat Dewan Pemuda Pas Pusat yang dipimpin oleh Mustafa Ali bersama setiausaha Subky Abdul Latif pada waktu berkenaan adalah sangat teguh untuk membenteng kepimpinan ulama' yang digagaskan.

Unjuran politik terkini cendekiawan progresif PAS yang menyeru kepada memperdagangkan kepimpinan ulama' adalah suatu langkah yang mengundur ke belakang. Gesaan mengejar keuntungan politik yang belum tentu dapat ditangan, kelihatannya tergopoh gapah. Desakan bagi memenuhi serakah rakan pakatan siyasinya yang sering membelakangkan 'rahim' perjuangan marhaen ini tampaknya bagai anak derhaka yang tidak mengenang budi.


Pengisytiharan memerangi kepimpinan ulama' yang dicetus oleh rakan pakatan siyasinya dizahirkan kepada dua pendekatan. Pertamanya penolakan secara terbuka kepimpinan presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang oleh segelintir ahli dan pimpinan PAS Pusat.

Keduanya dengan mempersoalkan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Kelantan, sebuah negeri yang dipayungi dengan kepimpinan ulama'.

Permasalahannya di sini, di manakah kedudukan PAS jika pakatan siyasi ini berjaya merebut kerajaan persekutuan dari cengkaman UMNO dan Barisan Nasional? Adakah duduk dan berdirinya diyakini sama tinggi dan sama rendah sebagaimana yang sepatutnya? Sedangkan belum pun lagi pakatan siyasi ini berjaya memacakkan panji kemenangan di Putrajaya, PAS terlebih dahulu telah dikesampingkan di dalam penglibatannya untuk memutuskan perkara-perkara penting secara bersama seperti kemelut Langkah Kajang, sehingga merangsang pengkhianatan dua Adunnya ketika isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Justeru, adakah PAS di dalam Pakatan Rakyat akan menerima nasib yang sama seperti yang pernah dialaminya suatu ketika dulu, ditindas di dalam Perikatan? Kini belum pun menang untuk memerintah persekutuan, telah ditindas oleh rakan pakatan siyasinya. Andainya jika menang persekutuan bagaimana? Namun kesabaran dan kelicikan strategi politik kepimpinan ulama' PAS tidak boleh dipandang mudah.

Keputusan untuk terus kekal di dalam Pakatan Rakyat merupakan ijtihad tepat para ulama' PAS untuk mara ke Putrajaya. Namun begitu, beristiqamah di atas prinsip dan aqidah perjuangan yang tulen tidak sesekali akan dikompromi, dan itulah isyarat kebangkitan kepimpinan ulama' yang barangkali menjadi mimpi ngeri kepada ahli dan pimpinan parti yang masih tidak jelas dengan fikrah perjuangannya bersama PAS.

Sejarah tetap sejarah. Masa sekarang perlu ditempuh. Dengan ilmu serta pengalaman, dan dengan curahan tarbiah yang tidak putus-putus, PAS barangkali masih mampu membaca dan membentuk 'sejarah' hari esok. Tinggalkan persengketaan sesama sendiri, dan sama-sama merapatkan saf untuk mendokongi kepimpinan ulama'.


Sumber TKO - 8-4-2015


PAS menggalas amanah menambat hati pengundi

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata dalam keadaan masyarakat yang kian terbuka corak dan rentak pemikiran, PAS menggalas amanah besar untuk menambat hati khususnya dalam berhadapan pengundi teras iaitu Melayu.


Katanya, tuntutan politik semasa memerlukan PAS menilai dan mengemaskini strategi yang digunapakai dalam berhadapan dengan kerencaman agar ia sesuai dengan realiti masyarakat.

"Anjakan penting yang diambil ini tidaklah pula sampai kita menggadaikan prinsip dan ketulenan perjuangan yang berpaksikan Akidah yang sahih, sebagaimana peralihan zaman berlaku di dunia ini, begitulah juga parti kita tidak dapat lari daripada resam alam ini.

"Suasana politik sudah berubah, kian rencam dan pelbagai ragamnya. Islam sebagai Ad-Din tetap kekal relevan sepanjang zaman tetapi bagi kita parti Islam amatlah wajar diperingatkan bahawa PAS akan hilang ditelan zaman jikalau kita gagal mengurus dan mengadaptasikan perubahan zaman ini," ucap beliau pada sambutan ulang tahun PAS ke 63 di Kuala Kangsar.

Menurut beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), pengundi muda kian bertambah dan akan menjadi kelompok utama yang berperanan sebagai penentu siapa yang layak berada di Putrajaya.

"Mereka ini yang dikenali sebagai Generasi Y (Gen Y), mempunyai ciri yang berbeza dengan generasi kita yang terdahulu.

"Gen Y ini menginginkan kebebasan dalam bersuara, membuat pilihan, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti.

"Mereka ini agak kritikal dalam membuat penilaian dan tidak semudahnya menerima sesuatu perkara yang disampaikan kepada mereka. Mereka adalah terdiri daripada kelompok yang berumur 13 - 33 tahun," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa agar PAS perlu bijak dalam merangka formula dan strategi dalam menangani sokongan Gen Y ini agar parti itu dapat memahami aspirasi mereka sekaligus tampak mesra dengan generasi muda.

Katanya lagi, nilai intelektualisme perlulah dipupuk dengan baik kerana mereka sebagai generasi pelapis perjuangan amat diperlukan untuk memacu PAS ke mercu yang lebih gemilang pada masa hadapan, yang mungkin pada ketika itu kita sudah pun tidak berada di alam dunia ini.

"Parti kian meningkat usia, seiring dengan itu proses peremajaan parti amat penting untuk dititikberatkan.

"Idea baru dan anjakan perubahan perlu dibuat daripada masa ke semasa agar PAS terus kekal relevan di pentas arena politik tanah air," tambah beliau lagi.

Mahfuz menyifatkan, kesediaan untuk membuat perubahan seiring zaman ini boleh dicapai sekiranya PAS mempunyai keazaman dan keberanian untuk mengubah mentaliti keluar daripada tempurung lama kepada idea dan rentak baru. – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Sumber HD - 2-12-2014


PAS lancar portal berpusat

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR Foto ZUL ARIFF | .




KUALA KANGSAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan portal berpusat PAS yang bertujuan menghimpunkan semua web kendalian PAS.

Pelancaran tersebut disempurnakan ketika Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kuala Kangsar, 30 November lalu.

Menurut Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong, portal berpusat itu akan turut menghimpunkan web kendalian PAS termasuklah di negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

Katanya, dengan adanya portal berpusat itu, ia akan mengatasi banyak masalah termasuklah kegagalan penyelenggaraan web yang bersarang di alam siber dengan baik.

Menurutnya, pihak IT pusat mengambil inisiatif itu apabila mendapati PAS di semua peringkat banyak membina laman portal namun gagal konsisten dalam penyeleggaraannya dan ada daripadanya tidak dikemaskini bertahun lamanya.

"Banyak web yang tidak diselenggara dengan baik akibat pertukaran jawatan parti serta pentadbiran laman portal tidak dibuat dengan cara yang teratur.

"Ini adalah salah satu usaha IT PAS untuk menambah baik pengurusan PAS dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat," katanya kepada Harakah.

Suhaimi menjelaskan, pembangunan web di dalam PAS bermula sekitar akhir 90-an dan telah mengalami beberapa evolusi selama 15 tahun usia Jabatan IT PAS.

Pengoperasian laman portal berpusat itu jelas beliau adalah dibawah kelolaan Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lanjah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

Beliau menyatakan, dalam portal berpusat atau Centralized PAS Porta (CPP) itu membolehkan setiap negeri mempunyai 'page' dan pentadbir sendiri untuk mengemaskini informasi dan berita PAS berkaitan dngan negeri masing-masing.

"Ini adalah satu lagi kejayaan PAS yang mengikut peredaran semasa dengan mempunyai kemahiran terhadap teknologi terkini.

"Ia akan menyemarakkan lagi medan dakwah ke arah mencapai matlamat perjuangan PAS," jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Sumber HD - 2-12-2014



Istiqamah Menggalas Perjuangan

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



ALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya PAS ‘terus beristiqamah’ menggalas per juangan Islam ini khususnya di bumi Malaysia. Walaupun berusia 63 tahun sejak secara rasmi didaftarkan sebagai sebuah harakah siyasah pada tanggal 24 November 1951, hakikatnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambung perjuangan Islam yang dirintis lebih awal di Tanah Melayu demi cita-cita mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini.

Maka, sebagaimana jauh berliku serta penuh gelombang mencabar lagi menggugat perjalanan tersebut dalam rakaman perjuangan para Anbiya, solehin, siddiqin dan syuhada di sepanjang zaman, seperti itulah ditempuh PAS dalam memenuhi peranan dan tanggung jawabnya dengan mengimani firman Allah: “Kalau perkara engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah lagi mudah didapati, dan satu perjalanan sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (kaum munafik) akan mengikutmu; tetapi tempat hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah atas nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamuĂ®. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” (at- Taubah: 42)

Bersempena Sambutan Ulangtahun 63 Tahun PAS dengan tema ‘Istiqamah Menggalas Perjuangan’, kami beriltizam menyatakan kepada umat ini khususnya rakyat Malaysia, bahawa PAS akan teguh memenuhi matlamat ‘Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah’ sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

PAS komited untuk membebaskan negara ini dari segala kongkongan, cengkaman, penindasan dan kezaliman ke atas kehidupan rakyat sama ada berupa kekuasaan kerajaan, peraturan dan sistem, mahupun material hingga menjadi kepatuhan dan keyakinan thaghut yang bermaharaja lela.

Semua ini akan PAS hapuskan dengan dakwah dan menggantikannya dengan peme rintahan yang saksama di bawah payung Ilahi sebagaimana prinsip terkandung dari ungkapan Pang lima Islam, Rub’ie bin ‘Amir kepada Raja Parsi, Rustum: “Allah telah mengirim kami untuk mengeluarkan siapa yang Dia kehendaki dari perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan akhirat, dari penyimpangan agama-agama yang ada menuju keadilan Islam.”

Lalu dengan perjuangan PAS itu, akan merdekalah Malaysia dan rakyat dalam erti kata sebenar agar berupaya mereka dengan akal fikiran dan hati yang lapang untuk menerima Islam sebagai aqidah dan Din, atau terpulang atas pilihan kehidupan masing-masing.

Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (thaghut). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan thaghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan tidak akan putus....” (al-Baqarah: 256)

(Kata-kata Aluan Presiden PAS Sempena Ulang Tahun PAS ke-63)

Sumber HD - 1-12-2014



Pemerintah mesti adil kepada semua kaum

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA KANGSAR: Peranan sebuah kerajaan adalah mewujud satu sistem yang adil untuk semua kaum.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada majlis penutup sambutan ulang tahun PAS ke-63 semalam memberitahu bahawa oleh sebab bermusuh, maka sikap adil itu tidak berlaku pada pentadbiran sekarang.‎

"Walaupun saya berada di luar negara tetapi saya mengikuti apa yang berlaku di negara ini, terutama pada Persidangan Agung Umno (PAU).

"Kerajaan perlu adil untuk semua kaum sebab dalam Islam pun ada menyatakan, kalau semua untuk bumiputra apa yang berlaku pada kaum lain.

"Umno yang memerintah, minta bantuan daripada bumiputera (kerajaan), bumiputera pun tak betul, Bank Bumiputra pun mati," ucap beliau.

‎Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, dalam mengurus ekonomi dan negara ia akan gagal jika mengasingkan agama.

"‎Agamalah yang mengajar kita tadbir negara dengan adil, tiada pengasingan antara kedua-duanya.

"Nak satukan manusia bukan dengan duit, manusia ada perasaan, diri, roh dan jasad.

"Nak menyatukan manusia adalah dengan Allah, barulah tidak ada permusuhan berlaku. Inilah yang PAS nak perkenalkan kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.‎ - HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014






'Bukan sahaja ahli di bawah, pemimpin di atas juga diuji'

MUHAMMAD FAIZAL|FOTO WAN ZAHARI | .




KUALA KANGSAR: ‎Ahli PAS mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan pendapat serta melahirkan kritikan selagi mana ia berada di dalam lingkungan adab dan akhlak berjamaah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎ berkata bukan satu kesalahan untuk kita memberi pandangan yang berbeza dalam perkara yang dibenarkan.

Namun katanya, ia perlulah dibuat dengan penuh tanggungjawab bukannya emosi dan hentam semberono.

"‎Medium media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Youtube itu sepatutnya dijadikan medan untuk kita menyerang musuh bukannya menembak sesama sendiri. ‎

"‎Perbuatan memberikan gelaran, label yang buruk sesama kita juga adalah penyumbang ke arah kekeruhan dan ketegangan di dalam parti.," ucap beliau pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

Tambah beliau, masing-masing mempunyai latar belakang pendidikan berbeza, sedikit sebanyak ia menjadi faktor berbezanya cara berfikir dan bertindak.‎

Namun, ia bukanlah alasan untuk terus bersengketa kerana jamaah juga ada disiplin yang perlu dipatuhi, perbezaan pandangan yang berlaku itu perlulah dirumuskan dan dibuat keputusan secara bersama.

Jelasnya lagi, sebuah pelayaran yang jauh pastinya menempuh pelbagai dugaan, sesekali ombak besar membadai.

"Selagi mana kita teguh dengan prinsip dan disiplin perjuangan, insya Allah selagi itu kita akan selamat untuk terus bersama dengan bahtera ini.

"Krisis dalaman dan cabaran musuh luaran adalah suatu lumrah dalam proses mematangkan dan mengukuhkan lagi PAS.

"Semua kita akan diuji, bukan sahaja para ahli di bawah bahkan pimpinan yang di atas juga tidak terlepas daripada ujian," ucap beliau.‎

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengatakan sejarah telah membuktikan adanya pemimpin PAS yang keluar parti, ada yang membentuk parti serpihan tetapi hari ini PAS terus hidup dan istiqamah pada landasan perjuangannya.

"Sesungguhnya, di sebalik setiap krisis dan perpecahan yang berlaku, ia mengandungi hikmah yang tersirat untuk kita renungi bersama.

‎"Apabila sudah ada keputusan, ia wajib dipatuhi dan dihormati walaupun ia tidak memenuhi cita rasa hati kita, demi keharmonian dan masa depan jamaah ayuh kita segarkan kembali semangat ukhuwah saling menyayangi, menghormati dan mempercayai antara satu sama lain," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

YB DSTGHH - https://www.youtube.com/watch?v=LreRFJQX5mg&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ





Sumber HD - 30-11-2014





63 tahun, istiqamah perkuatkan parti - Presiden PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA KANGSAR: ‎Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua pemimpin dan ahli parti wajib beristiqamah dalam memperkuatkan parti.

Berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 beliau berkata‎ dalam usia 63 tahun, setiap ahli perlu kesepakatan dalam membentuk parti.

"Walaupun ramai yang telah meninggalkan kita termasuk mereka yang berjawatan tetapi semakin ramai yang menyertai kita.

"Kita wajib beristiqamah dalam membawa parti kita yang telah berusia 63 tahun ini agar lebih teguh," ucap beliau.

Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS ditubuhkan dengan tujuan membawa politik mengikut ajaran Islam.

"Kita memilih jalan damai untuk perjuangan sebab itu demokrasi menjadi keutamaan kita.

"Namun dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam.

"Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas yang teguh dan kuat," ujar beliau.

Mengulas tema sambutan 'Istiqamah Menggalas Perjuangan' beliau menasihatkan setiap ahli agar perlu bersabar kerana kemenangan belum diperolehi sepenuhnya.

Katanya, walaupun belum mencapai kejayaan tetapi perjuangan Islam akan tetap menemui kemenangan.

Beliau turut melancarkan kad keahlian PAS yang baru dengan wajah baru yang mempunyai gambar ahli.‎

Sebelum itu, beliau tiba di tapak program kira-kira jam 9 pagi turut memeriksa‎ perbarisan Jabatan Amal Malaysia, Pemuda dan Briged Muslimat. - HARAKAHDAILY 30/11/2014

Suasana - https://www.youtube.com/watch?v=n3ClUUpULrs





















































Tn Hj MS - https://www.youtube.com/watch?v=628zsyLhiLw

Sumber HD - 30-11-2014



'Kami telah tiada waktu itu, jagalah perjuangan ini'

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.

Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.

"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.

"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.

"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.

Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

YB SZMY - https://www.youtube.com/watch?v=f152drVEvZ8

Sumber HD - 29-11-2014



PAS akan terus perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.

Timbalan Presiden PAS‎, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.

"Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.

"PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.

"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.

"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.

Beliau berharap himpunan sambutan 63 tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Tn Hj MS - https://www.youtube.com/watch?v=TYvjWwI0Eig




Mohamad diiringi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria melawat gerai pameran.

Abby Abadi - https://www.youtube.com/watch?v=ApkUa3CKSPM

Sumber HD - 29-11-2014






PAS 63 tahun: Perjuangan Islam tidak akan mati

HARAKAHDAILY | .




Ustaz Idris, Nga Kor Ming dan Razman hadir pada perasmian Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 Peringkat Negeri Perak di Kuala Kangsar, pagi ini.

KUALA LUMPUR: Pada hari ini Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 peringkat Negeri Perak berlangsung di Kompleks PAS Kuala Kangsar berhampiran Istana Bukit Chandan.

Di negeri Perak bermula sejarah penubuhan Parti Islam pertama Hizbul Muslimin pada 1948 yang hanya sempat bergerak selama tiga bulan sahaja.

Justeru, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad bahawa benarlah perjuangan Islam tidak akan mati.

Katanya, itulah janji Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasa akan ada umatku yang menegakkan kebenaran sehingga tidak boleh dimusnahkan, sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka".

Menulis menerusi facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang berilmu sentiasa segar dengan maklumat dan pantas menjawab segala tuduhan musuh.

Menurutnya, mereka mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang dilontarkan oleh ulama su' (ulama jahat) dan mereka hendak merosakkan perjuangan.

"Dengan ilmu, kita mampu menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang menguasai maklumat maka ia menguasai dunia," tulisnya. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Sumber HD - 29-11-2014











63 tahun: PAS tidak pernah khianat rakan tahaluf

AZIZ MUDA | .


SAMBUTAN 63 tahun PAS perlu diadakan kerana ia boleh dijadikan medan untuk memperkukuhkan parti. Justeru, semua pihak dalam PAS perlu memainkan peranan berkesan ke arah itu. Isu politik Selangor turut dilihat mempunyai hikmah tersendiri kerana ke semua pihak dalam PAS kini mahu aktiviti tarbiyah dan usrah diperkasakan lagi. Tahaluf siyasi PAS dengan Pakatan Rakyat pula perlu diteruskan kerana ia selari dengan amanah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan pendekatan Islam adalah rahmat.

HARAKAH: PAS akan mengadakan sambutan sempena 63 tahun penubuhannya pada 29 hingga 30 November ini. Pada pandangan Ustaz, apakah PAS perlu mengadakan sambutan itu?

USTAZ DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Kita rasa sangat perlu sambutan itu diadakan. Pertama, untuk memberikan pendedahan tentang sejarah perjuangan PAS terutama sekali kepada ahli-ahli baru supaya mereka tahu sejarah perjuangan PAS, jatuh bangun PAS sejak ditubuhkan dulu hingga sekarang. Perjuangan PAS bukan sahaja dalam politik, tetapi juga dalam dakwah. Sejarah perjuangan PAS itu amat penting didedahkan untuk dihayati generasi baru. PAS bukan melalui perjuangan yang senang. Sejak ditubuhkan dulu, ada pemimpinnya yang dipenjarakan dan dibunuh. Ini perlu dihayati dan difahami generasi baru.

Kedua, untuk mewujudkan muafakat di kalangan pimpinan PAS sebab dalam PAS sebenarnya tak ada kelompok tertentu, tidak seperti yang disebut oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan golongan ulama dan golongan profesional dalam PAS. Sebaliknya semua ahli-ahli PAS berada dalam satu jemaah dalam PAS.

Ketiga, bagi mempertingkatkan momentum di kalangan ahli-ahli PAS untuk menghadapi PRU ke-14 yang pasti lebih mencabar.

Bagaimana pencapaian PAS dalam politik pada pandangan Ustaz sejak dulu hingga sekarang?
Saya tengok ada pencapaian yang sangat baik dari segi politik dalam PAS, terutama terhadap sayap PAS sehingga sayap PAS dah buat semua perkara yang diperlukan dalam bidang pendidikan. Sekarang dalam pendidikan, PAS dah berjaya menubuhkan PASTI bagi pendidikan pra sekolah, sudah berjaya menubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam.

Pencapaian PAS dalam politik pula sangat baik. Dulu PAS tak ada sokongan non muslim, sekarang kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). DHPP itu sendiri juga ada mesyuarat dan pemilihannya sendiri di peringkat negeri-negeri dan di peringkat pusat.

Hasil kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat, PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan, mendapat sokongan yang semakin baik di negeri-negeri lain termasuk di Terengganu, Perak, Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. PAS juga akan melebarkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.

Pencapaian baik yang lain bagi PAS hasil kerjasama dengan Pakatan Rakyat adalah pencapaian dari sudut kejayaan dakwah kita yang sudah mula diterima oleh masyarakat. Ini dilakukan di bawah lajnah dakwah yang bergerak bersama dengan lajnah kebajikan, termasuk dalam memberikan pertolongan kepada masyarakat terutama di luar bandar yang mengalami kesusahan dalam ekonomi, di samping kita memberikan bimbingan ilmu agama. Semua itu adalah pencapaian yang sangat baik bagi PAS. Cuma sekarang, kita berhadapan dengan media baru dan ini perlu kita uruskan dengan lebih harmoni.

Sebelum ini, PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Umno dan BN yang dikenali sebagai Perikatan. Apakah pengajaran yang diperolehi PAS hasil tahaluf siyasi dengan Perikatan itu?

Tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia. Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain. Kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, mempertingkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara kerana pada masa itu Dato' Asri menjadi Menteri Tanah. Ini sekali gus mempertingkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda.

Pengalaman PAS bersama Perikatan juga banyak membantu PAS untuk persiapan mengambil alih teraju pemerintahan negara pada masa depan. Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tak pernah rugi. Tahaluf dengan S46 membolehkan PAS menawan Kelantan, tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa buah negeri termasuk di Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor.

PAS pula tak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya. Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melaga-lagakan kita termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang. Ini perlu dihadapi dengan baik oleh kita kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam.

PAS juga pernah bertahaluf siyasi dengan beberapa parti lain sebelum ini termasuk dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) atas ikatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Apakah keuntungan yang diperolehi oleh PAS dalam politik menerusi tahaluf siyasi bersama APU itu?
Pertama sekali, hasil tahaluf dengan S46 itu, kita boleh duduk sekali dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membantu mempertingkatkan lagi kefahaman Islam kepada beliau. Pada hal, Tengku Razaleighlah yang dulunya yang mencetuskan mageran di Kelantan bagi menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. Hasilnya pula, PAS berjaya menang 39-0 di Kelantan dalam pilihan raya yang diadakan setelah PAS bertahaluf siyasi dengan S46.

Ini membuka mata masyarakat mengenai realiti sebenar bahawa selain daripada Umno-BN, ada parti lain yang boleh memerintah dan lebih baik daripada Umno-BN sendiri, setelah orang ramai terutama di luar bandar berjaya dipengaruhi oleh Umno-BN yang kononnya hanya Umno-BN sahaja yang boleh memerintah di negara ini.

Apakah perbezaan tahaluf siyasi PAS bersama APU dan Pakatan Rakyat sekarang?
Masa bersama APU dulu lebih kepada masyarakat Melayu sahaja kerana tahaluf yang diadakan oleh PAS itu adalah hanya sama-sama parti orang Melayu-Islam. Sekarang dalam Pakatan Rakyat, PAS juga bertahaluf siyasi dengan DAP yang majoritinya bukan orang Melayu-Islam.

Sebelum bersama Pakatan Rakyat, PAS dihalang dengan berbagai cara untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat. PAS dikekang dari menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Akhirnya orang PAS menjadi lebih bersemangat. Ukhwah dalam PAS menjadi lebih baik. Usrah, tamrin dan program-program tarbiyah dihidupkan pada masa itu. Sekarang dengan tarbiyah kita itu, kita terus maju ke hadapan bersama Pakatan Rakyat yang lebih memudahkan kita menyebarkan dakwah kepada non Muslim. Hasil tahaluf dengan Pakatan Rakyat juga, PAS semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak.

Pada pandangan Ustaz, apakah PAS telah matang dalam politik sekarang dan selaras dengan usianya?

Ada perkembangan positif mengenai kematangan politik kita sekarang. Hasil tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, PAS semakin diterima di kawasan-kawasan bandar dan di pinggir-pinggir bandar. Masalahnya sekarang hanyalah di luar bandar kerana masyarakat luar bandar masih bergantung kepada kerajaan dari segi ekonomi. Mereka tahu penyelewengan Umno-BN, tapi mereka masih kuat pergantungannya kepada Umno-BN bagi mendapatkan bantuan-bantuan kerajaan termasuk BR1M.

Kalau sokong PAS, mereka rasa mereka akan hilang bantuan itu. Ini masalah kesedaran masyarakat luar bandar. Mereka pula kurang akses media baru, kecuali di kalangan anak-anak muda. Inilah antara cabaran dalam politik yang perlu dihadapi oleh kita dengan baik. Dengan adanya sambutan 63 tahun PAS ini, kita harap ia akan memberikan hasil yang lebih baik kepada PAS dalam menghadapi cabaran ini.

Ada pandangan nakal segelintir dalam PAS yang mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Bagaimana pandangan Ustaz dalam hal ini?

Saya tengok macam ini. Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita nak menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang takut mesej amanah itu tak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian.

Tapi realitinya, politik di Malaysia ini, rakyat nak perubahan besar. Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tak boleh menang atau tak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun kena bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.

Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat. Kita kena membawa amanah kita untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat. Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah.

Mengenai usaha memerangi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, agihan kekayaan yang tidak adil kepada negeri-negeri, federalisme, itu adalah isu-isu yang sudah diterima umum oleh masyarakat. Selain itu semua, kita dari PAS ada amanah khusus, iaitu amanah menjaga Islam. Kita mesti terjemahkan amanah perjuangan kita dengan mengambil pendekatan Islam yang sebenar iaitu Islam sebagai rahmat.

Sekarang pun ada dua aliran. Satunya aliran pemikiran liberal atau aliran kiri, satu lagi aliran yang terlalu ekstrem. Kedua-duanya itu bukan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya membawa perubahan dengan rahmat sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial. Inilah yang perlu diketengahkan dalam masyarakat. Jadi tanggungjawab untuk menang dalam pilihanraya dan membawa mesej Islam itu mestilah berjalan sekali, tak boleh dipisahkan.

Mereka yang bimbang jika mesej amanah perjuangan Islam itu tak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat hingga timbulnya pandangan itu perlu faham perkara itu. Kita kena faham bahawa perjuangan politik dan dakwah mestilah diperkasakan. Dalam masa yang sama, program-program tarbiyah, usrah, tamrin, liqa' fikri, rehlah, wacana akademik juga mestilah diperkasakan lagi.

Tetapi banyak pihak dalam PAS sendiri merungut, program tarbiyah makin kurang, sehingga kemanisan ukhwah semakin hilang dalam PAS sekarang.

Itulah akibatnya bila kita terlalu fikirkan soal politik semata-mata, sehingga terabai soal tarbiyah. Bila timbul isu-isu politik di Selangor, kini orang mula fikir soal tarbiyah dan perkasakan usrah. Inilah pula hikmah di sebalik krisis yang berlaku di Selangor. Baguslah bila orang mula nak dalami tarbiyah dan usrah sekarang.

Bila kita ambil alih pemerintahan negara nanti, tenaga untuk menggerakkan program tarbiyah dan usrah akan menjadi semakin berkurangan kerana dalam masa yang sama tenaga-tenaga itu turut terlibat dengan pemerintahan negara dan negeri termasuk menjadi ahli-ahli majlis, NGO-NGO dan badan-badan lain dalam kerajaan sehingga menyebabkan kita semakin kekurangan tenaga untuk menggerakkan soal tarbiyah. Sekarang saya tengok, dengan isu-isu politik yang berlaku, orang mahu balik kepada soal dalaman parti. Ini yang baik yang positif dari apa berlaku.

DAP sekarang semakin lantang mengkritik PAS sehingga dilihat seperti mencabar PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama, ada pula pihak daripada PAS yang mencabar DAP sendiri pula supaya keluar daripada Pakatan Rakyat. Bagaimana pandangan Ustaz dalam hal ini?
Seperti kenyataan saya hari ini, tak ada parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh suruh parti lain keluar daripada Pakatan Rakyat. Sebaliknya, hanya parti itu sendiri yang boleh tarik diri sendiri jika hendak keluar daripada Pakatan Rakyat. Jadi, DAP tak boleh suruh PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. PAS juga juga tak boleh suruh DAP keluar daripada Pakatan Rakyat.

Dulu, tahun 2000 lalu, DAP pernah keluar daripada pakatannya bersama PAS kerana tidak bersetuju dengan Enakman Kanun Jenayah Syariah yang digubal oleh PAS. Sekarang DAP masuk balik dalam kerjasamanya bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Kita akui, ada perbezaan antara PAS dan DAP, tapi masing-masing dah setuju untuk menghormati dasar parti masing-masing. DAP pun dah faham dasar PAS. Contohnya isu hudud di Kelantan yang sudah wujud sebelum wujud Pakatan Rakyat lagi. Jadi DAP tak boleh pertikai perkara itu. DAP dah tahu Kelantan akan laksanakan hudud. Jadi, ini tak sepatutnya menjadi masalah kepada DAP.

Malah dalam PRU ke-12 dan PRU ke-13 lalu, ketika itu isu hudud dah timbul di Kelantan, tetapi kita tetap menang di Kelantan. DAP sendiri dah tahu benda itu. Jadi dalam soal kerjasama antara PAS dan DAP, isu hudud itu dah tak timbul. Begitu juga dengan soal kritikan terhadap dasar parti lain dan pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat, sepatutnya tak berlaku sebab masing-masing dah faham perkara itu. Mengkritik dasar dan pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat tak boleh. Itulah sebabnya PAS sendiri tak kritik dasar dan pemimpin DAP.

Sekarang, PAS kritik dalamannya sendiri. Itu tak apa. PAS tak kritik parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dalam Pakatan Rakyat ini, kita kena terima realiti kekuatan parti masing-masing. Kita akui, DAP dominan di Pulau Pinang, manakala PAS pula dominan di Kelantan dan Terengganu. Setiap parti ada tapaknya. Di negeri-negeri lain seperti di Negeri Sembilan dan Selangor perlukan muafakat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sekarang saya fikir, mungkin kita perlu susun balik kerjasama dalam Pakatan Rakyat dengan model baru. Jika model lama ada polemik, model baru itu pula kita kena fikirkan supaya gabungan itu adalah gabungan yang lebih longgar, tidak sebagaimana gabungan hari ini. Kita perlu fikirkan model baru untuk bertanding dalam pilihanraya hanya satu parti sahaja dari Pakatan Rakyat yang lawan satu parti dari BN. Soal dasar di negeri-negeri yang dimenangi DAP dan PAS boleh ditentukan dasarnya sendiri oleh parti itu, sejajar dengan dasar parti masing-masing, selagi dasar itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif.

Di Sarawak, Pemuda DAP dah isytihar tidak mahu bekerjasama dengan PAS. Jadi, apakah PAS akan turut berlawan dengan DAP dalam pilihan raya di negeri Sarawak nanti?

Sepatutnya kita tidak berlawan sama sendiri. Jadi PAS akan berusaha supaya tidak berlawan dengan DAP di Sarawak. PAS akan bertanding di Dun yang telah dipersetujui. Kita akan cuba minimakan pertembungan sesama sendiri. Mungkin akan ada juga pertembungan antara PAS dan DAP nanti, tapi mungkin hanya di satu dua kawasan sahaja kerana kita sendiri pun akan cuba minimakan pertembungan itu.

Keadaan di Sarawak sebenarnya, yang banyak berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara DAP dengan KeADILan. Kalau berlaku pertembungan dengan PAS adalah antara PAS dengan KeADILan. Tetapi dalam konteks di Sarawak, kita akan bertanding di kawasan yang kita boleh menang. DAP dan KeADILan pun akan bertanding di kawasan yang mereka boleh menang. Apa pun, kita tak boleh bagi kemenangan percuma kepada BN. Dalam pilihan raya di Sarawak nanti, mungkin ada pertambahan kawasan yang akan ditandingi PAS.

Apa yang terjadi di Sarawak itu, keputusan untuk keluar daripada kerjasama dengan PAS itu dibuat oleh Pemuda DAP di negeri itu. Puncanya kerana isu hudud di Kelantan. Pada hal perkara itu tak ada kena mengena dengan negeri Sarawak. Malah, isu hudud di Kelantan itu pun dah muncul sebelum PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat lagi.

Jadi DAP Pusat patut ambil inisiatif bagi menyelesaikan perkara ini. PAS tak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikannya sebab PAS tak boleh campur tangan dalam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Usaha itu perlu dilakukan di peringkat pusat dan kita serahkan kepada DAP Pusat bagi menyelesaikan masalah pemudanya di Sarawak itu.

Bagaimana hendak menyatukan kembali ulama dan profesional dalam PAS yang kini masih lagi berbalah sesama sendiri termasuk di media baru?

Kita harap dengan adanya sambutan 63 tahun PAS ini, kita akan pergi kepada titik persamaan antara kita. Dalam masa yang sama, kita perlu banyak duduk semeja, perbanyakkan lagi perbincangan sesama kita. Dengan sambutan 63 tahun PAS ini, langkah yang perlu dilakukan, pertama, kita harap semua pihak sama ada ulama dan profesional masing-masing memainkan peranan penting bagi penyatuan kita dalam PAS.

Kedua, mana-mana benda dasar parti hanya boleh diputuskan oleh Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Penerangan PAS Pusat dan Setiausaha Agung sahaja. Kenyataan-kenyataan daripada lajnah-lajnah atau dewan-dewan boleh dibuat oleh wakil lajnah-lajnah atau dewan-dewan bagi mewakili lajnah-lajnah atau dewan-dewan terbabit, tetapi posisi parti serahkan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Penerangan PAS Pusat dan Setiausaha Agung.

Ketiga, benda-benda yang boleh timbulkan polemik hendaklah dihentikan, walaupun tulisan kita itu hebat. Ini penting kerana apa pun akhirnya, fokus kita hendaklah memperkasakan parti. Jadi kita patut kenal pasti siapa kawan dan siapa musuh kita dalam politik. Jangan lebal melebal sesama sendiri. Semua agensi perlu memperkukuhkan parti, bukan merugikan parti sendiri. – HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014











63 tahun: Gilap kembali saduran emas sejarah PAS

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyeru kepada seluruh pendukung gerakan Islam negeri itu untuk meningkatkan momentum perjuangan dan memperkukuhkan istiqamah di dalam jiwa.

"Kita perlu kembalikan semangat juang anak Perak, selari dengan kefahaman dan disiplin sebagai ahli gerakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Gerakan Islam PAS bermula dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada Mac 1948 melalui perhimpunan ribuan ulama tanah air di Gunung Semanggol Perak yang mana sejarahnya terpahat kuat di lembaran sejarah gerakan Islam.

Tambahnya, Perak juga merupakan negeri pertama yang melahirkan kemenangan satu kerusi parlimen buat PAS, melalui kaedah demokrasi pilihan raya.

Kemunculan Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang merupakan tokoh pejuang Perak, turut menyumbang saham banyak dalam percaturan kemenangan gerakan Islam PAS, ujarnya.

"Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 kali ini Perak sebagai tuan rumah bagi mengangkat semula PAS Perak serta menggilap kembali saduran emas sejarah PAS. Gunung Semanggol menjadi saksi bahawa PAS itu bermula di sini," katanya lagi.

Kini, kata beliau PAS sudah bertapak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor yang sudah mempunyai 4 kerusi Dun sementara Perak perlu ke hadapan dalam melakar kemenangan ini.
"Dengan lukisan potret sejarah yang halus, Perak perlu menyelak kembali tirai yang menutupnya," ujarnya.

Justeru, beliau menyeru agar gerak dan hebahkan supaya pimpinan, ahli, pendukung serta penyokong di semua peringkat dapat turun memeriahkan Sambutan Ulang Tahun PAS Pusat ke-63 peringkat negeri pada 29 November dan peringkat kebangsaan pada 30 November di Padang Kompleks PAS Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD -25-11-2014











63 tahun PAS: Majlis kesyukuran peringkat WP bertukar tempat


HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Majlis kesyukuran sempena 63 Tahun PAS peringkat PAS Wilayah Persekutuan yang dijadual 24 November di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bertukar tempat ke Darul Ummah, Markaz PAS Titiwangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamed berkata majlis yang akan bermula jam 6.30 petang itu akan dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang akan menyampaikan ucapan pengkisahan perjuangan PAS sejak penubuhan.

"Majlis akan dimulakan dengan iftar jamai dan diikuti dengan solat Maghrib berjamah dan pengisian ringkas sebelum majlis berakhir dengan solat Isyak dan hajat secara berjamah.

"Majlis kesyukuran ini adalah bersempena sambutan 63 tahun PAS mengemudi bahtera perjuangan Rasulullah s.a.w yang merupakan mata rantai untuk menegakkan negara 'Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghofuur' dibumi Malaysia ini," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh warga kota khususnya jentera dan ahli PAS Wilayah Persekutuan dan Lembah Kelang hadir dalam program munajat tersebut.

Mereka juga digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin tersebut sebagai menambahkan lagi keberkatan majlis sambutan itu. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014











Sambutan 63 tahun bukti perpaduan dalam PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun PAS ke-63 yang akan diadakan di Kuala Kangsar bukti kebersamaan serta perpaduan yang masih ada di dalam parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata‎ sambutan itu juga merupakan satu momentum baru untuk melonjakkan PAS ke persada politik yang lebih besar dalam meniti peralihan zaman.

"PAS perlu digerakkan dengan lonjakan yang lebih besar untuk pilihan raya umum akan datang dan perjuangan yang lebih panjang.

"‎Selain itu, ia juga sebagai satu usaha untuk kita menggerakkan momentum supaya kita dapat buktikan seluruh ahli dan pimpinan bahawa segala permasalahan dalaman yang digambarkan sebelum ini merupakan satu tohmahan semata-mata," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

‎Katanya lagi, perpaduan juga akan ditunjukkan dari peringkat pimpinan tertinggi hingga ahli biasa terus bersatu untuk menjadikan PAS sebuah parti yang kuat dan hebat di negara ini.

Menurut beliau, ahli-ahli ingin melihat perpaduan dalam kalangan pimpinan PAS di pelbagai peringkat walaupun mempunyai pendapat berbeza tetapi aliran pemikiran yang sama dalam membawa hala tuju PAS.‎‎

"Terdapat pelbagai program yang kita akan isikan seperti menjemput veteran-vetaran perjuangan PAS untuk menceritakan pengalaman mereka supaya ia dapat dihayati generasi baru.‎

"Generasi baru telah menerima amanah dari senior dan mereka perlu membawa amanah serta menjadikan PAS lebih baik pada masa akan datang," sambung beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sehubungan itu, beliau menggesa PAS di semua peringkat kawasan dan negeri menggerakkan keseluruhan ahli untuk hadir pada sambutan tersebut sebagai tanda sokongan yang diberikan PAS dalam memperjuangan Islam serta membawa isu rakyat. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

YB DMO - https://www.youtube.com/watch?v=R07_wUbFZ-4&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 18-11-2014











PAS 63 tahun penuh cabaran

ABD SHUKUR HARUN | .

WARGA PAS akan berhimpun di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak pada 28 dan 29 November ini untuk menyambut ulangtahun ke-63 tahun PAS.

Negeri Perak dipilih sebagai tuan rumah pada hari sambutan itu nanti kerana negeri Perak ada sejarahnya tersendiri dalam penubuhan PAS itu. Di Peraklah tercetus kebangkitan para ulama untuk menentang penjajahan British melalui penubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah British yang akhirnya membawa penubuhan PAS pada tahun 1951 .

Kongres-kongres penting PAS juga pernah diadakan di Perak pada awal penubuhannya, selain itu ramai pengasas, tokoh dan pemimpin utama PAS berasal dari Perak. Dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955 kerusi pertama PAS dimenangi juga di Perak.

Mungkin juga bandar utara Perak ini dipilih untuk sambutan tersebut kerana bekas dua pemimpin besar PAS – Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Datuk Prof. Dr. Zulkiflee bin Muhammad – kedua-duanya berasal dari negeri Perak.

Dr. Burhanuddin adalah Presden PAS dari 1956 hingga 1969, berasal dari Kota Bharu, Gopeng, Perak, meninggal dunia pada 10 Oktober 1969 kerana penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima ketika dalam tahanan ISA.

Sementara Dr. Zulkiflee Muhammad berasal dari Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6 Mei 1964.

Untuk sambutan 63 tahun PAS ini, habarnya pelbagai acara diadakan iaitu pada hari pertama peringkat negeri Perak, sementara pada hari kedua peringkat nasional. Sambutan dua hari itu dijangka meriah.

Pertama, kerana ia sambutan bersejarah yang tentunya penuh simbolik. Kedua, ia sangat bermakna justeru baru saja dua minggu sebelum ini pimpinan tertinggi PAS mengadakan retreat di Kuala Selangor yang dilihat satu usaha besar untuk memulihkan kembali PAS daripada krisis yang menimpanya lebih tujuh bulan sebelum ini.

Kini dalam keadaan baru pulih daripada bahana krisis itu, PAS akan mengadakan sambutan kelahirannya ini secara simbolik. Tentunya akan banyak acara bersifat nostalgia, kisah perjuangan masa lampau dan bagaimana jatuh bangunnya PAS dalam persada politik tanah air.

Namun, oleh sebab sifatnya sebagai parti politik (politik Islam), maka ia berinteraksi dengan sistem demokrasi dengan segala kerenahnya.

Dengan sifat politik yang sangat dinamik, demikian pantas perubahan, maka PAS juga sedang berdepan dengan perubahan bukan saja iklim politik, tetapi juga pendidikan, sosio-ekonomi dan segalanya.

Zaman Almarhum Dr. Burhanuddin, zaman Almamrhum Datuk Asri Haji Muda, Zaman Haji Yusuf Rawa, zaman Almarhum Ustaz Fadhil Noor, jauh berbeza dengan zaman kini.



PAS kini dipimpin oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abd Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebagai presiden dan berada dalam Pakatan Rakyat di bawah konsep tahalluf-siyasi.

Dengan mendukung wadah Islam yang sifatnya sangat anjal, PAS tentunya mampu mengharungi perubahan ini dengan tabah tetapi konsisten dengan prinsip perjuangannya, seperti apa yang ditegaskan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor, bahawa PAS perlu sentiasa berubah strategi perjuanganya. Seperti air yang mengalir, katanya, sifatnya berubah, tidak kotor, bermanfaat dan boleh digunakan. Tetapi air yang tidak mengalir, ia tidak berubah, kotor dan tidak boleh digunakan, katanya.

Ada lagi pesan Almarhum Ustaz Fadhil yang sangat berguna, iaitu, betapapun PAS bersikap terbuka dan toleransi, tetapi ia tetap kekal dalam orbit Islam.

Maka itu pada ketika warga PAS menyambut ulang tahun ke-63 ini, pesan Almarhum ini sewajarnya diingat kembali, malah dilaksanakan. Inilah yang menyebabkan PAS anjal dan unik serta dapat bertahan.

Seperti saya katakan bahawa PAS kini sedang berada dalam era yang sangat berbeza dengan masa lalu dan perubahan tidak mungkin dapat dielakkan. Malah jika warga PAS belum tidak bersedia menerima perubahan ini maka dikhuatiri PAS akan ditinggalkan, terutama oleh generasi masa kini.

Dengan hadirnya alat komunikasi yang begitu canggih, menyebabkan masyarakat sangat terbuka, tidak ada lagi maklumat yang boleh disembunyikan melainkan menjadi sorotan media baru. Maka itu kebijaksanaan warga PAS – dari peringkat tertinggi hingga ke ahli biasa di cawangan –mendepani situasi seperti ini menjadi cabaran penting.

Tentunya dengan kebijaksanaan, baik dalam pendekatan - mengatur strategi, berinteraksi dengan pelbagai golongan masyatakat dan sebagainya - sangat diperlukan.

Maka itu, memiliki ilmu, termasuk ilmu politik moden, adalah kunci penting untuk menghadapi cabaran masa kini. Dengan kebijaksanaan ahli PAS itulah akan menghantar PAS sebagai parti yang terus releven dan unggul.

Pendekatannya perlu dipelbagai, bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat, kemampuannya berwacana sangat diperlukan. Di samping menangani golongan muda, dalam waktu yang sama, ia tidak pula meninggalkan pendekatan yang sesuai dengan masyatakat tradisional, atau golongan lama, yang selama ini menjadi pendukung setia PAS sama ada waktu kalah mahupun waktu menang.

Tentu saja, pemimpin dan para ideolog di dalam PAS sudahpun memikirkan pendekatan PAS untuk mendepani perubahan yang ada sekarang. Lebih-lebih lagi di dalam PAS sekarang sudaah begitu ramai golongan terpelajar yang terdidik di dalam pelbagai bidang dan menyerlah bukan saja sebagai agamawan, tetapi juga sebagai pengamal undang-undang, ahli ekonomi, perubatan, pengurusan dan pelbagai lagi.

Di samping itu para veteran PAS dengan segala pengalaman mereka yang panjang dan sangat berharga sewajarnya dimanfaatkan. Ertinya gabungan kepakaran dan pengalaman inilah yang mencerminkan kekuatan PAS.

Oleh itu, pada sambutan 63 tahun PAS ini, sewajarnya tidak sekedar dipenuhi dengan nostalgia masa lampau, tetapi difikirkan bagaimana sewajarnya kebolehan warga PAS ini dimanfaatkan secara optima supaya PAS terus kukuh dan unggul. – HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014











63 tahun: PAS Wilayah adakan majlis kesyukuran

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sempena Sambutan 63 Tahun PAS bertapak di bumi Malaysia, PAS Wilayah Persekutuan akan menganjur satu majlis kesyukuran dan solat hajat bersempena dengan sambutan tersebut.

Ianya sebagai menyahut saranan PAS Pusat agar ahli PAS memperingati hari ulang tahun kelahiran gerakan Islam ulung di negara ini, kata Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamed.

Katanya, majlis kesyukuran tersebut dianjurkan oleh PAS WP dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan antara tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pengkisahan sepintas lalu perjuangan PAS sejak penubuhannya," katanya.

Majlis itu, katanya diadakan di KUIZM, Gombak pada 24 November ini bermula dengan majlis Iftar Jamai dan diikuti dengan solat Maghrib berjamaah dan pengisian ringkas sebelum majlis berakhir dengan solat Isyak dan hajat secara berjamah.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya seluruh warga kota khusus jentera dan ahli PAS Wilayah Persekutuan dan Lembah Kelang dapat hadir dalam program munajat tersebut.

Ini, ujarnya agar dapat sama-sama berdoa supaya PAS terus dilindungi Allah SWT daripada apa sahaja bentuk anasir yang ingin memecahbelahkan PAS dan menghalang gerakan Islam ulung tersebut daripada mencapai cita-cita untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

"Ahli PAS Wilayah Persekutuan digalakkan berpuasa sunat hari itu (Isnin) sebagai menambahkan lagi keberkatan majlis sambutan tersebut," ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014











PAS wadah sejagat, umpama Ikhwan Muslimin

HAZAYANI ZAKARIA | .

NOVEMBER tahun 2014, genap usia PAS 63 tahun. Pelbagai onak dan duri telah ditempuhi, jatuh bangun, berpecah, bersatu, bertahaluf, bersendirian dan kemudiannya menjadi kerajaan di beberapa negeri, kalah, menang jatuh dan bangun.

Pada usia 63 tahun dan selepas melalui jatuh bangun sebagai parti siasah dan dakwah, PAS sudah membuktikan ia menjadi landasan kepada orang Islam untuk berjuang.

PAS menjadi platform bagi orang Islam menumpang kepimpinan ulama bukan sahaja dalam bidang politik tanah air malah sebagai sandaran di dunia dan akhirat.

Sejak awal penubuhannya pada tahun 1951, ahli-ahli PAS dan juga pendukung parti ini menjadikan ia sebagai suatu wadah yang dapat memberikan suatu kepuasan dalam perjuangan kerana ia bukan sahaja untuk kejayaan dalam perjuangan politik tetapi juga untuk mencari reda Allah.

Menurut bekas speaker Dewan Udnangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, sepanjang 63 tahun PAS diterajui oleh pimpinan yang ikhlas dan umat Islam di Malaysia menjadikannya sebagai satu wadah sejagat seumpama Ikhwanul Muslimin di Asia Barat, Jemaah Islam di Pakistan dan Bangladesh dan lain-lain lagi.

“Ahli PAS di Malaysia merasakan satu kenikmatan dan berpuas hati kerana dapat terlibat dalam jemaah Islam yang merupakan senjata dua mata dunia dan akhirat.

“Saya sendiri merasa terhutang budi dengan seluruh kepimpinan yang telah berjaya mengharungi segala mehnah dan tribulasi sepanjang perjalanan PAS sejak daripada sebelum merdeka sehinggalah PAS mendapat kejayaan pertama pada pilihan raya umum 1959.

“Selepas itu PAS membentuk kerajaan di Terengganu dan juga Kelantan dan bergerak terus bersama aliran arus perdanasehingga terbentuk kerajaan campuran di peringkat persekutuan dan negeri sehinggga diwujudkan PAS sebagai founder member kepada Barisan Nasional yang memasuki pilihan raya umum 1974 dengan kejayaan yang cukup cemerlang,” katanya

Beliau berkata, PAS cukup berpengalaman dalam berhadapan dengan Umno BN selepas pernah ditikam belakang oleh parti tersebut di Kelantan pada 1977 yang mengakibatkan pengisytiharan darurat dan PAS ditendang keluar daripada BN.

Akibatnya, PAS di kelantan daripada sebuah parti yang memerintah negeri menjadi pembangkang yang hanya menang dua kerusi daripada 36 kerusi di dun Kelantan.

Namun, di Kelantan perjuangan PAS diteruskan dan selama 12 tahun di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berjaya mengembalikan sokongan rakyat sehingga PAS berjaya mewujudkan tahaluf siyasi bersama parti Semangat 46, Hamim dan Berjasa dan memenangi pilihan raya umum 1990.

Kemudiannya apabila semangat 46 menyertai Umno, PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Nasional pada waktu itu yang dinamakan Barisan Alternatif.

“BA menang cemerlang dalam pilihan raya umum 1999 termasuk berjaya mengambil semula Terengganu. Dan selepas menghadapi rintangan-rintangan yang cuba diwujudkan oleh Umno BN pada pilihan raya umum 2008 kita berjaya untuk mengurangkan majoriti 2 per 3 BN di parlimen dan berjaya juga membentuk kerajaan bersamasama DAP dan PKR di lima negeri.

“Sampai ke hari ini menjelang sambutan yang ke 63 ahli dan pendokong PAS di bawah kepimpinan ulama memang menghadapi cabaran yang cukup besar dalam menerajui bahtera PAS menuju PRU14.

“Insya Allah dengan berkat kerjasama dan dukungan semua pihak segala mehnah dan tribulasi ini dapat ditangani dengan baik oleh kepimpinan yang ada dan saya yakin akan ada masanya Allah akan memberikan kejayaan yang cukup cemerlang kepada PAS bersama rakan dalam PR,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan menyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang sudah matang dan berjaya mengekalkan perpaduan apabila berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang perjuangannya.

Beliau berkata, banyak pihak mengharapkan PAS dapat memainkan peranan dengan lebih efektif dalam memimpin masyarakat secara keseluruhan.

“PAS telah mempunyai banyak pengalaman memerintah di peringkat negeri dan juga saya mendoakan agar PAS dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam politik negara demi mendaulatkan Islam,” katanya.

Sumber HD - 11-11-2014











PAS perlu terajui isu rakyat untuk tarik anak muda

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: ‎PAS digesa menerajui isu rakyat jika ingin menarik sokongan dan perhatian anak muda.

‎Koordinator Lensa Anak Muda (Lensa) Safwan Anang berkata tindakan sedemikian merupakan pendekatan yang sewajarnya dilakukan PAS dalam senario politik sekarang.‎

"Walaupun perjuangan PAS adalah politik tetapi mereka perlu mengepalai dan menjuarai isu rakyat, ‎ini secara tidak langsung akan dapat mendekatkan anak muda dengan PAS.

"Anak muda ingin melihat PAS menerajui isu rakyat," katanya pada program Bicara Harakah di MyHarakah Bazaar, petang semalam

Beliau yang turut meminta agar lebih banyak dialog diadakan dalam PAS bagi membincangkan isu-isu semasa.

"Kita lihat PKR ada program 'Meet Anwar Ibrahim', PAS perlu mengambil pendekatan sedemikian dan ia satu perkembangan terbaik untuk kita berbicara.

"Anak muda tak suka ceramah umum kerana tidak ada ruang untuk mereka menyuarakan pendapat atau bertanya," katanya lagi.

Beliau yang merupakan panel pada program Bicara Harakah 'Matangkah PAS Di Usia 63 Tahun'‎ turut menyentuh sama ada PAS sudah matang mahupun tidak ia tidak mempunyai titik akhir.

‎‎"Kematangan PAS ini dinilai melalui pencapaian pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.‎

"PAS tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian yang sedia ada‎ terutamanya memperkukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat," katanya.

‎Beliau yang turut meminta agar PAS perlu mengambil langkah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat bukan Melayu terutama dalam krisis Menteri Besar Selangor. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Sumber HD - 7-11-2014



























63 tahun: Masalah dalaman mematangkan PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan masalah yang timbul di dalam PAS merupakan ujian kepada parti untuk menyelesaikannya yang mematangkan PAS.

Beliau yang merupakan panel pada program Bicara Harakah 'Matangkan PAS Di Usia 63 Tahun' petang semalam turut memberitahu apa yang berlaku adalah satu peralihan dimensi dalam mencorakkan pemikiran matang.

"Ujian kepada PAS dalam memastikan parti itu terus matang dengan cara menguruskan krisis yang berlaku terutama krisis dalaman.

"Untuk mencapai pada usia 63 tahun, PAS telah melalui pelbagai proses ujian yang lebih mencabar jika dibandingkan sekarang," katanya.

‎Namun beliau yang turut berpendapat, walaupun kematangan terhadap PAS itu dilihat subjektif tetapi ia harus dilihat bagaimana parti itu diuruskan.

"Proses 63 tahun pertama telah kita lalui dengan bijaksana dan kita telah matang dengan setiap selok belok politik.

"Namun untuk menghadapi 63 tahun akan datang merupakan satu proses berterusan dan perlu diurus dengan baik agak kematangan PAS ini terus releven selama-lamanya.‎

"Tujuan penubuhan 'core business' PAS adalah politik iaitu dalam konteks demokarsi, pilihan raya dan hak rakyat, ini yang harus ditekankan dalam perjuangan sekarang," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat, jika dahulu rakyat hanya melihat PAS dan Umno, namun perubahan telah berlaku hari ini apabila orang melihat dari sudut dan aliran pemikiran yang berbeza.

"Walaupun pemikiran yang berbeza, PAS perlu meneruskan perjuangan untuk Islam dan kita bergerak ke depan, tidak perlu undur ke belakang.

"Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan satu kejayaan dan tahap kematangan terhadap realiti politik di Malaysia dalam konteks demokrasi," jelas beliau lagi.

Beliau turut menggesa agar anak muda perlu diberikan peluang untuk menonjolkan diri serta kebolehan mereka agar PAS terus relevan dengan seluruh lapisan masyarakat.

Turut menjadi panel pada program tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Riduan Mohd Nor dan Koordinator Lensa Anak Muda (Lensa), Safwan Anang sementara Pengerusi Impak Pemuda PAS Malaysia, Borhanuddin Othman selaku moderator. - HARAKAHDAILY 7/11/2014

Sumber HD - 7-11-2014





















PAS lancar logo sambutan ulang tahun ke-63

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini melancarkan logo sambutan ulang tahun PAS ke-63 di Pejabat Agung PAS.

Sambutan ulang tahun yang dianjurkan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak selama dua hari bermula 29 - 30 November.

Mahfuz pada sidang media memberitahu sambutan ini adalah bagi mengingati kembali penubuhan PAS pada tahun 1951.

"Dengan usia yang menjangkau usia 63 tahun, sudah pasti PAS kaya dengan pengalaman selok belok cabaran politik di negara ini.

"Selain itu meraka yang ada sekarang perlu mengetahui hasil pengorbanan para pimpinan terdahulu yang sangat besar pengorbanan, sumbangan dan jasanya kepada PAS," jelasnya.

Tambah beliau lagi, setiap ahli di seluruh negara perlu hadir pada sambutan tersebut sebagai menghargai perjuangan PAS selama ini.

"Kita meminta agar semua hadir, termasuk ahli-ahli parlimen, kita kena tunjukan sokongan kepada pengorbanan sebelum ini.

"Sambutan ini perlu dijadikan hari keraian PAS setiap tahun sepertimana sambutan Kemerdekaan, dengan cara ini sahaja kita dalam menyelami perjuangan PAS," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut memberitahu, sambutan tersebut bakal dihadiri pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat dan akan dirasmikan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 30 November jam 9 pagi.

Sempena pelancaran tersebut pelbagai acara menarik akan diadakan, program tersebut akan berlangsung di Kompleks PAS Kuala Kangsar berhampiran Istana Bukit Chandan.‎ - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014

Bicara Harakah esok, bincang 63 tahun usia PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Harakahdaily dengan kerjasama MyHarakah Bazaar sekali lagi menganjurkan program Bicara Harakah untuk siri ketiga esok, dengan tajuk 'Matangkah PAS di usia 63 tahun'.

Program bual bicara ini akan bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Galeri MyHarakah Bazaar (berhadapan Hospital Tawakal, Jalan Pahang).

Program ini dianjurkan sempena sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 yang akan berlangsung di Kuala Kangsar, Perak pada 29 hingga 30 November ini.

Bicara Harakah kali ini akan cuba mencungkil segala pengalaman dan cabaran PAS, yang antara sebuah parti politik terawal di negara ini yang ditubuhkan sejak 1951.

Program ini juga, akan cuba merungkai permasalahan yang timbul dalam parti serta mencari satu titik pertemuan baru untuk menjadikan PAS sebuah parti yang terus kukuh serta disenangi seluruh lapisan masyarakat.

Tiga orang panel yang akan membincangkan tajuk ini adalah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Riduan Mohd Nor dan aktivis mahasiswa Ahmad Syukri Razab.

Forum dua jam ini akan dikendalikan Pengerusi Impak Pemuda PAS Malaysia, Borhanuddin Othman selaku moderator.

MyHarakah Bazaar turut menyediakan cenderahati termasuk 30 peratus potongan harga untuk pembelian buku-buku bagi mereka yang hadir. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Moderator / BO - http://www.youtube.com/watch?v=HAO8sMsg4ak&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

TV Langsung -
http://www.youtube.com/watch?v=HAO8sMsg4ak

Sumber HD - 5-11-2014











Perak alu-alukan tuan rumah Ulang Tahun PAS ke-63

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Perak menyambut baik keputusan PAS Pusat menganjurkan Pelancaran Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di negeri itu pada 29 hingga 30 November depan.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan PAS Pusat kepada PAS negeri dalam mengendalikan program besar yang amat bersejarah ini.

"Pihak kami telah memilih Bandaraya Diraja iaitu Kuala Kangsar sebagai lokasi program tersebut dan ianya akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat serta tokoh-tokoh yang dijemput khas," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki kepada Harakahdaily.

Katanya, para pimpinan tertinggi parti akan berkampung selama dua hari di sana bagi mengisi program-program yang akan diatur termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan turun merasmikan sambutan itu.

PAS Perak juga, katanya akan menampilkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada hari terakhir program dan jemputan khas tokoh agama negara bagi mengisi slot kuliah.

Menurutnya, antara acara menarik pada program tersebut adalah perbarisan ahli PAS dari seluruh negeri dengan pelbagai gaya ragam pakaian sejak era 60-an hingga sekarang, perarakan basikal, motor dan kereta antik juga akan diadakan.

"Dijangka rumah kediaman tokoh PAS terhebat, Almarhum Prof Dr Zulkifli Muhammad di Kota Lama Kiri akan diisytiharkan sebagai teratak memoir bersejarah bagi tokoh tersebut kerana di rumah itulah beliau dibesarkan dan dikebumikan betul-betul di hadapan rumahnya," jelasnya yang juga pengarah program tersebut.

Bagi PAS negeri, program itu diharapkan menjadi platfom untuk menaikkan imej PAS Perak dalam meneruskan momentum bagi merampas semula kerajaan negeri daripada BN pada pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat khususnya negeri Perak datang beramai-ramai pada hari tersebut dan diyakini kehadiran ke sana sangat berbaloi. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Sumber HD - 30-10-2014











Sambutan besar-besaran ulang tahun PAS ke-63

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat akan menganjurkan sambutan besar-besaran sempena Pelancaran Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 pada 29 hingga 30 November ini di Kuala Kangsar, Perak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, usia PAS yang mencecah 63 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1951 sudah tentu kaya dengan pengalaman panjang yang dilalui dengan penuh cabaran dan hambatan.

Selain itu, katanya PAS wujud sehingga sekarang juga hasil pengorbanan para pimpinan terdahulu yang sangat besar pengorbanan, sumbangan dan jasanya kepada PAS.

"Justeru itu, ia sangat wajar diperingati setiap tahun oleh setiap ahli dan para pendukungnya agar PAS sentiasa dihati setiap para pendukungnya," ujarnya.

Jelasnya, Perak dipilih sebagai tuan rumah di hari pelancarannya nanti kerana negeri Perak ada sejarah tersendiri dalam penubuhan PAS itu sendiri.

"Di Peraklah tercetus kebangkitan para ulama untuk menentang penjajahan British melalui penubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah British yang akhirnya membawa penubuhan PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurutnya, kongres-kongres penting PAS juga pernah diadakan di Perak di awal penubuhannya, selain itu ramai pengasas, tokoh-tokoh dan pemimpin utama PAS berasal dari Perak dan pilihan raya pertama 1955 kerusi pertama PAS yang dimenangi juga di Perak.

Tambahnya, perasmian pelancaran sambutan ulang tahun itu akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Di samping itu, ujar beliau ucapan tokoh-tokoh dan pimpinan utama PAS dua malam berturut-turut juga akan diadakan.

Bahkan, katanya tokoh-tokoh veteran PAS yang masih hidup dan pernah menganggotai jawatan tertinggi parti juga akan dijemput dalam program sembang-sembang sore di tapak gerai jualan.

"Bekas-bekas pimpinan PAS dalam PAS juga akan dianugerahkan gelaran tokoh atas jasa dan sumbangan besarnya pada PAS," ujarnya.

Katanya, sempena dengan Pelancaran Sambutan Ulang Tahun PAS ke 63, pelbagai acara menarik akan diadakan seperti karnival ria jualan produk halal, acara-acara persembahan kebudayaan Islam juga turut diadakan, pertandingan pidato pemuda dan muslimat, acara sukan Pasti, kaum ibu, perarakan basikal, motosikal dan kereta antik, pertandingan rebana, kawat pemuda ala 60-an dan pelbagai lagi acara yang menarik.

Sehubungan itu, katanya pimpinan dan ahli PAS seluruh negara diseru hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program tersebut. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014