BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, August 31, 2015

PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) DITUBUH


Mampukah AMANAH jadi bomoh rawat irihati DAP-PKR?

Posted on Thursday, May 12 @ 21:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Apabila Datuk Zaid Ibrahim mengesyorkan supaya DAP melupakan kerjasama dengan PKR dan sebaliknya mulai membina pasukan pembangkang lebih mantap bersama Parti Amanah Negara (PAN), ramai yang menyokongnya.

Pelbagai alasan diketengahkan oleh golongan yang amat kecewa dengan “pertentangan politik” di antara DAP dan PKR dalam pilihanraya negeri Sarawak yang berakhir esok, Sabtu 7 Mei 2016.

Lantaran ego, PKR dan DAP meletakkan calon masing-masing di enam daripada 81 kerusi yang dipertaruhkan --  Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah, Mambong dan Batu Kitang yang nyata menginjak semangat Pakatan Harapan.

Ini menjengkelkan banyak pihak yang mahu Barisan Nasional (BN) tumbang di Sarawak kali ini. Maka bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim mengesyorkan DAP tinggalkan PKR dan bekerjasama dengan PAN.

Malah beliau bersedia membentangkan idea pembentukan sistem politik tiga blok itu dalam kerangka politik Malaysia – Umno-BN; DAP-PAN dan PAS-Ikatan pada veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mungkin pada Zaid, ideanya itu sudah cukup ranum dan terperinci. Sebab itu beliau membayangkan untuk menemui Kit Siang dalam majlis makan malam yang agak romantik berlauk tiram dan kambing bakar.

Kit Siang tidak segera menolak usul Zaid itu. Beliau cuma mahu menangguhkan membuat sebarang keputusan berhubung isu itu sehingga selepas PRN Sarawak selesai Sabtu ini.

Namun reaksi diberikan terhadap syor Zaid itu agak melimpah ruah. Ada antaranya amat pedas dan sinis. Namun demi mengukur sejauh sentimen “bermusuhan” di antara PKR-DAP, diperturunkan beberapa pandangan:


1. DAP hanya boleh mempercayai Anwar Ibrahim berbanding pemimpin PKR lain. Bagaimanapun pemenjaraan Anwar memperlihatkan gelagat PKR yang agak bermusuhan hingga “DAP tidak perlu musuh lain”.

2. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sudah sampai tarikh luput sebagai  presiden PKR. Hanya masa akan menentukan bila Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali akan menyingkirkan beliau dan pengikutnya.

3. Sama seperti PAS, PKR tidak boleh dipercayai. Guna taktik kotor untuk tikam belakang DAP. Kedua-dua parti itu dianggap lalang.

4. PKR masih ‘terperangkap’ dengan perjuangan “Bebaskan Anwar” dan tidak mampu meluaskan tapak perjuangan tanpa Anwar.

5.  Dinamika kerjasama Pakatan Harapan (PH) berubah apabila pasukan Azmin mulai menerajui PKR. Ada yang menuduh Azmin tidak akan teragak-agak bekerjasama dengan Umno jika itu menguntungkan politiknya.

6. PKR menggalas terlalu banyak bagasi buruk dari Umno. Ini boleh dikesan dalam DNA parti itu. PKR mulai tikam belakang DAP di Pulau Pinang dan melaksanakan dasar-dasar mencurigakan di Selangor seperti DEIG dan kini berkhianat di Sarawak.

7. Azmin dikatakan lebih membenci DAP daripada Umno.

8. Wan Azizah membisu berhubung isu pertelingkahan DAP-PKR di Sarawak mungkin kerana “diperas-ugut” Umno berhubung isu atau “tawaran” pembebasan Anwar.

Paling penting reaksi yang diberikan oleh penyokong idea kerjasama DAP-PAN Zaid ini ialah rekod cemerlang Lim Kit Siang dan sikap parti Melayu-Islam PAN yang sederhana mampu membentuk alternatif terbaik menentang Umno-BN.

Bagaimanapun bak seorang anak dara akan disunting orang, PAN berlagak segan silu. Reaksi pertamanya pada polemik DAP-PKR ini ialah ia hanya satu masalah kecil.
Namun reaksi suara meriam buluh PAN, Abdul Khalid Samad awal-awal lagi merumuskan isu itu sebagai satu kegagalan kepemimpinan di antara kedua-dua parti itu.

Apabila Zaid kelihatan bersungguh barulah pemimpin PAN lain sedar bahawa ini bermakna satu peluang terbuka untuk PAN menyertai liga politik lebih besar – menjadi regu DAP dan sekaligus tuntas menjadi sebuah politik nasional!

Mungkin sedar tugas besar yang perlu dipikulnya, barulah PAN mensederhanakan pandangannya – melalui Khalid Samad juga – bahawa terlalu awal untuk bicara soal mufarakah di antara PKR dengan PH!

Penyelesaian isu tikam belakang ini memerlukan masa, keikhlasan dan kesungguhan. Manfaat yang dicapai dalam Pilihanraya umum ke-12 (2008) dan PRU 13 (2013) ternyata amat besar.
Paksi kejayaan ini ialah strategi satu lawan satu. Bagaimanapun pengalaman PRN Sarawak membuktikan bahawa melaksanakan strategi ini bukan mudah. PKR, DAP dan PAN perlu bersungguh menyelesaikan perbalahan ini.

PKR sudahpun berikrar  memperbaiki mekanisme rundingan dengan DAP bersabit pembahagian kerusi sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 bagi mengelak krisis pertindihan kerusi di antara mereka berulang.
Sekaligus Naib Presidennya Tian Chua menolak pandangan Zaid yang mahu kedua-dua parti itu memutuskan kerjasama mereka.

Beliau berkata, rundingan itu akan diwakili Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Apa yang perlu dibuat selepas PRN ini ialah kita mencari jalan untuk membaiki mekanisme rundingan supaya perkara ini tidak akan berulang dalam PRU yang akan datang," katanya.

DAP pula memperlihatkan tahap “kesabaran” (atau diam-diam ubi) yang agak terkawal dan tinggi dalam menghadapi isu ini.

Selepas berjaya menangani karenah PAS dalam Pakatan Rakyat sehingga membunuh kerjasama itu, DAP kini seharusnya lebih berhati-hati – apakah tindak tanduknya sentiasa betul dan PAS dan PKR memang kurang integriti?

DAP kini ada tempat bermanja – PAN. Peranan parti serpihan PAS itu penting demi menentukan sama ada isu yang bergolak dalam PH ini tidak bertambah gelombangnya atau akan menjadi satu iktibar yang akan mengukuhkan lagi PH.

Oleh  Abdul Rahman Malik
AntaraPos


Sumber TKO - 12-5-2016




AMANAH Mungkin bertanding Di Dua PRK, Tunggu Selepas 15 Mei Ini

Posted on Monday, May 09 @ 16:44:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya akan membuat keputusan pada 15 Mei ini sama ada akan bertanding pada dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

“Kita akan bincangkan perkara (bertanding dalam dua PRK) pada 15 Mei depan,” kata Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, ketika diminta mengulas tindakan PAS terlebih dulu mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mohamad berkata beliau masih menunggu keputusan rasmi mengenai kekosongan kedua-dua kerusi berkenaan.

“Kita masih lagi menunggu pengumuman rasmi dari kerajaan, kerajaan pun tak umum kekosongan jadi kita pun tak bincang langsung mengenainya tapi apa pun kita akan berbincang pada 15 Mei ini,” katanya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Portal rasmi PAS, Harakahdaily, memetik ketua pengarah pilihan raya parti itu, Datuk Mustafa Ali, semalam mengumumkan PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu calon PAS hanya kalah tipis 399 undi di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar pula majoriti calon BN hanya kira-kira 1,000 undi.
Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan nahas udara Khamis lalu yang mengorbankan enam orang di sungai Batang Lupar, Sarawak.

Mereka yang terbunuh itu termasuk, ahli parlimen Sungai Besar yang juga adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. Wan Ahmad.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini berkata HARAPAN akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada dua pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya Sarawak kelmarin, PAS bertembung dengan parti serpihannya yang kini menganggota Pakatan Harapan. Kedua-dua parti itu gagal mendapat sebarang kerusi.
Azmin, sebelum ini turut mempelawa PAS kembali dalam satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan kekalahan teruk pembangkang semasa pilihan raya Sarawak.

Kedua-dua kerusi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kawasan campuran dengan majoriti Melayu yang secara tradisinya ditandingi oleh PAS tetapi kini diintai pula oleh AMANAH.



Sumber TKO - 9-5-2016




Husam Musa Bakal Dapat Lori Besar!

Posted on Saturday, May 07 @ 08:16:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



“Kalau dia mahu sertai, kita sedia untuk menerima. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan dan sekiranya tidak muat kereta kancil, lori besar kami sediakan kata Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir jika Husam Musa di pecat.

Kita tunggu bila PAN @ AMANAH nak bawa lori besar.

Sumber TKO - 6-5-2016



Simbol, Lambang adalah Syiar

Posted on Wednesday, May 04 @ 19:35:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selangkah demi selangkah..... Akhir kita masuk perangkap Yahudi. lambang itu mencerminkan kehancuran peradaban Mesir Fir’aun dan bangkitnya peradaban Zionisme (Yudaisme).














Sumber TKO - 4-5-2016


Calon PAN DUN Samariang Didakwa Tipu Biodata Pekerjaan

Posted on Wednesday, May 04 @ 16:42:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Calon Parti Amanah Negara (PAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Nani Sahari didakwa menipu biodata pekerjaannya.

Perkara itu didedahkan oleh Pengundi PAS Kedah apabila Nani menyatakan pekerjaannya adalah sebagai ‘pembantu perubatan’ sedangkan pekerjaan sebenarnya adalah pembantu klinik.

“Sengaja mengelirukan atau saja nak tunjuk macam hebat???….almaklumlah parti geng profesional…..

“Untuk makluman hangpa, jawatan “pembantu perubatan” tu hanyalah istilah jawatan yang digunakan di hospital-hospital dan merupakan nama kepada satu jawatan…. biasanya orang sebut “MA”….ia merupakan jawatan khusus dan penjawat jawatan mestilah mempunyai kelulusan yang khusus dalam bidang perubatan….,”dedahnya.




Menurutnya, sebelum Nani menjadi calon PAN di DUN Samariang, beliau pernah menjadi calon PAS di DUN Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.

“Dan mengikut rekod PAS, Nani ini yang dulunya ambik calon atas lambang PAS hanyalah merupakan “pembantu klinik”….bukannya “pembantu perubatan”…. kalau pembantu klinik ni, siapa-siapa pun boleh kerja….tidak perlu ada pengkhususan pun boleh….lain benor tu “pembantu klinik” dgn “pembantu perubatan”….

“Lagi pun jawatan pembantu perubatan tu mesti berdaftar dgn Lembaga Pembantu Perubatan….
bukan boleh suka suka hati letak….hangpa suruh dia tunjuk lesen pendaftaran dia dengan Lembaga Pembantu Perubatan kalau dia betoi seorang Pembantu Perubatan….

“Lagi boleh lipat….jangan tak lipat….,” dedahnya lagi.


Pada PRN Sarawak ke-11, Nani bertanding di N07 Samariang menentang dua calon lain; Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS) dan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN – PBB).- AIDCNews

Sumber TKO - 4-5-2016



Ini Bukti Parti PAN @ AMANAH Penyelamat UMNO Sedang Lemas

Posted on Tuesday, April 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ramai orang beritahu aku bahawa PAN ditubuhkan kerana PAS nak UG dengan UMNO. Daripada pemilihan Muktamar sampai sekarang itu yang diulang-ulang. Tapi tak banyak perkembangan hanya sebagai tohmahan tanpa bukti yang nyata dan jitu.

Ayat nak selamatkan UMNO daripada lemas satu daripada perkataan untuk menarik sokongan kepada parti pecahan PAS, iaitu PAN @ AMANAH. Kata-kata Tok Guru Nik Aziz yang UMNO adalah musuh jangan selamatkan UMNO sedang lemas menjadi trademark kepada 'pendakwah' PAN.

Tapi hari ini bila aku lihat dan kaji secara fakta, aku dapati sebaliknya. Yang nak selamatkan UMNO/BN bukan PAS sebab PAS bertanding lawan UMNO/BN dimana-mana sahaja termasuk di Sarawak.

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2011 misalnya calon PAS hampir menang di Dun Beting Maro.

Daripada 2011 PAS bertungkus lumus memastikan masyarakat Sarawak memahami PAS dan perjuangannya. Menyebar Islam melalui dakwah secara hikmah. Bantuan dan kebajikan diutamakan. Bila sahaja PRU kali ini 2016, PAS letak calon di Beting Maro dengan harapan PAS akan lawan BN. Tapi malangnya parti yang kononnya nak jatuhkan BN tolong memastikan PAS tidak berjaya. Tak lain tak bukan PAN @ AMANAH bertanding juga di mana tempat PAS bertanding.

PAS hanya kalah dengan BN 391 undi sahaja. 5 Tahun PAS atur strategi, buat cula untuk mengatasi 391 undi ini, tiba-tiba PAN letakka calonnya. Apa sebenarnya sikap PAN??

Itulah menunjukkan keikhlasan PAN @ AMANAH dalam perjuangannya menegakkan Islam kononnya.


Aku tak faham PAN @ AMANAH letak calon tempat PAS berpontesi menang atas niat apa? Nak bantu PAS tumbangkan BN atau nak bantu BN tumbangkan PAS agak hati peruk puak-puak PAN ini lega bila PAS kalah dan tak boleh bertapak di Sarawak kerana nafsu ego mereka untuk melihat PAS musnah tercapai.


Kalau PAN bertanding di Sarawak sekadar mencapai kehendak ego dan nafsu, PAN tak lain-tak bukan sama dengan UMNO/BN parti sampah!

Haji Hassan Omar

http://hajihassanomar.blogspot.my

Sumber TKO - 26-4-2016




Ada Penulis Blog Pro PAN Kata 3% Akan Undi PAS PRU-14 Nanti?

Posted on Sunday, April 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kata Blog Pro PAN. Aku rasa penulis blog ini mata rabun! (rujuk di sini)

Fakta itu kononnya diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas. Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.


Biul betul penulis BLOG PAN ni. agaknya kalau kita pakai logik kepala, tak payah guna pakai kajian. Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu BLOCK KETIGA hanya dapat undi 3%. BODOH punya akal. Lihatlah betul-betul sebelum tulis. Kalau taksud kepada PAN pun berpada-padalah!.


Dalam kajian tersebut (Ni angka sebenar untuk makluman penulis blog http://mountdweller.blogspot.my.

Barisan Nasional - 38%
Pakatan Harapan - 23%
Block Ketiga - 26%
Calon Bebas - 3%
Tidak Keluar Mengundi - 9%
Tiada maklumat - 1%

Aku setuju kalau ada orang kata puak PAN makin hari makin sasau. Nak burukkan PAS pun tak payah buat kerja bodoh macam ni. Baik engkau tukar aje blog engkau jadi blog resepi ke... ada juga manafaatnya.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my/


Sumber TKO - 24-4-2016



PAN Lawan PAS Di Lima Kerusi DUN Sarawak

Posted on Sunday, April 24 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



AIDCNews – 22/4/16 –Parti Amanah Negara (PAN) telah meletakkan lima calon bertanding calon PAS dalam Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke-11.

Lima DUN yang menjadi rebutan PAN dan PAS adalah; N29 Beting Maro, N27 Sebuyau, N24 Sadong Jaya, N7 Samariang dan N16 Muara Tuang.

1. N29 Beting Maro – Andri Zulkarnaen Hamden (PAN) lawan Hamidah Mokhtar (PAS)
2. N27 Sebuyau – Andrew Jain (PAN) lawan Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (PAS)
3. N24 Sadong Jaya – Othman Mustapha (PAN) lawan Asan Singkro (PAS)
4. N7 Samariang – Nani Sahari (PAN) lawan Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS)
5. N16 Muara Tuang – Abang Abdul Halil Naili (PAN) lawan Zulkipli Ramzi (PAS).

Calon-calon PAN diumumkan oleh Timbalan Presiden parti itu, Salahuddin Ayub malam ini, sementara calon-calon PAS diumumkan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 8 April lalu.

Selain lima calon yang bertindih dengan PAS itu, PAN juga turut meletakkan lapan calon lain iaitu; Mohammad Fidzuan Zaidi (N5 Demak Laut), Rapelson Richard Hamit (N26 Gedong-DUN baharu), Jini Sahini (N40 Kabong-DUN baharu), Sufian Julaihi (N41 Kuala Rajang-nama lama Belawai), Fadillah Sabali (N42 Semop), Ibrahim Bayau (N43 Daro), Kiprawi Sabali (N44 Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (N58 Balingian).

Begitu juga dengan PAS turut meletakkan 6 calon lain iaitu; Jofri Jaraie (N74 Pujut), Mohammad Arifiriazul Paijo (N72 Lambir), Zharudin Narudin (N70 Samalaju-DUN baharu), Kiprawi Aman (N67 Jepak), Clement Bayang (N60 Kakus) dan Zainal Abidin Yet (N4 Pantai Damai).
Di DUN Pujut dan Samalaju, calon PAS telah bertembung dengan calon DAP.


Sumber TKO - 23-4-2016



Calon Muslimat PAN @ AMANAH

Posted on Saturday, April 23 @ 22:27:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ada rakan-rakan yang menyertai Parti PAN @ AMANAH berkata mereka menyertai parti berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Allah. PAN adalah parti Islam yang tidak jumud macam PAS. Beberapa orang pimpinan parti PAN berkata mereka akan memperkenalkan ulama yang progresif dan persidangan NUNJI.

Malah ada yang beritahu aku, Parti Amanah Negara PAN @ AMANAH mengadakan misi pertemuan dan perbincangan dengan tokoh gerakan Islam antarabangsa untuk memposisi peranannya sebagai sebuah parti Islam di peringkat antarabangsa.

Pasal bercakap ni memang semua orang boleh bercakap, pasal tu kita tak hairan UMNO boleh kata dia pun parti Islam ketiga terbesar di dunia. Tapi realiti macam mana??

Lihat Nani Sahari semenjak keluar PAS jadi PAN. Bertanding di DUN Tanjung Datu, gaya dah berubah dulu baju labuh tutup dada sekarang semuanya bukak tunjukkan dada, pasal rai DAP dan masyarakat majmuk. Agaknya ini Islam Progresif ala Part PAN yang diperjuangan oleh Salahuddin Ayub??

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Sumber TKO - 23-4-2016



PAS parti cicak mengkarung/ biawak komodor?

Posted on Thursday, April 21 @ 15:59:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,,

Nak gelak pun ada, nak rasa simpatipun ada, tak tahu mana satu nak buat bila membaca dakwaan blogger PAN bahawa PAS hanyalah parti cicak mengkarung atau biawak komodor yang berada di tengah tengah pertarungan BN dan PH. Kerdilnya PAS di mata penggerak PAN, Sehingga mereka sudah mengumumkan akan bertanding disetiap kerusi PAS kerana PAN dakwa mereka ditubuh bagi mengambil alih tempat PAS yang sudah tidak ujud lagi.Itu dakwa mereka walaupun situasi semasa memperlihatkan fakta dan sambutan yang berlawanan dengan yang mereka dakwa.

Yang nampak parti cicak mengkarung dari sudut sambutan semasa ialah PAN bukan PAS, yang jadi parti biawak komodor juga PAN yang banyak kali dikesan menyondol walaupun dalam keadaan tiada sambutan.

Sejarah juga menunjukkan PAS sebuah parti yang evergreen tahan lasak dan sudah melalui berbagai bagai cabaran sepanjang kemunculannya di persada politik tanah air.Parti parti serpihan PAS sebelum ini sudah berkubur walaupun pernah lahir parti yang serupa PAN ingin menjadi pengganti PAS yakni Berjasa juga sudah berkubur.Lebih menarik Berjasa ialah sebuah parti pengganti PAS yang disokong pemerintah,juga sudah berkubur nikan pula sebuah parti serpihan yang disokong DAP, mampukan mereka bertahan?

PAN mungkin berkembang pesat seandainya setiap ceramahnya mendapat  sambutan seperti ceramah DZN dan sejarah juga menunjukkan sambutan hebat di setiap ceramah masih tidak mampu memberi kemenangan dalam PRU kerana penguasaan Umno lebih kuat mempengaruhi keputusan PRU, justeru timbul persoalan bagaimana PAN boleh menang PRU kalau ceramahnya tiada sambutan langsung?
Oleh itu bagaiamana PAN boleh yakin menang kalau bertanding 3 penjuru dengan Umno seandainya pertandingan 2 penjurupun belum tentu boleh  menang? Betul ker PAN bertanding untuk menang atau akan hanya jadi biawak hidup sahaja kepada PH?

Atau apakah PAN mengharapkan PAS tidak bertanding kerana tidak ujud?  Rasanya ini lebih tepat dan kalau PAN kalah kerana pertandingan 3 penjuru, PAS akan disalahkan kerana turut bertanding sebab awal awal lagi mereka mendakwa PAS bersahabat dengan Umno.Alasan sudah ada bagi PAN menutup kelemahannya tanpa perlu mengambil kira PAS adalah parti yang sudah otai dalam politik Malaysia.bagi PAN itu tidak penting, yang penting pembangkang mesti berada dalam PH dan ikut telunjuk DAP seperti mereka.

Sumber TKO - 21-4-2016



Rupa-rupanya PAN Silap Percaturan

Posted on Sunday, April 17 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sedar tak sedar sudah 7 bulan usia parti PAN. Dalam usia itu baru kini aku tersedar untuk bertanya khabar tentang  Pengarah Komunikasi atau Ketua Penerangannya. Pengarah Komunikasi ini entah kenapa agak menyepi sekarang? Macam malu-malu kucing aje. Atau ada yang tak kena?

Itulah Khalid Samad yang aku gelar sebagai nakhoda jelmaan. Semasa di dalam PAS dulu beliau selalu memegang watak nakhoda. Sebelum Presiden bersuara, nakhoda ini sepantas kilat mengeluarkan kenyataan dan pendapatnya. Beliaulah antara AJK PAS yang paling vocal satu masa dahulu. Tak segan-segan dia menyanggah Presidennya sendiri. Lagak dan wataknya begitulah sehinggalah PAN ditubuhkan.



Tetiba kini suaranya agak asing dan terpencil. Sepatutnya sebagai Pengarah Komunikasi beliau lebih banyak mengeluarkan kenyataan bagi partinya. Inilah peluang untuk beliau tunjuk bakat sebenar sebagai “jurubicara ummah”. Alih-alih pemuka PAN ini menjadi semakin lesu. Kenyataannya tidaklah sepantas dan sehebat semasa menjadi AJK PAS dulu. Kenapa Khalid?



Sebenarnya PAN sudah silap percaturan. Diletaknya Mat Sabu menjadi Presiden. Mat Sabu hanya hebat berpidato dengan suara garaunya. Sedangkan Khalid Samad hebat berhujah dengan keprofesionalismanya. Itulah yang dirasakan oleh Khalid Samad. Dalam PAS dia menjadi nakhoda walaupun sekadar jelmaan. Sepatutnya berilah dia peluang menjadi nakhoda sebenar dalam parti barunya. Baru dia bersemangat sikit nak keluarkan kenyataan macam dalam PAS dulu. Aku tumpang bimbang suatu hari nanti dia jadi pula ‘nakhoda jadi-jadian’ apabila dia tak sebulu lagi dengan Mat Sabu.



Motif tulisan aku ialah sedarlah bahawa apabila manusia merasa dirinya hebat tunggulah hari di mana dia akan menjadi seperti anjing buruk kepala. Aku selalu yakin bahawa daging ulama itu beracun. Sesiapa yang menghina dan mengkhianati ulama tunggulah masa badannya merana. Tidak setahun, sepuluh tahun. Tidak di dunia, di akhirat. Hanya keinsafan dan taubat menjadi penyelamat.


Sumber TKO - 17-4-2016



Parti PAN berceramah di Kedai Makan Jerebu N9
Posted on Saturday, April 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Parti PAN telah tukar tektik, sebelum ini ceramah dan panggil pengunjung untuk makan. Malangnya makanan tak habis kerana tak ramai yang hadir. Jadi adalah lebih baik ceramah di kedai makan dan
semua mereka yang sedang makan tak perlu bayar makanan.

Satu lagi Presiden PAN kini berceramah tanpa microfon? Kenapa saya tak pasti mungkin ada
berkaitan dengan kes 'baling mic' sebelum ini.

Kredit
PASMA Malaysia

Sumber TKO - 16-4-2016




Ceramah PAN di Baling Kedah

Posted on Saturday, April 16 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sembang santai parti PAN di kampung Bukit Hijau kupang, Baling, Kedah sangat menyayat hati.



Yang hadir budak sekolah, dapat baju free.



Orang tua boleh dibilang dengan jari...



Lihat kepada makanan disediakan... periuk dan themos di bawah tu boleh makan lebih daripada 

100 orang.

Sumber TKO - 16-4-2016



Ceramah di Setiu 3 Orang, Agaknya Ceramah PAN di Dungun Malam Tadi Berapa Orang??

Posted on Friday, April 15 @ 01:20:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Walaupun Ceramah ini dihadiri oleh Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tapi kalau lihat kepada
kehadiranya malam tadi, saya tak boleh kira kerana yang nampak dalam gambar di tepi tu semuanya
anak buah Baharuddin, kira AJK PAN Dungun. Kalau saya katakan '0' kehadiran nampak macam
saya nak jahatkan kepada PARTI PAN. Ada sesiapa yang boleh berikan nilai lebih daripada '0'
tolong komen dibawah, saya akan minta admin tarik balik artikel ini.



Kredit:
Razali Alias

Sumber TKO - 15-4-2016



Ceramah Mujahid Di Setiu Terengganu Ramai AJK Daripada Pendengar

Posted on Thursday, April 14 @ 17:39:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



YB Mujahid Yusuf Rawa Dan YB Datok Raja Bahrin berceramah di Setiu,Terengganu di hadapan bangunan Baru parti PAN yang masih dalam pembinaan.









Sumber TKO - 14-4-2016



Celaru habis!

Posted on Wednesday, April 13 @ 06:35:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Assalamualaikum,,,
Baru baru ini terdengar seorang penyokong kuat PH berkata "celaru habis".Apa maksudnya tak pastilah pulak cuma yang saya faham dia semacam kecewa
dengan kerjasama deklarasi rakyat dengan Mahathir, Mahyuddin dan Mukriz
sebab terang terang ketiga tiga orang Umno ini mahu menyelamatkan Umno
dari kerosakan yang mereka rasakan dibuat oleh Najib Razak.Itu barangkali
celaru yang dimaksudkan itu kerana selama ini PH terutama DAP dan PAN
begitu galak kata PAS mahu Ug dengan Umno, alih alih mereka yang terlebih
dahulu bersengkongkol dengan Umno sebab hakikatnya Mahathir dan gengnya tetap orang Umno
walaupun dia sekarang keluar Umno tapi akan masuk balik bila Umno diselamatkan dari Najib.


Sementara itu celaru juga menular ke dalam DAP apabila Tony Pua kata dia memberi markah 80%
kepada lapuran PAC yang membebaskan Najib dari skandal 1MDB.Tony Pua yang sebelum itu
berkata kebenaran tentang 1MBD akan terbongkar apabila lapuran PAC dibentangkan dan kata kata
Tony Pua ini diencko dengan rancak oleh pejuang rakyat tapi itu sebelum lapuran PAC keuar.

Bila lapuran PAC keluar, lain pulak ceritanya,Tony Pua kata dia masih tidak berpuas hati sebanyak
20% kerana masih ada lapuran lapuran yang tidak disentuh.Namun 80% markah yang diberikan itu
bermakna Najib lulus dan tidak boleh disabitkan bersalah kerana masalah 1MBD, terang terang
lapuran itu meletakkan kesalahan kepada CEO 1MBD.

Kecelaruan mula timbul apabila LKS melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Tony Pua yang
katanya memberi markah yang terlalu tinggi kepada PAC.Pada LKS paling tinggipun hanya 60%
yang boleh diberi.Tetapi LKS tidak sedar 60% itu juga bermakna Najib lulus, jadi kenapa nak serang
Najib lagi?

Kecelaruan yang terjadi ini adalah kerana kesungguhan mahu membuktikan Najib bersalah dan
bakal menyebabkan rakyat marhain diperas lagi untuk bail out 1MBD dimana hutangnya dikatakan
hampir 43 billion ringgit.Dalam kes ini teringat saya kepada kisah bail out korsotium perkapalan
milik Mirzan Mahathir sebanyak 8 billion ringgit oleh Petronas semasa Mahathir masih lagi jadi
Maha zalim dan Maha Firaun.Rasa semua setuju kalau saya katakan duit petronas itu milik rakyat
marhain juga dan Mahathir dengan mudahnya mengambil duit marhain untuk menyelamatkan
anaknya.Kalau dibandingkan nilai semasa 8 billion itu mungkin nilainya hampir sama dengan 43
bllion hutang 1MDB sekarang.jadi kenapa mudah sangat mahathir dimaafkan dan dilupakan saja
duit 8 billion itu sedangkan mengaum gaum pasal 43 billion 1MBD?

Apakah sebab sebenarnya? Sehingga Mahfuz juga bersungguh sungguh menuding jari kepada Najib
kerana kehilangan duiu menerusi 1MBD tetapi selamba jer tentang duit yang dihabiskan oleh
Mahathir sedangkan semuanya duit marhain.

Memang celaru habis bang!

Sumber TKO - 13-4-2016



Dalam Ramai Mengutuk SU DAP, Muamar Penyokong Kuat AMANAH cuba salahkan Nik Abdul!!

Posted on Monday, April 11 @ 21:11:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ni yang pelik puak PAN @ AMANAH dalam isu Prof Dr P.Ramasamy mengatakan Dr Zakir Naik 

Setan, bukannya dia nak tegur DAP tetapi dia nak salahkan PAS. Minda puak PAN bukan saya 
seleweng tetapi sudah rosak dan cuba memutar belitkan maklumat dan fakta untuk berhujah 
semuanya salah PAS dan pemimpinan PAS. Yang betul sudah pasti Mat Sabu dan PAN.

Kenapa mereka sudah jauh daripada jalan sebenar, kononnya nak jadi pejuang Islam tetapi atas 

politik dan kepentingan sokongan bukan Islam terutama undi Cina mereka sanggup mengadai 
maruah dan agama sendiri.

Sumber TKO - 11-4-2016




Parti AMANAH ni nak Selamatkan Malaysia atau Nak Selamatkan UMNO?

Posted on Friday, April 08 @ 09:01:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Aku tak tahu apa yang ada dalam pemikiran pemimpin parti AMANAH @ PAN? Kalau dengan PAS
dia orang marah sangat kononnya PAS nak selamatkan UMNO pasal tu berkawan dengan UMNO,
lembut dengan UMNO dan macam-macam hujah kononnya PAS selamatkan UMNO daripada nak
tengelam.

Bila aku lihat apa yang parti PAN buat dan apa yang di orang amalkan, aku jadi makin celaru. Parti
PAN tak tahu ke Muhyiddin ni masih orang kuat UMNO bercita-cita untuk jatuhkan Najib dan nak
ambil tampuk Presiden UMNO?

Tahukah bahawa Muhyiddin dan Mukhriz ni sebati jiwa dengan UMNO. Mereka bergaduh dalam
UMNO pun kerana nak selamatkan UMNO daripada dijatuhkan oleh Pakatan Pembangkang?

Tidak macam bergaduh antara PAN dan PAS kerana perbezaan pendekatannya.

Bila aku fikir, aku berpendapat ramai penyokong PAN ni bodoh dan tak tahu kenapa PAN
diotubuhkan? Mereka dimainkan sentimen yang tidak benar akhirnya mendapat maklumat palsu
tentang ulama dalam PAS.

Walaupun ramai golongan dikatakan profesional tapi malangnya buta maklumat dan bodoh nak buat soalselidik akhirnya jadi bodoh!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Sumber TKO - 8-4-2016



Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan

Posted on Friday, April 08 @ 07:59:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan
KOTA BHARU - Dakwaan 10 Adun Pas akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya
bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dikenakan tindakan disifatkan tidak betul dan hanya
rekaan dari pihak yang tidak sehaluan dengan Pas.


Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad berkata, dakwaan itu juga dilihat satu strategi untuk 

kepentingan politik pihak tertentu sedangkan situasi sebenar tidak sebagaimana digambarkan.

"Ramai wakil rakyat buat penafian sebelum ini, sebenarnya tidak ada apa- apa yang berlaku,
sebagaimana di Tendong sendiri, Amanah tidak begitu memberi kesan sehingga boleh mengaitkan
parti itu dengan rakyat di sini.

"Cuma mungkin sebelum ini terdapat percanggahan pendapat dalam satu dua isu sebelum ini, ia
dilihat bertentangan dengan parti menyebabkan orang nampak kita tidak sayang pada parti,
sedangkan hakikatnya bukan begitu," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Rozi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan 10 wakil rakyat Pas akan menyertai
Amanah sekiranya Husam dipecat dari parti itu.

Rozi sebelum ini pernah dikaitkan dengan Amanah dan dikatakan antara 10 wakil rakyat yang akan
menyertai Amanah di Kelantan.

Semalam, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulangi
kenyataannya bahawa 10 wakil rakyat Pas akan mengikut jejak Husam dan menyertai Amanah
sekiranya Adun Salor itu dipecat.


Menurutnya, sebab itu sehingga hari ini Pas tidak berani mengambil tindakan terhadap Husam kerana
bimbang pengaruh pemimpin itu akan menjejaskan parti berkenaan.

Sumber TKO - 8-4-2016


Hanipa masih di ICU namun keadaan stabil

Posted on Thursday, April 07 @ 13:00:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang dikejarkan ke hospital baru-baru ini berada dalam keadaan
stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir.

“(Hanipa) Masih dalam ICU selepas menjalani pembedahan pada Isnin dan keadaannya kini stabil tapi masih di bawah pengawasan doktor.

"Apa yang berlaku kepada beliau ini boleh kita katakan strok,” kata Anuar kepada Malaysiakini.

Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara
tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, dan kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan
HKL.

Anuar berkata Hanipa pada masa ini masih belum sedarkan diri kerana doktor memberikan rawatan
bius kepadanya.

Mengulas lanjut, Anuar memohon jasa baik semua pihak agar mendoakan kesembuhan Hanipa serta
seorang lagi pimpinan AMANAH, Asmuni Awi yang kini berada di IJN selepas melalui pembedahan
pintasan jantung beberapa hari lalu.

“Kita mengharapkan semua pihak dapat mendoakan kesihatan kedua-dua pimpinan Hanipa dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Asmuni Awi pulih seperti sediakala agar mereka dapat meneruskan khidmat mereka. Insya-Allah,” kata Anuar.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada keadaan kesihatan pemimpin parti itu akan memberi kesan
kepada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, Anuar menafikannya.

Kata Anuar, ini kerana ramai lagi pemimpin AMANAH bersedia untuk turun berkempen dalam
pilihan raya berkenaan.

Namun katanya AMANAH kesal dengan tindakan Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem
menghalang presidennya, Mohamad Sabu ke negeri bumi kenyalang itu baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan menyekat pimpinan pembangkang ke Sarawak akan mengurangkan
'keceriaan pilihan raya yang dianggap sebagai satu pesta demokrasi.

“Tidak ada lagi keseronokan dalam pilihan raya negeri itu,” tambah Anuar.

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini untuk memberi laluan kepada
pilihan raya negeri ke-11.

Sumber TKO - 7-4-2016

MP Hanipa selamat jalani pembedahan, kini di ICU

Posted on Tuesday, April 05 @ 19:08:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kini di bawah rawatan rapi selepas selamat menjalani 

pembedahan malam tadi.
Menurut catatan di Facebook AMANAH, Hanipa sedang dirawat di unit rawatan rapi neurologi
Hospital Kuala Lumpur. Difahamkan Hanipa mengalami pendarahan otak.


Beliau dikejarkan ke hospital petang semalam selepas rakan-rakan ahli Parlimen perasan beliau tidak
bergerak dari tempat duduknya di Parlimen semasa rehat.

Sumber TKO - 5-4-2016


Aktivis PAN Kecewa PKR Sabotaj Ucapan Tun Mahathir

Posted on Monday, April 04 @ 19:43:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aktivis Parti Amanah Negara (PAN), Ustaz Ahmad Awang Supporters melahirkan rasa kesal 

dengan sikap segelintir PKR yang mensabotaj ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa 
perhimpunan anti GST & Najib semalam.
Berikut kenyataan lengkap Ustaz Ahmad Awang Supporters berkaitan insiden tersebut :
CATATAN INSIDEN MEMALUKAN:

Kebetulan saya berada di belakang pentas (lori) tempat penceramah menyampaikan ucapan.
Memang tidak dinafikan sikap beberapa pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin, Haniza
Talha, Aishah Srikandi dan beberapa perempuan yang lain amat memualkan dan memalukan.

Mereka mengambil sikap terlompat-lompat sambil terjerit-jerit mengganggu ucapan Tun adalah
sesuatu yang tidak terduga malah memperlihatkan sikap yang tidak beradab dan tidak profesional.

Patutkah menjemput Tun untuk hadir ke program seperti itu untuk di jadikan bahan ejekan.?
Di mana letaknya adab dan tatasusila pemimpin PKR ?

Peristiwa doa yang dibacakan oleh Badrul Amin pula mengingatkan kita pada doa laknat ketika Muktamar ke-60 di Batu Pahat. Patutkah seorang agamawan menjadikan pentas ceramah seperti
itu untuk melaknat seseorang sambil memperlihatkan kebencian yang amat sangat ?

Kepada Presiden PKR sila tegur kelakuan anak buah anda yang beretika seperti keanak-anakan.
Cuba kenang kembali semasa Anwar Ibrahim di pecat dahulu 1998.

Kami para kumpulan reformasi pada ketika itu tidak pernah menuntut Anwar memohon maaf
secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas dosa yang beliau pernah lakukan kepada
pembangkang. Apatah lagi amat jauh sekali berlaku kurang sopan dengan Anwar.

Kenapa Anwar diterima oleh parti pembangkang pada ketika itu ? Jawapannya ialah jiwa besar Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang sentiasa bersikap terbuka terhadap mereka yang
dikhianati dan dizalimi. Kini Malaysia kembali di pimpin oleh pemimpin zalim Najib yang begitu
rakus menyebabkan pelbagai ketirisan dan korupsi.

Inilah Malaysia tanah air tercinta yang kita semua rakyat Malaysia bangun secara bersama untuk menentang sebarang korupsi kepimpinan Najib. Kita bersama di atas suatu perkara, menjadikan
Malaysia ke arah yang lebih baik.

Admin
‪#‎UAA_SUPPORTERS‬

Nota:
[Admin]: Saya memohon maaf kepada YB Fuziah Salleh. Bukan beliau yang saya maksudkan
tetapi merujuk kepada YB Haniza Talha. Sebarang kesilapan amat-amatlah dikesali.
demo.jpg

Sumber TKO - 4-4-2016




Motif PAN Akan Terjawab

Posted on Monday, April 04 @ 05:57:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mengapa PAN hennak bertanding 13 kerusi di Sarawak? Bukankah aneh sebuah parti yang cukup
muda dari Semenanjung ingin berpencak di Bumi Kenyalang? Motif dan sikap PAN akan lebih
jelas kepada pembaca apabila telah diputuskan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi nanti. Penulis
berani membuat telahan awal berdasarkan susur-galur kewujudan PAN sedari ketewasan mereka
dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Berdasarkan isu yang tersurat dan maksud yang tersirat sejak muktamar yang lalu, para pemimpin 

PAN ada dendam kepada PAS yang perlu dilunaskan. Bagi pemimpin PAN, mereka tidak akan mengistilahkannya sebagai ‘dendam’. Ya, mereka pun secara jujurnya tidak mahu berjuang 

berpremiskan sifat dendam. Kerana dendam itu busuk, kotor dan terkutuk. Tetapi apakah 

terminologi yang hendak dimaniskan selain ‘dendam’-lah namanya.



Mengikut Kamus Dewan, dendam bererti keinginan untuk membalas perbuatan seseorang. 

Dendam juga boleh berlaku kerana perasaan cemburu akan kejayaan orang lain. Mengapa aku 

menelah bahawa PAN begitu berdendam pada PAS? Dan dendam itu mesti dilunaskan dan 

pilihanraya yang bakal tiba. Itulah peluangnya.



Sebelum tertubuhnya PAN, geng Mat Sabu selalu secara sinis mengingatkan PAS tak payahlah 

berdegar-degar menguar-uarkan kekuatannya. Jagalah Kelantan, kata mereka. Mengapa mereka 

berkata demikian dalam keadaan Kelantan merupakan kubu terkuat PAS. Tiada isu penyelewengan 

dan rasuah yang boleh disabitkan oleh SPRM walaupun pauk PAN mendokumentasikan dakwaan mereka. Apa mungkin dalam keadaan rakyat Kelantan juga begitu marah kepada Najib, GST, 

1MDB dan sebagainya tetiba mereka hendak undi parti Najib? Lainlah kalau PAN yang 

sebenarnya hendak bertanding sama bagi memecahkan undi PAS. PAN tahu dia tak akan berjaya 

untuk membentuk kerajaan di Kelantan. Tapi biarlah PAS gagal dan kecewa kali ini. Nah, aku menghujahkan dendam wujud di sini.



Di Sarawak, mana logik parti baru dari Semanjung pula tu, berani bertanding 2 kerusi lebih 

daripada PAS. Apakah DAP dan PKR akan beri kerusi mereka kepada PAN sedangkan dua parti 

itu sendiri bergaduh berebut kerusi. Maka bacaan penulis ialah PAN akan bertanding di mana
sahaja PAS bertanding. Sebagai parti muda, pastinya PAN tidak mempunyai tenaga kerja 
di lapangan yang mencukupi. PAN kekurangan dana untuk markaz, pondok, bahan perang saraf, 
duit saku dan segala keperluan logistik. Apakah PAN gatal hendak bertanding tetapi mengimpikan 
ehsan dalam segala aspek dari DAP dan PKR? Macam yang penulis katakan tadi, PAN tak peduli 
itu semua. PAN hanya berhasrat memecahkan undi PAS. Biarlah PAN tidak menang. PAN dikira 
telah berjaya apabila cita-cita PAS berjaya digagalkan.

Penulis tertarik dengan kenyataan tegas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Katanya PAS kekal bertanding 11 kerusi walaupun berhadapan dengan PAN. Setiausaha Agung 
PAS, Datuk Mustafa Ali juga pernah menegaskan bahawa PAS akan bertanding di semua kerusi 
yang pernah PAS tandingi dalam PRU13 dahulu. Situasi akan tetap sama. PAN parti muda yang kekurangan tenaga kerja lapangan dan kekurangan dana serta logistik. Ada tempat PAN akan 
merasa penangan hilang wang pertaruhan. Secara logik parti kecil yang baru tidak sewajarnya 
menguji lautan dalam. Mereka tahu kail mereka panjang sejengkal, tapi dendam itu tadi cukup 
besar untuk disorokkan.

Kesimpulannya, motifnya ialah kekalahan dan kegagalan PAS adalah kemenangan bagi PAN. 
Itulah politik PAN. Dendam ketewasan dalam Muktamar ke-61 sudah sekian lama bersarang 
di dalam dada pemuka-pemuka PAN. Bangkai gajah tidak dapat ditudung dengan nyiru. 
Sembunyikan. Nafikan. Rasionalisasikan. Bau bangkai itu cukup kohong untuk dihidu. 

Sumber TKO - 4-3-2016





Amanah dakwa lebih 10,000 hadir himpunan Bantah GST

Posted on Sunday, April 03 @ 22:37:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu menegaskan beliau berpuas hati dengan kehadiran peserta pada Himpunan Bantah Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) pada Sabtu.

Pada masa sama, katanya himpunan berkenaan mencapai matlamatnya dengan penyertaan semua
lapisan masyarakat.

"Himpunan semalam mencapai sasaran dan kehadiran agak baik walaupun orang-orang Tionghua
ada perayaan Qinming yang menyebabkan kebanyakan mereka balik kampung.



"Walau bagaimanapun, penyertaan semua kaum saya berpuas hati," katanya dalam sidang media
selepas melancarkan edisi pertama akhbar tabloid mingguan Amanah di ibu pejabatnya di sini hari
ini.

Bagaimanapun beliau mengakui masih ramai kalangan masyarakat yang tidak dapat menyertai
himpunan berkenaan berikutan kekangan kewangan.

"Orang-orang kampung kali ini agak kurang (hadir), agaknya masalah ekonomi terutama
penoreh-penoreh getah sekarang ini, mereka nak datang dan bayar tambang ke Kuala Lumpur
pun mereka kurang mampu," ujarnya.

Mat Sabu dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa Amanah tidak mampu mempengaruhi
masyarakat untuk turun pada bantahan pada Sabtu.

"Memang kami sasar jumlah (kehadiran) sebanyak itu sahaja. Kami tidak buat himpunan sebesar
Bersih kerana itu hanyalah gerakan dalam masa yang singkat. Bersih kita ambil masa enam bulan sebelum itu, tetapi ini ambil masa seminggu sahaja, jadi bagi saya kehadiran itu cukup memuaskan," jelas beliau.



Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad bertegas Himpunan Anti-
GST pada Sabtu adalah lebih daripada 10,000 orang.

"Lebih 10,000 hadir pada awal tengah hari itu tetapi masalah oleh kerana cuaca panas, maka
ramai jugalah yang tidak bersama sampai habis program.

"Himpunan semalam menunjukkan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerah rakyat ke jalan raya terbukti tidak tepat kerana kalau kita lihat ketika kemuncaknya memang penuh dekat Dataran
Merdeka," ujar beliau.

Himpunan Bantah GST itu turut dihadiri Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  dan
isteri, Tun Dr Siti Hasmah.

Sumber TKO - 3-4-2016






AMANAH tanding 13 kerusi di Sarawak
Posted on Sunday, April 03 @ 17:49:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak
akan datang.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, mereka telah mengadakan perbincangan
dengan rakan Pakatan Harapan tentang perkara itu.

"13 kerusi tu telahpun kita arahkan bersiap sedia. Calon-calon dah kenal pasti, dan seluruh jentera
dari seluruh negara telah diarahkan ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan," katanya.

Salahuddin berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari
ini.

Beliau tidak mendedahkan di mana kerusi itu, tetapi berkata ia mungkin campuran kerusi bandar
dan luar bandar.

Salahuddin berkata, kesemua calon juga merupakan anak jati Sarawak.

Rancangan AMANAH untuk bertanding 13 kerusi dilihat lebih bercita-cita tinggi daripada PAS
yang hanya merancang untuk bertanding di 11 kerusi.

Amanah, yang hanya ditubuhkan tahun lepas, mempunyai 1,500 anggota di negeri ini.
Senarai dilarang masuk Sarawak

Setakat ini presiden AMANAH Mohamad Sabu disahkan berada dalam senarai larangan masuk ke Sarawak selepas dihantar pulang dari negeri ini dua minggu lalu.

Salahuddin bagaimanapun berkata mereka telah menghantar surat kepada pejabat Ketua Menteri
Sarawak Adenan Satem untuk membuat rayuan larangan itu.

Mengenai sama ada ia akan bertembung dengan PAS, Ketua Penerangan AMANAH Khalid
Samad tidak menolak kemungkinan tersebut.

Sementara itu AMANAH hari ini turut melancarkan akhbar rasmi parti itu yang diterbitkan dua
minggu sekali.

Akhbar itu tidak dikendalikan oleh parti itu sendiri, dan menggunakan khidmat Dateline Media
Group, yang juga mengendalikan sebuah portal berita pro-AMANAH.

Sumber TKO - 3-4-2016




Pegawai Analisis Presiden AS Kunjungi Ibu Pejabat PAN

Posted on Friday, April 01 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pegawai analisis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mengunjungi ibu pejabat Parti 

Amanah Negara (PAN) di Kuala Lumpur semalam.
Pegawai berkenaan adalah Andrew Claster, Timbalan Ketua Analisis Presiden Obama telah
mengadakan mesyuarat dengan dua pimpinan PAN iaitu Salahuddin Ayub dan Pengarah Strategi
PAN, Dr Dzulkifly Ahamad.

“Mengadakan perbincangan dengan Andrew Claster, Timbalan Ketua Pegawai Analisis Obama di
Wisma AMANAH malam ini,” kata Salahuddin dalam Facebooknya semalam.

Walau bagaimanapun, Salahuddin tidak menjelaskan butiran lanjut berkenaan perbincangan dengan wakil Presiden Amerika Syarikat itu.

Mengulas isu pertemuan itu, PASMA Malaysia mendakwa kunjungan wakil Obama itu ada
kaitannya dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Alhamdulillah…

“Presiden Amerika hantar Penasihatnya untuk membantu parti Amanah dan memenangkan Pakatan Harapan.

“Dana dari Amerika akan disalurkan untuk membiayai program Pakatan Harapan.

“PRU 14 akan datang Pakatan Harapan akan dibantu Amerika memerintah Malaysia.

“Hidup Amerika.. Hidup Pakatan Harapan. Takdir,”ulasnya.





Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 1-4-2016



Leman Rajalawak buat lawak!

Posted on Wednesday, March 30 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Assalamualaikum,,,

Leman Rajalawak buat lawak.Dalam satu  coretannya di media sosial Leman Rajalawak menulis "Ceramah selamatkan Malaysia di padang Pandah Indah malam ini...PKR+DAP+UMNO Baru
(Team Tun).Mesej Leman meninggalkan PAN, itu lawak nombor satu kerana ramai dah kenal
siapa Leman Rajalawak, pasal apa dia tinggakan PAN dalam mesejnya? Tetapi lawak terbesarnya
adalah UMNO Baru (Team Tun)

UMNO sekarang adalah UMNO baru yang didaftarkan oleh TUN MAHATHIR setelah UMNO
lama diharamkan.Mungkin Leman tak mengetahui sejarah ini, sejarah yang mengatakan UMNO sememangnya baru dan sememangnya dimiliki oleh TUN MAHATHIR dan teamnya.Sebab itu
dia gunakan ayat UMNO Baru (Team Tun), ha3........

Leman Rajalawak sebaliknya mungkin tahu mengenai sejarah UMNO, cuma dia sengaja nak
berlawak mana tahu boleh menang maharaja lawak tahun ini! Lagi lawak bila membayangkan
bagaimana PKR + DAP tanpa PAN boleh bergabung dengan UMNO Baru (Team Tun) untuk menyelamatkan Malaysia.Apa yang nak diselamatkan? Wang rakyat yang sudah disonglap oleh
Najib? kalau wang rakyat, bukan Najib seorang saja yang songlap, Mahathir dahpun kembung
perutnya kerana terlampau banyak songlap duit rakyat.2.6 Billion itu kiranya sedikitlah kalau nak dibandingkan dengan 8 billion yang pernah Mahathir songlap untuk selamatkan anaknya Mirzan.

Kalau nak selamatkan Malaysia kerana harga barang yang melambung, maka di mana letaknya
BN= barang naik yang sering dilaungkan oleh parti parti seperti PKR dan DAP tanpa PAN?
Bukankah BN itu sendiri bermakna barang naik? dan BN itu termasuk juga UMNO Baru yang
didalamnya ada team Tun, jadi kenapa nak selamatkan Malaysia hanya dengan menjatuhkan Najib
dan diganti oleh pemimpin UMNO Baru yang lain? sepatutnya semua tahu siapa juga yang ganti
Najib dari UMNO Baru tidak akan menurunkan harga barang, lawak betul PKR dan DAP ini sama
seperti Leman Rajalawak!

Begitu juga dengan GST dan lain lain, semuanya akan jadi sama saja selepas Najib jatuh dan Team
Tun yang naik.Cuma satu perkara nak ditanya terutama kepada PKR, apakah selepas Najib jatuh,
DSAI akan dibebaskan, pilihanraya akan dibersihkan dan pembunuh sebenar Altantuya akan
ditangkap?

Tiada perkhabaran langsung mengenai perkara di atas malah kelihatan seperti DSAI sudah
dilupakan kerana mahu bersama Tun.Tak silap saya kelibat DSWA juga tidak kelihatan semasa
kongres rakyat tetapi tak tahulah kalau saya tersilap pandang.

Leman Rajalawak semacam sudah melupakan PAN tetapi dia masih lagi macai PAN yang tegar,
tapi kenapa dia buat lawak bodoh ini?

Sumber TKO - 30-3-2016


Pemimpin Amanah maafkan kekejaman Dr Mahathir.

Posted on Monday, March 28 @ 06:59:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Oleh: besut_pas_no_2 

Kerana mengejar kemenangan serta mendapat sedikit 'nyawa' untuk bernafas dalam arena politik, 

Presiden Parti Amanah Haji Mohd Sabu mengatakan beliau memaafkan kesalahan Dr Mahathir 
sepanjang 22 tahun pemerintahnnya.

Mat Sabu bersilat

Ambe tidak mempertikaikan sifat pemaaf, kerana islam menganjurkan sifat bermaaf-maafan. 

Bahkan dalam hukum hudud sendiri, orang yang membunuh seseorang yang lain, boleh dimaafkan kesalahannya dari hukuman bunuh juga sekiranya keluarga mangsa memaafkannya.

Cuma ambe ingin mengingatkan semua pembaca akan mainan pelacur-pelacur politik atau Barua
kepada gabungan kepada beberapa parti (DAP, PKR & Amanah) yang mana mereka ini
mempersendakan Pas apabila mengatakan Pas sedia memaafkan kesilapan UMNO dan mahu
bergabung dengan UMNO. Fitnah mereka ini berjalan rancak terutamanya dalam media internet
seperti difacebook, blog sampah dan termasuk dalam tranungkite sendiri. Walaupun sehingga hari
ini Pas tidak pun bergabung dengan UMNO, pelacur-pelacur politik dan barua-barua ini
mengulangi fitnah sama. Sungguh malang nasib mereka kerana mereka seperti hidup dalam dunia
ini untuk melakukan fitnah dalam politik.

Hari ini, 27hb Mac Haji Mohd Sabu berkata yang dia sedia memaafkan kesalahan Mahathir. Apa
pula yang hendak dimainkan oleh pelacur-pelacur politiik dan Barua-barua sekalian?

Ambe yakin, mereka akan cuba melakukan pusingan dan belitan maut seperti ular Anaconda untuk mengenakan Pas semula.
----------------------------------
People’s congress: Opposition leaders forgive Dr Mahathir

Sunday, 27 March 2016. TheStar.

SHAH ALAM: Opposition leaders, who were jailed during Tun Dr Mahathir Mohamad's 22-year-
era, said they hold no grudges against the former prime minister.

Parti Amanah Negara (Amanah) president Mohamad Sabu (pix), also known as Mat Sabu, said
there was no need to hold on to the past although he was detained under the then Internal Security
Act (ISA).

"I was arrested twice under ISA during Tun Mahathir's time. But this is not about avenging the past.
"Should I be hitting out at a retired prime minister when I should be hitting out at the current
leadership?" he said in his speech at the “Save Malaysia” congress here Sunday.

Dr Mahathir, who was present at the event, was seen smiling upon hearing the remark.
Mat Sabu was among 119 people detained under the 1987 Ops Lalang.

Sumber TKO - 28-3-2016


Mat Sabu dihalang masuk Sarawak

Posted on Tuesday, March 22 @ 14:33:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak oleh Jabatan Imigresen negeri itu,
pagi tadi.

Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata Mat Sabu tiba
di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi tadi dan ditahan ketika
melalui pemeriksaan Imigresen.

"Saya dimaklumkan tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak Imigresen
yang menahannya dan Mat Sabu diarahkan pulang ke Semenanjung pada penerbangan pertama di
sana.

"Minggu lalu, Mat Sabu ada memasuki Sarawak untuk berkempen dan dia tidak dihalang," katanya
ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Sarawak
memiliki haknya sendiri untuk membenar atau menghalang mana-mana individu memasuki negeri berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak perlu memaklumkan kepada kementerian jika mereka mahu menghalang
mana-mana individu masuk ke negeri terbabit kerana itu adalah hak mereka.

"Individu yang memasuki Sarawak perlu mendapatkan kebenaran khas, permit kerja dan
sebagainya, namun jika mereka tidak memenuhi kelayakan tertentu, mereka boleh diusir.

"Kementerian Dalam Negeri hanya bertanggungjawab menjalankan Akta Imigresen 1959/63 di Semenanjung saja, manakala di Sarawak dan Sabah, ia di bawah kuasa kerajaan negeri," katanya.
-bh

Sumber TKO - 22-3-2016



Apakah hudud itu agenda PAN?

Posted on Sunday, March 20 @ 16:56:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamualaikum,,,


Mat Sabu berkata  “Kita juga tak mahu hukum hudud jadi bahan permainan. Tiba-tiba buat
kenyataan hudud bukan agenda pula. Kita tak mahu hal syariat Islam jadi mainan,” katanya.
Merujuk kepada kerjasama yang dimenterai antara PAS dan Ikatan yang difahami dan diambil oleh
Mat Sabu dan gengnya, atas dasar tidak menagendakan hudud didalamnya.Mat Sabu tampil menjadi
wira mempertahankan hudud yang kononnya menjadi bahan mainan PAS.Mat Sabu sesungguhnya
lupa hudud itu tidak pernah menjadi agenda PAN ketika penubuhan dan menkonsesuskan
pergerakan politiknya dalam PH.

Mat Sabu kononnya sedia bekerjasama dengan Mahathir untuk selamatkan Malaysia dan tidak
mahu mempermainkan hudud seperti PAS,Mat Sabu nak bersama Mahathir menyelamatkan
Malaysia tanpa hudud itu apa maknanya? Sesungguhnya kalau PAS tak mahu jadikan hudud
sebagai agenda, Mat Sabu juga tidak menagendakan hudud dalam perjuangannya, maka ini
bermakna Mat Sabu nak selamatkan Malaysia tanpa hudud atau lebih tepat tanpa mahu mengikut
acuan Islam.Dengan acuan Mahathir dan acuan DAP, sudah tentu perjuangan menyelamatkan
Malaysia akan berpandu kepada acuan akal yang liberal dan sekular.

Sebenarnya itulah yang Mat Sabu dan rakan rakannya mahu lakukan bersama Mahathir.Tiada
agenda Islam dan Mat Sabu menyeru semua umat Islam menyokongnya dengan menuding jari
bagaimana PAS mempermainkan hudud.Bodohlah umat Islam kalau boleh terpengaruh dengan kata
kata Mat Sabu ini yang menggunakan alasan hudud dipermainkan pada ketika hudud masih menjadi
cita cita yang kuat kepada semua ahli dan penyokong PAS, malah masih kekal menjadi
perlembagaan PAS.Ikatan yang mahu bersama PAS dalam blok ke 3 cukup menyedari perkara itu
walaupun presidennya berkata masih meletakkan keutamaan kepada perkara perkara yang turut
menjadi keutamaan Mat Sabu dan gengnya.Tinggal lagi presiden Ikatan tidak menolak hudud
mentah mentah seperti geng Mat Sabu tetapi menyerahkannya kepada rakyat.Maknanya presiden
Ikatan kata kalau rakyat terima hudud, dia juga akan terima dan kalau rakyat tolak hudud dia juga
akan tolak, benda senang macam nipun Mat Sabu susah nak faham.

Sebaliknya menuduh PAS sudah tidak pentingkan hudud dan mempermainkan syariat Islam
sedangkan Mat Sabu dan geng langsung tidak memasukkan syariat Islam dalam perjuangan yang
hendak menanginya.Mat Sabu juga mendakwa setiap parti politik mesti nak menang yang
menggambarkan keinginannya untuk menang sebab itu sedia bekerjasama dengan sesiapa saja yang
nak menang kecuali PAS yang tak berminat untuk menang.

Dalam usahanya untuk menang, Mat Sabu sudah menyuarakan rayuannya kepada rakyat, rayuan
yang sudah lama kedengaran ia itu rakyat tukar kerajaan kepada PH untuk lima tahun di mana kalau
PH berjaya memerintah dengan baik, teruskan lagi tetapi kalau tidak di mana berlaku juga rasuah
seperti sekarang, tukar kembali kepada kerajaan asal.Agak lucu seruan Mat Sabu ini kerana semua
orang akan sedar bahawa kalau BN yang memerintah sekarang tewas maka kedudukannya akan
terus lemah dan akan mungkin hilang dari politik tanah air kerana sumber kewangannya sudah
hilang tetapi yang akan ada nanti ialah PAS dan blok politiknya menjadi lawan kepada kerajaan PH
Mat Sabu jadi macam mana rakyat nak tukar kepada kerajaan asal wahai Mat Sabu, sepatutnya
seruan itu berbunyii tukarlah kepada kerajaan PAS atau blok ke 3.

Sehingga itu, suka juga bertanya apakah PAN mampu bertahan? kalau ramalan pak Belalang kata
BN akan berkubur kalau tewas pilihanraya dan hilang kerajaan kerana ketiadaan sumber kewangan
dari manakah PAN mendapat sumber kewangannya?

Sumber TKO - 20-3-2016

Mat Sabu sedia kongsi pentas dengan Mahathir

Posted on Saturday, March 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ALOR SETAR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bersedia berkongsi
pentas yang sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada suatu hari nanti.

Menurutnya, kesediaan itu bukan bersifat kepentingan politik semata-mata tetapi untuk ‘Selamatkan Malaysia’.

“Selepas 22 tahun (Tun Mahathir) jadi Perdana Menteri, dia berhenti dan Pak Lah (Tun Abdullah
Ahmad Badawi) ganti dia. Kemudian dia hentam Pak Lah pula.

“Mahathir kritik dan keluar Umno, dia bukan boleh duduk diam. Akhirnya naik Datuk Seri Najib
Tun Razak, orang kesayangannya dengan harapan dapat membetulkan keadaan. Tapi semakin teruk,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian pada ceramah Selamatkan Malaysia
di Dewan Orang Ramai Kampung Kelompang, Tok Keling, Alor Mengkudu, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh; Timbalan Pengerusi PKR Kedah,
Gooi Hsiao Leong; bekas exco Kedah, Fadzil Hanafi dan aktivis, Adam Adli.

“Kita boleh kata dia (Mahathir) jahat, tapi dia lebih tahu siapa lebih jahat daripada dia. Najib lebih
teruk apabila hutang negara beratus bilion ringgit. Sekarang Malaysia jadi negara penuh dengan pembohongan.

“Kemudian dia tak tahan dan keluar Umno untuk kali kedua. Dia kata kita perlu lawan Najib dan
BN juga perlu ditolak semasa PRU14. Saya sedia satu pentas dengan Tun Mahathir, Inysa-ALLAH,” katanya.

Mat Sabu berkata, sekiranya Mahathir mahu menjatuhkan BN, maka Amanah dan rakan-rakan
dalam Pakatan Harapan sedia bersamanya dan rakan lain.

“Parti politik kena tegas, jangan kata hari ini masuk politik bukan untuk jadi pemerintah. Kalau
macam itu baik jadi Tabligh.

“Kita juga tak mahu hukum hudud jadi bahan permainan. Tiba-tiba buat kenyataan hudud bukan
agenda pula. Kita tak mahu hal syariat Islam jadi mainan,” katanya.

Menurutnya, rakyat wajar memberi peluang dan sokongan kepada Pakatan Harapan untuk
mentadbir negara ini demi menyelamatkan Malaysia.

“Kalau lima tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan baik dan bersih, sokong lagi untuk lima
tahun kemudian.

“Tapi kalau penggal seterusnya berlaku rasuah, kita tukar balik kepada kerajaan sebelum ini. Sebab sekarang rakyat terlalu susah dan terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan GST (cukai
barangan dan perkhidmatan),” katanya.

Sumber TKO - 19-3-2016



Jangan sampai nasi jadi bubur

Posted on Saturday, March 05 @ 22:56:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Dari sumber sumber yang boleh di percaya, dalam pejabat harakah masih
ramai lagi orang PAN yang sedang mainkan peranan agar pas tercalar.

OK. Penulis setuju, kerana orang harakah sejak dahulu dahulu lagi tidak ramai
yang berjiwa islam sepertimana yang diharap harapkan.

Bayangkan, pas adalah sebuah parti yang berjenama gerakan Islam dan perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan sunnah. Malangnya ramai  yang 

tidak berjiwa islam.


G 18 yang berpaling tadah dan jadi pak sanggup pada anak haram dalam perut DAP adalah bukti
yang tidak dapat dinafikan miskipun ada nama ustaz Ahmad Awang, ustaz Ghani samsuddin dan
Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mat Sabu awal awal lagi menyatakan yang dia tidak berjiwa islam. Mereka selain itu, walaupun 

tidak menyatakan pendirianya masing masing sah tidak berjiwa islam, termasuk Dr Mujahid yang 

ada PHD Al Quran.



Mengapa tidak? Dr Mujahid cuba tafsir ayat Quran, Islam tiada paksaan ikut suka suka (hawa 

nafsu) setelah berada dalam PAN.



Pada hal Allah subha nahu wataala larang kita tafsir ayat ayat Allah dengan menggunakan hawa
nafsu takut jadi orang lain keliru dan menyesatkan.



Ada sesetengah mengatakan, tak mungkin dalam harakah ada orang PAN, kerana pengarahnya,di 

pegang ustaz Idris Ahmad naib presiden.Tapi Cikgu Mustafa Ali, pengarah pilihanraya pas pusat  

masih pengerusinya yang nampak gayanya telah berjinak jinak dengan orang Pan dalam pakatan 

harapan.



Sumber TKO - 5-3-2016



Amanah buka pintu untuk Dr Mahathir, kata Mat Sabu

Posted on Wednesday, March 02 @ 18:14:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengundurannya daripada Umno, Parti Amanah 

Negara (Amanah) "membuka pintu" kepada bekas perdana menteri itu dan mana-mana pihak bagi mengadakan sebarang rundingan atau menjalin kerjasama bersama mereka, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu, tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno demi menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 

satu perkara serius.

Mohamad yang lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, jalinan kerjasama antara Amanah dan
pengkritik utama Najib itu boleh dizahirkan menerusi penyertaan dalam pelbagai perkara termasuk
kenyataan bersama, perhimpunan dan sebagainya.

"Kita bersama, bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir. Rancangan itu
sedang dibincangkan dan kita akan umumkan tentang program-program tersebut dari semasa ke
semasa.

"Cuma saya minta pihak Dr Mahathir dan lain-lain untuk umumkannya dan kita akan bincang
perkara ini dari semasa ke semasa, sama ada perlu hadir atau membuat kenyataan secara bersama,"
katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Sementara itu, mengulas mengenai sama ada pengunduran Dr Mahathir dalam Umno akan memberi
kesan kepada parti berkenaan, Mohamad berkata, tindakan itu bakal menjejaskan undi rakyat
terhadap Barisan Nasional (BN).

"Itu kita tidak dapat nilai kesannya dalam jangka masa singkat.


"Kita akan lihat perkembangan dalam masa terdekat, tetapi Amanah yakin sebarang pergolakan
akan beri kesan kepada rakyat dan kita terus menghasut rakyat supaya menolak kerajaan BN,"
katanya.

Sumber TKO - 2-3-2016


"Saya Anti-UMNO, Bukan Anti-Orang UMNO". Apa Komen PAN?

Posted on Monday, February 29 @ 06:19:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Apa komen golongan PAN apabila TGHH berkata, “ Saya anti UMNO tetapi tidak anti orang
UMNO. Dengan orang UMNO kita hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak buat
kesilapan. Oleh itu saya tidak mahu terlibat dalam himpunan anti-Najib”

Bagi mereka UMNO itu pertubuhan yang dianggotai oleh manusia atau orang. Tanpa orang tiadalah UMNO. Jadi yang wajib ditentang ialah orang UMNO kerana tanpa orang tiadalah dasar UMNO. 

Maka apabila TGHH mengambil sikap tidak akan menyertai himpunan anti-Najib, maka TGHH 

dituduh mempunyai kepentingan tertentu bersama Najib.



Sebagai pencerahan kepada mereka ini, aku memperingatkan bahawa gagasan ‘berlawan dengan 

UMNO, berbuat baik kepada orang UMNO’ itu bukan sikap baru PAS dan pemimpinnya sehari dua 

ini. Gagasan itu sudah meresap ke seluruh pelusuk di mana ada PAS dan UMNO sejak sekian lama. 



Gagasan inilah disuarakan dan diajarkan oleh Salahuddin Ayub, Mat Sabu, Mujahid Yusof Rawa 

dan pemimpin-pemimpin lain ketika mereka memimpin PAS dahulu. Kenapa hari ini penyokong 

mereka boleh mempertikaikan sikap TGHH atas  premis yang sama?



Sebab itu amat benarlah nasihat Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS bahawa golongan PAN 

menyerang TGHH bukan kerana soal politik tetapi sebenarnya ialah soal hati. Apabila hati sakit, 

yang dilihat ialah duri; bukan kelopak yang indah mengembang.



Kalaulah panjang akal atau jernih hati budi golongan PAN ini, mereka akan berfikir bahawa andai 

Najib berjaya disingkirkan, yang akan menggantikannya ialah Zahid Hamidi atau pemimpin 

seperangai dengan Najib. Bukan begitu? Maka akan selesaikan masalah rakyat dan Negara? 



Terlepas dari mulut harimau, merangkak masuk ke mulut buaya. Cerdikkah begitu?



Kenapa sakit hati sangat apabila TGHH tidak mahu melakukan kerja bodoh? Tidak lain tidak bukan 

kerana naluri mereka dapat merasakan bahawa tanpa PAS segala usaha mereka tidak akan ke mana. 

Yang mengemudikan bahtera PAS sekarang ialah TGHH. Justeru, sosok ini mesti dihumban ke laut. 

Itulah cita-cita dan hajat mereka. Mereka tafsirkannya dengan pelbagai ungkapan dan kata-kata. “Senyumlah,” kata pemimpinku, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.



Sumber TKO - 29-2-2016



Mat Sabu akur Amanah sukar cari sokongan

Posted on Thursday, February 25 @ 06:56:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti tersebut berdepan tugas getir dalam
meraih keyakinan rakyat di negara ini.

Presidennya, Mohammad Sabu berkata, parti itu perlu berdepan dengan propaganda yang dimainkan pemerintah terutamanya membabitkan isu perkauman dan survival bangsa Melayu.

Namun parti tersebut tidak mahu mengalah dan akan bekerja keras dalam meraih keyakinan rakyat
untuk bersama parti tersebut untuk membina masa depan lebih baik negara pada masa depan.

“Kita sedar dengan isu yang dimainkan oleh pemerintah dan ejen-ejennya seperti isu bagaimana
bangsa Melayu untuk bertahan jika parti Umno kalah.

“Kita akur memang kita berdepan tugas sukar namun itu tidak melemahkan Amanah untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada pemberita dalam sidang
media di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan pejabat Zon Timur Amanah di Jalan Bukit Sekilau di sini yang
turut dihadiri Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar; Ketua Penyelaras Amanah Parlimen
Kuantan, Khairul Anuar Mohd Yusof; Ketua Penyelaras Amanah Parlimen Paya Besar, Mat Shukri
Daud dan Pengerusi Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Abdul Aziz Ahmad.

Menurutnya, sehingga kini Pejabat Pendaftar (ROS) telah meluluskan cawangan di 110 buah
kawasan Parlimen di seluruh negara dan Johor sedang mendahului negeri negeri lain dengan
penubuhan di 17 buah kawasan Parlimen.

“Buat masa kini kita tumpukan pada pendaftaran untuk semua peringkat di kawasan parlimen dan
cawangan selain mengembangkan pengaruh di kawasan kampung-kampung.

“Kita akan akan menjalankan pelbagai program antaranya sebaran risalah, ceramah, dialog
berkelompok selain siaran akhbar secara berkala kerana sedar parti ini masih baru dan kurang
dikenali lagi,” katanya lagi. - Sinar Harian 

Sumber TKO - 25-2-2016


Parti PAN bela Lim Guan Eng Kutuk Azmin

Posted on Wednesday, February 24 @ 06:40:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya
mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib berkata, perselisihan
faham antara Azmin dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang
daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (LGC) akan menjejaskan pandangan
rakyat terhadap Pakatan Harapan.

“Saya rasa mungkin pendapat Azmin dari segi parti tapi dia kena dahulukan diri dia sebagai Menteri
Besar dan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, tetapi dari segi Pakatan Harapan tak cantik la.

“(Adakah tindakan Azmin itu sepatutnya berlaku?) sebaik-baiknya tidak patut berlaku,” katanya
kepada FMT.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Ndegeri (ADUN) Hulu Kelang mencadangkan supaya
perkara sama melibatkan perbezaan pendapat sesama pemimpin pembangkang terutamanya Pakatan
Harapan tidak lagi berulang.

“Jadi saya mencadangkan agar tidak diteruskan lagi (perselisihan faham). Kalau perlu Majlis
Presiden Pakatan Harapan bertemu dan menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Sebelum ini dalam kongres Pakatan Harapan telah ditetapkan beberapa peraturan, sebarang
pandangan dan perbezaan hendaklah diselesaikan secara tertutup. Saya harap Majlis Pakatan
Harapan menyelesaikan masalah yang berlaku untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat,”
katanya.

Sementara itu, ADUN Sekincan, Ng Sue Lim berkata, perselisihan faham antara Azmin dan Guan
Eng merupakan perkara biasa, malah, ia tidak perlu diperbesarkan.

“Ia perkara biasa, setiap pemimpin kadang-kadang mempunyai perbezaan pandangan malah ia t
idaklah membawa kepada perpecahan parti,” katanya. - FMT

Sumber TKO - 24-2-2016




Parti PAN @ Amanah akui berdepan masalah kewangan
Posted on Wednesday, February 24 @ 06:29:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TEMERLOH - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui berdepan sumber kewangan untuk 

menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan 
dana.
Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, Amanah memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000
sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan.

Menurutnya, Amanah kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal
berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung,dua timbalan dan dua kakitangan yang
menguruskan segalanya.
"Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan
lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika
ini.

"Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan
sumber kewangan," katanya selepas hadir menyampaikan taklimat di Wisma Amanah Pahang di
Taman Chengal di sini, hari ini.

Mohammad Sabu mengakui sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk menyertai parti itu
amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 130,000 borang keahlian sudah diedarkan.

Menurutnya, satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka dan selebihnya
dalam proses.

"Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya turun ke bawah berjumpa
dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan kita guna selepas ini untuk mengambil ahli
baharu, kita juga dalam proses untuk membuat pendaftaran online," katanya. - Sinar Harian

Sumber TKO - 24-2-2016




Hebatnya provokasi parti PAN @ Parti TIDAK AMANAH

Posted on Monday, February 22 @ 18:12:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mereka buat mereka pula tuduh org lain. Kelmarin mereka buat banner provokasi dgn meletakkan
banner org pas mengalu alu kan kedatangan Mat Sabu ke Terengganu. Hari ini mrk cuba timbulkan
suatu perkara yg tidak mungkin org pas lakukan. Kalau jumpa orang dalam gambar berkenaan
jangan kasi lepas. Akhirnya Tuhan tunjukkan kebenarannya siapa talibarut Poster JAHAT!!



Org pas tidak akan melakukan perkara bodoh seperti ini. Ini semua ajaran PGS yang pernah di
Ketuai oleh Dr Hatta Ramlee.

Sumber TKO - 22-2-2016




Ceramah Parti PAN Di Kuala Terengganu
Posted on Monday, February 22 @ 17:46:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ini gambar ceramah parti PAN semalam di Kuala Terengganu. Yang hadir sebenarnya ramai tapi
mereka menyorok di semak dan belakang kereta kerana takut-takut terkena  balingan mic oleh Mat
Sabu.

Kredit:
Salman Parisi


Sumber TKO - 22-2-2016




Apa Matlamat Sebenar Parti PAN @ AMANAH?

Posted on Monday, February 22 @ 17:41:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Matlamat perjuangan parti PAN makin hari makin keliru kerana setiap kenyataan yang keluar 

bukan menyerang UMNO tetapi menyerang PAS. Apakah PAN sedar mereka tersasar daripada perjuangan Islam sebenar?

Kredit:
Sabiga Saga 


Sumber TKO -22-2-2016



Kempen bantu Mat Sabu bayar saman

Posted on Wednesday, February 17 @ 14:50:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Kumpulan aktivis dan NGO politik telah melancarkan kempen Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang hari ini.

Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais berkata, kempen tersebut dilancarkan bertujuan
membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200, 000 dalam kes saman yang yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali
Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu.

"Kami mengalukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk sama-sama membantu meringankan
beban sahabat kami (Mat Sabu).

"Keberanian beliau selama ini telah membangkitkan kelantangan dan kesedaran rakyat pelbagai
kaum untuk bersama-sama memastikan institusi pengendali pilihan raya, SPR menjalankan tugas seperti yang kita tuntut dan kita harapkan," katanya ketika ditemui pada sesi sidang media, di
Dewan Restoran Amjal, di sini, hari ini.

Sumber TKO - 17-2-2016




Kalau saya keluar pas saya jadi gila

Posted on Wednesday, February 17 @ 13:09:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Penulis tak pernah dengar kata kata yang keluar dari Mulut Mohammad Sabu dan berbunyi: 

kalau saya keluar pas saya jadi gila.



Pertama, penulis tak minat dengar siri ceramah, baik ceramah perdana Mat Sabu dahulu, kini 

dan selama lamanya.



Akan tetapi hari ini kawan lama penulis beritahu kata kata yang berbunyi: Kalau saya keluar pas 

saya jadi gila pernah diucapkan dalam satu ceramah di Terengganu suatu masa dahulu.
 
Penulis rasa tak munasabah kata kata tersebut keluar dari mulut Mat Sabu. Bayangkan beliau 

yang menjawat timbalan presiden mana mungkin boleh bercakap demikian rupa.



Apabila difikir dan difikirkan masak masak semacam munasabah kata kata itu keluar dari 

mulutnya, kerana beliau sering celupa dalam banyak siri ceramah anjuran pas Terengganu suat 

masa dahulu.



Agak munasabah, kerana suatu masa dahulu kata kata gelaran seperti fira’un terhadap Tun Dr 

Mahthir Mohammad cair dimulut dan gelaran al juburi terhadap Anwar Ibrahim.



Jika kata kata seburuk itu tergamak dilempar kepada Musuh tradisi Pas, maka tak mustahil 

beliau tergamak menghukum dirinya sendiri dengan kata kata kalau saya keluar pas saya jadi 

gila.



Dua minggu ini, tindakan tak siuman membaling mikrofon sewaktu bercakap dalam himpunan membebaskan Anwar Ibrahim diperkarangan penjara Sungai Buluh boleh kita sifatkan bahawa 

sudah nampak tanda tanda kecil yang beliau ada masalah mental.



Lebih lebih lagi beliau tertekan tidak boleh bertanding dalam PRU 14 nanti kerana telah 

diisytihar oleh mahkamah sebagai telah muflis  dan gagal membayar kes saman sebanyak 

RM 200,



Mat Sabu kelihatan semacam pendek akal dengan apa yang dihadapinya, sedangkan masih ada 

jalan untuk menyelesaikan kes sekecil itu.



Jika beliau masih dalam pas, RM 200, suatu yang kecil mudah diatasinya, kerana pas pernah 

habis wang jumlah jutaan ringgit membayar kes kalah saman.

Malang sekali Mat Sabu sudah tinggalkan Pas dan terpaksa kena tanggung sendiri, kerana PAN 
parti baru yang sah masih miskin dan memerlukan bantuan khusus untuk melasai hutang mantan timbalan pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Omar sebanyak RM 200, itu.

Sumber TKO - 17-2-2016


Parti PAN akan cari jalan selesaikan isu tuntutan muflis terhadap Mat Sabu

Posted on Sunday, February 14 @ 09:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Parti PAN akan mencari jalan menyelesaikan tuntutan muflis yang melibatkan presiden parti itu Mohamad Sabu selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan 

Ahmad Wan Omar.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS,Datuk Mustafa Ali membayar ganti 

rugi tersebut kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnahberhubung isu ‘Projek IC' di Sabah.

"Kita kena cek dulu, kita kena pastikan bagaimana nak selesaikan perkara ini, kalau muflis dia tak boleh pegang jawatan sehingga dia selesaikan masalah ini, kata Penasihat AMANAH, Ahmad
Awang.

"Perkara ini perlukan masa, RM200,000 tu kena cari supaya jalan dapat selesaikan," katanya
kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.

Utusan online melaporkan Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu dilaporkan berkata pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mohamad di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelmarin, untuk mendapatkan ganti rugi itu berserta faedah.

Noor Hazira berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes
tersebut dan notis kebangkrapan telah pun dihantar kepada Mohamad.


Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohamad yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayar
ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.

Sumber TKO - 14-2-2016


Betul Ke Mat Sabu Berdepan Notis Muflis Kalah Saman
Fitnah SPR??


Posted on Saturday, February 13 @ 09:22:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TENTU ramai masih lagi ingat drama aksi selamba Presiden Parti Amanah Nasional (PAN),
Mohamad Sabu yang mencampakkan pembesar suara ke arah poster Datuk Seri Anwar Ibrahim
baru-baru ini.

Video telatahnya itu menjadi viral menerusi media sosial sehingga ramai yang tertanya-tanya
kenapa Mat Sabu – panggilan mesra juga disebut Bang Mat, nampak begitu tertekan sangat kebelakangan ini.

Entah kebetulan atau tidak, rupa-rupanya bekas orang ‘Nombor dua’ PAS itu kini berdepan
dengan tuntutan muflis selepas dilaporkan gagal membayar hutang untuk satu kes saman fitnah.

Ia sebenarnya melibatkan tuntutan daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, lapor portal tempatan, AgendaDaily.
wan
Menurut cerita peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan, notis kebankrapan telah pun disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.

Berikutan itu, beliau terpaksa memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu, untuk
mendapatkan sebanyak RM200,000 yang diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Ogos ini sebutan kes tersebut. Terdahulu Mahkamah
Tinggi pada 20 Mac 2014 memerintahkan Mat Sabu dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa
Ali membayar ganti rugi.

Ia berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana didapati bersalah memfitnah mantan orang Nombor Dua SPR itu berhubung isu ‘Projek IC‘ di Sabah.
wan3
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad,
memutuskan bahawa plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad dan Mustafa
selaku defendan.

Pihak mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan tersebut untuk membayar kos
berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan
kata-kata fitnah dalam akhbar organ PAS iaitu Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013.

Ia hasil menerusi temu ramah pada 29 Januari 2013 dengan artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tidak 
Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ .

Dalam penyataan tuntutan, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah
bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad
pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 13-2-2016

Tiada pihak boleh sekat PAN untuk bertanding - Anuar
Tahir


Posted on Thursday, February 11 @ 14:58:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) berpendapat mana-mana parti politik di negara ini hendaklah bersikap terbuka dalam menghadapi persaingan daripada musuh mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata tiada pihak yang boleh menyekat mana-mana parti 

untuk bertanding di mana-mana kawasan, termasuk kawasan kubu kuat PAS.


"Saya juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bertanding menentang Amanah dalam pilihan 

raya yang akan datang. 


"Ini sistem demokrasi bukan namanya demokrasi jika kita hendak mengehadkan perlawanan 

maknanya kita hendak menang sendiri dan jika begitu tidak perlu adakan pilihan raya.


"Jadi kita kena alu-alukan pertandingan dengan baik dan tidak ada siapa boleh sekat sesiapa hendak bertanding di mana-mana. Dia sebagai parti kena fikir jika dia boleh bertanding di situ maka silakan,"katanya kepada Antarapos hari ini.


Anuar juga menasihati semua parti di negara ini supaya tidak saling bermusuhan dan berusaha 

untuk menghancurkan antara satu sama lain.


"Saya bagi pihak parti Amanah Negara atau singkatan kami Amanah mengalu-alukan siapa-siapa 

sahaja mari kita bertanding sebagai parti yang bertamadun dalam masyarakat yang bertamadun.


"Kita hidup di kurun yang baru jadi bukan suasana permusuhan, benci membenci dan usaha untuk memusnahkan antara satu sama lain kita kena jadi negara yang betul-betul maju dari segi 

pengamalan demokrasi,"ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk 

Takiyuddin Hassan yang mengalu-alukan PAN untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN 

yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut Takiyuddin, Pas tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai 

pemimpin dan anggota PAN terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.


Beliau yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, tindakan PAN untuk meletakkan calon 

mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.



Sumber TKO - 11-2-2016

   


Pemimpin PAN rasa jadi kapir ke bila keluar PAS??
Posted on Thursday, February 11 @ 13:21:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mempunyai sebarang masalah 

sekiranya ahli parti itu kembali menyertai PAS.
Ketua Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, parti itu terbuka serta
menghormati hak untuk memilih parti mana yang mahu disertai.

Malah perkara sama juga perlu dilakukan PAS supaya tidak lagi mengenakan tindakan serta
memperketat undang-undang kepada ahli mereka untuk menyertai parti lain, katanya.

“Kalau benar (ahli AMANAH kembali sertai PAS) tiada masalah, kita hormat keputusan
masing-masing. PAS pun perlu sama, tak payah ikat dengan khianat, langgar baiah lah. Biarlah
orang pilih.

“Tak jadi kafir keluar AMANAH masuk PAS, tak jadi munafik keluar PAS masuk Amanah,”
katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat AMANAH di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak teruja
dengan kenyataan yang dibuat PAS kononnya ahli AMANAH akan kembali menyertai parti Islam
itu.

“Saya tak teruja, namakanlah seorang (siapa yang akan sertai PAS). Kami tak perlu buang masa
siasat perkara itu. Yang nak masuk AMANAH ramai ini daripada PAS. Itu sebab ada istilah harum
manis. PAS buat peraturan, keluar amaran, tak boleh pergi ceramah, mungkin minum kopi dengan
kami pun tak boleh,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau mempunyai bukti
ramai ahli AMANAH akan kembali menyertai PAS kerana keliru dengan perjuangan parti baharu
hasil serpihan PAS itu.

Sumber TKO - 11-2-2016



PAN Keliru dan Cuba Mengelirukan

Posted on Wednesday, February 10 @ 13:11:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Parti PAN memberikan alasan kononnya dia orang nak bertanding disemua kerusi PAS di Selangor bagi menyelamatkan kerusi daripada UMNO. Boleh percaya ke cakap-cakap PAN ni? Mereka ini
berjanji dengan menggunakan nama Allah pun mereka boleh berbelit.

Ulasan Timmy Say sangat menarik. Bagi mereka yang ada akal akan tahu tipu belit parti PAN.

Sumber TKO - 10-2-2016




AMANAH Selangor mahu tandingi semua kerusi PAS

Posted on Monday, February 08 @ 15:56:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor sedang bersiap sedia untuk menentang PAS di semua 

kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diwakili parti Islam itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya
kini dalam proses mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.

"Kita dalam usaha menapis calon-calon yang bersesuaian selewat-lewatnya sebelum Ramadan
(awal Jun) ini," beliau dipetik berkata.

Kata Izham lagi, Amanah Selangor kini mempunyai 6,000 ahli dan menyasarkan seramai 10,000
ahli kelak.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini dilaporkan menganggap
AMANAH sebagai satu ancaman kepada parti itu di Selangor kerana hasratnya bertanding di 8
kerusi PAS dalam pilihan raya akan datang.

"Ancaman PAS adalah Umno tapi ada musuh baharu di mana mereka akan bertanding lapan
kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kerusi mereka akan rampas," katanya
ketika berucap di Ijtima Pilihan Raya Selangor lalu.

Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor, menjadikan jumlah
 keseluruhan kerusi yang akan ditandingi mereka sebanyak 25 kerusi.

"PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH, sebaliknya kerana
desakan daripada akar umbi parti berkenaan," katanya.

Sumber  TKO - 8-2-2016




Tak ada siapa yang fobia dengan PAN!

Posted on Tuesday, January 26 @ 13:34:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Assalamualaikum,,,,
Memacamlah pencacai PAN ni! sekarang apabila ada suara mempersoalkan tindak tanduk
pencacai PAN yang suka cari kesalahan dan kelemahan PAS semata mata mahu menunjukkan
kekuatan PAN, ada pula tampil dengan kesungguhan untuk mencari salah dengan lebih lebih tanpa
asas serta hujah yang menyokong dakwaan mereka.Pencacai PAN sudah mula menuduh orang
fobia dengan PAN kerana menyoal tindak tanduk mereka yang kebudak budakan ini.Tuduhan
fobio turut diikuti dengan putaran tuduhan yang menjadi wirid tetap mereka ia itu, orang bukan
Islam paling benci dengan PAS, suka melebel sesama Islam dengan macam macam lebel dan juga tuduhan UG serta kerjasama dengan Umno terus dialunkan.Nampak dah jadi tipikal kepada
pencacai PAN, untuk terus memperlekehkan PAS sebagai senjata untuk mengatakan PAN itu
kuat.


Mungkin tak banyak boleh dilakukan untuk sedarkan golongan ini, golongan yang berhujah bukan dengan akal tetapi dengan nafsu, bukan membaca dengan minda tetapi dengan kepala lutut, apa
saja yang danggap betul oleh mereka akan dibentangkan tanpa mahu tahu apakah perkara itu benar
benar betul dan perlu.Itulah bacaan politik mereka para pencacai PAN yang sebenarnya hanya menyerlahkan ketololan mereka sendiri tetapi mereka tak mahu kisah.

Janji mereka akan terus boleh perlekehkan PAS dengan harapan boleh menyerlahkan kekuatan PAN.Hujah hujah yang cuba disampaikan kepada mereka  mengenai ketiadaan senario politik
yang benar benar menunjukkan kekuatan PAN tak mereka hiraukan asal merek boleh terus
mencari salah PAS dan TGHH untuk dikreditkan kepada kekuatan PAN.Orang yang menyoal
tindakan mereka dikatakan fobia, inilah dikatakan tuduhan merabang tanpa merujuk kepada mesej
yang nak disampaikan dalam membawa persoalan itu.Tapi sudah menjadi kerja pencacai PAN nampaknya dan mungkin dah tak boleh diubah.

Suka juga nak bertanya lagi, seandainya PAN berjaya menawan PutraJaya sepertimana mereka
harapkan bersama DAP, apakah contoh sikap yang ditunjukkan oleh boss mereka Mat Sabu ketika
hadir di majlis makan malam DAP akan dibawa kedalam pemerintahan? kalau Mat Sabu hanya
lihat orang DAP makan dan minun, apakah nanti di PutraJaya, PAN juga hanya akan melihat
sahaja apa yang dibuat oleh DAP? Boleh dijangka soalan ini tak akan dijawab oleh pencacai PAN
tetapi mungkin komen yang mahu menunjukkan kebobrokan penulis akan dibuat.

Sumber TKO - 26-1-2016


Mat Sabu Tak Makan Hidangan DAP??

Posted on Monday, January 25 @ 09:55:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Malam tadi Presiden PAN telah mencemar diri hadir di jamuan makan malam anjuran DAP Sekinchan.







Mengikut maklumat kehadiran malam tadi boleh tahan juga sambutan .. yang rasa sugul sikit
apabila pemberi maklumat memberitahu Mat Sabu langsung tidak jamah juadah yang dihidangkan
malam tadi .... alasannya tidaklah diketahui ... mungkin beliau sangsi dan was-was akan taraf
halalnya kot sebab yang hadir jamuan malam tadi hampir 100 peratus masyarakat Tionghua.

Sumber  OMAK KAU!!!!

Sumber TKO - 25-1-2016




Amanah cuba pecah belah kerajaan Islam Kelantan

Posted on Thursday, January 21 @ 06:44:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU – Pas Kelantan menyifatkan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) mengheret pemimpin PKR dalam program anjurannya di sini sebagai usaha memecahbelahkan kerajaan Islam
di negeri ini.

Setiausaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, ini kerana, PKR adalah rakan
tahaluf siyasi Pas dalam bersama-sama membentuk kerajaan di negeri ini.

“Apa yang dibuat Amanah itu adalah bertujuan meruntuhkan kerajaan Islam di Kelantan. Jadi, kita
rasa tidak munasabah untuk PKR berada bersama parti itu. Pas melahirkan rasa dukacita terhadap penyertaan tersebut,” katanya.

Beliau ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha sama Perbadanan Kemajuan Iktisad
Negeri Kelantan (PKINK) bersama Jalur Saujana Sdn Bhd dan ICT Incubator Centre Sdn Bhd,
di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menghadiri tiga program anjuran Amanah di negeri ini.

Dalam masa yang sama, Che Abdullah turut mempersoalkan, bagaimana surat teguran kepada
pimpinan PKR tersebut boleh didedahkan kepada media.

“Bagaimana boleh terlepas kepada media, itu kita tidak tahu. Bagaimanapun, kita akan sentiasa memaklumkan kepada Pas Pusat perkembangan hubungan ini supaya Pas Pusat dapat buat
keputusan.

 “Di negeri (Kelantan), kita ikut saja. Cuma kita rasa dukacita suasana itu boleh berlaku,” katanya
lagi.

Dalam pada itu, Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu turut memberitahu, pihaknya sentiasa memantau ahli-ahlinya supaya tidak terlibat dengan perkara tersebut.

Sehingga kini, menurutnya, tiada sebarang tindakan disiplin diambil melibatkan pimpinan Pas
negeri ini.

Sumber TKO - 21-1-2016


PAN gagal raih dividen isu kerjasama Umno-PAS?

Posted on Sunday, December 20 @ 20:56:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Dalam tempoh terdekat ini PAS adalah rakan tahaluf siyasi PKR dan komited dengan kerjasama yang dibuat sebagaimana yang dicapai dalam muktamar serta diluluskan Majlis Syura Ulama Pusat.



Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan demikian sebagai menyambut pelawaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengukuh ukhuwah kedua-dua parti 

membina Malaysia di atas syariat-Nya.
Penegasan PAS itu jelas tidak mahu dilihat sebagai tidak berprinsip. Dalam hubungan ini PAS berpegang pada prinsip dan asas tahaluf siyasi seperti yang digariskan syarak.
Ini demi menjamin matlamat menjalin tahaluf siyasi dengan PKR dipertahankan. Dalilnya sejak dalam Pakatan Rakyat lagi , PAS tidak cemburu PKR memimpin Selangor meskipun jumlah 
kerusi DUNnya lebih banyak daripada PKR.
Hingga hari ini, meskipun PKR dilanda krisis yang agak sengit dalam menentukan siapa layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, PAS masih tidak melanggar adab bertahaluf.
PAS peka bahawa krisis Menteri Besar berpunca daripada kesingkatan percaturan politik PKR sendiri. Itu soal PKR dan PAS tidak mengkritiknya di luar mesyuarat sehingga PKR sendiri 
mahu Khalid Ibrahim diganti. 
PAS digesa beri jawapan berhubung pelawaan Umno
Namun sebagai sebuah parti politik, PAS tidak boleh berhenti berikhtiar melakukan yang terbaik memelihara tahaluf. Ia kena menimbang semua opsyen politik dan memilih mana yang terbaik untuk umat.
Di antara pilihan yang ada ialah mengkaji kemungkinan bekerjasama dan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor. Namun malangnya proses yang boleh dianggap lumrah dalam politik digunakan sebagai dalil bahawa PAS mahu bergabung dengan Umno. 
Lantas apabila ada pelawaan rasmi dibuat oleh presiden Umno minggu lalu, pihak yang sentiasa cuba memburukkan PAS dan menghalalkan tindakan mereka menubuhkan parti politik baharu, terus mendesak PAS  memberi jawapan tuntas terhadap 'pinangan' Umno itu. 
Menurut Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN), Dr Dzulkefly Ahmad, PAS perlu menyatakan dengan jelas responnya kerana inilah antara punca berpecahnya parti Islam itu sehingga terbentuk Amanah.
"Inilah isu yang berlegar selama ini dalam PAS sehingga melahirkan golongan pemimpin yang selama ini turut bertanggungjawab mengangkat PAS, iaitu kerjasama senyap-senyap dengan Umno.
"Inilah selamanya duri dalam daging dalam PAS.
"PAS perlu secara berani nyatakan dengan jelas kalau bersetuju kata bersetuju, kalau tidak 
katakan tidak, kerana ia akan menentukan perjuangan Islam yang dibawa PAS merentas untuk semua atau terkongkong dalam kepentingan Melayu-Islam sahaja.
"Ini akan dapat memperjelaskan kedudukan PAS dalam kerjasama dengan parti-parti lain 
khasnya dalam Pakatan Harapan dan di penghujungnya kerjasama dalam pilihan raya umum 
akan datang," kata Dr Dzulkifley.
Kenyataan Hadi leburkan 'harapan' Amanah  
Namun kenyataan balas Hadi amat mengecewakan PAN. Hadi tidak memberikan penyataan 
sahih dan jelas apakah PAS menerima atau tidak tawaran bekerjasama Najib itu. Hadi hanya menyatakan secara prinsip sahaja.
Maka berderailah harapan PAN kerana PAS tidak tuntas menyambut pelawaan Umno. Isu PAS berkompromi dengan Umno tidak boleh menjadi modal untuk PAN terus memperlekeh PAS.
PAN mungkin mencongak ia dapat membaca pemikiran PAS. Sebaliknya, Hadi hanya berkata, inilah masa yang sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup agama dalam segenap sendi perjuangan sama ada politik, sosial dan ekonomi.
Hadi juga berkata, apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan masyarakat majmuk, PAS selamanya akan berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah dengan mana-mana pihak sama ada Islam atau bukan Islam.
Justeru, PAN cuba memerah simpati pihak media yang menyokongnya supaya menjentik emosi PAS  dan mendorongnya salah tingkah dengan mengadu-dombakan pemimpin PAS sendiri. 
"Namun kita faham, Hadi sebenarnya dalam dilema antara mahu atau tidak bekerjasama dengan Umno.
"Ketika beliau dan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membuat kenyataan dan tindakan yang dilihat mesra dan tidak menyerang Umno serta pimpinannya, timbalan dan naibnya terus menerus menegaskan tidak akan ada kerjasama dengan Umno.
"Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sentiasa sahaja membuat kenyataan menafikan parti Islam itu mahu bekerjasama dengan Umno setiap kali berbangkit saja isu ini," 
tulis pengarang rencana portal The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong.
PAS tetap dengan pendirian
Strategi adu-domba ini mungkin tidak berhasil. Ini kerana jika dianalisis kenyataan Hadi, sukar untuk menemukan nas yang menunjukkan Hadi sudah bersetuju dan menerima pelawaan Umno.
Malah PAS nampaknya berhasil memperjelaskan pendiriannya. Ini dapat diperhatikan daripada kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Umno mempunyai tanggungjawab akidah dan syariat kerana telah diberi amanah dan kekuasaan pemerintahan.
"PAS, sebagai parti pembangkang, akan tetap dengan dasarnya mengajak manusia dan 
mendesak mereka yang berkuasa untuk kembali kepada sistem yang diturunkan oleh ALLAH. ‎
"Kita tidak akan jemu mengajak, mendesak dan menyeru Umno agar meninggalkan dasar nasionalisme yang menjadi asas perjuangan mereka,” katanya.
Di manakah percanggahan yang dituduh oleh penyokong Amanah kononnya pendirian Hadi 
tidak sehaluan dengan Timbalan dan Naib-Naibnya? Bila dan di manakah dalil bahawa PAS dikatakan bersetuju terima pelawaan Umno?
Khulasahnya, PAS mampu menangani serangan untuk membina persepsi buruk terhadapnya 
yang digerakkan oleh PAN yang nampaknya agak longlai dalam usaha untuk mengganti PAS sebagai jurubicara ummah.
Sekaligus ini membuktikan kesepaduan pemikiran atau wahdatul fikr hasil tarbiyah dalam PAS -
sesuatu yang gagal difahami oleh golongan bekas pemimpinnya yang kemaruk  menang pilihanraya sahaja tanpa memahami prinsip perjuangan PAS sebenarnya.

 - antarapos

Sumber TKO - 20-12-2015



Bagaimana Penerimaan Rakyat Di Peringkat Akar Umbi Terhadap PAN

Posted on Saturday, December 19 @ 21:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tarikh:- 16hb Disember 2015.
Lokasi:-  Pasar Rabu Pekan Air Hitam, Johor.
Aktiviti:-  Edar risalah mengenai pengenalan PAN kepada umum.
Sambutan:-  Sendiri tengok dengan mata kepala sendiri.





Ulasan:-  Sebelum ini cukup kuat pong pang dan sembang amat kencang oleh Setiausaha 

Agung PAN Sdr Hj Anuar Tahir yang penerimaan PAN amat cukup luar jangkaan hebat dan hangatnya .. PAS dikatakan sudah lumpuh di Johor.

Realitinya????? .. Edar risalah pun orang ramai enggan terima dan datang hampir untuk 

bertanya. Maka tidak hairan apabila dalam Kongres nasional PKR 2015 membuat ketetapan 

sebualt suara bahawa PAS mesti diheret bersama-sama dengan Pakatan Harapan yang masih 

nak menaruh harapan menggunung tawan Putrajaya.

Diperakui oleh Azmin Ali dan disahkan oleh Rafizi Ramli.

Kadang-kadang rasa pelik apabila para pemimpin PAN mengeluarkan kenyataan tentang penerimaan PAN oleh rakyat ... cakap tidak mau kalah punya tetapi habuk pun tarak.

Di Pasar Rabu atau Pasar Malam maupun Pasar Tani adalah tumpuan rakyat kebanyakan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli belah keperluan mereka ..... suatu 

kelompok yang amat besar dinegara kita.

Jika respon mereka jelas macam tidak terliur memberi isyarat dan mesej yang amat jelas dan 

tegas bahawa parti itu tidak diterima dan mendapat tempat dalam minda dan jiwa mereka.

Jika mendapat tempat dijiwa dan minda rakyat jangan katakan pergi jumpa dan edar mereka nampak sahaja petugas parti berkenaan mereka akan datang serbu sebagai beri sokongan dan dokongan. Ini diberikan risalah enggan terima ... berdiri lama-lama tidak ada yang datang berjumpa.



Kuasa veto Hadi bakal musnahkan PAS?

Posted on Saturday, December 19 @ 11:40:58 MYT by paktam

Oleh : Ahmad Sayuti Bashiron

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis pada Khamis 10/12/2015 minggu lepas, pada perenggan ke-6,"PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi PKR dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat"

Tulisan TGHA tersebut tertera sebaik PM Najib Razak memberikan ucapan mengajak PAS & UMNO bersama berjuang "melewati ideologi" (atau fikrah) politik, demi untuk Islam dan Melayu. Seblum itu, TG melalui setpolnya mengarahkan tiada sesiapa pun dibenarkan memberikan response balas pada ucapan pelawaan Najib tersebut, melainkan daripada TG sahaja.


Tuan Guru yg dihormati,

Saya tidak berminat utk berikan response pada tulisan TG tersebut, terpulanglah pada apa pun ijtihad politik TG untuk bersama, berpeluk, perpentas, bermultaqa dan berpaduan bersama UMNO, Najib atau Rosmah, etc. TG sbg Presiden PAS lakukanlah apa sahaja yg dimahukan oleh Najib jika ianya menyakinkan TG, kerana saya kini, ijtihad siyasi saya ternyata telah berbeza dengan pendirian TG masa ini. Kita berlapang di situ.

Namun Tuan Guru,

Saya terpaksa coretkan rasa amat sedih, terkilan, terkejut, pada perenggan akhir tulisan TG tersebut yg benar-benar cuba memberikan persepsi sangat salah, mis-leading, atau lebih tepat "berbohong" dalam penulisan tersebut. Saya mohon maaf atas luahan saya ini TG.

Tindakan TG cukup berani melakar di ruang maya, menjadi tatapan satu negara, satu dunia, bahawa tindakan PAS putuskan hubungan dgn DAP itu adalah kononnya "keputusan syura tertinggi PAS", ie Muktamar 2015 pada 4-6 Jun 2015 lalu. Walhal TG sendiri tahu apa kebenarannya..!

Izinkan saya merujuk semula tulisan saya beberapa hari selepas Muktamar lepas, sbg kronologi kejadian;

[1] Sejak 2008 hinggalah 4/6/2015 (ie. hari pertama muktamar), ratusan kali TG nyatakan bahawa tahaaluf siyasi yg PAS lakukan bersama PKR/DAP itu cukup untungkan Islam, memberikan manfaat pada dakwah, suatu yg tidak pernah PAS kecapi sejak dahulu. TG berkata, PAS dan PKR/DAP diikat atas begitu banyak persamaan yg mahu dicapai dlm sistem demokrasi berpelembagaan di M'sia.

Bahkan TG menulis, yg membezakan approaches (mutaghayyirat) perjuangan PAS dan DAP hanyalah 5% sahaja, sedangkan 95% lagi adalah persamaan dlm perjuangan. Atas dasar itulah ketiga parti bekerjasama, walau Islam tidak diletakkan sbg matlamat ketiganya.

Itulah kenyataan TG sendiri sejak sekian lama. Bukan kenyataan ahli2 atau pimpinan bawahan. Itulah ijitihad PAS selama ini, pasca PRU12, 2008.

TG pasti ingat, setiap kali saya bertemu TG sama ada dalam permusafiran, jaulah, daurah, atau program dalaman, saya pasti  memanfaatkan masa itu utk bertanyakan sebanyak mungkin kemusykilan dan ilmu2 politik Islam dari TG secara semuka. Dan TG tak lekang bibir menerangkan pelbagai teory perjuangan dan permasalahan dunia Islam yg menguatkan keyakinan dan menjelaskan jalan dakwah buat saya.

Saya cukup bersyukur mendapat semua butiran mutiara itu.

Bahkan ilmu itu jugalah yg saya perturunkan pada setiap anak-anak usrah dan mad'u dalam siri tarbiyyah untuk fahamkan mereka apa sebenarnya yg diperjuangan oleh PAS dlm politik dakwah acuan demokrasi tersebut.

TG sendiri pasti ingat, apabila saya mengadu pada TG bahawa saya kerap "diserang teruk" hanya kerana mempertahankan pendirian2 dan keputusan tahaaluf siyasi yg TG dan PAS lakukan, khasnya dari puak2 yg menuduh TG sbg sesat, lari dari landasan Islam, boneka DAP, khasnya dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Hasan Ali, Ustaz Nasha, Perkasa, dan puluhan lain sekutu mereka.

Pesanan TG pada saya dlm satu jaulah musim sejuk, bersabarlah! Allah bakal ganjari amal yg enta lakukan, bahkan meminta saya terus melaksanakan peranan itu dgn tegas.

Tuan Guru yg dihormati,

[2] Kali terakhir sejak 7 tahun lepas, TG mengulangi kenyataan itu pada hari pertama Muktamar di Kuala Selangor, di mana TG meminta semua perwakilan, ahli, pimpinan, dan rakyat utk sama bangkit mempertahankan tahaaluf PAS dan PKR/DAP, atas puluhan manfaat yg menguntungkan Islam. Itulah Ucaputama Muktamar yg TG sendiri bacakan pagi itu. Laungan takbir mengirinya.

[3] Sebaik selesai ucaputama, TGHA dan seluruh perwakilan sama2 mengundi. Dan sudah pasti TG juga cukup maklum bahawa nama TG sendiri secara rasminya ditabalkan dalam "senarai chai" calon2 yg wajib dipilih oleh perwakilan apabila Dewan Ulamak PAS Pusat memaparkan senarai itu dlm halaman rasmi party, termasuk juga perwakilan dibekalkan "kertas chai" utk memudahkan perwakilan memilih nama-nama yg sudah mendapat restu "ulamak" tersebut.

[4] Malam hari pertama itu juga, pasti TG sudah mendapat maklum, bahawa semua nama dlm pilihan chai tersebut telah menang total, dan semua nama2 yg dianggap perosak dan pemusnah PAS (ie: dikatakan berselindung spt bongkah ais) oleh menantu TG sendiri, telah kalah semuanya, yg membawa erti semua susuk perosak tersebut bakal tiada lagi di keliling TG dan di dalam mesyuarat PAS.

[5] Dan saya yakin, TG masih ingat jelas pada esoknya, 5/6/2015 iaitu hari kedua muktamar, TG turun dari pentas bersama seorg chai yg baru menang, dan TG arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar utk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP" itu.

Tuan Guru yg dihormati,

[6] Saya yakin, TG cukup faham, seperti ucaputama TG sendiri bahawa Muktamar adalah badan syura tertinggi dlm PAS melangkau semua keputusan2 lain dlm parti. Dan sejak Muktamar 2008 telah membuat satu keputusan yg sgt tegas, ie, wajib kekalkan tahaaluf siyasi sebab keuntungan dakwah untuk PAS yg begitu banyak. TG faham, dalam muktamar itu adanya segala macam bijak pandai dan cendekiawan agama, termasuklah ulamak dan Majlis Syura Ulamak, JK PAS Pusat, Dewan-dewan, dan juga hampir 2000 perwakilan yg merupakan pembuat keputusan utk parti. Mereka hadir dgn amanah ahli utk membuat keputusan, bukan dicucuk hidung atau dipaksa berdiam diri.

[7] Bahkan TG cukup tahu, usul Dewan Ulamak seperti yg disebut oleh Dr Mahfuz Ketua Dewan Ulamak sendiri, memang diangkat sbg "usul tergempar" di saat akhir dengan satu sahaja tujuan mereka, iaitu utk usul itu diperbahaskan oleh perwakilan, sebelum apa-apa keputusan terima atau tolak dibuat.

[8] Bahkan TG sendiri tahu, hasil tindakan veto TG itulah, kesemua kertas usul terpaksa dicetak semula utk dibaca perwakilan, dan TG pasti tidak lupa betapa kali pertama dalam sejarah sungguh berkocaknya muktamar hasil dari tindakan veto tanpa hujjah TG memaksa perwakilan terima usul untuk "putuskan dengan DAP" tersebut, antaranya tindakan...;

(a) Pandangan perwakilan Negeri Sembilan, anak kepada mantan Presiden PAS yg juga merupakan Peguam PAS menegur tindakan salahguna kuasa TG membelakangkan muktamar itu sbg kesalahan dan dosa besar, sebab ia bertentangan dgn perlembagaan party sendiri. Faktanya, TG sbg Presiden tidak pernah memiliki hak sedemikian spt tertakluk di dalam perlembagaan.

(b) Kedua, pandangan perwakilan Kota Raja cukup jelas bahawa TG tiada hak untuk menjadi diktator memaksa perwakilan PAS wajib membabi-buta taat sahaja pada arahan tersebut, walau pun TG bercakap sbg ulamak besar sekalipun. Perwakilan itu mengingatkan bahawa setiap tindakan mestilah disandarkan hujjah, dan hujjah tersebut mestilah dikemukakan utk kefahaman. Perwakilan tersebut memberi peringatan bahawa tanggungjawab Presiden adalah utk membuat keputusan secara bersama (syura), bukannya veto, bukan diktator, dgn memaksa "putuskan hubungan dgn DAP" oleh satu kepala sahaja utk sehingga menolak keputusan 7 kali muktamar sejak 2008 lagi.

(c) Bahkan TG mesti ingat, org kuat dan org kanan TG sendiri, seorg Adun dari Marang yg berkali-kali bangkit membantah keras tindakan TG tersebut sbg merosakkan jamaah dan mengundang FITNAH yg begitu besar pada PAS dan PR dan diri TG sendiri. Perwakilan itu menyebut, sememangnya keputusan spt arahan TG itulah sgt diidamkan oleh UMNO sejak sekian lama. Segala teriakan, amaran dan marah Adun dari Marang tersebut diabaikan sahaja oleh TG.

(d) Bahkan TG mesti ingat perwakilan Sabah dan perwakilan2 lain pakat bangun nyatakan PAS pasti menuju kehancuran tatkala elemen salah guna veto dibenarkan dilakukan oleh Presiden tanpa mahu ikut keputusan syura muktamar yg tertinggi. Hingga pagi ketiga itu, dewan gamat dgn teriakan dan herdikan marahnya mereka pada TG atas salah guna kuasa tersebut.

(e) Dan yg paling jelas, TIDAK ADA seorang pun dari kalangan perwakilan yg bangkit "bersetuju" dgn "usul diterima tanpa bahas" tersebut. Itulah FAKTA nya!

Ya, itu semua adalah apa yg berlaku dlm dewan muktamar yg cuba TG kiaskan sebaliknya. Ramai yg tidak tahu kejadian di dalam dewan itu, pasti akan denganmudah sekali terpedaya apabila membaca tulisan TG bahawa keputusan putus dgn DAP itu adalah keputusan muktamar PAS! Allahu...

[8] Dan ya, selesai segala insiden itu, TG sendiri perhatikan satu persatu pimpinan utama, atau bekas pimpinan, lama dan baru bersama alirkan airmata kekecewaan atas salah guna veto yg dilakukan oleh TG tersebut. Semua pulang dengan mulut terdiam dan tiada jawapan di bawa pulang. Sejarah dilakarkan dengan begitu 'aib sekali oleh TG Presiden PAS pada Muktamar 2015 itu, dihadapan ratusan pihak media dan pemerhati dalam dan luar.

Sejarah yg memalukan itu termaktub dalam semua media, antaranya menulis;

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-arah-lulus-usul-dengan-dap-kata-mahfuz

[9] Dan dengan segala kerosakan yg TG mulakan itu, maka jadilah PAS seperti hari ini, jadilah PAS dengan penuh hormat memasuki perangkap UMNO, dan robohlah PR dgn raikanlah kegembiraan itu oleh UMNO yg begitu longlai pada masa ini.

Tindakan TG itulah satu-satunya kejayaan utama UMNO yg diperjuangkan sejak 2008 hingga hari ini. Maka sebaik muktamar itu, bersahutanlah ucapan tahniah dari UMNO dan NGO asobiyyah Melayu tajaan UMNO atas kejayaan Presiden PAS sendriri meruntuhkan satu uasaha tahaaluf yg dimulakan sungguh oleh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Al-Marhum TG Nik Aziz sejak sekian lama.

Tuan Guru yg dihormati,

[10] Kami memohon maaf kerana itulah yg bakal generasi kami dan generasi selepas ini akan kenangkan kemusnahan dakwah yg TG lakukan pada perjuangan Islam ini, sebagai mengendalakan perjuangan meruntuh sistem zalim yg diasaskan sejak sekian lama oleh UMNO. Kami tiada hujjah yg mampu untuk dibentangkan pada generasi akan datang, apakah alasan setiap tindakan veto TG itu.

[11] Dan tulisan TG minggu lepas itu, jelas TG cuba selewengkan fakta dengan memberikan alasan kononnya tindakan itu adalah "keputusan muktamar". Maaf TG, Nabi memberikan amaran sgt pedih pada ummatnya yg berbohong dan menfitnah dalam keadaan dia sedar kesan dari perbuatannya itu.

Tuan Guru yg dihormati,

[12] Akhirnya TG mesti segar ingatan, genap sebulan selepas muktamar itu, apabila masih tiada keputusan dibuat, saya bangun di hadapan TG bertanya secara langsung pada TG, apakah "thawabit perjuangan" atau prinsip Islam yg telah terpaksa digadaikan oleh PAS yg berkali-kali TG sebut sebagai punca PAS terpaksa putuskan dengan DAP tersebut.

[13] Ratusan perwakilan dalam Dewan Utama UniSel itu menjadi sakasi, bahawa TG "langsung tidak menjawab" sedikit pun soalan ringkas saya dan beberapa soalan oleh hadirin lain yg bertanya tentang isu yg sama.

[14] Bahkan bila ditanya lagi, apakah jalan keluar dari segala permasalahan perpecahan PR tersebut, TG sekali lagi gagal memberikan apa-apa jawapan, selain menyebut "apa yg akan berlaku pada PAS dan PR semuanya ada dalam perancangan Allah, dan Allah sahaj yg tahu", tanpa adanya jalan perancangan keluar dari kerosakan yg TG sendiri mulakan itu.

[15] Namun sebaliknya, TG mungkin gembira atau redhoi pula sebahagian besar hadirin Pemuda PAS dan Ulamak PAS yg bersemangat laungkan sorakan pada saya, memaki-hamun saya di hadapan ratusan hadiran, bahkan TG membiarkan sahaja ustaz-ustaz itu meminta TG pecat segera saya dari parti hanya atas pertanyaan ringkas dan cukup berhemah tersebut.

Tuan Guru yg dihormati,

[16] Hingga hari ini, TG masih belum pernah memberikan apa2 pun jawapan dari perlaksaan veto TG pada 5/6/2015 tersebut. Namun TG hanya bercakap soal berkaitan wajibnya walak, taat, kesatuan ummah, dan sebagainya yg meruntun ahli ikut tanpa faham. TG hanya mahukan pidato TG didengari, diulangi, dipatuhi, tetapi TG sendiri gagal membentangkan hujjah dan patuh pada keputusan syura parti PAS yg TG pimpin sendiri.

Maaf TG. Saya terpaksa menulis, dan berbeda pandanagn dari majority pengikut ta'asub TG itu, dan saya doakan Allah bukakan "jalan keluar yg benar" buat TG perbetulkan semula amanah ummah yg begitu besar itu.

W'alam
Ahmad Sayuti Bashiron
http://wadahbaru.blogspot.my

Sumber DD - 19-12-2015



Kini PAN pula desak PKR isytihar PH di Selangor

Posted on Friday, December 18 @ 08:26:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: PKR perlu mengisytiharkan Selangor adalah dibawah teraju Pakatan Harapan
(PH), ujar Exco Parti Amanah Negara (PAN), Hu Phang Chaw.

Ini kerana menurutnya PKR, DAP dan PAN masing-masing memegang peranan sebagai wakil rakyat berbanding Pakatan Rakyat yang hanya diwakili oleh dua parti komponen sahaja.


Sehingga kini, Selangor berada dibawah label Pakatan Rakyat walaupun gagasan itu kini hanya dibarisi PKR dan PAS.


"Jadi maknanya kita tak boleh bandingkan antara oren dan epal cuma Pulau Pinang boleh buat desakan dan mengakui bahawa ia adalah kerajaan Pakatan Harapan.


"Maka tidak ada sebab Selangor tidak boleh buat demikian kerana dalam Selangor sendiri pun 

ada komponen Amanah, DAP dan PkR," katanya kepada Antarapos.


Hu berkata akibat mahu terus berbaik-baik dengan PAS, PKR secara tidak langsung melengah-lengahkan pengisytiharaan PH, tidak seperti pentadbiran DAP di Pulau Pinang.


"Tapi oleh kerana nak berbaik dengan PAS maka sesuatu telah berlaku di mana 

dilengah-lengahkan mengisytiharan kerajaan Pakatan Harapan.


"Di Pulau Pinang parti dominan yang jadi tulang belakang kepada kerajaan negeri adalah DAP 

dan di Selangor adalah PKR.


"Keadaan geografi, pembaagian kerusi dan sebagainya berbeza di antara dua buah negeri ini walaupun mereka di perintah di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini," katanya.


Sebelum ini DAP pernah mendesak perkara yang sama, agar PKR Selangor mengisytihar PH 

di negeri itu.


Namun PKR tetap komited dengan kerjasamaya dengan PAS dan enggan akur pada desakan 

DAP itu.


Hu yang juga Ketua Biro Integrasi Nasional PAN selain itu berkata apa yang penting kini 

adalah penyusunan pelan di setiap negeri pembangkang untuk menakluk Putrajaya.


"Isu yang besarnya sekarang ialah bagaimana kita nak kekalkan pemerintahan di peringkat 

negeri dan juga mara ke Putrajaya," katanya.  - ANtaraPOS



Sumber TKO - 18-12-2015

Putrajaya perlu hormati kebebasan bersuara, batal Akta MKN

Posted on Thursday, December 17 @ 17:55:54 MYT by paktam

Oleh Hanipa Maidin Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada
3 Disember 2015 dengan 104 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengundi menyokong rang undang-undang tersebut.

Memandangkan Rang Undang-undang MKN tersebut antara lain mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, maka ia bukan sahaja mempersoalkan kuasa Agong tapi ia lebih daripada mempersoalkan kuasa dan budi bicara baginda iaitu merampas sama sekali kuasa
ketua negara itu.


Oleh itu jika kita mengambil kira seksyen 3 (1) (a), (b), (d) dan (f) Akta Hasutan 1948, maka tindakan semua ahli Parlimen BN yang menyokong Rang Undang-undang MKN tersebut
adalah jelas melakukan kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan.

Malahan saya berani menyatakan termasuk yang melakukan kesalahan tersebut adalah Speaker
dan timbalan Speaker Dewan Rakyat yang membenarkan Rang Undang-undang MKN dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

Akta Hasutan tidak memberi kekebalan kepada mana-mana ahli Parlimen hatta ketika mereka melaksanakan tugas mereka berbahas di dalam Dewan Rakyat. Malahan Akta Hasutan juga
tidak mengambil kira niat seseorang.

Di dalam kes Pendakwa Raya lawan mendiang Karpal Singh, Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan mendiang yang menyatakan Almarhum Sultan Perak boleh disaman dalam kes rampasan kuasa Perak adalah menghasut kerana mendiang didakwa mempersoalkan budi bicara Sultan berkaitan isu pelantikan menteri besar.

Jika kita bersandar kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Karpal tersebut, adalah
jelas yang dilakukan oleh ahli Parlimen BN pada 3 Disember 2015 ketika meluluskan Rang Undang-undang MKN yang lalu adalah lebih dahsyat lagi.

Rang Undang-undang MKN 2015 bukan sahaja mempersoalkan kuasa atau budi bicara Agong
di dalam Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya Rang Undang-undang MKN
tersebut merampas sama sekali kuasa dan budi bicara baginda dan diberi kuasa dan budi bicara tersebut kepada perdana menteri. Lebih jelas lagi pelanggaran Akta Hasutan 1948.

Menteri menyatakan dalam Parlimen Rang Undang-undang MKN dapat perkenan peguam
negara, maka bagi saya Peguam Negara juga sebagai pihak yang menasihati Kerajaan dalam penggubalan RUU tersebut juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Jika begitu, adakah Amanah menyokong semua mereka di atas didakwa di bawah Akta
Hasutan?

Pendirian Parti Amanah Negara (Amanah) adalah kami menolak Akta Hasutan iaitu warisan undang-undang penjajah. Amanah tidak sokong Akta Hasuta tersebut, maka Amanah juga tidak menyokong sesiapa pun hatta musuh politik Amanah disiasat jauh sekali didakwa di bawah
Akta Hasutan.

Walaupun Kerajaan BN telah menyalahgunakan Akta Hasutan dengan mendakwa musuh
mereka di bawah akta zalim itu, Amanah tidak mahu akta yang sama digunakan kepada BN meskipun BN secara jelas melanggar akta tersebut.

Sebaliknya Amanah mahu Kerajaan gunakan kuasa mereka dengan menarik balik atau membatalkan kedua-dua undang-undang drakonian tersebut iaitu Akta Hasutan dan Rang
Undang-undang MKN.

Amanah mahukan kerajaan yang menghormati kebebasan bersuara dan juga menghormati kemuliaan seorang insan. Bersama sama kita tolak Rang Undang-undang MKN dan Akta
Hasutan.

* Mohamed Hanipa Maidin ialah pengerusi Biro Undang-undang Amanah dan ahli Parlimen Sepang.

Sumber DD - 17-12-2015



Parti PAN Sedia ke Mahkamah Pertahankan Mat Sabu
Kata PAS Pengganas


Posted on Wednesday, December 16 @ 17:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Parti Amanah Negara (PAN) sedia bertemu dengan PAS di mahkamah berhubung kenyataan presidennya Mohamad Sabu yang didakwa mengaitkan parti itu dengan kumpulan pengganas.

Ketua biro undang-undang PAN Hanipa Maidin berkata parti itu hormat pada hak semua pihak, termasuk PAS, untuk menyaman mana-mana pemimpin mereka.

Hanipa juga berkata beliau juga telah membentuk pasukan peguam untuk mempertahankan Mohamad jika parti lama mereka itu serius mahu mengheretnya ke mahkamah.

Hanipa bagaimanapun mengingatkan bahawa PAN juga mempunyai hak membuat tuntutan balas terhadap dakwaan pemimpin PAS, jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang semalam berkata PAS sedang menunggu keputusan
daripada pemimpin pusat sebelum memulakan sebarang tindakan undang-undang kepada Mohamad.

Kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dikatakan dibuat dalam
 wawancara bersama sebuah portal berita awal bulan ini.

Sabtu lalu, beliau berkata tiada sebab untuk menarik balik kenyataan itu walaupun PAS sudah membuat laporan polis terhadap bekas timbalan presiden mereka itu.

Sumber TKO - 16-12-2015



Mujahid (Parti PAN) Setuju Dengan G25

Posted on Tuesday, December 15 @ 23:08:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Isu yang dibangkitkan oleh G25 baru-baru ini tentang tangkapan khalwat perlu didasari atas beberapa konsep dosa dan apa yang dikategorikan sebagai kesalahan awam.

Islam amat tegas dalam soal dosa kerana ia adalah perosak kepada individu dan berpotensi untuk menjerumuskan masyarakat dalam kelalaian dan kealpaan terhadap ajaran Islam. Nabi
Muhammad SAW bersabda:

“Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu
derhakai” (hadith riwayat ath-Thusi)

Dosa dinilai keburukannya dari sudut pelaku dan sejauhmana kesannya pada orang ramai.
Pelaku dosa yang hanya merosakkan dirinya tak sama dengan pelaku dosa yang merosakkan
dirinya dan orang ramai.

Rasuah dan merompak harta awam dan menyembunyikan kebenaran adalah contoh kategori
 dosa yang melibatkan kerosakan pada manusia terbanyak.

Kesan jangka panjang sesebuah perbuatan dosa juga hendaklah dipertimbangkan oleh pemimpin masyarakat dan penggubal polisi awam.

Berhubung hal ini Imam Al-Shabiti menyatakan:

“Memperhatikan kesan masa depan sesebuah perbuatan adalah antara perkara yang menjadi tuntutan untuk merealisasikan objektif Syara.”

Dosa atau kesalahan yang mengundang murka Allah juga dilihat dari sudut perbuatan sama ada dibuat secara Jahri (terang-terangan) atau Sirri (senyap dan diam-diam). Walaupun kedua-dua keadaan tetap satu dosa namun melakukannya secara terangan menambah satu lagi kesalahan
iaitu 'mencabar' perintah laranganNya.

Tidak solat dalam diam adalah dosa namun mengisytiharkan solat itu tak berfaedah dan mengingkarinya secara terangan bagi seorang muslim adalah satu perbuatan mencabar Allah.

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin
 (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat
dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata,
“Hai fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.”

Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi
harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.”
(Muttafaq ‘Alaih)

Bagi Muslim piawaian dosa serta tanggungjawab pula hanyalah mengikut apa yang ditetapkan
oleh syara. Kita tidak boleh paksa piawaian dosa ke atas penganut lain. Firman Allah SWT:
‘Tidak ada paksaan dalam beragama.’ (QS. Al-Baqarah: 256)

Jangan ceroboh ruang peribadi

Dosa boleh dianggap kesalahan umum apabila perbuatan seseorang sama ada Muslim atau
bukan Muslim mencerobohi ruang awam dan membahayakan keselamatan atau merosakkan
akhlak awam dan berupaya merosakkan prinsip masyarakat yang diterima ramai.

Bagi ruang peribadi atau sendiri kesalahan melakukan sesuatu perbuatan dosa tanpa pelaku menceroboh ruang awam, kesalahannya diperhitung kelak oleh Allah. Jika kita mengetahuinya
maka hendaklah menasihati agar ia bertaubat dan memohon istighfar.

Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat, agama itu
adalah nasihat”. Mereka (para sahabat) bertanya,"Untuk siapa, wahai Rasulullah?" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,"Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam kaum Muslimin atau Mukminin, dan bagi kaum Muslimin pada umumnya.”(hadith riwayat Muslim)
Penguatkuasaan atas jenayah dosa lebih kepada kesedaran dan pertanggungjawaban hamba
dengan Allah selagi ia bukan jenayah mencabar Allah terang-terangan dan merosakkan
maslahat kepentingan masyarakat sehingga lahir benci-membenci antara manusia.

Islam mewajibkan hamba Allah bertaubat pada kesalahannya dengan beristighfar dan membenci perlakuan dosa serta menghayati perasan kesal pada perbuatannya.

Tanggungjawab para ulama dan mereka yang mengetahui adalah sentiasa menasihati supaya
sentiasa membenci perkara maksiat dan menekankan Kerahmatan Allah pada pelaku dosa.

Dari Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya kerahmatan-Ku itu dapat mengalahkan kemurkaan-Ku,” (Muttafaq ‘Alaih)

Peruntukan penguatkuasa agama membasmi maksiat janganlah melampaui had menceroboh
 ruang peribadi kerana kesalahan menceroboh ruang peribadi seseorang juga adalah satu dosa.

Allah SWT berfirman: “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?,” (QS. Surah al-Hujurat: ayat 12)

Penguatkuasaan atas nama agama perlu dicermati malah ada keadaan tertentu yang melibatkan
salah guna kuasa para penguatkuasa dan ini amatlah menjengkelkan.

Sudahlah menceroboh ruang peribadi ditambah pula salah guna kuasa. Semuanya dibuat atas
nama Islam.

Dosa tetap dosa selagi ia ditetapkan oleh syara. Penguatkuasaan diperlukan terhadap perbuatan
yang dianggap sebagai mencabar ajaran Islam secara terangan-terangan.

Walaubagaimanapun tindakan penguatkuasaan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan cara
yang bertanggungjawab.

Jaga nama baik Islam.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dan anggota parlimen Parit Buntar

Sumber TKO - 15-12-2015



Majlis Pelancaran PAN Peringkat Pulau Pinang Tiada Nampak Kelibat Pemimpin PKR Hadir
Posted on Sunday, December 13 @ 15:28:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semalam 12hb Disember 2015 jam lebih kurang 5.00 petang di Dewan JKKK Pajak Song,
Kepala Batas, Pulau Pinang berlangsungnya Majlis Pelancaran PAN Peringkat Negeri Pulau
Pinang.

Kehadiran penyokong sekitar 150 orang sahaja.

Pelancaran PAN peringkat negeri kali ini mengamit sedikit persoalan dimana dikhabarkan
tiada pemimpin atasan PKR sebagai salah satu komponen penting dan utama dalam Pakatan
Harapan hadir sama.







Selain Presiden PAN, Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu, pemimpin ulung Pakatan Harapan
yang hadir memberikan sokongan padu ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pakatan Harapan Pulau Pinang YAB Sdr Lim Guan Eng.

Apa yang lebih memeranjatkan sekali boleh dikatakan pemimpin negeri PKR pun tidak juga kelihatan malahan anggota dan penyokong PKR pun semacam tidak nampak muka dan batang hidung.

Mengapakah begini sekali keadaan dan sambutan diberikan oleh PKR terhadap pelancaran PAN Peringkat Negeri Pulau Pinang ini????

Apakah PKR sudah mula menjauhkan diri untuk hadir setiap program dan acara anjuran PAN
demi menjaga dan mengambil hati PAS yang kini sedang giat rancak memujuk untuk turut
serta dalam Pakatan Rakyat????

Kalau pemimpin tertinggi PKR peringkat pusat tidak dapat hadir mungkin kengkangan masa dan jarak lokasi yang agak jauh tetapi bagaimana dengan pemimpin tertinggi PKR peringkat negeri Pulau Pinang????

Adakah ini suatu tanda permulaan sudah berlaku keretakan dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang?????


Sumber OMAK KAU!!!!

Sumber TKO - 13-12-2015 


PAS diresapi fahaman Isis: Mat Sabu tak akan tarik balik kenyataan

Posted on Saturday, December 12 @ 23:07:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak akan 
sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (Isis) atau pengganas Daesh". 


Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk 

menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. 

"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Amanah peringkat negeri di Kepala Batas, hari ini.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka 
sendiri dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

"Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini 
menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier 
politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.

Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal 
untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

PAS Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah Datuk 
Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa PAS mempunyai 
hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah. – Bernama,

Sumber TKO - 12-12-2015



Perbincangan Belakang Tabir : AMANAH Sedia Bertanding Kerusi Milik PAS
Posted on Thursday, December 10 @ 20:12:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



10/12/15 –Suatu perbincangan di belakang tabir mendakwa Parti Amanah Negara (PAN) telah bersedia untuk bertanding di kerusi milik PAS pada Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU 14).

Perkara itu didedahkan oleh aktivis PAN Kelantan, Mohd Sabri Salleh hasil perbincangan di belakang tabir dengan pimpinan PAN pusat.

“Melalui perbincangan belakang tabir dengan pimpinan Amanah, Amanah akan bertanding di
seluruh kawasan yang ditandingi oleh PAS pada PRU lepas,” dakwanya dalam Facebook
semalam.

Kenyataan Mohd Sabri disalin kepada Timbalan Ketua Wanita PAN, Aiman Athirah Al Jundi @
Raj Muni Sabu dan tujuh individu lain termasuk Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim
Wan Abdullah.

Mohd Sabri juga turut mendakwa PAN juga berkemungkinan akan mensasarkan kerusi-kerusi
PKR di Selangor yang dilihat enggan mengiktiraf Kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu.

“PKR mesti jelas pendiriannya di Selangor. Atau menghadapi kemungkinan Amanah dan DAP bertanding kerusi DUN PKR di Selangor.

“Rakyat mahukan politik berperinsip. Mahu bersama PAS yang nak jadi penasihat UMNO atau bersama kami yang komited melawan kezaliman BN,”katanya lagi.

Pada Ahad lalu, Pengarah komunikasi PAN pusat, Khalid Abdul Samad menolak idea dua
gabungan pembangkang bagi menghadapi PRU 14.

Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan
pada masa kini.

“Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?
“Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi,” kata Khalid dilapor The Malaysian insider.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang
dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.

“Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS,” tegas Khalid. - AIDCNews

Sumber TKO - 10-12-2015


Menyelongkar Pemikiran Sesat Yang Didokongi AMANAH (bersama video)
Posted on Thursday, December 10 @ 11:59:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Apabila saya menulis artikel "AMANAH Patut Terima Ahli Kumpulan Gangster, Perompak 

& Perogol" mengulas sikap parti AMANAH dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ada yang begitu marah kononnya parti AMANAH hanya nak berdakwah dengan 
kumpulan ini!

Ada yang buat posting forum untuk menghentam saya. Malangnya mereka gagal memahami 

intipati apa yang saya tulis dalam artikel berkenaan.

Aliran pemikiran Islam liberal yang didokongi pula oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikalangan orang Islam menjadikan Islam yang diamalkan kita selama ini menjadi celaru.

Mereka berselindung di bawah suara kebebasan dan hak asasi. Geng AMANAH dokongi aliran pemikiran ini atas dasar hak asasi dan kebebasan bersuara. Itu sebenarnya yang menjadi intipati 

yang diluahkan oleh Zulkifly Ahmad pakar strategi AMANAH baru-baru ini.

Saya tak hairan Zulkifly Ahmad ini semasa dalam PAS telah menolak hudud malah dimemperlekehkan perjuangan hudud dalaam PAS. Dia juga menyebut Husam Musa setuju 

dengan hudud di Kelantan atas desakan ahli PAS.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KNIE3y82Leg

Saya ada lagi beberapa video yang Zulkifly Ahmad ini menyebut negara Islam tidak disebut 

dalam Al Quran dan mempersoalkan adakah negara Islam itu negara hukum?
Zulkifly Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa ini adalah orang 
sealiran dengan Dr Farouk Musa pengasas serta pengarah 
Islamic Ranaissance Font (IRF).

Mungkin ada yang ingin tahu, apa benda itu IRF??

IRF ini adalah mereka yang mewujudkan satu pemikiran Islam 

liberal di Malaysia. Boleh juga dikatakan kumpulan Islam 
domokrat. Aliran pemikiran ini yang menjadi 'tuhan' kepada geng AMANAH.

1 Ogos 2013 IRF telah menentang usaha kerajaan untuk membendung fahaman Syiah di Malaysia dengan mendakwa kononnya Islam menerima kepelbagaian pendapat.

8 Oktober 2014 IRF dan Global Movement of Moderates Foundation (RSIS-GMMF) membawa 

tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, JIL, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia. Kedataangan 
tokoh Islam liberal Indonasia ini di tentang oleh NGO Islam di Malaysia.

7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan 

di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah 

kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh 

 ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip 
perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan 

taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi 
Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

Pada forum ini Zulkifly Ahmad menyebut AMANAH bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kenyataan G25 di sokong pula oleh Ustaz AMANAH.


Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ada menulis mengenai Harus Mengintip Bagi Elak Zina/

Khalwat pada 12 Januari 2007. Ustaz Zaharudddin bersetuju dengan saranan Sohibul Samahah 
Mufti Perlis agar diperkemas tindakan serbuan, tetapi TIDAK sependapat dengan beliau dalam 
hal melarang dan mengharamkan intipan secara umum yang boleh menyebabkan terbantutnya 
seluruh operasi ops maksiat yang telah sedia ada. Dia juga bersetuju dengan JAKIM dan lain-lain Jabatan Agama yang ingin meneruskan usaha ini, pada masa yang sama saya tidak bersetuju jika tindakan Penguatkuasa Jabatan Agama yang menjadikannya sebagai rutin harian dan menyerbu 
tanpa adab dan tertib.


Hujah dr Asri kononnya Imam Ghazali melarang Hisbah menangkap khalwat atau mencegah 

maksiat tidak tepat. Perkara ini disanggah oleh Ustaz Abu Syafiq.

Merujuk Kitab Ihya Ulumuddin jilid 3 mukasurat 28 yang dinukilkan oleh Dr Asri ada 

menyebut begini:
"Maka ketahuilah sesungguhnya sesiapa menutup pintu rumahnya dan terhalang dengan dindingnya maka tidak harus (keatas Hisbah) masuk kedalam tanpa izinnya untuk mengetahui maksiat KECUALI ianya zahir berlaku dalam rumahnya secara jelas diketahui orang di luar rumah SEPERTI suara seruling dan gitar yang kedengaran menembusi dinding dari luar rumah. Maka barangsiapa yang mendengarnya harus baginya (hisbah) masuk ke rumah dan memecahkan alat muzik itu". Tamat.

Jelas Imam Ghazali disitu tak berikan contoh pada isu tangkap khalwat tetapi memberi contoh pada keadaan Hisbah menahan orang yang main muzik yang haram. Keduanya pula jelas Imam Ghazali bagitau jika diketahui didalamnya ada maksiat maka diharuskan penguat kuasa masuk untuk tindakan.
Dr Asri tidaak menjelaskan secara teperinci mengenai Imam Ghazali memberikan pengecualian 
dan dibolehkan keatas Pencegah Maksiat masuk bila ada zahir maksiat itu didengari.
 
Yang disebut oleh Imam Ghazali pada isu khalwat adalah begini:

"Maka maksiat itu ada 3 keadaan..yang ke 3 Apabila kemungkaran itu dianggap akan dilakukan..SEPERTI berkhalwat dengan wanita asing...

Dan berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah itu..adalah WAJIB dicegah. - ms 27 (rujuk gambar di atas).
Maka jelas pada isu Khalwat imam Ghazali membenarkan Penguat Kuasa mengambil tindakan.

Dan terakhir.. pada ms 33 Imam Ghazali sebut..

"Jika Penguat Kuasa diberitahu oleh 2 lelaki atau seorang lelaki yang adil memaklumkan bahawa didalam rumah si fulan itu bahawa sifulan itu minum arak atau sedang bersiap untuk minum arak maka PenguatKuasa boleh masuk rumahnya TANPA IZIN untuk mencegah kemungkaran".
Jadi apa yang di sokong oleh Ustaz AMANAH sangat tidak bertepatan apaa yang dibuat oleh 
ulama-ulamaa terdahulu dan ini adalah pemikiran sesat.

Parti AMANAH bukan sahaja merosakkan gerakan Islam, dia secara tidak langsung membantu UMNO untuk mengekalkan kuasa dengan melamahkan PAS. Malah parti AMANAH merosakan pemikiran Islam dengan Islam liberal dan demokrat.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 10-12-2015


Ingat Pakar Strategik AMANAH Cerdik, Tapi Bodoh Kena Tipu Oleh Najib!

Posted on Wednesday, December 09 @ 15:22:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Najib Razak makin tersempit, kumpulan Muhyiddin makin lantang menentang dan akhir ini
mereka menunjukkan penentangan secara jelas. UMNO berada dalam keadaan amat lemah. Malangnya kesempaatan UMNO @ BN yang lemah ini tidak dapat dimanafaat oleh
pembangkang kerana pembangkang sendiri hilang hala tuju.

Dulu sekali pernah berlaku apabila UMNO diharamkan. Masa itu UMNO tidak ada.

Pembangkang tak boleh manaafat keadaan tersebut. PAS pada masa itu adalah parti berasaskan
Islam Melayu paling besar tidak dapat bergerak menafaatkan pada keadaan semasa UMNO tiada.

Walaupun pada masa itu ada geng G18 dan Ustaz Fadhil Presiden PAS. Tapi geng G18 masa itu
tidak tahu nak buat apa. Mereka ini banyak teori daripadaa pratikal.

Sekarang situasi hampir sama, walaupun UMNO tidak diharamkan tapi UMNO sangat lemah dan kedudukan Barisan Nasional pula tidak menentu apaabila MCA dan MIC dilihat tidak sehaluan dengan UMNO.

Kesempataan ini tidaak dimanafaatkan malah PAS diserang oleh AMANAH setiap hari oleh
pelbagai bentuk dan berita. AMANAH hanya melihat PAS dan menepikan UMNO. Mereka
bergilir-gilir dengan DAP untuk menyerang PAS. UMNO terselamat dalam keadaan ini.

Pelbagai isu dicipta untuk menekan PAS sehingga UMNO terselamat dan boleh membentuk pertahanan diri. Daripada masalah mangsa banjir, balak, gaji dll sehingga masalah yang tak
wujud pun dicipta seperti ISIS bagi memberikan tekanan kepada PAS.

Paling bodoh apabila mengatakan PAS bersama UMNO kerana ini akan memberikaan kekuatan kepada UMNO untuk menjalankan strategi melemahkan pembangkang tak kira pembangkang nak bergabung atau tidak kerana dengan menyebut PAS bersama UMNO sebenarnya telah melamahkan PAS (untuk undi bukan Melayu) salah satu sayap yang mampu menyerang UMNO daripada undi Melayu.

Dengan mangatakan PAS bersama UMNO sebenarnya penyerang tersebut telah membantu UMNO dalam kawasaan pertandingan majoriti Melayu yang mana bukan Melayu ada sekitar 20-30%. UMNO boleh menang, kalau sebelum tidak boleh kerana undi bukan Melayu memihak kepada PAS.

Saya melihat AMANAH telah diperbodohkan dengan maklumat-maklumat palsu oleh pakar
syarat UMNO. Malah Najib sendiri telah memainkan isu ini dengan baik.

Beberapa siri pertemuan AMANAH dengan ahli-ahlinya telah menyebar maklumat yang sangat
bodoh dan ini semua terperangkap dengaan peraancangan UMNO. Saya perturunkan sebaran
dalam pertemuan tersebut.


Perkongsian AMANAH di Kedah:
1. Resolusi yang dapat saya buatkan disini, saya amat yakin Pas akan berganding bahu dengan Umno. Cuba lihat balik statement Najib hari ini.
2. Kebanyakan statement Presiden PAS berunsur kan maklumat dari Zuhdi. Kalau nak lihat pemikiran Hj Hadi banyak berunsur kan pemikiran Zuhdi.
3. Pas Penang, Kelantan dan Tganu memang dah ready utk bersama Umno kerana peluang cerah utk memerintah Negeri.
4. Pas berpecah 2.
A. Kumpulan TITM yg masih mahu menentang Umno.
B. Kumpulan Nik Abduh, Tantawi sudah bergerak kearah Umno.

5. Perbincangan MB di 3 Negeri iaitu Kedah, Tganu dan Kelantan. Umno hanya bersetuju menyerahkan MB kepada Kelantan dan Nik Amar sebagai MB.
6. Kajian Pas sedang berlangsung utk menilai sejauh mana sokongan atau tentangan akar umbi terhadap perpaduan Umno-PAS. Jalan mudah menghadapi tentangan ialah menawarkan jawatan kepada penentang.
7. Nik Amar dan Iskandar Samad bergaduh kerana perpaduan dgn Umno. Iskandar menolak Tahalluf Siasi dgn Umno kerana beliau percaya Selangor akan tumbang jika ini berlaku.
8. Hj Hadi yakin kemenangan PRU hanya boleh di capai dengan sokongan besar bangsa Melayu hasil kerjasama Pas-Umno.
9. Johor, PKR bersama Amanah. Jemputan Dr Mahfozd utk berbincang dgn PKR telah ditolak PKR.
10. Nasaruddin Md Isa di tawarkan jawatan CEO yg menentukan hala tuju dasar UMNO. Tentulah mempunyai impak yg besar terhadap Umno dan Pas.
11. Selepas ini akan berlaku persempadanan semula di Semananjung. MP Pas di jangka akan menyokong Umno yang dikatakan Taawun.
12. Pas menjangkakan 100K akan keluar parti tetapi mereka yakin sokongan org Melayu akan memberikan undi kepada Pas-Umno.
13. Merdeka Center di bayangi Azmin.
14. DAP kini mempunyai kekuatan 90% di kalangan pengundi mereka terutamanya orang Cina.
15. Pas Penang bertanding di DUN dan Parlimen majoriti org Melayu. Bersama DAP tidak menguntungkan Pas Penang. Jadi mereka perlu bersama UMNO.
16. PKR amat yakin berdasarkan Merdeka Center bahawa sokongan Melayu ada pada Pas. Jadi PKR amat memerlukan Pas sedangkan Pas kini sudah mula mengorak langkah utk bersama Umno. Pada saya ini adalah helah Azmin dengan menggunakan Merdeka Center bagi bersama Pas dan mengenepikan Amanah.
17. Jika tahaluf siyasi bersama bukan Islam pun di benarkan apatah lagi tahaluf siyasi bersama Umno kata Hj Hadi

Saya tak tak tahu apa yang ada dalam kepala otak pakar strategi AMANAH yang tidak
mengambil kesempatan menyerang UMNO tetapi sentiasa memburuk dan menyerang PAS.

Malah sebahagian kepimpinan AMANAH telah menjadikan beberapa pimpinan PAS sasaran
untuk diserang. Maklumat-maklumat yang disebarkan sebahagiannya tidak logik (contoh
pertemuan di Kedah).

Serangan demi serang oleh AMANAH bukan sahaja tidak
disenangi oleh PKR malah rakan sekutunya PASMA pun
membuat teguran. Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md
Lazim menegur Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa dalam isu debat IS dan Al Maunah.

Dalam kenyataan tersebut, Zolkifly berkata lebih elok jika
pemimpin AMANAH mencari jalan untuk berdebat dengan
pemimpin BN, yang walaupun menjadi pembangkang negeri
tetapi masih berkuasa di peringkat pusat.

Makin hari makin kita lihat AMANAH menjadi kudis gatal dalam pembangkang dan ini akan menyababkan pembangkang menjadi makin lemah. Matlamat ke Putrajaya makin kabur kerana AMANAH tertipu dengan kenyataan NAJIB!!

Petikan di bawah boleh buat renungan.




Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 9-12-2015


Kesian Cybertropper AMANAH, Jadi Manusia “Muflis” (bersama video)

Posted on Wednesday, December 09 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Makin hari makin rancak cybertropper parti serpihan PAS, AMANAH menyerang PAS. Jika kita 

lawati facebook mereka atau berada dalam kumpulan Telegram atau Whatsapp yang didokongi 
mereka ini, kita akan dapaati setiap masa posting yang terima adalah memburukkan PAS.

Kerja mereka lebih giat daripada kerja UMNO menyerang PAS. Malah UMNO boleh berdiaam 

diri buat seketika untuk berperang sesama sendiri kerana dah ada proxynya AMANAH untuk 
serang PAS.

Sebahagian besar serangan adalah berbentuk fitnah yang cipta semata-mata untuk memburukkan 

PAS atau pimpinan PAS. Mereka ini seolah-olah hilang padoman agama. Mereka telah lupa akan pesanan Rasulullah s.a.w tentang manusia yang muflis di akhirat nanti.

Apabila seorang penguna internet menyebarkan informasi dan ilmu yang bermanfaat untuk 

dikongsikan bersama dengan penguna internet yang lain, disitu terbuka ruang kebaikan dan pahala disisi Allah SWT. Satu butang di klik sahaja boleh dikongsikan bersama ratusan ribu pengguna diseluruh dunia. Inilah kelebihan dunia alam siber yang dicipta oleh manusia. Di zaman tahun 
80 an atau 70 an keadaan seperti ini tidak pernah dirasai oleh generasi masa itu, kerana 
penggunaan talipon bimbit, komputer, internet dan sistem satilet jarang digunakan. Perhubungan 
masa itu banyak menggunakan surat menyurat atau perjumpaan secara fizikal. Penyampaian 
maklumat hanya bergantung kepada surat akhbar, radio dan television. Manakala ilmu pula 
di perolehi melalui kuliah di masjid atau membaca buku-buku sahaja.

Begitu juga sebaliknya dengan kecangihan teknologi masa kini seseorang boleh menghimpun 

dosa  besar yang banyak apabila suka melayari gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, mendedahkan aib seseorang dan mengajak kepada perbuatan mungkar dan maksiat.

Seorang pengguna internet samaada melalui blog atau facebook hanya menulis dua atau tiga baris perkataan yang berbentuk fitnah atau berita palsu kemudian disebarkannya hanya dengan  di klik 

satu butang sahaja maka dalam masa beberapa saat sahaja berita tersebut boleh diterima oleh 
ratusan ribu manusia di seluruh dunia maka pada saat itu juga dosa-dosanya datang 
mencurah-curah dan dicatat oleh malaikat pencatat amal (Raqib dan Atid), sebagaimana firman 
Allah SWT yang bermaksud ;
"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya) yang satu duduk disebelah kanan dan yang satu duduk disebelah kiri." (Surah Qaf ayat 17).
Ingatlah pesan Nabi SAW kepada Saidina Ali k.w yang bermaksud : "Wahai Ali ! Sebaik-baik 
manusia di sisi Allah SWT. adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya."

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak 

ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Hari ini saya dihantar oleh oleh Awang Al Kenit dengan sebarangan memburukkan kerajaan 

PAS Kelantan sedangkan beberapa siri penjelasan telah dibuat. Mereka cuba memburukkan 
kerajaan PAS lebih buruk daripada UMNO.

Sepatutnya mereka faham kenapa mereka yang jadi mangsa banjir masih sanggup berada di 

Khemah walaupun rumah, rumah sewa telah disediakan. Mereka lebih suka berada di khemah 
kerana mereka mudah mendapat derma. Ada yang pernaah dapat RM60k tunai daripada 
penderma.

Saya rasa penjelasan daripada pihak kerajaan negeri Kelantan patut difahami. Jangan kita buat 

dosa 'kering' dan kita penyebaran maklumat fitnah pula. Takutlah amaran Nabi s.a.w.


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=tuoYCih_DqI

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/


Sumber TKO - 9-12-2015


PAN tak terliur ker?

Posted on Monday, December 07 @ 22:15:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Assalamualaikum,,,

Majlis Profesor Negara(MPN) berpendapat tindakan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan perhimpunan solidariti penyokongnya di padang Kelab
Sultan Sulaiman jam 8 malam ini, akan memecahkan Umno.Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof. Datuk Dr Radzuan Che Ros berkata, apa yang beliau lakukan malam ini, bukan satu jalan
penyelesaian yang baik tapi tindakannya itu kurang matang sebagai bekas seorang pemimpin
nombor dua negara.

Ianya dikatakan bakal mala petaka kepada Umno.Berita kurang baik untuk Umno sepatutnya menjadi berita 

baik kepada parti pembangkang terutamanya PAN yang diwujudkan semata mata nak lawan Umno. nah! apa

lagi peluang terhidang di depan mata sekarang, apa lagi yang PAN mahu

Sehingga kini belum ada perkhabaran mengenai strategi PAN untuk melawan Umno yang sedang nazak, 

yang ada hanyalah strategi PAN untuk melemahkan PAS malah banyak juga provokasi yang pernah 

digunakan Umno satu ketika dulu dikitar semula oleh PAN.



PAN kitar semula cybertrooper Umo untuk melakukan serangan psaikologi kepada PAS, PAN kitar semula 

provokasi pengganas dengan jenama baru, IS sesudah mereka kitar semula isu Memali, Al Maunah dan 

terbaru isu Syiahnya TGHH.



Kesemua isu yang dibangkitkan PAN tidak langsung ditujukan kepada mengambil kesempatan kemelut yang berlaku dalam Umno malah PAN langsung tak mahu ganggu Umno sebaliknya PAN terus menerus mengusik 

dan menghogeh PAS.



Ini membawa kita kepada tanda aras kepada tujuan sebenar kelahiran PAN ia itu bukan nak lawan Umno 

tetapi nak lawan PAS, bukan saja nak lawan dalam pilihanraya tetapi nak hapuskan terus PAS dari persada 

politik tanahair.Walaubagaimanpun , suka juga bertanya kepada mereka, tak terliur ker dengan keadaan 

nazak Umno ni? tak teringin ker nak hapuskan Umno yang akan membawa PAN ke Putra Jaya?



kalau rasa nak, maka kerja kerja kitar semula bahan provokasi Umno tu kena tinggalkan sebaliknya tumpu 

kepada sokongan menangguk di air keruh kepada Muhyiddin.Rasanya itu antara option yang ada kepada 

PAN untuk ke PutraJaya sebab PAN tak boleh berangan dengan laluan yang akan diberikan PAS dan PAN seharusnya sudah nampak sekarang, PAS sudah lama berstrategi untuk menghapuskan Umno.Selama ini 

sikap dan pandangan TGHH merupakan strategi yang tidak bolih dihadamkan oleh ahli ahli dan penyokong 

PAN.



Sumber TKO - 7-12-2015


Mat Sabu Kena Beza Antara Bertemu & Berguru!
Posted on Monday, December 07 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamenei (Sayyed Ali 

Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi 

sebagai Syiah," kata Mat Sabu lagi.

Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun 

sekali untuk bermesyuarat.

"Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan 

PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

"Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu dalam hujah untuk membersih nama kononnya Abdul Hadi Presiden PAS lebih kerap berjumpa dengan pemimpin 

Iran (Syiah).
Mat Sabu bersama Mohamad adalah Adly Zahari,
Pengerusi Amanah Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah pusat

Presiden PAS, Abdu Hadi Awang memang ada jumpa dengan pimpinan Iran (syiah) pasal dia 

bergiat dalam organasasi Islam Antarabangsa. Malah Abdul Hadi sekarang ini satu-satunya 
pimpinan dunia Islam yang boleh mendekatkan Sunni-Syiah setelah Dr Yusof Qaardawi mula 
berkaras dalam beberapa isu Sunni-Syiah.

Presiden PAS mewakili gerakan Islam yang telah berlangsung di Iran. Ramai menggunakan video 

ini kononnya bersama ulama Syiah. Kalau pandai bahasa Arab boleh faham apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS dalam pertemuan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=8ZERBfMcBN8&feature=player_embedded


Mat Sabu kena beza antara pergi bertemu dengan berguru. Misalnya gambar di atas, Mat Sabu 

tunduk hormat kepada Presiden PAS, takkan nak kata Mat Sabu berguru dengan Presiden PAS? 
Biarlah kita rasional dalam menjawab isu.

Tapi sekerap Abdul Hadi berjumpa pimpinan Syiah tak sampai isteri Presiden PAS nak peluk 

pimpinan Syiah!!

Kita tak lupa ucapan ini;

“Saya sendiri berpeluang bertemu beliau empat lima kali. Memang kita tengok wajah dia saja kita nampaklah kehebatannya. Saya pernah membawa isteri saya jumpa Hassan Nasrallah.

Dia kata ” Bang, kalau dalam Islam izin peluk. Aku nak peluk” .
Masyarakat tidak mempersoalkan sejauh mana pertemuan tersebut, atau sekerap mana pertemuan dengan pimpinan Syiah tetapi masyarakat ingin penjelasan tentang anutan mazhab Syiah. 
Bagaimana fahaman Syiah boleh ini boleh berkembang di Malaysia dan sejauh mana parti 
AMANAH telah direspi fahaman ini.

Itu patut dinyatakan oleh Mat Sabu secara jelas.

Mat Sabu adalah pimpinan PAS yang menjadi rujukan kepada gerakan pelajar di Universiti yang 

berada di sekitar Kuala Lumpur tidak hairanlah kalau Adly Zahari mengkagumi Iran. Malah buku Dialog Sunnah Syiah biasanya menjadi rujukan kepada mereka yang mendekati Mazhab Syiah.
Buku asalnya dalam bahasa arab telah melebih cetakan yang ke-20 (tahun 2011) dan berjudul Al-Muraja'at. Buku ini merupakan surat-menyurat yang berlaku antara seorang ulama besar dari kelompok Ahlus Sunnah  iaitu, Asy-Salim al-Bisyri, rektor al-Azhar pada masa hidupnya dan 
seorang ulama Syi'ah Lebanon, al-Imam as-Sayyid Abdul Hussain Syarafuddin yang bersambung salasilah keturunannya dengan Rasulullah SAW.

Perbincangan ini berlaku di Universiti al-Azhar pada tahun 1329H namun kedua-dua ulama ini melakukan perbicangan dengan gaya menulis surat, bukannya bedebat secara bersemuka. 

Hasilnya, dapatlah kita ikuti dari surat pertama hinggalah surat yang ke-112 dalam buku ini 
dengan jelas. Sungguh berbeza cara orang yang berilmu tinggi dengan yang berilmu biasa.

Walaupun ada pertikaiaan mengenai keaslian buku ini, tapi buku ini banyak mempengaruhi 

rakyat Malaysia terutama pelajar dalam mencari 'kebenaran' tidak faham seluk belok perbahasan 
ilmu.

Dulu awal 80an selepas Revolusi Iran, ramai pimpinan PAS sambung belajar dan ada yang 

memilih untuk belajar di Iran kerana percuma, termasuk Mat Sabu.

Memang belajar di Iran, suatu yang menjadi perkara tak baik di sana ialah mereka cuba memaksa 

pelajar kita menganut mazhab mereka. Sekitar tahun 86-87 saya pernah bertemu dengan Mat 
Sabu di sebuah rumah sewa dalam program pelajar U dan Mat Sabulah memberikan maklumat 
ini.

Saya sendiri tak pasti samada Mat Sabu ini Syiah atau tidak. Rasanya Mat Sabu boleh menjawab. 

Jika dia Syiah dia boleh taqiyah!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 7-12-2015


Hadi paling kerap bertemu ulama Syiah, kata Mat Sabu
Posted on Sunday, December 06 @ 20:55:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tindakan sesetengah pihak melabelkan beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Syiah hanya kerana mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari golongan itu, harus ditolak, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Ini kerana, katanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri merupakan orang yang paling banyak bertemu ulama Syiah, memandangkan beliau menganggotai Jawatankuasa Takrib Minal Mazhab (Merapatkan Hubungan Antara Mazhab) yang diasaskan Iran.


Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, di kalangan tokoh PAS, Hadi paling kerap bertemu ulama Syiah terutama ulama besar Iran, Ayatollah Mohammad Ali Takhiri.

"Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamanei (Sayyed Ali Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi sebagai Syiah," kata Mat Sabu.

Beliau menjawab kenyataan yang melabelkan penasihat utama Amanah, Ahmad Awang dan timbalannya Abdul Ghani Shamsudin, sebagai Syiah, kerana dikatakan sering bertemu ulama daripada kumpulan itu.

Tuduhan itu dibuat sesetengah pihak berdasarkan gambar kedua-duanya bersama ulama Syiah baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun sekali untuk bermesyuarat.

"Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

"Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu.

Selain Takrib, Hadi juga bertemu ulama Syiah dalam Jawatankuasa Palestin yang juga dianjurkan Iran dan mengadakan persidangannya di Tehran.

Menurut Mat Sabu, beliau sudah lali dengan pelbagai tuduhan, termasuk sebagai Syiah dan juga bapa komunis, ekoran pertemuan beliau dengan pemimpin mereka.

"Ada yang tuduh saya bapa komunis hanya kerana saya jumpa Rashid Maidin dan membela Mat Indera. Ini tak betul," katanya merujuk bekas pemimpin komunis.


"Kita boleh kritik presiden PAS kerana kenyataan dia, pendapat dia dan seumpamanya, bukan kerana dia bertemu dengan siapa, dan terus menghukumnya," kata Mat Sabu.

Sumber TKO - 6-12-2015


Majlis Keselamatan Negara jadikan PM diktator

Posted on Friday, December 04 @ 18:07:36 MYT by paktam

Oleh Faiz Fadzil

Hari ini rang undang-undang baharu diberikan nama Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 dijangka dibahaskan di Parlimen, sesuatu yang mengejutkan seluruh rakyat.

Rang undang-undang ini jika diluluskan akan memberikan kuasa luas, arbitrari dan eksklusif kepada perdana menteri sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan atau 'security area' di mana pasukan bersenjata termasuk tentera akan mempunyai kuasa penuh ke atas kawasan tersebut dan tiada aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut.
Ketika itu, rakyat tidak lagi hidup bebas di mana mereka boleh ditahan dan diperiksa dan rumah mereka juga boleh digeledah.

Keadaan ini jika wujud adalah umpama satu pengisytiharan darurat yang jelas merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ia juga bakal meletakkan tentera di bawah arahan perdana menteri walaupun kuasa sebenar adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Apakah keperluan undang-undang baharu ini sedangkan negara tidak langsung diancam serangan luar? Tidak cukupkah dengan kuasa polis menahan rakyat di bawah Sosma atau Pota atas alasan ancaman keselamatan negara? Undang-undang sedia ada pun sudah lebih daripada cukup untuk menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat dan demokrasi.

Rang undang-undang ini umpama meletakkan perdana menteri sebagai satu kuasa mutlak di dalam negara. Bagaimana pendakwaan boleh diambil terhadap beliau jika disiasat melakukan kesalahan tatkala beliau mengambil keputusan menggunakan kuasanya di bawah undang-undang baru ini.

Precedent kes RM2.6 bilion sudah cukup menunjukkan bagaimana perdana menteri menyalahgunakan kuasa eksekutifnya menukar peguam negara sehinggakan siasatan kes tersebut masih tergantung.

Seharusnya kerajaan lebih mementingkan kesan TPPA yang bakal mengancam kedaulatan negara jika dilaksanakan. Begitu juga penjualan saham Edra kepada syarikat asing merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

Kerajaan tidak seharusnya sibuk melaksanakan undang-undang baru yang tidak penting kepada kehidupan rakyat sedangkan ancaman sebenar kepada keselamatan dan kedaulatan negara dibiarkan berlaku. Kerajaan seharusnya lebih peka dan pedulikan kehidupan rakyat sekarang yang dibebani dengan kenaikan harga barang, rumah dan kos perkhidmatan pengangkutan awam termasuk tol, komuter dan ERL.

Sudah banyak undang-undang zalim atau 'draconian laws' diluluskan di Parlimen kerana ia hanya memerlukan majoriti mudah. Lebih malang lagi terdapat segelintir ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir ketika sesi pengundian.

Ketidakseriusan ahli Parlimen memahami implikasi bahaya undang-undang baru ini akan mengundang derita yang lebih parah kepada rakyat di mana undang-undang baru ini jika diluluskan bakal menjadikan Perdana Menteri berkuasa seperti diktator. Justeru, Pemuda Amanah mendesak agar kerajaan menarik balik rang undang-undang ini.

Sesungguhnya kuasa boleh disalahgunakan, apatah lagi jika kuasa yang mutlak. –

* Penulis ialah timbalan ketua Pemuda Amanah.

Sumber DD - 4-12-2015


Hipotesis Team Mazlee- Mujahid Vs Abg Mat

Posted on Thursday, December 03 @ 10:00:49 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kenyataan Dr Mazlee membidas Abg Mat berkenaan tuduhan PAS-ISIS, seakan membenarkan teori penguasaan blok IRC dalam PAN.

2) Mana tidaknya, isu ini mula dilontar oleh Dr Mujahid pada awalnya, dilihat sebagai memancing pemimpin PAN lain untuk mengeluarkan kenyataan.


3) Sebaik sahaja kenyataan PAS-ISIS disambut oleh Abg Mat, Dr Mazlee dengan pantas membidas Abg Mat. Nampak seperti ada game dalaman antara blok IRC untuk menguasai parti kelak.

4) Abg Mat seorang yang lebih berjiwa jundi, kurang berjiwa qiadi. Dia sangat sesuai menjadi tenaga untuk mengasak lawan, bukan pemikir yang tuntas untuk memintas strategi lawan.

5) Strategis IRC dilihat tidak mahu membiar PAN ditadbir begitu lama oleh orang lain, kerana bimbang sejarah mereka dalam PAS berulang - disingkir.

6) Tapi tak mengapa. Abg Mat seorang yang baik dan lembut hati. Tak mengapalah IRC ke, jebon ke, gajah ke, apa ke nak ambil alih PAN, asalkan fokus utama menumbangkan Umno/BN dan menuju Putrajaya, tak de hal lah.

7) Jangan sampai orang anggap Abg Mat hanyalah boneka IRC untuk menubuh parti baru, lepas habis madu, tinggal botol kosong saja disepak masuk tong kitar semula.

8 ) Saya harap ia tidak terjadi. Biarlah Abg Mat mengemudi PAN sekurang-kurangnya untuk satu pilihanraya yang akan datang. Geng IRC, rileks lah dulu. Tak lari kerusi dikejar.

Sekian

Sumber DD - 3-12-2015


Mat Sabu mahu "bunuh" PAS

Posted on Thursday, December 03 @ 10:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Mat Sabu tuduh PAS diresapi pemikiran ISIS. Untuk itu Mat Sabu minta pihak polis dari Cawangan Khas (Special Branch) membuat kajian terperinci keranan kononnya pemikiran ini dalam PAS mampu mengancam keselamatan negara.


Ramai yang minta saya respon berikutan kenyataan Presiden PAN ini, entah saya tiba-tiba seakan tersentak dan terdiam. Sekadar membaca satu demi satu laporan dan posting serta berita berkaitan untuk memastikan kesahihan sebenar-benarnya.

Memang itulah yang dikatakan Mat Sabu dan terkini banyak pihak khasnya pimpinan telah berikan respon dan kenyataan.

Sedih memikirkan seorang bekas Timbalan Presiden, seorang yang pernah berunlangkali merengkok dalam tahanan semasa bersama PAS, seorang yang pernah dijulang sebagai wira semasa dalam PAS, seorang yang kini makan pencen kerana pernah jadi wakil rakyat atas tiket PAS, tiba-tiba hari ini tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bagi saya kenyataan ini satu fitnah besar, satu pembohongan dan satu perancangan jahat khasnya dari Mat Sabu untuk "membunuh" PAS. Tiada perkataan lain yang boleh digunakan.

Kerana itulah agak lambat saya mahu memberi respon kerana sangat tersinggung dengan kenyataan Mat Sabu ini, tidak percaya beliau sanggup mengkhianati bekas sahabat dan kawan-kawannya sebegitu rupa.

Yang terlintas dalam fikiran saya adalah watak-watak Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar, Si Kitol dan hari ini bertambah seorang lagi Mat Sabu.

Kononnya punca PAN ditubuhkan kerana PAS diresapi pemikiran ISIS dan mengamalkan budaya "takfiri".

Situ sahaja sudah nampak mentah-mentah pembohongannya.

Bukankah PAN ditubuhkan oleh mereka yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan PAS tempoh hari, termasuklah Mat Sabu sendiri. Agak-agaknya kalau menang bagaimana?

Sesungguhnya mereka yang kecewa ini termasuklah Mat Sabu telah merancang begitu rapi untuk mengambil-alih dan menguasai kepimpinan PAS dalam Muktamar Jun lalu. Mereka telah susun pasukannya, mereka telah bergerak turun ke kawasan-kawasan seluruh negara, malah mereka menyusun hingga mahu mempengaruhi sentimen kawasan-kawasan dengan cuba mencetuskan gelombang penolakan terhadap Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dari peringkat kawasan-kawasan lagi.
Mereka rancang untuk mendominasi mesyuarat agung kawasan-kawasan seluruh negeri-negeri. Dari Kota Bharu ke Kuala Kedah ke Shah Alam.

Dan mereka berkempen semaksima mungkin melalui media yang mereka kuasai termasuklah Harakah ketika itu, TMI dan lain-lain. Lebih ketara lagi mereka turut mendapat bantuan pimpinan DAP yang terang-terang mengeluarkan kenyataan selesa dengan blok mereka dan minta supaya PAS buat perubahan.

Ditakdirkan Allah swt, tanpa sebarang unsur penipuan, dalam pemilihan yang telus dan terbuka, mereka tewas, ditolak oleh perwakilan PAS yang mewakili 1 juta kekuatan akar umbi seluruh negara.

Apa yang tidak dikatakan oleh Mat Sabu dan gengnya terhadap Tuan Guru dan sahabat-sahabat lain. Merek terlalu yakin boleh menang dan menguasai PAS, tetapi akhirnya tanpa disangka-sangka ditolak "en bloc".

Marah, kecewa, sedih dan bermacam lagi bersarang dalam jiwa dan kepala mereka. Atas hati yang bengkak itulah maka ditubuhkan PAN, kerana mahu menggantikan PAS setelah barangkali "didedakkan" oleh DAP.

Bukan kerana PAS diresapi ISIS atau budaya takfiri tetapi kerana jiwa kacau dan tidak boleh menerima kekalahan, itu sahaja.

Setelah beberapa bulan menjaja PAN, kini mereka sedar mereka sekadar mampu mengkhianati perjuangan PAS dan "curi" kerusi-kerusi PAS, tetapi hakikatnya mereka tidak mampu meyakinkan ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka kecuali segelintir kecil yang memang "hardcore" orang-orang kanan mereka.

PAS terus berdiri kukuh walaupun mereka berjaya memaksa DAP mematikan PR dan menubuhkan PH yang baru.

Mereka sedari, akar umbi PAS masih setia bersama parti Islam ini dan tidak rela sekali-kali mengkhianati perjuangannya sebagaimana mereka. Kekuatan ratusan ribu yang kononnya dikatakan akan meninggalkan PAS sehingga melumpuhkan PAS khasnya dibeberapa negeri termasuk Selangor, tidak menjadi.

PAN pastinya panas apatah lagi "expectation" atau pengharapan yang diberikan kepada "Tuan" mereka DAP bahwa mereka boleh lumpuhkan PAS dan menguasai PAS dari luar rupanya dongeng belaka.

Oleh ROSLAN SMS

Lantas bagaimana mahu mematikan PAS ini?

Sebelum ini mereka mengasak dan menabur setiap hari fitnah Unity Government dan kerjasama PAS dan Umno sejak pra muktamar sehinggalah hari ini, gunanya untuk meracun akar umbi PAS rupanya ia tidak dimakan sebagaimana mereka kebulur memakan dedak dari DAP.

Berserabut kepala mereka memikirkan bagaimana lagi mahu menjatuh dan menjahanamkan PAS ini, sebagaimana berserabut kepala Pateh Karma Wijaya, Raja Mendaliar dan Si Kitol diwaktu mereka.

Akhirnya digunakan racun yang buat mereka paling berbisa dan sudah pasti akan mematikan PAS sekelip mata. Main dengan sentimen kebimbangan semasa, kaitkan PAS dengan sesuatu yang boleh mengakibatkan rakyat takut dan benci pada PAS.

Bikin cerita supaya PAS bukan sahaja begitu di mata rakyat tetapi turut dilihat sebagai satu ancaman dari kacamata pihak keselamatan.

Rakyat benci, polis bertindak, kesimpulannya matilah PAS kali ini asalkan aku hidup dan dapat berkuasa.

Jahat, sungguh jahat dan biadap.

PAS sejak dari penubuhannya komited mahu menegakkan Islam melalui kaedah politik berpilihanraya. PAS tidak pernah ganas dan militan malah sebarang kemungkinan ke arah itu dikalangan ahlinya terus sahaja diambil tindakan sekeras-kerasnya termasuk dipecat. Dan ramai yang telah diambil; tindakan sedemikan sejak dari dahulu hingga kini.

Tidak pernah ada bukit yang PAS mempelopori perjuangan melalui senjata.

Mat Sabu bukan tak tahu, beliau pun pernah dituduh ganas kerana itu ditahan di bawah ISA, tetapi ternyata semua tuduhan sedemikian terhadap pimpinan PAS sejak dari zaman Almarhum Datuk Seri Dr Burhanuddin al Helmi, dan kemudiannya termasuk Mat Sabu dan lain-lain ternyata tidak berasas.

PAS sokong perjuangan Hamas, PAS bersama Mujahideen Afghanistan satu ketika dahulu dan lain-lain gerakan Islam seluruh dunia tetapi tidak pernah menghalalkan kaedah yang sama untuk digunakan di Malaysia. Tidak pernah dahulu dan kini pun tidak pernah.

Jika ada itulah fitnah dan pembohongan Mat Sabu semata-mata.

Malah yang sering berceramah dan berucap berapi-api mengagung-agungkan perjuangan militan seumpama Hizbollah itu sebenarnya adalah Mat Sabu sendiri semasa dalam PAS dahulu. Ucapan dan video beliau mudah sahaja dimuatnaik hari ini sebagai bukti.

Janganlah jadi seumpama tiga tokoh pengkhianat dan pembelot tersohor dalam sejarah Melayu iaitu Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar dan Si Kitol itu. Atau barangkali sudah sampai masanya jumlah tokoh tersohor itu ditambah seorang lagi menjadi empat.

Kasihan melihatkan Mat Sabu yang satu ketika dahulu disanjung dan dihormati, hari ini terpaksa melacurkan diri bermain "gutter politics" atau politik longkang semata-mata untuk melonjak dan mempopularkan diri.

Buatlah apa sahaja Abang Mat untuk hidup tetapi jangan sekali-kali sampai menabur fitnah ketahap sanggup dan tergamak "membunuh" kawan-kawan sendiri. Dahlah mengkhianati perjuangan tergamak pula tikam kawan dari belakang.


Kami yang istiqamah dalam perjuangan ini insyallah akan terus mempertahankan perjuangan yang benar ini. PAS yang telah berjuang lebih 60 tahun tanpa jemu-jemu, mengharungi susah dan payah menegak dan mempertahankan Islam insyallah tidak akan seinci pun berundur datanglah siapa pun Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar, Si Kitol apatah lagi Mat Sabu.

Sumber TKO - 3-12-2015



Tidak wajar Mat Sabu kaitkan PAS dengan Isis

Posted on Wednesday, December 02 @ 15:53:14 MYT by paktam

Oleh Maszlee Malik

Kenyataan presiden Amanah, Mat Sabu mengaitkan PAS dengan Isis adalah tidak cermat dan tidak wajar.

Tidak dinafikan terdapat segelintir ahli PAS dan juga sekerat dua pemimpin PAS yang bersimpati kepada Isis ataupun mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama umat Islam) seperti Isis, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk generalisasi dengan memukul rata parti Islam tersebut seumpama Isis ataupun membawa fikrah Isis.

Perlu diakui, walaupun aspirasi PAS untuk menubuhkan negara Islam yang melaksanakan hudud dan juga sikap fanatik ahli-ahli PAS kepada parti mereka lantas bersikap keras terhadap fikrah yang berlainan adalah mirip kepada pendekatan Isis, namun PAS dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi.

Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara PAS dengan Isis. Isis diketahui umum, mereka menolak proses demokrasi, malah mengkafirkan sistem demokrasi dan juga sesiapa yang terlibat dengannya. Ini bukanlah sikap PAS semenjak hari pertama ia ditubuhkan sehingga kini.

Perlu juga diakui, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkali-kali menegaskan penolakan beliau terhadap pendekatan ganas Isis dan menyeru ahli-agli PAS agar tidak menyertai Isis, samaada di dalam muktamar mahupun di dalam kenyataan-kenyataan media beliau. Fakta ini perlu diambil kira mana-mana pihak sebelum mereka mengaitakn PAS dengan Isis.

Pada hakikatnya, PAS mempunyai peranan yang amat penting yang boleh mereka mainkan untuk membendung anak-anak muda Malaysia dari menyertai Isis. PAS juga perlu dilibatkan pihak keselamatan dan juga pihak kerajaan di dalam usaha mereka membendung pengaruh Isis dari bertapak di bumi Malaysia.

PAS begitu relevan di dalam meyakinkan para pemuda yang berkobar semangat untuk menyertai Isis, mereka boleh sahaja berjuang dengn menyertai PAS dan mengambil jalan demokrasi dan aman untuk mencapai cita-cita mereka. Pihak berwajib dan pihak keselamatan perlu peduli dan peka terhadap peranan yang boleh dimainkan PAS ini.

Bagi pihak Mat Sabu, beliau perlu lebih cermat di dalam isu ini. Kenyataan pukul rata yang beliau lakukan itu tidak akan membantu usaha pihak berwajib untuk menanggani isu Isis.

Bagi pihak PAS juga, mereka hendaklah bersikap lebih proaktif di dalam membantu kerajaan dan pihak keselamatan di dalam melakukan kempen anti keganasan dan anti Isis sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk menasihati kerajaan Barisan Nasional dan menjaga keamanan negara.

Tanpa usaha serius di pihak PAS di dalam memerangi pengaruh Isis di Malaysia dan juga penegasan sikap mereka terhadap isu Isis akan membuka ruang untuk lebih banyak pihak mengaitkan parti tersebut dengan Isis.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tidak-wajar-mat-sabu-kaitkan-pas-dengan-isis-maszlee-malik#sthash.f7hP0afO.dpuf

Sumber DD - 2-12-2015

Tak sangka, cybertrooper PAN sebiji macam cybertrooper UMNO

Posted on Tuesday, December 01 @ 12:14:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,,

Ingat tak dengan perkataan takebeer? atau hardy bawang? atau Nick Najis? antara tiga perkatan yang popular dan dipopularkan oleh cybertrooper Umno sedikit masa dulu.Tak sangka pula dapat melihat lagi perkataan takebeer setelah sekian lama menghilang.Tapi kali ini diungkap semula oleh cybertrooper PAN seperti kisah Memali dan al maunah yang diolah semula oleh Dr.Mujahid.kedua dua kejadian ini mahu merujuk kepada PAS sebagai penganjur keganasan dan perkataan takebeer adalah olahan dari takbir yang pernah digunakan oleh cybertrooper Umno untuk menunjukkan PAS parti yang menggunakan ugama untuk berkuasa.

Disamping itu kita juga melihat olahan olahan baru dari cybertrooper PAN menggunakan kaedah olahan cybertrooper Umno seperti liPAS, seliPAS dan seumpamanya.Kesemua olahan yang sedang digunapakai oleh cybertrooper PAN ini menunjukkan PAN mahu naik dengan cara membuat rakyat benci PAS dengan cara membuat ahli PAS marah dan  mula bertindak melulu, itu yang PAN mahu berbeza dengan apa yang Umno mahu ketika mereka meggunakan kaedah yang sama.Umno ketika menggunakan kaedah membuat ahli PAS marah sebenarnya mahu mengkaburi mata mata yang melihat penipuan yang mereka jalankan.

Tetapi PAN hanya mahu membuat ahli PAS marah,ahli PAS yang sejak tahun 2004 lagi berdepan dengan provokasi murahan sebegini diharapkan marah oleh PAN kerana itu saja cara bagi mereka untuk naik.

PAN tak ada idea yang lebih membangun, pakar strategi mereka jauh ketinggalan di belakang, mengolah semula cerita lama dan gunapakai semula   perkataan cybertrooper Umno saja yang mereka tahu lakukan dan dengan ini mendakwa mereka sedang maju berkembang naik tapi sebenarnya hampeh.

Sumber TKO - 1-12-2015


Khalid bimbang PAN tak dapat kerusi untuk bertanding.
Posted on Tuesday, December 01 @ 12:01:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,,


Khalid Samad rupa rupanya melobi agar diberi kerusi dan laluan selesa dalam PRU nanti.Dia bermula dengan menuduh PAS memperkudakan PKR dengan cuba menghalang PAN bertanding terutamanya di kerusi yang melibatkan PAS melawan UMNO.Terserlah kebimbangan Khalid kepada kemungkinan PAN tidak akan diberi laluan untuk bertanding di kerusi yang sama untuk pertandingan satu lawan satu.Kebimbangannya, PAS tidak akan memberi laluan untuk pertandingan satu lawan satu.

Dakwa Khalid kalau PAS enggan membuat perjanjian pembahagian kerusi dengan PH bermakna PAS yang memberi laluan kepada UMNO untuk menang dan kalau PAS sedia berjanji bermakna pula PAS sedia melepaskan beberapa kerusi di kawasan yang menjadi tradisi PAS turun temurun melawan UMNO.Khalid berkata pilhan di tangan PAS, mudah bagi Khalid melepaskan bola kepada PAS.

Dalam pada itu Khalid juga bimbang PKR akan mengikut kata PAS dan akan menghalang PAN bertanding di kerusi ini, kebimbangan Khalid berasaskan kenyataan PKR masih lagi mahu berkerjasama dengan PAS.Khalid bimbang PAN tidak diberi ruang yang selesa untuk bertanding dan menang kerusi tertentu terutama kerusi yang sekarang dicuri dari PAS.

Nampaknya kerja kerja melobi  di pihak PAN sedang giat dijalan dan dari berbagai bagai hala.Ada dari hala untuk memancing rakyat menolak PAS kerana PAS didakwa parti ala IS, ada dari hala dalaman PAS menerusi mempelam harum manisnya, dan ada dari hala luar PAS menerusi PKR.Apa yang nampak dilihat sekarang PAN bimbang dengan peluangnya dalam PRU dan sedang memaksa PAS menerima kehadirannya di kem pembangkang.

PAN masih bekeras berkata bahawa bukan mereka yang memberi talian hayat kepada UMNO sebaliknya PAS yang enggan memberi mereka laluan selesa untuk bertanding.Sedangkan menerusi mempelam harum manisnya, PAN memutar belitkan UG dan masih tetap mendakwa PAS mahu berUG dengan UMNO.Mana satu nak pakai entahlah, tetapi kalau PAS masih mahu berUG dengan UMNO, buat apa PAS nak lawan UMNO, lebih baik PAS membuat perjanjian dengan UMNO tentang kerusi yang hendak dipertandingkan dan lebih baik bagi PAS melawan PAN dari melawan UMNO.


PAN bertanding nak menang dan pergi ke Putra Jaya  tetapi PAS bertanding bukan sekadar nak menang Putra Jaya tetapi nak menang di negeri yang kekal abadi, bermakna PAN hanya bertanding untuk menewaskan UMNO dan selepas menang PAN boleh saja mengikuti jejak UMNO memerintah ikut akal mereka sahaja dan menentukan mana yang baik dan mana yang buruk mengikut apa yang diputuskan oleh selera mereka sahaja tetapi PAS tidak begitu, ada manual kehidupan yang akan diikuti samaada sesuatu yang diikuti itu disukai atau tidak.PAS tidak kisah kalau kalah PRU asal Islam dipelihara dan dijaga dengan rahmat Allah datang mencurah curah tetapi PAN tak mahu kalah sekalipun dalam melobi sekarang, banyak juga taktik dan teknik UMNO yang sudah lapuk diikuti mereka dalam usaha mereka nak menewaskan UMNO.

Sumber TKO - 1-12-2015



AMANAH kata PAS 'perkuda' PKR

Posted on Sunday, November 29 @ 13:31:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah sikap PAS yang didakwa "memperkudakan" PKR dengan meminta parti itu menghalang AMANAH bertanding dalam pilihan raya umum akan datang khususnya melibatkan kerusi PAS melawan Umno.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata tindakan PAS itu dianggap sebagai "parokial, tertutup dan anti-demokratik PAS" yang menjadi antara sebab mengapa parti Islam baru itu ditubuhkan.

"PAS perlu difahamkan, semua pihak termasuk AMANAH, berhak untuk bertanding di mana sahaja ia ingin bertanding," kata Khalid dalam satu kenyataan.

"Kebersamaan AMANAH dengan Pakatan Harapan bukan kerana AMANAH tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tangung-jawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan Umno BN," katanya lagi.

MP Shah Alam itu mengalu-alukan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam bahawa hanya satu lawan satu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi mengulas kenyataan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menuntut parti itu tidak membenarkan AMANAH untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

Khalid berkata pihaknya mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU ke-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing melalui perundingan dan perbincangan demi memenuhi keinginan rakyat yang mahu bebas dari pemerintahan Umno BN.

"Rakyat mesti diyakinkan bahawa hanya Pakatan Harapan alternatif terbaik bagi menggantikan Umno dan BN dalam PRU ke-14 kelak.

"AMANAH, sebagai parti yang bersikap terbuka dan inklusif, sentiasa bersedia untuk berbincang dengan semua pihak yang berkaitan, khususnya melalui Pakatan Harapan, untuk menentukan kaedah satu lawan satu tercapai," katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Khalid turut mencadangkan supaya diwujudkan perjanjian satu lawan satu dan perjanjian untuk tidak berunding dengan Umno/BN oleh mana-mana parti secara bersendirian setelah menang.

"Kemenangan ini mesti dilihat sebagai kemenangan hasil usaha bersama dan oleh itu apa-apa usaha untuk berunding dengan pihak lawan secara bersendirian setelah menang adalah pengkhianatan yang nyata.

"AMANAH berkeyakinan bahawa semua parti yang ingin melihat berakhirnya era pemerintahan Umno BN akan bersama dalam Pakatan Harapan atau paling kurang mempunyai perjanjian kerjasama dengannya untuk menjamin satu lawan satu.

"Mana-mana parti yang tidak bersedia untuk mengusahakan kesepakatan ini hanya membantu Umno BN," tegasnya. - MK

Sumber TKO - 29-11-2015


Surat Terbuka Untuk Pemuka-pemuka PAN

Posted on Saturday, November 28 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bukan bertujuan melulu untuk menyakitkan hati. Surat terbuka ini adalah nasihat untuk pemuka-pemuka PAN. Peringatan untuk ahli, penyokong dan simpatisan PAN. Ayuh, kita imbau kembali bagaimana kerja iblis apabila dihalau dari syurga. Apa persamaannya dengan pemuka-pemuka PAN?

 Ingatlah kembali kisah iblis yang berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam apabila keluar dari syurga. Dendam kesumat mendorong iblis merencanakan sehalus-halus strategi untuk merosakkan umat manusia. Begitu nekad iblis mengambil keputusan. Alang-alang masuk neraka, baik menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Semuanya mesti disesatkan. Semuanya mesti dibinasakan.

Kerja kuat pemuka-pemuka PAN jelas menelusuri jalan yang diambil oleh iblis tersebut. Sebaik mereka keluar dari PAS, mereka guna segala ruang untuk menghancurkan PAS. Mereka merosakkan minda ahli-ahli PAS dengan tohmah dan fitnah agar terpengaruh dengan ajakan mereka.  Isu-isu lama seperi UG dan Amanat Haji Hadi dibangkitkan. PAS dikaitkan dengan keganasan ala-ISIS. Usaha membunuh karektor TGHH dan ulama PAS dijalankan tak henti-henti. PAS dihunjam kredibilitinya.

Bukan sekadar itu, lenggang-lenggok PAN yang ingin melihat PAS tumbang di Kelantan sudah dapat dibaca, walaupun disulami dengan janji manis ‘mencuka’. PAN tahu mereka tak akan menang. Tetapi kepuasan sebenarnya bagi mereka adalah apabila PAS juga kalah di kubunya itu. Itu natijah dendam kesumat mereka.

Nekad sungguh pemuka-pemuka PAN; senekad janji iblis. Pertarungan mereka yang  kononnya sangat alergik dengan UMNO, rupa-rupanya lebih terarah peluru, panah dan gendang mereka kepada parti yang pernah mengandung mereka. Anak buluh betung sungguh lagaknya.

Entah apa-apa lagi yang akan diungkit oleh pemuka PAN. Entah apa lagi rencana durjana akan direka. Iblis berjanji untuk menyesat dan merosakkan manusia hingga ke hujung dunia; apakah pemuka PAN akan mengambil langkah yang sama. Sungguh mengharukan melihat latah manusia yang nanar dalam kekalutan. Lebih mengharukan sekiranya ada manusia berlumba-lumba untuk menyertai dan mempertahankan kedurjanaan itu.

Tiada lagi istilah dosa dan pahala dalam diari kehidupan iblis. Apakah pemuka-pemuka PAN juga telah menelusuri langkah yang sama? Iblis memang sudah tertutup jalan pulang. Jalan itu jalan taubat masih terbuka luas untukmu wahai pemuka-pemuka PAN.  

Sumber TKO - 28-11-2015 









































































Dulu UMNO kini AMANAH pula kata PAS Ekstremis

Posted on Friday, November 27 @ 06:16:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS ektremis agama sebelum ini sudah jadi mainan mulut 'puak UMNO'. Merekaa labelkan PAS dengan pelbagai tuduhan agar masyarakat lari daripada perjuangan PAS. Tapi kini puak AMANAH menggunakan pendekatan sama seperti UMNO untuk menyerang PAS.

Kenyataan Mujahid Yusof Rawa pada sidang parlimen 24 November 2015 menunjukkan bahawa UMNO sama seperti UMNO. Malah ada yang pendapat AMANAH lebih teruk daripada UMNO kerana mereka cuba rosakan PAS daripada dalam.

Kita dimomok AMANAH membantu pembangkang untuk jatuhkan UMNO tetepi sifat dan tingkah laku AMANAH sebenarnya adalah RAKAN UMNO untuk merosakan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. 
Sumber TKO - 27-11-2015

Adakah PAN cuba menghalalkan pengkhianatan?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SETELAH berbulan isu pengkhianatan YB-YB lompat parti tidak dapat dijawab oleh mereka, hari ini mereka timbul sekali lagi.

Ingatkan diam itu tanda akur akan kesalahan diri, rupanya dalam diam itu mereka ligat mencari akalan untuk menghalalkan pengkhianatan rakan-rakan sekapal. Walaupun tempoh loading itu agak lama bagi manusia normal, mereka tetap tidak berputus asa.

Bukan hujah syarak atau hujah ilmiah, tapi hujah sejarah yang cuba diputarbelit. Dulu semasa mati akal, mereka alih isu dengan menyatakan PAS khianat, ta'lik talak itu bidaah, baiah itu bidaah.

Berbagai-bagai tokoh agama cuba dirujuk membesar-besarkan ruang khilaf sedangkan yang jelas khianat cuba disembunyikan. Setelah gagal menjawab dengan baik, mereka mendiamkan diri dan beralih kepada isu-isu yang lain pula.

Akalan terbaru yang mereka dapat setelah berbulan memerah otak, adalah membandingkan PAS sewaktu disingkir dari BN. Wakil rakyat PAS masa itu tidak meletakkan jawatan sebaliknya meneruskan jawatan sehingga tiba pilihan raya seterusnya.

Maka tindakan mereka ini difatwakan halal berdasarkan tindakan nenek moyang terdahulu; hujah yang sama digunakan quraisy menghalalkan berhala untuk disembah.

Sebelum menyamakan hukum dulu dan sekarang, terlebih dahulu kena samakan situasi dulu dan sekarang. Ilmu-ilmu yang patut dipelajari mereka adalah bab Qiyas dan syarat-syaratnya. Bukan semua benda boleh Qiyas semberono. Sekiranya situasi lama berbeza dengan yang baru, maka Qiyas yang salah itu dinamakan Qiyas Maal Fariq.

Memang berbeza! Dulu, PAS yang ditendang dari BN, bukan kerelaan kita. Kini, YB-YB itu sendiri keluar daripada PAS. Walaupun ada usaha memujuk dilakukan, rajuk mereka yang kalah pemilihan lebih kuat daripada simpati mereka terhadap pengundi. Tiada siapa membuang mereka dari PAS. Mereka hanya tidak dipilih sebagai pemimpin pusat. Adakah mereka fikir berada dalam PAS sekadar mahu jadi pimpinan Pusat?

Beza lagi, BN adalah sebuah pakatan sepertimana PR, BA , PH, APU dan perikatan dahulu, bukan sebuah parti. Penyertaan PAS dalam BN dahulu masih sebagai sebuah parti. Tersingkirnya PAS dari komponen BN tidak sama dengan tindakan keluar mereka dari sebuah parti.

Cukuplah dua perbezaan ini sebagai jawapan. Saya pasti banyak lagi titik perbezaan yang boleh diteliti untuk menafikan qiyas antara dua situasi ini.

Apapun alasannya selepas ini, Qiyas hanya sah dilakukan terhadap nas al-Quran atau hadis, sedangkan yang mereka qiyaskan itu adalah tindakan politik orang lama yang bersifat ijtihadi, bukan sumber asal hukum. Maka ia tidak berkredibiliti untuk menghalalkan kembali dosa pengkhianatan tersebut. – HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015



PAN ISTIHAR AKAN TANDING KERUSI PARLIMEN GOMBAK YANG KINI DISANDANG AZMIN ALI

Posted on Tuesday, November 24 @ 16:44:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Ceramah Perdana PAN malam tadi di Dewan Orang Ramai AU2 Taman Keramat yang turut di hadiri Pemimpin Ulung DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah YB Lim Kit Siang, Penasihat Umum PAN Ustaz Ahmad Awang, Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, Timbalan Pengerusi PAN Selangor yang juga ADUN Hulu Kelang YB Hj Shaari Sungip telah membuat pengumuman yang mengejutkan bahawa PAN akan bertanding di parlimen Gombak yang kini disandang Timbalan Presiden PKR yang juga Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali.

Agak pelik bin hairan kerana sejak penubuhan Pakatan Harapan terdiri dari PKR,DAP dan PAN yang dibuat secara gelojoh dan terburu-buru pada 22hb September lalu tidak lagi membincangkan pembahagian kerusi yang ditandingi pada PRU ke-14 namun mengapa Timbalan Pengerusi PAN Selangor tanpa segan sili dan malu tebal muka boleh tergamak dan sanggup mengisytiharkan bahawa pada PRU ke-14 nanti PAN akan bertanding di Parlimen Gombak kawasan parlimen Azmin Ali.




Pengumuman dibuat didepan Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Salahuddin Ayob dan beberapa pemimpin tinggi PKR. Apa motif sebenarnya pengumuman diumumkan dikawasan parlimen Gombak sendiri malam tadi.

Apakah ini ada kaitan dengan keengganan Azmin Ali mengiktiraf Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan??? ... Adakah ini sebagai cara nak ambil hati pemimpin ulung DAP yang sudah pun menjadi rahsia umum agak kurang senang dengan pendirian Azmin Ali selaku MB Selangor yang masih bertegas betapa kerajaan Selangor sedia ada bersama PAS masih berfungsi dan tidak ada keperluan ianya diubah????

Mungkin kebiadapan dan luar dari amalan biasa sesuatu komponen dalam gabungan parti membuat pengumuman untuk tanding kerusi parlimen disandang oleh pihak kawan lebih-lebih lagi kalau kerusi itu diwakili pemimpin tertingginya berjawatan sebagai Timbalan Presiden sebagai cara mau menghantar mesej jelas tapi keras betapa PAN sudah bersedia bertempur dengan PKR jika keadaan memaksa apabila permintaannya tidak dipertimbangkan????

Walau apa pun tafsiran dan andaian dibuat tetapi suatu yang jelas ialah PAN ini parti yang sudah pun terbentuk suatu persepsi dalam minda rakyat adalah sebuah parti yang pelahap kuasa dan gelojoh dalam banyak tindak tanduknya dan sanggup buat apa sahaja waima memijak kaki dan tikam belakang kawan demi mengisi dan mencapai nafsu serakah politiknya.






Tahniah PAS Selangor, Takziah PAS Pulau Pinang

Posted on Tuesday, November 24 @ 10:09:14 MYT by paktam

Oleh Khalid Samad

MUQADDIMAH

Saya baru selesai menonton video petikan ucapan YAB MB Selangor di DUN Selangor. Beliau ucapkan tahniah kepada PAS Selangor kerana menyokong perlantikan seorang Senator dari DAP.

Sudah pasti ianya dianggap satu kepelikan dan oleh itu ucapan tahniah khas berhubung sokongan PAS Selangor dianggap perlu.

Saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada PAS Selangor atas pendirian mereka.

Saya yakin ada juga di kalangan pimpinan PAS yang tidak begitu selesa dengan pendirian PAS Selangor. Oleh itu keberanian dan keyakinan PAS Selangor mempertahankan tepatnya sikap mereka perlu disokong.



Pada masa sama berlaku pula pemecatan pemegang jawatan lantikan politik di kalangan ahli PAS Pulau Pinang. Saya ucapkan takziah kepada PAS Pulau Pinang atas pemecatan ini walaupun ada juga yang mengucapkan tahniah. Kononnya ianya atas sikap mempertahankan prinsip.

SATU PARTI DUA SENARIO

Ada yang melihat pada dua peristiwa ini dan berkata, “baiknya PAS, walaupun DAP pecat ahli PAS di Pulau Pinang, PAS sokong pula calon DAP sebagai Senator di Selangor”. Sebenarnya ianya bukan soal ‘baiknya’ atau sebaliknya dalam isu ini. Ianya persoalan pendekatan yang bukan sahaja berbeza tetapi bertentangan yang diamalkan parti yang sama! Sikap sebegini bukan sahaja mengelirukan masyarakat awam tetapi juga ahli parti PAS sendiri.

Samada perbezaan pendekatan ini adalah atas sebab perbezaan keadaan atau kefahaman, maka perlu ianya dinilai sendiri

a) PAS di Selangor

Di Selangor, PAS terus bersama kerajaan. Maka sikap bertolak ansur terhadap PKR dan juga DAP diamalkan. Politik matang demi menjaga ‘maslahah rakyat’ ini dialukan. Sudah pasti rakyat Selangor akan marah kalau PAS bertindak mengkhianati amanah pemerintahan yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada PR, termasuk PAS, pada Pilihan Raya 2013. PAS hampir melakukan pengkhianatan ini semasa krisis MB tempoh hari dan kemarahan rakyat terhadap PAS ketika itu masih lagi segar diingatan rakyat Selangor.

Amanah bersetuju dengan sikap YAB MB yang tidak bersedia mengenepikan PAS oleh kerana PAS sebahagian dari PR yang dipilih rakyat Selangor pada 2013. Namun perlu diingat, semasa krisis MB Selangor, PAS sanggup mengenepikan PKR dan DAP demi pertahankan TSKI.

Pernilaian terhadap apa yang merupakan kewajipan setelah menang jelas berbeza. Ada yang anggap perlu pertahan pilihan rakyat dengan dilibatkan semua parti yang menganggaotai PR, ada yang sebaliknya. Oleh kerana pernilaian berbeza ini, Amanah tetap berpendirian satu perjanjian perlu untuk mengikat PAS Selangor dalam kerjasamanya dengan Pakatan Harapan di Selangor.

Perjanjian ini wajar meliputi bukan sahaja kerjasama dalam kerajaan yang sama tetapi juga perjanjian untuk berkerjasama dalam PRU ke 14. Sudah pasti gerak-kerja ke arah pilihan raya perlu dimulakan dari sekarang. Dan sekiranya PAS tidak akan bersama membantu PH pada ketika itu, maka apa maknanya PAS dikekalkan dalam kerajaan dan ahlinya dilantik pada jawatan-jawatan lantikan politik?

Adalah benar, buat masa ini, PAS Selangor bersama kerajaan Selangor. Tetapi sehingga bila?

b) PAS di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang PAS mempunyai hanya seorang ADUN. PAS sudah lama bersikap tidak bersama kerajaan Pulau Pinang. Walaupun pernah diberi peruntukan perlantikan jawatan politik yang jauh lebih tinggi dari yang layak berdasarkan satu kerusinya, PAS Pulau Pinang mengambil sikap tegas dan tidak mesra kerajaan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang bukan sekadar DAP, tetapi PKR juga dimusuhi PAS. Kisah pilihan raya kecil Permatang Pauh masih segar diingatan sebagai bukti.

Walaupun tidak dinafikan Timbalan Presiden PAS, TITM telah mengarahkan jentera pilihan raya PAS turun membantu di Permatang Pauh, Presiden PAS sendiri memilih untuk tidak bersama. Presiden hanya muncul selepas Pilihan Raya kecil tersebut untuk bersama golongan PAS Pulau Pinang yang memulau Pilihan Raya kecil itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Maka adalah agak pelik sekiranya ada pihak PAS yang membantah pemecatan ahli PAS dari jawatan lantikan politik di Pulau Pinang. Ehh, awak menentang kerajaan tetapi awak pula mahu diberi jawatan lantikan politik? Lainlah kalau jawatan guru atau pegawai yang bukan lantikan politik. Jawatan lantikan politik dilantik oleh kerajaan Negeri untuk membantu kerajaan Negeri. Kalau sudah tidak setuju dan tidak sokong, masaka masih ingin dilantik?

KEWAJARAN SATU PARTI DUA KEADAAN

Jika ditanya apa yang menyebabkan PAS Selangor berbeza dengan PAS Pulau Pinang, sudah pasti ada yang akan terus merumuskan ianya kerana ‘keadaan’. Dalam bahasa lebih mudah, kerana kuasa! Sudah pasti ada yang akan mengatakan oleh kerana PAS ‘berkedudukan’ di Selangor, maka demi jawatan dan kedudukan ini, PAS Selangor bermuka-muka sanggup bermesra dengan PKR dan sedikit sebanyak bertolak ansur dengan DAP di Selangor.

Sebenarnya saya yakin bukan itu sebabnya. Adalah perlu diakui, pendirian PAS Selangor berbeza dengan PAS Pusat. Lihat sahaja kes PERKASA sebagai contoh dan PAS Pusat setakat ini membenarkan PAS Selangor berbeza, setakat ini.

Akan tetapi, sekiranya disentap PAS Pusat, PAS Selangor akan mengikuti sikap PAS Pulau Pinang kerana PAS Pulau Pinang adalah sekarang ini, wajah PAS sebenar. Dan PAS Selangor tidak akan sanggup menolak arahan PAS Pusat apabila PAS Pusat mengarahkan sesuatu, walaupun PAS Selangor berada di pihak yang lebih betul. Lihat sahaja semasa krisis MB. Jika sekiranya keadaan jumlah kerusi mencukupi dan PAS Selangor diminta bersama UMNO membentuk kerajaan, sudah pasti PAS Selangor akan akur.

Hanya sekarang ini jumlah kerusi tidak mencukupi. Tetapi bagaimana selepas PRU 14?

Oleh itu perjanjian perlu. Bukan sekadar semasa memerintah bersama tetapi juga apabila ingin menghadapi PRU ke 14. Tetapi adakah perjanjian itu akan dihormati setelah menang?

TARBIAH ATAU INDOKTRINASI?

Apa sebenarnya matlamat tarbiah? Kepatuhan mutlak kepada pimpinan? Itu bukan tarbiah, itu indoktrinasi. Keadaan sebegitu tidak jauh berbeza dengan UMNO. Terbukti benar kata-kata Mufti Perlis. Tetapi keadaan dalam UMNO bukan kerana tarbiah atau indoktrinasi. Ianya merupakan manefestasi dari “cari makan”.

Sepatutnya tarbiah dan penimbaan ilmu menjurus kepada kebebasan minda, berani bersikap berdikari dan kritis. Tetapi sebaliknya yang tercapai. Sudah pasti tarbiah gagal sekiranya semakin teokratik dan feudal pemikiran hasil sesuatu program tarbiah. Namun ianya program indoktrinasi yang berjaya.

KESIMPULAN

Maka satu parti dua keadaan bukan sesuatu yang sukar difahami. Ianya berpaksi atas kehendak PAS Pusat, khususnya Presiden PAS. Di Selangor ada manfaatnya bersama PKR dan DAP. Menunggu masa dan peluang atau ikhlas dalam sepakatan? Saya yakin atas sebab ikhlas dalam sepakatan. Tetapi itu PAS Selangor. PAS pusat saya yakin ianya sebaliknya. Masalahnya, pada akhirnya PAS Pusat juga yang menentukan!

Adalah wajar untuk semua merungkai misteri satu parti dua keadaan ini. Mana satu wajah PAS sebenarnya? Berdasarkan itu maka pendirian terhadap PAS dan cara menangani kecelaruan pemikiran PAS dapat ditentukan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sumber DD - 23-11-2015 


kalau Umno Join PAN, Ok ?

Posted on Sunday, November 22 @ 10:23:33 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ada yang bertanya saya, bagaimana jika orang Umno tak mahu join Pas, tetapi mahu join Pan? Saya jawab, itu sudah bagus. Asalkan bukan Umno.

2) Mungkin orang Pas tak setuju dengan saya. Mereka tentu mahu orang Umno masuk Pas. Tetapi jika orang Umno itu tak suka sama Pas, its Ok lah to join Pan.


3) Soalan lagi, kalau begitu parti pengkhianat itu akan jadi kuat, kan? Saya jawab, Pan bukan parti pengkhianat. Ia adalah parti yang membawa aspirasi baru yang cuba untuk mengisi kekosongan yang Pas tidak mahu capai.

4) Pan tetap parti pengkhianat! Saya jawab, tidak. Yang khianat mungkin 18 orang pimpinan itu sahaja yang berpakat menubuhkan Pan.Itu pun hanya pada pandangan orang Pas.

5)Tetapi bagi orang Umno yang menyertai Pan, kita tidak perlu anggap ia pengkhianat. Mungkin Umno sahaja yang akan anggap ia khianat.

6) Pan akan bergerak sebagai parti arus nasional setelah habis generasi bekas pemimpin Pas yang memimpin Pan itu berlalu. Generasi seterusnya yang mengemudi Pan, tidak harus kita gelar pengkhianat.

7) Mungkin tahaluf siyasi dengan Pan generasi seterusnya boleh berlaku. Pan hari ini mungkin mesra Dap. Akan datang, belum tentu Dap akan mesra dengan Pan.

Sekian.

Sumber DD - 22-11-2015



Pemimpin tersasar landasan, makin ramai tinggalkan PAS

Posted on Saturday, November 21 @ 10:29:50 MYT by paktam

OLEH ZULKIFLI SULONG

Semakin hari semakin ramai aktivis, anak didik dan petugas PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengangap haluan dan pendekatan parti itu sudah lari daripada yang mereka kehendaki dan perjuangkan selama ini.
Kebanyakan yang meninggalkan PAS ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dengan pihak luar, dan tidak berpuas hati dengan pendekatan baharu parti itu yang dilihat lebih senang bersendirian.


Sikap tidak jelas hala tuju semasa dan dilihat mesra Umno, parti yang didoktrinkan sebagai musuh utama PAS selama ini, juga menjadi antara punca besar mereka tidak senang dengan parti sekarang.


Perasaan tidak puas hati itu kini turut melibatkan Harakah, lidah rasmi parti Islam itu. Awal bulan ini, ketua pengarangnya Taufek Yahya menghantar notis dua bulan untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bekerja di sana, ekoran perubahan pendekatannya.

Beliau akan meninggalkan media rasmi PAS itu mulai 1 Januari nanti, selepas tempoh notisnya tamat, setelah berpuluh tahun bekerja di sana.

Sebelum itu, beberapa wartawan akhbar rasmi PAS juga berbuat demikian kerana tidak senang lagi dengan pendekatan parti Islam itu.

Fenomena ini membayangkan dilema yang melanda akar umbi parti ketika ini, ekoran perpecahan dalam PAS yang menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresifnya yang lari meninggalkan parti.

Timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub memaklumkan, sehingga kini sudah kira-kira 50,000 mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah.

Beliau yang juga bekas naib presiden PAS, yakin sasaran 100,000 ahli menjelang hujung tahun ini akan berjaya dicapai, sambil menambah, 150,000 borang keahlian sudah diedarkan ke seluruh negara.

"Pencapaian Amanah yang meyakinkan ini berteraskan dasar Islam yang berwajah rahmat untuk semua, di samping pendekatan yang progresif, inklusif dan peduli.
"Ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Fenomena di Harakah juga berlaku di ibu pejabat PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ada yang sudah meletak jawatan untuk bersama Amanah dan tidak kurang juga yang masih kekal bekerja dengan PAS tetapi menjadi 'harum manis' iaitu hijau di luar, oren di dalam.

Ia juga melanda PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, tempat terletaknya Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang kini menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM).

"Hanya tinggal saya dan dua orang lagi saja, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan suaminya, yang kekal dalam PAS," kata seorang tokoh veteran parti yang tinggal berhampiran Taman Melewar ketika menceritakan perihal yang berlaku di situ.

Beliau menamakan Zubir Ahmad (kakitangan pejabat agung PAS), Abu Bakar Rashid, Zain Hashim, Haji Uzir dan ramai lagi aktivis parti yang tinggal di lubuk parti itu sebelum ini yang sudah lari menyertai Amanah di bawah pimpinan Mohamad Sabu.

Kedudukan yang sama juga berlaku di cawangan-cawangan PAS di seluruh negara, semuanya dalam keadaan resah dan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli.
Bagi Nik Mohd Ghazali, seorang ahli jawatankuasa (AJK) cawangan di Selayang, walaupun masih kekal dalam PAS, beliau terasa semakin jauh dengan parti Islam itu berikutan pendekatan barunya.

"Dulu bila ada mesyuarat, saya rajin pergi, namun sekarang terasa liat dan tidak mahu terlibat lagi.

"Kalau dulu ringan tangan menghulurkan duit untuk PAS bagi melaksanakan pelbagai program, tetapi sekarang sudah lain.

"Saya terasa, baik saya masuk tabung masjid," cerita Nik Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Rakan-rakan beliau yang masih kukuh bersama PAS kini membuat persiapan untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Selayang.
Ia berbanding bertanding hanya di DUN Taman Templer pada pilihan raya umum lalu, manakala kerusi selebihnya semuanya ditandingi PKR.

"Kita diarahkan untuk membuat persiapan bertanding di semua DUN di Selayang," kata seorang AJK PAS cawangan.

Fenomena ini membayangkan PAS lebih senang bersendiri, bahkan bersedia untuk berlawan dengan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, jika perlu.

Sementara itu, DAP mula membuka pejabat khidmatnya di DUN Taman Templer yang ketika ini dipegang pemimpin PAS, Zaidy Talib, juga anggota exco kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, DAP mengumumkan akan membuat persiapan jika perlu bertanding di 8 kerusi DUN di Selangor yang dimenangi PAS pada pilihan raya 2013.
"Ada 2 segmen penting yang tidak lari meninggalkan PAS.

"Golongan yang patuh dan wala' kepada pimpinan dan parti dan golongan bawahan PAS yang tidak memahami apa yang berlaku dalam parti itu," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre ketika mengulas fenomena ini.
Ia berlaku terutamanya di negeri-negeri yang PAS sudah berakar umbi dan jauh dari akses kepada kegiatan di laman sosial seperti Terengganu dan Kedah.

Golongan ini akan menyerang mereka yang menyertai atau menghampiri majlis anjuran Amanah, apatah lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti baru itu, dengan pelbagai tuduhan dan label.

Mereka berpendapat, menjadi satu kesalahan besar kepada Amanah kerana berpecah dari parti Islam yang sedia ada dan menjadi satu kesalahan besar untuk umat Islam menghina ulama yang memimpin PAS sekarang.

Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan maklumat semasa melalui media sosial dan hanya mendapat maklumat dari akhbar Harakah dan kuliah-kuliah yang diberikan pemimpin PAS, di samping usrah di kalangan mereka

Sumber DD - 21-11-2015


Kenapa DAP Pecat JKKK PAS terjawab
Posted on Friday, November 20 @ 14:19:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia memenuhi kekosongan jawatan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Pulau Pinang sekiranya diberi kepercayaan untuk berbuat demikian.

"Kami sedia terima sebarang tugasan atau pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang.
"Saya juga percaya Dr Mujahid telah siapkan senarai calon yang sesuai bagi jawatan itu," kata setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Beliau merujuk kepada Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH serta pemimpin parti itu untuk Pulau Pinang.

Isu keanggotaan JKKK menjadi perhatian apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon pada 18 November lalu menjelaskan, ahli PAS yang memegang jawatan dalam agensi negeri berkenaan diminta melepaskan jawatan ekoran masalah hubungan antara PAS dan DAP.

Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti AMANAH sesuai dengan kedudukannya sebagai rakan sekutu DAP dan PKR di peringkat kebangsaan yang membentuk Pakatan Harapan.

Rashid berkata kerajaan negeri mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.

Sumber TKO - 20-11-2015


Tindakan melagakan pemimpin Amanah menjengkelkan

Posted on Wednesday, November 18 @ 15:37:08 MYT by paktam

Oleh Salahuddin Ayub 

Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) dewasa ini yang mendapat liputan, perhatian dan sambutan masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun berusia hanya 2 bulan.

Pemimpin kanan Amanah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum/pentas politik nasional dan antarabangsa yang membuktikan Amanah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.


Pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang mencapai 50,000 di samping menunggu 150,000 borang keahlian yang diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100,000 ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan InsyaAllah.


Pencapaian Amanah yang meyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah Rahmat untuk semua di samping pendekatan yang progresif, inklusif dan peduli , ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.

Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.

Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Mohamad Sabu yang lebih dikenali Mat Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Mat Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan?

Kekuatan yang kami praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawaban secara kolektif. Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap "kluk-klek". Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman.

Berbekalkan pengalaman puluhan tahun di persada perjuangan, saya dan Mat Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti ini. InsyaAlLah Amanah walaupun usianya masih baharu mampu untuk membaca kilat ikan di air. – 17 November, 2015.

* Salahuddin Ayub ialah Timbalan Presiden Amanah.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tindakan-melagakan-pemimpin-amanah-menjengkelkan-salahuddin#sthash.VwO2rQaJ.dpuf
Sumber DD - 18-11-2015        




Amanah Selangor tuntut kerusi ahli PBT

Posted on Tuesday, November 17 @ 19:18:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Pemuda Amanah Selangor tampil menuntut tempat dalam pembahagian kerusi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, memandangkan Amanah sudah membarisi komponen dalam Pakatan Harapan tiba masanya parti baharu ini menyumbangkan khidmat dalam pentadbiran PBT.

"Kebanyakan ahli majlis bakal tamat tempoh perkhidmatan Disember ini jadi tiba masanya Amanah turut diberi ruang untuk berbakti kepada masyarakat.

"Kini Amanah ialah sebahagian daripada pentadbiran di Selangor, kita wajar diberi ruang dan peluang dalam PBT. Amanah mahu gerak kerja negeri lebih adil," katanya ketika sidang media, hari ini.

Abbas berkata, Amanah Selangor hanya diwakili tiga ahli Parlimen dan dua Adun maka tidak salah sekiranya parti itu ditempatkan dalam pentadbiran PBT.

Sementara itu, beliau menangkis dakwaan bahawa Amanah bertindak 'mencuri' ahli Pas.

"Kita menghidupkan demokrasi tidak timbul Amanah curi ahli Pas. Bagaimana dengan ahli Umno yang sertai Amanah? Begitu juga dengan individu tidak berparti yang masuk Amanah.

"Perkara ini terpulang kepada indvidu untuk memilih parti yang sesuai dengan ideologi, fikrah dan cara hidup mereka," katanya.

Beliau yakin dengan pendekatan inklusif dan progresif yang dibawa Amanah akan menyuntik perkembangan positif.

Katanya, buat masa ini keahlian Amanah Selangor telah mencatatkan 10,000 ahli dan dalam tempoh dua minggu bakal menginjak ke angka sasaran iaitu 20,000.

Sumber TKO - 17-11-2015



Jamil Khir, Yapeim perlu disiasat, bukan saman malu

Posted on Sunday, November 15 @ 12:33:38 MYT by paktam

Oleh Faiz Fadzil 

Pendedahan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir berkenaan dakwaan salah guna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) bagi membiayai lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dan rombongannya termasuk isteri beliau sendiri ke Amerika Syarikat pada tahun lepas adalah satu dakwaan serius kerana ia melibatkan wang derma orang ramai.


Menurut Akmal, lawatan tersebut yang diadakan bagi menjayakan satu program bertujuan "pemantapan dan pemerkasaan" Kelab Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (Santun) Yapeim namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah. Ini kerana rombongan Jamil turut bermain golf dan mengunjungi pusat beli-belah “upscale outlet” barangan berjenama yang terletak di Washington DC sebanyak 4 kali.

Kegagalan Jamil menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang dikemukakan Akmal seolah-olah mengesahkan dakwaan pembiayaan lawatan dan program tersebut dengan menggunakan dana Yapeim sebanyak RM590,000.

Jumlah ini terlampau tinggi sedangkan terdapat ramai anak yatim memerlukan wang tersebut. Adalah diragui Jamil dan rombongannya bukanlah pihak yang berhak menikmati wang derma tersebut.

Jika dakwaan ini benar, adalah sesuatu yang mengecewakan kerana menteri yang menjaga hal-ehwal agama tidak sepatutnya terlibat di dalam kes sebegini. Sebagai “ustaz”, beliau perlulah menunjukkan keindahan pemerintahan yang dilandaskan syariat.

Mungkinkah beliau lupa tentang kisah amanahnya Khalifah Umar Abdul Aziz mengasingkan penggunaan harta negara dengan kepentingan peribadi. Wang Yapeim seharusnya digunakan bagi memberikan kehidupan yang lebih senang dan pendidikan yang lebih baik kepada anak yatim negara ini. Namun, wang ini digunakan oleh mereka yang bukan ahlinya dan ini bercanggah dengan firmah Allah di surah An-Nisa:58.

Jamil juga adalah menteri agama sama yang gagal menyekat penggunaan wang Tabung Haji digunakan untuk “bail-out” hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam pembelian satu plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga 50 kali ganda lebih daripada harga asal. Mungkin dulu beliau hanya menjadi pak turut, tetapi mungkin kini beliau pula menjadi pecatur.

Apa lagi yang boleh diharapkan pada Umno jika menteri agama pun gagal untuk menunaikan amanah dengan integriti dan trasparensi. Dakwaan yang serius sebegini hendaklah disiasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak cukup bagi Jamil hanya membuat saman malu. Tunjukkan keadilan dapat dilaksanakan dengan berlapang dada menjemput pihak SPRM menyiasat beliau dan Yapeim bagi membersihkan namanya dan yayasan tersebut berhubung dakwaan ini bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terutama umat Islam kepada institusi Islam di negara ini.

* Penulis adalah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional.

Sumber DD - 15-11-2015


Khalid Samad tegur kerajaan Selangor Jangan ada perempuan. simpanan!

Posted on Saturday, November 14 @ 20:13:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,,,

Khalid Samad kata tulisannya disensasikan oleh pihak Akhbar apabila menyiarkan tajuk berita yang berbunyi  “Amanah tegur S’gor: Jangan ada wanita 

simpanan”.Menurut Khalid Tajuk asal kenyataan itu ialah "cadangan Amanah kepada Kerajaan selangor" diubah oleh pihak akhbar dan di sensasikan.Dalam keghairahan Khalid menjelaskan maksud sebenar perempuan simpanan dalam kenyataan tersebut,  twitternya mendapat respon yang agak memberangsangkan dari pengunjungnya.
Ada komen yang menyebut  enche dan team oren enche memboringkan dan ada yang memberi pendapat yang mengatakan sepatutnya dia dan teamnya patut masuk PKR dan DAP saja,nape nak buat parti baru?

Yang mahu ditekankan dalam artikal ringkas ini ialah kegemaran pihak akhbar mengubah tajuk dan kata kata seseorang untuk tujuan sensasi dan melariskan akhbar mereka.Sekarang Khalid Samad dan pemimpin PAN sudah tahu macam mana pihak akhbar bekerja.Oleh itu kepada cybertrooper aka pencacai PAN serta pemuka pemuka mereka, kalau nak buat mana mana berita akhbar sebagai rujukan serangan mereka, kajilah dulu kebenarannya, bukan main bantai saja, asal berita tak baik mengenai PAS atau TGHH terus saja spin tak henti henti.Jadilah manusia yang berakal.Sekarang contoh sudah jelas, pemimpin kamu sendiri disensasikan oleh akhbar.


Begitu juga saranan dari komen pengunjung twitter khalid yang mencadangkan pemimpin PAN sepatutnya tak perlu tubuh parti baru tapi patut masuk PKR atau DAP saja merupakan satu komen yang menarik.Komen ini menjelaskan kepada kita bahawa pemimpin PAN sudahpun mendapat mesej dari akar umbi yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka jadi sekarang apa lagi yang boleh diharapkan dari PAN?

Sumber TKO - 14-11-2015


PAN: Jangan Khianati Bumi Serambi Mekah!

Posted on Thursday, November 12 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pembangunan Negeri Kelantan yang berteraskan Syariat Islam telah dilaksanakan dengan jayanya. Pendekatan aqidah Islamiah adalah kunci utama yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan di negeri Serambi Mekah ini.

Melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, ia berupaya membawa rakyat Kelantan kearah pengukuhan dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan. Ini kerana pendekatan aqidah adalah pra-syarat utama dalam membangunkan diri serta masyarakat dan sudah tentulah masyarakat yang sejahtera ialah masyarakat yang berjaya pasakkan aqidah yang kukuh dalam jiwa dan pemikiran mereka. Inilah yang telah diasaskan oleh Arwah Tok Guru semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar pada 21 Oktober 1990 setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan Kawasan Semut Api pada PRU tahun 1990.

Dasar pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang diasaskan oleh Tok Guru ialah Membangun Bersama Islam dengan tiga teras utama iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan (UMI) diperkukuhkan dalam jiwa masyarakat. Tok Guru semasa mempersembahkan Ucapan sempena Majlis Sambutan 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan pada 12 Zulkaedah 1431 bersamaan 20 Oktober 2010, di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu secara tegas menyatakan:

“Dasar Membangun Bersama Islam kita perkenalkan apabila diberikan mandat oleh rakyat pada tahun 1990. Membangun Bersama Islam dengan maksud kita akan terus memacu pembangunan selari dengan landasan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Pembangunan perlu terus dilaksanakan kerana dunia ini dijadikan oleh Allah SWT untuk manusia, bukan untuk malaikat atau makhluk lain. Namun pembangunan yang kosong rohaninya hanyalah umpama pokok besar yang akarnya buruk dan reput.

Daunnya sekalipun merimbun tidak akan lama menaungi, masanya tersemban jatuh sangat mudah. Di antara ajaran penting dalam Islam ialah dunia ini bersambung dengan akhirat dan ini tidak ada di dalam ajaran ideologi yang lain selain Islam. Oleh yang demikian, sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja”.

Sehingga kini, setelah YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih tanggungjawab sebagai Menteri Besar, beliau menyambung perjuangan yang sama bagi mengekalkan kerajaan Islam Kelantan dan meletakkan enam dasar utama Kerajaan Negeri Kelantan yang berpaksikan Membangun Bersama Islam dengan memasyhurkannya pada fasa ini dengan Merakyatkan Membangun Bersama Islam iaitu:

1) Dasar Pentadbiran Kerajaan berteraskan Syariat;
2) Dasar Perundangan dan Kehakiman;
3) Dasar Kebudayaan dan Kesenian;
4) Dasar Pembangunan Pendidikan;
5) Dasar Pembangunan Ekonomi, dan
6) Dasar Pembangunan Sosial.

Sejak sekian lama Umno/BN bertungkus lumus untuk mengambil alih pemerintahan PAS Kelantan dengan mengutarakan pelbagai manifesto dan terlalu banyak perbelanjaan duit poket dalam pilihan raya ditabur, namun rakyat tetap mempertahankan Kerajaan Islam ini. Kini, setelah muncul PAN sebagai sebuah parti politik baharu yang belum jelas identiti secara tidak malu menyatakan kenyataan terbuka melalui Presidennya Mohamad Sabu bahawa PAN bersedia mengambil alih Kelantan pada PRU-14 bagi menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan yang diasaskan oleh arwah Tok Guru.

Sebelum ini pihak PAN telah mengeluarkan kenyataan tidak akan bertentang dengan PAS bahkan PAN ditubuhkan untuk bantu PAS tetapi kini selera PAN sudah berubah, tidak berprinsip! PAN sedarkah kewujudannya hanya memecahbelahkan ahli PAS dan setiap agenda mereka hanya merehatkan kerja Umno/BN? Asas aqidah Islam yang telah dibangunkan di Kelantan sudah tidak relevan lagi bagi PAN dan barangkali Membangun Bersama PAN lebih baik daripada Membangun Bersama Islam! Ingat, rakyat Kelantan sangat tahu dosa pahala, sangat tahu dunia akhirat, PAS Kelantan sudah sebati dengan dasar Islamnya, maka PAN jangan musnahkan asas-asas Islam yang sudah lama bertapak ini. Kenapa PAN tidak ke Serawak atau Sabah atau negeri-negeri lain yang masih memerlukan santunan politik islamik? Kenapa Kelantan menjadi target dan serangan PAN untuk diperbaiki? Tidak lain dan tidak bukan kerana PAN ingin lihat Kelantan ‘Samo Ssajo’!

Oleh: Asri ed-Diwanie

Sumber TKO - 12-11-2015



Gaji & Elaun Presiden PAS, Cybertropper AMANAH buat kerja bodoh

Posted on Thursday, November 12 @ 12:13:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saya terima masej daripada rakan geng AMANAH "Sungguh bertuah parti PAS kerana mempunyai seorang Tok lebai Presideng yang sangat 'Zuhud' dan tidak mengejar jawatan, harta dunia serta kuasa.. Takbirrrrrrrr"

"X lama lg elaun penasihat. Boleh ler beli bot besao gi candat", tambahnya.



Dia orang hantar gambar ini.

Lihat sepintas lalu, sudah nampak ada maklumat yang tak benar daripada anggaran pendapatan tersebut. Tapi sekarang ni, momok apa sahaja semua orang telan bulat-bulat tanpa fikir panjang. Kononnya golongan profesional yang ilmiah dari segi maklumat dan berfikiran vartikal yang tinggal omong-omong kosong.

Mereka lebih buruk daripada UMNO yang telah busuk sampai ke usus. Tapi pelik lidah sebut menentang UMNO tetapi paie perangai 100% mengganti UMNO.

Ok. Katakanlah kita terima gaji Presiden PAS RM90,000.00 sebulan. (nak ajar pemikiran vartikal)

Apa yang Presiden PAS buat dengan duit banyak itu sebulan?? Buat rumah besar macam Anwar Ibrahim? atau Salahuddin Ayub?? Atau Dr Zul, Hatta Ramli atau Khalid Samad??


Ini gambar baru rumah Presiden PAS yang bergaji RM90K sebulan mengikut sebaran fitnah parti AMANAH (dulu UMNO buat kerja ini. Sekarang UMNO boleh relex sebab dah ada pembantu/proxy yang mengambil alih tugas bodoh ini) yang diambil menggunakan drone.

Cuba bayangkan menjadi MP/ADUN lebih daripada 30 tahun tapi inilah rumahnya. Tak ada kemewahan. Malah lebih buruk dan uzur daripada rumah tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Untuk makluman tukang fitnah pencacai AMANAH dan cybertropper AMANAH, Presiden PAS tak ambil gajinya untuk Parlimen Marang dan DUN Marang. 100% disumbangkan kepada parti.

Tak payah buat kerja bodoh. Biarlah UMNO sahaja buat kerja bodoh ini.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 12-11-2015


Bincangan dengan AMANAH: Azmin sibuk hari ini

Posted on Thursday, November 12 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ekoran kesibukan menteri besar menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat Mohamed Azmin Ali, pagi ini.

"Pagi ini kita hanya dapat buat kunjungan hormat dan hanya membincangkan bagaimana memperkukuhkan hubungan parti di Selangor serta sokongan kami kepada menteri besar," kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir ketika ditemui Malaysiakini.
Beliau ditemui di

pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sebelum itu Anuar menemui Azmin di pejabat beliau kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dapat ditemui Malaysiakini kira-kira dua jam kemudian.

Selain Anuar, turut hadir ialah Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad dan pengarah komunikasi parti itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Azmin sebelum ini dilaporkan bercadang mengadakan pertemuan dengan pimpinan AMANAH pada hari ini untuk berbincang dengan pelbagai isu, khususnya membabitkan hala tuju kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Harapan.

Kerjasama macam biasa

Ia antaranya termasuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

Desakan itu dibuat kerana setakat ini Selangor belum mengisytiharkan negeri itu ditadbir oleh gagasan Pakatan Harapan walaupun Pakatan Rakyat - yang ditubuhkan dengan PAS - diumum berkubur.

Anuar ketika diminta mengulas perkara tersebut, menafikan ada membincangkan isu pakatan berkenaan.

"Kami tak bincangkan perkara itu (status kerajaan Selangor). Ia hanya kunjungan hormat sebab Azmin sibuk dengan sidang DUN tapi terima kasih kerana masih dapat luangkan masa.

"Kami berkawan dan tak ada masalah langsung, tak ada nak demand, (beri) kata dua semua itu tak timbul di pihak AMANAH," tegas Anuar.

Malah, Anuar berkata kerjasama antara kerajaan negeri dengan AMANAH sehingga kini masih berjalan.

"Kerjasama berjalan seperti biasa, adalah masalah sikit-sikit tapi ia boleh diselesaikan.

Sementara itu, mengulas kenyataan Khalid (gambar) yang mendakwa kerajaan negeri ada 'wanita simpanan' Anuar berkata ia bukan pendirian parti.

"Tak ada, itu kenyataan off cut dan tak perlu dibesar-besarkan. Tak semestinya apa yang dinyatakan itu merupakan pendirian parti.

Diminta mengulas kerjasama dengan PAS pula, Anuar meminta soalan itu diajukan kepada parti tersebut.

"Itu kena tanya PAS," kata Anuar sebelum berlalu pergi.-MK

Sumber TKO - 12-11-2015


Dato' Razali Ibrahim berbohong?


Posted on Wednesday, November 11 @ 12:18:29 MYT by paktam

Oleh Mazlan Aliman

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat meragui jawapan YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen mengenai soalan yang dikemukakan YB Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani.

Ia berkaitan dengan Himpunan Warga Felda sempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang membabitkan sekitar 10,000 warga Felda di Masjid Negara.

Sebelum ini, iaitu pada 13 September, ANAK telah membuat kenyataan Media dengan melampirkan bukti bagaimana peneroka dan Gen 2 Felda telah dikerah melalui arahan dari Jabatan Pembangunan Komuniti Felda untuk hadir dalam Himpunan Warga Felda sempena Hari Malaysia pada 16 September. ANAK telah mempersoalkan adakah ianya program resmi Felda atau mempunyai kaitan dengan Himpunan Baju Merah yang bersifat rasis.

Ekoran dari Himpunan 16 September, ANAK dimaklumkan bahawa sememangnya para peneroka dan Gen 2 Felda terlibat dengan Himpunan Baju Merah. Bukti bergambar termasuk aduan anak peneroka sendiri mengenai pembabitan ibubapa mereka dalam Himpunan Baju Merah adalah jelas.

Justeru, jawapan Dato' Razali Ibrahim di Parlimen sangat di ragui kebenarannya. Adakah beliau berbohong di Dewan yang mulia bagi melindungi penglibatan Felda di bawah seliaannya?



 
Lebih memeranjatkan, beliau mengakui Badan badan dalam Felda iaitu JKKR dan GPW

telah menampung kos berjumlah RM925,000 bagi pembiayaan pengangkutan bas dan makan minum peserta. Suatu pembaziran dari aktiviti yang bersifat perkauman.

Sehubungan dengan itu, ANAK akan membuat Laporan Polis dalam masa yang terdekat ini. Polis mesti menyiasat Dato' Razali, Pengarah Besar Felda dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda agar tiada mana mana pihak yang cuba mengeksploitasi para peneroka untuk agenda yang bersifat perkauman dan membazirkan wang atas tujuan yang tidak berkaitan dengan kehidupan mereka.

' MENERAJUI PERUBAHAN'

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
11 Nov 2015

Sumber DD -11-11-2015


Suasana Sambutan Ceramah Pakatan Harapan Tanpa Pas Anjuran Pan Bersama Dap Di Sekijang Johor

Posted on Wednesday, November 11 @ 17:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pakatan Harapan tanpa PAS ada harapan ke nak tawan Putrajaya kalau dilihat akan sambutan ceramah seperti ini????




Tepuk dada tanya iman ....  cuitkan minda tanya akal logik .... perlu berlaku jujur dan menerima kenyataan secara berlapang dada dan ikhlas.

Tanpa PAS dalam Pakatan Harapan jangan harap nak tawan Putrajaya ... itu kenyataan dan realiti politik masa kini. Sebab itu para penyokong Pakatan Harapan jangan asyik berangan tanpa berpijak dibumi yang nyata betapa politik realiti negara ini kalau pembangkang nak tawan Putrajaya kena berbaik-baik dan bergabung dengan PAS.

Nak berbaik dengan PAS langkah pertama jangan nak berlagak sombong serang dan maki hamun serta memfitnah PAS.

Sudah jelas parti yang ditubuh dan dipimpin Mat Sabu tidak mampu dan boleh berikan undi masyarakat Melayu/Bumiputera/Islam kepada Pakatan Harapan.

Kekuatan PAN yang menumpang kepada pengaruh dan sokongan dari para penyokong DAP dan PKR.

PKR pun sudah terbukti jua walaupun sudah wujud sejak tahun 1999 lagi masih tidak mampu secara solo dan bersendirian tanpa bantuan PAS untuk meraih dan mendapatkan sokongan warga Bani Melayu/Islam dinegara ini.

PAN diakui agak popular kalangan masyarakat Tionghua itu pun disebabkan pertalian dan hubungan intim erat pekat kelatnya dengan DAP.

Sebab itu dikalangan pemimpin tertinggi PKR masih bertegas dan berpendirian keras mau juga PAS sebahagian dari Pakatan Harapan walaupun ianya membuat DAP dan PAN berasa tidak selesa.





Beginilah Suasana Sambutan Ceramah Siri Jelajah Treler Pakatan Harapan Tanpa Pas Di Pasir Mas Kelantan Malam Tadi
Posted on Wednesday, November 11 @ 17:13:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Lokasi Ceramah : Wakaf Merah Padang Embun, Tendung, Pasir Mas, Kelantan.

Penceramah: Presiden PAN Hj Mohamad Sabu, Aziz Bari wakili DAP dan Dr Mohd Nur Manuty Pengerusi MPN PKR Perak wakili PKR.


Kehadiran lebih kurang antara 200 ke 250 orang ... tajuk dan isi ceramah seperti biasa serang dan sindir keras PAS serta kepimpinannya terutamanya Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang .. beritahu musuh utamanya yang mau dilawannya adalah UMNO/BN tapi lebih 80 peratus isi kandung ceramah asyik menyerang PAS .. maknanya lawan UMNO tapi yang diserang bertalu-talunya adalah PAS sambil angkat darjat DAP begitu tinggi sekali.

Buat pengumuman jika Pakatan Harapan mampu tawan Terengganu calon Menteri Besarnya ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin ... peliknya masa ceramah kat Bukit Payong, Marang, Terengganu malam kelmarin tidak pun disentuh dan sebut nama Raja Kamarul Bahrin sebagai calon MB Terengganu dari Pakatan Harapan tanpa PAS sedangkan disitulah lokasi yang paling afdal dan sesuai untuk dibuat pengumuman.

Setakat ini calon Pakatan Harapan untuk MB Kelantan masih belum ada mungkin tidak yakin kot kemampuan dan kebolehan Pakatan Harapan tawan Kelantan dari tangan PAS.

Malam tadi diadakan dua acara iaitu satu acara angkat plakad tertulis MANA RM2.6 BILION dan kedua upacara pakaikan kopiah keatas kepala Mat Sabu.

Ikut akal hukum logik walaupun hampir kesemua yang hadir diberikan setiap seorang satu keping plakad MANA RM2.6 BILION namun yang memegangnya tidak sampai pun 20 peratus. Bermaksud yang betul-betul hadir yang menyokong Pakatan Harapan malam tadi sekitar lebih kurang 50-60 orang sahaja. Jadi dimana logik nya kata PAS di Kelantan sudah lumpuh????


Parti Amanah Negara Menerima Tamparan Hebat Apabila Penjelasan Kak Wan Betapa Pakatan Harapan Menerima Pas Terus Kekal Dalam Pentadbiran Negeri Selangor
Posted on Wednesday, November 11 @ 17:09:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Inilah bahananya apabila politikus cicak mengkarung cuba berlagak menjadi naga .. parti yang paling muda dan lemah cuba nak berlagak abang besar dan mau menentukan hala tuju Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan menerima Pas untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail.

Beliau menegaskan, perkara itu telahpun dipersetuju PKR dan DAP.

“Kita (PKR dan DAP) terima Pas dalam kerajaan Selangor kerana Exco Pas dipilih oleh rakyat.

“DAP juga telah menegaskan mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, ” katanya ringkas ketika ditemui di Mahkamah Tinggi pada Rabu.

Presiden PKR itu berkata, gabungan PKR-DAP-Pas telah bekerja dengan baik semenjak pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Gabungan ini berjalan dengan baik dan kita terimanya,” katanya.

Penjelasan Wan Azizah itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan pemimpin tertinggi DAP yang sebelum ini mendesak Azmin menerima kerajaan Selangor sebagai Pakatan Harapan.


Sedia Ganti PAS di Kelantan Mat Sabu Lupa 2 Perkara

Posted on Tuesday, November 10 @ 20:39:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mat Sabu berkata, jika sokongan AMANAH hebat, Amanah bersedia untuk bertanding di Kelantan untuk lawan UMNO. Ini bermakna AMANAH juga akan melawan PAS kerana sudah pasti PAS akan bertanding pada kerusi asalnya dan akan wujud pertandingan 3 penjuru.

Jika wujud pertandingan 3 penjuru sudah pasti ini akan memberikan kelebihan kepada UMNO. Secara tidak langsung sebenarnya AMANAH membantu UMNO untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.

Adakah AMANAH bersedia untuk bertanding 3 penjuru yang akan membantu UMNO??

Dua bulan lalu Mat Sabu telah membuat kenyataan bahawa AMANAH sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional dan PAS dalam PRU-14 nanti walaupun ini akan memberikan keselesaan kepada UMNO / BN.

Adakah ini yang dimaksudkan mengukuhkan Pakatan Rakyat?? Sehingga ramai dikalangan pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan muktamar berhijrah kepada AMANAH kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO?

Apa bezanya bergabung dengan UMNO dengan tindakan parti AMANAH yang memberi nyawa/nafas kepada UMNO yang kini sedang nazak?

Orang yang berfikiran rasional akan melihat apa sebenarnya muslihat penubuhan AMANAH setelah tidak berjaya mendapatkan kedudukan dalam PAS.

Mat Sabu fikir jika wujud pertandingan 3 penjuru, AMANAH boleh menang ke? Saya dah tulis pasal Mat Sabu dengan calon bebas Maimun Yusuf yang menyebabkan Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu sebelum ini kerana wujud pertandingan 3 Penjuru. Itu Baru Maimun yang tampal poster sendiri dengan basikal?? tolong baca di sini.

Yang kedua.

Rakyat Kelantan pada dasarnya semuanya nak undang-undang hudud. Malah UMNO Kelantan sendiri menyokong rang undang-undang hudud Kelantan.

Kedudukan bukan Islam di Kelantan pun sama. Bagi mereka undang-undang hudud adalah undang-undang Islam yang tidak menyentuh bukan Islam dari segi pelaksanaannya. Apa nak ditakut? Yang akan dipotong adalah pencuri. Bukan Islam dan pimpinan DAP bukan pencurikan?? Malainkan merekaa ini pencuri.

Mat Sabu pula dengan geng AMANAH sedia mengundi menolak hudud di parlimen. Ini parti Islam generasi kedua kononnya yang tolak hudud. Macam mana orang yang menentang dasar Islam cuba untuk ganti PAS di Kelantan. Agaknya "syaitan" mana nak sokong?

Geng AMANAH makin meracau. Akibat tidak boleh terima kekalahan pada muktamar, semuanya nak dibakar!! Katanya mereka ini profesional tetapi tindakan menunjukkan mereka tidak matang dan sangat emosi.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/


Sumber TKO - 10-11-2015


Selepas robek dan fitnah Pas, AMANAH Sedia ambil alih Kelantan pada PRU14

Posted on Tuesday, November 10 @ 11:18:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. 

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di sini, malam tadi.



Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.



"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. - Bernama



Sumber TKO - 10-11-2015


Koleksi Gambar Suasana Dan Sambutan Siri Jelajah Treler Pakatan Harapan Tanpa Pas Di Seremban Pada 25/10/2015 Yang Lalu
Posted on Monday, November 09 @ 22:16:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Akhirnya ada juga peminat Omak Kau yang berikan beberapa gambar suasana sambutan siri Jelajah Treler Pakatan Harapan peringkat Negeri Sembilan tanpa PAS yang berlangsung di Rahang, Seremban, Negeri Sembilan pada 25hb Oktober 2015 bersamaan hari Ahad mulai jam 9.00 malam yang lalu dengan para penceramah terdiri dari Lim Kit Siang, dan Hj Mohamad Sabu antara lain.









Akhirnya ada juga peminat Omak Kau yang berikan beberapa gambar suasana sambutan siri Jelajah Treler Pakatan Harapan peringkat Negeri Sembilan tanpa PAS yang berlangsung di Rahang, Seremban, Negeri Sembilan pada 25hb Oktober 2015 bersamaan hari Ahad mulai jam 9.00 malam yang lalu dengan para penceramah terdiri dari Lim Kit Siang, dan Hj Mohamad Sabu antara lain.

Lokasi ceramah diadakan betul-betul didepan Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan.

Perlu diingat parlimen Seremban untuk sekian lama adalah kubu kuat DAP jadi dari segi logiknya jika pun ada sambutan ianya bolehlah dikatakan dari penyokong dan pendokong DAP memandangkan yang hadir memberikan ucapan ialah pemimpin ulungnya Lim Kit Siang yang kebetulan baru sangat digantung sebagai ahli parlimen selama 6 bulan maka sudah pasti para penyokong tegarnya mau mendengar sendiri dari mulut pemimpin berkenaan mengapa beliau digantung dari menghadiri sidang parlimen selama 6 bulan dan bukannya sangat nak dengar celoteh Mat Sabu dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan.

Hujan turun agak lebat sebelum mulanya acara tetapi sudah mulai reda ketika Lim Kit Siang memulakan ucapannya ... sambutan tidaklah begitu memberangsangkan malahan boleh dikatakan cukup menghampakan sekali jika diambil kira kawasan itu lubuk kuat DAP.

Sebelum PRU ke-13 lalu dilokasi yang sama pernah Dato' Seri Anwar Ibrahim mantan Ketua Pembangkang membuat ceramah dan sambutannya jauh lebih hebat, hangat dan menyegat.

Rata-rata para pendengar yang hadir malam itu diberitakan melebehi 90 peratus adalah warga masyarakat Tionghua dan selebihnya Melayu campur India.

Nampaknya tanpa penglibatan PAS dengan Pakatan Harapan masyarakat malu masih segan-segan silu nak hadir atau paling tepat bahasanya masih enggan mau menyokong Pakatan Harapan .. Itu adalah hakikat.

Sumber OMAK KAU!!!!


Sumber TKO - 9-11-2015



Kerja Cybertropper AMANAH Awang AlKenit, Jbox dll

Posted on Monday, November 09 @ 10:41:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kumpulan PAN telah memainkan kerja UMNO sedang merobek PAS. Mereka bukan menyerang UMNO tetapi menyerang Presiden PAS daripada pimpinan atas PAN sehingga ke bawah. Malah cybertropper yang kendalikan juga memainkan peranan membuat fitnah.

Adakah mereka ini tidak takut dosa??

Kredit
Aszfia Haris El Haraki

Sumber TKO - 9-11-2015


Ini lagi lawak, Kalau tak ada UG saya masuk Semula

Posted on Monday, November 09 @ 10:35:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Meneliti kata-kata BOS PASMA, wujud keraguan gabungan PAS dengan UMNO. Maknanya hanya andaian pimpinan AMANAH sahaja.

Beli bawang sekilo musim hujan
ada sebiji bawang busuk,
JANGAN AMBIL
nanti rosak lauk sebelanga

Kredit:
Abdul Jalil Che Kob

Sumber TKO - 9-11-2015





Ceramah AMANAH di Wakaf Dua, Marang Terengganu

Posted on Monday, November 09 @ 10:20:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mcm tak percaya je sambutan yg diterima oleh PAN. Kata hebat sgt. Nape tak ramai? Setakat ni tak pernah aku nampak sambutan hangat yg diberikan oleh penyokong PAN dimana-mana ceramah PAN.



Ini ceramah PAN yg terbaru di Kg Wakaf dua, Marang Terengganu. Raja Bahrin dan Mat Sabu ceramah. Ceramah dan perasmian pejabat pan marang.



Kredit
Mohd Zubit Lebai


Sumber TKO - 9-11-2015


Tindakan terhadap vape perlu polisi jelas

Posted on Sunday, November 08 @ 15:52:03 MYT by paktam

Oleh Faiz Fadzil

Masyarakat kini hangat membincangkan isu penggunaan vape. Ada yang menganggap vape sebagai alternatif kepada rokok dan ada pula yang mengaitkan vape dengan penyalahgunaan dadah.Apa yang menjadi persoalan ialah tiadanya tindakan konstruktif dan positif oleh pihak kerajaan.

Tiada satu peruntukan undang-undang mengharamkan penjualan dan penggunaan vape. Oleh itu, sebarang tindakan merampas vape menyalahi perlembagaan dan undang-undang.


Tiada sesiapa yang berhak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Namun, tiba-tiba kerajaan bercadang mahu mengenakan cukai ke atas vape yang jelas membawa maksud vape tidak menyalahi undang-undang, malah boleh mendatangkan keuntungan kepada kerajaan seperti mana GST.

Tiada apa-apa ketetapan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan lagi sama ada vape haram atau pun tidak.

Sekiranya satu ketetapan hendak diambil, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil kira pandangan pakar perubatan dan agensi kerajaan yang terbabit seperti pihak polis, Kementerian Kesihatan dan Agensi Dadah Kebangsaan.

Apakah kaedah maslahah yang perlu dipertimbangkan?

Adakah kerajaan akan bertindak sepertimana isu rokok? Rokok difatwakan haram, tetapi halal dijual semata-mata kerana keuntungan jutaan ringgit kepada kapitalis dan kerajaan melalui kutipan cukai. Bukan kesihatan yang diutamakan, tetapi keuntungan.
 
* Faiz Fadzil ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional.

Sumber DD - 8-11-2015


Ahli Kecewa Parti Amanah Semakin Kurang Sambutan

Posted on Saturday, November 07 @ 19:52:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seorang ahli Parti Amanah Negara, Shafie Salleh meluah rasa kekecewaan apabila parti yang didokonginya semakin kehilngan sokongan daripada masyarakat negara ini.

Parti Amanah yang dilancarkan pada 16 September lalu kini dilihat semakin hilang daya tarikan selepas beroperasi lebih kurang dua bulan dari tarikh penubuhannya.

“Kenapa Amanah Terengganu dilihat terlalu lemah sekarang, tidak seperti seawal penubuhannya dulu,” soal Shafie yang meluahkan rasa kekecewaan dengan perkembangan terkini partinya itu.

Justeru, Shafie mengharapkan dua tokoh utama Terengganu; Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi Amanah Terengganu dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Batu Burok dapat memainkan peranan untuk memacu perkembangan Amanah di negeri itu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (kiri) dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN PAS Batu Burok, Terengganu

“Saya mengharapkan sungguh agar dua orang pemimpin ini lebih pro aktif demi memajukan AMANAH di bumi Darul Iman. Jangan hanya “hot hot chicken shit”. Fokus,”katanya.

Shafie juga memaparkan gambar-gambar majlis pembukaan Pejabat Amanah Sarawak, di Matang Jaya yang masih perlu diperkasakan lagi.

Abusiraj Almuner (tengah), Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Sarawak,Presiden Parti Amanah Negara pusat, Mohamad Sabu hadir sama semasa majlis perasmian pejabat Amanah Sarawak di Matang Jaya.,Masih ada kerusi kosong semasa majlis perasmian pejabat Amanah Sarawak di Matang Jaya.

“Walaupun sebahagian besar yang hadir ada PKR dan DAP sementara kerusi pun banyak juga yang kosong tapi ini langkah pertama yang baik untuk terus maju.

“Aik siap ‘posing’ dengan amoi lagi, nak lawan bang Mat ke?? Sorry gurau.”

Turut dipaparkan gambar program Parti Amanah di Sabah yang menunjukkan masih banyak lagi kerusi-kerusi kosong yang tidak dipenuhi pengunjung.

Program Amanah di Hotel Emas, Tawau, Sabah

Program itu diadakan di Hotel Emas Tawau, Sabah yang dihadiri oleh Presiden Amanah pusat, Mohamad Sabu.

Hamzah Abdullah, Pengerusi Parti Amanah Sabah (baju putih) mengumumkan senarai ahli jawatankuasa parti peringkat negeri

Sumber TKO - 7-11-2015


Separuh ahli PAS sokong Amanah di Kelantan

Posted on Thursday, November 05 @ 10:10:03 MYT by paktam

OLEH ZULKIFLI SULONG

Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.


Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran "harum manis" iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

"Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah," kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

"Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.

Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.

"Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan," kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.

Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.

Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.

"Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya," katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.

"Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja," katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah.-TMI

Sumber DD - 5-11-2015



Mat Sabu dan gengnya

Posted on Saturday, October 31 @ 14:42:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

"Penulis Nampak. Mungkin ada yang juga Nampak. Akan tetapi masih ada yang tak Nampak atas sebab emosi yang tinggi.
Apakah yang penulis Nampak. Penulis Nampak Mat Sabu dan geng nya sudah menyesal  cabut lari dari PAS.



Mengapa Mat sabu dan Gengnya menyesal. Mereka menyesal kerana apa yang program tidak menjadi. Apatah lagi siri ceramah anjurannya tidak mendapat sambut menggalakkan.
 
Memang.Begitulah bagi mereka yang duduk dalam parti baru. Lainlah ketika berada dalam pas. Bayangkan PAS adalah sebuah parti nombor dua  di Malaysia ini.



PAN atau Amanah walaupun sudah lama ditubuhkan, tetapi parti cap cangkol itu tidak terkenal walaupun ada nama begitu lama.



Sambutan yang menggalakkan diberikan ahli PAS pada Mat Sabu bukan atas nama ia Mat Sabu. Tetapi atas nama parti Islam Semalaysia.



Lihat Ustaz Nahkaie Ahmad ketika masuk Umno. Pendek kata setiap ceramah anjuran umno sambutannya tidak sama macam dia berada dalam parti PAS.



Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Mat Sabu dan gengnya.Setakat hari ini Mat Sabu dan gengnya semacam teramat kesal dengan tindakan cabut lari dan tubuh parti lain.



Begitulah reality dalam arena politik di Negara satu Malaysia ini.Usah promosilah itu dan ini untuk raih rakyat jelata.Mereka tahu parti baru yang belum tahu fungsi itu tidak akan ke mana pun.



Lebih -lebih lagi rakyat jelata Negara satu Malaysia sudah lama mengenali Mat Sabu dan gengnya. Siapakah sebenarnya Mat Sabu dan gengnya.



Yang penulis Nampak, Mat Sabu dan gengnya gagal meraih sokongan rakyat jelata. 



Apatah lagi ahli pas yang sedia maklum mengenali peribadi sebenar dan gengnya.



Tun Dr Mahathir Mohammad pun jika tubuh parti baru belum tentu dapat sokongan. Macam Juga KU LI yang juga kecewa dalam parti semangat 46 sehingga terpaksa bubar dan masuk semula ke dalam umno.



Mereka yang popular pun boleh gagal dalam meraih sokongan rakyat jelata. Apatah lagi Mat Sabu dan gengnya yang main- main dengan dunia politik Islam



Sumber TKO - 31-10-2015


Tu dia! mempelam harum manis!

Posted on Friday, October 30 @ 23:29:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Assalamualaikum,,,.

Mula mula dengar cybertrooper PAN yang mirip cybertrooper UMNO era sebelum PRU 13, kini seorang pemimpin negerinya bernama Datuk Dr Ismail Salleh, pengerusi PAN Kedah mengulanginya lagi, Mempelam manis dalam PAS yang hijau di luar oren di dalam.Saya ada menulis mengenai mempelam harum manis sebelum Datuk Dr Ismail Salleh menyebutnya dan saya agak istilah harum manis ini sebenarnya dicipta oleh jabatan atau bilik perang saraf PAN yang mungkin di anggotai oleh ramai doktor doktor falsafah yang cerdik pandai tetapi memiliki pemikiran mirip UMNO.

Kerana cerdik pandainya inilah timbulnya satu strategi harum manis kerana mereka melihat masih ramai profesional yang ada dalam PAS dan dengan masih ada dua tiga orang dalam PAS yang boleh mereka gunakan untuk tujuan kempen menambah ahli menerusi strategi mencuri ahli PAS dari kalangan profesional.

Husam Musa(HM) antara yang rancak digunakan sekarang.Banyak isu yang dibangkitkan menerusi surat terbukanya kepada kerajaan Kelantan diharapkan PAN boleh mempengaruhi kumpulan harum manis dalam PAS yang didakwa Datuk Dr Ismail Salleh keliru dengan ugutan dan dakwaan pemimpin PAS terutama TGHH.HM juga samaada disengajakan atau tidak turut mahu melihat kerajaan PAS Kelantan tumpas, sama dengan harapan PAN yang pula turut membuka jalan kepada BN untuk kembali berkuasa.PAN tiada harapan sehingga sekarang, kerana itu mereka perlukan sangat sangat agar kumpulan harum manis ini menyertai mereka.

Bercakap pasal HM, sebenarnya sebagai ADUN beliau boleh membawa usul  kepada semua isu yang ditimbulkan menerusi surat terbukanya ke dewan undangan negeri apatah lagi MB sudah berjanji akan menjawab semua pertanyaan di dewan  nanti.Isu YIK umpamanya boleh dijadikan usul untuk dibahaskan di dewan tetapi untuk faedah strategi harum  manis HM tidak mahu menjadikannya usul tapi mahu kumpulan harum manis membacanya menerusi surat terbukanya.Apatah lagi HM ada encho di media siber termasuk TKO yang pernah mendedahkan dokumen YIK yang menunjukkan tunggakan hutang YIK kepada kakitangannya.Hebat HM walaupun Wan Mutalib mengatakan HM tidak menjawab soalannya.

Kita lihat sekarang strategi harum manis yang dibuat oleh bilik perang PAN menyamai bilik perang yang pernah dimiliki UMNO. kita juga melihat antara tindakan PAN dalam menjalankan stategi harum  manis ini termasuk menampal stiker oren ganti hijau ketika fastaqim, mengedarkan borang keahlian dan terbaru  kenyataan provokasi pemimpinnya.

Sambil itu PAN juga agak gelabah dengan kenyataan TGHH mengenai kerjasama dengan BN.Kegusaran PAN tunjukkan oleh Khalid Samad yang mendesak PAS menjelaskan sama ada parti itu akan bersama BN atau tidak.Agak pelik, kalau PAN menjangkakan lebih ramai ahli PAS akan keluar parti untuk menyertai PAN kenapa perlu gusar dengan kerjasama PAS dan BN?


 Rasanya PAN tidak berupaya untuk menjaga parti mereka sendiri, mereka pasti perlu menjaga tepi kain PAS! atas nama sratergi termasuk meletakkan pemuka dan cybertroopernya di media sosial dan siber seperti TKO, facebook dll.

Sumber TKO - 30-10-2015


Lawak Budak Sekarang

Posted on Friday, October 30 @ 00:33:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tak pasti ini daripada Tadika atau Pasti, tapi rasanya ini mesti anak orang PAS tulen bukan harumanis.

Kredit:
Hijau Putih

Sumber TKO - 29-10-2015



Boleh PAN Nafikan Ini?

Posted on Friday, October 30 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tak sedap disebut, tak manis didengar. Tapi itulah hakikat. PAN dibina atas premis-premis  yang sungguh negatif. Pemimpin dan ahli PAN boleh kontradik dengan hujah yang dinyatakan namun itulah persepsi umum orang ramai di luar PAN.

1. Kalau pemimpin PAN tak tewas ketika Muktamar PAS ke-61 lalu maka tak akan timbul rasa kecewa dan kecil hati. Maka ditubuh PAN kerana telah sesak nafas dihimpit kekecewaan dan kecil hati itu.

2. Kalau pemimpin PAN menang ketika Muktamar ke-61 dulu, maka ada yang sudah jadi Presiden, Timbalan dan para AJK-nya. Lalu ditubuhkan PAN kerana jawatan-jawatan yang gagal dicapai tadi. Maknanya sikap kemaruk jawatan agak tinggi sehingga tak boleh jadi pengikut kepada yang terpilih.

3.PAN juga jelas khianatnya; baiah dilanggar tanpa rasa bersalah. Dicari hujah yang mengharuskan. Tak ikhlas dalam berbaiah kepada  Allah. Semasa berbaiah dulu, apa niat dan iktikadnya. Apabila mahu melanggarnya kenapa berbeza pula niat dan iktikadnya. 

Boleh berdalih dengan manusia tetapi bolehkah berdalih dengan Allah?

4. Khianatnya pemimpin PAN apabila tidak meletakkan jawatan sebagi wakil rakyat apabila meninggalkan PAS. Sudah tersebar kenyataan Khalid Samad dalam satu forum yang dipengerusikan oleh Dr. Agus Yusuf. Khalid jelas mengatakan wakil rakyat yang melompat parti tanpa meletakkan jawatan adalah pengkhianat. Jadi kenapa hendak dinafi dan marah-marah kalau dikatakan pemimpin dan parti PAN dibina atas pengkhianatan tadi?

5. Perjuangan Islam PAN diselaraskan dengan redha si kafir DAP. Apakah ini satu tuduhan fitnah juga apabila rakyat melihat DAP sanggup membantu dan bekerjasama dengan PAN tetapi tidak dengan PAS yang istiqamah dengan dasar-dasar Islam. 

Beranikah PAN memperjuangkan hudud? Atau apakah sikap PAN terhadap hudud kini sama saja dengan sikap DAP?


Konklusinya, motif tulisan ini adalah untuk memimpin kembali pemimpin, ahli dan penyokong PAN kepada kebenaran. Andai hari ini kalian belum sanggup kembali kepada PAS memadailah kalian kembali kepada kebenaran. Letakkan diri kalian di suatu tempat yang Allah tidak murka. Pintu PAS sentiasa terbuka. Seandainya kalian tidak sudi kembali, kami terus doakan keampunan untuk kalian. Sekurang-kurangnya kalian tidak ada saham dalam meruntuhkan atau melambatkan kemenangan Islam. Bukankah perjuangan ini cukup nostalgik bagi kita?

Sumber TKO - 30-10-2015



Siapa Kata Ceramah Perdana Parti Amanah Negara @ Pan Tanpa Bantuan DAP Dan PKR Tidak Mendapat Sambutan?
Posted on Thursday, October 29 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selama ini para penganalisis dan pemerhati politik sepakat dan sependapat seiya sekata bersetuju bersama tanpa ada sedikit pun perbezaan dan percanggahan betapa setiap ceramah sama ada kecil, kelompok maupun perdana tanpa penglibatan DAP dan PKR oleh parti serpihan hasil ditubuhkan oleh barisan bekas pemimpin PAS yang teruk ditolak perwakilan pada Muktamar PAS ke-61 lalu, merajuk sebab kecewa terus tubuhkan parti dinamakan Parti Amanah Negara @ PAN tidak akan mendapat sambutan ternyata meleset sama sekali.



Contoh terbaik cuba sahaja lihat gambar diatas .. acara Ceramah Perdana bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu hari ini di Tawau Sabah ... betapa hebat dan hangatnya sambutan diberikan.


PAN sudah boleh berdikari tanpa perlu bantuan maupun berucap bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam satu pentas.

Jadi tidak hairan kalau rata-rata rakyat cukup percaya, kagum dan terpesona serta tersilau apabila Mat Sabu menyatakan sambutan diberikan oleh rakyat terhadap penubuhan PAN cukup luar biasa melangkaui jangkaan dan ramalan sehingga terpaksa borang mohon menjadi ahli terpaksa dicetak berulang kali sebab cetakan pertama tidak cukup.

Kalau dilihat pada sambutan hebat lagi hangat Ceramah Perdana diatas ... jangan katakan akhir tahun ini sasaran PAN mau pastikan ada 100,000 ahli berdaftar ... 300,000 ahli sudah berada dalam genggaman.

PAS nampaknya sudah berkubur dan lumpuh habis terus seperti dikatakan oleh Setiausaha Agung PAN Sdr Annuar Tahir baru-baru ini.

Tahniah diatas sambutan luar biasa ceramah perdana ini walaupun kalau dilihat seimbas lalu lebih kepada ceramah kelompok sahaja suasananya ... mohon kita bersangka baik ... mungkin belum dimulakan lagi sebab Presiden PAN belum hadir ... yang ada digambar diatas adalah wajah yang seiras Mat Sabu jer kot????

Pasti ada yang dengki sakit hati berasap telinga menyirap darah sampai mendidih melihat akan sambutan, sokongan dan dokongan diberikan oleh rakyat jelata terhadap PAN.

Benar sungguh kata DAP betapa PAN sudah mampu malahan terlebih dari mampu mengambil alih peranan PAS untuk raih sokongan dari masyarakat Melayu/Bumiputera beragama Islam.

Rakyat inginkan suatu parti yang dipimpin oleh individu-individu yang progresif, amanah, peduli, profesional lagi inklusif.


Sumber OMAK KAU!!!!

Sumber TKO - 29-10-2015


PAS tunggu masa gugur kata Amanah Kedah

Posted on Thursday, October 29 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mendakwa akan ada lebih ramai individu yang dikategorikan sebagai ‘harum manis' dalam PAS, yang hanya menunggu masa untuk keluar parti itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana daripada segi luaran mereka merupakan ahli PAS, namun di dalam hati, mereka lebih cenderung kepada Amanah.

"Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini.

"Walaupun masih bergelar ahli PAS, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan PAS," katanya sambil menambah, golongan harum manis ini juga dipercayai wujud di kalangan wakil rakyat parti Islam itu di Kedah.

Selain itu, Ismail dilaporkan berkata, ‘harum manis' ini bukan saja di Kedah tetapi wujud di setiap negeri dan jumlahnya ramai.

"Mereka akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah, sudah ada yang berani sertai program secara terang-terangan.

"Golongan muda antara paling ramai menunjukkan minat. Kemungkinan wakil rakyat pun ada tunjuk kecenderungan," katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Ismail berkata, golongan terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, serta peringkat, sama ada ahli biasa atau berjawatan.

Sinar Harian melaporkan beliau berkata, antara kekangan yang menghalang ahli PAS meninggalkan parti Islam itu ialah kenyataan dibuat pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

"PAS cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman ‘kafir' jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah.

"Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat, bagi tempoh tertentu, agar suasana lebih harmoni," katanya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, pertembungan antara PAS dan parti serpihannya, Amanah, memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti harum manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar misalnya, mengakui beliau seorang ‘harum manis' apabila rakan-rakannya dalam Amanah bertanya apakah pendirian sebenar beliau.

Sumber TKO - 29-10-2015



Fitnah PM: Nizar Kantoi Mohon Maaf Untuk Lepas Tuduhan Mahkamah

Posted on Wednesday, October 28 @ 16:15:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang didakwa atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Najib Abdul Razak, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Ikmal Hishan memerintahkan ADUN Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut.

Mohammad Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari bahawa kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan, adalah tidak berasas.

"Oleh yang demikian, saya dengan ikhlas dari hati ingin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan lebih berhati-hati supaya kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Yusaini Amer berkata perdana menteri menerima surat permohonan maaf daripada Mohammad Nizar pada 22 Oktober lepas.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya kes ini dikompaunkan, dengan izin mahkamah, serta meminta Mohammad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau sedia menerima permohonan maaf itu," katanya.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di Ipoh, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu.
- Sumber Bernama

Sumber TKO - 28-10-2015


Tak pelik Amanah sanjung DAP

Posted on Tuesday, October 27 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bukanlah satu perkara yang pelik sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat menyanjung DAP, itu kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan yang dikeluarkan TImbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub lewat malam semalam di dalam satu ceramah bersama pimpinan parti tersebut.

Menurut Khairuddin, tindakan Salahuddin yang meminta rakyat mengundi Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di dalam Pilihan Raya Umum adalah jelas bertentang dengan prinsip yang dibawa di dalam Pas selama ini.

"Pertama saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Hj Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng.

"Kita dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip kita, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam. Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan Ketua Menteri yang bukan Islam.

"Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu ini (angkat pemimpin bukan Islam), jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain" katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Malah tambahnya, menyerah kalah pada awal sebelum ‘pertandingan' PRU menunjukkan betapa lemahnya semangat pimpinan Amanah untuk berhadapan dengan rakyat kelak.

Khairuddin juga dalam masa yang sama tidak menolak kemungkin ada dari kalangan pimpinan parti serpihan Pas itu akan kembali kepada mereka ekoran kegagalan fungsi parti Amanah itu sendiri.

"Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.

"Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi DAP dengan serpihan Pas ini, saya yakin mereka tidak ada kekuatan di peringkat akar umbi.

"Yang keluar parti dan masuk parti serpihan ini (Amanah) biasanya adalah kerana kecewa dan mereka akan kembali semula pada Pas, itu sejarah yang lampau," katanya.

Susulan daripada itu, beliau positif bahawa umat Islam di negara ini tidak akan mengundi ahli poliitik daripada parti DAP yang dilihat tidak mesra pada Islam.

Malah DAP adalah salah satu parti yang menentang keras pelaksaan hudud di Kelantan dan mengambil keputusan memutuskan hubungan politik bersama Pas atas sebab tersebut.

"Saya tidak merasakan orang Islam akan menyokong (DAP), Melayu tidak akan menyokong DAP kerana DAP dilihat tidak menyokong isu-isu Islam, tidak memberikan sesuatu yang positif.

"Cuba lihat ahli-ahli Parlimen DAP, saya tidak nampak mereka mesra pada Islam," ujar beliau.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut berpandangan bahawa tindakan Salahuddin menggesa rakyat memilih pimpinan DAP adalah satu kenyataan yang boleh dijangka dari awal.

Namun, beliau menolak untuk mengulas lanjut sebaliknya menumpukan perhatian untuk memberikan yang terbaik buat rakyat tanpa mengira fahaman dan juga bangsa.

"Sokongan yang kita perlukan adalah daripada rakyat tidak kira daripada muslim atau bukan muslim, dan sebarang usaha untuk ke Putrajaya tanpa hukum Islam.

"Itu kita tolak kerana kita rasa tidak ada sebarang perubahan yang akan berlaku dengan berubahnya negara kita kecuali dia berpusar pada isu yang sama iaitu isu yang tidak membawa sebarang kelebihan sedangkan kita tahu bahawa penyakit di Malaysia ini adalah penyakit ekonomi sosial asas perubahan yang kita perlu lakukan adalah bawa nilai-nilai agama kerana negara kita majoritinya adalah beragama muslim dan benda itu tidak boleh berlaku kalau agama ini dibawa separuh-separuh.

"Saya tidak mahu komen tentang Amanah sebab kami sekarang ini dalam proses meyakinkan rakyat bahawa pilihan yang ada menggantikan Umno adalah Pas sahaja, bukan Amanah, bukan DAP," katanya yang juga Ketua Pemuda Pas itu.

Ahad lalu, sebuah portal melaporkan Salahuddin berucap dengan mengangkat Guan Eng sebagai tokoh misi menawan Putrajaya.

Beliau turut berkata, bahawa Guan Eng adalah contoh terbaik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.

Malah, beliau juga dengan jelas berkata bahawa Amanah tidak mempunyai jaminan akan memenangi PRU sekiranya presiden mereka, Mohamad Sabu bertanding.

Susulan daripada itu, beliau berkata parti mereka masih lagi tidak membincangkan isu bertanding di dalam PRU malah masih belum memutuskan kerusi mana yang akan menjadi taruhan. - Tha Rakyat POST

Sumber TKO - 27-10-2015


ANAK mengalu alukan pembentangan Bajet 2016

Posted on Saturday, October 24 @ 14:03:14 MYT by paktam

Oleh Mazlan Aliman

Pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai perumahan Gen ke 2 Felda sebanyak 20,000 buah rumah adalah ulangan dengan apa yang disebut dalam Bajet 2015 dan sewaktu beliau merasmikan Hari Peneroka Kebangsaan di Gong Badak, Trengganu Ogos lalu. Meskipun harga rumah yang di sebut iaitu RM70,00 0 sebuah, bertepatan dengan pendirian ANAK, namun mekanismenya kekal menjadi tandatanya.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) amat bimbang ianya sekadar rutin kempen bagi mengekalkan sokongan pengundi muda Felda terhadap BN semata mata.

Realitinya, di 317 Tanah Rancangan Felda, tidak sampai 10%, program perumahan untuk anak Felda dilaksanakan, meskipun Felda telah ditubuhkan sejak 1956. Terdapat hampir 100,000 anak Peneroka termasuk Generasi ke 3, yang berkorban dan bermastautin di Felda sebagai pentadbir atau waris kepada ibubapa/peneroka yang telah meninggal dunia dan sangat uzur. Mereka ini menghadapi cabaran hebat tinggal di Felda, walaupun ada peluang lebih baik jika berhijrah ke luar dari Felda. Pengorbanan ini semestinya di hargai Kerajaan melalui insentif jangka pendek dan jangka panjang demi kebajikan anak peneroka di Felda.

Ucapan awal YAB PM mengenai kejatuhan harga komoditi yang merupakan penyumbang ke 4 pendapatan negara tidak disusuli dengan langkah langkah komprehensif menanganinya. Penekanan ANAK dan warga Pekebun Kecil mengenai harga lantai getah RM4 sekg dan minyak sawit mentah RM500 setan tidak mendapat respon Kerajaan. Meskipun beberapa langkah di umumkan, hakikatnya derita dan sengsara pekebun kecil kekal berpanjangan. Barangkali cadangan melalui memorandum berbagai pihak kepada Kerajaan mengenai isu Kejatuhan harga komoditi di 'bakulsampahkan' sahaja.

ANAK amat bersetuju fokus di berikan menaik taraf jalan raya di kawasan Felda berjumlah RM 200 juta. Ini kerana masih terdapat jalan jalan yang rosak di sana sini dan perlukan perhatian segera. Juga, pemulihan jalan jalan pertanian di kawasan ladang peneroka yang sesetengahnya begitu teruk dan menyukarkan pengeluaran hasil di bawa keluar. Justeru, ANAK tidak bersetuju dengan ura ura kononnya ada projek Lebuhraya di Felda bernilai RM6 bilion yang di fahamkan di peringkat cadangan dan pertimbangan serius. Jika benar, ia suatu pembaziran dan projek kroni yang disifatkan ada agenda tertentu. Sekali lagi ditekankan, memulih dan menaik taraf segera jalan jalan kampung dan pertanian di Felda mesti di utamakan!

Dalamasa yang sama, ANAK merayu agar program Bekalan Air Bersih di Luar Bandar turut mengambil kira masalah yang sama dihadapi di Felda. Pengumuman projek tersebut di bawah perancangan luar bandar merangkumi 3,000 buah rumah harus dimasukkan penempatan Felda yang kerap terputus bekalan khususnya di negeri Pahang. Pada waktu ini pula isu Bantuan Air Berjadual(BAB) melalui Empangan Sg Lebam, Pengerang, telah menyebabkan ribuan peneroka Felda Gugusan Adela 'terseksa'. Tindakan segera Kerajaan melalui SPAN dan agensi Kerajaan Negeri seperti BAKAJ dan semestinya SAJ sebagai operator sangat ditagih.

Moga moga Bajet 2016 melalui peruntukan RM 267.2 Bilion, dilaksanakan dengan jayanya dan bukannya retorik yang mengulangi kelemahan bajet bajet yang lalu. SPRM, Polis, PAC dan badan badan berkaitan mesti memantau perjalanan Bajet yang besar ini agar ketirisan dapat di tangani dengan berkesan.

MENERAJUI PERUBAHAN

Mazlan Aliman
Pdesiden ANAK
24 Okt 2015

Sumber DD - 24-10-2015
Bajet 2016: Selamatkan Najib, mangsakan rakyat akhirnya!

Posted on Saturday, October 24 @ 12:20:09 MYT by paktam

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Pagi ini saya ingin terus berkongsi pengamatan tentang Bajet 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tentunya secara selektif.Mudahnya, strategi bajetnya tidak langsung menghiraukan apa yang diunjurkan pakar ekonomi yakni prognosis buruk mereka:
negara bakal ditimpa krisis ekonomi dalam suku ketiga 2016.
Najib enggan menerima hakikat ekonomi negara diambang krisis bahkan kemelesetan, andainya tidak diurus dengan pruden. Atau memang begitu cara dan pendekatan ‘Najibnomiks’ yang ‘mengepam’ (counter-cyclical) ekonomi? Kesannya sedia maklum.

Meskipun istilah konsolidasi fiskal disebut-sebut beliau dan menteri ketika membuat komen tentang bajetnya, bajet ini jelasnya adalah segala-galanya, kecuali ‘konsolidasi fiskal.

Ya, Najib seolah-olah berbelanja semacam ini bajetnya yang terakhir. Komentar itu dikongsi spontan oleh Bloomberg dan beberapa pihak lain, sejurus selepas pembentangan.

Najib sememang menteri kewangan yang tidak punya rekod baik dalam hal pengurusan kewangan negara. Kalau susah sangat Najib akan membuat ‘bajet tambahan’. Itu tabiatnya.

Tahun 2015 yang berbaki dua bulan lagi ini, bakal menyaksikan hutang kerajaan Persekutuan membengkak ke paras RM627.5 bilion, melonjak dari RM582.8 bilion dalam tahun 2014.

Peningkatan hutang 7.7% adalah melebihi pertumbuhan KDNK yang diunjurkan hanya pada paras 4-5%. Najib tidak ambil pusing semua ini.

Bajet Najib mengunjurkan defisit fiskal dikurangkan ke paras 3.1% daripada 3.2% yang dijangka untuk tahun 2015 ini. Apakah ianya munasabah?

Setelah berbelanja besar untuk menggembirakan semua pihak dalam kategori B-40 dan juga M-40, termasuk kelompok perkhidmatan awam dan pesara, Najib jelasnya ‘berjaya’ memujuk sebahagian besar rakyat.

Tanpa mengulangi angka-angka tersebut yang penulis yakin sudah pun dihafal semua kelompok sasaran tersebut tentang berapa kenaikan yang mereka dapat, termasuk kenaikan ‘subsidi harga padi’ untuk pesawah yang tidak dinaikkan kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 1991, maka Najib berasa dirinya selamat. Rakyat teramai disangka terlupa setelah digula-gulakannya!

Justeru, dalam respons awal ini, penulis ingin mengingatkan Najib dan rakyat sekali gus.
Najib jelasnya dalam penafian dan hakikat itu, dalam jangka dekat dan juga sederhana tidak menguntungkan sesiapa.

Bajet Pakatan Harapan bertemakan “Mengelakkan Krisis”. Kami masih boleh menerima kita belum lagi dalam krisis meskipun segala petunjuk ekonomi, seandainya tidak diurus, akan bakal menjerumuskan negara ke dalamnya sekali gus mensengsarakan rakyat.

Perbelanjaan diperuntukkannya sebanyak RM267.2 bilion dan peruntukan untuk JPM, contohnya dinaikkan ke paras RM20.3 bilion.

Sangat malang, dalam bajetnya, Najib jelas adalah ‘pencetusnya’ dan bakal menjadi ‘penerusnya’ krisis yang bakal melanda negara dan rakyat khususnya dalam suku ketika 2016!

Najib tidak langsung cuba menggarap permasalahan besar ‘fundamental’ dalam ekonomi, antara lainnya, penguncupan simpanan asing, lebihan akaun semasa yang semakin menipis, nilai ringgit yang terus merudum membawa kepada inflasi import atau ‘imported inflation’.

Benar wujud faktor-faktor yang bersifat luaran atau ‘external’. Harga komoditi seperti minyak mentah, kelapa sawit, getah dan yang lain sememang ditentukan pasaran dunia.

Di samping itu, ekonomi China, rakan dagang terbesar kita, yang terus ‘perlahan’ dan polisi mereka yang sengaja menurunkan atau ‘devalue’ nilai mata wang renminbi mereka, atau ancaman dari kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan pelbagai ancaman.

Dengan segala risiko yang mendatang ini, Najib wajar tahu beliau tidak banyak pilihan kecuali untuk benar-benar pruden dalam kawalan kewangannya. Sekadar menyebut ‘konsolidasi fiskal’ adalah mudah. Siapa pun boleh.

Najib tahu beliau berdepan dengan masalah besar dalam ekonomi negara yang berpunca, antara lainnya, ‘kehilangan keyakinan’ pelabur, sama ada luar mahu pun dalaman atau domestik.

Pengaliran dana keluar atau ‘fund outflow” adalah terbesar sejak krisis 2008, yakni sebanyak AS$30 bilion (RM120 bilion) dan kemasukan pelaburan asing atau FDI menguncup sebanyak 42% dalam setengah tahun 2015 ini berbanding setengah tahun sebelumnya 2014.

Najib jelasnya tidak mendepani permasalahan ini. Dia dalam mode penafian tegar nampaknya. Tidak langsung beliau singgung bab dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang sekali gus memburukkan imej integriti atau rasuah di negara ini.

Hutang RM42 bilion 1MDB tidak langsung beliau rungkaikan untuk tangani persepsi pelabur tentang keupayaan syarikat 100% milik MOF ini. Keyakinan pelabur sukar untuk dipulihkan.

Sebaliknya, Najib masih lagi mahu bermain dengan psikologi rakyat untuk mengisytiharkan projek-projek mega-besar seolah-olah kita masih punya banyak dana untuk berbelanja.

Najib mengumumkan juga projek mega seperti MRT2 sebanyak RM28 bilion dan lebuh raya Pan-Borneo sebanyak RM16.1 bilion.

Dalam suasana di ambang krisis Najib tidak perlu bersandiwara dengan sebutan kitaran ini. Rakyat sudah celik, yang kesemua projek-projek ini bukannya dalam bajetnya.

Tetapi kalau dilaksanakan juga akan mengambil perbelanjaan ‘Off-Budget Spending’ atau Perbelanjaan di luar Belanjawan 2016. Itu trik lamanya. Bahaya kepada hutang negara.

Tweet dari Menteri Perumahan @mpkotabelud menerangkan segala-galanya: "Without GST, our economy would be put under tremendous pressure which could inflict long term negative impact on the economy."

Saya lantas jawab dengan tweet saya: “Shame on the govt to have to say that GST is the saviour of our economy. Despicable. Little wonder why it is ruined... Sigh"

Ramalan pungutan GST sebanyak RM39 bilion itu akan menyelamatkan negara ini. Kali terakhir  pungutan SST 2014 adalah RM17 bilion. Ini serentak bermaksud rakyat akan dicekik untuk mengeluarkan RM22 bilion lebihan pungutan cukai GST sebagai pendapatan negara.

Benar-benar GST yang menyelamatkan Najib akan memangsakan rakyat pada tahun 2016 ini! Kalau terdesak Najib tidak segan silu akan memohon Bajet Tambahan!

Sumber DD - 24-10-2015


Jangan lupa langkah populis PAS hapus tol di Terengganu

Posted on Thursday, October 22 @ 15:11:12 MYT by paktam

Oleh Zainulfaqar Yaacob

Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyifatkan usaha menghapuskan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang, jika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebagai “langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat".

Barangkali pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat itu terlupa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah mengambil langkah populis itu, dengan menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud selepas menguasai Terengganu, 1999 dulu.


Nasihat saya mudah, jangan meludah ke langit, kelak terkena muka sendiri.
Salah satu logik tol dikenakan adalah untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya, kerana kos penyelenggaraan jalan diambil daripada cukai jalan (road tax).

Namun, syarikat konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion sehingga 31 Disember, 2010 walaupun kos pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan menelan belanja RM5.9 bilion saja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap RM1 yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Apabila semua ini didedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan cadangan kenaikan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun mulai 2016, atas sebab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei 2013, serta isu tol ini diledakkan pemimpin pembangkang masa itu.

Sementara itu, kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang kalau ikut perjanjian asal adalah selama 17 tahun dan sepatutnya tamat pada 2018.

Tetapi, kerajaan pusat berbincang dengan syarikat konsesi saja berwajib (serta tanpa partisipasi kerajaan Pulau Pinang) secara tender tertutup melanjutkan tempoh kutipan tol selama 30 tahun lagi, dan ditamatkan pada 2038.

Sehingga 31 Disember, 2011 syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang direkodkan mengutip tol kira-kira RM1.859 bilion dengan kos pembinaan projek itu sebanyak RM944 juta saja, sekali gus menunjukkan mereka mendapat lebihan kutipan RM924 juta semasa itu.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula pada tempoh sama didedah mengutip RM340 juta sedangkan kos pembinaannya hanya RM256 juta, sekali gus menunjukkan mereka berjaya mendapat lebihan kutipan sebanyak RM84 juta.

Populis atau tidak komitmen Pakatan Harapan itu bukan isu utama di sini.

Perkara yang lebih penting dan utama untuk Zuhdi teliti adalah aspek amalan syarikat konsesi tol berwajib mengaut keuntungan berlebihan serta melanjutkan tempoh perjanjian konsesi.

Semua ini berpunca dairpada amalan federalisme kerajaan pusat secara berlebihan, yang nyata merugikan kepentingan pengguna lebuh raya terbabit.

* Penulis ialah pengarah komunikasi Amanah Pulau Pinang.

Sumber DD -22-10-2015


Kemana arah Pasma?

Posted on Wednesday, October 21 @ 06:55:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Assalamualaikum,,,

Pasma nampak tenggelam selepas penubuhan PAN kini bersuara kembail bagi menyatakan Pasma masih wujud.Tapi kewujudannya  untuk siapa dan apa? Pasma  ditubuhkan sejurus berlakunya krisis perlantikan MB Selangor sebagai NGO yang pro PR ketika itu dan dianggotai sepenuhnya oleh ahli PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan parti dalam kes MB Selangor.Mulanya Pasma bertujuan untuk mengukuhkan PR dengan usaha menggantikan kepimpinan PAS bagi memulihkan hubungan yang retak dalam PR.Ustaz Ahmad Awang di kedepankan sebagai ulamak yang bijak yang bakal memantapkan PR.Dalam masa yang sama presidennya berkali kali menyebut akan kesungguhan Pasma dalam mencapai matlamatnya untuk memulihkan PR sehingga membayangkan kemungkinan untuk menjadi parti politik menggantikan dan menghapuskan PAS kalau usaha mengubah kepimpinan PAS gagal.

Pendek cerita, memang usaha Pasma dan G18 gagal, presidennya pula dilanyak oleh G18 yang mempunyai idea lain, menggerakkan penubuhan parti PAN, meninggalkan Pasma terkapai kapai sendirian dan akhirnya akur untuk menyertai PAN.

Pasma ditinggalkan hilang fungsi, ahli ahlinya terpaksa beramai ramai menyertai PAN tetapi sebagai sebuah NGO Pasma tetap wujud tetapi fungsinya sudah hilang terlebih lagi dengan tertubuhnya pula PH.Pasma hilang fungsi apabila PR berkubur.Oleh kerana tiada lagi kerja, Pasma mula mengalihkan tumpuannya untuk menyerang kerajaan Selangor kerana PAS masih ada di sana, MBnya pula tetap tegas menyatakan PH tidak akan menjejaskan kerajaan Selangor kerana kerajaan Selangor dibentuk dalam PR bukan PH.


Kerana terkapai kapai dibiarkan,Pasma terpaksa cari kerja dan mungkin lepas ini akan ada lagi ruang untuk Pasma bekerja terutama dalam gerak kerja PAN untuk menghancurkan PAS, Pasma boleh jadi heronya.

Sumber TKO - 21-10-2015


Kenyataan Penjelasan Isu AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi

Posted on Tuesday, October 20 @ 08:45:50 MYT by paklang

Oleh Salahuddin Hj Ayub

1. Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.

3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia.  Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan  leh Prof Yusuf Al Qardawi.

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam   tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan  menghukum sewenang-wenangnya.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur
19hb Oktober , 2015

Sumber DD -20-10-2015


Beri ruang amanah teraju Pakatan Harapan

Posted on Tuesday, October 20 @ 12:44:49 MYT by tokdalang

Oleh Mohd Azhar

Kesungguhan ahli parlimen blok pembangkang terutamanya dari kalangan Pakatan Harapan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan longgar dan dipertikai apabila DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegur PKR supaya usul tersebut dibawa sendiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan dari ahli parlimen biasa.

Pada awalnya, notis usul ini dibawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Melihat kepada usul sebegini penting dan besar, DAP bingkas menegur PKR dengan mengatakan perkara ini seharusnya datang daripada Ketua Pembangkang kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang besar dan penting.

Rentetan daripada itu, pemerhati melihat terdapat kelompongan dan kelemahan di pihak Pakatan Harapan terutamanya PKR yang gagal mengkoordinasi dengan baik setiap perkara yang mengakibatkan kesan langsung kepada Pakatan Harapan.


Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian dalam ulasannya mengatakan perkara ini menyerlahkan kerapuhan pembangkang dalam penyelarasan setiap tindakan pembangkang dan dilihat tidak mampu menggunakan kesempatan sebaiknya atas kelemahan yang dialami Barisan Nasional pada ketika ini.

Saudara Maszlee Malik pula berpandangan kelemahan ini berpunca daripada ketidakupayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah itu sendiri untuk bertindak sebagai ketua parti dan ketua pembangkang sekali gus mempersoalkan kelayakan beliau menjadi Ketua Pembangkang.

Akhirnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan dan bersedia untuk menggalas tugas menfailkan usul tersebut di bawah Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Kecelaruan tindakan dan ketetapan yang diambil PKR khususnya dalam mengkoordinasi Pakatan Harapan malah semasa dalam Pakatan Rakyat dahulu pun sering membawa pertembungan yang memberi imej dan persepsi negatif terhadap gabungan ini.

Perkara ini dilihat berlaku berulang kali dan seringkali bersangkutan dengan PKR yang diberi kepercayaan menjadi penyatu dan peneraju dalam gabungan Pakatan Harapan buat masa ini.

Ekoran daripada permasalahan tersebut dan beberapa permasalahan lain sebelum ini, sudah tiba masanya supaya PKR yang berjiwa besar memberi ruang kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dilihat lebih berupaya untuk menerajui Pakatan Harapan. Meskipun Amanah dilihat sebagai sebuah parti baru tetapi kepimpinan dalam Amanah dilihat mampu menjalankan tugas tersebut.

Sekiranya perkara ini boleh dikompromi parti sahabat yang lain, Pakatan Harapan akan dilihat sebagai sebuah parti yang meletakkan merit, kompetensi dan keupayaan sebagai perkara penting untuk menjadi ukuran sebagai pemimpin dan bukan melihat kepada sentimen atau faktor-faktor lain.

DAP sudah mempraktikkannya. DAP yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam selepas PRU ke-13 sedia memberi ruang kepada PKR terutamanya ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada dalam barisan ahli parlimen pembangkang untuk memegang kerusi Ketua Pembangkang meskipun mereka berhak untuk meletakkan wakil mereka di kerusi tersebut kerana percaya PKR mampu mengurus dan menyelaras Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Namun sekiranya pada ketika ini DAP melihat Amanah lebih layak untuk menerajui Pakatan Harapan , seharusnya PKR juga turut bersedia untuk melakukan perkara yang sama bagi memperkukuh Pakatan Harapan dan berlapang dada serta menjadi sahabat yang baik dan berfikiran positif.

Untuk struktur yang lebih besar, Amanah harus diberi kepercayaan untuk menjadi peneraju dalam Pakatan Harapan yang selama ini diberi kepada PKR. Amanah diyakini mampu melakukan tugas itu dengan baik berdasarkan prinsip dan pendekatan mereka yang sering mengaplikasikan konsep rundingan dalam setiap keputusan yang dibuat.

DAP juga sebaiknya berusaha ke arah itu supaya Amanah sebagai parti baru yang dinamik dapat meningkatkan produktiviti mereka dan dapat diterjemahkan dalam Pakatan Harapan apatah lagi dengan semangat yang berkobar-kobar selepas mendapat pengesahan daripada pihak RoS.

Bagi pihak PKR, mereka seharusnya bersedia untuk memberi laluan. Rekod sebelum ini menunjukkan parti teraju dalam gabungan bakal memberi impak kepada gabungan tersebut dan parti itu sendiri.

Contohnya, semasa gabungan ini bersetuju untuk meletakkan calon satu lawan satu menentang Barisan Nasional , PKR yang memulakan rundingan bersama ketiga-tiga parti dalam PR berjaya melonjakkan jumlah kerusi yang dimenanginya pada PRU 2008 kerana konsistensi persefahaman dan keputusan yang dibuat meyakinkan rakyat. Kesannya juga berlaku dalam PAS dan DAP yang turut berjaya meningkatkan jumlah kerusi dalam DUN dan juga Parlimen.

Dalam kondisi ketika ini, Amanah hanya mengharapkan prestasi 6 orang ahli parlimen dan kepimpinan utama mereka yang pernah berkhidmat di dalam PAS sebelum ini sebagai kredit untuk dinilai rakyat. Ramai berpendapat sekiranya PH berhasrat untuk menawan Putrajaya, mereka harus meletakkan sasaran supaya sebahagian kerusi yang dimenangi Umno BN harus dirampas.

Berdasarkan perkembangan semasa, Amanah adalah parti yang perlu memikul tanggungjawab besar itu untuk menawan kerusi parlimen yang sebelum ini dimenangi Umno BN dan menjadi lebih berat sekiranya PAS gagal dibawa bersama ke dalam Pakatan Harapan.

Sejajar dengan tugas itu, parti-parti sahabat dalam PH seharusnya turut membantu membina keyakinan rakyat  Amanah mampu memikul tanggungjawab itu dan memberi ruang Amanah menonjolkan kemampuan mereka menerajui Pakatan Harapan.

Ini adalah langkah yang proaktif untuk membentuk keyakinan rakyat secara keseluruhan terhadap semua parti dalam gabungan PH.

Keihklasan semua pihak dalam PH adalah ditagih supaya kepentingan parti masing-masing boleh diurus dengan baik tanpa mengenepikan keperluan dan kelebihan parti-parti sahabat yang lain dan yang lebih penting adalah harapan rakyat yang mahu melihat gabungan parti yang bersedia membentuk kerajaan. Sekiranya PH komited untuk membawa perubahan dalam Malaysia, PH juga seharusnya bersedia untuk membuat perubahan dalam gabungan mereka. Rakyat akan menilai.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/beri-ruang-amanah-teraju-pakatan-harapan-mohd-azhar#sthash.tVMSekYZ.dpuf
Sumber DD - 20-10-2015





























































































































Halal haram PAN mengikut empat neraca ilmu

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


BERIKUTAN kenyataan TGHH mengatakan Dr Qaradawi berfatwa haram menubuhkan parti Islam baru selagi PAS masih ada, PAN telah mengeluarkan kenyataan balasnya melalui Salahudin Ayub.

Sebenarnya saya kurang berminat mengupas perkara ini kerana fatwa itu hanya lahir dari mulut seorang ulama, yang layak menerima perbezaan pendapat. TGHH juga menasihatkan tidak perlu perbesarkannya. Tetapi oleh sebab masyarakat awam Malaysia begitu menyanjungi Dr Qaradawi hingga ramai yang muqni' dengan fatwanya, maka saya terpanggil untuk komen sedikit sebanyak.

MENGIKUT NERACA ULUM HADIS

Seandainya terdapat dua riwayat hadis yang cukup syarat bertembung, maka perlu melihat kepada perawinya manakah orang yang lebih thiqah (dipercayai) daripada yang lain.

Thiqah dinilai dari segala segi termasuk yang mana paling mengikuti sunnah, paling warak, paling berilmu, paling bermaruah dan sebagainya. Kalau perawi pertama solat sunat lebih sikit dari perawi kedua sekalipun, maka dipilih hadis dari riwayat pertama, dan hadis riwayat kedua dikira syaz dan jatuh ke martabat dhaif.

Antara peribadi TGHH dan Salahuddin Ayub, agaknya mana lebih 'thiqah'?

MENGIKUT NERACA USUL FIQH

Kenyataan Salahudin Ayub tidak boleh menjadi hujah bahawa Dr Qaradawi tidak berpendapat haram. Boleh jadi semasa pertemuan dengan Dr Mujahid itu Qaradawi masih belum mendengar dari pihak TGHH. Malah tidak ada bukti jelas daripada kenyataan Salahuddin yang menyatakan Dr Qaradawi menyatakan tidak haram.

Dari sudut dilalah kenyataan TGHH lebih kuat kerana jelas menyatakan Dr Qaradawi kata haram, dan itu didengari/dibaca oleh TGHH sendiri. Manakala kenyataan Salahuddin pula daripada perantaraan Dr Mujahid dan anjuran Qaradawi untuk pertemukan PAS-PAN tidak jelas menunjukkan pendapatnya tidak haram.

MENGIKUT NERACA ORGANISASI

TGHH lebih berautoriti untuk membawa suara Dr Qaradawi ke Malaysia. Sebarang periwayatan dari Qaradawi bersifat valid kerana TGHH dilantik oleh beliau menjadi timbalannya, sekaligus mengetuai Kesatuan Ulama Sedunia bagi rantau Asia Tenggara.

Salahuddin pula hanya Timbalan Presiden Amanah yang tidak ada kena mengena dengan Dr Qaradawi. Begitu juga Dr Mujahid. Sedangkan TGHH adalah orang kepercayaan Qaradawi. Walaupun TGHH tidak hadir mesyuarat agung Kesatuan Ulama, Qaradawi menghubungi sendiri TGHH sebelum mencalonkan nama beliau sebagai timbalan.

MENGIKUT NERACA AKHLAK/TASAUF
Jalan terbaik ialah bersikap wara'/ihtiyat atau berjaga-jaga. Apabila keliru antara halal atau haram, lebih baik berpegang kepada haram. Contohnya keliru halal atau haram telur penyu, maka lebih baik tinggalkan ia kerana ditakuti haram. Makanlah sahaja telur ayam.

Sekiranya keliru halal atau haramkah aku menyertai PAN, jalan terbaik adalah meninggalkan sahaja PAN, bimbang ia haram. Pergilah kepada yang diyakini halal iaitu PAS.

Neraca-neraca ini sepatutnya menjadi pegangan setiap masyarakat awam dalam menilai kesahihan dua berita yang dilihat bercanggah ini. Tetapi bagi mereka yang berautoriti untuk mengakses sendiri hubungan kepada Dr Qaradawi, maka sebaiknya mereka mendapatkan terus kepastian daripada tuan punya badan, sekadar untuk kepercayaan peribadi. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Sumber HD - 20-10-2015


Kerja terdesak parti AMANAH pada Himpunan Fastaqim

Posted on Monday, October 19 @ 21:50:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pakai baju hijau FASTAQIM ... menyamar..

Kenapa tak pergi perhimpunan MERAH, tak pergi kepada UMNO untuk menarik ahli. Kata nak runtuh UMNO tapi tarik ahli PAS.

Pelik sungguh perangai mereka yang terkena BALA BAiaH


Sumber TKO - 19-10-2015
Malaysia, negara ada undang-undang tanpa peraturan

Posted on Monday, October 19 @ 16:39:00 MYT by paktam

Oleh Raja Bahrin Shah

Malaysia menjadi  negara mempunyai undang-undang secara rasmi tetapi dalam keadaan tidak mempunyai peraturan yang boleh meyakinkan rakyat dan orang asing.  Rakyat dan negara asing makin hari makin runsing dan keliru tentang apa yang sedang berlaku.

Sebuah negara yang sepatutnya mencapai tahap negara maju  dalam masa 5 tahun lagi berbagai misteri pembunuhan berprofil tinggi yang kontroversi dan kejam tidak diselesaikan sepenuhnya seperti kes Altantuya dan Kevin Morais.  Kes-kes  perkauman yang penuh kontroversi seperti Perkasa dan Pasukan Baju Merah dibiarkan begitu saja.


Kehilangan dan kerugian wang negara hampir  RM42 Billion melalui isu berkaitan dengan  I Malaysia Development Berhad (1MDB)  tidak nampak penghujung penyelesaiannya.  Pegawai kerajaan dan mereka yang menyiasat diambil tindakan ditukar dan diberhentikan.  Contohnya,  Peguam Negara, Abdul Ghani Petail, Pegawai “Special Branch” dan Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah.  Dunia hairan dan hilang kepercayaan ini semua boleh berlaku.


Baru-baru ini,  Majlis Raja-raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa Kerajaan menyelesaikan masalah negara terutamanya berkait dengan isu 1MDB. Kenyataan  ini tidak pernah di keluarkan olah Raja-raja sebelum ini. 

Ini menunjukkan betapa terdesaknya keadaan hari ini, walaupun saya bersetuju pihak Raja-raja dan Eksekutif perlu menghormati bidang kuasa mereka mengikut Perlembagaan Negara tetapi oleh kerana situasi sangat kronik perkara luar biasa boleh berlaku.

Keadaan terdesak memerlukan tindakan luar biasa. Apa yang anihnya di hari ke2,  Mesyuarat Raja-raja selepas pengumuman tersebut dibuat, Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri mesyuarat itu seperti kebiasaan patut berlaku.  Ini adalah amat luar biasa.

Pihak kerajaan dan media perdana pula tidak memberi reaksi atau sambutan sepatutnya kepada kenyataan Mesyuarat Raja-raja itu.

Pihak kerajaan buat tidak endah dan buat tidak tahu sahaja kenyataan tersebut tanda tidak hormat.
Kenyataan Gabenor Bank Negara tentang kesalahan 1MDB  juga tidak diambil perhatian dengan tindakan badan pencegah rasuah.

Apabila pihak kerajaan  tidak menghormati satu sama lain, bagaimana rakyat biasa di bawah hendak menunjukkan  hormat dan mengikut arahan Kerajaan pula? Di sinilah mulanya bibit kekacauan yang akan melanda negara.

 “Ulter breakdown of Law and Order “ – kemusnahan sistem perundangan dan peraturan negara. Contohnya yang tidak baik,  pihak atasan kerajaan akan mengundang situasi kucar kacir dalam negara   Dalam keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah mengundang mala petaka.

 Setelah melalui itu semua, untuk mengembalikan kepercayaan awam kepada kerajaan, saya menggesa kerajaan mencadangkan penubuhan segera Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes 1MDB.

Ini adalah kesinambungan gesaan Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini untuk menyelesaikan isu 1MDB.  Sikap Datuk Seri Najib dan kerajaan yang tidak mengendahkan saranan Majlis Raja-raja patut diambil berat.  Raja adalah harapan rakyat hari ini.  Jika sesuatu tidak dilakukan situasi kucar kacir diantara Peguam Negara dengan Bank Negara, 1MDB dengan SPRM, orang awam yang mencabar kewibawaan Gabenor Bank Negara yang di hormati dunia antarabangsa akan berlarutan.

Tindakan Peguam Negara baru-baru ini menyangkal kenyataan Gabenor Bank Negara dan isu 1MDB dengan memanggil sidang akhbar dan tidak mahu menjawab soalan daripada  media amat mengejutkan.

Berbagai badan siasatan 1MDB lain telah di tutup oleh Dato Seri Najib atas berbagai alasan.  Sebelum wang Malaysia jatuh makin rendah dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) pula ditandatangani, sesuatu mesti di lakukan sebelum terlambat.

Kita ada undang-undang tetapi tidak ada peraturan “law with no order”.  Kita ada kerajaan dan Parlimen yang tidak mempunyai tulang belakang untuk berani bertindak.  Sebelum hilang segala kewibaan dan negara – bertindaklah Malaysia sebelum terlambat.

*Raja Bahrin Shah adalah  Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Sumber DD - 19-10-2015
Catatan buat ahli Parlimen Amanah

Posted on Monday, October 19 @ 16:28:31 MYT by paktam

Oleh Khairol Najib 

Hari ini bermula sidang Dewan Rakyat bagi penggal ke-3 untuk tahun 2015. Sidang Dewan Rakyat kali ini, sejarah baru bagi 6 orang ahli Parlimen daripada parti baru yang baru dilancarkan 16 September 2015 iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).Mereka adalah ahli parlimen yang tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana mereka antara yang lantang dan cengal dalam perbahasan di Dewan Rakyat.


Barisan ahli parlimen Amanah diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa selaku Ketua Whip Amanah. Beliau ahli parlimen Parit Buntar juga Naib Presiden Amanah. Ahli parlimen lain adalah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Sedikit coretan buat kalian:

1. Hadirlah kalian dalam Sidang Dewan Rakyat, janganlah ponteng tanpa sebab yang lebih afdal. Kalian dipilih adalah untuk berbahas di Parlimen dan membawa suara rakyat.

2. Beraksilah kalian dengan berhikmah dan bijaksana dalam sidang Dewan Rakyat. Janganlah kalian diam dan membisu tanpa bicara. Janganlah kalian hanya menjadi hero di media sosial tanpa memanfaatkan ruang sidang yang berlangsung.

3. Bertegaslah kalian dalam perbahasan, perjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Jika kalian hebat di pentas ceramah, kalian juga perlu hebat dalam sidang Dewan Rakyat. Jadilah suara semak dan imbang yang memberi manfaat buat ummah. Kesungguhan dan prinsip kalian menjadi tayangan bukti kepada tatapan masyarakat.

Sekian sahaja catatan ringkas buat kalian. Walaupun kalian 6 orang, beraksilah kalian seperti 60 orang ahli Parlimen. Semoga sidang Dewan Rakyat kali ini sebagai lembaran baru buat kalian dalam membawa amanah dan harapan rakyat Malaysia.

Sumber DD - 19-10-2015


Kempen oren ganti hijau sudah bermula!

Posted on Monday, October 19 @ 11:31:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Assalamulaikum,,,

Perhimpunan fastaqim mencacat sejarah tersendiri.Bukan sejarah kutipan, bukan juga sejarah kehadiran setelah PAS bergerak sendiri tetapi sejarah kerana munculnya satu promosi yang tidak diduga, ia itu munculnya stiker oren ganti hijau di tempat orang ramai berkumpul.Seiringan dengan itu ada pemuka pemuka oren yang mempromosikan pula "mempelam manis" yang hijau di luar tetapi oren di dalam.Inilah elemen yang dicacatkan sebagai sejarah sepanjang penganjuran perhimpunan besar besaran oleh PAS, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Oren ganti hijau merujuk kepada PAN ganti PAS, satu promosi yang menyerupai kempen PAS ganti UMNO yang pernah dijalankan oleh PAS dan dimulakan dengan satu perhimpunan PAS ganti UMNO di mana kehadirannya tidaklah seramai perhimpunan fastaqim dan kutipannya juga masih terlalu kecil berbanding kutipan fastaqim.

Tetapi oren ganti hijau dimulakan dengan penampalan stiker di tempat perhimpunan fastaqim, satu perancangan yang terkedepan kerana ketika kempen PAS ganti UMNO, tiada stiker di tampal di tempat UMNO berhimpun.

Apa yang dapat dilihat, tidak ada sebarang promosi yang dijalankan untuk satu perhimpunan oren ganti hijau selain promosi stiker di tempat fastaqim.Mungkinkah PAN akan berhimpun selepas ini  sebagai tanda bermulanya kempen oren ganti hijau? atau cukup dengan promosi stikernya saja sebab sudah diwar warkan oleh pemuka mereka, bahawa masih ramai mempelam manis yang ada dalam PAS.Masih ada ramai penyokong PAN yang berpakaian hijau yang boleh dimanupulasikan oleh PAN untuk tujuan pilihanraya nanti, tak perlu berhimpun.Lagipun dakwaan yang mengatakan UMNO tak banyak berhimpun dan tak banyak mengadakan ceramahpun masih boleh menang pilihanraya, jadi tak salah kalau PAN ikut cara UMNO ini.PAN mungkin boleh cari pengundi Bangla seperti UMNO, PAN mungkin boleh kawtim SPR seperti UMNO dan ada segala kemudahan untuk mencari undi nanti.Maka tak perlu kepada perhimpunan yang lebih banyak buang masa dan tenaga.

Tetapi ada pemuka PAN yang sanggup menghabiskan wang dan  tenaga untuk tujuan menampal stiker oren ganti hijau di tempat fastaqim.Tak mengapa kerana ianya melibatkan PAS yang suka berhimpun.Nak tak nak, PAN terpaksa bekerja juga mengikut rentak PAS.Mazlan Aliman kata dia tak nak kacau ahli PAS tapi ramai geng dia tetap mahu cari ahli PAS sebab mempelam manis.PAN semacam tak minat cari ahli UMNO macam PKR yang berjaya menarik Saifuldin Abdullah yang  tertarik dengan keahlian PKR dari berbilang kaum tapi tak tertaritk langsung dengan PAN yang juga berbilang kaum.

PAN tetap berminat dengan ahli PAS, dan kempen oren ganti hijau sudah dirasmikan!


Sumber TKO - 19-10-2015


Khalid Samad Ditempelak

Posted on Thursday, October 15 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tindakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd. Samad meletakkan syarat tertentu terhadap PAS untuk menyertai Pakatan Harapan ditempelak oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata Khalid sepatutnya berjawatan lebih besar dalam Pakatan Harapan untuk meletak sesuatu syarat kepada parti lain.

“Untuk dia letak syarat begitu ‘jujur dan berdisiplin’, dia perlu jadi ‘seseoranglah’ yang (berpangkat) dalam Pakatan Harapan.

“Bagi kita Pakatan Harapan, PAS tidak ada apa-apa hubungan. Kami tidak ada apa-apa hutang. Kami tidak ada apa-apa perkara dengan Pakatan Harapan walaupun PKR bersama Pakatan Harapan tetapi hubungan PAS hanya dengan PKR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Kelmarin, Khalid dilaporkan Antarapos telah meletakkan syarat supaya parti lain (termasuk PAS) lebih ‘berdisiplin dan jujur’ untuk menyertai Pakatan Harapan.

“Amanah mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya.

“Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat.

“Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah komited kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengesyorkan agar keanggotaan Pakatan Harapan dibuka kepada PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.

“Ke arah ini (parti) Amanah mengesyorkan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama.

“Amalan bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan,”kata Khalid lagi.

Susulan kenyataan itu, Takiyuddin membayangkan Khalid mungkin terlalu ghairah dalam memberi kenyataan dan dilihat terkedepan mendahului Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Tak apalah. Mungkin dia isytihar diri dia sebagai Presiden Pakatan Harapan, anda tanya dia lah.

“Saya tidak tahu apa jawatan dia dalam Pakatan Harapan ini, boleh jadi presiden ke?” tempelak Takiyuddin.


Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya sudah serik dengan permainan politik DAP dan sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan walaupun PKR masih mengharapkan parti Islam itu akan menyertai Pakatan Harapan.

“Bagi PAS dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.

“Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP ‘serang’ PAS selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik,”katanya dilapor Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baharu itu.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun PKR masih berharap kerjasama itu berlaku, namun PAS hanya akan bekerjasama dengan PKR di dalam blok pembangkang dan ia tidak melibatkan DAP dan Amanah.

“Kita setakat ini kerjasama hubungan PAS dengan PKR sahaja dan tidak timbul kerjasama dengan DAP dan Amanah.

“Kita hanya ada mandat muktamar ialah mengekalkan kerjasama dengan PKR.

“PAS pun ada dasar yang diperjuangkan. Kalau dasar yang kita perjuangkan pun kita tidak boleh hendak buat, jadi PAS tidak mungkin korbankan prinsip dan dasar parti,” katanya.

Beliau turut memperincikan sejarah kerjasama PAS dengan Semangat 46 yang seakan sama dengan kerjasama PAS dan PKR sekarang.

“Masa tu Semangat 46 jadi ejen kepada rangkaian kerjasama pakatan-pakatan pembangkang. Masa itu pun PAS sudah tiada kerjasama dengan DAP ataupun BN dan sebagainya.

“Cuma kita ada kerjasama dengan Semangat 46, dan Semangat 46 ketika itu ada kerjasama dengan parti-parti lain.

“Jadi saya fikir bagi PAS, kita kekal setakat sehingga ini prinsip kita begitulah,” katanya.

Sumber TKO - 15-10-2015


' jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur'.

Posted on Wednesday, October 14 @ 18:54:26 MYT by paktam

Oleh Mazlan Aliman

Apabila saya menyertai Parti Amanah Negara dan bersama dalam PAKATAN HARAPAN, saya menerima reaksi balas yang sangat hebat. Kata kata kesat dan fitnah semacam budaya sesetengah di kalangan kita. Perbezaan pandangan bertukar menjadi kebencian. Ungkapan 'pengkhianat' semacam wirid harian. Ukhuwwah yang dibina puluhan tahun musnah lantaran tidak boleh menerima hakikat dan realiti yang berlaku.


Pendekatan Ngo ANAK menemui tokoh tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir , Tan Sri Syed Hamid Albar dan Dato' Saifudin Abdullah di salah ertikan. Usaha ANAK mengangkat isu FELDA melalui engagement dengan berbagai pihak dianggap bersekongkol dengan puak puak zalim.

Kebelakangan ini apabila parti lama saya, PAS membuat hubungan dengan Ngo melayu terutamanya ISMA dan PERKASA, mereka juga di cemuh. Samada tajuknya 'kerjasama', 'kunjung hormat', 'meraikan tetamu', dan lain lain, persepsi rakyat tentunya berbeza beza.

Apa yang saya telah rasa atas segala tuduhan dan fitnah, peritnya kini dirasai oleh pimpinan dan ahli PAS. Saya amat bersimpati dengan rakan rakan PAS yang terpaksa 'bersilat' menepis segala dakwaan mengenai pendekatan PAS masakini.

Membina hubungan dan bekerjasama atas isu nasional seperti 1MDB, GST, SOSMA dll, demi menyelamatkan negara dari kehancuran adalah tanggungjawab kita semua. Apapun yang cuba dikaitkan hubungan antara PAS dengan PERKASA, kesan positif atau negatif tetap ada. Masa akan menentukannya!

Dulu, Tok Tok Guru dan agamawan kita sentiasa berpesan, berjuanglah atas nama Islam bukan bangsa. Sampai hafal ayat Qur'an dan hadis pasal Assobiyyah atau Nasionalisme. Hingga jadi tema muktamar. Hari ini maki hamun DAP dan non muslim dengan ayat ayat yang sangat melampau, rasis dan boleh menimbulkan permusuhan antara kaum, barangkali sudah dibolehkan....

Tidak lama lagi Sidang Dewan Rakyat akan bermula. Rakyat sedang menanti adakah Bill/Usul Persendirian mengenai Rang Undang Undang Mahkamah Syariah(bidang kuasa Jenayah)(pindaan) 2015 akan dikemukakan atau tidak oleh YB Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Amaran oleh salah seorang pimpinan kanan PAS, 'gencatan senjata', akan berakhir, jika Kerajaan tidak menyokongnya, sama samalah kita tunggu.

Tidak kira dari kelompok mana dan wadah apa, bermuhasabahlah kita.

Bersederhana dan berpada pada dalam bicara dan kata kata. Seperti yang selalu di pesan oleh Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, ' jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur'.

Sambutan Maal Hijrah hari ini, moga menjadi titik tolak kepada penerusan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan;

ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA.
AMANAH, PROGRESIF, PEDULI

Sumber DD - 14-10-2015


Kuman di Seberang Nampak tapi Gajah Ditepi mata dia tak nampak

Posted on Wednesday, October 14 @ 22:38:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Hari ini Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar semalam.

Pada pertemuan hampir dua jam itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia. Bahasa mudahnya nak minta izin atau restu dan ini boleh dijadikan modal untuk dijaja seluruh Malaysia.

Mereka pergi bertiga dibawa sekali oleh Abd. Ghani Shamsuddin dan Asmuni Awi.


Tektik ini sebenarnya sudah lama digunakan. Dengan membuat perjumpaan atau kunjungan kepada orang tertentu dan bergambar kemudian membuat kenyataan kononnya orang itu kata itu dan kata ini. Kita mana tahu isi perjumpaan tersebut.

Semuanya ini mencipta persepsi kononnya perjuangan AMANAH direstui oleh Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia.


Sebelum ini kononnya bai'ah dengan PAS lagho kata Ahmad Awang. Dia rujuk Yusof Qardawi. Entah apa yang diceritanya kepada Yusof Qardawi kita tak tahu.

Bayang dia kata bai'ah itu lagho kerana Pakatan Rakyat dah terbubar. Ahmad Awang ni tahu tak pasal bai'ah ni? Bercakap macam orang tak tahu. Mana ada sumpah itu atas nama Pakatan rakyat??

Saya pernah menulis pasal perkara ini. Pembaca boleh rujuk di sini.


Saya pun hairan bagaimana Ahmad Awang boleh lupa apa yang dia buat semasa menjadi Pesuruhjaya PAS Perak. Tapi dalam politik dunia sekarang untuk mencapai cita-cita ada orang sanggup membelakangi prinsip.


Salahudin Ayub rupaya tak tahu struktur al-Ittihaad al-'Aalami li' Ulama'i al-Muslimin yang ditubuhkan oleh Syaikh Yusuf al-Qaradawi di London pada 2004.

Sepatutnya Salahudin Ayud pergilah jumpa Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang ada di Rusila. Rumah dia (gambar di atas) hampir sama dengan rumah Salahudin yang berada di Johor tetapi taklah secantik dan mewah dengan rumah dan kereta Salahudin yang berada di Kuala Lumpur.

Kenapalah Salahudin dan AMANAH nampak kuman di sebarang laut tetapi tak nampak gajah di hadapan mata?

Kenapalah kerana politik kita sanggup ke Doha, Qotar atas nak mencari restu dan mengizinkan apa yang kita lakukan.

Contohilah Zakir Naik bila ditanya pasal hudud di Malaysia, dia walaupun banyak kali datang ke Malaysia berkata saya tidak arif politik Malaysia tetapi dia menjawab mengikut Al Quran dan Sunnah.

Malang bagi parti AMANAH yang cuba manipulasi Islam dan ulama-ulama Islam demi kepentingan perjuangan yang sementara.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 14-10-2015


Ceramah Pelancaran Luar Biasa AMANAH di Parlimen Tanjung Malim

Posted on Wednesday, October 14 @ 15:50:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PELANCARAN PEJABAT PARTI AMANAH NEGARA @ PAN KAWASAN PARLIMEN TANJUNG MALIM OLEH NIZAR JAMALUDDIN DAN HANIPA MAIDIN MALAM TADI 13HB OKTOBER 2015.















Kalau dilihat pada gambar-gambar yang dimuat naik maka kena akui yang Setiausaha Agung PAN memang berkata benar lagi sahih betapa sekarang ini dalam tempuh 40 hari sahaja PAN ditubuhkan sudah melebehi 55,000 keahlian yang sedang diproses maka sasaran 100,000 sehingga hujung tahun dengan mudah sap sap suey akan tercapai.

Sebelum ini pemimpin yang sama dengan penuh tawaduk dan rendah diri menyatakan penubuhan PAN menyebabkan PAS terus lumpuh seluruh negara ... memang betul pun .... kesian dan padan muka PAS sebab putuskan hubungan dengan DAP ... cuba berlagak dan main watak yang dimankan oleh PAN sudah tentu kehancuran PAS kini sudah tidak berlaku.

PAS kena akui jika mau hidup subur dan terus mendapat sokongan hebat seperti apa yang sedang dialami PAN kini, PAS kena tunduk, akur dan patuh apa jua kemahuan DAP ...  jangan cuba nak lawan taiko Pakatan Harapan ... kalau berdegil maka inilah yang PAS dapat .... ahli-ahlinya berlumba-lumba nak masuk PAN sampaikan borang keahlian terpaksa dicetak untuk beberapa kali ... itu pun masih tidak mencukupi ... 
selepas ini setelah selesai semua ahli PAS masuk PAN maka ahli-ahli UMNO akan menyusul secara beramai-beramai bermula dikawasan-kawasan dan negeri UMNO paling kuat seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Mereka hanya menunggu setelah habis proses ahli-ahli PAS masuk PAN sahaja ... Cayalah PAN ... memang Progresif, Amanah, Peduli, Profesional dan Inklusif sungguh.

Sumber TKO - 14-10-2015



Ceramah AMANAH & ANAK di Parlimen Jempol

Posted on Wednesday, October 14 @ 15:42:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Kenapa?????  Tak percaya????? ... rancangan-rancangan FELDA memang diakui terkenal sebagai antara lubuk terkuat UMNO/BN terutamanya negeri-negeri yang diperintah UMNO/BN.



Itu cerita dulu ... cerita sebelum adanya Parti Amanah Negara @PAN yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang tewas mempertahankan jawatan ditangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semasa Muktamar PAS ke-61 dengan memperoleh undi sekitar 20% dibantu dengan para barisan pemimpin yang Profesional, Inklusif, Progresif, Amanah dan Peduli yang kesemuanya turut kecundang teruk juga.

Tetapi Syukur Alhamdulillah ... kubu terkuat UMNO/BN di kawasan-kawasan FELDA yang selama ini gagal ditembusi PAS dengan mudah sudah dibolosi oleh PAN.

Kehadiran PAN memang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh para peneroka Felda termasuk kaum keluarga jauh dan dekat. .. Merka kagum dengan keihklasan para pemimpin PAN dalam memperjuangkan nasib orang-orang Melayu/Islam ... para pemimpin yang tidak kenal erti kecewa, merajuk dan mudah patah hati .. memiliki semangat juang Islam yang cukup padu lagi tulin selain bersifat inklusif semula jadi.... suatu sifat yang cukup amat jarang ada pada pemimpin-pemimpin kini.

Lihat sahaja sambutan diberikan oleh para peneroka dalam pelancaran PAN kawasan Parlimen Jempol malam kelmarin oleh Mazlan Aliman di Felda Serting 4, Jempol.

Patutlah Setiausaha Agung PAN cakap dengan penuh tawaduk dan rendah diri betapa kewujudan PAN menyebabkan PAS terus lumpuh .. memang cakapnya ini berfakta bukan omong-omong kosong ... bolehlah diperakui betapa borang cetakkan pertama sebanyak lebih 35 ribu sudah habis diedar kini terpaksa dicetak untuk kali kedua dan mungkin ketiga.

Sasaran untuk capai 100,000 ahli menjelang akhir tahun ini jika dipandang dan dinilai pada sambutan ceramah PAN setakat ini amat mudah sangat dicapai ... tidak keterlaluan selepas ini PAN boleh layak diangkat sebagai parti yang patut menjadi dominan dan penentu arah tuju Pakatan Harapan.

Harapan Pakatan Harapan tanpa PAS dan PSM untuk tawan Putrajaya sudah semakin cerah dan mudah sekarang ini jika dikira dari perkembangan terbaru ... maka patutlah Timbalan Ketua Pemuda Amanah bercakap dengan nada rendah diri betapa Pakatan Harapan langsung tidak memerlukan PAS untuk menang bergaya pada PRU ke-14 nanti.



Cerita Ceramah Parti AMANAH di Raub, Pahang

Posted on Wednesday, October 14 @ 15:01:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



MAJLIS PELANCARAN PARTI AMANAH CAWANGAN DURIAN SEBATANG, RAUB OLEH NIZAR JAMALUDDIN. Masih lagi PAS enggan terima hakikat akan kenyataan dibuat beberapa pemimpin utama Parti Amanah Negara @ PAN yang dikatakan terdiri dari golongan Progresif, Amanah, Peduli, Profesional dan Inklusif sebaik sahaja PAN ditubuhkan maka akan lumpuh hancur lebur berkubur tanpa batu nesan parti induknya PAS.















Rakaman gambar tidak mampu untuk menipu dan memfitnah ... lebih-lebih lagi kalau gambar-gambar berkenaan diambil dari yang menjadi pemuja ketat PAN.

Lihat akan suasana sambutan diberikan penduduk tempatan semasa PAN melancarkan cawangan di Raub Pahang.

Kalau beginilah senario berterusan diberikan kepada setia majlis pelancaran PAN nampak gaya sasaran mencapai 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini sudah mampu dicapai dalam tempuh beberapa hari sahaja lagi.

Cukup tahun ini jangan katakan 100,000 yang masuk berebut-rebut mau menjadi ahli PAN, kalau tidak kena gaya mau habis semua ahli PAS termasuk, semua makhluk halus, jin, jembalang tanah, bunian dan segala spesis hantu melompat ke PAN.

Tepat sekali apabila PAN menyatakan tanpa PAS Pakatan Harapan sudah lebih dari mencukupi untuk tawan Putrajaya. 

SUmber Link

Sumber TKO - 14-10-2015



Faiz Fadzil, betulkan dakwaan anda!

Posted on Tuesday, October 13 @ 20:24:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Assalamualaikum,,

Faiz Fadzil  dengan amat mudah dan tanpa asas yang kukuh menyatakan :

PKR perlu mengingati kembali bagaimana PAS menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, meletakkan calon di 5 kerusi yang ditandingi PKR dan menolak untuk mengarahkan ahli memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Sekali pandang  dia mendakwa PAS melakukan pengkianatan kepada PKR dengan mengambil semua kejadian yang disenaraikan itu sehala, seolah tiada kemelut yang membalut kedua dua parti sehingga menyebabkan insiden yang disenaraikan itu berlaku.

Faiz seolah melihat penentangan PAS kepada perlantikan MB Selangor itu seratus peratus berpunca dari PAS, PAS yang sengaja menentang perlantikan itu, tanpa mahu mengambil kira kedudukan perkara sebenarnya dari awal  kejadian Kajang  Move serta tidak menyatakan suasana menjadi semakin keruh kerana penglibatan beberapa pemimpin yang sekarang menjadi pemimpin PAN.Hujahnya terlalu loose bagi seorang peguam yang biasanya terperinci dalam berhujah.Begitu juga dalam soal pertindihan calon, kalau mengikut seorang promoter PH di TKO ini, hujah pertindihan calon itu merupakan hujah recycle, tetapi untuk menjawab Faiz, cukuplah dikatakan pertindihan calon itu juga bukan pengkianatan PAS kerana pertindihan calon berlaku di kerusi yang tidak dimuktamatkan oleh kedua dua parti, bermakna PKR turut menyumbang kepada berlakunya pertindihan ini. Tak perlu perbesarkan lagi malah PKR pun tahu ianya bukan pengkianatan PAS.

Begitu juga menolak sokongan kepada kes liwat ii DSAI, juga bukan pengkianatan,masakan dikatakan kianat sedangkan banyak perkembangan yang berlaku ketika itu yang tidak disebut oleh Faiz termasuk perbicaraan pil kuda TGHH yang samannya dibuat oleh ahli PKR.Malah isu pil kuda itu termasuk dalam kemelut pertindihan calon yang berlaku, mana ada pengkianatan.

Faiz juga diingat supaya menggunakan kalimah istiqamah dengan betul, sebab kalimah istiqamah hanya untuk benda benda baik bukan benda tak baik.

Sumber TKO - 13-10-2015


Boleh Percaya ke ni? 40 pemimpin sumbang RM40,000 seorang, Amanah nafi ditaja DAP

Posted on Tuesday, October 13 @ 13:19:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan dakwaan ia dibiayai dan menerima dana daripada DAP.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir menyifatkan tuduhan itu propaganda murahan untuk memburukkan nama parti baharu itu.


"Sangat tidak benar kami dibiayai DAP. Kalau dia (DAP) hendak bagi pun kita tak akan terima," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di Kuala Lumpur, hari ini.

Anuar berkata, 30 ahli yang berada di dalam jawatankuasa Amanah memberikan sumbangan RM40,000 setiap seorang bagi menubuhkan parti itu.

"Ahli kita dulu keluar RM40,000 seramai 30 orang. Semua sekali seperti Salahudin Ayub dan Khalid Samad," katanya.

Sumber TKO - 13-10-2015


Lagi Pasal Ceramah AMANAH, kali ini di Parit Buntar

Posted on Monday, October 12 @ 19:27:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ceramah Perdana dan Pelancaran Parti Amanah Negara @PAN ini diadakan dikawasan parlimen orang kuat PAN sendiri iaitu Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Naib Presidennya Dr Mujahid Yusof Rawa.





Tidak perlu nak ulas dan kupas panjang lebar hanya sekadar membiarkan gambar-gambar berbicara. Siapa yang lumpuh dan musnah dan siapa yang tetap mendapat sokongan dan dokongan rakyat.

Sehingga kini setiap ceramah perdana maupun pelancaran Amanah peringkat kawasan tanpa penglibatan DAP jangan nak harap dan mimpi akan mendapat sambutan.

Masyarakat Melayu masih menjauh dan menjarakkan diri mereka dengan PAN.

Jadi tidak hairan sehingga kini PKR sebagai parti utama dan pelekat kepada penubuhan Pakatan Harapan masih tidak jemu-jemu mau memujuk PAS supaya turut serta dalam Pakatan Harapan ... alasannya????? ... PAS tidak boleh diharapkan langsung dalam meraih sokongan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan luar bandar dan rancangan-rancangan Felda.

Tanpa sokongan dan undi masyarakat Melayu Pakatan Harapan boleh terus sahaja berangan mat jenin mau tawan Putrajaya malahan banyak kerusi yang dimenangi PKR masa PRU ke-13 lalu pun dilihat bakal jatuh ketangan BN.

PAN masa pelancarannya di Shah Alam dulu cukup meriah dan penuh warna warni tetapi kini sudah beransur-ansur hilang seri ... ahli PAS yang dulu ada yang terpengaruh dengan propagandanya kini sudah mulai sedar betapa PAN tidak lebih tidak kurang sekadar menjadi proksi DAP.

Sumber link

Sumber TKO - 12-10-2015



Kalau terpaksa, berilah talian hayat kepada UMNO-kata Mat Sabu

Posted on Monday, October 12 @ 11:56:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Assalamualaikum,,,

Mat Sabu pernah berkata dulu, kalau bab maki UMNO pukul empat pagipun aku sanggup, demikianlah gambaran benci dan marahnya Mat Sabu kepada UMNO yang ditentangnya habis habisan sejak dulu sampai sekarang.Ikutkan rasa marah dan bencinya kepada UMNO rasanya dia tak akan sanggup beri walaupun sesaat talian hayat kepada UMNO dalam situasi tenatnya sekarang, tetapi kerana PH dan PAN nampaknya Mat Sabu sanggup.Rela dia melihat UMNO kembali bernafas kerana PAS sudah tidak releven, yang releven hanyalah PH dan PAN serta mungkin DAP.

Itulah apa yang tersirat dari kata kata Mat Sabu apabila dia berkata PAN sanggup bertanding 3 penjuru kalau terpaksa tetapi masih memberi peluang kepada PAS untuk berunding bagi memastikan pembangkang akan bertanding satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya tersebut.

Jelasnya Mat Sabu bersedia memberi talian hayat kepada UMNO kalau PAS tidak mahu berunding.Sekaligus ianya juga merupakan satu tekanan dari PAN kepada PAS, mesejnya kalau tak mahu lihat talian hayat diperolehi mudah oleh UMNO, jom bincang! Jalan mudah yang diambil Mat Sabu dan PAN untuk memaksa PAS menerima agenda pembangkang  menerusi PH untuk menjatuhkan BN.

Mat Sabu dah kata PAS sudah tidak releven maknanya Mat Sabu  sebut PAS tidak memberi apa apa makna dan kesan kepada PH pada pilihanraya dan sepatutnya wajar bagi Mat Sabu melupakan PAS, teruskan dengan agenda menjatuhkan BNnya bersama big brothernya DAP yang sudah melaungkan keyakinan akan menang PRU 14 nanti.Kenapa Mat Sabu masih nak main wayang  dengan PAS yang sudah tak releven itu?

Mat Sabu seharusnya sudah tahu kedudukan PAN di mata PAS.Mat Sabu semestinya faham benar bahawa PAN dibina atas asas perlanggaran bai'ah ahlinya dan ditubuh bertujuan menggantikan PAS yang tidak releven.Dengan kefahaman ini Mat Sabu tidak seharusnya memberi apa apa peluang kepada PAS apatah lagi kalau memang benar PAN sekarang cukup kuat bersedia untuk menjadikan PAS sebagai parti lembu matador yang bakal hilang wang pertaruhannya.Kenapa Mat Sabu nak bagi peluang kepada PAS lagi? Jomlah bertanding 3 penjuru dan ayuh kita lihat nanti siapa yang bakal jadi parti matador yang hilang wang pertaruhan dan kita lihat juga nanti sebanyak mana talian hayat yang bakal diraih oleh UMNO.

Talian hayat  bakal diperolehi UMNO tak perlu dikesalkan kerana Mat Sabu serta G18 yang lain sepatutnya sudah mengira ketika memutuskan untuk menubuhkan PAN sesudah gagal dalam muktamar.Mat Sabu juga seharusnya faham benar bahawa PAS sudah lebih dari bersedia untuk bertanding 3 penjuru dan membiarkan talian hayat dimilik UMNO.Mat Sabu juga harus tahu bagaimana PAN yang dibina atas asas perlanggaran bai'ah tidak mampu untuk menjaga Islam sebagaimana PAS menjaga Islam dan mesti tahu benar bahawa kalaulah PH berjaya menawan Putrajaya, Islam tak akan ke mana mana selain akan ditukar secara perlahan lahan kepada liberal sebab big brother PAN sememangnya liberal.

Mat Sabu juga harus faham dengan perubahan politik yang sedang berlaku di peringkat akar umbi yang menyaksikan semakin ramai umat melayu Islam sudah berubah pandang alam mereka kepada Islam yang syumul yang bermakna memberi kelebihan kepada PAS bukan PAN.Cuma barangkali tumpuan orang cina kepada DAP lebih kepada kerana takut pengusahaan melayu UMNO yang menyebabkan bahasa politik negara masih tidak berubah kepada bahasa melayu-cina yang pula bermakna kehadiran PAN dalam PRU bakal memberi kelebihan kepada UMNO.

Apa pun  mungkin akan berlaku perubahan yang bercampur baur yang pula akan menyebabkan keputusan PRU 14 nanti menyaksikan tidak ada pihak yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, kerajaan campuran diperlukan dan mungkin PAS bakal menjadi penentu siapa yang dapat membentuk kerajaan, BN atau PH.

Siapa akan PAS pilih? yang pasti ianya bukan PAN!

Sumber TKO - 12-10-2015


Pelancaran Jelajah Treler PH Di Johor Menunjukan PKR & PAN Gagal Raih Sokong
Posted on Sunday, October 11 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Malam tadi berlaku suatu peristiwa cukup bermakna kepada Pakatan Harapan yang terdiri dari DAP/PKR/PAN ... Acara Pelancaran Jelajah Treler Pakatan Harapan di Johor Bahru akhirnya akan bergerak ke seluruh negara.

















Pada mula perancangan ialah mau lancarkan Parti Amanah Negara peringkat Negeri Johor entah apa sebab musabah dan alasan maka program diubah menjadi program bersama-sama Pakatan Harapan.

Lokasi dipilih ialah wilayah dan kubu kuat DAP ... kena terima hakikat walaupun agak ramai sesuatu yang tidak boleh disanggah dan dinafikan ialah hampir 95% yang hadir ialah dari kaum Tionghua .. kaum Melayu amat ciput.

Rasanya taktik dan cara kempen Pakatan Pembangkang tanpa PAS ini sudah lari dari sasaran dan matlamat sebenar. Mengapa perlu mau adakan ceramah dan program dikubu kuat DAP atau penduduknya majoriti kaum Tionghua ... kelompok ini sudah pun tekad dan bulat hampir 90% dikira pasti memberikan undi kepada DAP atau mana-mana parti yang dianggap mereka sekutu dan rakan DAP.

PRU ke-13 lalu kegagalan Pakatan Rakyat tawan Putrajaya ialah kekurangan mendapatkan sokongan pengundi Melayu sedangkan undi kaum Tionghua sudah lebih dari mencukupi ... sebab itu walaupun perolehi 52% undi popular tapi masih gagal tawan Putrajaya ... ini disebabkan kerusi-kerusi parlimen yang majoritinya pengundinya masyarakat Melayu/Bumiputera tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Sepatutnya dari segi logik dan politik realistik Pakatan Harapan jika masih menyimpan hasrat dan cita-cita mau tawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti memberikan sepenuh tumpuan dan kekuatan kepada kawasan-kawasan parlimen majoritinya pengundi Melayu/Bumiputera dimana lokasinya ialah di luar-luar bandar dan rancangan Felda ... mengapa perlu mau berdakwah kepada mereka yang sudah menjadi penyokong tegar dan totok.

Ternyata programa malam tadi mengikut pecahan ras amat mengecewakan sekali .. jelas kaum Tionghua mendominasi sambutan.

Sebab itu para pemimpin Pakatan Harapan tanpa PAS terutamanya para pendokong totok mereka jangan cepat sangat gembira, ghairah dan syok dengan kehadiran dan sambutan diberikan malam tadi.

Lagi pun jika dibandingkan dengan acara Pakatan Rakyat semasa PRU 13 lalu jelas ianya jauh lebih hebat dan meriah dengan sambutan dan sokongan malam tadi.

Perlunya Pakatan Harapan tanpa PAS berkerja keras,untuk mendampingi masyarakat Melayu iaitu masyarakat majoriti .. masyarakat yang menentukan siapa yang layak duduk di Putrajaya pada PRU ke-14 nanti.

Sehingga kini masih tidak nampak PKR dan PAN berjaya melakukan tugas dan amanah yang berat dan payah ini

Tidak hairan mengapa pucuk pimpinan tertinggi PKR masih amat mengharapkan agar PAS berubah hati mau menyertai Pakatan Harapan ... jika tidak harapan tawan Putrajaya hanya tinggal harapan sahaja.

Sumber link

Sumber TKO - 11-10-2015


Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Pakatan Harapan Di Kulai Johor

Posted on Friday, October 09 @ 22:55:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tiga pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu akan hadir memberikan ucapan pelancaran besar-besaran PAKATAN HARAPAN yang menggantikan PAKATAN RAKYAT sebelum ini.

Zulkifli Sulong telah membuat promosi ceramah ini di The Malaysian Insider. Memang TMI adalah medan untuk menyerang PAS.

 

Bukan itu sahaja pada ceramah ini treler panjang milik Pakatan Harapan yang disponser oleh DAP telah digunakan untuk mempromosikan PAKATAN HARAPAN dan secara simbolik membuang PAS dalam agenda pembangkang.

Kenapa Kulai dan Skudai dijadikan tempat pertama pelancaran PAKATAN HARAPAN ini, macam juga kenapa KOTA BAHRU dijadikan tempat pelancaran GHB sebelum. Mungkin ada yang ingin tahu.

Kononnya 17 daripada 26 kawasan PAS di Johor telah di ambil alih oleh AMANAH. Itu tulisan Zulkifli Sulong. Orang Terengganu kata dia ni "kaki LEBONG" (pembohong). Saya rasa ada betul kata-kata itu sebab Zul Sulong inilah yang menulis dalam TMI kononnya paling ramai memohon untuk masuk PASMA sebelum ini adalah negeri TERENGGANU. Kemudian dia juga yang menulis Raja Bahrin menyerah borong AMANAH seramai 129 orang sahaja semasa pelancaran AMANAH di Terengganu (Di buat di Dungun).

Zul Sulong HAMPAS (nanti ada lagi yang akan hantar emel kepada saya marah guna perkataan ini) dalam HARAKAH. Saya cabar sesiapa boleh memberikan saya apa projeknya di Harakah yang berjaya?? Projek WebTV, Projek Buku dll semuanya lingkup. Perhabis duit Harakah. Dia guna Cikgu Pa dan Cikgu Pa guna dia. Bila Cikgu Pa terdesak dia ditendang. Apa bila buat pada gambar Cikgu Pa yang puja dan digantung dibilik opisnya di pejabat Harakah?? Dibuang dalam Tong Sampah... kononnya marahlah tu!!



Saya cuba mencari muka-muka Melayu pada ceramah malam ini. Nampaknya lebih teruk daripada himpunan BERSIH 4. Hampir semuanya mata sepit.

AMANAH mana-mana ceramah tak berjaya melainkan dia kena bantu oleh DAP dan PKR. Sangat kesian kepada parti AMANAH yang kononnya dulu bermegah-megah kononnya PAS akan bungkus dan semua ahli PAS akan keluar menyertai parti AMANAH. Cakap sombong Wan Rahim dan Anuar Tahir setiausaha AMANAH akan menjadi catatan sejarah yang akan mengajar manusia sombong dan bongkak.



 

 

 

 

Masih mencari muka-muka Melayu dalam ceramah malam ini. Walaupun ceramah belum habis rasanya saya boleh buat kesimpulan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Muhamad Hisommudin Bakar yang kononnya membuat kajian mengatakan pimpinan PAS Johor lemah serta sokongan kepada PAS merosot teruk sangat meleset sama sekali.


Semua orang tahu Ustaz Muhamad Hisommudin Bakar adalah orang AMANAH. Tapi malang dia sekarang tidak AMANAH lagi membuat kajian. Sebelum ini kajian daripada Ilham Centre sangat berkesan tapi bila Muhamad Hisommudin Bakar membuat onar, kepercayaan kepada ILHAM CENTRE telah merosot. Yang dapat manafaat ialah DAP. Anda boleh jadi ABANG BESAR. Boleh jadikan AMANAH dan PKR orang suruhan serta kunco-kunco anda.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/


Sumber TKO - 9-10-2015


Parti Baru Antara Teori Dan Realiti
Posted on Thursday, October 08 @ 22:38:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sehingga hari ini saya masih belum faham kewarasan apakah yang digunapakai pihak yang menubuhkan wadah politik Islam kedua di Malaysia selepas PAS. Apakah sunnah yang menjadi panduan kumpulan tersebut dan apa bacaan yang dibuat sehingga dianggap kewujudannya menguntungkan Islam.

Apa yang biasa didengari daripada mereka adalah untuk menang pilihanraya. Bagi mereka, menang pilihanraya adalah syarat utama perjuangan Islam dan ia mustahil berlaku tanpa bantuan DAP dan PKR. Justeru sikap PAS yang dingin dengan kemahuan DAP sehingga membawa terkuburnya PR adalah alasan nombor wahid mereka untuk menyatakan Islam tidak akan ke mana-mana tanpa DAP. Kononnya tanpa DAP, PAS tidak lagi relevan dan kembali ke zaman 70an. Optimis betul mereka dengan parti anti Islam itu.

Saya rasa tidak perlulah bincang soal akidah dan syariat berhubung pendirian mereka.

Semua boleh menilai jelas. Namun apa yang masih menghairankan kita, logik akal apakah yang mereka fikir bahawa Islam boleh berkembang dengan tertubuhnya parti baru ini? Setakat yang dapat dilihat, ia tidak lebih sekadar menambah perpecahan kumpulan Islam yang sedia ada banyak.

Sekiranya kita melihat secara teori, memang benar apabila bertambah bilangan, maka bertambahlah kekuatan. Tetapi jika dilihat dari sudut realiti, kekuatan Islam dilihat statik dan mungkin semakin lemah menjelang pilihanraya akan datang.

Secara lebih terperinci, sekiranya kita membanding antara teori dan praktikal:

1. Teorinya, apabila muncul satu lagi kumpulan Islam maka ia akan menambah kekuatan Islam. Ia mungkin benar jika kumpulan baru ini memiliki ahli baru yang sebelum ini tidak pernah terlibat dalam perjuangan Islam. Dengan itu bilangan individu di blok pembangkang akan bertambah ramai.

Tetapi realitinya, kumpulan baru ini hanya sekadar menarik mereka-mereka yang telah bersama PAS tanpa menambah bilangan baru. Mereka yang ditarik pula ramai juga kalangan pimpinan yang sedang aktif dalam PAS. Maka ia langsung tidak menambah peratus bilangan pejuang Islam sebaliknya semakin menjuzuk-juzukkannya sebagaimana rancangan zionis menjuzukkan kuasa Islam ketika mahu menumbangkan Khilafah.

Sekiranya dilakar sebuah carta pai, belahan bahagian Islam tidak semakin membesar menyaingi belahan musuh Islam sebaliknya belahan yang sedia ada terus dibelah-belah kepada lebih kecil. Atau dalam contoh lain, tentera Islam tetap orang yang sama, dia hanya bertukar dari batalion 2 ke batalion 3 sahaja. Musuh langsung tidak terkesan.

2. Teorinya, kumpulan baru akan membantu perjuangan Islam sekiranya mampu menarik sokongan baru kepada Islam. Daripada menyokong kerajaan kepada menyokong pembangkang. Daripada tidak berparti kepada berpihak oposisi.

Namun realitinya, kumpulan baru di Malaysia ini langsung tidak berjaya membuat penyokong Umno berganjak dari parti kebangsaan melayu itu. Walaupun Umno beri ruang yang banyak kepada parti ini untuk memecahbelahkan PAS, tetapi untuk berpindah ke sana, ia cukup menjijikkan orang Umno sendiri.

Yang menyokong hanyalah mereka yang sedia ada bersama blok pembangkang samada penyokong lama PAS, DAP atau PKR. Dari sudut politik, buang masa sahaja membentuk kumpulan ini kerana jumlah undi tidak akan bertambah dan Putrajaya masih tidak berbau.

3. Teorinya, kumpulan baru boleh membantu kumpulan lama dengan idea baru. Dengan itu Islam akan lebih kelihatan variasi dan mencakupi berbagai sudut.

Realiti tak seindah teori. Kumpulan baru hanya mengitar semula idea lama. Tahaluf siasi bersama pakatan rakyat adalah idea TGHH yang membentuk kertas kerja di bawah Majlis Syura Ulama. Hari ini matlamat tahaluf iaitu dakwah non muslim telah berjaya dicapai dengan terbentuknya kumpulan non muslim yang menyokong Islam (DHPP) dan non muslim tidak lagi fobia terhadap Islam. PAS sekarang sedang melakar strategi politik Islam yang baru plula.

Kumpulan baru pula masih tidak berganjak dari kepompong lama. Bahkan mereka salah faham pula tentang matlamat tahaluf. Mereka menganggap tawan Putrajaya bersyaratkan pakatan DAP PKR selama-lamanya tanpa mengkaji sebab-sebab PAS menerima tahaluf dahulu.

Apa yang lebih malang, kerasnya kumpulan ini dengan idea mereka sehingga membawa kepada mengkritik parti lama di khalayak awam. Segala silap faham yang terbentuk di minda rakan pakatan terhadap syariat Islam tidak menjadi tumpuan untuk diperbetulkan. Segala tanggapan songsang terhadap PAS dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan.

4. Teori berpendapat kumpulan yang banyak akan membantu Islam kerana boleh mengemukakan pendekatan-pendekatan baru. Kumpulan lama dapat mengambil manfaat dalam mempercambah method dakwah dan siasah.

Namun realitinya tiada sebarang pendekatan baru. Mereka hanya tahu meniru PAS. Dari unit amal, pasti hinggalah konsep ulama'. Apa yang merugikan, berlaku perebutan ahli dan premis pula. Keluarnya mereka dari PAS membawa lari semua harta yang sebelum ini di waqaf atas takwilan 'harta sepencarian'.

Kita masih tidak melihat sebarang pendekatan baru walaupun mendakwa perjuangan mereka didokongi profesional dan bersifat progresif. Logo pun ciplak dari bangla. Parti pun hanya mampu kitar semula parti lama. Pendekatan mereka tidak begitu berbeza dengan PKR.

5. Teori menyatakan kumpulan baru yang wujud akan menambah kekuatan Islam. Ini benar seandainya kewujudan masing-masing mengisi lompang tersendiri dalam mengukuhkan kuasa untuk Islam.

Realitinya, kumpulan baru ini wujud hanya untuk merebut kuasa yang sama dengan kumpulan lama. Setakat hari ini masih belum kedengaran kumpulan ini akan bertanding di kerusi-kerusi yang belum sampai calon Islam, sebaliknya telah menyatakan bakal bertanding di tempat yang sudah ada PAS. Belum pernah juga mereka nyatakan akan bertanding di semua tempat Umno.

6. Dari sudut teori, benar sekali kumpulan baru mungkin akan menambah keuntungan Islam sekiranya berjaya mewujudkan banyak harta-harta dan kuasa baru untuk Islam.

Malangnya dari sudut realiti kelihatan mereka hanya mengambil kesempatan atas usaha PAS. Kerusi yang dimenangi hasil usaha jentera PAS diisytihar sebagai kerusi mereka tanpa perlu bersusah payah kempen. Premis-premis yang dibangunkan hasil derma sumbangan ahli PAS dilarikan begitu sahaja. Hakikatnya kelengkapan 'senjata' dan fasiliti Islam tidak bertambah cuma bertukar tangan sahaja dengan cara yang sangat bertentangan dengan syarak.

7. Dari sudut teori, kekuatan Islam boleh berkembang sekiranya kemunculan parti baru bersifat membantu parti lama.

Tapi realitinya kewujudan PAN lebih dilihat bersaing dan berkonfrontasi dengan PAS.

Sejak dari penubuhannya, pimpinan PAN terus mengulas kelemahan PAS di medan masyarakat awam sehingga timbul dakwaan PAS sudah tidak relevan. Perkara ini sudah tentulah akan mendapat tentangan terbuka dari penyokong PAS lalu wujudlah kritik mengkritik dan dedah mendedah secara terbuka. Persepsi negatif yang melihat Islam berbalah sesama sendiri akan terbentuk di minda awam. Apakah ini semua menguntungkan?

Kesimpulannya, kewujudan kumpulan Islam baru ini masih belum dapat dijustifikasikan sebaiknya. Walaupun mereka selalu beralasan penubuhan mereka mengambil semangat penubuhan AKP di Turki, namun situasi yang berlaku antara dua negara amatlah berbeza.

Penubuhan AKP berlaku di saat parti Erbakan diharamkan. AKP juga muncul setelah Fazilet-Saadet gagal memainkan peranan sewajarnya dek keterbatasan perlembagaan.

Sebaliknya kemunculan PAN disaat PAS adalah parti teras negara dan kukuh memainkan peranan sebagai oposisi. PAN juga lebih mensasarkan ahli PAS ke dalam partinya daripada mendekati individu non partisan jauh sekali penyokong kerajaan.

Apa yang dilihat, kesan seandainya PAN tidak berkubur sebagaimana sejarah parti-parti serpihan PAS yang lain adalah berlaku pengecilan kek kuasa Islam sebagaimana di Indonesia. Walaupun negara tersebut memiliki kompisisi muslim yang jauh lebih besar dari Malaysia, namun oleh kerana terdapat hampir 40 parti Islam di sana, maka yang memerintah adalah parti liberal proksi Amerika. Di wilayah Kalimantan juga sebagai contoh, parti Kristian memerintah walaupun majoriti penduduknya muslim.

Oleh itu janganlah kita terus tertipu dengan berbagai teori menghalalkan penubuhan wadah politik Islam tersebut. Ia perlu dinilai dari berbagai aspek realiti serta kesan jangkamasa pendek dan panjang yang tentu sekali berbeza antara tempat dan masa.

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 8-10-2015

Beranikah 10 wakil rakyat PAS Kelantan lompat parti?
Posted on Thursday, October 08 @ 13:31:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit "panas" apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada PAS akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baru, pada 11 September.


Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada 3 anggota Parlimen dan 7 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari negeri ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat PAS Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan baiah dan lafaz taklik cerai talak 3 yang dipersetujui mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat baiah dan lafaz taklik cerai talak 3 yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS adalah sah, kata Kamarul.

"Sebaliknya, wakil rakyat PAS Kelantan yang keluar daripada PAS inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika wakil rakyat PAS Kelantan tetap keluar daripada PAS di sebalik baiah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di Kota Baru.

Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul berkata kedua-dua anggota Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.

"Saya melihat faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat PAS Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada PAS.

"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pernah menang sehinggalah beliau bertanding di atas tiket PAS, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya.

PAS menguasai majoriti 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi. Kamarul berkata jika benar 7 Adun PAS melompat parti dan menyertai Amanah, PAS Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.

"Jika pun 10 wakil rakyat PAS Kelantan, terutama 7 Adun ini benar-benar keluar daripada PAS menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.

"Pada masa yang sama, kemungkinan untuk 7 Adun PAS Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan kerajaan PAS Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 8-10-2015


Parti AMANAH tak kisahpun jika Lim Guan Eng BERBOHONG
Posted on Thursday, October 08 @ 10:37:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­-mata.

"Itu tidak betul. Kita beri wang, malah tidak pernah pun kurangkan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-17 di Dewan City Kingdom Hotel, 4 ktober lalu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Hasil kenyataan ini, blog-blog pro AMANAH telah memainkan isu kononnya pak lebai PAS telah membuat fitnah.

Mereka jadikan whatsapp dan facebook tempat untuk mengecam PAS dan kepimpinan ulama. Ulama PAS diburukkan dengan pelbagai tohmohan sedangkan mereka ini tahu cerita sebenar bagaimana sekolah agama milik ahli PAS telah dianak tirikan.

Cara DAP buat kepada PAS tiada beza dengan cara UMNO. Mulut kita kata nak tumbang UMNO tapi paei perangai kita saling tak tumpah MACAM UMNO.

Apa beza DAP dengan UMNO dalam isu ini?

Lim Guan Eng menggunakan kaedah yang sama semasa memburuk Presiden PAS kepada Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.Fitnah dan tuduhan dibuat. Akhbar dan media pembangkan menyebar maklumat sehingga pembaca mendapat gambaran yang salah.

Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kata ada sesetengah SAR tidak diberikan bantuan, tapi Lim Guan Eng berbelit kononnya bantuan tak dikurang walaupun sekupang (10 sen). PAS persoalkan kenapa ada yang tak bagi, bukan bantuan tak ada. Tapi mereka pandai bermain dan media.

Parti AMANAH dan PKR dalam hal ini tak kisah, asalkan mereka boleh bergerak dengan bantuan DAP di Pulau Pinang. Bohong ke? Asalkan PAS boleh disingkirkan.

Biasanya pembohongan tidak lama, Allah akan bongkarkan kebenarannya. Dua hari selepas itu Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusof, Mudir Am Sekolah Rendah Islam Al-Ansor telah membuat kenyataan tentang sekolahnya dianak tiri oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kemudian selepas itu Ustaz Norazman bin Ishak, Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Sek.Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) pula membuat kenyataan.

Politik di Malaysia masih tidak mantang. Malang bagi pembangkang yang kononnya nak runtuhkan UMNO untuk tawan Putrajaya nak bina MALAYSIA BARU tapi masih dihantui perangai UMNO.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 8-10-2015



Islam Hadhari ala UMNO dan Islam Progresif ala AMANAH
Posted on Wednesday, October 07 @ 20:02:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya telah membaca kajian Md. Shukri Shuib daripada Universiti Utara Malaysia pada tahun 2007 berkenaan Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani Ekstremism Islam Di Malaysia.

Md Shukri menulis pada muka surat 47 laporan kajiannya;

"Pendekatan Islam Hadhari juga jelas dilihat mempunyai matlamat politik yang jelas mampu membawa dimensi baru di dalam senario semasa politik di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari dilihat mampu menyaingi PAS di dalam persaingan politik di Malaysia. Sekaligus memberikan ruang kepada kerajaan bagi membentuk satu ketamadunan politik Islam yang baru di dalam memperkukuhkan dimensi Islamisasi negara. Maka, tindakan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mencetuskan pemikiran pendekatan Islam Hadhari dilihat mampu memberikan impak kepada kewujudan imej baru kepada UMNO dan Barisan Nasional yang menerajui kerajaan masa kini."
Saya tidak akan bahas panjang pasal Islam Hadhari parti UMNO ini kerana semua kita sudah tahu Islam ini menyeleweng daripada kehendak Islam sebenar walaupun ada cerdik pandai agama cuba menegakkannya sebagai suatu yang baik tapi hakikatnya adalah untuk menyaingi PAS.

Saya lebih suka untuk membicarakan Islam Progresif ala parti AMANAH. Setakat ini belum ada tesis dan kajian dibuat berkenaan dengan Islam Progresif ala parti AMANAH.

Tak banyak beza dengan Islam Hadhari UMNO, Islam ini diwujudkan bagi menyaingi parti PAS kononnya PAS masih kurang Islam. Pendekatan Islam PAS katanya tak betul.

Pendekatan Islam Progresif yang jelas boleh kita lihat ialah soal bai'ah dan takliq cerai. Mereka yang "menganut" Islam Progresif memandang ringan dan bermudah-mudah dalam soal sumpah bai'ah walaupun sumpah itu menggunakan nama Allah seperti Walallahi, Wabillahi dan Wataullahi.



Begitu pasal takliq cerai talak 3 pun boleh ditebus dengan memberikan makan 10 oang fakir miskin.


Saya tak pernah terfikir rupanya takliq cerai ni boleh bagi makan fakir miskin. Semasa kahwin dulu saya ada membuat takliq jika isteri mangadu pada Qadhi. Wah kalau ikut Islam Progresif parti AMANAH saya hanya perlu beri makan 10 orang fakir miskin untuk batalkan takliq tersebut. Hebatnya Islam Progresif!!

Saya juga terfikir, bila ada pilihan raya nanti mereka ini akan berjanji untuk membantu rakyat. Selepas mereka menang mereka boleh batalkan janji tersebut hanya memberi makan 10 orang fakir miskin. MEREKA BUKAN JENIS BERBOHONG dan TAK TUNAI JANJI, tapi itulah ajaran Islam Progresif ala AMANAH.

Beberapa hari lalu timbul isu tanah wakaf.

Hari ini saya baru tahu tanah yang sudah diwakaf boleh diwakafkan semula dengan Islam Progresif ala parti AMANAH. Bukan itu sahaja tanah wakaf pun dikategorikan sebagai harta sepencarian dan boleh dibahagian mengikut kaedah harta sepencarian.

Kita telah difahamkan bahawa jika kita mewakafkan harta, harta itu bukan lagi milik kita. Kita tak ada hak keatas harta itu. Jika orang yang diberikan amanah dalam pengenalian harta itu menyeleweng bukan kita yang nak menjadi hakim untuk memindah kepada orang lain kerana yang bertanggungjawab ialah mereka yang mengurus harta tersebut.

Saya tertarik dengan perbandingan yang dibuat seperti perempuan yang berkahwin, jika sijil perkahwinan tidak ada atau belum sempat diuruskan atas sebab-sebab tertentu, takkan perempuan tersebut boleh kahwin lain atas alasan tak ada sijil perkahwinan?

Islam Progresif ala parti AMANAH membolehkan tuan tanah yang dah wakaf tanahnya disebabkan geran tanah itu masih miliknya (atas sebab-sebab tertentu) diboleh tukar wakaf kepada orang lain atau parti lain seolah-olah harta wakaf masih miliknya setelah diwakafkan.

Adakah mereka lupa tentang hadis nabi dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w : "Perumpamaan orang yang mengambil semula barang yang telah diberi olehnya adalah seperti anjing yang makan sehingga kenyang, kemudian anjing itu muntahkan makanannya dan ia makan semula muntahnya". (HR Ibnu Majah, Ahmad. dinilai sahih oleh Albani.)

Sebelum ini amalan-amalan Islam progresif ala Parti AMANAH sangat mengelirukan misalnya dalam bersalam dengan bukan mahram.



Makan setalam. Makan setalam sunah tapi bila dah macam ini saya pun tak faham. Bergaul antara bukan mahram dan bukan Islam.


Itu belum lagi bercakap pasal berhimpit dengan bukan mahram. Bila ditegur dikatakan ini perkara yang kecil sahaja. Mereka lebih mengutamakan menawan Putrajaya daripada soal-soal agama yang dikira kolot.


Parti AMANAH ada penasihat dan juga timbalan penasihat dikalangan wakil ulama. Wakil ini ada jawatan dalam organasasi dunia katanya. Tapi dimana mereka dalam hal-hal seperti ini?


Malang bagi ulama yang tahu menegur orang lain tapi mengiya dan mem'buta'kan mata bagi kesalahan dikalangan ahli sendiri atas sebab-sebab tertentu.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 7-10-2015
Pemuda Amanah kurang menyengat

Posted on Wednesday, October 07 @ 16:54:18 MYT by paktam

Oleh Mohd Azhar Abd Rahman

Parti Amanah Negara (Amanah) yang baru mendapat kelulusan daripada pihak RoS untuk menggunakan nama Amanah dalam aktivitinya, dan secara rasmi bergerak sebagai sebuah parti merupakan berita positif kepada pendokongnya untuk bergerak lebih mantap sebagai salah sebuah parti blok pembangkang.

Menjadi salah sebuah gabungan Pakatan Harapan, Amanah sudah pasti menjadi tumpuan dalam mengatur strategi menarik lebih ramai pengundi Melayu, meskipun parti itu ditonjolkan sebagai parti ‘multiracial’ yang membenarkan semua rakyat Malaysia, tidak mengira latar belakang bangsa untuk menganggotainya.


Sejak awal kemunculan mereka melalui platform Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan ini belum memperlihatkan kemampuan menampilkan pemimpin muda yang memikat.


Sehingga kini, pemimpin muda Amanah masih belum menampakkan kemampuan mereka untuk sebaris dengan pemimpin-pemimpin muda lain dalam parti rakan mereka.

Amanah wajar membuat satu pelan strategik bagi menyusun kekuatan di kalangan anak muda mereka untuk menguasai setiap bidang yang menjadi perhatian masyarakat dan memberi impak kepada negara.

Muka-muka baru yang mempunyai potensi harus diketengahkan sebagai duta parti mereka.

Amanah juga harus berhadapan dengan gelanggang dan acara yang lebih kreatif untuk menarik perhatian masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Dalam banyak siri ceramah yang dianjurkan, Amanah dilihat masih bermain dengan format lama; mengulas isu semasa dengan skrip yang sudah diketahui umum, menghentam watak-watak tertentu dalam barisan kerajaan dan beberapa lagi kaedah yang mungkit mencuit hati pendengar tetapi kurang menghidangkan sebuah idea segar.

Amanah harus bergerak dengan lebih cepat. Mereka harus membuktikan anak muda mereka berkualiti dan mampu berdepan dengan masyarakat serta bersedia dengan idea bernas untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Dan sudah tentu perkara ini memerlukan ‘kerja rumah’ sebelum ia dikemukakan. Anak muda tidak seharusnya hanya digunakan sebagai pemacak bendera dan penyusun kerusi apabila sesuatu majlis hendak diadakan.

Justeru, diharapkan pandangan masyarakat yang melihat Pemuda Amanah kurang menyengat harus diambil positif dan diambil tindakan.

Jangan pula diberi alasan dengan mengatakan parti kami baru berusia tiga bulan kerana tawaran anda kepada rakyat tidak pernah menyentuh soal usia parti. Jangan pula nanti rakyat membalas, kami tidak boleh undi anda kerana usia anda baru setahun jagung.

Sumber DD - 7-10-2015



Antara logo dan ego
Posted on Wednesday, October 07 @ 11:02:27 MYT by paktam

Oleh Amir Kamal

Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasminya pada 16 September lepas seolah-olah memberi harapan baharu buat golongan anak muda yang dahagakan politik baharu Malaysia.Namun, sinar harapan ini tiba-tiba malap akibat insiden logo parti yang menyerupai logo sebuah syarikat televisyen di India.

Tahap keyakinan anak muda terhadap Amanah yang merosot ketika itu diburukkan lagi dengan kenyataan setiausaha agung parti yang bertegas logo tersebut akan dikekalkan.

Bagi mereka, isu logo adalah isu kecil. Nampaknya tampuk pimpinan Amanah atau generasi mereka gagal memahami anak muda hari ini.

Maka tulisan ini bertujuan memahamkan generasi tua kenapa isu logo ialah isu besar kepada generasi kami.

Generasi kami yang berumur 20-an adalah generasi yang membesar dikelilingi komputer dan gajet. Sebaik sahaja pandai membaca dan mengira, ramai sudah pun memiliki akaun emel sendiri.

Generasi tua pula (ketika itu belum tua) baharu pertama kali mengenal telefon bimbit – itu pun yang seberat 2kg dan hanya boleh membuat panggilan.

Pengalaman Internet dan emel memberi kesan yang sangat besar kepada kami yang kemudiannya belajar untuk mengenal spam, emel berantai dan segala jenis kepalsuan lain.

Malah, dengan kemunculan media sosial seperti Facebook, lebih banyak berita palsu yang disebarkan menyebabkan anak muda hari ini menjadi lebih teliti terhadap keaslian sesuatu yang disebarkan, terutamanya dengan menggunakan carian Google.

Pengalaman ini juga membuatkan anak muda mudah berasa jelik dengan karya yang tidak asli.

Justeru, adalah tidak pelik apabila sahaja logo Amanah dilancarkan, keserupaan logo itu dapat dikesan dalam sekelip mata, dan membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan anak muda terutamanya yang menaruh harapan tinggi terhadap parti itu.

Alasan “kebetulan serupa” adalah langsung tidak masuk akal terutamanya kepada mereka yang menghargai seni. Bagi hasil rekaan yang begitu besar maknanya seperti logo Amanah, ini adalah mustahil.

Pada masa yang sama, kami juga yakin Amanah bukan sengaja ingin meniru logo stesen TV tersebut seperti dakwaan sesetengah pihak.

Penjelasan yang paling rasional ialah pereka logo menggunakan aplikasi “Logo Generator” yang berlambak di ruang Internet secara percuma.

Laman sesawang dan aplikasi sebegini mempunyai algoritma mudah untuk menghasilkan pelbagai logo berdasarkan beberapa ciri generik.

Namun “Logo Generator” atau seumpamanya hanya sesuai untuk entiti kecil, bukan untuk kegunaan pertubuhan sebesar Amanah yang perlu menjaga reputasinya.

Sebuah parti politik yang ingin memerintah harus mempunyai imej yang tulen, yang dizahirkan melalui penggunaan logo hasil karya asli.

Maka langkah terbaik Amanah adalah mengakui isu logo ini adalah isu besar. Akui juga ini berpunca daripada kegagalan mereka menyemak keaslian logo itu, dan ini mencalarkan integriti sebuah parti yang meletakkan “amanah” sebagai tonggak utamanya.

Amanah tidak boleh menolak isu ini ke tepi sebagai isu picisan. Amanah juga tidak boleh menuduh ini adalah saraf musuh.

Ini juga satu lagi masalah dengan parti politik yang masih di takuk lama; apa sahaja teguran dan kritikan terhadap parti akan dibakul sampahkan sebagai saraf musuh.

Ini membunuh keterbukaan, menyuburkan “siege mentality” iaitu pemikiran semua orang adalah musuh dan sentiasa ingin menyerang kita.

Oleh itu, pimpinan Amanah perlu membuang ego mereka dan mula membuka mata dan telinga. Cukuplah memberi alasan begitu dan begini, sedangkan pimpinan Amanah sebenarnya enggan mengakui atau sebenarnya tidak sedar, mereka tidak memahami isu ini.

Jika Amanah ingin menjadi parti pilihan anak muda, maka ia perlu mendengar pandangan anak muda. Jika tidak, pimpinan Amanah sekali lagi akan ditolak oleh anak muda, sepertimana mereka pernah ditolak dalam parti lama mereka sebelum ini.

* Amir Kamal ialah ahli Parti Amanah Negara.

Sumber DD - 7-10-2015


PASMA Boleh Lihat Buah Tangannya Pada Hari Ini
Posted on Tuesday, October 06 @ 22:25:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Berikut adalah tulisan saya yang pernah tersiar pada 27  Oktober 2014. Saya pos kembali sebagai renungan agar jangan diperlekehkan gerak rasa ahli di akar umbi merangkap penulis kampung. Ada dua tiga tulisan lagi yang mungkin perlu direnungkan agar dapat diambil manfaat darinya. Saya mulakan dengan gerakan PasMa dan hari ini terbentuk PAN dan Pakatan Harapan.
27 OKT 2014 - Saya tak setuju jika kita kata PasMa hanya isu remeh yang tak perlu dilayan atas alasan penggerak dan penyokongnya tak seberapa. Kita kena ingat, golongan yang tidak seberapa ini jika istiqamah menjalankan misi dan visinya, akhirnya akan jadi cukup mencabar sehingga mampu membelah dua PAS. Apatah lagi jika mereka sanggup menjaja fitnah sepertimana perangai  UMNO. Saya agak terkejut apabila dalam mesyuarat peringkat cawangan saya sudah ada simpatisan PasMa.

Saya berpendapat larangan melibatkan diri dengan aktiviti PasMa adalah tepat. Namun saya bimbang kader-kader PasMa yang ‘pandai ‘ berhujah mampu mendoktrin ahli-ahli PAS terutama yang berada di peringkat kawasan dan cawangan.

Saya pun hairan bagaimana segelintir ahli PAS boleh termakan dek agenda PasMa. 

Bukankah motif penubuhan PasMa mudah dibaca. Aktivitinya adalah siri-siri memburukkan pemimpin PAS dan golongan ulama.  Itulah yang dapat kita lihat dan dengar melalui forum-forum mereka.

Apabila ulama-ulama pelapis bangkit mempertahankan kepimpinan ulama, mereka mula memberi persepsi buruk kepada ulama muda. Sebab itulah ulama muda seperti Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Nik Abduh dan ulama dalam Dewan Pemuda disindir sebagai jumud dan gelojoh.

Memetik kembali pandangan saya terhadap kewujudan PasMa, saya rumuskan beberapa perkara:

1.       PasMa  ditubuhkan dengan andaian  jahat bahawa Presiden  akan ber-UG dengan UMNO.

2.       PasMa ingin menolak Presiden dan golongan ulama daripada menerajui kepimpinan PAS.

3.       PasMa akan menjadi galang-ganti jika PAS keluar atau dikeluarkan daripada PR.

4.       PasMa adalah platform jangka panjang  sebagai persediaan untuk memenangkan golongan mereka dan menjatuhkan golongan ulama dalam pemilihan muktamar ke-61.

5.       PasMa juga menjadi platform politik  jika golongan mereka tewas dalam pemilihan tersebut.

Kelima-lima elemen di atas menyebabkan kepimpinan PasMa khususnya Pahrolrazi dan Khalid Samad amat mempertahankan PasMa walaupun terpaksa menyanggah MSU dan Presiden. Mereka sanggup ‘berjuang by hook or by crook’  kerana berdasarkan riak rasa muktamar lalu, mereka yakin bahawa golongan anti kepimpinan ulama tidak mampu berada sebaris lagi dalam AJK PAS Pusat pada pemilihan 2015 nanti.

Maka, PasMa akan terus bergerak atas dua desakan. Pertama, bergerak habis-habisan sebelum muktamar ke-61 agar majoriti perwakilan akan bersama dengan mereka pada masa itu. Kedua, sekiranya mereka tewas, survival politik mereka akan dihidupkan melalui PasMa. Mungkin pada masa itu PasMa akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang menolak PAS dari PR. Inilah yang dinanti-nantikan oleh PKR dan DAP.

Satu persoalan; adakah buah tangan PasMa ini telah meletakkan parti-parti pembangkang dalam keadaan lebih kukuh dan lebih cerah ke Putrajaya? Jawab sendiri.


Sumber TKO - 6-10-2015 


Ceramah Parti AMANAH di Lumut PerakPosted on Tuesday, October 06 @ 19:09:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ceramah parti AMANAH yang dibantu oleh PKR dalam penyediaan pentas. Sama juga biar gambar berbicara.




Sumber TKO - 6-10-2015



Ceramah Parti AMANAH di Langkawi
Posted on Tuesday, October 06 @ 18:50:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ceramah parti Amanah di Langkawi. Hanya gambar boleh berkata-kata.

Kredit:

Ayob Hussin

Sumber TKO - 6-10-2015




Kesian Suhaizan Kaiat, Makin Melalut

Posted on Monday, October 05 @ 23:39:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Suhaizan Kaiat, master Sains Komputer UTM seorang anak muda yang mempunyai peluang dan harapan yang besar dalam kepimpinan masa depan PAS. Seorang yang mendapat didikan (tarbiyyah) daripada Hisbi Islami UTM yang corak pemikiran bebas, kritis dan kental dia telah berjaya mengharunginya dengan baik apatah lagi berhadapan musuh tradisi Hisbi Islami UTM selain kumpulan BTN iaitu IRC (selepas itu JIM dan IKRAM).

Suhaizan ada peluang yang besar untuk melebarkan pemikiran dalam kepemudaan apabila dia berganding dengan Ustaz Khalil Abdul Hadi, tapi malang Suhaizan di situ sudah mula keliru dan cuba menjadi juara untuk menyingkirkan Khalil. (Pendapat saya Khalil adalah sumber untuk dia boleh mendapatkan corak pemikiran Presiden tapi malang di 'buta' atas oppucutinity ini)

Di sini titik ketidakhaluan Suhaizan, boleh dilihat dalam pra sebelum muktamar ke-61 dia keliru menunjukkan 'stand' sehingga dalam banyak forum di seolah-olah berada diluar 'team' dan diluar kelompok ahli forum.

Bila dia kalah dalam pemilihan, cara dia membuat keputusan makin buruk dan celaru. Akhirnya ditelah memilih jalan yang salah kali kedua sebagaimana dia terkeluar daripada pensyarah u sebelum ini.

Saya pun malas nak panjang pasal Suhaizan, tapi saya ambil keputusan untuk menulis bila ada orang hantar kepada saya 2 petikan facebook Suhaizan terbaru untuk diulas.


Suhaizan ada menulis;

"Banyak dibincangkan berkenaan pertandingan 3 penjuru dan akhirnya BN akan menang. Pd saya mudah sahaja. Kajian politik sekarang sudah jauh lebih maju. Lebih hampir kpd realiti. Jika sesuatu Parlimen itu mengikut kajianya, A lebih berpotensi utk menang melawan BN maka A lah yg lawan. Jika B kurang berpotensi menang tapi masuk jugak bertanding maka B sebenarnya parti yg memberi kemenangan kpd BN. Mudah sahaja. Tak perlu pening-pening kepala."
Saya menjawab;

Banyak kajian tentang organasasi parti. Kajian dan bukti kajian juga banyak tentang bagaimana pemimpin yang ditolak oleh akar umbi parti kecewa tak boleh jadi pemimpin dan terdesak nak jadi pemimpin untuk parti berkenaan misalnya parti A lalu menubuhkan parti B. Parti B adalah HAMPAS daripada parti A. Atau boleh disebut barang reject. Biasanya barang reject tak kekal lama. Contoh daripada kajian telah menunjukkan HAMIN, BERJASA, S46 adalah barang reject dan akhirnya terkubur kerana mereka adalah HAMPAS.

Ada yang tanya saya bagaimana dengan Anwar dan PKR. Saya kata Anwar tak kalah dalam pemilihan berbanding Kuli daripada S46.

Saya menjawab lagi, tak payah pening-pening Suhaizan anda sebenarnya adalah proxy UMNO untuk menjatuhkan PAS. Proxy tu maknanya apa-apa sahaja yang membantu UMNO untuk hidup dan bernafas dengan baik setelah dia hampir tenggelam.

Jadi AMANAH adalah proxy UMNO kerana dengan wujud AMANAH, pakatan pembangkang menjadi kucar kancir, PAS makin lemah daripada sebelum itu. PKR berbalah dan DAP pun orang sudah tak percayai lagi.

Mana kenyataan-kenyataan di wujudkan PASMA kemudian GHB dan kemudiannya AMANAH untuk kenaikan Pakatan Rakyat?? Sekadar nak isi perut dan nafsu pemimpin yang tak boleh terima kenyataan akar umbi PAS tolak mereka. Mereka ini masih terbayang mereka kononnya hebat!


Suhaizan ada berkata;

Bermula dgn setandan jatuh dlm pemilihan, pembentukan GHB, road show, Parti Pekerja Malaysia menyerahkan partinya kpd Amanah, pindaan perlembagaan, keahlian diluar jangka, pelancaran dan kelulusan ROS. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga Allah memberi kelancaran utk menukar kerajaan dlm PRU 14.
Saya menjawab;

Saya tak kisah pasal berjalan lancar. Walaupun apa yang saya terima daripada kawan-kawan dalam AMANAH lain dengan apa yang diceritakan oleh Suhaizan. Kira Suhaizan betul kan partinya AMANAH mana ada cakap bohong.

Satu saya nak tanya iaitu jika nak tukar kerajaan kita perlukan kerusi. Agakanya dimana AMANAH nak bertanding untuk dapatkan kerusi bagi nak tukar kerajaan pada PRU-14 nanti??

Tak payah pening-pening Suhaizan dan pembaca daripada parti AMANAH, berikan saya 3 kawasan sahaja (cukuplah tu) parti AMANAH akan bertanding untuk PRU-14.

Suhaizan kalau tempat nak bertanding pun masih kita tak tahu BODOH lah kita.


Apalah jadi bangang kita bersusah payah buat parti baru jika kita tak tahu mana tempat nak bertanding?

Kita berharap "Moga Allah memberi kelancaran utk menukar kerajaan dlm PRU 14" tapi kita masih tak tahu nak bertanding di mana? Ingat Allah boleh bagi tukar kerajaan macam tu aje ke?? Kenapalah melalut engkau Suhaizan?

Kata AMANAH akan bertanding di kawasan yang pernah dia bertanding semasa dalam PAS. Agaknya petikan Suhaizan di atas yang telah saya ulas itu memberikan kemenangan kepada parti Suhaizan ke?

Tak payah pening... fikir mudah aje.

Bila saya baca satu persatu posting Suhaizan, datang dalam hati saya bila pula budak ni dah jadi macam tak betul, melalut semacam aje??

Suhaizan kalau nak bercakap pasal perjuangan, lihatlah semasa nak tubuh parti KOMUNIS MALAYA (PKM). Mereka sanggup masuk hutan, makan pucuk kayu dan ubi. Ada yang beranak dalam hutan. Itu pengorbanan, tetapi pengorbanan tidak semesti mendapat hasil yang baik disisi Allah s.w.t.

Kita kena jujur rendah diri dan amanah (bukan parti AMANAH) dalam melaksanakan apa yang Allah suruh.

Sekali lagi saya sangat kesian kepada anda atas kesilapan yang anda telah lakukan.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 5-10-2015


Jawapan Untuk Mazlan Aliman Pasal Rampas Harta Wakaf

Posted on Sunday, October 04 @ 23:33:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ada terbaca jawapan Mazlan Aliman soal rampas markas PAS. Nampaknya ia menjadi senjata utama cybertroopers Parti Pekerja untuk counter isu yang berlaku di kawasan Tenggara, Johor. Mudah sungguh orang kita terpukau dengan jawapan ringkas sebegitu. Yang haram terus jadi harum.

Dalam ajaran Islam, kita tak boleh ikut siapa tuan yang bagi barang. Mereka tiada hak. Perkiraan mesti dibuat mengikut kepada siapa ia diberikan. Mengikut hukum hibah, sekiranya barang telah diberikan kepada seseorang maka ia bukan lagi milik tuan asal, tetapi telah menjadi milik tuan baru iaitu PAS.


Apabila penerima menerima pemberian tersebut, ia tidak boleh lagi ditarik balik.

Dalam hal hartanah, Ulama berpendapat sekiranya tanah atau bangunan itu telah diduduki atau diusahakan oleh penerima sebelum pemberi menarik balik, ia menunjukkan penerimaan secara sah. Maka seandainya PAS Tenggara telah menguruskannya, menggunakannya atau mengubahsuainya maka ia telah menjadi milik mereka.

Soal dokumentasi adalah berkait undang-undang dunia sahaja. Undang-undang Allah di akhirat tetap mengira niat sebenar pemberi yang telah menyerahkan kepada PAS. Walaupun tanpa hitam putih, ia tetap sah. Lepas di mahkamah manusia tak semestinya lepas di mahkamah Allah.

Orang kita jangan cepat gabra kalau alasan yang diberi mereka bertepatan dengan undang-undang negara. Kita kena sentiasa berpegang undang-undang Allah sebab kita pejuang agama Allah. Sikap apologetik terhadap undang-undang manusia tidak patut ada pada kita.

Saya melihat banyak orang kita bersikap sebegini. Dalam isu muktamar, isu rampasan tanah, isu baiah dan termasuk isu ini. Kita banyak bersilat menjawab dari sudut undang-undang konvensional, padahal kerelevenan undang-undang itu sendiri boleh dipertikaikan. Sebagai teguran, insyaAllah saya akan kupas perkara ini dalam tulisan lain yang khusus.

Berbalik isu rampas markas tadi, ia turut menunjukkan sikap tidak konsisten pemimpin Parti Pekerja. Dalam isu lompat parti, mereka bermatian tak mahu serahkan balik kerusi yang mereka menangi pada tuan asal (PAS) walaupun jelas lambang pada kertas undi yang memenangkan mereka adalah milik PAS. Tetapi dalam isu ini, beria-ia pula dakwa kena beri pada tuan asal siap dibantu sistem undang-undang manusia. Inilah sikap pragmatis. Pilih hukum yang mana menguntungkan sahaja!

Saya tinggalkan sebuah hadis sebagai renungan buat mereka. Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w : "Perumpamaan orang yang mengambil semula barang yang telah diberi olehnya adalah seperti anjing yang makan sehingga kenyang, kemudian anjing itu muntahkan makanannya dan ia makan semula muntahnya".
(HR Ibnu Majah, Ahmad. dinilai sahih oleh Albani.)

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 4-10-2015




Sambutan Pelancaran Parti AMANAH Peringkat Kuala Kangsar Oleh Mat Sabu
Posted on Sunday, October 04 @ 23:28:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tidak mau nak kupas dan ulas dengan panjang lebar sekadar menjemput gambar-gambar bicara.

Beginilah keadaan, suasana, pemandangan dan sambutan hari Pelancaran Parti Amanah Negara (PAN) parti serpihan PAS di Kuala Kangsar malam tadi yang dilancarkan sendiri oleh Presidennya yang juga mantan Timbalan Presiden PAS.

Adakah ini senario yang menunjukkan PAS sudah lumpuh, musnah dan ranap???? Sebagaimana yang diwar-warkan oleh Dati Wan Rahim dan ANuar Tahir?








Sumber Link

Sumber TKO - 4-10-2015

Berita Lawak Awal Bulan: PAS disaran bertoleransi dalam soal penentuan kerusi yang ditandingi - Phahrolrazi
Posted on Sunday, October 04 @ 19:02:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyarankan supaya PAS tidak bertindak sendirian dalam menentukan kerusi yang mahu ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Beliau yang kini Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, saranan ini perlu diambil serius oleh PAS dalam usaha memastikan pakatan pembangkang berjaya menewaskan Umno-Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.

Sehubungan itu katanya, PAS disaran untuk bertoleransi dalam penentuan kerusi yang mahu ditandinginya atas kapasiti pembangkang.
"Sepatutnya begitulah tujuan kita mengadakan pakatan pembangkang ini kerana kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
"Jadi dengan cara bergabung telah memberi ruang untuk kita menang secara bergabung, jadi sebab itu kita tolak parti bertindak sendirian.
"Sebab sejarah telah menunjukkan tidak menguntungkan setakat ini sebab BN itu sendiri pun satu gabungan, jadi kita pembangkang (sama ada) PAS atau Amanah, atau dilihat sebagai kumpulan pembangkang setakat ini, jadi sepatutnya pembangkang mesti bergabung untuk menghadapi parti memerintah," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Beliau mengulas kenyataan terkini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang membayangkan kemungkinan besar saingan tiga penjuru atau lebih di banyak kerusi DUN dan Parlimen pada PRU14 susulan penubuhan Pakatan Harapan (PH).
Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak mungkin memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Negara) untuk bertanding di kerusi-kerusi yang secara tradisi ditandingi parti itu.
"Apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti. Kalau PAS bergabung pula dengan PH bermakna PAS akan sekali lagi menyerah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. 
"Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebooknya semalam.
Dalam perkembangan sama, Phahrolrazi yang masih memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor atas tiket PAS pada PRU13 lalu bagaimanapun berkata, penentuan meletakkan calon adalah hak parti masing-masing.
Beliau bagaimanapun berkali-kali meminta PAS memikirkan kesannya jika parti itu terus berdegil mahu membawa haluan sendiri walaupun dalam soal kerusi.
"Dalam sistem demokrasi, ini hak masing-masing untuk meletakkan calon, bukan hak PAS, hak siapa-siapa pun, hak mana-mana parti
"Cuma sekarang ini ada pertimbangan politik, bertanding ini hak apa, untuk menang ke untuk semata-mata hendak bertanding, apa matlamat bertanding? Itu saja yang banyak diputuskan oleh parti politik," katanya.
"Parti politik ini bertanding untuk mencapai kemenangan begitu juga Umno, dia parti yang bertanding, dia tidak bertanding semua.
"Jadi kalau hendak bertanding semua kerusi, sebenarnya adakah PAS bercadang hendak menang semua kerusi yang ditandingi itu," katanya lagi.
Bahkan katanya, jika berlaku juga pertembungan tiga penjuru, semua pihak akan menanggung rugi.

  "Kalau berlaku pertembungan belum tahulah siapa yang untung dalam keadaan politik sekarang, dalam keadaan politik sekarang ini BN yang untung ke, tiga penjuru sekarang ini semua sudah mempunyai peluang yang sama saja," katanya.

Sumber TKO - 4-10-2015


Koleksi Gambar Parti AMANAH, PKR, PERKASA Dan UMNO Berganding Bahu Seiya Sekata Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa

Posted on Saturday, October 03 @ 18:50:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Siapa yang nak berUG ni???????? .. biar gambar-gambar berbicara.... apakah ini langkah permulaan untuk berUG???? ... jangan terkejut jika ada yang gelar himpunan ini Langkah UG ... siapa tahu kalau ianya benar-benar berlaku kan kan kan??????

Sebenarnya walaupun perbezaan fahaman politik hanya dengan fahaman Islam saja yang mampu membuat mereka bersatu ... itu hakikat yang tidak siapa boleh menafikannya.


Sebab itu bila satu acara ataupun himpunan bila berbeza fahaman politik berkumpul untuk menyuarakan bantahan yang sama maka tidak perlu dipolitikkan dengan mainan dan tiupan politik sempit.












Sumber Link 

Sumber TKO - 3-10-2015

Kenaikan elaun ahli Parlimen hargai rakyat atau PM?

Posted on Saturday, October 03 @ 09:31:20 MYT by paktam

Oleh Faiz Fadzil

Kenaikan elaun Ahli Parlimen kepada RM16,000 sebulan sepatutnya diterjemahkan kepada peningkatan komitmen oleh ahli Parlimen untuk meringankan penderitaan rakyat menghadapi beban ekonomi.

Maka semua ahli Parlimen harus sedar rakyat kini masih terus tidak terbela akibat ditekan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin menghimpit kehidupan rakyat.


Terkini, pengumuman kenaikan harga petrol, terutama RON95 sebanyak 10 sen mengejutkan rakyat memandangkan harga pasaran minyak mentah dunia masih rendah dan tidak banyak berubah pada bulan lepas.


Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) harga petrol akan ditetapkan mengikut harga pasaran dunia kini masih kabur.

Malah sehingga kini, kerajaan masih gagal bersikap telus untuk mendedahkan data pengiraan untuk penetapan harga petrol.

Adakah peningkatan harga petrol ini disebabkan kejatuhan ringgit atau disebabkan agenda lain?

Tanpa pendedahan tersebut, kerajaan BN bebas untuk memanipulasi proses penetapan harga petrol ini tanpa ada unsur semak-dan-imbang rakyat.

Ke mana hilangnya penjimatan RM20 billion yang diwar-warkan kerajaan suatu ketika dahulu apabila sistem apungan terurus dilaksanakan.

Adakah wang sebanyak itu digunakan bagi menyelamatkan 1MDB yang berhutang keliling pinggang? Selagi poket yang koyak tidak dijahit, selagi itulah wang yang masuk ke poket akan tercicir.

Keadaan ekonomi negara juga berada pada tahap yang membimbangkan, dan rakyat mula menjadi mangsa. Dividen bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diumumkan semalam berkurang kepada 6.40 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit tahun lepas.

Malah, prestasi pasaran ekuiti secara umumnya sangat terjejas pada tahun ini sehingga Indeks Komposit Kuala Lumpur mencecah paras 1532, iaitu penurunan sebanyak 17% dalam tempoh kurang daripada enam bulan yang mana sehingga kini trend penurunan ini masih belum ada tanda-tanda akan berakhir.

Beberapa bulan kebelakangan ini, negara dikejutkan dengan kejatuhan nilai ringgit yang terburuk sejak penamatan tambatan ringgit kepada USD pada tahun 2005 yang mana nilai ringgit mencecah RM4.46 berbanding USD, paras terendah sejak tahun 1998.

Asas ekonomi negara yang tetap kukuh seperti yang selalu disebutkan Gabenor Bank Negara, menguatkan lagi analisa kejatuhan yang signifikan berbanding mata wang lain adalah berpunca daripada defisit keyakinan terhadap integriti negara disebabkan skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri yang juga merupakan menteri kewangan dan Ppenasihat 1MDB.

Kemasukan RM2.67 billion ke akaun peribadi PM tanpa justifikasi yang rasional dan sah mengeruhkan lagi sentimen ini yang melibatkan ketidaktelusan urustadbir negara.

Situasi yang meruncing ini diparahkan lagi dengan tindakan yang diambil terhadap pegawai dan institusi demokrasi negara yang menyiasat skandal 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Defisit keyakinan terhadap kepimpinan negara semakin jelas apabila Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara dengan tegas mengatakan skandal 1MDB perlu diselesaikan segera bagi memulihkan nilai ringgit.

Namun, tindakan penukaran Peguam Negara yang diambil PM menunjukkan tiada tanda-tanda pendakwaan yang akan dibuat berkaitan isu 1MDB dalam masa terdekat walaupun kertas siasatan sudah pun dihantar beberapa bulan yang lalu kepada Peguam Negara.

Maka, Pemuda Amanah Nasional percaya tindakan drastik perlu diambil bagi menyelamatkan negara dengan menurunkan Najib sebagai PM. Sudah pasti pilihan tunggal yang ada sekarang adalah 'undi tidak percaya' terhadap PM oleh ahli-ahli Parlimen.

Tindakan ini adalah tindakan yang demokratik yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan elaun Ahli Parlimen sudahpun dinaikkan begitu banyak pada tahun ini, maka semakin besarlah harapan rakyat agar semua ahli Parlimen dapat memahami denyut nadi rakyat ini.

Ahli Parlimen tidak patut berasa takut untuk bertindak dengan tepat untuk menentang PM di dalam Parlimen.

Usahlah dilaungkan sentimen Melayu atau semangat Islam jika ada ahli Parlimen yang takut untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman dan ketidakadilan.

Jika anda takut, anda juga tidak ubah seperti PM yang tidak pedulikan negara dan rakyat tetapi hanya pedulikan perut dan kantung sendiri.

Keringkanlah air mata derita rakyat ini dengan kenaikan elaun anda. Elaun anda wang rakyat. Hargailah rakyat dan bukannya PM.

* Penulis ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional.

Sumber DD - 3-20-2015

Bagaimana nak jaga Islam tanpa ulamak?
Posted on Friday, October 02 @ 19:41:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,,, ALLAH sebut dalam quran "Ulamak takutkan ALLAH" dan dalam hadis Nabi sebut ulamak pewaris nabi.Pengertian umum ulamak yang memiliki ilmu Quran dan Hadis bagi memastikan Islam dijaga dengan baik.Inilah ulamak yang diperlukan oleh umat Islam akhir zaman apatah  lagi dalam kemelut lahirnya berbagai bagai ideologi yang dianuti serta dengan kehadiran musuh musuh Islam yang sentiasa mencari ruang bagi memesongkan amalan ugama umat Islam.

Kehadiran ideologi dan musuh Islam secara serentak menjadi cabaran umat dan menjadi keperluan yang tinggi untuk memastikan kehidupan harian mereka sentiasa bersama ulamak.Itu syarat utama bagi setiap umat Islam, sentiasa merasakan diri kekurangan kerana ketiadaan ilmu yang cukup dan memerlukan panduan ulamak yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang betul dan benar dari ALLAH dan RASULnya.

Petunjuk utama dalam ikutan ulamak pula terletak kepada apa yang sudah diajarkan kepada kita oleh Baginda Nabi menerusi hadis yang menyuruh setiap umat Islam berada dalam jemaah Islamiah di akhir zaman sehingga Baginda Nabi mengingatkan kita supaya lari ke hutan dengan memakan daun daun kering(dalam riwayat yang lain nabi menyuruh kita memelihara kambing) sekiranya sudah tiada lagi jemaah Islamiah di tempat kita.Begitu juga dalam Quran ada  merakamkan kisah assabul kahfi yang lari ke hutan kerana kemaksiatan dan kemurtadan negara mereka.

Ini juga bermakna dalam kita menetapkan ikutan, kita  mesti memastikan kita berada dalam jemaah Islamiah yang betul , dipimpin oleh ulamak dan diimarahkan juga oleh ulamak serta para mualim yang mengajarkan ilmu Quran dan hadis yang benar.Kita tidak boleh lari dari kewajiban bersama jemaah yang betul walaupun di negara kita jemaah yang dimaksudkan didaftarkan sebagai parti politik.Pilihan yang ada kepada kita hanya terhad kepada jemaah ini sahaja kalau kita mahu melarikan diri dari ideologi yang berbagai serta melindungi diri dari terperangkap oleh musuh musuh Islam.

Perkara seterusnya yang perlu direnungkan bagaimana Islam nak dijaga seandai nanti yang memerintah dan berkuasa terdiri dari kelompok orang Islam yang profesional dan progresif? Sebab utama yang didakwa golongan profesional dan progresif itu hanya pintar dalam hal hal kedunia, pintar dalam memelihara nilai nilai sejagat seiring dengan kepintaran rakan rakan bukan Islam yang menjadi rakan pentabdiran, pintar dalam menguruskan kehidupan tetapi pengurusan pengurusan melibatkan mati, kepintaran mereka adalah terhad kerana ilmu yang mereka miliki bukan seratus peratus ilmu dari Quran dan Hadis.

Dalam pengurusan yang paling asas, ia itu menguruskan jenazahpun, kita perlukan ustaz untuk memandikan jenazah dan mensolatkan jenazah, mampukan profesional dan progresif menguruskan dengan lancar? Itu tidak lagi amalan amalan lain yang boleh menyediakan seseorang kepada kematian, yang boleh menjadikan umat Islam kuat mentalnya kerana mengingatkan mati, jadi bagaimana nilai nilai ini mampu kita jaga tanpa adanya ulamak bersama kita?

Seorang yang profesional dan penyokong profesional tidak akan mampu menguruskan jenazahnya sendiri apabila dia mati, tak akan mampu untuk memandikan sendiri jenazahnya, mengapan sendiri jenazahnya dan bergolek masuk ke liang lahatnya tanpa adanya pengurus pengurus yang berilmu mengenainya.

Renung renungkanlah kalau kita masih sayang kepada ugama kita dan sentiasa mengingati mati.

Sumber TKO - 2-10-2015


Ceramah Parti Amanah Negara (Pan) Di Johor Terpaksa Dibuat Dalam Kedai Kopi, Kenapa??

Posted on Friday, October 02 @ 19:39:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebelum ini melalui Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN) mendabik dada beritahu satu dunia yang PAS sudah lumpuh sebaik sahaja penubuhan parti serpihan PAS itu.










Paling ramai penghijrahan ahli PAS kepada Parti Amanah Negara (PAN) ialah Johor sampaikan hanya tinggal satu atau dua sahaja kawasan PAS negeri Johor yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti.


Pergh!!!! .. dahsyat dan kencang sungguh sembang Setiausaha Agung PAN ini yang pernah menjadi anggota PKR sebelum melompat ke PAS dan juga mantan Setiausaha Agung ABIM bila berbicara.

Hakikatnya????? ... beginilah suasana ceramah dan program PAN di Johor kelmarin dulu bersama-sama dengan tidak lain tidak bukan Naib Presiden PAN sendiri YB Dato' Dr Mujahid Yusoff Rawa. .. adakah suasana sambutan ceramah PAN di Johor mengambarkan yang PAS sudah lumpuh????

Sedar dan tahu betapa program dan ceramah anjuran PAN langsung tidak mendapat sambutan maka taktik digunakan di Johor ialah sebiji seketul semacam ceramah MCA ketika PRU ke-113 lalu iaitu berceramah di kedai-kedai kopi dan medan selera .. ambil kesempatan berucap ketika orang ramai sedang menikmati juadah.

Pelik sungguh bagaimana sebagai seorang Setiausaha Agung Parti yang melaungkan konsep Progresif, Amanah, Peduli Profesional dan Inklusif tergamak dan sanggup cakap besar berdegar-degar.

Enggan terima kenyataan betapa PAN amat kurang mendapat sambutan terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu .. kaum Tionghua akan turun beramai-ramai jika program dan aktiviti itu berganding bersama DAP .. kalau lakukan secara sola .. mereka tidak terliur datang nak dengar celoteh pemimpin-pemimpin PAN .. Ini adalah hakikat yang para pemimpin dan pengikut PAN kena terima dan telan.

Jom kita imbau kembali apa kata Setiausaha Agung PAN bila ditanya sambutan diberikan rakyat kepada penubuhan AMANAH.


Sumber Link


Sumber TKO - 2-10-2015



Hebat Ceramah Pelancaran Pan Kawasan Batu??
Posted on Friday, October 02 @ 19:36:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Lihat sendiri dan nilai sama ada PAN mendapat tempat dihati dan sanubari penduduk Batu, Kuala Lumpur .. kalau dengar dari penajanya bukan main lagi hebat bunyinya ... tetapi realitinya????




Majlis Ceramah Pelancaran Amanah Kawasan Batu malam kelmarin di Padang Bola, Kg Padang Balang, Kuala Lumpur oleh Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub..

Meraikan pelancaran Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan YB Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi DAP yang juga MP Seputih YB Teresa Kok, MP PKR Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Pusat YB Dr Mariah Mahmud serta Ketua Awan Batu Aishah Ariffin.

Sumber Link

Sumber TKO - 2-10-2015



Tak perlu tahan Khairuddin

Posted on Monday, September 28 @ 21:56:58 MYT by paktam

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Penahanan Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma, dan sebelumnya bawah Kanun Keseksaan, kerana memudaratkan proses demokrasi Parlimen adalah sesuatu yang tidak perlu.

Ini memandangkan Khairuddin hanya ingin mendapat kebenaran dari kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjejaskan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia.


Penahanan ini membawa implikasi undang-undang negara digunakan untuk menyelamatkan pemimpin yang korup dan bukan untuk menjaga kepentingan negara dan awam.


Sosma banyak diperbahaskan dan kami merasakan ia undang-undang yang memberi kuasa kepada Panel Penyiasat lalu menafikan hak kepada mahkamah menentukan merit pendakwaan dan diadili di mahkamah terbuka.

Lagipun Sosma bertujuan memerangi keganasan yang menjejaskan keselamatan negara. Apakah menuntut kebenaran kepada skandal 1MDB satu ancaman keselamatan kepada negara?

Penahanan Khairudin dan lain-lain kes menindas kebebasan mengkritik rejim korup adalah lambang kepada negara kuku besi yang sedang terbina bawah pimpinan Najib.

Semua yang cintakan keadilan merentasi kefahaman politik harus bangkit pada penindasan ini, khususnya Umno yang memberi nyawa kepada pemimpin kuku besi seperti ini menguasai negara kita Malaysia tercinta.

Teruskan perjuangan menuntut hak dan tolak pemimpin kuku besi! –
* Penulis ialah naib presiden Amanah dan ahli Parlimen Parit Buntar

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tak-perlu-tahan-khairuddin-mujahid-yusof-rawa#sthash.NE21oURH.dpuf

Sumber DD - 28-9-2015        


4 cadang kritik terbuka buat Amanah

Posted on Sunday, September 27 @ 13:52:41 MYT by paktam

Oleh Syahir Nujaba’

Pelancaran sebuah parti baharu yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini, cukup meriah. Dengan dewan yang luas, pentas ala-ala peragaan busana, kehadiran penyokong dan pemerhati melimpah hingga ke luar.

Ini permulaan yang baik bagi sebuah parti yang baru bertapak dan bakal menghadapi pilihan raya dalam tempoh lebih kurang 2 tahun dari sekarang. Dalam keasyikan merayakan pencapaian yang gilang-gemilang ini, sikap berhati-hati perlu terus diambil perhatian, agar usaha yang digembleng, tidak berakhir sekelip mata.

Meskipun kita sedia maklum, pimpinan Amanah terdiri daripada tokoh yang sangat berpengalaman. Namun, cadangan terbuka ini diharapkan, jika tidak pun menyantuni pimpinan yang sudah sedia hebat, sekurang-kurangnya ia mampu memberi buah fikiran dan refleksi kepada penyokongnya.

Pertama, memperkukuhkan akar umbi. Kita sedia maklum, undi bukan sesuatu yang boleh kita lobi. Undi, datang daripada sejumlah kepala yang tidak mampu kita kemudi. Dan dalam banyak-banyak kelompok pengundi, pemuda adalah yang tertinggi. Sejumlah kelompok pemuda ini, pendedahan politik yang mereka dapat adalah di peringkat universiti.

Amanah yang juga menampilkan konsep jemaah Islam, pastinya sedar setiap jemaah Islam di peringkat nasional, sudah pun mempunyai organisasi tajaannya yang tersendiri di peringkat kampus. Amanah pula bagaimana? Dengan terkumpulnya sejumlah penyokong muda yang masih ternanti-nanti prospek perjuangan, eloklah Amanah bersegera mengukuhkan akar umbi di peringkat kampus.

Kedua, berhenti mencari publisiti. Cukuplah dengan poster memetik kata-kata tokoh masyarakat, kemudian memperagakannya seakan-akan mereka menjadi ahli Amanah.

Ia kelihatan sangat murah! Beberapa rungutan dilakukan tokoh terbabit. Dan apabila mereka membuat penafian terbuka, ia seolah-olah menggambarkan Amanah sangat-sangat kemaruk dan terdesak terhadap perhatian dan sokongan ramai. Tidak salah mengambil petikan kata-kata yang selari dengan roh perjuangan Amanah. Cuma pastikan corak dan penampilan poster tersebut tidak mengundang kontroversi. Binalah kualiti, yang lainnya, biar mereka datang sendiri.

Ketiga, lebih teliti soal penampilan parti. Keputusan Amanah, untuk tidak menggunakan kalimah Arab dalam membuat penampilan dari sudut jawatan, keputusan yang sangat bernas. Hal ini sangat menyantuni permasalahan dunia Melayu yang sangat taksub dengan perkataan Arab. Mereka melihat perkataan Arab sebagai keramat. Untuk itu, perkataan jemaah perlu ditukar kepada organisasi, ulama perlu ditukar kepada sarjana, mursyidul am perlu ditukar kepada penasihat am, dan lain-lain lagi. Ini sekurang-kurangnya dapat membendung budaya taksub yang sedikit sebanyak berpunca daripada kepercayaan keramat bahasa Arab. Bagaimanapun, pemilihan logo parti amat mengecewakan. Ya, memang benar, kita boleh bagi 1001 alasan untuk menggambarkan ia bukan isu besar. Namun kita perlu sedar, audiens kita pelbagai.

Dan sebahagian mereka menganggap ini kualiti pengurusan yang lemah. Bagaimana pemilihan logo yang diadakan pertandingan, tidak diteliti dengan baik? Kita sudah ada pelbagai isu mengenai logo ini, termasuk logo Jakim dan logo kemerdekaan. Tidak cukupkah itu sebagai pengajaran?

Keempat, sedar diri. Sentiasalah berada dalam kesedaran, parti ini datang daripada rakyat, dan kepada rakyat jua ia akan dipulangkan khidmat. Membentuk sebuah parti yang berkonsep jemaah sesuatu yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Kerana konsep jemaah inilah, sebahagian besar aktivis Islam masih gagal untuk menerima parti politik Islam yang baru ini. Isu walak, baiah, rahim tarbiah, siapa lebih lama bertapak; ini semua masalah yang lahir apabila parti politik membawa konsep jemaah.

Padahal, dalam sains politik, parti-parti ini sepatutnya menjadi tapak dan platform dalam memenuhi tuntutan fitrah jemaah dalam Malaysia yang ingin memberi sumbangan terhadap politik tanah air.

Amanah perlu sedar, kepelbagaian jemaah dalam negara ini bersifat saling melengkapi. Semangat perjuangan politik yang terdapat dalam keanggotaan jemaah lain, seharusnya tidak boleh dinafikan sebuah parti politik yang datang daripada denyut rintihan rakyat.

Amanah perlu ke depan dalam membentuk iklim politik yang baru. Perlu lebih laju dan pantas daripada PKR, dan DAP yang saban hari merekrut cendekiawan dan tokoh masyarakat. Amanah harapan sejumlah jemaah gerakan Islam yang bertapak di Malaysia. Ini adalah bidang keberhasilan utama Amanah. Kenapa tidak Amanah membuka lembaran baharu, di mana semua penggerak jemaah boleh terus aktif dengan tarbiah jemaah masing-masing dan gunakan Amanah sebagai platform bebas untuk berpolitik?

Tidak salah sekiranya Amanah hendak membina manhaj tarbiah yang tersendiri.

Namun untuk kelompok yang sudah pun memiliki manhaj tarbiah masing-masing, biarkan mereka dengan keanggotaan terhadap jemaah masing-masing. Alu salafi bersuara dalam Amanah, mengalu-alukan Abim bersuara dalam Amanah, Ikram bersuara dalam Amanah, tabligh bersuara dalam Amanah. Galak mereka bekerja keras membangunkan Amanah.

Siapa yang lebih kerja, mereka yang akan lebih mendominasi. Tiada istilah hijack, menyelinap membuat pakatan. Tanggapi perbezaan suara ini dengan sangka baik, ia suara rakyat yang bersaing dengan sihat. Jika ini dapat direalisasikan oleh Amanah, tidak hairan suatu hari nanti, Amanah akan mendominasi Pakatan.

Amanah, masih terlalu banyak cabaran untuk diperhatikan. Teruskan berjalan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/4-cadang-kritik-terbuka-buat-amanah-syahir-nujaba#sthash.jdP05oQr.dpuf

Sumber DD - 27-9-2015         


Benarkah Kumpulan progresif yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar!
Posted on Sunday, September 27 @ 13:25:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Assalamualaikum,,

Ada orang bukan Islam yang bercakap pasal orang Islam lagi walaupun kali ini lebih tertumpu kepada pengundi melayu Islam di kawasan separa bandar.Orang DAP katanya pakar strategi dan bercakap macam dia mahir tentang Islam apabila berkata kemenangan PAS sukar dicapai di kawasan separa bandar kalau tidak kerana kumpulan progresif yang ada di dalamnya? Apa  ker benda kumpulan progresif? Oh ya! kumpulan yang sudah keluar PAS, yang langgar bai'ah, yang tubuh PAN, inilah yang dikatakan kumpulan progresif Islam yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar.

Petah bercakap semacam dia mahir dalam bab pembahagian Islam.Siapa yang bagi hak kepadanya bercakap pasal Islam? DAP memang dikenali merupakan parti yang sukakan liberal termasuk Islam liberal yang kalau boleh mereka mahu terlibat sama menjadi penunjuk arah kepada Islam liberal.

Itu yang kita semua ketahui tentang DAP, yang sebelum ini dituduh perkauman, bukan! DAP bukan parti perkauman tapi parti liberal yang berjuang untuk Malaysia Malaysian, termasuk juga dalam hal berugama, mereka lebih suka liberal menjadi amalan.

Jadi apakah maksud progresif itu sebenarnya liberal? atau kumpulan yang bergerak untuk meliberalkan Islam? Dan apakah benar kumpulan ini yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar? menurut pakar strategi DAP itu lagi, PAS akan sukar menang di kawasan ini tanpa mereka, kumpulan progresif. Satu analisa yang menunjukkan ramai pengundi melayu Islam lebih suka mengubah Islam kepada liberal.Benarkah begitu?

Rasanya lebih ramai melayu yang sukakan Islam yang dilampirkan bersama melayu dan Islam begini ialah Islam yang lebih menumpukan kepada ibadat khusus sahaja sambil urusan dunia yang lain tak perlu diikat dengan Islam, atau namanya sekular.Sekular yang dianuti ramai melayu separa bandar tidak melibatkan meliberalsasi ajaran Islam yang cuba dibuat oleh DAP.

Anutan sekular melayu Islam tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan geraja, tidak membenarkan LGBT, tidak menyokong perhimpunan I want to touch the dog(sekarang jadi anjing gila),mengutuk amalan sunnah yang diubah kepada makan setalam antara lelaki perempuan bukan mahram, tetapi kesemuanya ini akan dibenarkan oleh Islam progresif.


Pakar strategi itu berkata lagi kalau berlaku perubahan atau tsunami di kalangan orang melayu terutama orang muda di kawasan separa bandar, UMNO boleh kojol!Cukup untuk UMNO tewas 40 kerusi marginal di kawasan separa bandar untuk kojol.Dia sebenarnya meramalkan akan berlaku anjakan dalam pegangan sekular orang melayu Islam separa bandar.Ia itu beralih dari sekular kepada liberal dengan dorongan kumpulan Islam progresif PAN.Dia tidak melihat kemungkinan peralihan ini  ialah kepada Islam yang syumul yang  sebenarnya tidak akan memberi apa apa nilai tambah kepada PH atau PAN.Kesedaran untuk kembali kepada Islam seluruhnyya tidak akan difahami sampai bila bila oleh pakar strategi DAP ini kerana dia sendiri bukan seorang Islam yang ada ilmu dan faham bagaimana Islam diamalkan.Cuma agak malang kerana ada juga orang Islam yang sepertinya menyebabkan dia merasakan dia tahu serba serbi pasal Islam sama seperti LGE dan LKS.

Sumber TKO - 27-9-2015


Ceramah Amanah Di Teluk Intan Malam Tadi
Posted on Saturday, September 26 @ 19:15:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Peristiwa hebat dan luar biasa ini dirakam semalam 25hb September 2015 di Dataran Pemuda Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak, iaitu satu ceramah dan dialog pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang dikepalai Naib Presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Bendahari Agung Amanah merangkap Pengerusi Amanah Perak Hj Asmuni Awi selain Pengarah Strategik Amanah Perak Hj Zainuddin Mohd Yusof dan Pengarah Komuniti Amanah Perak Abdul Rahim Noordin.














Sumber Link



Sumber TKO - 26-9-2015





Ceramah Amanah Bersama Nizar Jamaluddin Dan Khalid Samad Di Kamunting Semalam
Posted on Saturday, September 26 @ 19:12:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bertempat di Tapak Pasar Malam, Kamunting, Taiping, Perak suatu ceramah Amanah bersama-sama Penasihat Umum Amanah, Pengerusi MPN PKR Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad telah diadakan.












Sumber Link 

Sumber TKO - 26-9-2015


Perbezaan pendapat sehingga buat parti baru?
Posted on Wednesday, September 23 @ 12:45:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Assalamualaikum,,, Jika diamati, satu hujah yang cuba disebarkan ialah kemunculan parti baru, AMANAH adalah berpunca dari perbezaan pendapat yang diizinkan oleh Islam dan perlu dihormati bukan dihukum.Benarkan demikian, perbezaan pendapat yang akhirnya melahirkan parti baru?Perbezaan pendapat jenis apa kah itu? Setahu dari apa yang diketahui, perbezaan pendapat ini berpunca wayang yang dimainkan olih DSAI dan PKR yang berjudul Kajang Move, jadi apakah box office wayang inikah yang mewujudkan perbezaan pendapat?

Ada 2 ADUN PAS Selangor yang mengetuai tindakan membelakangi kepimpinan PAS kerana tidak bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak menyokong DSWA sebagai MB Selangor,Apakah inikah yang dikatakan perbezaan pendapat dan apa boleh diterima tindakan mereka menongkah arus menentang keputusan parti secara terang terang dengan menjadikan diri mereka barua untuk bersetuju dengan parti lain? Hebat benarkah mereka yang kemudian menjadikan tindakan itu hanya kerana perbezaan pendapat yang mesti dihormati semua termasuk kepimpinan PAS? Sebarang gelaran kepada perbuatan mereka seperti barua tidak patut, malah itu adalah hukuman yang tidak boleh diberikan kepada perbezaan pendapat?

Pokoknya mereka boleh mengambil tindakan sedemikian rupa, tetapi gelaran yang diberikan oleh kepimpinan PAS itu tidak wajar malah tidak dibolehkan kerana perbezaan pendapat kerana matlamat perjuangan tetap satu, menewaskan UMNO, itu tiada khilafnya.Golongan yang berbeza pendapat sudah menubuhkan parti Amanah, walaupun berkali kali kita tegaskan ahli ahlinya ialah pelanggar janji yang sudah hilang kelayakan Amanah, tetapi bagi mereka, itu hanya perbezaan pendapat yang mesti dihormati, lagipun PAS sudah lapuk, berundur 15 tahun ke belakang dan akan pupus dalam masa 20 tahun lagi.Amanah ialah parti alternatif yang akan meneruskan perjuangan Islam jadi soal mungkir janji sekarang bukan perkara besar.Matlamat menghalalkan cara!

Beberapa poster poster dari orang orang tertentu diedarkan untuk membuktikan Amanah lahir kerana perbezaan pendapat, demikian besarnya harapan Amanah agar mereka diterima.Ceramah terbaru anjuran DAP di Terengganu menunjukkan sokongan juga diberi oleh IKRAM dan sekolah AL AMIN kepada Amanah yang turut menyokong DAP.Peralatan yang digunakan semasa ceramah itu disediakan oleh sekolah AL AMIN.Mungkin ramai tak perasan bahawa sokongan yang didapati oleh sekolah AL AMIN datangnya dari majoriti penyokong PAS di Terengganu.IKRAM mengambil risiko kehilangan bisness ketika menyokong ceramah ini.Ini adalah menjadi perkara jelas tentangan DAP kepada RUU Hudud Kelantan yang mungkin boleh mencetuskan kemarahan ramai pelanggan pelanggan AL AMIN lalu menarik balik bisness mereka dengan AL AMIN.

Tetapi IKRAM tak kisah mungkin, sebab mereka mungkin boleh menampung sebarang kerugian dengan kemasukan ramai anak anak cina DAP ke sekolah mereka.

Menariknya, perbezaan pendapat sehingga muncul parti baru dan ianya mesti dhormati kerana ianya berlaku dalam PAS, parti yang mundur 15 tahun ke belakang, kalau perbezaan pendapat ini berlaku dalam DAP atau PKR, ianya tidak boleh dibiarkan seperti masa ianya dibiarkan dan disokong oleh DAP dan PKR.

Sumber TKO - 23-9-2015


Kenapa AMANAH suka sangat buat kerja TAK AMANAH?
Posted on Tuesday, September 22 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dr. Rozaimi Ramle, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis telah menegur Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menggunakan kenyataan beliau dalam penyebaran poster.


Katanya dia tidak tahu langsung tentang poster berkenaan dan perkara ini dibuat tanpa pengetahuannya.

Walaupun kenyataan yang dipetik itu betul kata-katanya tetapi cara poster itu dibuat menunjukkan seolah-olah dia sebahagian daripada PARTI AMANAH.

Bayangkan seorang ustaz yang selalu mengajar di masjid dan surau bila telah dipergunakan sewenang-wenangnya oleh parti yang dikatakan AMANAH!


Kita juga telah mengetahui bahawa gambar Felixia juga digunakan sewenang-wenangnya oleh parti yang dikatakan AMANAH ini sehingga Felixia telah membuat teguran.


Walaupun dalam kes Feloxia ini pihak parti AMANAH telah meminta maaf tetapi saya tak jumpa parti yang dikatakan AMANAH ini meminta maaf dalam kes Dr Rozaimi dan beberapa yang lain lagi.


Sebelum ini anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Omar juga difitnah oleh parti AMANAH (GHB) kononnya telah menyertai Harapan Baru.


Nik Omar Nik Abdul Aziz hanya sekadar hadir memenuhi jemputan ceramah, tapi malangnya parti yang dikatakan AMANAH (GHB) telah mengambil kesempatan (tak amanah) untuk manipulasi kehadiran Nik Omar untuk kempen mencari ahli terutama di Kelantan dengan menjual nama Tok Guru Nik Abdul Aziz yang kini kononnya dah 7,000 orang.

Bukan itu sahaja kerja buruk parti TAK AMANAH ini.


Tabiat buruk parti yang TAK AMANAH ini ialah tak boleh kita ada dengan dia orang lalu diambil kesempatan. Lihat kenyataan Ustaz Haslin Baharin atau dikenali Ustaz Bollywood di bawah;

Untuk pengetahuan umum gambar ini diambil ketika berada di lapangan terbang Kuala Trengganu pada 21 Ogos dan menuju ke Kerteh atas jemputan program Karnival Orang Minyak anjuran Petronas di Kelab Golf Rantau Petronas. Ada forum bersama Ust Fauzi Mustafa. Kebetulan dalam flight firefly ada bersama sama kepimpinan GHB. Atas dasar persaudaraan dan juga kenalan maka kami bergambar ramai2 sebelum ke destinasi masing2. Dalam hati dah agak dah org yang mengambil gambar tu akan memviralkan dalam fb atau apa sahaja demi kepentingan peribadi @ publisiti murahan. Untuk maklumat dan pengetahuan saya tiada apa2 kaitan dengan mana2 GHB samada pusat @ negeri, Sekian terimakasih. Kepada laman fb GHB Selangor original usahlah merekacipta benda yang tak pasti @ mengada-ngadakn berita yang tak pasti. Namun saya secara peribadi memaafkan anda... USTAZ HASLIN BAHARIN @ HASLIN BOLLYWOOD
Banyak lagi kalau kita cari kerja tak amanah oleh parti yang kononnnya memperjuangan konsep amanah. Jika asas suduh buruk maka semuanya akan buruk. Kepala ikan kalau busuk mengikut perpatah cina maka semuanya akan busuk dan dan akan berulat. seperti UMNO juga AMANAH ini busuk sampai ke usus!



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 22-9-2015


Surat Terbuka Dari Anak Muda Kepada Pimpinan Parti Amanah Negara
Posted on Tuesday, September 22 @ 00:48:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Assalamu alaikum w.b.t.

Saya seorang anak muda yg mengikuti perkembangan 'Parti Amanah Negara' sejak awal pergerakannya.

Beberapa hari selepas Muktamar PAS 2015 berakhir, beberapa orang anak muda (berumur 30 tahun ke bawah) yang dilihat cenderung kepada kumpulan 'progresif' dalam PAS berkumpul di satu tempat bagi membincangkan ke mana hala tuju golongan 'progresif' dalam PAS dan ke mana pula hala tuju kami. Dalam pertemuan tersebut, kami menjemput Dr. Dzulkefly Ahmad utk memberikan maklumat terbaru berkenaan golongan 'progressif' yang kalah dalam pemilihan. Kesimpulannya, sebuah parti baru akan ditubuhkan.

Anak-anak muda dalam pertemuan malam itu berbincang dan berhujah dengan pandangan tersendiri. Akhirnya kami memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Ada yg memilih utk menyertai PKR & DAP, ada yang memilih untuk bergerak dalam NGO, ada yang memutuskan untuk kekal di dalam PAS dan majoriti di antara kami memilih untuk membantu penubuhan parti baru.

Kami dijanjikan dengan sebuah parti yang bersifat 'inklusif' untuk semua pihak, parti yang mengutamakan anak muda, parti yang terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan serta parti yang akan diterima oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Tidak perlu saya perincikan apa sumbangan kami anak-anak muda yang bergerak membantu gerak kerja penubuhan parti baru ini. Masing-masing kini berada dalam jawatankuasa pemuda pusat, negeri, kawasan dan ProGuam. Semuanya memainkan peranan di setiap peringkat.

Sekalipun sepanjang proses penubuhan parti baru ini terdapat pelbagai cabaran dan dugaan, kita menyaksikan kesungguhan pelbagai pihak untuk memastikan penubuhan parti berjalan dengan lancar. ‘Pelbagai pihak’ ini bukan semata-mata kumpulan ‘G18’ yang kalah semasa pemilihan Muktamar PAS, tetapi termasuk mereka yang bergerak dalam NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan lain. Namun dalam tempoh tersebut, saya mempunyai pandangan saya sendiri. Bakal pemimpin dan pengikut parti baru bukanlah semuanya bersikap ‘progresif’. Hakikatnya masih ramai yang terbawa-bawa perangai semasa dalam PAS dan agak kabur apa 'pembaharuan' yang cuba dibawa. Terdapat ahli Kumpulan G18 yang kurang menghargai sumbangan kumpulan lain. Malah ada yang dengan bongkak merendahkan keupayaan kumpulan lain. Adakah ini yang dikatakan progresif?

Saya tanpa segan silu ingin mengatakan parti baru gagal menampilkan sebenar-benar sifat INKLUSIF sepanjang proses penubuhan parti baru sejak dari awal gerakannya sehingga hari pelancaran. Dari proses merangka perlembagaan, pemilihan logo sehinggalah pemilihan lagu tema parti.

Saya secara peribadi tidak bersetuju untuk meletakkan ‘Islam’ sebagai dasar parti kerana Islam itu luas, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan rahmat sekalian alam. Islam tidak terperuk pada ruang lingkup politik kepartian semata-mata. Akhirnya matlamat kita untuk menubuhkan sebuah parti yg ‘inklusif' untuk semua rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan agama telah gagal. Kita hanya dilihat sebagai 'PAS No. 2' atau satu lagi serpihan parti Melayu. Tidak perlu 'poyo' mengatakan "kita juga ada ahli bukan Melayu dan bukan Islam termasuk dalam AJK Pusat". Hakikat sebenarnya, penyertaaan kaum bukan Melayu dalam parti ini hanya kurang dari 1%. Tidak meletakkan ‘Islam’ pada dasar parti tidaklah menjadikan kita Muslim yang tidak berpegang pada Islam. Saya berlepas diri dari perkara tersebut dan berharap ianya akan memberi kesan yang positif satu hari nanti.

Saya masih tertanya-tanya. Adakah benar jalan yang saya pilih utk bersama parti baru ini. Katanya ia adalah 'parti masa depan' yang akan menjadi pilihan anak muda. Tetapi hakikat yg berlaku hari ini adalah sebaliknya. Berapa peratuskah bilangan anak muda yg tertarik dengan parti baru ini? Saya mempunyai ramai kenalan dalam kalangan anak muda yg mempunyai pelbagai latar belakang. Sungguh saya katakan, mereka kurang berminat dgn parti baru ini. Mungkin mereka berpendirian untuk 'tunggu dan lihat', apakah ianya benar-benar progresif atau bakal menjadi PAS 2.0 dalam arena politik tanah air? Di mana sebenarnya kegagalan parti baru untuk menarik anak muda untuk bersama?

Pada 16 September 2015, dengan rasminya 'Parti Amanah Negara' telah dilancarkan. Kemuncaknya ditampilkan logo parti. Namun tidak sampai sehari selepas majlis tersebut, timbul isu tentang logo parti yg dikatakan diciplak dari rekabentuk logo sebuah syarikat televisyen di Bangladesh iaitu logo Imayam. Orang awam menantikan apa respon dari Amanah. Kenyataan dari S/U Agung, Tn Hj Anuar Tahir sangat mengecewakan. Alasan 'kebetulan' adalah alasan yang tidak bijak dan menjadi bahan ketawa orang ramai. Malah ada pimpinan yang mendakwa dalam dunia ini banyak logo organisasi yang mempunyai persamaan. Bentuk bulat, segi tiga tepat, segi empat, segi lima (pentagon), segi enam (hexagon), segi tujuh (heptagon), segi lapan (octagon) dan seterusnya adalah bentuk yg tidak boleh diberi hak cipta kepada mana-mana pihak kerana ianya adalah bentuk asas. Namun bentuk logo Imayam adalah bentuk yg rumit. Lekuk, vektor dan arah yg sama menjadikan kemungkinan utk berlaku 'kebetulan' adalah mustahil. Logo merupakan perkara pertama yang diambil kira untuk proses penjenamaan. Jikalau logo pun diciplak, di mana definisi 'amanah' yang cuba dibawa?

Perkara yang menjadi kekecewaan anak muda seperti saya ialah 'pertandingan' mencipta logo tidak disebar luaskan. Saya sendiri yang mengikuti rapat perkembangan parti tidak mengetahui tentang wujudnya pertandingan mencipta logo ini. Siapakah panel penilainya? Adakah panel yang dibentuk tiada kemahiran dalam bidang penciptaan logo? Teknologi sekarang membolehkan kita membuat semakan sama ada logo yang dicipta mempunyai persamaan dengan logo yg sedia ada di seluruh dunia. Mengapa panel penilai begitu lemah sehingga perkara asas sebegini pun tidak boleh diselesaikan? Apabila isu ciplak ini timbul saya sekadar beranggapan jawatankuasa penilai bukan orang yang arif dan ahli tentang logo, tiada pembentangan, tiada perbahasan, tiada 'brainstorming' dan tiada perbincangan yang serius tentang pemilihan logo yang akan membawa imej parti. Tapi pemilihannya sekadar syok sendiri. Apa yang lebih mengecewakan apabila saya mendapat tahu 'pemenangnya' adalah anak kepada AJK Amanah Pusat. Adakah ini yang dinamakan pertandingan?

Begitu juga dengan lagu tema parti. Mengapa penciptaan lagu tidak dipertandingkan? Tahu-tahu sahaja pada majlis 16 September yang lepas sudah dilancarkan lagu rasmi Parti Amanah Negara. Apakah begitu sukar untuk membuka satu pertandingan mencipta lagu dengan membuka penyertaan pada semua pihak. Pilih satu tarikh utk semua peserta persembahkan lagu ciptaan mereka. Lantik satu jawatankuasa penilai yang terdiri daripada mereka yang benar-benar ahli dan mahir dalam bidang muzik. Bukan pilih panel dalam kalangan AJK yg buta seni dan syok sendiri. Sendiri buat lagu dan sendiri angkat jadi lagu rasmi. Adakah ini yang dikatakan inklusif?

Ini bukan cara anak muda. Cara seperti ini tidak menjadi pilihan anak muda pada hari ini. Anak muda lebih suka mereka dilibatkan dalam menilai dan membuat sesuatu keputusan. Sepatutnya pertandingan untuk mencari logo terbaik boleh melalui media sosial yg begitu dekat dengan anak muda. Sebagai contoh, paparkan semua logo-logo yg telah dipertandingkan di ‘Facebook’. 3 logo yang mendapat 'like' terbanyak akan dipilih untuk dinilai, dibincang dan dibahas dengan sebaiknya oleh jawatankuasa penilai. Sikap "KAMI lebih tahu apa yang KAMI buat" telah menghancurkan persepsi awam terhadap parti baru ini. Tidak rugi pun beralah dengan membuat kenyataan mengaku salah dan menarik semula logo yang ternyata diciplak dari logo lain. Kenyataan yang sombong dan bongkak hanya akan menjauhkan anak muda di luar sana dengan 'parti masa depan' ini.

Jadikan parti ini adalah parti yang benar-benar milik rakyat. Parti yang terbuka untuk membuka ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda melibatkan diri dalam bersuara dan membuat keputusan. Bukan seperti mana sebahagian AJK Pusat yg awal-awal lagi menghancurkan istilah INKLUSIF yang dicanang-canang sejak awal. Tetapi sekadar membawa semula perangai EKSKLUSIF yang melekat semasa dalam PAS.

Para pimpinan pada hari ini juga pernah melalui usia muda yang agresif dan kritikal kepada pimpinan satu masa dahulu. Ini adalah suara hati saya sebagai anak muda. Jika ianya bersifat teguran, terimalah teguran saya sebagai anak muda kepada pimpinan pada hari ini. Saya mohon maaf jika bahasa dan tulisan saya tidak disenangi.

Saya sayangkan agama dan negara saya melebihi parti baru ini. Jika parti baru ini masih tidak boleh berubah, pada bila-bila masa saya boleh memilih jalan yang lain. Ketika itu jangan mimpi anak muda di luar mahu bersama parti baru ini. Malah anak muda yg di dalam tidak segan-segan mahu keluar meninggalkan parti 'so-called' PROGRESIF ini.

Terima kasih.

Nur Hadi Mohamad
21 September 2015


Sumber TKO - 22-9-2015


Khalid Samad Hanya Nampak Abdul Hadi Pengkhinat Tapi Lupa Kepada Nik Abdul Aziz
Posted on Monday, September 21 @ 20:40:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Geng AMANAH ada hantar artikel Khalid Samad. Saya malas nak baca pasal dia sendiri pun tak ikut tulisan dia. Lihat pasal bai'ah talaq isteri dia yang tulis dan buat dalam PAS dia sendiri juga kemudian tulis membantah. Biasanya orang hilang akar aje boleh buat perkara semacam ini.

Tapi kita kena rai kawan-kawan AMANAH dia macam UMNO juga hilang padoman. Sebagai dai kita kena dekati dan nasihatnya supaya balik ke pengkalan.

Khalid Samad ada menulis;

"Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS."
Presiden PAS menukar keputusan kerana PAS tak bertahaluf dengan PSM. Tapi malangnnya PKR main politik dan menyebab jentera PAS menjadi keliru. PAS cuba membetulkan keadaan dengan meletakkan calon PAS di situ menolak calon PSM yang bertukar baju kepada PKR. Tapi malangnya keputusan Presiden di KHIANATI oleh Khalid dan geng. Saya ulang Khalid dan kumpulannya mengkhianti keputusan Presiden dan PAS di Kota Damansara sehingga fitnah terbuka kepada PAS dan Presiden PAS.

Saya nak beritahu Khalid bahawa keputusan Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah bersamaan dengan keputusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya nak bertanya adakah Khalid Samad lupa peristiwa Kota Bahru Kelantan? Kalau lupa saya cuba memperingatkan dia sebab dia kata perjuangan AMANAH adalah inspirasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan PKR parti yang ‘mencelarukan’. Kecelaruan ini ekoran keputusan PKR Kelantan untuk tidak menyertai pilihan raya umum disebabkan tidak berpuas hati dengan PAS.

Pada masa itu Nik Aziz berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat Pas di Kota Bharu, hari Jumaat, 18 Januari 2008. Katanya  keyakinannya terhadap kredibiliti PKR semakin terhakis dan PAS lebih rela menghadapi Barisan Nasional (BN) secara bersendirian tanpa mengharapkan kerjasama PKR.

Menurut sumber dalaman PAS, keputusan Nik Aziz hendak meletakan Cikgu Rahim kerana faktor kemenangan yang tidak mampu dijana oleh PKR di Kota Bharu. Berdasarkan rekod pilihan raya tahun 2004, ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kota Bharu dimenangai oleh PAS tetapi calon PKR di peringkat parlimen kalah di tangan BN. Dengan rekod berkenaan, PKR bukan merupakan parti yagn menjadi pilihan pengundi di Kota Bharu dan dengan sebab itu, PAS ingin bertanding di kawasan berkenaan bagi memastikan kemenangan.

Namun PKR tidak berpuashati dengan keputusan berkenaan dan Badan Perhubungan PKR Kelantan dalam mesyuarat perhubungan negeri membuat keputusan parti itu tidak akan bertanding di Kelantan bagi sebarang kerusi sebagai tanda protes terhadap keputusan Nik Aziz tersebut.

Untuk makluman Khalid, keputusan Nik Aziz kali ini bukanlah yang pertama terhadap PKR.

Menjelang pilihan raya umum tahun 2004, Nik Aziz menolak calon calon PKR apabila cadangan PKR meletakkan Timbalan Presiden parti itu, Dr. Syed Husin Ali untuk bertanding di Kota Bharu.

Syed Husin yang merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum bergabung dengan PKR dikatakan oleh Nik Aziz merupakan seorang sosialis. Nik Aziz dipetik sebagai berkata, ‘sosialis adik kepada komunis’ dan dengan penolakan itu, PKR telah meletakkan Nik Mahmood Nik Hassan.

Kalau Khalid Samad boleh terima keputusan Nik Abdul Aziz dalam isu Kota Bahru kenapa Khalid Samad buta dalam isu Kota Damansara dan membuat sebotaj kepada calon PAS di situ?

Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Keadilan Nik Aziz tolak dan kata adik komunis. Dr. Nasir hanya pakai baju PKR untuk jadi calon dia masih PSM.

Itu pun Khalid tak boleh berfikir?

Menurut sumber, rasa tidak puas hati ini berpunca daripada keputusan Nik Aziz selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS yang mahukan speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Haji Wan Ab. Rahim Wan Abdullah (geng AMANAH)  atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rahim menjadi calon bagi kawasan parlimen Kota Bharu. Sedangkan sejak tahun 1999, PKR atau sebelum ini dikenali dengan singkatan keADILan diperuntukkan kerusi tersebut.

Kenapa Nik Aziz tak dihukum pengkhianat tapi Abdul Hadi di hukum pengkhianat oleh Khalid Samad serta kawan-kawan AMANAHnya? Malah Nik Aziz di julang sebagai simbol inspirasi AMANAH?

Saya rasa mereka itu sangat celaru.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 21-9-2015
Kerjasama Dengan 'Pengkhianat'

Posted on Monday, September 21 @ 10:50:55 MYT by paktam

Oleh Khalid Samad 

Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.


Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai ‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.

Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

ISU ‘PENGKHIANAT’

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh berkerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.

Video ucapan Presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai PR 2.0.

Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan atas ketidak bersamaan PAS dalam pembentukan PR 2.0, sedangkan pada hakikatnya Presiden sudah tidak berminat dengan PR dan lebih berminat untuk berkerjasama dengan ‘pihak lawan’.

PEMIKIRAN PRESIDEN PAS

Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap ‘pengkhianat’ ini tidak mampu menghalang Presiden PAS untuk sendiri mengkhianati PR.

Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali! Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS ‘dikhianati’, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?

Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon UMNO/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS! Tidakkah itu satu pengkhianatan? Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr. Nasir sebagai manusia yang ‘mempertuhankan Marx’? Sedangkan jumpa dan berbincang dengan Dr. Nasir sekali pun tidak pernah! Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan UMNO/BN dan kekalahan PKR!

Sepertimana juga dengan tuduhan liar ‘pil kuda’ tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain ‘pengkhianat’ seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku. Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS! Sedangkan membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS! Namun apakan daya, apabila dianggap PAS boleh buat sesuka hatinya kerana ianya PAS kerana hanya PAS yang Islam.

PENGKHIANATAN TERBESAR: TERTUBUHNYA KERAJAAN PAS/UMNO DI SELANGOR

Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila Presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan UMNO untuk pertahankan TSKI sebagai MB Selangor semasa krisis MB Selangor yang lepas. Melalui tindakan beliau, TSKI telah memecat semua exco PKR dan DAP! Kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu!

Akhirnya kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah dijatuhkan apabila 2 ADUN PAS menyatakan mereka tidak sokong TSKI sebagai MB. Mereka berdua telah menanda-tangani Surat Akuan Sumpah menyokong DS Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.

Kemarahan Presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “Broker dan Barua” serta tuduhan 2 ADUN dibeli mengumukakan sebarang bukti mahu pun saksi. Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, Presiden PAS telah menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain. Ini akan dilakukan setelah TSKI memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh 6 bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan TSKI sebagai MB untuk tempoh 6 bulan dan menggantikannya dengan Azmin sekiranya usaha PAS ini disokong UMNO. Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa 2 ADUN yang pasti tidak akan sokong). Dan sekiranya dicampur dengan TSKI dan Azmin bersama 3 lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN. Sedangkan 29 diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh UMNO yang mempunyai 12 kerusi ADUN!

KESIMPULAN

Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan ‘pengkhianat’ maka sudah pasti yang pertama tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

Bagi kami dalam Amanah, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan Negara?

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Sumber DD - 21-9-2015


Sambutan Program Sepetang Bersama Penasihat Umum AMANAH Di Balik Pulau, Pulau PinangPosted on Monday, September 21 @ 17:40:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, inklusif dan profesional selain para ulama yang luar biasa dihebohkan kepada seluruh dunia sudah berjaya melumpuhkan PAS dalam tempoh 15 hari sahaja ditubuhkan ... Dikira suatu pencapaian luar biasa yang belum pernah dicapai oleh mana-mana parti seRpihan didalam dunia sebelum ini.

Memang luar biasa sungguh respon dan sambutan diberikan rakyat.

Dari risikan dan maklumat yang diperolehi, majoriti yang hadir adalah terdiri dari ahli dan penyokong Parti KeADILan Rakyat, hanya lebih kurang 3 orang ahli PAS yang dikenal pasti dan paling menyedihkan langsung tiada seorang pun ahli UMNO yang turut hadhir.

Jadi dari rungutan akar umbi sesudah curi ahli PAS kini dalam proses mencuri anggota PKR pula dan ahli UMNO langsung tidak terliur bukan sahaja nak menjadi ahli malahan nak dengar ceramah pun tak ingin.

Kalau sanggup dan tergamak mencuri ahli PAS apa jaminan anggota PKR tidak akan dicurinya untuk menambahkan angka ahli sebagai bahan propaganda murahan betapa Amanah mendapat sambutan hangat lagi luar biasa.



Sumber Link

Sumber TKO - 21-9-2015


Ceramah Parti Amanah Oleh Haji Salahudin Ayub di Rompin, Pahang

Posted on Monday, September 21 @ 17:33:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Beginilah sambutan diberikan oleh rakyat di ceramah Amanah@PAN di Kg Sepakat, Kuala Rompin,  Pahang.

Antara penceramahnya ialah Ustaz Redzuan Abu Bakar, YB Dato' Fauzi Abd Rahman Ahli Parlimen Makhkota , Pahang merangkap Pengerusi MPN Pahang dan Timbalan Pengerusi Amanah @PAN Sdr Salehuddin Ayob.


Apakah ini suatu gambaran betapa PAN @ Amanah sudah berjaya melumpuhkan PAS dengan kebanjiran para ahli dan penyokong PAS melompat dan berhijrah ke Amanah @PAN?????







Sumber Link

Sumber TKO - 21-9-2015

Felixia terima permohonan maaf Amanah

Posted on Sunday, September 20 @ 20:27:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Felixia Yap terima permohonan maaf Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang mengguna gambarnya bagi tujuan politik.

Bagaimanapun dia meminta parti itu supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa depan dengan menggunakan gambar orang lain tanpa izin.

“Anda semua sepatutnya lebih tahu untuk tidak menggunakan gambar dan nama orang lain tanpa kebenaran, persetujuan atau kelulusan mereka… saya pasti.

“Ia seperti menimbulkan fitnah seolah-olah mengatakan saya terlibat dalam parti politik, apabila saya tidak pernah terdengar mengenainya sebelum ini,” tulisnya

Sementara itu, Amanah telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Felixia kerana mengguna gambarnya untuk tujuan politik.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Adeysham Nor berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu di masa akan datang.

“Kami memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini. Pihak kami berjanji akan lebih cakna dan berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya semua status berkaitan poster tersebut telah dipadamkan dalam tempoh kurang 24 jam ia dikeluarkan selepas mendapati tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

_ FMT

Sumber TKO - 20-9-2015



Wariskan kemakmuran, bukan hutang


Posted on Saturday, September 19 @ 10:49:16 MYT by paktam

Oleh Faiz Fadzil 

Krisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda.

Untuk mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, perdana menteri mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd.

Syarikat ini dimiliki oleh agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Langkah ini menimbulkan pelbagai persoalan:

1) Mengapakah kerajaan tidak menggunakan dana RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy). Langkah itu akan mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.

Langkah ini sekali gus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Kita bimbang kerana suntikan modal sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata.

2) Adakah suntikan dana RM20 bilion ini akan menggunakan wang rakyat kerana pemegang saham ValueCap terdiri daripada institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?

3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan cekap dalam menangani krisis yang sedang dihadapi?

Persoalan ini timbul kerana langkah yang sama telah dilakukan oleh kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi China Black Monday pada tanggal 24 Ogos 2015.

Hanya langkah pintas

Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara akan bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat oleh para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?

4) Siapakah yang akan mendapat faedah sebenar daripada suntikan dana ini? Seterusnya, apakah jaminan kerajaan bagi memastikan suntikan dana tersebut tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik dan juga individu tertentu?

Suntikan dana ini dibimbangi akan dimanipulasi melalui pemberian 'duit kopi' untuk tujuan pembersihan wang haram (money laundering) sepertimana yang didakwa berlaku dalam skandal 1MDB.

Kerajaan harus sedar bahawa penyusutan nilai mata wang negara yang mendadak perlu ditangani dengan segera bagi pemulihan ekonomi jangka panjang.

Suntikan dana tersebut hanyalah langkah pintas dan bersifat pemulihan jangka pendek semata-mata yang bakal mendedahkan pasaran Malaysia sekali lagi kepada aliran keluar dana asing yang lebih besar, terutamanya setelah suntikan RM20 billion itu habis dibelanjakan.

Jumlah sebesar ini jika disuntik sebagai peruntukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi kecil dan sederhana seluruh negara mampu meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang penglibatan dalam ekonomi domestik yang lebih luas.

Pihak kerajaan sering menggunakan alasan bahawa fenomena global menyebabkan penyusutan nilai mata wang, namun kerajaan tidak dapat menafikan bahawa skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi PM sendiri telah menggalakkan dan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap kedudukan ekonomi negara.

Justeru kami melihat bahawa perdana menteri sepatutnya meletak jawatan terlebih dahulu sebagai langkah awal yang cekap dan bertanggungjawab bagi memulihkan ekonomi negara.

Pemimpin negara wajib mendahulukan nasib negara dengan membela masa depan anak muda.

Kami mahu mewarisi kekayaan yang adil lagi saksama di samping kesenangan hidup tanpa bebanan kos saraan yang tinggi.

Wariskanlah kepada kami kemakmuran dan bukannya bebanan hutang dan pinjaman. Kami gusar apabila melihat nasib anak muda semakin bertambah terbeban.

Perhimpunan baju merah, Rabu lalu gagal melihat keseriusan kemelut ini. Jika api perkauman yang mahu diwariskan, kami bimbang masa depan anak muda amat gelap.

Mereka bukan sahaja akan dalam kemiskinan, malah dalam persengketaan dan perbalahan sesama sendiri. Kami khuatir nantinya yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.

FAIZ FADZIL Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara

Sumber DD - 19-9-2015

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Posted on Saturday, September 19 @ 10:45:52 MYT by paktam

Oleh Abdul Rahim Sabri & Hafiz Yatim

Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.
Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.

Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.

"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz.

Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya.~mkini

Sumber DD - 19-9-2015


Tutorial Bagaimana Nak Cipta Logo AMANAH (bersama video)
Posted on Friday, September 18 @ 15:04:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Terima kasih kepada Muhamad Harris Nasril atas kreativitinya membuat toturial bagaimana membuat logo AMANAH dengan menggunakan Adobe Photoshop. Sila liha video di bawah:-

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zu-iD717GsA

Bawah ni pula TV Imayam bincang pasal logo mereka diciplak.

https://www.youtube.com/watch?v=rrzpeCo1uyU&feature=player_embedded

Terima kasih kepada
Muhamad Harris Nasril

Sumber TKO - 18-9-2015

Kita lihat nanti PAN jadi cacing atau tidak!

Posted on Thursday, September 17 @ 23:24:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

"Assalamualikum,,,..

Ada yang kurang senang dengan tulisan dan komen komen mengenai kekalutan yang ditimbulkan olih parti amanah malah ada yang bertanya kenapa sibuk ambil tahu pasal PAN, kenapa tak urus parti sendiri saja.Dengan kata kata lain, mereka mahu PAN berbuat apa yang mereka suka tanpa perlu diulas apa apa.Tindakan bijak orang orang yang kurang bijak kerana dari awal lagi PAN menerusi G18, Pasma dan kemudian GHB sibuk memporak perandakan keharmonian dalam PAS, malah ada ketika ketika mereka seolah olah mahu melihat PAS berkubur sebab mereka mahu menggantikan PAS.

Sebelum munculnya PAN dan ketika ketua ketua mereka berada dalam AJK pusat PAS, konsperasi sudah dirancang untuk menggulingkan presiden,TUC yang mendedahkan beberapa nama dikatakan batu api tetapi ternyata nama nama yang didedahkan olih TUC menjadi peneraju utama memandu kumpulan mereka keluar dari PAS sambil mungkir janji yang mereka buat sendiri.TUC terbukti betul dan lahirlah PAN.

Sepanjang proses penubuhannya berbagai bagai kisah timbul, satu persatu yang kelihatan janggal.Antara yang terkeluar ialah kisah AJK cawangan dan kawasan PAS keluar parti beramai ramai dan ada berita seperti itu tersiar di TV,Dalam penampilan orang orang yang dikatakan keluar PAS di Selangor tiba tiba disedari muka yang sama dipaparkan olih TV di beberapa tempat yang dikatakan mereka ini keluar PAS.Di Johor berita yang sama dapat dilihat di kaca TV dengan kenyataan dibuat olih Mazlan Alimin, bahawa PAN tidak berniat menarik ahli PAS tetapi mereka tetap keluar untuk meyertai PAN kerana sudah bosan dengan kepimpinan PAS.

Bunyi cukup hebat sekali sehingga Mat Sabu yang jadi presidennya menyifatkan perkembangan yang dialami PAN tidak pernah dialami olih mana mana parti baru.Sekali imbas benar kata Mat Sabu ini kerana parti KITA yang cuba dirampas oleh mereka tidak ketahui keujudannya secara meluas.Tetapi gambaran yang mereka berikan berbeza dengan PAN.Mereka berbangga dengan kerusi Parlimen dan ADUN yang mereka miliki tanpa perlu bertanding dalam PRU,cukup sekadar mencurinya dari PAS.

Dari gambaran ini, PAN sudah semestinya akan gah dalam politik negara.mereka sudah tentu mampu menyaingi PKR yang terus kekal releven setelah mufarakah dengan UMNO.Mereka pasti boleh menyaingi PAS.PAN berbeza dengan parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa, dua parti yang menjadi cacing setelah beberapa lama penubuhan mereka.PAN tak akan jadi cacing, itulah gambaran yang sedang diberikan oleh ketua ketua mereka.

Pengerusi dan setia usahanya cukup petah ketika megumumkan sambutan luar biasa yang diterima mereka.Tetapi samada benar atau tidak, masa akan memberi jawapannya.Samada PAN akan jadi cacing atau tidak.Kita semua tahu satu petubuhan yang besar dan berjaya seperti PKR dan DAP ada sumber kewangannya jadi menarik untuk melihat bagaimana PAN menjana sumber kewangannya.Adakah cukup untuk menjual meja dalam majlis makam malam anjurannya kerana kita semua tahu sumber DAP dan PKR dari jualan meja hanya seciput daripada dana mereka, begitu juga PAS, makam malam hanya sebahagian kecil dana yang dikutip, selebihnya dari sumbangan orang orang yang menyokong dasar perjuangan PAS.Bermakna kalau setakat keahlian 100,000, belum tentu cukup dana yang disumbangkan untuk menggerakkan parti.

Atas alasan dana sahaja, kita semua pasti tertanya tanya mampukan PAN bergerak? sama samalah kita tunggu dan lihat.

Sumber TKO - 17-9-2015




Cakap-cakap Pasal Logo Parti Baru Amanah (2)
Posted on Thursday, September 17 @ 21:15:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Logo yang hampir sama memang suatu perkara yang lumrah tetapi kalau yang ciplak sehingga logo itu ditindan tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi degree lengkungannya itu suatu yang mengaibkan. Apatah lagi yang dikatakan kumpulan profesional yang buat kerja macam ini.

Isu logo memang tak perlu dibesarkan, tetapi jika ciplak menjadi asas kepada suatu parti yang membawa slogan AMANAH sungguh memalukan. Mana sikap amanahnya? Bagaimana rakyat ingin mempercayai orang-orang macam ini. Sudah sebelum ini janji sumpah setia hanya sekadar mainan dibibir sahaja.

Rakyat akan berkata, nanti janji-janji pilihan raya akan dibatalkan oleh puak-puak AMANAH ini dengan memberi makan kepada 10 orang fakir miskin.

Jangan hairan nanti rakyat minta tunai janji nak bina jambatan misalnya ada pimpinan AMANAH akan berkata janji itu kami dah batal. Kami dah bagi makan 10 orang fakir miskin.

Sangat memalukan.

Macai-macai parti AMANAH ini juga tidak kurang hebatnya dalam membuat konar baring dalam isu logo.


Mereka kata logo PAS ciplak bendera negara Bangladesh. Apa yang saya boleh kata, kadang kala emosi kita membuat kita bodoh dan buta akan fakta. Bendera yang ditunjukkan oleh macai parti AMANAH  itu telah diperkenalkan pada 17 Januari 1972.


Seorang lagi cybertropper parti AMANAH, Wan Mohd Aman yang khusus dalam menyerang kepimpinan ulama PAS. Dia ditugaskan khas dalam hal ini, malah banyak poster, banner yang dihasilkan bagi tujuan menghina ulama. Dia ini juga menunjukkan kebodohan apabila membuat posting dalam facebook kononnya PAS ciplak logo Combodia.


Yang ini juga jenis tak rujuk fakta, sedangkan Combodia perkenalkan logo di atas pada 22 Julai 2007. Kalau kita kata Combodia tiru bendera PAS ada juga asasnya.

Kepimpinan parti AMANAH perlu terima hakikat bahawa logo itu ciplak daripada TV Imayam dan mereka perlu ambil tindakan sewajarnya. Sama kepimpinan parti perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam pemilihan parti PAS dan akar umbi tidak suka cara mereka bekerja.

Terimalah hakikat. Terimalah bahawa penubuhan parti AMANAH semata-mata untuk memuaskan hati bila kalah dalam pemilihan bukan kerana desakan rakyat seperti yang di'bohongi' selama ini.

- Artikel sebelum ini
Cakap-cakap Pasal Logo Parti Baru Amanah

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 17-9-2015
Sudahlah Mat Sabu, kata jer kami,PAN parti barua!

Posted on Thursday, September 17 @ 19:34:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,  


Mat Sabu cuba main silap mata dengan harapan orang yang memerhatikannya tersilap tengok.Itu yang terjadi apabila dia menyatakan perlu bertanya DAP-PKR dulu sebelum membuat apa apa keputusan mengenai hubungannya dengan PAS.Macam orang yang tiada pendirian, orang yang menawarkan dirinya untuk jadi pak turut orang lain.Apa ke jadahnya kena tanya DAP-PKR dulu, kena bincang dengan mereka dulu sebelum buat keputusan, apa lebihnya DAP-PKR kepada parti Islam atau parti yang mahu jaga Islam.Awal awal lagi dah nak beritahu PAN itu sebenarnya barua DAP-PKR!
Kalau macam tu, tak usah berselindung dibelakang perkataan berbincang, terus terang saja, umumkan kepada semua orang, kami, PAN ialah parti barua DAP-PKR jadi sebarang keputusan samaada nak berbaik atau tidak dengan PAS mestilah terlebih dahulu diputuskan oleh DAP-PKR.

Umumkan juga bahawa barua barua yang ada dalam PAN sebenarnya pelanggar janji dan pengkianat PAS.Biar jelas sejelas jelasnya agar DAP dan PKR faham dengan kedudukan PAN.Biar DAP dan PKR tahu kedudukan mereka kerana meraikan penubuham parti mereka serta tahu bagaimana nak berurusan dengan PAS.

Sehingga kini kelihatan PKR tidak begitu menyedari peranan barua PAN sebab itu ianya kelihatan terlalu terbuka apabila presidennya dengan megah menulis di twitter meraikan penubuhan parti amanh negara aka barua dan sebelum itu menyatakan mahukan PAS bersama Pakatan.Kak Wan mungkin tak sedar dia sedang meraikan pengkianat dan pemungkir janji PAS sebab itu dia buat muka tak malu meraikan penubuhan parti barua dan dalam masa yang sama mahukan PAS bersama.

Mat Sabu sudah menyatakan secara tersirat akan peranan barua yang bakal dimainkan oleh PAN dalam Pakatan 2.0 nanti, dan dengan itu secara tersendirinya PAS sudahpun keluar dari Pakatan 2.0.Parti barua juga tak perlu berhelah untuk berbaik semula dengan PAS, kerana awal awal lagi pengkianat sudahpun memutuskan hubungan dengan PAS.


Selamat berjuang kepada parti barua dan semuga cita cita ke Putra jaya tercapai!tapi ingatlah barua, kamu tidak disokong oleh orang melayu dan orang Islam, jadi tak usah mendakwa kamu itu pejuang melayu atau Islam, Islam liberal adalah!

Sumber TKO - 17-9-2015


Ahli Baharu Parti AMANAH 30,018 orang, Kenapa Berbohong?

Posted on Thursday, September 17 @ 14:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semasa Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara, setiausaha parti berkenaan, Anuar Tahir berkata parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli. Katanya lagi, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah.

Memang kalau sekali dengar kita akan teruja dan tertarik. Apatah lagi yang bercakap berapi-api dengan semangat yang berkobor. Mahu pula semasa pelancaran yang yang gilang gemilang dihadiri pula hampir 3000 peserta.

Sebelum ini Anuar Tahir yang sama bercakap pada pemberita;

KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa diterima Parti Pekerja Malaysia apabila 35,000 borang keahlian yang dicetak habis dalam masa tiga hari selepas parti itu dilancarkan semula.

Setiausahanya, Anuar Tahir berkata, ketika ini mereka sedang melakukan cetakan borang baru untuk diedar ke beberapa negeri lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.



"Sambutan luar biasa, kami juga terkejut kerana baru sahaja pelancaran rasmi dibuat sudah ramai yang berminat.



"Kita dalam proses mencetak borang keahlian baru dan dijangka dalam tempoh sebulan ini kita boleh capai 50,000 keahlian," katanya kepada Sinar Harian.



Ditanya adakah 35,000 borang itu sudah diisi dan diserahkan semula kepada pihak parti.



Beliau berkata, sebahagian besarnya sudah dikembalikan kepada parti bagaimana masih belum mendapat angka rasmi.

Menurut Anuar, pada 16 September depan Parti Pekerja Malaysia akan bertukar nama kepada Parti Amanah Negara. (sila rujuk di sini)

35, 000 borang belum sampai tapi ahli sudah capai 30, 018 orang.

Mengikut kenyataan awal negeri paling ramai ialah Kelantan 7000 ahli diikuti Johor 5000 ahli dan Selangor 4000 ahli. Manakala Kedah tempat keempat 2000 ahli. Neger lain tidak dinyatakan secara rasmi.

Tapi sebelum ini diwar-warkan kononnya Terengganu paling ramai penyokong PASMA hanya mampu menyerahkan borong 129 ahli sahaja semasa perlancaran AMANAH di Terengganu.






Saya rasa sebagai parti baru, tak perlulah kita berbohong pasal keahlian kalau kita rasa kita berjuang diatas landasan yang benar, kerana sudah pasti orang akan datang berduyung-duyung. Tapi jika kita mulakan parti kita dengan berbohong untuk menunjukkan kita sangat kuat dan sangat berpengaruh, lambat laung orang akan tahu juga temberang kita. Akhrnya kita juga yang malu.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/



Sumber TKO - 17-9-2015


Parti Amanah Tolak Ketuanan Melayu-Islam

Posted on Thursday, September 17 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak ideologi ‘nasionalisme Muslim’ atau semangat ketuanan Melayu-Islam yang mengkhususkan Islam hanya untuk kaum tertentu sahaja.

Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti baharu pimpinannya itu lebih bersifat terbuka dan mengamalkan konsep toleransi dengan semua kaum tanpa membataskan agama.

“Sangat mengelirukan jika konsep politik Islam bergandingan dengan NGO atau parti politik yang mengangkat agenda dan fahaman Melayu-Islam.

“Lebih parah jika konsep ketuanan bangsa ini menganggap kaum yang berlainan budaya dan agama sebagai musuh,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden pada pelancaran Amanah di sini, Rabu.

Menurut Mohamad, konsep ketuanan Melayu-Islam sering memberi gambaran seolah-olah Islam atau Melayu sentiasa ditekan oleh kaum dan penganut agama lain.

“Kononnya negara akan dikristiankan dan kaum Cina berpakat untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu. Lantas diserunya kesatuan Melayu bagi menyelamatkan masa depan Melayu.

“Perlu ditegaskan bahawa Islam mesti ditampilkan sebagai sebuah sistem untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya. – mStar Online

Sumber TKO - 17-9-2015


Hubungan Dengan PAS: Mat Sabu Perlu Tanya DAP-PKR
Posted on Thursday, September 17 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Presiden penaja Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan PAS dalam gabungan pakatan pembangkang.

Malah Mohamad yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu mengelak untuk menyentuh mengenai kerjasama dengan bekas partinya itu.

Sebaliknya, bekas timbalan presiden PAS berkenaan berkali-kali menyatakan bahawa parti yang baharu diterajuinya itu perlu mendapatkan pandangan daripada DAP dan PKR.

"Kita akan bincang dan ambil pendirian bersama dengan DAP dan PKR. Tunggu pendirian bersama (selepas) kita bincang," katanya pada sidang media selepas majlis penjenamaan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia di sini, Rabu.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 kini dalam proses untuk ditukar nama kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Ditanya sama ada Amanah sedia untuk memperbaiki hubungan dengan PAS, Mohamad berkata: Kita mengambil langkah (perbaiki) hubungan dengan semua pihak termasuk NGO dan all political party."

Amanah merupakan platform bagi bekas pemimpin profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lalu.

Sebahagian besar senarai Ahli Jawatankuasa Amanah terdiri daripada bekas pemimpin PAS.

Sehingga kini PAS kehilangan 11 wakil rakyat apabila enam Ahli Parlimen dan lima lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka bertindak melompat parti.

Sepuluh daripada jumlah itu menganggotai Amanah .manakala Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar memilih menyertai PKR sebagai platform politik baharunya.

Sumber Link


Sumber TKO - 17-9-2015

Cakap-cakap Pasal Logo Part Baru Amanah

Posted on Thursday, September 17 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kawan saya yang bermazhab GHB ada tanya dalam whatsapp pasal logo parti Amanah. Dia mungkin nak mengusik saya. Saya tanya dia siapa yang reka logo itu? Dia tak jawab. Oleh kerana dia tak jawab saya rasa saya perlu perkembangkan cakap-cakap pasal logo AMANAH parti kumpulan kecewa dalam PAS ini.

Bila sahaja logo AMANAH dilancarkan (sebenar sehari sebelum dilancarkan dah tersebar pasal logo tu dah bocor melalui FB Tarmizi Mohd Jam) ramai yang bagi komen.


 

Ada yang mengatakan logo ini mirip Freemason. Konsep tiga segi dan matanya.


Walaupun tak ada unsur yang boleh disinifikasikan secara khusus bahawa ini adalah logo freemason tetapi dalam facebook perkara ini telah diperkatakan sangat ramai oleh natizen.


Saya lebih berpendapat logo ini diciplak (curi) daripada logo TV Imayam sempena nama gunung Imayam di negeri Tamil.

Kita semua tahu dan sedar bahawa nama sahaja parti AMANAH tetapi kerjanya mencuri dan menciplap. Ahli-ahli dan pemimpinnya tidak amanah. Dulu berjanji untuk setiap dengan PAS dan diberikan kawasan untuk bertanding. Mereka ini bersumpah setia tetapi apabila kalah dalam pemilihan akibat daripada akar umbi parti PAS tidak restu cara mereka, lalu mereka menubuhkan parti baru dengan mencuri ahli-ahli parti lama dengan pelbagai fitnah. Malah cara dan gerak kerja parti lama diciplat bulat-bulat. Misalnya Unit Amal, Nisa', Pasti, kerja organasasi dll lagi.

Kalau setakat logo yang kecil ini saya tak hairan jenis manusia yang TIDAK AMANAH ini akan menciplaknya daripada mana-mana yang dia orang suka.

Kalau sesuatu perkara dibuat dengan titik permulaannya kotor hasilnya akan kotor juga, walaupun ramai mana orang yang bersih cuba masuk ke dalam untuk mencucinya pasti orang yang mencuci itu akan terpalit kekotoran hasil daripada asas yang kotor itu. Saya tak bermaksud kepada Ustaz Ghani dan beberepa orang Ustaz yang tertarik dengan Putrajaya tapi kalau pembaca rasa macam tu, pulang lah.

Pembaca untuk menilainya, saya sekadar memberi pendapat.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 17-9-2015


Mana hebatnya PAN?

Posted on Thursday, September 17 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualiakum,

Mat Sabu dan Anuar Tahir, pengerusi dan setiausaha penaja PAN baru saja memberi satu fakta menarik mengenai PAN.Kata mereka berdua PAN mendapat sambutan malah Mat Sabu turut memberi angka keahlian tertinggi mengikut negeri.Katanya, Kelantan mempunyai keahlian tertinggi setakat ini dengan angka 7,000 keahlian diikuti Johor 5,000 keahlian dan Selangor 4,000 keahlian.

Katanya sebanyak 50,000 borang keahlian diedarkan dan 30,000 masih belun dikembalikan.Dengan perkembangan baik ini, dia menjangkakan PAN akan mendapat 100,000 keahlian menjelang disember ini.Sementara Anuar Tahir pula menyatakan Johor mempunyai bahagian PAN terbanyak dengan katanya PAS hampir lumpuh kerana penghijrahan(baca lompat katak) besar besaran ahlinya ke PAN.Sementara di Selangor pula, keahlian Kota Raja sahaja sebanyak 1,500.Demikian hebatnya PAN yang menurut Mat Sabu tidak pernah terjadi kepada mana mana parti baru.

Sementara ketika mengumumkan jumlah keahlian di hari PAN dirasmikan yakni hari ini, jumlah keahlian dirasmikan seramai 30,018.Kenapa tidak konsistant dengan apa yang dikatakan Mat Sabu.Mana mungkin jadi 30,018 kalau dari 50,000 borang keahlian yang diedarkan masih ada 30,000 belum dikembalikan? atau mungkin ada keajaiban yang berlaku di mana hampir 10,000 borang keahlian dikembalikan dalam tempoh mungkin 48 jam(mengambil kira masa Mat Sabu membuat kenyataan dengan hari perasmiannya).Atau mungkin juga politik berhelah yang digunakan oleh pengerusi dan setiausaha PAN dalam menyatakan fakta dan angka?

Begitu juga boleh jadi pening untuk meseimbangkan kedudukan antara angka 5,000 ahli dan bahagian yang paling banyak di Johor. metamatik mudah memberitahu kita bahawa angka 5,0000 ahli dan kedudukan terbanyak bahagian PAN sepatutnya menjadikan Johor  negeri tertinggi mempunyai ahli tetapi dalam fakta yang diberi menyebut Kelantan dengan 7,000 ahli, kenapa begitu? Ada silap mata atau silap helah politik kerana gagal berkominikasi antara pengerusi dan setia usaha?

Di Selanor pula cukup menarik.Dari fakta yang diberi,4,000 keahlian itu, 1,500 sahaja datang dari Kota Raja.Bermakna hanya 3,500 dari tempat tempat lain.Rasanya angka ini tidak  boleh dibanggakan mengambil kira keluasan negeri Selangor.

Kenapa jadi macam ni wahai PAN yang mahu jadi  parti yang membela Islam dari dilanyak oleh DAP? Mana hebatnya PAN?

Sumber TKO - 17-9-2015

Amanah Perkenal Logo, Dakwa Keahlian 30,000 (bersama Video)
Posted on Wednesday, September 16 @ 12:47:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?v=b1sJDlObkKQ&feature=player_embedded

SHAH ALAM: Parti Pekerja-Pekerja Malaysia secara rasmi dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Bertemakan warna jingga, Amanah yang diasaskan kumpulan bekas pemimpin progresif PAS juga buat pertama kali memperkenalkan logo, visi serta misi parti berkenaan.
Pelancaran tersebut disempurnakan Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu.

Terdahulu, Setiausaha penaja Amanah, Anuar Tahir berkata, jumlah terkini keahlian parti tersebut ialah seramai 30,018 orang.


Menggunakan slogan 'Harapan Baru', Amanah mempunyai visi untuk menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya negara yang adil untuk semua.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong serta Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Sumber Link

Sumber TKO  - 16-9-2015



Sambutan luar duga AMANAH di Kelantan - Mohamad Sabu

Posted on Wednesday, September 16 @ 06:55:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan "luar dugaan" rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

"Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

"Rakyat macam tunggu satu perubahan yang diharapkan. Kalau parti AMANAH tidak membuat sesuatu perubahan kepada rakyat, saya rakyat kekecawaan, akan berlaku.

"Saya nampak rating itu, sebagai parti baru yang ditubuhkan, selalunya sambutannya tidak sebegini," katanya menjawab soalan berhubung sambutan kepada AMANAH setakat ini.

Sehubungan itu, Mohamad berkata berdasarkan situasi dan sambutan yang diberikan itu, Mohamad optimis keahlian AMANAH boleh mencecah lebih 100,000 orang menjelang Disember depan.

Bagaimanapun, Mohamad berkata maklumat lanjut mengenainya juga akan diumumkan oleh Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir.

Ditanya mengapa ahli daripada Kelantan penyertaan tertinggi setakat ini, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata:

"(Ini) kerana (rasa) tidak puas hati oleh rakyat Kelantan kepada pemerintahan sedia ada, begitu tinggi."

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini AMANAH bercadang untuk mengadakan majlis makan malam sebagai usaha memungut kutipan derma bagi menjana dan menggerak parti.
Ia dirancang bermula Oktober ini, kata Mohamad lagi,

Selain itu, beliau berkata yuran keahlian dan derma ahli dan anggota keluarga juga bagi membantu menggerakkan parti, sementara AMANAH juga mempunyai bangunan sendiri setinggi tiga tingkat Kedah yang disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan.

Mohamad juga berkata keanggotaan AMANAH juga terbuka kepada bukan Islam. Ia turut disertai bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow dan bekas setiausaha Agung Parti Pekerja Gopalan K Papachan.


Bekas timbalan presiden PAS itu berkata Hu dan Gopalan menganggotai jawatankuasa penaja bagi membuktikan ketebukaan AMANAH kepada semua kaum.

Sumber Link

Sumber TKO - 16-9-2015


Semarakkan Hari Malaysia dengan semangat 1Malaysia

Posted on Tuesday, September 15 @ 14:42:08 MYT by paktam

Oleh Faiz Fadzil 

Tanggal 16 September adalah hari penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia sejajar dengan sambutan Hari Malaysia. Hari Malaysia adalah hari bagi memperingati sejarah pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka dan bertamadun dengan penggabungan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak.

Melayu sering dipolemikkan sebagai kaum asal negara ini. Namun sejarah menunjukkan kaum lain juga memainkan peranan penting dalam sejarah pembentukan Malaysia.

Laksamana Cheng Ho yang pernah berkunjung ke Kota Melaka pada kurun ke-15 dikatakan antara penyebar awal agama Islam tatkala Parameswara yang membuka Melaka asalnya menganut agama Hindu. Ketika itu, tidak berlaku persengketaan kaum dan Melaka membangun dengan pesatnya.

Kembalikanlah sejarah kegemilangan Melaka.

Melaka gemilang bukan kerana hebatnya Melayu, tetapi kerana kebijakan dan amanahnya kerajaan Kesultanan Melaka memerintah dengan menjadikan perdagangan sebagai industri utama tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

Malaysia mampu menjadi gemilang dan terus membangun seperti sejarah Melaka dahulu jika ekonomi negara diuruskan dengan bijak dan bersih. Mewujudkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai syarikat pelaburan negara bukanlah bijak jika hutangnya mencecah RM42 bilion.

Tidaklah bersih pengurusan ekonomi negara jika wang rakyat di dalam Tabung Haji dan LTAT disalahgunakan bagi membantu 1MDB melunaskan hutangnya.

Hilangnya sifat amanah di kalangan pemimpin adalah faktor yang akan merencatkan pembangunan sesebuah negara. Ambillah iktibar daripada sejarah kejatuhan empayar-empayar Islam. Kesan akhirnya adalah kebajikan rakyat terabai dan hidup menderita.

Lupakan kaum mana yang lebih tuan di negara ini. Hormati hak dan kebebasan setiap kaum.

Keharmonian kaum adalah kunci kejayaan negara ini.

Amalkan semangat 1Malaysia yang meliputi keadilan pembahagian kekayaan negara kepada setiap lapisan dan latarbelakang rakyat dari Perlis hingga ke Johor dan merentasi Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak.

Semoga Hari Malaysia tahun ini dapat merapatkan jurang antara kaum dan memadamkan api permusuhan yang disemarakkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan “ulterior motive”.

Peliharalah semangat pembentukan Malaysia yang diasaskan 52 tahun dahulu dan janganlah dikhianatinya.

Hentikanlah sentimen perkauman dan pelaksanaan perlulah disambut dahulu oleh pemerintah.

Peliharalah semangat dan nilai 1Malaysia yang dibina berasaskan keunikan kepelbagaian kaum dan etnik di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak agar rakyat terus hidup dalam keadaan yang sejahtera.

Amanahlah dengan kuasa yang dipinjamkan untuk sementara. Selamat Hari Malaysia!

* Penulis adalah timbalan ketua Pemuda Parti Amanah Nasional.

Sumber DD - 15-9-2015


Penghijrahan beramai-ramai lumpuhkan PAS kawasan seluruh negara, kata Amanah
Posted on Tuesday, September 15 @ 14:34:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol


Lebih separuh PAS kawasan di seluruh negara kini mengalami kekosongan dalam pimpinan mereka akibat perpindahan kepada parti baharu dibentuk kumpulan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah), kata Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir (gambar, kanan). 


Katanya, penghijrahan beramai-ramai daripada PAS kepada Amanah itu, yang terbesar ialah di Johor, di mana beliau mendakwa semua kecuali "satu atau dua" kawasan yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti.


PAS kawasan, atau bahagian, adalah peringkat kedua parti dan dibentuk berdasarkan kawasan Parlimen.


Parti Islam konservatif itu mempunyai satu kawasan dalam setiap satu daripada 165 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan beberapa kerusi di Malaysia Timur.

Anuar berkata, Johor mempunyai paling banyak Amanah bahagian, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mengenai berapa banyak bahagian Amanah wujud di setiap negeri tetapi mendakwa keahliannya semakin bertambah.

"Sebagai contoh di Selangor, bahagian Kota Raja sudah mempunyai 1,500 ahli. Di Johor, PAS kawasan hampir lumpuh apabila pemimpinnya meninggalkan parti," Anuar memberitahu satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata berikutan penubuhan bahagian itu, Amanah akan membentuk cawangan, peringkat yang paling rendah dalam parti.


Amanah dibentuk bekas pemimpin progresif dalam PAS yang meninggalkan parti selepas hampir semua tersingkir pada pemilihan parti Jun lalu.
Langkah mereka itu menimbulkan kemarahan golongan konservatif dalam PAS, yang melabel mereka sebagai pengkhianat.
Parti baharu itu kini sedang berunding bagi membentuk sebuah pakatan dengan PKR dan DAP, berikutan terbubarnya Pakatan Rakyat. 


Sumber TKO - 15-9-2015






















































































































































































Sejarah Penubuhan Parti Amanah Baru

Posted on Monday, September 14 @ 10:54:44 MYT by paktam

Oleh ABU MUAZ AL MIRDIFEE

1. Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2015, negara mencatatkan satu lagi sejarah apabila Parti Amanah Negara atau singkatannya ‘Amanah Negara’ akan dilancarkan dengan rasminya di IDCC Shah Alam.

2. Sebagai sebuah parti yang berasaskan Islam, Amanah Negara akan memikul tanggungjawab mencorakkan politik negara dan ummah mengikut prinsip-prinsip Islam ke arah mencapai cita-cita besar Malaysia.


3. Amanah Negara mempunyai sejarah tersendiri. Ia dilahirkan selepas PAS berpecah dua. Perpecahan ini berlaku dari atas, iaitu dari pucuk pimpinannya, sehingga ke bawah, iaitu di cawangan atau akar umbinya. Perpecahan ini adalah hasil dari keinginan untuk membawa pendekatan berbeza setelah ada yang beranggapan “pendekatan melalui PR merugikan PAS”.

BERMULA PERPECAHAN DALAM PAS

4. Bibit-bibit perpecahan dalaman PAS yang membawa kepada penubuhan Amanah Negara mula berputik sejak 2008.

5. Apabila gabungan PAS bersama PKR (BA) dan kerjasama pilihan raya dengan DAP menang besar pada pilihan raya umum 2008, jalur pemikiran berbeza mula ketara. Ada yang ingin mempertimbangkan kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan, khususnya untuk Selangor dan Perak, manakala ada yang mahu kekal bersama dengan PKR dan DAP dengan membentuk Pakatan Rakyat (PR).

6. Walaupun pendekatan bersama PR telah mendapat pengesahan dan sokongan melalui Muktamar tahunan PAS pada 2008 dan tahun-tahun seterusnya, namun golongan yang ingin menimbangkan kerjasama dengan UMNO terus berusaha. Ekoran itu hubungan dalam PAS tidak pernah serasi antara dua jalur pemikiran ini.

7. Ada saja isu yang berbangkit yang menampakkan perbezaan pemikiran dan pendekatan ini. Ini termasuklah isu Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor dan lain-lain. Ia semakin ketara selepas perginya pemimpin ulung PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KEMPEN MENYINGKIRKAN KELOMPOK PRO-PR

8. Menjelang muktamar PAS ke 59 di Shah Alam pada tahun 2013, kempen mula dibuat untuk menyingkirkan pimpinan yang pro-PR. Mereka mula dilabel sebagai ‘kumpulan Erdogan’ (sempena nama presiden Turki Reccip Tayyib Erdogan), ‘parasit’ dan ‘Anwarinas’ oleh yang ingin mencuba pendekatan selain dari PR.

9. Namun usaha kali itu gagal apabila perwakilan membuat pilihan menggabung jalinkan kepimpinan PAS antara kedua-dua kumpulan ini.

10. Pada Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor pada tahun 2014, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan muktamar dengan tegas berkata, “kepada sesiapa yang hendak jadi imam juga, carilah tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadilah imam sendiri.” Ia telah ditafsirkan sebagai tindakan menghalau kumpulan pro-PR secara terbuka oleh beliau. Kesannya PAS berpecah dua.

11. Sejak itulah, kempen besar-besaran dan sistematik dibuat untuk menghalau kumpulan profesional atau Erdogan ini. Padahal merekalah tunggak yang menggerakkan PAS selama ini. Akaun Facebook dan blog hantu mula digunakan untuk membuat serangan secara terbuka kepada mereka dengan pelbagai label diberikan dari Anwarinas, jebon, parasit, barua, anai-anai sehinggalah kepada liberal, sekular dan anti-ulama! Sedangkan isu sebenar adalah samada kekal dengan PR atau sebaliknya.

12. Ditimbulkan juga tuduhan penyusupan,IRC dan JIM serta kisah-kisah lama yang tidak releven dan dilupai ramai. Label dan tuduhan yang dilemparkan bertujuan mengalih pandangan perwakilan dari isu sebenarnya,ia itu keinginan pimpinan tertentu untuk keluar PR dan PAS bersendirian membina hubngan dengan semua termasuk UMNO/BN.
MUKTAMAR PAS KE 61 KEMUNCAK PERPECAHAN & BERPECAH DUA

13. Demonstrasi juga dibuat di pejabat Agung PAS untuk menyerang pimpinan pro-PR ini. Banner dinaikkan, gambar mereka dipijak, tuduhan rambang dibuat, namun tiada tindakan diambil oleh DS Presiden untuk menghentikan kerja-kerja terkutuk ini.

14. Maka pada Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor, tercapailah cita-cita itu. Pihak konservatif yang menggelar diri mereka sebagai golongan ‘pro ulama’ berjaya menghalau kumpulan pro-PR dalam PAS dari jawatan kepimpinan.

15. Pada Muktamar PAS itu juga usul berpisah dengan DAP turut diluluskan tanpa dibahas. Ini akhirnya menyaksikan Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008 antara PAS, PKR dan DAP berkubur.

PENUBUHAN WADAH BARU & MENGUSAHAKAN PAKATAN 2.0

16. Kemudian, satu program ceramah ‘Jasa mu dikenang’ untuk menghargai pihak yang terpinggir ini diadakan di Markas PAS kawasan Bakri, Johor pada 16 Jun 2015. Hasil sambutan yang diterima, telah diputuskan penubuhan sebuah parti baru yang berasaskan Islam adalah satu keperluan.

17. Parti Islam ini akan mengusahakan kewujudan Pakatan Rakyat 2.0, sebagai meneruskan momentum perubahan rakyat, yang sudah sedia wujud.

18. Setelah pelbagai proses berjalan, maka hari ini lahirlah ‘Parti Amanah Negara’ setelah pimpinan Islamis pro-PR ini mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

19. Semoga perjuangan ini dirahmati Allah dalam usaha untuk menyambung tugas baginda Nabi SAW, membawa Islam sebagai Rahmat Untuk Semua.

ABU MUAZ AL MIRDIFEE
BEKAS Ahli PAS Seumur Hidup.

Sumber DD - 14-9-2015

Tak boleh anjur aktiviti, tukar nama belum dilulus - RoS

BERNAMA | .



PUTRAJAYA: Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan, kata Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata larangan itu adalah selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya RoS menerima notifikasi daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia berhubung pelantikan baharu anggota Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan 25 Ogos lepas.

"Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baru ini, adalah terdiri daripada bekas ahli-ahli Parti PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya permohonan parti itu untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara masih belum diluluskan setakat ini.

Mohammad Razin berkata mana-mana pertubuhan atau parti dan pemegang jawatan yang didapati melanggar larangan itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000.

Pada 31 Ogos lepas, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan penjenamaan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata parti itu akan dilancarkan pada 16 Sept ini.

HB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI) sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu. - Bernama

Sumber HD - 13-9-2015

Jangan Gelak: PAN jangka keanggotaan lebih 100,000 menjelang hujung tahun
Posted on Saturday, September 12 @ 21:02:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan lebih 100,000 orang termasuk anggota PAS akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.

Presiden PAN Mohamad Sabu (gambar, kanan) berkata sehingga kini PAN menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur daripada pelbagai pelbagai parti politik di negara ini.

"Kita mengedarkan borang keahlian PAN di seluruh negara dan menjangkakan bilangannya akan meningkat sehingga akhir tahun ini.

"Pada hari ini PAN menerima borang keahlian sebanyak 500 melibatkan penduduk Melaka termasuk anggota PAS.

"Di Johor PAN menerima 5,000 borang keahlian manakala di Kedah sebanyak 2,721 borang keahlian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PAN Melaka di Melaka, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PAN Melaka Adly Zahari dan Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.

Mohamad berkata PAN Melaka akan bergerak sebagai sebuah parti politik bermula hari ini dan terus bekerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu.

Beliau berkata PAN juga bersedia bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan PAS dalam sesuatu isu sekiranya perlu.

Mengulas tentang anggota PAS iaitu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar memilih untuk yang menyertai PKR, katanya ia tidak memberi kesan kepada PAN kerana mereka masih anggota Pakatan Rakyat.
"Tidak apalah...asalkan mereka berada dalam Pakatan Rakyat..barangkali mereka ada pandangan masing-masing..saya mengalu-alukan mereka menyertai PKR," katanya.

Sumber TKO - 12-9-2015


Sambutan Ceramah Parti Cap Cangkul di Langkawi
Posted on Saturday, September 12 @ 18:50:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Betul ke sebaik sahaja parti serpihan PAS berjaya diwujudkan maka lebih 70% ahli dan 

penyokong PAS akan melompat berduyun-duyun ... bak kata Pengerusi Parti Cangkul Kelantan Dato' Wan Rahim parti induk akan mati.





Tapi jika dilihat kepada beberapa gambar yang dimuat naik ternyata itu semua adalam sembang kenyang berdentan berdentum tapi habuk sedikit pun tak lekat. Ini di Kedah , negeri dimana Parti Cangkul sudah ada Wisma sendiri.

Nak tanya sikit ... dimana datangnya angka 35,000 ahli sudah menyokong Parti Cangkul dan akan cecah lebih 50,000 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 16hb September 2015 ini????

Sumber LinK

Sumber TKO - 12-9-2015


PAN Palagiat Simbol Bulan Sama Seperti PAS??
Posted on Saturday, September 12 @ 16:31:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Amanah Negara (PAN) menggunakan simbol bulan sama seperti PAS cuma yang berbeza latar belakang warna, dedah ASSU yang melampir beberapa keping bendera parti itu dipasang di sekitar Shah Alam, hari ini

PAS menggunakan simbol bulan dengan latar belakang warna hijau, manakala PAN pula menggunakan simbol bulan dengan latar belakang warna oren


“Ini adalah pemandangan di sekitar Shah Alam hari ini.

“Apakah tujuan Gerakan Harapan Baru (GHB) cuba menggunakan nama Parti Amanah Negara (PAN) yang mirip singkatannya dengan PAS? Bukan satu kebetulan kalau GHB atau PAN (belum diluluskan oleh Pertubuhan Syarikat) cuba menggunakan lambang bulan pada logo mereka.

“Bezanya, latarbelakang logo bulan PAS adalah hijau manakala latar belakang logo PAN adalah oren, seperti warna Hindraf,”dedahnya.


ASSU tidak menolak kemungkinan taktik PAN mempalagiat hak cipta PAS itu bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

“Apakah PAN cuba mengelirukan pengikut-pengikut PAS atau mereka tiada identiti kerana merupakan parti serpihan PAS yang didokong DAP?

“Bayangkan kalau semasa pilihanraya. Adakah ada beza logo PAS dan PAN sedangkan kertas undi adalah hitam putih..???,” soalnya.

Sumber Link

Sumber TKO - 12-9-2015


Tamparan awal untuk PAN: Kamarudin Jaafar dan Mohd Tayson sertai PKR!

Posted on Saturday, September 12 @ 15:14:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Assalamualikum,,  Dua orang  yang mendokong GHB dan PAN beralih arah.Mereka sertai PKR dan dari dua ini, YB Kamarudin Jaafar tetap merupakan pengkianat dan pelanggar Bai'ah yang perlu kepada kata putus dari mahkamah syariah.Sementara Mohd Tyson pula yang pernah bertegas mahu memancarkan sinar Islam menerusi bandar metropolitan Shah Alam sebagai usaha untuk membangun nampaknya sudah hilang arah kerana pertamanya bersama G18 untuk menubuhkan parti baru tetapi kemudiannya mengubah fikiran  untuk menyertai PKR, entah di mana cita cita untuk memancarkan sinar Islamnya sekarang.

Dari kacamata PAS, tindakan kedua dua ahli parti ini merupakan tindakan mengkianati parti, terutama Kamarudin Jaafar yang masih mengikat dirinya dengan bai'ah dan tindakan PKR menerima mereka merupakan tindakan menikam dari belakang sedangkan di depan bermanis muka mahukan PAS sertai Pakatan 2.0.PKR juga tidak peka dengan kedudukan bai'ah Kamaruddin Jaafar sebagai orang Islam.Malah mereka menerima Kamaruddin tanpa sedikitpun rasa takut dan bimbang dengan azab Allah dan memberi Kamaruddin jawatan terus pada hari dia menyertai PKR.Bolihkan PKR dibuat kawan lagi? Rasanya TGHH dan kepimpinan PAS lebih faham kedudukan ini untuk menolak tangan PKR yang pada zahir yang tersirat lebih bahaya dari DAP kalau diimbas kembali Kajang Move dan Blackout 505.

Sambil itu, kemasukan kedua mereka ke dalam PKR memberi tamparan awal kepada Mat Sabu dan parti PANnya.kedua mereka yang hadir dalam sidang akhbar penguumuman penubuhan GHB di mana kemudiannya gambar mereka di jaja ke sana sini tiba tiba muncul untuk menjadi ahli PKR bukan PAN yang masih dalam proses perasmiannya.Hilang satu kerusi dalam parlimen.Daripada 7 kini tingga 6.


Entah entah selepas ini dan sebelum pendaftaran PAN, ada lagi YB dan ahlinya melompat keluar dari PAN dan mana tahu kali ini ada yang sertai DAP.Ketidakstabilan PAN mungkin bolih dijangka selepas ini.

Sumber TKO - 12-9-2015


Saya menang kerana pakatan pembangkang, bukan PAS - Syed Hamid
Posted on Friday, September 11 @ 15:14:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menegaskan kemenangan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah disebabkan pakatan pembangkang, dan bukannya PAS, wakil rakyat Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed menolak gesaan parti itu yang mahu beliau meletak jawatan.

Beliau yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan Utusan Malaysia berkata, tidak adil baginya melepaskan jawatan tersebut yang disandang atas kepercayaan diberikan pengundi berbilang kaum di kawasan berkenaan.

"Jika boleh bertanding semula, hari ini saya letak jawatan. Tetapi peraturan tidak membenarkannya. Hanya selepas 5 tahun baru boleh bertanding," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Katanya, kemenangan dua penggal berturut-turut adalah berdasarkan sokongan masyarakat Melayu, Cina dan India di kawasan itu serta atas tiket pembangkang atau Pakatan Rakyat, bukannya PAS.

Menjawab gesaan yang dibuat PAS Pahang ekoran tindakannya menyertai Amanah yang ditubuhkan kumpulan serpihan parti Islam itu, Syed Hamid berkata, mustahil kemenangan beliau sebelum ini berpihak kepada PAS jika tidak mendapat sokongan daripada kaum lain, khususnya pengundi Cina.

Begitu juga katanya, dengan kedudukan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan daripada PAS.

Beliau turut menegaskan, tidak timbul soal moral dalam isu keluar PAS dan menyertai Amanah kerana beliau masih dalam pakatan pembangkang dan tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Sumber TKO - 11-9-2015


Baiah: Dari al-Qaradawi ke Ibnu Taimiyah

Posted on Thursday, September 10 @ 12:08:12 MYT by paktam

Oleh Ustaz Ahmad Awang 

Walaupun ada ulama yang menganggap jatuh satu talak dalam kes berkenaan namun ada juga ulama yang menganggap ikatan sumpah itu tidak sah kerana ia bercanggah dengan maqasid ammah yang lebih utama iaitu keutuhan dan integriti keluarga mengatasi apa juga perhitungan.

Ini dianggap sebagai menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.Oleh itu sumpah berkenaan dianggap tidak sah.


Sebaliknya dianggap lagha (sia-sia) dan terbatal dengan sendirinya sebab bercanggah dengan maslahah lebih utama.

Menurut Ibnu Taimiyah, talaq tidak jatuh kerana:

“Penutur sumpah tidak berniat menjatuhkan talak tapi sekadar untuk melarang dan menakutkan dan dia sendiri membenci talak berkenaan.”

Pendapat ini juga merupakan pendapat Abu Hanifah, segolongan sahabat al-Syafie seperti al-Qaffal, Abu Sa’id Al Mutawalli dan difatwakan oleh hakim-hakim daripada kalangan mutakhir daripada para sahabat Abu Hanifah, al-Syafie dan lain-lain.

Namun dituntut pihak yang membuat sumpah takliq berkenaan hendaklah membatalkan sumpah itu dengan memberi sedekah satu so’ atau sekitar 1 ½ kilogram makanan (beras atau gandum) kepada sepuluh orang fakir miskin untuk melepaskan dirinya dari sumpah berkenaan.

Bahkan dalam hal ini, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi telah menyebut:

“Pendapat seperti ini juga yang terpakai dalam undang-undang keluarga Islam di Mesir, Algeria dan Libya semenjak lebih daripada pertengahan abad yang lalu.”

“Sesungguhnya talak muallaq (talaq yang terikat dengan sesuatu atau larangan sesuatu) bukanlah talak yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk memisahkan hubungan suami isteri. Akan tetapi ia berkaitan dengan sumpah. Melanggar sumpah itu maka cukuplah bagi dia untuk membayar kafarah sumpah iaitu memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin.” (Fatawa Muasirah, jilid tiga, ms 342, cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi)
Muslim yang baik dan wadah politik Islam yang progresif masa kini tidak mempermudah kedudukan institusi keluarga dan anak isterinya untuk meraih kedudukan politik dalam arena politik demokrasi.

Mereka tetap menjunjung cita-cita memperjuangkan Islam dalam perspektif keilmuan yang lebih anjal dan syumul, sesuai dengan ‘angkubah’ dan realiti yang semakin rencam dan terkini.

Perjuangan mendaulatkan cita-cita Islam dalam arena politik demokrasi pelbagai parti tidak lagi boleh menggunakan pendekatan keterlaluan (fanatisme) sehingga menimbulkan suasana haru-biru dalam keluarga dan masyarakat.

Segala perbezaan dan gerak kerja politik mesti berlandaskan rasionaliti yang tinggi, adab yang mulia dan tindakan bijaksana untuk tidak melibatkan kehidupan peribadi seseorang kerana gerak kerja meraih undi dan kedudukan dalam masyarakat.

Setiap usaha ke arah meraih kuasa perlu dilakukan dengan tatacara yang lebih beradab, demokratik dan bertamadun bagi menampilkan keadilan dan kemesraan terutama dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Berasaskan bacaan baru terhadap rujukan politik Islam yang terkini oleh ilmuwan, ulama masa kini yang dapat menggarap bentuk-bentuk pemerintahan yang berintegriti sesuai dengan lunas demokrasi yang disesuaikan dengan nilai dan ajaran Islam.

Dalam situasi politik yang mengarahkan kepada kepelbagaian parti politik, Islam memberi ruang kepada aktivis umat dan ahli-ahli Parlimen berkaliber yang sedia bertugas untuk berperanan dalam wadah parti politik baru berteraskan ajaran Islam berlandaskan kaedah fekah:

(1) Sesuatu itu jika menyempitkan akan diperluaskan.

(2) Kesusahan akan membawa keringanan.

Bahkan juga dasar-dasar lain yang telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Dr Al Fateh Abdullah Abdul Salam dalam tulisan beliau mengenai persoalan ini.
Keraguan dan misteri

Selaras dengan itu kita juga bersetuju dengan penjelasan Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) Dr Zaharuddin Abd Rahman yang menyatakan bahawa:

(1) Keluarnya seseorang calon dari PAS tidak semestinya ia terus mengkhianati perjuangan Islam secara total, malah terdapat kemungkinan ia akan terus aktif dalam perjuangan Islam melalui platform jemaah-jemaah lain yang mungkin tidak bersifat politik seperti tabligh dan lain-lain.

Justeru, mengenakan dua mudarat ke atasnya adalah tidak wajar kerana dia belum boleh dikira mengkhianati Islam secara sepenuhnya, hanya kerana ia meninggalkan PAS.

(2) Menggunakan sumpah setia dengan lafaz takliq sebagai pengikat juga tidak wajar kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama, malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah serta para sahabat.

Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal.

Seperti sumpah laknat atas diri, dicagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.

(3) Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau ia diharuskan?

Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah SWT untuk mengikut tertib kiraannya.
Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya?

Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua.

Maqasid shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.

Lalu, sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujah yang benar-benar kukuh.

Ini kerana ia akan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah SWT.

Kesimpulannya kami Parti Amanah Negara mengambil pendirian bahawa isu baiah taklik talaq tiga adalah tidak jatuh talak berdasarkan pada pendapat Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi dan ibnu Taymiah dan serta lain-lain ulama sealiran.

Apatah lagi baiah taklik talak tiga yang dilakukan oleh PAS Kelantan terhadap wakil-wakilnya diliputi berbagai-bagai keraguan dan misteri.

Di samping itu wakil-wakil rakyat yang terlibat dengan baiah itu tidak lagi mewakili PAS bukan di sebabkan melompat kepada parti lawan (Umno-BN) bahkan sebenarnya di sebabkan mereka disingkir oleh parti.
Ini bererti bahawa mereka tidak melanggar baiah.

AHMAD AWANG adalah penasihat umum AMANAH.

Bahagian 1: Ghairahnya mahu runtuhkan rumahtangga orang

Sumber DD - 10-9-2015

Ghairahnya mahu runtuhkan rumahtangga orang

Posted on Thursday, September 10 @ 11:40:11 MYT by paktam

Oleh Ustaz Ahmad Awang

Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga bagi calon-calon PAS dalam pilihan raya umum yang lalu adalah suatu yang misteri. Pimpinan pusat PAS berkali-kali menafikan wujudnya baiah tersebut sejak 2009 lagi.

Terbaru tiga hari yang lalu setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS Datuk Nik Zawawi Salleh menegaskan bahawa mereka tidak pernah meluluskan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga itu.

Ini bererti PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU sekiranya benar baiah tersebut di kenakan ke atas wakil-wakil rakyat PAS di negeri tersebut.
Ini bermakna baiah sumpah baiah taklik talaq tiga tidak diperakui oleh ulama PAS sendiri.
Dan dengan sendirinya tindakan PAS Kelantan itu adalah bukti tidak walaknya mereka kepada kepimpinan ulama.

Maka tidaklah sepatutnya isu tersebut dibangkitkan oleh pimpinan PAS Kelantan khasnya apatah lagi pimpinan Pusat PAS amnya.

Kesungguhan sesetengah pemimpin PAS yang begitu ghairah mahu meruntuhkan rumahtangga di kalangan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menimbulkan kehairanan besar di kalangan masyarakat umum.

Seolah-olah mahu dipisahkan semua wakil-wakil rakyat ini dengan pasangan masing-masing tanpa sedikit pun ingin melihat hujah dan pandangan ahli fekah yang memberi jalan keluar kepada persoalan hukum menghiasi dada-dada media.

Tidaklah dinafikan adanya pendapat ahli fekah yang menghukumkan jatuh talaq dengan sumpah taklik oleh suami terhadap isterinya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan sifat taklik dalam baiah politik seperti yang dilakukan oleh PAS.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang bersungguh-sungguh ini seakan-akan mahu membalas dendam dan ‘gembira’ melihat rumahtangga sahabat yang dahulunya berjuang dalam PAS, runtuh dan musnah.

Seakan-akan tiada ruang untuk hujah menyelamatkan rumahtangga ini dikedepankan.

Islam diwajahkan dengan pandangan yang cukup jelek seolah-olah politik kepartian Islam ini kerjanya mencerai-berai rumahtangga orang semata-mata dengan cuba menjadikan perjuangan politik Islam sebagai alasan untuk mewajarkannya.

Institusi keluarga

Institusi keluarga merupakan entiti penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara, bahkan terhormat dan mulia kedudukannya di sisi Islam.

Melindungi keluarga termasuk dalam kategori melindungi kehormatan dan zuriat keturunan yang merupakan salah satu daripada maqasid (tujuan-tujuan) syariah yang lima perkara.

Jelas bahawa keutuhan integriti keluarga merupakan sesuatu yang dilindungi dalam syariat Islam.

Walaupun perceraian antara suami isteri dibolehkan dalam Islam tapi itu adalah perkara yang hanya wajar dilakukan dalam suasana yang amat mendesak dan tidak ada jalan keluar yang lain untuk mengatasi masalah rumahtangga.

Bahkan dalam masalah perbuatan ilaa’ atau bersumpah tidak menyetubuhi isteri dalam tempoh lebih empat bulan pun jelas kesukaan Allah terhadap pernikahan berbanding penceraian.

Allah S.W.T berfirman (Al-Baqarah, 226-227):
“...kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Dan pada waktu mereka berniat memilih talak, maka Allah berfirman:
“Dan jika mereka berazam (untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin menyebut dalam Durus wa Fatawa Haramul Makki:
“Ini menunjukkan bahawa Allah tidak suka terhadap orang yang memilih jalan talak daripada kembali menyambung tali pernikahan.”

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap orang yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus adalah mempermain-mainkan kitab Allah.

“An-Nasai meriwayatkan dari Mahmud bin Labid: Bahawa ada seorang memberitahu kepada Rasulullah bahawa ada orang yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus. Baginda bangkit dengan berang seraya berkata: Apakah ada yang berani mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih hidup di kalangan kamu? Kemudian seorang bangun dan berkata di hadapan Rasulullah: Biar aku bunuh dia wahai Rasulullah?”

Walaupun akhirnya sahabat itu tidak dibenarkan meneruskan hasratnya untuk membunuh pihak yang menjatuhkan talak, peristiwa ini menunjukkan bahawa soal hubungan suami isteri dan keluarga sesuatu yang tidak wajar dihubungkaitkan dengan sebarang kepentingan politik kepartian.
Ini demi menjaga keutuhan dan nama baik keluarga itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 89:
“Allah tidak menghukum kamu lantaran sumpah-sumpah yang kamu lafazkan secara tidak sengaja, tetapi Dia menghukum kamu lantaran sumpah yang kamu sengajakan. Bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.
"Sesiapa yang tidak berupaya untuk melunaskan denda tersebut, maka dia hendaklah berpuasa selama tiga hari. Ini sebagai denda penebus sumpah kamu apabila kamu terlanjur bersumpah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila bersumpah. Demikianlah Allah menerangkan titah perintah-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.”

Umat Islam dituntut agar berhati-hati berkaitan dengan sumpah ini dan tidak bermudah-mudah mengheret institusi dan kehormatan keluarga dalam pertarungan politik kepartian.

Maksud firman-Nya: “Jagalah dan berhati-hatilah terhadap amalan sumpah di kalangan kamu.”
Dengan perkataan lain, jangan mempermudah dan memperbanyak sumpah dalam budaya hidup kamu.

Dalam sumpah laknat, rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya, sesuai dengan perutusan Islam itu sebagai Rahmat untuk seluruh alam.

Bermohon istighfarlah dengan Allah.

Sungguhpun mungkin si pelafaz sumpah telah memohon kecelakaan dan laknat terhadap dirinya, namun Allah bukan Tuhan yang suka-suka hendak menurunkan laknat kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengetahui bahawa sumpah itu bukanlah niat sebenar bagi calon itu melainkan hanyalah tatacara yang dipaksakan ke atasnya oleh partinya yang mahu memastikan calon itu patuh kepada parti berkenaan dan tidak melompat kepada parti lawan (Umno-BN).

Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang sama sekali tidak tunduk kepada kebencian dan kegeraman manusia pendendam yang mendoakan keburukan kepada orang yang hanya berbeza pendapat atau yang memasuki wadah politik Islam yang lain.

Apatah lagi si pelafaz sumpah berkenaan masih komited terhadap perjuangan Islam dengan wadah yang baru, bukanya melompat kepada parti lawan yang di maksudkan ketika melafazkan sumpah baiah dahulunya.

Realiti kerosakan masyarakat

Realitinya ketika ini, memang terdapat kerosakan masyarakat yang parah; rasuah dibudayakan demi memenangi tampuk kuasa dan pilihan raya.

Malah ada kerajaan yang sedia berkuasa di sesebuah negara lumrah membeli calon dan pemimpin dengan mengajukan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Sehingga – dengan sebab itu – ada parti politik yang terlanjur melibatkan institusi keluarga untuk menjamin kesungguhan dan integriti calon mereka; agar tidak mudah dipujuk dan dibeli.

Mereka mengadakan semacam sumpah hingga mentaklikkan cerai isteri; baik satu atau tiga sekali gus dengan tindakan politik tertentu oleh penutur sumpah itu sendiri.
Amalan politik mempertaruhkan rumahtangga calon sememangnya tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.

Ia merupakan ciri warisan masyarakat jahiliah.

Kerana itu PAS sendiri melakukannya dalam keadaan misteri dan menyembunyikan amalan yang boleh mengaibkan imej parti.


AHMAD AWANG penasihat umum AMANAH.
Sumber DD - 10-9-2015


PAN Mahu Ambil Alih Peranan PAS Sebagai Parti Islam
Posted on Tuesday, September 08 @ 22:56:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) akan mengambil peranan yang ditinggalkan PAS untuk bersama-sama DAP membentuk satu kerajaan baharu bagi menggantikan Barisan Nasional (BN).

Ketua Parlimen Parti Amanah Negara (PAN) Batu Gajah, Omar Bakar berkata, dasar politik PAN yang mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia mirip dengan PAS iaitu Islam cumanya berbeza daripada sudut pendekatan.

“PAN memikirkan kemaslahatan yang lebih besar dalam menghapuskan kebathilan yang berlaku di dalam negara ini melalui kuasa pemerintahan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Omar dalam pada itu mendakwa, PAN ditubuhkan berikutan pertembungan dalaman PAS menjadi barah yang tidak lagi mampu diubati hingga menyebabkan rancangan kumpulan tertentu menyingkirkan kepimpinan terdahulu PAS berjaya.

Menurutnya, PAN juga diwujudkan sebagai sebuah parti Islam baharu bagi menggantikan PAS kerana tindakan-tindakan serta pendekatan PAS dilihat mengundur ke belakang termasuk memutuskan kerjasama Tahaluf Siyasi dengan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah dorongan terhadap wujudnya satu gerakan iaitu Harapan Baru dan seterusnya muncullah satu parti Islam baharu (PAN) dalam meneruskan perjuangan pimpinan PAS terdahulu,” dakwanya.

PAN ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PAS yang disingkirkan oleh ahli parti itu dalam pemilihan PAS Jun lalu kerana dilihat cuba membawa parti itu ke arah sekular melalui kerjasama DAP. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-9-2015

Ada tiga pendapat berkait bai’ah
Posted on Tuesday, September 08 @ 20:37:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Oleh: Abdullah Ngah 

Sekarang ini mari sama sama kita tengok isi kandungan Bai’ah PAS Kelantan sebagai bahan bukti sama ada ia benar benar menepati bahawa lafaz itu boleh jatuh talaq atau tidak seseorang yang melafazkannya.


Bai’ah itu berbunyi: “Saya Datuk Haji Ahmad bin Yaakub berikrar untuk patuh kepadahukum Allah dan Rasulnya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat keparti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyatmaka akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elauan ahli Dewan tersebut adalah haram. Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah wallahi wabillahi watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti


  Lafaz  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi ia adalah lafaz ta’liq yang dilakukan secara tidak sengaja. Ia atas kerelaan seseorang sepertimana kata kata yang berbunyi: “Lompat parti lain dengan kerelaan saya sendiri. Bermakna bukan ada paksaan sesiapa. Ia adalah kehendak kita sendiri untuk menjadi calon Dewan negeri dan Dewan Rakyat (ahli parlimen).



Lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, lafaz tersebut merupakan lafaz yang sorih dan tidak boleh main main. Hal ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jika dilakukan secara main main maka ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah” 
Sesungguhnya berkaitan dengan perkara talaq ini ulama berbeza pendapat dan wujud tiga pendapat yang sedia maklum dan kini wujud pendapat baru yang dikeluarkan oleh ulama modern yang mudah dan ringan berbanding dengan pendapat ulama silam menjadi empat pendapat bagi mereka yang bersumpah.
pendapat pertama Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.

Pendapat kedua. Ia adalah haram (dosa) dan jatuh tiga sekaligus. Ijtihad Malik dan  Abu Hanifah. Ia mendapat majoriti sahabat, Tabien dan ulama silam.

Pendapat ketiga.Ia haram, tetapi jatuh talaq satu. Ini ijtihad sebahagian sahabat dan Ali Abi Talib ra, Ibnu Mas'ud, Abdul Rahman Auf ra dan Az Zubair Awwam ra.

Jika ikut pendapat ketiga Dr Hatta boleh rujuk balik dengan bekas isterinya selepas habis iddah nanti.Akan tetapi ketiga tiga pendapat ini ditolak dengan hujah tidak jatuh talaq dan boleh ditebus dengan dengan member makan kepada sepuluh orang miskin dan puasa tiga hari.

Dr Hatta menjelaskan bahawa beliau gunapakai pendapat ulama modern dan disebut membariskan nama Dr Yusof al-Qarahdawi dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis sebagai rujukan yang mengatakan bahawa bai'ah itu adalah sumpah dan boleh ditebus apabila melanggarnya.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yangbiasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” (surah Al Maaidah ayat 8

Persoalan yang timbul bagaimana pula dengan lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak. Lafaz ini  keluar dari mulut kita sendiri dengan sengaja dan  penuh kerelaan.

Lafaz ini juga bukan sahaja dibuat didepan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Pesuruhjaya Pas Negeri kelantan, tetapi didepan Allah yang berbunyi: Wallahi, wabillahi watallahi yang mahu tidak mahu kena rujuk mahkamah syariah untuk mencari penyelesaian permasalahan yang menjadi isu terkini.

Lebih lebih lagi setiap perkahwinan di daftarkan di makhamah syariah dan mahkamah syariah  kelantan mengguna pakai Pendapat pertama, iaitu Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.

Jika ia tidak melibat mahkamah Syariah, maka persoalan yang timbul sudah selesai,kerana Dr Hatta menggunapakai pendapat ulama modern  dikatakan pendapat yang rajih, akan tetapi ini membabitkan perkahwinan dan didaftarkan yang pasti tidak akan selesai sampai bila bila.

Bagaimana pun ada perkara yang kita lakukan main main pun, maka ia tetap dipandang sungguh sunguh iaitu nikah, talak dan sumpah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jiak dilakukan secara main main mak ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah” 


Oleh itu, tidak dinafikan ianya boleh membayar kafarah berdalilkan firman Allah
yang bermaksud: “ Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafaarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” (surah Al Maaidah ayat 89).


Sesungguhnya Lafaz ta’liq Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak adalah lafaz sorih tidak boleh dipandang ringan. Lafaz ini adalah lafaz sorih dan ia mahu tidak mahu mesti kena rujuk mahkamah syariah agar mahkamah menentukan status kedudukan  pihak yang terbabit. terSerah kepada mahkamah syariah kerana  itu adalah bidangkuasa kes tersebeut.
  

Sumber TKO - 8-9-2015


Ahmad Awang: Bai'ah Lagho dan Paksaan Bila Saya Tak Jadi Pesuruhjaya PAS?
Posted on Monday, September 07 @ 21:22:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahmad berkata, dari segi hukum, beliau berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga dibuat secara taklik.

Namun dakwanya, taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, justeru bai'ah taklik dengan sumpah paksa, dianggap sebagai 'lagho'.

"Maka, untuk membatalkan sumpah 'lagho' itu, kafarah (penutup kesalahannya) ialah bagi makan 10 orang fakir miskin, selesailah," katanya ketika berucap dalam majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru Kamunting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pandangan kedua pula diambil mengikut hujah peguam sivil dan syarie, Mohamed Hanipa Maidin apabila mengatakan bai'ah dalam kalangan wakil rakyat Pas telah gugur ekoran pakatan pembangkang kini telah 'mati' apabila parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Ahmad mendakwa, hujah Mohamed Hanipa itu sememangnya kuat kerana beliau sering memenangi kes di mahkamah melibatkan bekas Timbalan Pre-siden Pas, Mohamad Sabu, malah bai'ah berkenaan dilakukan ketika calon-calon mereka masih berada dalam pakatan pembangkang.

Dulu semasa Ahmad Awang ini menjadi Pesuruhjaya PAS dialah yang minta semua calon PAS berbai'ah dan dia tiru bulat-bulat Kelantan. Tapi bila kalah lawan Hadi dalam pemilihan Presiden dia buat u-turn.


Klik untuk besarkan

Sebagai bukti saya ambil petikan blog al-Husseyn antara ta'asud GHB no. 1. Al Husseyn dalam artikel "Majlis Bai'ah dan Penyampaian Watikah Calun PAS Perak". telah menyebut bagaimana bai'ah macam Kelantan diamalkan di Perak. Tak tahu selepas ini Cikgu Hussin akan delete enteri ini.

Antara yang ditulis oleh al Husseyn ialah;

Sebelum penyampaian watikah dilakukan, Ustaz Ahmad Awang telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz ‘bai’ah’ yang perlu dilakukan oleh semua calun pada majlis itu.

Menurut Ust Ahmad Awang, lafaz bai’ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan ; dimana tiada seorang pun yang berani ‘melompat’ walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan.
Apakah bai'ah ini tidak paksaan dan lagho semasa Ahmad Awang menjadi Pesuruhjaya PAS dan Bai'ah terus menjadi lagho bila dia kalah dalam pemilihan berhasrat nak keluar PAS tubuh parti baru?

Manusia apabila agama sudah menjadi tunggangan dan tujuan kedunian melebihi kepercayaan akidah ini akibatnya.

Kita masih sayang 'orang tua ini'. Kita sangat berharap dan mendoakan agar dia menyedari kesilapannya dan kembali kepada jalan yang benar.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 7-9-2015


Ahli Parlimen Parti Pekerja Sedia Undi Tolak Hudud Ikut Konsensus, Kata Mat Sabu
Posted on Monday, September 07 @ 17:27:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jika Konsensus Pakatan Rakyat 2.0 menolak hudud, ahli Parlimen Parti Pekerja-Pekerja Malaysia bersedia untuk mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, kata pengerusi parti itu, Mohamad Sabu.

“Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu,” kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Kalau mereka kata ‘Tidak’, maka kami tidak akan menyokongnya,” katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud, lapor The Malaysian Insider.

Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.

“Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.

“Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan,” kata Mat Sabu.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang tidak aktif sejak 37 tahun lalu kini dihidupkan kembali apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil alih parti itu pada 31 Ogos lalu.

Parti yang berteraskan ideologi sosialis kiri itu berkubur selepas pengerusinya, Ganga Nayar, yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu kawasan Parlimen Sungai Besi dan DUN Sungai Way pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-5 pada 1978.



Namun, parti yang sudah berkubur itu kini mempunyai 7 Ahli Parlimen dan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ahli-ahli GHB menyerap masuk ke dalam parti tersebut.


7 Ahli Parlimen Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah; YB Kamaruddin Jaafar (Tumpat/Kelantan), YB Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai/Kelantan), YB Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu/Terengganu), YB Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar/Perak), YB Khalid Samad (Shah Alam/Selangor), YB Siti Mariah Mahmud (Kota Raja/Selangor) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang/Selangor).

Manakala 5 ADUN pula terdiri daripada; YB Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor/Kedah), YB Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering/Perak), YB Aminolhuda Hassan (Parit Yaani/Johor), YB Saari Sungib (Hulu Kelang/Selangor) dan YB Hasnul Baharuddin (Morib/Selangor).




Sumber Link

Sumber TKO - 7-9-2015

PAS Terengganu desak Raja Bahrin letak jawatan sebagai ahli Parlimen
Posted on Monday, September 07 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS Negeri Terengganu hari ini mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan Ahli Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

"Beliau secara sukarela melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.


"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," kata pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

"Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.
"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.

Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak 3 bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.

Beliau berkata desakan itu juga adalah selari dengan gesaan Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu ahli PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai PAN.

Ditanya mengenai kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen yang lain menyertai parti politik baharu itu, Satipul berkata pihaknya tiada lagi menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Katanya sekiranya Raja Bahrin enggan meletak jawatan, terserah kepada rakyat untuk menilai integriti dan tahap profesionalisme ahli Parlimen itu.

PAN dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada Jumaat lepas di Dungun. -
Bernama

Sumber TKO - 7-9-2015


Isu Bai'ah: Kenapa Hanipa Maidin Membiar Dr Hatta?
Posted on Monday, September 07 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saya terbaca artikel Hanipa Maidin yang bertajuk "Isu Baiah: Apa niat presiden PAS sebenarnya?". Saya rasa perlu saya memberikan sedikit komen terhadap artikel bekas peguam PAS ini.

Hanipa Maidin ada menulis;

Pertamanya, beliau menukilkan pendapat ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang mengatakan jatuhnya talak 3 kesan daripada baiah tersebut dan berkemungkinan Mahkamah Syariah Kelantan akan "'ligan"(kejar ) Dr Hatta untuk dibawa ke Mahkamah Syariah Kelantan.

Walaupun presiden PAS tidak secara jelas menyatakan sokongan atas apa yang dikatakan oleh ketua hakim tersebut, namun sikap Hadi yang tidak sama sekali mengkritik tindakan seorang hakim yang mendahului menjatuhkan hukum sebelum pihak yang dihukum itu dibawa ke mahkamah menimbulkan persoalan adakah presiden PAS merestui kaedah dan bentuk keadilan sebegitu?
Saya ingin bertanya Hanipa Maidin dalam isu bai'ah dan talaq 3 isteri calon-calon PAS ini mana yang lebih mengetahui isu dan keadaan sebenar antara Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelatan dan Presiden PAS?

Kenapa seorang peguam tak boleh faham bahawa bai'ah dalam parti yang pernah dia dokong dulunya dibuat atas dasar perjuangan Islam. Seteruk-teruk Khalid Samad dia juga akur tentang bai'ah dan ada menulis (rujuk di sini) bahawa bai'ah tu macam tentera Tariq Ibn Ziyad. Khalid Samad berkata;

Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat.
Saya hairan dengan Hanipa ini, hari-hari duduk bersama Khalid Samad dalam satu pentas menjelajah Malaysia untuk berkempen parti baru takkan tak boleh tanya Khalid Samad sehingga bodoh begitu dalam mengulas hal ini.

Hanipa Maidin menulis lagi;

Keduanya, presiden PAS juga nampaknya bersetuju di sana wujudnya jalan keluar bagi mengelakkan kesan baiah yang keras itu iaitu dengan pihak PAS boleh membuat keputusan memecat Dr Hatta sekali gus kesan baiah tersebut tidak lagi wujud dan terpakai.

Sudah tentu ini kaedah terbaik yang PAS patut lakukan demi menyelamatkan satu rumah tangga yang dibina sekian lama, dengan andaian baiah itu sendiri bukan baiah yang laghah......

......Keengganan PAS atau presidennya menawarkan formula jalan keluar itu dengan memecat Dr Hatta mengundang spekulasi liar bahawa dendam menjadi asas kepada keengganan parti Islam tersebut.

Di manakah Islam sebagai Rahmat yang PAS selalu canangkan selama ini?
Saya tak tahu kenapa Hanipa Maidin hanya nampak jalan keluar ialah PAS kena pecat mereka? Apakah dengan PAS pecat mereka mereka boleh jaja seluruh negara bahawa PAS mengzalimi mereka dan mereka tidak akan melepas jawatan MP dan Adun yang dimenangi?

Wooi peguam tahukan anda bahawa semasa anda dan rakan-rakan anda hendak menjadi calon kepada parti PAS anda telah berjanji akan setia kepada PAS dan jika anda belot atau dipecat anda akan mengosongkan jawatan agar tempat anda boleh diadakan pilihanraya semula.

Peguam, awak tahu ke janji?? Busuk-busuk UMNO pun kadang kala dia pegang janji sesama mereka (walaupun tak pada rakyat) contohnya Ahmad Said melepaskan jawatan MB Terengganu walaupun merajuk dan menggugut.

Kenapa nak minta Presiden pecat? Kenapa cuba persalahkan Presiden PAS? Dimana peranan disebelah anda pula sedangkan anda yang mencetus keadaan ini?

Kenapa tak boleh letak jawatan sebab itu bukan hak mutlak anda. Lepas jawatan Dr Hatta selamat daripada laknat Allah dan keluarganya pun selamat daripada talaq 3.

Kalau anda rasa anda betul, parti baru anda hebat mendapat sokongan bertandinglah pada kerusi yang dikosongkan itu.Buktikan bahawa anda dan parti anda hebat, PAS sudah tidak releven lagi.

Sorrylah sekarang i lihat u makin stupid...


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 7-9-2015


Mungkir janji tak apa demi sesuatu yang lebih baik kata Siti Mariah

Posted on Monday, September 07 @ 00:11:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Bertemu perjuangan yang lebih baik berbanding PAS, itu adalah antara sebab Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud terpaksa melanggar perjanjian bai'ah yang pernah dilafazkan sebelum diangkat menjadi wakil rakyat parti Islam Semalaysia itu.

Sehubungan itu kata Siti Mariah, beliau nekad meninggalkan PAS dan kini berserah diri kepada Allah SWT, selain telah bertaubat dan membayar kafarah dengan cara menjamu fakir miskin.


"Ya kita mungkir janji, tetapi kita terpaksa beralih kepada sesuatu yang lebih baik. Hadis dalam kitab Sahih Muslim ada menyebut, barangsiapa bersumpah tetapi bertemu perkara lebih baik maka hendaklah dia melakukan hal itu dan membayar kafarah.


"Maknanya dalam Islam, ada jalan keluar apabila kita mungkir janji. Dalam bab dosa, itu antara kita dengan Allah SWT.. kita istighfar.. bertaubat. Allah sahaja yang tahu hati kita," katanya.


Siti Mariah baru-baru ini mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam PAS selepas merasakan beliau tidak lagi serasi dengan perjuangan serta corak kepemimpinan parti itu.


Beliau juga merupakan antara 22 bekas pemimpin yang disahkan bukan lagi ahli parti itu sebaik sahaja dilaporkan berada dalam barisan kepemimpinan Parti Pekerja Malaysia (Parti Pekerja) yang dibentuk oleh para pendukung Gerakan Harapan Baru (GHB).


Bagaimanapun, beliau enggan melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kota Raja yang disandangnya sekali gus dikatakan melanggar bai’ah yang pernah dilafazkan ketika Pilihan Raya Umum 13.


Siti Mariah dalam pada itu menyelar PAS Kelantan kerana memasukkan ungkapan taklik talak tiga dalam lafaz bai’ah kerana mendakwa perkara itu tidak pernah dipersetujui di peringkat pusat.


"Dalam kes Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) sekarang sudah jadi polemik, kita berasa sedih juga kerana tidak ada kesepakatan dari segi pendapat alim ulama.


"Sepatutnya kita buat satu perbincangan dan tengok apa pendapat ulama terbanyak, bukan ulama PAS sahaja. Majlis Fatwa patut bersidang dan ambil tindakan kerana ini mungkin bercanggah dengan amalan mazhab Imam Shafie," katanya. 


Kelmarin, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihak menghentikan polemik isu bai'ah dan biarkan pihak yang berautoriti, iaitu mahkamah syariah, menentukan hukum.


Katanya, perbicangan terbuka dengan masing-masing mengeluarkan pelbagai pandangan akal akan menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat.


Beliau dalam pada itu berkata, pihak yang terlibat mesti merujuk kepada mahkamah syariah untuk memutuskan sesuatu isu yang melibatkan hukum syarak.


Tambahnya lagi, bai'ah melibatkan hukum syarak yang mempunyai implikasi yang besar, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya.

Sumber Link



Sumber TKO - 7-9-2015



Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga : Suatu Pandangan
Posted on Sunday, September 06 @ 22:00:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Isu taklik talak 3 menjadi viral sehari dua ini apabila ada MP PAS yang keluar parti tetapi tidak mahu tunai janji mereka dulu sebelum bertanding akan melepas jawatan tersebut apabila mereka keluar daripada PAS. Isu ini bermula apabila Khalid Samad telah membuat satu pembaruan dalam sumpah bai'ah dengan menambah talak 3. Pada masa itu PAS Pusat tak bersetuju dengan idea ini. Tapi idea ini disetujui oleh Husam Musa dan menjadi satu kejutan apabila Kelantan satu-satu negeri yang laksanakan tambahan pada bai'ahnya pada PRU-13 sedangkan Selangor dan Khalid Samad sendiri tidak masukkan atas nasihat PAS Pusat. Saya paparkan tulisan Zaharuddin Abd Rahman, 9 November 2009 lalu sebagai menambah pengetahuan kita dalam isu ini. Walaupun apa tulisan ini hanya satu pandangan sahaja - Penoreh Getah

Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga : Suatu Pandangan

Oleh  Zaharuddin Abd Rahman


(Info : Pada 12 Nov 2009, Kenyataan Rasmi PAS Pusat dikeluarkan , PAS TIDAK BERSETUJU dengan Bai'ah beserta Ta'liq Talaq Tiga)


SOALAN

Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang janji setiap calon yang bertanding untuk menceraikan isteri masing-masing dengan talaq tiga jika khianat atau keluar parti, minta sangat ustaz dapat ulas perkara ini dari sudut hukum Islam. Harap ustaz dapat bersifat neutral seperti biasa ketika menghuraikannya.

JAWAPAN.

Sebelum memberikan jawapan, saya cuba melihat-lihat berita yang ditulis dalam perkara ini, maklumlah, setiap berita yang berkait dengan sesebuah parti politik lebih baik dicari dan diambil dari sumber ahli parti tersebut. Ini penting bagi mengelakkan salah faham dan termakan dengan mainan berita oleh pihak yang tidak bersama dengannya.

Oleh kerana isu ini berkait dengan parti PAS, maka berita yang disiarkan oleh akhbar yang dikenali sebagai pro UMNO mungkin perlu diambil disemak ketepatannya dari sumber media parti PAS itu sendiri. Bagi saya, ini adalah pendirian yang amat perlu bagi semua pembaca dan masyarakat Malaysia.


Sama seperti, setiap berita berkenaan UMNO yang disiarkan oleh akhbar rasmi PAS seperti Harakah, setiap individu sepatutnya berhak untuk menyemak ketepatannya dari sumber parti UMNO. Begitulah displin yang dianjurkan oleh Islam.


Namun setelah mencari dan membuka web para pimpinan PAS dan berita rasmi PAS, tiada kelihatan sebarang tulisan berkenaan hal ini. Sudah pasti, hal ini sama sekali TIDAK ELOK untuk didedahkan kepada umum. Malah saya kira ia mungkin salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh PAS yang dianggap sebagai isu dalaman pimpinan.


Namun demikian, pengesahan yang dibuat oleh YB Shah Alam, temuramah Mingguan Malaysia dengan Dewan Muslimat PAS serta tulisan YB Zulkifli Nordin yang mengandungi pengesahannya setelah beliau menghubungi beberapa wakil rakyat PAS.


Dengan semua informasi ini, kelihatan sudah cukup untuk saya mempercayai kewujudan Bai'ah tersebut.


Hari ini barulah muncul berita di Harakahdaily yang menunjukkan baia'ah tersebut agak pelik dan janggal, malah mungkin hanya dibuat oleh beberapa negeri atas inisiatif pesuruhjaya masing-masing.


Bagaimanapun, disebabkan telah ada pengakuan seperti yang disebutkan oleh YB Khalid Samad, soalan ini masih relevan untuk dibincangkan.


Bagi saya, paling kurang terdapat beberapa perkara yang perlu diperinci dan diteliti dalam hal ini. Ia seperti berikut :-

· 1) Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz
· 2) Bersumpah atau berbai'ah sambil ta'liq talak dengan tiga sekaligus.
· 3) Munasabah mengikat bai'ah taat setia dengan lafaz ta'liq tercerai isteri dengan tiga talaq

TIGA SEKALI LAFAZ JATUH BERAPA DAN DOSA ATAU TIDAK?


Ulama berbeza ijtihad seperti berikut:-


PENDAPAT PERTAMA: Talaq sedemikian adalah HARUS (dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam : (al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 wink emoticon


Malah Umar al-khattab juga mendenda sesiapa sahaja yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus. Sebagai dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari :-


أَنَّ عُمَر كَانَ إِذَا أُتِيَ بِرَجُلٍ طَلَّقَ اِمْرَأَته ثَلَاثًا أَوْجَعَ ظَهْره


Ertinya : Sesungguhnya Umar, apabila didatangi oleh lelaki yang menceraikan isterinya dengan talaq tiga ( sekali lafaz), lalu akan dipukul belakangnya (sebagai hukuman)


Satu ketika Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang seorang laki-laki yang mencerai isterinya tiga talaq sekaligus. Kemudian Rasulullah berdiri dan marah, sambil bersabda:


أيُلعبُ بكتابِ اللَّه عزَّ وجلَّ وأنا بينَ أظهُرِكم حتى قامَ رجلٌ فقال يا رسولَ الله أَلاَ أقتُله


Ertinya : "Apakah dia mahu mempermainkan kitabullah, sedang saya berada di tengah-tengah kamu? Sehingga berdirilah seorang laki-laki lain, kemudian dia berkata: Ya Rasulullah! apakah tidak saya bunuh saja orang itu!" (Riwayat Nasa'i, 2/349, perawinya dikatakan boleh dipercayai namun diperbincangkan oleh Ibn Hajar)


Gejala menceraikan isteri dengan talaq tiga melalui satu lafaz juga berlaku di zaman Umar al-Khattab r.a, ini dikisahkan oleh Ibn Abbas r.a dalam satu riwayat yang sohih:-


إبن عباس رضي الله عنهما قال: كان الطلاق على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وسنتين من خلافة عمر رضي الله عنهما طلاق الثلاث واحدة، فقال عمر رضي الله عنه: إن الناس قد استعجَلُوا في أمرٍ قد كانت لهم فيه أَنَاة، فلو أَمْضَينَاهُ عليهم، فأَمْضَاهُ عليهم


Ertinya : Ibn Abbas berkata : Talaq di masa Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan dua tahun  awal pemerintahan Umar, talaq tiga dianggap satu , maka Umar berkata selepas tu : Sesungguhnya manusia (ramai orang) tergesa-gesa dalam urusan ini (semakin ramai menggunakan lafaz tiga tanap tertibnya), walaupun sebelum ini mereka lebih cermat, maka jika demikian kita benarkan untuk mereka (jatuh tiga sekaligus) ( Riwayat Muslim, no 1472 )


Pendirian Umar al-Khattab ini yang tidak dibantah oleh sahabat lain, menunjukkan berlakunya Ijma' Sukuti berkenaan jatuhnya tiga talaq dengan sekali lafaz.


PENDAPAT KEDUA : Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA SEKALIGUS : Malik dan Abu Hanifah & Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti Sahabt, tabien dan ulama silam. (Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)


Sebahagian dalil-dalil mereka adalah sama dengan kumpulan pertama di atas namun dengan cara kefahaman yang berbeza.


PENDAPAT KETIGA : Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja :


Sebahagian sahabat seperti Ali Abi Talib r.a, Ibn Mas'ud r.a, Abd Rahman Auf r.a, Az-Zubayr Awwam r.a.


Dalil mereka yang pertama adalah hadis Ibn Abbas dari Thowus, namun riwayat ini dikritik oleh ulama hadis seperti Ibn Abd Barr dan ramai lagi serta dianggap lemah.

Dalil kedua adalah hadis Ibn Umar yang menjatuhkan talaq tiga dengan sekali lafaz, kemudian Nabi s.a.ww mengarahkannya untuk kembali dan rujuk.

Dalil ketiga adalah Hadis Rukanah yang juga menceraikan isterinya dengan sekali lafaz, namun bila dirujuk kepada Nabi, berikut adalah hadisnya :


طَلَّقَ رُكَانَة بْن عَبْد يَزِيد اِمْرَأَته ثَلَاثًا فِي مَجْلِس وَاحِد ، فَحَزِنَ عَلَيْهَا حُزْنًا شَدِيدًا ، فَسَأَلَهُ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَيْف طَلَّقْتهَا ؟ قَالَ : ثَلَاثًا فِي مَجْلِس وَاحِد فَقَالَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّمَا تِلْكَ وَاحِدَة ، فَارْتَجِعْهَا إِنْ شِئْت . فَارْتَجِعْهَا


Ertinya : Rukanah Bin Abd menceraikan isterinya dengan talaq tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu ia jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi)


Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya : Bagaimanakah kamu menceraikannya? Dia menjawab : Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis, lalu Nabi menjawab :


Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah dengannya sekiranya kamu mahu, lalu dia pun kembali rujuk dengan isterinya ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la, Dinilai Sohih olehnya)


Penggunaan hadis sebagai hujah, tidak disetujui oleh Ibn Hajar dan beliau menjawabnya dengan jawapan panjang lebar dari empat sudut, (Rujuk kitabnya Fath al-Bari syarah sohih Bukhari)


Selain itu, berkata Ibn Abbas :


وهل هو إلا كمن قال : قرأت سورة البقرة ثلاث مرات وقد قرأها واحدة فإن قوله ثلاث مرات يكون كاذباً


Ertinya : "Adakah ia tidak ubah seperti seorang berkata : aku telah membaca surah Al-Baqarah sebanyak tiga kali, padahal ia hanya membaca sekali, dan kata-katanya TIGA kali itu hanyalah bohong semata-mata"


Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan As-Syawkani juga bersama dengan kumpulan ini. (Zad Al-Ma'ad, 4/67)


DI MALAYSIA MANA YANG TERPAKAI?


Apapun, di Malaysia pendapat majoriti mazhab adalah terpakai, ini bermakna sesiapa yang menyebut cerai talaq tiga dalam satu lafaz, jatuhlah talaq tiga.


Kes Zakaria Talib lwn Norziah Ahmad [2005] 1 CLJ (Sya) 132 adalah contoh dimana suami menlafazkan talak tiga sekali gus melalui surat dan hakim berpendapat bahawa talak tiga telah jatuh kerana lafaz telah jelas dan niat tidak perlu dibuktikan.


Hasilnya, suami tidak boleh rujuk atau nikah semula dengan isterinya kecuali setelah isterinya berkawhin dengan lelaki lain, cerai dan tamat iddahnya. Pun begitu, di negeri Perlis, hanya talaq satu yang jatuh. Juga hakim di beberapa negeri boleh memutuskan hanya jatuh satu atau tidak jatuh samasekali berdasarkan keterangan mereka yang terlibat di mahkamah.


TA'LIQ DENGAN TALAQ TIGA DALAM BAI'AH


Setelah melihat ringkasan perbahasan ulama di atas, jelas kepada kita undang-undang keluarga di Malaysia mengambil pandangan majoriti mazhab yang menganggap jatuhnya TIGA TALAQ dengan sekali lafaz, maka oleh kerana itu, sekiranya mana-mana suami yang melafazkan ta'liq dengan talaq tiga sekaligus, lafaznya itu dianggap sah dan terpakai oleh empat mazhab Islam, dan jika berlaku, dua mazhab mengganggapnya berdosa selain jatuhnya talaq itu.


Talaq itu juga adalah berstatus Bain Baynunah Kubra dan tidak boleh rujuk kecuali setelah bekas isteri berkahwin lain dan kemudian tercerai secara neutral dan habis iddah, barulah bekas suami yang asal boleh bernikah baru dengan bekas isterinya itu.


Dalilnya jelas dari firman Allah :-


فَإِن طَلَّقَهَا فَلاَ تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىَ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ فَإِن طَلَّقَهَا فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللّهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ


Ertinya : Kemudian jika si suami menceraikan (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain.


Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan istri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum


Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui ( Al-Baqarah :230)

Seperti dijelas sebelum ini, terdapat satu kumpulan sahabat dan ulama yang menganggap hanya satu talaq sahaja yang jatuh walau dilafaz dengan tiga sekaligus.
Namun demikian, melafazkan talaq tiga dalam satu lafaz adalah satu isu. Berbai'ah akan tercerai isteri dengan talaq tiga pula boleh termasuk dalam perbahasan Fiqh yang lain pula. Iaitu kes Bersumpah Untuk Mencerai Isteri Secara Ta'liq.

Tidak dinafikan, ia mempunyai perbahasan tersendiri pula dan tidak mudah untuk diringkaskan dalam ruangan ini.


Cuma, ringkasnya terdapat sekumpulan ulama seperti mazhab Hanafi dan Ibn Taymiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa.


[1]


ومن قال في معرض حديثه: الطلاق يلزمني لأفعل كذا، أو لأقول كذا فهذا يدل في ظاهره على اليمين لأنه لا معنى  له غير هذا، ومن علق طلاق زوجته على أمر تفعله هي أو يفعله شخص آخر -كقوله: إن عمل أخوك أو أبوك كذا فأنت طالق-فهذا المرجع فيه إلى نيته الخفية، فإن كان يقصد من ذلك اليمين ولم يقصد الطلاق فقوله هذا يمين، وإن كان يقصد الطلاق إذا وقع الأمر المعلق عليه وقع الطلاق


Ertinya : Jika seseorang berkata : "Talaq akan jatuh sekiranya aku melakukan ini dan itu" ini semuanya menunjukkan pada zahirnya ia adalah sebuah sumpah dan tiada makna lain selainnya, barangsiapa yang mengikat akan jatuhnya talaq ke atas isterinya jika diperbuat sesuatu ataupun orang lain buat sesuatu seperti katanya :" Sekiranya saudara kamu atau bapa kamu melakukan itu maka engkau tercerai" semua lafaz sebegini perlu merujuk kepada niat dalamannya, sekiranya diniatkan ia sebagai sumpah dan tidak bermaksud sebenar untuk cerai, ia akan menjadi sumpah sahaja, jika diniat talaq, dan sekiranya berlaku apa yang diikat tadi, jatuhlah talaqnya.

 [2]
Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami melunaskan kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam sahaja dan isterinya TIDAK TERCERAI sama ada dengan satu talaq atau tiga talaq.

Mazhab Syafie pula bergantung kepada uruf setempat, namun kebanyakan ulasan ulama syafie menjurus kepada JATUH TALAQ YANG DIIKAT ATAU DIJADIKAN SUMPAH, IAITU jika dilanggar dengan SENGAJA. Manakala, talaq tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja.

[3]
PANDANGAN SAYA DAN KONTEKS BAI'AH PAS

Maka dalam konteks PAS, DALAM MENENTUKAN HUKUM IJTIHAD MANA YANG AKAN TERPAKAI (IAITU JATUH SATU TALAQ ATAU TIGA)


disebabkan PAS dan semua ahli parlimen PAS berada di dalam wilayah pemerintahan negara Malaysia, para ulama mengatakan keputusan menggunakan ijtihad ulama yang mana satu bergantung kepada undang-undang yang diterima pakai oleh pemerintah agama di Malaysia.


Namun demikian, saya tidak pasti sama ada akan ada pimpinan dan ulama PAS akan cuba mentarjihkan pandangan Ibn Taymiah yang mengelaskan jenis ta'liq talaq yang dibuat oleh calon PAS itu sebenarnya At-Ta'liq al-Qasamiiaitu ikatan sumpah janji setia dan lafaz cerai isteri dengan talaq tiga hanyalah bersifat ancaman dan menunjukkan keseriusan tanpa diniatkan. Yang mana jika dilanggari Talaq sedemikian,  talaq TIDAK JATUH TETAPI si pelaku hanya dikenakan Kaffarah melanggar sumpah sahaja.


[4]

Ringkasnya, bai'ah tercerai isteri dengan talaq tiga itu masih boleh bergantung kepada niat calon PAS yang menyebut dan teks yang dibacakan. Jika ia diniat semasa dilafaz untuk cerai jika keluar atau khianat parti, maka cerai akan berlaku dengan Talaq Tiga, jika ia diniat sumpah, maka tidak tercerai, cuma perlu membayar kaffarah.Sekiranya ia benar-benar berlaku, dan dibawa ke Mahkamah Syariah di mana-mana Negeri, pihak hakim Syari'e yang mengendalikan MESTILAH tidak terlalu literal lalu menjatuhkan keputusan jatuhnya talaq tiga tanpa mendalami dan mengambil kira mulabasat (suasana dan keadaan) dimana baiah dan lafaz taklik itu dibuat, maqsad lafaz taklik, keadaan pelafaz dan sebagainya. Apa yang penting, MENGEKALKAN hubungan adalah lebih utama dari MERUNTUHKANNYA sekiranya wujud qarinah dan takwilan yang muktabar. WAJIBLAH juga pihak hakim SYarie mendengar dengan teliti hujjah pasangan yang terbabit sebelum ingin membuat keputusan hanya berdasarkan kertas bai'ah dan lafaz taklik itu. Sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW :-

فإذا جلس بين يديك الخصمان فلا تقض للأول حتى تسمع من الآخر كما سمعت من الأول فإنه أحرى أن يبين لك القضاء


Ertinya : Apabila datang dua orang yang bertengkar (yang inginkan perbicaraan) di hadapanmu maka janganlah kamu (hakim) memutuskan keputusan bagi yang pertama sehinggalah kamu mendengar penjelasan dari pihak lain sebagaimana yang engkau dengari dari pihak yang pertama, kerana ia lebih tepat dan baik untuk memandumu dalam menetapkan hukum (atau keputusan)" ( Riwayat Abu Daud, no 3582, 3/301 ; Al-Hakim, Shohih ; Al-Ahkam As-Sultaniyah, 1/75 : Al-Ahadith Al-Mukhtarah, 2/388 ; hadith hasan menurt Imam Ibn Hajar ; Fath Al-Bari, 13/171 )


Juga sentiasalah beringat Hikmah dalam Islam sentiasa mengekalkan yang baik dari menjatuhkan hukuman, ia selaras dengan hadis yang menyatakan :-


ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة


Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)


BERKENAAN KEPERLUAN BAIAH DENGAN LAFAZ TALAQ TIGA UNTUK DITERUSKAN : PANDANGAN SAYA


Pertamanya, Sheikh Dr. Abd Qadir Abu Faris menyatakan terdapat di dalam sahih al-Bukhari lafaz bai’ah Abdullah Bin Umar kepada Abd Malik bin Marwan dan tiada padanya sebarang sumpah.( Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dar al-Furqan, Jordan, 1986 , h. 307). Sehinggalah tiba zaman pemerintah zaim bernama Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi yang melakukan penambahan dengan memasukkan lafaz sumpah bagi mengunci komitmen dan memastikan tiada yang berani melawan khilafah Umawiyah ketika itu. Sesiapa sahaja yang ingkar maka isteri mereka turut terjatuh talaqnya dan hamab milik mereka akan terbebas dan darah mereka pula menjadi harus. Ibn Khaldun menyatakan hal ini sambil berkata keadaan ini jenis sumpah sebegini di zaman bani Umayyah dan Abbasiyyah sehingga tiba suatu masa Imam Malik bin Anas mengeluarkan fatwa membantah dan mengugurkan paksaan sumpah di dalam bai’ah. Hasil fatwa terbabit beliau mendapat beberapa ujian dan cabaran dari pemerintah. (Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun, h. 229)


Keduanya, saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz yang dibacakan oleh calon-calon PAS tersebut, justeru sukar untuk memberi komentar samada ia dari jenis sumpah dengan atau dilafaz ta'liq Talaq dengan niat.


Apapun, secara peribadi, saya cenderung untuk TIDAK BERSETUJU dengan cara bai'ah yang mewajibkan calon untuk melafaz ta'liq talaq tiga ke atas isteri masing-masing, yang diLAKUKAN OLEH SEBILANGAN PAS DI NEGERI-NEGERI TERTENTU. Walaupun saya merasakan bahawa sebahagian pimpinan PAS membenarkan teknik bai'ah sebegitu dibuat KEMUNGKINAN kerana :-


· Pimpinan PAS dan calonnya semua secara yakin mampu melafazkan bai'ah sedemikian rupa kerana sedar danpercaya semua mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, sehingga lafaz tersebut sedikit pun tidak diras beban sama sekali.


· Lafaz baiah dan ta'liq talaq itu TIDAK menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran UNTUK KERJA POLITIK, malah ia sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar politik tetapi adalah Islam dan semuanya adalah sama penting dengan keluarga. Kesemua itu seolah-olah satu, Politik, Islam dan kelaurga adalah perjuangan yang satu tanpa sebarang pemisahan.


· Pimpinan mungkin membenarkan atas dasar siyasah syar'iyyah yang memang wujud di dalam Islam. Pun begitu, siyasah syar'iyyah sepatutnya adalah di sisi 'ulil amri' dan bukan pimpinan jemaah minal muslimin seperti PAS.


· Bai'ah tersebut dibuat bagi tujuan menolak kemudaratan yang lebih besar dan menyeluruh (JIKA lompat, khianat atau keluar parti) sehingga diharuskan untuk dikemudiankan mudarat yang kecil peribadi dan individu. Dan ada kaedah Fiqh yang terang menyatakan : "Didahulukan maslahat ramai atas maslahat peribadi". Justeru, lafaz talaq walau dibuat mudaratnya hanya akan terkena atas individu sahaja berbanding mudarat kepada seluruh perjuangan parti dan Islam akibat keluarnya seseorang dari partinya.


Walaupun semua di atas saya yakin dan faham, namun secara peribadi saya melihat TIDAK BOLEH UNTUK sengaja menggabungkan dua mudarat dalam satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.


Kita faham, keluar dari parti (perjuangan Islam melalui parti) adalah satu kesalahan, malah di sisi ahli PAS, PAS adalah sebuah jemaah Islam dan bukan sekadar parti politik. Justeru memang amat wajar untuk tidak sesekali memikirkan untuk keluar dari kumpulan atau jemaah amar makruf nahi mungkar atas nama PAS itu dikira sebagai KESALAHAN, NAMUN ADALAH TIDAK WAJAR serta BURUK LAGI MESTI DIHENTIKAN kerana :


· Mengikat KESALAHAN ITU DENGAN satu kesalahan lagi seperti mencerai isteri dengan Talaq Tiga kerana ia akan hanya menggandakan mudarat ke atas seseorang sedang Islam amat menganjurkan sesebuah mudarat itu diminimakan dan bukan dipergandakan. Lebih kurang tepat, kerana mudarat itu bukan hanya mengenai individu yang bersalah tetapi akan merebak kepada isteri dan anak-anaknya.


· Islam juga tidak membenarkan hukuman atas satu kesalahan dijatuhkan sebanyak dua kali. Demikian juga displin dalam hal hukuman hudud dan qisas. Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki berzina sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dia ditangkap dan dihukumi oleh sebuah kerajaan Islam, hukuman sebatnya hanyalah 100 kali juga dan bukan 300 kali.[5] Kecuali setelah dihukum, ia mengulanginya, barulah hukuman berasingan akan dikenakan semula. Itulah ruh dan maqasid dalam hukuman Islam yang sentiasa mendidik dan minimakan hukuman. Namun dalam konteks baiah talaq ini, ia seolah memberikan hukuman berganda atas satu kesalahan (jika berlaku). Wallahu'alam. PAS mempunyai ramai cendiakawan Islam, kita amat berharap dapat mendengar hujjah dan justifikasi mereka dalam hal ini.


· Keluarnya seseorang calon dari PAS tidak semestinya ia terus mengkhianati perjuangan Islam secara total, malah terdapat kemungkinan ia akan terus aktif dalam perjaungan Islam melalui platform jemaah-jemaah lain yang mungkin tidak bersifat politik seperti tabligh dan lain-lain. Justeru, mengenakan dua mudarat ke atasnya adalah tidak wajar kerana dia BELUM BOLEH DIKIRA mengkhianati Islam secara sepenuhnya, hanya kerana ia meninggalkan PAS.


· Menggunakan sumpah setia dengan lafaz ta'liq sebagai pengikat juga tidak WAJAR kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama,malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah serta para sahabat. Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal. Seperti sumpah laknat atas diri, dicagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.


· Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau ia diharuskan? Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah swt untuk mengikut tertib kiraannya. Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya? Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua. Maqasid Shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.


Lalu, sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia aakan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah swt.


Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz diolah. Cuma kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perjuangan PAS menjadi melencong akibat pertukaran pimpinan di masa-masa akan datang. Walaupun akan dibidas sebagai KURANG PRAKTIKAL DAN TIDAK MUNGKIN HAL ITU AKAN MENJADI KENYATAAN, namun sepak terajang politik sukar diduga. Bayangkan, jika itu berlaku dan PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islamnya, apakah yang mampu dibuat oleh calon PAS yang masih inginkan perjuangan Islamnya?. Dia tidak boleh keluar parti kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya.


AKHIRNYA


Demikian pandangan saya, semua yang membaca bebas untuk menerima pendapat ini atau menolaknya.


Saya hanya memberikan jawapan berupa pandangan kepada orang yang menyoal, boleh jadi pandangan ini benar dan wajar difikirkan, boleh jadi ia tidak mempunyai sebarang nilai untuk difikirkan. Keikhlasan saya dalam melontarkan pandangan ini, tidaklah perlu untuk dipersoal dan didebatkan dan cukuplah Allah swt sebagai saksinya. Saya yakin lontaran ini dibuat secara ikhlas, untuk kebaikan umat Islam di Malaysia khususnya ahli-ahli PAS.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

09 November 2009

[1] Hasyiah Ibn Abidin, 3/785
[2] Majmu' al-Fatawa, IBn Taymiah, 33/141
[3] Al-Hawi Al-kabir, Al-Mawardi, 13/178 ; Mughni muhtaj, 3/326
[4] Rujuk Majmu' Al-Fatawa, 33/208 ( Kafarah langgar sumpah adalah mengikut urutan kemampuan 1) bebaskan seorang hamba 2) Memberi makan 10 orang miskin 3) berpuasa tiga hari.
[5] Rujuk At-Tasyi' Al-Jina;ie, Abd Qadir Awdah

Sumber TKO - 6-9-2015



Siapa Ulama Besar Rujukan Parti Cap Cangkul Dalam Isu Talaq?

Posted on Sunday, September 06 @ 21:20:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pagi tadi seorang kawan bertanya, nak tahu siapa ulama besar rujukan Dr Hatta dalam isu talaq 3? Saya jawab whatsapp ajelah tak payah tanya.

Lalu dihantarnya gambar di atas. Cis terkena juga saya.

Tulang Besi dan nama pada IC ialah Abdul Rahman menjadi blogger kontroversi beberapa tahun lalu dan kini dia sudah hampir hilang dalam dunia penulisan kerana tulisannya terlalu banyak perbohongan meyebab orang muak dengan dia ini.

Dia juga terbabit dalam isu kehilangan duit tabungan wang guaman yang bernilai RM10,000.00 dan isu ini dia tak menjawab sampai sekarang.

Antara "blogger celaka" yang pernah diucapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila isu fitnah kepada pimpinan PAS berluasa di media internet.

Dia dikatakan menjadi tempat kumpulan 'GHB' (sebelum itu JEBON) membocorkan maklumat parti untuk disasar kepada individu dan pimpinan PAS yang tidak disenangi. Apabila kumpulan yang dikatakan jebon telah tersingkir oleh akar umbi PAS dalam muktamar baru-baru ini, berita dan maklumat parti sekarang tidak lagi bocor di media sosial. Saya pernah menulis perkara ini dengan tajuk "Pertama Kali Semenjak 2004, Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor di Media Massa ".

Bulan Mei tahun lalu saya terjumpa dia di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut. Dia masuk ke pejabat dan 2 kawannya tinggal di luar berhampiran lif. Saya tanya pekerja pejabat "Celaka tu datang nak buat apa?"

Kasar bahasa, tegur pegawai di pejabat Agung. Saya gelak sesuai dengan tuan punya tubuh kata saya. Menurut pejabat Agung dia ini telah dipecat sebagai ahli PAS. Dia datang nak buat bantahan atas pemecatan tersebut. Menurut pejabat antara sebab pemecatan juga kerana dia menjadi ahli PKR.

Saya tak pasti samada isu tak bayar yuran pernah diwar-warkan oleh blogger batuapi@firestone menjadi asas kepada keahliannya disiasat.

Ini petikan tulisan tulang besi yang mengatakan bai'ah itu sebenarnya SAH tapi terbatal kerana Presiden PAS sendiri telah mengizinkan mereka keluar PAS.

Saya tak nak komen panjang dalam hal ini. Yang saya nampak hanya kebodohan yang sangat nyata. Agama pun menjadi mainan kepada mereka yang bermatlamat Putrajaya lebih daripada akidah perjuangan yang telah lama mereka garap sebelum ini.


Ustaz Ahmad Awang seorang tokoh agamawan sebelum ini pun menjadi mangsa kebodohan yang sama. Akibat "politik menghalalkan cara" yang dibawa oleh puak-puak ini. Lagi malang kawan rapatnya Ustaz Ghani Shamsuddin pun terheret sama.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 6-9-2015


Bahasa Malayu: Ahli Parlimen Amanah sedia undi tolak hudud, kata Mat Sabu
Posted on Sunday, September 06 @ 20:32:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.

"Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini.

Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.

"Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.

"Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan," kata Mat Sabu.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun berkata, beliau tidak percaya rang undang-undang itu, yang cuba dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi berusaha membentangkan rang undang-undang itu bagi membolehkan Kelantan, yang meluluskan enakmen jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri pada Mac, melaksanakan hukuman hudud di negeri di bawah teraju PAS itu.

"Terlalu jauh dari realiti walaupun untuk bercakap mengenai kemungkinan mengundi untuknya. Ia masih belum melalui proses yang sewajarnya.

"Rang undang-undang itu masih dengan Speaker. Ia malah tidak dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk mereka membincangkannya.

"Raja-raja mempunyai bidang kuasa ke atas hal ehwal agama (Islam) dan mereka perlu menyokongnya," kata Mujahid kepada perhimpunan di Kuching itu.

Beliau juga menyifatkan pembentangan rang undang-undang oleh Hadi itu sebagai "mengarut", menggelarkannya "tipu helah politik Barisan Nasional (BN) untuk memecahkan Pakatan Rakyat (PR)".

"Hadi ditipu. Beliau diperdaya untuk masuk dalam perangkap BN yang hendak memecahkan PR," kata Mujahid, anak kepada salah seorang bekas presiden PAS terdahulu.

Gabungan pembangkang PR hancur awal tahun ini kerana isu hudud di Kelantan dan penolakan DAP terhadap cara unilateral Hadi dalam bertindak dan membuat keputusan.
PAS juga secara rasmi mengesahkan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar agung tahunan parti itu pada Jun.

DAP sedari dulu menentang pelaksanaan undang-undang Islam itu dan menuduh PAS melanggar dasar rangka kerja yang dicapai PR pada 2011, di mana semua pihak dalam gabungan itu bersetuju hudud bukan agenda bersama.

Fidzuan Zaidi, bekas ahli exco PAS Sarawak, dipilih sebagai pengerusi Amanah di negeri itu.

Sumber TKO - 6-9-2015

Amanah MPs willing to vote against hudud, says party chief
Posted on Sunday, September 06 @ 20:28:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Former PAS federal lawmakers, who are now with the new party Parti Amanah Negara (Amanah), are willing to vote against hudud or the Islamic penal code if the matter is put to a vote in the Dewan Rakyat, Amanah chairman Mohamad Sabu said today.

This will depend on the consensus Amanah reaches with its partners in the new opposition coalition, he added.

"We will consult our coalition partners first.

"If they say 'No', then we will not support it," Mohamad, better known as Mat Sabu said in Kuching, Sarawak, at a gathering to introduce Amanah, a splinter group from the Islamist opposition PAS, to the Bornean state.

He said this while fielding questions on the party's stand on hudud.

Mohamad added that Amanah's position on hudud would be based on consultation, a democratic approach and provisions in the Federal Constitution.

"We will discuss with our partners. We cannot force hudud on the people if the majority of the people, Muslims and non-Muslims alike, are against it.

"And we cannot force its implementation if its against the constitution."

Parit Buntar MP Datuk Mujahid Yusof Rawa, however, said he did not believe the hudud bill, which PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang is seeking to table as a private members' bill in Parliament, would see the light of day in the Dewan Rakyat.

Hadi had tabled the bill to enable Kelantan, which had passed Islamic penal code enactments, to implement hudud punishments in the state which PAS controls.
"It's too far fetched to even be talking about voting on it.

"It has not gone through the process. The bill in still with the Speaker. It has not even been sent to the Council of Rulers for the rulers to deliberate on.

"The rulers have purview over (Islamic) religious matters and they would have to endorse it," Mujahid told the gathering in Kuching.

He also dismissed Hadi's tabling of the bill as "rubbish", calling it a "Barisan Nasional (BN) political manouevre to split Pakatan Rakyat".

"Hadi had been deceived. He had been led into a BN trap to break Pakatan up," said Mujahid, whose father Datuk Yusof Rawa Mujahid was a former PAS president.

The opposition pact Pakatan Rakyat collapsed earlier this year over Kelantan's hudud issue and DAP's rejection of Hadi's unilateral ways. PAS also formally endorsed its cutting of ties with DAP at its party's annual general congress in June.

DAP had long been against implementation of Islamic law and accused PAS of violating a 2011 Pakatan policy framework where all parties in the coalition agreed that hudud was not a mutual agenda.

Fidzuan Zaidi, a former exco member of Sarawak PAS, has been picked as chairman of Amanah in Sarawak.

Sumber TKO - 6-9-2015

Bai’ah PAS Cuma Cerai Talak Satu – Dr Mariah
Posted on Sunday, September 06 @ 19:47:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin PAS yang keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hanya menceraikan isteri mereka dengan talak satu.

Ketua Wanitanya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu terkandung dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas “Talak tiga sekali gus adalah berlaku satu talak”.

“Enakmen Keluarga Islam yang terpakai oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara termasuk perihal mentalakkan isteri dengan tiga talak sekali gus, hukumnya hanya jatuh satu talak sahaja.

“Ia juga adalah selari dengan satu hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Siti Mariah menasihati pihak-pihak yang sangat ghairah untuk mengesahkan keruntuhan rumah tangga bekas pemimpin PAS terbabit supaya berpandukan Enakmen Keluarga Islam berkenaan,

Katanya, PAN turut mendesak majlis fatwa negara segera bersidang dan memberikan penegasan terhadap hukum hakam perkara itu supaya tidak terus dipolemikkan.

“Islam sewajarnya dilihat upaya menyelesaikan masalah ummah bukannya menjadi pencetus masalah dalam kalangan ummah,” katanya.

Beliau turut menyelar Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan kerana didakwa membuat “pre judgement” terhadap isu itu sebelum kes terbabit dirujuk ke hadapannya.

“Ia adalah suatu yang amat malang, apatah lagi pada ketika kerajaan Kelantan sendiri sedang usaha mempromosikan pelaksanaan Hudud dan seterusnya keadilan undang-undang Islam,” sindirnya. – Mynewshub.cc

Sumber TKO -6-9-2015


80 lagi ahli Pas Johor keluar parti

Posted on Sunday, September 06 @ 19:40:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEGAMAT - Susulan peletakan jawatan kepimpinan tertinggi Pas di negeri ini untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia, kira-kira seramai 80 ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis pula yang bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Labis, Md Zin Johar berkata, kesemua mereka juga telah bersetuju untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi parti baharu ini selain memperkuatkan semula Pakatan Rakyat (PR).
“Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak melakukan kerja di masa hadapan, kami yang ada pada hari ini (kelmarin) mengumumkan untuk keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia ini.
“Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada di dalam Pas memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin Pas kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan oleh Presiden Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatan oleh kepimpinan Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis di Hotel Golden Lake, di sini, petang semalam.
Turut hadir semasa sidang media khas tersebut ialah Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.
Menurutnya, beliau juga turut berharap agar ukhuwah di antara mereka dengan ahli-ahli Pas yang lain juga akan berkekalan sampai bila-bila dan sama sekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara mereka.
“Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam Pas hanyalah platform perjuangan. Apa yang lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif.
“Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman serta akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Pada masa sama, mereka juga turut berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis selama ini dan menjangkakan lebih ramai yang akan menyertai mereka selepas ini.
Menurutnya, mereka juga yakin bahawa parti baharu ini turut mengambil kira unsur-unsur inklusif yang mengambil berat demokrasi dan progresif di dalamnya kerana dan akan bergerak seiring serta tampil dengan penjelasan terkini isu-isu semasa.

“Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menyeru semua pihak agar memberi ruang dan peluang kepada parti baharu ini untuk memberikan khidmat baktinya kepada seluruh rakyat Malaysia agar matlamat kita untuk menumbangkan BN akan tercapai pada PRU14 nanti,” katanya.

Sumber TKO - 6-9-2015


Fatwa politik Parti Amanah yang kelihatan tidak amanah

Posted on Sunday, September 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Memang benar kata ahli jawatankuasa parti pekerja, Abdul Khalid Samad bahawa satu cara membebaskan diri daripada bai’ah yang dibuat oleh bekas wakil-wakil rakyat PAS yang berhijrah ke parti ialah dengan membayar kafarah atau ‘denda’ tertentu.

Hujahnya memang bersandarkan nas sahih yang cukup meyakinkan. Sesungguhnya menebus atau melepaskan diri dari bai’ah atau sumpah memang diperakui oleh al Quran. Hal ini dperingatkan Allah berulang kali. 


Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan keterbatasan daya manusia dalam mengatur prinsip hidupnya hingga mudah melafazkan sumpah dan janji yang kemudian ternyata sukar untuk ditepati. 


“Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mernciptakan kedamaian di antara manusia. Allah Maha mendengar, Maha mengetahui.” (Al Baqqarah 224)


Dalam menafsirkan ayat ini, Ibnu juraij berkata, “Saidina Abu Bakar bersumpah untuk tidak memberi nafkah kepada Misthah bin Usamah, seorang miskin yang termasuk dalam tanggungan Abu Bakar. 


Ini kerana Misthah ikut memfitnah Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. dan juga puteri Abu Bakar. Allah menegur Abu Bakar melalui ayat ini (Hadis riwayat Ibn Juraij).


Perkara ini diulang Allah dalam surah An Nur ayat 22. “Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada (kerabatnya), orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. 


“Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

  

Ibnu Abbas dan Ibnu Umar pula menerangkan bahawa setelah Misthah menyebarkan khabar bohong tentang Aisyah, Abu Bakar bersumpah untuk tidak memberi nafkah lagi kepadanya. 


Bagaimanapun setelah turun ayat ini, Abu Bakar berkata, “Demi Allah sesungguhnya aku mengharapkan ampunan Allah.” Abu Bakarpun kembali memberi nafkah kepada Misthah. (Hadis Riwayat Thabrani.)


Dalam konteks ini demi mencapai amalan dan kebajikan yang lebih besar, maka seseorang itu perlu dan boleh membatalkan sumpahnya dengan membayar kafarah. Justeru hujah Abdul Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam itu benar dan tepat. 


Malah jika diperluaskan sirah Rasulullah s.a.w. baginda sendiri dididik oleh Allah s.w.t. supaya membebaskan diri daripada sumpah yang hanya memberatkan diri sendiri.


“Wahai Nabi mengapa engkau mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagimu? Engkau ingin menyenangkan hati isteri-isterimu? Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


“Sungguh, Allah telah mewajibkan kepadamu membebaskan diri dari sumpahmu; dan, Allah adalah pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.(At Tahrim ayat 1 dan 2).



Menurut Ibnu Abbas kedua-dua ayat ini diturunkan berkenaan Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan minum madu untuk diri baginda sendiri demi menyenangkan hati dua isteri baginda. 


Kisahnya, suatu ketika Rasulullah minum madu di rumah Zainab binti Jahasy, salah seorang isteri baginda. Hal ini diketahui Aisyah dan Hafshah. Mereka berdua sepakat jika baginda menemui mereka, akan dikatakan kepada baginda:


 “Sungguh, kami mencium aroma sesuatu darimu” Sindirian itu terkesan pada Rasulullah dan baginda bersumpah tidak akan minum madu lagi. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



Mesej yang Allah sampaikan adalah jelas. Isu remeh temeh tidak layak dijadikan sumpah hingga mengaitkan persaksian Allah. Baginda diperintahkan supaya membebaskan diri dari sumpah seperti itu. 


Namun cara Allah manusia itu cukup tertib. Dalam surah al Maidah ayat ke 89, Allah berfirman: 


“Allah tidak menghukum kamu kerana sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah  yang kamu sengaja, maka kafaratnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya.


“Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpahmu. Demkianlah Allah menerangkan hukum-hukumNya kepadamu agar kamu bersyukur (kepadaNya)”.


Bersandarkan firman-firman berkenaan Khalid memberitahu media bahawa beliau dan ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud memilih mengadakan majlis membayar kafar menjamu orang miskin pada 4 September 2015 kerana melanggar bai’ah.


Tindakan ini sekurang-kurangnya mendidik masyarakat umumnya supaya berhati-hati dengan setiap sumpah atau bai’ah yang dilafazkan. 


Namun apabila ahli-ahli PAS yang terpilih mewakili PAS sebagai calon pilihanraya disyaratkan membuat bai’ah tidak akan mengkhianati perjuangan dengan meninggalkan jamaah PAS dan menyertai parti politik lain, sudah tentu sumpah itu dibuat dengan hati ikhlas mendaulatkan perjuangan. 


Malah di bawah asuhan Almarhum Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, demi memuliakan sumpah lantaran cinta pada perjuangan Islam, calon-calon di Kelantan bersetuju memartabatkan pembabitan mereka sepertimana cinta dan kasih mereka pada isteri masing-masing. 


Lantas untuk memberi nilai dan menzahirkan cinta pada perjuangan Islam PAS, merekapun seikhlas hati melafaz dan menandatangani ini bai’ah bahawa jika mereka berhijrah ke parti lain, gugurlah keahlian PAS mereka, dan wajiblah mengosongkan kerusi yang dimenangi atas nama perjuangan PAS.


Di Kelantan, kerana yakin, faham dan cerahnya penghayatan Islam mereka di bawah pimpinan Almarhum Nik Aziz, calon-calon berkenaan bersumpah akan jatuh talak tiga isteri-isteri mereka jika membelakangi bai’ah berkenaan. 


Yang pasti bai’ah semua calon PAS adalah dibuat atas dasar iman yang kental dan suci. Jika tidak tentu peraturan yang dibuat atas nama Allah itu sudah lama dibantah. 


Seharusnya diingat bahawa “Allah" tidak menghukum kamu kerana sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah  yang kamu sengaja.”


Cuma calon-calon berkenaan sahaja yang tahu apa niat mereka ketika berbai’ah dan, sama ada mereka berasa terpaksa atau tidak bersetuju dengannya. Allah lebih mengetahui.


Namun yang mendukacitakan ialah Penasihat Umum parti baru yang ditubuhkan oleh mereka yang berhijrah dari PAS itu, Ustaz Ahmad Awang, cuba “membebaskan” wakil-wakil rakyat berkenaan dari implikasi bai’ah dengan alasan bahawa mereka sebenarnya adalah wakil Pakatan Rakyat.


Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia itu berhujah oleh kerana Pakatan Rakyat sudah diisytiharkan berkubur, maka wakil-wakil rakyat berkenaan secara automatik bebas daripada bai’ah mereka. 


“Calon Pas yang guna lambang bulan bertanding bukan atas nama Pas bersendirian tetapi PR. Jadi kemenangan mereka adalah dalam PR.




“Ketika mereka berbai'ah sebagai calon, walaupun atas nama parti tapi hakikatnya di bawah PR. Sekarang PR dah roboh, maka apa yang terikat dalam bai'ah tersebut tidak lagi sah,” katanya.


Hakikatnya, tiada di mana-mana bait dan lafaz bai’ah yang ditandatangani menyebut mereka berkenaan adalah calon Pakatan Rakyat. semangat kesetiaan bai’ah mereka adalah mutlak kepada PAS dan perjuangannya. 


Alasan Ustaz Ahmad Awang itu nampaknya tersasar dari kebenaran. Sesungguhnya ini adalah satu pandangan dan pemikiran yang tidak Amanah bagi parti politik yang mahu menjenamakan diri dengan katanama Amanah.


Bagaimanapun sekurang-kurangnya, Khalid masih mahu merujuk pada al Quran. Ini dilihat satu pengakuan bahawa protokol bai’ah PAS itu benar dan halal. Malangnya, Penasihat Parti ini tidak pula berhujah dengan fakta.

Oleh Zainal Saleh


Sumber Link



Sumber TKO - 6-9-2015


Isu bai’ah bukan urusan ulama Pas kata Khalid Samad
Posted on Sunday, September 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Ulama Pas diminta supaya tidak campur tangan dalam isu bai’ah kerana ia tidak membabitkan mereka.

Ahli Parliman Shah Alam, Khalid Samad menegaskan perkara itu hanya membabitkan mereka yang berkenaan dengan Allah.

“Sumpah ini antara kami dengan Allah, yang lain jangan campurlah.

“Biar kami serah kepada Allah. Kami buat ini (kafarah) pun mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis,” katanya yang dipetik daripada rakaman video yang dimuat naik Mstar Online.

Khalid mempertahankan pendirian bahawa keputusannya keluar parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (PAN) tanpa meletak jawatan wakil rakyat boleh ditebus dengan membayar kifarah.

“Kena faham, sama ada kafarah kita akan diterima oleh Allah atau tidak ia bergantung kepada sebab mengapa kita langgar janji itu.

“Kita yakin Allah tahu dan kita beristigfar kerana terpaksa langgar janji itu dan kita mengharapkan…insyaAllah akan terima,” katanya.

Dalam majlis kifarah yang diadakan, ia turut disertai tiga lagi mereka yang mengikut jejaknya, termasuk Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan dua ahli Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilantik atas tiket Pas.


Mereka ialah bekas Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof dan bekas Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim.

Sumber Link

Sumber TKO - 6-9-2015


Soal gambar isu remeh kata Mat Sabu
Posted on Saturday, September 05 @ 16:32:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Mat Sabu baru sedar.... rupanya selama ini DAP Anti Islam


https://www.youtube.com/watch?v=PIWCXwl3CoA




PETALING JAYA: Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu mempertahankan tindakannya bergambar bersama seorang wanita Cina pada perhimpunan Bersih 4.0 minggu lalu.

Dia yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu menyifatkan ia isu remeh yang telah diperbesarkan.

“Orang ratus ribu, saya bila turun dalam keadaan orang ramai, terutama sekali peserta Cina datang ingin bergambar. Adalah seorang wanita Cina ini datang ambil gambar sandar dekat bahu kita, itu jadi isu besar sekarang.

“Inilah orang Islam sekarang, dia tengok benda macam ini, dia bukan tengok isu lain yang lebih besar,” katanya yang dipetik daripada Ismaweb.

Selain itu, sekeping gambar Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas, berpegangan tangan dengan seorang wanita peserta Bersih itu juga turut menjadi viral.

Sumber Link

Sumber TKO - 5-9-2015


Bai’ah terbatal selepas bayar kifarah – Hatta
Posted on Saturday, September 05 @ 12:08:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



TANAH MERAH 3 Sept. - Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli menyifatkan bai'ah cerai talak tiga yang pernah dilafazkan ketika bersama Pas sebelum ini terbatal dengan sendirinya kerana telah membayar kafarah iaitu memberi makan 10 orang anak yatim.

Justeru katanya, beliau akan meneruskan kehidupan seperti biasa bersama isteri meskipun pelbagai pihak termasuk Ketua Hakim Syarie Kelantan serta Menteri Besar mengesahkan perkahwinannya gugur talak tiga kerana melanggar bai'ah tersebut.

Katanya, sebelum membuat keputusan keluar daripada Pas, beliau telah merujuk mengenai soal bai'ah itu dengan beberapa ulama di dalam serta luar negara selain mendapat pandangan daripada pelbagai pihak lain.

Pada masa sama, beliau berkata, sesetengah ulama berpendapat, dalam Islam sebenarnya, tidak ada bai'ah sehingga menuntut bercerai talak tiga.

"Perkara itu (bai'ah talak tiga) telah dirujuk dengan beberapa ulama termasuk ulama Mesir, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Penasihat Parti Pekerja Malaysia (Parti Pekerja), Ahmad Awang.

"Saya dinasihatkan dan mendapat pandangan daripada Ahmad dan beberapa lagi mengenainya, tidak menjadi masalah, cukup sekadar kita bayar kafarah beri 10 orang (anak yatim) makan atau puasa tiga hari, itu memang sudah tercatat, uztaz-ustaz, ulama-ulama tahu perkara ini.

"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan mengenai bai'ah jatuh cerai talak tiga walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar ataupun Mufti Kelantan sekalipun," katanya kepada pemberita selepas ceramah Parti Pekerja di Kampung Belimbing di sini malam tadi.

Semalam, Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Mohd. Hatta dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai'ah Pas negeri itu.

Dalam bai'ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Sementara itu menyentuh perkara sama ketika berucap sebelum itu, Mohd Hatta berkata, isu bai'ah cerai talak tiga sengaja ditimbulkan Pas negeri ini bagi menakut-nakutkan wakil rakyat parti itu supaya tidak memilih wadah perjuangan lain.

Sumber TKO -5-9-2015


Nama Penuh Penaja Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu
Posted on Saturday, September 05 @ 11:56:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ini adalah senarai penuh penaja Parti Amanah Nagara (AMANAH) Peringkat Negeri Terengganu. Bukan apa mana tahu ada ahli PAS tak tahu sebelah dia tu siapa. Takut terkejut beruk nanti!!

Setakat ini seluruh Terengganu ada 129 orang ahli. Saya cuba untuk mendapatkan senarai penuh 129 ahli ini untuk dipapar dan kita kenal mereka satu persatu.


Kredit
Faizul Abas

Sumber TKO - 5-9-2015


Luahan Rasa Anak YB Dr Hatta : The Incredible Family

Posted on Saturday, September 05 @ 10:46:42 MYT by tokdalang

Oleh Atikah Mohd Hatta

Sudah lebih 30 tahun mak dan ayah membina sebuah baitul muslim dengan baik. We grow together as a strong family unit, and until now we are still strong.

2015 has been a hard year for us, especially to Ayah. But never once, Mak who has been the strongest supporter of Ayah ever doubt of his fights. Dengan kasih sayang dan doa, Mak dan Ayah tidak pernah goyah.
Apabila Mak diuji dengan penyakit, Ayah lah yang menjadi peneman setia di hospital, walaupun ketika itu disibukkan dengan pilihanraya dan sebagainya. I never imagine anyone else could do the same as they done it for each other.

Jadi apa yang berlaku akhir2 ini, bukan sahaja mengganggu hal peribadi mak dan ayah, tetapi dalam diam, emosi anak-anak. Namun Alhamdulillah, kami 7 beradik, 4 menantu memilih untuk terus memberi sokongan moral dan kasih sayang yang terbaik untuk Mak dan Ayah.

Maka saya memohon, pihak yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan keluarga kami agar menghentikan sebarang spekulasi dan tohmahan dengan SERTA MERTA. Berhenti mengganggu dengan kenyataan-kenyataan yang negatif khususnya untuk menimbulkan spekulasi dan pandangan buruk kepada keluarga kami terhadap isu ini.

Hentikan sebarang kenyataan kerana keputusan bukan terletak kepada anda. Hentikan dari menjadi pemutus kata dan pengatur hidup kami. Jangan ada lagi kenyataan terutama media massa yang memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat. Berlaku adil lah kepada kami.

Islam pastinya memiliki jalan keluar yang terbaik berkenaan isu ini, pasti ada selain jalan yang dibenci Allah, sebaliknya bukannya bersungguh-sungguh mahukan jalan yang Allah benci tanpa mengkaji sebarang jalan penyelesaian terbaik. Bukankah sunnahnya mencari yang mendamaikan dan manfaat lebih baik?

Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat anda. Biar yang berkait sahaja menyelesaikannya,jangan menjadi ahli hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian.

Mohon hentikan, usah diganggu lagi isu ini, fokus kepada isu negara dan rakyat yang lebih besar. Saya yakin juga fokus ayah saya dalam perjuangannya untuk rakyat tidak pernah beralih.

Hentikan, sebaliknya doakan yang baik2 sahaja. Itulah tugas seorang saudara muslim kepada muslimnya yang sepatutnya, bukan bersungguh-sungguh mengharapkan kehancuran. Periksalah iman kalian jika ada terdetik mengharapkan keluarga kami musnah.

Terima kasih kepada sahabat2 perjuangan keluarga kami, ahli keluarga yang tidak putus mendoakan demi kebaikan dan sokongan yang padu. Ini ujian kita semua, insyaAllah hanya kepadaNya kita memohon bantuan dan hidayah... itulah pesan Mak.

As for my family, keep our head high and stay calm. Kita tetap utuh dibawah lindungan-Nya. Semoga kita semua dapat berkumpul di dalam syurgaNya. Fi amanillah!
Selamat menghabiskan Al-Kahfi hari ni.

Jumuah Mubarakah!

Jumaat, 4 Sept 2015

Johor Bahru, Johor.
Atikah Mohd Hatta

Sumber DD - 5-9-2015

Saya Baca Nukilan Anak Dr Hatta Ramli Mencari Jalan keluar
Posted on Saturday, September 05 @ 11:17:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Terbaca nukilan anak Dr Hatta Ramli bertajuk "The Incredible Family". Saya sangat bangga dengan dia. Gambar di atas adalah gambar Dr Hatta bersama 2 anaknya ditangkap pada zaman-zaman dulu.

Saya pernah memandu dan Dr Hatta sebelah saya dan kami berdua pernah bersembang zaman-zaman dulu.

Antara petikan nukilan anak Dr Hatta "Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat anda. Biar yang berkait sahaja menyelesaikannya,jangan menjadi ahli hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian."

Saya akan ulas pendek sahaja. Memang dah ada jalan penyelesaiannya. Ayah awak bertanding atas tiket PAS. Sebelum bertanding dia berbai'ah tanpa paksaan bahawa jika dia keluar PAS dia kena kosong MP yang dimenanginya.

Payah apa, letak jawatan MP. Keluarga anda selamat, Ayah anda tidak dilaknat Allah. Sangat-sangat mudah.

Tapi malangnya Ayah awak lebih penting MP yang disadang sekarang daripada 'Incredible Family' yang dia bina 30 tahun lalu.

Kenapa nak salahkan PAS, kenapa nak salahkan orang lain? MP itu jawatan dunia. Tak ada-apa yang lebih baik daripada keluarga yang dibina 30 tahun melainkan ayah awak keras kepala dan sombong dengan cara yang mudah lagi menyenangkan semua pihak termasuk PAS yang pernah didokong dulu.

Terpulanglah sebab itu urusan keluarga anda dengan ALlah s.w.t.. Ayah awak ketua keluarga sepatutnya 'smart' membuat keputusan sama 'smart' semasa membuat keputusan untuk pertubuhan parti cap cangkul!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 5-9-2015


Fikir Untuk PAS & PAN Supporter !!!
Posted on Saturday, September 05 @ 09:43:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

PAS & PAN.Sekali dengar hampir sama.Sekiranya saya baru balik Jaulah 4 Bulan yang sempurna bila saya hadir di Ceramah PAN kemungkinan saya Fikir ... PAS telah berubah.


Nama & warna.Mungkin juga kalau saya agak agresif & terburu-buru terus kritik .Apa nak jadi dengan PAS ambil warna koprat Yang Nabi SAW tak berupa suka ( Kuning Kunyit/Orange )?
Saudaraku,

Sebelum saya mengulas PAS/PAN perlu kita fahami Sistem demokrasi piliharaya adalah ciptaan kaum Bani Israel bermula dari Tamadun Greek ,Dimana warga Athen mendirikan negara yang umum dianggap sebagai negara demokrasi pertama pada tahun 508-507 SM.

Cleisthenes disebut sebagai “bapak demokrasi Athen.Jadi demokrasi datang dulu sebelum sistem politik Islam yang dibawa Nabi SAW.

Saudaraku,

Hari ini kita berada di akhir zaman. Fitnah dunia yang meresap masuk dan bersemayam dalam lubuk hati sebahagian besar umat Islam meyebabkan kekadang kita seolah terlupa dalam Ilmu Aqidah bahawa selain dari cara yang diajar Nabi Sallahu Alaihi Wassalam & pasti tak akan memberi kejayaan kepada umat manusia.

Apa kena mengena dengan PAN & PAS ???

Merujuk kepada Tulisan pemikir Islam yang mengunakan waqi'  Ijtihad fuqaha semasa seperti Syeikh Dr Yusuf Qardawi,Said Qutb,Sayyid Hawa,Maududi saya satu ketika kurang faham apakah fitnah yang mungkin timbul bila kita menggunakan medium demokrasi dalam usaha mengembalikan Daulah Islamiyyah.namun hari ini pasca krisis PAN@GHB  dan PAS saya seakan sudah faham.

Secara jujur saya meramalkan PAN mampu pergi jauh dalam sistem politik negara .Ini memandangkan golongan muda melayu sudah hilang kepercayaan pada UMNO manakala bangsa Cina tolak terus.Dari perkiraan matematik kawasan pengundi campuran yang merupakan kawasan penentu Parti mana yang akan memerintah memerlukan Parti seperti PAN.Ini memandangkan  PKR sudah dicemari krisis kredibiliti yang terbocor ketika krisis MB Selangor. Parti PAN adalah wadah baru sebahgian rakyat yang tak sabar melihat UMNO hilang kuasa. Bersih 4 menunjukkan detik mula PAN.namun begitu cabaran besar PAN adalah penyokong PAS yang istiqamah dengan majlis ilmu,Dana Besar Dimiliki UMNO dan golongan Ulamak .

Apabila kalangan pendokong GHB cuba mendaftarkan sebagai Parti Progresif Islam ketika itu persepsi umat Islam yang berilmu terhadap GHB jatuh menjunam .Bersih4 & jumlah kedatangan dalam roadshow Mat Sabu & the gang boleh dijadikan sebagai pengukurnya.Namun begitu usaha berterusan dalam membentangkan fakta relevan kewujudan PAN akan dapat mempertingkat penyokong PAN dari masa ke semasa terutama dari golongan muda.

Secara realitinya PAN bukanlah jemaah Islam kerana sekiranya ia merealisasikan kehendak jemaah Islam.PAN akan ditolak oleh orang kafir & munafik .Sebagai jemaah Islam perlu Istiqamah dengan prisip Islam dan perlu mejadikan Syura Ulamak sebagai pemutus dasar bukannya sebagai Pak angguk seperti Ulamak dalam UMNO.

Jadi realiti yang semua kita kena akui PAN bukan Jemaaah Islam Dan PAS terpaksa menerima hakikat sekiranya mereka hendak memperjuangkan prinsip Islam mereka perlu Bersedia menerima realiti mereka tak akan dapat memerintah Malaysia melalui pilihanraya sampailah hari kiamat.  Satu hakikat yang PAS kena telan Non muslim hanya perlu menekan hujung jari bagi akses info berkenaan hudud & daulah Islamiyyah yang teoritically tidak menyebelahi orang bukan Islam dan menghadkan perkembangan agama yang mereka percaya.

Perlu diketahui ,meskipun sebahagian besar agama menegah arak judi zina dan sebahagian besar maksiat namun majoriti manusia tidak boleh hidup tanpa enjoy. Islam amat tegas dengan maksiat jadi amat tidak logik majoriti manusia yang suka enjoy akan memilih parti yang bepotensi besar menyekat kebebasan mereka.

Sejak zaman Nabi Idris AS sebahagian besar manusia suka pada maksiat dan tak suka kepada pengajak kebenaran. Jadi adalah mustahil ketika pengundi Umat Islam kurang dari 60% tak termasuk kalangan Islam yang jahil dan munafik.Pas akan dapat majoriti.

Kesimpulannya mungkin juga umat Islam Malaysia sedang berisiko Hilang kuasa politik akibat berpecah ketika Kaum Cina Bersatu di bawah DAP.Allah SWT dah bagi masa lebih 50 tahun untuk semua umat Islam melaksanakan syariah Allah namun kita  banyak bercakap dakhwahnya kurang.Apabila diberi sedikit kuasa sebahagian pimpinan lebih gemar menukar kereta & melancong merata  .Bila kita hilang kuasa politik jadilah Apa yang sedang berlaku di Singapura dimana hanya dalam masa 20 tahun kuasa undi muslim menjunam kepada 15% akibat tindakan PAP membuka kerakyatan pada warga luar non muslim.Di Sabah dulu pernah PBS berkuasa akibat perbalahan Berjaya & Usno.Namun Umat Islam kurang sedar akan amaran itu.Di Sarawak Umat Islam adalah minoriti ,Perak,Johor,N Sembilan bagai telur hujung tanduk.

Wahai Saudaraku kembalilah kepada Islam,Perbanyakan usaha ziarah dan dakhwah sepertima yang dilaksanakan Oleh Rasulullah SAW.Pupuklah sifat memuliakan sesama Islam.Hidupkan masjid-masjid di kariah anda dengan amal masjid.Bina generasi Ulamak baru yang mengamalkan sunnah dalam kehidupan baik dari segi Lifestyle mahupun Ibadah. Inilah sahaja jalan keselamatan .

Ingatlah sekiranya Anda menghabiskan masa di kedai kopi berhujah siapa sesat GHB atau PAS sampai kiamat pun tak setle.sedangkan amal kita tak bertambah sebaliknya murka Allah diundang  akibat kerosakan akhlak yang membarah & maksiat yang bertaburan di kota dan desa.Realitinya hari ini Agama diguna sebagai ilmu cari makan ,banyak masa & harta kita dilabur atas kerakusan menghias rumah dan memliki kenderaan yang bagus.

Cuba tanya pada diri ...Sayangkah pada dunia beranikah untuk mati di Jalan Allah ?

Ingatlah Selain Cara Rasulullah SAW pasti kejayaan Kepada umat Islam Tak akan datang.

Sumber TKO - 5-9-2015


Anggota Parti Pekerja Saman Pimpinan PAS
Posted on Friday, September 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Jawatankuasa Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam telah menyaman Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Writ saman dan pernyataan tuntutan dibuat Nizar melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Tetuan Awi & Co adalah milik Asmuni Awi yang juga Bendahari Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

Defendan (Razman) dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

Nizar mendakwa Razman telah membuat tuduhan berunsur fitnah terhadapnya melalui satu kenyataan akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP.

Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut : “PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara Sekular.”

“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”

Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cangkat Jering mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.

Beliau juga mendakwa pernyataan itu telah mencemar imejnya sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik dan cuba menyebarkan fahaman sekular di dalam negara dan PAS.

Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.

Beliau menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negatif dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.

Malah menurutnya lagi, tuduhan itu telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan itu untuk memburukkan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.

Sumber HD - 4-9-2015


Ceramah Parti Cap Cangkul Semalam di Felda Kota Gelinggi, Jerantut, Pahang

Posted on Friday, September 04 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lihat dengan mata kepala sendiri sambutan diberikan oleh warga Jerantut, Pahang kepada sesi ceramah pungut sokongan oleh Parti Pekerja Malayisa @ AMANAH @ Parti Cangkul malam tadi Felda Kota Gelinggi, Jerantut, Pahang.


Penceramah ulung dan utama ialah Ahli Parlimen yang dipilih dengan lambang dan tiket PAS selama dua penggal dari Shah Alam YB Khalid Samad.

Sebab itu apabila Mat Sabu cakap sambutan diberikan oleh rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli dan penyokong PAS kepada Parti cangkul diluar dugaan dan amat hebat sekali sampai borang 35,00 keping habis diedar sampai tidak cukup dan rakyat dibawah menjerit-jerit mohon diedarkan segera langsung tidak logik dan masuk akal serta diterima rakyat berfikiran waras.

Omakk Kau!!


Sumber Link






Sumber TKO - 4-9-2015


Lompat Parti Bawa Kerusi, Khalid Samad Ada Jawapannya
Posted on Friday, September 04 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mat Sabu mengisytiharkan kumpulan yang disingkir akar umni PAS pada myktamar lalu telah mengambil-alih “Workers Party” dan sedang menunggu kelulusan nama baru iaitu “Parti Amanah Negara” (AMANAH @ PAN) sebagai wadah baru menggantikan Gerakan Harapan Barunya.

Mengikut Mat Sabu parti baru juga mahu memperjuangkan Islam dan akan dirasmi pada 16 September nanti dengan jangkaan keahlian seramai 35,000 orang.

Mat Sabu juga menyebut parti baru mungkin mempunyai 10-12 wakil rakyat lompat parti.

Lompat parti ini beretika atau tidak? Saya tak nak jawab. Elok dengar sendiri ucapan Khalid Samad. Tengok dan dengar sendiri Khalid ini jenis orang yang hebat berhujah atau orang yang celaru. (Dulu saya menulis tapi puak parti baru suka sangat spin. Jadi lebih baik bagi audio video pulalah)


https://www.youtube.com/watch?v=t0RP6lsfYME&feature=player_embedded



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 4-9-2014


Lafaz cerai taklik tidak boleh ditebus dengan kifarah
Posted on Friday, September 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Lafaz cerai taklik talak tiga yang dibuat wakil rakyat Pas Kelantan tidak boleh ditebus dengan kifarah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan ia berbeza dengan bai’ah (sumpah) kerana lafaz (cerai)taklik tidak mempunyai kifarah.

“Kafarah tidak boleh kerana ta’lik tidak ada kafarah,” ujarnya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Bagaimanapun mengulas mengenai hukum bai’ah dalam Islam, Harussani menjelaskan ia tidak menjadi kesalahan dan boleh digunakan untuk tujuan politik.

Status perkahwinan wakil rakyat Pas Kelantan menjadi isu selepas mereka melafazkan taklik cerai talak tiga sekiranya bertindak melompat keluar daripada parti itu.

Ia timbul selepas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli memutuskan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).


Susulan itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati wakil rakyat PAS negeri itu yang merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah.

Sumber Link

Sumber TKO - 4-9-2015


PGSM: Rujuk mahkamah sebelum keluar PAS
Posted on Friday, September 04 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Anggota PAS yang terikat dengan baiah parti dinasihat merujuk mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berhijrah ke parti lain.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, hanya mahkamah itu dapat memutuskan jalan keluar, terutama bagi kes melibatkan taklik atau lafaz cerai bersyarat.

"Mana-mana pihak sekali pun sama ada mufti, timbalan pesuruhjaya PAS atau presidennya sendiri tidak boleh mengesahkan perkara tersebut.

“Mahkamah sahaja yang ada kuasa untuk sahkan perkara tersebut dan bukan pihak lain.

“Perkara ini semua tidak boleh diputuskan di khalayak begitu, maksudnya wakil rakyat yang ada baiah ini perlu membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengesahkan sama ada jatuh atau tidak (talak),” kata Musa.

Musa juga berkata, sekiranya pihak suami enggan merujuk kepada mahkamah, isterinya boleh berbuat demikian bagi pihak pasangan.

“Sebab isteri dia juga akan menerima kesan daripada baiah ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kesan pada banyak pihak

Musa juga mengingatkan bahawa baiah taklik perlu dirujuk kepada mahkamah kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak, termasuk anak-anak.

Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan mengaktifkan dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) sebagai sebuah parti Islam dengan nama baru Parti Amanah Nasional (AMANAH).


PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar taat setia.

Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz
cerai talak tiga, seperti kes melibatkan anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli di Kelantan.

Pertikaian kembali panas selepas menteri besar Kelantan yang juga timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob semalam berkata pernikahan Hatta secara automatik terbubar.

Sementara itu, di Selangor, dua wakil rakyat PAS Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud akan membayar kafarah (denda) dengan memberi makan seratus orang fakir miskin kerana melanggar baiah esok.

Cukup bayar kafarah?

Mengulas perkembangan itu, Musa berkata isu baiah ini tidak akan selesai dengan membayar kafarah sahaja.

“Baiah itu adalah sumpah. Maksudnya kalau wakil rakyat itu keluar daripada PAS, dia sudah melanggar sumpah dan dia perlu bayar kafarah.

“Tapi dalam masa yang sama dia juga telah melanggar taklik dan taklik ini berkait dengan isteri.

Dia (wakil rakyat yang berbaiah) kena selesaikan dua perkara, satu baiah di mana bila ia dilanggar mereka perlu bayar kafarah.

“Kedua taklik dan jika dilanggar ia akan memberi kesan kepada syarat yang dinyatakan di dalam sumpah tersebut,” jelasnya.

Justeru, kata Musa, mahkamah syariah bertanggungjawab memutuskan perkara itu.

“Mungkin ada yang berbaiah tidak dikaitkan dengan talak dan membuat baiah sahaja.


“Mungkin ada wakil rakyat tidak masukkan elemen kedua itu dan hanya berbaiah dengan parti PAS sahaja,” tambahnya.

Sumber : LINK

Sumber TKO - 4-9-2015

Ahli PAS sertai Amanah diminta sabar, rujuk ulama isu baiah, kata Mat Sabu
Posted on Thursday, September 03 @ 20:37:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) terutama bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu itu diminta supaya bersabar menghadapi isu baiah yang boleh menyebabkan perkahwinan mereka jatuh talak tiga, kata Mohamad Sabu.

Pengerusi Amanah itu sebaliknya menasihati ahli supaya berpegang kepada pandangan mana-mana ulama atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ada kelonggaran.

"Janganlah kita berpegang kepada satu-satu pandangan saja. Rujuklah kepada pandangan ulama muktabar di Malaysia dan juga dari luar negara.

"Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan ,ufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal baiah ini termasuk isu menceraikan isteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad, juga dikenali Mat Sabu menyeru kepada mereka yang terlibat agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah dan berpegang kepada pandangan paling ringan antara pandangan ulama yang boleh diterima pakai.

"Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar akan kita hadapi.

"Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian ini dan pada masa sama mencapai keredaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita," katanya.

PAS Kelantan semalam mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri itu bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mempertahankan perkahwinannya tidak terbubar kerana membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Katanya, bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menambah syarat wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud mengisytiharkan diri mereka akan membayar kifarah dengan menjamu nasi beriani kambing kepada 100 fakir miskin di Shah Alam, malam esok.

Sumber TKO - 3-9-2015

Selamatkan nasib peneroka FELDA!

Posted on Thursday, September 03 @ 14:53:29 MYT by paklang

Oleh Anis Afida

 Di Menara FELDA pagi tadi bersama Pengerusi NGO ANAK dalam sesi serahan memorendum isu:

1) Kejatuhan teruk saham FGV.

2) Bantahan cadangan pembelian kepentingan 37% dalam PT Eagle High Plantation (EHP) oLeh FELDA Global Venture (FGV) di Ladang Kalimantan Indonesia.

Bersama-sama hadir Dr Rosli Yaakop, Mohd Said Jonit, Dato' Mustapha Kamal Maulut, Sdr Abd Rahman Ramli dan peneroka2 sebagai pemegang saham FGV.


Seperti sebelum2 ini, memorendum hanya diterima oleh wakilnya sahaja iaitu Encik Md Najid Md Yahya, Naib Presiden FGV. Tan Sri Isa Samad dan CEO, Dr Emir Mavani yang ada di Menara Felda enggan menerima dan berjumpa dengan rombongan. Pengecut!

Ini bukan kali pertama. Pihak NGO ANAK sudah beberapa kali membuat temujanji dan pernah bersetuju untuk mendapatkan taklimat khas daripada FGV berhubung isu2 yang berlegar. Namun, sampai pada tarikh yang telah dijanjikan kami dimaklumkn CEO FGV telah bercuti dan tiada sesi taklimat. Hari ini mereka mungkir janji lagi!

Kalian angkuh dan kejam kepada peneroka. Bak kata PM, BANGSAT!


Sumber DD - 3-9-2015

Pemuda, Wanita DHPP Selangor umum keluar PAS, sertai Amanah
Posted on Thursday, September 03 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor Rajkumar Batumalai, bersama Ketua Wanita DHPP Selangor Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) bersama anggota jawatankuasa mereka.

Turut bersama-sama mereka adalah 24 ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita DHPP di Selangor termasuk ahli daripada beberapa kawasan seperti Kuala Selangor, Kuala Langat, Kota Raja, Subang, Shah Alam, dan Kapar.

"Kami memilih untuk bersama parti baharu ini atas pilihan kami sendiri tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak.

"Kami percaya parti baharu ini lebih sesuai dan mesra dengan jiwa kami kerana pendekatannya yang jauh lebih inklusif, progresif, dan adil, bersesuaian dengan konsep rahmat untuk semua," kata Rajkumar pada sidang medianya di Shah Alam hari ini.

Antara yang turut bersama mereka adalah seramai 500 ahli dari kawasan Kuala Selangor, 425 daripada Kota Raja, Subang (300), Shah Alam (300), Kapar (100), Hulu Selangor (300), Kuala Langat (100), dan Klang seramai 30 ahli.

Selain itu, 16 kawasan daripada 21 kawasan DHPP juga sudah dibubarkan.

"Lebih ramai ahli-ahli DHPP dari kawasan-kawasan lain akan mengikut langkah kami ini secara berperingkat memandangkan parti baharu ini memberikan keahlian penuh kepada kami," kata Rajkumar.

Sumber TKO - 3-9-2015


Khalid, Dr Mariah bayar kafarah esok, Jamu Beraini Kambing
Posted on Thursday, September 03 @ 13:56:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Dua ahli parlimen PAS yang menyertai parti baru - setakat ini dikenali sebagai Parti Amanah Nasional (AMANAH) - akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.

Mereka ialah Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana meyakini "Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui".

Adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, mereka melanggar baiah yang dilafazkan ketika menjadi calon untuk PAS sebelum ini bukan atas sebab kepentingan peribadi.

"Justeru, kita berani buat," katanya.

Khalid berkata seramai 100 orang fakir miskin akan dihidangkan dengan nasi beriani kambing di Dewan Merbau Seksyen 17 Shah Alam, malam esok.

Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.

Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.

Sumber Link

Sumber TKO - 3-9-2015


Pegawai Khas Rosmah minta YB Pas Kelantan rujuk status kahwin

Posted on Thursday, September 03 @ 13:34:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Kelantan yang melompat daripada parti itu ke Parti Amanah Negara (PAN) diminta merujuk status perkahwinan mereka ke Mahkamah Syariah.

Nasihat itu dibuat Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Rizal Mansor, dalam status yang dimuat naik di Facebooknya memetik kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berhubung status bai’ah dan taklik cerai talak tiga yang dilafazkan pemimpin Pas Kelantan sebelum ini.

“Mufti Kelate kata wakil rakyat Pas Kelate yang menyertai Parti Pekerja kena segera rujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini. Kes berat ni..,” tulisnya.

Kenyataan Rizal turut mendapat reaksi.

“Janda pun tak pe, drpd taat pada suami yg sanggup aniaya isteri krn kepentingan politik dunia,” kata Salmah Selamat.

sumber 


Sumber TKO - 3-9-2015


Sah Jatuh Talak- Mahkamah Syariah
Posted on Thursday, September 03 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.



"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.



Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.



"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

Berita Harian 2/9/2015

Sumber TKO - 3-9-2015


Tak betul jatuh talak tiga, kata Hatta

Posted on Thursday, September 03 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa beliau kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya.

New Straits Times hari ini melaporkan, Ahmad mendakwa Hatta dengan sendirinya bercerai talak tiga dengan isterinya kerana meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ahmad dilaporkan berkata, ia berikutan bai'ah yang pernah dilakukan wakil rakyat PAS sebelum ini.
"Tak betul semua tu (cerai talak tiga)", kata Hatta ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, dengan nada sinis, Hatta mengucapkan 'terima kasih' kepada pesuruhjaya PAS Kelantan itu kerana mengaturkan hidup beliau.
"Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun.
"Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya," kata Hatta yang juga bekas pengarah pilihan raya PAS itu.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai bai'ah yang pernah dilakukan sebelum ini, Hatta enggan mengulas lanjut dan hanya berkata:
"Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu (bai'ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa," ujarnya.
Sumpah bai'ah dilakukan oleh setiap wakil rakyat PAS yang bertujuan untuk menghalang mereka dairpada melompat parti.
Dipercayai PAS setiap negeri mempunyai sumpah bai'ah masing-masing dan yang paling kontroversi adalah di Kelantan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian.
Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah dilaporkan berkata, wakil rakyat parti itu yang gagal mematuhi sumpah bai'ah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Hadi dilaporkan berkata, lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam bai'ah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah.

Isu sumpah bai'ah ini timbul ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, telah membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kemudiannya menubuhkan parti baru, AMANAH.

Sumber Link
Sumber TKO - 3-9-2015

Parti Pekerja-Pekerja M'sia tak boleh dijenama sebagai parti Amanah Negara
Posted on Thursday, September 03 @ 09:16:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata oleh itu, Gerakan Harapan Baru (HB) tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Sekarang ini mereka tiada rumah (parti). Ingin pakai rumah orang lain. Parti pekerja bukan parti politik. Kalau mereka ingin teruskan (jenamakan semula Parti Pekerja dan) pakai nama Amanah, mereka kena ubah (pinda) perlembagaan Parti Pekerja.

"Mereka juga kena ubah sistem pentadbiran Parti Pekerja dan tunjukkan terlebih dahulu kerja-kerja pentadbiran untuk membuktikan mereka mewakili sebuah parti politik dan bukannya parti pekerja," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi HB Mohamad Sabu pada Isnin lepas yang mengumumkan akan menukarkan nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai nama rasmi wadah politik gerakan itu.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia, dan butiran mengenai penjenamaan semula itu akan diserah kepada RoS secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.

Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai, Johor menegaskan, Amanah juga perlu melalui proses lantikan dalaman seperti keanggotaan, pengisian jawatan, dan sekurang-kurangnya perlu mengadakan mesyuarat parti.

Beliau berkata setelah selesai proses tersebut, barulah Amanah boleh mendaftar diri ke RoS untuk kelulusan dan sebarang tindakan lanjut.

Sehingga kini, Nur Jazlan berkata RoS belum menerima permohonan pendaftaran parti Amanah tersebut.

Sebelum ini, HB telah mengemukakan untuk mewujudkan parti politik baru dengan menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), bagaimanapun RoS menolak permohonan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama Islam pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan.
- Bernama

Sumber TKO - 3-9-2015

PAN tolak cadangan Anwar, kemasukan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 tidak untung
Posted on Wednesday, September 02 @ 19:31:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Parti Amanah Negara menolak cadangan kemasukan PAS ke dalam Pakatan Rakyat 2.0 seperti yang disuarakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah seorang kepimpinan Amanah, Hanipa Maidin berkata, kemasukan PAS diyakini tidak akan membawa keuntungan kepada mana-mana parti yang membentuk Pakatan Rakyat 2.0, iaitu DAP, PKR dan Amanah sendiri. 


"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan PAS yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan. 


Anwar dalam satu kenyataan malam tadi menyambut baik penubuhan Amanah yang baginya akan mengukuhkan lagi gabungan pembangkang.


Penubuhan parti baru itu juga katanya merupakan satu petanda baik kepada politik matang. 


Mengulas lanjut Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu juga berkata, keberadaan PAS dalam pakatan baru itu juga tidak mungkin dapat diterima DAP yang mempunyai percanggahan pendapat dengan parti Islam itu sebelum ini. 


"Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima keberadaan PAS dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu,"ujarnya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini. 


Tambah Hanipa, beliau berpandangan PAS lebih baik bersendirian dalam memperjuangkan agenda parti itu sendiri. 


"Saya menyimpulkan PR atau PR 2.0 hanya mampan jika PAS tidak dilibatkan sebaliknya ia hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat saja.


"Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agendanya secara solo," katanya lagi.

Sumber Link



Sumber TKO - 2-9-2015

Mat Sabu enggan ulas isu gambar 'mesra' BERSIH 4
Posted on Wednesday, September 02 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu setakat ini enggan mengulas kontroversi aksi 

'mesranya' dengan wanita-wanita dalam BERSIH 4 yang tersebar meluas di Internet.

“Buat masa ini saya tidak ingin ulas insiden bersentuhan wanita dalam BERSIH 4,” katanya.
Mohamad berkata beliau ketika ini berada di Kelantan dan mahu menumpukan kepada kempen mempromosi penubuhan Islam baru yang diumumkan pada Isnin.

Beliau dan 21 orang lagi pada Hari Merdeka mengumumkan mengambil alih sebuah parti tidak aktif Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM), yang akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Sekarang saya ada di Kelantan, kempen AMANAH," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini 

hari ini.

Semalam ketua pengiringnya Aris Awang memohon maaf ekoran kejadian itu dan menjelaskan ia berlaku di luar kawalan.

Gambar yang tersebar memaparkan seorang wanita memegang memimpin tangan Mohamad serta seorang gadis remaja yang menyandar rapat kepalanya ke bahunya ketika bergambar.
Amalan itu bukan kebiasaan bagi seorang pemimpin PAS, sebuah parti Islam.

Susulan kejadian itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikritik hebat musuh 

politiknya. - MK

Sumber TKO - 2-9-2015


Parti Amanah Negara Akui Upacara Pijak Gambar Hadi

Posted on Wednesday, September 02 @ 19:28:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengakui terdapat penyokong pembangkang mengadakan ucapara memijak-mijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu perhimpunan haram Bersih 4 berlangsung baru-baru ini.

Ketua Anak Muda Amanah PAN Perak, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya bagaimanapun tidak bersetuju dan mengutuk tindakan itu serta menganggap mereka yang berbuat demikian sebagai tidak bertamadun.

“Namun insiden-insiden yang tiada dalam tentatif serta matlamat himpunan itu tidak menggagalkan himpunan yang mempunyai objeltif yang lebih besar daripada itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fakhrulrazi dalam pada itu menegaskan pihaknya tidak kisah majoriti yang menyertai perhimpunan tersebut adalah kaum Cina.

“Bagi kami, peserta yang hadir ke himpunan itu adalah daripada kalangan rakyat Malaysia yang 

sayang kepada Malaysia,” dakwanya lagi.

Perhimpunan Bersih 4 yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan beberapa 

badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk 
lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Peserta perhimpunan itu turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Perdana Menteri, 

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan itu diadakan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 3-9-2015


Phahrolrazi sahkan sertai parti Amanah

Posted on Wednesday, September 02 @ 18:48:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ADUN Pengkalan Kundor Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi daripada PAS mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dan Exco kerajaan negeri itu berkata dengan itu keanggotaannya dalam PAS gugur secara automatik.

Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat DUN itu, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Isnin lepas Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Katanya HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara, dan butirannya akan diserah kepada RoS bagi mendapatkan kelulusan.

Sementara itu Pengerusi Penaja Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Amanah Kedah akan dilancarkan secara rasmi oleh penasihat umumnya Ahmad Awang pada 9 September ini.
- Bernama

Sumber TKO - 2-9-2015

25 exco Pemuda, Muslimat Pas Johor sertai Amanah
Posted on Wednesday, September 02 @ 12:53:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



JOHOR BAHRU - Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat Pas Johor termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Semalam, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB), Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB. 


Pengerusi HB Johor, Aminolhuda Hassan berkata perletakan jawatan beramai-ramai ahli Pas Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi kerana ia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini. 


Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.


"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.


"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu, di sini hari ini. 


Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, pihaknya menyasarkan seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti itu peringkat negeri 11 September ini. 


Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Gelang Patah meletakkan jawatan masing-masing.


Semalam, Mat Sabu, bekas timbalan presiden Pas berkata, HB telah mengambilalih Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Amanah. - Bernama



Sumber TKO - 2-9-2015


Saya tidak akan letak jawatan

Posted on Wednesday, September 02 @ 11:53:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


KUALA TERENGGANU - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menegaskan tidak akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu walaupun sudah menyertai Parti Amanah Negara.

Beliau yang bertanding atas tiket Pas pada PRU13 lalu memberitahu, tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang supaya mana-mana wakil rakyat berbuat demikian selepas keluar daripada parti asal untuk menyertai parti lain.
“Pihak yang menyuruh meletak jawatan kerana ia berkaitan dengan moral, tetapi kalau perjuangan parti yang dulu sudah berubah, kalau dulu ‘Pas For All’ tetapi sekarang ini tidak melambangkan untuk semua, golongan profesional pun sudah ditolak, (hubungan) dengan bangsa lain pun sudah longgar, bagaimana pula? Kalau orang berubah, kita berubah,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu bekas ahli Pas yang memenangi kerusi Dun serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Amanah Negara.
Takiyuddin berkata, perkara itu perlu dilakukan berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu. 
Mengulas mengenai bai’ah, Raja Bahrin berkata, pihaknya menerima pandangan daripada Penasihat Umum Parti Pekerja Malaysia, Ahmad Awang bahawa bai’ah yang dilafazkan wakil rakyat Pas yang meninggalkan parti itu tidak lagi sah selepas PR berkubur.
“Bagi saya cukuplah dengan kenyataan dibuat Ustaz Ahmad di mana ia hanya terpakai apabila situasi yang wujud dahulu kekal. Apabila berubah, bai’ah sudah tidak terpakai,” katanya.
Menurutnya, Parti Amanah Negara akan dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada 4 September ini, di Dungun.
Raja Bahrin yang bertindak selaku Pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu berkata, beliau akan tetap menggunakan pejabat ahli parlimen di Paya Keladi untuk menyampaikan khidmat kepada rakyat.
Ditanya mengenai sasaran keahlian khusus di negeri ini, beliau percaya parti tersebut boleh pergi lebih jauh walaupun Terengganu lebih didominasi Pas dan Umno. 
Jelasnya, Parti Amanah Negara lebih inklusif kepada semua kaum dan agama, serta tidak terhad kepada mana-mana golongan.
Menurutnya, parti itu juga tidak mewujudkan persaingan dengan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti tersebut turut memberi kerjasama yang baik kepada pihaknya dan kedua-duanya bakal bergabung dalam PR II yang turut melibatkan DAP kelak.
Sementara itu, mengulas penyertaan dalam PRU14, beliau tidak menolak parti itu akan menurunkan calon sekiranya ada keperluan untuk bertanding di negeri ini.

Sumber TKO - 2-9-2015

Sokongan orang PAS terhadap Mat Sabu merudum?

Posted on Wednesday, September 02 @ 10:03:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

"Sebelum ini orang tidak tahu yang mat Sabu pernah bersalam dengan perempuan ketika berada di belakang Anwar Ibrahim dalam satu satu program bersama dengan Pakatan Rakyat.
Anwar Ibrahim sudah sedia maklum yang beliau boleh bersalam dengan perempuan, kerana dia bekas Ahli umno. Akan tetapi Mat Sabu masih tidak boleh bersalam dengan perempuan kerana dia timbalan presiden Pas.
 

  Sesungguhnya dalam perhimpunan bersih 4 yang baru lalu orang ramai termasuk orang PAS yang menyokongnya sedia maklum bahawa Mat Sabu sudah bertepek dengan perempuan sehingga ketua pengiringnya Aris Awang terpaksa memohon maaf dengan apa yang berlaku.

Kebanyakan orang muda termasuk yang menjadi penyokong G18 terkejut dengan apa  yang menimpa Mat Sabu pengerusi parti pekerja itu.



Saya tidak terkejut, kerana  itulah balasan orang yang kecewa dalam arena politik yang mana pada makna hawa nafsu suatu yang sangat baik, tetapi sangat buruk maknanya pada keimanan sesesorang.



Kekecewaan seseorang  setakat hari ini belum ada satu pun yang mendatang keuntungan hakiki kecuali keuntungan hawa nafsu punca sokongan penyokong akar umbi  berubah arah.



Betullah kata sesetengah penganalisis politik tanah air parti yang akan ditubuhkan oleh kumpulan G18 tidak akan bertahan lama.



Walaupun ada sesetengah penganalisis politik berkata  tidak boleh dijadi hujjah kerana  itu adalah andaian semata mata belum tentu tepat.



Tetapi pada saya sejarah telah membuktikan bahawa parti BERJASA  dan HAMIM  serpihan pas hayat hidupnya pendek berlaka. Demikian juga parti semangat 46 SERPIHAN UMNO pun sudah berkubur yang tiada batu niasannya.



Saya tetap berpegang dengan hujah tersebut bahawa tali hayat parti pekerja yang dipengerusikan oleh Mat Sabu  walapun  tak mati tetapi akan tertiarap sebelum PRU 14 nanti, kerana nama baik beliau sudah tercalar.



Dengan kata lain peristewa terkini  ketika sangat gembira dengan adanya wadah perjuangan untuk diperjuangkan  atas nama  sokongan peringkat awal dikatakan memuaskan tapi sudah mula merudum  dan tersangat payah untuk naik kembali.



Orang PAS peringkat akar umbi masih belum boleh menerima  pemimpinnya boleh bersalam dengan perempuan, walaupun  sepanjang  PAS bertalaluf siyasi dengan DAP sudah ada para pemimpin bersalam dengan perempuan ketika dalam majlis majlis anjuran pakatan rakyat ketika dibelakang Anwar Ibrahim.



Ini adalah berita yang dikabarkan kepada saya dan saya mendengarnya. Perawi adalah seorang yang jujur dan ianya bersambung dari satu mulut ke satu mulut yang saya sipatkan ianya adalah kabar ahad yang mungkin tidak boleh dijadikan hujah.



Sumber TKO - 2-9-2015

Pegang Tangan Amoi, Macai GHB (AMANAH) Guna Hujah Gambar Morsi
Posted on Tuesday, September 01 @ 14:11:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Isu Haji Mohamad Sabu, Presiden Pertubuhan Pekerja-Perkerja Malaysia yang dalam proses penukaran nama kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) berpimpinan tangan dengan amoi di perhimpunan Bersih 4 menjadi viral beberapa hari ini di media sosial.

Ada pro dan kontra. Saya tak menulis sebab saya dah menulis mengenai perkara ini, bukan Mohamad Sabu berperangai macam ini, Nizar Jamaluddin, Hanipa Maidin sama aje. Bagi mereka pegang perempuan tak apa. Itu Islam progresif yang nak di bawa dan mengganggap ulama PAS kolot dalam masalah aurat. (Boleh baca di sini dan di sini)

Hari ini seoranglagi macai GHB (Belang Terung) buat hujah penafian menggunakan gambar Morsi. 


Dia ini yang ditugas menyerang PAS dan ulama PAS. Dulu bekerja sebagai PGS Pas Pusat di bawah Dr Hatta tetapi tugasnya telah diselewengkan daripada menyerang UMNO kepada menyerang ulama PAS.
Kawan-kawan Belang Terung hantar ke whatsapp saya minta saya komen. Saya jawab mudah aje.

Saya nak tanya Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. suruh kita rujuk Morsi atau rujuk Al Quran dan Sunnah? Kenapa bodoh sangat nak pikir perkara begini? Kalau benci ulama sekali pun tak payahlah buat perkara mungkar. Jagalah Islam itu walaupun anda berada dimana dan parti mana sebab Islam itu akan jaga kita di akhirat nanti.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/



Sumber TKO - 1-9-2015



Gambar Berselfie Dengan Amoi Cina Jadi Liabiliti Mat Sabu Pimpin GHB
Posted on Tuesday, September 01 @ 00:12:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gambar Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berselfie dengan amoi Cina semasa perhimpunan BERSIH 4 menjadi liabiliti terhadapnya untuk terus menjadi ketua Gerakan Harapan Baru (GHB).

Perkara ini diakui sendiri oleh ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) Mat Sabu, Aris Awang.
“Setelah insiden selfie dengan awek-awk Cina di BERSIH 4.0, Mat Sabu akan letak jawatan Presiden GHB. Husam akan memimpin GHB.

“Aris Awang dah payah susah dengan geng Arif untuk jaga Mat Sabu,”ulas Norani AbgMarzuki BangiKuching.

Aris Awang dalam kenyataan medianya semalam memohon maaf kerana beliau gagal melaksanakan tugas sepenuhnya dalam mengawal Mat Sabu.

“Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

“Kejadian di luar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam,”katanya.

Norani AbgMarzuki BangiKuching berpendapat permohonan maaf Aris Awang itu sebagai petanda awal Mat Sabu bakal berundur sebagai ketua GHB dan mungkin bakal diganti oleh Datuk Husam Musa.

Namun, tambahnya, Husam juga mempunyai masalah tersendiri di Kelantan yang tidak melayakkan beliau memimpin GHB.

Dengan itu, peluang terbuka untuk kumpulan IRC (Islamic Representative Council) memegang jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari GHB.

“Tapi kalau kes penyelewengan kuasa (2012) dalam pembalakan haram oleh Husam lekat dalam siasatan SPRM, maka Husam akan tolak jawatan ini lebih awal atau letak jawatan Presiden GHB kemudian.

“Siapa bakal Presiden GHB seterusnya? Sudah tentu bapa IRC Malaysia, Saari Sungib lah….maka SU GHB kekal Dr Dzulkifli Ahmad. Izham Kelana Jaya Bendahari GHB lah…,”ulasnya lagi.

Sumber TKO - 31-8-2015



Gambar Mat Sabu & Amoi Jadi Viral

Posted on Monday, August 31 @ 21:57:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gambar Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu dirakamkan bersama amoi semasa perhimpunan BERSIH 4.0 menjadi viral di internet.

“Kita jangan fokus buah dada (amoi) berlaga perut (Mohamad Sabu)…Cuba tengok kat belakang tu..tenang tunaikan haji…kih.kih..kih,” ulas Norhisyam Mohamad.

PASMA Malaysia pula menyindir gelagat Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu seperti sedang bergambar dengan ‘bidadari dari syurga’

“Tuan guru (Mat Sabu) sempat berselfie dgn bidadari dari syurga semasa himpunan bersih 4.
“Inilah Islam sebenar yang kami bawa.

“Jangan jadi seperti PAS yang jumud, ortodoks tu. Pegang tangan wanita pun tak boleh.
“Marilah bersama GHB rahmatan lil alamin dan DAP memperjuang Islam sebenar. Takdir,”katanya.



Turut dimuat naik PASMA Malaysia satu lagi gambar Mat Sabu dipimpin tangan oleh seorang peserta wanita Bersih 4.0.

“Tengok gelagat dan akhlak si imam Sabu al Karbala….walaupun bermatian menjulang Bersih tapi jiwanya kotor…ini ke yang dipanggil Islam progresif??….berpegang tangan..berapat-rapat….tanpa rasa bersalah dan berdosa…Malah tersengih-sengih suka…”ulas Kassim Masdor.

Kassim Masdor juga turut membuat perbandingan dengan gelagat Mat Sabu ketika mengimami solat yang dipetik dari laporan Malaysiakini.

Lapor portal itu, Mat Sabu sedang mengimami solat Jumaat sedangkan ia merujuk pada hari Ahad dan jam 7.45 malam.

“Tengok-tengok…ramai pulak yang jadi makmumnya masa solat….ini imam mazhab GHB ka mazhab Syiah……kikiki,” ulas Kassim Masdor.



Gelagat dwi-wajah Mat Sabu itu turut ditempelak Norhisyam Mohamad.


Sekeping lagi gambar yang dimuat naik Kassim Masdor adalah gambar seorang peserta Bersih 4 muslim (berkupiah) yang sedang membonceng seorang amoi dengan motorsikal berwarna kuning.



Sumber TKO - 31-8-2015

12 wakil rakyat keluar PAS sertai parti Amanah
Posted on Monday, August 31 @ 19:03:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Keahlian tujuh Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi diisytiharkan sebagai pimpinan Parti Amanah Negara, parti baru yang ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

"Bila sertai parti baru, mengikut perlembagaan (PAS), secara automatik beliau akan terkeluar dari parti asal," demikian menurut Pengerusi GHB, Mohamad Sabu.

Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud ( Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin ( Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).

Lima lagi adalah ADUN termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Mujahid dilantik sebagai naib pengerusi, Siti Mariah sebagai ketua wanita, manakala baki lapan yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa.

PAS sebelum ini menggesa wakil rakyat partinya yang terlibat dengan penubuhan parti baru itu agar segera meletakkan jawatan mereka kerana telah melanggar baiah, selain mengkhianati parti.

Bagaimanapun beberapa wakil rakyat yang berkenaan membidas kembali dengan mempersoalkan gesaan sedemikian, kerana bagi mereka, baiah adalah kepada Pakatan Rakyat (PR) dan bukan kepada parti saja.

Mengulas berhubung isu baiah itu, Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ahmad Awang berkata baiah itu tidak lagi relevan memandangkan PR sudah berkubur.

"PAS bertanding atas nama PR dan ketika berbaiah sebagai calon walau atas nama parti tapi hakikatnya atas PR. Tapi PR dah roboh, maka tidak 'valid' lagi apa yang terikat di dalam baiah tersebut," katanya.

Tambah Ahmad lagi, semua parti dalam Pakatan Rakyat baik DAP, PKR mahupun PAS, kesemua calon yang menang adalah disebabkan kekuatan gabungan itu sendiri dan bukan atas faktor parti semata-mata.

Beliau seterusnya memberi contoh di mana DAP yang satu ketika dahulu hampir dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), menggunakan lambang PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"DAP memutuskan akan bertanding juga tapi guna lambang PAS kerana hubungan koalisi itu.

"Setiausaha Agung PAS (ketika itu) pun keluarkan surat watikah dengan lambang PAS kepada DAP. Jadi begitulah kiasannya," ujarnya.  - AntaraPOS

Sumber TKO - 31-8-2015



Ahmad Awang Keluar Fatwa Baiah: Baiah wakil rakyat PAS tidak sah lepas Pakatan terkubur

Posted on Monday, August 31 @ 18:55:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Baiah yang pernah dilafazkan wakil rakyat PAS meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baharu tidak lagi sah selepas Pakatan Rakyat (PR) secara rasminya terkubur, kata Ahmad Awang.

Penasihat Parti Pekerja itu berkata wakil rakyat yang menyertai parti itu tidak perlu bimbang kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lalu hasil kerjasama Pakatan Rakyat (PR) dan bukan atas faktor PAS semata-mata.

"Oleh kerana kemenangan mereka dulu atas nama PR dan ketika berbaiah sebagai calon walaupun atas nama parti tetapi hakikatnya atas PR.

"Sekarang PR dah roboh maka tidak sah lagi apa yang terikat dalam baiah tersebut," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Ahmad berkata kemenangan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) lalu terbukti mendapat sokongan luar apabila ramai penyokong DAP turut sama pulang mengundi calon parti Islam itu.

"Calon PAS yang menggunakan lambang bulan bertanding bukan atas nama PAS sendirian tetapi nama PR.

"Sebab itu di mana DAP tidak bertanding seorang calon pun seperti di Terengganu tetapi DAP mendukung calon PAS sehingga penyokong DAP daripada kaum Cina balik ke negeri sejauhnya datang dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Hong Kong dan Singapura menyebabkan PAS boleh menang kerusi yang dulu kalah," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengingatkan wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Katanya, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Kebangsaan, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah baiah kepada parti Islam itu.

"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah baiah sebagai wakil rakyat PAS.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya.

Sumber TKO - 31-8-2015


Parti Baru Dilancarkan Ambil Alih Parti PEKERJA
Posted on Monday, August 31 @ 16:54:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi di Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambilalih ialah Parti Pekerja.

Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi. Manakala usaha mengambil alih parti KITA juga mengalami jalan butuh apabila ada bantahan daripada AJK parti berkenaan.

Protem Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN)

Penasihat Umum - Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi : Hj Mohamad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi:
Dato Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha  : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari :  Hj Asmuni Awi
Setiausaha  Organisasi : Suhaizan Kayat

AJK
1.  Dr Mohd Hatta Ramli
2. Dr Dzulkefly Ahmad
3.  Ir Khalid Samad
4.  Ir Izham Hashim
5.  Hj Adly Zahari
6.  Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
7.  Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
8.  Mazlan Aliman
9.  Aminolhuda Hassan
10.  Mohd Hanipa Maidin
11. Dato' Fakhrulrazi Zawawi
12. Saari Sungip
13. Zulkifli Mohd Omar
14. Hu Pang Chow
15. Dato Wan Abd Rahim Abdullah
16. Hasnul Baharuddin


Sumber TKO - 31-8-2015

No comments:

Post a Comment