BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, August 30, 2015

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA



Meluruskan sejarah kemerdekaan tanah air: Peranan ulama yang disepikan













DALAM keghairahan menyambut kemerdekaan kali ke-60 negara ini, pelbagai program telah dibuat oleh pihak penguasa termasuk bertindan niat untuk memastikan penguasaan mereka semakin kukuh untuk memerintah negara. Penyiaran filem-filem patriotik yang kadang kala tersasar daripada lukisan sejarah yang sebenar, juga himpunan yang diselitkan dengan aroma propaganda yang memualkan. 
Dalam kita memutar kembali sejarah perjuangan yang berat sebelah ini, peranan ulama dan gerakan Islam dikesampingkan dan disepikan daripada pengkisahan perjuangan kemerdekaan. Tidak kepalang pengorbanan para ulama dan Islamis dalam menoreh sejarah emas perjuangan, ada yang gugur syahid, dibuang jauh daripada tanah leluhur dan terpenjara jasad dalam jeriji besi. 
Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini. 
Kebangkitan Ulama Tanah Melayu juga mengakar dari simbahan kebangkitan ulama Islam yang berlaku di seluruh belahan dunia. 
Islam telah telah menjadi pemangkin dan simbol penyatuan kepada kesedaran rakyat untuk menentang penjajah kuffar sebagaimana yang dimanifestasikan oleh dua peristiwa tersebut di Tanah Melayu. 
Di luar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, Libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan, Nigeria dan negara umat Islam yang lain. Islam telah menjadi kuasa penggerak yang ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik energi perjuangan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. 
Ulama dan gerakan Islam telah menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan di seluruh bumi umat Islam seperti Sheikh Abdul Quader Al Jazair di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria, Hassan Al Banna di Mesir, Sheikh Amin Al Husini di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Iman di Ponegoro (Perang Jawa 1825-1830) di Indonesia, Tuan Guru Hassan bin Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922-1928) di Tanah Melayu. 
Malangnya bagi umat Islam ialah walaupun kemenangan menentang penjajah adalah kerana kegigihan ulama dan pendukungnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan sekular berpendidikan Barat seperti Front Liberatian Nasionalis (FLN) di Algeria, Soekarno dan kelompoknya di Indonesia dan Umno di Tanah Melayu. Kelompok ini yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai-nilai yang ditinggalkan oleh penjajah. 
Di Mesir, tertubuhnya Ikhwanul Muslimin oleh Hassan Al- Banna pada tahun 1928 di subcontinent tertubuhnya Jamaat- e-Islami oleh Maulana Maududi, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu. 
Sejarah penubuhan PAS adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin, sebuah gerakan Islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948. 
Hizbul Muslimin ditubuhkan Maahad Al-Ehya As-Syariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh-tokoh politik kiri seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (MASYUMI).
Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didukung oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama- agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama. 
Pertubuhan politik Islam ini telah menyasarkan tiga matlamat utama perjuangannya iaitu untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam. 
Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu menggembleng sokongan orang Melayu. Penjajah British seperti yang diungkapkan Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat. 
Penulis adalah AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 13-8-2017 

Umno Cemarkan Hari Malaysia; Komponen BN Bersetuju?


KUALA TERENGGANU – Sambutan Hari Malaysia pada 16hb September sepatutnya memupuk perpaduan kaum dan negeri negeri tetapi sebaliknya parti yang menjadi tulang belakang pemerintah UMNO, memilih untuk menyemai semangat perkauman melampau.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat Haji Ahmad Amzad Hashim berkata sebagai parti yang punya kuasa yang mengatasi semua parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional, Umno tidak wajar terlibat dengan penganjuran perhimpunan yang sarat dengan tema kebencian dan bersifat ‘rasis’

Bahkan menurutnya, dalam perhimpunan ‘baju merah’ semalam, berlaku insiden ketegangan sehingga pihak polis simpanan persekutuan terpaksa menggunakan ‘meriam air’ untuk menyuraikan ‘kegilaan’ di kawasan Jalan Petaling.

“Sebagai negara yang sudah merdeka sejak 1957, elemen rasis dan ‘cauvinis’ hanya merosak perpaduan dan keharmonian,



“Saya kesal kerana tiada kenyataan bantahan dari parti komponen BN yang lain. Tanpa adanya teguran, keseluruhan parti parti komponen BN hakikatnya (mereka) bersekongkol dengan UMNO meniup api perkauman yang bahaya,”tegasnya.

Beliau menambah, Malaysia bukan melangkah kehadapan dengan keadaan yang berlaku sekarang ini, tetapi sebaliknya berundur ke belakang dan semakin menjauhi ciri ketamadunan bernegara.

Oleh itu beliau mempersoalkan, di manakah suara parti komponen BN yang tidak menegur dan menasihati Umno, dalam perhimpunan yang secara jelas dihadiri oleh tokoh-tokoh dan pemimpin Umno?

“Di mana parti parti komponen BN yang lain? Sewajarnya semua parti komponen menunjukkan rasa kecewa dengan rosaknya ‘Hari Malaysia’ yang besar ertinya (kepada kita semua) hari ini.

“Mereka sepatutnya menuntut UMNO memohon maaf………mereka sepatutnya menggantung hubungan dengan UMNO sebagai tanda bantahan,”saran beliau.

Namun begitu, kata beliau, mendiamkan diri dengan tindak tanduk pemimpin Umno adalah bererti bersetuju dengan perbuatan melampaui batasan itu.

Jelasnya, PAS menolak rasis dan ‘cauvinis’ kerana agama Islam mengharamkan kedua-duanya sifat keterlaluan itu, yang hukumnya haram serta bedosa.

Sumber BO - 17-9-2015

Islam Dalam Sejarah Kemerdekaan

TANGKAK: Islam pernah menjadi teras pemerintahan Kesultanan Melayu dan kesatuan dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah, serta sebagai asas kepada perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Demikian intipati ucapan yang dipertegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 11), di sini, 5 September.

Terangnya, Syariat Islam telah dilaksanakan dalam pemerintahan dan perundangan di Melaka, Terengganu dan Johor sebagaimana catatan dalam arkib sejarah.

Namun katanya, penjajah dengan hasad dengkinya kepada Islam telah menyerang Tanah Melayu untuk menjatuhkan pemerintahan Islam.

“Perjuangan menetang penjajah tidak bermula dengan tahun 1946 oleh Umno, itu mengarut.

Umno menentang penjajah juga, kita tak nafi. Tapi jangan kita baca menentang penjajah inibermula dengan Umno tahun 1946. Alam Melayu (terlebih dahulu) telah menghantar pejuang-pejuang mereka menentang penjajah.

“Fateh Yunus daripada Jawa, datang dengan rombongan dia untuk berjihad menentang Portugis. Sultan Hassanuddin, Raja Haji dari Sulawesi datang untuk menentang penjajah di Melaka. Minangkabau dan Banjar datang untuk menentang penjajah di sini. Menyebabkan Tanah Melayu dipenuhi oleh suku-suku kaum Jawa, Bugis, Banjar dan lain-lain.

“Nenek moyang Jawa, Bugis, Banjar, yang datang ke Tanah Melayu ini bukan nak tanamkelapa, ingat nak tanam kelapa sahaja? Nak tanam kelapa di Banjar masih luas tanah.

Kalimantan, di Jawa pun luas, masih ada tanah sampai sekarang ini, mereka datang untuk berjihad, menentang penjajah,” tegasnya.

Katanya, penjajah dari Portugis, Belanda dan British datang membawa agenda politik perdagangan serta menyekat kebangkitan perjuangan Islam selain membawa masuk orang China dan India yang dijadikan buruh di lombong dan ladang.

Jelas beliau, kesan perebutan antara kuasa penjajah, menyebabkan bangsa lain diperhamba dan menjadi korban perang sesama mereka.

Perkara sama juga terjadi apabila agama-agama lain menjadi teras kuasa pemerintahan, maka rakyat dari kaum atau agama lain menjadi mangsa fanatik dan ketidakadilan.

Menurut Ustaz Abdul Hadi lagi, bukan hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan, tetapi PAS turut sama dalam usaha tersebut.

“Dalam Sidang Afro Asia di Bandung yang dianjurkan oleh negara-negara Asia dan Afrika yang sudah merdeka dan menuntut kemerdekaan, siapa wakil Tanah Melayu? Dr Borhanuddin, Ketua PAS yang ketiga, Saadon Zubair, pemimpin Umno orang Johor. Umno dan PAS sama-sama hadir ke Sidang Afro itu, sama-sama menuntut kemerdekaan.

“Kemudian berunding dengan British, kita nak merdeka cara kita, Umno cara dia, Dato' Onn cara dia, berbeza pendapat. Akhirnya cara Tunku (Abdul Rahman al-Haj) berjaya, berunding kemerdekaan. Menerima orang-orang yang bukan Islam yang datang ke sini, sebagai sebahagian daripada penduduk negeri ini, syarat kemerdekaan,” ujarnya menegaskan PAS mahu mengisi kemerdekaan dengan Islam.

Atas segala asas sejarah dan realiti itulah katanya, PAS menerima hakikat kemajmukan masyarakat negara ini di mana hanya dapat disatukan di bawah pemerintahan berasaskan Islam yang dapat memberi keadilan untuk semua.

Sumber PP - 8-9-2015


Umno dan BN Gagal Membawa Negara Ke Tahap Lebih Baik Setelah 58 Tahun Merdeka

MARANG – Umno dan Barisan Nasional gagal membawa negara ke tahap yang lebih baik, bahkan menjadikan rakyat Malaysia semakin mundur kebelakang, walaupun sudah merdeka sejak 58 tahun yang lalu.

Yang DiPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali mempersoalkan, adakah kepimpinan negara, khususnya Umno, membawa umat Islam negara ini bertanggungjawab sebagai ‘khalifah Allah’ dimuka bumi atau pun semakin jauh dari tugas dan tanggungjawab utama itu?



Bahkan, kata beliau, negara ini tidak menjadi lebih maju, sebaliknya menjadi negara yang sangat buruk imejnya di mata dunia.

“kepimpinan negara Umno khususnya…..adakah merea membawa kita melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah (dimuka bumi ini) atau kita semakin jauh dari perhambaan kepaan Allah,

“dalam konteks sebagai sebuah negara merdeka, negara kita (sepatutnya) menjadi lebih maju, berbanding dengan negara lain, tetapi ‘track record’ negara kita sangat buruk sekarang ini,”jelasnya.
Katanya, dari segi ekonomi, negara Malaysia sudah tidak ‘kompetitif’ dan telah hilang daya saing apabila kita sudah tidak ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara Asean sendiri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Merdeka yang diannjurkan oleh Pemuda dan Ameerah PAS Kawasan Marang di Dewan Tok Guru, Rusila pada Sabtu 5 September.



“dalam tahun 70-an dahulu, kita sama (taraf ekonomi) dengan Korea, Singapura (ketika itu) berada di belakang kita, tapi sekarang ini kita sudah begitu jaun (ketinggalan),

“Korea dan Singapura sudah jauh kehadapan (mendahului kita) apatah lagi dengan nila matang (kita) yang jatuh merudum sekarang ini,”tegasnya.

Sehungan itu, pada sesi kedua, wacana kemerdekaan dan soal jawab telah menampilkan tiga orang tokoh sebagai ahli penal, iaitu Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Marang, Puan Hajjah Zarani Othman.

Wacana Merdeka yang diadakan adalah untuk mengambil semangat Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-58 itu yang diraikan setiap 31 Ogos bagi memberi pengisian erti kemerdekaan yang sebenar yang berlandaskan syariat.

Ketua Lajnah Penerangan Pemuda PAS Marang, Mohd Aiman Fadhil menyifatkan program wacana yang julung kali diadakan itu adalah sangat berjaya menghuraikan maksud kemerdekaan sebenar yang anak muda perlu kecapi.



“Kita mahu menjelaskan bahawa kemerdekaan itu bukan hanya kita melaungkan slogan “Merdeka” tetapi kemerdekaan itu meliputi sudut politik, kebebasan bersuara, kemerdekaan ekonomi untuk menampung kos sara hidup, dan yang paling penting kemerdekaan dari kejahilan kepada kebenaran”

“Pemuda mengharapkan dengan adanya program sebegini dapat menjelaskan isu semasa yang bersangkutan dengan isu ank muda. Peluang bersama pimpinan dapat mewujudkan kefahaman dan mengukuhkan asas aqidah perjuangan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan, ” ujarnya ceria.

Seramai 400 orang yang hadir pada program tersebut turut bersama-sama menyahut Kempen 3B, ‘Beli, Baca dan Beri’ Harakah, di mana gimiknya pimpinan dan para peserta bergambar memegang akhbar rasmi PAS itu.



Sumber BO - 6-9-2015

Bukan sahaja merdeka tetapi dengan siapa kita bergaul





JUHANI RAHMAN | .


KUALA LANGAT: Setiap bangsa dalam negara ini perlu berusaha memelihara tradisi yang dimiliki bagi memastikan perpaduan antara rakyat terus kukuh.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tradisi antara kaum juga perlu diperkenalkan dari bangku sekolah supaya generasi muda boleh memahami dan berkenalan dengan lebih erat.

"Kita pun dalam bulan kemerdekaan sekarang dan sudah tentu apa yang perlu lebih kita fahami bukan sahaja erti merdeka, tetapi juga dengan siapa kita bergaul setiap hari.

"Usaha untuk kukuhkan perpaduan memang patut diteruskan dan kalau boleh libatkan juga bangsa-bangsa lain supaya kita boleh belajar mengenali satu sama lain," ujarnya di Dewan Persatuan Pendidikan Jasmani dan Sukan Ngor Chor, Jenjarom, dekat sini malam tadi.

Sebelum itu, beliau yang juga Adun Sijangkang merasmikan upacara 'buka mata' kepala singa yang baharu.

Sebanyak empat kepala singa yang baharu diperoleh persatuan itu untuk kegunaan penduduk disitu berlatih dan mengadakan persembahan tradisional.

Menurut penduduk disitu, upacara seumpama itu perlu dilakukan sebelum kepala singa tersebut boleh digunakan dalam tarian tradisional.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Persatuan, Ang Kok Ching pula dalam ucapannya berkata, pihaknya berusaha untuk menambah pelbagai aktiviti baharu dalam usaha menjadikan Jenjarom sebagai pusat pelancongan baharu.

"Persatuan kami sedang menjalankan projek ubahsuai bangunan dan mendirikan bahagian pemuda sebagai galakan kepada golongan remaja untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan," ujarnya.

Sempena ulang tahun penubuhan persatuan itu yang ke-50, beliau turut mengundang orang ramai ke majlis berkenaan pada 20 September nanti. - HARAKAHDAILY 4/9/2015

Sumber HD - 4-9-2015

Nota Merdeka

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


Seperti saya tegaskan sebelum ini bahawa PAS, walaupun menyokong tuntutan Bersih, tetapi menarik diri daripada membuat kerahan ahlinya ke perhimpunan kali ini adalah demi mengelakkan provokasi melampau akibat krisis yang melanda dalam Pakatan Rakyat dan dalaman parti.

Kejadian memijak gambar Presiden PAS pada perhimpunan tersebut, walaupun masih tiada yang mengaku bertangggung jawab adalah membenarkan kebimbangan PAS tersebut.

PAS akan kekal sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik bersih yang menyeru kepada suasana damai dan akliah. Tiada fitnah, provokasi melampau, rasis dan memisahkan diri daripada petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah.

Peranan PAS dalam masyarakat adalah menyeru kepada keislahan dan kemakrufan serta menentang kefasadan dan kemungkaran.

Tiada yang lebih perit sepanjang masa menghadapi pilihan raya kotor dan penuh penipuan lebih daripada PAS.

Walau bagaimanapun, seruan kepada politik bebas berfikir, bebas bersuara dan bebas memilih hendaklah juga disertai dengan etika dan akhlak yang mulia. Negara tidak akan maju jika pemimpin dan rakyatnya gagal menjunjung kemuliaan dan ketinggian insani.

Akhir kata, tahniah kepada Bersih 4.0 atas kejayaan berhimpun dengan aman.

Selamat memuliakan kemuliaan setiap insan. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

Sumber HD - 1-9-2015


Merdeka: Tugas mereka terdahulu sudah selesai

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tugas mereka yang terdahulu sudah selesai untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dengan berbagai-bagai pendekatan.

"Tugas kita sekarang ialah mengisi kemerdekaan dengan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan ummah dan negara," ujar Naib Presoden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, tidak ada makna merdeka jika pengisian selepas merdeka masih lagi berfikiran penjajah.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pejuang kemerdekaan, sama ada mereka daripada aliran kanan atau kiri.

Katanya, di Tanah Melayu yang meniupkan kesedaran untuk melawan penjajah ialah para ulama yang terdiri daripada Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain tokoh.

Menurut beliau, kemudian kesedaran itu dilanjutkan oleh mereka yang pulang dari Timur Tengah seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin.

"Mereka ini mendapat semangat daripada Sheikh Muhamad Abduh," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

Sumber HD - 1-9-2015

Merdeka ini milik siapa?

Posted on Monday, August 31 @ 15:30:02 MYT by paktam

Oleh Arif Atan

Pagi 31 Ogos ini sekelip mata Dataran Merdeka berubah. Tiada lagi warna kuning menguasai tetapi warna-warni jadi pengganti.Bezanya 29 & 30 Ogos, masyarakat Tionghoa memenuhi, pagi ni masyarakat Melayu pula mendominasi.

Sampai bila rakyat akan menonton kartun penyelewengan dana berbilion ringgit?Sampai bila penguasa dibiar memainkan pancaragam pembodohan?

Sampai bila kita didendangkan lagu keangkuhan rejim bertopengkan patriotik?

Sampai bila makna kemerdekaan hanya dimiliki penguasa dan orang maha kaya?

Sampai bila rakyat akan terus disumbat dengan lagu propaganda bertemakan perpaduan ketika benih perkauman disemai menjadi senjata berharga penguasa?

Sampai bila rakyat membenarkan diri mereka dibohongi dengn kekuatan lembaga keselamatan yang berarak ketika segala jabatan kerajaan dipasung?

Rakyat bersorak merdeka tapi sebenarnya mengejek diri mereka yang diperhamba.
Selamat Rejim di Tampuk Kekuasaan 2015.

Sumber DD - 31-8-2015


Merdeka; Membebaskan Diri Dari Belenggu Kesesatan

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN 2015 YAB MENTERI BESAR KELANTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَنْ يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, kenanglah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu ketika kaum kuffar yang memusuhi kamu hendak menghulurkan tangannya demi untuk menyerang kamu, lalu Allah menahan tangan mereka daripada menyerang kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.
(Al-Maidah: 11)

Sesungguhnya, Baginda Rasulullah SAW adalah seorang tokoh agung pejuang pembebasan dan kemerdekaan. Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia dari segala bentuk penjajahan dan perhambaan. Ianya bermula dengan penjajahan minda dan pemikiran, penjajahan akidah dan kerohanian, sehinggalah kepada penjajahan fizikal dan sistem kehidupan, sama ada dalam bentuk ekonomi, politik mahupun sosial.

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah kita sama-sama menghayati aspek sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana yang telah diungkapkan oleh seorang pejuang kemerdekaan iaitu Rib’ie bin Amir kepada panglima tentera Parsi, Rustum:

إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ العِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ رَبِّ العِبَادِ وَمِنْ جَوْرِ الأَدْيَانِ إِلَى عَدْلِ الِإسْلَامِ وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَى سعَةِ الدُنْيَا وَالآخِرَة

Maksudnya: Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki daripada penghambaan diri kepada sesama manusia agar mereka menghambakan diri hanya kepada Tuhan manusia, daripada penyelewengan agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada  sempitnya dunia menuju kepada luasnya dunia dan akhirat.

Inilah intipati kemerdekaan yang sebenar iaitu membebaskan diri sendiri daripada belenggu kesesatan yang mendiami diri. Manusia yang bebas ialah yang menyerahkan semua urusannya kepada Tuhan dalam segala hal dan sentiasa menjadikan kebaikan serta keadilan agenda utama kehidupan mereka.

Ini bermakna, kemerdekaan menurut Islam ialah tidak tunduk kepada makhluk Allah, kemerdekaan yang meletakkan sepenuhnya cara hidup berlandaskan syariat Allah dan kemerdekaan yang menolak ideologi dan pemikiran manusia yang bertentangan dengan hukum Allah yang ianya akan membawa kepada kemurkaanNya. Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama ialah menentang jahiliyah yang ada dalam masyarakat Arab ketika itu. Mekah pada masa itu bukannya dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi, tetapi dijajah oleh jahiliyah Arab. Kemerdekaan dicapai setelah peristiwa Fathul Makkah berlaku dan disitulah jahiliyah mula tunduk kepada kekuasaan syariat islam sehinggalah ke zaman khulafa Al-Rasyidin.

Di negara kita, setiap tahun pada tanggal 31 Ogos disambut sebagai tarikh perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing. Sambutan ini seharusnya diraikan oleh kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik mahupun aliran fahaman, kerana ia merupakan satu anugerah kemenangan yang besar dalam sejarah perjuangan umat ini membebaskan diri dan watan daripada cengkaman kuasa asing.

Sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama mempertahankan akidah umat Islam semenjak negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13 lagi. Nama-nama besar seperti Tuan Guru Haji Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut yang bangkit mempertahankan ketuanan Islam di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah memimpin kebangkitan ummah menentang kemaraan penjajahan British serta tokoh-tokoh lain seumpama Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohamad Taha, Pendita Za’ba, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dan Dr Zulkifli Mohamad adalah merupakan antara golongan terawal memulakan gelombang pertama meniupkan semangat kemerdekaan. Peta pemikiran yang dibina mereka juga telah melahirkan idea dan pemikiran bagi memajukan masyarakat untuk bangkit membina tamadun umat Islam yang unggul di negara kita.

Sempena memperingati kemerdekaan ini juga, marilah sama-sama kita kukuhkan jalinan ukhuwwah, Ta’awun ‘Ala Al-Birri Wa Al-Taqwa iaitu berganding bahu dalam perkara kebaikan dan takwa untuk membina umat yang kuat. Dengan kesatuan hati, bergerak sehati sejiwa dan rasa tanggungjawab terhadap negara, kita akan mampu membina ketamadunan yang unggul dalam negeri dan negara, kita akan mampu membangunkan negara dengan stabil dan saksama.

Akhirnya, marilah sama-sama kita menjadikan kemerdekaan ini sebagai anugerah Allah SWT yang sangat bermakna dalam usaha membangunkan negara ini dengan tuntutan syariat sepertimana yang disifatkan Allah sebagai;

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُور ٌ

“MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

“MERDEKA FIKRAH DARIPADA FAHAMAN JAHILIYAH”
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB

Menteri Besar Kelantan Darulnaim
Bertarikh: 15 Zulkaedah 1436/30 Ogos 2015

Sumber BO - 31-8-2015

Jangan Gadaikan Kemerdekaan Negara Dengan Tandatangani TPPA

SELAMAT HARI KEBANGSAAN seluruh rakyat Malaysia.

Sempena mengenang tarikh kemerdekaan marilah kita berdoa agar negara ini dapat dimerdekakan dari kepimpinan yg merosakkan negara, menyusahkan rakyat dan mengemudi negara ke arah yg salah.

Ini berlaku bila kita mengambil ringan panduan yang diberi oleh Tuhan melalui Agama Islam yang sesuai dengan fitrah kehidupan dan menganjurkan kesejahteraan.

Kerajaan BN yg ada sedang menunggu masa dan alasan yg sesuai untuk menandatangani PERJANJIAN TPPA yg sudah banyak kali tertangguh kerana rakyat menentang.

PERJANJIAN TPPA sekiranya ditandatangani akan membuka ruang besar kepada penjajahan kuasa kuasa besar melalui kemasukan syarikat syarikat gergasi yg mempunyai modal yg besar yg akan bersaing merebut segala ruang dan peluang dalam negara tanpa sekatan.

Keistimewaan dan keutamaan kepada bumiputera, peluang kerja untuk warga Malaysia yg berbilang bangsa akan terancam kebanjiran pekerja asing. Dasar pemilikan dan sekatan pemilikan tanah kepada orang asing mungkin diubah.



Adanya TPPA, kemerdekaan negara terhakis lagi.

BN sedang menggadai kemerdekaan negara dengan menjadikan Malaysia tunduk kepada tekanan asing lantaran terdesak kerana hutang luar negara yang terlalu tinggi. Skandal skandal kewangan yang bimbang terbongkar perlukan bantuan kuasa luar agar dapat diselindungkan.

Kita bagai hamba tebusan yang diperas ugut oleh kesalahan pemimpin BN. Yang jadi mangsa adalah negara.

Lebih dahsyat dari itu kita jangan lupa BN pernah mengupah berpuluh juta RM juruperunding pro Israel APCO untuk menjadi penasihat penting kepada kerajaan BN yg diterajui UMNO sekarang.
Bukan rahsia kempen 1 Malaysia dan One Israel (1 Israel) datang dari penasihat yang sama.

12hb September 2015, dengan penglibatan tokoh tokoh penting dalam negara, KONGRES RAKYAT di Shah Alam akan membincangkan dengan fokus dan serius jalan menyelamatkan negara dengan tema Membina Malaysia Sejahtera.

MALAYSIA PERLUKAN PERUBAHAN TOTAL
TOLAK UMNO, TOLAK BN.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
31hb Ogos 2015

Sumber BO - 31-8-2015


58 tahun merdeka: Anak muda, ayuh tolak BN, selamatkan negara!

Posted on Monday, August 31 @ 10:17:42 MYT by paklang

Oleh HAZMI DIBOK

FIRMAN Allah SWT, maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebajikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat ; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (An-Nahl: 90)

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (Matrade) telah mengeluarkan nilai eksport negara bagi tempoh Januari hingga Jun 2015 telah menyusut pada nilai RM368 bilion berbanding tempoh yang sama sebanyak RM 380 bilion bagi tahun lepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pula pada Jun baru-baru ini meletakkan jumlah kedatangan pelancong luar ke dalam negara bagi suku pertama tahun ini berkurang sebanyak 8.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Kemerdekaan yang sebenar tidak dapat diperolehi apabila dalam diam kita dijajah sendiri oleh pemimpin bangsa.

Dasar-dasar yang sepatutnya membangunkan sosioekonomi rakyat dan mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang telus dan amanah, telah dizalimi dengan taburan kekayaan yang hanya dikongsi oleh peratusan kecil golongan hartawan dan jutawan melalui jalan tipu helah dan rasuah.
Ketika wang tabung haji secara sewenang-wenangnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB, maka Barisan Nasional yang cuba menjadi “jaguh rakyat” patut lebih dahulu membela nasib petani dan pekebun kecil dengan membantu menstabilkan harga komoditi mentah seperti getah dan kelapa sawit yang mana Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar komoditi terbabit dan hasil ini jualah yang menjadi lapikan perut sumber rezeki warga miskin di desa.

Kejatuhan nilai matawang ringgit pada hari ini akan lebih membebankan rakyat. Susut nilai ringgit ini mengakibatkan kenaikan harga barang terutamanya beras. Sumber Fama menunjukkan Malaysia mengimport lebih dari 30 peratus beras bagi menampung keperluan dalam negara. Secara purata Malaysia mengimport 600,000 hingga 700,000 tan metrik beras dari negara jiran Thailand dan Vietnam.

Kemerosotan ekonomi ini akan membawa kepada kenaikan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Apatah lagi kebanyakannya adalah daripada kalangan anak muda yang dibebani dengan hutang kereta dan rumah. Jika kos sara hidup ini terus meningkat, kuasa membeli rakyat akan berkurang dan akan memberi tekanan hidup kepada rakyat amnya.

Jelas sekali tema “Sehati Sejiwa” bagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang diumumkan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Razak hanyalah omongan dan retorik kosong yang sebenarnya tidak memberi makna yang tepat terhadap apa yang berlaku pada rakyat bawahan. Dengan kacau bilau dalam siasatan kes 1MDB oleh PAC dan SPRM, ternyata masa depan negara terus muram, meruncing dan terancam.

Ayuh anak muda! Kita bangkit atas rasa cinta pada agama, bangsa dan negara. Lakukan perubahan secara bijaksana melalui seluruh saluran aman yang ada. Demi masa depan kita, bersiap siagalah untuk mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang mendatang. Anak muda, anda mampu mengubahnya!

Sumber DD - 31-8-2015 


MERDEKA GANU KITE : Harga sehelai kain.......
Posted on Monday, August 31 @ 08:21:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


https://www.youtube.com/watch?v=g_fzyuvcvyY&feature=player_embedded

"Erti harga sehelai kain........
Sumber TKO - 31-8-2015

Ertikan kemerdekaan dengan penghayatan Islam





ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI AL-HAFIZ | .


ISLAM sentiasa memberikan kebebasan untuk penganutnya melaksanakan keperluan harian berlandaskan syariat Islam yang telah digariskan melalui panduan al-Quran dan Sunnah. Maka seharusnya sebagai pendokong perjuangan Islam, dalam segala tindakan dan perilaku mestilah berada di atas landasan Islam yang tulen.

Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58, mari kita ertikan bersama nilai kemerdekaan dengan penghayatan Islam agar kita tidak leka menikmati intipati kebebasan sehingga mengundang murka Allah SWT.

Prinsip dan dasar kemerdekaan telah digariskan oleh Allah SWT untuk diterjemahkan dalam kehidupan manusia. Bahkan dengan pegangan prinsip ini mampu memelihara moral dan akhlak manusia tanpa dijajah dengan pemikiran asing yang akhirnya merosakan akal serta gaya hidup muslim. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat 30:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan Lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Dalam ayat ini jelas Allah SWT menggariskan beberapa indikator untuk dicapai dalam merealisasikan  sebuah kemerdekaan.

1. Kekuatan aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT
2. Istiqamah dan komited di atas fitrah seorang manusia yang diciptakan oleh Allah SWT
3. Pegangan agama yang kukuh

Atas laungan kebebasan kita tidak semudahnya mengasingkan kekuatan akidah. Implikasi daripada akidah yang sahih akan menatijahkan amalan yang soleh. Justeru meletakkan keutamaan menjaga akidah akan mengharmonikan nilai  kemerdekaan sebenar.

Keimanan dan ketaqwaan berkualiti mampu diiringi dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT namun jika berlaku sebaliknya , agama diperdagangkan, dijadikan bahan sindiran jenaka maka tidak mustahil kemurkaan Allah SWT hanya menanti saat dan ketika untuk dijelmakan.

Hal ini jelas telah disebutkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 96:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

Kemerdekaan yang dikecapi hari ini, bukan menjadi satu batu loncatan kita terus mengejar segala kemudahan sehingga kita menjadikan agama sebagai satu pilihan bukan kewajipan. Selayakanya nikmat kemerdekaan ini, diertikan dengan menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan meningkatkan amalan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT .

Satu kisah yang dirakamkan oleh Allah SWT sebagai suntikan kesedaran untuk diambil iktibar seterusnya dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang.

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?. (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai Bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. Dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak). Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri. Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. Kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.” (Surah al-Faj: Ayat 6 – 14). – HARAKAHDAILY 30/8/2015

Penulis merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber HD - 31-8-2015

Kemerdekaan Islam Kemerdekaan Hakiki

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negara kita yang kita kecapi sejak 58 tahun yang lalu. Marilah kita semua hayati dan penuhi kemerdekaan ini dengan pengertian kemerdekaan sebenar menurut kaca mata islam yang bukanlah hanya kemenangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah semata-mata.
Erti Sebenar Kemerdekaan Islam.

Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai “Al-Fath” iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang Pahlawan Islam iaitu Rubaei Bin Amir apabila ditanya kepada oleh Rustum, Panglima Perang Parsi. Jawab Rubaei :

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Islam, daripada kekeliruan agama agama kepada keadilan Islam”.
Nilai Kemerdekaan Kita Hari ini.

Malaysia merdeka setelah dijajah sejak awal kurun ke-16 selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kemudian bersilih ganti dengan Belanda, British, Jepun dan British semula sehingga hampir sahaja ummat kita kehilangan identiti sebenar. Bermula di zaman British dan Belanda, Tanah Melayu dan Nusantara disusun untuk memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan agama empayar mereka. Dengan penduduk asal di kalangan Melayu, penjajah mula membawa pekerja pekerja luar dari India dan China. Penduduk dari India dibawa untuk bekerja di estet-estet getah manakala orang-orang dari Tanah Besar Cina dibawa untuk sektor perlombongan.

Peninggalan penjajahan ini telah menjadikan demografi negara kita masyarakat majmuk yang kompleks. Di hujung era penjajahan, berlaku kebangkitan rakyat di seluruh dunia untuk keluar daripada cengkaman penjajah barat. Perjuangan kemerdekaan negara diisi oleh rantaian perjuangan yang panjang dipelopori oleh golongan ulamak seawal zaman penjajahan yang kemudiannya dikongsi bersama oleh semua kaum di Tanah Melayu. PAS sangat menghargai pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan negara, justeru kita sebagai golongan pewaris perlu mengisi kemerdekaan ini sebaik mungkin supaya pengorbanan mereka tidak disiakan.

PAS meyakini dengan sedalam dalamnya bahawa Islam sahajalah yang akan dapat menyatukan dan memerdekakan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam erti kata sebenar kemerdekaan.

Pembentukan kemerdekaan Islam seperti ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang memimpin Negara Islam Madinah. Sejak terdirinya Madinah, cahaya Islam telah menerangi seluruh alam sehingga tempiasnya bersinar menyuluh kegelapan Eropah yang tenggelam dalam kezaliman Feudalisme dan Gereja. Namun, malang sekali cahaya Islam itu semakin ditinggalkan ummat Islam, sehingga barat pula mengambil kesempatan menjajah tanah tanah ummat Islam.
Kemerdekaan Islam, Kemerdekaan Hakiki.

PAS meyakini bahawa Islam sahajalah yang dapat memerdekakan seluruh ummat manusia khususnya di Malaysia kepada kemerdekaan hakiki. Islam yang merdeka ini bukan sahaja akan dinikmati oleh Islam, tetapi akan juga melimpahi rahmatnya kepada penganut penganut agama lain. Lihat sahaja ketika pembukaan Kota Mesir dan Palestin Di zaman Saidina Umar, Orang orang bukan Islam menerima keamanan dan kemerdekaan di bawah Islam dengan nilai kebebasan yang tak pernah mereka kecapi ketika berada di bawah Rom Timur atau Rom Barat. Kebaikan yang dapat daripada futuhat Islam akan membawa segala kebaikan dan keadilan kepada semua masyarakat dan kaum.

Akhirnya, di hari kita menyambut kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah bersama-sama PAS untuk kita membina negara dengan kemerdekaan sebenar. Kemerdekaan yang menyeluruh yang mendapat bimbingan Pencipta seluruh alam yang menjadikan Islam sebagai penyelesaikan kepada seluruh kehidupan manusia.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Zulkaedah 1436H / 30 Ogos 2015M

Sumber BO - 30-8-2015

No comments:

Post a Comment