BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, August 11, 2015

KONGRES RAKYAT







Dialog Rakyat Menjana Kebangkitan ‘Third Force’ Hadapi PRU14

Selaku Pengerusi NGO Kongres Rakyat Terengganu (KRT), saya berpuas hati dengan perjalanan program Hi-Tea : Dialog Rakyat Terengganu (DRT) yang mencapai matlamat dengan penyertaan lebih 300 peserta yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Ia bukanlah sahaja kerana jumlah penyertaan tetapi kerana mereka yang datang itu, sebahagian besarnya bukan aktivis PAS tetapi dari pelbagai latarbelakang masyarakat.

Antara mereka adalah pegawai dan bekas pegawai kerajaan (persekutuan dan negeri serta badan-badan berkanun), pemimpin-pemimpin NGO’s, golongan profesional, PIBG, Jawatankuasa Masjid (termasuk imam dan bilal) yang benar-benar berhasrat untuk mendapat penjelasan secara lansung dari pimpinan PAS sendiri.

Mereka mahu tahu apa yang ingin ditawarkan oleh PAS samada di peringkat pusat atau negeri sekiranya diberi mandat oleh rakyat selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bahkan, lebih dari 20 soalan telah dikemukakan oleh para peserta dan dijawab oleh ahli-ahli panel yang terdiri dari Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar (Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS) serta Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu iaitu YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, YB Dr Hj Alias Abd Razak.

Oleh kerana itu pelbagai isu rakyat yang berkait dengan pembelaan terhadap golongan belia, pelajar, golongan peniaga, pendidik, nelayan, wargamas dan golongan seni turut dibangkitkan.


Para peserta juga mendapat penjelasan berkait hubungan kerjasama PAS-UMNO dan kaedah penyelesaian terhadap isu GST. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang turut hadir di akhir majlis dan berucap sebagai majlis penutup.

Sesungguhnya, program ini berjaya menepis sebahagian dari pelbagai tohmahan negatif terhadap PAS yang bertebaran dalam media sosial.

Ahli-ahli panel berjaya memberi penjelasan dalam isu kemampuan PAS mengurus dan mentadbir kerajaan dengan adanya pelan induk jangka panjang melalui Pelan Induk Gagasan Sejahtera di peringkat pusat dan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) di peringkat negeri.

Semua tawaran daripada kedua-dua manifesto, PAS di peringkat masing-masing, In shaa Allah akan dilaksanakan, sekiranya PAS diberi mandat oleh rakyat.

Dalam isu memilih kepimpinan, saya yakin program ini akan membangkitkan gerakan NGO’s sebagai kuasa ketiga (third force) untuk memilih PAS sebagai parti yang diberi peluang menerajui kerajaan kelak.

Haji Yahaya Ali
Pengerusi Kongres Rakyat Terengganu (KRT)

Sumber BO - 31-3-2018

Angkara DAP terhadap Islam tidak boleh diterima


GESAAN DAP yang dilihat cenderung menyokong langkah ke arah ekstradisi Dr Zakir Naik oleh pihak Kerajaan India menunjukkan parti itu sentiasa berminat mengikut telunjuk pihak luar berbanding pendirian negara sendiri. DAP jelas tidak mempunyai kesetiaan dan kepercayaan kepada perkara sepenting itu oleh pihak negara sendiri, tetapi berdiri di posisi lain yang bertentangan.
Malah, DAP nampaknya telah seia sekata dengan pihak-pihak yang sering membina persepsi, propaganda dan momokan Islamofobia. Bahkan juga seakan menyertai pihak-pihak yang berkempen memburu dan melabel para pendakwah Islam dengan tuduhan berkait ekstremisme. Kini tokoh pendakwah perbandingan agama terkemuka kelahiran India itu juga sedang mengalami doktrin serupa.
Sewajarnya, DAP sebagai parti politik negara ini yang terdiri dari warga Malaysia melihat dari kaca mata sama terhadap permainan jahat dunia itu. Tetapi DAP jelas menjadi ‘agen’ kepada motif memerangi Islam yang dimaklumi ramai adalah percaturan dan perencanaan Zionis Israel. DAP telah menjadi samseng demokrasi yang menggunakan kedudukan bagi menimbulkan ancaman.
Tindakan DAP mensasarkan Islam pada syariat, umat dan pemimpinnya boleh dianggap mencabar dan menggugat ketenteraman awam serta menyentuh sensitiviti agama, juga keharmonian kaum. Kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, selain Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Ia telah diterima masyarakat majmuk negara ini sejak lebih 50 tahun dahulu.
Maka, tindakan-tindakan DAP melalui campur tangan dan tidak hormat terhadap hal ini adalah melampau serta angkuh. Ia amat menyakitkan dan sukar untuk diterima secara wajar. Demikian itu, kami memberi peringatan kepada DAP untuk menghentikan semua kebiadaban ini atau menghadapi kebangkitan bantahan yang sangat mudah meletus kerana maruah kami sedang diremehkan kamu.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Setiausaha
Kongres Rakyat
26 Oktober 2017 | 6 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 26/10/2017




Sumber HD- 26-10-2017



Melabur besar di Amerika berisiko tinggi, salah

KAMI berpendapat bahawa pendekatan PM Malaysia DS Najib terhadap mengukuhkan agenda ekonomi Amerika Syarikat (AS) adalah salah dan perlu diperbetulkan.
Mengetahui agenda dan sikap Donald Trump yang penuh kontroversi di AS itu sendiri, menawarkan pelaburan besar Malaysia di AS untuk mengukuhkan ekonomi negara itu tidak sepatutnya dilakukan. 
AS kini mempunyai imej yang tidak baik di mata dunia. Trump berdepan kritikan yang masih kuat dari rakyat AS sendiri terhadap pelbagai dasar dan pengumuman yang beliau bangkitkan. 
Ketidaktentuan polisi adalah antara ciri yang ditunjuk oleh Trump dan ini dizahirkan ramai penganalisis di AS sendiri. Pengerusi Rizab Persekutuan, Alan Greenspan sendiri mulai menyatakan kerisauan terhadap cara kepimpinan Trump yang akan memberi risiko kepada ekonomi AS. 
Prinsip "rule of law" dalam ekonomi pasaran nampaknya goyah di bawah Trump.
Ucapan dan komen spontan President Donald Trump menimbulkan persoalan mengenai apakah beliau menghormati prinsip ini. 
Setelah menyerang kehakiman mengenai larangan beliau keluar negara awal tahun ini, memecat pengarah FBI yang menyiasat kempen Trump dalam pilihan raya Presiden AS dan membuang Peguam Negara, penganalisis di AS mulai khuatir bahawa AS bakal menerima implikasi buruk dengan gaya kepimpinan Trump. 
Dengan menunjukkan hubungan tegang dengan sistem keadilan di AS serta meningkatkan komitmennya di luar AS, beliau mendedahkan AS kepada sekurang-kurangnya dua risiko. 
Pertama ialah keyakinan pelabur kepada AS. Kedudukan politik beliau yang maseh sarat dikelilingi krisis kepercayaan termasuk campur tangan anaknya dalam hubungan dengan Russia ketika piliharan raya Presiden AS. 
Jelas, urusan ekonomi dan perkembangan politik di AS sukar diasingkan. Kejutan besar boleh sahaja berlaku kepada ekonomi AS akibat siasatan yang maseh berterusan melibatkan Russia dan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden AS yang lalu.
Kedua, ialah status AS sebagai pemimpin ekonomi dunia mulai tergugat. Trump berdepan dengan kesangsian pemimpin-pemimpin ekonomi negara maju yang lain akibat beliau tidak menunjukkan komitmen yang jelas dalam pelbagai perjanjian antarabangsa yang dimenterai sebelum beliau menjadi Presiden. 
Trump akan berhadapan dengan Kongres yang didominasi oleh Republikan sama ada tindakannya menutup siasatan terhadap Russia berkemungkinan dibantah oleh ahli partinya sendiri. 
Ketidakstabilan politik dan dasar yang tidak konsisten akan menjejaskan pelaburan global. Robert Zoellick, bekas Presiden Bank Dunia dan ramai pengamat antarabangsa sangat khuatir dengan sikap dan arah berfikir Trump mengenai polisi ekonomi AS.
AS dilihat oleh dunia sekarang sebagai tidak konsisten, malah sedang berkrisis dengan sistem mahkamahnya, agensi inteligennya serta Jabatan Keadilan negara sendiri. Rakyat AS tidak tahu bagaimana hendak mengikuti perubahan yang dibawa oleh Trump. 
Malah penganalisis ekonomi melihat ini sebagai suatu peluang untuk pesaing AS seperti China mengambil alih tempat AS. 
AS yang dilihat selama ini sebagai kuasa terpenting untuk terlibat mengatasi pelbagai masalah global seperti keselamatan, kesihatan awam, perlindungan alam sekitar dan bantuan kemanusiaan kini menjadi tandatanya. Ini akan mengakibatkan kos kepada rakyat AS bila AS memporakperandakan ekonomi global. 
Trump sudah sampai ujian tempoh satu tahun sebagai Presiden. Apakah Trump bersedia meningkatkan had hutang negara hujung tahun ini. Jika beliau gagal untuk berbuat demikian maka taraf kebolehpercayaan kredit AS akan terjejas dimata dunia dan golongan korporat di AS. 

Kongres Republikan kini sudah memperlihat keberatan untuk mengambil langkah tersebut dan Rumah Putih nampaknya tidak mempunyai strategi yang jelas dalam isu tersebut. Isu tebesar ialah keupayaan AS membayar hutang dalam krisis ekonomi.
AS sekarang dilihat oleh dunia sebagai kuasa yang tidak lagi boleh dipercayai atau boleh disandar. AS kehilangan kepercayaan dari dunia dan dengan itu statusnya sekarang sangat goyah. 
Dengan menemui bukti-bukti baru terhadap siasatan mengenai kempen Trump berkait dengan hubungan dengan Russia ketika kempen Presiden AS berlangsung, jelas, Presiden AS ini bakal berdepan dengan krisis kepercayaan yang besar terhadapnya. Dalam hal ini beliau membayangkan cara beliau menyelesaikan isu ini dalam twitternya "complete power to pardon" (kuasa penuh untuk mengampun). 
Dalam kondisi semua ini, kami melihat pelaburan besar yang dilulus oleh PM untuk KWSP dan Khazanah menambah pelaburan di AS adalah tidak tepat. Mungkin beliau telah mendapat nasihat dari para pakar pelaburan untuk menawarkan cadangan Malaysia untuk memperkukuhkan ekonomi Amerika, namun dalam keadaan ekonomi negara sendiri tidak kukuh, apakah wajar Malaysia pula yang mahu membantu ekonomi Amerika. 
Banyak nasihat pakar kepada PM seperti penubuhan beberapa agensi pelaburan sudahpun berdepan dengan krisis hutang yang besar. 
Persoalan yang lebih besar ialah untuk apa wang awam seperti KWSP dan Khazanah dikeluarkan ke negara luar sedangkan negara sendiri sedang berada dalam keadaan defisit bajet yang kritikal. 
MOHD AZMI ABDUL HAMID 
Pengerusi Kongres Rakyat
Sumber HD - 16-9-2017 





Kelantan teliti usul Kongres Rakyat

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43716-kelantan-teliti-usul-kongres-rakyat

KOTA BHARU: Menteri Besar menyifatkan resolusi Kongres Rakyat Kelantan memberi cadangan yang begitu penting bagi memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri mengambil kira semua pandangan dilontar pembentang dan pembahas pada kongres tersebut.

Katanya segala cadangan itu akan dilihat berdasar kepada kesesuaian peraturan dan undang-undang yang ada di Kelantan.

“Ia seumpama juadah yang disediakan kepada kerajaan negeri. Jadi ia akan disesuaikan oleh kerajaan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.

“Kita akan lihat secara terperinci agenda bertindak Kongres Rakyat Kelantan bagi membantu portfolio Exco yang ada sekarang,” katanya pada penutup Kongres Rakyat Kelantan di Kelantan Trade Centre, hari ini.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, Pengerusi Kongres Nasional Mohd Azmi Abdul Hamid, timbalannya Mustapha Kamil Ayub, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan wakil NGO.

Sebelum itu beliau menerima Agenda Bertindak Rakyat Kelantan yang disampaikan Mustapha Kamil. Pembentang resolusi pula dilakukan Ketua Sekretariat Kongres Rakyat Zulkifli Mamat.

Pada kongres terbabit 10 wakil kluster yang terdiri daripada pembentang dan pembahas mengemukakan usul masing-masing.

Mustapha Kamil pula berkata bagi mempastikan kesinambungan pelaksanaan resolusi Kongres Rakyat Kelantan, suatu pelan tindakan dicadangkan dikenali sebagai Agenda Tindakan Rakyat Kelantan (ATRK).

Katanya, ATRK yang diperincikan dalam bentuk pelan tindakan strategik akan dilaksanakan bermula 2017 hingga tahun 2021.

“Untuk mempastikan tindakan merancang, melaksana dan memantau ATRK, maka satu sekretariat ATRK khusus akan diwujudkan dan diletak di bawah Sistem Pemantauan Pelaksanaan Projek Kerajaan Negeri Kelantan (SPARK),” katanya. - HARAKAHDAILY 29/12/2016

Sumber HD - 29-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat Kelantan semarak suara rakyat

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43715-kongres-rakyat-kelantan-semarak-suara-rakyat

MELABUHKAN kalendar tirai 2016, semarak Kongres Rakyat terus dihangatkan. Negeri Tanah Serendah Sikebun Bunga menjadi medan akhir Kongres Rakyat bagi pusingan ini.

Sebagaimana telah dimulakan di peringkat nasional Oktober 2015, pelbagai isu-isu rakyat telah diketengahkan melalui Kongres Rakyat. Demikian pula, isu yang menyentuh kepentingan orang kurang upaya “OKU”, wanita, keluarga, alam sekitar dan lain-lainnya  terus mencuri ruang dalam sidang Kongres penutup 2016.

Meletakkan suara-suara mewakili pelbagai sekmen masyarakat di dalam Kongres Rakyat adalah menjadi antara teras kongres ini dicetuskan sejak awal. Penganjuran Kongres Rakyat adalah suatu medan di mana pelbagai segmen masyarakat yang mungkin saja terperosok suaranya di tengah kekalutan suasana hari ini didengari oleh mereka yang berkuasa dan masyarakat umum.

Medan ini sangat signifikan untuk rakyat meluahkan pandangan dan menzahirkan denyut nadinya untuk didengari oleh mereka yang berkuasa bagi menentukan hala tuju negara atau negeri. Jika sesuatu ketetapan sebelumnya telah dibuat oleh pemerintah berpandukan pelbagai fakta dan perangkaan, melalui Kongres Rakyat ini setidak-tidaknya pemerintah punyai pandangan yang kedua tentang apa yang telah dilaksanakan selama ini.

Jika sebelum ini idea mengebum di kalangan rakyat berkisar hanya di kedai-kedai kopi atau di warung-warung, Kongres Rakyat telah membuka ruang percambahan pandangan yang lebih bersifat santun dan bertamadun.

Apatah lagi cukup merujakan bilamana dalam Kongres Rakyat penutup 2016 menyaksikan pimpinan utama negeri turut hadir untuk mendengar dan mengikuti sendiri pelbagai pandangan dan luahan rakyat. Tidak lain tidak bukan, para pembentang dan pembahas tentunya mengharapkan suatu tindakan terkehadapan sedia diteliti dan dihalusi oleh mereka yang berkuasa sebaik tirai Kongres dilabuhkan.

Inilah antara usaha dalam membudayakan politik yang bersifat matang bagi menyerlahkan suasana yang lebih sejahtera buat rakyat. Politik yang merangsang rakyat untuk melontar pandangan secara lebih teratur dan beradab meskipun di sana perasaan dan emosi berturutan, terserlah juga dalam setiap penyampaian.

Melalui Kongres Rakyat juga, rakyat dirangsang untuk mengemukakan kaedah penyelesaian kepada setiap isu yang didepani. Rakyat terus dirangsang agar membantah itu bukan sekadar meluahkan rasa membuta tuli, tetapi disampaikan secara penuh sopan biarpun beremosi. Rakyat juga didorong untuk menyokong dengan fakta bukan hanya memborong persepsi dan akhirnya dihambur dengan penuh sangsi.

Membuka tahun 2017, sudah barang tentu medan Kongres Rakyat akan terus dibincang di beberapa negeri lagi. Kepada setiap penggiat dan pendukung masyarakat, jadikanlah Kongres Rakyat ini sebagai ruang rakyat berbicara untuk rintihannya didengar oleh sang penguasa. - HARAKAHDAILY 29/12/2016

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kongres Rakyat Kebangsaan

Sumber HD -29-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







11 kluster dibahas Kongres Rakyat Kelantan

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43702-11-kluster-dibahas-kongres-rakyat-kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak 11 bidang akan dibahas pada Kongres Rakyat Kelantan yang akan berlangsung di Kelantan Trade Centre esok.

Ia merupakan kesinambungan Kongres Rakyat yang diadakan Selangor pada 2015.

Bidang atau kluster tersebut meliputi Agama dan Syariah, Pendidikan,

Alam Sekitar dan Kesejahteraan, Perumahan dan Perbandaran, Sosial dan Keselamatan, Ekonomi, Keusahawanan dan Kepenggunaan.

Selain itu Kebudayaan dan Pelancongan, Petani, Nelayan dan Penternak, Perantauan, Perpaduan dan Hak-hak Rakyat.

Kongres Rakyat Kelantan akan bermula jam 9 didahulukan ucapan Pengarah Kongres Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ucap utama Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Azmi Abdul Hamid.

Kemudian wakil setiap kluster akan membentang usul dan diikuti pembentangan Resolusi Kongres Rakyat.

Sebelum ucapan penutup oleh Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob akan diadakan pengisytiharan Agenda Bertindak Rakyat Kelantan.

Menteri Besar kemudian akan menerima resolusi terbabit difahamkan merangkumi cadangan bertindak kepada kerajaan negeri.

Khamis lepas berlangsung mini Kongres Rakyat Kelantan bagi memperhalusi agenda perbahasan setiap kluster di Dewan Teratai Kota Darulnaim. - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD - 28-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Solidariti Ummah Dan Munajat Perdana

ASEAN dan OIC antara badan paling wajar bertindak segera ke atas derita dan sengsara yang sedang dihadapi oleh masyarakat Rohingya di Mynmar dan juga mangsa pergolakan panjang di Syria dan Palestine.

2. Malaysia pun sebagai negara berpengaruh di dalam ASEAN dan OIC selayaknya menjadi kuasa pendesak dan penggerak yang berkesan bagi meletakkan ASEAN dan OIC dapat melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan untuk menghentikan segera segala penindasan dan penghapusan etnik yang tidak bertamadun ini.


3. Bahkan Malaysia juga selayaknya memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan dengan memanafaatkan semua keupayaan dan kelebihan diplomatik peringkat antarabangsa yang dimiliki oleh Malaysia termasuk di PBB agar mengambil perhatian serta tindakan pihak berkuasa antarabangsa agar bertindak menamatkan konflik dan kekejaman atas masyarakat yang lemah.

4. Meskipun kekejaman ini berlaku jauh di luar sempadan negara kita, namun sebagai ummat Islam malah masyarakat yang bertamadun, kita mesti mengambil apa jua tindakan dalam ruang keupayaan kita untuk menyelamatkan insan tertindas. Paling tidak, kita nyatakan solidariti kita bersama masyarakat prihatin seluruh dunia ke atas isu yang melanda Rohingya, Syria dan Gaza.

5. Kita juga perlu senantiasa memanjatkan doa dan munajat kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Kuasa agar memberi pertolongan kepada insan yang lemah mendepani kekejaman regim yang berkuasa.

6. Melunas tanggungjawab itu, maka kami dari Kongres Rakyat bersama semua pihak ngo-ngo prihatin juga parti – parti politik menganjurkan Solat Hajat dan Munajat Perdana selepas solat zohor berjamaah di Masjid Negara. Program ini seperti maklumat berikut :
Himpunan Solidariti Ummah & Munajat Perdana.
Tarikh : 26 Nov 2016

Hari : Sabtu
Masa : 1.00 pm – 4.00 pm
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur.
1.00 pm : Solat Zohor berjamaah
1.20 pm : Solat Hajat dan Munajat
2.00 pm : Pidato Pimpinan
4.20 pm : Solat Asar berjamaah
4.30 pm : Bersurai.

Semua warga prihatin dijemput hadhir.

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

Sumber BO - 22-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












Kongres Rakyat: Harap DBKL datang dengar rintihan rakyat

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42447-kongres-rakyat-harap-dbkl-datang-dengar-rintihan-rakyat

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak keberatan untuk hadir bersama-sama mendengar rintihan rakyat di dalam Kongres Rakyat yang akan diadakan pada 25 September 2016 nanti.

Penyelarasnya Kamaruzaman Mohamad berkata, pihaknya akan memaklumkan jemputan itu kepada DBKL dalam satu surat rasmi yang akan dihantar esok.

"Kita akan berhubung dengan DBKL, untuk mereka menghantar wakilnya di dalam Kongres Rakyat itu nanti. Kita akan sediakan satu slot untuk mereka," katanya dalam sidang media di Jalan Pahang petang ini.

Beliau berkata, pihak DBKL akan diberi peluang membentangkan secara kasar apa yang disediakan oleh mereka bagi menghadapi lapan teras permasalahan utama yang dihadapi oleh warga Wilayah Persekutuan.

Lapan teras tersebut, antaranya masalah pengangkutan awam, perumahan, ruang niaga untuk bumiputera atau peluang perniagaan, kadar jenayah dan isu keselamatan, kebanjiran warga asing, gejala sosial dan gelandangan, pemandu teksi dan perpaduan nasional.

"Kita berharap sangat kehadiran wakil DBKL bagi menyampaikan mesej kepada warga Wilayah secara cepat dan berkesan," katanya yang menjangkakan kehadiran lebih 300 peserta pada hari itu.

Beliau berkata, jawatankuasa Kongres Rakyat Wilayah telah berjaya mengumpul lebih 50 Ngo di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk persatuan penduduk, pemandu teksi, penjaja kecil dan banyak lagi.

Jelasnya, setiap isu akan dikupas oleh tokoh-tokoh yang akan membentangkan isu teras yang disenaraikan manakala penggulungan akan dibuat oleh Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Kongres Rakyat Wilayah Persekutuan akan dirasmikan oleh Presiden Kongres Rakyat Mohd Azmi Abdul Hamid, bertempat di Dewan Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya Pandan Indah Selangor.

Justeru katanya, Wilayah Persekutuan merupakan pusat dan tanda aras kepada pencapaian visi dan misi kerajaan Malaysia dalam merealisasikan pelan tindakan yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

"Kegagalan dalam mencapai visi dan misi akan mencerminkan sejauhmana keberkesanan segala perancangan kerajaan dalam memenuhi tuntutan kebajikan rakyat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/9/2016

Sumber HD - 8-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat Terengganu Berjaya Angkat Isu Rakyat

OLeh : Azmi Abdul Hamid

Kongres Rakyat negeri Trengganu , pada 20 hb Ogos 2016, yang telah menghimpunkan lebih 60 Ngo, dan disertai lebih 2,000 peserta dari pelbagai lapisan dan kelompok, telah berjaya mengangkat isu-isu rakyat yang menyeluruh dan menjadi medan rakyat negeri tersebut membangkitkan suara mereka yang selama ini diketepikan dan menjadi keresahan di negeri Trengganu.

Kongres Rakyat (KR) peringkat negeri ini adalah kali ketiga setelah dua negeri sebelum ini melaksanakan perhimpunan iaitu Kedah dan Pulau Pinang. Inisiatif ini bertujuan untuk mendengar pelbagai kelompok rakyat dari pelbagai sektor untuk memberikan pandangan mereka mengenai isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Beberapa isu utama yang berkait dengan ekonomi, politik, kebajikan, pendidikan, sosial, pembangunan serta generasi muda dan wanita telah berjaya diketengahkan oleh wakil pelbagai sektor yang berkenaan.


KR Trengganu mengambil perhatian kepada isu Felda dan pembangunan tanah. Ternyata keresahan peneroka terhadap pengurusan Felda yang kini membebankan mereka dengan hutang bernilai ratusan ribu ringgit telah disuarakan dalam persidangan itu. Lebih malang mereka tidak diberi penyata terperinci mengenai hutang yang ditanggung. Ditambah lagi hutang itu diwarisi pula kepada generasi kedua Felda. Jika ditambah dengan kos tanam semula , peneroka Felda akan terbeban dengan hutang yang berganda. Kongres Rakyat dengan itu mendesak agar hutang tersebut dikajisemula.

Kongres juga mengambil perhatian serius terhadap projek perumahan generasi kedua Felda yang terbengkalai. Janji kerajaan menyediakan perumahan untuk generasi kedua Felda ternyata gagal ditunaikan apabila tinjauan menunjukkan beberapa tapak projek perumahan di Trengganu kini terbiar.

Aduan rakyat terhadap pencerobohan dikawasan hutan simpan negeri Trengganu juga dibangkitkan kerana mereka yang bertanggungjawab telah menyalahgunakan kuasa. Jabatan Hutan Negeri sendiri menyarankan agar hutan tidak dikeluarkan dari warta hutan simpanan, namun Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri telah meluluskan pembalakkan dilakukan dalam hutan simpanan yang ada di Trengganu.

Kongres ini juga membahaskan isu pindaan RUU 355 yang menuntut agar semua ahli Parlimen menyokongnya untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini. Status bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terbatas selama 60 tahun telah tidak diberi peluang untuk dipinda. Kongres menegaskan jika hak agama orang bukan Islam boleh dijamin kenapa hak umat Islam di negara ini untuk mendapat peluang menjalani kehidupan berdasarkan syariat dinafikan.


Isu kesihatan juga diangkat sebagai isu yang penting dalam mencapai kesejahteraan rakyat. Status hospital di Trengganu berkaitan dengan prasarana yang maseh jauh dari mencukupi serta bilangan dan penempatan doktor pakar tidak dimemadai , dilihat sebagai faktor yang menunjukkan kerajaan tidak melihat kepentingan kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

Wakil kluster kesihatan juga mengungkit isu kesihatan sosial. Rakyat melihat kerajaan tidak memberi tumpuan kepada punca gejala sosial yang semakin berleluasa seperti zina, dadah, buang bayi dan seks bebas. Kongres menyarankan Dasar Keluarga Darul Iman digubal dengan mengguna pendekatan menyelesaikan gejala dari sumbernya.

Wakil Kluster wanita telah membicarakan soal penindasan dan diskriminasi yang terus wujud dalam negara. Pemerkasaan undang-undang perlu dilakukan dengan bersungguh untuk mengelak kaum wanita teraniaya. Aduan mengenai kurangnya penekanan diberi kepada sokongan wanita dan isu nasib ibu tunggal dan tuntutan hak selepas cerai diungkap dalam perbahasan Kongres itu. Kerajaan didesak supaya memberi perhatian kepada keberkesanan sokongan keluarga yang sangat perlu dipertingkatkan. Isu yang membabitkan hakmilik hartanah, penguatkuasaan nafkah oleh perintah mahkamah dituntut supaya diberi perhatian serius. Termasuk isu pembubaran perkahwinan dalam kes pasangan yang memeluk Islam, pembahas membentangkan usul agar undang- undang Islam ditegakkan sementara yang bukan Islam tidak dinafikan haknya. Soal galakkan penyusuan ibu , cuti bersalin yang perlu dipanjangkan tempohnya dan cuti kematian suami dituntut supaya dipertimbangkan oleh kerajaan.

KR Trengganu memberi perhatian mengenai kemungkaran ekonomi yang semakin menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia amnya dan negeri Trengganu khususnya. Beberap isu uatama telah disuarakan termasuk : hutang negara yang memuncak, kepincangan pengurusan 1 MDB, kejatuhan pendapatan petroleum dan nilai matawang ketahap paling remdah, penguatkuasaan GST, kenaikan kos sara hidup, pembuangan pekerja tempatan dan pengambilan pekerja asing adalah antara isu utama yang dibentang.

Isu penguncupan bajet negeri Trengganu, sementara projek-projek dianugerah kepada kroni BN telah memburukkan lagi ekonomi negeri. Rakyat kini merasa tekanan ekonomi yang berat sehingga keperluan perbelanjaan seharian seperti kos makanan menjadi sangat berat bagi rakyat.


KR juga mendengar isu budaya berbelanja didalam masyarakat yang perlu diperbetulkan. Pemimpin negara gagal menunjukkan budaya berbelanja yang berhemat . Mereka kelihatan berlumba berbelanja mewah seperti acara kenduri, sambutan sosial, pakaian, kereta mewah, bercuti diluar negara dan membeli rumah kediaman mewah.

Sementara itu , Trengganu juga kini menghadapi masalah bekalan air yang kritikal dibeberapa kawasan. Akibatnya rakyat Trengganu berhadapan dengan ketidakstabilan bekalan air. Pengurusan bekalan air yang tidak efesien , jelas telah menjejaskan ratusan ribu penduduk negeri Trengganu. KR melahirkan kekesalannya bila peruntukan berbilion ringgi dari kerajaan Pusat disalurkan untuk projek bekalan air, namun krisis maseh tidak dapat diatasi.

Sementera itu isu bekalan makanan dari sektor pertanian juga menjadi isu yang dibentangkan. Trengganu ternyata menghadapi defisit hasil pertanian. Negeri itu berdepan dengan kebergantungan kepada hasil pertanian dari luar. Projek yang dibangunkan oleh kerajaan sendiri gagal. Akibat perancangan yang tidak rapi dan ujud tindakan yang gopoh, terdapat projek pertanian yang menjadi gajah putih. TADC iaitu anak syarikat kerajaan negeri tidak dapat menghasilkan impak yang positif kepada ekonomi pertanian negeri. Puluhan juta dibelanjakan, namun sehingga hari ini syarikat yang ditubuhkan menanggung kerugian. Akibat tidak ada kepakaran dalam pengurusan, banyak pelaburan projek pertanian oleh kerajaan juga gagal. Kongres mendengar pembentangan mengenai banyak jentera pertanian di negeri Trengganu tidak berfungsi kerana tidak dapat diperbaikki akibat ketiadaan bajet.

Dalam sektor kebajikan, KR Trengganu juga mendengar nasib bekas tentera yang tidak diberi layanan untuk mendapatkan tapak rumah dan tanah untuk mereka menyara hidup mereka selepas berkhidmat. Aduan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT ) tidak membantu bekas tentera disuarakan oleh wakil berkenaan. Malah ada kes elaun khas berkhidmat atas nama misi PBB di luar negara juga tidak dibayar kepada anggota yang bertugas, sebaliknya gaji mereka pula yang dipotong untuk menampung kos cuti dan tiket.

Isu pengambilan pekerja asing dan pekerja tempatan dibuang dalam sektor gas dan minyak negara dibangkitkan kerana ia jelas menjejaskan rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat penuh dari sektor ini. Kerajaan dituntut mengkaji implikasi dari tindakan ini demi masa depan sektor tesebut.


Pendidikan dan Pembangunan insan telah dibentang yang meliputi beberapa isu utama iaitu
pemberhentian biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang baru mendaftar di IPT luar negara, mengkaji semula pendidikan moral dalam sistem pendidikan negara, membangunan institusi pengajian di Trengganu yang berteraskan Islam, menghentikan perlaksanaan DLP yang akan menyisih Bahasa Kebangsaan, jadikan Islam sebagai teras dalam semua program diinstitut kemahiran negara, kaji tahap penghayatan Islam dikalangan pelajar dan menuntut kerajaan negeri mengembalikan bajet pendidikan yang telah dipotong.

Politik dan kempimpinan negeri Trengganu dilihat tidak stabil. Banyak ketidaktentuan berlaku akibat krisi dalaman politik kerajaan . Ia juga telah dikaitkan dengan kegagalan kerajaan mengembalikan hak royalti minyak. Ia membawa implikasi kedaulatan negeri berdasarkan Pelrlembagaan Persekutuan. Kepimpinan politik negeri Trengganu juga dilihat lemah bila kawasan blok telaga minyak Bertam 307 telah diserah kepada Pahang. Sikap pemimpin politik Trengganu yang boros dalam berbelanja dengan projek mewah dan membazir seperti Stadium dan Tasek Kenyir telah menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan kerajaan. Dalam masa yang sama pengendalian projek LPT 2 yang lewat dan tidak sempurna dibangkitkan kerana rakyat kini terpaksa membayar tol walaupun kemudahan lebuhraya itu tidak berkualiti sebagimana sepatutnya.

Pembentangan terakhir menyentuh soal belia dan mahasiswa. Isu yang dibangkitkan termasuk soal pengangguran dimana Trengganu merupakan negeri kedua tertinggi kadar pengganguran. Wakil kelompok ini juga mengungkap isu gejala sosial dikalangan generasi muda yang berleluasa di negeri ini seperti buang bayi, rempit, penagihan dadah. Wakil juga menuntut supaya pemimpin negara dan negeri menunjukkan budaya politik yang sihat. Kepincangan dan politik korup kini telah menyebabkan belia mengambil sikap bebal kepada politik negara.

***CIKGU MOHD AZMI ABDUL HAMID ialah Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan

Sumber BO - 25-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















Kongres Rakyat Terengganu berjaya angkat isu rakyat

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .





http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42235-kongres-rakyat-terengganu-berjaya-angkat-isu-rakyat

Kongres Rakyat Negeri Terengganu pada 20 Ogos 2016, yang telah menghimpunkan lebih 60 NGO dan disertai lebih 2,000 peserta dari pelbagai lapisan dan kelompok, telah berjaya mengangkat isu-isu rakyat yang menyeluruh dan menjadi medan rakyat negeri tersebut membangkitkan suara mereka yang selama ini diketepikan dan menjadi keresahan di negeri Terengganu.

Kongres Rakyat (KR) peringkat negeri ini adalah kali ketiga setelah dua negeri sebelum ini melaksanakan perhimpunan iaitu Kedah dan Pulau Pinang. Inisiatif ini bertujuan untuk mendengar pelbagai kelompok rakyat dari pelbagai sektor untuk memberikan pandangan mereka mengenai isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Beberapa isu utama yang berkait dengan ekonomi, politik, kebajikan, pendidikan, sosial, pembangunan serta generasi muda dan wanita telah berjaya diketengahkan oleh wakil pelbagai sektor yang berkenaan.

KR Terengganu mengambil perhatian kepada isu Felda dan pembangunan tanah. Ternyata keresahan peneroka terhadap pengurusan Felda yang kini membebankan mereka dengan hutang bernilai ratusan ribu ringgit telah disuarakan dalam persidangan itu. Lebih malang mereka tidak diberi penyata terperinci mengenai hutang yang ditanggung. Ditambah lagi hutang itu diwarisi pula kepada generasi kedua Felda. Jika ditambah dengan kos tanam semula, peneroka Felda akan terbeban dengan hutang yang berganda. Kongres Rakyat dengan itu mendesak agar hutang tersebut dikaji semula.

Kongres juga mengambil perhatian serius terhadap projek perumahan generasi kedua Felda yang terbengkalai. Janji kerajaan menyediakan perumahan untuk generasi kedua Felda ternyata gagal ditunaikan apabila tinjauan menunjukkan beberapa tapak projek perumahan di Terengganu kini terbiar.

Aduan rakyat terhadap pencerobohan di kawasan hutan simpan negeri Trengganu juga dibangkitkan kerana mereka yang bertanggungjawab telah menyalahgunakan kuasa. Jabatan Hutan Negeri sendiri menyarankan agar hutan tidak dikeluarkan dari warta hutan simpanan, namun Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri telah meluluskan pembalakkan dilakukan dalam hutan simpanan yang ada di Terengganu.

Kongres ini juga membahaskan isu pindaan RUU 355 yang menuntut agar semua ahli parlimen menyokongnya untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini. Status bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terbatas selama 60 tahun telah tidak diberi peluang untuk dipinda. Kongres menegaskan jika hak agama orang bukan Islam boleh dijamin kenapa hak umat Islam di negara ini untuk mendapat peluang menjalani kehidupan berdasarkan syariat dinafikan.

Isu kesihatan juga diangkat sebagai isu yang penting dalam mencapai kesejahteraan rakyat. Status hospital di Terengganu berkaitan dengan prasarana yang masih jauh dari mencukupi serta bilangan dan penempatan doktor pakar tidak dimemadai , dilihat sebagai faktor yang menunjukkan kerajaan tidak melihat kepentingan kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

Wakil kluster kesihatan juga mengungkit isu kesihatan sosial. Rakyat melihat kerajaan tidak memberi tumpuan kepada punca gejala sosial yang semakin berleluasa seperti zina, dadah, buang bayi dan seks bebas. Kongres menyarankan Dasar Keluarga Darul Iman digubal dengan mengguna pendekatan menyelesaikan gejala dari sumbernya.

Wakil kluster wanita telah membicarakan soal penindasan dan diskriminasi yang terus wujud dalam negara. Pemerkasaan undang-undang perlu dilakukan dengan bersungguh untuk mengelak kaum wanita teraniaya. Aduan mengenai kurangnya penekanan diberi kepada sokongan wanita dan isu nasib ibu tunggal dan tuntutan hak selepas cerai diungkap dalam perbahasan kongres itu. Kerajaan didesak supaya memberi perhatian kepada keberkesanan sokongan keluarga yang sangat perlu dipertingkatkan.

Isu yang membabitkan hak milik hartanah, penguatkuasaan nafkah oleh perintah mahkamah dituntut supaya diberi perhatian serius. Termasuk isu pembubaran perkahwinan dalam kes pasangan yang memeluk Islam, pembahas membentangkan usul agar undang-undang Islam ditegakkan sementara yang bukan Islam tidak dinafikan haknya. Soal galakan penyusuan ibu, cuti bersalin yang perlu dipanjangkan tempohnya dan cuti kematian suami dituntut supaya dipertimbangkan oleh kerajaan.

KR Terengganu memberi perhatian mengenai kemungkaran ekonomi yang semakin menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia amnya dan negeri Trengganu khususnya. Beberap isu uatama telah disuarakan termasuk hutang negara yang memuncak, kepincangan pengurusan 1MDB, kejatuhan pendapatan petroleum dan nilai matawang ke tahap paling rendah, penguatkuasaan GST, kenaikan kos sara hidup, pembuangan pekerja tempatan dan pengambilan pekerja asing adalah antara isu utama yang dibentang.

Isu penguncupan bajet negeri Trengganu, sementara projek-projek dianugerah kepada kroni BN telah memburukkan lagi ekonomi negeri. Rakyat kini merasa tekanan ekonomi yang berat sehingga keperluan perbelanjaan seharian seperti kos makanan menjadi sangat berat bagi rakyat.

KR juga mendengar isu budaya berbelanja di dalam masyarakat yang perlu diperbetulkan. Pemimpin negara gagal menunjukkan budaya berbelanja yang berhemat . Mereka kelihatan berlumba berbelanja mewah seperti acara kenduri, sambutan sosial, pakaian, kereta mewah, bercuti di luar negara dan membeli rumah kediaman mewah.

Sementara itu, Terengganu juga kini menghadapi masalah bekalan air yang kritikal di beberapa kawasan. Akibatnya rakyat Trengganu berhadapan dengan ketidakstabilan bekalan air. Pengurusan bekalan air yang tidak efesien, jelas telah menjejaskan ratusan ribu penduduk negeri Terengganu. KR melahirkan kekesalannya bila peruntukan berbilion ringgi dari kerajaan Pusat disalurkan untuk projek bekalan air, namun krisis masih tidak dapat diatasi.

Sementera itu, isu bekalan makanan dari sektor pertanian juga menjadi isu yang dibentangkan. Terengganu ternyata menghadapi defisit hasil pertanian. Negeri itu berdepan dengan kebergantungan kepada hasil pertanian dari luar. Projek yang dibangunkan oleh kerajaan sendiri gagal. Akibat perancangan yang tidak rapi dan wujud tindakan yang gopoh, terdapat projek pertanian yang menjadi gajah putih. TADC iaitu anak syarikat kerajaan negeri tidak dapat menghasilkan impak yang positif kepada ekonomi pertanian negeri. Puluhan juta dibelanjakan, namun sehingga hari ini syarikat yang ditubuhkan menanggung kerugian. Akibat tidak ada kepakaran dalam pengurusan, banyak pelaburan projek pertanian oleh kerajaan juga gagal. Kongres mendengar pembentangan mengenai banyak jentera pertanian di negeri Terengganu tidak berfungsi kerana tidak dapat diperbaiki akibat ketiadaan bajet.

Dalam sektor kebajikan, KR Terengganu juga mendengar nasib bekas tentera yang tidak diberi layanan untuk mendapatkan tapak rumah dan tanah untuk mereka menyara hidup mereka selepas berkhidmat. Aduan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak membantu bekas tentera disuarakan oleh wakil berkenaan. Malah ada kes elaun khas berkhidmat atas nama misi PBB di luar negara juga tidak dibayar kepada anggota yang bertugas, sebaliknya gaji mereka pula yang dipotong untuk menampung kos cuti dan tiket.

Isu pengambilan pekerja asing dan pekerja tempatan dibuang dalam sektor gas dan minyak negara dibangkitkan kerana ia jelas menjejaskan rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat penuh dari sektor ini. Kerajaan dituntut mengkaji implikasi dari tindakan ini demi masa depan sektor tersebut.

Pendidikan dan pembangunan insan telah dibentang yang meliputi beberapa isu utama iaitu pemberhentian biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang baru mendaftar di IPT luar negara, mengkaji semula pendidikan moral dalam sistem pendidikan negara, membangunan institusi pengajian di Terengganu yang berteraskan Islam, menghentikan pelaksanaan DLP yang akan menyisih Bahasa Kebangsaan, jadikan Islam sebagai teras dalam semua program di institut kemahiran negara, kaji tahap penghayatan Islam dalam kalangan pelajar dan menuntut kerajaan negeri mengembalikan bajet pendidikan yang telah dipotong.

Politik dan kempimpinan negeri Terengganu dilihat tidak stabil. Banyak ketidaktentuan berlaku akibat krisi dalaman politik kerajaan. Ia juga telah dikaitkan dengan kegagalan kerajaan mengembalikan hak royalti minyak. Ia membawa implikasi kedaulatan negeri berdasarkan Pelrlembagaan Persekutuan. Kepimpinan politik negeri Terengganu juga dilihat lemah bila kawasan blok telaga minyak Bertam 307 telah diserah kepada Pahang. Sikap pemimpin politik Terengganu yang boros dalam berbelanja dengan projek mewah dan membazir seperti stadium dan Tasek Kenyir telah menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan kerajaan. Dalam masa yang sama pengendalian projek LPT2 yang lewat dan tidak sempurna dibangkitkan kerana rakyat kini terpaksa membayar tol walaupun kemudahan lebuh raya itu tidak berkualiti sebagimana sepatutnya.

Pembentangan terakhir menyentuh soal belia dan mahasiswa. Isu yang dibangkitkan termasuk soal pengangguran di mana Trengganu merupakan negeri kedua tertinggi kadar pengganguran. Wakil kelompok ini juga mengungkap isu gejala sosial dalam kalangan generasi muda yang berleluasa di negeri ini seperti buang bayi, rempit, penagihan dadah. Wakil juga menuntut supaya pemimpin negara dan negeri menunjukkan budaya politik yang sihat. Kepincangan dan politik korup kini telah menyebabkan belia mengambil sikap bebal kepada politik negara. - HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD -22-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Resolusi Kongres Akan Diserah Kepada ‘Pihak Berwajib’

KUALA TERENGGANU – Secara keseluruhannya, Kongres Rakyat Terengganu 2016 yang pertama kali diadakan di negeri ini, terbukti telah berjaya menghimpunkan, 83 NGO dari seluruh negeri ini.

Menurut Speakernya Wan Zainuddin Wan Musa, hampir seribu orang menghadiri sidang tersebut, mengikut catatan rekod terakhir pendaftaran peserta.

Oleh itu, langkah selanjutnya adalah, kata beliau, menyampaikan resolusi Kongres kepada pihak berwajib.

“Jadi langkah kita seterusnya kita akan menghantar resolusi ini, khususnya kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk diperhatikan dan untuk dinilai,

“dan (sebelum itu) sekiranya perlu mana-mana resolusi atau cadangan yang dikemuka melalui pembahas-pembahas ini,

“kita minta dan kita akan desak kepada kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakannya,”jelas beliau.

Tegasnya, ia bukan untuk kepentingan politik tetapi untuk kepentingan rakyat negeri Terengganu secara khususnya.

“Jadi kita harap selepas ini, kerajaan negeri Terengganu akan lebih prihatin dengan permasalahan dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para pembahas sebentar tadi.

“Kita tidak mahu selepas ini, berlakunya insiden-insiden di mana kerajaan memberi alasan-alasan yang begitu simplistik seperti terlepas pandang dan sebagainya,”katanya.

Beliau berharap, Kongres Rakyat Terengganu menjadi satu titik tolak baru, khususnya kepada NGO-NGO yang ada di Negeri Terengganu ini, penambahbaikkan pentadbiran negeri.

“khususnya kepada NGO-NGO yang ada di Negeri Terengganu ini, yang sebenarnya (boleh) berperanan untuk membantu kerajaan……….memberi input-input yang positif kepada kerajaan untuk menambahbaikkan pentadbiran,
“dan juga aspek-aspek yang telah dinyatakan secara panjang lebar oleh pembentang-pembentang usul sebentar tadi,”ujarnya pada sidang media selepas tamat sidang Kongres tersebut, semalam.
untuk membantu yang sebenarnya berperanan untuk membantu kerajaan memberi input-input yang positif kepada kerajaan.

Juteru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program bersejarah rersebut.

“Jadi saya bagi pihak Kongres Rakyat Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pembentang-pembentang dan juga NGO-NGO,

“dan juga tidak lupa kepada pihak media yang telah memberikan ‘coverage’ yang begitu meluas dan kita harap ini akan mendatangkan satu kesan yang positif kepada kita semua terutama kepada rakyat negeri Terengganu sendiri,”kata beliau.


Sumber BO - 21-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















RUU 355: 'Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan'

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42231-ruu-355-orang-itu-tidak-faham-apa-itu-perlembagaan                                                                                                                                                                                                                                                                                                             KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menempelak pihak tertentu yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta 355 yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu sebagai tidak kemas dan bersifat umum.

Beliau menyifatkan ia adalah pandangan daripada pihak yang tidak memahami perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang secara jelas.

Katanya, apa yang dibawa itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum, berbeza dengan undang-undang itu sendiri, lapor Buletin Online.

“Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang,

“Yang kita ini undang-undang, perlembagaan lain. Kena faham. Ini perlembagaan, mana ada perlembagaan ‘detail’, perlembagaan kena umumlah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan penutup Kongres Rakyat Terengganu di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, semalam.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya bersedia berjumpa mana-mana pihak untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu termasuklah Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang pernah membantah RUU sebelum ini.

MPM sebelum ini membantah RUU persendirian yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang itu dengan menganggap ia tidak sah dan tidak berperlembagaan.

“Sepatutnya dia (MPM) berjumpa dengan kitalah, bukan berjumpa dari jauh. Kita bersedia berjumpa dengan semua pihak,” kata Tuan Guru Abdul Hadi.

Beliau berkata, PAS pernah mengadakan seminar bagi memberi kefahaman mengenai pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu.

Dan terbaharu kata beliau, golongan bukan Islam Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) telah datang sendiri ke rumah beliau di Marang, mendapatkan penjelasan lanjut berhubung RUU.

Ditanya berhubung tindakan negatif pihak tertentu yang mengumpul sebanyak sejuta tandatangan bagi menolak RUU terbabit, beliau berkata pihaknya tiada masalah dan menyifatkan undang-undang tidak menghalang pelakuan tersebut.

Walaupun turut mempersoalkan tindakan bukan Islam untuk menggagalkan pembentangan terbabit yang tidak berkait dengan komuniti itu sama sekali, beliau memberitahu bahawa tidak kurang juga yang menyokong kerana faham isu yang dibawa.

“Saya dimaklumkanlah ada orang bukan Islam yang sokong. Ada berjumpa dengan saya dan ada bukan Islam yang menyokong. Ini hak orang Islam kerana mengikut peruntukkan perlembagaan, mahkamah syariah boleh menghukum orang Islam sahaja, tidak boleh orang bukan Islam,” katanya.

Sumber HD - 21-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------

PAS Sangkal Dakwaan RUU 355 Tidak Kemas

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menempelak pihak tertentu yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta 355 yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu sebagai tidak kemas dan bersifat umum.

Beliau menyifatkan ia adalah pandangan daripada pihak yang tidak memahami perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang secara jelas.
Katanya, apa yang dibawa itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum, berbeza dengan undang-undang itu sendiri.

“Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang,

“Yang kita ini (kena tahu) undang-undang, perlembagaan lain. Kena faham. Ini (RUU) perlembagaan……… mana ada perlembagaan ‘detail’, perlembagaan kena umumlah,”jelasnya.

Ustaz Hadi berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan penutup Kongres Rakyat Terengganu di Terengganu Equestrian Resort, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya bersedia berjumpa mana-mana pihak untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu termasuklah Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang pernah membantah RUU sebelum ini.
MPM sebelum ini membantah RUU persendirian yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang itu dengan menganggap ia tidak sah dan tidak berperlembagaan.

“Sepatutnya dia (MPM) berjumpa dengan kitalah, bukan berjumpa dari jauh. Kita bersedia berjumpa dengan semua pihak (Islam dan bukan Islam),” katanya.
Beliau berkata, PAS pernah mengadakan seminar bagi memberi kefahaman mengenai pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu.
Dan terbaharu kata beliau, golongan bukan Islam Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tlah datang sendiri ke rumah beliau di Marang, mendapatkan penjelasan lanjut berhubung RUU.

Ditanya berhubung tindakan negatif pihak tertentu yang mengumpul sebanyak sejuta tandatangan bagi menolak RUU terbabit, beliau berkata pihaknya tiada masalah dan menyifatkan undang-undang tidak menghalang pelakuan tersebut.

Walaupun turut mempersoalkan tindakan bukan Islam untuk menggagalkan pembentangan terbabit yang tidak berkait dengan komuniti itu sama sekali, beliau memberitahu bahawa tidak kurang juga yang menyokong kerana faham isu yang dibawa.

“Saya dimaklumkanlah ada orang bukan Islam yang sokong. Ada berjumpa dengan saya dan ada bukan Islam yang menyokong. Ini hak orang Islam kerana mengikut peruntukkan perlembagaan, mahkamah syariah boleh menghukum orang Islam sahaja, tidak boleh orang bukan Islam,” katanya.

Sumber BO - 21-8-2016

------------------------------------------------------------------------------

Resolusi Kongres Rakyat Terengganu

Setelah menerima usul-usus dari akar umbi rakyat, mendengar secara langsung pandangan dari seluruh sektor masyarakat melalui wakil-wakil NGOs dan NGI serta mengambil kira pandangan pimpinan dan tokoh-tokoh masyarakat, maka Kongres Rakyat Terengganu yang bersidang hari ini, 17 Zulhijjah 1437H bersamaan 20 Ogos 2016 merentasi isu-isu utama: agama, politik, pemerintahan, kepimpinan negeri, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan, sosial, belia dan wanita,

MENGISTIHARKAN:-
1. Bersatu bagi “Membina Terengganu Sejahtera” melalui kebebasan demokrasi dan pendekatan budaya matang serta sejahtera dalam menangangi proses perubahan kepimpinan dan pemerintahan negeri bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri.

2. Bertindak menyedarkan rakyat ke arah mengembalikan semula tunjang-tunjang sistem ketatanegerian yang adil dan saksama bagi semua kaum, agama dan pegangan politik melalui keluhuran Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu berpaksikan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias yang muktabar.
3. Menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan dan pembangunan negeri dengan usaha memartabatkan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah melalui dokongan padu kepada pindaan Rang Undang-Undang 355 sebagai langkah pemerkasaan frasarana pelaksanaan Mahkamah Syariah di Malaysia.
4. Berusaha sedaya upaya mengembalikan hak dan kedaulatan negeri Terengganu daripada dinafikan oleh kerajaan persekutuan terutama royalti petroleum, Bertam 307 termasuk penggunaan wang rakyat negeri bagi pembangunan projek persekutuan sebaliknya menangguhkan pembinaan hospital di Dungun, Kemaman dan UniSZA yang menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

5. Mendesak kerajaan menubuhkan satu “Task Force” bagi merangka Pelan Perindustrian berpotensi besar dan mempunyai kesan multiplier dalam memacu Industri huluan dan hiliran, petroleum serta pelancongan, pertanian dan lain-lain dengan keutamaan kepada strategi merakyatkan ekonomi negeri melalui keutamaan pembukaan peluang usahawan dan kerjaya kepada anak negeri.

6. Menjadikan agenda pendidikan sebagai wahana terpenting dalam pembangunan insan secara holistik dengan mendesak kerajaan mengembalikan semula bantuan kewangan pelajaran di dalam dan di luar negara disamping mewajibkan pendidikan agama dan moral sebagai teras pembinaan akhlak dan jatidiri rakyat.
7. Bertindak untuk menggesa kerajaan supaya diwujudkan segera satu badan perunding bagi pembangunan belia (generasi Y) yang inklusif merentasi semua kluster, demografi dan etnik penduduk negeri ini agar mencapai tahap glokal setanding dengan negeri-negeri maju di Malaysia.
8. Menggesa kerajaan negeri agar memperkasakan Jabatan dan Agensi Pembangunan Wanita bagi menjamin penyertaan yang adil dan saksama kepada golongan wanita dalam semua sektor disamping menjamin kebajikan dan keselamatan wanita melalui pemerkasaan pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam di negeri ini.
Bagi menggerak dan merealisasikan Resolusi tersebut, maka seluruh lapisan rakyat dengan dipimpin oleh NGOsserta pimpinan masyarakat menggagaskan:

AGENDA BERTINDAK:-

1. Menubuhkan pasukan petugas khas bagi setiap sektor isu rakyat untuk diambil langkah susulan.

2. Menghasilkan sebuah Memorandum Rakyat Terengganu untuk dipanjangkan kepada peringkat tertinggi pemerintahan dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat dengan tujuan untuk melaksanakan semua usul yang dinyatakan dalam Kongres Rakyat Terengganu.

3. Mengadakan dialog dengan Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan serta Swasta yang berkaitan berdasarkan isu-isu rakyat bertujuan mewujudkan solusi bersama.

4. Menganjur Perhimpunan Rakyat berdasarkan isu utama yang dibangkit bagi memperteguhkan dokongan rakyat terhadap semua isu yang diperjuangkan.

5. Menubuhkan Sekretariat Tetap Kongres Rakyat Terengganu bagi mengambil langkah susulan dan menjadi pusat mobalisasi rakyat melalui jaringan-kebersamaan NGOs, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Swasta.

SEKRETARIAT 
KONGRES REKYAT TERENGGANU
TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT
PADA 20 OGOS 2016

Sumber BO - 21-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengangguran Belia Semakin Parah

KUALA TERENGGANU – Pengangguran adalah merupakan ‘humanitarian disaster’ yang boleh menyebabkan kehilangan peluang kepada pembangunan ekonomi negara.

Pembahas Kluster Belia Muhd Shafie Ghazali berkata, iamampu memberikan kesan yang panjang kepada pendapatan dan juga ketidakstabilan pekerjaan kerana belia yang terlibat selalunya bermula dengan karier diri yang tidak mencukupi (weaker early-career credentials).

“dan juga nilai keyakinan dan ketahanan diri yang lemah dalam menghadapi peluang pasaran pekerjaan.

“Di dalam negara membangun seperti Malaysia, kadar pengangguran belia yang tinggi boleh menyebabkan negara kehilangan transfomasi ekonomi (national economic transformation) dan juga sekaligus mampu memberikan kesan ke atas kedudukan sosial masyarakat (social instability),”ujarnya.

Katanya, statistik mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia tahun pertama 2015 telah mencatatkan Terengganu menduduki tempat yang kedua kadar pengangguran tertinggi sebanyak 4.6 % selepas Wilayah Persekutuan Labuan.

Lebih malang lagi, katanya, kebanyakan penganggur pula terdiri dari kalangan graduan-graduan kolej atau universiti, contoh sebagaimana yang berlaku kepada graduan di sebuah institut pengajian.
“Amat malang bagi graduan-graduan universiti dan kolej yang bertungkus lumus menghabiskan wang ringgit dan masa demi mendapatkan segulung ijazah namun hanya tinggal khayalan.

“Kejayaan mereka sepatutnya digunakan untuk kebaikan negeri ini,”tegasnya ketika berucap pada Kongres Rakyat Terengganu, di sini semalam Sabtu 20 Ogos.

Beliau merujuk kepada artikel di atas yang di ambil dari International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences October 2012, Vol. 2, No. 10, yang menjelaskan, antara sebab berlakunya pengangguran adalah kerana pengambilan tenaga asing.

“pengambilan yang berleluasa bagi menggantikan pekerja tempatan untuk tujuan mengurangkan labor cost terutamanya di dalam sektor ‘oil and gas’.

“Syarikat-syarikat yang terlibat hanya mementingkan keuntungan yang melipat ganda tanpa memikirkan kesan panjang ke atas sosial ekonomi di negara ini,”jelsanya.

Selain itu, menurutnya, kemelesetan dan ketidakstabilan ekonomi yang amat parah juga menyebabkan berlakunya kes pekerja diberhentikan.

“kerana permintaan pasaran (demand) yang rendah berbanding kadar pengeluaran sesuatu produk yang tinggi sepertimana yang berlaku pada hari ini, kadar pengeluaran minyak (crude oil) yang sangat tinggi melebihi permintaan pasaran dunia, akhirnya nilai minyak menjadi rendah dan hanya pada kadar 45-50 U.S dollar/ton,”jelasnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan langkah-langkah yang boleh mengurangkan kadar pengangguran.
Katanya, kerajaan mestilah mengalakkan keusahawanan dan inovasi sebagai langkah bagi menghasilkan produk baru dan permintaan pasaran yang boleh memcipta peluang pekerjaan yang baru.

Selain itu, pihak berkuasa juga Kerajaan perlu mewujudkan program panduan kerier kepada belia yang masih dalam alam persekolahan.

“Ia salah satu cara yang mudah dan cepat, adalah kerajaan bekerjasama dengan mana mana syarikat yang terpilih untuk membuat lawatan kepada sekolah dan institute vokasinal bagi memberikan pendedahan di dalam alam pekerjaan (bidang),

“selain itu maklumat tentang karier dan pasaran kerja haruslah didedahkan kepada pencari pekerjaan,”ujar beliau lagi

Pihak berwajib juga, katanya, perlu memantapkan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang sudah ada dengan mengenal pasti syarikat yang mempunyai kekurangan pekerja di dalam bidang yang tertentu sekaligus membina keyakinan diri belia.

Kerajaan juga mestilah mengawal kemasukan pekerja asing dan memastikan syarikat tempatan dan luar atau mana-mana industri yang berada di negeri Terengganu ini mendahulukan pekerja rakyat Malaysia dan juga tempatan.

“Mereka juga perlu memastikan pekerja rakyat Malaysia dan tempatan tidak di tindas dengan gaji yang rendah dan mestilah diberikan kadar gaji yang setaraf dengan industri yang terlibat. (Mengikut ekonomi dan pasaran semasa dan juga perintah gaji minimum 2016. (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011),”tambah beliau.

Sumber BO - 21-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat Terengganu ; Penyertaan Melebihi Sasaran

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Setiap manusia diwajibkan oleh Allah untuk menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

Pengerusi Kongres Rakyat Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, tugas tersebut tidak dapat dilaksanakan secara berseorangan, melainkan secara berjemaah atau berpersatuan dan bukannya secara berseorangan.

“Kongres Rakyat Terengganu ini terdiri daripada Badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berbagai latarbelakang untuk menyeru amal ma’ruf dan mencegah yang mungkar,
“dan matlamat kita dilaksanakan secara berjemaah, secara berpersatuan bukan secara individu,”jelasnya ketika membuka sidang Kongres Rakyat Terengganu yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort(TER) , Kuala Ibai di sini, pada Sabtu 20 Ogos.

Beliau bersyukur kerana sambutan orang ramai khusunya di kalangan pejuang NGO di luar jangkaan,

“walaupun di Terengganu hari ini terdapat satu lagi program yang lebih besar iaitu kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Terengganu, ia tidak menjejaskan program kita,”tambah beliau.

Sehubungan itu, Pengarah kongres Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, lebih 60 buah NGO yang hadir melepasi sasaran penganjur.

“kita menjangkakan hanya 50 kehadiran di luar dari jangkaan dimana lebih dari 60 NGO yang hadir dan sebahagian peserta terpaksa bersila di atas lantai dewan”.

”mengikut perancangan, 11 pembahas mewakili pelbagai kluster telah berjaya membentangkan perbahasan yang sangat menarik minat peserta,”katanya ketika ditemui.

Pada sidang media sejurus tamat sidang Kongres, Speakernya Wan Zainuddin Wan Musa memaklumkan hampir 1000 orang hadir dengan catatan pendaftaran sebanyak 73 buah NGO hadir.

“Alhamdulillah, catatan terakhir dari meja pendaftaran sebanyak 73 buah NGO telah hadir dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama,
“dan saya dapat mengendalikan sidang tanpa sebarang masalah,”jelasnya.

Sumber BO - 20-8-2016

----------------------------------------------------------------------------

Ucapan Kluster Pembangunan Tanah & Felda
Posted on Saturday, August 20 @ 19:24:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31419



Assalamualaikum Ybg. Tuan Speaker Kongres Rakyat Terengganu serta seluruh peserta Kongres. 1. Di Terengganu ada 21 tanah rancangan Felda yang melibatkan 7463 peneroka dan sehinggan rekod 2013 86,237 warga felda seluruh Terengganu telah dicatat. Ada beberapa isu teras yang sudah lama melingkari mereka.

Felda pertama di Terengganu yang dibuka seawal kemerdekaan negara dengan 403 peneroka, dan Felda paling bongsu ialah Felda Selasih dengan 150 peneroka. Sehingga hari ini hanya tinggal sekitar 15 orang sahaja peneroka asal yang masih hidup di Felda Chalok Rahmat. HUTANG

Hutang peneroka terhadap Felda sekarang sudah melebihi RM100ribu, sesetengah peneroka. Tiada Penyata TERPERINCIL dikemukan sehingga kini walaupun ada Felda sudah memasuki proses tanam semula kali kedua. Hutang mereka hanya sekadar makluman secara kasar . Masalah ini bukan sahaja di Terengganu, bahkan melibatkan 112, 635 peneroka seluruh negara.

Kami tidak mahu mereka peneroka yang sebahagian besarnya sudah bergelar warga emas akan meninggalkan hutang ratusan ribu setelah ketiadaan mereka. Hutang peneroka akan diwarisi generasi seterusnya.

Masalah ini lebih parah apabila mereka memasuki proses tanam kedua. Menurut taklimat perjanjian tanam kali kedua peneroka Felda akan menanggung kos tanam, sara hidup dan pendahuluan hasil sehingga tahun ke lapan bermula dari pokok ditebang berjumlah RM169,900. Cuba bayangkan jika hutang sekarang sudah mencecah RM100ribu, tidak mustahil bila mana mereka sampai pada tutup kira-kira tahun ke 8 tanam kali kedua, hutang boleh mencecah hampir RM300,000 jika penghasilan BTB mereka tidak seperti yang diharapkan.

Justeru itu kami mencadangkan Kongres Rakyat Terengganu yang bersidang Hari ini mendesak Felda dan kerajaan Pusat, mengkaji semula permasalahan Hutang yang melingkari peneroka Felda.

2. PERUMAHAN GENERASI KEDUA 

Perumahan Generasi kedua yang sangat mendesak di kalangan anak peneroka di Terengganu terus menjadi tanda tanya dikalangan mereka. Sehingga hari ini masalah di masih menjadi permainan politik.

Felda Terengganu terus dianak tirikan. Peruntukan RM 1.4 bilion untuk kerajaan membina 20,000 perumahan Generasi Felda seluruh negara menjelang tahun 2017 bagaikan tidak menjadi kenyataan seperti mana janji terbaharu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Terengganu masih tiada satu projek pun yang selesai pembinaanya seperti yang dijanjikan, apatah lagi untuk mengagihkannya.

Pembinaan projek perumahan di Felda Neram 1 yang diluluskan sejak 2010 dan dibina setahun selepas itu masih lagi gagal disiapkan sehingga sekarang walaupun pembinaannya di dijangka hanya mengambil masa setahun sehaja. Tinjauan terakhir kami pada awal ogos lalu masih lagi belum siap dan tidak mungkin boleh diagihkan bulan September ini sepertimana berita tersebar.

PGBF di Felda Kertih 5, sebanyak 300 unit yang juga mengalami masalah kelewatan dan kerja-kerja pembinaan yang sangat perlahan. Semasa kami meninjau ditapak pembinaan ini, hanya ada 3 orang pekerja sahaja.

Projek di Felda Bukit Bading. Dirasmikan pecah tanah pada 29 Mei 2012 oleh Menteri Besar Terengganu ketika ( lihat gambar ) sehingga ke hari ini, 98 unit yang di janjikan hanyalah semak samun mengantikan rumah.

Projek yang sama di Felda Chalok Rahmat, hanyalah Tinggal tanah kosong .

Projek di Felda Chalok Barat, sekarang ini rumput dan lalang menjadi penghuni di tapak , walhal papan tanda dipasang dan kerja awal tanah telah dilakukan.

Projek perumahan di Felda Tenang yang dikenali projek sentuhan kasih juga mengalami nasib yang sama Telah dibuat Majlis pecah tanah melibatkan kos yang besar, di angkut seluruh pemimpin Felda Pusat turun dan gilang gemilang di lancarkan projek ini...sudah ada kontena pejabat projek, kontarktor sudah membawa peralatan pembinaan....akhirnya bukan sahaja rumah tidak kelihatan, dengan kontena pejabat projek sekali sudah hilang.

Justeru itu,Kami mendesak Kongres Rakyat yang bersidang hari ini agar mendesak kerajaan negeri supaya menggunakan apa jua saluran agar perumahan anak generasi kedua Felda tidak hanya menjadi tatapan pada papan tanda sahaja, namun ianya hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggunjawab dan bukan retorik.

Perlu ada pelan penyelesaian segera, janganlah hanya tiba piliharaya sekali lagi di angkut peralatan dan pembahagian borang menjadi umpan bilamana piliha raya umum menjelang.

3. ISU PENCEROBOHAN KHAZANAH HUTAN SIMPAN OLEH PEMIMPIN KERAJAAN SENDIRI. 

saya merujuk kepada ketua juruaudit negara bagi negeri Terengganu 2014.
1.4.3. Kelulusan Melombong Di Kawasan Hutan Simpan Kekal

1.4.3.2. Pengauditan yang dijalankan mendapati tanah seluas 2,553.2 hektar (6,309.08 ekar) di kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK)

Besul Tambahan telah diluluskan untuk pajakan melombong bijih besi kepada Lembaga
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada tahun 2012 .

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati permohonan ini tidak disertakan dengan kajian
prakebolehlaksanaan seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 63(2) EMT 2002 dan Laporan
EIA masih belum dikemukakan.

1.4.3.3. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengeluarkan lesen
pengeluaran kayu balak bagi kawasan tersebut yang terletak dalam 6 kompartmen
dengan keluasan 2,077.54 hektar bagi tempoh 16 Mac 2014 hingga 15 Mac 2015.

Manakala proses tender dan penganugerahan kerja pembalakan kepada syarikat yang
berjaya dilaksanakan oleh pemegang konsesi bagi HSK berkenaan. Semakan dan
lawatan Audit mendapati kerja-kerja pembalakan yang dijalankan oleh 6 syarikat yang
dilantik telah selesai dijalankan seperti di Jadual 1.17.

1.4.3.1. Mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Perhutanan Negara 1984, hutan simpan
hendaklah dipelihara bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Sebarang pembebasan kawasan hutan simpan perlu diganti dan diwartakan. Apa-apa aktiviti yang menjejaskan hutan simpan adalah dilarang.

Selain itu, di bawah Aktiviti 11(a), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) 1987 dan tertakluk kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) hendaklah dikemukakan bagi aktiviti perlombongan dengan keluasan melebihi 250 hektar.

1.4.3.5. MAKLUM BALAS PTG BERTARIKH 14 SEP. 2015, MENYATAKAN PENGARAH JABATAN PERHUTANAN TELAH MENCADANGKAN AGAR KAWASAN BERKENAN TIDAK DIWARTAKAN KELUAR DAEI KAWASAN HKS WALAUPUN KUTUSAN MMKN BERTARIKH 25 JULAI 2012 MELUKUSKAN TANAH INI UNTUK DIKELUARKAN DARIPADA KAWASAN HSK BESUL.
1.4.3.7. MAKLUM BALAS JAS BERTARIKH 19 OKTOBER 2015, MENYATAKAN PIHAKNYANTIDAK MENYOKONG SEBARANG PERMOHONAN PERLOMBONGAAN DI KAWASAN HSK YANG DIKELUARKAN OLEH PTG . AKTIVITI PERLOMBONGAN TANPA SEBARANG LANGKAH KAWALAN DI KAWASAN HSK BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA GANGGUAN TERHADAP SPESIES FLORA DAN FAUNA YANG BERNILAI DAN MENCEMARKAN AIR SUNGAI YANG BERHAMPIRAN . JAS JUGA MASIH BELUM MENERIMA LAPORAN EIA BAGI PERLOMBONGAN TERSEBUT.

Justeru itu kami mendesak Kongres Rakyat hari ini agar dibuat satu laporan rasmi kepada Polis dan SPRM untuk menyiasat siapakah pemimpin kerajaan negeri yang mengenepikan cadangan dari Pengarah perhutanan dan JAS sehinggakan semua balak dibawa keluar dengan cara melanggar peraturan ini.

Sekian Saya bentangkan isu kluster Pembangunan Tanah dan Felda buat seluruh peserta Kongres dan Rakyat Terengganu untuk menilai kerakusan pemerintahan sekarang.
Kluster Pembangunan Tanah. Mohon mencadang.

Naraza Muda
20 Ogos 2016

Sumberr TKO - 21-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat ; Perbahasan Kluster Wanita

I. PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGUATKUASAAN TUNTUTAN NAFKAH DI MAHKAMAH SHARIAH- (KHASNYA IBU TUNGGAL)

1. Dalam perspektif sekarang dalam skop situasi selepas peceraian, sebahagian lelaki melepaskan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai seorang bekas suami dan bapa dengan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam pemberian nafkah Eddah dan Nafkah Anak. Mereka dengan sengaja atau tanpa sengaja telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kaum Ibu yang rata-ratanya tidak bekerja walaupun dalam era , internet ini sudah pun ramai wanita yang bekerja sama ada secara sendiri atau bekerja dengan orang lain tetapi pendapatan yang diperolehi adalah kecil dan sedikit sahaja. Banyak rungutan dan aduan diterima dari kalangan wanita melalui NGOs wanita atau Persatuan Ibu Tunggal.

2. Mengikut statistik dari tahun 2010 -2015, sebanyak 726 kes ingkar perintah nafkah direkodkan.
3. Kami percaya keadaan ini berlaku kerana peranan dan fungsi BSK itu sendiri masih belum diketahui secara meluasnya.

4. Sepertimana yang kita maklum, bahawa penguatkuasaan tuntutan nafkah bagi Perintah yang telah diperoleh di Mahkamah boleh dibuat melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di setiap negeri.

5. Sepertimana baru-baru ini 15/08/16 pihak BSK melalui program bantuan pendahuluan nafkah sebahagian ibu tunggal. Kami memuji usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan itu dan sewajibnya diteruskan dan ditambah lagi peruntukan kepada ibu tunggal.

6. Justeru kami mengusulkan agar pihak kerajaan dapat:

a) meluaskan lagi penyaluran info dan maklumat mengenai BSK ini di kampung dan segala ceruk rantau di negeri Terengganu.

b) Memberi Kaunseling dan Konsultansi kepada Ibu-ibu tunggal dalam
menghadapi masalah ini.

c)Memberi bantuan dari segi kewangan untuk Ibu Tunggal mengikut terma dan syarat yang digariskan.

5. Masalah lain ialah kelancaran pengurusan di BSK yang mana pihak BSK kadangkala menghadapi kesukaran untuk memperolehi maklumat terkini suami bagi tujuan penghantaran writ saman atau apa-apa perintah yang berkaitan dengannya.

6. Oleh yang demikian, kami menyarankan supaya:

a) Pihak-pihak kerajaan yang terlibat seperti JPN, JPJ, Pejabat Tanah dan agensi-agensi yang berkaitan memberi kerjasama yang mantap dan pantas dalam menyalurkan maklumat terkini pasangan untuk penguatkuasaan nafkah di Mahkamah.
b) Menambahkan lagi bilangan kakitangan BSK
c) Mempercepatkan lagi proses sebutan dan pendengaran kes bagi tuntutan nafkah tertunggak
d) Membuat kerjasama dengan Pihak Penguatkuasa dan Penjara terhadap pesalah Mal.
e) Memberi hukuman yang berat terhadap Pesalah Mal

7. Impak daripada penambahbaikan terhadap BSK ini akan memberi kesan yang mendalam terhadap penglibatan tenaga kerja wanita ini dalam mendidik generasi muda dalam rumahtangga mereka dan dalam mengelak impak negatif yang berlaku dan menghalang daripada kerosakan institusi keluarga dalam sistem sosio-masyarakat.

II- USUL UNTUK MEMINDA SEKSYEN 51 (1) AKTA PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN & PERCERAIAN) 1976 ATAU “LAW REFORM (MARRIAGE & DIVORCE) ACT 1976” MESTI DISEGERAKAN

1.Seksyen 51 tersebut dengan tajuk “Dissolution on ground of conversion to Islam” memperuntukkan antara lain:-

(1) where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.

2. “Jika salah seorang dari pasangan non-muslim memeluk Islam, hanya pasangan yang non-converting sahaja ada hak untuk petition untuk perceraian. Seolah-olah masuk Islam, ini suatu jenayah dan hak untuk beliau melakukan petition untuk perceraian digugurkan.

3.Isu utama di sini ialah, Seksyen 51 (1) tersebut hanya memberi hak kepada pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membubarkan pernikahan sivil tetapi tidak memberi hak yang sama kepada pasangan yang memeluk Islam untuk berbuat demikian.

4. Hakim Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi dan terakhir) Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman yang mengetuai panel hakim seramai tiga orang tersebut bersama-sama dengan Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Azmel Ma’amor, di dalam kes Subashini lwn Saravanan telah membuat keputusan bahawa perintah pembubaran perkahwinan sivil yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dengan sebab pemelukan Islam oleh si suami tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sivil melainkan setakat menjadi keterangan fakta bahawa pernikahan tersebut dibubarkan berdasarkan Undang-undang Islam.

5. Bermula dari pembubaran perkahwinan, konflik terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak termasuk status agama anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun.

6. Disamping hak muallaf/umat Islam yang perlu diambil kira, hak pasangan yang belum memeluk Islam juga perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang fitnah/backlash kepada Islam yang merupakan agama yang menyediakan segala bentuk penyelesaian untuk segala sesuatu serta rahmat kepada sekalian alam.

7. Di Brunei contohnya, peruntukan undang-undang Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999 tidak menghalang Mahkamah Syariah untuk mendengar dan mengadili kes yang melibatkan bukan Islam di mana peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam tersebut terpakai dalam sebarang hal di mana sekurang-kurangnya satu pihak menganut agama Islam.

8. Bapa Perundangan Negara, Allahyarham Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, Tun Abdul Hamid Mohammad (bekas Ketua Hakim Negara) dan Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkmah Agung) adalah tokoh penting yang dulu pernah mencadangkan percantuman beberapa bahagian khusus antara Mahkamah Syariah dan Sivil.

8.Dalam hal ini, kami menyarankan supaya:

a) suatu usaha untuk mengharmonisasikan undang-undang perlu segera dirangka khusunya bagi pindaan Seksyen 51 Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) dan dilakukan demi menjaga martabat Islam amnya dan institusi Mahkamah Syariah khususnya daripada dipandang sinis oleh masyarakat.

USUL KEDUA: ISU KEBAJIKAN UTK KAUM WANITA:

i- Memperkasa Usaha-usaha Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu
1. Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak dilahirkan lagi… Firman Allah di dlm Surah Al-Baqarah ayat 233.

2. Tidak dapat dinafikan bahawa kebaikan susu ibu adalah yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak dan juga amat baik untuk kesejahteraan emosi, mental serta fizikal seseorang ibu.

3.Oleh itu, tanggungjawab utk menggalakkan penyusuan susu ibu bukan hanya terletak kpd para ibu tetapi ianya adalah tanggungjawab semua pihak termasuk keluarga, kerajaan, pihak swasta dan Ngo.

5. Walaupun kerajaan dan swasta telah mengambil initiatif mengiktiraf beberapa hospital sebagai Hospital Rakan Bayi di samping berusaha menyediakan fasiliti penjagaan kesihatan,usaha2 yg lebih proaktif perlu dibuat bg mempromosikan faedah penyusuan susu ibu kepada masyarakat Malaysia yg masih rendah terutama bg membendung masalah kesihatan yg melanda dunia dgn pelbagai jenis penyakit kronik sekarang ini.

6. Oleh itu kami menyarankan:

1. Supaya lebih byk tempat penyusuan ibu (nursing room/ baby room) dibina di tempat2 awam seperti di pusat membeli belah, stesen bas, lapangan terbang, jab kerajaan dan swasta, sekolah2 dll

2. Menggalakkan sokongan majikan terhdp wanita yg bekerjaya bg membolehkan penyusuan susu ibu dpt diberikan walaupun ketika sedang bekerja dengan mewujudkan persekitaran kekeluargaan dan mesra kanak2 dgn menyediakan bilik khusus penyusuan susu ibu yg selesa serta mempunyai tempat penyimpanan susu.

3. Menambah banyakkan kempen penyusuan susu ibu.

4. Memberi insentif-insentif seperti barang2 keperluan, pemakanan sihat, dan pendidikan bagi penyusuan ibu kepada para ibu.

-Suasana di atas telah lama dipraktikkan oleh negara2 luar spt Amerika, United Kingdom, Korea, Singapura dll yg lebih terbuka mengenai amalan penyusuan susu ibu.

ii- Menambah Tempoh Cuti Bersalin bagi Sektor Swasta

1. Menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia agar meminda Akta Kerja 1955 untuk menyediakan peruntukan cuti bersalin 90 hari kpd pekerja2 sektor swasta selaras cuti bersalin kpd kakitangan awam.

S.37 (i) (a) Employees Act

Every female employee shall be entitled to maternity leave for a period of not less than 60 cosecutive days in respect of each confinement and subject to this part, she shall be entitled to received from her employer a maternity allowance to be calculated or prescribed as provided in sub section (ii) in respect of eligible period.

2. Seksyen ini menyatakan bahawa ibu yang bersalin berhak menerima cuti bersalin selama 60 hari berturut-turut.

3. Manakala kakitangan awam, mereka diberi cuti selama 300 hari cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. Ini jelas menunjukkan kakitangan awam boleh mengambil cuti selama tempoh 3 bulan (90 hari) bergaji.

4. Disebabkan ramai juga wanita yang terlibat dalam sektor swasta, kami menyarankan supaya:
a) Gesaan untuk pindaan Akta Pekerja 1955 perlu dibuat sesegara mungkin bagi memberi laluan kepada pekerja swasta merasai cuti bersalin bergaji selama 3 bulan.

5. Sekiranya kita merujuk kepada Negara luar mereka lebih prihatin dalam hal-hal yang melibatkan cuti bersalin ini. Contohnya:-

a) UK – 39 minggu malah boleh dipanjangkan sehingga.ke 52 minggu
b) Republik Czech : cuti sebelum kelahiran 6 – 8 minggu dan cuti sebyk 20 minggu selepas bersalin
c) Albania – sebelum bersalin 12 bulan dan 150 hari selepas bersalin
d) Singapura – 4 bulan
c) Vietnam – 4 – 6 bulan

6. Selain memanjangkan tempoh cuti bersalin, kami juga menyambut baik usaha yang telah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara melalui “Projek Bekerja Dari Rumah” yang membenarkan penjawat-penjawat awam wanitanya yang memenuhi kelayakan untuk bekerja dari rumah yang telah pun bermula dan dilancarkan pada 01.10.2012. Antara kelayakan tersebut ialah mendapat 90% KPI untuk 3 tahun berturut, dan kelayakan ini adalah berfasa di mana setiap fasa adalah selama tempoh 4 bulan dan boleh diperbaharui bergantung kepada kelulusan ketua jabatan masing-masing.

7. Melalui projek ini, kakitangan di Jabatan Peguam Negara boleh memulakan kerja mereka di rumah secara maya dan hanya perlu melaporkan sahaja rutin pekerjaan mereka di dalam system database dan hanya perlu menghadirkan diri untuk mesyuarat sahaja di pejabat.

8.Tujuan adalah untuk membolehkan para ibu melaksanakan tugas harian mereka tanpa meninggalkan kerja-kerja pejabat dan dapat memberi quality bersama keluarga.

7. Kami juga memohon supaya pihak kerajaan memberi perhatian kepada wanita yang tidak bekerja. Antara saranan kami ialah dengan memberi insentif bagi setiap kelahiran kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

iii- Cadangan Memberi Cuti kepada Wanita yang kematian suami

1. Apabila seseorang wanita kehilangan suaminya, maka disitu akan mewujudkan perasaan kesunyian dan kesedihan terhadap pasangan mereka. Selain daripada hilang tempat kebergantungan kerana terpaksa mengambil alih keseluruhan tugasan seperti pengurusan anak-anak dan keluarga. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membuat urusan lain seperti pengurusan harta pusaka suami, dll.

2.Justeru itu, pihak kami menyarankan agar pihak kerajaan dan sektor swasta dapat memanjangkan cuti bergaji dalam tempoh iddah kepada isteri yang kematian suami sepertimana yang telah dijalankan di negeri Kelantan.

USUL KETIGA : ISU SOSIAL

1.Permasalahan sosial sedang meruncing dgn peningkatan kes2 gejala sosial spt zina, buang anak, dadah, pelacur, rogol, merempit, merokok dll, yg berada pd tahap yg amat membimbangkan seterusnya akan melumpuh dan menghancurkan sistem masyarakat dan negara kita.

2.Usaha membendung dan menyelesaikan masalah ini perlu diberi keutamaan oleh semua pihak, individu, keluarga, masyarakat dan kepimpinan negara samada melalui peranan pendidikan dan juga penguatkuasaan undang-undang.

3.Statistik:
-Kes Aktiviti Seksual di kalangan remaja 13 – 17 tahun;
-Data rekod WHO, 2005 – 2011; Malaysia berada tempat ke 4 drp 10 negara dlm kes yg berkaitan kehamilan remaja berusia 15 – 19 tahun (Harian Metro: Mac 2015)
-Aktiviti merokok:

-Statistik Malaysia: 40- 50 perokok baru setiap hari… anggaran 4.7 juta orang merokok pd 2011.
-Kes penagih dan penyalahgunaan dadah.

Pengerusi JK Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri. YB A.Latif Awang berkata, statistik penagihan dadah meningkat 1123 kes pada 2015 berbanding sebelumnya hanya 854 kes, 2014.

-penglibatan pelajar sekolah meningkat dengan 155 kes tahun 2014 kpd 170 kes tahun 2015 yang mana kes2 tertinggi adalah di sekolah-sekolah kawasan kuala Terengganu.

4. Sehubungan dengan ini kami menyarankan agar semua pihak, individu, para ibu bapa, masyarakat, badan2 NGOs, pihak kerajaan dan swasta utk bersama-sama berusaha mendidik dan membina individu dan masyarakat yang sihat dan penyayang.

5. Antara saranan kami di sini supaya pihak berwajib menyediakan kursus-kursus dan pelbagai program bina jati diri insan dan keluarga bukan sahaja sebelum berkahwin tetapi selepas berkahwin sepertimana cadangan kami mengadakan Kursus Pasca Perkahwinan.

6. Oleh yang demikian kami mengajak badan-badan kerajaan yang berkenaan seperti Majlis Agama Islam (MAIDAM), Mahkamah Syariah, JKM, NGO atau badan-badan lain yang berkaitan dapat bekerjasama dalam menjayakan kursus ini.

Penutup:

Seterusnya kami mewakili semua NGO wanita yang hadir pada hari ini menyokong dan percaya bahawa sekiranya RUU 355 berjaya, ia bukan sahaja memperkasakan dan menaikkan martabat Mahkamah Syariah bahkan segala bentuk gejala sosial dapat dibendung dan tidak merebak dengan lebih parah.

Sekian terima kasih.
Hanis Mohd Zaidi

Sumber BO - 20-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Undang-undang Mahkamah Syariah, Hanya Dipinda 32 Tahun Lalu

KUALA TERENGGANU – Pembentang Usul Agama dan Perundangan Kongres Rakyat Terengganu, Abdul Haris Malik berkata, tujuan pindaan RUU Akta 355 adalah nntuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini bidang kuasanya hanya terbatas sekadar hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Selain itu, kata beliau, pindaan terakhir hanyalah telah dilakukan 32 tahun lalu.


“Pindaan terakhir adalah 32 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1984. Pertama kali ia digubal pada tahun 1965 dengan bidang kuasanya membicara dan menghukum dengan hukuman penjara 6 bulan, denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau gabungan kedua-duanya (denda dan penjara).

“Kadar hukuman yang sedia ada sudah tidak berkesan untuk menggerunkan pesalah,”katanya ketika membentangkan usul tersebut pada Kongres Rakyat hari ini.

Bagi melaksanakan tanggungjawab beragama iaitu dengan mengamalkan undang-undang jenayah Islam itu sendiri, pindaan itu mesti dibuat, kata beliau.

Sumber BO - 20-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kongres Rakyat Terengganu
Posted on Saturday, August 20 @ 10:15:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31408



Sekarang berlangsung KONGRES RAKYAT TERENGGANU di Terengganu Equestrian Resort. bagi memperkasakan Kebangkitan Rakyat Terengganu menjatuhkan BN untuk menghadapi PRU-14










Sumber TKO - 20-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Parlimen Marang Dijangka Mengulas RUU Akta 355 Di Kongres Esok

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan kemuncak, menutup Kongres Rakyat Negeri Terengganu (KRT) yang bakal berlangsung di Terengganu Equestrian Resort (TER) esok, 20 Ogos.                                                            
Speaker Kongres, Wan Zainuddin Wan Musa berkata, Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu dijangka mengulas isu berkait usul Rang Undang-undang pindaan Akta 355 yang dibawanya ke parlimen Malaysia, pada 26 Mei lalu.
“InsyaAllah, Kongres Rakyat esok bakal dihadiri oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia,                                                                                                                                                                                                              
“beliau bakal menyampaikan ucapan penutup kongres (dan) Tuan Guru adalah Ahli Parlimen yang membawa usul pindaan akta 355.                                                                                                                                
“Usul ini adalah bagi meninggikan martabat undang-undang syariah melalui perluasan bidang kuasa mahkamah syariah (dan) ini adalah antara isu utama dan terpenting yang akan diketengahkan semasa sesi perbahasan (Kongres),”jelas beliau.                                                                                                    
Menurut Wan Zainuddin yang juga merupakan seorang peguam, lebih 500 orang peserta daripada 50 buah NGO di negeri telah mengesahkan kehadiran mereka ke Kongres tersebut.                                                            
Katanya, wakil-wakil dari 11 ‘kluster’ pelbagai isu akan membentangkan segala aspek permasalahan rakyat berserta membangunkan resolusi.
“resolusi yang menggariskan senarai agenda bertindak akan dilaksanakan bagi manfaat dan kebaikan rakyat Terengganu khususnya.
“Ia bakal mencipta sejarah kerana inilah kali pertama Kongres seumpama ini diadakan di Terengganu atas inisiatif dan sensitiviti seluruh NGO yang berkaitan,”katanya.                                                                                                                                                                                                     Belau berkata, acara akan bermula jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 2 petang.
Justeru itu, beliau menyeru seluruh rakyat negeri ini, tidak mengira latar belakang, bersama-sama menghadirkan diri.                                                                                                                                                                          
“Luangkan masa anda bersama KRT……..Catatkan kehadiran anda sebagai sebahagian sejarah. Jadikan ia satu titik tolak ke arah kehidupan rakyat Terengganu yang lebih bermakna,                                                          
“Kongres Rakyat Terengganu yang merupakan rentetan Kongres Rakyat peringkat kebangsaan adalah paltform untuk semua rakyat Terengganu tidak kira siapa pun anda!,”tambah beliau.                                                                                                                                                                                 Sumber BO - 20-8-2016                                                        
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































50 NGO dijangka sertai Kongres Rakyat Terengganu

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42210-50-ngo-dijangka-sertai-kongres-rakyat-terengganu                                                                                                                                                                                                                                                                                                     KUALA TERENGGANU: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dan lebih 50 buah badan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu, yang akan diadakan di Terengganu Equastrian Resort (TER) pada Sabtu ini.

Naib Presiden Perantau, Shuhaimi Embong ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan pihaknya akan menghantar lima orang wakil dalam kongres itu seperti yang diminta oleh pihak penganjur.

Mengenai isu yang dibawa oleh Perantau, beliau tidak pasti lagi.

“Tengoklah Sabtu ini, jika diberikan peluang, Perantau akan memperjuangkan isu tol dan keselamatan LPT2 serta lain-lain isu berkaitan dengan ketidakstabilan politik Terengganu dewasa ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kongres Rakyar, Yahaya Ali memberitahu antara wakil NGO yang akan membentangkan usul dalam Kongres Rakyat Terengganu adalah Persatuan Pengguna Dungun yang akan membawa isu kepenggunaan, Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) membahaskan isu kepimpinan dan pentadbiran, isu-isu ekonomi oleh Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong Dan Peruncit Muslim Terengganu serta Majlis Perunding Perlaksanaan Syariat Islam Terengganu yang akan membentangkan isu memartabatkan perundangan Islam. - HARAKAHDAILY 19/8/2016                                                                                                                                                                            Sumbere  HD -  19-8-2016                                                                                                                      -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                            

Pedulikan Sidang DUN, Beralih Pada Sidang Kongres Rakyat

KUALA TERENGGANU – ‘Speaker’ Kongres Rakyat Terengganu Wan Zainuddin Wan Musa menyeru seluruh rakyat mendaftar dan menyertai program tersebut yang akan diadakan pada Sabtu, 20 Ogos ini.                                                                                                                                                                
Dengan menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) pada minggu lalu sekadar melepaskan batuk ditangga beliau mengajak masyarakat mengadu kepada ‘Kongres’ setelah institusi ‘legislatif’ negeri itu gagal mendengar suara rakyat.                                                                                                                                                                                                          
“Hari ini genap seminggu DUN bersidang. Isnin yang lepas, DUN bersidang paling pendek dalam sejarah Terengganu. Ibarat melepaskan batuk di tangga, ia sekadar mahu melepaskan syarat yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.                                                                                                                                                                                                
“Dengan lambakan isu yang berlaku di Terengganu, sepatutnya DUN perlu bersidang lebih dari seminggu. Isu royalti yang belum berkesudahan, isu tajaan pelajar, isu kos sara hidup yang sangat tinggi, isu LPT2, isu harga getah dan sawit, isu rempit, isu prestasi sukan dan berbagai lagi.                                                                                      
“Saya yakin berbagai sektor rakyat telah berjumpa dengan wakil-wakil rakyat mohon rintihan dan aduan mereka disuarakan di dewan tertinggi negeri tercinta ini. Mereka perlukan perhatian para pentadbir negeri agar pembangunan dan TTB yang dicita-cita seimbang dengan kemampuan rakyat,”ujarnya dalam satu kenyataan.                                                                                                                                                                              
Beliau mendakwa, harapan rakyat dihampakan oleh Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang merasa takut kedudukannya terancam kerana mudah terpengaruh dengan ‘psiko’ ADUN Kijal Dato’ Seri Ahnad Said.                                                                                                                                                                                                                            
“Mat (Ahmad) Said kononnya bersama beliau beberapa orang lagi ADUN yang mahu mengumumkan hilang kepercayaan. Akhirnya jalan pintas diambil, kepercayaan rakyat dikorbankan.
“Rakyat sudah tidak boleh mengharap kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat. Mereka terlalu sibuk dengan masalah kedudukan sendiri. Sudah tiba masa rakyat cari alternatif lain selain DUN Terengganu sebagai medan menyuarakan tuntutan,”jelas beliau.                                                                            
Atas dasar itulah, kata beliau, Sekretariat Kongers Rakyat merangka persidangan rakyat yang akan diadakan dan akan bertindak sebagai pengganti DUN dalam memperbahaskan isu-isu dan permasalahan setiap sektor rakyat khusus di Terengganu.                                                                                                              
Katanya, ‘wakil-wakil rakyat’ yang bukan orang politik akan diundang sebagai tetamu dan pembahas. Mereka terdiri dari pimpinan NGO, individu berpengaruh dan orang-orang kepercayaan.                                                                                                                      
Beliau melahirkan rasa sukacita kerana pihak penaja bersetuju agar ruang Kongres tersebut dibuka lebih luas kepada khalayak ramai, bagi penyertaan semua pihak.                                                                        
“Berita gembira buat semua, jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk membuka penyertaan umum kepada semua rakyat.                                                                                                                    
“Oleh itu sebagai speaker, saya menyeru seluruh rakyat, marilah kita semua anak jati negeri tanah tumpah darah ini turut sama menjayakan Kongres ini. Walaupun tidak mewakili mana-mana pertubuhan, mana-mana NGO, daftarlah diri sebagai rakyat Terengganu yang prihatin.”tamba beliau.
Katanya, untuk mendaftar, orang ramai boleh mendaftar secara atas talian melalui laman sosial Kongres Rakyat atau menerus pautan http://kongres.zapto.org/                                                                                                                                                                                                                                Sumber  BO - 15-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

                        
Hadi sudah sedia bahas pindaan RUU
Posted on Tuesday, July 19 @ 10:16:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31070

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Menurutnya, usaha untuk mengusulkan RUU itu ke Parlimen sudah lama dilakukan pihaknya.

“Persediaan usul ini dilakukan sejak 1957 lagi dan banyak hujah kuat telah disediakan. Saya hanya menyambung perjuangan itu.

“Ini hak orang Islam. Kalau masyarakat bukan Islam ada hak untuk menganut agama masing-masing, maka orang Islam ada hak untuk pertahankan agama mereka,” katanya pada sidang media di majlis himpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, malam kelmarin.

Katanya, pihaknya telah bertemu dengan NGO-NGO Islam di negara ini untuk mendapatkan sokongan.

“Kita turut berdialog dengan pelbagai pihak, termasuk DAP.

“Mereka (DAP) telah buat kenyataan untuk tidak bersetuju dengan apa yang cuba kita bawa ke Parlimen. Tapi mereka tidak boleh menghalang kita,” katanya.

Abdul Hadi berkata, usul yang diketengahkan itu bukanlah tuntutan Pas semata-mata, tetapi keseluruhan umat Islam di negara ini.

“Ini adalah tanggungjawab orang Islam untuk menaik taraf bidang kuasa mahkamah syariah yang (kini) lebih rendah daripada mahkamah majistret, sedangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian membantah perlaksanaan Akta 355 dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan segelintir pemimpin Islam.

Katanya, perlaksanaan Akta 355 hanya akan melibatkan orang Islam.

“Mahkamah syariah tidak melibatkan orang bukan Islam, jadi mereka tidak perlu menentang.

“Tapi (yang) lagi pelik (adalah) apabila melihat orang Islam sendiri menentang Akta 355 ini. Mereka (orang Islam) lebih menyokong bukan Islam,” katanya lagi.

Mei lalu, Hadi telah membentangkan RUU untuk meluluskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Walaupun perkara dibentangkan itu melibatkan pindaan Akta 355 dan bukannya hudud, namun ia sekali gus memberi ruang kepada mahkamah syariah meningkatkan hukuman berbanding sedia ada.

Buat masa ini, kuasa-kuasa mahkamah syariah terhad kepada menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.


Abdul Hadi turut mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 19-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                        

Rights Of Non-Muslims Will Not Be Jeopardised By Hudud

  http://www.buletinonline.net/v7/index.php/rights-of-non-muslims-will-not-be-jeopardised-by-hudud/
                                                                                       
The rights of non-Muslims will not be in jeopardy if PAS’s Private Member’s Bill is passed in Parliament, said Kongres Rakyat chairman Azmi Abd Hamid on Sunday.
“We do not ask for any reduction to civil laws; we do not touch them, the rights of non-Muslims will not be in jeopardy,” he said in a speech at a Hari Raya gathering of Muslim non-governmental organisations (NGOs).
He added that any concerns should be debated, saying that there is no reason for non-Muslims to worry as laws are not passed immediately.
“Look at Malaysia, we have Buddhist temples, Hindu temples and Churches. As a whole, other religions flourish and are very established,” said Azmi.
He added that all that is being asked for is for the Syariah courts to be established.
“But when we raise this issue it is as if the rights of others will be affected,” he said.
Similar views were shared by Sekretariat Ummat chairman Aminudin Yahya, who called for Muslim NGOs to be united in their support of the Private Member’s Bill.
He added that the media has an important role to play in educating the public on the Bill.
“Unfortunately, it has been manipulated by certain quarters – the first are those who are anti-Islam and the second group are Muslims who support liberalism,” said Aminudin. -thestaronline                                                                                           Sumber BO - 18-7-2016                                                                                                     ------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                             Penjelasan Berkenaan RUU 355 Kepada NGO                                             
Posted on Monday, July 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31055



Kehadiran diluar jangkaan perwakilan ngo untuk mendengar penjelasan berkenaan RUU 355 daripada Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang

Kredit
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

                                                                                                                                                               Sumber TKO - 18-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































 Syariat Islam ada perhitungan dosa dan pahala

NAZIRAH NASRUN | .

  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41863-syariat-islam-ada-perhitungan-dosa-dan-pahala                                                                                                                                                                                                                                                                                                                KUALA LUMPUR: Syariat Islam mempunyai roh serta perhitungan dosa dan pahala yang tidak ada dalam undang-undang Barat.

Demikian antara intipati ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis Himpunan NGO-NGO Islam sempena Aidilfitri Al-Mubarak yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur tadi.

Beliau turut menyempurnakan Gimik pelancaran Facebook (FB) Kempen Sokong Pinda Akta 355. Laman media sosial tersebut terbuka untuk sesi perbincangan, makluman aktiviti bertujuan memahamkan orang ramai, kronologi parlimen berkenaan mahkamah syariah yang telah disempurnakan dan perkara-perkara berkaitan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Presiden Kongres Rakyat Cikgu Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Sekretariat Ummat Tuan Haji Aminuddin Yahya dan YDP Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) Dr. Yusri Mohammad. - HARAKAHDAILY 17/7/2016                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 17-7-2016                                                                                                                         --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                            Hampir 65 NGO berhimpun tanda sokong RUU355

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41862-hampir-65-ngo-berhimpun-tanda-sokong-ruu355                                                                                                                                                                                                                                                                                                             KUALA LUMPUR: Isu Rang Undang-undang 355 (RUU 355) merupakan adalah satu isu yang tidak semudah yang disangka, demikian kata Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya.

Katanya ia menjadi sukar kerana banyak halangan dan tentangan daripada dua golongan ini iaitu golongan yang menentang Islam dan golongan Islam yang berfikiran liberal.

"Daripada 132 orang Melayu yang diberi mandat untuk bersuara di parlimen, tidak kesemua menyokong RUU355 ini," katanya pada majlis Himpunan NGO-NGO Islam, sempena sambutan Aidil Fitri yang sedang berlangsung di dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Justeru itu, beliau mencadangkan Kongres Rakyat bersama gandingan pimpinan perlu duduk bersama bagi membincangkan isu tersebut.

"Guna segala kemampuan dan kepakaran kita untuk menyampaikan maklumat RUU355," katanya.

Hampir 65 badan bukan kerajaan hari ini berhimpun untuk bersama-sama menyatakan tanda sokongan terhadap pelaksanaan RUU355. – HARAKAHDAILY 17/7/2016                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                        ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































RUU 355: Satu peluang untuk mendidik rakyat

NAZIRAH NASRUN | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41861-ruu-355-satu-peluang-untuk-mendidik-rakyat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang 355 harus dijadikan sebagai suatu peluang mendidik untuk rakyat.

Pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abdul Hamid berkata demikian dalam majlis Himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri Al-Mubarak yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur tadi.

Beliau turut menekankan tentang undang-undang syariah negara yang harus diberi perspektif baharu.

Turut berucap dalam majlis tersebut itu adalah Pengerusi Sekretariat Ummat Tuan Haji Aminuddin Yahya.

Sebanyak 65 NGO termasuk muslimah telah mendaftar hadir. – HARAKAHDAILY 17/7/2016                                                                                                                                                                        Sumber HD - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































Kekeliruan penggunaan nama Kongres Rakyat
















































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat menegaskan pihaknya tidak terlibat sama sekali dengan himpunan yang akan diadakan pada 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kekeliruan ini timbul ekoran penganjur himpunan tersebut turut menggunakan nama kongres rakyat.

Katanya, Kongres Rakyat sebagai sekretariat yang telah menyatukan sekitar 200 Ngo begitu komited memperjuangkan hak rakyat dan merencanakan kebangkitan dan perubahan ke arah membina Malaysia sejahtera.

Namun katanya, orientasi, objektif dan matlamat Kongres Rakyat sangat berbeza berbanding himpunan pada 27 Mac ini.

Dalam kenyataannya menurut Azmi, Kongres Rakyat akan meneruskan jelajahnya ke seluruh negara bagi mendengar rintihan dan menyatukan suara rakyat serta meledakkannya sebagai sebuah gerakan perubahan ke arah membina Malaysia Sejahtera, melalui pendekatan dan format gerak kerja yang tersendiri, melunasi prinsip sistem demokrasi yang tidak menyanggahi syariat Islamiyah. – HARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                        ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tun M keluar Umno: Perang peribadi atau untuk rakyat?

HARAKAHDAILY |
.
 


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penarikan diri daripada Umno pada 29 Februari lalu dengan alasan parti itu bukan lagi Umno tetapi parti yang hanya menyokong dan melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi membicarakan lanjut kesan pengunduran veteran Umno ini kepada parti tersebut, Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid.

HARAKAH: Apakah tindakan Tun Dr Mahathir ini memberi kesan kepada Umno? Apakah ini perang peribadi atau perjuangan untuk negara?

MOHD AZMI ABDUL HAMID: Umno untuk ketika ini sangat terkesan dengan keputusan Mahathir. Bukan semata-mata kerana Mahathir lawan Najib tetapi kerana Umno dilihat berhadapan dengan kepimpinan yang jelas sarat dengan kepentingan peribadi yang mendalam.

Sememangnya masalah kepimpinan sangat rapuh dalam Umno kerana ia berorientasi mencari kesempatan untuk diri masing-masing. Kedua-dua Mahathir dan Najib punya rekod kepentingan peribadi yang mengenepikan kepentingan rakyat dan negara. Soalnya sekarang siapa yang rakyat lebih percaya.

Pelbagai isu yang terbeban ke atas rakyat akibat keputusan yang dibuat oleh Najib dilihat berkait dengan kepentingan peribadinya. Akan tetapi hal ini juga pernah dilihat berlaku ketika Mahathir berkuasa.

Jadi yang harus rakyat lihat ialah bagaimana krisis ini akan memberi keuntungan kepada negara dalam konteks bukan hanya menukar seorang PM, sedangkan penukaran PM itu masih berada dalam kerangka sistem kuasa yang sama.

Mohd Azmi juga mengulas adakah isu ini akan melupakan rakyat dengan segala 'kebejatan' yang dilakukan parti itu ke atas negara dan rakyat, sekiranya Najib digantikan dengan pemimpin lain, apakah ia baik bagi negara?

Beliau turut memberi pandangan adakah usaha-usaha yang dibuat kumpulan anti-Najib termasuk himpunan 27 Mac nanti boleh menjatuhkan karier politik Najib.

IKUTI WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT BIL 2127 DI PASARAN.

Sumber HD - 2-3-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Resolusi Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang 





















































HARAKAHDAILY | .








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang yang bertemakan 'Membina Pulau Pinang Sejahtera' yang diadakan pada hari ini, 12 Jamadilawal 1437 Hijrah bersamaan 21 Februari 2016 di Yayasan An-Nadhoh, Pulau Pinang yang disertai oleh rakyat dari pelbagai lapisan, kaum dan pegangan agama mengisytiharkan resolusi berikut:

Menyedari bahawa mendahulukan kebajikan rakyat adalah aspek terpenting yang menjadi tanggungjawab pemerintah untuk dilaksanakannya dengan amanah dan adil,

Menginsafi bahawa rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menegur pemerintah yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menuntut supaya salah pentadbiran kerajaan diperbaiki,

Memamhami bahawa segala aspek pembangunan yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk persoalan ekonomi, sosial, seni budaya, politik, pendidikan, kesihatan, pentadbiran, perundangan dan pengurusan sumber bumi perlu dikendalikan dengan cermat, berhemat dan penuh kebijaksanaan,

Meyakini bahawa rakyat berhak memastikan kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab dengan mengutamakan kebajikan rakyat dipileh untuk diberi mandat menerajui pemerintahan berdasarkan sistem pemilehan yang adil, bebas dan demokratik,

Dengan ini mengisytiharkan bahawa kami:

1. Bertekad membina Negeri Pulau Pinang yang mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pengemblengan dan gerakan kesedaran rakyat melibatkan seluruh lapisan, dari golongan masyarakat bawahan hinggalah pemimpin kerajaan, agar melaksanakan dasar pembangunan yang betul bagi menjayakan cita-cita Membina Pulau Pinang Sejahtera.

2. Menjadikan agenda pendidikan sebagai isu terpenting untuk memupuk kesedaran rakyat ke arah perubahan sosial, ekonomi dan politik yang adil, partisipatif dan demokratik serta mendidik rakyat agar mengelak pendekatan yang boleh menimbulkan suasana kucar kacir dan tidak harmonis di negeri Pulau Pinang.

3. Memperkasa dan mengangkat peranan wanita dalam pelbagai sektor yang boleh membantu golongan ini membangunkan potensi yang ada dalam diri mereka serta memperketatkan undang-undang agar wanita tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Bertindak menitikberatkan kebajikan rakyat dari sudut ekonomi dan pendidikan kepada semua kaum serta menyediakan program-program kemasyarakatan dengan memberi fokus kepada permasalahan sosial. Selain itu, pihak yang berwajib perlu bertegas dalam berhadapan dengan kepesatan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kegiatan maksiat dan “gengsterism”.

5. Kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin runcing, perhatian serius seharusnya diusahakan dalam membela masyarakat negeri ini terutama mereka yang berada di dalam sektor industri. Pemerincian akta-akta yang melibatkan kebajikan pekerja perlu diperhalusi agar memberi manfaat pada semua dan bukannya menindas.

6. Meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat dengan memberikan peruntukan yang sekata serta hak kesamarataan dan keistimewaan sama seperti sekolah kebangsaan serta tidak dipolitikkan isu pendidikan Sekolah Agama Rakyat dalam melahirkan generasi insan yang berilmu dan menjunjung tinggi nilai agama.

7. Kongres juga memberi perhatian terhadap pembelaan hak dan tanggungjawab kepada peniaga-peniaga Melayu dalam mengurangkan jurang ekonomi dan penindasan serta menyediakan peluang perniagaan yang sama terhadap semua kaum demi melahirkan negeri Pulau Pinang yang menegakkan keadilan untuk semua.

8. Memastikan agar sumber negeri Pulau Pinang diurus dengan berkesan, menghindari pembangunan yang menjejaskan kualiti alam sekitar, meneliti dasar-dasar kerajaan dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa, dan kepentingan rakyat juga perkara yang berkaitan sumber air, hasil laut serta sektor perikanan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab demi mengekalkan daya saing dan daya maju ekonomi negeri Pulau Pinang dengan mapan untuk generasi kini dan generasi masa depan.

9. Bertindak untuk mendesak kerajaan negeri dan Persekutuan berperanan dengan berkesan mentadbir urus negeri Pulau Pinang dengan amanah dan berintegriti demi kebajikan rakyat serta mengekang segala amalan rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran wang awam, menghentikan sebarang tindakan yang menyusahkan rakyat seperti pelaksanaan GST untuk semua golongan, menaikkan kos harga rumah, pengambilan tanah tanpa pampasan setimpal, pengurusan dan pembangunan tanah wakaf yang tidak efektif serta pelbagai bayaran perkhidmatan awam yang membebankan kos sara hidup rakyat.

10. Mengkaji, meneliti dan menghalusi semua tuntutan yang disuarakan dalam Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang seterusnya merumuskan sebuah Pelan Tindakan Rakyat Pulau Pinang seperti berikut:

Pelan Tindakan Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang

1. Menubuhkan pasukan petugas khas bagi setiap sektor isu rakyat untuk diambil langkah susulan.

2. Menghasilkan sebuah memorandum rakyat Pulau Pinang untuk dipanjangkan kepada kerajaan negeri dan Pusat dengan tujuan tindakan dilaksanakan ke atas semua usul yang dinyatakan dalam Kongres Rakyat.

3. Mengadakan dialog dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan berdasarkan isu yang dibangkit oleh pembicara pada Kongres Rakyat.

4. Menganjur perhimpunan rakyat berdasarkan isu utama yang dibangkit agar memperinci tuntutan yang dibahaskan dalam Kongres Rakyat.

5. Menubuhkan sekretariat tetap Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang bagi mengambil langkah susulan dan menjadi pusat penggemblengan rakyat.

Ustaz Yusni Mat Piah
Pengarah Kongres Rakyat Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 21/2/2016

Sumber HD - 21-2-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                        --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat P Pinang angkat suara rakyat terhimpit

MOHD SABRI SAID | .


PULAU PINANG: Kongres Rakyat Pulau Pinang berhasrat mengangkat semua terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama menyuarakan beberapa isu yang menyentuh perasaan rakyat bagi diketengahkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.

Penasihat Kongres Rakyat Pulau Pinang, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program yang diadakan di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang, Bukit Mertajam pada 21 Februari (Ahad) ini bermatlamat menjadi inisiatif memperdengarkan suara rakyat yang semakin terhimpit.

Tambahan lagi, katanya keadaan rakyat khususnya di Pulau Pinang dan amnya di Malaysia semakin menderita ekoran kegagalan kerajaan menangani masalah berbangkit.

"Kos sara hidup yang tinggi membuatkan kehidupan rakyat makin menderita. Suara akar umbi mesti dikuatkan bagi kepentingan rakyat," jelasnya.

Di Pulau Pinang, ujar beliau sekiranya dibiarkan pembangunan berleluasa natijahnya rakyat bawahan menerima petaka seperti tambakan laut dan pembinaan terowong yang menyebabkan para nelayan hilang pendapatan.

"Selain kos sara hidup yang meningkat isu yang bakal dibahaskan ialah sistem percukaian GST yang membebankan, peningkatan pengangguran dan peluang pekerjaan yang terbatas, kos kesihatan dan pendidikan yang terus melambung, kebanjiran pekerja asing yang semakin meningkat, pembangunan perumahan mewah yang menghakiskan rakyat tempatan," katanya.

Tambahnya lagi, suara yang wajar diketengahkan ialah nasib kehidupan komuniti nelayan,  peniaga kecil, petani, buruh akibat pembangunan yang tidak lestari alam serta ekonomi kaum bumiputra di Pulau Pinang tidak terbela.

"Bila ada suara rakyat ianya bertindak sebagai pengimbang. Harapan kita biar suara yang dikemukakan diangkat dan menjadi pembela," terangnya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Sementara itu, Pengarah Kongres Rakyat Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah menjemput semua pihak yang terlibat supaya memberi ruang masa hadir untuk bersama membentuk gagasan suara bagi menghasilkan sebuah deklarasi dan pelan tindakan rakyat untuk diketengahkan kepada kerajaan negeri dan pusat. - HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16-2-2016




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































4 Februari 2016, Malaysia dijajah semula

HARAKAHDAILY | .


KAMI bertegas ini adalah pemeterian perjanjian yang mengikat Malaysia yang berimplikasi besar kepada kedaulatan negara untuk menentukan masa depannya. Selepas 58 tahun merdeka , pemimpin kerajaan telah merelakan diri untuk kembali menyerahkan masa depan negara kepada kuasa luar atas nama perdagangan alias menyerah negara untuk dijajah semula.

Dengan satu pena, tandatangan wakil Malaysia iatu Menteri MITI, akan dilakar diatas dokumen TPPA, maka masa depan negara terpaksa pasrah kepada sebuah atur permainan perdagangan dunia yang mendedahkan negara kepada dominasi syarikat gergasi dunia dari negara asing.

Selain Malaysia sudah memeterai puluhan perjanjian perdagangan dalam bentuk unilateral dan multilateral, TPPA merupakan perjanjian yang paling mengikat negara dalam hampir semua aspek pembangunan.

Kerajaan sering menafikan bahawa Malaysia akan menanggung mudharat yang lebih besar daripada manfaat, akan tetapi pihak yang bersungguh menyokong TPPA tidak menafikan bahawa dasar dan perundangan negara kini akan terikat kepada klausa dalam TPPA. Malah mulai 4 Februari 2016, dalam tempoh dua tahun, puluhan undang-undang yang digubal dan dilulus di Parlimen dan Dewan Negara serta Dewan Undangan Negeri perlu dipinda untuk diselaraskan agar menjadi mesra TPPA  (TPPA Compliant).

Kini negara akan menjadi sasaran organisasi korporat gergasi dari negara maju seperti Jepun, AS, Kanada, Australia, Singapura dan New Zealand.

Alasan yang kerap diputarkan kepada rakyat dalam media massa adalah, TPPA akan memberi peluang negara menarik pelabur, peluang mengujudkan pekerjaan dan potensi perdagangan Malaysia luar negara yang lebih luas. Akan tetapi andaian ini tidak semuanya pasti. Ia sangat bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.

Jelas yang menjadi keghairahan kerajaan adalah andaian untuk mengejar peluang agar tidak ketinggalan. Padahal semua yang dibentangkan kepada kepada rakyat hanya andaian dan harapan. Tidak diambilkira, ketika perjanjian TPPA ini akan dimeterai, kelembapan ekonomi dunia yang sedia ada, memberi risiko besar kepada Malaysia.

Semua andaian dan unjuran manfaat yang dikatakan bakal diterima dari TPPA hanya akan menjadi impian yang tidak berpijak dibumi nyata, jika ekonomi terus tidak pulih atau tidak kembali kepada status sebelum harga komoditi dan minyak menjunam.

Malangnya dalam ketidaktentuan ekonomi ini pula Malaysia merelakan diri untuk mengikat negara dalam sebuah perjanjian yang akan merongkai pelbagai perlindungan yang dimiliki untuk membenarkan syarikat luar mendominasi pasaran domestik.

Jika menarik diri dari sekarang sudah terlambat, kami tetap akan mendesak agar tidak ada pindaan kepada undang-undang negara dilakukan oleh kerajaan disebabkan TPPA ditandatangani.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Pengerusi Kongres Rakyat – HARAKAHDAILY 4/2/2016

Sumber HD - 4--2-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan terbuka: Jika Tok Pa jujur, harus letak jawatan

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


DENGAN Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi suatu isu yang sangat kritikal di mata rakyat, betapapun dinafikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kami benar-benar berharap beliau berfikir dengan murni dan bersikap dengan benak dan naluri yang jernih untuk memikirkan semula keiltizaman beliau kepada TPPA, walaupun beliau mewakili kerajaan untuk bersetuju perjanjian itu ditandatangani.

Beliau perlu berfikir dengan ikhlas dan mengguna ketajaman minda yang antisipatif bahawa keadaan ekonomi dunia sepanjang awal dekad ini jelas menunjukkan keadaan tidak menentu.

Kegoncangan ekonomi Kesatuan Eropah yang ditunjukkan oleh keruncingan ekonomi seperti Greece, Finland, Portugal, Perancis dan Jerman sepatutnya cukup membuktikan apa-apa perjanjian ekonomi yang mengikat mesti dilihat dengan kritikal.

Malah ekonomi Amerika Syarikat (AS) sendiri berada dalam keadaan tidak kukuh, analisis kejatuhan ekonomi AS yang semakin dibahaskan dengan kritis oleh pelabur di pasaran saham Wall Street.

Demikian juga kelembapan ekonomi seperti China, Jepun dan Korea yang menyebabkan unjuran yang muram dijangka akan terus diramalkan. Juga krisis keamanan yang tercetus di Timur Tengah, menambahkan lagi tanda-tanda ekonomi dunia tidak boleh diandaikan stabil sepanjang masa.

Kami senaraikan sebahagian dari faktor yang menyebabkan sebarang perjanjian perdagangan  yang mengikat akan menyebabkan sesebuah negara terdedah kepada porak peranda yang sangat parah, antara lain: ketegangan dunia akibat perang saudara, kejatuhan harga komoditi, ekonomi yang berasaskan spekulasi, pencerobohan militari antara negara, kemunculan gerakan militan, kegagalan pengurusan kewangan pelbagai institusi dunia, ketidakstabilan mata wang dunia yang sering dimanipulasi oleh spekulator, bencana alam yang semakin kerap, turun naik bursa saham dunia yang terdedah kepada eksploitasi agen pasaran saham, pemindahan pelaburan dan aliran modal yang tidak menentu.

Oleh kerana itu, apa jaminan beliau bahawa TPPA tetap akan menguntungkan negara, ketika senario ekonomi dunia dan serantau akan membebankan semua negara anggota TPPA, malah akan lebih parah dirasai oleh negara berekonomi kecil seperti Malaysia.

Jika beliau jujur dan sedar bahawa sebaik beliau tidak lagi menjadi anggota dalam Jamaah Menteri dan seorang Ahli Parlimen, pada satu hari nanti sebarang kepincangan yang berlaku akibat perjanjian yang beliau sendiri promosikan dan turut menandatanganinya, beliau boleh sahaja berlepas tangan kerana tanggungjawab untuk terbeban menjawab natijah yang bakal diterima oleh rakyat tidak lagi dipikul oleh beliau.

Paling selamat, jawapan yang boleh diberi, ketika jangkaan pertumbuhan ekonomi meleset,   TPPA yang didorong kuat oleh beliau sendiri ialah kerajaan telah mengambil kira unjuran ekonomi semasa, oleh itu sebarang perubahan luar jangka adalah di luar kawalan kerajaan.

Beliau boleh berlepas tangan ketika mana ekonomi serantau atau dunia berhadapan dengan krisis luar jangka sedangkan Malaysia terpaksa menanggung segala obligasi terhadap semua pelabur luar yang melabur di negara ini.

Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas dan jujur kepada beliau. Jika beliau tidak sanggup menerima beban memikul tanggungjawab terhadap penderitaan yang bakal dihadapi oleh rakyat bila negara diikat secara undang-undang dengan sebuah perjanjian perdagangan yang sangat membebankan ini, lebih baik dan lebih mulia beliau meletakkan jawatan sekarang.

Tidak timbul beliau terpaksa berpegang kepada janji setia kepada kepimpinan kerajaan dan parti akan tetapi kesetiaan kepada rakyat dan pertanggungjawaban kepada Allah SWT seharusnya menjadi pertimbangan beliau yang utama.

Kongres Rakyat mengusulkan supaya jika Speaker memutuskan untuk menjalankan undian untuk menerima atau menolak TPPA pada hari sidang khas parlimen, undian secara sulit hendaklah dilaksanakan agar semua Ahli Parlimen dapat memutuskan dengan kesedaran diri sebagai rakyat Malaysia yang mahu kedaulatan negara dipertahankan. - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Penulis ialah Pengerusi Kongres Rakyat.

Sumber HD - 27-1-2016




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































TPPA boleh jejas kuasa kerajaan negeri

HARAKAHDAILY | .


Kongres Rakyat menegaskan bahawa wujud risiko yang bakal dihadapi oleh kerajaan negeri jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai. Implikasi yang bakal dihadapi oleh kerajaan negeri adalah besar kerana TPPA sememangnya mengikat kuasa kerajaan negeri walaupun yang akan menandatangani TPPA adalah kerajaan pusat.

Walaupun perdagangan antarabangsa pada dasarnya adalah bidangkuasa kerajaan pusat, namun semua syarat pewartaan guna tanah, eksploitasi sumber bumi, perancangan pembangunan lokal dan pelesenan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Setiap kerajaan negeri mempunyai keutamaan pembangunan masing-masing mengikut apa yang diluluskan oleh Majlis Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Kami mendapati dalam bab pelaburan, perjanjian perdagangan bebas sering mengaitkan semua peringkat kerajaan sesebuah negara seperti kerajaan negeri atau provinsi, kerajaan tempatan, mahupun perbandaran. Bermakna sebarang dasar dan peraturan kerajaan negeri untuk kini dan masa depan akan terkesan oleh TPPA. Kerajaan negeri tidak boleh, atas pertimbangan sendiri, menguatkuasakan sesebuah perundangan atau peraturan yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan dalam TPPA.

Secara eksplisit kerajaan negeri juga memang terikat dengan TPPA: semua negara TPPA telah bersetuju bahawa semua peringkat kerajaan dalam semua negara TPPA akan terikat dalam bab Pelaburan. Ini bermakna semua peraturan (measures) atau undang-undang sedia ada mahupun yang baru yang akan digubal oleh kerajaan negeri boleh dicabar mengikut bab Pelaburan dalam perjanjian TPPA ("measure" atau peraturan TPPA ditafsir secara terbuka yang memasukkan erti undang-undang, peraturan, prosedur, syarat atau praktis)

TPPA mengecualikan secara automatik peraturan kerajaan negeri atau tempatan yang sedia ada hanya dalam beberapa peruntukan sahaja dalam bab Pelaburan, termasuk akses pasaran. Jadi jika kerajaan negeri contohnya mempunyai peraturan mengharamkan penjualan atau kedai arak, ia boleh meneruskan peraturan itu.

Bagaimanapun, apabila TPPA dimeterai, kuasa kerajaan negeri akan menjadi terhad untuk mewujudkan sebarang peraturan baru yang mungkin hendak digubal dimasa depan mengenai sesuatu sektor (contohnya agar kawalan lebih ketat). Jika hal ini hendak dikecualikan ia perlu melalui persetujuan oleh semua negara anggota TPPA. Bermakna tidak ada pengecualian secara automatik untuk kerajaan negeri kecuali ia telah dirundingi dan dipersetujui.

TPPA tidak membenarkan kerajaan pusat atau negeri untuk mengambialih harta syarikat pelabur swasta (expropriation)  atau melanggar syarat layanan adil dan saksama (fair and equittable treatment) untuk pelabur dari mana-mana negara TPPA. Peruntukan ini adalah yang paling bermasalah dalam bab Pelaburan TPPA.

Dalam TPPA, mana-mana pelabur boleh saman kerajaan yang menerima pelaburan, melalui mekanisme ISDS (tribunal penyelesaian perselisihan antara pelabur dan kerajaan) dan tuntutan saman boleh mencecah berbilion USD. Bukan sahaja jika kerajaan kalah terpaksa membayar saman malah juga perlu membayar faedah pada kadar komersial.

Yuran guaman untuk khidmat undang-undang boleh mencecah USD1,000 sejam. Pengalaman perit Filipina yang telah mengeluarkan USD$58 juta menpertahankan dirinya dari saman sebuah pelabur dan Australia telah berbelanja USD$37 juta melawan saman syarikat rokok Philip Morris, sepatutnya diambil pengajaran oleh kerajaan Malaysia.

Satu kajian menemukan bahawa walaupun ada kerajaan yang menang dalam ISDS namun ia terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi. Terdapat juga kerajaan terpaksa menarik semula undang-undang yang ingin diluluskan kerana tidak mampu membayar kos untuk diheret ke tribunal oleh pelabur melalui mekanisme ISDS seperti yang berlaku kepada Uruguay dan Kanada yang mahu menguatkuasakan peraturan mengenai rokok.

Jika kerajaan mengambilalih harta syarikat swasta dari mana-mana negara pelabur TPPA (expropriation) termasuk secara tidak langsung, maka  pampasan perlu dibayar  mengikut peraturan TPPA.

Oleh kerana kerajaan pusat yang menandatangani TPPA, maka kerajaan pusatlah yang akan disaman di bawah ISDS dan perlu membayar semua kos pembicaraan dan jumlah saman, jika kalah, walaupun punca pelanggaran peruntukkan TPPA itu adalah kerajaan negeri. Terpulang kepada perlembagaan negara sama ada wang itu perlu dituntut semula dari kerajaan negeri atau tidak.

Kerajaan negeri yang tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum terikat kepada bab Pelaburan dalam TPPA dan tidak merestui untuk terikat dengan TPPA yang ditandatangani oleh kerajaan pusat  akan menghadapi masalah. Perselisihan akan berlaku antara kerajaan negeri dan pusat jika kerajaan negeri mahu mewujudkan peraturan baru yang melanggar TPPA.

Sebab itu semua ahli parlimen di peringkat negeri di AS mendesak supaya mekanisme ISDS ditolak. Mereka mempersoalkan apakah undang-undang dalam ISDS bercanggah dengan perlembagaan negara.

Telah terjadi banyak perselisihan perdagangan yang menyebabkan pelabur dari AS menyaman kerajaan Kanada di peringkat provinsi. Akibatnya timbul isu perlembagaan antara kerajaan pusat dan kerajaan provinsi di Kanada.

Terdapat satu kajian terhadap 162 kes ISDS. Sebanyak 22 kes melibatkan cabaran ke atas kerajaan negeri (termasuk kerajaan tempatan) yang berkaitan dengan peraturan eksekutif. Dari jumlah tersebut 21 kes melibatkan keputusan mengenai perancangan dan keputusan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan.

Antara kes ISDS di mana kerajaan tempatan disaman oleh pelabur dan kerajaan berkenaan terpaksa membayar dengan nilai yang tinggi ialah Mexico. Kerajaan negeri di Mexico mengisytiharkan sebuah fasiliti sisa toksi sebagai sebuah zon ekologi dan telah mengambilalih harta pelabur. Pelabur telah menang dengan mendapat pembayaran USD16 juta oleh kerajaan pusat Mexico. Kerajaan pusat telah menahan peruntukan pembangunan kerajaan negeri tersebut.

Demikian juga kes AbitibiBowater lawan Kanada. Kerajaan tempatan merampas aset AbitibiBowater bila syarikat itu menghentikan operasi kilang kertas dan menyebabkan 800 pekerja hilang pekerjaan. Dalam kes ini melalui ISDS, pelabur telah menang dan mendapat pembayar USD 122 juta.

Perdana Menteri Kanada menyatakan kerajaan pusat akan menekan kerajaan tempatan supaya membayar kembali wang itu kepada kerajaan pusat. Beberapa kes lagi yang dihadapi oleh kerajaan negeri di Kanada melibatkan isu pemberhentian operasi kuari, syarat peraturan membiayai penyelidikan dan pembangunan, penolakkan cadangan pelabur membina terminal kuari dan marina. Semua tuntutan pelabur-pelabur ini melibatkan ratusan juta dolar yang berpunca dari keputusan kerajaaan-kerajaan negeri di Kanada.

Terdapat beberapa negara yang lain yang melibatkan saman pelabur ke atas kerajaan negeri dan perbandaraan seperti Kota Hamburg, Jerman ( kerana menambah peraturan yang ketat terhadap kesan kilang tenaga arang yang memberi kesan kepada sungai, suhu dan bekalan oksigen dalam sungai), Argentina (kegagalan pihak berkuasa tempatan menaikkan tarif air), Kazakhstan (pihak kerajaan tempatan membatal projek residensi dan pindahkan tanah kepada projek arboretum nasional).

Malaysia harus mengambil iktibar dari kes-kes ISDS  yang dialami oleh negara-negara yang menandatangani perjanjian perdagangan bilateral dan multilateral. Kerajaan negeri yang tidak terlibat dengan TPPA tetap akan terikat dengan perjanjian tersebut. Kuasa dan bidangkuasa menentukan polisi pembangunan dan penggunaan sumber asli negeri-negeri akan pasti tidak berada seperti sebelumnya selepas TPPA ditandatangani.

Kuasa kerajaan negeri tidak boleh dinafikan akan terkesan akibat TPPA. Bermakna pelbagai senarai bidang kuasa kerajaan negeri dalam Perlembagaan Persekutuan akan boleh dicabar atas alasan kerajaan pusat sudah menandatangani TPPA.

Sekali lagi kami menuntut supaya kerajaan Malaysia tidak meneruskan penglibatan dalam TPPA demi mempertahankan kedaulatan negara.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim
Pengerusi Kongres Rakyat - HARAKAHDAILY 13/1/2016

Sumber HD - 13-1-2016

-------------------------------------------------------------------------------
Kongres Rakyat tolak kehadiran Obama

Posted on Saturday, November 21 @ 14:33:01 MYT by paktam

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID

Sekretariat Kongres Rakyat menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke negara ini. Atas nama hak manusia dan sokongan kepada perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin, kami tidak menerima kehadiran Presiden AS itu

Walaupun kehadirannya kini atas nama persidangan Asean, selepas kunjungan beliau sebelum ini pada 2014, kami tetap berpandangan akibat pelbagai hegemoni kuasa AS keatas Palestin dan rantau Timur Tengah, kedatangan dan sambutan yang diberikan kepada beliau adalah perakuan negara terhadap pelbagai keganasan yang dilakukan AS ke atas rakyat di pelbagai negara di rantau tersebut.

Meskipun kerajaan menerima beliau sebagai tetamu, namun rakyat tetap melihat Presiden AS sebagai kuasa imperialis yang mempunyai agenda untuk menundukkan semua negara di bawah kawalannya. Menerimanya juga dilihat sebagai usaha untuk menjadi negara ini sebagai negara proksi kepada AS dalam menjayakan agendanya.

Obama bakal memberi tumpuan kepada agenda ekonomi dan sekuriti rantau dalam usahanya mengabsahkan kehadiran tentera AS di seluruh pelosok dunia. Beliau akan mengguna pengaruhnya untuk memberi isyarat seolah AS sahaja yang boleh mengamankan dunia dari ancaman terorisisme. Dengan yang demikian memposisikan AS sebagai rakan dialog Asean telah mengukuhkan hegemoni AS dirantau ini.

Rakyat tidak mungkin menerima AS sebagai kuasa imperialis yang mengakibatkan penderitaan jutaan rakyat, terutama dikalangan kelompok bawahan akibat dieksploitasi oleh syarikat kapitalis AS. Atas nama perdagangan bebas, AS telah menekan negara dunia ketiga dengan pelbagai perjanjian untuk mengukuh syarikat-syarikat multinasional AS  untuk meraih keuntungan diatas kemiskinan dan eskploitasi buruh dan petani di negara-negara membangun.

Obama telah menunjukkan sikap hipokritnya bila di awal jawatannya sebagai Presiden AS, beliau telah menipu seluruh dunia dengan ucapannya di Kaherah, Mesir kononnya beliau mahu berdamai dengan umat Islam. Di sebaliknya, jelas beliau lebih berpihak kepada kelompok Yahudi di AS untuk memastikan Yahudi berjaya melaksanakan agendanya menghapus umat Islam di Palestin. Kini Israel telah membunuh lebih 70 orang dan mencederakan ribuan rakyat awam Palestin di Baitul Maqdis dalam ketegangan terbaru tindakannya menceroboh Masjid Al Aqsa. Sementara Tebing Gaza terus dikepung dan dimusnahkan dengan serangan mengguna senjata yang dibekal AS sehingga hari ini.

Dasar luar AS jelas, sejak kewujudan Israel telah berkisar disekitar menyokong semua tindakan ganas Israel ke atas hak rakyat Palestin dan mencabar hak kaum Muslimin di seluruh dunia dengan tindakan menyerang negara umat Islam.

Akibatnya rakyat Palestin menderita sehingga hari ini. Jutaan menjadi pelarian, ribuan yang terbunuh dan sebahgian besar tanah asal Palestin dirampas oleh Israel yang direstui oleh AS. Israel terus disokong dengan  bantuan ketenteraan berbilion  dolar untuk mengukuh kekuatan militari Israel. Semua bantuan senjata tercanggih di dunia telah dibekalkan oleh AS kepada Israel untuk melancarkan serangan keatas rakyat Paelstin.

Bagi kami Presiden AS adalah lambang kuasa imperialis dunia yang mengetuai kuasa Barat untuk menguasai dunia dan menjadikan Islam dan umat Islam sebagai sasaran.

Dengan rekod hegemoni AS ke atas negara Islam seperti Iraq, Libya, Afghanistan, Algeria, Pakistan, Tunisia dan Somalia, umat Islam mempunyai sebab yang kuat untuk menyatakan bantahan kepada kehadiran Presiden AS di bumi Malaysia.

AS telah mencetuskan peperangan sektarian di negara-negara seperti Iraq, Syria dan Lebanon. Strateginya adalah pecah dan perintah.

Malah tidak keterlaluan untuk merumuskan bahawa AS adalah paksi kejahatan dunia yang mengguna seluruh kuasanya untuk mengeksploitasi negara lain demi menjaga kepentingannya.

Malaysia pernah menyatakan penentangan terhadap penglibatan AS dalam peperangan di Timur Tengah dan menyokong penubuhan negara  Palestin. Lantaran itu kami menggesa kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada hegemoni AS yang mempunyai agenda untuk menguasai dunia. Sebarang perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan AS hendaklah disemak semula. Malaysia perlu meneliti semula segala kerjasama keselamatan, ketenteraan, ekonomi dan budaya dengan AS.

Komitmen Malaysia untuk menandatangani TPPA adalah isu terkini yang dibantah oleh rakyat kerana ia adalah alat AS untuk menjajah Malaysia dan negara anggota TPPA yang lain. Kehadiran Obama di sidang Asean kali ini pasti akan berkait dengan desakan AS supaya Malaysia menandatangani TPPA.

Kami berpendirian bahawa TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas paling eskploitatif, mencengkam dan menindas rakyat bawahan. Ia diguna oleh AS sebagai alat paling menyeluruh untuk menguasai 11 negara dalam agendanya menyaingi China dan mendominasi 40% perdagangan dunia. Malaysia akan terus terikat dan terdedah kepada eksploitasi AS bila TPPA ditandatangani.

Dasar luar AS secara umumnya telah memporak-perandakan dunia dalam hampir semua bidang  keselamatan, ekonomi, politik, teknologi senjata, alam sekitar, kesihatan, kewangan, undang-undang antarabangsa dan budaya. Rakyat di banyak negara telah menderita akibat eskploitasi AS mengguna kuasa dan pengaruhnya untuk kepentingan pemerintah AS yang pro Israel.

Sebab itu kehadiran Obama di Filipina baru-baru ini dalam sidang APEC dibantah oleh rakyat . Filipina dilihat sebagai negara proksi AS yang mengukuhkan pengaruh AS di rantau ini.

Malaysia yang telah memeterai pelbagai perjanjian kerjasama dengan AS dalam pelbagai bidang perlu menilai semula komitmennya terhadap kuasa imoerialis itu. Pendekatan pemimpin negara yang nampak lebih mesra AS perlu dilihat secara kritikal kerana rakyat sedang meneliti dengan rapi sikap double standard yang sering ditunjukkan oleh kerajaan. Sementera kritikan terhadap AS yang merestuai tindakan Israel menyerang umat Islam di Palestin ditegaskan, namun kerjasama ekonomi dan keselelamatan dipereratkan dengan AS. Malah wujud perdagangan secara tidak langsung dengan Israel.

Kami menolak pendirian yang bercanggah dengan sentimen rakyat yang mahu kerajaan bersikap lebih konsisten dan telus.

Sesunggunya ditangan Presiden AS dilumuri darah orang awam terutama di kalangan rakyat Palestin. Kami tidak dapat menerima Presiden AS di bumi Malaysia kerana ia adalah negara teroris (terrorist state) nombor satu dunia.

Penulis ialah Presiden Mapim dan Pengerusi Kongres Rakyat.

Sumber DD - 21-11-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                      ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat: Sila selamatkan bolasepak negara!


































































































KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

CERITA bola sepak Malaysia sememangnya tiada kesudahan. Saban bulan ada sahaja topik yang menyucuk gegendang telinga. Bukan sedikit perkara negatif yang berkaitan dengan iklim bola sepak negara didendangkan. Ianya tidaklah pelik kerana bola sepak merupakan antara sukan utama di Malaysia.

Namun apa yang pelik ialah walaupun ianya merupakan sukan yang utama namun pembangunan dan mutu bola sepak negara masih berada di takuk yang lama. Masih lagi gagal untuk bangkit.

Persoalannya, sampai bilakah isu mutu bola sepak negara akan berakhir? Merudum dan terus merudum kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia. Yang terkini, Malaysia dengan bangganya berada pada tangga yang ke 171 di bawah negara-negara kecil seperti Timor-Leste dan Tajikistan.

Lebih menyayat hati, negara yang sentiasa berperang seperti Palestin pun berada di kdudukan yang lebih baik daripada Malaysia. Hasrat rakyat Malaysia bukan sahaja ingin melihat Malaysia pada kedudukan ranking terbaik dunia, ceritanya rakyat Malaysia ingin Malaysia ke Piala Dunia! Sejak 1974 sehingga kini, kelayakan pun Malaysia tidak lepas.

Korea Selatan merupakan saingan sengit dan musuh tradisi Malaysia suatu ketika dahulu. Ya, suatu ketika dahulu. Kini musuh tradisi tersebut sudah jauh meninggalkan Harimau Malaya terkapai-kapai kelemasan mencari rentak mengembalikan ketajaman taring dan bisa kukunya.

Tempoh 40 tahun merupakan tempoh yang cukup lama untuk Malaysia gagal ke Piala Dunia. Dan tahun ini merupakan tahun ke 41 Malaysia terus gagal! 40 tahun merupakan tempoh matang bagi seseorang jika diukur dari sudut umur. Namun pada tempoh 40 tahun ini jugalah, Malaysia masih lagi merangkak dan bertatih.

Di manakah silapnya bola sepak Malaysia? Badan induk bola sepak negara iaitu FAM perlu berbuat sesuatu. Amat malang pengerusi FAM hanya meluahkan rasa sedih dan kecewa jika Malaysia kalah dalam sesebuah perlawanan. Kini FAM ditadbir oleh pengerusinya yang baharu (meskipun jawatankuasanya yang lain masih lagi orang yang sama). Timbul sinar harapan.

Namun setelah kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada UAE pada 3 September dan kekalahan 0-6 kepada Palestin pada 16 Jun baru ini, sinar tersebut kian malap. Muncul sedikit sinar harapan apabila Malaysia berjaya menewaskan Timor Leste sebanyak hanya 1-0. Namun harapan hampa di hujung terowong yang disajikan apabila sekali lagi Malaysia ditewaskan oleh Palestin dengan keputusan yang sama semasa bermain di Malaysia, 0-6!

Saya masih lagi berpegang bahawa pengurusan bola sepak negara dan negeri perlu ditadbir oleh orang yang mahir dan pakar dalam bidang pengurusan bola sepak. Amatlah lucu trend pengurusan bola sepak di Malaysia diterajui oleh ahli-ahli politik dan golongan bangsawan.

Malaysia mempunyai populasi penduduk seramai 31 juta orang. Dalam populasi sebanyak ini, Malaysia hanya mempunyai 2 liga sahaja iaitu Liga Super dan Liga Perdana. Liga Super hanya mempunyai 12 pasukan manakala Liga Perdana hanya mempunyai 10 pasukan sahaja.

Jika dicongak keseluruhan pemain dalam kedua-dua liga ini, Malaysia hanya mempunyai kurang daripada 1000 orang pemain bola sepak yang bermain secara aktif setiap musim. 1000 pemain bagi rakyat yang berjumlah 31 juta yang mana bola sepak merupakan sukan yang utama! Sungguh tidak masuk akal.

Saya tertarik kepada sebuah negara yang berpopulasi seramai 320 000 orang namun mereka mempunyai 75 buah pasukan dan 5 liga. Jauh berbeza dengan Malaysia. Ini menunjukkan betapa miskin dan papa kedananya Malaysia dalam pembangunan mutu bola sepak negara. Bahkan dengan sistem yang terlalu kecil ini, para pemain kurang terlibat dalam perlawanan semusim.

Sistem yang terlalu kecil ini juga seolah-olah menghadkan perkaderan pemain-pemain muda bola sepak untuk terlibat secara profesional dalam sukan bola sepak negara. Dengan bahasa yang lebih mudah, semakin banyak liga, semakin banyaknya perlawanan dan semakin ramai individu yang terlibat dalam sukan bola sepak dan semakin besar potensi untuk bakat baru muncul.

Ini adalah sedikit permasalahan dan cadangan kepada penambahbaikan mutu sukan bola sepak negara daripada pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia. Justeru, satu sidang meja bulat di bawah anjuran Kongres Rakyat akan diadakan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap mutu bola sepak Malaysia.

Kongres Rakyat mengenai penambahbaikan bola sepak negara ini akan menjemput pihak daripada FAM untuk turut hadir ke lapangan bagi bersama-sama mendengar keluhan dan cadangan daripada para peminat bola sepak. Kami akan memaklumkan tarikh dan tempat yang sesuai dalam masa yang terdekat bagi sidang meja bulat ini.

Kami juga menyeru semua NGO, kelab-kelab dan penaung bola sepak, para pengulas dan pengkritik sukan untuk sama-sama hadir. Kami mengharapkan semua pihak dapat hadir bagi memberikan pandangan, cadangan dan kritikan yang membina demi melihat Harimau Malaya terus mengaum, terus membaham dan terus digeruni oleh lawan dan kawan. – HARAKAHDAILY 16/11/2015

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia                                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 16-11-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                       ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Teks Akhir TPPA Perlu Konsultasi – Kongres Rakyat

Sekretariat Kongres Rakyat sedang meneliti teks akhir TPPA yang kini dikeluarkan pada 5 hb November 2015 melalui portal Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa ( MITI ) .

Dalam penelitian awal kami menemukan pernyataan ” Lebih berat dari yang dijangka ” sebagai respon beberapa Ngo di beberapa negara yang menyertai TPPA , bila teks akhir TPPA didedahkan .

Teks akhir TPPA yang dapat dilihat dalam portal MITI meliputi 30 bab itu maseh memerlukan konsultasi publik yang melibatkan pelbagai pihak seperti kumpulan gerakan pengguna , ngo alam sekitar dan hak manusia , badan kesihatan , kesatuan pekerja , pertubuhan agama , dewan perniagaan serta pakar ekonomi.

Kami mengesa supaya teks yang sangat panjang dan mengguna bahasa teknikal undang-undang itu hendaklah dipermudahkan supaya dapat difahami masyarakat umum .

Pihak kerjaan tidak boleh merasa sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan mendedahkan teks itu , kerana rakyat hanya diberi masa 3 bulan untuk memahami isi perundingan yang sangat teknikal itu , sedangkan perundingan itu sendiri mengambil masa lebih 5 tahun untuk disepakati dan dilakukan dalam penuh kerahsiaan.

Walau bagaimanapun , kami memandang serius terhadap laporan dan komen beberapa pakar di beberapa negara yang menyertai rundingan TPPA , bila mereka melakukan analisis teks akhir TPPA yang didedahkan.

Suatu rumusan nampaknya mereka sepakati terhadap teks itu : TPPA adalah satu perjanjian 12 negara yang lebih parah dari yang dijangka.

Dari maklumat yang bocor , sebelum ini , sedikit maklumat diperolehi mengenai perjanjian tersebut. Namun bila satu bab demi satu bab diteliti , ternyata 500 wakil perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mewakli korporat besar telah berjaya menjamin kepentingan mereka diperkukuhkan , akan tetapi kepentingan awam diketepikan.

Wakil korporat besar ternyata mendapat akses dan faedah maksimal dari TPPA , manakala orang awam tidak tahu apa-apa .

Dari isu perubahan cuaca hingga keselamatan makanan , kawalan terhadap internet sehingga akses kepada ubatan , TPPA didapati suatu ” malapetaka ” kata Nick Dearden dari Global Justice Now.

Perjanjian ini bakal memberi tekanan kepada kadar upah pekerja , lambakan barangan makanan yang tidak selamat dari luar , meningkatkan harga ubatan yang genting untuk menyelamatkan nywa.

Dalam isu penjagaan alam sekitar negara , TPPA mempunyai peruntukan yang sangat lemah .

Syarikat minyak diberi kuasa untuk bertindak menyaman kerajaan yang menyekat perlombongan . Jika sebuah komuniti lokal menyekatkan aktiviti perlombongan , syarikat boleh mengeluarkan saman .

Persatuan Sahabat Alam (Friends of the Earth (FOE) ) menyatakan TPPA memberi ruang sangat luas kepada aktiviti perlombongan kepada syarikat antarabangsa tanpa mengambilkira kesan kepada alam sekitar dinegara yang menyertai TPPA .

Matthew Rimmer, seorang profesor mengenai hak intelektual , undang-undang dan pakar polisi perdagangan dari Queensland University of Technology , Australia menyatakan perwakilan AS telah melakukan “greenwashing” keatas TPPA iaitu mendakwa ia nampak seperti perjanjian yang mesra alam sekitar tetapi pada hakikatnya adalah perjanjian yang bakal menjejaskan alam sekitar dengan lebih parah.

Pemeliharaan alam sekitar serta mekanisme penguatkuasaan yang berkaitan dengan alam sekitar sangat lemah dalam TPPA . Liputan peraturan dalam perjanjian itu terhadap pemeliharaan biodiversiti , konservasi , sumber laut dan perdagangan serta khidmat alam sekitar , sangat terbatas.

Teks TPPA juga memperlihatkan firma besar dalam bidang bioteknologi mempunyai lebih kuasa berbanding pihak inspektorat makanan dipintu masuk import makanan luar ke dalam sesebuah negara . Syarikat agro dan makanan inginkan supaya peraturan kawalan keselamatan makanan import dikurangkan , mengurangkan syarat pelabelan makanan , melemahkan kerja inspektorat makanan import dan menghadkan peraturan negara untuk mengenakan piawaian standard makanan yang lebih ketat.

Dengan mengguna hujah ” sekatan tidah sah ke atas perdagangan ” ( illegal trade barriers ) , peraturan keselamatan makanan mengenai label , penggunaan pestisida atau bahan tambahan dalam makanan tidak dapat dikawal berdasarkan perjanjian TPPA.

Mengikut Food & Water Watch, teks akhir TPPA memberi ruang untuk syarikat perniagaan pertanian dan syarikat benih biotek kini dengan mudah boleh mengguna peraturan perdagangan dalam TPPA untuk mencabar pengharaman import bahan makanan ubahsuai genetik atau GMO .

TPPA juga menghadkan pihak berkuasa menguji kandangan GMO dalam makanan import , keputusan tidak meluluskan dengan pantas kemasukan tumbuhan GMO atau mengenakan syarat memerlukan label GMO.

Ini bermakna pengguna dan petani akan menjadi mangsa dalam perjanjian TPPA , sebab kuasa inspektorat keselamatan makanan dibatasi manakala pengguna terdedah kepada kemasukan makanan yang tidak selamat.

Bab lain khususnya Seksyen J , yang menjadi kritikan kumpulan hak digital ialah berkaitan dengan keterbukaan internet. Peruntukan TPPA memberi kuasa sesuatu sesawang ditutup . Pemberi Khidmat Internet ( Internet Service Providers – IPS ) diberi kuasa menjadi “polis hakcipta”.

Bermakna satu syarikat AS boleh mengarah sesawang ditutup disebuah negara lain atas alasan haksalinan ( copyright) sedang pengendali sesawang di negara lain itu tidak ada peluang untuk menafikan tuntutan tersebut .

Beberapa seksyen yang lain yang sangat berat kesannya ada kaitan dengan isu jenama , paten farmasi , perlindungan hakcipta dan ” rahsia dagangan ” ( trade secrets ).

Kami juga prihatin dalam bab 17 yang mempunyai 15 artikel menurut Anex 17 F , hanya Perbadanan Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Haji sahaja yang diberi pengecualian dari beberapa klausa yang terikat dengan beberapa peraturan dalam TPPA . Itupun dalam aktiviti yang ekslusif sahaja yang berkaitan dengan fungsi agensi tersebut. Terdapat pernyataan mengenai 2 agensi itu terkecuali dengan syarat ia tidak menerima arahan pelaburan ( investment directives ) dari kerajaan .

Pertanyaan kami kenapa 2 agansi ini sahaja? Bagaimana ratusan entiti yang lain yang dilindungi kerajaan tidak termasuk dalam pengecualian ini? Kenapa klausa tidak mendapat arahan pelaburan dari kerajaan itu dimasukkan.?

Dalam Bab 17 , perjanjian TPPA itu sarat dengan silang rujukan untuk menetapkan apa yang terpakai dan apa yang tidak terpakai dalam perjanjian ini . Ia dipenuhi dengan pelbagai syarat pengecualian. Walaupun ada klausa syarikat milik kerajaan dan anak syarikat yang dimilikki oleh syarikat induk milik kerajaan terkecuali , namun klausa yang sangat khusus disyaratkan , sehingga tidak mudah kerajaan terlepas dari peruntukan untuk bebas dari TPPA.

Kongres Rakyat maseh yakin bahawa perjanjian ini adalah alat penjajahan. Ia dilakukan dalam bentuk perjanjian yang mengikat atas nama ” free trade ” .

Kami menuntut semua Ahli Parlimen menolak TPPA dan sikap ini perlu diserlahkan dalam Dewan Rakyat.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Pengerusi Kongres Rakyat
9 November 2015

Sumber BO - 9-11-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kritikan awal Kongres Rakyat terhadap teks TPPA

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Sekretariat Kongres Rakyat sedang meneliti teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang kini dikeluarkan pada 5 November 2015 melalui portal Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI).

Dalam penelitian awal kami menemukan pernyataan "lebih berat dari yang dijangka" sebagai respons beberapa NGO di beberapa negara yang menyertai TPPA apabila teks akhir TPPA didedahkan.

Teks akhir TPPA yang dapat dilihat dalam portal MITI meliputi 30 bab itu maseh memerlukan konsultasi publik yang melibatkan pelbagai pihak seperti kumpulan gerakan pengguna, NGO alam sekitar dan hak manusia, badan kesihatan, kesatuan pekerja, pertubuhan agama, dewan perniagaan serta pakar ekonomi.

Kami menggesa supaya teks yang sangat panjang dan mengguna bahasa teknikal undang-undang itu hendaklah dipermudahkan supaya dapat difahami masyarakat umum.

Pihak kerajaan tidak boleh merasa sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan mendedahkan teks itu kerana rakyat hanya diberi masa 3 bulan untuk memahami isi perundingan yang sangat teknikal itu sedangkan perundingan itu sendiri mengambil masa lebih 5 tahun untuk disepakati dan dilakukan dalam penuh kerahsiaan.

Walau bagaimanapun , kami memandang serius terhadap laporan dan komen beberapa pakar di beberapa negara yang menyertai rundingan TPPA bila mereka melakukan analisis teks akhir TPPA yang didedahkan.

Suatu rumusan nampaknya mereka sepakati terhadap teks itu, TPPA adalah satu perjanjian 12 negara yang lebih parah dari yang dijangka.

Dari maklumat yang bocor sebelum ini, sedikit maklumat diperolehi mengenai perjanjian tersebut.

Namun bila satu bab demi satu bab diteliti, ternyata 500 wakil perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mewakli korporat besar telah berjaya menjamin kepentingan mereka diperkukuhkan, akan tetapi kepentingan awam diketepikan.

Wakil korporat besar ternyata mendapat akses dan faedah maksimal dari TPPA manakala orang awam tidak tahu apa-apa.

Dari isu perubahan cuaca hingga keselamatan makanan, kawalan terhadap internet sehingga akses kepada ubatan, TPPA didapati suatu "malapetaka" kata Nick Dearden dari Global Justice Now.

Perjanjian ini bakal memberi tekanan kepada kadar upah pekerja, lambakan barangan makanan yang tidak selamat dari luar, meningkatkan harga ubatan yang genting untuk menyelamatkan nyawa.

Dalam isu penjagaan alam sekitar negara, TPPA mempunyai peruntukan yang sangat lemah. Syarikat minyak diberi kuasa untuk bertindak menyaman kerajaan yang menyekat perlombongan. Jika sebuah komuniti lokal menyekatkan aktiviti perlombongan, syarikat boleh mengeluarkan saman.

Persatuan Sahabat Alam atau Friends of the Earth (FOE) menyatakan TPPA memberi ruang sangat luas kepada aktiviti perlombongan kepada syarikat antarabangsa tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar dinegara yang menyertai TPPA.

Matthew Rimmer, seorang profesor mengenai hak intelektual, undang-undang dan pakar polisi perdagangan dari Queensland University of Technology, Australia menyatakan perwakilan AS telah melakukan "greenwashing" ke atas TPPA iaitu mendakwa ia nampak seperti perjanjian yang mesra alam sekitar tetapi pada hakikatnya adalah perjanjian yang bakal menjejaskan alam sekitar dengan lebih parah.

Pemeliharaan alam sekitar serta mekanisme penguatkuasaan yang berkaitan dengan alam sekitar sangat lemah dalam TPPA. Liputan peraturan dalam perjanjian itu terhadap pemeliharaan biodiversiti, konservasi, sumber laut dan perdagangan serta khidmat alam sekitar, sangat terbatas.

Teks TPPA juga memperlihatkan firma besar dalam bidang bioteknologi mempunyai lebih kuasa berbanding pihak inspektorat makanan dipintu masuk import makanan luar ke dalam sesebuah negara. Syarikat agro dan makanan inginkan supaya peraturan kawalan keselamatan makanan import dikurangkan, mengurangkan syarat pelabelan makanan, melemahkan kerja inspektorat makanan import dan menghadkan peraturan negara untuk mengenakan piawaian standard makanan yang lebih ketat.

Dengan mengguna hujah "sekatan tidak sah ke atas perdagangan" (illegal trade barriers), peraturan keselamatan makanan mengenai label, penggunaan pestisida atau bahan tambahan dalam makanan tidak dapat dikawal berdasarkan perjanjian TPPA.

Mengikut Food & Water Watch, teks akhir TPPA memberi ruang untuk syarikat perniagaan pertanian dan syarikat benih biotek kini dengan mudah boleh mengguna peraturan perdagangan dalam TPPA untuk mencabar pengharaman import bahan makanan ubahsuai genetik atau GMO. TPPA juga menghadkan pihak berkuasa menguji kandungan GMO dalam makanan import, keputusan tidak meluluskan dengan pantas kemasukan tumbuhan GMO atau mengenakan syarat memerlukan label GMO.

Ini bermakna pengguna dan petani akan menjadi mangsa dalam perjanjian TPPA, sebab kuasa inspektorat keselamatan makanan dibatasi manakala pengguna terdedah kepada kemasukan makanan yang tidak selamat.

Bab lain khususnya Seksyen J, yang menjadi kritikan kumpulan hak digital ialah berkaitan dengan keterbukaan internet. Peruntukan TPPA memberi kuasa sesuatu sesawang ditutup. Pemberi Khidmat Internet (Internet Service Providers - IPS) diberi kuasa menjadi "polis hakcipta". Bermakna satu syarikat  AS boleh mengarah sesawang ditutup di sebuah negara lain atas alasan haksalinan (copyright) sedang pengendali sesawang di negara lain itu tidak ada peluang untuk menafikan tuntutan tersebut.

Beberapa seksyen yang lain yang  sangat berat kesannya ada kaitan dengan isu jenama, paten farmasi, perlindungan hakcipta dan "rahsia dagangan" (trade secrets).

Kami juga prihatin dalam bab 17 yang mempunyai 15 artikel menurut Anex 17 F, hanya Perbadanan Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Haji sahaja yang diberi pengecualian dari beberapa klausa yang terikat dengan beberapa peraturan dalam TPPA. Itupun dalam aktiviti yang ekslusif sahaja yang berkaitan dengan fungsi agensi tersebut. Terdapat pernyataan mengenai 2 agensi itu terkecuali dengan syarat ia tidak menerima arahan pelaburan (investment directives) dari kerajaan.

Pertanyaan kami kenapa 2 agansi ini sahaja? Bagaimana ratusan entiti yang lain yang dilindungi kerajaan tidak termasuk dalam pengecualian ini? Kenapa klausa tidak mendapat arahan pelaburan dari kerajaan itu dimasukkan?

Dalam Bab 17, perjanjian TPPA itu sarat dengan silang rujukan untuk menetapkan apa yang terpakai dan apa yang tidak terpakai dalam perjanjian ini. Ia dipenuhi dengan pelbagai syarat pengecualian. Walaupun ada klausa syarikat milik kerajaan dan anak syarikat yang dimiliki oleh syarikat induk milik kerajaan terkecuali, namun klausa yang sangat khusus disyaratkan, sehingga tidak mudah kerajaan terlepas dari peruntukan untuk bebas dari TPPA.

Kongres Rakyat masih yakin bahawa perjanjian ini adalah alat penjajahan. Ia dilakukan dalam bentuk perjanjian yang mengikat atas nama free trade.

Kami menuntut semua Ahli Parlimen menolak TPPA dan sikap ini perlu diserlahkan dalam Dewan Rakyat. - HARAKAHDAILY 9/11/2015

Penulis ialah Pengerusi Kongres Rakyat.

Sumber HD - 9-11-2015



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































“Ke Arah Menjamin Kedaulatan Negara dan Kebebasan Ekonomi dari Kuasa-Kuasa Asing”


Kami, sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dari kalangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bergabung dalam Kongres Rakyat ingin menyampaikan bantahan terhadap kemungkinan kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA kepada Y.A.B. Perdana Menteri.

Seperti mana yang sudah sedia maklum, rundingan mengenai isi kandungan TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Ogos 2015 di antara wakil-wakil kerajaan melibatkan Malaysia dan 11 negara anggota yang lain di Atlanta , Amerika Syarikat . Mengikut ‘time plan’ yang dibentangkan oleh MITI, proses perdebatan Parlimen dan kabinet membuat keputusan akan berlangsung pada Januari tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, perjanjian TPPA telah mencetuskan kontroversi dalam beberapa aspek melibatkan bukan sahaja penguasaan ekonomi dan kedaulatan negara, malah berkaitan juga dengan pencerobohan terhadap undang-undang dan dasar negara.

TPPA jelas mengambil contoh teks Perjanjian Perdagangan Bebas US (USFTA) yang pernah digunakan semasa rundingan bilateral US dengan negara-negara lain termasuklah Malaysia. 43 daripada 63 negara yang terlibat dalam rundingan teks perjanjian berkenaan telah dilaporkan menarik diri. Begitu juga perjanjian TTIP yang merupakan TPPA ‘versi Eropah’ juga mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat di sana.

Sepanjang perundingan TPPA itu , ia telah berjalan dalam penuh kerahsiaan. Pada hal dalam perundingan terhadap teks perjanjian itu yang mengandungi 29 bab itu, ia menyentuh hampir semua hal ehwal kepentingan negara dan rakyat. Perundingan yang dijalankan secara rahsia inilah yang menimbulkan kesangsian rakyat. Kenapa perkara yang sebesar ini tidak mahu dirunding secara telus?

Kami ingin mengulangi pendirian bahawa perjanjian TPPA adalah berat sebelah apabila tidak “bermula di garisan yang sama” di samping tidak menyediakan padang yang sama rata.

Antara faktor utama yang mendorong kepada bantahan ini adalah isu kedaulatan negara (national sovereignty) disebabkan klausa ‘Investor-State Dispute Settlement’ (ISDS) yang jelas bakal mengheret Malaysia ke lembah bahaya. Meskipun kerajaan memberikan maklum balas bahawa Malaysia sudah mempunyai 74 perjanjian perdagangan dua hala yang turut memuatkan klausa tersebut, kami menegaskan bahawa implikasinya adalah tidak sama. Risiko negara dihadapkan ke Tribunal Perdagangan Antarbangsa yang berpusat di Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang sangat berat kepada status ekonomi dan dasar negara. Malaysia perlu mengambil iktibar kepada beberapa negara seperti Kanada yang telah dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat pelabur Amerika Syarikat bila didapati melanggar perjanjian perdagangan yang di meterai dengan Amerika Syarikat.

Selain itu, kemampuan syarikat-syarikat tempatan bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar juga menjadi faktor penting penolakan kami terhadap TPPA.

Kami meyakini peranan dan keampuhan syarikat-syarikat tempatan yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan tidak seharusnya berkompromi dengan mendedahkan risiko syarikat tempatan ditenggelamkan oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang mempunyai kedudukan kewangan, pengurusan dan tenaga kerja yang jauh lebih kukuh berbanding syarikat lokal di Malaysia.

Kami juga sangat prihatin terhadap isu hak harta intelek yang semakin hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama dikalangan mahasiswa dan tenaga pengajar di bidang akademik. Kesukaran untuk mendapat akses kepada bahan kajian ilmiah dalam bidang pendidikan akan membeban mereka bagi menjalankan penyelidikan.

Kami mengesa YAB Dato Sri mengambil perhatian serius kepada pandangan yang dikemukakan Professor Jane Kesley dari Universiti Auckland. Beliau menyebutkan ; “TPPA has nothing to do with trade.” Begitu juga pandangan Joseph E Stiglitz dan Adam S Harsh, tokoh ekonomi dunia yang menyebutkan “TPPA beyond just cutting tariffs and quotas, it also gives mandate changes in legal, judicial and regulatory”.

Kewaspadaan dan pandangan kritikal pakar ekonomi dunia ini terhadap TPPA seharusnya diambilkira dengan serius oleh kerajaan.

Kami ingin mengingatkan bahawa penguasaan ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat hari ini bukan sahaja kerana mahu memonopoli perdagangan dunia tetapi lebih kepada penguasaan geopolitik antarabangsa. TPPA dan pelbagai perjanjian lain yang dimeterai dengan Amerika Syarikat bertujuan mengukuhkan kepentingannya dipelbagai arena dunia.

Kami mengesa agar YAB Dato Seri tidak mengambil keputusan menandatangani TPPA. Kami menyuarakan bantahan ini bersama dengan semua Ngo yang bergabung dengan Kongres Rakyat demi memastikan masa depan dan kedaulatan negara tidak terjejas.

Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid
Pengerusi Kongres Rakyat.

***Memorandun Bantahan Pemeteraian TPPA diatas telah dihantar kepada kepada Perdana Menteri Malaysia pada 25 Oktober lalu dan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia semalam 4 November, di bangunan Parlimen

Sumber BO - 5-11-2015

------------------------------------------------------

Kongres Rakyat serah memo bantah TPPA

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat bersama lebih 100 NGO hari ini menyerahkan memorandum membantah Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perjanjian TPPA telah mencetuskan kontroversi dalam beberapa aspek termasuk penguasaan ekonomi dan kedaulatan negara malah berkaitan juga dengan pencerobohan terhadap undang-undang dan dasar negara.

Bukan itu sahaja katanya, isu harta intelek yang semakin hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama di kalangan mahasiswa dan tenaga akademik.

"Kesukaran mendapat akses kepada bahan kajian ilmiah dalam bidang pendidikan akan membebankan mereka bagi menjalankan penyelidikan," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Justeru, Kongres Rakyat menggesa kerajaan tidak mengambil keputusan menandatangani TPPA.

Bahkan Azmi turut berharap agar 222 Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat turut menolak perjanjian ini.

"Mereka harus menolak TPPA di dalam, mereka jangan hanya menjaga kepentingan peribadi, mereka harus membawa suara rakyat di parlimen dan menjaga kepentingan rakyat," tegas beliau.

Memorandum tersebut tidak dapat diserahkan kepada menteri berkenaan sebaliknya kepada pegawai khas menteri, Mohd Ali.

Rundingan mengenai kandungan TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Ogos 2015 di antara wakil-wakil kerajaan melibatkan Malaysia dan 11 negara anggota yang lain di Atlanta Amerika Syarikat.

Mengikut 'time plan' yang dibentangkan oleh kementerian, proses perdebatan Parlimen dan kabinet membuat keputusan akan berlangsung pada Januari 2016.

Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan beberapa AJK Kongres Rakyat. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                           ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kongres rakyat gesa semua ahli Parlimen menolak TPPA -

Posted on Friday, October 16 @ 12:38:39 MYT by paktam

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

Kongres Rakyat mengesa supaya semua ahli Parlimen yang akan bersidang bermula minggu hadapan bersepakat menolak TPPA.

Walaupun perdebatan di Parlimen tidak boleh merubah teks perjanjian yang dipersetujui menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dengan wakil 11 negara yang lain di Atlanta Amerika Syarikat baru-baru ini, namun dengan menolak TPPA Parlimen akan memberi alasan kuat untuk kerajaan memberanikan diri menarik diri keluar dari perjanjian tersebut.

Kami mengingatkan kepada semua ahli Parlimen, mereka bertanggungjawab menolak TPPA kerana perjanjian itu secara tersurat dan tersirat sebenarnya menghakiskan  kuasa legislatif Parlimen. Parlimen akan hilang kuasa untuk menerima atau menolak sebarang dasar atau undang-undang yang dibentang jika ia didapati melanggari mana-mana klausa dalam teks TPPA yang ditandatangani.


Klausa yang terdapat dalam TPPA yang menyempitkan kuasa kerajaan untuk merangka dasar selepas TPPA berkuatkuasa akan menjadikan Parlimen hanya sebuah institusi " rubber stamp ".

Sebarang undang-undang yang diluluskan di Parlimen yang melanggari mana-mana klausa dalam TPPA dan menjejaskan pelabur luar , akan mendedahkan negara kepada risiko diheret ke Tribunal Perdagangan Antarabangsa melalui mekanisme "Investor State Dispute Settlement".

Mengikut TPPA, sesebuah syarikat asing, jika menfailkan suatu tuntutan di tribunal antarabangsa akibat perusahaannya dilihat terkesan atau keuntungan yang diraih terjejas dasar atau undang-undang tempatan yang digubal dan dikuatkuasakan , akan menidakkan sebarang kuasa Parlimen atau sistem judisiari negara untuk membatalkan. Hatta jika ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sekalipun.

Ini jelas adalah gugatan ke atas kedaulatan negara. Wakil rakyat terbeban dengan amanah besar supaya kedaulatan negara tidak dikompromi dengan perjanjian yang akan menggadai kemerdekaan negara.

Jika ada tanggungjawab yang terbesar yang mesti dipikul setiap wakil rakyat di Dewan Rakyat, ialah memastikan kepentingan negara dan rakyat dipertahankan walau dalam keadaan apapun.
TPPA yang dirunding dengan secara rahsia sepanjang pusingan perundingan itu dijalankan jelas tidak boleh diterima samasekali. Apa hak kerajaan merahsiakan suatu perundingan yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dari pengetahuan ahli Parlimen yang dipilih rakyat.

Setiap ahli Parlimen tidak boleh mengkhianati mandat rakyat dan merestui perjanjian yang akan mengikat negara dengan mengenepikan hak rakyat untuk menentang suatu perjanjian yang akan menjejaskan kehidupan mereka.

Kami mengesa setiap ahli Parlimen jangan menjadikan undi yang diberi rakyat untuk mereka mendapat kerusi sebagai wakil rakyat, meluluskan suatu yang mengkhianati kepentingan rakyat.
Kami akan memantau sikap dan pendirian setiap ahli Parlimen dalam isu TPPA ini. Sementera rakyat sering menjadi mangsa kepada kejahilan yang disengajakan pemerintah dan memberikan gambaran yang muluk terhadap kelebihan menerima TPPA, Kongres akan melancarkan mobilisasi massa supaya setiap rakyat memahami implikasi dari perjanjian yang tidak adil dan bersifat menjajah dalam perjanjian TPPA yang dieksploitasi sepenuhnya kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Sumber DD - 16-10-2015


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































Kongres Rakyat tumpu sektor perundangan dan kebajikan

SUFI NAZ | .

KUALA LUMPUR: Sekretariat Kongres Rakyat pada hari ini mengumumkan satu Pelan Tindakan Rakyat selepas satu mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menggariskan dua sektor penting yang bakal ditekankan dalam Pelan Tindakan Rakyat Siri 01 iaitu perundangan dan kebajikan.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Terdahulu sebelum ini, Kongres Rakyat telah dianjurkan pada 12 September di Shah Alam.

Kongres tersebut mendapat sambutan hangat pelbagai pihak dan sekretariat mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan amanah dan pelan yang dirancang demi melihat Malaysia Sejahtera. – HARAKAHDAILY 14/10/2015                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 14-10-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                        --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat, Unit Amal, OKU hargai kalian

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SETIAP kali program-program massa berskala besar yang melibatkan Parti Islam Se-Malaysia PAS, seringkali saya ditanya oleh sahabat-sahabat OKU, bagaimana kami nak ikut serta? Biasa soalan-soalan sebegini timbul hanya kerana betapa mereka membanyangkan program tesebut tentunya akan dihadiri ramai orang.

Apa tidaknya, mereka cukup bimbang kehadiran yang ramai mungkin saja mendatangkan kesulitan atau kesusahan untuk mereka sampai ke sana dan mengikuti program dianjurkan dengan sebaiknya. Dengan kurangnya kemudahan untuk OKU pelbagai katagori di kebanyakan tempat, tentunya ia akan menyulitkan lagi akses mereka ke tempat tersebut.

Demikianlah dalam penganjuran Kongres Rakyat di Shah Alam seminggu yang lalu. Pertanyaan serupa diajukan kepada saya oleh sahabat-sahabat OKU yang berminat untuk turut serta dalam program diadakan.

Dengan keyakinan dan pengalaman lalu, mudah untuk saya menjawab pertanyaan dan menenangkan kebimbangan sahabat-sahabat saya. “Datang saja, pertolongan pasti ada, insya-Allah”. Itulah keyakinan yang dapat saya berikan kepada mereka.

Kesediaan penganjur untuk memartabatkan suara-suara rakyat termasuk dari komuniti OKU memberi keyakinan tambahan kepada saya untuk memberi suntikan semangat kepada sahabat-sahabat OKU yang bertanya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah apabila apa yang diharapkan itu telah sedia dimaklumi dan diambil perhatian oleh penganjur. Ia ditambah pula dengan komitmen sahabat-sahabat Unit Amal yang sentiasa berada dalam keadaan yang siap siaga untuk berkhidmat demi Islam.

Beberapa peristiwa mungkin boleh saya kongsikan di sini, guna sebagai pengiktibaran pada masa hadapan. Moga Allah ganjari sahabat-sahabat penganjur dan sahabat-sahabat Unit Amal dengan ganjaran yang terbaik.

Pada hari penganjuran Kongres Rakyat, kami difahamkan lif yang ada tidak dapat berfungsi. Sebaik tahu keadaan tersebut, tiadalah yang saya harapkan melainkan moga Allah permudahkan segala urusan. Apatah lagi orang yang cukup ramai mungkin saja mendatangkan kesulitan berganda kepada sahabat-sahabat OKU yang hadir dari pelbagai kategori.

Apa pun, keyakinan saya hanya satu. Sahabat-sahabat penganjur dan sahabat-sahabat Unit Amal yang telah sedia terdidik dengan Islam tentunya tidak akan membiarkan kesulitan itu berpanjangan. Keyakinan dan sangkaan saya Alhamdulillah benar dan tepat.

Sebaik wakil pembahas daripada komuniti OKU, saudara Omar Abdul Aziz tiba, sahabat-sahabat Unit Amal telah pun bersedia untuk menyumbang bakti. Menunggu keadaan kesesakan orang ramai yang reda, saudara Omar Abdul Aziz sedia untuk dibawa ke tingkat atas ke dewan Jubli Perak, tempat berlangsungnya Kongres Rakyat. Bukan mudah dan bukan calang-calang bakti yang diberikan oleh sahabat-sahabat Unit Amal.

Biarpun mendaki tempat yang tinggi dengan kerusi roda yang bukan ringan, komitmen sahabat-sahabat Unit Amal hanya Allah yang layak membalasnya. Tidak terhenti di situ, khidmat sahabat-sahabat Unit Amal kepada komuniti OKU tidak terhenti di situ.

Dalam pada itu, sahabat-sahabat saya yang OKU penglihatan menyebut kepada saya betapa mereka mudah untuk masuk di tengah-tengah kesesakan orang ramai dengan bantuan Unit Amal. Khidmat sahabat Unit Amal terus diberikan hinggalah mereka keluar untuk pulang sebaik selesainya kongres.

Apa yang disebut kepada saya oleh sahabat-sahabat OKU, apabila sikap begini terus ditonjolkan oleh para petugas dan Unit Amal, sudah barang pasti OKU tidak serik dan akan berasa senang untuk menyertai program bila PAS terlibat dalam penganjuran.

Pada kesempatan inilah ingin saya merakamkan setinggi tahniah kepada sahabat-sahabat penganjur Kongres Rakyat dan sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat Unit Amal atas khidmat gemilang yang telah dapat OKU rasakan. Kalian bukan sekadar telah menyumbang, lebih indah lagi sumbangan tersebut menyentuh hati dan perasaan sahabat-sahabat OKU yang datang.

Kepada seluruh pendokong dan penyokong PAS, jadikanlah apa yang saya nukilkan ini sebagai pembakar semangat untuk kalian tampilkan sikap prihatin dan peduli kepada setiap insan yang memerlukan di sekeliling. Islam yang sedia indah itu pasti akan dapat dirasai keindahannya apabila kita beramal dengan akhlak dan nilai insaniah yang sempurna. – HARAKAHDAILY 18/9/2015

Sumber HD - 18-9-2015














----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Mesej kontras Kongres Rakyat & pelancaran Amanah

AHMAD AMZAD HASHIM | .


KONGRES Rakyat yang berlangsung 12 September 2015 yang lalu disifatkan oleh media sebagai benar-benar kongres milik rakyat.

Kehadiran dari seluruh pelosok tanahair sehingga melimpah keluar bukan sahaja dewan utama. Malah keluar bangunan. Ketiadaan ruang memaksa penganjur dengan keizinan semua perwakilan dan tetamu kenamaan jemputan membenarkan supaya pentas utama dipenuhkan juga dengan peserta.

Pemimpin tertinggi PAS seperti Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor serta exco kanan, Datuk Iskandar Samad dilihat mengutamakan rakyat apabila sanggup duduk ditangga bersama-sama mengikuti Kongres melalui skrin besar di luar dewan utama.

Ia bukan acara mewah, yang bagai tidak bimbangkan wang belanja, yang gilang-gemilang dibuat di tempat yang mewah dan berprestij.

Akan tetapi ia adalah pentas rakyat. Sederhana tapi sangat meriah.

Ia berbeza dengan pelancaran berprestij Amanah yang diulas oleh kolumnis ternama, Jocelyn Tan di dalam surat khabar perdana berbahasa Inggeris, The Star 17 September 2015 seperti berikut,

"Perkara yang paling menarik perhatian wakil-wakil media yang membuat liputan pelancaran PAN (Amanah) adalah "parti baru" ini sangat mewah. Ia satu majlis yang besar-besaran dan menjadi perbualan ramai dalam kalangan media bahawa pelancaran PAN ditaja oleh 'abang besarnya' DAP, sekalipun tiada siapa yang sanggup mengesahkan atau menafikannya"

Saya dimaklumkan keseluruhan kemudahan utama Kongres Rakyat diberikan percuma oleh Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh YAB Azmin Ali.

Beliau seorang pemimpin PKR yang bijak dan faham erti kerjasama antara PAS dan PKR iaitu menjaga hubungan diplomasi dengan menghormati pendirian parti rakan kongsi. Tidak dilihat mendokong secara keterlaluan apa yang menjadi perosak kepada parti rakan. Tahu jaga hati kawan.

Ini berbeza dengan sesetengah gaya pimpinan PKR negeri. Mahu kerusi, mahu guna jentera PAS, tapi tanpa segan silu aktif mendokong kerja-kerja pihak yang cuba merosakkan PAS.

Berhubung pelancaran PAN, sekali lagi kolumnis The Star, Jocelyn Tan seakan mengiyakan pandangan ramai bahawa PAN sebenarnya menjadi alat kepada DAP untuk mencapai agenda politik mereka memecahkan undi orang orang Islam kepada PAS dan melemahkan sebarang tuntutan yang berkait hukum Islam seperti ulasan beliau yang berikut:

"Parti ini (Amanah) bertujuan menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Orang-orang parti Amanah adalah orang Melayu dari jenis yang disukai oleh pemimpin pemimpin DAP - mereka tidak begitu menekankan agama dan sanggup mengikut kemahuan DAP" - Jocelyn Tan, The STAR. 17 September 2015. – HARAKAHDAILY 18/9/2015

Sumber HD - 18-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------

Mesej Kenegaraan Dari Dewan Kongres Rakyat



Oleh : Dr Azman Ibrahim

Biasanya apa sahaja program yang diberi nama ‘Kongres’ tak begitu mengamit kehadiran masyarakat umum untuk hadir. Pemahaman umum melihat kongres adalah suatu program khusus untuk kelompok khusus sahaja. Mudah cerita, Kongres adalah program untuk orang pakai smart dengan kasut berkilat.

Tetapi Kongres Rakyat pada tanggal 12 September 2015 ternyata menghadirkan suasana berbeza.

Saya menganggarkan kehadiran melebihi dari kapasiti yang boleh dimuatkan dalam Dewan Jubli Perak Shah Alam lebih 5 kali ganda. Mereka datang dari segenap pelusuk negara dari pelbagai lapisan masyarakat.

DUN Jabi sahaja mengirimkan 2 buah bas. Yang datangnya 100 % dari kalangan petani, peniaga kecil, penoreh, pesawah, tukang rumah serta orang-orang kampung. Datang dengan belanja sendiri, berselipar Jepun dan berkemeja lusuh. Bukan sekadar untuk meramaikan jumlah peserta, tetapi untuk membawa balik buah tangan berharga dari Pentas Kongres.

Walaupun sedikit hampa lantaran ramai yang tak dapat masuk ke dewan, ianya tak merencatkan semangat dan tekad mereka untuk membuat perubahan. Adalah satu kesilapan besar andainya suara rakyat kebanyakkan ini dipandang sepi sebelah mata. Mereka tiada wang, tiada pangkat dan tiada kedudukan tapi mereka punya kuasa undi. Undi yang boleh menjatuhkan mereka yang sedang selesa di kerusi empuk di Putrajaya sana.

Kongres Rakyat yang mungkin dipandang enteng oleh mereka yang sedang memegang kuasa. Ibarat anjing menyalak bukit sahaja. Tak menjadi kudis gatal bagi sang penguasa. Tapi bak kata Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang berucap atas kapasiti Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, anjing sebenarnya bukan menyalak bukit tetapi menyalak babi yang ada di atas bukit.

Peribahasa yang membikin panas telinga bagi mereka yang makan lada.



Lantas penulis serta media kaki putar dan kaki spin tanpa berlengah lagi memainkan peranan mereka untuk mencatatkan dosa putar belit dan laporan palsu dalam catatan amal mereka.

Kehadiran yang melimpah ini memberikan isyarat jelas bagaimana kekuatan dan kemampuan yang dimiliki PAS untuk menggerakkan massa dari peringkat yang paling bawah terutamanya masyarakat Melayu Islam. Benarlah bagai kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadir bahawa PAS adalah parti tunjang dalam negara. Organisasinya mendasar sehingga menjejaki peringkat yang paling bawah. Pakatan yang mengenepikan sebuah parti tunjang tak akan bertahan lama.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu mengirimkan 10 petugas media terdiri dari editor, wartawan, jurugambar dan juruvideo bagi menghadirkan liputan terbaik Kongres ke seluruh dunia. Mesej kepada media sempat dititipkan Tuan Guru Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia semasa ucaptama beliau, “Media mesti melaporkan dengan adil dan rakyat mesti menilai dengan adil!”

Saya tertarik dengan mesej kenegaraan dan kemanusian sejagat yang diketengahkan oleh Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia ketika menyampaikan Ucaptama Kongres dengan memetik ayat Allah bertemakan manusia di seluruh dunia adalah satu keluarga.

Al Quran menyuruh manusia bertaaruf kerana hakikatnya adalah mustahil untuk manusia hidup bersendirian tanpa bergantung antara satu sama lain. Kalau manusia seluruh dunia adalah satu keluarga, maka kita di Malaysia adalah terlalu kecil. Dalam konteks Malaysia, Melayu Islam adalah yang paling kuat dan layak untuk memimpin.

Bukan atas semangat asobiyyah kemelayuan, tetapi memimpin dengan Islam agama Allah. Hanya Islam yang akan mampu menyelesaikan masyarakat majmuk dengan adil. “Kita punya tanggungjawab untuk membentuk Malaysia yang sejahtera”, Kata Tuan Guru.

Sumber BO - 15-9-2015




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat: Sinar untuk generasi muda



















































HARAKAHDAILY | .


"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Rakyat dilibat sama.

Penganjuran Kongres Rakyat 2015 adalah manifestasi denyut nadi rakyat.

Program yang julung kali dianjurkan ini berjaya menghimpunkan segenap lapisan rakyat dan NGO, bagi mendengar rintihan dan suara hati rakyat, selain menjadi wadah mengemukakan idea rakyat, seterusnya memangkin kebangkitan kuasa rakyat, demi kelangsungan hidup dan masa depan rakyat.

Penganjuran kongres yang begitu padat dan sarat dengan idea bernas ini adalah selaras dengan apa yang diungkapkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucaptama beliau, “Kita mesti menyelesaikan masalah kita sendiri di Malaysia”.

Membina Malaysia Sejahtera.

Pemilihan tema kongres ke arah ‘Membina Malaysia Sejahtera’ adalah sangat tepat. Ini kerana, matlamat utama pembangunan sebuah negara bukan sekadar untuk mencapai kemajuan yang diukur dengan angka, malah lebih jauh daripada itu, sebuah kemajuan yang membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat dan generasi masa depan.

Penelitian kepada tujuh usul yang menjadi teras kepada Deklarasi Rakyat Shah Alam yang dibentangkan di penghujung kongres tersebut menyerlahkan hasrat dan iltizam setiap rakyat Malaysia yang mendambakan sebuah negara yang lebih sejahtera.

Pertama, seruan untuk bermula dengan rakyat perlu bersatu bagi membentuk sebuah Malaysia yang makmur dalam kerangka integrasi nasional; dan kedua, saranan untuk membangkitkan kesedaran rakyat ke arah mengembalikan semula tunjang-tunjang sistem ketatanegaraan yang adil dan saksama melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan; manakala yang ketiga tindakan bersepadu untuk mewujudkan amalan politik yang tulus dan telus demi kestabilan dan keharmonian negara.

Keempat, mengangkat agenda pendidikan sebagai wahana terpenting ke arah memupuk kesedaran rakyat dalam membuat perubahan sosial, ekonomi dan politik; manakala kelima, agenda untuk mengangkat nasib dan kebajikan golongan rakyat yang terpinggir dari arus pembangunan seperti golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, pekebun kecil, golongan miskin, golongan yang tidak mampu bekerjaya dan lain-lain.

Keenam, mendesak kerajaan mengembalikan sistem pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman bagi menjamin integriti dan ketelusan dalam urus tadbir negara; serta yang ketujuh, menggesa supaya diwujudkan segera satu badan perunding ekonomi negara yang lebih inklusif, mewakili semua golongan rakyat dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak demi untuk menangani krisis ekonomi yang sedang berlaku.

Di samping usul dan deklarasi tersebut, terdapat banyak saranan dan rekomendasi yang telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh jemputan dan wakil-wakil NGO, yang pastinya dapat menjadi pelengkap kepada dokumen polisi yang pernah dikemukakan PAS sebelum PRU13 yang lepas, iaitu Dokumen Negara Berkebajikan, seterusnya menjadi kerangka untuk perincian polisi dan program ke arah merealisasikan hasrat murni ini.

Sesungguhnya, penganjuran Kongres Rakyat di tengah kekalutan ‘jerebu’ politik, ekonomi dan sosial yang sedang melanda negara ini, telah membuktikan bahawa rakyat bukan sekadar mahu berhimpun untuk menyatakan bantahan, tetapi telah mengorak langkah ke hadapan dengan mengemukan resolusi ke arah penyelesaian.

Pastinya golongan yang paling mendapat manfaat daripada penganjuran Kongres Rakyat ini adalah generasi muda, pewaris masa depan negara. - HARAKAHDAILY 14/9/2015

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi DPPM

Sumber HD - 14-9-2015

------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat pemangkin gerakan rakyat

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat melabuhkan tirai dengan suatu deklarasi yang akan membentuk Pelan Tindakan Rakyat secara objektif dan ianya akan diumumkan pada 1 Zulhijjah 1437 kelak.

"Keseluruhan perjalanan Kongres Rakyat adalah sarat dengan lontaran ilmu, fakta, maklumat dan emosi rakyat yang berasaskan kesedaran dan semangat Membina Malaysia Sejahtera," kata Setiausaha Kongres Rakyat, Nasrudin Hassan.

Menurutnya, penampilan enam tokoh rakyat dengan sudut pandang dari pelbagai bidang kepakaran mereka  disambut pula oleh 14 suara rakyat yang mewakili 200 NGO bersidang adalah sangat bermakna bagi negara yang sedang berhempas pulas untuk membebaskan diri dari kemelut dan polemik yang meragut kesejahteraan.

Tambahnya, Kongres Rakyat telah mendeklarasikan suatu komitmen yang tinggi untuk terus berjuang Membina Malaysia Sejahtera yang memerlukan penggemblengan semua pihak dengan penuh tanggungjawab, berani dan optimis.

Kata Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, ia menjadi pemangkin kepada gerakan rakyat memimpin perubahan tanpa menambah parah situasi negara yang ada pada hari ini.

"Akhirnya, saya mengambil kesempatan mewakili jawatankuasa penganjur memohon maaf dengan sebanyak-banyaknya atas 1001 kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada penganjuran Kongres Rakyat 2015.

"Kami turut rasa dukacita atas kelemahan tersebut dan pastinya kami akan memberi setinggi-tinggi komitmen untuk memperbaiki kelemahan pada siri Kongres Rakyat akan datang," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 13/9/2015

Sumber HD - 13-9-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beginilah Sambutan Diberikan Kepada Kongres Rakyat Yang Dirasmikan Oleh Presiden Pas

Posted on Sunday, September 13 @ 00:32:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Program : KONGRES RAKYATTarikh : 12 Sept 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am - 5.30 am

Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Bangunan SUK ) Shah Alam Selangor Darul Ehsan.







































































��
TENTATIF :
(tertakluk pada perubahan)

08.00 am - 09.00 am : Pendaftaran
09.05 am - 09.15 am : Bacaan Al Quran
09.20 am - 09.35 am : Ucapan alu-aluan Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat

09.40 am - 10.20 am : Ucaptama oleh :
Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ( Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia )

10.25 am - 10.35 am : Rehat & Minum

10.40 am - 10.55 am :
Pembentangan Usul Rakyat oleh :
Pengerusi Kongres Rakyat
Tn Hj Azmi Abdul Hamid

��
SESSI PAGI

11.00 am - 01.00 pm : Perbahasan Usul oleh Tokoh undangan

i) Isu Integriti dan Sosial : Dato Seri Hj Zakaria bin Jaffar

ii) Isu Ekonomi : YM Raja Dato' Idris Raja Kamarudin.

iii) Isu Politik : Tan Sri Abdul Kadir Hj Sheikh Fadzir

iv) Isu Kebajikan: En Mohamad Faizal Che Yusof

v) Isu Perundangan : Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman

v)i Isu Agama : Dato Dr Harun Din

( masa perbahasan : 20 minit )

01.05 pm - 02.05 pm : Solat Berjamaah dan Makan.

�� SESSI PETANG

02.10 pm - 04.20 pm : Perbahasan Usul oleh Perwakilan (Sessi Petang)

01. Nelayan : Jamaludin Mohamad
02. Petani : Che Ani Mat Zain
03. Pekerja Kilang : Hj Mudtaza Mohd
04. Mahasiswa : Muna 'Adilla Che Rime
05. OKU : Omar Abdul Aziz
06. Seniman : Afdlin Shauqi
07. Hubungan Kaum : Ann Wan Seng
08. Sabah : En Nemrone bin Loveh
09. Sarawak : En Clement Bayang
10. Royalti : Nazri Deraman
11. Pesara : Dato' Ismail Hamzah
12. Wanita : Dr Safinar Salleh
13. Pendidikan : Tn Hj Rafiei Mustapha
14. Peneroka : Naraza Muda
15. Pengguna : M. Yusof Abd Rahman
16. Intelektual Muda : Wan Fayhsal

( masa perbahasan : 07 minit )

04.25 pm - 04.55 pm : Ucapan Penutup oleh :
Pengerusi Kongres Rakyat
Tn Hj Azmi bin Abdul Hamid

05.00 pm - 05.15 pm : Pengisytiharan Pelan Tindakan Rakyat
Oleh : Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat

05.20 pm - 05.25 pm : Penyerahan Pelan Tindakan Rakyat
kepada Pengerusi Kongres Rakyat

05.30 pm : Solat Asar berjamaah dan Bersurai

Anjuran : Sekretariat Kongres Rakyat 2015.

Nasrudin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat
 



OMAK KAU!!


Sumber Link



Sumber TKO - 12-9-2015











































































Kongres Rakyat: Deklarasi Rakyat Shah Alam

HARAKAHDAILY | .






Kongres Rakyat bertemakan Membina Malaysia Sejahtera dengan ini mengisytiharkan:

1- Bersatu untuk membentuk sebuah Malaysia yang makmur dalam kerangka integrasi nasional dan bersama-sama menggemblengkan tenaga bagi menangani krisis yang sedang melanda negara.

2- Bertindak menyedarkan rakyat ke arah mengembalikan semula tunjang-tunjang sistem ketatanegaraan yang adil dan saksama melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan dan mengkaji semula semua undang-undang yang memeras rakyat.

3- Bertindak mewujudkan amalan politik yang tulus dan telus seterusnya mengawal kegiatan politik dan perilaku ahli-ahli politik agar tidak menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

4- Menjadikan agenda pendidikan sebagai wahana terpenting ke arah memupuk kesedaran rakyat dalam membuat perubahan sosial, ekonomi dan politik, demi mengelakkan pendekatan yang boleh menghuru-harakan negara.

5- Berusaha sedaya upaya membela golongan rakyat yang terpinggir dari arus pembangunan seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pekebun kecil, golongan miskin, golongan yang tidak mampu bekerjaya dan lain-lain.

6- Bertindak mendesak kerajaan mengembalikan sistem pemisahan kuasa antara eksekutif , legislatif dan kehakiman bagi menjamin integriti dan ketelusan dalam urus tadbir negara.

7- Bertindak untuk menggesa kerajaan supaya diwujudkan segera satu badan perunding ekonomi negara yang lebih inklusif, mewakili semua golongan rakyat dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak demi untuk menangani krisis ekonomi yang sedang berlaku.

Maka dengan ini, setelah menerima usul-usul dari akar umbi rakyat, mendengar secara langsung pandangan dari seluruh sektor masyarakat dan mengambilkira pandangan tokoh-tokoh masyarakat, Kongres Rakyat mengumumkan pembentukan satu Jawatankuasa Penggubal Pelan Tindakan Rakyat yang akan dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres, dan diuruskan oleh sekretariat. Pelan tindakan ini akan dilancarkan pada 1 Muharam 1437 hijrah nanti. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Golongan normal harus sokong apa OKU mahu

MUHAMMAD FAIZAL | .




SHAH ALAM: Wakil orang kelainan upaya (OKU), Omar Abdul Aziz meminta semua pihak meletakkan golongan itu sebagai agenda utama dalam setiap program yang dilakukan.

Beliau ketika berbahas pada program Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz hari ini mengucapkan terima kasih kepada sekretariat kongres kerana memberi peluang kepada wakil OKU untuk mengambil bahagian.

"Golongan normal harus menyokong apa yang golongan seperti kami mahukan.

"Apabila golongan OKU ini dibela dan pandangan mereka didengari maka syariat Islam akan terbela dengan sendirinya," ucap beliau.

Menurut beliau, masalah golongan normal ada penyelesaian jika segala permasalahan golongan OKU diselesaikan.

"Bila OKU bercakap atau berbahas depan golongan OKU, apa perubahan yang boleh kami lakukan.

"Tetapi bila OKU bercakap di hadapan mereka yang normal pasti suara kami akan didengari dan segala masalah yang disuarakan selesai," katanya lagi.

Beliau turut berterima kasih kepada PAS kerana terus membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan yakin PAS mampu membela nasib mereka jika dapat menguasai Putrajaya nanti. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Pendidikan agama: Pemimpin buat-buat pekak badak

SALMIYAH HARUN | .




SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din melahirkan rasa kecewa apabila pemimpin negara pada hari ini tidak mengambil serius soal SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din melahirkan rasa kecewa apabila pemimpin negara pada hari ini tidak mengambil serius soal pendidikan agama.

Beliau berkata, isu pendidikan agama telah lama dibangkitkan sejak tahun 1964 malangnya perkara itu masih dipandang ringan.

"Sejak saya menjadi pelajar di kolej Islam saya sudah bangkitkan isu ini, malangnya sehingga kini kita masih lagi menuntut dengan kerajaan.

"Pemimpin buat-buat pekak badak,"katanya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama di Kongres Rakyat.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan mempergiatkan bantuan tanpa menggugatkan pentadbiran dan polisi sekolah berkenaan.

"Agama adalah penting termasuk pendidikan di SAR atau pondok yang merupakan benteng terakhir untuk masa depan rakyat," katanya.

Beliau berkata, isu pendidikan agama telah lama dibangkitkan sejak tahun 1964 malangnya perkara itu masih dipandang ringan.

"Sejak saya menjadi pelajar di Kolej Islam saya sudah bangkitkan isu ini, malangnya sehingga kini kita masih lagi menuntut dengan kerajaan.

"Pemimpin buat-buat pekak badak," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama pada Kongres Rakyat, di sini. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD -12-9-2915

------------------------------------------------------------------------------
Sabah besar tapi dilayan macam sebuah kampung
Posted on Saturday, September 12 @ 18:37:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Perwakilan Sabah, Nemrone Loveh menggesa agar rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya nanti agar negeri itu tidak lagi ketinggalan dalam sektor pembangunan.

Beliau berkata, Sabah merupakan satu negeri yang besar tetapi layanan yang diterima adalah seperti layanan sebuah kampung.

"Saya cemburu dengan semenanjung bila lihat pembangunan yang ada di sini, terlalu jauh bezanya dengan Sabah.

"Kita telah lama merdeka, namun realitinya masih ada penduduk kampung di kawasan pedalaman masih belum dapat elektrik, kenapa ini berlaku," ucapnya pada sesi perbahasan Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Menurut beliau lagi, ketidakadilan sentiasa wujud dalam pentadbiran kerajaan sekarang apabila sektor ekonomi hanya tertumpu di Semenanjung tanpa membabitkan Sabah.

"Sampai bila rakyat Sabah ingin duduk dalam kemiskinan, tekanan hidup cukup ketara di kawasan-kawasan kampung.

"Mereka di pedalaman bukan sahaja miskin dari segi harta tetapi juga dari pengetahuan, kita mahukan perubahan dilakukan segera untuk mereka keluar dalam kelompok ini," katanya lagi.

Sumber Link 
Sumber TKO - 12-9-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Rakyat Adalah Masalah Semua



SHAH ALAM – Masalah sedang melanda negara Malaysia ketika ini adalah masalah yang dihadapi oleh rakyat semua peringkat dan semua golongan, tidak kira bangsa atau pun agama.

Pengerusi Kongres Rakyat 2015, Azmi Abdul Hamid berkata perkara tersebut dinyatakan dengan jelas dalam ucap utama program itu yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



“diucapkan tadi dalam ucap utama oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sangat jelas bahwa masalah rakyat ini adalah masalah semua, tidak kira bangsa tidak kira agama,

“sebab itu Kongres ini disyorkan bagi memberi peluang kepada rakyat melontarkan suara dan pandangan mereka,”ujarnya pada sidang media sesi pagi Kongres Rakyat di sini.

Katanya, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia juga dalam ucapannya telah menyatakan kerungsingan yang amat sangat, kerana terlalu banyak perselisihan yang berlaku dalam negara ini.

“seperti yang telah disebutkan juga tadi, kita sangat rungsing dengan terlalu banyak perselisihan antara parti dengan parti, antara kaum dengan kaum,

“saya kira kongres ini telah memberi satu saluran supaya (diberikan) tumpuan kepada persoalan rakyat ini dengan seikhlasnya,”jelas Azmi.



Beliau berkata, lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan angka melebihi melebihi 5,000 orang, yang mendaftar pada program sehari Kongres diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Katanya, ia melebihi peruntukan yang telah ditetapkan sebanyak 1500 kerusi untuk prwakilan dan 1000 kerusi bagi pemerhati bagi kongres itu.

Menurutnya, dari pembentangan enam isu oleh enam orang tokoh dan 16 perbahasan dari enam belas orang wakil-wakil dari semua sektor akan menghasilkan dua kertas, Usul Rakyat dan Pelan Tindakan Rakyat.

“kita harap dengan suara yang dibentang dan pandangan yang dikupas, Kongres ini akan menghasilkan dua kertas, Usul Rakyat an Pelan Tindakan Rakyat,

“tindakan seterusnya bagi kedua-dua kertas itu, akan saya umumkan dipenghujung Kongres pada petang ini,”jelasnya.


Sumber BO - 12-9-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maruah Malaysia dipandang rendah


















































MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Maruah Malaysia yang sebelum ini menjadi kemegahan serta perbualan negara-negara luar kini dipandang rendah akibat kegagalan kerajaan mengawal ekonomi serta mata wang negara.

Bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fazdil berkata, 34 tahun dahulu negara ini megah dengan sistem pentadbiran yang baik dalam merealisasikan pembangunan negara.

Namun, kemegahan itu lenyap apaila kerajaan yang ada sekarang gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

"Kalau kita ikut sistem yang betul yang dalamnya ada intergriti, kita akan menjadi sebuah negara yang maju malah tidak ada rakyat yang miskin.

"Malangnya sistem tersebut tidak mampu dilaksanakan kerana sikap kepimpinan yang ada sekarang tidak meletakkan soal intergriti dalam pentadbiran mereka," ucap beliau pada perbahasan usul sempena Kongres Rakyat di Shah Alam hari ini.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) turut menegaskan kenyataan kerajaan mengenai kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) disebabkan kenaikan Dollar US adalah tidak berasas.

"RM bukan hanya kalah kepada USD tetapi turut ketinggalan dengan mata wang Thailad dan sekarang mata wang Bangladesh serta India.

"Malunya rakyat negara ini dengan negara-negara luar tidak dapat diselindungkan lagi, sebagai rakyat kita perlu lakukan perubahan," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Pemimpin amanah segalanya akan selesai - DS Zakaria

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar mensasarkan pada tahun 2015 keyakinan rakyat terhadap agensi itu meningkat 70 peratus.

Beliau ketika berbahas usul pada Kongres Rakyat berkata ketika awal penubuhan SPRM keyakinan rakyat sekitar 39 peratus sahaja.

Sehingga tahun 2014 keyakinan rakyat terhadap SPRM sudah meningkat 68 peratus.

"Integriti kepimpinan itu penting, apabila pemimpin terima amanah dan melaksanakan amanah tersebut dengan baik maka segalanya akan selesai dengan sempurna.

"Penting pemisahan kuasa perlu ada dalam kita melaksanakan intergriti sebenar dalam SPRM, dengan pengasingan kuasa inilah bukan sahaja amanah tertunai tetapi setiap kes diselesaikan dengan baik," ucap beliau di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini.

Ucap beliau lagi, rakyat mahu agar SPRM bebas dari campurtangan politik dalam isu-isu penguatkuasaan.

"Dalam SPRM kita ada pelbagai entiti bagi memastikan keberkesanannya, namum SPRM hanya membuat siasatan terhadap laporan.

"Pendakwaan masih lagi dibawah bidang kuasa Peguam Negara yang menentukan sama ada kes tersebut boleh didakwa ataupun tidak," ucap beliau.

Beliau menyarankan agar rakyat terus menjadi mata dan saksi kepada SPRM agar segala penyelewengan rasuah dan kuasa dapat dibendung sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Pulang semula harta rakyat – Raja Idris


















































SALMIYAH HARUN | .


SHAH ALAM: Rakyat negara ini digesa mengambil balik semua harta-harta negara yang telah diswastakan oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri, demikian menurut Pengerusi Perangsang Selangor Berhad Raja Datuk Idris Raja Kamarudin.

Bercakap dalam Kongres Rakyat, beliau menegaskan sektor pendidikan, kesihatan, api dan air tidak wajar lagi diswastakan tetapi mesti menjadi satu sumbangan kerajaan pusat untuk rakyat.

"Sebagai contoh, air Selangor tidak diambil alih air akan naik 82 peratus. Tetapi kerajaan negeri tidak benarkan naik dalam masa yang sama diberi air percuma kepada rakyat. Air percuma bukan dari Syabas tetapi kerajaan negeri," katanya.

Beliau turut kesal apabila lebih 50 tahun negara masih tidak nampak hala tuju kerana kerajaan pusat merasakan harta rakyat adalah harta mereka.

"Tiba masanya rakyat desak kerajaan pusat merakyatkan ekonomi negara," tegas beliau di hadapan kira-kira lebih 5,000 peserta kongres yang melimpahi dewan Jubli Perak. – HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ringkasan Ucaptama Kongres Rakyat; Membina Malaysia Sejahtera

1. Dimulakan dgn ayat AlQuran:

(يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ)

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam IlmuNya (akan keadaan dan amalan kamu)” Al-Hujurat 13

2. Kongres Rakyat bermakna ia melibatkan seluruh rakyat di bumi Malaysia.
3. Allah takdirkan kita di Malaysia ini hidup dengan pelbagai latarbelakang, budaya tanpa menafikan kaum yang menganut Islam adalah yang awal di Malaysia.
4. Kita juga tidak menafikan mereka yang didatangkan oleh penjajah yang kemudian menjadi rakyat di sini.
5. Penjajah mempunyai misi dan agenda jahat samada sebelum atau selepas penjajahan.
6. Kita mesti menyelesaikan masalah kita sendiri di Malaysia.
7. Manusia di seluruh dunia sebenarnya berasal dari Nabi Adam.
8. Kita perlu bertaaruf di antara satu sama lain.
9. Kita tidak boleh hidup sendirian. Ibn Khaldun menyebut tentang masyarakat madani.
10. Nabi menegakkan Islam di kalangan masyarakat jahiliah.
11. Tamadun Islam berkembang, diciplak oleh Barat tetapi tiada roh aqidah.
12. Allah sebut: orang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Justeru, taqwa mesti menjadi syarat untuk menjadi pemimpin utama.
13. Islam buktikan dapat selesaikan masalah masyarakat. Bukan kerana fanatik atau melampau, tetapi berdasarkan hakikat dan sejarah. Tiada tempat bagi orang yang fanatik atau melampau dalam Islam.
14. Islam letak taqwa sebagai asas menjadi ketua & pemimpin.
15. Nabi tunjuk konsep kepimpinan. Nabi sebut: ‘Kepimpinan dari Quraisy’. Ia bukan fanatik kepada Quraisy tetapi bermaksud meraikan kumpulan dan qabilah yang paling berpengaruh dan besar,
16. Di Malaysia, kaum paling ramai adalah Melayu dan punya pengaruh paling besar tetapi bukan dengan fanatik Melayu, mesti dengan Islam yang sangat adil.
واتوا الزكاة
17. Mereka yang diberi amanah kepimpinan mesti
mampu mengurus dan menjana ekonomi dengan adil.
18. Ekonomi yang adil untuk semua, membela orang miskin, memberi hak kepada orang kaya.
19. Menunaikan alamr bilmakruf. ‘Rakyat mengikut pemimpin. ‘
Melahirkan. kepimpinan yang menunaikan amar makruf nahi mungkar.
Pemimpin mesti tunaikan amanah.
20. Allah tunjukkan kepada kita di bulan ini tentang kisah Nabi Ibrahim yang dilantik sebagai pemimpin. Namun keturunan Nabi Ibrahim yang zalim tidak termasuk dalam kepemimpinan.
21. Ilmu, akhlak yang mulia boleh menjana ekonomi yang baik. Kenapa kita hadapi masalah ekonomi sekarang?
22. Kami tawarkan Islam sebagai penyelesaian, sistem liberal ekonomi sedang musnah.
23. Kongres Rakyat ini bukan seperti anjing menyalak bukit, tetapi kongres ini menyalak babi yang ada di dalam bukit itu.





Catatan:

Ustaz Nik Muhammad Nasri
Timbalan 1 Jabatan Perhubungan Awam, IT & Media Baharu DUPP
Ketua Ljnh Media Baharu
DUPNT.
TYDP PAS Kemaman

Sumber BO - 12-9-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melayu Islam majoriti, patut memimpin negara ini

SALMIYAH HARUN | .


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kaum Melayu Islam yang merupakan majoriti terbesar sepatutnya memimpin negara ini.

Menurut beliau, agama Islam telah melatih Melayu untuk menjadi pemimpin.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian di Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi ini.

"Melayu ada pengaruh lebih besar dan mereka wajar selamatkan negara ini dengan Islam," katanya di hadapan ribuan peserta, pemerhati dan pewakilan yang hadir pada Kongres Rakyat, di sini pagi ini.

Katanya, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan konsep memperkasakan negara bahkan sejarah Islam membuktikan pemimpin Islam silih berganti di kalangan pelbagai bangsa tetapi mereka adalah penganut Islam. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Peserta Kongres Rakyat luar jangka, duduk di pentas VIP

SALMIYAH HARUN | .




SHAH ALAM: Kehadiran para peserta Kongres Rakyat yang di luar jangkaan memaksa penganjur menjemput mereka untuk duduk di atas pentas VIP.

Suasana ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana penganjuran yang dibuat oleh NGO.

Menurut setiausaha kongres, Nasrudin Hassan pada awalnya jawatankuasa mahu menempah Stadium Malawati bagi menjayakan program itu.

Namun katanya, stadium berkenaan masih dalam proses ubah suai dan tidak dibuka untuk sebarang majlis.

"Inilah namanya Kongres Rakyat, kita kena alu-alukan kehadiran mereka dalam program ini walaupun tempat terhad," katanya ketika mempengerusikan majlis kongres itu.

Kongres terpaksa berehat sekejap sebelum memulakan sesi pembahasan oleh barisan NGO bagi memberi ruang kepada peserta mengambil tempat.

Hampir setiap sudut Auditorium Dewan Jubli Perak di sini dipenuhi dengan peserta kongres.

"Harap peserta duduk dan kalau boleh jangan keluar nanti susah nak masuk," pesannya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat Dijangka Dapat Mencapai Matlamat

Enam isu utama yang akan dibentangkan dalam Kongres Rakyat dijangka mencapai matlamat, untuk memberi ruang mengemukakan usul dan berbahas mengenai masalah rakyat.

Isu-isu tersebut adalah isu ekonomi yang akan bentangkan oleh Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin, isu politik olehTan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, isu kebajikan oleh Mohamad Faizal Che Yusof, isu perundangan olehTan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan isu Agama oleh Dato Dr Harun Din.

Setiausaha Kongres Ustaz Nasharudin Hassan berkata ucaputama Kongres Rakyat yang akan berlangsung pada esok, Sabtu 12 September 2015, akan disempurnakan oleh Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah tentatif penuh Kongres yang julung kali diadakan itu;

Tarikh : 12 Sept 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am – 5.30 am

Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Bangunan SUK ) Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
😊 TENTATIF :
(tertakluk pada perubahan)
08.00 am – 09.00 am : Pendaftaran
09.05 am – 09.15 am : Bacaan Al Quran
09.20 am – 09.35 am : Ucapan alu-aluan Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat
09.40 am – 10.20 am : Ucaptama oleh :
Yb. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ( Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia )
10.25 am – 10.35 am : Rehat & Minum
10.40 am – 10.55 am :
Pembentangan Usul Rakyat oleh :
Pengerusi Kongres Rakyat
Tn Hj Azmi Abdul Hamid
🔴 SESSI PAGI
11.00 am – 01.00 pm : Perbahasan Usul oleh Tokoh undangan
i) Isu Integriti dan Sosial : Dato Seri Hj Zakaria bin Jaffar
ii) Isu Ekonomi : YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin.
iii) Isu Politik : Tan Sri Abdul Kadir Hj Sheikh Fadzir
iv) Isu Kebajikan: En Mohamad Faizal Che Yusof
v) Isu Perundangan : Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
v)i Isu Agama : Dato Dr Harun Din
( masa perbahasan : 20 minit )
01.05 pm – 02.05 pm : Solat Berjamaah dan Makan.
🌎 SESSI PETANG
02.10 pm – 04.20 pm : Perbahasan Usul oleh Perwakilan (Sessi Petang)
01. Nelayan : Jamaludin Mohamad
02. Petani : Che Ani Mat Zain
03. Pekerja Kilang : Hj Mudtaza Mohd
04. Mahasiswa : Muna ‘Adilla Che Rime
05. OKU : Omar Abdul Aziz
06. Seniman : Afdlin Shauqi
07. Hubungan Kaum : Ann Wan Seng
08. Sabah : En Nemrone bin Loveh
09. Sarawak : En Clement Bayang
10. Royalti : Nazri Deraman
11. Pesara : Dato’ Ismail Hamzah
12. Wanita : Dr Safinar Salleh
13. Pendidikan : Tn Hj Rafiei Mustapha
14. Peneroka : Naraza Muda
15. Pengguna : M. Yusof Abd Rahman
16. Intelektual Muda : Wan Fayhsal
( masa perbahasan : 07 minit )
04.25 pm – 04.55 pm : Ucapan Penutup oleh :
Pengerusi Kongres Rakyat
Tn Hj Azmi bin Abdul Hamid
05.00 pm – 05.15 pm : Pengisytiharan Pelan Tindakan Rakyat
Oleh : Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat
05.20 pm – 05.25 pm : Penyerahan Pelan Tindakan Rakyat
kepada Pengerusi Kongres Rakyat
05.30 pm : Solat Asar berjamaah dan Bersurai
Anjuran : Sekretariat Kongres Rakyat 2015.
Nasrudin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

Sumber BO - 12-9-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































Kongres Rakyat: Jangan harap lagi kepada Umno BN

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kongres Rakyat yang akan berlangsung pada 12 September ini akan membuka mata rakyat bahawa mereka tidak perlu lagi meletakkan harapan kepada Umno BN untuk mentadbir negara ini.

Bercakap dalam program Bicara Harakah hari ini, katanya parti yang telah lebih 50 tahun mentadbir negara ini sudah terlalu korup dan sukar lagi untuk dibersihkan.

"Anai-anai bukan lagi makan rusuk rumah, tetapi anai-anai sudah makan struktur rumah tersebut. Kongres ini akan membincangkan hala tuju tersebut, iaitu bagaimana masa depan negara serta rakyatnya," kata beliau.

Turut menjadi ahli panel pada program Bicara Harakah antaranya, Presiden Parti Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Pengerusi Makpen Mohd Zai Mustafa, dan pendakwah bebas, Dr Ann Wan Seng sementara Mohamad Ibrahim (Mad China) sebagai moderator.

Tambahnya, realiti hari ini rakyat tidak boleh mengabaikan untuk membuat perubahan demi masa depan dan anak cucu mereka.

Tegas beliau, negara ini sepatutnya melahirkan pemimpin yang tidak buta, tidak pekak atau bisu iaitu pemimpin yang mendengar rintihan dan keluh kesah rakyat.

"Setiap apa yang pemimpin dapat hari ini adalah hasil daripada keringat rakyat dan keluhan rakyat," ujarnya.

Bagaimanapun mengulas lanjut program itu, Tuan Ibrahim menegaskan rakyat perlu mempunyai keyakinan untuk membuat perubahan bukan ke arah negatif tetapi ke arah positif.

"Seluruh ahli politik dan Ngo perlu menggerakkan ke arah keyakinan (iman dan aqidah). Kita tidak boleh tuntut keadilan daripada sistem yang tidak adil," katanya.

Justeru katanya, Kongres Rakyat ini perlu melibatkan semua pihak dan bukan hanya berhenti setakat itu sahaja dan ianya perlu ada penyambungannya nanti.

"Harap ada penyambungan, himpunan pada Oktober nanti," tambah beliau.

Kongres yang akan berlangsung sehari ini di Shah Alam sebagai usaha menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan terancang ke arah menuntut perubahan total dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.

Kongres Rakyat ini akan mengumpul semua pihak sama ada individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk mahasiswa dan aktivis sosial ke  arah melahirkan resolusi dan plan tindakan yang berkesan bagi membina negara yang selamat dari segala rupa korupsi dan penyelewengan kuasa.

Sehingga hari ini seramai 200 NGO telah menyatakan penyertaan mereka pada kongres ini dan seramai enam penalis daripada pelbagai kepakaran turut dijemput di dalam program itu nanti. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila BN lama perintah pasti ada masalah - Kadir

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan akibat terlalu lama Barisan Nasional (BN) memerintah menyebabkan timbul pelbagai masalah terutamanya membabitkan rasuah.

Beliau berpendapat sejarah negara-negara lain telah membuktikan jika sesebuah kerajaan itu mentadbir negara melebihi 30 tahun pasti akan timbul masalah.

"Inilah yang berlaku pada BN, lama sangat perintah maka rasuah penyelewengan pasti timbul sebab mereka berkuasa dan tidak takut.

"Bila tak takut macam-macam perkara mereka lakukan, sekarang ruang untuk rakyat bangkit bersuara melalui Kongres Rakyat pada 12 September nanti," kata bekas menteri kabinet itu sebagai ahli panel pada program Bicara Harakah 3 "Meneruskan Agenda Perubahan" sempena Kongres Rakyat di MyHarakah Bazar tengah hari tadi.

Turut menjadi ahli panel pada program tersebut adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,  Pengerusi Makpen, Mohd Zai Mustafa dan pendakwah bebas, Dr Ann Wan Seng sementara Mohamad Ibrahim (Mad China) sebagai moderator.

Menurut beliau, rakyat perlu menggunakan ruang pada Kongres Rakyat nanti untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan hari ini.

"Rakyat  perlu nyatakan pendirian mereka dan ini ruang yang mereka ada, kita mendengar dan berbahas serta mencari penyelesaian terbaik.

"Rakyat perlu buat perubahan dan BN Umno perlu kita tukar kerana mereka mempunyai pelbagai penyakit yang tidak boleh diubati lagi," katanya lagi.

Tambah beliau lagi, 30 juta rakyat malu dengan apa yang berlaku terutamanya soal rasuah dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin teruk.

"Rakyat malu, negara lain pun pandang sinis dengan kita (Malaysia) kerana gagal dalam tadbir ekonomi.

"Lebih 50 tahun perintah, BN buat perkara yang memalukan kita semua dan sudah sampai masa untuk kita bersuara, kita mahukan perubahan," sambung beliau lagi.

Abdul Kadir turut menjelaskan satu resolusi disediakan pada akhir kongres nanti yang diserahkan kepada kerajaan supaya mendengar dan memperbaiki apa yang rakyat kehendaki. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































PAS tidak terlibat himpunan sentimen perkauman

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS menegaskan bahawa parti itu tidak terlibat dengan perhimpunan 'Baju Merah' yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setiap himpunan yang diadakan mesti mempunyai matlamat yang jelas serta objektif.

"Kita tidak minta ahli terlibat dalam himpunan tersebut, bagi PAS setiap perkara perlu ada objektif yang jelas.

"Kita tidak mahu himpunan anti perkauman yang tidak membantu membangkitkan perpaduan negara," katanya ketika ditemui di MyHarakah Bazar selepas program Bicara Harakah Kongres Rakyat, petang ini.

Tegas beliau, PAS hanya akan membuat kerahan terhadap ahlinya jika perhimpunan itu mempunyai tujuan yang besar terutama membabit kebaikan rakyat.

"Kalau untuk kebaikan rakyat, objek yang jelas kita akan kerahkan ahli turut serta, tetapi hanya semata-mata untuk api-apikan sentimen perkauman PAS tidak akan terlibat langsung," katanya lagi.

Tuan Ibrahim turut memberitahu satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan Pejabat Setiausaha Agung PAS agar ahli tidak terlibat dengan himpunan itu. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Kongres Rakyat serampang dua mata PAS

Posted on Wednesday, September 09 @ 16:18:06 MYT by paktam

Oleh Abdul Rahim Sabri

Kongres Rakyat anjuran PAS dengan kerjasama NGO pada 12 September ini bercita-cita besar untuk merangka pelan tindakan menyelesaikan terhadap kemelut politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

PAS berkata lebih 200 NGO, kumpulan mahasiswa, profesional, ahli akademik teknokrat dan masyarakat umum akan tampil memberi input dan membincangkan penyelesaiannya.

Tetapi persoalannya, apakah yang benar-benar istimewa tentang kongres itu, yang kelihatannya seperti sebuah persidangan biasa sahaja?

Malah, sudah tidak terkira program seumpamanya dilangsungkan di negara ini.

Justeru, tidak pelik jika ada yang melihat bahawa acara itu sebahagian strategi baru PAS untuk mendekati kumpulan aktivis dalam masa-masa sukar setelah bersendirian tanpa sekutu dan setelah ditinggalkan kumpulan profesional.

Muktamar PAS di Kuala Selangor Jun lalu menyaksikan tersingkirnya kumpulan yang mahukan perubahan dalam kepimpinan parti, termasuk menukar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokongan terhadap PAS semakin terhakis dan perseteruan semakin tajam - sekalipun dinafikan beberapa pimpinannya - apabila bekas pemimpin-pemimpin kanannya mengepalai rombongan keluar parti.

Jambatan ke luar

Dalam perang persepsi, golongan yang dipimpin bekas timbalan presiden Mohamad Sabu itu, kini bergabung dalam Parti Amanah Nasional (AMANAH), juga berjaya menjadikannya sebuah acara media yang menarik perhatian banyak pihak.

Tindakan itu dilihat ancaman kepada kelangsungan kepada parti Islam yang mempunyai keanggotaan lebih tiga juta orang. Malah, jambatan mereka kepada golongan bukan Islam juga dilihat semakin rapuh.

Sebelum ini, walaupun mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS, jambatan dengan bukan Islam banyak dibina oleh golongan profesional yang berpaling tadah menyertai AMANAH, seperti Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad.

Kedua-dua wakil rakyat lantang itu banyak terlibat dengan dialog dengan agama lain dan mengunjungi rumah ibadat mereka.

Selain itu, PAS juga kehilangan tunjangnya apabila Mazlan Aliman, pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang daripada awal tidak senang dengan kepimpinan baru parti walaupun berjaya mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa pusat,

Beliau juga kemudian menyertai AMANAH, yang sudah tentu membawa dasar sokongannya ke parti baru, yang juga dijenamakan sebagai sebuah parti Islam yang “inklusif”.

Bagaimanapun, menilai tindakan politik terbaru PAS, termasuk tidak mengerahkan anggotanya ke BERSIH 4, kelihatan langkahnya sedikit sumbang.

Beban di pundak

Ini kerana platform itu sepatunya boleh dimanfaatkan untuk mendekati golongan muda dan penyokong pembangkang. Justeru, ketika gambar Hadi dipijak dalam perhimpunan itu, maksud penolakan itu tidak harus dipandang enteng oleh PAS.

Persediaan Kongres Rakyat ketika itu antara alasan digunakan PAS untuk tidak terlibat aktif dalam BERSIH 4.

Kali ini mata akan tertumpu kepada acara itu. Kongres Rakyat harus membuktikan ia benar-benar penting untuk perubahan politik pembangkang berbanding BERSIH 4.

Ini beban besar di pundak PAS sekarang ini.
PAS juga perlu membuktikan kenyataan Hadi dalam tulisan panjangannya kelmarin, bahawa "ranting PAS dicantas, tunas hidup subur".

Kongres Rakyat dikatakan bakal disertai lebih 1,500 anggota. Ia juga dikatakan telah menerima pelbagai usul meliputi perundangan, ekonomi, integrasi nasional, jati diri, keselamatan, pendidikan dan sosial daripada pelbagai pihak.

Sama ada berhasil atau tidak, jawapannya pada Sabtu ini di Shah Alam.

Sumber DD - 9-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat: Gamis fokus empat isu utama



















































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) meletakkan empat fokus utama dalam perbahasan pada Kongres Rakyat yang dijadualkan pada 12 September ini.

Presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak ketika dihubungi berkata antara isu yang ditekankan adalah membabitkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan percuma, kebebasan akedemik dan kadar pengangguran.

"Kongres Rakyat ini adalah satu ruang atau platform terbaik untuk rakyat terutamanya mahasiswa menyuarakan luahan serta pendapat mereka.

"Idea yang sangat bagus, pertama kali diadakan dan kami dari mahasiswa merasakan ini peluang untuk mahasiswa tampil berhujah serta mencari satu penyelesaian dalam memastikan pendidikan negara lebih baik," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, Gamis pusat turut menghantar sepuluh orang wakil pada program tersebut serta perbahasan.

"Peringkat pusat kita hantar sepuluh orang wakil, bagi peringkat negeri belum dipastikan berapa yang hadir.

"Selain itu Gamis turut menyediakan wakil pembahas yang akan berhujah membawa empat isu utama membabitkan mahasiswa," katanya lagi.

Dijangkakan lebih 200 NGO akan menyertai Kongres Rakyat yang akan berlangsung di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Sabtu ini. - HARAKAHDAILY 9/9/2015

Sumber HD - 9-9-2015                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat salur tuntutan dengan lebih bermakna


















































ROSLAN SMS | .


PERHIMPUNAN Bersih 4.0 telah pun pergi dan berlalu. Dalam ramai sibuk menyatakan berkenaan perjalanan himpunan berkenaan termasuklah kritikan-kritikan mengenai pengisiannya, tidak ramai menonjolkan tuntutannya.

Kehadiran yang ramai khasnya dari kalangan masyarakat bukan Melayu, kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, insiden-insiden liar selain yang melibatkan tindakan biadap memijak potret Presiden PAS ternyata telah mengerhanai isu yang lebih besar iaitu tuntutan Bersih 4.0 itu sendiri.

Bersih 4.0 sesungguhnya menuntut lima perkara sebahagian besarnya merupakan tuntutan yang sama sejak Bersih pertama tahun 2007 dulu. Kelima-lima tuntutannya adalah, pertama pilihan raya bebas dan adil, kedua sebuah kerajaan yang telus, ketiga hak untuk berdemonstrasi, keempat mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan kelima menyelamatkan ekonomi negara.

Isu-isu ini yang pada asalanya mendominasi Bersih tetapi akhirnya semakin terkebelakang, khasnya apabila orang-orang politik mencuri kesempatan mempromosi diri dan gerakan masing-masing sehingga ke tahap keterlaluan.

Malah ada sebuah parti yang dikatakan sedang melalui proses pendaftaran, mencuri kesempatan memungut dana semasa perhimpunan berkenaan.

PAS kali ini memilih untuk tidak turut serta. Bukannya ia memboikot Bersih 4.0.

Sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan beberapa hari sebelum himpunan Bersih bahawa PAS setuju menghantar dua wakil mewakilinya antaranya Naib Presiden Ustaz Idris Ahmad.

Ini sebagai tanda bahawa PAS bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0, malah sebelum ini pun PASlah yang merupakan penggerak terbesarnya sejak 2007.

Cuma kali ini PAS mahu mencuba pendekatan yang baharu yang difikirkannya lebih praktikal dan mampu memberi kesan ke atas tuntutan masyarakat sivil. Setelah melihat kejayaan Bersih sebelum ini, PAS merasakan suatu anjakan paradigma perlu dilakukan supaya tuntutan yang penting dan melibatkan rakyat secara langsung itu tidak terpadam dan terkulai apabila selesai Bersih tetapi terus diangkat sebagaiu agenda rakyat dan diusahakan jalan penyelesaiannya.

Himpunan Bersih berjaya membawa mesej bahawa rakyat mahukan perubahan. Tetapi perincian tuntutan perubahan itu seringkali tercicir apabila sahaja tamat himpunan. Lebih-lebih lagi apabila kehangatan himpunan ditakluki oleh agenda peribadi pihak-pihak tertentu.

Ratusan ribu rakyat yang keluar sejak Bersih 2007 dahulu termasuklah yang terbaru ini pastinya mahu tuntutan mereka itu didengari, diberi perhatian dan dilaksanakan. Bukannya sekadar bersepah di jalanan begitu sahaja.

Kerana itu sebagaimana dinyatakan sebelum ini PAS lebih yakin dan senang untuk menggerakkan satu perubahan. Iaitu menyalurkan tuntutan ini melalui kaedah yang lebih bermakna.

Lantaran itu PAS bersetuju melibatkan diri secara aktif dalam satu perhimpunan baharu, bukannya himpunan di jalanan sebagaimana Bersih sebelum ini, yang PAS turut setuju, tetapi kali ini PAS memilih mahu menyalurkan tuntutan untuk didengar, dibincang secara intelektual, dirakamkan dan kemudiannya diangkat sebagai satu agenda tuntutan rakyat untuk dilaksanakan.

Hasil daripada itulah maka PAS memberi lebih tumpuan kepada penganjuran Kongres Rakyat.

Kongres ini yang bakal diadakan pada 12 September nanti di Shah Alam bakal menghimpunkan lebih 200 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik yang akan berhimpun sehari suntuk membincangkan masalah rakyat yang lebih komprehensif selain lima tuntutan Bersih 4.0 di atas. Isu tuntutan pilihan raya yang bebas dan adil perlulah dihimpunkan sekali dengan isu-isu “periuk nasi” rakyat yang turut mendesak dan perlukan perhatian negara.

Isu kenaikkan kos hidup yang mencanak, isu rasuah dan salah guna kuasa, isu yang melibatkan petani, nelayan, peneroka, peniaga-peniaga kecil malah sehinggalah pengusaha teksi dan penghuni setinggan semuanya perlukan pembelaan.

Bagaimana kita boleh mengangkat nasib masyarakat di luar bandar yang teruk menerima kesan dari harga barangan yang mencacak naik? Bagaimana nasib masyarakat peneroka bandar yang berhadapan dengan pelbagai cukai dan kenaikan kos perkhidmatan dapat dibela?

Ia tidak boleh selesai dengan himpunan di jalanan sematamata, ia mesti diteruskan dengan kaedah susulan yang lebih efektif. Sudah tibalah masanya pejuang-pejuang keadilan sama ada parti-parti politik mahupun NGO duduk membahaskan usul-usul rakyat ini secara lebih terperinci.

Pandangan akar umbi perlu diberi peluang didengari dan dibahaskan. Dan daripadanya satu resolusi dilakarkan untuk diangkat sebagai agenda rakyat yang menuntut untuk diselesaikan.

Rakyat sudah cukup terkesan dan terbeban dengan kegagalan kerajaan memberikan perhatian sewajarnya ke atas permasalahan mereka. Sudahlah masalah mereka terabai, mereka pula dilantakkan dengan pelbagai kos dan tekanan hidup yang terus menghimpit dan mencabar kehidupan mereka.

Siapakah yang akan membela dan menjuarai isu-isu ini setelah ia ternyata gagal ditangan BN dan Umno?

Usaha yang diterajui oleh NGO dan didokong PAS ini perlulah diberikan perhatian dan sokongan sewajarnya oleh rakyat jelata. Inilah peluang bagi mereka menyalurkan rintihan mereka ikut proses yang betul supaya bukan sekadar menjadi mainan politik tetapi satu agenda yang tersusun yang menuntut untuk diselesaikan.

Semoga kaedah baharu perbincangan terbuka dalam bentuk kongres seumpama ini menjadi titik tolak kemajuan berfikir dan kematangan berpolitik masyarakat Malaysia umumnya.

Kita mahu masalah rakyat dan negara diberi perhatian dan diselesaikan sebaik mungkin dan dalam waktu yang sama keamanan dan kemerdekaan negara tercinta ini terus terpelihara.

Syabas ke atas peserta-peserta Bersih 4.0 tempoh hari. Kini Kongres Rakyat pula berperanan dengan harapan tindakan susulan dapat diambil demi membela nasib dan masa depan rakyat tercinta. - HARAKAHDAILY 8/9/2015

Sumber HD - 9-9-2015                                                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pandangan kedua: Umno BN patut sertai Kongres Rakyat

HARAKAHDAILY | .


KONGRES Rakyat yang akan diadakan 12 September nanti dijangka menjadi rangsangan kepada rakyat untuk bangkit menyatakan pandangan dan suara mereka terhadap ketidakadilan kerajaan dalam banyak perkara. Adakah melalui kongres seperti itu mampu menyelesaikan tekanan dihadapi rakyat dan membawa perubahan kepada sistem pentadbiran negara?

Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenainya daripada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ikuti wawancara tersebut:

WARTAWAN: Apa usaha PAS untuk menarik penyertaaan orang ramai dalam Kongres Rakyat nanti?

USTAZ IDRIS AHMAD: Rakyat tahu kepincangan yang berlaku dalam negara. Ia bukan sahaja untuk mencari penyelesaian berkaitan orang Melayu sahaja, malahan berlaku kepada semua masyarakat tidak kira agama.

Kongres ini juga mendapat sokongan daripada NGO Sabah dan Sarawak yang mewakili masyarakat pribumi di sana.

Maka sebab itu saya sarankan kepada semua rakyat yang sayang dan cintakan negara kita agar sama-sama kita meramaikan Kongres Rakyat ini.

Nama Kongres Rakyat adalah untuk membawa isu-isu rakyat dan ada usul-usul rakyat yang kita buka melalui Facebook dan emel yang diviralkan.

Ia bagi membolehkan rakyat membawa usul-usul yang akan dijadikan input untuk kita hadamkan, bahaskan dan kita akan buat plan tindakan rakyat.

Plan tindakan rakyat ini tidak lain supaya rakyat mempunyai kesedaran untuk bangkit menolak kepimpinan kerajaan khususnya dalam menghadapi PRU ke-14.

PAS mengharapkan ia akan dijadikan satu rangsangan kepada rakyat semua untuk bangkit menentang kerajaan Umno BN melalui saluran yang sah. Insya Allah kita harapkan PAS menjadi salah satu penyumbang untuk menggerakkan kebangkitan rakyat, bersama-sama dengan NGO-NGO yang membawa suara rakyat.

Selain masyarakat awam, siapakah yang patut menyertai Kongres Rakyat?

Kita buka kongres untuk semua parti-parti politik. Kita juga menjemput kementerian-kementerian untuk hadir ke kongres. Mereka mesti mengambil sikap untuk sama-sama menyertai Kongres Rakyat yang tanpa sempadan. Begitu juga kita mengajak Umno-BN menyertai Kongres Rakyat bukanlah menunjukkan kita ingin bekerjasama dengan parti tersebut.

Tidak kira siapa dan parti apa digalakkan menyertai Kongres Rakyat. Umno-BN patut menyertai Kongres Rakyat untuk mendengar sudut pandangan second opinion yang telah sedar tekanan hidup yang dialami.

Rakyat makin tertekan dengan bermacam-macam perkara termasuklah GST, kenaikan harga barangan, kejatuhan dolar dan keperluan asasi yang semakin meningkat.

Begitu juga dengan soal pemilikan rumah yang masih lagi tidak dimiliki rakyat berpendapatan rendah dan sederhana walaupun kerajaan telah membuat projek kononnya rumah mampu milik. Daripada segi amalan dan praktikalnya sebagaimana yang kita dapat lihat bukanlah rumah mampu milik. Jadi, apabila Umno-BN hadir ke kongres itu nanti, mereka akan tahu kesulitan yang dihadapi rakyat hari ini.

Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sering digambarkan kerajaan memahami segalagalanya permasalahan rakyat, sedangkan hakikatnya rakyat masih dibalut dengan kesengsaraan.

Ya, apa yang kita mahukan kerajaan mendengar segala kesengsaraan rakyat. Kerajaan yang ada hari ini perlu berubah dan bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi perlu bertindak dengan baik. Jika hanya mempunyai maklumat tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa hasil.

Masih ada tanggapan Kongres Rakyat ini tidak akan mampu menyelesaikan isu rakyat. Bagaimana PAS dapat menangkis tanggapan tersebut?

Semua segmen kita kena ambil. Jangan hanya guna satu sahaja pendekatan. Tidak semua suka dengan cara forum.

Mungkin mereka suka dengan cara demonstrasi. Begitu juga tidak semua sukakan perhimpunan, tetapi suka berforum atau berkongres.

Semua itu tidak perlu kita salahkan antara satu sama lain.

Kita menyokong tuntutan Bersih dan bukan kita menentang apa yang dituntut Bersih itu. Isu pulihkan sistem pilihan raya, SPRM dan tegakkan demokrasi, semua itu kita setuju. Begitu juga apabila kita mengadakan Kongres Rakyat, kita boleh mengambil segmen masyarakat.

Segala pandangan rakyat itu akan kita ambil kira dan ia untuk mengatasi masalah-masalah, termasuklah bagaimana mengatasi masalah ekonomi negara. Apa yang ingin kita tekankan, kesedaran daripada rakyat itu penting bahawa mereka ditekan pemerintah dengan begitu teruk.

Bagaimana dengan resolusi kongres itu nanti?

Resolusi daripada Kongres Rakyat akan kita panjangkan kepada pihak kerajaan dan juga kepada rakyat itu sendiri. Apa yang kita inginkan ialah rakyat mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

Walaupun ramai yang dapat akses maklumat melalui media sosial, tetapi rakyat masih menjadi mangsa kerakusan kerajaan Umno BN hari ini. Ada yang masih belum mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Apa yang kita inginkan juga, kongres ini akan menjadi agen kepada transformasi dan perubahan rakyat. - HARAKAHDAILY 8/9/2015

Sumber HD - 8-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------
Kongres Rakyat: ‘Kami bukan cuba jadi Superman’
Posted on Tuesday, September 08 @ 07:47:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



KUALA LUMPUR - "Kami bukan cuba nak jadi Superman, saya tahu apa yang bakal dibangkitkan dalam Kongres Rakyat nanti adalah isu-isu yang sensitif, tetapi rakyat perlu berani berhadapan dengan masalah-masalah yang ada dalam negara kita ini," demikian ujar Timbalan Pengerusi 1 Kongres Rakyat, Mustafa Kamil Ayub.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak yang menjadi ahli kongres perlu memainkan peranan masing-masing menerusi pembentangan idea, debat, dan hujah untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh kongres.

"Semua pihak perlu mainkan peranan untuk membetulkan keadaan. Jangan lari atau tolak masalah yang ada ke tepi.

"Kalau kita asyik tolak masalah kita ke bawah karpet, bagaimana kita nak tahu tentang langkah pendekatan atau penyelesaian terhadap masalah ini? Kita ini hanya manusia biasa, tugas kita mendengar, dan mendepani masalah yang dihadapi masyarakat, NGO, dan ahli panel nanti," katanya.

Lebih 200 NGO dijangka hadir ke Kongres Rakyat yang akan berlangsung selama satu hari di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Sabtu nanti.

Menurut Mustafa lagi, walaupun kongres tersebut mungkin tidak dapat menyelesaikan semua isu berbangkit, ia berfungsi untuk sebagai satu permulaan untuk membawa isu ke peringkat yang lebih tinggi.

"Ramai yang bertanya kepada saya, bolehkah kongres menyelesaikan semua masalah yang dibawa ke dalam kongres? Mampukah kongres ini menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak 65 tahun dahulu?

"Saya kata ‘tidak boleh'. Bagaimanapun ia merupakan satu titik permulaan yang baik untuk kita menggarap cara baharu untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan tersebut dengan cara yang lebih adil dan saksama," katanya lagi.

Oleh FATHIN ATHIRAH HASLI

Sumber LINK

Sumber TKO - 8-9-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                           ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat salur tuntutan dengan lebih bermakna

Posted on Monday, September 07 @ 16:26:31 MYT by paktam

Oleh Roslan SMS 

PERHIMPUNAN Bersih 4.0 telah pun pergi dan berlalu. Dalam ramai sibuk menyatakan berkenaan perjalanan himpunan berkenaan termasuklah kritikan-kritikan mengenai pengisiannya, tidak ramai menonjolkan tuntutannya.

Kehadiran yang ramai khasnya dari kalangan masyarakat bukan Melayu, kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, insiden-insiden liar selain yang melibatkan tindakan biadap memijak potret Presiden PAS ternyata telah mengerhanai isu yang lebih besar iaitu tuntutan Bersih 4.0 itu sendiri.


Bersih 4.0 sesungguhnya menuntut lima perkara sebahagian besarnya merupakan tuntutan yang sama sejak Bersih pertama tahun 2007 dulu.

Kelima-lima tuntutannya adalah, pertama pilihan raya bebas dan adil,
kedua sebuah kerajaan yang telus, ketiga hak untuk berdemonstrasi, keempat mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan kelima menyelamatkan ekonomi negara.

Isu-isu ini yang pada asalanya mendominasi Bersih tetapi akhirnya semakin terkebelakang, khasnya apabila orang-orang politik mencuri kesempatan mempromosi diri dan gerakan masing-masing sehingga ke tahap keterlaluan.

Malah ada sebuah parti yang dikatakan sedang melalui proses pendaftaran, mencuri kesempatan memungut dana semasa perhimpunan berkenaan.

PAS kali ini memilih untuk tidak turut serta. Bukannya ia memboikot Bersih 4.0.

Sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan beberapa hari sebelum himpunan Bersih bahawa PAS setuju menghantar dua wakil mewakilinya antaranya Naib Presiden Ustaz Idris Ahmad.

Ini sebagai tanda bahawa PAS bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0, malah sebelum ini pun PASlah yang merupakan penggerak terbesarnya sejak 2007.

Cuma kali ini PAS mahu mencuba pendekatan yang baharu yang difikirkannya lebih praktikal dan mampu memberi kesan ke atas tuntutan masyarakat sivil. Setelah melihat kejayaan Bersih sebelum ini, PAS merasakan suatu anjakan paradigma perlu dilakukan supaya tuntutan yang penting dan melibatkan rakyat secara langsung itu tidak terpadam dan terkulai apabila selesai Bersih tetapi terus diangkat sebagaiu agenda rakyat dan diusahakan jalan penyelesaiannya.

Himpunan Bersih berjaya membawa mesej bahawa rakyat mahukan perubahan. Tetapi perincian tuntutan perubahan itu seringkali tercicir apabila sahaja tamat himpunan. Lebih-lebih lagi apabila kehangatan himpunan ditakluki oleh agenda peribadi pihak-pihak tertentu.

Ratusan ribu rakyat yang keluar sejak Bersih 2007 dahulu termasuklah yang terbaru ini pastinya mahu tuntutan mereka itu didengari, diberi perhatian dan dilaksanakan. Bukannya sekadar bersepah di jalanan begitu sahaja.

Kerana itu sebagaimana dinyatakan sebelum ini PAS lebih yakin dan senang untuk menggerakkan satu perubahan. Iaitu menyalurkan tuntutan ini melalui kaedah yang lebih bermakna.

Lantaran itu PAS bersetuju melibatkan diri secara aktif dalam satu perhimpunan baharu, bukannya himpunan di jalanan sebagaimana Bersih sebelum ini, yang PAS turut setuju, tetapi kali ini PAS memilih mahu menyalurkan tuntutan untuk didengar, dibincang secara intelektual, dirakamkan dan kemudiannya diangkat sebagai satu agenda tuntutan rakyat untuk dilaksanakan.

Hasil daripada itulah maka PAS memberi lebih tumpuan kepada penganjuran Kongres Rakyat.

Kongres ini yang bakal diadakan pada 12 September nanti di Shah Alam bakal menghimpunkan lebih 200 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik yang akan berhimpun sehari suntuk membincangkan masalah rakyat yang lebih komprehensif selain lima tuntutan Bersih 4.0 di atas. Isu tuntutan pilihan raya yang bebas dan adil perlulah dihimpunkan sekali dengan isu-isu “periuk nasi” rakyat yang turut mendesak dan perlukan perhatian negara.

Isu kenaikkan kos hidup yang mencanak, isu rasuah dan salah guna kuasa, isu yang melibatkan petani, nelayan, peneroka, peniaga-peniaga kecil malah sehinggalah pengusaha teksi dan penghuni setinggan semuanya perlukan pembelaan.

Bagaimana kita boleh mengangkat nasib masyarakat di luar bandar yang teruk menerima kesan dari harga barangan yang mencacak naik? Bagaimana nasib masyarakat peneroka bandar yang berhadapan dengan pelbagai cukai dan kenaikan kos perkhidmatan dapat dibela?

Ia tidak boleh selesai dengan himpunan di jalanan sematamata, ia mesti diteruskan dengan kaedah susulan yang lebih efektif. Sudah tibalah masanya pejuang-pejuang keadilan sama ada parti-parti politik mahupun NGO duduk membahaskan usul-usul rakyat ini secara lebih terperinci.

Pandangan akar umbi perlu diberi peluang didengari dan dibahaskan. Dan daripadanya satu resolusi dilakarkan untuk diangkat sebagai agenda rakyat yang menuntut untuk diselesaikan.

Rakyat sudah cukup terkesan dan terbeban dengan kegagalan kerajaan memberikan perhatian sewajarnya ke atas permasalahan mereka. Sudahlah masalah mereka terabai, mereka pula dilantakkan dengan pelbagai kos dan tekanan hidup yang terus menghimpit dan mencabar kehidupan mereka.

Siapakah yang akan membela dan menjuarai isu-isu ini setelah ia ternyata gagal ditangan BN dan Umno?

Usaha yang diterajui oleh NGO dan didokong PAS ini perlulah diberikan perhatian dan sokongan sewajarnya oleh rakyat jelata. Inilah peluang bagi mereka menyalurkan rintihan mereka ikut proses yang betul supaya bukan sekadar menjadi mainan politik tetapi satu agenda yang tersusun yang menuntut untuk diselesaikan.

Semoga kaedah baharu perbincangan terbuka dalam bentuk kongres seumpama ini menjadi titik tolak kemajuan berfikir dan kematangan berpolitik masyarakat Malaysia umumnya.

Kita mahu masalah rakyat dan negara diberi perhatian dan diselesaikan sebaik mungkin dan dalam waktu yang sama keamanan dan kemerdekaan negara tercinta ini terus terpelihara.

Syabas ke atas peserta-peserta Bersih 4.0 tempoh hari. Kini Kongres Rakyat pula berperanan dengan harapan tindakan susulan dapat diambil demi membela nasib dan masa depan rakyat tercinta. – roslansms@ gmail.com


Sumber DD - 7-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat agen perubahan pentadbiran negara
Posted on Monday, September 07 @ 16:21:13 MYT by paktam

KONGRES Rakyat yang akan diadakan 12 September nanti dijangka menjadi rangsangan kepada rakyat untuk bangkit menyatakan pandangan dan suara mereka terhadap ketidakadilan kerajaan dalam banyak perkara. Adakah melalui kongres seperti itu mampu menyelesaikan tekanan dihadapi rakyat dan membawa perubahan kepada sistem pentadbiran negara?

 Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenainya daripada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ikuti wawancara tersebut

WARTAWAN: Apa usaha PAS untuk menarik penyertaaan orang ramai dalam Kongres Rakyat nanti?

USTAZ IDRIS AHMAD: Rakyat tahu kepincangan yang berlaku dalam negara. Ia bukan sahaja untuk mencari penyelesaian berkaitan orang Melayu sahaja, malahan berlaku kepada semua masyarakat tidak kira agama.

Kongres ini juga mendapat sokongan daripada NGO Sabah dan Sarawak yang mewakili masyarakat pribumi di sana.

Maka sebab itu saya sarankan kepada semua rakyat yang sayang dan cintakan negara kita agar sama-sama kita meramaikan Kongres Rakyat ini.

Nama Kongres Rakyat adalah untuk membawa isu-isu rakyat dan ada usul-usul rakyat yang kita buka melalui Facebook dan emel yang diviralkan.

Ia bagi membolehkan rakyat membawa usul-usul yang akan dijadikan input untuk kita hadamkan, bahaskan dan kita akan buat plan tindakan rakyat.

Plan tindakan rakyat ini tidak lain supaya rakyat mempunyai kesedaran untuk bangkit menolak kepimpinan kerajaan khususnya dalam menghadapi PRU ke-14.

PAS mengharapkan ia akan dijadikan satu rangsangan kepada rakyat semua untuk bangkit menentang kerajaan Umno-BN melalui saluran yang sah. Insya-Allah kita harapkan PAS menjadi salah satu penyumbang untuk menggerakkan kebangkitan rakyat, bersama-sama dengan NGO-NGO yang membawa suara rakyat.

Selain masyarakat awam, siapakah yang patut menyertai Kongres Rakyat?

Kita buka kongres untuk semua parti-parti politik. Kita juga menjemput kementeriankementerian untuk hadir

ke kongres. Mereka mesti mengambil sikap untuk samasama menyertai Kongres Rakyat yang tanpa sempadan. Begitu juga kita mengajak Umno-BN menyertai Kongres Rakyat bukanlah menunjukkan kita ingin bekerjasama dengan parti tersebut.

Tidak kira siapa dan parti apa digalakkan menyertai Kongres Rakyat. Umno-BN patut menyertai Kongres Rakyat untuk mendengar sudut pandangan second opinion yang telah sedar tekanan hidup yang dialami.

Rakyat makin tertekan dengan bermacam-macam perkara termasuklah GST, kenaikan harga barangan, kejatuhan dolar dan keperluan asasi yang semakin meningkat.

Begitu juga dengan soal pemilikan rumah yang masih lagi tidak dimiliki rakyat berpendapatan rendah dan sederhana walaupun kerajaan telah membuat projek kononnya rumah mampu milik.

Daripada segi amalan dan praktikalnya sebagaimana yang kita dapat lihat bukanlah rumah mampu milik. Jadi, apabila Umno-BN hadir ke kongres itu nanti, mereka akan tahu kesulitan yang dihadapi rakyat hari ini.

Kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak sering digambarkan kerajaan memahami segalagalanya permasalahan rakyat, sedangkan hakikatnya rakyat masih dibalut dengan kesengsaraan.

Ya, apa yang kita mahukan kerajaan mendengar segala kesengsaraan rakyat. Kerajaan yang ada hari ini perlu berubah dan bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi perlu bertindak dengan baik. Jika hanya mempunyai maklumat tetapi tidak mengambil apaapa tindakan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa hasil.

Masih ada tanggapan Kongres Rakyat ini tidak akan mampu menyelesaikan isu rakyat. Bagaimana PAS dapat menangkis tanggapan tersebut?

Semua segmen kita kena ambil. Jangan hanya guna satu sahaja pendekatan. Tidak semua suka dengan cara forum.

Mungkin mereka suka dengan cara demonstrasi. Begitu juga tidak semua sukakan perhimpunan, tetapi suka berforum atau berkongres.

Semua itu tidak perlu kita salahkan antara satu sama lain.

Kita menyokong tuntutan Bersih dan bukan kita menentang apa yang dituntut Bersih itu. Isu pulihkan sistem pilihan raya, SPRM dan tegakkan demokrasi, semua itu kita setuju. Begitu juga apabila kita mengadakan Kongres Rakyat, kita boleh mengambil segmen masyarakat.

Segala pandangan rakyat itu akan kita ambil kira dan ia untuk mengatasi masalah-masalah, termasuklah bagaimana mengatasi masalah ekonomi negara. Apa yang ingin kita tekankan, kesedaran daripada rakyat itu penting bahawa mereka ditekan pemerintah dengan begitu teruk.

Bagaimana dengan resolusi kongres itu nanti?

Resolusi daripada Kongres Rakyat akan kita panjangkan kepada pihak kerajaan dan juga kepada rakyat itu sendiri. Apa yang kita inginkan ialah rakyat mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

Walaupun ramai yang dapat akses maklumat melalui media sosial, tetapi rakyat masih menjadi mangsa kerakusan kerajaan Umno-BN hari ini. Ada yang masih belum mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Apa yang kita inginkan juga, kongres ini akan menjadi agen kepada transformasi dan perubahan rakyat.


Sumber TKO - 7-9-2015                                                                                                                         ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat: Penyertaan sangat baik daripada NGO

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung pada 12 September ini menerima penyertaan yang sangat baik daripada kalangan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid sehingga kini sebanyak 200 NGO yang menyatakan kesediaan untuk menyertai kongres itu nanti.

"Seramai 1,500 pemerhati dan 1,500 perwakilan yang akan menyertai kongres ini," katanya dalam sidang media di MyHarakah Bazaar, petang ini.

Katanya, pihak urusetia telah menerima 28 usul yang meliputi perundangan, ekonomi, integrasi nasional, jati diri, keselamatan, pendidikan dan sosial daripada pelbagai pihak melalui 'online'.

"Pihak kami akan memberi ruang hingga Rabu ini untuk menapis dan menyusun usul-usul ini," katanya.

Beliau percaya Kongres Rakyat ini akan menghasilkan usul yang bernas daripada suara rakyat sendiri.

Jelasnya, usul yang dikemukakan ini akan dirumuskan dan dipanjangkan kepada menteri dan jemaah menteri atau Majlis Raja-raja Melayu untuk perhatian dan tindakan.

Sementara itu, katanya seramai enam panelis dalam pelbagai bidang yang akan diketengahkan sebagai pembicara dan pengupas isu.

Misalnya, bekas Timbalan Pengarah SPRM Datuk Seri Zakaria Jaafar akan membincangkan soal integriti sosial, soal ekonomi akan dikupas oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Tan Sri Ali Hashim manakala soal politik akan dikupas oleh Presiden Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

Dan beberapa lagi tokoh PAS yang akan dijemput iatu Musyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang akan mengupas soal agama dan pendidikan.

Tambah Azmi, seramai 18 wakil daripada NGO akan diberi ruang untuk berucap pada kongres itu nanti. - HARAKAHDAILY 7/9/2015

Sumber HD - 7-9-2015
----------------------------------------------------------------------------
PAS mendukung perpaduan anjuran Islam

Posted on Monday, September 07 @ 15:48:34 MYT by paktam

Oleh Nasrudin Hassan

1. Perpaduan adalah ajaran Islam yang sangat murni. Justeru Islam menolak perpecahan yang merugikan ummah dan negara. Namun tegasnya, Islam tidak menganjurkan perpaduan sempit berasaskan sempadan kaum, bangsa, bahasa dan geografi.

Anjuran perpaduan yang dibawa oleh Islam ialah berasaskan Tali Allah swt (Al Quran). Al Quran adalah model perpaduan yang benar-benar utuh dan unggul. Sebagaimana Islam mengajar kita menghulur tangan untuk bekerjasama berasaskan Al Birr (kebaikan) dan at Taqwa (ketundukan kepada Allah swt).

2. Islam turut menentang suara perpaduan atas semangat dendam, perkauman dan kebencian sesama manusia tanpa asas sebagaimana Islam juga menolak keras kerjasama atas dasar permusuhan dan berbuat dosa atau mungkar. Melunaskan hasrat tersebut, PAS menyeru supaya seluruh rakyat bangkit bersatu atas nama memperjuangkan kebenaran dan menolak kebatilan.

Bangkit mendukung gerakan perubahan untuk menumbangkan sistem jahiliyah dan menegakkan sistem yang adil dan benar sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

3. Kongres Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Sept 2015 menjadi tumpuan PAS bagi kami membantu pihak penganjur menjadikannya sebagai satu platform kesatuan rakyat Malaysia untuk  berfikir, merencana dan merangka Pelan Tindakan Rakyat ke arah merealisasikan erti sebuah perubahan.

4. Pada masa yang sama, PAS melalui Lajnah Penerangan dan Lajnah Pemerkasaan Parti sedang mengurus aktif beberapa aktiviti semasa yang wajib diberi tumpuan oleh setiap peringkat pimpinan dan ahli PAS. Antaranya Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK) yang sedang rancak berlangsung di seluruh negara. PAS juga sedang menumpukan penuh perhatian kepada Retreat PAS Pusat yang akan dilangsungkan pada akhir bulan ini untuk merencana keutuhan parti dan strategi semasa perjuangan Islam yang didukung oleh PAS.

5. Sementara Himpunan 60 Ribu (H60K) yang akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 17 Oktober 2015 kelak, terus menjadi tumpuan utama PAS bagi menjayakannya dengan mengundang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan warna kulit bagi meneruskan gelombang kebangkitan dan gerakan perubahan di dalam negara ini seraya menolak sebarang seruan dan anjuran berpadu dan bersatu yang berasaskan kaum dan bangsa.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber DD - 7-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat PAS turut undang GHB, Anina
Posted on Thursday, September 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Semua pemimpin politik, NGO, ahli akademik, golongan profesional termasuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Umno dijemput menyertai Kongres Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 12 September depan.

"Kami jemput semua wakil parti politik di negara ini termasuk GHB dan Umno supaya mendengar suara rakyat.

"Surat jemputan umum juga sudah kami edarkan," kata Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan dalam sidang medianya hari ini.

Malah, menurut pengerusinya Azmi Abdul Hamid kehadiran bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin ke kongres itu nanti bagi meluahkan ketidakpuasan hati beliau.

"Kita juga memjemput Ainina," kata Azmi.

Azmi juga turut menegaskan Kongres Rakyat bukannya rentetan daripada perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

"BERSIH membawa pendekatan jalanan, Kongres Rakyat membawa pendekatan pemikiran", katanya.

"Kebetulan BERSIH sudah berlangsung dan ini bukan merupakan satu persetujuan yang dirancang bersama BERSIH,” katanya.

PAS sebelum ini tidak mengerahkan anggotanya ke perhimpunan BERSIH pada 29 dan 30 Oktober, antaranya atas alasan mahu memberi tumpuan pada kongres itu.

Acara itu bertujuan merangka resolusi dan pelan tindakan ke arah satu gerakan kebangkitan yang berkesan.

"Kongres Rakyat ini akan menjadi medan untuk mencari dan merumus mekanisme terbaik serta berkesan mewakili semua pihak dan peringkat pandangan rakyat,"katanya.

Manakala, speaker Kongres Rakyat Mustafa Kamil Ayub berkata, ini merupakan usaha yang penting dalam kemelut yang sedang melanda rakyat pada ketika ini.

"Tidak dinafikan bahawa pendekatan jalanan itu merupakan satu pendekatan yang popular.

"Cuma kita melihat kepada perubahan masyarakat di Malaysia pada ketika ini yang memerlukan pendekatan perundingan iaitu mengembleng pandangan secara teratur yang mungkin tidak sempat dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

"Sebab itu, kita rasa setelah beberapa siri sebelum ini yang dijalankan melalui jalanan, kita rasakan dan kita terpanggil untuk menjalankan kongres ini dengan pendekatan berbeza", katanya.

Sumber TKO - 3-9-2015                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat Elak Rakyat Turun Ke Jalan

Mohd Azmi Abdul Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=t3WLgPyc7aU

Sumber STV - 21-8-2015

Semangat ke Kongres Rakyat kerana suasana Bersih 4

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS Melaka menyambut baik Kongres Rakyat yang akan diadakan nanti sebagai usaha membincangkan kemelut yang dihadapi rakyat negara ini.

Persuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek ketika dihubungi berkata ahli-ahli di peringkat kawasan dan negeri telah menyatakan kesediaan untuk hadir pada kongres tersebut.

"Kita telah menerima surat dari PAS Pusat mengenai kongres tersebut dan telah menyatakan persetujuan hadir, seramai 50 orang ahli jawatankuasa peringkat negeri dan kawasan akan hadir.

"50 ahli jawatankuasa akan bertemu dengan ahli-ahli di semua peringkat bagi mengetahui jumlah sebenar yang akan hadir dan kita akan maklumkan pada mesyuarat PAS Melaka akan datang," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, suasana yang berlaku pada himpunan Bersih 4.0 lalu turut menaikkan semangat ahli-ahli PAS di negeri itu untuk hadir pada Kongres Rakyat.

"Bersih 4.0 kita tidak menggalakkan ahli untuk hadir, menyebabkan mereka bersemangat untuk hadir pada kongres yang akan diadakan nanti.

"Saya menjangkakan ramai ahli kita akan hadir, apatah lagi jarak antara Melaka dan Kuala Lumpur tidak jauh menyebabkan kehadiran akan lebih ramai," katanya lagi.

Kongres Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 12 September depan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan dihadiri pemimpin politik, NGO, ahli akedemik serta golongan profesional. - HARAKAHDAILY 3/9/2015

Sumber HD - 2-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat; Lebih 150 NGO Sahkan Kehadiran

Kongres Rakyat adalah satu usaha daripada gabungan oleh banyak pihak termasuk NGO, cendekiawan, agamawan, professional, ahli politik dan persatuan-persatuan untuk melakukan satu perbincangan rakyatmelihat kepada situasi dan relaiti semasa.

Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sebanyak 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan menyertai persidangan tersebut yang bakal diadakan pada 12 September ini.



“Ini program nasional, bukan serpihan mana-mana usaha. Ini usaha sendiri daripada gabungan pelbagai NGO (badan bukan kerajaan).

‎“Setakat ini 150 NGO daripada pelbagai kaum dan latar belakang sahkan penyertaan,” katanya pada sidang media, semalam.

‎Menurut beliau, matlamat program adalah untuk memberi ruang kepada rakyat biasa mengemukakan usul dan berbahas mengenai masalah rakyat seperti kos sara hidup, politik, sosial dan lain-lain.

‎Kongres yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam itu akan berjalan seperti persidangan Dewan Rakyat yang mana akan dikendalikan oleh seorang speaker, iaitu Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Timbalan Pengerusi I Kongres Rakyat.

‎Menurutnya, pihaknya menyasarkan penyertaan 200 NGO dengan kehadiran 2,500 perwakilan serta pemerhati.

‎“Sambutan setakat ini begitu baik, kita percaya sasaran untuk penyertaan 200 NGO akan tercapai,” katanya.

‎Katanya, kongres itu adalah untuk semua golongan rakyat tidak kira ahli politik, ahli profesional, cendekiawan, nelayan, petani atau buruh binaan.



Sumber BO - 3-9-2015                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat aspirasi rakyat

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


HIMPUNAN rakyat dalam Bersih 4.0 adalah satu menifestasi penolakan rakyat terhadap parti yang menerajui pemerintahan hari ini. Pelbagai kepincangan yang berlaku dalam negara yang disebabkan gagalnya parti United Malay National Organisation “Umno” tidak lagi dapat dikompromi rakyat.

Itu isyarat paling jelas dan nyata yang disampaikan oleh ratusan ribu rakyat yang berhimpun tidak kurang dari 34 jam. Biarpun ada perbahasan berkaitan perjalanan himpunan rakyat tersebut, fokus saya dalam penulisan ini hanya satu. Aspirasi rakyat yang inginkan perubahan perlu diurus dan ditangani dengan penuh bijaksana dan berhemah oleh pendokong perubahan.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia “PAS”, tentunya aspirasi rakyat yang inginkan perubahan ini tidak boleh dipandang ringan. Tindakan yang lebih terkehadapan perlu dan mesti direncana dan dirintis. Momentum penolakan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin Umno mesti dibajai dengan perencanaan dan usaha yang paling mantap.

Penganjuran Kongres Rakyat pada 12 September 2015 oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan “NGO” adalah antara medan terbaik dalam kelangsungan mengurus dan mengatur aspirasi kebangkitan rakyat. Setiap pendokong perubahan sama ada bersifat NGO, kumpulan masyarakat sivil “CSO”, badan-badan professional dan individu perlu mengambil kesempatan dalam penganjuran Kongres Rakyat ini bagi mengemukakan suatu alternatif terbaik mendepani kepincangan yang berlaku hari ini.

Sebagai antara individu yang mengharapkan kejayaan Kongres Rakyat ini, saya menuruti rapat reaksi pelbagai pihak terhadap penganjuran kongres ini. Antara persoalan yang bermain di minda kebanyakan pihak, ke manakah aspirasi rakyat yang dibawa dalam kongres ini akan dibawa? Apakah aspirasi Kongres Rakyat adalah agenda PAS dan bukannya agenda rakyat?

Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, saya menyeru kepada setiap pendokong perubahan untuk turut serta dalam Kongres tersebut. Kita yang menyertai kongres inilah penentu halatuju kongres pada masa hadapan dan kitalah penentu agenda rakyat untuk diperjuangkan melalui kongres tersebut.

Dapatan, luahan dan saranan Kongres Rakyat kelak tentunya tidak boleh terhenti di situ sahaja. Agenda perubahan dan aspirasi rakyat mesti terus dipacu dan momentumnya dikekalkan agar perubahan sebenar mampu dikecap rakyat.

Dokongan inilah yang perlu disampaikan kepada setiap yang terlibat dalam penganjuran Kongres Rakyat,  12 September kelak. Dengan komitmen pelbagai pihak dalam penganjuran kongres tersebut, saya percaya aspirasi perubahan yang diinginkan rakyat akan terus dicerna pasca penganjuran kongres.

Dengan berbaki kurang dua minggu, ayuh kita tunjukkan pada pemerintah dan seluruh rakyat bahawa aspirasi rakyat yang inginkan perubahan adalah suatu impian yang nyata. Ia bukannya suatu agenda pihak tertentu semata-mata. Jadikan penganjuran Kongres Rakyat ini suatu penerusan kepada momentum yang sedia ada bagi melahirkan Malaysia yang lebih sejahtera. – HARAKAHDAILY 3/9/2015

Sumber HD - 3-9-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat berkonsep dari rakyat untuk rakyat



















































HARAKAHDAILY | .





KUALA LUMPUR: Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kongres itu yang akan diadakan pada 12 September ini berkonsepkan daripada rakyat untuk rakyat.
Sehubungan itu, katanya kongres yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu dibiayai oleh rakyat.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Harakah Bazaar, di sini petang ini. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi 2 dan Setiausaha Kongres Rakyat, Dr N Balachandran dan Nasrudin Hassa, CEO Institut Madani, Mustaffa Kamil Ayub serta Presiden Gamis, Imran Mohd Ishak.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 150 badan bukan kerajaan (NGO) bersetuju menyertai kongres tersebut.

"Kita juga mahu wakil kerajaan hadir bagi mendengar rintihan rakyat kerana mereka adalah pelaksana dasar kerajaan," ujarnya.

Kongres itu adalah platform untuk rakyat menyuarakan serta memberi pandangan berhubung iklim politik negara.

Kongres Rakyat adalah idea yang menarik untuk menjadi platform rakyat mengemukakan usul, memberikan pandangan dan merangka pelan tindakan penyelesaian ke arah membina negara yang sejahtera dan selamat dari tekanan ekonomi yang menindas rakyat terbanyak serta ketidakstabilan politik yang menggugat kemakmuran negara.

Kongres Rakyat dibuka ruang seluasnya kepada penyertaan umum terutama NGO yang mewakili masyarakat pelbagai peringkat termasuk persatuan petani, pekebun kecil, pekerja kilang, nelayan, peneroka Felda, penoreh getah, orang asal, OKU, mahasiswa, aktivis sosial, tokoh akademik, tokoh politik dan sebagainya. - HARAKAHDAILY 2/9/2015

Sumber HD - 2-9-2015

---------------------------------------------------------

Minat lihat Umno BN jatuh, sila sertai Kongres Rakyat



















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS menyokong tuntutan Bersih untuk pilihan raya yang bersih, dan kehadiran wakil parti, Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad adalah bukti sokongan PAS.

"PAS tidak melarang ahlinya untuk menyertai perhimpunan kali ini," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, yang berbeza cuma PAS tidak kerah ahli kerana sudah ada banyak program parti yang telah diaturkan terlebih dahulu.

Justeru, katanya ahli boleh memilih sama ada pergi atau tidak, tanpa sebarang kongkongan.

"Impak terbesar Bersih 4 ialah bermulanya era penerimaan demonstrasi aman sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi negara kita," ujarnya.

Menurutnya, rakyat Malaysia membuktikan demonstrasi boleh dibuat secara aman, pihak kerajaan BN pula menunjukkan mereka boleh mengawal demonstrasi dengan baik.

"Cuma yang pelik ialah tindakan berlembut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau memberi amaran keras untuk mengambil tindakan terhadap baju Bersih 4.

"Apakah beliau sedang menyiapkan dirinya untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?" ujar beliau lagi.

Beliau menjelaskan, PAS hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti-GST yang lepas.

Hanya kali ini, ujarnya PAS tidak mengerahkan ahlinya di Bersih 4, oleh itu, kesannya adalah minimum.

Malah, kata beliau melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan PAS dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelumnya.

Ini, ujar beliau sekaligus membuktikan PAS sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar di arus perdana politik negara.

"Namun begitu, saya kesal dengan persepsi negatif dan fitnah yang sengaja dibina terhadap PAS, terutamanya pada Presiden PAS, sehingga wujudnya insiden-insiden tidak beradab dan melampaui batas seperti memijak gambar Presiden PAS yang sengaja dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap parti dan Presiden PAS," katanya.

Justeru, tambah beliau PAS ingin melahirkan dukacita dan kekesalan yang amat sangat dengan insiden tidak beradab ini.

Insiden-insiden penghinaan sebegitu, ujarnya walaupun terpencil, oleh para provokasi sudah pasti akan menimbulkan ketidakselesaan yang tidak perlu.

Ini, kata beliau membuktikan keputusan PAS adalah tepat kali ini untuk tidak mengerahkan ahlinya.

Tambahnya, perjuangan PAS menuntut perubahan total bersama rakyat Malaysia yang inginkan perubahan akan diteruskan melalui pendekatan lain seperti Kongres Rakyat yang bakal diadakan 12 September ini.

"Semua yang berminat melihat kejatuhan Umno BN dialu-alukan menyertai Kongres Rakyat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 2/9/2015

Sumber HD - 2-9-2015                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat: Resolusi selamatkan rakyat, negara


















































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang mengharapkan agar Kongres Rakyat yang bakal diadakan pada September nanti dapat menghasilkan resolusi sebagai satu anjakan bagi menyelamatkan rakyat dan negara.

Pesuruhjayanya, Mohammad Fauzi Yusoff percaya buah fikiran dan idea-idea yang akan disampaikan oleh peserta kongres itu nanti akan dijadikan satu tindakan yang terbaik untuk masa depan rakyat.

Bahkan katanya, usaha PAS mengadakan kongres ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa PAS sebuah parti yang berprinsip dan boleh mengetuai kebangkitan rakyat untuk selamatkan negara kelak.

"Kongres ini satu alternatif untuk PAS tangani isu-isu yang melanda negara, PAS perlukan pendekatan baru untuk menyakinkan rakyat. Kita harap resolusi yang terbaik daripada semua pihak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Justeru katanya, Kongres Rakyat satu usaha yang wajar dilaksanakan ketika negara sedang menghadapi kegawatan isu supaya rakyat sedar  dan memahami isu yang berlaku dan memerlukan jalan penyelesaian yang berkesan.

PAS bercadang mengadakan Kongres Rakyat pada 12 September ini di ibu kota. Kongres ini sebagai usaha menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan terancang ke arah menuntut perubahan total dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.

Kongres Rakyat ini akan mengumpul semua pihak sama ada individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk mahasiswa dan aktivis sosial ke  arah melahirkan resolusi dan plan tindakan yang berkesan bagi membina negara yang selamat dari segala rupa korupsi dan penyelewengan kuasa. - HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD - 27-8-2015                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat rangka pelan tangani nasib rakyat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu menyifatkan Kongres Rakyat yang bakal diadakan pada 12 September ini sebagai langkah alternatif terbaik untuk merangka pelan tindakan bagi menangani isu semasa yang sedang melanda rakyat negara ini.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, idea yang dikemukakan oleh Presiden PAS itu wajar direalisasikan sebagai usaha untuk membela nasib rakyat yang kini menghadapi pelbagai tekanan termasuklah isu penyelewengan dan terkini kejatuhan nilai mata wang negara.

"Oleh kerana PAS sudah putuskan tidak ada kerahan ahli ke Bersih 4.0, jadi kita akan kerahkan ahli dan penyokong kita juga NGO di peringkat negeri untuk hadir ke kongres itu nanti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Malahan, katanya PAS Terengganu akan cuba memenuhi hasrat penganjur untuk mengajak badan bukan kerajaan bagi memenuhui undangan ini.

"Di sini kita ada ramai NGO di bawah satu bumbung dan kita yakin mereka akan turut serta dalam kongres itu nanti," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Paka).

PAS bercadang mengadakan Kongres Rakyat pada 12 September ini di ibu kota. Kongres ini sebagai usaha menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan terancang ke arah menuntut perubahan total dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.

Kongres Rakyat ini akan mengumpul semua pihak sama ada individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk mahasiswa dan aktivis sosial ke  arah melahirkan resolusi dan plan tindakan yang berkesan bagi membina negara yang selamat dari segala rupa korupsi dan penyelewengan kuasa. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

Sumber HD - 25-8-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat tepat, bersesuaian pada masa ini

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat memberi perhatian penuh kepada penganjuran Kongres Rakyat oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijadualkan pada 12 September ini.

Pengerusinya, Dr Rosni Adam berkata, dalam usaha membentuk sebuah masyarakat dan negara yang di dalamnya mengamalkan nilai-nilai berkebajikan, kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi, lajnah itu merasakan penganjuran Kongres Rakyat pada masa ini amat tepat dan bersesuaian.

Tambahnya, sebagai lajnah yang berkait langsung dengan hal-ehwal kemasyarakatan, pihak lajnah amat memahami perit dan derita rakyat yang dihimpit pelbagai kesulitan akibat dari himpitan hidup semasa pada masa kini.

"Justeru, kami menyeru agar setiap lapisan masyarakat sama ada secara individu, NGO, CSO dan badan-badan professional menyertai Kongres Rakyat yang akan dilangsungkan kelak," ujarnya.

Menurutnya lagi, melalui penganjuran Kongres Rakyat, tentu sekali setiap lapisan rakyat berpeluang menyatakan pandangan dan luahan perihal apa yang didepani pada masa kini secara lebih teratur dan terancang.

"Bagi pihak lajnah, kami akan sedaya mampu mengusahakan agar kongres yang akan diadakan tidak terhenti di situ sahaja, bahkan akan bergerak berterusan seiring dengan perubahan yang diinginkan rakyat di Malaysia," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

Sumber HD - 25-8-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memperkasakan Agenda Kongres Rakyat


Prinsip asas Islam ialah wajib menentang segala bentuk kemungkaran sama ada kemungkaran sosial, ekonomi mahupun kemungkaran politik melibatkan ketidaktelusan dan penyelewengan pemerintah semasa.

Malah menjadi satu jihad berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim sebagaimana Hadis Nabi saw

إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْجِهَادِ كَلِمَةَ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

Bermaksud; Antara seagong-agong Jihad kalimah yang benar lagi adil berhadapan pemerintah yang zalim”.

PAS secara tegas dan berprinsip melaksanakan tugasan ini sejak penubuhannya 1951 tanpa mengenal erti penat dan letih dengan penuh kesabaran dan ketelitian dalam merangka strategi dan pendekatan meskipun berhadapan dengan pelbagai tekanan oleh pihak berkuasa.



Bagi seorang Muslim, menentang kemungkaran pula tidak boleh hanya diasaskan kepada kebencian individu dan emosi semata-mata. Ia mesti bermula dengan prinsip “membenci kerana Allah dan menyukai kerana Allah”.

Justeru, jihad menentang kemungkaran dalam Islam mempunyai tatacara, kaedah dan prinsip yang hanya akan dipatuhi oleh mereka yang menentang kemungkaran atas prinsip Islam.

Tidak wajar kemungkaran ditegah dengan melakukan kemungkaran yang seumpamanya.

Tidak wajar juga dihilangkan satu kemungkaran lalu digantikan pula oleh kemungkaran yang lain.

Menjatuhkan kerajaan sekuler demokratis bukan dengan tujuan diganti oleh satu lagi parti sekuler seumpamanya atau lebih teruk daripadanya iaitu sekuler sosialis. Tetapi dengan niat ianya digantikan dengan kuasa politik Islam.

Kita juga menolak sebarang usaha menentang kemungkaran yang sebenarnya hanyalah menjadi topeng untuk agenda tersirat oleh kuasa luar atau yang menjejaskan kuasa Islam jangka masa panjang.

Dalam menghadapi situasi politik semasa yang menyaksikan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan goyah dengan lingkaran pelbagai isu dan skandal maka PAS mengambil pendekatan melaksanakan Kongres Rakyat yang melibatkan rakyat pelbagai pihak khususnya badan-badan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Seluruh tenaga PAS akan dihalakan untuk memperkasakan agenda ini tanpa perlu terpalit dengn sebarang agenda yang berkemungkinan didalangi oleh pihak luar dan mempunyai niat tersirat yang boleh merosakkan agenda Islam untuk jangka masa panjang.

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS
9 Zulkaedah 1436 H / 24 Ogos 2015

Sumber BO - 24-8-2015
----------------------------------------------------------------------------
Usul Rakyat
Posted on Saturday, August 22 @ 12:42:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

















































Jawatankuasa Kongres Rakyat yang bermesyuarat kali ke 2 pada 21 Ogos 2015 telah bersetuju bahawa Kongres Rakyat dibuka ruang seluasnya kepada penyertaan umum terutama badan - badan bukan kerajaan (ngo) yang mewakili masyarakat dipelbagai peringkat termasuk persatuan petani, pekebun kecil, pekerja kilang, nelayan, peneroka Felda, penoreh getah, orang asal, OKU, mahasiswa, aktivis sosial, tokoh akademik, tokoh politik dan sebagainya untuk berpartisipasi dalam Kongres Rakyat yang akan berlangsung seperti maklumat berikut :

Nama : Kongres Rakyat
Tarikh : 12 Sept 2015
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 am - 5.30 pm
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak
 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (Bangunan SUK) Shah Alam Selangor darul Ehsan.

🔴 Ruang yang dibuka bukan hanya sebagai peserta atau perwakilan semata - mata, tetapi semua perwakilan tersebut dialu - alukan untuk menghantar terlebih dahulu usul - usul penting bagi melengkapkan USUL RAKYAT yang akan dibahaskan dalam Kongres Rakyat kelak.

🔴 Justeru itu, kami pihak Sekretariat Kongres Rakyat mulai hari ini membuka ruang tersebut kepada semua dan sila patuhi langkah berikut :

1. Nyatakan nama penuh dan singkatan ngo atau persatuan anda serta nyatakan nombor telefon yang boleh dihubungi dan alamat e mailnya.

2. Lampirkan satu USUL yang jelas, terang, ringkas dan padat ( TIDAK MELEBIHI 100 PERKATAAN) untuk dikemuka dan digarap oleh Kongres Rakyat sebagai USUL RAKYAT dan dibahas bagi menghasilkan Pelan Tindakan Rakyat.

3. Hantarkan usul tersebut kepada usulrakyat2015@gmail.com
sebelum tarikh tutup 05 Sept 2015.

Sekian.

Membina Negara Sejahtera


Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Setiausaha Kongres Rakyat.
Sumber TKO - 22-8-2015                                                                                                                          ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak pandang remeh tetapi tidak gugat PAS


















































MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan tindakan segelintir ahli bertindak keluar dari PAS tidak mengugat parti itu.

Beliau ketika ditemui berkata PAS tetap meneruskan agenda mereka seperti biasa tanpa sebarang masalah.

"Kita tidak fokus pada isu nak keluar parti, kita dapat tahu tentang perkara ini tetapi tidak serius kepada PAS.

"Perkara biasa pemimpin pergi dan datang, cawangan tetap beroperasi walaupun ada ahlinya keluar, setakat letak jawatan masih ramai orang lain yang sedia berkhidmat," katanya.

Ahli Parlimen Temerloh turut memaklumkan lebih 8,000 ahli baru menyertai PAS selepas muktamar lalu.

"Kita tidak pandang remeh tentang apa yang berlaku, kita cari jalan penyelesaian tetapi itu tidak mengugat perjalanan parti.

"Kita bekerja seperti biasa dalam menyelesaian masalah rakyat, isu Gerakan Harapan Baru bukan masalah besar kepada PAS dan kita masih lagi bersama- sama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 21/8/2015

Sumber HD - 21-8-2015                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat, bahas isu rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .


SHAH ALAM: Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) serta parti-parti politik akan menganjurkan Kongres Rakyat bagi membincangkan isu-isu semasa negara yang membabitkan kehidupan rakyat.

Kongres Rakyat yang dianjurkan Sekretariat Kongres Rakyat akan diadakan pada 12 September di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.

Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid berkata apa yang berlaku dalam negara sama ada dari sudut politik mahupun ekonomi mendorong agar kongres diadakan.

"Hasil dari senua senario yang berlaku di dalam negara telah menggesa kita untuk mengadakan kongres bagi mendengar sendiri pandangan rakyat.

"Apa yang disuarakan, diusul serta dibahaskan akan dijadikan satu memorandum untuk disampaikan kepada kerajaan, sama ada dalam bentuk bertemu secara bersemuka ataupun melalui parlimen," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Menurut beliau lagi, Kongres Rakyat yang bertema 'Membina Malaysia Sejahtera' itu merupakan satu pelan tindakan rakyat yang akan dihasilkan bersama.

"Sudah tibanya masa rakyat bersama-sama bertindak dalam menyelamatkan negara ini, kalau sebelum ini hanya satu hala iaitu kerajaan kepada rakyat tetapi sekarang tidak lagi rakyat pula kepada kerajaan.

"Kita berharap objektif kongres ini akan tercapai dengan jayanya, kita akan mencari penyelesaian tentang apa yang berlaku sekarang ini.

"Kita mahu rakyat bersuara dengan satu hati tanpa mengira pangkat kedudukan ataupun keturunan, dengan cara ini sahajalah objektif yang kita inginkan akan tercapai," sambung beliau lagi.

Kongres Rakyat ini turut mensasarkan penyertaan 200 NGO dari pelbagai peringkat termasuk permerhati dari individu.

"Rakyat boleh kemukakan usul serta pandangan mereka melalui Facebook Kongres, setiap usul akan ditelitikan panel kongres sebelum dibentangkan pada program itu nanti.

"Semua boleh menyertainya dan kemukakan usul mereka, kita akan pastikan apa-apa yang disuarakan rakyat dapat kita tunaikan," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan yang juga merupakan Setiausaha Kongres merangkap Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat. – HARAKAHDAILY 21/8/2015

Sumber HD - 21-8-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat cari formula selamatkan rakyat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: ABRAR Care sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan khidmat kebajikan kepada masyarakat mengumumkan sokongan penuh kepada penganjuran Kongres Rakyat yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Sokongan itu dibuat kerana NGO Abrar Care melihat dalam keadaan rakyat dibelenggu masalah ekonomi dan dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup, rakyat tercari-cari siapa yang akan menjadi pembela mereka.

Pengerusi ABRAR Roslan Md Esa berkata, Kongres Rakyat ini merupakan platform untuk mencari formula dan pelan tindakan rakyat  menghadapi masalah yang membelenggu segenap kehidupan rakyat.

Katanya, kepimpinan dalam Islam adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab, bukan kemulian tetapi adalah bebanan yang akan dipertanggungjawabkan.

"Abrar Care akan mengambil bahagian penuh dalam Kongres Rakyat ini bagi memastikan satu usaha murni yang digerakkan tokoh ulama negara yang juga telah menerima pengiktirafan dunia dengan diangkat sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia sebelum ini akan menjadi satu realiti dan mampu menyelesai masalah yang sedang melanda negara," katanya.

Jelsnya, kepimpinan negara yang ada hari ini tidak mampu lagi diharapkan oleh rakyat untuk menerajui negara kerana terpalit dengan pelbagai masalah hingga ekonomi negara kini diambang kemelesetan yang parah.

"Buktinya nilai Ringgit jatuh menjunam sedangkan kepimpinan negara tidak memperlihatkan sebarang usaha untuk mengatasinya.

"Sejujurnya negara perlu kepada lapisan kepimpinan yang jujur dan amanah. Rakyat mahukan perubahan. Kami melaungkan sokongan penuh Kongres Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

PAS bercadang mengadakan Kongres Rakyat pada 12 September ini di ibu kota. Kongres ini sebagai usaha menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan terancang ke arah menuntut perubahan total dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.

Kongres Rakyat ini akan mengumpul semua pihak sama ada individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk mahasiswa dan aktivis sosial ke  arah melahirkan resolusi dan plan tindakan yang berkesan bagi membina negara yang selamat dari segala rupa korupsi dan penyelewengan kuasa. – HARAKAHDAILY 19/8/2015

Sumber HD - 19-8-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Kongres Rakyat: Tarikh tutup penyertaan 5 Sept


















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid membuka peluang dan mengalu-alukan penyertaan kepada NGO-NGO atau mana-mana pihak, individu, persatuan, gerakan mahasiswa, tokoh akademik, tokoh politik dan aktivis sosial.

Setiausaha Kongres Rakyat, Nasrudin Hassan berkata, matlamat kongres adalah untuk menjadi medium dan platform persidangan rakyat untuk mengemukakan usul, memberi idea, berbincang mencari formula penyelesaian, merangka Pelan Tindakan Rakyat jangka pendek dan jangka panjang, menggerak dan memimpin kebangkitan rakyat untuk mendepani segala permasaalahan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, alam sekitar, keselamatan dan sebagainya yang sedang melanda negara dan menghimpit kesejahteraan rakyat dewasa kini.

Sehubungan itu, katanya kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Sept ini boleh hubungi pihaknya melalui kongresrakyat2015@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan menyatakan nama penuh (serta nama singkatan) NGO atau persatuan, alamat emel dan emel atau persatuan, no telefon personal yang boleh dihubungi.

Menurutnya lagi, tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Sept ini.

"Insya Allah, pihak sekretariat akan menghantar surat jemputan rasmi serta lampiran perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penyertaan Kongres Rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 19/8/2015

Sumber HD - 19-8-2015                                                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat: Merealisasikan tindakan rakyat

NASRUDIN HASSAN | .


1. Saya menggalas amanah untuk menjayakan Kongres Rakyat. Alhamdulillah, beberapa NGO, tokoh-tokoh negara, gerakan mahasiswa dan lainnya telah dihubungi untuk merealisasikan Kongres Rakyat tersebut.

2. Pertemuan atau pra mesyuarat pasukan koordinator telah diadakan dan kami bersetuju atas 3 perkara:

i) Tarikh Kongres Rakyat ialah pada 12 September 2015 bersamaan 28 Zulkaedah 1436H hari Sabtu dan akan diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan insyaallah.

ii) Jawatankuasa Penganjur sedang dibentuk dan mesyuarat pertama jawatankuasa penganjur akan diadakan pada 21 Ogos 2015 ini insyaallah.

iii) Matlamat kongres ini adalah menjadi medium dan platform persidangan rakyat mengemukakan usul, memberi idea, berbincang mencari formula penyelesaian dan merangka Pelan Tindakan Rakyat jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani segala permasaalahan yang melanda negara dan menghimpit rakyat.

3. Alhamdulillah, maklum balas yang saya terima daripada masyarakat adalah sangat positif. Platform sebegini yang membuka ruang penyertaan mereka berkongsi idea adalah suatu yang dinanti.

4. Jawatankuasa Penganjur akan mengundang seberapa ramai penyertaan ke kongres rakyat ini. Kita sasarkan lebih 100 NGO akan menyertai Kongres Rakyat termasuklah jemputan kepada tokoh-tokoh negara, gerakan mahasiswa, parti-parti politik dan aktivis sosial.

5. Format kongres rakyat akan diumumkan kepada semua menerusi sidang media khas oleh Jawatankuasa Penganjur pada 21 August 2015 kelak. - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

Sumber HD - 16 -8-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































Kongres Rakyat, bersama membina negara sejahtera

HARAKAHDAILY | .


Permasalahan yang melanda negara hari ini memerlukan satu penyelesaian yang tuntas dan berkesan. Negara tidak boleh dibiarkan menjadi korban kerakusan pihak tertentu yang terus mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara.

Kita juga tidak mahu kemakmuran dan kesejahteraan negara dan penghuninya tergugat ekoran daripada isu ekonomi yang terus meletakkan rakyat dalam keadaan kian terdesak, demikian juga kita tidak boleh membiarkan iklim politik yang tidak menentu bakal mencetuskan porak peranda dalam urustadbir negara.

Negara sememangnya perlukan formula dan pelan bertindak yang menjadi solusi awam untuk keluar dari kemelut serta krisis ekonomi dan politik masa kini.

Kongres Rakyat adalah idea yang menarik untuk menjadi platform rakyat mengemukakan usul, memberikan pandangan dan merangka pelan tindakan penyelesaian ke arah membina negara yang sejahtera dan selamat dari tekanan ekonomi yang menindas rakyat terbanyak serta ketidakstabilan politik yang menggugat kemakmuran negara.

Saya akan memberikan komitmen bersama rakan-rakan NGO yang lain serta tokoh-tokoh negara yang menyedari keperluan mendesak ini bagi menyediakan platform yang wajar dan memaksimumkan peranan rakyat memberi partisipasi mereka untuk turut sama membina negara sejahtera.

Insyaallah, kebangkitan rakyat akan diurus dengan baik. Medium untuk mereka bersuara mesti disediakan, platform untuk mereka bertindak mesti dianjurkan. Ini menjadi tanggungjawab semua secara bersama agar ianya dilakukan secara teratur, aman dan berhikmah. Kongres Rakyat adalah solusi terbaik.

Justeru dalam masa yang sama kita tidak mahu budaya luar dan campur tangan asing yang menambah rumit dan kusut konflik sedia ada. Kita mahu penyelesaian yang tuntas. Kita tidak mahu mencetus huru hara atas nama kebangkitan. Kita tidak mahu menimbulkan ketegangan kaum atas nama perpaduan. Kita tidak mahu membuka ruang campur tangan asing atas nama penyelesaian. - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Sumber HD - 16-8-2015

Kongres Rakyat: Merealisasikan tindakan rakyat


Posted on Sunday, August 16 @ 12:25:07 MYT by paktam

Oleh Nasrudin bin Hassan

1. Saya menggalas amanah untuk menjayakan Kongres Rakyat. Alhamdulillah, beberapa NGO
, tokoh-tokoh negara, gerakan mahasiswa dan lainnya telah dihubungi untuk merealisasikan Kongres Rakyat tersebut.

2. Pertemuan atau pra mesyuarat pasukan koordinator telah diadakan dan kami bersetuju atas 3 perkara:


i) Tarikh Kongres Rakyat ialah pada 12 September 2015 bersamaan 28 Zulkaedah 1436H hari Sabtu dan akan diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan insyaallah.

ii) Jawatankuasa Penganjur sedang dibentuk dan mesyuarat pertama jawatankuasa penganjur akan diadakan pada 21 Ogos 2015 ini insyaallah.

iii) Matlamat kongres ini adalah menjadi medium dan platform persidangan rakyat mengemukakan usul, memberi idea, berbincang mencari formula penyelesaian dan merangka Pelan Tindakan Rakyat jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani segala permasaalahan yang melanda negara dan menghimpit rakyat.

3. Alhamdulillah, maklum balas yang saya terima daripada masyarakat adalah sangat positif. Platform sebegini yang membuka ruang penyertaan mereka berkongsi idea adalah suatu yang dinanti.

4. Jawatankuasa Penganjur akan mengundang seberapa ramai penyertaan ke kongres rakyat ini. Kita sasarkan lebih 100 NGO akan menyertai Kongres Rakyat termasuklah jemputan kepada tokoh-tokoh negara, gerakan mahasiswa, parti-parti politik dan aktivis sosial.

5. Format kongres rakyat akan diumumkan kepada semua menerusi sidang media khas oleh Jawatankuasa Penganjur pada 21 August 2015 kelak.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

Sumber DD - 16-8-2015                                                                                                                           ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekretariat Kongres Rakyat buka penyertaan

NASRUDIN HASSAN | .


KAMI dari Sekretariat Kongres Rakyat membuka peluang dan mengalu-alukan penyertaan kepada NGO-NGO atau mana-mana pihak, individu atau persatuan dan gerakan mahasiswa.

Nyatakan nama penuh (serta nama singkatan) NGO atau persatuan anda serta alamat emel anda dan emel NGO atau persatuan anda.

Insyaallah, pihak sekretariat akan menghantar surat jemputan rasmi serta lampiran perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penyertaan Kongres Rakyat.

Kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang insyaallah akan berlangsung pada 12 Sept 2015 akan datang boleh hubungi kami di kongresrakyat2015@gmail.com This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat


Sumber HD - 16-8-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Dewan Muslimat PAS alu-alukan Kongres Rakyat


















































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengalu-alukan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengadakan Kongres Rakyat sebagai platform untuk menyatakan sokongan dan pembelaan kepada rakyat.

Ketua Penerangan DMPM, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, apa yang berlaku di dalam negara pada hari ini seolah-olah sudah menjadi bencana baik dari pelbagai sudut termasuk ekonomi, politik dan sosial.

"Malaysia berada pada tahap yang teruk. Sebagai parti politik yang perjuangan kesejahteraan rakyat perlu buat kongres seperti ini supaya rakyat faham dan bangkit semula," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat hari ini perlu pembelaan malangnya pembelaan yang dilihat  lebih kepada individu sedangkan yang menanggung penderitaan dan bebanan semakin bertambah adalah rakyat.

"Dengan PAS mengadakan kongres ini dapat menjelaskan kepada rakyat isu-isu yang berlaku supaya menyemarakkan kebangkitan rakyat seperti sebelum ini pada tahun 1998, 1999 dan 2008 dapat dikekalkan," katanya.

Katanya, kongres seperti ini bukan sahaja untuk orang Melayu bahkan semua kaum perlu menyertai kerana bencana yang melanda sekarang ini bukan untuk satu kaum sahaja.

"Ringgit Malaysia sudah jatuh teruk semakin hari semakin menurun menyebabkan ekonomi negara tidak stabil, semua orang terjejas dengan fenomena ini. Malah ia mengudang kepada kebimbangan baik ekonomi negara dan juga rakyat," tambah beliau.

Justeru katanya, semua wanita tidak kira sama ada berada di persada politik atau bukan politik serta badan bukan kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kerana isu yang berlaku bukan politik semata-mata sebaliknya isu rakyat.

"Yang perlu ditangani semua lapisan masyarakat," tambah beliau.

PAS bercadang mengadakan Kongres Rakyat pada 5 September ini di ibu kota. Kongres ini sebagai usaha menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan terancang ke arah menuntut perubahan total dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.

Kongres Rakyat ini akan mengumpul semua pihak sama ada individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk mahasiswa dan aktivis sosial ke  arah melahirkan resolusi dan plan tindakan yang berkesan bagi membina negara yang selamat dari segala rupa korupsi dan penyelewengan kuasa. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres Rakyat solusi tepat tangani krisis

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh saranan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyeru supaya digerakkan satu Kongres Rakyat untuk membincangkan kemelut yang melanda rakyat Malaysia pada hari ini.

Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata ini bertitik tolak daripada kefahaman ayat Al-Quran supaya negara ini tidak mengundang bencana yang lebih parah.

Allah s.w.t Taala telah memperingatkan kepada kita di dalam surah Ar-Rom ayat 41:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah berlaku kerosakan dan kemusnahan di daratan dan lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia (yang tidak amanah), (kerosakan itu) adalah sebahagian balasan yang Allah timpakan ke atas mereka dengan sebab sebahagian penyelewengan dan dosa yang dilakukan oleh mereka, mudah-mudahan dengan balasan itu menyebabkan mereka kembali ke pangkal jalan."

Katanya, Kongres Rakyat merupakan manifestasi kematangan politik yang ditunjukkan oleh PAS dengan menggembleng seluruh cendikiawan dan aktivis daripada pelbagai latar belakang dalam mencari solusi terbaik untuk menangani krisis yang sedang dihadapi negara sekarang.

Katanya lagi, ketika mana Umno sudah kehilangan keyakinan di kalangan rakyat awam daripada seluruh lapisan masyarakat, PAS hadir dengan mengemukakan pelan tindakan yang paling matang dan bernas supaya Malaysia dapat diselamatkan daripada menuju ke arah lebih parah.

"Sudah tiba masanya seluruh bijak pandai daripada pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran dihimpunkan supaya setiap buah fikiran bernas mereka tidak disia-siakan dan kita berharap agar segala resolusi kongres tersebut digunakan semaksimum mungkin dalam menyelamatkan tanahair Malaysia yang tercinta ini," katanya.

Tambahnya, tuntutan berkongres untuk mencari penyelesaian ummah adalah merupakan satu tuntutan agama yang senantiasa meletakkan al hikmah dan kebijaksanaan sebagai penyelesai kepada kemelut melanda negara kita sekarang ini.

"Mudah-mudahan ijtihad siyasi ini menjadi pencetus permulaan 'al-fath' yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk mentadbir amanah dunia ini ke arah mewujudkan 'baldatun toyyibatun warabbun ghafur'," ujarnya yang juga Bendahari PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































Kongres Rakyat platform terbaik bincang isu p'raya

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) menyokong cadangan PAS yang mengambil inisiatif untuk mengadakan Kongres Rakyat bagi memfokuskan isu pilihan raya dan sistem demokrasi di Malaysia.

"Geng Ustaz meyakini Kongres Rakyat ini adalah satu ruang dan platfom yang amat baik untuk dijadikan salah satu saluran bagi membincang dan mencadangkan jalan penyelesaian dalam aspek-aspek yang berkaitan pilihan raya dan proses demokrasi," ujar Setiausaha Kehormat Geng Ustaz, Wan Hairul Anuar Abdullah.

PAS mengumumkan satu inisiatif untuk menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan pelbagai pihak bagi menyalurkan pandangan dan idea ke arah memperbaiki sistem pilihan raya dan demokrasi dalam negara ini.

PAS adalah parti yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berganjak menuntut sistem pilihanraya dan proses pemilihan kerajaan dalam negara ini agar telus, adil dan bersih.

PAS yang sudah diketahui umum berdepan dengan pilihan raya 13 kali, PAS sentiasa bersama rakyat ingin melihat sistem dan proses demokrasi berjalan dengan adil dan saksama tanpa sebarang penyelewengan demi untuk menjaga maslahah dan kemakmuran negara.

Pilihan raya yang adil sahaja adalah satu jaminan kelangsungan kemajuan dan kebaikan kepada negara ini dan rakyatnya.

"Geng Ustaz juga akan bersama dan mentaati arahan PAS pada setiap langkah dan tindakan yang diambil dan mengajak semua ahli PAS beristiqamah dengan perjuangan ini hingga kemenangan," kata Wan Hairul Anuar lagi.

Kongres itu dicadangkan diadakan pada 5 September ini di ibu negara. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015                                                                                                                           ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tautan Rahmat sokong penganjuran Kongres Rakyat


















































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: NGO Dakwah Tautan Rahmat menyokong penuh cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu mengadakan Kongres Rakyat dalam masa terdekat bagi menghimpunkan semua pihak sama ada NGO dan rakyat keseluruhannya dalam membincang dan memikirkan bagaimana cara menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara.

"Cadangan itu bagi kami NGO Tautan Rahmat adalah satu cadangan yang cukup baik dan menjadi wadah kepada semua pihak mengambil berat dalam memastikan pelbagai masalah yang sedang melanda negara hari ini akibat pemimpin negara tidak beramanah dalam menerajui negara yang kita sayangi ini dapat diselesaikan dengan muafakat rakyat," kata presidennya, Ustaz Mohammad Ibrahim.

Beliau berkata, bagi pihaknya ia adalah idea yang menyeluruh dan menjadi teras kepada pembabitan semua pihak merasai hak menjadi warganegara yang cakna kepada isu ekonomi, pentadbiran, sosial dan kestabilan politik negara.

Katanya, PAS sebagai sebuah parti ulung di negara ini telah mengalami pelbagai pengalaman sejak merdeka dan insya Allah dengan kehadiran PAS menganjurkan Kongres Rakyat.

"Kami di Tautan Rahmat amat yakin bahawa parti Islam ini mampu menghimpun solusi dan resolusi semasa kongres nanti untuk dihadam menjadi pelan bertindak rakyat menyelamatkan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Presiden PAS atas idea dan cadangan bernas itu.

"NGO Tautan Rahmat sekali lagi menegaskan sokongan penuh kepada cadangan ini, Allahu Akbar," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                       

Kongres pacu deruan kebangkitan rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong sepenuhnya penganjuran Kongres Rakyat yang akan dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 5 September ini di ibu negara nanti.

Naib Ketua DPPM, Khairil Nizam Khirudin berkata, melihat perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia pada hari ini, maka PAS wajar merajah deruan kebangkitan rakyat yang selaras dengan tuntutan Islam berdasarkan pendekatan yang lebih segar dan kontemporari.

Katanya, DPPM menjangkakan hasil resolusi tersebut akan membentuk satu plan tindakan jangka panjang yang praktikal untuk dilaksanakan di segenap peringkat supaya perubahan yang akan dilakukan turut didukung oleh rakyat.

"Kami turut berharap agar kongres tersebut akan memberikan kesan gandaan sehingga ke negeri Sarawak dan menetaskan sekurang-kurangnya satu kerusi PAS bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Di peringkat dalaman, katanya DPPM juga ingin menegaskan agar seluruh ahli dan pimpinan agar sentiasa bersiap siaga dengan memperkemaskan jentera, meningkatkan kualiti dan menstabilkan momentum perjuangan.

Pasca muktamar yang lalu, kata beliau PAS telah mengalami proses perubahan yang ketara.

Kini, tambahnya perencanaan politik akan berkembang secara berfasa.

Tegasnya, PAS bukan sebuah parti yang konservatif dan eksklusif malah ia sentiasa relevan dengan perubahan semasa.

Oleh yang demikian, ujar beliau DPPM menyeru seluruh pemuda PAS untuk memberikan komitmen yang terbaik sama ada daripada aspek idea-idea yang bernas, sumbangan dana dan kerahan tenaga.

"Insya Allah, PAS akan menerajui deruan kebangkitan rakyat untuk memastikan Malaysia yang kita cintai ini sejahtera dan lebih berjaya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 11/8/2015

Sumber HD - 11-8-2015

No comments:

Post a Comment